Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah diambil kementerian untuk menjamin buku-buku teks di sekolah-sekolah tidak mengandungi kesalahan ketara seperti yang terdapat dalam buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah segera kesan daripada apa yang telah berlaku iaitu kesalahan ketara yang terdapat dalam buku teks KSSR English Tahun 1, sekolah kebangsaan iaitu dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menilai semula tentang perkara yang telah berlaku.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah membuat penambahbaikan dan mengetatkan lagi proses kerja dalam penerbitan dan Melantik Jawatankuasa Penilaian Kawalan Mutu dan Jawatankuasa Readers yang terdiri daripada pakar-pakar yang berpengalaman mengikut mata pelajaran. Prosedur ini juga akan diberikan penekanan kepada semua penerbit buku teks yang terlibat bagi memastikan setiap proses kerja penerbitan adalah dipatuhi oleh penerbit bagi menjamin kualiti. Terima kasih.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga saya ucapkan kepada jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi.
Saya tengok walaupun pihak kementerian telah berusaha untuk memastikan buku teks yang dikeluarkan ini tidak ada kesalahan tetapi masih juga ada kesalahan yang sangat jelas yang telah berlaku yang boleh menyebabkan kerajaan menanggung kos tambahan untuk membuat pembetulan.
Jadinya soalan tambahan saya kepada soalan asal ini adalah apakah kementerian membuat satu penilaian terakhir sebelum sesebuah buku teks ini diterbitkan dan apakah juga kriteria yang ditetapkan oleh kementerian dalam memastikan penerbit-penerbit buku yang dilantik ini benar-benar genuine, benar-benar berkelayakan? Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya izinkan saya menjelaskan di sini bahawa buku yang diterbitkan ini adalah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Dewama Sdn. Bhd. Kalau mengikut prosedur yang telah ditetapkan, penerbit perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan dan penerbit akan dinilai berasaskan kepada keupayaan kewangan, pemantauan premis dan juga bahan penulisan. Akan tetapi daripada segi penilaian bahan penulisan ini pula ialah Dewan Bahasa dan Pustaka akan bekerjasama dengan jawatankuasa kawalan mutu untuk menilai di peringkat kawalan mutu itu dan jawatankuasa ini akan terdiri daripada ahli-ahlinya seperti pensyarah IPG, IPTA dan juga guru-guru cemerlang serta jurulatih utama yang seramai enam orang. Mereka ini adalah yang berkemahiran dalam bidang-bidang yang disebutkan tadi.
Oleh kerana itulah untuk makluman Yang Berhormat, bahawa sebenarnya apa yang berlaku ini ialah kadang-kadang kita melihat wujudnya mazhab yang berbeza-beza terutamanya dalam bidang tatabahasa. Sebagai contohnya kesilapan yang berlaku ini, saya mengambil contoh ‘read together’ tetapi ada yang mengatakan bahawa yang paling tepat ialah ‘say together’.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi
Jadi kadang-kadang di sini yang menimbulkan banyak permasalahan. Walau bagaimanapun, dalam isu yang berkaitan ini kita akan mempertingkatkan lagi SOP terutamanya dalam penerbitan buku-buku teks di Kementerian Pelajaran Malaysia ini.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin membuat soalan tambahan iaitu sejauh manakah pemantauan yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran khususnya dalam memastikan supaya sistem yang lebih tersusun dalam mengendalikan penerbitan buku sebab ia melibatkan berjuta-juta wang negara, kerugian akibat daripada kesalahan percetakan buku teks yang saya tahu sebelum ini melibatkan lebih daripada 14 jenis buku teks yang tersilap dan apakah satu tindakan telah dibuat di pihak kementerian untuk melibatkan SPRM supaya tidak ada unsur-unsur negatif dalam penglibatan pengeluaran buku teks sehingga berlakunya kesilapan yang melibatkan kerugian berjuta ringgit wang negara. Minta penjelasan.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Seperti yang saya perjelaskan tadi bahawa sudah tentulah apabila diwujudkan Jawatankuasa Khas di bawah Kementerian Pelajaran untuk menilai semula tentang apa yang telah berlaku, maka satu daripada tindakan awal kita ialah untuk memantapkan SOP seperti mana yang saya sebutkan tadi.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi
Barangkali saya perlu juga jelaskan bahawa dalam kesilapan yang berlaku ini, maka sudah tentulah segala kosnya akan ditanggung oleh penerbit. Penerbit bertanggungjawab untuk menanggung kos akibat daripada kerugian yang berlaku pencetakan buku tersebut. Kalau dalam kes ini melibatkan sebanyak RM1.3 juta. Jadi ini akan ditanggung penerbit. Saya memberi jaminan bahawa seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa kita akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Terima kasih.
2. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, hasil kemajuan pertandingan reka bentuk hospital kerajaan yang dilaksanakan oleh JKR. Apakah tindakan dan pengajaran yang diambil oleh kerajaan (JKR) selepas pertandingan ini dalam memastikan kos sesebuah hospital kerajaan adalah ekonomik.
Nyatakan berapakah jumlah kos perbelanjaan pertandingan tersebut.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sebelum saya menjawab, saya ingin mengalu-alukan kedatangan pasangan warga emas Daerah Semanjam daripada Parlimen Tampin. Boss saya punya tempatlah. Saya Stampin, dia Tampin.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pertandingan Reka Bentuk Baru Hospital Kerajaan merupakan antara cetusan idea oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini berikutan terdapat kecenderungan mengenai peningkatan jumlah kos pembinaan hospital di negara ini dengan mengambil kira nisbah bilangan katil sebagai penanda aras kos.
Sehubungan itu, Jemaah Menteri pada bulan Januari 2010 yang lalu telah bersetuju supaya Kementerian Kerja Raya menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Hospital Baru Kerajaan. Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kos pembinaan hospital baru tanpa mengabaikan aspek kualiti, reka bentuk dan kemudahan-kemudahan asas yang disediakan. Pertandingan ini telah dibuka kepada semua firma arkitek swasta yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Keputusan pertandingan telah diumumkan pada bulan Disember 2010 yang lalu. Kos keseluruhan penganjuran Pertandingan Reka Bentuk Baru Hospital Kerajaan ini ialah sebanyak RM138,000 iaitu melibatkan kos pengiklanan, hadiah, pameran dan sebagainya. Kos ini ditanggung menerusi peruntukan sedia ada di bawah butiran Kementerian Kerja Raya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, antara nilai penambahbaikan yang boleh dipraktikkan kerajaan berikutan hasil dari pertandingan reka bentuk tersebut ialah seperti berikut:
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng
(i) kos pembinaan hospital baru di negara ini mampu dioptimumkan menerusi prinsip pengurusan nilai atau dengan izin, value management dan nilai terbaik untuk wang – best value for money dengan izin, tanpa mengabaikan ciri-ciri estetika bangunan di samping mematuhi keperluan dan kehendak kerajaan;
(ii) peningkatan kos pembinaan hospital baru kerajaan bukanlah semata-mata disebabkan oleh faktor reka bentuk bangunan tetapi berpunca dari peningkatan kos pembelian peralatan dan kelengkapan perubatan yang turut termasuk dalam kontrak utama pembinaan sesebuah hospital baru; dan
(iii) tempoh pembinaan sesebuah hospital baru kerajaan boleh dipercepatkan sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal menerusi pelaksanaan kaedah IBS (Industrialised Building System).
Untuk makluman Dewan yang mulia, reka bentuk hospital oleh juru perunding yang memenangi pertandingan ini akan dicadangkan oleh kerajaan untuk diguna pakai bagi tujuan pembinaan hospital baru di negara ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Di samping itu, kerajaan juga akan memperluaskan konsep reka bentuk bangunan baru kerajaan kepada premis-premis kerajaan yang lain seperti pembinaan masjid, sekolah dan balai polis pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya Timbalan Menteri. Boss mana?... Boss tak mai?
Tuan Yang di-Pertua, bahawa keputusan untuk membuat pertandingan reka bentuk ini ialah ekoran daripada berlakunya peningkatan kos yang melebihi daripada harga yang sepatutnya. Kalau kita lihat bahawa antaranya ialah kita dapat projek yang lambat siap. Hospital Alor Setar lambat, Hospital Pandan ada masalah kulat – Hospital Alor Setar, akaun dia masih belum ditutup sehingga sekarang kerana masalah dengan main-con yang diberikan kepada satu syarikat yang mendapat dua hospital serentak iaitu Hospital Alor Setar dan juga Hospital Pandan. Sehingga sekarang kontraktor, main-con tersebut menghadapi masalah buang pekerja, tidak boleh bayar kepada sub-con sampai sekarang.
Sebab itu kementerian tidak boleh tutup akaun Hospital Alor Setar kerana masalah main- con ini.
Isu dia Tuan Yang di-Pertua, dia bukan sahaja kepada reka bentuk. Kalau buat pertandingan reka bentuk, kemudian kerajaan tidak ikut proses prosedur sebenarnya.
Umpamanya open tender - ini masalahnya, diberi kepada hospital-hospital sebelum ini termasuk Hospital Kepala Batas, Hospital Pekan di Pahang. Diberikan kerana apa, diberi secara runding terus. Jadi akhirnya kita tidak dapat best value for money seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.
Jadi isu dia ialah, apakah selepas ini bahawa kita buat pertandingan reka bentuk kita dapat reka bentuk yang cukup untuk best value for money, tetapi kita tidak ikut dalam proses pemberian tender. Kita masih lagi mengamalkan secara runding terus. Jadi ini yang akan menyebabkan masalah yang terus berbangkit dalam menghadapi masalah-masalah kewangan. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat bila keputusan reka bentuk akan diumumkan kepada semua? Terima kasih.
Dato' Yong Khoon Seng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap banyak terima kasihlah kepada Yang Berhormat Pokok Sena kerana prihatin kepada semua projek yang dibuat kerajaan. Sekarang kita tahu tatacara kita perolehan kerajaan, projek itu memang melalui tender terbuka. Jadi Kementerian Kerja Raya, kita sentiasa sekarang menggunakan cara tender terbuka. Ia telah pun masuk dalam Rancangan Malaysia Ke-10 di mana reka bentuk akan digunakan dan kita cuba juga gunakan IBS. Ini di mana kita telah pun buat ini dalam projek yang lebih kecil hospital KK2, KK3 dan di sekolah di lain-lain tempat. Kita harap juga ia akan masuk dalam projek lebih besar...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Apa jaminan tender terbuka kalau nanti datang wahyu lain? Wahyu dari Kementerian Kewangan, wahyu dari JPM.
Dato' Yong Khoon Seng
Dari segi Kementerian Kerja Raya, kita memang praktiskan dengan tender terbuka di mana kita boleh lihat projek yang ada di kawasan saya baru-baru ini pun dengan tender terbuka di mana kita pun dapat jimatkan kos. Tentang pertandingan yang kita ada ini, kita boleh lihat mohon dan tengok bangunan ini. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena ingat ia akan beritahu dekat kita, kita telah pun ada plan, ada model yang boleh dilihat di cawangan arkitek di Menara Tun Ismail Mohd Ali di Jalan Raja Laut.
Dekat dengan – opposite hotel, dahulu panggil Hotel Holiday Inn, in the city. Apa nama sekarang hotel? Saya tidak tahu tidak diam sana. [Disampuk] Yang Berhormat... Hotel Quality bukan? Opposite sahaja. Yang Berhormat kalau memang minat kita boleh sama- sama pergi tengok. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan syabas kepada kerajaan, Kementerian Kerja Raya kerana berusaha cuba menjimatkan duit kerajaan.
Beberapa Ahli
[Bercakap sesama sendiri]
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Berilah saya bercakap dahulu, jangan bising. Agong ada minta kita jaga kualiti Ahli Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga binaan-binaan kerajaan ini bukan sahaja tertakluk kepada kenaikan harga bahan mentah.
Banyak faktor lain termasuklah pemilihan kontraktor. Patutlah saya lihat usaha- usaha pertandingan bagi membina designs yang baik ini, yang lebih menjimatkan ini bukan sahaja terhad kepada hospital tetapi seluruh bangunan kalau boleh. Jalan raya, jambatan, masjid seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Akan tetapi, pokoknya apabila kerja ini kita serahkan kepada kontraktor, ramai daripada kontraktor-kontraktor yang sebenarnya dahulunya telah di blacklist, dengan izin, disenaraihitamkan tetapi mereka juga dapat kerja-kerja ini. Yang Berhormat Pokok Sena, kalau Yang Berhormat Pokok Sena memberikan pandangan yang baik macam ini, saya setuju. Akan tetapi janganlah merapu tidak tentu arah. Ini, bantai kerajaan. Yang baik bantai juga. Yang bagus, okey saya terima.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak merapu, itu betullah itu.
Terima kasih pasal sokong saya.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Ini yang pentingnya Tuan Yang di- Pertua, kalau kita sama-sama memberikan pandangan yang baik. Saya rasa kita boleh berjaya. Jadi, saya minta kepastian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah langkah-langkah yang secara tegas yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan supaya setiap projek melalui design yang cukup indah, yang cukup menjimatkan ini apabila dilaksanakan kita pastikan supaya kontraktor yang dipilih bukan kontraktor yang terlibat dengan kes-kes atau pun yang telah pun diblacklist ataupun disenaraihitamkan. Terima kasih.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Hari ini Yang Berhormat Maran nampaknya tidak merapu sedikit. Dia sokong saya.
Dato’ Yong Khoon Seng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Maran kerana betul juga kita ingin bukan sahaja dengan tatacara perolehan, dengan tender terbuka dan juga dari segi pemantauan projek kita juga perlu.
Semasa kita menilai pihak penender dan kita tengok latar belakang semua yang masuk dalam tender, kalau ianya telah pun di blacklist atau disenaraihitamkan, kita tidak akan pilih mereka untuk menjalankan projek. Mungkin apa yang berlaku yang kita berikan kontraktor yang tidak ada dalam senarai blacklist tetapi mungkin mereka telah beri kepada sub kontraktor yang lain. Mungkin, itu ada masalahnya. Akan tetapi, bagi kita, kita terus memantau dengan SO kita di tapak projek.
3. Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah terdapat sebarang usaha atau cadangan:
(a) untuk mewujudkan bandar-bandar baru di dalam penempatan FELDA; dan
(b) bidang kuasa antara kerajaan dan pengurusan FELDA berhubung penyelesaian isu pembangunan dan kemudahan di dalam kawasan penempatan seperti naik taraf jalan, longkang, parit dan saliran, naik taraf sekolah, lampu-lampu jalan dan sebagainya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Masla
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang.
Bandar-bandar baru telah dan sedang diwujudkan dalam kawasan FELDA. Antaranya yang telah siap ialah FELDA Jaya Trolak di Perak, FELDA Jaya Mempaga di Pahang, FELDA Jaya Raja Alias di Negeri Sembilan dan sebahagian FELDA Jaya Chini di Pahang.
Bandar Pusat Jengka Tun Abdul Razak adalah merupakan hasil dari kewujudan kawasan rancangan FELDA Jengka, Pahang. Bandar Jempol, Muadzam, Sahabat di Sabah, Keratong dan Maran juga berkembang kerana kawasan FELDA di sekelilingnya.
Selain itu, lima projek perumahan warga FELDA telah disiapkan sekali gus mewujudkan kawasan pertumbuhan dan pekan sederhana yang baru iaitu di Mempaga, Bukti Goh, Lepar Hilir, Keratong dan Pasak di Kota Tinggi. Sebelas lagi Projek Perumahan sedang dilaksanakan iaitu di Jengka 11, Triang 3, Neram 1, Cuping, Suharto, Pasak Fasa 2, Raja Alias Fasa 2, Chiku 5, Jengka 19, Chini 3 dan kawasan Tenggara.
Terdapat 54 kawasan FELDA seluruh negara yang merupakan rancangan berbentuk gugusan iaitu kumpulan seperti Gugusan Adila, Sening, Tunggal dan Keledang dalam kawasan Yang Berhormat Pengerang. Kawasan seumpama ini akan dijadikan tumpuan bantuan pembangunan oleh FELDA.
Soalan bahagian kedua Yang Berhormat iaitu berkenaan dengan bidang kuasa di antara kerajaan dan FELDA. Pembinaan prasarana asas di tanah rancangan seperti jalan, parit, bekalan air, sekolah, klinik dan prasarana lain adalah terletak di bawah tanggungjawab agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Majlis Daerah.
Bagaimanapun, sejak tahun 1990-an, pembangunan prasarana di rancangan FELDA telah terkeluar daripada peruntukan agensi berkaitan. Dengan itu, sebahagian daripada peruntukan seperti kemudahan dewan, surau, lampu jalan, perparitan, kawasan perniagaan telah dipertanggungjawabkan hanya kepada FELDA.
Kerja-kerja penambahbaikan dan melengkapkan pembinaan prasarana dilakukan secara berperingkat mengikut bajet FELDA. Ia juga dibuat secara bergilir antara rancangan dalam tempoh masa tertentu. Antara yang telah dilaksanakan ialah pembinaan 16 kompleks sukan, 53 dewan orang ramai serta pemasangan 8,300 tiang lampu dalam semua rancangan FELDA.
Selain itu, gelanggang futsal terbuka akan dibina di seluruh 312 kawasan rancangan dengan kos RM25 juta termasuklah di kawasan Yang Berhormat di Pengerang.
Terima kasih.
Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada FELDA terutama sekali dalam pendekatan sejak baru-baru ini yang banyak menunjukkan bahawa inilah yang dikatakan pendekatan FELDA tahap dunia pertama.
Soalan tambahan saya Yang Berhormat, saya berterima kasih mengenai jawapan Yang Berhormat berkenaan dengan tentang peranan yang akan dimainkan FELDA dalam pembangunan-pembangunan kecil dan sebagainya. Akan tetapi, yang sekarang berlaku di depan mata kita. Contohnya, deretan kedai-kedai yang ada dalam kawasan FELDA yang memang kita tahu jangka masa akan menentukan pembangunan setaraf.
Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Apakah FELDA terbuka dalam mengambil pendekatan untuk bekerjasama dengan Majlis Daerah di kawasan-kawasan berkenaan supaya tahap-tahap, kedai-kedai deretan ini boleh dinaiktarafkan dan dibantu dalam peruntukan disebabkan untuk memberi lebih banyak kebaikan kepada masyarakat setempat. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya terlupa, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Pengerang kerana kita telah melaksanakan tiga kali anugerah keceriaan kawasan kampung FELDA dengan peruntukan hadiah RM1 juta.
Daripada tiga pertandingan itu, dua kali dimenangi oleh kawasan Pengerang iaitu FELDA Semenchu dan juga FELDA Keledang. Satu lagi FELDA Ulu Belitong. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat dan cadangan tadi, tanah-tanah yang dibangunkan kawasan deretan kedai itu bergantung tanah itu milik siapa. Ada sebahagiannya adalah merupakan rizab JKR. Sebahagiannya tanah milik kerajaan negeri dan sebahagiannya milik FELDA.
Jika di kawasan rizab JKR dan juga kawasan tanah negeri, maka agensi seperti KEJORA dan sebagainya boleh membantu untuk membina deretan kedai di situ. MARA juga boleh membantu. Sebagai contoh, MARA ada membuat deretan kedai di FELDA Sungai Koyan dan juga di Jengka 15. FELDA boleh membantu untuk membina kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Kita telah melaksanakan di beberapa tempat seperti di Pasak, Chini, Nitar, Tembangau, Raja Alias dan Besout. Kita juga boleh melaksanakannya di Pengerang jika ada permohonan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila menyebut tentang FELDA, memang sangat rapat dengan satu polisi negara yang cukup besar iaitu Dasar Ekonomi Baru kerana ini telah mencipta satu harapan baru kepada orang Melayu dan bumiputera kerana kawasan FELDA telah dibuka begitu luas untuk tujuan utama iaitu regional development atau pun pembangunan wilayah yang terangkum dalam Regional Development Plan pada satu masa dahulu iaitu 30 tahun atau 40 tahun yang lalu.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Soalan tambahan saya, apakah Yang Berhormat fikir kita perlu bawa semula kepada asas penubuhan FELDA ini iaitu menubuhkan pembangunan wilayah, sekali gus membangunkan ekonomi orang Melayu dan bumiputera? Bukan meletakkan FELDA sebagai semata-mata untuk menghasilkan revenue kepada negara menerusi aktiviti komoditi kelapa sawit semata-mata. Saya rasa sekiranya perkara ini dibawa semula, saya rasa isu-isu berkenaan membawa kes ke mahkamah oleh peneroka-peneroka FELDA tidak akan berlaku. Mungkin perkara ini timbul akibat daripada ketidakpuasan hati sebahagian daripada warga FELDA yang faham tentang isu atau usaha sebenar pembinaan regional development plan ini. Saya minta pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kes-kes mahkamah yang dibawa oleh peneroka FELDA ini sebenarnya didalangi oleh pihak pembangkang.
Seorang Ahli
Tarik balik!
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita ada banyak bukti tentang perkara itu.
Akan tetapi daripada 12 kes yang sudah selesai Tuan Yang di-Pertua, 11 kes FELDA menang dan satu sahaja FELDA kalah. Itu pun sebab kita punya peguam bela tidak hadir pada hari berkaitan.
Saya setuju dengan Yang Berhormat mengenai regional development, dengan izin, ataupun pembangunan wilayah. Itu sebab 317 kawasan rancangan ini kita bahagi kepada 11 wilayah daripada Perlis sampailah ke Felda Sahabat di Sabah.
Saya ingin memaklumkan bahawa kita bukan hanya menumpukan kepada sawit dan getah sekarang ini, di bawah Perdana Menteri selaku Menteri FELDA, FELDA sekarang ini telah beralih bukan hanya getah dan sawit tetapi sekarang ini menguasai perniagaan gula – 70 peratus daripada bekalan gula dalam negara.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Bererti, bukan hanya getah dan sawit tetapi bertambah pula lagi gedung makanan negara iaitu untuk mengeluarkan makanan dalam bentuk ternakan dan juga akuakultur dan juga sayuran dan buah-buahan daripada kawasan FELDA, menjadikan FELDA sebagai gedung makanan negara.
Seterusnya, pembaharuan yang kita buat untuk FELDA ini ialah bio diesel, bio mas, bio teknologi. Bererti, FELDA bukan hanya getah dan sawit tetapi getah, sawit, gula, gedung makanan negara, bio diesel, bio mas dan bio teknologi. Terima kasih.
4. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan, perkembangan pengembalian hak mengundi warga Malaysia di luar negara seperti yang dikehendaki oleh Malaysian Overseas Right to Vote. Mengapakah proses tersebut tidak dipercepatkan untuk membolehkan mereka mengundi di Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar soalan ini dijawab bersekali dengan soalan nombor 66 pada 21 Mac 2011 oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan soalan nombor 68 pada 24 Mac 2011 oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana yang sering dijelaskan sebelum ini, bahawa dasar kerajaan yang sedia ada berhubung dengan hak mengundi warganegara Malaysia di luar negara dijelaskan di dalam Perkara 119(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan, dan juga Peraturan 2(c), 2(d) dan 2(e) Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan 3(1)(a) Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pengundian Pos) 2003 yang menetapkan hanya warganegara Malaysia yang menjadi anggota perkhidmatan awam Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara serta pasangan mereka dan para pelajar yang menuntut sepenuh masa di luar negara serta pasangan mereka sahaja yang jika telah mendaftar sebagai pemilih berhak mengundi mengikut kaedah pengundian yang sedia ada dan dibuat mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tahu sama ada kerajaan akan mengubah dasar sedemikian? Saya rasa adalah tidak wajar, tidak patut warga Malaysia dinafikan hak mereka walaupun mereka tidak menetap di Malaysia. Ini kerana peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan kelayakan jika mereka tidak bermastautin di sini, mereka boleh menjadi pengundi tidak hadir. Akan tetapi kerajaan mengadakan peraturan untuk menafikan hak mereka.
Saya hendak tanya pihak kerajaan, Yang Berhormat Menteri ada di dalam Dewan ini, apa yang begitu susah untuk memberi hak kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara? Kalau ada kategori di mana Yang Berhormat telah katakan boleh mengundi di luar walaupun mereka tidak berada di Malaysia, apa yang kerajaan takut? Mengapa kerajaan takut untuk bagi hak ini kepada warganegara Malaysia? Padahal, kerajaan sekarang sangat bimbang. Kerajaan adakan Talent Corporation untuk menarik mereka kembali ke negara ini.
Jadi saya pohon kembalikan hak ini kepada warganegara Malaysia. Mereka meminta hak ini sebab mereka masih sayangkan negara ini. Mereka hendak memainkan peranan mereka agar mereka boleh membawa perubahan. Yang paling asas adalah hak mengundi perlu diberi kepada mereka. Saya pohon jawapan, apa kerajaan takut?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak takut. Kalau Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Padang Rengas pun sayang dengan dia, tidak ada masalah.
Jadi, begini ya. Kalau kita lihat kepada Perkara 119(1)(a) dan 119(1)(b) dalam Perlembagaan Malaysia, penekanan kita beri kepada attaining the age of 21 iaitu umur 21...
Saya baca dalam bahasa Inggeris dengan izin, “(b) is resident in a constituency on such qualifying date”. Sudah tentulah kita ada sebut tentang absent voter.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Akan tetapi semangat dalam perlembagaan ini berkenaan dengan hak mengundi, kita mahu supaya dia hadir secara fizikal untuk membuang undi itu sendiri pada hari pilihan raya diadakan. Cuma, kita beri pelepasan kepada mereka yang menjadi pegawai kerajaan dan juga pelajar. Elemen yang penting di sini adalah mereka tidak berada di dalam negara bukan kerana kerelaan hati tetapi kerana mereka berada di sana sementara dan keduanya kerana terpaksa.
Jadi kalau Yang Berhormat sebut yang rakyat Malaysia duduk di luar negara, kalau sayang Malaysia, baliklah Malaysia, undilah. Jadi mereka duduk di sana di atas kerelaan hati mereka, bukan kerana pekerjaan dan bukan kerana terpaksa belajar. Jadi sebab itu hak ini mengikut semangat Perlembagaan, kita beri kepada mereka yang berumur 21 tahun dan yang penting ialah mereka mesti berada dalam negara untuk mengundi sendiri. Absent voter yang Yang Berhormat sebut itu hanya pelepasan kita beri kepada mereka yang berada di luar bandar kerana terpaksa berada di sana dan sementara. Jadi kalau dah duduk lima, enam tahun tidak balik-balik itu, itu tidak sayang Malaysia jawabnya.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Warga asing boleh pula di Malaysia.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di- Pertua, persoalan ini saya nampak macam pelik sedikit. Soalan ini soalan pelik, soalan politik. Kita nampak bahawa mereka ini meminta supaya mereka diberi kuasa untuk mengundi sedangkan mereka ini sudah hilang kepercayaan kepada negara – tinggal bertahun-tahun di luar negara. Kenapa kita bagi dia hak mengundi di dalam negara kita?
Apa yang saya tahu orang-orang yang diberi hak mengundi secara postal vote kah atau apa kah, sama ada dia kakitangan perkhidmatan suruhanjaya yang tidak boleh pergi mengundi ke tempat-tempat atau orang-orang yang diberi kebenaran seperti bekerja di luar. Mereka ini bukannya bermastautin terus di sana.
Jadi kalau sekiranya mereka ini dilayan, maka mungkin ramai daripada warganegara kita sudah keluar, dan mungkin ada yang membusukkan negara kita tetapi mahu hak untuk mengundi. Jadi saya minta kalau boleh, Menteri bertegas terus terang bahawa mereka ini bukannya setia kepada negara dan kenapa mahu diberi hak mengundi.
Kita minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi bagi kepada warga asing ya?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beri jaminan kepada Yang Berhormat Kalabakan, kita tetap bertegas. Akan tetapi yang celahan bodoh Yang Berhormat Pokok Sena ini tidak betullah. Kalau kita baca...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Menteri pun bodoh.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Kalau kita baca dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 119, berbunyi...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak. Yang Berhormat Menteri pun jawab bodoh... [Ketawa] [Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi kalau tidak pandai baca Perlembagaan, jangan buat celahan begini kerana ia akan memutarbelitkan dan memesongkan pemikiran rakyat, “119(1) mengatakan every citizen…” bermakna “Warganegara Malaysia”, bukan warganegara asing.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya lah. Kerana bagi taraf kerakyatan kepada warga asing, kepada PATI. Ini yang dibuatnya. Itulah antara yang terbodoh...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itulah jawapan bodoh.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itulah jawapan bodoh.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Celahan bodoh. Celahan bodoh macam ini tidak payah layanlah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak. Saya... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena, sudahlah. Yang Berhormat Pokok Sena, sudahlah.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ia boleh mengelirukan rakyat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baru hari inilah saya nampak Yang Berhormat Padang Rengas ini betul-betul Menteri bodoh.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi ini celahan sangat bodoh dan kebudak-budakan. Hanya layak di stall cendol sahaja.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak. Saya...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya berkawan dengan Yang Berhormat Menteri lama sudah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akan tetapi baru hari ini saya sedar, kata dia bodoh... [Ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Apa pun saya peguam, Yang Berhormat.
Saya tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan peraturan mesyuarat. Kenyataan Yang Berhormat Kalabakan. Saya rasa menyatakan bahawa mereka yang berada di luar negara itu tidak taat setia kepada negara, itu adalah amat tidak bertanggungjawab. Mereka masih...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau saya berdiam diri, tidak bermakna apa yang dibuat oleh Yang Berhormat itu mengikut peraturan mesyuarat. Ini sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan bukan berbahas dan berdialog. Saya sering kali dengar suara Yang Berhormat Pokok Sena, suara Yang Berhormat Kuala Langat. Lain kali oleh kerana suara itu selalu berkumandang, lain kali saya tidak benarkan dalam perbahasan kalau saya mempengerusikan. Ini kerana ada cara untuk mencelah hujah itu.
Jadi ingat tadi, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya. Baik, baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pasti Tuan Yang di-Pertua tidak bodoh. Yang Berhormat Menteri yang bodoh... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Kalau bersinis-sinis pun.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya mesti...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau bersinis-sinis, buatlah sinis-sinis kenyataan di luar. Jangan dalam Dewan. Tolonglah. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat diambil tindakan, banyak lagi nanti yang saya dengar.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya masih bertegas, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Point of order of what..., soalan ketiga? Sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Saya benarkan soalan ketiga kerana Menteri menjawab lebih daripada satu soalan. Sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah adalah satu yang kena mengena dengan Federal Constitution di mana hak untuk seseorang mengundi apabila beliau di luar negara. Yang Berhormat Menteri perlu faham bahawa bila seseorang itu ada di luar negara, dia dalam Federal Constitution tidak menyatakan jangka masa berapakah cut-of period.
Maka ini adalah satu hak dari segi undang-undang selagi mereka adalah warganegara Malaysia, as long as they are citizen of this country mereka ada hak.
Jadi macam mana kita boleh mengatakan we are 1Malaysia, kita merangkumi semua hak rakyat, kita first world dan sebagainya, akan tetapi kita tidak menghormati satu yang asas, the basis iaitu mereka ada hak untuk mengundi? Saya rasa bahawa kerajaan tidak memberi kebenaran kepada mereka kerana bila mereka pergi ke luar negara, they got the widest scope dalam apa yang terjadi. Maka saya haraplah kerajaan boleh berfikir balik.
Ada kesalahan telah dibuat pertamanya minta maaf kepada kesalahan tersebut dan mengisytiharkan bahawa mereka ada hak dan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, semua warganegara yang bermastautin di luar negara, in the temporary basis as long as they are citizen mereka ada hak untuk mengundi. Mengaku sajalah, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab dengan jelas berkenaan dengan semangat Perlembagaan dalam bahasa Malaysia. Saya minta maaflah kalau Yang Berhormat tidak faham. Saya tidak boleh cakap Tamil if you’re not understand. Akan tetapi saya sudah sebut iaitu kita memberi hak kepada setiap warganegara dengan syarat dia umur 21 tahun dan keduanya semangatnyalah is the residence in the constituency.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bermakna keperluan semangat, semangat dalam Perlembagaan ini...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Gajah.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Memerlukan mereka yang menggunakan hak ini mesti berada di dalam negara untuk mengundi. Secara fizikal mereka berada di situ.
Cuma, kita bagi pengecualian kepada absent voter yang ditafsirkan di dalam – memberi maksud kepada kehendak Perlembagaan itu ialah mereka yang dibenarkan, dianggap sebagai absent voter ialah mereka yang berada di luar negara bukan di atas kerelaan tetapi terpaksa bekerja dan hanya berada di sana sementara. Sebab itu kita benarkan kepada pegawai kerajaan dan pasangannya dan juga pelajar yang berada di sana bukan atas kerelaan hati mereka hendak belajar, keperluan untuk belajar dan pasangannya.
Jadi dua ini sahaja yang kita beri. Ini kerana hendak memberi semangat kepada – memberi makna kepada semangat di dalam Perlembagaan yang memerlukan setiap pengundi itu mesti berada dalam negara waktu mengundi. Kalau tidak, nanti ramai yang akan pergi ke luar negara dan mungkin juga bercuti dan kita terpaksa mengambil kira ketidakhadiran mereka waktu pilihan raya. Ini akan memberi masalah logistik dan macam- macam lagi masalah yang akan berbangkit.
[Soalan No. 5 – YB Datuk Haji Baharum bin Mohamed (Sekijang) tidak hadir]
6. Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan, mengenai rancangan kerajaan terhadap pekebun kecil getah dan kelapa sawit supaya mereka tidak bergantung kepada tenaga buruh asing.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan sememangnya menggalakkan para pekebun kecil sawit dan getah mengutamakan pekerja-pekerja tempatan dalam menggaji pekerja di ladang-ladang sawit atau getah milik mereka. Namun kesukaran untuk mendapatkan pekerja-pekerja tempatan yang berminat bekerja di ladang-ladang sawit dan getah ketika ini menyebabkan para pekebun kecil memilih untuk menggunakan khidmat pekerja-pekerja asing.
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta agensi-agensinya sentiasa berusaha mengurangkan kebergantungan industri sawit dan getah ke atas tenaga buruh terutamanya pekerja asing. Antara langkah-langkah yang sedang dilaksanakan adalah:
(i) mekanisasi penuaian buah sawit. Mesin penuai buah sawit berjentera iaitu cantas telah diperkenalkan sejak tahun 2002 lagi.
Cantas mampu mengurangkan keperluan tenaga buruh terutamanya penggunaan pekerja asing bagi aktiviti penuaian buah sawit. Sebagai contoh, penggunaan cantas dapat mengurangkan keperluan tenaga kerja dari segi pusingan penuaian di mana 50 hektar hanya memerlukan seorang pekerja berbanding 20 hektar secara manual;
(ii) jentera perladangan. Penggunaan jentera untuk aktiviti-aktiviti pengangkutan perladangan dapat mengurangkan kebergantungan tenaga pekerja. Umpamanya traktor mini untuk mengangkut buah sawit keluar dari ladang berupaya mengangkut sehingga 24 tan sehari berbanding dengan 1.8 tan hingga 2.5 tan sehari tanpa menggunakan jentera tersebut;
(iii) pengurangan kekerapan menoreh getah. Bagi sektor getah, penggunaan sistem torehan berintensiti rendah ataupun Low Intensity Tapping System (LITS) berupaya mengurangkan kekerapan menoreh bagi setiap pokok getah. Umpamanya melalui penggunaan LITS ini, bilangan hari menoreh pekebun kecil dapat dikurangkan iaitu dari 15 hari sebulan kepada hanya 10 hari sebulan. Dalam erti lain, sistem ini dapat mengurangkan keperluan tenaga kerja dari segi pusingan torehan di mana enam hektar hanya memerlukan seorang pekerja berbanding empat hektar sebelum ini; dan
(iv) menggalakkan penglibatan golongan belia. Bagi menarik minat golongan muda untuk bekerja di sektor perladangan, Kementerian telah menubuhkan Institusi Perladangan dan Komoditi Malaysia atau Impact Institute for Malaysian Plantation and Commodities. Menyediakan latihan kemahiran khusus peringkat asas dan lanjutan untuk sektor perladangan dan komoditi seperti mandur, penyelia ladang, penggred buah dan operator jentera. Langkah ini di samping dapat menggalakkan penyertaan golongan belia tempatan, ia juga dapat meningkatkan produktiviti sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.
Selain daripada langkah-langkah yang dinyatakan tadi, kementerian menggalakkan pekebun-pekebun kecil untuk menubuhkan koperasi di mana ia akan membolehkan penggunaan tenaga secara optimum dari segi penggunaan jentera dan tenaga buruh. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di tempat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau sebut masalah pekebun kecil getah dan kelapa sawit ini, ada dua perkara. Yang pertama ialah tenaga buruh asing dan yang kedua ialah usia pokok getah dan sawit yang sudah tua.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Benar kerajaan ada projek di bawah Entry Points Project, NKEA, yang memberi peruntukan tanam semula sawit sehingga 7,000 sehektar dan juga bantuan penyelenggaraan kebun.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Akan tetapi berkaitan dengan tenaga kerja ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, RM7,000 sehektar ia membabitkan kos tebang, racik pokok, buat teres, buat baris, beli benih, tanam, baja, racun. Itu semua kerja yang tidak termasuk dalam strategi mengurangkan tenaga buruh Yang Berhormat Timbalan Menteri senaraikan tadi.
Contohnya jentera perladangan ataupun mekanisme penuaian cantas. Itu di peringkat harvest ataupun kalau getah, pengurangan kekerapan torehan, mereka tidak ikut sebab sekarang getah mahal. RM10 sekilo. Dia toreh pagi dan petang. Tidak mungkin dia boleh ikut disiplin itu.
Institut melatih belia dalam bidang pekerjaan komoditi pun tidak boleh menyelesaikan masalah sekarang, semasa moment ini yang depan mata. Itu isunya. So, apakah kementerian sedar bahawa strategi bagi mengurangkan penggunaan buruh asing dalam sektor perladangan pekebun kecil getah dan sawit ini, strategi yang digariskan oleh Yang Berhormat Menteri itu kalau kita padankan realiti semasa di bawah ianya tidak match, tidak applicable sama sekali. Apakah reaksi Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Saya hendak bagi tahu bahawa bantuan yang kerajaan berikan ini ada dua peringkat. Pertamanya peringkat penanam. Peringkat penanaman ini diberikan mengikut kontrak-kontrak, di mana kebanyakan kontrak diterima oleh pekerja-pekerja tempatan ataupun kontraktor-kontraktor tempatan. Jadi tidak timbul isu di mana kita menggunakan pekerja asing dalam peringkat penanaman.
Di peringkat penuaian ini kita sedar bahawa ramai pekerja yang kita ambil itu adalah mereka yang mahir dari segi menuai, contohnya di peringkat penuaian buah sawit, kerja-kerja yang berat. Sebab itu kita cuba untuk menggalakkan belia-belia ini dengan memberikan kursus dan insentif-insentif tertentu supaya mereka ini masuk di dalam sektor perladangan di dalam negara supaya dapat kita mengurangkan tenaga buruh asing tersebut.
Jadi tidak timbullah sama ada strategi yang kita buat ini betul ataupun tidak kerana kita dapat dari segi apa yang kita buat sekarang ini, kita dapat mengurangkan tenaga pekerja buruh ini walaupun tidak banyak seperti yang saya katakan tadi sekurang- kurangnya dari satu peringkat ke satu peringkat dapatlah kita kurangkan sedikit demi sedikit. Insya-Allah akhirnya nanti dapat kita kurangkan kepada matlamat yang sebenarnya.
Terima kasih.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya memandangkan pekebun-pekebun kecil terutamanya di negeri Sabah yang secara majoritinya bergantung kepada tenaga kerja asing dan saya melihat satu tindakan yang baik diambil oleh pihak kementerian dengan melatih para belia.
Saya dapati rancangan yang telah dibuat di FELDA dalam beberapa tahun terutamanya di Sahabat 16 masih lagi kedapatan gagalnya belia itu terlibat secara langsung dalam aktiviti budaya kerja, bekerja di kebun kecil ataupun perladangan ini. Adakah pihak kementerian bercadang pada masa akan datang untuk membuat satu kajian yang lebih terperinci untuk memastikan supaya generasi muda ini memikirkan sesuatu bekerja di kebun-kebun kecil ataupun di kebun-kebun ibu bapa mereka ataupun di ladang-ladang tertentu menjadi satu bidang peluang pekerjaan yang akan menjanjikan satu peluang yang terbaik kepada mereka. Ini sesuatu yang perlu diambil kira untuk pihak kementerian memikirkan agar perladangan yang ada di negara ini dapat dioptimumkan untuk menghasilkan satu produktiviti yang terbaik. Jadi adakah kementerian membuat rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam perkara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Silam ada bertanyakan tentang masalah belia-belia di FELDA Sahabat yang nampaknya kurang sangat berminat dalam sektor perladangan ini. Pertama, daripada kajian kerajaan tentang masalah gaji dan juga insentif yang diberikan kepada pekerja-pekerja tempatan.
Sebab itu kerajaan sedang mengkaji secara terperinci bagaimanakah caranya untuk kita menggalakkan belia-belia masuk ke dalam sektor perladangan kerana kalau boleh kita pertingkatkan dari segi pendapatan mereka. Sebab itu kita minta kepada semua ladang yang besar dalam negara kita ini, kalau boleh di peringkat mandur tersebut atau supervisor yang ada dan ladang-ladang, kita berikan keutamaan kepada pekerja-pekerja tempatan. Di mana kursus-kursus kita berikan dalam semua institut yang ditubuhkan oleh kerajaan, sama ada oleh kementerian kita ataupun kementerian-kementerian lain. Terima kasih.
7. Tuan Matulidi Jusoh [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah pelajar Tingkat Empat yang mendaftar dalam Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan nyatakan keistimewaan serta matlamat pengajian ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, jumlah pelajar Tingkatan 4 yang mendaftar dalam program Pendidikan Menengah Tinggi, PERMATA Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah seramai 116 orang pelajar. Jumlah penawaran adalah seramai 139 orang pelajar. 23 orang pelajar telah menolak tawaran dan dari bilangan tersebut, empat orang pelajar telah menerima tawaran dari National University Singapore untuk meneruskan pengajian di NUS High School of Mathematics and Science.
Selebihnya masih meneruskan pengajian sama ada di sekolah menengah harian atau di sekolah berasrama penuh. Dari 116 orang pelajar, separuh adalah pelajar-pelajar luar bandar dan kawasan pedalaman. Selebihnya adalah pelajar-pelajar yang tinggal berhampiran dengan bandar. Terdapat sejumlah kecil pelajar dari dalam bandar dengan ibu bapa berpendapatan tinggi.
Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai beberapa keistimewaan seperti berikut:
(i) mereka tetap mengikut kurikulum kebangsaan dan berpeluang untuk mengikut pembelajaran menggunakan kurikulum yang ditetapkan untuk ‘O’ dan ‘A’ Level;
(ii) mereka yang berkelayakan juga boleh mengikut kurikulum advance placement yang telah diluluskan oleh America College Board dalam bidang-bidang berikut biologi, kimia dan statistik. Ini akan digunakan sebagai kursus yang boleh dipindah kredit dari program ini ke mana-mana universiti di Amerika Syarikat. Buat masa ini Pihak PERMATA Pintar UKM telah memohon kepada America College Board untuk kelulusan menjalankan kursus- kursus AP tersebut;
(iii) selain itu mereka berpeluang untuk mengambil ujian SAT atau Standard Attitude Test, SAT1 dan SAT2 yang membolehkan mereka memohon masuk ke mana-mana universiti di Amerika Syarikat. Jika mereka lulus dengan cemerlang, pelajar-pelajar berpeluang untuk memasuki universiti di Amerika Syarikat pada umur yang muda iaitu 16, 17 atau 18 tahun dan mendapat tempat di mana-mana universiti bertaraf Ivy League seperti Prinston dan Harvard;
(iv) pelajar-pelajar juga dapat menjalankan penyelidikan yang mereka minati dan akan dibimbing oleh profesor dalam bidang yang berkaitan sepanjang dua tahun dalam program ini. Mereka berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan penyelidikan yang dianjurkan sama ada dalam dan luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Untuk pengetahuan, tiga kumpulan pelajar akan bertanding dalam The 6th APEC Future Scientist Conference di Taiwan pada bulan April ini. Mereka dibimbing oleh profesor dan pensyarah dari SERI, ANGKASA dan Fakulti Kejuruteraan UKM;
(v) bagi mereka yang ingin meneruskan pengajian menggunakan kurikulum arus perdana mereka berpeluang melanjutkan pengajian mereka di UKM sendiri selepas tamat pengajian mereka;
(vi) pelajar-pelajar juga berpeluang mempelajari dua kursus tahun satu dari Fakulti Sains dan Teknologi, UKM iaitu Algebra dan Kalkulus. Jika lulus dalam kedua-dua kursus ini kredit yang diberikan kepada pelajar dalam program ini boleh dipindah ke pengajian tahun satu mereka;
(vii) pelajar-pelajar diberikan peluang untuk mengambil dua bahasa antarabangsa iaitu bahasa Jepun dan bahasa Perancis; dan
(viii) untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran sosial pelajar diberikan empat kredit kursus jati diri yang merangkumi beberapa aspek seperti pengurusan diri termasuk pengurusan masa dan pencapaian matlamat, pengucapan awam, dengan izin, public speaking, kepimpinan dan kemahiran kerja berpasukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Secara umumnya Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA Pintar (UKM) mempunyai matlamat seperti berikut:
(i) untuk melahirkan pemikir beradab yang berkeyakinan; dan
(ii) mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, kreatif, inovatif dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa.
Secara khususnya program ini mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
(ii) mempunyai nilai-nilai murni berlandaskan pegangan agama yang dijelmakan melalui tingkah laku sopan dan peribadi terpuji;
(iii) mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada masalah dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran baru berhubung dengan ilmu yang dipelajari hasil dari penelitian yang terperinci dan kritis;
(iv) sihat fizikal serta minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiri yang matang dan bijaksana, berjati diri kebangsaan dan seterusnya mampu menjadi warga negara dan warga dunia yang sentiasa dapat menghasilkan ilmu baru yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia sejagat;
(v) mempunyai daya kepimpinan yang baik, bertanggungjawab dan boleh membuat keputusan yang memberikan impak yang positif kepada kehidupan dan persekitaran dengan mengambil kira prinsip-prinsip nilai mulia dan beretika;
(vi) menguasai kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang berkesan; dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
(vii) mempamerkan ciri-ciri individu yang peka terhadap tanggungjawab sosial dan berkemahiran untuk memainkan peranan tersebut secara berkesan.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi dan saya menyambut baik Program Menengah Tinggi yang dilaksanakan ini walaupun usianya baru setahun dan bilangan pelajar 100 orang lebih.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, ada cadangan untuk menubuhkan Kolej PERMATA Pintar ini dan agaknya bila ianya boleh ditubuhkan, kerana ianya merupakan salah satu rancangan kerajaan untuk menjadikan warga minda kelas pertama apabila pelajar-pelajar ini dipilih. Apakah kerajaan bercadang untuk dikembangkan pengambilan pelajar-pelajar ini walaupun melalui IQ test kepada seluruh pelajar dalam negara kerana ia memberikan kepentingan yang amat bermakna kepada para pelajar yang pintar di negara ini. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Sememangnya kolej yang dimaksudkan itu dalam rancangan sebenarnya ia bukan kolej, ia merupakan sekolah pintar. Jadi cuma perbezaan sebutan sahaja satu kata kolej tetapi yang kita ada adalah sekolah pintar.
Pembinaan sekolah pintar ini dalam pelaksanaan dan berkenaan dengan pertambahan sama ada program ini akan dibesarkan atau tidak, pertamanya sudah tentu ia juga bergantung kepada kewangan yang diluluskan.
Keduanya apabila kita mengadakan program ini dengan UKM, ia sebenarnya hasil daripada inisiatif UKM juga. Jadi saya kira kalau ada universiti-universiti lain yang mungkin kemukakan inisiatif yang sama, maka saya kira kalau kewangan itu membenarkan, saya kira kita boleh pertimbangkan untuk mengembangkan program ini.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya memang berminat dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Padang Rengas.
Memang kalau matlamat PERMATA ini untuk mewujudkan pelajar-pelajar yang benar-benar berkaliber tinggi mencapai matlamat yang tinggi dan sebagainya. Ini mesti kita menggalakkan. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini, di Jabatan Perdana Menteri siapa yang benar-benar bertanggungjawab untuk PERMATA.
Adakah Setiausaha Agung untuk PERMATA ataupun pegawai-pegawai khas untuk PERMATA? Jikalau kita tengok buku belanjawan, tidak begitu terang siapa yang benar- benar bertanggungjawab.
Yang kedua, peruntukan sekarang untuk aktiviti yang disebutkan tadi dan adakah semua ini mengikut kriteria yang adil dan saksama kepada semua di Malaysia.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, sudah tentulah yang bertanggungjawab PERMATA ini adalah sebuah agensi atau jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Yang menjadi orang peneraju saya sebut tadi, kita ada kita punya bahagian PERMATA di bawah JPM. Ini bukan satu jabatan kongsi gelap macam Pakatan Rakyat belum daftar. Ini ada siap dengan peruntukan setiap tahun dalam bajet, ada kita bagi peruntukan dan ia adalah satu bahagian yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian. Jadi kalau kita punya First Lady dia cakap pasal PERMATA, janganlah marah.
Sebab kita hendak memperkenalkan sistem budak-budak cerdik di negara kita. Jadi kalau kita dapat memprojekkan program ini dengan lebih baik dengan penglibatan isteri Perdana Menteri. Kalau Yang Berhormat hendak jadi jurucakap PERMATA pun kita boleh terima, tidak ada masalah. Sebab Yang Berhormat sendiri pun sebut Yang Berhormat bersetuju dan suka dengan program dan jawapan yang telah saya berikan.
Saya nak sebut di sini, tadi Yang Berhormat bertanya tentang berlaku adil.
Sebagai contoh, surat tawaran yang telah kita berikan kepada Program PERMATA UKM ini, saya sebut sebentar tadi iaitu diberikan kepada semua. Jawapan saya pun ada sebut, orang-orang yang duduk di bandar itu pun dia punya bapa dia berpendapatan tinggi dia juga ditawarkan, kerana kita ambil kira bukan bapa dia tetapi dia itu. Dia adalah subject matter. Saya ingin sebutkan di sini dari segi adil, saya ingat kita tidak ada diskriminasi gender. Daripada segi jumlah pelajar-pelajar, pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki lebih daripada 13 peratus, bermakna ramai pelajar perempuan.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi kalau dikatakan kita tidak adil, sudah tentu kita bagi 50-50, tetapi tidak begitu.
Jumlah pelajar perempuan 13 peratus lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Itu pertama.
Keduanya dari segi etnik, tawaran yang diberi 61 peratus adalah pelajar Melayu...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Mencatatkan butiran yang disebut oleh YB Padang Rengas]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tulis Yang Berhormat... [Ketawa] 4 peratus pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak, cukup adil. Kalau tidak adil kita rangkum bumiputera Sabah/Sarawak orang Melayu. Habis mungkin tidak ada pun tetapi kita di sini 4 peratus pelajar bumiputera Sabah dan Sarawak, 22 peratus pelajar Cina dan 13 peratus pelajar India.
Saya hendak sebut oleh kerana kita ambil merit sahaja ya, pernyataan tertinggi negeri saya negeri Perak, memang orang cerdik ramai di negeri Perak, termasuk Ahli Yang Berhormat dari Titiwangsa dan Yang Berhormat Kuala Krai semua orang Perak, tetapi dia mewakili kawasan luar dari Perak. Kami sudah cukup ramai orang cerdik di Perak, hendak jadi MP terpaksa keluar untuk jadi wakil rakyat kawasan lain pula. Yang keduanya Terengganu, ketiga Kelantan dan keempat Johor.
Kemudian, penyertaan tertinggi dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Jadi saya boleh bagi jaminan di sini dalam soal untuk kita memastikan bahawa Program PERMATA ini berjaya kita base on merit. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
PERMATA ini penting.
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
First Ladylah katakan.
8. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bahawa memandangkan peningkatan ketara kes-kes jenayah di negara ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian untuk meningkatkan kadar nisbah anggota polis/rakyat kepada seorang pegawai polis dengan 400 rakyat dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pasukan polis dalam mengurangkan kadar jenayah khususnya di kawasan Wangsa Maju.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju yang telah mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, nisbah anggota polis dengan penduduk yang ditetapkan oleh Interpol ialah seorang anggota polis kepada 250 orang penduduk. Walau bagaimanapun, nisbah ini adalah hanya sebagai panduan sahaja kerana ia adalah berbeza dan amat bergantung kepada faktor-faktor lain seperti jumlah kepadatan penduduk, lokasi dan kadar jenayah sesuatu kawasan.
Bagi negara ini umumnya nisbah anggota polis kepada penduduk ialah seorang anggota polis kepada 270 orang penduduk, yang mana ia adalah hampir dengan nisbah yang disarankan oleh Interpol. Kadar nisbah ini adalah lebih rendah berbanding dengan nisbah yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju iaitu seorang anggota polis kepada 400 orang penduduk.
Sehubungan dengan ini juga, PDRM mempunyai hasrat untuk memastikan nisbah yang disarankan oleh Interpol tercapai. Buat masa ini kerajaan telah melaksanakan tambahan perjawatan anggota polis sebanyak 60,000 orang yang mana jumlah kekuatan PDRM akan meningkat kepada 105,929 orang pada masa sekarang kepada 150,000 orang menjelang tahun 2015.
Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian dan PDRM adalah komited dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di mana sejumlah 55 inisiatif di bawah Program Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sedang dilaksanakan di kawasan-kawasan panas (hotspot) yang dikenal pasti di empat buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Antara inisiatif utama di dalam mengurangkan kadar jenayah ialah:
(i) mewujudkan gelombang kehadiran polis atau omnipresent yang mana melibatkan rondaan anggota sukarelawan dari RELA dan juga dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di kawasan-kawasan panas;
(ii) penempatan semula mengikut giliran anggota PGA seramai 8,140 orang yang sebelum ini bertugas di sempadan Semenanjung Malaysia ke kawasan-kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi;
(iii) program pengawasan polis iaitu menggantikan 7,402 orang anggota polis beruniform yang selama ini menjalankan tugas- tugas pentadbiran di balai-balai polis untuk melaksanakan tugas- tugas kepolisan.
Hasil pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini sepanjang tahun 2010 iaitu sehingga 31 Disember telah berjaya mengurangkan kadar jenayah yang ketara iaitu seperti berikut:
(i) pengurangan 15 peratus jenayah indeks yang mana sasarannya ialah 5 peratus sahaja;
(ii) pengurangan 35 peratus jenayah jalanan yang mana sasarannya ialah 20 peratus sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan tindakan bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan Wangsa Maju seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kawasan Wangsa Maju tidak dikategorikan sebagai kawasan panas (hotspot) dan pihak kementerian tidak menafikan bahawa kadar jenayah di kawasan ini menunjukkan sedikit peningkatan pada tahun 2010.
Walau bagaimanapun, pihak PDRM akan membuat kajian untuk mengkategorikan kawasan ini sebagai kawasan panas (hotspot) yang baru di bawah inisiatif NKRA bagi mengurangkan kadar jenayah. Sehubungan dengan itu semua tindakan yang berhubung kait dengan pengurangan kadar nisbah. Jumlah penduduk dengan anggota polis dan juga beberapa tindakan lain berkaitan dengan inisiatif NKRA akan dilaksanakan. Sementara itu buat ini untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan Yang Berhormat Wangsa Maju tindakan-tindakan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
(i) menambah dua buah balai polis dan satu buah pondok polis yang baru iaitu Balai Polis Taman Melati dan keduanya ialah Balai Polis Taman Wangsa Link dan Pondok Polis, Seksyen 5, Wangsa Maju;
(ii) melaksanakan penguatkuasaan penugasan balai polis bergerak 24 jam yang sentiasa berubah tempat setiap lapan jam;
(iii) menjalankan operasi pencegahan jenayah;
(iv) sekatan jalan raya setiap malam di tempat-tempat sesuai; dan
(v) menjalankan skim rondaan sukarela bersama kesatuan Rukun Tetangga dan RELA sebulan sekali.
Terima kasih.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya saya amatlah tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Akan tetapi yang salah tadi saya mengatakan nisbah polis sekarang ini adalah satu anggota polis kepada 400 orang penduduk. Bukan saya hendak minta meningkatkan supaya kita ada 400 tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan sekarang ini nisbahnya adalah satu anggota polis kepada 270 orang.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Kalau ini adalah benar kenapakah sekarang ini di Wangsa Maju, ada lebih kurang 70,000 orang dan di Balai Polis Wangsa Maju ada cuma 70 orang. Jadi angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah memang salah.
Kalau kita gunakan angka sekarang, lebih kurang satu orang polis kepada 7,000 orang. Memandangkan keadaan di Wangsa Maju sekarang ini ada banyak kes jenayah seperti petty theft, jenayah kecil dan juga snatch thief, pecah rumah, robbery dan sebagainya. Adakah kerajaan rela atau bercadang untuk mengembalikan Sistem Salleh
(The Salleh System) di mana anggota polis ada lebih banyak patroli di kawasan-kawasan perumahan ini. Apa yang kita nampak sekarang ini di kawasan perumahan atau di city centre, kadang-kadang kita tidak nampak pun the police present, dengan izin. Ini amat penting. Tidak ada police present langsung. Jadi, penjenayah lebih galak mengambil tindakan jenayah.
Keduanya, nampaknya pihak polis lebih berminat untuk buat CID atau criminal investigations, penyiasatan jenayah. Ini memang baik. Akan tetapi nampaknya saya ada satu aduan baru-baru ini di bawah laporan 1643/1836 di mana seorang suspek ditahan oleh sebab pecah cermin kereta. Suspek ditahan selama lima hari pada musim perayaan Tahun Baru Cina. Bukankah polis membazirkan masa mereka untuk menyiasat dengan perkara yang amat kecil begini?
Begitu juga hukuman mereka, kalau mereka bersalah di mahkamah, yang banyak pun didenda bukannya dihukum penjara. Jadi bolehkah kementerian memberikan satu jawapan atau penjelasan, apakah mekanisme yang sedia ada sekarang ini untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis semasa membuat siasatan seperti kes ini di mana suspek Lin Cheng Wei ini ditahan. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sehubungan dengan nisbah yang saya nyatakan tadi iaitu bagi Malaysia pada umumnya, generally adalah bagi satu anggota polis adalah sebanyak 270 orang.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ini adalah apa yang saya telah tekankan tadi tergantung kepada faktor-faktor lain misalnya densiti dan sebagainya. Jadi daripada aspek Yang Berhormat Wangsa Maju, apa yang kita lihat dari segi dasar yang satu kepada 270 mungkin ada lebih sedikit dari segi penduduk kepada seorang polis, mungkin dari segi densiti tidaklah berapa teruk. Berkaitan dengan kes-kes yang berlaku di kawasan Yang Berhormat, kebanyakannya adalah berkaitan dengan curi kenderaan, itu yang meningkatkan angka kes, dan bukan kes-kes pecah rumah dan sebagainya. Sehubungan dengan kes Yang Berhormat sebutkan, berkaitan dengan aduan yang mana ditahan selama lima hari. Saya percaya kalau mengikut undang-undang, tahanan hanya boleh dibuat 24 jam tetapi oleh kerana untuk melaksanakan siasatan lebih terperinci, mungkin bukan kerana kesalahan pecah cermin sahaja, ada kesalahan-kesalahan yang lain juga yang perlu kita jalankan siasatan.
Oleh kerana itu, pihak polis perlu membuat rayuan kepada majistret untuk menahan lebih daripada satu hari, jadi oleh kerana itulah dalam kita membuat permohonan, ada alasan-alasan yang diberi kepada majistret dan kerana itulah maka majistret bersetuju untuk memberi sehingga lima hari sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.
Jadi inilah mekanisme yang mana kita gunakan dalam penahanan ini. Kalau lebih dari 24 jam, maka kita perlu memohon kepada majistret. Secara terperincinya saya tidak mengetahui fact of this case, jadi saya akan meneliti kes ini dan akan menjawab secara bertulis.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri tadi ada menyatakan bahawa kerajaan khususnya PDRM sedang berusaha untuk menambah keanggotaan pegawai dan anggota sebanyak 60,000 menjelang tahun 2015. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan setakat ini sejauh manakah usaha menambah keanggotaan pegawai dan anggota ini telah tercapai? Sasaran kita 60,000, sekarang ini berapa yang sudah tercapai dan ini saya rasa penting bagi mengekalkan momentum kejayaan dan pencapaian NKRA di bawah KDN dalam usaha mencapai sasaran mengurangkan jenayah indeks sebanyak 5 peratus dan mengurangkan 20 peratus jenayah jalanan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Sehubungan dengan perancangan untuk meningkatkan anggota polis kepada 150,000 menjelang tahun 2015 dengan penambahan sebanyak 60,000.
Sebenarnya perancangan ini telah pun dilaksanakan semenjak tahun 2007 yang mana pengambilan telah dibuat dan dilaksanakan dari masa ke masa. Ini kerana apa yang kita lihat, kalau hendak mengambil pelantikan bagi anggota ini dengan angka yang banyak sekali gus kerana tempat latihan tidak mencukupi. Jadi kerana itulah hari ini dalam kita membuat perancangan untuk meningkatkan pengambilan ini, pihak polis mendapat kerjasama dengan Kementerian Pertahanan di mana kita juga dapat menggunakan pusat latihan PUSASDA di Port Dickson dan juga pusat latihan PULAREK di KD Sultan Ismail dan Johor Bahru.
Dengan kegunaan pusat latihan polis yang sedia ada dan juga dengan kegunaan dua pusat latihan daripada Kementerian pertahanan ini, sehingga tahun ini sahaja setakat 1 Mac seramai 6171 telah diambil dan jumlah semuanya yang telah diambil setakat 1 Mac 2011 ini iaitu sebanyak 27,127 orang iaitu mulai tahun 2007 dahulu. Itu sahaja.
9. Datuk Raime bin Unggi [Tenom] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah kajian atau tindakan pihak Kerajaan untuk mengenal pasti terhadap tahap keracunan plumbum di kalangan kanak-kanak atau murid-murid sekolah di sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan sistem solar hybrid yang menggunakan bateri plumbum khususnya di negeri Sabah.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenom. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar telah menyediakan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik 24 jam di kawasan luar bandar dan juga kawasan pedalaman. Kementerian Pelajaran telah memperluaskan sistem solar hybrid dengan objektif untuk membekal tenaga elektrik yang lebih berkesan, reliable, dengan izin, dan mesra alam di samping mengurangkan kos operasi, serta membolehkan pelaksanaan program berasakan ICT berjalan dengan lebih sempurna.
Sistem solar hybrid meliputi beberapa komponen utama seperti sistem solar photovoltaic (PV), sistem inverter, sistem bateri dan juga sistem diesel generator yang berfungsi untuk membekalkan keperluan tenaga elektrik kepada pengguna di sekolah tersebut. Sistem bateri yang digunakan adalah jenis lead-acid yang menjadi pilihan yang disebabkan beberapa faktor seperti ekonomi, mudah diperoleh kerana teknologi ini telah berada lama di pasaran dan meluas penggunaannya terutama di dalam bateri kenderaan.
Di samping itu, bateri lead-acid boleh diperoleh dengan kapasiti yang besar.
Tuan Yang di-Pertua, plumbum yang digunakan dalam bateri plumbum berada dalam bekas yang tertutup dan tidak terdedah secara langsung kepada orang ramai. Oleh itu, tiada risiko keracunan plumbum daripada penggunaan bateri plumbum kepada orang awam, termasuk murid-murid sekolah di sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan sistem solar hybrid yang menggunakan bateri plumbum. Bagi mengelakkan risiko pencemaran, bateri plumbum yang telah tamat tempoh hendaklah dilupuskan mengikut Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Berjadual) 2005. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengguna termasuklah pihak sekolah bagi memastikan peraturan kualiti alam sekeliling berkenaan dipatuhi.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun risiko keracunan plumbum di kalangan murid sekolah di Sabah adalah rendah, Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau keadaan melalui Program Kesihatan Sekolah di mana gejala keracunan plumbum di kalangan murid sekolah boleh dikesan. Sehingga kini belum ada laporan diterima daripada perkhidmatan kesihatan sekolah mengenai keracunan plumbum di kalangan murid-murid sekolah. Sebagai langkah tambahan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan melaksanakan dan menjalankan pemeriksaan khusus bagi gejala keracunan plumbum di sekolah-sekolah yang menggunakan bateri plumbum.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Di samping itu, promosi kesihatan kepada pelajar berkenaan mengenai kebersihan diri seperti amalan membersihkan tangan akan dipertingkatkan. Langkah mudah seperti ini telah terbukti boleh mengurangkan risiko keracunan plumbum. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Raime bin Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Saya ingin merujuk kepada kes yang baru terjadi di sekolah SK Semambu yang mana berlaku kebocoran, kebakaran yang saya khuatir di mana para pelajar ataupun penduduk kampung terlibat akan terkena plumbum ini. Jadi saya ingin membuat soalan tambahan di sini, apakah langkah kementerian sekiranya berlaku kebocoran seperti yang saya nyatakan tadi, dan juga tindakan pemantauan yang dijalankan oleh pihak kementerian terhadap tapak-tapak pelupusan bateri. Di Sabah memang tidak ada, saya memang tidak tahu di sini tetapi saya dengar ada dan saya ingin tahu apakah tindakan pihak kementerian untuk menangani perkara ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Tenom di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, pihak yang bertanggungjawab di dalam kejadian kebocoran ataupun dengan izin, leakage of plumbum adalah Jabatan Alam Sekitar. Sekiranya Kementerian Kesihatan dimaklumkan mengenai insiden kebocoran, kementerian akan melaporkan perkara ini kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan dan di peringkat kementerian sendiri. Langkah-langkah pencegahan akan diambil oleh pihak kementerian terhadap murid-murid ataupun mereka yang terdedah kepada insiden ini.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, pemantauan tapak pelupusan ataupun kawasan industri plumbum dengan izin, adalah di luar bidang kuasa kementerian. Namun begitu apa yang ingin saya maklumkan ianya sebenarnya di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan
(PBT) dan juga Jabatan Alam Sekitar. Dalam perkara ini sekiranya berlaku leakage tersebut Jabatan Alam Sekitar akan menggunakan Environmental Quality Act 1974 dan Environmental Quality Schedule Waste dengan izin, untuk menangani masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tenom telah membangkitkan insiden yang melibatkan Sekolah Semambu, Tenom dan kita telah mendapatkan maklumat tidak ada insiden pendedahan dilaporkan terhadap kanak-kanak sekolah tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. Usul Yang Berhormat Menteri silakan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis 17 Mac 2011.”
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti kertas pemberitahuan yang telah diedarkan sebentar tadi, yang ini ya Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa pada hari Khamis 17 Mac 2011 selepas sesi pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan, Dewan akan membahaskan usul yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai bencana gempa bumi dan tsunami di Timur Laut Jepun yang dijadualkan di nombor satu dalam Aturan Urusan Mesyuarat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Point of Order 36(5), (6), (12).
Seorang Ahli tidak dibenarkan untuk menyebut nama Ahli lain, seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain dan 36(12) - pada masa perbahasan semalam, Ahli Parlimen bagi Kinabatangan membuat satu komen bahawa saya merupakan agen Singapura... [Dewan riuh] See! Ada kata betul lagi!
Saya tidak hendak memanjangkan perkara ini. Saya hanya ingin supaya Yang Berhormat Kinabatangan akan tarik balik, ambil balik sahaja kata-kata beliau dan saya tidak akan memanjangkan perkara ini. Saya harap Tuan Yang di-Pertua dapat membuat satu keputusan yang just bagi saya.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, inilah sesi yang keempat, bermakna tahun yang keempat, Parlimen ke-12. Sudah empat tahun. Macam-macam telah kita lalui. Mengenai dengan peraturan mesyuarat sering kali saya ingatkan. Bagi soal yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi ialah fatwa saya seperti begini. Apabila perkara itu berlaku sama ada Ahli Yang Berhormat yang berkenaan ataupun Ahli Yang Berhormat yang lain berdiri dan kemukakan peraturan mesyuarat.
Perkara ini berlaku kelmarin dan Ahli Yang Berhormat baru berdiri hari ini. Maka, saya tidak boleh layan. Keduanya, apabila sesuatu perkara telah diputuskan oleh Timbalan- timbalan Yang di-Pertua sewaktu mempengerusikan Mesyuarat, saya sebagai Yang di- Pertua tidak boleh overruled keputusan yang telah dibuat kerana keputusan Timbalan- timbalan Yang di-Pertua adalah keputusan saya juga. Sekiranya keputusan-keputusan itu tidak dipersetujui, maka buat usul bersendirian di bawah peraturan mesyuarat yang lain.
Jadi saya dapat tahu bahawa keputusan telah pun dibuat oleh Timbalan Yang di-Pertua kelmarin di mana Timbalan Yang di-Pertua mengatakan bahawa dia memikirkan pada ketika itu bahawa hujah daripada Yang Berhormat Kinabatangan itu tidak disertai oleh niat yang jahat. Yang Berhormat Kinabatangan cuma dia kata mungkin main-main pada ketika itu. Memanglah menjadi budaya Parlimen Malaysia ini, pada ketika Ahli-ahli Yang Berhormat berhujah ada yang sinis, ada yang menyindir, ada yang perkataan-perkataan yang langsung tidak dibenarkan pun dihujah juga tetapi oleh kerana kelancaran Mesyuarat, ada kalanya saya dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua membiarkan begitu sahaja. Itu fatwa saya. Jadi saya tidak boleh overruled apa yang berlaku kelmarin...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi Yang Berhormat?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Hendak penjelasan. Perkara ini penting sebab ini mengenai ‘me’, personal.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Yang Berhormat tahu bahawa perkara itu penting, bawa usul Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya boleh bawa usul tetapi saya rasa..
Tuan Yang di-Pertua
Bawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 40(3) kalau tidak silap saya.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kalau begitu saya harap bagi ruling yang telah pun dibuat oleh Tuan di-Pertua kelmarin akan digunakan bagi semua yang lain. Kalau katakan rakan-rakan kita gunakan “APCO, UMNO, APCO, UMNO” buat jenaka, saya harap ruling yang sama akan digunakan supaya kita fair kepada semua orang.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Awal tadi sudah saya sebut bahawa sesi ini adalah sesi keempat, bermakna empat tahun kita sudah bermesyuarat pada permulaan pertama. Fatwa-fatwa telah saya buat dari semasa ke semasa tetapi ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak akur dengan fatwa-fatwa itu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Akan tetapi perkara ini saya jadi mangsa.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi kalau itu adalah saranan. Itu saranan Yang Berhormat.
Saya sambut baik Yang Berhormat. Sudah pun saya buat keputusan, maka ambillah ingatan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain kepada saranan daripada Yang Berhormat berkenaan tadi. Ini kerana kalau nanti Ahli-ahli Yang Berhormat terkena jangan salahkan saya dan Timbalan-timbalan saya. Semua, period.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Jadi kalau Yang Berhormat tidak setuju juga dengan apa petua Timbalan Yang di-Pertua kelmarin, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat 43 iaitu keputusan kami boleh dipertikai tetapi bukan cara untuk berbahas dengan kami yang duduk di sini. Kalau tidak setuju, bawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43. Tiada siapa yang melarang.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Baik, Tuan Yang di-Pertua Peraturan Mesyuarat 43.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Gajah, adakah ini Peraturan Mesyuarat atau pun apa?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ada membangkitkan boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 43. Saya hendak memohon nasihat Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 43 yang Tuan Yang di-Pertua bangkitkan tadi untuk ulang kaji keputusan yang dibuat oleh Timbalan Yang di-Pertua kelmarin.
Tuan Yang di-Pertua tadi mengatakan boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 43. Saya jelas bahawa Peraturan Mesyuarat 43 memperuntukkan Ahli untuk kemukakan usul untuk mengkaji semula keputusan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi bolehkah Tuan Yang di-Pertua beri jaminan agar apabila kami menggunakan peraturan ini untuk mengemukakan usul memohon diulang kaji, usul itu akan dipertimbangkan dan bukan tertera di atas kertas sahaja. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua membuat satu precedent yang baru sebab sepanjang masa apabila kami mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43, ia hanya tinggal atas kertas sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat, saya respons kepada Yang Berhormat Batu Gajah dahulu.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Minta Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pergi bercuti ke Singapura sahajalah... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk. Yang Berhormat Pasir Salak duduk dahulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak minta penjelasan sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang dibangkitkan ini adalah peraturan mesyuarat. Kita bersidang ini...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Siapa yang kata mabuk itu selalu DAP punya kawan-kawan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai. Kita bersidang ini dipandukan oleh peraturan mesyuarat. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi itu ialah sekiranya ada usul yang mempertikaikan keputusan Tuan Yang di- Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua. Dia minta sama ada saya boleh beri jaminan bahawa usul itu akan dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, tahun ini adalah tahun keempat sesi keempat. Bolehkah Ahli-ahli Yang Berhormat baca Peraturan Mesyuarat 15(2).
Beberapa Ahli
Boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Sila baca Yang Berhormat Batu Gajah. Peraturan Mesyuarat 15(2) mengatakan bahawa:
“Urusan Kerajaan hendaklah diatur mengikut sebagaimana yang baik pada timbangan Kerajaan dan diberitahu kepada Setiausaha”.
Peraturan Mesyuarat 15(1) mengatakan bahawa; “Pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.” Ini peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Jika setiap usul itu dikemukakan dan tidak mempunyai masa oleh sebab urusan kerajaan didahulukan, maka usul-usul yang lain itu tidak dapatlah dibahaskan termasuklah usul-usul daripada pihak kerajaan. Ini peraturan mesyuarat Yang Berhormat, bukan saya yang buat. Jadi untuk mengelakkan supaya jangan ada pertikaian sebarang pertikaian, saya mohon sekali lagi supaya Ahli-ahli Yang Berhormat setiap kali berhujah patuhilah peraturan mesyuarat supaya semua kita berbahagia termasuk saya sendiri. Ini kalau ada perbahasan, sering kali saya dengar suara daripada Yang Berhormat Kuala Langat “Ha ha ha ha”... [Ketawa] Setiap kali persidangan saya dengar pencelahan daripada Yang Berhormat Pokok Sena, tidak mengapa. Jika perkara itu boleh menyeronokkan lagi perbahasan tidak mengapa kita biarkan. Namun semua ini melanggar peraturan mesyuarat. Sila teruskan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Usul saya yang saya failkan pada 14 Mac berbunyi seperti berikut. Bahawa perhubungan kaum di antara kita semakin merosot dan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk gunakan buku Interlok sebagai buku komponen sastera untuk Tingkatan 5 peperiksaan SPM di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan akan membawa kesan yang buruk di kalangan pelajar berbilang kaum.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Buku Interlok mempunyai ciri-ciri berunsurkan perkauman yang akan membawa ketidakselesaan di antara murid-murid. Buku Interlok yang disyorkan diguna di sekolah- sekolah ialah edisi pelajar di mana edisi asal diedit dengan tujuan yang membawa syak wasangka, tujuan Kementerian Pelajaran sebenarnya. Dewan ini harus dengan kadar segera membahaskan usul ini atas sebab-sebab berikut.
Pertama, Ramai rakyat Malaysia khususnya kaum India dan Cina dan juga pertubuhan-pertubuhan membantah terhadap buku Interlok digunakan di sekolah-sekolah.
Pihak kementerian boleh menggunakan buku-buku sastera Melayu lain yang sedia diterima oleh semua lapisan masyarakat Malaysia. Ia hampir tiga bulan sejak sesi sekolah untuk tahun ini telah bermula dan murid-murid belum bermula kelas untuk peperiksaan SPM bulan November nanti. Ini akan memudaratkan semua pelajar yang terlibat serta ibu bapa mereka. Ia lebih wajar dan praktikal untuk murid-murid ini memulakan mata pelajaran sastera mereka dengan menggunakan buku teks sastera lain dan buat persiapan untuk peperiksaan nanti.
Isi kandungan buku Interlok mempunyai isi kandungan yang tidak betul dari segi fakta dan akan memberi gambaran yang tidak tepat mengenai kebudayaan sesuatu kaum.
Buku Interlok memandang rendah kaum-kaum Melayu, Cina dan India dan ini akan digunakan oleh murid-murid dan kemudiannya orang-orang yang suka mengusik perasaan orang lain.
Buku Interlok akan mengakibatkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India di stereotaip dengan tabiat atau sifat-sifat yang tidak betul, yang tidak baik untuk perpaduan kaum. Adalah seruan Duli Yang Maha Mulia supaya semua rakyat Malaysia menjaga keharmonian antara kaum dan Kementerian Pelajaran mesti berjaga-jaga untuk tidak menjadi punca masalah di antara kaum. Ia adalah lebih wajar, teratur dan perlu untuk buku Interlok dibatalkan tujuan dan keputusan untuk digunakan sebagai buku teks di sekolah- sekolah.
Oleh yang demikian Dewan yang mulia ini harus membahaskan usul ini supaya polisi dan keputusan boleh diubah demi kepentingan semua pihak terutama sekali untuk perpaduan kaum dan masa depan negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Telok Intan pada hari Isnin, 14 Mac 2011. Teks ucapan Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.
Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu;
(i) bahawa perkara itu tertentu;
(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan
(iii) ia berkehendak disegerakan.
Saya telah meneliti perkara ini dan saya mendapati bahawa bagi perkara ini perkara tertentu, perkara ini ialah perkara tertentu. Bagi kepentingan orang ramai, ia adalah kepentingan orang ramai dan saya setuju. Sama ada ia berkehendakkan disegerakan, ini pendapat saya perkara mengenai penggunaan perkataan-perkataan yang menimbulkan sensitiviti kaum di dalam novel Interlok adalah satu isu yang diberi keutamaan dan perhatian khusus oleh kerajaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan beberapa langkah iaitu mewujudkan jawatankuasa bertindak, mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan dan penubuhan panel bebas yang akan membentangkan hasil kajian kepada Jemaah Menteri serta pihak kementerian juga akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak awam dalam masa terdekat. Oleh itu perkara ini tidak perlu disegerakan.
Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Saya ambil petua daripada keputusan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi saya hendak dapatkan nasihat lanjut, Tuan Yang di-Pertua tindakan-tindakan oleh pihak kerajaan untuk menganalisis dan mengkaji Interlok itu adalah satu keputusan kerajaan. Namun kita di sini bukan kerajaan Tuan Yang di-Pertua.
Dewan ini adalah salah satu organ daripada tunggak demokrasi. We are the legislator dengan izin. Mengapa Tuan Yang di-Pertua tidak boleh beri peluang untuk Dewan ini membahaskan perkara ini? Saya ingin mendapatkan nasihat selanjutnya, sekian terima kasih. I respect your decision in any case, thank you.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya menurut peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua boleh menolak usul yang di bawah Peraturan Mesyuarat 18 sama ada dibaca dalam Majlis Mesyuarat dan ditolak dengan alasan sama ada ia memenuhi tiga syarat yang disebutkan tadi. Satu daripadanya ialah Tuan Yang di-Pertua juga boleh menolak usul di dalam kamar. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua tidak perlu memberi alasan untuk menolak kerana Peraturan Mesyuarat 18(1) dan Peraturan Mesyuarat 18(2) jelas mengatakan iaitu kriteria Tuan Yang di-Pertua mesti berpuas hati
(complete discretion of the Tuan Yang di-Pertua).
Apabila saya menimbang semua fakta yang dibawa di hadapan saya, membaca usul dari Yang Berhormat dan selepas itu alasan yang diberi oleh kerajaan, saya berpuas hati bahawa ia tidak perlu disegerakan. Apabila perkara ini saya benarkan untuk dibahaskan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan Peraturan Mesyuarat 18(1) bukan juga menentukan apa tindakan yang dibuat, cuma ia perbincangan dan soal Interlok ini telah pun dibincangkan berbulan-bulan dan memakan masa untuk diperhalusi. Maka itu saya katakan tidak perlu untuk disegerakan, terima kasih. Sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Tuan Yang di-Pertua sudah membuat keputusan mengenai usul yang dibawa oleh Telok Intan, saya pohon Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada 18(3)(b) di mana, jikalau 15 anggota berdiri untuk memberi sokongan kepada usul tersebut maka ia boleh dibentangkan pada pukul 5.30. Saya pohon ia dikemukakan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Apa Yang Berhormat ingin kemukakan?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yes. Saya should think 18(3)(b) mengatakan sekurang-kurangnya ada 15 anggota Ahli Parlimen berdiri untuk menyokong usul yang dibawa, ia boleh dihujahkan selepas itu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu kalau 15 Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri untuk menyokong satu usul, maka 18(1) itu boleh dijalankan. Ahli Yang Berhormat kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ingat pada tahun 2008, 2009 usul untuk undi tidak percaya pun yang juga Ahli Yang Berhormat berdiri semua bermakna lebih daripada 15, ingat Yang Berhormat tidak juga saya benarkan kerana saya berpendapat pada ketika itu, apabila 15 orang berdiri menyokong usul 18(1) ianya tidak berkenaan. I am sure about this. Akan tetapi seperti juga yang saya sebut kalau tindakan saya di bawah 18 itu tidak dipersetujui oleh Yang Berhormat daripada Telok Intan boleh bawa usul bersendirian di bawah 43. Sama ada ianya akan dibahaskan ataupun tidak, ianya bergantung kepada maksud Peraturan Mesyuarat 15(1). Terima kasih. Sila teruskan.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengucapkan Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan terima kasih atas peluang untuk sama-sama membahaskan Titah Ucapan Yang di- Pertuan Agong semasa merasmikan sidang pada kali ini minggu lepas.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Baginda telah menyentuh beberapa perkara dan saya ingin memberikan pandangan atas dua, tiga perkara yang saya rasa penting untuk dimaklumi dan diketahui oleh Dewan ini. Kita telah berbincang panjang antaranya yang disebut oleh Tuanku mengenai keselesaan rakyat, mengenai pengurusan yang baik, mengelakkan fitnah dan berbagai-bagai perkara lagi yang saya rasa penting untuk kita tekuni dan kita bahaskan.
Saya hendak membawa beberapa kisah dalam kitab-kitab besar umat Islam seperti yang terdapat dalam Kitab Riadhus Solihin, nukilan Imam Nawawi dalam bab 8.
Beliau menceritakan tentang melaksanakan keadilan dan juga menolak fitnah. Kita biasa dengar tentang cerita Nabi Yusof yang difitnahkan sebagai cuba melakukan tindakan terhadap Zulaikha. Antara bukti yang paling sahih dikemukakan yang tidak boleh dipertikaikan ialah tindakan yang dikatakan koyak baju itu. Akan tetapi koyak ini sebelah belakang. Akan tetapi itu dijadikan sebagai bukti hampir sahih ataupun sahih bahawa Nabi Yusof telah melakukan usaha-usaha pencabulan.
Akan tetapi sejarah merakamkan, Allah SWT menunjukkan beberapa perkara yang sebegini penting harus diperhalusi. Mana boleh pencabul koyak belakang bajunya.
Sepatutnya berlaku di sebelah hadapan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kalau main belakang.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Kalau isunya main belakang kenapa dia sebelah depan pula yang ada air mani. Itu yang peliknya... [Ketawa] Pelik, pelik.
Menimbulkan persoalan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Macam boleh main belakang... [Ketawa]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Akan tetapi di depan pula yang memancut. Jadi ini perkara-perkara yang saya rasa harus diteliti. Contoh kedua cerita Nabi Yusof juga, ini bukan dogeng. Apabila Nabi Yusof dianiayai oleh adik-beradiknya dan ada cubaan untuk membunuhnya dibawa satu bukti yang sahih, baju Nabi Yusof yang berlumuran darah sebagai bukti memberitahu kepada ayahandanya Nabi Yaakob tentang Nabi Yusof yang telah diserang oleh serigala dan mati, dan inilah buktinya, baju berdarah lengkap sudah. Akan tetapi tidak adalah kajian DNA masa itu, DNA belum ada, cap jari pun tidak pakai lagi.
Kalaulah mengikut pandangan selapis, ya sudah pasti sahih bahawa Nabi Yusof telah dibaham oleh serigala, sebab haiwan yang ganas. Akan tetapi ayahandanya yang arif, yang juga nabi yang melihat dengan teliti, kita boleh andaikan baginda berkata; “Hai bagus punya serigala, dilapahnya-lapahnya anak aku tetapi sebelum itu ditanggalkannya baju sedikit pun tidak koyak, tetapi berdarah”. Serigala pun bagus. Jadi ini mengajak kita kepada satu penelitian supaya kita tidak semudah-mudahnya mengatakan ini bukti yang sahih.
Inilah satu-satunya bukti yang mengesahkan perkara itu berlaku. Kena teliti. Ini tidak riuh satu negara, demonstrasi sana, sini... [Dewan riuh] Dahulu masa sebelah sini mengadakan demonstrasi atas isu-isu rakyat...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Fasal apa cakap ini?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Akan tetapi dikatakan oleh pimpinan UMNO dari Rembau kata; “Ha, ini monyet-monyet, beruk-beruk di jalanan”. Hari ini siapa jadi monyet, siapa jadi beruk saya pun tidak tahu. [Ketawa] Menuntut, “Oh, DNA, DNA”. Apa dia DNA? Sejak bila makcik tua ini yang keluar dalam TV minta DNA, DNA? Menghina mahkamah.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Takut hendak bagi sebab apa. Bagi sahajalah.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Kalau hendak ikut semua minta. Oh, suruh sumpah! Bila kita mempertahankan dari segi prinsip sumpah tidak berlaku, ha sudah mula kelam kabut. DNA pula.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Sudahlah Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ini menunjukkan kegawatan dan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Marang dalam satu kenyataan ini membuktikan bahawa kes yang berlaku di dalam mahkamah adalah kes politik, didalangi oleh UMNO... [Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Apa Kuala Krai. Bab lainlah senang sedikit.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Mereka takut bakal pimpinan Pakatan Rakyat yang akan memimpin negara ini... [Sorak] mengambil alih, lalu mereka membawa isu-isu...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tukar tajuk lainlah Kuala Krai. Tajuk lain, tajuk lain.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya? Jadi kita kena teliti perkara ini. Kita kalau kita hendak tengok...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Sudah terang lagi bersuluh.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
DNA Altantuya dahulu atau macam mana kan, sampai sekarang ini timbul makna baru DNA... [Ketawa] Saya tidak mahu sebut.
Kalau boleh isu Menteri dituduh ini pun kita hendak minta DNA. Tidak ada kita tidak pergi sampai ke situ.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Kuala Krai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya memang bukan background perubatan tetapi DNA ini seperti banyak DNA yang baru ini maksudnya apa? Bolehkah beritahu Dewan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat tidak perlu buatlah istilah DNA... [Ketawa]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Memang Tuan Yang di-Pertua. Saya pun tidak tahu tetapi ada orang kata ‘Datuk Najib Altantuya’... [Ketawa] Saya pun tidak tahu.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Ha, itulah pemimpin Islam, imej dia.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak tahu, orang kata.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Itulah imej pemimpin Islam itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Speaker tadi baru bagi makluman yang terperinci mengenai peraturan mesyuarat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih. Saya faham. Merujuk kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara kata, kalau macam itu free for all lah. [Ketawa] Ada juga kisah sejarah kita
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai ini menyebut Datuk Najib Altantuya ini sudah...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ada tiga kes...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya sudah bagi amaran sudah Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Sudah melampau, kena tarik balik. Ini Datuk Najib...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ada tiga kes dalam sejarah yang ditulis dalam Kitab Riadhus Solihin ini...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bukan sebarang wakil rakyat, dia seorang Perdana Menteri. Minta tarik balik.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
...Mengenai tiga keadaan, tiga bayi yang boleh bercakap.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta tarik balik, tarik balik dulu... [Dewan riuh]
Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
[Menyampuk] Minta ditarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tarik balik dulu.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Habis bercakap.
Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk] Kalau tidak beliau tidak boleh cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tarik balik dulu..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
...Tuan Yang di-Pertua, tadi disebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kuala Krai...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Banyak kali Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sekali sebut. Tidak boleh...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini perkara yang...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang keduanya ialah mengenai isu...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
No way, stop him! [Dewan riuh]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tidak boleh.
Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, saya sudah memberikan amaran dan meminta agar dia tidak mengulangi. Amaran itu reprimand Yang Berhormat, ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia bukan membuat tuduhan yang baru terhadap Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Amaran diterima, bukan saya kata, orang yang kata...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Orang kata apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh, Yang Berhormat Kuala Krai. Tidak boleh membuat sindiran seperti itu Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Stop it, berhentikan Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Kita hormati, terima kasih. Kita teruskan...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Kuala Krai, apa salahnya saya tanya sebab memang saya tidak tahu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hendak tarik balik tidak?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Apa salahnya?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Indera Mahkota ini hendak campur sebab apa?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya bertanya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Indera Mahkota...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat, saya tanya beliau, apa masalahnya?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Indera Mahkota. Kenapa hendak campur ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
‘Siapa makan cili dia rasa pedaslah’ Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Taiping, duduklah Yang Berhormat Taiping. Balik pergi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta duduk Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Pasir Salak bukan tahu berkenaan DNA, dia tahu kelapa sawit sahaja...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dahulu perintah Perak bawa jual pasir di Singapura...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Seludup pasir banyak- banyak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Krai teruskan Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
...Kelapa sawit dengan getah sahajalah, jangan jaga DNA lah. Bagi doktor-doktor yang jaga... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, kita dalam sejarah juga dalam kitab yang sama ada menceritakan tentang tiga kes yang boleh bercakap-cakap pada umur lahir, semasa kecil, yang lain itu tunggulah dua tahun baru boleh bercakap. Kes pertama Nabi Isa kita, keduanya adalah kes mengenai seorang abid, Juraij ditulis dalam kitab yang...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang cukup kuat ibadah dan sehinggakan ibunya datang hendak bertemu, memberi salam pun, tiga hari berturut-turut dia tidak dapat menjawab kerana dalam keadaan ibadah. Maka ibu kecewa, lalu ibu berdoa supaya anaknya diberikan suatu pengajaran oleh Allah SWT. Maka selang masa berlalu datang seorang pelacur, yang datang mengaku bahawa si Juraij ini begini-begini, buruk perangai,
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Dia melakukan sumbang tetapi oleh sebab Juraij ini abid, orang yang respek, orang tidak percaya. Sampailah suatu keadaan apabila pelacur ini datang membawa bayi, “Ini bayi si Juraij.” Jadi manusia ini Yang Berhormat sekalian, apabila melihat bukti dengan mata ini mudah percaya, “betul ini, betul bayi ini anak Juraij.” Bagaimana kononnya Juraij yang begitu baik, abid boleh melakukan yang sedemikian? Maka di meminta supaya Juraij ini dihukum hanya kerana kata-kata daripada satu pihak, yang membawakan satu bukti yang kononnya paling sah. Lalu disampaikan kepada Juraij, “Kamu telah dituduh begini.” “Apakah buktinya?” “Datang perempuan ini membawakan bayi dan mengatakan bayi ini bayi kamu, maka kamulah.” Lalu dalam kes ini Allah SWT tunjukkan bayi ini dibawakan kepada Juraij, lalu Juraij pegang bayi ini dan bayi itu boleh berkata, “Bukan itulah ayah ku.” Pelacur ini berhubung dengan orang lain bukannya dengan Juraij.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Itu instance yang kita ada di dalam sejarah, yang mana bayi boleh berkata-kata untuk menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak boleh menerima hanya dengan mudah sahaja apa-apa bukti dan terus mengatakan orang ini bersalah. Jadi ini yang saya hendak bawa dan satu lagi kes itu tidak perlulah saya panjangkan lagi di sini. Ini saya hendak mengajak kita meneliti...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya hendak mencelah.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Supaya tidak semudah-mudahnya membuat satu kesimpulan hanya kerana kita hendakkan seseorang itu didapati bersalah, apa juga bukti itulah dia. Jadi kita berharap perkara ini tidak menjadi fitnah yang...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Minta laluan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang di-Pertuan Agong kita kata, harus kita elakkan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai bangun Yang Berhormat, hendak bagi?
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, sila.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Krai tadi membawakan kisah Nabi Allah Yusuf alaihi wasallam dan ayahandanya Nabi Yakub. Walaupun saudara mara Nabi Yusuf alaihi wasallam membawakan bukti baju berlumuran darah sebagai bukti terang, nyata bahawa Nabi Yusuf telah mati dibaham serigala, peristiwa ini bertitik tolak daripada...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Kita pun tahu, tidak payah cakaplah.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Rasa cemburu saudara mara dia kerana Nabi Yakub ini lebih mengasihi Nabi Yusuf alaihi wasallam tetapi keupayaan Nabi Yakub mengesan bukti penipuan. Pengajarannya barangkali ialah seorang hakim harus ada keupayaan dan kemampuan mengesan penipuan, logiknya ialah mati dibaham serigala, baju berlumuran darah tetapi baju tidak koyak itu yang pertama.
Saya teringat apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai iaitu soal hadis Nabi Muhammad SAW di dalam kitab Riyadus Solihin Imam Nawawi, bab kelapan, kelebihan Du'afa dan Masakin, tiga bayi yang berkata-kata. Nabi sebut tidak berkata bayi melainkan tiga, Isa Ibn Maryam, kisah Juraij dan satu lagi kisah ibu yang sedang menyusukan anaknya kemudian datang lelaki yang cantik pakaiannya, elok kenderaannya serta hebat.
Lalu ibu itu berdoa, “Ya Allah, Ya Tuhan ku biarlah anak aku jadi seperti lelaki ini”, bayi yang sedang menyusu itu kemudian menarik mulutnya daripada susu ibu dan berkata- kata iaitu “Ya Allah Ya Tuhan ku, janganlah menjadikan aku seperti lelaki ini” lalu ibunya berkata “Mengapa? Aku mendoakan kamu menjadi baik, hebat, pakaian, kenderaan, kedudukan, kuasa yang hebat” tetapi bayi itu berkata “Ibu, ibu tidak tahu bahawa lelaki ini hebat tetapi kejam, zalim, kuat melakukan fitnah, menganiaya rakyat”, itu kisah tiga perkara itu.
Sebab itulah saya menghargai kesungguhan Yang Berhormat Kuala Krai yang memberikan peringatan yang baik kepada kita, sebagai orang Islam kita beriman dengan kitab al-Quran. Nabi Yusuf adalah cerita di dalam al-Quran, kita beriman kepada Rasul, hadis Nabi Muhammad SAW yang ditulis di dalam Riyad’tus Solihin oleh Imam Nawawi ini adalah suri teladan untuk kita meneladaninya. Bahawa perbuatan menuduh, memfitnah, walaupun dengan keupayaan mata kasar kita, bukti terang dan sahih di sana sini tetapi kita mempunyai panduan sebagai orang Islam. Terima kasih... [Tepuk]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Penjelasan...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Machang di atas penjelasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai bangun Yang Berhormat, hendak beri Yang Berhormat?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ledang bangun.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak payah.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ledang bangun, bagi tidak ini?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi Tuan Yang di-Pertua, pengajaran yang kita dapat...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Dia mana hendak beri laluan, tidak mahu mendengar kebenaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak beri jalankah Yang Berhormat?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Supaya mengemukakan bukti dan penghakiman. Kita harus teliti, mengambil kira fitnah-fitnah yang telah dilemparkan hanya untuk meruntuhkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Seseorang tersebut. Jadi ini...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ledang, Ledang...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Satu pengajaran yang baik...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kuala Krai...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang kita ambil daripada..
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Bagi laluan sikit Yang Berhormat Kuala Krai...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Kitab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak sempat ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Lenggong minta duduk Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Berilah Yang Berhormat Kuala Krai...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tidak bagi laluan Tuan Yang di-Pertua?...
[Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Seterusnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak beri laluan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
...Kepada isu yang seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, di dalam bab pengurusan ekonomi negara...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Ah! Kita hendak membantu ini.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Dewan telah berbincang panjang tentang isu...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Bagi laluanlah Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Mass Rapid Transport ataupun ada yang mengatakan Mass Rapid Transit. Sistem menggerakkan rakyat yang ramai, mass bukannya mess kelam kabutnya dan rapid itu sangat penting, segera. Sistem ini adalah pengangkutan transit kepada pengangkutan-pengangkutan yang lain supaya kita dapat bergerak dengan pantas, ia bukannya suatu stand alone yang apabila dibuat tanpa perancangan yang baik. Satu sistem transport tetapi tidak dapat membawa kita dengan segera kerana penyambungan tidak ada, integrasi dengan sistem lain tidak ada.
Jadi ini harus diambil berat, kerana kosnya tinggi Tuan Yang di-Pertua, sehingga RM38 bilion atau RM50 bilion. Kita tidak tahu apa dia cost overrun, siapa yang hendak bertanggungjawab? Bagaimana kontrak diberikan kepada Gamuda MMC, apa syarat-syarat perjanjian? Kita hendak tahu, Dewan hendak tahu dan saya yakin di sebelah sana juga hendak tahu apakah dia detail perjanjian itu, dalam menangani isu kos misalannya.
Siapakah yang hendak bertanggungjawab?
Kita juga hendak tahu walaupun ada yang mengatakan ini masih terlalu awal, tidak mungkin harga tiket hendak tahu sekarang ataupun berapakah nanti kerajaan akan bayar subsidi setiap tahun? Ada yang mungkin mengatakan ini terlalu awal untuk bercakap. Tidak terlalu awal kerana projek ini akan mula dilaksanakan beberapa bulan lagi. Jadi tentulah sudah ada satu persiapan atau perancangan yang harus didedahkan secara telus kepada rakyat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Itu yang kita minta. Kosnya besar, ya. Jadi, tidak boleh kita mahu mengambil ringan bahawa masih dalam kajian. Akan tetapi tiba-tiba dalam bulan Julai kata sudah mahu roll out. Mahu mula melaksanakan. Jadi, ini saya rasa perlukan penjelasan dalam Dewan ini dan saya memohon kalau boleh pihak kerajaan ataupun kita di Dewan ini, dapat membentuk satu Jawatankuasa Khas (Select Committee) untuk sama-sama kita meneliti kerana kesannya, kos terhadap rakyat cukup besar, duit rakyat ini. Kalau kita kiralah, paling mudah kita kira. Kalau mahu ambil mudah RM1 bilion yang mahu kita beli satu OPV ataupun offshore patrol vessel yang disebut oleh Kementerian Pertahanan. RM1 bilion, cuba bayangkan RM1 bilion untuk satu bot. Penting? Ya, penting. Siapa kata tidak penting untuk mengawal, persisiran kita. Akan tetapi dengan kos tersebut, harus diteliti dengan lebih oleh kita di Dewan ini.
Ini kerana RM1 bilion untuk satu bot ini, kalau saya congak-congak ahli mesyuarat sekalian, kalau kita mahu convert jadi scholarship pun dapat hantar dua tahun pelajar JPA yang seperti disebut Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, RM500 juta setahun. Bayangkan dan kita boleh menghantar berapa ratus orang? 800, 700 orang ataupun kalau kita buat rumah dengan kos RM50,000 sebuah rumah dengan harga RM1 bilion itu kita boleh dapat lebih kurang 20,000 rumah. Habis orang Kuala Krai dapat rumah baru belaka dengan sejumlah wang itu. Ertinya wang itu besar apatah lagi kalau melibatkan kos sehingga RM50 bilion. Cuba kita darabkan. Jadi, tentulah kita memerlukan satu penelitian sebab ini kosnya akan ditanggung oleh rakyat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi, kita minta pendedahan yang telus mengenai syarat-syarat dan juga bagaimana perkara ini akan dilaksanakan. Sila.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan rakan saya dari Kuala Krai.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Satu pandangan dan cadangan yang sangat baik dari Yang Berhormat bahawa perlu kepada satu Jawatankuasa Khas untuk meneliti projek ini kerana berasaskan kepada pengalaman dalam isu PKFZ umpamanya. Itu sangat jelas di mana akhirnya saya melihat bahawa apa yang kita diberitahu, bahawa berlaku penipuan dalam Kabinet. Penipuan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Satu penipuan yang dilakukan. Maknanya, itu pun selepas daripada dua orang bekas Yang Amat Berhormat Berdana Menteri pencen dan orang yang dituduh menipu pun pencen. Baru kita tahu. Jadi, kita tidak mahu pula berlaku lagi. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa cadangan ini kerana kita tidak mahu berlaku lagi sepertimana yang berlaku dalam kes PKFZ...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Jemaah Menteri ditipu termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada sekarang ini juga... [Ketawa] Adalah anggota Jemaah Menteri, Pekan dan Pagoh, anggota Jemaah Menteri yang ditipu oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, ini menunjukkan bahawa Kabinet hari ini pun adalah Kabinet yang sangat lemahlah. Maknanya Kabinet yang mudah...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
... Kena tipu lah.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, kita tidak mahu begitu.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, itulah tujuannya preventive. Kita mahu mencegah. Kalau telah sampai RM12 bilion PKFZ siapa mahu tanggung? Kalaulah penipuan ini dapat dikesan di peringkat awal, saya yakin kita tidak akan sampai ke peringkat tersebut. Jadi, saya mendesak sangat supaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota bangun lagi Yang Berhormat.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jawatankuasa Khas ini di...
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya cuma mahu penjelasan lebih lanjut sedikit. Saya berminat sangat sebab Yang Berhormat Kuala Krai menyatakan bahawa jumlah yang mahu dibelanjakan itu kalau dipindahkan kepada peruntukan lain seperti rumah tadi boleh bina 20,000 buah rumah. Saya rasa yang terlalu mendedak sekarang ini ialah faktor rumah kediaman. Oleh sebab itu kerajaan baru ini mahu cadangkan mahu buat rumah untuk orang-orang muda. Saya rasa dia menyedari bahawa terdesaknya faktor ini, tetapi katanya kekangan kewangan dan sebagainya.
Saya mahu tanya memang Yang Berhormat Kuala Krai buat satu asas premis argument, dengan izin, yang sangat mustahak. Maknanya, kalau RM1 bilion cuma satu kapal yang dalam masa beberapa tahun akan datang barangkali ada masalahlah bocorkah, tidak boleh menyelam, tidak boleh start, dan macam-macamlah masalahnya termasuk dengan maintain. Jadi, adakah wajar dalam keadaan yang kritikal seperti ini kita tumpu dan juga mendesak supaya mahu beli jua kapal berbanding pada mahu rumah, ini soal berbuat keputusan. Saya mahu tanya pendapat. Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya. Kepimpinan yang baik dan amanah ia mengambil priority atau kepentingan dan keutamaan. Dalam bab ini saya rasa bab keselesaan rakyat menjadi keutamaan dalam suasana ekonomi begini, ya. Keselamatan negara penting.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Akan tetapi bagaimana kita mahu mengendalikannya supaya tidak sampai melibatkan kos yang tinggi sehingga ada opportunity lost dan ada ruang-ruang yang kita terpaksa korbankan. Di sini saya bersetuju dengan pandangan dan sokongan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Tuan Yang di-Pertua seterusnya...
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Sungai Petani sedikit, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Sungai Petani, sila.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Sementara Yang Berhormat Kuala Krai kata tadi ada isu-isu kadang-kadang kita bawa soal-soal kebimbangan kita ataupun kita ada bukti-bukti yang minta kerajaan menyiasat seseorang individu. Contohnya, bekas Yang Berhormat Menteri dahulu yang terlibat dalam Kementerian Pengangkutan. Akan tetapi nampaknya seolah-olah khususnya backbenches di Barisan Nasional mengatakan inilah pembangkang, fitnah. Inilah pembangkang. Apa salahnya apabila kita pembangkang tugas kita ialah untuk melihat bagi membantu kerajaan. Ada benda-benda yang terlepas pandang oleh Barisan Nasional, kita bawa. Apa salahnya backbenches, oh! Ini mungkin idea baik.
Sama-sama membantu agar kita membangunkan negara dan tidak lihat sebagai kita hentam-menghentam sahaja. Apa pandangan Yang Berhormat tentang perkara itu?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, pihak sebelah sana menuduh kita ini membangkang sahaja. Kita mengatakan sebelah sana, sokong sahaja, ya... [Ketawa] Tidak ada fikir panjang. Yang Berhormat Menteri menipu pun sokong sahaja... [Ketawa] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kena tipu pun sokong lagi... [Ketawa] Kalau ditipu tanpa melibatkan kos tidak mengapa. Ini berbilion. Jadi, saya rasa tidak munasabahlah kalau mempunyai satu sikap yang stereotype begitu.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya mahu bercakap mengenai perkara yang berlaku banjir. Saya dapat jawapan bertulis daripada kementerian ataupun dari Jabatan Perdana Menteri mengenai kos yang ditanggung dalam siri banjir yang baru lalu, hujung tahun lepas dan awal tahun ini. Di seluruh negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Ia tidak ada anggaran di sini. RM205 juta kerosakan jalan, satu jumlah yang besar. Walaupun saya yakin kalau datang maklumat dari Sabah yang juga kena banjir mungkin lebih, dan ini tafsiran awal. Saya jangka kosnya lebih. Jadi, ini kita tidak boleh elakkan, kerosakan jalan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kuala Krai, minta sedikit. Yang Berhormat Balik Pulau.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Sebentar, tidak habis lagi.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Okey.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ada point, ya. Jadi, saya mahu mengatakan banjir ini walaupun kita tidak boleh halang daripada berlaku, kita boleh mitigate, ya dan kita boleh buat suatu planning menganggarkan banjir akan berlaku kalau kita bersedia dengan baik. Sistem amaran telah disebut oleh rakan-rakan kita. Saya mahu menyokong. Ini kerana yang berlaku di Johor sebab saya dan Yang Berhormat Pokok Sena terperangkap dalam banjir, tidak ada amaran. Masuk ke jalan tidak ada siapa yang mengawal jalan itu bahawa rupanya di depan ada banjir sehingga kami terperangkap di sebuah pulau di tengah-tengah Johor. Ada pulau di tengah Johor, okey. Ia tidak ada amaran sedangkan berlakunya hujan tujuh hari berturut-turut semasa kempen di Tenang dan telah diberitahu kemungkinan hujan lebat hari mengundi, banjir. Jadi, tidak ada amaran sehingga Segamat boleh tenggelam. Tenggelam itu tidak mengapa kerana banjir air naik.
Akan tetapi kalau amaran awal dibuat, barang-barang yang rosak dapat diselamatkan dan kita tidaklah terpaksa meredah air, bertemu banjir, dan patah balik. Ia tidak ada amaran dalam radio. Kalau semasa banjir di Kedah, jika kita masih ingat Timbalan Perdana Menteri kondem Kerajaan Kedah kerana tidak aktif, sedangkan Yang Berhormat Menteri Besar Kedah rumah dia sendiri dilanda banjir. Turun, dia kondem tetapi apabila Pagoh kena banjir, tempat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, senyap tidak berkata apa-apa. Selama 10 hari Pagoh tenggelam... [Ketawa]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ada keluar radio, ada disebut? Apabila banjir di Johor, jumlah penduduk yang dipindahkan menurun 200 orang daripada 42,000 tolak 200, keluar radio mahu menunjukkan sedang berlaku pembaikan. Di mana dia Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Pandai kondem tempat lain, tempat sendiri tidak boleh buat apa. Yang disebut Ledang, kesian Yang Berhormat Ledang ya. Kawasan Yang Berhormat Segamat dan Sekijang.
Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang yang memberi bantuan segera kepada kami... [Tepuk] Untuk keluar daripada kawasan banjir.
Menghantar, ia bukan bot tentera. Kementerian Pertahanan janji mahu hantar combat boat mahu bawa kami keluar. Combat boat apa mahu jalan celah-celah pokok getah. Akan tetapi Yang Berhormat Sekijang hantar bot yang sesuai bawa kami keluar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
JKKK...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Balik Pulau bangun Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikitlah Balik Pulau.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, pendek sahaja.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya mohon… Yang Berhormat Sekijang nanti, saya baru ada peluang. Sebentar tadi Yang Berhormat Kuala Krai bercakap mengenai amaran apabila berlaku suatu perkara melibatkan keselamatan, warning system. Akan tetapi saya minggu lepas pulang ke Balik Pulau diberitahu oleh pekerja dalam Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau yang sekarang ini retak, bahaya, dan sudah 200 lebih pelajar terpaksa berpindah dan tinggal di USM berulang-alik dari USM ke Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Akan tetapi yang saya terkejut, pekerja di situ memberi maklumat kepada saya, “Yang Berhormat, saya terpaksa memberitahu Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat jangan beritahu sesiapa sebab dalam briefing itu dia beri amaran, jangan beritahu kepada Pembangkang.” Saya Ahli Parlimen Balik Pulau. Institut Kemahiran MARA ini dalam Balik Pulau. Isu melibatkan keselamatan rakyat di situ pun kalau boleh hendak – mohon penjelasan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh gulung.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya. Ini sistem amaran yang lain ini. Ini amaran jangan beri amaran. Mana boleh begitu. Kita mesti telus.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Yang Berhormat Kuala Krai, boleh minta laluan?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi oleh kerana masa singkat, saya - Oh! Yang Berhormat Sekijang, rakan kita. Sila Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih sahabat saya daripada Kuala Krai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak betulkan sedikit yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi. Sebenarnya, yang menyelamatkan Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Pokok Sena itu bukan bot daripada JKK, sebenarnya bot daripada UMNO... [Ketawa] Yang kita hantar itu ialah Ketua UMNO Cawangan, Pengerusi Tetap UMNO Cawangan dan juga Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan dan juga sebagai Ketua Kampung. Saya ingat hendak betulkan balik.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya terima kasih. Takkanlah dalam banjir pun kira UMNO, tidak UMNO lagi... [Ketawa]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Saya sudah puji bagus sudah itu. Akan tetapi kalau bawa juga isu UMNO, kalau saya tahu, saya tidak naik, UMNO... [Ketawa] Kalau inilah jawapannya, kalau beginilah sikapnya, saya rasa tidak ada keikhlasan dalam bantuan.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Inilah orang tidak syukur nikmat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak ada hati perut. Masih lagi bercerita UMNO...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, saya rasa isu itu sudah selesai sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis masa Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini kerana kita sempat berkempen untuk mereka tinggalkan UMNO. Itu baguslah itu... [Ketawa]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih. Jadi sebagai penggulungannya, kita di dalam Pakatan Rakyat hendak bawa penyelesaian mengenai keselesaan rakyat, kita bawa Buku Jingga... [Dewan riuh] Sudah mulalah itu. Buku Jingga. Wakil Sabah kata, guru kita tidak cukup elaun, susah. Bila kita dalam Pakatan Rakyat membawa penyelesaian, terimalah sepatutnya. Ini tidak, macam-macam. Dia beri bantuan kepada Guru Besar. Dipanggilnya 500 Guru Besar pergi ke Merlimau, dapat RM700 seorang. Guru-guru yang lain macam mana? Kita menilai guru ini cukup baik. Engineer, doktor jangan cemburu kalau kita beri – sebab guru inilah nadi penggerak pembangunan insan. Kita beri. Kita hendak beri selesa kepada mereka.
Akan tetapi bila tiba situ, kondem pula. Kita hendak hapuskan tol, apa masalahnya? Cukup baik untuk rakyat. Jadi, mereka tidak boleh hendak lawan, dia kata apa? Kita akan tidak naikkan kadar tol lima tahun. Hendak juga dan beri subsidi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi, saya harap rakyat menerima Buku Jingga ini sebagai suatu permulaan kepada pembangunan keselesaan rakyat di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, berapa ramai lagi hendak berucap Yang Berhormat?
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik. Dengan masa yang ada sehingga esok petang menolak masa yang akan kita ambil untuk membahas usul khas daripada kerajaan, saya cuma boleh memanggil seramai 14 orang dengan masa had limit 30 minit seorang. Nyata sekarang lebih daripada 14 orang ingin berucap. Saya ingin hadkan, turunkan had masa seorang berucap terhad kepada 20 minit seorang mulai kepada pembahas selepas ini. Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas pada 17 Mac yang lalu.
Pertama sekali, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada kita duduk aman dalam sebuah negara Malaysia yang tercinta ini, bernaung di bawah payung Seri Paduka Baginda dan dipimpin oleh barisan pemimpin negara.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Negara kita telah jauh berubah dan kini dalam perjalanan menuju ke arah negara maju yang berinovasi dan berpendapatan tinggi.
Saya akan menyentuh beberapa perkara yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda sebagaimana pertama sekali ialah tentang hal keselamatan. Kita ucapkan tahniah atas penurunan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 15 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 35 peratus pada tahun 2010. Walaupun demikian, saya memohon agar pemantauan di Limbang, kes-kes penyeludupan dan juga penggunaan dadah syabu di Limbang dipertingkatkan. Begitu juga dengan perjudian-perjudian haram. Ia berleluasa seolah-olah tiada undang-undang untuk menghalangnya. Hal-hal ini boleh merosakkan para belia kita di masa hadapan.
Kita menyarankan agar penguatkuasaan ditambah dan diperketatkan lagi di Limbang supaya gejala ini tidak menjadi parah dalam masyarakat. Jika anggota penguat kuasa tidak cukup, sila tambahkan anggota penguatkuasaan di Limbang. Daripada maklumat-maklumat, daripada whistleblowers, ada juga kadang-kadang kepala-kepala judi sanggup sponsor untuk buka meja untuk dalam majlis-majlis keramaian.
Saya ingin hendak menyentuh tentang kebajikan rakyat pula. Kita amat berbesar hati atas segala usaha kerajaan terutamanya dalam menyediakan rumah-rumah PPR untuk membantu rakyat miskin tegar dan berharap dan memohon ia akan diteruskan dalam tahun ini dan seterusnya. Juga kita amat berbesar hati atas penyeragaman harga yang telah dibuat oleh kerajaan terutamanya kepada penduduk-penduduk kita di luar bandar.
Namun, saya ingin bertanya kepada kementerian, saya ingin memohon sehingga kini iaitu tentang hal Rumah Mesra Rakyat. Sehingga kini, sebuah rumah Mesra Rakyat pun belum diluluskan dan dibina di Limbang lagi. Rakyat tertanya-tanya dan mempersoalkannya kerana mereka juga ingin tahu, ingin untuk menikmatinya. Tentang KWAMP pula, kita meminta kerajaan tidak hanya akan mengikut senarai dalam e-Kasih kerana masih banyak lagi di luar sana yang lebih layak untuk menerimanya.
Saya juga Tuan Yang di-Pertua, ingin menyentuh tentang PTPTN. Ada beberapa bekas pelajar yang belum membayar balik PTPTN kerana belum mendapat pekerjaan yang tetap dan kini pasport mereka telah pun disenaraihitamkan. Jadi, dengan kedudukan Limbang yang unik di Malaysia ini iaitu tersepit oleh negara asing, mereka tidak boleh keluar hendak bergerak daripada Limbang dalam negara sendiri. Jadi, kita memohon diberi pertimbangan khas agar janganlah pasport mereka ini disenaraihitamkan. Ini kerana amatlah susah bagi mereka untuk keluar daripada Limbang. Sedangkan kalau hendak naik kapal terbang, tiket kapal terbang mahal, RM150 ke atas. Macam mana hendak keluar bayar tiket kapal terbang, hendak bayar PTPTN pun tidak mampu lagi.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Limbang, tanya sedikit boleh?
Datuk Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Tidak mengapa, saya hendak teruskan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Mengenai blacklist pasport itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak beri jalan Yang Berhormat.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Saya tidak beri jalan.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Arau, Arau, beri laluan Arau. PTPTN.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Jadi, kita hendak minta supaya diberi pertimbangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri Yang Berhormat Arau Yang Berhormat?
Datuk Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat, Arau tidak beri?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Berilah, beri.
Datuk Ismail Kasim - Arau
PTPTN, sedikit sahaja. Satu minit.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Pujuk betul. Okey, sedikit.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Arau tolong tanya.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Limbang. Saya ingin bertanya Yang Berhormat tentang sistem yang diguna pakai di PTPTN sekarang. Saya difahamkan sistem itu yang dibangunkan dengan harga yang cukup mahal.
Akan tetapi, ada kes-kes yang tertentu yang menyebabkan ada pelajar yang telah menjelaskan keseluruhan pinjaman yang dibuat ketika mereka belajar tetapi di dalam rekod menunjukkan bahawa mereka tidak membuat bayaran apa-apa dan mereka masih disenarai hitam. Di antara rakan-rakan itu ada yang berkhidmat dengan RTM yang ada di Dewan yang mulia ini. Jadi, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat, apakah perkara ini wajar berlaku kalau kita sudah ada satu sistem yang dianggap cukup hebat yang dibangunkan dengan kos yang begitu mahal? Pandangan Yang Berhormat limbang.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Sebenarnya saya pun ada dengar perkara itu. Ini kerana ada juga rakyat di tempat saya, Limbang yang telah membayarnya tetapi masih dikenakan senarai hitam juga. Jadi, saya rasa saya yakin PTPTN akan mengambil tindakan yang wajar dan mengkaji semula terutamanya sistem tersebut untuk memastikan jangan ada para pelajar yang telah pun membayar PTPTN ini, bayaran balik ini tidak disenaraihitamkan. Saya mintalah kepada PTPTN dan juga isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Arau itu, saya ingin dimasukkan di dalam ucapan saya.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Jadi satu lagi perkara yang saya ingin hendak sentuh ialah tentang hal pasport terhad untuk melintasi sempadan negara Brunei Darussalam. Jadi pada masa ini, saya telah pun ada menyoalkan dalam Parlimen juga untuk meminta khas – ini semua permintaan khas sebab kedudukan Limbang yang unik di dalam negara kita ini. Tidak ada satu daerah pun di negara kita ini yang rasanya macam terasing, tersepit oleh negara jiran.
Oleh sebab itulah saya sangat-sangat - bukan hendak minta lebih, bukan hendak minta apa sebab kedudukan Limbang sudah macam itu dalam negara kita. Bukan hendak minta special itu, special ini tetapi siapa duduk Limbang ia akan merasa. Hendak keluar duit, hendak keluar kena pasport, hendak naik kapal terbang RM100 lebih, RM50 ke atas.
Jadi sebab itulah banyak perkara yang diminta itu. Kita ini berbeza banyak daripada tempat lain di negara ini. Mereka bebas hendak berjalan ke mana-mana, pukul 12 malam boleh keluar bila-bila masa. Lainlah kalau masa waktu orang sakit memang betul sempadan dibuka untuk ambulan lalu pada tengah-tengah malam, itu untuk orang sakit. Ini maksud kita dalam hari-hari biasa, bukan ada kes-kes tertentu. Oleh sebab itulah segala- galanya hendak minta khas sebab itulah..., ia Limbang. Jadi saya jemputlah kalau mana- mana pihak siapa pun datanglah ke Limbang duduklah seminggu, kenalilah ia bagaimana payahnya, susahnya. Sudah kejadian ia macam itu.
Jadi hal pasport terhad ini kita masih..., saya bersungguh-sungguh hendak minta apalah kiranya kalau boleh pasport terhad itu untuk anak-anak sekolah diturunkan daripada RM150 turunkan ke bawah RM100. Ini khas untuk anak-anak sekolah sahaja sebab beza ia ialah begini selalunya kalau orang tua, ibu bapa bila hendak bergerak berjalan bukan hanya masa cuti. Apalagi kalau anak-anak yang belum sekolah dan sebagainya. Apabila orang tua bergerak keluar dan semestinya anak-anak ini ikut. Jikalau lima orang anak, empat orang anak, keempat-empat itu mestilah ada pasport dan keempat-empat ini sudah mesti ada pasport terhad.
Oleh sebab itulah kita meminta agar pasport terhad ini untuk penduduk yang bermastautin di Limbang diminta supaya kos untuk pasport terhad ini dikurangkan daripada RM150, mungkin ke bawah RM100 untuk penduduk, terutamanya untuk budak-budak yang masih bersekolah dan ke bawah. Itulah permintaan rakyat di Limbang.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Kita tahu selama ini memang pun pernah diturunkan harga daripada RM300 sehingga RM150, tetapi ia berbeza dengan rakyat di Limbang. Pasport adalah sebahagian daripada kehidupan selain daripada kad pengenalan kalau duduk di Limbang.
Memang ada isu-isu disebut, ada juga pernah soalan saya yang telah dijawab bahawa kita ada Frequent Travelers Card (FTC), tetapi terus-teranglah saya nyatakan di sini FTC itu tidak wujud di lapangan di Limbang. Yang ada adalah pas-pas untuk orang- orang Limbang yang bekerja di Brunei sahaja, itu sahaja. Itu untuk orang yang bekerja di Brunei, mereka balik hari - pergi pagi, balik petang. Akan tetapi Frequent Travelers Card
(FTC) tidak wujud di lapangan untuk orang kita biasa ini, untuk hari-hari ini. Jadi itulah permohonan kita.
Lainlah mungkin dengan isu-isu ini, mungkin kalaulah mungkin ia didengarkan sebagai suatu perkara yang susah, yang berat, yang menyusahkan apalah kiranya kerajaan menimbang untuk membina jalan melimpasi negara jiran sebagaimana yang pernah dicadangkan sebelum ini dan dipohon sebelum ini iaitu melimpasi dari Sabah melewati Daerah Temburong, dari Sabah ke Lawas, Lawas melimpasi Daerah Temburong dan melimpasi daerah Brunei-Muara dan terus ke Miri. Itu adalah satu alternatif. Mungkin itu juga boleh membangunkan kawasan-kawasan pendalaman di pergunungan.
Satu perkara lagi yang ingin saya sentuh ialah, saya minta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya melihat isu yang dibangkitkan oleh rakyat yang tinggal di sempadan tentang kedudukan mereka setelah pembinaan CIQ Tedungan yang siap dibina.
Jadi mungkin saya tidak hendak panjangkan di sini, tetapi saya mohon pihak Kementerian Dalam Negeri sama ada berjumpa saya ataupun turun kelapangan mendalami, melihat isu- isu penduduk-penduduk di sempadan di CIQ Tedungan.
Satu perkara lagi yang ingin saya sentuh ialah tentang kenaikan gaji untuk pegawai-pegawai security guard dengan izin. Bilakah agaknya ia akan dilaksanakan sedangkan gaji pengawal keselamatan di Limbang masih belum lagi dinaikkan. Saya telah pun menerima aduan daripada sekumpulan pengawal-pengawal keselamatan di Limbang.
Sebagaimana mereka katakan berdasarkan pada pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri pada tahun 2010 berkaitan gaji pengawal keselamatan akan dinaikkan pada Julai 2010 tetapi ditangguhkan oleh Persatuan Pengawal Seluruh Malaysia sehingga Januari 2011. Namun ia diumumkan akan dinaikkan pada Januari. Untuk pengetahuan Dewan ini, bahawa sehingga kini gaji pengawal keselamatan di Limbang masih belum lagi dinaikkan. Jadi kita minta kepada kementerian untuk melihat perkara ini apakah sebabnya ia belum dinaikkan? Mungkin kalau ia adalah masalah the whole nation, well I have no problem with that, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi hal yang saya ingin hendak sentuh ialah tentang hal-hal pembangunan. Hal-hal pembangunan ini saya akan menyuarakan beberapa perkara tentang projek-projek fizikal yang diperlukan di Limbang. Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana sudah beberapa kali melawat Limbang dan kita telah menyuarakan kepada beliau. Hanya dalam perbahasan ini saya ingin hendak mengimbau kembali seperti, jalan raya-jalan raya yang masih diperlukan. Di antara jalannya yang saya akan sebutkan ialah tentang pembinaan jalan Ulu Lubai.
Di sinilah mungkin tuan-tuan masih ingat dalam sebulan ini tentang Sekolah Ulu Lubai, sekolah di pedalaman yang disenaraikan yang mempunyai prestasi tinggi untuk kategori pedalaman. Di sinilah letaknya sekolah itu, di hujung jalan Ulu Lubai ini yang sepanjang 16 kilometer. Kita berharap benar agar jalan ini dapat dilaksanakan untuk manfaat rakyat di sepanjang jalan tersebut, rumah-rumah panjang, klinik-klinik desa dan juga sekolah yang berprestasi tinggi ini. Ini di mana ia telah juga mengharumkan negara di peringkat Komanwel dan di mana guru besarnya sendiri telah pun dipanggil ke United Kingdom untuk memberi ceramah, memberi ucapan kaedah sehingga mereka boleh mendapat kejayaan di peringkat Komanwel tersebut.
Satu lagi ialah tentang jalan raya, pembinaan Jalan Meritam-Telahak-Bong Abai Pengkalan Rejab Fasa 3. Untuk makluman, pada masa ini Fasa 1 sudah siap dilaksanakan tetapi Fasa 2 dalam pembinaan.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Walaupun ia berkategori projek sakit tetapi kalau dengan siapnya Fasa 1 dan Fasa 2 ini jalan itu tidak akan mendatangkan apa-apa kerana - it will be a dead end. Jadi kita mohon agar Fasa 3 diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 ini.
Satu lagi ialah tentang mungkin tuan-tuan pernah dengar iaitu Gunung Buda. Ini akan menjadi salah satu tarikan pelancong di negara kita selain dari Gua Mulu. Jadi untuk sampai ke sana kita hendaklah membina satu jalan iaitu di bawah Program Pembinaan Jalan Raya Bawang Ubur, Ukum, Mendamit dan Mentawai Fasa 2. Pada masa ini Fasa 1 dan selain daripada ke Gunung Buda ini juga ia akan memanfaatkan 10 buah rumah panjang, tiga perkampungan kaum Bisaya dan akhirnya hujung jalan ini menuju kepada Gunung Buda ini yang, insya-Allah akan dibuka tidak lama lagi.
Fasa 1 jalan raya ini pada masa ini di peringkat reka bentuk dan saya telah difahamkan telah pun dibawa, sedang disemak oleh Jabatan Kerja Raya di Sarawak dan saya yakin dalam Second Rolling Pelan, Fasa 2 ini kita mohon sangat ia dilaksanakan.
Selain daripada itu juga kita memang mengharapkan dengan terbinanya jalan-jalan tersebut ini maka saya yakin bekalan elektrik dan bekalan air akan menyusul di belakang. Itu juga adalah antara permohonan selain daripada jalan raya.
Di samping itu juga tentang mentransformasikan kesihatan, kita sangat-sangat hendak memerlukan tentang klinik-klinik desa ini untuk rakyat-rakyat kita di luar bandar seperti di Long Napir, di Kampung Telahak dan juga di Nanga Mendamit. Kita sangat- sangat berharap agar klinik-klinik ini dapat dilaksanakan.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Ini adalah untuk merubah, mungkin dalam sehari dua ini kalau hendak ingatkan dalam muka-muka depan bahawa kolera, taun tercetus di Limbang dalam seminggu dua ini.
Terus terang kampung yang disebut-sebut itu adalah kampung-kampung di sepanjang sungai, yang ada di antaranya masih belum dapat air lagi. Jadi saya rasa ini adalah salah satu alasan yang kukuh bagi kita untuk memastikan kesihatan penduduk kita di luar bandar ini akan diubah, dinaik taraf.
Beberapa perkara lain yang saya ingin hendak sebut juga ialah tentang keperluan pembinaan sekolah berpusat akan tetapi saya rasa itu akan dapat dilaksanakan sehingga siapnya Jalan Maritam dan Telahak Obong Obor tadi. Satu lagi ialah tentang iaitu penghantaran kargo. Ini kerana ada permohonan daripada peniaga-peniaga di Limbang iaitu tentang penghantaran kargo dari Semenanjung Malaysia yang hendak di hantar ke Limbang. Memanglah menjadi polisi kerajaan sebab semua internal port mestilah macam dari Semenanjung ianya akan di hantar ke Bintulu dalam negara. Akan tetapi untuk makluman di sini memang kedudukan Limbang yang berdekatan dengan negara jiran ini.
Mereka memang beria-ia untuk supaya pelabuhan mereka di muara itu boleh digunakan untuk kita.
Jadi sedangkan pelabuhan muara ini 60km daripada Limbang dan Pelabuhan Bintulu itu lebih kurang 500km. Jadi saya rasa apa-apa juga kargo yang dihantar terutamanya untuk ke Limbang landing di Bintulu dan you have to drive another 500km lagi ke Limbang. Ini sudah pasti akan meningkatkan kos pengangkutan. Jadi apalah kiranya dan juga ini adalah permohonan peniaga-peniaga di Limbang, sekiranya kerajaan melihat keadaan kes ini sama juga pertimbangan khas yang diminta. Apalah kiranya ianya dihantar terus ke Brunei. Daripada sana hanyalah merentasi sempadan jauhnya 60km sahaja. Saya tahu sebab kementerian juga dalam hal ini memang cuba untuk membantu rakyat di Limbang untuk menyeragamkan dan menurunkan harga-harga caj-caj di Limbang. Jadi mungkin saya minta kepada kerajaan untuk melihat perkara ini.
Jadi untuk akhirnya, saya mewakili rakyat di Limbang amat berharaplah agar semua ini dapat dilaksanakan oleh kerajaan, demi untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat dalam sama-sama bertujuan untuk mentransformasikan negara ini dan menuju ke tahap negara maju yang berinovasi dan berpendapatan tinggi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Pertama, saya mahu sama-sama Ahli-ahli Parlimen untuk mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun atas bencana, tiga bencana yang mereka mengalami, gempa bumi, tsunami dan pun bahaya nuclear meltdown. Kerajaan Malaysia perlulah ambil segala tindakan supaya boleh menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang ada di Jepun. Perlulah ada satu kajian semula dasar nuclear energy dan khasnya untuk ambil tindakan berhentikan refinery rare earth di Kuantan yang pun akan menjadi bahaya kepada penduduk-penduduk di sana.
Tuan Yang di-Pertua, semalam kita adalah satu berita yang baik di mana adalah pengumuman bahawa 35,000 naskhah kitab Injil BM ada dibenarkan untuk di negara kita sungguhpun ditahan. Nampaknya kita sekarang ada seorang Menteri yang sangat ada kuasa yang besar. Seorang Menteri yang tidak dipilih daripada Senator. Bukan seorang Senator yang keluar Dewan sekarang... [Merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon)] Beliau tidak ada kuasa. Beliau ada – tidak ada kuasa sama ada di sini atau di negeri Pulau Pinang. Akan tetapi nampaknya kita ada seorang Senator yang maha kuasa, lebih kuasa daripada Menteri Dalam Negeri, Timbalan Perdana Menteri oleh kerana berita ini diumumkan bukan oleh Menteri Dalam Negeri ataupun Timbalan Perdana Menteri yang ada buat kenyataan dalam perkara ini.
Sebenarnya enam jam sebelum kenyataan dibuat oleh Tan Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai tindakan keputusan tarik balik penahanan kitab Injil dalam bahasa Malaysia. Timbalan Perdana Menteri ada umumkan bahawa Kabinet belum buat apa-apa keputusan dan Kabinet akan bermesyuarat pada hari Jumaat dalam perkara ini. Akan tetapi nampaknya dalam enam jam tidak perlu satu Kabinet – Mesyuarat Kabinet dan bolehlah tindakan diambil untuk membenarkan 35,000 naskhah kitab Injil yang 5,000 dalam Port Klang, 30,000 di Port Kuching. Sangat jelas, ini bukan - sungguhpun saya mengalu-alukan tindakan ini, kenapa kita perlu menghadapi satu krisis dan begitu ada menimbulkan tentangan kaum atau agama di negara kita sehingga oleh kerana pilihan raya besar akan diadakan di Sarawak barulah tindakan diambil. Ini tidak baik untuk dasar 1Malaysia. Sungguhpun ini dialu-alukan akan tetapi ini tidak patutnya berlaku.
Kenyataan yang dibuat oleh Peguam Negara bahawa beliau ada mempersetujui kes ini mengenai membenarkan 35,000 kitab Injil bahasa Malaysia tidak ada bersangkut paut dengan kes Herald yang ada dalam peringkat rayuan di mahkamah. Sangat sukar untuk diterima. Oleh kerana kita tahu inilah akan menjadi satu sebab antara lain seorang jurucakap Home Ministry ada kata bahawa berdasarkan kepada keputusan dua Kabinet yang dibuat tahun 1986 bahawa consignment ini tidak boleh diluluskan.
Selepas itu kita ada flip flop, flip flop dan saya rasa kita perlulah ada satu pendirian yang tegas bahawa kalau kita sebenarnya serius dan sincere mengenai 1Malaysia di mana ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Bahawa kita perlulah hormat dengan sepenuhnya hak Perlembagaan beragama di negara kita dan kalau kita mahu selesai isu ini, kita dianggap sebagai satu political tool atau satu vote getting measure, saya harap bahawa Kabinet pada hari Jumaat boleh ambil satu keputusan untuk tarik balik rayuan yang ada dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai Herald kes.
Ini supaya kes ini boleh diselesai 100 peratus. Tidak! Saya percaya tidak ada niat untuk sesiapa untuk melanggari Perlembagaan untuk proselytize antara kaum Muslim convert mereka kepada Christianity. Daripada tahun 1986 sehingga sekarang atau pada tahun 1982, satu gazet yang ada disebutkan dalam kenyataan semalam berapa orang Muslim ada di proselytize. Sehingga ini nampaknya menjadi satu ancaman keselamatan kepada negara, satu ancaman kepada perpaduan negara.
Saya harap bahawa itu keputusan untuk tarik balik ini saya harap bahawa Menteri- menteri dalam Kabinet pada hari Jumaat ada berani untuk selesai perkara dan tidak mahu tunggu untuk pilihan raya besar sama ada di Sarawak atau di Malaysia barulah dipaksa untuk menghormati hak-hak semua kaum di negara ini. Ini yang mustahak dan saya harap bahawa...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat, boleh mencelah kah?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Baik. Saya...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Apa ini GERAKAN?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya tertarik dengan...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ketua, Ketua GERAKAN...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak bagi jalan?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
.. seorang menteri tanpa portfolio, tidak ada kuasa, akan tetapi seorang...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya tertarik dengan semangat...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Menteri saya ada di Sarawak adalah kuasa.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya tertarik dengan semangat...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kepala dalam pasir.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timur...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya bersetuju bahawa pemimpin beliau tidak ada kuasa akan tetapi...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tidak menghormati Perlembagaan Malaysia.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tan Sri Idris Jala ada kuasa nampaknya sekarang...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Adakah Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Lebih daripada Menteri-menteri yang ada di sini.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Adakah Yang Berhormat hendak minta kerajaan Kelantan menarik balik keputusan...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah ini benar?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Untuk mengharamkan loteri kebajikan...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kenapa sekarang mahu bising-bising dalam Dewan yang mulia ini?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang dilaksanakan kerajaan negeri?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tengok! Tidak hormat, tidak ada tatatertib.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Kalau menggunakan logik yang sama...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak tahu menggunakan peraturan mesyuarat itulah GERAKAN. GERAKAN – gila kan!
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Hendak gunakan logik yang sama...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Itulah. Tidak perlu kita ada masa yang singkat.
Ini benar.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini double standard!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah Menteri GERAKAN...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini double standard! Ini tidak hormati Perlembagaan...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Janji hari Jumaat buat keputusan bahawa...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Patut minta juga Kerajaan Negeri Kelantan menarik balik...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Menyokong bahawa keputusan permohonan rayuan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Apa itu gila-gila ini.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Keputusan untuk menjalankan loteri kebajikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timur tidak beri jalan Yang Berhormat.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini double standard!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Permohonan rayuan oleh Herald case ditarik balik. Oleh kerana ini...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Double standard!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Oleh kerana...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Double standard!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Dalam kes ini...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, ini double standard!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
The appeal against...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Kalau hendak menghormati Perlembagaan patut kita...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Appeal against Herald case bukanlah sahaja...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Menggesa kerajaan Kelantan menarik balik...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Appeal Home Ministry tetapi...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Keputusan untuk mengharamkan loteri kebajikan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Buang sama dia.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Siapa dalam Kabinet? Adakah...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat double standard lah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kalau Ahli Parlimen dalam GERAKAN ini begitu gila kan, itu kita tahulah. Gila oleh kerana tidak ada kuasa. Tidak ada kuasa langsung.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat double standard!
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
DAP pun sama ikut PKR.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Minggu lalu saya ada di Sabah dan kita ada dapati...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Double standard!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bahawa banyak sungutan, kompelin yang ada dibuat dan saya rasa satu isu yang utama ialah mengenai serangan yang ada dibuat terhadap Naib Pengerusi SUHAKAM yang juga suatu masa dahulu adalah Setiausaha Negeri iaitu Tan Sri Simon Sipaun.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Sings two songs.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Oleh kerana Tan Sri Simon Sipaun ada kata pada minggu lalu dan ini apa yang dikata dengan izin, “Life in Sabah, in those days called North Borneo, as I remember it, before Malaysia, was very pleasant and good”. Adakah itu benar? Adakah Ahli-ahli Parlimen Sabah semua bersetuju? “Admittedly there was no development that we see today, but even Malaya at that time was no better. There was no racial problem...” Saya percaya Tuan Yang di-Pertua bersetuju. “There was no racial problem, mixed marriages were very common, and that is why we have so many peranakan in Sabah. If Sabahans are now conscious of racial and religious divide, it has been imported from Semenanjung.” Benar? Setuju? Siapa yang import?
Beberapa Ahli
UMNO!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
“There was no illegal immigrant, there were no cases of Sabahans losing citizenship status while foreigners get it without much difficulty.” Dahulu tidak ada masalah. Sekarang ada. Saya rasa semua Ahli Parlimen Sabah pun ada bangkit di dalam ataupun di luar. “There were no repressive and draconian laws, such as Official Secrets Act, the Printing Presses and Publications Act, the Seditious Act, the Police Act, and the four Proclamations of Emergency. We are still under emergency as of today eventhough the conditions for having emergency proclamation is no longer there, there was not quarrelling over dead bodies,..” No quarreling over dead bodies – snatching of corpses.
Dahulu mana ada. Sekarang dalam Semenanjung pun ada.
“The composition, and I spent three years of my career in the civil service before Malaysia, the composition in those days of the civil service was reflective of the racial makeup of society.” Adakah ini keadaannya sekarang? Dahulu lebih reflective membayangkan racial make up. “It was multi-racial, meritocracy was practiced.” Adakah sekarang? “Corruption and Ketuanan Melayu, we never heard of it.” Corruption, Ketuanan Melayu, never heard of it. Sekarang? It is now the order of the day. “And the thing continues. How not to miss Sabah before Malaysia.” Apa dia kata itu benar apabila bandingkan keadaan dan kedudukan Sabah ataupun Sarawak sebelum penubuhan Malaysia dengan sekarang. Dalam Sabah 50 tahun dahulu, tiada masalah keselamatan. Di sana aman damai. Saya boleh ingat lagi apabila saya pergi ke sana, rakyat di Sabah apabila keluar, tidak perlu untuk mengunci rumah.
Sekarang, highest incident of crime di Sabah. Akan tetapi, inilah dalam hati nurani Tan Sri Simon Sipaun. Saya percaya apa yang dikatakannya ialah suara rakyat Sabah dan suara semua Ahli Parlimen dari Sabah sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Akan tetapi apakah hakikatnya? Adalah UMNO Tawau, dua bahagian buat police report mengatakan itulah hasutan. Selepas itu, adalah Ketua Pemuda UMNO Sabah yang menyerang Tan Sri Simon Sipaun. Dia kata bahawa ini berbaur anti nasional. Oleh kerana inilah meluahkan keputusan Sabah menubuhkan Malaysia. Itulah latar belakang yang mana kita menghadapi satu budaya politik yang tidak sihat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang mana adalah puak-puak yang intolerant menganggap bahawa 1Malaysia tidak bermakna sehingga adalah budaya keranda di Pulau Pinang. The coffin culture.
Apakah yang sudah terjadi dengan 1Malaysia? Sudah dua tahun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kemukakan cadangan dasar 1Malaysia. Adakah rakyat rasa bahawa Malaysia lebih bersatu-padu atau masalah polarisasi kaum dan agama lebih serius? Ini apa yang disebut semua pemerhati, bukan kita sendiri. Seorang academician, Farish Noor dalam forum public governance anjuran Perdana Leadership Foundation and the National Professors’ Council baru-baru ini ada kata, “I’ve spent more than ten years studying dysfunctional countries and I believe we are going down the path of countries like Pakistan, Indonesia and Bangladesh. I have seen enough race and religious riots to see that Malaysia is close to going down the path.” Mantan Duta Besar Amerika Syarikat pun ada buat perbandingan seperti itu. Ini kita boleh lihat dan inilah sangat tidak sihat.
Saya harap bahawa apa yang kita perlukan ialah menyelesaikan masalah-masalah itu. Tidak guna sahaja kata bahawa Sabah dan Sarawak adalah fixed deposit state tetapi apa Tan Sri Simon Sipaun katakan mengenai fixed deposit state. Dengan izin, “During the last general elections, it was the voters of Sabah and Sarawak who saved the federal government from losing power so much so that now Sarawak, Sabah is now referred to as the fixed deposits. Personally, I find this term derogatory and insulting.” Betul, derogatory and insulting.
Satu perenggan lagi, “In return for all these, what Sabah and Sarawak get? They continue to get short changed and getting a raw deal. I just often wonder how the majority of people in Sabah and Sarawak feel about all these; or are they aware of these, I don’t know.” Finally apa dia kata? “I think the general belief is that if the government is unwilling to act for whatever reason, then a change of government is obviously desirable.”... [Tepuk] Dia kata begitu bukan kerana orang yang sangat anti nasional. Dia cintakan negara, taat setia kepada negara. State Secretary Sabah, orang yang tertinggi, anak tulen Sabah. Akan tetapi dia dilihat sebagai anti nasional, menghasut dan perlulah didakwa ke mahkamah oleh UMNO.
Saya harap bahawa dalam perkara ini, Ahli-ahli Parlimen sama ada Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia bolehlah memberikan sokongan kepada Tan Sri Simon Sipaun yang sebenarnya ada satu isu yang selalu saya bangkitkan di sini ialah semasa saya sampai untuk satu Royal Commissioning inquiry mengenai 48 tahun Sabah dan Sarawak di Malaysia iaitu mengapa mereka begitu mundur. Bukan bahawa Sabah dan Sarawak miskin, negeri ini sangat kaya tetapi segelintir orang menjadi kaya-raya. Orang yang layak menjadi pengerusi Royal Commissioning inquiry mengenai Sabah, Sarawak 50 tahun dalam Malaysia, satu laporan lengkap, hopes, harapan dan the frustration ialah Tan Sri Simon Sipaun. Tan Sri Simon Sipaun untuk menjadi Chairman of Royal Commisioning Inquiry in Sabah dan Sarawak buat kenapa impian rakyat di Sabah dan Sarawak apabila mengambil keputusan 48 tahun dahulu untuk menubuhkan Malaysia tidak dikotakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habis? Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Giliran siapa? Sebelah kanan saya kah atau sebelah kiri?
Tadi saya difahamkan sebelah kiri sudah bercakap. Sila Yang Berhormat Tuaran. 20 minit sahaja Yang Berhormat. Kalau dapat 15 minit, lain kali saya panggil lagi... [Ketawa]
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan masa yang singkat yang diberikan kepada saya, maka saya terus kepada beberapa perkara yang terkandung dalam ucapan Baginda tersebut.
Ekonomi negara kita telah mencatat pertumbuhan dengan kadar 7.2 peratus dalam tahun 2010 berbanding dengan penguncupan 1.7 peratus dalam tahun 2009. Pertumbuhan ini adalah dihasilkan oleh suntikan sebanyak RM67 bilion oleh kerajaan dalam usaha membawa negara keluar daripada belenggu kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2009.
Kesan suntikan ini dijangka dinikmati pada tahun 2011 dengan anggaran pertumbuhan ekonomi dalam kadar 5 peratus hingga 6 peratus. Kerajaan kini telah melancarkan Modul Ekonomi Baru sebagai satu struktur pembangunan ekonomi negara dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Saya percaya bahawa model ini daripada segi struktur perancangannya dan pelaksanaannya diterima baik oleh semua pihak namun ada persoalan timbul daripada model iaitu sama ada ianya adalah pengganti kepada Dasar Ekonomi Baru yang telah tamat tempohnya pada tahun 1990 di mana kerajaan mengakui bahawa dasar tersebut tidak mencapai sasarannya. Sementara ramai yang ingin melihat satu sistem ekonomi yang terbuka dan kompetitif, namun masih ramai daripada pihak rakyat bumiputera yang berpendapat bahawa kaum bumiputera masih memerlukan bantuan demi untuk membolehkan mereka bersaing dalam ekonomi dan perusahaan negara.
Saya bersetuju bahawa kaum bumiputera masih perlu dibantu. Walau bagaimanapun, dasar bantuan ini haruslah berlandaskan kepada ketelusan dan terbuka dan bukan digunakan oleh sesetengah pihak hanya untuk memberikan kemewahan dan kekayaan kepada segelintir pihak sahaja. Memang ada unsur salah guna dasar tersebut kerana hari ini kita lihat hanya segelintir sahaja yang dapat kemewahan sedangkan majoriti kaum bumiputera masih dalam keadaan mundur. Ini jelas kerana dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan mensasarkan 40 peratus yang termiskin, mereka ini terdiri sebahagian besarnya adalah kaum bumiputera. Oleh yang demikian, kerajaan harus menerangkan kepada rakyat apakah bentuk bantuan kepada kaum bumiputera dalam Model Ekonomi Baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan perancangan kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mempunyai minda kelas pertama melalui transformasi pendidikan. Dalam usaha ke arah ini, kerajaan bukan sahaja memerlukan penambahan perbelanjaan tetapi kerajaan juga harus menawarkan sistem pendidikan di mana semua lapisan rakyat tidak kira apa keturunan pun mempunyai akses atau peluang yang luas dan saksama kepada infrastruktur pendidikan dalam negara ini. Kita sering mendengar keluhan pada pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang tidak dapat bantuan biasiswa dan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej ataupun universiti. Apabila ini berlaku, maka negara kehilangan peluang untuk menghasilkan modal insan kelas pertama.
Bagi pelajar yang tidak mampu, mereka akan lesap dalam pasaran tenaga kerja di mana mereka tidak mempunyai peluang untuk menggunakan kebolehan mereka untuk turut sama membangunkan negara. Kepada mereka yang mampu, akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mereka tidak akan kembali ke negara ini untuk berkhidmat kerana mereka merasakan kerajaan mereka tidak membantu mereka dan juga oleh kerana kualiti mereka, maka negara host atau tuan rumah di mana mereka belajar akan menawarkan pekerjaan kepada mereka dan seterusnya menawarkan status penduduk tetap dan kewarganegaraan kepada mereka. Ini adalah kerugian besar kepada Malaysia tetapi keuntungan kepada negara-negara berkenaan.
Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, dari negara Singapura dan Australia. Kita tahu negara-negara ini mempunyai dasar untuk menawarkan kewarganegaraan kepada mereka yang memiliki pendidikan dan kemahiran yang tinggi. Peluang dalam pendidikan Tuan Yang di-Pertua, adalah berkait rapat dengan peluang pekerjaan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Kalau pun kita dapat menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi tetapi tidak menawarkan peluang pekerjaan yang saksama daripada segi pengambilan dan kenaikan pangkat, maka mereka ini tidak akan berminat untuk berkhidmat di negara ini kerana masa depan mereka dalam karier mereka tidak membolehkan kemahiran mereka itu diguna sepenuhnya dalam pembangunan peribadi ataupun personal advancement tidak terjamin oleh kerana sistem meritokrasi tidak wujud.
Tuan Yang di-Pertua, gejala brain drain ini tidak kita nafi sehinggakan kerajaan sendiri mempunyai program di mana para profesional di kalangan rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara digalakkan untuk kembali berkhidmat ke tanah air. Ada pihak yang menganggar bahawa seramai 400,000 orang rakyat Malaysia bekerja di luar negara dan separuh daripada mereka ini adalah terdiri daripada graduan dan mempunyai kelulusan tinggi dan berkualiti. Dalam hal ini, saya menyeru kepada kerajaan supaya memikirkan perkara ini secara serius dan seterusnya menawarkan satu sistem pendidikan dan pekerjaan yang boleh meyakinkan mereka ini untuk menyumbang bakti kepada negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal pembangunan insan ini juga saya berpendapat bahawa IPTA dan IPTS di negara ini perlu menyusun semula susunan jenis mata pelajaran dan kurikulum dalam institusi mereka kerana kita melihat beribu graduan yang menganggur kerana kelulusan akademik mereka tidak sesuai dengan keperluan pasaran tenaga kerja dan keperluan negara yang ada sekarang ini. Keadaan ini sangat merugikan negara kerana kerajaan membelanjakan banyak wang untuk membiayai pendidikan mereka tetapi akhirnya mereka tidak dapat diserapkan dalam pasaran pekerjaan. Saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan pendidikan dan latihan vokasional kepada lepasan sekolah, namun saya menyeru kepada kerajaan untuk memberi latihan yang sesuai kepada graduan yang menganggur supaya mereka dapat diserapkan kembali dalam pasaran tenaga kerja dalam negara ini.
Walaupun ini melibatkan perbelanjaan dua kali daripada pihak kerajaan tetapi ianya diperlukan. Jika kita dapat menyusun semula sistem pembelajaran, maka kita dapat elakkan keadaan ini berlaku.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, sasaran kerajaan untuk mewujudkan satu ekonomi yang berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita sebanyak USD15,000 setahun menjelang 2020. Merupakan satu cabaran yang tinggi kerana kita hanya tinggal sembilan tahun lagi untuk mencapainya. Pada hemahnya saya, pengukuran kemajuan ekonomi negara yang berasaskan pendapatan purata per kapita tidak semestinya menjadi petanda.
Bahawa taraf hidup rakyat keseluruhannya sudah bertambah baik kerana pendapatan per kapita ini hanya diukur dari segi jumlah KDNK dibahagi dengan jumlah penduduk.
Persoalannya ialah dari manakah pendapatan itu datang? Kalau sebahagian besar pendapatan tersebut datang dari segelintir sektor sahaja maka ianya tidak mewakili rakyat yang berpendapatan rendah.
Misalnya petani dan pekerja ladang. Dalam sektor pertanian dan perladangan pendapatan pekerja adalah tertakluk kepada harga pasaran hasil mereka seperti padi dan bahan pertanian. Saya berpendapat adalah agak mustahil untuk menaikkan pendapatan mereka ini ke tahap RM15,000 setahun. Apa yang perlu ialah kerajaan mengadakan program, di mana hasil yang diperoleh dari ekonomi yang baik dapat disalurkan kepada mereka ini dalam berbagai-bagai bentuk seperti biasiswa kepada anak mereka, bantuan perumahan dan sebagainya. Erti kata dengan izin repercussion of wealth Tuan Yang di- Pertua. Jumlah 40 peratus rakyat berpendapatan rendah yang menjadi sasaran kerajaan merupakan jumlah yang besar, yang mana sumbangan kepada KDNK negara adalah banyak jumlah.
Tuan Yang di-Pertua, satu laporan Bank Dunia baru-baru ini menyatakan bahawa tahap kemiskinan di Sabah masih dalam kadar 40 peratus. Walaupun ada pihak mempertikaikan statistik ini tetapi ianya adalah satu laporan dari satu institusi yang berwibawa di peringkat antarabangsa dan kita tidak boleh mengabaikan laporan itu begitu sahaja.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Saya berpendapat antara punca kadar kemiskinan yang tinggi ini adalah disebabkan oleh kehadiran pendatang tanpa izin yang begitu ramai di Sabah. Kadar kemiskinan telah mereka bawa bersama ke Sabah in other words, imported poverty.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ranau telah menyentuh tentang masalah pendatang tanpa izin di Sabah dalam Dewan yang mulia ini kelmarin. Saya turut menyentuh perkara ini memandangkan ianya merupakan satu masalah yang terbesar the mother of all problem. Berbanding dengan segala masalah yang terdapat di Sabah. Saya hairan Tuan Yang di-Pertua kenapa kerajaan terus membisu tentang perkara ini. Sudah sekian lama wakil-wakil rakyat membawa perkara ini ke perhatian kerajaan tetapi sehingga hari ini, hal ini terus disapu ke bawah permaidani, sweep under the carpet.
Saya sedar Tuan Yang di-Pertua, bahawa satu lab telah diadakan di Sabah mengenai perkara ini tetapi sehingga hari ini tidak ada laporan secara public mengenai dengan dapatan lab ini. Semasa dalam satu occasion di Kota Kinabalu, kita telah bertanya kepada Menteri yang bertanggungjawab kepada NKRA dan KPI ini iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jala. Kenapakah masalah pendatang tanpa izin ini tidak masuk dalam rangka NKRA dan KPI kerajaan? Beliau mengatakan dengan sedihnya bahawa masalah ini tidak dianggap serius sebab itulah ianya tidak termasuk dalam rangkaian NKRA.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Penjelasan. Yang Berhormat Labuan.
Just one minute.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Cepat ya, Yang Berhormat.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya melihat dalam hal pendatang tanpa izin ini, seolah-olah kerajaan menutup mata sebelah, yang mana kita sendiri di Sabah mahupun di Labuan dapat merasakan betapa bebannya kedatangan pendatang-pendatang tanpa izin ini. Jadi sekurang-kurangnya kerajaan harus memikirkan lebih mendalam supaya mereka ini, sama ada kita akan jadikan sesuatu ataupun kita hantar dia pulang. Seperti mana zaman dahulu, berpuluh tahun yang lalu, yang mana pendatang Vietnam dapat kita pulangkan ke negara asal ataupun ke negara ketiga. Kenapa hal ini seolah-olah kerajaan tidak ada satu jalan pun untuk menyelesaikan masalah ini? Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Labuan, saya memang setuju. Kalau kita bercerita tentang bebanan kerajaan ini banyak, daripada sekuriti, ekonomi. Mereka ini berfungsi dengan kemudahan hospital kita, sekolah dan sebagainya. Dari segi statistik pula kejadian-kejadian jenayah itu all, majority are attribute kepada mereka. Jadi, saya berkongsi dengan Yang Berhormat Labuan. Baru- baru ini saya berada di Tawau dan saya telah diberitahu oleh orang tempatan bahawasanya mereka menganggarkan peratusan orang tempatan di Pekan Tawau hanya tahap 30 peratus, selebihnya adalah pendatang dari luar Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyampaikan satu memorandum kepada kementerian, pada 14 Disember 2010 mengenai dengan perkara ini. Saya juga telah bertanya mengenai perkara ini di dalam Dewan pada minggu lalu. Jawapan yang diberi ialah oleh kerana memorandum itu agak detail, pihak Kementerian Dalam Negeri perlu masa untuk mengkaji perkara itu. Di samping memberi jaminan untuk mengambil tindakan keras jika terdapat bukti-bukti penyelewengan. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Kementerian Dalam Negeri sudah memiliki segala butir yang diperlukan. Sudah banyak buku ditulis mengenai dengan perkara ini. Laporan polis sudah dibuat, pihak SUHAKAM pun sudah membuat pendengaran terhadap pengaduan daripada pihak awam. Akan tetapi kenapakah kerajaan tetap membisu mengenai perkara ini.
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja sudah dibuat tetapi ditolak atas sebab ianya menyebabkan ekonomi dan keselamatan negara. Saya minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan apakah maksud penjelasan ataupun ungkapan ini? Saya mohon beliau untuk turun padang ke Sabah, berdepan dengan rakyat di sana untuk memberi penjelasan ke atas perkara ini.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang pihak Pakatan Rakyat dalam buku Jingga mereka itu telah menawarkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika mereka memerintah.
Apakah respons daripada kerajaan kita, Barisan Nasional mengenai perkara ini?
Rakyat Sabah memohon budi baik Perdana Menteri untuk mengambil tindakan yang konkrit ke atas perkara ini sebelum ianya terlambat. Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Baginda Yang di-Pertuan Agong, menasihati rakyat...
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Yang Berhormat Sepanggar boleh mencelah kah?
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Cepat ya, satu minit.
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sedarkah kita bahawa di dalam Dewan Parlimen ini, kita sudah berkali-kali menyuarakan mengenai masalah pendatang tanpa izin ini? Akan tetapi apa motif sebenarnya, apakah sebenarnya motif kerajaan untuk tidak mengenal bahawa masalah ini sudah berlarutan, apakah sebenarnya masalah, dan apakah motif kerajaan sebenarnya?
Ini yang kita ingin tahu daripada Dewan yang mulia ini. Oleh kerana di dalam – pada ketika ini juga parti kami, dalam Parti Maju Sabah sedang mendapatkan tanda tangan dan kita hampir-hampir dapat lebih daripada 50,000 pada ketika ini. Akan tetapi yang apa sebenarnya motif kerajaan? Apa yang sebenarnya motif kerajaan, yang kita masih ragu ragu-ragu, masih tidak tahu apa sebenarnya motif kerajaan? Sila Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat. Memang dalam fikiran saya pun mempunyai persoalan sama. Tuan Yang di- Pertua, saya menjunjung kasih ke atas Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong menasihatkan rakyat supaya mengelakkan dari mempolitikkan perkara-perkara sensitif. Di kebelakangan ini banyak insiden berlaku yang mengancam sensitiviti agama dan perkauman. Seperti serangan ke atas bangunan agama, menyuruh kembali ke negara asal dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua walaupun banyak yang telah menyentuh mengenai dengan insiden penahanan Injil baru-baru ini, saya juga turut menyentuh perkara ini kerana saya terpaksa. Ini kerana pengundi-pengundi saya dari Sabah meminta saya juga turut menyentuh. Walaupun saya telah difahamkan bahawa kebenaran atau kelulusan telah diberi untuk melepaskan Injil ini untuk masuk. Akan tetapi saya juga dimaklumkan bahawa ada syaratnya. Setiap naskhah itu di cop for Christian only dan juga ditulis indeks.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu Bible ini hanya untuk orang-orang Kristian, kenapa perlu dicop. Jadi, Tuan Yang di-Pertua ini adalah insiden yang agak menyedihkan. Saya kira, saya percaya kelulusan memasukkan Injil ini hanya dibuat selepas intervention daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasihlah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Saya juga sedih membaca laporan baru-baru ini di mana semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menghadiri perayaan Krismas, Archbishop Catholic di Kuala Lumpur, ada pegawai yang meminta supaya simbol-simbol agama Kristian dibuka semasa kehadiran Yang Amat Berhormat. Tindakan ini agak sangat sensitif dan sepatutnya tidak terfikir pun. Saya percaya dan yakin bahawa ini adalah di luar pengetahuan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada injury time? Minta tambah satu minit. Saya begitu senang hati Tuan Yang di-Pertua melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menghadiri perayaan Thaipusam tahun ini dengan tenang dan relaks dan menerima suasana di Kuil Batu Caves dan tidak pun meminta apa-apa perubahan sejajar dengan pegangan beliau Gagasan 1Malaysia.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai pemimpin harus memberi contoh dan teladan dalam hal ini. Kita dalam Dewan ini sentiasa diperhatikan oleh rakyat dari segi tindak tanduk dan pertuturan kita. Saya sedih kerana di dalam Dewan yang mulia ini juga masih tercetus ungkapan-ungkapan yang menyakiti hati orang lain. Kita sudah merdeka setengah abad dan sepatutnya kita sudah menerima semua rakyat Malaysia sebagai rakan dan sahabat sesama kita dalam negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu dua perkara lagi yang ingin saya sentuh oleh sebab sudah diberi notis. Pertamanya mengenai dengan soal pemberian perumahan. Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini Kerajaan Malaysia sedang giat dan banyak membelanjakan wang untuk membahagi-bahagikan, membantu rakyat miskin untuk membeli rumah. Akan tetapi ada segelintir rakyat ini yang tercicir dari program ini iaitu mereka yang bekerja di ladang terutamanya ladang sawit dan sebagainya.
Mereka ini bekerja sepanjang hayat dalam ladang. Akan tetapi, apabila mereka retire suatu hari nanti, mereka tidak ada rumah. Jadi, selaku seorang yang mempengerusikan sebuah syarikat perladangan, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menggesa semua syarikat perladangan sawit dan sebagainya supaya mengadakan satu skim perumahan di ladang mereka. Eksais sedikit kawasan tanah itu untuk perumahan dan dijual kepada pekerja-pekerja dan pegawai mereka dan dibayar secara ansuran daripada gaji.
Ini kerana esok apabila mereka ini retire, mereka mempunyai rumah seperti rakan- rakan yang lain yang mendapat bantuan perumahan kerajaan. Syarikat perladangan ini kaya Tuan Yang di-Pertua, banyak duit, mengaut keuntungan yang banyak. Akan tetapi, perbelanjaan mereka dalam soal korporat, sosial responsibility ini agak kecil. Inilah satu- satunya area di mana syarikat ini boleh membantu rakyat.
Satu perkara lagi, ini program bantuan kebajikan CARI. Dua perkara lagi. Saya ingin maklumkan di Dewan ini bahawa yang sudah menerima baru-baru ini sekarang sudah berhenti. Menerima dalam beberapa bulan, sudah berhenti. Saya ada soalan kelmarin Tuan Yang di-Pertua, tetapi mereka mengatakan tidak ada pemberhentian. Kementerian mengatakan apabila keluarga itu keluar daripada kepompong kemiskinan, mereka diberhentikan daripada bantuan. Akan tetapi, saya tidak pernah melihat kakitangan kementerian berkenaan ini turun padang melihat sama ada ini benar atau tidak. Sama ada keluarga itu keluar daripada kepompong kemiskinan atau tidak. Diberhentikan begitu sahaja.
Jadi, kata orang Sabah Tuan Yang di-Pertua, “alang-alang”. Dua tiga bulan terima, berhenti. Dibilang apa ini? Alang-alang. Orang Sabah kata “alang-alang”. Macam main- main sahaja. Jadi, saya mintalah kementerian ini selidiki perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir sekali saya sentuh di kawasan saya ialah ada perumahan yang sepatutnya diberi kepada orang tempatan, orang Tuaran. Ini rumah pangsa tetapi ada satu perumahan ini iaitu Taman Vista di Sulaman ini disewakan kepada anggota tentera laut, kepada navy. Malahan ramai lagi orang yang memohon tetapi nampak separuh daripada lot itu disewakan kepada anggota navy.
Saya bertanya kepada Kementerian Kewangan. Sesi dahulu saya bertanya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi salah tembaklah Tuan Yang di-Pertua. Dia cakap ini Kementerian Kewangan punya responsibility. Jadi, hari ini saya mahu tanya kepada Kementerian Kewangan kenapa lot-lot ini sepatutnya untuk orang miskin ini diberi sewa kepada tentera laut? Jadi, minta penjelasan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua dalam perumahan ini, apabila kita uproot penduduk ini daripada kampung asalnya dan dikumpulkan dalam satu kawasan yang padat, sudah tentunya gejala sosial timbul. Dalam tiga perumahan di Tuaran ini masalah gengsterisme, masalah dadah, minum arak timbul. Polis pun sakit kepala. Jadi, jangan kita beri perumahan sahaja tetapi kita tidak lihat dia punya masalah seterusnya. Oleh itu, saya mintalah kerajaan untuk memantau Tuan Yang di-Pertua. Sudah habis masa Tuan Yang di- Pertua? Banyak lagilah yang saya ingin katakan. Akan tetapi walau macam mana pun Tuan Yang di-Pertua terima kasih dan saya turut mohon menyokong ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya beri sama wanita. Di antara Yang Berhormat Rantau Panjang atau Titiwangsa. Sila Yang Berhormat Titiwangsa.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil peluang ini untuk berucap tentang beberapa perkara, isu- isu terutama yang melibatkan isu-isu di kawasan saya iaitu di Titiwangsa. Pertamanya, saya ingin menyatakan tentang isu perpindahan kuarters kakitangan atau penduduk Jalan Cochrane yang sekarang ini telah diberi notis untuk berpindah sebelum 31 Mac.
Satu memorandum pagi tadi telah saya sampaikan kepada pihak Menteri, dan pihak Menteri iaitu Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sendiri telah menerima dan ingin saya membuat beberapa penegasan dalam masa yang terhad ini, iaitu yang pertamanya kalau boleh ditangguhkan pemindahan ini sehingga kuarters yang baru dibina.
Ini kerana telah berlaku sebelum ini di jalan berhampiran iaitu Jalan Imbi di mana kakitangan kerajaan di situ dipindahkan sejak lebih hampir 20 tahun yang lalu. Sehingga kini kawasan itu tidak dibangunkan dan telah dihuni oleh setinggan-setinggan. Jadi, sekarang ini menimbulkan masalah pula untuk memindahkan setinggan. Mereka bimbang perkara yang sama akan berlaku di mana mereka tergesa-gesa akan dipindahkan, diugut akan dipotong api, air dan juga lain-lain kemudahan. Sedangkan mereka ini adalah kakitangan kumpulan sokongan. Kumpulan ‘B’ dan ‘C’. Adakah begini cara pihak kerajaan melayan kakitangannya sendiri?
Keduanya juga saya melihat track record di mana flat Jalan Pekeliling di mana semasa hendak diarahkan berpindah penghuni-penghuni di situ, begitu juga dibuat. Potong api, potong air, block lif. Akhirnya sampai sekarang masih tidak ada apa-apa pembangunan dilakukan di kawasan flat Jalan Pekeliling itu sekarang. Sebelum ini pun telah saya bangkitkan menjadi port penagih dadah dan juga kegiatan-kegiatan tidak bermoral di situ.
Jadi, kita tidak mahu. Ini seolah-olah menjadi satu budaya dan trend dalam tindakan- tindakan kerajaan.
Jadi, saya mohon supaya paling tidak pun sekurang-kurangnya tangguhkanlah pemindahan itu sehingga bulan 12 ini dan sekiranya mereka terpaksa juga berpindah, maka diberi PPR Seri Alam iaitu di Jalan Sungai Besi yang lebih dekat dengan kawasan penempatan Jalan Cochrane sekarang. Kena beri prioriti dan keutamaan kepada kakitangan kerajaan kumpulan sokongan ini.
Kemudian, yang seterusnya juga saya ingin bercakap tentang Rang Undang- undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang telah pun dibaca kali pertama oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam sesi yang lalu. Jadi, walaupun Menteri mengatakan 90 peratus menyokong, sebenarnya itu adalah tidak tepat.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Oleh kerana sebahagian besar penduduk-penduduk Kampung Baru tidak menyokong rang undang-undang ini, apatah lagi rang undang-undang ini dibentangkan sebelum Menteri berjumpa mereka sedangkan Menteri berjanji berjumpa dulu dengan penduduk-penduduk, membentangkan kepada penduduk-penduduk, mendapatkan pandangan daripada mereka, barulah dibentangkan di Parlimen. Akan tetapi ini tidak berlaku, pagi bentang di Parlimen, malam itu baru berjumpa dengan penduduk-penduduk.
Jadi ada beberapa klausa dalam rang undang-undang ini yang mereka rasa sangat tidak wajar terutama dari segi imuniti ataupun kekebalan rang undang-undang ini tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah walaupun Menteri mengatakan akan dipinda klausa ini tetapi penduduk-penduduk sudah rasa percaya kepada Menteri yang sudah agak berkurang.
Seterusnya juga apabila MAS atau pembeli agriculture settlement, enakmen ini hendak dimansuhkan. Apabila enakmen ini dimansuhkan, tanah Kampung Baru akan menjadi seperti tanah di tempat lain.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Malah tidak jadi Malay Reserved pun sedangkan sekarang ini tanah di Kampung Baru itu tidak boleh dipindah milik kepada selain daripada orang Melayu. Ini bukan masalah kaum, ini adalah masalah hak mereka dan mereka mengatakan kalau ada Little India yang dibantu oleh kerajaan diberi dana secukupnya dan ada Chinatown, mengapa tidak dikekalkan Kampung Baru ini dipastikan hak milik Kampung Baru ini kekal di kalangan orang-orang Kampung Baru itu sendiri walaupun hendak membangun.
Kebanyakan mereka sangat tidak bersetuju apabila dikatakan pembangunan ini hendak dibuat secara komprehensif, 100 peratus komersial. Jadi di mana mereka hendak duduk kalau 100 peratus komersial? Sedangkan Kampung Baru itu adalah kawasan residential asalnya. Kalau pun hendak dibangunkan, tidaklah sampai 100 peratus komersial. Mestilah ada kawasan atau peruntukan untuk penghuni-penghuni ataupun pemilik-pemilik, pewaris Kampung Baru itu kembali ke Kampung Baru ataupun menghuni balik di Kampung Baru dan menjadi pemilik sehinggalah ke anak cucu mereka pada masa akan datang. Saya beberapa kali mencadangkan supaya tidak timbul conflict of interest antara perbadanan yang merupakan entiti perniagaan. Bukan saya yang cakap, Menteri yang mengatakan perbadanan adalah satu entiti perniagaan.
Jadi ini bermakna kalau sekiranya mereka juga yang memegang geran-geran hartanah akan berlaku conflict of interest, di situ dengan izin di mana pemilik-pemilik dan pewaris-pewaris amat risau kalau sekiranya pemilikan itu akhirnya tidak kembali kepada mereka sebab telah berlaku juga sebelum ini di mana hampir 20 geran di tanah Kampung Baru itu telah diambil kononnya untuk dimajukan oleh seorang ahli korporat, bukan orang lain juga, ahli korporat, orang Melayu juga tetapi akhirnya geran ini duduk tergadai di bank dan mereka telah kehilangan hartanah mereka, aset mereka yang sangat bernilai selama- lamanya sehingga sekarang belum diselesaikan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, penduduk-penduduk bukan tidak mahu pembangunan.
Mereka memang mahukan pembangunan tetapi mereka rasakan mereka mampu membangun tanpa perlu membina bangunan-bangunan tinggi, 15 tingkat, 20 tingkat, 25 tingkat, bukan itu bentuk pembangunan yang mereka mahu tetapi mereka mahu supaya pembangunan itu mengekalkan ciri-ciri kemelayuan dan keislaman di situ sebagai satu mercu tanda. Jadi mereka mahukan kerajaan memberi mereka satu dana. Saya pernah minta sebelum ini RM1 bilion dana untuk pembangunan Kampung Baru, bantulah mereka.
Ini telah dilakukan, dilaksanakan oleh PKNS lebih 20 tahun yang lalu di mana pemilik-pemilik diberi soft loan ataupun pinjaman tanpa faedah untuk membina, membangunkan hartanah masing-masing. Mereka sekarang ini menjadi pemilik-pemilik kepada flat ataupun apartment PKNS dan mereka mendapat pendapatan RM7,000 hingga RM8,000 sebulan kerana mereka mendapat misalnya katakan tujuh atau lapan unit atas satu nama oleh sebab pemilikan itu. Jadi ini yang kita mahu dan saya mencadangkan supaya di samping perbadanan itu menguruskan pembangunan Kampung Baru, saya mencadangkan penubuhan satu badan amanah, di mana badan amanah ini menukarkan hartanah itu buat sementara waktu dalam bentuk saham iaitu saham pemilikan dan juga saham perniagaan.
Saham pemilikan untuk memastikan supaya pemilik-pemilik dan pewaris tetap memiliki hartanah tersebut dan pada masa yang sama terlibat dengan perniagaan ataupun pembangunan yang dilaksanakan di atas hartanah mereka. Dengan ini orang Melayu akan kekal sebagai pemilik dan pada masa yang sama tidak ketinggalan dari segi pembangunan negara terutama di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur ini.
Kemudian seterusnya juga saya ingin bercakap tentang satu isu yang masih lagi menjadi masalah di kawasan saya iaitu Keramat Mall. Keramat Mall ini telah siap sepenuhnya sejak tiga tahun yang lalu tetapi ada masalah. Masalah iaitu boleh dikatakan spesifikasi ataupun ruang-ruang niaga yang disediakan kepada peniaga-peniaga sangat tidak bersesuaian terutama kepada peniaga-peniaga barangan basah. Ini telah diambil tindakan oleh Kementerian Wilayah di mana mereka telah cuba menyelesaikan masalah ini dengan mengambil lapan buah rumah kedai yang ada berhampiran untuk dijadikan, untuk dibina parking setinggi lima tingkat dan dibelanjakan lagi lebih kurang dalam RM15 juta.
Akan tetapi saya lihat tidak ada apa-apa perubahan sejak setahun yang lalu.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Mungkin dalam kes mahkamah masih berjalan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini di mana itu pun isu lain dari segi pampasan tidak, mereka tidak berpuas hati bagaimana rumah kedai diberi pampasan sebanyak RM200 ribu.
Jadi saya mencadangkan kalau kerajaan tidak mahu bagi pada saya, paling tidak pun RM1 juta kepada setiap orang sebab mana boleh beli lagi rumah kedai dengan harga RM200 ribu di Kuala Lumpur ini. Jadi kalau hendak ambil tanah mereka, maka paling tidak pun setiap unit itu diberi pampasan RM1 juta ataupun diberi unit-unit kedai di dalam Keramat Mall itu sendiri. Jadi saya tidak faham sampai sekarang kenapakah Keramat Mall masih tidak dihuni oleh peniaga-peniaga, apa dah jadi, bagaimana landlord, tukang yang menyewakan iaitu DBKL boleh mendengar hanya mengikut cakap penyewa-penyewa dengan mereka tidak mahu pindah, mereka boikot, maka DBKL tidak dapat melakukan apa- apa.
Saya rasa sesuatu mesti dibuat untuk memastikan supaya peniaga-peniaga ini berpindah. Paling tidak pun peniaga-peniaga barangan kering dan juga peniaga-peniaga yang dalam bentuk perkhidmatan mesti dipindahkan terlebih dahulu walaupun mungkin peniaga-peniaga yang barangan basah masih tidak dapat pindah oleh sebab masih tidak ada lagi perubahan-perubahan yang mereka minta dari segi perluasan tempat meniaga, tempat parking. Saya ingatkan lagi sekali ada 444 peniaga di sana, tempat parking hanya 247 sahaja. Untuk peniaga pun tidak cukup parking, apatah lagi sekiranya perniagaan atau Keramat Mall ini telah beroperasi tetapi tidak cukup parking.
Kemudian saya juga ingin menyentuh satu lagi tempat ataupun masalah yang saya kira perlu diambil berat oleh pihak Kementerian Wilayah ataupun kementerian- kementerian lain yang terlibat. Dulu di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Kompleks MARA tetapi sekarang ini mereka panggil Kompleks Jalan Gurney.
Kompleks Jalan Gurney ini saya sendiri dengan Dato’ Mohd. Noh pada masa itu telah turun dan melihat dan meninjau bangunan yang dah siap sekian lama tetapi tidak beroperasi dan sekarang ini sudah beroperasi. Akan tetapi nampaknya perniagaan di situ boleh dikatakan terlalu malap. Saya lihat sekarang sudah banyak kedai yang sudah tutup dan telah pun memindahkan barangan mereka daripada situ. Saya tengok ada beberapa usaha diadakan pasar malam dua kali seminggu dan juga bazar Ramadan sebelum ini. Jadi saya ingin tahu kementerian mana sebenarnya sekarang ini yang bertanggungjawab ke atas Kompleks Jalan Gurney ini dan apakah usaha-usaha yang dibuat untuk membantu peniaga-peniaga di situ.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bertanya tentang masalah jangkitan adenovirus kepada pelatih-pelatih polis di Pusat Latihan Polis. Saya difahamkan ada beberapa orang – masih ramai lagi yang tinggal di hospital dan mereka ini masih belum betul-betul tahu apakah penyakit yang mereka hadapi. Cuma ada satu atau dua orang yang meninggal adalah disebabkan oleh adenovirus. Jadi saya minta status ataupun keadaan terkini daripada pihak Menteri Kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya ada membantu seorang rakan saya yang cuba untuk membuat satu program derma darah di Tabung Darah Negara di Jalan Tun Razak. Ini di mana pada masa itu penyanyi Maher Zain dan juga rakan-rakannya berada di sini dan mereka telah digunakan sebagai ikon untuk menarik orang untuk menderma darah dan telah dibuat satu program di sana. Jadi sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan yang menguruskan program itu adalah sahabat saya, maka dia memaklumkan kepada saya dan saya mengatakan saya akan turut sertalah untuk pergi sama. Kalau pun mungkin tidak layak untuk menderma darah, sekurang-kurangnya saya membawa penduduk-penduduk ataupun rakyat daripada Titiwangsa untuk menderma darah.
Akan tetapi apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua - pelik. Bagaimana seorang pegawai mengatakan, telah mengugut kalau sekiranya bawa wakil rakyat ke sini, maka kita tidak dapat meneruskan. Hendak derma darah pun perkara ini dipolitikkan. Jadi apakah maknanya kalau misalnya saya hendak buat program, sebagai wakil rakyat pembangkang, maka tidak boleh. Darah kami tidak layak, tidak sesuai. Belum lagi periksa. Ini yang berlaku Ahli Yang Berhormat semua.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Jadi saya hendak minta penerangan juga daripada Menteri Kesihatan supaya pegawai yang tersebut, saya akan berikan namanya. Saya tidak mahu mention di sini sebagai menjaga. Saya akan sampaikan kepada Menteri Kesihatan sendiri untuk memastikan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku. Budaya seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita. Sepatutnya kita bersama-sama dalam kerajaan dan juga daripada Ahli-ahli Parlimen, wakil-wakil rakyat pembangkang sama-sama membangun, sama-sama memastikan aspirasi dan hasrat rakyat dilaksanakan seperti mana yang dikatakan, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ tetapi dari segi praktikalnya mungkin tidak berlaku.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang bagaimana diskriminasi terhadap kami wakil rakyat. Saya hendak juga minta pandangan Yang Berhormat. Masalah yang sama juga dihadapi oleh saya di kawasan saya.
Apabila berlakunya musim banjir, apabila saya turun bersama-sama dengan rakyat untuk membantu membersihkan salah satu sekolah di Rantau Panjang, tiba-tiba apabila kita buat temu janji untuk meneruskan kerja pembersihan pada keesokan hari, kita diberi amaran dan peringatan supaya jangan masuk ke kawasan sekolah. Ini merupakan satu penghinaan sedangkan kami hanya datang untuk membantu. Guru ini memberitahu dia telah mendapat warning daripada pihak Pengarah Pelajaran sendiri. Jadi apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini, sedangkan kita datang ikhlas untuk sama-sama membina kestabilan negara dan bukan untuk berkempen pilihan raya.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Itulah yang saya katakan tadi. Kita kena ubah mentaliti, budaya kita bekerja, budaya kita berinteraksi antara Ahli-ahli Parlimen dan juga wakil-wakil rakyat sama ada di Dewan Rakyat, Dewan Negara mahupun di Dewan-dewan Undangan Negeri. Kita kena berubah...
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi, Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ya baik, insya-Allah. Baik, seterusnya juga saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri yang menjaga hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Ada satu tanah di Jalan Datuk Keramat yang dahulunya pernah menjadi tempat Pejabat Pendaftaran. Saya difahamkan tanah itu adalah tanah kepunyaan JAWI. Kemungkinan besar tanah itu adalah tanah wakaf. Jadi pertama saya ingin tahu status tanah itu.
Cuma pada masa ini bangunan itu dan tanah itu telah digunakan oleh UMNO Titiwangsa sebagai bilik gerakan. Ini telah berlaku banyak tahun yang lalu dan saya pernah bangkitkan sebelum ini kepada menteri agama yang sebelum menteri agama sekarang – bukan... Saya bangkitkan kepada Pengarah JAWI. Apa yang dikatakan, “Apa salahnya mereka hendak guna. Kita sesama orang Islam.” Bukan masalah itu. Masalahnya saya difahamkan tidak dibayar sewa sedangkan kalau ini adalah tanah wakaf, bermakna di situ ada amanah kepada JAWI untuk memastikan mendapat sewaan. Yang keduanya api dan air juga dibayar oleh pihak JAWI dan bukan oleh UMNO di situ. Kalau begitu saya pun hendakkan tempat itu sebagai saya punya pusat khidmat. Jadi saya inginkan mendapatkan penjelasan daripada pihak JAWI melalui Menterinya.
Kemudian satu lagi isu yang ingin saya bangkitkan adalah tentang pembangunan di Chow Kit itu sendiri. Sekarang ini Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru begitu bersungguh-sungguh mahu dikemukakan untuk memastikan pembangunan di Kampung Baru. Ini termasuklah Chow Kit. Saya mohon supaya sebagai satu bukti kepada rakyat. Saya minta kerajaan bangunkan dahulu Pasar Chow Kit. Pasar Chow Kit ini sudah berpuluh-puluh tahun, itulah rupanya. Daripada saya pelajar, penuntut perubatan di Fakulti Perubatan, itulah rupanya sampai sekarang. Tidak ada perubahan. Saya meminta memperuntukkan sekurang-kurangnya, kalau misalnya RM20 juta boleh diberi kepada Masjid Jamek oleh Perdana Menteri kita, saya minta juga lebih sama - amaun yang sama sebanyak RM20 juta untuk pembangunan Chow Kit sebelum hendak bangunkan. Buktikan dahulu bahawa kerajaan memang serius hendak bangunkan kawasan di situ.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Mulakan dengan Chow Kit, kawasan perniagaan, kawasan yang saya kira memang sangat berpotensi dan sangat bersejarah. Supaya dengan ini tidaklah kita masih lagi sudah tahun 2011 dilihat begitu maju tetapi pasar-pasar kita masih lagi pasar cowboy.
Jadi saya kira mungkin ada satu lagi Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya nyatakan juga di sini iaitu saya ingin bertanya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Apakah dasar ataupun polisi untuk pelaksanaan masalah mengurus banner dan bunting yang sekarang ini begitu popular. Dahulu kita banner dan bunting menggunakan kain. Jadi kain ini adalah bahan organik dan mudah dilupuskan. Namun sekarang ini menggunakan plastik ataupun kanvas. Ini begitu banyak di seluruh negara. Apakah perancangan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memastikan supaya banner dan bunting ini termasuklah juga polisterin yang digunakan untuk pelbagai tujuan dari segi makanan sehinggalah untuk mengangkut barang dan sebagainya. Apakah perancangan untuk memastikan bahan-bahan yang tidak alami ini diurus dan tidak menjadi satu lagi sumber pencemaran kepada negara kita terutama sumber air. Jadi saya rasa terima kasih, setakat itu sahaja. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairi Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kerana membenarkan saya mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa isu. Yang pertamanya adalah mengenai satu pengumuman yang telah diumumkan dan telah pun dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini iaitu Skim Rumah Pertamaku. Skim ini adalah salah satu cadangan sebenarnya yang datang daripada Makmal Generasi Muda yang dianjurkan oleh Pemuda Barisan Nasional pada tahun lepas untuk memudahkan pemilikan hartanah ataupun pemilikan rumah oleh generasi muda. Cadangan tersebut diangkat dan dijadikan satu skim di mana kerajaan pada hari ini akan memberi kemudahan pembiayaan kewangan 100 peratus kepada golongan muda di bawah umur 35 tahun, yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 melalui jaminan yang diberi melalui Cagamas untuk 10 peratus down payment yang sebelum ini perlu dibuat oleh pemilik rumah.
Tuan Khairi Jamaluddin - Rembau
Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan atas usaha ini. Saya rasa ini adalah salah satu usaha yang murni, yang baik, yang sebenarnya memberi kemudahan kepada generasi muda yang selama ini memang ingin dan mahu memiliki rumah tetapi tidak dapat berbuat sedemikian kerana down payment ataupun 10 peratus pembayaran yang pertama itu cukup tinggi. Bayangkan RM220,000 rumah nilainya, dia kena buat down payment sebanyak RM22,000. Memandangkan gajinya sebulan kurang daripada RM3,000, dia kena menabung setahun lebih untuk dapat duit yang cukup ataupun meminjam daripada ibu bapanya sebelum mendapat duit tersebut.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan bahawa walaupun skim ini adalah skim yang baik dan satu pengumuman yang dinantikan oleh anak-anak muda, sekiranya kita lihat kepada harga nilai hartanah di kawasan-kawasan bandar besar, ia semakin meningkat. Kalau kita lihat kepada nilai rumah yang layak untuk dibiayai melalui skim ini iaitu di antara RM100,000 dan RM220,000, kalau kita tengok betul- betul nilai hartanah di kawasan-kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, kawasan- kawasan di Lembah Klang, di Pulau Pinang, di Johor Bahru dan sebagainya, kita sebenarnya melihat bahawa nilai hartanah ini sedang meningkat dan kalau kita ambil contoh daripada Malaysia house price pndex laporan tahun 2010, kalau kita tengok house price index telah meningkat sebanyak 6.2 peratus pada suku ketiga tahun 2010 berbanding dengan suku ketiga tahun 2009. Maksudnya, hartanah terutamanya di kawasan-kawasan bandar besar ini sedang meningkat.
Tuan Khairi Jamaluddin - Rembau
Jadi apabila kita ambil skim ini dan kita bagi kemudahan kepada anak-anak muda yang sedang bekerja, yang ada gaji dan sebagainya, kebanyakan mereka, majoriti mereka, bukan semua tetapi majoriti daripada mereka duduk di kawasan bandar-bandar besar.
Mereka sebenarnya tidak mampu sebab tidak layak untuk dapat hartanah yang di bawah harga RM220,00.
Saya hendak bagi tahu kepada Dewan, harga purata (average price) untuk terrace house pada suku ketiga tahun 2010 berdasarkan kepada laporan Malaysia House Price Index 2010. Contohnya, untuk sentral KL adalah RM540,000, di kawasan Kuala Lumpur utara RM280,000, di kawasan Kuala Lumpur selatan RM330,000, di kawasan Petaling Jaya Selangor RM348,000, Pulau Pinang di pulau RM562,000 malah di Tawau Sabah RM303,000 dan di Kota Kinabalu RM285,000. Maksudnya, sekiranya anak-anak muda ini melihat kepada terrace house satu landed property yang paling basic di kawasan-kawasan yang bukan setakat sentral tetapi di bandar-bandar yang lain, maka mereka tidak layak untuk menerima pembiayaan yang diberi melalui Skim Rumah Pertamaku ini.
Jadi saya harap dan saya cadangkan kepada kerajaan untuk melihat semula kepada kelayakan dari segi nilai hartanah tersebut. Kalau hari ini diumumkan bahawa hanya RM220,000, saya minta supaya dilihat semula, dipertimbangkan semula sekiranya dapat dinaikkan untuk bandar-bandar besar kepada RM300,000 ataupun RM350,000 agar lebih realistik lagi kerana kita tidak hendak skim ini dilancarkan...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Minta maaf Yang Berhormat Seputeh, saya ada banyak point...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukan, bukan. Saya hanya tanya, bukankah ini akan mewujudkan lebih pemuda yang bankrap? Kalau tidak mampu tidak usah pergi beli property yang mahal.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih. Itu saya rasa bantahan yang amat basic sekali. Sebab ini bukan soal keupayaan mereka untuk membayar tetapi ini adalah keupayaan untuk membuat down payment yang pertama.
Mereka ini semua adalah credit worthy. Mereka ada income. Mereka bukan tidak ada income macam sub prime crisis di Amerika Syarikat, pinjaman diberi kepada mereka yang non income without any income, without any assets dipanggil “ninja”. No income, no assets, no jobs, no assets tetapi mereka ini ada income cuma ada masalah untuk buat down payment yang pertama. Itu yang dibiayai oleh kerajaan. Jadi kalau tidak faham tak payah hendak tanyalah.
Jadi saya ingin cadangkan supaya kerajaan dapat meningkatkan sedikit nilai tersebut supaya memberi kelonggaran kepada kawasan-kawasan bandar di mana nilai itu cukup tinggi ataupun tinggi sedikit daripada RM220,000 dan saya harap dapat dipertimbangkan oleh kerajaan.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan soal perpaduan di sekolah ataupun perpaduan di kalangan anak-anak muda. Hari ini kita banyak bincangkan soal masalah perpaduan. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu dikatakan bahawa orang lama kata zaman dahulu masalah perpaduan, masalah popularisasi kaum ini tidaklah seteruk pada hari ini. Kalau kita tengok hari ini memang jarang kita lihat sekumpulan anak muda daripada semua bangsa ataupun pelbagai di Malaysia. Kalau kita tengok satu kumpulan orang muda sudah pastinya ataupun kebanyakannya adalah daripada satu bangsa. Yang Melayu dengan Melayu, yang Cina dengan Cina, yang Iban dengan Iban, yang India dengan India dan sebagainya. Bukan saya kata tidak ada tetapi kebanyakannya kalau kita tengok betul-betul, kalau kita tengok di mana orang muda ada tengah lepak dan sebagainya, mereka tidaklah menggambarkan ciri kepelbagaian kaum ataupun 1Malaysia.
Jadi masalah ini kita cuba tackle, kita cuba tangani dalam program seperti Program Khidmat Negara dan sebagainya. Akan tetapi saya hendak bangkitkan satu isu yang penting Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya kita hendak membentuk minda anak muda, minda generasi muda supaya mereka lebih senang untuk bergaul dengan rakan-rakan daripada bangsa yang lain, kita perlu mula daripada formative years, dengan izin, dengan umur yang lebih muda lagi, lebih rendah lagi daripada Program Latihan Khidmat Negara.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Bukan saya hendak kata Program Latihan Khidmat Negara adalah satu program yang tidak bagus tetapi sekiranya – sebab antara satu matlamat PLKN ini adalah untuk memupuk perpaduan negara. Akan tetapi sekiranya kita hanya hendak memupuk perpaduan negara kepada mereka yang baru sahaja selesai SPM, umur dia sudah 18 tahun, ini bukan formative years sebab pandangan mereka, pemandangan mereka, world view mereka, dengan izin, sudah pun terbentuk dan dalam tiga bulan itu agak sukar untuk mereka membentukkan world view (pemandangan dunia) yang baru untuk accommodate, untuk menjadi seorang yang lebih senang bergaul dengan bangsa-bangsa yang lain ataupun kaum-kaum yang lain.
Saya pernah jadi ahli majlis pertama PLKN dan apabila saya buat lawatan ke kem- kem PLKN ini saya dapati bahawa apabila ada break time, kita melihat kepada anak-anak ataupun peserta-peserta anggota PLKN ini dalam waktu rehat dan mereka sudah pasti tidak akan bergaul dengan bangsa yang lain ataupun dengan kaum yang lain. Saya pergi ke banyak kem dan di setiap kem perkara yang sama berlaku sebab bagi saya agak terlewat sekiranya kita hendak cuba memupuk semangat perpaduan di kalangan mereka yang sudah mencapai umur 18 tahun. Sebab itu kita cuba cadangkan bagaimana kita dapat meningkatkan lagi integrasi, perpaduan dan sebagainya pada umur yang rendah lagi dan apabila kita melihat ada yang cadangkan supaya kita hanya ada satu aliran sekolah, one school for all. Sekolah kebangsaan sahaja tetapi kita semua tahu bahawa perkara ini susah ataupun impossible, tidak boleh dilaksanakan kerana kita bagi Constitutional guarantee, jaminan Perlembagaan kepada kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Sekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sebagainya sudah menjadi satu unwritten kontrak sosial di kalangan kaum-kaum di Malaysia bahawa vernacular education (pendidikan vernakular) itu akan kita pelihara.
Jadi kita cari apakah formula yang terbaik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak muda kita di peringkat sekolah kebangsaan, sekolah rendah supaya mereka yang Melayu dapat main dengan yang Cina, dapat main dengan yang India walaupun tidak pergi ke sekolah yang sama. Dahulu tidak ada masalah sebab kebanyakan daripada anak- anak muda kita pergi ke sekolah kebangsaan. Akan tetapi sejak 20 tahun yang lepas kita melihat bahawa lebih ramai lagi anak-anak Cina dihantar kepada sekolah jenis kebangsaan Cina, malah 95 peratus daripada Chinese student of school going age, dengan izin, pergi kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan bukan kepada sekolah kebangsaan.
Jadi kita bangkitkan, kerajaan cadangkan pada tahun 2004 untuk menghidupkan satu program yang telah diperkenalkan pada tahun 1984 iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ataupun dikenali dengan singkatannya RIMUP. RIMUP ini dengan ringkas kata kepada Dewan yang mulia ini adalah usaha supaya dalam cocurricular activities (kokurikulum aktiviti) kita cantumkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah jenis kebangsaan Cina yang ada di dalam satu kawasan dan kita membenarkan mereka mengadakan cocurricular activities bersama. Jadi, daripada darjah satu sampailah mereka di sekolah menengah sampailah seterusnya, mereka dapat exposure (pendedahan) kepada pelajar-pelajar daripada kaum yang lain. Sedikit-sebanyak apabila mereka main bersama, buat sukan bersama, badan beruniform bersama dan sebagainya, mereka ada semangat perpaduan. Mereka kenali antara satu sama lain dan tidaklah mereka tunggu sampai hendak pergi ke PLKN barulah jumpa dan berinteraksi dengan seorang daripada kaum yang lain.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Akan tetapi malangnya, saya hendak bangkitkan di Dewan yang mulia ini, pada tahun 2007 – sebab saya hendak tengok keberkesanan Program RIMUP ini, sebab bagi saya, Program RIMUP ini amat berkesan dari segi falsafahnya, dari segi konsepnya yang cukup powerful untuk sama-sama kita memupuk semangat perpaduan. Akan tetapi saya hendak tengok sejauh mana keberkesanan Program RIMUP. Apa yang saya dapati adalah kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2007 yang mendapati hanya 29 peratus daripada sekolah-sekolah yang diperiksa menitikberatkan pelaksanaan RIMUP dan sekolah rendah hanya 31 peratus dan 26 peratus hanya di sekolah menengah. Dua belas peratus sahaja sekolah yang mengadakan post mortem atau perbincangan bagi menilai dan menambah baik Program RIMUP yang telah mereka laksanakan.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Dalam laporan yang sama – sebab saya hendak tengok sejauh mana kerajaan serius untuk mempromosikan RIMUP ini. Kalau kerajaan serius, seriousness itu dengan izin, adalah dari segi pembiayaan kewangan. Saya dapati bahawa melalui laporan yang sama pada tahun 2007 kerana itu laporan yang terakhir yang kita dapat secara detail mengenai RIMUP ini, hanya RM25.8 juta sahaja diberikan kepada RIMUP. Ini adalah hanya 5 peratus daripada peruntukan yang diberi kepada PLKN. Kalau PLKN, saya rasa lebih daripada RM500 juta setiap tahun. RM500 juta setiap tahun untuk PLKN – program tiga bulan yang melibatkan remaja yang sudah sampai umur 18 tahun untuk memupuk integrasi dan perpaduan. Akan tetapi program on going every day, every year, every week dengan izin, yang kita mula daripada Darjah Satu, hanya diberi RM25.8 juta iaitu hanya 5 peratus daripada bajet yang disediakan untuk PLKN. Jadi saya hendak tanya, sekiranya...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Kenapa berdiri ini?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Minta laluan.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Okey, sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Soal tentang perpaduan anak-anak muda kita ini daripada generasi muda yang awal lagi, saya menyokong dan begitu menarik pandangan daripada Yang Berhormat Rembau. Akan tetapi, RIMUP ini seperti mana yang kita tahu adalah hanya melibatkan program-program di antara sekolah-sekolah melibatkan kokurikulum dan sebagainya. Saya bertanya kepada Yang Berhormat Rembau kalau boleh, apa salahnya kita melihat semula kepada konsep Sekolah Wawasan ini? Ini kerana, sebenarnya kalau kita mahukan perpaduan generasi muda ini, kita tahu bahawa kalau mereka hanya berjumpa pada program-program yang memakan masa sejam dua jam, tidak akan mendapat kesan yang baik. Sekolah Wawasan ini di mana semuanya boleh berada dalam satu kawasan dan mereka boleh berinteraksi dalam masa-masa yang lebih panjang.
Itu mungkin satu lagi caranya. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Saya tidak ada halangan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Kota Belud. Malah, boleh dimasukkan dalam ucapan saya sebab Sekolah Wawasan adalah salah satu cadangan yang baik untuk memupuk perpaduan.
Akan tetapi masalahnya, ia ditolak sebab cadangan Sekolah Wawasan ini dipolitikkan.
Seolah-olah Sekolah Wawasan ini akan dilute, dengan izin, karakter sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Akan tetapi sebenarnya, dia bagi satu peluang yang baik supaya kemudahan semua dijaga, supaya facilities diberikan kepada semua sekolah, baik sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, mahupun sekolah jenis kebangsaan Tamil. Jadi bagi saya, Sekolah Wawasan perlu kita melihat semula sebagai satu perkara.
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Yang Berhormat Rembau, mengenai RIMUP.
Tentang RIMUP, saya sendiri pernah melihat pelaksanaan program RIMUP itu. Saya rasa itu satu konsep yang baik, tetapi yang lemah itu adalah implementasinya. Implementasi yang saya lihat, ia hanya sekolah-sekolah jenis kebangsaan mementaskan acara tertentu – acara pementasan. Tidak ada interaksi. Kalau dia boleh mula daripada peringkat persiapan RIMUP itu menambahkan ruang untuk interaksi, ia akan menambahkan keberkesanan.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih cikgu di atas cadangan tersebut. Saya rasa cadangan yang baik. Akan tetapi antara masalahnya ialah sebab komitmen, peruntukan cukup kecil. Bayangkan, RM25 juta diberi untuk satu tahun dan dibahagikan kepada semua sekolah yang terlibat dalam RIMUP. Jadi, apa yang output yang dapat dilaksanakan itu cukup tidak baik kerana komitmen yang diberikan oleh kerajaan tidak banyak.
Jadi saya tengok kepada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2011, di bawah aktiviti 11 Bekalan Kementerian Pelajaran, tidak dimention pun, tidak disebut pun soal RIMUP. Yang disebut ialah sukan untuk kecemerlangan, pengurusan kesenian, sukan untuk semua dan sebagainya, tetapi tidak disebut langsung tentang RIMUP. Jadi saya hendak tahu dari kerajaan, sama ada kerajaan masih lagi serius untuk meningkatkan lagi perpaduan.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau – sebab kalau serius, melihat kepada pelaksanaan yang baik. Sekiranya kita hanya hendak melepaskan batuk di tangga dengan program yang peruntukkannya cukup kecil sekali, saya rasa ia tidak membawa faedah. Kalau sekiranya kita serius, kita lihat bagaimana PLKN dilaksanakan.
Bajet lebih RM500 juta setiap tahun. Jadi saya berharap keseriusan daripada pihak kerajaan untuk melihat isu tersebut.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai masalah atau isu tol ini. Saya hendak bangkitkan isu ini sebab bagi saya – saya hendak fokus pada ucapan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud hari itu. Kalau kita tengok, ada dua cadangan. Cadangan daripada kerajaan Barisan Nasional dan juga cadangan daripada pihak pembangkang. Kita tengok satu cadangan yang realistik yang telah mula lebih awal lagi dan satu lagi cadangan yang dikeluarkan dalam ‘Buku Jingga’ yang langsung tidak realistik. Macam saya celah hari itu kepada ucapan daripada Yang Berhormat Kota Belud, saya kata bahawa kalau kita tengok kepada cadangan yang dibuat dalam Orange Book...
[Merjuk kepada buku Jingga] Daripada pembangkang, mereka kata mereka akan mengambil alih semua tol dalam 100 hari. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, dalam 100 hari pertama andai kata, nauzubillah mereka jadi Kerajaan Persekutuan, mereka akan mansuhkan semua tol dalam 100 hari...
Ahli-ahli Pembangkang: [Tepuk]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Tidak apa. Mereka akan beli semua aset dengan harga yang saya pun tidak tahu bagaimana. Jadi saya bangkitkan isu yang senang sahaja. Dalam Buku Jingga ini dikatakan bahawa mereka akan arah Khazanah dan EPF untuk mengambil alih aset tersebut dan memansuhkan tol. Saya kata what kind of investment decision, dengan izin, untuk mengarah EPF? EPF ini bukan duit kerajaan, EPF ini adalah duit pekerja yang dicarumkan dalam EPF. EPF mengambil alih tol dan dimansuhkan tol tersebut. Apabila dimansuhkan tol, pulangan untuk EPF itu akan datang daripada mana? Irresponsibility, tidak bertanggungjawab dengan izin, pembangkang ini.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Boleh celah sedikit?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukan semua syarikat tol buat untung.
Jadi apa salah? Jadi balik kembali kepada penyumbang EPFlah.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak highlight Tuan Yang di-Pertua. Ketidakbertanggungjawaban, irresponsibility, dengan izin...
Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya
Irresponsibility adalah membebankan rakyat.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
...Yang tidak memahami langsung apa yang dicadangkan. Dicadangkan dalam 100 hari yang pertama dikeluarkan lebih daripada RM50 bilion kerana itulah offer yang dikeluarkan oleh Asas Serba, untuk mengambil alih semua tol concession yang ada di Malaysia ini, diarahkan EPF dan selepas itu dimansuhkan tol.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat Rembau, dua minit lagi.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh mencelah sedikit?
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Dua minit lagi.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Buku Jingga ini. Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Semalam saya terbaca satu artikel dalam surat khabar yang mengatakan CEUPACS meminta supaya kerajaan menaikkan gaji semua kakitangan kerajaan. Saya masih menunggu-nunggu respons rasmi daripada Pakatan Rakyat kerana kalau mereka menjadi kerajaan, mereka hanya mahu memberi RM500 kepada guru-guru sahaja.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tanya BN dahulu, hendak bagi tidak CEUPACS punya demand. BN kata, apa CEUPACS punya demand?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau berani, cakap hendak bagi semua kepada kakitangan kerajaan Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Takkanlah hendak tanya Yang Berhormat Rembau tentang dasar kita?... [Ketawa]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih. Saya pun sebenarnya menunggu jawapan daripada mereka. Akan tetapi yang kita tahu, pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kota Belud minggu lepas, bahawa sekiranya semua janji yang telah ditabur di Buku Jingga ini dilaksanakan, kerajaan dalam dua tahun akan bankrap.
Apabila kerajaan bankrap dalam dua tahun, mereka akan minta pinjaman daripada IMF dan kita semua tahu bahawa itulah sebenarnya agenda yang dibawa oleh Ketua Pembangkang.
Saya hendak gulung, Tuan Yang di-Pertua. Poin yang serius. Saya melihat cadangan yang dibuat oleh kerajaan lagi realistik daripada pembangkang, iaitu sebelum pembentangan Buku Jingga, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun umum dalam pembentangan Belanjawan Tahun 2011 dalam Dewan yang mulia ini pada tahun lepas bahawa kerajaan akan mengambil alih melalui KHAZANAH dan EPF ataupun melalui UEM dan EPF, tol-tol yang dikendalikan oleh PLUS Expressway Bhd.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Alhamdulillah, PLUS telah menerima tawaran yang dibuat iaitu RM23 bilion tetapi bukan untuk memansuhkan tol sebab kita tahu kalau memansuhkan tol itu tidak ada pulangan bagi EPF dan juga tidak tahu bagaimana untuk kendalikan operation cost bagi highway tersebut. Kalau kita ambil alih tol lebuh raya, siapa yang akan bayar operation cost? Contohnya rutin maintenance untuk PLUS sebanyak RM230 juta tiap-tiap tahun, management expenditure RM349 juta tiap-tiap tahun, depreciation and amortisation RM410 juta tiap-tiap tahun. Maksudnya jumlah ini adalah RM994 juta tiap-tiap tahun maintenance operation cost untuk lebuh raya PLUS sahaja dan apabila dimansuhkan tol, siapa akan bayar? Rakyat akan tanggung bil sebanyak RM1 bilion tiap-tiap tahun di bawah kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya mereka memerintah yang irresponsible itu kerana tidak ada pulangan daripada tol.
Jadi saya hendak bertanya kepada kerajaan. Ingin saya hendak dapat Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya dapat diambil alih PLUS highways melalui Khazanah ataupun UEM dan juga EPF, cadangan yang telah diterima oleh shareholders pemilik saham PLUS Expressways Berhad, saya hendak tahu berapa banyak tol akan dikurangkan untuk memelihara pulangan kepada EPF, satu, untuk jaga operation cost bagi tol yang dikendalikan oleh PLUS, dua, dan yang ketiga untuk menjaga beban rakyat? Ini kerana kita tahu bahawa tol itu perlu kita turunkan kadarnya. Akan tetapi kalau hendak hapuskan seperti mana yang saya bangkitkan tadi masalah dari segi risk management untuk EPF, masalah dari segi operation cost dan sebagainya. Akan tetapi saya hendak bertanya apakah model yang difikirkan terbaik oleh kerajaan apabila PLUS ini diambil alih sepenuhnya oleh UEM dan EPF dan yang keduanya...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
EPF juga ya?
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Apakah dicadangkan untuk lebuh-lebuh raya yang lain yang sebelum ini masih lagi tidak ada usaha untuk diswastakan ataupun dibeli oleh entiti daripada kerajaan. Jadi oleh sebab masa...
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Saya bagi satu lagi Tuan Yang di-Pertua, baru saya...
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih sahabat saya daripada Rembau dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengamati ucapan daripada Yang Berhormat tadi. Berdasarkan kepada apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat tadi di Dewan ini...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Dua minit panjang.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Buku Jingo ini, buku apa?...
[Dewan riuh] Saya tersebut buku ‘jingo’ ini, maka kalau pihak pembangkang mengambil alih negara kita ini, maknanya dalam masa yang cepat...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Tuan Yang di-Pertua, dua minit panjang sangatlah.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Negara kita akan menjadi bankrap dan akan menjadi papa kedana dan mungkin tidak akan pulih balik. Betulkah Yang Berhormat ini?
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih. Betul Yang Berhormat Sekijang. Sebab itu apabila sejak Buku Jingga ini diperkenalkan, ada tiga pilihan raya kecil iaitu di Merlimau, di Kerdau dan juga di Tenang. Ketiga-tiga pilihan raya kecil Buku Jingga ini menjadi manifesto mereka ditolak oleh rakyat. Jadi saya rasa cukuplah Tuan Yang di- Pertua di situ. Ada banyak perkara yang saya hendak bangkitkan lagi, boleh saya bangkitkan dalam pilihan nanti. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih. Masih di dalam senarai yang ada di sini untuk sekian kalinya, yang akan berucap seterusnya adalah PKR. Selepas itu saya akan panggil daripada BN. Selepas itu baru saya panggil lagi daripada DAP kerana itu senarai yang kita nampak ikut giliran. Jadi kalau boleh wakil daripada PKR. Siapa sekarang, Siapa? Yang Berhormat Selayang?.... Okey, silakan Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ucapkan terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih...
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Balik USA, ada radiation tunggu.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, if I don’t do this, I will be irresponsible. Sila teruskan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Perkara yang pertama yang saya hendak bangkitkan ialah tentang kedudukan Dasar Ekonomi Baru dengan Model Baru Ekonomi. Saya meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjelaskan sama ada kerajaan Barisan Nasional akan memansuhkan DEB atau tidak. Ramai orang di dalam dan di luar negara selepas membaca buku MBE bahagian I dan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjangka DEB akan dimansuhkan dan digantikan dengan MBE.
Seorang Penasihat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Zainal Asnam Mohd. Yusof berkata cadangan untuk memansuhkan keperluan 30 peratus ekuiti bumiputera dan juga rancangan untuk menubuhkan suruhanjaya peluang sama rata telah ditolak atas sebab bantahan oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti PERKASA. Saya juga meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan adakah kerajaan Barisan Nasional kalau memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, berniat untuk memansuhkan DEB selepas pilihan raya.
Inilah mengikut artikel yang telah ditulis oleh Nouriel Roubini, pakar ekonomi terkenal dan juga salah satu anggota penasihat MPEN di mana beliau menyatakan perubahan tidak dapat dibuat pada masa ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti menjaga hati pengundi Melayu bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Roubini yakin perubahan DEB akan dilakukan selepas pilihan raya. Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan Barisan Nasional memberikan jawapan yang penuh dan tepat supaya tidak sesiapa akan terkeliru sama ada DEB akan dilanjutkan atau tidak di bawah MBE.
Perkara yang kedua saya hendak bangkitkan adalah kesusahan rakyat biasa sebab kenaikan harga barang makanan dan perkhidmatan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Tuanku bertitah bahawa jika kerajaan memberi perhatian kepada status kemajuan negara ini, ini tidak akan bermakna kalau rakyat tidak menikmati kehidupan berkualiti. Saya hendak menarik perhatian kerajaan kepada kesusahan dan masalah-masalah yang menimpa golongan pekerja makan gaji, golongan berpendapatan tetap seperti pesara dan juga mereka golongan yang berpendapatan terendah 50 peratus. Mereka tidak layak untuk mendapat bantuan yang diberikan kepada mereka yang miskin. Mereka juga tidak begitu kaya untuk menampung harga tinggi. Oleh yang demikian, mereka menjadi tertekan.
Mengikut indeks harga makanan Bank Dunia, harga bahan makanan telah naik sebanyak 15 peratus antara Oktober 2010 dan Januari tahun ini. Harga makanan beras, gula, minyak masak dan tepung telah melambung tinggi. Bank Dunia meramalkan 44 juta orang akan menjadi miskin dalam negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Harga minyak juga telah naik...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Yang Berhormat Selayang boleh mencelah sedikit? Terima kasih kepada Yang Berhormat Selayang. Saya dengar ada di kalangan pemimpin Barisan Nasional cabar kita, negeri Pakatan, terutama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri suruh kita Pakatan Rakyat turun harga barang.
Bolehkah kita lakukan? Saya nampak Timbalan Menteri itu tidak tahu peranan Kerajaan Pusat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya, sungguh jelas bahawa kemungkinan besar mereka tidak tahu kesusahan orang biasa. Harga minyak seperti yang dikatakan akan naik melambung kerana keadaan di Mesir, Libya, negara serantau timur, MIDF Amanah Investment Bank meramalkan kadar inflasi akan meningkat 2.5 peratus sehingga 2.8 peratus jika harga minyak naik kepada USD95 setong dan akan naik lagi 3.5 peratus sehingga 3.8 peratus jika harga minyak naik kepada USD105.
Pada masa ini harga minyak RON 97 telah naik beberapa kali sehingga RM2.50 seliter. RON 95 juga telah naik kepada RM1.90 seliter. Kerajaan telah mengumumkan satu peruntukan sebanyak RM10.3 bilion untuk membolehkan rakyat memperoleh barang keperluan. Akan tetapi saya khuatir amaun ini tidak cukup kalau harga minyak akan naik lebih daripada USD105 setong.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Oleh yang demikian, saya meminta kerajaan adakah sedia untuk memberikan peruntukan yang lebih besar untuk membantu rakyat. Selain daripada harga minyak dan harga bahan, kita juga...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Dalam hal memberi subsidi menjadi satu hakikat yang ramai tahu bahawa subsidi yang diberikan sebenarnya menguntungkan segelintir peniaga, sungguhpun dikatakan ada subsidi beras tetapi subsidi ini tidak sampai kepada sasarannya dan juga subsidi minyak, ramai yang dapat untung dengan menjualnya ke Thailand. Ia sampai ke Kedah pun, sudah boleh mengaut untung yang banyak kerana harga sangat tinggi. Adakah setuju kalau kerajaan mesti memastikan pegawai-pegawainya tidak bersubahat dengan peniaga-peniaga untuk mengaut untung dan menyebabkan rakyat jelata yang miskin tidak mendapat minyak dan beras subsidi ini?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih, saya setuju bahawa antara masalahnya ialah implementasi dan solutionnya bukan untuk menarik balik subsidi.
Seperti yang saya katakan, antaranya juga ialah pinjaman. Mengikut Tan Sri Zetti Akhtar Aziz dan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara, Malaysia pada penghujung tahun 2010. Hutang isi rumah telah melebihi RM577 bilion daripada itu, RM225 bilion adalah untuk pinjaman perumahan, RM118 bilion untuk pinjaman sewa beli kereta dan RM22 bilion untuk pinjaman peribadi. Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK adalah 80 peratus. Ini adalah yang tertinggi di Asia selepas Jepun tetapi kita hendaklah ingat bahawa pendapatan per kapita di Jepun adalah USD32,700 atau RM8,000 sebulan. Kalau kita bandingkan dengan purata pendapatan rakyat kita, ialah hanya RM2,000 sebulan. Mengikut RMKe-10, 40 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang daripada RM1500.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ini menunjukkan bahawa disposable income, yang rakyat kita ada merosot dengan hendak memberikan bayaran yang besar untuk hutang-hutang kita. Kita juga mengambil kira tentang hutang kerajaan dan hutang awam yang berjumlah 53.3 peratus daripada KDNK. Ini adalah kali pertama di dalam sejarah Malaysia yang mana kerajaan berhutang lebih daripada 50 peratus daripada KDNK. Kesukaran rakyat biasa berpunca daripada gaji yang tidak naik seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Klang iaitu gaji bertakung atau dengan izin wage stagnation, antara bebannya juga ialah harga kereta yang tinggi.
Kerajaan mengenakan tiga jenis cukai, cukai import, cukai eksais, cukai jualan bagi kereta tempatan. Pembeli harus membayar sejumlah 70 peratus cukai dalam bentuk 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan. Ini bermakna kalau kita mengambil kereta yang kecil seperti Perodua yang dijual dengan harga RM40,000, pembeli terpaksa membayar cukai sebanyak RM16,500. Akibatnya ialah mereka terpaksa meminjam dengan sewa beli kereta yang tinggi dan juga tempoh yang panjang, ada kes yang sehingga sembilan tahun. Kita tahu bahawa selepas lima tahun, kereta pun sudah tidak begitu baik tetapi pinjaman pun belum selesai.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Selayang. Yang Berhormat Selayang menyebut mengenai wage stagnation tadi, ketepuan tangga gaji yang disebut beberapa kali dalam Dewan ini. Saya rasa kita dapat menerima masalah itu kerana Bank Negara juga memberitahu 78 peratus rakyat atau penduduk dalam negara kita terangkum di bawah pendapatan sederhana dan juga rendah.
Maknanya 78 peratus ini, boleh dikatakan sebahagian besar oleh rakyat kita duduk di bawah kategori ini. Maknanya yang lebih mustahak, ada berlaku suatu kesilapan dalam polisi kerana akhirnya kita mencapai tahap macam ini. Berkenaan dengan polisi, saya hendak tanya Yang Berhormat Selayang, apakah dalam kedudukan kita sekarang ini, kita perlu ajak rakyat kita meneruskan dalam suasana yang sama selepas kita dah lalui agak panjang? Yang Berhormat Selayang juga menyebut tadi berkenaan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang tetap gagah, UMNO sendiri mengesahkan perkara itu gagah.
Jadi persoalan saya, pandangan peribadi atau pandangan Pakatan Rakyat, adakah perlu kita heret sama sekali, perkara yang sama dan silap yang kita buat bertahun- tahun ini, untuk kita buat dalam masa yang akan datang. Somebody has to be responsible to it dengan izin, terima kasih.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih, memang kalau kita tengok apa yang saya telah hujah tadi, kesilapan telah berlaku tetapi yang penting hari ini ialah keazaman politik untuk membuat perubahan. Ini kerana apa yang popular bukan akan disokong oleh semua. Apa yang penting ialah ada conviction dan courage untuk membuat perubahan.
Harga rumah yang telah dikatakan oleh beberapa Yang Berhormat di dalam sesi ini juga menjadi perkara yang besar dan yang membebankan rakyat. Kita sudah tahu seperti Yang Berhormat Rembau telah memberikan statistik tentang harga rumah dan juga Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan. Apa yang penting untuk kita lihat ialah dalam skim ini, yang memberikan 1 peratus pinjaman ialah tempoh panjang sehingga 30 tahun untuk membayar balik.
Ini juga sama dengan apa yang saya cakapkan tadi tentang kereta, yang masanya sembilan tahun. Ini bermakna pinjaman itu lebih daripada kemampuan yang biasa mereka untuk membayar, kerana ini bukan biasa untuk mengadakan satu pinjaman yang panjang dan pada akhirnya kerana mereka tidak mampu untuk membayar, mereka akan mengalami masalah kewangan dan mereka akan menjadi muflis. Kalau kita tengok kadar muflis di negara kita, pada tahun 1999 hanya 79 kes, pada tahun 2003 telah naik kepada 106 ribu kes, sehingga Jun 2010 kita sudah ada 218,561 kes muflis.
Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi berkata bahawa sampai 20 Julai 2010, 38.357 individu diisytiharkan muflis dan mereka berusia 25-44 tahun dan trend ini amat membimbangkan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Dalam tempoh ini 80,348 kes direkodkan muflis membabitkan semua golongan.
Sepanjang tempoh itu, golongan berusia 35 tahun hingga 44 tahun mencatatkan 25,229 kes atau 31.43 peratus. Golongan berusia 45 hingga 54 tahun ada 21,051 kes sebanyak 26.3 peratus dan golongan yang termuda 25 hingga 34 tahun ada 13,128 kes atau 16.34 peratus. 20.12 peratus kes ialah tentang sewa beli kenderaan dan yang kedua ialah perumahan.
Oleh yang demikian masalah bukan mengadakan pinjaman yang besar.
Masalahnya ialah untuk mengadakan harga yang berpatutan, untuk mengadakan keperluan tempat tinggal dan pengangkutan...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Selayang.
Saya sebenarnya tadi takut apabila mendengar maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Selayang kerana saya menjangkakan generasi yang akan terbentuk Tuan Yang di-Pertua ialah generasi hutang. Masuk pendidikan berhutang 12,000 ke 15,000. Keluar graduate umur 24 tahun atau 26 tahun mungkin hendak berkahwin, tidak ada duit orang kampung susah pinjam lagi personal loan, mungkin lagi 10,000. Beli kereta mungkin sampai kereta murah RM70,000 atau RM80,000. Saya khuatir orang berhutang kita tahu. Kita sentiasa kreatif, confident awal bulan bila gaji masuk. Hujung bulan kreatif, confident hilang bila duit kurang. Kalau generasi yang akan terbentuk dalam negara ini generasi hutang seperti ini inovasikah, kreativiti ekonomikah, high incomekah saya rasa gagal kerana dengan izin, we cannot have a confident Malaysian society. Mohon penjelasan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Benar...
Tuan Yang di-Pertua
Ada tiga minit lagi Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau. Oleh yang demikian dengan adanya beban yang besar ini rancangan untuk menarik balik subsidi pada ketika ini akan memberikan lebih kesukaran dan kesengsaraan kepada rakyat biasa kita. Oleh yang demikian saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula tentang rancangan ini.
Perkara ketiga ialah tentang PKFZ dan kita tahu bahawa dua bekas Menteri telah didakwa. Apa yang saya minta ialah, adakah kerajaan merancang untuk menuntut balik kerugian yang telah dialami oleh kerajaan. Ini adalah sebab mereka yang terlibat telah memecah amanah rakyat dan mereka tidak boleh simpan keuntungan atau segala manfaat dan semua wang ini mesti dikembalikan kepada rakyat.
Akhirnya ialah tentang aliran wang haram yang kita baca dengan laporan GFI bahawa RM888 bilion telah keluar. Jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah hanya RM135 bilion sebab ada errors dan omission di dalam account balance of payment.
Saya fahami bahawa errors and omission ini adalah jumlah yang sebenarnya kecil dan kalau kecil ini menunjukkan ini adalah kesilapan akaun. Akan tetapi apabila jumlah ini besar dan dilanjutkan dalam masa yang panjang, ini adalah satu tanda yang ketara bahawa ada masalah keluaran aliran wang haram. Oleh itu saya pohon kerajaan menjelaskan apa tindakan yang akan diambil untuk menangani masalah ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong kali ini setelah kira dua hari berdiri duduk berdiri, Alhamdulillah terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Berkat kesabaran Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih... [Ketawa]
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, fenomena banjir sekarang ini mempunyai satu trend yang lambat untuk kembali pulih disebabkan berlakunya banjir termenung. Jadinya faktor untuk menyelenggarakan saliran dan perparitan yang kurang baik juga mungkin boleh dikira sebagai salah satu masalah yang boleh memburukkan lagi masalah itu.
Jadi banjir besar pada tahun 2006 dan tahun 2007 yang melanda negeri-negeri Johor, Melaka dan Pahang, Kerajaan Pusat kita lihat telah membelanjakan sebanyak RM1.26 bilion bagi membaiki infrastruktur yang musnah akibat banjir tersebut. Itu termasuk kerosakan pertanian, pengaliran, pelajaran, kesihatan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun tidak sampai lima tahun, pada awal Februari tahun ini kawasan saya iaitu kawasan Parlimen Parit Sulong telah sekali lagi dilanda banjir besar khususnya di kawasan Mukim 18 Sri Medan juga mungkin Mukim Empat, Simpang Kiri. Terdapat lebih daripada 4,000 keluarga yang terlibat dan terpaksa berpindah dan setengahnya telah putus hubungan yang melibatkan lebih kurang 14,521 orang.
Jadi saya hendak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya selaku Ahli Parlimen dan juga terima kasih terutamanya kepada anggota angkatan tentera daripada Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Majidie yang telah bertungkus-lumus membantu penduduk yang terlibat dengan banjir khususnya dalam membantu mengagihkan bantuan makanan, pakaian, ubatan dan memindahkan mangsa banjir tersebut terutamanya di kawasan-kawasan yang terputus hubungan, yang hanya boleh sampai hanya menggunakan kenderaan berat dan bot sahaja. Penghargaan saya juga kepada semua agensi dan juga jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasukan Pertahanan Awam, Pasukan Bomba dan Penyelamat, NGO-NGO, kumpulan-kumpulan dan pertubuhan dan juga orang perseorangan yang telah membantu mangsa banjir ketika banjir, sewaktu memindahkan dan juga selepas waktu banjir.
Saya kira banjir ini memang banyak membawa kemusnahan yang besar. Justeru daripada itu saya begitu mengharapkan terutama pihak kerajaan sekali lagi dapat membantu menyalurkan bantuan segera khususnya dalam memperbaiki infrastruktur yang rosak akibat daripada banjir ini terutamanya jalan-jalan kampung, jambatan-jambatan, titi- titi, bangunan-bangunan awam seperti sekolah, masjid, surau, balai raya dan sebagainya.
Saya juga bersama-sama dengan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain juga menyokong sekiranya ada satu sistem amaran awal untuk sistem banjir ini agar ianya dapat dilaksanakan terutamanya bagi kami yang berada di kawasan yang dilanda banjir ini.
Kalau tahun lepas Tuan Yang di-Pertua, tempat saya tiga kali banjir tetapi pada tahun ini awal tahun kita telah dilanda banjir. Jadi saya harap, nauzubillah jangan terjadi lagi di kawasan Parlimen saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan juga syabas kepada Kementerian Pelajaran yang telah mengambil langkah-langkah positif ke arah pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah-sekolah termasuk di sekolah- sekolah luar bandar. Pada tahun 1996 KPM telah memperkenalkan konsep sekolah bestari yang menekankan pengaplikasian ICT sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah. Pada masa ini telah ada semua inisiatif bagi memperkasakan ICT di dalam pendidikan ini. Jadi berkaitan dengan ICT di sekolah ini saya ingin menanyakan kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran perkara-perkara seperti berikut:
(i) apakah status pembestarian sekolah terkini?; dan
(ii) apakah KPM telah mencapai sasaran untuk membestarikan kesemua 10,000 buah sekolah seperti yang disasarkan menjelang tahun 2010?
Keduanya, dalam penarafan sekolah bestari menggunakan smart school qualification standard ataupun SSQS tahun 2010, berapa buah sekolah bandar dan luar bandar yang telah berjaya mencapai lima bintang?
Seterusnya, masih kah wujud jurang digital antara sekolah bandar dan juga sekolah luar bandar dan sejauh manakah guru-guru mempunyai kemahiran mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ICT dalam pengurusan serta pentadbiran sekolah?
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Seterusnya, merujuk kepada persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-12 pada tahun 2009, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran juga telah memaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran akan merombak sistem pendidikan di peringkat Tingkatan Enam termasuk memperkenalkan sistem pentafsiran modular bagi menggantikan sistem terminal bagi peperiksaan STPM mulai sesi persekolahan Tingkatan Enam Bawah pada tahun 2011. Langkah ini saya rasa amat bertepatan kerana Tingkatan Enam merupakan peringkat terakhir persekolahan sebelum ke institusi pengajian tinggi.
Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta supaya Menteri Pelajaran memberi penjelasan sama ada sistem pentafsiran modular peperiksaan STPM ini telah dilaksanakan? Sekiranya belum, mengapakah sistem modular STPM ini belum dilaksanakan dan bilakah sistem ini akan dilaksanakan?
Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan kecergasan jasmani murid melalui penglibatan secara aktif seperti memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan memang kita sangat alu-alukan. Namun begitu, program-program sedia ada seperti aktiviti ko-kurikulum juga tidak harus dipinggirkan apabila dasar ini dilaksanakan. Oleh sebab pada masa ini, saya melihat aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti tidak mendapat perhatian pihak sekolah. Umpamanya, pemakaian pakaian seragam pada setiap hari Rabu tidak dipraktikkan secara konsisten walaupun saya rasa kementerian telah menetapkan ia untuk dilaksanakan. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pelajaran, apakah usaha-usaha kementerian untuk memperkasakan ko-kurikulum seperti unit beruniform, kelab dan persatuan di sekolah selain daripada apa yang dilakukan pada masa ini?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan guru sandaran tidak terlatih
(GSTT) ini banyak diperkatakan di dalam Dewan yang mulia ini. Akan tetapi saya ingin sekali lagi menyentuh mengenai masalah GSTT ini. Ia telah pun diambil untuk menampung keperluan guru-guru ataupun mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di kawasan pedalaman agar proses pendidikan berjalan dengan lancar. Jadinya tidak lama dahulu lebih kurang 13,000 GSTT telah diberi surat pemberhentian perkhidmatan dan kemudian KPM menarik balik surat tersebut. Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira rungutan dan juga rayuan termasuklah daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat dan juga saya sendiri. Jadinya, kami sangat menghargai keprihatinan kerajaan membela nasib guru-guru tersebut. Jadi pertanyaan saya adalah, apakah usaha kementerian dalam menangani GSTT sekarang ini terutamanya dari segi mekanisme pelaksanaan dan juga pelantikan GSTT ke jawatan tetap dan juga pelantikan GSTT yang akan datang?
Tuan Yang di-Pertua, soalan... Eh, soalan. Seterusnya – sudah petang, hendak cakap lapar itu tidak juga Tuan Yang di-Pertua, tetapi tidak tahulah mata kadang-kadang...
Orang kata usia itu bila makin jauh itu makin berusialah pula, Tuan Yang di-Pertua...
[Ketawa] Tatkala negara sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya ke arah menjayakan agenda inovasi negara, adalah penting untuk kita memastikan bahawa pelaksanaan aktiviti ataupun projek berhubung inovasi ini diimbangi dengan faktor tadbir urus, ketelusan dan juga akauntabiliti dan juga pemantauan yang berkesan.
Jadinya pada tahun lepas, saya mendengar ketika Yang Berhormat Menteri MOSTI menggulung perbahasan mengenai Akta AIM, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa kementerian ada menaja 4,520 projek dan daripada jumlah ini, 2,390 projek telah berjaya disiapkan. Daripada jumlah 3,090 projek ini pula, paten yang didaftarkan adalah sebanyak 550, hak cipta – 421, trademark – 223 dan juga reka bentuk pula adalah 27. Akan tetapi daripada keseluruhan yang didaftarkan ini, cuma 263 projek sahaja yang dikomersialkan. Kadar ini saya tengok agak rendah iaitu kira-kira 2 peratus.
Satu angka yang sangat rendah.
Jadi saya ingin dapatkan penjelasan daripada kementerian mengenai sebab- sebab utama kadar pengkomersialan yang agak rendah ini. Adalah merugikan apabila kita menghasilkan produk dan teknologi inovatif tetapi kita tidak berjaya daripada aspek untuk mengkomersialkannya. Jadi soalan saya, bagaimanakah kita ataupun kementerian ingin mencadangkan untuk menjana satu pendapatan baru negara ini sekiranya kita tidak berjaya dalam usaha kita untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan itu?
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Oleh yang demikian, saya juga ingin meminta kementerian untuk menjelaskan bagaimana kita hendak meningkatkan kadar pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan yang dipatenkan. Juga, saya rasa kita perlu menetapkan KPI tertentu bagi kadar pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan kita di masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu teknologi hijau adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan juga pertumbuhan ekonomi negara. Malahan, negara di seluruh dunia pada masa ini memberikan prioriti kepada pembangunan teknologi hijau dan juga isu alam sekitar khususnya bagi menangani fenomena pemanasan global dan kesan perubahan cuaca. Teknologi hijau dilihat dapat memberi satu potensi besar dalam memacu pembangunan negara.
Seperti yang kita maklum, dalam memastikan pembangunan teknologi hijau negara, kementerian telah membahagikan kepada empat sektor utama iaitu sektor tenaga, sektor bangunan, sektor air dan pengurusan sisa serta sektor pengangkutan. Apa yang saya ingin utarakan di sini adalah mengenai kurangnya promosi dan juga insentif untuk pembangunan teknologi hijau dalam sektor air dan pengurusan sisa. Jika dalam sektor tenaga, program atau aktiviti yang dirancang agak jelas seperti program ‘diperbaharui’ dan kecekapan tenaga. Begitu juga dengan sektor bangunan dengan pensijilan Green Building Index (GBI).
Justeru itu, saya mengharapkan agar kementerian menyatakan apakah program- program dan juga aktiviti-aktiviti bagi membangunkan teknologi hijau dalam sektor air dan pengurusan sisa? Kita faham sektor tenaga adalah antara bidang utama tenaga hijau yang berjaya menarik pelabur sama ada pelabur dalaman dan juga pelabur luaran untuk melabur di negara ini. Namun, sekiranya sektor air dan pengurusan sisa kurang diberi perhatian, kita khuatir dua perkara ini akan menjadi beban yang tidak seimbang kepada pembangunan negara apabila tidak diuruskan secara lestari memandangkan masalah pemanasan dunia kini menyebabkan banyak negara mengalami krisis air dan krisis makanan kesan daripada pengurusan air yang tidak cekap.
Tuan Yang di-Pertua, terakhirnya, saya hendak menyentuh sedikit mengenai kesejahteraan penduduk luar bandar. Di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh saya lihat peruntukan yang diberikan untuk mensejahterakan penduduk luar bandar ini mendapat satu peruntukan yang besar. Pada saya, kesejahteraan penduduk luar bandar ini dapat dijayakan dengan memperbanyakkan lagi dan juga menambahkan pembangunan luar bandar terutamanya keperluan infrastruktur sosial dan juga fizikal yang komprehensif dan juga holistik.
Bagaimanapun, saya begitu mengharapkan agar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini menjadi lebih peka dan proaktif terutamanya dengan apa- apa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen itu sendiri di dalam Dewan yang mulia ini.
Saya melihat bahawa banyak isu yang dibangkitkan termasuk yang dibawa saya sendiri selaku Ahli Parlimen tidak dihiraukan langsung oleh kementerian. Jadi saya harapkan pada kali ini dapatlah pihak kementerian untuk meneliti dan juga mengkaji dan juga bertindak terhadap apa-apa juga keperluan asas.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Selalunya Ahli-ahli Parlimen yang berasal dari luar bandar ini, yang mewakili rakyat di luar bandar ini, kami tidak mengejar bangunan yang bertingkat-tingkat, apa yang kami mahukan adalah infrastruktur asas. Di minta kami untuk mencadangkan, kami mencadangkan. Di minta kami menghantar surat permohonan, kami hantar surat permohonan. Di minta kami berjumpa, kami berjumpa. Akan tetapi saya lihat tidak ada perubahan yang dilakukan oleh kementerian dan selagi tidak ada perubahan itu, selagi itulah saya selaku Ahli Parlimen Parit Sulong mewakili suara pengundi di kawasan saya akan membawa isu ini, terutamanya infrastruktur asas seperti lampu jalan kampung dan juga jalan kampung ini kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Dalam pada itu, saya harap jugalah pihak ataupun pegawai-pegawai daripada pihak kementerian dapat memanfaatkan setia perjumpaan, setiap perbincangan yang diadakan.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jangan anggap ia sekadar kerja rutin, tetapi saya harapkan kementerian dapat memastikan segala projek ataupun usul ataupun apa sahaja yang dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen luar bandar ini, pastikan bahawa projek pembangunan luar bandar ini dapat dilaksanakan selaras dengan impian kerajaan untuk mensejahterakan luar bandar.
Jadinya saya juga amat berharap bahawa impian ini tidak hanya cantik di atas kertas sahaja, tetapi saya harap ia dapat diterjemahkan menjadi kenyataan. Diharap pihak kementerian dapat melihat semula segala permohonan untuk infrastruktur asas bagi Parlimen Parit Sulong. Dengan itu sekian sahaja, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas Yang Berhormat Seputeh, saya akan panggil daripada BN. Selepas itu saya untuk keadilan saya akan panggil daripada kumpulan Bebas - Yang Berhormat Bayan Baru sedia. Sila.
Seorang Ahli
Selepas itu?
Tuan Yang di-Pertua
Selepas itu baru saya panggil PAS. Sila.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Wah. Semua ada kira. Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Parlimen kita baru meluluskan Akta Perlindungan Data Peribadi pada April tahun lepas. Di sini saya ingin tanya apakah data dan maklumat yang kita beri kepada syarikat telco dan syarikat internet di Malaysia ini disimpan secara sulit? Ataupun adakah kesemua maklumat para pengguna boleh bebas diberi kepada pihak agensi kerajaan ataupun ahli-ahli politik Barisan Nasional sewenang-wenangnya? Ramai warga Malaysia merasa kurang senang hati apabila mereka terima SMS dan e-mel salam Tahun Baru Cina dihantar oleh Perdana Menteri ke telefon bimbit dan e-mel mereka. Mereka rasa bimbang kerana e-mel dan nombor telefon peribadi mereka diperolehi oleh Pejabat Perdana Menteri, maka komunikasi peribadi mereka akan dipantau oleh kerajaan. Saya merasa hairan untuk membaca jawapan Perdana Menteri kepada Ahli Yang Berhormat Batu Gajah yang bertarikh 8 Mac 2011 bahawa Perdana Menteri telah menghantar empat juta SMS salam Tahun Baru Cina kepada warga Cina yang dibiayai oleh tiga syarikat telco iaitu Celcom, Maxis dan Digi.
Manakala ucapan peribadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dihantar kepada 1,255,528 penerima rakyat Malaysia. Kos yang dikenakan adalah berjumlah 5 sen setiap satu e-mel. Adakah ini bermaksud bahawa Perdana Menteri telah menggunakan RM63,000 wang rakyat untuk menghantar e-mel salam Tahun Baru Cina ini. Bukankah e- mel boleh dihantar secara percuma? Mengapakah Perdana Menteri perlu bayar wang begitu banyak untuk hantar e-mel tersebut? Soalan saya, bukankah perbuatan Perdana Menteri ini merupakan pencerobohan kepada keperibadian individu di negara kita?...
[Tepuk]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukankah ini bercanggah dengan perlindungan maklumat peribadi orang ramai?
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh, laluan sedikit.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Di sini saya ingin tanya peranan syarikat telco...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Bagi laluanlah, Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Syarikat telco yang memberi perkhidmatan percuma kepada Perdana Menteri untuk menghantar SMS salam Tahun Baru Cina kepada orang ramai.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apakah syarikat telco ini mendapat persetujuan daripada pengguna ataupun subscribers syarikat mereka sebelum SMS dihantar kepada mereka? Apakah syarikat telco seperti Celcom, Maxis dan Digi juga akan memberi layanan yang sama kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghantar SMS secara percuma kepada orang ramai? Kalau tidak, apakah ini bermaksud bahawa syarikat telco ini memang tidak neutral dari segi politik?
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh...
Lenggong.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, buang masa. Ada terima SMSkah?
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Ada, ada. Hendak tunjuk, hendak cerita. Ada terima, berilah sini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Sebab ada terima SMS lah hendak beritahu. Saya ada terima. Sekejap, seminit.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey Tuan Yang di-Pertua... Saya tidak tahu apa dia mahu, saya teruskan... [Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh, jangan double standard lah. Ketua Pembangkang pun hantar juga.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Ketua Pembangkang pun hantar SMS juga.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Kenapa waktu Ketua Pembangkang hantar tidak marah? Takut kah?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apabila JPM mencerobohi keperibadian warga Malaysia...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Ketua Pembangkang hantar tidak marah. Apabila dia terima SMS marah...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kementerian Dalam Negeri pula ingin menyekat kebebasan bersuara...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Kenapa dia double standard?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Seputeh tidak beri laluan.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Ini double standard.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila. Yang Berhormat Seputeh duduk dahulu.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Peraturan Mesyuarat 36(6) Tuan Yang di-Pertua. Dia menyebut bahawa Pejabat Perdana Menteri mendengar komunikasi individu. Sedangkan yang dihantarkan ucap Selamat Tahun Baru Cina. Apa ada kena-mengena dengan menceroboh, mendengar komunikasi? Ini satu tuduhan yang liar Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya minta dia tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Teruskan, teruskan. Kalau ada daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Bank Negara nanti, selepas Yang Berhormat Seputeh berucap kalau untuk ingin dibidas saya jemput daripada yang hantar. Ya, teruskan. Sila.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi apabila Jabatan Perdana Menteri mencerobohi keperibadian warga Malaysia, Kementerian Dalam Negeri pula ingin menyekat kebebasan bersuara di dalam ruang siber.
Ketua Setiausaha Kementerian telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa kementerian berhasrat untuk mengetatkan akta mesin cetak dan penerbitan supaya akta itu merangkumi internet termasuk blog, YouTube dan Facebook. Walaupun cadangan ini telah pun dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri tetapi dalam jawapan Parlimen yang telah saya terima ada 10 Mac 2011, ia menyatakan bahawa cadangan ini masih dalam perbincangan di dalam kementerian. Maksudnya kementerian kelihatan masih berminat untuk melaksanakan cadangan ini.
Tuan Yang di-Pertua, internet bukan sahaja digunakan oleh pihak pembangkang dan NGO untuk menyebarkan maklumat dan pandangan sahaja, tetapi kita lihat ahli-ahli politik Barisan Nasional dan UMNO juga menggunakan internet untuk tujuan politiknya...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Malah Perdana Menteri juga berinteraksi dengan rakyat melalui blog, Facebook page dan Tanya Najib dalam Twitter untuk tujuan politiknya juga. Sekiranya...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Haiya... Yang Berhormat Kinabatangan saya tahu you baru masuk, you duduklah, dengar saya cakap dahulu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Haiya... [Ketawa]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, tujuan Kementerian Dalam Negeri untuk mengenakan tapisan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hendak pantau pun tidak bolehkah?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dalam internet adalah kerana wujudnya banyak artikel yang kritikal terhadap Barisan Nasional. Kita juga lihat banyak blog dan Facebook juga digunakan oleh Cyber Trooper UMNO untuk memutarbelitkan fakta dan merosakkan nama baik pemimpin Pakatan Rakyat, yang mana saya sendiri pun merupakan salah seorang mangsa perbuatan jahat Cyber Trooper UMNO sehingga saya ditahan di bawah ISA selama tujuh hari oleh Kementerian Dalam Negeri... [Dewan riuh] Jadi apa yang saya buat ialah saya mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak kerajaan BN, PDRM, Utusan Malaysia, Khir Toyo dan sebagainya. Akan tetapi saya memang tidak setuju cadangan kementerian untuk mengenakan tapisan dan sekatan dalam ruang siber kerana kerajaan mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam internet.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan mengenakan tapisan terhadap ruang siber ini bukan sahaja menunjukkan kebimbangan dan rasa tidak selamat pada pihak kerajaan Barisan Nasional, ia juga melanggar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan melanggar Perjanjian Jaminan Koridor Raya Multimedia yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1997. Ia bukan sahaja akan menjejaskan usaha Malaysia untuk menarik pelaburan asing dalam bidang ICT, tetapi ia juga merosakkan nama baik Malaysia di masyarakat antarabangsa.
Sehubungan dengan itu saya ingin tanya, kenapakah Kementerian Dalam Negeri menghantar surat teguran kepada akhbar The Star yang menyiarkan laporan dan kenyataan Persatuan Gereja Kristian tentang al-kitab Bahasa Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukankah akhbar The Star hanya melaksanakan tanggungjawabnya untuk melaporkan apa yang benar dan apa yang sebenarnya berlaku? Kenapakah akhbar ini ditegur hanya kerana melaksanakan tanggungjawabnya? Kenapakah kementerian tidak mengambil tindakan terhadap sesetengah media seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia yang selalu menyiarkan laporan yang kurang benar, berat sebelah dan memecahbelahkan hubungan antara kaum dan malah merosakkan nama baik dan jiwa 1Malaysia ini. Apakah ini menunjukkan Kementerian Dalam Negeri mengamalkan double standard dari segi pemantauan media.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, skandal kewangan yang terbesar di Malaysia iaitu skandal PKFZ yang memakan RM12.5 bilion wang rakyat masih lagi menghantui nama baik negara kita. Rakyat Malaysia berasa amat hairan di mana Peguam Negara hanya mendakwa dua orang bekas Menteri Pengangkutan iaitu Tun Dr. Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy ke mahkamah tetapi bukan tokoh politik yang lain. Dakwaan terhadap mereka ini iaitu menyelewengkan atau menipu Perdana Menteri dan anggota Kabinet memang tidak meyakinkan orang ramai. Apakah ini menunjukkan bahawa kedua-dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta anggota jemaah menteri tidak begitu cekap dan begitu senang ditipu oleh kedua-dua orang bekas menteri di dalam Kabinet ini?
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Mengapakah tiada siapa di dalam syarikat yang membangunkan PKFZ iaitu Kuala Dimensi Sdn. Bhd. khususnya CEO iaitu Ahli Parlimen Bintulu tidak didakwa langsung.
Apakah ini bermaksud Tun Dr. Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy hanya surat khabar lama dalam politik Malaysia yang sudah tidak ada impak di dalam politik Malaysia dan bermakna tindakan boleh diambil terhadap mereka, manakala Ahli Parlimen Bintulu masih boleh memberikan sumbangan kepada Barisan Nasional di dalam pilihan raya yang akan datang...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Seputeh boleh?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Di Sarawak. Itu sebabnya beliau tidak disentuh langsung. Apakah dakwaan secara pilih kasih ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Adalah demi melindungi pemimpin UMNO dan BN yang telah...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Menyampuk]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Songlap wang rakyat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bersangka buruk itu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua,...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh mencelah....
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Kita semua gembira bahawa pelaburan asing di Malaysia..., duduklah! Yang Berhormat Shah Alam.... [Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Mana adil.... [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini kroni kuatlah.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Ini bukan double standardkah?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebab apa beri pada Yang Berhormat Shah Alam?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh dan kepada Tuan Yang di-Pertua. Apa yang telah disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Seputeh amat menarik iaitu apabila kita melihat bagaimana rakyat telah kehilangan berbilion-bilion ringgit dan tindakan yang diambil begitu selektif, terpilih, bukan sekadar kepada orang-orang yang terlibat tetapi charge yang dikenakan, ia satu charge yang begitu mudah untuk diberikan pembelaan. Saya tidak menipu, dia dituduh untuk menipu ataupun menyelewengkan maklumat dan fakta.
Ini merupakan satu perkara yang begitu subjektif hingga beliau boleh mengatakan, ”Tidak, saya tidak menipu, inilah maklumat yang ada pada diri saya.” Dan begitu juga pihak yang ditipu boleh kata, ”Oh tidak! Tidak! Saya tidak ditipu.” Dengan begitu sahaja perkara ini boleh terlepas dengan begitu mudah. Adakah mengikut pandangan Yang Berhormat Seputeh ia merupakan satu tindakan politik yang bertujuan hendak melihat seolah-olah kerajaan sekarang ini semakin prihatin, berani untuk mengambil tindakan seperti mana terhadap mantan Menteri Besar Negeri Selangor juga, satu pertuduhan yang begitu remeh dan mudah untuk dijawab dan diberikan pembelaan, is it just a political show? Dengan izin.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh? Boleh Yang Berhormat Seputeh, sekali sahaja?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh ya, Perkara 36(9) tidak boleh menyebut sifat, kelakuan atau sifat siapa-siapa Ahli Parlimen ataupun siapa-siapa pegawai kerajaan. Yang Berhormat tidak boleh menuduh sifat, kelakuan Yang Berhormat Bintulu selain daripada tugasnya sebagai tugas rasmi, please cautious yourself on this.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh sekali Yang Berhormat Seputeh?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Cukuplah, cukup Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Seputeh yang memberikan saya ruang, sedikit sahaja... [Ketawa] Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tidak perlulah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, saya ada 20 minit sahaja.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya cuma ingin memberikan cadangan, sedikit sahaja pandangan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Cukup, cukup, cukup...!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Nanti Yang Berhormat boleh berucap.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebab dalam mesyuarat Kabinet mesti difahami.... [Dewan riuh] Kalau...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini tuduhan yang berat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tidak mahu, tidak mahu, tidak mahu, cukuplah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebagai Exco Kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Seputeh tidak beri jalan Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Negeri yang paling prihatin,...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Cukuplah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Berilah ruang.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Cukuplah, cukup.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sedikit...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh jual mahal.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Bagilah Yang Berhormat Seputeh.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sedikit sahaja.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Cukuplah..
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Selepas itu...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Takutlah Yang Berhormat Seputeh.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua,...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Kita semua gembira...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Bahawa pelaburan asing di Malaysia telah bertambah secara keseluruhan...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebagai Exco...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh takut, mana berani, bagilah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Di mana jumlah pelaburan perkilangan telah...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hanya ingin meminta pandangan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Bertambah daripada 30.6 kah...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Minta pandangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Lenggong.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua,...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Minta duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Saya minta pandangan sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi Yang Berhormat?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tidak perlulah, nanti tanya menteri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Clarification.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minggu depan tanya menteri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Masa 10 saat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Cukup, cukup, cukup!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya cuma hendak beritahu di dalam sistem Kabinet, dalam mesyuarat Kabinet satu jam, dua jam itu...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Cukuplah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Kita..., no! Ini betul kalau menteri memberikan penerangan dan memberikan taklimat, Perdana Menteri memberi satu kepercayaan, a certain level of comfort and confidence to the minister, jangan salahkan Perdana Menteri, begitu juga dengan Exco, kalau katalah umpamanya, Yang Berhormat Seputeh sebagai Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor membuat satu persembahan kepada Kabinet negeri,...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Eh!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Takkanlah Menteri Besar kata hendak tunjuk itu, hendak tunjuk ini...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Akan tetapi...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Dia akan memberikan sedikit kepercayaan kepada Exco...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua,...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Untuk membuat keputusan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Yang Berhormat Kota Belud ini seolah- olah pernah menjadi menteri di dalam Kabinet lah.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Akan tetapi di Selangor lain Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dia bercakap seolah-olah dia seorang menteri, jadi saya tidak perlu dengar ini...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu sebab saya katakan, saya ingin menyangkal apa Yang Berhormat Shah Alam kata..
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Kerana saya rasa kalau Tun Dr.
Mahathir boleh menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dia bijak, cukuplah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak betul, itu sebabnya ...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, kalau ini kita salah yang...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Itu sebabnya Yang Berhormat Seputeh tidak faham.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Menyalahkan dua orang bekas Menteri Pengangkutan sahaja memang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud, duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini bukan soal menipu Perdana Menteri, ini soalnya...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Tidak boleh dipercayai.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ada menteri yang menipu, itu sahaja.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Saya ingin teruskan, terima kasih.
Jumlah pelaburan perkilangan telah bertambah daripada RM30.63 bilion pada tahun 2009 ke RM47.17 bilion pada tahun 2010. Walaupun pelaburan Malaysia secara keseluruhannya masih kurang daripada jumlah pelaburan sebanyak RM60.78 bilion yang dicapai pada tahun 2008 tetapi pertambahan pelaburan pada tahun 2010 ini adalah tanda pemulihan ekonomi negara kita. Saya merasa kesal bahawa pemimpin anggota Kabinet BN tidak menghargai usaha yang dimainkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang dan Selangor untuk menarik masuk pelaburan asing ke Malaysia. Mereka malah berkata pencapaian pelaburan perkilangan di Pulau Pinang dan Selangor adalah hasil daripada usaha pemimpin Kerajaan Barisan Nasional.
Ini memang satu kenyataan yang tidak adil, kerana kita tahu baik Perdana Menteri mahupun sesetengah menteri Kabinet telah berusaha begitu gigih menjemput pelabur asing untuk melabur di Zon Iskandar tetapi bukan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Akhirnya ramai pelabur asing tetap memilih negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin bertanya, apakah kuasa dan fungsi MIDA selepas ia dikorporatkan. Apakah MIDA lebih bebas untuk memberikan insentif dan berunding dengan pihak pelabur berbanding dengan keadaan sebelumnya. Dalam beberapa misi pelaburan yang saya sertai, saya berpendapat insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada pelabur asing adalah kurang kompetitif berbanding dengan negara jiran.
Saya percaya pegawai MIDA yang berusaha menarik pelaburan akan bersetuju dengan pandangan saya ini. Sekiranya kerajaan masih kedekut dari segi penawaran insentif, maka usaha kita untuk menarik masuk FDI dan sesetengah pelaburan berbentuk teknologi tinggi dari negara asing juga akan terjejas. Saya ingin mengambil negara China sebagai contoh, di negara China semua kerajaan provinces atau kerajaan negeri bersaing untuk menarik masuk pelaburan asing. Mereka diberikan kuasa untuk memberikan insentif kepada pelabur asing. Dasar Kerajaan China yang memberi galakan istimewa kepada pelabur asing ini juga menjadikan Negara China makmur dan maju pada hari ini.
Misalnya, di Daerah Jiaxing iaitu satu kawasan yang berdekatan dengan Shanghai. Kerajaan daerah ingin menarik pelaburan berteknologi tinggi ke daerah tersebut, tawaran yang diberikan oleh kerajaan daerah kepada intelek dan pakar yang ingin melabur di dalam bidang teknologi hijau dan teknologi tinggi termasuk RMB1 juta sebagai modal permulaan. Sekiranya pelaburan ataupun syarikat berkenaan berlangsung baik setahun kemudian, kerajaan daerah memberikan lagi RMB1 juta lagi kepada pelabur berkenaan selain daripada insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada pelabur berkenaan. Selain itu Kerajaan daerah Jiaxing juga memberikan hadiah wang tunai RMB100 ribu dan RMB50 ribu kepada syarikat ’head hunter’ ataupun individu yang membawa masuk pakar teknologi tinggi untuk melabur di Daerah Jiaxing. Jadi saya ingin mencadangkan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa dan MIDA mengkaji semula insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia supaya kita boleh menjadi lebih kompetitif dari segi penarikan masuk pelaburan berteknologi tinggi ke Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan isu pelaburan, saya ingin menggesa Kerajaan Pusat untuk memberikan lebih perhatian untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan perindustrian di negara kita sebagai langkah untuk menarik dan mesra dengan pelabur. Di sini saya ingin menyeru kepada Kementerian Kerja Raya untuk menyegerakan penyiapan kerja-kerja projek lebuh raya Lembah Klang terutamanya di persimpangan Telok Panglima Garang, persimpangan Pulau Indah agar projek tersebut boleh siap sebelum penghujung tahun 2012 seperti perancangan awal tahun ini.
Projek SKVE ini memang perlu kerana pada masa ini hanya terdapat satu laluan keluar masuk iaitu melalui Jambatan Pulau Indah untuk sampai ke kawasan Pulau Indah.
Pertambahan bilangan kenderaan terutamanya kenderaan berat yang menggunakan Lebuhraya Pulau Indah sedia ada telah menyebabkan kesesakan yang ketara.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini ditambah lagi jika terdapatnya kenderaan rosak atau kemalangan yang sering berlaku kebelakangan ini. Pertambahan pelaburan di sekitar Pulau Indah atas kepesatan pembangunan telah menyebabkan keperluan jalan alternatif ke Pulau Indah begitu mendesak. Terdapat beberapa pelaburan yang besar di kawasan perindustrian Selangor Halal Hub seperti PML Diaries Sdn. Bhd. memang memerlukan jalinan infrastruktur yang mantap. Di samping itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
One minute or two, enough.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey. Di samping itu, terdapat beberapa pembangunan yang sedang dibina di Pulau Indah seperti Port Klang Free Zone dan Westport yang mana ia pasti akan menyumbang kepada penambahan bilangan kenderaan yang masuk ke Pulau Indah apabila pembangunan telah mencapai tahap maksimum.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin bangkitkan satu isu berkenaan dengan orang Sabah. Saya ingin tanya Kementerian Pertahanan sama ada kementerian memberi kebenaran kepada anggota military untuk menyertai parti politik dan malah memegang jawatan tertinggi di dalam parti politik. Di sini saya ingin tanya sama ada Tan Sri Liew Yun Fah di Tawau yang merupakan rejimen askar 516 wataniah ataupun Brigadier General of 516th Regiment of Territorial Army telah mendapat kelulusan Kementerian pertahanan untuk memegang jawatan Naib Presiden Kebangsaan Parti Gerakan...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini adalah kerana Tan Sri Lew ini agak aktif...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apa ini? Tidak faham kah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Dalam politik Sabah tetapi pada masa yang sama, beliau juga memakai pakaian jeneralnya dalam semua majlis kerajaan dan bukan kerajaan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dan beliau membuat kenyataan yang kritikal terhadap Pakatan Rakyat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Satu penipuan lagi itu. Tidak betul.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ramai orang di Sabah ingin tahu sama ada beliau masih merupakan anggota military dan sama ada penglibatan politiknya telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pertahanan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, boleh mencelah?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Beri Yang Berhormat Menteri jawab.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya ingin minta Menteri Pertahanan...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh saya mencelah?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan Menteri jangan jawab.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Boleh memberi jawapan kepada Dewan yang mulia ini dan kepada rakyat di Sabah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak perlu Menteri, level ini saya jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habis Yang Berhormat?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Level itu saya tahu apa masalah ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Eh! Apa masalah Yang Berhormat Kota Belud?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, masalahnya tidak betul. Itu adalah gelaran terhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini masa saya cakap kah?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu pun tidak fahamkah?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Buat bising begitu sahaja.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu adalah gelaran terhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Seputeh telah habis berucap Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Setiu.
Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin sama-sama untuk membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Ada beberapa perkara yang saya mahu sebut iaitu yang pertama mengenai keselamatan negara di mana difahamkan menurut indeks keamanan dunia 2010, Malaysia telah pun menduduki tempat kedua di Asia dan yang terbaik dan juga yang ke-22 terbaik di dunia. Ini bermakna, kerajaan yang ada sekarang telah mampu membentuk keamanan dan kesejahteraan negara dengan begitu baik sekali.
Lanjutan ini Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya maklumkan bahawa satu daripada pertubuhan sukarela yang banyak membantu iaitu RELA yang juga di bawah KDN telah pun memainkan peranan yang sama dalam mengujudkan kesejahteraan dengan membantu pasukan keselamatan. Sekarang ini ahli RELA dikatakan mencecah lebih kurang 2.5 juta orang. RELA ini telah ditubuhkan sejak 11 Januari 1972 yang disertai oleh semua kaum di negara ini. Struktur organisasi telah wujud di ibu pejabat negeri dan daerah di mana sekarang ini RELA telah memainkan peranan yang penting. Cuma sekarang, RELA masih lagi di bawah KDN. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya RELA dijadikan sebuah Jabatan Persekutuan.
Perkara yang kedua. Baru-baru ini telah berlaku laporan kehabisan minyak masak di beberapa buah negeri. Keadaan ini telah menimbulkan keadaan pembelian panik hingga menyebabkan kekurangan barangan berkenaan di pasaran. Akibatnya, ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. Kenaikan harga barang juga dikaitkan dengan kedatangan musim perayaan. Menjelang sahaja musim perayaan, rakyat akan menjangkakan kenaikan barang-barang keperluan kerana kekurangan barangan keperluan ketika menjelang musim perayaan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menentukan bahawa barangan ini akan sentiasa mencukupi dan memastikan kenaikan barang tidak berlaku? Dalam hubungan ini, saya juga mengesyorkan kepada kerajaan supaya mengujudkan sistem pemantauan awal serta stok penimbal berapa barangan seperti beras, gula, tepung, minyak masak, dan lain-lain lagi untuk mengelakkan masalah kekurangan bekalan keperluan.
Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu
Saya juga ingin mendapat penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan berhubung cadangan mengujudkan Jawatankuasa Bekalan dan Harga untuk memantau aspek pengurusan semua barangan atau bahan kawalan negara. Sejauh manakah penubuhan jawatankuasa ini mampu mengawal bekalan dan harga barangan kawalan termasuklah kelapa, bawang dan sebagainya?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bagi membangkitkan keluhan dan rintihan petani, pesawah dan pekebun kecil yang memerlukan pembelaan bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka setanding dengan rakan-rakan mereka yang menjadi peserta FELCRA, RISDA, dan FELDA. FELCRA umpamanya telah pun mengumumkan peruntukan dividen sebanyak RM445.99 juta untuk diagihkan kepada lebih kurang 78,000 peserta pada tahun 2009.
Begitu juga dengan peserta RISDA seramai 43,990 peserta Rancangan Tanah Baru Kelompok dan Tanaman Semula Komersial seluruh negara yang telah pun menikmati dividen sejumlah RM110 juta. Begitu juga nasib peneroka FELDA yang bertuah menerima bonus insentif produktiviti sebanyak RM400 hingga RM1,200 selain dividen dan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) sebanyak 14 peratus dan peruntukan sebayak RM1.6 bilion bagi membangunkan peneroka FELDA di seluruh negara meliputi pembayaran koperasi pembangunan, pinjaman tanpa faedah, bonus, dan prasarana untuk keselesaan mereka.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk turut memberikan bonus dan bantuan kewangan kepada petani, pesawah, dan pekebun kecil bagi membela nasib mereka? Dalam hal ini, saya memohon kepada kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya terus memberi bantuan yang sewajarnya kepada petani, pesawah dan pekebun kecil supaya mereka terasa terus terbela dan dididik dengan teknologi baru oleh kerajaan yang bertanggungjawab ini khususnya di dalam meningkatkan hasil dan pendapatan serta ekonomi mereka terus kukuh untuk keluar daripada garis kemiskinan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara mengenai kawasan saya. Pertamanya mengenai pembangunan muara ataupun muka kuala iaitu di kawasan Kuala Merang yang merupakan kawasan pelancongan dan juga kawasan Kuala Setiu yang merupakan kawasan keluar masuk nelayan. Kedua-dua kawasan ini merupakan kawasan yang sangat penting yang digunakan oleh nelayan dan pembaikan pada dasarnya telah pun diluluskan oleh kerajaan sejak Perdana Menteri Keempat lagi tetapi sehingga sekarang masih lagi belum ditunaikan sepenuhnya.
Oleh yang demikian, memandangkan keadaan kawasan Parlimen Setiu merupakan satu-satu Parlimen yang sering kali setiap tahun dilanda banjir, maka saya memohon kerajaan supaya menyegerakan tindakan untuk mendalam dan membaiki serta mengadakan breakwater di kedua-dua muka kuala ini bagi menjamin nelayan, penternak ikan dan seterusnya akan memberi keselesaan kepada keluar masuk nelayan sama ada untuk pergi ke laut atau juga untuk mendapat perlindungan.
Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan kepada kerajaan, oleh sebab kedapatan di pesisir pantai Parlimen Setiu mulai daripada Batu Rakit ke Kuala Setiu terdapat hakisan pantai yang memakan sebanyak lebih kurang 30 meter hingga 40 meter daratan dan perkara ini masih lagi dibiarkan. Supaya perkara ini tidak berlanjutan dan menyulitkan para penduduk di tepi pantai, maka saya memohon kepada kerajaan membuat kajian dengan segera dan tindakan yang segera.
Seperkara lagi ialah mengenai taman laut. Supaya taman laut ini terus dijaga dengan begitu baik dan tugasnya tidak bertindih-tindih, umpamanya antara Jabatan Laut, Jabatan LKIM dan sebagainya yang terlibat, maka kalau ada satu sahaja jabatan yang bertanggungjawab, memudahkan urusan dan tindakan. Ini kerana pencerobohan Laut China di hadapan negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang merupakan satu kawasan yang sentiasa digemari oleh nelayan-nelayan luar negara.
Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu
Begitu juga mengenai hidupan laut, koral dan sebagainya merupakan antara kawasan yang terbaik di dunia. Maka, saya mencadangkan supaya kerajaan terus mengambil tindakan yang terbaik bagi menjamin koral dan tumbuhan laut ini dijaga dengan baik sama ada melalui peraturan-peraturan pelancongan yang terbatas dan juga dengan undang-undang yang ada supaya mengekalkan isi alam ini dengan baik untuk masa hadapan.
Dengan demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan perasaan terharu dengan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini tempoh hari. Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini amat bermakna dan harus diambil iktibar oleh semua pihak. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja menyentuh urusan kerajaan dan perkara umum, tetapi telah mempamerkan keprihatinan seorang Raja berjiwa rakyat. Kini jelas bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sememangnya mengambil berat tentang perjalanan kerajaan dan kebajikan rakyat jelata. Jadi, apa pula tanggungjawab kita sebagai individu yang mewakili rakyat?
Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat harus menjadi tunjang perjuangan kita dan pembangunan menyeluruh rakyat Malaysia selaras dengan Wawasan 2020 adalah agenda utama kita. Tidak kira kita di pihak kerajaan, pembangkang ataupun bebas seperti saya dan kawan-kawan saya. Perjuangan dan matlamat kita hanyalah satu, kesejahteraan seluruh rakyat negara bertuah ini.
Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjunjung saranan dan nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demi kesejahteraan rakyat dan bukannya semata-mata untuk memperjuangkan agenda sempit masing-masing.
Subsidi kerajaan ke atas barang-barang keperluan asas adalah satu perkara penting yang mempunyai implikasi yang amat dalam ke atas masyarakat kita. Tidak kira nelayan, petani, pegawai bank, anggota tentera atau pengusaha bas sekolah, subsidi kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam mengurangkan beban yang ditanggung rakyat. Secara khususnya, subsidi kerajaan ke atas bahan bakar mempunyai hubungan kait yang begitu kompleks dengan harga hampir kesemua barang keperluan dan perkhidmatan.
Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar jangan ada lagi suara-suara yang membuat kenyataan tentang rancangan menghapuskan subsidi bahan bakar. Mereka yang duduk di kerusi empuk dengan status Menteri tanpa tanggungjawab terus kepada rakyat mungkin tidak faham akan rintihan rakyat di bawah. Saya mencadangkan agar subsidi kerajaan diuruskan dengan lebih cekap dan bukannya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan subsidi kerana implikasi sosialnya amat menggerunkan rakyat jelata.
Jangan kita asyik bercerita tentang market process, tetapi lupa akan the people process.
Kita akui kerajaan harus mengawal perbelanjaan, tetapi janganlah rakyat menjadi mangsa keadaan.
Tuan Yang di-Pertua, dewasa ini timbul pelbagai agenda baru dan tekanan dari puak new liberal. Namun yang paling membahayakan negara bertuah ini adalah agenda politik perkauman segelintir pihak yang baru 36 bulan mengacapi kuasa. Penindasan nyata terhadap kakitangan kerajaan dan penjaja-penjaja berdasarkan spesifikasi kaum dan agama yang berlaku di Pulau Pinang pada masa ini adalah bukti bagaimana yang mabuk kuasa sanggup melakukan apa sahaja. Demi kelangsungan politik perkauman yang keterlaluan, penjaja-penjaja Melayu dan India Muslim di Pulau Pinang menjadi mangsa penindasan di mana gerai-gerai dirobohkan, barangan dalam restoran dirampas dan peniaga dicaci cela. Kakitangan Kerajaan Persekutuan yang enggan patuh kepada politik perkauman pula dilayan umpama musuh sedangkan mereka sebenarnya berkhidmat untuk rakyat. Ini harus diberhentikan.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa kita semua adalah ahli politik dan mempunyai cara tersendiri untuk meraih sokongan rakyat. Tanpa sokongan rakyat, tidak mungkin kita berada di Dewan yang mulia ini pada hari ini. Namun, apa yang merisaukan saya sejak kebelakangan ini adalah budaya matlamat menghalalkan cara yang didukung oleh segelintir ahli politik. Tanpa segan silu atau perasan bersalah dengan izin, guilty conscious, puak-puak ini mengunjurkan politik berdasarkan kebencian. Cara mereka amat mudah dan amat tersusun iaitu membakar perasaan dan sentimen sesuatu kaum atau semua kaum menerusi pembohongan atau dengan cara memanipulasi fakta sebenar.
Pembohongan demi pembohongan di canang ke serata pelosok negara untuk membangkitkan perasaan benci terhadap institusi dan pemimpin kerajaan.
Saya pasti rakyat mengikuti perkembangan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kes kematian Teoh Beng Hock yang telah mula sedar akan sandiwara politik yang menyelubungi isu tersebut. Kes kematian ini iaitu pembantu Wakil Rakyat DAP adalah bukti nyata bagaimana sesuatu isu di manipulasi untuk membangkitkan kebencian rakyat.
Pada asasnya, si mati disiasat pihak suruhanjaya SPRM berhubung kes rasuah melibatkan Ahli Politik DAP. Kita akui kematian ini adalah sesuatu yang tragis dan segala butiran kejadian itu harus disiasat untuk mengenal pasti punca kematian beliau. Namun, kita tidak harus lupa bahawa Ahli Politik DAP mempunyai kepentingan terus dalam kes ini. Perlakuan mereka telah membuktikan agenda politik mengatasi niat untuk mencari kebenaran atau keadilan untuk si mati.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya tidak faham kenapa setelah Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan melantik wakil Baginda untuk menjalankan siasatan terperinci, Ahli Politik DAP yang juga peguam mewakili keluarga Teoh Beng Hock seolah-olah tidak berminat mencari kebenaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tidak mengapalah bagi saya habiskan dahulu. Akan tetapi saya tidak faham kenapa Yang Berhormat Bukit Gelugor hanya berminat untuk menangguhkan, memperlekeh dan membantutkan perjalanan RCI itu. Bukankah mereka yang menjaja isu kematian Teoh Beng Hock di setiap pilihan raya kecil dengan slogan “Justice for Teoh Beng Hock”. Kenapa kini setelah RCI di perkenan Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong memulakan siasatan, timbul usaha untuk menggagalkan siasatan ini? Rakan saya dari Wangsa Maju telah membuat kenyataan baru- baru ini bahawa beliau yakin pemimpin DAP mempunyai maklumat atau pengetahuan lebih mendalam berkenaan kematian Teoh Beng Hock.
Pada pendapat saya...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Serdang bangun Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Beri saya...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Apa bukti yang menunjukkan bahawa DAP yang terlibat dalam kematian Teoh Beng Hock? Tunjuk bukti. Jangan tuduh begitu. Ini amat tidak adil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Beri saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru, tidak boleh kaitkan mana-mana pihak.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tarik balik! Saya minta beliau tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. [Dewan riuh]
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya tidak kata DAP...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tarik balik! Tarik balik kenyataan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak perlu Yang Berhormat. Kita beri amaran.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Beliau tidak boleh tuduh macam itu. Dia cakap DAP yang terlibat dalam kematian Teoh Beng Hock.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya cakap kepentingan DAP bagi Teoh Beng Hock.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bayan Baru.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Jikalau DAP yang terlibat dalam kematian Teoh Beng Hock, kenapa SPRM tidak siasat, polis tidak siasat?
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bayan Baru.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, saya bukan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sekejap, sekejap.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Bayan Baru tidak tuduh.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Menghina mahkamah, menghina RCI.
Seorang Ahli
Tidak, tidak. Yang Berhormat Bayan Baru tidak tuduh.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tarik balik kenyataan itu.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tidak payahlah Yang Berhormat Bayan Baru. Dia tidak faham itu... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya hendak terangkan dengan lebih jelas... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang lain duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya sudah terangkan dengan jelas, dia tidak faham.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Dia tidak faham itu.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya kata DAP menjaga kepentingan Teoh Beng Hock.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Jangan buat tuduhan yang tidak ada bukti...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
You dengar dahulu.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Jangan buat tuduhan yang tidak ada bukti.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
You dengar dahulu. You cuma...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang lain duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang lain duduk. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain duduk Yang Berhormat.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Salah faham dalam konteks pemahaman sahaja, salah bahasa. Yang Berhormat Bayan Baru tidak menuduh, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ha! Tidak faham Bahasa Melayu, bukan dia kata melibatkan. Dia terlibat dalam kes itu.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Siapa makan cili, dia terasa pedas.
Dia tidak faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik saya ingin...
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Memberi ingatan kepada Yang Berhormat untuk tidak menyentuh merit kes dan tidak menuduh mana-mana pihak dalam kes Teoh Beng Hock. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Terima kasih. Saya meminta - kalau Tuan Yang di-Pertua dengar tadi, saya mengatakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang lain itu boleh, yang itu jangan sentuh Yang Berhormat.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, teruskan.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya tidak tuduh atau buat spekulasi. Apa yang ternyata, yang saya cerita tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Jadi oleh itu apakah...
[Disampuk]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa tadi dia jelas membuat spekulasi Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup-cukup Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jikalau spekulasi, PAS lagi speculate banyak.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, kenyataan beliau bahawa dia tidak membuat spekulasi adalah tidak tepat... [Dewan riuh]
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Jikalau ada bukti buat laporan polislah, jangan cakap di sini sahaja.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini jaja satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Jangan cakap di sini sahaja, buat laporan polis kalau ada bukti... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Yang Berhormat Serdang hari itu apabila Yang Berhormat Bandar Kuching berucap dan menyentuh tentang sesuatu pihak menolak Teoh Beng Hock jatuh, saya juga memberi amaran kepada Yang Berhormat Bandar Kuching untuk tidak meneruskan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dengar sahajalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sama sekarang. Ya teruskan Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Peraturan 36(2)
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Akan tetapi saya tidak sentuh tentang isu memperkecilkan, isu si mati sebagainya. Saya hanya mengatakan parti DAP menjaga kepentingan Teoh Beng Hock yang si mati itu. Itu ternyata benda yang benar.
Hanya saya hendak mengatakan adakah mereka sebenarnya mewakili keluarga Teoh Beng Hock sebagai peguam atau muncul semata-mata untuk menjaga kepentingan parti politik mereka. Itu sahaja saya hendak tanya... [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Boleh? Dia sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bagi jalan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Bayan Baru hendak bagi jalan?
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tidak, tidak. Duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat, duduk.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tidak. Dia bukan DAP Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Oleh sebab dia bertanya, saya hendak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Yang Berhormat ada peluang selepas ini nanti.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya tidak tahu Yang Berhormat Shah Alam wakil DAP. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan. Tuan Yang di- Pertua, rasuah adalah satu penyakit atau budaya asing bagi kita orang Malaysia namun disebabkan pelbagai faktor termasuk kesan sampingan pembangunan ekonomi yang pesat, jenayah ini semakin menjadi-jadi. Walaupun tahap jenayah rasuah di dalam negara kita secara relatifnya masih rendah, namun budaya jijik ini berpotensi menjadi ancaman utama kepada masyarakat.
Jika masyarakat diselubungi rasuah maka negara ini tidak akan selamat. Dalam konteks ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato’ Sri Haji Abu Kassim Mohamed. Dato’ Sri Abu Kassim bukan sahaja telah mengharumkan nama SPRM secara khusus tetapi diiktiraf, di tangga keempat di antara seratus individu paling berpengaruh dalam dunia ini dari segi etika...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam bangun lagi Yang Berhormat. Hendak bagi?
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tidak payahlah Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak, sebab SPRM ini saya hendak tanya soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak, tidak. Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hendak tanya sahaja soalan.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Dia takutlah.
Seorang Ahli
Takut apa?
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Takut apa Yang Berhormat Serdang?
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Budaya rasuah bukan budaya kita Tuan Yang di-Pertua dan pengiktirafan dunia kepada Dato’ Sri Abu Kassim adalah bukti bahawa usaha kita mencegah dan menghapuskan rasuah mendapat perhatian dunia.
Seorang Ahli
Tidak takut bagi DNAlah.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya harap rakyat Malaysia akan bangun membantu Dato’ Sri Abu Kassim dan SPRM untuk mencegah budaya jijik ini daripada menghancurkan negara dan masa hadapan anak-anak kita.
Seperkara lagi yang harus kita iktiraf ialah pengorbanan pihak Polis Diraja Malaysia yang telah berjaya mengurangkan kadar jenayah dalam negara menerusi perkhidmatan profesional mereka.
Saya tidak ingin melepaskan peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan PDRM kerana melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi negara bertuah ini. Walaupun PDRM sering dicaci dan dihina segelintir pihak, sampai sesetengah itu telinga pun tergigit, mereka ini yang tidak bertanggungjawab. Telinga polis kena gigit, ada orang gigit telinga polis.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hendak minta laluan pula. Ini isu, isu polis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Ini apa saya belum habis cakap lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Nanti Yang Berhormat ada peluang berucap Yang Berhormat.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tidak ada kena-mengena dengan dia, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Isu polis... [Dewan riuh]
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Pada masa dahulu ancaman ke atas keamanan dan keselamatan kita datangnya dari pengganas komunis dalam hutan. Mungkin pengganas komunis tidak lagi berkeliaran di hutan atau pinggiran kampung, mengancam rakyat tetapi percayalah ancaman yang kita hadapi pada masa ini adalah jauh lebih berbahaya dari zaman pengganas komunis.
Jika dahulu anasir-anasir berkeliaran di dalam hutan, mungkin kini lebih ramai anasir yang serupa untuk jauh lebih berbahaya dari pengganas komunis berkeliaran di bandar-bandar. Ideologi komunis pada masa dahulu adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat dengan apa cara sekalipun. Apa bezanya dengan ancaman ideologi yang dipelopori segelintir ahli politik pada masa ini?
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri agar jangan sekali-kali mengabaikan kebajikan pasukan PDRM kita kerana tanpa mereka negara ini akan kucar-kacir. Tuan Yang di- Pertua, mereka yang masih menyokong Pakatan Rakyat... [Disampuk]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, tuduh komunis bolehkah Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dalam konteks yang lain Yang Berhormat, tidak apa Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kenapa terasa Yang Berhormat Shah Alam?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak ada yang bercanggah, Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak terasa?
Seorang Ahli
Hendak wakil komunis pula?
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Takut terasa, komunis kah?
Tuan Yang di-Pertua, mereka yang masih menyokong Pakatan Rakyat, terlebih lagi mereka yang masih berpaut mengharapkan habuan jika Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya, telah bersorak riang dengan edisi terbaru Buku Jingay – “Jingay” pula Jingga. Jingga ini saya tahu kegemaran penyanyi gay Adam Lambert. Saya tidak tahu kenapa mereka memilih warna jingga ini.. [Dewan riuh]
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Dia pilih warna itukah?
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Walaupun bunyi dan isinya lebih kurang sama dari janji-janji seperti dahulu, yang masih belum ditunaikan, pembohong itu tidak langsung dipersoalkan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat. PAS dan pemimpin- pemimpinnya semacam bisu dan kaku seperti mayat hidup di dalam Pakatan Rakyat sekarang walaupun Presiden mereka, Yang Berhormat Marang telah membayangkan kegusarannya...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bayan Baru.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Berhubung kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai satu pakatan yang...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bayan Baru.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat?
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tidak apalah, bagi saya habiskanlah. Apakah ahli dan penyokong Pakatan Rakyat begitu taksub atau memang telah hilang kebolehan berfikir secara waras? Walaupun pakatan berdasarkan kelangsungan politik sempit dan puak-puak ini telah menimbulkan pelbagai masalah dan musibah kepada rakyat, namun mereka yang kononnya memperjuangkan Islam masih berfoya-foya dengan kuasa yang sedikit yang diperolehi tempoh hari. Mungkin pemimpin DAP amat berpuas hati dan memang telah lama mengharapkan perpecahan di kalangan umat Islam tetapi ada pula ulasan pemimpin PAS dan pengikut tegar PKR.
Saya tidak ingin mempersoalkan pendirian Ketua Umum dan keluarga sendirian berhad kerana pendirian dan angan-angan manusia bergelar Anwar Ibrahim itu tidak mengenali batas atau norma-norma hidup manusia biasa. Agenda dan perjuangan ala bintang filem hanyalah untuk kepentingan peribadi, namun yang sanggup dikorban adalah rakyat jelata tidak kira agama atau bangsa. Agama dan bangsanya sendiri pun sanggup digadai dan di jaja dengan usaha menegakkan benang yang basah tetapi apakah rakyat kita ini bodoh? Apakah kita sudah lupa dengan pembohongan 16 September?
Mata rakyat cuba dikaburi lagi dengan edisi terbaru Buku Jingga – Jingga ini sedangkan mereka yang sebenarnya memperjuangkan reformasi dalam PKR telah meninggalkan parti itu. Macam kamilah. Sebelum bersorak, mendabik dada dengan berharapan untuk membohongi rakyat dengan Buku Jingga, saya rasa pembohongan 16 September harus diperjelaskan terlebih dahulu. Begitu juga dengan video Elizabeth Wong yang kami duduk tunggu-tunggu hendak melihat, sampai hari ini belum tengok lagi. Saya dan rakan-rakan sudah sedar akan pembohongan ini yang di dokong oleh pemimpin berbagai topeng di Pakatan Rakyat, yang kini bertindak meninggalkan pembohongan itu apabila keraguan mengatasi keyakinan.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya harap kawan-kawan saya, bekas kawan-kawan duduk sebelah Pakatan Rakyat itu buka minda, faham. Insya-Allah, ini tanggungjawab kita semua sebagai wakil rakyat tetapi yang masih ditunggu-tunggu, DNA yang kita tunggu-tunggu, yang hendak kena dijustifikasikan. Itu pun kita harap DNA itu – kehendak rakyat, itu kehendak semua.
Tuan John Fernandez - Seremban
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Jadi saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar. Sebentar Yang Berhormat, point of order.
Tuan John Fernandez - Seremban
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Seremban.
Tuan John Fernandez - Seremban
Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di- Pertua dalam Peraturan Mesyuarat 36(2) iaitu DNA ialah satu isu dalam mahkamah sekarang. Kes belum habis... [Dewan riuh] Oleh sebab itu is against of standing orders…
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tadi dia orang bangkitkan. Kuala Krai cakap punya lama tadi.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tadi Kuala Krai sebut tadi.
Tuan John Fernandez - Seremban
Bolehkah saya dapatkan satu ruling.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dia bukan cerita isu... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tadi saya sudah tegur Yang Berhormat tadi. Saya sudah tegur dengan Yang Berhormat Bayan Baru...
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Kuala Krai tadi sebut DNA, tidak ada masalah pun.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Pandangan itu tidak boleh lebih...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Untuk tidak pergi kepada fakta mahkamah. Ya... [Dewan riuh]
Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, isu DNA ini bukan isu mahkamah. Isu mahkamah, isu mahkamah. Ini desakan rakyat yang ingin tahu kebenaran... [Dewan riuh] Rakyat yang mendesak.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh?
Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Jadi...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bayan Baru?
Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Lenggong ada minta.
Lenggong?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya, saya Bayan Baru.
Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Ha, Kota Belud, okey.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hendak tanya sedikit, Yang Berhormat Bayan Baru...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hendak tanya Yang Berhormat, ini cerita pasal Seremban bangun, kita tidak boleh cakap pasal DNA walaupun bagi pandangan. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, dalam proses mahkamah yang dituduh itu buat laporan selari melalui Twitter akaunnya itu. Itu pun kita mahu tahu, sama ada itu melanggar peraturan mahkamah atau tidak, atau itu menghina mahkamah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini kerana di dalam Twitter Yang Berhormat Permatang Pauh sewaktu berada dalam mahkamah dalam perjalanan mahkamah, prosiding mahkamah beliau twitty. Dalam Twitter itu pula dia memberi pandangan dan kadang-kadang bercanggah dengan mahkamah, dengan hakim. Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Yang Berhormat Kota Belud, kita tahulah bila kena batang hidung mereka, semua okey, semua akan okey.
Mereka dikecualikan. Makna mereka ini..., bermakna kalau orang lain, orang lain kena memang salah. Dia orang everything okay. Itu ajaran Ketua Umum mereka... [Ketawa] Kalau kita buat salah pun boleh dihalalkan, tidak ada masalah. Orang lain buat salah berdosa besar. Yang Berhormat Lenggong juga. Kalau tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.
Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak apa saya dengan ini memohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bersama rakan-rakan untuk mengambil bahagian menyentuh tentang ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong pada minggu pertama sesi Parlimen kali ini.
Pertama, Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang sistem, sistem yang kita adakan dalam PTPTN. Sistem dalam PTPTN ini saya ingat mesti dirubah kerana pada ketika ini kita nampak hanya anak-anak muda banyak peminjam PTPTN ini, mereka ini seolah-olah criminal. Mereka apabila hendak pergi keluar mahu pergi ke mana pun daripada negara ditahan di lapangan terbang. Walhal mereka ini mungkin ada yang belum mendapat kerja. Jadi sistem yang kita pakai sekarang mungkin sudah begitu lapuk. Kita mahu satu sistem di mana PTPTN ini ada hubungan dengan Pendaftaran Negara.
Jika sekiranya anak-anak ini mohon untuk meminjam kemudian mereka ini sudah dapat pinjaman, mereka sudah lulus keluar daripada pengajian tinggi atau universiti, mereka belum dapat kerja lagi. Mereka belum dapat kerja lagi jadi mereka belum boleh membayar. Jadi PTPTN ini belum ada satu sistem untuk mengesan sama ada peminjam ini ada kerja atau tidak ada kerja. Akan tetapi kalau mereka ini ada sistem dan hubungan dengan Pendaftaran Negara, dengan seluruh agensi-agensi kerajaan maka mereka tahu bahawa peminjam ini sudah bekerja. Lagipun Tuan Yang di-Pertua kalau bekerja kita mesti pertimbangkan juga kerana anak-anak muda yang bekerja ini mereka apabila keluar gaji kecil, mereka tidak mampu untuk membayar terus. Sebab apa, mungkin mereka ini ada tanggungan besar.
Ada ibu bapa yang mahu ditanggung, atau ada keluarga, ada ibu yang mahu ditanggung. Anak-anak sekolah, adik-adik yang bersekolah mahu ditanggung. Jadi kita mahu bersimpati dengan mereka. Kita tidak mahu PTPTN atau Kementerian Pengajian Tinggi ini sewenang-wenangnya mengambil tindakan yang drastik. Jadi kita simpati kerana kita dapat banyak aduan ada pagi tadi Yang Berhormat Arau kata peminjam daripada PTPTN ini sudah bayar habis akan tetapi masih lagi dikenakan sekatan kerana sistem yang ada di PTPTN ini tidak begitu. Jadi saya berharap supaya sistem...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat Kalabakan?
PTPTN. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kalabakan, mungkin saya minta pandangan. Ini berkenaan dengan sistem PTPTN ini. Sebenarnya sekarang ini apa yang berlaku ialah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sistem IT PTPTN ini telah gagal untuk membangunkan semua modul termasuklah juga memantau pembayaran balik peminjam.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat mungkin boleh ajukan kepada Menteri sama ada sistem itu telah diperbaiki sekarang ini kerana telah melibatkan wang yang banyak. Sekarang ini sudah pun sampai kepada perhatian Jawatankuasa PAC yang mana saya salah seorang ahlinya. Mungkin itu sebabnya, jadi ini mungkin boleh ditanya kepada Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Itulah pada mula- mulanya saya katakan sistem ini tidak sesuai lagi. Kalau ada agensi yang dilantik untuk memantau maka mungkin agensi ini gagal. Jadi kita minta kementerian mengkaji semula.
Jadi kalau tidak saya cadangkan kita buat sistem baru. Kita buat satu sistem baru. Ini kerana kalau kita buat sistem baru mungkin kita dapat memantau lebih berkesan lagi, anak- anak kita yang meminjam, yang tidak dapat membayar dapat kita kesan.
Jadi saya ingin mencadangkan kerana kita nampak beribu juta sudah dipinjamkan tidak dibayar, ribu, ribu peminjam tidak membayar. Kegagalan sistem kita mengakibatkan anak-anak ini nanti menjadi mangsa daripada PTPTN ini. Jadi saya minta mungkin Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengkaji semula, mengkaji semula untuk memperbaiki keadaan sistem kita. Mungkin dengan adanya kajian ini, sistem yang berkesan maka kita dapat mengelakkan daripada peminjam-peminjam ini tidak membayar.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah dikeluarkan saman ekor sebanyak tiga saman.
Minggu lalu, tarikh untuk pemotongan 50 peratus sudah sampai minggu lalu. Jadi saya baru dapat berita, saya dapat tiga saman. Saya telefon budak saya di Tawau untuk bayar sebab tidak mahu kerana kereta itu atas nama saya. Apabila pegawai saya datang ke pejabat OCPD Tawau, dia kata, “Okey dua boleh bayar, satu tidak boleh bayar sudah luput masa”, kerana ini sudah terlalu lama Tuan Yang di-Pertua. Jadi dia kata ini mahu pergi ke mahkamah.
Jadi saya pun takut jugalah. Seorang Ahli Parlimen dibawa ke mahkamah dengan adanya saman ekor. Saya minta pegawai saya siasat apa sebab saya mahu di bawa ke mahkamah sedangkan saya mahu bayar. Dia kata sudah luput tarikh untuk pembayaran, jadi ini mesti mahu bawa pergi mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua, bila saya punya pegawai siasat kereta yang saya beli second hand 2008, ‘2-0-0-8’ untuk kegunaan di Pulau Sebatik. Kereta ini saya beli 2008.
Saman yang dikeluarkan itu 1996, ‘1-9-9-6’. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya kata okeylah, kalau begini saya nanti hadir ke mahkamah dengan saya punya peguam sekali. Jadi saya mahu tahu bila..., of course ini keadaan straight forward. Mana mahkamah boleh jatuhkan hukuman kepada saya. Ini salah JPJ. Jadi kalau begitu saya mahu tahu kos lawyer saya siapa mahu bayar? Jadi, sistem JPJ ini, minta maaf Dato’ Speaker, sistem rojak juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Yang Berhormat Sri Gading bangun Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Ini kes saman ini, boleh atau tidak kita bertolak-ansur lagi? Mula-mula kita sampai akhir 28 Februari. Selepas itu, kita lanjutkan sehingga 10 Mac. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang belum bayar. Boleh atau tidak agaknya sebagai tolak-ansur kita teruskan pembayaran ini oleh sesiapa yang kena saman apabila dia hendak membayar cukai jalannya, suruh dia selesaikan dahulu samannya dengan potongan juga 50 peratus. Jadi, dengan cara itu dapatlah sedikit kelonggaran oleh rakyat kita. Ini banyak permohonan seperti itu dan akan bayar tetapi semasa membayar cukai dan 50 peratus itu kekal. Terima kasih.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya pun ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa sebenarnya di Semenanjung ini ramai orang sudah buat keputusan, mereka tidak mahu bayar. Mereka akan bayar insurans dan mereka akan memandu. Sekiranya mereka kena saman atau apa- apakah, maka ia akan dibawa ke mahkamah dan mereka akan bertanya di mahkamah mengapa pihak JPJ tidak mahu mengeluarkan road tax kepada mereka.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sedangkan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuching, ada precedence yang menunjukkan bahawa saman ekor ini dan kuasa untuk menghalang membeli road tax ini adalah bercanggah dengan undang-undang itu sendiri. Lalu ini akan menjadikan isu ini semakin berpanjangan dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.
Adakah kerajaan bertujuan untuk membantu rakyat ataupun menyulitkan rakyat?
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sri Gading, saya bersetuju 100 peratus supaya kita meringankan beban rakyat kita yang mempunyai saman. Kalau mereka tidak sempat bayar pada ketika ini sewaktu mereka memperbaharui lesen mereka maka diberikan 50 peratus.
Bagi Yang Berhormat Shah Alam pula, saya memang fikir tidak begitu adil juga dengar daripada Yang Berhormat Shah Alam ini kerana mereka ini..., apa yang dibuat oleh kerajaan tidak betul. Jadi, kalau saya, bagi saya untuk Yang Berhormat Shah Alam, semua saman ini seharusnya mesti dibayar jika sekiranya ia menyalahi undang-undang. Bagi saya yang saya punya itu memang bukan salah saya. Saya orang yang kedua yang mempunyai kereta tetapi kalau yang empunya kereta original mesti bayar saman. Mesti bayar saman.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Rakyat yang di saman ini, dia meminta hak untuk membela diri di mahkamah. Dia rasa tidak patut road tax dihalang. Bawa mereka ke mahkamah. Mereka sanggup.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Itu, mungkin kita setuju. Kalau dia dibawa ke mahkamah, tidak usah bayar, itu terpulang kepada individu.
Kita tidak boleh halang kalau sekiranya yang dituduh ini mahu mereka dibawa ke mahkamah, Oh! Itu boleh. Hak dia untuk pergi ke mahkamah tetapi bagi saya memang saya mahu pergi ke mahkamah sekarang sebab apa, itu bukan kesalahan saya. Tentu saya tahu apabila sampai ke mahkamah, mahkamah kata, ”Ini salah JPJ. Ini Ahli Parlimen Kalabakan tidak salah sebab dia mahu bayar walaupun dia bukan empunya kereta tetapi dia mahu bayar, kamu tidak terima”. Itu kita pergi mahkamah. Jadi, bagi yang disarankan oleh Yang Berhormat Shah Alam ini, itu terpulang kepada individu. Tidak mahu bayar, pergi ke mahkamah. Menang atau kalah, individu punya tanggungjawab.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya memang kita nampak perairan pantai ini begitu luas sekali, dari Kalabakan sehingga ke Semporna. Kita terdedah kepada lautan antarabangsa. Kita terdedah kepada lautan Indonesia dan juga lautan Filipina. Akan tetapi, saya tidak ada masalah dengan perairan yang begitu luas. Apa yang menjadi masalahnya ialah di kawasan-kawasan perairan ini, kita nampak tidak ada pengawalan sama sekali daripada segi penyeludupan dari negara-negara asing atau penyeludupan dari negara kita, dari Tawau ke Indonesia. Jadi, kita minta supaya penguat kuasa kita di lautan antarabangsa mungkin kita ada tentera laut, kita ada marin, kita ada maritim dan kita ada penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pertanian.
Persoalan saya di sini Tuan Yang di-Pertua, kalau saya mencadangkan sesuatu mungkin kerajaan mengatakan bahawa ini bukan kuasa Kerajaan Persekutuan. Ini kuasa kerajaan negeri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir kalau kita menguatkuasakan sesuatu, jangan fikir ada negeri, ada persekutuan. Untuk kebaikan kita mahu kawal semua. Di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, di kawasan perairan di Kalabakan dan di Pulau Sebatik ini, kita nampak ikan-ikan ini akan jadi..., hilang. Ikan-ikan yang kecil-kecil ini diheret dengan pukat tunda oleh peniaga-peniaga yang mempunyai pukat tunda sehinggakan ikan yang seperti jari pun diheret dan tidak dapat hidup lagi. Jadi, kita minta mungkin kalau sekiranya kerajaan negeri tidak mampu untuk mengawal pukat-pukat tunda yang sampai ke sungai-sungai ini, maka minta Kerajaan Persekutuan. Minta jasa Kerajaan Persekutuan kerana dengan adanya penguatkuasaan ini tidak akan orang Sabah kata; “Apa ini Kerajaan Persekutuan masuk kita punya sungai, masuk kita punya lautan”. Tidak perlulah mahu mempersoalkan itu.
Bagi sahaja untuk selesaikan masalah. Tangkaplah pukat-pukat tunda yang masuk ke sungai-sungai ini. Kita mahu penguatkuasaan yang betul-betul kerana kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, minggu lalu saya pergi ke laut. Ini disebabkan orang bercerita kepada saya, saya sudah bawa di sini berapa kalilah dalam Dewan, saya pergi laut, saya sendiri nampak pukat-pukat tunda ini apabila mereka menarik hasil mereka, bertan-tan anak-anak ikan mati.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Jadi, lain hari dari mana boleh dapat ikan kalau ikan sudah tidak ada lagi. Jadi, kita mesti ada satu sistem.
Dahulu Tuan Yang di-Pertua saya pergi dengan menggunakan rombongan Parlimen juga, pergi ke Maldives. Sebuah negara kecil, 250,000 orang penduduknya. Akan tetapi ekonominya baik kerana mereka ini mempunyai sistem yang betul. Kalau di Maldives, tempat orang-orang menangkap ikan, orang memancing ikan, ada tempat. Orang-orang yang buat troli-troli besar di kawasan yang ditentukan oleh kerajaan. Jadi, kita nampak ikan- ikan yang ada di tepi-tepi laut ini kita nampak ikan hidup besar-besar. Tidak boleh dirembat, tidak boleh dipancing. Akan tetapi tempat kita ini sukar. Suka hati, tidak ada peraturan langsung. Jadi, kita minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau marin atau maritim, tolonglah! Tolong! Ini kerana tolong ini untuk memperbaiki keadaan. Jadi, ini Tuan Yang di-Pertua, minta supaya suara saya ini didengar oleh Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, di Sabah terutama sekali di kawasan pantai timur, kita nampak bahawa selain daripada slot-slot mesin yang kita nampak yang ada lesen kita nampak banyak slot mesin yang haram. Slot-slot mesin yang haram itu nampak terang.
Nampak terang. Jadi, kita minta supaya mungkin polis atau Majlis Perbandaran Tawau tindakan diambil kerana kita nampak, kita nampak. Kalau kita pergi, pelawat-pelawat pergi, kita nampak secara terbuka. Tidak akan polis atau majlis perbandaran atau sesiapa juga yang mempunyai kuasa tidak nampak. Ini masalah. Masalah di Pantai Timur.
Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, yang mana baik, saya kata baik. Yang mana tidak, tentu saya katakan tidak, sebab inilah hasrat rakyat Sabah, kawasan Kalabakan. Mereka mahu tahu tindakan-tindakan yang diambil. Jadi, kita mahu supaya tindakan untuk slot-slot mesin seperti mana Yang Berhormat Kinabatangan katakan di Sandakan pun sedemikian.
Jadi di Tawau pun demikian. Kalau sekiranya pihak polis di Tawau tidak ada maklumat, mungkin hantarlah dari Bukit Aman untuk dapat nampak sendiri slot-slot mesin yang haram ini. Jadi ini saya minta sekali lagi pertolongan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kementerian Dalam Negeri.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, di Sabah kita nampak kalau kita jalan di Semenanjung Malaysia, dari Kuala Lumpur pergi ke Pulau Pinang, pergi ke Kelantan, pergi ke mana juga rangkaian jalan kita nampak, kita iri hati. Saya sebagai orang Sabah iri hati, di sini bukan main nampak indah jalan raya. Kita nampak indah jalan rayanya tapi di Sabah kalau kita pergi ke Kota Kinabalu jalan pergi Ranau, jalan pergi Keningau, jalan pergi Beaufort, jalan pergi Sandakan, Lahad Datu hingga Tawau, masya-Allah dia punya keadaan jalan raya, lubang sana lubang sini. Jadi kita masalah. Lubang sana lubang sini sehinggakan kita nampak mungkin kemalangan jalan raya besar di Sabah daripada di Semenanjung Malaysia kerana di sana kereta mengelak lubang-lubang.
Jadi kita mintalah, sudah berapa kali disuarakan supaya kita mungkin mahu kerajaan bertindak, JKR. Kalau JKR Sabah tidak buat kerja, kita minta JKR Kuala Lumpur ini, Federal punya buat satu JKR Federal punya di Sabah supaya mereka ini boleh mengambil tindakan dan memperbaiki keadaan yang ada di Sabah seperti jalan raya ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau saya suarakan ini bukannya semuanya pahit, kita nampak juga. Kalau dulu pergi Kalabakan memang satu kawasan yang mundur tetapi apa yang dapat di bandar lambat laun dia sampai ke luar bandar. Lampu, air, jalan raya, jalan kampung sampai ke luar bandar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat Kalabakan, sikit, boleh? Tentang pembangunan Sabah ini.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Okey.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih. Saya bersetuju Yang Berhormat Kalabakan. Walaupun mungkin kerajaan memang memerlukan supaya ibu negara ini, walaupun diundi pembangkang, diberi perhatian. Itu tidak menjadi masalah kepada kita, tetapi yang menjadi masalah ialah kadang-kadang kita tertanya-tanya.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya selalu bagi contoh highway menuju ke Putrajaya ataupun KLIA. Apa perlu kita ada sampai tiga, empat batang highway yang menyambungkan Kuala Lumpur ke Putrajaya ataupun ke KLIA hanya untuk mengurangkan perjalanan 15 minit, kita berbelanja berbilion ringgit untuk menambah lagi highway?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Untuk kroni Yang Berhormat Kota Belud, untuk kroni.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebab itu kita minta supaya kerajaan memberi perhatian bahawa kalau sampai empat, lima batang highway menuju ke KLIA, ambillah satu bawa ke negeri Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Itu saya setuju, tetapi saya mahu cadangkan di sini Tuan Yang di-Pertua, mungkin. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, 40 peratus peruntukan tidak dibelanjakan. Sebanyak 40 peratus bererti RM6 bilion tidak dibelanjakan... [Disampuk] Siapa yang salah? Kerajaan Persekutuan salah. Jadi saya punya cadangan begini, kalau sekiranya kita punya peruntukan begitu besar, kita jangan bagi kelulusan itu dari sini sahaja, kita mungkin beri Kerajaan Sabah, diberikan RM5 bilion untuk kendalikan, yang lain diurus oleh Kerajaan Persekutuan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Kenapa hingga sekarang ini kita sudah 40 lebih tahun Tuan Yang di-Pertua, sudah kahwin 40 lebih tahun... [Tepuk] Federal tidak percaya kepada Kerajaan Sabah kenapa? Bagilah peluang, bagilah peluang. Bila bagi peruntukan, bagi peruntukan...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Susah sangat ini.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Kalau bagi peruntukan, bagi juga peruntukan itu supaya dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Jadi ini baru adil tapi kalau kita kendalikan dari sini tidak siap, rakyat Sabah rugi.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Itu dalam Buku Jingga.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Jadi kita minta Tuan Yang di-Pertua... Itulah saya katakan tadi bukannya semua yang ditaruh dalam Buku Jingga itu semuanya baik-baik belaka.
Kerajaan Barisan Nasional memang bertanggungjawab. Kita tak adalah rancang hari ini, esok buat tapi kita kalau pergi barangkali ahli-ahli pembangkang ini boleh pergi ke Kalabakan dulu, satu kawasan mundur sekarang sudah beransur dapat kemudahan- kemudahan asas. Ada lampu, ada air. Kita tak boleh buat Kalabakan itu terus sebagaimana kita nampak Kuala Lumpur. Jadi kita tak boleh terus-terus tuduh kerajaan tidak buat sesuatu. Kita memang..., apabila kita dibagi, tak cukup juga. Kita dibagi, dibagi kepada Kalabakan memang tak cukup juga kerana kita selalu memikirkan apa yang dibagi tidak cukup. Jadi saya Tuan Yang di-Pertua, ingin menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin melibatkan diri dalam perbahasan Titah Diraja. Yang pertama, berhubung dengan isi kandungan di dalam Titah Diraja, saya ingin menegaskan sekali lagilah seperti mana yang telah disebutkan oleh rakan-rakan saya bahawa angka yang seratus keluarga miskin tegar itu adalah satu angka yang perlu dikaji balik dan perlu diperbetulkan. Saya harap bahawa perkara ini dan teguran ini akan diambil berat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Selain daripada itu, saya hendak ambil kesempatan ini walaupun ia bukanlah directly, secara terus menerus berhubung dengan Titah Diraja, namun dalam perbahasan- perbahasan di mana perwakilan ataupun wakil rakyat-wakil rakyat Yang Berhormat dari Barisan Nasional telah banyak menegur berhubung dengan isu Buku Jingga. Sebenarnya ini adalah perbahasan Titah Diraja tetapi entah mengapa mungkin mereka ini tidur pun mengigau dengan Buku Jingga, lalu Titah Diraja dibahasnya titah Buku Jingga.
Oleh kerana itu saya pun ingin memberikan respons terhadap beberapa perkara, tetapi sebelum itu saya nak ucapkan terima kasih jugalah kepada Yang Berhormat Bayan Baru yang memberitahu kepada kita warna favorite Adam Lambert. Saya rasa dia mestilah seorang peminat yang setia sampai dia tahu bahawa Adam Lambert warna favorite nya adalah jingga dan saya nampak kalau tak silap saya warna tie nya pun jingga juga. Lalu saya rasa orang yang betul-betul minat Adam Lambert itu orang yang di sanalah. Akan tetapi kita pun simpatilah kerana dia orang ini wakil rakyat satu penggal sahaja, setahu sayalah. Kerana lepas ini tak ada orang nak dia sebagai calon untuk bertanding pilihan raya, lalu biarlah dia cakap apa yang dia nak.
Berhubung dengan perbahasan yang telah disebut, saya sebenarnya cukup tertariklah dengan perbahasan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Kota Belud dan perbahasan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Rembau. Saya selama ini memang saya terkejut bila saya dengar wakil rakyat dan pemimpin dari Barisan Nasional mengatakan kalau Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, dua tahun mereka akan bankrap. Kalau Pakatan Rakyat memerintah Kedah, dua tahun mereka akan bankrap dan sebagainyalah, dan saya pun nak faham kenapa dia orang buat kenyataan-kenyataan yang agak kurang bijak. Tak bodoh tapi kurang bijak.
Pada hari itu apabila Yang Berhormat Kota Belud membahaskan dia punya titah Buku Jingga itu, ia menjadi jelas. Rupa-rupanya bagi Yang Berhormat dari Barisan Nasional ini, dia menganggap bahawa apa yang kita hendak laksanakan ini adalah bersama ataupun tambahan ke atas bajet yang mereka telah laksanakan, yang penuh dengan rasuah dan penuh dengan ketirisan, yang penuh dengan kebocoran, yang penuh dengan penyelewengan. Maka dia berhujah kalau sekarang ini punlah dah ada defisit sebanyak RM40 bilion, apatah lagi ditambahkan pula dengan memberikan RM500 kepada guru-guru, maka ia tambah RM3 bilion. Beli lagi PLUS dengan harga RM50 bilion oleh kerana Asas Serba hendak beli RM50 bilion, maka paling kurang pun RM50 bilion kita kena beli dan akhirnya defisit kita akan naik menjadi RM140 bilion dalam tahun pertama. Kalau Yang Berhormat Kota Belud cakap begitu, mungkin saya boleh maafkanlah tetapi bila Yang Berhormat Rembau pun sokong, ini saya rasa orang yang kelulusan daripada Oxford sepatutnya faham. Bila kita ambil alih, kita bukan laksanakan bajet...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud bangun, Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sabar. Tidak payah, biarlah saya cakap dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Samalah macam tadi Yang Berhormat. Orang bangun Yang Berhormat tidak bagi juga.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Karang saya akan bagi, karang saya bagi. Fasal dia tidak tahan, dia tidak tahan, tidak boleh duduk, dia hendak berdiri sahaja, tidak apalah. Bila kita ambil alih semestinya kita akan rombak balik bajet yang dilaksanakan. Itulah sebabnya di negeri Selangor kita laksanakan air yang 20 meterpadu percuma setiap bulan dan kita menanggung kos. Kita menanggung kos tambahan yang tidak pernah ditanggung oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional sebanyak RM150 juta setahun. Tidak bankrap pun.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Belum lagi, sabarlah. Ini point yang pertama sahaja. Lalu maknanya, kita tidak boleh.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sekarang ini maknanya, saya sudah fahamlah kenapa mereka membuat andaian- andaian yang cukup meleset itu. Ini kerana mereka membuat tanggapan bahawa kita hendak buat tambah kepada bajet yang sedia ada, memerintah dengan cara mereka memerintah. Itulah kalau kita ambil masa dan kita baca Laporan Ketua Audit Negara yang telah menguji di antaranya Kerajaan Negeri Kedah, atas sebab apa? Nombor satu, menambahkan pendapatan negeri. Macam mana tambah? Boleh tambah hampir 250 peratus pendapatan kerajaan negeri.
Caranya mudah. Mengikut Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak iaitu dahulu tanah balak satu ekar, royalti kerajaan dapat satu ekar RM1,000. Sekarang ini di bawah Pakatan Rakyat satu ekar RM19,000. Bererti bahawa pendapatan kerajaan negeri bertambah, nombor satu. Nombor dua, perbelanjaan. Perbelanjaan pun dikurangkan. Lalu inilah apa yang kita hendak. Kita hendak ambil balik bajet negara dan kita susun kembali.
Ini baru saya hendak masuk. Kita susun kembali.
Cara yang kita susun. Hari itu Yang Berhormat Kota Belud sebut hendak bagi kenaikan guru-guru RM500 sebulan, ianya akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion.
Mana mungkin kita mampu. Saya rasa tindakan Perdana Menteri memberikan bonus kepada guru-guru besar, kepada pegawai guru-guru kanan di sekolah yang merupakan bayaran one–off, oleh kerana sudah banyak sangat yang Buku Jingga, Buku Jingga, wakil rakyat BN pun Buku Jingga, lalu dia pun bagilah one-off...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh mencelah sudah sekarang?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang mana akhirnya menelan belanja RM2 bilion lebih. Lalu apa sangat bezanya? Bezanya dari segi jumlah wang itu tidak banyak tetapi dari segi penggunaanya. Bagi Pakatan Rakyat kita mahu tentukan guru-guru usaha- usaha mereka dihargai. Setiap seorang daripada mereka tidak payahlah pergi buka gerai pasar malam pada hujung minggu. Biar tentukan dia punya pendapatan memadai. Oleh kerana...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Kota Belud tidak apa, tetapi saya ingat 20 minit...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Biar saya habis semua saya beri Yang Berhormat lima minit.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi boleh Yang Berhormat Shah Alam balas ucapan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Shah Alam.
Fasal tol ini. Saya ingat tol ini ialah akibat daripada perancangan penswastaan. Sefaham saya, ada sedikit sebanyak daripada pengalaman peguam penswastaan dahulu. Bukannya untuk membebankan rakyat, sedikit mengambil beban kerajaan dalam pembangunan infrastuktur. Kenapa hari ini built-operate-transfer satu opsyen, built-operate-own banyak opsyen. Opsyen dia tidak langsung untuk membebankan rakyat. Opsyen penswastaan ini berkongsi beban. Akan tetapi hari ini kita nampak kerajaan pasrah langsung seolah-olah penswastaan ini dia bagi terus. Mohon penjelasan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Baik, terima kasih. Ini fasal tol memang saya hendak masuk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini kang Yang Berhormat Kota Belud, jangan risau saya akan beri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sekejap, sekejap.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Isu yang kedua yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Tol ini, konsesi ini. Ini pun dibawa oleh Yang Berhormat Rembau.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
You hendak bagi saya ruang selepas ataupun...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Mana Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau sudah tidak ada ya, okey tidak apalah. Tentang konsesi tol ini dia timbulkan, dia kata asas serba hendak beli pun RM50 bilion Tuan Yang di-Pertua. Bila satu syarikat dia sanggup beli tol itu dengan harga nilai RM50 bilion, maknanya ianya satu perniagaan yang cukup lumayan yang dipaksakan ke atas rakyat dalam suasana di mana rakyat tidak ada satu pilihan. Ianya tidak mempunyai harga dan nilai yang sebegitu sekiranya soal kutipan tol sudah tidak ada.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh tidak?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Lalu kita hendak tentukan bahawa PLUS ini yang sudah milik kerajaan sudah pun kerana pemilik sahamnya adalah Khazanah dan EPF ataupun KWSP. Ianya merupakan milik kerajaan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Apa salahnya bila sudah jadi milik kerajaan, untuk PLUS kita hapuskan tol dengan serta-merta.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat boleh tidak?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tadi Yang Berhormat Rembau dia berhujah. Yang Berhormat Rembau dia berhujah. Saya tulis ini, saya tulis. Dalam akaun PLUS, RM260 juta adalah maintenance, RM300 juta adalah overheads, RM400 juta adalah depreciation dan amortization. Saya rasa Yang Berhormat Rembau dia faham, Yang Berhormat Kota Belud mungkin dia tidak faham. Depreciation dengan amortization ini ‘tuan- tuan’ adalah merupakan nilai buku. Ianya bukan cash yang keluar, ianya merupakan aset yang ada yang setiap tahun disusut nilai. Ianya bukan actual cost...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Maknanya, actual cost untuk hendak operate PLUS adalah..
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak akan hendak bercakap seorang. Yang Berhormat Kota Belud sudah sebut lima kali sudah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Nantilah sekejap, sekejap. Actual cost hendak operate PLUS ini, RM260 juta maintenance, RM300 juta overheads. RM300 juta ini pun kita boleh kaji balik. Ada berapa ramai kroni-kroni yang duduk main golf tiap-tiap petang tetapi dibayarkan gaji RM100,000 sebulan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh..., boleh tidak?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
So, kita boleh jimat. Nombor dua...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh tidak?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Nombor dua. Nantilah sekejap, belum habis lagi belum habis lagi.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jauh sangat nanti susah kita hendak berdebat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Nombor dua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, seluruh Malaysia minta debatkan Buku Jingga.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Setiap tahun..
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya berdiri di sini untuk membahas.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Setiap tahun Kerajaan Pusat memberikan kepada PLUS RM800 juta.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh tidak?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sambil dia kutip tol Tuan Yang di-Pertua, ini kejamnya, kejamnya Kerajaan Barisan Nasional ini. Sambil dia kutip tol daripada rakyat, dia bayar lagi kepada PLUS RM800 juta setiap tahun lepas itu dia melaburkan keuntungan RM1.4 bilion tiap-tiap tahun, “Give yourself a pat on the back.”... Wah!...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh saya mencelah sekarang ini?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Wah, lucrative, lucrative!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Maka, apa salahnya kita hentikan kutipan tol...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Lumayan, lumayan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Kita terus bagikan kalau perlu kita terus bagikan yang RM800 juta.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh tidak Yang Berhormat?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Lumayan, lumayan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak bagi Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau tidak, penat saya berdiri.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Belum lagi, belum habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk dahulu Yang Berhormat Kota Belud. Hendak bagi Yang Berhormat Indera Mahkota Yang Berhormat?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan bagi, akan bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tunggu sekejap, biar saya habiskan point yang terakhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Kota Belud, sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Supaya rakyat dibebaskan. Bila rakyat dibebaskan daripada tol, segala kos kehidupan akan turun kerana kos pengangkutan dapat dikurangkan. Dia orang ini Tuan Yang di-Pertua, baca bahasa Melayu dia tidak faham.
Macam seolah-olah sudah terlalu lama belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Saya hendak baca dari Buku Jingga ini apa yang dinyatakan. Ini kerana Yang Berhormat Rembau mengatakan lepas seratus hari semua akan dihapuskan. Saya kasihanlah orang Rembau, dia mungkin saya kena tulis buku ini kita buat dalam bahasa Minangkabau. Biar dia faham. Tidak dapek dia, tidak fehe. Itu bahasa Arab..., eh bahasa Kelantan.
Tolong dengar! Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol. Faham tidak, maknanya, apa? Maknanya, dalam seratus hari itu kita akan usahakan take over. Faham tidak bahasa Malaysia? Kita akan usahakan take over. Tidak bererti kita terus dalam seratus hari itu kita hapuskan.
Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong
Cerita dongeng, cerita dongeng.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh tidak?
Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong
Itu cerita dongeng.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi tujuan apabila kita take over itu... Sudah tinggal empat minit sahaja kah? Aku hendak bagi lima minit.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh lah, berilah laluan sedikit.
Sedikit sahaja.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Belum habis lagi. Aku hendak jawab dahulu. Semua yang kamu cakap, aku banyak lagi hendak jawab dahulu ini.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kata hendak debat. Tadi cakap masa minum kopi kata hendak debat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Maknanya, dia orang baca, dia orang tidak faham.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kata hendak debat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Okey, yang satu lagi yang dikecoh- kecohkan oleh Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Setengah minit sahaja.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Biar saya jawab dahulu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sudah enam kali sebut nama Kota Belud tetapi tidak berani beri kepada Kota Belud.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini saya tidak tahu. Mungkin kena tulis dalam bahasa Bugis lah Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya dia tidak faham bahasa Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia orang Bajau Yang Berhormat, orang Bajau.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Biar saya habis jawab semua yang dia tuduh, baru saya beri dia jawab. Biar saya habiskan. Maknanya dalam seratus hari itu kita tidak bohong. Kita kata kita hendak ambil alih. Dalam seratus hari kita akan usahakan, akan diusahakan. Insya-Allah, paling kurang kita ambil alih dan selepas itu kita akan kaji. Akan tetapi PLUS, saya yakin kita boleh. Kita boleh buat kerana sudah pun kita milik. Kedua, memang dari segi dia punya akaun, nampak jelas jumlah yang dibayar oleh kerajaan kepada PLUS melebihi dia punya maintenance dan over hedge dia.
Ini satu lagi isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Dia kata, “Dalam masa lima tahun, kerajaan Pakatan Rakyat hendak naikkan gaji orang daripada RM1,500 jadi RM4,000.” Bohong dia kata, mana boleh. “Negara-negara yang paling tinggi seperti China dan sebagainya pun hanya mencapai kadar pertumbuhan ekonomi dalam beberapa peratus sahaja tetapi Pakatan Rakyat ini hendak capai peningkatan pendapatan ekonomi dan sebagainya sebanyak 20 peratus.” Bacalah betul-betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tengok nota ini, masa Yang Berhormat Kota Belud berucap, Yang Berhormat Shah Alam diberi ruang untuk mencelah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, ya. Biar saya habiskan ini. Bila saya habiskan poin terakhir ini, saya beri dia peluang.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau betul-betul gentleman, berilah.
Hari itu saya beri ruang kepada Yang Berhormat Shah Alam untuk menjawab. Sekurang- kurangnya berilah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, saya minta bila dia berucap, dia ada berapa minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bila dia berucap, dia ada berapa minit?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini yang dikatakan pembangkang.
Jaja satu Malaysia kata tidak mahu...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya pun beri peluang juga pada Yang Berhormat Shah Alam semasa saya berucap hari itu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya di sini mahu berdebat ini.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hari itu dia bercakap 90 minit. Dia terpaksa beri saya laluan pasal dia tidak ada point... [Ketawa] Hendak cakap dalam masa 90 minit bukan senang.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya boleh tunjukkan bukti bahawa hujah Yang Berhormat itu salah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Apa yang disebutkan di sini?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya boleh buktikan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Membela golongan termiskin, berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini masalahnya kalau engineer menjadi kolonis.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tanpa mengira kaum dengan menyasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minimum RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh lima tahun memerintah di peringkat persekutuan. Maknanya menyasarkan.
Ini boleh dilaksanakan melalui beberapa dasar bersepadu yang bertujuan mengangkat pendapatan rakyat dan menambah peluang pekerjaan agar setiap isi rumah mempunyai lebih daripada seorang yang berpendapatan. Maknanya apa? Maknanya bukan kita kata kita hendak bangunkan atau pun kita hendak capai pertumbuhan ekonomi 20 peratus setahun.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Itu merupakan pertuduhan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kota Belud bila dia baca dan dia tidak faham.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hendak beritahu lah ini.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta Yang Berhormat Indera Mahkota lah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tadi janji di kantin kata hendak beri saya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu campur.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Hei, come on lah, gentleman lah Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya tidak hendak campur urusan Yang Berhormat Kota Belud dengan Yang Berhormat Shah Alam.
Seorang Ahli
Takut.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Takut kah?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Kota Belud, you dengar saya, nanti you boleh jawab saya punya pun tidak apa. Saya dengar apa Yang Berhormat Shah Alam beritahu tadi, yang hendak dijawab oleh Yang Berhormat Kota Belud tidak sabar-sabar itu, saya rasa memang ada satu perkara yang maha penting, iaitu kaedah di mana Barisan Nasional hendak mempertahankan kedudukan dengan cara mengadakan kekuatan kewangan bagi jentera atau kegunaannya.
Saya katakan begitu sebab apa? Yang Berhormat Shah Alam dan juga Yang Berhormat Kota Belud bertelagah dalam isu tol atau pengambilalihan lebuh raya. Dahulu ada satu peristiwa di mana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pendekkan Yang Berhormat.
Masa Yang Berhormat Shah Alam sudah habis ya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya memang pendek, tidak tinggi mana pun. Dari segi pengambilalihan, kita ingat atau tidak dahulu ada satu syarikat perjudian terbesar dalam negara, semasa kerajaan mengarahkan untuk dibuat restructuring semula, selepas restructure barulah nampaknya ada elemen di mana kekuatan kewangan pemerintah itu bertambah. Kita tahu syarikat perjudian itu syarikat mana. Ditukarkan daripada perjudian kepada resort. Kita ada maklumat ini. Saya bersedia pada bila-bila masa untuk membahaskan isu ini. Apa pendapat Yang Berhormat Shah Alam?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat Shah Alam beri ruang kepada Kota Belud pula, boleh tidak?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Boleh, boleh. Saya boleh beri, sekejap sahaja.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sekejap sahaja. Satu minit ya.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Satu minit ya? Saya kira. Tuan Yang di-Pertua, masalah saya dengan hujah daripada Yang Berhormat Shah Alam ini begini.
Pertama sekali, saya tidak mahu retoriklah. Saya janji saya tidak mahu retorik. Pertama sekali ialah hujah-hujah yang diberikan ini adalah berdasarkan kepada 31 muka surat Buku Jingga. Jangan salahkan orang lain kalau membuat interpretasi yang lain, tetapi apa yang saya katakan di dalam hujah-hujah saya sebelum ini adalah berdasarkan kepada 31 muka surat Buku Jingga.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Satu minit belum habis lagi, Yang Berhormat Shah Alam. Kedua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam sudah habis masa Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak, satu minit. Tolonglah. Tadi dikatakan seratus hari implementasi. Saya setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat seratus hari di implementasi. Akan tetapi...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Okey, terima kasih, terima kasih. Saya setuju.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin mengingatkan Yang Berhormat Shah Alam bahawa kalau dibuat pada tahun pertama atau tahun kedua atau pun tahun ketiga atau keempat dan kelima, yang akan berlaku ialah hanya menundakan benda yang akan berlaku iaitu memufliskan negara ini. Walau...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak apalah, kita pun sudah dengarlah itu. Saya hendak beri penutup.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, cukup-cukup.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya minta kalau boleh, berilah maklumat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Memang kalau mengikut cara Barisan Nasional memang akan bankrap tetapi cara kita tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya telah beritahu bahawa defisit 27.5.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya hendak kena bawa juga dua isu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan. Tidak boleh dua isu, Yang Berhormat. Masa sudah habis.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Satu, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan Hospital Shah Alam yang masih tidak selesai-selesai lagi.
Sudah enam bulan dah. Kedua, sekolah bagi kawasan U10. Dahulu dijanji Ogos tahun lepas hendak mula, sekarang masih tidak mula lagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukti Katil.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda, Baginda menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi dunia yang telah bertumbuh pesat pada kadar 7.2 peratus pada tahun 2010.
Ini menunjukkan prestasi ekonomi negara bertambah baik dan sudah tentunya menjadikan Malaysia sebagai negara yang ingin mencapai negara berpendapatan tinggi akan dapat dicapai dalam masa yang terdekat. Dalam proses untuk melahirkan negara yang berpendapatan tinggi ini, sudah tentu berlaku beberapa peningkatan kos terutamanya peningkatan kos hidup pada masa hadapan.
Kos hidup akan terus meningkat dan bererti, harga-harga barangan dan perkhidmatan juga akan terus meningkat. Akan timbul juga persoalan di antara taraf hidup dan juga kos sara hidup. Kos sara hidup akan meningkat akibat daripada pertambahan harga barang-barang keperluan harian. Taraf hidup juga yang mengukur pendapatan yang boleh digunakan oleh rakyat di negara ini.
Oleh itu, usaha kerajaan untuk menyeimbangkan di antara kos sara hidup dan taraf hidup ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah pun mengumumkan bahawa subsidi bagi petrol ditambah kalau tidak silap saya RM6 bilion lagi.
Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada keperluan rakyat dengan menambahkan subsidi bagi minyak RON95. Manakala RON97, tidak ada subsidi dan ini merupakan satu langkah yang amat baik kerana bagi minyak yang bersubsidi ini, ia hanya boleh dibeli oleh rakyat Malaysia. Akan tetapi saya berasa amat malang kerana ada pihak-pihak yang cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan harga petrol terus naik tanpa menjelaskan harga petrol yang mana yang naik. Padahal harga yang naik adalah harga minyak RON97 sahaja yang tidak dikawal oleh kerajaan.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Bagaimanapun saya percaya dan amat prihatin di atas kepentingan rakyat dan kerajaan kita juga berusaha untuk meringankan beban rakyat dalam mengurangkan kos hidup. Jadi saya ingin mencadangkan kepada Dewan ini supaya kerajaan mengkaji semula cukai pendapatan individu. Saya yakin dengan mengkaji atau menurunkan sikit lagi kadar cukai ini akan memberikan lagi sedikit wang yang boleh digunakan oleh rakyat kepada kehidupan seharian.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Ianya boleh dilaksanakan dengan pelaksanaan ETP dan juga GTP dan juga gabungan-gabungan idea yang baru yang sudah pasti akan mampu membolehkan kerajaan meningkatkan ekonomi negara dan membantu rakyat dalam menggunakan pendapatannya sebaik mungkin bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di dunia pada hari ini, baru-baru ini tsunami di Jepun dan lain-lain negara juga berlaku bencana alam dan pertelingkahan di negara-negara Afrika dan Arab memberikan impak kepada ekonomi negara termasuklah ekonomi di negeri-negeri termasuk negeri saya, Melaka. Bagaimanapun pada masa ini petunjuk ekonomi menunjukkan bahawa negara kita ini masih bertahan dan dapat menunjukkan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan. Di negeri Melaka, negeri saya, saya ingin menyentuh sedikit dalam perbahasan ini.
Dalam bidang pelancongan, negeri Melaka telah dapat meningkatkan kedatangan pelancong daripada 7.2 juta pada tahun 2009 telah meningkat kepada 9 juta pada 2010. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah berjaya meningkatkan perkhidmatan- perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan sebanyak 70 peratus dalam pembangunan ekonomi negeri. Sasaran kerajaan negeri untuk menjadi sebuah negeri maju telah pun dapat dilaksanakan pada tahun lalu. Kriteria-kriteria sebagai sebuah negeri maju yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi ataupun OECD yang dianggotai oleh 33 negara yang mempunyai peningkatan keluaran dalam negara kasar yang tinggi di dunia. Tahap KDNK negara-negara yang terendah dalam OECD ialah Turki dengan pendapatan USD13,000 dan Melaka pada hari ini mempunyai KDNK nya USD14,261.
Kualiti hidup di Melaka semakin meningkat dan berjaya dibuktikan kadar kemiskinan juga telah turun daripada 5.4 peratus pada tahun 2000 kepada 0.5 peratus pada tahun 2010. Malahan pertumbuhan ekonomi negeri sejak tahun 2000 hingga kini memperlihatkan pertambahan golongan bumiputera dalam bidang usahawan telah meningkat terutama dalam bidang pelancongan. Di Melaka misalnya pada kali ini 40 peratus pemilik-pemilik hotel di Melaka adalah dari kaum bumiputera malahan ianya telah melebihi tahap pencapaian DEB sebanyak 30 peratus. Akan tetapi saya rasa agak sangsi kerana ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan taraf negeri Melaka sebagai negeri maju kerana pada saya kedudukan negeri Melaka jauh lebih baik daripada kedudukan beberapa buah negeri yang ada di Semenanjung ini.
Kerajaan negeri tidak pernah berhenti untuk melakukan pelbagai perubahan untuk mencapai status negeri maju dan sasaran seterusnya ialah menjadikan negeri Melaka negeri teknologi hijau menjelang tahun 2020. Mengenai teknologi hijau, sehingga kini tahap kesedaran masyarakat dalam teknologi hijau belum mencapai tahap yang memuaskan.
Buktinya masih ada kawasan-kawasan industri yang kurang meningkatkan tahap kebersihan dan juga penggunaan bahan bakar bermotor yang belum cukup kualitinya, alam semula jadi yang perlu dipelihara, sungai-sungai perlu dinaiktaraf, karbon udara yang terkawal. Oleh itu kempen-kempen untuk meningkatkan kesedaran umum tentang teknologi hijau ini dan pengurusan sumber tenaga secara berkesan perlu dijalankan terus oleh organisasi dan juga agensi-agensi bersama-sama dengan masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, teknologi hijau sangat penting pada hari ini, sebab itulah kerajaan kita mewujudkan sebuah kementerian khusus untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau. Oleh itu saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya penggunaan teknologi hijau dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, maka saya mencadangkan kepada Dewan ini supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dan juga pengguna-pengguna bangunan mengkaji semula penggunaan lampu yang sedia ada yang rata-ratanya menggunakan lampu mentol ataupun pijar ataupun lampu kalimantan dan menukarkannya kepada lampu yang berasaskan teknologi diod pemancar cahaya ataupun LED, yang mana lampu LED ini, ianya menjadi satu pencetus fasa baru dalam pencahayaan dan sebagai satu alternatif baru untuk pengindahan landskap yang mesra alam dan lebih murah malahan kualitinya lebih baik lagi.
Mungkin di antara kita tidak mengetahui berkenaan teknologi lampu, pijar atau lampu kalimantang di mana ianya boleh meningkatkan pemanasan global dan mengeluarkan gas-gas yang berbahaya seperti halogen, merkuri dan juga karbon dioksida.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Menjadi peningkatan pencemaran dan kadar pemanasan global yang disumbangkan oleh lampu, negara Australia misalnya telah mengharamkan penggunaan lampu pijar ini dan juga lampu kalimantang. Pada tahun lalu, negara-negara di Eropah, Amerika Syarikat, New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu ber filamen ini dan lampu kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif iaitu lampu LED. Kini banyak terdapat alternatif seperti mentol halogen, lampu compact pendaflour atau fluorescent ataupun CFL yang memberi alternatif kepada evolusi pencahayaan.
Tuan Yang di-Pertua, teknologi LED ini juga menguntungkan dalam bidang pertanian melalui gelombang cahaya yang dihasilkan oleh LED dapat membantu proses fotosintesis secara komersial. Dengan ini ia dapat membantu tumbesaran pokok, meningkatkan hasil dan kualiti produk pertanian.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan saya, Kerajaan Negeri Melaka amat komited memastikan hasrat menjadikan Melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau dilaksanakan dan telah menempah beberapa kenderaan elektrik dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon dioksida di kawasan pelancongan. Para pelabur juga menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang teknologi hijau ini sehingga meningkat kepada 3.2 bilion terutamanya sebuah Syarikat Sun Power dari Amerika Syarikat yang mengeluarkan cell power sebagai penaja tenaga.
Dalam masa tempoh sepuluh tahun yang akan datang, kawasan industri yang ada di Melaka iaitu kawasan industri Rumbia akan menjadi kawasan solar di semua industri kawasan ini dan perumahan di kawasan ini akan mulakan tenaga solar sebagai pembekal tenaga dan pihak berkuasa tempatan di Melaka juga telah mula mengorak langkah menggunakan teknologi LED di bangunan-bangunan, di taman-taman perumahan dan juga di jalan-jalan raya. Oleh itu saya ingin menyeru kepada pihak kementerian yang berkenaan supaya membantu Kerajaan Negeri Melaka bagi menjayakan projek penghijauan ataupun penggunaan teknologi hijau di seluruh negeri.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Tadi Yang Berhormat Kalabakan ada menyentuh mengenai PTPTN. Saya ingin menambah sedikit mengenai PTPTN ini kerana saya menerima banyak aduan daripada pelajar-pelajar kerana PTPTN memang banyak membantu dari segi memberikan pinjaman.
Saya ingin menyarankan. Oleh kerana ramai yang tidak mampu bayar, ramai juga yang belum sampai masa bayar telah diminta bayar dan dikejar oleh pemungut-pemungut pinjaman ini, maka saya ingin mencadangkan supaya dikaji semula kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan kepada peminjam-peminjam. Kalau sekarang 4 peratus, mungkin kita boleh turunkan kepada 2 peratus supaya ia lebih rendah dan pelajar-pelajar kita tidak terbeban dan mengganggu peluang mereka untuk belajar. Tumpuan belajar dengan lebih baik.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Dan saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah biasiswa kepada lebih ramai pelajar. Walaupun pada hari ini ada banyak biasiswa yang dikeluarkan tetapi ia masih tidak mencukupi.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Penjelasan Yang Berhormat Bukit Katil.
Sedikit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bukit Katil, saya rasa apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Bukit Katil ini cukup berguna dan cukup baik untuk kita minta penjelasan daripada pihak kementerian. Saya rasa Yang Berhormat Bukit Katil pun tentu faham dan tentu tahu yang sebenarnya pihak PTPTN diperuntukkan beberapa bilion setahun untuk tujuan pembiayaan ataupun pinjaman pendidikan ini. Saya hendak tanya apa pandangan Yang Berhormat Bukit Katil.
Kerajaan telah meminta kerjasama daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memburu peminjam-peminjam ini dan pagi tadi pun ada dibangkitkan. Ada di antara peminjam-peminjam ini telah pun disenaraihitamkan termasuk tidak boleh ke luar negara kerana ditahan pasportnya mengikut beberapa peraturan ataupun prosedur yang telah dilaksanakan bersama dengan pihak Imigresen dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya hendak tanya pandangan rakan kita ini. Apakah rasa ataupun cadangan yang perlu ataupun lebih baik daripada cadangan itu daripada cadangan sedia ada yang menyekat atau menyenaraihitamkan para pelajar kita. Terima kasih.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.
Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan cadangan menyekat pelajar-pelajar kita ke luar negara. Sewajarnya seperti kata Yang Berhormat Kalabakan, seeloknya sistem ini dikaji semula dan diperbaiki supaya pelajar-pelajar ini dapat dikenal pasti, di mana mereka selepas tamat belajar. Adakah mereka sudah bekerja ataupun belum. Jadi kalau hambatan seperti ini akan meningkatkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan tidak sewajarnya diteruskan, maka saya berharap dan mohon kepada kerajaan mengkaji semula pelaksanaan sistem yang ada sekarang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kepada beberapa kementerian dan agensi yang begitu rajin menerbitkan makalah ataupun jurnal ataupun majalah untuk menyebarkan maklumat kegiatan jabatan ataupun agensi mereka dan rajin menghantar kepada ahli-ahli wakil rakyat dan sebagainya dan juga Ahli-ahli Parlimen. Saya tengok ada beberapa agensi begitu bagus menghantar, ia dalam keadaan berita semasa seperti ANGKASA misalnya. Setiap bulan pengguna. Akan tetapi beberapa agensi saya lihat seolah-olah hendak menghabiskan simpanan atau baki yang ada di stor. Contohnya, JAWHAR Tuan Yang di-Pertua. JAWHAR ini dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.
Saya terima ini lebih kurang dalam bulan Disember yang lalu. Keluaran yang dihantar kepada kita bilangan 1/2010. Sudah setahun baru hantar kepada Ahli Parlimen.
Ringgit ini bagus. Dia bagi setiap bulan, semasa. Jadi saya berharap agensi-agensi, saya sukalah dia hantar ini. Kita boleh baca, dapat maklumat. Kita boleh bantu. Boleh juga bagi idea. Akan tetapi janganlah sudah lap setahun baru hendak hantar kepada kita. Seolah-olah hendak habiskan. Buka stor ,“Eh, banyak lagi buku ini”. Baru hendak bagi. Itu satu perkara yang tidak wajar dilakukan.
Saya hendak sentuh juga mengenai banjir. Ramai juga rakan-rakan yang telah sentuh banjir. Cuma saya hendak tambah sikit lagi mengenai banjir ini. Ini kerana setiap kali berlaku banjir, kita akan bagi bantuan makanan, pakaian, selimut dan juga selepas itu bagi pampasan duit cuci rumah. Ia melibatkan belanja berjuta-juta ringgi sedangkan kita telah menghantar cadangan.
Kerajaan negeri telah hantar cadangan. Pihak berkuasa tempatan sudah hantar cadangan bagaimana hendak baiki sistem pengairan di kawasan masing-masing untuk mengelakkan banjir. Akan tetapi tidak diberi peluang ataupun diberi peruntukan yang cukup supaya banjir tidak berlaku lagi. Padahal kalau kita lihat pada jangka panjang, kos pampasan dan bantuan tadi, kalau di campur pada setiap tahun berlaku banjir, ia hanya akan lebih tinggi daripada kos yang diberi untuk meningkatkan sistem pengairan di kawasan-kawasan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan, Yang Berhormat.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Ya. Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Mengenai visa umrah dan visa haji. Saya memohon supaya kerajaan mengadakan perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan supaya menambahkan lagi kuota haji, walaupun kita faham kuota haji ini diberi mengikut bilangan 1 peratus peratus daripada penduduk sesebuah negara. Akan tetapi hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi, mungkin kita boleh tambah sedikit lagi kerana waiting list, senarai menunggu yang hendak pergi haji ini sudah hampir 10 ke 12 tahun ataupun mungkin sampai 15 tahun baru dapat pergi haji. Visa umrah, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta supaya ia diperlihat semula kerana banyak aduan saya terima daripada syarikat-syarikat yang menguruskan rombongan pergi umrah ini. Kelulusan pergi umrah itu tidak ikut group.
Contohnya, satu group 20 orang. Ada keluarga. Suami, isteri, anak dan sebagainya. Akan tetapi apabila kelulusan visa itu dikeluarkan, suami dan anak ada, isteri pula tidak ada. Jadi macam mana hendak pergi? Berpisah-pisah macam itu.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Ini merupakan satu perkara yang menimbulkan masalah kepada mereka yang hendak pergi haji ataupun pergi umrah.
Point yang terakhir ialah saya ingin menyingkap semula program aplikasi teknologi di bawah MOSTI. Di kawasan saya, saya telah dapat melaksanakan satu program teknologi membaiki handphone. Ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para belia. Ia telah memberikan satu gambaran bahawa belia-belia negara kita sangat berminat kepada teknologi dan ingin melanjutkan program-program seperti ini.
Oleh kerana program ini sangat berfaedah, saya ucapkan tahniah kepada MOSTI dan saya mohon kepada kerajaan supaya janganlah bila sudah bagus itu, janganlah hentikan. Teruskan lagi. Tambahkan lagi peruntukan supaya dapat belia-belia kita dilatih dalam teknologi-teknologi yang moden seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong ucapan perbahasan ini dan juga usul daripada ucapan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada wira-wira yang telah berkorban dalam perjuangan membawa demokrasi, yang mati syahid di Tunisia, Mesir, Libya dan banyak negara lain. Ini memperingatkan kita bahawa demokrasi ini perlukan pengorbanan dan golongan-golongan yang telah mengorbankan nyawa dan keselamatan mereka untuk membawa kesejahteraan sejagat kepada dunia ini. Saya agak esok kita boleh berbahas untuk mengucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang telah meninggal dunia sebab bencana alam tsunami.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Dengan itu saya juga ingin membawa persoalan yang telah kita bahaskan tentang berkaitan sistem politik kita dengan negara-negara di Timur Tengah. Kita secara objektif tidak boleh nafikan penindasan atau penafian hak asasi manusia seperti penyekatan media berlaku di Malaysia dan juga berlaku di banyak negara yang tidak demokratik. Adakah penyekatan seperti Malaysia surat khabar rasmi pembangkang kita Suara Keadilan sampai hari ini tidak ada permit. Ini tidak jauh berbeza dengan keadaan di Mesir sebelum jatuhnya Mubarak, tapi saya agak semasa kerajaan atau pihak pemimpin-pemimpin Barisan Nasional cuba menafikan kita mempunyai persamaan, bagi saya perbezaan yang berlaku di kalangan Malaysia dengan negara-negara diktator di Timur Tengah ini jangan kita lupakan ada satu perkara yang saya anggap sangat berbeza. Di Mesir atau di Libya atau Tunisia Dewan Rakyat atau Parlimen yang ada tidak seperti di Malaysia. Di sini kita hampir separuh atau lebih daripada satu pertiga suara daripada parti pembangkang. Bagi saya satu sistem yang ada check and balance. Satu penyertaan pembangkang yang besar boleh mengelakkan sesebuah sistem itu untuk menuju ke arah pimpinan diktator yang mutlak.
Oleh itu, bagi saya sistem politik yang bersaing secara sihat sangat penting. Kita harus ingat hari ini kita dengar dari sebelah sana ada ETP, ada GTP, ada 1Malaysia. Ini adalah akibat daripada satu perubahan politik yang besar sejak 2008 di mana slogan merakyatkan ekonomi telah memikat hati dan telah membawa satu perubahan dari segi komposisi Dewan ini, dan itulah sebab bagi saya kita jangan memandang remeh tentang perkara-perkara yang telah dibawa oleh pembangkang. Hari ini kita sekali lagi tujukan bawa isu Buku Jingga ini untuk dibahaskan. Tujuan kita bukan hendak tunjuk siapa lebih cerdik, lebih pandai menguruskan negara. Yang penting kita ingin memperingatkan rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli politik, politik itu adalah satu persaingan dasar bukan atas serangan terhadap peribadi. Ini kita telah dengar dari titah baginda yang memperingatkan kita fitnah bukan jadi senjata politik yang boleh digunakan sebagai satu alat untuk mengekalkan kuasa.
Satu lagi perkara yang saya anggap berbeza selain daripada kehadiran pembangkang yang banyak di Dewan ini berbeza dengan Timur Tengah ialah kerajaan kita tidak seperti Mubarak, tidak seperti Tunisia. Kerajaan kita banyak konsultan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kita telah membayar banyak konsultan yang boleh dikatakan memberi imej yang positif kepada kerajaan sama ada betul atau tidak konsultan-konsultan ini telah berjaya kemukakan pelbagai program termasuk ETP.
Saya ingin tanya sama ada konsultan-konsultan ini perlu kita membelanjakan perbelanjaan yang begitu besar. Sepengetahuan kita PEMANDU telah diperuntukkan RM36 juta untuk program ETP dan RM16 juta dibayar kepada tujuh buah konsultan. Sehingga hari ini kita tidak tahu sama ada bagaimana pembahagian RM16 juta ini kepada tujuh konsultan ini dan masing-masing tugas mereka. Kelmarin kita juga dimaklumkan MRT salah sebuah konsultan iaitu McKenzie telah dibayar RM8.2 juta untuk program MRT. Sebelum ini kita sudah tahu kerajaan telah membayar RM70 juta untuk APCO. Hari ini kita tidak tahu kontrak APCO disambung atau tidak dan apakah peranan APCO hari ini, dan berapa bayaran kita terhadap APCO dan nampaknya kita telah membelanjakan banyak wang pembayar cukai untuk konsultan ini.
Saya rasa sedikit kurang selesa kerana setiap kali kita bincang tentang perunding- perunding ini kita dapati kerajaan seolah-olah tidak check latar belakang mereka. Dahulu APCO, pembangkang telah bangkitkan hubungan APCO yang berkait dengan Zionis, hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin Israel yang menjadikan APCO sebagai satu agen yang tidak sesuai dalam menjadikan isu yang sensitif dalam komunikasi negara.
Saya ingin membawa perhatian kepada Dewan ini kepada Financial Times 9 Mac 2011. Baru sahaja John Gapper telah sekali lagi mendedahkan McKenzie sebagai satu syarikat perunding juga penuh dengan skandal. Ini bukan skandal baru. Beberapa bulan lalu mahkamah di Amerika Syarikat telah menghadapi satu skandal yang besar iaitu partner dalam McKenzie terlibat dalam insider trading. Beberapa orang yang berkaitan termasuk seorang keturunan Sri Lanka Mr. Rajaratnam telah dicaj untuk memberi maklumat trade secret untuk insider trading dan Raja Gupta salah seorang bekas ketua McKenzie di antara tahun 1994 hingga 2003 juga telah mengaku memberi tips dan memberi maklumat kepada syarikatnya. Ini telah melanggar etika dalam etika perdagangan.
McKenzie dalam artikel ini telah menunjukkan mereka ini sebagai satu syarikat perunding yang memiliki banyak maklumat dari satu negara ke satu negara yang lain, dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain dan banyak kali praktis mereka yang dikritik oleh media dan juga profesional yang lain. McKenzie tidak dapat membezakan apakah batasannya bila menggunakan maklumat-maklumat. Sentiasa maklumat yang sensitif mengenai pelanggannya akhirnya diedarkan kepada pelanggan yang lain atas best practice. Kita juga khuatir kerana McKenzie telah memainkan satu peranan yang begitu besar dalam program mengkoordinasikan ETP, dalam isu MRT dan juga McKenzie dengan rekodnya juga akan mendedahkan keselamatan negara kita dan banyak maklumat tentang negara kita ke pihak-pihak yang tidak diingini. Ini bukan sahaja secara teori. Sebenarnya Malaysia pernah berlaku kerana pada tahun 2001, kalau kita masih ingat waktu itu Pengerusi MDC Dato’ Othman Yeop Abdullah telah mengkritik McKenzie kerana telah mendedahkan satu laporan kepada Asian World Street Journal.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Laporan yang telah ini secara kritikal mengkritik bahawa MDC tidak menjalankan tugas dengan baik, telah menghilangkan ramai pelanggan dan projek Multimedia Super Corridor kita gagal dan ini laporan yang sepatutnya disimpan sebagai rahsia yang hanya untuk MDC sahaja. Akan tetapi telah didedah kepada Asian Wall Street Journal dan ini telah berlaku pada 2001. Sekarang kita sekali lagi mengupah McKenzie sebagai konsultan kita. Saya anggap program ini memang baik. Saya tidak tolak ada ciri-ciri yang mengaku bahawa negara kita perlu transformasi baik dari ekonomi atau kerajaan. Akan tetapi konsultan orang asing yang kita pakai kita tidak wax dengan betul dan kita juga mendapati mereka adalah golongan yang penuh dengan skandal.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Itulah sebab, kita yang kemukakan Buku Jingga ini, ingin menyatakan kita ada satu opsyen yang lebih murah, bukan perlukan berbilion-bilion. Yang kritik kita, yang kata akan bankrapkan negara saya lihat program yang jauh lebih besar, perbelanjaan telah dijanjikan dalam ETP dan GTP. Akan tetapi dalam Buku Jingga kita hendak masuk balik facts and figures. Apa yang diperlukan dalam masa seratus hari. Saya ingin tahu perkara mana yang ditolak secara langsung oleh pihak kerajaan. Kalau kita kata ini tidak realistik.
Adakah kita akan membebaskan institusi negara seperti SPR, SPRM, Peguam Negara, Polis supaya profesionalisme akan dikembalikan. Adakah ini akan bankrapkan negara?
Kedua, kita hendak mansuhkan ISA, Akta Keselamatan Negara. Adakah ini akan bankrapkan negara? Kalau kita mengarahkan, katalah kita bahas tentang tol, saya tidak mahu berpanjang dengan tol sekali lagi, isu penstrukturan semula subsidi. Sebenarnya tidak ada perbezaan antara kami dengan pihak kerajaan hanya di mana kita edar subsidi, sama ada subsidi ini kepada IPP atau kepada sektor yang lain. Saya agak tidak ada perbezaan hanya bezanya kita tidak percaya subsidi harus diberikan kepada kroni-kroni.
Banyak lagi perkara yang saya tidak nampak, mana yang telah mengambil perbelanjaan yang besar.
Saya juga ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Kota Belud dan ramai yang telah sebut tadi sama ada isu yang kita janji royalti minyak 20 peratus pada Sabah dan Sarawak. Adakah ini sebagai principle kita tidak boleh setuju atau anggap ini akan bankrapkan negara. Oleh itu kita tidak melaksanakan atau kita anggap rakyat Sabah dan Sarawak atau Terengganu tidak wajar atau tidak mempunyai kelayakan untuk menerima royalti 20 peratus ini.
Saya secara angka, secara ringkas apa yang perlu dibelanjakan untuk seratus hari yang pertama ini. Sebenarnya tidak melebihi RM18.7 bilion. Ini kalau ikut anggaran yang kita hendak bina dua loji nuklear ini sudah dalam sepuluh tahun yang akan datang kita akan membelanjakan RM18 bilion untuk loji nuklear yang kita sekarang boleh menyaksikan di Jepun di mana rakyat Jepun menghadapi pelbagai ancaman dan bahaya kerana loji nuklear.
Saya ingin sebut sedikit tentang nuklear ini. Ini ada berkaitan dengan konsep GDP yang kerajaan telah janjikan untuk mentransformasikan. Kalau kita ingin melihat satu pilihan kerajaan yang memilih projek untuk membawa kesejahteraan rakyat, bukan untuk mengkayakan kroni termasuk dalam isu nuklear ini, kita harus fikir dengan betul-betul. Saya secara peribadi tidak setuju nuklear ini adalah satu opsyen yang baik. Akan tetapi saya anggap kalau bagi pihak secara terbuka, kalau kita hendak guna pakai tenaga nuklear pun, kita perlu memilih secara profesional. Akan tetapi setahu saya, saya harap Menteri boleh membetulkan ini. Setahu saya proses memilih nuklear itu sudah ditentukan jauh sebelum kita memutuskan proses melantik committee untuk meneliti teknologi nuklear ini.
Beberapa opsyen telah dikemukakan kepada menteri, tetapi setahu saya Kerajaan Malaysia telah komited kepada Perancis. Mengikut pengetahuan saya, ini adalah berkaitan dengan kapal selam yang telah kita beli. Skandal yang berlaku berkaitan dengan kapal selam yang mengikatkan kita semula yang mengikatkan kita semula, kita terpaksa beli loji penjana nuklear dari Perancis. Ini telah menghalang sebuah negara yang berdaulat untuk memilih apakah jalan yang paling baik. Adakah kerana negara kita telah di black mail oleh kuasa-kuasa tertentu dan terpaksa kita menggadaikan keselamatan dan kesihatan rakyat negara kita kerana pemimpin-pemimpin kita terlibat dalam skandal tertentu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa isu tentang prioriti negara kita.
Apabila kita hendak melaksanakan sesuatu yang membawa faedah, sentiasa dituduh, didakwa bahawa program ini akan membankrapkan negara. Sekali lagi sebenarnya secara objektif kalau kita bandingkan dengan ETP dengan Buku Jingga ini, kita bagi rakyat masih terdapat banyak persamaan yang sepatutnya sebagai satu demokrasi yang matang, kita carilah apa-apa yang kita boleh agree, kita boleh setuju. Kita laksanakan perkara-perkara yang boleh setuju dahulu dan kita mempertingkatkan. Di negara barat, negara demokrasi, mereka kata ada kala dalam pilihan raya umum, perbezaan antara dua parti hanya dikatakan sebagai satu perkara gurau sahaja, perbezaan cukai di antara 0.5 peratus sahaja, yang lain dua-dua parti ini hampir setuju semua.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau kita ingin melihat negara kita sebagai sebuah negara demokrasi yang matang, kita sepatutnya menuju untuk mencari persamaan antara dua pihak. Satu persamaan di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah isu gaji minimum. Saya nampak kebanyakan kita tidak tolak, ada perlunya kita melaksanakan gaji minimum. Hanya isu berapa taraf gaji minimum yang harus kita tentukan. Di sini saya ingin kemukakan bahawa gaji minimum sebagai satu skim yang kita laksanakan dan kita perlu laksanakan secepat mungkin ialah:
(i) gaji minimum tidak boleh ada diskriminasi. Ia akan defeat the purpose dengan izin, kalau kita kata pekerja tempatan dan pekerja asing dapat gaji yang berbeza. Ini tidak akan membantu memberi peluang yang lebih besar kepada pekerja tempatan. Ini kerana gaji minimum yang ditetapkan oleh pekerja tempatan lebih tinggi daripada gaji untuk orang asing, majikan akan memilih untuk mengupah orang asing. Jadi perbezaan ini harus dihapuskan; dan
(ii) Malaysia ini adalah satu region yang tidak besar, kalau kita bandingkan dengan Indonesia atau negara yang lebih besar seperti China atau India. Satu negara kita mungkin sebesar satu province di Indonesia.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Oleh itu kita tidak boleh mempunyai dengan izin, differentiation of region. Kita tidak boleh ada gaji minimum untuk Kelantan, gaji minimum untuk Terengganu, gaji minimum untuk Kuala Lumpur. Perbezaan ini juga akan menyebabkan dalam bahasa Inggerisnya, distortion of labour market. Kita harus mempunyai level playing field supaya pekerja di merata tempat harus menerima gaji yang sama dan ini membolehkan pasaran buruh dan pekerja kita lebih adil dan lebih tepat mengikut prinsip pasaran.
Akhir sekali bagi gaji minimum, saya harap perkara ini dapat dilaksanakan secepat mungkin dan kerajaan harus ada blueprint yang lebih tepat. Bukan sahaja sebagai meluluskan dalam undang-undang tetapi perlu menyediakan dana, menyediakan pelbagai program untuk pastikan pelaksanaan gaji minimum ini dapat dijalankan dengan lancar.
Perkara yang terakhir, saya ingin sebut sedikit tentang DNA ini. Sekarang kita banyak kali sebut tentang DNA, tetapi saya ingat kita harus berhati-hati kerana DNA sebagai satu method untuk mengenal pasti sesuatu dalam forensic examination. Ia bukan satu perkara tanpa kecacatan. Ia harus dilakukan dengan control, dengan pelbagai prosedur yang besar. Sekarang kita nampaknya tanpa memberitahu secara saintifik apa prosedur yang betul dengan DNA untuk mencapai publisiti politik murahan.
Ini sebenarnya bukan sahaja akan membawa ketidakadilan kepada seseorang yang tertuduh, tetapi saya telah baca hujah oleh ramai orang politik yang memberi satu gambaran yang salah tentang DNA. Ini menunjukkan negara kita bukan sebuah masyarakat yang bersaintifik. So, saya harap seseorang yang ingin komen tentang DNA lebih baik baca sedikit tentang latar belakang sains DNA ini. Oleh sebab masa tidak mencukupi, saya tidak boleh elaborate dalam perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Dengan itu saya ingin sekali ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas memberi peluang untuk saya berucap. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya berucap pada kali ini. Di sini sukacita saya hendak memulakan ucapan saya mengenai kandungan Titah Ucapan Tuanku yang menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara. Kalau kita lihat antara faktor-faktor utama yang menentukan kesejahteraan negara kita ialah penyediaan makanan, rumah dan keselamatan.
Bagi memastikan perkara-perkara ini dapat dijayakan dengan sempurna, sesebuah negara ini seperti negara kita mempunyai kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Kalau kita bandingkan dengan negara lain, Malaysia kalau kita lihat jauh lebih baik. Kita lihat kadar buta hurufnya sekitar 11 peratus, kadar rakyat termiskin pula pada kadar 0.7 peratus, bilangan pengangguran 3.5 peratus dan kadar inflasi yang rendah pada 1.8 serta pertumbuhan KDNK yang selesa pada 7.1. Saya percaya semua perkara ini bukanlah datang secara bergolek begitu sahaja tetapi ia adalah hasil usaha yang konsisten Kerajaan Barisan Nasional selama ini.
Seterusnya melalui Gagasan 1Malaysia, saya rasa kerajaan konsisten kerana segala faktor utama menjadi penentu kualiti kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Dasar- dasar seperti GTP dan ETP serta Rancangan Malaysia Kesepuluh menjadi pelaksana penting kerajaan termasuklah penilai NKEA dan NKRA. Pada dasarnya saya melihat kerajaan sentiasa berusaha membawa keharmonian hidup rakyat dengan menyediakan prasarana yang baik selain mementingkan pembangunan aspek pendidikan dan perpaduan. Sehubungan itu sama-samalah kita mempertahankan kestabilan negara ini dengan mendahulukan rakyat melalui peningkatan pencapaian perkhidmatan kita.
Terhina diri saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sekiranya masih ada rakyat Malaysia terutamanya Ahli Parlimen sendiri yang memberi imej buruk kepada masyarakat luar. Orang seperti ini tidak tahu erti kesyukuran sebenarnya. Maka saya berasa amat sedih kerana masih ada orang yang sebegitu, yang boleh saya anggap sebagai ‘Si Kitul Moden’ dalam negara kita. Jadi saya berharap mereka ini insaf-insaflah dan bertaubatlah.
Bersyukurlah dengan apa yang ada. Kalau tidak bersyukur, jadilah semacam mereka- mereka yang seperti ini.
Sekarang saya hendak bercakap tentang pendidikan. Saya percaya NKRA bagi pendidikan telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Di sini saya petik beberapa kejayaan NKRA pendidikan iaitu:
(i) prasekolah yang memperlihatkan sebanyak 72.42 peratus dicapai; sebanyak 315 prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran beroperasi mulai Januari 2010; seramai 701,144 kanak-kanak berusia empat dan lima tahun ke atas di seluruh negara menyertai prasekolah; bantuan makanan kanak-kanak prasekolah diselaraskan dan dinaikkan kepada RM1.80 di Semenanjung Malaysia dan RM2.05 di Sabah dan Sarawak; serta 3,439 guru prasekolah dilatih di 11 IPTS...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Lipis, boleh saya dapatkan penjelasan?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tidak mengapa, saya habiskan dahulu. Selepas itu saya bagilah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini tentang pendidikan.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Duduk, duduk, duduk. Selepas ini saya bagi ya.
(ii) berkaitan NKRA dan numerasi yang memperlihatkan peratusan murid mengatasi literasi meningkat kepada 85 peratus, berbanding 73 peratus;
(iii) berkaitan NKRA sekolah berprestasi tinggi sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan; dan
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
(iv) berkaitan NKRA program pembangunan prestasi sekolah iaitu 140 daripada 209 buah sekolah rendah telah menunjukkan penambahbaikan dalam pencapaian gred purata sekolah.
Jadi tahniah saya ucapkan. Cuma hendak saya bangkitkan dua atau tiga berkaitan pendidikan. Yang pertama ialah isu penarikan balik hampir 400,000 buku teks kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) - English Year 1 sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru bermula pada bulan ini. Saya hendak pastikan sama ada ia telah digantikan seperti mana yang dijanjikan. Ini bukan soal buku teks itu berharga RM8.20 sebuah tetapi kredibiliti panel penilaian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pelajaran.
Saya hendak tahu apakah bentuk atau langkah yang akan diambil supaya tidak ulang lagi perkara yang sebegini. Walaupun perkara yang berlaku ini kecil tetapi saya beranggapan ia cukup besar kerana melibatkan pelajar tahun satu. Kesalahan yang dikenal pasti pula merangkumi kesalahan tata bahasa, kosa kata, struktur ayat, tanda baca, ketepatan pilihan perkataan dan logik. Jika diteliti contoh kesilapan yang dikesan dalam buku terbabit sememangnya memalukan. Lalu DBP selaku penerbit sama ada rela atau tidak perlu menanggung kos percetakan semula buku terbabit yang dianggarkan lebih kurang RM1.3 juta.
Persoalannya Tuan Yang di-Pertua ialah, apakah DBP tidak mempunyai pegawai pakar dalam bahasa Inggeris bagi menangani bahan terbitan sendiri sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tenaga luar?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Meskipun DBP adalah badan berkanun dengan amanah memartabatkan bahasa dan sastera Melayu di negara ini, tidak bermakna ia perlu mengetepikan 100 peratus keperluan untuk mempunyai seorang dua pakar bahasa Inggeris yang dapat membantunya dalam hal penerbitan dan isu berkaitan DBP dalam akhbar berbahasa Inggeris apa lagi hubungannya dengan masyarakat antarabangsa.
Jadi dalam melawan asakan globalisasi yang mendesak DBP perlu mengatur strategi untuk sentiasa berwaspada jika berlaku serangan di luar duga termasuk dari luar negara dengan memastikan ia mempunyai pegawai yang mampu menangkis perkara itu melalui tulisan dalam bahasa Inggeris. Saya merasakan bahawa pendekatan yang diambil sepatutnya tidak bermakna DBP tidak patriotik tetapi situasi ini sangat memerlukan ia mempunyai pegawai yang cekap dalam pelbagai bahasa bagi membantu menangkis segala macam serangan yang mungkin terjadi.
Saya ingin bertanya dengan DBP, juga mempunyai pegawai yang bukan sahaja, saya harapkan bukan sahaja yang pakar dalam bahasa Inggeris tapi juga dalam bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan segala bahasa yang diajar di sekolah dalam negara ini, kerana dengan mempunyai kemahiran demikian, barulah DBP boleh berdiri sendiri. Jika tidak, kita ada ITNM, mengapa tidak bekerjasama dengan ITNM yang saya rasa dulunya ia merupakan satu unit iaitu Unit Terjemahan dalam DBP. Jadi saya hendak tahu kebenaran mengenai perkara ini dan berharap pihak kementerian dapat memberi penjelasan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lipis kerana membenarkan saya mencelah. Dalam isu pendidikan ini, adakah Yang Berhormat Lipis bersetuju bahawa selepas kerajaan membuat keputusan untuk meminta anak-anak kita mempelajari Matematik dan Sains untuk enam tahun dari Darjah 1 hingga Darjah 6, tahun depan tiba-tiba dia hendak mereka belajar mata pelajaran ini dalam Bahasa Melayu pula? Kemudian di katakan dwibahasa, adakah setuju kalau kerana untuk pendidikan, kita hendak anak-anak kita mendapat pengetahuan atau acquisition of knowledge tapi dengan ketidaktentuan perantaraan bahasa pula, ini akan menyebabkan anak-anak kita sukar untuk menguasai mata pelajaran-mata pelajaran itu.
Adakah Yang Berhormat Lipis bersetuju dan menyokong supaya yang sudah menggunakan bahasa Inggeris sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli atau lain-lain bangsa diteruskan dengan bahasa yang sudah mereka pelajari dalam bahasa Inggeris?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Beruas, secara peribadinya pandangan saya ialah bahasa dari segi knowledge acquisition, bahasa tidak memainkan peranan penting sebab yang penting bagi saya mereka mestilah dibuat dalam bahasa ibunda masing-masing, bahasa Inggeris is bahasa Inggeris, bahasa ibunda bahasa ibunda...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Maksud saya, mereka sudah belajar enam tahun sekarang ini, untuk tahun depan, kerajaan hendak tukar pula bahasa perantaraan. Adakah ini satu keputusan yang bijak? Maksud saya, bukan secara am, maksudnya murid-murid yang sekarang ini darjah enam, mereka pun sudah belajar sejak Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam bahasa Inggeris, kemudian apabila masuk Tingkatan 1, kerajaan hendak tukar pula bahasa perantaraan. Jadi saya harap..., ini bukan isu politik, harap semua ahli-ahli MP sini boleh bersetuju supaya..., kalau anak-anak kita yang sudah menggunakan bahasa Inggeris enam tahun, mereka lebih fasih dalam menggunakan bahasa Inggeris dalam dua-dua mata pelajaran ini, haruslah kerajaan meneruskan mata pelajaran-mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris untuk tahun depan.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya itu yang saya katakan, masalah bahasa ini bukan masalah yang penting. Saya sendiri dahulu belajar dalam bahasa Melayu dan selepas itu saya belajar dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kalau mereka dah belajar dalam bahasa Inggeris. Anak-anak saya pernah belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris tapi tidak ada masalah bagi mereka untuk mengikutinya dalam bahasa Melayu kalau ada keperluan dan sebagainya.
Jadi sebab itulah bagi saya, saya katakan tadi secara peribadinya bahasa bukanlah satu perkara yang penting untuk knowledge acquisition, yang penting bagaimana kita..., kaedah mengajar yang baik, bagaimana kita dapat memastikan anak-anak kita memahami content yang diajar itu dalam apa-apa bahasa sekalipun. Terima kasih.
Jadi saya hendak teruskan kepada hal FELDA kerana FELDA ini merupakan satu daripada badan atau organisasi yang bagus...
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Lipis, sebelum berpindah ke tajuk yang lain.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya tidak cukup masa nanti.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Sekejap sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar
Yang Berhormat ada tinggal lapan minit lagi ya?
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sekejap sahaja, soalan yang pendek. Apabila kita melihat pembelajaran soal anak-anak ini yang sedang dilaksanakan oleh beberapa kementerian, apa pendapat Yang Berhormat Lipis jika satu kementerian yang khusus untuk menjaga pembelajaran anak-anak kita ini dalam satu kementerian khusus untuk latihan kepada kanak-kanak yang di bawah umur lima tahun ini?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Pada pandangan saya, kementerian yang ada sekarang memang sudah mencukupi. Kita ada dua Kementerian Pelajaran, kementerian rasa saya sudah mencukupi, tidak perlu adakan satu kementerian lain untuk menjaga anak-anak yang ada ini setakat yang saya ingatlah, terima kasih.
Jadi kalau kita lihat di sini, pertamanya kita melihat ada banyak persatuan dan NGO yang ada di FELDA ini. Mereka ini rasa saya sentiasa membantu dan menyokong FELDA serta kerajaan tanpa jemu. Antaranya ialah Gabungan Wawasan Generasi FELDA
(GWGF) setakat ini telah melakukan banyak program serta aktiviti di tanah-tanah rancangan FELDA tanpa ada had umur dan melangkaui segenap umur warga FELDA. Jadi GWGF juga menjalankan tanggung jawab yang seiring dengan kerajaan dalam melakukan proses transformasi dalam sektor ekonomi, sosial dan pendidikan di kalangan generasi baru FELDA. Selain itu, komitmen GWGF juga telah dibuktikan dengan tertubuhnya Biro Aduan Peneroka Kebangsaan, BAPAK bersama FELDA dan antara tujuannya adalah untuk membantu pihak pengurusan FELDA dalam menghuraikan segala kekusutan dan permasalahan yang timbul di tanah-tanah rancangan FELDA melalui saluran yang betul dan tepat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi banyak masalah telah dapat diselesaikan seperti masalah pinjaman perumahan, masalah Koperasi Permodalan FELDA, masalah geran, masalah harta, masalah perumahan generasi kedua, masalah infrastruktur FELDA dan lain-lain lagi. Jadi saya berpendapat bahawa BAPAK ini lebih telus, tepat dan lengkap prasarananya bagi memproses aduan yang dibuat oleh warga FELDA selaras dengan hasrat kerajaan supaya ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’. Jadi langkah di GWGF ini rasa saya wajar dipuji kerana secara tidak langsung ianya telah membantu pihak kerajaan khususnya FELDA meredakan isu-isu yang timbul berkaitan dengan FELDA di tanah rancangan FELDA.
Jadi saya berharap pihak yang menjaga FELDA sentiasa berhubung dengan BAPAK dan GWGF ini agar FELDA terus makmur dan sentosa. Saya hendak bawa pula kepada isu TEKUN. Salah satu sebab penubuhan TEKUN Nasional rasa saya kalau kita ingat dalam Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada tahun 1994 iaitu sebagai satu sistem penyaluran modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan bagi mengatasi masalah akses usahawan kecil bumiputera kepada pembiayaan perniagaan, ini tujuannya.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1998, rasa saya TEKUN telah membuat pembiayaan modal hampir RM900 juta kepada lebih 142 ribu usahawan di seluruh negara. Kalau kita lihat, kita tidak nafikan yang TEKUN telah berjaya melahirkan banyak usahawan.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, sukar bagi peminjam hendak mendapat pinjaman TEKUN terutamanya usahawan baru, untuk menjadikan modal bagi pembiayaan perniagaan mereka. Kita faham TEKUN menghadapi masalah pinjaman tidak berbayar, tetapi apakah disebabkan soal ini, prosesnya kini terlalu ketat? Ini telah membantutkan pertambahan usahawan baru yang berdaya saing dan mungkin membantutkan percambahan ke arah melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi.
Kita mahu kementerian yang bertanggungjawab melihat perkara ini secara serius kerana di Pahang sebagai contohnya, begitu ramai usahawan baru yang mempunyai pelbagai produk yang berdaya saing, kreatif dan berinovasi. Kita tidak mahu ada halangan yang sepatutnya tidak berlaku. Kita tidak mahu usahawan-usahawan baru ini mengalih tumpuan mereka kepada agensi pemberi pinjam wang haram walhal kita telah membahaskan pindaan Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang 2010 tahun lalu. Jadi saya pohon pihak kementerian melihat perkara ini.
Berikutnya saya hendak menyentuh soal pelancongan. Pahang antara negeri yang sentiasa menjadi pilihan pelancongan utama dalam dan luar negara. Kawasan banjaran yang menarik dan indah menjadikan negeri Pahang sebagai antara negeri yang tertinggi menjana pendapatannya. Satu lagi produk pelancongan yang semakin mendapat tempat ialah program homestay. Ini satu lagi bentuk pengalaman pelancongan yang unik dari segi kebudayaan dan gaya hidup masyarakat kampung. Program sebegini bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat luar bandar di mana kekayaan daripada industri pelancongan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Saya dimaklumkan pada 31 Ogos 2010, Kementerian Pelancongan telah mendaftarkan sebanyak 138 buah homestay di seluruh negara dengan bilangan pengusaha homestay adalah sebanyak 2,987 orang dan menawarkan 4,042 buah bilik kepada para pelancong. Malah, saya mendapat tahu jumlah kedatangan pelancong ke homestay dari Januari sehingga Ogos 2010 meningkat sebanyak 7.1 peratus dan ini menyebabkan pendapatan pengusaha homestay dari Januari hingga Ogos 2010 juga meningkat sebanyak 0.3 peratus iaitu RM6.84 juta. Ini satu pencapaian yang memberangsangkan.
Cuma, yang hendak saya bangkitkan ialah Kementerian Pelancongan perlu fleksibel dalam garis panduan pendaftaran yang disediakan. Seperti di Pahang, banyak kemunculan homestay dan persekitaran yang amat menarik, indah, bersih, kondusif tetapi kadang kala ada satu atau dua perkara yang tidak memenuhi syarat atau garis panduan dan menjejaskan hasrat mereka untuk menjadi pengusaha homestay yang berdaftar.
Antaranya, ada yang kurang daripada sepuluh buah rumah bagi setiap homestay. Jadi saya pohon kementerian melihat perkara ini.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Keduanya, ada homestay yang perlu menaiki bot atau sampan walaupun garis panduan ada menyebutkan ia mempunyai kemudah-sampaian dari segi perhubungan dan pengangkutan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, masa Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya berharap pihak Kementerian Pelancongan dapat memastikan setiap homestay itu fleksibel dalam perkara ini.
Akhir sekali, satu perkara sahaja saya hendak sebut. Dalam perancangan MRT di Kuala Lumpur ini, ia ada melalui satu jalan yang merentasi satu tanah Pengakap, BP House di Wilayah Persekutuan. Ia merupakan laluan bawah tanah, 100 meter ke bawah, tetapi apabila saya melihat paparan yang ditampal di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, seingat saya, tanah di atas juga iaitu tanah pengakap juga diambil. Jadi saya berharap pihak kementerian, pihak perancang memikirkan semula perkara ini kerana tanah pengakap itu sudah lebih daripada 50 tahun diberi kepada pengakap yang masih digunakan sehingga sekarang dan tiba-tiba kita bercadang dan merancang membuat bangunan baru yang sekarang ini kita lihat ia termasuk dalam perancangan laluan MRT. Yang di bawah 100 meter itu, 100 kaki atau 100 meter saya pun tidak ingat..., bolehlah, tiada masalah tetapi yang di atas itu takkanlah hendak diambil juga.
Jadi saya berharap pihak perancang memikirkan semula perkara ini dan berbincanglah dengan kami sebab tidak ada perbincangan yang dibuat. Jadi dengan kata- kata itu saya menyokong teks Titah Ucapan Diraja itu. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan usul mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Tuanku.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Ucapan Tuanku ada menyentuh tentang indeks keamanan dunia untuk tahun 2010 yang meletakkan Malaysia di kedudukan kedua terbaik di Asia dan ke-22 di dunia. Adakah indeks ini betul-betul membayangkan kedudukan yang sebenarnya? Laporan penurunan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 50 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 30 peratus pada tahun 2010 amat sukar untuk rakyat jelata menerimanya.
Saya ingin memberikan beberapa contoh bahawa indeks dan laporan ini adalah tidak tepat. Pertamanya, tentang kegiatan mat rempit yang semakin teruk dan telah menjadi satu kekacauan dan ancaman kepada pengguna jalan raya. Apa yang telah terjadi? Pihak polis nampaknya sudah tidak dapat kawal atau tidak berani kawal oleh kerana sebab-sebab tertentu. Di Melaka...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh mencelah? Pasal polis, mat rempit.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sekejap boleh? Saya habis dahulu, selepas itu boleh ya.
Di Melaka, setiap hujung minggu beratus mat-mat rempit merempit di jalan raya tertentu. Rakyat di Melaka tahu jalan-jalan ini dan juga kawasan-kawasan yang terlibat tetapi pihak polis nampaknya tidak tahu. Hanya apabila kemalangan berlaku baru mereka sampai. Saya ingin mendapat satu jawapan sebab yang menghalang pihak polis mencegah kegiatan ini. Adakah kerana mereka ini penyokong Barisan Nasional? Dahulu kita dinasihatkan...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini yang mahu minta mencelah cepat sedikit.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sedikit lagi. Selepas itu boleh saya bagi.
Dahulu kita dinasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya, ikut lampu isyarat, ikut papan tanda jalan, pilih lorong yang betul. Sekarang saya ingat kita patut dinasihatkan berhati-hati di jalan raya dan beri laluan kepada semua mat rempit. Adakah ini satu nasihat yang perlu diberi kepada pengguna jalan raya pada masa sekarang? Sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka ini mengingatkan saya kepada uncle saya di Kota Belud. Orangnya baik.
Hujahnya bagus, pointnya bagus Yang Berhormat, tetapi kalau kita hendak menyelesaikan masalah ini, kita jangan terlalu polemikkan dari segi politik. Contohnya seperti tadi. Tadi Yang Berhormat hujahnya cantik. Saya mendengar dengan teliti, bagus.
Akan tetapi kalau katakan mat rempit ini polis tidak mahu ambil tindakan kerana kepentingan, mat rempit ini, orang-orang muda ini adalah penyokong Barisan Nasional, you are not helping the case. Ini masalah saya. Saya mendengar hujahnya bagus tetapi apabila dipolitikkan, saya terpaksa berdiri untuk meminta uncle jangan buat macam itu.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya memang tidak secara sesuka hati membuat tuduhan. Ini kerana pada pilihan raya kecil di Merlimau, kita nampak dengan mata sendiri. Hanya tukar baju dengan Barisan Nasional, merempit juga di jalan raya. Oleh sebab itu saya tidak mahu argue dengan Yang Berhormat Kota Belud. Memang ini saya anggap bahawa jika kegiatan ini kita tidak kawal, ia akan menjadi masalah yang lebih besar. Terima kasih.
Keduanya, tentang indeks kes ragut. Adakah betul sudah banyak menurun atau pun kerana mangsa ragut ini sudah tidak yakin kepada pihak polis, mereka menganggap bahawa membuat laporan pun tiada gunanya? Berapa orang yang dapat ditangkap? Ini yang mereka selalu tanya. Oleh sebab itu selalu ada yang mengadu kepada saya..., seorang pelancong. Saya minta mereka membuat laporan. Jika pasport mereka atau dokumen penting yang lain tidak hilang, mereka akan membuat laporan, sebab mereka kata mungkin satu hari dia akan berada di balai polis. Lebih baik saya hilang wang, tidak mengapa. Anggap ini satu pengalaman melancong di Melaka.
Oleh sebab itu saya rasa ini amat penting. Indeks itu dikatakan telah turun tetapi yang sebenarnya hanya kerana mangsa tidak ingin membuat laporan polis. Bagaimana kita hendak atasi masalah ini saya ingat ini satu tugas besar untuk pihak polis.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, pada 24 Februari, jam 10.45 malam seorang wanita Tan Chong Lam umurnya 56 diragut di Jalan Batu Berendam, Melaka. Bukan hanya begnya diragut malah dia tercampak di tepi jalan. Kepalanya cedera parah dan dia dihantar ke Hospital Melaka, malangnya Hospital Melaka tidak ada Neurosurgeon dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pukul 5 petang hari esok. Cik Tan ini meninggal dunia selepas dua kali pembedahan. Sebab kematian dicatat dalam Sijil Kematian, “Head injury due to blood trauma.” Saya ingin tanya, adakah indeks atau angka PDRM mangsa yang mati dan cedera akibat daripada ragut? Saya juga ingin tanya, peratusan peragut yang dapat dihukum atau ditangkap, dan dihukum berbanding dengan kes-kes ragut yang telah dilaporkan kepada pihak polis?
Kes pecah rumah. Saya percaya PDRM akan mengatakan sudah banyak menurun. Saya ingin memberitahu pihak polis angka ini memang tidak benar dan tidak tepat. Saya percaya tidak sampai 50 peratus orang kena pecah rumah ingin buat laporan polis. Bagaimanakah pihak polis dapat memulangkan keyakinan kepada rakyat, dan adakah ini satu cabaran yang amat perlu disegerakan?
Tuan Yang di-Pertua, sekarang bukan dikatakan hanya rumah yang siap dibina di pecah masuk, malah rumah yang sedang diubahsuai atau sedang dibina di negeri Melaka memang sudah menjadi kebiasaan. Semua orang berhati-hati dan tidak berani seperti bila buat wiring. Anak saya tiga kali rumahnya di pecah masuk semasa buat renovation.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya diberitahu oleh pihak polis bahawa kawasan taman itu yang paling teruk sekali di negeri Melaka. Anak saya pun tidak mahu buat laporan polis sebab dia katakan kalau pihak polis sudah tahu kawasan ini paling teruk mengapa ini masih berlaku dan terpaksa kita upah 24 hours guard untuk buat rondaan di rumah yang sedang direnovation ini. Oleh sebab itu saya ingat keadaan ini memang amat membimbangkan. Kita tidak boleh mengikut laporan indeks yang mengatakan kes-kes jenayah jalanan, pecah rumah, ragut dan semua sudah menurun dan kita boleh hidup dalam suasana yang selamat.
Tuan Yang di-Pertua, kembalikan keyakinan ini adalah satu tugas yang amat berat. Bukan hanya tindakan pencegahan jenayah, maka cara tangkapan, tahanan, siasatan dan tuduhan pun perlu terus dan diterima oleh orang ramai terutamanya ahli keluarga mangsa. Satu contoh keraguan siasatan terkini yang telah menunjukkan satu keadaan yang amat membimbangkan dan merbahaya.
Tuan Yang di-Pertua, pada 21 Januari tahun ini, tiga pemuda iaitu Chong Sang Keong berumur 17 tahun, Lan Ee Shen berumur 20 tahun dan Tai Chi Yong berumur 18 tahun ditikam mati di tepi jalan raya di Kampung Solok Binjai, Masjid Tanah, dua kilometer dari rumah kediaman mereka di Taman Mengkuang. Sembilan orang suspek ditahan polis Melaka dan polis Melaka mengumumkan kes pembunuhan ini sudah selesai disiasat dalam masa 48 jam. Hanya seorang suspek yang berumur bawah 16 tahun akan dituduh dan yang lain semua dilepaskan. Pihak polis mengatakan hanya seorang terlibat yang telah mengaku menikam mati ketiga-tiga mangsa.
Bolehkah kita percaya dengan sebilah pisau sahaja seorang yang berumur bawah 16 tahun boleh dalam masa beberapa minit di tapak yang sama bunuh tiga orang pemuda dan ketiga pemuda ini menunggang dua motosikal. Dia ini saya ingat bukan Bruce Lee atau Jackie Chan. Mengapa pihak polis boleh percaya dengan pengakuan pemuda ini? Sebab itu ahli keluarga mangsa langsung tidak boleh terima dan bukan sahaja ahli keluarga tidak boleh terima malah orang ramai pun tidak boleh terima. Adakah seseorang boleh tikam mati tiga orang pada masa yang sama dalam beberapa minit di tapak yang hanya beberapa kaki atau in a short distance. Oleh sebab itu bapa si mangsa ini bersama-sama dengan tandatangan 1,352 penduduk sudah hantar satu petisyen kepada IGP minta satu siasatan semula kes ini sebab tidak ada orang boleh terima.
Oleh sebab itu saya katakan kembalikan keyakinan polis kepada orang ramai dan rakyat jelata. Kita perlukan bukan hanya laporan indeks-indeks jenayah. Kita perlukan satu siasatan atau tahanan dan tuduhan yang lebih telus dan boleh diterima semua rakyat jelata.
Saya pun tidak mahu berucap lebih lagi tentang kes ini kerana saya harap pihak polis akan mengkaji semula sebab saya hanya diberitahu jika bukti yang baru, baru siasatan semula akan dimulakan. Saya ingat ini tidak cukup meyakinkan terutamanya ahli-ahli keluarga ketiga-tiga pemuda yang menjadi mangsa ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum satu syarikat terpaksa gulung tikar pada kebiasaannya kerana pengurusan kewangan yang gagal dan perbelanjaan yang tidak terkawal atau pembaziran. Ini sama juga dengan sebuah kerajaan. Kita dapat bukti betapa penting sesebuah badan kerajaan merancang pengurusan kewangannya. Kita sering kali nampak projek pembangunan yang kita anggap ini tidak perlu atau non practical yang menelan kos berpuluh dan beratus juta. Telah dibuktikan satu projek ini projek gajah putih.
Perolehan yang tidak munasabah, tidak perlu, rasuah dan lain-lain lagi semuanya mengakibatkan sesebuah kerajaan menghadapi kedudukan kewangan yang amat tidak seimbang.
Saya ingin kemukakan satu contoh di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, laporan Ketua Audit memang jelas ini membayangkan tahap pengurusan kewangan bukan hanya setiap kerajaan negeri tetapi juga agensi kerajaan negeri, badan berkanun dan kerajaan negeri memang amat jelas. Saya baca laporan Ketua Audit Negara terhadap negeri Melaka. Satu perkataan yang saya tidak boleh terima iaitu teguran demi teguran masih berlaku. Saya ingin berikan satu contoh yang saya ingat mungkin Dewan yang mulia ini meneliti bersama-sama. Kerajaan Negeri Melaka iaitu Jabatan Ketua Menteri Melaka memang kita tahu banyak kenderaan dan lain-lain.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya hanya petik satu sahaja tentang kos kenderaan lebih tinggi berbanding dengan perolehan kenderaan iaitu kereta di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka. Dalam jabatan ini ada empat buah proton Perdana yang diperolehi pada tahun 2005. Kos perolehan RM117,297. Saya ingat harga ini memang munasabah. Dalam tidak sampai lima tahun iaitu 2005 hingga 2009, MQ1 sebuah Proton Perdana, kos selenggaraannya, berjumlah RM249,611. Ini Laporan Ketua Audit. Satu lagi juga Proton Perdana MM5 Kos sama juga perolehan RM117,297 tetapi jumlah kos selenggaraan RM329,871. Hampir tiga kali ganda dengan kos perolehan dan yang satu lagi ML5 sama juga, kos selenggaraan tidak sampai lima tahun RM183,000 dan yang keempat sama juga, Proton Perdana RM273,795.
Proton Perdana, saya tidak mempunyai sebarang Proton Perdana, saya tidak tahu bagaimana terukkah kereta Proton Perdana begini. Akan tetapi yang ikut ini ada juga empat buah Proton Waja. Proton Waja, saya pilih satu kos perolehan RM68,410 sama dengan saya. Saya mempunyai satu proton Waja pada tahun 2002 saya beli. Sekarang saya guna sepuluh tahun masih boleh jalan baik. Masih boleh pergi Penang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Singapura pun boleh. Saya sudah gunakan ini 311,000 kilometer saya sudah guna.
Sekarang ini saya masih guna. Saya ingat saya ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Boleh tahanlah Waja Yang Berhormat. Boleh tahan... [Ketawa]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Memang boleh tahan. Akan tetapi nampak ini Tuan Yang di-Pertua nampak dalam Jabatan Ketua Menteri Melaka, 2004 dia beli Proton Waja MBM111 dengan harga RM68,410 lebih kurang dengan saya punya. Akan tetapi kos selenggaraannya sehingga tahun 2009, RM185,022.... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat. Ada tiga minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tidak mengapa saya cuba.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
kalau ada kereta lain boleh sebut jugalah Yang Berhormat... [Ketawa] Wira atau apa-apa.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya. Oleh kerana saya mempunyai sebuah Proton Waja, pada tahun 2002 saya beli RM60,000 lebih. Sehingga hari ini saya hanya pergi ke satu buah ejen Proton untuk buat service repair semua. Saya minta dia printout semua, sepuluh tahun yang saya belanja berapa? Sepuluh tahun saya belanja, hanya RM13,703... [Tepuk] Ini satu perbandingan bagaimana kita uruskan kewangan kita.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu kereta nombor tiga mungkin.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya? Saya tidak percaya bahawa Proton jual, saya punya Proton Waja lebih baik daripada kerajaan, memang saya tidak setuju. Akan tetapi ini memang berlaku, ini semua dalam Laporan Ketua Audit Negara dan sampai hari ini kita belum dapat jawapan dan penjelasan dari pihak kerajaan bagaimana boleh berlaku kerana dengan perkataan, teguran demi teguran ini masih berlaku. Oleh sebab itu saya harap mungkin kita dapat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, gulung Yang Berhormat, satu minit Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Perkara yang akhir kerana masa yang tidak diizinkan. Dalam Titah Tuanku ada menyatakan kerajaan amat komited dalam memerangi rasuah dengan kesedaran bahawa rasuah akan merosakkan negara dan bangsanya dan dengan kerjasama semua pihak jenayah rasuah baru boleh dihapuskan dan minta berikan sokongan padu dan keyakinan kepada SPRM dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Memang kita..., saya sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat sependapat dengan semua yang berada di Dewan yang mulia ini. Kita memang memberikan sokongan dan kerjasama kepada SPRM.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya masih tunggu SPRM untuk rekodkan satu statement dari saya kerana saya sudah buat satu laporan polis dan kes pihak polis mengatakan kes ini mungkin dirujuk kepada SPRM. Saya tunggu pada hari buang undi pada hari Pilihanraya Kecil Merlimau sampai pukul 5, saya tidak boleh tunggu lagi kerana saya hendak balik untuk datang ke Kuala Lumpur untuk sidang Parlimen. Kes itu saya buat laporan kerana saya nampak dengan mata sendiri bagaimana wang diberikan kepada pengundi, gambar pun ada di tangan kita dan saya amat hairan pada tiap-tiap pilihan raya kecil satu pertubuhan, 1Malaysia akan wujud dan ada jamuan makan free, ada cabutan, ada motosikal ada basikal, televisyen... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, baik Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, habiskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat kalau Yang Berhormat sambung, ada orang lain yang kena potong Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Okey. Saya hendak minta SPRM sila beritahu...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Di Galas pun sama.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Siapakah di belakang pertubuhan 1Malaysia ini dan dari mana wang mereka dapat dan juga hendak tahu...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Di Galas pun sama.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Apakah tujuan mereka semasa pilihan raya kecil, baru mereka wujud dan menjalankan semua program dan aktiviti. Untuk siapa? itu yang saya harap mungkin dapat jawapan daripada kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Parit. Saya tahu Yang Berhormat Parit berdiri dari semalam, sebenarnya saya simpan nota di sini tetapi saya tidak pandang tadi. Minta maaf.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Parit, 20 minit.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama saya ucap terima kasih kerana diberi ruang untuk berbahas pada petang yang berbahagia ini. Di sini saya ingin menyentuh tentang peringatan Allah menerusi surah al-Asr sudah cukup untuk membicarakan soal masa. “Betapa manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.” Bagi sesetengah orang, masa itu emas, bernilai tinggi namun berlalu begitu pantas tanpa mungkin berundur lagi walau dilakonkan semula sesuatu peristiwa itu tidak setulen kejadian asal.
Inilah yang banyak disentuh dalam Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong mengingatkan kita semua dalam Dewan yang mulia ini tentang perihal pencapaian ekonomi negara kita. Agenda kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di samping menyentuh pelbagai aspek seperti keselamatan, keamanan, perpaduan, pendidikan luar bandar, kualiti hidup rakyat, pengangkutan dan sebagainya.
Malahan Titah Ucapan Tuanku juga menyentuh soal rakyat perlu menjadi warga bijak, bertanggungjawab, tidak terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Apa maknanya kalau kita mengatakan perkara yang tidak betul, apatah lagi kita sebagai umat Islam. Oleh kerana fitnah, berlakunya keruntuhan empayar terdahulu. Ini satu renungan yang perlu diambil dengan serius. Kalau kita lihat, walaupun kita berbicara di dalam Parlimen ini khususnya kepada pihak pembangkang yang banyak memberikan pandangan-pandangan tetapi pada masa yang sama menidakkan usaha-usaha daripada pihak kerajaan.
Sebentar tadi saya meneliti dan mendengar tentang buku, kalau orang Parit kata Buku Jingga.. [Ketawa] Pada saya ianya merupakan satu daripada imaginasi ataupun fantasi yang mungkin tidak akan tercapai. Akan tetapi kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai polisi serta dasar yang begitu kukuh bagi menjamin kesinambungan kesejahteraan rakyat khususnya di dalam negara kita. Itu sebab kita perlu melihat perkara- perkara yang sedemikian rupa. Itu sebab Allah SWT sebut di dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat] Bermaksud, “Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.” Inilah sebenarnya gambaran-gambaran fitnah yang berlaku di dalam negara kita yang boleh merosakkan nilai-nilai perpaduan sejagat...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Apatah lagi kita ingin mencapai sebuah negara maju dalam tempoh sembilan tahun lagi. Kita pada hari ini menjadi role model...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Kepada negara-negara luar, sewajibnya kita berasa bangga, bersyukur serta berterima kasih dengan nikmat keamanan, kemakmuran yang diberikan oleh Allah SWT apatah lagi pemimpin-pemimpin kita mempunyai sifat, sikap yang cukup baik bagi melihat kepentingan agama, bangsa dan negara apatah lagi...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Rakyat di dalam negara kita hidup di dalam keadaan yang cukup bahagia.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Parit.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Silakan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Mana...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya cukup menyanjung permulaan Yang Berhormat Parit yang menyebutkan tentang ayat daripada Surah Al ‘Ashr, walaupun Yang Berhormat tidak menghuraikannya tetapi tegur-menegur itulah, di samping masa yang Allah SWT bersumpah tetapi tegur-menegur.
Akan tetapi ada satu lagi ayat dalam Surahtul Hajj Yang Berhormat Parit, di mana Allah SWT menyebut [Membacakan sepotong Ayat al-Quran] bermaksud, “Seandainya Allah SWT tidak menyemak dan mengimbangi keganasan, kekerasan ataupun ketelanjuran, satu kelompok manusia dengan yang lain seluruh muka alam ini akan musnah.” Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak Yang Berhormat Parit bersetuju, apa yang berlaku dalam konteks sistem multiparty ataupun dua parti sistem ini adalah semak imbang, itu yang berlaku. Kalau berlaku semak imbang itu adalah tuntutan Allah SWT untuk kita, jadi jangan menganggap kami ini hanya membangkang dan menabur fitnah ,tatkala kita menyemak dan mengimbangi kerana itu adalah tuntutan Allah SWT. Saya ingat Yang Berhormat Parit cukup arif tentang perkara ini, jadi oleh sebab itu jangan menyelewengkan fakta ataupun jangan menafikan keperluan kita untuk menyemak dan mengimbang.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Okey.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Hari ini kami menyemak, esok mungkin Yang Berhormat Parit yang menyemak.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Itu pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Kita perlu melihat sejarah betapa kemerdekaan yang telah pun kita kecapi sudah hampir 53 tahun lebih di dalam negara kita, dan kita tidak menidakkan polisi-polisi sistem demokrasi di dalam negara kita.
Alhamdulillah lah hari ini pihak pembangkang cukup ramai di dalam Dewan. Hari ini beberapa negeri telah pun dapat diambil alih pentadbiran pengurusannya oleh pihak pembangkang. Tetapi pada masa yang sama saya melihat dan rakyat juga melihat sehinggakan kekeliruan-kekeliruan yang cukup jitu ataupun cukup banyak dilakukan.
Contoh untuk balance itu memang perlu ada, tetapi kalau balance itu sampai tahap yang cukup melampau, khususnya kalau saya lihat contohnya ceramah-ceramah yang tidak ada henti-hentinya di dalam negara kita, bukan sekadar ceramah-ceramah di peringkat kampung hatta di peringkat kedai-kedai kopi pun memomokkan pemimpin-pemimpin kerajaan kita amat-amat berleluasa yang dilakukan oleh pihak pembangkang... [Tepuk] Ini masalahnya, dan kita memang mengakui keadaan-keadaan yang sedemikian rupa. Itu sebab saya ingin mengajak khususnya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor untuk kita berasa rasional dan apa-apa kepentingan negara, sebab saya katakan tadi kita hendak menjadi sebuah negara yang maju dan hebat...
Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Layak Menteri agama ini.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Kita hendak sebut, kita hendak capai yang dikehendaki oleh Allah SWT, khaira ummah atau umat yang terbaik. Sudah pasti dalam sistem kenegaraan... [Membacakan sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Negara yang baik, negara yang...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Parit...
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Mendapat...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Siapa yang memberikan...
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Daripada Allah SWT itu merupakan standard yang ingin dicapai. Bagilah saya peluang bercakap... [Ketawa] Selangor sudah perintah hendak tadbir pula. Jadi kita tidak menidakkan, contohnya di dalam Dewan, kita melihat perkara-perkara yang sedemikian rupa. Walaupun kita mempunyai perbezaan- perbezaan pendapat, tetapi oleh sebab untuk kita membina sebuah negara yang mantap merupakan tugas dan tanggungjawab kita. Ini kalau saya lihat semua perkara yang disuarakan semuanya yang bertentangan.
Contoh apabila sudah akhir esok kita bersidang maka berlaku pengundian, semua perkara itu telah pun dibahaskan oleh kita, sebagaimana Titah Tuanku yang mengharapkan semua pemimpin, khususnya wakil rakyat untuk sama-sama memberikan luahan pemikiran ataupun sudut pandangan bagi kita melihat negara kita merupakan negara yang cukup bertuah. Jadi terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor yang telah pun memberikan pandangan.
Jadi seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat peranan guru takmir sebagai satu kelompok yang cukup penting dalam membangunkan agama Islam dan umat di negara kita ini, terutamanya membangunkan modal insan yang berkualiti sesuai dengan usaha atau proses transformasi yang diterapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selama ini. Saya cukup yakin dan percaya, modal insan ini kita perlu bina, dipupuk, perlu meneruskan kesinambungan perjuangan untuk melihat, mengolah negara kita sehingga ke tahap sebuah negara yang cukup hebat, yang disegani dan digeruni.
Bukan sekadar kita dapat mampu untuk membawa bentuk-bentuk perubahan ataupun transformasi-transformasi di dalam negara kita dalam konsep agama, Fardu Kifayah dan sebagainya, tetapi sehingga ke satu tahap kita juga akan dapat membantu orang lain.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Contohnya hari ini, saya juga dalam kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua mengucapkan takziah kepada masyarakat yang menerima musibah khususnya di negara Jepun dan hari ini kita mempunyai kerajaan yang cukup kuat.
Oleh sebab kita mempunyai kerajaan yang cukup kuat dan mempunyai keprihatinan yang cukup tinggi, kita juga dapat membantu negara-negara luar dan inilah sebenarnya merupakan tugas ataupun kelangsungan yang perlu kita laksanakan. Pada masa yang sama Yang Berhormat, keprihatinan pimpinan kerajaan menaikkan elaun sebanyak RM800 bermula Januari lalu kepada 3,692 guru takmir di seluruh negara amat dialu-alukan. Saya mencadangkan supaya lebih ramai lagi guru-guru takmir dikenal pasti bagi membolehkan lebih 6,000 masjid dan surau diimarahkan dengan kumpulan tersebut.
Saya juga mencadangkan supaya kelas pengajaran oleh guru-guru takmir ini dilengkapi dengan pembelajaran multimedia supaya dapat menarik lebih ramai penduduk setempat khususnya generasi muda, kanak-kanak, remaja dan belia. Saya juga mencadangkan kepada JAKIM serta Jabatan Agama Negeri masing-masing supaya memberikan peruntukan secara terus dalam menyediakan pembelajaran multimedia.
Saya mencadangkan supaya JAKIM dan Jabatan Agama Negeri membuka satu talian online bagi membolehkan mana-mana pengurusan masjid dan surau membuat permohonan secara terus tanpa sebarang birokrasi. Sekarang ini pun penggunaan Facebook dan sebagainya boleh dimanfaatkan sebaik mungkin dalam penyebaran agama Allah.
Tuan Yang di-Pertua, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah. Di bawah NKRA kira-kira 200,000 isi rumah dikategorikan sebagai miskin dan lebih daripada 400,000 isi rumah miskin tegar dengan 2010 difokuskan untuk membasmi miskin tegar dan mengurangkan insiden kemiskinan kepada 2.8 peratus. Malahan saya melihat beberapa langkah dikenal pasti termasuk untuk mempertingkatkan produktiviti isi rumah berpendapatan rendah yang tidak termasuk dalam kategori terbabit. Antaranya menyeragamkan pentakrifan kumpulan berpendapatan rendah, hari ini kita dapat melihat anak kampung kini menjadi pakar bedah, arkitek, jurutera, pegawai kanan kerajaan dan menerajui syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Kisah kejayaan individu berkenaan sebenarnya bukan milik peribadi tetapi sebahagian kisah kejayaan Malaysia dalam program membasmi kemiskinan khususnya yang berada di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar, saya melihat penduduk luar bandar mewakili 35 peratus penduduk Malaysia di bawah NKRA. Skop ini antara lain akan membina lebih 7,000 kilometer jalan baru dan naik taraf menjelang 2012 dengan 1,900 kilometer daripada Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia ini akan menjadi 91.4 peratus daripada penduduk tinggal dalam lingkungan 5 kilometer daripada jalan yang diturap pada tahun 2010 meningkat kepada hampir 100 peratus pada tahun 2012. Malahan sebanyak 50,000 rumah baru dan dibaikpulih disediakan untuk penduduk miskin dan miskin tegar luar bandar menjelang 2012, dengan 2/3 daripadanya di Sabah dan Sarawak, daripada 50,000 itu lebih 16,000 rumah akan disediakan pada tahun 2010.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Ini merupakan bentuk-bentuk kejayaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mempunyai strategi dan perancangan-perancangan yang cukup berkesan. Saya mewakili seluruh masyarakat khususnya di Parlimen Parit mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar terus dapat meneruskan usaha kesinambungan bagi kita melihat kemajuan dan pembangunan infrastruktur dan juga modal insan khususnya di dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, belia dan sukan boleh memasyhurkan negara di persada antarabangsa. Saya hendak beralih soal ini kerana ianya saling berkait malahan Ucapan Titah Tuanku juga cukup prihatin dalam soal ini. Harapan Tuanku juga cukup tinggi iaitu meletakkan harapan tinggi kepada atlet negara kita untuk memenangi pingat pertama negara dalam sukan Olimpik 2012 di London.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Kita pernah memenangi pingat perak dalam sukan Olimpik dalam sukan badminton. Saya percaya sasaran sukan Olimpik bukan setakat sukan badminton tetapi sukan-sukan lain seperti memanah mahupun basikal. Dalam kesempatan ini saya ingin menyentuh peruntukan geran tahunan kepada persatuan sukan yang berdaftar dengan pesuruhjaya sukan. Setakat yang saya tahu iaitu setakat 1 Oktober 2010, sebanyak 3,714 badan sukan di seluruh negara telah didaftarkan. Saya difahamkan mana-mana persatuan sukan yang berdaftar turut diberikan bantuan untuk melaksanakan sesuatu program ataupun aktiviti. Cuma yang menjadi masalah ialah persatuan-persatuan bertaraf daerah dan bahagian. Mereka ini selalu tercicir ataupun ketinggalan, susah nak membuat program dan sebagainya.
Saya merayu kepada pihak kementerian agar dapat memberikan perhatian supaya peruntukan-peruntukan khususnya kepada persatuan-persatuan belia ini agar dapat disalurkan supaya generasi-generasi belia kita ini akan dapat memainkan peranan mereka sebagai generasi pelapis kepimpinan negara di masa yang akan datang supaya mereka dapat aktif, dapat menjayakan misi-misi kerajaan dan mereka juga mempunyai semangat ataupun jati diri yang cukup hebat dalam meneruskan kehidupan arus globalisasi yang cukup mencabar khususnya di dalam dunia kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, masalah penceraian di dalam negara kita juga amat membimbangkan kita. Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kadar penceraian di kalangan suami isteri di negara ini berlaku dala tempoh 15 minit. Pada saya, ini amat menggerunkan kita kerana institusi keluargalah sebenarnya yang akan dapat memupuk modal-modal insan khususnya kepada anak-anak kita. Jika berlakulah perkara-perkara yang sedemikian, sebenarnya amat rugi khususnya kepada negara kita. Jadi harapan saya, melalui statistik ini dapatlah khususnya kepada pihak JAKIM dapat memberikan ataupun mempelbagaikan usaha dengan memperbanyakkan program ke arah memantapkan institusi rumah tangga terutama kepada pasangan yang baru berumah tangga.
JAKIM hendaklah menghantar lebih banyak guru agama ataupun kaunselor berkaitan permasalahan rumah tangga ke masjid-masjid, surau-surau, taman-taman perumahan untuk mendekati golongan sasar. Cara ini saya percaya akan memudahkan wanita dan ibu-ibu yang bermasalah merujuk dan berbincang dengan pihak yang benar- benar berpengetahuan luas dan berupaya memberikan nasihat yang terbaik berkaitan permasalahan yang dihadapi.
Tuan Yang di-Pertua, program-program yang dijalankan juga tidak seharusnya mensasarkan kaum wanita sahaja malahan kaum lelaki juga perlu diberikan kesedaran dan pengetahuan berkaitan tanggungjawab mereka terhadap rumah tangga. Tanggapan negatif yang meletakkan wanita sebagai sasaran kepada setiap program keibubapaan yang dijalankan perlu dikikis sama sekali.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan yang terakhir ini, sekali lagi saya mengharapkan supaya marilah kita sama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab kita untuk memajukan negara kita yang tercinta ini kerana ini merupakan ruang dan peluang untuk kita melihat supaya tugas dan tanggungjawab ini dapat kita langsaikan dan kita juga akan mendapat sebagai sebuah negara yang cukup mantap. Walaupun perbezaan- perbezaan itu ada, tetapi matlamat ataupun hala tuju ataupun wawasan kita perlu untuk kita mengikhlaskan diri kita melalui perjuangan-perjuangan untuk kita meningkatkan kesejahteraan umat khususnya kepada rakyat di dalam negara kita.
Dalam kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon kepada pihak kerajaan khususnya di Parlimen Parit, tidak ada henti-hentinya saya mohon kepada pihak kerajaan supaya dapat meluluskan hospital baru di Sri Iskandar. Begitu juga dengan jambatan Lambor kiri dan kanan dan juga melebar luruskan Jalan Seputeh ke Simpang Tiga kerana inilah merupakan permintaan-permintaan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan pun ada, saya minta tolong supaya dapat diberikan perhatian. Ini janji, tapak telah pun sedia ada dan malu jika sekiranya tidak dapat diluluskan.
Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit
Pada masa yang sama khususnya kami masyarakat luar bandar khususnya di kampung-kampung dan di desa-desa memberikan sokongan yang padu kepada pihak kerajaan dan usaha ini perlu kita teruskan bagi melihat kesinambungan kejayaan kepimpinan dan pembangunan di dalam negara kita. Dengan itu ucapan terima kasih dan saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat ada petanda baik Yang Berhormat. Bercakap hal hospital, Menteri masuk. Yang Berhormat Kota Baharu.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk berbahas sama di dalam menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas pada 7 Mac 2011.
Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana berjaya untuk menghasilkan sebuah buku “Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia” sebagai suatu rakaman yang cukup bersejarah...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tambah lima minit lagi... [Ketawa]
Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Saya sebagai bekas Speaker Dewan Undangan Negeri merasa cukup-cukup bertuah dapat memiliki dan meneliti buku ini dan pada masa yang sama diharapkan semua Ahli Parlimen daripada sini dan sebelah sana supaya membeli buku yang dijual di luar sana.
Di muka surat lapan perkara 17 dalam Titah Ucapan, dinyatakan bahawa, “Dalam sektor perladangan dan komoditi, penekanan juga akan terus diberi kepada peningkatan produktiviti, produk bernilai tambah tinggi serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pemasaran. Keupayaan pekebun-pekebun kecil komoditi untuk meningkatkan pengeluaran akan terus diperkasakan bagi meningkatkan pendapatan mereka.” Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang untuk menyatakan bahawa di antara cara yang kerajaan dapat membantu pekebun-pekebun kecil getah di negeri-negeri terutama yang bersempadan dengan negara Thailand ini ialah supaya Border Pass yang sekarang ini diberikan kepada penduduk Thailand untuk masuk ke negeri-negeri sempadan di Utara ini hanya laku untuk tempoh dua minggu sahaja. Sebelum daripada ini, Border Pass itu laku untuk tempoh satu bulan. Banyak di Kelantan dan juga di negeri-negeri sempadan yang bergantung pada penoreh-penoreh getah daripada Selatan Thai. Keluarga, sahabat handai yang daripada sudut hubungan ini terjalin sejak daripada 50 tahun dulu di masa Perang Korea lagi apabila ramai rakyat negeri Kelantan yang berhijrah ke Selatan Thailand oleh kerana di sana mempunyai harga getah yang tinggi pada waktu itu dan sekarang ini ramai keluarga dan juga sahabat handai daripada Selatan Thailand yang datang untuk menoreh getah di Kelantan dan negeri-negeri sempadan.
Kalau Border Pass ini hanya untuk dua minggu, ini menyusahkan mereka untuk hadir dan membuat pekerjaan menoreh getah ini di tanah-tanah yang dimiliki oleh pekebun- pekebun kecil tempatan. Saya menyeru supaya pihak kerajaan dapat menyelaraskan bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri supaya Border Pass yang dikeluarkan kepada penoreh-penoreh getah ini dapat ditambah kepada tiga bulan bagi memudahkan mereka untuk membantu sama bagi menaikkan lagi pendapatan pekebun-pekebun kecil getah di negeri-negeri sempadan ini.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, di muka surat 19 dinyatakan bahawa, “Untuk ke sekian kalinya Beta mengingatkan bahawa tingkah laku Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini sentiasa diperhatikan dan menjadi teladan kepada masyarakat.”
Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Saya ingin menyatakan bahawa tingkah laku kita di sini termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat, termasuk Menteri, termasuk Perdana Menteri, termasuk Tuan Yang di-Pertua, termasuk semua sekali, bukan sahaja tingkah laku kita dalam Dewan tetapi kita kena jaga juga tingkah laku kita di luar Dewan.
Saya amat terkejut dengan satu majlis merayakan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, apabila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri hadir dan di dalam majlis yang sama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang juga hadir. Timbalan Perdana Menteri mengambil peluang di dalam majlis keraian Tahun Baru Cina itu untuk memberikan teguran-teguran secara kasar, secara tidak beretika dan secara kurang sopan dengan menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah meninggalkan Pulau Pinang ataupun menganaktirikan Pulau Pinang dalam usaha-usaha pembangunan dalam negara kita.
Saya tidak hendak jawab bagi pihak Pulau Pinang, saya hendak jawab bagi pihak negeri Kelantan. Selama 20 tahun, Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz mentadbir negeri, saya senaraikan sekarang ini 17 perkara yang diskriminasi, yang berlaku terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dan juga rakyat Kelantan. Apabila kita menang di Kelantan pada tahun 1990, pertama kalinya pihak Kerajaan Persekutuan mewujudkan apa yang dinamakan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang tidak pernah wujud sebelum itu di Kelantan.
Akan tetapi oleh kerana Kelantan ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia, maka diwujudkan jabatan dan kakitangan di peringkat negeri, di peringkat jajahan, di peringkat daerah, sampai kepada kampung-kampung diwujudkan apa yang dinamakan dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, yang mula berlaku sejak tahun 1990 apabila dalam satu kampung ada dua penghulu. Satu penghulu yang dilantik oleh kerajaan negeri, satu penghulu apa yang dilantik oleh pihak JPP. Jadi ini merupakan satu masalah kepada rakyat negeri Kelantan dalam usaha pihak-pihak berkenaan untuk mendera rakyat negeri Kelantan kerana mengundi pihak Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1990.
Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar sempat hanya mempengerusikan sekali sahaja Majlis Tindakan Negeri Kelantan. Selepas itu majlis ini dibubarkan dan tidak lagi dibenarkan mana-mana agensi persekutuan untuk hadir ke dalam Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar negeri Kelantan.
Ketiga, Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan. Tempatnya digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Jadi ini merupakan satu tindakan diskriminasi menganaktirikan, menderakan rakyat negeri Kelantan semata-mata kerana mereka tidak menyokong Barisan Nasional.
Keempat, baja subsidi. Baja subsidi tidak diberikan secara menyeluruh, dipilih-pilih.
Siapa yang mendapat tanda tangan penghulu daripada yang dilantik oleh JPP dia bagi, tetapi siapa yang tidak mendapat sokongan daripada penghulu JPP tidak dibagi.
Sehinggakan Kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun 1991 terpaksa membelanjakan RM3.2 juta setahun di dalam belanjawan negeri bagi menampung pembiayaan baja subsidi kepada petani-petani padi.
Kelima, Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, apa yang dikatakan MBs Club, selain daripada kehadiran Tok Guru di dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja. Mesyuarat Kelab Menteri Besar ini dijemput orang lain daripada negeri Kelantan. Orang yang bertanding pilihan raya kalah dijemput, orang UMNO itu yang dijemput mewakili Menteri Besar Kelantan. Jadi ini satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat.
Keenam, geran persekutuan dalam bentuk capitation grant, dalam bentuk federal road grant, dalam bentuk growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain. Ini kerana kami di negeri Kelantan untuk tahun ini dibayar tahun hadapan, sedangkan di negeri-negeri yang lain ada yang dibayar pada tiap-tiap bulan, ada yang dibayar pada bulan Januari dan juga pada bulan Jun. Ini satu lagi tindakan diskriminasi untuk melihat kewangan negeri Kelantan itu lemah. Sebab itulah ada sesetengah daripada pemimpin-pemimpin politik di negeri Kelantan mengatakan bahawa kerajaan Tok Guru Nik Aziz pada tahun 1990 akan bertahan cuma untuk tiga bulan sahaja.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Ini kerana cengkaman pemberian geran sebanyak RM125 juta setahun pada waktu itu kepada negeri sengaja dilambat-lambat untuk menyulitkan kedudukan kewangan pihak perbendaharaan negeri Kelantan.
Ketujuh, peruntukan geran rumah awam kos rendah. Selama 20 tahun Kelantan tidak dapat menikmati peruntukan ini sedangkan negeri-negeri yang lain semuanya menerima. Bahkan pada waktu itu pada tahun 1990 pihak Kerajaan Persekutuan telah pun menandatangani geran sebanyak RM12 juta yang telah pun dipersutujui untuk diberikan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Ikthtisad Negeri Kelantan. Akan tetapi apabila bertukar kerajaan pada tahun 1990, geran yang sudah pun ditandatangani perjanjian tadi ditarik balik, tidak jadi diberikan. Ini sebagai contoh bagaimana diskriminasi penderaan dan juga tindakan memilih bulu yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan selama 20 tahun kami rasakan di negeri Kelantan.
Kelapan, di antara perkara yang Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar di dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri dalam pertemuan pertama pada awal tahun 1991, Tok Guru minta supaya diadakan satu pelabuhan di negeri Kelantan. Oleh kerana dari segi geografinya, Kota Bharu ataupun pantai negeri Kelantan adalah tempat yang paling dekat dengan negara-negara di sebelah timur - timur lautkah?
Timur - north east...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Barat, barat.
Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Jepun, China, Korea, Filipina, Vietnam, Kemboja semua sekali ini dari sudut lokasinya Kelantan. Kalau kita ambil flight daripada KL sampai ke Kemboja dua jam. Akan tetapi dari Kota Bharu satu jam sahaja. Jadi Tok Guru minta supaya ada satu pelabuhan. Sampai hari ini 20 tahun tidak nampak lagi pelabuhan untuk negeri Kelantan. Tun Dr. Mahathir memberikan hujah macam-macam, tidak boleh ada pelabuhan di Kelantan sebab monsun, sebab angin kuat sangat, tengkujuh kuat sangat, pantai negeri Kelantan tidak ada batu hampar, buat foundation sedalam mana pun pasir tidak akan jumpa batu. Macam-macam tetapi ternyata bahawa itu adalah alasan-alasan politik semata-mata.
Kesembilan, Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil balik di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa. Tanah yang telah pun diambil balik untuk memanjangkan landasan penerbangan ini supaya ia dibina, tetapi sampai hari ini pun - 20 tahun tidak dapat guna lagi.
Kesepuluh, royalti sehinggakan Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa bawa ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas hak rakyat negeri Kelantan.
Kesebelas - KESEDAR. Apabila berubah kerajaan maka wakil Kerajaan Negeri Kelantan duduk di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Begitu juga dengan pihak KESEDAR, wakil daripada Kerajaan Negeri Kelantan tidak diminta daripada pihak Menteri Besar tetapi dilantik mengikut kesukaan, kesesuaian dan kesesuaian masing-masing.
Kedua belas, FELDA...
Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Penjelasan.
Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Ya, sila.
Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Terima kasih pada Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kota Bharu tentang diskriminasi ataupun pilih bulu ini. Kalau di negeri Selangor berlaku pertukaran yang kononnya pegawai-pegawai yang lama itu di bawah pimpinan BN ditukar kepada PAS dan PKR. Contohnya masjid-masjid dan surau, begitu juga dengan ketua- ketua blok di Sekinchan, di Sungai Besar semua ditukar balik kepada yang menyokong Pakatan Rakyat. Adakah itu juga satu diskriminasi ataupun pilih bulu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Terima kasih. Bagi pihak negeri Kelantan, semua pertukaran pegawai kerajaan di negeri Kelantan tidak dirujukkan kepada Menteri Besar. Ianya dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan yang ada lembaga dia sendiri dan tidak pernah dalam masa 20 tahun ini pun Tok Guru tanya ataupun Tok Guru mengesahkan kedudukan pegawai-pegawai kerajaan...
Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya. Selangor, Selangor.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Eh, kita bercakap pasal Kelantan. Kita tidak tahu Selangor.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Maknanya Yang Berhormat...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Ditutupnya hati, dibutanya mata.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak suka dengan Pakatan Keadilan.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Hatinya tutup, matanya dibuta.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Kota Bharu saya boleh bantu sedikit.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Penjelasannya berbeza-beza.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Itulah pasalnya. Hati dan mata telah dibutakan.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Saya juga hendak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Kota Bharu mengenai pelantikan Khusrin selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Kota Bharu mengenai itu?
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang itu nampak, kelemahan diri tidak nampak.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, saya Ahli Parlimen daripada Kota Bharu. Saya tahu cerita-cerita di Kelantan. Di Selangor mungkin Yang Berhormat Ampang yang lebih maklum.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tidak berani hendak jawab, tidak berani jawab.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Kalau di Kelantan, pegawai masjid...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Jawablah Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Kota Bharu jawablah.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Imam, timbalan imam, semua sekali dilantik oleh....
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Selangor, Selangor.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
...Majlis Agama Islam Negeri Kelantan yang tidak ada rujukan langsung kepada Menteri Besar atau pun kepada Exco ataupun kerajaan dan ahli-ahli politik.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Selangor macam mana Yang Berhormat Kota Baharu?
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Ini cerita negeri Kelantan.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Selangor, Selangor, jawablah.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Selangor dibuat melalui pemilihan. Ahli Qariah yang memilih. Itu lebih demokratik.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, betul. Zaman UMNO tidak ada chance lah.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Ketiga belas, FELDA. Bukan sahaja FELDA ini diberikan tanah oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka. Sampai satu ketika, FELDA ini dia berhenti ambil peneroka. Kemudian, dia majukan tanah dan dia ambil untung melalui apa yang dinamakan ladang, FELDA Plantation.
FELDA Plantation ini dia ambil pekerja daripada luar untuk bekerja jadi buruh tetapi tidak ada peneroka. Sedangkan perjanjian awal, persefahaman awal bahawa kerajaan negeri beri tanah, FELDA majukan, masukkan peneroka supaya dapat ditingkatkan kedudukan sosioekonomi masing-masing. Ini bukan masalah di Kelantan sahaja. Di Pahang pun, Kerajaan Negeri Pahang merungut sama. Sebab apa FELDA lebih memberikan keutamaan kepada keuntungan daripada balik kepada peranan asal mereka untuk menempatkan peneroka. Oleh kerana itulah sehingga hari ini bukan sahaja Kelantan, semua negeri-negeri berhenti beri tanah kepada FELDA sebab FELDA sudah menyimpang daripada tujuan yang asal. Begitu juga dengan FELCRA. FELCRA ini, dia memajukan tanah di Kelantan lebih daripada kawasan yang diberikan oleh kerajaan negeri.
Akan tetapi alhamdulillah, sama ada FELDA, KESEDAR atau pun FELCRA ini dalam masa dua, tiga tahun baru ini telah mula membayar premium kepada kerajaan negeri. Satu lagi ialah Majlis Sukan Negeri Kelantan. Ini pun di hijack juga. Dia tidak benarkan ada di bawah kerajaan negeri dan sehingga hari ini selepas 20 tahun pun tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri sebab ianya macam dua identiti. Negeri lain, hak di bawah JPP ini lain. Termasuklah juga Majlis Sukan Negeri.
Begitulah juga dengan agensi-agensi pelancongan. Kita sudah ada Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di Kelantan di bawah seorang Exco yang jaga portfolio pelancongan, ada pegawai kerajaan yang ditugaskan untuk menjadi pengarah di sana tetapi pihak Kementerian Pelancongan melantik pula satu agensi lain untuk mengendalikan soal-soal pelancongan, meneruskan amalan dualisme di dalam pentadbiran negeri Kelantan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa senario politik yang berlaku hari ini telah pun menyebabkan Speaker sendiri sudah berubah. Speaker sendiri mempunyai sikap yang terpengaruh dengan suasana semasa politik negara. Saya maksudkan Tuan Yang di-Pertua, Persidangan Speaker-Speaker Malaysia. Berapa lama dah Tuan Yang di-Pertua yang hadir bersama saya dahulunya ke dalam Persidangan Speaker? Sekarang ini selepas Pilihan raya Umum 2008 sudah tidak ada.
Tidak ada lagi Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia di mana Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mempengerusikan Persidangan sekali dengan semua Speaker negeri, Timbalan-timbalan Speaker, Setiausaha-setiausaha Dewannya menjadi satu forum untuk membincangkan perjalanan Dewan Undangan Negeri masing-masing, membincangkan masalah-masalah yang dihadapi dan saling bantu-membantu untuk menyelesaikan pengurusan Persidangan Dewan sama ada di Parlimen, di Dewan Negara atau pun di peringkat negeri. Jadi, sudah tiga tahun tidak ada. Saya mengharapkan kepada Tuan Yang di-Pertua untuk sekali lagi mengambil inisiatif supaya menghidupkan semula Persidangan Speaker-Speaker bagi seluruh Speaker-Speaker Malaysia ini.
Kemuncak daripada penderaan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan di Kelantan ialah apabila UMNO Negeri Kelantan menjemput semua pemimpin-pemimpinnya pada satu hari dalam tahun 1993, buat satu pentas di Padang Sekolah Ketereh di Kota Bharu, jemput seorang kerabat kononnya daripada Kuala Lumpur naik ke pentas dan mengangkat tangan, melaungkan “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku” dan diikuti oleh semua orang UMNO di situ. Tabal Raja baru di Kelantan pada tahun 1993. Ini bukan pembohongan, ini bukan fitnah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Ini ada rakaman yang dibuat oleh polis dan semua agensi-agensi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ada 30 seconds lagi Yang Berhormat.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Ya? Jadi, sampai ke hari ini saya sebagai rakyat negeri Kelantan tertanya-tanya bilakah pendakwaan akan dilakukan terhadap penderhaka ini. Ini yang betul-betul menderhaka. Kita, budaya Melayu, kita orang Melayu, kalau kita angkat tangan kepada satu orang, menyatakan “Daulat Tuanku”, sebenarnya kita menderhaka kepada Raja yang ada di negeri masing-masing.
Sebab apa diam?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya tidak ada Raja.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Ha, tidak ada Raja tidak apa. Selamatlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, masa Yang Berhormat sudah habis.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, ada Parlimen negara-negara lain Yang Berhormat kalau kita menggunakan suara yang lebih tinggi daripada yang biasa itu pun salah juga dalam Dewan. Jadi, saya ingat kita cubalah guna nada yang rendah. Ia menyenangkan hati. Sila Yang Berhormat Batu Sapi.
Datin Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Teruskan Yang Berhormat Batu Sapi.
Datin Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kedua Belas ini.
Tuan Yang di-Pertua, tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan di atas inisiatif pintar dan berani untuk melaksanakan Program Transformasi di bawah empat tonggak utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Ekonomi (NKEA).
Pelaksanaan program-program ini amat bertepatan dan boleh menyentuh hati rakyat di peringkat akar umbi. Program ini telah menimbulkan harapan yang tinggi di kalangan rakyat yang ingin melihat perubahan ketara di dalam persekitaran mereka.
Khusus bagi negeri Sabah, rekod menunjukkan bahawa terdapat banyak projek pembangunan yang ingin dibawa dan dilaksanakan terutamanya NKRA yang menyentuh tentang penyediaan dan menambah baik infrastruktur luar bandar.
Datin Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi
Bagaimanapun, suka saya menyebut di sini bahawa masih terdapat lagi kawasan yang masih menanti agar program-program yang telah diatur oleh pihak kerajaan dapat direalisasikan di peringkat akar umbi. Masih terdapat kampung yang belum menerima bekalan elektrik dan air bersih walaupun secara amnya keadaan ini telah pun bertambah baik berbanding sebelumnya. Di kawasan saya Batu Sapi yang merupakan gabungan, kawasan bandar dan pulau, masih terdapat kira-kira 12 buah kampung yang belum menerima bekalan elektrik dan air bersih.
Datin Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kerajaan sedang dalam usaha untuk mengetengahkan penggunaan teknologi hijau, saya ingin mencadangkan agar pihak-pihak tertentu yang mempunyai keupayaan untuk membangunkan teknologi melalui R&D
(research and development) seperti SIRIM Malaysia Berhad, dapat diberi kepercayaan untuk melaksanakan pilot project yang ada kaitan langsung dengan penyediaan tenaga seperti penjanaan elektrik. Khusus bagi kawasan yang terpencil seperti pulau dan kawasan pedalaman, pihak kerajaan bolehlah mengambil alternatif ini sebagai langkah permulaan untuk menyediakan bekalan elektrik ke kawasan yang sukar dimasuki.
Pelancongan adalah salah satu daripada bidang yang telah dikenal pasti oleh kerajaan dalam Program Transformasi Ekonominya (NKEA). Sabah negeri di bawah bayu telah menempah nama yang tersendiri di peringkat antarabangsa kerana keindahan semula jadinya yang merangkumi hutan, gunung dan khazanah dasar laut yang cantik. Hampir keseluruhan negeri Sabah sekurang-kurangnya mempunyai satu keunikan. Potensi yang terdapat di negeri Sabah dalam bidang ini amat besar.
Bagaimanapun, sektor ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara yang paling ketara ialah bekalan elektrik yang tidak stabil, kualiti jalan raya yang kurang memuaskan terutamanya jalan yang menghubungkan antara daerah, liputan talian mudah alih yang tidak menyeluruh, kemudahan WiFi dalam bandar tidak memuaskan, bekalan air yang tidak mencukupi di sesetengah kawasan dan banyak lagi.
Nampaknya masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum mencapai sepenuhnya sasaran dalam NKRA yang telah digariskan. Oleh itu, saya menggesa agar prioriti dapat diberikan dalam menyelesaikan perkara ini agar sektor yang mempunyai potensi untuk menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi rakyat dan negeri dapat dikembangkan lagi ke satu tahap yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, menanam sikap bertanggungjawab di kalangan generasi muda terutamanya dalam pemuliharaan alam sekitar amatlah penting. Usaha pelbagai pihak perlu ditingkatkan demi menanam sikap ini sejak kecil lagi. Minda kelas pertama yang menjadi impian untuk dimiliki oleh setiap warga Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Namun, ia melibatkan usaha yang sekata dan konsisten daripada pelbagai pihak. Bagi masyarakat di Malaysia, perjalanan kita ke arah mencapai matlamat ini masih jauh.
Tahap kesedaran masyarakat masih di tahap yang sangat rendah. Oleh itu, kerajaan secara sedar perlukan mengadakan kempen melalui agensi dan kementerian berkenaan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Ini adalah kerana institusi keluarga dan pendidikan formal memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sikap kanak- kanak.
Sehubungan itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen khas dengan mensasarkan kohort umur tertentu di kalangan kanak-kanak yang mana resultnya dengan izin, boleh dilihat dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Kempen seumpama ini amat penting terutamanya kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti kawasan pantai timur Sabah termasuk kawasan saya di Batu Sapi. Generasi baru yang sedar akan kepentingan alam sekitar amat penting agar sumber yang boleh menjadi punca pendapatan dapat dilindungi.
Saya amat berterima kasih kerana dalam masa terdekat ini, beberapa program pemuliharaan alam sekitar seperti penanaman tukun tiruan sedang dijalankan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti SIRIM dan NOD di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Bagaimanapun, beberapa perkara lain yang menjadi salah satu punca pencemaran termasuklah kebanjiran pendatang tanpa izin perlu ditangani segera untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar kepada kerajaan. Golongan ini tidak ada rasa kecintaan kepada tanah air dan hidup tanpa mengenal peraturan. Keadaan ini menyumbang kepada pencemaran serius di kawasan bandar yang didiami.
Tuan Yang di-Pertua, Batu Sapi mohon menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin turut berbahas atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Rakyat Malaysia khususnya di Kuala Nerus menyokong dan menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Pertama, saya ingin menyentuh berkaitan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu yang kebetulannya berada di Kuala Nerus yang telah diperbesarkan landasannya dan terminalnya melebihi RM500 juta. Akan tetapi pada pandangan saya, hanya 30 peratus kapasiti sahaja yang digunakan masa kini.
Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Sehingga kini rakyat di sebelah Pantai Timur yang ingin ke negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam dan sebagainya terpaksa turun ke Kuala Lumpur untuk menaiki penerbangan melalui KLIA ataupun LCCT. Kini saya rasa sudah tiba masanya kerajaan mengkaji kedudukan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu untuk dinaiktaraf dan dijadikan regional hub ataupun regional airport dengan izin, di kawasan Pantai Timur memandangkan ia berdekatan dengan negara- negara yang saya sebutkan tadi.
Sekiranya lapangan terbang ini dinaikkan taraf menjadi regional airport dengan izin, maka rakyat di negeri Terengganu, Kelantan mahupun di negeri Pahang tidak perlu lagi turun jauh ke Kuala Lumpur bagi menaiki penerbangan ke negara-negara yang saya sebutkan sebentar tadi. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, kos dan tenaga malahan ekonomi melalui sektor pelancongan dapat dijana dan ditingkatkan sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan pertumbuhan ekonomi negara berkembang di negara ini dengan kadar pertumbuhan setiap tahun 6 peratus.
Saya juga merasakan jika lapangan terbang ini dinaiktaraf, ia akan menjadi pusat penerbangan di Pantai Timur yang komersial memandangkan sistem perhubungan lebuh raya di negeri Pantai Timur juga dan proses pembinaannya dan dijangka siap dalam tahun 2012 iaitu LPT2.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, projek LPT yang menghubungkan negeri Pahang dan negeri Terengganu, walaupun ia masih belum siap sepenuhnya kerana masalah-masalah teknikal dan kelewatan kontraktor, saya berpendapat bahawa LPT2 ini harus dibuka secara berperingkat-peringkat untuk memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk tempatan. Walaupun keseluruhan stretch nya dengan izin, tidak boleh dibuka sebelum tahun 2012, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan iaitu untuk membuka laluan-laluan tertentu. Contohnya dengan pembukaan laluan lebuh raya ini dari Bukit Besi ke Dungun ataupun Kuala Berang ke Kuala Terengganu iaitu di Kuala Nerus, ia akan juga dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas tempatan yang memudahkan mereka untuk menuju ke destinasi yang dituju dengan kemudahan lebuh raya yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang ada kaitannya dengan LPT ini ialah masalah pelantikan kontraktor baru iaitu untuk menyiapkan pakej-pakej dengan izin yang telah diserah balik atau ditamatkan kontraknya oleh kerajaan. Saya harap dalam masa terdekat ini kerajaan dapat memutuskan untuk mempercepatkan menyiapkan lebuh raya ini. Kita sedia maklum, seluruh kontraktor yang diberikan projek oleh Kerajaan Pusat dan juga negeri pada tahun 2007 dan 2008 mengalami masalah kenaikan kos sehingga membebankan pihak para kontraktor yang juga mengakibatkan projek-projek tempatan, projek-projek kerajaan tertangguh akibat daripada masalah ini.
Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Maka sebagai sebuah kerajaan yang memegang kepada slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, dengan ini saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji dan menilai semula kos mana-mana projek yang telah diberikan kepada kontraktor pada tahun 2007 dan 2008 agar tidak membebankan mereka dan sekali gus masalah penangguhan projek yang berimpak tinggi seperti lebuh raya yang saya sebutkan tadi dapat diteruskan agar dapat dimanfaatkan oleh rakyat secepat mungkin melalui pakej- pakej yang sedia ada mahupun pakej-pakej yang difikirkan bersesuaian.
Dengan siapnya terbina lebuh raya LPT2 ini, Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang dijadikan sebagai regional hub, dengan izin, maka rakyat di negeri Pahang, Kelantan dan juga negeri lain dapat menggunakan lebuh raya ini untuk ke lapangan terbang Kuala Terengganu bagi menaiki penerbangan ke negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara mengenai pendidikan khas kepada golongan istimewa. Saya amat tersentuh apabila saya difahamkan oleh sahabat-sahabat saya, guru-guru pendidikan khas. Terdapat hanya dua buah sekolah menengah pendidikan khas biasa dan dua buah sekolah menengah pendidikan khas vokasional sahaja di seluruh negara yang didirikan di Malaysia bagi memenuhi tuntutan golongan kurang upaya bagi meneruskan pembelajaran mereka sehingga Tingkatan 5 manakala sekolah-sekolah menengah yang lain merupakan sekolah-sekolah integrasi iaitu sekolah-sekolah yang hanya mempunyai kelas-kelas pendidikan khas sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada permasalahan ini, adalah wajar golongan yang kurang bernasib baik ini diberi peluang yang sama rata seperti insan yang lain dalam menimba ilmu memandangkan tuntutan mencari ilmu adalah amat perlu dalam menjana modal insan di negara ini. Oleh itu, saya ingin menyarankan kepada kerajaan agar membina lebih banyak sekolah pendidikan khas yang meliputi pembelajaran sehingga tingkatan lima didirikan di seluruh negeri-negeri ataupun kalau tidak mengikut regional masing-masing iaitu ia boleh juga dibina di Pantai Timur, di Kedah dan juga di Malaysia Timur. Ini kerana sekolah pendidikan khas yang menawarkan pembelajaran sehingga Tingkatan 5 dan vokasional hanya terdapat dua buah sekolah yang masing-masingnya di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Dengan itu ia menyukarkan ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka yang terdiri daripada anak-anak yang dalam kelompok kurang upaya untuk meneruskan pelajaran mereka kerana golongan ini memerlukan perhatian yang sepenuhnya dan sudah pasti ibu bapa mereka sukar untuk menghantar anak-anak mereka disebabkan faktor jarak sekolah yang begitu jauh dari tempat tinggal mereka. Sekurang-kurangnya sekiranya setiap negeri mempunyai sebuah sekolah pendidikan khas sehingga tamat Tingkatan 5, maka ibu bapa dapat melawat dan melihat anak-anak mereka dan mereka dapat menguruskan anak-anak mereka dengan lebih mudah.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh juga tentang golongan OKU, saya juga ingin mengetahui mengenai statistik kejayaan golongan OKU yang setakat ini berapakah bilangan OKU yang berjaya mendapat tempat dalam bidang pekerjaan dan berapakah bilangan antara mereka yang juga berjaya menempatkan diri dalam bidang-bidang profesional. Ini amat penting kerana dalam menggalakkan orang-orang kurang upaya untuk bersaing dan tidak ketinggalan dalam merebut peluang-peluang yang ada untuk maju ke hadapan seperti insan normal yang lain.
Selain itu saya ingin menyokong penuh langkah kerajaan yang memberikan pelepasan cukai kepada mana-mana syarikat yang mengambil golongan OKU yang bekerja di syarikat-syarikat swasta. Syarikat-syarikat ini perlu diberi penghargaan dalam usaha mereka memperjuangkan kesaksamaan hak kepada golongan OKU di Malaysia. Saya juga menyarankan kepada jabatan-jabatan kerajaan agar tidak memandang rendah kepada OKU yang mempunyai kelulusan yang setaraf dengan siswazah-siswazah yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, hasrat kerajaan untuk menggalakkan golongan muda untuk memiliki rumah pertama dalam harga RM100,000 hingga RM220,000 amatlah tepat sekali.
Namun, adalah lebih efisien hasrat kerajaan yang murni ini ditambah baik agar ia mampu mencapai sasaran yang dikehendaki memandangkan terdapat ramai golongan muda-mudi yang menetap di bandar-bandar besar yang sukar untuk membeli rumah yang diidamkan bersesuaian serta berdekatan dengan tempat kerja mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ada lapan minit lagi. Saya akan gunakan kuasa saya di bawah Peraturan 12 untuk menamatkan ucapan Yang Berhormat, lapan minit. Sila Yang Berhormat.
Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Saya boleh habis, saya boleh habis dalam tempoh lima minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dato' Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Terima kasih. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan rumah yang dijual di kawasan bandar bermula daripada harga RM300,000 ke atas. Manakala pinjaman bank bagi rumah-rumah pertama ialah RM100,000 hingga RM220,000, hanya mampu untuk membeli rumah-rumah yang jauh dari kawasan bandar. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur hanya mampu memiliki rumah di sekitar Bukit Beruntung ataupun Rawang dan terpaksa berulang alik ke tempat kerja mereka dengan jarak yang begitu jauh.
Sekiranya dikaji, golongan muda yang membeli rumah di kawasan tersebut terpaksa berbelanja lebih untuk kos perjalanan dan banyak masa mereka terpaksa habiskan di atas jalan raya apabila faktor kesesakan lalu lintas turut diambil kira dalam konteks ini. kita patut mengambil contoh di mana di negara-negara maju, yang mempunyai pendapatan yang agak tinggi tetapi mereka juga memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk tinggal di bandar-bandar besar ini. Maka dengan ini saya memohon agar kerajaan dapat menimbang menaikkan kadar skim pinjaman rumah pertama yang ditawarkan oleh pihak bank kepada RM320,000.
Selain daripada itu juga, kerajaan juga perlu membina lebih banyak rumah mampu milik di sekitar kawasan bandar atau paling tidak, lebih banyak rumah yang mampu dimiliki dibina di bawah skim-skim kerajaan bagi membolehkan rumah pertama ini direalisasikan dan melihat lebih ramai golongan muda mampu memiliki rumah sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana bagi saya peluang untuk membahas menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai masalah pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di semua pihak berkuasa tempatan di Malaysia. Pencapaian pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara kita boleh dikatakan amat mengecewakan. Kita tidak dapat mencapai kemajuan selama ini. Kegagalan pengurusan sisa pepejal ini bukan sahaja merupakan kegagalan kerajaan tempatan malah ia boleh dikatakan disebabkan oleh ketidakprihatinan dan kekurangan visi dari Kerajaan Persekutuan dalam kerja pengurusan sisa pepejal ini.
Pada tahun 1995, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan penswastaan secara interim kepada tiga buah syarikat untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Mereka adalah Alam Flora, SWM Environment dan Idaman Bersih Sdn. Bhd. mengikut zon tengah, selatan dan utara. Ketiga-tiga syarikat ini dilihat sebagai syarikat lantikan Kerajaan Persekutuan dan penswastaan ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat mahupun kerajaan tempatan sejak penswastaan ini dilaksanakan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Dengan mewajibkan PBT memilih syarikat-syarikat pengurusan sisa pepejal tertentu, maka PBT tidak dapat memilih perkhidmatan syarikat sisa pepejal yang lain dengan perkhidmatan yang lebih baik dan juga dengan harga yang lebih berpatutan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat. Sambung esok Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 17 Mac 2011.
Dewan ditangguhkan pada pukul 8.34 malam.