Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 2. Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar
(Pindaan dan Peluasan) 2010 3. Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar
(Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 4. Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 5. Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 6. Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 7. Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 8. Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 9. Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 10. Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 11. Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010, Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010, Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010, Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010, Rang Undang-undang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2010, Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010, Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2010, Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010, Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010, Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010, Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini sebagai No. 5 hingga No. 15 ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat yang akan datang.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, seperti mana yang diketahui saya telah membawa Usul 36(12) terhadap Menteri Kerja Raya dan saya telah menerima satu surat daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang mengatakan bahawa tidak melanggar Peraturan Mesyuarat 36(12) dan sebagai bukti disertakan surat daripada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin memberitahu kepada Tuan Yang di-Pertua surat yang diberikan pada saya sebenarnya mengesahkan bahawa dia telah berusaha untuk mengelirukan Dewan. Dengan izin saya ingin membaca surat ini.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak payah Yang Berhormat kerana surat itu daripada awal sudah saya baca.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tetapi oleh kerana benda ini merupakan perkara teknikal saya sebagai jurutera memahami apabila disebut skala JKR [Tepuk] dia menyebut tentang testing dan commissioning. Ini semua merupakan istilah-istilah yang ingin mengelirukan Tuan Yang di-Pertua menutup hakikat bahawa dia telah mengelirukan Dewan dengan mengatakan bahawa kontraktor itu tidak boleh habis dalam tempoh yang ingin diberikan. Ia tidak benar.
Dia sebagai Menteri dia ada segala maklumat di sisinya. Maka dengan itu tidak merupakan satu alasan. Dia telah berusaha untuk memperdaya dan mengelirukan Dewan. [Tepuk] Saya minta dengan izin Tuan Yang di-Pertua kita baru sahaja doakan supaya Allah berikan hidayah biar ianya berjalan dengan adil. Saya ingin membaca surat ini untuk membuktikan...
Tuan Yang di-Pertua
Tak payah Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bahawa dia memang sedang berusaha untuk mengelirukan Dewan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak payah Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat Shah Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat malangnya bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang pandai-pandai dan bijaksana. Ahli-ahli Yang Berhormat bukan duduk di atas sini mentafsir. Kuasa Tuan Yang di-Pertua adalah mentafsir sama ada sesuatu perkara itu...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 42, jangan bangkitkan peraturan mesyuarat kalau Yang Berhormat sendiri tidak mematuhi peraturan mesyuarat. Nanti dahulu.
Yang Berhormat berdiri pada tempoh hari mengatakan bahawa Menteri Kerja Raya menyeleweng Dewan dan Yang Berhormat sebut 36(12). Saya faham maksud 36(12). Saya bandingkan dengan maklumat yang saya terima. Apabila saya timbang saya tidak nampak bahawa ada prima facie. Maka itu saya berbuat demikian. Kalau Yang Berhormat tidak juga bersetuju dengan keputusan yang saya hantar kepada Yang Berhormat melalui surat seperti biasalah Yang Berhormat jangan kita bertengkar di sini.
Tuan Yang di-Pertua
Bawalah usul persendirian kerana Yang Berhormat sendiri tahu bahawa apabila sudah saya buat keputusan saya tidak boleh tarik balik. Seperti biasa.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas penjelasan yang sebegitu. Akan tetapi saya perlu jelaskan pertama Tuan Yang di-Pertua sendiri menyebut bahawa Menteri diminta memberikan penjelasan dan ini tidak dilakukan. Saya terima surat, dalam surat ini jelas bukti bahawa memang dia telah berusaha untuk mengelirukan Dewan kerana dia telah menggunakan istilah-istilah teknikal. Mungkin Tuan Yang di-Pertua tidak faham tetapi bila dia sebut tentang skala JKR tidak mengambil endah apa jenis kerja yang dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua
Shah Alam... Shah Alam...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini adalah bukti bahawa dengan datangnya segala peralatan untuk hospital itu 40% daripada kerja-kerja itu akan selesai.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam duduk. Itulah tadi Yang Berhormat Shah Alam awal-awal lagi saya mengatakan bahawa malangnya bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang bijaksana yang pandai-pandai. Ahli-ahli Yang Berhormat bukan duduk di sini. Ini kerana yang mentafsir segala-gala adalah saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, menurut tafsiran saya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya betul Tuan Yang di-Pertua tetapi mungkin lebih baik sekiranya pada ketika surat ini diserahkan pada Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua pun panggil saya kerana saya yang membawa usul. Daripada penjelasan yang diberitahu memang jelas ianya memang tidak boleh dinafikan bahawa dia telah cuba mengelirukan Dewan.
Malahan dalam jawapan ini dia cuba memesongkan isu pula. Dia kata kontraktor utama tidak dapat menyiapkan. Saya tidak mempertikaikan kontraktor utama tidak boleh menyiapkan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya menyatakan bahawa sub kontraktor utama telah menawarkan kepada pihak JKR untuk menyelesaikan kerja-kerja itu. Kenapa Menteri tetap ingin tender beri dengan harga yang lebih tinggi dan tempoh masa kerja yang lebih panjang?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam Peraturan Mesyuarat 43, Ahli Yang Berhormat tidak berpuas hati tolong bawa usul persendirian di bawah Peraturan Mesyuarat 43. Jangan kita bertengkar sini Yang Berhormat. Tolong.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua saya tidak mahu bertengkar. Saya hendak minta fatwa daripada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 42 namun Peraturan Mesyuarat 42 itu hanya membicarakan perkara bahawa seketika Tuan Yang di-Pertua sedang berucap maka yang lain tidak boleh mengganggu.
Saya ingin mendapat fatwa daripada Tuan Yang di-Pertua yang mengatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua ada hak mutlak untuk tafsir peraturan, di peraturan yang mana Tuan Yang di-Pertua? Saya hendak minta panduan daripada Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Yang Berhormat maksudkan ini saya dengan masalah Yang Berhormat Shah Alam atau apa?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Secara keseluruhannya. Daripada semalam Tuan Yang di-Pertua menggunakan kuasa bahawa Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Setiap peraturan mesyuarat Yang Berhormat saya yang tafsir.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yalah peraturan mesyuarat yang mana itu Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Kan sudah disebut perkara kelmarin. Peraturan Mesyuarat 99 - tengok. Selepas itu Peraturan Mesyuarat 43.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Baik.
Tuan Yang di-Pertua
Apa keputusan tidak boleh sama sekali saya tarik balik ataupun majlis yang review. Baca Yang Berhormat. Jadi apabila Yang Berhormat faham itu tolong lagi jangan ganggu kerana Peraturan Mesyuarat 42 mengatakan bahawa apabila Tuan Yang di-Pertua menyampuk janganlah yang lain bising.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Peraturan Mesyuarat 99 Tuan Yang di-Pertua tidak menyebut.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya cukup kecewa kerana saya melihat dalam kes yang jelas, nyata ada bukti-bukti yang nyata. Menteri diberikan perlindungan... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Langsung tidak perlu memberikan penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sedangkan Ketua Pembangkang yang bukan merupakan seorang Menteri dia tidak ada akses kepada informasi, maklumat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi dia dikenakan 36(12).
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, mukadimah saya ialah saya malangnya bagi Ahli-ahli Yang Berhormat saya yang menafsir, tugas saya. Mungkin esok lusa bukan saya. Orang lain mungkin Yang Berhormat sendiri duduk di sini. Jadi banyak lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang malang juga pada ketika itu. Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 42. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Itu sangka jahat Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan bertengkar dengan saya Yang Berhormat.
Kalau tidak puas hati Peraturan Mesyuarat 43. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau saya jadi Tuan Yang di- Pertua saya tidak akan mengecewakan mana-mana pihak. [Tepuk] [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat duduk Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain duduk Yang Berhormat.
Saya mendoakan Yang Berhormat mudah-mudahan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bukan saya hendak jadi tetapi saya telah nyatakan... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sayalah pertama orang yang mendoakan Yang Berhormat. Mudah-mudahan pada ketika itu kita sama-sama masih hidup untuk menyaksikan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Insya-Allah, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, sudah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sudah Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Menteri telah berusaha untuk mengelirukan Dewan. Jawapan dia mengesahkan Tuan Yang di-Pertua. Boleh tidak saya minta sekali lagi izin daripada Tuan Yang di- Pertua untuk baca suratnya dan menjelaskan di mana ianya merupakan satu pengakuan bahawa dia sedang berusaha untuk mengelirukan Dewan. Boleh tidak? Saya minta izin.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat saya tidak membenarkan pasal masa Yang Berhormat. Saya baca dahulu Peraturan Mesyuarat 43.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Peraturan Tuan Yang di-Pertua, peraturan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua peraturan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua sepatutnya Tuan Yang di-Pertua hari itu Menteri harus membuat penjelasan di
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dewan. Memberi penjelasan bertulis kepada Tuan Yang di-Pertua. Sepatutnya dia perlu didengari oleh kami semua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Tangga Batu duduk dahulu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya kira adalah wajar untuk beliau ....
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
[Bangun][Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dahulu Yang Berhormat Tumpat, nanti dahulu satu-satu. Lain kali Ahli-ahli Yang Berhormat janganlah kita bermesyuarat dengan bill-bill kah apa, kita bahas sahaja peraturan mesyuarat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dahulu, nanti dahulu. Ahli Yang Berhormat duduk dahulu. Nanti dahulu Yang Berhormat nanti dahulu. Yang Berhormat dalam peraturan mesyuarat tidak ada mengatakan bahawa untuk saya buat tindakan terpaksa semua dengar. Oleh kerana Yang Berhormat mengeluarkan satu perkara spesifik di antara Ahli Yang Berhormat dengan Menteri. Maka sebelum saya buat tindakan yang juga sudah saya buat sebelum ini. Kadang- kadang saya tulis surat untuk tidak menghabiskan masa. Saya mengharapkan bahawa tindakan saya itu diterima dengan hati yang terbuka. Apabila sudah saya bagi begitu Yang Berhormat bermakna itulah keputusan saya.
Apabila saya menurunkan tandatangan itulah keputusan saya maka Yang Berhormat baca Peraturan Mesyuarat 43. Itulah keputusan saya. Majlis sekarang ini pun tidak boleh untuk review keputusan saya Peraturan Mesyuarat 43. Maka itu setiap kali saya bertindak Yang Berhormat saya bertanggungjawab. Sudah saya sebut beberapa kali saya bertanggungjawab! Kelmarin saya sebut juga saya tidak mempunyai aspirasi untuk pergi Putrajaya. Saya duduk sebagai Tuan Yang di- Pertua sahaja waktu mesyuarat jangan ada pertengkaran.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Dewan riuh] Itu bukan isunya Tuan Yang di-Pertua. Siapa hendak pergi ke Putrajaya atau pun sebaliknya tidak ada kena mengena Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua tidak nampakkah ini satu helah untuk melengah-lengahkan Aturan Urusan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua saya hendak mencelah sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh peraturan mesyuarat berapa?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Peraturan Mesyuarat 43.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua sebut berulang kali dengan tegas, seolah-olah tegas...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh ini peraturan mesyuarat yang ditimbulkankah apa?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Berulang kali sebut keputusan saya muktamad, muktamad, muktamad tidak boleh disoal muktamad.
Tuan Yang di-Pertua
Apa kena-mengena dengan 43 sampai disebut berulang kali?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya hendak tanya kalau benar keputusan ini muktamad Tuan Yang di-Pertua bagi laluan untuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Yang Berhormat Permatang Pauh akan dibenarkan untuk menjawab. Mengapa? [Tepuk] Maknanya muktamad itu sebelum ada arahan lain yang muktamad. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, [Disampuk] Yang Berhormat, Yang Berhormat. Apa yang disebut beberapa hari ini tidak ada peluang bagi Yang Berhormat Permatang Pauh untuk menjawab tidak ada natural justice, tidak ada apa-apa. Ingat Yang Berhormat sewaktu Ahli-ahli Yang Berhormat bertengkar dalam Dewan ini mengenai soal itu Yang Berhormat telah diberi satu minggu untuk menjawab.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua jangan bohong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Jangan bohong, jangan bohong.
Beberapa Ahli
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat! [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Jangan putar belit fakta! Jangan putar belit fakta. [Dewan riuh] Ahli-ahli Pembangkang: [Dewan riuh] APCO! APCO! APCO!
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Memberi jawapan dalam majlis dan jawatankuasa berbeza.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua jangan mengelirukan Dewan. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat! Ahli Yang Berhormat!
[Dewan riuh] Duduk dahulu Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu, duduk dahulu Yang Berhormat.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua menyentuh Permatang Pauh, biar saya jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat saya terpaksa menjawab kepada apa Yang Berhormat hujah. Duduk dahulu jangan cepat buat conclusion. Saya tidak maksud jawatankuasa Yang Berhormat Machang.
Beberapa Ahli
[Bangun] [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Duduk duduk. Oleh kerana sekarang itulah menjadi pertikaian, tunjukkan kepada saya mana satu peraturan mesyuarat yang saya langgar apabila Jawatankuasa membuat keputusan? Tunjuk! Satu, satu.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Biar saya jawab. Tuan Yang di-Pertua rujuk bila saya sebut kenyataan Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat peraturan mesyuarat yang saya langgar...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya, ya yang saya sebutkan keputusan muktamad tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Mana satu? Tidak kena-mengena dengan ini Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dengar, dengar dulu.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak kena-mengena apa yang disebut dengan Jawatankuasa.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dengar, dengar dulu.
Sudah sebut saya tiga kali sudah. [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jangan pusing-pusinglah.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dengar dulu.
Seorang Ahli
Dengar dulu!
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Yang bimbang sangat kenapa? Hendak gantung, gantung kemudian. Dengar dulu! [Dewan riuh] Ya, dengar dulu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ini Tuan Yang di-Pertua, ini Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, jangan masuk perangkap mereka ini. Mereka hendak melengah-lengahkan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dalam hal...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Hendak lengah- lengahkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat yang lain.
[Dewan riuh]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 43. Tuan Yang di-Pertua pakai Peraturan Mesyuarat 43 itu, keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dia tidak mengapa.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tangga Batu. Yang Berhormat Tangga Batu.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Jangan lari daripada peraturan mesyuarat. Dia hendak melewat-lewatkan... [Menyampuk][Dewan riuh]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua dengar, Tuan Yang di-Pertua masuk perangkap mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Duduk, duduk. Yang Berhormat Permatang Pauh duduk. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat ada pilihan. [Dewan riuh]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ini game untuk melengah-lengahkan aturan urusan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tangga Batu, duduklah. [Dewan riuh]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Kita ada aturan urusan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Peraturan mesyuarat mana ini Tuan Yang di-Pertua? Peraturan mesyuarat mana ini?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua. Balik, balik pada isu ini Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, telah menyebut...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam duduk.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, telah menyebut pada hari itu apabila saya membawa 36(12) Tuan Yang di-Pertua kata hari Isnin Yang Berhormat Menteri jawab. Itu keputusan muktamad. Kenapa berubah-berubah? [Tepuk] [Dewan riuh] Ini yang menjadi pertikaian sama seperti mana dalam kes Ketua Pembangkang. Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan, dalam Hansard jelas disebut bahawa Yang Berhormat akan dibenarkan untuk membela diri depan Jawatankuasa itu sendiri.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ya! Muktamad! [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Itu muktamad. Kenapa berubah- berubah? [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, berbalik masih dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua. Saya ada di Dewan apabila Yang Berhormat Shah Alam menyatakan tentang Yang Berhormat Menteri telah mengelirukan Dewan. Saya dengar Tuan Yang di-Pertua sebagaimana Yang Berhormat Shah Alam sebutkan menyetujui dan mengarahkan Menteri untuk memberi jawapan seminggu kemudiannya. Itu dalam Dewan. Itu pertuduhan yang dibawa mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12) oleh Yang Berhormat Shah Alam. Kalau tidak ada apa-apa keputusan yang terbuka perbahasan dalam Dewan dalam kes yang dibawa oleh Yang Berhormat Shah Alam ini, maka kalau Tuan Yang di-Pertua
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
hanya menolak surat yang diputuskan oleh Yang Berhormat Menteri bermakna bahawa tuduhan Yang Berhormat Shah Alam itu mengelirukan.
Makanya, Yang Berhormat Shah Alam pula perlu dituduh di bawah 36(12) kerana telah mengelirukan Dewan mengatakan Yang Berhormat Menteri mengelirukan Dewan. Jadi implikasi daripada keputusan Tuan Yang di-Pertua tidak membenarkan Yang Berhormat Shah Alam membuka kes ini, membahaskan kes ini dengan terbuka implikasinya amat buruk kepada sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam. Jadi saya mohon Tuan Yang di-Pertua benar-benar membuka balik isu ini supaya kita jelas dan di dalam Dewan yang mulia ini.
Seorang Ahli
Letak jawatan!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, pasal jelas Tuan Yang di-Pertua. Dalam surat Yang Berhormat Menteri jelas! Ianya merupakan satu pengakuan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Malang juga mungkin bagi diri saya kerana saya bukan berhadapan dengan Yang Berhormat berbahas. Belum pernah saya tunduk dalam berbahas ini Yang Berhormat. Termasuk Yang Berhormat Permatang Pauh saya sanggup lawan.
Bila-bila. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, bukan soal tunduk Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu Yang Berhormat Shah Alam, nanti dulu Yang Berhormat Shah Alam, nanti dulu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bukan soal tunduk.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Berhentilah. Tuan Yang di-Pertua berhenti jadi Speaker lawan. Mari, mari lawan. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua nampak isu ini macam isu peribadi.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Mari lawan. Marilah... [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kalau hendak jadi Speaker bukan macam itu. Speaker sepatutnya mencari keadilan. Itu yang penting...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Jangan sombong, jangan sombong! [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gombak, Gombak, Gombak. You are a politician, you can come over anytime. Lead me when I am not around already. Boleh. Tidak ada apa-apa. [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yes.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua mesti adil... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
[Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua mesti nampak macam bapa. Bukan macam... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat Padang Serai. Sudah, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Padang Serai. [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
You are a father of this House.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
How can you use such a word? [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Shame on you!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kita hormat Tuan Yang di- Pertua macam bapa kita! [Dewan riuh] Kita hormat Tuan Yang di-Pertua, tetapi, Tuan Yang di-Pertua cabar- mencabar ini salah Tuan Yang di-Pertua!
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
I cannot tolerate.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri pun duduk macam saya! Apa sudah banyak duduklah!
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua sudah cabar saya. Okey, Tuan Yang di-Pertua cabar saya.
Saya ingat Dewan ini merupakan tempat saya hendak jawab kerana Tuan Yang di-Pertua kalau hendak cabar, di luar. Jangan di sini.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Luarlah. Cabar di luarlah kalau berani.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua hendak teruskan cabar...
Tuan Yang di-Pertua
Tunggu kalau saya tidak ada jawatan Speaker.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tidak payah. Letak jawatan sekarang.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Saya cabar Tuan Yang di-Pertua letak jawatan! Mari kita bertanding!
Beberapa Ahli
[Bangun] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Biar Yang Berhormat Permatang Pauh letak jawatan dulu. Ahli Yang Berhormat, sudahlah! [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Sudahlah, sudahlah!
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Halau keluar!
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah!
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Ini Yang Berhormat Gombak kurang ajar kenapa? Kalau hendak... [Dewan riuh] ... Jangan sampai kurang ajar! [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, kita ada usul Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak mengapa.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apa-apa pun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat akan di bahas Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ada ada floor. Tuan Yang di-Pertua bagi saya floor.
Seorang Ahli
Ya, kita teruskan Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bagi kita peluang nanti kawan-kawan daripada pembangkang dan juga Barisan Nasional dalam membahaskan usul ini. Kita jangan... [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Kita teruskan dengan Anwar... [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Kita jangan masuk perangkap mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu peraturan mesyuarat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk sekejap. [Dewan riuh] Sudahlah, sudahlah, sudah!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Soal tentang itu akan dibahaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, sudahlah Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita bahaskan penyata.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai. Duduk dulu Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak payahlah. Selepas itu, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita bagi peluang kepada mereka untuk berucap juga nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Biarlah saya bercakap dulu memberi penjelasan.
Awal-awal tadi saya sebut saya kata malang bagi kamu. Bermakna saya bercerita begitu kerana saya tahu setiap tindakan saya tidak akan diterima dengan hati terbuka! Walau bagaimanapun, nanti dulu Ahli Yang Berhormat! Walau bagaimanapun, apabila saya buat keputusan saya mengambil tanggungjawab itu Yang Berhormat. Kalau pemikiran Ahli-ahli Yang Berhormat tidak betul, Peraturan Mesyuarat 43 mengatakan, “Majlis pun tidak boleh review dan saya tidak boleh tarik balik.” Maka buat usul.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu Yang Berhormat Shah Alam! Nanti dulu, nanti dulu! Selepas itu Yang Berhormat Tumpat berdiri memberi penjelasan lagi dan tafsiran. Maka response saya spontan ialah saya kata malang bagi saya mungkin juga oleh kerana saya tidak berhadapan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk berbahas. Ini kerana saya pun ada pendapat.
Saya boleh juga pertahankan pendapat saya. Maka itu terus saya katakan bahawa dengan Yang Berhormat Permatang Pauh pun tidak boleh bahas kalau saya berani berbahas dengan Yang Berhormat Permatang Pauh bermakna saya dengan Yang Berhormat lain pun saya berani. [Dewan riuh] Itu bermakna, nanti dulu Yang Berhormat. Nanti dulu! Nanti dulu! [Dewan riuh]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu. Yang Berhormat Padang Serai nanti dahulu...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua jangan macam saya! Tuan Yang di-Pertua supreme... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
You make the decision that very…
Seorang Ahli
Ya, bad! Bad! [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah, sudah! Yang tadi berdiri Yang Berhormat Permatang Pauh saya suruh duduk dulu. Jangan dulu Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya hendak mengesahkan ini petua yang Tuan Yang di-Pertua sebut pada hari Isnin yang lalu dalam Hansard hari Isnin, 13 Disember. Tuan Yang di-Pertua sebut berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12). Tuan Yang di-Pertua sebut, “Peraturan Mesyuarat 36(12)...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
..Mana-mana pun applicable either way.” Either way! Tuan Yang di-Pertua sebut ini dan tercatat dalam Hansard ini.
Dalam kes Yang Berhormat Shah Alam bermakna sekiranya Yang Berhormat Shah Alam tidak dibenarkan membawa usul itu, Yang Berhormat Shah Alam harus
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
dituduh di dalam seksyen yang sama atau peraturan mesyuarat yang sama. Ini Tuan Yang di-Pertua punya fatwa pada Hansard hari Isnin yang lalu.
Seorang Ahli
Fatwa sudah tukar.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat faham dengan 36(12) intention mesti ada niat untuk berbohong. Kalau pun saya sebut either way Yang Berhormat, saya bukan buat tuduhan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Orang sebelah buat tuduhan. Bukan saya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Pada ketika itu saya menyebut. Saya ingat apa yang saya sebut saya kata untuk kementerian yang berkenaan sila buat penjelasan dan saya bagi masa.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Now Tuan Yang di-Pertua summon the Minister. [Dewan riuh] Summon the Minister. I think... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mahu bersidang juga, kita bersidang dengan cara baik. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat juga buat kecoh begini, terpulang sama Ahli-ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, [Dewan riuh] mukadimah Tuan Yang di-Pertua, malang bagi Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini saya pun mengeluh.
Tuan Yang di-Pertua
Bawa usul Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Malang bagi kami semua yang kami kata, Tuan Yang di-Pertua lihat sebagai satu attack atas peribadi Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Itu tidak benar. Seperti pada hari itu apabila Yang Berhormat Balik Pulau sebut dia mewakili golongan muda hendak bawa pandangan orang muda, Tuan Yang di-Pertua sudah terus menganggap ianya satu cabaran dan satu ancaman [Dewan riuh] atas diri Tuan Yang di-Pertua dan menjawab, “Saya bukan tua. Ada yang lagi tua”. Why do you have to take this thing so personally.
[Dewan riuh] Kita membawa...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Satu kes. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Niat jahat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Yang kita kata.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
As and.... on your position about the case.
Tuan Yang di-Pertua
Yes, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Membawa satu usul.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tahu Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan, mengapakah Menteri dengan suratnya sendiri membuktikan bahawa dia hendak cuba mengelirukan Dewan. Saya minta izin sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Biar saya baca surat ini supaya jelas kelihatan bahawa usul yang saya bawa memang berasas. [Dewan riuh]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Boleh saya baca?
Tuan Yang di-Pertua
Buat usul Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Apakah masalah Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua, saya fikir apakah masalah untuk Tuan Yang di- Pertua memperbetulkan kesilapan Tuan Yang di-Pertua? [Dewan riuh] Kami...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Disampuk] Tidak akan Tuan Yang di-Pertua tidak salah, tidak ada buat kesalahan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kami tidak tahu hendak menggunakan...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia bukan malaikat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya tidak tahu hendak menggunakan peraturan mesyuarat untuk membawa Tuan Yang di-Pertua supaya dikeluarkan daripada Dewan ini atas kesilapan yang telah Tuan Yang di-Pertua lakukan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Membuat pentafsiran yang tidak betul dan tidak menunaikan janji Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena, duduk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Balik Pulau.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau Yang Berhormat Shah Alam perlu dirujuk kepada...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud duduk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud duduk.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita serahkan kepada Menteri. [Dewan riuh] Kalau Menteri bawa, jalan. Kalau tidak bawa, apa boleh buat. Saya rasa betul. Ini pandangan. Tidak akan tidak boleh beri pandangan pun.
Tadi, Yang Berhormat Tumpat mengatakan bahawa Yang Berhormat Shah Alam patut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya setuju Tuan Yang di-Pertua kalau Menteri merasakan itu penting.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi, kita tunggulah keputusan Menteri. Selain daripada itu, kita teruskan perjalanan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. [Disampuk]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di- Pertua, hak bawa itu Erskine May tidak kata hanya untuk Menteri. Ini dia apabila berkenaan dengan Menteri, hendak bawa. Apabila Yang Berhormat Shah Alam hendak bawa, tidak boleh. Erskine May tidak ajar macam itu pun. [Dewan riuh] Tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Erskine May tidak kata begitu.
Peraturan Mesyuarat 43 cakap, Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Bagaimana Yang Berhormat...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya baca Tuan Yang di-Pertua petikan surat itu.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di- Pertua, dengan izin, the regime of law in UK is not secretive regime like Malaysia.
[Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, di sana kita boleh dapat maklumat. Di sini kita tidak dapat maklumat. We can only ask point of clarification! Yang Berhormat Permatang Pauh tidak cannot throw the allegations. Menteri perlu clarify. Sini mana ada The Freedom of Information Act. The factual metrics are different.
Tuan Yang di-Pertua
Tunggulah Ahli Yang Berhormat. Kalau ada kerajaan yang ubah semua peraturan mesyuarat ini. [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Bila?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Seperti yang dibuat di UK, tunggulah. [Dewan riuh] [Ketawa]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
In no way...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Members of Parliament can throw allegations. No information!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Siapa sahaja jadi kerajaan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Padang Serai..
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Siapa sahaja jadi kerajaan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai! Ahli-ahli Yang Berhormat.. [Dewan riuh] Kalau saya kata Yang Berhormat ingkar, selepas itu saya arahkan keluar, ramai yang mengatakan bahawa saya victimize.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi dengan tabiat sebegini bagaimana?
[Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, I...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
I apologize.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, saya sudah baca surat itu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
I apologize.
Tuan Yang di-Pertua
Maka saya, kirim dengan Yang Berhormat Shah Alam. Itu tindakan saya. Kita berbalik pada Peraturan Mesyuarat 43.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Walaupun Yang Berhormat Shah Alam baca juga, begitu juga keputusannya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, I apologize.
Tuan Yang di-Pertua
Bagaimana?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dengan izin, I apologize. I take offence at your statement. Tunggu sampai ada kerajaan Pakatan Rakyat. Ini tidak patut disebut. [Dewan riuh] Tidak kisah siapa yang memerintah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Speaker yang duduk mesti non- partisan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi sekarang ini nampak...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Seolah-olah Speaker sentiasa partisan.
Tuan Yang di-Pertua
Ini peraturan mesyuarat dari zaman dahulu lagi.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Semua yang kita kata, tidak betul. Apabila ada bukti yang nyata, Tuan Yang di-Pertua tidak hendak benarkan
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
saya bentangkan. Panggillah Menteri yang sedang duduk minum kopi di dalam itu!
Hadir di dalam ini! Biar dia bela diri dia sendiri! Ini dia kata, “Sistem pemantauan skala JKR juga sebenarnya tidak membezakan...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, dia baca. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Dia baca, Tuan Yang di-Pertua. Dia melanggar arahan Tuan Yang di-Pertua. Dia baca surat itu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini merupakan pengakuan.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Dia baca surat itu Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tidak izinkan dia baca, dia baca juga.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak baca semua. [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ini...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Dia hendak melengahkan mesyuarat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Takut akan surat ini. [Dewan riuh]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ingkar perintah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tan Sri Speaker. [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
...Keputusan Yang Berhormat Shah Alam pakai. [Dewan riuh]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Helah.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Apa sangka jahat?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, you cannot be partisan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dalam dua tiga hari kebelakangan ini, semua kenyataan Tuan Yang di-Pertua macam seolah-olah menganggap kita ini melawan... [Dewan riuh] Kalau saya cakap Menteri.. tidak pernah panjang.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Yang Berhormat Shah Alam ini tidak betul.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia tidak akan hendak mengambil tidak baik macam seolah-olah rambut dia rambut palsu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Yang Berhormat Shah Alam ini tidak betul.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Rambut panjang, kita nampak hodoh.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Speaker membuat keputusan...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi Menteri apabila kita sebut sedikit sahaja, you take it as an attack to yourself.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Melalui apa yang diperuntukkan di dalam peraturan mesyuarat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita tidak boleh macam itu Tuan Yang di-Pertua. You must be fair and you must be neutral.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Betul apa yang saya kata.
Kalau mahu mengubah peraturan mesyuarat, tunggulah sampai ada kuasa-kuasa lain yang boleh mengubah peraturan mesyuarat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini hari terakhir persidangan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kenyataan Speaker itu betul.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini tidak menghina, Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam bangkitkan, Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau mahu ubah, ubah!
Saya cabar bawa dalam Dewan ini. Kita ubah peraturan mesyuarat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Sendiri mengerti bahawa Yang Berhormat Shah Alam sentiasa membangkitkan kes Hospital di Shah Alam itu Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau lepas atau tidak. Kalau tidak, tunggu pada kerajaan yang lain. Itu yang dikatakan oleh Speaker.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Oleh itu, Yang Berhormat Shah Alam telah berjuang untuk kes Hospital Shah Alam ini berkali-kali. Kalau ini bukan masalah kemanusiaan, kalau ini bukan masalah rakyat, kalau ini bukan masalah negara, apa lagi Tuan Yang di-Pertua yang kita hendak perjuangkan dalam Dewan Rakyat ini. [Dewan riuh] [Tepuk]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau semua masalah yang dibangkitkan oleh pembangkang dibawa ke dalam Dewan ini...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sudah hampir 50 tahun hospital tiada.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya rasa...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita tidak boleh, Menteri yang ada dalam Dewan dia tidak ambil berat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saman kerajaan ...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Mahkamah boleh dibawa.
[Dewan riuh] [Pembesar suara dimatikan]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menteri sudah hijack mikrofon? [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Beberapa Ahli
Tidak ada mikrofon.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Sudah saya dengar semua Ahli Yang Berhormat dan saya mohon kerjasama daripada semua biar usul dibuat dan selepas itu dapat kita bahas dengan sebaiknya. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kita minta usul Yang Berhormat Shah Alam. Kita minta permintaan Yang Berhormat Shah Alam.
Beberapa Ahli
Tidak ada mikrofon. [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua tangguh tadi saya duduk tiga kali to allow me to say a few words.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Point of order Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas Yang Berhormat, saya mohon kerjasama daripada semua. Sudahlah. [Dewan riuh]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kita mahu kerjasama.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena sudahlah. Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kita mahu keadilan kepada Yang Berhormat Shah Alam.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, kita mohon kerjasama supaya membenarkan Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kita mahu keadilan kepada Yang Berhormat Shah Alam.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, betul. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Pembangkang sekarang sedang bercakap.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jangan kerjasama dengan sebelah sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas Ketua Pembangkang bercakap, biarlah kita berbahas dengan baik. Biar Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri panggil. Apa pun Yang Berhormat cakap saya dengar.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak saya minta, selepas Ketua Pembangkang bercakap, kami mohon kerjasama daripada Yang Berhormat Menteri untuk membenarkan Yang Berhormat Shah Alam membaca surat jawapan daripada Menteri. [Dewan riuh] Kerjasama itu sahaja kita minta. Apakah masalah Tuan Yang di-Pertua untuk hendak membenarkan Yang Berhormat Shah Alam membaca surat?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, kalau Yang Berhormat begini juga saya panggil Yang Berhormat Menteri untuk...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, walaupun wajar Tuan Yang di-Pertua memberi ruang Yang Berhormat Shah Alam membaca surat itu dan Tuan Yang di-Pertua mengatakan ini keputusan Peraturan Mesyuarat 43 adalah muktamad.
Saya sebut tadi keputusan ‘muktamad’ Tuan Yang di-Pertua sebelum ini iaitu bertarikh 10 Mac yang menyatakan bahawa seorang yang dirujuk ke Jawatankuasa seperti mana yang disebut dalam usul Peraturan Mesyuarat 36(12) perlu untuk dibahas sama ada Majlis bersetuju untuk Yang Berhormat tersebut dihantar ke Jawatankuasa. Itu keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua menyebut selepas itu Jawatankuasa akan menyelidik dan memanggil Ahli Yang Berhormat berkenaan iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh. Bukan setakat itu, memanggil saksi-saksi, dokumen-dokumen dan barulah Jawatankuasa membuat rumusan dan rekomendasi kepada Majlis untuk dibahas semula. Ini keputusan Tuan Yang di-Pertua dan kemudian tidak ada pembatalan.
Tuan Yang di-Pertua cuma menyebut Yang Berhormat Permatang Pauh telah memberi penjelasan. Kenyataan itu telah mengelirukan Dewan kerana penjelasan itu dibuat sebelum Yang Berhormat Permatang Pauh dirujuk ke Jawatankuasa. Apabila saya dirujuk ke Jawatankuasa, saya pergi dan keputusan itu hanya sama ada peguam boleh bersama atau tidak dan kemudian diminta tinggalkan sidang sampailah hari ini tidak dipanggil.
Oleh yang demikian saya mempersoalkan mengapa Tuan Yang di-Pertua boleh buat keputusan dan kemudian hendak mempertahankan keputusan dengan memberikan fakta yang salah dan mengelirukan Dewan iaitu saya sudah memberikan penjelasan? Padahal Tuan Yang di-Pertua membuat kenyataan itu sesudah penjelasan yang diberi selama tempoh satu minggu dan kemudian Tuan Yang di-Pertua buat keputusan ini di dalam Hansard.
Keputusan Tuan Yang di-Pertua berulang kali telinga dengar muktamad, muktamad bukan main hebat dan tegas. Akan tetapi dalam kes ini boleh pula tidak muktamad dan boleh pula pinda. Oleh sebab itu kita tanya Tuan Yang di-Pertua muktamad ini muktamad fatwa arahan mana?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Begitu berkuasanya dalam rekod kita inilah satu-satunya, sekali dalam Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan tidak panggil orang yang dituduh. Begitu powerkah APCO ini mempengaruhi Tuan Yang di-Pertua?
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mendengar dengan cukup teliti. Saya janji dengan Yang Berhormat Permatang
Tuan Yang di-Pertua
Pauh menimbulkan itu walaupun tidak ada kena-mengena dengan mesyuarat.
Saya jawab.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Gelugor saya belum siap lagi untuk menjawab kepada Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Point of order Tuan Yang di-Pertua.
Point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Saya respons dulu kepada Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, sebelum respons, point of order. Ada kaitan dengan respons.
Seorang Ahli
Ya, muktamad.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Gelugor ini lebih berkuasa lagi. Sebelum saya respons, terpaksa saya dengar Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Saya respons dulu kepada Yang Berhormat Permatang Pauh Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, ada kaitan dengan apa yang Tuan Yang di-Pertua katakan tadi. Point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Gelugor saya dengar dahulu dan saya respons kepada Yang Berhormat Permatang Pauh baru saya benarkan point of order.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
No Tuan Yang di-Pertua, ini harus didengar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, dengar dahulu dan don’t panic.
Tuan Yang di-Pertua
I am not panicking. I answer this first then I will entertain you.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, there is a connection, ada kaitan dengan apa yang harus dibangkitkan tadi.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, jika ada kaitan.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ada kaitan, Point of Order 7(1).
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan Mesyuarat 7(1)?
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Peraturan Mesyuarat 7(1)
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan Mesyuarat 7(1)? Sila baca.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Peraturan Mesyuarat 7(1) – Kuasa Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Muktamad.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua ada conflict of interest.
Seorang Ahli
Letak jawatan.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Lebih baik Tuan Yang di-Pertua undur diri. Tuan Yang di-Pertua dengan izin you have lost the moral authority to sit in that chair. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat senyap.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
You had...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Gelugor kata tadi jangan panik. Saya tidak perlu panik. Sila.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, listen to me Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Duduk, duduk, duduk. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat sudahlah Ahli Yang Berhormat.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis.
Tuan Yang di-Pertua
Proceed. Ya, sila.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apa yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua has lost the moral authority to sit in that chair.
Beberapa Ahli
Yes.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Oleh itu lebih baik Tuan Yang di- Pertua berundur diri.
Seorang Ahli
Letak jawatan.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bolehkah saya dapatkan ruling Tuan Yang di-Pertua ada conflict of interest?
Tuan Yang di-Pertua
Yes, I will give you ruling, have you finished?
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, but give decisive ruling, don’t be indecisive.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, have you finished?
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yes.
Seorang Ahli
Muktamad.
Tuan Yang di-Pertua
Respons saya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh saya beri peluang untuk berucap dan selepas itu saya beri Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya dengar. Selepas ini Ahli-ahli Yang Berhormat, apa pun keputusan saya terpaksa kita lanjutkan.
Tuan Yang di-Pertua
Waktu saya mempengerusikan Jawatankuasa, ketika Yang Berhormat Permatang Pauh dirujuk kepada Jawatankuasa, pada ketika itu keadaan kecoh. Di
Tuan Yang di-Pertua
mana, saya mengatakan bahawa kalau ada usul begitu untuk dirujuk, ini kejadiannya. Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat, yang harus kamu tahu dalam soal ini ialah bukan saya yang memutuskan. Saya cuma mempengerusikan, saya tidak mengundi pun. Saya tidak ada hak mengundi waktu mempengerusikan.
Pada mesyuarat penghabisan, satu usul dibawa oleh seorang ahli – Yang Berhormat Bukit Gelugor ada. Maka apabila kita tengok Peraturan Mesyuarat 83(11), bermakna dia tidak melanggar pun peraturan mesyuarat. Apabila semua usul dibentang, disokong dan diundi seperti dalam penyata, itulah keputusannya.
Maka kemudian, dirujuk kepada Majlis. Dalam Majlis ini pun bukan saya yang membuat keputusan. Itu makanya dalam Peraturan Mesyuarat 43, kalau ada Ahli- ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju dengan apa yang saya sebut, boleh buat usul sendiri.
Waktu mesyuarat Jawatankuasa, apa pun yang saya sebut dalam Mesyuarat ini, oleh kerana ada usul daripada Ahli Jawatankuasa mengatakan bahawa tidak payah memanggil saksi oleh kerana dengan ini – Peraturan Mesyuarat 83(11), itu bukan keputusan saya. Saya cuma buat penyata. Saya tidak mengundi pun, saya cuma leading.
Seorang Ahli
Akan tetapi pun Tuan Yang di-Pertua Chairman, Pengerusi.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, macam sekaranglah saya mempengerusikan. [Disampuk] Usul dibuat, saya persetujui, saya jadi sasaran. Itu untuk Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dahulu. Nanti dahulu Yang Berhormat. Ini untuk Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya cukup hormat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lama berkhidmat di Parlimen.
[Disampuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, diam dahulu. Saya mengharapkan bahawa seperti di mahkamah... Pernah di suatu ketika dahulu – saya pun pengamal guaman – di mana apabila kita tahu sesuatu perkara yang boleh membantu mahkamah, maka kita – walaupun peguam di sebelah, harus memberitahu kepada mahkamah.
Saya mengakui saya tidak tahu semua. Akan tetapi saya cuba untuk mengetahui semua. Dalam soal interest ini...
Seorang Ahli
7(1).
Tuan Yang di-Pertua
Pada tahun 1961 – there was a similar case like this. Ahli-ahli Yang Berhormat, pelantikan saya adalah di bawah Peraturan Mesyuarat 80. Check.
Seorang Ahli
Pelantikan yang salah. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 80. Can you help me to check Peraturan Mesyuarat 80? Another words, saya secara automatik dalam Peraturan Mesyuarat 80, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, I am ex-officio Chairman. I don’t vote.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
But in my case, you make the decision and you give this letter. [Memegang sekeping surat] You not just ex- officio, you have made a decision saying that tidak bercanggah. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, tidak ada kena- mengena dengan apa yang dicerita ini Yang Berhormat Shah Alam. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, [Dewan riuh] Mengapa dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua boleh buat keputusan?
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah. [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Everything is associate with Tuan Yang di-Pertua. Semua ada kena-mengena.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, soal Jawatankuasa Hak, Tuan Yang di-Pertua minta mengundi.
Tuan Yang di-Pertua
I will give you the reference in 1961, I got it. Tidak ada conflict of interest oleh kerana jawatan saya adalah dilantik di bawah Peraturan Mesyuarat 80, ada kaitan dengan Perlembagaan. Saya adalah ex-officio Member of Privileges Committee. Maka, tidak timbul conflict of interest. Jikalau timbul conflict of interest... [Disampuk] Ahli Yang Berhormat, you enlighten me, and I’m giving my fatwa. Pernah dibuat pada tahun 1961. Okey, mengenai dengan....
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dahulu Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Mengenai dengan soal committee, ada disebut dalam Griffith and Ryle on Parliament Function, Practice and Procedure. Dengar baik-baik apa yang menjadi panduan kepada saya apabila bertindak.
“After a privilege complaint has been referred to the Committee, it normally takes evidence from the complainant and from those whose words or actions are complained of. It receives evidence on the relevant aspects of Privilege Law in the precedents from the clerk of the House.” Ini yang paling mustahak, “It does not sit to act like a court of law. The precise rules of evidence as applied in a court are not applied here. Counsel are not normally heard; and those whose actions are being investigated are not usually legally represented.” Bagi siapa yang berminat, baca ini Griffith and Ryle on Parliament Functions, Practice and Procedures, second edition.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, if I may? Kalau dibenarkan. [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ya. I will read this.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua boleh bantu Dewan ini, saya yakin – saya ada baca juga, saya boleh bantu. The very factual matrix of 1961 – the very factual matrix case yang Tuan Yang di-Pertua cakapkan itu totally different, because the very setup of the legal system are different. The legal regimes are different. Rule of precedent secara decisive can only applicable when the factual matrix are the same.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
It is different.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Cannot.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Balik Pulau...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Balik Pulau. Ahli Yang Berhormat yang lain. Itulah makanya mukadimah saya apabila saya sebut begitu ialah – memang, kerana di mana-mana Parlimen pun apabila ada keputusan oleh Speaker kalau tidak dipersetujui, buat usul. I am not saying you are wrong. You see? I am not saying you are wrong but itu saya punya interpretation menurut peraturan mesyuarat. If you are not satisfied, anybody not satisfied, bawa usul.
Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam bawa usul.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, semenjak bila usul kami diterima oleh Speaker? [Dewan riuh] [Ketawa]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tidak pernah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya bawa usul Peraturan Mesyuarat 36(12) tetapi ditolak mentah-mentah walaupun ada bukti nyata. [Dewan riuh]
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti. Duduk dahulu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya bawa usul Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan Yang di-Pertua
Satu soalan yang paling valid, bila? Rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 15 pula.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tolak lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, tidak. Baca Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 15. Bukan saya yang buat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Go back to basic Tuan yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baca peraturan mesyuarat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Berapa?
Tuan Yang di-Pertua
P.M.15(1) dan P.M.15(2).
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
“Usul kerajaan didahulukan...” Tetapi cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, rakyat didahulukan.
[Ketawa] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, itulah makanya selalu saya berkata bahawa don’t drag me into your politics, kerana tidak ada kena-mengena dengan ini. Apabila Yang Berhormat buat usul di bawah P.M.43, ia dimasukkan dalam order paper. Akan tetapi order paper itu juga bergantung kepada P.M.15(1) dan P.M.15(2). Bukan saya yang buat ini Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan saya yang buat ini.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, takkan semua usul pembangkang semua ditolak? [Dewan riuh]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh, can we proceed? You are the question here, bukan?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua sebut tadi P.M.83(11), Tuan Yang di-Pertua baca balik.
Tuan Yang di-Pertua
Yang mana?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
“Jawatankuasa itu, jika baik pada timbangnya, boleh enggan mendengar apa-apa keterangan yang tidak berkaitan atau mendengar cakap saksi yang degil.” Tidak berkaitan macam mana, saya tidak pergi pun lagi. Degil macam mana? Saya bawa dokumen. Saya bawa dokumen ini – agreement hendak tunjuk kepada Jawatankuasa mengenai public relation tentang Israel dengan APCO.
Macam mana hendak ambil keputusan P.M.83(11)? Ini prejudge saya akan pergi dan bawa bahan yang tidak relevan. Ini Tuan Yang di-Pertua asyik sebut P.M.83(11) ini – “tafsiran saya muktamad”. Hendak muktamad macam ini, parahlah. Baca pun tidak betul. “Mendengar apa-apa keterangan yang tidak berkaitan.” Dia tidak dengar lagi. Kalau tidak berkaitan, Pengerusi boleh kata, “Irrelevant” – macam hakim dulu. Tidak relevan, tidak relevan. Ini tidak dengar.
“No, yang you hendak cakap itu saya tahu tidak relevan.” Ini Tuan Yang di-Pertua sebut ini – maknanya begitu. “Saya tahu Yang Berhormat Permatang Pauh yang saya tidak benarkan masuk kerana yang dia hendak cakap itu semuanya tidak relevan.” [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Boleh saya respons selepas itu Yang Berhormat Permatang Pauh?
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
No, no, because… Tuan Yang di-Pertua, jangan sewenang-wenang guna P.M.83(11).
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh.
Saya respons.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua guna ini kali kedua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya respons.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Baik. Kali kedua Tuan Yang di-Pertua sebut dan seolah-olah muktamad dan orang semua mesti terima.
Saya hendak tanya, mengapa boleh buat tafsiran yang saya akan beri keterangan yang tidak relevan sebelum dengar saya? Jawatankuasa berhak menolak mana-
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
mana keterangan yang tidak relevan tetapi Jawatankuasa tidak berhak menafikan hak saya untuk kemukakan keterangan yang relevan. [Tepuk] Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua kata kami buat tuduhan terhadap Tuan Yang di-Pertua. Saya kata Jawatankuasa. Saya tidak kata Tuan Yang di-Pertua, tetapi Tuan Yang di-Pertua duduk situ sebagai apa? Pemerhati bebas?
Tuan Yang di-Pertua
Cuba duduk dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kemudian bila datang...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh duduk dahulu.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak, saya habiskan satu ayat. Pemerhati bebas ini dalam Jawatankuasa, bila datang pemerhati ini akan mempertahankan keputusan Jawatankuasa, itu tidak bebas namanya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Tuan Yang di-Pertua menjawab...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, saya sambung perkara yang berkaitan sahaja. Ini berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, menyoalkan kenapa keputusan yang dibuat dalam Dewan oleh Tuan Yang di-Pertua, iaitu ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa, saksi dipanggil semua, tiba-tiba boleh ditukar. Tuan Yang di-Pertua memberi gambaran tadi, itu bukan keputusan saya, saya tidak mengundi, itu keputusan Jawatankuasa.
Saya hendak memberi sedikit penjelasan sedikit kerana saya Ahli Jawatankuasa, kalau kita merujuk kepada prosiding 3 Disember, hari di mana Jawatankuasa mengambil pendirian yang lain kita boleh melihat daripada rekod prosiding itu, Tuan Yang di-Pertua yang menimbulkan idea tidak memanggil saksi.
[Dewan riuh] Saya akan baca Tuan Yang di-Pertua, dengan izin saya akan membaca rekod prosiding di mana Tuan Yang di-Pertua bermula dengan.
“Selamat pagi...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya kena baca... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya tahu apa...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya mahu baca. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Apa yang saya sebut, sila baca. Baca!
Tuan R. Sivarasa - Subang
Izinkan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila baca.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya,.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas itu beritahu saya apa kesilapan saya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Bukan kesilapan...
Tuan Yang di-Pertua
Baca.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Maksud saya Tuan Yang di-Pertua memberi gambaran...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sokongan pemerhatilah..
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya ingin...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bukan pemerhati bebas.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya ingin memperbetulkan itu sebab prosiding akan menunjukkan idea itu ditimbulkan daripada Tuan Yang di-Pertua sendiri, selepas itu barulah...
Tuan Yang di-Pertua
Di penyata semua akan disebut juga, verbatim...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baru usul dibuat...
Tuan Yang di-Pertua
Semua itu tidak disembunyikan...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Betul saya hendak baca...
Beberapa Ahli
Betul. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Semua dalam verbatim.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Semua dalam...
Tuan Yang di-Pertua
It is not hidden, it is nothing new...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Selepas Tuan Yang di-Pertua menimbulkan itu...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Cadangan daripada Tuan Yang di-Pertua...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baru usul dibawa oleh Yang Berhormat Muar. Tuan Yang di-Pertua menyebut surat daripada APCO, selepas itu Tuan Yang di-Pertua menyebut Peraturan Mesyuarat 83(11), di mana jawatankuasa boleh enggan untuk tidak memanggil saksi...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itu semua disebut..
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua yang memulakan idea itu. Tuan Yang di-Pertua menyambung. “Jadi, itu Peraturan-peraturan Mesyuarat yang saya rasa relevan apabila saya membaca sendiri surat yang dikirimkan oleh APCO World Wide. Di situ dinyatakan bahawa CEO yang datang pada ketika itu bersedia untuk dipanggil tetapi malangnya tidak dipanggil walaupun beliau bergegas dari Brussels untuk terbang ke Kuala Lumpur.” Dalam surat APCO beliau berbohong, dia berkata saya... Jawatankuasa menafikan hak saya pada ketika itu, itu pembohongan dalam surat APCO.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Bohong!
Seorang Ahli
APCO bohong. [Dewan riuh]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Dan APCO berbohong, Tuan Yang di-Pertua menyambung. “Saya sudah baca isi kandungan surat itu dan apabila saya membaca dan merujuk kembali kepada hujah asal yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, kita sudah mula berbahaskah?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Kita sudah mula...
Tuan Yang di-Pertua
I’m listening to all this, selepas ini saya buat ruling, we proceed.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ini macam sudah mula bahas...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Mana boleh proceed? Mana boleh proceed benda yang tidak boleh... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, kalau begitu tabiat Ahli-ahli Yang Berhormat saya akan proceed dengan mesyuarat...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Proceed Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
I’m only listening, Yang Berhormat Permatang Pauh it is up to you...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Jangan masuk perangkap mereka Tuan Yang di-Pertua. Ini semua sandiwara...
Seorang Ahli
Ini memang sandiwara, pelakon-pelakon ini semua.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, we are dealing with APCO pembohong. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Bukan saya Yang Berhormat, yang akan menghukum Yang Berhormat Permatang Pauh, Majlis...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Kerana selepas ini kamu akan berbahas. [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, APCO pembohong, dapat RM70 juta, duit rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila Yang Berhormat Menteri, proceed.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kita tanya kita kena hukum.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Baik.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya...
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Peraturan mesyuarat...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
[Dewan riuh] Tuan yang di-pertua, saya mohon mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5)... [Dewan riuh] ... dan keputusan usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 22 April 2010, maka Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR 3 Tahun 2010 hendaklah diterima dan dipersetujukan.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Ini tidak betul, ini perangkap Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, usul ini adalah lanjutan daripada usul yang telah diputuskan oleh Majlis pada 22 April 2010 yang merujuk Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas kenyataan beliau yang mendakwa, “1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib 1Malaysia”. [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
APCO! APCO!
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Penyata yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dengan sendirinya memperjelaskan asas-asas pertimbangan serta syor Jawatankuasa yang dikemukakan untuk diterima oleh Majlis.
Jawatankuasa mendapati bahawa dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh adalah tidak benar dan beliau telah menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen. Jawatankuasa mengesyorkan agar Yang Berhormat Permatang Pauh digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama 6 bulan. [Tepuk] [Dewan riuh] [Dewan riuh] [Semua Ahli Pembangkang bangun]
Beberapa Ahli
APCO! APCO! APCO!
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jawatankuasa memandang berat tindakan Yang Berhormat Bukit Gelugor sebagai seorang Ahli Jawatankuasa yang secara berterusan membuat pelbagai dakwaan menghina terhadap Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. [Dewan riuh] Jawatankuasa juga melahirkan kekesalan terhadap kelakuan Yang Berhormat Bukit Gelugor yang tidak menghormati dan memperkecilkan sesama Ahli Jawatankuasa yang lain. [Tepuk] Bagi mengelakkan supaya perkara yang sedemikian tidak berlaku lagi di masa hadapan, oleh yang demikian jawatankuasa mengesyorkan supaya dikenakan pencelaan (admonishment) oleh Tuan Yang di- Pertua kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada Ahli Yang Berhormat menyokong? [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
[Beberapa ahli pembangkang mengeluarkan placard (sepanduk kad manila)]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
APCO! APCO! APCO!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah usul Menteri...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
APCO! APCO! [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Di bawah perkara 1 Aturan Urusan Mesyuarat sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Dewan riuh] [Ahli-ahli pembangkang mengangkat pelbagai placard (sepanduk kad manila)]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak ada yang menyokong.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Yang Berhormat Rembau.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua undur diri...
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim...
Beberapa Ahli
[Bangun] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia. [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Seperti mana yang telah dibentangkan kepada Dewan ini... [Disampuk]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
You have lost... [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Yang merujuk...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, you have lost... [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Kepada satu penipuan yang sengaja dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh selaku Ketua Pembangkang dalam usaha mengeruhkan dan mengaburi mata rakyat secara umumnya. [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Zalim, zalim, zalim] [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Yang Berhormat Menteri saya minta supaya diberi...
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Rasuah! Yang Berhormat Rembau rasuah!
Beberapa Ahli
Zalim! Zalim!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Saya merujuk kepada apa yang berlaku pada 17 Mac... [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rembau, nanti dahulu Yang Berhormat Rembau.
Seorang Ahli
Suspend semualah!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Akan tetapi hari ini...
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua sudah jelas... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Ahli Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tidak boleh sudah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat ini, mesyuarat kamu, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak menunjukkan kerjasama beginilah berlakunya. [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Mana mahu tunjuk kerjasama! [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Kerana Tuan Yang di-Pertua juga tidak adil.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua juga tidak tunjukkan kerjasama... [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Inikah maknanya Dewan? Inikah kemuliaan? Inikah maksudnya...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat sudahlah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kerjasama...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat sudahlah Ahli Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua tidak boleh tidak adil.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Inikah maknanya...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh mahu berucap, oleh sebab saya lihat di sini semua tidak berminat, saya panggil Yang Berhormat Rembau. Akan tetapi apabila....
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Peraturan mesyuarat...
Tuan Yang di-Pertua
Jangan bising, itulah makanya saya katakan jangan bising.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua peraturan mesyuarat...
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Apa lagi yang perlu kita dengar mengenai dengan peraturan mesyuarat ini Yang Berhormat Tumpat? Semua kita telah dengar.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalaupun saya buat petua kepada peraturan mesyuarat yang disebutkan itu Yang Berhormat Tumpat, tidak ada juga orang yang mendengarnya. Jadi buat apalah kita habiskan masa.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Bagaimana dengan ruling?
Tuan Yang di-Pertua
Oleh kerana Yang Berhormat pun sudah...
[Disampuk]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Peraturan Mesyuarat 7(1) itu tadi...
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang kita bahas.
Seorang Ahli
Tarik diri.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Kita bahas.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tidak ada ruling.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Peraturan Mesyuarat 80A Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Ruling tidak ada lagi, macam mana hendak teruskan? Terus panggil Yang Berhormat Rembau. Ruling mana Tuan Yang di-Pertua? Untuk peraturan mesyuarat Yang Berhormat Bukit Gelugor bangkitkan, Peraturan Mesyuarat 7(1) belum ada ruling daripada Tuan Yang di- Pertua. Terus dimulakan... tidak boleh hormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah tadi dibentangkan usul, sudah pun disokong, usul sekarang terpaksa kita teruskan,
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh] Bagaimana dengan ruling, sebelum diteruskan. Saya mahu tanya tentang ruling.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rembau, minta maaf Yang Berhormat Rembau oleh sebab Yang Berhormat Permatang Pauh...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kita suruh Yang Berhormat Rembau lah bercakap!
Tuan Yang di-Pertua
Biarkan Yang Berhormat Permatang Pauh berucap dahulu dan selepas itu saya panggil Yang Berhormat Rembau. [Dewan riuh]
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] No.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Permatang Pauh berucap sekarang ini.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju kerana perlu diputuskan ruling. [Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sebelum, sebelum itu Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tadi Bukit Gelugor bangkitkan, Bukit Gelugor bangkitkan...[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang saya hendak minta ruling berapa jumlah... [Dewan riuh] Pembahas ..
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kita hendak tahu bilangan nanti...
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 80A - Walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 80 berhubungan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, kiranya pada hemat Majlis telah berlakunya, sama ada oleh seorang ahli atau oleh mana-mana orang lain, apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang boleh dikenakan hukuman sebagai perbuatan menghina Majlis di bawah Ordinan Majlis-majlis Parlimen
(Keistimewaan dan Kuasa) 1952, Majlis boleh melantik suatu Jawatankuasa untuk terus menyiasat hal itu dan mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut Ordinan tersebut.
Mengikut Ordinan ini Tuan Yang di-Pertua, fasal 20 dengan izin, “any person who before the House or any committee and whether or not that person has been sworn or has made an affirmation willfully and corruptly makes a false answer to any question put to him material to subject of enquiry which maybe put to him during the course of any examination shall be guilty of the offence of giving false evidence and liable on conviction to the penalties prescribed therefore in Section 193 of The Penal Code at 574”.
Yang Berhormat Shah Alam telah membangkitkan suatu soalan dan [Dewan riuh] Menteri telah memberi jawapan yang bertulis yang berbentuk mengikut Shah Alam a false answer to the question. Jadi kita mestilah bawa kes ini lebih lanjut lagi mengikut Kanun Keseksaan Penal Code Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua saya minta ruling dahulu. Kangaroo Court itu tolong buang dulu. [Sambil menunjukkan ke arah pembangkang] Di belakang itu Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh] Tolong Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Manchang
Kenapa panik? [Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak payah letak...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Manchang
Panikkah Kota Belud?
[Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak payahlah. [Dewan riuh] Kangaroo, kangaroo. Awak Yang Berhormat kangarookah? Kenapa itu?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Bukit Gelugor?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya boleh panggil Yang Berhormat kangaroo? Minta Tuan Yang di-Pertua tolong. [Dewan riuh]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Bukit Gelugor.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Minta Tuan Yang di-Pertua, tolong.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sebelum saya mulakan...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya minta kalau boleh tolong...
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Penting Tuan Yang di- Pertua buat ruling dulu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua buat ruling dahulu. Minta maaf Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh. [Dewan riuh]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
[Berdiri sambil memegang sepanduk]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ada beberapa ruling yang patut dibuat...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau boleh...
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
[Dewan riuh] Termasuk dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Turunkan dulu Yang Berhormat kangaroo itu.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Mengenai 7(1). Bukit Gelugor membawa pertimbangan Tuan Yang di-Pertua secara spesifik.
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Kangaroo lebih baik daripada lipaslah.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ada conflict of interest tidak boleh Tuan Yang di-Pertua meneruskan. Tuan Yang di-Pertua belum buat ruling tentang perkara itu. [Dewan riuh]
Beberapa Ahli Pembangkang
Ya, buat ruling.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Bukit Gelugor.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan...
Tuan Yang di-Pertua
Saya telah buat ruling, saya punya pelantikan di bawah Peraturan Mesyuarat 80 iaitu secara automatik kedudukan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa. Pernah juga saya sebut bahawa pada tahun 1961, perkara begini berlaku. Juga dipersoalkan...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Conflict of interest.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ada, ada konflik.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tidak timbul...
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Timbul, timbul.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya mencelah. Tuan Yang di- Pertua, ada conflict of interest. Kerana rekomendasi ada dibuat saya di admonish.
Itu adalah berdasarkan dengan perenggan 21 dalam laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya baca laporan itu.
“21. Yang Berhormat Bukit Gelugor telah secara berterusan menghina serta membuat tuduhan Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, tidak tetap pendirian indecisive dalam mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa. Beliau turut melemparkan ungkapan kepada Pengerusi seperti ‘you have been throwing tantrums’. Rujuk Laporan Prosiding 9 Jun tahun ini. Lagi satu ‘you are indecisive’. ‘You are suffering from phobia, that I called you a dictator, you got it last time, it goes on and on’, ‘you make it clear, I called you a dictator, no one will’, ‘action taken by you in Parliament and suspend me for one year, You tried that, but you did not succeed. You have been suffering from phobia; you don’t have to throw tantrums like that.” Ini adalah sebab atas mana rekomendasi ada dibuat, saya di admonish.
Tuan Yang di-Pertua. Ada conflict of interest.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
You are the subject matter.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
You are jury, judge and Speaker.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tidak boleh macam itu!
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dulu Yang Berhormat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bolehkah saya dapat...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Perkara yang sama, saya sambung.
Tuan Yang di-Pertua
Saya buat ruling Yang Berhormat.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bukan ruling. Penjelasan atas apa yang terjadi, apa yang saya bacakan tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Perkara yang sama sahaja. Dua minit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Peraturan Mesyuarat 80...
Tuan Yang di-Pertua
The same!
Tuan R. Sivarasa - Subang
No, no this is...
Tuan Yang di-Pertua
Semua ini repetitive, repetitive the same...
Tuan R. Sivarasa - Subang
No, this is different. Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan riuh]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
It shows that have conflict of interest.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Peraturan Mesyuarat 86(3). Wait, wait…
Tuan Yang di-Pertua
Kalau ada Yang Berhormat berdegil juga saya akan teruskan. [Dewan riuh]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Peraturan Mesyuarat 86(3) berbunyi...
Tuan Yang di-Pertua
Dengan apa yang berlaku...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan dengan conflict of interest.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua undur diri.
[Dewan riuh]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Peraturan Mesyuarat 86(3), tolong baca.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
It is to…
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sesuatu penyata atau penyata khas Jawatankuasa Pilihan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat oleh Pengerusi atau mana-mana ahli lain yang diwakilkan oleh Jawatankuasa.
Maksudnya jelas. Jawatankuasa boleh buat laporan melalui Pengerusi atau ahli lain yang diwakilkan. Di dalam kes ini Permatang Pauh, Pengerusi buat keputusan buat laporan sendiri. Oleh sebab itu adalah jelas conflict of interest.
You are sitting there, you have presented the report, and you have made the recommendation. Sekarang you ingin pengerusikan Mesyuarat ini. Inilah jelas conflict of interest. Sekiranya, sekiranya laporan dibuat oleh ahli lain dalam Jawatankuasa itu yang diwakilkan mungkin tidak ada conflict of interest.
Dalam kes ini Pengerusi ambil option itu. You yang buat. Anda sendiri yang buat laporan ini. Ditandatangan oleh Pengerusi.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya Yang Berhormat...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yes, yes, yes.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi saya harap...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi saya harap - saya habiskan. Saya harap Tuan Yang di-Pertua ambil perkara ini dengan berat. You have the option of not creating the conflict of interest. Akan tetapi Jawatankuasa dengan lebih berkeputusan oleh anda telah mengambil keputusan you did the report. You make the recommendation and this is what we discussing today.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi saya harap tolonglah amalkan prinsip keadilan hak asasi, practice basic principles of natural justice. Tuan Yang di- Pertua 86(3) is quite clear. Conflict of interest yang dibangkitkan oleh Bukit
Tuan R. Sivarasa - Subang
Gelugor adalah jelas. Anda sendiri yang bangkitkan. Anda sendiri yang tulis itu.
Saya ingin memohon dan mencadangkan di sini Tuan Yang di-Pertua undur sebagai Pengerusi Mesyuarat ini dan... [Tepuk]
Beberapa Ahli Pembangkang
Undur! Undur! Undur!
Tuan R. Sivarasa - Subang
Bawah kita ada Timbalan Speaker. Kita ada dua Timbalan Speaker, seorang yang Ahli Jawatankuasa dan seorang bukan Ahli Jawatankuasa. Kita ada option lain supaya prosiding ini boleh dijalankan tanpa conflict of interest.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh bagi pandangan Tuan Yang di-Pertua? Boleh bagi pandangan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, 7(3) Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebelah sini pula.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Peraturan Mesyuarat 7(3) memberi satu ruang kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menarik diri. Saya harap ia diguna pakai. Saya hairan adakah Yang Berhormat minat berada di sini kerana kepentingan yang lain. Ini kerana saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, The Chair is no more respected.
Kita ada dua lagi Timbalan Yang di-Pertua. Bukankah mereka juga boleh mengambil alih Tuan Yang di-Pertua, you are a lawyer. What it means judge, jury and prosecutor. You are doing exactly that. Basic first year law student Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat I understand, Yang Berhormat, I understand all the…
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
No, I don’t think so.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Ipoh Barat, sudah.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
No, this go fundamental Tuan Yang di-Pertua, fundamental Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh] Very clear. Macam mana Yang Berhormat Tuan Speaker boleh...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Speaker tidak membahas dan tidak mengundi!
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
You know very well Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang akan membahas dan mengundi adalah Ahli-ahli Majlis.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bagaimana Tuan Speaker berlaku tidak adil!
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah, sudah, sudahlah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Berlaku tidak adil! No!
Seriously. Dia tidak mengundi.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Peraturan Mesyuarat 7(3).
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Speaker tidak mengundi dan tidak akan membahaskan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tan Sri, adakah Tan Sri tidak percaya kepada Timbalan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat don’t threaten saya Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat. Sudahlah Ipoh Barat, sudahlah! Sudahlah.
[Dewan riuh] Yang Berhormat sudahlah. Apabila Yang Berhormat cakap begitu...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Bukan saya kata...
Tuan Yang di-Pertua
[Dewan riuh] Bermakna menghina lagi.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Bukanlah, itu cerita lain Tan Sri.
Adakah itu sedemikian? Kerana conflict of interest is so clear, obvious.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak ada conflict of interest Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Lagi apa kita mahu cakap.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak ada conflict of interest.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tan Sri you are putting on…
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua tidak akan bahaskan usul ini.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Dia pembangkang. More than half here, pembangkang are lawyers Tuan Speaker.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Speaker tidak akan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat!
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Apa lagi sudah Tuan Yang di- Pertua.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Speaker.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Kalau Tan Sri merujuk kepada 7(3)...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak ada! tidak ada. [Tepuk] Tidak ada pelanggaran peraturan mesyuarat Tan Sri.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, bukankah itu memberi satu peluang. Why don’t Tan Sri exercise that?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Speaker tidak perlu dengar itu sebab Tuan Speaker tidak berbahas. [Dewan riuh] Tidak ada mengeluarkan pandangan. Kita bahaskan. [Dewan riuh]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tan Sri jangan... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita tidak semestinya akan kita perakui. Itu pun tidak faham. Yang mengundi kita bersama dengan ‘Yang Berhormat Kangaroo’ itu.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Can, can I? Tuan Speaker? [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita yang membahaskan kita yang mengundi.
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua tidak mengundi dan tidak membahaskan, bagaimana dituduh tidak adil?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau, carry on.
Beberapa Ahli Pembangkang
Apa?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tidak boleh Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
Tuan Yang di-Pertua!!
Tuan Yang di-Pertua
Permatang Pauh, I give you the floor provided no more disturbances. [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh Tuan Yang di-Pertua! Isu belum selesai.
[Dewan riuh] Ahli-ahli Pembangkang: APCO! APCO! APCO! APCO!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab Ahli-ahli Yang Berhormat tidak juga mematuhi keadaan saya, saya tidak teragak-agak untuk akan mempergunakan kuasa saya. Biarlah Tuan Yang di-Pertua di dalam dunia yang pertama untuk menggunakan kuasa saya semua. [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua! [Dewan riuh][Sampuk-menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Oleh sebab Yang Berhormat Menteri bersedia untuk saya menamakan satu-satu peraturan di bawah Peraturan Mesyuarat 44, supaya mereka ini digantung.
[Dewan riuh] Semua Ahli Pembangkang: [Bangun sambil memegang placard
(sepanduk kad manila)] [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Gantung Anwar Ibrahim!
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Korban negara, korban negara! Rakyat 70 juta APCO. MP sendiri hukum.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudah Ahli Yang Berhormat. Sudahlah!
[Ahli-ahli pembangkang berdiri][Dewan sangat riuh][Sampuk-menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Ahli-ahli Yang Berhormat! Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Ahli-ahli Yang Berhormat! Duduk! Duduk!!
Seorang Ahli
Gantung sendiri. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu, duduk.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, apa ini?
Seorang Ahli
Yang Berhormat Menteri bagi arahan apa ini?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yalah, bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh bagi arahan?
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk! Ahli-ahli Yang Berhormat, setiap apa Ahli Yang Berhormat lontarkan kepada saya, saya beri penjelasan.
Malangnya penjelasan saya tidak diterima. [Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli Yang Berhormat!!
Seorang Ahli
Dia tak terima!
Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
[Dewan riuh]
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan Tuan Yang di- Pertua, keputusan saya muktamad. Penjelasan Tuan Yang di-Pertua, keputusan saya muktamad. Penjelasan Tuan Yang di-Pertua, keputusan saya muktamad.
Penjelasan apa itu?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, kalau.., Yang Berhormat Shah Alam! Shah Alam! Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak juga mematuhi apa yang saya sebut, saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44.
[Dewan riuh] Semua Ahli Pembangkang: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dahulu, nanti dahulu, nanti dahulu!
Peraturan Mesyuarat 44 mengatakan bahawa setelah saya sebut nama Ahli-ahli Yang Berhormat satu per satu, semua juga akan digantung. Kerana mengenai pengundian...
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua boleh menggunakan budi bicara. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila. Setiausaha saya mahu nama semua ini supaya saya dapat sebut satu, satu.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Tidak payahlah, tidak payahlah.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sambung.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh, kesabaran saya sampai saya tidak tahu di tahap mana. [Dewan riuh] Nanti dahulu, nanti dahulu! [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya hendak sambung Tuan Yang di-Pertua perangat balik. Tadi sudah tenang dah.
Tuan Yang di-Pertua
Setiausaha!
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Oleh itu undur diri.
Semua Ahli Pembangkang: [Bangun]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, kena buat ruling.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Tuan Yang di-Pertua.
Tidak salah kalau hendak tarik balik Tuan Yang di-Pertua. Dapat pahala dua kali ganda daripada segi agama itu. Dua kali ganda kalau kita mengaku kesilapan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua kami mahu keputusan.
[Dewan sangat riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua bela Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Saya bawa usul ikut peraturan, Tuan Yang di- Pertua bela.
Beberapa Ahli Pembangkang
Undur! Undur!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, pilihan saya satu lagi. Tanpa bahas, undi. [Dewan riuh]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua seorang penakut.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Mana boleh usul...
Ahli Pembangkang: [Bangun sambil memegang sepanduk] [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambung?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, dapat arahan dari siapa ini?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Whose orders?
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua, dapat arahan dari Yang Berhormat Menterikah?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab saya nampak tidak ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang sanggup berbahas...
[Dewan sangat riuh]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua terima arahan siapa?
[Dewan sangat riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul yang dibawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana
Tuan Yang di-Pertua
Menteri seperti yang telah tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan. [Dewan riuh] Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan [Dewan sangat riuh]
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua, terima arahan siapa? You’re taking instruction from Minister.
[Dewan sangat riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya kangaroo.
Beberapa Ahli
Zalim, zalim, zalim...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mohon mencadangkan usul seperti berikut:-
“Bahawa pada 3 Disember 2010, Yang Berhormat Tuan Karpal Singh, Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Tuan R. Sivarasa, Ahli Parlimen kawasan Subang yang merupakan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah membuat kenyataan di luar Dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.” [Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang meninggalkan Majlis Mesyuarat]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
“BAHAWA Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.
“BAHAWA Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah jawatankuasa pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa juga sebelum jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
“DAN BAHAWA perbuatan Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Subang dan Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Gombak adalah satu perbuatan yang menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
“MAKA, INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Subang dan Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Gombak hendaklah digantung daripada tugasnya sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kenapa tidak setahun?
Tuan Yang di-Pertua
Ada Ahli Yang Berhormat yang menyokong?
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Beberapa Ahli
Sokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi yang mahu dibahas lagi?
Beberapa Ahli
Tidak.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ada kawan-kawan daripada pihak… [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak ada yang membahaskan, saya kemukakan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
No. You have to - Supaya kita..
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua ...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Perlu ada perbahasan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, terima kasih.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ada yang menyokong itu Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, bertenang, bertenang.
Ini usul kedua Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Usul kedua, ya.
Seorang Ahli
Hendak bahas juga sudah prepare text itu. [Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini saya rasa perlu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini adalah sejarah yang paling hitam dalam sejarah Parlimen kita.
Seorang Ahli
Hari-hari hitam.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Paling hitam.
Seorang Ahli
Sudah memang hitam pun. [Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya tidak pernah melihat bagaimana kuasa-kuasa yang diperuntukkan di dalam peraturan mesyuarat diubah, diinterpretasikan mengikut fahaman politik, kepentingan cetek sesetengah pihak di pihak pembangkang. Saya telah membaca Tuan Yang di-Pertua usul yang telah dibawa dan juga penyata maklumat, penyata-penyata yang telah dipersembahkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan juga usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri.
Kita mendengar dan melihat, membaca penyata mesyuarat, bila mana taktik untuk melengahkan Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah digunakan oleh Ahli-ahli daripada Subang dan Bukit Gelugor. Apa yang saya katakan taktik melengahkan filibuster, menidakkan satu usul yang telah dibawa ke Majlis ini untuk mengarahkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan membuat pertimbangan sama ada Yang Berhormat Permatang Pauh telah menyelewengkan keistimewaan yang diberikan kepada beliau.
Saya membaca Tuan Yang di-Pertua bagaimana Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan tidak diberi peluang. Saya tahu ini ada hubungan walaupun usul ini, yang saya ceritakan ini adalah usul yang pertama. Ada hubung kaitnya Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat bagaimana Yang Berhormat Permatang Pauh dikatakan tidak diberi ruang untuk berucap, menjelaskan. Akan tetapi saya membaca penyata mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Penyata mesyuarat, keempat-empat mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Terang dan jelas beliau telah diberi peluang tetapi taktik untuk melengahkan mesyuarat itu, taktik untuk melengah-lengahkan keputusan mesyuarat, jawatankuasa telah digunakan secara bertubi-tubi oleh Yang Berhormat daripada Subang dan Bukit Gelugor. Ini taktik yang mereka gunakan di merata tempat. Kita melihat semasa perbicaraan di mahkamah, Yang Berhormat Permatang Pauh juga menggunakan taktik yang sama, melengah-lengahkan.
Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Yang Berhormat Kota Belud, minta penjelasan sedikit.
Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kota Belud, laluan sedikit.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Laluan.
Hulu Selangor.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Lenggong dahulu.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Okey.
Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong
Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud. Taktik mahu melengah-lengahkan yang mereka buat tidak ada sebab lain melainkan mahu mempertikaikan keputusan yang telah pun diputuskan oleh jawatankuasa.
Akan tetapi yang lebih membimbangkan saya ialah budaya baru yang selama ini kalau kita lihat hanya berlaku di jalanan, di jalan-jalan raya, demonstrasi. Akan tetapi budaya itu telah dibawa masuk dalam Dewan yang mulia ini. Adakah ini contoh yang terbaik? Apakah ini boleh diikuti dan disaksikan oleh rakyat dalam negara ini. Kemuliaan Dewan ini telah dicemari oleh Pakatan Rakyat pada hari ini. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Hulu Selangor Tuan Yang di-Pertua.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Terima kasih. Apa yang mereka lakukan hari ini merupakan satu proses dengan sengaja.
Saya rasa cara ini jugalah mereka menggunakan di semua mahkamah yang mereka ada. Segala apa yang mereka lakukan di mahkamah pun menggunakan cara yang sama. Akan tetapi apa yang amat membimbangkan ialah Dewan yang mulia ini telah diperkosakan oleh Pakatan Rakyat, pakatan pembangkang ini.
[Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya amat bersetuju dengan pandangan ...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingatkan jangan gunakan perkataan-perkataan yang unparliamentary.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita mengikut arahan dan menghormati keputusan Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, saya pun membaca seperti Yang Berhormat Kota Belud segala verbatim. Saya dapat lihat di dalam prosiding itu terdapat perkara-perkara yang menghina institusi pengerusi jawatankuasa dan juga Tuan Yang di-Pertua.
Kita tahu Tuan Yang di-Pertua mempunyai kesabaran yang tinggi tetapi dalam konteks institusi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu, kita rasa imej ini tercalar. Jadi, saya pohon supaya Yang Berhormat Kota Belud kalau dapat kita pertahankan institusi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini yang saya lihat rata- rata mereka mencela. Ini bukan mencelah Tuan Yang di-Pertua. Mencela Tuan Yang di-Pertua secara terbuka yang dilihat oleh rakyat di luar sana yang mungkin akan menjejaskan kredibiliti dan integriti Dewan itu sendiri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya minta Yang Berhormat Jempol Tuan Yang di-Pertua kalau boleh.
Seorang Ahli
Oh! Dia pula pengerusi. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri pada hari ini ialah disebabkan kegagalan Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang mentafsir tentang Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, perbezaannya dengan Dewan ini dan juga mahkamah. Inilah punca masalah sehinggakan usul ini dibawa ke dalam Dewan.
Sehinggakan berlaku perbuatan membocorkan rahsia. Perbuatan membocorkan rahsia ini tidak amanah. Dewan ini adalah Dewan Rakyat, kepunyaan rakyat. Integriti Dewan ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan integriti Dewan ini. [Tepuk] Ianya adalah merupakan cetusan daripada permasalahan Yang Berhormat Permatang Pauh yang berucap dalam Dewan ini, menuduh kononnya APCO lah, yang menasihatkan Perdana Menteri sehingga lahirnya idea 1Malaysia.
Ini sebenarnya adalah merupakan pembohongan yang dibawa ke dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan juga setelah Yang Berhormat Permatang Pauh diberikan hak untuk membela diri dalam Dewan ini pada 30 Mac 2010, tetapi Yang Berhormat Permatang Pauh gagal menjelaskan isu ini. Malahan kesempatan untuk Yang Berhormat Permatang Pauh ...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol, floor ini Yang Berhormat Kota Belud punya. Jangan lupa Yang Berhormat Kota Belud. Nanti saya jemput Yang Berhormat Jempol kalau Yang Berhormat Jempol mahu berucap. Jangan lupa Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya amat bersetuju Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Jadi, bersetujukah Yang Berhormat Kota Belud bahawa masalah usul ini adalah mewujudkan persepsi kepada kerusi Tuan Yang di-Pertua supaya rakyat nampak bahawa ini adalah merupakan kononnya kelemahan Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua tidak adil, tetapi hendak beritahu seluruh rakyat Malaysia sebenarnya ini adalah merupakan kesalahan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam Dewan ini dan Dewan memberikan amanah supaya Yang Berhormat Permatang Pauh membela dirinya tetapi dia gagal sehinggakan diletakkan di dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang juga dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Syabas Yang Berhormat Jempol! [Tepuk] Orang yang memahami atur cara Dewan kerana bekas Speaker Negeri Sembilan. Ayahanda saya Yang Berhormat Sri Gading kalau boleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Tuan Yang di-Pertua, satu penghinaan yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen kepada Institusi Speaker Dewan Rakyat. Tidak pernah berlaku Tuan Yang di-Pertua. Saya mengikuti daripada semalam sehingga ke hari ini Peraturan Mesyuarat 36 (4), (5), (6), (7) dia langgar sewenang-wenangnya dan dalam perbahasan mereka nampaknya bukan soal pembangkang dengan parti pemerintah, tetapi pembangkang dengan sifat keji mereka telah pun mengarahkan
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
segala ucapan dan hujah menghina Tuan Yang di-Pertua seolah-olah Tuan Yang di-Pertua melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak dapat dimaafkan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sedangkan yang setahu kami Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sentiasa berpandu kepada segala yang terakam dalam buku ini.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dia tidak ada kesalahan apa-apa Tuan Yang di-Pertua, tetapi pihak pembangkang mentafsirkan perkara-perkara dalam peraturan mesyuarat kita ini mengikut suka hati mereka.
Kalau yang benar kepada mereka, mereka gunakan; kalau yang salah kepada mereka, mereka ketepikan. Tafsir mereka ini Tuan Yang di-Pertua sebenarnya bercakap.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan lupa Yang Berhormat Kota Belud Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya bertanya kepada Yang Berhormat Kota Belud Tuan Yang di-Pertua, tetapi disebabkan adab Ahli Parlimen menghadap Tuan Yang di-Pertua itu sebabnya saya menghadap muka saya kepada Tuan Yang di-Pertua yang begitu bijaksana, berdedikasi dan sabar.
Satu sifat yang sangat hebat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya bangga seluruh rakyat Malaysia, Yang Berhormat Kota Belud bangga dengan Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertualah menyelamatkan negara Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya amat setuju Tuan Yang di-Pertua. Maka itu sebabnya dalam peruntukan peraturan mesyuarat diwujudkan kuasa mutlak Speaker. Kalau tidak inilah yang berlaku. Apabila setiap keputusan yang dibuat oleh Speaker diasak bertubi-tubi seolah-olah Speaker itu bias.
Saya telah katakan tadi usul ini dibawa kepada Majlis dan yang membahaskan bukan Speaker. Yang membahaskan ialah Ahli-ahli Majlis termasuk pihak pembangkang dan selepas itu Speaker akan ajukan semula untuk pengundian. Speaker tidak mengundi. Bagaimana Speaker boleh dikatakan bias!
Itu sebabnya saya katakan tadi peruntukan muktamad itu yang diperuntukkan di dalam peraturan mesyuarat itu. Memang ada kebaikannya kerana kalau tidak inilah kangaroo court dikatakan, ini betul-betul Yang Berhormat kangaroo.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya telah membaca penyata mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Saya telah melihat daripada awal Tuan Yang di-Pertua dalam mesyuarat nombor satu, saya telah tandakan di sini Tuan Yang di-Pertua yang Tuan Yang di-Pertua minta..
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh Yang Berhormat Kota Belud?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sekejap, saya habiskan dahulu point ini Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Yang di-Pertua, berkali-kali mengatakan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Contohnya Tuan Yang di-Pertua mengalu- alukan kehadiran Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana hadir pada masa itu sebab sebelum ini tidak mahu mengiktiraf Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Yang di-Pertua di dalam laporan prosiding mengatakan “I hope you will be here forever”. Maknanya sampailah habis mesyuarat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Setiap kali Tuan Yang di- Pertua mengatakan, Tuan Yang di-Pertua akan berlaku adil, akan mendengar hujah-hujah mereka, saya rasa ini adalah satu penghinaan yang teramat besar kepada institusi Parlimen itu sendiri.
Jadi saya minta - satu lagi point sebelum saya beralih kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Masalahnya ialah pihak pembangkang mahu menyamakan Parlimen ini dengan mahkamah. Ini fundamental problem. Saya ingin rujuk kepada satu keputusan mahkamah Tuan Yang di-Pertua kalau boleh.
Saya tahu Yang Berhormat Puchong, Tuan Gobind Singh Deo membawa satu kes kepada pengetahuan Mahkamah Tinggi tentang hukuman suspension beliau.
Salah satu daripada hujah Yang Arif Mohd Ariffin Mohd Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi pada waktu ialah dengan izin, “By reason of the above I am of the view and so I hold that the proceeding of the House in passing the motion to suspend the plaintiff iaitu Yang Berhormat Puchong from the House for a period of 12 months cannot be questioned by this court.” Maknanya mahkamah sendiri tidak berani untuk mencampuri hal ehwal prosiding Parlimen dan apabila Yang Berhormat Permatang Pauh mahukan peguam berada di sisi beliau semasa prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan – saya membaca Tuan Yang di-Pertua.
Pada awalnya Tuan Yang di-Pertua membenarkan. Budi bicara Tuan Yang di-Pertua membenarkan bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh boleh membawa counsel beliau. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor mendesak supaya counsel atau lawyer Yang Berhormat Permatang Pauh itu dibenarkan untuk membawa soalan balas atau crossed examination ataupun menyoal Ahli-ahli Majlis yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen, itu tidak boleh dibenarkan. Kalau hakim sendiri tidak berani untuk mencela kita apa dia hak peguam Yang Berhormat Permatang Pauh mahu menyamakan taraf mereka dengan Parlimen yang mulia ini. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya Ahli PAC
(Public Accounts Committee). Di dalam Jawatankuasa Public Accounts Committee juga ada saksi-saksi yang kita benarkan membawa peguam. Yang Berhormat Tan Sri Chan Khong Choy membawa peguam dalam isu PKFZ. Tun Ling Liong Sik declined counsel. Tidak mengapalah, walaupun kita beri peluang kepada beliau untuk membawa counsel. Akan tetapi dalam semua prosiding PAC Tuan Yang di- Pertua yang – saya mesti ingatkan kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor bahawa prosiding PAC itu boleh diguna pakai. Apa-apa keterangan di situ boleh diguna pakai dan dihujahkan di mahkamah nanti - incriminating mereka.
Jadi dalam prosiding PAC Tuan Yang di-Pertua, tidak seorang pun hak peguam yang berani untuk menyoal balas Ahli-ahli PAC termasuk kawan-kawan kita dari pihak pembangkang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh Yang Berhormat?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Malah..
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat terlampau melangkah jauhlah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau kementerian diminta untuk hadir memberi keterangan..
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau tidak boleh tidak mengapalah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, ya. Selepas ini. Diminta untuk memberi keterangan di dalam PAC, membawa counsel kementerian, itu pun counsel tersebut tidak berhak untuk memberi soalan kecuali memberi nasihat kepada saksi untuk memberi keterangan. Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak payahlah Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Kota Belud. Tangga Batu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sila.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kota Belud. Melihat daripada kronologi yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud dan kita sama-sama hayati dalam verbatim ini, adakah Yang Berhormat Kota Belud boleh berpandangan sama seperti saya iaitu, ini adalah kaedah mereka untuk mengalihkan tanggapan rakyat yang negatif.
Pertama, terhadap pemilihan parti PKR baru-baru ini. Yang Berhormat Kota Belud dengar atau tidak ini? Yang Berhormat Kota Belud tidak dengar?
Adakah ini sandiwara mereka untuk mengalih perhatian rakyat terhadap pemilihan parti mereka yang korup baru-baru ini, terdapat pelbagai bentuk penipuan, laporan polis dan sebagainya. Jadi hari ini mereka, mereka satu insiden yang mungkin akan dapat mengaburi mata rakyat terhadap kelemahan-kelemahan parti mereka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya rasa – Yang Berhormat Kinabatangan, saya beri peluang kepada Yang Berhormat Kinabatangan.
Seorang Ahli
Dia merajuk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Oh dia tidak mahu? Tidak mengapalah. Jadi saya merasakan Tuan Yang di-Pertua yang kita tidak boleh tunduk kepada desakan dan asakan begini kerana ia akan merendahkan lagi taraf Parlimen ini. Saya meminta supaya rakan-rakan di pihak sana menghormati peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua ada bertanya tadi pada Yang Berhormat Permatang Pauh – “Tunjukkan saya di mana keputusan saya ini melanggar peraturan mesyuarat?” Itu tidak dapat dibuktikan oleh mereka. Mereka masih berhujah dari segi politik, kepentingan sempit.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita bermesyuarat berdasarkan peraturan mesyuarat seperti yang dikatakan Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya menyokong sebenarnya penggantungan ketiga-tiga Ahli Parlimen ini kerana mereka telah melanggar peraturan yang telah ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Saya mahu dengar satu lagi daripada Yang Berhormat Pasir Mas tetapi jangan terlampau - pasal dada itu, awas sedikit. Sila.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut mengambil bahagian untuk membahas usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri. Walaupun keadaan kesihatan saya belum mengizinkan tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen, saya wajib perlu bercakap mengenai dengan isu ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap ini sebagai Ahli Parlimen Bebas dan ucapan saya ini saya nak tuju kepada rakyat Malaysia sebab usul ini yang ada kaitan dengan usul yang pertama tadi sudah tentu akan dibawa kepada rakyat dan ianya akan dipergunakan sehabis-habisan untuk tujuan kepentingan politik.
Saya tidak memihak kepada mana-mana cuma tinggal lagi untuk mendapat kebenaran dan rakyat sendiri harus memberi pertimbangan kebenaran ini dengan cara yang betul. Dua malam lalu saya melui satu kampung, satu tempat di Taman Melati. Ada satu ceramah yang dibuat oleh Ketua Pembangkang. Saya berhenti kereta, saya dengar dalam kereta. Baru dua malam lepas kehadiran ribu dan saya dengar bagaimana Ketua Pembangkang bercakap memutar belit isu-isu yang memang boleh mengelirukan rakyat dan hari ini kita lihat peristiwa yang berlaku dalam Dewan Rakyat pada hari ini, cukup memalukan tetapi saya tidak terkejut Tuan Yang di-Pertua sebab mereka tidak ada pilihan.
Ketua Pembangkang tidak ada pilihan untuk survival politiknya maka digunakan apa cara sekalipun untuk menutup kesilapan. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, rakyat mesti diberitahu tentang usul yang dibentangkan ini.
Pertama, apakah benar tuduhan Ketua Pembangkang bahawa 1Malaysia itu idea daripada APCO yang ditunjangi oleh Israel, itu satu. Bahawa ianya tidak betul.
Kedua, apabila dia dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Kebebasan, apakah benar dia tidak diberi peluang untuk membela diri, ha itu yang kedua yang kita mesti yakin kepada pihak rakyat untuk rakyat tahu keadaan yang sebenarnya.
Kalau tidak rakyat akan keliru.
Ketiga, apakah usul ini semata-mata nak menganiayai Ketua Pembangkang ataupun pihak pembangkang. Saya, Tuan Yang di-Pertua hendak mengambil peluang di sini dahulu nak mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Sepanjang saya jadi Ahli Dewan Rakyat sejak tahun 1986 dulu, berhenti sepenggal dua, ya lah, dah banyak Speaker kita ada, melihat gelagat Ahli-ahli Pembangkang hampir 70 orang ini, saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri memang seorang Speaker, seorang Tuan Yang di-Pertua yang cukup berwibawa. [Tepuk] Sabar dan mampu menangani. Saya tak tahulah kalau orang lain jadi Speaker. Ini saya ucap tahniah kepada Tan Sri. So Tan Sri, tak usah rasa bimbang, tak usah rasa takut sebab yang benar tetap benar dan bagi kita kalau benar, kita akan tetap pertahankan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu APCO ini yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, memang Ketua Pembangkang ini dia Tuan Yang di-Pertua, dia kawan lama saya. Saya nak beritahu kepada Dewan yang mulia ini, tidak ada orang yang berkawan dengan Ketua Pembangkang selain daripada saya yang paling lama sekali. Sejak zaman universiti lagi dan saya satu ketika dahulu
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
meletakkan jiwa raga saya menyokong beliau sebagai idola dan bakal pemimpin negara dan bakal pemimpin ummah.
Semalam, dua hari yang lepas saya baca dalam akhbar Utusan Malaysia, saya tak pergi tapi saya pun dijemput. Ada seminar pluralism dan kemurtadan di Masjid Wilayah Persekutuan. Saya terperanjat apabila saya tengok yang mempengerusikan majlis ini ialah Ustaz Haji Ismail Mina iaitu sahabat Ketua Pembangkang waktu mengajar dulu dan cukup akrab, penyokong yang paling kuat tetapi akhirnya seminar itu mendedahkan gelagat Ketua Pembangkang dalam hal- hal yang berkaitan dengan kepentingan agama yang saya sendiri tidak sangka.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam hal usul yang dibawa oleh Menteri ini berkaitan dengan sebenarnya usul nombor satu. Kita tidak ragu-ragu lagi bahawasanya saya percaya kalau betul tuduhan Ketua Pembangkang, tentu pihak kerajaan tidak akan bawa usul ini, susah nak pertahankan. Sama juga dengan isu konspirasi, tidak mudah tapi kerajaan sanggup membentangkan kerana kerajaan mungkin berkeyakinan dapat mempertahankan kebenarannya. Maka sebab itu sekali lagi Ketua Pembangkang bermain politik dengan memperbesarkan isu kononnya dia tidak diberi kesempatan untuk mengemukakan pembelaannya.
Saya tengok Ketua Pembangkang ini, Yang Berhormat Permatang Pauh ini Tuan Yang di-Pertua, esok-esok kalau dia matilah, bila berhadapan dengan Munkar dan Nakir ini pun saya rasa dia minta tangguh perbicaraan. [Ketawa] Saya nak tanya, bila bertemu dengan Munkar dan Nakir nanti, saya nak tanya juga Ketua Pembangkang ini boleh tak dia bawa peguam? Boleh tak dia bawa peraturan mesyuarat? Bolehkah tidak? Sebab kita pun tahu semalam bapa kepada Saiful terpaksa menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon untuk mendapat keadilan supaya kesnya dapat dibicarakan dengan secepat mungkin. Berapa lama dah? Ditangguh, tangguh, tangguh. Sama dengan isu ini juga.
Dia dah tersilap cakap, dia dah tersilap dan tersasul buat tuduhan maka tak ada pilihan hendak tutup balik. Jadi dia buatlah macam-macam angkara. Tak dapat peluanglah, kerana tak dapat bawa peguam untuk mengemukakan kes dia di depan Jawatankuasa Hak Kebebasanlah. Macam-macam angkara dia buat.
Jadi esok-esok saya tidak hairan jumpa Munkar dan Nakir esok-esok ha minta tangguh. [Ketawa] Kejap-kejap minta tangguh, kejap-kejap minta tangguh, hendak bawa peguam. Jadi cuma yang paling malang sekali Tuan Yang di-Pertua ialah rakyat Malaysia. Generasi muda rakyat Malaysia tidak mengenali siapa dia Ketua Pembangkang ini. Memang Allah Taala beri kelebihan kepada Ketua Pembangkang ini seorang yang petah bercakap, sebagai seorang orator. Memang kehebatan dia pandai bercakap dan kehebatan yang diberi oleh Allah Taala kepada dia inilah dia pergunakan untuk kepentingan diri sehingga memutar belit pemikiran rakyat Malaysia.
Inilah yang tragedi bagi rakyat Malaysia. Bagaimana lagi kita dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Ketua Pembangkang ini memang pemimpin yang tidak berguna untuk rakyat dan negara. [Tepuk]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Alhamdulillah tetapi kita tidak tahu bagaimana - Ya sila.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Mencelah. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Saya hendak tanya soalan soal tuduhan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang mengatakan bahawa beliau tidak ada apa-apa
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
usaha yang dapat pertahankan diri daripada segi peguam, counsel dan sebagainya. Apakah Yang Berhormat Pasir Mas sedar ataupun tidak bahawa dalam Jawatankuasa Hak Kebebasan, antara ahli daripada pihak pembangkang iaitu Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat dari Subang adalah peguam bela yang terkenal di Malaysia.
Peguam bela yang terkenal yang di luar Dewan menjadi peguam bela kepada Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri. Jadi apakah sebenarnya hujah Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang mengatakan beliau tidak dapat pertahankan diri dengan counsel yang hebat sedangkan dalam jawatankuasa itu sendiri terdiri daripada peguam bela yang terhebat dalam negara yang sudah lama mempertahankan Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat dari Rembau. Dia tidak timbul soal Ahli Parlimen Bukit Gelugorkah, Yang Berhormat Subang ini hebat dan sebagainya. Soalnya isu yang dibawa oleh Ketua Pembangkang itu tidak betul, dia hendak bela macam mana? [Ketawa] Itu yang masalahnya. Bagi kehandalan macam mana pun peguam, isu itu tak betul. Jadi dia terpaksa rekalah dan reka-reka ini sebagai seorang peguam hendak cari sebab nak tangguh, nak delay, nak tangguh, depa ini memang pakarlah. Memang pakarlah macam Yang Berhormat Karpal Singh ini, Yang Berhormat Bukit Gelugor ini handal dialah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Cuma malangnya saya dahulu belajar undang-undang juga Yang Berhormat Rembau, tetapi separuh jalan saya tukar kursus. Kalau saya habis belajar undang-undang dahulu, saya lebih baik daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor itu. Cuma nasib saya tidak baik sahaja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat Pasir Mas, boleh bertanya? Maksudnya saya tidak berapa faham. Maksud Yang Berhormat, oleh kerana dia menipu, sampaikan Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Subang tidak sanggup dan tidak boleh hendak bela dia, itu maksudnya?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Memang betul, itu maksud saya. Itu yang menyebabkan berputar – dan cara permainan itu. Saya tidak hairan tengok air muka Ketua Pembangkang – “Kita!” [Sambil membuat mimik muka] – tetapi saya tengok muka dia dahulu dan sekarang lain betul Tuan Yang di-Pertua.
Jadi – yalah macam pengikut yang ramai ini Tuan Yang di-Pertua, itu pun kita tidak kecil hatilah – Ahli-ahli Parlimen yang lain ini. Maklum sahajalah, sebab survival. Dia parti Keadilan, parti PAS, pilihan raya ketiga belas kena menang.
Jadi hendak atau tidak, untuk survive mereka sokonglah. Mereka tidak akan dapat jadi calon atas nama Barisan Nasional, so dia go onlah. Jadi, apa yang kita hendak hairan? Cuma saya katakan tadi, rakyat kena diberitahu. Mereka akan guna habis-habis Tuan Yang di-Pertua untuk memburukkan Tuan Yang di-Pertua bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat zalim, tidak adil dalam ceramah nanti, seperti yang saya dengar dua malam yang lalu – memang dahsyat.
Orang ramai tidak tahu kebenarannya. Macam hari ini, tentu akan masuk Youtube, TV PAS – dah masuk pun, dan dengar dari sebelah pihak. Dia tengok hebat Anwar Ibrahim, hebat pembangkang ini, teruk Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini, betul zalim. Inilah yang akan masuk dalam kepala rakyat nanti. Jadi macam mana hendak tangani ini?
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Macam mana hendak kikis ini? Jadi saya harap jawapan Menteri nanti – pihak RTMkah atau TV3 kah, jangan buat liputan sekali lalu sahaja dan selepas itu sudah tidak ada sudah. Ia kena berulang kali.
Kena beri penjelasan betul-betul. Kalau boleh, RTM dan TV3 atau mana-mana saluran seumpamanya atau Menterikah, kena ikhtiar untuk jelaskan betul-betul satu-persatu – keep on doing this – supaya rakyat faham dan tidak keliru. Kalau tidak, berat tanggungannya nanti. Ya, Yang Berhormat.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya. Saya tadi begitu tertarik dengan apa yang telah diperkatakan oleh sahabat saya tadi tentang satu seminar mendedahkan tentang Ketua Pembangkang ini di Masjid Wilayah Persekutuan – kalau tidak salah saya.
Jadi saya hendak bertanya Yang Berhormat, apa pendapat Yang Berhormat tentang ada juga parti yang mendakwa Islam sebagai perjuangan mereka ini tetapi mereka masih lagi bersubahat dengan Ketua Pembangkang ini?
Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Pendapat saya, karutlah. Semua ini kerana kepentingan politik. Kita datang ke sini Tuan Yang di-Pertua, walaupun setiap pihak ada kepentingan politik, setiap individu – tidak ada sesiapa yang tidak ada kepentingan, tetapi kita selalu mengingatkan diri kita jangan kita meletakkan kepentingan diri lebih daripada kepentingan negara. At least...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sila Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya tertarik Tuan Yang di-Pertua, dengan hujah yang berkaitan Ketua Pembangkang yang dikatakan bahawa rakyat tidak tahu putar-belit dan pembohongan beliau ini. Akan tetapi, adakah Yang Berhormat Pasir Mas sedar – contohnya seperti Yang Berhormat Bukit Gelugor yang sebenarnya dia tahu. Saya tengok rekod Hansard ini pada 22 Oktober 1997, di dalam Dewan ini Yang Berhormat Bukit Gelugor mengangkat kertas dan menyatakan bahawa dia ada surat sumpah berkenaan dengan perlakuan liwat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan dia desak kerajaan supaya siasat.
Tidak berapa lama kemudian di Hotel Federal, di dalam sebuah program anjuran DAP – ramai orang – sekali lagi dia bangun dan mendedahkan bahawa dia tahu tentang masalah liwat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ini dan dalam mahkamah – saya masih ingat lagi selaku peguam Yang Berhormat Permatang Pauh masa itu, bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor adalah salah seorang peguam yang mewakili Azizan – mangsa liwat itu – menjadikan Peguam Negara masa itu membantah dia mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh.
Baru-baru ini selepas peristiwa pembohongan 16 September terdedah, Yang Berhormat Bukit Gelugor sekali lagi secara terbuka minta supaya Ketua Pembangkang iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh bertaubat dan berundur.
Baru-baru ini, WikiLeaks mendedahkan tentang pengetahuan bahagian risikan Singapura dan juga mantan Perdana Menteri, Senior Minister Lee Kuan Yew, mereka mengetahui dan punya bukti teknikal tentang kegiatan homoseks Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Jadi pandangan Yang Berhormat Pasir Mas, dengan semua pengetahuan ini, makna kita boleh lihat jelaslah bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ipoh Barat, Lee Kuan Yew mentornya – dia menyembah Lee Kuan Yew sampai dia sanggup buang kawan baik dia Fan Yew Teng, bekas Ahli Parlimen, hanya kerana mempertahankan Lee Kuan Yew. Tidakkah ini menimbulkan satu keraguan? Dengan pengetahuan mereka itu, adakah mereka mengugut atau meletakkan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam genggaman mereka untuk agenda sempit mereka? Adakah itu Yang Berhormat Pasir Mas boleh kita rumuskan keadaan sekarang ini? Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mengenai Yang Berhormat Bukit Gelugor, memang dia tahu tetapi dia buat tidak tahu – hendak buat macam mana?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ini mengenai pengetahuan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas ini, benarkah suatu masa dahulu Yang Berhormat Bukit Gelugor ini pernah mengatakan bahawa Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh is nothing but trouble only to this country? Mohon penjelasan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, semuanya betul.
Yang Berhormat Lipis pun betul, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu pun betul.
Ini perkara ulangan, perkara yang kita tahu sudah lama berlaku dan bagi Yang Berhormat Bukit Gelugor – malah Menteri Besar Kelantan sendiri. Ini dikira guna- menggunakan. Ketua Pembangkang hendak guna DAP, Yang Berhormat Bukit Gelugor hendak guna Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang hendak guna parti PAS.
Jadi, masing-masing guna-menggunakan dan yang jadi ‘bengong’nya kita, yang jadi susahnya rakyat. Ini yang sebenarnya agenda mereka ini. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita simpul secara ringkas, masalah negara kita ini – alhamdulillah, tidak adalah macam gunung berapikah, gempa bumikah. Masalah kita ialah masalah Ketua Pembangkang inilah. Masalah dia seorang sahaja. Habis orang termasuk Tok Guru Kelantan pun jadi hiruk-pikuk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Mungkin dia hadiah daripada itu – gift of God. Itu sebabnya – anugerah daripada Tuhan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Kalau pemberian daripada Allah, saya rasa tidak jadi macam ini. Kalau pemberian daripada Lord Murugan, itu saya tidak tahu, sebab apabila kita sebut pemberian Tuhan ini, kita sebut Allah...
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Mencelah sedikit Yang Berhormat Pasir Mas. Lord Murugan pun tidak akan buat sedemikian – saya pasti. [Ketawa]
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, saya sengaja sebut sebab saya hendak tengok respons daripada MIC. Jadi alhamdulillah, MIC sudah jawab, jadi saya tarik balik. Ini bukan daripada Lord Murugan tetapi tidak tahu Tuhan daripada mana. [Disampuk] Apa dia? Daripada syaitankah, daripada iblis kah...
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Boleh tanya sedikit?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tadi saya dengar hujah Yang Berhormat cukup baik – semenjak potong ini kan. Jadi pada depannya, kita nampak banyak perkara yang berlaku yang sebenarnya mereka tidak sepatutnya bersama.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Daripada apa yang disebut daripada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, kemudian Yang Berhormat daripada Lipis bertanya gift of Godkah? Pun bukan gift of God. Agaknya benda ini lebih baik... ada belakang kira, apakah?
Hendak tanya? [Ketawa]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Memang betullah apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Menteri sebab pakatan mereka ini, mereka tidak kisah depan belakang, semua jadi. [Ketawa] Ini kerana kalau tidak ada pakatan seumpama ini, dia tidak kisah soal prinsipkah, moralkah, tidak akan jadi.
Akan tetapi, oleh kerana mereka memang tidak ada apa-apa juga garis panduan, dia tidak kira depan, belakang, atas, bawah, semua jalan. [Ketawa] Jadi ini yang – saya tidak ada maksud apa-apa Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya cakap sebab kita lihat apa yang berlaku ini lama. Bukan kata perkara ini baru. Kita kaji. Saya pun manusia juga, hamba Allah juga Tuan Yang di-Pertua. Tidak suka juga buat tuduhan sesuka hati. Hendak tidak hendak, esok-esok kita pun semua mati. Tidak ada faedah pun kita buat fitnah. Untunglah sehari, dapat sokongan atau dapat pusing kepala rakyat tetapi at the end of the day kita akan menghadap Allah SWT.
Saya pun sejak buat pembedahan ini lagi insaf Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa] Sama dengan Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua pun buat juga.
Macam-macam mimpi. Tuan-tuan tidak buat, tuan-tuan tidak tahu, bila buat baru kita tahu. Jadi, saya selepas buat pembedahan ini lagilah rasa naik geram kepada Ketua Pembangkang ini. [Ketawa] Betul! Ini kerana sampai ke peringkat sekarang ini, beliau sudah letak satu keadaan, kalau beliau tidak jadi Perdana Menteri, Malaysia ini tidak akan aman. Nobody!
Makna tidak akan selesai selagi beliau tidak jadi Perdana Menteri.
Bubuhlah! Sekarang ini Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, naik Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin, sesiapa sahaja.
Selagi beliau tidak jadi Perdana Menteri, tidak betullah Malaysia ini. Tidak akan betul Malaysia.
Jadi, di sini saya lihat tindak-tanduknya ini daripada seorang pejuang Islam dahulu masa pelajar, masa ABIM, kemudian masuk UMNO, keluar UMNO, lihat beliau punya sejarah, jadi saya tidak hairanlah. Ini setakat hendak gantung enam bulan, kalau sayalah, kalau sayalah jadi Perdana Menteri, tidak tahulah apa hendak jadi kepada Ketua Pembangkang ini. [Ketawa] Betul! Bukan soal geram, tidak ada. Ini kerana kita ini yang tahu, masalahnya kita yang tahu tindak-tanduk politiknya, kita yang tahu perilakunya. Jadi bagi orang yang tidak tahu, kita tidak salahlah.
Oleh sebab itu masalahnya sekarang ini, bukan masalah Ketua Pembangkang lagi. Masalah bagaimana kita hendak yakinkan rakyat. Contohnya usul pada hari ini bukan satu kezaliman, bukan satu penyalahgunaan kuasa, bukan kerana semata-mata hendak gantung mereka ini enam bulan. Tidak ada
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
faedah pun. Tentu kalau kita lihat apa yang jadi tadi, baik tidak payah bawa usul ini, tidak ada faedah pun.
Akan tetapi kenapa terpaksa bawa usul ini? Ini kerana kita hendak menjaga kemuliaan Dewan Rakyat. Betul atau tidak? Iaitu setiap Ahli Dewan Rakyat mesti tunjuk contoh dan teladan. Nampak sangat Ketua Pembangkang termasuklah yang dicadang dalam usul yang kedua ini, tidak menghormati dan tidak menghargai Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya kita sebagai Ahli Dewan Rakyat mesti menghormati Dewan Rakyat, berbahas secara bertanggungjawab dan berkhemah. Kalau hendak tunjuk kurang ajar, sesiapa pun boleh tunjuk kurang ajar.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya pun boleh tunjuk kurang ajar. Tidak ada benda yang hendak kita takut pun. Cuma kelakuan itu yang kita tidak – kita rasa kita pandang jijiklah, kita tidak boleh terima. Ya.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat Yang Berhormat Pasir Mas, bukti-bukti sudah cukup besar, cukup banyak, jelas pada kita. Memang usul ini cukup tepat pada masanya. Cuma Yang Berhormat Pasir Mas, saya lihat ramai penyokong yang mengikut beliau keluar tetapi sebahagian mereka ragu-ragu Yang Berhormat. Saya dapat perhatikan tadi dua tiga orang umpamanya, apatah lagi apabila berhadapan dengan yang pernah mendakwa beliau bukan lagi orang Melayu.
Saya ingat Presiden PAS dan juga Timbalan Presiden mempertahankan bahawa beliau orang Melayu. Jadi, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, nasihat kepada sebahagian mereka yang sudah waswas hendak ikut ini supaya sebelum terlambat, kembali dan juga nasihat kepada rakyat seperti mana Yang Berhormat sebutkan. Terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, respons kepada persoalan tadi, memang mereka terpaksa bertindak demikian. Ini adalah masalah agenda kepentingan politik. Jadi, mereka terpaksa patuh. Jadi betul tidak betul, mereka terpaksa patuh. Oleh sebab itu, saya sebut berulang kali masalah kita, pada sayalah. Masalah pada pandangan saya bukan masalah mereka ini.
Masalahnya hendak memberi penjelasan yang sebaik mungkin supaya rakyat dapat memahaminya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri atas dasar, atas prinsip kebenaran dan atas prinsip keadilan dan juga menghormati peraturan Dewan Rakyat dan juga menjunjung kedudukan kita sebagai Ahli Parlimen yang mesti bertanggungjawab kepada perjalanan Mesyuarat. Terima kasih, saya menyokong.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada lagi orang berdiri. Jadi, Yang Berhormat Kinabatangan, sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk turut membahas usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Menteri.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya melihat bahawa Dewan Rakyat ini perlu ada tahap, prinsip yang kita perlu pertahankan. Ini ekoran daripada cadangan untuk Jawatankuasa membincang soal-soal tuduhan, ucapan, hujah yang dilempar oleh Ketua Pembangkang bahawa kewujudan APCO untuk 1Malaysia 1Israel ditiru dan sebagainya.
Saya melihat bahawa Pengerusi Jawatankuasa iaitu kebetulan Tuan Yang di-Pertua. Saya berpuas hati sebab apabila Jawatankuasa ini melihat, perlu dirujuk semula kepada Majlis, bermakna kita harus menerima secara saksama. Majlis ini Ahli Dewan Rakyat. Mungkin pembangkang terlihat bahawa apabila disebut dalam Majlis, bermakna dia kira kita majoriti. Kita tidak sewenang-wenangnya menggunakan majoriti meluluskan sesuatu yang tidak ada pokok pangkalnya, yang perlu dipertimbangkan. Soal menggantung ini rasa saya Tuan Yang di- Pertua, perkara biasa.
Cuba kita lihat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dewan Undangan Negeri Selangor, Dewan Undangan Negeri Kelantan, di Perak dahulu, Kedah, berapa banyak orang Barisan dia gantung! Ada yang satu tahun pun. Tidak juga kita keluar, tidak buat sepanduk, berbaris, demonstrasi di luar, di jalan raya.
[Tepuk] Saya nampak kalau rakyat di negara ini boleh lagi tertipu dengan kepimpinan yang sebegini, saya nampak rakyat sudah butalah hati mereka.
[Ketawa] Ya! Ini kerana mereka harus melihat bagaimana kepimpinan yang sebenarnya, apa yang dibawa oleh pembangkang. Membawa sepanduk di luar, di mana keadilan. Apa keadilan? Parti dia Keadilan Rakyat, tidak ada keadilan pun.
Pemilihan dia pun lintang pukang. Saya bukan membela Tuan Yang di-Pertua tetapi dari dahulu tahun 1999 saya duduk di sini, apabila Tuan Yang di-Pertua command maka kita mendengar, walaupun tidak semua saya setuju keputusan Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang saya rasa tidak kena tempatnya.
Akan tetapi, kita mesti hormat kerusi Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja.
Siapa pun yang duduk sana, sama sahaja. Tidak ada bezanya. Jadi, oleh sebab itu saya melihat bahawa perlu kebijaksanaan di kalangan kita. Bukan semata-mata kita mengundi pada hari ini sebab pembangkang keluar, Yang Berhormat Seputeh masuk. Mungkin beliau mahu mendengar hujah saya. Kalau beliau mahu tanya, saya beri. Ini kerana beliau ini Raja tukang gantung di Selangor. Beliau cadang orang gantung, tidak ada pun kita keluar, tidak ada pun batu api, jumpa rakyat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apa berlaku lagi Yang Berhormat Kinabatangan?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mahu tanya kenapa?
Mahu tanyakah? Akan tetapi kalau satu orang sahaja susah, saya orang ramai.
[Ketawa] Jadi, kasi tebal-tebal sedikit telingalah Yang Berhormat Seputeh.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu saya amat bersetuju usul ini perlu kita luluskan untuk memastikan bahawa Dewan ini menjadi satu Dewan yang dihormati oleh orang ramai. Kita tidak boleh bertolak ansur. Cukuplah satu ketika dahulu saya membawa usul di mana mereka membawa, merekrut orang ramai, mengguna Dewan ini untuk berhujah politik, mengganyang kerajaan. Cukup! Kali ini tidak akan ada lagi peluang yang sedemikian.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Meninggalkan Dewan]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bye, Yang Berhormat Seputeh. [Ketawa] Jangan balik kempen kuat-kuat ya. Ini semua salah pembangkang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi ini harus kita jadikan sebagai satu garis panduan di masa akan datang, bahawa sesiapa sahaja yang didapati menyeleweng di dalam Dewan ini, maka perlu berhadapan dengan kemungkinan-kemungkinan yang sebegini. Tidak semestinya dia Ketua Pembangkang, tetapi sesiapa sahaja wakil-wakil rakyat, kita harus memastikan bahawa Dewan ini dipelihara dan dijaga akan keharmonian dan juga martabatnya sendiri. Tuan Yang di-Pertua saya menyokong usul ini. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jasin kalau boleh jangan terlampau panjang kerana selepas ini saya panggil Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. supaya tepat jam satu kita berhenti.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi saya peluang. Pertamanya saya ucapkan setinggi tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua. Semoga Allah sentiasa akan memberi kekuatan kepada Tuan Yang di-Pertua supaya kami akan dapat bernaung serta menjaga kesucian Dewan yang mulia. Pada hari ini kita dapat saksikan satu peristiwa hitam, yang sebenarnya telah mengubah geopolitik politik negara kita ini. Akan tetapi apa pun seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas damage has been done.
Pada 17 Mac apabila Yang Berhormat Permatang Pauh membuat dakwaan ada persamaan di antara 1Israel dengan 1Malaysia melalui APCO yang menasihati Perdana Menteri sebenarnya telah banyak menyebabkan kerugian kepada negara kita. Bukan sahaja keyakinan rakyat bahkan keyakinan antarabangsa terutamanya negara-negara Islam terhadap negara Malaysia. Kita sekarang sebenarnya, sentiasa bersifat defensive, kita tidak pernah offensive.
Akan tetapi daripada hari ini kita berharap Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri seharusnya memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada masyarakat kalau boleh buat satu press statement. Kalau perlu semua sekali Ahli- ahli Dewan untuk hadir bersama-sama, kami bersedia. Supaya rakyat dapat benar-benar mengetahui tentang keadaan sebenar, janganlah hendaknya hanya pembangkang membohongi mereka. Sila.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Usul hari ini, ada lanjutan usul daripada peristiwa. Satu usul yang dibuat ke atas Ketua Pembangkang. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Jasin, usul yang dibuat awal, yang ada kaitan dengan usul ini sebenarnya adalah satu usul terhadap Ketua Pembangkang, bukan calang-calang orang. Tadi banyak rakan menyebut, bukan calang-calang orang. Makna kita membuat satu usul yang ada kaitan. Pertama usul ke atas Ketua Pembangkang – ini adalah usul berkaitan dengan Ketua Pembangkang.
Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Jasin. Dari segi peraturan mesyuarat. Adakah peraturan mesyuarat itu yang kita sanjung ini, lengkap? Dari sudut Perlembagaan pula, apa kaitannya? Tujuan saya ialah, supaya rakyat jelas.
Apa pandangan Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang. Sebenarnya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah dilantik oleh Parlimen, di mana Tuan Yang di-Pertua sendiri menjadi pengerusinya, adalah sebenarnya mempunyai perlindungan di bawah faktor undang-undang.
Bahkan tuduhan yang telah dibuat ke atas Ketua Pembangkang itu adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi – 6(2) - tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, dan peruntukan Undang-undang
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Persekutuan setiap majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.
Akan tetapi kalau kita pergi pula kepada perkara 63(2) disebut, maknanya Parlimen kita, adalah tertinggi.
Selepas itu 63(2) ada disebut, tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya, semasa mengambil bahagian apa-apa prosiding di mana satu majlis Parlimen atau mana-mana Jawatankuasa.
Akan tetapi kita pergi pula pada perkara 63(4) - fasal 2, tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduhkan, atas sesuatu kesalahan di bawah undang-undang diluluskan oleh Parlimen melainkan ianya di bawah Akta Hasutan.
Akan tetapi dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh ini, Jawatankuasa menggunakan Peraturan Dewan Rakyat iaitu perkara 81 di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Jadi saya rasa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini telah menjalankan tugas cukup sempurna. Saya sebenarnya sampai tengah malam, dua malam melihat kelima-lima buku, laporan daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah menjalankan kerja dengan penuh dedikasi dan dokumennya itu cukup lengkap sekali. Kita harap kalau boleh dokumen ini dapat kita arkibkan semoga pada masa-masa akan datang kalau kejadian sebegini – tapi saya fikir kalau satu lagi pusingan, tidak ada orang macam ni lagilah, dan kita harap spesies macam ini jangan timbul lagi di negara kita di Malaysia kerana cukup menyusahkan rakyat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Wangsa Maju. Boleh dalam limit minit?
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Mungkin tiga, empat minit, kalau tidak dikacau. Sekarang ini orang memang tidak kacau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak Tuan Yang di-Pertua amat sabar dalam perkara, keadaan tadi. Di dalam Dewan ini menunjukkan bahawa kita ini sama di Taiwan cuma kita belum bawa kerusi sahaja sebabnya kerusi tidak boleh dibawa untuk buang sahaja.
Kalau saya nampak daripada pengalaman saya masa Allahyarham Tan Sri Zahir kalau keadaan begini, gerenti sudah kena enam bulan sekurang- kurangnya kalau tidak setahun. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua masih sabar.
Mereka mengambil kesempatan lagi memainkan peranan mereka. Saya amat bersedih hati. Ini kerana saya boleh menggambarkan apa yang berlaku dahulu terhadap seorang pemimpin menggunakan banyak perkara. Ada masyarakat madani, macam-macam ya, dan tadi saya dengar ceramah DAP di Federal Hotel pada masa itu tahun 1987 kalau saya tidak salah. Saya berada di sana, saya ada dengar, Bukit Gelugor bawa naik kertas di atas pentas mengatakan apa? I had evidence of the Deputy Prime Minister involved in sodomy. Beliau bercakap sendiri. Saya berada di sana dan bukan itu sahaja, banyak lagi. Mengutarakan perkataan dalam ceramah, Islam over my dead body, apa itu? Kita tidak boleh mengatakan agama, atau Christian, over my dead body.....
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Penjelasan. Maaf saya, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Wangsa Maju mempunyai banyak pengalaman dalam Parlimen dulu, kemudian keluar balik dan masuk balik dan pengalaman bersama mereka ini? Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju setuju bahawa tanggapan ramai
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
sekarang, ini adalah senjata terakhir kepada mereka, iaitu mereka ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa, Dewan yang mulia ini disorder, dengan izin, malahan Perlembagaan kita juga diurus dengan disorder. Adakah itu senjata terakhir pembangkang. Pengalaman Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Memang benar, ini adalah senjata terakhir kerana mereka sudah bankrap, desperado, menggunakan tindakan ini. Kalau benar kita duduk di sini, berbahas, memberikan pandangan semua, tetapi tidak. Saya juga ada dengar dalam itu banyak mesyuarat mereka. Satu key statement adalah apa?
Cakap tidak serupa bikin dan double standard. Oleh sebab itu saya tidak tahan, sebab itulah saya berhijrah keluar dari kumpulan tertentu. [Tepuk] Ini kerana mereka tidak menurut fitrah rakyat adalah apa? Fitrah rakyat adalah sama yang sebenarnya, cakap serupa bikin. Contoh kita sendiri, kepimpinan melalui teladan. Teladan mereka adalah apa? Sila Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Wangsa Maju, saya nampak pembangkang sekarang ini dahulu dia attack polis, selepas itu dia attack kehakiman. Sekarang ini dia attack Tuan Yang di-Pertua. Adakah trend ini akan terus berterusan. What’s next?
Apakah lanjutan selepas ini? Saya haraplah perkara ini diambil maklum oleh menteri-menterilah. Janganlah biarkan dahulu polis, polis kejam dan macam- macam. Kehakiman bias dan UMNO. Sekarang ini Speaker pula. Selepas itu what’s next? We do not know. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Mohon laluan Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Sila.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Okey. Saya mahu minta pandangan yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat agaknya.
Adakah tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang dengan semua konco- konconya yang tidak tahu tentang kebenaran ini adalah satu tindakan untuk mempertahankan diri kerana telah takut sangat kerana kebenaran itu sudah semakin menyerlah. Bukan sahaja dengan maklumat-maklumat yang ada yang akan dibentangkan dalam mahkamah untuk mahkamah buat keputusan dan sebagainya. Ini termasuklah maklumat-maklumat mengenai WikiLeaks yang sekarang ini bukan sahaja menjadi pemerhatian kepada rakyat Malaysia tetapi kepada dunia tentang kebenaran yang kita pertahankan terhadap salah laku-salah laku yang telah pun dilakukan oleh Ketua Pembangkang ini bersama-sama dengan keseluruhan konco-konconya.
Adakah perasaan takut itu yang menyebabkan mereka bertindak. Kalau saya sebut kurang ajar Speaker marah, yang bertindak luar daripada sopan santun sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih kononnya oleh rakyatnya dan sehingga menyebabkan mereka lupa diri dan menjadikan Parlimen ini sebagai sebuah sarkas. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Wangsa Maju, sebelum jawab saya suka ingatkan selepas Yang Berhormat Wangsa Maju, saya mahu Yang Berhormat Menteri menjawab dan selepas itu ada dua lagi usul daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Kalau boleh kita habiskan pada tepat jam 1.00.
Ingat itu Yang Berhormat supaya selesai semua. Sila.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, memang saya setuju dengan sahabat saya tadi iaitu Ahli Parlimen daripada...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Tenggara.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tenggara, ya. Sorrylah terlupa.
Memang saya setuju. Saya nampaknya mereka ini, untuk apa? Untuk memuaskan nafsu mereka mahu menjadi Raja di Putrajaya sahaja at all cost. Oleh sebab itulah kita nampak September 16 dan macam-macam tingkah laku mereka. Kita di sini untuk mempertahankan hak-hak rakyat. Bukan mempertahankan seorang pemimpin yang mahu jadi Raja di Putrajaya sahaja semata-mata ini. Lihat skandal pasir di Selangor. Apa yang mereka nyatakan pemimpin-pemimpin PR ini. Tidak ada sepatah perkataan pun. Semua diam diri. Kalau tidak, kalau tuduhan dilemparkan kepada orang lain, di sini kita akan ada Suruhanjaya Diraja untuk siasat dan sebagainya. Bila kena pada mereka, “SELCAT” pun jadi dead cat, pussy cat semua, ya. Inilah masalah. Cakap tidak serupa bikin, double standard.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Laluan, sedikit.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Nanti Tuan Yang di-Pertua marah pula. Silakan.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat daripada Wangsa maju. Saya ingin bertanya Yang Berhormat apabila Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan satu kenyataan bersama yang dibuat dengan Timbalan Presiden dan juga Ketua Pembangkang selepas sebaik sahaja mereka keluar daripada Dewan yang mulia ini dengan mengatakan bahawa ini merupakan konspirasi yang sengaja dirancang tanpa mengambil kira kesilapan yang dibuat oleh mereka untuk menafikan dan mendapatkan hak dua per tiga di dalam Dewan yang mulia ini. Ini perancangan yang dibuat dengan teliti oleh kerajaan.
Jadi pandangan Yang Berhormat, kesilapan sendiri tidak diperakui malah dilemparkan kepada orang lain seperti mana mereka meletakkan telunjuk kepada Tuan Yang di-Pertua pada setiap kali mereka membahaskan perkara ini. Satu keadaan yang di luar kesantunan yang patut kita amalkan sebagai orang Timur.
Pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Memang saya amat setuju dengan yang itu. Itulah mereka ini mahu putar belit sahaja. Mahu main politik.
Bukannya mahu pertahankan hak rakyat di sini. Kita lihat, semua isu dipolitikkan.
Kita lihat tingkah lakunya apabila mereka menunjuk perasaan di US Embassy menentang Israel Yahudi mengenai Palestin. Selepas itu, orang-orang Yahudi di Amerika telah marah. Dua atau tiga hari kemudian dalam seminggu kalau tidak salah, terus flew terbang ke Amerika melutut di depan Yahudi minta maaf. Itukah kita seorang yang jujur dan ada pendirian yang tegas? Kalau dalam perkara Palestin ini semua rakyat dalam dunia kita tidak boleh terima di mana mereka dihalau keluar daripada tanah air mereka. Mereka sekarang ini minta sedikit tanah sahaja di sana. Mereka ditindas dan budak kecil, perempuan dan orang tua dibunuh. Kenapa kita perlu pergi ke Israel untuk melutut? Sedangkan inilah pendirian kita sebagai bukannya seorang Islam atau Muslim, seorang manusia pun kita tidak boleh terima termasuk saya.
Tuan yang di-Pertua, satu masa dahulu, negara kita ini begitu kagum dengan budaya masyarakat madani yang diilhamkan oleh pemimpin yang dikatakan sebagai pemimpin masa harapan. Masyarakat madani sebagai
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
pemangkin kepada kemajuan negara juga ini yakini mampu menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat di dunia. Tuan Yang di-Pertua, malangnya, nilai-nilai mulia dalam masyarakat madani ini telah diliwat sendiri oleh pemimpin tertentu.
Ini demi apa Tuan Yang di-Pertua, demi memuaskan nafsu mereka. Untuk apa? Mahu jadi Perdana Menteri, as of right at all cost tidak mengambil kira apa akan terjadi kepada negara kita dengan tingkah laku yang sedemikian oleh mereka. Cakap tidak serupa bikin dan memutar belit, ya. Pemimpin yang ini kita mahu jadikan masyarakat madani? Sorrylah. Apa ertinya masyarakat madani kalaulah pemimpin tertentu boleh bersatu hati dengan pemimpin yang terang- terang lagi jelas sanggup berkata seperti yang kita kata tadi. Islam over my dead body. I have the evidences about the sodomy by Deputy Prime Minister pada masa itu tahun 1987 di Federal Hotel. [Disampuk] Hah! 1987 lah.
Seorang Ahli
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Eh, sorry 1997. Minta maaf pada masa itu. Apa erti masyarakat madani kalau kita sendiri sanggup mengutuk seorang insan mulia dengan ungkapan apa? Ulama capal! Lebih malang lagi insan itulah yang sekarang berhempas pula menerima pemimpin masa depan ini sebagai sahabat. Pemimpin dianugerahkan oleh tuhan, saya tidak pernah dengar pun. Mana pemimpin dalam dunia ini is God sent? Do not use God’s name in vain my warning to them. That is why God has punished the person concern. When they are so near to become Prime Minister and yet so far and they have to stay in jadi ketua di Sungai Buloh.
Tuan Yang di-Pertua, lebih malang lagi dengan nama masyarakat madani, pemimpin tertentu ini sanggup membuat apa-apa juga sehingga termasuk melutut kepada Yahudi minta maaf dengan apa yang dibuat ini adalah baik untuk mempertahankan hak-hak orang Palestin yang akan dimusnahkan oleh pihak tertentu.
Tuan Yang di-pertua, akhirnya apa erti masyarakat madani kalau hanya sebagai ungkapan manis di bibir mulut sahaja. Tuan Yang di-Pertua, biarlah kita hilang seorang pemimpin yang begini daripada kita hilang sebuah negara yang kita tercinta ini. Terima kasih. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih. Cukup cantik ending.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil kesempatan untuk mengucapkan banyak terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengambil bahagian dalam menyokong usul yang telah dibentangkan oleh saya.
Saya kira lima kepala lebih baik daripada satu kepala dan apa yang telah pun mereka katakan semuanya itu merupakan bahan-bahan penting dalam penggulungan saya. Akan tetapi oleh kerana orang yang hendak saya gulung pun tidak ada di sini. Memang saya hendak gulung empat orang tadi selama enam bulan. Oleh kerana kita ini jantan kalau kita hendak gulung, gulung di depan. Oleh kerana dia betina dia sudah keluar. Saya ingat tidak perlu saya hendak menggulung. Orang yang saya hendak gulung pun sudah tidak ada. Saya hendak lipat dia pun tidak boleh maka lebih baiklah saya menyatakan terima kasih dan saya minta supaya kita teruskan dengan undi. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Jadi saya tiada pilihan lain terpaksa mengemukakan masalah ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah usul yang dibawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat di bawah Perkara 2 hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputus dan diluluskan usul-usul Menteri Kewangan di bawah Perkara 3 dan 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang ditetapkan.”
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa majlis mengambil ketetapan iaitu:
Bahawa majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh seksyen 11, subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya perintah duti kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.102, ST.103, ST.104, ST.106, ST.122, ST.123, ST.183, ST.188, ST.196, dan ST.197 tahun 2010 disahkan.
Pertama, Perintah Duti Kastam (Barang-barang Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Antara Malaysia Dengan New Zealand) 2010 P.U.(A) 254 bertarikh 29 Julai 2010 kertas statut bilangan ST. 102. Perintah ini diwartakan selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas antara Malaysia dengan New Zealand (MNZFTA). Perjanjian ini telah melalui rundingan sebanyak 10 pusingan dan selesai dimuktamadkan pada 30 Mei 2009 dan seterusnya ditandatangani pada 26 Oktober 2009.
Kedua-dua negara telah melengkapkan prosedur domestik masing-masing dan menetapkan 1 Ogos 2010 sebagai tarikh kuat kuasa MNZFTA. Dengan itu Perintah Duti Kastam (Barang-barang Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas antara Malaysia-New Zealand) 2010 telah diwartakan untuk mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2010. Pelaksanaan MNZFTA akan merealisasikan peningkatan perdagangan barangan antara Malaysia dan New Zealand melalui penghapusan dan pengurangan duti import secara progresif mulai tahun 2010 hingga 2016.
Penawaran Malaysia melibatkan pemansuhan duti import ke atas 90% baris tarif.
Sementara 9% baris tarif pula melibatkan pengurangan duti import. Manakala New Zealand menawarkan pemansuhan duit ke atas 100% baris tarif menjelang tahun 2016.
Yang Kedua, Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri- negeri ASEAN)(Tatanama Tarif Berhamonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata)( Pindaan)(No.3) 2010 P.U.(A) 255 bertarikh 30 Julai 2010, kertas statut bilangan ST. 103. Perintah ini diwartakan bagi memenuhi komitmen Malaysia di bawah ASEAN untuk mengkaji semula dan mengemas kini perjanjian Common Effective Preferential Tariff- ASEAN Free Trade Area (CEPT-AFTA) supaya ia menjadi sebuah perjanjian perdagangan yang lebih komprehensif yang dikenali sebagai ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA). Perintah ini mengandungi penambahbaikan komitmen sebelum ini dengan memasukkan beberapa elemen baru antara lain iaitu:
(i) Product Specific Rules (PSR) yang boleh digunakan untuk mendapat konsesi tarif ke atas barang yang didagangkan antara negara-negara ASEAN di samping peraturan sedia ada yang disyaratkan barang tersebut menggunakan sekurang-kurangnya 40% input pengeluaran dari negara-negara ASEAN, iaitu (40% Original Value Content);
(ii) Operational Certification Procedure (OCP) yang menetapkan prosedur pelaksanaan peraturan dan Tempasal fasal contohnya tempoh sah Sijil Tempasal dan tandatangan spesimen pihak berkuasa yang mengeluarkan sijil tersebut; dan
(iii) penggunaan Sijil Tempasal yang dipinda yang dipinda iaitu borang DATIGA. Perintah ini telah mula berkuat kuasa pada 17 Mei 2010 iaitu tarikh perjanjian DATIGA mulai dilaksanakan.
Yang ketiga, Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Negeri-negeri ASEAN dengan Jepun)(Pindaan) 2010 P.U.(A) 280 bertarikh 19 Ogos 2010 kertas status bilangan ST. 104. Pemerintah ini diwartakan bagi mengemas kini Perintah Duti Kastam
(Barang-barang di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Negeri-negeri ASEAN dengan Jepun) 2008 yang telah berkuat kuasa pada 1
Februari 2009 supaya dia selaras dengan komitmen telah dipersetujui dalam perjanjian tersebut. Mengemas kini hal ini juga melibatkan pindaan editorial ke atas perintah asas di antaranya untuk memasukkan kadar duti bagi semua baris tarif di bawah empat dan dua baris tarif di bawah 47 selaras dengan komitmen jangka panjang merangkumi tahun 2018.
Yang keempat, Perintah Duti Kastam (Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas antara ASEAN-Australia-New Zealand)(Pindaan) 2010 P.U.(A) 329 bertarikh 30 September 2010 kertas statut bilangan ST. 106. Perintah ini diwartakan bagi mengemas kini Perintah Duti Kastam (Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas antara ASEAN-Australia-New Zealand) 2010 yang telah diwartakan pada 31 Disember 2009. Perintah ini mengemas kini duti import ke atas dua baris takrif jagung dan durian dan masukkan unit ukuran kilogram masing-masing kepada empat baris tarif; ‘Needle glooms, felt, stick, bounded, fibers traveling, circuit and millergeries’ ke dalam perintah tersebut.
Yang kelima, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 3) 2010 P.U.(A) 352 bertarikh 15 Oktober 2010. Kertas statut Bil. ST.122 perintah ini bertujuan untuk memansuhkan duti import yang dikenakan pada kadar antara 5% dan 30% ke atas lebih 300 baris kod tarif yang terdiri daripada pelbagai jenis barangan kegemaran pelancong dan barangan kegunaan harian. Keputusan ini dibuat untuk menjadikan Malaysia destinasi utama membeli belah shopping heaven yang di samping merancakkan industri pelancongan dikenal pasti sebagai salah satu aktiviti ekonomi yang berpotensi meningkatkan pendapatan negara. Contoh barangan ini adalah beg tangan, dompet, pakaian, kasut, barang kemas tiruan, barang perhiasan dan barang permainan. Di samping itu keputusan juga dibuat untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, contoh barangan ini adalah bentuk syampu, cadar, selimut, langsir, alas meja dan pakaian kanak-kanak serta bayi.
Yang keenam, Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri- negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Barangan Antara Negeri-negeri ASEAN) (Pindaan) 2010. P.U.(A) 353 bertarikh 15 Oktober 2010 kertas statut Bil. ST.123. Perintah ini merupakan pindaan susunan consequential bagi memansuhkan duti import ke atas lebih 300 baris kod tarif yang sama seperti dalam Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2010 di atas yang diimport dari negara ASEAN.
Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Pindaan) 2010 P.U.(A) 345 bertarikh 7 Oktober 2010 kertas statut Bil. ST. 183. Perintah ini bertujuan untuk meminda jadual dalam Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.2) 2005 bagi menggantikan nama Syarikat Far Eastern Textile Limited kepada nama barunya iaitu Far Eastern New Century Corporation. Syarikat Far Eastern Textile Limited adalah pengeksport polystyrene, jentera - dari Chinese Taipei dan dikenakan Duti Anti- Lambakan pada kadar 5.13%. Pertukaran nama ini tidak melibatkan sebarang perubahan ke atas struktur organisasi aktiviti perniagaan aset dan liabiliti syarikat. Namun begitu pindaan ke atas Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan)
(No.2) 2005 perlu dilakukan bagi membolehkan syarikat terus menikmati kadar Duti Anti-Lambakan sedia ada. Berbanding kadar yang lebih tinggi iaitu 30.74% yang dikenakan ke atas lain-lain syarikat di bawah kategori others dalam jadual Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No. 2) 2005; Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) lanjutan tempoh 2010 P.U.(A) 348 bertarikh 14 Oktober 2010 kertas statut Bil. ST.144...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua saya hendak mencadangkan kepada Timbalan Menteri, iaitu segala perkara-perkara yang dibangkitkan berkenaan ST itu telah pun terkandung di dalam ST-ST berkenaan. Saya percaya Yang Berhormat dan Yang Berhormat kalau berminat boleh membaca dalam ST itu tidak perlulah kita baca di sini. Ini cadangan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey ada. Saya setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua saya perlukan 10 minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Menteri ada tadi cadangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa apa yang akan dibaca oleh Yang Berhormat itu juga terkandung dalam risalah-risalah yang telah pun diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi kalau Yang Berhormat bersetuju biarlah itu yang kita guna pakai, maka saya mahu sahaja seorang untuk menyokong.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas itu saya kemukakan kepada Mesyuarat.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan II - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ini terbuka untuk dibahas dan kalau tidak ada yang membahas saya kemukakan masalah untuk diputuskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan..
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tuan Yang di-Pertua saya ingin membahas sedikit sahaja mengenai dengan Kementerian Kewangan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat kalau saya beri peluang lagi kita akan sambung sebelah tengah hari lagi Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Sedikit sahaja satu minit sahaja, satu minit. Saya hendak berikan satu perbahasan dalam ini sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Cepat, cepat satu minit.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak boleh sokong usul ini kerana apa, kerana Kementerian Kewangan ini tidak jujur. Tidak jujur dari apa? Menteri Kewangan II telah berjanji dalam Dewan yang mulia ini mengatakan beliau akan membentangkan forensik report mengenai dengan Sime Darby. Saya dapat itu jawapan daripada kementerian bahawa forensik report ini tidak akan dibentangkan kerana penasihat undang-undang mereka kata tidak boleh. Apa? Di dalam Dewan yang mulia ini, apa-apa kertas yang dibentangkan di sini adalah dapat imuniti tiada sesiapa boleh ambil tindakan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Kenapa? Hendak tutup semua skandal Sime Darby inikah? Di mana Sime Darby perlu membayar RM40 juta kepada DBKL, tetapi DBKL cuma terima RM4 juta sahaja mengenai dengan tanah Bukit Kiara ini 70 ekar ini, tiba-tiba RM36.8 juta telah hilang. Sama ada RM36.8 juta telah diambil oleh siapa? Datuk Azizkah daripada UMNO Baling ataupun diambil oleh sesiapa.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Wangsa Maju terima kasih.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Mesti berikan forensik report itu, mesti dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini kerana wang Sime Darby ini adalah wang rakyat. Kita rakyat ada hak tahu menahu dengan perkara ini.
Jangan jadi the keep secret atau covering up Kementerian Kewangan. Terima kasih.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua saya akan rujuk perkara ini kepada Menteri Kewangan II dan juga AG dan kita akan memberi jawapan kepada Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Kementerian Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 3 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bil. 102 ST.103, ST.104, ST.106, ST.122, ST. 123, ST.183, ST.184, ST.196 dan ST.197 bagi tahun 2010 disahkan hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan kepadanya oleh Seksyen 6 subsekyen 2 Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut Bil. ST. 129 tahun 2010 disahkan. Satu Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2010 P.U.(A) 337 bertarikh 1 Oktober 2010 kertas status Bil. ST.129. Perintah ini bertujuan untuk menarik kadar cukai eksais bagi rokok seperti berikut:-
(a) bagi cigarette corot sekali gus dinaikkan daripada RM190 sekilogram dan 20... kepada RM220 sekilogram dan 20%;
(b) bagi others cigar, corot sekali gus daripada 19 sen sebatang dan 20% kepada 22 sen sebatang dan 20%.
Peningkatan kadar duti eksais ke atas rokok ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat kenaikan kadar di atas lebih berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2010. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sepatutnya masalah ini terbuka untuk dibahas, tetapi kalau tidak ada perbahasan saya kemukakan untuk diputuskan. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Belia dan Sukan II - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Kementerian Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 4 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bil. 129 bagi tahun 2009 disahkan hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Kedua Belas telah berlangsung selama 35 hari mulai daripada 11 Oktober 2010 sehingga 16 Disember 2010. Saya sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama kepada saya dan timbalan-timbalan saya. Begitu juga saya mengucap terima kasih kepada mereka yang tidak juga memberi kerjasama kepada saya dan timbalan- timbalan saya bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat disempurnakan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, pegawai Parlimen Malaysia, serta semua pihak yang turut terlibat dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat pada sidang kali ini. Akhir kata saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Natal, Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, selamat pulang dan selamat ke destinasi masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada pukul 1.02 petang.