Dec132010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) apakah kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk mengawal pertumbuhan pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan alternatif dengan memastikan hanya benar- benar sahih sahaja yang dibenarkan beroperasi; dan

(b) dalam masa yang sama apakah kerajaan merancang untuk mengiktiraf dan membantu pengamal-pengamal yang benar- benar sahih.

final • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengambil beberapa langkah untuk memastikan pengamal perubatan tradisional dan komplimentari yang berkelayakan serta mempunyai kepakaran yang sahih sahaja beroperasi. Ke arah ini, Kementerian Kesihatan sedang menggubal Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplimentari. Apabila rang undang-undang ini dikuatkuasakan kelak, semua pengamal perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai sijil amalan sebelum mereka dibenarkan beramal.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, badan-badan pengamal serta IPT telah membangunkan standard dan kriteria.

Susulan dari itu, beberapa IPTS telah menawarkan kursus-kursus di peringkat sarjana muda dan diploma dalam bidang perubatan tradisional dan komplimentari. Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengawal pengamal-pengamal asing yang beroperasi di Malaysia melalui kerjasama dengan Jabatan Imigresen.

Pengamal perubatan tradisional asing yang memohon visa untuk bekerja di Malaysia perlu mendapatkan surat sokongan dengan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari akan menilai kesahihan kelayakan pengamal tersebut dan pengalaman mereka sebelum menyokong permohonan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan juga memang mengiktiraf pengamal- pengamal perubatan tradisional dan komplimentari. Ini jelas terbukti melalui pengujudan hospital integrasi di mana beberapa amalan perubatan tradisional dan komplimentari ditawarkan di hospital kerajaan. Pada masa ini terdapat enam buah hospital iaitu Hospital Kepala Batas, Hospital Putrajaya, Hospital Sultan Ismail, Hospital Sultanah Nur Zahirah,

final • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Duchess of Kent, Sandakan dan Hospital Umum Sarawak. Rawatan yang disediakan adalah akupunktur, urutan tradisional Melayu, penjagaan selepas bersalin serta herba sebagai rawatan sampingan untuk pesakit kanser. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan. Oleh itu pada tahun ini, kita akan tambahkan lagi dua buah hospital untuk menawarkan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplimentari. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, perubatan tradisional ini memang kita nampak ada yang mujarab dan ada yang tidak. Jadi rakyat sebenarnya keliru. Ada yang boleh menyembuhkan penyakit tetapi tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Ada yang sakit pergi ke hospital, dia kata tidak ada penyakit. Jadi, apabila sampai ke satu kawasan bomoh atau lain-lain, penyakit sembuh.

Jadi, kalau kita iktiraf mungkin orang kata ini tidak ada di dalam pengamalan medical. Ada juga ‘fuh kanan, fuh kiri, berkat doa Baginda Ali’, sembuh dia. [Ketawa] Jadi, apa macam ini? Ini dalam amalan sahaja. Jadi macam mana kementerian boleh tafsirkan ini?

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, bagi Kementerian Kesihatan kita mengiktiraf badan-badan pengamal perubatan tradisional. Sekarang kita ada badan pengamalnya seperti Persatuan Perubatan Tradisional Islam dan Persatuan Perubatan Melayu Tradisional Urut. Ia ada badan-badan pengamal dan ia ada pakar-pakarnya di dalam bidang ini. Bagi perubatan Cina, ia ada juga perubatan akupunktur, Persatuan- persatuan Akupunktur dan Persatuan Tradisional Tui Na. Demikian juga Persatuan Ayurveda bagi India. Apabila kita panggil semua persatuan ini iaitu pengerusi-pengerusi dan juga jawatankuasanya, kita berbincang dan kita lihat pengamalnya ada evidence based, ada asas-asasnya dan kita akan mengiktiraf semua pengamal tradisional yang ada asas. Pengamal yang tidak ada asasnya dan dikatakan main bomoh-bomoh sihir ini, bukan di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. Itu saya rasa minta Kementerian Dalam Negeri ataupun kementerian-kementerian lain tolonglah, bukan di bawah kita.

Kita hanya akan memberi pengiktirafan kepada pengamal-pengamal perubatan yang ada asasnya dan diiktiraf sendiri oleh badan-badan persatuan perubatan tradisional masing-masing. Itu caranya kita membuat dan apabila adanya undang-undang, kita akan ada satu majlis seperti MMC mengawal doktor-doktor, MDC atau Dental Council mengawal semua doktor gigi. Kita akan wujudkan satu perubatan tradisional council untuk kawal semua pengamal perubatan tradisional ini.

final • 10:00 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya soalan tambahan. Yang Berhormat Menteri, selain daripada kawalan ke atas pengamal perubatan alternatif atau dari kerajaan, bagaimana dengan kementerian tentang pemantauan atau kawalan ke atas perubatan suplemen seperti herba suplemen dan jurujual atau agen untuk perubatan suplemen ini? Sering kali mereka bersikap seperti pakar tentang pengamal dan perubatan. Adakah kawalan ini akan dijalankan mungkin kerana ada side effect atau lain-lain kesan yang tidak sihat melalui penjualan perubatan suplemen ini?

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Ini juga Kementerian Kesihatan memantau dengan rapi. Buat masa ini banyak direct selling company. Banyak juga jurujual yang menjual food supplement. Ini adalah food supplement.

Bagi food supplement, ia akan didaftar sebagai makanan. Apabila didaftar sebagai makanan, ia bukan didaftar sebagai ubat. Oleh itu pihak farmasi Kementerian Kesihatan tidak mengawal food supplement. Ia hanya give notification. Ia bukan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Walau bagaimanapun, apabila ia didaftar sebagai food supplement, maka makanan ataupun ubat tersebut yang dikatakan tidak boleh dikatakan boleh mengubati apa- apa penyakit. Ia hanya sebagai food supplement. Apabila jurujual tersebut menjual barangnya dan mengatakan bahawa ini boleh mengubati darah tinggi, kencing manis dan pelbagai penyakit, itu adalah salah di sisi undang-undang kerana memang sebagai food supplement ia hanya boleh diiktiraf sebagai makanan tambahan kepada harian kita.

Oleh itu saya minta sekiranya ada mana-mana pihak yang mendapati ada jurujual atau syarikat yang menggunakan food supplement sebagai ubat, boleh melaporkan kepada Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan susulan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perkembangan terkini mengenai penyelenggaraan sistem LRT aliran Kelana Jaya dan Sri Petaling, terutamanya penilaian bantahan yang telah diterima, tahap pencapaian berbanding dengan pelan di mana sistem LRT akan dikomisen pada awal tahun 2013.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, projek LRT laluan Ampang dan Kelana Jaya adalah di peringkat akhir reka bentuk terperinci. Bagi keseluruhan Pakej A dan B dan kemajuan sehingga 31 Oktober 2010 adalah seperti berikut - bagi laluan Kelana Jaya ialah 95.2%; dan laluan Ampang ialah 97.3%. Selain daripada itu, beberapa kes bantahan juga sedang dalam proses penyelesaian.

Walau bagaimanapun, bagi jajaran yang tidak bermasalah kerja-kerja tersebut khususnya di Pakej A yang melibatkan kerja-kerja infrastruktur iaitu 7.4 kilometer bagi laluan Ampang dan 9.2 kilometer bagi laluan Kelana Jaya telah pun ditawarkan pada tahun ini dan dijangka akan memulakan kerja-kerja dalam masa yang terdekat. Sekiranya tiada halangan, projek ini disasarkan siap pada bulan April 2014; bagi laluan Ampang pada bulan Disember 2014; dan bulan Disember 2013 bagi laluan Kelana Jaya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih. Bagi kerja-kerja LRT ini, apakah jangkaan kos yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menanggung pembinaan LRT ini dan apakah cara kos ini akan ditanggung? Adakah bon-bon baru akan dikeluarkan oleh syarikat prasarana yang pada masa ini sudah mempunyai hutang lebih kurang RM9 bilion. Adakah kerajaan akan menimbang semula tambang bagi LRT, terutamanya meningkatkan lagi tambang untuk menanggung kos tambahan bagi servis tambahan LRT ini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Prasarana akan menggunakan pembiayaan sebanyak RM8 bilion bagi projek ini dan pembiayaan yang digunakan adalah melalui pembiayaan sukuk. Berkaitan dengan tambang itu, saya tidak ada maklumat berkaitannya.

final • 10:10 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya antara pengguna yang kerap menggunakan LRT ini. Ada masa LRT ini kosong dan ada masanya penuh, dan dianggarkan lebih kurang 37% pengguna LRT ini daripada warganegara asing.

Soalan tambahan saya ialah, kenapa laluan LRT ini tidak disambung terus?

Sebagai contoh, STAR LRT dari Sri Petaling disambung terus ke Serdang terutamanya melalui kawasan di universiti, kerana di universitilah rasa saya paling banyak pengguna dan mereka ini biasanya kalau ada LRT lebih ramai yang menggunakannya. Begitu juga dengan PUTRA LRT, ia sampai ke Taman Melati atau atas lagi. Sepatutnya ia terus ke UIA. Di sini pelajar UIA pun ada – terus sampai ke UIA barulah pengguna makin bertambah ramai dan sebagainya. Mohon jawapan.

final • 10:10 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada projek laluan Ampang dan Kelana Jaya yang akan ditingkatkan sepanjang 35 kilometer yang sedang dilaksanakan sekarang, banyak lagi projek prasarana di bawah NKRA yang sedang dilaksanakan bagi memenuhi kepentingan pengangkutan awam khususnya di sekitar Kuala Lumpur. Di antara projek-projek yang telah dirancang di bawah ETP ialah berkaitan dengan pelaksanaan MRT bagi kawasan ini.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

3. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan usaha Kerajaan dalam pembangunan perikanan negara termasuk penggunaan teknologi terkini terutama di laut dalam dan apakah pendedahan yang telah diberikan kepada golongan berkenaan mengenai penggunaan peralatan yang dimaksudkan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerus.

Pelbagai usaha telah dijalankan atau dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perikanan Malaysia untuk membangunkan subsektor perikanan.

Kejayaan Jabatan Perikanan Malaysia dalam mengurus sumber perikanan negara khususnya dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan adalah amat memberangsangkan, khususnya dari segi nilai pengeluaran subsektor perikanan pada tahun 2009 berbanding dengan tahun 2004 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 42.18%. Pada tahun 2009, subsektor perikanan negara yang merangkumi perikanan tangkapan dan akuakultur telah menghasilkan pengeluaran ikan sebanyak 1.8 juta tan metrik bernilai RM9 bilion. Peningkatan ini telah disumbangkan daripada akuakultur dan perikanan lautan dalam.

Usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perikanan Malaysia dalam membangunkan subsektor perikanan tangkapan dan akuakultur adalah seperti berikut:

(i) Akuakultur – bagi memajukan industri akuakultur negara, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenal pasti dan mengezonkan kawasan tanah dan perairan yang sesuai sebagai Zon Industri Akuakultur. Usaha membangunkan Zon Industri Akuakultur (ZIA) melibatkan pengambilan usaha dan komitmen di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan- kerajaan negeri. Sebanyak 42 kawasan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai kawasan ZIA dengan keluasan kawasan melebihi 25,000 hektar. Bagi memastikan pengusaha- pengusaha akuakultur tempatan berdaya saing, beberapa langkah telah diambil terutamanya melalui pengenalan kepada teknologi dan pendekatan seperti:

(a) Cheap Efficient Nursery Tank System

(CENTS) untuk asuhan anak ikan;

(b) Recirculation Aquaculture System (RAS) untuk mengitar semula air ternakan bagi peningkatan produktiviti; dan

(c) penggunaan tangki fibreglass dan polyethylene telah meningkat kadar hidup benih sehingga saiz tiga inci.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

Teknologi dan pendekatan baru penternakan ikan yang diperkenalkan ini didedahkan kepada pengusaha dan bakal pengusaha akuakultur melalui khidmat sokongan Jabatan Perikanan seperti kursus dan latihan. Pada tahun 2008, seramai 1,280 peserta, manakala pada tahun 2009 seramai 1,146 peserta telah mengikuti kursus-kursus akuakultur anjuran Jabatan Perikanan.

(ii) Untuk perikanan tangkapan. Pembangunan perikanan tangkapan negara dilaksanakan berasaskan maklumat saintifik dalam memastikan sumber perikanan negara dapat dieksploitasi secara optimum dan mampan. Dalam membangunkan perikanan tangkapan terutamanya perikanan laut dalam, Jabatan Perikanan telah memperkenalkan beberapa teknologi dan inovasi baru seperti berikut:-

(a) penggunaan teknologi vessel monitoring, menggunakan sistem satelit untuk mengesan pergerakan vessel bagi meningkatkan pengurusan vessel; dan

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

(b) Jabatan Perikanan juga mencadangkan memperkenalkan teknologi video digital kepada nelayan dengan keupayaan komunikasi suara, penentuan lokasi dan penyaluran data telemetri dalam meningkatkan komunikasi dua hala di antara nelayan serta radio nelayan berfrekuensi tinggi Jabatan Perikanan, yang boleh dicapai.

Jabatan Perikanan juga berusaha memastikan hasil tangkapan perikanan laut negara dapat menembusi pasaran antarabangsa. Dalam memberi pendedahan kepada golongan nelayan dan pengusaha laut dalam, kerajaan telah pun menyediakan beberapa program latihan. Pada tahun 2008, seramai 556 nelayan, manakala pada tahun 2009 seramai 817 nelayan telah mengikuti kursus-kursus berkaitan perikanan, tangkapan dan pemprosesan.

final • 10:20 AM

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain daripada usaha kerajaan untuk membantu menambah hasil tangkapan nelayan, dengan bantuan kewangan, kursus dan juga penggunaan peralatan moden seperti GPS, sonar dan acorn sounder, adakah kerajaan sedar dan apakah usaha-usaha tambahan dan terkini kerajaan dalam memastikan peralatan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh nelayan kita.

Jika kita bandingkan hasil tangkapan, walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ia telah meningkat sebanyak 40% tadi tetapi hasil tangkapan kita jauh lebih rendah berbanding dengan hasil tangkapan nelayan-nelayan negara jiran yang sanggup menceroboh ke perairan negara kita untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Masih berlaku pencerobohan yang tidak sengaja oleh nelayan-nelayan kita ke perairan negara- negara jiran kerana ketidakfahaman sepenuhnya fungsi-fungsi peralatan moden yang mereka ada seperti GPS. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Chua Tee Yong

Terima kasih atas soalan tambahan yang diberi oleh Yang Berhormat Kuala Nerus. Mengenai usaha-usaha yang diperkenalkan oleh pihak kementerian untuk meningkatkan tangkapan atau pengeluaran ikan-ikan, sebagai contoh di akuakultur, baru-baru ini kementerian telah mengguna pakai teknologi kejuruteraan genetik melalui pemilihan baka untuk meningkatkan pengeluaran serta kualiti. Sebagai contoh ikan tilapia yang telah berjaya diternak dalam skala besar di Tasik Banding, Perak di mana sebanyak 25 tan telah dikeluarkan untuk setiap minggu.

Sementara untuk perikanan tangkapan, baru-baru ini kementerian kita juga menggalakkan penggunaan teknologi Vessel Monitoring System. Ini adalah untuk memastikan pengusaha mengetahui lokasi mereka di laut dan juga untuk memperkenalkan dan juga meningkatkan lagi tangkapan ikan. Jabatan Perikanan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia adalah dalam proses memperkenalkan perkhidmatan fish forecasting bagi memudahkan nelayan mendapat maklumat berkaitan lokasi sumber perikanan berdasarkan dengan imej satelit.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya boleh didapati secara langganan oleh nelayan. Mengenai isu pencerobohan, kita memang menghadapi masalah ini. Akan tetapi, Jabatan Perikanan bersama dengan APMM di bawah Jabatan Perdana Menteri, bersama juga dengan Kementerian Dalam Negeri sentiasa berusaha untuk mengawal dan memantau situasi dan masalah yang dihadapi oleh nelayan. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berdasarkan kepada pembentangan Laporan Audit 2009 yang lalu, Jabatan Perikanan Malaysia hanya mempunyai dua kapal pukat jerut iaitu Kapal Latihan Paus yang masih beroperasi untuk tujuan tangkapan ikan di laut dalam.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok

Cuma, menurut laporan tahunan pergerakan KL Paus, kapal tersebut hanya berlayar selama 137 hari sahaja berbanding dengan 494 hari dalam tempoh tiga tahun. Ini kerana beberapa sebab, antaranya adalah kekurangan tenaga pakar dalam bidang penangkapan ikan menggunakan pukat jerut sejak tahun 2002 dan juga kerana kerosakan- kerosakan peralatan seperti kren, alat kawalan kren, skip boat dan sebagainya.

Soalan saya adalah berapakah jumlah kos kerugian yang terpaksa ditanggung sejak ia dibina dengan kos berjumlah RM22 juta dan sudah tentulah ianya tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada jabatan ataupun juga kepada nelayan?

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Chua Tee Yong

Terima kasih atas soalan tambahan. Kalau saya tidak salah, jawapan ini telah diberi pada sesi yang lepas tetapi saya masih akan mengumpulkan secara bertulis untuk soalan spesifik ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

4. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Kewangan menyatakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) telah ditubuhkan pada 1988 dengan tujuan memastikan sumber-sumber asli negara digunakan secara optimum bagi faedah generasi akan datang. Bolehkah Laporan Audit terkini tentang aktiviti KWAN dikeluarkan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) ditubuhkan pada tahun 1988 untuk memastikan penggunaan optimum sumber-sumber asli negara yang semakin merosot supaya dapat memberikan sumber pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah generasi akan datang dan negara.

Penyata kewangan bagi KWAN bagi tahun 2009 mencatatkan jumlah aset terkumpul KWAN sebanyak RM4.9 bilion meningkat sebanyak RM467.3 juta atau 10.5% berbanding RM431.4 juta pada tahun 2008. Dari jumlah tersebut, KWAN telah melaburkan sebanyak RM3,352.3 juta atau 68.4% di pasaran luar negara.

Manakala sejumlah RM1,546.3 juta ataupun 31.6% pula dilaburkan dalam instrumen pelaburan tempatan lain seperti pelaburan dalam ekuiti sebanyak RM440 juta iaitu 8.98%. Security tempatan RM774.6 juta iaitu 15.81%. Deposit tempatan RM210.25 juta iaitu 4.3%. Pelaburan dalam pengurusan dana tempatan RM104.54 juta iaitu 2.13% dan harta lain serta baki di bank sebanyak RM16.94 juta iaitu 0.35%.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, jumlah pendapatan dana KWAN sebanyak RM467.3 juta pada tahun 2009 iaitu hasil daripada RM100 juta sumbangan Petronas, RM244 juta keuntungan bersih dan RM123.3 juta daripada keuntungan reserve pertukaran wang asing.

KWAN telah mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM244.47 juta pada tahun 2009 berbanding dengan RM199.84 juta pada tahun 2008 setelah mengambil kira perbelanjaan operasi sebanyak RM0.43 juta pendapatan bersih meningkat sebanyak RM44.74 juta daripada RM199.29 juta pada tahun 2008 kepada RM244.03 juta pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira penilaian semula pertukaran mata wang asing sebanyak RM123.3 juta, keuntungan bersih KWAN pada tahun 2009 adalah RM367.3 juta.

Dengan itu, pulangan bagi tahun 2009 atas aset purata yang dilaburkan ialah 7.9% berbanding dengan 0.7% pada tahun 2008.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya prestasi kewangan KWAN bagi tahun kewangan 2009 adalah baik. Bagi meningkatkan lagi kecekapan operasi, KWAN telah melaksanakan kerangka pengurusan risiko yang ketat untuk mengawasi dan mengelak risiko pelaburan seperti risiko pasaran kredit dan operasi. Usaha ini perlu bagi merealisasikan visi KWAN untuk menjadi satu dana berprestasi tinggi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan tahunan KWAN yang lebih terperinci bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009 akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat. Sekian.

final • 10:30 AM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final • 10:30 AM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih Timbalan Menteri. Walaupun Timbalan Menteri telah memberikan data terperinci, namun saya ingin Timbalan Menteri memberikan penerangan dan menjawab soalan saya mengenai berapa peratuskah daripada jumlah RM4,000 juta itu dilaburkan dalam bentuk simpanan ataupun pelaburan jangka panjang dan berapa peratus yang dilabur dalam pelaburan jangka pendek?

Kedua, saya sudah melihat daripada angka yang diberikan iaitu pulangan 7% ataupun lebih. Soalan saya adakah pulangan itu termasuk keuntungan modal ataupun keuntungan saham apa yang dikatakan yang sudah dicairkan ataupun disebut sebagai profit entry sahaja. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk jawapan pertama iaitu pelaburan jangka pendek atau jangka panjang, itu saya akan memberi jawapan secara bertulis sebab yang saya ada pada masa ini adalah pelaburan yang kita labur di luar negara dan juga labur di dalam negeri. Soalan yang kedua iaitu bagi pulangan 7.9% itu iaitu daripada jumlah aset yang kita ada dan keuntungan seperti saya katakan tadi jumlahnya RM467.3 juta untuk tahun 2009. Sekian.

final • 10:30 AM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Kita ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana dapat mengawal Kumpulan Wang Amanah Negara ini dan syabas kepada Petronas yang merupakan penyumbang utama kepada tabung ini. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, sumber asli ini bukan setakat Petronas ataupun gas ataupun minyak sahaja tetapi sumber-sumber lain seperti bijih, emas, tanah, air dan sebagainya dan sudah tentulah perkara ini khususnya menyumbang kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Negara ini.

Akan tetapi akhir-akhir ini Tuan Yang di-Pertua, kita lihat terdapat negeri-negeri yang begitu rakus menceroboh, merosakkan alam sekitar, balak, pasir, air dan sebagainya sehingga sampai hendak buat demonstrasi kerana masalah air. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri berapa banyak akibat daripada kerakusan ini. Dulu kita dapat kawal, Kerajaan Barisan Nasional dapat kawal.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:30 AM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Janganlah marah, saya Yang Berhormat bercakap saya tak pernah marah. Saya bercakap janganlah marah. Inilah gaya dia, perangai pembangkang. Berapa banyakkah daripada segi penilaiannya Yang Berhormat Timbalan Menteri kerosakan yang dilakukan oleh penyangak, penyangak pula sudah, perakus-perakus ini yang bukan sahaja merugikan sumber asli kita tetapi mendatangkan malapetaka ataupun kerugian kepada negara. Minta penjelasan, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Maran. Saya memang setuju dengan pandangan Yang Berhormat iaitu sumber-sumber asli negara kita ini kita mesti jaga. Itu adalah tanggungjawab kerajaan pusat, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan semua Ahli Yang Berhormat pun ada tanggungjawab supaya kita boleh menjaga sumber-sumber asli ini untuk generasi yang akan datang. Yang Berhormat bangkit isu-isu mengenai macam mana kita hendak ambil tindakan atas sesiapa yang tidak jaga sumber asli kita, memang kita akan merujuk kepada kementerian yang berkenaan.

final • 10:30 AM

5. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan apakah skim bantuan yang diberikan kepada artis-artis veteran dan berapa ramai yang telah menerimanya daripada tahun 2008 hingga 2010.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini telah memperkenalkan skim belaan artis bermula daripada tahun 2007 hingga 2009. Seramai 219 orang penggiat seni pelbagai kaum telah menerima bantuan ini.

Pada tahun ini, kementerian telah memperkenalkan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi menggantikan Skim Biayaan Artis. Setakat 10 Disember 2010, bilangan penggiat seni yang menerima bantuan ini adalah seramai 47 orang. Skim bantuan yang disediakan ini bagaimanapun tidak terhad kepada artis-artis veteran sahaja tetapi turut meliputi penggiat- penggiat seni yang uzur dan daif daripada pelbagai bidang seni seperti pelakon, pelawak, penyanyi, pelukis, penulis, pemuzik, penggiat seni mak yong dan lain-lain lagi. Sekian.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak ucapkan tahniah kepada kementerian kerana Tabung Kebajikan Penggiat Seni satu usaha yang murni daripada Kementerian Penerangan. Cuma saya hendak lebih khusus sini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, merujuk artis-artis veteran ini ialah bintang-bintang filem Melayu yang melakonkan filem- filem Shaw Brothers di Singapura, Cathay Keris di Singapura, Merdeka Studio di Kuala Lumpur. Di mana lakonan mereka popular tahun 50-an, 60-an, 70-an, 80-an ini veteran ini.

Waktu mereka muda-muda mereka dipuji, mereka dipuja tetapi hari ini kebanyakan mereka - saya tidak tahu dalam Tabung Kebajikan Penggiat Seni ini termasuk tidak mereka-mereka yang hari ini kadang-kadang berada di Australia, di Indonesia, di Brunei, di Singapura. Di mana hari ini kadangkala setengah-setengahnya dalam keadaan sakit, uzur, tidak bermata pencarian. Jadi kalau mereka dipuja waktu muda, dipuji waktu muda saya berharaplah supaya dalam tabung ini jangan sampai ketinggalan. Saya harap kementerian merujuklah kepada agaknya Dato’ Mustapa Maarof, Tan Sri Datuk Jins Shamsudin, Umi Kalthum, Dato’ Aziz Sattar, bintang filem kita yang terkenal memang dipuja Maria Menado.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya faham Menteri faham.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Mereka masih ada lagi.

Rakan-rakan mereka ada selalu datang ke rumah saya Tuan Yang di-Pertua. Itu sebab boleh melihat keadaan mereka dengan mata dan fikiran. Jadi saya haraplah saya memuji usaha ini supaya janganlah kita abaikan mereka supaya kehidupan mereka adalah pembelaan daripada Kementerian Penerangan yang kebetulan pula Menterinya memang minat tentang seni dan budaya. Seorang Menteri yang begitu gigihlah dalam memperjuangkan seni dan budaya jadi saya harap ada senarai panjang yang tidak ditinggalkan artis-artis veteran yang telah berjasa satu ketika dahulu. Sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. KPKK adalah sentiasa prihatin kepada artis-artis tempatan dan juga kita telah tubuhkan dahulu kita adakan Skim Pembelaan Artis tetapi sekarang kita ada Tabung Kebajikan Penggiat Seni.

Tabung ini diperkenalkan tahun 2010 dan jumlah peruntukan berjumlah sebanyak RM3 juta.

Setakat ini jumlah sumbangan adalah RM247,000 sahaja kepada 47 artis-artis tempatan.

Kalau Yang Berhormat ada kawan-kawan, mereka dalam umur 60 atau 60 lebih Yang Berhormat boleh memohon kepada kementerian kami kerana kami ada borang dan juga ada garis panduan. Di mana dipatuhi oleh persatuan-persatuan mereka. Sekian.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Wujudkan borang macam e-Kasih juga Yang Berhormat yang patut dibantu itu dibantu.

Tidak payah dipanggil ataupun diisi borang lain.

final • 10:40 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Dari Skim Bantuan untuk artis-artis veteran saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri berapakah ramai dari jumlah bantuan yang diberikan kepada golongan artis bukan Melayu dan yang turut yang bergelumang di bidang seni tanah air kita. Minta jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua orang Melayu kita telah bagi 38%, kaum Cina kita telah bagi 3%, kaum India 5% dan lain-lain 1%. Sekian.

[Soalan No. 6 – Y.B. Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) tidak hadir]

final • 10:40 AM

7. Tuan Masir Kujat [Sri Aman] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan sama ada RISDA mempunyai perancangan teliti untuk tanaman estet getah di kawasan Sri Aman. Nyatakan keluasan jika ada.

final • 10:40 AM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kepada sahabat daripada Sri Aman. Saya mengucapkan terima kasih di atas soalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat permohonan tanam semula yang telah diluluskan kepada pekebun kecil individu di bahagian Sri Aman setakat 31 Ogos 2010 adalah seramai 19 orang pekebun kecil dengan keluasan 29 hektar. Manakala kadar bantuan tanam semula diluluskan bagi tanaman getah adalah sebanyak RM13,500 sehektar dan dibayar dalam enam kali ansuran. Bagi tahun 2011 - tahun hadapan, RISDA sedang merancang untuk membangunkan 10 buah projek tanam semula berkelompok ataupun pendeknya TSB dengan melibatkan keluasan 150 hektar di bahagian Sri Aman merangkumi kawasan tanah bergeran milik individu dan juga tanah-tanah NCR yang bergetah tua.

Untuk meningkatkan perkhidmatan bantuan tanam semula di bahagian Sri Aman ini RISDA telah membuka pejabat di peringkat daerah dikenali sebagai Pejabat RISDA Stesen Sri Aman dan telah pun mula beroperasi pada 5 Julai 2010 yang lalu. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dan kementerian untuk hendak menjayakan Skim Projek Tanaman Semula Sri Aman ini. Semuanya ini adalah bertujuan dengan pembukaan pejabat RISDA ini untuk memberikan kemudahan dan memperluaskan sistem penyampaian perkhidmatan RISDA kepada pekebun kecil di Bahagian Sri Aman. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Masir Kujat - Sri Aman

Ya terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri semasa kunjungan ataupun lawatan rasmi ke kawasan Ulu Pantu. Ulu Pantu kira lebih kurang 40 kilometer atau 50 kilometer dari bandar Sri Aman. Saya telah terima banyak pertanyaan daripada kawasan-kawasan ketua masyarakat di kawasan Ulu Pantu ini. Sebab kawasan mereka ini agak luas dan mempunyai tanah NCR yang belum diterokai. Jadi saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri sama ada RISDA akan bercadang untuk memasuki kawasan Ulu Pantu sebab kawasan itu amat sesuai dari segi geografi dan juga dari segi keluasan. Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri sekian terima kasih .

final • 10:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Aman yang menunjukkan sikap ambil berat meletakkan rakyat didahulukan dan saya ucapkan tahniah di atas prihatin Yang Berhormat Sri Aman. Dia bertanyakan kepada saya sama ada kita RISDA bercadang untuk hendak membuat tanaman semula di kawasan Ulu Pantu.

Saya sebenarnya tidak berapa begitu khusus tempat ini tidak berapa biasa jadi kita terpulang kepada kehendak rakyat di peringkat akar umbi.

Kalau mereka memikirkan macam Yang Berhormat sebut tanah ini sesuai kita akan bantu ini yang pentingnya. Kalau Yang Berhormat sendiri pun yakin tanah itu boleh dibangunkan kalau tidak ada apa masalah-masalah dari segi NCR dan sebagainya kita akan mulakan. Maknanya lagi baik benda ini diangkat lagi cepat kita akan memberikan perhatian. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang cukup prihatin ini.

final • 10:40 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya hendak peringatkan ini soalan RISDA di Sri Aman Yang Berhormat. Kalau tidak ada soalan RISDA Sri Aman tempat lain saya tidak bagi.

final • 10:40 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tidak, penting, RISDA bukan Sri Aman.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya tahu penting Yang Berhormat tetapi ini soalan RISDA di Sri Aman.

final • 10:40 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua boleh tanya tentang RISDA ini penting. Malaysia, Menteri mesti tahu, Timbalan Menteri hebat ini.

Boleh? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkaskan soalan Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Ya, ya. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa tadi hebat jawab.

Saya mahu tanya seperti FELDA sudah hampir muflis macam mana dengan RISDA?

[Dewan riuh]

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jangan buat cerita dongenglah.

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Apakah masa depan RISDA di Malaysia...

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jangan buat cerita dongenglah.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk. Dengar dahulu Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Asalkan tanaman getah ini sudah dikurangkan. [Dewan riuh] Duduklah, suruh dia jawab. Itu sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab, apakah status RISDA ini seperti FELDA sebab RISDA ini tanaman getah telah dikurangkan di negara ini. So, macam mana kedudukan RISDA secara keseluruhan ini. Adakah RISDA mengalami masalah? Adakah RISDA relevan atau kita perlu tutup RISDA?

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak payah jawablah!

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada sahabat Yang Berhormat daripada Batu Kawan. Kalau ikutkan saya, saya tidak hendak jawab sebab soalan ini tidak ada kaitan langsung dengan Sri Aman tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab pertamanya yang saya hendak sebut jangan buat tuduhan yang melulu cakap FELDA bankrap. Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah beri penerangan dan hari ini pun saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Batu Kawan sebenarnya soal RISDA ini setiap tahun membayar dividen kepada pekebun- pekebun kecil. Saya ingat tahun lepas sahaja pemberian dividen kepada pekebun kecil di seluruh negara yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melibatkan ratusan juta. Maknanya soal bankrap tidak timbul langsung Yang Berhormat Batu Kawan.

Yang pentingnya inilah perkhidmatan kita.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sangkaan jahat!

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Ya?

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sangkaan jahat!

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Ya niat jahat. Buat...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak payahlah. Tengok saya Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua ini lawa, cantiklah.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya terlebih handsome Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Tahu, cantik. Ini yang cantik. Faham. Jadi kadangkala Tuan Yang di-Pertua soalan-soalan yang tidak ada kaitannya seolah-olah buat tuduhan yang cukup mudah. Walhalnya apa yang berlaku di kawasan di akar umbi inilah dia pekebun kecil dapat faedahnya. Maknanya ini tuduhan jahat dan juga buta hati, buta mata tidak tengok apa yang sebenarnya telah kita jayakan.

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Minta maaf. Mana ada tuduhan jahat.

Jawab sahajalah.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Oleh sebab itu saya sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas soalan dan saya jawab mengenai itu tidak ada. Masalah ada. Di manakah tidak ada masalah? Yang Berhormat Batu Kawan pun ada masalah di kawasan...

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh tanya soalan di Parlimenkah?

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Ya?

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tidak boleh tanya soalan di Parlimenkah?

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Boleh tapi tidak ada kaitan...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Kalau tidak boleh jawab letak jawatan sahaja. Itu sahaja.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Kena baca peraturan-peraturan dalam Dewan Parlimen ini. Kalau menepati barulah saya boleh jawab. Kalau ikut tadi Yang Berhormat saya tidak hendak jawab. Tidak ada kaitan dengan Sri Aman tapi hendak tunjukkan kita ini bertanggungjawab saya jawab soalan Yang Berhormat dan yang lain-lain itu kita minum kopi dekat luarlah.

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih, terima kasih banyak. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya respect sama you.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Sama-sama.

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Saya tanya tentang RISDA bukan Sri Aman. RISDA boleh jawab. Itu sahaja.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sedikit beranilah. Bukan macam Menteri-menteri yang tidak datang hari ini.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Okey, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Kawan sudahlah.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Kita kawanlah. Kita minum teh selepas ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya mintalah sebab pegawai yang buat recording di belakang pun tidak boleh ambil Yang Berhormat kalau kita bising sangat. Saya memang mengetahui tradisi Parlimen memang ada bunyi sedikit tapi kalau tidak bunyi itu mengantuk juga. Akan tetapi janganlah begitu kuat sangat Yang Berhormat menunjukkan bahawa kita tidak menghormati Dewan kita sendiri. Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida Kamaruddin.

final • 10:50 AM

8. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mencapai kuota 30 peratus wanita dalam kedudukan proses pembuatan keputusan di sektor awam.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Salam 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, perjuangan untuk meningkatkan penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan sama ada di sektor awam mahupun swasta merupakan satu daripada agenda utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Usaha ini memerlukan komitmen padu daripada semua pihak terutamanya golongan majikan.

Pelaksanaan dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan yang diumumkan pada tahun 2004 telah menampakkan kemajuan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan terutama dalam sektor awam.

Bilangan wanita yang menyandang jawatan utama sektor awam JUSA meningkat daripada 18.8% pada tahun 2004 kepada 25.2% pada tahun 2006 dan seterusnya 32.3% pada penghujung tahun 2010. Selain menjadi Gabenor Bank Pusat iaitu Bank Negara Malaysia dan naib canselor, kini wanita juga telah menjawat jawatan yang berprofil tinggi seperti Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Timbalan Ketua Audit Negara dan Pengarah bahagian Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia. Turut membanggakan ialah pelantikan dua orang wanita sebagai Hakim Mahkamah Syariah pada bulan Mei 2010 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, kejayaan yang dicapai ini menunjukkan kerajaan beriltizam untuk terus meningkatkan penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan. Justeru di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan ditubuhkan. Antara lain jawatankuasa ini akan melaksanakan program kepekaan gender untuk sektor awam berkaitan pengambilan, pembangunan kerjaya dan perancangan penggantian.

Selain itu, kursus latihan khas untuk wanita dalam bidang utama seperti pengurusan dan motivasi turut dilaksanakan untuk meningkatkan keyakinan dan kebolehpercayaan diri di kalangan anggota wanita dalam sektor awam. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus mempergiatkan usaha advokasi bagi meningkatkan kesedaran semua pihak sama ada di sektor swasta mahupun politik supaya menyediakan ruang dan peluang kepada wanita yang berkelayakan untuk memegang jawatan tinggi dalam organisasi masing-masing. Kejayaan mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30% penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam semua sektor sesungguhnya memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak termasuk Ahli Parlimen sendiri. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapannya memang indah tetapi belum lagi memikat dalam segi pelaksanaan dan realitinya.

Saya hendak tanya juga oleh kerana tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab berapa peratus dan sebagainya. Oleh kerana kita telah menandatangani CDOR hampir 30 tahun yang lepas, tidakkah kita harus mengambil satu langkah pelaksanaan yang lebih tegas bagaimana kementerian meletakkan KPI terhadap semua kementerian untuk mencapai 30% penglibatan wanita. Yang pertama.

Keduanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum atau tidak bahawa waktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau pernah berjanji untuk melaksanakan dasar wanita negara yang akan melibatkan 30% wanita. Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri mengusulkan follow up susul dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menjadi Perdana Menteri sekarang untuk menggubal Akta Perlembagaan Persekutuan agar 30% penyertaan wanita itu diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita yang seperti apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Ampang atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Yang Berhormat, seperti mana yang telah saya nyatakan tadi iaitu sebenarnya di sektor awam kita telah pun mencapai iaitu 30% malahan 32.3% daripada wanita kita telah menyandang jawatan utama sektor awam. Jadi ini bermaksud kita sebenarnya telah mencapai KPI iaitu 30% seperti mana yang ditetapkan.

Jadi untuk soalan yang kedua iaitu tentang penggubalan akta dari segi tindakan sebenarnya kementerian ini telah pun berada di peringkat akhir untuk menyiapkan apa yang disebut sebagai Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara yang digubal pada tahun 1997 berikutan daripada Persidangan Wanita Sedunia Keempat di Beijing pada tahun 1995 dan susulan daripada penerimaan Beijing Platform for Action oleh Kerajaan Malaysia.

final • 10:50 AM

Puan Heng Seai Kie

Kementerian ini telah mengambil tindakan proaktif, juga untuk menilai semula Dasar Wanita Negara, dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara ini dan kedua- dua ini untuk makluman Dewan yang mulia ini, telah pun diluluskan oleh kerajaan pada 22 Julai 2009. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucapkan tahniah kepada kementerian dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menaikkan partisipasi wanita dalam sektor awam daripada 18% ke 32.3%.

Cuma soalan saya pendek. Di antara 28 kementerian yang ada di negara kita ini, mana satu kementerian yang betul-betul menduduki tempat teratas dari segi mengiktirafkan partisipasi wanita dalam perkhidmatan mereka. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk masa ini, saya tidak mempunyai data yang berkenaan. Jadi saya meminta jawapan secara bertulis. Sekian, Terima kasih

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya nasihatkan kementerian bahagikan kerajaan itu kepada tiga sektor legislative, executive dan kehakiman dan lihat macam mana prestasi tiap-tiap satu badan itu dalam mencapai matlamat 30% ini Yang Berhormat, baru kita boleh lihat dengan jelas.

Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Puan Hajah Nancy Shukri.

final • 11:00 AM

9. Puan Hajah Nancy Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejauh manakah sistem e-learning yang dilancarkan di Sibu berjaya dilaksanakan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong.

Matlamat utama pelaksanaan sistem e-learning adalah bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah melalui penggunaan teknologi terkini serta sistem dan perisian komunikasi dan maklumat ICT. Program sistem e-learning ini terdiri daripada kelengkapan peralatan dalam bilik darjah yang mana terdiri dari papan putih interaktif khas, dilengkapi dengan CPU, projektor jarak dekat, pembesar suara, serta perisian Pintar Interactive Math Toolbox, Pintar Interactive Science Toolbox, Pintar Interactive Jawi Toolbox dan Kindergarten Toolbox.

Sistem e-learning telah dilancarkan pada bulan Mei 2010, bertujuan membantu pengajar dan pelajar dengan penggunaan sistem interactive yang menarik dan dapat memberi motivasi kepada pelajar.

Pada masa yang sama, sistem ini juga turut menggalakkan kreativiti dan interaktif antara pengajar dan pelajar. Di samping itu, ianya juga dapat memperkembangkan penggunaan IT dan teknologi, bukan sahaja sekolah-sekolah di bandar, tetapi juga di kawasan luar bandar.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Sistem e-learning ini diharap dapat memberi kesan dan impak yang positif dan pembelajaran dan pengajaran pada guru-guru dan juga murid-murid seperti berikut:-

(i) mempertingkatkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti bilik darjah;

(ii) sistem ini membolehkan intergrasi antara pelbagai kaedah pembelajaran, seperti penggunaan visual, pendengaran dan pergerakan;

(iii) meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam persembahan pembelajaran menggunakan teknologi ICT;

(iv) menggalakkan penggunaan secara berkesan, sumber-sumber pembelajaran melalui web seperti penggunaan audio dan klip video;

(v) menggalakkan kerjasama antara guru-guru dari segi perkongsian bahan-bahan digital mengajar; dan

(vi) membantu meringankan beban mengajar guru-guru, di mana sistem ini membolehkan setiap modul pengajaran disimpan dan boleh digunakan berulang-ulang kali.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah, berapa banyak kah sekolah- sekolah di negeri Sarawak yang telah mengaplikasikan sistem ini, dan bagaimana pula sekolah-sekolah di luar bandar, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyentuh mengenai sekolah-sekolah di luar bandar pun dapat menikmatinya, tetapi saya hendak tahu di antara sekolah-sekolah di luar bandar, yang manakah yang telah menikmati sistem ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong.

Keseluruhannya di Sarawak, di Sibu kita ada tiga buah sekolah, satu di Bawang Assan, satu lagi di Sekolah Abang Ali, Sekolah Chong Hwa dan juga kita, di Kapit, Mukah, di sekitar Kuching dan beberapa tempat di Sabah. Di Sabah kita ada satu, dua, tiga, empat, lima dan di Semenanjung.

Maknanya ianya merangkumi, projek ini tujuannya ialah projek rintis yang merangkumi bandar, pesisir bandar dan juga luar bandar supaya kita dapat mengkaji kesannya untuk mengajar berlandaskan latar belakang penduduk-penduduk di bandar, pesisir bandar dan luar bandar. Dan juga kumpulan etnik, dan sebab itu ada pemilihan sekolah juga di mana ada campuran pelbagai ethnic groups. Daripada situ kita akan dapat membuat kajian, akhirnya kita akan dapat memberi report setakat mana teknologi ini dapat diguna pakai, diterima di kalangan guru dan pelajar dan akhirnya kita dapat dokumenkan keseluruhan proses untuk kita reportkan kepada kementerian yang boleh mengaplikasikan program ini termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk tadika-tadika sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

10. Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: minta Menteri Kewangan menyatakan sebab-sebab mengapa Ringgit Malaysia (RM) tidak diterima di luar negeri dan bilakah kerajaan akan mengizinkan RM untuk disenarai di pasaran antarabangsa.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Sibu bersama-sama dengan soalan Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor, yang dijadualkan dijawab pada 15 Disember 2010, kerana menyentuh mengenai isu yang sama, iaitu perdagangan ringgit di peringkat antarabangsa.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan masih lagi mengamalkan dasar tidak membolehkan ringgit diniagakan di pasaran antarabangsa atau dengan izin, internationalization ringgit.

Sehubungan dengan itu, semua pertukaran wang ringgit harus dilakukan dengan bank- bank berlesen di Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, kelonggaran telah diberi kepada pemastautin dan bukan pemastautin untuk membuat penyelesaian perdagangan antarabangsa, bagi barangan dan perkhidmatan dalam ringgit melalui cawangan luar negeri kumpulan bank-bank tempatan berlesen selain daripada mata wang asing.

Liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran wang asing ini yang telah diumumkan pada 18 Ogos lalu, adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam penyenaraian dagangan antarabangsa, menggalakkan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia.

Kerajaan sentiasa memantau perkembangan dan mengambil kira kesediaan Malaysia sebelum meliberalisasi dasar membolehkan ringgit diniagakan di pasaran antarabangsa dalam faktor yang perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dilakukan adalah seperti berikut:

(i) keutuhan pasaran wang dan pasaran pertukaran asing tempatan;

(ii) memastikan manfaat yang boleh diperolehi negara dari setiap langkah liberalisasi yang diambil melebihi sebarang risiko yang mungkin dihadapi;

(iii) rangka kerja pengawalseliaan dan sistem pengawasan yang berkesan serta komprehensif menerusi pemantauan persekitaran yang berterusan supaya sebarang risiko dapat dikesan lebih awal.

Selain daripada itu negara juga harus berupaya untuk menguruskan risiko dari liberalisasi tersebut, termasuk kesan terhadap ekonomi negara dan pelaburan asing jangka panjang serta memastikan pasaran kewangan tempatan kekal, teguh dan stabil. Sekian.

final • 11:00 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan pada Dewan yang mulia ini, pro dan kontra, dasar kerajaan.

Kalau kita benar-benar meliberalisasikan mata wang kita, apakah akan kita dapat keuntungan? Apakah kelemahannya berbanding dengan sistem sekarang?

final • 11:00 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Yang Berhormat tanya soalan macam tidak tanya.

Susah hendak jawab.

Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini kita mengamalkan rejim pertukaran asing semasa iaitu rejim apungan terurus atau management float. Ini di mana nilai ringgit tidak lagi diurus secara khusus berbanding dengan sesuatu mata wang tertentu, sebaliknya ringgit diurus berbanding dengan sekumpulan mata wang rakan perdagangan Malaysia yang utama. Berdasarkan kaedah ini, prestasi ringgit secara purata adalah stabil berbanding dengan kumpulan mata wang berkenaan. Ini memandangkan penambahan dan penyusutan nilai wang rakan perdagangan Malaysia tersebut secara umumnya telah menimbangkan satu sama lain.

Yang Berhormat bertanya pro and con. Memang seperti kita semua sedia maklum, kalau kita liberalisasikan mata wang kita iaitu kita tahu sindiket-sindiket akan berperang untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat dan kita memang pun telah bersedia mengenai isu-isu hot money. Kita memang hendak pelaburan untuk jangka panjang iaitu long term investment seperti foreign direct investment. Oleh itu, buat masa ini kita tidak ada hendak mengambil tindakan yang lain.

final • 11:10 AM

11. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bilakah Kerajaan akan berunding dengan Kerajaan Negara Brunei Darusalam untuk membina Jambatan Sungai Pandaruan, Limbang yang menyeberangi Sungai Pandaruan, Limbang menuju ke daerah Temburong, Brunei Darussalam memandangkan keadaan semakin serius setelah siapnya jambatan di Sungai Trusan, Lawas dalam bulan Ogos 2010 yang lalu.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri ll - Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang seakan-akan sama telah dibawa di Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat dari Limbang pada 7 Jun 2010 dan ia telah pun dijawab oleh saya.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Limbang kerana membawa soalan ini buat kali keduanya. Ini menunjukkan keprihatinan beliau tentang perlunya Jambatan Sungai Pandaruan dibina.

Tuan Yang di-Pertua, sejak 7 Jun 2010 beberapa perkembangan telah berlaku.

Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa semasa pertemuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di- Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Rundingan Tahunan Ke-14 yang diadakan pada 21 September 2010 di Putrajaya, kedua-dua pemimpin telah bersetuju supaya projek pembinaan jambatan baru merentasi Sungai Pandaruan dapat disegerakan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri terus bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya iaitu selaku agensi pelaksana untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi projek pembinaan jambatan tersebut. Kementerian Kerja Raya telah pun memasukkan cadangan projek ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) di bawah bajet pembangunan. Saya difahamkan bahawa Kementerian Kerja Raya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri di Kuching, Sarawak dan agensi-agensi di bawahnya pada 16 November baru-baru ini mengenai perkara-perkara yang menjadi keperluan seperti penambahbaikan kompleks CIQ Malaysia, lampu jalan, pos kawalan, pintu gerbang, pagar keselamatan dan lain-lain bagi kesemua agensi tersebut.

Pihak JKR Sarawak masih dalam proses mereka bentuk dan mendapatkan semua maklumat keperluan dan akan memaklumkan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia dari semasa ke semasa. Kerajaan amat peka dengan situasi seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang. Kerajaan berharap apabila siapnya nanti jambatan tersebut bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat setempat, malah boleh meningkatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Brunei Darussalam dan seterusnya menyumbang kepada pengukuhan hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada lagi soalan untuk jawapan sudah dijawab, Yang Berhormat? Jambatan hendak dibagi itu.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hanya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia atas tindakan yang telah dibuat. [Tepuk]

final • 11:10 AM

12. Prof. Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan] minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah Bank Negara akan menggalakkan ataupun mengarah kesemua bank di Malaysia untuk juga menyediakan perkhidmatan mesin ATM dalam Bahasa Tamil memandangkan wujudnya permintaan tinggi dalam hal ini daripada masyarakat antarabangsa India.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan ll - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan berhubung penggunaan bahasa- bahasa lain termasuk bahasa Tamil di mesin ATM adalah tertakluk kepada budi bicara setiap institusi kewangan setelah mengambil kira keperluan dan kehendak pelanggan serta pertimbangan komersial yang lain. Sehubungan ini, Bank Negara Malaysia telah mengemukakan cadangan ini kepada Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia dan Persatuan Institusi-institusi Perbankan Islam Malaysia untuk dimaklumkan kepada ahli-ahlinya. Sekian.

final • 11:10 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun saya faham bahawa kerajaan telah serahkan kepada institusi-institusi kewangan - ini bermakna kerajaan ini tidak ada dasar mengenai bahasa, apatah lagi apabila sebut 1Malaysia. Adakah 1Malaysia ini akan menenggelamkan semua bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Tamil? Berani atau tidak kerajaan Barisan Nasional ini mengumumkan bahawa mereka tidak ada pendirian mengenai bahasa-bahasa di luar. Itu soalan saya.

[Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, ini saya tidak faham pertanyaan Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Batu Kawan mesti belajar sedikitlah sopan hendak minta. Kita memang – ini dasarnya memang kita hendak bank- bank yang berkenaan. Mereka mesti buat keperluan atau kehendak pelanggan iaitu pertimbangan komersial yang begitu mustahak pada masa ini. Walau bagaimanapun, kita akan bincang dengan persatuan bank-bank dalam Malaysia mengenai isu ini.

final • 11:10 AM

13. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:-

(a) Adakah pihak kementerian mempunyai rancangan untuk mengkaji pemberian bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan balu- balu yang mempunyai anak-anak yang berumur melebihi 18 tahun di mana anak-anak mereka yang masih merupakan pelajar atau menuntut; dan

(b) berapakah jumlah anak-anak kepada ibu-ibu tunggal dan balu yang telah berumur melebihi 18 tahun yang masih menuntut.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan perkhidmatan bantuan kewangan kepada golongan miskin, termasuk ibu-ibu tunggal dan balu-balu yang mempunyai anak mengikut kriteria dan kelayakan yang ditetapkan. Objektif perkhidmatan bantuan adalah untuk memenuhi keperluan asas keluarga serta meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ini.

Skim Bantuan Kanak-kanak dipertimbangkan kepada ibu-ibu tunggal dan balu-balu yang mempunyai anak di bawah tanggungan mereka. Jumlah bantuan yang boleh dipertimbangkan bagi sesuatu keluarga setiap bulan adalah berdasarkan kepada bilangan anak dipelihara, dengan kadar RM100 bagi setiap orang anak dan tidak melebihi maksimum RM450 setiap keluarga setiap bulan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Skim ini disediakan bagi membantu kanak-kanak bagi keluarga miskin, ibu-ibu tunggal atau balu-balu yang berumur di bawah 18 tahun. Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa prihatin terhadap kanak-kanak dari keluarga ibu-ibu tunggal atau balu-balu yang berumur melebihi 18 tahun tetapi masih bersekolah. Bantuan yang disalurkan masih diberikan bagi membolehkan kanak-kanak ini untuk meneruskan persekolahannya. Dalam pada masa yang sama sekiranya remaja yang melebihi umur 18 tahun ini dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, mereka akan dirujuk kepada agensi lain bagi pertimbangan pembiayaan pengajian yang bersesuaian dengan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut statistik yang ada sehingga Jun 2010, sebanyak 1% atau 905 orang daripada 90,455 orang kanak-kanak yang melebihi umur 18 tahun dan masih bersekolah mendapat manfaat daripada kementerian ini melalui skim bantuan kanak- kanak. Bantuan kanak-kanak diberikan kepada seramai 39,388 orang penerima daripada

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

kalangan ibu tunggal dan balu-balu dengan kanak-kanak di bawah tanggungan mereka.

Sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar atau tidak bahawa selalunya di atas jawapan kita beritahu, rakyat selalu berasa sedih kerana mereka menunggu-nunggu bantuan daripada kementerian dan akhirnya apa pun tidak dapat.

Contohnya seperti anak-anak kepada ibu tunggal, janda dan balu datang berjumpa saya dan memohon bantuan di dalam urusan pengajian mereka.

Hendak mengharapkan bantuan pendidikan daripada PTPTN memang tidak mencukupi tetapi kita selalu ada jawapan, tadi contohnya ada satu keluarga bapanya tidak ada duit dan keluarga menunggu-nunggu. Kebanyakannya keluarga tidak mendapat sepatutnya bantuan daripada kementerian. Saya ada soalan tambahan iaitu apakah rancangan kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan ibu tunggal dan balu-balu? Apakah usaha kementerian dalam mengawal kadar tinggi masalah rumah tangga seperti penceraian yang akan membawa kesan kepada pembangunan diri kanak- kanak? Sekian.

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membantu ibu tunggal atau balu untuk anak-anak yang dipelihara di bawah umur 18 tahun. Bagi anak-anak yang dipelihara yang telah pun mencapai umur 18 tahun dan ke atas, yang mana mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Mereka boleh rujuk kepada agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi untuk pembiayaan PTPTN dan biasiswa JPA. Itu memang termaktub di dalam peraturan dan akta yang telah ditetapkan.

Jadi untuk menjawab soalan kedua yang telah dibangkitkan tadi, selain daripada bantuan kanak-kanak sebenarnya kementerian ini juga menyediakan bantuan-bantuan yang lain seperti bantuan am, di mana kadar bayarannya adalah berbeza daripada RM100 hingga RM300 mengikut keadaan balu atau ibu tunggal masing-masing. Kementerian ini juga menyedari tentang kadar penceraian yang membawa kepada pelbagai masalah sosial berbangkit daripada isu ibu tunggal ini. Seperti mana yang kita sedia maklum, kita telah pun merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk memperkukuhkan pertalian hubungan di antara suami isteri dan juga kekeluargaan. Sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah baru datang Parlimen hari ini. Masih panjang umur sebab bila Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan datang melawat saya, habis malaikat maut lari, Alhamdulillah. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan, saya hendak tanya apakah Yang Berhormat sedar bantuan RM100 untuk pelajar-pelajar ini terutamanya anak- anak ibu tunggal sama ada di bawah umur 18 tahun atau ke atas jauh daripada mencukupi.

Apakah kerajaan sedia menimbang supaya jumlah ini dinaikkan mengambil kira kos kehidupan pada hari ini yang begitu meningkat?

Kedua, saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah kementerian Yang Berhormat memainkan peranan iaitu menyelaras dengan pihak Kementerian Pelajaran bagi menentukan anak-anak ibu tunggal dan miskin diberi betul-betul keutamaan memasuki contohnya Maktab Rendah Sains Mara kalau pelajar bumiputera ataupun sekolah-sekolah asrama penuh? Saya rasa ini dapat membantu ibu tunggal atau keluarga miskin kerana kita dapati banyak juga tempat-tempat di sekolah asrama penuh dan seumpamanya dipenuhi oleh mereka-mereka yang mampu dan pengambilannya digunakan atas asas pencapaian akademik, umpamanya 5A UPSR.

Sepatutnya untuk golongan anak-anak ibu tunggal khususnya yang miskin, pencapaian akademik digunakan sebagai perkara yang kedua ataupun seumpamanya. Apa yang utamanya ialah jika mereka ini diberikan peluang diletakkan di sekolah berasrama penuh atau di sekolah-sekolah yang saya sebutkan tadi, pasti juga mereka akan dapat mencapai kejayaan akademik di masa akan datang. Apakah kementerian memainkan peranan untuk menentukan apa yang saya bangkitkan tadi? Sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas atas soalan tambahan yang dikemukakan. Saya memang bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa sekiranya dibandingkan dengan kos hidup yang semakin meningkat pada hari ini, bantuan sebanyak RM100 untuk setiap anak memang tidak mencukupi.

Namun di samping itu juga kita menggalakkan supaya ibu tunggal berkenaan untuk bekerja bagi meringankan beban yang ada.

Bagi menjawab soalan kedua iaitu tentang pengambilan pelajar-pelajar iaitu anak- anak ibu tunggal harus diberikan keutamaan berkaitan dengan pengambilan di institusi pengajian tinggi khususnya di institusi pengajian tinggi awam. Saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa selain daripada pencapaian akademik, soal latar belakang anak-anak ibu tunggal ini haruslah diberikan keutamaan. Saya percaya perkara ini sebenarnya telah pun diberikan perhatian oleh Kementerian Pengajian Tinggi kita. Sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:20 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERKAPALAN SAUDAGAR (PINDAAN DAN PELUASAN) 2010 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan untuk memperluaskan peruntukan tertentu ke negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) 1994; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk memperbadankan Agensi Inovasi Malaysia, untuk merangsang dan membangunkan ekosistem inovasi di Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020 dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri

final • 11:30 AM

Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN PENGURUSAN LIKUIDITI ISLAM ANTARABANGSA 2010 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menjadi anggota Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa, untuk memberi kuat kuasa kepada perjanjian yang menubuhkan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa, untuk memberikan kuasa, keistimewaan dan kekebalan tertentu kepada Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa dan subsidiarinya dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan

final • 11:34 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan giliran- giliran menjawab peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, sehingga diputuskan Rang Undang- undang Perbekalan 2011 dan usul-usul berkaitan dengannya dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 14 Disember 2010.”

final • 11:34 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan, [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebenarnya mahu buat keputusan pada kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, kerana pihak-pihak yang berkenaan perkara ini tidak ada dalam Dewan. Maka, saya tangguhkan dan saya akan buat jawapan secara bertulis.

final • 11:34 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Anggaran Pembangunan 2011 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima belas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:34 AM
Maksud B.60 [Jadual] – Maksud P.60 [Anggaran Pembangunan 2011] -

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Maksud Bekalan B.60 dan Maksud Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Ya, sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:34 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ada beberapa hal yang ingin saya bangkitkan. Antaranya adalah mengenai Latihan Khidmat Negara - 060000 di mana sebanyak lebih RM500 juta akan diagihkan untuk melaksanakan beberapa rancangan dan pengambilan anak-anak kita untuk berkhidmat dalam latihan khidmat negara. Saya mahu tahu apakah pendirian kerajaan dalam hal patriotiknya dalam pengajaran dan penglibatan anak-anak kita dalam latihan khidmat negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya juga ingin tahu setakat ini, berapakah murid-murid yang telah diambil berkhidmat atau dalam latihan ini telah tercedera untuk setiap tahun kebelakangan ini dan yang telah meninggal dunia dalam perkhidmatan latihan negara. Saya ingin tahu juga adakah kerajaan apa-apa polisi dalam anak-anak kita yang tidak dapat tempat dalam latihan khidmat negara, adakah mereka akan diberi peluang? Apakah rasional yang lebih

final • 11:36 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

kurang separuh dari anak-anak kita tidak ada peluang langsung untuk mengambil bahagian dalam latihan khidmat negara.

Dalam hal ini saya juga ingin tahu perbelanjaan di - Ada tiga ruangan di mana dikatakan wang perlu agihkan untuk Latihan Khidmat Negara Iaitu 060000. Satu lagi adalah di 070400 sebanyak lebih kurang RM98 juta dan selepas itu di 080700 – Latihan Khidmat Negara, RM86 juta. Apakah rasionalnya tiga pengagihan dibuat dalam hal ini? Satu lagi Tuan Pengerusi mengenai perkara kalau kita lihat dalam permulaan Kementerian Pertahanan, pelanggan-pelanggan dan objektif-objektifnya adalah mengambil kira pesara- pesara angkatan tentera.

Tuan Pengerusi, semalam saya telah dijemput untuk satu perjumpaan dengan ex service man di kawasan saya iaitu kawasan Buntong, Ipoh di mana pesara-pesara telah berjumpa dengan saya dan mereka telah memohon agar beberapa soalan dan masalah yang mereka hadapi diarahkan untuk mengemukakan kepada Dewan ini supaya satu jawapan diberi iaitu satu adalah di mana RM1,000 ganjaran telah diberi kepada home guard dan pihak polis kepada pihak-pihak yang telah masuk dengan tentera bekerja sebelum tahun 1962. Akan tetapi regular peserta yang mengambil bahagian dalam tentera, service man tidak dibenarkan mendapat ganjaran RM1,000 dan apakah sebab dan rasional anggota tentera tidak diberi ganjaran RM1,000? Walhal pihak-pihak yang home guard dan pihak regular polis diberikan ganjaran tersebut.

final • 11:36 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kedua adalah mengenai veteran-veteran ketika darurat, di mana walaupun mereka telah bertugas kurang daripada 21 tahun, saya difahamkan jika mereka bertugas lebih daripada 21 tahun dan ke atas hanya ganjaran atau pencen yang akan diberikan. Apakah alasan apabila mereka berkhidmat pada masa darurat dan sebagainya, mereka juga memberikan nyawa mereka untuk negara dan ketenteraman negara, apakah rasional mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran langsung.

Ketiga adalah saya difahamkan pada 27 Ogos 2010, Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Ahli Parlimen Kampar di dalam satu perjumpaan dengan ex-serviceman telah memberitahu bahawa 80,000 anggota tentera yang telah bersara patut diberikan ganjaran dan intensif yang tinggi serta dinaikkan supaya mereka juga mendapat manfaat dalam sistem di negara ini kerana walaupun mereka telah berkhidmat kepada negara, ini tidak diberikan dengan satu amaun yang munasabah.

Keempat adalah Tuan Pengerusi, selepas 9 hari bulan, saya telah membangkitkan hal di mana Menteri telah mengatakan bahawa satu di antara faktor di mana kurang penglibatan bangsa-bangsa bukan Melayu dalam angkatan tentera adalah kerana kekurangan patriotisme mereka kepada negara. Selepas itu saya difahamkan ada beberapa iklan telah dijalankan di dalam beberapa surat khabar. Satu di antaranya adalah pada 17.11.2010, di mana di surat khabar Sin Chew, Warrant Officer, Lim Siu Foo. Saya difahamkan telah memberitahu bahawa mengajak masyarakat Cina untuk menyertai angkatan tentera dan telah mengatakan di antaranya dia mendapat pendapatan sebanyak RM4,500.

Ex-serviceman pagi ini apabila saya telah menyemak rekod-rekod tersebut ia menunjukkan bahawa jawatan warrant officer kedua tidak boleh mendapat lebih daripada RM3,800. Ini menunjukkan bahawa alasan atau sebab-sebab yang diberikan untuk mengajak masyarakat bukan Melayu untuk menyertai angkatan tentera, bukanlah satu perkara yang ikhlas oleh kerajaan dan bolehkah satu pendirian, diberitahu apakah sebab perkara ini dibuat dan apakah rasional di mana walaupun pendapatan tidak tinggi tetapi telah diberitahu di dalam surat khabar pada masa tersebut.

Tuan Pengerusi, kelima adalah saya difahamkan dan diarah untuk memohon agar sesiapa yang telah berkhidmat di dalam angkatan tentera, jika dia telah berkhidmat 16, 18 atau 20 tahun tidak ada apa-apa pencen atau ganjaran yang akan diberikan, adakah kerajaan akan memikirkan untuk menolong masyarakat ini kerana ramai di antara mereka yang telah bekerja dengan angkatan tentera tetapi apabila mereka telah bersara atau terpaksa bersara sebelum 21 tahun, tidak akan mendapat alternative employment dan mereka dalam keadaan yang daif dan susah.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Adakah kerajaan sedar, seperti kita Tuan Pengerusi, Ahli Parlimen jika kita bertugas dilantik di dalam pilihan raya selepas satu hari kita boleh mendapat pencen. Akan tetapi seorang yang berkhidmat untuk negara dan lebih daripada 20 tahun tetapi kurang daripada 21 tahun, mereka tidak ada pencen. Apakah rasionalnya, Yang Berhormat Menteri sendiri jawablah. Suruh saya mengemukakan soalan kepada Menteri bukan kepada dia.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Menteri mana ada menjawab.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu terpaksa..

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Menteri akan jawab nanti.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, ini saya rasa adalah perkara yang mustahak, kita mahu rasional dalam satu polisi di mana kalau kita boleh memberikan ganjaran atau pencen kepada Ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri atau Timbalan Menteri dari Mersing dan sebagainya, mengapa pula tidak boleh memberikan pencen kepada orang yang telah berkhidmat bersungguh-sungguh serta telah memberikan nyawa atau perkhidmatan mereka kepada negara walaupun kurang daripada 21 tahun.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya telah membawa satu perkara yang unik di mana pada tahun 60-an, Kerajaan Malaysia telah menghantar askar-askar kita ke Congo, dan saya difahamkan mereka telah dibayar setiap hari dengan USD 40 sen dalam perkhidmatannya, ini adalah wang daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, walhal pada masa yang sama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memberikan USD10 untuk setiap anggota tentera yang berkhidmat di luar negara pada ketika itu, tetapi pada masa sekarang setiap anggota tentera jika berkhidmat di bawah United Nation, dia akan dibayar ganjaran sebanyak USD100 setiap hari dan bayaran akan dibuat terus kepada anggota tentera tersebut. Saya hendak bertanya satu soalan yang khusus, kenapa perbezaan sebanyak USD9.60 tidak dibayar kepada anggota-anggota kita yang telah bekerja dan berkhidmat untuk negara bagi pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam United Nation.

Akhir sekali dalam hal pengambilan pekerja-pekerja dalam tentera, adakah kerajaan akan memberikan lebih ganjaran yang tinggi kerana pada minggu yang lalu, saya difahamkan di dalam surat khabar dan sebagainya, Menteri sendiri telah mengatakan bahawa semua anggota tentera akan dinaikkan gaji dan berapa banyakkah setiap orang mendapat kenaikan gaji dan apakah rasionalnya, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ledang.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mengikuti ucapan Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Saya hendak menyentuh Butiran 20300 tentang latihan dan semua butiran mengenai latihan ini, termasuklah pentadbiran pertahanan.

Tuan Pengerusi, sehingga kini boleh dikatakan setiap tahun dengan jumlah tentera yang ada di dalam semua bidang, tidak kurang 5,000 yang bersara setiap tahun. Jadi bayangkan Tuan Pengerusi, 5,000 bersara khususnya di peringkat berlainan pangkat ini, dengan pencennya sekitar RM1,600 pada usia lebih kurang 40 tahun dengan pendapatan pencen RM1,600 atau RM1,500, umur atau usia 40 tahun.

Bayangkan Tuan Pengerusi pada usia ini mereka bersara, sudah tentulah mempunyai keluarga yang besar, anak sedang bersekolah mungkin ramai di peringkat universiti, di sekolah menengah dan sebagainya, saya yakin dengan pendapatan sedemikian tidak cukup terutamanya jika mereka tinggal di bandar-bandar atau di pekan- pekan. Memang benar Tuan Pengerusi, ada skim latihan di bawah tempoh peralihan selama dua tahun, mereka-mereka ini akan dilatih mengikut pemilihan masing-masing sama ada hendak menceburi di dalam bidang keselamatan, pembuatan, menjadi tukang masak, katerer dan sebagainya.

final • 11:46 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Namun pertama Tuan Pengerusi, saya hendak tanya apakah satu kajian telah pun dibuat ke atas saya kata graduan-graduan lain yang dilatih melalui PERHEBAT ini. Adakah mereka benar-benar berdikari, mampu berdikari setelah mereka dilatih, apabila mereka telah bersara daripada skim yang telah di laksanakan pada masa yang lalu. Sebab umumnya Tuan Pengerusi, kebanyakan daripada mereka seolah-olah kurang bersedia ataupun mereka dalam bahasa Melayu Tuan Pengerusi, dalam bahasa pasar hentam Kromo, mereka rasa hendak berniaga mereka berniaga, mereka rasa hendak menjadi tukang masak, mereka jadi tukang masak, mereka rasa mereka hendak menjual Amway, mereka jual Amway, tetapi adakah karier ini sesuai dengan jiwa mereka, adakah kajian telah dibuat.

Saya telah baca di dalam satu buku Tuan Pengerusi, Kalau kita hendak berniaga umpamanya, kita kena semak naluri kita.

final • 11:46 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kalau kita hendak jadi seseorang dalam sesuatu karier, kita kena tanya naluri kita.

Buku tersebut mengatakan bahawa yang kita boleh semak balik naluri kita ialah apakah cita-cita kita semasa kita kecil? Kalau cita-cita kita semasa kecil hendak jadi cikgu Tuan Pengerusi, kemudian selepas bersara kita berniaga jual kereta, jadi pemaju dan sebagainya ia tidak akan menjadi. Ini kerana bertentangan dengan naluri dia.

Dia berniaga Tuan Pengerusi kalau perniagaan itu berkaitan dengan pendidikan atau pelajaran. Misalnya membuat training atau jual buku, jual peralatan mengajar dan sebagainya. Akan tetapi kalau jual kereta tidak jadi Tuan Pengerusi kerana bertentangan dengan naluri dia. Samalah Tuan Pengerusi kalau kita latih bakal-bakal bersara ini dalam perkhidmatan tentera untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Mesti ada kaitan dengan nalurinya.

Begitu juga kalau mereka hendak menceburi dalam bidang-bidang lain mesti ada kaitan dengan nalurinya. Jadi pada saya Tuan Pengerusi mungkin tempoh dua tahun dalam tempoh peralihan ini tidak cukup, kerana mereka belum bersedia. Oleh yang demikian perlu ada satu tempoh lebih panjang supaya mereka boleh diberi peluang untuk mereka meneruskan kerjaya, akan tetapi ada kaitan dengan alam persaraan yang sesuai dengan naluri dia.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Menteri, saya menyokong cadangan yang dibuat oleh Ledang. Cuma Yang Berhormat Ledang kalau tidak silap saya, semasa saya pegawai kerajaan dulu, mereka yang di dalam proses peralihan ini sebenarnya mereka telah memilih agensi mana, jabatan mana yang mereka ceburi untuk mendapatkan latihan dan sesuai dengan kehendak mereka.

Manakala jika mereka hendak jadi peniaga, mereka mungkin pergi ke kementerian yang berkenaan. Kalau hendak jadi guru atau hendak jadi pengajar kelas, sama ada kelas tambahan dan sebagainya mungkin boleh pergi ke pendidikan dan sebagainya. Cuma saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Ledang, kita hendak tahu daripada kementerian ini, apakah mekanisme yang dibuat oleh kementerian dalam mengawal mereka? Oleh sebab PERHEBAT ini adalah bekas-bekas tentera, mereka ini pun orang yang sudah sebahagiannya bersara, yang sudah tidak berapa - Semangat ada, akan tetapi mungkin sudah di luar daripada kementerian.

Jadi sudah tentulah mereka juga ada batasan-batasan. Jadi apakah mekanisme yang diadakan oleh kementerian dalam menentukan supaya pesara-pesara tentera yang akan bersara ini akan dapat meneruskan hidup mereka dengan menceburi bidang-bidang yang sesuai seperti mana yang dicadangkan oleh Ledang ini, terima kasih.

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Maran. Sebenarnya kalau menyentuh PERHEBAT ini Tuan Pengerusi, saya semak peruntukan setiap tahun sejak tahun 1994 Tuan Pengerusi lebih kurang RM26 juta.

Sejumlah 70% daripadanya adalah digunakan untuk pengurusan ataupun operasi, balancenya 30% ataupun bakinya barulah digunakan untuk latihan. Jadi itu tidak cukup.

Mungkin pada saya perlukan peruntukan tambahanlah. Itu salah satu aspek.

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi, saya menyebut tadi ke mana pun mereka pergi sama ada mereka hendak berniaga ataupun menyambung kerjayanya dalam bidang yang sesuai dengan mereka, mesti ada psikologi input Tuan Pengerusi. Maknanya mereka benar-benar bersedia daripada awal, lahir dan batin, ataupun daripada dalam. Jadi sesuailah kalau tempoh peralihan itu dipanjangkan.

Begitu juga Tuan Pengerusi, kalau kita tengok kebanyakan mereka ini ada kemahiran tertentu. Misalnya Tuan Pengerusi mereka seorang pilot. Kapal terbang yang membawa Yang di-Pertuan Agong, kapal terbang yang membawa Perdana Menteri dan sebagainya, akan tetapi apabila mereka bersara nanti tidak mudah untuk mereka mendapatkan lesen komersial yang boleh terus berkhidmat dengan Sistem Penerbangan Malaysia dan sebagainya.

Kalau mereka dalam bidang perang misalnya, mereka boleh mengendalikan atau mengurus kereta kebal apakah kemahiran mengurus kereta kebal itu boleh digunakan di luar? Maknanya tidak ada satu kesinambungan yang boleh diiktiraf kemahiran yang mereka miliki dengan selepas mereka bersara nanti. Jadi saya ingin mengesyorkan supaya satu kaedah, pendekatan tentang pengiktirafan atau sijil vokasional dan sebagainya supaya sijil ini boleh digunakan apabila mereka bersara Tuan Pengerusi. Itu paling penting sekali.

Maknanya ada pendekatan ataupun untuk membela tidak kurang lima ribu tentera yang bersara ini. Maknanya kita beri mereka pancing, bukan kita beri dia ikan. Macam Yang Berhormat Ipoh Barat kata tadi beri ikan tidak cukup. Itu maksud saya. Itulah pendekatan yang terbaik daripada insya-Allah kerajaan Barisan Nasional Tuan Pengerusi, sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga berminat untuk membahaskan berkenaan peruntukan untuk Butiran 060000 – Latihan Khidmat Negara. Saya juga ingin tahu untuk tahun depan, berapakah jumlah keseluruhan peruntukan dia, agihkan untuk menjalani PLKN? Juga operasi keseluruhan jabatan berkenaan ataupun berkaitan dengan PLKN? Oleh sebab saya juga seperti Yang Berhormat Ipoh Barat meneliti ada dua atau tiga butiran yang berkaitan dengan Latihan Khidmat Negara.

Yang Berhormat Menteri ada hadir dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin menyatakan bahawa saya sangat kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri ketika menjawab pertanyaan dalam Dewan yang mulia ini berkenaan sebab kekurangan bukan Melayu menyertai Angkatan Tentera Malaysia tersebut.

Kita ada PLKN Tuan Pengerusi yang menerusi satu akta diluluskan dalam Dewan yang mulia tahun 2003 bulan Jun dan dilaksanakan dalam keadaan tergesa-tergesa bulan Disember tahun 2003. Setahu saya setakat ini kita telah membelanjakan RM3.8 bilion untuk PLKN. Akan tetapi apa yang mengejutkan kita semua dalam Dewan yang mulia ini adalah masa ini PLKN ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan.

Kita ada seorang Menteri Pertahanan meluahkan kenyataan yang sedemikian bahawa kekurangan penyertaan bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia adalah salah satu sebabnya adalah kerana kurang patriotisme. Tuan Pengerusi PLKN apakah objektifnya, telah berulang kali kami bangkitkan. Objektif adalah untuk memupuk semangat patriotisme, membentuk karakter atau nilai-nilai murni, character building dan juga untuk memupuk perpaduan.

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian memang telah menyinggung perasaan orang ramai. Yang Berhormat Menteri ada cuba memberi penerangan, ministerial statement dalam Dewan yang mulia ini akan tetapi nampaknya it goes like a square one Tuan Pengerusi. Pada 9 November selepas itu cuba menerangkan kata kesal jika telah menyinggungkan perasaan. Sekiranya telah

final • 11:55 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

menyinggung perasaan beliau tidak berniat akan tetapi akhirnya apabila usul untuk memotong gaji Yang Berhormat Menteri nampaknya Yang Berhormat juga cuba menjustifikasikan kenyataan Yang Berhormat dengan berbagai cara, menggunakan perkataan “Oh, saya menyatakan dengan menggunakan perkataan berkemungkinan,” ataupun Yang Berhormat Menteri cuba menjustifikasikan yang menyatakan, “Oh, kita ada kajian-kajian tertentu”.

Saya kesal dengan kenyataan Yang Berhormat tersebut. Saya juga ingin - Maaf Tuan Pengerusi saya mula meneliti sama ada Yang Berhormat Menteri masih layak menjadi seorang Menteri...

final • 11:55 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:55 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terutamanya...

final • 11:55 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:55 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Memimpinnya.

final • 11:55 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Jangan cakap pasal perkara-perkara dasar Yang Berhormat. Saya minta... [Dewan riuh]

final • 11:55 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini bawah PLKN ya.

final • 11:55 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ini di bawah Jawatankuasa.

final • 11:55 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Di mana PLKN adalah di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri ya. Ini saya mula mempersoalkannya Tuan Pengerusi. Berkenaan PLKN - 060000 tadi saya menyatakan sesi baru akan bermula tahun depan 2 Januari.

final • 11:55 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya dua minggu yang lepas, saya telah mula menerima panggilan Tuan Pengerusi. Mereka masih tidak terima surat. Baru semalam saya jumpa, mereka kata “Hari Jumaat lalu baru terima surat.” Mereka akan mula sesi dalam 2 Januari ini tetapi surat masih tidak terima. Mereka dapat tahu mereka telah dipilih menerusi laman web. Apa yang mengejutkan saya ialah, mengapakah kelewatan sedemikian untuk menghantar surat memaklumkan pelatih bahawa mereka telah dipilih Tuan Pengerusi.

Dalam dua minggu mereka akan menghadiri PLKN, tetapi baru minggu lepas mereka terima surat. Yang Berhormat Menteri boleh kata melalui SMS, boleh buat semakan, melalui laman web boleh buat semakan tetapi yang paling penting ialah notis harus dimaklumkan secara terus kepada mereka yang telah dipilih. Bukan semua ada akses kepada internet Tuan Pengerusi, dan bila saya melayari laman web PLKN Khidmat Negara saya mendapati di sana ada kata, kalau hendak maklumat tambahan boleh buat cetakan maklumat tersebut. Tuan Pengerusi, tahu berapa keping cetakan? 32 keping cetakan setiap pelatih yang telah dipilih ada surat penangguhan, pengecualian, kebenaran, surat kesihatan. 30 keping kalau memang mereka mahu cetak untuk mengisi borang, melengkapkan dan surat notis belum sampai daripada JLKN. Mereka kena buat cetakan.

Semua persediaan ini melalui cetakan dari laman web. Jadi saya rasa ini salah satu kelemahan di mana program ini telah dijalankan lebih kurang enam tahun sudah.

Boleh diperbaiki. Ibu bapa mereka begitu gelisah Tuan Pengerusi lebih-lebih lagi mereka yang menetap di Ipoh dihantar ke Kedah. Dokumen-dokumen belum sampai. Mereka tidak ada satu hala tujuan. Mereka kata, “Baik, saya hantar anak pergi tetapi dokumen tidak ada.

Borang-borang kena isi”. Mereka kena buat cetakan print out, dengan izin dari lama web yang 32 keping. Itu persoalannya. Saya juga ingin memohon agar Yang Berhormat Menteri kalau boleh meminta kem-kem komander – anak-anak kita yang dihantar ke kem mereka boleh dipamerkan dengan izin Tuan Pengerusi.

Hand phones, telefon bimbit setiap kem komander di dalam senarai kem di dalam laman web. Saya telah beberapa kali apabila ahli keluarga menghubungi, saya menyatakan mereka mendapat maklumat bahawa anak mereka ada masalah kesihatan atau ada isu pergaduhan mereka mula risau. Akan tetapi, apabila mereka hubungi saya selepas masa pejabat, saya mengalami kesulitan untuk menghubungi kem komander. Saya terpaksa melalui ketua pengarah yang sentiasa memberi kerjasama. Akan tetapi, isu yang penting

final • 12:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

adalah telefon bimbit kem komander kalau boleh dipamerkan di dalam laman web. Jadi apabila timbul masalah ibu bapa boleh terus menghubungi Tuan Pengerusi.

Ini kerana mereka bukan semua yang dihantar untuk menjalani PLKN ini, dihantar ke tempat yang mendekati atau di dalam negeri yang sama di mana mereka menetap. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lipis.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi bagi Maksud B.60 saya akan bercakap mengenai Butiran 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Jadi yang pertamanya, saya ingin penjelasanlah daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan mengenai dengan perbezaan pencen di antara yang berkhidmat 21 tahun dengan yang 22 tahun. Jadi saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan agar mengkaji semula tarikh ini, kerana mengikut kata bekas-bekas tentera yang telah berpencen 21 tahun mereka diarahkan berpencen pada servis yang ke-21 tahun itu.

Bila mereka berpencen ada pula yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan apabila dibuat pelarasan mengenai pencen angkatan tentera ini, jadi mereka yang 22 tahun itu telah dinaikkan pencen. Jadi ini menimbulkan rasa tidak puas hati. Boleh saya katakan sangat-sangat tidak puas hati di kalangan anggota-anggota tentera yang telah berkhidmat selama 21 tahun. Mereka telah berpencen kerana perbezaan ini. Saya ulangi sangat- sangat tidak berpuas hati. Jadi saya mohonlah pada pihak Yang Berhormat Menteri agar melihat perkara ini dengan teliti dan membuat pelarasan semula dengan perkara ini.

Kedua, di bawah Butiran 40000 juga. Saya juga hendak bertanyalah kepada pihak Yang Berhormat Menteri atau kementerian agar mengkaji semula atau memohon agar mengkaji semula dasar pemberian pencen kepada veteran-veteran ATM yang telah bersara sebelum tahun 1990. Ini kerana terdapat juga perbezaan dengan mereka yang bersara selepas tahun 1990, kerana dengan cara ini apabila kita mengkaji semula kita lihat agar mereka ini dapat seimbanglah. Ini kerana terdapat perbezaan ketara di antara pencen bekas-bekas tentera ini.

Seterusnya ialah mengenai dengan kaedah pemberian wang khairat kematian kepada waris-waris penerima apabila veteran ini meninggal dunia. Ini kerana buat masa sekarang waris penerima lambat menerima wang khairat kematian dan ada kalanya menjangkau sampai tiga bulan. Jadi saya memohon supaya satu dasar dibuat mengenai perkara ini agar kita dapat mengatasi masalah kelewatan ini dan secara tidak langsung kita telah dapat menjaga kebajikan bekas-bekas tentera ini.

Berikutnya saya hendak bercakap mengenai Butiran 010100 – Pentadbiran dan Dasar Pertahanan. Jadi di sini saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri.

Berapa ramaikah bekas-bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah menamatkan perkhidmatan mereka selama 10, 15 dan 18 tahun? Ini kerana kumpulan ini saya percaya mereka tidak berpencen dan sekiranya ada rancangan daripada kementerian untuk membuat satu dasar baru mengenai dengan pencen ini, apakah kaedah-kaedah yang telah diberi, kaedah-kaedah yang telah dilaksanakan untuk rancangan tersebut. Saya mohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Akhirnya, ini mengenai PERHEBAT. Jadi saya hendak tanya berapa ramai sudah peserta-peserta yang telah menamatkan kursus peralihan di PERHEBAT ini. Jadi seperti yang telah dicakapkan oleh Yang Berhormat Ledang tadi, adakah PERHEBAT menjalankan pre-evaluation. Mengenai minat, kecenderungan dan sebagainya terhadap mereka atau anggota tentera yang akan bersara ini. Ini kerana melalui pre-evaluation ini saya percaya kita dapat menyalurkan anggota tentera ini kepada bidang-bidang yang mereka minati dan kemungkinan bidang-bidang yang mereka berupaya. Bukan setakat minat sahaja kerana kadang-kadang minat sahaja tidak mencukupi. Akan tetapi, ada kalanya bidang yang

final • 12:03 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

mereka minati mereka tidak berupaya untuk melaksanakan selepas mereka tamat perkhidmatan daripada angkatan tentera.

Begitu juga dengan, adakah kita buat evaluation, dengan izin mengenai dengan transfer of training yang telah berlaku selepas anggota-anggota ini menjalani latihan di situ.

Sejauh manakah kita melihat, apakah bekas tentera ini atau bekas pelatih PERHEBAT ini telah melaksanakan bidang-bidang yang mereka berkursus di PERHEBAT. Ini kerana kita tidak hendaklah nanti ada yang mengatakan mereka hendak bersara. Saya ingat masa saya dulu, ada yang menyatakan pada saya, saya bertanya “Buat apa di sini?” Bekas anggota saya. Dia kata kursus di kedai, kursus berniaga di kedai. Akan tetapi, saya tengok kedai yang dia kursus itu pun hidup segan, mati tidak mahu.

Jadi mereka menghabiskan masa tanpa membuat apa-apa kursus yang sebenarnya, akhirnya mereka tidak dapat melaksanakan perniagaan mereka. Akhirnya mereka mulalah menyatakan itu dan ini yang tidak betul sebab duit imbuhan yang mereka dapati gratuity telah habis. Selepas itu mereka terpaksa pula mencari kerja-kerja lain kerana kursus yang mereka ikuti tidak dapat berjalan dengan betul. Jadi setakat itu dulu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 12:03 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Pengurusan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, status dan kedudukan isu pelajar dari Maktab Turus Angkatan Tentera yang bernama Mohammed Naim Mustaqim bin Mohamad Sobri yang mati dibuli dan juga di ragging oleh senior pada tahun lepas. Sehingga sekarang kita tidak kedengaran apakah tindakan yang diambil kepada pengurusan Maktab Turus Angkatan Tentera Sungai Besi tersebut.

Jadi saya merayu supaya tindakan yang setimpal diambil ke atas pelajar-pelajar dan ibu bapa, termasuk juga pengurusan Maktab Turus Angkatan Tentera supaya mereka ini diadili. Ini kerana saya mewakili rakyat di kawasan Sungai Siput yang mana keluarganya berasal dari situ, bahawa Mohammed Naim Mustaqim ini adalah seorang pelajar yang cergas. Ia mewakili negeri Perak dalam pertandingan bola sepak di bawah 18 tahun - seorang yang cergas dan tidak mempunyai apa-apa masalah dari segi kesihatan. Akan tetapi setelah ayahnya menghantar ia ke Maktab Turus Angkatan Tentera dengan suasana yang elok, tiba-tiba setelah di ragging maka hanya jasadnya pulang ke Sungai Siput.

Jadi untuk itu saya ingin merayu kepada pihak Yang Berhormat Menteri dan pengurusan Maktab Turus Angkatan Tentera Sungai Besi supaya diambil tindakan yang setimpal, khususnya kepada komandan yang bertanggungjawab. Saya mahu merayu supaya bukan hanya Maktab Turus Angkatan Tentera, tetapi keseluruhan sekolah berasrama penuh di Malaysia ini, marilah sama-sama kita pastikan bahawa budaya ragging – budaya buli ini tidak lagi wujud di masa-masa yang akan datang.

Paling menyedihkan Tuan Pengerusi, daripada lima pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja tidak siuman itu, empat daripada mereka telah dikembalikan balik ke sekolah tersebut dan saya diberitahu mereka sedang menduduki peperiksaan SPM sekarang ini. Jadi di manakah kewajaran pengurusan Maktab Turus Angkatan Tentera tersebut? Lima daripada pelajar itu telah pun didakwa dan masih dalam pertuduhan dan pendakwaan, tetapi sekonyong-konyong keempat-empat mereka - cuma satu yang ditahan dan keempat-empat mereka dikembalikan semula untuk meneruskan pelajaran di maktab tersebut.

Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan supaya ibu bapa tidak lagi rasa ragu-ragu menghantar anak-anak mereka ke Maktab Turus Angkatan Tentera. Sudah pastilah maktab ini melahirkan insan-insan yang hebat di masa hadapan. Akan tetapi kalau inilah budaya yang dipelajari - yang tidak berakhlak semasa mereka di bangku sekolah lagi, sudah tentulah ia memberikan satu suasana yang cukup tidak elok di masa yang akan datang.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Keduanya, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh yang telah pun mendedahkan berkenaan dengan seorang insan yang dahulunya dipanggil sebagai Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal. Hari ini ia bergelar ‘Datuk’ setelah dianugerahkan bintang DPMP baru-baru ini oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Setahu-setahunya saya mengambil berat, kerana beliau berasal dari Bukit Gantang. Beliau berdaftar sebagai pengundi di Changkat Jering dan di samping belasan syarikat yang didedahkan, yang melibatkan hampir RM2 bilion. Bukan hanya sekarang ini Tuan Pengerusi, tetapi semasa Menteri Pertahanan iaitu ‘Pak Lah’ lagi termasuk juga sekarang Menteri Pertahanan yang hari ini menjadi Presiden UMNO juga telah meneruskan kerja-kerja memberikan kontrak-kontrak besar Angkatan Tentera termasuk PLKN.

Di manakah kewajarannya kita memberikan kepada satu insan sejumlah projek hampir RM2 bilion? Yang saya hendak contohkan dekat sini dalam Butiran 060000 – Latihan Khidmat Negara, membelanjakan hampir RM300 juta untuk alat-alat pengangkutan untuk kenderaan pengangkutan bagi 140 petugas ataupun pelatih dari PLKN. Ini bermakna setahun Tuan Pengerusi, kementerian membelanjakan RM2,031 kepada satu orang peserta hanya dalam konteks untuk pengangkutan sahaja. Barangkali ia dua tahun saya tidak tahu, tetapi saya bahagikan RM300 juta dengan 140,000 peserta untuk setahun - RM2,031 satu kepala untuk hanya aspek pengangkutan sahaja. Jikalau dua tahun barangkali RM1,000 lebih.

Jadi untuk itu saya hendak bertanyakan, kewajaran bagaimana satu orang insan yang dipanggil sebagai Datuk Syed Abu Hussin ini dibenarkan sekian lama daripada zaman ‘Pak Lah’ sebagai Menteri Pertahanan, hatta sampailah sekarang ini masih diteruskan projek-projek. Saya ingin merayu dan saya ingin menasihatkan sebagai seorang rakan kami daripada negeri Perak dan Yang Berhormat Menteri juga berasal daripada Bagan Datok, maka mari kita memperingatkan diri kita dengan sepotong ayat; [Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Pada hari tersebut kalian akan ditutup mulut-mulut kalian dan dibenarkan tangan-tangan kalian berkata-kata dan kaki-kaki kalian akan menjadi saksi ke atas apa yang kalian buat di muka bumi ini.” Saya ingin menasihati diri saya dan rakan saya dari Bagan Datok - Yang Berhormat Menteri Pertahanan, bahawa kita meneruskan kerja-kerja yang tidak elok itu daripada zaman dahulu lagi dan kita teruskan dengan hanya satu insan. Ramai di antara kontraktor-kontraktor kita yang Kelas ‘F’ yang hari ini dinafikan mereka untuk mendapatkan projek. Apa sudi kiranya Kementerian Pertahanan mengagih-agihkan projek tersebut untuk dapat dirasai oleh kontraktor-kontraktor, khususnya kontraktor bumiputera yang lain. Tidak hanya dipaksikan kepada satu orang yang mempunyai belasan syarikat yang mendaftarkan di atas satu alamat dan juga mendapat dan menggondol segala hasil daripada kementerian untuk diagihkan.

Saya mahu mengesyaki supaya kementerian juga mengkaji bahawa insan yang sama bertanggungjawab bersama-sama Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan juga Presiden UMNO pada 5 Februari tahun lepas pergi ke Perak, dan merampas Kerajaan Negeri Perak bersama-sama dengan Presiden UMNO sekarang. Insan yang sama bertanggungjawab kerana nama ia telah disebut-sebut sebagai Ben Kitter. Ben Kitter ini telah bertanggungjawab. Jadi saya minta diperiksa, saya minta disiasat sama ada individu sedemikian juga bertanggungjawab dalam merampas kuasa Negeri Perak yang menyebabkan hari ini hak rakyat Negeri Perak dirampas oleh beberapa orang, termasuk Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan juga Presiden UMNO hari ini. Individu yang sama, nama ia juga terpalit dalam rampasan kuasa tersebut.

Tuan Pengerusi, kami di negeri Perak baru habis bersidang. Malangnya Speaker yang haram itu Tuan Pengerusi, tidak membenarkan saya menyebut kalimah rampasan kuasa. Di Dewan Undangan Negeri Perak, bahasa rampasan kuasa adalah haram.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kembali kepada Jawatankuasa Kementerian Pertahanan.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih. Berkenaan dengan Butiran 020100 – Pengurusan. Juga saya

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

ingin menjelaskan apakah kedudukan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan seorang tentera udara yang berpangkat sarjan yang bernama N. Tharmendran yang telah dituduh mencuri dua buah enjin. Saya tanya soalan itu, jawapannya benar dua buah enjin itu sekarang berada di Uruguay dan mahkamah Republik Uruguay telah menetapkan bahawa dua enjin itu memang kepunyaan Tentera Udara Diraja Malaysia. Malangnya dua orang iaitu N. Tharmendran dan juga K. Rajandran Prasad telah dituduh tanpa bukti mencuri dan membawa keluar enjin itu dari gudang Sungai Besi.

Maka persoalan saya, kalau sudah daripada dahulu lagi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa orang bukan Melayu ini amat kurang dari segi patriotisme ia untuk menjadi dan menjawat jawatan dalam tentera. Saya merasakan bahawa isu menuduh N.

Tharmendran tanpa bukti dan juga pegawai-pegawai atasan tentera udara, termasuk Provost Marshall telah menangkapnya di lapangan tempat letak kereta di Mahkamah Tinggi Shah Alam baru ini amat-amat memalukan. Hingga tiada waran, tetapi ditangkap di khalayak ramai sehinggakan peguam ia terpaksa menjadi saksi atas tangkapan tersebut.

Persoalannya hari ini, kalaulah Yang Berhormat Menteri menyatakan amat kurang orang bukan Melayu mahu memberikan khidmat mereka kepada angkatan keselamatan, sudah tentulah ini akan menjejaskan lebih teruk lagi. Kerana apa, kerana N Tharmendran mewakili kaum India dituduh begitu rupa tanpa ada bukti. Ini amat menggerunkan dan amat menakutkan kaum tersebut. Jadi saya minta supaya keadilan diberi kepada N Tharmendran. Saya sempat bercakap dengan N Tharmendran. Selama enam bulan ia ditahan di bawah tahanan, ia didera dengan begitu dahsyat sekali. Didudukkan dalam rumah ais, dipasang hawa dingin 24 jam hanya dipakai dengan seluar dalam sahaja, dan dipaksa untuk ia ini mengaku ia mencuri enjin tersebut.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Malangnya kata dia “Aku tidak pernah lihat enjin itu. Bagaimana aku hendak mencuri?” Jadi, saya minta Menteri untuk memberikan keadilan kepada N. Tharmendran dan pastikan pendakwaan yang adil diberikan supaya bukti-bukti yang betul, kukuh menyatakan dia yang membawa enjin itu keluar. Pada hari ini kos untuk membawa enjin itu semula ke tanah air kita, siapakah yang tanggung? Setelah enjin itu sampai, mungkin ia akan hanya menjadi besi buruk sahaja sebab kos membaik pulihnya akan lebih daripada kos pembelian asal.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Saya merasakan bahawa insiden mencuri enjin keluar ini, dia bertanggungjawab bukan banyak sangat kepada Menteri Pertahanan sekarang tetapi enjin itu hilang pada tahun 2007, bulan Disember yang mana Presiden UMNO ketika itu adalah Menteri Pertahanan.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, habiskan.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Saya mahu supaya keadilan diberikan setimpalnya. Akhir sekali, Saya ingin juga menyatakan...

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masa sudah habis Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Minta lagi satu Tuan Pengerusi. Saya diuar-uarkan bahawa suatu Akta Veteran ATM akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, sudi apa kiranya supaya tidak menjadi masalah seperti akta-akta sebelum ini bahawa kajian terperinci tidak dibuat. Rujukan- rujukan kepada stakeholders tidak diminta. Maka akhirnya akta itu terpaksa ditarik balik.

Jadi, kalau benarlah bahawa Akta Veteran ATM ini akan dibentangkan, maka saya merayu supaya semua daripada ATM nya, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan daripada semua, diminta mereka diberikan feedback supaya dapat kita gariskan satu akta yang betul-betul sesuai kepada semua veteran ATM. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Takbir! [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan memanggil dua orang Yang Berhormat sahaja lagi. Selepas itu saya minta Menteri untuk menjawab. Kementerian ini kita sudah mula sejak minggu lalu. [Disampuk] Ada tiga.

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Gelang Patah.

final • 12:20 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Terima kasih Tuan Pengerusi. saya ingin membangkitkan perkara mengenai Butiran 010000 – Pentadbiran Pertahanan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian pihak kementerian mengenai projek pembinaan Kompleks Tujuh Briged Kem Skudai, Johor Bahru. Pembinaan ini adalah untuk penempatan semula bagi Markas Staf Stesen, Skuadron Semboyan Briged, Workshop Briged dan Markas Rejimen 501 Akar Wataniah daripada Kem Tebrau serta Markas Tujuh Briged dan Unit Batalion Infantri daripada Kem Kluang.

Kesemua ini akan dibina lebih strategik untuk menempatkan pasukan bersenjata bagi memenuhi keperluan keselamatan negara di kawasan Selatan tanah air. Akan tetapi, sejak tahun 2002 disebabkan oleh kelalaian dan rasa tidak bertanggungjawab oleh pemaju iaitu Kausar Corporation Sdn. Bhd. Consortium iaitu syarikat usaha sama antara Kausar Corporations Sdn. Bhd. dengan syarikat Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad.

Menyebabkan tanah seluas 222.955 hektar di Skudai menjadi sebuah tapak pembinaan terbiar dan mengakibatkan masalah banjir di beberapa kawasan Skudai.

Tuan Pengerusi, lawatan Audit yang dilakukan pada 22 Disember 2009 mendapati tahap kemajuan projek masih pada tahap 18.3% sahaja. Keadaan ini sudah kekal selama 10 tahun. Sehingga hari ini tiada sebarang cara penyelesaian yang berkesan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya difahamkan bahawa pada tahun 2002, kerajaan menghadapi risiko menanggung kerugian kerana tanah yang menempatkan Kem Majidee dan Kem Tebrau seluas 154.836 hektar telah dipindah milik kepada kontraktor dan seterusnya tanah tersebut digadai oleh kontraktor kepada Malaysia Building Society Berhad untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai projek ini. Dengan ini, pihak kementerian haruslah mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor berkenaan yang gagal menyiapkan projek ini.

Tuan Pengerusi, selain itu, disebabkan tanah, pembinaan Kem Skudai terbiar terlalu lama, terdapat hakisan yang teruk dan terbentuknya lurah antara lima meter sehingga 10 meter. Piling bangunan yang terbengkalai juga... disebabkan hakisan tanah yang serius itu. Ia juga menyebabkan tanah runtuh dan saluran parit tersumbat. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa kawasan di Skudai termasuk Kampung Baru Poh Chee Leng mengalami banjir sepanjang masa.

Di samping itu, punca utama projek ini terbengkalai adalah disebabkan kontraktor menghadapi masalah kewangan yang mana ia menjadi bertambah serius apabila Malaysia Building Society Berhad selaku rakan kongsi dan pembiaya kewangan telah menarik diri daripada terlibat dengan projek ini. Sehingga kini, kontraktor berkenaan masih gagal mendapatkan pinjaman kewangan daripada punca lain untuk membiayai projek ini.

Sehingga bulan April 2010, tindakan untuk menamatkan kontrak secara rasmi masih belum dibuat walaupun projek ini telah terbengkalai sejak tahun 2002 dan kemajuan kerja masih tidak berubah iaitu 18.3%.

Pada pandangan saya, kementerian perlu seterusnya melantik kontraktor baru supaya hasrat kerajaan untuk membina Kompleks Tujuh Briged dapat direalisasikan daripada terus membiarkan KCSB iaitu Kausar Corporations Sdn. Bhd. memberikan pelbagai alasan dan harapan tanpa menunjukkan komitmen yang serius untuk meneruskan projek ini. Selain itu, pihak kementerian haruslah mengambil iktibar dan pengajaran daripada kegagalan projek penswastaan ini agar kelemahan yang sama tidak akan

final • 12:22 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

berulang dan menyebabkan kerugian yang besar kepada kerajaan dan rakyat. Sekian, terima kasih.

final • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 12:22 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ada tiga perkara yang singkat sahaja. Pertama, kalau kita lihat dalam buku anggaran ini di muka surat 621 – Prestasi Aktiviti dan Output, pertahanan darat. Dilihat bahawa pengambilan rekrut yang dijangkakan pada tahun 2011 akan berlaku ialah seramai 3,000 orang. Sementara itu, pengisian jawatan kosong juga 3,000 orang. Akan tetapi anggota yang akan bersara dan menamatkan perkhidmatan ialah seramai 3,500 orang. Jadi, sementara kita bercakap tentang betapa anggota-anggota kita semakin diperlukan untuk mempertahankan negara dan kementerian juga akan berbelanja besar.

final • 12:29 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Akan tetapi, nampaknya jumlah yang diambil itu rendah daripada yang akan menamatkan saraan atau menamatkan perkhidmatan mereka. Jadi saya hendak tanya, adakah figure ini salah cetakkah ataupun memang hasrat kerajaan untuk mengecilkan angkatan tentera?

Kedua Tuan Pengerusi, saya juga hendak mengambil bahagian dalam Latihan Khidmat Negara - 060000. Di muka 630, kita perhatikan bahawa peruntukan yang diberikan kepada Latihan Khidmat Negara ini satu jumlah yang besar. Seperti yang telah pun dilaporkan dan telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita belanja hampir RM3 bilion.

Saya ada dua soalan di sini. Pertama, sudahkah kajian khusus dan partikel terhadap bekas-bekas pelatih ini? Kita belanja satu jumlah yang besar, kemudian kita latih anak-anak kita selepas mereka menamatkan pelajaran SPM untuk satu masa yang saya kira amat singkat untuk menjadikan mereka warganegara yang cukup baik setelah mereka melalui hampir-hampir enam tahun di sekolah rendah dan disambung lima tahun lagi di sekolah menengah. Kemudian selepas itu, dalam masa tiga bulan kita hendak tukar mereka jadi warganegara yang baik. Jadi, ini menunjukkan seolah-olah kita gagal untuk menanam apa juga semangat yang kita perlukan. Ingin melahirkan anak yang baik, setelah dia tamat tingkatan lima, tetapi kita terpaksa hantar dia pula ke satu kem dan untuk kita didik untuk menjadi warganegara yang baik dalam waktu yang singkat.

Saya cadangkan Tuan Pengerusi, kalau kita belanja sudah banyak ini, saya mencadangkan apatah lebih baik kerajaan fikir, lebih baik buat satu kajian mendalam, sama ada latihan ini betul-betul memberi impak atau tidak. Saya tidak mengatakan bahawa ia tidak baik. Akan tetapi, kalau kita betul-betul gunakan duit yang sebanyak ini melahirkan, lebih baik kita lahirkan national reserve sahaja. Tambah kurikulum yang baik, lagipun anak kita ini bukanlah anak-anak yang kecil. Selepas Tingkatan Lima, maknanya mereka telah mencapai umur 17 tahun, hampir masuk 18 tahun. Lebih baik sahaja kita lihat negara- negara jiran kita sama ada Thailand, Singapura, Korea yang meminta anak-anak mereka masuk national service. Paling tidak pun setelah mereka tamat national service, mereka dapat mempertahankan negara dalam keadaan-keadaan apabila kerajaan memerlukan mereka.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mendapat jawapan daripada Kementerian Pertahanan. Sepanjang Program Khidmat Negara diadakan semenjak tahun 2004 hingga tahun 2010, pelatih 517,000, kos perbelanjaan adalah RM4.1 bilion, lebih kurang RM8,108 seorang, dibahagi tiga bulan, RM2,702.70 sebulan. Itu kos yang ditanggung oleh setiap pelatih seramai 517,825 orang.

Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Petani?

final • 12:30 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Inilah yang membuatkan ramai bukan sahaja Ahli Parlimen kita pelik melihat angka-angka begini tetapi di luar sana rakyat juga mempersoalkan banyak soalan yang kita sendiri tidak dapat jawab. Sebagai contohnya

final • 12:30 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Tuan Pengerusi, di bawah 080700 juga akan diberikan one-off. Ada lagi one-off ini. Satu jumlah yang besar, RM86 juta. Sudahlah di bawah kepala 060000, 060000 sudah ada hampir separuh RM500 million tetapi ada lagi one-off. Jadi kita hendak tahu, apakah one-off ini? Untuk apa one-off ini diperlukan lagi?

Jadi, kesimpulan apa yang saya hendak sebut tentang Latihan Khidmat Negara ini Tuan Pengerusi ialah kalau betul-betul kita serius untuk melahirkan warganegara yang baik, saya rasa dengan jumlah duit yang ada ini, eloklah kita perhatikan betul-betul di samping seperti Yang Berhormat Jerai kata kos yang agak tidak munasabah. Malah, kos transport sahaja pun yang kita perhatikan suatu yang agak tidak munasabah. Apatah lagi dengan jumlah yang telah pun melalui pusat latihan ini. Kita tidak tahu sama ada ia betul-betul memberikan manfaat kepada negara. Saya yakin kalau kita jumpa anak-anak yang telah melalui kem ini, kita tanya apakah yang dipelajari dalam kem ini, dia akan sebut dua perkara. Pertama, inilah kali pertama saya berjauhan dengan keluarga saya. Kedua, selepas saya berjumpa kawan-kawan yang baru dan kami melepak. Ini kerana tidak ada impak yang jelas.

Ketiganya Tuan Pengerusi, saya hendak sedikit tentang 010000 - Kebajikan Veteran. Saya melihat kebajikan veteran ini seperti yang telah pun dipersoalkan oleh ramai kawan-kawan. Dahulu Yang Berhormat Menteri ada sebut, mereka yang telah pun berkhidmat – ada dua kategori. Satu yang berhenti sebelum service 21 tahun. Kebanyakan atau pesara hampir semua yang berhenti angkatan tentera sebelum menamatkan service 21 tahun tidak akan mendapat pencen. Cuma mereka yang berhenti selepas 21 tahun baru mendapat pencen.

Akan tetapi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang bahawa kita perlu perhati betul-betul. Ini kerana mereka yang berhenti sebelum 21 tahun ini ialah mereka yang amat muda, anak-anak masih kecil. Mungkin kementerian ada menyebut bahawa ini pilihan yang mereka buat. Ini kerana mereka akan mendapat ganjaran kewangan dan sebagainya. Akan tetapi, saya melihat rata-rata inilah keluhan yang bekas-bekas tentera ini ada bahawa waktu itu tidak cukup kaunseling, tidak cukup nasihat diberikan kepada mereka sama ada mereka patut bersara ataupun tidak, atau berhenti sebelum 21 tahun.

Keduanya tentang hal ini juga. Saya ada satu kes, saya minta kementerian lihat Prebet Zainol bin Zakaria, nombor 1050377 ini. Saya tidak tahulah kalau Yang Berhormat Menteri melawat Prebet Zainol ini yang tinggal di Sungai Petani, dia disarakan akibat cedera semasa berkhidmat dalam angkatan tentera. Akan tetapi, pencen dapat tidak sampai RM400 dan duduk dalam keadaan cukup daif. Beliau telah pun menulis kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk mendapatkan bantuan buku dan pakaian anak dia pun dan pada 12 Julai 2010, apa yang Jabatan Hal Ehwal Veteran jawab, “Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan / puan tidak dapat dipertimbangkan.” Saya rasa kadang-kadang haruslah – mungkin veteran ramai, tetapi hal-hal yang sedemikian sudah pasti ini akan membuahkan – saya menyebut terus terang seperti juga Yang Berhormat Lipis katakan, ini membuahkan rasa tidak puas hati veteran setelah mereka berkhidmat sabung nyawa mempertahankan negara, sudahlah pendapatan ataupun pencen mereka kecil, malah mereka pencen sebelum atau berhenti sebelum 21 tahun tidak mendapat pencen, ini yang disarakan minta bantuan buku dan pakaian pun ditolak.

Saya kira kementerian apatah Yang Berhormat Menteri ada di sini supaya lihatlah.

Hal-hal veteran ini hal-hal yang penting dan mereka telah pun berkhidmat kepada negara kita. Saya mintalah supaya pertimbangan diberikan kepada mereka. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak-banyak.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi saya peluang. Pertama, saya terus kepada 020400 iaitu Operasi. ATM sebenarnya mempunyai konsep untuk mempertahankan kawasan darat, laut dan juga udara daripada dicerobohi. Jadi untuk mengekalkan hubungan baik kita dengan negara-negara jiran, angkatan tentera sentiasa mengadakan hubungan dua hala dan diadakan latihan bersama dalam semua formasi. Jadi soalan saya, setakat manakah pendekatan ini dapat memupuk persefahaman antara tentera-tentera negara kita dengan tentera-tentera negara jiran?

Keduanya, dalam untuk kita mengekalkan persefahaman ini, apakah diwujudkan bentuk persefahaman antara negara jiran yang lain sekiranya negara kita diserang?

Ketiganya, selain daripada menjalankan operasi tentera, kita juga mesti bersedia untuk membantu pihak-pihak berkuasa awam dalam bencana seperti banjir, operasi mencari dan menyelamat dan sebagainya.

Kita baru-baru ini semasa beberapa ancaman ataupun malapetaka yang berlaku di luar negara, di Indonesia semasa tsunami berlaku, kita dapati pasukan tentera Singapura adalah orang yang pertama sekali hadir.

final • 12:38 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Begitu juga malapetaka yang baru-baru ini berlaku di Indonesia. Ini kerana Kerajaan Singapura mempunyai empat buah kapal MRSS yang pelbagai guna untuk menyelamat, mencari dan membantu kawan-kawan kita yang menghadapi masalah. Jadi, soalan saya adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan kapal tersebut supaya bukan sahaja kita sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dalam apa jenis malapetaka dalam negara kita bahkan negara-negara jiran. Kita mesti dilihat bukan sahaja negara yang berkeupayaan membantu bahkan kita dapat mengekalkan persahabatan dan juga persefahaman di antara negara-negara jiran. Apa yang kita lihat pada ketika ini Tuan Pengerusi, negara Singapura cukup rapat dengan Indonesia. Jadi kerana dalam apa keadaan sekalipun mereka adalah orang yang pertama sekali datang.

Keduanya, sebelum saya pergi kepada lain, saya rasa cukup terkejut betullah.

final • 12:40 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Maran bangun Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah Ya, sila Yang Berhormat Maran. Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jasin. Saya tertarik dengan keadaan angkatan tentera tadi bukan sahaja di darat, banjir dan sebagainya. Saya hendak mengambil kesempatan Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, memang kita berterima kasih kepada tentera. Walaupun mereka tidak ada peperangan dan bila berperang merekalah yang utama. Kita mungkin duduk sahaja di rumah dan sebagainya ataupun menyelamatkan diri. Akan tetapi, kita telah diperkenalkan oleh tentera. Ini adalah satu perkhidmatan yang cukup baik iaitu jiwa murni dahulu.

Di samping yang membantu bencana-bencana alam, banjir dan sebagainya, tentera juga pernah melaksanakan program jiwa murni yang cukup baik kesannya kepada masyarakat. Cuma saya hendak minta kalau boleh pandangan Yang Berhormat Jasin, apa salahnya kita mencadangkan sementara walaupun ada tugas lain yang sentiasa ada bagi pihak keselamatan ini iaitu polis dan tentera, tetapi kita dapat menyusun satu program yang secara sistematik ataupun berterusan sementara ada negara aman ini supaya perkhidmatan anggota tentera ini dapat diserapkan melalui jiwa murni yang telah pun dilaksanakan oleh tentera sebab konsep ini cukup baik kepada masyarakat. Minta pandangan Yang Berhormat Jasin.

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah Terima kasih sahabat saya daripada Maran.

Cukup bertepatan sekalilah. Kalau boleh, ucapan beliau saya hendak masukkan ke dalam ucapan saya. Saya hendak sebutkan di sini satu Tuan Pengerusi iaitu saya rasa cukup

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah Ya, sila Yang Berhormat Maran. Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

terkejut sekali apabila sahabat saya daripada Bukit Gantang berucap tadi, mungkin beliau begitu emosi sekali. Pertama sekali menyebut tentang Sarjan Tharmendran yang sekarang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri. Mengapa kita mesti membela pencuri?

Bukan sahaja dia mencuri, dia telah mengkhianati kepada negara. Biarlah mahkamah yang menentukan. Keduanya..

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Minta laluan ya...

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Pengerusi, minta laluan.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah Saya cukup kesal betul... Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sebagai..

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Apabila beliau menyebut tentang perkataan takbir.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi laluan Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Minta laluan.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sebagai, sebagai...

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah Tuan-tuan, saya tidak benarkan, duduk, duduk. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, tetapi sebagai law maker...

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Sebab tidak hendak ke Parlimen, tidak payahlah.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak bolehlah keluar statement yang tidak bertanggungjawab.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat..

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Tidak payah sebutlah. Saya tidak kacau awak bercakap pun. Saya tidak kacau pun dia bercakap.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Seseorang itu belum dihukum oleh mahkamah, kita tidak boleh panggil dia pencuri.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Mahkamah boleh dapati dia bersalah.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini menghina mahkamah.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Beliau dicolek dan dikurung...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Padang Serai, saya minta duduk Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sebagai seorang wakil rakyat, harus mengekalkan imej yang...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kurung dia, belum lagi dibebaskan dan mahkamah belum dapati dia bersalah. Saya minta ini...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya tidak benarkan bercakap dalam stail yang begini Yang Berhormat, cukuplah.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, saya.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Pengerusi, saya minta...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh, tidak boleh, tidak boleh Yang Berhormat..

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Jasin tarik apa yang dia kata sebab mahkamah belum dapati dia bersalah.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin sudah beritahu tadi sedang dibicarakan di mahkamah.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Macam mana boleh dikatakan Tharmendran pengkhianat negara?

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, perkara itu tidak saya...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini Yang Berhormat Jasin kata Tharmendran pengkhianat negara.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai!

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh berucap macam ini Yang Berhormat. Yang Berhormat!

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Mungkin Yang Berhormat Menteri ataupun bekas Menteri yang begitu, begitu. Mana tahu?

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak berucap, saya hanya mahu minta laluan.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat!

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Duduklah, duduklah.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dia hanya dituduh di mahkamah.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat disiplin diri sahaja Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Duduk, duduk. Duduk, duduk, duduk!

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya minta laluan.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ini berucap dalam Dewan.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta Tuan Pengerusi..

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai!

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Minta Yang Berhormat Jasin tarik apa yang dia kata itu.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat Padang Serai berehat sehingga jam 1.00 petang ini Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

1.00 petang?

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak mahu Mesyuarat diganggu dengan tingkah laku yang sebegini. Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih..

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh berehat sehingga jam 1.00 petang nanti.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya dengar Yang Berhormat Jasin kata, Sarjan Tharmendran memang bersalah.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ya, Allah dia ini...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat keluar sehingga jam 1.00 petang Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Pengerusi, saya teruskan Tuan Pengerusi. Saya rasa kesal betul. Sahabat saya daripada...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar-sebentar Yang Berhormat Jasin.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Akan tetapi saya mahu..

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Allah..

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tetapi saya mahu Yang Berhormat Jasin tarik apa yang ..

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada isu Yang Berhormat, tidak ada isu.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

No!

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, melakukan kesalahan...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sarjan Tharmendran bersalah berdasarkan ... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Look at this. Yang Berhormat melakukan kesalahan banyak. Tidak menghiraukan arahan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat berucap sesuka hati tanpa meminta jalan daripada Yang Berhormat Jasin dan berucap melaung-laung begitu kuat tanpa menghiraukan keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya bukan melaung-laungkan.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Jadi Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat untuk berehat sehingga jam 1.00 petang. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Jasin...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta Yang Berhormat Jasin tarik apa yang dia kata mengenai Sarjan Tharmendran.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Keluar, keluar, keluar.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sarjan Tharmendran hanya dituduh di mahkamah.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat..

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dia bukan pengkhianat negara.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, cukup Yang Berhormat.

Berehatlah dahulu Yang Berhormat, ya.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya satu lagi perkara saya hendak sebut tadi, dalam...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Dalam ucapan...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat Jasin, saya minta Yang Berhormat Padang Serai untuk keluar sehingga jam 1.00 petang. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini hanya kerana saya minta keadilan.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak, tidak ada.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Adakah kerana saya bangun dan minta keadilan untuk seorang wira negara yang dituduh bukan-bukan oleh Yang Berhormat Jasin?

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat mengganggu perjalanan Mesyuarat tanpa menghiraukan peraturan mesyuarat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta laluan, Yang Berhormat Jasin tidak mahu bagi laluan Tuan Pengerusi!

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ya, cukuplah Yang Berhormat.

Nanti balik jam 2.30 petang.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Pengerusi, saya minta laluan Yang Berhormat Jasin tidak bagi. Seorang wira negara dipanggil pengkhianat! Adakah semua orang yang dituduh dengan tentera dia akan dipanggil?

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ya bentara, sila.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini mana tahu mungkin Yang Berhormat Menteri yang pergi merompak itu jet engine. Yang Berhormat Menteri pun duduk diam sahaja.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ataupun Yang Berhormat Menteri Pertahanan sebelum Yang Berhormat Bagan Dato’ yang mencuri?

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat, cukuplah.

Ya Yang Berhormat Jasin teruskan.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Satu perkara lagi saya hendak sebutkan di sini..

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini betul-betul Yang Berhormat Jasin kurang ajar!

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, itu bahasa..

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Jasin memang kurang ajar.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Itu bahasa yang tidak sepatutnya digunakan di dalam Dewan. It will effect on yourself Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Pengerusi, seorang wira dipanggil pengkhianat.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat keluar daripada Dewan sehingga jam 1.00 petang.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

...Bawa keluar enjin beratus juta.

Inikah keadilan?

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Bentara, bentara!

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, kalau tidak ada tangan boleh. Mungkin Yang Berhormat Menteri...

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Baliklah!

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Jasin.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya teruskan Tuan Pengerusi. Saya terperanjat tadi Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tidak payah bawalah, saya boleh keluar sendiri!

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya terperanjat tadi, sahabat saya daripada Bukit Gantang ada mungkin tersasul saya tidak tahu. Akan tetapi adakah disengajakan menyebut satu perkataan yang cukup suci, perkataan takbir. Bagi saya, perkataan ‘takbir’ adalah battle cry. Satu perkataan yang diucapkan bagi mengatakan rasa kebesaran Allah semasa kita menyebut di masa Hari Raya dan juga perkataan ‘takbir’ ini kita sebut selalunya diucapkan kerana untuk kita menaikkan semangat. Kita berperang dengan musuh Islam. Siapa musuh Islam ini? Jadi janganlah salah gunakan perkataan yang suci ini.

Selepas itu, saya terus kepada perkara 040500 iaitu Hidrografi.

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sebelum...

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Hidrografi ini untuk tujuan pemetaan yang baik dibuat di laut.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, hendak bagi jalan?

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penjelasan, penjelasan boleh?

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Jadi TUDM diberikan tugas untuk membuat peta di laut sama ada dalam negara ataupun di luar negara.

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penjelasan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Jadi peta penting. Sila buat sepanjang..

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Tidak ada, tidak ada jalan. Saya tidak ada masa.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Bukit Gantang saya minta duduklah Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sedikit, sedikit.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Peta-peta kita ini, kita buat...

final • 12:40 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Tuan Pengerusi, dia merujuk kepada ucapan saya.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Bukan saya untuk bertujuan. Tidak apalah kemudian nanti Yang Berhormat Menteri jawab, boleh sentuhlah. Ada sedikit sahaja lagi.

final • 12:40 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Adakah kalimah ‘Takbir’ ini dibenci oleh Yang Berhormat Jasin? [Dewan riuh]

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya bukan kata ‘benci’. Saya kata...

final • 12:40 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Kami tidak persoalkan apabila Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebut satu salam 1Malaysia.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Kenapa dipertikaikan kalimah ‘takbir’?

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Kalau tahu makna dia, perkataan ‘takbir’ ini adalah ayat suci. Saya tahu perkataan yang suci yang digunakan ada tempat dia.

final • 12:40 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sepatutnya kalau betul ayat suci perlu dihormati... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gantang!

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Kalau tak tahu makna, jangan guna kalimah suci.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Sudah suci jangan gunakan kalimah suci!

final • 12:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ya, apakah macam ini punya... Saya teruskan Tuan Pengerusi kerana banyak sangat gangguan.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Selepas itu saya pergi kepada Butiran 020100 – Pengurusan bagi menambah baik terutamanya emolumen warga tentera.

Soalan saya adakah kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan akan membuat penambahbaikan struktur perkhidmatan angkatan tentera seperti mana tindakan yang telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia? Sebenarnya satu daripada masalah yang kita hadapi pada ketika ini adalah kerana kurangnya penyertaan anak-anak muda di dalam tentera.

Satu daripada sebabnya mungkin dari aspek ganjaran. Jadi seharusnyalah kerajaan dapat memikirkan supaya kita dapat sentiasa memberikan perhatian kepada struktur perkhidmatan angkatan tentera supaya ianya dapat menarik minat semua pihak menyertainya.

Terakhirnya, pembangunan bandar Port Dickson. Bandar Port Dickson telah pun diumumkan sebagai Bandar Tentera Darat. Jadi soalan saya sejauh manakah tahap pembangunan atau perancangan yang telah dicapai dalam memenuhi hasrat ini?

Akhir sekali, Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah banyak membuat pembaharuan dalam angkatan tentera semenjak beliau mengambil alih. Selain daripada memperkenalkan transformasi terhadap perkhidmatan pertahanan, beliau juga telah mewujudkan Dasar Pertahanan Negara visi terbuka. Jadi oleh kerana tiada masa, saya hanya hendak menanya satu soalan iaitu bilakah sebenarnya Yang Berhormat Menteri mahu mewujudkan Akta Veteran bagi menjaga kebajikan bekas tentera? Saya yakin satu daripada perkara pertama semenjak Yang Berhormat Menteri Pertahanan mengambil alih beliau telah memberikan perhatian kepada Jabatan Veteran dan dalam banyak-banyak lawatan beliau ke luar negeri beliau sentiasa meninjau tentang nasib pesara-pesara tentera dan juga balu-balu serta anak-anak yatim yang ditinggalkan.

Jadi saya mohon kalau boleh Kementerian Pertahanan dapat memikirkan tentang perkara ini. Terima kasih. Saya menyokong.

final • 12:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Takbirnya. [Ketawa]

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sepuluh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan beberapa butiran yang bersangkutan dengan belanjawan Kementerian Pertahanan. Terima kasih juga kepada seorang Ahli Yang Berhormat yang mencelah iaitu Yang Berhormat Maran yang suka mencelah.

final • 12:52 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, secara amnya bagi menjawab apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh secara amnya semua perolehan kerajaan mestilah dilakukan secara tender terbuka selaras dengan arahan Perbendaharaan 171.1. Projek penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia telah melibatkan perkhidmatan sajian makanan setiap hari kepada tentera darat dan juga tentera udara. Perkhidmatan ini diberikan kepada yang bertugas di Unit Statik, Latihan dan Hospital Angkatan Tentera dan tidak melibatkan Unit Operasi serta anggota bujang berpangkat koperal dan ke bawah sahaja.

Penswastaan perkhidmatan katering angkatan tentera terbahagi kepada dua fasa dan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Fasa pertama telah dilaksanakan di Zon Tengah dan Selatan Semenanjung Malaysia oleh Syarikat Desatera Sdn. Bhd. manakala Fasa kedua projek penswastaan ini diperluaskan kepada zon-zon lain di seluruh negara oleh syarikat-syarikat berikut:-

(i) Komatra Sajian Sdn. Bhd.;

(ii) Gahmata Sajian Sdn. Bhd; dan

(iii) Solid Essence Sdn. Bhd.

Syarikat-syarikat ini telah diberikan kawasan liputan iaitu zon utara, zon timur, zon Sabah dan Labuan dan juga zon Sarawak. Kementerian Pertahanan dijangka akan membelanjakan sebanyak RM56.7 juta setahun dan RM850.7 juta untuk tempoh 15 tahun bagi perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia di zon utara hingga zon timur manakala dianggarkan sebanyak RM17.8 juta setahun dan RM267.5 juta bagi 15 tahun di zon Sabah dan Labuan. Anggaran perbelanjaan ini adalah tertakluk kepada kekuatan sajian dan kadar sajian yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Berdasarkan semakan Kementerian Pertahanan, syarikat Komatra Sajian Sdn.

Bhd. dan Gahmata Sdn. Bhd. adalah dimiliki oleh orang yang berbeza. Kerajaan juga telah mengikat kontrak bagi pakej perkhidmatan pengangkutan pelatih PLKN secara runding terus dengan GBP Corporation Sdn. Bhd. Kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan kontrak ini secara runding terus setelah mengkaji secara mendalam faedah-faedah yang akan diperoleh daripada kaedah yang telah dilakukan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini bahawa Syarikat GBP Corporation Sdn.

Bhd. adalah merupakan syarikat yang telah menawarkan bas-bas yang berjumlah 110 buah semuanya untuk dijadikan sebagai pickup and drop off point di seluruh negara manakala terdapat sebanyak 29 buah syarikat lain selain daripada syarikat itu yang telah diberikan kontrak untuk menjalankan perkhidmatan yang telah saya sebutkan itu.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh apa yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dari segi kontrak selenggaraan komprehensif menyeluruh untuk perkhidmatan selenggaraan kesihatan ATM. Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa perolehan ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dengan nilai kontrak berjumlah RM10.4 juta dan kontrak ini telah diberikan kepada Syarikat Produktif Kualiti Medical Supply Sdn. Bhd. dengan tempoh kontrak bermula 25 Januari 2003 sehingga 24 Januari 2006. Kontrak ini dilanjutkan sebanyak dua kali iaitu kali pertama sehingga 24 Januari 2007 dan kali kedua sehingga 24 Januari 2012.

Dalam hal ini tuduhan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh terhadap Datuk Syed Hussin adalah agak menyimpang kerana mungkin berlaku kekeliruan dan maklumat yang disampaikan itu mungkin tidak tepat. Ini kerana nilai kontrak untuk Gahmata Sdn. Bhd.

hanya RM13 juta sahaja setahun dan pemiliknya bukan Syed Abu Hussin Hafiz bin Syed Abdul Faisal. Sementara bagi kawasan utara pula ialah Komatra Sajian Sdn. Bhd. Nilai kontraknya RM40 juta setahun dan syarikat ini terdiri daripada gabungan beberapa syarikat yang asalnya adalah syarikat pembekal rangsum kepada Kementerian Pertahanan.

Tuan Pengerusi, GBP Corporation Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan. Di dalam tuduhan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh terhadap syarikat ini, saya ingin menyebutkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kontrak ini mengkhususkan kepada

final • 12:52 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

penyediaan beberapa perkhidmatan yang berbeza. Secara ringkasnya sejak tahun 2003, khidmat penyediaan pengangkutan pelatih PLKN umpamanya dibahagikan kepada enam buah syarikat sahaja dan mengikut zon. Oleh kerana kelemahan-kelemahan yang berlaku pada syarikat-syarikat berkenaan maka pihak kementerian telah membuat keputusan supaya memberikan kontrak ini kepada syarikat-syarikat yang mempunyai daya maju dan juga mempunyai kemudahan-kemudahan bas yang baru bagi memberikan kemudahan kepada peserta-peserta PLKN untuk bergerak mengikut tempoh yang ditentukan. Oleh yang demikian tuduhan Yang Berhormat Permatang Pauh yang mendakwa Syarikat GBP Corporation Sdn. Bhd. memonopoli perkhidmatan adalah tidak benar kerana ianya juga telah melibatkan 29 syarikat atau vendor yang juga menjalankan tugas yang sama.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang beberapa perkara yang dibangkitkan oleh beliau yang menyentuh tentang individu berkenaan. Saya ingin menyatakan bahawa individu berkenaan juga pernah diberikan kontrak untuk menjalankan limousin di KLIA oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ketika beliau menjadi Menteri Kewangan. Jadi mungkin oleh kerana Yang Berhormat Permatang Pauh mengenali beliau secara peribadi suatu ketika dahulu maka oleh sebab yang demikian mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh telah memperoleh maklumat itu daripada musuh-musuh tertentu daripada individu berkenaan dan saya tidak mahu campur tentang soal ketidaksetujuan antara Yang Berhormat Permatang Pauh dengan individu berkenaan.

Walau bagaimanapun insya-Allah jika saya diberikan kepercayaan untuk terus meneliti kontrak-kontrak yang telah diberikan dan kontrak-kontrak yang akan datang, saya akan pastikan supaya kontrak-kontrak yang dijalankan di Kementerian Pertahanan akan telus dan ianya tidak akan hanya melibatkan beberapa pihak tertentu sahaja demi menjaga imej kerajaan dan Kementerian Pertahanan.

final • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Majlis bersidang semula sebagai majlis Mesyuarat.

Majlis Mesyuarat bersidang semula [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:52 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 12:52 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:52 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, saya ingin menyambung jawapan-jawapan kepada lontaran pertanyaan yang telah diadakan sebelum kita berehat tadi. Saya menghargai pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Pasir Salak pada hari Khamis yang lalu yang telah menempelak beberapa tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Pandangan Yang Berhormat Pasir Salak itu diambil kira oleh pihak Kementerian Pertahanan dan kita akan menjadikan ianya sebagai satu panduan untuk kita bertindak selanjutnya.

final • 2:32 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya juga ingin menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat yang bertanya mengenai anggota tentera yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun terkhusus kepada mereka yang berkhidmat antara lima tahun, sepuluh tahun, 18 tahun, 19 tahun yang tidak memperoleh pencen.

Ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa mengikut Peraturan- peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) yang berkuat kuasa pada tahun 1982, kelayakan pencen perkhidmatan kepada anggota-anggota lain-lain pangkat ialah bagi mereka yang mempunyai perkhidmatan sekurang-kurangnya 21 tahun.

Walaupun mereka ini tidak berpencen, mereka telah dibayar caruman.

Kerajaan melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi anggota- anggota yang berpencen yang hanya mendapat caruman sendiri dianggap sebagai seorang veteran ATM dan mereka layak mendapat faedah perubatan Angkatan Tentera Malaysia dan boleh memohon untuk memohon bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

final • 2:32 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Silakan.

final • 2:32 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, maaf, saya hendak balik ke belakang sebab tadi saya bangun tadi Yang Berhormat tidak nampak saya. Mengenai isu kontrak perbekalan menyediakan makanan untuk kem- kem tentera ini. Syarikat-syarikat yang disebut tadi dan juga yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh itu, saya kira bahawa kalau harus dilihat apa langkah-langkah kerajaan dalam melihat Laporan Audit yang telah dibuat oleh Ketua Audit Negara yang mempersoalkan perbekalan ataupun bekalan yang telah pun dibuat oleh syarikat ini iaitu Syarikat Desa Tera?

Ia telah mendapat satu kontrak yang sangat besar yang saya kira bahawa bekalan makanan yang tidak mengikut pesanan yang sewajarnya, yang berbeza seperti mana yang telah pun dipesan. Jadi di sini menunjukkan bahawa bayaran dibuat untuk kuantiti yang kurang dibekalkan. Rangsum segar yang dibekalkan tidak berkualiti, tidak mengikut spesifikasi pengenalan, rangsum segar yang kurang memuaskan, keadaan dewan masak dan dewan makan yang tidak selesa. Catering, kerja-kerja pengubahsuai dan membersihkan ruang masak tidak dijalankan oleh kontraktor. Kualiti makanan, barang bermasak kurang memuaskan. Sewa rumah masak tidak dipungut daripada kontraktor.

Jadi, ini semua bukan sahaja kita berikan kepada satu syarikat, tetapi syarikat itu memberikan perkhidmatan yang tidak memuaskan. Jadi, apa langkah kerajaan dalam isu ini?

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, sebenarnya syarikat- syarikat itu telah diarahkan untuk mempunyai vendor. Ertinya, syarikat-syarikat yang diberikan pertanggungjawaban untuk menjalankan kerja-kerja pembekalan, masakan dan penghidangan bukan di syarikat-syarikat induk sahaja yang bertanggungjawab.

Akan tetapi saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, bahawa Kementerian Pertahanan, saya secara peribadi khususnya, tidak akan berkompromi jika benar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu. Saya akan melakukan siasatan dengan terperinci dan saya akan ambil tindakan. Yang Berhormat berikan dokumen itu kepada saya dan saya akan melakukan dan melaksanakan dengan sebaik-baiknya.

final • 2:32 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini dalam Laporan Ketua Audit Negara.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya telah membincangkan perkara ini dengan Tan Sri Ketua Audit Negara sendiri dan apa yang telah kita lakukan ialah mengambil tindakan yang sampai ke peringkat menamatkan perkhidmatan syarikat-syarikat berkenaan. Dari segi integriti itu, insya-Allah saya akan menjaga sebaik-baiknya Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, buat masa sekarang bagi veteran yang tidak berpencen, bantuan kebajikan telah ditawarkan untuk mereka dengan pelbagai skim seperti sara hidup,

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

peralatan pesakit, persekolahan anak-anak, bantuan kemasukan ke IPT dan bencana alam.

Memandangkan perbelanjaan perubatan adalah menjadi keutamaan, maka bantuan biayai perubatan tiada had diberi kepada pesara berpencen dan pesara yang tidak berpencen iaitu satu keistimewaan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia kita.

Dari segi ganjaran bagi anggota lain-lain pangkat yang tamat perkhidmatan 13 tahun, 15 tahun, dan 18 tahun, ingin saya menyebutkan bahawa faedah persaraan yang disediakan bagi anggota lain-lain pangkat tamat perkhidmatan di tahap yang tersebut adalah caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang terdiri daripada caruman sendiri sebanyak 10%, caruman kerajaan 15%, kemudahan rawatan perubatan di hospital kerajaan, pinjaman perumahan kerajaan, bantuan-bantuan kebajikan di Jabatan Hal Ehwal Veteran jika keadaan anggota berkenaan memerlukan.

Setakat ini, kementerian belum bercadang untuk mengkaji pemberian RM1,000 one-off sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi kepada semua bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk negara kita. Manakala tentang elaun berkhidmat di Congo, pembayaran telah dibuat pada tahun 2004. Kadarnya ialah RM500 seorang dengan bilangan penerima seramai 4,000 orang yang telah melibatkan keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM2.9 juta.

Saya juga ingin menyentuh mengenai PLKN sebagaimana yang dibangkitkan.

Sememangnya menjadi hasrat kerajaan untuk melibatkan semua remaja Malaysia menjalani latihan PLKN. Namun, disebabkan kekangan kewangan, kerajaan tidak dapat memberikan latihan kepada semua remaja Malaysia. Sebagai contoh, bagi tahun hadapan hanya 140,000 pelatih sahaja akan menjalani latihan daripada lebih 500,000 remaja yang lahir pada tahun 1993. Namun begitu, kerajaan sentiasa membuka peluang kepada remaja yang tidak terpilih bagi memasuki PLKN sebagai pelatih sukarela.

Mengenai perbelanjaan program yang sentiasa berulang bagi menampung operasi PLKN pada setiap tahun, kita ingin menyebutkan bahawa perbelanjaan RM563 juta adalah perbelanjaan termasuk sewaan prasarana, kenderaan, penerbangan, sajian, latihan dan lain-lain.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Manakala keperluan perbelanjaan baru mengikut kod 070400 adalah peluasan skop bagi keperluan yang telah disediakan di bawah kod-kod berkenaan iaitu RM98 juta adalah pertambahan sewaan prasarana, sewaan kenderaan, sajian pelatih, peralatan, elaun dan lain-lain. Yang Berhormat Ipoh Barat juga menyentuh mengenai kod 080700 iaitu Keperluan Peruntukan Bagi Menampung Perbelanjaan One Time dan tidak berulang pada setiap tahun. Ini berjumlah sebanyak RM80 juta dan ini adalah pembelian aset dan juga gaji untuk jurulatih kontrak. Begitu juga soal veteran yang berkhidmat semasa zaman darurat dan mempunyai perkhidmatan kurang daripada 21 tahun tidak diberikan ganjaran. Saya ingin menyatakan bahawa veteran Angkatan Tentera Malaysia zaman darurat yang menamatkan perkhidmatan mereka setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun telah dibayar ganjaran tamat perkhidmatan atau ganjaran jangka masa setelah menamatkan perkhidmatan bayaran dan ganjaran ini dikira berdasarkan kepada jumlah perkhidmatan diakui dan gaji terakhir veteran.

Selain daripada itu, mereka juga dibayar caruman kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera berserta dengan faedah-faedah. Mengenai kenaikan gaji pegawai- pegawai dan anggota ATM sebagaimana yang saya nyatakan dalam media baru-baru ini bahawa satu kertas cadangan yang komprehensif mengenai skim perkhidmatan, gaji dan elaun telah dikemukakan kepada JPA dan juga kepada Kementerian Kewangan pada bulan September 2010 yang lalu, dan kerajaan sedang mengkaji isu ini dan insya-Allah jika keadaan ekonomi pulih dengan segera, maka saya yakin Kementerian Kewangan dan JPA akan memberikan gaji yang munasabah. Daripada segi patriotisme dalam pengajaran modul PLKN, saya ingin menyebutkan bahawa satu kajian secara komprehensif telah dilakukan dan ini telah melibatkan responden yang begitu ramai. Keberkesanan pengajaran aspek patriotisme dalam modul Kenegaraan menunjukkan melalui kajian persepsi ini bahawa elemen patriotisme telah meningkat seperti berikut:

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

TAHUNTAHAP PATRIOTISME
200478.5%
200883.1%
201087.05% (pengambilan terakhir)

Semenjak PLKN dilaksanakan enam tahun yang lalu, kita dapati bahawa keberkesanan daripada segi semangat ini telah mempertingkatkan dengan begitu baik.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga bertanya mengenai berapakah jumlah kematian. Saya ingin sebutkan bahawa sebanyak 13 ..

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebanyak 13 kematian telah dilaporkan.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tahap patriotisme. Apa maksud ini Yang Berhormat Menteri?

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan jawab sebentar lagi. Telah dilaporkan dan berlaku sewaktu di dalam kem. Pecahan kematian tersebut adalah seperti berikut:

PUNCA KEMATIANBILANGAN KES
Jangkitan kuman4
Lemas3
Kematian biasa2
Sakit jantung2
Kecederaan1
Leukemia1

Kes-kes ini berlaku di peringkat awal pelaksanaan latihan PLKN. Sila Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ya. Tadi Yang Berhormat telah menyatakan bahawa dengan menyertai PLKN, Yang Berhormat memberi maklumat bahawa telah naik meningkat peratusan semangat patriotisme. Saya hendak tahu bagaimanakah pihak kementerian menyukat semangat patriotisme sebab, apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, penyukatan semangat patriotisme itu bukannya melalui sama ada seseorang itu menyertai Angkatan Tentera Malaysia atau tidak.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu Gajah telah tersilap tanggap perbezaan di antara ukuran semangat patriotisme dalam PLKN dengan dalam pengambilan angkatan tentera. Kalau PLKN ini, ukuran itu dibuat daripada modul yang telah dilontarkan kepada peserta dan kemudian beberapa uji kaji telah dilakukan. Dapatan kajian itulah yang telah saya sebutkan tadi manakala dalam angkatan tentera, mungkin ketika saya menyentuh perkara ini pada hari Khamis yang lalu, Yang Berhormat tidak ada di Dewan ini. Saya telah menjelaskan secara mendalam bahawa kajian-kajian yang sama juga telah dilakukan di Britain yang dibuat terhadap kumpulan minoriti yang tidak menyertai Angkatan Tentera Britain yang menunjukkan bahawa 7% daripada kumpulan minoriti tidak menyertai angkatan tentera Britain ialah kerana kurang semangat patriotisme. Ini kajian empirikal yang telah dilakukan.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

So di dalam hal ini, saya ingin menyebutkan sekali lagi bahawa ini bukan satu tuduhan tetapi satu kajian yang dibuat. Kalau hendak menyalahkan kementerian, maka saya fikir ini tidak sewajarnya dilakukan, sebab kajian dilakukan oleh satu kumpulan ahli- ahli akademik yang turut menyertai di dalam kempen atau dengan izin, road show yang dilakukan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia. Yang Berhormat Ipoh Barat juga telah...

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan, penjelasan.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Menyentuh mengenai cadangan skim perkhidmatan dan gaji 2010 dan sebagaimana yang saya sebutkan tadi, pihak JPA sedang mengkaji, namun cadangan-cadangan ini akan mengambil beberapa perkiraan umpamanya...

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan bagi peluang. Umpamanya pengambilan untuk rekrut, kita akan memulakan pada pengambilan akan datang sekurang- kurangnya berada di tahap SPM. Manakala yang berkelulusan ijazah, mereka tidak akan terus diberikan jawatan kapten tetapi diberikan jawatan sebagai leftenan muda, tetapi dalam mata gaji yang sama. Dalam hal yang demikian, kita mengambil kira kelulusan akademik daripada segi physical fitness, dengan izin dan juga kemampuan IQ akan diambil kira sebagai mata kemasukan kepada pengambilan baru.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya ada pada bila hari Khamis dan hari ini juga. Yang Berhormat mengatakan satu analisa telah dibuat di UK. Adakah apa-apa study dibuat di negara ini dan adakah ia boleh dikemukakan untuk kita semua menelitinya.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Apa yang saya kemukakan dalam jawapan pada 9 November adalah berdasarkan kepada kajian yang dibuat di negara ini dan kajian itu dibuat melalui methodology research, dengan izin secara kualitatif. Jadi itulah yang telah dilakukan, namun demikian kita akan lakukan kajian yang baru dan kajian ini saya harap dapat mengambil kira pandangan-pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada semua parti, supaya perkara ini tidak dipolemikkan dan kita sama- sama mengajak kumpulan-kumpulan etnik yang masih kurang penyertaannya untuk bersama-sama dalam Angkatan Tentera Malaysia supaya keanggotaan dan peratusan dapat dipertingkatkan. Sila.

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Menteri ada menyebut tentang kajian dan penyelidikan tadi. Saya sebenarnya hendak bertanya, tetapi di bawah sesi Jawatankuasa yang baru sebelum lunch tadi kita tak sempat. Saya hendak bertanya tentang ada beberapa butiran yang diletakkan di bawah projek yang dimansuhkan. Salah satunya adalah berkenaan dengan penyelidikan. Adakah kerana finding ataupun penemuan daripada penyelidikan ini tidak menjurus kepada apa yang diharapkan oleh Menteri terutama beberapa isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang sebelum pada ini. Kenapakah program penyelidikan ini dimansuhkan sedangkan hampir keseluruhan daripada peruntukan ini telah dibelanjakan. Kalau kita perhati, dalam penyelidikan ini juga mencadangkan beberapa kaedah penyesuaian termasuk pangkalan-pangkalan kem dan juga dinamakan sebagai pangkalan tentera.

Ini juga dimansuhkan hasil daripada saranan daripada penyelidikan. Adakah Menteri mempunyai maklumat kenapa pengubahsuaian atau pembaikan kem-kem atau pangkalan tentera ini ditarik balik atau dimansuhkan daripada projek asalnya yang dikemukakan sejak tiga tahun sebelum pada ini. Adakah juga berdasarkan kepada laporan atau penemuan penyelidikan ini yang menyarankan supaya tidak viable untuk dilakukan pengubahsuaian atau pembaikan dan bersempena dengan itu, yang berkenaan dengan itu saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, ada satu perkara yang diletakkan di bawah Maksud Pembangunan iaitu tentang pembinaan dan lengkapan yang saya kira hampir sama maksudnya dengan Maksud P.60 iaitu beberapa perkara yang ditarik balik atau dimansuhkan projek tersebut.

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jadi nampak macam ada dua maklumat yang sama, perkara yang sama tetapi maklumat itu agak berlainan atau berlawanan sama sekali. Kalau boleh minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, itu satu soalan yang baik yang saya fikir Yang Berhormat telah buat penelitian terhadap pemansuhan berkenaan. Saya ingin maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa pemansuhan itu dibuat adalah disebabkan oleh kekangan kewangan. Kita memberikan tumpuan dan perhatian kepada menambahbaikkan dan membaik pulih kemudahan-kemudahan peralatan dan aset yang sedia ada. Bagi Maksud pembangunan dan juga kelengkapan, kita fikir apa yang kita lakukan sekarang ini ialah dengan kaedah realizing dengan izin iaitu memanjangkan jangka hayat peralatan-peralatan, .

Di samping itu, ingin saya sebutkan bahawa Kementerian Pertahanan sedang mengukuhkan aktiviti industri pertahanan. Ini di mana peralatan dan kelengkapan dalam bentuk aset ini kita akan memberikan kepada syarikat-syarikat tempatan bukan dengan kaedah dengan mengimport, tetapi mengeluarkannya di negara kita dengan memindahkan teknologi dan memindahkan pengetahuan dengan izin, transfer of technology and transfer of knowledge - dengan mendapat Intellectual Property Right (IPR) dengan izin. Dengan cara demikian, syarikat-syarikat tempatan tidak hanya sebagai syarikat pengimport tetapi mereka akan jadi syarikat pengeluar dan ini adalah merupakan satu pendekatan yang baik.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Lipis membangkitkan perkara yang sama, yang menekankan tentang apakah yang akan dilakukan sama ada kajian mengenai peralihan akan diteruskan bagi faedah pesara-pesara yang jumlahnya sekitar 5,000 orang setiap tahun. Saya ingin maklumkan bahawa pihak PERHEBAT yang mengendalikan latihan ini telah memodifikasi modul yang sedia ada, dengan memperkuatkan latar belakang dan kerjaya yang telah dilalui oleh mereka itu supaya dapat diperkuatkan ketika latihan itu dijalankan. Kita menambahkan nilai kepada latihan-latihan itu dengan membuat program berkembar, dengan memberikan mereka sijil dan juga diploma yang diiktiraf sebagai nilai tambah kepada kerjaya mereka jika mereka mahu berkhidmat di dalam pasaran terbuka.

Dalam hal demikian, saya ingin menyatakan bahawa kursus-kursus peralihan yang dijalani oleh bakal pesara sebenarnya dibuat oleh pilihan mereka sendiri. Juga berdasarkan kepada keputusan profiling dan juga pilihan yang berdasarkan kepada pengamatan yang kita lakukan pada tahun 2005. PERHEBAT juga ada membuat kajian ke atas bekas pelatih- pelatih yang mengikuti latihan di PERHEBAT. Sekiranya bakal pesara yang tidak berjaya dalam bidang yang diceburi mereka masih boleh mengikuti pasca latihan peralihan, dan dengan kerjasama PERNAMA iaitu rangkaian peruncitan di bawah Lembaga Angkatan Tentera untuk melatih mereka menjadi peruncit-peruncit yang diberikan galakan latihan, modal dan juga pemantauan. Jika ini dapat dijayakan, maka akan ramai pesara-pesara tentera yang akan dapat dialihkan daripada melakukan kerjaya kepada kerja-kerja keusahawanan.

Saya ingin menyentuh mengenai apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang yang memohon supaya PERHEBAT diberikan tambahan peruntukan. Memang benar Tuan Pengerusi, peruntukan yang diberikan kepada PERHEBAT ini sebanyak RM26 juta setahun telah berjalan lebih 10 tahun dan tidak ada tambahan yang telah dilakukan. Akan tetapi oleh kerana Dewan yang mulia ini telah menyarankan supaya peruntukan tambahan diberikan, kerana 70% daripada peruntukan ini digunakan untuk emolumen untuk gaji dan hanya 30% untuk kursus. Adalah munasabah jika pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Kewangan dapat menambahkan peruntukan yang disediakan kepada PERHEBAT ini agar latihan yang diberikan itu akan dapat ditambah lagi. Begitu juga kami telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Sumber Manusia untuk memberikan kursus-kursus yang berkaitan dengan permintaan daripada pasaran kerjaya. Kursus-kursus ini telah mula dijalankan dengan cara berkembar dengan kementerian berkenaan.

Yang Berhormat Batu Gajah telah juga membangkitkan mengapa lewat...

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri akan menjawab kepada perkara yang saya bangkitkan?

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mengenai anggota kita yang telah berkhidmat di Congo dan bayaran pampasan yang tidak diberi kepada mereka. Saya telah bangkitkan perkara itu. Adakah Yang Berhormat akan...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya sudah jawab Yang Berhormat.

Saya sudah jawab tadi sebelum Yang Berhormat sempat masuk, sebab mungkin Yang Berhormat sibuk dengan penyokong-penyokong dari luar tadi. Saya ingin mengalu-alukan pengundi-pengundi dari Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang di kawasan Parlimen Bagan Datok, yang diketuai oleh Yang Berhormat ADUN Hutan Melintang. [Tepuk] Walaupun mereka adalah merupakan Ahli-ahli PKR, tetapi saya tetap mengalu-alukan mereka di Dewan Rakyat. [Tepuk] Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan tentang mengapa lewat untuk memaklumkan kepada pelatih-pelatih PLKN. Saya ingin memaklumkan bahawa notis panggilan telah di pos pada 3 Disember yang lalu, iaitu sebulan dari tarikh pendaftaran pelatih. Dalam tempoh sebulan tersebut mungkin pada hemat kita mencukupi untuk memaklumkan kepada pelatih dan ibu bapa mereka tentang arahan untuk menghadiri kursus-kursus di kem-kem PLKN. Malahan kerajaan telah menyediakan saluran semakan yang telah kita maklumkan, walaupun tidak semua mempunyai kemudahan SMS dan sebagainya.

Ini termasuklah mungkin pelatih-pelatih yang datang dari Batu Gajah, di bawah Parlimen Yang Berhormat Batu Gajah yang mungkin tidak menggalakkan anak-anak mudanya menggunakan SMS kecuali mengutuk kumpulan-kumpulan tertentu. Melalui laman-laman web juga telah dikemukakan sekali lagi, mungkin tidak banyak mereka yang boleh menggunakan laman web ini. Walau bagaimanapun saya fikir dalam tempoh sebulan itu mencukupi untuk pelatih-pelatih yang mendapat surat notis itu memberitahu ibu bapa mereka, untuk bersedia bagi menghantar pelatih-pelatih itu ke kem-kem berkenaan. Yang Berhormat Batu Gajah ingin bertanya?

final • 2:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tiada niat yang lain kecuali untuk membangkitkan perkara ini agar perjalanan PLKN ini dapat dijalankan dengan yang sewajarnya dan tidak membebankan, menyulitkan ibu bapa.

Saya bangkitkan bahawa ada kelewatan, baru minggu lepas mereka terima surat. Ini saya buat cetakan muat turun dari lawan web. Banyak dokumen yang perlu mereka isi dan mereka gelisah sebab mereka tiada maklumat yang lebih mendalam daripada itu, kecuali jika mereka mengambil langkah pergi membuat muat turun dari laman web.

Jadi saya harap pihak JLKN dan kementerian mengambil berat perkara ini. Sebab kalau mereka ada masalah kesihatan mereka perlu juga pergi ke klinik kesihatan untuk mengisi borang. Kalau mereka hendak memohon untuk tukar kem juga ini semua mengambil masa. Yang Berhormat boleh beritahu bahawa 3 Disember telah hantar surat, tetapi persoalannya mereka hanya terima minggu Jumaat yang lalu - baru dua minggu notis kalau macam itu. Ada banyak borang kena isi. 32 keping helaian kertas yang perlu mereka muat turun kalau mereka ambil maklumat dari laman web. Saya harap perbaiki perkara ini.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih, kita akan perbaiki. Saya ingin juga menyentuh tentang bajet bagi tahun 2011 iaitu sebanyak RM750.29 juta yang diperuntukkan kepada JLKN. Peruntukan bagi menampung operasi PLKN adalah sebanyak RM746.7 juta. Ini termasuk emolumen, sewaan, prasarana, sewaan kenderaan, peralatan dan pakaian pelatih, perkhidmatan sajian dan sebagainya. Manakala sebanyak RM6.2 juta adalah bagi perolehan aset seperti peralatan, ICT dan kelengkapan pejabat. JLKN juga telah memaparkan di laman web rasmi JLKN, nombor telefon kem, nombor faks dan lokasi kedudukan kem kepada ibu bapa dan para penjaga. Saya harap Yang Berhormat Batu Gajah akan menghubungi alamat-alamat berkenaan jika bakal-bakal pengundi Yang Berhormat, yang akan beralih kepada Barisan Nasional memberikan feedback kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan tentang pemberian pencen kepada pesara tentera yang menamatkan perkhidmatan sebelum tahun 1990 dan selepas tahun 1990 dan terdapat perbezaan yang ketara.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi bahawa pemberian pencen perkhidmatan kepada pesara angkatan tentera dikira berdasarkan kepada jumlah perkhidmatan yang diakui dan gaji terakhir pangkat sebenar yang diterima. Walaupun pesara tersebut menamatkan perkhidmatan sebelum 1990, bayaran pencen mereka sentiasa diselaraskan mengikut kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Kenaikan pencen pesara ATM selepas 1990 adalah seperti berikut.

Untuk SSB pada tahun 1992, 1995, 2000, 2002 dan 2007 dan kenaikan pencen tersebut adalah berdasarkan kepada tangga gaji terakhir yang diterima. Yang Berhormat Lipis juga telah membangkitkan jumlah veteran Angkatan Tentera Malaysia...

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang menamatkan kursus perkhidmatan mereka dalam tempoh yang disebut sebagai 10 tahun, 13 tahun, 15 tahun dan sebagainya tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi tempoh 1999 hingga 2009 peratus veteran Angkatan Tentera Malaysia yang telah menamatkan perkhidmatan adalah seperti berikut.

Untuk yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan 10 tahun hanya sekitar 0.2% sahaja Tuan Pengerusi. Yang 13 tahun 10.4%, 15 tahun 2.9%, 18 tahun 4.1%, 21 tahun 37.2%, 22 tahun 32.6% dan lebih 22 tahun ialah sebanyak 12.6%.

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya bayaran pencen ini, kalau dia berkhidmat kurang dari 21 tahun apakah ganjaran yang dibayar?

Seperti yang saya telah sentuh sebelum ini bahawa apakah kerajaan akan memberi satu insentif yang baru memandangkan mereka juga telah berkhidmat dan memberi masa dan nyawa kepada negara? Orang-orang yang berkhidmat 10 tahun hingga 15 tahun tetapi tidak layak untuk mendapat pencen, saya difahamkan sistem yang sedia ada adalah untuk orang yang lebih dari 21 tahun, bila berkhidmat sedemikian baru mendapat pencen.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Ipoh Barat. Untuk mereka yang hanya berkhidmat 21 tahun sahaja yang menerima pencen tetapi yang kurang daripada itu mereka diberikan ganjaran berdasarkan kepada caruman yang dibuat oleh mereka 10% dalam LTAT, 15% caruman yang dibuat oleh pihak kerajaan kepada mereka dan juga dengan izin gratuiti yang diberikan kepada mereka. Akan tetapi insya-Allah kalau Yang Berhormat Ipoh Barat tidak memotong gaji saya RM10 mungkin kita akan mengkaji semula kenaikan yang disebutkan itu. [Ketawa]

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Malangnya Yang Berhormat telah kalah di dalam pengundian belah bahagi...

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, kalah menang tidak kisah Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Di mana Yang Berhormat dapat 33 undi sahaja. Barisan Nasional dapat 69 undi.

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Ketawa] Hari itu Yang Berhormat Menteri telah memberi insentif kepada pembangkang untuk keluar dari Dewan. Itu pasal mereka tidak ada di sini untuk mengundi.

Yang Berhormat Menteri, yang mustahak ialah ini Yang Berhormat Menteri. Yang saya katakan adalah ini bahawa mereka telah berkhidmat untuk negara. Kalau seorang Ahli Parlimen boleh mendapat pencen selepas satu hari berkhidmat, kenapa pula seorang anggota tentera yang berkhidmat 10 tahun, 15 tahun mereka tidak diberi pencen sedemikian? Jangan kita lupa bukan sahaja komitmen mereka tetapi ramai di antara mereka bila mendapat ganjaran sedemikian, they don’t know how to handle their lives dan macam di negara lain di negara Barat, yang mana mereka layak mendapat pencen.

Bolehkah ini di fikir balik supaya kita memberi pertolongan kepada mereka?

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Oleh sebab itu keprihatinan Kementerian Pertahanan, kita akan mengemukakan di Dewan yang mulia ini satu akta baru iaitu Akta Veteran Malaysia dan saya harap apabila akta itu dikemukakan di Dewan yang mulia ini, saya harap Yang Berhormat dan rakan-rakan di sana dapat menyokong akta itu.

Ini memberikan peluang bukan satu keistimewaan tetapi satu hak sebenarnya kepada semua anggota tentera walaupun bertugas hanya sehari.

Mereka akan diminta untuk mendaftarkan diri sebagai veteran supaya tidak ada lagi permasalahan yang timbul, sebagaimana yang terhidang di dada akhbar atau dalam media. Keprihatinan ini ialah yang saya berikan perhatian dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga, yang telah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun memahami hasrat kita mewujudkan akta veteran ini. Insya-Allah apabila ianya dibentangkan di dalam persidangan yang akan datang dan untuk makluman bahawa pihak Kabinet telah meluluskan akta veteran ini pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat yang lalu. Saya fikir semua mereka yang berkhidmat termasuk yang berkhidmat sehari pun akan mendapat faedah sebagai mana Yang Berhormat sebutkan.

Akan tetapi Yang Berhormat mempunyai keistimewaan dan kita semua mempunyai keistimewaan walaupun kita bertugas sehari. Itulah sebabnya kita diberikan pencen tetapi untuk Yang Berhormat saya fikir penggal yang terakhir Yang Berhormat berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Ketawa] Itu satu challenge. Mungkin saya mari. Yang Berhormat Menteri, saya pelawa Yang Berhormat datang ke Ipoh Barat untuk bertanding dengan saya.

Yang Berhormat Menteri, yang mustahak adalah ini. Nombor satu, saya terima cadangan ATM itu bagus. Itu cadangan yang bagus. Akan tetapi yang lebih mustahak Yang Berhormat Menteri, adalah di kalangan anggota tentera yang telah retire dan menjadi veteran. Adakah apa-apa pertolongan yang diberi kerana semalam bila saya ada perjumpaan dengan ex-serviceman di Ipoh, mereka kata sewa bilik dan ganjaran-ganjaran lain langsung tidak diberi oleh Minister of Defence, overlook to help this people dan adakah Yang Berhormat akan meneliti perkara itu juga kerana ramai di antara mereka dalam situasi daif?

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, saya amat sedar tentang kedaifan sesetengah pesara-pesara tentera ini. Itulah sebab saya dan Kementerian Pertahanan berhasrat dengan ikhlas untuk mewujudkan Akta Veteran itu kerana selama ini mereka mendapat bantuan kebajikan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), yang mungkin tidak peruntukan kepada pihak kerajaan. Akan tetapi dengan adanya Yayasan Veteran yang kita akan wujudkan, ianya hanya datang daripada pihak kerajaan dan sumbangan-sumbangan badan korporat dan juga individu untuk menambahkan tabung veteran ini. Maka permasalahan titik-dengik Yang Berhormat sebutkan itu insya-Allah kita akan dapat atasinya.

Saya fikir keprihatinan yang beginilah yang cukup baik yang datang daripada Yang Berhormat Ipoh Barat dan saya jarang dengar Yang Berhormat Ipoh Barat memberikan saranan sebaik ini. Saya ucapkan terima kasih banyak. Yang Berhormat Lipis saya juga membangkitkan tempoh bayaran khairat kematian dalam tempoh 14 hari dengan borang yang perlu dilengkapkan dan sebagainya. Saya ingin menyebutkan bahawa khairat kematian ini telah dinaikkan daripada harga RM500 ringgit kepada RM3,000. Ini adalah satu keprihatinannya daripada pihak kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengumumkan ketika pertemuan dengan ahli-ahli veteran di Stadium Putra dua bulan yang lalu.

Yang Berhormat Bukit Gantang ada membangkitkan tentang tindakan yang hanya dilakukan kepada seorang sahaja pelajar yang memasuki Maktab Tentera Diraja. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Bukit Gantang sila teliti betul-betul bahawa MTD ialah Maktab Tentera Di Raja bukan Maktab Turus Tentera Diraja. Saya harap maklumat-maklumat asas ini difahami dahulu oleh Ahli Yang Berhormat, Maktab Turus Angkatan Tentera ini adalah untuk maktab atau kolej yang memberikan kursus kepada pegawai-pegawai yang telah ditauliahkan. Manakala Maktab Tentera Diraja (MTD) ialah

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

untuk para pelajar lepasan Tingkatan Tiga dan mereka ini diambil berdasarkan kepada peraturan tertentu.

Kes untuk Allahyarham Naim Mustaqim, yang saya kenali secara peribadi ibu bapa beliau. Saya sendiri telah berjumpa dengan ibu bapa beliau di Baling bukan di Bukit Gantang, bukan di Sungai Siput. Di mana pihak kita telah mengambil beberapa tindakan untuk membantu keluarga berkenaan malah Allahyarham Naim telah pernah berjanji dengan ibu bapanya Tuan Pengerusi, untuk membina rumah baru kepada ibu bapanya.

Jadi oleh kerana Allahyarham tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana meninggal maka kami telah memberikan bantuan pembinaan rumah itu dengan kerjasama Ketua UMNO Bahagian Baling sendiri dan dapat restu dari Ahli Parlimen Baling untuk sama-sama membina rumah itu tanpa ada kira perbezaan parti politik, kita tidak kira itu.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Oleh sebab itu keprihatinan ini kita telah laksanakan. Untuk maklumat Yang Berhormat Bukit Gantang, bahawa dalam siasatan yang telah dilakukan, bahawa empat orang lagi, pelajar yang diambil dan disambung pengajian mereka itu, adalah merupakan sebagai saksi-saksi sahaja. Manakala yang terlibat, seorang pelajar itu sahaja yang telah dikenakan tindakan buang daripada kolej dan kesnya masih lagi di dalam peringkat perbicaraan di mahkamah terbuka, bukan Mahkamah Tentera.

Saya akan pastikan pihak Kementerian Pertahanan bahawa tindakan mengikut perundangan akan dilakukan pada pelajar yang berkenaan dan saya telah melakukan tindakan dengan menukarkan kem komandan itu dan mengambil kem komandan yang baru yang pernah belajar di MTD itu untuk menjadi kem komandan.

Saya arahkan secara rasmi supaya tindakan-tindakan disiplin yang lebih ketat dan aktiviti-aktiviti keagamaan diberikan penekanan, untuk pelajar-pelajar bukan Islam diberikan aktiviti sivik supaya kesedaran ini dapat diwujudkan di Maktab Tentera Diraja dan saya fikir sejak daripada itu, beberapa tindakan telah dapat mengurangkan kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan dan juga pengakuan serta aku janji di masa-masa akan datang tidak ada lagi kerenah-karenah buli dan juga kerenah-kerenah ragging ini.

Cuma dalam persoalan saya itu, sekadar mengubah atau menukar komandan daripada RMC, Royal Military College itu, saya rasa ini tidak. Masih lagi tidak sempurna. Ini kerana sebelum itu juga beberapa Menteri juga menjawab khususnya Menteri Pelajaran, apabila ada guru besar-guru besar yang membuat kenyataan-kenyataan yang agak seditions cuma tindakannya hanya ditukar tetapi ini tidak menghalang daripada perbuatan tersebut berulang kali. Jadi saya dengan ini menyatakan bahawa hanya sekadar menukar kem komandan itu saya rasa tidak berapa cukup. Jadi saya hendak merasakan bahawa untuk pengajaran supaya kem - Ini melibatkan nyawa, melibatkan ada orang meninggal, pelajar yang mati. Jadi sudah tentulah hukumannya bukan sekadar yang terlibat, pelajar yang terlibat itu diambil tindakan tetapi komandan itu juga perlu dipertanggungjawabkan.

Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya memang benar, komandan itu perlu dipertanggungjawabkan. Akan tetapi kalau kita ambil tindakan yang keras, Yang Berhormat juga akan membangkitkan di Dewan yang mulia ini bahawa tindakan itu adalah merupakan satu penganiayaan. Jangan cuba putar belitkan tindakan yang dilakukan.

Saya ingin menyatakan, bahawa apa yang kita lakukan sekarang ini bukan hanya sekadar memperkuatkan tindakan disiplin di MTD, tetapi beberapa langkah lanjut telah kita lakukan termasuk rondaan 24 jam di asrama berkenaan dan kelonggaran-kelonggaran disiplin yang selama ini berjalan, saya sendiri bersama-sama dengan Ketua Setiausaha Kementerian telah turun ke bawah dan kami memberikan taklimat kepada tenaga pengajar di MTD itu dan tindakan-tindakan itu telah dapat memberikan kesan yang positif dan saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Bukit Gantang di atas keprihatinan kepada MTD itu.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mengenai dakwaan, kepada Sarjan Tharmendran, saya ingin nyatakan bahawa kes kecurian enjin ini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan dan kes tangkapan anggota tersebut di perkarangan Bangunan Mahkamah Shah Alam adalah kerana kes tidak hadir tanpa cuti, yang tidak ada kena mengena dengan kes enjin. Kes tidak hadir tanpa cuti adalah satu kesalahan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972. Saya harap Yang Berhormat faham bahawa saya tidak berniat untuk melakukan sesuatu di luar daripada perundangan.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih tetapi bagaimanakah surat pelepasan jawatan yang diterima oleh N.Tharmendran kalau tidak silap saya pada bulan Mei bermakna ia bukan jadi anggota Tentera Udara. Jadi bagaimanakah dia ditahan di atas asas yang dia tidak melapor jawatan? Jadi ini nampak seolah-olah ada ketempangan kerana dia boleh tunjukkan dalam mahkamah, dia ada surat yang mana dia bukan lagi menjadi petugas di Tentera Udara Diraja Malaysia. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyebutkan bahawa kes ini juga telah mendapat perhatian daripada SUHAKAM. Pihak SUHAKAM telah mengadakan lawatan pada 1 Disember yang lalu dan kita dapati bahawa yang pertamanya tiada unsur- unsur penderaan sebagaimana yang ada pendakwaan yang dilakukan di Dewan yang mulia ini. Saya ingin menyebutkan bahawa surat itu adalah suatu surat rasmi untuk menyatakan selepas penahanan itu dilakukan dan saya fikir mengikut Akta Majlis Angkatan Tentera 1972, beliau masih tertakluk kepada tidak hadir tanpa cuti sebelum, sebelum surat itu dikeluarkan.

Saya harap dalam perkara ini Yang Berhormat jangan ada keraguan daripada tindakan ikhlas yang kita lakukan dan insya-Allah, ayat Yang Berhormat sebut dalam Surah Yasin. [Membaca sepotong ayat] Saya faham sangat dalam perkara ini dan insya-Allah selagi saya berada di sini saya akan pastikan, apa-apa peraturan, apa-apa disiplin yang ada, apa-apa sahaja garis panduan yang telah ditentukan oleh Majlis Angkatan Tentera insya-Allah akan saya lakukan. Yang Berhormat Bukit Gantang juga ada membangkitkan...

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini Yang Berhormat Padang Serai hendak tunjuk kepada orang Hutan Melintang kah?

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Dato’ Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tidak payahlah saya mahu tunjuk kepada rakan-rakan dari Hutan Melintang. Mereka sendiri tahu tentang Bagan Datok.

Jadi, pagi tadi di Dewan yang mulia ini, ada di antara Ahli-ahli Parlimen mengatakan bahawa Sarjan Tharmendran yang ditahan itu seorang pengkhianat, padahal Sarjan Tharmendran ditangkap selepas lebih kurang tiga tahun, selepas enjin itu dicuri, kita pun tidak tahu siapa sebenarnya yang curi. Mungkin Bagan Datok sendiri yang curi atau pun...

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya gunakan perkataan mungkin.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, peraturan mesyuarat telah mengatakan bahawa tidak boleh sindir-menyindir, tidak boleh dalam hujah itu...

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya tarik apa yang saya cakap.

Saya sambung? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Saya ingatkan lagi, Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau kita berbahas, berbahas dengan penuh berhemah. Kalau kita mempertahankan hak rakyat, kita sendiri mesti tunjukkan bahawa kita layak mempertahankan hak rakyat. Sila teruskan.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih. jadi saya tidak setuju bila seorang wira negara seperti Sarjan Tharmendran ini dipanggil seorang pengkhianat, walau pun beliau yang dikenakan charge dituduh di mahkamah, belum lagi didapati besalah. Jadi saya minta Menteri tolong beri penjelasan sebab ramai lagi yang telah pun misalnya seperti kita - Terima kasihlah kepada Ketua Pembangkang Permatang Pauh yang

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

mendedahkan dalam Dewan ini, bahawa ada seorang, Syed Abu Hussin bukan Ahli Parlimen yang itu dapat. Syed Abu Hussin mendapat hampir dua bilion projek dan kontrak daripada ATM. Ini jelas menunjukkan bahawa satu pengkhianatan yang besar telah berlaku di mana projek dan kontrak lebih dua bilion ini diagihkan, dan kita tahu bahawa mereka yang bertanggungjawab adalah daripada kalangan ahli-ahli politik dan juga mereka menjawat jawatan yang tinggi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya belum habis Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Kalau saya suruh duduk, sama ada habis atau tidak, peraturan mesyuarat mengatakan begitu peraturan mesyuarat.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Mahu duduk? Duduk, saya duduk.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, sampai bila kita bermesyuarat seperti begini? Saya tidak mahu lagi diheret kepada yang sudah-sudah. Kalau berhujah, menurut Peraturan Mesyuarat 37, dalam pencelahan, tanya sahaja dengan perkara-perkara yang ditimbulkan dalam jawapan. Jangan lagi bawa perkara-perkara yang menimbulkan perbahasan. Itu semua sudah difahami, diulang lagi, diulang lagi, sindir menyindir lagi, kecoh lagi. Lepas itu Speaker lagi yang tidak adil, Speaker lagi emosi, Speaker yang tidak - macam-macam.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya terpaksa memberikan bandingan supaya Yang Berhormat Menteri faham, Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi apakah pendapat Yang Berhormat Menteri apabila ada orang mengatakan bahawa Sarjan Tharmendran itu pengkhianat padahal dia adalah seorang wira yang belum didapati bersalah.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Cukup di situ.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya mahu pandangan.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Cukup di situ. Biar Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya mahu pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Sampai di situ. Itu saya boleh terima. Silakan.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, saya amat bersetuju dengan Tuan Pengerusi bahawa Ahli Yang Berhormat Padang Serai ini tidak tahu peraturan mesyuarat.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Dia tahu, bukan dia tidak tahu. Dia sengaja buat-buat tidak tahu.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, betul. Saya pun setuju itu. Tuan Pengerusi, mengenai Sarjan Tharmendran. Saya tidak mahu membangkitkan isu ini secara lebih panjang di Dewan yang mulia ini kerana kes ini masih dalam perbicaraan, akan berlaku sub judice dan saya berharap Ahli Yang Berhormat patuhi apa yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir eloklah Yang Berhormat duduk kerana telah diarahkan oleh Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya cuma mahu tahu apa yang dibangkitkan dalam hujah Ahli Parlimen tadi memanggil beliau itu sebagai pengkhianat sebab ini Menteri. Saya Menteri, orang yang nombor satu the executive in charge. So saya

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

mahu dari mulut Menteri. Macam mana? Betulkah boleh dipanggil pengkhianat itu?

Seorang wira yang telah mengorbankan masa dan beliau sendiri. I just want that clarification, dengan izin. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, kita akan tahu sama ada beliau seorang wira sejati atau pengkhianat negara apabila mahkamah memutuskan sama ada beliau bersalah atau tidak. Kita tunggu waktunya dan jangan gunakan ini sebagai forum untuk kita berdebat.

final • 3:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya mempersilakan Yang Berhormat Batu.

final • 3:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, saya amat menghargai pendirian Menteri tadi yang menyatakan kita biarkan mahkamah menentukan. Itulah sebab kami tadi cuba tegur Yang Berhormat Jasin supaya kita jangan jatuh hukum sebelum mahkamah telah membuat keputusan.

Kembali kepada isu Tharmendran. Saya – rakyat masih tetap sangat minat untuk tahu kenapa tidak ada sesiapa yang menyokong dia dalam operasi mencuri jet enjin ini dan kenapa charge ini sangat limited kepada seorang individu sahaja. Itu saya agak kalau siasatan ketara dalam pihak tentera udara, mestilah ada informasi yang lebih dan yang tidak membenarkan seseorang individu boleh keluar secara public untuk membuat pelbagai claim bahawa beliau adalah tidak bersalah.

Berlanjutan dengan ini, saya juga ingin tahu sejak Menteri telah menyatakan dalam beberapa bulan yang lalu bahawa enjin dari Uruguay ini akan dikembalikan. Saya ingin tahu kenapa sehingga sekarang enjin ini belum dikembalikan dan bilakah enjin ini akan dikembalikan ke tanah air kita?

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Yang enjin dikembalikan ini, kenyataan ini bila dibuat? Berapa bulan yang lalu ataupun sudah dibuat tadi? Sebentar ini.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tidak buat kenyataan. Itu dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Inilah. Inilah perbahasan di bawah Peraturan Mesyuarat 37 cuma membenarkan apabila ada sesuatu perkara yang timbul daripada jawapan yang perlu penjelasan. Maka tanyalah. Kalau mengenai dengan isu yang sudah kita bahas dua tiga bulan yang lalu ataupun tahun lalu ditimbulkan balik, itu sudah melanggar Peraturan Mesyuarat 37.

final • 3:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya ingin menjelaskan...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Apalagi kalau perkara ini sudah dibawa pergi ke mahkamah.

Saya bilang sudah sub judice.

final • 3:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak, tidak.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Saya tidak mengikuti perbahasan ini lebih awal.

final • 3:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat mesti harus faham.

final • 3:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak ingin membangkitkan isu mahkamah. Saya – pertama sekali saya cuba bahas. Tadi Tuan Pengerusi kata boleh celah sebab tidak ada masa.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Boleh celah kalau apa yang timbul ini daripada apa yang dijawab Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, ya. Dia ditimbulkan...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Bukan kenyataan yang sudah-sudah.

final • 3:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya ingin quote, Menteri pernah hujah di dalam Bernama.

“Defence Minister said that he inform about the Attorney General, Ghani Patail three days ago. We are sending our Senior Officer...”

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Batu, duduk.

final • 3:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, ini memang dalam kenyataan media.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat Batu, duduk dulu Ahli Yang Berhormat.

Kalau kita menghabiskan masa dalam persidangan ini, biar saya yang banyak cakap. Jadi saya puas hati. Peraturan Mesyuarat 37(1); “Seseorang ahli tidak boleh mengganggu ahli yang sedang bercakap kecuali: -

(a) point of order; atau

(b) jika hendak meminta penjelasan mengenai apa- apa perkara yang dikeluarkan oleh ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapannya.” Dalam waktu Menteri menjawab. Bukan kenyataan Menteri di luar yang mendapat liputan akhbar kerana kalau saya benarkan itu, bolehlah tanya apa sahaja. Jangan lagi ikut peraturan mesyuarat ini.

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, saya sekali lagi amat bersetuju dengan apa yang ditentukan oleh peraturan mesyuarat. Saya fikir Yang Berhormat Batu eloklah belajar balik peraturan itu dan kalau tidak ada banyak aktiviti, boleh gigit telinga polis sekali lagi. [Ketawa] Yang Berhormat Bukit Gantang juga membangkitkan tentang perbelanjaan sebanyak RM300 juta bagi sewaan kenderaan pelatih PLKN bagi Syed Abu Hussin yang menjadi ahli pengundi yang berdaftar di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Jumlah sebanyak RM300 juta bagi sewaan kenderaan pelatih PLKN adalah untuk lima tahun.

Kontrak bagi tempoh satu tahun adalah sebanyak RM64 juta bagi 140,000 orang pelatih PLKN menjadikan jumlah kos perbelanjaan pengangkutan setiap pelatih adalah sebanyak RM457 dan bukan RM2,300 sebagaimana yang dikira oleh Yang Berhormat Bukit Gantang yang salah dari segi arithmetic pada standard sekolah rendah.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Oleh yang demikian, ingin saya nyatakan juga bahawa apa yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu saya fikir eloklah saya ulangi lagi sekali Tuan Pengerusi bahawa bukan beliau seorang yang dapat. Bukan syarikat beliau seorang yang dapat. Ada 29 syarikat lain lagi yang memperoleh kontrak RM300 juta berkenaan untuk selama lima tahun.

Yang Berhormat Gelang Patah telah membangkitkan mengenai tapak tanah terbiar dan banjir, lawatan audit Kem Majidi, Kem Tebrau, tindakan terhadap kontraktor berkenaan.

Saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa tindakan perundangan sedang dilakukan dan saya menyatakan bahawa tidak ada kompromi pada syarikat Kausar Corporation Sdn. Bhd. itu. Oleh kerana projek itu projek penswastaan, pihak EPU sedang mencari jalan untuk membatalkan terus kontrak berkenaan itu dan saya tidak mahu berkompromi jika kebajikan pegawai dan anggota tentera saya dizalimi. Saya akan menentukan bahawa syarikat berkenaan akan diambil tindakan undang-undang dan dilakukan pembatalan.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penjelasan.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini saya boleh jamin.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penjelasan, penjelasan. Terima kasih...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Nanti dulu Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Menteri, kalau nanti menjawab, kalau boleh permohonan Speaker, elakkan yang ada political connection. Boleh saya benarkan daripada kedua-dua belah pihak tetapi apabila didengar oleh sebelah menyebelah pihak senyum. Jadi saya pun boleh ikut senyum. Don’t be too seriously. Boleh saya izinkan sindir menyindir politik tetapi jangan menimbulkan kekecohan.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh, saya boleh senyum. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang penting senyum dan jangan kecoh. [Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya senyum, saya senyum.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi yang murah senyum, terima kasih. Saya hendak bertanya sebab pagi tadi Yang Berhormat Menteri ada membangkitkan dan menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan Program Latihan Khidmat Negara.

Jadi baru sekejap tadi pun diulang satu perkara yang agak sama. Saya hendak tanya keterangan ataupun maklumat yang betul. Semakan saya, di bawah perolehan harta modal program.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang ini baru dibangkitkan sekarang ini ataupun?

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Baru dibangkit dan pagi tadi perkara yang sama.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Pagi tadi perkara yang sama.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Maksud Peraturan Mesyuarat 37 adalah apabila Menteri berucap.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya tidak membangkitkan peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Itu makanya saya ingatkan sekarang ini, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Kalau boleh secara ringkas saya hendak bertanya, kepastian...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Pendekkan. Tidak apa, pendekkan. Biar Menteri respond.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya, ya. Di bawah harta modal ini, tahun 2008, 2009 dan 2010 ada dinyatakan perolehan 70, 29 dan 26. Semakan saya mendapati bahawa harta modal ini adalah dalam bentuk bas, pengangkutan. Akan tetapi Yang Berhormat katakan sekejap tadi berkenaan kontrak-kontrak pengangkutan bas untuk mengangkut peserta PLKN ini diberikan kepada beberapa syarikat termasuk yang disebut baru sekejap tadi syarikat-syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk mengangkut peserta- peserta PLKN ini.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak tahu kepastiannya apakah perolehan harta modal program ini tidak mengambil kira bas yang sama untuk mengangkut peserta PLKN ini ataupun untuk tujuan lain? Saya rasa ringkas sahaja itu soalan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Menteri sambung tentang...

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Masa sudah suntuk.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi saya fikir Yang Berhormat Indera Mahkota pun tidak faham apa yang saya nyatakan tadi bahawa kontrak RM300 juta untuk PLKN itu adalah satu kontrak untuk PLKN manakala pembelian dalam bahasa Inggerisnya capital asset ini adalah satu perkara yang berbeza. Saya akan jelaskan di luar ini selepas ini.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi bukankah itu merujuk kepada aset yang sama.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi sebenarnya saya siap dalam 29 minit sahaja tetapi sebab ada gangguan maka sudah lebih daripada satu jam seminit.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Minta penjelasan yang pendek.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin jelaskan Tuan Pengerusi bahawa pelantikan kontraktor penyelamat untuk Yang Berhormat Gelang Patah akan dibuat setelah syarikat berkenaan...

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh saya kemukakan sedikit sahaja lagi?

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akan ditamatkan dan peruntukan disediakan bagi menjaga kepentingan kerajaan di atas tanah balasan.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya tidak kemukakan peraturan mesyuarat tetapi saya akan minta...

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kementerian Pertahanan akan terus menduduki Kem Tebrau agar kedua-dua tanah berkenaan tidak dibangunkan oleh syarikat berkenaan dan caveat telah didaftarkan pada 26 Jun 2003 yang lalu ke atas tanah berkenaan juga antara usaha Kementerian Pertahanan untuk menghalang pihak syarikat dalam membangunkan kedua-dua tanah berkenaan. Yang Berhormat Sungai Petani- Saya ingat Yang Berhormat Padang Serai orang sudah tahu Yang Berhormat jangan bercakap dahulu.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Itu orang Bagan Datok bukan Padang Serai.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduk. Tuan Pengerusi sebab saya kesian pada Menteri lain yang akan menjawab.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini bersangkut paut dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Sungai Petani menyentuh mengenai Prebet Zainol bin Zakaria. Dalam kajian kita beliau telah berkahwin pada tahun 1995 tetapi tamat perkhidmatan pada tahun 1990. Mengikut dasar kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran, bantuan persekolahan tidak boleh dipanjangkan bagi anak hasil perkahwinan selepas perkhidmatan.

Pada masa ini veteran berkenaan menerima pencen sebanyak RM455.45 sen itu betul dan beliau tamat perkhidmatan disebabkan masalah kesihatan dan berkhidmat selama sembilan tahun lapan bulan sahaja. Oleh yang demikian saya fikir dengan budi bicara Yang Berhormat Sungai Petani kemukakan kes itu kepada saya dan insya-Allah dengan budi baik pihak Kerajaan Barisan Nasional melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran kita akan bantu melalui cara lain untuk menampung kehidupan pesara tentera berkenaan. Yang Berhormat Sungai Petani juga...

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini...

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Sungai Petani juga membangkitkan...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Nanti dahulu Yang Berhormat Menteri duduk dahulu. Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) boleh mencelah dengan syarat ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi. Yang Berhormat Menteri tadi masih lagi berdiri dan tidak duduk dan belum lagi saya panggil siapa yang saya panggil untuk mencelah tetapi di sana pun berdiri dan di sana pun berdiri.

Apabila Yang Berhormat Menteri masih berdiri bermakna dia tidak beri laluan.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Pengerusi, saya membawa Peraturan Mesyuarat 37(1)(a). Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa Yang Berhormat Menteri akan batalkan ...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Nanti dulu. Peraturan Mesyuarat 37(1)(a) adalah point of order.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Okey saya gunakan...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey apa kesalahan Yang Berhormat Menteri yang ada point of order?

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Point of order saya adalah 37(1)(a) di mana, “Jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat, ketika itu ahli yang sedang bercakap itu hendaklah duduk dan ahli yang mengganggu itu hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikeluarkan.” Jadi saya hendak nyatakan bahawa Tuan Pengerusi di mana Yang Berhormat Menteri telah menyatakan beliau sanggup membatalkan kontrak itu jika beliau berasa ada berlaku salah guna dan sebagainya. Jadi bersangkut paut dengan itulah saya mahu bangkitkan soalan saya satu soalan penjelasan yang sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri datang ke sini untuk menjawab dalam Dewan.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai sudah, sudah. Yang Berhormat Menteri sila teruskan.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Boleh saya mencelah Yang Berhormat Menteri? One second.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tidak boleh atas arahan Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini bukan arahan sana, kalau Yang Berhormat Menteri duduk saya boleh diberi peluang.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya pun ada peraturan mesyuarat.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini kawanlah Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Peraturan Mesyuarat. Nanti dulu Yang Berhormat Menteri.

Peraturan mesyuarat daripada Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya sebenarnya tidak berhajat hendak membangkitkan 36(12) tetapi oleh sebab kekeliruan itu – Sebenarnya kalau Yang Berhormat Menteri menjawab atau memberi penjelasan lanjut rasanya tidak ada kekeliruan.

Namun saya terpaksa membawa 36(12)...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota duduk. Walaupun membangkitkan peraturan-peraturan mesyuarat, bangkitkan pada perkara-perkara yang sesuai. Perkara 36(12) adalah satu peraturan mesyuarat yang amat serius iaitu beberapa perkara perlu dikenal pasti dahulu dan Speaker memikirkan bahawa ada prima facie case. Tidak ada daripada ucapan Yang Berhormat Menteri tadi yang saya dengar bahawa dia sengaja untuk menyeleweng fakta. Tiada.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sementara ada peluang...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Jadi kalau Yang Berhormat Indera Mahkota mahu gunakan 36(12) semata-mata supaya soalan itu dapat diajukan, saya tidak menerima kerana saya mendengar daripada tadi.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi, sedikit sahaja sebab kekeliruan ini pada saya signifikan iaitu harta modal dengan penyewaan ini satu perkara yang serius bezanya.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri sudah menjawab, dia kata yang tidak faham Yang Berhormat. Jadi sama ada jawapan itu sufficient atau tidak, saya bukan quiz master. Beliau tadi sudah menjawab.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Betul Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Itu bukan tugas saya Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi, izinkan saya sedikit sahaja hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Tanya kepada Yang Berhormat Menteri dia beri laluan atau tidak.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh ya, sedikit sahaja, tentang kekeliruan tadi because Yang Berhormat kata...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Jangan gunakan peraturan mesyuarat supaya saya paksa Yang Berhormat Menteri. Tidak boleh.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ada kekeliruan dari segi takrifan di sini.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, tidak perlu diberikan peluang untuk beliau dan saya akan jelaskan.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini kekeliruan yang cukup besar signifikan harta modal dengan penyewaan ini perkara yang besar Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Sila teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Sungai Petani membangkitkan soal keberkesanan peserta-peserta...

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidakkah kita perlu clarification dalam Dewan ini Yang Berhormat Menteri?

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

PLKN yang harus diukur melalui beberapa...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Indera Mahkota sudahlah.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Bagan Datok, orang- orang Bagan Datok datang sini melihat.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta laluan Yang Berhormat Menteri tidak beri.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Antaranya melatih yang dilaksanakan bagi setiap kumpulan. Oleh yang demikian dakwaan Yang Berhormat Sungai Petani...

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri bagi laluan...

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bahawa program ini tidak mempunyai impak yang jelas adalah tidak benar.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri berilah. Ini pengundi Bagan Datok tengok ini.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi...

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini kerana kajian persepsi ini telah dijalankan terhadap 61,950 responden.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi, tidakkah berlalu kekeliruan yang besar di sini?

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Didapati bahawa kajian secara implikasi telah memberikan impak yang besar kepada peserta PLKN ini.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Menteri tolong duduk dahulu. Dalam berbahas seperti ini sememangnya jawapan dari Yang Berhormat Menteri atau hujah dari sebelah pembangkang memang tidak memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Malangnya bagi saya sebagai Speaker saya bukan quiz master ataupun saya bukan penentu siapa betul dan siapa tidak. Saya cuma mengendalikan Mesyuarat supaya Mesyuarat dapat berjalan dengan licin pada waktu yang kita tetapkan kita habis Mesyuarat. Ada satu lagi kementerian belum kita selesaikan dan esok Senate mahu bersidang sedangkan bajet belum di pass.

Jadi itu kekangan saya maka apabila berlanjutan saya kata peraturan mesyuarat saya tidak boleh benarkan. Jika Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Padang Serai berdegil oleh sebab Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan terpaksa saya gunakan peraturan mesyuarat yang lain iaitu kuasa saya Ahli-ahli Yang Berhormat mengganggu persidangan.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh atau tidak saya minta satu pengesahan sahaja.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Apabila Ahli-ahli Yang Berhormat di luar sana membuat kenyataan akhbar, kamu tahu itu juga contempt kerana Yang Berhormat Batu Gajah pernah terkena begini.

final • 3:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Pengerusi, setiap jawapan Yang Berhormat Menteri akan dipertikaikan saya rasa lebih baik kita undi sahaja Tuan Pengerusi, tidak perlu jawab lagilah.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri angguk kata saya boleh tanya, betul?

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Sila, singkatkan Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya. Saya cuma hendak tahu yang mudah sahaja. Saya hendak tahu perolehan harta modal ini termasuk bas atau tidak. Itu sahaja soalan saya, terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri saya...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ia termasuk bas tetapi bas itu tidak dibeli disebabkan kita beri kontrak sewaan dan sewaan itu adalah untuk lima tahun. Akan tetapi untuk bajet tahun berkenaan adalah untuk digunakan pada tahun berkenaan. Itu adalah sebab maka ia dilakukan dengan izin with defer the budget. Saya harap Yang Berhormat puas hati dengan perkara itu.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak minta appointment dengan Yang Berhormat Menteri selepas ini, boleh?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Boleh.

final • 3:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri, last.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan sedia terima appointment Yang Berhormat Indera Mahkota untuk beliau masuk dalam UMNO.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, mahu beri laluan kepada Yang Berhormat Padang Serai atau tidak?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tidak, saya tidak beri.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai, sudahlah.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini habis...

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya juga ingin...

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan PLKN...

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, saya ingin menyebutkan yang terakhir kerana saya kasihan pada Kementerian Dalam Negeri dan kita akan mengundi.

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, boleh...

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, saya mahu tanya, bolehkah Yang Berhormat Menteri gunakan kuasa Yang Berhormat Menteri untuk batalkan projek yang diberi RM2 bilion itu? Tadi Yang Berhormat Menteri kata Yang Berhormat Menteri kalau ada kekeliruan boleh batalkan projek dan kontrak itu.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Padang Serai, selepas ini kita jumpa di Hutan Melintang.

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ketua Menteri Pulau Pinang ada, tidak hendak minta projek.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Jasin bertanya, adakah kerajaan bercadang mewujudkan kapal pelbagai guna atau multi-role support ships.

Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini bahawa keperluan kapal pelbagai guna telah dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan bagi mendukung konsep operasi yang melibatkan ketiga-tiga teras perkhidmatan ATM dalam melaksanakan operasi ketenteraan selain daripada perang seperti bantuan kemanusiaan dan bencana alam. Namun, perolehan ini ditangguhkan kerana kekangan peruntukan. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan akan melaksanakan perolehan tersebut setelah peruntukan disediakan.

Mengenai adakah ATM mengkaji keberkesanan Program Jiwa Murni, saya ingin menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa ATM sentiasa melaksanakan kajian terhadap Program Jiwa Murni iaitu dua kali setahun bagi mencapai tujuan utama program yang di antaranya ialah sumbangan ATM kepada masyarakat ke arah pembangunan negara melalui program berkenaan, membantu kerajaan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di luar bandar, menyumbang bagi meningkatkan sosioekonomi penduduk- penduduk luar bandar, membantu bekas-bekas anggota ATM – veteran, dan rakyat yang memerlukan bantuan bagi meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka, meningkatkan hubungan di antara tentera darat dan rakyat. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Hei Bagan Datok, hantar jadi Menteri, rugilah Bagan Datok.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Mahu saya kenakan Yang Berhormat Padang Serai dengan Peraturan Mesyuarat sebelum lagi saya lihat Peraturan Mesyuarat mana. Kalau tidak, terehat dia ini. Kenapa?

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10,531,089,000 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM10,531,089,000 untuk Maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,292,649,600 untuk Maksud P.60 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM3,292,649,600 untuk Maksud P.60 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011.

final • 3:40 PM
Maksud B.62 [Jadual] – Maksud P.62 [Anggaran Pembangunan 2011] -

Tuan Pengerusi

Maksud Bekalan B.62 dan Maksud Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri.

final • 3:40 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 43.

Saya mohon supaya Tuan Pengerusi mempertimbangkan satu keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertua pada 9 Disember di mana soalan tambahan saya telah dimatikan secara terkejut atas alasan sub judice yang telah dibawa masuk. Sebenarnya itu ialah satu kesilapan dan bukan kesilapan pada pihak saya. Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua supaya diberi pertimbangan yang setimpal.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, dari dahulu saya menyarankan supaya sesiapa sahaja Ahli Yang Berhormat tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertua ataupun Timbalan-timbalan Yang di-Pertua, jangan bawa Yang di-Pertua bertengkar. Bawa di bawah Peraturan Mesyuarat 43. Pada hari ini saya lihat Yang Berhormat membawa satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 dan saya telah arahkan Setiausaha Dewan untuk memasukkan usul Yang Berhormat itu di dalam order paper. Jadi, sekarang Yang Berhormat pula berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 43 suruh saya pertimbangkan. Bukan begitu caranya Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Kalau termaktub begitu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana usul saya telah dimasukkan dalam urusan mesyuarat.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi

Ya, tetapi Yang Berhormat, satu lagi tindakan yang saya ingin nyatakan kepada Ahli Yang Berhormat, ia sudah menjadi kebiasaan bahawa apabila telah ada ‘pertengkaran’ di antara Speaker dengan Ahli Yang Berhormat yang lain, selepas itu keluar sahaja, Ahli-ahli Yang Berhormat buat kenyataan akhbar. Pernah di suatu ketika dahulu Yang Berhormat Batu Gajah kena enam bulan kerana buat kenyataan akhbar di luar cuma belittling the Speaker. Cuma Speaker sekarang ini sahaja yang tidak ambil kira. Yang Berhormat Jelutong, sudah saya buat tugas saya, tetapi Yang Berhormat Jelutong banyak yang saya terbaca di akhbar-akhbar, mengecilkan kerusi Speaker. Akan tetapi tidak mengapa, saya boleh bersabar. Emosi saya, saya boleh control. Saya cukup gentleman.

final • 3:44 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi

Boleh senyum dalam keadaan terdesak.

final • 3:44 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Tuan Pengerusi, saya tersenyum juga pada petang ini.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

final • 3:44 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Terima kasih.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi

Akan tetapi Yang Berhormat belum minta maaf lagi hentam saya.

final • 3:44 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:44 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini kerana apabila nanti Yang Berhormat diambil tindakan contempt, jangan salahkan saya. Ini kerana bukan saya secara personel, kerusi itu harus dinampak oleh umum bahawa ia dihormati, bukan saya. Kerusi dan Parlimen ini.

final • 3:44 PM
USUL MEMINDA JADUAL DI BAWAH P.M.66(9)- MEMOTONG RM10 GAJI KETUA POLIS DAERAH KUCHING

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya mengemukakan usul ini untuk potong gaji RM10 terhadap Ketua Polis Daerah Kuching. Sering kali kita dengar alasan untuk membela atau oppose usul potong gaji terhadap Menteri adalah bahawa Menteri tidak buat salah tetapi adalah pegawai yang buat salah. Oleh itu, hari ini saya bawakan usul untuk potong gaji pegawai yang telah menyalahgunakan kuasanya sebagai KPD Kuching.

Saya ada tiga insiden yang saya ingin bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini.

Insiden pertama adalah mengenai satu road block yang diadakan atau didirikan atas arahan KPD di Jalan Lingkaran Kota Samarahan di mana ia telah menyebabkan traffic jam sepanjang tiga ke empat batu. Sekatan jalan raya (road block) itu dijalankan setiap dua bulan sekali dan satu kali ia berturutan beberapa hari sehingga seminggu ke dua minggu.

Sekatan itu sepanjang hari dari siang ke malam. Walaupun pada masa heavy traffic – pukul lima dan pukul enam ramai yang gunakan jalan raya itu mahu pulang dari kerja, sekatan itu pun diadakan. Oleh itu, ia telah menyebabkan satu sekatan – traffic jammed yang sepanjang tiga ke empat batu.

Ini tidak pernah dilakukan dan tidak pernah berlaku di Kuching bahkan di Sarawak.

Saya tahu di Kuala Lumpur, traffic jammed lasting sepanjang tiga ke empat batu adalah common atau keadaan yang biasa berlaku. Akan tetapi di Kuching, tidak pernah berlaku kecuali apa yang telah dilakukan oleh Ketua Polis Daerah Kuching. Ini telah diadakan sejak bulan Jun dan Julai sehingga sekarang. Setiap dua bulan sekali dan satu kali, dua ke tiga minggu. Kita telah buat aduan kepada dia. Apa yang dia kata?

final • 3:46 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Dia kata oh! Dalam banyak-banyak maklumat yang diterima menunjukkan, bahawa jalan raya ini sering digunakan oleh penjenayah untuk membawa kenderaan atau motosikal curi apabila jalan raya sesak digunakan orang ramai bagi menyukarkan aktiviti mereka dikesan oleh pihak berkuasa. Salah satu kejayaan pihak kami ialah mengadakan sekatan jalan raya di sini serta berjaya menahan dan menangkap seorang pengguna motosikal yang membawa senjata tanpa lesen dalam bulan Julai 2010.

Surat jawapan ini diberikan pada November dan amat menyusahkan pengguna- pengguna jalan raya dalam beberapa bulan, hanya satu kes yang disebutkan adalah kejayaan daripada sekatan jalan raya. Walaupun penjenayah pada masa sekarang di Kuching juga sudah tahu bahawa jalan raya ini akan disekat, ada road block jadi mereka juga tidak akan menggunakan jalan raya tersebut dan masalah kecurian kenderaan ini sememangnya dikuasai dan diuruskan oleh sindiket, tidak kan pihak polis tidak tahu siapa sindiket yang menjalankan jenayah pencurian vehicle. Oleh itu saya fikir ini adalah satu balance of cost and benefit. Saya fikir tidak sewajarnya pihak polis menyusahkan ramai, beratus-ratus bahkan beribu-ribu pengguna jalan raya itu hanya untuk satu kes dengan niat untuk mengurangkan kadar kecurian kenderaan.

Saya mahu tahu dan saya juga telah bertanya berapa banyak kereta yang dicuri telah berjaya dikesan dan telah ditahan daripada sekatan jalan raya yang telah dibuat.

Alasan kedua yang saya ingin bawa dan bangkitkan di dalam Dewan ini ialah untuk menyokong usul saya adalah berasal dari satu permohonan permit polis untuk mengadakan satu majlis makan yang diorganized oleh DAP. Kita telah membuat permohonan untuk

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

mengadakan majlis makan malam yang akan diadakan pada 20 November dan permohonan kita telah diberikan kepada Ketua Polis Daerah pada 11 November dan pada 16 November, dia mengatakan bahawa tempat tersebut tidak sesuai kerana ada orang yang dijangka akan hadir yang disebut dalam permohonan kita iaitu sebanyak 800 orang, ini akan menyebabkan kesesakan jalan raya.

800 orang, okey dengan serta-merta saya menjawab kembali untuk membuat rayuan, sekiranya 800 orang adalah terlalu ramai, kita akan mengecilkan dan mengurangkan jumlah orang yang akan menghadiri majlis ini kepada 650 orang dengan menjualkan tiket 65 meja sahaja untuk majlis makan ini dan selepas saya menghantar surat rayuan saya kepada dia, walaupun majlis makan malam akan diadakan pada 20 November. Pada 19 November, sehari sebelum majlis makan dia telah menjawab bahawa oh! Kali ini alasan untuk menolak permohonan kita adalah berbeza daripada sebelumnya, mengatakan bahawa, “Pihak kami memohon maaf kerana rayuan tersebut tidak dapat dipertimbangkan, memandangkan pada tarikh dan pada masa yang sama terdapat dua majlis aktiviti lain yang turut diadakan di sekitar kawasan yang sama, yang mana permit telah dikeluarkan dan diluluskan seperti berikut”. Satunya Persatuan Chong Hwa Batu Kawah dan kedua what ... satu religious event di tempat tersebut.

Selepas menerima surat penolakan itu, saya pergi sendiri untuk berjumpa Ketua Polis Daerah untuk membuat rayuan, dan apa yang dia janjikan kepada saya, “You make another application for the next Saturday, not this Saturday 27, and I will give you the permit”. Saya bertanya kepada dia, kalaupun disebabkan ada orang lain, ada event lagi di sekitar tempat itu, bagaimana? Dia kata “Tidak apa, you apply 27 November, if there’s anyone sama ada event in the vicinity, we will change it directly on the 28 - okay, boleh, I will give you same time, same place”. Itulah yang dijanjikannya. Oleh itu pada hari Isnin 22 November, saya telah mengemukakan satu permohonan lagi dan dua tiga hari selepas itu, saya telah mengemukakan dan telah inform dia sekali lagi, dia katakan, “No problem, I will assure the permit. Tetapi sehari selepas itu..

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Menyampuk]

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Dia telah menolak permohonan permit kita sekali lagi, “Dukacita dimaklumkan bahawa perjumpaan ini tidak dapat mempertimbangkan serta meluluskan permohonan anda bagi mengadakan majlis makan malam”. Kali ini tidak ada apa-apa alasan yang diberikan. Tuan Pengerusi, ini merupakan seorang Ketua Polis Daerah yang telah menyalahgunakan kuasa mereka di atas perkara permohonan permit polis...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya juga merupakan...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan boleh?

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Seorang...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya habiskan...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini, ini...

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya, saya...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini ‘patty issues’ lah. Kalau semua ini Dewan Rakyat ya...

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Seorang...

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Seorang KPD yang boleh berbohong kepada Ahli Parlimen, apa kita kata kalau dilakukan kepada orang awam.

Walaupun saya seorang Ahli Parlimen, dia telah berbohong kepada saya, “I will assure the permit, you apply for next week, I will assure the permit, same time same place.” Tetapi

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

kali ini tidak ada alasan, dan tidak apa lagi pada hari bertarikh 20 November, saya pergi lagi dan telah mengumumkan akan menangguhkan majlis makan malam dan saya telah pergi ke tempat itu, tempat itu diduduki 20 hingga 30 pegawai polis di restoran tersebut, hanya duduk-duduk untuk menakutkan orang ramai dan saya telah bertanya pemilik restoran dari pagi hingga ke malam mereka telah duduk di sana untuk minum kopi sehingga malam. 23 orang pegawai polis tidak ada kerja lain kah, tidak ada tugas lain kah?

[Dewan riuh] Saya, kita...

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Pada 27 November, walaupun kita telah membuat sidang akhbar, bahawa kita akan membatalkan majlis makan ini kerana tidak ada permit polis, tetapi dari pagi sehingga malam, polis hanya meronda di tempat tersebut. 20 hingga 30 officers duduk di dalam kedai kopi iaitu restoran tersebut hanya untuk minum kopi dari siang hingga pukul 10 malam. Tuan Pengerusi, di Kuching saya ada laporan akhbar bahawa kes ragut, kes kecurian dan kes pecah rumah sering berlaku dan setiap hari kita membaca surat khabar, kita boleh membaca akhbar-akhbar mengenai kes jenayah dan alasan yang diberikan oleh pegawai polis di atas siasatan yang lambat adalah disebabkan kekurangan kakitangan.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kalau kekurangan kakitangan, kenapa ia ada cukup begitu ramai pegawai polis untuk duduk dalam kedai kopi, kedai restoran dari siang pagi hingga malam! Minum kopi sahaja, untuk menakutkan orang ramai. Saya anggap bahawa Ketua Polis Daerah itu telah menjadikan PDRM di Kuching sebagai satu alat politik Barisan Nasional! [Dewan riuh] Ini adalah alat politik Barisan Nasional untuk menganiayai parti pembangkang, untuk menghalang kita menyampaikan mesej kita kepada rakyat jelata kerana Batu Kawan itu merupakan the last ADUN seat of Barisan Nasional in Kuching. The last - the last one, oleh itu the last bastion. Oleh itu mereka takut.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Akan tetapi adakah ini wajar? Kita membazirkan wang rakyat untuk mengupah polis untuk melindungi kita - masyarakat kita daripada jenayah dan keganasan. Akan tetapi mereka sekarang digunakan untuk - to oppress and suppress the opposition. Ini tidak wajar, ini tidak wajar! Adakah ini diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri to defend Putrajaya at all cost?

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Adakah salah guna kuasa ini dipersetujui oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada di sini. Oleh itu saya rasa the priority must be right. The priority of the duty of police must be right. Priority - tanggungjawab mereka adalah untuk memerangi jenayah dan bukan untuk menangkap dan menganiayai parti pembangkang, dan menjadikan pasukan polis sebagai satu alat politik Barisan Nasional. Dengan ini saya mengemukakan usul saya dan saya berharap ia akan diluluskan. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Belum lagi saya kemukakan usul. Ahli-ahli Yang Berhormat, sabar dahulu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul sebagaimana yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi bagi Maksud B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahas. Sebagai makluman, saya tadi bagi Yang Berhormat Bandar Kuching habiskan semua - lebih kurang 10 minit lebih. Jadi oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya mahu daripada pembangkang seorang, daripada Barisan Nasional dua orang. Jadi bermakna dua pembangkang, dua Barisan Nasional. Jadi siapa yang ingin bercakap itu tolong pendekkan, singkatkan kerana kita sudah tahu apa dimaksudkan oleh Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Jadi Yang Berhormat jangan ketawakan usul itu, kerana apabila kamu ketawakan seolah-olah memperkecilkan saya. Saya yang luluskan usul itu. Jadi apa usul yang dibentang sini, saya yang luluskan. Sila, siapa yang mahu bercakap sebelah sini dahulu?

Sila - okey Yang Berhormat Ampang. Selepas itu bersedia dua daripada sebelah sini. Sila.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. [Ketawa] Ini kerana kebelakangan ini kita lihat bagaimana polis telah diperalatkan oleh kerajaan Barisan Nasional terutamanya di Sarawak.[Dewan riuh] Saya hendak membawa satu kes khusus di Balai Polis Kuching yang mana 23 Julai 2010, saya telah dipanggil oleh Balai Polis Kuching untuk ke sana untuk memberikan keterangan mengenai kes rogol gadis-gadis Penan. Sampai sekarang, kes ini tidak lagi mereka tangani. Mereka berjanji akan mengendalikan kes ini dan telah mengarahkan pegawai-pegawai polisnya untuk turun ke Baram. Malangnya ketika saya membuat laporan itu dan keterangan itu, saya telah membawa evident - bukti siapa penjenayah itu penuh dengan maklumat identiti beliau.

Akan tetapi sampai sekarang apabila kita susul apa yang disebutkan bahawa tidak ada arahan dari kerajaan pusat, tidak ada arahan dari Ketua Polis untuk membuat siasatan.

Jadi ini kita lihat bagaimana polis telah digunakan dan diperalatkan untuk - bukan sahaja menganiaya pembangkang ataupun parti-parti Pakatan Rakyat, akan tetapi juga untuk menganiayai rakyat Sarawak sendiri. Ini yang kita kecewakan.[Dewan riuh]

final • 4:03 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Ampang?

final • 4:03 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Saya juga hendak sebut...

final • 4:03 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Ampang, boleh? Terima kasih. Saya pun hendak memberikan sokongan kepada usul yang dibawa oleh Bandar Kuching. Walaupun ia merupakan satu usul khusus kepada OCPD Kuching, akan tetapi mesejnya ialah kita mahu semua OCPD di seluruh negara merasa mereka dipertanggungjawabkan tentang tindakan-tindakan yang mereka lakukan.

Mungkin bagi Barisan Nasional ia nampak perkara ini remeh. Akan tetapi apa yang kita hendak ialah kita mahu semua OCPD di semua tempat menyedari bahawa mereka boleh dikenakan tindakan ataupun disebut tentang salah guna kuasa mereka, seperti mana OCPD di Shah Alam dalam kes pembunuhan dan penembakan Aminurrasyid. Seperti juga dalam kes yang baru-baru ini, ada tiga orang yang juga ditembak mati di Glenmarie, Shah Alam.

Walaupun ini berhubung dengan soal OCPD Kuching semata-mata, akan tetapi mesejnya ialah bahawa OCPD tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Tidak boleh kita hendak kata kita jadikan sasaran Menteri, selepas itu OCPD ia tidak akan disebut tentang salah guna kuasa mereka ataupun penyelewengan mereka ataupun tindakan mereka yang tidak mengikut standard operating procedure. Oleh kerana itu, saya memberikan sokongan penuh kepada usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam, kalau mencelah begitu - point itu tumpangkan kepada Yang Berhormat Ampang. Jangan bersendirian. Sila, teruskan.

final • 4:03 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Boleh, boleh tumpang. Saya juga ucapkan tahniah kepada Tuan Pengerusi kerana telah meluluskan usul ini. Ini kerana ia untuk memberi kesedaran kepada Ketua-ketua Polis bahawa ini adalah simbolik untuk kita berbahas dalam Dewan ini, agar mereka sedar tanggungjawab mereka. Bukan macam attitude, sikap yang diambil oleh wakil rakyat Barisan Nasional yang tidak faham tentang simboliknya kenapa kita hujahkan tentang usul ini, agar mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga negara ini menjalankan tugas. Ini yang penting!

Bukan setakat RM10 itu yang penting, simboliknya. [Dewan riuh] Jadi Tuan Pengerusi, saya juga ingin membawa beberapa kes yang telah diadukan ke Balai Polis Kuching. Yang mana kita lihat kebelakangan ini ada beberapa kes - pertamanya mengenai kes Rajah Charles Brooke Memorial Hospital yang mana 700 ekar

final • 4:03 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

tanah mereka telah diselewengkan oleh - tidak lain tidak bukan Ketua Menteri, yang telah mengambil alih tanah itu dan menyalahgunakan kuasa untuk menggunakan projek-projek komersial. Itu yang pertama.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Ampang. Duduk dahulu Yang Berhormat Ampang. Duduk dahulu. Duduk, duduk.

final • 4:03 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat... Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tegur Yang Berhormat Ampang bukan kerana apa. Apabila kita menyebut nama seseorang, membuat tuduhan begitu tidak elok. Kalau dirasakan bahawa ada kes-kes tertentu, bawa usul bersendirian. Sesiapapun kita akan bahas. Akan tetapi jangan buat tuduhan begitu.

Tidak baik. Itu melanggar peraturan mesyuarat. Sila.

final • 4:03 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Akan tetapi itu adalah aduan-aduan yang telah dilakukan di Balai Polis Kuching.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Ya - kalau pun kalau aduan begitu, jangan sebut seperti begitu.

final • 4:03 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Jadi maknanya... Okey, minta maaf. Saya tarik balik yang itu.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

final • 4:03 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Okey. Kes yang kedua adalah mengenai kes Borsarmulu Resort Sdn. Bhd. yang mana masyarakat Mulu telah membuat laporan tetapi mereka telah ditangkap dan dipenjarakan. Tujuh orang telah ditangkap. Satu lagi kes – Sebuyau land di Simunjan pun begitu juga. Telah dibuat aduan mengenai perlindungan tanah, tentang rampasan tanah telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak tetapi pihak polis tidak ambil tindakan apa-apa.

Jadi ini menunjukkan jelas bahawa pihak polis telah diperalatkan oleh kerajaan Barisan Nasional dan Sarawak untuk menjaga kepentingan mereka. Jadi dengan ini, saya sokong usul Yang Berhormat Bandar Kuching agar perkara ini dibahaskan - yang telah kita bahaskan, dan RM10 atau berapa ringgit itu patut dipotong daripada gaji pegawai polis.

Terima kasih.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Sebelah sini tadi - satu wanita, satu Yang Berhormat Bandar Kuching. Apabila saya tengok di sini mesti apa macam pun wanita dari Sarawak diberi peluang - Yang Berhormat Sri Gading. Sila Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 4:03 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terpaksa bangun Tuan Pengerusi, kerana sebagai seorang yang asal dari Kuching, saya terbaca juga isu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching dalam akhbar tempatan apabila saya kebetulan balik ke Bandar Kuching.

final • 6:09 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Saya amat kesal. Saya rasa Yang Berhormat Bandar Kuching perlu mohon maaflah kepada pihak polis. Ini kerana Yang Berhormat Bandar Kuching sendiri... Maaf saya terpaksa menyentuh peribadi kerana pernah berlaku sesuatu di rumah Yang Berhormat Bandar Kuching, siapa yang membantu? [Dewan riuh] Kalau bukan polis. Jadi ini adalah – saya tidak bagi laluan, saya tidak banyak masa. Saya cuma hendak menyatakan...

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Itu mengikut konteks, beliau mengelirukan...

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Saya cuma hendak menyatakan, Yang Berhormat. [Dewan riuh] Saya cuma hendak menyatakan di sini Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Duduk, duduk.

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bandar Kuching duduk. Yang Berhormat Batang Sadong duduk.

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu peribadi. Ini peribadi.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya harus jawab.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kes jenayah yang berlaku di rumah saya.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 4:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Penjenayah belum ditangkap. Siapa pun tidak tahu

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Duduk dulu Yang Berhormat Bandar Kuching. Duduk Yang Berhormat Bandar Kuching. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dibahaskan tadi itu spesifik mengenai dengan gaji dikurangkan kepada seorang OCPD. Akan tetapi, oleh kerana saya orang penyabar, baik, saya biarkan perbahasan itu keluar daripada tajuk. Tidak mengapalah! Sekarang pula apabila Yang Berhormat Batang Sadong buat satu, belum pun habis sudah Yang Berhormat Bandar Kuching, sama-sama kita sabar. [Disampuk] Saya pun sabar juga. Dengar sahaja. Jangan timbulkan kekecohan lagi. Sila teruskan.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi. saya terpaksa menyentuh tentang perkara ini, sebab saya rasa ini adalah rasa tanda terima kasih saya kepada pihak polis. Ini kerana pihak polis terutama sekali di bawah Ketua Polis Daerah (KPD) ini, di mana beliau memegang tiga majlis daerah. Dewan Bandar Kuching Utara, Selatan dan juga Padawan. Satu kawasan begitu besar sekali malah beliau dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Jadi, saya rasa apa yang beliau capai adalah satu yang hebat.

Beliau menjadi seorang yang hebat sebab itulah apabila orang yang hebat di sebelah kerajaan, pemimpin di sebelah kerajaan memang adalah orang-orang yang akan cuba menjatuhkan. Jadi kita tidak mahu ini berlaku. Biarlah kita berlaku adil.

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Berterima kasih kepada pihak polis.

Kalau tidak kerana pihak polis, Yang Berhormat Bandar Kuching, dapatkah Yang Berhormat Bandar Kuching terbang ke sini? [Tepuk] [Dewan riuh] Kita tidak akan selamat, tahu? Jadi kita perlu menunjukkan rasa terima kasih kita kepada pihak polis terutama sekali kepada KPD Kuching.

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mencelah?

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Jadi – ya, saya bagi peluang.

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Jangan nanti mencelah macam Yang Berhormat Shah Alam tadi.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak emosi macam Yang Berhormat Bandar Kuching ini, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Bandar Kuching ini setiap kali buka mulut, dia emosi. Pertama Tuan Pengerusi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Bandar Kuching, tanya kepada Yang Berhormat Batang Sadong. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Melaluilah.

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Batang Sadong, minta maaf.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Minta maaf Tuan Pengerusi. [Ketawa] Minta pandangan Yang Berhormat Batang Sadong. Satunya, diperuntukkan apabila permohonan untuk mengadakan apa-apa cara itu ditolak oleh polis, yang memohon itu boleh memohon, appeal atau merayu. Ada tidak Yang Berhormat Bandar Kuching ini sebenarnya pengetahuan Yang Berhormat Batang Sadong, memohon? Itu satu. Keduanya, kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi itu seolah-olah menggambarkan pihak polis ini macam satu monster. Minum kopi pun, polis minum kopi boleh menakutkan rakyat. [Dewan riuh] Kenyataan apa ini? Minum kopi, polis minum kopi di restoran dikatakan menakutkan rakyat. Apa punya pemikiran ini Yang Berhormat Batang Sadong? Tolong jelaskan sikit.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya rasa ini perlu kita kemukakan. Saya tambahkan itu juga sebagai ucapan saya juga untuk menjimatkan masa. Biar Yang Berhormat Menteri membantu menjawab untuk menjelaskan perkara ini. Saya hendak teruskan isu yang disebutkan tadi, mengenai sekatan jalan raya. Sepanjang yang saya tahu, apabila saya menghayati usul dari Yang Berhormat Bandar Kuching, saya mencarilah maklumat mengenai apa yang berlaku.

Sepanjang bulan Julai kalau saya tidak silap, saya mendapat tahu bahawa memang pihak polis menjalankan satu sekatan jalan raya yang begitu intensif sekali.

Ini kerana pada bulan tersebut di Bandar Kuching khususnya berlaku dua aktiviti antarabangsa. Satu ialah International Rainforest Festival dan kedua ialah Hatch International Hatch Run. Jadi, oleh kerana itu, pihak polis pada masa itu melakukan sekatan jalan raya 24 jam. 24 jam untuk sepanjang bulan Julai. Bukan kerana pihak pembangkang sahaja. Itu adalah keutamaan yang diberi oleh pihak polis di bawah Seksyen 26 Police Act dengan izin, mereka memberi keutamaan kepada keselamatan. Ini juga menjadi kesalahan? Kalau polis tidak melakukan tugas mereka salah juga. Jadi di mana yang polis hendak melakukan kerja ini? Macam mana cara kita hendak memberi, hendak melindungkan rakyat kita?

Jadi kalau polis melakukan sesuatu yang baik kita tidak memujinya. Saya teringat apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi. Apabila pihak polis melakukan macam penembakan terhadap Aminurrasyid, semuanya menyerang polis. Akan tetapi apabila polis kena tembak, adakah kita memberikan komen yang positif? [Tepuk]

final • 4:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Macam mana kita hendak menjaga keselamatan negara kalau beginilah keadaan kita? Kita tidak memberi peluang kepada pihak polis untuk menjalankan tugas mereka. Yang Berhormat Sekijang, okey saya beri peluang.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih saya dari Batang Sadong. Saya hendak tanya Yang Berhormat Batang Sadong ini. Saya sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Rakyat ini. [Dewan riuh] Saya rasa ini kali pertama saya tengok pembangkang ini ataupun dalam Dewan ini, kita membincangkan untuk memotong gaji pegawai kerajaan. Jadi kalau hendak ikutkan dia orangnya cakap, pembangkang ini kata hendak tolong pegawai kerajaan itu dan ini. Akan tetapi, sebenarnya cakap macam tidak serupa bikinlah. Manis di bibir sahaja, manis di bibir sahaja.

Tidak apa yang hendak dibuatnya. Jadi kalau inilah yang ditunjukkan oleh pembangkang, kalau di peringkat daerah sekali pun hendak dipotong gaji, inilah pegawai- pegawai kerajaan. Saya ingat kena tengoklah kiri, kanan. Ini permulaan dia. Selepas ini lagi banyak hendak dipotongnya. Jadi Dewan kita esok tidak ada kerja lain, bersidang untuk memotong gaji di peringkat daerah, di peringkat negeri dan mungkin juga di kampung,

final • 4:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

penghulu pun kena potong, ketua kampung kena potong ini. Apa pendapat Yang Berhormat daripada Batang Sadong?

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Saya tadi telah menyatakan apabila orang kita melakukan dengan baik memang ada yang cuba hendak menjatuhkannya. Beginilah, tadi mula-mula kita mendengar Menteri-Menteri hendak dipotongkan gaji. Sekarang ini KPD pula, sampai ke situ pula. Tidak ada kerja lainkah kita di Parlimen? Tidak ada kerja lain kita membuang masa rakyat, sampai ke KPD hendak dipotong gaji? Saya hendak nyatakan di sini Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Tolonglah jangan terlalu...

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batang Sadong duduk dulu. Peraturan mesyuarat.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Boleh saya mencelah?

final • 4:10 PM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Peraturan Mesyuarat 66(9). “Sesiapa Ahli boleh mengeluarkan usul hendak meminda jadual itu dengan mengurangkan sebanyak RM... daripada belanja yang diperuntukkan bagi apa-apa pecahan atau butir di bawah kepala itu, tetapi hendaklah dikeluarkan pemberitahu sekurang-kurangnya dua hari terlebih dahulu.” Maksud saya Tuan Pengerusi, usul ini diperbolehkan oleh peraturan mesyuarat Parlimen kita. [Disampuk] Jadi pendirian Tuan Pengerusi, orang yang menghina Ahli yang membuat usul yang dibenarkan oleh peraturan mesyuarat ini. [Dewan riuh] [Tepuk] Adakah itu tidak menghina Perlembagaan, tidak menghina peraturan mesyuarat, tidak menghina Parlimen, tidak menghina Tuan Pengerusi sendiri? Terima kasih. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] Speaker yang meluluskan usul.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan. Tidak ada pelanggaran peraturan mesyuarat.

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Tepuk]

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Ini juga membuang masa Tuan Pengerusi. Saya hendak balik kepada isu yang disentuhkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi, mengatakan bahawa ini adalah last sit untuk BN di Bandar Kuching. Saya rasa Yang Berhormat Bandar Kuching...

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Boleh minta laluan?

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Sebentar ya. Yang Berhormat Bandar Kuching perlu tarik baliklah itu.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Kalau kita terlalu arrogant dengan izin, kalau kita terlalu arrogant, ia akan makan balik kepada kita.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk] Biarlah dia!

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Jadi, biarlah kita janganlah bersikap terlalu arrogant. Saya rasa bagi peluang kepada Yang Berhormat Putatan.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Pencelahan penghabisan Yang Berhormat Putatan. Selepas itu Yang Berhormat Batang Sadong jangan lagi benarkan.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. ini hari baik.

Saya mendengar usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching itu. Apabila mendengar hujah-hujah Yang Berhormat Bandar Kuching seolah-olah ada muslihat Tuan Pengerusi. Muslihat dia oleh kerana kegagalan minta permit. Itu sahaja. Jadi hendak potong

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

gaji ini buat apa? Ini tugas pegawai kerajaan kita menjaga ketenteraman awam, yang penting sekali bukan setakat bagi permit, ikut keadaan.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi oleh kerana itu Yang Berhormat bersetuju atau tidak rasa saya tolakkan usul ini sahaja buang masa Dewan, kita banyak lagi perkara yang hendak dibincang. Boleh?

Minta persetujuan.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Ya Tuan Pengerusi, memang tujuan saya minta usul ini akan ditolak sehabis-habisnya kerana tidak ada asas untuk mengurangkan gaji KPD tersebut kerana beliau telah menjalankan tugas dengan baik. Saya hendak nyatakan di sini KPD ini ialah seorang yang pernah menjawat jawatan sebagai Head of Operations di Bukit Aman, di mana beliau diberi tugas untuk menyiasat malpractices dengan izin di kalangan polis-polis, di kalangan mereka sama sendiri. Jadi di situ kita boleh nilai bahawa KPD ini telah menjalankan tugas dengan begitu baik dan cemerlang sekali. Maka dengan itu kita perlu tolak usul ini. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - sri Gading

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sri Gading, saya ternampak Yang Berhormat Tangga Batu dahulu. Terpaksa saya panggil Yang Berhormat Tangga Batu. Sila Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Pengerusi, walau macam mana pun Yang Berhormat Sri Gading akan mencelah dan akan berbahas besar daripada masa saya.

Tuan Pengerusi saya melihat Ketua Polis Daerah ini berpangkat ACP, seorang yang berpangkat Assistant Commissioner of Police sudah pasti mempunyai pengalaman yang panjang dan mempunyai kepakaran yang tertentu. Bandar raya Kuching adalah merupakan sebuah bandar raya yang besar yang dikenali seluruh dunia dan pernah menjadi antara bandar yang berkualiti dan bandar yang paling membangun dengan mampan.

Tuan Pengerusi, bukan mudah untuk memegang jawatan ini. Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bandar Kuching ini saya melihat lebih bersifat kepada seolah-olah beliau telah tidak menepati KPI kalau ada KPI Parti DAPlah. Contohnya Yang Berhormat Bandar Kuching mesti buat satu program tetapi tidak terbuat. Jadi dia kejarnya polis ini sebagai kononnya Ketua Polis Daerah ini yang berpangkat ACP ini sebagai batu penghalang. Tidak cukup dengan itu KPInya lagi ialah untuk ridicule OCPD ini. Inikah semangat yang dibawa?

final • 4:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 4:21 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Pada masa yang sama – Yang Berhormat Sri Gading sekejap lagi.

final • 4:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sana tidak bagi, sini tidak bagi.

[Ketawa]

final • 4:21 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kita mengharapkan suasana yang selamat, aman dan makmur dengan NKRA yang diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang diletakkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri supaya tahap keamanan itu dipertingkatkan. Satu omnipresent – sedia ada, siap kesiagaan polis dan pada saya kalau polis berada di kedai kopi salah satu daripada kaedah omnipresent tapi bukan tujuan untuk menakutkan orang ramai tetapi untuk mengawal keselamatan dan keamanan di situ. Sila Yang Berhormat Sri Gading.

final • 4:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Pengerusi.

final • 4:21 PM

Tuan Pengerusi

Saya,saya.

final • 4:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tangga Batu. Usul Yang Berhormat Bandar Kuching ini usul yang berniat jahat. Jikalau dia potong gaji Yang Berhormat Menteri saya boleh faham, ini memotong gaji – ini soal potong-potong ini pun hendak kena jaga perkataan ini Tuan Pengerusi.

final • 4:21 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 4:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Duduklah, saya punya floor ini.

Ini usul kepada pegawai polis ini dia tidak boleh hendak membela diri, tidak boleh bela diri Tuan Pengerusi. Inilah satu usaha pihak pembangkang hendak memburuk-burukkan imej polis, tetapi saya rasa Ahli-ahli Parlimen yang berfikiran waras akan tolak usul ini. Selama 203 tahun polis telah berjasa kepada negara ini menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan, alhamdulillah. Jadi Yang Berhormat Tangga Batu saya haraplah kita memang sehati, seia sekatalah hendak tolak usul ini. Jamuan makan malam, Allah remeh – sekatan buat - Yang Berhormat Tangga Batu jawablah.

final • 4:21 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Tangga Batu minta laluan Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 4:21 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kena jawab, saya serah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawab tetapi apa pun...

final • 4:21 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Tangga Batu minta laluan.

final • 4:21 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Eh! Duduklah ini saya punya floor. Saya bercakap dengan Tuan Pengerusi Jawatankuasa.

final • 4:21 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bagi laluanlah.

final • 4:21 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Duduklah dulu bagilah saya ulas sedikit apa Yang Berhormat Sri Gading.

final • 4:21 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya hendak minta penjelasan sedikit.

final • 4:21 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Buang masa. Niat Yang Berhormat Sri Gading lebih dewasa daripada Yang Berhormat Tangga Batu, dia faham soal niat ini. Saya tidak nampak lain selain daripada pilihan raya Negeri Sarawak sudah dekat.

Saya tidak nampak lain daripada itu. Hari ini kononnya rakyat di Bandar Kuching akan menyokong mereka yang menentang polis, kalau itulah menjadi punca kepada kejayaan mereka saya tidak pasti Yang Berhormat. Akan tetapi yang pastinya satu communalities satu common grown bagi rakyat di negara ini di mana pun kita di Kuching kah, di Melaka kah ialah untuk hidup dalam keadaan selamat, aman dan makmur. Itu nombor satu.

Hari ini polis yang bertugas seorang ACP yang pengalamannya 30 tahun bekerja kita hendak potong gaji dia hendak tunjukkan kononnya selama ini polis tidak menjalankan kerja dengan betul. Seribu kerja yang dibuat betul, satu yang dibuat salah itu yang kita memperbesarkan.

final • 4:21 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 4:21 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hendak dihinanya polis dalam masa yang sama bila polis buat kerja jaga, kita pula yang law maker ini buat perhimpunan, buat demonstrasi. Kita buat undang-undang, kita join demonstrasi yang polis larang.

final • 4:21 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Berilah laluan Yang Berhormat Tangga Batu. Saya hendak bantu Yang Berhormat Tangga Batu boleh?

final • 4:21 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hendak bantu apa? Bantu Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:21 PM

Tuan Pengerusi

Sila gulung Yang Berhormat.

final • 4:21 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Pengerusi ya, saya memuji masyarakat di Bandar Kuching, saya sudah sebutkan di Dewan ini antara pemandu yang berhemah adalah mereka yang tinggal di Bandar Kuching. Mereka memandu dalam keadaan leisure, tiada tekanan, tiada kejar-mengejar masa dan sebagainya. Saya beranggapan antara model sistem masyarakat di dalam Malaysia ini ialah di Bandar Kuching. Malangnya Yang Berhormat Bandar Kuching tidak menghayati cara hidup yang begitu berkualiti di Bandar Kuching. Tuan Pengerusi saya berdiri atas kapasiti masyarakat di Parlimen Tangga Batu menolak usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bandar Kuching ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:21 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila.

final • 4:21 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, pertama saya ingin memberi tahniah dan syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan yang telah memberi sokongan untuk menolak usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bandar Kuching ini. Apa yang saya ingin menjelaskan di sini Tuan Pengerusi, bahawa apa yang dilihat usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bandar Kuching ini merupakan satu usul yang remeh-temeh kerana usul seperti ini tidak perlu dikemukakan oleh kerana kita di Dewan ini banyak perkara yang lebih substantif yang perlu kita bahas di dalam Dewan yang mulia ini.

Keduanya daripada apa yang dilihat daripada pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bandar Kuching ini tadi ia merupakan seolah-olah dalam keadaan yang begitu emosi yang mana kegagalan beliau tidak dapat kelulusan permit untuk mengadakan Majlis Makan Malam yang diminta pada 20 November dan juga pada 27 November. Jadi apa yang dilihat sebenarnya apa yang dia sendiri bercakap bahawa seolah-olah polis tidak dapat mengatasi masalah jenayah di bandar raya Kuching. Di samping itu juga beliau juga apabila tindakan diambil, beliau mengatakan bahawa tindakan mengadakan roadblock juga dipersalahkan.

Kononnya seolah-olah apa yang dilaksanakan oleh KPD ataupun Ketua Polis Daerah Kuching ini adalah satu tindakan yang dibuat oleh KPD ini kononnya menyalahi kuasa yang dilakukan oleh KPD ini.

final • 4:27 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Jadi, buat tidak salah, tidak buat pun salah. Inilah yang dilihat bahawa seolah-olah dalam keadaan yang begitu emosilah kerana sebab apa yang diminta tidak dapat.

final • 4:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Jadi, dilaksanakan oleh pihak berkuasa ini.

final • 4:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Tadi saya bertanya fakta-fakta mengenai berapa buahkah kereta curi yang telah dikesan atau ditahan daripada roadblocks yang diadakan sejak bulan Julai sehingga ke minggu lalu pun ada.

Sebelum saya bentangkan usul ini, pun diadakan roadblocks. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri ada fakta-fakta itu?

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Saya akan sampai di situ. Jadi, jangan preempt Yang Berhormat. Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah tindakan yang dibuat oleh KPD Bandar Kuching ini bukan merupakan penyalahgunaan kuasa yang dibuat yang dilaksanakan oleh KPD Daerah Kuching ini. Ini kerana apa yang saya ingin nyatakan bahawa Ketua Polis Daerah Kuching ini merupakan seorang yang begitu berpengalaman dan banyak jawatan penting yang telah beliau pegang. Jadi, begitu juga daripada segi pendidikan beliau yang mempunyai masters degree dan sebagainya.

Jadi, saya percaya apa tindakan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuching ini bahawa beliau, he knows what he is doing. Apa yang dilihat bahawa tindakan beliau ini

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

adalah disebabkan keresahan masyarakat bandar raya Kuching berkaitan dengan kenaikan kadar jenayah yang berlaku di Daerah Kuching ini. Jadi, kerana itulah titik tolak daripada rintihan masyarakat ini. Bukan dia menyalahgunakan kuasa tetapi beliau hendak melihat supaya masalah jenayah ini dapat diatasi seperti yang berlaku di bandar raya Kuching ini.

Jadi, itulah sebab kalau daripada segi trend jenayah yang berlaku, kalau dalam tahun 2009, kes kecurian kenderaan telah menyumbang sebanyak 2,101 kes daripada keseluruhan indeks jenayah iaitu 6,120 kes. Jadi dengan ini kes kecurian kenderaan bagi tahun 2009, telah menyumbang sebanyak 34% daripada keseluruhan indeks jenayah bagi tahun yang sama. Jadi, untuk melihat supaya masalah jenayah ini dapat diatasi, jadi kerana itu satu operasi telah dilancarkan, mengadakan roadblocks 24 jam yang mana daripada kesannya bahawa ada penurunan yang begitu ketara sekali. Jika kita lihat daripada data bahawa penurunan kadar indeks jenayah di Daerah Kuching sebanyak 1,812 kes dari bulan Julai sehingga bulan November iaitu selepas pelaksanaan roadblocks dibuat iaitu penurunan ini bersamaan dengan -50.8%.

Jika kita bandingkan bagi bulan Januari sehingga bulan Jun 2010 iaitu bagi tempoh sebelum operasi dilaksanakan bagi tempoh tersebut, terdapat 1,756 kes berbanding 3,568 kes sebelum operasi dibuat. Manakala indeks jenayah di bandar Kuching bagi tempoh bulan Januari sehingga bulan Jun 2009 ialah 2,895 kes berbanding 3,568 kes bagi tempoh yang sama bagi tahun 2010. Manakala bulan Julai sehingga bulan November 2009, indeks jenayah bandar Kuching mencecah 2,609 kes berbanding 1,756 kes bagi tempoh yang sama. Bagi bulan Disember sehingga 12 Disember, trend indeks jenayah menunjukkan penurunan lagi. Jadi, kalau daripada segi kecurian kereta dan motosikal sebelum operasi dari bulan Januari sehingga bulan Jun 2010, kecurian kereta dan motosikal mencatatkan 947 kes berbanding selepas operasi iaitu dalam bulan Julai sehingga November 2010, mencatatkan sebanyak 773 kes. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 174 kes iaitu bersamaan -8%.

Jadi, inilah matlamat dibuat roadblocks ini untuk mengatasi masalah yang mana kita hendak mengurangkan indeks jenayah dan juga berkaitan dengan jenayah kecurian kereta dan motosikal.

final • 4:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Penjelasan. Angka yang diberi...

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Sit down. Saya habiskan dahulu.

final • 4:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kecurian motosikal itu sebelum operasi atau enam bulan?

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Saya habiskan dahulu.

final • 4:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Angka yang diberi selepas operasi itu adalah lima bulan. [Dewan riuh] Kes jenayah yang dilakukan dalam lima bulan...

final • 4:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak payah layanlah Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 4:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Memang adalah daripada...

final • 4:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jelas bahawa penurunan kadar jenayah itu dapat dilakukan.

final • 4:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Jenayah yang dilakukan dalam enam bulan.

final • 4:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dia pun tidak mahu terima.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Jadi Tuan Pengerusi sebenarnya apa yang telah dilaksanakan oleh OCPD ini berkaitan dengan tindakannya yang diambil.

Banyak SMS yang diterima oleh beliau yang memuji tindakan yang telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuching ini. Jadi, apa yang saya ingin tegaskan di sini...

final • 4:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Penjelasan. Minta mencelah.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Bahawa pelaksanaan untuk mengadakan roadblocks itu bukanlah satu masalah yang didakwa kononnya bahawa Ketua Polis Daerah menyalahgunakan kuasa.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tidak mempertikaikan tentang kelayakan Ketua Polis Kuching. Akan tetapi apa yang kita hendak sebutkan di sini, kita tidak mahu pihak polis diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu, dalam melindungi orang-orang tertentu. Saya hendak sebut tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri membentangkan – Okey, itu jenayah dalam negeri tetapi mengenai kes-kes yang besar, melibatkan imej negara, imej wanita Penan dirogol, imej tanah dirampas, [Dewan riuh] Seolah-olah Ketua Polis Bandar Kuching tidak mampu untuk membuat tindakan kerana mungkin mereka telah diperalatkan dan hendak digunakan oleh pihak-pihak tertentu. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini tohmahan kita. Apabila kita membuat laporan kepada polis, memang adalah merupakan satu standard procedure yang mana pihak polis akan menjalankan siasatan. Jadi, kita ditohmah seolah-olah pihak polis ini dipergunakan oleh pihak yang tertentu, saya kata tidak betullah.

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan permohonan untuk mendapatkan permit untuk makan malam. Jadi, apa yang difahamkan bahawa dalam majlis yang hendak diadakan itu didapati ada tujuh orang ahli DAP yang akan memberikan ucapan semasa majlis makan malam yang mana mereka memohon lapan loud speakers untuk ditempatkan di restoran berkenaan. Antara agenda yang dinyatakan dalam permohonan tersebut adalah berkaitan dengan public affairs dan antara speakers ini akan ada lapan. Terdapat daripada sumber- sumber yang diperolehi melalui siasatan bahawa ia tidak sesuai, iaitu tempat yang hendak diadakan majlis itu.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Begitu juga tohmahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi, mengatakan bahawa ketua polis telah membuat janji sekiranya kalau memohon untuk mengadakan majlis makan malam ini bahawa ia akan lulus. Ini satu dakwaan yang tidak benar. Ini saya sendiri bertanya sendiri kepada Ketua Polis Daerah Kuching bahawa beliau tidak mengatakan yang beliau akan luluskan. Cuma beliau kata, beliau boleh mempertimbangkan dan melihat keadaan.

Jadi, apabila keadaan untuk mengadakan majlis makan malam pada 27 hari bulan yang mana telah membuat permohonan yang baru, maka apa dilihat daripada situasi, ia tidak sesuai kerana daripada segi keadaan keselamatan dan ketenteraman awam. Jadi kerana itulah pada 24 hari bulan, maka Ketua Polis Daerah Kuching telah memberi surat kepada Yang Berhormat Bandar Kuching supaya memaklumkan bahawa permohonannya tidak di lulus.

Walau bagaimanapun, kalau beliau tidak bersetuju, beliau boleh merayu kepada Pesuruhjaya Polis Serawak. Jadi, berkaitan dengan rayuan beliau tidak buat. Jadi makna beliau ada proses lagi untuk membuat rayuan itu. Jadi, apa tindakan yang diambil oleh Ketua Polis Daerah Kuching ini adalah mengikut saluran rule of law Tuan Pengerusi. Jadi dengan ini saya memohon supaya usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bandar Kuching ini ditolak sama sekali. [Tepuk] Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Saya harap Ahli Yang Berhormat faham mengenai dengan usul ini. Jangan ada ketersasulan suara. [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan.

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi Maksud Bekalan B.62 Kementerian Dalam Negeri oleh Yang Berhormat Bandar Kuching bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10 daripada Perkara Polis Diraja Malaysia di bawah Kepala 020000 Kod 100000 – Emolumen iaitu dengan memotong gaji Ketua Polis Daerah Kuching sebanyak RM10 hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan tidak disetujukan]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.62 dan Kepala Pembangunan B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahas.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Wah! Seperti biasa, terpaksa kita hadkan. Kalau boleh tiga dari sebelah dan tiga juga dari sebelah sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab atas sebab bahawa tiga daripada sebelah daripada PKR, daripada DAP, daripada PAS dan begitu juga daripada BN. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 4:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyebut mengenai pengurusan Dasar Keselamatan Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia.

Tuan Pengerusi, dalam perbahasan bajet saya ada bangkit hal mengenai isu yang saya ada seruan bahawa kaji semula siasatan kes atas bukti-bukti palsu yang dikemukakan terhadap Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata lebam dalam tahun 1998 demi melindungi kredibiliti, kewibawaan dan imej PDRM yang telah terjejas serius sejak tahun 2006. Oleh sebab khasnya satu surat terbuka yang ada dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dan Timbalan IGP oleh Datuk Mat Zain Ibrahim yang membuat dakwaan yang serius bahawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mencipta bukti yang palsu dalam serangan mata lebam Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mestilah bertanggungjawab terhadap sistem keadilan jenayah yang kucar-kacir ini.

Dalam masa penggulungan Yang Berhormat Menteri, beliau tidak jawab tetapi beliau kata bahawa akan memberi jawapan bertulis. Saya ada terima jawapan bertulis pada tarikh 2 Disember. Ini adalah menyebabkan surat terbuka yang kedua oleh Datuk Mat Zain.

Saya rasa apalah ini sangat penting oleh sebab kita di sini perlu menjaga kredibiliti, kewibawaan, nama baik PDRM sebagai satu pasukan profesional yang boleh menjalankan tugas mereka. Dalam surat terbuka Datuk Mat Zain ada kata dengan izin, “Saya memohon maaf kerana...” - Ini adalah kepada IGP.

“Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut...” - Surat jawapan bertulis yang saya ada menerima pada 2 Disember.

“...Adalah jauh berbeza malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada tahun 1998. Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan, dengan izin “without fear or favors; leaving no stone unturned; and to get it over with as soon as possible,” dan tidak ada “cover-up” untuk sesiapa pun. Namun begitu, pendirian kali ini nampaknya cenderung kepada melindungi orang-orang tertentu.

“Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan di atas adalah terbatas dan disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu pernah dihilangkan ketika di tangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.” “Malah, keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah ‘dihilangkan’ sementara, selama lebih kurang tiga minggu di antara 30 Oktober 1998 hingga 20 November 1998 seperti mana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada

final • 4:44 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

22 November 2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu kerana ia tersorok lama di Jabatan Peguam Negara.” “Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini, izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat “as and when the events unfolded,” sama ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan seperti apa yang pernah kita diajar di Maktab KKB dahulu, dengan izin “You see…, you recognize; you read… you will know; if you write… you will remember forever.” Saya juga ada merakamkan perkara- perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identiti individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini.” “Selain daripada diari penyiasat tersebut, ia telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15 Oktober 1998, 29 Oktober 1998 dan 27 Januari 1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan. Kesemuanya diedarkan mengikut prosedur edaran kertas siasatan kepada Peguam Negara.”

final • 4:44 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

“Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar, sudah lama saya telah dikenakan tindakan mahkamah dan beliau ialah investigating officer kes mata lebam Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kalau ada palsu, dia sudah diheret kepada mahkamah.

Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, “Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini”, persoalan yang muncul secara spontan ialah bagaimana dan di manakah hendak disorokkan sebanyak tiga laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut? Malah dua daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat insiden mata lebam ini pada tahun 1999 dan Laporan Suruhanjaya diisytiharkan dokumen public.

Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puluh lima (65) muka surat kesemuanya.

Selain itu, ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada:-

(i) Rakan pertama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pada 19 Februari 2009;

(ii) Y.Bhg. Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15 April 2009 dan 7 Mei 2009;

(iii) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7 Mei 2009; dan

(iv) Peguam Cara Negara melalui salinan laporan bertarikh 15 April 2009 dan 7 Mei 2009.

Saya percaya Tan Sri masih ingat bilamana satu helai surat sahaja bertarikh 21 September 1953 yang ditandatangani oleh seorang Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi antara sebab utama maruah dan kedaulatan negara tercemar apabila kita terpaksa menyerah Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura. Bayangkan apa

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

yang boleh enam puluh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara. Peguam Negara boleh lakukan terhadap sistem keadilan jenayah kita?

Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan. Setiap pemalsuan ini adalah dilakukan secara ‘deliberate’.

Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja. Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas. Diary penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenal pasti sequent of events pemalsuan-pemalsuan ini.

Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan, mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias. Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian, apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Diraja tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1, PART TWO, Item 2 “OVERVIEW” perenggan 2.1. Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan press statement Peguam Negara bertarikh 5 Januari 1999 yang ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah khususnya muka surat 5 press statement tersebut dan ini adalah apa yang ada dalam overview Royal Commission Report.

“Quite simply, this passage meant that Dato’ Seri Anwar Ibrahim

(DSAI) had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved, to the satisfaction of the Honorable the Attorney General that more than one Police Officer was involved in causing other injuries on certain parts of Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s body”.

Perkara dalam 2nd limb, quotation di atas yang menyebabkan pertembungan ’head-on’ antara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan saya.

Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi polis dan berapa jumlahnya yang Tan Sri Abdul Gani Patail katakan beliau ada kuasa untuk menuduh atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini, mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api.

Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini. Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri, pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan Julai 2008 itu, saya disoal juga mengenai ’sikap tidak sopan‘ saya ini. Mungkin ia tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan.

Dalam prosiding Suruhanjaya Diraja tersebut yang diadakan di antara 22 Februari 1999 dan 4 Mac 1999, dua laporan pakar dalam persoalan ini yang disediakan oleh Dr. Rahman Yusof masing-masing yang diarahkan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail pada 26 Oktober 1998 dan satu lagi yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, yang dipercayai disediakan di antara 14 Disember 1998 dan 21 Disember 1998 telah dikemukakan dan diteliti oleh Suruhanjaya. Perkara ini dirakamkan dalam Volume 1, PART FOUR, Item 4(B) The Medical Evidence, perenggan 4.11 dan 4.12.

Saya mendapat faham pendedahan dalam prosiding ini telah membuat Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah merasa cemas.

Diberitakan beliau tidak tahu Tan Sri Gani Patail telah lebih awal melantik Dr. Rahman menyediakan laporan pada 26 Oktober 1998. Allahyarham juga dikatakan tidak diberitahu mengenai latar belakang Dr. Rahman seperti mana yang saya telah jelaskan kepada Tan Sri Gani Patail. Saya turut percaya sekiranya Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah diberitahu mengenai kedua perkara ini, tidak mungkin beliau akan melantik Dr.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Rahman buat kali kedua oleh kerana sebarang pemalsuan yang dilakukan akan mudah dikesan kerana semua aktiviti siasatan ini dirakamkan secara ketat oleh Pasukan Penyiasat.

Saya kemudiannya diberitahu, Tan Sri Gani Patail telah memainkan peranannya di belakang tabir untuk cuba ‘membetulkan’ keadaan. Apa yang boleh saya sahkan ialah Dr. Rahman sendiri memohon, malah merayu kepada pembantu-pembantu saya untuk mendapat kerjasama saya memasukkan laporan ketiga pula untuk ‘neutralize’ laporan pertama bertarikh 26 Oktober 1998 dan laporan kedua seperti mana Ekshibit 9, yang saya tolak.

Perkara yang sangat penting yang saya harapkan Tan Sri mengambil perhatian ialah pertama dalam..

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur..

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

“Dalam prosiding Suruhanjaya Diraja tersebut, dua laporan Dr. Rahman..”

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ipoh Timur, surat ini panjang kah apa?

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, saya akan habiskan. Ini mustahak oleh sebab satu keadilan yang ada historic in justice perlu diperbetulkan. Kalau tidak dalam Dewan yang mulia ini, apa guna peranan Dewan ini?

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Itu, itu...

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya tahu..

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Itulah makanya Yang Berhormat Ipoh Timur, saya benarkan.

Akan tetapi kalau panjang sangat membaca surat mungkin berjilid-jilid, tidak juga betul.

Yang Berhormat Ipoh Timur boleh singkatkan apa sebetulnya dalam surat itu.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, ini menunjukkan ketulenan perkara ini.

Bukan saya hear say atau apa tetapi ini sebagai ringkasannya bahawa ada satu historic in justice yang berlaku bukan sahaja kepada Yang Berhormat Permatang Pauh tetapi yang lebih mustahak ialah mengenai historic in justice kepada nama baik, kredibiliti, kewibawaan pihak polis yang dilihat tidak berupaya untuk siasat kes-kes yang ada melibatkan pegawai- pegawai sendiri. Di sini ialah pada masa itu IGP Tan Sri Rahim Nor.

Sebenarnya ini adalah tidak benar tetapi inilah apa yang berlaku kerana ada fabrication of evidence, ada travesty of justice yang dilakukan oleh Tan Sri Gani Patail dan sekarang ini Peguam Negara. Semua ini adalah bukti-bukti yang sangat jelas. Ini di dalam surat terbuka yang dipanjangkan kepada Timbalan IGP dan IGP sekarang dan semasa itu dipanjangkan kepada Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi jawapan yang saya dapati ialah bahawa tidak ada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut. Inilah jawapan Yang Berhormat Menteri. Pendakwaan yang dibuat ke atas Tan Sri Rahim Nor dan sebagainya.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Isu di sini bukan mengenai pendakwaan kepada Tan Sri Rahim Noor. Isu ini ialah bahawa di sepanjang siasatan adalah fabrication of evidence yang sangat jelas. Apabila perkara ini dikemukakan, ia adalah untuk mengembalikan kredibiliti dan nama baik pihak polis dan untuk memastikan serta mengambil tindakan kalau ada travesty of justice. Perkara ini adalah bukti dan semua bukti-bukti dikemukakan. Apabila saya mengemukakan hal ini Yang Berhormat Menteri...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, saya akan menggulung.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Duduk dahulu. Menurut peraturan mesyuarat, kalau umpamanya ada bukti-bukti yang tertentu seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur,

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

peraturan mesyuarat yang sebaik-baiknya digunakan ialah buat usul bersendiri, kerana itu adalah tuduhan dan tuduhan itu kalau saya dengar dengan teliti apa yang dibaca oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, itu adalah daripada surat tersebut. Jadi apabila buat usul, itu yang proper kerana isu ini pun telah dibangkitkan lebih awal dan jawapannya adalah begitu dan diulang semula.

Kalau nanti ada jawapan daripada pihak kementerian, nanti Yang Berhormat Ipoh Timur tidak juga berpuas hati dengan itu. Bagi saya, peraturan mesyuarat yang seelok- eloknya ialah oleh kerana Yang Berhormat Ipoh Timur mengatakan ada bukti, maka buat usul mengenai dengan soal ini.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

With the greatest respect, tidak ada peraturan mesyuarat mengenai itulah. Tidak ada peraturan mesyuarat mengenai perkara itu dan saya bangkitkan perkara ini...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ipoh Timur, Peraturan Mesyuarat 36(8) mengatakan bahawa royalties atau in general, judges tidak boleh disentuh.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Itu sensitive motion sama ada saya mahu ambil sensitive motion, tetapi tidak ada peraturan mesyuarat bahawa kalau ada bukti-bukti, perlu atur satu usul. Tidak ada peraturan mesyuarat.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Ini Yang Berhormat Ipoh Timur mengatakan bahawa seorang itu sudah bersalah.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Itu perbezaan pandangan.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Kalau ada bukti terpaksa buat begitu.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Itu perbezaan pandangan. Okey. Saya bangkitkan perkara ini...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Kalau ada perbezaan pandangan, pandangan saya perlu diambil kira.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, kita tentu akan mengambil kira.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Sila singkatkan.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya bangkitkan perkara ini oleh kerana Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Padang Rengas pernah memberi satu jaminan bahawa perkara ini akan dibawa ke Kabinet. Oleh kerana saya bangkitkan perkara ini, beliau berkata bahawa perkara ini akan dibawa ke Kabinet dan selepas itu beliau mengumumkan bahawa Kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyiasat lebih mendalam berhubung kait dengan beberapa pegawai tertinggi, Peguam Negara dan IGP, tetapi nampaknya ada percanggahan atau kontradiksi apabila saya menerima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada 2 Disember 2010 yang bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa perkara ini akan disiasat.

Oleh kerana ini satu perkara yang penting mengenai integriti sistem keadilan dalam negara ini, saya mahu bertanya kenapa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri boleh memberi satu jawapan kepada saya bertarikh 2 Disember apabila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perkara akan disiasat lebih mendalam mengikut arahan Kabinet?

Keduanya, bagaimana satu jawapan boleh diberi mengatakan bahawa tiada apa- apa fakta yang baru apabila dalam surat terbuka sangat jelas adalah fakta-fakta yang terbaru – bukan mengenai pendakwaan Tan Sri Rahim Noor tetapi mengenai fabrication of evidence. Ini sangat mustahak dan saya berharap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh memberi – saya tidak tahu boleh atau tidak, memberi jawapan yang memuaskan kerana ini untuk kebaikan nama kredibiliti, kewibawaan pihak polis mahu pun system of justice di negara kita.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 5:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, point of order. Tuan Pengerusi, saya bangun untuk Peraturan Mesyuarat 35(3) iaitu Tuan Pengerusi, ada berkaitan di mana saya difahamkan bahawa Tuan Pengerusi mengehadkan hanya untuk seorang berucap dari setiap parti pembangkang ini.

Sebelum membuat keputusan Tuan Pengerusi, kalau kita tengok standing order, bukan sahaja dalam committe stage boleh membenarkan lebih daripada sekali untuk berucap. Ini menunjukkan bahawa hasrat atau the intention of that P.M.35(3) adalah supaya lebih masa diberi kepada kami untuk berucap dan kalau perlu, lebih daripada sekali. Sekali gus selepas Tuan Pengerusi membuat keputusan, bermakna wang yang akan diagihkan lebih dari RM9.5 bilion hanya akan didebate oleh seorang daripada satu parti. Ini adalah tidak munasabah langsung Tuan Pengerusi.

Ini berkaitan dengan saman ekor yang saya rasa adalah satu perkara yang sangat mustahak di mana kami semua terlibat on the ground membawa kemarahan kepada pihak polis. Kalau kita tidak membawa perkara ini untuk dibahaskan di Dewan yang mulia ini, kita lalai dan cuai pada pandangan orang ramai Tuan Pengerusi. Boleh Tuan Pengerusi menolong kami?

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Di mana-mana Parlimen pun kalau umpamanya sesuatu perkara itu telah dibincangkan dan pengundian boleh diambil apabila sudah mendengar hujah, itu tidak salah. Semuanya berkisar kepada budi bicara Speaker. Kalau Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat dapat lihat, kadang-kadang yang sebenarnya walaupun pada perasaan hati kecil saya hujah itu melanggar peraturan mesyuarat, kekecohan itu tidak seharusnya berlaku kerana apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat itu saya bersetuju. Alangkah eloknya kalau kekecohan yang tidak ada kena mengena dengan persidangan itu dielakkan dan tumpukan kepada perbahasan bernas. Saya sentiasa mendengar.

Umpamanya sebelum ini pun telah diputuskan oleh Timbalan-timbalan saya bahawa dalam peringkat Mesyuarat Jawatankuasa ini hanya lima minit sahaja, tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur saya beri beliau berucap yang sudah di luar jangkauan masa. Di situ Yang Berhormat nampak bahawa saya sentiasa mendengar tetapi yang seadil-adilnya saya sebut begitu ialah apabila Yang Berhormat Ipoh Timur sudah bercakap sebagai ketua parti, saya menganggap bahawa itu merangkumi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Begitu juga daripada parti yang lain dan baru Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah.

Lain kali, beginilah saranan saya. Saya akan beri laluan kepada perbahasan kalau perkara-perkara umpamanya memotong gaji – Yang Berhormat, sebetulnya apabila saya meluluskan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), hati kecil saya berkata bahawa peraturan mesyuarat itu objektifnya bukan itu, tetapi saya luluskan kerana tidak ada ruang bagi saya untuk mengatakan tidak meluluskan. Ini sama-sama kita fikirkan. Kalau Peraturan Mesyuarat 66(9) tidak digunakan, banyak ruang untuk berbahas mengenai soal-soal penting dengan cara baik, bijaksana, tidak beremosi, tidak ada kaitan politik disebut. Saya bersetuju dengan itu, tetapi rayuan itu saya mohon maaf Yang Berhormat Ipoh Barat, saya tidak dapat tunaikan. Di lain hari mungkin. Sebelah kanan.

final • 5:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf Tuan Pengerusi. Batu Gajah di sini.

Maaf Tuan Pengerusi. Saya pohon Tuan Pengerusi boleh pertimbangkan semula keputusan itu. Kami bersedia untuk bermesyuarat sampai lewat malam. Saya telah bersedia dengan pandangan-pandangan orang ramai mengenai isu saman ekor. Kalau boleh mungkin lima atau sepuluh minit kita diberi peluang untuk berhujah. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, melebihi RM9 bilion dan saya rasa kita akan gagal dalam tanggungjawab dan peranan fungsi Parlimen kalau untuk meluluskan perbelanjaan ini untuk Kementerian Dalam Negeri, sebelah atau dua belah hanya enam orang Ahli diberi peluang untuk berucap dalam masa yang begitu singkat dihadkan.

Tuan Pengerusi, saya dengan rendah diri memohon dan merayu agar memberi saya peluang memainkan peranan untuk berbahas dalam Kementerian Dalam Negeri.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya mohon Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Kalau saya dengar rayuan seperti begini, kadang-kadang lutut saya lecak. [Ketawa] Sebenarnya saya orang lemah, nampak garang. Akan tetapi kalau umpamanya saya izinkan, adakah Ahli-ahli Yang Berhormat berjanji kepada saya bahawa semua mengikut peraturan mesyuarat? Jangan ada kecoh. Jangan kalau Speaker kata duduk, jangan masih bertengkar kerana sebenarnya itu yang menghabiskan masa.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Tengok, tengok itu. Yang Berhormat Pokok Sena sudah mula.

final • 5:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya minta dia orang hormat Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Dia sebetulnya minta hormat kepada Tuan Pengerusi. Di samping itu, dia perli saya. Oleh kerana mungkin saya sekarang ini macam berkhutbah. Itu kelemahan saya Yang Berhormat. Saya benar-benar mahu bekerja, berbahas dengan baik, tetapi masa kita kadang-kadang habis bukan salah saya. Malahan saya yang tanggung sakitnya Yang Berhormat apabila Yang Berhormat hentam saya di luar Dewan, saya tidak boleh balas.

Saya tidak ada blog. Kalaupun ada blog, saya tidak berani untuk simpan dalam blog kerana kalau saya jawab, seolah-olah saya sendiri bringing the matter in Parliament outside this street. I can’t do that. Maka, saya simpan dalam hati. Sama ada temperature saya naik atau tidak, tidak boleh tidur kamu tidak tahu. Never mind, never mind. Yang Berhormat Batu Gajah, what you say, I will decide here. But for today please, tolonglah Tuan Pengerusi, jangan lagi beri tekanan. Saya sudah buat keputusan. Kalau saya kena tekan lagi, lain kali mood saya tidak bagus lagi, tidak baik juga.

Saya panggil Yang Berhormat Kinabatangan oleh kerana Yang Berhormat Kinabatangan Timbalan Pengerusi BBC seperti yang saya panggil Yang Berhormat Ipoh Timur kerana dia senior dalam parti. Sila.

final • 5:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih.

final • 5:11 PM

Tuan Pengerusi

Jangan terlampau panjang Yang Berhormat Kinabatangan nanti...

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak, lebih kurang macam Yang Berhormat Ipoh Timur. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama mungkin kerana Timbalan Pengerusi BNBBC. Kedua, saya memang boleh bercakaplah dalam Dewan ini.

Butiran 020000 – PDRM. Memang saya juga berhasrat untuk memberi sedikit pandangan kepada pihak penguat kuasa polis iaitu saman ekor bukan tidak disetuju oleh pembangkang. Bahkan, kami di sini pun meminta kerajaan supaya menghapuskan saman ekor sebab banyak teraniaya.

Kawan-kawan saya yang balik ke utara, ke selatan, satu bulan saman ekor RM6,000. Ada yang kereta dia duduk di Kelantan, saman dia di Sabah. Jadi, ini saman ekor apa? Soal-soal lain saya memuji pihak polis, tetapi tentang saman ekor ini kalau boleh hentikanlah serta-merta.

final • 5:11 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebab ia tidak membantu untuk mempertingkatkan kefahaman orang ramai berhubung dengan keselamatan jalan raya.

final • 5:11 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Belum lagi. Saya belum beri.

Mintalah baik-baik. Kalau minta baik-baik, saya beri.

final • 5:11 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Dengan rendah diri, saya minta penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey. [Ketawa]

final • 5:11 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya menyokong pandangan Yang Berhormat Kinabatangan bahawa saman ekor ini sepatutnya dihapuskan, dimansuhkan memandangkan pihak pelaksana gagal memastikan tujuan atau niat objektif saman ekor ini dicapai.

Apakah Yang Berhormat menyedari bahawa baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian diskaun 50% itu telah menimbulkan keadaan yang huru-hara di pejabat trafik? Apakah Yang Berhormat juga tahu ada ramai yang tidak menerima saman- saman tersebut. Apabila mereka pergi membuat bayaran cukai jalan, mereka dimaklumkan telah disenaraihitamkan.

Jadi, saya jarang sekali bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Kali ini saya tidak boleh tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Hapuskan saman ekor demi kepentingan orang ramai. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya memang bersetuju. Kadang-kadang pihak penguat kuasa, apabila berlaku sesuatu dan dia terus mengumumkan diskaun 50% tetapi kucar kacir. Masalahnya saman ekor ini kadang-kadang yang di saman ini, alamatnya bukan di situ. Apabila tidak sampai, blacklist, disenaraihitamkan. Macam-macam berlaku. Hendak buat pembaharuan, road tax, macam-macam tidak dapat.

Jadi, saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Timbalan Menteri bawalah perkara ini ke pengetahuan kementerian. Perkara ini mahu diberhentikan serta-merta. Tidak membantu untuk mempertingkatkan integriti seluruh pengguna jalan raya. Bahkan menyusahkan orang ramai, menyusahkan rakyat. Perkara menyusahkan rakyat perlu kita hapuskan. Jangan kita jadi pemimpin kerajaan tetapi kita menyusahkan rakyat.

Kerajaan ini kerajaan yang bijaksana. Kalau bijaksana, kita kena mendengar rentetan rakyat. Jadi, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan kita menterjemahkan sesuatu tetapi kita tidak tahu apa implikasinya. Rentetan orang ramai, mana tahan. Satu bulan RM6,000 saman. Satu tahun berapa? Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri atau Menteri kena tidak apalah, mereka banyak duit. Saya sudah marah ini. Jadi, saya harap perkara ini tidak lagi berlaku. Mulai Januari, beritahu pihak polis, mana-mana penguat kuasa tidak ada lagi saman ekor.

Kedua, Butiran 02500 – Soal Dadah. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, dadah ini masih musuh utama negara kah atau tidak? Kalau masih, bagaimana kita menggunakan peruntukan yang banyak tetapi dalam masa yang sama, pusat serenti kita meningkat, bertambah. Seolah-olah kita menunggu orang masuk. Duit rakyat dipakai hari-hari. Ini bukan satu kejayaan. Ini kita melambakkan pusat serenti tetapi yang masuk ke sana kalau 100, yang selamat sepuluh. 90 masih lagi penagih.

Apa strategi yang sebegini yang diguna pakai. AADK ini perlu dilihat. Kalau dia tidak berjaya juga, tidak payah beri peruntukanlah. Kita cari pendekatan baru untuk memastikan bahawa rakyat kita ini di Sabah khususnya. Saya sudah cakap dua, tiga, empat, lima tahun yang lalu.

final • 5:11 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Laluan.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dadah jenis syabu ini merata- rata. Macam beli ikan di pasar. Di lorong gelap ada sahaja dadah. Ada di mana-mana.

final • 5:11 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Laluan.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Di mana silapnya? Masa saya sudah tidak banyak sebab Tuan Pengerusi sudah tengok saya. Mata dia tidak lari-lari.

Saya tahu dia sebab kami kawan dahulu.

final • 5:11 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya ingin menyokong Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan lama ya.

final • 5:11 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya, sekejap sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan sebab sudah 30 tahun kita menggunakan pendekatan yang sama dalam membanteras dadah.

Pada pendapat Yang Berhormat, tidakkah kementerian patut mengkaji cara-cara yang baru kerana sudah terdapat di negara-negara lain seperti Portugal dan juga di Australia di mana masalah dadah ini pendekatannya amat berlainan daripada kita sekarang. Kita banyak mendatangkan hukuman semata-mata kepada penagih dadah. Apa pendapat Yang Berhormat?

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya setuju Yang Berhormat tetapi keadaan ini complicated. Saya pun tidak faham sebab saya bukan pakar undang- undang. Kadang-kadang kita lihat undang-undang, akta kita mereka yang menagih tidak seharusnya dihukum. Seharusnya, kita pulihkan tetapi apabila dia didapati menagih, terdapat sedikit dadah di tempatnya, dia pun dituduh lagi sebagai pengedar, pengguna dan sebagainya.

Dahulu, pada satu ketika, saya pernah mencadangkan kita cari satu pulau. Yang suka menagih, kita hantar ke pulau itu. Pulau ini yang tidak boleh akses mana-mana.

Kalau sudah pulih, lima tahun baru balik tetapi kerajaan tidak mendengar. Akhirnya generasi bangsa kita ini, yang kita harap-harap menjadi role model untuk mempelopori negara pada masa depan terdiri daripada generasi penagih dadah. Pengedar ini...

final • 5:11 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk]

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Shah Alam, jangan duduk, masuk campur begini. Tidak bagus. Yang Berhormat Shah Alam ini nampak macam alim tetapi nampaknya susah sedikitlah Tuan Pengerusi. Dia suka bercakap duduk.

Kalau ini jadi pemerintah, susahlah kita. Jadi, saya mahu mintalah pendekatan kerajaan...

final • 5:11 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak ikut cara betul. Beri laluankah tidak?

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ke arah bagaimana untuk memastikan bahawa kita benar-benar komited, untuk menghapuskan aktiviti penagihan dadah di kalangan masyarakat kita, sebab hari ini saya mahu tanya berapa statistik penurunan penagih-penagih dadah. Kalau di Sabah, minta maaf memang terlampau ramai tetapi tidak dilaporkan sebab dadah ini senang didapati.

final • 5:11 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sedikit sahaja Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Di mana penguat kuasa kita?

final • 5:11 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sedikit sahaja.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak, minta maaf Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:11 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sedikit sahaja.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya ada perkara lagi.

final • 5:11 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta dengan cara baik ini.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak apa, tunggulah giliran.

Akan ada giliran PAS, boleh gunalah kuota PAS itu. Tuan Pengerusi, giliran kuota PAS ada di sini.

final • 5:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Satu lagi saya ingin membincang Butiran 070000 – Pendaftaran Negara. Saya berterima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Negara sebab telah banyak isytihar untuk membantu masyarakat luar bandar rakyat Malaysia, khususnya di Kinabatangan yang masih tidak beridentiti, tidak ada surat lahir, tidak ada kad pengenalan dan sebagainya.

Usaha ini rasa saya perlu dipertingkatkan lagi sebab saya menjangkakan masih ada lagi lebih kurang dalam 20,000 penduduk di Kinabatangan yang tidak beridentiti, yang tidak ada surat lahir, tidak ada kad pengenalan dan akhirnya mereka jadi pelarian - tidak ada beridentiti. Nama di kampung ada tetapi apabila mahu minta dokumen apa-apa tidak ada.

Jadi sebelum kita menjadi negara maju, saya berharaplah persoalan seumpama ini dapat kita selesaikan.

Yang terakhir, Butiran 060000 - Imigresen. Ada masyarakat bertanya sebab ada yang duduk di sini lebih 10 tahun memohon untuk menjadi warganegara, bertahun-tahun pun tidak dapat. Jadi apa prosedur yang sebetulnya? Apa dokumen ia hendak? Bagaimana cara mereka mendapatkan? Sukar! Kadang-kadang 30 tahun duduk memohon tidak dapat- dapat. Siapa berkuasa yang memberi mereka warganegara dan apa kriterianya? Kalau tidak dapat, kenapa? Sedangkan kita ber uar-uar dalam Dewan ini. Banyak kali kita tanya, melebihi lima tahun atau 10 tahun layak untuk menduduki - tetapi mereka datang berpuluh- puluh kali tidak dapat juga. Jadi saya harap perkara ini dapat dilihat kerana kita ingin memastikan kecekapan kita dalam memproses apa juga permohonan-permohonan daripada rakyat yang berkehendakkan untuk menjadi warganegara ini. Jadi Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 5:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Maksud B.62 – Kementerian Dalam Negeri. Saya hendak menyentuh Butiran 020000 – Polis Diraja Malaysia.

Sekali lagi saya hendak bangkit berkaitan dengan isu saman ekor. Walaupun telah pun dibangkit oleh rakan-rakan saya tadi khususnya dari Kinabatangan, yang saya kira bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan itu suatu yang telah pun saya sebut berkali-kali selama ini. Juga dengan rakan-rakan yang lain daripada kami di sebelah sini, yang meminta pertimbangan kerajaan yang sewajarnya untuk melupuskan saman ekor tertunggak. Hampir lebih 15 juta saman di bawah PDRM ini yang saya telah difahamkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri - sebelum ini bahawa daripada 15 juta saman itu hanya 100,000 saman. Kalau tidak silap ingatan saya, hanya 100,000 saman sahaja yang selesai. Jadi bermakna bahawa lagi yang selebih itu hampir 15 juta itu masih lagi belum selesai.

Itu menunjukkan bahawa walaupun dengan apa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan menyenaraihitamkan, tetapi masih juga pemilik-pemilik kenderaan ini tidak membayar kompaun tersebut. Itu menunjukkan bahawa ada masalah walaupun ditawarkan baru-baru ini diskaun separuh. Jadi seolah-olah macam PDRM ini sudah jadi pasar raya.

Maknanya cuti hujung tahun ini ditawarkan cheap sale - tawaran murah. Jadi nampak PDRM ataupun kerajaan ini seolah-olah bagi saya, sangat-sangat berkehendakkan sumber pendapatan yang dilihat sebagai suatu yang sangat besar. Kalau 15 juta saman - satu saman itu RM300. Kalau diskaun separuh tinggal satu saman RM150 darab dengan 15 juta saman, bermakna bahawa ini seolah-olah kerajaan sangat melihat bahawa ini sebagai sumber pendapatan kepada kerajaan. Saya kira bahawa amat tidak wajar untuk menjadikan saman ekor ini sebagai satu sumber pendapatan kerajaan. Ini kerana seolah-olah ini menekan - bagi saya satu tekanan dan penindasan terhadap masyarakat dan rakyat dalam

final • 5:22 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

negara kita apabila Kementerian Dalam Negeri khususnya PDRM berkonspirasi dengan JPJ untuk menyenaraihitamkan, untuk menghalang pemilik-pemilik kenderaan ini menggunakan kenderaan mereka kecuali membayar saman ekor ini.

Saya hendak berbalik bahawa...

final • 5:22 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan sikit. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat. Saya keliru ada baru-baru ini - semalam baru diberitahu bahawa semua saman yang telah dikeluarkan sebelum 1 Disember, tempoh bayarannya nampaknya adalah sehingga bulan Februari dengan 50% diskaun. Akan tetapi daripada 1 Disember sehingga 15 hari bulan hanya diskaun dengan 50% jika bayaran dibuat dalam tempoh masa ini, kalau tidak hanya 30% diskaun. Jadi nampak macam tidak ada rasional langsung. Macam mana pendirian mereka berubah satu kali, selepas itu ada satu perubahan yang lain. Dua minggu dahulu nampaknya cerita yang lain, kita tidak tahu macam mana, apa dasarnya. Ia kata hanya 50% diskaun dan selepas itu kita dengar hanya 1 Disember dan sebelum itu. Nampaknya selalu ia menukar polisinya. Tuan Pengerusi, pada hari Jumaat lepas pada jam 12.15 tengah hari dari office, saya pergi untuk check berapakah saman yang tertunggak. Ia tulis, “Tidak boleh dibayar” - “All payment are ceased.

We will not take anymore payment” - ia katakan. Apabila saya pergi ke balai polis, ia kata bayaran boleh diterima. Saya pun keliru kenapa macam ini boleh jadi.

final • 5:22 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Barat, bahawa itu sebahagian daripada ucapan saya yang harus diberikan penjelasan oleh pihak kerajaan. Itu saya rasa menunjukkan bahawa tidak ada ketentuan polisi dasar dalam soal diskaun ini, menunjukkan bahawa kerajaan betul-betul hendak melihat bahawa ini sebagai satu sumber ataupun hasil pendapatan negara.

Baik. Saya hendak balik kepada isu saman ekor ini. Dewan ini telah pun dibentangkan bacaan kali pertama dan saya difahamkan akan ada bacaan kali kedua sebelum tamat sidang ini - pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan. Salah satu bahagian yang akan dipinda ini berkaitan dengan isu saman ekor ini iaitu pindaan yang melibatkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Pindaan ini Tuan Pengerusi ialah pindaan seksyen 2...

final • 5:22 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, itu akta yang akan dibincangkan.

final • 5:22 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, tidak... Ini ada kaitan.

final • 5:22 PM

Tuan Pengerusi

Ya, saya tahu ada kaitan tetapi saya tidak boleh benarkan.

final • 5:22 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, baik. Saya hendak sebutkan di sini Tuan Pengerusi, ia baru hendak memasukkan takrif imej yang dirakam. Ini berkaitan dengan soal saman ekor - saman ekor iaitu kamera yang merakam kesalahan yang berkaitan dengan had laju. Contohnya, baru hendak dipinda dan dimasukkan:

(i) takrif imej yang dirakam;

(ii) takrif kesalahan berjadual; dan

(iii) takrif kesalahan yang dirakam melalui kamera.

Maknanya Tuan Pengerusi, saya hendak berhujah di sini bahawa selama ini apa yang dilakukan oleh pihak polis itu tidak ada satu peruntukan dalam undang-undang Akta Pengangkutan Jalan, yang mengizinkan dan yang boleh menjadikan ia sebagai satu bahan bukti. Subseksyen (11) dalam seksyen 117, berkaitan pemakaian imej ini juga yang dirakam sebagai bukti prima facie di mahkamah - baru hendak dimasukkan ia merupakan sebagai satu undang-undang. Maknanya selama ini kerajaan dan polis sendiri melakukan perkara yang sangat bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang ada dalam Akta Pengangkutan Jalan.

Jadi bagi saya bahawa adalah tidak adil untuk kita hendak menghukum, hendak mendera mereka dalam keadaan kerajaan sedar bahawa pergi mahkamah tidak boleh buat apa sebab tidak ada satu peruntukan. Jadi jalan singkat untuk hendak tekan rakyat, hendak paksa rakyat bayar juga ialah senarai hitam. Jadi ini bagi saya bahawa - kerajaan harus

final • 5:22 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

sedar bahawa kalau kerajaan yang buat salah, polis yang buat salah, buat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, sepatutnya terima, hapus kira. Kemudian kita mula kembali dengan sistem yang hendak dipakai iaitu AES dengan meletakkan kamera yang akan dibuat oleh JPJ. Seperti mana yang termaktub dalam pindaan akta itu, di 500 tempat hot spots untuk mengenal pasti soal kesalahan had kelajuan ini.

Jadi bagi saya bahawa ini sangat adil yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan.

Jadi jangan menekan rakyat, menindas rakyat sehingga menyebabkan rakyat rasa tidak ada satu kebajikan kepada kehidupan mereka. Tidak mungkin rakyat hendak...

final • 5:22 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat, sedikit.

final • 5:22 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Motor - hendak bayar road tax ia caj RM2, hendak kena bayar saman ekor RM150 sedangkan sebelum ini tidak ada satu pendidikan yang jelas yang diberikan kepada rakyat. Sila.

final • 5:22 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih Tuan Pengerusi. Doktrin undang-undang dalam negara kita adalah you are innocent until proven guilty dengan izin. Akan tetapi saman ekor sebaliknya, seolah-olah you are guilty until proven innocent. Saya rasa adalah sudah sampai masanya kita membetulkan kesilapan. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena telah pun bangkitkan seolah-olah sekarang PDRM bergantung pada saman ekor sebagai satu sumber pendapatan. Saya di sini ingin memaklumkan kepada Dewan ini, apa sudah berlaku kepada PDRM dan juga kepada Pengurusan Kementerian Dalam Negeri. Dalam tangan saya di mana Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim oleh kerana gagal bayar bil air sebanyak RM25,822 setelah dihantar notis lebih dua bulan, tidak bayar.

Polis sebagai penguat kuasa undang-undang tetapi sendiri tidak hormati undang- undang sehingga Ibu Pejabat Polis Daerah kena potong bekalan air. Selain daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di Bayan Baru sama juga...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Taiping daripada saman ekor ke bil air.

final • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Oleh sebab itu saya hendak tanya Yang Berhormat Pokok Sena. Apakah pendapat, apa sudah berlaku sama ada betul-betul tidak ada bajetkah ataupun kesilapan perseorangan, mismanagement? Sekian terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya hendak katakan tadi bahawa tidak boleh kita menekan rakyat kerana dengan kelemahan pengurusan kewangan dalam Kementerian Dalam Negeri. Umpamanya yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara yang membabitkan PDRM sahaja, projek pembinaan perumahan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Kegagalan menyiapkan projek menyebabkan kerajaan terpaksa membayar imbuhan RM4.68 juta. Takkan kerana kelemahan polis, kelemahan kementerian dalam pengurusan projek, akhirnya mengharapkan duit daripada saman ekor terhadap rakyat. Ganti rugi RM782,000 belum dapat dituntut atas kontraktor.

Kementerian tidak dapat menuntut sejumlah RM3.25 juta daripada kontraktor, kerja pembaikan dan kuarters polis menyebabkan kita berhadapan dengan RM63,000.

Banyak lagi, yang saya kira bahawa Laporan Ketua Audit ini menunjukkan bahawa kelemahan pengurusan kewangan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri khususnya pihak polis. Tiba-tiba kita hendak ambil ke atas rakyat yang melalui isu saman ekor ini.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Pokok Sena, saya...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Saman ekor kah lagi ini?

final • 5:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ya?

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Saman ekor lagikah ini?

final • 5:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak, ini tentang polis keseluruhan. Isu polis. Butiran 020000 – Polis Diraja Malaysia. Saya melihat bahawa ada...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Pencelahan atau berucap, you habis sudah Yang Berhormat Pokok Sena? Yang Berhormat Pokok Sena sudah habis berucap?

final • 5:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Belum, mencelah. Mahu mengukuhkan tentang soal kakitangan polis ada 126,000. Daripada 126,000 ini pengurusan 47,000, logistik 13,000 maknanya separuh daripada kakitangan dalam pengurusan...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena sudah berucap mengenai dengan soal saman ekor.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ya dan juga tentang soal...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Jadi biarlah celah mengenai dengan saman ekor.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini soal kecekapan dan keberkesanan polis. Saya rasa Yang Berhormat Pokok Sena beri saya floor Tuan Pengerusi, boleh saya teruskan? 50% daripada anggota polis adalah dalam pengurusan dan logistik. Penyiasatan jenayah hanya 9,000, yang soal dadah tadi hanya 4,000, sedangkan kita kata dadah adalah merupakan musuh negara yang utama. Apa yang kita lihat ramai penagih masuk tetapi pengedar masih tidak ada apa-apa. Siasatan jenayah komersial hanya 1,224 orang.

Lalu kalau kita lihat dari segi penegasan dan penekanan anggota polis, ramai yang dalam logistik, ramai yang dalam pengurusan, siapa yang hendak selesaikan masalah jenayah, soal dadah dan soal siasatan jenayah komersial? Sedangkan ini merupakan masalah-masalah yang besar. Saya rasa dalam soal ini kita boleh lihat banyak sangat tumpuan kepada saman ekor bukan tentang soal siasatan jenayah sama ada jenayah betul ataupun jenayah komersial. Pandangan.

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jadikan sebahagian daripada ucapan saya untuk diberikan perhatian oleh pihak Timbalan Menteri. Jadi saya hendak balik isu kepada saman ekor tadi Tuan Pengerusi.

Saya mintalah untuk kerajaan mempertimbangkan. Sudahlah minyak naik harga, gas naik harga, gula naik harga. Seluar dalam turun, seluar dalam memang turun, mana ada naik, naik ia mesti turun seluar dalam, dia tidak ada naik terus. Naik mesti turun seluar dalam.

[Ketawa] Bila sakit perut dia mesti turun Tuan Pengerusi.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya, kalau mahu sebut perkara-perkara begitu mesti di bawah kepala apa Yang Berhormat? [Ketawa] Ini peringkat Jawatankuasa. [Dewan riuh] Sila.

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik. Oleh sebab itu bagi saya ini sudah terbeban dengan keadaan kenaikan harga. Bila kenaikan kepada empat perkara yang diumumkan oleh kerajaan sekarang ini, menyebabkan kenaikan berangkai terhadap barangan-barangan yang lain. Tambah pula dibebankan dengan saman ekor ini, saya rasa ini satu benda yang tidak adil. Minyak naik harga, road tax tidak turun. Kemudian saman ekor lagi hendak kena tanggung.

Jadi saya minta kerajaan mempercepatkan, kalau kerajaan tidak hendak juga menghapus kira yang lama, kemudian kita pakai balik yang baru dengan pindaan akta yang akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan nanti. Saya boleh kata bahawa kami beri tempoh kepada rakyat sabar sekejap dalam tempoh 18 bulan, kita akan hapus kira. Hapus kira saman tertunggak dalam negara kita ini.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Keduanya, ini kes rogol saya baru dapat laporan tadi.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Mahu dekat hampir setengah jam sudah Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sekejap. Ada satu kes rogol. Polis report Pudu, 00418304 tahun 2004. Tarikh report 16 Julai 2004. Saya didatangi oleh keluarga yang buat report ini, saya tidak hendak baca nama dia, cukup saya sebut polis report. Tidak ada satu tindakan serius yang dibuat oleh pihak polis dalam kes yang saya sebutkan tadi, kes daripada Pudu ini. Sedangkan mereka sedang berhadapan dengan pelbagai masalah trauma kepada anak itu sendiri dan juga keluarga menghadapi sebab orang yang disyaki merogol anak yang datang tadi ini, adalah orang yang duduk dalam satu

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

kawasan perumahan yang sama. Berkali-kali pula memberikan ugutan kepada keluarga ini sedangkan polis tidak membuat apa-apa tindakan, sekadar pada awal report panggil budak itu untuk buat keterangan.

Selepas itu tidak ada satu tindakan, sebaliknya dia terus membuat ugutan sehingga menyebabkan ada report kedua yang dibuat oleh keluarga ini, yang menerima ugutan. Akan tetapi tindakan terhadap kes rogol itu sendiri tidak ada apa-apa cuma daripada tahun 2004 sehinggalah ke tahun 2010 baru-baru ini, barulah mereka dapat satu surat. Itu pun setelah mereka turun naik ke IPK Kuala Lumpur, barulah mereka dapat satu surat mengatakan bahawa kes ini telah disemak dan diteliti dengan sewajarnya di mana memutuskan bahawa kes ditutup sementara sehingga ada perkembangan terbaru dan puan akan dimaklumkan kelak.

Jadi saya sebut bahawa hendak tutup sementara ini kena tunggu daripada tahun 2004 sampai tahun 2010, baru boleh tutup sementara. Itu pun tutup sementara, mereka hendak tahu bahawa apa perkembangan terbaru selepas ini, bagaimana keadaannya?

Sedangkan mereka berhadapan dengan keadaan-keadaan yang saya katakan tadi. Jadi saya minta supaya pihak kerajaan harus memberikan penjelasan atas perkara ini kerana polis seharusnya memberikan perlindungan kepada orang-orang seperti ini. Sama ada kepada mangsa yang dikatakan dirogol itu dan juga kepada keluarganya daripada menjadi berhadapan dengan bahan ugutan.

final • 5:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Laluan Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, mengenai laporan polis kita juga mendapat maklum daripada orang ramai apabila mereka membuat laporan polis terutamanya mengenai orang- orang yang diadukan dalam hal-hal misalnya pergerakan cyber cafe haram dan sebagainya. Pihak polis membocorkan kepada orang yang diadukan, siapa yang membuat aduan sehingga orang-orang yang membuat aduan ini juga mendapat ugutan daripada pihak yang diadukan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara itu?

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya kira bahawa satu benda yang tidak sepatutnya bila pihak polis sendiri membocorkan kepada pihak yang diadu. Sebab bagi saya bahawa sepatutnya polis harus melindungi orang yang membuat aduan. Akan tetapi ini menunjukkan seolah-olahnya polis ada satu konspirasi, satu link di mana bahawa ada pegawai-pegawai dan anggota polis di peringkat-peringkat tertentu dikuasai oleh kumpulan-kumpulan penjenayah dalam negara kita. Jadi saya minta bahawa... khususnya saya balik kepada kes rogol tadi. Saya harap bahawa saya boleh serah salinan-salinan report dan sedikit salinan perakuan yang boleh disemak untuk mendapatkan pengesahan doktor akan tetapi tidak ada dicatatkan di sini tetapi kita kena minta apply. Maknanya kes di hospital mana, yang membuat satu penyiasatan ke atas gadis yang dirogol ini.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Gulung Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya?

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Gulung.

final • 5:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Gulung ya? Baik, baik Tuan Pengerusi. Kita gulung Tuan Pengerusi. Jadi saya harap bahawa dua perkara ini dan juga perkara-perkara yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya harus diberi perhatian termasuk juga berkaitan dengan apa yang saya bangkitkan tadi laporan audit yang menunjukkan bagaimana kita telah berhadapan dengan isu pengurusan kewangan yang sangat merugikan negara termasuk dalam kes Jabatan Imigresen iaitu penguatkuasaan pendatang asing tanpa izin iaitu MIES yang menyebabkan kita mengalami kerugian RM3.86 juta. Ini juga merupakan satu pendedahan yang dibuat oleh audit yang harus diberikan penjelasan bagaimana boleh disebut di sini kerana sistem ataupun talian 3G Celcom itu tidak meluas digunakan. Jadi kalau sudah kata tidak ada 3G di situ meluas digunakan buat apa hendak pakai sistem ini yang menyebabkan kita mengalami kerugian...

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 5:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, saya mohon sekali lagi buat penutupnya Tuan Pengerusi saya percaya Tuan Pengerusi juga bersetuju demi kebajikan untuk rakyat dalam negara kita pegawai-pegawai kerajaan, polis-polis daripada Kementerian Dalam Negeri semua orang bersetuju bahawa saman ekor, saman tertunggak mesti dihapuskan. Kalau tidak dihapuskan insya-Allah tunggu 18 bulan [Tepuk] kita akan mengambil langkah untuk menghapus kira saman ekor, insya-Allah.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 5:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kadang-kadang saya tidak mengingatkan berapa lama boleh bercakap kerana saya rasa semua pun faham telah diberitahu lebih awal. Akan tetapi apabila saya diam-diam tidak bermakna bahawa dalam hati saya tidak meronta bilalah dia berhenti bercakap ini. [Ketawa]

final • 5:41 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Pengerusi, saya tidak mengambil...

final • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Saya duduk jam 2.30 sampai pukul berapa belum pun saya keluar. Yang Berhormat Pokok Sena saya tengok sudah sekali dua sudah keluar. Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 5:41 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya tidak akan mengambil masa yang panjang tetapi akan bangkitkan satu perkara yang merangkumi dua butiran iaitu Butiran 060000 – Imigresen dan Butiran 070000 – Pendaftaran Negara.

Tuan Pengerusi, pada tempoh hari saya menerima satu kes aduan daripada seorang bapa bahawa dia tidak dibenarkan mendaftarkan anaknya yang berumur 12 tahun sebagai rakyat Malaysia apabila membuat permohonan MyKad di JPN dan sijil kelahiran anaknya yang dikeluarkan oleh JPN Sandakan disyaki adalah palsu. Anak ini bernama Lee Chin Siang dan nombor sijil kelahirannya adalah 2096/97.

Saya telah secara lisan meminta penjelasan daripada pihak JPN dan jawapannya adalah nombor sijil kelahiran anak ini yang ada dalam sistem JPN adalah atas nama orang lain tetapi yang pelik dan menyedihkan adalah anak ini berjaya pula memohon pasport antarabangsa dan adalah seorang pemegang pasport Malaysia yang sah. Nombor pasport 18364296.

Tuan Pengerusi, bukankah ini amat menyedihkan. Anak ini apabila dia keluar daripada Malaysia dia adalah warga Malaysia tetapi apabila dia kembali ke Malaysia dia tidak diiktiraf dan dinafi sebagai warga Malaysia. Jadi perkara ini amat serius. Mengapa ianya boleh berlaku terutamanya apabila kita sedang memperketatkan kawalan pemerdagangan manusia. Jadi senario pertama, sekiranya sijil kelahiran anak ini adalah tulen mengapakah dalam sistem JPN boleh dijadikan nama orang lain. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Apakah pendekatan kementerian untuk menyelesaikan kesilapan ini? Saya pohon penjelasan.

Senario kedua, sekiranya sijil kelahiran ini adalah palsu adakah setakat ini kementerian sedar atau tidak sedar apakah tindakan yang diambil terhadap sindiket- sindiket ini dan kedua tahap keselamatan sistem JPN harus dipersoalkan kerana nampaknya sistem JPN tidak ada linkage (rangkaian) dengan sistem imigresen. Mana- mana pihak selagi dapat menunjukkan sijil kelahiran tidak kira sama ada palsu ataupun tulen akan dibenarkan memiliki pasport Malaysia.

Tuan Pengerusi, dalam kes sebegini yang kasihan adalah adik ini. Anak ini dibesarkan di Simpang Renggam. Ibu bapa, kakaknya, semua ahli keluarganya adalah warganegara Malaysia dan adik ini kini telah tamat pembelajaran di SKJ(C) Tuan Poon dan menerima pendidikan sekolah rendah selama enam tahun. Dia menyanyi lagu Negaraku tiap-tiap pagi, menghafal Rukun Negara tiap-tiap hari. Segala-galanya adalah Malaysia tetapi oleh kerana kesilapan ini beliau menjadi status less dengan izin.

final • 5:41 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Dari segi perikemanusiaan seharusnya kita menawarkan kewarganegaraan kepada adik ini kerana dia memang tidak bersalah dan saya rasa amat zalim kerana human factor dengan izin kesilapan sistem kita dan kesilapan orang dewasa yang tidak bertanggungjawab telah menderitakan dan merosakkan nasib seorang budak yang naif dan menghancurkan segala harapan budak ini.

final • 5:41 PM

Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan seperti berikut

(i) Sistem antara Imigresen dan JPN ini harus disepadukan dan untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku;

(ii) kanak-kanak dan budak-budak seperti kes ini haruslah dipertimbangkan untuk diberikan kewarganegaraan ataupun sekurang-kurangnya taraf penduduk tetap; dan

(iii) meningkatkan kesedaran awam tentang kesilapan memelihara anak angkat tanpa sebarang prosedur ataupun dokumentasi yang lengkap.

Saya mendapati bahawa ramai ibu bapa yang tidak berpendidikan tinggi contohnya ibu bapa adik Lee ini tidak tahu langsung bercakap bahasa Malaysia dan mereka terlalu senang mempercayai apa yang dikatakan oleh agen ataupun sindiket dan pihak KDN juga harus menanggung sebahagian tanggungjawab kerana memang pihak polis pada masa dahulu memberikan satu imej bahawa masalah senang diselesaikan. Jadi saya berharap mereka tidak dituduh kerana kesilapan ini. Jadi saya pohon satu penjelasan yang memuaskan daripada kementerian. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

final • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sungai Petani. Selepas Yang Berhormat Sungai Petani Yang Berhormat Hulu Selangor. Selepas itu Menteri menjawab.

final • 5:41 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun juga ada cuma dua, tiga perkara sahaja hendak disebut. Pertamanya ialah tentang 060000 – Jabatan Imigresen. Saya perhatikan kita ada dua jenis kaunter untuk sama ada rakyat Malaysia balik melalui pintu masuk khususnya di KLIA ataupun lapangan terbang LCCT iaitu sama ada melalui manual ataupun automatik. Saya lihat ada terjadi di mana pelawat kita bila masuk dia gunakan manual tetapi rakyat Malaysia juga boleh gunakan gate automatik itu. Jadi ada kes di mana mesin ataupun gate itu tidak terbuka dan rakyat kita terperangkap dan nampaknya tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah itu lambat kerana kadang-kadang technical know how itu tidak ada. Jadi saya hendak tanya di sini bagaimanakah selenggaraan itu dilakukan oleh Jabatan Imigresen kerana kadang-kadang nampak malu Tuan Pengerusi.

final • 5:48 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Orang, rakyat berdiri dok tengok, kawan tu dok tersangkut dalam kandang tu dan nampak seolah-olah pegawai imigresen tidak boleh buat hendak apa-apa. Itu yang pertamanya Tuan Pengerusi.

Yang keduanya tentang imigresen juga Tuan Pengerusi. Kalau kita semak dalam berita pada sekitar bulan September 2010, tujuh orang pegawai imigresen telah pun ditahan di bawah ISA gara-gara kononnya ataupun mungkin benar, tetapi saya hendak dapat penjelasan daripada pihak kementerian di sini telah memalsukan beberapa dokumentasi yang melibatkan kemasukan orang-orang bukan Malaysia ke dalam Malaysia menggunakan pasport yang dikatakan palsu. Yang saya hendak tanya Tuan Pengerusi, apakah ataupun kenapakah mereka ini ditahan di bawah ISA, tujuh orang ini, sedangkan kita mempunyai undang-undang yang cukup jelas. Kalau sekiranya mereka ini betul-betul bersalah, apakah kita tidak boleh charge mereka ikut undang-undang yang ada dalam open court supaya sekurang-kurangnya kita tahu apakah kesalahan yang dikenakan, daripada kita tangkap mereka, tahan mereka di bawah ISA dan kita tidak tahu apakah sebenarnya terjadi.

final • 5:50 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Yang lebih bimbang kita tidak tahu sejauh manakah tahap keselamatan kita telah dibolosi, takut-takutnya mungkin kita sangkakan 300-400 sahaja pasport palsu digunakan, mungkin juga 300,000, mungkin juga lebih daripada 300,000, tapi sekiranya kita bawa pegawai ini ke open court sekurang-kurangnya kita dapat tahu, satu. Yang kedua, dapat mengikis persepsi rakyat bahawa ada sesuatu yang tidak kena, mungkin juga ada pihak- pihak yang terlibat. Bukan sahaja setakat pegawai-pegawai rendah di Jabatan Imigresen, mungkin juga pegawai-pegawai pihak atasan. Kalau sekiranya Ketua Pengarah Imigresen pernah di charge dalam open court atas tuduhan korupsi, kenapa tidak tujuh orang pegawai ini di charge.

Saya dimaklumkan bahawa apabila mereka ini ditahan, ada pegawai-pegawai yang muda, yang mungkin dia cuma dapat arahan daripada pihak atasan. Pihak atasan ini maksud dia apa dia? Adakah mereka ini pegawai tinggi kerajaan atau mungkin juga ahli-ahli politik. Jadi dengan tidak membawa mereka ke open court, andaian rakyat, kerajaan sedang melindungi pihak-pihak tertentu yang mungkin terlibat dalam kes ini.

Sebab itu saya minta penjelasan kenapa tidak dibawa mereka ini ke open court dan charge mereka, dan mereka boleh memberikan bukti-bukti supaya mereka tidak teraniaya.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya bagi one minute sahaja kepada Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah alam. Dua kali sudah Yang Berhormat Shah Alam berdiri, apabila berhujah tidak kena mengena minta pandangan. Ahli Yang Berhormat Shah Alam tumpang. Kali ini tumpang betul-betul, jangan berhujah secara bersendirian.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Mungkin, maaflah Tuan Pengerusi, kerana tiga orang sahaja dibenarkan. Tapi berhubung dengan kes ini iaitu tentang kes mengeluarkan pasport yang palsu dan ditahan di bawah ISA. Saya rasa kita semua memahami bahawa sekiranya seseorang itu ditahan di bawah ISA, maka ianya bukan merupakan satu kesalahan jenayah dan kemungkinan kalau dia pegawai kerajaan, gajinya pun terus berjalan. Lalu dalam kes seperti ini walau pun ada kesalahan yang begitu serius tetapi tidak ada hukuman yang dikenakan ke atas dirinya yang benar-benar akan dia terasa kesan daripada tindakan itu, kerana tidak akan rekod jenayah dan mungkin, jalan juga dia punya gaji. Apa pandangan?

final • 5:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Shah Alam, sebab ada pernah terjadi satu kes Tuan Pengerusi, malah semasa buku IC dipalsukan, yang jelas menceritakan apa yang berlaku di Sabah dahulu dalam keadaan kad-kad pengenalan dipertikaikan pengeluarannya di Sabah terjadi juga satu kejadian di mana, Pengarah Jabatan Pendaftaran itu sendiri dirompak di rumahnya dan akhirnya Encik Sani terbunuh dalam rompakan di rumah. Jadi kita tidak tahu ada kaitannya dengan pengeluaran IC kah tidak. Akan tetapi isunya sekarang Tuan Pengerusi, kalau sekiranya tujuh orang pegawai ini terlibat, dan saya ingin minta penjelasan kepada kementerian, kalau betul-betul mereka ini terlibat dalam memalsukan dan mungkin kita hendak tahu sejauh manakah sindiket ini besar. Jadi janganlah kita tahan mereka di bawah ISA dan tidak bawa di open court, dan kita tidak tahu cerita sebenarnya. Ini membuatkan rakyat gelisah, kita juga sebagai Ahli Parlimen juga gelisah. Kita takut apa yang berlaku jauh lebih besar daripada apa yang dimaklumkan.

Jadi yang ketiga dan mungkin terakhir Tuan Pengerusi, tentang bagaimana di bawah polis juga tadi, ada tanah-tanah polis yang telah pun 02000 telah pun di trade off atau pun dibuat JV untuk membangunkan bangunan-bangunan balai polis. Contohnya terdapat sekeping tanah milik polis di Sungai Petani dulu, tanah yang cukup prime dan dijanjikan pembinaan IPD-IPD termasuk IPD Sungai Petani, Pendang, Yan, tetapi bila soalan dikemukakan, pihak kementerian tidak memberikan jawapan yang agak jelas kepada soalan yang ditanya tidak lama dahulu.

final • 5:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Jadi yang saya hendak tanya sekarang ini, adakah polisi itu masih berjalan, contohnya, tanah polis diserahkan kepada pihak tertentu untuk membangunkan bangunan, untuk membangunkan IPD, untuk bangunan fasilitet untuk kemudahan polis dan juga jabatan-jabatan lain di bawah kementerian tetapi terbengkalai. Apakah tindakan yang diambil oleh...

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Ya Yang Berhormat Pendang? Seminit.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sekali. Sedikit sahaja.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima Kasih Yang Berhormat Sungai Petani, dia sebut Pendang dulu. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Sungai Petani menyentuh tentang IPD Pendang tadi, memang saya banyak kali sentuh dan saya telah membawa kes ini banyak kali di dalam perbahasan Parlimen ini dan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri, kalau tidak silap saya lebih daripada tiga syarikat telah mengambil alih syarikat yang diberikan cross subsidi tanah di Sungai Petani ini.

Saya ingin bertanya, minta Yang Berhormat Sungai Petani tolong tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah tindakan yang dikenakan ke atas syarikat yang mula- mula diberi tanah tersebut dan syarikat pengganti untuk membaik pulih bangunan yang tidak siap tersebut. Ini kerana soalan last yang saya tanya, Menteri jawab 27% dah siap tetapi baru-baru ini, apabila saya balik kawasan, ia roboh sudah yang 27% itu, syarikat lain pula yang membangunkan semula IPD tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Point yang berkaitan ya, Yang Berhormat Sungai Petani. Di Shah Alam, keadaan dia terbalik sikit, ada satu SMS. PDRM SMS, iaitu special material store, yang telah dibina yang mana yang saya difahamkan kontraknya lebih kurang RM140 juta, tetapi sekarang ini projek itu sudah terbengkalai hampir dua tahun. Saya lihat di dalam P.62 ini saya tidak nampak apa-apa yang berkaitan dengan persoalan ini, lalu saya hendak minta sama ada Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penerangan tentang status projek ini, RM140 juta tetapi sekarang ini sudah terbengkalai dua tahun. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya juga ingin masukkan point yang dibawakan Yang Berhormat Shah Alam dan juga Yang Berhormat Pendang serta Yan sebenarnya, ke dalam ucapan saya kerana tanah Polis Sungai Petani yang cukup prime land, satu tanah yang cantik, tepi highway.

Urusan untuk membangunkan tanah itu sebagai tanah komersial sudah selesai dah, dengan naiknya komersial-komersial kompleks dan tempat itu cukup meriah, tetapi hak yang sepatutnya dimiliki oleh polis terbengkalai. Saya dimaklumkan malah saya minta hendak melawat kompleks di Sungai Petani tetapi OCPD kata kalau boleh Yang Berhormat tidak payah datang lah, kita kira bersembang kat luar lah. Saya tidak tahu lagi, saya hendak minta pergi melawat dalam unit itu sendiri, sama ada adakah unit itu ikut spec atau tidak jadi saya hendak minta juga Yang Berhormat Menteri, hari ini, kompleks yang telah pun siap di IPD Sungai Petani itu, adakah ikut spec atau tidak.

Ini kerana saya belum pergi, kerana saya minta kat OCPD. Saya hormat dia kata tidak payah lah mai, jadi saya pun tidak pergi melawatlah. Tidak payah mai, orang Kedah kata tidak payah pergi lah Tuan Pengerusi. Jadi saya anggap mungkin saya respect dia.

Namun saya hendak mintak kementerian, sama ada kompleks yang telah pun siap didirikan itu mengikut spec dan dapat CF untuk diduduki takut-takut tidak dapat CF jadi apa-apa pula kat polis kita. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi, itu sahaja.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hulu Selangor. Selepas itu Yang Berhormat Menteri harap bersedia.

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memberi rujukan kepada empat butiran. Yang pertama 010300 – Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia yang dikenali sebagai RELA yang telah berjaya bertindak sebagai jentera keselamatan negara secara sukarela.

Semangat mereka untuk membentuk dan memelihara keamanan dan keselamatan negara amat dikagumi. Sebagai benteng ketiga pertahanan negara, peningkatan peruntukan daripada RM54 juta ke RM65 juta amat dialu-alukan.

Soalan saya, apakah kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada ahli-ahli RELA yang banyak telah menabur bakti mereka kepada negara tercinta ini? Saya juga ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memberi kepada mereka elaun-elaun khas seperti elaun bulanan yang dapat membantu mereka serba sedikit untuk menampung keluarga mereka memandangkan ramai ahli RELA ini merupakan rakyat biasa yang memerlukan bantuan.

Seterusnya, Butiran 020...

final • 6:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Celah sedikit pasal RELA.

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Silakan.

final • 6:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Selangor mengenai RELA, saya cuma hendak juga bertanya tentang tugasan RELA ini yang mana telah digunakan untuk menangkap warga asing yang tidak ada ketetapan yang dibuat oleh kementerian. Saya minta apa pandangan Yang Berhormat Hulu Selangor agar kementerian membuat satu ketetapan tentang kedudukan warga-warga asing yang datang dalam negara kita terutamanya di Ampang. Banjiran orang-orang warga Myanmar dan sebagainya. Banyak yang berada di sana dan tidak ada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan kita agar penduduk warga asing ini datang dalam negara kita mengikut peruntukan undang-undang antarabangsa. Sama ada mereka hendak dibiarkan duduk dalam negara kita, berikanlah mereka peluang-peluang pekerjaan dan anak-anak mereka untuk bersekolah. Kalau mereka ini tidak diatur hidup mereka, akan menjadikan satu gangguan sosial dalam negara kita.

Jadi wang yang digunakan, peruntukan yang digunakan untuk RELA itu ketepatannya kalau boleh – Kalau kita ada ketetapan mengenai kedudukan warga asing ini, mungkin kita boleh jimatkan untuk digunakan sebagai kebajikan kepada anggota RELA itu.

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Sibuti, Sibuti.

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

RELA juga, ya.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya ingin Yang Berhormat Hulu Selangor meminta kepada Yang Berhormat Menteri supaya ahli-ahli RELA kita yang baru direkrut, yang sudah berkhidmat setahun atau dua tahun itu boleh juga dilatih memegang senjata supaya mereka pada bila masa darurat, mereka juga pandai menggunakan senjata. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih.

Saya harap ucapan Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Sibuti dimasukkan sekali dalam ucapan saya.

Seterusnya 020000 – Polis Diraja Malaysia. Syabas diucapkan kepada Kementerian Dalam Negeri khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah nampak menunjukkan penurunan dengan izin crime index dan juga street crime dalam NKRA.

Syabas diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada PDRM juga kerana telah berjaya mendapatkan lebih daripada 300 juta ahli dalam

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Rakan Cop. Tahniah saya ucapkan. Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa ada satu syarat-syarat yang mana setiap kawasan perumahan, pihak polis atau sistem rondaan polis diwajibkan pergi ke setiap kawasan perumahan empat jam sekali untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan perumahan ini aman dan tiada kacau bilau dan masalah- masalah yang dihadapi.

Akan tetapi saya nampak atau saya dapat aduan daripada warga-warga di kawasan Parlimen Hulu Selangor bahawa rondaan empat jam sekali ini tidak berlaku.

Kadang-kadang sampai sehari pun kereta rondaan polis tidak sampai ke kawasan perumahan mereka. Ini dengan secara tidak langsung juga memberi peluang kepada mereka-mereka yang ingin membuat rompakan rumah meneliti keadaan tersebut. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian khasnya Polis Diraja Malaysia ini untuk memastikan rondaan ini dapat dijalankan dalam masa yang diperlukan kerana rakyat memang memerlukan rondaan-rondaan ini. Saya pasti rondaan-rondaan ini akan dapat mengurangkan lagi indeks jenayah dalam NKRA ini.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Ya, Yang Berhormat Putatan.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih sahabat saya daripada Hulu Selangor. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terpanggil untuk meminta penjelasan melalui Yang Berhormat Hulu Selangor soal peranan NGO ataupun pihak-pihak keselamatan swasta yang mungkin digalakkan ataupun diwajibkan dengan melalui satu undang-undang yang mewajibkan kawasan-kawasan perumahan, Yang Berhormat. Apa yang saya faham, dan saya ketahui, di Semenanjung sudah sedia ada peruntukan-peruntukan yang sedia ada ataupun diluluskan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Akan tetapi di Sabah dan Sarawak ini, saya rasa dia punya pelaksanaan itu Tuan Pengerusi belum begitu jelas dan belum ada penggalakan terutama sekali dalam pihak Kementerian Dalam Negeri bahawa sesuatu masyarakat itu dalam sesuatu perumahan itu, berbagai-bagai keturunan atau kaum yang duduk. Jadi sambil itu saya mintalah pihak Yang Berhormat minta pihak PDRM, pihak Kementerian Dalam Negeri untuk menggalakkan pihak NGO ataupun persatuan-persatuan perumahan mewujudkan pegawai-pegawai keselamatan mereka sendiri untuk menjaga keselamatan, membantu pihak PDRM untuk menjaga ketenteraman, keselamatan orang awam dan sebagainya. Jadi minta mohon Yang Berhormat Hulu Selangor minta penjelasan daripada pihak kementerian.

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Putatan dan saya harap ucapannya dimasukkan dalam ucapan saya juga.

Dalam isu yang sama, Butiran 020000, isu satu lagi adalah saman ekor. Saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Saya rasa saman ekor ini harus dihapuskan dan pada masa yang sama, bukan saya ingin mengatakan kita harus – Kita tidak menyokong sama sekali mereka yang telah menyalahi undang-undang kerana ada cara-cara kita dapat memastikan mereka membayar saman-saman. Saya rasa yang lebih efektif ialah saman diberi kepada pemandu apabila kesalahan itu berlaku dalam masa yang terdekat dan bukan melalui saman ekor.

Butiran yang ketiga ialah 070000 – Pendaftaran Negara. Berdasarkan kepada objektif kementerian iaitu memastikan pengumpulan dan penyelenggaraan rekod-rekod kelahiran, kematian, anak angkat, kad pengenalan, warga negara, perkahwinan dan penceraian, ia harus dilakukan dengan cara teratur dan sistematik. Walaupun Jabatan Pendaftaran Negara cuba melakukan yang terbaik untuk mencapai objektif ini, masih ada kekurangan dengan izin stateless person.

Ramai lagi rakyat Malaysia khasnya yang berketurunan India masih belum menerima kad pengenalan mereka. Ada di antara mereka telah lama menunggu.

Mengapakah permohonan mereka mengambil masa yang begitu lama? Apakah tindakan- tindakan yang boleh diambil untuk memastikan atau memudahkan lagi proses mereka untuk menerima kad pengenalan mereka ataupun surat beranak mereka? Saya rasa

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

perkhidmatan bas bergerak amat membantu dan ia amat baik dan efektif. Saya berharap agar perkhidmatan ini dapat ditambah dan saya rasa sekiranya perkhidmatan ini dapat ditambah, ramai lagi rakyat Malaysia yang akan mendapat bukan sahaja surat beranak ini dan juga Mykad atau kad pengenalan Malaysia.

Ini sangat penting kerana kita harus membantu rakyat-rakyat ini khasnya mereka ini tinggal di kawasan luar bandar, terpencil dan tidak mempunyai kenderaan untuk pergi ke Jabatan Pendaftaran Negeri yang berdekatan. So, sekiranya kita ada bas, ini akan membantu. Pada masa yang sama dalam butiran yang sama, kita juga dapati ada di antara mereka yang belum lagi mendaftar perkahwinan mereka pun. Saya rasa sekiranya apabila...

final • 6:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 6:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Apabila... Ya?

Apabila bas bergerak ini berlangsung, mungkin ia juga dapat dimasukkan sekali dalam perkhidmatan selain daripada kad pengenalan, surat beranak. Pendaftaran perkahwinan juga boleh dibantu. Ya, silakan.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Bolehkah Yang Berhormat Hulu Selangor masukkan cadangan daripada Yang Berhormat Silam terutamanya untuk kawasan luar bandar bagi mengatasi masalah pendaftaran negara.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Oleh sebab kita dapati kawasan-kawasan terpencil bukan sahaja di Sabah, Sarawak atau di mana juga berada supaya kementerian dapat membuat satu pekeliling untuk menetapkan jabatan-jabatan pendaftaran di seluruh negara supaya kerap membuat lawatan ke kawasan luar bandar untuk mendaftar mereka yang susah untuk turun ke bandar untuk mendapat pendaftaran ini. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Minta sambung? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga berminat dalam hal pendaftaran ini oleh sebab di kawasan saya benar-benar di luar bandar dan untuk turun naik mereka yang miskin ini susah untuk mendaftar. Kebanyakan anak mereka sudah besar dan sudah ke sekolah pun tidak ada surat beranak dan apabila setelah mereka lulus PMR dan tidak boleh hendak masuk ke Tingkatan Empat.

Jadi oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat Hulu Selangor kalau boleh mereka seperti apa yang mereka buat turun padang yang baru-baru ini mereka buat di kawasan saya di Sibuti mereka turun padang dengan semua bahagian-bahagian dalam KDN. Jikalau boleh ini dibuat di kawasan-kawasan luar bandar di seluruh negeri Sarawak. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih.

Saya setuju dengan cadangan yang diberi oleh rakan seperjuangan saya dari Silam dan Sibuti. Saya harap ucapan-ucapan mereka dimasukkan ke dalam ucapan saya.

Saya rasa perkara khasnya untuk mendapatkan bas bergerak ini amat penting kerana baru-baru ini kita pun dapat tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan satu bas bergerak kesihatan yang akan pergi ke kawasan-kawasan pendalaman. Saya pasti kerajaan Barisan Nasional kerajaan yang prihatin akan melakukan yang terbaik untuk memastikan rakyat Malaysia akan mendapat segala bantuan oleh jabatan-jabatan berkenaan.

Akhirnya Butiran 090200 – Geran NGO. Tahniah dan syabas kerana banyak NGO telah membantu dalam banyak aspek-aspek saranan kerajaan ini di antaranya ialah untuk mendapatkan surat beranak, sijil kelahiran, sijil kewarganegaraan dan sebagainya. Contoh NGO seperti DRA Malaysia banyak melakukan kerja-kerja untuk membantu rakyat untuk mendapatkan sijil beranak ini. Bukan itu sahaja, banyak lagi NGO-NGO yang telah diwujudkan oleh kerajaan membantu Jawatankuasa Kabinet Khas yang ditubuhkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah banyak membantu dan banyak NGO terlibat.

final • 6:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya juga mendapati lebih kurang RM5 juta diagihkan untuk diberikan kepada NGO. Siapakah NGO-NGO ini yang akan menerima geran ini dan apakah tanggungjawab NGO tersebut? Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh NGO tersebut dan siapakah yang akan layak menerima geran tersebut? Ini kerana saya pasti dengan adanya bantuan geran kepada NGO yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik, maka lebih banyak lagi NGO akan datang ke depan untuk mengambil saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk bekerjasama dengan kerajaan yang prihatin Kerajaan Barisan Nasional ini.

Saya dengan ini mengakhiri ucapan saya dan menyokong. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri di mana terdapat seramai enam orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah terlibat dalam perbahasan ini.

Isu pertama yang ingin saya sentuh ialah berkaitan dengan isu yang dibawa Yang Berhormat Ipoh Timur yang membangkitkan berkaitan dengan isu ‘mata lebam’ terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh di mana perkara ini telah pun timbul dalam perbahasan dasar. Perkara ini juga telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri secara bertulis dan juga Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz di mana terdapat dalam Hansard pada 11 Mac 2009 muka surat lapan.

Jadi apa yang telah dinyatakan dalam jawapan-jawapan yang telah dikemukakan, saya mengesahkan bahawa jawapan-jawapan yang telah diberi itu. Seterusnya saya ingin juga memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini di mana Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan buat satu kenyataan Menteri di Parlimen esok di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1) dan 14(1)(i). Jadi saya rasa tidak perlu saya mengulas sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan membuat satu statement Menteri esok.

Tuan Pengerusi, isu kedua adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang dibawa Yang Berhormat Kinabatangan pertamanya berkaitan dengan isu saman ekor di mana ini juga disentuh oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Berkenaan dengan perkara ini kerajaan memutuskan supaya sistem saman ekor dikekalkan kerana ia dapat mendidik pengguna jalan raya seperti mana yang telah dinyatakan dalam jawapan-jawapan oleh kementerian semasa menjawab dalam ucapan soal jawab lisan baru-baru ini yang dibuat oleh Menteri dan saya sendiri.

final • 6:13 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan isu saman ekor tadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh respond dengan point yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena yang menyebut tentang soal legality. Adakah rang undang-undang yang hendak dibuat itu akan dikuatkuasakan secara retrospektif supaya semua saman ekor ini akan mempunyai legally binding ataupun ia terus akan dilakukan dan dikuatkuasakan melalui satu konspirasi di antara satu pihak polis dan JPJ dan memblacklistkan mereka- mereka yang kena saman ekor itu? Boleh Yang Berhormat Menteri respond kepada point itu? Terima kasih.

final • 6:13 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sehubungan dengan isu yang dibangkitkan dengan legality dan kompaun yang dibayar.

Sama ada ia legal atau tidak, ini tertakluk kepada mahkamah yang menentukan dan bukan kita yang menentukan dari segi legality. Jadi oleh sebab itu kalau difikirkan ia tidak mengikut undang-undang, maka pihak yang berkaitan yang mempunyai kepentingan boleh mengambil tindakan melalui mahkamah untuk mempertikaikan tentang tindakan-tindakan dibuat oleh kerajaan selama ini.

final • 6:13 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri kata bahawa sama ada ia berasaskan kepada undang-undang atau tidak dan legal atau tidak itu biar mahkamah yang tentukan. Sepatutnya semua mereka yang di saman dan diberikan notis itu perlu dibawa ke mahkamah dan tidak boleh blacklist. Polis tidak boleh minta JPJ blacklist sehingga mahkamah membuat keputusan.

Jikalau betul-betul kita hendak menghormati mahkamah mengapa polis minta JPJ blacklist sehingga mereka ini membayar saman sedangkan mahkamah belum buat keputusan sama ada betul atau tidak mereka itu bersalah.

final • 6:13 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kalau mahkamah telah buat keputusan mereka salah, perlu bayar, okay no problem mereka bayar. Kalau tidak bayar, barulah kalau mahu blacklist sekalipun, betullah.

Ini mahkamah tidak buat keputusan, polis minta dan telah mendahului mahkamah dan JPJ menghukum mereka itu bersalah. Polis dan JPJ ambil peranan mahkamah menghukum mereka ini bersalah.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, sila.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan hukuman ataupun blacklisting ini, ia adalah dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan. Jadi, sekiranya peruntukan ini ultra vires dengan izin, maka pemohon perlu mengambil tindakan kerana mahkamah lah yang akan menentukan sama ada peruntukan yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan itu sah ataupun tidak sah. Bukan kita yang memberi keputusan yang muktamad.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Ini kerana bagi pihak pendakwa raya, berpendapat bahawa itu adalah satu tindakan yang sah. Jadi kalau pemohon mahu pertikaian sekiranya peruntukan ini ultra vires dengan izin, maka pemohon perlu mengambil tindakan melalui proses mahkamah.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya. Isu blacklisting ini Tuan Pengerusi, mahkamah di Kuching telah memutuskan bahawa blacklist atau menyenaraikan hitam adalah salah. Mahkamah putus mengatakan bahawa perbuatan JPJ menyetujui untuk di blacklist dan menghalang mereka memperbaharui cukai jalan, itu satu perbuatan yang salah dan bertentangan dengan Perlembagaan.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Boleh yang Berhormat beri kes law yang ini?

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kes ini satu dunia boleh tahu Tuan Pengerusi. Saya rasa telah berkali-kali saya sebut dalam Dewan ini kes ini.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Ya, sudah, sudah.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, saya minta biar kerajaan...

Saya bukan menentang soal kita mahu mendidik atau apa. Saya tidak menentang. Saya bukan bersetuju bahawa orang bawa kereta boleh menggila dan ikut suka – tidak. Bukan bermaksud begitu, tetapi keadilan harus diberi. Jangan membebankan rakyat. Jangan kerana kerajaan salah urus kewangan negara dan kerajaan tidak ada duit, akhirnya tekan rakyat – tarik subsidi dan kena saman ekor.

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

Betul.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saman kepala lagi.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Ya. Tuan Pengerusi, saya menyentuh pada isu yang lain yang dibawa oleh Yang Berhormat Kinabatangan berkaitan dengan pusat serenti yang bertambah dan apakah strategi yang dipakai...

final • 6:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri, ringkas sahaja.

Kalau kiranya keputusan mahkamah di Kuching itu dapat diketahui oleh Yang Berhormat

final • 6:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Menteri, adakah atas maklumat dan bukti itu maka pihak kerajaan bersedia untuk menimbang kembali cadangan untuk memansuhkan? Kalau tidak ada bukti – dan kalau sekarang ini Yang Berhormat Menteri kata tidak dengar, bukan? Lalu sekarang ini kalau kita kemukakan bukti itu, adakah pihak kerajaan bersedia untuk memansuhkan ataupun mengubah pendekatan yang dilakukan sekarang ini?

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri, itu satu isu.

Keduanya, saya mahu berbalik kepada soal yang dikatakan mereka yang menerima notis itu. Isunya, mereka ini tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kenapa polis tidak mahu bawa mereka ini ke mahkamah? Tiba-tiba terus blacklist, kenapa? Ini persoalannya. Kenapa tidak dibawa ke mahkamah dan terus di blacklist? Kenapa?

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Okey?

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Pengerusi, isunya bukan polis tidak mahu bawa ke mahkamah. Kita harus faham bahawa tindakan mengeluarkan Notis 170(a) adalah merupakan di mana kita memberi notis kepada pemilik kenderaan untuk mengemukakan butiran berkaitan dengan nama pemandu dan juga alamat pemandu. Oleh sebab alamat yang diperoleh daripada JPJ – mungkin apabila surat Notis 170A dihantar tiada dapat apa-apa respons daripada pemilik dan apabila disiasat didapati bahawa pemilik tidak ada di situ, jadi oleh sebab itu, oleh sebab ada peruntukan dalam JPJ Act yang boleh memblacklistingkan pemandu ini, maka ia mengambil tindakan untuk di senarai hitamkan sehinggalah...

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Pengerusi, ada pemilik yang ada di situ.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Itu satu isu.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Nantilah dahulu, saya belum habis lagi.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ada pemilik yang ada di situ. Mereka tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kenapa begitu?

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Yang Berhormat Pokok Sena, tunggulah dahulu.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, jangan bertengkar tentang soal ini.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya rasa bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak dapat memberikan satu jawapan yang...

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Apa tidak beri jawapan yang betul...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk dahulu.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Kita ini cemas sangat. Itu emosilah Yang Berhormat Pokok Sena. [Dewan riuh]

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini bukan soal emosi...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Jangan bertengkar.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini soal benda yang sangat jelas.

Jawablah kepada soalan.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Kita terlampau emosi sangat Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, bukan soal emosi. Saya percaya bahawa Yang Berhormat Kinabatangan juga menyetujui ini. Ini bukan soal parti.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini soal rakyat.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Pengerusi, sebenarnya itulah...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Duduk dahulu.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Hakikat yang berlaku.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Duduk dahulu. Saya mendengar dengan teliti hujah Yang Berhormat Pokok Sena dan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seimbang dan jangan bertengkar. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena tidak menerima apa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak mengapa. Ini telah dua atau tiga kali peluang saya beri kepada Yang Berhormat Pokok Sena untuk menjawab. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kalau orang-orang yang terkilan itu merasakan bahawa dia tidak menyalahi undang-undang, maka dia yang mengambil tindakan mahkamah. Akan tetapi apabila semua tindakan itu diikut juga, seolah-olah bahawa dia mengatakan dia ikut sahaja. Itu sahaja dia sebut. Jadi, tidak adalah apa yang harus diperbetulkan di sini dan teruskan kepada point lain. Jangan lagi nombor ekor ini.

final • 6:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Pengerusi, boleh saya...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Nombor ekorkah...

final • 6:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sedikit sahaja.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Saman ekorkah.

final • 6:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya. Ini saman ekor bukan nombor ekor. Yang Berhormat Menteri, saya tidak buat argumen tentang penjelasan daripada yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma, orang ramai meminta supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menghapuskan saman ekor sebab bayangkan, kalau berjuta orang yang disaman pergi ke mahkamah, akhirnya kita tidak ada kerja. Kerja kita membicarakan di mahkamah. Jadi apa yang perlu sekarang, berkonsepkan rakyat didahulukan, maka kita beri kepercayaan kepada rakyat supaya rakyat selamat dan kerajaan pun selamat. Kalau tidak mahu selamat, terserahlah. Itu sahaja. Cuma, kita masing-masing menerima risikolah. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri bawa kepada pengetahuan Kabinet dan bawa kepada pengetahuan Menteri. Jangan buat argumen di sini dan dipertimbangkan yang terbaik. Jadi orang bijaksana kerana pintar dan jangan ikut buku semata-mata.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa kerajaan mendengar apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Akan tetapi setakat ini belum ada cadangan untuk memansuhkan lagi.

final • 6:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi kalau dengar, buatlah dan bawa dahulu. Jangan cakap syok sendiri.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Sila, teruskan.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih. Sehubungan dengan pusat serenti seperti yang ditimbulkan...

final • 6:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mahu tanya sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelah sini akan jawab lagi saman ekor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena? Giliran mengikut Ahli Parlimen atau mengikut isu?

final • 6:20 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Isu saman ekor telah selesai.

final • 6:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya minta penjelasan berkenaan isu saman ekor. Pohon Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mahu minta maklumat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan mengapakah kerajaan atau PDRM menggunakan pendekatan yang saya rasa itu tidak adil? Mereka tidak dihantar notis seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Notis POL 170A yang kita

final • 6:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

panggil saman ekor tetapi mereka boleh menerima peringatan notis yang dikirim oleh PDRM yang meminta mereka untuk membuat semakan bahawa mereka telah mempunyai saman yang belum dijelaskan. Persoalannya, mengapakah beban itu dipindah ke atas pemilik kenderaan untuk membuat semakan untuk mendapatkan maklumat bahawa mereka tidak menjelaskan saman tersebut?

final • 6:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini kerana mereka sepatutnya menerima notis 170A saman ekor tersebut, tetapi tidak menerimanya dan menerima surat. Surat boleh sampai kepada mereka tetapi notis tidak boleh sampai kepada mereka, beban ini telah dipindahkan ke atas bahu pemilik, itu perkara pertama.

Perkara kedua, berkenaan Yang Berhormat boleh kata, boleh bayar jelaskan diskaun tersebut melalui laman web Myeg dan relaks, tetapi apakah Yang Berhormat menyedari bahawa kalau membayar melalui laman web bukan sahaja traffic sangat busy tidak boleh memasuki laman web tersebut, tetapi juga mereka dikenakan bayaran, kalau kena sebelas saman Tuan Pengerusi, dia charge RM2 satu saman, jadi sebelas saman mereka kena bayar RM22, walaupun dengan satu klik sahaja, setiap saman kena RM2 dan saya juga hendak tahu berapakah jumlah tunggakan saman ekor setakat pada hari ini, sebab pihak kementerian memberikan diskaun ini semata-mata lebih kepada untuk clear the backlog saman ekor tersebut.

Jadi saya memohon pihak kementerian ambil tahu, ambil tindakan kerana orang ramai tidak berpuas hati berkenaan saman ekor ini. Saya dan Yang Berhormat Ipoh Barat telah turun padang, mereka kata tidak menerima saman tetapi disenaraihitamkan, tidak menerima saman tetapi menerima surat sahaja minta untuk pergi membayar, membuat semakan dan membayar, tidak ada gambar. Minta gambar kata apa? Oh, ini dikeluarkan di Sungai Petani, saman ini kena pergi ke Sungai Petani atau tulis surat wang pos RM10 untuk mendapatkan gambar, tetapi persoalannya diskaun dua minggu sahaja dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat memang benar, mengapa ada perbezaan tarikh jika saman dikeluarkan sebelum 1 Disember, 50% itu sepanjang masa. Tetapi jika dikeluarkan selepas 1 Disember, hanya dua minggu sahaja dibayar. Jadi, dalam masa dua minggu apakah saman-saman ini telah dikeluarkan, telah diserahkan kepada pemilik kenderaan. Saya rasa PDRM tidak seefisien seperti itu, kalau dikatakan 50% hanya untuk dua minggu untuk saman 1 Disember...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 6:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saman ekor ini Tuan Pengerusi sudah menjadi isu nasional, walaupun kerajaan ada alasan-alasan yang tertentu kita tidak hendak menyalahkan pihak polis, pihak polis menjalankan amanah dan tugas dia, tetapi kalau kerajaan dapat mempertimbangkan ramai rakyat yang terlibat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kinabatangan menyuarakan beberapa complain, beberapa rayuan dan saya juga mendapat rayuan daripada rakyat yang memohon supaya dihapuskanlah saman ekor ini, ini rayuan.

Saya rasa Dewan ini sekata Tuan Pengerusi, sekata. Pihak kerajaan harus membuka telinganya, membuka fikiran, terimalah rayuan ini. Mereka beralasan, mereka membuat contoh, PATI boleh diputihkan Tuan Pengerusi, PATI rakyat asing menceroboh negara kita, satu kesalahan yang amat besar, boleh diputihkan Tuan Pengerusi. Apalah kerajaan kepada rakyat ini, rakyat sendiri ini yang menyokong kerajaan, haraplah. Ini beberapa Yang Berhormat Menteri Kabinet ada di dalam Dewan ini, kerajaan berkuasa dan kerajaan sebenarnya tidak rugi apa-apa pun, saman ini di atas hitam putih kertas dicatatkan, kerajaan tidak rugi apa-apa kalau dimansuhkan pun saman ekor ini, tidak menjejaskan tabung kewangan negara. Jadi saya berharaplah kalau apa yang disuarakan oleh Ahli-ahli Parlimen ini. Yang Berhormat Kinabatangan kata, kata-kata keramat ini pertama kali diperkenalkan di dalam negara ini, ‘rakyat didahulukan’, marilah kita kotakan rakyat didahulukan. Terima kasih. [Tepuk]

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Beruas.

final • 6:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, satu cara kalau Yang Berhormat Sri Gading bersetuju, kalau kita semua jika Menteri tidak bersetuju membatalkan saman ekor, kita undi tidak meluluskan bajet, setuju tidak ? [Tepuk] Mesti setuju.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Itu, itu bukan cara yang bijaksana, itu cara yang merugikan sebenarnya.

final • 6:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Rakyat didahulukan, jangan bersandiwara wayang kulit.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kita...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini punya kepala tidak boleh pakailah.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Saya sudah cukup sabar mendengar...

final • 6:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kata rakyat didahulukan...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

...Menteri sudah berapa kali menjawab...

final • 6:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tapi tak berani...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Itu untuk memberi pengajaran kepada rakyat yang kadang- kadang juga accident setiap hari berlaku dan kematian. Jawapan Menteri dari tadi sudah pun diberikan, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak berpuas hati, saya biarkan untuk kamu merayu lagi, sila Menteri jawab tentang itu, saman ekor untuk kali terakhir dan selepas itu beralih kepada pusat serenti ke, soal-soal lain. Sila.

final • 6:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tetapi bolehkah menambah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Dewan riuh] Saya hendak beri tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan izin, ..

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Apa lagi?.

final • 6:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tetapi bolehkah menambah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Aduh!

final • 6:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya hendak beri Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan izin.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Apa lagi Yang Berhormat Batu Gajah?

final • 6:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf ya, sedikit sahaja, ramai yang membuat bayaran adalah bayaran secara bantahan sebab kalau tidak mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan atau memperbaharui sebanyak setengah tahun sahaja.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Cukup, cukup.

final • 6:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi yang bayar dalam keadaan tidak puas hati ..bantahan, dan saya memberitahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu ini akan menjadi isu semasa pilihan raya, ini amaran pihak kami kepada pihak kementerian. Jadi diharap mengambil tindakan yang sewajarnya.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih terutamanya kepada Yang Berhormat Sri Gading. Saya percaya suara yang dilahirkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, kerajaan kita mendengar. Jadi saya rasa setakat itu sahajalah yang saya boleh nyatakan Tuan Pengerusi dan saya beralih kepada isu baru berkaitan dengan pusat serenti yang mana dikatakan bertambah...

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Dan apakah strategi yang dipakai

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Yang mana 30 tahun menggunakan...

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Penjelasan.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Soal...

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Pendekatan yang sama.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Soal sama ekor Yang Berhormat mengatakan bahawa...

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Timbalan Menteri beliau kata beliau tidak tahu kes apa yang menentukan bahawa black list itu saman yang tidak dibayar, itu adalah unconstitutional, [Dewan riuh] itu kes yang diuruskan oleh saya sendiri Tuan Pengerusi. Itu adalah kes Lennet Lim verses JPJ dan... boleh catatkan, sila catatkan ini adalah kes yang diuruskan oleh saya sendiri.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

You forward...

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang diputuskan oleh mahkamah bahawa tindakan sebegitu adalah unconstitutional kerana ia [Tepuk] ... the property owner of using his own property,, dengan izin.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

You forward...

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan saya berharap Yang Berhormat, kementerian haruslah menghormati satu keputusan mahkamah yang begitu jelas mengatakan bahawa to black list a car or to refuse bayaran road tax adalah unconstitutional.

final • 6:30 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey, terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kenapa Menteri tidak tahu.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

final • 6:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Ketawa]

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Pengerusi, walaupun terdapat 27 buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di dalam negara, namun sejak Julai 2010, tiga buah PUSPEN telah dijadikan Klinik Cure and Care 1Malaysia, iaitu Sungai Besi, Tampoi dan Bukit Mertajam yang merupakan open excess service kepada semua pengguna, penagih dan co-dependent dan mereka yang mempunyai masalah berkaitan dengan dadah ini. Sesungguhnya mereka boleh datang ke klinik ini dengan secara sukarela di mana mereka di sini akan diberikan konsultasi berkaitan dengan kes-kes penagih-penagih dadah ini.

Sehubungan dengan cadangan untuk mengasingkan, dipulaukan bagi penagih- penagih dadah. Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk berbuat demikian, penagihan dadah adalah merupakan penyakit kronik yang berulang-ulang dan memerlukan rawatan dalam jangka masa yang panjang dan menyeluruh. Tuan Pengerusi, sehubungan dengan isu sejauh manakah operasi bergerak yang bertujuan untuk mendaftar penduduk peribumi Sabah dan Sarawak yang tidak ada dokumen.

final • 6:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 6:40 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Di bawah pengamalan...

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Isu dadah ini - tadi yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Saya pun ada sebut berhubung dengan masalah ini - seolah-olah tidak selesai-selesai. Apa yang sering kita dengar ialah penagih yang

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

dikenakan tindakan, tetapi kita tidak faham mengapa selepas 30 tahun kita masih tidak berjaya untuk hendak memecahkan distribution ring ia. Siapa kepala-kepalanya dan pengedar-pengedar besar masih dapat beroperasi. Masalah ini tidak selesai-selesai.

Kemungkinan seperti mana yang saya sebutkan tadi, jumlah anggota polis dalam soal pencegahan dadah hanya 4,364 orang berbanding dengan jumlah anggota polis yang buat kerja-kerja pengurusan polis sebanyak 47,000 orang. Adakah dengan jumlah yang sebanyak 4,000 orang sahaja memadai? Sekiranya ia memadai, maka mengapa masalah ini masih lagi tidak dapat kita selesaikan dengan cara yang berkesan?

final • 6:40 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Pengerusi, sehubungan dengan tindakan untuk mengambil tangkapan terhadap pengedar-pengedar dadah ini. Di mana ia dilakukan oleh pasukan narkotik polis di Jabatan Polis Diraja Malaysia. Kalau kita lihat dari segi tangkapan-tangkapan, banyak kes yang telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa PDRM dan juga daripada segi rampasan-rampasan juga banyak yang telah diperoleh.

Akan tetapi kita harus faham bahawa untuk mengatasi sama sekali, memandangkan negara kita ini adalah satu - dari segi sempadannya yang begitu luas sama ada darat ataupun laut. Jadi ada kebolosan yang berlaku di mana tidak semuanya dapat dibendung. Jadi itulah sebabnya ada - masih ada juga yang pengedar-pengedar dadah ini yang tidak dapat ditangkap. Jadi dari segi pengawalannya bagi di negara kita ini tidaklah seburuk seperti di negara-negara lain, bahawa kita masih lagi berupaya untuk mengawal hutang pengedaran-pengedaran yang dibuat oleh pengedar-pengedar dadah ini.

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai dadah lagi sekali yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, yang tadi saya mencelah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dadah ini ada dua kategori penyalahgunaan dadah yang mungkin bukan terlibat di dalam jenayah berat dengan pengedaran dadah. Jadi tidakkah kementerian ingin melihat semula bagaimana kita patut mendekati masalah penyalahgunaan dadah, kerana sudah ada negara-negara yang berjaya mengawal penyalahgunaan dadah ini. Bukan menyumbat mereka di dalam pusat-pusat serenti, tetapi merawat penyakit mereka di dalam masyarakat itu sendiri.

Jadi mungkin kita patut menyemak semula undang-undang ataupun kita panggil Akta Dadah Berbahaya ini. Di mana pihak-pihak ataupun orang-orang yang menyalahgunakan dadah - they are just abuses drug uses. Mereka ini patut dilayan lain daripada mereka-mereka yang mengedar dadah, kerana ini sudah ada perkembangan di dunia. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sebagaimana saya nyatakan tadi, bahawa terkini kita telah mewujudkan satu klinik Cure & Care, yang mana penagih-penagih dadah ini datang ke klinik ini secara sukarela yang mana kita dapat memberi rawatan kepada mereka. Ini pendekatan yang terbaru.

Selain daripada itu, kita juga memberi pendekatan dengan tindakan melalui harm reduction.

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri semua ini dilakukan di luar kebenaran undang-undang itu sendiri.

Maknanya pihak polis, semua pihak bekerjasama sedangkan undang-undang itu belum dipinda. Jadi ia seolah-olah kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh undang-undang.

Jadi elok sepatutnya kita meminda undang-undang itu supaya harm reduction ini boleh dilakukan dengan cara yang lebih terbuka dan boleh diterima masyarakat dalam jangka masa yang panjang.

Jadi setuju atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau saya kata bahawa sekarang ini pendekatan kita buat. Kalau mengikut undang-undang, penagih dadah ini bersalah dan mereka boleh ditangkap. Mereka boleh didakwa di dalam mahkamah dan mereka boleh disumbat di pusat-pusat serenti. Jadi selagi undang-undang ini, polisi ini tidak diubah selagi itu kita tidak akan berjaya untuk menangani masalah penagihan dadah.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Okey, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak respons pada respons Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa agak terkejut apabila Yang Berhormat

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri mengatakan bahawa masalah yang kita hadapi ini tidak serumit mana ataupun tidak seteruk negara lain. Sedangkan tadi Yang Berhormat Kinabatangan - saya tidak tahulah sama ada fakta ia betul atau tidak, ia kata pusat serenti bertambah. Selepas itu kalau pusat serenti bertambah dan masalah ini tidak selesai-selesai, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri puas hati. Jumlah kakitangan polis yang hendak menangani masalah ini pun dikatakan semua sudah cukup, macam mana kita tidak nampak kesudahan? Ini kerana perkara ini berterusan.

Lalu saya rasa kita perlu ada satu pendekatan yang lebih serius di mana selepas mempunyai 30 tahun pengalaman, semestinya kita mampu untuk mencari source masalah ataupun punca ia. Kita selesaikan di peringkat punca. Akan tetapi kalau kita memberi alasan begitu, maka akhirnya tiap-tiap tahun kita belanja tinggi atas perbelanjaan hendak maintain penagih-penagih dadah ini dan sebagainya. Lagi baik kalau kita gunakan duit itu untuk memperkasakan lagi... Bukan ikut Perkasa - akan tetapi memperkasakan lagi...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Anggota polis kita...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Supaya kes ini dapat diselesaikan daripada puncanya.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Saya hairan Ahli-ahli Yang Berhormat, kepada diri saya.

Kadang-kadang saya tegas, kadang-kadang biarkan pencelahan jadi perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kota Raja dan yang lain-lain. Belum ada saya nampak Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Kinabatangan yang mahir dengan soal dadah ini. Cukup setakat beri pandangan. Selepas itu telah tercatat, semua orang sudah dengar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri teruskan.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Pengerusi, orang kampung saya ramai yang terlibat dalam dadah, Tuan Pengerusi. Saya tahu apa yang sedang berlaku.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita tidak mahu lihat...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, duduk dahulu.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Satu penyesalan.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Saya tahu Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri beri jawapan begitu, Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Duduk Yang Berhormat, duduk. [Dewan riuh]

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Apabila saya mendengar hujah... Ahli-ahli Yang Berhormat..

final • 6:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat... Apabila saya mendengar hujah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, mengatakan sesuatu seolah-olah kerajaan tidak buat apa-apa langsung itu kadang-kadang yang sakit telinga. Malahan ada di dalam kementerian ini, orang-orang yang lebih arif kerana mereka bergelumang dengan masalah itu. Saya tidak mahu berbahas dengan Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bottom line, Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Sudah cukup saya beri laluan.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bottom line, Tuan Pengerusi. Masalah ini 30 tahun berterusan. Bertambah buruk.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam...

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bertambah pusat serenti.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam, duduk dahulu Yang Berhormat Shah Alam. Nyatakan kepada saya mana negara termasuk Amerika Syarikat, Mexico dan negara-negara Eropah yang tiada masalah dadah? Tunjuk sama saya.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita minta cadangan, Tuan Pengerusi. Kita minta cadangan daripada Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:40 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Tuan Pengerusi, sekurang-kurang di Mexico ada tembak menembak pasukan tentera digunakan...

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kata 30 tahun, tetapi berilah cadangan.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Ya, memang! Jadi bermakna biar Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab dengan cara ia. Tolong Ahli-ahli Yang Berhormat, hendak kita paling selesai begini kerana setiap ini adalah pendapat dan persepsi. Sila.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak menjelaskan kepada Yang Berhormat Shah Alam tadi...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

...Yang sebutkan berkaitan terkawal tadi adalah berkaitan dengan pengedar dadah, yang mana banyak tangkapan yang dibuat.

Terdapat di mana kawasan sempadan kita yang begitu luas, terdapat juga pengedar- pengedar dadah ini masih lagi menjalankan aktiviti-aktiviti pengedaran dadah.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Raja bahawa penagih dadah di bawah undang-undang adalah merupakan pesakit. Bukan pesalah, pesakit. Jadi sebab itu kita memberi rawatan kepada mereka...

final • 6:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Tuan Pengerusi, boleh? Yang Berhormat Menteri, saya hendak bagi pandangan tentang Yang Berhormat Kota Raja. Tuan Pengerusi, saya pernah terlibat dengan kerja-kerja mengendalikan penagih dadah dan juga pemulihan dadah. Saya tidak menafikan jasa dan peranan yang dibuat oleh kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri bahkan undang-undang cukup banyak. Tuan Pengerusi, kita boleh bercakap, menyalahkan kerajaan dan sebagainya tetapi kerja ini bukan senang untuk kita lakukan. Saya kira sebenarnya sudah ada ini. Kita ada peraturan rawatan dan pemulihan. Kita ada kes-kes seliaan. Ini semuanya seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja. Selama ini bukan tidak ada, sudah ada. Cuma pada saya mungkin bagaimana kita boleh mengemaskan sistemnya sahaja.

Jadi saya tidak bersetuju apa yang dinafikan oleh Yang Berhormat Kota Raja, sebenarnya kita sudah ada. Saya terlibat ini, saya bukan bercakap atas... bercakap. Saya kerja, saya bekerja dengan Bahagian Keselamatan Negara tentang penagihan dadah ini.

Sudah ada di daerah, di negeri dan juga di kawasan sudah ada. Bagaimana pegawai- pegawai pemulihan mengendalikan penagih-penagih dadah ini. Mereka bukannya terus, apabila ambil penagih dadah, tangkap masuk lokap, tidak. Bagaimana dibelai, dijaga, pergi ke rumah-rumah, berjumpa dengan ibu bapa dan sebagainya. Kita ini suka hendak menafikan kerja yang dibuat oleh kerajaan. Jadi terima kasih banyak.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Saya juga bekerja dengan PEMADAM di kawasan Shah Alam, negeri Selangor. Ia memang kita bantu. Bukan kita nafi, kita tidak menafikan Tuan Pengerusi. Saya pun tidak menafikan kerajaan buat kerja tetapi apa yang saya sebut the bottom line. Lalu maknanya tidak begitu berkesan, masalah ini berterusan, bertambah. [Dewan riuh] So, kita kena analyze lah,

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

mungkin itu yang saya sebut tadi jumlah kakitangan bagi pihak polis yang di dalam buku ini kalau Wakil Rakyat BN baca.

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

Baca.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia tidak baca, itu yang masalahnya.

Ada di sini dia tunjuk 4,364 orang anggota sahaja. Kalau kita dapati ianya tidak mencukupi mungkin kita perlu tambah. Itulah point nya.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sedangkan 47,000 orang anggota polis dalam pengurusan. Pengurusan ini hendak kutip duit saman ekor.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Akan tetapi Tuan Pengerusi. Saya hendak response sedikit kalau boleh kepada Yang Berhormat Shah Alam Tuan Pengerusi.

Ini penting, ini dikatakan oleh...

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Begini Yang Berhormat...

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, sedikit sahaja poin saya kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri kalau kita minta Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam...

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Kota Belud jadi Yang Berhormat Menteri ini bila? Yang Berhormat Kota Belud jadi Yang Berhormat Menteri ini bila? [Ketawa]

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Kau dengarlah apa dia jawab.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Saya faham masalah dadah ini masalah semua orang. Jangan anggap kita sebelah sini tidak pernah memikirkan tentang masalah dadah. Akan tetapi, yang menjadi masalah kita ialah apabila ianya digunakan sebagai alasan untuk menghentam kromo kepada kerajaan, seolah-olah kerajaan tidak membuat sesuatu. [Dewan riuh] Okey, saya cadangkan Yang Berhormat Shah Alam kalau ada cadangan yang diminta, Yang Berhormat Menteri. Cadangan yang diberitahu oleh Yang Berhormat Shah Alam ialah...

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit sahaja. Siapa kata hentam kromo?

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Cadangan yang diberikan ialah untuk menambah ahli-ahli pegawai polis dan sebagainya.

final • 6:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kami sebelah sini bagi cadangan.

Bagi cadangan bukan hentam kromo.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Akan tetapi, pada masa yang sama kita mendengar DAP mahu mengurangkan kakitangan kerajaan. DAP dalam bajet mereka, alternatif bajet mahu mengurangkan kakitangan kerajaan. Jadi di mana itu? Sementara PAS mahu tambahkan jumlah.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini yang hentam kromo ini.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat ada baca atau tidak bajet alternatif...

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam...

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Reassign.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Shah Alam ada baca atau tidak. DAP mahukan supaya kakitangan kerajaan mengurangkan. Ini sudah ditambah kepada satu... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...your mind.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya tidak tambah Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam! Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ya.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Peringkat Jawatankuasa sebenarnya kepada hal-hal spesifik, Jawatankuasa yang dibahaskan sekarang ini sudah berbalik kepada dasar. Yang Berhormat Kota Belud berdiri direct kepada Yang Berhormat Shah Alam. Tidak boleh begitu. Kalau Yang Berhormat lagi menghabiskan masa, saya suruh Yang Berhormat Menteri untuk menggulung sekarang ini. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, kerana selepas itu apa yang penting ialah pengundian. Sudah juga didengar apa semua hujah.

[Dewan riuh] Sila Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 6:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 6:50 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Pengerusi, saya rasa saya pergi ke isu yang baru Tuan Pengerusi iaitu sejauh mana operasi bergerak yang bertujuan untuk mendaftar penduduk peribumi Sabah dan Sarawak, yang tiada dokumen pengenalan diri di kawasan pedalaman mencapai matlamatnya. Untuk makluman Yang Berhormat, proses mendaftar kaum peribumi yang tiada dokumen pengenalan diri di negeri Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh pasukan khas dokumen pengenalan diri semenjak awal tahun 2010.

Bagi mencapai sasaran tersebut sebelum berakhir tahun 2011, seperti mana yang telah ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di negeri Sabah dan Sarawak.

Jabatan Pendaftaran Negara telah mengadakan pelan tindakan dan perancangan dengan menubuhkan unit khas bergerak di peringkat daerah-daerah yang dikenal pasti bermasalah dan pendokumentasian. JPN telah menggunakan kemudahan logistik dan kakitangan yang sedia ada secara optimum.

Di samping itu, JPN mendapat kerjasama Pejabat Residen dan juga pejabat daerah serta agensi-agensi berkaitan bagi membantu melaksanakan program tersebut.

Walau bagaimanapun, kejayaan program ini bukan semata-mata bergantung kepada JPN tetapi juga bergantung juga kepada semua pihak termasuk pemimpin masyarakat, agensi- agensi kerajaan dan masyarakat tempatan serta tidak terkecuali peruntukan kewangan yang mencukupi. Tuan Pengerusi, sehubungan dengan masalah seramai 2,000 penduduk di kawasan Kinabatangan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan seperti ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan.

Untuk makluman Yang Berhormat, JPN telah melaksanakan program mendaftar penduduk di Sabah dan Sarawak. Termasuk di kawasan di Kinabatangan melalui pasukan khas dokumen pengenalan diri. JPN meletakkan sasaran menyelesaikan ketidakadaan dokumen penduduk Sabah dan Sarawak pada Disember 2011. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, JPN telah mengadakan pelan tindakan dengan menubuhkan unit khas gerak di peringkat daerah-daerah. Sehingga kini sebanyak 21 program telah dilaksanakan di Sabah, yang menerima sebanyak 1,758 permohonan sijil lahir dan 634 permohonan kad pengenalan, bagi memastikan setiap penduduk yang layak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Seterusnya, berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan iaitu berkaitan terdapatnya penduduk yang telah lama tinggal di negara ini telah memohon taraf kewarganegaraan berulang kali tetapi tidak diluluskan. Untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan, pemberian taraf kewarganegaraan adalah merupakan satu anugerah tertinggi kerajaan Malaysia kepada warganegara asing. Setiap permohonan perlu melalui proses penapisan yang terperinci untuk memastikan bahawa mereka yang benar-benar layak sahaja akan dipertimbangkan untuk menjadi warganegara.

Tuan Pengerusi, permohonan warganegara Malaysia hanya dibuat setelah memenuhi antara lain tempoh bermastautin seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk memperolehi

final • 6:50 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

taraf pemastautin tetap. Seseorang warganegara asing perlu memiliki permit masuk yang diberikan berdasarkan kategori-kategori tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Sebagai contoh bagi isteri atau suami yang berkahwin dengan warganegara Malaysia, mereka perlu telah menetap di negara ini sekurang-kurangnya selama lima tahun. Bagi lain-lain golongan pula seperti untuk pelabur dan pakar. Syarat yang ditetapkan adalah berbeza.

Walau bagaimanapun tempoh tinggal yang lama ini tidak memberikan hak kepada warganegara asing untuk menuntut taraf ini. Tuan Pengerusi, sehubungan dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Simpang Renggam. Berkaitan dengan isu masalah pendaftaran MyKad oleh seorang anak yang berumur 12 tahun sebagai rakyat Malaysia apabila membuat permohonan MyKad di JPN ianya tidak dapat dikeluarkan, MyKad.

final • 6:50 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan siasatan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara didapati nombor sijil kelahiran 2096/97 yang dikeluarkan kepada Lee Chin Siang adalah merujuk sebenarnya kepada Chin Ming Fatt iaitu orang lain.

Pendaftaran telah dibuat pada 23 April 1997 sebagai pendaftaran lewat kelahiran oleh Penguasa Perubatan Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Pendaftaran lain telah didaftarkan oleh bapa kandung subjek itu sendiri iaitu Chin Kui Ming, kad pengenalan nombor H0650500 dan ibu kandung beliau ialah Yam Yin Ling, kad pengenalan nombor 810202-12-5878.

Berkaitan terdapat percanggahan fakta di dalam sijil kelahiran nombor 2096/97 JPN akan menjalankan siasatan lanjut dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti siapakah pemilik sebenar sijil kelahiran tersebut dan langkah-langkah yang sewajar akan diambil. Sehubungan dengan itu jawapan secara bertulis akan dimaklumkan kepada Yang Berhormat setelah siasatan selesai dijalankan. Berhubungan dengan pengeluaran MyKad, JPN sentiasa memastikan setiap permohonan memenuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun pengeluaran MyKad hanya diberikan kepada individu yang diberi taraf warganegara sahaja.

Bagi individu yang lahir di Malaysia dan dikeluarkan dengan sijil lahir, mereka tidak secara automatik mendapat warganegara Malaysia kerana taraf kewarganegaraan seseorang yang lahir di Malaysia adalah tertakluk kepada taraf ibu bapa kanak-kanak tersebut semasa kelahiran.

final • 7:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai sijil kelahiran. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan mengenai daftar anak angkat iaitu sama equivalent kepada sijil kelahiran. Saya hendak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu bahawa untuk daftar anak angkat ini adakah patut ditulis di sini untuk anak yang dibuang, dijumpai, di dalam daftar anak angkat ditulis tempat, tarikh lahir, tandas awam lelaki Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, Johor.

Saya ingat dokumen ini diguna oleh ibu angkat dan bapa angkat untuk pihak sekolah untuk tujuan-tujuan pendaftaran. Jadi anak yang melihat ini saya rasa dalam jangka masa panjang amatlah traumatik kepadanya, kalau boleh ini diperbetulkan. Dilahirkan tandas awam lelaki, saya kasihan kepada budak ini Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja, perkara itu dalam makluman. Terima kasih. Tuan Pengerusi berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain...

final • 7:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kes rogol, kes rogol tadi.

final • 7:00 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Saya tidak ada maklumat di sini yang mana saya akan menjawab secara bertulis. Sekian, itu sahaja Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM8,672,825,000 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM8,672,825,000 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM864,390,700 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM864,390,700 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011.

Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Usul Anggaran Pembangunan 2011 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 7:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 68 iaitu 68A(3); “Masalah atas apa-apa jua pindaan demikian itu hendaklah dikemukakan dengan serta-merta bagi diputuskan setelah pindaan itu dicadangkan dan disokong, dan masalah iaitu suatu Fasal atau Jadual

(seperti yang telah dipinda) jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang itu hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dibahas” Perkara 68B berkenaan dengan 68B(2) – Pindaan kepada usul yang memberi kuasa membelanjakan wang bagi sebahagian daripada satu tahun tidak boleh dicadangkan melainkan oleh seorang Menteri.

Saya hendak bangkitkan berkenaan dengan muka surat 653 iaitu Maksud Pembangunan 70 yang tidak disebut dan tidak dibahaskan dalam peringkat Jawatankuasa.

Perkara ini juga Tuan Yang di-Pertua, ada kena-mengena dengan satu angka yang diletakkan pada muka surat 653 yang menyebut bahawa Simpanan Luar Jangka di bawah Butiran 00100 berjumlah RM2,000,000,000 sedangkan pada muka surat 14 di bawah Kumpulan Wang Luar Jangka hanya tercatat RM1.5 bilion sahaja. Oleh kerana itu pada muka surat 41 di bawah ringkasan ternyata ada satu jumlah terkurang sebanyak RM500 juta.

Mengikut Peraturan Mesyuarat 68, saya kira perkara ini boleh dibangkitkan dan saya mohon penjelasan daripada Dewan. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya terima kasih kepada Yang Berhormat kerana membangkitkan isu Yang Berhormat bangkitkan tadi. Akan tetapi bagi pandangan saya semua perjalanan Mesyuarat yang kita kendalikan setakat ini dan mengikut juga mesyuarat-mesyuarat yang sudah, saya tidak nampak bahawa ada pelanggaran peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Menteri go on, sila.

final • 7:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, jadi maksudnya Peraturan Mesyuarat 68 ini tidak boleh diguna pakai untuk memperbetulkan angka yang tersilap itu? Saya kemukakan penjelasan yang ringkas Tuan Yang di-Pertua. Pada muka surat 14, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang mana satu Yang Berhormat gunakan? Yang ini?

[Merujuk pada naskhah Anggaran Perbelanjaan 2011]

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Di bawah bilangan 20 Kumpulan Wang Luar Jangka.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Perlahan-lahan Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya, perlahan-lahan. [Ketawa]

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Muka surat berapa?

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Muka surat 14.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Muka surat 14.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Bilangan 20.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya sekarang ini di muka surat 14.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya, bilangan 20. Di bawah Wang Luar Jangka.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ada tercatat RM1.5 bilion sehingga - baki sehingga 31 Disember 2010. Ini yang dijangka dan dibawa dari tahun lepas. Ini bermakna kalau Tuan Yang di-Pertua merujuk pada muka surat 41 iaitu Ringkasan Anggaran Belanjawan Mengurus dan Pembangunan Tahun 2011.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Perlahan-lahan Yang Berhormat. Muka surat 41?

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya. Dewan menerima – dibekalkan dengan ralat yang telah diedarkan pada hari permulaan kita...

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, muka surat 41.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ringkasan Anggaran Belanjawan Mengurus - P.70. Simpanan Luar Jangka. Ada tercatat RM2 bilion.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

RM2 bilion. Sedangkan di muka surat 14, RM1.5 bilion.

Jadi, ada perselisihanlah, ya?

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kita ada pembetulan, ralat. Tidak ada terkandung pembetulan itu.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri Kewangan bantu saya mengenai dengan apa yang dibangkitkan.

final • 7:10 PM

Menteri Kewangan II - Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi? Duduk dahulu Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Indera Mahkota, perkara ini baru Yang Berhormat tahu sekarang ini atau sengaja dibawa ke akhir ini?

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya. Saya baru mendapat penjelasan daripada peraturan mesyuarat ini. Saya jangka untuk membuat pembetulan di luar Majlis.

Akan tetapi, oleh sebab Peraturan Mesyuarat 68 membenarkan pembetulan ini dibuat, jadi saya gunakanlah.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, maksud saya mengapakah dalam peringkat Jawatankuasa lebih awal Yang Berhormat?

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya baru menyedari.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Atau adakah Yang Berhormat sengaja?

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidak. [Ketawa]

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak! Ini perkara serius, Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ini kerana Yang Berhormat perkara-perkara sudah kita putuskan. Kalau Yang Berhormat – Nanti dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tahu perkara ini daripada mula dan Yang Berhormat tidak bawa pada pengetahuan saya, Peraturan Mesyuarat 36(12) mana-mana pun boleh applicable, either way.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya telah berjanji dengan Tuan Yang di- Pertua, satu masa dahulu kita tidak akan gunakan Dewan ini untuk kesempatan selain daripada untuk menjalankan urusan-urusan perjalanan...

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan pada point yang lain.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perkara yang kedua, adakah P.70 tidak perlu dikemukakan pada Majlis untuk persetujuan.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

P?

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

P.70. Adakah P.70 di bawah Maksud pembangunan ini tidak perlu dikemukakan kepada Majlis untuk persetujuan? Perkara kedua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu sahaja?

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

RM2 bilion. Ya.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, di bawah muka surat 14, ia merujuk pada Perbelanjaan Mengurus. Memang jumlahnya RM1.5 bilion. Manakala di bawah muka surat 170 ia adalah di bawah Perbelanjaan Pembangunan.

Jadi, RM2 bilion itu dua perkara yang berbeza.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Muka surat 41, Yang Berhormat Menteri. P.70.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

P.70 itu adalah di bawah Pembangunan.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang tadi muka surat berapa Yang Berhormat Menteri sebutkan itu?

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Muka surat 14 dan muka surat 70. Muka surat 14 adalah Perbelanjaan Mengurus dan yang lagi satu itu yang muka surat 70 itu adalah Perbelanjaan Pembangunan. Dua perkara yang berbeza. Muka surat 41.

Dua itu adalah berbeza. RM1.5 bilion adalah Perbelanjaan Mengurus, RM2 bilion itu adalah Perbelanjaan Pembangunan. Memang dua perkara yang berbeza.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jadi, maksud di manakah perlu kita bawa atau kita bawa ke hadapan angka RM1.5 bilion ini Yang Berhormat Menteri?

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Perlu. Itu dua perkara yang berbeza. Bukannya ada bermaksud kesilapan daripada segi angka. Yang satu di bawah Perbelanjaan Mengurus, yang satu lagi di bawah Perbelanjaan Pembangunan. [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, dia jawab.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota kerana perkara ini mungkin belum pernah kita alami. Begitu. Jadi, apabila saya dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan, iaitu satu angka ialah Perbelanjaan Pembangunan, satu angka tadi ialah Perbelanjaan Mengurus, maka tidak perlu untuk diberikan sama. Kalau juga kita lihat Peraturan Mesyuarat 68 – Sabar Yang Berhormat – Saya baca; “Pada setiap kali mesyuarat Majlis hendaklah dikeluarkan oleh seorang Menteri suatu penyataan menerangkan apa-apa butir perbelanjaan segera dan yang tidak dapat diagakkan, yang telah dikeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Luar Jangka kerana menepati perbelanjaan itu menurut seksyen-seksyen kecil (3) seksyen 11 dalam Undang-undang Peraturan Kewangan, tahun 1957, bagi tempoh sebelum Mesyuarat itu”. Jadi, bagi pertimbangan saya Yang Berhormat, tidak ada yang saya nampak perlanggaran Mesyuarat.

Terima kasih.

final • 7:10 PM

Bacaan Kali Yang Ketiga Menteri Kewangan II - Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2011 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

final • 7:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 7:10 PM
USUL

Menteri Kewangan II - Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit

(RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran- butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut hendaklah disahkan.”

final • 7:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan, “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit

(RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran- butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut hendaklah disahkan.”

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli C Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Selasa, 14 Disember 2010. [Tepuk] Dewan ditangguhkan pada pukul 7.21 malam.

final • 7:10 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026