Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang menerbitkan saham amanah khusus untuk peneroka dan generasi kedua FELDA bagi meningkatkan penyertaan masyarakat FELDA dalam bidang ekonomi selain saham koperasi FELDA 2 yang telah dilancarkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tenggara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini kerajaan belum bercadang untuk menerbitkan saham amanah untuk peneroka dan generasi baru FELDA bagi meningkatkan penyertaan warga peneroka dalam bidang ekonomi.
Ini kerana kerajaan berpendapat badan pelaburan peneroka iaitu Koperasi Permodalan FELDA Berhad atau singkatannya KPF telah berjaya meningkatkan ekonomi warga peneroka melalui aktiviti pelaburan yang dijalankan. Sehingga kini KPF mempunyai keahlian seramai 215,412 ahli dengan modal saham berjumlah RM1.56,000 juta.
Pada masa ini KPF menguasai 51% ekuiti dalam syarikat-syarikat kumpulan FELDA dengan pegangan pelaburan RM353 juta. KPF turut memiliki pelaburan hartanah sebanyak RM235 juta. Di samping itu, KPF memiliki pelaburan dalam 16 syarikat usaha sama yang lain berjumlah RM423 juta.
KPF juga memiliki modal syer dalam Bank Rakyat berjumlah RM35.68 juta dan pelaburan dalam sekuriti pasaran berjumlah RM458.43 juta. Jumlah terkini keseluruhan pelabuhan KPF ialah sebanyak RM2.001,000 juta. Pelaburan KPF dalam aktiviti perniagaan kumpulan FELDA dan pelaburan luar adalah memberangsangkan dan memberi pulangan yang tinggi kepada peneroka. KPF adalah koperasi kedua terbaik di Malaysia setelah Bank Rakyat dan telah membayar dividen dan bonus yang tinggi kepada ahli-ahlinya.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1980, KPF telah membayar dividen dan bonus tahunan secara purata sebanyak 14%. Pada tahun 2007, KPF pernah mencatatkan dividen dan bonus tertinggi sehingga 16.5%. Ini adalah jauh lebih baik daripada kebanyakan saham amanah di Malaysia.
Dalam usaha untuk menambahkan penyertaan warga dalam pelaburan baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Koperasi Permodalan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
FELDA 2 atau pun KPF 2. Penubuhan ini adalah untuk memberi lebih peluang kepada generasi baru FELDA untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembangunan FELDA dan syarikat-syarikat FELDA. Keahlian KPF 2 adalah terbuka pada semua generasi baru. Cucu, cicit, dan generasi seterusnya tidak kira di mana mereka tinggal.
Penubuhan KPF 2 ini juga adalah merupakan model baru pembangunan ekonomi generasi FELDA. Untuk tujuan penubuhan ini, FELDA menyediakan dana awal pada ahli KPF berjumlah RM10 juta. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah berkesan kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan dan juga peluang-peluang ekonomi melalui saham KPF dan KPF 2 ini supaya selari dengan hasrat Pelan Transformasi Ekonomi Negara, dan apakah jaminan kerajaan bahawa KPF dan KPF 2 ini akan diterajui oleh anak- anak peneroka di bawah gabungan wawasan generasi FELDA bagi memberi mereka peluang menyertai aktiviti ekonomi kerajaan dan juga swasta? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, daripada 215,412 ahli itu, 75,000 orang atau 35% adalah generasi baru. Daripada keseluruhan ahli KPF 1, 13% adalah staf FELDA dan 87% adalah peneroka dan generasi peneroka. Kemudian, daripada saham RM1,000 juta lebih itu, 27% sahamnya adalah daripada staf FELDA dan 73% adalah daripada peneroka dan generasi peneroka.
Cara hendak meningkatkan penyertaan adalah seperti berikut:-
(i) kita sediakan kempen-kempen, program-program yang diadakan sepanjang masa;
(ii) melalui media baru, media cetak;
(iii) untuk menambah pelaburan melalui online; dan
(iv) menyediakan pinjaman tanpa riba’ untuk membeli saham KPF dengan nilai keseluruhan pinjaman itu RM1,000 setahun, maksimum RM10,000 pinjaman tanpa riba’ kepada peneroka, bukan kepada generasi baru.
Kemudian, dari segi penyertaan ekonomi pula anak-anak peneroka ini dan juga ahli KPF yang layak, mereka boleh meminjam sehingga RM100,000 daripada KPF untuk berniaga ataupun hal-hal yang bersangkutan dengan ekonomi kepada mereka yang layak.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Selain daripada itu, ahli-ahli KPF boleh memasarkan produk yang mereka hasilkan di kawasan FELDA ini melalui FELDA Trading, anak syarikat yang 100% milik KPF.
Soalan seterusnya mengenai jaminan bahawa gabungan Wawasan Generasi FELDA ini akan menerajui KPF 2. Kita akan meneliti tentang cadangan Yang Berhormat itu tetapi saya ingin maklumkan dalam KPF 1 terdapat 12 ahli lembaga pengarah. Daripada 12 orang itu, enam adalah peneroka dan tiga adalah pesara FELDA ataupun staf FELDA dan tiga lagi adalah lantikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, CEO KPF 1 sekarang ini Dato’ Sarcu Syawal, anak peneroka FELDA Medoi, Segamat dan Timbalan CEO KPF 1 ini ialah Saudara Mazlan Talib, anak peneroka Endau Mersing. Terima kasih.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memaklumkan kepada kita tentang kejayaan-kejayaan koperasi FELDA ini dan sehingga kata beliau mampu memberi dividen-dividen sampai ke tahap 16.5% begitu.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita membaca laporan bahawa kos yang FELDA keluarkan untuk pengeluaran minyak sawit ini telah dilakukan kajian dan dibandingkan dengan syarikat-syarikat ladang sawit yang lain khususnya dengan Sime Darby dan IOI Berhad. Dalam kajian tersebut ditunjukkan bahawa berbanding dengan FELDA, kos pengeluaran oleh IOI jauh beberapa kali ganda lebih rendah per kawasan itu berbanding dengan yang dibelanjakan oleh FELDA.
Begitu juga jika dibandingkan dengan Sime Darby yang tinggi sedikit berbanding dengan IOI tetapi masih lagi amat rendah berbanding dengan FELDA.
Jadi bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan bahawa jika sekarang KPF boleh memberikan dividen sehingga 16%, berapakah yang boleh diperturunkan lagi kos oleh FELDA supaya dividen kepada rakyat yang menjadi anggota keluarga peneroka FELDA ini dapat ditambahkan lagi, 30% atau 40% dividen tiap-tiap tahun. Makna puncanya ialah kos pengeluaran yang FELDA belanjakan dengan begitu boros selain daripada pembelian-pembelian hartanah dan sebagainya.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Tumpat, pembelian hartanah tidak boros. Contoh pembelian hartanah, Menara FELDA 50 tingkat depan Menara KLCC di Kuala Lumpur segi tiga emas. Saya telah menyatakan bahawa pembelian itu adalah satu pembelian yang strategik.
Harganya masa kita beli RM935 sekaki persegi, sekarang ini sudah menjadi RM1,400 ke RM1,500 sekaki persegi. Bangunan sudah 70% siap, bangunan itu kalau dijual dengan nilai harga pasaran sekarang, FELDA telah untung RM300 juta. Mana hendak cari satu agensi yang begitu bijak menguruskan dana macam FELDA ini.
Kemudian mengenai kos pengeluaran. Saya hendak maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, FELDA ini terbahagi kepada dua, daripada 800,000 hektar lebih kurang tanah, 500,000 hektar dimiliki oleh peneroka dan 340,000 dimiliki oleh anak syarikat FELDA. Akan tetapi anak syarikat FELDA itu pun keuntungannya RM1,000 juta setiap tahun, untung bersih RM1,000 juta setiap tahun selama enam tahun berturut-turut. Keuntungan itu dibagi balik kepada peneroka dan generasinya, bukan kita songlap duit itu sebagaimana yang pelbagai tuduhan yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Mengenai kos ini, ia ada dua kos. Satu kos kepada peneroka, satu lagi kos kepada syarikat. Tanah-tanah yang ada di kawasan FELDA ini, ia pelbagai rupa bentuk muka bumi berbanding dengan tanah-tanah Sime Darby dan juga yang lain-lain. Kalau ia ada banyak lurah dan sebagainya, mesti kosnya lebih tinggi sedikit tetapi percayalah bahawa kita akan mengatur dengan kaedah yang terkini iaitu Good Agriculture Practice (GAP) ini yang terbaik dan semuanya adalah untuk manfaat peneroka dan generasinya. Percayalah bahawa kita akan terus membina FELDA untuk menjadi satu agensi pelaburan yang cukup berguna dan inilah yang amat ditakuti oleh pembangkang sebenarnya. Terima kasih.
[Soalan No. 2 – Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) tidak hadir]
3. Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:-
(a) apakah rancangan kementerian untuk menambah penangkapan/stok ikan di perairan Malaysia; dan
(b) berapakah jumlah import dan eksport barangan laut bagi tiga tahun kebelakangan ini dan dari negara-negara manakah kita mengimport dan mengeksport barangan laut tersebut.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perikanan telah merancang dan melaksanakan beberapa langkah untuk menambah stok ikan di perairan Malaysia. Di antara langkah tersebut adalah seperti berikut:-
(i) mewujudkan habitat baru untuk perlindungan, pemakanan dan kawasan pembiakan ikan melalui pembinaan tukun tiruan. Semenjak tahun 1975 hingga 2010, Jabatan Perikanan telah berjaya melaporkan pelbagai jenis tukun tiruan yang melibatkan sejumlah 197 lokasi di seluruh perairan negara. Pembangunan tukun tiruan ini akan terus dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi memastikan sumber perikanan negara dapat terus meningkat dan secara langsung akan dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan nelayan;
(ii) mewujudkan lebih banyak kawasan larangan perikanan di zon A iaitu kurang 5 batu nautika dari pantai. Pada masa ini sebanyak tujuh kawasan larangan perikanan telah digazetkan di bawah Akta Perikanan 1985;
(iii) mengenal pasti peralatan-peralatan menangkap ikan yang lebih selektif dan mesra alam serta tidak merosakkan sumber; dan
(iv) memperkenalkan teknologi yang boleh mengurangkan penangkapan juvenil seperti juvenile and trash exoder device, dengan izin.
Bagi jawapan (b), jumlah nilai import bagi barangan laut iaitu ikan, krustasea, moluska dan sediaan pada tiga tahun kebelakangan ini adalah RM1.9 bilion pada tahun 2008, RM2.3 bilion pada tahun 2009 dan RM1.1 bilion sehingga bulan Jun 2010. Manakala jumlah nilai eksport barangan laut pada tahun 2008 dan 2009 masing-masing adalah RM2.5 bilion dan RM2.2 bilion.
Bagi tahun 2010 sehingga bulan Jun 2010, nilai eksport bagi barangan laut adalah sebanyak RM1.2 bilion. Bagi pasaran import pula, China merupakan negara sumber import utama barangan laut yang mencatatkan 30% jumlah import bagi enam bulan pertama bagi tahun 2010. Ini diikuti dengan Indonesia 18%, Thailand 17%. Bagi pasaran eksport barangan laut pula, Amerika Syarikat merupakan pengimport terbesar dengan mencatatkan 17% nilai eksport bagi bulan sehingga Jun 210. Bagi negara yang lain adalah Singapura 17% dan Jepun 10%.
Terima kasih.
Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tersebut.
Saya ingin mendapat sekiranya tidak dijaga dengan lebih lagi maka tentulah ikan akan jadi pupus ataupun lain-lain. Soalan saya ialah kenapa kita belanja sikit sangat menggunakan tukun tiruan dan unjang kerana ia satu perkara yang sepatutnya kita beri perhatian untuk membantu dan menolong rakyat miskin mendapatkan pulangan yang baik kerana sekarang ini kawasan pantai ikan telah berkurangan.
Keduanya, apakah tindakan kerajaan untuk menggalakkan orang Malaysia, rakyat Malaysia untuk menceburi dalam bidang ikan laut dalam. Oleh sebab sekarang ini kita nampak kebanyakan daripada tekong-tekongnya, awak- awaknya terdiri daripada orang luar iaitu Thailand dan sebagainya. Minta penjelasan, terima kasih.
Tuan Chua Tee Yong
Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk tukun tiruan ini, memang dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada tahun 2009 dan juga Rancangan Malaysia Kesembilan, kita telah memberi peruntukan sebanyak RM15 juta dan ini telah dibina di 62 lokasi dan saya percaya, tukun tiruan ini akan berterusan.
Selain itu, untuk jawapan mengenai menggalakkan supaya kebanyakan orang menceburkan diri dalam penangkapan ikan laut dalam, kementerian kita memang menggalakkan supaya nelayan-nelayan bergabung untuk bersama-sama berusaha meningkat dari zon B ke zon C. Akan tetapi pada masa ini, walaupun insentif ini diadakan, ia terpulang kepada nelayan-nelayan untuk bersama-sama berusaha supaya mereka dapatlah menceburi diri dalam penangkapan ikan laut dalam. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Boleh saya dapat tahu, apakah tindakan yang dibuat oleh kerajaan supaya kita tidak datang ke satu situasi over fishing di negara ini? Ini kerana saya difahamkan dengan penangkapan ikan yang sangat tinggi sekarang, jika kita berhenti menangkap ikan untuk satu tahun pun, ia tidak akan membawa satu situasi yang normal di perairan kita.
Berkaitan dengan hal ini, pengimportan barang-barang ikan dari luar negara – apakah strategi atau kepastian yang boleh diberi oleh kerajaan supaya pengimportan barang-barang ikan ini tidak ada harmful materials yang diberi kepada ikan-ikan semasa dibesarkan? Satu di antaranya ialah mempercepatkan proses pembesaran ikan-ikan ini di mana saya difahamkan lead dan lain-lain barang haram, makanan yang tidak boleh diguna pakai di negara ini tetapi dibenarkan dipakai di luar negara supaya ikan-ikan dan lain-lain benda dari laut dapat dibesarkan dalam tempoh masa yang terdekat. Apa yang kita boleh pastikan bahawa ini tidak berlaku supaya kita tidak menjadi end consumer yang mendapat apa-apa penyakit?
Tuan Chua Tee Yong
Terima kasih. Mengenai pendaratan ikan, kita di kementerian memang mengetahui bahawa setiap tahun, anggaran pendaratan ikan adalah sebanyak 1.3 juta metrik tan. Memang tiada peningkatan. Akan tetapi apabila Yang Berhormat bercadang supaya kita tidak menangkap ikan selama setahun, maka saya rasa ini akan membebankan rakyat kerana semua akan kena import.
Dari segi pengimportan ikan yang tadi Yang Berhormat ulaskan, saya ingat Yang Berhormat mengatakan genetically modified food, dengan izin. Ini dari
Tuan Chua Tee Yong
segi kementerian kita, pada masa ini kita tidak ada mengimport genetically modified fish pada masa ini dan sebarang pengimportan perlulah kita berbincang dengan MOSTI dan Kementerian Kesihatan untuk memastikan bahawa jika kita ingin benarkan ikan-ikan ini masuk, kita perlulah memastikan bahawa ia adalah selamat untuk penggunaannya. Terima kasih.
4. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah-langah konkrit yang kementerian perlu lakukan bagi mengelakkan fenomena ‘property bubble’ khususnya di lokasi-lokasi ‘hotspot’ sementara berlaku adil dan mesra kepada pembeli rumah pertama yang ‘genuine’.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia dan juga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan sentiasa memantau keadaan semasa pasaran harga tanah dalam negara bagi mengelakkan berlakunya fenomena property bubble.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai agensi yang diamanahkan untuk menyediakan tempat tinggal mampu milik yang selesa kepada golongan berpendapatan rendah telah menetapkan siling bagi harga rumah kos rendah. Langkah ini telah membolehkan golongan berpendapatan rendah kurang daripada pendapatan RM2,500 akan dapat memiliki tempat tinggal sendiri. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jawapan daripada Timbalan Menteri agak pelik sedikit. Apabila kita bercakap tentang property bubble Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap tentang property on the higher end, bukan apa yang dikatakan kos rumah (residential cost) rendah itu, dan ini yang menjadi pertikaian hari ini. Kita tidak mahu membahaskan wujud atau tidak property bubble itu, tetapi daripada National Property Information Center, sudah pun diterangkan tentang lambakan sejumlah RM5.3 bilion khususnya kepada apa yang dikatakan purpose built office sub sector – pembinaan ruang pejabat ini ke paras yang sudah berada pada 2,332 meter persegi lebihan. Begitu juga dalam hal-hal lain – saya tidak mahu sebutkan.
Pokoknya sekarang ini, harga telah melonjak kepada 35%. Kalau kita bercakap tentang property bubble Tuan Yang di-Pertua, ia adalah di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang. Soalan tambahan saya, bersekali dengan apa yang didedahkan baru-baru ini tentang nisbah income ataupun pendapatan hutang dengan pendapatan atau dikatakan debt to income ratio khususnya household debt (hutang isi rumah), lonjakannya itu sudah sampai ke peringkat 37%.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ringkaskan, Yang Berhormat. Saya faham property bubble ini.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalannya, kita ingin tanya apakah langkah-langkah untuk mengelakkan? Ini kerana di Amerika, debt to income ratio lebih kurang dengan kita sekarang ini. Kita sudah ke paras 143%, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalannya, apakah langkah- langkah yang akan diambil di samping ia memberikan bias yang kedua dan ketiga itu dengan apa yang dikatakan sebagai loan to value ratio? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun ada di kawasan-kawasan hotspot ini ada peningkatan harga rumah, tetapi overall negara Malaysia hanya 3.30% sahaja. Jika dibandingkan dengan negara-negara Asia, di Singapura 38.18%, kemudian di Hong Kong 12.74%, di Taiwan 8.57%. Malaysia hanya 3.30%. Jadi overall 10 tahun, daripada perangkaan yang kita perolehi daripada tahun 2000 hingga 2010, hanya peningkatan di antara ‘3.30’% pada masa ini. Jadi maknanya, negara kita masih lagi termurah. Langkah-langkah kerajaan ialah untuk menyediakan rumah kos rendah yang mana harus dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah. Ini satu – untuk rumah.
Bagi pejabat ataupun office, itu terpulanglah kepada orang yang berniaga sama ada dia hendak buat pejabat sendiri...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tunggu dahulu, saya jawab dahulu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Statistik itu tidak betul. Tidak mungkin 3.3% kenaikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Yang Berhormat, kita kerajaan. Statistik kita betul. Pembangkang yang tidak betul.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sekarang ini rumah double storey terrace pun sudah hampir setengah juta.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Statistik ini kita ambil daripada Singapura punya...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dahulu hanya RM250,000, sekarang ini RM500,000. Macam mana boleh naik 3.30% setahun. Tidak munasabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Timbalan Menteri tidak tengok...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Di Shah Alam sekarang ini RM1 juta – harga biasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini bukan caranya Yang Berhormat. Kalau tidak percaya itu, tidak payahlah beri penjelasan.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Kita percaya dengan apa yang ada pada kita.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan Menteri, kalau bercakap tentang – mesti dinisbahkan statistik itu dengan income.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini bukan masa berdialog, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Jadi, statistik itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini masa sesi soal jawab.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Betul, betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Seorang menyoal dan seorang menjawab.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Betul, betul tetapi saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak bersetuju itu soal opinion, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Setuju, setuju. Tuan Yang di- Pertua, statistik itu mesti dinisbahkan dengan pendapatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Saya telah menjawab Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan kerisauan wakil rakyat atau Ahli Parlimen yang berkenaan tentang – mungkin dari segi pendapatan masyarakat kita mungkin tidak mampu untuk memiliki rumah dan sebagainya. Itu kita sedar, kerajaan sedar. Itu sebab saya kata tadi bahawa kerajaan melalui kementerian saya yang boleh mengawal siling harga rumah – itu untuk rumah, bukan untuk pejabat.
Untuk rumah, kita menyediakan rumah yang banyak. Kerajaan menyediakan rumah untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia. Itu satu.
Kalau untuk office, terpulanglah kepada businessman sama ada dia mahu beli property yang mahal ataupun sebaliknya, kerana dia berniaga.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Akan tetapi untuk bagi tujuan perumahan kerana maksud Yang Berhormat tadi pasal soal harga rumah bukan pasal soal office block dan sebagainya. Jadi untuk menjawab soalan tambahan Yang Berhormat, kerajaan bersedia untuk menyediakan rumah yang banyak untuk orang yang berpendapatan rendah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ruang rumah 10 juta meter persegi lambakan, 10 juta lambakan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang lalu. Telah pun dilancarkan ataupun telah pun dinyatakan Skim Pembelian Rumah, pemilikan rumah kepada rakyat, makna 100% pinjaman.
Pemilikan rumah yang pertama rakyat diberikan keringanan tidak ada pinjaman, 100% diberikan pinjaman. Satu langkah yang baik oleh kerajaan tetapi masalahnya siapa yang menentukan harga ini? Siapa yang menentukan harga?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sebagai contoh rumah teres dua tingkat di Batu Pahat RM200,000 hingga RM300,000. Akan tetapi di Lembah Klang di Kuala Lumpur ini, di Shah Alam, di Petaling Jaya RM500,000, RM600,000, RM700,00 satu. Apakah alasan pemaju, kerana harga tanah yang mahal. Apakah boleh dipakai alasan pemaju kerana harga tanah mahal. Jadi kalau itu menjadi penyebab harga rumah itu akan mahal berlipat ganda mengikut keadaan atau tempat-tempat yang berbeza. Skim pemilikan rumah yang tidak perlu pinjaman ini saya takutlah gagal.
Niat kerajaan baik, tetapi hendak dilaksanakan rakyat tidak mampu hendak beli kerana harga yang melambung-lambung. Jadi pertanyaan saya siapa menentukan kadar harga ini? Siapa? Kalau tidak, rancangan kerajaan yang baik tidak akan tercapai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ringkaskan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Pertamanya saya ingin menjelaskan di Dewan yang mulia ini. Mereka yang layak untuk mendapatkan pinjaman 100% untuk memiliki rumah pertama ialah pembeli pertama ataupun pembeli yang satu-satunya rumah yang dibeli pertama, itu dapat. Kalau kedua, ketiga tidak dapat. Bagi penentuan harga ialah harganya RM220,000 harga rumah. Kemudian soalan Yang Berhormat mengenai dengan soal property mahal apa semua biasalah di mana-mana negara pun. Apabila negara maju maka akan adalah kenaikan property, harga tanah dan sebagainya.
Jadi itu sebahagian daripada kos ataupun sebahagian daripada peningkatan kos pembinaan rumah di negara kita. Akan tetapi saya masih ulangi bahawa Malaysia masih lagi negara yang hanya dalam kedudukan negara Asia nombor empat yang termahal. Lain itu semua mahal kita yang nombor empat termurah. Terima kasih.
5. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan] minta
Perdana Menteri menyatakan
(a) berapa banyakkah projek-projek persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak yang masih tergendala; dan
(b) apakah sebab-sebab utama projek-projek ini tergendala dan apakah rancangan kerajaan untuk menentukan projek-projek ini diteruskan untuk dinikmati oleh rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kalabakan kerana mengemukakan soalan yang lama telah beliau berbicara dengan saya di luar. Sehingga 15 November 2010 sebanyak 120 projek di negeri Sarawak bernilai RM300.54 juta dan sebanyak 38 projek di negeri Sabah bernilai RM340.53 juta mengalami kelewatan pelaksanaan dan berstatus projek sakit.
Antara sebab-sebab berlakunya keadaan begini adalah pengurusan dalaman kontraktor yang lemah, masalah mendapatkan bekalan bahan binaan,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
masalah pengagihan dan pengalihan, pemasangan utiliti dan masalah tenaga kerja. Dalam usaha untuk memulihkan projek-projek ini kementerian-kementerian menggunakan mekanisme Jawatankuasa Projek Sakit (JKPS) untuk memulihkan projek-projek tersebut melalui pelantikan kontraktor penyelamat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, silakan Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Memang kita sudah ramalkan banyak projek sakit, jadi mungkin rakyat di Sabah dan Sarawak tidak boleh terima alasan seperti begitu kerana ini salah kerajaan. Kadangkala kalau kita melantik kontraktor kita mesti mahu pilih kontraktor yang betul-betul berwibawa. Akan tetapi kita nampak projek di Sabah dan Sarawak kontraktornya datang dari Semenanjung bukan dibagi kepada orang Sarawak atau orang Sabah.
Jadi bermasalah kerana mereka tidak ada pejabat pun di kedua negeri ini.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Kontraktor UMNO.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Jadi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk projek sakit ini pun saya fikir ia tidak mendatangkan manfaat kerana mereka ini kita tidak tahu siapa dia. Kalau di Sabah siapa dia jawatankuasa, kalau di Sarawak siapa. Kalaupun datang daripada sini tentu sekali tidak dapat menyelesaikan masalah. Jadi persoalan saya kepada Timbalan Menteri yang bijaksana, yang kita tahu boleh jawab macam-macam soalan tetapi tidak tahu betul atau tidak. [Ketawa] Persoalannya sampai bila kita mahu tunggu jawatankuasa ini menyelesaikan masalah projek sakit kerana tiap-tiap tahun mesti ada projek sakit.
Sampai bila? Kita nampak dari Rancangan Malaysia Kelapan, Rancangan Malaysia Kesembilan, Rancangan Malaysia Kesepuluh banyak masalah. Jadi kita minta, kita hendak tahu bila mahu diselesaikan?
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Ingin saya memberitahu kepada Yang Berhormat bahawa betul ataupun tidak betul itu adalah bukan cara hendak menuding jari. Isunya selesaikan masalah. Saya hendak menukar persepsi sedikit kepada Yang Berhormat. Dia kawan baik saya Tuan Yang di-Pertua.
Pertama daripada 3,609 projek, jumlah projek bermasalah adalah hanya 114. Daripada 114 Tuan Yang di-Pertua 76 projek lewat jadual. Bererti lewat jadual dia masih sambung tetapi yang sakit ini 38 bererti 1% daripada jumlah 3,609. Di Sarawak pula daripada jumlah 3,173 projek, projek sakit adalah 120 iaitu 3.8%. Maka kita kena tahu bahawa semua projek mesti ada masalah sedikit.
So kalau 1% dan 3.8% daripada jumlah projek, saya rasa masih boleh dikendalikan.
Kedua, bila kita akan selesaikan. Saya juga diingatkan bahawa bila berlaku projek Rancangan Malaysia Kesembilan dia ada lima tahun untuk pelaksanaan. Akan tetapi tahun lalu Perdana Menteri kita telah memulakan projek Pakej Rangsangan Ekonomi untuk menjana ekonomi negara. Dalam proses itu terpaksa pelaksanaan projek itu dilakukan dalam setahun, tetapi pengambilan tanah, fast track dan juga utiliti contohnya air, elektrik dan juga telefon. Adalah isu yang begitu sukar untuk dikendalikan di peringkat bawah kerana talian perlu disambung. Sabah, Sarawak dari segi geografinya begitu luas sekali. Saya menuntut kesabaran daripada kawan baik saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi ruang saya untuk soalan kedua. Dalam Penyata Rasmi Parlimen 19 Oktober 2010, Yang Berhormat Kalabakan mengakui bahawa sepanjang tempoh RMKe-9 lebih kurang RM4 bilion tidak dibelanjakan.
Jadi beliau juga membangkitkan pengumuman RM6 bilion yang dibuat oleh Perdana Menteri sewaktu lawatan 16 September sebagai pelik. Menurutnya jumlah berbilion-bilion dipegang oleh Jabatan Perdana Menteri bukannya dipegang oleh kerajaan negeri. Soalannya ialah apakah sejumlah RM4 bilion peruntukan kepada Sabah tidak dibelanjakan dan apakah sebabnya? Sekian, terima kasih. [Dewan riuh]
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Saya ucapkan tahniah Datuk kerana Yang Berhormat Kuala Langat telah menjadi pejuang Sabah Sarawak.
[Dewan riuh] Sedangkan Barisan Nasional menguasai Sabah Sarawak. Terima kasih. Baik, pertama angka-angka yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kalabakan dahulunya, sekarang mungkin projek itu sudah selesai dibuat. Masa itu.
So, saya tidak tahu bilakah Hansard itu telah di...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Jangan mungkin-mungkin!
Jawab betul-betul, jangan mungkin. [Disampuk]
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Saya habiskan. Sabar, saya habiskan dan saya akan cuba sekiranya Yang Berhormat Kuala Langat mahukan, saya akan dapatkan maklumat kerana butirannya tidak ada di tangan saya dan saya akan majukan. Terima kasih.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tambah satu lagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya ada soalan lain lagi Yang Berhormat. Soalan dan jawapan itu tidak saya tentukan. Akan tetapi peradaban dalam Dewan yang saya minta, semua ikutlah. Kita semua sudah bermisai, dah berjanggut, dah tua. [Ketawa] [Dewan riuh] Jadi saya berharaplah. Misai saya sudah putih. 20 tahun duduk dalam Dewan tidak pernah buat perangai. Saya mintalah depan anak-anak di belakang tu, pemimpin dari universiti. Jadi, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tuan Amran bin Ab. Ghani.
6. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah kes keganasan rumah tangga yang melibatkan penggunaan ICT (contohnya ancaman melalui mesej pesanan ringkas, e-mel ancaman penyebaran foto-foto lucah dan meninjau e-mel-e-mel peribadi) dari tahun 2008 hingga 2010.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Tanah Merah yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, PDRM secara
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
khususnya tidak mempunyai rekod berkaitan dengan kes keganasan rumah tangga yang melibatkan, berkaitan ancaman dibuat melalui penggunaan ICT.
Walau bagaimanapun mengikut rekod PDRM bagi tempoh 2008 hingga Ogos 2010, jumlah kes keganasan kes rumah tangga yang dilaporkan di seluruh negara iaitu di atas kesalahan menakutkan secara jenayah. Dengan jalan perhubungan, sembunyi nama atau tempat tinggal orang yang membuat ugutan itu, yang disiasat di bawah 507 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut:
| Tahun | Bil. Laporan |
|---|---|
| 2008 | 57 |
| 2009 | 65 |
| 2010 (Januari - Ogos) | 67 |
| Jumlah | 189 |
Tuan Yang di-Pertua jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 2008 hingga September 2010 adalah seperti jadual berikut:
| Tahun | Bil. Kes | |||
|---|---|---|---|---|
| 2008 | 3769 | |||
| 2009 | 3643 | |||
| 2010 (Jan - Sept ) | 2403 | Jumlah | 9815 |
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih bagi pihak Menteri. Tanpa kita sedari masa berlalu begitu pantas, perkembangan teknologi ICT berlari bersama masa. Kalau 15, 20 tahun dahulu jarang sekali kita mendengar permasalahan sebegini. Akan tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak Menteri tadi semakin tahun semakin bertambah. Ada keganasan ICT ini suami isteri bercerai-berai, rumah tangga punah, pergaduhan dan mungkin ada peringkat pembunuhan.
Macam mana pihak kementerian hendak menangani supaya dapat ditangani, agar benda ini berkurangan. Adakah cadangan di pihak kementerian supaya hukuman diberatkan atau pun ditambah satu Jawatankuasa ataupun task force khusus untuk memantau jenayah seumpama ini? Sekian terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Datuk Tuan Yang di-Pertua.
Sehubungan dengan kes yang berlaku berkaitan dengan keganasan rumah tangga ini, kalau daripada segi hukuman yang dikenakan bagi seseorang yang melakukan kebanyakan kes seperti yang telah saya nyatakan tadi adalah berkaitan dengan di bawah Seksyen 507. Di mana kalau di bawah seksyen ini hukumannya boleh sampai tidak lebih daripada tempoh tujuh tahun jika ugutan itu melibatkan kes-kes yang berkaitan dengan bunuh, cedera dan sebagainya.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Jadi daripada segi masalah untuk mengurangkan kes jenayah rumah tangga ini, kalau daripada segi hukuman ianya belum tentu lagi bahawa kesnya boleh berkurangan. Ini dari kerana apa yang kita lihat, ada kes-kes yang membawa mati, berkaitan dengan dadah pun kes-kes tidak berkurangan.
Akan tetapi yang lebih penting, maka perlulah tindakan-tindakan dibuat untuk memberi kesedaran bagi mewujudkan institusi keluarga yang lebih mesra antara satu dengan lain. Jadi oleh kerana itulah bahawa tentang tindakan untuk melihat supaya kita dapat mewujudkan institusi keluarga yang kondusif, ia adalah di bawah jabatan lain. Kementerian Dalam Negeri hanya bertanggung jawab berkaitan dengan kes-kes jenayah yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Isunya di sini ialah salah guna ICT hingga ke tahap fitnah dan sebagainya yang biasa kita dengar sekarang ini. Berbalik pada soal rumah tangga ini, penyalahgunaan ICT melibatkan keganasan rumah tangga seperti soalan asal, termasuklah melibatkan gambar-gambar yang superimpose Tuan Yang di-Pertua.
Jika kita tengok trend sekarang Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan gambar superimpose yang dijana dengan ICT ini, kita gagal tangani. Maknanya kita tidak ada teknologi terkini yang berkesan untuk kita pastikan sama ada ini betul-betul gambar superimpose atau tidak.
Jadi untuk ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah seterusnya yang lebih efektif daripada pihak kementerian dalam usaha menangani gambar superimpose yang akhirnya menjurus kepada keganasan rumah tangga. Sekian terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua. Apa yang berlaku berkaitan dengan keganasan rumah tangga ini, di mana biasanya seseorang yang mengugut sama ada di antara suami isteri, ugutan yang adalah dibuat melalui SMS, e-mel dan sebagainya. Jadi perbuatan yang dibuat berkaitan dengan kata-kata yang mengugut,
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Jadi berkaitan dengan ICT ini yang digunakan itu di luar jurisdiction Kementerian Dalam Negeri di mana ianya melibatkan cyber crime berkaitan superimpose gambar-gambar ini yang adalah di bawah SKMM yang melaksanakan berkaitan dengan kes-kes cyber crime ini.
7. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan rancangan jangka panjang dan kajian menyeluruh kementerian dalam menangani banjir kilat yang kerap berlaku di Parlimen Parit Sulong serta berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk menangani masalah ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato' Seri Douglas Uggah Embas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk menangani banjir kilat yang kerap berlaku di Parlimen Parit Sulong satu kajian pelan induk tambatan banjir di lembangan Sungai Batu Pahat telah dijalankan oleh JPS dan kajian ini telah siap. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti langkah-langkah mengatasi banjir di lembangan Sungai Batu Pahat termasuklah kawasan Parlimen Parit Sulong. Dalam kajian tersebut beberapa kaedah yang dicadangkan yang dapat mengatasi masalah tersebut.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato' Seri Douglas Uggah Embas
Projek yang dicadangkan ini akan dilaksanakan secara berperingkat apabila reka bentuk terperinci sedang siap dijalankan. Dalam peruntukan dua tahun pertama (first two years rolling plan) tiada peruntukan telah diadakan.
Walau bagaimanapun, JPS telah sentiasa menyelenggara parit-parit secara berkala iaitu empat tahun sekali dengan kos RM2 juta setahun. Bagi tahun 2011 JPS akan meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan berkala seperti yang disebut dalam kawasan Parlimen Parit Sulong dengan kos RM2 juta. Terima kasih.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu peruntukan kecemasan jika berlaku bencana alam seperti banjir terutamanya di daerah Batu Pahat terutamanya di Parlimen Parit Sulong ini dan sekiranya ada diharapkan peruntukan ini dapat disegerakan agar apabila berlakunya banjir ini tidak akan membebankan rakyat. Terima kasih.
Dato' Seri Douglas Uggah Embas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kita memang telah menerima rayuan dari Yang Berhormat mengenai masalah ini.
Untuk makluman Dewan ini kementerian sendiri melalui JPS ada peruntukan untuk bantu mengenai infrastruktur-infrastruktur yang berkaitan dengan JPS. Bagi kos- kos yang lain ianya akan diselenggarakan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, saya peringatkan Yang Berhormat boleh jemput Yang Berhormat bertanya. Ini soalan Parlimen Parit Sulong. Ya, tidak ada cerita lain. Ia soal Parit Sulong Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menyokong Yang Berhormat Parit Sulong untuk merayu segala kerayuan beliau demi kepentingan rakyat kerana memang bukan banjir di Parit Sulong sahaja. Banjir di banyak tempat di Alor Setar, di Bukit Mertajam, di Tanjong, di Kelantan dan banyak tempat. Semakin lama semakin banyak tempat dibanjiri. Jadi saya ingat bahawa Yang Berhormat Menteri...
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Satu Malaysia banjir.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Senang berkata bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh akan memberikan satu pelan induk yang sempurna untuk menyelesaikan masalah banjir di seluruh negara termasuk Bukit Mertajam. Saya hanya mewakili rakyat untuk menanya dan meminta adakah pelan ini sudah siap dan peruntukannya pun sudah ada supaya ini betul-betul satu kerajaan yang prihatin dan tidak ada banjir langsung pada tahun yang akan datang. Terima kasih.
Dato' Seri Douglas Uggah Embas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya berharap Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana tidaklah memikirkan bahawa tanggungjawab untuk mengatasi masalah banjir ini adalah hanya terletak kepada Kerajaan Persekutuan. Ianya juga terletak kepada kerajaan negeri. Saya minta Yang Berhormat-Yang Berhormat merayulah kepada kerajaan negeri masing-masing. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, memang kementerian mempunyai perancangan bagaimana kita telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mengatasi masalah banjir di seluruh negara. Untuk makluman kita di sini, kementerian telah mengemukakan cadangan di mana kita menganggarkan kos tidak kurang daripada RM33 bilion yang diperlukan untuk mengatasi sebahagian besar daripada masalah banjir ini. Kita juga mempunyai perancangan ini kerana kita sedar bahawa banjir
Dato' Seri Douglas Uggah Embas
adalah satu masalah yang dihadapi oleh negara dan Kerajaan Barisan Nasional memang peka. Akan tetapi di dalam kita peka kita juga hanya mampu menjalankan projek mengikut apa yang diperuntukkan kementerian. Jadi saya harap kita semua akurlah kepada apa yang telah diputuskan itu. Terima kasih.
8. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah kerajaan akan melancarkan projek untuk membina “fly-over” di simpang Jalan Song dan Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak. Apakah kos projek tersebut dan adakah pelantikan kontraktor projek itu melalui proses “public tender”.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bandar Kuching kerana mengemukakan soalan di kawasan saya. [Ketawa] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf persimpangan Jalan Tun Jugah/Jalan Song/Upland Interchange di Kuching, Sarawak merupakan antara projek yang telah diluluskan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh di negeri Sarawak. Skop projek dengan anggaran kos sebanyak RM72 juta ini melibatkan pembinaan sebuah jejambat dua lorong dua hala atau dual carriageway dengan izin dengan reka bentuk piawai JKR R5 yang merentasi persimpangan sedia ada di Jalan Tun Jugah/Jalan Song, Kuching.
Tatacara perolehan bagi pemilihan kontraktor untuk melaksanakan projek ini akan ditawarkan secara tender terbuka. Sehubungan itu, tender akan diiklankan selewat-lewatnya sebelum akhir tahun 2010. Sebenarnya 27 November ini tender akan diiklankan dan projek dijangka akan dimulakan pada awal tahun 2011 dengan tempoh siap pembinaan selama 24 bulan. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini tender sudah dijawab ada lagi soalan Yang Berhormat?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Ya, soalan saya ialah saya mengalu-alukan pelaksanaan projek itu dan soalan tambahan saya adalah sebelum ini pada Jun tahun lalu ada sebuah syarikat Global Up-Line yang diketuai oleh Tan Sri Ting Pek King yang membuat pengumuman bahawa dia telah ditawarkan projek itu dan semasa dia membuat pengumuman itu dia diiringi oleh beberapa pemimpin Barisan Nasional dan tiga hari selepas dia buat pengumuman itu pokok-pokok di sepanjang jalan itu ditebang olehnya dan hari ini kita berasa terkejut. Hari ini belum tender lagi tetapi kenapa tahun lalu Jun Sri Ting Pek King buat pengumuman bahawa dia telah ambil projek itu dan projek akan diselesaikan dalam bulan November 2009. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri buat penjelasan atas perkara ini dan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya ia terlibat satu pembohongan oleh Sri Ting Pek King.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan dalam ini saya baca jelas betul “apa kos projek tersebut dan adakah pelantikan kontraktor projek melalui proses tender”. [Dewan riuh] Tunggu, tunggu Yang Berhormat. Jadi soalan ini tadi lainlah. Atas Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri sama ada hendak jawab ataupun tidak.
Dato’ Yong Khoon Seng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bandar Kuching memang anak saudara sayalah. [Ketawa] Lagipun dia menyentuh kawasan saya. Saya terpaksa jawab juga. [Ketawa] Walaupun pendapat kita dalam politik tidak sama, tetapi kita mementingkan rakyat.
Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan ini memang sangat penting. Inilah jalan protokol, di mana trafik volume sudah mencecah 40,000 sehari. Kita perlukan jejambat dengan dual carriageway. Dua lorong ini sangat penting untuk mengurangkan kesesakan. Kerana ini adalah jalan protokol.
Bulan Jun tahun lepas, kerana kita ada Majlis Raja-Raja dan ada pembukaan Dewan Undangan Negeri, di mana kita memerlukan pembesaran jalan protokol kita. Kerajaan negeri telah pun memberikan kerja untuk melebarkan jalan ini dan ini tidak terlibat dalam skop projek ini. Yang saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Bandar Kuching dan apa yang didakwa atau dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, kalau sesiapa pun kata ini negara bebas, boleh kata saya dapat ini, saya dapat itu. Itu adalah dianggap sebagai satu pembohongan, kita boleh buat laporan polis. Yang Berhormat sila buatlah kalau hendak tuduh macam itu.
[Ketawa] Bagi kita di sini, ini tidak ada dalam skop kerja kita. Sekian, terima kasih.
9. Tuan Haji Ahmad Lai Bujang [Sibuti] minta Perdana Menteri menyatakan mengapa masih terdapat banyak agensi kerajaan tidak menyenaraikan bentuk bantuan di dalam portal e-Kasih bagi memudahkan pemohon untuk mencari maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, selari dengan usaha kerajaan dalam memastikan tindakan dan langkah membasmi kemiskinan, mencapai objektif yang ditetapkan Bank Data Kemiskinan Nasional atau e-Kasih telah diwujudkan untuk mengintegrasikan data dan maklumat berkaitan profil keluarga miskin dan miskin tegar di bandar dan di luar bandar. E-Kasih adalah merupakan satu pangkalan data yang menyimpan profil keluarga miskin bagi membantu merancang dan juga membantu agensi-agensi melaksanakan program kemiskinan.
Sistem e-Kasih memang ada menyenaraikan bantuan-bantuan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi membantu mereka yang ingin mengetahui dan ingin memohon. Maklumat yang boleh didapati adalah nama agensi pemberi bantuan, kategori bantuan dan nama program. Walau bagaimanapun, orang ramai hanya boleh mendapat maklumat mengenai bantuan- bantuan di dalam portal. Portal ini tidak menyediakan kemudahan memohon secara atas talian dengan izin, online. Mereka yang ingin memohon bolehlah menghubungi agensi yang berkenaan bagi membuat permohonan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Kita mendengar cara dia cantik, tetapi apabila kita sampai ke tempat di mana e-Kasih ini diperlukan, saya ingin bertanya sejauh manakah portal e-Kasih ini digunakan oleh orang ramai kerana ia tidak dibuka untuk orang ramai. Kerana pejabat yang digunakan ataupun agensi yang digunakan selalunya menghantar 200 borang e- Kasih, tetapi sampai sekarang pun tidak ada berita. Adakah juga portal ini diberi
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
peluang kepada belia-belia kita untuk mereka juga membantu mencari maklumat keluarga-keluarga miskin?
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti. Yang pertama, saya mengakui dalam jawapan minggu lalu kita telah mengakui ada masalah dari segi verifikasi. Maka daripada Jabatan Perangkaan kini, ICU kita telah ada dua mesyuarat setelah habisnya perbahasan kita pada hari itu, dan kita ingin menyelaraskan supaya pendaftaran satu muka surat yang telah disampaikan melalui online, dan juga secara fizikal hampir 137,000 dapat diverifikasikan secepat mungkin direct oleh ICU. Kami sudah buat dan satu lagi mesyuarat akan diadakan minggu depan untuk memastikan bahawa mekanisme pendaftaran verifikasi dapat dilakukan secepat mungkin.
Kedua, belia. Belia memang boleh. Sesiapa boleh membantu untuk mendaftar. Kerana daftar satu muka surat itu akan bakal diverifikasi oleh ICU, dan juga Jabatan Perangkaan untuk memastikan adakah benar-benar ada 23 muka surat yang akan dibanci dan dikaji. Baru bantuan akan diberikan. Maka sesiapa boleh membantu, NGOkah, beliakah, parti politik sesiapa oleh buat verifikasi pendaftaran satu muka surat itu, terima kasih Yang Berhormat Sibuti.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Memang saya bersimpati dengan Yang Berhormat Sibuti. Kerana bukan sahaja di Sibuti, di seluruh negara termasuk Pasir Salak pun macam itu juga. Kalau tidak tinggalkan kelopak salak cukuplah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat sebutkan agensi-agensi e-Kasih ini yang disebutkan tadi, dan juga apakah parameter yang akan digunakan biasanya untuk memberi bantuan kepada orang yang benar-benar yang tidak berupaya dan kalau kita setakat portal sahaja, bilangan orang yang dapat menggunakan portal ini untuk menggunakan e-Kasih.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong, agensi-agensi yang terlibat di dalam... tidak apa nanti saya akan bagi senarai kepada Yang Berhormat. Tidak payah tulis.
(i) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang membekalkan dan mewujudkan 49 program bantuan;
(ii) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan 36 jenis bantuan;
(iii) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sebanyak 14 jenis bantuan;
(iv) Kementerian Pelajaran menyediakan 19 jenis bantuan;
(v) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan 19 jenis bantuan;
(vi) ICU menyediakan 48 jenis bantuan; dan
(vii) pelbagai agensi-agensi agama lain 60 dan pelbagai agensi macam DBKL dan sebagainya dia ada bantuan 24.
Senarai itu saya akan bagi kepada Yang Berhormat nanti. Setiap satu agensi menggunakan mekanisme mereka untuk mendapat penerima-penerima bantuan. Dahulunya tidak ada pangkalan data e-Kasih. Apa berlaku adalah seorang itu akan dapat bantuan daripada lapan agensi tanpa diketahui oleh
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
agensi-agensi lain. Itu sebabnya kita ada pangkalan data untuk menyelaraskan.
Kalau data itu sudah menunjukkan mereka sudah dapat bantuan, dia tidak boleh mendapat bantuan di tempat lain kerana ini akan mengikis pertindihan.
Seterusnya seperti mana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, apakah ukuran yang dibuat untuk kemiskinan PGK, Paras Garis kemiskinan. Ini adalah satu yang begitu dinamik. Dahulunya adalah 300 lebih sekarang 440.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Kemudian 720 untuk miskin, kemudian ada 1,500 untuk budak miskin. So yang ini adalah berkait rapat dengan kajian yang kita buat setiap dua tahun di mana food basket, non food basket dengan izin, akan diambil kira. Maka ini mengikut ukuran dan juga penilaian antarabangsa yang mesti diiktiraf oleh Bank Dunia dan juga pelbagai badan lain baru negara kita akan diterima di peringkat antarabangsa. Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi soalan e-kasih?
[Soalan No. 10 – Y.B. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin (Ampang) tidak hadir]
11. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan jawatan guru bahasa ibunda yang masih belum diisi di SK dan SMK mengikut negeri dan apakah langkah diambil untuk menunaikan janji kepada rakyat.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, sehingga 31 Januari 2010, jumlah guru mengikut keperluan perjawatan dan subjek di seluruh negara bagi bahasa Tamil di sekolah menengah adalah seramai 782 orang manakala guru bahasa Cina seramai 2,204 orang.
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menafikan memang wujudnya kekurangan guru bukan sahaja dalam subjek bahasa Cina dan Tamil, malahan subjek-subjek lain di beberapa negeri dalam jangka masa tertentu seperti pada awal sesi persekolahan kerana proses pendaftaran masuk dan keluar murid serta urusan penempatan guru baru dan juga guru bertukar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat juga beberapa faktor penyebab yang lain seperti guru yang bersara wajib, bersara pilihan atau melanjutkan pelajaran dan juga mismatch antara opsyen pengkhususan mata pelajaran dengan subjek yang diajar di sekolah. Keadaan ini merupakan fenomena yang berlaku secara berterusan. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menyediakan keperluan guru untuk mengajar subjek yang ditawarkan di setiap sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan semua murid akan menerima pengajaran guru dan juga sebagai persediaan mereka menghadapi peperiksaan umum di peringkat rendah dan menengah.
Kementerian Pelajaran juga sentiasa merancang daripada semasa ke semasa untuk memastikan keperluan bekalan guru mencukupi bagi semua jenis sekolah sama ada di peringkat rendah atau menengah. Urusan keperluan dibuat dengan mengambil kira keperluan pelbagai jenis aliran sekolah. Terdapat pelbagai program latihan perguruan jangka pendek dan jangka panjang seperti Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Diploma Pendidikan
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
dan Kursus Dalam Cuti dijalankan di institusi pengajian tinggi awam dan Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi membekalkan guru terlatih.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat tentang berapakah jumlah guru bahasa ibunda yang masih belum diisi di sekolah kebangsaan, untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya sejak 2007 kita memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina di sekolah kebangsaan dan juga Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan. Itu dilaksanakan pada tahun 2007 dan kita melakukan program peluasan mengikut peringkat-peringkat. Sebagai satu contoh, BCSK setakat ini kita ada 348 sekolah melibatkan jumlah guru 380 orang. Maka sebarang peluasan program ini akan berlandaskan kepada kapasiti kita dan kita melatih guru itu sendiri untuk mengajar mereka khusus dalam BCSK. Sekian, terima kasih.
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan pemimpin-pemimpin pelajar kumpulan kedua yang baru masuk Dewan. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, pada Julai tahun ini, Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran telah mengarahkan pengambilan segera bagi guru bahasa Mandarin dan Tamil supaya ditempatkan di kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan mulai tahun depan. Terdapat 7,000 buah sekolah kebangsaan dan 2,237 sekolah menengah kebangsaan di seluruh negara. Saya tak dapat gambarkan Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah dapat kementerian menampung keperluan guru POL seperti yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran jika tidak menggunakan strategi yang luar biasa.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya mengapa kementerian tidak mengambil pelajar-pelajar Chinese Independent High School, satu sumber tenaga yang sedia ada khususnya pelajar-pelajar yang berkelulusan United Exam Certificate Senior Middle Three dan jika perlu berkelulusan mata pelajaran Bahasa Malaysia SPM untuk dilatih menjadi guru POL yang diperlukan padahalnya kursus KDC boleh diadakan untuk melatih mereka sambil mereka terus bertugas sebagai guru POL.
Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.
Sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang pengumuman Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri itu sebenarnya apa yang diharap-harapkan, diidam-idamkan oleh Yang Amat Berhormat ialah pada satu hari nanti kita akan mencapai sasaran 7,000 buah sekolah semuanya dibekalkan dengan BCSK dan BTSK. Sebab itu saya mengatakan bahawa permulaannya kita hanya mula dengan 100 buah sekolah dan setakat ini untuk BCSK pun baru setakat 380. Jadi kita kena melihat kapasiti guru kita kerana kita melatih guru ini mengajar sebagai bahasa kedua dan pendekatannya berbeza dengan sekolah- sekolah lain. Jadi ini adalah satu modul khusus untuk kita melatih guru BCSK atau BTSK. Kita memang mempunyai perancangan secara jangka panjang dan itu merupakan ultimate goal dengan izin sebagai sasaran yang akan dicapai oleh kementerian.
Mengenai apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat untuk kekhuatiran Yang Berhormat di sekolah menengah dan sekolah rendah, sekolah rendah saya dah jawab. Saya jawab untuk sekolah menengah pula, sebenarnya dalam proses kita melatih guru ini kita bergantung kepada UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mana untuk sekolah menengah ini dibekalkan oleh universiti tersebut dan untuk opsyen bahasa Cina contohnya di sekolah menengah, untuk kita mengajar subjek bahasa ibunda dalam sekolah menengah kebangsaan, dalam sistem kita dalam tempoh dua tiga tahun ini sampai 2014,
Datuk Dr. Wee Ka Siong
mulai Mei 2012 hingga 2014, kita mempunyai 206 orang guru yang akan menjadi guru terlatih dalam mata pelajaran bahasa tersebut.
Apa Yang Berhormat bangkitkan tentang kekurangan guru itu memang sedang diatasi oleh pihak kementerian. Kalau Yang Berhormat masih ingat pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Jun pada tahun ini ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Yang Amat Berhormat telah menyatakan bahawa kesediaan pihak kerajaan iaitu khususnya Kementerian Pelajaran untuk menerima mereka yang dari Chinese Independent School yang memiliki UEC dan berserta dengan SPM sama-sama untuk mereka menyertai profesion perguruan. Perkara ini sedang dimuktamadkan oleh pihak kementerian daripada segi teknikalnya untuk diterima menjadi penjawat awam nanti kerana guru ini juga adalah penjawat awam.
Jadi saya rasa pengambilan guru itu memang sebagai satu strategi untuk kita mengatasi kekurangan yang ada sekarang dan saya rasa keprihatinan Yang Berhormat tentang perkara ini memang dihargai dan kita akan kalau semuanya berjalan dengan lancar pada awal tahun depan, kita melatih mengikut jadual waktu yang telah ditentukan supaya ianya tidak mengganggu secara tiba-tiba kita masukkan guru dan lazimnya dibuat pada awal tahun dan pertengahan tahun. Dua kali kita membuat pengambilan dan pengambilan pada penghujung tahun untuk KDC, Jadi itu sebagai maklumat kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, mengenai dengan guru ini, saya menerima rungutan daripada guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak berbelas-belas tahun. Apabila mereka dapat bertukar balik ke Semenanjung, mulai Jun 2010 yang lalu mereka telah tidak lagi diberikan kemudahan bayaran untuk kargo barang, tiket penerbangan dan juga elaun gangguan.
Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling
Jabatan Pelajaran berkenaan mengatakan kalau tuntutan itu dibuat dengan mengisi borang, mereka tidak akan memprosesnya. Mereka menanggung beban yang banyak, bergolok bergadai antara RM7,000 ke RM12,000 seorang.
Ada yang terpaksa menjual kereta kerana hendak bertukar balik. Difahamkan kementerian tidak lagi menanggung perbelanjaan-perbelanjaan yang sepatutnya mereka peroleh. Bagaimana keadaan dan kedudukan ini Yang Berhormat Menteri?
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa Yang Berhormat bangkitkan itu disebabkan oleh satu polisi yang diamalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2010 mengenai belanjawan yang dibelanjakan untuk tahun ini. Sebenarnya Kementerian Pelajaran Malaysia kekurangan RM2 bilion sebagai operating budget. Itulah yang menjadikan kekangan kita untuk kita memberikan semua tuntutan yang dituntut oleh guru.
Saya memberi satu contoh ya. Untuk penyelia sekolah, lazimnya mereka kena turun ke padang, pergi ke sekolah meninjau, Jemaah Nazir pun kena turun.
Akan tetapi oleh kerana kita menghadapi kekangan kewangan, kita benarkan mereka turun tetapi kita hadkan tuntutan perjalanan mereka. Kalau kita tidak mengehadkan jumlah tuntutan itu, bermaksud kita menghadapi masalah untuk kita teruskan. Operating budget yang diberikan kepada kementerian nampaknya sangat besar tetapi 70% itu disimpan untuk emolumen iaitu untuk gaji guru yang
Datuk Dr. Wee Ka Siong
kita tidak boleh sentuh. Jadi sisa bakinya digunakan untuk latihan dan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan.
Oleh sebab itu, apabila kita berdepan dengan situasi yang tertekan ini, RM1.8 bilion - saya rasa itu yang menjadikan kita menghadapi masalah. Jadi apabila peruntukan diturunkan kepada JPN dan juga kepada PPD, masalahnya ialah mereka terpaksa manage atau menguruskan kewangan itu dengan baik.
Jikalau tidak, ianya akan menjadi masalah kepada program lain yang telah diatur.
Oleh sebab itulah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai elaun tuntutan pengangkutan dan juga lodging serta perpindahan dan sebagainya – dari segi management, mereka gunakan itu. Jadi saya rasa ini adalah satu perkara yang terpaksa. Dalam keadaan susah, kita terpaksa amalkan cara perbelanjaan berhemah.
Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana nampaknya, untuk tahun hadapan kita telah diberikan ruang yang lebih – bermaksud, operating budget itu telah meningkat sedikit. Saya berharap dengan cara ini, keadaan beransur pulih dan menjadikan kita boleh memulihkan sistem yang sedia ada iaitu sebelum tahun 2010. Saya ingin memberi jaminan bahawa kita tidak akan memotong kebajikan guru. Dari segi keperluan yang tidak dianggap sebagai necessary ataupun tidak perlu sangat, kita akan kurangkan. Saya beri contoh. Sekarang kita tidak akan adakan latihan guru secara berkelompok di hotel, kita buat di pejabat atau di mana-mana yang kita rasa ianya dapat menjimatkan wang kita.
Jadi kita masih menggunakan strategi perbelanjaan berhemah tetapi dengan cara kita tidak compromise dari segi kualiti yang kita hendak hasilkan.
Saya rasa itulah gambaran yang hendak saya berikan kepada Yang Berhormat dan apabila situasi kewangan mengizinkan kita melakukan atau memberi kelonggaran kepada guru-guru, saya rasa kita akan kekalkan sistem lama itu.
Terima kasih.
12. Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Kewangan menyatakan janji-janji yang diberi pada penduduk kawasan Sungai Balui di Belaga yang telah dipindahkan ke Sungai Asap supaya Empangan Bakun dapat dibina.
Adakah janji memberi rumah percuma dan lima ekar tanah pertanian sekeluarga ditunaikan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, pada bulan April 2005 Kerajaan Persekutuan telah membayar sebanyak RM534.05 juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak sebagai bayaran pampasan kepada penduduk yang terlibat di dalam pembinaan Projek Hidro Elektrik Bakun. Jumlah ini merupakan jumlah yang telah diperakukan oleh pasukan audit khas yang dilantik ketika itu.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan dewan serba guna di kawasan penempatan semula dan menyediakan jalan utama ke Bakun. Agihan peruntukan kepada bayaran pampasan kepada penduduk adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sarawak tidak pernah berjanji untuk menyediakan sebuah rumah dan lima ekar lot tanah pertanian secara percuma untuk setiap keluarga termasuk dari kawasan Sungai Balui, Belaga yang telah dipindahkan ke kawasan penempatan semula di Sungai Asap berikutan
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
pembinaan Projek Hidro Elektrik Bakun. Sebaliknya, mereka telah dibayar pampasan untuk tanah, rumah dan tanaman yang terjejas kerana pembinaan Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, lot pertanian seluas tiga ekar telah diperuntukkan untuk setiap keluarga yang terlibat.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju untuk mengurangkan harga bagi setiap unit rumah sebanyak 50% iaitu daripada RM50,000 kepada RM25,000 seunit. Bagi keluarga yang tidak mendapat sebarang pampasan atau nilai pampasan bagi rumah lama mereka yang berada di kawasan tadahan air Bakun kurang daripada RM25,000, maka Kerajaan Negeri Sarawak akan membantu dengan memberi pinjaman bagi membiayai perbezaan harga berkenaan. Terima kasih.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya Sungai Siput jauh daripada Belaga tetapi saya pernah bekerja di situ pada tahun 1984 dan sempat melawat ke semua rumah panjang ini di Sungai Balui.
Saya mendengar daripada kawan-kawan saya di situ, bahawa selepas pemindahan ini, mereka menghadapi banyak masalah kerana mereka ini satu komuniti farming. Mereka membuat pertanian di kawasan asal mereka. Di kawasan baru ini, mereka tidak mendapat kerja dan ramai orang lelaki yang dalam usia bekerja ini terpaksa pergi jauh seperti ke Sibu atau Kuching untuk mencari kerja. Mereka juga tidak mahir dalam pekerjaan di bandar, so mereka membuat kerja dengan tahap yang rendah. Mereka mempunyai banyak masalah ekonomi.
Apabila mereka hendak balik ke kawasan mereka untuk melawat pun, ianya jauh dan expensive.
Jadi saya tengok dalam Empangan Bakun ini, komuniti di situ sekarang menghadapi banyak masalah. Antara isu yang mereka bangkitkan ialah bolehkah mereka mendapat lebih tanah? Tiga ekar ini tidak cukup. Ataupun bolehkah mereka diberi izin untuk balik ke kawasan asal? Walaupun rumah panjang asal telah tenggelam, tetapi kawasan di hulu lagi ada kawasan yang boleh dibuka untuk pertanian. Mereka juga ada temuda di situ. So, adakah itu satu idea? Ini kerana kita kena fokus kepada mereka. Sekarang Empangan Bakun telah dilancarkan tetapi bagaimana dengan sepuluh buah rumah panjang yang terpaksa dipindahkan? They are still facing problems you know. Saya rasa ini kita harus tengok apa yang perlu dibuat. Tanah di lokasi baru yang lebih luas ataupun tanah di hilir di kawasan asal mereka boleh diberi semula kepada mereka. Terima kasih.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Yang Berhormat, terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat yang pernah tinggal di kawasan tersebut. Saya turut bersimpati dengan apa-apa masalah yang masih timbul yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat. Masalah-masalah ini hanya boleh diteliti dan boleh diberi tumpuan sekiranya dapat dipanjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan khususnya kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Ini kerana, pampasan dan juga pemberian tanah yang sudah pun diberi sebanyak tiga ekar jika dirasakan masih lagi memerlukan pertimbangan yang selanjutnya, perlulah dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Saya yakin, kerajaan negeri – dan juga pihak Kementerian Kewangan sekiranya apa-apa lagi yang boleh kita lihat dan memberi pertimbangan.
Perlu dinyatakan di sini bahawa secara puratanya, pampasan yang diterima oleh sebuah keluarga ialah sebanyak RM51,985 tetapi tentang peluang- peluang pekerjaan, memang akan terdapat peluang pekerjaan di Bakun sendiri apabila ianya beroperasi sepenuhnya dalam tahun 2011.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Diharapkan mereka yang terlibat dan berada di kawasan tersebut akan mendapat peluang yang lebih untuk mendapat pekerjaan di Bakun sendiri.
Barangkali selepas tahun 2011 apabila projek ini di ‘commission’ kan sepenuhnya, barangkali masalah pekerjaan ini akan dapat dikurangkan. Terima kasih.
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kanowit. Ringkaskan Yang Berhormat. Masa kita sudah...
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah menjurus kepada job opportunities untuk penduduk-penduduk yang telah dipindahkan ke kawasan Sungai Asap. Ini sebab seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, kalau dahulu kita mendengar Bakun akan membawa banyak spin-off untuk mereka-mereka yang telah dipindahkan kepada kawasan di Sungai Asap. Akan tetapi sekarang kita nampak ia bukan seperti yang telah dijanjikan.
Jadi yang kita masih ada harapan adalah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri selepas Bakun dam itu menjanakan elektrik sepenuhnya nanti. Banyak opportunity di kawasan yang telah dibanjiri air itu nanti dari segi pelancongan ataupun dari segi kerja-kerja lain. Saya fikir kalau kementerian ataupun kerajaan memberi lebih lagi opportunity kepada mereka-mereka yang duduk di sana untuk menubuhkan jawatankuasa supaya mereka diberi peluang.
Kalau tidak, memang orang dari luar akan banyak pergi ke tempat-tempat itu dan mengambil peluang untuk membuat perniagaan yang akan menjejaskan peluang pekerja-pekerja dari kawasan di sana. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Terima kasih Yang Berhormat. Itu pandangan yang akan saya terima dan akan memberi tumpuan serta keutamaan kepada penduduk tempatan apabila projek ini dijalankan sepenuhnya dalam tahun 2011. Peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang iaitu teknikal, IT, pemandu bot, penyelamat haiwan liar dan kerja-kerja penyelenggaraan projek. Ini adalah merupakan peluang-peluang pekerjaan yang akan diperoleh nanti. Kita menerima pandangan bahawa penduduk tempatan seharusnya mendapat keutamaan. Terima kasih.
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua, one last question please.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab lisan telah tamat untuk pagi ini, terima kasih.
[Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan tamat]
Setiausaha
Usul untuk menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) oleh Yang Berhormat Subang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak ada Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih ingin saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Lim Chong Eu, Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Parti Gerakan serta Ahli Parlimen Tanjong telah meninggal dunia pada hari Rabu, 24 November 2010.
Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri mendiang Yang Amat Berbahagia Toh Puan Goh Sing Yeng dan seluruh ahli keluarga. Sesungguhnya pemergian mendiang ini adalah satu kehilangan besar kepada negara. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun dan bertafakur selama satu minit. Terima kasih.
[Dewan bertafakur selama satu minit]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, terima kasih.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Anggaran Pembangunan 2011 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” [Hari Ketujuh] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ya, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 050000 di muka surat 326. Satu berita yang diterbitkan pada 17 Ogos 2010 oleh HarakahDaily mengatakan bahawa beberapa pegawai kanan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) di Jalan Duta, mendakwa wujudnya salah guna kuasa dan penyelewengan kepada badan berkanun itu.
Mereka yang enggan identiti masing-masing diketahui umum mendakwa Datuk Jalilah Baba selaku Ketua Pengarah Minda mengetahui tentang beberapa kegiatan tersebut. Mereka juga mendakwa bahawa salah laku itu termasuk membabitkan Friends Advertising Sdn. Bhd. (FASB), yang dilantik sebagai agensi perhubungan awam bagi mempromosi MIDA dan Malaysia kepada dunia.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Dari satu dokumen sulit bertarikh 17 Jun 2009, didapati MIDA bukan sahaja melantik FASB secara rundingan terus malah didapati agensi tersebut turut diberikan tender langsung untuk kerja-kerja penerbitan, percetakan, penyediaan panel pameran seperti bunting, season greeting cards serta beberapa risalah korporat yang sebahagiannya di luar spesifikasi tender. Salah seorang pegawai terbabit yang juga mengaku ‘terbabit’ dalam proses pemilihan tersebut berkata di luar spesifikasi tender. Semua itu dilakukan selepas ketua pengarah sendiri mempengaruhi Jawatankuasa Teknikal dan Harga supaya batal semua proses sebut harga untuk dia lantik syarikat itu.
Sebagai contoh beliau berkata, pelantikan perundingan Projek Media Plan 2010 dengan ‘Rebranding of MIDA & Malaysia’ melaburkan RM15,000 sebulan pada syarikat perunding tersebut. Dari satu notis bertarikh 28 Disember tahun lalu, ketua pengarah didakwa meneruskan proposal Media Plan 2010 bernilai RM5.5 juta kepada firma terbabit tanpa melalui proses tender atau sebut harga secara terbuka.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Sedangkan katanya mengikut prosedur perolehan kewangan yang diguna pakai oleh kerajaan atau MIDA, sekiranya seseorang ketua pengarah mahu meluluskan projek tanpa proses tender, seseorang itu hanya dihadkan kuasa meluluskan tender bernilai tidak lebih RM50,000. Pegawai-pegawai tersebut itu juga mendakwa bahawa FASB turut mengambil kesempatan atas keistimewaan yang diberikan MIDA dengan menokok tambah harga satu-satu projek berbanding pasaran biasa. Pembelian kos dicaj dengan RM15,000 oleh Friends Advertising Sdn. Bhd. (FASB) berbanding harga pasaran semua iaitu dalam RM1,200 hingga RM2,500.
Arahan ketua pengarah supaya pembelian video klip TV1, TV2 dan TV3 dibuat oleh Friends dengan caj tambahan 17.6% dikenakan daripada harga pasaran oleh Friends berbanding sekiranya ia dibeli secara terus melalui Bahagian Media dan Komunikasi MIDA. Konsep mock-up dikatakan mempunyai pelaburan bernilai lebih kurang RM200,000 dibuat tanpa melalui proses sebut harga. Adalah difahami semua ini ialah rahsia umum yang diketahui oleh kebanyakan kakitangan am MIDA semata-mata pada 9 Julai lalu.
Adalah dilaporkan bahawa Datuk Jalilah sendiri mengaku bahawa syor pengkorporatan MIDA menjadi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia masih dalam proses penelitian undang-undang berwajib. Namun beliau enggan menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung langkah pengkorporatan yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed pada 28 Mei lalu.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Difahamkan pasukan Datuk Jalilah sedang menyiapkan proposal penggubalan Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Persekutuan 1965 (Pindaan) 2000 supaya badan berkanun itu boleh benar-benar bebas sebagai badan korporat dan tidak lagi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) seperti sebelum ini.
Langkah pengkorporatan itu dilaporkan mendorong pasukan Datuk Jalilah hanya akan mengekalkan 300 orang daripada 800 orang pekerja keseluruhannya atau menimbangkan kakitangan bawahan MIDA sekarang. Langkah pengkorporatan yang dilakukan turut mendapat sokongan langsung Perdana Menteri serta isterinya. Saya minta penjelasan dari kementerian, adakah siasatan telah diambil di atas kemungkinan penyalahgunaan kuasa ini dan apakah hasil siasatan tersebut?
Kedua, saya ingin tahu adakah apa yang dinyatakan oleh Datuk Jalilah Baba bahawa pengkorporatan MIDA akan dilaksanakan? Adakah rancangan ini telah dikemukakan di dalam Kabinet dan apakah peranan isteri Perdana Menteri dalam rancangan ini kerana saya tidak nampak namanya dalam senarai nama- nama Menteri di dalam Kabinet. Sekian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Silam.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Dasar dan Strategi. Tuan Pengerusi, saya mohon bertanya kepada pihak kementerian dari segi dasar dan strategi yang akan diambil oleh pihak kementerian dalam rangka untuk menyiapkan negara kita menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, dan dari segi jumlah FDI setakat ini yang telah berjaya dilobi oleh kementerian ke dalam negara kita ini.
Saya juga ingin penjelasan dari segi tumpuan yang diberikan oleh pihak kementerian, dan juga mohon agar kementerian dapat memberikan cadangan kepada pengusaha-pengusaha tempatan ataupun usahawan-usahawan yang ingin melabur di mana-mana jua di Malaysia atau di luar negara kita dari segi tumpuan dan mekanisme bagaimana kita boleh mendapatkan maklumat. Oleh sebab kita dapati dasar kementerian ini lebih menjurus kepada negara-negara yang sudah lama menjadi rakan niaga dan berdagang dengan kita.
Saya ingin mencadangkan di sini supaya pihak kementerian dapat memikirkan sesuatu yang baru dari segi perkembangan untuk menarik pelaburan ke negara kita, dan usaha ini perlu satu tindakan yang proaktif serta agresif sesuai dengan tuntutan semasa.
Seterusnya Butiran 030500 – Dasar dan Penyelaras Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (AFTA). Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dari segi persiapan dan persediaan negara Malaysia untuk berhadapan dengan negara-negara lain yang termasuk dalam rundingan AFTA ini, juga dari segi tarif dan perundangan-perundangan ataupun peraturan-peraturan yang lain.
Saya juga ingin mohon butiran dari segi sektor apa yang akan menjadi keutamaan negara kita dan bagaimana pula di peringkat domestik atau negara kita ini. Adakah dari segi keadaan dan suasananya, di mana usahawan-usahawan kita yang akan berhadapan terutamanya yang berdekatan dengan negara-negara jiran kita seperti perlindungan hasil pertanian?
Adakah kita akan lebih bergantung kepada eksport ataupun bagaimana pula kajian yang telah dibuat oleh pihak kementerian dalam perkara ini terutamanya AFTA? Oleh sebab kita tidak mahu seperti perkara yang boleh
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
menyebabkan kita lebih banyak menerima limpahan ataupun barangan daripada luar negara.
Kita berharap juga sebagaimana di negara-negara seperti Eropah ataupun negara-negara lain di dunia ini yang lebih banyak memberi perlindungan dan bantuan kepada usahawan-usahawan tempatan terutamanya yang terlibat dalam perdagangan AFTA ini.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian berhubung dengan AFTA ini dari segi pelaksanaannya, bila akan dikuatkuasakan dan negara-negara mana yang akan terlibat dalam rundingan ini, serta bagaimana dari segi advantage atau kelebihannya kepada negara kita ini dalam kita boleh menyesuaikan diri untuk terlibat, seterusnya boleh memastikan negara kita mempunyai competitive edge, dengan izin untuk sama-sama terlibat, di mana ia akan menguntungkan negara kita sendiri.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 040000 – Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan. Saya ingin tahu dari segi dasar yang sedia ada dengan kementerian ini sudah berapa lama ia dilaksanakan, dan adakah satu tindakan baru yang telah diusahakan oleh pihak kementerian untuk merangka dasar yang lebih proaktif, kompetitif dan attractive, dengan izin yang akan menarik pelabur-pelabur daripada luar untuk datang ke negara kita ini.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Saya mohon juga penjelasan dari segi dasar pelaburan ini, apa mekanisme ataupun insentif-insentif yang telah disediakan oleh pihak kementerian dari segi facilities yang akan diperolehi oleh pelabur-pelabur yang datang ke negara kita. Di samping itu juga saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian facility dengan izin yang ada di luar negara yang telah disediakan oleh pihak kementerian ini untuk memudahkan pelabur daripada luar negara untuk mendapatkan maklumat, mekanisme bagaimana untuk mendapatkan rundingan, bagaimana mendapatkan maklumat sebenar tentang sesuatu perniagaan ataupun perdagangan yang akan dijalankan di negara kita ini. Ini adalah sebab kita dapati pada masa yang sama negara jiran kita juga berusaha untuk menarik pelabur ke negara mereka.
Sebagai contohnya kalau beberapa minggu yang lepas seorang penceramah daripada Belgium yang menyatakan dalam Bajet 2011 ini memang menarik dan banyak perkara yang perlu diambil secara positif. Namun penceramah tersebut menyatakan bahawa sesuatu yang nampak agak kurang ialah kesediaan modal insan di negara kita ini. Jadi adakah pihak kementerian telah berupaya menyediakan kemudahan untuk kepakaran teknikal daripada rakyat Malaysia ini yang boleh menjadi harapan kita untuk menarik dan mereka ini ada competence dengan izin, yang ada kemahiran yang setanding dengan pegawai-pegawai daripada negara lain yang boleh berupaya menarik pelabur dan boleh menyebabkan pelabur itu sendiri tanpa force ataupun desakan yang berlebih-lebih mereka tertarik secara tidak langsung untuk melabur di negara kita.
Seterusnya Butiran 050000 - Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA) dan Butiran 070000 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Saya mahu tahu setakat ini dari segi industri yang wujud di negara kita ini Tuan Pengerusi. Saya ingin menjelaskan setakat ini kejayaan MIDA ini dari segi tumpuan mereka untuk menarik industri yang diwujudkan di negara kita ini adakah ianya telah disesuaikan dengan kehendak semasa yang lebih menumpukan kepada industri perkhidmatan. Saya melihat kalau dari segi misalnya Ekspo MAHA yang akan dibuat dalam masa terdekat ini, adakah nanti
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
pihak kementerian ini di masa akan datang selain daripada bertumpu di kawasan Lembah Klang untuk mengadakan ekspo-ekspo lain di luar daripada Lembah Klang ini daripada Kuala Lumpur ini supaya menarik. Contohnya kalau misalnya di Sabah dan Sarawak dan negara jiran Asian yang lain kita kenali biasa dengan BIMP-EAGA. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian yang berhubung kait dengan MIDA ini sejauh mana peranan MIDA? Bagaimana dia boleh bekerjasama dengan BIMP-EAGA di Sabah dan Sarawak serta Brunei yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi untuk zon Pantai Timur negeri Sabah.
Di sini kita ingin melihat pintu masuk untuk kita mewujudkan ruang perniagaan bukan hanya tertumpu pada bandar-bandar utama. Oleh sebab sesuai dengan bajet negeri Sabah baru-baru ini yang lebih menekankan pembangunan holistik ertinya menyeluruh. Jadi di sini saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang peranan MIDA ini di negeri Sabah dan adakah ianya akan bertumpu hanya di Kota Kinabalu ataupun membuka pejabat-pejabat di kawasan di luar dari Kota Kinabalu terutamanya mungkin menumpukan di kawasan zon Sandakan, Tawau dan di kawasan Parlimen Silam. Kalau dari segi populasi dan ruang-ruang perniagaan yang lain sesuai dengan dasar kerajaan yang kebetulan di zon pantai timur banyak aktiviti POIC yang dimajukan dan dijalankan. Sudah tentu ini sesuatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak MIDA dan MATRADE.
Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sebab pada tahun lepas pihak kementerian buat rombongan untuk menarik pelabur ke negara kita ke negara Australia. Setakat ini berapakah bilangan syarikat ataupun badan-badan yang telah bersetuju untuk melabur secara langsung di negara kita ini. Saya tahu jumlah yang telah kita meterai secara in direct dengan pelabur-pelabur dan peniaga-peniaga dari Australia ini memang agak banyak. Akan tetapi saya ingin secara spesifiknya jumlah sebenarnya yang berjaya kita tarik untuk melabur di negara kita ini dan yang paling penting di sini ialah bagaimana kementerian ini akan sepatutnya cuba berusaha untuk memikirkan sesuatu dasar yang lebih menekankan kepada pendekatan pembangunan dan penyelidikan. Sebab dengan cara mekanisme ini mungkin kementerian akan berusaha dan mencari satu jalan yang terbaik. Niche yang terpenting yang boleh dimajukan yang menjadi sesuatu kekuatan kepada negara Malaysia ini sebagai satu tumpuan ruang perniagaan.
Kita berharap juga supaya di masa akan datang kementerian ini berusah untuk menyebabkan negara kita kondusif dalam semua, complaisant dalam semua perkara yang kita tawarkan kepada mereka. Mengenai human capital, pelaburan marketing strategy dan sebagainya ini saya ingin mencadangkan dan juga bertanya kepada kementerian adakah sudah inisiatif atau usaha untuk melatih generasi muda di negara kita untuk mahir dalam bidang perdagangan ini ataupun sektor-sektor yang lebih menjurus kepada perdagangan antarabangsa. Ini adalah penting dari segi mekanisme untuk memberi ruang peluang-peluang pekerjaan kepada mereka di masa akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengemukakan satu perkara berkenaan dengan Butiran 050000 - Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah keputusan berkenaan dengan pelaburan Syarikat Vale International yang dijangka akan melabur mula-mula dikatakan RM11.9 bilion. Kemudian ada laporan
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
menyatakan mungkin sampai RM14.5 bilion di Telok Rubiah, kawasan Manjung negeri Perak.
Oleh kerana sehingga sekarang sungguhpun kerja-kerja telah dimulakan di tapak berkenaan orang tempatan dan orang negeri Perak langsung tidak tahu tentang dengan terperinci projek-projek yang akan dilaksanakan di kawasan tersebut. Kita hanya diberitahu bahawa ia adalah satu projek dengan izin distribution centre for iron pallet, iaitu satu tempat untuk pengagihan bijih besi dalam pallet form. Akan tetapi adakah dengan jumlah yang begitu banyak ini RM14.5 bilion ini yang merupakan lebih kurang tiga kali ganda Projek Menara Warisan 100 tingkat di Kuala Lumpur ini tentunya ada kilang-kilang ataupun loji-loji smelting plant dan yang lain-lain yang mungkin akan didirikan.
Apa yang penting kita hendak kerajaan beritahu rakyat apakah dengan terperinci projek-projek, kilang-kilang ataupun perkara-perkara yang akan dibina di kawasan tersebut. Oleh kerana kawasan tersebut merupakan satu kawasan yang amat sensitif kerana seluruh Manjung merupakan satu tempat pelancongan termasuk kawasan Lumut, dahulu Telok Rubiah merupakan tempat peranginan untuk low cost dan Pulau Pangkor ialah Pulau Pelancongan. Jadi haraplah dan juga saya hendak tahu adakah laporan kesan ke atas alam sekitar iaitu Environmental Impact Assessment (EIA) telah dibuat? Adakah projek ini akan memerlukan tenaga buruh yang jenis bagaimana? Adakah ia lebih memerlukan tenaga buruh kasar di mana di Malaysia ini kita kekurangan orang sedemikian?
Kita pula mesti import mereka dari negara-negara lain. Kalau begitu ia tidak akan mendatangkan faedah kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.
Saya ingin tahu adakah projek ini akan menggunakan arang batu lagi kerana difahamkan projek-projek sedemikian tidak dilayan ataupun diterima di banyak negara. Sebab itu kalau mereka masih menggunakan sistem yang lama menggunakan arang batu ia akan mencemarkan kawasan di kawasan Manjung.
Baru-baru ini saya melawat ke negara China, difahamkan di negara China mereka pun ingin mengurangkan kilang-kilang ataupun industri mereka daripada menggunakan arang batu dan mereka sekarang memberikan banyak insentif untuk industri-industri mereka menggunakan dengan izin green technology iaitu cara menjanakan kuasa elektrik dengan yang lebih bersih kepada alam sekitar. Ini haraplah saya mendapat jawapan kerana ini satu isu yang besar dan akan kalau siap dibina sudah terlambat nanti. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama B.24 Butiran 080000 iaitu tentang satu pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah mendapat persetujuan daripada MITI bahawa satu Pusat Pameran dan Pengedaran Perabot yang berjumlah RM300 juta di Tangkak akan dibina bersebelahan dengan atau sekali dengan Pusat Pentadbiran Daerah Ledang.
Saya ingin bertanya kepada pihak MITI khususnya Yang Berhormat Menteri tentang status tersebut, apakah benar projek tersebut tidak dapat diteruskan oleh pihak MITI ataupun MITI tidak dapat membantu projek tersebut sedangkan dahulu sudah pun bersetuju jika mungkin alasannya kerana peruntukan. Jika alasannya peruntukan adakah cara lain supaya Projek Pameran Perabot dan yang berkaitan dengannya dapat diteruskan di Tangkak tersebut iaitu
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Pusat Pentadbiran Daerah Ledang yang baru supaya ia menjadi pemangkin kepada ekonomi di sana.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, selain daripada pusat perabot tersebut ia akan juga dibina sekali dengan Pusat Pengumpulan Produk Industri Kampung bukan sahaja dalam daerah Ledang malahan juga bagi seluruh kawasan Johor Utara. Ia sekali gus akan dapat menjadi pemangkin kepada semua produk industri kampung di seluruh kawasan Johor Utara.
Oleh yang demikian Tuan Pengerusi saya ingin mengambil kesempatan dalam hujah bahas di peringkat Jawatankuasa ini supaya Yang Berhormat Menteri dapat melihat semula perkara ini supaya akhirnya ia menjadi realiti dan dapat membantu masyarakat khususnya di kampung-kampung kerana selain daripada Pusat Pameran Perabot ia juga akan dibina sekali untuk mengumpulkan semua produk industri kampung seperti yang saya sebutkan tadi.
Pada masa yang sama saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri atas tajuk yang sama bagaimana kita boleh meningkatkan lagi kebanyakan produk makanan kampung ini yang daripada produk industri kampung ini dan juga yang lain-lain masih lagi pada tahap yang belum sampai ke tahap international kita kata. Maknanya kalau kita bandingkan dengan produk-produk lain di peringkat antarabangsa mutunya masih lagi ke belakang. Mungkin ada rancangan yang khusus daripada pihak MITI walaupun ia melibatkan produk kampung tetapi saya rasa ia bertepatan dengan NKEA di mana bukan sahaja ia boleh menjana pendapatan masyarakat kampung tetapi ia dapat meningkatkan pendapatan negara sesuai dengan sebahagian daripada ataupun mungkin semualah 12 perkara yang ada dalam NKEA ini.
Tuan Pengerusi perkara kedua ialah saya ingin bertanya tentang MIDA - Butiran 050000. Saya ingin mengucapkan tahniah kerana ada usaha untuk meningkatkan taraf MIDA kepada badan korporat yang mana dikorporatkan. Saya katakan Tuan Pengerusi, ramai rakan-rakan di luar negara yang datang dalam negara kita mengadu kepada kita, betul MIDA bagus, betul MIDA membantu tetapi MIDA banyak bergantung kepada agensi ataupun kementerian-kementerian yang lain sebelum mereka dapat mengeluarkan misalnya lesen bagi pelabur untuk mendirikan industri minyak dalam negara kita.
Umpamanya Tuan Pengerusi kalau ada pelabur ingin mendirikan industri gas misalnya, MIDA menyokong kerana industri terbaik. MIDA ingin dan seterusnya mengeluarkan lesen kepada pelabur tersebut tetapi MIDA terpaksa menangguhkan kelulusan ataupun terpaksa meminta dahulu pelabur mendapatkan permit tertentu misalnya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna misalnya Tuan Pengerusi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sedarkah bahawa ada juga kita mendapat aduan daripada pelabur-pelabur luar iaitu mereka ingin melabur ke negara kita tetapi terlalu banyak birokrasi, terlalu banyak halangan di mana pihak pengurusan sama ada MIDA dan sebagainya tidak membantu memudahkan mereka datang melabur ke negara kita bahkan mereka macam dilakukan seperti sepak bola. Minta pergi ke sebelah di sebelah, akhirnya mereka tidak menemui apa yang mereka peroleh. Apakah Yang Berhormat mencadangkan kepada kementerian supaya perkara begini dilihat oleh Yang Berhormat Menteri. Jangan lagi berlaku sebab yang rugi negara kita. Kita tidak mahu ada pegawai-pegawai yang bersifat begini merosakkan imej negara kita dalam membangun ekonomi negara. Terima kasih.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih bos kita, bos kamilah Yang Berhormat Kinabatangan. Ini sebahagian daripada perkara-perkara kita dapat kumpulkan di luar sana di mana pelabur-pelabur bertemu dengan pihak MIDA, MIDA ingin membantu tetapi MIDA terpaksa ataupun berhubung pula dengan pihak lain untuk mendapatkan sesuatu kelulusan.
Jadi Tuan Pengerusi saya ingin mencadangkan begini, mungkin MIDA membantu pelabur-pelabur ini untuk mendapatkan sesuatu permit ataupun kelulusan daripada agensi ataupun kementerian lain. Bukannya MIDA mengenakan syarat katakan ‘A’ datang untuk melabur, “A, you pergi kementerian ini, you pergi kementerian ini, you pergi kementerian ini untuk mendapat kelulusan.” Jadi pelabur ini Tuan Pengerusi, yang dia nampak MIDA. Kementerian lain dia tidak nampak. Kementerian lain pada dia bukan bidang dia. Dia hanya berurusan dengan MIDA tetapi MIDA mungkin ada limit yang tertentu dan tidak dapat menjangkau sampai ke kementerian-kementerian lain. Lebih baik kalau MIDA membantu, memudahcarakan. Mungkin MIDA diberi peranan untuk memudah cara untuk mendapatkan ataupun untuk membantu pelabur-pelabur untuk mendapat kelulusan tertentu seperti permit dan sebagainya daripada kementerian lain dengan izin instead of MIDA meminta pelabur-pelabur ini pergi ke kementerian-kementerian tertentu untuk mendapatkan kelulusan tertentu permit dan sebagainya.
Saya rasa ini salah satu perkara yang perlu dilihat oleh pihak MITI selain daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi kalau kita ingin memudahkan atau menjadikan NKEA itu sebagai satu realiti di mana kita yakin dengan resipi yang ada iaitu saya menganggapkan NKEA itu sebagai satu resipi untuk meningkatkan pendapatan negara kepada pendapatan perdagangan negara kepada RM1.6 trilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya ingin menyokong.
Tuan Pengerusi
Sila Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya juga ingin turut mengambil bahagian untuk membahaskan di bawah Butiran 020000 – Perancangan Strategik dan Butiran 030000 – Perdagangan Antarabangsa. Ringkas sahaja, Tuan Pengerusi. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian tentang berapa banyakkah telah diadakan ekspo-ekspo perdagangan kita di luar negeri dan berapa banyakkah pulangan yang telah kita perolehi? Di mana ekspo-ekspo ini telah kita adakan? Apakah perancangan- perancangan untuk pameran-pameran dan rombongan dagangan kita ke luar negeri bagi menarik pelabur-pelabur dari luar negeri khasnya pelabur-pelabur dari Timur Tengah.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Ini kerana saya difahamkan bahawa terdapat satu tendency sekarang ini di kalangan pelabur-pelabur Timur Tengah ini untuk datang ke negara kita dengan pelbagai insentif yang kita adakan untuk mereka datang melabur. Cuma mutakhir ini, saya lihat trend itu agak slow.
Malah, satu soalan telah ditanyakan kepada saya sendirilah ketika Tuan Yang di-Pertua menghantar saya ke timur tengah beberapa bulan lepas untuk mewakili beliau dalam satu persidangan speaker-speaker negara-negara OIC.
Antara soalan yang dikemukakan kepada kita adalah, di mana Malaysia sekarang
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
dalam konteks kehadirannya dalam pentas negara-negara umat Islam contohnya – negara-negara OIC? Seolah-olah dibayangkan Malaysia sudah hilang daripada radar untuk menjadi pelopor dan juga menjadi ketua dalam membangunkan ekonomi di kalangan negara-negara OIC secara khususnya.
Isu ini isu yang saya rasa isu yang perlu diberikan perhatian kerana dengan jumlah kekayaan yang ada pada negara-negara OIC ini khasnya negara- negara Timur Tengah, saya rasa ini satu market baru yang perlu di tap. Bukan sahaja industri-industri yang tertentu, malah diperluaskan bidang pemasaran kita itu kerana kita punya banyak tawaran yang boleh menarik minat mereka untuk datang melabur dalam negara kita.
Sehubungan dengan negara-negara OIC ini juga Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu sejauh manakah sudah usaha yang dibuat dalam konteks perdagangan antarabangsa dan perancangan strategik ini untuk kita masuk kepada pasaran-pasaran negara-negara yang ada punya daya saing yang agak munasabah di Afrika contohnya?
Kita mungkin tidak berminat dengan negara-negara yang bermasalah, negara-negara yang terlibat dengan peperangan ataupun mungkin negara-negara yang miskin untuk kita dapat pelaburan daripada mereka, tetapi tidak dapat juga dinafikan bahawa terdapat beberapa buah negara di Afrika itu yang punya daya pelaburan yang mungkin boleh kita tarik mereka itu datang untuk melabur di sini ataupun kita sendiri ke sana untuk buat pelaburan.
Saya difahamkan antara barangan yang menjadi perhatian dan pasaran yang cukup besar di negara-negara Afrika ini khasnya negara-negara yang punya ramai penduduk umat Islamnya, adalah hasil barangan makanan dari negara kita, yang punya pasaran dan punya reputasi yang cukup baik di negara tersebut.
Contohnya di South Africa, sebut sahaja kalau barangan makanan itu dari Malaysia, barangan yang halal khasnya - pasaran seperti South Africa, Malawi dan beberapa buah negara ini adalah mempunyai satu tempat dan kedudukan yang cukup tinggi. Saya lihat dalam laporan media hari ini tentang hubungan dagang yang kita lakukan dengan Iran. Sudah tentulah ini satu market yang juga agak besar tetapi saya ingin mencadangkan juga – saya ingin mendapat penjelasan dari segi usaha yang telah dan sedang kita lakukan dengan negara-negara di Afrika dan juga negara-negara OIC.
Satu perkara lagi yang ingin saya dapat penjelasan di bawah butiran perdagangan antarabangsa dan strategik ini adalah – sekali lagi saya ingin mendapat penjelasan tentang kedudukan barang-barang halal yang kita menjadi pioneer sebenarnya dalam menghasilkan halal hab, kita menjadi pioneer kepada penghasilan produk halal – malah orang Islam di Malaysia inilah orang yang paling sensitif. Kalau hendak dibandingkan dengan seluruh dunia Islam, kitalah orang yang paling sensitif dengan produk-produk halal ini.
Akan tetapi seperti mana yang pernah saya bangkitkan dalam Dewan ini, dalam konteks saingan kita untuk mengeksport barangan halal ini, barang makanan halal yang dieksport di China sahaja tidak boleh kita compete dengan Thailand. Thailand mendahului kita dalam menghasilkan barang-barang halal yang dibeli oleh China daripada mereka. Sedangkan idea itu idea kita, projek itu projek kita tetapi dari segi bila pergi kepada saingan, kita tewas dengan Thailand. Kita tewas dengan negara yang bukan pun majoritinya orang Islam tetapi dapat menghasilkan produk-produk halal dan kualiti mereka jauh lebih tinggi daripada kita. Jadi Tuan Pengerusi, ini penjelasan yang saya ingin pohon daripada kementerian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jempol. Selepas Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Sungai Siput.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan merujuk kepada Butiran 070000 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE).
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah pun berjaya mempromosikan fesyen Islam ataupun busana Islam yang saya difahamkan sampai ke Monaco. Tuan Pengerusi, kalau sudah sampai ke Las Vegas, sampai ke Paris, sampai ke Monaco, itulah himpunan pereka-pereka fesyen dunia yang ternama. Saya mengucapkan tahniah kerana dapat mempamerkan busana Islam di hadapan pereka-pereka fesyen ternama.
Saya hendak bertanya kepada kementerian, apakah susulan yang telah pun dibuat oleh pegawai-pegawai kita? Apakah reaksi daripada pereka-pereka fesyen tersebut? Berapa banyak R&D yang disediakan supaya lebih kontemporari, lebih moden fesyen ini supaya dapat kita jual? Adakah rancangan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar fesyen busana Islam? Bukan sahaja tempat rujukan tetapi menghasilkan produk yang banyak untuk kita eksport ke seluruh dunia pada masa yang akan datang.
Sehubungan dengan itu juga Tuan Pengerusi, kejayaan wanita utama negara mempromosikan busana ini yang berasaskan fabrik batik Melayu, tenunan songket Melayu dan juga tekat Melayu adalah mengagumkan saya. Oleh yang demikian Tuan Pengerusi, saya minta supaya kementerian mengadakan lebih banyak peruntukan untuk membuat R&D berkaitan dengan tenunan Melayu ini supaya lebih moden coraknya, lebih hebat materialnya, lebih sesuai dengan selera zaman kini dan ianya boleh dijadikan sebagai industri-industri kecil yang boleh dibangunkan ke seluruh negara kita.
Apa pembelaan kementerian terhadap semua sekali usahawan Melayu yang mengadakan perusahaan tenunan, perusahaan tekat dan juga batik Melayu ini supaya selaras dengan permintaannya nanti dapat kita tingkatkan? Ia juga melibatkan soal kemahiran. Bukan sahaja kemahiran pengurusan tetapi kemahiran tenaga kerja dalam bidang-bidang penghasilan bahan-bahan yang sudah menerima ataupun dapat menarik perhatian pereka-pereka fesyen dunia yang ingin menggunakan fabrik Malaysia, fabrik Melayu ini sebagai bahan rekaan fesyen mereka.
Berapa peruntukan yang disediakan oleh kementerian untuk meningkatkan industri ini, untuk kita meningkatkan kita punya R&D supaya dapat menghasilkan fabrik yang tenunan yang lebih moden? Akan tetapi jangan lupa, bahawa asas Melayunya jangan dipinggirkan. Boleh dimodenkan tetapi asas Melayu itu mesti dikekalkan dan ini sudah tentu memerlukan pemerhatian research and development yang memerlukan kewangan yang besar daripada kementerian untuk melonjakkan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang- bidang yang saya sebutkan tadi.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 080000. Ini berkaitan dengan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana. Hari ini Tuan Pengerusi, saya dapat melihat – di Jempol sebagai contoh, banyak industri yang berasaskan makanan ini tidak sesuai lokasinya. Sebelah ini kilang roti, sebelah itu kilang besi,
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
sebelahnya kilang untuk membuat kek dan bahan makanan dan sebelahnya itu kedai jual racun, jual baja dan sebagainya. Sudah tentulah ianya tidak selamat.
Apakah ada perancangan di pihak kementerian untuk menyusun semula industri yang berasaskan makanan ini terutama sekali di Jempol dan kalau boleh di seluruh negara, supaya dapat ditempatkan di lokasi yang baik?
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Menyebut tentang penempatan usahawan-usahawan Melayu ini, sudah tentulah kementerian memerlukan kewangan, tanah untuk dibangunkan, dengan infra yang baik, ditawarkan kilang-kilang yang munasabah harganya. Jangan kita jadi setengah-setengah negeri, kita roboh gerai tanpa memikirkan sebuah gerai itu bergantung nasib ramai anak-anak mereka yang hendak makan, ramai anak-anak mereka yang hendak bersekolah. Akan tetapi boleh kita rancang dahulu, kita buatkan tempat yang baik, baru kita tempatkan mereka di lokasi yang sudah pun kita sediakan infra yang baik bagi membolehkan industri kecil ini berkembang dengan lebih baik pada masa yang akan datang.
Tuan Pengerusi, saya dapat melihat industri-industri kecil di kampung sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang tadi, walaupun ia berasaskan kepada pembuatan cili sos di kampung-kampung, kicap tetapi industri kecil yang diusahakan oleh wanita-wanita kampung ini nampaknya ada potensi untuk kita pasarkan dengan pasaran yang lebih besar.
Akan tetapi, hari ini ia berkembang bersendirian dengan jenamanya yang berbeza, volumenya yang kecil, mungkin rasanya juga mungkin berbeza. Apakah kementerian Yang Berhormat mempunyai kewangan untuk membantu mereka ini supaya dapat kita lonjakan menjadi industri yang lebih besar. Kita jadikan ia sebagai satu kawasan yang lebih baik dan pengeluarannya dapat kita tambah.
Pembungkusannya, botolnya lebih dapat kita komersialkan, dapat kita bantu mereka yang terlibat di kawasan luar bandar, di kampung-kampung, di rancangan tanah FELDA yang memang sedia sekarang ini mempunyai industri kecil sebagaimana yang saya sebutkan tadi, dapat kita bantu mereka.
Tuan Pengerusi, saya juga hendak minta kementerian melihat tentang kejayaan industri kraf. Sebagai contoh di Homestay Jempol Lonek, ada kraf yang berasaskan kepada buluh dan juga rotan yang sekarang ini telah pun dapat menembusi pasaran shopping yang besar Harrods di London di mana barang ini - walaupun kraf ini dibuat di Jempol Negeri Sembilan, tetapi pasarannya telah dapat menembusi pasaran London. Orang ini dia tidak pandai cakap Orang Putih, tetapi dia datang pejabat saya dia kata dia bangga baru balik daripada London. Saya pun terkejut. Saya kata, “Macam mana hendak minta makan?” Dia kata, “Rupa- rupanya di London itu ramai orang pandai cakap Melayu Dato’”. Rupanya London pun macam Makkah sekarang ini, peniaganya sudah pandai cakap Melayu.
Akan tetapi soalnya Tuan Pengerusi, boleh tidak kita lonjakkan lagi pengeluaran ini? Ini kerana demandnya bagus, permintaannya bagus. Hendak menembusi pasaran London bukan mudah. Sekarang ini mereka kekurangan modal, industri ini terlalu kecil, tetapi potensi boleh dibesarkan. Yang saya hendak minta betul-betul ialah tentang skill, kemahiran pekerja-pekerja yang membantu industri yang berasaskan buluh dan rotan ini. Adakah pihak kementerian mempunyai peruntukan dan latihan-latihan terhadap pekerja kita supaya lebih mahir, supaya membantu mereka mengembangkan industri ini? Saya juga hendak bertanya kepada kementerian, adakah peruntukan untuk menanam buluh pula?
Sekarang ini apabila permintaan tinggi, bahan mentah seperti rotan dan buluh ini saya fikir perlu ditanam. Tidak boleh lagi kita bergantung pada buluh-buluh liar di
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
kawasan hutan. Apakah kementerian ini mempunyai peruntukan untuk menjayakan penanaman buluh sebagaimana yang saya sebutkan tadi?
Sehubungan dengan itu Tuan Pengerusi, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, apa perbezaan antara MIDA dahulu dan MIDA sekarang yang telah pun diperbadankan? Ini kerana sekarang ini saya bersetuju dengan transformasi yang dibawa oleh kerajaan, sama ada dalam bidang menarik pelabur luar ke Malaysia atau pun kita hendak mempromosikan pelancong kita, ia mesti berorientasikan kepada business, maknanya berbicara sebagai seorang peniaga.
Tidak boleh lagi promosikan dengan cara biasa. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan mesti bercakap sebagai business. Saya bersetuju konsep ini sudah diubah tetapi penjelasan ini perlu diberi. Apa perbezaan MIDA dahulu dengan MIDA sekarang?
Akhir sekali saya hendak bertanya tentang apa hasil kejayaan perbincangan kementerian Yang Berhormat dengan pihak FELDA, di mana di Jempol mempunyai FELDA Jaya. FELDA Jaya ini ada dalam pelan pembangunan struktur yang dibuat dan diluluskan mempunyai kawasan industrinya, tetapi kita tahu ia hendak berdiri sendiri tidak boleh. Saya tahu bila MIDA menjual kawasan industri di luar negara, ia akan letakkan pakejnya, berapa harga satu kaki dan sebagainya. Akan tetapi, kalau selagi kita tidak bangunkan infrastruktur yang ada, kita tidak boleh buat pakej untuk menjual kawasan industri FELDA Jaya Jempol.
Akan tetapi keperluannya sangat tinggi, penduduknya ramai, peneroka kita pun ada skill dan kemahiran untuk bekerja, dan bilangan mereka juga besar yang boleh kita bantu supaya kawasan industri FELDA Jaya ini boleh menampung keperluan pekerjaan di kawasan Jempul pada masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi
Ya. Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sentuh B.24, Butiran 030100, ini maksud Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala dan juga 30500 iaitu Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Saya difahamkan bahawa MITI akan ke Eropah bulan hadapan untuk meneruskan perbincangan dengan EU berkenaan dengan satu FTA antara Malaysia dan EU. Saya rasa MITI, kementerian kita mesti waspada. Kita mesti memahami apakah hasrat negotiater dalam EU. Bukan tujuan utama mereka untuk membangunkan industri Malaysia. Bukan tujuan utama mereka untuk membantu rakyat di Malaysia. Tujuan utama mereka ialah untuk membantu kaum korporat di EU untuk mendapatkan peluang melabur di sini, untuk memperkembangkan untung mereka.
Antara syarat-syarat yang mereka kemukakan dalam FTA adalah satu klausa yang mengatakan expropriation, dengan izinnya expropriation clause.
Syarat ini ertinya ialah jika selepas kita tandatangani FTA ini, jika kita bawa apa- apa regulasi yang mengurangkan keuntungan investor daripada Eropah, dia boleh menghadapkan kerajaan kita ke mahkamah. Umpamanya di Chile, apabila Kementerian Kesihatan di Chile ingin mengarahkan Phillip Morris, satu syarikat pengeluar rokok untuk meletak gambar berkenaan dengan kanser paru-paru, kanser mulut yang boleh timbul kerana rokok, Philip Morris mendakwa Kerajaan Chile dalam klausa ini, expropriation clause, kalau buat ini, jualan rokok saya akan turun dan saya akan rugi. Oleh itu dia dakwa. So, they can do that. Kalau kita sign
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
klausa macam ini, ertinya kita melepaskan kedaulatan kita, kita punya sovereignty, kita punya kapasiti untuk meregulate.
Jadi ini adalah antara isu-isu yang akan dibincang di EU. So EU, mereka ini amat keras. Ia pushing this you know. Lagi satu yang mereka bawa ialah isu yang dikatakan national treatment. Dikatakan jika seorang pelabur asing datang ke Malaysia, dia mesti diberi taraf yang sama dengan syarikat-syarikat di Malaysia segala-galanya. Daripada investment, daripada beli tanah, daripada government procurement. Jika kita sign itu dan kita tidak beri dia peluang, dia boleh dakwa kita di mahkamah, mahkamah antarabangsa. Ini bukan kerajaan mereka. Syarikat itu boleh mendakwa kita. Jadi, walaupun saya tidak setuju dengan pemberian kontrak kepada kroni, saya ingat ada banyak kesilapan cara kita buat sekarang. Akan tetapi saya rasa kelonggaran itu kita mesti ada untuk kita hendak beri kontrak kepada satu kaum atau satu kumpulan yang ketinggalan. Umpamanya katakan Orang Asli ataupun kaum Kadazan ataupun kaum Iban ataupun kaum Kenyah, kita mahu bina kapasiti mereka dalam industri. Kita katakan kita hendak beri government procurement pada mereka untuk membolehkan mereka membina kapasiti mereka dalam beberapa bidang.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Ini akan menjadi satu kesalahan di bawah FTA, dikatakan you are giving preferential treatment. Saya mesti dapat national treatment and they can sue us.
Itulah ertinya dalam FTA ini. So, saya rasa jangan kita terburu-buru ke Eropah, pandai-pandai sign dengan mereka kerana ini semua ada legal ramification. Ada kesan legal. Jadi, saya rasa kita mesti waspada, ruang polisi kita tidak disekat. We do not give up our policy space. We are an independent country. Kita mesti ada ruang polisi untuk buat program kita dan jangan jual murah.
Saya rasa kita tidak perlu terima pendekatan EU terhadap perdagangan.
Untuk makluman, mereka berkiblat kepada mana? Keuntungan? Pada syarikat- syarikat besar gergasi di situ. Sebagai sebuah negara yang merdeka, kita boleh buat pilihan yang lain. Kita boleh mengatakan untuk kita, perdagangan antarabangsa adalah untuk membantu lapisan rakyat yang berpendapatan rendah.
Kita boleh mengatakan satu sebab atau polisi utama dalam perdagangan antarabangsa ialah untuk membina kapasiti kita. Untuk mencari pekerjaan bagi rakyat kita. So, saya rasa kita mesti berwaspada and do not rush into it.
Saya rasa ini pun kita – MITI perlu bincang secara yang meluas dengan NGO dan masyarakat sivil sebelum kita sign. Ini kerana ada banyak ramification dan implikasi yang buruk pada kita. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Machang. Jikalau selepas Yang berhormat Machang, kalau nanti ada masa atau minit lagi selepas Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Kota Melaka, then Yang Berhormat Menteri sedia untuk jawab. Sila.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Pengerusi, pada mengambil bahagian di peringkat Kementerian MITI ini. Saya mulakan dengan tajuk Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, ringkasnya SMIDEC. Tuan Pengerusi, SMIDEC menggalas tanggungjawab yang cukup besar untuk mewujudkan sebuah program peningkatan bagi PKS bumiputera yang digelar program peningkatan perniagaan bumiputera, melalui usaha sama dengan pelbagai agensi di bawah kerajaan negeri dan agensi lain seperti MARA, MARDI, MATRED, SIRIM, dan SME Bank.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Setelah tinjauan kita, sehingga akhir tahun 2009 sejumlah 311 buah syarikat telah mendapat manfaat daripada program ini, di mana 402 projek penambahbaikan telah diluluskan dengan geran RM33.3 juta. Saya petik laporan SMIDEC, muka surat 6 tahun 2009. Saya mohon Yang Berhormat Menteri sudi apa kiranya memaklumkan kepada Parlimen tentang progress ataupun kemajuan program peningkatan perniagaan bumiputera yang telah dijalankan. Khususnya apakah hasil setakat ini, selepas RM33.3 juta diperuntukkan pada tahun 2009?
Saya juga Tuan Pengerusi merujuk kepada laporan Tahunan SMIDEC muka surat 40 tahun 2009 ini, yang bercakap berkenaan dengan masalah ataupun istilahnya kegagalan pada Program Rantaian Industri (ILP). Dalam bahasa Inggeris laporan itu, saya petik. “Concentration of activity in assembly results in lower value added. While Malaysia has built up significant clusters in E&E, much of the activity is in relatively low value-added assembly rather than higher value- added activities such as component manufacturing or R&D. Even within Penang’s sophisticated semiconductor cluster, most of the activities are in assembly and testing rather than higher value wafer fabrication. As a result, the value added per worker of about RM70 thousand is comparable to China and only a fifth of that of Singapore. Ini saya petik singkatan dalam ETP ya, muka surat 359.
Hal yang saya minta untuk Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan ialah apakah faktor atau penyebab kepada Program Rantaian Industri ini kelihatan seperti tidak begitu berjaya? Ini kerana mengikut laporan Program Transformasi Ekonomi, kegiatan E&E di Malaysia hanya tertumpu di bahagian pemasangan ataupun assembly yang bernilai rendah. Bahagian kedua, Tuan Pengerusi, mengambil bahagian di bawah kementerian ini, saya merujuk kepada Butiran 040000 – Pembangunan Industri, muka surat 326 dalam buku Anggaran Perbelanjaan kita.
Tuan Pengerusi, selepas pelaksanaan cas sebanyak RM10,000 bagi setiap AP, sehingga 15 Oktober lalu, direkodkan sebanyak RM225.91 juta telah berjaya dikumpulkan. Ini juga menunjukkan lebih kurang 22,591 AP telah pun diberikan oleh kerajaan mengikut pengiraan konservatif. Kita mohon diperbetulkan oleh kementerian mengikut pengiraan konservatif kita. Setiap AP adalah bernilai RM25,000 mengikut harga pasaran. Mengenainya charge RM10,000 bagi setiap AP akan meninggalkan keuntungan RM15,000 kepada penerima AP tersebut mengikut harga pasaran.
Jika kerajaan menganugerahkan AP melalui proses ‘bidaan’ terbuka misalnya, 22,591 boleh sahaja memberikan hasil tambahan sebanyak RM339 juta kepada kerajaan sehingga 15 Oktober 2010. Akan tetapi kerana kita tidak menjalankan sistem ‘bidaan’ terbuka ini, kita mengalami kemerosotan hasil apakah rasional kerajaan? Saya mohon penjelasan kementerian untuk meneruskan malan sekarang, walhal ia terbukti mendatangkan pulangan yang lebih rendah berbanding jika sekiranya sistem ‘bidaan’ terbuka dibuat. Kalaupun sistem ‘bidaan’ ini terbuka ini tidak dapat diperimbangkan, apakah sebenarnya alasan munasabah yang kementerian boleh terangkan kepada kita dalam Dewan, bagi memberikan justifikasi terhadap sistem yang ada sekarang.
Kita berpendapat bahawa secara keseluruhannya sistem AP ini tidak akan memberikan manfaat kepada rakyat terbesar mahupun produktiviti sektor automotif di Malaysia. Saya memetik Profesor Datuk Dr. Mohamed Ariff dari MIER yang dipetik sebagai berkata, “Bahawa telah tiba masanya kerajaan berhenti melindungi industri automatif tempatan. Malaysia perlu membenarkan pembuat kereta luar mendirikan kilang mereka dalam negara ini.” Itu pandangan yang
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
penah diberikan oleh seorang pemikir ekonomi yang sering dimanfaatkan oleh kerajaan juga. Apakah reaksi kerajaan terhadap komen dan pandangan sebegini?
Akhirnya Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 040500 – Pembangunan Keusahawanan. Saya melihat dalam buku Anggaran Perbelanjaan ini, pembangunan keusahawanan ini objektifnya ialah menjadi pusat kecemerlangan pembangunan keusahawanan negara melalui latihan, bimbingan, jaringan dan pengembangan ke arah meningkatkan masyakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Hal yang ingin saya bangkitkan Tuan Pengerusi ialah, kita dapati pada tahun 2009, terdapat 34 usahawan yang mengikuti pameran perdagangan luar negara, 1,400 usahawan yang mengikuti pameran perdagangan domestik, sepuluh usahawan telah dilantik sebagai usahawan pemasaran yang turut terlibat dengan kerjasama GLC.
Soalannya ialah setakat manakah pencapaian usahawan-usahawan tersebut sejak tahun 2009, setelah terbabit dalam pameran perdagangan luar negara ataupun domestik ataupun secara lebih spesifik dan apakah status terkini 10 usahawan yang dilantik sebagai usahawan pemasaran? Bolehkah kita dimaklumkan tentang rekod pencapaiannya yang terlibat dalam kerjasama GLC.
Barangkali juga kementerian boleh mengadakan untuk kefahaman kita bersama kriteria yang diambil untuk menyenaraikan pendek usahawan-usahawan tersebut.
Apakah kerajaan masih mengamalkan winner picking dengan izin, untuk membangunkan usahawan terutamanya usahawan bumiputera.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Ini yang saya akhiri dengan meminta penjelasan Yang Berhormat Menteri, saya lihat dalam muka surat 328 ini di bawah Skim Pinjaman Mudah EKS, Peningkatan Kemahiran PKS dan Mikro Enterprise. Jumlah peruntukan kepada SME Corp. ialah RM78 juta. Antaranya peruntukan untuk program peningkatan kemahiran PKS – RM3 juta. Ini skim pinjaman mudah ya. Program Peningkatan PKS RM3 juta.
Hal yang ingin saya bangkitkan Tuan Pengerusi, bila kita semak dalam syarikat yang berdaftar dengan SSM sehingga Jun 2010, jumlah syarikat berdaftar ialah 905,539 yang masih aktif. Katakanlah 99% daripada perniagaan di Malaysia adalah PKS, jumlah PKS di Malaysia adalah lebih kurang 800 ribu ataupun 814,985 syarikat. Kalaulah RM3 juta diperuntukkan dalam program peningkatan kemahiran PKS ini, ini bermaksud setiap PKS hanya mendapat RM3.68 bagi tujuan meningkatkan kemahiran mereka.
Apakah angka ini munasabah dengan saiz yang begitu kecil. Saya tahu di sana sini bersepah dana dan skim pinjaman yang lain. Akan tetapi untuk tujuan peningkatan kemahiran PKS yang kita di bawah Butiran 00601, Butiran 00605, Butiran 00606 muka surat 328 itu memberikan justifikasi ini. Saya akhiri dengan memetik kaji selidik HSBC pada tahun 2010 menunjukkan ketika ini hanya 15% daripada PKS tempatan terbabit dalam perniagaan antarabangsa. Saya ingin tanya apakah langkah kerajaan meningkatkan pendedahan PKS kita dalam arena antarabangsa? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Saya janji Tawau tadi, selepas itu Kota Melaka.
Gombak punya turn belum?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Belum.
Tuan Pengerusi
Belum tadi Yang Berhormat. Telok Kemang baru cakap, tidak payahlah Gombak sama... sila-sila.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ringkas sahaja dengan rujukan kepada B.24, Butiran 040000 – Pembangunan Perindustrian. Saya bersetuju Malaysia harus memberi tumpuan kepada peningkatan pelaburan asing dan tempatan terhadap bidang teknologi hijau sebagai enjin pertumbuhan baru atau new engine growth dalam keadaan kejatuhan 81% FDI ia dari RM23.4 bilion dalam tahun 2008 kepada RM43 bilion tahun 2009. Peluang ini juga seharusnya diberikan kepada rakyat Sabah.
Tuan Pengerusi, masyarakat Sabah sangat gembira dengan pengumuman oleh Sun Bear Solar Ltd iaitu sebuah syarikat daripada Hong Kong yang merancang untuk melabur sebanyak RM5.2 bilion ke dalam kilang pembuatan solar panel di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) yang juga akan menyediakan lebih daripada seribu peluang pekerja kepada rakyat Sabah.
Ini adalah satu pelaburan yang terbesar untuk Sabah. Saya berharap kementerian akan membantu memberi special insentif untuk merealisasikan pelaburan ini kerana ia boleh membolehkan pemegang SME yang lain di Sabah.
Saya juga ingin bertanya apakah status terkini perkembangan projek ini? Adakah benar projek ini menghadapi kesukaran untuk mendapat bekalan gas daripada Petronas?
Sekiranya bekalan gas boleh disalurkan daripada Kimanis ke Bintulu ianya akan adalah amat tidak adil dan saksama sekiranya kilang tersebut dibawa keluar dari Sabah, sedangkan bekalan gas adalah dari Sabah. Saya mendesak kepada kementerian hendaklah membantu bagi memastikan FDI dapat dilaksanakan di Sabah bagi pembangunan ekonomi Sabah.
Oleh sebab dari laporan oleh World Bank atau Bank Dunia laporan 2010, Sabah adalah sebuah negeri yang termiskin di seluruh Malaysia. Dengan 10% populasi Malaysia akan tetapi mempunyai 40% kemiskinan. Dengan itu sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Sila Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin ambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya merujuk kepada P.24, Butiran 00505 – Program Pembangunan Kemahiran. Tuan Pengerusi, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri iaitu di antara program pembangunan kemahiran ini, bolehkah saya tahu tentang jenis latihan atau jenis program.
Jenis kemahiran yang akan diusahakan oleh program ini atau di kementerian ini. Adakah di Melaka ini ada sebarang program yang dianjurkan bersama dengan macam MISDEC atau persatuan atau pertubuhan swasta.
Apakah hasil dari program-program ini? Terdapat beberapa pekerja mahir yang dapat kita bekal kepada industri sebab kita sedia maklum bahawa kekurangan pekerja mahir memang amat ketara terutama dalam sektor pembuatan.
Adakah pihak kementerian ada berbincang dengan kementerian yang lain seperti Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Dalam Negeri tentang kekurangan atau sekatan pekerja mahir dari beberapa negara yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian yang lain. Satu lagi butiran yang saya ingin tanya iaitu tentang Butiran 00530 – Menaiktaraf dan Memperbaiki Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada. Di Melaka terdapat beberapa buah kawasan perindustrian, infrastruktur memang tidak memuaskan terutama tekanan elektrik dan juga tentang kemudahan asas yang lain.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Adakah dalam peruntukan ini di Melaka bolehkah saya tahu berapa projek akan dilaksanakan di Melaka dan untuk menaiktarafkan kawasan atau zon perindustrian yang sedia ada. Yang akhir tentang MATRADE. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri tentang projek MATRADE, Exhibition And Convention Centre yang dikatakan akan ada satu projek RM628 juta yang diserahkan kepada NAZA TTDI.
Bagaimana dengan tahap projek ini? Adakah – bilakah dia akan di mula pembinaan dan juga tarikh anggaran bila ia akan disiapkan bina?. Bagaimana dengan dikatakan tukar atau swapping dengan tanah 62.5 hektar? Adakah tanah itu sudah serah kepada NAZA TTDI? Dulu sebelum projek ini dimulakan atau selepas dia di siap bina baru kita serahkan tanah ini? Oleh kerana jika kita serah lebih awal sebelum projek itu di siap bina kemungkinan besar jika projek ini menghadapi masalah atau terbengkalai atau tidak dapat disiapkan dengan masa yang ditentukan, kemungkinan kementerian akan menghadapi masalah atau kerugian. Oleh sebab itu saya ingin tanya bagaimana dengan tahap projek ini.
Ketiga -tiga butiran ini sahaja yang saya ingin bangkitkan, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Sila, Yang Berhormat Gombak. Kalau you boleh siapkan dalam lima minit selepas itu saya beri kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Sebelah tengah hari, Ketua Pembangkang saya suruh dia cakap 10 minit.
Kemudian, Menteri terus gulung.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya cuba ringkaskan pernyataan saya pada tengah hari ini untuk bersama-sama terlibat dalam perbahasan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Saya ingin mengajak kementerian dan semua pihak untuk sama-sama meletakkan tanggungjawab kita untuk memastikan sebarang bentuk peruntukan ataupun perbelanjaan itu menurut keutamaan.
Untuk maksud itu, saya ingin merujuk kepada Kepala Bekalan 24, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan memberikan tumpuan kepada Butiran 100000 – One off dan juga Butiran 100300 di muka surat 325, di mana ianya mencatatkan Forbes Global CEO Conference 2011 telah menerima peruntukan sebanyak RM13,000,300. Sekiranya kita bandingkan peruntukan yang begini besar kepada Forbes dengan peruntukan yang diberikan kepada industri kecil dan sederhana (IKS) di bawah Kepala Bekalan 24, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Butiran 08000 muka surat 324 iaitu Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.
Di mana kerajaan telah mengurangkan sebanyak 3.5% peruntukan daripada RM27,288,300 pada tahun 2010 kepada RM26,346,300 pada tahun 2011. Persoalan yang ingin kita bangkitkan ialah di manakah keutamaan kerajaan pada hari ini untuk membantu industri kecil dan sederhana di dalam negara kita.
Kalau saya merujuk kepada data daripada Malaysian Industrial Development Finance Berhad ataupun (MIDF) terdapat lebih kurang 600,000 usahawan IKS di Malaysia yang menyumbang kepada 32% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK.
Daripada perangkaan ini, kita dapat menyaksikan betapa pentingnya sektor IKS disokong kerana ianya merupakan penjana penting bagi pertumbuhan
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
ekonomi negara. Walau bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan di awal tadi, conference yang dimaksudkan iaitu Forbes Global CEO Conference 2011 yang dihadiri oleh mungkin beberapa tokoh penting dalam bidang ekonomi dan usahawan yang perlu juga kita mendapatkan input daripada mereka selama tiga hari. Namun, mereka menerima peruntukan lebih separuh ataupun 50.5% daripada peruntukan tahunan yang diterima oleh perbadanan yang mengurus tadbir usahawan IKS seramai 600,000 usahawan kecil.
Nyata sekali kerajaan dilihat gagal untuk menjana kekuatan IKS ini dan menjamin kesejahteraan rakyat khususnya di kalangan usahawan IKS. Maka, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, mengapakah keutamaan untuk membantu sektor IKS ini telah dikurangkan? Kalau secara spesifiknya, saya telah membandingkan dengan satu peruntukan yang terlalu besar diberikan untuk satu conference yang bersidang hanya tiga hari sedangkan kita mempunyai 600,000 usahawan IKS di dalam negara kita yang masih memerlukan sokongan dan dokongan daripada kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Sila, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya cuma hendak mengambil bahagian dalam dua perkara sahaja. Pertama ialah tentang Butiran 030600 – Sekretariat PEMUDAH. Walaupun jumlah peruntukan diberikan tidak besar, tetapi saya ingin bertanya apakah fungsi sebenarnya PEMUDAH ini? Siapakah yang menganggotai PEMUDAH ini?
Ini kerana saya dimaklumkan sebelum ini pun pegawai-pegawai kerajaan yang cukup terlatih dapat mengendalikan kementerian ini dengan cukup efisien, cukup produktif. Akan tetapi, adakah dengan pewujudan PEMUDAH ini memudahkan kerja kita ataupun sekretariat ini hanyalah sekadar menjadi posmen kepada gerak kerja di MITI dan sekali gus menidakkan kepakaran pegawai- pegawai di MITI.
Ini kerana, saya yakin pegawai-pegawai MITI khususnya pegawai- pegawai yang telah pun senior dan berkhidmat lama mendapat pendedahan bukan sahaja di dalam negeri, tetapi juga luar negara mempunyai kepakaran yang hebat dan jitu. Jadi, soalan saya ialah apakah fungsi PEMUDAH, siapakah yang menganggotai PEMUDAH dan apakah sebenarnya peranan mereka di MITI?
Kedua Tuan Pengerusi ialah Butiran 070000 – MATRADE. Saya ingin tahu, sementara kita mempunyai pegawai-pegawai yang bergiat cergas di luar negara mempromosikan negara kita, saya ingin tahu adakah MATRADE juga membuka ruang untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar kita khususnya di luar negara mengetahui peranan MATRADE. Pengalaman saya bertugas di luar negara, MATRADE tidak meletakkan ini sebagai prioritas. MATRADE lebih tertentu memberikan masa dan juga wang ataupun peruntukan dalam membuat program-program yang melibatkan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan.
Akan tetapi, kita mempunyai ramai pelajar dan juga mereka ini boleh menjadi seolah-olah ambasador kita. Akan tetapi untuk mereka menjadi ambasador kita, malah menjadi marketers kita, mereka ini hendaklah didedahkan apakah peranan MATRADE di luar negara. Saya yakin pelajar-pelajar yang jumlahnya bukan sedikit, kalau kita laksanakan program-program ini, setahun sekalipun di seluruh negara, di seluruh dunia saya yakin pelajar-pelajar yang belajar di sana sama ada pelajar-pelajar di peringkat degree ataupun peringkat ijazah lanjutan dengan sekali gus mengetahui apakah peranan MATRADE.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Mereka juga boleh memberikan pandangan-pandangan dan juga menjadi ejen kepada apa-apa juga soalan yang akan ditanya oleh teman-teman mereka, sama ada di peringkat universiti ataupun semasa mereka bergaul dengan orang- orang bukan Malaysia tetapi orang yang berminat dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan di Malaysia.
Seterusnya Tuan Pengerusi ialah tentang Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana SME Corp - 080000, sudah pasti seperti yang banyak diucapkan oleh Ahli Parlimen yang lain, SME menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara. Malah, tengoklah semua negara maju di dunia ini mereka bermula dengan SME, kemudian melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi. Suka atau tidak suka, kita sebagai sebuah negara yang sedang membangun, masih membangun dan insya-Allah akan naik ke langkah yang lebih baik, yang lebih tinggi.
Akan tetapi kita tidak mesti meninggalkan SME terkapai-kapai dengan tidak memberikan bantuan yang secukupnya. Oleh sebab itu, saya yakin sekiranya kementerian memberikan fokus yang lebih dan apatah lagi dengan adanya peranan MATRADE ini, saya yakin sekiranya maklumat-maklumat yang cukup diberikan kepada pengusaha-pengusaha kita. Saya hendak tahu sama ada MATRADE setelah mempunyai maklumat yang cukup, memaklumkan khususnya kepada kerajaan-kerajaan negeri peluang-peluang perniagaan.
Saya dimaklumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani contohnya, ada beberapa permintaan yang cukup tinggi di luar negara khususnya di Timur Tengah seperti nangka Tuan Pengerusi, mentimun cina ataupun watermelon dan beberapa produk yang cukup dikehendaki. Akan tetapi negeri- negeri khususnya kerajaan negeri tidak tahu bahawa inilah permintaan-permintaan yang cukup tinggi di luar negara. Akhirnya, kita tidak fokuskan produk-produk kita kepada permintaan-permintaan yang ada.
Oleh sebab itu saya yakin sekiranya ini dapat dilakukan dan MATRADE dapat memaklumkan kepada kerajaan negeri, di samping kita membangunkan SME kita, saya yakin kita dapat melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih.
Majlis Mesyuarat bersidang semula [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, majlis Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 ptg.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh, selepas itu saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, B.100400 – Harta Modal & Kenderaan, muka surat 327. Ini isu yang berat kerana menunjukkan kegagalan sistem pengangkutan awam. Ini berkaitan dengan tugas kementerian kerana tidak menyediakan kenderaan awam yang boleh mengurangkan beban kepada rakyat kerana pinjaman kenderaan daripada hutang isi rumah ialah pada kadar 25.9%. Maknanya Malaysia merekodkan pembiayaan pinjaman untuk kenderaan paling tinggi di dunia. Saya mohon Menteri melihat faktor ini kerana beban ini berbeza umpamanya dengan Singapura di mana kadar hutang isi rumah untuk pinjaman kenderaan hanya 9%.
Mungkin ini bukan perbandingan yang selari saya faham tetapi ia harus juga mengingatkan kita bahawa perbezaan itu terlalu ketara dan ini ada kaitan dengan Dasar Automotif Negara dan juga kereta nasional. Kemudian ia juga berkaitan dengan isu kemudahan pembekalan bas dan kenderaan awam yang boleh mengurangkan kebergantungan rakyat terutama di bandar kepada kenderaan peribadi iaitu milik keluarga. Ini kerana sehingga 31 Ogos 2010, negara punyai 19.82 juta kenderaan berdaftar dan ini juga pasaran kenderaan penumpang paling tinggi di Asia Tenggara.
Kita juga faham tentang risikonya kerana aset ini, kenderaan ini nilainya akan mudah merosot dan beban kepada rakyat terutama dari segi hutang akan terus tinggi. Oleh sebab itu segala pengumuman berkaitan dengan Dasar Automotif Negara perlu didukung dengan tindakan lanjut yang lebih tegas supaya dapat mengurangkan beban hutang ini.
Kedua, B.070000 muka surat 326, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Ada beberapa Ahli Yang Berhormat telah pun bangkitkan isu berkaitan tetapi saya ingin secara khusus meminta Menteri menjelaskan hasil pencapaian 15 buah syarikat bumiputera sebelum dan selepas menyertai Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP).
Kalau kita rujuk laporan tahunan MATRADE 2009, nama syarikat, kaedah pemilihan syarikat, prestasi yang dicapai oleh syarikat, apakah pemilihan itu wajar? Apakah berkeupayaan untuk mengangkat syarikat-syarikat tersebut menyempurnakan tugas yang diamanahkan?
Hasil dan pencapaian sembilan syarikat dalam program Pembangunan Pengeksport Wanita dalam hubungan yang sama. Kemudian Geran Promosi Jenama, saya sambut langkah-langkah ini kerana langkah-langkah spesifik yang mampu membantu mengangkat keupayaan syarikat tempatan. Isu yang berkaitan ialah tentang kaedah pemilihan dan penilaian prestasi mereka kerana setiap syarikat itu akan mendapat geran. Umpamanya 20 syarikat yang diluluskan dalam Geran Promosi Jenama telah menerima geran RM33.8 juta. 2004/2009 - 89 syarikat menerima geran, RM151.8 juta di bawah BPG.
Akhirnya Tuan Pengerusi ialah tentang muka surat 326, 100200 – Program Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan. Ini mantera Menteri dan Timbalan Menteri untuk mengalih pandangan masyarakat dan mempertahankan kegagalan Malaysia menarik pelaburan asing ialah dengan menunjukkan bahawa kegagalan Malaysia menarik pelabur asing adalah kerana berita negatif yang diterima dari luar di luar negara sama ada dari tokoh-tokoh pembangkang dan juga baru-baru ini ada amaran dari Timbalan Menteri Luar, akan pantau maknanya hendak hantar special branch ke luar negara hendak pantau kenyataan. Ini kenyataan paling hambar yang kita boleh dengar, sikap yang hendak memperbodohkan rakyat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jadi ada jawapan dari rakan-rakan kita di luar negara. Orang tanya mengenai akta yang menekan rakyat, rasuah yang berpuluh bilion. Hendak suruh kita jawab apa? Kalau saya ditanya di Bombay, “Bagaimana pandangan saudara tentang tindakan Kerajaan Negeri Selangor dulu merobohkan kuil Hindu?” Saya hendak jawab apa? ”Itu kita sedang kaji”. Itu jawapan Menteri, jawapan saya, kita sebagai orang Islam tidak boleh terima cara menghina mana-mana agama untuk merobohkan mana-mana kuil kerana jawapan begitu akan membantu juga kedudukan umat Islam di India. Akan tetapi kalau kita jawab pertahankan tindakan merobohkan kuil di sini, bagaimana kita hendak pertahankan, membela nasib umat Islam di India yang merupakan minoriti di India. Jadi jawapan kita itu mestilah morally consistent.
Kita yang bawa hal ini dan jawapan daripada rakan-rakan kita, rakyat Malaysia di luar negara saya ingat cukup untuk menyanggah cara cetek untuk mempertahankan rasuah dan kelemahan pimpinan UMNO dan kerajaan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kita sudah bawa di sini umpamanya – faktanya. Apakah faktanya?
Faktanya ialah laporan terbaru World Investment Report 2010. Walaupun Menteri ada beri penjelasan – kita terima sebahagian penjelasan dalam konteks yang diberikan, tetapi di kalangan negara Asean, Malaysia mengalami negative inflow dan ini merupakan isu yang memprihatinkan kita. Kekhuatiran kita ialah trend ini kalau tidak diperbaiki, akan menjejaskan program pembangunan negara keseluruhannya.
FDI merosot 81% daripada RM23.4 bilion pada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada tahun 2009. Kita banding ini dengan Thailand yang mencatat RM19.01 bilion, manakala Indonesia RM19.08 bilion. Malaysia hanya RM4.43.
Jadi perbezaannya itu terlalu ketara. Ini juga angka dan data kemasukan FDI paling rendah sejak 20 tahun lalu selain tahun 2001, di mana negara mencatat kemasukan FDI sebanyak RM1.54 bilion. Ya, kerajaan boleh menyebut kita mengatasi Myanmar dan Timor Leste dan saya ucap tahniah. Cuma, tidak cukup dengan keadaan yang sedemikian.
Jadi yang kita minta daripada kementerian, selain daripada janji dan kenyataan keyakinan tentang keupayaan menarik, harus juga memberikan gambaran yang cukup realistik dengan usaha MATRADE ialah bagaimana kita dapat menjamin bahawa peningkatan lebih meyakinkan untuk tahun-tahun akan datang? Ini kerana pengaliran masuk ada kaitan juga tentang kemerosotan sebenar dan pengaliran keluar FDI yang berkaitan dengan isu governance, isu rasuah, isu kelemahan urus tadbir dan yang lebih penting, crisis of confidence dan kewibawaan dalam sistem.
Dalam kesempatan yang lalu Tuan Pengerusi, saya telah menyebut tentang contoh kecil sahaja iaitu badan kehakiman. Oleh kerana tidak ada keyakinan, maka kes yang melibatkan syarikat perniagaan hampir – jumlah yang cukup besar perjanjian yang dibuat untuk menyerahkan kepada badan kehakiman Singapura dan Hong Kong. Walhal, pelaburannya berada di sini. Apa alasannya?
Alasannya ialah tidak yakin dengan sistem kehakiman. Ruginya apa? Ratusan juta ringgit. Bukan sahaja peguam, tetapi juga negara.
Oleh yang demikian, saya pohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri supaya melihat hal-hal yang dibangkitkan secara yang objektif dan tidak menggunakan sekadar menyerang – semua ini disebabkan kenyataan kami di luar negara.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kalau benarlah dakwaan itu – sebenarnya dakwaan itu hambar, menunjukkan betapa ceteknya pemikiran Timbalan Menteri. Akan tetapi kalau benar, selayaknya Barisan Pakatan Rakyatlah yang harus pimpin sebab kita sebut, jangan labur, dia tidak labur, mari melabur, dia terus melabur. Jadi yang pertahan buat apa kalau betul dia dengar kami dan dia tidak dengar pimpinan kerajaan ini? Akan tetapi saya tidak fikir begitu, sebab siapa pun pemimpin, orang akan nilai dari segi dasar, dari segi kecekapan dan dari segi keupayaan kita melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan baik. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah banyak memberi pandangan. Ada yang bernas, ada cerita lama, ada cerita baru, ada dakwaan tidak berasas, ada juga dakwaan fitnah-fitnah – jadi semuanya macam-macamlah. Walau bagaimanapun, terima kasih. Secara umumnya, banyak pandangan baik yang telah diberikan dan saya amat menghargai pandangan-pandangan dan saya mengambil berat segala pandangan daripada Yang Berhormat Parit Salak kah atau Ketua Pembangkang dan insya- Allah, mana yang perlu kita akan mengambil tindakan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
[Keluar Dewan]
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Saya hendak beri penghormatan kepada Ketua Pembangkang dengan menjawab persoalan yang dibangkitkan sekarang. Kalau tidak mahu dengar, tidak apa. Yang Berhormat Lembah Pantai pun tidak ada juga. Kalau ikut logik Ketua Pembangkang, tahun lepas kita punya – betul. Saya sudah kata dalam Dewan ini, kita tidak pernah menafikan, we are not in the state of denial. Kita tidak menafikan fakta itu fakta. Faktanya ialah mengikut World Investment Report tahun lepas, net FDI inflow ialah USD1.3 bilion.
Itu betul, kita tidak menafikannya. Itu sepanjang tahun lepas.
Kalau ikut logik Ketua Pembangkang, tahun lepas dengan rasuah dan macam-macam yang tidak betul – crisis of confidence – maka saya maklumkan di Dewan yang mulia ini dan Ketua Pembangkang yang tidak ada dalam Dewan, pada enam bulan pertama tahun ini, FDI inflow lebih USD3 bilion. [Tepuk] The whole of last year slow dengan USD1.3 bilion – kecil betul. Kita tidak pertikai angka. Tahun ini, enam bulan pertama, lebih USD3 bilion. Maka kalau ikut logik Ketua Pembangkang, kerajaan Barisan Nasional hari ini telah mendapat keyakinan penuh daripada rakyat kerana sudah bertambah. Batu Sapi menang, Galas menang. Itu kalau ikut logik Ketua Pembangkanglah. Jadi saya hendak maklumkan di sini bahawa janganlah kita main-mainlah dengan angka-angka ini.
Banyak kali saya kata dalam Dewan ini – itu cerita lama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh.
Yang pertama, saya hendak tegaskan, kerajaan tidak pernah menafikan fakta statistik. Kita mengakui ada kelemahan. Itu sebabnya kita adakan Economic Transformation Program. Kita berada dalam keadaan yang amat mencabar. Itu sebabnya kita laksanakan langkah-langkah untuk mentransformasikan ekonomi.
Saya maklumkan juga, PEMANDU baru-baru ini telah menulis surat kepada lebih 5,000 buah syarikat dalam negara. PEMANDU bertanya mereka, apa rancangan pelaburan anda untuk tahun 2011? PEMANDU telah mendapat jawapan daripada
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
lebih 1,000 syarikat. 5,000 syarikat diberi surat, 1,000 jawab dan 20% jawapan mereka, mereka akan melabur RM40 bilion tahun depan. Jadi, ini satu lagi tanda.
Saya hendak maklumkan di sini bahawa kita tidak pernah menyatakan bahawa masalah pelaburan ini 100% dikaitkan dengan dakyah pembangkang di luar negara. Tidak pernah kata begitu. Akan tetapi kita kata, akan membantu negara kita jika pembangkang lebih bertanggungjawab. [Disampuk] Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Indera Mahkota kata dia hendak promosi negara. Yang Berhormat Indera Mahkota bagus. Dia bercakap semalam penuh tertib. Dia kata kita semua bertanggungjawab untuk mempromosi negara, kita bercakap tentang positif – Yang Berhormat Sungai Petani pun bagus juga. Terima kasih banyak ya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Jadi apa pun, kita kena objektif. Ya betul, memang persepsi corruption index – betul, kita tidak menafikan ini semua.
Kita mengakui ada kelemahan. Itu sebabnya kita sedang mengambil langkah transformasi kerajaan dan juga ekonomi supaya negara kita akan keluar daripada kemelut ini. Kemelut yang kita panggil middle income trap. Kita hendak jadi sebuah negara yang hebat seperti negara-negara lain. Itu sebabnya beberapa langkah telah pun diambil dan tanda-tanda sudah pun kembali. Macam saya kata tadi, enam bulan pertama tahun ini, melebihi dua kali ganda daripada seluruh tahun lepas. Jadi kalau alasan tadi diterima, maka keyakinan sudah kembali pulih.
Alhamdulillah, negara kita telah mendapat perhatian daripada negara-negara asing. Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Untuk permulaan ini, saya tertarik apabila Yang Berhormat Menteri beritahu 1,000 syarikat swasta dalam negara memberi komitmen untuk melabur, mengisi DDI sebanyak RM40 bilion. Baru sekejap tadi Yang Berhormat Menteri sebutkan. Saya berharap RM40 bilion ini menimbulkan satu keyakinan baru kepada seluruh pasaran dalaman. Tidak apa, saya tidak membantah perkara ini, cuma hendak tanya. Saya khuatir kita terlajak memberitahu angka RM40 bilion yang diberi komitmen daripada syarikat swasta.
Saya tidak pernah dengar lagi ada kaedah mengikat syarikat swasta dengan komitmen yang diberi setakat memberi jawapan untuk sanggup melabur. Apakah Yang Berhormat Menteri hendak katakan ikatan RM40 bilion ini guarantee, kerana ini boleh mislead pasaran keseluruhannya? Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Terima kasih atas ingatan tersebut.
Yang Berhormat Indera Mahkota, saya setujulah yang penting adalah pelaksanaan. Kena ada pemantauan insya-Allah kita ambil perhatian pandangan baik Yang Berhormat Indera Mahkota, adalah penting kita pastikan. Ini cadangan, cadangan untuk tahun hadapan, tahun hadapan belum sampai lagi, hari ini baru 25 November. Jadi kita tulis kepada mereka, apa cadangan anda tahun hadapan?
Cadangan memang kadang-kadang kurang, lebih pun ada tetapi yang pentingnya saya maklumkan 1,000 syarikat baru menjawab, RM40 bilion ini kata mereka, mereka akan melabur. Insya-Allah kita ambil pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota, kita akan pantau perkara ini.
Kembali saya kepada Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Lembah Pantai berkenaan dengan FDI ini. Pertamanya negatif outflow disebutkan tadi, ia berkaitan dengan syarikat-syarikat Malaysia yang melabur di luar negara.
Syarikat-syarikat seperti beberapa buah bank kita CIMB, Maybank, syarikat- syarikat seperti Sime Darby dan syarikat-syarikat Petronas. Apa yang berlaku
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
dalam tempoh 10 tahun yang lalu, syarikat-syarikat Malaysia telah mula melabur di luar negara. Petronas umpamanya. Bayangkan apa akan berlaku kepada Petronas, sekiranya Petronas menumpukan seluruh sumbernya dalam negara.
Pertama, kita tidak cukup sumber, tidak melabur di Sudan, tidak ada konsesi di Iraq, China dan lain-lain. Lebih 30 buah negara.
Jadi ini antara pelaburan yang telah menyebabkan aliran keluar daripada negara kita Malaysia. Begitu jugalah Khazanah Nasional Berhad melabur di India, beberapa tempat. Jadi kita harus berbangga dengan keadaan ini. Bukan satu perkara yang harus kita kecewa, kita hentam kerajaan. Patut Ketua Pembangkang bangun di sini, tahniah Petronas, tahniah syarikat Malaysia. Walaupun wang keluar tetapi masuk balik. Kalau kita tengok kepada pendapatan Petronas, kira- kira 50% pendapatan Petronas ini daripada luar negara. Kalau Petronas berdiam diri, tidak ke luar negara maka hari ini kita tidak dapat manfaat daripada 50% pendapatan Petronas, yang diperolehi daripada luar negara.
Dalam dunia globalisasi kita tidak boleh duduk seperti katak di bawah tempurung Ketua Pembangkang. [Disampuk] Kita harus mempunyai sikap terbuka, globalisasi dan yang penting juga, ini adalah satu fenomena sementara. Apa yang akan berlaku dan Bank Negara telah membentangkan kepada kerajaan dua bulan lalu, satu kajian menyatakan bahawa hasil daripada pelaburan ini sudah pun mula masuk ke Petronas, Sime Darby, Bank CIMB, Maybank dan Public Bank di Laos.
Sekarang ini Presiden Laos berada di Malaysia. Tengah hari tadi Presiden Laos diraikan oleh Public Bank. Kenapa? Public Bank ada pelaburan di Laos umpamanya.
Ini sudah pun mula bawa masuk pendapatan ke negara kita. Jadi jangka pendek mungkin keluar tetapi mengikut Bank Negara, ini kajian Bank Negara, sebuah tajaan yang profesional menyatakan bahawa dalam dua tiga tahun lagi, insya-Allah pelaburan yang mengalir ini, outflow tadi akan bawa masuk seperti mana Petronas, sudah pun terbukti kepada kita. Jadi janganlah pergi ke kampung menabur fitnah, crisis of confident, tidak ada keyakinan, rasuah macam-macam dan tidak ada keyakinan, maka lari semua. Macam kalau ikut logik tersebut, enam bulan pertama sudah dua kali ganda itu sebabnya menang Batu Sapi dan Galas.
Ikut logik Ketua Pembangkanglah. Itu pembetulan mengenai outflow dengan inflow.
Satu lagi Tuan Pengerusi kita tidak menafikan bahawa gaji di Malaysia.
Saya banyak berjumpa, kita ada pertemuan dengan syarikat-syarikat Jepun pagi tadi. Mereka, antara pertimbangan utamanya ialah gaji, kos buruh ini. Di China sudah naik sudah macam di Malaysia juga. Dia pun, syarikat Jepun di China sudah pun menggelabah, sudah hendak cari tempat lain. Jadi saya bukan hendak mempertahankan angka yang rendah tadi tetapi saya hendak memberi jawapan kepada tohmahan ataupun pandangan pembangkang tadi. Kenapa pelaburan di Malaysia, Indonesia itu tinggi dan juga Vietnam. Antara lainnya kerana negara- negara ini gajinya rendah.
Saya jumpa sebuah syarikat Malaysia, syarikat Malaysia melabur daripada Sungai Petani. Yang Berhormat Sungai Petani ada sini, mungkin beliau kenal syarikat ini. Dia buat lilin. Dia pergi Sungai Petani, dia pergi ke Vietnam buka kilang. Saya tanya pasal apa? Gaji di sana cuma RM200 sebulan, syarikat Malaysia, Sungai Petani gaji RM1,000. Gaji RM1,000 Sungai Petani, di Vietnam RM200. Maka syarikat Malaysia pergi ke sana, perniagaan begitulah. Dia tengok untung ruginya.
Jadi oleh kerana gaji di beberapa buah negara ini rendah, ini juga merupakan daya tarikan. Jadi apa yang Malaysia buat hari ini ialah untuk melihat
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
bukan sahaja gaji tetapi the whole infrastructure. Tengok dari segi regulation nya dan kerenah birokrasinya, tadi disebut PEMUDAH umpamanya. Kita lihat pada semuanya dan pada kestabilan politiknya, itu sebabnya kita harap pembangkang akan mengeluarkan pandangan-pandangan yang konstruktif, yang membina supaya dapat sama-sama membantu negara kita.
Jadi dua, yang pertama saya bagi penjelasan tadi mengenai net outflow sudah pun mula masuk, yang keduanya antara sebab kenapa syarikat melabur di negara seperti Vietnam dan Indonesia adalah kerana gaji yang jauh lebih rendah.
Macam Vietnam RM200 sebulan berbanding Sungai Petani RM1,000. Maka syarikat Sungai Petani buat lilin, 10 tahun lalu sudah pergi ke Vietnam. Itu realiti dunia tanpa sempadan, kita mesti terima.
Akhir sekali yang perlu kita buat ialah pastikan negara kita ini kompetitif.
Kompetitif ini infrastruktur. Tadi pembangkang sebut tentang kenderaan umpamanya. Betul hari ini pinjaman kenderaan tinggi, tidak bawah bidang saya tetapi bawah bidang Kementerian Kewangan. Akan tetapi apa yang kita hendak buat dalam economic transformation ini ialah untuk melabur banyak lagi dalam infrastruktur bandar di Kuala Lumpur ini. Supaya penggunaan private transport ini berkurangan, jadi kita kena labur dalam LRT dan lain-lain.
Jadi ini akan mengurangkan insya-Allah penggunaan kereta swasta dan akhir sekali mungkin akan mengurangkan beban yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi. Itu berkaitan dengan pelaburan, saya kira telah sudah jawab.
Jawab banyak kali sudah, saya berjawab sendiri sudah. Saya dalam Dewan ini, jawab soalan hari ini. Hari ini saya harap berhentilah cakap. Kalau ikut logik tadi, enam bulan pertama naik dua kali ganda maka keyakinan bertambah. Jadi itulah jawapan saya.
Yang Berhormat Kuching sebut, dia tanya macam mana kita kira angka ini. Jadi yang World Investment Report itu berdasarkan actual inflow and outflow.
Berdasarkan kepada imbangan pembayaran atau balance of payment yang duit sebenarnya masuk. Itu yang diukur oleh Bank Negara. Oleh itu angka yang disebut oleh Yang Berhormat berbeza. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat RM5 bilion, Tokoyama itu umpamanya adalah cadangan. Cadangan kadang- kadang dua tahun, tiga tahun, empat tahun. Dia bukan sekali gus tetapi dalam World Investment Report ialah angka sebenarnya. Angka sebenarnya yang masuk dalam negara berdasarkan imbangan pembayaran seperti yang diukur oleh Bank Negara.
Akan tetapi angka yang dikeluarkan oleh MIDA ialah cadangan, saya hendak bagi penerangan kepada Yang Berhormat ini. Macam-macam angka ada, yang dikeluarkan oleh MIDA setiap bulan ialah cadangan pelaburan yang diluluskan, cadangan yang diluluskan. Akan tetapi Bank Negara ialah yang sebenarnya.
Kita buat kajian setakat 10 tahun yang lalu 80% cadangan ini. Nampak sini sedikit Yang Berhormat Kuching, 80% cadangan diterjemahkan kepada realiti.
Maknanya yang dicadangkan itu sebenarnya berlaku, yang mana Yang Berhormat Indera Mahkota minta supaya kita pantau ini, memang kita pantau dan kita buat MIDA, itu tugas MIDA untuk pantau dan kebanyakannya dilaksanakan. Jadi itu sebagai penjelasan kepada Yang Berhormat. Angka perbezaan antara World Investment Report dengan angka MIDA, Tokoyama yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Kuching.
Jadi Ahli Yang Berhormat, saya sekarang akan menjawab beberapa perkara khusus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin. Terima kasih Yang
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Berhormat Jasin, amat komprehensif sebenarnya. Apa yang disentuh oleh semua Yang Berhormat, Yang Berhormat Jasin sebut belaka. Yang Berhormat Jasin berucap yang pertama semalam, dia meliputi semua sekali jadi banyak membantu saya. Jadi saya jawab untuk Yang Berhormat Jasin ini, mungkin jawab semua sekalilah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Pertama Yang Berhormat Jasin bangkitkan tentang peruntukan dipertikaikan tahun ini, tahun 2011 cuma RM665 bilion sahaja banyak kurang, tahun lepas banyak. Kenapa? Adakah ini akan membolehkan MITI dan MIDA menjalankan peranan dengan sempurna. Saya hendak bagi jaminan bahawa insya-Allah dengan peruntukan yang disediakan ini kita akan dapat menjalankan tugas sebaik mungkin. Apa yang berlaku tahun ini, peningkatan ketara tahun ini adalah kerana ada beberapa peruntukan baki daripada RMKe-9. Ada juga peruntukan RMKe-9 berkaitan rangsangan ekonomi.
Ada beberapa tujuan khas disediakan peruntukan untuk tempoh RMK-9.
Itu sebabnya RMKe-9 nampak lebih jauh lebih tinggi daripada RMKe-10. Lagi pun RMKe-10 ini seperti sedia maklum, rolling plan 2011, dua tahun sahaja. Di mana RM2.2 bilion diperuntukkan jadi untuk tahun hadapan RM665 bilion dan tahun 2012, insya-Allah kita akan dapat bakinya iaitu RM1.3 bilion.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Jadi saya nak beri jaminan kepada YB Jasin bahawa insya-Allah kita akan dapat pastikan peruntukan yang disediakan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menarik pelabur.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Minta laluan Yang Berhormat Menteri. Datuk Pengerusi, Terima kasih. Yang Berhormat Menteri terima kasih atas laluan. Saya sempat mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi fasal capital outflow, walaupun agak terkebelakang sedikit Yang Berhormat Menteri, saya minta maaf.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri, memberikan lebih kefahaman kepada saya. Hujah Yang Berhormat Menteri tadi ialah capital outflow berlaku kerana sekarang ini, banyak syarikat-syarikat besar daripada negara kita melabur di luar. PETRONAS, syarikat-syarikat GLC dan sebagainya, dan kita patut berbangga. Kerana itu berlaku capital outflow dan sekarang sudah mula memberikan pulangan balik sekarang ini .
Yang agak saya kurang faham, Yang Berhormat Menteri ya, ialah PETRONAS misalnya, sejak kepimpinan baru mengambil alih daripada kepimpinan lama. Bila Tan Sri Hassan beredar diganti oleh kepimpinan baru, PETRONAS melakukan satu shift dari segi polisinya.
Kalau dulu tumpuan perbelanjaan PETRONAS melakukan explorasi cari gali adalah di luar negara tapi sekarang sudah berubah tumpuannya ialah ke dalam. Saya baca dalam laman web PETRONAS, itu perbezaan polisinya.
Soal PETRONAS melabur di luar bukan cerita baru. Polisi ini sejak tahun 1991 lagi. Kalau tahun 2000 PETRONAS meneroka di Sudan dan di Chad .
Waktu expolarasi PETRONAS ini lebih tertumpu ke luar, maknanya atas premis atau rasional Yang Berhormat Menteri bagi tadi sudah pun berlaku capital out flow.
Logiknya begitu. Logiknya begitu tetapi sekarang polisi PETRONAS sudah pun melihat ke dalam, mengurangkan explorasi ke luar di bawah kepimpinan baru.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Apakah boleh kita gunakan bahawa capital outflow yang berpunca daripada PETRONAS ini turut disumbangkan oleh PETRONAS mencari atau melabur di luar negara ketika sudah berlaku perubahan polisi ini. Itu saya mohon Yang Berhormat Menteri fahamkan sedikit saya berkenaan dengan perkara ini.
Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah, apa pula pandangan Yang Berhormat Menteri, beberapa syarikat yang besar di negara kita Yang Berhormat Menteri, yang telah memperolehi hasil daripada iklim politik ekonomi yang kondusif, polisi kerajaan yang sangat merangsang sokongan perniagaan ini dan mengaut keuntungan berbilion-bilion. Akan tetapi kemudiannya memilih untuk melabur di luar. Tidak jauh, di Singapura misalnya. Mereka sit dalam cushion cash yang begitu mewah tetapi bagi meneruskan pelaburan, meneroka sektor baru, mereka memilih negara jiran. Dan itu juga menyumbang kepada capital outflow dalam negara kita.
Jadi bagaimana kita hendak imbangkan, perkembangan ini, dengan rasional yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Yang pertama kita berada di dalam suasana yang semakin global. Capital flows dengan bebas daripada negara- negara akhirnya kebimbangan tentang short term capitalflows oleh kerana berlaku di Ireland, di Greece dan beberapa negara Eropah, maka wang panas ini mengalir ke Korea. Di Thailand sudahpun ada beberapa sekatan dikenakan.
Global. Itu kita kena faham bahawa kita tidak boleh sekat. Ada had-hadnya boleh kita sekat tetapi tidak boleh sekat sepenuhnya. Kalau sekat pun kadang-kadang dia akan pergi ke bawah tanah. Itu yang pertama harus kita faham.
Yang keduanya, berkaitan dengan PETRONAS tadi memang, dengan izin it’s public knowledge, menjadi pengetahuan awam bahawa ada sedikit perubahan dalam dasar tetapi ini bukan bermakna dia nak wind down, nak berhenti konsesi minyak yang terdapat di Iraq, Majnun umpamanya, di Sudan. Tak ada, akan diteruskan.
Cara Yang Berhormat berhujah tadi mungkin Yang Berhormat berpandangan bahawa dasar lama nak berhenti, nak tutup semua. tutup semua syarikat-syarikat. Tidak begitu. Ia merupakan satu fokus perubahan dalam keutamaan sahaja. Ia akan diteruskan pada pandangan kami. Apa yang berlaku ialah lebih fokus akan diberikan kepada pelaburan dalam negeri.
Kerana dalam ETP ini, Yang Berhomat baca buku, 72% adalah dalam negeri, domestic investment 28% pelaburan luar, Jadi fokus dalam ETP 10 tahun akan datang lebih kepada domestic investment. Itulah barangkali, kita tidak campur urusan PETRONAS barangkali sebabnya kenapa selari dengan fokus dalam ETP, PETRONAS mengubah sedikit. Bukan tutup terus di seluruh dunia tetapi ubah sedikit maknanya tumpu lebih.
Dan salah satu daripada lab, 12 lab ialah Oil and Gas dan Oil and Gas ini untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau, di kawasan kita ini untuk membangunkan industri Oil and Gas. Jadi oleh kerana PETRONAS merupakan sebuah syarikat yang ternama di dunia, maka adalah janggal sekiranya kerajaan memberi tumpuan kepada domestic investment, syarikat kita PETRONAS tidak mengubah haluannya. Itulah barangkali sebab kenapa Lembaga Pengarah PETRONAS membuat keputusan untuk mengubah pendekatan, tetapi bukan bermakna nak tutup semua, maknanya income yang akan mengalir daripada luar negara akan terus menyumbang kepada pendapatan PETRONAS.
Berkaitan dengan Singapura dan lain-lain itu juga, saya tahu apa dalam kepala Yang Berhormat. Ini juga satu keadaan tidak boleh kita sekat. Jadi
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
akhirnya penting ialah kita kena wujudkan persekitaran yang baik, yang mantap.
Kita kena jadikan negara kita lebih menarik untuk pelaburan. Bagaimana? Kita tubuhkan PEMUDAH. Kita kurangkan karenah birokrasi, ada persoalan Yang Berhormat mengenai karenah birokrasi. Kita tingkatkan lagi imej negara kita, persepsi tentang negara kita. Promosi kita lakukan. Beberapa seminar pelaburan kita lakukan.
Jadi yang penting kita menghadapi saingan yang hebat. Yang penting kita kena cari niche untuk negara kita dengan apa bezanya Malaysia dengan Vietnam? Apa bezanya Malaysia dengan China. Adakah intellectual property protection kita lebih baik dari negara lain? Apakah sistem perundangan kita lebih baik?
Inilah yang sedang dibuat oleh Perdana Menteri hari ini. Transformasi kerajaan, transformasi ekonomi supaya the total eco system ini menjadikan Malaysia lebih menarik. Itu yang kita buat.
Jadi oleh kerana dunia begitu global, kalau kita tidak buat perubahan transformasi, maka kita akan tertinggal di belakang. Jadi kerajaan mengakui ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi dan tindakan sedang telah diambil, telah diambil, sudah mula diambil, dan hasilnya sudah pun mula seperti sedia maklum bila Perdana Menteri melancarkan ETP 3 minggu lalu apa dipanggil 9 live deals, beberapa pelaburan dalam sektor electrical electronic yang mana saya menjadi Pengerusinya. Umpamanya satu foundry, foundry di Kulim akan ditubuhkan sebuah wafer. Satu lagi wafer, kita ada wafer di Kulim. Satu lagi wafer akan ditubuhkan.
Ini adalah salah satu daripada hasil konkrit yang diperolehi daripada perubahan-perubahan transformasi yang dibuat oleh kerajaan ETP dan GTP dan jadi, saya nak maklumkan Yang Berhormat sabarlah. Saya cukup yakin dengan perubahan-perubahan transformasi yang dibuat oleh kerajaan, maka iklim pelaburan sudah bertambah baik, dan ini penting dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini kalau kita tidak buat apa-apa perubahan, maka kita akan tertinggal di belakang. Kembali saya kepada Yang Berhormat Jasin tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Indera Mahkota bangun tadi.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Saya ada banyak ni, lepas ini kena kurang-kurangkan ya?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Datuk Pengerusi, saya tertarik tentang persoalan wang panas yang kebetulan hari ini diberi pendedahan melalui media agak besar dan menarik perhatian hampir separuh daripada isu global pada hari ini kerana Malaysia dikaitkan dengan pangkalan atau pun stock centre untuk beberapa aktiviti yang dilihat tidak baik seperti pembiayaan keganasan dan juga pelacuran dan sebagainya. Jadi agak attractive jugaklah nampaknya isu wang panas ini dan kebetulan Yang Berhormat Menteri membangkitkan, saya minta izin untuk bertanya lebih detail. Oleh kerana Timbalan Menteri muncul di televisyen juga kebetulan hari ini dan beberapa hari lepas ada isu wang panas disebutkan oleh pihak Menteri sendiri.
Berapakah anggaran atau pun dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri wang panas ini melalui kedudukan Malaysia sebagai strategiknya untuk facilitate dengan izin aktiviti-aktiviti perdagangan ataupun kewangan luar pesisir.
Semalam saya bangkitkan, kita telah membaiki dan meminda undang-undang ini untuk memperkukuhkan Labuan sebagai pusat atau hab kewangan luar pesisir.
Jadi saya hendak tahu secara ringkas, agak-agak berapakah anggaran Yang Berhormat Menteri tentang nilai wang panas ini yang melalui atau digunakan
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Malaysia sebagai hab untuk perdagangan ini. Dan sudah tentu kita ada rancangan untuk memberhentikan atau memerhatikan aktiviti ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya yakin antara tujuan kita, matlamat kita untuk membaiki kedudukan kejatuhan FDI kita untuk mengelakkan daripada kita juga akan terjerat sama untuk dilihat sebagai hab juga untuk menerima pelaburan dari segi wang-wang panas yang klasifikasi yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri itu. Apakah langkah kita pula untuk melihat tidak berlaku dan dikaitkan dengan aktiviti ini. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya sambung sedikit Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Pengerusi, ini di luar bidang...
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Tugas MITI, boleh rujuk kepada Kementerian Kewangan dan Tuan Pengerusi tidak benarkan saya jawab, cuma hendak bagi penerangan sedikit. Dua jenislah. Yang Berhormat tadi mula dengan dua jenis, satu wang haram satu wang panas. Yang pelacuran itu haram. Dia dua jenis. Yang panas tadi dia masuk keluar oleh kerana ada interest differential dan lain-lain. Jadi sekadar untuk penjelasan. Dia ada dua jenis. Panas dan haram.
Jadi bukan bidang saya, saya teruskan.
Seterusnya Yang Berhormat Jasin juga membangkitkan tentang PKS pembiayaan..
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin bangun.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya hendak cakap pasal wang panas juga tapi tidak panas. Akan tetapi tidak panas, wang panas. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota yang menyebut tentang wang panas. Saya hendak sebut di sini tentang kenaikan harga rumah yang cukup mendadak pada ketika ini kerana wujudnya wang panas di mana kita dapat lihat pembelian secara en bloc daripada pelabur-pelabur luar negara bukan sahaja perumahan, kedai-kedai bahkan ruang-ruang perniagaan. Jadi ini telah menyebabkan pasaran rumah pada ketika ini melonjak dengan begitu tinggi sekali.
Adakah kerajaan maklum tentang perkara ini dan apakah tindakan yang dibuat tentang wang panas ini?
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Pengerusi, ini pun bukan bawah bidang saya, saya tidak dapat menjawab. Saya teruskan. Yang Berhormat Jasin membangkitkan tentang PKS (perusahaan kecil dan sederhana) dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang, oleh Yang Berhormat Silam dan lain-lain, terima kasih banyak.
Antara dibangkitkan ialah bagaimana sebab permohonan pinjaman ditolak. Ini adalah di atas pertimbangan komersial tapi saya dimaklumkan bahawa mengikut laporan yang kita terima kebanyakan daripada permohonan yang diterima itu setelah dibuat penelitian, diberi pertimbangan. Sebagai contoh Tuan Pengerusi, SME Bank daripada tempoh 2006 hingga sekarang telah meluluskan pinjaman RM3.6 bilion kepada 8,000 usahawan. Tahun ini sahaja SME Bank telah meluluskan RM615 juta. Jadi ini contoh-contoh dan Yang Berhormat Jasin juga
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
ingin mengetahui berapa peratusan daripada SME Bank ini diperuntukkan kepada bumiputera kerana dalam institusi kewangan yang lain kebanyakan daripada pinjamannya adalah untuk bukan bumiputera. Maka, bagi SME Bank kebanyakan daripada pinjamannya adalah untuk bumiputera bagi mengimbangi keadaan di institusi kewangan yang lain.
Satu lagi isu yang banyak dibicarakan ialah tentang FTA (free trade agreement) dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin, oleh Yang Berhormat Sungai Siput, oleh Yang Berhormat Silam dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Saya hendak maklumkan yang pertamanya, ini adalah berkaitan perjanjian perdagangan bebas (free trade agreement). Ini merupakan satu kaedah yang digunakan negara-negara untuk menggalakkan perdagangan. Ia meliputi tiga perkara besar iaitu:-
(i) perdagangan dalam barangan (goods);
(ii) services; dan
(iii) investment.
Kalau kita ambil contoh perdagangan dalam goods umpamanya, yang ditekankan ialah penurunan kadar tarif. Itu antara faedah kenapa kita mengadakan perundingan, perbincangan dan perjanjian FTA ini iaitu supaya barangan Malaysia kalau dahulu umpamanya 10%, maka sekarang ini AFTA untuk makluman Yang Berhormat daripada Silam, sudah pun beroperasi pada 1 Januari baru-baru ini. Maknanya, tarif kosong. Tidak ada tarif. Hendak beli baju daripada Siam, hendak beli kasut daripada Siam, neck tie, tidak ada tarif. Dahulu 10% hingga 20%. Jadi apabila tarif itu kurang ataupun kosong, ini menggalakkan perdagangan. Itulah secara senangnya kenapa kita perlu untuk mengadakan perjanjian ini. Kalau kita tidak buat, negara lain buat. Umpamanya antara India dengan Singapura ada perjanjian perdagangan bebas. Kita tidak ada. Maka, barangan Singapura akan lebih senang dijual di India. Itu sebabnya Malaysia pun hampir muktamad. Kita hampir muktamad perjanjian perdagangan dengan India.
Insya-Allah awal tahun depan akan kita tandatangan. Itu sebabnya kita buat perjanjian perdagangan bebas ini. Apa pun kita ada consultation.
Yang Berhormat Sungai Siput tanya, umpamanya kalau kita- untuk makluman Yang Berhormat, bermula 9 Disember akan datang, pusingan pertama rundingan perdagangan bebas antara Malaysia – EU akan bermula. Kita jangka antara 18 hingga 24 bulan dan kita akan pastikan kita jaga kepentingan negara, kepentingan awam. Bukan kita jual. Macam Yang Berhormat Sungai Siput kata, kita hendak surrender sovereignty, tidak. Kedaulatan kita pertahankan. Kita ada konsultasi dengan pelbagai pihak. Dengan kerajaan, NGO. Kita dapat pandangan dan pandangan ini diambil kira, dalam setiap perundingan ada wakil AG. AG akan pastikan ia tidak bercanggah undang-undang kita.
Jadi saya hendak bagi jaminan kepada Yang Berhormat, kita telah menandatangani banyak perjanjian. Yang sudah tandatangani, umpamanya dengan New Zealand, dengan India sudah hampir muktamad umpamanya, dengan Jepun 2005 lagi. Itu bilateral, ada juga multilateral. Dengan EU kita sudah bermula. Kita sudah pun mula membuat keputusan. Jadi sebelum kita membuat satu keputusan, yang pertama kita akan ada perbincangan, rakan-rakan kita kerajaan. Kita akan ada juga consultation dengan swasta, dengan civil society. Ini peraturan biasa dan kita juga pastikan ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara, kita tidak mengkompromi kedaulatan negara dan jika ada masalah, kita ada beberapa klausa berkaitan dispute settlement. Maknanya, kalau ada masalah kita boleh pergi mahkamah.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Jadi saya hendak bagi jaminan di sini walaupun kita telah menandatangani beberapa perjanjian, kita pun sudah buat keputusan untuk menyertai Trans Pacific Partnership yang melibatkan Amerika Syarikat juga.
Sembilan buah negara termasuk Malaysia. Kita negara terakhir yang menyatakan pendirian, kita sudah pun mula berbincang di Brunei tiga minggu yang lalu, kita pertama kali memasuki perbincangan ini dengan Amerika Syarikat terlibat sama.
Apa pun kita akan pastikan kepentingan negara kita Malaysia tidak dikompromi.
Saya hendak beri makluman, umpamanya kita sebelum ini ada perundingan dengan Amerika berkaitan dengan bilateral FTA, antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Ada beberapa masalah berkaitan government procurement seperti yang disebut Yang Berhormat Sungai Siput, berkaitan labor law dan lain-lain. Oleh kerana kita dapati bahawa ada beberapa masalah yang memang akan menyukarkan kita, maka kita sudah buat keputusan supaya kita tidak lagi pursue bilateral sebaliknya hari ini kita buat Trans Pacific Partnership.
Jadi saya hendak sekali lagi beri jaminan kepada Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Sungai Siput, kepada Yang Berhormat Silam dan lain-lain yang membangkitkan isu FTA, kita pastikan bahawa ia tidak menjejaskan negara kita, kita akan mengambil kira kepentingan negara.
Banyak juga perkara-perkara yang dibangkitkan berkaitan MIDA yang disebut tadi. Yang Berhormat Jasin sebut semua, orang lain sebut belakalah.
Yang Berhormat Bakri sedikit, MIDA dua perkara Yang Berhormat Bakri sebut.
Yang pertama, dia menuduh ketua pengarah melakukan salah guna kuasa melantik sebuah syarikat secara direct nego, umpamanya. Itu tidak benar. Kita sudah buat siasatan. Syarikat itu dilantik melalui proses sebut harga dan saya sudah menerima laporan. Saya berpuas hati bahawa ia mengikut peraturan- peraturan kerajaan yang ditetapkan.
Jadi yang didakwa oleh HarakahDaily, yang dimasukkan dalam Malaysia Today dan lain-lain itu tidak benar, tidak berasas dan saya berpuas hati. Siasatan sudah dibuat bahawa tidak ada penyelewengan dan kerajaan ini hendak beri jaminan bahawa jika ada mana-mana Yang Berhormat mengesyaki sebarang penyelewengan dalam mana-mana agensi di bawah MITI, maklumkan pada kami dan kami akan siasat kita ada SPRM. Jadi saya hendak menegaskan di sini bahawa apa yang didakwa oleh Yang Berhormat itu tidak benar dan dakwaan Yang Berhormat secara sinis menyatakan isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terlibat dalam pengkorporatan MIDA, ini adalah satu dakwaan yang jahat.
Tidak ada kaitan langsung. Beliau bertanya sama ada menjadi anggota Kabinet, ini adalah satu sangkaan amat jahat yang saya kata awal-awal tadi, ada cerita lama, cerita baru, ada yang baik, ini adalah perkara-perkara fitnah yang tidak benarlah. Itu berkaitan MIDA. Akan tetapi yang lebih penting konteks MIDA Yang Berhormat hendak tahu khususnya Yang Berhormat Jasin dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain, apakah progress MIDA baru, MIDA lama, Yang Berhormat Jempol tanya. MIDA baru apa, lama apa. Contoh. Jadi yang lama MIDA ini, Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Jasin dan lain-lain, MIDA memang sudah banyak berubah. Hari ini tadi kita takziah kepada mantan Ketua Menteri Pulau Pinang umpamanya, beliau merupakan arkitek kemajuan Pulau Pinang.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Beliau bertanggungjawab untuk membawa banyak syarikat ternama di negara kita Malaysia. MIDA juga bertanggungjawab, banyak jasa kepada negara.
Akan tetapi kita dapati, dalam konteks dunia sekarang, kita mengakui kelemahan kita. Umpamanya sukar untuk MIDA membuat keputusan, berminggu-minggu.
Oleh kerana kena pergi sana sini, walaupun sudah ada one stop centre, di MIDA
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
sudah ada one stop centre. Akan tetapi kita dapati oleh kerana kerenah pentadbiran dan lain-lain, maka lambat juga.
Maka itu sebabnya Perdana Menteri buat keputusan untuk mengkorporatkan MIDA supaya ada fleksibiliti, dapat dibuat keputusan dengan lebih cepat. Maka beberapa kuasa dapat diperturunkan. Dahulu perlu rujuk dengan MITI, kemudian kepada Menteri kemudian Menteri sudah turunkan kuasa kepada MIDA. Dahulu kena rujuk kepada KSU MITI, turunkan kepada MIDA.
Beberapa kuasa Kementerian Kewangan sedang dalam proses untuk turunkan kepada MIDA. Imigresen umpamanya sudah lama, beberapa kuasa sudah ada pegawai di MIDA yang bertanggungjawab. Jadi MIDA baru dan lama ini sangat beza, lebih fleksibel, lebih fokus dan keputusannya lebih pantas, kurang red tape dan boleh buat keputusan dengan cepat dan boleh buat tawaran juga, tawaran insentif. Sekarang ini dunia begitu hebat saingannya, negara-negara jiran umpamanya begitu agresif dan kita perlu pastikan MIDA juga seiring dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Jadi untuk korporat MIDA ini beberapa tindakan perlu diambil.
(i) Pentadbiran;
(ii) perundangan;
(iii) mind set change dan juga human resource ataupun tenaga sumber manusia.
Mengenai pentadbiran sudah pun berlaku, mengenai undang-undang kena datang sini. Ahli-ahli Yang Berhormat berpeluang untuk berbahas.
Beberapa undang-undang perlu dipinda sebelum dikorporatkan sepenuhnya.
Mengenai sumber manusia ini perlu. Itu tiga perkara penting yang akan bolehkan MIDA lama betul-betul berbeza dengan MIDA baru. Itulah yang saya jelaskan, ia berkaitan dengan ramai ahli Yang Berhormat yang bercakap mengenai MIDA...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin, kepada semua ahli Yang Berhormat yang lain-lain yang sebut tentang MAIDA.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Indera Mahkota Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Yang Berhormat Pasir Salak juga sebut MIDA, terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan pengkorporatan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya ingin bertanya, kalau sekiranya sudah dikorporatkan, adakah kerajaan akan membiayai kos pengurusan, pentadbiran korporat itu ataupun mereka akan mencari sendiri dari sumber sendiri? Ini kerana saya rasa kalau dikorporatkan biasanya badan korporat ini dia kena self-reliance, dia tidak bergantung kepada grant, kepada kerajaan. Jadi di mana punca MIDA sebagai sebuah badan korporat untuk menjana kewangan bagi membiayai kos pengurusan mereka.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Ada banyak model pengkorporatan. Di satu stream ada model ia 100% bebas dan juga boleh kenakan charge, boleh kutip hasil dan lain-lain dan belanjanya pun bebas daripada Kementerian Kewangan. Tidak ada Parlimen, tidak ada kawalan. Itu satu model pada satu angle atau satu stream dengan izin.
Satu lagi angle di mana kawalan masih ada. Jadi, apa yang kajian sedang dibuat, business model, dengan izin yang mana perlu kita adakan. Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Pasir Salak, apa pun oleh kerana MIDA ini sukar untuk mendapat sumber pendapatan sendiri, maka MIDA akan terus bergantung kepada sumber kerajaan.
Ada cadangan, kalau pelabur hendak melabur kata RM1 bilion dikenakan charge, satu percent. Ada cadangan. Akan tetapi kita rasa pada masa ini, mungkin tidak berapa wajar. Jadi saya hendak tekankan di sini bahawa, yang pertama kita sedang mengkaji beberapa model, business model belum dimuktamadkan lagi. Walaupun kita sedang dikaji, saya yakin bahawa model yang ditunjukkan oleh kerajaan adalah model di mana MIDA akan terus bergantung kepada kerajaan untuk sumber kewangannya. Itu jawapan kepada Yang Berhormat Pasir salak.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih sekali lagi Tuan Pengerusi. Oleh kerana semalam saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Menteri ada sediakan jawapan atau tidak untuk anggaran berapakah jumlah elaun- elaun yang dinikmati oleh pelabur-pelabur asing. Seperti semalam saya tanyakan berapakah jumlah anggaran elaun pelaburan semula, elaun pelaburan modal, elaun pelaburan berasaskan industri dan sebagainya yang kita tawarkan kepada pelabur asing. Perkara ini juga berkaitan dengan usaha ataupun cadangan pengkorporatan MIDA tadi. Yang Berhormat Menteri menyebut agensi yang dilantik ini juga berkuasa untuk menawarkan elaun. Sekali lagi dalam fungsi di bawah kementerian kita melihat tawaran-tawaran elaun ini sebagai satu aspek kehilangan hasil sebenarnya kepada kerajaan. Ini kerana pelabur ini dikecualikan atau boleh dikurangkan pendapatannya apabila menerima elaun-elaun tersebut.
Jadi kalau di bawah sistem pengkorporatan ataupun ada agensi yang dilantik dan mereka bebas untuk menawarkan elaun untuk tujuan menarik pelaburan. Sekali lagi perkara ini menjadi asas di mana kuasa memberi elaun itu dilihat kuasa untuk memberi satu kebaikan kepada pelabur asing yang bakal masuk ke dalam negara. Kalaulah kerajaan mentadbir perkara ini dilihat bermasalah untuk menarik pelaburan masuk, apakah jaminan kita apabila dikorporatkan, diberi satu badan yang bukan di bawah kerajaan berjaya untuk menarik mereka dengan asas memberi faedah-faedah dan pengecualian- pengecualian berbentuk elaun-elaun ini.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Ada dua perkara Yang Berhormat Indera Mahkota. Pertama Tuan Pengerusi, berkaitan dengan kehilangan hasil yang dibangkitkan semalam dalam perbahasan. Yang Berhormat bertanyakan kepada saya ini melibatkan juga Kementerian Kewangan. Jadi kita sedang mendapatkan angka ini. Secara umumnya syarikat-syarikat ini dapat tax holiday antara lima hingga sepuluh tahun seumumnya. Ada kurang, ada lebih. Tidak bayar cukai selama sepuluh tahun. Ini akan menyebabkan kehilangan hasil cukai pendapatan kepada kerajaan. Oleh kerana melibatkan Kementerian Kewangan, maka kajian sedang dibuat. Berkaitan dengan sama ada MIDA baru ini akan memberikan kebebasan, saya katakan tadi dalam jawapan saya bahawa kita
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
sedang berbincang Kementerian Kewangan. Setakat mana Kementerian boleh give up dengan izin fungsi ini kepada MIDA.
Modelnya bukan dimuktamadkan lagi. Akan tetapi sudah pasti sebahagiannya dapat, walaupun tidak semua. Saya cukup yakin kepada Kementerian Kewangan akan bersedia untuk menyerahkan kausa-kuasa tertentu untuk membolehkan MIDA berunding dengan syarikat-syarikat lebih flexible.
Walau bagaimanapun, model sebenarnya belum dimuktamadkan lagi kerana walaupun sudah diperturunkan kuasa, tetapi bukan sepenuhnya. Jadi itu jawapan kepada soalan Yang Berhormat.
Seterusnya Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Pasir Salak bertanyakan tentang sektor pembuatan dan perkhidmatan. Yang Berhormat Jasin bertanya sumbangan sektor pembuatan. Ingin dimaklumkan bahawa sektor pembuatan tahun ini berkembang dengan baik. Umpamanya angka-angka Bank Negara untuk suku ketiga tahun ini menunjukkan bahawa sektor pembuatan merupakan sektor paling pesat berkembang suku ketiga. Malah untuk seluruh tahun ini yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, 9.5% second quarter 5.3% third quarter dan juga first quarter lebih 10.5% adalah sebahagian besarnya sektor pembuatan. Jadi sektor pembuatan masih lagi memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara.
Saya hendak maklumkan bahawa walaupun Yang Berhormat Pasir Salak bertanya, adakah ini bermakna kita tidak mahu lagi tumpu kepada pembuatan, kita tumpu kepada perkhidmatan? Dua perkara hendak sebut, yang pertamanya sektor perkhidmatan ini satu sektor yang penting dalam mana-mana negara.
Negara maju kita dapati bahawa kalau ikut trendnya sektor perkhidmatan merupakan kira-kira 65% hingga 70% kepada ekonomi negara. Pembuatan masih penting, tetapi perkhidmatan besar. Sekarang ini kita cuma 56%, 57%. Jadi kita naik kepada 65%, itu matlamat kita. Itu sebabnya kita bagi tumpuan lebih kepada sektor perkhidmatan.
Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Salak, ini bukan bermakna kita hendak ketepikan pembuatan, ia masih relevan, ia masih penting. Amat penting kita memerlukan pembuatan. Malah, pembuatan juga boleh menjana pelaburan dalam sektor pembuatan. Ada kaitan kedua-duanya. Sektor perkhidmatan ini pelbagai. Whole sale and retail - Mydin, Giant. Itu sektor pembuatan. Bank itu perkhidmatan. Tourism, itu perkhidmatan. Jadi satu sektor yang besar. Akan tetapi pelbagai, merangkumi kewangan, merangkumi pemborongan, peruncitan, tourism dan lain-lain. Jadi, kerajaan hari ini termasuk di bawah ETP, untuk makluman Yang Berhormat Pasir Salak memang memberi tumpuan kepada lebih kepada sektor perkhidmatan tetapi ini bukan bermakna bahawa kita hendak ketepikan pembuatan masih relevan, masih penting lagi dan seperti yang saya sebutkan tadi, sembilan bulan pertama tahun ini sektor pembuatan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat pasir Salak bangun Yang Berhormat.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Pengerusi, saya hendak habiskan penjelasan sedikit lagi.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Ya?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan sedikit. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri terima kasih. Saya ucap terima kasih lah di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tetapi saya ingin juga mendapat kefahaman daripada Yang Berhormat Menteri apabila saya menyebut sektor pembuatan di sini bagi menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Kita bukan bercakap soal pembuatan yang ada pada hari ini, dengan izin I’m talking about industrialize country, develop country is an industrialize country. Apa yang dimaksudkan dengan industrialize country ialah sebuah negara pengeluar, capital goods, machineries, intermediate goods dan bukan hanya consumer goods. Pada hari ini Malaysia apa benda capital goods yang kita keluarkan? Apa machinery yang kita produce? Tak ada.
Yang kita keluarkan, satu-satunya yang kita dapat lihat ialah Proton.
Proton kita pun kalau ikutkan Automotive National Policy kita yang telah dibentangkan setahun dua yang lalu pun tidak menampakkan kejayaan perindustrian automotif yang boleh kita lihat progressnya, kemajuannya mencapai tahap industri automotif negara maju seperti Jepun atau Korea atau negara lain dalam tempoh 10 tahun yang akan mendatang apabila kita sampai kepada tahun Wawasan 2020. Itu Proton, yang menjadi harapan kita. Selain daripada itu bolehkah Yang Berhormat Menteri menamakan apa projek-projek heavy industries, high tech industries, industrial project yang boleh memberikan impak yang besar kepada perubahan struktur ekonomi negara di mana sektor industri menjadi satu sektor yang penting sebagaimana yang disebutkan.
Hari ini apabila Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi tentang perkembangan 19.9% sektor pembuatan, pembuatan apa? Plastik? Furniture dan perabot? Furniture tu perabotlah dan barang-barang buatan SME. I know the major component of our manufacturing sector is SME’s that contribute to the biggest export earning of our economy, this is not industrial of the future of industrial country. We have no industrial plan that can guarantee us that we will to be an industrialize country. This is my question. Perubahan besar yang kita kehendaki.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Saya setujulah dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Salak.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Sambung sikit Menteri.
Menteri, saya sambung sikit.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Kita belum berjaya sepenuhnya untuk mengeluarkan barangan modal dan barangan intermediate, capital goods, mesin- mesin. Kita ada Wafer Fab di Kulim, kita ada Intel, Motorola. Mesin-mesinnya memang banyak masih diimport dari luar negara, jadi kita masih belum berjaya kerana tahap teknologi kita masih rendah, inovasi kita rendah, R&D kita rendah.
Jadi saya bersetujulah dengan pandangan Yang Berhormat.
Dalam pada itu, saya ingin maklumkan ada juga syarikat-syarikat yang sudah berjaya. Belum berjaya sepenuhnya, yang berjaya untuk menjual umpamanya mesin bold and dye ke luar negara, yang terlibat dalam precision engineering, yang terlibat dalam maintenance repair and overhaul activities aircraft, ada tetapi saya setujulah kita perlu tingkatkan usaha dan inilah antara perkara-perkara yang kita sedang lakukan di bawah Economic Transformation Program ini untuk to deepen, untuk mendalamkan lagi struktur industri dalam negara kita.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Menteri.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Yang keduanya saya nak sebut eksport utama kita ialah electrical electronic, 40%. Itu yang terbesar sekali. Yang Berhormat sebut tadi furniture. Saya nak bagi makluman di sini, furniture sebenarnya satu industri yang penting bagi negara. Kita merupakan salah sebuah negara pengeluar terbesar furniture. Dulu kita low class, sekarang high class. Ini sebenarnya walaupun ia tidak merupakan capital goods intermediate tetapi daripada segi value addednya amat tinggi kerana kayu-kayu kita, kepakaran kita, design kita, value addednya tinggi. Setengah-setengahnya walaupun kita keluarkan dalam negara kita, mungkin faedah negara tidaklah sebanyak mana macam umpamanya gelas, value addednya cukup tinggi.
Jadi saya nak perbetulkan tanggapan, furniture ini satu industri yang bagus bagi negara kerana sekarang ini kita terlibat dalam pengeluaran furniture yang high end dan ia melibatkan value added yang tinggi berbanding beberapa industri yang lain tapi secara umumnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak, kita masih belum berjaya untuk tambah pengeluaran capital dan intermediate goods.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Saya rasa dah pukul 3.30 dah Tuan Pengerusi. Jadi kawan-kawan saya ramai lagi dah tunggu ini. Kita sebenarnya sudah terlebih masa dah Tuan Pengerusi, dengan izin.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yang Berhormat Menteri, satu.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Satu yang terakhir.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang mana satu ini Menteri?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yang Berhormat Gombak dulu.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang mana satu?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yang Berhormat Jasin banyak kali dah. Tuan Pengerusi, saya telah membangkitkan satu perkara yang agak penting tentang peranan kementerian untuk menjana sumber baru melalui dukungan kepada IKS dan saya telah mencerakinkan jumlah peruntukan yang diberikan kepada industri ini namun concern dan keprihatinan kita ialah apabila dibandingkan dengan satu persidangan yang saya sebut. Yang itu Yang Berhormat Menteri belum jawab sebelum saya tanya soalan tambahan.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Saya nak jawablah sekarang ini, okey saya jawablah. Tak sabar, saya jawablah sekarang ini.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ha, okey. Selepas ini saya nak tanya tambahan.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Yang Berhormat Gombak, sekarang ini baru pukul 3.30, banyak masa lagi, tak berhenti lagi ini, banyak lagi ini. Baru sikit baru. Jadi saya jawab. Lepas saya jawab untuk Yang Berhormat Gombak, lepas itu saya jawab untuk Yang Berhormat Jasin. Jadi Yang Berhormat membandingkan, dia kata peruntukan untuk Forbes ini 50% peruntukan untuk PKS. Itu yang disebut oleh Yang Berhormat. Yang pertama, angka itu betullah kerana dalam buku. Ini yang kerajaan terbitkan tapi saya nak maklumkan di sini bahawa PKS, ini PKS di bawah MITI tetapi PKS ini rata-rata ada. Luar bandar ada,
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
MARA ada, Pertanian ada. Umpamanya sepanjang tahun lepas tak silap saya kita belanjakan lebih RM6 bilion untuk PKS termasuk pinjaman, RM6 bilion.
Yang Berhormat sebut RM33 juta, itu betul peruntukan PKS. Jadi saya nak betulkan persepsi, angka itu betul tetapi kalau Yang Berhormat kata itu sahaja untuk PKS, tak betul kerana PKS ini ada banyak tempat. Ada di beberapa kementerian dan kita ada proses dalam kementerian untuk menyelaraskan semua PKS dalam negara kita. Ini di bawah saya, penjelasan itu di bawah saya tetapi PKS ini melibatkan beberapa kementerian.
Mengenai Forbes ini, walaupun nampak besar tetapi faedahnya cukup besar kepada kita kerana umpamanya tahun lepas kita anjurkannya, yang datang ialah Bob Walton. Dia ialah merupakan lebih besar dia, the biggest hypermarket in the world umpamanya, jadi itu faedahnya. Baru-baru ini umpamanya saya menghadiri Forbes di Sydney umpamanya. Yang hadirnya ialah orang terkaya di dunia, pengusaha telekom dari Mexico umpamanya, Sim nama dia. Saya lupa nama penuhnya. Jadi yang datang ini ialah orang-orang paling kaya dan mereka melihat dan saya berjumpa mereka umpamanya setengah-setengahnya pertama kali datang ke Malaysia dan mereka melihat infrastrukturnya, lapangan terbangnya, jalan rayanya, hotelnya, mereka kagum. Setengah-setengahnya tak pernah datang Malaysia. Jadi itu faedah yang cukup besar walaupun kosnya tinggi.
Selain itu, kita dapat fully advertising space dalam Forbes magazine. Ada lima magazine Forbes ini yang circulationnya kira-kira 90,000 setiap bulan. Mereka mempromosikan Malaysia, Forbes juga promosikan Malaysia dalam beberapa surat khabar, International Herald Tribune dan beberapa media elektronik. Jadi ini semua diberi secara percuma. Jadi walaupun angkanya nampak besar tetapi banyak sekali benda-benda sampingan yang kita perolehi. Satu, pelaburan walaupun nampak besar tetapi kesannya cukup besar untuk negara, itu sebabnya.
Sebenarnya yang kita nak anjur tahun ini ialah yang kesepuluh, kita kali kedua.
Tahun lepas kita anjur, baru ini di Sydney, tahun depan di Malaysia, di Singapura dah tiga kali. Kita rasa adalah wajar Malaysia menganjurkannya kerana kesannya cukup besar sekali. Sekarang Yang Berhormat Jasin.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ini soalan tambahan.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Dah selesai dah.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ini soalan tambahan daripada jawapan yang diberi oleh menteri tadi.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Saya ucap tahniah kepada menterilah kerana sekurang- kurangnya Menteri telah dapat memberikan penjelasan jawapan yang cukup tepat.
Sekurang-kurangnya apa juga tohmahan-tohmahan daripada parti pembangkang sekurang-kurangnya Menteri telah dapat jawab. [Dewan riuh] Saya nak tanya ada dua soalan yang ringkas sekali. Selain daripada promosi yang dijalankan oleh pihak kementerian, kementerian ada mewujudkan pejabat-pejabat di luar negara untuk mempromosikan perdagangan untuk menarik pelaburan. Adakah kementerian melantik orang ketiga ataupun ejen-ejen perseorangan untuk menarik pelaburan bagi pihak kerajaan dan bagaimanakah bentuk bayarannya.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Keduanya, selain daripada insentif-insentif biasa yang kita beri kepada pelabur-pelabur, adakah kerajaan telah memberi insentif-insentif luar biasa kepada
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
pelabur-pelabur dalam bidang kritikal supaya kita dapat menarik minat mereka untuk datang ke Malaysia? Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
Dua soalan pokok. Soalan yang pertama ialah mengenai sama ada kita melantik penasihat. Sebelum itu – mengenai MATRADE ini banyak dibangkitkan oleh Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Pasir Salak juga. Saya hendak mengambil kesempatan sempena soalan dari Yang Berhormat Jasin.
Kita ada 35 buah pejabat di luar negara dan ada lima yang dipanggil Marketing Officer Embassy of Malaysia Trade Office (MATRADE) untuk berkongsi perdagangan. Yang Berhormat Pasir Salak pergi ke New York dan katanya pejabat itu lengang. Ini kerana pegawai-pegawainya kena pergi ke lapangan – they got to be on field, untuk berjumpa dengan pelabur, pengeksport dan pengimport. Mungkin pada masa Yang Berhormat pergi tidak ada orang kerana mereka diarah untuk turun ke lapangan. Lagipun sekarang banyak urusan secara elektronik, jadi tidak perlu kita face to face.
Dalam pada itu, saya menerima baik teguran Yang Berhormat Pasir Salak.
Yang Berhormat ada menyebut “Janganlah marah, jangan brush aside”. Insya- Allah, kita ambil kira dan kita akan sentiasa memastikan prestasi pegawai kita. Kita ada kira-kira 100 orang pegawai MATRADE di luar negara. Kesemua pegawai MATRADE ada seramai 650 orang – 100 orang di luar negara, 40 orang di pejabat dan saya terima baik pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Salak untuk kita baiki prestasi mereka. Mereka dikenakan KPI setiap tahun dan jika tidak dipenuhi, maka tindakan akan diambil.
Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Jasin tadi, kita tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan tugas. Cumanya, kita ada advisor dan mereka membuat kerja ini secara percuma. Umpamanya di Syria, kita ada seorang ahli perniagaan yang membantu kita mengurus Malaysia secara percuma.
Dia tidak mengenakan caj apa-apa. Itu ada tetapi dalam keadaan istimewa.
Secara umumnya, kita membuat kerja ini secara sendirian. Jadi itulah persoalan daripada Yang Berhormat Jasin.
Yang Berhormat Jasin juga bangkitkan tentang adakah Ketua Menteri Pulau Pinang berhak mengumumkan angka pelaburan? Boleh Yang Berhormat – tiada masalah, kerana angka yang diumumkan itu seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, memang sudah pun diumumkan. Akan tetapi kalau yang baru tidak bolehlah, yang baru Menteri sahaja yang boleh umumkan.
Kalau sudah diumumkan di dalam website, sesiapa sahaja boleh umum – Ketua Menteri Pulau Pinang boleh, Menteri Besar Selangor pun boleh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor pun buat pengumuman tiga atau empat hari yang lepas.
Jadi seperti yang dimaklumkan di dalam Dewan ini, kita tidak ada diskriminasi negeri-negeri, dan yang dapat banyak pelaburan pun Selangor antaranya – negeri pembangkang, seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Kita 1Malaysia. Apabila angka-angka dihebahkan, maka sesiapa pun boleh menyebut angka. Jadi, tidak salah Ketua Menteri Pulau Pinang atau Menteri Besar Selangor sebutkan angka ini apabila diumumkan oleh Menteri, tetapi jangan mendahului Menterilah. Kalau mendahului Menteri, kena tangkaplah – tidak boleh ya.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Gombak bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Final.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Ada lagi?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Saya hendak rujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi tentang IKS juga ada dianjurkan oleh kementerian-kementerian yang lain. Saya tidak menafikan bahawa kementerian yang lain juga ada menganjurkan program- program yang kita bahaskan pada petang ini, namun pada pandangan saya – mungkin Yang Berhormat Menteri boleh membantu dalam soal ini. Saya kira MITI juga mempunyai peranan yang besar dalam mencari sumber-sumber pendapatan negara yang baru melalui dukungan yang lebih berkesan dan efektif untuk masyarakat IKS ini. Oleh sebab itu saya bandingkan jumlah peruntukan yang diberikan itu – walaupun kalau dicampurkan dengan kementerian yang lain mungkin dikatakan besar, tetapi MITI juga berperanan untuk memberikan dukungan yang jauh lebih besar untuk memimpin IKS ini bagi mendukung sistem ekonomi dalam negara.
Berbalik kepada Forbes Conference yang saya rujuk tadi, saya ingin mendapatkan penjelasan tambahan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah kerajaan merupakan penaja utama persidangan ini ataupun ada co-sponsors?
Saya dimaklumkan, ada dua syarikat besar yang juga kroni kepada kerajaan.
Pertama, Tan Sri Francis Yeoh daripada YTL Corporation Berhad dan yang kedua, Dato’ Sri Tony Fernandez yang menjadi co-sponsors dalam persidangan yang saya maksudkan.
Sekiranya perkara ini benar, saya ingin bertanya apakah faedah yang akan diperolehi oleh kerajaan setelah menyumbang RM13 juta untuk persidangan selama tiga hari? Ini kerana saya bimbang, setelah kerajaan melabur sebanyak RM13 juta untuk satu persidangan yang saya tidak kata tidak penting, tetapi apakah faedah yang diperolehi oleh kerajaan? Ini kerana kebimbangan saya, akhirnya Forbes Magazine ataupun Forbes Group ini akan memberikan dukungan ataupun sokongan hanya kepada dua tokoh yang saya sebutkan nama mereka.
Jadi kalau Yang Berhormat Menteri memberitahu kerajaan mendapat faedah yang besar, saya ingin juga mendapat penjelasan apakah faedah-faedah yang telah diperoleh ataupun akan diperoleh ataupun komitmen yang telah diberikan oleh peserta khususnya masyarakat perniagaan antarabangsa untuk membantu pelaburan dalam negara Malaysia? Sekiranya tidak, setelah kita membelanjakan RM13 juta, yang untung akhirnya bukan kerajaan tetapi Tony Fernandez dan Francis Yeoh. Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Saya ingat tadi Yang Berhormat Gombak hendak sebut kroni-kroni di Selangor. [Ketawa] Tersilap anggapan ya.
Pertamanya, benar bahawa kerajaan merupakan sponsor utama.
Keduanya, benar ada minor sponsors. Ketiganya, tidak ada benefit langsung kepada syarikat-syarikat tersebut. Apa yang penting, negara akan mendapat manfaat. Seperti yang saya sebutkan tadi, jika hendak membeli space advertisement dalam Forbes Magazine, International Herald Tribune, CNN, memang kosnya lebih tinggi.
Juga, pertemuan-pertemuan yang dianjurkan oleh mereka bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita dan saya sendiri yang keluar negara, mereka aturkan kerana mereka ada contacts. Umpamanya, saya dijangka ke Singapura bulan hadapan. Oleh
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
kerana mereka ada region headquarters mereka di Singapura, maka mereka boleh mengaturkan pertemuan dengan tokoh-tokoh perniagaan yang terkemuka. Jadi itu nilai yang tidak ternilai, di samping untuk menaikkan imej negara. Saya kira cukuplah setakat itu saya menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Gombak.
Mengenai halal, Yang Berhormat Jasin dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain banyak menyentuh tentang halal. Saya ingin memaklumkan bahawa Halal Industry Development Corporation telah berjaya untuk melaksanakan beberapa inisiatif termasuklah menjalinkan kerjasama dengan JETRO, meningkatkan kesedaran mengenai halal di kalangan pengusaha di Jepun dan menggalakkan pelaburan asing. Tiga pelaburan asing yang melibatkan RM970 juta telah pun berjaya. Antaranya, Syarikat Concept Amenities, Syarikat PML Dairies dan Cargill Palm Oil – kesemuanya di Selangor. Ini hasil daripada kerja-kerja baik yang telah dibuat oleh Halal Industry Development Corporation
(HDC). Jadi, HDC telah berjaya untuk meningkatkan kesedaran bukan sahaja dari segi halal tetapi telah berjaya menarik pelaburan dalam bidang ini.
Seterusnya – isu Yang Berhormat Lembah Pantai saya telah menjawab sebahagian besar dan belum menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Pauh kerana mereka ini anak-beranak dan persoalannya sama. Jadi, saya sekali gus menjawab. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya dua perkara lagi iaitu adakah ada correlation antara ranking dalam World Investment Report dengan pelaburan?
Sebenarnya, ia World Competitiveness Report, di mana memang Malaysia lebih baik daripada China tetapi kedudukan kita daripada segi pelaburan, memang sukar untuk kita tentukan correlation secara direct. Akan tetapi umumnya, boleh kita katakan bahawa jika sekiranya kedudukan kita sama ada dalam World Bank is a big business ataupun IMD World Competitiveness Report kita baik, maka secara umumnya ia memberi imej yang baik. Ini akan membantu – bukan segala-galanya tetapi akan membantu untuk menarik pelaburan dalam negara kita.
Seterusnya, Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya setakat mana kita akan laksanakan strategic reform initiative atau pembaharuan inisiatif strategik ini mengenai menyegarkan sektor swasta dan lain-lain – telus pasaran. Saya ingin menegaskan di sini bahawa ini perancangan kerajaan dan kita akan melaksanakan sebaik mungkin, kerana kita cukup insaf dan sedar untuk menyegarkan ataupun to revitalizes private sector dengan izin, kita perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan dengan itu, barulah boleh kita menggalakkan pelaburan. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, pelaburan dijangka kira-kira RM115 bilion setahun iaitu pertambahan 12.8%. Satu angka yang amat tinggi.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Oleh yang demikian kita perlu teruskan usaha transformasi bagi menyegarkan semula sektor swasta ataupun private sector. Yang Berhormat Pasir Salak, Tuan Pengerusi, saya telah menjawab beberapa perkara yang belum dijawab termasuklah berkaitan dengan agihan pelaburan perlu adil. Bawa keluar bandar, terima kasih saya ucapkan. Itu sebabnya kita telah wujudkan Northern Corridor, Eastern Corridor selain daripada Kelantan umpamanya, kita ada East Coast Economic Region yang mana ketua eksekutif dan pegawainya bekerja keras untuk menggalakkan pelaburan, juga di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Maka ini kaedah yang telah diambil oleh kerajaan. Kita tahu bahawa kalau kita hendak paksa tidak boleh. Hendak paksa industri, kilang-kilang dan syarikat, boleh kita galakkan tetapi hendak paksa mereka sukar kerana akhirnya
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
mereka dihadkan kepada kos. Kalau kosnya tinggi, kalau sukar mendapatkan tenaga buruh yang mahir umpamanya. Itulah sebabnya banyak lokasinya terletak di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak mencadangkan kerajaan berusaha lebih gigih untuk mengagihkan secara adil.
Berkaitan dengan bumiputera dan juga AP, Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Pasir Salak membangkitkan perkara ini. Saya hendak maklumkan bahawa dasar ini dimulakan pada tahun 1970. Banyak kali disebutkan di dalam Dewan ini. Dasar ini kita perkenalkan untuk menyeimbangkan penyertaan bumiputera dalam bidang automotif. Itu asalnya tujuan dan sejauh ini berjaya. Ada di antara mereka berjaya untuk menyertai bidang ini dan sesetengahnya berjaya untuk mempelbagaikan perniagaan.
Akan tetapi kerajaan tahu bahawa banyak isu berbangkit. Isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain di dalam Dewan ini. Isu ketelusan, keadilan. Maka kerajaan sudah membuat keputusan bahawa menjelang akhir tahun 2015 kita akan hentikan amalan ini.
Kalau kita berhenti sekarang ini tidak adil. Kerana apa? Kerana mereka ada hutang, ada bangunan, ada anak bini, ada rumah dan macam-macam. Jadi, harus ada proses peralihan. Saya rasa Yang Berhormat pun boleh faham.
Yang pertamanya amalan ini adalah bercanggah dengan amalan perdagangan antarabangsa. Setiap kali kita mengadakan perbincangan, ini yang selalu ditekan kan oleh mereka. Maka kita perlu hentikan amalan ini. Cuma kita perlu bagi masa. Jadi, kalau kita hendak hentikan adalah tidak wajar kita hendak tambah, hendak buka. Kalau tambah banyak lagi maka semuanya bankrap.
Mungkin semuanya lingkup kerana ada masalah. Kita tahu dan cukup sedar ini satu perkara yang cukup rumit.
Bagi kerajaan juga, kita berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberikan pandangan. Akan tetapi saya harap Yang Berhormat akan faham kerana perlu adanya proses peralihan untuk memastikan kita mengambil kira juga kepentingan mereka pun ada perniagaan. Sesetengahnya mereka berjaya dan kalau kita hentikan serta-merta dibuka maka mereka ada pinjam bank dan lain- lain. Maka banyak dan ratusan usahawan bumiputera akan lingkup. Itu untuk Yang Berhormat Pasir Salak. Seterusnya Yang Berhormat Indera Mahkota, saya telah jawab mengenai ‘Folks Global Conference’ apabila saya menjawab berkaitan soalan daripada Yang Berhormat Gombak.
Yang Berhormat Parit, bercakap tentang galakan untuk eksport PKS, usahawan luar bandar, untuk tingkat latihan PKS dan MATRADE perlu bantu.
Saya ingin maklumkan bahawa kita sedang merangka satu rancangan strategik baru untuk perbadanan SME atau PKS untuk pastikan bahawa ia memainkan peranan yang lebih penting lagi. Saya hendak maklumkan juga kita telah tubuhkan tiga tahun lalu SME Development Council di bawah MITI, yang mana majlis ini dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Majlis ini akan memantau segala program PKS. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Parit dan juga Yang Berhormat Gombak yang menyebut tadi, jadi kita yakin dengan adanya majlis pembangunan IKS serta pelan strategik PKS yang sedang dirangka oleh kerajaan. Kerajaan cukup sedar bahawa PKS memainkan peranan yang penting dan merupakan lebih 99% daripada jumlah, di mana kita ada 600,000 lebih PKS di dalam negara, iaitu satu sektor yang amat penting sekali.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Yang Berhormat Bandar Kuching berkaitan dengan aluminium smelter, ada dua. Seperti mana Yang Berhormat Bandar Kuching sedia maklum, telah diluluskan oleh kerajaan tetapi belum lagi dilaksanakan dan belum lagi ada EIA.
Jadi tidak berbangkitlah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi kerana sama ada Rio Tinto ataupun Smelter Asia, yang telah meluluskan syarikat bekalan ini dan belum lagi beroperasi. Sebelum sesebuah itu dapat beroperasi, ia perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan khususnya daripada Jabatan Alam Sekitar iaitu untuk mendapatkan EIA.
Jadi saya hendak maklumkan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi adalah tidak berbangkit.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Jadi Tuan Pengerusi, oleh sebab masa...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Saya sudah jawab, seterusnya...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Ada satu aluminium smelter plant yang dibina oleh Press Metal Berhad, yang saya telah bangkitkan semalam bahawa alam sekitar...
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Alam sekitar, okey saya akan siasat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Di keliling aluminium smelter plant telah mengakibatkan banyak kesan buruk kepada penduduk di sekelilingnya.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Okey, kita akan rujuk kepada Jabatan Alam Sekitar. Ini berkaitan dengan – tetapi saya hendak maklumkan di sini bahawa sebelum sebuah syarikat itu beroperasi termasuklah Baleh yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi. Yang Berhormat Beruas sebutkan mengenai Baleh. Untuk makluman Yang Berhormat Beruas, Baleh sudah mendapat kelulusan EIA dalam dua, tiga bulan yang lalu sudah pun diluluskan.
Maka boleh berjalan. Selepas itu apabila diluluskan, enforcement pula, penguatkuasaan. Jadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching mungkin mendapat EIA approval tetapi perlu juga dikuatkuasakan. Jadi kita akan membawa perkara ini kepada perhatian jabatan alam sekitar untuk memastikan segala peraturan dikuatkuasakan.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Silam membangkitkan tentang beberapa perkara termasuklah promosi barang pertanian, bumiputera Sabah dan Sarawak. Beliau mencadangkan kalau tidak silap saya ditubuhkan satu pejabat MITI atau MIDA di Tawau ataupun di Silam. Jadi saya hendak maklumkan bahawa setakat ini ‘tidak ada’ rancanganlah oleh sebab peruntukannya saya rasa mencukupi. Kita berada di Kota Kinabalu dan Tuan Pengerusi pun faham, kita boleh pergi ke Tawau atau Silam untuk mengendalikan urusan-urusan yang berkaitan. Seterusnya Yang Berhormat bertanyakan tentang pelaburan Australia.
Setakat ini terdapat minat daripada pelabur Australia untuk melabur dalam bidang small medium enterprise.
Terkini, ada syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur dalam bidang automotif bersama-sama dengan syarikat-syarikat automotif kita di negara kita untuk membuat komponen-komponen kereta. Ini kerana Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang berpotensi untuk mengeksport barangan bukan sahaja daripada ASEAN tetapi daripada negara Asia. Mereka pada dua minggu yang lalu
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
sudah melawat Malaysia dan memang ada hasil daripada lawatan yang diikut serta oleh Yang Berhormat Silam pada tahun lepas, promosi pelaburan di Melbourne.
Yang Berhormat Beruas saya sudah jawab tadi. Berkaitan dengan Baleh, jadi isu utamanya ada dua. Seperti Yang Berhormat Beruas maklum, yang pertama untuk pengedaran dan yang kedua manufacturing. Hendak edar INO dan pallets yang good manufacturer. Dia hendak bawa INO daripada Brazil hendak buat pallets. Jadi dua pelaburan ini bernilai kira-kira RM14 bilion untuk tempoh beberapa tahun dan bermula tahun 2012, lambat lagi. Hampir dua tahun lagi. Jadi itu perancangannya, belum bermula lagi. Sebenarnya dia belum apply manufacturing license lagi. Belum dipohon manufacturing license kerana jangkaannya pada tahun 2012.
Jadi saya ambil perhatian, pandangan Yang Berhormat tentang jenis peluang pekerjaan, Yang Berhormat bertanya. Apakah jenis pekerjaan yang akan diwujudkan kerana kita hendak lihat jenis pekerjaan ini mampu untuk memberi peluang rakyat Malaysia dan bukannya untuk rakyat asing seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Beruas. Terima kasih di atas pandangan yang diberikan tadi. Yang Berhormat Ledang bertanyakan kepada saya tentang Tangkak, pusat perabot dan pusat pengumpulan industri makanan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau boleh jelaskan.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Ini tidak termasuk di dalam peruntukan yang disediakan oleh kementerian. Saya akan semak dengan rakan- rakan yang lain, di jabatan yang lain...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
katanya RM300 juta. Jadi satu angka yang amat besar dan ia tidak termasuk dalam peruntukan. Mengenai MIDA, Yang Berhormat Ledang juga mencadangkan supaya dikurangkan karenah birokrasi.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh, dapat satu penjelasan. Apa jenis tenaga yang akan digunakan oleh Baleh? Arang batu kah atau apa jenis kerana impaknya akan besar kerana projek ini amat besar. Apakah jenis? Kalau boleh diberitahu. Apa jenis tenaga yang akan mereka gunakan?
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Setakat ini kita difahamkan mungkin gas. Akan tetapi Yang Berhormat sedia maklum, gas ini bekalannya terhad sehinggalah dua tahun akan datang. Dua tahun akan datang, kerajaan ada perancangan untuk menambahkan bekalan gas. Setakat ini mengikut kefahaman saya, akan menggunakan sumber tenaga dengan gas bukan coal ataupun setakat yang saya ketahui setakat ini. Yang Berhormat Jempol banyak membangkitkan isu-isu. Beliau antara lain bertanyakan tentang Felda Jaya. Sama ada kita ada rancangan, MITI untuk sama ada mengambil alih atau membangunkan.
Saya hendak maklumkan di sini bahawa malangnya kita tidak ada peruntukan untuk membangunkan kawasan perindustrian Felda Jaya ini.
Mengenai industri kraf, saya hendak maklumkan bahawa SME Bank diperuntukkan di bawah RMKe-9 sebanyak RM20 juta untuk membantu industri kraf termasuklah industri rotan. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi, saya difahamkan kira-kira RM4.6 juta telah diperuntukkan untuk industri rotan termasuklah di Jempol.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Yang Berhormat juga membangkitkan tentang apa yang dibuat oleh kementerian untuk membantu pembatik Melayu, tenunan songket dan lain-lain.
MITI membantu mereka kerana mereka di bawah PKS dan membantu untuk memasarkan produk-produk mereka. Sudah pasti banyak cabaran yang kita hadapi termasuklah saingan daripada produk-produk yang lebih murah daripada negara-negara jiran. Jadi dalam pada itu kita akan terus membantu mereka.
Yang Berhormat Sungai Siput saya sudah jawab. Yang Berhormat Sungai Siput cuma membangkitkan satu persoalan berkaitan FTA dengan EU di mana saya sudah menjawab persoalan tersebut.
Yang Berhormat Kota Melaka membangkitkan tentang peruntukan RM30 juta untuk infrastruktur, ini adalah bukan electrical tetapi untuk membaiki jalan- jalan – Yang Berhormat sebut dua perkara yang pertama tadi untuk meningkatkan bekalan elektrik dan kedua ialah infrastruktur asas jalan-jalan raya. Jadi peruntukan disediakan RM30 juta dan kerajaan negeri kena buat permohonan supaya kita akan dapat menimbangkan. Dalam RMKe-9 lebih RM300 juta disediakan – satu angka yang amat besar dan diagihkan ke semua negeri termasuk negeri-negeri pembangkang. Jadi kalau Melaka hendak pohon untuk infrastruktur maka perlu dibuat permohonan.
Perkara kedua yang berbangkit daripada Yang Berhormat Kota Melaka berkenaan MATRADE Centre, saya ingin maklumkan bahawa bulan 12 dalam dua, tiga minggu lagi akan dimulakan pembinaan. Persoalannya Yang Berhormat sama ada telah dipindah milik tanah tersebut. Proses sedang bermula tetapi setelah diperoleh jaminan bon bersamaan RM628 juta iaitu nilai bangunan dan tanahnya 62 ekar akan diserahkan bangunan bernilai RM628 juta, maka hak milik tanah akan dipindah kepada NAZA ini apabila diserahkan bank guarantee ataupun bon. Ini adalah jaminan maknanya kalau syarikat itu gagal seperti Yang Berhormat katakan tadi dan insya-Allah tidak gagal maka kerajaan ada hak RM628 juta itu maknanya secure dan tidak ada masalah.
Jadi soalan-soalan yang spesifik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang, saya hendak maklumkan secara umum bahawa memang kita sediakan peruntukan untuk meningkatkan kemahiran, membantu syarikat-syarikat...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri minta penjelasan daripada Kota Melaka tentang pusat latihan kemahiran.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ialah berkaitan peruntukan untuk Perbadanan Produktiviti Malaysia
(Malaysian Productivity Centre) itu adalah untuk meningkatkan produktiviti iaitu satu peruntukan khusus RM15 juta sahaja. Peruntukan untuk kemahiran lain adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia dan ada juga di bawah MOSTI untuk membangunkan tenaga dalam bidang ICT, tetapi RM15 juta ini yang disebutkan di dalam belanjawan itu adalah khusus untuk meningkatkan produktiviti sahaja. Itu soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Seterusnya soalan Yang Berhormat Machang saya ingin jawab secara umumnya bahawa program ini sudah berjaya untuk mendedahkan usahawan kecil dan juga bumiputera khususnya ke luar negara. Kita ada contoh-contoh tertentu di mana mereka telah berjaya untuk menembusi pasaran luar dan kita bangga dengan kejayaan mereka. Sudah pasti peruntukkannya tidak mencukupi dan kita akan berusaha untuk menambahkan peruntukan.
Seterusnya Yang Berhormat Tawau ingin mengetahui tentang Sun Bear.
Memanglah Sabah ada isu berkaitan dengan gas dan kita sedang berunding pada awalnya syarikat ini memerlukan kira-kira 75 juta scf – itu ukurannya. Sekarang ini
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
kita faham keperluan ini sudah meningkat 200 juta scf di mana keperluan meningkat lebih dua kali ganda maka ini masih dalam perundingan. Projek Sun Bear ini dalam bidang solar belum dilaksanakan lagi dan pada masa ini tidak ada perancangan untuk berpindah ke Bintulu untuk makluman Yang Berhormat Tawau.
Akan tetapi setakat yang dimaklumkan kepada saya, Kimanis merupakan lokasinya.
Seterusnya Yang Berhormat Sungai Petani bertanya mengenai PEMUDAH di mana PEMUDAH ini adalah satu institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 2007 untuk memudahkan urusan perniagaan. Peruntukan di bawah MITI cuma untuk membayar sekretariat seramai 16 orang sahaja tetapi kerja-kerjanya sebulan sekali. Sekurang-kurangnya PEMUDAH akan mengadakan pertemuan dan ini bukan bermakna bahawa ia mengetepikan kepakaran MITI.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani menguji kemahiran pegawai-pegawai saya dan ini bukan bermakna PEMUDAH akan mengambil alih peranan MITI dan MITI akan terus berfungsi. PEMUDAH adalah satu gabungan tenaga pemikir daripada awam dan swasta. Sektor awam dan swasta ini ada mengadakan perbincangan dan beberapa working groups dengan izin dan PEMUDAH telah banyak membantu negara untuk mengurangkan kerenah pentadbiran.
Berkaitan dengan Yang Berhormat Sungai Petani juga sama ada pelajar didedahkan tentang MATRADE di mana ia adalah program yang penting di mana saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani supaya pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang MATRADE agar mereka memahami apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE dan dengan itu MATRADE akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dan pelajar-pelajar juga memahami dasar-dasar serta juga strategi yang dilaksanakan untuk meningkatkan lagi keberkesanan agensi-agensi di bawah MITI.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Mengenai PEMUDAH boleh?
PEMUDAH hendak beri mudah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit mengenai PEMUDAH, Yang Berhormat Menteri memberitahu bahawa ada gabungan peranan dari segi kerajaan dan juga swasta untuk membentuk pasukan PEMUDAH atas tujuan memudah cara urusan-urusan membabitkan pelaburan dan sebagainya. Saya difahamkan bahawa PEMUDAH ini telah pun mengambil alih fungsi Foreign Investment Committee (FIC) ataupun Jawatankuasa Pelaburan Luar telah tiga hingga empat tahun perkara ini berlaku.
Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Menteri telah membuat pengumuman bahawa PEMUDAH telah meneliti banyak perkara yang fungsi selama ini dimainkan oleh FIC dan hasilnya hanya pelaburan-pelaburan yang menguntungkan dan di dalam bidang yang menarik atau berkapasiti tinggi sahaja menjadi tumpuan PEMUDAH ini untuk kita benarkan. Pelaburan-pelaburan yang remeh, bernilai rendah dan tidak ada class itu nampak gaya macam diketepikan.
Saya faham itu daripada apa maklumat yang diberikan oleh pihak Menteri mengatakan kita menumpukan kepada pelaburan-pelaburan yang mempunyai status tinggi dan menguntungkan sahaja. Adakah benar begitu Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Pertamanya Yang Berhormat Indera Mahkota PEMUDAH tidak ambil alih peranan ataupun fungsi Jawatankuasa Pelaburan Asing. Apa yang dibuat oleh PEMUDAH ialah untuk membantu menstrukturkan semula dan memperakukan supaya garis panduan itu dimansuhkan – bukan ambil alih. Jadi sekarang ini FIC tidak lagi berfungsi.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Kedua, tidak benar kita cuma galakkan pelaburan besar. Pertama, kita galakkan pelaburan asing terutamanya dan juga pelaburan domestik yang menjadi tumpuan dalam RMKe-10.
Kedua, PKS merupakan 99% daripada bilangan enterprise dalam negara kita dan itu sebabnya ditubuhkan Majlis Perbadanan Pengusaha Kecil dan Sederhana – satu sektor yang besar. Maka pelaburan kecil amat dihargai dan kalau kita tengok umpamanya 20% eksport negara datang daripada PKS dan dari segi employment. Umpamanya dari segi GDP hampir 30%-40% employment.
Maka PKS amat penting dan itu sebabnya kita ada satu perbadanan khusus.
Tidak benar kita cuma tumpu kepada pelaburan besar sahaja. Itu penjelasan saya kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Ada banyak lagi persoalan yang dibangkitkan dan saya mohon maaf jika saya tidak dapat menjawab semua. Saya kira saya sudah menjawab sebahagian besar isu-isu yang dibangkitkan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Jika ada hal-hal lain bolehlah berhubung terus dengan saya untuk mendapat penjelasan lanjut. Apa yang penting isu-isu asas hari ini berkaitan dengan pelaburan dan apa yang dikatakan dakwaan pembangkang mengapa pelaburan FDI jatuh tahun lepas, berkaitan MIDA, MATRADE, Bumiputera, AP, Forbes dan PKS saya rasa saya telah jawab sebahagian besar persoalan.
Saya mohon maaf jika ada yang tertinggal. Seperti yang saya maklumkan tadi jika ada hal-hal yang perlu diberi tambahan sila berhubung secara langsung dengan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM540,440,000 untuk Maksud B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM540,440,000 untuk Maksud B.24 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM665,340,000 untuk Maksud P.24 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM665,340,000 untuk Maksud P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011.
Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada tiga butiran. Pertama, Butiran 030200. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana telah berjaya melakarkan pelbagai aktiviti dan berjaya meningkatkan tahap kesedaran dan perlindungan pengguna di negara kita.
Syabas. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa hanya melalui pendidikan dan juga pembangunan gerakan kepenggunaan, maka kementerian dapat melihat lebih banyak lagi kejayaan.
Oleh yang demikian, saya rasa kita beri keutamaanlah kepada pendidikan dan pembangunan gerakan kepenggunaan. Sebanyak RM6.3 juta diagihkan untuk aktiviti II iaitu gerakan penggunaan. Ini merupakan pengurangan yang begitu ketara berbanding pada tahun 2010. Saya rasa kementerian harus meningkatkan peruntukan tersebut kerana banyak badan dan persatuan, contoh seperti FOMCA dan lain-lain badan bukan kerajaan harus diberi bantuan dari segi kewangan untuk memastikan mereka meneruskan aktiviti-aktiviti kepenggunaan supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia sedar betapa pentingnya kesedaran am khasnya aspek-aspek kepenggunaan ini.
Di sini saya ingin mengucapkan syabas kepada kementerian kerana telah berjaya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada FOMCA yang bukan sahaja aktif dalam aktiviti-aktiviti mereka untuk mempromosikan hal ehwal pengguna ini tetapi mereka juga banyak memberikan kerjasama kepada kementerian. Saya rasa kerjasama dengan agensi-agensi, badan-badan seperti FOMCA ini dialu- alukan. FOMCA juga telah mewujudkan pelbagai aktiviti kepenggunaan dan berjaya meningkatkan kesedaran pengguna. Umpamalah ini seperti FOMCA dan lain-lain badan yang memberikan keutamaan kepada aktiviti-aktiviti kepenggunaan ini harus kita membantu supaya mereka terus cemerlang melaksanakan tanggungjawab. Ianya penting bagi kita untuk meningkatkan bantuan kewangan kepada mereka.
Seterusnya, Butiran 080500 – Sumbangan kepada Badan-badan Lain.
Saya ingin tahu senarai nama-nama penerima sumbangan yang dilakarkan dalam Butiran 080500. Akhirnya, Butiran 060000 – Maktab Kerjasama Malaysia (MKM).
Objektif MKM untuk membangunkan modal insan untuk meningkatkan gerakan koperasi nampaknya berbaloi berdasarkan peruntukan yang dikekalkan. Soalan saya, berapakah koperasi di peringkat sekolah, sama ada ia masih wujud dan sekiranya wujud, berapa lagi yang masih wujud. Sama ada MKM ada program untuk menambah ilmu pembangunan koperasi kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah dan juga pelajar-pelajar di IPTA supaya mereka daripada zaman
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
persekolahan kita didik betapa pentingnya aktiviti-aktiviti koperasi ini kerana ia dapat membantu mereka pada masa depan. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Butiran 010000 - Pengurusan. Tuan Pengerusi, kita sedia maklum bahawa kenaikan harga barang keperluan memang menjadi beban kepada rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Kita tahu bahawa 40% daripada rakyat negara kita pendapatan isi rumahnya ialah RM1,500 ke bawah. Golongan berpendapatan rendah ini adalah yang paling terkesan terhadap kenaikan harga barang. Tiba musim perayaan ada sahaja bekalan barang-barang keperluan seperti gula, tepung, ayam, minyak masak, menjadi kurang dan kesempatan ini diambil oleh peruncit untuk menaikkan harga.
Saya ingin menyentuh tentang Majlis Harga Barang Negara yang ditubuhkan oleh kementerian. Walaupun adanya Majlis Harga Barang Negara ini namun kita masih lagi bergelut dengan isu kenaikan harga barang yang kelihatannya agak sukar di atasi. Saya memetik sumber FOMCA sebagai berkata, “ Bahawa saban tahun kenaikan harga barang dicatatkan sebanyak 5%.” Jadi bila saya semak dalam butiran ini juga kita dapati bahawa sejumlah besar peruntukan disalurkan untuk menguatkuasakan undang-undang di peringkat negeri. Ini termasuklah membiayai ramai kakitangan yang berkemungkinan ditambah dari semasa ke semasa. Bilangan pemeriksaan hariannya juga akan meningkat pada tahun 2011 dan sebagainya. Saya ingin tahu apakah langkah yang lebih proaktif dan meyakinkan yang diambil oleh kementerian melalui badan penguatkuasaan seperti ini bagi meminimumkan masalah kenaikan harga barangan keperluan.
Kos pengurusan yang meningkat ini ditambah pula dengan inisiatif kementerian sejak akhir-akhir ini yang ingin menyemak dan meminda beberapa akta serta peraturan untuk dikemaskinikan. Ini sudah tentu akan mengakibatkan melonjaknya lagi kos penguatkuasaan, kos pentadbiran pengurusan. Contohnya, Menteri telah memohon kerajaan untuk menimbang, menyerap 1,600 pegawai pemantau harga ke jawatan tetap. Permohonan ini dibuat adalah didorong oleh seramai 2,000 pegawai penguat kuasa sedia ada tidak mampu menanggung bebanan tugas yang semakin bertambah. Anehnya, harga barang terus meningkat, barang keperluan terus disorok dalam situasi tertentu walaupun tidak berterusan.
Tatkala kementerian mempunyai pelbagai institusi penguat kuasa dan kakitangan yang ramai. Apakah ini gambaran bahawa masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan, di atasi, yang sebenarnya menjadi tanggungjawab besar kementerian di samping saya menghargai kempen kementerian yang agak agresif sejak kebelakangan ini mengingatkan pengguna tentang kuasa pengguna. Saya fikir ini langkah yang cukup baik, yang dilaksanakan oleh kementerian. Namun begitu, peningkatan kos pengurusan untuk tujuan penguatkuasaan ini, pengambilan kakitangan dan juga beberapa cadangan lain itu, saya ingin tahu apakah memberikan hasil pulangan yang meyakinkan.
Butiran 020000 – Perdagangan Dalam Negeri. Perusahaan kecil dan sederhana kini mewakili lebih 95% daripada keseluruhan syarikat dalam negara
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
kita. Ini mencecah hampir 800,000 syarikat. Sebarang usaha menambahkan bilangan PKS akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kerana industri ini juga menampung sebahagian besar daripada pekerjaan dalam negara kita. Akan tetapi saya ingin mendapat penerangan daripada kementerian bagaimana tumpuan PKS ini bila dilaksanakan mendapat manfaat kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira batasan suku kaum.
Saya mengangkat tajuk ini kerana saya berpendapat sektor PKS ini termasuk setelah mendengar penjelasan Menteri MITI tadi pun mengesahkan bahawa sektor ini masih lagi bergantung kuat kepada bantuan dana kerajaan. Kita akui sumbangan industri ini dalam ekonomi negara juga besar sehingga 33%.
Namun pinjamannya kepada para pengusaha, Menteri MITI tadi sebut ialah berjumlah RM4 bilion sahaja sehingga Ogos 2010. Jadi apakah faktor yang memperlahankan pertumbuhan sektor PKS dalam negara ini dan ini adalah di bawah sub topic Perdagangan Dalam Negeri.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Akhirnya Butiran 030000 – Kepenggunaan dan Pengurusan, muka surat 341. Saya meneliti butiran ini di bawah Program dan Aktiviti Gerakan Kepenggunaan, kod objek 1000, 2000, 4000 anggaran 2010 dan anggaran 2011 menyaksikan penurunan dari segi peruntukan. Di bawah kod objek 1000 anggaran 2010 – RM1.6 juta dan di bawah anggaran 2011 – RM1 juta. Ini mengalami penyusutan peruntukan 35.5%. Di bawah kod objek am 20000 anggaran tahun 2010 – RM13.757 juta dan anggaran tahun 2011 – RM6.3 penyusutan peruntukan sehingga 53.4%.
Ini apa yang dapat diperhatikan pada jadual ini Tuan Pengerusi adalah kelihatannya kementerian dan kerajaan lebih memberi perhatian kepada aspek penguatkuasaan undang-undang tetapi agak ke belakang dari sudut gerakan kepenggunaan. Ini barangkali menunjukkan ataupun menyerlahkan keyakinan kementerian yang cukup tinggi terhadap jenteranya dalam mengawasi harga barang, pengeluaran sijil halal, pengeluaran lesen dan sebagainya. Akan tetapi langkah mengurangkan bajet untuk gerakan kepenggunaan ini rasanya adalah satu langkah yang agak kurang tepat kerana gerakan kepenggunaan ini sebenarnya memberikan satu impak yang lebih besar kalau langkah yang lebih tersusun dan agresif dilaksanakan.
Saya ingin bertanya, apakah kementerian beranggapan dengan keupayaan pelaksanaan dasarnya maka kepentingan pengguna dapat dilindungi.
Tidakkah kementerian menyedari bahawa tindakan tersebut akan melemahkan gerakan kepenggunaan dengan menggalakkan kebergantungan yang tinggi terhadap kerajaan. Jadi dengan tiga perkara yang saya utarakan Tuan Pengerusi saya berharap kementerian akan dapat memberikan sedikit sebanyak penjelasan.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Labuan.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya satu sahaja Tuan Pengerusi Butiran 030000 – Kepenggunaan dan Pengurusan. Apa yang ingin saya highlight di sini adalah tentang harga barangan yang jelas jauh lebih mahal terutamanya di Pulau Labuan itu walaupun kawasan bebas cukai tetapi harga barangan yang terdapat di Labuan jauh lebih mahal
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
berbanding dengan Semenanjung dan juga lebih mahal berbanding dengan Sabah dan Sarawak.
Kalau kita lihat contohnya harga satu kilo ayam kampunglah contoh ini untuk makanan dasar ya. Jikalau di Semenanjung harganya lebih kurang RM10 ke RM12 paling mahallah satu kilo. Akan tetapi apa yang berlaku di Labuan harga satu kilo ayam kampung mencecah sampai RM20 ke RM22 per kilo. Jadi kalau kita lihat ini sudah almost 100% di punya harga apatah lagi barangan-barangan lain kalau kita lihat mencecah kepada 20% ke 30% lebih tinggi daripada Semenanjung dan juga bandingan yang jelas dia jauh lebih tinggi daripada Semenanjung dan juga lebih tinggi daripada Sabah dan Sarawak.
Jadi apakah langkah-langkah kementerian untuk membantu penduduk Labuan supaya kita dapat makan dengan membelanjakan nilai RM1, yang jelas sekarang setiap nilai RM1 yang kita gunakan sudah jelas kurang 30% nilai tersebut. Jadi sedangkan gaji orang Labuan tetap sama dengan gaji orang Semenanjung mahupun dengan gaji orang di Sabah.
Jadi kalau kita lihat dalam perbandingan ini kita sentiasa miskin 30%. Jadi oleh itu mengharapkan kerajaan memikirkan apakah caranya untuk membantu penduduk Labuan yang cuma dalam 100,000 orang ini supaya dapat seolah-olah mungkin kalau transportation cost meningkat mungkin kita bagi subsidi untuk transportation cost barangan-barangan yang datang ke Labuan. Bukan sahaja barangan makanan tetapi juga barangan-barangan untuk pembinaan bangunan dan sebagainya jauh lebih tinggi. Jadi selama ini sudah berpuluh-puluh tahun 25 tahun – 26 tahun dah Labuan jadi wilayah tetapi kelihatannya barang tersebut tetap berterusan seolah-olah Labuan ini tidak nampak di mata kerajaan supaya benda ini kita sama-sama dapat menikmatilah hasil-hasil, hasil pendapatan orang Labuan itu sendiri.
Jadi saya mengharapkan kerajaan supaya dapat memikirkan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini dapat memikirkan apakah langkah-langkah ataupun cara untuk mengimbangi harga barang yang datang ke Labuan supaya orang Labuan juga dapat menikmati sama- sama, tidur umpamanya walaupun kita tidur sebantal tetapi kita tidak dapat mimpi yang sama. Jadi oleh itu kita harapkan kerajaan dapat fikir-fikirkanlah semoga orang Labuan juga akan dapat menikmati apa yang kita hasilkan kerana seperti mana yang kita lihat Labuan adalah kubu kuat kerajaan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Pengerusi terima kasih. Saya hanya ada satu perkara yang saya ingin bangkitkan di bawah Butiran 010200 – Dasar dan Perancangan Strategik. Kebelakangan ini saya telah terima banyak aduan di Kuching dan di Sibu bahawa tong gas LPG yang dibekalkan ke rumah-rumah tidak ada tong baru untuk dibekalkan ke rumah-rumah.
Oleh itu families yang baru punya, mereka baru pindah masuk ke rumah baru semasa mereka hendak beli tong gas, mereka diberitahu bahawa kalau sedia ada tong boleh tukar untuk bekalan LPG gas. Akan tetapi kalau awak mahu beli tong baru supaya awak dapat menikmati LPG gas untuk penggunaan di rumah, mereka tidak ada tong yang baru.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Oleh itu saya ingin tanya kementerian, apakah sebabnya di Sarawak kini tidak ada tong LPG gas yang baru untuk dijual kepada keluarga yang baru itu. Itu halnya isu yang saya ingin bangkitkan kali ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kapit.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ringkas sahaja. Saya menyentuh Butiran 080900 – Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming.
Saya mengalu-alukan RM200 juta telah diperuntukkan untuk tujuan ini dan saya pun jangka dan harapkan bahawa kebanyakan ini juga untuk yang kita diperlukan di kawasan seperti kawasan saya di Kapit di pedalaman sebab program ini memang untuk kita mengawal harga barang supaya rakyat kita yang duduk di pedalaman dapat menikmati harga barang yang tidak terlalu tinggi dan inilah tujuannya. Cuma saya hendak penjelasan daripada kementerian sebab dalam beberapa bulan ataupun dalam setahun ini sejak program ini dilaksanakan, dijalankan dan kontraktor-kontraktor penghantar barangan ini pun telah dilantik.
Cuma saya tidak berapa puas hati dengan mungkin boleh dikatakan prestasi mereka sebab saya mendapat aduan sedikit daripada rakyat di mana kontraktor mungkin tidak menjalankan tugas dengan integriti. Aduannya barang yang kuantitinya sepatutnya sampai ke kawasan, sampai ke peringkat di pedalaman maka tidak sampai. Cuma ada dibuat invois mengatakan kuantiti besar sudah sampai. Jadi saya takut kalau kita tidak memantau dengan rapi nanti ada penyelewengan peruntukan ini, wang ini.
Kedua, kalaulah dilantik syarikat-syarikat yang menghantar barangan- barangan ini biarlah mereka ini dari kawasan tertentu, tempatan (local). Mereka tahu sebab di Kapit ini kita belum ada rangkaian jalan raya. Kita banyak menggunakan bot melalui anak-anak sungai.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Kalau tidak ada seseorang yang membawa bot itu tiada penyatuannya ataupun kemahirannya menggunakan bot sudah tentu tidak pandai menggunakan bot, jadi bahaya. Jadi kalaulah dilantik kontraktor daripada kawasan lain, walaupun mungkin dia akan mengajikan orang tempatan jadi sama juga orang tempatan peluang mereka tiada. Jadi mungkin juga ini menambahkan kos kepada kontrak ini.
Jadi saya mengharaplah kementerian meneliti dan mengambil kira supaya kita dapat menggunakan wang sebanyaknya digunakan dengan baik, dengan betul supaya mereka yang kita hendak bantu, yang miskin itu yang berguna itu, kita bantu dengan wang kerajaan dengan betul. Jadi yang kedua, ini subsidi gula ini dalam Butiran 080700. Saya nampak RM400 juta diperuntukkan untuk subsidi gula ini. Jadi nampaknya ini besar, mungkin saya memang terkejut melihat angka yang begitu besar ini.
Jadi apakah langkah-langkah daripada kerajaan, Kementerian Kepenggunaan ini untuk kita educate kepada consumer kita ini, pengguna kita ini supaya jangan terlalu banyaklah menggunakan gula ini. Saya tahu saya pernah juga dalam kempen-kempen telah dibuat dan masih juga kita perlukan wang ataupun peruntukkan yang sebanyak RM400 ini untuk kita memberi subsidi kepada gula. Jadi biarlah saya hendak mendengar penjelasan ataupun langkah-
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
langkah strategi baru daripada kementerian. Bagaimana kita boleh mengurangkan penggunaan gula ini supaya subsidi seumpama ini di masa depan juga kita boleh kurangkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.25 030200 - Gerakan Kepenggunaan.
Terutama saya lihat bahawa adakah, ada satu kajian telah dibuat oleh pihak kementerian tentang keberkesanan gerakan kepenggunaan daripada sejumlah peruntukan yang telah pun kita buat selama ini. Ini kerana kalau saya lihat dalam buku ini nampak macam benda yang sama sahaja yang akan kita lakukan.
Sambutan hari dan minggu pengguna Malaysia. Kemudian, kuiz pengguna di sekolah-sekolah menengah peringkat kebangsaan, aduan dari pengguna, bantuan untuk NGO.
Jadi benda-benda yang sama, benda-benda yang diulang setiap kali belanjawan yang dibentangkan. Jadi saya minta bahawa apakah satu kajian untuk melihat sejauh mana keberkesanan daripada sejumlah peruntukan yang telah pun kita buat dari sudut pertama sekali kesedaran kepada pengguna tersebut untuk mengetahui apa tentang hak yang ada kepada dia dan juga kesedaran di kalangan peniaga-peniaga itu sendiri.
Adakah dengan kempen gerakan kepenggunaan ini telah memberi kesedaran kepada pengguna dan juga peniaga-peniaga sama ada peniaga kecil, sederhana ataupun besar untuk tidak menaikkan harga, mengambil kesempatan untuk menaikkan harga yang sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira persoalan atau masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang kurang pendapatan, yang kurang menerima habuan dalam kehidupan mereka.
Kemudian yang keduanya ialah 080700 - Subsidi Gula dan 080800 - Subsidi Tepung Gandum. Walaupun saya bersetuju bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kapit tadi bahawa sepatutnya ada kesedaran untuk orang mengurangkan gula. Akan tetapi, hendak mengurangkan orang menggunakan gula ini dia bukan mengurangkan subsidi yang menyebabkan berlaku kenaikan harga gula. Ini kerana kalau begitu bermakna bahawa dia tidak mempunyai satu kaedah yang munasabah untuk memastikan bahawa orang akan mengurangkan kepenggunaan gula. Ini kerana gula boleh dikatakan saya ingat sewaktu saya pergi ke kedai kecil-kecil dulu waktu itu dua kupang lima duit, 25 sen. Waktu itu kati dia tidak pakai kilo lagi, pakai kati.
Sekarang ini sudah RM1.00 lebih. Sepatutnya, dari segi hospitalnya patut bila orang harga naik jadi orang pun tidak berani makan gula, tidak banyak makan gula sepatutnya penyakit kencing manis berkurang. Wad pesakit kencing manis juga berkurang. Tidak banyaklah sangat doktor hendak tumpukan kepada masalah orang penyakit kencing manis, tetapi menunjukkan bahawa menaikkan harga gula sebenarnya tidak memberikan satu pendidikan kesedaran kepada pengguna untuk mengurangkan penggunaan gula bagi kesihatan dia.
Maknanya tidak berjayalah bagi saya yang bukan berjaya untuk mengurangkan kencing manis, tetapi berjaya meningkatkan penyakit kencing manis dan juga kencing orang. Kencing orang pun berlaku. [Ketawa] Kencing orang ini dia membabitkan ramailah pemimpin-pemimpin kerajaan. Jadi yang kencing rakyat dan sebagainya pun berlaku banyak. Jadi yang ini memang doktor tidak boleh berubat penyakit kencing orang ini. Dia hendak kerat kaki pun tidak
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
boleh. Kalau kencing manis dia boleh masuk hospital potong terus sahaja kaki, jari kah, kaki kah. Kalau kencing orang memang payah hendak berubat melainkan dalam pilihan raya boleh berubat orang kencing orang ini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri JKR. Baik, saya hendak mempersoalkan di sini bahawa menunjukkan keberkesanan selalu kerajaan berhujah bila mengurangkan subsidi harga gula ini kerana apa? Oh! ini untuk mengurangkan orang makan gula kerana gula tidak baik untuk kesihatan. Selalu kita mencari rasional-rasional begitu tetapi hakikatnya, sebenarnya tidak berjaya mengurangkan penyakit-penyakit kencing manis. Akan tetapi, menyebabkan menambahkan beban kepada masyarakat dan kepada rakyat.
Jadi saya bimbang bahawa dengan laporan yang dibuat oleh makmal rasionalisasi subsidi tempoh hari, saya tidak bawa kertas dia hari ini. Sehingga tahun 2014 ini Tuan Pengerusi, dia akan berlaku kepada pengurangan subsidi kepada barang-barang yang menjadi keperluan kepada masyarakat. Bukan sahaja subsidi tepung, subsidi gula termasuk gas termasuk minyak petrol, gas masak, gas penggunaan lain, minyak masak dan sebagainya. Sudah tentu bahawa ini akan beri kesan kepada masalah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam negara kita.
Jadi saya hendak minta penjelasan. Berapakah jangkaan kerajaan bahawa harga tepung, harga gula, harga minyak masak, harga gas masak ini dia akan naik ini sampai berapa banyak? Akibat kesan daripada pengurangan subsidi.
Kerajaan selalu tidak sebut menaikkan harga, penyelarasan subsidi. Jadi orang kampung dia bukan tahu dia kata selaras dekat mana pun memang harga naik dia kata. Jadi dia bukan persoalkan penyelarasan subsidi ataupun tidak. Jadi saya hendak minta daripada sekarang sehingga tahun 2014 dan juga menjelang tahun 2020, berapa kenaikan? Maknanya dia akan jadi harga gula ini akan jadi berapa ini sebab kerajaan mengikut makmal rasionalisasi subsidi itu telah menyebut bahawa ada beberapa peratus jangkaan pengurangan harga barang ini kepada barang-barang yang disebut tadi ini yang akan menyebabkan berlaku lonjakan kenaikan harga-harga ini.
Mungkin termasuk juga barang-barang yang akan menjadi dalam sektor binaan. Yang Berhormat Menteri JKR datang ini sebab banyak projek yang tidak dikendalikan secara yang terbaik. Termasuk juga Parlimen kita ini. Termasuk Parlimen tiris macam mana dulu sudah buat dekat RM100 juta. Renovate, ubah suai RM100 juta, tiris dekat situ juga. Ini kena persoal. Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Stampin. Dia Yang Berhormat Menteri JKR dan Yang Berhormat Timbalan Menteri JKR ini.
Saya pun hairan Tuan Pengerusi, macam mana kita sudah habis dekat RM100 juta renovate Parlimen ini tiba-tiba berlaku lagi ikut kenyataan Yang Berhormat Menteri JKR ini berlaku rekahan di sambungan di tempat yang berlaku renovate ini. Jadi kita hendak tahu macam mana? Adakah tidak ada satu audit yang baik ini? Ini juga soal pengguna ini kita Ahli Parlimen, Tuan Pengerusi juga sebagai pengguna saya juga sebagai pengguna tiba-tiba kita tidak dapat menggunakan perbelanjaan wang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Butiran, butiran.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang besar ini untuk keselesaan kita. Jadi tengah makan tiris. Mana boleh macam ini. Jadi, ini isu kepenggunaan lah ini – isu kepenggunaan. Saya persoalkan juga dalam JKR nanti tetapi kementerian perlu juga sedia menjawablah. Macam mana beri? Kepada
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
kontrak mana? Adakah buat audit untuk pastikan bahawa dia buat kerja betul ataupun ambil untung lebih? Jadi, ini hendak kena jawab ini. Banyak benda JKR ini. Ini menyentuh soal pengguna. Saya harap Yang Berhormat Menteri yang akan datang jawab. Saya hendak tunggu. Saya kesian kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau beri dia jawab. Saya kesian dia. Selalu duk kena Yang Berhormat Timbalan Menteri sahaja mana boleh.
Baik, saya berbalik kepada isu subsidi tadi. Saya hendak tahu bahawa menjelang tahun 2014, berapa jangkaan kenaikan dan menjelang tahun 2020 pula, berapa percent kenaikan barang-barang yang saya sebutkan tadi? Ini kerana, saya rasa bahawa tidak wajarlah kerajaan melihat bahawa subsidi merupakan punca masalah kepada pengurusan kewangan negara kita – punca masalah kepada beban negara. Tidak boleh dilihat subsidi sebagai beban negara.
Subsidi kepada rakyat ini seolah-olah sudah dianggap sebagai beban negara, sebab tempoh hari disebut oleh Yang Berhormat Menteri Senator kita, mengatakan bahawa negara akan bankrap kerana masalah subsidi yang terlalu besar. Saya mengatakan bahawa tidak sewajarnya subsidi itu terlalu besar iaitu subsidi-subsidi kepada perkara-perkara yang tidak munasabah.
Dalam hal rakyat kita beri subsidi tetapi dalam hal-hal yang lain kita katakan insentif. Jadi, ia samalah. Kepada orang lain kita boleh beri. Walaupun tidak disebut sebagai subsidi tetapi disebut sebagai insentif tetapi benda yang sama. Kita beri subsidi kepada syarikat-syarikat IPP begitu besar untuk membuat keuntungan sedangkan untuk rakyat, kita lihat bahawa subsidi sudah menjadi bebanan kepada negara kita kerana kita mengalami masalah hutang yang kita tidak boleh hendak bayar. Jadi, takkan memberi subsidi boleh menjadi masalah kepada negara yang menyebabkan negara boleh jadi bankrap? Negara boleh menjadi bankrap kerana hutang tidak boleh bayar, bukan kerana beri subsidi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, masa Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya harap bahawa tidaklah dilihat nanti bahawa subsidi sebagai beban kepada negara khususnya subsidi kepada masyarakat dan kepada rakyat dalam negara kita. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya. Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian atas banyak isu kepenggunaan – walaupun tadi Yang Berhormat Pokok Sena melencong jauh, asalkan jangan kena kencing sudahlah.
Tuan Pengerusi, akhir-akhir ini isu kepenggunaan di dalam negara kita umumnya dapat dikawal ataupun diurus dengan baik oleh pihak kementerian. Itu satu kejayaan bagi kementerian ini. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Selangor tadi, sewajarnya kita merakamkan ucapan tahniah kepada kementerian yang telah berjaya mengurus soal kepenggunaan dengan baik walaupun ada beberapa perkara yang perlu dilihat semula.
Umpamanya, saya ulang semula tentang harga spare part kenderaan yang masih lagi pada tahap seolah-olah tidak dapat dikawal. Akan tetapi setelah kita meluluskan Akta Perlindungan Pengguna tempoh hari, saya rasa isu ini akan
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
dapat diselesaikan. Cuma, saya ingin berpesan, soal harga alat ganti kenderaan ini, ia perlu dilihat dan dipandang dengan serius kerana dahulu pernah kementerian menegaskan tentang perkara ini – kalau tidak salah saya awal tahun 2010, dan sebagaimana kita sedia maklum, harga barangan alat ganti kenderaan ini masih lagi mahal sekarang. Ia mahal kerana mereka mengaut keuntungan yang melampau. Kita baru sahaja meluluskan akta dengan izin, anti-profiteering ataupun mengambil untung yang melampau. Jadi hari ini saya ingin merakamkan supaya soal ini diberi perhatian yang tegas kerana ia melibatkan ramai pengguna.
Ini kerana Tuan Pengerusi, boleh dikatakan hampir 50% penduduk Malaysia menggunakan kenderaan masing-masing sama ada yang berpendapatan tinggi ataupun yang berpendapatan rendah. Ini penting termasuklah motosikal.
Tuan Pengerusi, saya hendak masuk kepada Butiran 010300 – Penguatkuasa (Ibu Pejabat) dan Butiran 020100 – Perdagangan Dalam Negeri.
Tuan Pengerusi, tadi kita baru mendengar rumusan ataupun ucapan penggulungan di peringkat jawatankuasa oleh Yang Berhormat Menteri MITI. Saya yakin, kementerian ini boleh membantu untuk meningkatkan lagi pelabur-pelabur dalam negara kita kerana kementerian ini juga ada kaitan dengan pelabur-pelabur.
Pengalaman kami di luar, di mana ramai pelabur yang kita kenal datang berbincang dengan kita, mereka berhadapan dengan MIDA – mungkin tidak ada masalah, tetapi mereka juga perlu memohon beberapa permit ataupun permit- permit tertentu yang tidak perlu saya sebutkan di sini.
Kebanyakan permit ini yang berkaitan dengan perdagangan Tuan Pengerusi – misalnya permit gas, permit minyak, permit untuk melangsungkan industri hiliran yang berkaitan dengan minyak – semuanya memerlukan permit daripada kementerian ini. Sewajarnya kementerian ini tidak melengah-lengahkan ataupun mencari jalan bagaimana kementerian ini boleh memudahkan serta mempercepatkan proses untuk meluluskan. Kalau hendak tolak, tolaklah tetapi janganlah ditangguhkan tanpa jawapan.
Misalnya, ada satu pelabur hendak melabur dalam negara kita tidak kurang daripada RM5 bilion, tetapi saya difahamkan sudah dua bulan tidak ada jawapan ke atas permohonan permit tersebut, sedangkan MIDA menunggu- nunggu. Mereka bertanya kepada MIDA, MIDA kata dapatkan permit – permit ‘A’ misalnya, daripada kementerian ini. Akan tetapi nampaknya, setelah borang permohonan diisi, setelah berjumpa dengan pegawai, tiada jawapan – dua bulan sudah. Tuan Pengerusi, ini akan menyebabkan pelabur yang datang dari luar lari.
Mereka akan berpindah pula kepada negara-negara lain yang mereka fikir mudah untuk mereka melabur, terutamanya yang melibatkan urusan pengurusan pentadbiran seperti yang saya sebutkan tadi. Jadi Tuan Pengerusi, ini penting untuk kementerian ini lihat supaya soal untuk meningkatkan pendapatan negara akan menjadi satu realiti, tidak menjadi masalah kepada usaha murni tersebut.
Resipinya sudah ada Tuan Pengerusi. Selalu saya menyebut di luar walaupun pihak pembangkang mengatakan bermimpi di siang hari dan sebagainya. Saya kata kita ada formula bagaimana kita hendak meningkatkan pendapatan negara – jumlah perdagangan dalam negeri dianggarkan RM1.6 trilion menjelang 2020. Kita ada resipinya. Resipi umpama kita membuat kuih. Ini resipi ekonomi iaitu NKEA. Bagi saya, itu resipi. Akan tetapi, resipi akan tinggal resipi sekiranya tidak ada pengolahan untuk menjadikan resipi itu sebagai satu produk.
Misalnya hendak buat kuih, ia ada resipi, tetapi kalau resipi itu tidak dipenuhi, tidak diadun, ia tidak akan jadi kuih. Sama juga dengan resipi ekonomi. Resipi ini, seperti yang saya sebutkan tadi – NKEA dan sebagainya, perlu sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian berkaitan.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Inilah Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan supaya perkara dalam Butiran 010300 dan Butiran 020100 yang berkaitan dengan permohonan pihak- pihak tertentu terutamanya pelabur-pelabur dari luar yang ingin melabur dalam negara kita yang kita pasti akan mendatangkan nilai pelaburan yang tinggi, meningkatkan FDI, sewajarnya diberi perhatian yang serius oleh pihak kementerian supaya kementerian dapat membantu negara. Kementerian tidak boleh hanya tertumpu kepada soal kepenggunaan sahaja, soal gula sahaja, soal kena kencingkan sahaja seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi, tetapi soal yang lebih besar, soal hendak memudahkan pelabur-pelabur asing, kerana mereka juga memerlukan sokongan seperti permit dan sebagainya.
Itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, Bekalan 25, Butiran 020000 – Perdagangan Dalam Negeri dan juga Butiran 020200 – Pembangunan Perniagaan. Saya memang tertarik pada hasrat kementerian untuk membantu ‘memodenisasi’ dan meningkatkan daya saing industri perkhidmatan serta menggalakkan perdagangan secara elektronik e-Commerce. Ini kerana saya sangat bimbang bagaimana dan setakat mana pihak kementerian dapat mempertingkatkan modenisasi di dalam e-Commerce ini. Ini kerana kita boleh lihat bukan sahaja di dalam Dewan yang mulia ini, kalau kita sebutkan e-Elektronik.
Kita di Dewan ini, saya pun tidak faham mengapa kita beli semua notebook ini lebih RM5 juta tetapi hanya boleh diguna untuk log in sahaja. Kalau kita mahu gunakan, kita terpaksa membawa laptop sendiri dan ini bermakna walaupun kita mahu menggalakkan e-Commerce, e-House, e-Parlimen, tetapi ‘E’ ini tidak begitu berjaya. Ini kerana kita boleh bayangkan dengan e-Commerce sekarang ini, kementerian dapat menerangkan pada Dewan yang mulia ini setakat mana kita berjaya untuk e-Commerce? Mungkin Timbalan Menteri, Yang Berhormat Gerik boleh memberi data yang cukup untuk menerangkan bagaimana kita dapat menjayakannya. Ini kerana kalau kita banding dengan negara yang lain termasuk Singapura, terutamanya Korea Selatan.
Walaupun ada bedilan daripada pihak Korea Utara tetapi internet atau pun e-Commerce, i-Industry, dan sebagainya sangat maju. Ini termasuklah untuk televisyen dan sebagainya program-program yang tiga dimensi, empat dimensi dan sebagainya kerana memang kelajuan itu memang tidak boleh dibandingkan dengan Malaysia. Kita ketinggalan sepuluh tahun ke belakang. Ia sangat maju dan dengan itu dia telah meningkat kepada satu tahap di mana e-Commerce ini boleh dimajukan untuk program-program televisyen yang moden.
Saya berharaplah pihak kementerian dapat menerangkan bagaimana kita dapat menggunakan e-Commerce untuk memajukan perdagangan dalam negeri kita. Seterusnya, mengenai pembangunan perniagaan. Di sini saya rasa memang menarik, objektifnya untuk merancang dan melaksanakan mekanisme pemantapan penyertaan usahawan bumiputera atau bakal-bakal usahawan pada peringkat downstream dalam sektor perdagangan, pengedaran melalui aktiviti pemasaran, latihan, pengiktirafan, perniagaan dan termasuk pembangunan pangkalan data usahawan yang merupakan alat untuk menganalisis keperluan para usahawan bumiputera khususnya. Ini untuk bumiputera dan bukan bumiputera, itu baik.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kita mesti menggalakkan kejayaan dalam perindustrian kita dengan penyertaan semua kaum. Di sini kita lihat bilangan program yang dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan tahun depan, 14. Saya tidak tahulah bagaimana ini dapat membantu pihak usahawannya dan juga bilangan produk PKS yang disenaraikan lebih 1,300 dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini, bagaimana kita dapat melaksanakan dan membangunkan perniagaan yang disebutkan di dalam objektif kita ini. Ini kerana saya lihat kemajuan itu sangat lambat.
Saya memang ada terima aduan mengenai pihak kementerian, perkhidmatan itu tidak cukup untuk membantu para usahawan kita dan saya berharap hal ini dapat diperbaiki supaya PKS kita dapat maju. Ini kerana PKS, memang Perusahaan Kecil dan Sederhana dan memang memainkan peranan yang penting dan peranan mereka akan dipertingkatkan kerana kita mahu capaian satu tahap negara dengan pendapatan tinggi. Itu bermaknanya, Perusahaan Kecil dan Sederhana pun akan meningkat untuk menyertai tahap yang maju. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut serta menyertai perbahasaan di peringkat Jawatankuasa. Baik, pertamanya saya menyentuh maksud Bekalan 25, Butiran 030200 di bawah tajuk Gerakan Kepenggunaan. Perkara ini amat penting kerana sering kali isu kenaikan harga barang ditimbulkan. Kita selalu melihat kepada usaha untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengguna dan perkara ini amat penting lebih-lebih lagi apabila kita mahu pengguna dapat maklumat yang terperinci mengenai gerakan harga barang dan sebagainya.
Justeru itu, saya ingin sentuh yang pertamanya peruntukan yang diberi oleh kementerian untuk kategori gerakan kepenggunaan ini. Masih banyak, RM9.89 juta tetapi ini merupakan penurunan hampir 45% daripada tahun 2010 iaitu RM17.87 juta. Jadi, di sini lebih-lebih lagi dengan penggubalan undang- undang baru mengenai persaingan dan sebagainya. Apakah sebab penurunan peruntukan yang diberi kepada gerakan kepenggunaan? Di mana saya melihat contohnya NGO seperti FOMCA, Consumers Association of Penang dengan izin dan lain-lain juga telah menggerakkan satu aktiviti program pendedahan kepada pengguna yang amat berguna?
Jadi, soalan saya yang ada sangkut paut dengan apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Pokok Sena tadi adalah adakah penurunan peruntukan tersebut disebabkan keberkesanan gerakan kepenggunaan NGO ini? Mungkin kementerian merasai bahawa program tersebut tidak menepati sasaran ataupun adakah penurunan dari segi peruntukan ini disebabkan kerana kekangan belanjawan negara dari segi suasana, ekonomi secara keseluruhannya? Ini kerana saya melihat antara touch point atau titik sentuh yang paling penting bagi kerajaan adalah bagaimana kita dapat menerangkan isu pergerakan harga barang.
Sekiranya kita tidak bekerjasama dengan NGO yang banyak turun ke padang dan turun ke bawah malah di kawasan saya juga bersama dengan saya, maka... Boleh mahu mencelah, ringkas sahaja.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih. Yang Berhormat, tentang gerakan kepenggunaan ini,
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
setuju atau tidak Yang Berhormat kalau saya katakan bahawa sebenarnya gerakan kepenggunaan di peringkat NGO ini lebih efektif untuk memberi tekanan kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga. Contohnya Yang Berhormat, kalau diberi wang atau bajet yang mencukupi kepada NGO ini dan mereka gerakkan aktiviti mereka dan mereka satukan suara rakyat ini untuk mungkin consumer power inilah. Memboikot setengah-setengah perniagaan barangan dan sebagainya yang mungkin tidak boleh dibuat oleh kerajaan. Jadi, NGO inilah yang boleh menggalakkan satu suara rakyat yang kuat. Jadi, dengan RM9 juta ini mungkin tidak mencukupi.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih. Saya cukup kagum dengan kepintaran Ahli Yang Berhormat dari Kota Belud. Saya setuju sangat dan saya masukkan dalam ucapan saya. Saya rasa – sebab kuasa pengguna ini amat penting. Kita selalu sebut tentang consumer power, kita berikan kuasa kepada pengguna untuk menggerakkan sesuatu, tetapi sekiranya kita tidak memberi sokongan dan juga peruntukan yang cukup kepada gerakan ini, saya rasa pendedahan itu tidak ada.
Perkara yang kedua berhubung dengan tajuk yang sama adalah dari segi sokongan yang diberi kepada portal-portal seperti www.smartpengguna.my. Kita selalu sebut, dengan teknologi, kita boleh buat perbandingan harga. Kita boleh buat perbandingan harga contohnya di – apa yang dijual di Tesco, di Mydin, di Giant dan sebagainya. Akan tetapi, sejauh mana kementerian melalui peruntukan di bawah gerakan kepenggunaan ini memberi sokongan kepada portal dan juga teknologi maklumat yang dapat buat perbandingan harga secara real time?
Apakah kadar penembusan (penetration rate) portal-portal tersebut?
Kedua, Maksud Bekalan 25 Butiran 080700 – Subsidi Gula. Perkara ini selalu dibangkitkan dan perbelanjaan RM400 juta diperuntukkan secara spesifik dalam belanjawan kementerian untuk tahun 2011. Akan tetapi, setiap kali dibangkitkan soal subsidi gula ini, mesti ada yang bersuara bahawa sebenarnya yang dapat faedah daripada subsidi gula ini majoritinya bukan kepada rakyat tetapi faedahnya diberikan kepada peniaga dan pengusaha makanan. Di sini, dasarnya memang jelas tetapi dari segi pelaksanaan, dari segi penguatkuasaan, dari segi pemantauannya ada terlalu banyak ketirisan, yang mana kita dapat maklumat secara anecdotal sebagai Ahli-ahli Parlimen, bahawa sebenarnya banyak sangat ketirisan berlaku dalam isu subsidi gula ini. Semestinya kalau sasaran subsidi itu tidak dapat manfaat yang sepenuhnya, kita perlu kaji semula kaedah pelaksanaan subsidi gula tersebut.
Ketiga adalah Maksud Bekalan 25 Butiran 080900 – Program Pengedaran Barang Perlu, LPG Dan ‘Community Drumming’. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah memperkenalkan satu program yang baru yang dapat selaraskan sedikit sebanyak harga barang-barang perlu di kawasan terpencil, kawasan pedalaman, kawasan desa, kawasan luar bandar dengan satu program untuk diberi bantuan untuk pengedaran tersebut. Akan tetapi saya hendak tanya, dengan peruntukan yang cukup besar – RM200 juta ini, bagaimana kaedah mekanisme pelaksanaan dari segi pengedaran? Siapa yang akan edar? Vendor mana yang akan dipilih? Adakah kita telah buat satu ketetapan bagi kawasan- kawasan yang dilanda musibah bencana alam, banjir dan sebagainya?
Bagaimana peruntukan ini dapat digunakan supaya dalam keadaan tertentu, pengedaran barang-barang perlu juga dapat disampaikan kepada kawasan- kawasan yang dilanda musibah? Akan tetapi apa yang lebih penting sekali, adalah secara terperinci mekanisme bagaimana program ini dapat dilaksanakan.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Keempat dan yang terakhir Tuan Pengerusi, Maksud Pembangunan 25 Butiran 01400 – Implementasi Dasar Perdagangan Adil. Saya masih lagi ingat apabila Akta Persaingan dibentangkan – satu akta yang lama kita tunggu di Malaysia, yang dapat regulate, yang dapat mengawal selia persaingan di Malaysia. Justeru, oleh kerana sudah dilulus akta tersebut dan sudah mula dilaksanakan, saya ingin bangkitkan yang pertamanya, apakah komitmen kementerian untuk memastikan bahawa akta ini betul-betul dapat dikuatkuasakan, betul-betul dapat digunakan bukan setakat di lingkungan syarikat-syarikat kecil tetapi juga di kalangan syarikat-syarikat yang lebih besar? Bukan setakat GLC tetapi juga dalam sektor-sektor tertentu di mana ada unsur-unsur monopoli.
Contohnya dalam sektor pembekalan tenaga elektrik, telekomunikasi, bekalan air dan sebagainya, yang mana dahulu ia adalah perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan tetapi diswastakan dan sebagainya. Mungkin kita boleh melihat kepada suasana dan persekitaran persaingan yang lebih sihat lagi dengan penguatkuasaan dan iltizam yang lebih kukuh daripada pihak kerajaan untuk memastikan bahawa implementasi dasar perdagangan adil ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin minta penjelasan dan pandangan daripada kementerian mengenai Suruhanjaya Persaingan yang telah ditubuhkan melalui Akta Persaingan. Masih lagi tidak ada pendedahan, masih lagi tidak ada kesedaran umum mengenai kewujudan Suruhanjaya tersebut. Contohnya dalam laporan Utusan Malaysia pada 12hb Oktober tahun ini, yang mendapati ramai golongan peniaga yang tidak jelas – bukan sahaja soal kewujudan suruhanjaya tetapi mengenai Akta Persaingan itu sendiri yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2012. Kita hanya ada setahun lebih lagi sebelum Akta Persaingan dan juga segala peruntukan dalam akta tersebut dikuatkuasakan. Saya harap bahawa pendedahan itu dapat diberikan supaya peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha memahami apakah rejim persaingan yang akan dikenal pasti, yang akan diperkenalkan melalui akta tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Butiran 030200 – Gerakan Kepenggunaan, saya difahamkan lebih daripada RM500 juta telah diperuntukkan untuk mengimbangi harga keperluan barang- barang yang disediakan oleh pengguna atau rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk mengimbangi harga pengguna di pasaran. Semalam saya ada bangkitkan satu pertanyaan berkenaan dengan peruntukan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi iaitu berkenaan dengan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, iaitu cadangan one-off oleh kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM923 juta – hampir RM1 bilion, untuk tujuan menstabilkan harga pasaran minyak masak.
Oleh kerana minyak masak ini telah mengalami beberapa isu yang agak menonjol terutamanya pada tahun 2010 ini – beberapa kali harga minyak masak telah dinaikkan di pasaran, yang mana minyak masak ini diperlukan oleh pengguna, dan beberapa kali juga berlakunya laporan ketiadaan ataupun shortage dengan izin, atas supply ataupun penawaran minyak-minyak masak di pasar raya dan sebagainya, dan juga berlaku beberapa insiden penyeludupan terutama ke negara-negara jiran oleh beberapa entiti peniaga yang berlesen ataupun mempunyai kedudukan yang sah untuk meniaga perdagangan minyak masak ini,
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
saya hendak bertanya, adakah dengan peruntukan one-off yang diberikan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ini, bermakna kerajaan dengan RM1 bilion peruntukan tahun 2011 dapat menjamin harga minyak masak di pasaran akan menjadi stabil dan juga tidak berlaku lagi masalah tradisi ini?
Saya hendak tanya, apakah kerjasama yang sedia dirancang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini untuk memastikan kedudukan minyak masak ini tidak lagi menjadi isu besar kepada penduduk Malaysia dan masyarakat kepenggunaan secara keseluruhannya?
Perkara kedua Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Butiran 040000 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Saya difahamkan bahawa ada beberapa produk terbaru yang akan dipatenkan tetapi menghadapi masalah – strategiknya kita menghebahkan tagging-tagging di bawah Harta Intelek ini. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.
Butiran di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, saya hendak tanya perkara yang spesifik kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana ada satu pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang memberi keputusan bahawa aktiviti kutu yang berjalan secara berleluasa di kalangan masyarakat terutamanya masyarakat suburban dalam negara kita dikatakan sebagai illegal (haram). Perkara ini telah dinyatakan dalam akhbar Sinar Harian – temu bual secara eksklusif.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Beliau memberi peringatan bahawa kepada sesiapa yang terlibat menganjurkan dan terlibat menyokong aktiviti berbentuk kutu ini adalah menyalahi undang-undang dan benda ini adalah subjek kepada satu hukuman. Saya hendak tanya kepada kementerian, adakah cadangan kementerian untuk segera melihat kenyataan Ketua Pengarah ini sebagai satu langkah membendung aktiviti penyertaan kutu di kalangan masyarakat sub urban terutamanya yang berminat untuk bermain kutu ini dan masyarakat bumiputera luar bandar dan juga sebahagian kecil daripada kakitangan-kakitangan kerajaan yang berjawatan sederhana dan rendah. Ini kerana kutu dilihat sebagai satu alternatif kepada kaedah mereka membuat penyimpanan wang dan juga mendapat satu jumlah wang akhirnya untuk kegunaan.
Saya hendak tahu keputusan ini kerana implementasi undang-undang ini agak besar kerana Ketua Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah membuat kenyataan ini beberapa bulan yang lalu dari segi implementasinya. Saya juga hendak tanya apakah maksud pengumuman ini kerana Suruhanjaya Syarikat juga dilihat mempunyai satu kedudukan yang sangat strategik untuk memberi penjelasan apa-apa bidang berkenaan dengan pengurusan atau pun urusan pentadbiran sesebuah syarikat atau pun enterprise atau pun syarikat kepunyaan perseorangan. Jadi, setakat ini apakah Suruhanjaya Syarikat Malaysia berjaya memainkan peranan untuk memberi maklumat atau memberikan fakta atau pun data berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang dipantau oleh pihak kerajaan?
Adakah kerjasama ini dibangunkan secara strategik atau pun Suruhanjaya Syarikat Malaysia mempunyai cadangan lain dari segi urusan data atau pun maklumat berkenaan dengan syarikat. Ini kerana beberapa insiden walaupun dianggap sebagai terpencil, search atau pun carian-carian yang berkaitan dengan kedudukan pendaftaran syarikat dilihat sebagai eksklusif, sebagai terlalu rumit sehinggakan tidak dapat mencapai hasrat atau pun tujuan kita membuat carian tersebut.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi, di bawah perkara terakhir iaitu berkenaan dengan kajian- kajian perdagangan dan kepenggunaan di bawah Pembangunan 25. Saya hendak tahu secara penjelasan daripada kementerian. Oleh kerana Menteri Perdagangan Hal Luar Negeri telah memberi penjelasan baru sebentar tadi bahawa ada sedikit kesan dan kita harap kesan ini membawa kesan yang baik kepada implementasi untuk membatalkan atau pun memasukkan duti-duti import yang pada saya banyak kesannya kepada pengguna secara keseluruhannya.
Saya perhatikan di antara 300 item pengguna yang jatuh di bawah jadual- jadual yang dimansuhkan cukai atau duti import itu, sebahagian besarnya atau 93% adalah berkait rapat dengan barangan-barangan pengguna, keperluan- keperluan asas yang disebutkan secara detail, barang-barang kepenggunaan harian seperti syampu, barang-barang make up, barang-barang keperluan untuk menghasilkan barang-barang pengguna peringkat kedua dan sebagainya dijangkakan mendapat faedah.
Di antara barang-barang tersebut Tuan Pengerusi, kebanyakannya mempunyai kedudukan duti import selama ini sekitar 20% duti import dan ada barangan pengguna itu sekitar 15%. Ini bermakna secara keseluruhannya duti import yang dimansuhkan kepada barang-barang tersebut adalah dalam sekitar 15% hingga 20%. Adakah ini bermaksud barang-barang pengguna ini seperti syampu dan sebagainya akan sampai kepada pengguna pada tahun 2011 dalam kadar penurunan harga atau kejatuhan harga sekitar 15%. Sebab sekiranya perkara ini berlaku, saya berharap penyesuaian pasaran harus segera berlaku kerana sekarang sudah pun bulan 11, bulan November tahun ini. Duti yang kita hapuskan ini adalah berkuat kuasa serta-merta.
Semakan saya mendapati bahawa kedudukan massive import yang berlaku atas barang-barang keperluan ini termasuk barang-barang tertentu untuk menghasilkan barang kedua yang kita mansuhkan ini berlaku dua kali dalam tempoh satu bulan secara besar-besaran. Ini bermakna, dalam suku pertama tahun hadapan sepatutnya kita boleh menyaksikan barang-barang kepenggunaan ini jatuh atau boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia dengan harga yang dikurangkan sebanyak sekurang-kurangnya 15%. Banyak item-item barang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan kehidupan mewah dalam jadual yang dibekalkan kepada kita. Lebih daripada 75% adalah barang keperluan pengguna secara harian yang kita jangka dan harapkan boleh dinikmati dengan harga yang lebih rendah kerana kita telah menamatkan duti import.
Akhirnya, sedikit sahaja. Apakah rancangan kementerian untuk melihat dan menyemak kepada pihak-pihak yang telah diberikan lesen untuk mengimport ini supaya segera mematuhi arahan ini terutama apabila kita lihat ejen-ejen yang telah dibenarkan berperanan bagi pihak pengimport-pengimport ini untuk melihat bagaimana perjalanan barang-barang yang disebutkan tadi dengan merumuskan bahawa fungsi orang-orang tengah dan sebagainya, peruncit dan pemborong juga dilihat sebagai pematuhan yang perlu dilaksanakan segera untuk menjamin tahun depan harga itu turun sedikit. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kanowit. Selepas itu, Yang Berhormat Kota Belud, selepas Kota Belud, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran di bawah B. 25 Butiran 080900 - Community Drumming. Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
berkenaan dengan community drumming yang telah kita harapkan sejak tahun 2008 dahulu di mana kawasan pedalaman terutamanya di Sarawak dan Sabah mungkin diberi keutamaan untuk projek-projek ini untuk menyelaraskan harga minyak diesel dan benzin.
Ini kerana kita ketahui bahawa di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak yang belum mempunyai jalan-jalan raya atau road network, yang pada masa itu mempunyai harga dua jenis barang ini begitu besar jika dibandingkan dengan di bandar-bandar. Pada masa itu, saya masih ingat kita telah diberi taklimat dan disuruh untuk membuat permohonan mengikut kawasan Parlimen di mana kita telah disuruh untuk menghantar lebih kurang empat permohonan dengan nama syarikat-syarikatnya yang akan mengendalikan projek ini.
Di mana kalau macam kawasan Parlimen di Kanowit, kita memerlukan mini stesen dengan community drumming. Mini stesen dapat dibina di tempat yang mempunyai bekalan elektrik dan community drumming adalah untuk kawasan-kawasan pedalaman yang belum mempunyai electricity. Akan tetapi, sekarang sudah 2010, sudah tiga tahun lepas, saya belum nampak lagi perkembangan projek-projek ini yang akan dilaksanakan di kawasan-kawasan pedalaman terutamanya di Sarawak.
Saya minta penjelasan daripada kementerian sama ada memang projek ini akan dijalankan sebab peruntukan RM200 juta itu adalah begitu besar. Saya ingin mengetahui status projek-projek ini mengikut Parlimen dan kalau dapat berapakah yang telah diluluskan mengikut Parlimen terutama di Sabah dan Sarawak supaya kita ketahui dan kita dapat mengikuti perkembangan projek ini supaya mereka yang di kawasan pedalaman itu mendapati harga benzin dan diesel ini selaras dengan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.
Ini kerana, kalau sekarang kita melihat subsidi untuk diesel melalui rebat menjadi isu juga. Kalau dapat, minta kementerian untuk mempercepatkan projek ini supaya ianya dapat disampaikan di kawasan-kawasan di pedalaman. Itu sahaja. Yang Berhormat Baram sudah senyum. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya bermula saya ingin memberi komen sedikit tentang hujah daripada Yang Berhormat Pokok Sena tadi yang mengatakan bahawa subsidi di negara kita ini, Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan tentang bagaimana kerajaan tidak prihatin tentang rakyat apabila beliau mengatakan pengurangan ataupun subsidi itu dikurangkan. Saya ingin memberi penjelasan begini dan kita telah diberi penerangan oleh PEMANDU dan oleh kerajaan bahawa penyelarasan subsidi ini sebenarnya lebih menjurus kepada memastikan subsidi tidak ...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Macam Menteri jawab ini. [Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Thank you for the vote of confident dengan izin.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak payah Yang Berhormat, jangan kisah sangat, memang dah biasa ada bising sikit- sikit. Tidak apa Yang Berhormat, sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, sebenarnya apa yang berlaku ialah penyelarasan subsidi ini lebih kepada untuk memastikan subsidi tidak pergi kepada orang yang tidak sepatutnya diberi subsidi. Itu penyelarasan subsidi yang dibuat oleh PEMANDU. Contohnya kalau Yang Berhormat Pokok Sena itu bawa kereta Mercedes Benz, dia tidak sepatutnya mendapat subsidi. Kita beri subsidi itu kepada orang miskin, orang yang memerlukan, itu penyelarasan subsidi, itu objektif utama penyelarasan subsidi yang dibuat oleh kerajaan seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau tadi. Tentang bagaimana kalau RM300 juta yang dibelanjakan untuk penyelarasan harga dan sebagainya ini, di mana perginya wang ini? Kepada siapa? Jadi penyelarasan subsidi ini perlu dibuat dengan baik.
Tuan Pengerusi, sekali lagi saya ingin juga menyentuh tentang Butiran 080900 Maksud Bekalan 25 – Program Pengedaran Barang Perlu dan ‘Community Drumming’. LPG ini dan juga Penyeragaman Harga. Saya tidak tahu Tuan Pengerusi, sama ada kita harus meneruskan program-program penyeragaman harga ini sampai bila-bila kerana jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan begitu besar sekali. Akan tetapi saya juga ingin hendak tahu apa dia program atau tindakan kerajaan secara jangka panjang, bagaimana mahu menangani masalah perbezaan harga yang begitu ketara di antara Semenanjung dan kawasan- kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak. Kita tahu masalah ini besar, kita tahu masalah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapit dan Yang Berhormat Kanowit tadi, bagaimana keadaan di jalan raya di negeri Sabah.
Jadi kalau kita berbelanja beratus-ratus juta malah berbilion-bilion ringgit untuk memberi subsidi dan bantuan untuk menyeragamkan harga ini, saya rasa masalah ini tidak dapat diselesaikan sampai bila-bila. Apa yang perlu kerajaan buat ialah untuk mengenal pasti apa masalahnya, pengangkutan, input of production dengan izin, mengapa begitu mahal? Insentif perlu diberi kepada kilang-kilang supaya relocation ataupun kilang-kilang ini mempunyai keinginan untuk membuka kilang-kilang mereka di negeri Sabah dan Sarawak. Dengan cara itu mereka dapat mengeluarkan barangan di negeri Sabah dan untuk mengelakkan kos pengangkutan yang begitu besar di antara kilang mereka di Semenanjung dan penghantaran mereka ke negeri Sabah dan Sarawak.
Ini yang perlu difikir secara jangka panjang. Kalau kita berbelanja berbilion-bilion ringgit, tidak apa kita membantu rakyat. Akan tetapi apa dia jangka panjangnya? Bagaimana cost of production? Apakah kita sudah melabur secukupnya untuk memastikan sistem jalan raya kita, pelabuhan, efficiency pelabuhan kita di negeri Sabah dan Sarawak. Ini memerlukan cost of doing business, betul seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapit, cost of production. Ini kadang-kadang saya kasihan juga tengok Menteri, dia kurangkan subsidi gula dan mungkin dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan tetapi terpaksa juga berbelanja beratus-ratus juta untuk menyeragamkan harga di negeri Sabah dan Sarawak. Itu pun hanya kawasan-kawasan yang tertentu, tidak termasuk Labuan, Kota Belud, hanya di kawasan-kawasan yang jauh sekali. Jadi kementerian harus melihat bagaimana caranya jangka panjang. Saya hendak mendengar penjelasan daripada kementerian tentang jangka panjang yang saya maksudkan tadi.
Tuan Pengerusi, seterusnya ialah 030200 iaitu Gerakan Kepenggunaan.
Saya bersetuju tadi saya mencelah Yang Berhormat Rembau, saya bersetuju
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
bahawa wang yang secukupnya mesti diberikan kepada NGO-NGO, persatuan- persatuan pengguna di peringkat akar umbi ini supaya menggerakkan satu suara rakyat, suara pengguna yang mungkin kerajaan tidak mampu untuk gerakkan secara total, secara masa. Yang penting ialah apabila ada kesedaran daripada rakyat dengan sendirinya nanti pengguna-pengguna ini dengan melalui suara NGO, platform NGO, persatuan-persatuan pengguna dan sebagainya ini dapat menekan peniaga-peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Kerajaan tidak akan mampu untuk memantau semua barangan harga di seluruh Malaysia. Mereka harus NGO dan persatuan-persatuan pengguna ini harus diberi peluang untuk memberi kerjasama dan juga hala tuju yang sama dengan kerajaan.
Satu lagi isu yang ingin saya bawa dan ini mungkin radikal sedikit Tuan Pengerusi ialah bagaimana caranya untuk rakyat, sahabat-sahabat kita, penduduk-penduduk di Semenanjung ini di mana cost of productionnya dengan izin tidak begitu tinggi dan jaringan network, jalan raya yang begitu baik.
Bagaimana caranya untuk mereka ini cross subsidize barangan di Sabah dan Sarawak. Katalah Maggi mi yang kosnya lebih tinggi di Sabah dan Sarawak, apakah kita tidak boleh seragamkan harga ini tanpa perlu kerajaan mengeluarkan subsidi tetapi memberitahu kepada pengeluar Maggi mi ini untuk menyamaratakan harga di seluruh negara supaya pengguna-pengguna di Semenanjung ini boleh membantu rakan-rakan mereka di Sabah dan Sarawak untuk cross subsidize kan cost of production ini.
Jadi sekarang ini pendekatan kita ialah kalau ada perbezaan harga, kerajaan akan membantu dari segi subsidi dan ini akan memakan belanja yang begitu besar yang mana wang ini kita boleh gunakannya untuk tujuan-tujuan yang lebih produktif untuk membangunkan negara kita. Akan tetapi bagaimana caranya ini? Saya pun tidak ada mekanisme yang ini, mungkin satu akta yang boleh memastikan semua pengeluaran-pengeluaran barangan keperluan ini disamaratakan di seluruh negara tanpa ada subsidi dengan menggunakan pendekatan cross subsidy dari segi harga. Jadi ini mungkin juga boleh difikirkan secara jangka panjang oleh kementerian dan ini mungkin lebih murah untuk menyamaratakan subsidi di negeri Sabah.
Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Mencelah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sila.
Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Kota Belud, cross subsidy punya usaha tadi.
Masalahnya Yang Berhormat Kota Belud, saya bersetuju sebenarnya, kadang- kadang kerajaan menjadi mangsa. Peruntukan dikeluarkan lebih untuk memberikan subsidi tetapi pengeluar barangan tidak. Maknanya sepatutnya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Belud, bagaimana kita hendak menggalakkan, paling tidak memberikan kesedaran kepada pengeluar supaya mereka mempunyai pemikiran kemanusiaan yang lebih. Oleh sebab itu kita tengok kalau harga minyak naik, kadang-kadang barang mereka sebenarnya tidak perlu naik tetapi mereka ambil kesempatan untuk menaikkan barangan mereka.
Jadi kita hendak kalau boleh pengeluar-pengeluar ini dididik supaya di samping mereka dapat keuntungan, mereka juga mempunyai kesedaran bagaimana hendak membantu masyarakat luar bandar ini dengan cara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi. Terima kasih banyak.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya ingin juga hendak bertanya bagaimana pandangan Yang Berhormat
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Kota Belud. Kita selalu menyebut tentang penyeragaman, penyelarasan subsidi yakni untuk mengurangkan kos barang-barang keperluan ini di luar bandar, on the transportation cost. Jadi bagaimana pula dari segi services, apa pendapat Yang Berhormat Kota Belud dalam bagaimana mungkin ada cara untuk menyeragamkan juga services ini terutamanya di luar bandar, di pedalaman di mana ianya juga begitu tinggi. Terima kasih.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya bersetuju, Yang Berhormat Maran, saya bersetuju. Masalah kita ialah apabila kerajaan cuba menyelesaikan masalah rakyat melalui pendekatan subsidi ini. Besar kemungkinan subsidi ini tidak sampai kepada intended group ini dengan izin.
Banyak sudah contohnya, kalau gula, penyeludupan juga akan berlaku, ini masalahnya kalau disubsidi kan. Jadi kita create satu masalah yang baru.
Begitu juga Tuan Pengerusi tentang kabotaj polisi. Kabotaj polisi dikatakan akan dirombak atau difikirkan semula oleh kerajaan untuk menyeragamkan atau membantu harga di negeri Sabah dan Sarawak ini dapat dikurangkan. Akan tetapi pendekatan itu tidak akan menyelesaikan masalah selagi pelabuhan kita tidak efisien. Selagi on shore, masalah pengangkutan di darat tidak diselesaikan dan dengan merombak kabotaj ini kita timbulkan masalah yang lain. Bagaimana dengan tuan punya kapal, orang Malaysia yang sudah berbelanja berbilion-bilion ringgi? Ini masalah baru. Jadi kita harus melihat bagaimana caranya untuk kita pastikan bahawa subsidi ini sampai. Untuk komen kepada Yang Berhormat Limbang, saya setuju.
Tuan Pengerusi, sedikit sahaja lagi. Itu sebabnya kerajaan harus berbelanja lebih banyak dalam pembangunan IT di negeri Sabah dan Sarawak. Di sini kelebihan sedikit untuk negeri Sabah dan Sarawak kerana kalau diberi perkhidmatan IT ini ditingkatkan di luar bandar, maka banyak perkhidmatan dapat digunakan melalui internet dan IT. Maka kos untuk menjalankan hubungan urusan dengan penyedia-penyedia perkhidmatan ini akan dapat dikurangkan dengan sekelip mata. Jadi kalau contohnya dapat memperbaharui pasport daripada tidak payah pergi ke Kuching, ke Kota Kinabalu, boleh dibuat di Kota Belud, di Kapit, ini dapat mengurangkan ini.
Jadi Tuan Pengerusi, saya rasa cross subsidy yang saya sebutkan tadi itu harus dilihat oleh kementerian. Bagaimana caranya untuk kita meminta pengusaha-pengusaha ini dapat membantu, pengguna-pengguna di Semenanjung dapat membantu rakan-rakan mereka di Sabah dan Sarawak yang rata-ratanya miskin dan terpaksa berdepan dengan harga yang begitu tinggi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Menteri menjawab pada hari Isnin ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10.00 pagi hari Isnin, 29 November 2010.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang.