Nov242010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah NKRA dan GTP sudah dilaksanakan. Sila jelaskan, apa masalah atau rintangan yang dihadapi dalam usaha untuk melaksanakannya.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, Salam 1Malaysia juga. Sejak dilancarkan pada bulan Januari tahun ini diselaraskan dan pandu oleh dengan izin Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan giat diusahakan oleh semua kementerian dan agensi yang berkenaan. Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Programme (GTP) telah menghasilkan banyak kesan positif bagi enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Result Area (NKRA), seperti yang telah kerap dilaporkan melalui media massa.

Secara amnya berpandukan komitmen untuk mengutamakan pencapaian supaya rakyat didahulukan berdasarkan gagasan 1Malaysia, GTP telah juga menghasilkan penambahbaikan, perubahan dan pembaharuan perkhidmatan awam kita seperti yang akan saya rumuskan secara ringkas.

Pertama, GTP telah meningkatkan lagi budaya kecemerlangan melalui penggunaan kaedah pengurusan prestasi seperti Key Performance Indicators

(KPI) dan Makmal Penyampaian (LAB) yang terbukti berkesan dan berhasil.

Sekarang lebih ramai penjawat awam telah menjadi lebih sedar dan komited lagi terhadap prestasi untuk mendatangkan hasil yang besar dan bermakna untuk rakyat. Pengejaran kecemerlangan atau dengan izin, the pursue of excellent dihebatkan lagi melalui proses penyenaraian atau ranking secara bersaing, semua balai polis di bawah NKRA, mengurangkan jenayah serta semua sekolah di bawah NKRA meningkatkan kualiti pendidikan, yang berada di paras tertinggi diberi ganjaran dan pengiktirafan. Manakala di paras rendah pula diberi bantuan dan galakan untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Kedua, kaedah makmal telah berjaya memecah tembok penghalang dan mewujudkan jambatan kerjasama dan penyelarasan yang lebih rapat di kalangan kementerian dan agensi yang berkenaan. Sebagai contoh di bawah NKRA meningkatkan mutu hidup isi rumah berpendapatan rendah yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dibantu oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), beberapa kementerian yang lain telah bekerjasama untuk melaksanakan Skim 1Azam supaya meningkatkan lagi keupayaan ekonomi anggota-anggota isi rumah yang miskin di mana Kementerian Sumber Manusia mengendalikan 1Azam

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Kerja. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 1Azam Tani dan sebagainya.

Ketiga, pendekatan berfokus secara bekerjasama ini adalah hasil satu proses pemacuan dan pemantauan yang sangat rapi di mana setiap Menteri peneraju NKRA mempengerusikan mesyuarat mingguan di peringkat kementerian sendiri. PEMANDU pula mengadakan mesyuarat mingguan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah pengurusan yang timbul dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri mempengerusikan Delivery Task Force (DTF) bagi setiap NKRA setiap bulan.

Keempat, GTP telah juga mengambil kira pandangan dan maklum balas rakyat melalui penyertaan dalam makmal, hari terbuka dan juga dalam proses pelaksanaan. Misalnya, NKRA untuk mengurangkan jenayah bukan sahaja memobilisasikan lebih ramai anggota polis ke kawasan-kawasan berisiko tinggi tetapi juga anggota-anggota RELA dan JPA yang dilatih untuk menjalankan rondaan dan bersama anggota polis serta skim-skim rondaan sukarela dalam kawasan-kawasan rukun tetangga. Hasilnya kadar jenayah telah menurun sebanyak 16% pada amnya dan jenayah jalanan termasuk meragut telah menurun sebanyak 37%.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua di samping enam NKRA, GTP juga melaksanakan apa yang dikenali sebagai ministerial KRA dan NKPI bagi semua Menteri. Oleh itu GTP memang merupakan usaha transformasi kerajaan yang terbesar yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan kerana penglibatan begitu banyaknya agensi dan ramainya penjawat awam.

Sememangnya ia menghadapi beberapa masalah awalan ataupun teething problems dalam tempoh setahun pertama ini seperti penyelarasan antara agensi yang masih kurang rapi dalam projek yang tertentu, pangkalan data yang masih kurang sempurna, taraf penghayatan penjawat awam yang masih belum serata kerana GTP memerlukan perubahan dari segi minda dan perhubungan kerja atau work relationship, di samping terdapat juga masalah- masalah pelaksanaan yang biasa misalnya pengambilan tanah, penempatan semula setinggan yang terlibat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kerajaan yakin bahawa masalah-masalah dan kekurangan ini akan dapat diatasi dan GTP memang akan berjaya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang panjang lebar dan komprehensif tidaklah seringkasnya.

Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan GTP ini Government Transformation Programme, bagi saya GTP ini perlulah dilaksanakan merangkumi kesemua kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan- kerajaan negeri. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan atau menyenaraikan nama-nama negeri yang akur dan memberi kerjasama terbaik dalam pelaksanaan program ini dan negeri mana yang sebaliknya.

Bagaimanakah dengan negeri-negeri yang diperintah oleh parti pembangkang? Adakah mereka memberi kita kerjasama dalam program ini?

Berkenaan dengan NKRA, ada beberapa projek yang amat diperlukan oleh rakyat seperti jalan raya umpamanya di kawasan saya di Kapitlah yang menghubungi Bandar Kapit, Bandar Song, Bandar Kanowit dan juga terus ke Sibu sebagai yang telah selalu saya sebutkan di dalam Dewan ini. Telah diumumkan dikatakan projek di bawah program NKRA dan sekarang kita belum lagi nampak apa-apa dengan status pelaksanaannya di peringkat akar

final • 10:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

umbi. Mungkin ini agak spesifik saya mohon penjelasan secara bertulis, nantilah.

Soalan saya apakah kesemua projek yang dikatakan di dalam program NKRA ini ada tarikh ataupun tempoh yang ditentukan untuk tamat pelaksanaannya – dateline for the completion of the project under NKRA. Oleh sebab pada keseluruhannya rakyat amat mengalu-alukan dan menerima baik Gagasan 1Malaysia, ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Bagi soalan yang pertama saya ingin menerangkan di sini bahawa hampir semua kerajaan negeri telah bekerjasama terutamanya kerajaan-kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional. Maka adalah menjadi kepentingan bagi kerajaan negeri di bawah mana parti pun untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan program GTP ini.

Bagi soalan yang kedua, untuk projek-projek secara spesifik di peringkat akar umbi sebenarnya telah dikenal pasti tetapi pelaksanaannya akan mengambil masa. Misalnya kebanyakan daripada projek-projek untuk tahun 2010 ini telah dikenal pasti dan dimasukkan dalam bajet tahun 2010.

Oleh kerana makmal-makmal NKRA diadakan pada penghujung tahun 2009, maka ada juga projek-projek yang baru yang tidak sempat dimasukkan ke dalam Bajet 2010 tetapi telah dimasukkan ke dalam bajet tambahan 2010 yang telah juga diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Untuk tahun 2011 memang projek-projek itu telah dimasukkan dalam Belanjawan 2011 dan selanjutnya untuk tahun 2012. Sebenarnya kita mengambil satu tempoh tiga tahun sebagai tahap pertama untuk melaksanakan enam NKRA ini di bawah GTP. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. NKRA dan juga Pelan Transformasi Negara, saya rasa tentulah dia juga merangkumi kaum wanita di dalam negara ini. Akan tetapi saya tidak tahu sama ada NKRA ini adalah di mana-mana dalam NKRA ini termasuk juga sebagai satu indeks ukuran untuk menentukan transformation ini ada termasuk juga wanita.

Adakah Gender Mainstreaming juga digunakan sebagai satu indeks dan sekiranya tidak bagaimana kita hendak mengukur bahawa transformation ini tidak membelakangkan wanita yang pada masa sekarang sudah pun di belakang. Jadi, saya minta penjelasan.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya tidak setuju bahawa wanita telah dibelakangkan di dalam negara kita ini. Saya memang tidak setuju sebab Yang Berhormat sendiri pun duduk di depan. Dari segi beberapa profesion misalnya perguruan sememangnya lebih daripada 65% adalah terdiri daripada wanita. Begitu juga pelajar-pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi, kebanyakannya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan. Maka ini adalah satu tanda yang baik yang sememangnya dialu-alukan.

Untuk GTP memang mengambil kira semua berdasarkan kepada Gagasan 1Malaysia di mana kita sudah dengan begitu terang mengatakan bahawa keterangkuman ataupun inclusiveness itu menjadi satu prinsip dan komitmen utama iaitu kita tidak mahu mengabaikan mana-mana golongan sama ada etnik, budaya, agama mahupun jantina atau gender.

Oleh itu di bawah NKRA, untuk meningkatkan isi rumah berpendapatan rendah memang tumpuan juga telah diberi untuk membangunkan usahawan wanita dalam satu program khas yang diusahakan oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan. Oleh itu Yang Berhormat Bukit

final • 10:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Mertajam tidak perlulah khuatir tetapi apa yang perlu ialah memberi sokongan sepenuhnya untuk menjayakan program ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kementerian berniat untuk meminda undang-undang untuk memberi kuasa yang lebih besar kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) ataupun Jawatankuasa Pengurusan

(Management Committee) untuk memungut bayaran maintenance yang di hutang.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berpandangan peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] bagi tujuan kutipan caj penyelenggaraan dan tunggakan adalah memadai. Kuasa tersebut telah diperuntukkan di bawah seksyen 32 Akta 663 dan seksyen 33 Akta 663.

Di bawah seksyen 32 Akta 663, badan pengurusan bersama JMB telah pun diperuntukkan kuasa untuk memungut caj penyelenggaraan tertunggak dengan mengeluarkan notis tuntutan kepada pemilik petak.

Sekiranya pemilik petak tidak membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari daripada tempoh notis yang diberi, JMB boleh mengambil tindakan mahkamah ke atas pemilik-pemilik petak yang berkenaan.

Selain daripada itu seksyen 33 Akta 663 juga memberikan kuasa kepada JMB untuk memohon bantuan daripada Pesuruhjaya Bangunan atau COB untuk mengeluarkan notis pembayaran dan mengambil tindakan penahanan harta alih terhadap pemilik petak yang masih tidak membuat pembayaran. Harta alih pemilik yang ingkar boleh dilelong oleh lelongan awam untuk menampung tunggakan caj pemilik petak. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya. Saya kurang setuju dengan Timbalan Menteri kerana saya rasa sekarang tiap-tiap hari ataupun tiap-tiap minggu kita boleh lihat berita-berita di mana ada pemilik-pemilik apartmen mereka tidak bayar itu maintenance fee, sampailah TNB ataupun SYABAS datanglah potong air, potong elektrik.

Saya faham bahawa sekarang dalam undang-undang sekarang, JMB mereka ada kuasa untuk membawa tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bayar. Akan tetapi, saya hendak tanya di sini, sekiranya JMB itu tidak dapat kutip itu maintenance fee daripada pemilik-pemilik rumah, jadi bagaimana mereka mempunyai keupayaan kewangan untuk membawa orang itu ke mahkamah. Saya hendak tanya jugalah, walaupun sudah ada undang- undang di sini tetapi sampai hari ini adakah rekod dengan kementerian, sudah berapa banyak orang telah dibawa ke mahkamah di bawah seksyen ini.

Kalau sudah tidak ada atau tidak ramai orang yang telah dibawa ke mahkamah di bawah seksyen ini, maksudnya seksyen ini adalah kurang efektif. Jadi, saya mintalah kementerian supaya bolehlah mengambil perhatian terhadap isu ini kerana saya rasa ramai orang yang duduk di apartmen dan kondo sekarang mereka bayar tetapi mereka disusahkan kerana banyak ada lagi yang tidak bayar. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Sebelum saya menjawab soalan tambahan Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat memberikan petunjuk arah bagaimana menyelesaikan masalah ini. Kalau sekiranya Yang Berhormat boleh memberikan petunjuk arah, kita juga akan berusaha ataupun akan mengambil tindakan seperti mana hujah Yang Berhormat. Penggulungan Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Macam itu biar saya jadi kerajaanlah.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Memanglah.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

You masuk Barisan Nasionallah, boleh jadi kerajaan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Itu bukan you punya floor, my floor.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain jangan campur Yang Berhormat. Duduklah.

final • 10:20 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya ada cadangan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

No... No... No.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Saya minta kalau Ahli pembangkang pun boleh memberikan input yang baik untuk kementerian, tidak ada masalah.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kita selalu beri input.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

It’s no problem.

final • 10:20 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

No, no. I can give a suggestion Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

No, no. Please, please!

final • 10:20 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Satu cara terbaik...

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, bila Yang Berhormat Timbalan Menteri bertanya...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Memberi pandangan, when he asked for opinion, kita boleh bagi.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Yang Berhormat Ipoh Barat ataupun yang lain...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Beruas, sila duduk Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Saya tanya kalau ada pihak Ahli Yang Berhormat Serdang...

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Juga ada suggestion untuk mengatasi masalah ini, apa masalah? Akan tetapi, kita pun sebenarnya JMB ditubuhkan di bawah Akta 33,32,33,663 dan JMB ini mempunyai kuasa.

Akan tetapi, untuk potong air, potong elektrik itu di bidang kuasa mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2009 dan 2010, 235 orang telah pun dibawa ke mahkamah. Tindakan telah pun diambil dan akan menunggu keputusan perbicaraan tentang orang yang gagal untuk membayar sewaan petak-petak ini.

Ini langkah-langkah yang telah kita ambil dan untuk makluman Yang Berhormat, mereka yang tidak membayar sebenarnya satu ialah orang yang sengaja tidak membayar. Kedua, juga saya tidak persalahkan pemilik petak- petak kerana servis JMB ini tidak baik. Memang betul kita menerima aduan daripada tahun 2009, 10,640 aduan yang kita terima dan tahun 2010 daripada Januari sehingga 31 Jun, kita menerima aduan 7,174 aduan yang telah diterima oleh kementerian. Kita telah kemukakan kepada JMB-JMB berkenaan untuk mengambil tindakan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Ini kerana pada soalan yang saya tunggu-tunggu seperti ini.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Ipoh Barat, bagilah.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bagi jawapan untuk Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Jangan buang masa. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah berusaha, kerja yang bukan senang dilaksanakan. Tahniahlah kepada kementerian. Saya ingin tanya satu kes yang mana kes serupa yang mana pihak management corporation ini tidak mengabaikan peranan dan tugas sebagai management corporation.

Ini telah pun dibawa oleh pihak TV3 yang melibatkan Tuan Karam Singh juga, kawasan saya. Jadi, saya minta tahu apakah peranan pihak kementerian pusat terhadap apa yang berlaku jika berlaku kesalahan- kesalahan yang melibatkan management corporation ini di peringkat negeri Sabah. Ini kerana peringkat negeri ini ada undang-undangnya yang tersendiri.

Jadi, ini soal nasional dan soal projek SPNB yang mana indirectly melibatkan kementerian daripada pihak Pusat.

Ini satu pengurusan management atau management di peringkat perumahan tidak menjalankan tugas sebagaimana yang di jangkakan. Ini kerana banyak aduan-aduan terutama sekali rumah-rumah petak ini retak, rumput tidak di potong, sampah tidak di pungut, tidak berpagar dan sebagainya. Penghuni-penghuni di situ... [Disampuk] Diam sikitlah, nanti Yang Berhormat Menteri tidak dengar. Kalau mahu cakap, berdiri, saya bagi jalan.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Ipoh Barat diam. Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, apa peranan pihak kementerian Pusat terhadap jika ada kegagalan daripada pihak kerajaan negeri. Minta tahu sebab saya harap pengundi saya yang membawa perkara ini kepada pihak kementerian Pusat. Minta penjelasan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Nampaknya...

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Taman, Taman Ketiau.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Nampaknya, Yang Berhormat Putatan juga mahu tanya juga.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk] Sudah minta mahu tanyalah.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Sebenarnya, ada dua perbezaan di antara JMB dengan MC. MC ini sebenarnya adalah merupakan bangunan-bangunan yang ada strata title. Jadi untuk peruntukan ini di mana MC ini mereka akan memilih jawatankuasa dia di peringkat perumahan itu sendiri dan menentukan tindakan-tindakan dan juga caj-caj yang perlu dikenakan kepada mereka yang akan duduk di kawasan tersebut. Jadi kementerian kalau menerima aduan, maka kita akan majukan kepada pihak MC dan juga kepada pihak negeri, pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan.

Jadi, di bawah seksyen 663 juga dan di bawah 32 dan 33, seksyen 663, Akta 663 juga mempunyai kuasa dalam MC. Jika sekiranya Yang Berhormat menerima aduan daripada penghuni-penghuni – taman mana?

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Taman Ketiau, Putatan dan saya telah menyerahkan laporan itu kepada Yang Berhormat Menteri, kementerian sendiri.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Akan tetapi, sebelum sampai kepada saya, sampaikan peringkat negeri dulu sebab oleh kerana management di peringkat state adalah juga dipertanggungjawabkan kepada state ataupun kementerian berkenaan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah yang diambil berkenaan isu pendatang asing yang sudah semakin membanjiri negara ini sehingga meningkatkan pelbagai masalah seperti jenayah dan sosial serta apakah kerajaan mengamalkan dasar kesamarataan di dalam perkhidmatan antara penduduk tempatan dan pendatang asing.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato’ Lee Chee Leong

Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Pengerang yang mengemukakan pertanyaan. Izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersama-sama dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang bertarikh 25 November 2010, soalan nombor 39 dan pertanyaan oleh Yang Berhormat Ampang bertarikh 14 Disember 2010 soalan nombor 18. Ini kerana pertanyaan tersebut adalah berkaitan dengan perkara yang sama.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengenal pasti kehadiran warganegara asing di Malaysia lazimnya adalah berdasarkan tujuan kemasukan seperti berikut. Yang pertama, masuk ke Malaysia secara sah dengan tujuan lawatan sosial seperti untuk melancong serta melawat saudara mara yang berada di negara ini dan masuk ke Malaysia secara sah dengan tujuan untuk bekerja.

Timbalan Yang di-Pertua, Malaysia mengalu-alukan kedatangan warganegara asing berkunjung ke negara ini. Dengan demikian tiada langkah drastik boleh diambil oleh kementerian bagi mengatasi kemasukan warganegara asing sah ke negara ini. Selaras dengan dasar-dasar negara

final • 10:20 AM

Dato’ Lee Chee Leong

seperti dasar Pelancongan menjadikan negara hab pendidikan serantau, menggalakkan pelancongan, kesihatan dan lain-lain.

Sungguh pun demikian, antara usaha kerajaan dalam mengawal kehadiran warganegara asing dan menyedari gejala sosial dan jenayah telah melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu antara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan pihak berkuasa tempatan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.

final • 10:20 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Dalam hubungan ini, Jabatan Imigresen Malaysia telah melaksanakan sebanyak 4,748 operasi sehingga bulan September 2010. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 25,553 tangkapan telah dibuat.

Berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Pengerang iaitu sama ada kerajaan mengamalkan dasar kesamarataan dalam perkhidmatan antara penduduk tempatan dan pendatang asing. Kerajaan sememangnya mengamalkan dasar ketidaksamarataan di dalam perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan hospitalisasi, di mana pekerja asing dikenakan bayaran tertentu.

Satu lagi contoh ialah dari segi peluang pekerjaan jawatan tetap di dalam perkhidmatan awam yang hanya diperuntukkan kepada warganegara Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, dalam hal berkaitan keselamatan, kerajaan tidak membezakan di antara warganegara dan bukan warganegara.

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di dalam negara akan diambil tindakan tanpa diskriminasi terhadap taraf warganegara. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Soalan saya seterusnya ialah sejauh manakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal kedatangan pendatang asing yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja dalam negara kita? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia telah mempunyai satu mekanisme untuk mengawal kedatangan pendatang asing yang menyalahgunakan pas lawatan yang dikeluarkan untuk bekerja di negara ini seperti yang pertama, pendatang asing yang telah dikeluarkan apa-apa pas tetapi menyalahgunakan pas tersebut.

Jika ditangkap, dia akan didakwa, dihukum dan diusir, dan akan dimasukkan maklumat tersebut di dalam sistem suspect list yang boleh diakses oleh pegawai imigresen di pintu-pintu masuk. Kedua, berkenaan tentang menyekat semula PLKS masuk ke dalam Malaysia, setiap pekerja asing diberikan cooling of period selama 3 bulan. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua, - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tawau.

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Dua-dua BN, macam mana ini?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

BEBAS lah.

final • 10:30 AM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Itu BEBAS lah.

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya bangun dahulu, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun dahulu.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidaklah, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Action lah, action.

final • 10:30 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Dia BEBAS. Ini baru menang Timbalan Presiden. Baru menang.

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya bangun dahulu.

final • 10:30 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Please, respect The Speaker.

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Yang Berhormat Rembau jauh.

final • 10:30 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ini Timbalan Presiden tolong duduk sekejap.

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun tiga kali Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Baru tahu tidak layak jadi Timbalan.

final • 10:30 AM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Tawau.

final • 10:30 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

You berdiri depan, boleh tengok belakang kah? Yang Berhormat Tawau di belakang bangun dahulu.

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Kalau tengok gaya, tidak layak jadi pemimpin ini.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Jangan buang masalah!

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Kalau ikut peraturan mesyuarat, Ahli Yang Berhormat pertama yang Tuan Yang di-Pertua nampak patut diberikan keutamaan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, yang ternampak oleh Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua tidak nampak saya? Paling dekat dengan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tawau itu jauh.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Mungkin Tuan Yang di-Pertua rabun dekat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya rasa perkara ini... Sila Yang Berhormat Tawau.

final • 10:30 AM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Ya, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Walaupun dengan beberapa tindakan yang dijanjikan dan diambil oleh Kementerian sebelum ini, tetapi kita tidak dapat kesan yang begitu efektif kerana masih ramai pendatang asing tanpa izin membolosi di sempadan, khususnya di Sabah. Bagaimana kerajaan hendak mengawal dan mengatasi kemasukan pendatang tanpa izin yang masuk ke

final • 10:30 AM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

negara ini secara haram? Apakah langkah-langkah kawalan secara drastik atau efektif bagi mengelakkan kemasukan golongan ini? Apakah kesudahan kepada penyelidikan di makmal bagi pendatang asing tanpa izin di Sabah?

Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi kemasukan warganegara asing secara tidak sah, langkah-langkah yang telah diambil adalah termasuk memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu- pintu masuk negara. Kedua meningkatkan pengawasan di sepanjang persisiran perairan negara iaitu di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tempat pendaratan dan kemasukan PATI. Ini dilakukan dengan kerjasama Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Walau bagaimanapun, ini bukan merupakan satu perkara yang mudah memandangkan sempadan darat dan laut negara yang begitu besar.

Mengenai soalan makmal bagi PATI di Sabah, Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin telah memutuskan untuk diadakan makmal pengurusan asing termasuk negeri Sabah yang telah berlangsung pada tahun ini. Melalui makmal ini, beberapa inisiatif telah dicadangkan yang merupakan langkah-langkah ke arah usaha mengurus kehadiran warganegara asing di Malaysia dengan lebih berkesan. Sekian terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, Kuala Lumpur kini nampaknya tercemar dengan kedatangan pendatang-pendatang asing seperti dari Myanmar, Vietnam, Afrika dan lain-lain, sehingga satu tahap di mana warga kota takut keluar rumah pada waktu malam di sesetengah tempat kerana mereka suka bergaduh, mabuk dan sebagainya. Pada hari cuti, mereka bersidai di KLCC dan kompleks-kompleks macam kroni.

Saya ingin tanya, mengapa kementerian tidak mengambil tindakan atau pemantauan untuk memastikan mereka tidak mencemar nama baik negara kita? Adakah kementerian ada mewujudkan unit khas untuk memantau bahawa pendatang-pendatang asing ini tidak menakutkan pelancong- pelancong atau pendatang asing yang sah dan orang tempatan juga tidak dicemar ataupun tidak ditakuti oleh mereka untuk keluar datang kepada kompleks-kompleks oleh kerana mereka bersidai di sana beramai-ramai seperti satu kroni? Minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan ada satu mekanisme untuk mengawal pendatang asing. Seperti mana yang saya jawab tadi, satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin telah memutuskan satu makmal pengurusan warga asing pada tahun ini. Melalui makmal ini, beberapa inisiatif telah dicadangkan yang merupakan langkah-langkah usaha mengurus dan memantau kehadiran warganegara asing di Malaysia dengan lebih berkesan.

final • 10:30 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Langkah-langkah yang telah dipertimbangkan di antaranya ialah:

(i) IPTS mesti melaporkan semua perubahan ke atas setiap pelajar asing daripada segi tempat belajar, kursus yang diikuti, kegagalan pelajar, tempat tinggal pelajar serta melakukan pemantauan ke atas pergerakan mereka;

(ii) majikan dikehendaki melaporkan pekerja asing yang lari dan tamat tempoh permit bekerja;

final • 10:40 AM

Dato’ Lee Chee Leong

(iii) meningkatkan kekerapan operasi penguatkuasaan di kawasan hot spot untuk mengurangkan aktiviti penyeludupan data oleh warga negara asing;

(iv) majikan perlu mengutamakan pengambilan rakyat tempatan untuk bekerja sebelum menggaji pekerja asing;

(v) mendaftar lepasan sekolah dengan Job Malaysia.

(vi) meningkatkan denda bagi kesalahan melanggar syarat pas di bawah peraturan 39(b), peraturan- peraturan Imigresen 1963 dari RM1,000 sehingga RM50,000;

(vii) memantapkan sistem pengkomputeran yang digunakan sebagai sistem pemantauan seperti berikut:-

(i) one passengers screen system;

(ii) Non-citizen tracking system;

(iii) memperkenalkan Non-citizen recruitment exchange system; dan

(iv) keempat menambah baik sistem Jabatan Imigresen Malaysia.

final • 10:40 AM

4. Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan berapakah bilangan pekebun kecil getah dan kelapa sawit di seluruh negara dan berapakah nilai hasil yang disumbangkan kepada KDNK berbanding sektor ladang.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2009 bilangan pekebun kecil getah adalah seramai 400,493 orang dengan jumlah keluasan 827,061 hektar. Komoditi getah secara keseluruhannya menyumbangkan sebanyak RM5,667 juta iaitu 1.08% daripada keluaran negara kasar (KDNK), daripada RM5,667 juta tersebut, sumbangan pekebun kecil getah kepada KDNK ini ialah RM1,638 juta atau 0.31%. Bilangan pekebun kecil sawit pada tahun 2009 pula adalah 354,612 orang dengan jumlah keluasan 1,225,113 hektar, komoditi sawit secara keseluruhan menyumbangkan sebanyak RM16,682 juta iaitu 3.2% daripada KDNK, dari RM16,682 juta tersebut sumbangan pekebun kecil kepada KDNK ialah RM3,180 juta atau 0.61%, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, begini ramai dan begitu banyak sumbangan yang diberikan oleh pekebun-pekebun kecil terutamanya pekebun kecil getah dan sebahagian daripada mereka bergantung kepada pekerja-pekerja yang datang daripada Thailand terutama di negeri-negeri di sebelah utara. Hubungan di antara rakyat di utara Malaysia dengan Thailand sudah terjalin begitu lama dalam bentuk sosioekonomi, kekeluargaan dan sebagainya.

Pernah pada tahun 1950-an, ramai pekerja daripada Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak ini yang berhijrah untuk menoreh getah di sebelah Thailand dan sekarang pada musim harga getah yang begini tinggi ramai di kalangan pekerja daripada Thailand yang masuk untuk menoreh getah di sebelah Kelantan dan di sebelah negeri-negeri utara. Dahulu kerajaan membenarkan

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

pihak pekerja-pekerja ini menggunakan pas lawatan dan sekali masuk dibenarkan untuk hadir ke Kelantan dan Malaysia selama satu bulan.

Akan tetapi sekarang ini pihak imigresen mengehadkan kemasukan itu daripada satu bulan kepada 14 hari sahaja, sepatutnya pihak kerajaan membenarkan, memanjangkan daripada satu bulan kepada tiga bulan. Jadi apakah pihak kementerian sedar bahawa tindakan pihak imigresen ini membataskan keperluan tenaga kerja dan juga memberikan suatu kesukaran kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk datang membantu datang bekerja menoreh getah di sebelah Malaysia ini, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat, apa Yang Berhormat bangkitkan ini sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa kementerian lain. Akan tetapi walau bagaimana pun saya hendak memberitahu kepada Yang Berhormat, yang kita hendak bantu adalah pekebun-pekebun kecil, kerana untuk kepentingan mereka, kita beri macam-macam teknologi yang baru dan mereka boleh menggunakan belia-belia tempatan yang sekarang ini kita ajar mereka, bagi training kepada mereka untuk mengeluarkan hasil yang lebih baik. Oleh sebab itu disebabkan masalah sosial yang terdapat dalam negara kita, kita cuba untuk mengurangkan penggunaan pekerja asing di dalam negara, jadi masalah ini tidak timbul sebenarnya Yang Berhormat, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat saya Ahli Yang Berhormat Gombak kerana dinobatkan sebagai Timbalan Presiden, tidak sabar-sabar hendak bertanya soalan tadi, test power dia.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tahniah...

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Soalan kepada Timbalan Menteri, saya mengucapkan tahniah di atas usaha-usaha kerajaan untuk menjaga kepentingan pekebun-pekebun kecil, untuk meningkatkan hasil mereka salah satu daripada cadangan kerajaan adalah untuk menubuhkan ladang berkelompok. Jadi soalan saya adalah bagaimanakah keberkesanan program ladang berkelompok yang bagi saya secara praktikal hanya berkesan apabila penanaman itu berlaku di satu tempat dan kawasan yang baru diterokai. Apakah pendekatan yang lain untuk membantu mereka yang tidak dimasukkan di dalam ladang berkelompok termasuk kaedah koperasi dan sebagainya? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat Rembau, beza Ketua Pemuda Barisan Nasional dengan timbalan presiden. [Ketawa] [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya tidak dapat tanya soalan.

final • 10:40 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Okey. [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau adalah sesuatu yang memang kita jalankan. Kerajaan memang hendak membantu dengan bermacam-macam cara untuk memberikan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil. Melalui ladang berkelompok ini adalah sesuatu program yang baru untuk kita memudahkan dari segi produktiviti mereka untuk menentukan apabila pengeluaran dikeluarkan ia dapat dibantu dengan lebih mudah dari segi pengeluarannya.

Kepada mereka yang tidak dapat masuk di dalam program ladang berkelompok ini, kerajaan juga ada membantu dengan cara yang lain iaitu

final • 10:40 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

melalui agensi-agensi yang berdekatan dengan kawasan tersebut. Jadi ia tidak menjadi masalah kepada pekebun-pekebun kecil. Sekiranya mereka mahukan bantuan daripada kerajaan, mereka boleh melihat dari segi agensi-agensi kerajaan yang berdekatan dengan mereka di kawasan tersebut, terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Tuan Matulidi Jusoh [Dungun] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan adakah kerajaan bercadang memperluaskan program 1Parlimen 1Koperasi Pemborong Barang Kawalan di semua kawasan Parlimen bagi memastikan barang kawalan mampu diedarkan di seluruh negara.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Dungun kerana mengemukakan soalan ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk menstabilkan harga dan bekalan barangan khususnya barangan kawalan, kerajaan sememangnya telah bersetuju untuk memperluaskan Program 1Parlimen 1Koperasi memborong barang kawalan dan peruncitan di semua kawasan Parlimen bagi memastikan barang kawalan dapat diedarkan di seluruh negara. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah diberikan tadi dan saya mengucapkan tahniah, syabas kepada kerajaan yang telah mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan barangan kawalan mampu diedarkan di seluruh pelosok tanah air termasuk kawasan pedalaman.

Soalan tambahan saya, apakah langkah kerajaan bagi memastikan pemborong dan pengedar barangan ini tidak memanipulasikan harga barangan atau menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya supaya harga barangan tetap dengan harga yang telah ditetapkan, walaupun di kawasan pedalaman? Dalam konteks menggalakkan penubuhan koperasi pemborong mengikut kawasan Parlimen, sejauh manakah kerajaan berjaya mengadakan program ini 1Koperasi 1Komuniti bagi menyokong program koperasi pemborong mengikut kawasan Parlimen?

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Untuk memastikan bahawa iaitu bekalan barangan kawalan ini sampai ke kawasan luar bandar dengan harga yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, setakat ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah pun memulakan program koperasi sebagai pemborong bermula pada tahun ini, iaitu tahun 2010 dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut negeri terlebih dahulu.

Setakat ini boleh dikatakan setiap buah negeri kecuali Johor telah pun ada koperasi pemborongan. Kita akan laksanakan sebelum sampai ke peringkat Parlimen dahulu. Setakat ini sehingga 23 November 2010 ini, KPDNKK telah pun menerima sebanyak 76 permohonan daripada koperasi yang berminat menjadi pemborong barang kawalan walaupun sebanyak 34 permohonan telah diluluskan lesen pemborong dan 11 permohonan kita tolak, dan baki 31 permohonan masih dalam penelitian berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Ini kerana kita tahu bahawa untuk memastikan bahawa koperasi ini ia dapat ataupun berkemampuan untuk mengedar, ia ada beberapa kriteria yang kita telah pun lihat iaitu yang pertamanya, memastikan bahawa koperasi kita mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Ini kerana kita tahu bahawa iaitu kebanyakan daripada barang kawalan melibatkan pembelian secara tunai.

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Bagi memastikan bekalan, maka iaitu – kita akan lihat iaitu koperasi yang mempunyai aliran tunai, rekod dan pengurusan kewangan yang baik bagi mengelakkan isu gangguan bekalan berpunca daripada kekurangan modal di peringkat pemborong untuk mendapatkan bekalan daripada kilang.

Begitu juga akan dilihat dari segi kemudahan pengangkutan dan stor simpanan. Kemudahan pengangkutan dan stor ini ia adalah amat penting supaya koperasi ini mempunyai kemudahan ini untuk dapat menghantar barang-barang iaitu barangan kawalan ini dengan cepat. Begitu juga kita akan lihat dari segi perniagaan asasnya di mana core business koperasi ini adalah dicadang perlu diambil kira dalam meluluskan permohonan di mana koperasi ini menjalankan perniagaan peruncitan dan mempunyai aktiviti ekonomi sedia ada, serta yang benar-benar ingin menjalankan perniagaan borong dicadangkan untuk dipertimbangkan.

Untuk memastikan bahawa iaitu barangan kawalan ini tidak dimanipulasikan, pihak kementerian dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan melalui pegawai pemantau harga dan juga pegawai-pegawai penguat kuasa kita. Dalam hal ini, kita juga ingin memaklumkan bahawa pihak rakyat, pengguna sendiri juga harus bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memaklumkan bahawa sekiranya ada manipulasi di kalangan pemborong perlu dilaporkan kepada pihak kementerian. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tumpu kepada soalan barang kawalan. Soalan tambahan. Kegiatan penyeludupan subsidi sejak akhir-akhir ini sungguh membimbangkan. Kerugian yang dicatatkan pula bukanlah satu angka yang boleh dipandang ringan. Sumber KPDNKK menunjukkan bahawa 10 kes melibatkan penyelewengan diesel subsidi nelayan yang membabitkan rampasan 58,449 juta liter diesel bernilai RM73,000. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk membanteras kegiatan haram tersebut dengan seriusnya? [Dewan riuh]

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Okey. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan ini. Sememangnya pihak kerajaan memandang serius terhadap penyelewengan subsidi yang diberikan kepada rakyat. Maka, pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebenarnya dari semasa ke semasa telah pun memantau dan juga telah pun membuat pelbagai jenis rampasan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab, di mana banyak barangan telah pun disita sama ada dari segi minyak diesel ataupun dari segi gula. Gula ini disebabkan kerana selalunya ia telah pun dibawa keluar daripada negara kita. Baru-baru ini memang kita tidak hairan kita digemparkan dengan penyelewengan diesel.

Pihak iaitu KPDNKK sebenarnya telah pun turun bersama dengan SPRM, telah pun membuat sitaan dan tangkapan kepada kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini. Kita dari semasa ke semasa akan sentiasa mengawasi perkara ini supaya ia tidak berlaku. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Puan Fuziah Salleh [Kuantan] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan sedar bahawa, berdasarkan 2009 Global Corruption Barometer Survey oleh Transparency International, persepsi rakyat Malaysia terhadap rasuah parti politik cukup teruk sedangkan menurut Laporan Tahunan 2009 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, hanya 15 ahli parti politik menghadapi pendakwaan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan atas soalan ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, hasil kajian Global Corruption Barometer Survey 2009 adalah berdasarkan pandangan masyarakat terhadap gejala rasuah dalam parti politik di negara masing-masing. Manakala pendakwaan terhadap 15 ahli parti politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah adalah berdasarkan aduan yang diterima dan keterangan yang diperoleh semasa siasatan.

Untuk maklumat Yang Berhormat Kuantan, persepsi tidak semestinya adalah realiti. Persepsi banyak dicorakkan oleh faktor semasa yang tidak jelas dan tepat. Manakala realiti tindakan SPRM adalah berdasarkan lunas undang- undang. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang diterima ini seolah-olah mengatakan bahawa realitinya tidak ada korupsi dan ia hanya persepsi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, persepsi ini sebenarnya terbentuk berdasarkan beberapa faktor. Di dalam kajian yang sama, apabila ditanya kepada rakyat Malaysia berkenaan efektif atau tidak kerajaan di dalam membanteras gejala rasuah, 67% rakyat Malaysia mengatakan bahawa kerajaan tidak efektif di dalam membanteras gejala rasuah berbanding dengan Kerajaan Indonesia. Rakyat Indonesia mengatakan bahawa Kerajaan Indonesia, 74% mereka yakin efektif dalam menangani gejala rasuah. Juga di Singapura, 96% rakyat yakin bahawa efektif kerajaan dalam menangani gejala rasuah.

final • 10:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Persepsi is formed dengan izin Tuan Yang di-Pertua, melalui pengalaman, interaksi dan konteks yang membuat mereka yakin bahawa korapsi itu tinggi. Jadi, seolah-olah ada denial ataupun penafian di sini. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di Indonesia, ada aset disclosure oleh SBY dan semua calon-calon dalam pilihan raya. Kemungkinan dengan adanya aset disclosure dan tidak takutnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua pimpinan Barisan Nasional untuk buat aset disclosure. Adakah itu yang menyebabkan persepsi rakyat Malaysia ini jatuh dan merasakan bahawa kerajaan tidak sungguh-sungguh dalam menangani gejala rasuah ini? Sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang berhormat Kuantan. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuantan bahawa persepsi ini dibentuk daripada pengalaman. Jadi, apakah persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana pemilihan PKR telah pun ditunjukkan dengan begitu banyak penipuan, satu allegation. Apakah dia? [Tepuk] [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab soalan bukan menyeleweng dan pergi jawab yang lain. [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak ada jawapan kah? [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Sila jawab soalan.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak ada jawapan duduk sahajalah. [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Datuk Liew Vui Keong

Akan tetapi itu persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat, betul atau tidak? [Dewan riuh] Walau bagaimanapun, saya rasa Yang Berhormat Kuantan ini telah hanya mengambil faktor-faktor yang dapat menghina kerajaan Barisan Nasional ini. Sekiranya Yang Berhormat

final • 11:00 AM

Datuk Liew Vui Keong

lihat dengan faktor kajian dalam Global Korupsi Barometer survey yang telah pun mengambil kira sektor-sektor ataupun organisasi yang lain, di mana parti politik adalah antara lima organisasi yang lain.

Sektor yang lain ialah Parlimen, business private sector, media, civil servant, dan judiciary. Yang Berhormat hanya memilih Malaysia berbanding dengan Indonesia, di mana parti politik di Indonesia only 11% for corruption.

Akan tetapi Yang Berhormat tidak menunjukkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa di Indonesia, Parlimen...

final • 11:00 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya berkaitan dengan parti politik...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Bacalah soalan itu, parti politik!

final • 11:00 AM

Datuk Liew Vui Keong

Ya, okey. Parlimen is 47% tetapi Tuan Yang di-Pertua, Malaysia is only 4% berbanding dengan Indonesia. Jadi, terdapat negara yang lain Yang Berhormat Kuantan seperti India, Thailand, South Korea, di mana percentage mereka is very higher than Malaysia iaitu 58%, 54%, dan 38%. Malaysia hanya 42% sahaja. Bagi sektor Parlimen seperti yang saya nyatakan tadi, di Malaysia hanya 4% compare to Indonesia, which is 47%.

Jadi, ini adalah satu persepsi, is a game or perception, how people look at you and us. Yang Berhormat Kuantan ini tidak ada memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa barometer survey ini telah pun dibuat pada 15 to 18 Februari 2009. Sebelum kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib memperkenalkan konsep NKRA, di mana kerajaan telah pun memerangi rasuah ini, sebagai satu teras utama dalam negara kita ini. Jadi, this one, it has not being taken into consideration. Yang Berhormat Kuantan ini cubalah beri satu maklumat yang benar kepada Dewan yang mulia ini, ya. [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau mengikut pendapat dan fahaman saya, soalan Yang Berhormat dari Kuantan ini... [Ketawa] Dia berharap supaya SPRM mengambil tindakan yang drastik dan bersungguh-sungguh menghapuskan rasuah di kalangan orang-orang politik. [Disampuk] Oleh sebab dengan soalan ini, saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimana tentang rasuah curi pasir di Selangor? [Dewan riuh] Yang melibatkan orang-orang politik, Exco kerajaan Selangor? Kalau ini boleh menambah bilangan 15, saya harap SPRM ambil tindakan bersungguh- sungguh. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Menteri? [Tepuk] [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang berhormat Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menjawab di Dewan yang mulia ini bahawa SPRM telah pun menuduh dua orang daripada enam orang yang telah pun disiasat dalam kes yang melibatkan curi pasir itu. Dakwaan seseorang ahli parti politik Yang Berhormat Kuantan, tidak boleh digunakan sebagai satu barometer.

Oleh sebab itu, kita perlu faham apabila seseorang tertuduh, terutamanya seorang ahli politik dituduh untuk menjawab sesuatu soalan di mahkamah. Mereka ini biasanya mampu untuk mendapatkan perkhidmatan peguam bela yang terkenal di Malaysia untuk membela mereka. Jadi, sekiranya mereka didapati tidak bersalah, ini tidak bermakna SPRM tidak menjalankan tugas sebenarnya. Ini menunjukkan bahawa peguam bela mereka itu biasanya, probably one of the best and they have to win the cases as defense counsel for their client.

final • 11:00 AM

Datuk Liew Vui Keong

Jadi, kekalahan dalam kes yang terlibat dengan ahli-ahli politik tidak boleh dijadikan satu barometer untuk mengenakan SPRM. SPRM sebenarnya telah pun menjalankan tugas tidak memilih color. They are color blind and they will proceed with any pertuduhan terhadap sesiapa sahaja yang telah pun melanggar perundangan dalam kes rasuah ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

7. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah perundangan-perundangan yang boleh digunakan terhadap penyalahgunaan bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa rojak oleh penyampai-penyampai radio, iklan-iklan di radio atau televisyen atau di papan-papan tanda.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Peruntukan tentang penggunaan bahasa Melayu terdapat dalam beberapa undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa di negara kita. Di samping Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan 1967 iaitu Akta 32 yang merupakan undang-undang induk. Peruntukan tentang penggunaan bahasa juga terdapat dalam pelbagai peraturan khusus dalam bidang dan sektor masing-masing.

Antara perundangan tersebut termasuklah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kod Kandungan Penyiaran 2003, Garis Panduan Penapisan Filem 2010, Undang-undang Kecil Iklan, Garis Panduan Papan Iklan Premis Peniagaan 2005, Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar 2009 dan lain-lain. Kerajaan sentiasa mengambil langkah untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul melalui perundangan yang sedia ada.

Selain daripada itu, kerajaan juga telah menerbitkan buku pedoman dan panduan bahasa, menyediakan khidmat nasihat bahasa, memberikan khusus pendaftaran bahasa, melakukan pemantauan, teguran, dan lain-lain.

Dengan demikian kerajaan berharap dapat memberikan pendidikan yang secukup-cukupnya agar rakyat dapat menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam urusan harian. Secara tidak langsung langkah ini akan dapat mengawal penyalahgunaan bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa rojak oleh penyampai-penyampai radio, iklan-iklan di radio atau televisyen atau di papan-papan tanda. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bahasa Melayu telah kita jamin di bawah Perlembagaan Malaysia, Perkara 152. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah sebut banyak akta dan juga perundangan yang mahu menjamin penggunaan bahasa Melayu di dalam kehidupan harian kita. Namun begitu, kita lihat sejak akhir-akhir ini, masyarakat termasuk juga PBT dan juga agensi kerajaan, GLC dan dalam mesyuarat kerajaan mana- mana pun lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Contoh dahulu satu masa kita sebut dalam Dewan ini supaya perkataan ‘Presint’ di Putrajaya dan kerajaan menjawab kita akan tukar tetapi sekarang ini masih lagi belum ditukar. Baru-baru ini kita bergaduh sedikit dengan Indonesia kita banyak menggunakan perkataan daripada Indonesia.

Tempat letak kereta telah ditukar menjadi parkir. Ini satu perkara yang memalukan kita.

Adakah Jepun dengan bahasa Jepunnya mundur? Adakah China dengan bahasa Cinanya mundur? Kenapa kita tidak orang Melayu menggunakan bahasa Melayu di dalam negara kita terutama sekali untuk kita mencapai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi di dalam negara kita.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Quebec di Kanada menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis dan 130 juta telah digunakan bahasa Perancis ini di dalam kehidupan harian.

final • 11:10 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Soalan, soalan!

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Soalan saya...Yang Berhormat Shah Alam dengki ya. Soalan saya bilakah masanya betul-betul kerajaan hendak menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada atau kerajaan ingin mewujudkan satu perundangan yang khusus bagi menjamin kegunaan bahasa Melayu sebagaimana yang telah ditegur oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan baru-baru ini ada satu forum yang telah dianjurkan oleh Berita Harian Sdn. Bhd, GAPENA dan juga PERSKOM dan Jabatan Penerangan di bawah Jabatan Penerangan Malaysia.

Jadi soalan saya bilakah bahasa Melayu ini betul-betul terjamin di dalam kehidupan harian terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Dewan Bahasa dan Pustaka memikul satu tanggungjawab yang berat iaitu dari segi penggunaan bahasa yang betul dan baik perlulah diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan saya mengakui bahawa sebelum itu ada desakan daripada pelbagai pihak supaya kita mengambil tindakan undang-undang menyaman mereka yang tidak menggunakan bahasa dengan baik.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya pindaan terhadap Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 telah pun disyorkan dan ianya masih belum dimuktamadkan di peringkat Kabinet. Apa yang perlu dilakukan ialah di samping kita menitikberatkan tentang perundangan penguatkuasaan undang- undang apa yang lebih elok ialah kita membimbing institusi ataupun stakeholder yang berkenaan khususnya dalam industri kewangan supaya mereka terlibat dalam perkara yang sama juga menggunakan bahasa yang baik.

Jadi sebab itulah kita telah mensyaratkan satu di mana Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil inisiatif berbincang dengan Bank Negara. Kita mempunyai satu jaringan yang cukup baik supaya setiap bank dari segi bukan sahaja kita memantau penggunaan bahasa itu tapi pada waktu yang sama kita bagi hadiah bagi mereka yang dapat menggunakan dengan baik. Itu sebagai salah satu inisiatif.

Keduanya, saya mengakui bahawa sebelum ini pelaksanaan kita tengok berkecamuk. Memang dari segi persepsi rakyat mengatakan kita perlu melakukan sesuatu. Sebab itulah komitmen kerajaan memang ada. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan mempengerusikan satu jawatankuasa iaitu akan mengadakan satu mesyuarat pada 30 November ini iaitu penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dan saya rasa dengan adanya mekanisme ini apa juga masalah dari segi penggunaan bahasa, apa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat kita dapat rumuskan mencari satu formula, satu kaedah dan sebab itulah kita memang bertungkus- lumus membetulkan apa yang tidak betul.

Sebagai contoh dahulu dalam Dewan ini kita sebut infotainment.

Sekarang tidak pakai lagi oleh kerana Dewan Bahasa dan Pustaka merasakan kita boleh menggunakan inforia. Itu bahasa jati kita dan satu lagi contoh TV3 sebelum itu gunakan ‘Sure Heboh’. Sekarang telah diubah atas nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka dan dia menggunakan perkataan yang lebih mengikut selera kita iaitu ‘Jom Heboh’. Ini dua contoh yang paling baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri pertama saya ucapkan

final • 11:10 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

tahniah penggunaan bahasa Melayu Yang Berhormat Timbalan Menteri cukup sempurna. Saya bangga. Cuma bicara kita pagi ini ialah soal bahasa rojak, bahasa pasar dan bahasa cincai. Ini kita akui sudah berada pada tahap yang parah. Siaran langsung TV misalnya program realiti, program hiburan interaksi artis dengan peminat itu rosak kerana bahasa.

Saya ikuti siaran langsung perseorangan badminton akhir Sukan Asia - Lin Dan lawan Chong Wei. Pengulas yang ditonton oleh berjuta rakyat Malaysia ayat dia “Lin Dan serve tinggi ke belakang, lob ke belakang oleh Chong Wei, drop oleh Lin Dan, net oleh Chong Wei, net oleh Lin Dan, ke belakang oleh Chong Wei, keluar ke base line”. Berapa banyak bahasa rojak itu. Itu parah dan ia ditonton oleh berjuta-juta rakyat. Maknanya pengulas yang dihantar paling asas sekali - itu ulasan bahasa Melayu kah bahasa Inggeris, bahasa rojak kah bahasa cincai? Itu realitinya kalau kita perhatikan.

Jadi, saya fikir jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri memang menyenangkan. Saya tidak khilaf bab itu. Isunya masih isu penguatkuasaan kepada Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Saya teliti barangkali tidak ada peruntukan pun kalau saya salah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh betulkan. Apa di sana satu peruntukan di bawah tajuk penguatkuasaan ke atas penyalahgunaan bahasa di bawah Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kalau betul tidak ada, apakah kementerian bercadang untuk melakukan pindaan sebab terhadap peruntukan yang jelas sekalipun berlaku perlanggaran.

Pagi ini di Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi, hakim membuat keputusan bahawa hakim boleh menggunakan, boleh menulis penghakiman sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris walaupun Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menyebut semua perbicaraan mahkamah, baik penghujahan oleh peguam atau peguam bela ataupun penulisan penghakiman oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mahkamah di bawah mestilah di dalam Bahasa Kebangsaan dan ini bahasa yang dijamin kemuliaannya di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Akan tetapi penghakiman pagi ini terang-terang Yang Berhormat Timbalan Menteri menempelak seksyen ini. Ini bukan sahaja kita tidak selesai menangani masalah bahasa rojak malah kita gagal menguatkuasakan.

Perkara yang sudah jelas dalam akta kebangsaan. Sila, mohon komen Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya sebagai Ahli Parlimen saya tidak masuk campur dalam urusan pillar lain iaitu tentang perundangan kerana menghormati pillar yang itu. Saya rasa itu yang pertama.

Yang kedua, apa Yang Berhormat tanya saya tentang pengulas sukan sebenarnya saya setuju dengan Yang Berhormat tapi kita perlu tengok kadangkala bahasa yang digunakan itu adalah bahasa atau jargon dalam sukan itu sendiri. Kalau dia kata short (pendek), kalau kita sudah membiasakan dengan istilah itu tidak menjadi masalah. Jadi, saya rasa sampai masanya kita memikirkan kalau kita hendak memartabatkan bahasa kebangsaan dalam sukan sekalipun kita kena gunakan bahasa yang merupakan istilah yang difahami oleh semua dan ianya satu istilah yang digunakan secara sejagat.

Saya setuju dengan itu sebab itulah harapan kita terhadap penubuhan jawatankuasa pelaksanaan bahasa kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini kita akan tengok semua skop mana yang boleh kita jadikan sebagai terma rujukan, mana yang boleh kita perbaiki dari segi pelaksanaan bahasa kebangsaan kita akan lakukan.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang kedua Yang Berhormat apa Yang Berhormat kata tadi sebenarnya penggunaan bahasa ini kalau sebelum itu kita memikirkan cara terbaik kita memberi saman kepada mereka yang tidak menggunakan dengan baik. Sebab itulah saya berkali-kali mengatakan di sini sejak semalam pun saya kata memang ada desakan supaya kita menyaman tetapi dalam kita menggubal ataupun membuat sebarang keputusan itu kita perlu lihat implikasinya. Bagaimana kita hendak melakukan kalau satu majlis yang melibatkan pelabur asing? Apa yang perlu kita lakukan? Kesemuanya perlu diperhalusi sebelum; sesuatu tindakan diambil supaya kita tidak terperangkap di dalam keadaan tersebut. Kita setuju bahawa kita perlu galakkan penggunaan bahasa Malaysia dengan baik tetapi pada waktu yang sama kita tidak mengikat diri kita sampai kita tidak boleh buat apa-apa.

Dari segi promosi pula, sebagai satu contoh Bank Negara mensyaratkan semua borang itu dalam dua bahasa. Itu sebagai satu permulaan. Itu sebagai satu permulaan yang baik. Kalau dahulu kita memikirkan institusi kewangan memang tidak boleh gunakan bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya dwibahasa itu sebagai satu cara untuk kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Itu sebagai contoh. Kita ambil maklum apa Yang Berhormat sampaikan dan kita akan mencari kaedah apabila wujud jawatankuasa ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

8. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan butir-butir lengkap bagi bilangan pergerakan perlepasan dan pendaratan (takeoff & touch-down movements) serta trafik penumpang yang tercatat di lapangan-lapangan terbang KLIA, LCCT Sepang, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu dalam tempoh 2007 hingga sekarang. Apakah rancangan naik-taraf bagi kesemua lapangan terbang tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berikut adalah data mengenai bilangan pergerakan pelepasan dan pendaratan pesawat dan jumlah trafik dari tahun 2007 hingga Jun 2010 iaitu bagi tiga tahun setengah adalah seperti berikut:

Lapangan TerbangPergerakan Pelepasan & Pendaratan PesawatTrafik Penumpang
KLIA74065799798305
KLIA I / Terminal Utama44621161689523
LCCT / KLIA II29444638108782
LTA Pulau Pinang13249811855151
LTA Kuching13165011846631
LTA Kota Kinabalu18239416544971

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan memang telah merancang untuk meneruskan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh manakala di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua iaitu meliputi kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta pembinaan semua LCCT di KLIA II.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, benarkan saya mengalu-alukan ketibaan dan juga lawatan satu kumpulan penduduk dari Kampung Balik Pulau, Pulau Pinang. [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Syabas Malaysia kerana sempat mencatat begitu banyak sekali pendaratan dan juga penerbangan serta juga dengan bilangan penumpang yang semakin bertambah. Saya juga kutip daripada pengumuman Menteri Pengangkutan tempoh hari dalam minggu yang lepas yang telah mengatakan banyak lapangan terbang antarabangsa di Malaysia telah menunjukkan peningkatan dalam angka dua digit, syabas Malaysia.

Saya rasa Timbalan Menteri akan bersetuju dengan saya, gejala peningkatan penumpang yang mendarat dan berlepas daripada lapangan terbang di Malaysia ini disebabkan dua faktor di antara yang lain. Faktor yang pertama ialah komitmen Malaysia terhadap Open Sky Policy ataupun Polisi Langit Terbuka. Yang kedua ialah kerana ada dorongan dan juga sumbangan yang begitu giat sebagai satu pemangkin dalam industri yang terbit daripada syarikat-syarikat penerbangan kos rendah seperti AirAsia, Firefly dan sebagainya.

Kalaulah Malaysia terikat dengan polisi open sky, kenapa AirAsia X tidak diberikan kebenaran untuk mendarat di Sydney dengan Kuala Lumpur sehingga hari ini. Kalaulah AirAsia X dapat terbang dari Kuala Lumpur ke Sydney dan kembali, sudah tentunya penumpang dan juga pelancong akan meningkat lagi dan membawa banyak tuah kepada negara kita.

Mengenai kenaikan taraf untuk lapangan terbang yang disebutkan oleh menteri tadi, saya nak tanya bilakah lapangan terbang LCCT akan dibina di Pulau Pinang sedangkan di KLIA sudah ada LCCT I dan di Sabah pun telah mempunyai LCCTnya dan kalau kita melihat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merupakan LTA yang begitu pesat sekali daripada segi pergerakan dan pelepasan. Bilakah LCCT Pulau Pinang akan dibina dan adakah benar desas desus yang mengatakan operasi...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya tahu ada orang Pulau Pinang dekat atas Yang Berhormat tapi terlampau panjang soalan. [Dewan riuh]

final • 11:20 AM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang operasinya akan diserah kepada Kumpulan Syed Mokhtar Al-Bukhari kerana Penang Port pun akan diberikan kepada Syed Mokhtar. Jadi adakah itu satu model untuk dijadikan anak kembar supaya pelabuhan laut dan pelabuhan penerbangan itu akan diberikan kepada kumpulan begitu yang telah menunjukkan kejayaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Skudai dan juga di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat itu banyak sekali tapi saya ingin menyatakan di sini bahawa memang Kerajaan Malaysia komited dengan Open Sky Policy dan dalam soal ini berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat tentang pembinaan LCCT di Pulau Pinang, setakat ini apa yang kita lakukan ialah menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan peruntukan RM250 juta dan kerja- kerjanya pun telah berjalan dengan lancar dan setakat ini kerja-kerja tersebut telah pun mencapai kemajuan sebanyak 34.24% dan pembesaran ini akan membolehkan penggunaan bagi bukan sahaja premier airlines tetapi juga bagi low cost airlines.

Berkenaan dengan apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, pengambilalihan oleh Kumpulan Syarikat Syed Mokhtar ini saya tidak ada maklumat dan saya pun tidak tahu sama ada adanya cadangan sebegitu.

final • 11:20 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Berkenaan dengan penerbangan di Sydney ini, suka saya ingin menyatakan di sini bahawa banyak route yang telah pun ingin diterokai oleh AirAsia ini adalah route yang telah pun di developed ataupun dibangunkan sebegitu lama oleh Malaysia Airlines. Oleh sebab itu kita walaupun mengambil kira tentang competition tetapi dalam masa yang sama kita juga harus mengambil kira bahawa AirAsia sendiri banyak lagi route yang kita telah serahkan mereka belum lagi menggunakannya. Jadi oleh sebab itu kita mengambil keputusan itu berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi bagi kedua-dua airlines tersebut.

final • 11:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Jelutong dia tanya pasal Penang sahaja tetapi yang berlaku di Lapangan Terbang Penang itu adalah sumbangan usaha Kerajaan Barisan Nasional. [Dewan riuh] Begitu juga RapidPenang yang cemerlang di Penang itu adalah sumbangan Kerajaan Barisan Nasional. [Dewan riuh]

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, itu orang Bayan Lepas itu. Jangan tipu orang Bayan Lepas.

final • 11:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Okey. Saya nak tanya Tuan Yang di-Pertua, dia sebut tentang LCCT Sepang, KLIA ...

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa yang disumbangkan oleh Kerajaan Pakatan? [Dewan riuh]

final • 11:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya tanya tentang lapangan terbang.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Itu sebab rakyat tolak BN di Penang ya.

final • 11:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya tanya tentang - lepas ini tak tahu lagilah. Saya nak tanya tentang Lapangan Terbang Batu Berendam, mungkin ada dalam makluman Timbalan Menteri sebab saya yakin dia boleh menyumbang kepada pembangunan, ekonomi Wilayah Johor Utara, Melaka dan Negeri Sembilan yang jauh daripada Wilayah Selatan dan Pantai Barat.

Jadi apa rancangan Kementerian Pengangkutan ini supaya Lapangan Terbang Batu Berendam ini boleh kita maksimumkan penggunaannya dan ia memberi kemudahan kepada masyarakat penduduk-penduduk di kawasan tersebut untuk berulang alik dan menjadikan salah satu daripada hab kawasan selatan selain daripada Melaka supaya senanglah saya, orang Ledang di belakang untuk berulang alik ke Penang dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya kita berhasrat untuk melihat Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ini mencapai tahap kemajuan yang meningkat dari semasa ke semasa dan sebab itu kita memang mempunyai banyak galakan yang diberikan kepada bukan sahaja Melaka tetapi semua secondary airport supaya banyak penerbangan dari luar negara yang boleh terus beroperasi ataupun terbang terus ke lapangan terbang sebegini.

final • 11:20 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Oleh sebab itu baru-baru ini dalam mesyuarat yang telah dilakukan dalam Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan kadar PSC ataupun passengers service charge kepada semua secondary airlines termasuk Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka iaitu dengan menurunkan kadar PSC ke satu tahap yang rendah iaitu RM26. Ini adalah merupakan salah satu insentif yang digunakan bagi menggalakkan penggunaan secondary airport dan juga meningkatkan frekuensi bagi destinasi dan merupakan insentif yang diberikan kepada

final • 11:30 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

syarikat-syarikat, bukan sahaja syarikat tempatan tetapi juga syarikat asing.

Selain daripada itu banyak lagi galakan-galakan dan juga promosi yang dilaksanakan bagi menjayakan lapangan terbang yang terdapat di negara ini.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soalan jawab lisan telah tamat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui

Keong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 25 November 2010.”

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan, [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Anggaran Pembangunan 2011 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” [Hari Keenam] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:30 AM
Maksud B. 22 [Jadual] – Maksud P. 22 [Anggaran Pembangunan 2011] –

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjawab.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato' Haji Hasan bin Malek

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Perbekalan 2011 di peringkat Jawatankuasa yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seramai 28 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah diperuntukkan sejumlah RM7.9 bilion pada tahun 2011. Peruntukan ini adalah 40.8% lebih tinggi berbanding peruntukan 2010 yang berjumlah RM4.9 bilion. Pertambahan peruntukan ini menunjukkan komitmen tinggi Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha membangunkan luar bandar. Daripada peruntukan 2010 yang berjumlah RM4.9 bilion ini sehingga 12 November 2010, KKLW telah membelanjakan RM3.38 bilion atau 67.1%. Kementerian yakin akan meningkatkan prestasi perbelanjaan sehingga 97.1% memandangkan sebahagian besar projek-projek terutamanya projek-projek NKRA telah pun siap dilaksanakan dan kini dalam proses pembayaran.

Prestasi 97.1% tahun 2010 ini akan membolehkan KKLW mencapai prestasi perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan kepada 95% daripada peruntukan keseluruhannya iaitu RM18.3 bilion. Prestasi yang tinggi ini menggambarkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Sebahagian besar peruntukan 2011 KKLW adalah untuk melaksanakan projek-projek NKRA infrastruktur asas luar bandar iaitu RM6.463 bilion atau 81.8% daripada peruntukan 2011. RM7 bilion tadi, RM6 bilion adalah untuk projek-projek NKRA. Bagi memastikan projek- projek 2011 NKRA disiapkan mengikut jadual dan dibelanjakan sepenuhnya kementerian telah menyelesaikan urusan pelantikan konsultan, urusan perolehan dan pengambilan balik tanah pada tahun 2010.

Sebelum masuk 2011, kita telah pun memulakan kerja-kerja ini dari segi perancangan, pengambilan balik tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu, bagi pihak kementerian, saya secara peribadi amat tertarik hati dari segi rintihan, dari segi harapan yang begitu tinggi khususnya dari Yang Berhormat Sri Gading, dari Yang Berhormat Kinabatangan yang pada saya melihat keprihatinan mereka juga adalah keprihatinan kementerian. Insya-Allah dengan berdasarkan kepada prestasi tahun 2010, saya cukup yakin, insya- Allah pihak kementerian akan dapat cuba meningkatkan kadar kemiskinan ini.

Saya akui ada beberapa perkara yang kita perlukan penekanan dan ini, insya-Allah kerjasama, sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat akan cuba kita usahakan supaya ini semua dengan izin Allah SWT belaka, insya- Allah kita akan usahakan.

final • 11:33 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit mengenai pengambilan tanah tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon penjelasan memandangkan Yang Berhormat tahun ini mendapat perbelanjaan yang meningkat dan tadi menyatakan komitmen yang tinggi. Penjelasan khusus saya mengenai pengambilan tanah

final • 11:33 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

tadi kerana di Balik Pulau punya isu yang amat kritikal di atas nama kemajuan luar bandar, di atas nama pembangunan luar bandar kerana Balik Pulau itu adalah luar bandar.

Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada ataupun dana-dana yang diluluskan yang kita bahas ini untuk keperluan- keperluan kritikal kerana disebabkan atas nama pembangunan, mereka yang dihalau, mereka yang mendapat notis-notis daripada mahkamah. Betul disebabkan pembelian oleh pihak swasta tetapi akibatnya langsung terhadap kebajikan masyarakat setempat. Saya rasa perkara ini kalau Timbalan Menteri dengan komitmen tadi, saya rasa Timbalan Menteri akan melihat isu ini sebagai isu yang mendesak dan perlu ditangani dengan segera terutama saya dalam Parlimen Balik Pulau. Mohon penjelasan.

final • 11:33 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Yang Berhormat, sahabat daripada Balik Pulau. Pihak kita cukup ikhlas, jelas, maknanya tadi peruntukan ini semuanya akan cuba menyelesaikan masalah-masalah Yang Berhormat sebutkan tadi yang kritikal. Yang bahagian inilah kita memerlukan maklumat daripada Yang Berhormat dan juga sokongan daripada kerajaan negeri, ini penting kerana urusan tanah ini adalah sebenarnya urusan tanah kerajaan negeri. Kalau mereka melewat-lewatkan, banyak contoh yang terdapat pada waktu ini, ini tidak akan membolehkan kementerian ini melaksanakan projek seperti apa yang disebut di Balik Pulau tadi. Kalau ada sokongan, ada kerjasama, insya-Allah kita akan laksanakan sebab pihak kita melihat, rakyat itu kita dahulukan. Jadi, boleh berbincang di luar nanti yang bagaimana yang perlukan bantuan itu.

final • 11:33 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

[Bangun]

final • 11:33 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Kuala Krai menyentuh isu peruntukan berjumlah RM300 juta di bawah butiran SPKR. Kementerian merakamkan ucapan terima kasih, okey, mukadimah tadi ya, dipersilakan Yang Berhormat Kalabakan.

final • 11:33 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Saya Ahli Parlimen Kalabakan, datang daripada Sabah. Kita tidak nafikan berbilion- bilion diberi oleh kerajaan tetapi apa macam ini Tuan Pengerusi? Akhbar ini mengatakan 40% of Malaysia poor in Sabah, 40% kemiskinan, termiskin dalam negara.

final • 11:33 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Pengerusi, di Batu Sapi – masya-Allah, kita nampak ketara sekali. Kita kata calon PKR jatuh, kita kata wayang. Akan tetapi di Sarawak, pembantu peribadi Menteri Dalam Negeri jatuh – jambatan runtuh. Mana semua berbilion-bilion ini Tuan Pengerusi? [Tepuk] Bolehkah kita deny ini Tuan Pengerusi? [Sambil menunjukkan keratan akhbar] Kalau Tuan Pengerusi izinkan, saya baca.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kalabakan, bukan pembantu Menteri tetapi Menteri Dalam Negeri, Timbalan Speaker pun jatuh sama.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Timbalan Speaker...

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Dengan izin Tuan Pengerusi, saya baca, “It was shocking to learn from the just released World Bank’s 2010 Malaysian Economic Monitor that Sabah has about 10% of the Malaysian population...” – penduduk Sabah

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

adalah 10% daripada penduduk negara. “But more than 40% of all poor people in Malaysia live in Sabah.” Kita mahu tolak ini – ke mana kita hendak tolak?

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sudah tidak boleh ditolak sudah.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Tolak BN ke laut.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Ini bermasalah. Jadi kita minta – berbilion-bilion kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri. Akan tetapi pelaksanaan ini kita minta supaya dimonitor, kerana di Sabah dan Sarawak, ada rakyat di luar bandar masih buang air dalam hutan lagi – belum ada tandas setiap rumah, belum ada tandas corong di setiap kawasan rumah. Jadi di mana...

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Air minum.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Air tidak ada, lampu tidak ada. Tuan Pengerusi, kalau kita cakap pasal pembangunan, tentu sekali kalau kita fikir berbilion-bilion yang saya bangkitkan dalam ucapan saya, saya kata di Sabah dapat RM12.5 bilion untuk tahun 2011, mana wangnya pergi? Jadi, kita minta supaya kementerian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar serius untuk membasmi kemiskinan di Sabah dan di Sarawak. Mungkin di Semenanjung sudah kekurangan orang miskin, jadi tumpukan pada Sabah dan Sarawak.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut - Kuala Terengganu

Terengganu lagi ramai.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Jadi kita minta supaya penjelasan dibuat – yang betul-betul penjelasan dan bukan sandiwara. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut - Kuala Terengganu

Di Sabah, Sarawak runtuh jambatan, di Terengganu stadium pun boleh runtuh, masjid pun boleh runtuh.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih, itu tidak ada kaitan dengan isu ini. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kalabakan tadi soal kemiskinan di Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itulah saya hendak sebutkan – kalau rujuk balik kepada peruntukan-peruntukan Kementerian Luar Bandar yang saya sebutkan RM7.9 bilion tadi, sebahagian besarnya adalah di bawah NKRA. NKRA ini fokusnya adalah kepada Sabah dan Sarawak. Kalau saya hendak bacakan dari sini, jelas kelihatan bahawa pemimpin kita hari ini mendengar, melihat dan mencari jalan penyelesaian. Insya-Allah, daripada bilion-bilion yang kita sebutkan ini nanti, sebahagiannya akan dapat oleh rakyat Kalabakan, akan dapat oleh rakyat Kinabatangan dan juga lain-lain.

Oleh kerana itu, saya melihat projek ataupun prestasi kita pada tahun 2010 iaitu 97.1% tadi, sudah dapat membuktikan bawah sebahagiannya telah pun kita mulakan. Kita tidak ada lampu Aladdin – gosok sini, esok boleh selesai semuanya. Tidak boleh. Akan tetapi kita jalan secara berperingkat- peringkat dan sebagainya. Oleh kerana itu...

final • 11:40 AM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri...

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Panjang lagi ini.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

Ini bukan lampu Aladdin ini.

Ini bukan esok kita hendak, minta hari ini.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam, tidak payahlah...

final • 11:40 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sudah 54 tahun Timbalan Menteri, bukan benda baru. Bukan kita minta satu benda yang ajaib – sudah 45 tahun. Setiap tahun, sama – janji berjuta-juta, ratus juta, bilion, tetapi akhirnya masalah tetap sama, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kalabakan. Bukan kita minta benda ajaib. Kita minta satu corak pelaksanaan yang bertanggungjawab dan telus. Kita tidak boleh salahkan pegawai-pegawai kerajaan dan mengatakan pihak kerajaan sudah buat, duit sudah pergi, tetapi ini pelaksanaannya. Kerajaan bertanggungjawab untuk menentukan pelaksanaan itu tercapai matlamatnya. Dia tidak boleh lepas tangan. The bucks stop there – with the cabinet, not with the government officers. Jangan kita lepas tangan dengan mudah.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Saya tidak sebut apa-apa pun mengenai government officers. Yang pentingnya kena...

final • 11:40 AM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

Tak apa, saya hendak sebut.

Kerana apa? Kerana kerap kali, itulah alasannya. Dia kata delivery...

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Saya sebutkan, semuanya ini dengan keizinan Allah SWT. Soal kementerian, soal kerajaan...

final • 11:40 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita jangan salahkan Allah SWT atas kegagalan kita.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Biar saya jawab dahulu.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Jangan kita hendak cari alasan. Hakikatnya, kita kena akui kelemahan kita.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Shah Alam pernah tidak...

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, walaupun dalam peringkat jawatankuasa kita relakskan peraturan, tetapi mesti ada juga tatatertib yang sebaik mungkin. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Jadi, saya kena ulas juga balik.

Tidakkah sedar – saya sendiri pun begitu juga. Kampung saya pun dahulunya orang mandi air perigi, berminumkan air sungai dan sebagainya, berlampukan lampu minyak tanah. Akan tetapi hari ini lihat bagaimana? Begitu juga di Shah Alam, di Johor dan sebagainya. Peningkatannya berperingkat-peringkat.

Akhirnya, inilah keadaannya. Begitu juga apa yang saya sebutkan di Sabah dan Sarawak. Maknanya kita mengakui ini ada kekurangan. Namun demikian, kita berhasrat – kita hendak mulakan prestasi tahun 2010 yang menunjukkan ini. Insya-Allah, tahun 2011 kita akan tingkatkan dan akan tambah lagi. Oleh sebab itu, penekanan dan fokus kita adalah kepada Sabah dan Sarawak.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penjelasan.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Kalau saya hendak bacakan semua peruntukan ini, jelas kepada kita semua bahawa kita memang tumpukan kepada ini kerana ini adalah sebahagian daripada peruntukan-peruntukan yang akan kita gunakan.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh tanya sedikit? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Baru hendak mula ini, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Bagi semangat, bagi semangat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan saya ringkas sahaja. Hendak lari daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan kawan- kawan sebelum ini tetapi masih lagi perkara yang agak mustahak untuk kita.

Kerajaan berjanji, kerajaan kata dalam masa empat tahun daripada sekarang,

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

rakyat Malaysia akan ada pendapatan tinggi di bawah pelan yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Empat tahun sahaja lagi. Akan tetapi Yang Berhormat Kalabakan beritahu, sebahagian besar rakyat Malaysia yang miskin berada di Sabah dan Sarawak – Sabah terutamanya dan memang diakui. Dua tiga hari lepas, kerajaan mengakui kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia duduknya di Sabah dan pendapatan per kapita di Sabah yang ramainya berada di bawah RM10,000 setahun.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri yakin kah tidak, dengan pelan dalam masa empat tahun ini boleh menjadikan sebahagian besar rakyat Sabah yang ketinggalan teruk itu, boleh kita angkat daripada RM10,000 per kapita ini kepada RM38,000? Saya hendak dengar kaedah macam mana hendak buat NKRA dalam masa empat tahun ini? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Baru mukadimah tadi. Saya ingat akan saya sebut dalam jawapan-jawapan saya selepas ini, Yang Berhormat. Kita sudah ada perancangan dari segi hendak menaikkan pendapatan tinggi rakyat dan sebagainya melalui Model Ekonomi Baru yang hari ini telah dilaksanakan dan dirancangkan dan insya-Allah, ianya akan bermula. Begitu juga soal FELDA, RISDA kita gabungkan kerana kita hendak buat projek-projek mega.

Ini juga pada saya adalah ke arah itu. Maknanya kena sabarlah – untuk tujuan itu. Bagi kita, kita yakin. Insya-Allah, kalau ada sokongan daripada semua pihak, ini akan dapat kita laksanakan termasuklah di Indera Mahkota.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sedikit sahaja Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Takkan habis ini nanti.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit, sedikit sahaja.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Inilah saya beri sahabat, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Padang Serai di Kedah, bukan Sabah. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita semua jelas bahawa setiap kali ada bajet, berbilion-bilion dibelanjakan. Selepas 45 tahun Sabah menerima bilion, bilion, bilion, bilion ini, saya pasti kurang daripada 50% daripada yang di injek ke dalam pembangunan negeri Sabah itu berjaya. Jadi apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri sedikit penerangan mengenai – yang di injek RM7.9 bilion pada kali ini, berapa peratuskah yang akan disalurkan ke Sabah dan apakah anggapan Timbalan Menteri – boleh beri penjelasan berapa peratus boleh berjaya? Ini kerana saya percaya, sebelum ini selama 45 tahun, mesti kurang daripada 50% yang berjaya.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau 100% yang di inject itu berjaya, bermakna tidak akan ada rumah-rumah yang tidak ada api, tidak akan ada orang yang minum air kotor, tidak akan ada jambatan yang runtuh. Jadi, kali ini Menteri berharap berapa peratus berjaya sampai kepada rakyat dan pembangunan dilaksanakan?

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey, Yang Berhormat Padang Serai.

Sebenarnya soalan spesifik berapa peratus untuk tujuan itu, saya memerlukan masa sedikit sebab kena kira dan sebagainya. [Ketawa]

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Akan tetapi daripada peruntukan-peruntukan kita yang ada ini, memang jelas sebahagian besarnya adalah untuk pembangunan infrastruktur di kawasan Sabah dan Sarawak. Kalau saya hendak baca nanti terlalu panjang, Yang Berhormat, tetapi pada saya, saya cukup yakin, insya-Allah, kalau ada sokongan semua pihak, perancangan-perancangan ini akan dapat kita laksanakan dengan sempurna.

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri jangka kemungkinanlah berapa peratus. Saya percaya tidak 100%.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Saya ingat...

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Mungkinkah 70% atau kurang daripada 50%. Itu sahaja, jangkaan Menteri sendiri selepas pengalaman puluhan tahun dalam politik dan juga sebagai Ahli Parlimen.

Jangkaan, lebih kurang berapa peratus?

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey. Kalau ikut daripada 2010, kita telah capai 97.1%. Jadi, yang akan datang, saya cukup yakin lebih daripada 90% akan dapat kita laksanakan, insya-Allah. Kalau fahamlah. [Ketawa] Okey.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jerai, Padang Terap dan Yang Berhormat Kuala Krai menyentuh isu peruntukan berjumlah RM300 juta...

final • 11:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri, Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Di bawah Butiran SPKR. Kementerian merakamkan ucapan terima kasih...

final • 11:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tunggu, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Atas saranan dan cadangan Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, peruntukan RM300 juta di bawah Bajet 2011, SPKR telah dikhaskan...

final • 11:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Bagi membiayai pelaksanaan Program Bantuan Rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar di seluruh negara. Kementerian juga bercadang untuk mengagihkan sejumlah RM1.9 juta untuk membiayai pelaksanaan.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Sebanyak 80 projek bina baru dan baik pulih rumah bagi kawasan Parlimen Padang Terap dan sebanyak RM1.2 juta akan diagihkan bagi melaksanakan projek PBR di Parlimen Kuala Krai. Jelas kepada kita, tidak kira kawasan – pembangkangkah, kerajaankah, Barisan Nasionalkah, kita bantu sebab pada kita rakyat didahulukan. Jadi, tuduhan- tuduhan Yang Berhormat tidak ada. Saya nafikan sama sekali. Cuma yang saya minta sokongan daripada semua pihak.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Shah Alam, Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ya? Saya ingat tidak payahlah.

Membuang masa saya sahaja. [Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Sebab ini pernah ditimbulkan oleh...

final • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Pengerusi.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Speaker.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Saya cuma beri kepada mereka yang pernah menyuarakan...

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Pengerusi.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Saya cuma bagi jawapan kepada mereka yang pernah menyuarakan dalam Jawatankuasa. Yang Berhormat Shah Alam tidak ada pun dalam peringkat Jawatankuasa ini. Hari ini dia sengaja hendak mengacau saya ini sahaja.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sedikit sahaja.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Minta maaflah. Kita bercakap di luarlah.

Yang Berhormat Kota Belud bertanya...

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Bilangan rumah PBR yang akan dibina di Parlimen Kota Belud pada tahun 2011. Kementerian bercadang memperuntukkan sejumlah 217 projek PBR di kawasan Kota Belud dengan anggaran kos sebanyak RM6.2 juta bagi tahun 2011.

Bagi isu kos penyambungan bekalan elektrik yang tinggi, kementerian sedaya upaya cuba mengatasi masalah ini melalui penyediaan kos ekstrem sebanyak RM4,000 bagi setiap unit rumah. Ini di Kota Belud.

Yang Berhormat Sibu telah membangkitkan isu pembinaan rumah PBR di kawasan Parlimen Sibu yang mendapat rumah yang tidak bermutu dan tidak setanding dengan harga RM40,000 per rumah kerana dilaksanakan oleh subkontraktor. Pembinaan rumah-rumah PBR adalah berdasarkan pelan standard yang diadakan atau yang disediakan oleh kementerian, pelaksanaannya dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak serta dipantau oleh Pejabat Residen dan Daerah Sibu. Justeru itu, kementerian akan menyiasat perkara ini dan akan mengambil tindakan susulan yang selanjutnya untuk Sibu.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit, Menteri. Atas perumahan, Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat dari Tenom telah membangkitkan - Biar saya selesaikan masalah rumah ini.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya, terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Tenom telah membangkitkan isu rumah PBR di kawasan Tenom. Dimaklumkan pada tahun 2010, Giat MARA telah melaksanakan tiga projek baik pulih rumah di Tenom dan pelaksanaan projek ini telah pun dimaklumkan kepada pejabat daerah.

Projek baik pulih rumah adalah berdasarkan keperluan pembaikan keadaan rumah rosak atau daif serta ianya tidak tertakluk kepada spesifikasi standard seperti mana projek bina baru rumah.

Berhubung dengan isu projek Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) Perlop, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput, kementerian secara berperingkat-peringkat akan memperlengkapkan PPMS Perlop dengan projek-projek ekonomi bagi memberikan tambahan kepada peserta PPMS berkenaan. Sejumlah 16 projek

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

ekonomi dengan kos RM110 ribu telah dilaksanakan di PPMS Perlop bagi menjana pendapatan tambahan berserta PPMS ini.

Mengenai isu peluang pekerjaan bagi penduduk di Kampung Asap yang terlibat dengan projek pembangunan Empangan Bakun, perkara ini adalah di bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Kementerian akan mendapatkan maklumat lanjut daripada kerajaan negeri mengenai perkara ini.

Yang Berhormat Balik Pulau, sila.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya. Menteri, tadi Menteri mengatakan bahawa Menteri akan melaksanakan ini berdasarkan maklumat-maklumat daripada kementerian. Akan tetapi di Dewan yang sama ini juga dan setakat maklumat saya di lapangan mahupun di pejabat daerah dan kementerian-kementerian berkaitan, tidak punya statistik ataupun data mengenai pemilikan rumah. Tadi dikatakan mahu dibina PPRT dan bagi saya kalau tidak punya data sebegitu dan buktikan saya salah, kita tidak punya bukit pemilikan rumah setakat ini warga Malaysia, apatah lagi yang di luar bandar.

Oleh sebab itu kebanyakan program, ada satu kertas oleh Profesor Goh Ban Lee, dari USM, pakar perumahan – kadang-kadang benda itu katanya supply lebih daripada demand. Jadi, apabila dilihat daripada kajian tersebut, maklumatnya tidak ada di peringkat kementerian. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Menteri, maklumat yang dikatakan tadi itu maklumat dari mana kerana saya check di pejabat daerah tidak ada. Jadi, saya rasa, begitu kita belanja tanpa data yang tepat, mana mungkin kita buat penilaian yang tepat mengenai peningkatan ataupun penurunan. Saya rasa perbelanjaan kita akan sia-sia dan perkara ini kritikal, terutama sekali isu perumahan. Menteri, mohon penjelasan.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Balik Pulau tadi sebut kritikal ya. Susah juga. [Ketawa] Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Balik Pulau, sebenarnya pihak kementerian, kita membuat projek-projek ini berdasarkan kepada permintaan daripada akar umbi yang dibuat melalui mukim, melalui penghulu kepada pejabat daerah, dibincangkan oleh focus group dan sebagainya dan diangkat pula kepada ICU dan sebagainya. Data-data ini ada sebenarnya dan berdasarkan kepada inilah yang kita dapat laksanakan projek-projek rumah tadi.

Kalau ada di sana sini kekurangan, beritahu kita. Bukan dalam Dewan ini sahaja, elok dimaklumkan kepada saya secara peribadi supaya kita dapat siasat di mana keperluan itu boleh kita laksanakan dan sebagainya. Kita bersedia untuk membantu. Tidak kisahlah daripada Balik Pulau kah ataupun daripada pembangkang atau tidak pembangkang, kita akan bantu, insya-Allah.

Pengupayaan Komuniti dan Infodesa. Yang Berhormat Putatan membangkitkan isu kenaikan elaun Pengerusi JKK dan ketua kampung dan adakah peruntukan RM156 juta yang diluluskan mencukupi untuk pembayaran elaun. Jemaah Menteri pada 1 Mac 2006 – ini secara khusus kepada Sabah – telah meluluskan penyelarasan elaun ketua kampung pada kadar RM450 sebulan. Sehubungan itu, buat masa ini, peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah adalah untuk pembayaran kepada ketua kampung yang mana senarainya telah diluluskan oleh Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

Ini bermakna pembayaran elaun tambahan adalah juga untuk ketua kampung. Walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan, Kerajaan Negeri Sabah boleh mengemukakannya kepada kementerian untuk pertimbangan selanjutnya. Peruntukan diluluskan sejumlah RM156 juta itu adalah berdasarkan kiraan kadar lama. Oleh itu, mengambil kira pengumuman baru di mana peningkatannya sekali ganda, ianya adalah tidak mencukupi dianggarkan sekitar RM167.5 juta lagi diperlukan.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Parit Sulong memohon penjelasan mengenai Modul Latihan ICT Desa. Modul Latihan ICT Desa dibahagi kepada dua iaitu modul pertama, Literasi Komputer Desa yang memfokus kepada penggunaan asas komputer seperti pengendalian komputer dalam Windows, Microsoft Word dan Excel, penggunaan internet dan penggunaan sistem terbuka, Open Office.

Modul kedua adalah Latihan Kemahiran Komputer yang memfokus kepada kursus kemahiran ICT seperti penyelenggaraan dan baik pulih komputer, penyuntingan video dan fotografi, pembangunan blog dan laman web dan pengendalian rangkaian komputer ataupun networking.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ini bermakna latihan ICT desa tidaklah hanya untuk game semata- mata. Berhubung pertanyaan Yang Berhormat Lipis mengapa tiada peruntukan untuk bahagian pengupayaan komuniti dan InfoDesa dalam tahun 2011. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sedang berusaha untuk memohon peruntukan baru kepada agensi pusat.

Yang Berhormat Hulu Terengganu bertanya juga isu perancangan pembangunan Gerakan Daya Wawasan (GDW). Gerakan Daya Wawasan adalah satu gerakan yang berterusan dilaksanakan oleh pelbagai jabatan atau agensi di bawah kementerian. Peruntukan secara terus tidak disediakan di bawah mana-mana butiran ataupun aktiviti khusus.

GDW merupakan usaha untuk memperkasakan penduduk desa dengan tiga daya utama ke arah membangunkan keluarga yang sejahtera iaitu daya modal insan, daya ekonomi dan daya pasaran. Antara program-program yang dilaksanakan secara tidak langsung bagi mencapai konsep GDW adalah penyediaan kemudahan rangkaian jalan-jalan yang bertujuan memudahkan kegiatan-kegiatan ekonomi, kemudahan pembelajaran sama ada bagi golongan prasekolah dan golongan dewasa yang akan meningkatkan keupayaan modal insan dan kemudahan-kemudahan perniagaan yang diuruskan oleh agensi-agensi di bawah kementerian.

Pengupayaan ekonomi. Yang Berhormat Kota Raja. Tidak ada di sini.

Membangkitkan isu usaha-usaha kerajaan dalam menggalakkan penduduk luar bandar dengan penanaman sayur-sayuran seperti Program Bumi Hijau.

Kementerian sememangnya sangat menggalakkan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar melalui pelbagai aktiviti ekonomi termasuklah projek-projek pertanian seperti penanaman sayur- sayuran di bawah Program Bumi Hijau.

Walau bagaimanapun, sebenarnya Program Bumi Hijau ini adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kita membantu dan bekerjasama.

Kemajuan Tanah dan Wilayah. Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Hulu Terengganu telah membangkitkan isu mengenai program yang dilaksanakan oleh agensi RISDA dan FELCRA.

Bagi membantu tuan tanah yang tidak mempunyai geran seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap, RISDA ada menyediakan bantuan premium tanah untuk kerja ukur sempadan, tanam batu sempadan serta bayaran premium. Insentif ini hanya diberi kepada bakal pemilik tanah yang bersetuju menyertai projek tanam semula secara berkumpulan tertakluk kepada kelulusan maksimum 4.04 hektar iaitu 10 ekar bagi setiap peserta.

Berdasarkan kepada permohonan yang diterima pada tahun 2010, sebanyak RM46,175 telah dibayar kepada peserta yang layak melibatkan seluas 40 hektar dengan 18 orang peserta. Yang Berhormat Beruas

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

bertanyakan isu peruntukan untuk tanam semula tidak mencukupi sedangkan kerajaan mengutip ses dari pekebun kecil. Kadar ses tanam semula yang dikutip adalah 9.92 sen sekilogram bagi getah yang dieksport dan kegunaan domestik.

Jumlah kutipan adalah dalam lingkungan RM60 juta setahun. Walau bagaimanapun, perbelanjaan bagi menampung Program Tanam Semula adalah RM200 juta setahun. Dari jumlah ini, kerajaan telah menyumbang 70% daripada geran kerajaan dan baki 30% ditampung oleh wang ses. Bayaran bantuan tanam semula dibuat secara ansuran bagi memastikan kebun yang ditanam semula berjaya.

Memandangkan kos pembangunan tanam semula semakin meningkat, kerajaan telah meluluskan kenaikan kadar bantuan tanam semula berkuat kuasa 1 September 2010. Kadar bantuan tanam semula getah ke getah telah dinaikkan kepada RM9,230 sehektar bagi Semenanjung dan RM14,000 sehektar bagi Sabah dan RM13,500 sehektar bagi Sarawak. Kadar baru ini telah dapat mengatasi masalah kenaikan kos tanam semula. Apa sahaja ke arah peningkatan ekonomi rakyat di luar bandar kita akan cuba bantu. Ini kenaikan daripada perkara bantuan tanam semula ini.

final • 12:00 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Nanti sekejap. Purata permohonan tanam semula yang diterima adalah sebanyak 45,000 hektar setahun manakala peruntukan yang ada hanya dapat membiayai 20,000 hektar setahun bagi getah dan 10,000 hektar bagi sawit. Yang Berhormat Kapit.

final • 12:00 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Program Tanam Semula ini berkenaan dengan sawit di Sarawak. Pendapat saya di Sarawak, kita belum lagi memerlukan bantuan untuk tanaman semula untuk pekebun-pekebun kecil. Ini kerana pekebun- pekebun kecil di Sarawak hanya menceburi diri dalam bidang ini dalam masa beberapa tahun sahaja. Jadi, pokok-pokok sawit yang mereka ada belum lagi sampai ke usia yang diperlukan, diganti dan ditanam semula.

Oleh itu, adakah kementerian ini menimbang bagaimana kaedah lain untuk membantu pekebun-pekebun kecil kelapa sawit di Sarawak? Sebab untuk menanam semula, kita jangan ketinggalan dalam bantuan kerajaan ataupun kementerian dalam bidang ini. Apakah boleh diberi daripada kerajaan melalui kementerian ini kepada pekebun-pekebun kecil kelapa sawit di Sarawak?

final • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Nor Othman - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, benda yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di kawasan Parlimen saya, tuan-tuan tanah yang tidak berkemampuan untuk mengusahakan tanah mereka telah menyerahkan kepada pihak RISDA dan sebahagiannya kepada pihak FELCRA untuk dimajukan.

Apabila RISDA ataupun FELCRA dimajukan, kita dapati bahawa dalam jangka masa yang begitu panjang pekebun-pekebun kecil mengharapkan bahawa tanah tersebut akan mendapat hasil dan mereka akan mendapat pulangan serta mendapat kembali tanah-tanah mereka.

Akan tetapi yang berlaku sekarang nampaknya hutang yang ditanggung daripada tanah mereka tersebut yang dimajukan oleh pihak RISDA atau FELCRA terlalu tinggi sehingga tidak berupaya untuk ditebus kembali, dan ini menyebabkan pekebun kecil merasakan bahawa tanah mereka ini seolah-olahnya hendak dimiliki oleh pihak FELCRA ataupun pihak RISDA.

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Menjawab soalan Yang Berhormat Kapit tadi, memang kita tahu, faham bahawa di Sarawak RISDA memang baru sahaja masuk dan soal tanam semula tidak timbul. Walau bagaimanapun, sungguhpun tujuan untuk peruntukan itu tidak ada tetapi pihak kita memang ada memberi bantuan-bantuan lain. Misalnya dari segi pembayaran tanah untuk kerja ukur sempadan, untuk tanam batu sempadan, bayaran premium dan sebagainya.

Ini bermaksud tanam semula tidak ada tetapi ada bantuan-bantuan lain yang boleh kita salurkan. Apa yang pentingnya kalau rakyat di situ memikirkan kalau hendak dibuat juga projek seperti sawit, getah dan sebagainya kita ada bantuan untuk tujuan itu. Saya lihat Kapit adalah antara Parlimen yang telah mendahului Program Penanaman Sawit dan Getah ini melalui projek yang telah kita sebutkan tadi.

Berkenaan dengan Yang Berhormat Hulu Terengganu pun begitu juga keadaannya. Maknanya, yang disebutkan tadi soal pembayaran...

final • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Kos yang dibiayai oleh pihak RISDA dan FELCRA terlalu tinggi menyebabkan hutang memajukan tanah tersebut lebih mahal daripada harga tanah itu sebenarnya sehingga petani merasakan bahawa mereka telah kehilangan tanah.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Hulu Terengganu, program-program RISDA yang dibuat ini biasanya kita melibatkan para peserta itu sendiri. Sebab dalam program projek yang diusahakan oleh RISDA kita membawa sama peserta untuk duduk, berbincang dan melaksanakan apa yang patutnya dibuat ataupun dijalankan untuk menjayakan kebun itu.

Oleh kerana itu, kalau ada masalah dari segi kenaikan harga dan sebagainya boleh dimaklumkan kepada saya dan kita akan cuba membantu dari apa segi dan sebagainya. Jadi, walau bagaimanapun yang pentingnya maklumat itu mesti disampaikan kepada jawatankuasa itu. Ada jawatankuasa yang ditubuhkan. Pihak RISDA membantu dan sebagainya.

Berhubung dengan kedudukan siasatan pelaburan RISDA sebanyak RM400 juta dalam pembinaan golf course, RISDA sebenarnya tidak pernah terlibat dalam mana-mana pelaburan pembangunan padang golf.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Hulu Terengganu membangkitkan isu kebun yang dibangunkan oleh RISDA dan FELCRA...

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh saya minta penjelasan?

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Selama 30 tahun didapati. Ha! Yang Berhormat Beruas.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Berkenaan dengan RM400 juta itu, bukankah sudah dilaporkan lebih kurang enam atau tujuh tahun yang lepas, di mana orang ramai tidak dapat bantuan tanam semula RISDA dan sebab utama dikatakan wang lesap kerana telah dilaburkan dalam keadaan yang mencurigakan. MP Beruas masa itu, Tun Lim Keng Yeik, pada masa itu Menteri yang bertanggungjawab memberitahu sebab kenapa wang tanam semula itu tidak dapat diberikan kepada rakyat.

Jadi, saya hendak dapat penjelasan mengenai hal ini kerana ia telah dilaporkan di media dan juga soalan yang saya bangkitkan, RISDA yang salah, kenapa pekebun kecil pula yang dipersalahkan apabila RISDA tidak ada wang untuk tanam semula? Mereka mengusahakan dengan wang sendiri dahulu, kemudian kerana mereka sudah tanam sebelum RISDA ada dana untuk membantu mereka, mereka didenda, tidak diberikan bantuan awalan, first second phase yang mereka gunakan wang sendiri. Kenapa ini boleh berlaku?

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Beruas, dia prihatin tentang masalah kawasan dia dengan RISDA. Sebenarnya saya hanya menjawab kepada apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat iaitu soal pembangunan golf course itu. Dalam rekod kita, RISDA tidak ada terlibat dalam soal berkenaan pembangunan padang golf tersebut. Noktah. Yang lain- lain itu, Yang Berhormat boleh beri maklumat...

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

RM400 juta itu yang hilang. Sebab itu duit RISDA untuk pekebun menanam semula.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey, isu ini saya ingat satu isu yang lain. Kalau boleh, saya hendakkan maklumat daripada Yang Berhormat Beruas supaya saya dapat ambil tindakan dan lihat di mana kesilapannya.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini sudah isu lama. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Saya tahu tetapi pada saya...

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hendak tahu apa tindakan yang diambil? Ini satu kenyataan yang sudah diketahui umum enam atau tujuh tahun yang lepas. Orang-orang sudah tahu.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tidak apa. Saya hendak...

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tindakan atas pegawai. Sekarang isunya bukan wang ini tidak boleh dapat balik lagi. Tindakan yang diambil terhadap pegawai supaya pegawai baru tidak akan membuat kesilapan yang sama, menggunakan wang RISDA untuk...

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, Yang Berhormat

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Lagi satu isu, kenapa RISDA tidak memberikan bantuan tanam semula kerana RISDA tidak ada duit, pekebun- pekebun kecil pun gunakan wang sendiri terlebih dahulu untuk tanam semula.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, duduk dahulu. Saya hendak sebut sedikit. Saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat sekalian, termasuk Menteri, tidak kisahlah, Dewan ini semua kita punyalah. Pada Peraturan Mesyuarat 35. Saya baca ya. “Seorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi.” Itu termasuk Menteri.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Minta maaf.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi, kalau kita... Bukan Yang Berhormat seorang sahaja ya. Kalau kita menghala kepada orang yang bertanya, dengan sendirinya kita invite dia punya reply.

Jadi, kita interaction kita salah mengikut peraturan, Yang Berhormat sila.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau begitu, saya pohon maaf dari Beruas.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tuan Pengerusi, saya akan hanya membincangkan atau menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Beruas iaitu isu...

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, jawapan tuju kepada saya, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ya, Yang Berhormat, saya setuju dengan Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya akur. Untuk jawapan itu, saya ingat saya perlukan maklumat dan boleh beri kepada sayalah selepas ini

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

supaya saya dapat melihat pula apa masalah dengan itu. Akan tetapi jangan nanti – kalau tidak ada, saya saman Yang Berhormat pula. [Ketawa] Yang Berhormat Hulu Terengganu membangkitkan isu kebun yang disebutkan tadi yang dibangunkan oleh RISDA dan FELCRA selama 30 tahun, didapati hutang masih belum selesai dan ingin tahu bila dapat dikembalikan kepada orang kampung. Dasar FELCRA Berhad tidak pernah menghalang pemulangan projek yang telah dimajukan, asalkan peserta melunaskan hutang kos pembangunan yang telah dibelanjakan terlebih dahulu.

Untuk RISDA pula, tanah yang telah dibangunkan dan diuruskan oleh RISDA secara mini estet sejak 30 tahun yang lepas telah dihapus kira hutang mereka dengan RISDA sahaja. Ini kerana bantuan ketika itu tidak mencukupi dan telah ditampung dengan menggunakan pinjaman kerajaan. RISDA sudah selesai. Yang kerajaan itu tadi yang belum selesai lagi.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Belum jawab soalan.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Speaker, soalan saya tadi.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Batang Sadong bertanyakan tentang aktiviti-aktiviti...

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaaf.ar

Biar dia habiskan dahulu, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Di bawah Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB)...

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Pasal RISDA...

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak. Tunggu dia habis rangka kata dahulu, barulah tanya.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hendak tanya pasal RISDA. Isu luar bandar sudah habis. Saya hendak tanya RISDA.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Boleh Yang Berhormat. Tidak ada masalah itu.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ini merupakan satu program holistik yang bersepadu dan komprehensif, yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan luar bandar melalui peningkatan pendapatan. Di samping membangunkan kawasan mundur, terpencil dan terbiar dengan mengintegrasikan tiga komponen utama iaitu komponen ekonomi, ladang sejahtera seperti getah dan sawit. Komponen yang kedua, komponen fizikal seperti rumah, jalan raya, bekalan air dan elektrik dan ketiga komponen modal insan seperti kursus keusahawanan, latihan dan kemahiran dan kursus perubahan minda.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah RM196 juta telah diperuntukkan di bawah program ini bagi pelaksanaan 10 buah projek agropolitan di bawah PLMLB, lonjakan mega tadi dan pelaksanaan projek- projek ini akan diteruskan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan peruntukan berjumlah RM109 juta. Kriteria utama pemilihan lokasi projek agropolitan di bawah PLMLB adalah:

(i) bilangan ketua isi rumah miskin tegar luar bandar yang tinggi di daerah atau negeri tersebut; dan

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

(ii) kesediaan kerajaan negeri memberikan tanah bagi tujuan pembangunan projek ini.

Sehubungan itu buat masa ini tiada projek agropolitan di bawah PLMLB yang akan dilaksanakan di Kuala Selangor. Walau bagaimanapun, pandangan Yang Berhormat akan dipertimbangkan pada masa akan datang sekiranya kriteria tersebut dipenuhi dan mempunyai peruntukan yang mencukupi.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Beruas bangun, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Sri Aman ingin memasukkan komponen tanaman padi sedia ada di sekitar kawasan Projek Agropolitan Batang Lupar. Projek ini hanya memberi tumpuan kepada tanaman komoditi utama seperti getah atau kelapa sawit di atas tanah seluas 1,595 hektar, yang dilaksanakan oleh FELCRA Berhad selaku agensi pelaksana. Kementerian menumpukan kepada tanaman komoditi sawit dan getah di dalam pelaksanaan projek-projek agropolitan di bawah Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) memandangkan harga pasaran yang stabil dan ini seharusnya akan dapat menjamin pulangan yang lestari dan mapan kepada peserta projek.

Dengan keluasan yang diluluskan oleh kerajaan negeri, Projek Agropolitan Batang Lupar, Sri Aman, dijangka akan dapat memberi manfaat kepada 319 orang peserta di sekitar bahagian Sri Aman.

Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Jerai telah membangkitkan isu mengenai KEDA. Untuk makluman Yang Berhormat, keluasan tanah di bawah kawalan KEDA adalah seluas 1,861 hektar. Sistem status penyambungan hayat KEDA telah mendapat maklum balas yang positif daripada Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri. Tiga orang wakil kerajaan negeri telah dilantik di dalam Lembaga Pengarah KEDA iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan Exco Luar Bandar Negeri Kedah. Dengan pelantikan wakil-wakil kerajaan negeri ini, isu-isu yang berbangkit dengan KEDA, terutamanya yang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri seperti isu tanah, telah dapat dibincangkan dan diselesaikan. Berkenaan dengan isu pemilikan...

final • 12:10 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tuan Pengerusi.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Hak milik tanah, rumah-rumah peserta KEDA. Nanti saya datang balik. Pihak KEDA telah memohon pejabat tanah dan daerah untuk memberi hak milik tanah kepada peserta-peserta KEDA dan sebahagian daripada permohonan tersebut masih dalam tindakan pejabat tanah dan daerah. Terdapat juga hak milik tanah masih belum diselesaikan berikutan terdapat tunggakan bayaran sewa rumah oleh peserta-peserta KEDA yang masih belum dijelaskan. Ada masalah di situ.

Mengikut amalan sekarang, wakil-wakil rakyat memang terlibat dalam perancangan projek-projek KEDA yang akan dipanggil berbincang dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan permohonan projek. Yang Berhormat Padang Terap.

final • 12:10 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Yang pertama, soalan saya berkaitan dengan status pelantikan.

final • 12:10 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Adakah sudah disahkan oleh pihak Kerajaan Pusat penyambungan perjanjian KEDA yang sepatutnya tamat tahun depan adakah sudah pun

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

disahkan pelantikan ketiga-tiga wakil kerajaan negeri seperti mana yang disebutkan Timbalan Menteri.

Kedua berkaitan dengan status rumah yang diduduki oleh peserta KEDA tadi, sebagai contoh saya berikan ialah di KEDA Kampung Bagan terdapat kekeliruan di sana pihak peserta telah menimbulkan kepada saya status sebenar berapa harga rumah, bila mereka akan dapat hak milik bahkan peringkat awal ada sebahagian daripada mereka membayar, sebahagian lagi tidak membayar dan dapat maklumat baru bahawa akan ada kenaikan dari segi harga rumah tersebut. Jadi kekeliruan ini timbul. Saya beri contoh di Kampung Bagan tadi. Minta pihak kementerian untuk melihat perkara ini.

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya ingat Yang Berhormat Beruas sudah bangun dua kali.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Tidak ini saya sudah pergi jauh ini Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Sebab tadi you, kalau boleh you jawab, you jawab. Kalau tidak boleh.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan macam itu Yang Berhormat, habis masa Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey. Tak nak jawab soalan saya?

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Padang Terap. Soalan yang berkenaan dengan KEDA tadi sebenarnya pelantikan telah pun dibuat, dipersetujui dan telah pun bermula malahan mereka telah pun menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah mewakili kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan, ia sudah berjalan. Masalah berkenaan dengan status rumah di Kampung Bagan secara spesifik saya perlukan maklumat untuk saya bantu Yang Berhormat untuk mengatasi soal kekeliruan itu dan sebagainya.

Jadi kalau keliru, banyak orang yang rugi. Oleh sebab itu saya perlukan notis dan insya-Allah akan kita bantu. Yang Berhormat Beruas.

final • 12:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih. Tadi soalan yang saya bangkitkan dalam ucapan saya belum dijawab mengenai RISDA, kenapa pekebun dipenalize atau didenda kerana menanam semula dengan wang sendiri apabila RISDA pada masa itu tidak ada duit? Jadi, apakah polisi ini akan berterusan ataupun kalau boleh saya cadangkan kepada kerajaan supaya kalau pekebun kecil yang kita kata bekerja kuat, ada inisiatif sendiri, gunakan wang sendiri tanam semula apabila wang sampai haruslah perbelanjaan mereka di reinvest dengan izin. Bolehkah polisi ini dibuat kerana tidak berlaku adil kepada mereka yang mengambil inisiatif untuk tanam semula dengan wang sendiri?

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Saya sudah sebutkan awal tadi saya menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan padang golf. Saya sudah jawab itu. Jadi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi adalah agak berbeza. Saya perlukan maklumat kepada saya, beri maklumat yang lengkap dan saya akan melihat tentang perkara ini.

final • 12:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat, isu ini adalah dalam ucapan saya.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Tidak mengapa, dalam jawapan saya tidak ada. Minta maaf.

final • 12:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau pegawai tidak tulis, saya tunjuk Hansard saya ada bangkitkan isu ini.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Kalau ada ini saya akan melihat balik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas dan kita akan cuba cari jalan penyelesaian.

final • 12:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih. Puas hati?

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Sri Aman membangkitkan isu mengenai jalan-jalan pertanian di ladang-ladang getah Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak yang tidak diselenggarakan dengan baik.

Untuk makluman Yang Berhormat, LKTS hanya melaksanakan Program Mini Estet Kelapa Sawit. Skop program ini adalah meliputi aspek penanaman komoditi dan penyediaan infrastruktur ladang seperti pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan pertanian.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Oleh yang demikian peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM3.8 juta akan digunakan bagi tujuan ini. Yang Berhormat Hulu Terengganu pula memohon supaya...

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Timbalan Menteri, boleh bagi sedikit kepada saya.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Padang Terap balik.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Terima kasih Tuan Pengerusi. Susulan daripada soalan Yang Berhormat Beruas tadi, saya membangkitkan dalam perbahasan saya berkaitan dengan adakah pihak kementerian bercadang untuk memberikan peluang kepada pekebun-pekebun kecil yang mereka ini tidak mempunyai geran hak milik kalau boleh diwujudkan balik program seumpama pembayaran premium ditanggung oleh Kerajaan Pusat peringkat awal supaya pekebun-pekebun kecil yang tidak mempunyai geran hak milik ini akhirnya boleh diserapkan masuk sebagai peserta RISDA dan mendapat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kementerian. Saya minta dalam perbahasan saya kelmarin.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Bagi kementerian, bagi kerajaan asalkan ini memberi kemudahan, keselesaan dan kesenangan pada rakyat kita akan pertimbangkan. Jadi isu Yang Berhormat tadi akan saya lihat balik dan kita akan cuba cari jalan supaya kita bayar premium dahulu, selepas itu kita agihkan insya-Allah akan kita usahakan.

Yang Berhormat Hulu Terengganu pula memohon supaya pengurusan bot-bot individu yang beroperasi di Tasik Kenyir tidak diambil oleh pengurusan KETENGAH apabila Tasik Kenyir dijadikan kawasan bebas cukai.

Kementerian akan memastikan KETENGAH mengambil kira perkara tersebut dalam perancangan pembangunan Tasik Kenyir sebaik sahaja diisytiharkan sebagai kawasan bebas cukai, insya-Allah.

Tuan Pengerusi, pembangunan prasarana, utiliti dan amenity sosial pertamanya program jalan kampung. Yang Berhormat Kapit dan Yang Berhormat Kuala Krai meminta supaya pelaksanaan projek jalan kampung diperbanyakkan. Untuk makluman Yang Berhormat dan dalam tahun 2010,

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

kementerian melaksanakan tujuh projek jalan kampung di kawasan Parlimen Kapit yang melibatkan peruntukan sebanyak RM0.45 juta manakala bagi kawasan Parlimen Kuala Krai terdapat sebanyak empat projek jalan kampung yang melibatkan kos berjumlah RM0.67 juta. Kesemua projek ini dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada awal Disember 2010. Untuk tahun 2011, agihan projek akan dibuat mengikut peruntukan dan keperluan yang diluluskan.

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Kapit. Saya banyak lagi yang hendak jawab Tuan Pengerusi. Sedikit okey.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat, tidak payah cerita latar belakangnya.

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Ya, ini perlu juga Tuan Yang di-Pertua kerana nanti tidak sampai. Projek jalan kampung ini amat diperlukan di kawasan saya Kapit kerana kawasan Kapit ini adalah kawasan yang hilir daripada Bakun. Jadi baru-baru ini apabila ada sekarang ini musim kemarau sedikit dan sekarang pun hendak memenuhi empangan Bakun ini, kami di Kapit ini ada kekurangan air yang mengalir oleh kerana itulah penduduk- penduduk di rumah-rumah panjang di dalam anak-anak sungai, kita kekurangan air.

Jadi perjalanan kita yang biasanya menggunakan air sekarang amatlah sukar dan menyulitkan. Kita memerlukan projek jalan kampung ini dan Tuan Pengerusi permohonan saya bolehkah dalam tahun 2011 ini, bajet yang kita bincangkan ini biarlah bagi lebih sedikit, bukan lebih sedikit lebih lagi kepada kawasan Kapit ini. Itu sahaja saya hendak dan saya mintalah janganlah perpuluhan juta, kita hendak berjuta-juta itu. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri jaminan. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat Yang Berhormat yang elok sekali tanyalah dengan Ahli Parlimen keperluan atau pengagihan itu proportional dan requirement dia. Kalau tidak ada yang dapat dan ada yang tidak dapat nanti. Sila Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Insya-Allah kita akan beri perhatian kepada permintaan daripada Yang Berhormat Kapit sebab saya ada sebut tadi ia berdasarkan kepada keperluan dan juga peruntukan yang ada.

Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Sibu dan Yang Berhormat Padang Terap telah membangkitkan isu jalan-jalan yang dibina dan di naik taraf dapat disegerakan dengan kualiti yang baik. Saya jugalah seperti Yang Berhormat Kapit tadi. Spesifikasi pembinaan jalan luar bandar adalah berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh JKR iaitu R1, R2 dan R3. Bagi kerja-kerja membaik pulih jalan pula peruntukan disalurkan oleh Kementerian Kewangan melalui program Malaysia Road Registration Information System dengan izin atau MARIS kepada kerajaan negeri. Oleh yang demikian Yang Berhormat boleh memohon pembaikan jalan-jalan tersebut kepada kerajaan negeri masing-masing.

Merujuk kepada beberapa permohonan jalan luar bandar oleh Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Paya Besar, permohonan ini akan disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan akan dipertimbangkan oleh kementerian berdasarkan peruntukan yang diterima dan keperluan yang mendesak. Kita tekankan betul-betul.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Saya pun ada senaraikan. Saya minta pihak kementerian untuk melihat sebab dalam senarai jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak sebut Padang Terap untuk baik pulih itu. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Okey terima kasih. Kita akan masukkan Padang Terap sekali.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Parit Sulong memohon kementerian memaklumkan status terkini pelaksanaan Projek Jambatan Parit Laman-Kangkar Merlimau, Johor. Untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini proses penilaian tender semula sedang dibuat JKR dan dijangka pelaksanaan projek dapat dimulakan pada awal tahun 2011. Boleh bersama pantau.

final • 12:20 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Tuan Pengerusi boleh saya tanya sedikit.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tolong ringkaskan. Menteri sudah beritahu, panjang lagi jawapan dia.

final • 12:20 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sul ong

Yalah. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih juga di atas apa yang Timbalan Menteri katakan tadi.

Cuma saya hendak tahu kenapa dalam bila ianya ditender tempoh hari dan kontraktor yang dipilih itu tidak mahu melaksanakan projek yang telah diberikan. Saya hairanlah macam mana pembukaan tender ini dibuat, pemilihan kontraktor ini dibuat, sebab kalau dia tidak mampu untuk melaksanakan kenapa dia masuk tender tersebut. Sebab ianya akan menyukarkan orang kampung. Kami terutamanya saya selaku wakil rakyat dan penduduk kampung kita telah diberitahu awal dan ianya telah dijadikan isu setempat oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih banyak-banyak.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Itulah dalam soal pembangun ini cakap mudah tetapi bila hendak laksanakan macam-macam halangan yang terpaksa kita tempuhi. Walau bagaimanapun soal teknikal, soal tender memang dibuat secara telus. Walau bagaimanapun ianya tidak boleh juga dijalankan jadi kita terpaksa buat tender semula. Walaupun bab ini telah pun dilaksanakan dan insya-Allah awal tahun depan ianya akan mula dilaksanakan. Kalau Yang Berhormat ada juga menghadapi apa-apa masalah insya-Allah jemput saya dan saya boleh jumpa dengan penduduk sana menunjukkan betapa prihatinnya Yang Berhormat Parit Sulong kepada rakyat di situ supaya dia tidak salahkan Yang Berhormat. Terima kasih.

Bekalan elektrik luar bandar. Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kota Belud, Lubok Antu, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Sibuti telah menyentuh mengenai bekalan elektrik luar bandar.

Kerajaan dalam tempoh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bermula pada tahun 2010 hingga 2012 telah mensasarkan untuk mencapai liputan bekalan elektrik sehingga 90% di negeri Sarawak. Bagi mencapai sasaran ini sejumlah 77,800 buah rumah tambahan akan disambung dengan bekalan elektrik 24 jam di negeri Sarawak, termasuk di kawasan Parlimen Sri

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Aman. Khusus bagi Parlimen Sri Aman, kementerian pada tahun 2011 akan memulakan kerja-kerja pembinaan pencawang masuk utama atau PMU Lacau.

Sri Aman yang akan menjadi pemangkin kepada penyambungan bekalan elektrik ke Sri Aman – Lacau - Sri Aman akan disiapkan pada akhir tahun 2012 dan dijangka akan dapat menyelesaikan masalah susutan bekalan elektrik di Sri Aman. Kementerian juga melaksanakan projek-projek BELB...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Sistem alternatif di kawasan pedalaman yang tidak ke sampaian dengan talian grid.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Minta laluan sedikit.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Pada tahun 2011, kementerian merancang untuk melaksanakan projek BELB Stesen solar hibrid di Bario Sarawak melibatkan 11 buah kampung dan melibatkan kos berjumlah RM80 juta. Projek dijangka akan dimulakan pada Februari 2011 selepas proses perolehan disempurnakan oleh kementerian. Sahabat Yang Berhormat Putatan.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, ringkas Yang Berhormat. Saya kalau dapat Yang Berhormat Timbalan Menteri habiskan jawapan ini pada jam 1.00 lah. Ya, sila Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Ini soalan soal bekalan elektrik luar bandar. Saya telah menyentuh satu Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian.

Ini bukan dalam kawasan saya, tetapi kawasan yang saya telah melawat dalam outreach programme saya di Kampung Motomou, Ulu Apin-apin, yang tidak jauh daripada kawasan Pensiangan.

Saya difahamkan tiang-tiang elektrik dan dawai pendawaian itu telah pun ada. Saya melihat bahawa ianya telah pun dibina dua tahun yang lalu.

Akan tetapi malangnya penyambungan dari rumah ke rumah belum dilaksanakan. Apakah sebenarnya masalah kementerian ini terhadap rumah- rumah yang penduduk-penduduk itu masih lagi menunggu-nunggu tindakan seterusnya daripada pihak kementerian. Apakah masalah sebenarnya?

final • 12:30 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Boleh tambah sedikit.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Putatan. Saya ingat ada jawapan daripada saya ini.

final • 12:30 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Berdasarkan semakan daripada kementerian, saya tidak pernah pergi ke situ tetapi mengikut semakan kementerian semua projek BELB yang dilaksanakan oleh kementerian telah disiapkan dan mula beroperasi serta penduduk kampung telah mendapat bekalan elektrik. Mengenai isu tiang-tiang elektrik di Kampung Motomou, Keningau yang dibangkit oleh Yang Berhormat kementerian akan menyemak sekali lagi perkara ini dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kerana ada juga penyambungan bekalan elektrik ke kampung-kampung atau rumah tambahan dibuat sendiri oleh pihak SESB. Sekiranya perkara ini benar kementerian akan meminta pihak SESB mengambil tindakan segera supaya talian yang telah dibina dapat dimulakan tugas dan penduduk kampung dapat menikmati bekalan elektrik. Itu keadaannya hari ini saya akan melihat dan kita cuba sama-sama pergi ke kawasan ini Yang Berhormat. Insya-Allah kita akan cuba.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Rembau supaya garis panduan program BELB yang menetapkan hanya 30% kawasan penempatan baru yang telah didiami disambung dengan bekalan elektrik diubah. Garis panduan program BELB menetapkan supaya 30% penduduk di kawasan penempatan baru membina rumah mereka sebelum disambung dengan bekalan elektrik. Perkara ini adalah untuk mengelakkan kemudahan struktur yang dibina mengalami kerosakan kerana rumah-rumah tidak dibina oleh pemilik tanah. Bagaimana pun pertimbangan berasingan, case by case akan dibuat untuk kelulusan selepas mengambil kira prospek pembangun kawasan penempatan berkenaan, insya-Allah.

Yang Berhormat Padang Terap menyentuh penjelasan mengenai strategi kementerian untuk menyambung bekalan elektrik di kawasan terpencil yang bilangannya terlalu kecil. Program BELB dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu sambungan talian grid dan punca-punca bekalan pihak berkuasa elektrik negeri iaitu Tenaga Nasional Berhad di Semenanjung. Bagi kawasan pedalaman yang tidak kesampaian serta tidak ekonomik untuk disambung menggunakan talian grid akan diberi bekalan elektrik menggunakan kaedah alternatif seperti solar hibrid dan sistem mikro hidro yang terbukti berkesan dan diterima oleh pihak berkuasa elektrik negeri.

Yang Berhormat Putatan saya sudah sebut tadi. Yang Berhormat Kota Belud juga mencadangkan supaya kementerian membekalkan lampu pam ke kawasan kampung pedalaman yang tidak dapat disambung dengan bekalan elektrik 24 jam dalam masa terdekat. Kementerian merancang untuk menyelesaikan isu perbekalan elektrik ke kawasan pedalaman seluruh negara secara holistik. Bagi mencapai sasaran ini peningkatan pelaksanaan projek dibuat sama ada melalui sambungan talian grid atau menggunakan sistem alternatif seperti solar hibrid atau mikro hidro sebagaimana yang saya sebutkan itu.

Sehubungan dengan itu kementerian tidak dapat mempertimbangkan cadangan Yang Berhormat untuk membekalkan lampu pam ke kampung- kampung pedalaman kerana perkara ini berada di luar skop program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). Walau bagaimanapun kementerian dari masa ke semasa akan meneroka potensi teknologi alternatif baru untuk memberi bekalan elektrik kepada semua penduduk di kawasan pedalaman.

Yang Berhormat Lubok Antu pula ingin mendapat penjelasan kementerian mengenai pelaksanaan projek BELB di Lubok Antu yang terlibat dengan isu izin lalu dari SALCRA dibatalkan tanpa merujuk kepada Ahli Parlimen di kawasan berkenaan terlebih dahulu. Untuk makluman Yang Berhormat pelaksanaan projek BELB di Lubok Antu yang terlibat dengan masalah izin lalu dari SALCRA tidak dibatalkan tetapi ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun 2011.

Keputusan ini dibuat selepas pihak SALCRA tidak membenarkan penebangan pokok kelapa sawit di ladang milik mereka. Perbincangan bersama SALCRA, SEB dan Kementerian Kemudahan Awam Sarawak telah dibuat pada bulan September 2010 dan pihak SALCRA menegaskan bahawa pihaknya tidak dapat membenarkan penebangan kira-kira 2,000 batang pokok kelapa sawit untuk pelaksanaan projek BELB. Ini salah satu daripada halangan-halangan yang saya sebutkan tadi dalam hendak membangunkan kawasan-kawasan luar bandar.

Hasil perbincangan bersama SEB dan KKA kementerian menangguhkan pelaksanaan projek ini ke tahun 2011 dan akan menggunakan kabel bawah tanah untuk mengurangkan kuantiti pokok kelapa sawit yang akan ditebang. Kementerian menjangkakan bahawa pelaksanaan projek akan dimulakan pada bulan Mei 2011 dan akan disiapkan pada Disember 2012.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Kapit pula meminta penjelasan kementerian sama ada kawasan Kapit boleh disambung dengan tali grid dalam masa terdekat.

Merujuk kepada perancangan Sarawak Energy Berhad (SEB) talian penghantar 132kv dari Sini Lajau ke Kapit dijangka akan disiapkan pada akhir tahun 2014. Sekiranya talian perantara ini disiapkan oleh SEB kementerian menjangkakan bahawa sebahagian besar kampung-kampung di Kapit akan dapat disambung dengan bekalan elektrik menggunakan talian grid. Bagi kampung-kampung yang terlalu jauh di pedalaman kementerian akan meneruskan pelaksanaan program BELB alternatif menggunakan sistem mikro hidro di kawasan yang berpotensi.

Mengenai cadangan Yang Berhormat supaya kementerian menyambung bekalan elektrik dari set generator yang dipasang di sekolah- sekolah di maklumkan bahawa perkara ini telah dibincangkan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 15 September 2009.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari KPM adalah didapati bahawa cadangan ini tidak dapat diteruskan kerana kapasiti penjanaan set generator yang dipasang tidak dapat menampung permintaan bekalan elektrik oleh penduduk kampung. Sehubungan itu kementerian juga tidak dapat mempertimbangkan cadangan ini dan akan meneruskan pelaksanaan projek BELB untuk menyambung bekalan elektrik di kawasan pendalaman yang masih belum dapat bekalan elektrik.

Yang Berhormat Batang Sadong, pun tidak ada dalam Dewan membangkitkan isu mengenai beberapa kampung di kawasan Parlimen beliau yang belum mendapat bekalan elektrik walaupun tiang dan talian elektrik telah siap dibina. Seluruh projek BELB – Yang Berhormat Batang Sadong, dia tidak ada saya tinggalkan.

Yang Berhormat Hulu Rajang telah memohon supaya kementerian mempertimbangkan penyambungan bekalan dari Bakun ke kawasan penempatan semula Kampung Asap, Hulu Rajang. Yang Berhormat Hulu Rajang ada?

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak ada Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tidak ada, saya skip. Yang Berhormat Tenom membangkitkan isu masih ada enam buah kampung – Yang Berhormat Tenom ada? Pun tidak ada, saya skip.

final • 12:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Ada.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tenom ada Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Sini Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Oh! Minta maaf.

final • 12:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Ada dengar ini.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Minta maaf.

final • 12:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Okey.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Tenom membangkitkan isu masih ada enam buah kampung di Rundum yang belum disambung dengan bekalan elektrik. Senarai keutamaan projek BELB di negeri Sabah dimuktamadkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan SESB selepas mengambil kira keupayaan bekalan elektrik di sesuatu

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

kawasan. Penyambungan bekalan elektrik di kawasan Rundum, Tenom tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2010 dan 2011 kerana isu susutan beban bekalan dari talian utama SESB khusus bagi Parlimen Tenom. Sebanyak RM18 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan 35 projek di kawasan Parlimen Tenom.

Pelaksanaan projek dijangka dimulakan pada Januari 2011 dan dijangka siap pada tahun 2012, insya-Allah. Mengenai cadangan untuk pelaksanaan projek...

final • 12:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ya?

final • 12:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Sama-sama kasih. Mengenai cadangan untuk pelaksanaan projek BELB menggunakan sistem solar, dimaklumkan bahawa sejak tahun 1995 hingga tahun 2010 KKLW telah memasang sejumlah 3,155 buah sistem solar photovoltaic melibatkan 75 buah kampung di negeri Sabah. Semua sistem ini di senggara secara berkala oleh KKLW dan pengguna mendapat bekalan empat hingga enam jam sehari secara percuma.

Mana hendak cari kerajaan macam ini.

Bermula pada tahun 2004, KKLW pula melaksanakan sistem solar hibrid di seluruh negara. Secara relatifnya sistem ini lebih baik dari sistem solar photovoltaic kerana ia mampu membekalkan elektrik selama 24 jam. Sistem solar hibrid melibatkan gabungan penjanaan tenaga dan tenaga solar, penstoran bateri serta set generator. Sehingga kini kementerian telah melaksanakan sembilan projek solar hibrid di Sabah bernilai RM102.5 juta melibatkan 22 buah kampung dan telah dapat memberi manfaat kepada 1,863 buah rumah. Kemungkinan antaranya di kawasan Yang Berhormat sendiri.

Kementerian merancang untuk meneruskan pelaksanaan projek solar hibrid di negeri Sabah pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan bekalan di kawasan luar bandar.

Yang Berhormat Sibuti, ada? Okey. Membangkitkan isu bekalan elektrik yang selalu terputus di kawasan beliau. Untuk makluman Yang Berhormat, isu bekalan elektrik yang selalu terputus di Sibuti berada di bawah tanggungjawab Sarawak Energy Berhad. Perkara ini kementerian akan panjangkan kepada SEB untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih atas keprihatinan.

Lampu jalan kampung. Mengenai cadangan isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Batang Sadong, dimaklumkan program pemasangan lampu jalan kampung telah diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 2 Ogos 2000. Pelaksanaan projek ini adalah secara one-off, secara berperingkat-peringkat melibatkan pemasangan maksimum 10 unit lampu di sebuah kampung di seluruh negara dan kos operasi serta penyelenggaraan ditanggung oleh kerajaan secara berterusan.

final • 12:40 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya hendak tanya sedikit.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Rasional... Nanti sekejap. Rasional pelaksanaan projek LJK ialah bertujuan untuk menceriakan kawasan liputan supaya kegiatan ekonomi, sosial dan riadah dapat dijalankan pada waktu malam dengan selesa dan selamat. Ia dipasang di tiang elektrik sedia ada seperti di hadapan balai raya, rumah ibadat serta di persimpangan jalan.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Senarai LJK yang dipasang oleh kementerian dimuktamadkan di peringkat negeri oleh Pejabat Pembangunan Negeri setelah di bincang dan diselaraskan bersama Pejabat Daerah. Semua LJK yang dipasang oleh TNB merupakan senarai yang telah diselaraskan dan dimuktamadkan di peringkat negeri oleh PPN. Maknanya kementerian tidak boleh hendak disalahkan.

Mengenai cadangan supaya kuantiti LJK yang dipasang bergantung kepada...

final • 12:40 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Tuan Pengerusi saya hendak tanya mengenai lampu jalan.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Nanti sekejap.

final • 12:40 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Itu sudah topik lain dah Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Nanti, saya hendak habiskan sedikit. Hal lampu jalanlah ini. Mengenai cadangan supaya... Orang perempuan pun tidak sabar-sabarlah ya. Mengenai cadangan supaya kuantiti LJK yang dipasang bergantung kepada saiz kampung, kementerian akan mengkaji dan meneliti cadangan ini untuk pertimbangan pada masa akan datang. Sekiranya ada keperluan dan bersesuaian, kementerian akan mempertimbangkan untuk mengubah sedikit program LJK pada masa akan datang. Jemput.

final • 12:40 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada katakan yang prosedur adalah 10 batang lampu jalan untuk satu kampung. Akan tetapi masalah kita sekarang ini mungkin satu dasar yang dibuat mungkin 10 tahun-20 tahun yang lepas.

Sekarang ini satu kampung itu sudah punyalah banyak kampung rangkaian dan kampung rangkaian itu besar-besar. Saya bagi contoh di kawasan saya, kampung induk sahaja dia ada tujuh kilometer selepas itu dibahagikan pula dengan jalan raya besar. Dia ada Kampung Bintang Laut, Kampung Bintang Darat seperti sebagai contohnya.

Selepas itu kampung rangkaian pula dua-tiga kilometer yang penuh dengan penduduk dan rapat-rapat. Apabila satu kampung, kampung induk sahaja yang dapat macam mana pula dengan kampung-kampung rangkaian.

Oleh sebab itu saya cadangkan dalam ucapan saya waktu perbahasan Jawatankuasa tempoh hari dipertimbangkan supaya kampung rangkaian ini juga diambil kira untuk dapat yang 10 lampu jalan kampung ini untuk setiap kampung rangkaian. Saya berbincang dengan Pejabat Daerah... Ini Tuan Pengerusi ringkas sahaja.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, jangan berucap lagi Yang Berhormat. Saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri habis pukul 1.00 tengah hari Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey. Saya harap ini dapat perhatian daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai cadangan-cadangan yang saya diberikan tadi. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey! Insya-Allah kementerian akan memberikan pertimbangan yang beratlah cadangan daripada Yang Berhormat Parit Sulong. Sekarang kita beralih kepada Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

Yang Berhormat Hulu Rajang memohon agar bekalan – Yang Berhormat Hulu Rajang ada? Tidak ada ya? Saya pergi terus.

Yang Berhormat Paya Besar membangkitkan isu bekalan air– Yang Berhormat Paya Besar selalu ada dalam Dewan – membangkitkan isu bekalan air di Kampung Permatang Badak Baru yang masih menggunakan bekalan air dari lombong. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasar senarai kementerian, projek bekalan air yang dicadangkan adalah di Kampung Baru Yahya Sheikh, Permatang Badak dengan anggaran kos berjumlah

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

RM300,000. Pelaksanaannya adalah pada tahun 2011 dan 2012, akan dilaksanakan.

Yang Berhormat Padang Terap. Oh! Dia tidak ada ya? Okey, saya pergi yang lain. Yang Berhormat Rembau? Ha! Sahabat ada. Yang Berhormat Rembau memohon dipertimbangkan bekalan air bersih di Parlimen Rembau.

Kementerian mengambil maklum mengenai permohonan Yang Berhormat dan akan dipertimbangkan di bawah pelaksanaan tahun 2011 dan 2012. Insya- Allah kita akan mempertimbangkan. Waris semuanya itu.

Yang Berhormat Kuala Krai membangkitkan – Yang Berhormat Kuala Krai? Tidak ada ya? Saya pergi lain. Yang Berhormat Kota Belud? Tidak ada.

Yang Berhormat Bintulu? Tidak ada juga. Yang Berhormat Sri Aman? Tidak ada ya? Okey. Yang Berhormat Kuala Selangor? Tidak ada. Ha, tidak ada saya boleh apalah– kalau dia hendak jawapan esok boleh datang jumpa saya, saya akan bekalkan. Yang Berhormat Batang Sadong? Pun tidak ada. Yang Berhormat Kapit?

final • 12:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Berhubung dengan permohonan Yang Berhormat Kapit supaya pemasangan penggunaan penggantian paip air bagi penyambungan dari loji air Kapit, untuk makluman Yang Berhormat, penggantian paip adalah di luar skop program BALB dan boleh dipohon terus kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), bukan kepada kementerian kita. Boleh mohon kepada KeTTHA ya. Bagi isu bekalan air alternatif di naik taraf memandangkan bekalan tersebut telah rosak, bekalan air alternatif di kawasan Parlimen Kapit tahun 2011-2012 adalah sebanyak 40 buah projek dengan anggaran kos RM3 juta, for Kapit.

Program Ameniti Sosial, Yang Berhormat Beruas. Dia sudah keluar ya? Oh! Dia hendak buat soalan tadi? Okey. Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Sibuti membangkitkan bahawa masih terdapat banyak keperluan ameniti sosial di kawasan Parlimen masing-masing dan memohon supaya peruntukan bagi PAMS ditambah untuk menampung keperluan berkenaan.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Kementerian sedar bahawa masih terdapat banyak keperluan kemudahan ameniti sosial di kawasan luar bandar khususnya di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, kementerian akan cuba memenuhi hasrat Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut. Majlis Amanah Rakyat.

Yang Berhormat Tenom telah membangkitkan isu mengenai pembinaan Giat MARA di Tenom. Saya sendiri pun sudah turun tengok melihat bersama dengan Yang Berhormat Tenom sendiri. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan bagi melaksanakan Giat MARA Tenom akan dibuat sebaik sahaja perubahan tukar syarat kegunaan tanah oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya selesai.

Ada masalah tanah di sini – selesai sahaja, kita akan laksanakan, sebab peruntukan duit sudah ada di MARA ini. Pada masa ini, Giat MARA tersebut beroperasi secara sementara mulai Mei 2002 yang lalu di bangunan Pusat Kebudayaan Murut. Saya sendiri sudah pergi tengok tempat itu. Untuk sementara bolehlah tetapi untuk – yang kita pergi melawat tadi kena selesaikan dahulu. Dalam hubungan inilah saya memerlukan bantuan daripada Yang Berhormat Tenom supaya dapat dirujuk balik, soal tanah ini dengan Pejabat Daerah dan sebagainya.

Akan tetapi kalau ikut laporan saya waktu lawatan itu, Pejabat Daerah kata Pejabat Panah kata tiada masalah. Akan tetapi, inilah yang saya sebutkan tadi masalah-masalah yang kita hadapi. Insya-Allahlah, kita akan susun balik

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat – di atas keprihatinan itu. Yang Berhormat Putatan telah membangkitkan isu bagaimana lepasan pelatih Giat MARA boleh mendapatkan lesen kontraktor kelas F dan Program Pembiayaan Perniagaan kepada lepasan pelatih Giat MARA.

Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan Giat MARA sentiasa membantu lepasan pelatih Giat MARA yang berpotensi untuk menjadi usahawan atau kontraktor dengan memberikan bimbingan dan khidmat nasihat serta mengemukakan permohonan mereka kepada PKK dan CIDB di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya untuk mendapatkan lesen kontraktor kelas F.

Kita ada kursus ya. Untuk makluman Yang Berhormat juga...

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

...MARA sememangnya mengadakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada lepasan pelatih Giat MARA yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Yang Berhormat Putatan.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ya. Tuan Pengerusi, saya menyanjunglah jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri soal keprihatinan kementerian terhadap pelatih-pelatih yang sudah terlatihlah. Akan tetapi malang sekali, apa yang berlaku yang sebenar Yang Berhormat Timbalan Menteri, ramai antara yang sudah dilatih ini sukar mendapat lesen. Ini keluhan mereka yang telah dilatih ini. Belum pernah ada yang memohon pernah mendapat lesen F ini sekarang. Ini kerana, lesen kelas F ini dibeku. Jadi, adakah usaha kementerian supaya mereka-mereka ini diberi peluang supaya kita boleh melahirkan lebih banyak usahawan di peringkat akar umbi terutama sekali dalam hasil berasaskan pertanian? Apa yang berlaku sekarang, kita cakap cantik di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi apa yang berlaku, rakyat mendengar jawapan tetapi seolah-olahnya tidak begitu betullah.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Pengerusi di atas keprihatinan Yang Berhormat Putatan soal lesen tadi. Sebenarnya soal lesen kontraktor kelas F ini, ini adalah dalam seliaan Kementerian Kerja Raya sama ada melalui PKK ataupun CIDB. Hal ini akan kita angkat dan kita maklumkan kepada kementerian berkenaan supaya dilihat ini sebagai satu keperluan anak-anak muda kita untuk mendaftar ini. Saya sokong pandangan Yang Berhormat tadi dan akan membantu.

Yang Berhormat Batang Sadong tiada. Yang Berhormat Sibuti senantiasa ada di sini – sudah elok pun, sudah sihat – bagus. Yang Berhormat Sibuti menggesa MARA mempercepatkan penubuhan Giat MARA di Sibuti.

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, penubuhan Giat MARA Sibuti telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1.191 juta. Giat MARA akan mula beroperasi dalam kadar segera. Alhamdulillah, berita baik untuk Sibuti.

Yang Berhormat Rembau mencadangkan supaya bilangan MRSM Ulul Albab ditambah, khususnya di Rembau. Kementerian mengambil maklum tentang cadangan tersebut dan akan membuat perancangan terperinci untuk memperkembangkan program Ulul Albab di masa akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Kita tahu, bukan sahaja MRSM ini tetapi ada juga badan-badan lain menganjurkan kursus interaktif itu dan insya-Allah, kita akan memberikan perhatian khusus kepada hasrat Yang Berhormat sendiri di Rembau. Berkaitan dengan permohonan pembinaan MRSM dan Arked MARA di Labuan, MARA akan membuat kajian terperinci berhubung perkara tersebut.

Yang Berhormat Hulu Terengganu membangkitkan isu bangunan MARA di Pekan Ajil yang telah siap sejak dua tahun yang lalu tetapi masih tidak beroperasi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bangunan berkenaan masih belum siap sepenuhnya kerana terdapat kecacatan. Sehubungan

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

dengan itu, MARA telah melantik pihak ketiga untuk memperbaiki kecacatan berkenaan dan dijangka siap akhir tahun ini. Saya sebutkan tadi, inilah masalah-masalah kecil tetapi tidak boleh kita hendak bangunkan. Insya-Allah, akhir tahun ini akan siap Yang Berhormat. Kalau sudah siap esok, panggil saya untuk merasmikan.

Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Padang Terap membangkitkan isu surat tawaran kelulusan pinjaman perniagaan dikeluarkan tetapi bayaran lewat diterima oleh peminjam. Kelewatan pembayaran kepada pemohon baru ini telah diatasi untuk jangka pendek apabila kerajaan menyalurkan peruntukan pertambahan berjumlah RM100 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan RM60 juta melalui Tabung Pengangkutan Awam berbanding RM300 juta yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. MARA juga menggunakan kutipan bayaran balik pinjaman untuk menampung peningkatan permohonan pembiayaan MARA dan telah mengeluarkan surat aku janji kepada setiap pemohon baru untuk memaklumkan bahawa akan berlaku kelewatan pembiayaan sekiranya pembiayaan MARA diluluskan. Kena sabarlah.

Yang Berhormat Padang Terap – tiada lagi, masih di luar. Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Lipis memohon penjelasan mengenai skop atau fokus bidang pengajian yang diberi di bawah Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (HELP III), tahap bayaran balik pinjaman selepas tamat pengajian kumpulan sasar penerima dana HELP III dan return of investment daripada RM57.4 juta yang diperuntukkan. Untuk makluman Yang Berhormat, HELP III ini ialah Program Government-to-Government (G2G) antara kerajaan Malaysia dan Jepun, di mana peruntukan disalurkan kepada MARA dan Yayasan Pelajar MARA sebagai agen pelaksana.

Program ini sangat baik kerana ia menumpukan kepada pengajian sains dan kejuruteraan mekanikal, teknikal dan elektronik di peringkat ijazah, ijazah lanjutan dan PhD. Di bawah program ini, pelajar ditaja sepenuhnya dan tiada pembayaran balik dikenakan kepada pelajar yang tamat pengajian.

Manakala kumpulan sasar bagi program HELP III adalah pelajar cemerlang lepasan SPM. ROI bagi program ini, negara akan memperolehi tenaga kerja berhemah tinggi dalam bidang sains dan kejuruteraan. Harapan Yang Berhormat akan cuba kita jayakan.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ada tiga minit lagi, boleh dapat ya?

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Kita kena habiskan ini. Kalau tidak, kena marah Tuan Pengerusi. Saya minta izinlah. Yang Berhormat Kinabatangan – dia tiada ya, saya lepaskan. Yang Berhormat Kota Raja, tiada juga. Yang Berhormat Kuala Selangor... [Disampuk] Oh! Yang Berhormat Kota Raja ada.

Yang Berhormat Kota Raja membangkitkan isu mengenai kakitangan KEMAS yang mempunyai taraf pendidikan bertaraf diploma dan ijazah dan kajian pencapaian kanak-kanak yang berjaya membaca sebelum memasuki Tahun Satu di sekolah kebangsaan.

Tenaga kerja KEMAS bertaraf diploma adalah sebanyak 25.7% terutama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Keperluan tenaga ini adalah berasaskan kepada keperluan semasa dan KEMAS tidak boleh melantik berasaskan kepada ramainya tenaga kerja berkelulusan tinggi yang tidak mempunyai pekerjaan di luar bandar. Penilaian terhadap kebolehan kanak- kanak tabika menguasai membaca, menulis dan mengira dilakukan sebanyak tiga kali setahun. Penilaian terakhir kanak-kanak dibuat pada hujung tahun untuk melihat kemampuan mereka menguasai 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). Program latih tubi di waktu cuti sekolah hujung tahun

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

diadakan agar mereka bersedia untuk memasuki Tahun Satu di sekolah kebangsaan.

Yang Berhormat Kuala Selangor, tiada. Yang Berhormat Hulu Terengganu membangkitkan isu bilakah KEMAS akan melantik pegawai KEMAS daerah yang telah lama kosong dan sekarang tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh penyelia kanan. Pada masa ini, perancangan untuk pengisian jawatan tersebut serta jawatan-jawatan KEMAS yang lain sedang dilaksanakan dengan memohon kelulusan dari pelantikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kena sabar jugalah Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa tinggal beberapa second lagi, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Saya fikir tidak perlu tunggu JPA ini sebab ia mengisi kekosongan jawatan – jawatan yang sedia ada, bukan untuk jawatan baru ini. Hantar sahaja pegawai, isilah.

Masalahnya, tidak mahu hantar ini. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Masalahnya kita kena minta dari segi peruntukan gaji dan sebagainya. Jawatan ada tetapi tiada peruntuk untuk tujuan itu. Maknanya allocation for that untuk tujuan elaun dan sebagainya.

Ada esok – dan insya-Allah, ini akan dilaksanakan awal tahun depan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Okey, tetapi dahulu ada.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ini termasuklah di Hulu Terengganu kita akan bekalkan, insya-Allah. Hal ehwal Orang Asli – Tuan Pengerusi, minta izinlah sebab ini... Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan sama ada jabatan...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau tidak habis, saya kena berhentikan juga di sini Yang Berhormat. Saya tak kuasa hendak sambungkan pada sesi tengah hari ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey. Saya yang lain-lain itu, Yang Berhormat – dalam perkara ini Hal Ehwal Orang Asli dan kemudian saya minta izinlah kalau tidak boleh, saya akan berhenti dan saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Sungai Siput dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Beberapa minit lagi Yang Berhormat boleh habiskan?

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Sikit lagi Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak, tidak. Beritahu pada saya, nanti saya boleh tahu.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Beruas pun, Yang Berhormat Paya Besar pun timbulkan juga. Jadi, saya bagi secara bertulislah.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat sambung petanglah.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Mungkin banyak lagi hendak tanya.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Apa boleh buat Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey, insya-Allah.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sebab Yang Berhormat yang entertain orang mencelah, jadi dia bolehlah – kena jawab.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey, insya-Allah saya akan sambung.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Akan tetapi janganlah lewat. Kita sudah kebelakangan, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ya, saya faham.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Pengerusi. Boleh teruskan?

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak boleh, sambung tengah hari.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan pada sesi pagi ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:50 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk meneruskan jawapan.

final • 12:50 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyambung balik jawapan saya yang sepatutnya diselesaikan sebelum pukul 1.00 petang tadi tetapi tidak dibenarkan. Jadi, saya akan sambung. Topik yang akan saya bentangkan ialah berkenaan dengan hal ehwal Orang Asli. Saya tengok Yang Berhormat Sungai Siput tidak ada di sini. Yang Berhormat Sungai Siput ada?

Okey. Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan sama ada jabatan mempunyai perancangan untuk menyerahkan pengurusan estet-estet atau ladang-ladang kepada masyarakat Orang Asli, di mana pada masa ini ladang- ladang diuruskan oleh agensi RISDA dan FELCRA.

Untuk makluman Yang Berhormat, adalah menjadi matlamat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ladang-ladang yang telah dibangunkan atau diuruskan oleh agensi pada masa ini akan diserahkan kepada masyarakat Orang Asli menerusi JKKK atau Koperasi Orang Asli setelah tempoh matang. Sebagai contoh terdapat ladang-ladang seperti di RPS Kemar; RPS Legap; PSK Chenain, Kuala Kangsar; RPS Ulu Kinta; Bukit Dugang, Selangor; dan TSK Tenggalong, Rompin telah diserahkan sepenuhnya kepada masyarakat Orang Asli. Walau bagaimanapun kemampuan masyarakat Orang Asli adalah

final • 2:32 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

menjadi aspek penting yang perlu dipertimbangkan oleh jabatan dan kementerian sebelum sesebuah ladang diserahkan, termasuk mendapat persetujuan daripada masyarakat Orang Asli yang terlibat sebagai peserta ladang.

Yang Berhormat Sungai Siput juga mencadangkan setiap keluarga Orang Asli diberi geran tanah dua ekar hingga enam ekar. Akan tetapi isu ini tidak disenangi oleh NGO Orang Asli seperti Jaringan Orang Asal Se- Malaysia. Bagi mereka, kawasan diberi tidak cukup besar tanpa mengambil kira kepentingan generasi akan datang. Yang Berhormat Beruas pula mencadangkan pemberian geran tanah individu dan ladang kepada Orang Asli sebagai salah satu cara untuk Orang Asli mendapat pendapatan tetap.

Kementerian ini menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah meningkatkan usaha dengan mewujudkan Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada Orang Asli seperti mana yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 4 Disember 2010. Ini bagi merealisasikan hasrat pemilikan tanah dan peningkatan kualiti hidup di kalangan masyarakat Orang Asli. Akan tetapi pada 17 Mac 2010, terdapat segelintir masyarakat Orang Asli membantah dasar ini. Namun begitu, hasil maklum balas daripada sesi penerangan road show kepada masyarakat Orang Asli, dasar ini perlu dikaji semula dengan mengambil kira pandangan dan cadangan dari NGOs Orang Asli, Cendekiawan Orang Asli, Tok Batin dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli sendiri.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga telah mengadakan mesyuarat antara Yang Amat Berhormat Menteri Besar-Menteri Besar dan Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi membincangkan dan memperhalus tuntutan masyarakat Orang Asli ini. Antara negeri yang telah diadakan ialah Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Sehubungan itu, perkara ini akan diperhalusi di dalam mesyuarat bersama agensi yang berkaitan sebelum kertas dasar ini diangkat dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di negeri masing-masing. Seterusnya, akan dibentangkan ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri sebelum dibentangkan ke Mesyuarat Tanah Negara pada tahun 2011. Maknanya dalam perhatian kita.

Yang Berhormat Beruas - ia tidak ada ya? Yang Berhormat Paya Besar bertanyakan peruntukan yang diberikan kepada Parlimen Paya Besar termasuk Program Bantuan Rumah. Pada tahun 2010, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah memperuntukkan sebanyak RM475 ribu bagi pembinaan jalan dan pembetung di Kampung Sungai Mas. Manakala pada tahun 2010 juga, sebanyak RM674 ribu telah disalurkan menerusi Program Bantuan Rumah di Kampung Sungai Mas dan Kampung Bukit Bangkung melibatkan 18 unit rumah baru dan 12 unit baik pulih seperti berikut:

(i) Kampung Sungai Mas - sembilan unit bina baru dan enam unit baik pulih; dan

(ii) Kampung Bukit Bangkung – sembilan unit bina baru dan enam unit baik pulih.

PBR ini akan diteruskan pelaksanaan pada tahun 2011 dengan melibatkan golongan miskin dan miskin tegar yang layak. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan...

final • 2:32 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin memohon jasa baik Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyentuh perkara tentang Hulu Rajang yang saya timbulkan tempoh hari.

final • 2:32 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Saya minta maaf Yang Berhormat Hulu Rajang tidak ada dalam catatan saya ini. Tidak mengapa, insya-Allah saya

final • 2:32 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

akan semak balik dan saya akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih atas keprihatinan itu, insya-Allah. Jadi akhir sekali Tuan Pengerusi, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat di atas isu-isu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam Perbahasan Perbekalan 2011 di Peringkat Jawatankuasa. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM4,425,054,000 untuk Maksud B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

[Wang sebanyak RM4,425,054,000 untuk Maksud B.22 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM7,931,121,000 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka dan diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM7,931,121,000 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011]

final • 2:32 PM
Maksud B.23 [Jadual] – Maksud P.23 [Anggaran Pembangunan 2011] –

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Jempol.

final • 2:32 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Izinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bermula 050000 - Perhutanan. Tuan Pengerusi, saya memohon kepada kementerian supaya bertindak begitu tegas sekali berkaitan dengan pemuliharaan kawasan-kawasan punca air.

Hari ini kawasan-kawasan punca air sangat penting untuk membekalkan air minuman dan juga membekalkan air bersih kepada rakyat.

Namun demikian, oleh kerana tindakan pemusnahan hutan yang tidak terkawal ataupun pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan sebahagian besar daripada sumber air kita telah pun tercemar.

final • 2:39 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Kadangkala sumber air ini juga berhenti begitu sahaja, dan ini adalah merupakan ancaman yang sangat berbahaya kepada kita untuk membekalkan sumber air bersih pada masa yang akan datang, lebih-lebih lagi kos rawatan untuk air daripada sungai-sungai yang semakin tercemar juga meningkatkan kos rawatan dan ini membebankan rakyat pada masa yang akan datang.

Oleh yang demikian, bolehkah kementerian ini merangka satu sistem yang lebih teratur supaya dapat mengawal ataupun di kawasan-kawasan punca air ini diberhentikan langsung proses pembalakan supaya menjamin lebih selamat dan lebih kekal sumber air ini, supaya boleh bertahan pada masa-masa yang akan datang. Setiap kali kita membahaskan isu ini, jawapan yang akan diberikan nanti ialah pembalakan ini di bawah kuasa kerajaan

final • 2:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

negeri, tetapi kalau kementerian tidak ada satu perancangan yang khusus dan lebih tegas bersama-sama dengan kerajaan negeri, saya yakin dan percaya ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa yang akan datang.

Tuan Pengerusi, merujuk kepada perkara Butiran 12000 - Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia ataupun FRIM. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah satu perancangan yang dibuat oleh pihak kementerian bagi memulihara dan juga mengekalkan hutan simpanan kekal Sungai Penchala, Port Dickson Negeri Sembilan. Ini kerana saya difahamkan hutan ini adalah khazanah yang sangat penting kepada pelajar-pelajar universiti kita terutama sekali untuk membuat PhD dalam bidang Kajian Perhutanan, kerana keistimewaan hutan ini, tetapi akhir-akhir ini saya dapat melihat atas permasalahan pembangunan dan kurang kesedaran ia sudah mula terancam.

Jadi, saya yakin dan percaya melalui kementerian ini sesuatu perkara yang penting mesti dibuat bagi memulihara dan mengekalkan hutan ini, sebagai tempat kajian kepada pelajar-pelajar kita pada masa yang akan datang untuk membolehkan mereka lebih berjaya dalam bidang masing- masing, dan ini tidak ada tolok bandingnya dan tidak dapat digantikan dengan mana-mana kawasan di dalam Malaysia termasuk juga di rantau sebelah Asia ini. Saya difahamkan ini adalah merupakan rujukan penting di dalam kajian perhutanan. Saya ingin bertanya, apakah usaha yang boleh dibuat oleh FRIM ataupun boleh dibuat oleh kementerian yang lebih penting sekali bagi menjamin tempat kajian yang penting ini akan terus kekal pada masa yang akan datang.

Kedua, berkaitan dengan ini, adakah kajian dibuat oleh FRIM ini tentang jenis-jenis pokok hutan yang sesuai untuk ditanam di kawasan- kawasan hutan lipur di dalam negara kita. Hari ini pelancongan hutan lipur ini amat popular sekali dan ia memberikan hasil yang sangat baik kepada negara kita, kerana industri pelancongan ini memberikan pulangan sehingga RM54 bilion, hasil kepada negara kita. Oleh yang demikian sudah tentulah kita dapat menawarkan satu bentuk pelancongan yang lebih baik dan menarik yang dapat ditawarkan kepada peminat-peminat hutan lipur yang melancong dalam negara kita.

Selain daripada itu, adakah pokok-pokok yang selamat dapat ditentukan oleh FRIM untuk ditanam di kawasan hutan lipur kita. Kita dapat melihat sebahagian semakin lama semakin kurang bilangan dirian pokok di kawasan-kawasan hutan lipur dan kalau ini dibiarkan sudah tentulah kawasan ini tidak menarik lagi pada masa yang akan datang. Apakah jenis pokok yang sesuai, yang selamat terutama sekali hutan lipur ini juga digunakan sebagai tapak perkhemahan? Kita tidak mahu kalau sekiranya ditanam pokok-pokok yang tidak selamat, yang tidak kuat ia akan mengancam keselamatan peminat- peminat yang menggunakan kawasan ini untuk aktiviti perkhemahan mereka supaya lebih indah dan juga bermaklumat kepada pelancong-pelancong kita.

Tuan Pengerusi, sehubungan dengan itu juga saya dapat melihat landskap negara kita juga memerlukan kajian yang boleh dimainkan oleh FRIM untuk sama-sama menilai dan mengkaji, apakah jenis pokok jati yang sesuai untuk ditanam di kawasan landskap negara. Hari ini kalau kita membiarkan pokok-pokok yang tidak kukuh dan tidak tahan, ia mengancam kepada keselamatan rakyat di dalam negara kita. Berapa banyakkah kereta yang musnah apabila berlaku ribut, pokok-pokok yang tidak tahan ini ditanam di kawasan-kawasan landskap yang ia juga digunakan sebagai tempat meletakkan kereta dan parking terutama sekali di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini.

Saya fikir FRIM boleh memainkan peranannya untuk membuat kajian apakah dengan perancangan, yang kita hendak jadikan bandar dalam hutan

final • 2:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

dan apabila kita menjadikan bandar kita sebagai bandar dalam hutan, mestilah difikirkan satu pokok yang sesuai ataupun jenis yang sesuai untuk ditanam bukan sahaja sebagai tempat yang selamat, tetapi juga sebagai sumber oksigen yang baik untuk orang-orang bandar hidup pada masa yang akan datang.

Tuan Pengerusi, saya dapat melihat lebuh raya kita juga begitu banyak kawasan-kawasan lapang, adakah FRIM boleh memainkan peranan membuat kajian untuk kita menanam pokok-pokok jati ini di persekitaran Lebuh Raya Utara-Selatan dan sebagainya bagi menjadikan lebuh raya kita lebih cantik dan dalam masa yang sama kita menanam pokok-pokok yang tahan dan selamat, dan pada masa yang akan datang kita mewariskan kepada anak- anak cucu cicit kita, iaitu pokok-pokok ini akhirnya nanti akan menjadi hasil kepada negara kita, bayangkan 100 ke 200 tahun nanti pokok-pokok jati yang kita pelihara ini menjadi hasil besar kepada negara kita.

Tuan Pengerusi, Perkara 09000 - Taman Laut. Port Dickson adalah merupakan destinasi pelancongan utama negara, di Port Dickson juga taman laut. Saya ingin bertanya kepada kementerian, berapa banyak peruntukan yang disediakan untuk membantu Port Dickson untuk menjaga khazanah di dalam laut ini, kerana ramai peminat-peminat skuba ataupun yang minat menyelam di dasar laut ini memberikan maklumat betapa pentingnya kita menjaga, memelihara dan menaiktarafkan taman laut di Port Dickson ini supaya ia bukan sahaja ia menjadi satu destinasi kunjungan di kawasan pantai ini, luas, menarik dan selesa, tetapi Taman Laut Port Dickson ini juga mesti diberikan sumbangan yang baik. Sehubungan dengan itu juga saya dapat melihat betapa pentingnya kita membangun dan merancang supaya kawasan tersebut boleh kita tingkatkan lagi kemudahannya pada masa yang akan datang.

Perkara 08000 berkaitan dengan pengairan dan juga saliran. Hari ini Tuan Pengerusi, kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sudah pun menyiapkan Pelan Induk Saliran Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan, dalam usaha untuk mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut. Saya ingin bertanya berapakah peruntukan yang diluluskan untuk membangunkan pula apabila pelan induk telah siap mesti dibekalkan dengan peruntukan bagi membolehkan pembangunan ini dapat dilaksanakan. Saya yakin dan percaya dengan adanya peruntukan yang sedang kita bahaskan ini dapat diberikan untuk menyelesaikan isu banjir kilat yang berlaku di kawasan tersebut akan memberikan keselesaan yang lebih baik kepada penduduk yang tinggal di sana.

Kedua ialah saya ingin tahu daripada kementerian, berapa banyak peruntukan yang disediakan untuk Projek Sungai Dalam Taman.

final • 2:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Hari ini saya tidak nampak satu kesan yang menarik apabila kementerian tidak fokus dalam satu-satu kawasan. Saya mencadangkan kepada kementerian supaya kita berikan tumpuan di mana sungai-sungai yang melalui bandar-bandar ataupun sungai yang melalui pekan-pekan kecil diberikan tumpuan untuk kita meningkatkan projek sungai dalam taman, supaya sungai yang lalu dalam bandar ini tidak kita lihat tentang kekotorannya, tidak kita lihat tentang permasalahan yang timbul.

Akan tetapi sebaliknya kita naik taraf supaya ia menjadi satu taman selesa yang boleh kita jadikan tempat riadah kepada masyarakat kita terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Kalau ia dapat dinaiktarafkan dengan baik, diadakan aktiviti yang sempurna, saya ingat sungai-sungai dalam bandar kita seperti di bandar-bandar besar ini, boleh juga macam bandar-bandar

final • 2:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

pelancongan utama seperti Venice yang boleh menawarkan bilangan pelancong yang ramai pada masa akan datang.

Hari ini apabila tidak fokus, peruntukan yang diberikan oleh kementerian ini ditabur sebegitu sahaja tetapi tidak ada satu tempat yang boleh kita tunjukkan hasilnya. Maka, saya mencadangkan kepada kementerian mengarahkan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab supaya lebih fokus dan meningkatkan di satu-satu tempat bagi membolehkan hasilnya dapat kita lihat dengan lebih baik.

Perkara yang ketiga, sehubungan dengan itu, tentang soal hakisan pantai. Sebagaimana yang saya sebut tadi, begitu ramai sekali pengunjung yang datang untuk melancong di kawasan Port Dickson. Akan tetapi hari ini walaupun kementerian sudah meningkatkan pantai Port Dickson, masih lagi terdapat beberapa lokasi yang perlu kita berikan peruntukan supaya pantai- pantai yang berbatu ini dapat kita naik taraf dengan meningkatkan pantai yang lebih luas, panjang bagi menambah lagi bilangan pengunjung untuk mengadakan aktiviti di kawasan pantai Port Dickson.

Pembangunan pantai ini bagi memenuhi keperluan pelancong adalah merupakan aktiviti penting yang dibuat oleh mana-mana negara di dunia ini, yang menawarkan pantai mereka kepada aktiviti pelancongan. Ia bukanlah merupakan satu tindakan semula jadi tetapi di atas perancangan dan juga sumber kewangan dan teknologi yang tinggi. Mereka menambak, mereka membawa pasir, mereka menambah lagi bilangan pasir yang ada dan meningkatkan bilangan ataupun jumlah keluasan bagi membolehkan pelancong mengadakan aktiviti.

Butiran 040000 berkaitan dengan mineral dan juga geosains. Saya ingin mendapat tahu daripada kementerian Yang Berhormat, apakah hasil daripada kajian air bawah tanah yang telah pun dibuat oleh kementerian Yang Berhormat? Apakah kandungan-kandungan mineral yang ada dalam air bawah tanah kita sesuai untuk kita minum, sesuai untuk kesihatan kita? Apakah cukup semua sekali jumlah air ini kalau kita jadikan sebagai sumber minuman, dapat menampung keperluan rakyat Malaysia keseluruhannya? Tuan Pengerusi...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Boleh habiskan Yang Berhormat?

final • 2:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Boleh Tuan Pengerusi. Saya juga hendak minta kementerian lihat, sekarang ini ada ramai rakyat kita yang selalu ambil air mineral daripada tebing. Misalnya tepi tebing Bukit Putus Negeri Sembilan, tepi tebing Bukit Tangga, Jelebu. Ada air yang keluar daripada bukit, bersusun-susun rakyat kita bawa botol, bawa tangki, dia ambil air ini, dia minum. Adakah kajian dibuat oleh kementerian Yang Berhormat tentang kandungannya? Adakah ia selamat untuk diminum oleh rakyat kita? Saya pun tidak tahu mengapa bersusun dekat Bukit Putus itu. Bila saya tanya, dia kata, “Air ini Dato’ elok untuk ubat sakit lutut.” [Ketawa] Jadi, sejauh mana benarnya tentang apa teori yang dibuat orang kampung ini? Akan tetapi sebelum menimbulkan satu masalah besar kepada rakyat kita pada masa yang akan datang, eloklah kementerian Yang Berhormat, yang bertanggungjawab dalam bidang ini buat kajian tentang kandungan mineralnya. Isytiharkan secara rasmi jawapan ini kepada rakyat, bahawa air di lokasi ini selamat untuk diminum ataupun kalau kajian kita tidak selamat, berikan notis bahawa air tersebut tidak selamat untuk diminum.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 2:50 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak panjang, ada tiga perkara sahaja yang untuk saya minta penjelasan daripada kementerian yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini.

Pertama Tuan Pengerusi, di bawah Perkara 020000 dan juga 020300 tentang penyelarasan dan operasi tanah ini. Saya telah baca tentang peranan di bawah tajuk ini termasuklah pengurusan urus tadbir tanah yang juga berkaitan, disebut dengan jelas tentang Akta Pelantar Benua. Di sini untuk sekian kalinya saya ingin membangkitkan, adakah kementerian Yang Berhormat ini mengambil serius tentang pengurusan dan pentadbiran Akta Pelantar Benua ini, yang pastinya ada kaitan dengan isu tuntutan? Hari ini tuntutan Petroleum, esok mungkin ada tuntutan-tuntutan lagi, yang saya rasa ada berkaitan dengan Akta Pembangunan Petroleum, 144 yang dipelopori oleh Yang Berhormat Gua Musang ini.

Jadi saya rasa dengan adanya jelas tentang peranan kementerian ini, yang menyebut secara spesifik pengurusan ini, juga termasuk tentang bagaimana Akta Pelantar Benua itu diaplikasikan. Kemudian bagaimana ia diambil kira di dalam kita memastikan sesuatu perjanjian ataupun sesuatu eksplorasi sama ada petroleum dan hasil-hasil galian yang lain. Ia menepati dan tidak bercanggah khususnya dengan Akta Pembangunan Petroleum, 144 yang dibangunkan pada tahun 1974.

Di sini saya ingin memberikan penjelasan adakah Yang Berhormat boleh memberitahu Dewan yang mulia ini, sewaktu keputusan kerajaan untuk tidak atau menafikan bayaran royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan itu, maka kementerian Yang Berhormat ‘merundingi’ dan diambil kira pandangan, khususnya bagi saya apabila kerajaan berhujah, mengaitkan tentang Akta Pelantar Benua. Itu yang pertama.

Kedua, tentang Perkara 030000 yang juga berkaitan dengan ukur dan pemetaan. Isu di sini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dan mendapat penjelasan daripada kementerian Yang Berhormat. Baru-baru ini lahir pula isu Limbang dan ada dua blok yang dahulunya diusahakan oleh Petronas, Blok ‘L’ dan Blok ‘M’ kemudian diserahkan kembali kepada kerajaan Brunei. Adakah ini juga melibatkan pemetaan? Adakah berubah pelan negara?

Ini sudah tentu melibatkan blok-blok yang lain yang bersempadan, yang memang duduk dalam kedudukan. Kalau Blok ‘L’ dan Blok ‘M’ itu berubah, maka bagaimanakah keadaan bidang kuasa kerajaan kita, khususnya apa yang telah diamanahkan kepada Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum 144?

Ini kerana saya rasa kalau ada lagi eksplorasi ataupun ada lagi dijumpai kawasan-kawasan minyak dan gas di sekitar kawasan itu, sudah barang pasti apabila Blok ‘L’ dan Blok ‘M’ itu telah diserahkan kepada Kerajaan Brunei, maka ia akan melibatkan juga isu pemetaan yang terhasil daripada penyerahan semula Blok ‘L’ dan Blok ‘M’ itu kepada Kerajaan Brunei.

Demikian juga saya ingin mendapat tahu, adakah telah ada suatu pemetaan yang terkini bila Mahkamah Antarabangsa telah pun memberikan Pulau Batu Putih itu kepada Kerajaan Singapura? Di situ juga melibatkan isu perairan, isu yang melibatkan tentang kedaulatan, yang dikatakan Tubir Selatan itu milik kita dan telah adakah peta yang terkini tentang isu ini?

final • 2:55 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Ini kerana saya cukup bimbang apabila saya melihat tentang kemenangan yang berpihak kepada Singapura itu dikaitkan juga dengan isu penambakan atau reclamation work oleh kerajaan Singapura sama ada di

final • 3:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

sebelah selatan atau pun mahupun di sebelah utara yang melibatkan Selat Johor, Selat Tebrau yang saya rasa kerja-kerja penambakan laut itu sudah pasti menghasilkan satu sempadan baru. Ini ingin juga saya ingin mendapatkan satu penjelasan adakah tidak ada peta baru yang terkini mengenai sempadan sebenarnya perairan di antara Johor dan Singapura.

Demikian juga tentang kemenangan kita di Pulau Sipadan baru-baru ini yang juga saya rasa ada lagi pulau-pulau yang berhampiran yang saya ini juga akan menimbulkan juga kekeliruan sekiranya tidak ada pemetaan baru hasil daripada kemenangan tersebut yang saya yakin dan percaya Kerajaan Indonesia juga akan sentiasa peka dan sensitif terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Saya harap tidak jadi seperti Korea Utara dan Korea Selatan, ya.

Hari ini telah bermula mengeluarkan senjata canggih masing-masing.

Kemudian yang akhir sekali saya juga ingin mendapatkan penjelasan tentang Butiran 04000 - Mineral dan Geosains. Negara kita kaya dengan hasil mineral ini tetapi saya tidak jumpa lagi suatu jenama Malaysia. Kalau garam di laut mati itu atau di dead sea itu di Jordan menghasilkan pelbagai produk antarabangsa khususnya dalam bidang kosmetik. Garam dan hasilnya yang dilahirkan. Negara kita punya hasil mineral yang tidak kurang juga dari segi mutunya. Akan tetapi saya apabila kita ke luar negeri, tidak pernah jumpa satu air mineral. Kita di farmasi dan di 7 Eleven di sini kadang-kadang kita beli satu air mineral itu harga sampai RM7.00 dikatakan mengandungi kandungan oksigen yang begitu tinggi.

Akan tetapi adakah negara kita di bawah satu kementerian sekarang ini sejak merdeka, ada satu produk yang dihasilkan di luar negara jenama Malaysia yang hasil daripada mineral atau pun air mineral kita. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan supaya ianya mendapat perhatian daripada kita semua.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batang Sadong...

final • 3:00 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:03 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Pengerusi pilih Batang, ya.

final • 3:03 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Tidak mengapa, untuk tengah hari ini bagi perempuan dahulu chance.

final • 3:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, betul itu Yang Berhormat.

final • 3:03 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Saya mahu merujuk kepada Butiran 140800 mengenai Pengairan dan Saliran (JPS). Di sini saya mahu mengetengahkan mengenai kawasan luar bandar di mana masih banyak lagi memerlukan saliran untuk pengaliran air. Selain dari mengelakkan dari banjir, ia juga bertujuan untuk memulihara persekitaran agar ianya bersih dan teratur. Jadi, saya hendak bertanya kepada kementerian, berapakah peruntukan pengairan dan saliran untuk negeri Sarawak bagi tahun 2011 ini supaya kita juga dapat menikmati keperluan ini untuk membantu kawasan kita dari sering kali selalu terkena banjir ini?

Seterusnya Butiran 060200 - Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar.

Tuan Pengerusi, saya perhatikan mengenai Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar ini saya rasa adalah satu pelaburan bijak kalau kita melabur peruntukan kita untuk memberi pendidikan kepada pihak NGO. Ini kerana saya dapati kalau NGO ini diberi pendidikan dalam pemuliharaan dan penilaian

final • 3:03 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

alam sekitar ini, maka negara kita boleh menjimatkan banyak peruntukan kita untuk mengendalikan dalam pemuliharaan dan penilaian alam sekitar ini.

Ini kerana Ahli-ahli NGO adalah orang awam dan mereka secara tidak langsung akan mengamalkannya di rumah dan juga di tempat-tempat di mana mereka bekerja atau pun di mana-mana mereka terlibat. Jadi, saya mengharapkannya pihak kementerian mengambil perhatian perkara ini supaya kita dapat menuju kepada satu kumpulan yang betul-betul boleh memanfaatkan negara kita.

Selain dari itu juga saya mahu merujuk kepada Butiran 140700 iaitu Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Di sini saya hendak mengajukan kepada kementerian seupaya mengkaji undang-undang kehidupan liar agar penalti dari segi kesalahan penyeludupan hidupan liar dapat diketatkan lagi. Saya rasa kes yang terbaru yang melibatkan Anson Wong ini, di mana beliau hanya dijel selama enam bulan dan di hukum sebanyak RM190,000 kerana illegal snake export dengan izin. saya rasa ini adalah satu hukuman yang begitu ringan sekali bagi kes seperti ini. Jadi, saya mengharapkan agar pihak kementerian melihat kepada perkara ini secara serius dan memberi keutamaan untuk meminda undang-undang dalam perkara ini.

Seterusnya ialah Butiran 09800 – Pusat Penyelidikan Perhutanan dan Botani Sarawak, saya hendak tahu dari kementerian, apakah jenis penyelidikan yang dijalankan dengan Pusat penyelidikan di Sarawak dan apakah perancangan kementerian untuk memantapkan lagi penemuan hasil sumbar asli di Sarawak? Ini kerana di Sarawak memang banyak sumber asli yang mungkin belum lagi kita explore dengan isu Tuan Pengerusi. Jadi, saya mahu tahu mungkin kita dapat menggunakan peluang ini untuk menguar- uarkan di negeri Sarawak.

Akhir sekali Butiran 16700 iaitu Rancangan Tambatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Tuan pengerusi, kita semua sedar bahawa dunia ini semakin hari semakin tua sama dengan kita juga akibat daripada global warming dan juga climate change dengan izin. Cabaran yang kita hadapi semakin tinggi dan sukar untuk kita atasi. Jadi, kawasan yang terdedah seperti kawasan saya Tuan Pengerusi kita terdedah kepada Benak… dengan izin.

Jadi, soalan saya berapakah peruntukan untuk program rancangan Tambatan Banjir ini supaya kita dapat merancang disebabkan memang sudah dalam perancangan dan juga dalam proposal yang telah kita kemukakan untuk mengatasi atau pun meminimumkan masalah banjir yang kita hadapi kerana hakisan begitu teruk sekali di kawasan.

Jadi, saya hendak tahu sama ada perancangan atau proposal kita telah termasuk dalam perancangan yang akan datang supaya kita dapat menjelaskan kepada orang-orang kawasan kerana terlalu ramai yang bertanya apakah keadaan kita? Kita takut kita dikatakan sebagai salah sebuah daripada kawasan yang ‘the sinking town’. Jadi, saya mengharapkan pihak kementerian membantu dalam mengatasi masalah ini supaya kita dapat bersama-sama merencanakan rancangan bagaimana untuk mengawal banjir ini. Jadi, dengan itu saya ucapkan terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri.

final • 3:03 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 060000 berkaitan dengan Hasil Kajian Kualiti Alam Sekitar di Tapak Pelupusan Sampah Baru di Pagoh. Kenyataan Yang Berhormat Menteri Besar Johor bahawa tapak pelupusan sampah Bukit Bakri akan ditutup secara berperingkat-peringkat pada bulan Jun 2010. Ia ditutup sepenuhnya pada tahun 2011 dan digantikan dengan tapak pelupusan sampah baru di Pagoh.

final • 3:08 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Kemudian, Ahli Majlis MPM pula menyatakan bahawa tapak pelupusan sampah Bukit Bakri ditutup secara berperingkat-peringkat hanya boleh dilaksanakan pada bulan November 2010. Ini kerana belum peroleh hasil kajian lama sekitar di tapak pelupusan sampah baru di Pagoh. Selanjutnya, ada kenyataan PBT bahawa selagi hasil kajian kualiti alam sekitar tapak pelupusan sampah baru belum diperoleh, tapak pelupusan sampah lama hanya akan ditutup separuh sahaja.

final • 3:08 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Bolehkah Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan bahawa kelewatan hasil kajian kualiti alam sekitar di tapak pelupusan sampah baru di Pagoh telah memperlahankan jadual waktu penutupan tapak pelupusan sampah lama di Bukit Bakri seperti mana kenyataan oleh PBT Muar. Sekian, terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Perlukan sekejap sahaja, sedikit sahaja ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya Cuma ingin menyentuh beberapa butiran iaitu berhubung dengan perancangan kementerian untuk pencegahan banjir di kawasan Kinabatangan. Saya ingin tahu berapa sebenarnya peruntukan yang disediakan sebab kita maklum bahawa bulan ini sehingga bulan Januari adalah bulan-bulan musim tengkujuh. Hujan tidak berhenti-henti. Jadi, kalau ada saya ingin tahu berapa peruntukan disediakan untuk tambatan banjir Kinabatangan.

Yang kedua juga saya ingin tahu iaitu apakah kementerian berhasrat untuk mendalamkan muara pulau Kampung Tanjung Aru. Sebab saya telah meminta peruntukan ini untuk mendalamkan kuala muara pulau ini sebab apabila terlalu air tohor maka kapal-kapal nelayan tidak boleh masuk tidak boleh keluar dan ini menjejaskan aktiviti ekonomi mereka. Jadi saya meminta kementerian supaya memberi perhatian dan memberi peruntukan khas kepada permintaan ini sebab mengakibatkan masyarakat kampung lebih kurang 700 buah rumah dan lebih kurang 6,000 penduduk di situ yang terjejas diakibatkan kuala muara sungai ini kalau waktu tohor maka bot-bot mereka tidak dapat melalui sebab tanahnya melimpah-limpah. Jadi saya minta kementerian memberikan saya perhatian yang sewajarnya dalam perkara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh B.23 130400 – Alam Sekitar dan juga 130600 – Pengairan dan Saliran. Ini berkaitan dengan soal banjir di Kedah khususnya di kawasan saya dan juga kawasan-kawasan sekitar. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian tentang persoalan pengairan dan saliran ini sejauh mana pemantauan yang dibuat terhadap projek-projek yang dilaksanakan oleh pihak-pihak yang lain khususnya oleh pihak kementerian-kementerian yang lain untuk memastikan supaya soal sistem pengairan dan saliran ini disediakan sebaik mungkin dan mengikut keperluan yang dikehendaki oleh pihak JPS sendiri. Ini kerana saya melihat bahawa beberapa projek khususnya di projek yang berkaitan dengan lebuh raya Durian Burung berlaku sebelum banjir yang baru-baru ini telah berlaku satu banjir di kawasan Kampung Kejai di kawasan saya sempadan dengan

final • 3:12 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Padang Terap. Mereka tidak pernah dinaiki air tetapi akibat hujan lebat dua hari berturut-turut dalam tempoh tiga bulan mereka sudah tiga kali dinaiki air di kawasan tersebut.

Lalu bila saya pergi melawat dan check dan saya report kepada JKR sendiri khususnya kepada Menteri dan didapati akhirnya bahawa ia adalah berpunca daripada saliran iaitu culvert yang tidak begitu luas disediakan. Itu menjadikan punca aliran air itu tidak boleh berjalan sebaik seperti mana sebelum daripada projek pembinaan Lebuh Raya Durian Burung. Bila dikenal pasti dan diubahsuai dan ditambah lagi dengan culvert yang lebih luas maka tidak lagi berlaku banjir di kawasan tersebut tetapi mereka tahun ini sahaja sudah tiga kali dimasuki air dengan mengalami kerosakan dan kerugian dan sebagainya.

Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah bagaimana pihak kementerian Yang Berhormat ini khususnya JPS ini memantau projek-projek yang dijalankan oleh pihak kementerian yang lain termasuk daripada pihak JKR dan juga Kementerian Pengangkutan KTM dalam pelaksanaan double track (landasan berkembar) sebab banjir baru-baru ini yang berlaku di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan landasan berkembar di sekitar Alor Setar dalam kawasan Parlimen Pokok Sena mereka duduk di situ hampir 40 tahun kawasan perumahan. Tidak pernah dinaiki air.

Banjir tahun 2005 adalah merupakan banjir yang besar tetapi mereka di situ tidak pernah dinaiki air tetapi kali ini dinaiki air kerana saya pergi melawat saya turun padang.

Saya turun padang saya pergi meredah kawasan banjir. Ada orang tidak pergi pun dia pergi di pusat penempatan dia bising sahaja. Dia bising itu, bising ini, cakap kata orang tidak bantu dan sebagainya. Saya turun sendiri.

[Dewan riuh] Saya turun sendiri melihat bahawa memang kawasan mereka itu berdekatan hampir terlalu rapat dengan kawasan landasan berkembar dan saya dapati bahawa saliran itu terlalu kecil dan apabila penduduk di situ mengambil inisiatif mereka sendiri untuk korek dan ubahsuai culvert itu barulah air itu cepat berlalu.

Akan tetapi selepas itu pihak kontraktor yang buat landasan berkembar itu pergi kambus balik. Jadi ini masalah yang berlaku menunjukkan bahawa saya tidak nampak di mana pemantauan yang dibuat oleh JPS untuk pastikan setiap projek itu mesti mematuhi syarat iaitu ada ruang saliran yang munasabah untuk mereka mengelak daripada banjir malah kawasan-kawasan seperti itu juga menghadapi masalah gegaran selepas ini kerana landasan sementara itu terlalu rapat dengan rumah mereka. Gegaran yang menyebabkan boleh berlaku keretakan sebab itu saya katakan bahawa di kawasan-kawasan perumahan yang berhampiran ini sangat terkesan daripada projek-projek yang tidak diselia secara sebaiknya khususnya oleh JPS untuk memastikan soal saliran ini.

Akhir sekali saya hendak tanya tentang berkaitan dengan P.13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir ini. Saya tidak tahu apa yang telah dilakukan untuk memastikan bahawa dapat diberikan isyarat yang segera kepada penduduk-penduduk umpamanya di kawasan-kawasan seperti yang saya sebutkan bahawa mereka begitu panik akhirnya kerana tidak ada satu isyarat tiba-tiba air terus naik ke dalam rumah mereka ada orang tua yang tidak sempat hendak diselamatkan, kanak-kanak dan sebagainya. Jadi ini saya minta apa yang telah dilakukan di negeri Kedah khususnya. Begitu juga dengan tebatan banjir di negeri Kedah ini berapa banyak projek-projek tebatan banjir ini dibuat di negeri Kedah.

Akhir sekali ialah 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Saya hendak tahu mengorek kuala sungai dan mendalamkan sungai. Di kawasan saya, saya difahamkan bahawa antara punca yang menyebabkan banjir itu kerana

final • 3:12 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

sungai daripada Padang Terap ke Bukit Pinang sampai ke Jitra, sungai itu sudah tidak dapat menampung keluasan dan kedalamannya dan ia memerlukan dikorek sama ada diperluas khususnya diperdalamkan sungai tersebut.

Jadi saya hendak tanya bila projek-projek ini dapat dilaksanakan dan yang pentingnya saya hendak tahu ialah sejauh mana pihak kerajaan memantau nanti kontraktor-kontraktor yang diberikan projek untuk mendalam sungai ini bahawa mereka itu mengorek mengikut sukatan dalaman yang memang diperlukan. Apa mekanisme sebab saya dok lihat selama ini ada kontraktor yang dia dapat projek untuk korek sungai, mendalam sungai ataupun mendalamkan parit dan sebagainya dia korek tidak sampai kepada tahap yang diperlukan. Tidak sampai kepada tahap yang diperlukan.

Jadi saya tidak tahu sama ada jabatan atau kementerian Yang Berhormat membuat pemantauan sebab saya lihat bahawa dengan teknologi moden yang ada pada hari ini kalau kita mengguna sistem khususnya sistem JPS umpamanya kita boleh membuat audit untuk memastikan bahawa berapa jumlah tanah yang dikeluarkan dan kita akan dapati bahawa memang kontraktor itu buat kerja secara yang betul. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat.

final • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Memang kementerian yang minat. Terlebih dahulu saya ingin menyentuh soal peruntukan yang diberi kepada kementerian ini agak menurun lebih setengah daripada peruntukan bajet pada tahun yang lepas. Jadi saya tidak tahu apa sebabnya kerana apa yang kita lihat dalam butiran P.23 ini bagi peruntukan bagi JUPEM Tuan Pengerusi hanya RM15 juta sahaja dengan tiga butiran iaitu 02801, 02804 dan 02806.

final • 3:19 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tiga butiran dalam JUPEM, jabatan yang paling mustahak bagi saya.

Kerana ini menentukan hala tuju negara kita sebagai negara maju dan yang akan menjadi negara yang berpendapatan tinggi.

Jadi apabila kita merancang apa jua jenis perancangan di seluruh negara kita memerlukan maklumat, memerlukan informasi betul. Jadi kita sudah berteknologi yang begitu canggih tetapi malangnya untuk projek penandaan sempadan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa ini hanya RM4.5 juta sahaja. Yang kita mengalami masalah persempadanan antarabangsa, persempadanan maritim kita yang telah diuji oleh beberapa negara jiran kita termasuk Singapura, Indonesia dan sebagainya. Belum sentuh lagi pasal masalah persempadanan kita dengan negara Filipina.

Jadi, apabila kita menyoal soal persempadanan antarabangsa maritim kita ini, jawapan yang selalu diberi mengharapkan diplomatic relation antara negara jiran dan negara kita, itu sahaja jawapan yang selalu kita dengar. Jadi saya mengharaplah once and for all dengan izin, persempadanan maritim kita ini harus diselesaikan. Kita tidak mahu lagi pegawai kita menangkap nelayan- nelayan negara jiran kita masuk ke negara kita. Kita harus tahu di mana persempadanan kita dan pihak negara jiran kita tahu di mana persempadanan yang dipersetujui. Jadi tidak mahu kita nanti lain kali pulau kita pun diambil oleh orang lain.

Jadi, saya haraplah terutama sekali persempadanan kita, persempadanan maritim di antara negara Malaysia dan Filipina. Ini kita tekankan dan saya harap pihak kementerian ini dapat memberi penekanan

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

soal persempadanan maritim ini dan soal ini harus dilihat oleh pihak Kementerian Kewangan.

Tuan Pengerusi, soal e-Kadaster ini, saya rasa negeri Pulau Pinang telah pun melaksanakannya. Malang bagi negeri Sabah dan Sarawak belum mula lagi. Soal tanah ini memang penting bagi ekonomi negara kita. Kalau bukan soal perancangan tanah ini, maklumat-maklumat kita memperhalus urusan tanah di negara kita. Jika kita merancang sesuatu tanah kita terpaksa menggunakan beberapa hari untuk mendapat maklumat.

Kita ada teknologi, kita ada ICT tetapi malangnya kita tidak dapat maklumat itu melalui daripada apa yang kita ada dalam information kita. Kita terpaksa pergi ke pejabat-pejabat kerajaan untuk mendapat maklumat. Kenapa Google boleh dapat cara langsung? Kenapa pula negara kita ini yang senang, kita sudah ada teknologi, kita sudah ada maklumat-maklumat yang ada di dalam jabatan kita. Kenapa kita tidak dapat memberikan maklumat ini kepada pihak public, dengan izin.

Soal sama juga peningkatan local area network dan wide area network ini - LAN dan WAN. Ini belum diperkasakan, hanya diperuntukkan RM1.5 juta sahaja. Mana cukup! Kita cakap negara maju, ini macam main-main. Jadi ini amat penting bagi perancangan kita Tuan Pengerusi. Tapi ia sudah diluluskan tetapi apa yang saya nampak di sini, peruntukan ini tidak mencukupi. Ini seolah-olah hanya tidak betullah, tidak betul.

Jadi saya beralih kepada Butiran 10804 - Projek Heart of Borneo

(HOB) Negeri Sabah, dengan peruntukan RM2 juta sahaja. Ini satu perancangan yang besar yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan ini perlu bantuan oleh kerajaan pusat kerana ini usaha yang baik untuk mempromosikan dua negeri ini, negeri Sabah dan Sarawak. Ini RM2 juta apa yang ia boleh buat? Mungkin hanya potong kayu sahaja, membersihkan kawasan. Apa yang kita boleh buat dengan RM2 juta? Kos hendak menentukan tempat itu sudah begitu tinggi, RM2 juta apa boleh buat?

Jadi apabila kita melihat peruntukan yang diberi kepada Karambunai, eco-nature tourism dengan RM3 bilion. Ini kawasan yang kita boleh meningkatkan imej negara kita yang bahawa kita memperlihatkan, menggambarkan kita memelihara alam semula jadi di Borneo ataupun di Malaysia ini kepada negara-negara yang ingin melawat ke negara kita. Jadi dengan peruntukan RM2 juta itu memang tidak cukup. Saya harap kementerian dapat review apa yang peruntukan ada hanya cukup untuk kos mendirikan tempat itu sahaja - membersihkan belum masuk, mengenal pasti belum tahu. Jadi apa ini? Jadi saya harap dengan peruntukan begitu sedikit ini kita tidak boleh mengharap besar daripada apa yang ada dalam bajet ini.

Tuan Pengerusi, yang penting adalah Butiran 15200 - Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur

(MASMA) yang diperuntukkan RM52 juta sahaja. Saya mahu tahu daripada pihak kementerian, berapa jumlah sungai yang telah dibersihkan? Yang telah dipulihara di seluruh negara kita? Kalau Yang Berhormat Pokok Sena cakap ia ada projek yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor, saya tidak tahu sungai mana tetapi kalau di Sabah tidak tahulah kalau ada sungai yang sudah dilaksanakan. Di kawasan saya sendiri saya telah memperoleh peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membersihkan kawasan di satu kampung sahaja.

Itu memang tidak cukup, itu pun peruntukan saya rasa daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan termasuk daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan sebagainya.

Apabila kita melihat apa yang berlaku, kita telah memohon satu master plan iaitu tebatan banjir bagi kawasan Putatan. Malangnya pada Rancangan Malaysia Kelapan kita sudah majukan, Rancangan Malaysia Kesembilan kita

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

majukan tetapi malang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas ini mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan yang dibagi spesifik untuk tujuan yang sama. Jadi apabila kita melihat satu taklimat yang diadakan di Bandar raya Kota Kinabalu, tebatan banjir di seluruh kawasan Kota Kinabalu dan Putatan telah kita tengok dengan jumlah yang begitu tinggi sekali yang melibatkan semua sungai dibuat dengan konkrit. Itu bukan cara ia.

Kita memulihara alam sekitar Yang Berhormat Menteri, alam sekitar kita bukan konkrit yang kita buat. Sebab kalau konkrit kita buat, bagaimana dengan spesies-spesies akuatik di dalam sungai-sungai itu? Kita menghapuskan alam sekitar sebenarnya. Kalau itulah dengan otak konsultan- konsultan. Semua bertumpu kepada jumlah projek, berapa jumlah projek yang akan dilaksanakan – bukan itu maksud saya. Yang kita mahu sungai yang bersih, sungai yang teratur, tidak berlaku banjir, tebatan banjir itu dilaksanakan dengan reka bentuk yang baik. Jangan banyak tidal gates yang menyebabkan banjir kilat kerana sumbat sampah sarap di situ. Tebatan banjir, tidal gates itu hanya yang kecil - apabila hujan kuat?

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Apa Yang Berhormat Pokok Sena cakap itu betul, culverts yang kecil.

Apabila kontraktor-kontraktor yang membersihkan rumput di atas tebing sungai itu, rumput dan sampah semua masuk ke sungai, ini mengakibatkan blockage.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, minta maaf Yang Berhormat, dah habis 10 minit.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Minta mohon satu, dua minit lagi, perkara yang terakhir. Jadi ini saya harap pihak kementerian dapat melihat dengan kerjasama dengan PBT dan sebagainya supaya sungai-sungai kita ini tidak tersumbat.

Tuan Pengerusi, Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai.

Sama juga, kontraktor yang kita kenal pasti. Apabila mengorek kuala-kuala sungai ini, apa yang dikorek itu dibuang begitu sahaja. Apabila air pasang, masuklah balik tanah-tanah yang dikorek ke dalam sungai. Jadi ini sia-sia sahaja, menghabiskan wang rakyat, tidak ada guna. Dua, tiga bulan, masih juga masalah – bot-bot nelayan tidak boleh masuk ke kuala-kuala sungai. Jadi saya harap pemantauan terhadap kontraktor-kontraktor ini harus dipantau.

Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Saya memang akur, saya orang berdisiplin. Kalau Tuan Pengerusi bilang saya berhenti, saya berhenti. Sekian, terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kadang-kadang tidak berhenti juga Yang Berhormat, hari ini saja berhenti. [Ketawa]

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Perkara pertama yang saya hendak sebut di bawah Maksud Bekalan 23 iaitu Butiran 090000 – Taman Laut. Saya tidak pasti, sekali gus saya hendak bertanya kepada kementerian, adakah kementerian telah pun mentadbir dan mewujudkan satu akta untuk melindungi taman-taman laut kita sebagai satu cadangan? Saya tidak ingat dan daripada semakan yang saya buat, saya tidak jumpa satu undang-undang untuk mengawal dan mentadbir taman laut kita

final • 3:31 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

seperti yang saya jumpa cadangan untuk melaksanakan Akta Perlindungan Taman Laut Negara – saya tidak pasti. Saya mohon penjelasan. Sekiranya ada, apakah fungsi jabatan-jabatan yang ditugaskan untuk mentadbir?

Sekiranya tidak ada, saya rasa kita perlu untuk mengkaji kemungkinan ini kerana mengambil kira beberapa insiden terbaru yang berlaku pada tahun ini terutama yang mendapat perhatian ramai.

Separuh daripada masyarakat dunia memerhatikan bahawa hampir tercetus rusuhan kaum di Teluk Mexico akibat berlakunya tumpahan minyak dari kapal di perairan tersebut yang akhirnya mempersalahkan sebahagian daripada penduduk yang tinggal di pesisiran Teluk Mexico di mana Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa campur tangan untuk memberikan penerangan dan menamatkan isu perbalahan ini. Perkara ini juga boleh jadi timbul dan tidak ada jalan penyelesaian yang baik. Setakat ini, beberapa kes tumpahan minyak yang telah memusnahkan banyak hidupan laut yang sekali gus akan merosakkan sumber terumbu karang dan sebagainya, yang sepatutnya duduk di bawah pengurusan untuk perlindungan hidupan laut ataupun taman laut negara, yang kita akui pada hari ini merupakan khazanah penting dan antara beberapa sahaja yang tinggal di dalam dunia ini di negara kita.

Di bawah Maksud Pembangunan, saya hendak tanya kepada kementerian Butiran 2301 iaitu berkenaan dengan projek e-Tanah. Tuan Pengerusi, e-Tanah telah beberapa tahun dibentangkan, disebut dan dibahaskan. Saya hendak bangkitkan berkenaan e-tanah ini kerana pada perbahasan yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam telah membangkitkan satu isu berkenaan dengan tanah-tanah wakaf yang disebut bernilai hampir RM42 bilion dalam keadaan terkini dan dijangka akan menokok kepada satu jumlah yang jauh lebih tinggi apabila berlakunya pengubahsuaian dari segi nilaian harta tanah di seluruh negara.

Bidang pengurusan maklumat berkenaan dengan tanah-tanah wakaf ini tidak akan jadi lengkap dan tidak jadi sempurna sama sekali sekiranya tidak disokong dengan satu maklumat bersifat elektronik yang sepatutnya telah dibangunkan dengan baiknya di bawah projek e-tanah.

Saya hendak tahu, apakah kedudukan atau status terkini berkenaan dengan projek e-Tanah ini? Dalam masa dijawab kelak, saya harap kita boleh dibenarkan untuk mencelah untuk mengemukakan beberapa maklumat dan insiden terbaru berkenaan dengan projek e-Tanah yang telah menjadi berkecamuknya pengurusan maklumat berkenaan dengan tanah. Ini juga disokong dengan beberapa isu ataupun laporan-laporan di peringkat negeri di mana soal pemilikan tanah telah wujud kekalutan dari segi memberikan maklumat yang terkini.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh sedikit perkara berkenaan dengan PERHILITAN. Saya hendak tanya secara spesifik kepada kementerian, benarkah keseluruhan anggaran projek yang kita namakan di bawah tajuk pengurusan PERHILITAN ini berjumlah RM800 juta sahaja untuk lima tahun? Saya hendak kepastian itu buat sementara ini. Maksudnya, sama ada betul atau tidak sahaja. Saya tidak berhasrat untuk mengemukakan bukti- bukti buat masa ini kerana topik PERHILITAN ini adalah topik yang pada saya perlu mendapat penjelasan dulu sebelum kita mengemukakan apa-apa perkara yang munasabah kemudian.

Yang terakhir, saya hendak menyentuh tentang Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di bawah Butiran 16700. Saya hendak bertanya kepada kementerian berkenaan satu laporan yang telah dikemukakan termasuk di dalam website kementerian yang menyebut tentang keseluruhan belanjawan untuk projek tebatan banjir ini bernilai RM11.3 bilion. Pada tahun ini sahaja, dicadangkan untuk perbelanjaan sebanyak hampir RM1 bilion dan disebut di sini, secara langsung, perbelanjaan ini memerlukan tambahan RM1.166 bilion

final • 3:31 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

dan menjadikan keseluruhan yang telah dibelanjakan untuk projek tebatan banjir ini berjumlah RM5.16 bilion.

Akan tetapi melihatkan kepada suasana ataupun kejadian secara tradisi setiap tahun – tahun ini giliran Kedah dan Perlis di utara menerima akibat bencana alam ini – saya hendak tahu justifikasi perbelanjaan sebanyak hampir RM6 bilion yang telah dibelanjakan ini, produknya ialah banjir setiap tahun – we doubt, fail dengan izin dan mengambil giliran. Satu belah selatan, kadang-kadang belah utara, sekejap belah timur dan tidak lama lagi di kawasan sayalah di negeri Pahang dan kita sedang bersedia untuk menerima keadaan ini. Akan tetapi sebelum itu, saya hendak tahu, benarkah sebagaimana dilaporkan bahawa keseluruhan perbelanjaan ataupun rancangan perbelanjaan untuk projek tebatan banjir ini berjumlah RM11 bilion dan yang telah diperuntukkan dan dibelanjakan setakat ini ialah sebanyak hampir RM6 bilion? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak. Sepuluh minit Yang Berhormat.

final • 3:31 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih.

Pendek sahaja Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada pengindahan sungai dalam Butiran 15200 iaitu merujuk kepada Sungai Perak. Saya dari Perak dan kawasan saya iaitu Kampung Gajah – Pasir Salak ialah Kampung Gajah juga. Pada pengamatan saya, Sungai Perak ini kalau dibuat satu perancangan yang baik, ianya akan memberi manfaat yang pelbagai.

Pertama sekali, ia akan mengatasi masalah banjir. Keduanya, tanah- tanah di tebing sungai boleh dimajukan menjadi penempatan-penempatan yang indah dan ceria dan memberi peluang kepada penduduk-penduduk untuk mendapatkan kawasan membina penempatan atau rumah-rumah yang diperlukan sangat pada waktu itu.

final • 3:38 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya melakukan satu perancangan secara coordinated effort dengan izin, dengan kementerian-kementerian yang lain yang ada kena mengena dengan penempatan, ada kena mengena dengan perumahan. Kementerian ini tidak boleh bergerak secara berasingan kalau sekiranya ingin memajukan kawasan- kawasan sungai kerana ia ada tindih-menindih antara satu sama lain.

Saya percaya kalau sekiranya beberapa kementerian atau agensi yang ada kena mengena dengan perkara ini bergabung, mungkin peruntukan yang secukupnya atau peruntukan yang besar boleh diperoleh untuk diguna pakai atau untuk digunakan bagi menjayakan projek ini.

final • 3:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Lenggong bangun.

final • 3:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

‘Lenggong’ boleh.

final • 3:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik Yang Berhormat Pasir Salak menyebut mengenai Sungai Perak tadi. Sebenarnya kalau sempat berucap pun saya ingin menyentuh mengenai perkara ini. Akan tetapi lain sedikit kerana di kawasan saya, antara punca yang menyebabkan banjir ialah aras Sungai

final • 3:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Perak ia telah pun lebih tinggi daripada sungai-sungai biasa, yang menyebabkan aliran air tidak dapat keluar ke Sungai Perak.

Oleh sebab itu setuju atau tidak Yang Berhormat Pasir Salak, kalau kita minta supaya kementerian bukan sahaja membuat kajian tetapi menyegerakan projek untuk mendalamkan Sungai Perak. Di samping mendalamkan dan membuat tambakan bagi cantik untuk penempatan tadi.

Maknanya dua dalam satu atau tiga dalam satu. Kita selesaikan masalah rakyat dan kita jadikan ia sebagai kawasan pelancongan yang menarik kerana perkara ini amat segera perlu diperlukan. Kita buat apa pun - gali sungai, pendalaman sungai biasanya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah banjir kerana Sungai Perak itu sendiri airnya tidak boleh mengalir ke Sungai Perak. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya tidak dapat hendak kata setuju kerana ini Menteri sahaja yang boleh setuju. Saya bukan Menteri. [Ketawa] Akan tetapi pandangan boleh, sokong boleh. Setuju, tidak ada kuasa lagi. [Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Gaya macam Menteri tadi. Sebab cara dengar macam Menteri.

final • 3:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Pengerusi, selain daripada itu juga, manfaatnya sungai ini boleh dijadikan sebagai alternative communication - satu perhubungan alternatif daripada jalan raya.

Dahulu-dahulu pun kita guna sungai terima kasih ke sana ke mari dengan menggunakan bot, menggunakan sampan dan sebagainya. Akan tetapi jangan kita perkecilkan sistem menggunakan pengangkutan ini. Ia boleh kita kembalikan kalau dilaksanakan secara moden dan menggunakan teknologi yang baru. Di Melaka pun kita tengok Sungai Melaka. Sungai Melaka dahulunya kotor, siapa pun tidak datang. Akan tetapi hari ini Sungai Melaka sudah jadi bersih dan digunakan oleh pelancong-pelancong seluruh dunia datang ke Melaka. Jadi, ini adalah contoh di mana kerajaan boleh memajukan sungai dan faedah ekonomi dan juga sosial kepada masyarakat kepada rakyat keseluruhannya.

Lagi satu Tuan Pengerusi ialah berhubung dengan saliran. Saya dapati ada pertindihan antara kerajaan tempatan dengan kementerian ini berhubung dengan, umpamanya kedudukan penjagaan longkang-longkang yang berfungsi untuk menjadi saliran kepada tempat atau kawasan-kawasan yang berkenaan termasuk dalam pekan-pekan kecil dan sebagainya. Saya dapati longkang-longkang pada hari ini sangat jijik, sangat kotor dan berbau busuk. Ia bukan sahaja merosakkan alam sekitar dan menjejaskan pemandangan dan juga perasaan kita. Apabila dalam keadaan begitu, kita melihatnya dan baunya yang tidak begitu enak kita alami. Kita dapati juga banyak kedai makan, gerai-gerai yang kita menikmati makanan dengan bau yang tidak enak.

Jadi, ini ada longkang-longkang, saliran-saliran yang berpuluh-puluh tahun tidak boleh dibersihkan. Saya pun hairan kenapa jadi begitu? The drain have been clogged for years and years and nobody seems to care dengan izin, whether it is local government, or local council or maybe juga kementerian.

Kalau sekiranya berfungsi dan bertanggungjawab tentang saluran, kenapa perkara boleh berlaku? Malu kita kepada pelancong-pelancong, malu kita kepada diri kita sendiri pun. Seolah-olah rakyat Malaysia ini kotor. Pengotorkah rakyat Malaysia ini? Suatu rakyat yang kita sudah mempunyai masyarakat yang berilmu, yang berpengetahuan, berkebudayaan tinggi. Akan tetapi kita dapati keadaan persekitaran kita macam ini seolah-olah kita dalam keadaan negara ketiga. Zimbabwe is a third country. The actual fact we are already coming to a first country, a develop country. Kasihan saya menengok keadaan macam ini.

final • 3:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kenapa pemimpin-pemimpin yang menerajui semua kerja ini tidak nampak? Tidak perasankah melantik ahli-ahlinya, ketua jabatan - biarlah orang yang tahu tentang kebersihan. Yang suka kepada kebersihan. Kalau ketua jabatannya pun pengotor, macam mana ia hendak membersihkan kawasan di tempatnya? Begitu juga dengan YDP-YDP Majlis - melencong sedikitlah daripada kementerian ini. YDP Majlis, hari-hari duduk dalam kawasan itu ia tidak nampakkah? Ataupun ia memang suka dengan keadaan yang begitu?

Saya rasa sedih dan kadang-kadang hendak ajak bergotong-royong beramai- ramai setiap minggu. Akan tetapi kita wakil rakyat sibuk macam mana hendak buat? [Ketawa] Betul.

Lagi satu, berhubung dengan di kawasan-kawasan sawah. Ini yang last, yang terakhir. Tuan Pengerusi, perparitan - ia juga di bawah JPS di kawasan-kawasan sawah, pertanian dan sebagainya. Begitu juga semak- samun yang dahulunya merupakan parit-parit yang menjadi punca saliran telah sebu dan air tidak boleh mengalir lagi. Jadi macam mana ia boleh berlaku?

Dengan izin, do not tell me it take hundreds or millions of money untuk membersihkan perparitan-perparitan begini.

Saya lihat di sebelah-sebelah parit dan saliran ini, semak samun.

Sama ada dipotong rumput-rumputnya setelah berdiri tinggi daripada manusia.

Berlaku ini! Why is it happening like this? Sebabnya kerana orang yang diberikan tugas untuk memotong rumput-rumput ini dibayar begitu rendah sekali. RM3, RM5, siapa hendak buat kerja RM3, RM5 ini satu hari? Bayarlah upah yang bagus yang berpatutan, tentu ramai yang hendak buat kerja pembersihan di kawasan ini. Barulah cantik kawasan sawah padi itu. Kalau cantik ramai pelancong juga yang hendak datang dan rakyat pun boleh hidup dalam keadaan yang ceria sejahtera.

Saya mintalah daripada kementerian bukan sahaja duit, peruntukan, bajet dan sebagainya tetapi juga dari segi komitmen kita kepada alam sekitar, kepada kebersihan sungai, kepada pembangunan keseluruhannya. Sekian.

Saya menyokong Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 3:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membawa Butiran 060300 – Pengawasan dan Penguatkuasaan di bawah tajuk Alam Sekitar. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam meluluskan pembangunan tanah tinggi. Dalam pengetahuan saya, pembangunan tanah tinggi 3,000 kaki ke atas memerlukan kelulusan daripada Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi di JPM dan juga kelulusan EIA dan yang kurang daripada 3,000 kaki ketinggiannya dan kurang daripada 500 ekar, kelulusannya juga daripada Jabatan Alam Sekitar.

Yang menjadi kelompangannya adalah pembangunan yang kurang daripada 500 ekar dan kurang daripada 3,000 kaki tinggi. Jadi, pembangunan- pembangunan di kawasan seperti ini, siapakah yang memantau dan menguatkuasakan penjagaan alam sekitar dan pematuhan kepada garis panduan pembangunan tanah tinggi. Rasanya dengan tidak ada pemantauan yang cekap dan penguatkuasaan daripada Jabatan Alam Sekitar, pembangunan-pembangunan, terutamanya untuk pertanian di tanah tinggi amatlah menyedihkan. Mungkin Yang Berhormat-Yang Berhormat yang dalam perjalanan ke Galas baru-baru ini telah lalu di kawasan Tanah Tinggi Lojing dan kita melihat bagaimana pembangunan tanah tinggi itu untuk penanaman sayur begitu mendukacitakan. Malah saya lihat tahap pencemaran sungai begitu dahsyat sekali kerana airnya jadi macam air teh susu.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Pokoknya saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan dan untuk mengambil kesempatan untuk menuding jari kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana Kerajaan Negeri Kelantan telah ada Jawatankuasa Tanah Tinggi Lojing dengan kelulusannya dan anggota jawatankuasanya terdiri daripada semua wakil daripada semua kementerian yang terbabit dan jabatan-jabatan yang terbabit. Masalahnya adalah masalah penguatkuasaan dan pemantauan. Jadi, bagaimanakah dan apakah Jabatan Alam Sekitar telah lakukan? Berapa syarikat ataupun berapa pemaju yang telah didakwa di bawah kesalahan- kesalahan yang membabitkan pencemaran alam sekitar? Ini kerana kita tidak mahu melihat satu kawasan yang begitu indah.

Saya bukan anti pembangunan. Kita perlu membangunkan tanah- tanah tinggi tetapi kita perlu membangunnya dengan cara tidak mencemarkan alam sekitar. Jadi, kita harap bahawa Jabatan Alam Sekitar yang sebenarnya berkuasa mempunyai kuasa memantau dan menguatkuasakan, bukan kerajaan negeri. Jadi, apakah langkah daripada Jabatan Alam Sekitar untuk menguatkuasakan atau mendakwa pemaju-pemaju ataupun syarikat-syarikat atau pekebun-pekebun yang telah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAS sendiri. Jadi, berapa syarikat yang telah didakwa?

Saya ingin tahu, setakat ini berapa pemaju atau syarikat pekebun ini yang tidak mengemukakan laporan EIA? Apa masalah penguatkuasaan dan pemantauan yang berlaku di Tanah Tinggi Lojing ini? Saya hendak menyebut bukan sahaja Tanah Tinggi Lojing mengalami masalah, di Cameron Highlands perkara ini sudah lama dibangkitkan hinggakan udara ataupun cuaca di Cameron Highlands tidak lagi sesejuk dahulu. Baru-baru ini kita juga melihat bagaimana pembalakan yang dikatakan berlaku di atas hulu Sungai Rajang seluas sebesar Singapura. Bagaimanakah perkara-perkara ini boleh berlaku di luar tanpa tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Tuan Pengerusi, saya ingin juga bawa 060200 mengenai Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar. Saya merasakan bahawa pendidikan alam sekitar ini...

final • 3:50 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidaklah memadai dan tidak mencukupi.

final • 3:50 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Saya hendak tanya, penjelasan sedikit.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya minta maaf.

final • 3:50 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Hulu Rajang.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Oh! [Ketawa] Boleh tak Hulu Rajang bawa kemudian? Saya ada beberapa perkara. Minta maaf.

final • 3:50 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Ada pembetulan sedikit.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya.

final • 3:50 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

The biomass clearing in Bakun is actually 500 hectares (15 kilometer radius) sahaja. The catchments area is the size of Singapore. Bukan seperti yang disebut dalam The Star itu hari. That was wrong, okay.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Apa pun, maksudnya jika mengakibatkan balak berkilo meter terkandas di dalam Sungai Rajang, itu adalah satu perkara juga yang masih lagi menjadi pertanyaan kepada rakyat Malaysia.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya sambung semula. Pendidikan dan penilaian alam sekitar – apakah usaha kita untuk memasukkan pendidikan alam sekitar secara sistematik ke dalam sistem pendidikan kita. Kita boleh bercakap mengenai kemahiran hidup dan sebagainya, tetapi pendidikan alam sekitar sekarang, mungkin juga seperti apa yang dibincangkan, dikatakan pendidikan kesihatan produktif atau sex education itu telah begitu penting kerana ia menyebabkan alam sekitar negara kita ini mungkin sudah menjadi tidak sampai ke tahap kritikal tetapi akan sampai ke tahap itu. Jadi, apakah kerjasama di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Pelajaran di dalam merasmikan, memformalizekan, dengan izin, pendidikan alam sekitar ini di dalam sistem pendidikan kita.

Kita tidak boleh mengharapkan hanya NGO-NGO untuk melakukan pendidikan alam sekitar semata-mata. Kalau kita tunggu, mungkin satu hari ia akan menjadi terlalu lambat dan anak-anak dan cucu kita – kalau kita sekarang ini mewarisi sungai-sungai yang warnanya seperti teh susu ataupun cappuccino, mungkin anak-anak kita akan mewarisi sungai yang bukan sahaja seperti kopi O pekat, tetapi juga akan berbau seperti orang Kedah kata, seperti acak. Tau tak acak? Iaitu air kumbahan rumah di kampung-kampung yang tidak masuk dalam parit seperti parit yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Pasir Salak tadi. Jadi, kita tidak mahu sehingga ke tahap itu.

Saya rasa banyak yang boleh kita lakukan dalam pendidikan alam sekitar dan saya tidak perlu detailkan, perincikan di sini kerana satu topik itu, by itself sahaja boleh ambil masa sejam atau dua jam. Jadi, mesti perlu kita masukkan dalam sistem pendidikan yang rasmi.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, Maksud Pembangunan 23, Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Saya mewakili daerah Klang dan kawasan Klang ini bukan sahaja rendah daripada paras laut, tetapi oleh kerana pembangunannya yang pesat, menyebabkan kawasan-kawasan lama yang telah dibangunkan, mudah banjir walaupun hujan tidak lebat dan hujan dalam jangka masa yang pendek. Apabila kawasan-kawasan pembangunan baru membangun, kawasan-kawasan baru ataupun taman- taman perumahan baru, pembangunan-pembangunan baru mengikuti pelan ataupun syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT masing-masing.

Namun dengan kenaikan kawasan pembangunan ini, kita dapati bahawa salirannya itu tidak mencukupi kerana kawasan perumahan baru paritnya masih masuk kepada saluran-saluran lama. Tidak ada pertambahan di dalam saliran atau parit-parit yang besar dan apabila hujan lebat, maka dengan sendirinya kawasan-kawasan yang rendah, kampung-kampung yang lama dibanjiri dan rakyat menanggung kerugian yang amat sangat. Jadi, saya fikir kita telah memohon kawasan kita untuk diadakan satu sistem saliran yang baru dan saya ingin bertanya, adakah peruntukan ini termasuk sistem saliran untuk daerah Klang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Wah, ramai ini. Saya bagi Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 3:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana bagi saya peluang. Ada dua perkara sahaja. Jadinya, kalau banyak lagi masa nanti mungkin boleh bagi kepada Wakil Rakyat Barisan Nasionallah di sini. [Ketawa]

final • 3:59 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang pertamanya, Maksud Pembangunan 23, Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Jadi, saya hendak mohon kementerian untuk

final • 4:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

memberi senarai projek mengorek kuala sungai di kawasan Parit Sulong untuk tahun 2011. Saya juga hendak tahu kesan daripada projek pengorekan kuala sungai ini terutamanya Sungai Batu Pahat, Sungai Simpang Kiri, Sungai Simpang Kanan kepada penyelesaian masalah banjir terutamanya isu banjir kilat dan kejadian banjir temenung, di kawasan Parit Sulong terutamanya di DUN Sri Medan. Saya juga hendak mohon penjelasan bagaimanakah hendak menjamin atau memastikan kuala-kuala yang digali ini tidak akan kembali cetek dalam masa yang singkat?

Seterusnya kepada Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya juga sekali lagi hendak merujuk kepada masalah banjir kilat di kawasan Parit Sulong. Untuk makluman Tuan Pengerusi, masalah banjir di Parit Sulong ini, ianya sering berlaku di kawasan saya.

Tahun ini sahaja ada dua kali banjir kilat di sekitar Parlimen Parit Sulong terutamanya di beberapa kampung seperti di Kampung Parit Kuda, Kampung Air Putih, Kampung Sejagong hingga Sungai Kepoh yang menyebabkan kawasan ini terputus hubungan sama sekali untuk beberapa jam kerana jalan tidak boleh dilalui.

Saya maklum bahawa kejadian banjir kilat ini tidaklah memberi impak yang begitu besar kalau kita bandingkan kepada kejadian banjir yang lain.

Walau bagaimanapun, kejadian banjir kilat di kawasan saya ini patut dan harus diberi perhatian sewajarnya memandangkan kejadian banjir kilat ini agak begitu kerap. Terutamanya berlaku kesan daripada faktor cuaca yang tidak menentu sekarang ini dan juga disebabkan oleh faktor topografi kawasan itu sendiri yang sifatnya bertanah rendah dan agak mudah menakung air sekiranya berlaku banjir.

Saya tengok kejadian banjir kilat ini semakin buruk terutamanya banjir berlaku pada masa keadaan air laut atau pun air sungai pasang besar.

Keadaan ini menyebabkan jumlah air banjir tidak boleh mengalir keluar dengan lebih cepat ke dalam laut. Antara punca yang saya kenal pasti yang mungkin boleh diberi perhatian oleh pihak kementerian adalah banyak juga tadi di bawa oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain.

Antara punca yang kita perhatikan yang memburukkan lagi kejadian terutamanya banjir kilat ini adalah parit dan longkang yang tersumbat.

Walaupun Parlimen saya Parit Sulong memang sudah semestinya banyak parit Tuan Pengerusi. Akan tetapi parit-parit ini saya tengok tersumbat bukan sebab sampah tetapi banyak rumput yang tidak dipotong dan tidak di selenggara ataupun yang dibersihkan dengan baik. Mungkin kerana kekangan kewangan. Jadinya, saya hendak tahu berapakah bajet untuk menaik taraf dan juga menyelenggarakan sistem perparitan ini untuk tahun 2011, bagi kawasan Parlimen saya?

Saya juga hendak tahu berapa bajet yang diperuntukkan untuk menangani isu banjir kilat di kawasan ini dan saya harap mendapat perhatian segera. Saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian agar jumlah peruntukan ini dapat dinaikkan bukan sahaja untuk mengurangi masalah banjir kilat di kawasan saya tetapi juga di seluruh negara. Terima kasih banyak- banyak.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, kita beri wanita lagi.

Yang Berhormat Tawau. [Ketawa]

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Bercakap sesama sendiri.

final • 4:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kalau macam ini, kita tukar baju sahaja lah. [Dewan riuh]

final • 4:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi, kita tukar bajulah selepas ini.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kita beri wanita, bising pula.

final • 4:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi.

final • 4:03 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dia orang sama lah.

final • 4:03 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Untuk menghormati wanita di Dewan yang mulia ini. Saya akan merujuk kepada Maksud B. 23, Butiran 060000.

Ingin saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian atas kredibilitinya dalam menolak laporan DEIA yang kurang kredibiliti bagi cadangan loji jana kuasa arang batu di Kampung Sinakut, Felda Sahabat dan Lahad Datu.

Itu adalah satu keputusan yang bijaksana dan saya ingin tahu berapakah kos Laporan DEIA itu dan siapa yang telah membayar kos itu?

Apakah pelan tindakan kementerian terhadap penolakan cadangan pembinaan loji jana kuasa arang batu sebab kementerian dan kerajaan telah menerima bantahan kuat daripada orang awam khususnya badan NGO Alam Sekitar Sabah dan individu seperti Encik Wong Tack, Puan Cynthia Ong dan AJK mereka.

Apakah rekomendasi terhadap cadangan loji jana kuasa arang batu itu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air? Kedua, saya ingin mengetahui fungsi-fungsi dan keberkesanan enzim yang digunakan dalam bola lumpur atau mud ball untuk membersihkan dan menaik taraf kualiti air di kolam, sungai, laut dan sebagainya. Adakah kementerian bercadang untuk menggalakkan tindakan-tindakan sedemikian ataupun cara-cara untuk menaikkan taraf kualiti air?

Saya juga merujuk kepada P. 23, Butiran 140800. Tuan Pengerusi, rakyat Tawau masih menderita kerana keadaan banjir di kedua-dua kawasan di Sin Onn dan Apas, meliputi sekurang-kurangnya 30,000 rumah kediaman, menjadi lebih teruk beberapa bulan kebelakangan ini dengan berlakunya dua banjir yang sangat serius. Ia memang tidak kena langsung apabila rumah- rumah kediaman itu banjir, sedangkan cadangan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) berkaitan pelebaran dan penukaran arah aliran Sungai Tawau telah pun dikemukakan banyak kali sebelum ini. Hal ini telah menjadi suatu perkara yang mencemaskan di Tawau dan lebih banyak rumah kediaman akan terkena jika pelan pelebaran Sungai Tawau tidak dilaksanakan secepat mungkin.

Saya ingin tahu adakah kementerian menerima cadangan projek daripada JPS Tawau atau JPS Sabah yang mustahak untuk rakyat Tawau?

Kenapa projek itu tidak diberi keutamaan atau prioriti? Apakah sebab projek itu tidak dilaksanakan? Jika kerajaan bersungguh-sungguh dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, ia patut menunaikan segala janjinya kepada rakyat Tawau. Rakyat sedih dan kecewa serta marah.

Apakah yang akan dilakukan kepada kerajaan berkaitan masalah yang mencemaskan di Tawau itu. Dengan itu, sekian terima kasih.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gelang Patah.

final • 4:03 PM

Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong

Perempuan lagi.

[Ketawa] [Dewan riuh]

final • 4:03 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:03 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Okey, kita tukar skirt. Yang Berhormat Tenom kita tukar skirt.

final • 4:03 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Tuan Pengerusi.

final • 4:03 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Tuan Pengerusi, saya ada satu perkara mengenai Butiran 060300 – Pengawasan dan Penguatkuasaan. Satu perkara yang saya ingin bangkitkan, mengenai pemantauan pencemaran sungai di kawasan saya. Pada minggu yang lepas seramai 200 keluarga penduduk Kampung Nelayan Sungai Melayu Gelang Patah telah berjumpa saya dengan membangkitkan masalah yang mereka hadapi.

Untuk makluman Tuan Pengerusi, satu projek pembinaan Coastal Highway telah bermula, melibatkan dua kawasan iaitu Parlimen Gelang Patah dan Parlimen Pulai. Dalam lawatan saya bersama penduduk, didapati kelalaian kontraktor utama iaitu Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. telah menyebabkan tangkapan laut kurang dan menjejaskan kehidupan para nelayan.

final • 4:08 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Projek pembangunan tersebut juga telah mengakibatkan pencemaran sungai kerana tanah lumpur yang makin melebar di kuala sungai. Di samping itu saya juga dapat aduan daripada penduduk bahawa pemaju bagi Taman Amira juga merupakan salah satu punca pencemaran sungai kerana membuka loji najis ke dalam sungai. Oleh itu saya minta jasa baik Yang Berhormat Menteri supaya mengambil tindakan lalu menjalankan siasatan kes tersebut dan memberikan bantuan kepada para nelayan yang terjejas. Sekian terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 4:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Itu pasal silau. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Melaka tidak banjir.

final • 4:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Saya merujuk kepada Butiran 16700 - Rancangan Tambatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Ini meliputi kawasan sebahagian besar kawasan Parlimen saya Bukit Katil dan sebahagiannya dalam kawasan Kota Melaka. Dalam rancangan tambatan banjir di dalam kawasan saya ini dahulu, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi peruntukan sebanyak RM128 juta bagi mengatasi masalah banjir kilat di dalam kawasan bandar.

Bagaimanapun setakat hari ini hanya RM50 juta sahaja yang telah dibayar dan kita masih lagi menghadapi banyak masalah banjir kilat dan saya difahamkan bakinya RM78 juta ini telah ditarik balik. Jadi, ini agak mendukacitakan dan sepatutnya ianya disegerakan supaya masalah banjir kilat dalam kawasan bandar dan kawasan pelancongan ini tidak menjejaskan aktiviti pelancongan.

Jadi, saya kalau boleh hendak minta pegawai-pegawai JPS, UPU ini turun padang, jangan minta wakil rakyat sahaja turun padang kerana sebelum hendak batalkan, hendak tarik balik, turun tengok dahulu. Jangan esok sudah jadi banjir besar macam di Kedah dan banyak lagi ratus juta barulah RM78 juta ini hendak diturunkan semula. Jadi kita ingat RM78 juta ini tidaklah banyak

final • 4:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

lagi. Kalau dapat sebaiknya di segerakan supaya masalah banjir kilat di kawasan ini dapat diatasi segera dan program pembangunan pelancongan di negeri Melaka ini dapat diteruskan dengan sebaiknya. Sekian terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:10 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Merujuk kepada P.23 Butiran 020300 - Penyelarasan dan Operasi Tanah yang bernilai RM139.7 juta. Saya sebelum ini difahamkan urusan tanah ini hanya di bawah kerajaan negeri masing-masing tetapi alhamdulillah kerajaan peruntukan sebanyak RM139.7 juta ini. Bagaimana cara untuk mengagihkan kepada pejabat tanah dan daerah negeri masing-masing. Itu saya mohon penjelasan.

Kedua merujuk kepada Butiran 020400 - Pasukan Petugas Khas yang diperuntukkan sebanyak RM27.5 juta. Jadi apakah bentuk tugas dan tanggungjawab pasukan petugas ini. Adakah untuk memantau mempercepatkan penyelesaian hak milik tanah ataupun hanya untuk memastikan pengambilan tanah oleh kerajaan itu berjalan dengan lancar.

Merujuk Butiran 040400 - Penyelidikan Mineral. Saya berminat untuk mengetahui potensi mineral-mineral baru dalam negara kita umpamanya katakanlah emas putih, uranium dan sebagainya dan apakah kaedah moden terkini yang digunakan dalam menentukan jenis mineral dalam bumi kita.

Merujuk kepada B.23, Butiran 80000 - Pengairan dan Saliran bernilai RM79.1 juta dan Kepala P.23, Butiran 15200 Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA bernilai RM52.2 juta dan Butiran 16700 - Rancangan Tambatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar bernilai RM1.16 bilion. Saya ingin mendapat penjelasan sejauh manakah sungai-sungai yang termasuk dalam kategori tercemar umpamanya Juru dapat dibersihkan dan yang cetek didalamkan. Bagaimana pula perkembangan tambatan banjir sungai-sungai yang sentiasa terdedah dengan masalah banjir sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan sungai Hulu Langat di Parlimen saya bagaimana progress nya.

Merujuk kepada Kepala P.23, Butiran 80600 Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (JPSM) dan Butiran 09400 - Infrastruktur, Pengubahsuaian dan Kemudahan Lain-lain (JPSM). Apakah bentuk kerja-kerja dan program yang dilaksanakan dalam mempertahankan hutan-hutan terutama hutan simpan dan habitat yang ada di dalamnya.

Bagi butiran 09000 - Pembangunan Ladang Hutan. Kenapa diberi peruntukan yang kecil iaitu hanya RM210,000 sahaja sedangkan dalam penjelasan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam ucapan dasar dahulu ada peruntukan untuk diberi pinjam kepada pengusaha-pengusaha yang ingin mengusahakan ladang hutan. Jadi saya ingin mendapat penjelasan, terima kasih.

final • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa memadailah perbahasan kita tamatkan jam 5 petang nanti. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

final • 4:13 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Pengerusi, saya ringkaskan Tuan Pengerusi. Pertama P.23 Butiran 07100 - PERHILITAN, perlindungan hidupan liar ini. Ini soal kera-kera monyet di kampung-kampung saya Tuan Pengerusi. Ini serius Tuan Pengerusi.

final • 4:16 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 4:16 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Serius, orang di kampung-kampung sudah tidak dapat lagi hendak bercucuk tanam Tuan Yang di-Pertua kerana gangguan daripada kera-kera, monyet-monyet yang habitatnya dan sumber aslinya sudah kita kacau. Ini betul, dia pun makhluk Allah Tuan Pengerusi monyet ini, sumber makanan mereka tidak ada. Pasal perut ini Tuan Pengerusi berperang Tuan Pengerusi. Manusia yang ada akal pun pasal perut dia tidak berisi, dia boleh berbunuh-bunuhan. Ini Tuan Pengerusi pun faham.

final • 4:16 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya faham. Yang Berhormat ada kawasan di Sandakan dia beri makan kera-kera, monyet ini kemudian menjemput pelancong datang jadi sumber pendapatan.

final • 4:16 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Itu kelompok yang bijaksana tetapi di kawasan saya tidak ada pelancong yang hendak datang tengok kera-kera makan Tuan Pengerusi, tidak ada. [Ketawa] Jadi, kera-kera ini pasal perut - manusia yang ada akal pun boleh berperang kerana perut Tuan Pengerusi apatah lagi kera yang tidak ada akal. Dia pergi ke kampung- kampung Tuan Pengerusi, mana pokok pisang dia serang, mana ada pokok nanas dia serang, mana ada pokok jambu dia serang, mana ada pokok rambutan dia serang.

Dia tidak jahat, dia hendak mengisi perut. Kita adu kepada PERHILITAN, betul bahasa saya pasal peri kata kawan-kawan saya Tuan Pengerusi pasal saya susah sangat hendak menyebut perkataan ini Tuan Pengerusi. PERHILITAN.

final • 4:16 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Silam, boleh? Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sri Gading, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya pandangan adakah Yang Berhormat Sri Gading bersetuju dengan sebab PERHILITAN ini memang sebenarnya jarang diberikan perhatian oleh kementerian.

final • 4:16 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Adakah Yang Berhormat bersetuju sekiranya sebab kita nampak macam monyet-monyet ini pun boleh menyumbang kepada sumber pendapatan terutamanya masyarakat luar bandar supaya jabatan ini dapat diperkenalkan satu rang undang-undang yang bersesuaian untuk melatih barangkali monyet-monyet ini supaya sesuai dan dia ada potensi untuk kalaupun ada kokurikulum yang sesuai diperkenalkan. [Ketawa] Jadi adakah Yang Berhormat Sri Gading setuju? [Ketawa]

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Beginilah apa Yang Berhormat Silam kata itu saya rujuk Menterilah. [Ketawa] Engkau jawablah Menteri. [Ketawa] Jadi begini, saya hendak tanya, selain daripada ditembak, ditangkap, ditembak, ditangkap, ada tak usaha lain? Selain daripada ditangkap, ditembak, ditangkap, ditembak apa usaha lain? Apakah agaknya disediakan makanan? Dipulaukan di satu tempat di situ diberikan makanan.

Kita jangan zalim kepada makhluk yang kita ceroboh kawasan dia. Dia tidak ada tempat hendak makan - Yang Berhormat Dato’ Jeli selamat balik daripada menunaikan fardu haji, haji mabrur. Ini penting, ini hendak buat pahala juga Dato’. Saya tidak tahu apa? Kalau soal tangkap bunuh, tangkap bunuh, tembak, tembak janganlah. Dia tidak menyusahkan kita punya...

final • 4:20 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jempol bangun Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang Berhormat Sri Gading boleh saya itu. Kita tidak tembak tetapi kita cadangkan supaya buat perangkap kepada pegawai-pegawai Jabatan PERHILITAN. Pegawai-pegawai PERHILITAN ini juga... [Ketawa]

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Tangkap pegawai. [Ketawa]

final • 4:20 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Bukan tangkap pegawai, tangkap kera-kera dan beruk-beruk ini, Kita cadangkan, tetapi jawapannya kepada kita dia tidak ada peruntukan hendak buat perangkap. Boleh Yang Berhormat cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri luluskan peruntukan buat perangkap kemudian tambah pegawai kita sebab kerja dia bertambah banyak.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Ini juga saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri.

Yalah kalau ini sebagai satu pandangan kita tidak menzalimi makhluk Allah.

Dia memang sudah sedia ada di sini, kita tangkap bunuh, tangkap bunuh.

Allah... Saya tidak terbuat Tuan Pengerusi. Kemudian pegawai kita pun terlalu terhad. Walaupun PERHILITAN ini pun, itu satu. Peruntukan di sini sebenarnya tidak berapa cukup, macam kita tidak seriuslah. Macam, macam sahaja. Saya tidak menuduhlah. Macam tidak serius sangat. Kalau ada gajah esok, alihkan gajah. Itu besarlah berita dalam surat khabar. Kalau harimau terlepas, besarlah cerita. Ini hari-hari ini, satu.

Kedua saya macam Parit Sulong juga, tadi Parit Sulong sudah bangkitkan. Ini tebatan banjir di Batu Pahat. Tebatan banjir ini kalau RM1.1 bilion seluruh negara - Batu Pahat sahaja tebatan banjir yang saya difahamkan ia hendakkan RM1.9 bilion. Ya, akan tetapi kalau seluruh negara bagi tahun 2011 hanya RM1.1 bilion, jangan lupa, soal-soal banjir ini soal kehidupan manusia di Malaysia ini. Seperti katalah banjir kilat, kadang-kadang bukan kerana sungainya tidak dikorek kerana ada juga perkara-perkara yang berkaitan dengan JKR. Culvert JKR tidak membenarkan air lalu ke seberang sana, di sini banjir kilat.

Apakah ada kerjasama daripada kementerian ini dengan JKR pula.

Nanti soal, macam saya ambil contoh di kawasan saya minggu lepas, hendak tebuk itu makan belanja RM20 juta. JPS tidak ada duit, JKR kata dia tidak ada peruntukan. Maknanya masalah banjir kilat ini akan berulang setiap kali tiga jam hujan ia akan mengalami. Saya tidak tahu macam mana. Jadi saya haraplah perkara-perkara seperti ini banjir kilat dan juga mengorek kuala sungai. Memang kuala ini – kuala selalu tertimbus. Memang selalu dikorek Tuan Pengerusi. [Ketawa] Supaya dia lalu Tuan Pengerusi, kena korek selalu Tuan Pengerusi. Akan tetapi kalau peruntukan... [Ketawa] Saya tidak maksudkan apa-apa Tuan Pengerusi, kita berdua bersih, lurus bercakap.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi, cubalah peruntukan-peruntukan ini ditambahlah Tuan Pengerusi, tidak cukup. Jadi Tuan Pengerusi saya bagi peluang kepada kawan-kawan lainlah. Saya menyokong kementerian ini Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Terima kasih

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kementerian ini ramai sangat BN bangun. Kita bagi BN ramai sedikit Yang Berhormat ya. Saya panggil Yang Berhormat Paya Besar.

final • 4:20 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di parit, paya, batang. [Ketawa] Maksud P.23 Butiran 140800 -

final • 4:26 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Pengairan dan Saliran. terdapat tiga buah kampung dalam kawasan Paya Besar khususnya DUN Pancing yang sering dilanda banjir iaitu Kampung Pancing, Kampung Permatang Badak dan Kampung Pandan. Isu yang dibangkitkan ataupun yang menggalakkan banjir berlaku ini kerana langkah- langkah yang tidak disenggarakan dengan bersistematik. Ini kerana saya perhatikan JPS mengambil masa dua tahun untuk menyenggara longkang- longkang yang ada.

Saya tidak nafikan bahawa sekarang ini pihak JPS menyenggara longkang-longkang yang besar khususnya dari kawasan Taman Tas sampailah ke Kampung Sri Bulat. Longkang-longkang besar ini sekarang dalam penyenggaraan. Akan tetapi apa hal pula dengan longkang-longkang yang kecil yang perlu disenggarakan kerana daripada longkang-longkang inilah yang menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi.

Kalau kita kaji balik kos bagi penyenggaraan longkang-longkang ini tidak sama besar dengan kos kerajaan membiayai mangsa-mangsa banjir.

Butiran 16700 - Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Saya hendak mendapatkan kepastian daripada kementerian sama ada tebatan banjir di Sungai Isap dan juga di Kampung Pandan telah siap sepenuhnya.

Oleh kerana kalau kedua-dua tebatan banjir ini tidak siap saya percaya tahun ini yang diramalkan banjir besar di sekitar Kuantan banyak lagi kampung yang terlibat dengan banjir ini. Jadi, saya difahamkan RM27 juta telah pun dibelanjakan bagi pembinaan tebatan banjir di Sungai Isap dan RM9 juta di Kampung Pandan. Tidak tahu sama ada ianya sudah siap sepenuhnya ataupun masih lagi dalam pembinaan.

Butiran 15300 - Mengorek Kuala-kuala Sungai. Saya ingin menarik perhatian kementerian kepada Sungai Kuala Kenau yang sekarang ini sudah cetek. Oleh kerana pasir-pasir di sungai tersebut telah sama paras dengan tebing sungai. Jadi, kalau hujan selama empat jam tanpa henti, bandar Sungai Lembing akan banjir. Satu ketika dahulu saya rasa dalam tahun 2002 ataupun 2003, kerajaan telah melantik satu kontraktor bagi menggali sungai ini. Akan tetapi memandangkan bahawa kontraktor mendapati hasil bijih lebih menguntungkan daripada mengorek pasir, mereka telah menyalahgunakan kontrak yang telah dibekalkan. Bagaimanapun kerajaan telah pun menamatkan kontrak ini.

Di samping itu juga minta Jabatan Alam Sekitar mengawasi kerja-kerja pembalakan di Sungai Lembing kerana sisa-sisa pembalakan in yang dihanyutkan oleh air Sungai Kuala Kenau ini telah menyebabkan ketiga-tiga jambatan di sungai tersebut telah rosak dengan teruk. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:26 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pendang.

final • 4:26 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Pengerusi, hanya ada tiga butiran sahaja yang saya akan kemukakan pada petang ini. Pertama, Butiran 130600 – Pengairan dan Saliran (JPS).

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian kerana perkara ini telah pun saya kemukakan kepada pihak kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri mengatakan mereka tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berhubung dengan Empangan Noak di kawasan saya iaitu di Pendang.

Sebenarnya pihak penduduk telah pun disukat tanah-tanah mereka telah dikaji pembukaan tanah dan juga dibuat ujian terhadap kekuatan tanah tersebut, kononnya akan dibina satu empangan di kawasan saya itu disebut sebagai Empangan Noak. Empangan Noak ini adalah hasil daripada Empangan Beris

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

yang akan dibawa salirannya melalui Empangan Noak dan disatukan ke kawasan daerah Pendang ini.

Pihak kerajaan negeri telah pun ingin mendapat penjelasan daripada JPS tetapi mungkin sehingga sekarang pihak JPS belum lagi mengemukakan apa-apa detail berhubung dengan Empangan Noak ini. Bahkan pihak pejabat daerah sendiri pun tidak mendapat kepastian sama ada ia akan dilaksanakan ataupun tidak kerana tidak ada rundingan di antara pihak JPS dengan pihak Pejabat Daerah di Pendang. Bahawasanya kita perlu mengetahui bahawasanya Kedah telah mempunyai tidak kurang daripada empat empangan buat masa ini iaitu Empangan Muda, Empangan Pedu, Empangan Ahning dan juga Empangan Beris. Jadi dengan adanya Empangan Noak ini saya rasa kebanyakan kawasan-kawasan di negeri Kedah akan dipenuhi oleh empangan-empangan.

Walaupun kita tahu ia merupakan salah satu daripada cara untuk menambah saliran air kepada sawah-sawah padi. Akan tetapi dengan adanya banyak empangan ini mungkin sesuatu masalah akan berlaku di masa akan datang seperti mana yang terpaksa dilakukan di Empangan Timah Tasoh di negeri Perlis baru-baru ini. Jadi saya harap pihak JPS dapat memberikan penerangan sejelas-jelasnya berhubung dengan Empangan Noak ini. Begitu juga saya ingin mengetahui apakah kerjasama di antara JPS dan MADA?

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Saya hendak tanya sikit.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Minta maaf.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Tuan Pengerusi minta maaf, hendak tanya sedikit Empangan Timah Tasoh di dalam kawasan saya.

Jadi apakah masalahnya? Minta penjelasan sedikit. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Saya rasa Yang Berhormat Padang Besar pun tahu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis sendiri telah memberitahu bahawasanya apabila empangan itu telah kelebihan air mereka terpaksa melepaskan air. Jadi, saya bimbang dengan empat empangan di negeri Kedah ini, takut perlepasan air di ketika hujan yang lebat itu akan menyebabkan berlaku banjir-banjir kilat di kawasan-kawasan yang rendah berhampiran dengan empangan.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Minta maaf.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Jangan banyak Yang Berhormat, sedikit sahaja.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan sedikit. Sama ada Yang Berhormat tahu, semua empangan yang dalam kawasan sebegini, semua apabila di Kedah pun begitu juga, semua termasuk Batu Pahat pun begitu juga. Jadi bila air itu lebih pada paras keselamatan maka ia kena lepaskanlah air, maka kawasan di bawahnya itu banjirlah. Begitu juga di Kedah pun, banyak yang banjir itu disebabkan oleh perlepasan air. Jadi bukan ianya akan berlaku bahkan tetapi telah pun berlaku di Kedah, sama ada Yang Berhormat tahu atau tidak?

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Memang itu yang kita bimbang untuk masa-masa yang akan datang ya. Jadi, sambung berhubung dengan kerjasama di antara JPS dengan MADA ini. Saya harap pihak JPS dapat juga memberi ataupun berhubung dengan lebih kerap dengan pihak MADA. Ini kerana apabila kita tanya pihak MADA, pihak MADA pun tidak mengetahui bahawasanya akan diwujudkan satu lagi empangan disebut Empangan Noak tadi ini.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Kedua tentang Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA. Saya ingin mengetahui apakah kementerian telah mengambil apa-apa ataupun mendapat apa-apa maklum balas daripada apa yang telah dibuat di Sungai Juru menggunakan Effective Microorganisms (EM) untuk membersihkan air sungai di Sungai Juru yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kadang kala kita lihat daripada sungai-sungai di Jepun, banyak digunakan kaedah EM ini untuk membersihkan sungai. Apakah teknik ini tidak boleh kita gunakan, sekurang-kurangnya dua hingga tiga sungai untuk kita mendapat hasil daripada proses EM ini?

Kemudian yang ketiga yang terakhir Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Kita ketahui bahawasanya suasana iklim yang tidak menentu sekarang ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan paras air di air laut. Maknanya kawasan-kawasan rendah di negara kita terutamanya di tepi-tepi laut mungkin akan ditenggelami air. Kita telah membaca daripada internet mengatakan banyak kawasan-kawasan di seluruh dunia, termasuk di negara kita akan menghadapi masalah banjir mungkin 20 hingga 30 tahun akan datang.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah kementerian mempunyai persediaan ke arah ini? Serta kawasan-kawasan manakah yang mungkin terlibat dengan peningkatan air laut ini menyebabkan mereka terdedah kepada masalah banjir apabila berlakunya global warming ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 4:30 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Berkilatlah nampak sedikit. [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Sabak Bernam juga ingin mengambil bahagian dalam kementerian ini. Sabak Bernam ingin mengambil bahagian Maksud P.23 Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai.

Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Ahli Dewan, baru-baru ini saya telah pun diberitahu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Sabak Bernam bahawa peruntukan untuk mencegah hakisan pantai ini di Pantai Bagan Sungai Lang telah pun ditarik balik. Saya pun tidak faham kenapa, kerana kita sebagai Ahli Parlimen kita faham daripada pegawai-pegawai yang di peringkat atas bahawa hakisan pantai amat kritikal di tiga bagan ini.

terutama di Bagan Sungai Lang, Bagan Beting Kepah dan Bagan Sekendi di Pantai Kampung Sekendi.

Hakisan pantai ini kalau kita tidak buat cepat saya takut nanti akan banjir di kampung-kampung ini, kerana paras air laut adalah lebih tinggi daripada paras bumi di kawasan-kawasan penempatan di sini. Begitu juga kita berharap bahawa peruntukan yang lepas yang diberi dalam RM500,000 ini, kita minta berharap juga pada teknikal daripada Jabatan Pengairan dan Saliran ini supaya membuat betul-betul. Sebab apa yang kita lihat sekarang yang dibuat telah pun runtuh di Pantai Sungai Lang. Saya tidak tahu di mana silapnya. Jadi, ini akan membazirkan duit daripada kerajaan. Jadi, saya harap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, saya harap hakisan pantai ini diberi keutamaan di Parlimen Sabak Bernam terutamanya Bagan Sungai Lang, Bagan Beting Kepah dan juga Bagan Sekendi.

Kedua, saya menarik perhatian Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Kita faham bahawa Parlimen Sabak Bernam ini memang dikelilingi oleh sungai dan nelayan-nelayan pantai. Jadi sudah bertahun-tahun ini nelayan-nelayan mengadu bila diberitahu duit tidak cukup, duit sedikit tetapi bila kita dengar dalam Dewan ini berbilion-bilion untuk projek sana, projek sini.

final • 4:35 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Jadi bukanlah marah, kecik hati sahaja sedikit. Mintalah sedikit beri kepada nelayan-nelayan kita ini untuk mengorek kuala-kuala sungai terutamanya di Bagan Beting Kepah, Bagan Sungai Lang dan Bagan Sungai Burung.

Seterusnya Butiran 07100 – PERHILITAN. Ini pun sama macam Yang Berhormat Sri Gading tadi. Di Parlimen saya ini mengalami masalah kebanjiran kera-kera dan juga babi di Parlimen saya ini. Saya tidak tahu dahulu alasannya kata menyeberang dari Sungai Perak dari Perak. Tidak tahulah ini Yang Berhormat Tambun ya, betul tidak betul. Jadi, ini akan mengganggu petani-petani di Parlimen Sabak Bernam di mana hasil-hasil utamanya seperti kelapa, pisang dan jagung banyak dimakan oleh kera ini dan juga babi. Jadi, saya minta juga langkah bagaimana kerajaan dapat mengurangkan masalah ini. Jikalau setakat menembak setiap tahun sudah kita buat menembak ini dan kalau juga hendak menembak saya harap kerajaan sediakan peruntukan yang lebih untuk membeli peluru, sebab orang-orang kampung bukannya banyak sangat duit hendak beli peluru. Beli daripada PERHILITAN bagi peluru percuma, menembak itu tidak mengapa.

Kedua, kalau hendak buatkan perangkap-perangkap ini kita pun tidak tahu hendak buang di mana ataupun ada kerajaan ataupun kementerian ada cadangan hendak buatkan satu contoh “Kampung Kera”, contohnya di Pontian? [Disampuk] Oh, bukan? [Ketawa] Di Bukit Katil? Jadi kera-kera ini kita bawa ke sana ditanggung oleh kementerian, “Inilah contoh Kampung Kera” daripada kera-kera yang dibawa daripada kampung-kampung lain tadi.

Pelanconganlah, industri kera pula. Saya pun tidak tahulah boleh atau tidak boleh, wallahualam.

final • 4:35 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Akan tetapi yang penting, kita hendak melihat masalah kera dan babi ini dapat dikurangkan. Kalau tidak dapat selesai pun, dapatlah dikurangkan demi untuk kebajikan petani-petani di situ. Jadi tuan-tuan, itu sahajalah ucapan saya Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ledang.

final • 4:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya cuma satu butiran sahaja di bawah B.23 ini iaitu Butiran 110000 – Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Saya hendak tanya, setakat ini, apakah bentuk nasihat yang telah pun diberikan oleh NAHRIM ini kepada kementerian khususnya yang berkaitan dengan taburan hujan semasa? Ini termasuk juga tentang kejadian banjir buruk pada tahun 2006, kemudian baru-baru ini berlaku lagi di utara. Tahun 2006 di Johor, di Pahang dan di Kedah sikit dan baru-baru ini di Kedah dan juga di Perlis serta Pulau Pinang.

Saya yakin, ada petunjuk-petunjuk baru ataupun data-data terbaru yang boleh dikumpulkan dan seterusnya boleh digunakan untuk fakta-fakta penting ataupun input-input penting kepada persiapan tebatan banjir pada masa-masa akan datang. Data-data itu perlu. Jadi setakat ini, apakah data- data terbaru yang telah pun dikumpulkan oleh pihak NAHRIM ini untuk dibentangkan kepada kementerian dan seterusnya menjadi satu data penting kepada kebarangkalian berlakunya banjir pada masa akan datang yang sebenarnya boleh dicegah? Apakah tindakan-tindakan seterusnya yang boleh dicadangkan oleh NAHRIM ini kepada kementerian supaya masalah tebatan banjir bukan sahaja dibina begitu rupa tetapi – tidak semestinya dengan kos yang mahal.

final • 4:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi, ia juga ada kaitan dengan pemanasan global di mana kita sedia maklum bahawa suhu meningkat 1.1 darjah celsius dalam tempoh 50 tahun yang lepas dan sekali gus menaikkan paras air laut kepada 1.25 mm setiap tahun. Ini ada kaitan dengan perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Parit Sulong tadi, di mana paras air laut meningkat sedangkan ini mengganggu ataupun menjejaskan saliran sungai yang disebut tadi pada waktu tertentu lebih rendah jika dibandingkan dengan paras air laut.

Maknanya Tuan Pengerusi, ini adalah bidang-bidang yang perlu kita dapat penjelasan daripada pihak NAHRIM supaya apa pun perancangan kita pada masa akan datang, akan dapat kita buat dengan tepat. Kalau masuk dalam kawasan saya Tuan Pengerusi, yang ada kaitan juga dengan Sungai Muar, ada kaitan dengan Sekijang. Sungai itu panjang, ia ada kaitan. Dari Sungai Muar di sebelah hilir hinggalah ke hulu di Sekijang sampailah ke Negeri Sembilan. Dengar-dengar baru ini ada projek yang besar. Jadi, kita hendak tahu setakat ini...

final • 4:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 4:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ya, silakanlah Yang Berhormat Sekijang. Boleh, Tuan Pengerusi? Sekejap sahaja, beri satu minit.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabat saya dari Ledang. Tadi Yang Berhormat Ledang ada menyebut Sekijang. Betul, saya pun difahamkan bahawa tebatan banjir untuk lembangan Sungai Muar ini yang bermula dari Muar melalui Ledang, melalui Pagoh sampai kepada daerah Segamat, saya difahamkan telah diperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion dan daerah Menteri Sumber Manusia menerima RM200 juta lebih saya difahamkan. Saya juga difahamkan bahawa di dalam kawasan saya di mana sebuah kampung yang bernama Kampung Jawa, akan terbahagi dan terpisah kepada dua iaitu akan dibuat satu saliran baru apabila peruntukan ini sampai nanti.

Jadi, saya melihat perkara ini di atas kertas sahaja yang telah ditunjukkan kepada saya, tetapi dari segi untuk melaksanakannya – walaupun tebatan banjir ini baik untuk semua tetapi untuk melaksanakan ini, saya minta kepada kementerian ini supaya dapat melihat akan kepentingan-kepentingan yang ada di situ terutama tanah orang kampung, masjid, tanah perkuburan dan sekolah yang terlibat sama.

Ini kerana saya tengok, peta yang diambil itu adalah gambar dari udara dan tidak dari yang sebenarnya di bumi. Apabila dari udara, memanglah kelihatan pokok getah, tetapi dalamnya itu mungkin ada perkuburan dan sebagainya yang mana ini akan melibatkan orang-orang tempatan di situ. Jadi saya mintalah supaya kementerian atau jabatan yang terlibat ini supaya berbincang terlebih dahulu dengan pihak-pihak yang tertentu, terutama daripada wakil rakyat dan juga dengan pihak pegawai daerah, supaya ianya tidak menimbulkan suasana yang tegang apabila hendak dilaksanakan. Ini kerana saya melihat apabila dibuat peta sebegitu, terus hendak dilaksanakan tanpa memberitahu kepada orang. Apa pendapat Yang Berhormat Ledang?

final • 4:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Terserahlah juga kepada Yang Berhormat Menteri sebab kalau bos saya boleh jawab, tetapi Yang Berhormat Menteri yang berkuasa. Itu yang disebut, cuma saya hendak tanya kemajuan yang terkinilah.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat Putatan, seorang doktor pakar dalam bidang juruukur tanah ini menyebut tentang parit konkrit.

Jadi saya hendak tanya tentang nasihat NAHRIM kepada kementerian tentang

final • 4:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

parit-parit konkrit ini yang boleh menjejaskan akuatik, habitat dan sebagainya.

Adakah parit konkrit ini boleh dibina di sungai-sungai atau parit-parit ataupun ada kawasan tertentu yang misalnya melibatkan aliran deras dan sebagainya?

Saya rasa ini ada kaitan dengan pakar kita iaitu Yang Berhormat Putatan ini supaya ada nanti kita dapat penyelesaian yang lebih terang dan jelaslah daripada pihak NAHRIM dan kementerian. Tidaklah ada sangkaan yang tidak jelas misalnya – yang ini boleh buat parit konkrit, yang ini tidak boleh parit konkrit dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya juga ingin bahas dua butiran sahaja dalam B.23. Akan tetapi terlebih dahulu, saya ingin menyokong Yang Berhormat dari Bukit Katil iaitu...

[Disampuk] Ya, saya menyokong permintaan atau perbahasan dari Yang Berhormat...

final • 4:47 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sama-sama dari Melaka Yang Berhormat.

final • 4:47 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, sama-sama dari Melaka.

Memang kita sedia maklum bahawa banjir kilat di bandar Melaka amat teruk, amat serius dan peruntukan yang telah diluluskan kepada Melaka untuk satu projek mencegah banjir kilat ini di Bandaraya Melaka sejumlah RM128 juta.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, adakah benar? Ini kerana kenyataan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka mengatakan bahawa baki peruntukan yang belum disampaikan ke negeri Melaka ini telah dibatalkan dan dipindah kepada RMKe-10. Sepatutnya dalam RMKe-9, lulusan RM128 juta ini telah diluluskan. Ini amat tidak adil kerana memang Kerajaan Negeri Melaka perlukan peruntukan ini untuk menghabiskan atau meneruskan projek mencegah banjir kilat di bandar raya Melaka. Harap dapat satu jawapan.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 050100 iaitu Dasar Dan Pengurusan Perhutanan. Tuan Pengerusi, di Melaka ini hutan simpanan memang amat kurang kerana negeri Melaka ini satu negeri yang kecil dan terdapat hutan simpanan terpaksa diberi jalan untuk pembangunan projek- projek yang lain. Dengan terhadnya hutan simpanan yang kita ada ini, saya ingin tanya pihak kementerian tentang penguatkuasaan dan pengurusan hutan simpanan ini, kerana saya mendapat beberapa aduan dan laporan daripada penduduk-penduduk di beberapa tempat.

final • 4:47 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Pertama iaitu hutan simpanan di Bukit Senggeh, saya difahamkan satu Syarikat Anggerik Aktif Sdn. Bhd. telah beli lombong pasir dan di tangan saya ada surat daripada PTG Melaka kepada pegawai hutan negeri Melaka, mengatakan kelulusan oleh Exco negeri ialah untuk keluasan hanya 13 hektar untuk syarikat ini mengerjakan lombong pasir. Tetapi saya difahamkan bermula daripada Februari 2008, keluasan yang telah dilombong adalah 30 hektar sehingga ke hari ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah siasatan telah dijalankan dan apakah finding, dengan izin.

Satu lagi di Terong, adakah ia digazet hutan simpanan tersebut menjadi hutan rekreasi. Saya juga ada gambar yang menunjukkan bahawa di dalam hutan rekreasi ini lombong pasir masih dijalankan dan juga kita sudah membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan hutan rekreasi ini,

final • 4:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

dan penduduk tempatan memberitahu saya bahawa projek-projek ini sudah dibina tetapi dibiarkan sahaja. Adakah pihak pengurusan kementerian atau jabatan hutan telah menjalankan siasatan atau apakah finding atau pendapatan daripada siasatan ini.

Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 15100 iaitu mencegah hakisan pantai. Hakisan pantai di Melaka pada tahun-tahun 90-an memang dikatakan berada dalam satu keadaan yang amat teruk, akan tetapi Kerajaan Melaka sudah menawarkan kepada 18 syarikat untuk menjalankan projek penambakan laut di sepanjang pantai, sekarang saya ingat sudah melebihi 1,000 hektar yang melibatkan projek yang telah dilaksanakan walaupun ada sebahagian yang masih dijalankan.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah disyaratkan bahawa syarikat-syarikat yang menjalankan projek penambakan laut ini mesti membina tambatan ombak? Kalau tidak selepas projek ini diserahkan mungkin sebahagian kepada kerajaan negeri, kita kena membelanjakan wang yang banyak untuk membina tambatan ombak. Oleh sebab itu, saya ingin mendapatkan satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, dan inilah sahaja dua butiran saya yang saya ingin bangkitkan, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, saya cuma boleh memanggil Yang Berhormat Lenggong dan selepas itu Yang Berhormat Langkawi dan kemudian saya minta Menteri untuk menjawab selepas itu, sila Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Pengerusi, Butiran 191000 - Taman Laut. Saya menyokong tindakan tegas kementerian untuk melaksanakan penguatkuasaan tegas yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan oleh Jabatan Taman Laut Negara bagi melindungi terumbu karang yang merupakan khazanah yang amat bernilai bagi negara. Apa yang saya perhatikan sebelum ini, penguatkuasaan taman laut dijalankan secara makro iaitu kesalahan umum seperti menangkap ikan atau melabuhkan sauh di atas terumbu karang, maka saya kira sudah tiba masanya penguatkuasaan secara mikro dilakukan di atas kesalahan memijak atau mematahkan karang juga dikenakan tindakan kerana ini juga satu kesalahan mengikut undang-undang.

Sebab itu saya mencadangkan supaya bagi tujuan pemantauan kita mengarahkan penguatkuasaan yang kita lantik untuk menjalankan aktiviti menyelam ke dasar laut bagi mengesan kesalahan-kesalahan yang dilakukan ini, kerana itu di sini saya ingin bertanya berapakah jumlah anggota penguat kuasa kita yang memiliki lesen menyelam ini dan mampu untuk membuat selaman bagi melihat kesalahan-kesalahan yang dilakukan ini.

Kemudian berapakah jumlah taman laut yang telah digazetkan, yang mempunyai keluasan lebih kurang 2,000 kilometer persegi yang terletak di Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Labuan. Saya juga mohon jawapan daripada Menteri berapakah jumlah pelancong yang telah pun melawat sama ada dari dalam atau luar negara taman-taman laut kita.

Menyentuh Perkara 153000 mengenai kuala-kuala sungai. Sekali lagi saya mengulangi sebagaimana sewaktu saya mencelah Yang Berhormat Pasir Salak sebentar tadi, saya mohon supaya pihak kementerian melalui Jabatan Parit dan Saliran membuat kajian terperinci dan mendalamkan...

final • 4:54 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sekejap Yang Berhormat Sekijang. Sungai-sungai Perak ini kerana ia menjadi punca kepada

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

banjir yang berlaku sekarang ini kerana aliran sungai tidak boleh mengalir ke Sungai Perak menyebabkan air bertakung dan akhirnya menyebabkan banjir berlaku dan ketika ini pun di kawasan saya juga sedang menghadapi masalah banjir yang juga berpunca daripada masalah ini.

Dan berkaitan dengan perkara itu, sekejap ya Yang Berhormat Sekijang. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri cadangan kita kemukakan untuk Projek Tebatan Banjir...

final • 4:54 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

[Bangun]

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Daerah Kecil Lenggong yang melibatkan sungai-sungai seperti Sungai Lenggong, Sungai Nerok dan Sungai Ketapang kerana kawasan ini, minggu ini sahaja sudah tiga kali banjir berlaku dan memerlukan ....

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Untuk...

final • 4:54 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Lipis pun hendak jalan.

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Minta Yang Berhormat Sekijang.

final • 4:54 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lenggong.

Saya hendak merujuk kepada mengorek kuala-kuala sungai ini. Tuan Pengerusi di dalam ini diperuntukkan hanya mengorek kuala-kuala sungai tetapi sungai itu sendiri tidak pernah dikorek Tuan Pengerusi. Memanglah kalau sungai itu sudah dikorek ia sampai kepada kuala.

Jadi saya minta juga selain daripada kuala sungai itu dikorek sepanjang sungai dan tempat-tempat yang perlu juga dikorek dan dibersihkan supaya ia tidak sampai kepada kuala sungai ataupun ke laut dan apabila sudah sampai, orang kata tempat yang penghabisan baru kita hendak membuat tindakan, kos pun sudah tinggi Tuan Pengerusi. Apa pendapat Yang Berhormat Lenggong, sebab ini berlaku kepada Sungai Muar yang terletak di dalam kawasan yang mana laluannya terletak di dalam kawasan saya, saya minta pendapat daripada Yang Berhormat.

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya bersetuju benar dimasukkan ke dalam ucapan saya, saya minta Yang Berhormat Lipis...

final • 4:54 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Lipis.

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sedikit Yang Berhormat Lipis?

final • 4:54 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Sedikit, saya baru sahaja mendapat SMS daripada kawasan saya, banjir kilat. Lima rumah tenggelam teruk, 20 rumah dimasuki air. Saya melihat sungai itu sungai kecil sebenarnya tetapi saya rasa sungai itu tidak pernah dibersihkan dan tidak pernah diambil kira, sebab itulah kawasan ini kali pertama dilanda banjir kilat.

Jadi saya meminta pihak kementerian memberikan perhatian bukan sahaja kepada sungai-sungai yang besar tetapi juga anak-anak sungai yang kecil, kerana kesan daripada banjir ini nampaknya orang kampung sudah mula marah, apa pandangan Yang Berhormat?

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Lipis tadi Tuan Pengerusi, sebab itu berkaitan dengan perkara yang sama berhubung dengan masalah banjir kilat ini. Saya memohon supaya pihak kementerian, JPS ini diperuntukkan dengan

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

peruntukan kecemasan, apabila berlaku banjir kilat di kawasan saya ini, benteng pecah, sungai pecah, rumah rosak dan bila kita hendak membuat pemulihan segera bajet tidak cukup, kerana tidak ada bajet.

final • 4:54 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sebab itu bajet kecemasan ini perlu disegerakan kerana ini melibatkan masalah rakyat yang perlu disegerakan - Saya mengucapkan selamat pulang kepada Menteri Kerja Raya daripada Tanah Suci.

Cuma kesempatan saya hendak ambil juga apabila menyebut tentang tebatan banjir tadi. Saya ada empat jambatan yang memang menjadi punca kepada masalah banjir ini, sebab itu saya memohon Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan juga JKR bekerjasama untuk melihat jambatan di Sumpitan, Kampung Chain, Kota Tampan dan juga Jambatan Bailey yang tidak diganti-ganti sejak tahun lalu di Kota Tampan yang menjadi punca kepada laluan air tersekat. Air ini melibatkan 2,000 penduduk di situ, boleh hilang banyak undi saya Tuan Pengerusi.

final • 4:54 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya hendak beralih. Tadi bercakap pasal kera, saya hendak bercakap pasal gajah. Ini tajuk popular saya. Saya memohon sebab saya bukan hendak menyelesaikan masalah gajah di kawasan saya sahaja, juga hendak membantu Yang Berhormat Jeli.

Saya mohon supaya pihak kementerian oleh kerana gajah ini banyak sangat, hendak tembak tidak boleh, dia mendatangkan masalah kepada rakyat. Apa salahnya di Hutan Belum itu – minta maaflah kalau Yang Berhormat Gerik marah. Kita jadikan sanctuary gajah, tempat penempatan gajah. Kita bukan hanya menyelesaikan masalah gajah mengganggu tetapi juga sebagai produk pelancongan. Ini boleh dilakukan.

Saya percaya kalau ini dilakukan, ia dapat menyelesaikan banyak masalah seperti Lenggong, Gerik, Jeli, Dungun dan sebagainya kerana ini kawasan-kawasan yang sekitar, yang sebenarnya kalau pun kita bina bangunan tinggi di situ, orang tetap marah. Ini kerana kebun getahnya, kelapa sawitnya dimusnahkan oleh gajah maka pendapatannya terjejas, apatah lagi harga getah mahal.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi, di Lipis Tuan Pengerusi, di Lipis pun masalah gajah ini satu masalah besar kerana hampir setiap bulan gajah ini datang mengamuk dan banyak kebun-kebun sawit terutamanya yang musnah. Ini kerana mungkin ada orang gelak sahaja tentang gajah ini tetapi kita fikirkan baru-baru ini ada penanam sawit. Kata dia, sawitnya selepas tiga tahun besar pokoknya, selepas itu lapan ekar habis.

Selepas itu, oleh kerana kita tidak boleh hendak menembak gajah ini, ada atau tidak pampasan yang boleh dibayar kepada mereka yang kerugian akibat gajah ini? Kalau tidak bawalah ke Hutan Belum gajah itu.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya setuju supaya pampasan ini diambil kira kerana banyak kemusnahan sudah berlaku.

Walaupun RISDA dan FELCRA membuat pemulihan tetapi hutangnya ditanggung oleh peserta. Ini isu yang rakyat marah. Perkara itu juga, saya mintalah supaya pihak kementerian mengkaji projek pembukaan hutan sama ada FELCRA, FELDA atau jabatan-jabatan lain. Apabila hutan itu dibuka, berikan syarat setiap projek itu mesti ada elemen keselamatan. Buat pagar elektrik, kos-kos itu ditanggung oleh jabatan agensi berkaitan. Tidaklah tertanggung kepada kementerian. Projek dapat ke kementerian lain, masalah kementerian lain tanggung. Ini juga perlu diambil kira.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Satu perkara lagi yang saya minta, untuk bajet juga ini, bajet kecemasan ini. Sesetengah jabatan, kalau di kawasan saya di Perak, tahun ini dia hanya rancang untuk memindahkan 10 ekor gajah. Tiba-tiba tahun itu yang merosakkan ada 20 ekor gajah. 10 ekor yang boleh pindah, yang lain tidak boleh pindah kerana bajet tidak ada. Proses hendak dapatkan wang itu seperti buat jambatan juga. Hutan sudah musnah, hendak minta projek lambat. Jadi, ini perkara-perkara yang harus dikira.

Oleh sebab itu saya minta supaya kementerian meneliti perkara ini dan saya mohon juga dan kita telah pun panjangkan ke pihak kementerian untuk bajet tambahan. Saya ucap banyak terima kasih kepada kementerian kerana telah pun melaksanakan sepanjang 37 kilometer pagar elektrik. Akan tetapi saya mohon tambahan sebanyak RM3.3 juta lagi untuk tambahan pagar gajah di Tawai, di kampung-kampung sehinggalah ke Hutan Belum supaya sekitar kawasan saya dapat di pagar dan akan selesaikan banyak masalah.

Ini sudah tentunya merupakan suatu yang boleh menggembirakan rakyat dalam negara kita ini dan sesuai dengan konsep kita “Rakyat didahulukan.” Saya percaya kalau kementerian dapat membantu perkara ini, maka saya harap masalah rakyat dapat kita selesaikan. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada tiga perkara iaitu berkaitan dengan Butiran 130600 – Pengairan dan Saliran (JPS). Mengenai dengan Kuala Cenang ataupun Sungai Cenang yang terdapat, disebabkan terlalu sempit Sungai Cenang itu menyebabkan banjir berlaku dalam tahun 2008, bulan Ogos. Akan tetapi tahun ini tidak ada berlakulah banjir di Langkawi, hanya berlaku di kawasan Kedah, daratan Kedah dan Perlis.

Persoalannya ialah dalam tahun 2008 semasa banjir tersebut, saya telah diberitahu oleh engineer JPS mengatakan bahawa ada peruntukan tahun hadapan, akan melaksanakan pembesaran pintu gate yang terdapat di Kuala Cenang. Ini kerana pintu gate itu sudah lama dan bocor pula itu. Ia bocor oleh sebab tsunami pada tahun 2004.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi, sehingga hari ini tidak ada satu pun tindakan yang diambil oleh JPS. Apa sudah jadi kepada yang telah dinyatakan jurutera JPS berkenaan?

Saya mintalah pihak kementerian dapat meneliti perkara ini dan seterusnya membina. Saya ingat RM2 juta, RM3 juta yang difahamkan. Satu angka yang kecil sekali tetapi melibatkan banyak yang terjejas iaitu lebih kurang 300 buah rumah terpaksa pindah dalam masa banjir tahun 2008, melibatkan 2,000 penduduk.

Keduanya berkaitan dengan Butiran 090000 – Taman Laut, berkaitan dengan laut. Saya masih sangsi berkenaan dengan jawapan yang telah dinyatakan semasa soal jawab tempoh hari. Saya masih sangsi kerana saya harap perkara ini dapat betul-betul dipantau oleh kementerian iaitu taman laut seperti Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca yang melibatkan tempat pelancong datang. Boleh dikatakan 10,000 pelancong datang ke pulau tersebut tiap-tiap bulan, yang melibatkan 120,000 orang pelancong ke Pulau Kaca, Pulau Payar dan Pulau Lembu. Saya haraplah perkara ini dapat dipantau oleh kementerian supaya tidak berlaku – facility dapat dijaga dan seterusnya dapat menghindarkan daripada breaching of batu karang.

Seterusnya saya masih sangsi lagi berkenaan dengan pencemaran udara yang berlaku di kawasan Teluk Yu dan Ewa berkaitan dengan kilang simen yang dibina. Saya masih sangsi walaupun telah dinyatakan Yang Berhormat Menteri bahawasanya pemantauan dibuat tetapi masih lagi terdapat

final • 5:04 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

debu-debu itu terlekat di bumbung rumah dan juga di kawasan-kawasan tertentu. Saya ingat perkara ini perlulah diberi perhatian serius oleh kementerian kerana masalah debu, kesemua ini adalah masalah kesihatan.

Sudah tentulah kalau kesihatan penduduk tercemar ataupun isu yang berkaitan, sudah tentulah kita Langkawi ini mengharapkan pelancong, tentulah pelancong tidak akan datang.

Itulah bagi saya tiga poin yang saya hendak bangkitkan pada hari ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:04 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:04 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan serta cadangan terhadap perkara- perkara yang menyentuh bidang kuasa kementerian saya semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 di peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia ini. Tanpa membuang masa Tuan Pengerusi, saya akan terus memberi jawapan ke atas keraguan-keraguan dan teguran-teguran Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertama ialah Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol telah mencadangkan supaya kementerian saya merangka satu sistem yang boleh menjaga punca-punca air. Sememangnya Ahli Yang Berhormat, kementerian saya mempunyai beberapa cara untuk menjaga punca-punca air. Kami di sini mempunyai lebih kurang 11 cara bagi kami untuk menjaga air. Sebagai contoh, saya menyentuh berkaitan dengan melaksanakan Program 1Negeri 1Sungai untuk memulihara dan mengembalikan sungai serta kawasan sekitarnya yang telah tercemar atau rosak kepada keadaannya.

final • 5:08 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Akan tetapi untuk memantapkan lagi Tuan Pengerusi, kerajaan sedar bahawa memandangkan hakikat pemuliharaan punca air inventori, beberapa kementerian dan agensi kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air (Kualiti dan Kuantiti Air) untuk mengurus usaha-usaha memelihara sumber air di antara langkah-langkah yang diambil oleh kementerian itu termasuklah yang saya cakapkan sebentar tadi. Ahli Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh KeTTHA. Seterusnya...

final • 5:10 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Boleh saya minta penjelasan tentang punca air Yang Berhormat? Ada kekeliruan tentang tafsiran di kalangan pegawai kita tentang kawasan tadahan air dengan kawasan punca air. Kawasan tadahan air ini memang boleh kita longgarkan pembakalan.

Kalau boleh pembalakan terpilih lagi baik. Akan tetapi saya memikirkan tentang betapa perlunya punca air ini supaya tidak mati bekalan punca sungai ini, kita kuatkuasakan supaya kawasan-kawasan punca air ini kita langsung tidak benarkan pembalakan. Hari ini berapa banyak punca-punca air kita sudah tidak ada bekalan air lagi kerana berlakunya pemusnahan hutan dan pembalakan. Kalau ini kita biarkan, maknanya khazanah negara kita akan habis pada masa depan untuk membekalkan air yang bersih kepada anak- anak kita.

final • 5:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat. Ia tidak ada kekeliruan. Sebelum ini tadahan ini telah diwartakan dan selepas ia diwartakan sebagai tadahan air, ia sama sekali dilarang untuk menjalankan pembalakan. Kita akan memantau supaya tidak ada sebarang pembalakan akan dijalankan di kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai tadahan air. Itu sebenarnya langkah-langkah yang kita ambil.

final • 5:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Seterusnya, Yang Berhormat Jempol juga bertanya berhubung kajian jenis pokok yang sesuai dan selamat untuk Hutan Lipur. Secara khusus, tidak ada kajian dijalankan oleh kerana keluasan Hutan Lipur memang tidak ditanamkan dengan pokok-pokok landskap kerana kawasan hutan lipur itu telah ditumbuhi dengan pokok-pokok hutan sedia ada. Kalau sekiranya ada ruang-ruang yang terbiar, yang boleh kita mengusahakan maka kita akan berusaha untuk menanam dengan kayu-kayu yang sesuai ke atas tanah itu.

Seterusnya, Yang Berhormat Jempol juga bertanya berkaitan dengan peruntukan untuk menjaga Taman Laut di Port Dickson. Port Dickson tidak ada Taman Laut sebaliknya ia mempunyai dua kawasan yang dikenali sebagai kawasan larangan perikanan di bawah bidang Kementerian Pertanian Asas dan Tani. Peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hanya untuk penjagaan kawasan Taman Laut yang telah digazetkan sebagai Taman Laut.

Dia juga bertanya berkaitan dengan Projek Sungai dalam taman.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada projek khas untuk projek sungai dalam taman. Akan tetapi kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk program 1Negeri 1Sungai di mana sungai-sungai yang dipilih terletak di dalam bandar. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, peruntukan awal yang disediakan ialah sejumlah RM176 juta untuk tujuan tersebut.

Seterusnya, Yang Berhormat Jempol juga bertanya berkaitan dengan projek Sungai. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, sungai-sungai yang terlibat dalam Program 1Negeri dan 1Sungai itu ialah kurang lebih 13 sungai termasuklah Sungai Perlis, Sungai Petani, Sungai Penang, Kinta di Perak, Sungai Penchala, Selangor, Sungai Temiang di Negeri Sembilan, Sungai Melaka, Sungai Skudai di Johor, Sungai Galing di Pahang, Sungai Pengkalan Chepa, Sungai Hiliran di Terengganu, dan Sungai Miri di Sarawak, dan Sungai Papar di Sabah. Inilah sungai-sungai sebenarnya yang terlibat dalam Program 1Negeri 1Sungai.

Yang Berhormat Jempol juga bertanya berkaitan dengan kerajaan Pelan Induk Jempol berapakah peruntukan diberikan di kawasan Jempol ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian pelan Induk Jempol dibiayai oleh Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan tiada peruntukan di kawasan tersebut.

Namun, kerajaan sentiasa membantu untuk kerajaan negeri.

Seterusnya Yang Berhormat Jempol juga bertanya berkaitan dengan hakisan pantai di Port Dickson. Kerajaan sentiasa prihatin atas masalah hakisan pantai termasuklah di kawasan Port Dickson. Walau bagaimanapun, tiada peruntukan diberikan. Namun, kerajaan sentiasa berusaha mencadangkan supaya masalah itu dapat diatasi.

Yang Berhormat Jempol juga bertanya berkaitan dengan hasil kajian air di bawah tanah dan kegunaan sebagai air minuman. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian air di bawah tanah telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan mineral dan Geosains. Hasil daripada kajian menunjukkan kandungan mineral air tersebut sesuai untuk air minuman. Hasil daripada kajian ini sumber air bawah tanah telah dibangunkan dan digunakan sebagai bekalan bersama dengan air permukaan dan sebagai bekalan air alternatif di kawasan di mana bekalan air paip tidak di dapati. Air bawah tanah telah digunakan di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Sabah, dan Sarawak juga.

Yang Berhormat Jempol juga bertanya berkaitan dengan air mineral yang keluar dari tebing. Berhubung dengan air mineral yang keluar daripada tebing setakat ini kementerian tidak menjalankan kajian hanya kerana ianya bukan tanggungjawab kementerian. Walau bagaimanapun, kementerian akan mengkaji perkara ini juga, masih lagi Yang Berhormat Jempol, dia bertanya berhubung perancangan bagi memulihara dan mengekalkan Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

final • 5:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Hutan Simpan Sungai Menyala telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal untuk tujuan penyelidikan, pembelajaran, dan rekreasi. Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat juga, kawasan ini juga telah dijadikan sebagai seed production area. Jadi, selepas itu, sememangnya kita jaga kawasan ini. Seterusnya, Yang Berhormat Kubang Kerian bertanya berkaitan dengan Akta Benua dan juga Akta Petroleum sama ada dari segi pentadbirannya adakah ia bercanggah nanti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Pelantar Benua hanya melibatkan kedudukan pelantar benua dan juga tuntutan sebuah negara terhadap hak-hak sebuah negara terhadap pelantar benua. Akta Pelantar Benua dengan jelas telah menyatakan bahawa apa-apa perkara mengenai petroleum, ia perlu merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum dan bukan Akta Pelantaran Benua.

final • 5:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Oleh yang demikian semua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai petroleum adalah di bawah Akta Pembangunan Petroleum dan tiada percanggahan terhadap peruntukan-peruntukan mengenai hak-hak petroleum dalam Akta Pelantar Benua.

Yang Berhormat Kubang Kerian juga bertanya berkaitan dengan produk mineral tempatan yang menggunakan jenama Malaysia untuk pasaran antarabangsa. Saya percaya Ahli Yang Berhormat mengetahui bahawa mineral tempatan yang digunakan untuk hasilan produk antarabangsa ialah bijih timah. Ianya digunakan untuk membuat barang perhiasan berasaskan pewter. Jenama terpakai yang terkenal ialah Royal Selangor Pewter.

Berhubung air mineral jenama terkenal adalah seperti Spritzer dan Cactus yang ada sekarang dieksport.

Yang Berhormat Kubang Kerian juga bertanya berkaitan pemetaan di sekitar Batu Putih Tubir Selatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JUPEM melalui Jawatankuasa Teknikal yang telah ditubuhkan sedang berbincang melalui beberapa siri mesyuarat dengan Singapura dan telah bersetuju untuk melaksanakan pengukuran hidrografi bersama setelah memorandum of understanding ditandatangani di antara kedua-dua negara dan akan mengadakan mesyuarat pada November 2011 lagi. Yang Berhormat Kubang Kerian juga bertanya...

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan. Kalau saya tidak silap tadi saya mendengar negara kita melalui JUPEM dan Singapura ini hanya menumpukan penyukatan hidrografi. Persoalan Yang Berhormat Kubang Kerian tadi adalah soal maritime boundary yang kita mesti tentukan bukan hidrografi. Hidrografi ini hanya menentukan kedalaman laut sahaja, yang kita mahu persempadanan maritim. Itu yang saya minta penjelasan. remind

final • 5:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Topik pertama yang mereka hadapi yang mereka fokuskan untuk menjalan pemetaan itu hidrografi terlebih dahulu. Saya mengatakan sebentar tadi bahawa mereka sedang mengadakan perbincangan kedua-dua negara dan mungkin ini kedua topik yang akan dibincang berkaitan dengan maritim itu.

Yang Berhormat Kubang Kerian juga bertanya adakah sempadan negara berubah yang menyebabkan blok iklan F diserahkan kepada Brunei.

Isu ini dengan dukacita bukanlah di bawah bidang kuasa kementerian saya ialah di bawah bidang Kementerian Luar Negeri. Jadi tidak kena Yang Berhormat mungkin bertanya berkaitan dengan soalan ini.

Yang Berhormat Bakri bertanya berkaitan dengan tapak pelupusan sampah sarap baru di Pagoh, Muar Johor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menyediakan kajian EIA tetapi Jabatan Alam Sekitar belum lagi menerima

final • 5:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

permintaan, belum lagi menerima laporan tersebut. Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan masih menggunakan tapak sedia ada. Walau bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar akan membantu untuk menyegerakan proses melulus laporan EIA ini apabila dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar.

Yang Berhormat Batang Sadong menyoalkan supaya NGO diberi pendidikan alam sekitar kerana mereka adalah orang awam yang akan bertanggungjawab dalam memelihara alam sekitar di mana-mana tempat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Batang Sadong tiada.

Kalau Yang Berhormat Batang Sadong tiada tidak payah saya jawab Tuan Pengerusi. Tidak payah jawab? Saya fikir tidak payah jawab oleh kerana banyak lagi yang mahu saya sentuh di sini.

Yang Berhormat Putatan ada? Yang Berhormat Putatan bertanya berkaitan dengan banjir di Sungai Putatan di kawasan Putatan. Dia bertanya sama ada ada peruntukan atau tidak untuk menjalankan kerja-kerja tertentu.

Akan tetapi dengan dukacita tiada peruntukan untuk 2011. Namun kementerian telah menjalankan pelbagai kerja. Ada juga kerja-kerja yang...

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri minta penjelasan. Minta penjelasan. Jam 1.30 tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, terpapar Sungai Petagas dicerobohi oleh satu syarikat bernama Global Upline dan ada rumah-rumah yang hanyut akibat daripada hakisan, akibat daripada kerja-kerja pembinaan sungai dari airport ke Petagas.

Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri pun kalau boleh lihat apa yang berlaku.

Jadi adakah tindakan ataupun usaha kementerian untuk memastikan kerosakan hakisan di tebing-tebing sungai ini tidak berlaku apabila ada projek- projek kerajaan. Ini mencetuskan kemarahan rakyat di Putatan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Memang pada hakikatnya kerajaan Barisan Nasional ini membuat pembangunan yang baik tapi janganlah sampai orang marah. Jadi minta penjelasan sedikit daripada pihak kementerian ini apa peranan pihak kementerian apabila melihat rakyat yang tercedera akibat daripada pembinaan jambatan yang dikendalikan oleh satu syarikat di Kota Kinabalu ini. Baru jam 1.30, TV3 tadi.

final • 5:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih. Sebagai Ahli Yang Berhormat daripada Putatan saya juga percaya bahawa Ahli Yang Berhormat juga mempunyai tanggungjawab untuk melihat supaya kerja pembinaan jambatan itu dilaksanakan dengan baik dan tidak mendatangkan kerosakan kepada apa-apa tetapi sekiranya tebing sungai itu dirosakkan oleh banjir maka kami tidak keberatan untuk menjalankan kajian. Kalau ia betul- betul memerlukan pembaikan maka kita cubalah untuk mendapat peruntukan.

Yang Berhormat Putatan juga bertanya berkaitan dengan tiga projek yang diluluskan kepada JUPEM seperti projek pemetaan, pengukuran, penyelenggaraan sempadan antarabangsa dan juga e-Kadaster - sistem rangkaian. Untuk makluman Yang Berhormat, JUPEM melaksanakan projek secara berperingkat-peringkat. Kita tidak boleh menjalankan dengan sekali gus. Saya berbohong sekiranya segala kerja yang ada di hadapan kita ini kita boleh mendapat peruntukan dan seterusnya boleh melaksanakan kesemua itu.

Jadi adalah teratur kalau kita buat secara berperingkat-peringkat tetapi percayalah we are trying our best supaya perkara ini dapat dilaksanakan dengan lengkap kemudian.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Cukuplah, cukuplah.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Adakah pegawai dari JUPEM ini telah meminta peruntukan yang secukupnya untuk melaksanakan di mana kita melihat perkara-perkara apa yang berlaku di antara kita dengan negara- negara jiran kita yang mana perbatasan antarabangsa ini amat penting sekali bagi kita. So, adakah pegawai-pegawai daripada JUPEM ini menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk mengatasi masalah perbatasan antarabangsa kita dan juga soal butiran kedua itu yang mana kita akan menerajui kepada negara maju dan berpendapatan tinggi yang mana mengakibatkan maklumat-maklumat yang penting apabila kita merancang pembangunan yang melibatkan tanah ini. Maklumat itu geospartial system ini amat penting bagi merancang untuk ekonomi negara kita Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tuan Pengerusi, saudara saya ini merupakan seorang surveyor. Jadi mungkin ia memberitahu saya apa yang dibuat tetapi daripada segi permit tanah, peruntukan itu. Setiap tahun kita dengan sedaya upayanya memberi asas-asas tertentu dan mengikut keupayaan kapasiti kita untuk melaksanakan kerja itu dalam tahun hadapan.

Kita cuba dengan sedaya upaya untuk mendapat peruntukan untuk menjalankan kerja-kerja yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Akan tetapi kadangkala apabila kita minta kewangan daripada Kementerian Kewangan ini, ia terhad juga oleh kerana bukan ini sahaja kerja yang kita buat, ada banyak lagi kerja lain yang kita boleh buat. [Disampuk] Yang Berhormat Putatan juga bertanya jumlah sungai yang diselenggarakan di seluruh negara. Dalam tahun 2010, bilangan sungai yang diselenggarakan di seluruh negara ialah 390 batang sungai dan peruntukan yang telah dibelanjakan ialah sejumlah RM25.5 juta. Yang Berhormat Kinabatangan bertanya - oh, tidak perlulah saya jawab ini, mereka tiada. Yang Berhormat Pokok Sena ada? [Disampuk]

final • 5:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Soal reka bentuk apa yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran ini. Reka bentuk tidal gates itu, kebanyakan tidal gates yang saya lihat tidak berkesan dan tidak disediakan overflow, semua jammed. Air masih boleh masuk, air masin boleh masuk. Ini wasting of public fund dengan izin, tidak berkesan. Ini saya ada bukti, di kawasan saya ada yang baru kita laksanakan pada tahun yang lepas.

Air pasang masih masuk - same level, dengan izin.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Garanglah Yang Berhormat Putatan.

final • 5:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Ya, kena tanya dengan engineer kenapa perkara ini berlaku. Yang Berhormat Pokok Sena ada?

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Ada, pergi minum teh.

final • 5:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada, tidak perlu jawablah.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Minum teh, minum teh...

final • 5:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Yang Berhormat Indera Mahkota ada di sini?

final • 5:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ada, ada.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Ada, ada, ada...

final • 5:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Okey. Yang Berhormat Indera Mahkota bertanya adakah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempunyai akta untuk mentadbir dan melindungi Taman Laut Negara.

Kementerian saya belum ada Akta Taman Laut Negara. Pada masa ini

final • 5:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menggunakan Akta Perikanan 1985 daripada Seksyen 41 hingga Seksyen 45 bagi maksud mentadbir dan melindungi taman laut.

Yang Berhormat Indera Mahkota juga bertanya tentang fungsi taman laut. Saya ingin menyenaraikan di sini fungsi yang penting sahaja iaitu:

(i) melindungi biodiversiti marin dengan tujuan mengekalkan ekosistem;

(ii) mempertingkatkan serta mengekalkan habitat marin yang mengalami kepupusan;

(iii) memelihara dan menjalankan penyelidikan terhadap flora dan fauna marin;

(iv) menguatkuasakan akta peraturan yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan taman laut;

(v) memelihara sumber marin dan kesan pelancongan dan mengimbangi dengan kadar daya tampungan; dan

(vi) merancang, melaksanakan dan membangunkan program pendidikan dan kesedaran awam tentang marine life.

Yang Berhormat Indera Mahkota juga bertanya berkaitan dengan nilai tanah wakaf yang mungkin bernilai RM42 bilion dan akan mungkin meningkat jika rekod tanah wakaf dikemas kini melalui projek e-Tanah. Juga beliau bertanya, apakah status projek-projek e-Tanah yang sedang dilaksanakan?

Beliau berpendapat bahawa sistem tersebut telah kelam dalam memberi maklumat tanah terkini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek e-Tanah adalah merupakan salah satu daripada aplikasi kerajaan elektronik (e- Government) yang dipantau oleh MAMPU dengan matlamat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Projek e-Tanah mula dilaksanakan secara apprentice di Pulau Pinang tahun 2005 dan diperluaskan ke Negeri Sembilan dan Melaka mulai bulan Disember 2008. Objektif sistem e-Tanah untuk meningkatkan kecekapan, ketulusan, integriti dalam sistem penyampaian, perwujudan single database, matlamat tanah dan mengurangkan kerenah birokrasi. Daripada segi kemajuan pelaksanaan projek e-Tanah di Pulau Pinang telah diguna pakai di semua pejabat tanah dan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang. Dengan menggunakan sistem ini, didapati mutu perkhidmatan pentadbiran tanah telah meningkat dan mana urusan pindah milik tanah boleh diselesaikan dalam masa satu hari. Kutipan hasil meningkat dan kutipan secara online telah berjaya dikutip sebanyak RM960 juta mulai daripada 1 Oktober 2007 hingga 4 Oktober 2010.

final • 5:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Antara tujuan dan maksud saya membangkitkan soal kemajuan projek e- Tanah ini adalah, pertama tadi saya sebut kerana terdapat kerisauan kepada overlapping ataupun pertindihan maklumat untuk kes-kes yang melibatkan tanah-tanah wakaf yang saya pasti - kebetulan mantan Perdana Menteri ada di dalam Dewan. Beliau juga membangkitkan kerisauan tentang nilai muka hadapan tanah-tanah yang berada di bawah status wakaf ini, yang sepatutnya kita selesaikan secara elektronik di bawah projek e-Tanah.

Bukan itu sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada juga beberapa kes yang saya buat kajian ia juga melibatkan tanah-tanah di bawah

final • 5:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

pemilikan Hindu Joint Family. Status Hindu Joint Family yang tidak dapat ditentukan yang mana jabatan yang berkaitan hanya memberi jawapan kerana proses pelaksanaan dan aplikasi e-Tanah masih lagi dalam pelaksanaan. Oleh kerana itu saya tanya progress ataupun perkembangan pelaksanaan e-Tanah, kerana item ini ada di dalam Maksud P.23 tentang jumlah dan sebagainya yang masih lagi tidak dapat kita aplikasikan menyeluruh. Kalau begitu maksudnya, kita masih lagi berdepan dengan masalah untuk memberi data atau maklumat terkini sekiranya timbul sesuatu masalah berkenaan dengan pemilikan. Ini terutama pada hemat saya, tanah-tanah yang duduk di bawah status wakaf ini memang amat rumit kita berikan identiti ataupun klasifikasinya, kerana e-Tanah masih lagi dalam keadaan yang tidak sempurna.

Saya rasa itu yang dimaksudkan dan diakui oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tambahan daripada sini, saya hendak tanya bilakah agaknya - menyeluruhnya sistem e-Tanah ini dapat diselesaikan atau diaplikasikan atau ditawarkan perkhidmatannya kepada masyarakat dan rakyat kita? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya akui apabila kita memulakan projek ini, pengumpulan data ini merupakan satu masalah yang besar dan terdapat pertindihan-pertindihan data-data itu. Akan tetapi walau bagaimanapun, daripada semasa ke semasa kita memperbetulkan ia. Kementerian telah mengambil langkah-langkah dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan data, mengemas kini data- data hak milik strata dan pengukuhan model pembangunan dan penguatkuasaan. Kita juga minta kontraktor yang melaksanakan kerja itu untuk juga bertanggungjawab untuk membuat penyelenggaraan, pelaksanaan dan pengisian sehingga Disember 2011.

final • 5:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Berkaitan dengan soalan bilakah sistem e-tanah ini pada keseluruhannya dapat dilaksanakan di seluruh negara, saya tidak boleh dapat memberi jaminan di sini bila kerana di dua negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan, ia pun sekarang sedang dalam proses untuk mendapat data-data berkenaan.

Yang Berhormat Pasir Salak bertanya tentang sistem saliran dan perparitan yang kotor di bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah menyediakan manual saliran mesra alam dan menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakannya bagi mewujudkan sistem perparitan yang baik. Dalam erti kata yang lain, kementerian saya telah menyediakan pelan-pelan tertentu dan secara idealnya, pihak-pihak berkuasa tempatan sepatutnya menjadikan itu sebagai garis panduan supaya masalah tentang sistem saliran dan perparitan itu dapat dikurangkan.

Yang Berhormat Pasir Salak juga bertanya berkaitan dengan penaiktarafan sungai dan pengindahan Sungai Perak. Tiada peruntukan disediakan untuk pengorekan Sungai Perak tetapi kerjasama pelbagai agensi diperlukan untuk tujuan mengindahkan Sungai Perak berkenaan.

Yang Berhormat Parit Sulong bertanya tentang peruntukan kerja pengorekan kuala Sungai Batu Pahat. Setakat ini, tiada peruntukan untuk kerja pengorekan ini, tetapi satu kajian pelan induk tebatan banjir lembangan Sungai Batu Pahat telah dijalankan oleh JPS dan telah pun siap pada tahun 2009.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti langkah-langkah mengatasi banjir di lembangan Sungai Batu Pahat termasuklah kawasan Parlimen Parit Sulong. Dalam kajian tersebut, beberapa kaedah yang dicadangkan dan dapat mengatasi masalah di kawasan Parit Sulong secara langsung dan tidak langsung. Ada mahu tanya?

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya cuma hendak pastikan. Saya ada satu lagi persoalan yang saya kemukakan tadi berkenaan dengan tebatan banjir, iaitu jumlah keseluruhan yang pernah disebut atau dicadangkan dan diluluskan dengan jumlah yang terkini dibelanjakan untuk projek tebatan banjir. Saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab atau mempunyai data pada soalan saya tadi. Saya hendak tahu. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya akan jawab secara bertulis Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Raja ada? Yang Berhormat Kota Raja bertanya berapakah peruntukan untuk projek tebatan banjir daerah Klang. Tiada peruntukan yang telah diluluskan untuk tahun 2011.

Namun, kerajaan akan memberikan perhatian yang sewajarnya dalam mengatasi masalah ini. Kita akan membuat appeal...

final • 5:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Boleh saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri? Adakah ini bermakna tiada peruntukan tahun ini atau ia ditunda ke tahun hadapan? Ataupun hanya setakat ad hoc patch work here and there dengan izin, kerana ia tidak menyelesaikan masalah. Ada atau tidak ada langsung? Macam mana?

final • 5:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Maksud Yang Berhormat itu ialah untuk tahun 2011?

final • 5:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kalau tidak untuk tahun 2011 dalam bajet ini, adakah ia untuk tahun 2012? Bagaimana?

final • 5:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Untuk tahun 2011 tidak ada peruntukan.

final • 5:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi maknanya, adakah permohonan telah dibuat oleh jabatan yang berkenaan?

final • 5:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Memang ada. Kami telah membuat – selepas service yang pertama itu dibuat dan telah ditolak, maka kita juga membuat rayuan kepada pihak yang berkenaan untuk mempertimbangkannya seterusnya. Akan tetapi tidak ada jaminan sama ada kita boleh membuat kewangan itu atau tidak, kerana ini tertakluk kepada Kementerian Kewangan untuk mengambil kira lain-lain kementerian.

Yang Berhormat Kota Raja juga bertanya siapakah yang memantau tanah tinggi yang kurang dari 3,000 kaki dan kurang daripada 50 hektar luasnya, dan berapa pemaju yang telah didakwa oleh JAS bagi mereka- mereka yang mencemarkan alam sekitar kerana melanggar garis panduan pembangunan tanah tinggi.

Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan kawasan-kawasan ini di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan negeri. Satu garis panduan pembangunan tanah tinggi telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam memberi kelulusan pembangunan tanah tinggi.

Seperti mana saya katakan awal tadi, kementerian saya juga telah membentuk satu garis panduan bagi kerajaan tempatan untuk memberi kelulusan ke atas pembangunan tanah yang tinggi. Jadi sebenarnya, kuasa ini adalah di bawah kuasa PBT.

Yang Berhormat Kota Raja juga bertanya apakah usaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam memformalkan pendidikan alam sekitar dalam sistem pendidikan rasmi negara. Pada masa ini Yang Berhormat, terdapat satu jawatankuasa yang terdiri daripada Kementerian Pelajaran

final • 5:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Malaysia, World Wide Fund for Nature, Jabatan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia dan juga Universiti Malaya serta pengetua-pengetua sekolah untuk menyediakan modul pendidikan alam sekitar di dalam subjek Sains, Geografi, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan akan dilaksanakan di empat buah sekolah terlebih dahulu sebagai perintis iaitu di Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Pahang.

Di bawah pendidikan marin, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ada bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran di mana modul pendidikan alam sekitar marin telah disahkan oleh Kementerian Pelajaran untuk diguna pakai di bawah kokurikulum Kelab Pencinta Alam dan Pengakap Laut.

final • 5:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat, saya ingin kembali sedikit kepada... Saya menyebut tadi contohnya di Tanah Tinggi Lojing terdapat pembangunan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar dan penghakisan tanah. Jadi tadi Yang Berhormat jawab untuk tanah bawah daripada 3,000 kaki dan 500 ekar. Bagaimana pula dengan pembangunan- pembangunan yang ada sekarang, di mana sekali pandang kita lalu pun Yang Berhormat, memang pembangunannya tidak terkawal? Jadi di manakah peranan JAS? Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan pembangunan-pembangunan yang ada sekarang ini yang mungkin telah melanggar peraturan-peraturan yang dikenakan oleh kerajaan, ini sedang dikaji sebenarnya. Kita mengkaji apa seterusnya kita boleh buat dengan – bukan yang membawa kebaikan kepada rakyat tetapi boleh mengatasi masalah yang kita hadapi sekarang ini.

final • 5:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Sekarang kita ada satu garis panduan yang menetapkan setakat mana tinggi kita boleh buat pembangunan itu, dan setakat mana yang kita boleh buat dengan sederhana dan di mana. Apa level tanah yang kita boleh bangunkan dengan sepenuhnya. Kesemua ini sebenarnya memerlukan EIA dan daripada kajian EIA itu ia akan mengenakan syarat-syarat tertentu.

final • 5:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan. Ledang. Boleh Tuan Pengerusi?

final • 5:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Boleh.

final • 5:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyambung yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Saya nampak Tuan Pengerusi JAS ini, Jabatan Alam Sekitar ini tidak ada kuku. Walaupun ada akta tertentu, tetapi JAS ini saya lihat kalau melibatkan pembangunan di satu-satu kawasan lebih kepada tempat rujukan sahaja. Misalnya PBT hendak membangunkan sesuatu kawasan, JAS hanya dirujuk untuk menyatakan sama ada setuju atau tidak, boleh atau tidak dan sebagainya.

Akan tetapi sama ada setuju atau tidak misalnya JAS setuju dengan sesuatu pembangunan dengan syarat EIA sekian, apa yang patut diambil tindakan sekian dan sebagainya tetapi di peringkat pelaksanaan yang melaksanakannya ialah PBT. Dan PBT nampaknya dia tidak memenuhi keperluan JAS. Jadi saya hendak tanya di sini, mungkin kalau kita hendak serius dengan alam sekitar ini boleh atau tidak, Jabatan Alam Sekitar itu menyaman, ambil tindakan terus kepada PBT supaya PBT tidaklah melaksanakan sesuatu projek yang dibangunkan oleh pemaju, mereka meluluskan tetapi melanggar Akta Alam Sekitar yang sekian banyak selama ini. Boleh tidak JAS saman PBT? Saman misalnya PBT di Kelantan, saman PBT negeri Selangor, saman PBT di tempat-tempat lain.

final • 5:50 PM

Seorang Ahli

PBT Johor.

final • 5:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat, saya rasa tidak betul Yang Berhormat Ledang mengatakan bahawa JAS hanya setakat meluluskan atau bersama meluluskan. JAS mempunyai kausa untuk menyaman. Menguat kuasa itu yang tidak ada kepada kerajaan negeri. Oleh kerana ini adalah mengenai Jabatan Alam Sekitar dan kuasa ini tidak ada pada kerajaan negeri. Ia hanya ada pada Jabatan Alam Sekitar.

final • 5:50 PM

Seorang Ahli

Ya, setuju. Apalah Yang Berhormat Ledang ini.

final • 5:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih. Ini pun juga apabila kita melaksanakan tugas kita dalam sesuatu perkara, kita kena merujuk kepada Perlembagaan juga. Kalau Perlembagaan mengatakan bahawa inilah kuasa PBT, maka kita serahkan kepada PBT untuk membuat yang terbaik. Tetapi di dalam EIA itu, dalam syarat-syarat EIA yang kita kenakan itu, EIA juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.

Akan tetapi, sejauh mana pengetahuan saya, correct me if I’m wrong. Saya fikir mungkin tidak ada peruntukan bagi JAS untuk mengambil tindakan atau mahu saman pihak PBT ini.

final • 5:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya rasa bukan menyaman PBT tetapi pihak pemaju. Adalah tidak benar kita katakan bahawa Jabatan Alam Sekitar itu tidak ada kuasa. Tetapi mungkin masalahnya adalah masalah tenaga kerja pegawai-pegawai penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar.

Misalnya di Kelantan berapa orang pegawai penguat kuasa yang ada di negeri Kelantan? Jadi mungkin masalah penguatkuasaan ini adalah masalah tenaga daripada Jabatan Alam Sekitar itu sendiri? Minta penjelasan.

final • 5:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Walau apa pun kita cuba untuk menguatkuasakan syarat yang kita kenakan di dalam EIA itu. Akan tetapi kadang-kadang kita juga berharap supaya pemaju-pemaju itu bertanggungjawab. Tidaklah baik bagi kita selalu datang di tempat itu memberitahu mereka untuk membuat kerja-kerja. Ini pun terserah kepada pemaju-pemaju untuk bertanggungjawab. Akan tetapi sejak kami memberitahu pemaju itu melanggar syarat-syarat EIA itu, maka kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. Inilah sebenarnya kita buat.

Berkaitan dengan kakitangan itu, kita akui bukan 100% kita mempunyai kakitangan untuk menjaga sesuatu. Akan tetapi kita mempunyai kakitangan yang boleh dikatakan munasabah untuk menjalankan tugas-tugas tertentu supaya kerja itu sejauh mana yang boleh, pemaju-pemaju berkenaan itu dapat tahu mengikuti syarat-syarat yang terkena dalam EIA itu.

Yang Berhormat Bukit Katil bertanya berkaitan dengan banjir kilat di Melaka. Berapakah peruntukan, sama ada ada peruntukan yang diberikan.

Sama juga apa yang saya ingin mengatakan di sini, bahawa tiada peruntukan disediakan untuk tahun 2011. Namun, kementerian sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah ini, tetapi kerjasama kerajaan negeri diperlukan untuk tujuan ini juga. Kadang-kadang kerajaan negeri mempunyai peruntukan yang tertentu untuk mengatasi masalah perparitan, banjir dan sebagainya. Akan tetapi walau bagaimanapun, di Melaka ini sebenarnya kita sudah memperuntukkan banyak untuk menjalankan kerja-kerja untuk mengatasi banjir di Melaka. Akan tetapi yang dirujuk oleh Ahli Yang Berhormat tadi itu ialah sama ada, ada peruntukan untuk mengatasi banjir kilat itu. Itulah yang saya katakan sebentar tadi itu tidak ada peruntukan yang disediakan.

final • 5:50 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya... Bukit Katil. Peruntukan ini sudah diluluskan RM128 juta.

Yang sudah dijelaskan RM50 juta. Lagi RM78 juta tidak dijelaskan. Itu yang

final • 5:50 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

saya tanya. Jadi kenapa ditarik balik RM78 juta, sedangkan projek tebatan banjir ini belum selesai. Itu yang saya tanya.

final • 5:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Nanti saya jawab kemudian. Saya akan tanya apa sebab-sebabnya. Pertama, saya akan tanya sama ada betul kena tarik atau tidak. Kedua, saya akan tanya apa sebab- sebab kena tarik, kalau benar ia kena tarik.

Yang Berhormat Tawau bertanya berkaitan peruntukan yang diluluskan tahun 2011 untuk daerah Tawau. Tiada juga peruntukan untuk tahun 2011 bagi projek tebatan banjir Tawau. Walau bagaimanapun, JPS telah mengemukakan semula kepada kementerian untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan pada tahun 2011. Saya telah difahamkan Kerajaan Negeri Sabah akan memberi peruntukan lebih kurang RM1 juta untuk menjalankan kajian dan membuat kerja-kerja berkaitan dengannya dalam tahun 2011. Kemudian pada tahun 2012 akan diperuntukkan lebih kurang RM3 juta.

Yang Berhormat Tawau juga bertanya berkaitan dan loji tenaga arang Lahad Datu Sabah, apakah kos laporan EIA itu dan siapa yang menanggung kos tersebut. Apakah tindakan kementerian seterusnya pada TNB mengenai projek ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kementerian ini tidak ada makluman mengenai kos kajian EIA bagi loji tenaga arang Lahad Datu, kerana ia hanya dilaksanakan oleh pihak pemaju iaitu TNB. Laporan kajian EIA itu telah tidak diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar kerana ianya tidak menepati kehendak-kehendak peraturan EIA.

final • 5:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Pihak Pemaju telah dimaklumkan pada 18 Ogos 2010 tetapi sehingga kini pihak TNB belum lagi mengemukakan semula apa-apa laporan baru EIA untuk projek tersebut. Yang Berhormat Tawau dan Pendang bertanya tentang keberkesanan efektif mikroorganisma. Penggunaan efektif mikroorganisma telah meningkatkan kualiti air sungai dalam jangka masa pendek.

Pelaksanaannya kini adalah terdapat sungai-sungai di bawah Program 1Sungai dan 1Negeri. Penggunaannya adalah berkesan untuk rawatan awal di dalam kolam-kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sungai. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Sri Gading dan yang lain-lain bertanya juga berkaitan dengan isu banjir. Yang Berhormat Sri Gading tiada? [Disampuk] Yang Berhormat Sri Gading ada. [Ketawa] Beliau bertanya berkaitan isu banjir dan peruntukan yang mencukupi, yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Jabatan Parit dan Saliran memang mempunyai perancangan untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara. Walau bagaimanapun projek-projek RTB dilaksanakan di kawasan-kawasan di mana peruntukannya mendapat kelulusan. Yang Berhormat Sri Gading juga bertanya apakah usaha-usaha lain ...

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi sebelum berpindah ke soalan kedua.

Apabila kita banjir besar pada 2006, sibuk satu negara daripada pucuk pimpinan sampailah ke bawah. “Kita mesti mengatasi banjir, kita mesti buat tebatan banjir, kita mesti mendalamkan sungai, kita mesti melebarkan sungai.” Habis sahaja, Yang Berhormat Timbalan Menteri, hilang cerita itu.

Panas yang tadi itu, hilang. Saya tidak menyalahkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan saya sebenarnya hendak berterima kasih kepada JPS, pegawai-pegawai JPS di daerah Batu Pahat yang bekerja bersungguh- sungguh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Waktu banjir, 24 jam dia bekerja.

Saya ucapkan terima kasih dan ucapkan tahniah.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tidak menyalahkan kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi saya hendak menyentuh kementerian lain. Kalau kita tidak serius kepada perkara ini, benda-benda ini akan berulang. Esok panas lagi, bangkit lagi, hebat lagi, bersemangat lagi! Habis sahaja banjir, selesai. Ini masalah kita di Malaysia ini Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, menyentuh tentang keseriusan, our seriousness, sememangnya kita serius untuk mengatasi masalah banjir ini. Kita telah membuat perancangan-perancangan tertentu kerana sekarang ini cuaca kita tidak menentu secara tiba-tiba. Mungkin ada banjir kilat berlaku. So, we are in fact very serious looking after this problem. Akan tetapi masalah utamanya sama ada kita boleh mendapat peruntukan atau tidak untuk melaksanakan kerja itu.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan banjir ini.

final • 6:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Ya.

final • 6:00 PM

Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya fikir pihak kementerian mesti serius soal peruntukan ini kerana jika tidak ada peruntukan yang besar untuk mengatasi masalah banjir, ia akan menyebabkan kemusnahan infrastruktur awam, projek ekonomi, harta benda awam dan akhirnya akan merosakkan banyak yang kerajaan buat sebelum ini.

Apa salahnya kita beri tumpuan kepada perkara ini. Kita mempunyai teknologi, kalau kita boleh kesan tsunami. Saya percaya kementerian juga harus ke hadapan untuk melihat, menjangkakan perkara-perkara yang akan berlaku supaya tidak berlaku kemusnahan. Kalau di Kedah, bukan sahaja harta dalam rumah kena dipindahkan tetapi harta benda sekolah, balai raya.

Bukankah banyak yang musnah. Oleh sebab itu apa cara sekalipun, pihak kementerian perlu mengemukakan kepada kerajaan untuk mencari bajet.

Kalau tidak, banyak perkara yang kita buat selama ini musnah dalam sekelip mata sahaja. Oleh sebab itu saya minta kementerian serius dalam perkara ini. Ini bukan main-main Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana ini melibatkan rancangan negara dan masalah rakyat.

final • 6:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih, kita akan mengambil perhatian terhadap itu. Seperti yang saya katakan tadi, kita memang serius untuk mengatasi masalah ini.

final • 6:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya fikir cukuplah.

Memakan masa.

final • 6:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sedikit penjelasan.

Soalan saya tadi, saya tidak sempat. Saya ada meeting tadi, saya minta maaf.

Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat, adakah kementerian menyediakan satu master plan yang menyeluruh untuk melihat dari semua sudut, koordinasi dengan kementerian-kementerian yang lain untuk melihat masalah banjir ini.

Kalau tidak nanti macam disebut oleh rakan-rakan tadi bahawa kita ini hanya bercakap sahaja lebih, ‘berdegup-degup’ apabila keadaan menimpa kita tetapi selepas itu kita tidak buat sesuatu. Ini kerana ia akan memberikan kesan ekonomi. Umpamanya di Alor Setar, airport tutup seminggu. Kemudian proses pembaikan selepas ini akan berlaku. Kalau berlaku pula di kawasan-kawasan perumahan, ia akan memberikan kesan kepada turunnya nilai pasaran

final • 6:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

hartanah sebab orang sudah tidak mahu hendak beli di kawasan-kawasan tersebut.

Mereka orang kata, “Ini kawasan banjir, buat apa kita beli?” Jadi, ini memberikan kesan yang besar dan kemudiannya setiap tahun kita akan spend duit, bantuan itu, bantuan ini dan sebagainya. Adalah lebih baik kita menyediakan satu pelan induk yang menyeluruh untuk melihat dari semua sudut seperti yang saya sebutkan tadi masalah perparitan, projek yang dibuat oleh kementerian lain dan sebagainya harus mengambil kira.

Jadi, saya takut nanti bahawa kementerian Yang Berhormat menumpukan kepada masalah banjir, kementerian lain buat projek sahaja. Dia tidak fikir masalah saliran. Jadi, saya lihat bahawa ini perlu dilihat secara menyeluruh.

final • 6:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya setuju Yang Berhormat tetapi sebenarnya kita mempunyai perancangan-perancangan tertentu untuk mengkaji keseluruhannya. Kita sentiasa memperbaharui pendekatan kita. Salah satu daripada itu ialah the integrated approach berkaitan dengan pengurusan lembangan sungai.

Kita mengkaji semua itu, apa puncanya, kayu balak dan sebagainya, punca pencemaran dan sebagainya. Ini semua kita ambil kira. Jadi, salah satu kajian yang telah siap ialah di Johor dan ini kita ambil sebagai satu perintis untuk lembangan sungai yang lain. Itu satu pendekatan baru yang kita buat untuk mengurangkan masalah banjir kita.

Yang Berhormat Sri Gading juga bertanya berkaitan dengan apa usaha-usaha lain yang dijalankan selain daripada operasi menangkap dan menembak kera-kera yang menimbulkan masalah. Saya bersetuju sangat dengan pendapat Yang Berhormat Sri Gading, di mana beliau berkata jangan tangkap dan tembak sahaja. Kita kena mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.

Akan tetapi, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat selain daripada operasi menangkap dan menembak mati kera-kera yang bermasalah, Jabatan PERHILITAN juga sedang mengusahakan program pemandulan bagi mengurangkan kadar pembiakan kera-kera tersebut.

Jabatan PERHILITAN telah diberikan peruntukan khas bagi menguruskan masalah gangguan hidupan liar terutamanya kera sebanyak RM5 juta dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kita memberi peruntukan untuk mengatasi masalah-masalah binatang yang nakal-nakal ini. Cadangan tambahan kakitangan telah dibuat

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Akan tetapi pelaksanaannya telah dibekukan oleh kerajaan terlebih dahulu.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Ketawa] Petang-petang ini tidak apalah Tuan Pengerusi, boleh kita...

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Hendak memandulkan kera ini Tuan Pengerusi. [Ketawa]

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tadi kata rancangan pemandulan kera. Maknanya tiap-tiap kera jantan kena tangkap.

[Ketawa] Tidak tahulah saya macam mana atau pemandulan untuk kera betina

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

sahaja kah? Tidak tahu lah saya. Kalau baik, tidak payahlah Tuan Pengerusi okeylah.

final • 6:00 PM

Tan Sri Datuk Panglima Joseph Kurup

That will be the last resort if they’re going to use kalau terdapat kera-kera yang pengacau sekali ini untuk menembak atau kaling kepala mereka. Kita mencari cara-cara yang lain, cara yang lain supaya mereka ini dapat berpindah ke tempat lain kalau boleh dan untuk tembak halau ia tidak masuk dalam kampung-kampung untuk menceroboh kebun-kebun petani-petani kita.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Langat bertanya berkaitan dengan perancangan pembangunan ladang hutan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan yang dipohon adalah untuk projek perhutanan tani dan perhutanan semula melalui aktiviti penanaman dan pemuliharaan spesies pokok hutan, pokok herba dan juga pokok pertanian komersial serta terancang bagi memulihara produktiviti kawasan hutan terutamanya kawasan hutan miskin yang tersorok. Pelaksanaan projek ini akan memberi penekanan kepada dua perkara iaitu penglibatan masyarakat tempatan serta pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan terbiar dan yang merosot.

Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanya berkaitan dengan Butiran Penyelarasan dan Operasi Tanah di bawah kepala 020300 sebanyak RM137 juta bagaimana ia diagihkan kepada pejabat-pejabat tanah negeri. Beliau juga bertanya berkaitan dengan Butiran 020400 mengenai Pasukan Petugas Khas, apakah fungsi-fungsi pasukan khas ini di negeri-negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Butiran 020300 mengenai dengan Penyelarasan dan Operasi Tanah sebanyak RM137 juta tersebut adalah merupakan pembayaran cukai- cukai tanah yang diperoleh oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dan operasi penguasaan penyelarasan tanah.

Bagi Butiran di bawah 020400 bagi Pasukan Petugas Khas adalah bagi tujuan pembayaran gaji emolumen dan urusan-urusan pentadbiran pasukan petugas khas ini yang ditempatkan di negeri-negeri untuk membantu pejabat-pejabat tanah dalam mempercepatkan urusan pentadbiran tanah seperti pendaftaran permohonan dan urusan-urusan yang lain serta pengutipan tunggakan cukai di pejabat-pejabat tanah.

Tuan Pengerusi, ada banyak lagi yang mungkin saya belum ada jawab di sini tetapi saya hanya boleh mendapat beberapa persoalan di sini iaitu Yang Berhormat Gelang Patah dan juga Yang Berhormat Sabak Bernam dan lain- lain itu saya mohon supaya ...

final • 6:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi minta maaf tetapi tentang Yang Berhormat Ledang penting, tentang Institut Penyelidikan Hidraulik Malaysia, sangat penting.

final • 6:10 PM

Tan Sri Datuk Panglima Joseph Kurup

Nanti saya jawab secara bertulis. Lebih baik saya jawab dengan cara bertulis. Yang Berhormat Gelang Patah bertanya membangkitkan isu pencemaran sungai dan di Kuala Sungai oleh pembinaan Coastal Highway yang menjejaskan pendapatan nelayan.

Beliau juga membangkitkan isu pemaju Taman Amira melepaskan kumbahan yang mencemarkan sungai dan meminta kementerian menyiasat dan mengambil tindakan. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penyiasatan sebenarnya dan kertas siasatan telah disediakan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemaju projek tersebut. Keduanya, Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan jika melanggar undang-undang itu bagi menjawab pertanyaan kedua sebentar tadi.

Manakala Yang Berhormat Sabak Bernam pula bertanya bagaimana kerajaan mengatasi masalah-masalah gangguan kera dan babi hutan yang

final • 6:10 PM

Tan Sri Datuk Panglima Joseph Kurup

sering merosakkan tanaman pertanian. Jabatan PERHILITAN telah diperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi pengurusan konflik hidupan liar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ianya termasuk pengurusan konflik kera dan babi hutan di Sabak Bernam dan ini juga bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sri Gading sebentar tadi itu tentang langkah-langkah yang kita gunakan untuk mengurangkan masalah ini;

(i) tangkap pindah

(ii) tembak mati, kita memberi lesen memburu babi hutan

(iii) pemandulan kera seperti yang saya katakan tadi itu

(iv) operasi bersepadu antara agensi dan selepas itu tembak halau.

Yang Berhormat Sabak Bernam juga bertanya berkaitan hakisan pantai di kawasan Sabak Bernam. Tuan Pengerusi, JAS mempunyai perancangan namun masalah kita ialah berkaitan dengan peruntukan belum mendapat kelulusan seterusnya. Walau bagaimanapun JPS akan memohon semula peruntukan tersebut. Tuan Pengerusi, saya berpendapat setakat itu sahaja saya dapat menjawab pada sekarang ini tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya tidak sempat untuk menjawab saya akan menjawab itu secara bertulis. Sekian dan terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM916,924,000 untuk Maksud B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM916,924,000 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,413,471,300 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,413,471,300 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011]

final • 6:10 PM
Maksud B.24 [Jadual] – Maksud P.24 [Anggaran Pembangunan 2011] –

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahaskan.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Jasin.

final • 6:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi saya peluang untuk mengambil bahagian. Pertamanya saya dapati bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri diberikan peruntukan untuk mengurus dan pembangunan bagi tahun 2011 yang berjumlah sebanyak RM1.2 bilion berbanding dengan peruntukan untuk mengurus pembangunan diberi untuk tahun 2010 sebanyak RM2.8 bilion.

Ada perbezaan lebih kurang RM1.6 bilion. Jadi saya pun hendak tanya sama ada peruntukan ini mencukupi untuk usaha kita dalam menarik

final • 6:18 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

pelaburan untuk kementerian ini. Seterusnya saya pergi kepada Butiran 090300 dan Butiran 100800 Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana

(SME Corp. Malaysia).

Isu kelembapan proses untuk mendapatkan kelulusan bagi pembiayaan serta kekurangan pakar dalam SME Bank bagi menilai permohonan pembiayaan terutama yang membabitkan syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana iaitu PKS perlu kita berikan perhatian segera.

Ini kerana kegagalan untuk mendapatkan pembiayaan daripada SME Bank yang telah kita bangkitkan di pelbagai tempat dan sewajarnya ianya ditangani secara serius memandangkan ia boleh menjejas langkah kerajaan untuk merangsang pelaburan domestik.

final • 6:18 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Malah isu ini dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, soalan saya adakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan perbincangan bersama pengurusan-pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia secepat mungkin supaya kita dapat menangani isu pembiayaan terutamanya yang membabitkan syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana. Ini kerana rata-rata permohonan SME daripada golongan pertengahan dan bawahan serta adalah daripada kelompok bumiputera terutamanya daripada luar bandar.

Seterusnya saya ingin bertanya, apakah sebab utama permohonan ini ditolak ataupun tidak berjaya dan apakah bentuk bimbingan yang telah diberikan oleh pihak SME Bank supaya kita dapat membantu pengusaha- pengusaha ini dalam menyediakan kertas kerja. Seterusnya berapakah sebenarnya jumlah dan peratusan pinjaman yang telah kita luluskan mengikut kaum? Ini kerana kita dapati sekelompok pengusaha sahaja yang mendapat faedah daripada pinjaman ini. Seterusnya adakah jumlah pinjaman ini telah habis diagihkan setakat sekarang atau adakah kita menghadapi kekurangan peruntukan dan apakah strategi kita untuk tahun 2011.

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 030500 Dasar Penyelaras Rundingan Perdagangan Bebas (FTA). Sebagai sebuah negara yang berorientasikan eksport, kerana sektor ini telah dapat banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas usaha kerajaan meneruskan usaha untuk memeterai banyak perjanjian dengan rakan dagang FTA dengan berbagai-bagai negara. Akan tetapi soalan saya, apakah sebenarnya usaha pihak kementerian dalam merealisasikan usaha memantau pematuhan ataupun dengan izin, compliance obligasi FTA oleh Malaysia dan rakan dagangan FTA serta kita mahu mengkaji apakah sebenarnya kesan dan impak kalau pelaksanaan FTA ini ke atas Malaysia.

Keduanya, apakah sebenarnya hasil rundingan FTA bersama dengan EU, Amerika, Australia, India, Jepun dan China. Setakat manakah sebenarnya kepentingan negara diberikan perlindungan. Adakah nilai eksport dan import kita setanding dan dapat diterima oleh negara luar dalam rundingan AFTA.

Ketiganya saya ingin bertanya berapakah sebenarnya jumlah isu yang masih tertunggak dan yang tidak boleh dipersetujui oleh pertamanya pihak Amerika dan rundingan tidak dapat diteruskan. Adakah isu ini ada kaitan dengan keselamatan dan juga kebajikan rakyat seperti paten pelabelan makanan yang diubahsuai secara genetik, hak pekerja dan juga lain-lain.

Saya juga ingin mohon penjelasan lanjut tentang FTA Malaysia dan Amerika ini iaitu berhubung dengan lima isu yang kita selalu bincangkan, iaitu:

(i) petani kita tidak terjejas oleh FTA, terutamanya yang berhubung kait dengan isu beras dan juga tembakau;

final • 6:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

(ii) rakyat tidak hilang pekerjaan. Ini sebenarnya isu pelabur asing;

(iii) harga ubat tidak naik mendadak, isu paten;

(iv) FTA tidak akan memberi status istimewa kepada syarikat-syarikat Amerika; dan,

(v) sektor kemudahan asas sentiasa kita berikan perlindungan.

Saya ingin mencadangkan supaya kandungan perbincangan yang kita buat di antara Amerika supaya dapat kita umumkan dan dibuka ruang untuk pendapat-pendapat awam terutamanya kalau boleh kita berikan maklum balas dalam apa juga perjumpaan-perjumpaan dengan pihak-pihak industrial players ataupun pihak-pihak NGO supaya kita mampu untuk menjaga kepentingan negara.

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 050000 - Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Ini sebenarnya adalah isu berkaitan dengan pengkorporatan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang menjadi Lembaga Pembangunan Pelaburan dalam Bajet 2011 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi saya hendak tanya setakat manakah sebenarnya keyakinan kerajaan langkah-langkah kita mengkorporatkan MIDA ini yang kita jangka bakal untuk membawa kejayaan dalam usaha kita untuk menarik pelabur-pelabur asing. Saya juga ingin bertanya berapakah sebenarnya nilai sumbangan bagi sektor perkilangan bagi tempoh suku tahun pertama 2010 berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2009.

Saya juga ingin bertanya berapakah sebenarnya nilai sumbangan bagi sektor-sektor terpilih bagi tiga suku pertama 2009 berbanding dengan 2010 di bawah. Oleh kerana soalan ini patut kita bentangkan kepada pihak kerajaan supaya kita dapat memberikan maklumat yang jelas terutamanya pihak pembangkang yang selalu mengkritik usaha kerajaan. Selama ini pihak kerajaan telah berusaha dengan begitu gigih sekali untuk mendapatkan pelaburan tetapi ianya diperlekehkan oleh pihak-pihak pembangkang. Jadi saya mohon kalau boleh pihak kerajaan dapat memberikan perincian terutamanya dalam isu yang bersangkutan dengan kelengkapan pengangkutan selepas itu tentang pengilangan makanan, bahan-bahan kimia perindustrian. Selepas itu semi konduktor dan komponen elektronik yang lain dan juga produk-produk yang berasaskan getah.

Saya juga memohon bertanya jumlah projek yang telah kita luluskan pada tahun 2009 dan 2010 dan bilakah dilaksanakan? Berapakah sebenarnya jumlah pekerjaan yang bakal diwujudkan? Juga kita ingin mohon pecahan berdasarkan kategori pengurusan. Selepas itu teknikal, penyeliaan dan juga pekerja mahir. Kita mahu kalau boleh memberikan perincian supaya kita dapat melihat setakat manakah sebenarnya para-para pelabur ini menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Di samping FDI yang kita memang jangka, memang menurun berbanding dengan tahun-tahun yang lepas kerana masalah krisis ekonomi dunia, kita mahu melihat supaya kerajaan memberikan perhatian kepada DDI.

Ini kerana kita yakin sebagai rakyat Malaysia kita sentiasa menumpahkan semangat kesetiaan kita yang tidak berbelah bagi dan kalau boleh kita mahu lihat supaya kerajaan sentiasa memberikan perhatian dan apa juga insentif yang kita beri kepada pelabur-pelabur asing seharusnya kita berikan insentif yang sama kepada pelabur-pelabur tempatan kerana mereka ini terbukti tidak akan lari dalam apa jua keadaan sekalipun.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya mohon kalau boleh kita berikan perincian tentang jumlah pelaburan DDI, pecahannya mengikut produk logam asas, elektrik dan elektronik dan juga lain-lain. Saya juga ingin bertanya akan status dan kemajuan yang dicapai dalam usaha kerajaan yang komited untuk menjalankan transformasi pertanian bagi menjadikan ianya sebagai satu sektor yang moden dan maju dalam usaha kita untuk mempromosikan negara sebagai hab halal antarabangsa dan kemajuan yang dicapai oleh Halal Hub Development Corporation. Adakah Malaysia turut mempromosikan piawaian halal Malaysia sebagai ukuran untuk piawaian antarabangsa bagi produk halal kita.

Bagi tempoh tiga tahun pertama 2010, berapakah sebenarnya jumlah kelulusan projek-projek R&D dan nilai pelaburan yang telah kita luluskan di bawah galakan taraf perintis, elaun cukai pelaburan dan kita mahu kalau boleh disenaraikan industri-industri terpilih dalam kelulusan-kelulusan R&D.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya menyebut tentang jumlah pelaburan ini kerana saya terbaca satu artikel pada dua hari yang lepas dalam satu surat khabar bahasa Inggeris.

Saya tidak tahu sama ada figure ini betul dan sama ada pihak kerajaan negeri, pihak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Negeri boleh memberikan perincian ataupun mengumumkan tentang jumlah pelaburan setakat bulan Ogos tahun 2010. Berita ini dikeluarkan dalam sebuah surat khabar bertarikh 23 November 2010.

Saya mohon keizinan daripada Tuan Pengerusi untuk membacakan - ia kata, “Penang attracts RM2.53 billion investments setakat bulan Ogos.” Setahu saya selalunya yang akan mengumunkan tentang jumlah pelaburan- pelaburan untuk tahap setahap adalah Yang Berhormat Menteri MITI. Macam mana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang ini boleh sebutkan ini? Juga adakah jumlah ini betul atau tidak? Ataupun ini satu gimik politik?

final • 6:30 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Minta mencelah.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Sila.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Sebenarnya apa yang disebut ialah angka yang telah diterbitkan dan juga disalurkan menerusi MITI kepada kerajaan negeri. Itu sahaja.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jasin. Masa Yang Berhormat, masa.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Habis?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Sila teruskan.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Last sekali. Oleh kerana masa saya sudah habis, saya pun tidak dapat jawab, biar Yang Berhormat Menteri jawab sahaja. Akan tetapi yang saya tahu...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Boleh respons kepada Yang Berhormat Menteri, boleh disebut Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Boleh ya?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Boleh, sila.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Akan tetapi apa yang disebut di sini yang saya maklum Yang Berhormat Menteri MITI akan mengumumkan setakat ada tahap-tahapnya. Peringkat mungkin penggal pertama atau penggal kedua. Akan tetapi disebut di sini lapan bulan pertama, selepas itu ia sebutkan tentang negeri Selangor juga. Apa ada kena-mengena

final • 6:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Penang dengan negeri Selangor? Ia buat perbezaan antara negeri dengan negeri. Jadi sebab itu saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, biarlah Yang Berhormat Menteri jawab sama ada berpatutan atau tidak seorang pemimpin negeri mengumumkan tentang jumlah pelaburan negerinya dan juga negeri-negeri yang lain? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyokong.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.

Sila.

final • 6:30 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Maksud Bekalan B.24. Saya terus kepada Butiran 030000 – Perdagangan Antarabangsa dan juga Butiran 100200 – Program Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan.

Sila ingin tidak bercakap lama, merujuk Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Walaupun telah disebutkan berkali-kali, tetapi saya fikir isu ini sangat amat penting dan saya pohon supaya pihak kementerian memberi ataupun satu pandangan terbuka terhadap cadangan ini. Di mana jumlah pelaburan langsung asing

(FDI) mencatatkan pelaburan mendadak bagi tahun 2009. Jumlah FDI berkurangan RM19.04 bilion dibandingkan dengan RM23.47 bilion pada tahun 2008, yang agak memalukan buat Malaysia kalau dibandingkan dengan negara-negara serantau seperti Thailand dan Indonesia yang tidak menguncup FDI ia dengan begitu teruk. Saya fikir kalau bagi Thailand kehilangan RM14.24 bilion ini, manakala Indonesia sebanyak RM8.32 bilion mencerminkan satu penurunan. Namun dari segi total outflow kita yang mengalami penurunan untuk tahun 2009, di mana outward FDI lebih daripada inward.

Kejatuhan ini mencatatkan sejarah yang paling buruk dalam 15 tahun dan saya fikir tentunya kami juga sedar bahawa ia memberi kesan jangka panjang terhadap pelabur-pelabur asing, keyakinan mereka terutama pelabur dari negara serantau - Asia sendiri. Saya pohon penjelasan daripada pihak kementerian tentang faktor-faktor utama penguncupan FDI. Saya fikir sebelum ini Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan alasan yang pada saya tidak munasabah, bahawa kritikan pihak pembangkang tentang kelemahan negara telah menimbulkan ketakutan di kalangan pelabur asing.

Saya sedar dan saya yakin bahawa pelabur asing bukanlah begitu mudah untuk tertipu dengan dakyah, justeru membuktikan tentang kebenaran kritikan-kritikan tersebut. Ia bukan sekadar tanggungjawab kita untuk memaklumkan kebenaran dalam negara tetapi perlulah seiring dengan kata- kata kita di luar negara. Dalam dunia tanpa sempadan ini maklumat boleh didapati terus daripada Hansard laman web Parlimen. Tidak perlu tunggu ucapan-ucapan di negara lain. Pelabur asing lebih hebat, lebih kompleks dan lebih sophisticated daripada kita, dengan izin. Jadi saya pohon jawapan yang lebih mantap dan rasional. Mungkin jangan terlalu emosi kerana ini isu penting dan saya fikir tahap kejayaan negara menarik FDI itu adalah sama-sama kejayaan yang dikongsi bersama oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Saya hanya ingin merujuk Laporan Citibank dalam laporan monthly outlook Tuan Pengerusi. Bulan Ogos 2010 - penguncupan FDI yang paling serius mungkin saya sudah sebut, tetapi isu yang utama yang dibangkitkan adalah tentang gaji sejam di Malaysia untuk pekerja itu jauh lebih kurang dua kali ganda lebih besar berbanding dengan negara China. Kita memang tidak ada pilihan lain selain daripada mengubah kerangka ekonomi yang sedia ada.

Kita bukan lagi dan tidak boleh terus menjadi low-wage economy dengan izin, seperti yang digambarkan ataupun dijelaskan oleh pihak NEAC sebelumnya dan kita perlu berganjak kepada high-income nation.

final • 6:32 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Saya hanya ingin sebut tentang laporan NEAC, keperluan untuk mengimplementasikan Model Ekonomi Baru yang keyakinan - the key is in building confidence, dengan izin. Jadi saya amat bimbang apabila cadangan Model Ekonomi Baru ini. Bahagian II sepatutnya diterbitkan bersama dengan pengumuman ETP ditangguhkan pula pada 3 Disember tahun ini. Saya fikir kementerian mempunyai peranan yang begitu penting untuk meneliti juga, kerana sebelumnya disebut tentang Laporan IMD - World Competitiveness Yearbook. Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut yang kita memang baik dalam top ten. Akan tetapi saya rasa perlu ada kesediaan untuk mencari the correlation antara ranking dalam IMD dan realiti penarikan atau pelaburan asing. Ini kerana contohnya negara China rangking hanyalah nombor 18, belakang daripada kita tetapi kadar tarikan FDI lebih baik. Jadi kadangkala tidak boleh kita rumuskan kalau kejayaan dalam IMD itu sudah mencukupi, mungkin tidak ada correlation antara FDI dan IMD. Saya minta penjelasan dalam bab ini.

Saya juga tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pangkalan produk dan bahan mentah sebelum dieksport ke negara-negara lain. Saya ingin bertanya jika benar pihak kementerian komited untuk melaksanakan sistem ini, negara manakah yang menjadi sasaran utama, target ataupun model sebagai perintis untuk modul yang diperkenalkan? Apakah faktor-faktor penarik yang kementerian fikir boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk menjadikan kita pangkalan produk yang berjaya? Selain daripada menjadikan Malaysia sebuah negara pangkalan produk terutamanya, apakah dasar atau strategi pihak kementerian dalam usaha meningkatkan kembali jumlah FDI Malaysia?

Juga berkait secara khusus - Tuan Pengerusi tidak lama saya. Secara khusus saya masih mahu sebut, apakah sasaran jangka masa pelaksanaan lapan inisiatif strategik untuk Model Ekonomi Baru? Antaranya menyegarkan sektor swasta semula, membina tenaga kerja berkualiti, bergerak ke arah dasar diskriminatif yang telus, mesra pasaran berdasarkan merit dan keperluan bukan lagi warna kulit. Jadi apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian untuk memastikan rekomendasi-rekomendasi NEAC ini dilaksanakan kerana kita perlu ada satu bentuk konsistensi dan hubungan ataupun kerjasama yang baik antara strategi kementerian, strategi kerajaan dan cadangan NEAC. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi. Itu sahaja.

final • 6:32 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 6:32 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Perancangan Strategik iaitu bagi menarik perhatian dan di samping itu menanyakan soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah strategi perancangan strategik yang dilakukan mengambil kira bahawa – sebenarnya dalam kita menuju ke arah negara maju, kita juga tidak boleh tidak menekankan kepentingan sektor perindustrian (industrialized sector). Kalau kita melihat kepada negara-negara maju di dunia, the first world economy dengan izin, they are industrialized economy.

Jadi bagi Malaysia, saya mendapati bahawa penstrukturan semula ekonomi kita memberi penekanan kepada service sector. Sektor perkhidmatan yang ditekankan dan akan dikembangkan. Penekanan terhadap sektor perindustrian nampaknya memang dianggap penting tetapi tidak diuar-uarkan dengan komitmen yang begitu tinggi.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya bimbang kita akan menjadi sebuah negara pengguna buat selama-lamanya. Kalau kita terus menjadi negara pengguna, kita akan menjadi negara yang bergantung atau dependent on others’ economies. Kalau kita hendak beli peralatan-peralatan ketenteraan pun umpamanya, kita terpaksa beli daripada negara lain. Kalau kita hendak beli peralatan pengangkutan pun, kita kena beli daripada negara lain. Jadi, ini merugikan dari segi ekonomi di mana pengaliran wang (foreign exchange) keluar negara yang besar. Ini kerana permintaan kepada produk-produk yang sedemikian – industrialized product, intermediate product dengan izin, adalah besar.

Kita mesti menjadi negara pengeluar juga di suatu masa nanti kalau kita mahu jadi sebuah negara yang kuat dari segi ekonominya. Lagi satu dari segi perancangan strategik ini, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana kerajaan kita memberi penekanan kepada equitable distribution of investment dengan izin? Ini kerana kita melihat bahawa kebanyakan daripada projek yang dilaksanakan oleh FDI ataupun domestic investment dengan izin, banyak tertumpu kepada kawasan-kawasan tertentu seperti di Lembah Klang, di Pulau Pinang, mahu pun di pekan-pekan besar sahaja.

Ini tidak begitu baik dari segi pertumbuhan ekonomi negara. Sekiranya kita mahu melihat negara ini menjadi sebuah negara yang maju, saya kira projek-projek pembangunan pelaburan sama ada daripada asing ataupun tempatan, perlu kita bawa ke kawasan-kawasan baru di luar bandar yang pada masa ini tidak kurang kemudahan infrastrukturnya, sama ada dari segi bekalan kemudahan asas air dan api yang diperlukan oleh perkilangan ataupun dari segi pengangkutan jalan-jalan yang baik. Tidak ada masalah untuk hubungan atau akses dengan pelabuhan-pelabuhan kerana transportation cost tidak begitu tinggi dengan adanya jalan-jalan, lebuh raya yang begitu tinggi kualitinya pada hari ini.

Jadi, saya kira perancangan strategik kerajaan dalam pembangunan perindustrian perlu dibawa ke luar bandar di mana ianya akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Pada hari ini kita melihat ramai belia-belia, ibu-ibu tunggal dan juga ahli masyarakat di luar bandar yang menganggur dan tidak ada pekerjaan. Selain daripada itu, ada yang bekerja hanya separuh masa ataupun apa yang dikatakan semi-employed atau under employment dengan izin. Masa mereka tidak digunakan sepenuhnya secara produktif kerana tidak adanya peluang pekerjaan.

Malah, bukan sahaja tidak ada peluang pekerjaan – oleh kerana tidak adanya projek-projek ekonomi, perkilangan, perindustrian yang dibawa, maka tidak ada sampingan daripada projek tersebut yang memberi peluang kepada mereka untuk menjadi usahawan – usahawan-usahawan kecil, peniaga- peniaga kecil. Itu kesan sampingan ataupun apa yang disebut sebagai multiplier effect dengan izin, kepada masyarakat di luar bandar. Ini tidak, ia hanya tertumpu kepada bandar.

Dari segi kerajaan pun tidak menguntungkan sangat. Dari segi politik pun tidak menguntungkan, kerana yang duduk di bandar ini, berapa banyak sekalipun kemajuan yang dibawa, mereka nampaknya tidak begitu apresiasi, tidak begitu – kalau guna perkataan bersyukur, pembangkang marah – “Kenapa mesti tanya rakyat bersyukur kah tidak?” Akan tetapi, perlulah bersyukur di atas apa yang dibuat oleh kerajaan. Jadi dengan sebab itu, saya fikir penduduk luar bandar adalah penyokong kuat kerajaan. Penyokong kuat kerajaan pada hari ini dan sebelum ini yang cuba hendak digoncang oleh pihak pembangkang dengan berbagai-bagai cara. Kita tahu, mereka ini adalah penyokong kita dan perlu kita kembalikan sokongan mereka itu dengan peluang-peluang pekerjaan, peluang-peluang perniagaan dan sebagainya.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Pengerusi, selain daripada itu, saya ingin menyentuh berhubung dengan peranan international trade commissioners kita di luar negara. Apa peranan mereka sebenarnya? Janganlah di atas kertas sahaja cantik – kononnya international trade commissioners ini untuk mempromosikan perdagangan kita di luar negara, mempromosikan produk, menarik pelaburan, tetapi sebenarnya – setakat mana kerajaan telah menilai prestasi dan pencapaian mereka dalam membantu kita untuk mempromosikan produk kita?

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa rural produk kita yang boleh membantu kepada ekonomi luar bandar – kita ada banyak produk luar bandar. Jangan kita ada underestimate, jangan kita perkecilkan bahawa luar bandar tidak ada rural products. Mungkin tidak ada produk...

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mungkin dari segi kualitinya perlu ditingkatkan. Itu pun kita boleh lakukan kalau kita mempunyai perancangan dan komitmen dari segi itu. Akan tetapi malangnya, saya lihat ke mana juga di luar negeri kita pergi – melancong ataupun menghadiri apa-apa juga acara di luar negeri, kita tidak melihat. Tidak melihat.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kota Belud ada berdiri di belakang.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tentang foreign trade commissioners tadi.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat tentang kualiti promosi yang dibuat oleh kerajaan di Ekspo Dunia di Shanghai. Saya pernah menghadiri ekspo ini Tuan Pengerusi, dan saya begitu kecewa kerana kualiti standard promosi dagangan di dalam Pavilion Malaysia itu amat mengecewakan.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Malah saya meminta pandangan Yang Berhormat, setahu saya tema untuk Ekspo Dunia di Shanghai itu ialah 21st Century dengan izin. Apa yang berlaku negara-negara yang ingin mempamerkan barang-barang produk tentang negara mereka itu berdasarkan apa yang mungkin berlaku 21st Century. Akan tetapi apa yang berlaku di Pavilion Malaysia Yang Berhormat ialah keadaan di mana kita masih lagi menunjukkan cara pembuatan batik contohnya dengan menggunakan canting, tidak menggunakan robot atau mesin dan sebagainya serta banyak pameran yang statik sedangkan negara- negara lain mempunyai pameran yang mempunyai IT, digital dan sebagainya.

Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat ialah apakah ini Yang Berhormat risaukan tadi tentang peranan MATRADE, MIDA, Trade Commissioner dengan izin di negara-negara luar ini yang tidak membantu kerajaan dalam mencapai objektif kerajaan untuk mempromosikan kerajaan. Minta penjelasan, terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Salak respons sahaja kepada itu Yang Berhormat, kerana masa tidak mengizinkan.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi, saya tidak berkesempatan pergi ke ekspo di negara China kerana tidak mampu [Ketawa] MITI pun tidak memilih saya untuk hantar pergi,

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

tetapi tidak apalah itu nasib badan. Ketawa] Walau bagaimanapun saya orang yang komited dalam perjuangan....

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Promosi dan saya rasa bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Kinabalu tadi...

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kota Belud.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Kota Belud maaf, sebab di belakang tidak nampak tulisan. Jadi inilah yang menjadi masalahnya iaitu apa yang dilakukan oleh pegawai kita, janganlah membuat sambil lewa. Saya mungkin - Menteri akan marah disebutkan ini tetapi we have to admit and accept if you want to improve dengan izin, kelemahan kita. Saya pergi ke New York,

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pergi New York dahulu.

final • 6:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

New York itu semasa kerajaan memerintah...

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dipilih, dipilih Dato' Nazri hantar. [Ketawa] Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menghadiri UNGA, jadi saya pergilah. Akan tetapi saya tidak lupa membawa isteri saya juga. [Ketawa] Jadi saya melihat apabila saya menjenguk kepada pejabat Trade Commissioner sunyi sepi, tidak ada apa-apa, nothing.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak ada orang pun.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nothing dan this is happening all over the place. Kalau sekiranya betul mereka itu boleh mempertikaikan hujah kita apa buktinya kejayaan mereka yang bawa?

Tunjukkan hasil kerja mereka itu...

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

KPI.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

KPI nya di mana dan jangan berasa marah kalau ditegur begini, jangan cuba menegakkan benang yang basah. Saya hendak beri peringatan ini, soal - mungkin ada akan dijawab bahawa saya membuat kenyataan yang tidak sedap didengar. Saya berharap Menteri pada hari ini, Menteri baru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri seorang pemimpin yang bekerja kuat, komited, berkaliber, berkelulusan tinggi tentu akan boleh membawa perbezaan. Ini yang saya harapkan kepada Trade Commissioner kita yang ada pada hari ini supaya mereka betul-betul.

Kalau tidak layak balik dan gantikan dengan lain, ramai pegawai-pegawai lain yang boleh, boleh dilatih dan diberikan latihan dahulu jangan hantar begitu sahaja.

KPInya mesti ada, kita bercakap soal KPI, NKRA tetapi jangan letakkan on paper sahaja. Menteri NKRAnya bagus, pencapaiannya tinggi, KPInya dipenuhi tetapi pegawai macam mana? Saya hendak tanya pegawai macam mana? Menteri tidak boleh membuat satu kerja berseorangan, dia memerlukan sokongan daripada pegawai. Ini persoalannya, saya minta maaf - mungkin sebab tidak dibawa pergi ke negara China. [Ketawa]

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Persoalannya Yang Berhormat Pasir Salak, persoalannya masa.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Soalannya masa, jadi saya akhiri dengan satu lagi Tuan Pengerusi, kalau boleh lagi satu kalau ada minat umpamanya peluang-peluang untuk pengusaha, usahawan dan kita terutamanya yang sedang bertatih dan merangkak iaitu kaum bumiputera, dia tidak kesampaian ke Amerika, Europe, Japan dan Korea. Dia tidak tahu peluang agensi, francais daripada negara-negara tersebut. Manufactures daripada negara-negara tersebut, dia tidak tahu kalau dia tahu pun dia tidak kesampaian, tidak ada hubungan, tidak ada kemampuan bagaimana caranya kita hendak memberikan peluang kepada mereka untuk mendapatkan perniagaan, francais, international agencies ini yang mana kita dapat lihat di shopping-shopping complex, di puas-pusat perdagangan dimonopoli oleh tauke-tauke yang sama, orang-orang yang kaya, syarikat-syarikat besar daripada dahulu sehingga sekarang.

Di mana peluang untuk usahawan baru? Kenapa tidak MITI? MITI mengambil peranan untuk menemui manufactures, pengeluar-pengeluar dan mengadakan satu match making membantu supaya ada peluang baru. Kalau ada agensi francais kereta umpamanya janganlah pergi kepada syarikat itu sahaja, balik-balik syarikat itu. Saya tidak mahu nama syarikat tersebut dekat sini, balik-balik tauke itu. Kenapa tidak ada tauke lain yang baru dan boleh dididik, dibangunkan dan mendapat francais, agensi importation rights, assembly rights, distribution right, all the rights, why this is not happening?

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudah lama, it is all alright. It is not all right.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Salak, others MP also got right to speak.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Siapa?

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Masa.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya gulung, saya menaruh harapan yang tinggi kepada Menteri yang baru. Kalau tidak ada perubahan, kita sedih. Bila lagi, Menteri mana lagi yang boleh kita harapkan...

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pasir Salak agaknya.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menteri mana lagi yang kita hendak harapkan? Yang sudah-sudah begitulah pencapaiannya.

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Begitulah pencapaian, apabila kita tegur, kita berikan pendapat wah! Brushed aside!

Seolah-olah kita ini bengong tidak tahu cakap, tidak reti, tidak faham dari segi dasar, planning, business, ini yang saya marah. Umpamanya dari segi AP kereta.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Salak, jangan sampai saya pula marah.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak. [Ketawa] Jangan Tuan Pengerusi marah saya duduk...

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Itulah itu.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Ketawa]

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

You’re also brushed aside my comments.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya...

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu saya maafkan, mintalah kepada Menteri buatlah sesuatu yang inovatif, kreatif sebagaimana yang disebut oleh Perdana Menteri. New strategy, new thinking, think out of the box. Bold, being bold, bold, where is the bold.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

[Ketawa]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Think big, where is the big?

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Salak, ‘bald ball’ atau bold.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sekian terima kasih. [Ketawa]

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

Kamu ini seperti hendak perli Menteri sahaja.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 6:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih juga Yang Berhormat Pasir Salak rasa terhibur.

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, saya juga tidak mengambil masa, saya cuba mengambil masa yang ringkas untuk beberapa perkara yang pada fikiran saya mustahak sahaja. Pertama berkenaan dengan butiran di bawah Maksud Bekalan 30200 itu Hubungan Ekonomi dan Perdagangan, yang sekali gus membawa kepada Kesan Sekretariat Mudah sebagaimana yang ada 30600.

Tuan Pengerusi, kita difahamkan bahawa di dalam rundingan yang mencapai kata sepakat terkini atau terakhir ini, beberapa perjanjian telah dimuktamadkan dan antaranya disebut beberapa hari yang lalu dan laporan mengatakan muktamadkan rundingan untuk mengelakkan cukai dua kali iaitu perjanjian penggalakan Double Taxation Agreement dengan izin, yang telah dimuktamadkan termasuk yang tertangguh beberapa tahun seperti perjanjian dengan pihak Amerika Syarikat dan juga Negara China yang telah tertangguh begitu lama. Saya hendak tahu perkembangan secara detail, apakah bidang- bidang yang telah kita dapat muktamadkan.

final • 6:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini kerana tidak ada exclusivity, dengan izin kepada keseluruhan perjanjian penggalakan cukai dua kali tersebut yang juga membawa maksud pada baru-baru ini, kementerian di bawah Perdana Menteri telah mencadangkan dalam belanjawan beberapa minggu yang lalu, bahawa 300 item cukai import telah dicadangkan untuk dihapuskan secara serta-merta.

Saya pernah bertanya kepada pihak kementerian, berapakah anggaran kehilangan hasil ataupun terkurangnya hasil disabitkan kita mengecualikan duti import kepada 300 jenis barang. Saya menerima jawapan secara bertulis, dikatakan sebanyak hanya RM240 juta sahaja.

Ini bermakna jumlah yang dijangka itu hanya 0.22%, tidak sampai setengah peratus pun daripada duti import keseluruhan, RM2.1 bilion. Adakah jangkaan ini boleh dikatakan kemas dibuat kerana saya bimbang kedudukan duti import kita juga memberi tekanan kepada usaha penambahan hasil negara melalui sistem percukaian sama ada langsung dan tidak langsung.

Saya kebetulan mendapat akses untuk membaca satu laporan yang dikeluarkan terkini berkenaan dengan negara-negara di sekitar ASEAN yang berlumba-lumba untuk menarik pelaburan asing dengan menawarkan kemudahan-kemudahan pengecualian cukai termasuk cukai import dan juga duti-duti. Dalam masa yang sama, negara kita telah mencadangkan dan juga melaksanakan banyak insentif yang kelihatannya seperti macam kita hendak

final • 7:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

beri perkhidmatan percuma sahaja kepada pelabur asing. Yang mustahak pada pandangan saya untuk kita fikirkan bersama, kita telah lama memberi atau menawarkan elaun cukai pelaburan atau tax investment allowance.

Saya hendak tanya, sehingga kini berapakah nilai ataupun anggaran nilai yang telah kita tawarkan kepada pelabur asing dalam bentuk elaun cukai pelaburan kerana kita telah beri kepada mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun terakhir. Oleh sebab kita menghadapi masalah FDI seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai dan rakan-rakan kita yang lain, saya hendak tahu apakah jumlah yang kita anggarkan kita telah beri kepada pelabur asing, kerana mereka ini dilihat macam tidak menghargai seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat Pasir Salak, telah diberi perkhidmatan itu ataupun layanan yang baik, tetapi masih lagi keluar dan tidak berminat untuk datang dan melabur ke dalam negara kita terutama dalam jangka masa dua atau tiga tahun kebelakangan ini.

Selain daripada itu, elaun pelaburan semula (reinvestment allowance) yang memang menjadi minat tertinggi pelabur asing untuk masuk ke sesuatu negara. Ini kerana elaun pelaburan semula ini boleh diseratakan mengikut tempoh sehingga 10 tahun. Kita memang memberi tawaran ini kepada mereka.

Elaun pelaburan semula boleh diagih-agihkan mengikut tempoh perakaunan sehingga mereka ini seolah-olah tidak perlu membayar cukai langsung. Ini kerana offset ataupun ditolak daripada elaun cukai pelaburan semula dam mereka cukup pakar dari segi mengagihkan mengikut suku tahun masing- masing untuk menjadikan cukai mereka bayar hampir minima.

Selain daripada itu, yang juga diminati oleh mereka elaun modal ataupun cara mereka meneliti sudut, di mana elaun modal boleh juga mengurangkan cukai yang patut mereka bayar atau yang dikenakan terhadap mereka. Kita ada lagi satu yang kita tawarkan baru ini, elaun loji perkhidmatan yang juga menyentuh kepada pelaburan dalam bidang industri hijau untuk kita mempromosikan langkah-langkah untuk mempertingkatkan industri yang berkaitan dengan industri hijau, polisi negara. Saya hendak tahu juga, berapa anggaran kita untuk tahun 2011 yang kita tawarkan atau direbut atau diraih oleh pelabur asing ini?

Elaun terakhir yang juga sangat diminati oleh pelabur asing iaitu elaun transfer of technology, dengan izin di mana pengiraannya buat masa ini kita buka dan kita benarkan atas satu laporan yang direkod oleh mereka, dihantar kepada pihak kementerian yang bertanggungjawab. Kita tidak mengetatkan dari segi penghuraian kronologi laporan ini kerana kita hendak menggalakkan penceburan pelaburan dalam transfer of technology ini. Saya hendak tanya, apakah perkembangan terkini? Kalau tidak ada statistik pun tidak mengapa.

Apakah kaedah ataupun perkembangan terkini melayan elaun-elaun yang pernah kita tawarkan kepada pelabur asing?

Oleh kerana masalah FDI dan DDI dianggap dua permasalahan utama yang merunsingkan kita kerana kejatuhan. Tidak kiralah apa sahaja laporan, itu tidak mustahak tetapi yang mustahaknya masalah ini adalah masalah yang benar. This is a real situation, dengan izin. Kita sendiri mengakui bahawa kita menghadapi perangkap. Negara kita berdepan dengan masalah perangkap pendapatan sederhana dan rendah. Ini memang menjadi kerisauan utama.

Saya juga berkongsi kerisauan itu kerana pihak kerajaan sudah bertungkus- lumus untuk memberi kefahaman tentang ETP, GTP, NKRA dan sebagainya.

Memang itu membayangkan, memang kita mengiktiraf itulah masalah yang kita hadapi sekarang dan kita hendak cuba baiki.

Saya mewakili rakan-rakan di sebelah sini juga berusaha. Insya-Allah kita tidak ada maksud untuk memburukkan keadaan, tetapi kita bersama berkongsi kedudukan ini bermula dengan kerajaan sudah pun mengiktiraf masalah itu dan saya harap ini antara perkara yang diberi tumpuan serius

final • 7:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

bukan hanya untuk menjawab mengatakan kita di pihak yang dianiaya dan sebagainya atau sebagai contoh, mengatakan Ketua Pembangkang, hanya seorang individu berjaya memusnahkan pelaburan asing yang sepatutnya masuk. Itu tidak munasabah sama sekali dan itu tidak memberi kebaikan dan menyelesaikan apa-apa masalah. Jadi, saya berharap perkara itu menjadi perhatian pada kali ini.

Dalam tajuk yang sama, perkara yang sama, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah yang hendak dicadangkan selepas daripada ini? Oleh sebab kita telah melepaskan peluang yang agak keemasan, kita menjadi peneraju utama antara inisiatif awal merintis jalan untuk membangunkan produk perbankan Islam ataupun produk kewangan Islam yang kita rintis. Kita antara negara yang merintis produk-produk ini termasuk tujuannya menggalakkan pelabur-pelabur asing dalam bidang perbankan untuk masuk ke dalam negara kita. Kita liberalisasikan subsektor kewangan kita, paling tertumpunya ke atas bidang kewangan Islam atau produk-produk perbankan Islam.

Akan tetapi malangnya pada hari ini Tuan Pengerusi, negara United Kingdom telah merebut peluang ini dan berjaya merebut peluang ini menjadi negara pertama tertinggi dari segi mengeksploitasi dan mengepalai transaksi- transaksi yang berbentuk kewangan Islam atau perbankan Islam. Diikuti dengan Singapura jiran kita, Taiwan, Korea dan saya tidak tahu kedudukan Malaysia di nombor berapa, saya tidak tahu. Mungkin Yang Berhormat Menteri mempunyai data ini.

Saya hendak tanya, setelah kita tertinggal peluang keemasan ini, ada tidak rancangan kita untuk memulihkan keadaan ini? Saya rasa tidak adil oleh sebab kita di antara negara yang merintis produk ini, akhirnya kita tertinggal menjadi pengikut sahaja. Adalah tidak munasabah sama sekali dan saya agak tidak keterlaluan kalau saya kata, saya sebagai Ahli Parlimen walaupun di pihak pembangkang, saya merasa malu. Saya merasa malu kerana ini produk kita. Sepatutnya kita boleh menguasai.

Sekali lagi oleh sebab mantan Pengerusi OIC masih ada di dalam Dewan, saya berhasrat kita berusahalah untuk membaiki kedudukan Malaysia daripada nombor tidak tahu berapa, sekurang-kurangnya kita adalah dalam antara carta yang tertinggi sebagai orang kata menghormati kerusi yang pernah diiktiraf, Malaysia sebagai pengerusi negara-negara Islam dengan kita cuba memanjat tangga ini ke tangga yang kalau boleh yang teratas atau beberapa yang teratas kerana dari sudut statusnya pun, ada yang baik.

final • 7:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kedua, oleh kerana kita bergelut dengan masalah FDI atau masalah domestik growth yang juga menjadi kebimbangan kita, rasanya peluang ini tidak harus kita lepaskan Tuan Pengerusi, kerana nilaian terkini yang disumbangkan oleh produk ini melebihi USD2 trilion. Ini laporan yang terbaru dalam majalah The FORBES. Kita ada hendak buat satu pameran, satu seminar sebenarnya yang kita cadangkan dalam belanjawan ini di bawah Butiran 100300, Tuan Pengerusi. Di bawah Butiran 100300, kita ada satu cadangan untuk menganjurkan FORBES Global CEO Conference 2011 – ada dalam cadangan kementerian. Akan tetapi, adakah kita harus tidak mengambil kira peluang ini yang nampak gayanya kalau kita biarkan, kita akan terlepas.

Saya sungguh berminat hendak tahu daripada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah cadangan kita untuk masa yang terdekat atau beberapa tahun yang akan datang? Tahun lepas kita telah mencadangkan dan kita sama-sama meluluskan beberapa insentif yang begitu baik sekali berkenaan dengan cadangan kita memberi pengecualian kepada penerbitan bon-bon atau pun sukuk-sukuk kewangan yang berbentuk Islam. Tahun lepas lagi kita sudah

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

pinda beberapa akta yang melibatkan Akta Kewangan Pesisir Labuan. Ada enam akta yang telah kita luluskan untuk tujuan spesifik berkenaan dengan menggalakkan pelaburan berbentuk sukuk-sukuk di dalam negara kita.

Akan tetapi kita gagal – minta maaf, saya tidak mahu menggunakan perkataan gagal. Akan tetapi kita tidak nampak ada satu peningkatan yang sepatutnya dengan tawaran yang kita beri, kemudahan dan sebagainya yang disambut oleh pelabur luar ke dalam negara kita, yang mustahaknya faedah yang didapati oleh negara kita. Pada saya, ini menjadi satu angkubah yang saya tidak dapat cari. Di manakah sebenarnya the missing link antara perkara- perkara ini? Sudah tentu pihak Yang Berhormat Menteri lebih tahu dan oleh kerana itu, saya minta penerangan supaya sekurang-kurangnya saya dapat pengetahuan untuk kita kongsi dengan rakan-rakan semua supaya perkara ini tidak menjadi persoalan yang sangat rumit untuk kita sama-sama teliti di masa akan datang.

Perkara terakhir, Tuan Pengerusi. Saya berharap peranan MIDA di bawah Butiran 050000 dengan beberapa peruntukan-peruntukan baru termasuklah pada tahun ini dan tahun lepas yang jika digabungkan sekali melebihi RM400 juta yang telah kita berikan. Sudah tentu pada hari ini atau pun esok, saya hendak dengar sedikit ulasan terbaru berkenaan MIDA.

Apakah strategi baru yang hendak dimainkan? Terima kasih banyak-banyak, Tuan Pengerusi.

final • 7:10 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 7:10 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, saya ingin turut serta membahaskan Butiran 080000 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.

Malaysia). Kedua, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang telah pun berusaha gigih bagi mengangkat perdagangan dan industri khususnya dalam negara kita bagi mencapai hasrat peningkatan KDNK di dalam negara kita.

Tuan Pengerusi, saya ingin tahu, apakah pakej yang dapat merangsang eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menembusi pasaran baru bagi meneruskan momentum pertumbuhan perdagangan positif?

Apakah MITI telah mengenal pasti usahawan-usahawan luar bandar yang berkemampuan dalam mengeksport produk mereka ke peringkat antarabangsa? Kalau kita lihat pada hari ini, ramai usahawan yang ada di dalam negara kita khususnya yang berada di luar bandar mempunyai produk- produk mereka. Kita juga dapat melihat bahawa usahawan-usahawan kecil ini, mereka juga mempunyai keinginan-keinginan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Mungkin pada asalnya di peringkat kecil-kecilan dengan pinjaman- pinjaman yang telah pun diberikan dan akhirnya, usahawan-usahawan itu telah pun berjaya. Cuma, mungkin untuk mencapai ruang bagi mereka untuk bersaing di peringkat antarabangsa itu tidak dapat dimiliki oleh mereka.

Saya berharap kepada MITI agar dapat memberikan tumpuan supaya kita dapat melahirkan ramai usahawan khususnya yang berada di luar bandar untuk dapat kita angkat – dan mereka juga saya cukup yakin mampu sebenarnya. Cuma lorongan itu mestilah kita bantu kepada mereka dengan taklimat-taklimat atau pun perjumpaan-perjumpaan tertentu. Kita juga dapat melihat – seperti yang saya katakan tadi bahawa produk-produk kita sebenarnya cukup banyak dan cukup baik, cuma pendedahan-pendedahan

final • 7:14 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

sebagai motivasi atau pun rangsangan-rangsangan kepada usahawan- usahawan PKS yang berada di luar bandar ini.

Saya ingin bertanya, sejauh mana pula MITI berusaha mempercepatkan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) semasa dan mengurangkan halangan bukan tarif bagi memastikan matlamat itu akan tercapai? Ini penting kerana pada masa ini, pemulihan yang perlahan dalam ekonomi global mungkin memberi kesan terhadap prestasi perdagangan Malaysia selari dengan banyak negara lain. Oleh itu, saya berpandangan bahawa – perdagangan juga dijangka perlahan, namun pasaran terus berkembang dan hendaklah diperbanyakkan.

Untuk mengekalkan pertumbuhan perdagangan mantap, saya ingin bertanya sejauh manakah tumpuan MITI terhadap kawasan luar bandar yang mampu membantu meningkatkan KDNK di dalam negara kita? Saya dimaklumkan bahawa jumlah dagangan Malaysia tahun ini dijangka meningkat 18% kepada kira-kira RM1.16 trilion. Angka ini sama seperti yang direkodkan dua tahun lalu. Jangkaan ini berdasarkan jumlah dagangan yang menunjukkan perluasan baik bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Jadi saya hendak tahu juga, bagaimana skim-skim mempertingkatkan latihan buat PKS khususnya yang berada di luar bandar, di samping tabung promosi bagi membantu PKS dengan lebih baik?

Ini kerana saya katakan tadi, harapan daripada masyarakat luar bandar khususnya usahawan-usahawan kecil ini, memang mereka ingin mempertingkatkan pendapatan mereka dan juga produk-produk yang ada pada mereka bukan sekadar legarannya itu berada di dalam negara kita, tetapi mereka juga amat berminat untuk dapat bersaing di peringkat antarabangsa dan sebagainya.

Saya juga ingin bertanya, bagaimana MATRADE dapat mengenal pasti usahawan PKS yang berwibawa? Apakah MITI sendiri mempunyai pangkalan data buat usahawan PKS terutama dalam memastikan usahawan tempatan kita ini mampu bersaing di peringkat antarabangsa?

Saya cadangkan supaya MITI dapat memperlengkapkan data yang ada di dalam negara kita. Usahawan-usahawan kita dapat kita kumpulkan dan mereka dapat didedahkan dengan pendedahan-pendedahan supaya ada semangat ataupun rangsangan kepada mereka untuk mempertingkatkan produk mereka.

final • 7:14 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Akan tetapi asasnya segala maklumat-maklumat ini peru disampaikan sejelas-jelasnya kepada mereka dan saya yakin dan percaya kemampuan daripada MITI untuk mengangkat PKS yang berada khususnya di luar bandar yang ada di dalam negara kita ini sebenarnya boleh kita cernakan dan insya- Allah saya yakin dan percaya usaha sekali gus akan melengkapkan pendapatan khususnya bagi mereka yang berada di luar bandar dan kita juga akan rasa bangga dengan produk-produk kita yang akan berada di seluruh pelosok negara kita. Jadi Tuan Pengerusi terima kasih.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Ya, sila Bandar Kuching.

final • 7:20 PM

Tuan Chong Cheing Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 050000 - Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Kita semua tahu laporan daripada World Investment Report 2010 bahawa FDI negara kita telah turun dengan 81% daripada RM23.47 bilion dalam tahun 2008 ke RM4.43 bilion dalam tahun 2009.

final • 7:21 PM

Tuan Chong Cheing Jen - Bandar Kuching

Akan tetapi saya ada satu soalan yang saya ingin tahu bagaimana angka itu diperoleh kerana saya baca daripada laporan surat khabar bahawa dalam tahun 2009, FDI ke Sarawak sahaja telah mencapai RM5.9 bilion. Oleh itu saya ingin tahu apakah ada perbezaan di antara angka yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI dan angka yang diperoleh dalam World Investment Report 2010 yang di mana katanya FDI untuk Malaysia sebagai satu negara adalah RM4.43 bilion sahaja di dalam tahun 2009 tetapi untuk Sarawak sahaja kita telah mencapai RM5.9 bilion. Jadi, itu soalan pertama saya.

Isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah Sarawak merupakan satu negeri yang telah menarik pelaburan FDI yang paling besar dalam negara kita beberapa tahun berturutan sudah. Saya ada sedikit kebimbangan tentang trend ini adalah kerana FDI yang masuk ke Sarawak, ia adalah merupakan FDI untuk investment dalam aluminium smelting plant dan silicon smelting plant sahaja dan kita telah baca banyak laporan bahawa itu smelting plant industry telah membawa pencemaran kepada alam sekitar kita. Dalam tahun ini pada bulan Oktober kita telah baca daripada Hungary satu kebocoran yang berlaku di aluminium smelting plant di Hungary di mana satu kampung telah dimusnahkan dan effect toxic waste yang keluar daripada aluminium smelting plant itu dalam jangka masa yang panjang akan amat memudaratkan rakyat mereka.

Saya ingin tahu apakah precautionary measures telah diperkenalkan atas pelabur-pelabur yang datang masuk ke Sarawak untuk melabur bagi membina aluminium smelting plant dan saya ingin memetik satu laporan daripada Hornbill Unleashed di mana ia dilaporkan dalam November tahun ini.

“Since September 2009, 27 native family living in Rumah Bangsang long house in Sungai Belenggang here have been suffering for a mysterious illness which they believed of originating from aluminium smelting plant about 300 meter from their home. Explaining the mysterious illness, Tuai Rumah Bangsang said the community has been experiencing all sorts of health problems such as breeding, difficulty coughing as skin diseases since the construction of the smelting plan. The air here now has a stinking smell and the rain water which we collect and use for drinking is turning black. The environment is also suffering, all the fish in near by rivers and pond are gone, paddy and fruit trees cannot bear fruits and our vegetable cannot grow.

Evenly surrounding secondary forests are dying and the smelting plant is silent killer”.

Adakah satu environmental impact study telah diadakan sebelum aluminium smelting plant diadakan di tempat itu dan ia bukan hanya satu aluminium smelting plant yang telah diadakan di Sarawak adalah from press matter dan sekarang syarikat Rio Tinto akan berusaha sama dengan CMS untuk membina satu lagi aluminum smelting plant yang lebih besar lagi di Sarawak di SCORE dan merupakan satu angka FDI yang penting.

Oleh itu saya khuatir adakah kerajaan hanya menumpukan perhatian ke atas angka-angka sahaja, statistik dan angka-angka GDP, FDI sahaja dan telah tutup mata terhadap environmental impact atas penduduk di Sarawak.

Kerajaan hanya panggil mereka masuk sahaja untuk melabur dan Rio Tinto yang sekarang telah negotiate untuk tarif electricity yang lebih rendah, track record mereka tidak berapa baik dalam tahun ini dan ada satu laporan bahawa employee nya pekerjanya telah disabitkan dalam mahkamah di China kerana membuat bribery dan itu adalah yang dilaporkan. “Rio Tinto was not charged in court but is announcing it’s verdict Monday the court is essentially excuse the company of using stolen information to harm Chinese economy interest causing Chinese steel mills and additional USD150 millions last a year a long.

final • 7:21 PM

Tuan Chong Cheing Jen - Bandar Kuching

Oleh itu nampaknya pelabur asing itu iaitu Rio Tinto itu bukan hendak ada niat yang benar-benar untuk membangunkan dan menolong negara kita tetapi mereka hanya profit oriented. Oleh itu saya ingin tahu adakah study, adakah satu tinjauan yang telah dijalankan atas environmental impact smelting plant yang akan diadakan di Sarawak. Keduanya, apakah kesan yang akan dialami oleh negara kita kerana sekarang apa yang dibincangkan di antara Rio Tinto dan CMS dengan SESCO Sdn. Bhd., Sarawak iaitu pembekal electricity Sarawak berfungsi untuk menarik mereka untuk masuk melabur membina smelting plant. Tarif electricity yang diberi kepada mereka adalah amatlah rendah iaitu lebih kurang 10 sen satu unit sahaja. Manakala sedangkan industrial di Sarawak domestic industrial sekarang bayar 30 sen satu unit.

Apakah yang sangat spesial usaha sama Rio Tinto dengan CMS yang mereka boleh menikmati electricity dengan begitu murah, 10 sen satu unit.

final • 7:21 PM

Tuan Chong Cheing Jen - Bandar Kuching

Akan tetapi pengguna-pengguna domestik tarif di Sarawak adalah lebih kurang 30% sen per unit. Industrial di Sarawak pun bayar sekarang 30 sen per unit. Oleh itu, saya haraplah kerajaan janganlah hanya mahu ada satu angka GDP dan FDI yang baik tetapi telah mengabaikan apa yang penduduk kita sendiri yang telah mengalami. Kalau kerajaan boleh beri atau jual electricity kepada Rio Tinto atau Aluminium Smelting Plant pada harga yang begitu rendah, tidak mungkin SESCO mampu juga membekalkan electricity kepada industrial domestic, local industry dengan harga yang sama supaya industrial kita sendiri boleh menikmati electricity yang lebih murah dan boleh memperoleh keuntungan yang lebih tinggi lagi.

Oleh itu, saya akan habiskan. Last one tentang Cabotage Policy di mana kapal-kapal asing tidak boleh masuk ke pelabuhan di Sarawak atau di negeri lain. Mereka hanya boleh pergi ke Port Klang. Bilakah kerajaan akan merealisasikan polisi ini? Ini kerana ia telah menyumbang kepada harga barangan yang lebih tinggi di Sabah dan Sarawak, ia telah meningkatkan kos pengangkutan yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Khamis, 25 November 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.32 malam.

final • 7:30 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026