Nov022010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan sama ada kementerian ada membuat kaji selidik terhadap latar belakang (background check) kepada semua penyanyi atau penghibur luar negara yang memohon untuk membuat persembahan di Malaysia dan apakah kriteria yang telah ditetapkan dalam membolehkan permohonan permit tersebut diluluskan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Parit Sulong, Agensi Pusat Permohonan Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) adalah agensi setempat yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan jabatan- jabatan kerajaan yang bertindak sebagai urus setia bagi memproses pemohon, penganjur atau agen yang berhasrat membawa masuk produksi asing untuk penggambaran filem dan persembahan artis luar negara di Malaysia.

Setiap ahli Jawatankuasa PUSPAL adalah mengkaji setiap permohonan termasuklah latar belakang artis, genre muzik, analisis lirik, konsep persembahan dan sebagainya mengikut bidang urusan kementerian dan jabatan masing-masing.

Garis panduan PUSPAL yang telah dikemaskinikan pada Februari 2010 menetapkan arahan-arahan am yang perlu dipatuhi oleh penganjur dan artis semasa berlangsungnya persembahan. Kriteria utama bagi sesebuah permohonan diluluskan adalah seperti berikut:-

(i) penganjur haruslah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS);

(ii) penganjur perlu mendapatkan kelulusan lesen dan permit daripada pihak berkuasa tempatan;

(iii) penganjur juga bertanggungjawab memastikan etika persembahan dan berpakaian artis yang termaktub di dalam garis panduan PUSPAL dipatuhi; dan

(iv) penganjur konsert khususnya perlu memastikan aspek keselamatan diberikan perhatian sewajarnya sebelum, semasa dan selepas berlangsung persembahan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Bagi artis luar negara yang berhasrat mengadakan persembahan di Malaysia, Jawatankuasa PUSPAL tiada masalah memberikan pertimbangan sekiranya pemohon, penganjur dan pengurusan artis memenuhi syarat-syarat garis panduan PUSPAL dan mengemukakan surat jaminan bahawa syarat-syarat tersebut dipatuhi.

final • 10:00 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya. Kita sedia maklum bahawa sesetengah artis ini memang merupakan ikutan ataupun ikon kepada peminat mereka terutamanya golongan remaja yang lazimnya terikut-ikut dengan cara dan juga gaya ikon mereka. Sudah semestinya kita mahu melihat penghibur ini memberi contoh yang terbaik dalam membantu membangunkan modal insan yang berkualiti di negara kita.

Jadi, soalan tambahan saya hari ini adalah sejauh manakah kementerian mengambil kira nilai sensitiviti umat Islam dan budaya hidup di negara ini dalam meluluskan permohonan permit konsert penghibur barat terutamanya penghibur yang terang-terangan mengaku mengamalkan budaya hidup songsang? Minta penjelasan mengenai perkara ini, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Parit Sulong. Memang kita ada peraturan-peraturan dalam umat Islam yang mana kita mengadakan garis panduan-garis panduan untuk mengadakan cara-cara remaja-remaja untuk negara Malaysia kita ini dengan secara hiburan-hiburan di sini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sesuai dengan apa yang telah diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Malaysia akan menjadi hab hiburan malam. Satu pendekatan baru yang hendak diambil oleh kerajaan untuk menjana ekonomi negara.

Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri, adakah hedonisme akan menjadi satu budaya baru dalam masyarakat kita kerana saya telah pernah membangkitkan isu PUSPAL dan kawalannya terhadap penghibur-penghibur daripada luar. Isu terkini saya bangkitkan beberapa bulan lepas adalah isu kumpulan Pit Bull yang mengadakan pertunjukan dalam negara kita.

Selain daripada apa yang telah disebutkan tadi ataupun apa yang telah ada di dalam panduan PUSPAL tersebut, saya ingin tahu semenjak daripada ia mula diperkenalkan pada tahun 2005 sehingga tahun 2010, adakah mana-mana krew atau pun artis-artis luar negara ini yang telah dikenakan hukuman ataupun penalti kerana melanggar dan tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh PUSPAL walaupun saya tahu ia adalah merupakan satu program penjanaan ekonomi dengan pendapatan yang tinggi.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Kalau kita lihat pada daripada tempoh 2009 kira-kira 8,000 artis luar negara telah datang ke Malaysia dengan hasilnya kita telah mendapat pendapatan sebanyak RM4,379 juta melalui cukai pegangan dan RM2,705 juta melalui bayaran pas lawatan ikhtisas. Akan tetapi, saya ingin mendapat penjelasan tadi, sudah adakah mereka yang diambil tindakan? Adakah budaya hedonisme ini akan menjadi satu budaya baru, akan dibentuk dalam masyarakat kita? Kalau 8,000 sudah datang dalam tempoh yang cukup singkat, hendak dijana pula ekonomi dengan menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan. Saya bimbang dan saya

final • 10:10 AM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi sensitiviti-sensitiviti masyarakat kita orang Islam dan juga bukan Islam. Ini kerana budaya tidak baik ini bukan hanya dilarang oleh ajaran Islam, semua agama melarang ianya untuk dilakukan.

final • 10:10 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Memang kita hendak jadikan negara Malaysia sebagai hab untuk artis- artis. Baru-baru ini kita telah membuat garis panduan pada 2010 dan Januari sampai September sekarang kita telah ada dalam 5,794 artis-artis datang ke negara kita. Dalam artis-artis kita ada daripada China 930, Filipina 893 dan India 459. Kita pun mendapat cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam RM5,385,000, pas lawatan ikhtisas RM2,289,000, Imigresen - ahli tetap bermesyuarat kita selalu ada untuk menjaga keselamatan orang-orang Islam di negara kita. Selalu kita ada agensi yang datang ke mesyuarat, kita gunakan semua agensi-agensi macam kerajaan tempatan dan juga Imigresen dan juga agensi-agensi lain untuk menjaga umat Islam tidak disentuh untuk jadi apa-apa masalah di negara ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan apakah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian KPDNKK memantau kenaikan dan puncanya beberapa barang runcit, bawang putih, cili merah, ikan bilis, telur, ayam, 30%-80% sejak penarikan subsidi 5 barang asas yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II - Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Bahagian Penguat kuasa sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas harga barang di seluruh negara sama ada secara berkala, secara mengejut atau berdasarkan aduan pengguna. Justeru itu, sebarang perubahan harga barang keperluan dapat dikesan dan tindakan segera diambil untuk menstabilkan harga barangan terlibat. Melalui pemantauan harga yang dilaksanakan didapati berlaku perubahan harga. Walau bagaimanapun, faktor utama perubahan harga bukanlah disebabkan oleh pengurangan subsidi melalui Program Rasionalisasi Subsidi tetapi antara faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan harga adalah:-

(i) gangguan bekalan yang disebabkan perubahan cuaca di negara pengeluar seperti musim sejuk dan banjir;

(ii) spekulasi harga oleh pengedar dan penyorokan bekalan di negara pengeluar; dan

(iii) penawaran dan permintaan dalam pasaran pada musim perayaan.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya menyanjungi segala usaha baik Kementerian KPDNKK atas segala usaha-usaha gigih khususnya dalam musim- musim perayaan seperti apa yang bakal disambut Deepavali dalam sehari dua ini.

Walaupun kenaikan RON97 itu lima sen per liter itu tetap memberi kesan kepada pengguna dan kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, berbeza sedikit dengan asal soalan saya ini. Saya ingin melanjutkan soalan tambahan saya dengan mengingatkan kementerian bahawa kita sudah pun dalam rejim penguatkuasaan

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

perdagangan bebas dunia, Pertubuhan Perdagangan Bebas Sedunia (WTO) yang sebenarnya telah mengangkat apa jua halangan-halangan perdagangan bebas.

Saya cukup memahami bahawa semua yang kita lakukan dalam kawalan harga ini adalah akhirnya insya-Allah untuk melindungi khususnya golongan pendapatan rendah, golongan miskin. Ini adalah satu intervensi yang baik. Namun perlu diingatkan bahawa ia bertentangan dengan perdagangan bebas, peraturan- peraturan WTO yang menggalakkan perdagangan bebas di seluruh dunia. Oleh kerana itu saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah-langkah bukan jangka dekat tetapi agak pertengahan dan jangka jauh supaya akhirnya kita yang telah pun berada dalam pasaran bebas ini akan dapat mengawal. Bukan kerana kawalan-kawalan peraturan dan undang-undang tetapi mendidik, mengguna supaya pada akhirnya kita akan dapat melaksanakan apa yang dikatakan sebagai dynamica permintaan dan bekalan, supply demands. Dengan itu akan menjadikan negara kita ini lebih matang, maju dan bersesuaian dengan tarafnya mahu menjadikan negara maju 2020. [Disampuk] MPs-MPs sebelah sana dia tidak tahu ini Timbalan Menteri. Timbalan Menteri tolong jawab. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat, memang kementerian ini sangat-sangat setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Oleh yang demikian, kami menyeru supaya Yang Berhormat dan semua rakan-rakan kita di sini sama-samalah membantu kementerian ini untuk kita meningkatkan kesedaran pengguna. Sebab kesedaran pengguna seperti diucapkan oleh Yang Berhormat tadi adalah faktor yang terpenting khasnya di dalam ledakan barang-barang masuk melalui WTO. Sebab masa WTO masuk kita tidak dapat menyekat kemasukan barangan ini tetapi hanya melalui kuasa pengguna yang boleh membuat pilihan yang bijak.

Sebab itu Yang Berhormat, motto kementerian ini iaitu, ‘Pengguna Bijak, Faedah Juga Banyak.’ Jadi terima kasih Yang Berhormat, hanya saya hendak menerangkan sedikit, Yang Berhormat tadi menyelitkan sedikit RON97. Yang Berhormat, RON97, Tuan Yang di-Pertua, adalah telah diumumkan pada 16 Julai yang lepas bahawa RON97 adalah diapungkan. Bermakna terpulang pada pasaran minyak dunia. Jadi kebetulan harga pasaran minyak dunia naik jadi dia pun naik sedikit. Akan tetapi Yang Berhormat dalam masa dia turun mintalah Yang Berhormat juga mengucapkan terima kasih ya. Jadi ini adalah pasaran antarabangsa atau pasaran dunia.

Yang Berhormat, berbalik tadi kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat, memang itu adalah sesuatu langkah yang kami ambil iaitu untuk mengadakan pendidikan kepada pengguna. Sambil kita ada juga penguatkuasaan yang memang mereka menjalankan tugas tetapi kita juga ada undang-undang yang kami gubalkan khas untuk juga memberi segala perlindungan kepada pengguna. Seperti yang terbaru iaitu Rang Undang-undang Anti Pencatutan, jikalau harga itu berlebihan atau mengaut keuntungan berlebihan. Lepas itu kita ada Akta Persaingan 2010 untuk juga jangan ada price fixing dan sebagainya.

Akan tetapi, bagi saya yang lebih penting adalah kesedaran pengguna dan insya-Allah Yang Berhormat, kami memang mengadakan roadshow secara besar-besaran. Sebab itulah tadi saya menyeru kepada Yang Berhormat dan semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sama-samalah membantu. Supaya semua rakyat yang kita wakili mempunyai tahap kesedaran penggunaan yang terbaik. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kami sedia membantu.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

final • 10:10 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat dalam konteks pasaran yang ada pada negara kita pada hari ini kita terikat dengan sistem tradisi yang melibatkan soal wholeselling dan retailing pemborongan dan peruncitan yang hanya dikawal oleh sejumlah atau sekumpulan tertentu.

final • 10:10 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Kalau kita melihat kepada lima barangan asas yang selalu ada naik turun dan soal ketidakcukupan penguat kuasa yang berlaku, mungkin 1:10,000 untuk penguat kuasa hendak membuat pemantauan pada kedai-kedai runcit dan juga di peringkat pemborongan adalah sesuatu yang amat mustahil. Juga berlaku dasar di mana untuk memperimbangkan – contohnya cili merah, walaupun dikeluarkan oleh kerajaan atas dasar jaminan makanan yang begitu banyak yang hampir boleh dikatakan kita mampu mengeluarkan di peringkat domestik, tetapi untuk ada pengimbangan harga kita terpaksa juga mengimport daripada luar negara.

Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, dalam keadaan sekarang dengan ketidakcukupan penguat kuasa untuk kita membuat pemantauan, jadi tindakan-tindakan terbaru supaya memastikan bahawa kelancaran untuk lima barangan asas yang menjadi – seperti mana Yang Berhormat maklumkan tadi bahawa daripada negara sumber kalau ada masalah cuaca di negara-negara pengimport, kita juga akan berlaku kekurangan tetapi negara kita juga menjadi hab untuk penyeludupan ke negara-negara lain seperti kita lihat transit di Padang Besar, di Pulau Pinang dan lain-lain. Jadi apakah tindakan kementerian dalam memastikan sekurang-kurangnya kita dapat mengawal selia kesemua lima barangan asas utama ini untuk memastikan bahawa ianya tidak membebankan pengguna? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat.

Jadi Yang Berhormat, memanglah apa yang berlaku sekarang ini khasnya barang- barang terkawal, satu daripada langkah yang kita ambil adalah untuk kita melesenkan semua peruncit supaya kita mengetahui peruncit-peruncit ini dari segi berapa banyak yang diperlukan dan juga kita sudah ada daftar di dalam data iaitu senarai pemborong-pemborong.

Jadi pengilang itu – saya ambil contoh gula ya Yang Berhormat, satu daripada harga yang dikawal adalah gula. Kita tahu ada berapa kilang mengeluarkan gula di dalam negara. Selepas itu kita mengetahui juga berapa ramai pemborong. Akan tetapi yang menjadi masalah sehingga berlakunya penyorokan dan juga tirisnya barang-barang ini ke negara-negara jiran yang mungkin harganya lebih mahal. Jadi kita telah mengambil satu langkah yang pada mulanya memang tidak disenangi oleh ramai orang sehingga ada tersebar berita untuk mengadakan boycott. Akan tetapi selepas kita mengadakan tindakan tersebut, sekarang ini sudah ada dalam daftar 44,000 lebih peruncit yang mempunyai lesen yang kita berikan dan timbul pula ada satu masalah yang dikatakan terlampau banyak lesen. Akan tetapi kita telah mengadakan pula satu sistem di mana kita mengeluarkan lesen komposit yang merangkumi semua barangan terkawal.

Jadi Yang Berhormat, memanglah kita cuba mencari cara yang terbaik untuk kita mendapatkan satu sistem yang telus dan saya berbalik kepada yang disebutkan di peringkat awal tadi iaitu yang paling baik adalah pengguna yang bijak, pengguna yang berpengetahuan. Oleh sebab itu, kita mengadakan pelbagai undang-undang. Itu satu. Keduanya, kita juga memberi satu kemudahan melalui mungkin price watch dan kita juga mengadakan portal supaya semua ini Yang

final • 10:20 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Berhormat, membantu pengguna mengetahui apa yang mereka hendak, mungkin berapa harga dan di mana. Insya-Allah, kita juga ada mengadakan senarai kedai- kedai patut kita namakan di mana pengguna bolehlah pergi ke kedai-kedai yang harganya berpatutan untuk membeli segala kemudahan.

Yang Berhormat, memanglah dari segi pengeluaran dan juga demand and supply ini adalah sesuatu yang sebenarnya dikuasai oleh pengguna dan sebab ada demand dan supply itu juga boleh mempengaruhi harga barang-barang didalam pasaran. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad [Johor Bahru] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapa laporan polis yang telah dibuat terhadap pelaksanaan projek Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor Bahru dan apakah tindakan serta respons kementerian dan terutamanya Lembaga Lebuhraya Malaysia terhadap laporan-laporan itu.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya tiada maklumat yang tepat mengenai jumlah laporan polis yang telah dibuat berhubung dengan pembinaan projek lebuh raya Eastern Dispersal Link di Johor Bahru, Johor. Namun demikian, berdasarkan maklumat dari Polis Diraja Malaysia, terdapat dua laporan polis yang dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan Penduduk Jalan Telaga Biru 1, Taman Pelangi, Johor Bahru iaitu mengenai isu setback atau jarak undur dari tepi laluan utama lebuh raya ke tepi rizab di lebuh raya ini. Ia berikutan dari pembinaan struktur jejambat di atas Jalan Stulang Darat sepanjang 200 meter yang selari dengan Jalan Biru 1 di Taman Pelangi di mana terdapat 16 unit kediaman semi-D di sepanjang jalan tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia telah meneliti isu yang dibangkitkan dalam laporan polis berkenaan dan mendapati tiada berlaku sebarang pelanggaran mengenai setback atau jarak undur yang terlibat. Ini kerana jarak undur dari tepi laluan utama lebuh raya ke tepi rizab lebuh raya itu telah mematuhi jarak had minimum 13 meter sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Jarak Undur 2007.

Walau bagaimanapun, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd. telah diarah untuk meningkatkan pemantauan di kawasan yang terlibat dan memberikan maklum balas mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk berhubung dengan pelaksanaan projek ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri atau kementerian hendak tahu tentang jumlah laporan polis yang dibuat, tidak perlu tanya kepada polis, tanya pada saya pun sudah cukup. Saya boleh beri jumlah laporan polis yang dibuat. Itu yang pertama.

Keduanya, tentang soalan tambahan saya ialah begini Tuan Yang di- Pertua, apakah peranan Lembaga Lebuhraya Malaysia itu sendiri sebagai badan regulator yang memantau juga meletakkan garis panduan dan menentukan supaya pembinaan itu dijalankan dengan baik? Saya lihat bahawa kemungkinan Lembaga Lebuhraya Malaysia ini hanya melihat kepada pelan yang dibuat dan tidak tahu tentang soal yang berlaku di bawah, hinggakan akhirnya syarikat konsesi yang membina jalan atau lebuh raya itu lebih berkuasa daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Adakah itu pada pandangan Yang Berhormat sepatutnya peranan Lembaga Lebuhraya Malaysia terutamanya bagi projek-projek pembinaan yang masuk kepada kawasan yang sudah diduduki dan juga terutamanya yang membawa impak negatif kepada sungai, membawa kepada banjir, membawa impak negatif kepada setinggan dengan adanya hasutan dan juga dengan kaedah tahun 2007 iaitu yang tidak tepat? Ini kerana, apa yang Lembaga Lebuhraya Malaysia lakukan ialah menggunakan jarak di antara jalan kepada boundary atau sempadan harta persendirian. Oleh kerana ini satu jalan raya bertingkat, harus dilihat dari jarak struktur daripada bangunan, bukannya jarak jalan. Ini kerana apabila digunakan jarak jalan iaitu 13 meter, selepas jalan itu ada kaki lima, ada tembok, ada tiang dan sebenarnya ia kaedah yang langsung tidak praktikal. Ia sebenarnya tidak menepati untuk menyelesaikan masalah pembinaan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Jadi soalan saya ialah mengapa tidak Lembaga Lebuh Raya ini mengambil satu sikap yang lebih detail terhadap kesan-kesan pembinaan dan jangan hanya dikuasai sepenuhnya atau dipengaruhi sepenuhnya oleh kontraktor yang membina jalan ini. Kalau Lembaga Lebuh Raya tidak boleh buat kerja yang baik, adakah Yang Berhormat bersetuju. Ini soalan juga bahawa kita jangan pakai Lembaga Lebuh Raya, tutup sahaja Lembaga Lebuh Raya dan kita dengarlah cakap kontraktor. Jadi senang sedikit kita berurus dengan pihak kontraktor.

final • 10:30 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Pertama kalau Yang Berhormat ada maklumat tentang laporan polis berapa jumlahnya, sila beri kepada kita. Tidak mengapa, ini yang saya komen sahaja.

Kedua, saya hendak beritahu jarak set-back ini telah pun diwujudkan dalam tahun 2007. Sebelum ini garis panduan jarak undur tidak ada dalam negara kita iaitu kita tetapkan 13 meter iaitu dekat 43 kaki. Ia memang dikira dari main line yang sepatutnya dikatakan Yang Berhormat dan main line ke tepi lebuh raya, sempadan itu ini memang 13 meter. Memang betul juga kalau kita ada tiang-tiang atau portal frame di mana itu adalah elevated highway dan ia mungkin tidak dikira dari tiang-tiang itu.

Ini mungkin kita boleh tengok bagaimana kita akan membolehkan mengalihkan tiang ini ke central line atau sebagai L shape tiang. Ini adalah satu cara yang kita akan buat. Sebenarnya hari ini pihak LLM dengan MRCB adakan dialog dengan jawatankuasa penduduk di tempat ini dan hari ini kita akan tahu dalam dialog ini apa yang kita boleh buat seperti kita boleh buat sound barrier, kita boleh buat landscaping untuk lebuh raya ini kerana tujuan untuk kita adakan lebuh raya bertingkat ini adalah memang untuk mengurangkan kesesakan untuk pergi ke CIQ dan seterusnya menghubungkan North–South Highway.

Mengenai kuasa yang lebih besar ini tidak benar kerana LLM sentiasa memantau dengan pihak MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd pasal projek ini dan apa yang kita ada dari pihak persatuan penduduk memang ada laporan polis. Ada empat isu yang telah pun di bawa oleh mereka, mungkin Yang Berhormat ada. Isu pertama pasal jarak undur dan kita telah pun mematuhinya dan kerja-kerja pada waktu malam sekarang telah pun tidak dibenarkan bekerja sampai pukul 7 petang dan yang ketiga, mereka meminta agar satu jalan yang telah digunakan di Jalan Biru 1, kita tidak ubah jalan ini, ia masih kekal sebagai jalan yang dahulu.

Keempat mereka meminta supaya kita beri pampasan kepada 16 buah rumah semi D. Ini kerana kontraktor melanggar peraturan jarak undur atau tidak dapat buat apa-apa kerana ianya kalau kita hendak buat pampasan, kita perlu

final • 10:30 AM

Dato' Yong Khoon Seng

keluarkan duit kerajaan dan ini mungkin akan menjadi precedent untuk bebanan kewangan kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tenang kekurangan kakitangan yang melibatkan kawalan di pintu masuk sempadan seperti polis dan PGA. Apakah usaha dan langkah kementerian untuk mengawal keselamatan dan penyeludupan di pintu masuk utama serta di sepanjang Sungai Golok agar lebih berkesan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini yang mana pada masa ini terdapat lapan pintu masuk utama atau Kompleks CIQ iaitu Custom, Immigration and Quarantine di sempadan Malaysia-Thailand.

Lokasi-lokasi Kompleks CIQ ini adalah di Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis, Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung di Kedah, Pengkalan Hulu di Perak dan di Kelantan di sepanjang Sungai Golok adalah di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.

Anggota-anggota yang ditugaskan di kompleks-kompleks CIQ ini adalah terdiri daripada Pasukan Gerak Am, Polis Diraja Malaysia (PGA), Jabatan Imigresen Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Tugasan yang mereka laksanakan di dalam atau di luar kompleks CIQ adalah mengikut fungsi jabatan mereka masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan jumlah anggota bagi tiga Kompleks CIQ di Kelantan, seramai 201 orang anggota telah ditempatkan yang mana seramai 85 anggota di Kompleks CIQ Rantau Panjang, 71 orang anggota di Kompleks CIQ Pengkalan Kubor dan 45 orang anggota di CIQ Bukit Bunga.

Berdasarkan jumlah tersebut, kementerian merasakan kekuatan sedia ada ini adalah mencukupi. Ini kerana selain daripada jumlah anggota yang ditempatkan seperti yang saya nyatakan, PGA juga menempatkan anggota-anggotanya di 16 pos kawalan di sepanjang kawasan tanggungjawab di Sungai Golok mulai dari Rantau Panjang di sebelah Timur sempadan hingga ke Kuala Jambu di sebelah Barat sempadan bagi membuat kawalan keselamatan dan pencegahan aktiviti penyeludupan barang-barang terlarang dan juga penyeludupan manusia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seterusnya selain daripada anggota-anggota dari jabatan seperti yang telah saya nyatakan awal tadi, Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain turut juga menjalankan operasi-operasi secara bersepadu, berterusan di samping mempertingkatkan risikan keselamatan khususnya di kawasan Sungai Golok, sempadan Malaysia dan Selatan Thailand bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan dan pencegahan aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi strategi jangka panjang kerajaan juga merancang untuk menambah baik pos-pos yang ada serta mewujudkan lebih banyak pos-pos kawalan di lokasi-lokasi yang strategi di sempadan Malaysia- Thailand. Dengan usaha-usaha yang dijalankan ini serta kekuatan pasukan yang sedia ada, kerajaan yakin pasukan ini mampu untuk mengawal keselamatan sempadan negara dari sebarang bentuk ancaman dari dalam dan luar negara.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kebanjiran pengunjung melalui pangkalan haram sama ada daripada Malaysia ke Thailand ataupun dari Thailand ke Malaysia terutama di waktu malam mendedahkan negara kita kepada isu keselamatan. Jadi kalau kita lihat dari sudut kekuatan terutama kawalan di sebelah malam, selepas pukul 12 adalah satu kawalan yang kita perlu kepada suatu penguatkuasaan yang lebih sebab di sini adalah di antara punca permasalahan berlaku.

final • 10:30 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya pernah berbincang dengan pihak keselamatan, pihak imigresen, kastam dan PGA tentang keluhan mereka - tentang kekurangan tenaga yang menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa. Jadi saya ingin tahu, sejauh mana pemantauan dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan keselamatan terutama di pangkalan haram yang rata-ratanya suasana yang agak susah kawalan kerana keadaan yang gelap, lampu yang kurang dan sebagainya - begitu juga dengan kepadatan penduduk dan sebagainya. Sejauh mana dan apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan terutama di pangkalan-pangkalan haram ini tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Juga sejauh mana usaha kementerian untuk memberi kenaikan elaun dan sebagainya bagi mereka yang bertugas lebih masa di kawalan sempadan ini. Minta penjelasan.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sehubungan dengan kawalan pengunjung-pengunjung yang masuk di kawasan Malaysia dan yang berkaitan dengan pengawalan pada waktu malam. Ia bukan sahaja anggota seperti mana yang telah saya nyatakan tadi, bahawa terdapat juga UPP yang mengawal di kawasan lingkungan lima kilometer dari garis Kompleks CIQ. Yang mana membuat kawalan berkaitan dengan keselamatan dan juga berkaitan dengan aktiviti-aktiviti penyeludupan.

Dari semasa ke semasa untuk mengawal aktiviti-aktiviti ini juga, ada rondaan-rondaan yang dibuat oleh UPP dan juga oleh PGA. Ini supaya mereka dapat memastikan keadaan di tempat tanggungjawab kawasan yang dipertanggungjawabkan berada yang lebih selamat. Sehubungan dengan elaun- elaun yang diberikan kepada anggota-anggota ini ia mengikut peraturan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, pihak kementerian sentiasa membuat kajian untuk memberi yang lebih selesa kepada anggota- anggota ini.

final • 10:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tangga Batu tidaklah dekat dengan Golok, Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, terima kasih kerana memberi perhatian kepada Tangga Batu yang mungkin berminat dengan Kompleks CIQ Melaka, yang tertanya-tanya bila pula siapnya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya melihat antara perkara yang mungkin menjadi isu besar di dalam pentadbiran dan pengurusan kementerian adalah masalah koordinasi apabila mengundang pelbagai agensi seperti tentera, Unit Pencegah Penyeludupan, imigresen dan sebagainya di dalam menangani isu- isu yang berkaitan dengan penyeludupan yang boleh menjurus kepada masalah keselamatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, persoalannya ialah sejauh manakah bidang kuasa agensi-agensi tersebut yang mungkin di satu unit atau di satu agensi tidak

final • 10:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

memahami tentang provision akta dan sebagainya. Soalan saya, adakah pihak kementerian memberikan satu ruang latihan kepada semua penguat kuasa yang telah diarahkan untuk berada di dalam wilayah pengaruh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ini? Adakah pihak berkuasa tempatan umpamanya majlis-majlis daerah, majlis-majlis perbandaran dan juga pihak berkuasa luar bandar diberikan juga peranan untuk menangani isu-isu penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan negara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Sehubungan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu tadi, berkaitan dengan pengurusan anggota-anggota yang ditugaskan di tempat yang dipertanggungjawabkan. Apa yang harus kita lihat bahawa jika di Kompleks CIQ, anggota-anggota yang ditempatkan adalah seperti mana yang telah saya nyatakan. Yang mana terdiri daripada anggota-anggota daripada Pasukan Gerak Am, Jabatan Imigresen Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti- Dadah Kebangsaan, serta Bahagian Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia. Mereka ini melaksanakan tugas mengikut fungsi jabatan mereka masing-masing yang mereka laksanakan di dalam Kompleks CIQ.

Sehubungan dengan tugasan yang dibuat di luar kawasan sekitar Kompleks CIQ iaitu dalam jauh jarak daripada garisan kompleks lima batu. Ia dikawal oleh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), yang mengandungi beberapa anggota dari jabatan-jabatan seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, dan Jabatan Imigresen Malaysia. Mereka ini di bawah satu unit - yang mana mereka ini dari masa ke masa diberikan latihan berkaitan dengan tugas yang dilaksanakan oleh mereka, iaitu berkaitan dengan menjaga keselamatan di kawasan-kawasan sekitar Kompleks CIQ. Mereka juga melaksanakan pencegahan aktiviti-aktiviti penyeludupan barangan dan juga penyeludupan manusia. Jadi saya rasa tidak ada masalah daripada segi pengurusan berkaitan dengan tugasan berkaitan dengan mereka ini.

Berkaitan dengan isu sama ada anggota-anggota tempatan diberi kuasa ataupun tidak - apa yang berlaku di kawasan ini. Ini tertakluk kepada kuasa masing-masing, yang mereka boleh dilaksanakan jika terdapat berlakunya kesalahan undang-undang di tempat itu. Jadi ia tidak ada kuasa khas yang diberikan kepada anggota-anggota tempatan ini, selain daripada apa yang termaktub daripada kuasa mengikut undang-undang yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan adakah kerajaan sedar bahawa cukai hiburan sebanyak 20% daripada pendapatan setiap filem ciptaan rakyat Malaysia yang tidak dikategorikan sebagai ‘Filem Tempatan’ telah menjadi batu penghalang kepada perkembangan industri filem negara. Adakah Kerajaan sanggup mengalihkan batu penghalang ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Tuan Yang di-Pertua, cukai hiburan atau duti hiburan sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tebrau adalah merujuk kepada Skim Pulangan Duti Hiburan Filem Tempatan yang dilaksanakan oleh kementerian melalui FINAS. Skim ini adalah salah satu insentif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu para produser filem tempatan untuk pengeluaran

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz

lebih banyak filem. Cukai hiburan 25% yang dikenakan adalah terhadap harga tiket pawagam bagi filem-filem tempatan.

Kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(FINAS) sedang dalam proses mengaji tarif filem tempatan selaras dengan Gagasan 1Malaysia, dan akan meminda garis panduan Skim Pulangan Duti Hiburan Filem Tempatan yang ditakrifkan sebagai filem tempatan. Ini termasuk dalam bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa tempatan yang layak menerima Skim Pulangan Duti Hiburan Filem Tempatan.

final • 10:40 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan tahniah kepada usaha kementerian dalam meningkatkan pembangunan industri filem negara.

final • 10:40 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sejak filem Malaysia, Puteri Gunung Ledang yang di directed oleh Saw Tiong Hin, setahu saya filem Malaysia yang pertama di undang ke Venice Film Festival dalam tahun 2004 dan Puteri Gunung Ledang merupakan filem tempatan yang tunggal mendapat nomination dalam Academy Awards, Best Foreign Language Film Category. Saya mohon maklumat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejak tahun 2004 berapa buah filem ciptaan rakyat Malaysia telah memenangi hadiah antarabangsa dan bagi pembuatan filem rakyat Malaysia yang telah memenangi hadiah antarabangsa dan telah mengharumi nama negara tetapi tidak dikategorikan sebagai filem tempatan. Apakah insentif kerajaan diberi kepada produser yang berkenaan demi peningkatan pembangunan industri filem negara?

final • 10:50 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, saya tidak ada takrif pada masa sekarang tetapi garis panduan dalam pemindaan takrif filem tempatan selaras dengan Gagasan 1Malaysia sudah disediakan. Garis panduan ini akan di bawa oleh Yang Berhormat Menteri untuk diangkat dalam mesyuarat Kabinet bagi mendapatkan kelulusan, dicadangkan pelaksanaannya bermula pada tahun hadapan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kerajaan telah pun mengumumkan penghapusan duti hiburan sebanyak 25% yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi. Soalan tambahan saya ialah apakah langkah-langkah lain yang diambil oleh kerajaan untuk membantu membangunkan industri perfileman negara, khususnya untuk membantu penerbit- penerbit filem bebas ataupun independent film maker dalam negara kita? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang memang ada cadangan daripada kementerian untuk meningkatkan filem-filem tempatan dan juga filem-filem bebas. Yang 25% itu telah dicadangkan oleh kementerian kepada Kabinet. Kita tunggu keputusan daripada Kabinet. Terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Kementerian Pengangkutan menyatakan apakah kementerian boleh membatalkan syarat kelayakan ketinggian kurang dari 154 cm di dalam permohonan lesen vokasional dan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kes (case to case basis).

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini kerajaan telah menetapkan bahawa mana-mana pemohon kenderaan komersial hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 154 sentimeter atau 5 kaki.

Kementerian belum bercadang untuk membatalkan syarat ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan kekompetenan pemanduan kenderaan komersial.

Walau bagaimanapun, bagi pemohon yang ketinggian kurang daripada 154 sentimeter, permohonan boleh dipertimbangkan berdasarkan case to case basis oleh Jabatan Pengangkutan Jalan berdasarkan kepada kesesuaian kenderaan yang digunakan dan laporan pemeriksaan perubatan oleh seorang pengamal perubatan bertauliah. Untuk makluman, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah 4B(i) dan 4C(iii), Public Service Vehicle

(Licensing and Conduct of Drivers, Conductors and Passengers) Rule 1959 dan Kaedah 5B, Good Vehicles Licensing of Drivers, Rule 1965.

Pemandu-pemandu lesen vokasional adalah dikehendaki mempunyai taraf kesihatan yang memuaskan dan keadaan fizikal yang sesuai dengan pengendalian kenderaan perdagangan. Ini bertujuan bagi memastikan pemilik lesen vokasional tidak mengalami apa-apa penyakit atau ketidakupayaan fizikal yang boleh mengganggu tugas-tugas mereka sebagai pemandu ataupun yang mungkin membahayakan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ada satu borang permohonan lesen vokasional yang mencatatkan ketinggian, bahagian yang perlu diisi oleh doktor, kurang daripada 154 sentimeter tidak layak. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada pendapat saya, mencacatkan syarat ketinggian sebagai penentu kelayakan seseorang memiliki atau memohon lesen vokasional ini berunsur diskriminasi. Mengapa mendiskriminasikan mereka yang mempunyai ketinggian yang kurang daripada 154 sentimeter ini?

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sudah sampai masa pihak kementerian meneliti semula peraturan yang telah usang ini, yang diadakan sejak tahun 1959 dan 1965. Peraturan sepatutnya membantu mereka untuk memiliki lesen dan bukannya menghalang mereka dengan mencatatkan syarat sedemikian sebagai syarat kelayakan untuk memiliki lesen itu.

Oleh itu, saya memohon pihak kementerian agar menghapuskan diskriminasi ini sebab saya ada satu kes, Tuan Yang di-Pertua. Pemohon kata, “Saya boleh memandu kenderaan Avanza seven seater, mengapa saya tidak layak untuk memohon lesen vokasional bagi lori satu tanpa, untuk memandu lori 1 tan bagi menjalankan perniagaan di pasar malam.” [Dewan riuh] Jadi saya pohonlah pihak kementerian hapuskan peraturan ini. Terima kasih

final • 10:50 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir Yang Berhormat Batu Gajah terlalu emosi. [Ketawa] Kita tidak bermaksud untuk melakukan diskriminasi kepada kumpulan-kumpulan tertentu seperti mana kita tidak pun menghalang orang mendapatkan CDL, misalnya bagi kumpulan cacat, kalau sekiranya kenderaan itu diubahsuai ataupun mereka melalui pemeriksaan kesihatan dan mereka kompeten untuk membawa kenderaan.

Akan tetapi bagi kenderaan perdagangan yang memerlukan PSV dan GDL license, memang kita menetapkan syarat sebegitu, 154 sentimeter bagi seseorang pemandu. Ini kerana kita harus tahu bahawa mereka ini mengendalikan kenderaan yang membawa barangan dan penumpang, yang sudah tentu akan terdedah kepada risiko bukan sahaja kepada kenderaan itu tetapi juga kepada

final • 10:50 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

orang lain, khususnya kepada penumpang dan ini untuk mengelakkan mereka daripada hilang kawalan.

Selain daripada itu kalau kita lihat, misalnya dalam peraturan yang telah dikemukakan, pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertarikh 23 Jun 2009 yang menjelaskan bahawa tafsiran OKU. Kategori Orang Kurang Upaya Fizikal ialah kurang upaya fizikal bermakna “Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan, sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian atau anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna, yang mana keadaan itu menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki dan kedua- duanya, kudung tangan, ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy...” Jadi, saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Batu Gajah.

Sebenarnya, kita harus berfikir tentang perkara ini kerana kita pun dapat melihat juga banyak kejadian kemalangan yang berlaku di dalam negara ini. Kita harus mencari jalan sebaik yang mungkin untuk memastikan pemandu kita adalah pemandu yang benar-benar layak dan kompeten di jalan raya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Mungkin satu kajian secara terperinci dan menyeluruh untuk melihat sejauh mana kesan kemalangan jalan raya yang dikaitkan dengan pemandu kenderaan perdagangan yang disyaratkan supaya ketinggian melebihi 154 sentimeter.

final • 10:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Lanjutan daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tentang kemalangan yang dikaitkan dengan lesen vokasional. Jadi saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, sejauh ini kemalangan-kemalangan buruk yang berlaku dalam negara kita di Genting Sempah, di Lebuh raya Utara-Selatan, di kilometer 223 Melaka dan sebagainya, kaitannya dengan lesen vokasional ini sebab tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tentang syarat-syarat termasuklah kesihatan.

Adakah kajian telah dibuat dan apakah kaitannya dengan lesen vokasional yang diberikan kepada pemandu-pemandu kenderaan dengan kemalangan berlaku sekarang. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan sikap sebab saya yakin pihak kementerian tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan lesen vokasional kepada mereka yang memang apabila memandu kenderaan, pegang stereng, dia rasa dialah raja, raja lebuh raya, raja jalan raya. Saya rasa ini perlu juga dibuat kajian. Jadi saya hendak tanya apakah kaitannya. Adakah sudah dibuat kajian tentang lesen vokasional ini dengan kemalangan-kemalangan ngeri yang kerap berlaku sekarang ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita melihat statistik kemalangan jalan raya di dalam negara ini, sebenarnya kita harus - apa yang kita lihat misalnya kemalangan bagi pemandu dan penumpang bas hanyalah sebenarnya 0.4% daripada jumlah keseluruhan kematian sebanyak 6,745 iaitu lebih kurang 31 bagi tahun 2009 dan pada tahun setakat Julai 2010 hanya 16 kematian. Sebenarnya kematian yang terbesar di dalam negara ini adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal yang terdiri daripada 60.2% iaitu 4,067.

final • 11:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Jadi inilah hakikat yang sebenar. Sebenarnya walaupun kita banyak high profile accident yang melibatkan bas-bas ini yang menimbulkan attention daripada semua pihak tetapi hakikatnya ialah penunggang dan pembonceng motosikallah penyumbang 60% daripada kematian di dalam negara ini dan kereta, pemandu dan penumpang kereta lebih kurang 20.8%. Jadi sebenarnya apabila kita mengadakan satu-satu syarat bagi seseorang mendapatkan PSB dan GDL ini, kita mengenakan syarat-syarat yang begitu ketat.

Misalnya seseorang itu, pertama dia harus ada driving license CDL, kedua umurnya harus lebih daripada 21 tahun ke atas dan yang ketiga yang penting ialah ianya haruslah mempunyai laporan kesihatan daripada doktor yang bertauliah dan memastikan bahawa ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mana yang saya telah jelaskan tadi. Mereka ini juga haruslah mengikuti kursus dan juga dari segi kursus teori dan amali dan lulus ujian untuk membolehkan mereka memandu. Ini adalah antara tindakan-tindakan yang diambil untuk memastikan kita dapat melahirkan pemandu yang kompeten. Akan tetapi walau bagaimanapun memanglah dalam banyak hal, ada juga pihak-pihak yang cuba untuk memintas perkara-perkara ini seperti mana yang berlaku baru-baru ini di mana seorang pemandu bas tidak ada lesen pun. Terima kasih.

[Soalan No. 7 – Y.B. Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) tidak hadir]

final • 11:00 AM

8. Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah kerjasama yang boleh diberikan di atas cadangan menjadikan Balik Pulau sebagai Hab Pendidikan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha melaksanakan tanggungjawabnya untuk merealisasikan keperluan rakyat dengan melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan sebanyak mungkin. Antara usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan adalah melalui pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006/2010, NKRA dan juga NKEA.

Dalam merancang pembangunan pendidikan ini, KPM sangat mengalu- alukan kerjasama dari pelbagai pihak termasuklah kerajaan negeri agar setiap projek yang dilakukan mendapat manfaat kepada negara dan anak bangsa kita.

Sehubungan itu, dalam usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan hab pendidikan di Balik Pulau, kerjasama perlu diwujudkan bukan sahaja bersama Kementerian Pelajaran tetapi juga kementerian-kementerian lain yang berkaitan mengikut prosedur sedia ada dan undang-undang negara. Dalam usaha membina institusi pendidikan yang baru ataupun menambah baik prasarana, peraturan- peraturan sedia ada perlu dipatuhi supaya projek-projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Dalam konteks ini, KPM telah memberikan keutamaan kepada projek- projek pembangunan berdasarkan kepada keperluan dan kehendak semasa terutamanya bagi pembangunan pendidikan untuk tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu First Rolling Plan dengan izin. Oleh itu, kementerian telah menggariskan empat kriteria utama dengan memberikan penumpuan kepada perkara-perkara yang berikut:-

(i) memastikan pencapaian dalam pelaksanaan NKRA;

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

(ii) memberi fokus kepada peningkatan kualiti guru dan kepimpinan;

(iii) mengutamakan peningkatan kualiti murid; dan

(iv) mengarusperdanakan pendidikan vokasional, teknikal dan kemahiran.

Justeru sebarang pelaksanaan projek pembangunan yang hendak dilakukan, seharusnya bersesuaian dengan keperluan dan diperakui oleh agensi pusat. Ini penting supaya semua projek dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada rakyat selaras dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu nada jawapan yang saya alu-alukan bagi pihak warga Parlimen Balik Pulau. Yang Berhormat, saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mahu mana-mana agenda pendidikan yang baik boleh memberi mudarat terutama sekali sekiranya ia terpesong dengan perkara-perkara bersifat perkauman, bersifat yang tidak menguntungkan masyarakat setempat.

Soalan tambahan saya, di atas nada kerjasama tersebut saya Ahli Parlimen Balik Pulau menjemput Kementerian Pelajaran untuk bersama-sama dengan saya dalam Muafakat Pendidikan, satu jawatankuasa khas di Balik Pulau dengan mengambil kira dua perkara penting sebagai menambah empat kriteria tadi itu iaitu mengambil kira bahawa pertama indicator nya ialah social impact, impak sosial masyarakat Balik Pulau setempat, dan kedua satu jawatankuasa khas yang dipimpin oleh Menteri sendiri bersama saya Ahli Parlimen, kita jayakan agenda hab pendidikan di Balik Pulau dan kita tolak mana-mana propaganda- propaganda murahan picisan yang sekarang ini berlaku yang mengatakan bahawa mahu dibina institusi China, institusi Singapura dan sebagainya.

Saya rasa saya dan Menteri bertanggungjawab mengangkat agenda pendidikan dan menolak mana-mana agenda yang bukan agenda pendidikan dan propaganda sempit seperti yang berlaku di Parlimen Balik Pulau. Mohon penjelasan.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya bagi pihak kementerian, kita memang mengalu-alukan apa juga bentuk kerjasama dengan kerajaan negeri. Seperti mana yang saya katakan kadang kala kalau hendak memohon universiti, tidak kena kalau kita memohon dengan Kementerian Pelajaran. Itu yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang semasa saya di Pulau Pinang. Saya memaklumkan semasa ucapan saya, saya kata kalau hendak memohon, kena memohon kepada Kementerian Pengajian Tinggi, bukan Kementerian Pelajaran. Oleh sebab itu saya mengatakan kalau hendak jadi satu hab pendidikan, kita perlu melibatkan agensi yang sama.

Kedua mengenai muafakat di antara pihak kementerian dengan pihak kerajaan negeri. Saya rasa itu tidak menjadi masalah, kita tidak mempunyai fikiran yang sempit kerana apa yang kita hendak lakukan, misalan kalau kita hendak memikirkan sebuah sekolah hendak dibina di kawasan, kita tidak lihat kawasan itu kawasan pembangkang ataupun kawasan BN. Apa yang penting ialah kita akan melakukan yang terbaik berdasarkan kepada empat kriteria itu dan keperluan itu perlu kita utamakan daripada fahaman politik. Itu jaminan kita dan mengenai kerjasama itu saya berharaplah Yang Berhormat boleh berbincang dengan JPN, Jabatan Pelajaran apa juga kerjasama yang boleh kita beri, kita akan beri tetapi bukan untuk propaganda politik. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 11:00 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

[Bangun]

final • 11:00 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh kerana soalan ini soalan khusus dan dari Pulau Pinang.

final • 11:00 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya belum habis bercakap Yang Berhormat Bukit Mertajam. [Ketawa] Saya mahu cakap tadi, oleh kerana soalan ini soalan khusus dan ianya dari Pulau Pinang, fikiran saya memang hendak bagi Bukit Mertajam tetapi oleh sebab soalan ini berasal dari pembangkang, dua pembangkang saya bagi. Maka soalan seterusnya apabila dari BN, soalan-soalan tambahan juga saya akan bagi pada BN. Sila, Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 11:00 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga mengalu-alukan sikap yang baik daripada Timbalan Menteri Pelajaran.

final • 11:00 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Akan tetapi saya nak jelaskan bahawa Ketua Menteri pada masa itu kerana jumpa Timbalan Menteri dalam satu program. Jadi saya rasa tak salah pun Ketua Menteri juga memberitahu Yang Berhormat kerana atas tanggungjawab bersama, Timbalan Menteri boleh beritahu rakannya di dalam pendidikan tinggi.

Jadi saya rasa tak salah tapi saya rasa Yang Berhormat memang sikap baik.

Namun dalam soalan seperti semalam, ada perkara yang sama tapi pandangan dan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tidak sama dengan rakan dalam satu kementerian iaitu isu yang saya maknakan ialah untuk mengajar Darjah Satu dan Dua bahasa Malaysia di dalam SRJK(C), adakah guru ini perlu tahu dwibahasa.

Yang Berhormat kata ya tapi Timbalan Menteri yang lain kata tidak. Jadi, saya pun tidak tahu mana satu yang mewakili kerajaan sekarang. Akan tetapi soalan tambahannya ialah dalam perkara ini, saya juga harap walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri ini bukan boleh membuat keputusan direct tapi juga indirectly boleh membawa perkara ini umpamanya kepada Menteri MCA yang lain dan boleh bawa ke dalam Kabinet. Saya hanya nak tahu sama ada mekanisme pekerjaan seperti ini adalah wujud atau tidak. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Nampaknya jauh pergi daripada Balik Pulau. Saya boleh dan saya layaklah mewakili kementerian buat ketika ini kerana saya menjawab atas nama Menteri Pelajaran. Apa juga komitmen, kerjasama dengan kerajaan negeri yang boleh kita bagi selagi mengikut lunas undang-undang, kita akan bagi dan apa Yang Berhormat bangkitkan sebenarnya Ketua Menteri minta saya luluskan permit untuk menubuhkan sebuah Universiti Taiwan. Saya kata itu bukan bidang kuasa Kementerian Pelajaran, itu saya akan bawa kalau Yang Berhormat nak boleh berjumpa dengan MOHE.

Itu yang saya terangkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Itu saya nak buat penjelasan. Yang kedua, apa Yang Berhormat kata itu terkeluar daripada apa yang ditanya dalam soalan asal tetapi saya akan menjawab di luar dan apa yang saya katakan itu berpandukan kepada rekod-rekod yang ada dan keputusan Kabinet itu perlu didukung. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

[Soalan No. 9 – Y.B. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) tidak hadir] [Soalan No. 10 – Y.B. Tuan Haji Khalid Abd. Samad (Shah Alam]) tidak hadir]

final • 11:10 AM

11. Datuk Siringan Gubat [Ranau] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan guru daripada Semenanjung Malaysia yang sedang bertugas di Sabah.

Bolehkah Menteri yang berkenaan menyatakan juga berapa bilangan guru yang berasal dari Sabah yang sedang bertugas di Semenanjung Malaysia dan adakah mereka diberi elaun bertugas yang sama mengikut kelayakan jarak lokasi tertentu.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang bertuah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan guru dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah sehingga Oktober 2010 adalah berjumlah 8,023 orang.

Manakala bilangan guru Sabah yang berkhidmat di Semenanjung berjumlah 2,352 orang. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dari Sabah yang berkhidmat di Semenanjung menerima kemudahan elaun yang sama seperti mana yang dinikmati oleh PPP dari Semenanjung kerana mereka dikategorikan sebagai pegawai yang bertukar wilayah iaitu bermaksud pegawai yang berkhidmat di wilayah selain daripada wilayah asalnya. Secara umumnya, pegawai yang bertukar wilayah layak menerima elaun-elaun seperti elaun perumahan wilayah

(EPW) atau imbuhan tetap perumahan (ITP), bayaran insentif wilayah (BIW) dan tambang mengunjungi wilayah asal (TMWA). Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya dengan izin, senang sahaja tapi saya baca daripada SMS yang saya perolehi. Ini mengenai dengan jawatan juruteknik pembangunan dan juga jawatan juruteknik komputer di sekolah-sekolah. Saya baca, “Selamat petang Datuk. Tolong tegur di Parlimen kenapa;

(i) lantikan juruteknik dari Semenanjung lulusan SPM di Jabatan Pelajaran Pendidikan Daerah sedangkan orang kita ramai yang ada kelulusan itu; dan

(ii) 97 orang juruteknik komputer orang dari Semenanjung lulusan SPM. Orang kita?” Yang kedua ini ada kaitan dengan elaun yang guru-guru dari Sabah pergi bertugas di Semenanjung. “Kenapa elaun guru Semenanjung di Sabah diberi RM740 dan yang banyak tadi itu 2,000 orang. Darab dengan 2,000 orang menjadi RM1,480 darab lagi 12 bulan ia menjadi RM17,760. Macam mana kalau elaun ini dimansuhkan dan ambil duit ini bayar pekerja baru”. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat membawa satu isu yang sangat relevan. Di kawasan pedalaman, kita ada tiga kategori iaitu P1, P2, P3. Kalau kita tidak memberi insentif antara RM500, RM1,000 dan RM1,500 berdasarkan tahap kesusahan, bermakna di kawasan- kawasan yang pedalaman memang susah kita nak dapatkan guru. Sebab itulah kita telah mereka bentuk baik di Semenanjung ataupun di Sabah dan Sarawak

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

khususnya di Sabah dan Sarawak memang banyak yang merupakan P1, P2 dan P3 di mana tahap kesusahan yang paling tinggi itu datangnya daripada situ.

Jadi apabila kita menetapkan elaun ini, itu sebagai insentif yang kita bayar kepada guru untuk memastikan kita mendapat bekalan yang cukup bagi sekolah- sekolah ini dan sebab itulah kita tak boleh tarik balik sewenang-wenangnya kerana memang susah mereka nak bertugas di situ, itu yang pertama.

Yang kedua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang juruteknik. Oleh kerana pengambilan sekarang ialah berdasarkan kepada kelayakan. Kalau ada orang Sabah yang layak, saya tidak nampak kenapa kita nak mendiskriminasikan. Jadi saya rasa perkara ini kita akan lihat dan seperti mana yang kita lakukan untuk pelatih guru, kita mengambil dan beri keutamaan kepada orang Sabah dahulu sampai kita bawa kumpulan kita BPG menemu duga pelatih ataupun mereka yang nak memohon walking interview sahaja. Jadi saya rasa kita gunakan kaedah yang sama, kita utamakan Sabah dan Sarawak dan sebab itulah sudah ada precedent dalam kementerian saya dan kita boleh berjanji kita membuat dan melakukan yang terbaik untuk memberikan peluang yang secukup-cukupnya Kadangkala, maklumat yang diterima mungkin tidak sampai tapi kita akan pastikan kita buat hebahan kepada semua warga Sabah tentang perkara ini.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Lilah bin Yasin - Jempol

[Bangun]

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol saya mohon maaf, saya kasi Yang Berhormat Putatan pasal dia dari Sabah. Silakan Yang Berhormat Putatan.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jawapan daripada pihak kementerian soal pengambilan juru-juru teknik ini memang cantik, cantik, didengar rakyat cantik tapi rakyat di Sabah masih mengeluh. Kalau dikatakan orang Sabah ini belum layak, tiada kelayakan menjadi juruteknik, itu tak betul, tak betul Timbalan Menteri. Oleh itu, perkara yang sama dibawa dalam kempen oleh pihak pembangkang di negeri Sabah ini, dibawa oleh calon-calon yang bertanding di Batu Sapi. 20 point agreement harus disentuh.

Sampai masa ini kita sudah hampir menjelang tahun 2020, negara maju, negara berpendapatan tinggi takkan orang Sabah tak layak jadi juruteknik Timbalan Menteri?

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi adakah kaedah ataupun cara-cara lain supaya boleh melatih kalau orang Sabah ini bodoh sangat. Melatih supaya mereka dapat dilantik di jabatan- jabatan di bawah kementerian Yang Berhormat. Adakah langkah, adakah kemudahan-kemudahan ataupun institusi-institusi yang menyediakan latihan dan kursus juruteknik komputer ini Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, minta penjelasan.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya tidak pernah mengatakan orang Sabah tidak pandai. Saya hendak menegaskan di sini saya cuma kata mungkin maklumat itu kadangkala tidak sampai dan kita membenarkan permohonan kepada sesiapa sahaja warganegara Malaysia. Jadi dalam soal ini saya sudah mengatakan bahawa sudah ada precedent yang mana kita mengutamakan rakyat tempatan. Maka, kita boleh gunakan pendekatan yang

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

sama dalam soalan ini dan kita beri peluang dan keutamaan kepada warga Sabah.

Itu yang pertama. Baik jadi juruteknik ataupun jadi guru.

Yang kedua, apa yang telah berlaku kepada 97 orang yang telah dihantar ke Sabah, saya akan semak. Kalau kelayakan itu memang mereka layak kita tidak boleh kata berhentikan tetapi kalau ada peluang yang lebih untuk kita mengambil lebih ramai, saya memberi jaminan kita akan mengutamakan orang Sabah. Jadi saya akan memberikan Yang Berhormat makluman dari semasa ke semasa sekiranya pengiklanan dibuat untuk mendapatkan juruteknik dan latihan yang kita boleh bekalkan mungkin melalui sekolah teknik ataupun institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkenaan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

12. Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan sedar wujudnya pertelingkahan pandangan dan pendapat oleh tokoh-tokoh agama dalam negara terhadap isu-isu agama yang mengelirukan dalam negara adalah berpunca daripada kelemahan institusi agama yang ada yang memerlukan suatu penyelarasan melalui Institut Fatwa Negara

(Darul Ifta).

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia dan juga makluman Yang Berhormat Baling, sebenarnya tiada pertelingkahan pandangan.

Yang ada adalah perbezaan pandangan dan pendapat dalam isu-isu agama. Ini memang berlaku sejak zaman-berzaman namun perbezaan ini dibenarkan kerana ia dalam perkara-perkara cabang yang tidak menyangkut persoalan dasar di dalam agama. Perbezaan yang berlaku juga tidak harus membawa kepada pertelingkahan dan perkara-perkara yang mencemarkan kesucian Islam dan akhlak sesama Muslim.

Kerajaan menyedari bahawa memang terdapat isu-isu agama di mana tokoh-tokoh agama berbeza pandangan namun ia bukanlah berpunca daripada kelemahan institusi agama kerana kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa memandang ke hadapan dalam memperbaiki apa jua kelemahan yang berlaku dalam institusi agama. Forum dan dialog yang dihadiri oleh tokoh-tokoh agama seperti Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah medium yang diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi memberi peluang kepada tokoh-tokoh agama membincangkan isu-isu yang mungkin ada perbezaan pandangan.

Berkaitan cadangan menyelaraskan isu-isu fatwa dan agama melalui institusi khusus berkaitan fatwa, kerajaan telah memulakan usaha tersebut dengan memperkukuhkan dan memperkasakan institusi fatwa sedia ada. Pada tahun 2009 satu bahagian khusus telah diwujudkan di JAKIM iaitu Bahagian Pengurusan Fatwa yang bertanggungjawab terhadap urusan kefatwaan di peringkat kebangsaan dan menyelaras hal ehwal pengurusan fatwa dengan negeri-negeri.

Dengan penubuhan Bahagian Pengurusan Fatwa, segala isu yang berkaitan fatwa akan didiskusikan dan diselaraskan dengan kerjasama Jabatan Mufti-mufti Negeri sebagai menghormati hak dan bidang kuasa negeri-negeri dalam urusan fatwa.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memanglah jawapan cantik. Apa yang diaturkan atas kertas itu memang cantik tapi realiti yang berlaku dalam masyarakat, contoh anjuran Busana Muslim. Ada ulama dalam

final • 11:20 AM

Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

surat khabar kata tidak haram walaupun dedah aurat kerana niat baik. Macam- macam hujah dia bawa. Begitu juga pelbagai lagi yang memeningkan sedangkan... [Menyebut ayat dalam bahasa Arab] Kalau agama di sisi Allah itu Islam, benda ini ialah satu, atas pertelingkahan dan khilaf yang saya rasa dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu masalah khilaf tapi ini masalah dasar. Sebab itu di Kaherah dan Mesir, Yang Berhormat sendiri pun faham ada Darul Ifta untuk kawal benda ini supaya benda dasar jangan jadi benda khilaf. Begitu juga di Damsyik ada Darul Hadis. Kalau di Malaysia bagus juga ada Darul Quran. Kenapa kita tidak boleh selaras benda ini?

Jadi saya lihat hari ini benda-benda yang seumpama ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengexploit suasana ini supaya seolah-olah nampak Islam itu macam satu yang celaru. Yang memalukan kita ialah kepada orang-orang bukan Islam untuk hendak cuba memahami apa Islam yang sebenar. Jadi apakah kita tidak mempunyai satu langkah untuk mewujudkan satu Darul Ifta supaya dapat kawal isu ini semua. Kita tidak hendak benda agama yang macam ini dipolitikkan. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab semata-mata hendak pertahankan kerajaan. Ini bukan masalah kerajaan atau pembangkang. Masalah kekeliruan berlaku yang boleh menjejaskan imej Islam.

final • 11:20 AM

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Baling.

Saya kira ini bukan soalan. Ini pandangan. Saya menghormati pandangan daripada Yang Berhormat Baling dan saya cukup sedar daripada tahun lalu lagi Yang Berhormat Baling membangkitkan soal isu Darul Ifta. Kita sebenarnya Yang Berhormat, tertakluk kepada persetujuan daripada Majlis Raja-raja. Hal ini telah pun dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja kali yang ke-214 pada 3 Julai 2008. Jadi dalam keputusan ini Majlis Raja-raja hanya bersetuju supaya diperkasakan institusi yang ada tanpa menubuhkan Darul Ifta. Jadi kita akur.Yang penting Yang Berhormat, bukan pada nama institusi tapi kerja tersebut dijalankan.

Jadi Yang Berhormat, saya tidak nampak kecelaruan Yang Berhormat sebut tadi pada isu-isu yang tertentu sebab fatwa hanya memerlukan kepada perkara-perkara yang keliru sahaja. Pada pokok persoalan dasar semua sudah jelas Yang Berhormat. [Menyebut ayat dalam bahasa Arab] Yang Berhormat sendiri pun faham.

final • 11:20 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Menyebut ayat dalam bahasa Arab]

final • 11:20 AM

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim

Kalau ada sedikit perbezaan pandangan dari segi fatwa, misalnya apa yang berlaku di antara Wilayah Persekutuan dan yang lain, Yang Berhormat kena faham bahawa di Wilayah Persekutuan kita memang ada peruntukan yang membolehkan mufti di Wilayah Persekutuan untuk berbeza pandangan dalam hal ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat apa yang dijawabkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi benar-benar menunjukkan satu impression yang... [Menyebut ayat dalam bahasa Arab] Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.

Tuan Yang di-Pertua, permasalahan di sini ialah kita bukan dilihat daripada keputusan sahaja, apa yang dilakukan oleh kementerian sahaja tetapi kita juga dilihat daripada proses ke arah mencapai keputusan tersebut. Di sana nanti akan dilihat dalam proses itu apakah halalnya nyata dan apakah haramnya jelas. Bukan sahaja dilihat daripada langkah demi langkah tetapi segala punca

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

sumbernya dilihat daripada mana datang, siapa yang beri pendapat, sejauh manakah integriti nilai orang yang beri pendapat tersebut. Jadi adakah pihak kementerian telah memberikan sejauh-jauh perhatian kepada perkara-perkara terperinci ini kerana setitik yang haram itu akan menyebabkan segala proses yang halal tadi menjadi haram. Ini dua orang kopiah putih mengesahkan itu, sahihlah Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Jadi di sini saya hendak lihat sebenarnya proses ini mesti dilakukan secara transparent. Tidak kiralah kalau di peringkat sekularnya kita ada International Standardization for an Organization tetapi di peringkat JAKIM ini apa yang kita ada? Di manakah perkongsian segala maklumat ini secara telus kepada semua kumpulan yang mempunyai minat dan kecenderungan kepada sesuatu yang mempertahankan Islam... [Menyebut ayat dalam bahasa Arab] Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ini amat penting bagi kita. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri komenlah perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada, ada beza komen sama jawapan.

final • 11:30 AM

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim

Ini merupakan pandangan...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tangga Batu minta komen.

final • 11:30 AM

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim

Ya, ini komen.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada beza jawapan dengan komen. Sila.

final • 11:30 AM

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim

Saya ucapkan terima kasih kepada komen dan pandangan daripada Ustaz Yang Berhormat Tangga Batu. [Ketawa] Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tangga Batu, kalau Yang Berhormat bercakap tentang proses, saya percaya ia merujuk kepada proses fatwa. Kita Yang Berhormat, supaya Yang Berhormat puas hati perkongsian itu dilakukan secara telus, kita ada e-Fatwa. Yang Berhormat boleh telusuri dan tengok macam mana setiap mufti membuat keputusannya.

Cuma yang kadang-kadang menjadi mengelirukan ialah sebab Yang Berhormat ini mendengar daripada pandangan-pandangan ahli-ahli agama dan juga pandangan-pandangan peribadi yang kadang-kadang diambil sebagai pandangan yang mewakili pihak-pihak tertentu. Jadi kalau Yang Berhormat tidak hendak supaya perkara ini timbul celaru, Yang Berhormat merujuk kepada pandangan mufti sahaja. Yang lain itu dianggap sebagai pandangan tokoh-tokoh agama sahaja. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ini pandangan saya. Sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan telah berakhir. [Ketawa] [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 9.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 3 November 2010.”

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:32 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan- tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” [1 November 2010]

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyambung semula jawapan.

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, sebelum sesi ini ditangguhkan semalam, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat mengutarakan pertanyaan. Oleh yang demikian, sebelum saya menyambung penggulungan, ingin saya terlebih dahulu menjawab pertanyaan-pertanyaan itu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Yang Berhormat Putatan menambah pertanyaan semalam berkenaan dengan liputan dan pengagihan Netbook 1Malaysia dan bilakah perkhidmatan jalur lebar akan dilaksanakan. Liputan jalur lebar untuk memastikan penerima agihan Netbook 1Malaysia mencapai perkhidmatan Internet jalur lebar telah dirancang dan dilaksanakan oleh kementerian melalui program USP SKMM secara berfasa sejak awal 2010 melalui pelaksanaan Kampung WiFi dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).

Pihak SKMM telah menyediakan liputan untuk program Netbook 1Malaysia fasa pertama di 246 kawasan pusat jalur lebar komuniti sedia ada dan SKMM juga sedang dalam proses penilaian tender untuk penyediaan jaringan bagi liputan perkhidmatan jalur lebar luar bandar bagi fasa kedua. Adalah dijangkakan pelaksanaan jaringan liputan jalur lebar tersebut akan bermula pada hujung November 2010 dan siap pada Januari 2011. Yang Berhormat Kuala Krau...

final • 11:33 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.

final • 11:33 AM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Biar saya habiskan jawapan berkenaan pertanyaan sebelum kita berundur dari Dewan semalam Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Krau bertanya berkenaan dengan penjualan – adakah tidak penjualan netbook yang diagihkan dalam fasa satu yang telah saya sebutkan tadi. Sehingga kini Yang Berhormat, kementerian belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai permasalahan penjualan Netbook 1Malaysia oleh penerima.

Walau bagaimanapun, kementerian melalui SKMM mengadakan mekanisme pemantauan dengan kerjasama dari Kementerian Pelajaran bagi memantau penggunaan netbook oleh penerima terutama golongan pelajar. Yang Berhormat Kuala Krau juga bertanyakan berkenaan pembayaran atas netbook yang dibayarkan oleh penerima-penerima Netbook 1Malaysia itu.

Yang Berhormat, Netbook 1Malaysia yang diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah adalah percuma. Manakala yuran langganan jalur lebar pada bulan pertama sahaja yang diberikan. Untuk langganan seterusnya, bayaran yang dikenakan adalah pada kadar yang minima yang diberi secara subsidi oleh pemberi perkhidmatan. Pihak pemberi perkhidmatan telah memaklumkan perkara ini kepada penerima. Walau bagaimanapun, para pelajar masih boleh menggunakan perkhidmatan percuma sekiranya ada akses WiFi percuma atau di kawasan pusat jalur lebar untuk komuniti.

final • 11:33 AM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Lenggong bertanya kaedah pemilihan penerima Netbook 1Malaysia. Kaedah pemilihan adalah berdasarkan kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan berdasarkan definisi dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Kumpulan sasar yang layak untuk menerima agihan Netbook 1Malaysia adalah golongan pelajar, sekolah serta pusat pengajian tinggi yang kurang mampu dan golongan keluarga yang berpendapatan rendah berdasarkan kriteria yang disebutkan sebentar tadi.

Kementerian ini bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta lain-lain agensi kerajaan di peringkat daerah dan sekolah dalam mengenal pasti pelajar-pelajar dan keluarga yang layak dalam kumpulan sasar bagi penerima Netbook 1Malaysia tersebut.

final • 11:33 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penjelasan.

final • 11:33 AM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Berkenaan dengan netbook kah?

final • 11:33 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Notebook.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 11:33 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga berasa bangga kerana ada penjelasan sedikit berkenaan dengan pemberian secara percuma 1 juta unit Netbook 1Malaysia ini. Cuma kebimbangan saya yang saya berhajat untuk dapat penjelasan ialah apakah mekanisme selepas penyerahan ini difikirkan atau dirancang oleh kementerian Yang Berhormat?

Satu juta unit natbook ini bukan satu jumlah yang kecil. Saya tidak mahu menumpukan kepada soal pengagihan. Akan tetapi, adakah kementerian Yang Berhormat telah mengenal pasti siapakah agensi atau apakah agensi yang terlibat untuk mengendalikan urusan selepas penyerahan. Takkanlah netbook dianggap sebagai satu one off sahaja. Diberi, kemudian terserah kepada penerima itu untuk menjaga dan sebagainya.

final • 11:33 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kalau begitu langkahnya, saya rasa memang tidak dapat kita nafikan ada yang ramai memilih untuk menerima wang daripada menerima satu unit produk yang mereka tidak dapat menggunakan secara efisien. Saya rasa kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan selepas pemberian atau penerimaan itu sangat penting. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan, adakah agensi yang dikenal pasti? Berapakah agensi telah dikenal pasti? Bagaimana kita melantik mereka ini untuk mengendalikan urusan selepas penyerahan netbook ini?

Ini kerana saya berasa sekurang-kurangnya kadar penggunaan atau kadar utiliti satu netbook sekurang-kurangnya menjangkau usia dua tahun atau lebih. Jadi, dalam tempoh dua tahun itu, adakah kita telah mengenal pasti agensi yang akan menjalankan urusan selepas penyerahan? Membaiki, menerima rungutan, menerima aduan dan sebagainya. Adakah? Saya hendak tahu itu.

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Soalan yang sama.

final • 11:40 AM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Hendak sambung boleh?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tadi saya amat tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan netbook ini diberi percuma oleh services provider perkhidmatan ini. Yang pentingnya, kita hendak tahu daripada kementerian, berapakah setiap unit yang diberi oleh perkhidmatan services provider ini disubsidi oleh kerajaan? Berapa subsidi yang diberi? Tidak akan services provider yang akan beri netbook ini free, dengan percuma tidak dapat subsidi-subsidi. Beritahu kami.

Kedua, walaupun kita amat sokong netbook diberi percuma. Sama ada kementerian ada satu program untuk memberi latihan kepada pelajar-pelajar baru ini mengenai netbook atau asal beri free, itu best. Sudah jadi satu sumbangan yang amat baik. Mesti ada latihan juga. Apakah latihan yang diberi kepada pelajar- pelajar di luar bandar? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri, sambung sedikit.

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Lenggong, sebelum saya mengalu-alukan Yang Berhormat mengutarakan perkara yang lain, saya percaya Tuan Yang di-Pertua, lebih elok kalau saya menjawab apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Wangsa Maju. Begitu juga biarlah saya selesaikan dahulu pertanyaan yang dibangkitkan semalam oleh Yang Berhormat Lenggong dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain.

final • 11:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Yang Berhormat Kepong, duduk dahulu Yang Berhormat Kepong.

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Kepong – Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat Indera Mahkota, adakah agensi yang diamanahkan untuk menjaga, untuk kegunaan netbook tersebut. Sebenarnya Yang Berhormat, oleh sebab sebagaimana yang saya katakan tadi, kita berkongsi tenaga dengan beberapa jabatan. Oleh yang demikian, program ini bukan hanya semata-mata dikendalikan oleh kementerian ini. Misalnya, bagi pelajar yang menerima netbook ini, mereka adalah dipantau oleh sekolah dan begitu juga penuntut di universiti-universiti yang menerima netbook percuma dipantau oleh universiti berkenaan.

Begitu juga berkenaan dengan penggunaan mereka, kalau mereka yang menerima netbook ini tidak mengguna atau tidak melanggan syarikat-syarikat yang tertentu dari mana mereka memperoleh perkhidmatan jalur lebar, maka syarikat-syarikat ini juga tahu berkenaan dengan adakah tidak netbook-netbook ini masih diguna oleh penerima-penerima tersebut. Ini adalah sebahagian dari mekanisme-mekanisme yang kita cuba mengatasi sekiranya ada penyalahgunaan atau penjualan netbook-netbook tersebut.

Begitu juga kita sebagai wakil rakyat dan saya sendiri sering mengatakan bahawa netbook ini adalah sebenarnya aset kerajaan. Sesiapa yang membeli atau menyimpan netbook yang bukan diberi atau diagih kepada mereka, mereka ini adalah pengguna atau pemilik yang tidak sah dan boleh diambil tindakan. Oleh yang demikian, kita mengharapkan tidak sebegitu banyak kejadian yang tidak diingini seperti menjual netbook ini.

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Wangsa Maju, berkenaan dengan adakah services provider diberi subsidi oleh kerajaan. Sebenarnya sebagaimana yang telah saya katakan tadi, semua netbook ini adalah diberi percuma dari dana USP dan subsidi yang disebut ataupun dikatakan oleh saya sebentar tadi, itu adalah subsidi berkenaan dengan perkhidmatan, kos perkhidmatan yang sepatutnya RM38 dikurangkan kepada RM25 untuk murid-murid sekolah ataupun penduduk di luar bandar. Maka RM13 itu bolehlah dikalahkan subsidi . Yang Berhormat Wangsa Maju, saya ingat kalau boleh saya jawab...

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kita perlu dapat...

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Kerana Yang Berhormat semalam ada mengutarakan...

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Dua isu dan bila...

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedikit sahaja.

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Biar saya jawab isu-isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat lain pula.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Isu yang subsidi ini sebab Yang Berhormat tidak memberikan kita satu angka yang tepat seperti berapa daripada dana USP ini. Subsidinya berapa yang kita hendak perlu ini, berapa? Bukannya lebih kurang begitu, lebih kurang begitu. Yang Berhormat Menteri mesti tahu.

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

No! Okey Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebagaimana yang telah saya katakan selama ini peruntukan untuk satu netbook adalah RM1,000. Ini selalu sudah kita katakan di Dewan yang mulia ini, RM1,000 ke bawah mengikut bida-bida pemberi ataupun pembekal komputer- komputer ini dan sekiranya tidak ada pengisian, ia kurang lagi dari RM1,000 dan jika dimuatkan dengan pengisian itu tidak melebihi RM1,000. Kurang daripada RM1,000 satu unit. Yang Berhormat, biarlah saya...

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah funds USP ini dibayar kepada pembekal setiap unit yang diberikan kepada pelajar-pelajar ataupun orang di luar bandar?

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ya Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kita perlu tahu. Kalau satu unit RM1,000, berapakah wang daripada dana USP ini dibayar balik kepada pembekal? Saya tidak percaya bahawa pembekal ini amat baik beri percuma oleh sebab mereka sayang kepada orang luar bandar. Mereka mesti ada profit. So, kita hendak tahu, berapakah dana USP itu digunakan?

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya katakan beberapa kali di Dewan yang mulia ini, kita memberi secara percuma kepada penerima. Namun, pembekal dibayar tidak melebihi RM1,000. Semua bekalan yang diberi ataupun disediakan oleh pembekal

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

ini dibayar menggunakan dana dari USP dan ini tidak melebihi RM1,000 dalam setiap unit netbook...

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan kita satu angka, average. Kalau tidak boleh beri yang tepat, average. Satu unit netbook ini, berapa averagenya yang dibayar balik kepada pembekal. Ini yang penting yang kita perlu tahu oleh sebab kita tidak mahu MCMC atau pembekal ini menyalahgunakan wang rakyat untuk rakyat di luar bandar. Ini kerana kita telah tahu RM4 bilion telah hilang.

final • 11:40 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

...Untuk pertanyaan Yang Berhormat berkenaan dengan setiap pembekal, boleh saya memberi jawapan bertulis? Ini kerana ada pula jawapan yang lain berkenaan dengan siapakah pembekal yang dipinta oleh Yang Berhormat semalam. Ini kita belum sampai ke situ. Yang Berhormat patient sedikit, boleh?

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kita perlu angka.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Patient sedikit, boleh?

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Pegawai ada ramai di sana.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

No, patient sedikit boleh? Nanti...

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Patient memang. Kita sabar.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju...

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ia ada pegawai-pegawai...

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Wangsa Maju...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan mahu jadi Speaker, Yang Berhormat Putatan? [Ketawa] Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Okey. Yang Berhormat Lenggong semalam bertanyakan apakah penambahbaikan dalam pengagihan netbook tersebut dalam fasa kedua. Untuk fasa kedua, kementerian telah mengadakan mekanisme pemantauan bagi memastikan penggunaan dan tiada unsur penyalahgunaan serta memastikan penerima adalah mereka yang benar-benar layak. Di samping itu, ada unsur latihan dan kempen kesedaran untuk penggunaan netbook dan capaian terhadap perkhidmatan jalur lebar kepada penerima Program Netbook 1Malaysia oleh penyedia perkhidmatan jalur lebar.

Yang Berhormat Wangsa Maju, semalam memohon kementerian untuk menyenaraikan vendor atau kontraktor untuk Program Netbook 1Malaysia, betul?

Untuk fasa pertama Tuan Yang di-Pertua, pemberi perkhidmatan yang telah dinamakan - designated sebagai pemberi perkhidmatan USB untuk menjayakan Program Netbook 1Malaysia adalah sebanyak lapan buah syarikat iaitu:

(i) Telekom Malaysia Berhad;

(ii) Maxis Mobile;

(iii) Celcom Axiata;

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

(iv) DiGi Telecommunications;

(v) REDtone-CNX Broadband;

(vi) eB Technologies;

(vii) Danawa Resources; dan

(viii) Packet One Networks.

Manakala kontraktor pembekalan netbook ialah:

(i) Mutiara Smart Computing;

(ii) Nadi Ayu Technologies;

(iii) Hidaka Construction;

(iv) Hewlett Packard (HP) Malaysia;

(v) Acer;

(vi) Lenovo;

(vii) Samsung Malaysia Electronics;

(viii) ‘Mega Two Trade’; dan

(ix) ‘Hydranics Technology’.

Untuk fasa kedua tender terbuka bagi pemilihan vendor dan kontraktor adalah masih di peringkat penilaian. Untuk makluman Yang Berhormat, fasa pertama ini melibatkan 123,000 unit netbook. Sebagaimana yang Berhormat telah minta, saya akan sediakan secara bertulis harga setiap netbook yang dibekalkan oleh pembekal-pembekal yang dinamakan tadi.

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan itu. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan mengenai yang 123,000 unit sahaja. Akan tetapi kelmarin Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ada 200 unit lagi. Jadi yang pembekal itu, siapa yang 200 unit itu? Sama ada senarai-senarai itu yang diberi oleh Yang Berhormat ini melalui satu open tender ataupun direct negotiation yang biasanya. Ini style ‘tingkat empat’. Sama ada open tender atau direct negotiation, itu yang kita perlu tahu. Ini special style di ‘tingkat empat’ - direct negotiation.

Ketua Audit Negara pun telah tulis dalam laporan beliau bahawa banyak melalui rundingan secara direct negotiation. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mana yang telah saya sebutkan tadi bahawa fasa pertama sahaja yang telah saya sebut. Fasa kedua, ketiga, dan yang selepas itu belum lagi kita jalankan. Fasa kedua sebagaimana yang telah saya katakan tadi, adalah melalui tender terbuka.

Fasa pertama - oleh kerana kita mahu melakukan sesuatu dengan cepat, nama-nama yang tersenaraikan tadi kalau Yang Berhormat mengikut apa yang telah saya katakan adalah pembekal-pembekal yang terkenal dan mereka sendiri ada membuat komputer-komputer ini di Malaysia. Ini mengikut senarai yang dipilih.

Saya percaya mungkin ini tidak melalui tender terbuka tetapi melalui sehutharga oleh kerana kita mahu mempercepatkan proses fasa pertama. Fasa kedua dan yang kemudiannya adalah akan mengikut tender terbuka. Yang Berhormat katakan ‘tingkat empat’ di kementerian kita tidak ada ‘tingkat empat’ Yang Berhormat, ya.

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu satu...

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Jadi...

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Nama yang...

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Jadi...

final • 11:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, beri Lenggong.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Lenggong.

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong. Mahu beri jalan Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum Biar saya habiskan... Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan semua syarikat ini...

final • 11:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari Lenggong.

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Adalah syarikat expert.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tidak perlu kita berdialog.

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Itu expert untuk komputer.

final • 11:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Itu cerita lama.

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Saya lihat ini ada Hidaka Construction. Syarikat construction pun ada dalam pembekal komputer netbook ini. Apa ini? Hidaka Construction untuk mahu bina komputer netbook.

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Ia ada lesen kewangan mungkin.

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Juga...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

...Kementerian Kewangan...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, mahu beri laluan Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Kontrak mesti melalui tender terbuka.

final • 11:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Wangsa Maju telah banyak kali, tidak perlu itu.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Lenggong bertanya saya baru sahaja menerima maklumat dari pegawai saya bahawa fasa pertama juga tender terbuka. Apa salahnya Hidaka Construction misalnya sekiranya ia ada membekal komputer kepada orang lain.

Nama sahaja - what is in a name? Jadi Yang Berhormat sebagai menjawab apa yang ditanya Yang Berhormat semalam, ini anak siapa? Semua ini Yang Berhormat ada bapanya, tetapi saya tidak tahu siapa bapanya. Okey? [Ketawa]

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bukan bapanya siapa, tetapi kita mahu jawapan anaknya siapa.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Okey, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dino ini - apa namanya?

final • 11:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dari Lenggong.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Lenggong.

final • 11:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Lenggong.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong.

final • 11:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya fikir kita beralih sedikitlah daripada soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi, daripada semalam tidak habis-habis lagi. ‘Tingkat empat’ sudah tidak ada. [Ketawa] Cuma Yang Berhormat Menteri, ini anak-anak pelajar kita ada dalam Dewan ini. Ini menunjukkan sebuah kerajaan yang begitu prihatin. Yang Berhormat Ampang tidak ada hari ini, saya mahu beritahu pada ia bukan bab seluar dalam sahaja. Bab komputer pun kerajaan kita penting kepada rakyat.

Cuma menyambung Yang Berhormat Indera Mahkota sebut tadi yang penting ialah sebab jumlah yang mahu diberi ini banyak RM1 juta. Kalau penggunaannya baik dimanfaatkan betul-betul, dibincangkan dan dirangka dengan begitu teliti, saya fikir ini lebih penting daripada soal bagaimana ia beri dan sebagainya.

Jadi saya mahu tahu kementerian, bagaimana pihak kementerian merangka strategi untuk penerima-penerima ini benar-benar manfaatkan penggunaannya dan akhirnya mencapai hasrat kerajaan dalam pengagihan komputer ini? Tidak banyak tempat misalnya. Kalau di kawasan saya kita wajibkan setiap penerima mesti menjadi ahli pusat jalur lebar misalnya. Akan tetapi, ia tidak jadi wajib kepada semua tempat yang lain dan apabila ia menjadi ahlinya, maka pemantauan, aktiviti boleh dibuat dan sebagainya.

Jadi saya mahu tahu daripada kementerian, apakah yang dirangka dan dibuat untuk penerima ini memanfaatkannya sebaik mungkin? Ini yang paling penting sekali.

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sambung sekali itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Yang Berhormat Lenggong. Ini kerana, ini melibatkan jumlah atau pun kuantiti yang besar iaitu RM1 juta. Saya sedar untuk proses P&P di peringkat persekolahan, ianya banyak menolong pelajar-pelajar walaupun kita sedar bahawa di peringkat sekolah-sekolah di luar bandar misalnya masih belum ada lagi untuk mereka berupaya untuk akses internet dan sebagainya. Akan tetapi kita boleh menggunakan kaedah-kaedah yang lain untuk proses P&P.

Adakah atau tidak kajian menyeluruh yang dibuat kerana melibatkan jumlah yang besar, kesannya dan juga dari segi maintenance selepas kita menggunakan. Ini kerana, kita tidak mahu jumlah yang besar, yang melibatkan

final • 12:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

berbilion ringgit ini, kalau ia tidak ada pemantauan khususnya selepas ianya digunakan, ia akan menjadi sesuatu yang tidak bermakna. Kita mahu, kalau mengikut Yang Berhormat Bukit Katil bangkitkan semalam, mengikut fasa pertama, kualiti pemantauan terhadap setiap satu unit komputer berkenaan. Ada yang berada dalam keadaan yang cukup tidak membanggakan.

Oleh sebab itu, sejauh mana dengan jumlah yang besar SKMM telah membuat kajian terperinci dan pemberian pun difahamkan, ada pemberian yang dibuat kepada mereka yang tidak layak menerima seperti anak-anak cikgu.

Sepatutnya mereka ini tidak patut dapat sebab itu kalau boleh di peringkat awal SKMM kena rujuk sepatah dengan Ahli Parlimen di peringkat kawasan atau pun wakil-wakil rakyat untuk kita mengenal pasti mereka yang benar-benar layak menerima bantuan ini. Kita mahu sasaran itu tercapai.

Jadi, apakah tindakan yang dibuat. Kajian menyeluruh dan terperinci yang dibuat oleh SKMM sebelum pemberian yang begitu besar ini, yang kita harapkan sampai kepada sasaran yang sebenarnya.

final • 12:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Lenggong, sebagaimana yang telah saya katakan tadi bahawa pemantauan, bagaimanakah netbook ini akan diguna selepas pemberian, begitu juga yang ditanya oleh Yang Berhormat Arau.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya saya dibenarkan menghabiskan jawapan kepada pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat semalam, mungkin sedikit sebanyak mungkin apa yang ditanyakan baru-baru ini akan terjawab. Biar saya menyambung pada jawapan kepada pertanyaan yang dikemukakan semalam.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Wangsa Maju bertanya kenapakah Netbook 1Malaysia ini diagihkan di tempat yang tiada liputan jalur lebar. Untuk fasa pertama, netbook yang diagihkan adalah untuk penerima yang tinggal berdekatan dengan 246 buah kawasan yang telah ada disediakan pusat jalur lebar, komuniti, di mana di setiap PJK tersebut ada disediakan perkhidmatan WiFi untuk penerima netbook mencapai perkhidmatan jalur lebar dan melayari internet.

Pihak SKMM juga memastikan pemberi perkhidmatan yang telah diperuntukkan mempunyai liputan sebelum pengagihan dibuat. Selain daripada itu, netbook ini adalah alat mudah alih dan oleh itu, mereka boleh membawa netbook tersebut di mana-mana tempat, di mana terdapat liputan seperti di sekolah, institusi pengajian, kopitiam dan lain-lain.

Pihak kementerian juga melalui SKMM sedang dalam proses penilaian tender bagi menyediakan jaringan liputan jalur lebar di 400 buah kawasan yang kurang liputan jalur lebar untuk memastikan penerima netbook fasa kedua dan juga fasa pertama dapat menikmati liputan jalur lebar yang lebih meluas dan mampu langgan.

Yang Berhormat, berkenaan dengan ada yang saya katakan beberapa netbook lagi akan dibekalkan, itu memang betul. Sebagaimana yang telah diumumkan, kerajaan akan membekalkan sebanyak 1 juta unit netbook tetapi buat masa sekarang, pada fasa pertama hanya 123,000 unit telah dibekalkan.

Selebihnya lagi akan dibekalkan pada fasa kedua, fasa ketiga dan fasa selanjutnya. Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, minta sedikit penjelasan.

final • 12:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Kadar berlainan dari apa yang telah saya katakan.

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta sedikit penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ya.

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kelmarin saya ingat dengan jelas bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa ada dua batch. Satu batch 123,000 unit netbook. Batch yang kedua ada 200,000 unit telah dibekalkan kepada pelajar-pelajar. Itu yang kelmarin Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan di sini. Yang kita perlu tahu itu.

Jadi, hari ini Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan mengenai dengan 123,000 unit sahaja tetapi tidak apa. Soalan saya adalah tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan 260 pusat jalur lebar yang dibina oleh kementerian. Akan tetapi dalam Laporan Kedua Audit Negara mengatakan ada banyak tempat community centre atau pun pusat ini yang dibina oleh kementerian dengan equipment, komputer, digital kamera dan sebagainya tetapi tidak ada internet connectivity dengan izin. Banyak pusatnya.

Kedua, ada pusatnya tetapi tidak ada orang, tidak ada pegawai yang menjaga. Jadi, pusatnya kena tutup. So, bagaimanakah pelajar-pelajar di luar bandar boleh dapatkan perkhidmatan dalam keadaan yang sedemikian? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sebagaimana yang telah saya ulang beberapa kali bahawa fasa pertama hanya 123,000 unit dan pada fasa kedua, fasa kedua A dan B yang sedang melalui proses tender akan diagihkan 300,000 unit. Saya tidak pernah mengatakan ini telah diagihkan kepada penerima. Saya tidak pernah mengatakan telah diagihkan dan sekiranya saya mengatakan telah diagihkan, itu adalah kesilapan saya Yang Berhormat atau pun kesilapan Yang Berhormat mendengar apa yang saya katakan.

Berkenaan dengan pelajar-pelajar...

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Menjelaskan di sini bahawa 123,000 unit netbook ini, berapakah wang subsidi yang diberi atau pun dibayar balik kepada pembekal unit oleh MCMC melalui dana USP ini, yang telah diberikan secara percuma? Berikan satu angka berapakah subsidi?

final • 12:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Kurang dari RM123 million. Kurang dari RM123 million.

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti ada angka ini bukan. Kementerian akan beri...

final • 12:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat, sebagaimana yang telah saya katakan tadi bahawa saya akan...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Sebentar Yang Berhormat saya sudah memerhati. Jauh sangat ini. Yang Berhormat Wangsa Maju sudah berdialog sekarang. Cuba we make it proper sedikit. Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Arau pun hendak bertanya.

final • 12:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat, itu akan kita beri kepada Yang Berhormat mengikut pembekal-pembekal yang telah saya namakan tadi. Pengurusan dana USP ini adalah telus Yang Berhormat. Sekiranya Yang Berhormat ada sedikit patient dengan izin, biar saya menghabiskan dahulu jawapan berkenaan dengan isu projek dan dana USP ini. Mungkin sedikit kekeliruan itu boleh kita selesaikan.

final • 12:00 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh tanya sedikit tidak? Hendak mendapatkan penjelasan.

final • 12:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ya.

final • 12:00 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Minta maaf. Ini tentang yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Arau tadi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau dan dengan kawan-kawan kita, supaya pemberian netbook ini kepada mereka yang layak dan ada syarat-syaratnya.

final • 12:00 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Maknanya, bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau yang menyebutkan bahawa berikan mereka yang terlayak termasuk guru-guru.

Pada saya, ini yang saya hendak penjelasan. Apakah anak-anak guru tidak boleh dapat kalau mereka itu berpendapatan RM3 ribu ke bawah? Pada saya boleh. Jadi, saya tidak mahu ada perbezaan ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan. Kedua, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah PJK atau pusat untuk mendapatkan perkhidmatan ini, dulu tidak silap saya kementerian ada menyediakan perkhidmatan UHP ini di perpustakaan, klinik-klinik dan sebagainya di samping apa yang ada sekarang ini, apakah tempat-tempat ini juga boleh digunakan oleh pelajar-pelajar kita ataupun mereka yang mendapat notebook ini untuk mereka mendapatkan perkhidmatan di samping yang disediakan oleh pihak kementerian yang diumumkan baru-baru ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Maran, memang benar berkenaan dengan anak-anak guru yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 memang mereka pun layak menerima. Bagi perkara- perkara lain Yang Berhormat Maran dan Yang Berhormat Arau telah bangkitkan tadi, sekiranya saya menghabiskan perkara berkenaan dengan jalur lebar ini mungkin banyak perkara tidak akan dapat dijawab.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat tidak perlu bagi jalan lagi. Saya boleh maklumkan bahawa Yang Berhormat ini tidak bagi jalan lagi untuk menghabiskan apa yang tercatat dalam catatan beliau.

final • 12:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Semalam Yang Berhormat Bukit Katil membangkitkan kualiti netbook 1Malaysia yang diagihkan. Yang Berhormat, setakat ini kementerian ada menerima aduan yang kecil tentang kerosakan netbook 1Malaysia yang dialami oleh penerima netbook dan kementerian telah memastikan netbook-netbook 1Malaysia yang rosak tersebut telah diganti oleh kontraktor yang membekalkan netbook tersebut.

final • 12:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Kementerian melalui SKMM telah memastikan setiap netbook menepati spesifikasi yang ditetapkan dan SKMM telah menjalankan ujian terhadap jenama notebook yang dibekalkan dalam fasa pertama begitu juga untuk fasa kedua. Pihak SKMM akan menjalankan ujian kualiti terhadap jenama-jenama netbook yang akan diagihkan bagi memastikan netbook yang akan diterima oleh kumpulan sasar adalah berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, menyambung penggulungan semalam, ini melanjutkan isu tentang projek atau dana USP dan pemantauan laman web dan blog.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran, Projek USP fasa 1 hingga 5 adalah projek pembangunan kerajaan yang menggunakan peruntukan kerajaan dan bukan menggunakan dana USP di bawah SKMM. Projek fasa 1, 3 dan 4 telah dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad manakala Projek USP fasa 2 dan 5 dilaksanakan oleh Maxis Broadband. Bagi Projek USP fasa 5, Maxis Broadband telah dipilih sebagai pembekal melalui proses tender dan kesemua Projek USP ini telah dilaksanakan mengikut prosedur kerajaan di mana Jabatan Kerja Raya telah dilantik sebagai perunding pengurusan projek. Semua kerja yang disiapkan mesti mendapat pengesahan JKR sebelum bayaran dibuat.

Jumlah semasa dana USP pada 30 September 2010 adalah RM4.528 bilion. Beberapa projek telah dirangka dan dipersetujui sebagai contoh seperti pengagihan komputer riba, pembinaan menara telekomunikasi, mini pusat jalur lebar komuniti atau PJK dan PJK ke rumah. Segala perbelanjaan menggunakan dana USP adalah dipantau oleh SKMM, selain industri sebagai penyumbang dana juga dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai dana ini. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan pada Peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat 2002.

Jadi Yang Berhormat, sebagaimana yang sering kita bangkitkan di Dewan yang mulia ini penggunaan USP dan penyumbangan USP ini adalah semuanya telus dan tiada yang disembunyikan.

final • 12:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan mengenai 25 Oktober 2010, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan dalam satu akhbar bahawa baki wang dana USP ini adalah RM400 juta sahaja. Bolehkah Yang Berhormat berikan dengan tepat pada hari ini berapakah jumlah wang dana USP ini masih ada dalam tangan MCMC? Kedua, Yang Berhormat menyatakan telus dan sebagainya saya percaya amat telus. Jikalau telus, mengapakah audit committee MCMC ini tidak mengadakan mesyuarat dalam setahun? Jikalaulah dalam setahun audit committee tidak ada sebarang mesyuarat ini tidak bermakna bahawa kawalan ataupun tingkah laku MCMC ini telus sedangkan kita ada audit committee. Audit committee ini untuk apa? Untuk mengawal atau check and balance supaya wang rakyat atau dana ini yang digunakan kepada pelajar-pelajar ataupun sahabat-sahabat kita di luar bandar.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat. Ringkaskan.

final • 12:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

So, beritahu kita berapakah jumlah wang dana USP ini secara terkini? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat.

sebagaimana yang telah saya katakan tadi, angka yang ada pada saya adalah angka pada 30 September 2010. Sebagaimana yang saya telah juga huraikan beberapa projek akan dilaksanakan dan berkenaan dengan angka Yang

final • 12:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Berhormat katakan yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri kurang daripada RM400 juta pada 25 Oktober lalu biarlah saya terangkan.

Sebenarnya, Yang Berhormat angka itu sekiranya kita mengambil kira unjuran kewangan mengikut projek-projek yang hendak kita buat. Ini adalah termasuk juga kos penyelenggaraan dan kos operasi projek-projek ini lima tahun akan datang. Jadi, dana USP yang ada sekarang saya percaya, percayalah Yang Berhormat tidak kurang daripada RM4.5 bilion yang ada dalam tabung USP pada hari ini.

final • 12:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh percaya. Minta maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat mesti ada angka yang terkini.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Perlu minta jalan Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Mesti kita ada satu jumlah, pegawai-pegawai di sana boleh tolong-menolong kerana ini satu angka yang open. Tidak ada apa rahsia pun. Mengapa Yang berhormat tidak boleh beri pada kini, bukan 2010...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, you have to be fair, ini perkara baru, saya sudah biarkan terlalu panjang dan ini merupakan data-data, you insist on the data, dijawab oleh menteri you tidak percaya, so boleh dijawab secara bertulis. You don’t expect him to answer.

final • 12:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, Yang berhormat Menteri tidak memberi angka yang pada hari ini yang saya sudah beri soalan saya meminta pada kini. Memberikan perbelanjaan terperinci daripada dana USP dari tarikh 1 Januari 2008 hingga 30 Oktober 2010.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itu soalan yang mana Yang Berhormat?

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dan jumlah...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itu soalan Q&A.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Malam tadi tidak ada.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Perbahasan.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Soalan dalam perbahasan.

Yang Berhormat mesti ada semua jawapan untuk hari ini.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tidak boleh agak-agak ataupun saya percayai tidak boleh sebab ini Parlimen Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat, bolehkah saya menjawab.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Okey, terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat, sekiranya Yang Berhormat bertindak adil, saya akan bertindak adil. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi, saya dan pegawai-pegawai saya pun mungkin tidak ada angka yang ada pada hari ini. Angka yang ada pada saya iaitu pada 30 September pada tahun ini. Sebagaimana yang saya telah terangkan tadi bahawa angka ini tidak berkurangan, angka pada hari ini pun saya percaya tidak berkurangan dari apa yang saya katakan di sini. Sekiranya saya terdapat memesongkan Dewan dengan jawapan itu Yang Berhormat boleh bawa saya untuk dihadapkan tatatertib.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bukan, kami tidak akan, saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri pun seorang yang baik.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ya.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti boleh dapat makluman daripada pegawai sebab saya telah berbahas di sini memintakan angka-angka ini, yang pertama.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ya, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kedua, pada hari ini kita tiada annual report untuk tahun 2009.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Annual report MCMC terakhir adalah 2008.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Annual report untuk tahun 2009, berkenaan dana USP ada.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ada. Tahun 2010 tiada.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Itu belum kerana tahun belum habis. Bagaimana mana Yang Berhormat?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan berdialog Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sila berikan saya satu jumlah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju... Yang Berhormat Wangsa Maju jangan berdialog, ya.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat, Yang Berhormat bukan orang baru di Parlimen ini, kedua kali sudah datang ke Parlimen bukan?

Jadi tahulah berkenaan dengan peraturan. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi Yang Berhormat, angka untuk yang sedekat-dekatnya dapat kita perolehi adalah seperti mana yang telah saya katakan tadi. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat berkenaan apakah angka pada hari ini saya akan memberi Yang Berhormat secara bertulis, okey.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ya, Tuan Yang di-Pertua menyambung semula merujuk kepada isu penguatkuasaan dan pemantauan kandungan laman web dan blog, kementerian melalui SKMM sentiasa memantau

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

dan mengambil tindakan ke atas bloggers yang menyebar fitnah, memaki hamun dan biadab terhadap Sultan. Bagi kes Namewee, kertas siasatan telah selesai disediakan dan telah pun dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Bagi kes Raja Petra pula, kes beliau sedang dalam tindakan oleh PDRM. Kerjasama bersepadu bersama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara sentiasa diberi perhatian oleh kementerian ini.

Selain itu, berkaitan kemudahan akses internet di kawasan pedalaman adalah dimaklumkan bahawa...

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Di bawah strategi inisiatif Jalur Lebar Nasional (NBI), seluruh negara termasuk kawasan luar bandar akan disediakan liputan jalur lebar berkelajuan sehingga 2Mbps menerusi jalur lebar untuk orang awam atau broadband for general population.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terus.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Projek ini menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang asas kepada rakyat Malaysia dengan menggunakan pelbagai teknologi berwayar dan tanpa wayar di bawah inisiatif pihak swasta.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju bangun lagi Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan sedikit sahaja.

Saya teramat tertariklah dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan tindakan-tindakan yang diambil terhadap itu blogger-blogger yang fitnah memfitnah itu. Memang baik. Akan tetapi, saya di dalam ucapan saya beberapa kali di sini membangkitkan isunya di mana ada gambar yang di ‘doktor’ oleh Yang Berhormat Batu mengenai dengan itu gambar Altantuya memasukkan gambar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Perkara ini telah di akui oleh beliau. Saya pun statement pun diambil oleh MCMC sudah lebih kurang enam, tujuh bulan sudah. Akan tetapi, sampai hari ini saya tidak nampak pun sebarang tindakan yang diambil oleh sebab isu ‘doctored’ gambar ini amat serius. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak boleh terima. Kalaulah saya yang ‘mendoktorkan’ satu gambar menaikkan dalam web, dalam blog, dalam internet bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri terlibat dalam sesuatu jenayah.

Ini satu benda yang serius. Kita tidak boleh memberikan sesiapa untuk menggunakan itu laman web untuk memfitnah orang. Sesiapa pun Perdana Menteri baik, siapa Menteri baik, rakyat biasa baik. Kalau kita tidak ambil tindakan yang begini, terhadap tingkah laku yang begini yang amat teruk, yang tidak boleh diterima politik sempit ini, saya rasa kita akan ada banyak lagi gambar-gambar yang di ‘doktor’ lagi di dalam laman web.

Saya hendak tahu di sini kenapakah tiada tindakan yang diambil pada hari kini terhadap tindakan yang diambil terhadap Yang Berhormat Batu ini. Sedangkan beliau telah mengakui bahawa beliau terlibat dalam ‘doktor’ gambar Perdana Menteri dalam gambar Altantunya untuk fitnah memfitnah. Bukankah ini satu contoh yang amat jelas. Tidak beranikah ambil tindakan?

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sebagaimana Yang Berhormat akui bahawa kira-kira beberapa bulan yang lalu, sesiapa yang terlibat telah pun dipanggil dan disiasat oleh SKMM.

Itu adalah menunjukkan SKMM mengambil tindakan dan bagaimana Yang Berhormat sebagai seorang peguam tahu bahawa penyiasat dan yang akan membawa seseorang ke mahkamah adalah tidak sama.

Semua kertas siasatan telah pun dibekal atau pun dimajukan kepada Peguam Negara dan sekiranya belum ada tindakan bukan bermakna tindakan tidak diambil. Bermakna tindakan belum diambil dan kita harapkan dengan saranan Yang Berhormat dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bahawa ini tidak akan tidak diambil dan ianya akan diambil tindakan. Begitu juga untuk mengambil pengajaran blogger-blogger yang lain supaya ini tidak akan berlaku lagi Yang Berhormat, ya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah bangun Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dua perkara pertama. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah sebab baru-baru ini pegawai SKMM (MCMC) pergi melawat pejabat Malaysiakini di atas artikel yang dilaporkan ‘We must defend Putrajaya at all costs’. Siapakah yang membuat laporan polis dan apakah tujuan dan niat sebenar MCMC atau SKMM pergi membuat lawatan dan mengambil statement daripada pengendali Malaysiakini, ini satu.

Perkara kedua adalah berkenaan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada penduduk di Gua Musang kerana menjadi kawasan pertama di Kelantan diberi ‘Kampung WiFi’ perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar. Yang Berhormat Menteri daripada kementerian menyatakan bahawa kebetulan sahaja perkhidmatan ini Kampung WiFi sampai di situ. Jadi saya hendak tahu bilakah Kampung WiFi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar ini yang secara percuma akan sampai di kawasan Parlimen Batu Gajah. Jangan kata kebetulan apabila pilihan raya sampai kebetulan sampai ke kawasan Parlimen Batu Gajah. Pohon penjelasan.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Penjelasan. Sikit sahaja. Ini pasal perkhidmatan WiFi. Apakah tindakan kerajaan kepada perkhidmatan WiFi daripada syarikat swasta yang mengikatkan pelanggan dia dalam satu kontrak setahun ke, dua tahun tetapi tidak membekal perkhidmatan yang memuaskan.

Saya bagi contoh P1 saya subscribe kepada P1. Office saya pusat khidmat saya dua tahun tetapi perkhidmatan dia kosong. Bila saya complain dia kata you terikat dalam kontrak. You kena tamat sampai kontrak habis.

Kalau tamat sekarang kena forfeit. Tindakan kerajaan kepada syarikat- syarikat sebegitu yang tidak memberi perkhidmatan tetapi masih advertise dalam surat khabar kata dia ada produk baru, dia ada pakej baru tetapi perkhidmatan langsung tiada. Ini adakah satu penipuan kepada consumer. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, panjang lagikah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tidak panjang.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Batu Gajah, saya percaya pegawai-pegawai SKMM melawati pejabat Malaysiakini adalah atas urusan untuk menyiasat aduan. Sebagai mana Yang Berhormat Batu Gajah tahu kementerian ini sentiasa mengalu-alukan aduan daripada orang awam sekiranya terdapat perkara yang perlu dilaporkan. Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat sendiri pun boleh mengajukan aduan sekiranya adakah talian...

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Biar saya jawab dahulu Yang Berhormat, kerana Yang Berhormat bangkitkan beberapa isu. Kepada talian 1- 800-888-030 atau melalui e-mel dan e-mel ini adalah aduanskmm@cmc.gov.my.

Jadi berkenaan dengan bilakah kita akan menyediakan kampung WIFI di kawasan Batu Gajah. Sekiranya terdapat tempat yang memerlukan perkhidmatan tersebut Yang Berhormat, sila bawa kepada kementerian atau melalui saya dan bila Yang Berhormat baik-baik dengan saya, saya akan meminta SKMM menimbang permintaan Yang Berhormat. Akan tetapi kalau Yang Berhormat marah-marah, macam mana kita hendak buat Yang Berhormat. [Ketawa] Berkenaan dengan...

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Lesen, berkenaan dengan perkhidmatan yang tidak memuaskan itu juga...

final • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

P1, P1.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Segambut boleh kemukakan kepada SKMM supaya SKMM mengambil tindakan kepada pemberi perkhidmatan tersebut.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, baik-baik itu untuk semua. Saya pun kena baik-baik dengan dia. Semua pihak.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya, ya, penjelasan.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat tidak jawab, Yang Berhormat Batu Gajah tanya...

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya hendak tahulah, baik-baik macam mana? Macam mana baik-baik?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik-baik. Tulis surat baik-baik.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Baik-baik, tidak marahlah.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tidak ada sistem mesti baik-baik.

Baik-baik macam mana?

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Baik-baik tidak marahlah.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Lelaki boleh baik-baikkah?

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Macam mana baik-baik?

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Okey. Kalau bertanya, tanya baik- baik. Minta, minta baik-baik. Itulah yang okey.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Oh. Macam mana minta baik-baik, tolong-tolong ini macamkah? [Ketawa]

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat.

Minta penjelasan.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Apa lagi.

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Perkara satu, tadi berkenaan SKMM Yang Berhormat kata ia hanya menjalankan urusan, menerima aduan, mengambil tindakan. Saya hendak tahu siapa yang membuat aduan perkara satu. Di bawah seksyen mana siasatan dijalankan. Mesti ada disyaki melanggari mana-mana seksyen, baru pegawai SKMM pergi buat lawatan. Itu perkara satu. Perkara kedua, saya rasa apa yang saya bangkitkan adalah untuk kepentingan penduduk kawasan saya kampung WiFi itu. Saya rasa Yang Berhormat mesti berubah fikiran. Jangan gunakan perkataan baik-baik itulah. Saya rasa Yang Berhormat patut jalankan tanggungjawab Yang Berhormat sebab Yang Berhormat menguruskan wang rakyat dan tidak perlu ada yang dikatakan oleh Yang Berhormat ‘baik-baik’ baru boleh dapat program di kawasan kami ini. Itu mentaliti kronilah, kroni, nepotism you know, cronyism. Saya bangkitkan adalah untuk kepentingan orang ramai.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Baik. Soalan yang berkaitan Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jawab dengan baik-baik.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Soalan yang berkaitan, mengenai aduan kepada CMC berkaitan kes Malaysiakini, apakah tindakan kerajaan kepada aduan yang palsu atau aduan yang berniat jahat tiada berasas? Apa tindakan kerajaan terhadap pengadu sebegitu? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua. Sebagai mana Yang Berhormat-Yang Berhormat tahu bahawa semua penguatkuasaan yang dijalankan oleh SKMM adalah berlandaskan peruntukan yang ada dalam seksyen 233 atau juga kadangkala dalam seksyen 211. Kalau sebelumnya diadakan penyiasatan bagaimanakah pegawai-pegawai SKMM tahu bahawa adakah betul atau tidak aduan tersebut. Jadi Yang Berhormat, SKMM hanya menjalankan tugas dan kita tidak payah berasa risau sekiranya tidak ada perbuatan yang menyalahi undang-undang dan siapa akan menentukan. Adakah kesalahan itu dibuat atau tidak, itu adalah selepas penyelesaian penyiasatan dibuat oleh SKMM.

Tuan Yang di-Pertua, isu Astro. Berhubung kait dengan pengendali televisyen berbayar Astro...

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan. Penjelasan SKMM.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ya.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa sebagai satu enforcement agency, sangat penting ia dilihat sebagai profesional dan bebas dan ada kewibawaan. Akan tetapi nampaknya daripada beberapa tindakan yang ada diambil oleh SKMM ia macam bertindak semacam SPRM yang menjadi apendiks atau alat kuasa yang ada supaya untuk menganiayai descent dan suara-suara yang bebas. Ini tidak akan memberi kredibiliti kepada SKMM dan bolehkah kita mendapat satu jaminan bahawa SKMM tidak akan menjadi alat kepada Barisan Nasional dan UMNO.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Tuan Yang di-Pertua, SKMM adalah suatu suruhanjaya yang bebas dan tidak boleh diperalatkan oleh mana-mana pihak. Sekiranya SKMM tidak mengambil tindakan atas aduan yang dibawa, maka SKMM akan juga dituduh sebagai memihak kepada yang menyalahgunakan rangkaian internet yang sedia ada. Begitu juga kalau Yang Berhormat melaporkan sesuatu berkenaan dengan tindakan seseorang menteri dan SKMM tidak mengambil tindakan, itu pun salah juga Yang Berhormat. Sekiranya kita semua cuba melihat SKMM dari pandangan yang tidak bias, saya percaya SKMM adalah suruhanjaya yang bebas dan bertanggungjawab dan tidak akan diperalatkan oleh mana-mana pihak.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, terima kasih. Kalau begitu kenapa begitu banyak racun communal hatred, religious hatred ada di multimedia atau internet, blog yang dibuat oleh pihak-pihak daripada UMNO dan Barisan Nasional termasuk Utusan Malaysia yang menyebar kebencian perkauman. Kenapa tidak ada tindakan diambil terhadap semua ini?

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mana yang telah saya katakan di sini beberapa kali dan begitu juga oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, bahawa semua aduan, tindakan ada diambil iaitu dari segi penyiasatan. Siapakah akan membawa ini ke mahkamah, the charges itu adalah tanggungjawab Peguam Negara. Kalau tidak nampak ada tindakan daripada pihak SKMM, itu bukan tidak ada tindakan. Ada tindakan, sebagai mana yang sering kita katakan di sini, apa jua aduan yang diajukan kepada SKMM akan disiasat oleh SKMM dan kertas siasatan itu diberi kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya.

final • 12:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Adakah seseorang itu dibawa ke mahkamah atau tidak, itu terpulang kepada Peguam Negara dan jangan salahkan SKMM di atas hal ini Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Adakah SKMM pernah menyiasat Utusan Malaysia, oleh sebab ada komen hatred di Utusan Online?

final • 12:40 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Pernah, semua ini disiasat. Jadi jika ada kebencian dari segi agama, dari segi bangsa di negara ini, ini bukan berpunca daripada SKMM. Ini adalah berpunca daripada manusia sendiri, daripada penduduk yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebar luaskan fitnah, hasut dan dengki. Itu bukan perkara yang disebarkan oleh SKMM. Jangan kita mempersalahkan SKMM atas ini dan sekiranya terlampau banyak perkara tersebut berlaku, SKMM pun tidak akan mampu menjalankan penyiasatan oleh sebab ia terlampau banyak. Pada masa ini, SKMM dapat menjalankan tugas dan penyiasatan kepada semua aduan yang dibawa kepada SKMM. Akan tetapi jika ia disebut sahaja dan tidak dimajukan dan disampaikan kepada SKMM, maka SKMM mungkin terlepas pandang dan mungkin tidak tahu. Akan tetapi, kalau sesuatu aduan dibawa kepada SKMM, SKMM akan tetap menjalankan penyiasatan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi berhubung kait dengan pengendali televisyen berbayar Astro, adalah dijelaskan di sini bahawa Astro sebagai pemegang lesen yang memberikan perkhidmatan penyiaran langganan perlu mematuhi prinsip-prinsip penetapan kadar yang dinyatakan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Mengenai siaran yang tergendala semasa hujan, adalah dimaklumkan bahawa penyiaran Astro adalah menggunakan teknologi jalur Ku (Ku band), dan Astro sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah gangguan siaran tatkala cuaca buruk. Walau

final • 12:40 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

bagaimanapun, faktor cuaca Malaysia yang beriklim tropika menjadikan masalah hujan lebat sebagai satu fakta alam yang tidak dapat dielakkan.

Tuan Yang di-Pertua, industri filem tempatan...

final • 12:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan boleh tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan gangguan cuaca ini? Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti sedar bahawa semasa gangguan cuaca ini, kadangkala setengah jam, 45 minit dan waktu ini tidak ada siaran langsung, tidak ada servis tetapi pelanggan seramai 2.93 juta orang mesti membayar yuran.

Bukan kah ini bermakna kita membayar free sahaja kepada Astro tanpa apa-apa servis? Kenapa Astro tidak memberikan refund mengenai dengan masa yang tidak boleh digunakan? Ini yang penting. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Saya hendak sambung Yang Berhormat.

Saya hendak menyampaikan rungutan rakyat berkaitan dengan Astro ini. Bukan sahaja ketika cuaca tidak baik tetapi apabila berlaku kerosakan, pegawai-pegawai yang dilantik oleh Astro ini tidak cekap dan tidak memberikan servis dengan cepat dan kualiti servis yang diberikan juga tidak baik. Yang kedua, rungutan pengguna- pengguna apabila Astro mengenakan bayaran yang berlipat kali ganda berkaitan dengan siaran-siaran yang telah pun dikeluarkan oleh syarikat Astro. Ini rungutan yang diberikan oleh rakyat kepada kita.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, saya sendiri ada melaporkan aduan kepada Astro di Kota Kinabalu – saya rasa tiga bulan lalu tentang perkhidmatan Astro di rumah saya dan sehingga sekarang, tidak ada seorang daripada Astro datang untuk melihatnya. [Dewan riuh] Saya rasa...

final • 12:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Rumah saya juga, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jempol mengenai perkara ini.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Rumah saya dan rumah jiran saya juga, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai caj Astro melalui tawaran pakej kepada pelanggan, bilakah kementerian akan membuat pemantauan serta mengambil tindakan terhadap Astro? Ini kerana pakej-pakej yang ditawarkan oleh Astro setengah daripadanya pelanggan tidak menikmatinya. Mereka dipaksa mengambil pakej tersebut. Mereka tidak ada pilihan untuk membuat pilihan secara channel demi channel. Kita ambil satu pakej yang terdapat banyak channel di sana di mana mereka tidak menonton semua yang ditawarkan itu. Jadi mengapa Astro dibenarkan untuk masuk campur apa yang tidak diperlukan oleh pelanggan?

They’re bringing the garbage and force people to view dengan izin, Perkara ini telah dibawa kepada perhatian kementerian dahulu tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Saya minta sekali lagi, adakah kementerian benar-benar berhasrat untuk menjaga kepentingan pelanggan, dan mengapakah ini dibiarkan sahaja untuk Astro memonopoli kan sektor ini? Adakah cadangan untuk membuka sektor ini kepada syarikat lain? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Satu lagi soalan mengenai soalan yang sama. Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti tahu bahawa pada hari ini, pada 31 Disember 2010, total revenue atau jumlah pendapatan Astro adalah RM3.3 bilion dan revenue daripada HD sahaja RM302 million. Net profitnya atau net pendapatannya adalah RM689 juta pada 31 Disember 2010. Dengan

final • 12:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

pendapatan tertinggi begini dan revenue untuk program exclusive program seperti Discovery dan sebagainya, revenuenya sebanyak RM250 million dan saya percaya bahawa RTM pun telah membayar RM40 juta untuk program eksklusif ini seperti Discovery, National Geographic dan siapakah yang mendapat supplier program ini kepada RTM, saya tahu, beritahu kami di sini.

Kedua, program-program ASTRO ini, total subscriber nya pada 31 Januari 2010 adalah 2.93 million orang rakyat Malaysia dan itu breakdown figure nya adalah kaum Melayu – 1.7 million, Cina atau orang Tionghoa – 679,000 orang sahaja, India – 319,000 orang dan lain-lain – 222,000 orang. Bagi tiap-tiap dua rumah orang Melayu, satu rumah mesti ada Astro dan semua PPR boleh dikatakan ada Astro. Astro ini bukan hanya untuk orang kaya sahaja sekarang, kebanyakannya untuk orang yang sederhana. So, apakah kawalan – dengan keuntungan RM689 juta setahun? Apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk mengawal monopoli ini, di mana semua 118 program dikawal oleh mereka dan mereka membayarkan RM750 juta kepada syarikat asing untuk Discovery, National Geographic dan sebagainya?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat ringkaskan, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kenapa kita tidak mahu ada satu masyarakat terbuka supaya ada player boleh masuk. Apabila kita mempunyai persaingan, competition dengan izin.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri boleh habiskan sebelum jam 1.30.

final • 12:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya hendak tanya, bila kita boleh ada competition? Apabila kita ada competition, kita boleh mendapat servis yang lebih baik daripada service provider pay TV ini. Itu satu.

final • 12:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kedua, yuran itu boleh kurang, jangan kita pandangkan keuntungan RM689 million setahun ini adalah satu keuntungan yang ridiculous, very high dengan izin dan juga ini menunjukkan bahawa kita boleh turunkan yuran itu.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kementerian ada kuasa untuk mengawal situasi ini dan kebanyakan ini bumiputera yang kerajaan sentiasa hendak jaga, 1.7 million orang, majoriti. Kalaulah kerajaan tidak minat hendak jaga bumiputera tidak apa, jagalah orang Tionghoa dan orang India. Mereka tidak ada, hak-hak mereka tidak dipertahankan oleh kerajaan dalam perkara ini.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kita tidak boleh memberikan syarikat gergasi sebegini.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju, I think your point delivered Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri faham dah your point itu.

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, terima kasih. Sila beri penjelasan kenapa monopoli ini diberi peluang untuk dilanjutkan. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Sedikit, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menambah Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya juga

final • 12:50 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

bersetuju apabila kita lihat sistem monopoli yang sedemikian sebenarnya tidak memberikan benefit yang lebih kepada rakyat. Jadi kalaulah sistem telekomunikasi yang lain sistem hand phone dan sebagainya kita boleh bagi Digi, Maxis dan juga Celcom. Kenapa Astro kita tidak boleh buka kepada players lain supaya ia mendapat service yang begitu bagus seperti mana ada yang lain-lain. Akan tetapi, kalau sistem monopoli yang sedemikian yang wujud di sini apakah benefit dia kepada rakyat kerana biasanya kalau sudah monopoli terlalu lama dia akan jadi besar dan biasanya dia lupa daratan kerana dia rasa dialah yang berkuasa di kawasan itu. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sekejap Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri habiskan.

final • 12:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sekejap, Yang Berhormat Timbalan Menteri minta sambung sekejap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan rakan-rakan termasuk Yang Berhormat Labuan. Apabila sistem monopoli kita bagi kepada satu syarikat, kita lihat akhirnya dia akan membebankan kerajaan dari segi kewangan. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, kita hendak dapat hak siaran dalam bahasa Malaysia – bahasa Melayu untuk ESPN bagi slot sukan, kita kena bayar belasan juta ringgit hanya untuk menyiarkan siaran sukan tempatan.

Jadi dalam hal ini kita minta kerajaan di masa hadapan untuk kita lebih berhati-hati untuk kita hendak bagi right dengan izin Tuan Yang di-Pertua kepada syarikat-syarikat yang sebegini supaya tidak timbul akhirnya kita bagi peluang untuk mereka memajukan diri tetapi akhirnya mereka bila ada dealing dengan kerajaan mereka cuba mendapat segala keuntungan yang menyebabkan mereka tidak dapat memberi service yang terbaik. Banyak sudah yang berlaku di negara kita lebuh raya, beras dan lain-lain yang akhirnya menyebabkan rakyat berada di dalam kerugian yang patutnya mereka nikmat daripada pemberian kerajaan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat saya tidak izinkan lagi pencelahan dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk habiskan sebelum jam 1.00 tengah hari ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan atau celahan yang dikemukakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi ingin saya menyambung penggulungan dan sekiranya ada masa nanti saya akan bagi jawapan kepada yang dibangkitkan.

Kementerian sememangnya sedar mengenai... [Disampuk]

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Apa tindakan yang akan diambil terhadap Astro?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Mengenai kemunculan penerbit- penerbit baru yang mengeluarkan filem bukan sahaja dalam bahasa Malaysia tetapi dalam berbilang bahasa. Penerbit-penerbit ini telah berusaha untuk mengeluarkan filem dan sering kali membawa filem mereka ke festival tayangan khas di luar negara.

Selain daripada itu, kementerian juga sedang dalam proses mengkaji takrif filem-filem tempatan selaras dengan gagasan 1Malaysia dan akan membina garis

final • 12:50 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

panduan skim pulangan duti hiburan yang ditakrifkan sebagai filem tempatan termasuk dalam bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan lain-lain bahasa tempatan yang layak menerima pulangan duti hiburan.

Di samping itu, bagi membantu menjayakan hasrat untuk menarik pelancong-pelancong asing ke Malaysia serta menjana sumbangan yang signifikan kepada ekonomi negara, pindaan syarat bertujuan untuk menambah baik garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) sedia ada amatlah perlu supaya ia lebih jelas, tepat dan teratur. Ia juga selaras dengan usaha kerajaan bagi mengurangkan kerenah birokrasi dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat penggambaran dan persembahan artis luar negara yang competent di peringkat global.

Berkenaan dengan monopoli, Ahli-ahli Yang Berhormat suka saya terangkan di sini bahawa terdapat sembilan pelesen CASP yang dibenarkan memberikan perkhidmatan siaran televisyen berbayar melalui pelbagai teknologi seperti IPTV, mudah alih atau digital terrestrial. Jadi tidak benar kalau kita katakan bahawa Astro adalah monopoli sekarang kerana sudah ada lesen diberi kepada pemberi perkhidmatan tersebut namun demikian mereka belum beroperasi dan lesen ini telah dikeluarkan kepada sembilan syarikat yang boleh memberi perkhidmatan tersebut.

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan siapakah yang menonton ataupun siapakah pelanggan- pelanggan Astro ini tidak kiralah asalkan mereka rakyat Malaysia mereka adalah diambil kira semuanya. Berkenaan dengan kerosakan dan...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju tidak ada masa sudah Yang Berhormat Wangsa Maju, tinggal dua minit sahaja.

final • 12:50 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Kualiti service yang dikemukakan terlebih lagi oleh Tuan Yang di-Pertua, maka ini saya akan dengan cepat-cepatnya mendatangkan rintihan ini kepada Astro dan saya harap tindakan yang sewajarnya akan diambil dengan secepat mungkin.

Begitu juga dengan bayaran yang dikatakan tinggi sebenarnya Astro ada memberi dan menyediakan beberapa pakej dan pelanggan-pelanggan Astro boleh memilih pakej mana yang mereka hendak langgan termasuk juga yang seperti mana yang kita tahu bahawa banyak juga station yang memberi penyiaran yang percuma seperti TV1, TV2 dan Media Prima dan juga beberapa saluran di Astro yang sebenarnya percuma. Akan tetapi, walaupun percuma kalau kita ada decoder Astro kita boleh juga menonton program-program yang dikatakan percuma ini.

Jadi tidak benarlah sekiranya kita mengatakan kita dipaksa melanggan pakej ini walaupun ia tidak dikehendaki oleh penonton ia termasuk dalam pakej berbayar kerana pakej berbayar adalah saya percaya ia ditunjukkan apakah yang termasuk dalam pakej-pakej tersebut. Sekiranya pakej itu tidak memenuhi kehendak seseorang pelanggan maka seseorang pelanggan itu boleh memilih pakej yang lain. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jadi salesman untuk Astro.

final • 12:50 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis sudah?

Saya menjemput Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

final • 12:50 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Putatan telah mencadangkan supaya usaha-usaha...

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri sambung petang. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang ini.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 12:59 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, terima kasih. Sebelum saya menjemput menteri untuk menyambung jawapan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran His Excellency Jean-Marie Le Guene - Chairman of the France-Malaysia Friendship Group of the National Assembly [Tepuk] ke Dewan yang mulia ini. Semoga kehadiran His Excellency Jean-Marie Le Guene dan delegasi dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara Parlimen Malaysia dan Perancis yang telah sedia terjalin kukuh selama ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, ya.

final • 12:59 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Putatan telah mencadangkan supaya usaha-usaha diperkasakan produk ekopelancongan untuk menjana pembangunan ekonomi negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia merupakan salah satu daripada 12 buah negara yang diiktiraf sebagai negara mega biodiversity di dunia.

Sehubungan dengan itu, kekayaan biodiversiti ini boleh dijadikan produk ekopelancongan yang berpotensi menjana kekayaan baru dan menyumbang pada pembangunan sosioekonomi serta kemakmuran negara.

Dalam hal ini, Malaysia mempunyai beberapa khazanah semula jadi yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai ecotourism signature product, dengan izin. Sebagai contoh, negara kita mempunyai hutan hujan tropika yang antara tertua di dunia, spesies hidupan liar yang ikonik seperti harimau belang Malaya, tapir, badak sumbu, seladang dan Orang Utan.

Di bawah New Key Economic Areas dengan izin, kerajaan telah pun mengenal pasti sektor pelancongan...

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Penjelasan.

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

...sebagai salah satu sektor utama yang telah dibangunkan...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Telok Intan bangun, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Bagi - boleh saya selesaikan ayat ini? Bagi merealisasikan sasaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, silakan Yang Berhormat Telok Intan.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Apabila Yang Berhormat Menteri menyentuh tentang hidupan liar, saya ingin bertanya dan minta penjelasan tentang baru-baru ini kes Anson Wong yang diberkas di KLIA. Ia membawa beberapa ratus ekor ular di dalam beg melalui lapangan terbang dari Pulau Pinang. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan keterangan bagaimana ini boleh terjadi? Apakah pengawasan di lapangan terbang di Pulau Pinang, ia boleh terlepas lalu ke KLIA?

Lagi satu perkara saya ingin tahu, bagaimana Anson Wong ini boleh terus mendapat lesen untuk berdagang dalam hidupan liar, yang mana pada satu masa beliau dipenjarakan di Amerika Syarikat untuk selama 71 bulan? Apakah layanan istimewa yang diberikan kepada beliau? Pada satu masa, satu laporan MACC telah pun dibuat terhadap pegawai-pegawai tertentu di PERHILITAN yang mana mereka disyaki collaborated, dengan izin dengan Anson Wong untuk memberikan lesen dan permit khas untuk membawa lain-lain hidupan liar.

Saya ingin tahu apakah perkembangan kes tersebut? Apakah tindakan yang diambil terhadap pegawai-pegawai PERHILITAN itu dan apakah langkah- langkah yang akan diambil? Bukan Anson Wong sahaja terlibat tetapi isterinya juga. Adakah isterinya juga akan jadi proksi untuk terus membuat perdagangan dalam hidupan liar? Kesannya, saya lihat mereka memperkecilkan undang-undang kita dan juga Jabatan PERHILITAN. Pada keseluruhannya bagaimana kita dapat mengawal dan mengatasi masalah trafficking hidupan liar? Sekian, terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 2:33 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin bertanya sama ada kementerian ada rancangan atau tidak. Tadi Yang Berhormat Menteri menerangkan berkenaan dengan khazanah alam semula jadi dan juga tumbuh-tumbuhan dan sebagainya, yang dikaitkan dengan industri pelancongan katanya - daripada segi penggalakan.

Saya hendak bertanya setakat ini, adakah kementerian Yang Berhormat Menteri menyediakan satu indeks untuk menyatakan khazanah-khazanah yang dikatakan bernilai tinggi itu? Kita tahu Malaysia mempunyai senarai tumbuh- tumbuhan hutan hujan yang begitu bernilai tinggi. Akan tetapi, adakah kementerian Yang Berhormat Menteri menyediakan indeks yang menunjukkan berapakah estimation nilai pada khazanah ini? Apa yang lebih penting lagi, apakah peratusan kemusnahannya daripada tahun ke tahun supaya kementerian Yang Berhormat Menteri boleh membuat anggaran dalam masa 10 tahun atau 20 tahun akan datang. Indeks penyimpanan atau indeks rizab khazanah tumbuh-tumbuhan ini boleh musnah atau boleh digandakan?

final • 2:33 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sebagai ukuran, mungkin kementerian Yang Berhormat Menteri boleh meletakkan satu tanda aras yang mana kehilangan dan penyembuhan.

Maksudnya ada recovery aspect dalam membangunkan semula tumbuh- tumbuhan yang musnah. Ini termasuk juga spesies-spesies hidupan yang mana kita tahu baru-baru ini, di dalam negara kita telah ditemui beberapa spesies binatang dan serangga yang sebenarnya adalah spesies yang baru, tidak pernah dijumpai dalam bibliografi haiwan dan juga serangga di dalam dunia ini. Maka ini sudah tentu menjadi satu nilai khazanah yang tinggi sekiranya kita mempunyai satu dasar khas untuk melihat pada wujudnya kekayaan berbentuk baru.

final • 2:33 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya juga hendak tahu akhirnya apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang cara atau kaedah kita untuk menyatakan pendirian kita pada penjagaan atau preservation, dengan izin pada alam sekitar di mana baru-baru ini seorang selebriti terkenal dunia media iaitu selebriti hiburan NTV7 yang selalu dan sering keluar dalam rancangan masakan iaitu Martha Stewart yang diundang untuk datang ke Malaysia, di atas tujuan untuk menghayati kerana kepakaran dan minatnya kepada alam sekitar, katanya. Dia adalah salah seorang daripada gerakan untuk preserve alam sekitar.

Jadi selepas beliau pulang, saya hendak kepastian daripada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar bahawa beliau pernah memberi remark atau menyatakan seolah-olah Malaysia dengan izin, “Malaysian are blessed with natural resources and natural beauty, even their river look like cappuccino.” Adakah Yang Berhormat sedar tentang wujudnya persepsi-persepsi dan gambaran-gambaran yang diberi bersifat sebegini? Perkara ini secara jelas merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berlaku di kawasan Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan kepada peristiwa ini, beliau barangkali secara sinis untuk memberi teguran dan mengatakan bahawa beliau merasakan bahawa melihat sungai-sungai di dalam negara kita ini yang kaya dengan khazanah ekologinya tetapi disindir dengan sungai-sungai kita yang nampaknya warnanya seperti kapucino. Apakah pandangan Yang Berhormat ataupun Yang Berhormat ada dengar ataupun tidak perkara ini dan apakah langkah ataupun barangkali tindakan untuk memperbetulkan persepsi ataupun gambaran ini? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang Berhormat, boleh sambung kah?

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin cakap sebab ini soalan saya. Soalan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota dan soalan daripada Yang Berhormat Telok Intan itu sebenarnya sudah termasuk di dalam perbahasan saya. Biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat dan makluman bahawa kita ada rombongan daripada kawasan Santubong, pemimpin-pemimpin masyarakat dari Santubong, kawasan Parlimen Timbalan Tuan Yang di-Pertua kita yang duduk di atas itu. [Tepuk]

final • 2:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh saya sambung sedikit isu hidupan liar tadi? Sekarang ini Yang Berhormat, rakyat menerima satu masalah baru. Kementerian tidak ada kuasa untuk mengawal kerajaan-kerajaan negeri untuk membalak kerana pembalakan ini adalah di bidang kuasa kerajaan negeri. Terdapat juga kerakusan sesetengah kerajaan negeri yang melakukan pembalakan amat luar biasa menyebabkan hidupan liar ini tidak duduk lagi di dalam hutan tetapi sudah menyerang ke kampung-kampung. Misalnya perkampungan dekat kawasan Gua Musang sekarang ini, aduan yang kita dapati

final • 2:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

begitu banyak hidupan liar memusnahkan pokok-pokok dan tanam-tanaman kerana mereka tidak ada lagi tempat untuk berlindung.

Oleh yang demikian Yang Berhormat, selain daripada bidang kuasa kerajaan negeri untuk dapat kita selaraskan tentang soal isu pembalakan, saya dapat melihat apakah Yang Berhormat tidak boleh memperkasakan pegawai- pegawai kita di Jabatan PERHILITAN dengan menambah pegawai, peruntukan- peruntukan tertentu untuk membantu orang-orang kampung bagi menyelamatkan tumbuh-tumbuhan dan juga hasil tanam-tanaman mereka. Dapat kita tangkap hidupan liar yang menyerang dusun-dusun dan sebagainya ini, supaya dapat kita dapat membantu rakyat di kawasan luar bandar. Apabila kita tanya kepada pegawai, mereka kekurangan pegawai dan mereka juga kekurangan peruntukan.

Termasuklah hendak membina perangkap-perangkap untuk memerangkap hidup- hidupan liar ini. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat yang telah mengemukakan beberapa isu. Akan tetapi sebelum saya terus menjawab, saya minta penjelasan dari Tuan Yang di-Pertua sama ada saya perlu menjawab perkara yang tidak pernah ditimbulkan dalam perbincangan tempoh hari. Perkara-perkara baru misalnya Anson Wong. Jadi saya minta nasihat daripada Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sebenarnya mengikut dasar, sepatutnya soalan-soalan yang tidak dibangkitkan pada peringkat dasar, perbahasan peringkat dasar, Yang Berhormat Menteri ada pilihan supaya tidak menjawab. Kalau menjawab pun, sepintas lalu sahajalah kerana tidak payah mendalam sangat.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat daripada Telok Intan tadi menyentuh mengenai perkara Anson Wong. Jadi untuk makluman Dewan ini, perkara ini masih dalam kes mahkamah dan saya tidak ingin berbincang dengan lebih panjang lebar kerana ia sub judice. Bagaimanapun beberapa tindakan telah pun kita ambil untuk menentukan bahawa kegiatan-kegiatan untuk illegal poaching ini dapat kita kawal di dalam negara kita ini. Memang kita menghadapi beberapa masalah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Jempol tadi. Kekangan-kekangan seperti tidak cukup pegawai, bahkan sebelum kita meluluskan rang undang-undang oleh Conservation Act tempoh hari, undang-undang kita pun tidak begitu kuat, kukuh dari segi dendanya dan dari segi skopnya. Misalnya kita tidak dapat mengawal zoo dan sebagainya. Jadi kerajaan Barisan Nasional sedar semua ini.

Begitu juga kita sedar, apabila kita menjalankan tugas untuk menjaga alam sekitar, kita juga sedar bahawa Kerajaan Persekutuan hanya mempunyai kuasa terhad mengenai sumber-sumber asli. Itu sebab saya berterima kasih kepada Yang Berhormat daripada Jempol kerana beliau sedar apakah kekangan yang berhadapan dengan Kerajaan Persekutuan. Ini kerana kalau mengikut Perlembagaan negara kita, lesen untuk mengusahakan hutan ataupun mineral dan sebagainya adalah di dalam bidang kuasa negeri. Urusan sungai dan sebagainya juga di dalam kuasa kerajaan negeri, termasuk mengeluarkan lesen-lesen pasir di kawasan sungai.

Jadi di sinilah, kita kadang-kadang serba salah. Oleh yang demikian, maka kita berharap Ahli-ahli Yang Berhormat juga harus memberi pandangan kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya mereka juga memainkan peranan untuk menjaga alam sekitar. Bagi kita, memang ada beberapa ruang. Misalnya, kita ada Majlis Sumber Air Negara, Majlis Tanah Negara dan juga ada Majlis Mineral

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Negara di mana kita sentiasa menimbulkan ataupun mengetengahkan pelbagai perkara mengenai isu environment ini kerana adalah penting untuk kita menentukan bahawa alam sekitar kita harus dijaga. Hutan kita harus dijaga dan diurus dengan cara yang betul mengikut cara sustainable forest management.

Sungai-sungai kita harus dijaga dan sebagainya.

Jadi kita berharap kerajaan-kerajaan negeri dapat juga memainkan peranan. Bagi Kerajaan Persekutuan, sama ada untuk jabatan hutan yang juga memainkan peranan ataupun jabatan hidupan liar yang juga memainkan peranan.

Kita memang dari semasa ke semasa memperkuatkan kemampuan mereka sama ada dari segi kakitangannya, dari segi undang-undang. Misalnya tidak lama lagi kita akan membentangkan di Parlimen ini satu undang-undang. Pindaan kepada Undang-undang Perhutanan Negara supaya kita hendak memperkuatkan lagi undang-undang. Ini adalah bukti bagaimana Kerajaan Persekutuan dengan penuh keazamannya untuk menentukan bahawa hutan kita harus terus dijaga.

Begitu juga dengan kehidupan liar. Kita memang berusaha untuk menentukan bahawa kehidupan liar terjamin. Oleh sebab itu, kita juga ada dasar- dasar, misalnya kita ada pelan untuk menjaga harimau kita dan sebagainya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, secara ringkas inilah yang saya boleh perjelaskan isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya juga mengakui dalam kita sama- sama berusaha dengan undang-undang yang sedia ada, penguatkuasaan yang sedang digunakan dan tindakan-tindakan yang telah diambil masih juga kita menghadapi masalah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Saya tidak menafikan masih ada sungai yang tidak bersih tetapi ada juga perubahan-perubahan yang telah kita bawa untuk memperbaiki sungai itu.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Maka Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung. Di bawah NKRA...

final • 2:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Penjelasan.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Boleh saya selesaikan...

final • 2:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Bukan tentang hidupan liar.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Sila.

final • 2:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama saya ingin mengatakan di sini saya harap Tuan Yang di-Pertua pun ambil perhatian. Konsep sub judice ini selalu digunakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan salah. Dalam kes Anson Wong beliau telah disabitkan dan hukuman telah dijatuhkan, cuma pihak pendakwa raya tidak puas hati dengan hukuman, satu rayuan telah dibuat bukan atas isu sabitan kesalahan dia. Jadi tiada sub judice di sini, tiada sub judice.

Saya sering kali nampak di Dewan ini menteri-menteri menggunakan sub judice ini satu alasan untuk tidak menjawab. There is no issue of sub judice here.

The conviction still stand dengan izin. Is only on appeal on the sentencing, so where is the sub judice? Kedua...

final • 2:50 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua saya fikir itu tidak. Minta Tuan Yang di-Pertua boleh ruling tidak?

final • 2:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

No, I have to put something. This is not right correct. There is no sub judice here dengan izin.

final • 2:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 2:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

No but something wrong has been stayed in this House. We need to correct it. Sub judice much misunderstood and the Minister sometimes curl around the issue conveniently hiding behind the sub judice. What is sub judice?

final • 2:50 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Telok Intan bahawa kita tidak ada bertapuk dengan apa-apa. Jadi ini adalah peraturan jadi kita kena ikut peraturanlah.

final • 2:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Peraturan apa?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Telok Intan sebut yang kedua, sebut yang kedua nanti saya buat ruling Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

I think you Tuan Yang di-Pertua dengan segala hormatnya saya percaya Tuan Yang di-Pertua tahu apa itu sub judice. Please advice the Ministers.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

The principle sub judice ini Yang Berhormat sebenarnya dia mengikut amalan tidak ada tetap peraturan sebenar. Apa yang dianggap sebagai satu sub judice dan apa dianggap tidak sub judice kepada mana-mana kes. Kalau kita lihat di negara-negara yang lebih liberal, soalan principle of sub judice saya selalu pronouns sub judice se Yang Berhormat ialah berlandaskan apa sahaja kes yang dibawa ke mahkamah. Apabila sampai ke mahkamah bahkan ada negara yang mengamalkan apabila kes itu telah diselidik oleh polis yang sedang dalam penyelidikan dan ada bukti-bukti nyata kes itu akan dibawa ke mahkamah, peringkat itu sudah dianggap satu kes sub judice kalau dibahaskan di dalam Dewan. Jadi, saya juga ada menghadiri perbincangan serantau iaitu peringkat Komanwel berhubung dengan principle of sub judice yang diterima dan diamal dalam dewan-dewan di Komanwel. Dia juga tidak ada ketetapan yang tertentu.

Jadi amalan di Malaysia, dia memang yang sedemikian Yang Berhormat walaupun saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa sub judice adalah satu keadaan yang mana apa sahaja perbahasan kita di dalam Dewan boleh mempengaruhi pihak hakim yang menghakimi kes tersebut apabila terkeluar dalam mana-mana surat khabar atau media yang boleh mempengaruhi hakim tersebut. Jadi dalam keadaan yang mana hakim tidak dipengaruhi maka soalan dan prinsip sub judice tidak berbangkit. Akan tetapi, amalan dalam Dewan ini sebagai satu convention kita sudah bahawa apabila kes sudah sampai di mahkamah sahaja sama ada isu ia mempengaruhi atau tidak mempengaruhi dianggap sebagai sub judice. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Di bawah NKEAS beberapa kawasan antaranya di Gua Mulu, Sarawak, Taman Negara Kinabalu, Sabah, reserve hidupan liar di Pahang, Taman Negeri Endau- Rompin Johor telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai produk ekopelancongan utama. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, NRE akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan Malaysia mengenai cadangan untuk membangunkan beberapa kawasan biodiversiti yang berpotensi tinggi sebagai destinasi ekopelancongan. Untuk maksud ini mesyuarat susulan berikutnya di peringkat Menteri akan diadakan pada 9 November 2010.

Yang Berhormat Batang Sadong membangkitkan mengenai program penanaman bakau di Sarawak. Kerajaan sememangnya menggalakkan penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang bersesuaian di pesisiran

final • 2:50 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

pantai negara. Pokok-pokok yang ditanam di bawah program ini bertindak untuk menstabilkan ekosistem kawasan pesisiran pantai termasuk sebagai benteng untuk memecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak.

Dalam tahun 2005 sehingga September 2010 seluas 2,120 hektar yang melibatkan 5.7 juta pokok yang telah ditanam di seluruh negara.

Untuk makluman Yang Berhormat Batang Sadong, di Sarawak sahaja seluas 276 hektar meliputi 484,730 pokok bakau telah ditanam di beberapa kawasan antaranya termasuk muara Sungai Bako, Pasir Putih Selapat, Taman Negara Kuching Wetland, Kampung Buntar dan Kuala Berang. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh kawasan seluas lebih kurang 1,500 hektar atau 300 hektar setahun akan ditanam di bawah program di seluruh negara.

Yang Berhormat Kanowit telah menyentuh tentang peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM20 juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membuat perimeter survey ke atas NCR Land. Beliau mencadangkan supaya peruntukan lebih banyak lagi diberikan kepada kerajaan Sarawak untuk tujuan tersebut. Yang Berhormat Putatan juga telah membangkitkan isu penyukatan tanah di negeri Sabah. Kementerian mencadangkan peruntukan diberi bagi tujuan tersebut.

final • 2:50 PM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Menteri, minta sedikit.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kanowit.

final • 2:50 PM

Datuk Aaron Ago Dagang - Kanowit

Ya terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas jawapan Menteri yang sebentar tadi. Kita mengucapkan terima kasihlah kepada Kerajaan Pusat yang begitu prihatin ke atas masalah NCR Land di Sarawak. Apa yang menjadi keutamaan sekarang ialah adakah kerajaan betul-betul mempunyai cara ataupun prosedur di mana komuniti ataupun rakyat yang ingin membuat permohonan untuk tanah-tanah mereka ini dibuat survey.

Adakah ianya jelas? Ini disebabkan sekarang ini kita telah mengikut beberapa taklimat di mana pihak Jabatan Land and Survey di Sarawak tidak begitu jelas sama ada permohonan itu perlu dari ketua masyarakat atau dari kumpulan dan sebagainya. Saya pun tidak begitu jelas.

Kedua, satu lagi pertanyaan adalah selepas tanah itu disurvey apakah status tanah itu? Apakah ia mempunyai caveat supaya ianya tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu seperti memohon supaya tanah itu digunakan untuk ladang besar dengan tidak mengambil kira mereka yang ada hak ataupun tuntutan atas lot-lot di dalam tanah yang disurvey melalui perimeter survey ini.

Ketiga Yang Berhormat Menteri, dalam jangka masa yang akan datang ini apakah kerajaan mempunyai target supaya tanah-tanah ataupun mereka yang ingin memohon untuk tanah mereka disurvey di Sarawak itu dalam jangka masa dua tahun, tiga tahun, empat tahun ke ianya akan siap ataupun dibuat survey di Sarawak. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Sambung, sambung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak menambah sedikit pada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit tadi. Rakyat kita di peringkat daerah di akar umbi bertanya siapakah akan menentukan perimeter ini misalnya di Kapit beberapa tempat. Walaupun kita menyokong hasrat kerajaan dan kita menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan kerana survey ini akan dibuat.

final • 2:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Hanya kebimbangan rakyat di manakah perimeter itu? Siapakah meletakkan perimeter itu? Apakah terjadi kepada tanah yang luar daripada perimeter itu? Ini sebab ada banyak kemungkinan perimeter itu tidak dapat kita letakkan secara menyeluruh oleh kerana funding kita ataupun kewangan kita mungkin terhad seperti mana yang diberitahu kepada saya di Kapit. Oleh kerana kekurangan kakitangan di Jabatan Land Survey mereka kata perimeter ini setakat ini sahaja.

final • 2:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Bagaimanakah status tanah yang di luar parameter itu nanti kalau tidak disurvey sekarang? Ini kerana rakyat kita kata kalau begitu biarlah kita jangan survey dahulu sebab saya tidak mahu tanah saya di luar parameter itu nanti akan dianggap sebagai state land atau bukan lagi tanah NCR. Minta penjelasan sejelas- jelasnya daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Kapit. Sebelum saya menjawab soalan- soalan yang telah dikemukakan, saya fikir saya akan membaca jawapan yang telah saya sediakan dahulu. Kemudian saya akan menjawab soalan dari Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional memang amat prihatin mengenai hak rakyat ke atas tanah-tanah NCR dalam menjamin hak mereka ke atas tanah tersebut.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi kerjasama yang rapat kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengukur tanah NCR. Maka Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan untuk membantu Kerajaan BN Sarawak mengukur tanah NCR di negeri Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jumlah peruntukan tersebut akan ditentukan oleh EPU Jabatan Perdana Menteri.

Mengenai pertanyaan dari Yang Berhormat Putatan mengenai peruntukan menyukat tanah di negeri Sabah, ingin saya memaklumkan Yang Berhormat bahawa kementerian sedang berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah mengenai perkara tersebut. Mengenai beberapa soalan yang dikemukakan Yang Berhormat, yang pertama dari Yang Berhormat Kanowit – adakah kerajaan mempunyai prosedur bahawa komuniti boleh memohon? Ingin saya menjelaskan bahawa memang sudah ada sistem atau prosedur dan saya telah pun diberitahu bahawa beberapa penerangan telah pun dibuat di seluruh negeri Sarawak mengenai tatacara bagaimana rakyat NCR dan rakyat native di negeri Sarawak dapat mengemukakan permohonan ini untuk pihak yang berkenaan.

Jadi saya minta Yang Berhormat akan memberitahu kepada ketua-ketua rumah atau ketua masyarakat mereka boleh mengemukakan permohonan kepada pegawai daerah dan pegawai daerah akan menyampaikan ini kepada Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak supaya ianya dapat diambil kira untuk dalam perancangan pada tahun-tahun yang akan datang.

Mengenai isu selepas disurvey apakah status tanah ini? Tujuan kita hendak menentukan survey ini dibuat adalah untuk menentukan bahawa masalah- masalah yang dihadapi oleh masyarakat native di negeri Sarawak dapat diselesaikan. Pertama, masalah kita adalah ada percanggahan di antara apa yang difikirkan oleh penduduk-penduduk tempatan yang dianggap atau ditafsirkan mereka sebagai tanah adat dan apakah yang ditafsirkan oleh kerajaan negeri sebagai tanah kerajaan? Jadi usaha ini adalah untuk menentukan bahawa masalah ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

masalah ini maka yang lebih cepat boleh kita buat adalah untuk mengenakan parameter survey. Sekiranya satu parameter survey telah dibuat ini bermakna salah faham atau boundary di antara tanah adat dengan tanah state land akan lebih jelas kerana telah ditentukan satu parameter survey ini.

Parameter survey ini hanya akan dibuat selepas persetujuan di antara land of survey dengan penduduk tempatan berkenaan. Kalau masih ada pertelingkahan maka ianya harus dibincangkan supaya masalah-masalah yang masih mengekang untuk menentukan dan mengenal pasti mana boundary ataupun sempadan yang boleh diterima kedua-dua pihak dapat diselesaikan.

Masalah yang kedua yang mengapa survey ini harus dibuat adalah masalah persempadanan di antara penduduk di rumah panjang atau di kampung sendiri. Kadang-kadang yang dahulu masih tahu di mana sempadan tetapi beberapa tahun selepas itu mungkin tidak tahu mana sempadan yang tepat. Maka untuk menyelesaikan masalah ini itulah sebabnya penduduk dan masyarakat bumiputera di Sarawak merayu kepada kerajaan untuk mengeluarkan surat tanah.

Ini kerana sekiranya sudah ada title tanah ini maka sempadannya jelas dan tidak timbullah masalah ataupun pergaduhan di antara penduduk-penduduk tempatan mengenai sempadan tanah masing-masing.

Ini juga untuk menentukan survey ini dapat dibuat selepas parameter survey ini adalah juga kita memerlukan kerjasama dan persetujuan penduduk setempat. Kalau semua penduduk di dalam parameter survey itu sudah bersetuju mengenai sempadan masing-masing maka kerajaan akan terus membuat survey ataupun mengukur untuk mengeluarkan surat tanah bagi seseorang tuan punya tanah. Status ini sama ada dalam parameter survey ataupun dalam title berasingan ianya adalah dianggap sebagai Native Customary Rights Land ataupun Native Land.

Ketiganya, apakah target yang ditentukan? Target ini telah pun ditentukan Lab Bumiputera yang telah bermesyuarat beberapa bulan yang lepas. Mereka telah pun membuat anggaran berapa jumlah tanah bumiputera yang harus disukat dan apakah keperluan yang perlu dari segi peruntukan dan tenaga. Jadi dengan menggunakan estimate inilah Kerajaan Persekutuan merancang untuk memberi peruntukan kepada negeri Sarawak supaya tanah-tanah yang dapat ini terus disukat. Adalah sukar untuk kita menentukan sasaran atau target bila perkara ini siap kerana masih ada beberapa isu yang harus diselesaikan seperti yang saya sebutkan tadi iaitu memerlukan persetujuan di antara rakyat, komuniti dan Jabatan Tanah dan Survey serta persetujuan di antara penduduk setempat.

Kalau semua isu ini dapat diselesaikan dengan cepat saya yakin perkara ini dapat kita selesaikan seberapa yang cepat. Akan tetapi saya ingin memberi jaminan di sini bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan Persekutuan akan terus memberi peruntukan kepada negeri Sarawak kerana masalah mengapa perkara ini belum kita buat selama ini atau belum dapat dipergiatkan lebih rancak lagi kerana masalah peruntukan dan kakitangan. Maka telah pun diketahui masalah ini dari Lab Bumiputera pada tahun yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terus membuat keputusan menyalurkan RM20 juta untuk tahun ini ataupun lima tahun yang akan datang akan ditentukan oleh EPU seperti yang telah saya tekankan tadi.

Yang Berhormat Kapit telah menimbulkan perkara mengenai siapa yang akan menentukan parameter ini? Itu telah saya jelaskan tadi. Setakat yang saya tahu sepatutnya surat parameter yang akan dikeluarkan adalah akan dikeluarkan untuk sesuatu komuniti ataupun sesuatu rumah panjang. Kalau itu kampung Melayu ataupun kampung bumiputera yang lain ianya mungkin diberi untuk satu

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

kampung dalam satu surat. Jadi sebelum surat ini dikeluarkan kita mohon penduduk di rumah panjang ataupun di kampung untuk menentukan apakah sempadan kawasan yang dianggap mereka sebagai kawasan NCR kerana itulah isu yang paling utama yang kita hendak selesaikan. Ini kerana selepas penduduk rumah panjang atau penduduk kampung menentukan sempadan itu, mereka akan berbincang dengan Pejabat Tanah dan Survei. Kalau kedua-dua pihak itu bersetuju maka kawasan itulah harus disukat.

Jadi isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Kapit ini adalah isu yang saya akan timbulkan kepada jawatankuasa di Kuching supaya tidak berlaku di mana kawasan-kawasan yang sepatutnya diiktiraf sebagai NCR tidak termasuk di dalam kawasan parameter kerana itulah matlamat kita.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Kalau ada ditinggalkan kerana peruntukan tidak cukup ataupun pegawai tidak cukup kerana inilah sebabnya Kerajaan Persekutuan datang untuk membantu dari segi peruntukan kerana masalahnya adalah masalah peruntukan dan pegawai yang tidak mencukupi. Jadi perkara ini saya akan bincang dengan Jabatan Tanah dan Survei di negeri Sarawak.

final • 3:10 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit dan hendak dapatkan penjelasan.

Buat masa ini, sejauh manakah program ini telah dijalankan dan kalau boleh jelaskan, adakah keseluruhan daerah, tidak ada daerah yang ketinggalan dalam program ini dijalankan sekarang sebab rakyat kita yang duduk di Sarawak duduk di merata tempat. Kita harus adil dan saksama dalam program yang begitu bermakna dan penting sekali ini untuk rakyat.

Kedua, ada kenyataan dibuat oleh pemimpin yang berkaitan dengan perkara ini mengatakan kawasan yang matured and developed area. Saya pun tidak jelas maknanya, akan diberi keutamaan dan bagaimanakah berkaitan dengan ini. Adakah berapa dalam pecahan belanja dalam RM20 juta itu digunakan bagaimana. Satu lagi saya hendak minta penjelasan walaupun telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini akan diteruskan sekiranya diperlukan program ini.

Saya hendak kenyataan, saya hendak jaminan daripada kerajaan apakah kita hendak memastikan bahawa setiap pemilik NCR dan semua bidang tanah atau lot-lot NCR di seluruh negeri Sarawak akan disurvey dan diberi title, barulah kita katakan okey, selesai. Jangan kita tergantung. Kita tidak hendak semacam program ini habis sebegitu sahaja, nanti ada masalah yang berlarutan juga yang kita tidak habiskan hasrat kita hendak memberi title kepada lot-lot NCR ini ataupun kalau tidak title pun, kita surveykan perimeter ini, jangan ada orang ketinggalan. Itu maksud saya. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat. Ingin saya menjelaskan di sini bahawa untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh memang sudah ada peruntukan cuma saya tidak boleh memberi jumlahnya di sini kerana ianya akan ditentukan oleh EPU tetapi peruntukan memang akan disediakan kerana adalah komitmen...

final • 3:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Telok Intan.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Boleh saya jawab Yang Berhormat Kapit dahulu?

final • 3:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Bukan, ini adalah satu kesilapan teknikal.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kesilapan teknikal.

final • 3:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri, saya rasa ‘Bentong’ bukan sebenarnya.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, ada kesilapan dalam skrin televisyen menunjukkan Yang Berhormat Menteri ‘Bentong’. Bukan ‘Bentong’ tetapi ‘Betong’. [Ketawa]

final • 3:10 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Ini bukan kesilapan saya.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, terima kasih Yang Berhormat Telok Intan. Minta teknikal Parlimen betulkan itu.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Inilah kita kadang-kadang di Malaysia ini Betong dengan Bentong. Di Semenanjung pun ada Bentong, Betong Sarawak, Bentong Semenanjung pun ada tetapi bukan Bentong.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masih Bentong, sepatutnya Betong. Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Saya ingat kita bolehlah baiki selepas itu.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Jadi untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh, peruntukan ini bukan kita akan sediakan kalau diperlukan. Itu tidak ada jadi isu kerana masih diperlukan dan kerajaan Barisan Nasional juga apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM20 juta pada tahun ini bukanlah satu political gimmick tetapi satu komitmen daripada Yang Amat Berhormat dan kerajaan Barisan Nasional bahawa isu ini harus kita selesaikan dengan seberapa segera yang kita boleh.

Jadi, saya memberi jaminan di sini bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan meneruskan usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah NCR ini seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat Kapit tadi.

Kedua, mengenai sejauh mana program ini telah dijalankan. Memang dari mula kita dalam perbincangan dan dalam cadangan oleh lab bumiputera yang bermesyuarat di Kuching telah pun mencadangkan bahawa kawasan-kawasan yang harus disurvey ini haruslah diagih-agih kepada setiap bahagian di seluruh negeri Sarawak. Ini supaya menentukan ianya diagihkan dengan secara adil. Kita juga akan menentukan ia akan dimasukkan ke kawasan-kawasan mengikut beberapa kumpulan bumiputera di seluruh negeri Sarawak.

Setakat ini nampaknya mereka telah pun berjaya melaksanakan seperti mana dasar yang telah ditentukan tetapi kita akan terus memantau, kena bincang dengan kerajaan negeri bahawa isu ini haruslah dilaksanakan supaya ianya memuaskan hati rakyat, bukan hanya memuaskan hati rakyat tetapi kita dapat menyelesaikan masalah tanah ini kerana masalah tanah adalah satu masalah yang sentiasa jadi isu, yang selalu dimainkan oleh pihak pembangkang apabila dia datang ke Sarawak kalaupun dia tidak tahu apa isu lain di Sarawak.

Yang Berhormat Beruas membangkitkan isu laporan EIA untuk projek bijih besi di kawasan Manjong di Perak. Untuk makluman Yang Berhormat JAS telah menerima laporan EIA terperinci bagi cadangan projek ini yang dikemukakan oleh

final • 3:10 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

pemaju projek iaitu Vell Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. pada13 April 2010.

Laporan EIA tersebut telah dipamerkan untuk ulasan awam dari 26 April hingga 24 Mei 2010 di beberapa lokasi seperti di Perpustakaan Awam Negara, Majlis Perbandaran Manjong, Pejabat Daerah dan Tanjong Manjong serta Jabatan Alam Sekitar cawangan Telok Intan dan semua pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Pemberitahuan ini telah dibuat melalui akhbar Berita Harian dan The Star pada 26 April 2010, 3 Mei 2010, 10 Mei 2010 dan juga di laman web JAS, ringkasan eksekutifnya juga dipaparkan di laman web JAS dan boleh dimuat turun oleh mana-mana pihak untuk rujukan.

Berdasarkan laporan EIA secara terperinci tersebut, cadangan permohonan kilang bijih besi ini akan menjalankan dua proses utama iaitu penghasilan pellet bijih besi dan campuran bijih besi melalui komponen gred clean indurations menggunakan gas asli dan heavy fuel oil sebagai bahan api. Sumber bahan mentah iaitu bijih besi adalah dari Brazil. JAS telah meluluskan laporan EIA terperinci tersebut pada 13 Julai 2010.

Yang Berhormat Tanjong Piai telah membangkitkan isu EIA untuk projek petrokimia di Tanjong Bin di Daerah Pontian, Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, laporan kajian penilaian kesan kepada alam sekeliling yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 23 Julai 2007 adalah melibatkan penyediaan tapak bagi pembangunan industri petrokimia.

Kajian ini telah mengambil kira ramalan, impak, cadangan dan langkah kawalan yang telah dicadangkan oleh pemaju projek. Kelulusan laporan EIA dikeluarkan pada pemaju projek adalah dengan syarat yang ketat dan pemaju projek dikehendaki mengemukakan environmental management plan dengan izin, yang menggariskan langkah-langkah kawalan yang perlu dipatuhi oleh pemaju projek untuk memastikan bahawa isu-isu kritikal termasuk impak cadangan projek kepada ekosistem Sungai Pulai, sosio ekonomi dan kejadian banjir diambil kira sepenuhnya.

Yang Berhormat Bakri telah membangkitkan isu jerebu dan bertanya tentang kerjasama serantau dan pelan tindakan bagi menangani pencemaran jerebu merentasi sempadan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang telah mengambil tindakan untuk menangani kejadian jerebu sama ada berpunca dengan tempatan ataupun merentasi sempadan dengan langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai langkah untuk menangani masalah jerebu di dalam negeri, kerajaan juga telah mengambil tindakan mencegah punca-punca tempatan seperti membina 80 check dam, 10 telaga tube well di kawasan tanah gambut di seluruh negara supaya untuk mengurangkan kejadian kebakaran. Tiga menara tinjau juga telah dibina untuk memberi amaran awal di kawasan berlaku kebakaran.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Bagi jerebu merentasi sempadan, mekanisme Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) dan Ministerial Steering Committee (MSC) on Transboundary Haze Pollution diguna pakai. Antara tindakan-tindakan di bawah MSC adalah seperti berikut;

(i) pelaksanaan Pelan Tindakan Indonesia Bagi Menangani Masalah Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan

final • 3:20 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

(Indonesia’s Plan of Action in Dealing with Transboundary Haze Pollution); dan

(ii) kerjasama dua hala jentera Malaysia-Indonesia di Rokan Hilir, wilayah Riau dan Singapura-Indonesia di Muara Jambi, wilayah Jambi.

Pada mesyuarat MSC terakhir pada 29 Julai 2010, pihak Indonesia telah memaklumkan bahawa mereka komited mengurangkan bilangan hot spot sebanyak 20% setahun berdasarkan hot spot pada tahun 2006. Kita akan terus menggunakan mekanisme ini bagi menangani kejadian jerebu merentasi sempadan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tidak mempunyai maklumat mengenai tahap kerugian berkaitan jerebu melanda negara semenjak tahun 2000 sehingga sekarang.

Yang Berhormat Gopeng membangkit isu kelulusan yang diberi oleh National Biosafety Board kepada Institut Penyelidikan Perubatan IMR untuk membebaskan genetically modified nyamuk Aedes aegypti jantan di Pahang dan Melaka untuk mengawal denggi.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, adalah tidak benar bahawa Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan telah meluluskan pelepasan nyamuk transgenic di Pahang dan di Melaka. Apa yang sebenarnya adalah kelulusan telah diberi oleh Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan kepada IMR adalah untuk menjalankan pengujian lapangan terhad sahaja. Nyamuk transgenic belum boleh dilepaskan secara meluas kerana kita perlu yakin bahawa risiko yang akan ditimbulkan boleh diselesaikan. Kelulusan ini diberi berdasarkan kepada beberapa perkara dan beberapa syarat.

Cadangan Ahli Yang Berhormat Gopeng supaya satu percubaan dibuat dalam satu pekeliling yang terkurung sebenarnya telah dibuat oleh IMR sebelum membawa kajian ini ke tahap yang berikutnya iaitu pelepasan terhad. IMR sudah pun mempunyai pengalaman menjalankan kajian di dalam rumah berjaring.

Walaupun kelulusan telah diberi untuk melepaskan secara terhad nyamuk transgenic di kawasan terkawal yang dipilih di Bentong dan di Alor Gajah, pelepasannya adalah tertakluk kepada sama ada masyarakat di tempat tersebut bersetuju atau tidak. Kita memang berhati-hati dalam menjalankan projek ini. Ada juga contoh-contoh di negara lain seperti Cayman Islands dan Kepulauan Caribbean di mana nyamuk transgenic telah pun dilepaskan dan setakat ini tidak ada sebarang isu. Kajian-kajian ini dijalankan di Amerika, Thailand, Brazil, Vietnam dan di Singapura.

Yang Berhormat Pokok Sena telah mencadangkan supaya reserve mineral negara dimanfaatkan. Untuk makluman Yang Berhormat, pengeluaran lesen untuk mencari gali dan melombong mineral adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Terpulanglah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk menimbang serta meluluskan permohonan-permohonan tersebut. Terdapat pelbagai kekangan mengapa sumber mineral yang telah dikenal pasti jumlah yang besar tidak dapat dibangunkan. Antaranya ialah memberi keutamaan kepada pembangunan tanah yang memberi pulangan yang tinggi dan cepat, mengekalkan kawasan hutan simpan, pemeliharaan alam sekitar dan tentangan terhadap pihak organisasi bukan kerajaan.

Peranan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Mineral dan Geosains adalah untuk merangka dasar pembangunan mineral yang mampan. Kementerian sedar bahawa pembangunan mineral mempunyai potensi

final • 3:20 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

yang besar dan mampu menjana pendapatan negara. Ke arah itu, kementerian telah melancarkan Dasar Mineral Negara Kedua pada 20 Januari 2009.

Dalam pelaksanaan dasar mineral ini, kementerian telah menggubal pelan induk pembangunan mineral dan pelan induk industri kuari. Dengan pelaksanaan pelan-pelan induk tersebut, diharapkan khazanah mineral negara dapat dibangunkan memberi pulangan optimum supaya ia mampu menyumbang lebih daripada 0.1% keluaran negara dasar.

Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat peningkatan dalam nilai pengeluaran mineral negara iaitu daripada RM2 bilion pada tahun 2005 kepada RM3 bilion pada tahun 2009. Eksport mineral negara juga meningkat daripada RM130 juta pada tahun 2005 kepada RM548 juta pada tahun 2009.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Putatan telah membangkitkan masalah banjir di kawasan masing-masing dan menyarankan supaya peruntukan ditambah bagi menangani masalah banjir tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan Barisan Nasional memang sentiasa mempunyai keazaman dan komitmen yang tinggi untuk menangani masalah banjir di seluruh negara. Berdasarkan pada KPI Menteri pada tahun 2009, seramai 1.6 juta rakyat telah bebas dari banjir dengan terlaksananya sebanyak 42 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh Malaysia. Manakala sasaran bagi tahun 2010 adalah seramai ‘400’ rakyat akan bebas daripada banjir dengan siapnya 57 projek Rancangan Tebatan Banjir. Sehingga 25 Oktober 2010, sebanyak 45 projek telah berjaya disiapkan. Bagi mengurangkan bilangan penduduk yang menghadapi risiko banjir, kerajaan telah membuat Rancangan Tebatan Banjir berpandu kepada kajian tersebut dan kejadian-kejadian banjir yang berlaku. Jumlah projek yang dapat dilaksanakan setiap tahun bergantung kepada jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada kementerian.

Sehubungan dengan itu, cadangan-cadangan yang untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan-kawasan banjir yang telah disentuh oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi telah pun dikemukakan untuk ditimbangkan dan dilaksanakan dalam RMKe-10.

Tuan Yang di-Pertua, itulah beberapa perkara yang terlibat mengenai kementerian yang telah dijawab oleh kementerian. Apa-apa perkara cadangan dan saranan yang tidak disentuh di sini akan diambil kira oleh kementerian dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Menteri dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

final • 3:20 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan salam 1Malaysia.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

final • 3:27 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

semasa perbahasan Bajet 2011 peringkat dasar. Kementerian amat menghargai serta mengambil perhatian serius terhadap semua pandangan, saranan, cadangan serta teguran Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu 30% wanita di peringkat pembuat keputusan, Yang Berhormat Batang Sadong telah menyentuh mengenai dasar ini berserta dengan program keusahawanan wanita, baby hatch dan pusat jagaan kanak-kanak. Berhubung cadangan Yang Berhormat untuk memperluaskan penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan di bidang politik menerusi sistem kuota, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menambahkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam bidang tersebut, termasuk menjadikannya sebagai salah satu program utama di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu memperkasakan wanita bagi meningkatkan sumbangan mereka dalam pembuat keputusan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keahlian wanita di Dewan Negara telah meningkat daripada 18.2% pada tahun 1990 kepada 28.8% pada tahun 2009 dan wanita sebagai Ahli Dewan Rakyat meningkat daripada 5.3% kepada 10.4% dalam tempoh yang sama.

Di samping itu, kerajaan terus merintis jalan dan membuka peluang kepada wanita berkelayakan untuk memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam perkhidmatan awam, termasuk memberi tumpuan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada wanita untuk terus kekal dalam pasaran pekerjaan.

Antara langkah yang akan diambil dalam membuka ruang dan peluang untuk meningkatkan penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan termasuklah mengadakan latihan bagi membina upaya wanita dalam bidang politik dan kepimpinan khususnya golongan muda yang berpotensi tinggi seperti mana yang digariskan di dalam pelan tindakan ke arah pencapaian sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan.

final • 3:27 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Kedua ialah menganjurkan program mentor-mentee bagi mengenal pasti dan seterusnya melatih serta membina upaya calon-calon wanita yang berpotensi tinggi untuk dilantik dalam bidang politik dan kepimpinan, khususnya golongan muda.

Berkenaan dengan isu Program Keusahawanan Wanita, mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat Batang Sadong juga agar kementerian bekerjasama dengan Dewan Usahawan dalam melaksanakan program-program keusahawanan wanita. Kementerian ini menerusi Jabatan Pembangunan Wanita sentiasa bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu NGO dan badan- badan yang mempunyai kepakaran dalam membimbing ibu-ibu tunggal yang berminat untuk menjadi usahawan.

Di samping itu, kementerian mengadakan jalinan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Institusi Keusahawanan Negara, Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan dengan izin, Small and Medium Enterprise Corporation (Malaysia) iaitu SME Corporation untuk membantu membiayai bakal-bakal usahawan yang dilahirkan. Jabatan Pembangunan Wanita juga turut melaksanakan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal iaitu I-KIT di setiap negeri dengan kerjasama penyedia perkhidmatan yang terdiri daripada agensi kerajaan seperti kolej komuniti dan pihak swasta bagi melahirkan usahawan dari kalangan ibu tunggal. Program ini menyediakan latihan kemahiran secara intensif dan dengan izin, hands on bagi membolehkan ibu-ibu tunggal tersebut menjana pendapatan setelah mereka menamatkan latihan.

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Small Office Home Office, Ahli Yang Berhormat dari Parit Sulong mencadangkan agar program ini iaitu skop SOHO diperluaskan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sememangnya berhasrat memperluaskan skop Program SOHO ini menerusi penyediaan latihan dalam pelbagai kemahiran seperti pengurusan akaun dan aplikasi komputer untuk wanita, orang kurang upaya, suri rumah dan ibu-ibu tunggal bagi membolehkan mereka menjana pendapatan dari rumah.

Selain itu, skop Program SOHO yang disediakan juga akan meliputi bimbingan kepada usahawan wanita yang berminat menjalankan perniagaan secara dalam talian iaitu dengan izin, online. Menerusi konsep ini, diharapkan agar penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja akan dapat dipertingkatkan.

Melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh juga, kerajaan menggalakkan sektor swasta mahupun awam untuk memperkenalkan waktu kerja anjal dan bekerja dari rumah bagi mewujudkan tempat kerja yang lebih mesra keluarga.

Berkenaan dengan isu baby hatch yang telah disentuh oleh Ahli Yang Berhormat Batang Sadong, berkenaan adakah ibu bapa yang menghantar anak mereka di baby hatch, dengan izin, datang melawat bayi mereka? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak baby hatch beroperasi pada Jun 2010 yang lalu, terdapat seramai 16 orang bayi telah diterima di pusat ini iaitu yang terdiri daripada enam bayi lelaki dan tujuh bayi perempuan. Maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa lapan orang iaitu tujuh Melayu dan satu Nigeria telah datang semula untuk melawat bayi mereka sebelum bayi tersebut diserahkan kepada penjaga lain. Manakala seorang lagi telah menghubungi pihak pengurusan, dengan izin, baby hatch, tersebut bagi mengetahui tentang keadaan bayi mereka.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Ampang pula menyentuh mengenai arah dan tujuan Dasar Keluarga Negara kerana sehingga kini ia masih belum dibentangkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Keluarga Negara kini di peringkat akhir penyediaan dan setelah diluluskan oleh kerajaan kelak, dasar ini akan berperanan sebagai, dengan izin, blueprint, untuk langkah pencegahan, pembangunan dan pencelahan iaitu intervensi untuk rujukan agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Ahli Yang Berhormat Batang Sadong juga telah menyentuh tentang isu berkaitan tindakan yang akan diambil terhadap taska-taska yang tidak berdaftar dan keperluan latihan kepada tenaga pengajar. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab terhadap aspek pengawalan taska yang dikendalikan oleh pengusaha taska melalui peruntukan di bawah Akta Taska 1984

(Pindaan) 2007. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa sehingga hari ini masih terdapat pengusaha taska yang tidak mendaftarkan taska mereka dan beroperasi tanpa mempunyai lesen pendaftaran yang sah.

Antara sebab-sebab yang dikenal pasti kenapa pengusaha tidak mendaftarkan taska mereka adalah kerana:

Pertama, kegagalan mereka untuk mematuhi standard yang ditetapkan oleh tiga agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Oleh itu mereka tidak mendapat kelulusan yang berkaitan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebelum lesen pendaftaran dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, pengusaha taska perlu memperolehi kelulusan daripada ketiga-tiga badan tersebut seperti mana yang melibatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Oktober 2010, sebanyak 448 buah taska telah berdaftar dengan JKM dan dianggarkan masih terdapat sebanyak 2,972 buah taska yang belum berdaftar. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan.

final • 3:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Ya, silakan.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin minta penjelasan berkenaan dengan taska yang kita lihat hari ini banyak berita berkenaan dengan penderaan terhadap kanak-kanak yang sehingga membawa kepada kematian. Isu ini amat serius dan seharusnya kerajaan mengambil berat tentang keselamatan anak-anak di taska ini, terutama taska yang tidak berdaftar.

Daripada kenyataan timbalan menteri menyatakan lebih daripada 2,972 buah taska yang belum berdaftar, saya ingin penjelasan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian supaya memastikan semua taska ini berdaftar dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan? Apakah pemantauan yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan kes-kes seperti penderaan dan kematian yang melibatkan kanak-kanak di taska ini tidak berlaku di masa akan datang?

final • 3:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya kesemua soalan yang telah dikemukakan itu akan dijawab dalam skrip yang ada dengan saya.

Okey, Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, mengikut pindaan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, bagi taska yang tidak berdaftar ini, tindakan yang boleh diambil adalah seperti mengenakan kompaun, menaikkan denda dari RM1,000 kepada tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

final • 3:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Manakala bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Setakat ini tindakan untuk menyita atau menutupkan taska dan pendakwaan telah diambil terhadap tujuh pengusaha taska yang tidak berdaftar. Mereka ini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang dalam waktu terdekat.

Pengusaha taska juga perlu mematuhi minimum standard yang ditetapkan oleh JKM dengan membuat kawalan dari segi penyediaan jadual menu supaya perlu mengambil kira keperluan pemakanan, nisbah bilangan pengasuh yang piawai dengan kanak-kanak, keluasan minimum ruang lantai yang sesuai dengan kanak-kanak dan penyediaan program dan aktiviti harian taska yang bersesuaian.

Sebab-sebab utama yang menyebabkan taska tidak berdaftar secara kesimpulannya adalah kerana pengusaha taska mengambil jalan mudah dengan beroperasi tanpa memperoleh lesen pendaftaran yang sah terlebih dahulu.

Bagi membantu pengusaha taska mendaftarkan taska yang dikendalikan - ini untuk menjawab juga soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi. Pihak JKM sentiasa menjalankan alokasi dengan memberi maklumat dan kesedaran terhadap pengusaha berkenaan tentang pentingnya pendaftaran dilakukan sebelum sesebuah taska beroperasi. Selain itu, maklumat juga diberikan tentang aspek-aspek yang perlu dipatuhi oleh pengusaha taska seperti mana yang ditetapkan oleh agensi teknikal yang telah dinyatakan. Untuk

final • 3:40 PM

Puan Heng Seai Kie

tujuan ini, JKM mempunyai 100 buah pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang sedia membantu menjalankan alokasi tersebut di seluruh negara.

Pihak JKM juga membuat pemantauan dan pemeriksaan terhadap taska secara berkala bagi memastikan hanya taska yang berdaftar dibenarkan beroperasi. Bagi taska yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Taska 1984 (Pindaan) 2007. Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengusaha termasuklah membatalkan lesen pendaftaran mereka. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, pihak JKM juga mengadakan mesyuarat penyelarasan taska di antara pengusaha taska dengan agensi-agensi teknikal dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit berkaitan pendaftaran taska.

Kementerian ini ingin menjelaskan bahawa pusat penjagaan kanak-kanak atau daycare center yang dimaksudkan adalah juga dikenali sebagai taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di tempat kerja iaitu bermaksud suatu taman asuhan kanak- kanak di tempat kerja yang menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih berdasarkan tafsiran Akta Taska 1984 (Pindaan) 2007.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini terdapat 39 buah taska di tempat kerja telah diwujudkan. Daripada jumlah tersebut, 32 buah taska di sektor awam dan tujuh buah taska di sektor swasta. Berdasarkan Peraturan 6 Akta Taska 1984 (Pindaan) 2007, seseorang penjaga kanak-kanak yang diambil bekerja di mana-mana taska hendaklah terlatih dalam bidang asuhan kanak-kanak ataupun mempunyai pengalaman yang cukup dalam bidang pengasuhan kanak- kanak. Setiap pengasuh atau penjaga kanak-kanak diwajibkan menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang mengandungi 32 modul. Ini bagi memastikan mereka mendapat latihan yang bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan tenaga pekerja di pusat jagaan kanak-kanak ini mengikuti latihan yang ditetapkan, sebelum lesen pendaftaran semula pusat jagaan tersebut dikeluarkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Maran dan Yang Berhormat Batang Sadong telah menyentuh isu tentang semakan kenaikan kadar bantuan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian melalui JKM sentiasa membuat semakan terhadap kadar bantuan kebajikan bagi mereka yang berkeperluan. Ini termasuklah golongan miskin dan kurang upaya sejak tahun 2001 sehinggalah sekarang. Semakan kadar bantuan yang telah dilakukan adalah seperti berikut iaitu:

(i) bagi Skim Bantuan Orang Tua (BOT), kadarnya telah pun dinaikkan sebanyak tiga kali sejak tahun 2001 iaitu daripada RM100 sebulan kepada RM135 sebulan pada tahun 2001 seorang, dan pada tahun 2006 kadar ini telah dinaikkan kepada RM200 sebulan, dan seterusnya pada tahun 2008 kadar ini sekali lagi dinaikkan kepada RM300 sebulan;

(ii) bagi Skim Bantuan Kanak-kanak pula, kadarnya telah dinaikkan sebanyak dua kali mulai tahun 2001 iaitu daripada RM60 kepada RM250 sebulan kepada RM80 hingga RM350 sekeluarga sebulan, tahun 2006 pula kadar ini telah dinaikkan lagi kepada RM100 sehingga RM450 sekeluarga sebulan;

final • 3:40 PM

Puan Heng Seai Kie

(iii) bagi kadar Skim Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) juga turut disemak sebanyak dua kali mulai tahun 2004 iaitu daripada RM100 sebulan kepada RM200 sebulan pada tahun 2004, dan pada tahun 2008 dinaikkan kepada RM300 sebulan;

(iv) selain itu pada tahun 2008, JKM juga telah memperkenalkan skim bantuan baru iaitu Skim Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar

(BPT) dengan kadar RM300 sebulan bagi setiap orang kurang upaya atau pesakit kronik terlantar bagi mengurangkan bebanan penjaga mereka; dan

(v) seterusnya pada tahun 2009 juga, JKM telah memperkenalkan Skim Bantuan Bagi OKU Yang Tidak Berkeupayaan Bekerja (BTB) yang meliputi OKU yang berusia antara 18 tahun hingga 59 tahun dengan kadar RM150 sebulan seorang.

Bagi tujuan memperluaskan kemudahan kepada golongan miskin dan berkeperluan untuk mendapatkan bantuan, kerajaan telah memberikan kelulusan terhadap cadangan untuk menaikkan kadar kelayakan memohon bantuan daripada RM400 kepada RM720 sebulan mulai Jun 2008. Kadar ini ditetapkan berdasarkan kadar pendapatan garis kemiskinan iaitu PGK semasa. Semakan terhadap kadar bantuan ini dilakukan berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.

final • 3:40 PM

Puan Heng Seai Kie

Bagi menjawab isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong, JKM telah menetapkan bahawa semua pembayaran bantuan kebajikan kepada penerima yang layak perlu dilakukan pada satu hari bulan setiap bulan.

Jabatan menyediakan dua alternatif iaitu tentang kaedah pembayaran bantuan iaitu sama ada tunai ataupun bank berdasarkan kepada persetujuan penerima bantuan yang berkenaan.

Bagi kawasan yang tidak mempunyai kemudahan bank, bayaran secara tunai dilaksanakan di pejabat kebajikan masyarakat daerah atau pusat-pusat bayaran yang ditetapkan seperti pejabat penghulu, balai raya atau mana-mana pusat komuniti yang memudahkan kunjungan penerima bantuan. Manakala bagi kes penerima yang uzur atau pesakit terlantar, bayaran bantuan boleh dibuat di rumah mereka. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini menyambut baik cadangan...

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Menteri.

final • 3:50 PM

Puan Heng Seai Kie

Ya, silakan.

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Saya tertarik mendengar jawapan Menteri atas bayaran bantuan kepada rakyat miskin tetapi apa yang kita tahu di kawasan, sebagai contoh kawasan saya di Kanowit. Ramai di antara penerima ini, orang tua, ibu tunggal dan OKU telah datang berjumpa saya dan membuat kompelin bahawa mereka tidak menerima bantuan ini mengikut apa yang telah dijelaskan oleh Menteri. Ada yang selepas enam bulan pun tak terima dan mereka membawa buku untuk tunjuk kepada saya, tengok sudah enam bulan pun tak ada, bila lagi? Jadi saya fikir apa yang menteri katakan itu saya ingat di kawasan kita di pedalaman itu tidak benarlah sebab banyak masalah sebegini berlaku.

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Mereka pun kadang-kadang tidak tahu sama ada mereka masih mendapat bantuan tersebut sebab kadang-kadang mereka apabila berjumpa dengan pegawai daripada jabatan kebajikan, mereka kata “Oh! bantuan telah ditamatkan” dan mereka pun tidak diberitahu. Malah mereka ini sudah tua, mengapa bantuan tersebut telah ditamatkan?

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Saya fikir banyak masalah yang missing link di antara jabatan-jabatan kebajikan dengan penerima yang telah diberi bantuan tersebut dan juga tadi Menteri menyentuh tentang amaun yang telah dibagi kepada katakan bantuan orang tua, RM90 sebulan. Sekarang RM90 sebulan saya tak tahulah apa kita boleh buat. Saya fikir kadar itu perlu ditingkatkan lagilah. Minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kapit bangun. Nak bagi Yang Berhormat Kapit juga Yang Berhormat? Dekat Yang Berhormat Kanowit.

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kongsi-kongsi pun tidak berjauhan, duduk pun tak berjauhan.

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Rakyat pun lebih kurang sama nasibnya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak yang begitu spesifik sekali. Secara bertulis, beri kepada saya senarai dalam dua tahun ini. Senarai di kawasan saya, Parlimen 215 – Kapit, permohonan untuk bantuan semua kategori, yang memohon, termasuk yang saya telah hantar dalam program Projek CARI itu dan senarai dalam masa yang sama mereka yang lulus, dapat diberi bantuan itu dan juga semestinya ada juga yang telah ditolak. Saya nak mendapatkan senarai ini. Di pejabat, di Kapit telah diberitahu oleh pegawai di sana dia tak dapat nak beri sayalah. Jadi saya mohon kerjasama Timbalan Menteri sebab saya amat memerlukan ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Kanowit dan juga Yang Berhormat Kapit. Saya menjawab dahulu permintaan daripada Yang Berhormat Kapit iaitu kita akan menunaikan permintaan Yang Berhormat Kapit.

Yang kedua ialah bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit, untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi setiap kes bantuan JKM, ia perlu dikaji semula dalam masa setiap enam bulan atau setiap tahun. Bantuan itu akan ditamatkan sekiranya mengikut laporan daripada pegawai JKM mendapati bahawa penerima bantuan itu tidak layak untuk terus diberi bantuan.

Walau bagaimanapun, sekiranya Yang Berhormat Kanowit sebagai wakil rakyat memikirkan bahawa penerima bantuan yang tersebut perlu dan patut diberikan bantuan, maka Yang Berhormat dipersilakan untuk mengemukakan senarai nama-nama yang berkenaan bagi membolehkan kementerian ini membuat kajian semula. Tentang isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit juga, tentang jumlah bantuan iaitu BOT, sebanyak RM90 sebulan. Untuk makluman Yang Berhormat Kanowit, di peringkat persekutuan iaitu daripada kementerian, jumlah bantuan kebajikan yang kita berikan kepada orang tua iaitu BOT adalah sebanyak RM300 sebulan.

final • 3:50 PM

Puan Heng Seai Kie

Yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi, yang RM90, itu ialah bantuan orang tua yang diberikan oleh negeri iaitu saya percaya kalau Kanowit ini di Sarawak. Jadi ia adalah merupakan bantuan yang diberikan oleh state iaitu negeri.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bolehkah dua-dua sekali terima? Yang negeri dan yang persekutuan?

final • 3:50 PM

Puan Heng Seai Kie

Tidak, hanya satu daripadanya. Jadi kalaulah Yang Berhormat berpendapat bahawa jumlah RM90 itu tidak mencukupi, mungkin boleh dicadangkan supaya jenis bantuan orang tua yang diterima oleh calon yang berkenaan ditukarkan, dinaiktarafkan ke peringkat BOT di peringkat kementerian atau persekutuan.

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Saya tambah lagi Menteri.

Okey, mungkin apa yang telah dijelaskan oleh Menteri itu adalah betul tetapi soalan saya adalah apabila kita membuat program untuk mencari orang-orang yang miskin ini dalam dua tiga tahun dahulu, banyak permohonan yang telah kita hantar kepada jabatan. Dari Kanowit telah saya hantar kepada Menteri sendiri di Kuala Lumpur ini tetapi ditolak balik kepada jabatan kebajikan di Sibu, mungkin lebih daripada 3,000.

Yang saya ingin tahu, mungkin Menteri belum sampai kepada jawapan ini adalah berapakah jumlah permohonan ini yang telah disiasat di kawasan saya, di Parlimen Kanowit? Oleh sebab apa, yang saya diberitahu apabila saya sampai ke rumah panjang di kawasan pedalaman, ramai di antara mereka yang telah memohon ini masih bertanya-tanya kepada saya bila permohonan mereka ini akan diluluskan atau akan ditolak. Kalau mengikut angka yang telah diberi dalam tahun yang dahulu, di Kanowit saya fikir mungkin belum sampai 10% yang telah disiasat dan mungkin kurang daripada 100 yang telah diberi kelulusan. Ini sudah tiga tahun dan bilakah permohonan ini akan siap diselesaikan ataupun diproses oleh kementerian dan jabatan yang berkenaan? Minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Tentang jumlah permohonan yang diterima dan berapakah kes yang ditolak ataupun diluluskan, saya minta jawapan secara bertulis kerana buat masa ini saya tidak mempunyai data yang berkenaan tentang kawasan Kanowit.

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Penjelasan. Tuan Yang di- Pertua, terima kasihlah Timbalan Menteri. Saya tertarik sebab telah dijelaskan tadi bahawa bantuan ini ada di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Jadi amaunnya tidak samakan walaupun masalah yang sama. Jadi apakah tindakan untuk menyelaraskan supaya amaun bantuan ini sama. Sebab masalah orang miskin itu memang masalah yang sama.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Janganlah diberi penjelasan mengatakan bahawa oleh kerana Kerajaan Negeri Sarawak hanya hendak membantu dengan jumlah itu sahaja ataupun mampu membantu dengan jumlah itu sahaja. Sebab kalau dia miskin, dia miskinlah. Kalau di peringkat Kerajaan Pusat ataupun bantuan dari Kerajaan Pusat ini satu jumlah yang agak besar cubalah regularize sedikit dan rundingkan dengan

final • 4:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

kerajaan negeri. Bantulah kerajaan negeri kerana mereka yang dibantu itu rakyat Malaysia juga. Bukan setakat dia rakyat negeri Sarawak sahaja. Tidak eloklah kalau di peringkat akar umbi ada yang dibantu itu yang dapat daripada kerajaan negeri hanya dapat misal kata RM100. Dalam seorang lagi mendapat bantuan daripada Kerajaan Pusat ini dia dapat lipat ganda dia dapat RM200 ataupun RM300. Jadi tidak eloklah di peringkat akar umbi kalau kita bahagi-bahagikan. Ini bukan 1Malaysia lagi ini sebab mereka yang miskin pun standardnya sudah berlainan.

Jadi saya pohon jasa baik kementerian ini bagaimana berunding dengan kerajaan negeri bantulah Kerajaan Negeri Sarawak agar semua yang layak mendapat bantuan dapat bantuan yang sama supaya tidak ada rasa tidak saksama ini. Ini perkara pertama.

Yang kedua, cubalah - sebab dalam Laporan Audit Negara dijelaskan di sini juga satu kenyataan daripada audit mengatakan ia ada tempoh dua minggu siasatan akan dibuat dan lepas itu diberi kelulusan. Akan tetapi didapati oleh audit negara kes itu panjang lagi. Saya tahu ini satu topik yang mungkin lebih fasih dalam...

final • 4:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Ini saya mohon bantuan, Yang Berhormat Batu Gajah berdiri menjelaskan ini oleh kerana kami pun berbincang.

Kalau sudah dikatakan siasatan dibuat dalam masa dua minggu akan tetapi yang sebenarnya sehingga lebih seribu hari bukan lagi dua ribu hari. Jadi bayangkan yang menunggu itu begitu lama. Tidak adillah pada yang miskin. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh jawab sekali? Perkara yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bila kawan-kawan bangkitkan soal ketidakselarasan dari segi bantuan, saya ingin bertanya kementerian Yang Berhormat terutamanya tentang kuasa di peringkat negeri dan juga kuasa di peringkat pusat berkenaan soal koordinasi sebab saya difahamkan pengarah di peringkat negeri adalah hak state sedangkan bantuan disalurkan melalui pusat.

Ada yang macam itu. Kalau di negeri-negeri yang miskin sudah tentu mereka tidak mampu menyalurkan bantuan seperti mana di negeri-negeri yang pendapatannya lebih baik. Sudah tentu tidak selaras dari segi bantuan.

Jadi kalau boleh biar soal kebajikan ini diambil alih terus oleh federal.

Federal yang menyelaraskan supaya kita dapat jangan ada kawan ini dapat RM100, di sana dapat RM300. Sekarang ini benda-benda macam ini perlu penilaian. Kalau kita hendak beri, beri dalam jumlah yang munasabah, beri dalam jumlah yang mengikut kesesuaian zaman. Jangan kadar tahun 1980 masih diguna pakai hingga sekarang. Ini tidak wajar berlaku.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dia ada dua pendekatan. Sama ada bantuan itu federal angkat semua di bawah kementerian federal...

final • 4:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Ya.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ataupun bantuan kewangan itu disalurkan kepada jabatan negeri.

final • 4:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Saya minta keseluruhan melibatkan pentadbiran Tuan Yang di-Pertua diambil alih oleh federal.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak, satu pendekatan lagi duit itu disalurkan kepada negeri, negeri yang panjangkan kepada penerima.

final • 4:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Ha, itu pun boleh. Ada dua keadaan. Saya bersetuju dengan Tuan Yang di-Pertua. Mana-mana yang difikirkan yang terbaik tapi satu pihak sahaja yang mengendalikan semua urusan ini. Boleh atau tidak dibuat pertimbangan berhubung perkara ini?

final • 4:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 4:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bangkitkan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapit hari itu iaitu apakah pihak kementerian boleh mempertimbangkan apabila permohonannya dikemukakan oleh Ahli Parlimen pihak kebajikan boleh meluluskannya dengan segera. Pihak kementerian boleh memberi garis panduan apa dokumen yang diperlukan, gambar yang diperlukan kami akan lampirkan bersama dan kemukakan kepada kebajikan dan kebajikan boleh luluskan dengan serta-merta. Ini boleh mengurangkan birokrasi dan beban tugas pihak kementerian atau jabatan kebajikan. Saya ingin rujuk kepada laporan audit di mana muka surat 389 mengatakan bahawa jabatan kebajikan mengalami kekurangan kakitangan di mana nisbah standard antarabangsa adalah nisbah 1:30 kes seorang pegawai 35 kes dalam satu masa dan kita tengok carta ini jelas menunjukkan bahawa kakitangan kita adalah kekurangan, beban tugas yang banyak. Jadi ekoran daripada laporan audit ini apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak kementerian.

Akhirnya perkara ketiga, sebelum ini saya pernah bangkitkan banyak kali bantuan segera di mana peruntukan kepada Ahli Parlimen ada satu bantuan segera diberi di mana apabila Ahli Parlimen menjumpai ada warga yang miskin memerlukan bantuan, Ahli Parlimen boleh mengeluarkan peruntukan tersebut dengan serta-merta kepada warga tersebut tanpa melalui birokrasi pihak jabatan terlebih dahulu. Sebelum ini ada RM30,000 diberi kepada kawasan Parlimen Batu Gajah di mana saya jumpa orang yang memerlukan bantuan, saya isi borang, saya serah, dua minggu selepas itu wang akan diberi terus kepada warga miskin.

Ia berbeza dari yang lain di mana Ahli Parlimen boleh membuat keputusan untuk memberi peruntukan itu dengan segera. Apakah pihak kementerian boleh mempertimbangkan semula bantuan segera ini diperuntukkan kuasa kepada Ahli Parlimen untuk membantu orang miskin ini dalam kadar yang segera. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan tambahan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan pertama yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kapit saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini iaitu setiap kerajaan negeri bukan sahaja Sarawak memang ada satu jumlah peruntukan yang khas untuk tujuan kebajikan dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kita turut menyediakan bantuan-bantuan kebajikan untuk membantu.

Tentang cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Arau tadi saya menyambut baik tentang cadangan Yang Berhormat tadi supaya kita

final • 4:00 PM

Puan Heng Seai Kie

dapat selaraskan perkara ini di bawah satu iaitu perbadanan bagi mempiawaikan semua garis panduan dan juga jumlah bayaran yang diberikan.

Untuk menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, memang berikutan dengan bilangan kes permohonan yang telah dikemukakan kementerian ini menghadapi masalah kekurangan kakitangan.

Walau bagaimanapun, untuk menangani masalah ini kementerian telah pun mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah kita menggalakkan supaya semua penerima bantuan JKM ataupun bantuan kebajikan ini membuka akaun supaya bayaran setiap bulan itu boleh dikreditkan terus ke dalam akaun mereka dan masa dan tenaga pegawai kita dapat dijimatkan bagi memproses lebih banyak kes-kes permohonan yang baru.

Merujuk kepada isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi tentang bantuan segera untuk kes kecemasan saya mengesyorkan supaya sekiranya ada kes kecemasan yang perlukan bantuan segera Yang Berhormat bolehlah merujuk kepada Yayasan Kebajikan Negara untuk tujuan yang berkaitan.

final • 4:00 PM

Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu bantuan bencana oleh Yang Berhormat Kalabakan dan kejadian kebakaran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar. Kebakaran yang berlaku di Kampung Lembaga Padi di Likas, Kota Kinabalu di waktu malam 18 Oktober 2010 di mana JKM terlibat membantu dalam urusan pemindahan mangsa pada malam yang sama ke pusat pemindahan Dewan Serbaguna Likas.

Pengurusan pusat pemindahan telah dapat dilaksanakan dengan baik bermula dengan urusan pendaftaran mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam bencana kebakaran tersebut. Agihan makanan dan keperluan lain seperti tikar, bantal, tuala, selimut, keperluan lampin bayi dan lain-lain keperluan telah diagihkan kepada semua mangsa yang terlibat pada malam berkenaan.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Bintulu bangun Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Puan Heng Seai Kie

Okey, silakan.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada beri jawapan beritahu ini kementerian ataupun jabatan tidak mencukupi kakitangan. Itulah kita pemprosesan ini permohonan-permohonan mesti ambil masa. Saya tidak berapa setuju jawapan ini. Pasal apa ini jawapan bukan hari ini. Ini jawapan saya sudah tiga penggal dalam Dewan. Saya dengar itu juga jawapan berkali-kali.

Akan tetapi kalau kita turun padang lihat jabatan kebajikan ini memang isu ini bukan kakitangan tidak cukup. Saya rasa ini kementerian mesti mahu turun padang, kita lihat semua jabatan di negeri-negeri di seluruh negara ini kita mesti ataupun di bahagian-bahagian. Kita mesti mahu pergi lihat pegawai ini bila hendak dengar masuk ke kawasan pedalaman, dia langsung tidak berminat ataupun mungkin lima kilometer atau 10 kilometer daripada bandar dia sudah tidak minat mahu pergi turun padang.

Dia selalu hendak minta orang datang ke pejabat. Termasuk itu siapa hendak memohon itu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, dia minta bawa sekali. Walaupun itu orang OKU itulah ini masalah kita perlu lihat. Masalah-

final • 4:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

masalah rakyat ada timbul di kawasan masing-masing. Kita tidak boleh terus kata; “Oh, ini pasal kakitangan tidak cukup”. Kakitangan saya tengok macam saya punya bahagian, kakitangan ada. Akan tetapi dia turun padang dia tidak mahu.

Macam saya punya kawasan ada yang kena pakai ‘rumput’, lima enam jam kalau minta dia pergi memang dia tidak mahu pergi.

Yang Berhormat Kapit pun sama juga. Ini pegawai tidak mahu turun padang. Masalah dia orang tidak mahu turun padang. So kementerian mesti mahu ada keluar satu cara macam mana hendak selesaikan ini masalah. Kita tidak boleh ambil makan masa yang lama. Saya terus terang, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, saya punya kawasan hanyalah lain kampung ada terlibat. Ada permohonan tunggu sampai dia mati pun belum lulus lagi. Berapa tahun? Ini isu bukan kata temberang dalam Dewan yang mulia ini. Ini isu memang benar berlaku, satu.

Dua ini saya sebagai Pengerusi Backbenchers ini, saya backbenchers sekarang hubungi sama saya termasuk ini Arau. Saya suruh dia sendiri cakap, dia tidak mahu. Dia banyak marah, dia punya kawasan sekarang banjir. Budak-budak punya pampers tiada, susu tiada. Minta kebajikan, kebajikan kata nanti saya kaji.

Kaji sampai bila?

Inilah bencana juga, kecemasan juga. Kenapa kita punya sistem mesti mengubah. Kalau kita sebagai Menteri kah, Timbalan Menteri kah ataupun pegawai-pegawai di jabatan. Kalau ini hal berlaku dalam kamu orang punya sendiri punya keluarga, macam mana kamu terasa. So, saya minta penjelasan.

final • 4:10 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tambah sedikit boleh? Ini Tuan Yang di-Pertua, saya tertariklah sebab perkara yang sama akan tetapi saya hendak jelaskan. Di Kapit ini bukan pegawai tidak hendak turun padang. Sebab saya berbual, saya berbincang dengan mereka apakah masalah mereka. Masalah mereka ini di Kapit ini kita tidak ada jalan raya, rangkaian jalan raya. Kita tidak ada bas, tidak ada untuk hendak jalankan teksi. Kereta pun di pekan kecil sahaja.

Akan tetapi yang memohon bantuan itu, mereka yang duduk di rumah- rumah panjang, di kampung-kampung yang lokasinya di hulu sungai. Jadi jabatan ini, pejabat tidak ada perahu. Kalau ada perahu pun mesti ada yang jurumudinya.

Di kawasan yang begitu mesti ada juga yang pembantu dia untuk membawa perahu. Jadi kalau tidak ada kemudahan ini, bagaimanakah pegawai itu hendak pergi ke kampung.

Jadi saya ini bukan hendak mengatakan mereka tidak turun padang.

Kalau hendak turun padang pun susah bagi mereka turun padang kalau tidak ada kemudahan. Jadi saya mohonlah apa dalam perancangan kementerian ini untuk memastikan kawasan-kawasan yang serupa itu mesti diberi kemudahan supaya mereka betul-betul dapat turun padang. Itu yang penting. Jadi saya mohon peluang ini juga kalau boleh secara rasmi dalam Dewan ini...

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau tidak Menteri penuh pun sampai ke Kapit untuk kita membuat satu majlis kita bersama-sama turun padang, jumpa mereka kat sana.

Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bersama-sama dalam perbahasan ini. Saya bersama-sama dengan rakan Bintulu, Kapit saya baru balik daripada Sandakan...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Batu Sapi.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Batu Sapi. Saya pergi ke pulau Trumpit...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Trunglit...

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Trunglit. Tiga empat orang perempuan pegang saya. Perempuan tua, makcik. Bukan macam makcik lagilah sudah macam neneklah. Macam hendak menangis saya. Dia kata saya orang susah, boleh tidak tentukan saya dapat bantuan daripada... dia tidak panggil welfare. Dia panggil apa. Ada satu istilah dialah. Tengok saya punya rumah, dia kata. Rumah yang buruk itu. Tuan Yang di-Pertua pun akan sampai di Batu Sapi ya?

Jenis macam ini takkan mampu dia daripada pulau itu ke Sandakan naik motor laju itu pun sudah setengah jam. Kalau motor sangkut 15 kuda saya ingat mahu tiga jam. Dengan gelombang. Kalau tidak kita yang ke sana sampai bila pun dia tidak akan terbela. Jadi saya tidak tahu macam mana agaknya cara bekerja pegawai-pegawai welfare di situ dan di mana-manalah. Saya tidak tahu. Jadi bagaimana kita hendak sampaikan bantuan kepada kumpulan sasaran. Sasaran...

kumpulan sasar. Kumpulan sasaran.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun kalau pergi naik bot pergi ke Pulau Trung...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Trunglit

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Trunglit. Saya ingat Yang Berhormat pun akan menangislah. Tentu nangislah. Saya percaya dia tentu nangis.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau Trunglit dia nangis tidak tahulah kalau pergi Kapit macam mana Yang Berhormat. Kapit lagi jauh.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kapit lagi jauh. Saya pun sudah sampai Kapit. Teruk. Kalau dia hendak pergi ke Sibu naik motor tambang pun kadang-kadang beratus ringgit. Takkan mampu si orang tua yang daif, miskin seperti ini melainkan kitalah pergi. Jadi kita luluskan di Dewan yang mulia ini ratusan juta. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

RM1 bilion untuk kebajikan.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

RM1 bilion! Apa erti RM1 bilion, RM2 bilion kalau wang yang disediakan oleh kerajaan untuk kumpulan ini tidak sampai kerana kecuaian kita, kerana kelemahan kita. Akuilah! Mesti hendak mengakui ini Menteri, Timbalan Menteri, ketua pengarah, ketua setiausaha kementerian. No,no...

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, ini masalah hidup mati rakyat yang kerajaan bertanggungjawab hendak membantu tetapi bantuan tidak boleh sampai...

[Disampuk] Suara saya tidak cukup kuatkah? [Ketawa] Bantuan tidak boleh sampai, siapa yang hendak tanggung dosa ini? Barisan Nasional sudah menyampaikan segala bantuan, kita telah luluskan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2011 telah pun kemukakan RM1 bilion. Kalau longgokan wang yang begini besar tidak sampai kepada kumpulan sasaran, hendak jadi apa rakyat Malaysia ini?

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selesai tanggungjawabnya. Yang di bawah, ini masalahnya. Rentetan kalau hanya menjawab kakitangan tidak cukup, kakitangan tidak cukup, alasan, alasan yang hendak membenarkan diri sendiri tetapi rakyat tidak dilayan, tidak dibela, bagaimana sebenarnya? Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan, mengambil keputusan tetapi Dewan yang mulia yang mempunyai keputusan yang begini authority ini tidak dipedulikan oleh kakitangan kerajaan yang berkenaan. Siapa dia? Siapa dia? Oh! Ini Datuk. Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan sekadar hendak menjawab di Dewan ini untuk melepaskan sebagai jawapan. Kita kerajaan yang bukan hanya untuk menjawab tetapi kerajaan yang mesti bertanggungjawab.

Saya harap pembelaan ini sampai kepada Batu Sapi. Yang memperjuangkan Batu Sapi, Barisan Nasional! Bukan PKR, bukan apa? SA...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...PP

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

SAPP. Jauh panggang dari api. You hendak jawab, jawab tetapi saya harap tindakan yang perlu kepada apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan daripada Kapit, daripada Bintulu. Ini bah, bah dekat Perlis, Kedah, Kelantan. Esok, peralatan yang patut sampai kepada mangsa tidak sampai kerana lewatlah, itulah, inilah. Yang jadi mangsa? Rakyat jadi mangsa. Bah ini bukan kehendak dia. Kita sudah ada jawatankuasa banjir di peringkat pusat, di peringkat negeri, di peringkat daerah, di peringkat kampung tetapi mangsa itu tidak terus dibela. Kita hanya mendatangkan alasan, alasan, alasan. Apakah rakyat boleh terima alasan dalam keadaan mereka sengsara dan susah? Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:20 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas isu yang telah dibangkitkan. Pertama sekali, untuk menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu tentang pemantauan ke atas pegawai JKM di peringkat akar umbi dan juga seruan beliau supaya kita turun padang. Saya menyambut baik dan saya juga di Dewan yang mulia ini saya berjanji saya akan turun iaitu membuat lawatan ke Sarawak. Itu ialah satu negeri yang saya belum buat lawatan selepas lawatan saya ke Sabah pada hari itu.

Kedua ialah tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapit tentang penyediaan kemudahan pengangkutan kepada pegawai-pegawai JKM.

Terima kasih atas cadangan yang telah dikemukakan. Kementerian ini akan meneliti perkara ini kerana untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita baru sahaja melalui kementerian ini, kita telah pun membeli tiga buah bot di kawasan berhampiran dengan perkampungan Penan baru-baru ini.

Ketiga ialah tentang iaitu cadangan ataupun isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading yang dengan penuh perasaan, yang turut mengharukan saya. Jadi, saya meminta kalau sekiranya Yang Berhormat Sri

final • 4:20 PM

Puan Heng Seai Kie

Gading pada hari itu ada mencatatkan maklumat-maklumat tentang wanita-wanita yang telah pun memegang tangan Yang Berhormat Sri Gading untuk meminta bantuan itu supaya tindakan susulan boleh diambil.

Selain daripada itu, saya kira itu tiga Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu yang berkaitan.

final • 4:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat pergi ke Pulau...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pulau Trunglit.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Pulau Trunglit dan Yang Berhormat kenalkan diri, “Saya Timbalan Menteri welfare”, kalau tidak dikerumuni oleh – Masa kempen masa itu, mereka peganglah. Ya lah kita pemimpin Barisan Nasional, salah seorang pemimpin kerajaan, dia pegang. Yang Berhormat pergilah esok, boleh naik motor Yang Berhormat Datuk Bung Moktar punya.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Kinabatangan. Boleh naik. Tanya beliau, pergi. Kalau tidak dikerumuni tetapi perkenalkan diri, “Saya Timbalan Menteri Wanita datang hendak beri bantuan”.

Saya ingat tidak baliklah, dikerumuni kerana begitu daif keadaan orang di sana. Ini bukan cerita dongeng. Saya tidak ambillah dia punya – pasal bagi saya memang saya hendak bawa dalam Parlimen ini. Wakil rakyat, Ahli Parlimen, bawalah dalam Parlimen. Tindakan susulan, terpulang yang berkenaanlah, yang berkuasalah.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya ada sebut mengenai isu bantuan untuk kecemasan. Tadi saya sudah soalkan empat negeri sudah banjir tetapi bantuan-bantuan daripada kementerian tidak begitu ikhlas. Ada orang yang tunggu susu pun tiada, pampers pun tiada dan lain-lain lagi bantuan.

Saya ingin tanya di sini, adakah kita ada satu list patut, standard list ataupun di bawah on the ground, dengan izin, bila kita lihat apa patut diperlukan, kita boleh ambil tindakan serta-merta.

Saya difahamkan, selalu kalau apa-apa bantuan diperlukan kemungkinan tiada dalam kita punya senarai, kita memang kata, “Oh! Ini kita tidak beri bantuan.

Itu kita tidak bantu.” Seperti blanket, kadang-kadang ada negeri tiada, macam di Sarawak tidak beri. Mereka tidak beri. Oh! Ini tidak dalam senarai. Kalau hujan kuat, banjir lagi sejuk lagi, tidur atas simenkah, apakah seperti tilam tidak boleh diberi, orang boleh mati, orang tua kalau tidur itu.

Jadi saya mahu tanya, perkara ini bagaimana kementerian ada satu tindakan boleh diselesaikan, serta-merta selesaikan isu ini. Saya mahu tanya ini, ini mesti mahu jawab. Tadi banyak kita punya backbenchers, dia pening sekarang.

Kita kawasan sudah banjir tetapi bantuan daripada Jabatan Kebajikan ini macam ‘tidak apa’ attitude, dengan izin. So, macam mana kita hendak boleh selesaikan isu ini? Isu ini bukan hari ini, sudah lama ini. Banyak kali sudah kita bahas tetapi bahas, bahas, akhir sekali masih sama juga. Itu juga dia punya perangai.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:20 PM

Puan Heng Seai Kie

Untuk menjawab – terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Puan Heng Seai Kie

Okey. Silakan.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya juga bersama dengan rakan-rakan lain daripada Arau, Sri Gading dan juga Bintulu berkenaan dengan hal welfare ini. Saya rasa kita tidak perlu ke tempat-tempat itu yang jauh – tempat itu saya setuju. Cukup serius juga tetapi jauh.

Akan tetapi masalah yang sama kita dapat juga dekat, dekat dengan Putrajaya khususnya di kawasan Puchong. Bila ada banjir misalnya, bila orang hendak minta welfare, hendak cari bantuan, mereka itu memang tergendala. Kalau buat permohonan, diminta tunggu walhal air di tempat mereka, rumah mereka itu musnah, roboh, mereka perlukan bantuan segera. Itu satu.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Berkenaan misalnya dengan orang-orang lain, orang tua dan sebagainya yang perlukan bantuan. Apabila mereka ke jabatan-jabatan yang tertentu, mereka ini diminta isi borang dan sebagainya dan selepas itu, dua atau tiga bulan langsung tidak ada jawapan. Di sini kita mahu tahu – saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh rakan saya di mana isu ini dibangkitkan dalam Dewan ini bukan sekali dua, ia sudah dibangkitkan beberapa tahun. Di sini untuk mendengar, okey.

Kita akan lihat bagaimana kita dapat selesaikan. Kita mahu tahu dalam Dewan ini apakah cadangan kerajaan untuk memastikan bahawa masalah ini dapat diatasi?

Misalnya, ada cadangan dahulu bahawa pejabat welfare didirikan di semua kawasan Parlimen supaya dapatlah sesiapa – walaupun mereka itu daripada pembangkang ataupun kerajaan, jika ada masalah, mereka tahu di mana mereka perlu pergi, bagaimana mereka perlu buat permohonan dan ia dekat dengan kawasan mereka supaya access itu dapat diperoleh. Tidak perlu pergi jauh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya telah beri satu cadangan. Kita buat permintaan supaya kementerian menghantar bas ataupun menghantar wakil daripada Jabatan Kebajikan kepada kawasan Parlimen Puchong supaya di situ kita boleh buat program di mana orang- orang miskin dan sebagainya diminta berkumpul di dewan supaya senang mereka semua itu keluar, didaftarkan dan diberi bantuan. Akan tetapi permintaan itu tidak dipertimbangkan. Ini kita perlu faham. Bukan senang untuk semua orang yang miskin pergi ke Putrajaya atau pergi ke tempat-tempat berkenaan. Kenapakah kita sebagai kerajaan tidak boleh pergi kepada mereka dan beri mereka bantuan dengan serta-merta? Itu menjadi satu isu yang saya rasa kementerian patut pertimbangkan. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas isu yang dibangkitkan. Pertama sekali, untuk menjawab tentang bantuan kecemasan, sebenarnya bantuan kecemasan bolehlah di mohon daripada Yayasan Kebajikan Negara Yang Berhormat. Selain daripada itu juga, setiap kawasan Parlimen melalui Program Mayang juga – saya percaya setiap Yang Berhormat itu ada diberikan peruntukan bagi membantu rakyat kita yang dilanda bencana. Walau bagaimanapun, saya berharap nanti Yang Berhormat bolehlah kemukakan tempat dan juga kes yang telah dibangkitkan itu supaya saya boleh mengambil tindakan susulan atas perkara yang dibangkitkan itu ya, Yang Berhormat Arau.

final • 4:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Isu yang kedua yang dibangkitkan iaitu dari kawasan Puchong, untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kementerian ini melalui pejabat JKM Daerah dan juga pegawai-pegawai projek cara kita, kita mamang ada mendaftarkan ataupun membantu golongan miskin atau mereka yang kurang berupaya untuk memohon bantuan-bantuan JKM. Ini telah pun dilakukan dari semasa ke semasa.

Mungkin di kawasan Puchong, kalaulah Yang Berhormat rasa perlu untuk sesuatu lokasi yang sesuai di mana Yang Berhormat bolehlah cadangkan kepada JKM supaya kita membawa rombongan ataupun pasukan pegawai kita untuk mengunjungi kawasan Puchong itu bagi satu majlis pendaftaran ataupun permohonan terbuka kepada semua golongan miskin yang berada di sana. Jadi, saya berharap selepas ini yang Berhormat bolehlah memberikan segala maklumat yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu...

final • 4:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 4:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Okey.

final • 4:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja. Saya lihat kementerian Yang Berhormat ini kementerian yang baik. Kalau kira pahalanya, memang banyak membuat bakti kepada rakyat. Akan tetapi, kementerian ini kalau dari segi imej, orang nampak kementerian yang jadi dumping ground. Bermakna kata, staf yang tidak diingini di kementerian lain baru diletakan di kementerian ini. Saya pohon penjelasan daripada kementerian supaya imej dapat ditingkatkan. Ia tidak sama imej dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan – Dato’ Seri Zahid ada sini. Orang lihat imej itu hebat.

Jadi, boleh atau tidak kita buat satu tindakan restructuring supaya PTD- PTD yang muda-muda – jangan fikir mahu masuk kementerian yang ada kelas sahaja. Akan tetapi kementerian ini kita perlukan tenaga baru dan idea baru. Unit bergerak seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Puchong perlu diadakan dengan segera. Bukan setakat Yang Berhormat katakan tadi bantuan Mayang dan sebagainya, tetapi yang lebih besar daripada itu. Kita ambil ikhtiar daripada banjir besar di Johor yang kita lihat menjadi huru-hara kerana tidak ada persiapan rapi untuk kita menghadapi bencana yang besar seumpama itu. Akan tetapi apabila ada unit bergerak, bila berlaku ini, ia boleh bergerak dari Kuala Lumpur dan negeri-negeri.

Maknanya, kita sekurang-kurangnya dapat meringankan beban. Ketika pada masa tidak ada makanan yang perlu di masak, unit-unit yang boleh membuat soal-soal kebajikan boleh menolong. Kita jangan mengharapkan kepada NGO semata-mata. Saya fikir kalau ini ada dibuat dengan peruntukan RM1 bilion yang kita dapat pada tahun hadapan, sudah barang tentu berlaku sedikit kelancaran dalam usaha kita untuk menyampaikan bantuan kepada sasaran yang dikehendaki oleh kerajaan. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua.

Kalau saya hanya boleh sambung kepada apa yang dikatakan oleh rakan saya dari Arau. Saya cukup setuju dengan saranan yang dibawa tetapi isunya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adalah ini. Saya pasti kita akan dengar pada hari ini daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya cukup yakin dengan pandangan ataupun assurance yang diberikan, tetapi masalahnya kita perlu ada satu sistem di mana kita boleh menentukan sama ada apa yang dicadangkan

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

pada hari ini, kita dapat lihat ia berlaku. So, in another words, we need to know that action has been taken.

Saya mahu cadangkan sekiranya boleh, satu laporan dikeluarkan kepada semua Ahli Parlimen yang menunjukkan bahawa masa yang tertentu telah pun ditetapkan di mana rombongan telah pun ke kawasan-kawasan Parlimen tertentu untuk mengatasi masalah-masalah sebegini. Ataupun kalau boleh, satu laporan untuk menunjukkan bahawa memang di setiap kawasan Parlimen memang terdapat penaiktarafan dan sebagainya kepada kakitangan ataupun sistem yang sedia ada untuk memastikan bahawa kebajikan dan bantuan kewangan disalurkan dan juga diterima oleh pihak-pihak yang miskin.

Ini adalah satu perkara yang saya rasa cukup penting. Kalau tidak, dalam masa setahun lagi kita akan balik kepada Dewan ini dan saya rasa kita akan dengar hujah-hujah yang sama. Akan tetapi apa yang kita perlu lihat adalah bahawa tindakan itu bukan sahaja dicadangkan tetapi juga diambil. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, panjang lagikah Yang Berhormat?

final • 4:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Lagi 16 muka surat.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat terpaksa habiskan dalam masa 30 minit daripada sekarang.

final • 4:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Ya, sekiranya tidak ada soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, tentang saranan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Puchong, sebenarnya kita mempunyai Pejabat JKM Daerah di seluruh negara. Berkenaan dengan sekiranya ada permintaan khusus seperti mana yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi, maka kementerian ini akan membuat kunjungan yang istimewa iaitu yang dirancangkan ya.

Tuan Yang di-Pertua, bantuan segera dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga kepada 195 buah keluarga telah diberikan pada 20 Oktober 2010 iaitu hari ketiga selepas kejadian. Bantuan ini turut meliputi bantuan alat-alat dapur dan keperluan asas peribadi. Mesyuarat Tindakan Daerah Kota Kinabalu pada 22 Oktober 2010 telah berbincang dan memutuskan bahawa mangsa kebakaran ini akan dipindahkan ke rancangan perumahan rakyat Telipok Ria.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bantuan kepada mangsa bencana termasuklah kejadian kes kebakaran bukan hanya terletak di bawah tanggungjawab JKM semata-mata, tetapi turut melibatkan penyelarasan dan bantuan daripada agensi-agensi yang lain.

final • 4:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kalabakan, Pejabat Kebajikan Tawau berpindah ke lokasi baru antara lain adalah disebabkan oleh perkara berikut:-

(i) kedudukan pejabat lama bangunan Sabah Port yang terletak di tingkat satu mendatangkan masalah kepada orang awam yang berurusan di pejabat ini kerana tidak mempunyai kemudahan dan akses yang sesuai terutama bagi penerima bantuan yang uzur, tua dan OKU di

final • 4:40 PM

Puan Heng Seai Kie

samping tiada kawasan meletak kenderaan yang mencukupi; dan

(ii) saiz pejabat lama juga kecil dengan keluasan hanya 2,832 kaki persegi yang tidak mencukupi untuk menempatkan kakitangan seramai 40 orang yang terdiri daripada 30 orang kakitangan tetap dan sepuluh orang kakitangan sambilan. Selain itu, saiz pejabat yang kecil juga menyebabkan ruang tidak mencukupi bagi menyediakan kemudahan bilik-bilik pegawai, pejabat am, bilik mesyuarat dan lain-lain keperluan pejabat.

Ahli Yang Berhormat Maran pula mencadangkan agar Program Pemulihan Dalam Komuniti diadakan di kawasan Maran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua buah PDK telah disediakan di Daerah Maran iaitu PDK Jalinan Siantan FELDA Jengka 19, Bandar Jengka, Maran dan PDK Teratai FELDA Jengka 21, Bandar Jengka, Maran.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sabak Bernam telah menyentuh mengenai isu warga emas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menetapkan definisi warga emas sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas seperti mana yang dinyatakan dalam Dasar Warga Tua Negara yang telah digubal dan diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1995.

Penetapan had umur 60 tahun ke atas ini adalah berpandukan kepada penetapan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang dibuat di World Assembly on Ageing di Vienna pada tahun 1982. Kementerian sentiasa prihatin terhadap pelaksanaan infrastruktur dan prasarana awam yang lebih mesra kepada warga emas. Bagi tujuan tersebut, kementerian menggunakan pendekatan dengan izin secara multi sectoral dan multi collaborations dengan agensi-agensi pelaksana infrastruktur awam yang melibatkan warga emas seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kesungguhan kerajaan dalam memastikan pelaksanaan penyediaan infrastruktur dan prasarana yang mesra warga emas ini juga telah dimulakan pada peringkat awal lagi berdasarkan ketetapan yang digariskan dalam Dasar Warga Tua Negara tahun 1995. Pelaksanaan dasar tersebut dibuat melalui Pelan Tindakan Warga Tua Negara yang mengandungi cadangan tindakan serta program yang perlu dilaksanakan termasuk memastikan warga emas mendapat kemudahan penjagaan kesihatan yang sewajarnya.

Keseluruhan pelaksanaan aktiviti dan program ini dipantau oleh Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Tua Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis ini berperanan untuk memantau pelaksanaan program dan aktiviti melalui beberapa jawatankuasa kecil yang dibentuk seperti berikut:-

(i) Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi;

(ii) Jawatankuasa Kecil Kesihatan;

(iii) Jawatankuasa Kecil Pendidikan Agama dan Latihan;

(iv) Jawatankuasa Kecil Perumahan;

(v) Jawatankuasa Kecil Penyelidikan; dan

(vi) Jawatankuasa Kecil Serantau.

final • 4:40 PM

Puan Heng Seai Kie

Berkenaan cadangan Yang Berhormat supaya kerajaan memperuntukkan elaun bulanan khas sebanyak RM500 kepada golongan warga emas dan perwujudan pangkalan data khas warga emas, Tuan Yang di-Pertua kementerian ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan bantuan kewangan iaitu Bantuan Orang Tua kepada warga emas yang memerlukan dengan kadar RM300 sebulan seorang.

Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban saranan warga emas yang memerlukan supaya berupaya tinggal dalam komuniti dan masyarakat dengan selesa. Mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada mata pencarian tertentu serta mempunyai keluarga yang tidak mampu untuk menyara kehidupan mereka bolehlah dipertimbangkan untuk pemberian bantuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini maklumat berkaitan pangkalan data penduduk termasuk warga emas ada disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kementerian atau mana-mana agensi yang memerlukan maklumat berkenaan, bolehlah merujuk kepada Jabatan Perangkaan untuk mendapatkan sumber maklumat tersebut. Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan...

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 4:40 PM

Puan Heng Seai Kie

Ya.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya hendak tanya sama ada tadi Yang Berhormat ada menjawab berkenaan isu gender responsive budget atau gender sensitive budget yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukti Mertajam tadi.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Gender sensitive budget.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Gender responsive budget yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam semasa ucapan beliau.

final • 4:40 PM

Puan Heng Seai Kie

Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

Untuk mana-mana bahagian yang tidak saya sentuh dalam jawapan saya tadi, saya meminta untuk memberikan jawapan secara bertulis Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Atau boleh saya ambil kesempatan ini bertanya kepada pihak kementerian. Ini kerana kami mempunyai 17 orang ahli.

Dari backbenchers tujuh orang, dari pembangkang sepuluh orang. Sebanyak 17 orang ahli wanita sahaja. Apakah pihak kementerian boleh mengadakan satu taklimat atau melibatkan kami bersama di bawah kementerian di dalam perancangan pengurusan, pengagihan, peruntukan yang diberi di bawah belanjawan atau bajet ini.

Ini kerana saya nampak dalam belanjawan ini, bajet ini banyak program yang akan diadakan. Program di bawah NKRA dan one off program, you know.

Akan tetapi, tiada butiran lanjut yang diberi. Bolehkah pihak kementerian mengambil langkah yang baru, melibatkan semua Ahli Parlimen wanita di dalam pentadbiran, pengurusan, perancangan bajet yang diperuntukkan untuk tahun depan.

Perkara kedua ialah gender responsive budget. Sebelum ini pihak kementerian bersama UNDP ada melancarkan pilot project atas lima buah kementeriannya. Saya ingin tahu daripada kementerian sama ada bajet untuk Kementerian Pembangunan Wanita ini ada menggunakan manual yang dibekalkan. Selepas itu gender responsive budget punya manual diguna pakai di dalam belanjawan pihak kementerian ini.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini kerana saya membaca maklumat mengatakan selepas 2006 akan menggunakan pakai gender responsive budget. Akan tetapi, bajet setiap tahun selepas itu masih bajet yang sama. Saya pohon jawapan daripada pihak kementerian. Involved all the women Parliamentarian. Kita adalah minoriti dalam Dewan yang mulia ini. Ambil langkah yang baru, libatkan kami bersama. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, itu satu cadangan sahaja Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah atas cadangan yang telah dikemukakan. Kementerian ini mengambil maklum dan akan mempertimbangkan apa yang telah disarankan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat dasar ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya jemput Kementerian Pengajian Tinggi.

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan yang menyentuh Kementerian Pengajian Tinggi semasa perbahasan Bajet 2011.

final • 3:49 PM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Untuk menjawab Yang Berhormat Silam dan Yang Berhormat Lembah Pantai yang menyentuh aktiviti R&D di IPT. Sukacita dimaklumkan bahawa sebanyak RM741 juta disediakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk aktiviti-aktiviti R&D melalui institusi pengajian tinggi kita. Peruntukan tersebut adalah merupakan satu peningkatan yang besar berbanding dengan peruntukan R&D bagi tempoh lima tahun di bawah RMKe-9, yang berjumlah hanya sebanyak RM315 juta. Ini tidak termasuk tambahan peruntukan R&D berjumlah RM400 juta untuk lima universiti penyelidikan. Bagi meningkatkan bilangan pemegang PhD dalam negara melalui Bajet 2011, kementerian akan membelanjakan sebanyak RM483.9 juta bagi program Mybrain15. Jumlah ini adalah untuk membiayai sejumlah 7,610 orang pelajar yang sedia ada dan juga menyediakan 11,170 tempat baru bagi pengajian pasca siswazah di peringkat sarjana dan PhD.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Dungun agar yuran pengajian di IPT di kecualikan kepada rakyat Malaysia yang berumur 50 tahun ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD, yakni selaras dengan hasrat melahirkan pemegang PhD seramai 60,000 orang menjelang tahun 2023, kementerian bersedia untuk menimbang untuk mengecualikan atau mengurangkan yuran pengajian di IPTA dengan syarat-syarat yang akan ditentukan dan perkara ini, insya-Allah akan dibawa ke Kabinet untuk diluluskan.

Mengenai Yang Berhormat Lipis yang mencadangkan agar jawatan pendaftar di IPTA agar diberi ruang kenaikan pangkat sehingga ke gred jawatan utama sektor awam, sukacita saya maklumkan bahawa perkara ini telah pun dilaksanakan.

Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang, tentang isu kekurangan pensyarah perubatan di IPTS, kementerian dan MQA sentiasa

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

membuat pemantauan terhadap pelaksanaan program perubatan oleh IPTS bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran serta graduan yang dihasilkan. Di antara syarat yang wajib dipatuhi oleh IPTS yang menawarkan program perubatan ialah seperti berikut:

(i) mempunyai nisbah 1:4 yakni seorang tenaga pengajar dan empat pelajar dalam bidang perubatan;

(ii) mendapat kelulusan daripada hospital-hospital yang terlibat untuk pelaksanaan latihan klinikal; dan

(iii) memohon akreditasi program daripada pihak MQA sebelum pelajar tersebut bergraduan.

Sehingga kini tiada mana-mana IPTS yang dibatalkan oleh Ketua Pendaftar kerana melanggar syarat-syarat yang dinyatakan dalam Seksyen 40(1)(a) Akta 555.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Bukit Mertajam agar kerajaan mempelawa universiti terkemuka dunia untuk membuka kampus cawangan di Malaysia. Ini adalah menjadi amalan pihak kementerian untuk memberikan pelawaan kepada universiti luar negara untuk membuka kampus di Malaysia sekiranya terdapat permohonan daripada pihak berkaitan. Pelawaan juga akan diberikan keutamaan kepada institusi-institusi dan universiti yang ternama di peringkat global.

Berkenaan cadangan Yang Berhormat Padang Terap supaya AUKU dimansuhkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini kementerian tidak bercadang untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau ringkasnya AUKU. AUKU baru sahaja dipinda dan berkuat kuasa sejak 1 Februari 2009 yang mengambil pendekatan yang positif dengan membenarkan mahasiswa melibatkan diri dalam mana-mana pertubuhan, badan, atau kumpulan pelajar secara sihat. Bagaimanapun, AUKU masih tidak membenarkan mahasiswa melakukan apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik termasuk calon BEBAS.

Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Lembah Pantai, dan Yang Berhormat Padang Terap...

final • 4:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita semua tahu pandangan yang progresif daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan isu penyertaan mahasiswa dalam parti politik atau untuk menjadi ahli-ahli parti politik.

Memang Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam banyak forum dan platform telah menyatakan bahawa pandangan Yang Berhormat Menteri ialah untuk membenarkan mahasiswa berkecimpung ataupun menyertai diri dalam parti politik. Akan tetapi, nampaknya tidak ada usaha ataupun road map dalam Kementerian Pengajian Tinggi untuk membenarkan, atau jika tidak memansuhkan AUKU pun sekurang-kurangnya meminda seksyen 15 dalam AUKU untuk membenarkan penyertaan mahasiswa dalam parti politik.

Saya hendak tanya apakah perkembangan dalam kementerian?

Walaupun telah banyak kali telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, namun nampaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri belum bersedia?

Jadi apakah perkembangannya dalam perkara ini? Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja menyambung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Apa yang dirasai oleh mahasiswa kita di dalam negara contohnya ialah, dalam Persidangan Agung UMNO. UMNO membenarkan perwakilan daripada Kelab UMNO di luar negara, iaitu mereka juga adalah mahasiswa sedangkan mahasiswa kita di dalam negara ini tidak dibenarkan untuk terlibat dalam politik.

Jadi ini dirasakan seperti tidak berapa baik pandangan mahasiswa kita di dalam negara. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di luar negara itu tidak ada AUKU. Yang Berhormat Rasah, saya rasa walaupun tidak ada road map tetapi sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau masih terbuka untuk mendengar makluman, maklum balas dan sebagainya tentang persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Rasah.

Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Lembah Pantai, dan Yang Berhormat Padang Terap membangkitkan...

final • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan sedikit on AUKU juga.

final • 4:50 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Sila.

final • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya - saya rasa sekiranya kita mengikut AUKU pada waktu ini, maksudnya mahasiswa-mahasiswa tidak diizinkan untuk menjadi ahli mana-mana parti politik. Akan tetapi pada 20 Oktober dalam Malaysiakini, kita boleh lihat satu berita yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya ada dua orang mahasiswa dari UKM yang telah mengambil bahagian dalam raptai penuh Perhimpunan Agung UMNO di PWTC pada 17 Oktober.

Jadi saya hendak tanya, adakah ini double standard? Ini kerana dahulunya di pilihan raya kecil Hulu Selangor, ada empat orang mahasiswa dari UKM dan sekarang mereka didakwa di bawah AUKU kerana mereka didakwa mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil. Kini kita ada sama juga - mahasiswa-mahasiswa dari UKM, tetapi kali ini mereka diizinkan untuk ambil bahagian dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Namun sehingga hari ini tiada tindakan yang telah diambil terhadap mereka.

Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada memang semua mahasiswa tidak diizinkan untuk menjadi ahli mana-mana parti politik ataupun mereka hanya tidak diizinkan untuk memberi ataupun menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat?

final • 4:50 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih. Saya difahamkan bahawa pihak UKM telah memberi surat tunjuk sebab kepada dua orang pelajar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Seremban...

final • 4:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi.

final • 4:50 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Ya, Yang Berhormat Rasah.

final • 4:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Isu khusus. Terima kasih. Saya hendak tanya bahawa beberapa hari lepas dalam kempen pilihan raya kecil, didapati ada beberapa mahasiswa dikatakan telah pergi berkempen. Namun saya tidak tahu ia

final • 4:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

pergi berkempen ataupun melakukan kajian ilmiah tentang pilihan raya yang dikatakan dibenarkan oleh pihak universiti selepas AUKU dipinda.

final • 4:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Akan tetapi, empat pelajar universiti ini, walaupun saya tidak mendapat maklumat yang terperinci tetapi mereka telah ditahan ataupun diambil keterangan oleh pihak polis. Akan tetapi, persoalan saya kalau betul pun seorang mahasiswa itu telah melanggar AUKU, sepatutnya pihak yang mengenakan tindakan tatatertib ataupun ingin mendapatkan keterangan daripada mahasiswa itu ialah pihak HEP universiti. Bukannya pihak polis.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini? Seolah-olah polis telah melampaui batasan mereka, batasan kuasa mereka. Kalau pelajar atau mahasiswa ini melanggar AUKU bukannya pihak polis yang mengambil tindakan terhadap mereka.

Sepatutnya pihak universiti yang mengambil keterangan mereka. Walaupun saya tidak bersetujulah bahawa pihak universiti pun tidak boleh mengambil tindakan ke atas mereka tetapi itu perkara yang kedua. Akan tetapi, sekarang ini nampaknya polis telah mencampuri hal ehwal urusan HEP universiti. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 5:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Rasah ialah empat orang pelajar yang telah disoal siasat oleh polis di Galas, Gua Musang yang melibatkan empat orang pelajar lelaki. Mereka ditahan kira-kira pukul 1.05 petang pada 30 Oktober di Pekan Lama, Gua Musang dan kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada sebelah malamnya.

Okey, saya mendapat panggilan telefon tentang hal ini daripada Tuan Muhammad Sha’ani Abdullah daripada SUHAKAM. Pelajar-pelajar ini sebenarnya mengedar risalah dan saya telah melihat risalah itu. Saya lihat risalah itu tidaklah risalah yang terlalu besar masalahnya. Sama ada pihak polis mempunyai punca kuasa untuk menyiasat. Kami telah mendapat laporan bertulis daripada IPD Machang yang bertanggungjawab terhadap kawasan tersebut pada hari semalam.

Saya juga telah bertemu dengan keempat-empat orang pelajar itu yang datang bertemu saya di lobi Parlimen dan mendengar cerita daripada mereka.

Pihak kami di KPT sedang mendapatkan maklumat yang penuh. Benarlah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rasah, lazimnya KPT akan menyerahkan kepada pihak universiti berkaitan untuk menyiasat perkara itu. Akan tetapi, perkara ini telah berlaku dan kita sedang mendapatkan laporan yang penuh tentang perkara tersebut.

final • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap Yang Berhormat atau Kementerian Pengajian Tinggi ini boleh memberikan maklum balas kepada Kementerian Dalam Negeri khususnya kepada pihak polis sebab dalam musim kempen pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum. Saya harap Kementerian Pengajian Tinggi boleh menasihatkan Kementerian Dalam Negeri khususnya pihak polis supaya tidak mengambil tindakan atau pun menahan pihak pelajar-pelajar universiti ini.

Kalau betul pun mereka melanggar AUKU, biar pihak universiti yang menguruskan isu tersebut ataupun kes mereka tersebut bukannya polis menahan mereka. Saya rasa psychological atau fear yang diletakkan kepada mahasiswa itu amat berat sekali. Apakah kesalahan mereka sebagai pelajar universiti, sebagai

final • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

aktivis mahasiswa turun berkempen, turun dalam kempen pilihan raya kecil ditahan oleh polis?

Jadi saya rasa itu sangat tidak adil kepada para mahasiswa ataupun aktivisme siswa. Saya harap Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) boleh menasihatkan polis supaya tidak mengulangi perkara ini lagi dalam mana-mana kempen pilihan raya kecil. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak tambah sikit lagi. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya memang sokong pandangan Yang Berhormat Rasah kerana sebenarnya pada 4 Oktober Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah berkata bahawa mahasiswa boleh mendengar ceramah atau bercakap tentang politik. Jika pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihan raya. Kementerian tidak akan menghalang mereka tetapi sekarang kita lihat ada mahasiswa-mahasiswa yang pergi ke pilihan raya kecil, mereka ditahan oleh pihak polis.

Jadi saya rasa sudah tiba suatu masa untuk Kementerian Pengajian Tinggi emphasize satu kali lagi dan mengulang sekali lagi bahawa mahasiswa- mahasiswa berhak untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya kecil dan janganlah pihak polis, PDRM lagilah mengganggu dan menahan mereka. Saya rasa ini bukanlah satu proses demokrasi tetapi ini adalah satu proses untuk menakutkan mahasiswa-mahasiswa kita saya.

final • 5:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Yang Berhormat Rasah dan terima kasih Yang Berhormat Serdang. Oleh sebab itulah tadi Tuan Yang di- Pertua saya katakan kami di KPT sedang mendapatkan maklumat yang penuh tentang peristiwa tersebut dan bagaimana untuk kita mengatasi dan menanganinya dengan cara yang sebaik-baiknya. Insya-Allah.

Boleh saya sambung Tuan Yang di-Pertua? Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Ketawa] Ini sahabat lama, sila. Semua sahabat lama.

final • 5:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebenarnya tidak mahu terlibat perbincangan berkenaan dengan kuasa polis dalam menangani masalah mahasiswa. Akan tetapi, kita tidak boleh lari daripada satu ‘milestone’, lebih kurang begitu, Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri terlibat semasa perbincangan dengan seorang bekas TNC suatu universiti.

Perkara ini mustahak kerana kemahasiswaan ini biasanya lebih merujuk kepada yang menduduki di institusi pengajian tinggi, terutamanya universiti awam di dalam negara kita. Saya merasa agak tinggi juga rasa kagum apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri berani menyatakan pendirian sama ada secara peribadi atau mewakili kementerian itu tidak menjadi masalah. Akan tetapi, pendirian itu dirakam bahawa Yang Berhormat atau kementerian Yang Berhormat sebenarnya tidak bersetuju dengan cara kita mengawal dan mengarahkan mahasiswa di dalam kampus, dalam negara kita untuk suatu tujuan yang tertentu sahaja.

Pada masa itu, dengan nada terang dan saya percaya difahami oleh sebahagian besar daripada mahasiswa dalam negara kita bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri menghasratkan supaya kelonggaran diberi dan cara AUKU ditadbir menyebabkan mahasiswa kita dilihat agak kurang berkembangnya.

final • 5:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Cara bertindak terhadap isu-isu ada sedikit kena-mengena elemen politik itu dianggap terkebelakang pada masa itu.

Cara Yang Berhormat menzahirkan pandangan itu dengan menentang keras dan menegur dengan keras bahawa pandangan yang diberikan oleh seorang pentadbir universiti itu adalah jumud sama sekali. Ini bermakna satu pembaharuan yang agak besar dan drastik hendak dibawa. Jadi saya menyangka perkara itu dapat dilaksanakan dalam pentadbiran yang memasukkan elemen memupuk mahasiswa supaya boleh berfikir, bertindak dan juga sekurang- kurangnya matang sekiranya mahu menceburkan diri dalam suasana yang terlibat dengan elemen pembuatan keputusan politik sekurang-kurangnya.

Saya faham itu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ulang semula dalam Dewan ini kedudukan ataupun pendirian Yang Berhormat Menteri supaya elemen dilihat menghampakan mahasiswa yang ada dalam kampus, dalam negara boleh kita lenyapkan sama sekali. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Ulang tayang tiada. Sebenarnya yang penting ialah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, soal bagaimana ekosistem yang kondusif untuk pembangunan mahasiswa secara holistik. Meminjam kata-kata Yang Berhormat Rasah yang mengatakan bahawa kalau di dalam keterbatasan AUKU itu kita lakukan dengan cara yang sebaik- baiknya. Apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu sebenarnya sudah boleh diatasi.

Sebab itu kita sentiasa memantau, menasihatkan pegawai-pegawai khususnya pentadbir-pentadbir universiti supaya sekurang-kurangnya melaksanakan semangat pindaan AUKU pada Februari 2009.

final • 5:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Akan tetapi, masih ada beberapa masalah di sana sini yang perlu diatasi.

Misalnya masih ada universiti yang tidak membenarkan ahli politik dari parti pembangkang untuk bersama-sama dengan ahli politik dari Barisan Nasional untuk berforum di universiti. Sedangkan kita kata itu tidak menjadi masalah. Pada bulan April yang lalu saya dengan Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kubang Kerian berforum di Fakulti Sastera Universiti Malaya dan kita ada forum yang sangat menyeronokkan dan tidak timbul apa-apa masalah pun. Masih ada misalnya walaupun kita telah benarkan sudut pidato tetapi ada lagi pentadbir universiti yang hendak tengok teks ucapan sebelum pelajar bangun berucap, di sudut pidato.

Ini telah membudak sekolahkan pelajar universiti. Masih ada birokrasi yang terlalu tebal. Ini kita sedang perbaiki Tuan Yang di-Pertua dari semasa ke semasa. Maknanya dalam keterbatasan AUKU tetapi kalau boleh semangat pindaan pada Februari 2009 itu dilaksanakan sepenuhnya dengan tidak mengambil kira cerita mahasiswa berpolitik itu pun sebenarnya sudah cukup baik.

Akan tetapi, kita cubalah perbaiki dari semasa ke semasa. Boleh saya berpindah Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:10 PM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Sedikit, sedikit sahaja.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja Yang Berhormat Balik Pulau sebelum berpindah.

final • 5:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Ya.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengambil pendekatan di sini kerana kita berbahas di peringkat Yang Berhormat Menteri di sana dan Ahli Parlimen di sini. Jadi mesti hasilnya itu berbeza daripada ruangan-ruangan berforum. Berbeza daripada ruangan-ruangan kita panggil diskusi di kedai-kedai kopi kerana implikasi perbahasaan ini boleh terwujudnya satu dasar baru. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan dinamik Menteri yang progresif ini dan saya suka sebut perkataan itu. Akan tetapi, ke arah pembentukan dasar yang mana menunjukkan bahawa tahap kalau kita panggil kebebasan akademik itu terangkat ke tahap yang baru.

Tadi memang ada contoh-contoh bersifat situational maksudnya ada perubahan, situational tidak ada normatif baru pun. Maksud saya normatif dari segi aspek dasar pendidikan ke anjakan baru. Kalau tidak kita masih lagi akan berbicara selepas ini Yang Berhormat akan dijemput lagi ke universiti. Yang Berhormat Machang dan teman-teman akan dijemput lagi, tetapi anjakan ke arah dasar baru itu saya tidak nampak kerana Menteri punyai kekuatan melalui perundangan, kekuatan dari segi dasar untuk memungkinkan perkara itu. Saya mohon apa yang mengekang sebenarnya? Kesungguhan ada lihat tetapi tidak ada satu perubahan yang konkrit dan saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jelaskan apa masalah sebenarnya?

final • 5:10 PM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit lagi hendak tambah ini. Persoalan yang timbul sekarang ialah usia 21 tahun ataupun hingga 24 tahun itu, usia universiti. Pelajar universiti berusia di situ dan kalau kita lihat mengapakah maknanya dalam usia ini dan peringkat ini sahaja undang-undang ini tidak membenarkan mereka berpolitik? Sedangkan kalau kita lihat dalam pilihan raya contohnya, yang angkat sepanduk, poster itu barang kali tidak umur itu pun. Sekolah menengah pun ada. Tidak kira parti mana pun. Dia angkat bendera dan sebagainya, yang berarak dan sebagainya. Akan tetapi, apabila masuk universiti jadi mereka ditahan di situ, dia sekat di situ.

Sedangkan di situlah 21 tahun, umur di mana mereka dapat mengundi, diwajibkan untuk daftar mengundi kita. Mereka juga akan mengundi seperti di Galas contohnya mereka akan balik mengundi. Semua universiti akan balik mengundi dan di situlah naluri mereka itu sebagai pengundi khususnya. Mengapa mereka disekat? Mungkin dia mengundilah dan tentulah dia mengundi dia akan juga berkempen, menyokong mana-mana parti. Jadi mengapakah ada dalam structure ataupun struktur masyarakat kita ini mengapa di peringkat ini kita tahan mereka? Tidak dapat terlibat dengan parti, tidak terlibat dengan ahli-ahli politik dan macam-macam hal. Selepas universiti mereka akan masuk bidang pekerjaan.

Jadi inilah barangkali tidak sesuainya AUKU ini kita letak di sini. Sebab itulah saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kita kaji balik AUKU memang tidak patut dan kita sudah bincang lama AUKU ini memang meranapkan semangat mahasiswa dan negara kita. Inilah yang berlaku pada Malaysia sekarang. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan Yang Berhormat Balik Pulau memang selalu susah hendak jawab.

[Ketawa] Tidak boleh juga Tuan Yang di-Pertua hendak dikatakan tidak ada usaha yang sedemikian rupa. Sebenarnya usaha itu ada, dasarnya ada dan kita berusaha sedaya upaya untuk melonjakkan daya intelektual, keberkesanan penghayatan budaya ilmu dan sebagainya. Ukurannya agak relatif, universiti penyelidikan ada orientasinya yang berbeza sedikit daripada universiti yang bukan penyelidikan. Universiti-universiti teknikal ada empat buah universiti sedikit

final • 5:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

berbeza orientasinya. Akan tetapi, masing-masing mempunyai melalui landasan yang sama di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yakni untuk kita meningkatkan martabat ilmu, penghayatan budaya ilmu dan melahirkan intelektual yang sebaik-baiknya iaitu yang holistik, yang komprehensif serta yang berimbang.

Namun akhirnya ia bergantung juga kepada individu dalam universiti itu, kepada pensyarahnya, kepada pelajarnya, dan sebagainya. Kalau kita lihat dari segi AUKU juga pelajar yang benar-benar mempunyai idealisme, dia tidak kira sangat AUKU itu kongkong atau tidak dia jalan semacam sahaja dan kita lihat mereka ini ada berlaku di mana-mana. Sebahagian kita di dalam Dewan ini pun pernah melalui proses sebelum pindaan AUKU 2009. Tidak ada masalah pun.

Berkenaan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh.

Sebenarnya betullah usia, malahan Tuan Yang di-Pertua usia pelajar universiti sekarang lebih dewasa daripada itu lagi kerana bagi universiti-universiti yang bertaraf universiti penyelidikan, lama kelamaan pelajar pasca siswazah akan lebih ramai daripada pelajar ijazah pertama di universiti-universiti tersebut. Jadi penghujahan Yang Berhormat Pasir Puteh itu memang ada kebenarannya. Namun demikian sebagaimana yang Dewan yang mulia ini sendiri menjadi saksinya, cadangan-cadangan untuk memperbaiki keadaan itu memang mengambil masa yang panjang. Sebagai contoh pindaan 2009 itu yakni pada bulan Februari 2009 hanya sampai ke tahap itu selepas perjuangan yang lama sejak tahun 1975, 1976 dan sebagainya. Jadi insya-Allah atas dasar kepercayaan dan keyakinan itu, perkara-perkara yang baik ini Tuan Yang di-Pertua akhirnya akan menjadi kenyataan juga. Boleh saya beralih?

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak kemukakan soalan kalau kita yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri ini tidak mampu untuk mengulas dan memberikan kepuasan dari segi jawapannya kepada kita. Akan tetapi atas keyakinan itu, saya rasa boleh kita panjangkan sedikit lagi kerana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi pada pandangan saya sangat mustahak.

Oleh kerana ada dengan jelas menggambarkan elemen seolah-olah kerajaan tidak mahu mahasiswa ini matang sebelum waktunya atau menentukan waktu tempoh matang mahasiswa ini mengikut kaca mata pemerintah. Maksudnya sebelum sampai peringkat itu mereka ini harus dilihat sebagai pelajar semata- mata. Memang banyak kali ucapan-ucapan dan sebutan-sebutan yang keras menyebut bahawa mahasiswa harus dilayan sebagai mahasiswa semata-mata.

Dilihat cara Yang Berhormat sebutkan tadi perjuangan terlalu panjang, 1975 sampai sekarang baru membuka ruang yang sedikit kepada - sudah tentu perkara ini menunjukkan kita hendak minta supaya bersetuju membantutkan proses perkembangan mahasiswa itu. Sedangkan dalam masa yang sama parti politik yang mengatakan sebagai pejuang utama kepada sebahagian besar masyarakat umum di Malaysia, parti UMNO sebagai contohnya memperjuangkan kononnya membuka tahap kedewasaan rakyat Malaysia ini kepada tahap yang lebih besar lagi.

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Maksudnya, kita tidak mahu anggap mahasiswa kita kurang matang dan sebagainya, kerana ini yang memomokkan kita. Yang Berhormat Pasir Puteh menyebut bahawa proses politik itu sebenarnya telah jauh lebih ke depan daripada yang kita benarkan, kerana itu adalah naluri semula jadi kepada mahasiswa itu sendiri, kita tidak berupaya hendak menyekat mereka.

final • 5:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi, yang dibuat oleh kita, pemerintah sekarang, ialah cuba untuk menidakkan keupayaan mereka termasuk menghalang mereka daripada terlibat di dalam institusi ataupun aktiviti-aktiviti yang cenderung kepada perbuatan keputusan politik termasuklah AUKU ini yang melalui sejarah yang begitu panjang.

Saya hendak tanya sebab saya yakin ada lagi keyakinan saya kepada Timbalan Menteri, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri mampu membawa satu perubahan drastik di dalam kementerian ini yang bertanggungjawab menjaga AUKU yang khususnya untuk memperlihatkan persepsi kita terhadap keseluruhan kehidupan masyarakat mahasiswa.

Adakah satu dinamika baru secara serta-merta kita boleh buat sementara Yang Berhormat masih duduk di dalam kementerian ini, sebelum ditukarkan ke kementerian dan sebagainya. Barangkali adakah kemampuan ini kita hendak tonjolkan dengan seberapa segera. Kalau ada kami hendak menyokong. Ini kerana rasanya sudah terlalu lama menunggu untuk kelonggaran ini. Kalau 1975 sehingga sekarang, sudah lebih daripada 30 tahun Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah maksudnya Yang Berhormat membayangkan kesediaan kementerian untuk sekali lagi hendak mencuba juga supaya membuka ruang ini, supaya mahasiswa ini dianggap lebih cepat kematangan politiknya daripada apa yang kita treat atau kita layan mereka setakat ini, terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Pertamanya, saya hendak betulkanlah, tidak betul kalau katakan kerajaan seolah-olah tidak mahu mahasiswa ini matang lebih awal daripada yang sepatutnya. Soal melangkah ke hadapan, kalau boleh saya sebutkan dua perkara yang boleh membayangkan betapa adanya dinamika yang bergerak ke arah yang lebih baik itu. Satu, ialah apabila Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA dan beberapa buah IPTS membuat satu resolusi untuk membenarkan mahasiswa ataupun pelajar IPT aktif dalam politik walaupun disebutkan dengan ia perlu dibincangkan dengan lebih teliti dan mungkin diperlukan beberapa syarat.

Kedua, ialah bengkel Pemuda Barisan Nasional dengan begitu jelas, malahan Ketua Pemuda UMNO dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, dengan begitu jelas meminta AUKU dipinda supaya memenuhi hasrat dan idealisme yang diperjuangkan selama ini. Saya nampak bahawa perkara-perkara yang menuju ke arah keadaan yang lebih positif itu, walaupun kita tidak boleh tentu bila akan berlaku tetapi perkembangan semasa itu menunjukkan tanda-tanda bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Boleh saya beralih Tuan Yang di-Pertua, ini semua kawan-kawan ini. [Ketawa] Kita sambung forum selepas ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat Seremban, Kuala Terengganu, Lembah Pantai dan Padang Terap membangkitkan isu-isu yang menyentuh tentang PTPTN, sukacita dimaklumkan, merujuk kepada pemberian wang pendahuluan pinjaman yang tidak menggunakan perjanjian. Pelajar yang ditawarkan WPP atau wang pendahuluan pinjaman, adalah disyaratkan menandatangani surat setuju terima semasa menunaikan waran WPP ini. Dokumen ini boleh digunakan bagi tindakan perundangan kerana semua syarat penunaian ini dinyatakan di dalam dokumen berkenaan. Bagi pelajar yang memohon dan diluluskan pembiayaan pendidikan PTPTN, potongan untuk bayaran balik WPP akan dibuat melalui semester yang kedua. Bagi yang mendapat WPP tetapi tidak menjadi peminjam kepada PTPTN yang keseluruhannya berjumlah 12,074 orang, PTPTN akan secara berterusan mengambil tindakan mengutip semula wang pendahuluan pinjaman tersebut.

final • 5:20 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Setakat 26 Oktober 2010, sebanyak 2,126 penerima WPP telah dihantar surat peringatan kedua dan 9,948 penerima telah dihantar surat peringatan ketiga.

Tindakan ini telah berjaya mengutip sebanyak RM10 juta daripada jumlah keseluruhan RM18 juta. Bagi jumlah kutipan bayaran balik, hanya RM1.51 bilion iaitu 47% daripada yang sepatutnya pada tahun 2009. Berbagai-bagai usaha telah dan sedang dilakukan bagi meningkatkan prestasi kutipan balik pinjaman. Setakat 31 Ogos 2010, sejumlah RM1.959 bilion telah dikutip iaitu 48% daripada jumlah yang sepatutnya dikutip yakni sebanyak RM4 bilion.

Di samping itu PTPTN sedang mengadakan perbincangan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membolehkan kewajipan potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri dilaksanakan. Walaupun peratusan amaun bayaran balik tahun 2009 adalah 47% tetapi jumlah peminjam yang telah memulakan bayaran balik adalah lebih baik iaitu pada tahap 75%. Sungguhpun demikian, bayaran yang dibuat oleh peminjam tidak mengikut jumlah sebenar yang ditetapkan, ini adalah berasaskan kepada beberapa faktor. Antaranya seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu, agar PTPTN membuat penangguhan bayaran balik pinjaman kepada penganggur. Faktor-faktor lain adalah seperti melanjutkan pelajaran, mendapatkan gaji permulaan yang rendah dan sebagainya.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Padang Terap, agar pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa sepenuhnya, pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menukar keseluruhan status pembiayaan pendidikan PTPTN kepada biasiswa disebabkan oleh implikasi kewangan yang tinggi. Berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang, tentang pelaksanaan program APEX dan persoalan tentang peruntukan untuk penubuhan USM Science Park yang masih belum disalurkan kepada USM.

Ingin saya maklumkan bahawa pemilihan USM di dalam program APEX bukanlah bersandarkan kepada projek Science Park tetapi bersandarkan kepada perkara- perkara seperti urus tadbir, bakat dan kepelbagaian sumber. Setelah dua tahun program ini berjalan, USM berjaya menunjukkan peningkatan dalam semua perkara tersebut.

Sebagai sebuah universiti APEX dan universiti penyelidikan, USM diberi peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta yang mana RM80 juta adalah sebagai universiti penyelidikan dan RM80 juta lagi kerana menjayakan program APEX. Ini membawa kepada peruntukan belanja mengurus USM pada tahun 2011 berjumlah RM946 juta berbanding RM717 juta pada tahun 2010. Kerajaan juga telah memperuntukkan beberapa peruntukan lain kepada USM dan ini semua termasuklah mengambil kira projek Science Park yang ditimbulkan itu.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Labuan dan Yang Berhormat Sarikei tentang penubuhan IPTA baru. Buat masa ini kita tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan IPTA baru dan menaiktarafkan kampus cawangan sebagai universiti penuh. Pada masa ini matlamat utama kementerian ialah memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia, pembangunan intelektual dan juga menggalakkan serta mengarusperdana pendidikan teknikal dan latihan vokasional iaitu perkara yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final • 5:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Timbalan Menteri, saya mohon untuk ke belakang sedikit, sebab mungkin ada kekeliruan di sini.

final • 5:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya mendengar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mencadangkan ada satu langkah, peraturan yang meminta supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri terlibat untuk prosedur mengutip pembayaran balik daripada peminjam-peminjam melalui usaha ataupun pentadbiran cukai negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Saya tidak pasti sama ada penerangan Yang Berhormat Timbalan Menteri itu menyebut akan dilaksanakan seberapa segera ataupun satu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menyebut bahawa Januari tahun hadapan akan dimulakan proses tersebut. Saya berminat untuk mendapat penjelasan di sini sebab semakan saya kepada Rang Undang-undang Akta Cukai Pendapatan yang di bekal kepada kita di atas meja ini yang terbaru tidak menyatakan adanya satu pindaan untuk memasukkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk mentadbir pengutipan balik pinjaman itu daripada peminjam-peminjam PTPTN untuk dilaksanakan melalui Akta Cukai Pendapatan.

final • 5:30 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jadi kenyataan ini agak bercanggah dari segi cadangan dan juga pelaksanaannya pada 1 atau 2 Januari akan datang ini. Saya agak terkeliru atas kedudukan ini sebab fungsi utama Lembaga Hasil Dalam Negeri bukan untuk menjadi agensi mengutip hutang bagi pihak agensi- agensi lain terutama pembayaran balik pinjaman pendidikan. Fungsinya adalah untuk mengutip cukai yang terpaksa dibayar oleh individu mengikut taksiran akta itu sendiri. Saya minta penjelasan itu kerana mungkin ada banyak pihak terkeliru daripada kedudukan itu. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya suka minta penjelasan di atas pinjaman-pinjaman diberikan oleh PTPTN. Ada satu muka surat dalam laporan Auditor General yang dikatakan ada banyak pinjaman dikeluarkan tanpa surat perjanjian disain oleh pemohon. Saya minta penjelasan, adakah ini benar atau tidak benar? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:30 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Ya.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Nampaknya kita ini ada terkebelakang sedikit.

final • 5:30 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Ini yang akhir.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi minta tolonglah Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bertanya itu secara ringkaslah macam Yang Berhormat Seremban tadi, saya terima kasihlah kepada Yang Berhormat Seremban. Cara bertanya. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih, ini yang akhir Tuan Yang di- Pertua. Merujuk yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, yang saya sebutkan ialah PTPTN sedang mengadakan perbincangan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membolehkan kewajipan potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri dilaksanakan. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pengerusi PTPTN itu juga benar sebab itu matlamatnya, cuma tarikh itu mungkin belum dapat kita pastikan yang disebutkan beliau itu benar dari segi itu antara tarikh sasaran jika ini dilakukan. Sekiranya persoalan perundangan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu dapat kita tangani secara undang-undang juga.

Merujuk soalan Yang Berhormat Seremban mengenai dokumen perjanjian belum ditandatangani sebanyak 1,875,540 set dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan yang telah dipulangkan oleh pelajar masih belum ditandatangani oleh pihak PTPTN dan saksinya. Satu pasukan khas telah diwujudkan yang mana urusan tandatangan ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Setelah urusan tandatangan itu diselesaikan, satu salinan dokumen perjanjian akan dihantar kepada pelajar untuk simpanan. Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah yang ingin saya jawab atas perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat yang berkaitan dengan kementerian ini. Sekali lagi kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ingin saya menjemput Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian semasa perbahasan Bajet 2011 yang menyentuh mengenai bidang tugas di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI. Seramai 26 orang Ahli Yang Berhormat yang menyentuh isu-isu berkaitan MITI dalam perbahasan kali ini. Di antara isu-isu utama yang telah disentuh termasuklah mengenai isu-isu FDI, pelaburan domestik dan peranan MIDA, liberalisasi sektor ekonomi, isu-isu PKS, isu-isu industri dan sektor automotif termasuk Proton.

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Padang Besar membangkitkan mengenai isu-isu FDI termasuklah laporan terbaru World Investment Report 2010. Kemerosotan FDI negara berbanding negara-negara jiran serantau pada tahun 2009, langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan asing, jumlah pelaburan ke Sabah dan Sarawak dan dasar-dasar berkaitan pelaburan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut laporan World Investment Report 2010 yang dikeluarkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), FDI yang masuk

final • 5:35 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

ke Malaysia telah mengalami penurunan sebanyak 81% iaitu daripada USD8.1 bilion pada tahun 2008 kepada USD1.4 bilion pada tahun 2009;

(i) Penurunan FDI ini adalah disebabkan oleh krisis ekonomi global yang bermula pada tahun 2008 dan berpanjangan sehingga tahun 2009. Ini telah mengakibatkan FDI dunia mengalami penurunan ketara sebanyak 37%. Selain itu pihak pelabur juga telah mengamalkan sikap berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan yang melibatkan modal yang tinggi;

(ii) Peralihan ekonomi negara daripada berintensifkan modal kepada industri yang berasaskan pengetahuan;

(iii) Peningkatan persaingan bagi FDI daripada ekonomi besar yang sedang meningkat naik seperti India, China dan negara-negara Asean;

(iv) Pelaburan semula yang rendah kerana permintaan bagi produk siap yang menurun; dan

(v) Beberapa cadangan projek pelaburan yang diluluskan oleh kerajaan telah ditangguhkan pelaksanaan berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika itu.

Walau bagaimanapun laporan UNCTAD tersebut turut menyenaraikan Malaysia di kedudukan ke-15 negara host yang paling menarik untuk kemasukan FDI bagi tahun 2010 hingga 2012. Ini dibuktikan dengan jumlah kemasukan FDI bagi tempoh setengah tahun pertama 2010 telah mencatatkan sebanyak RM11 bilion berbanding RM5.66 bilion bagi keseluruhan tahun 2009 iaitu kenaikan sebanyak 94%. Sebagai perbandingan, negara-negara Asean khususnya Vietnam yang berada di peringkat awal pembangunan menerima kemasukan FDI bagi projek-projek infrastruktur merangkumi projek IPP, pembinaan jalan raya dan pelabuhan. Sesetengah negara Asean masih menggalakkan pelaburan yang berintensifkan buruh, namun demikian negara-negara Asean lainnya turut mengalami penurunan dalam kemasukan FDI pada tahun 2009 iaitu sebanyak 29.4% bagi negara Thailand, 47.3% bagi negara Indonesia dan 44.4% bagi Vietnam.

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa program bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara termasuk Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) yang secara langsung akan mewujudkan peluang-peluang perniagaan bagi pelabur domestik dan asing.

final • 5:35 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Dalam pelaksanaan ETP, sebanyak 131 entry point projects (EPPs) dengan izin, bernilai USD138 bilion dan 60 business opportunities dengan izin, telah dikenal pasti. Projek-projek ini akan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan serta akan meningkatkan pendapatan dalam negara kasar (GNI) yang disasarkan kepada USD523 bilion menjelang tahun 2020. Daripada 131 projek EPP yang dikenal pasti, sebanyak 53 EPP yang nilai pelaburan sebanyak USD97 bilion berada di pelbagai tahap engagement dengan izin. Kerajaan juga telah mengambil pendekatan baru dan menambah baik iklim pelaburan untuk mempertingkatkan lagi kemasukan pelaburan asing.

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Kerajaan telah memperkenalkan pendekatan berfokus (targeted approach) dengan izin, dalam menggalakkan kemasukan FDI berkualiti. Strategi dan usaha penggalakan pelaburan asing adalah ditumpukan untuk menarik syarikat-syarikat terkemuka yang berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan. Tumpuan diberikan pada subsektor pertumbuhan baru seperti advance electronic dan semikonduktor, peralatan perubatan, sumber tenaga alternatif dan tenaga solar, photonics, optoelectronics, teknologi nano, jentera dan industri sokongan kejuruteraan. Sebagai usaha menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui serta aktiviti penjimatan tenaga, kerajaan juga telah melanjutkan tempoh permohonan galakan cukai sehingga 31 Disember 2015 melalui Bajet 2011.

Bagi menggalakkan lagi pelaburan langsung asing, kerajaan telah berjaya membangunkan dua kelompok utama pertumbuhan baru iaitu kelompok solar dan lampu diod pengeluar cahaya (LED). Kerajaan juga sentiasa menggalakkan kemasukan pelaburan kesemua negeri di Malaysia. Oleh itu, tanggapan bahawa kurangnya pelaburan masuk ke negeri Sabah dan Sarawak adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana pada tahun 2009, Sarawak merupakan negeri yang paling banyak menerima FDI iaitu sebanyak 25 buah projek dengan pelaburan yang berjumlah RM8.5 bilion telah diluluskan di dalam sektor perkilangan. Manakala Sabah pula terletak di tempat ketiga dengan 25 buah projek dalam sektor perkilangan yang diluluskan dengan jumlah pelaburan bernilai RM5.7 bilion.

Dalam menggubal dasar-dasar berkaitan pelaburan, kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan semasa pihak industri dan kepentingan rakyat. Kerajaan sentiasa bersikap terbuka dalam menambah baik dasar-dasar sedia ada agar lebih telus dan jelas. Maklumat mengenai dasar kerajaan boleh diperoleh melalui media cetak dan media digital.

Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Selayang membangkitkan mengenai laporan yang dikeluarkan oleh Merrill Lynch bahawa Malaysia telah menjadi pasaran yang kurang diminati oleh pelabur asing. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita mesti mempunyai pendekatan yang seimbang ketika meneliti laporan-laporan antarabangsa mengenai daya saing negara. Walaupun terdapat laporan yang menunjukkan Malaysia berada di kedudukan yang kurang memuaskan, terdapat juga laporan yang lebih positif berhubung tahap daya saing negara. Laporan Merill Lynch Survey of Fund Managers dengan izin, Julai 2010 adalah berkaitan pelaburan portfolio, bukannya mengenai pelaburan langsung asing. Mengikut laporan tersebut, bukan sahaja Malaysia tetapi Taiwan, Chile dan China juga merupakan negara yang kurang menarik bagi pelaburan portfolio.

Pada hakikatnya, daya saing Malaysia telah meningkat pada paras yang lebih baik seperti yang dilaporkan dalam IMD World Competitiveness Yearbook 2010 yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-10 paling berdaya saing berbanding di tangga ke-18 pada tahun sebelumnya. Ini meletakkan Malaysia di kalangan negara-negara yang paling berdaya saing bersama-sama dengan Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Sweden, Kanada, Taiwan dan Norway.

Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Bayan Baru membangkitkan mengenai perlunya negara meningkatkan pelaburan domestik (DDI). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah ETP untuk menggalakkan DDI, pelaburan tempatan akan menyumbangkan sebanyak 73%

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

daripada jumlah pelaburan swasta sementara pelaburan asing akan menyumbang sebanyak 27%.

Secara amnya, antara langkah-langkah yang sedang dan akan diambil adalah seperti berikut:

(i) Mensasarkan syarikat tempatan yang berkebolehan dan berpotensi untuk melabur dalam industri strategik; dan,

(ii) menjalankan kajian perindustrian ataupun industrial studies dengan izin, untuk membantu pelabur tempatan mengenal pasti sektor atau aktiviti yang boleh dilabur seperti keluaran halal, teknologi hijau, medical devices, perkhidmatan perniagaan dan aktiviti maintenance repair dan overhaul

(MRO), dengan izin.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Ya, silakan.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya pelaburan asing ini adalah penting kerana ia telah berjaya menyumbangkan sebanyak 10% pada perolehan negara. Walau bagaimanapun, kita terpaksa menghadapi saingan yang cukup sengit daripada negara-negara lain yang memberikan insentif yang cukup menarik sekali. Keduanya, tambahan lagi, pada ketika ini ketidaktentuan ekonomi terutama yang berlaku di Amerika Syarikat dan juga di Eropah. Jadi, seharusnya kita berikan perhatian pada pelaburan tempatan dengan menyediakan insentif yang lebih baik lagi.

Jadi soalan saya, adakah kerajaan berkeupayaan menimbang untuk memberikan pelepasan cukai kepada pelabur-pelabur tempatan seperti mana kita berikan pelepasan cukai kepada pelabur-pelabur asing? Ini kerana, faedahnya pelabur-pelabur tempatan tidak akan lari. Kalau dia buat untung pun, duit tidak akan mengalir keluar. Keduanya, kalau sampai masa nanti pelepasan cukainya tamat, dia tetap akan meneruskan perniagaan ataupun operasinya di sini ataupun apa sahaja insentif yang tamat tempoh, dia akan tetap di sini. Berbanding dengan pelabur-pelabur asing yang sesetengahnya apabila habis sahaja pelepasan cukai, dia pun tutup kedai, dia pun lari ke tempat lain. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perkara yang sama, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tolong ringkaskan Yang Berhormat. Jangan repeat kan perkataan selalu sangat, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya memang tidak hendak ulang langsung apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Jasin walaupun maksudnya lebih kurang sama. Saya hendak mengatakan bahawa kerajaan memang selama ini menawarkan terlalu banyak insentif kepada pelabur asing. Sebagai contoh, kita tidak pernah berikan layanan cukai yang begitu baik sebagaimana kita layan cukai pelabur asing. Kita tidak pernah beri insentif reinvestment allowance setinggi 31% kepada pelabur asing

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

sebagaimana kita tawarkan kepada rakyat tempatan ataupun pengusaha tempatan. Tidak pernah, Tuan Yang di-Pertua. Tidak pernah ada.

Dari segi pelepasan atau insentif-insentif yang mustahak untuk kita lihat, tidak pernah ada kita tawarkan insentif untuk cap tight ataupun capital expenditure setinggi 100% – 20% setahun untuk lima tahun. Bermakna 100% kita tawarkan kepada pelabur asing sedangkan pengusaha tempatan sepatutnya menikmati insentif ini terlebih dahulu daripada pelabur asing. Kesemua layanan atau insentif ini boleh menggambarkan bahawa kita tidak menggalakkan pertumbuhan industri domestik kita terutama yang berskala kecil dan sederhana yang sepatutnya kita harap bernaung di bawah pelaburan besar yang sebahagiannya kita benarkan kepada pelabur asing untuk memegang sesetengah ataupun peratusan ekuitinya.

Pada tahun lepas pun dalam belanjawan 2010, kita membenarkan setinggi 56% sekurang-kurangnya dipegang oleh warga asing ataupun pelaburan asing untuk menggalakkan mereka menjadi syarikat yang menaungi kepentingan SME tempatan.

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Oleh sebab itu kita tawarkan insentif sebegitu. Adakah perkara ini menggambarkan bahawa kita hanya mementingkan kepada pelaburan asing ataupun pelabur asing dengan memberi tawaran-tawaran yang begitu baik sekali sedangkan untuk menggalakkan pertumbuhan domestik, kita hanya memberi layanan sebagaimana tahun-tahun sebelum daripada ini. Tidak ada pun tambahan pengecualian termasuk pengecualian cukai pada tahun ini yang diumumkan.

Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Indera Mahkota di atas soalan tambahan tadi. Pertamanya ingin saya perjelaskan bahawa kita tidak membezakan layanan cukai yang diberikan kepada pelabur asing dan pelabur tempatan. Itu satu yang perlu kita nyatakan dengan jelas di sini.

Keduanya, daripada pengamatan kami sendiri, kita lihat bahawa pelabur- pelabur asing ini tidak ramai kalau pun ada yang lari daripada negara kita ini ataupun tutup kedai terus apabila pelepasan cukai mereka sudah berakhir. Malah, ada kalanya mereka ingin membuat pelaburan tambahan dan berhubung dengan pihak kami khususnya pihak MIDA untuk mendapatkan insentif-insentif baru dan memang itu pun yang kita galakkan.

Kini juga kita lihat bahawa jenis syarikat-syarikat asing yang datang melabur di Malaysia ini kadang-kadang itu membawa modal yang begitu besar sekali dan sudah tentu akan memberikan faedah langsung dan sampingan yang juga besar bagi ekonomi negara ini sekali gus membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara kita ini. Oleh sebab itulah kita memberi penekanan kepada mereka dan bukan dalam bentuk cukai pelepasan sahaja tetapi pelbagai insentif lain juga kita berunding dengan pihak mereka untuk meyakinkan mereka bagi meneruskan dengan hasrat mereka melabur di dalam negara kita ini.

Akan tetapi kebelakangan ini, kita dapati juga syarikat-syarikat tempatan iaitu syarikat Malaysia juga sudah mulai mampu untuk mengeluarkan modal yang besar melabur di dalam negara kita sendiri. Bagi mereka juga pelbagai insentif akan ditawarkan kepada mereka dan lebih-lebih lagi dalam peluang-peluang yang diwujudkan dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah dilancarkan baru-baru ini.

final • 5:50 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Jadi, yakinlah bahawa seperti yang telah saya nyatakan tadi, melalui ETP sebanyak 73% daripada jumlah pelaburan swasta adalah daripada pelabur tempatan sementara pelaburan asing pula akan menyumbang sebanyak 27% sekali gus membuktikan bahawa kita berikan perhatian yang secukupnya dan sewajarnya kepada pelabur-pelabur tempatan. Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Simpang Renggam membangkitkan mengenai peranan MIDA sebagai fasilitator untuk mempercepatkan pemberian insentif dan keperluan mewujudkan satu badan pemantau yang mengaudit dan meluluskan insentif yang diberikan dengan bertanggungjawab kepada Parlimen setelah pengkorporatan MIDA.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 22 Mac 2010, kerajaan telah memutuskan untuk memperkasa dan mengkorporatkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk menjadi sebuah agensi promosi pelaburan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Sebuah jawatankuasa baru telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) yang dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Perancang Ekonomi, Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jawatankuasa ini menggantikan jawatankuasa-jawatankuasa sedia ada yang sebelum ini menimbang permohonan lesen pengilang insentif jawatan pegawai dagang iaitu Jawatankuasa Tertinggi Galakan Istimewa, Jawatankuasa Bertindak Berkenaan Perindustrian, Jawatankuasa Nasional Pelaburan Sektor Perkhidmatan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Berkenaan Koridor Ekonomi Wilayah.

Penubuhan NCI akan mempercepatkan proses kelulusan memandangkan NCI akan membuat keputusan serta-merta. Jawatankuasa ini bermesyuarat setiap minggu. Kerajaan berpendapat tidak perlu diwujudkan satu badan pemantau lagi seperti yang dicadangkan. Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai peluang yang luas untuk menilai dan membangkitkan sebarang isu mengenai prestasi MIDA selepas ia diperkasa dan dikorporatkan.

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya berkenaan 300 barangan jenama yang dihapuskan import tax. Apakah peranan MIDA untuk membantu pengilang atau products Malaysia yang setanding dengan kualitinya seperti beg tangan Bonia atau Sembonia, Carlo Rino, Crocodile, Ralley dan kasut ini semua jenama. Jika kita hapuskan import tax untuk barangan yang kita ada produk Malaysia yang setanding dengan kualitinya, apakah MIDA boleh buat untuk membantu jenama tempatan ini?

final • 5:50 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka di atas soalan tersebut. Sebenarnya, kita dapati bahawa sambil pasaran kita semakin terbuka untuk barang-barangan yang akan mewujudkan saingan kepada produk-produk buatan tempatan, pada waktu yang sama hasil usaha syarikat-syarikat tempatan dan juga hasil usaha agensi di bawah MITI seperti MATRADE, kita juga membuka pasaran-pasaran luar yang mempunyai potensi yang jauh lebih besar. Kita dapati bahawa jenama-jenama buatan Malaysia yang berkualiti tinggi sudah mampu untuk menerokai malah menembusi pasaran- pasaran tersebut.

Contohnya, kalaulah barangan daripada negara China sudah mulai masuk dengan jumlah yang begitu besar ke pasaran kita, pada waktu yang sama sebenarnya melalui Perjanjian Perdagangan antara Asean dan China, jumlah

final • 5:50 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

eksport kita ke negara China pun meningkat dengan begitu ketara sekali. Ini sekali gus membantu syarikat-syarikat tempatan untuk membesarkan peluang pasaran mereka ke pasaran-pasaran yang mempunyai kuasa beli yang besar. Jadi saya rasa tidak begitu khuatir dengan saingan yang dihadapi oleh syarikat tempatan di pasaran kita di sini.

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya tambah sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sungguhpun Yang Berhormat Timbalan Menteri yakin bahawa saingan ini tidak akan menjejaskan produk ataupun buatan Malaysia. Akan tetapi jika di dalam pasaran tempatan sekarang jika ada pilihan di antara produk Malaysia dan juga yang diimport, bagi barangan yang sama katakan beg tangan. Jika harga beg tangan diimport ini sudah turun dan hampir sama dengan produk Malaysia, usaha kementerian untuk buying Malaysian product ini saya ingat akan terjejas. Oleh sebab itu saya ingin bertanya, apakah lain-lain insentif yang akan kita juga dapat turunkan harga produk tempatan supaya masih menjadi pilihan untuk orang-orang tempatan iaitu bukan kita hanya jaga kepentingan atau minat pelancong. Kita juga utamakan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu saya minta, adakah lain-lain insentif atau lain-lain bantuan akan diberikan kepada pekilang untuk buatan Malaysia ini?

final • 5:50 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kota Melaka, sekali lagi kita sebenarnya sebelum membuat sebarang keputusan untuk membuka pasaran kita ataupun liberalisasi pasaran, MITI khususnya melalui MIDA juga sering mendapatkan maklum balas daripada industri tempatan kita. Kita dapati bahawa apabila dicadangkan supaya pasaran kita dibuka, kita mendapat maklum balas bahawa mereka tidak terlalu runsing atau bimbang dengan perkembangan ini dan memahami bahawa ini adalah salah satu pendekatan yang harus kita ambil dan pada waktu yang sama akan membantu membuka pasaran-pasaran yang lain.

final • 5:50 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Seperti yang kita sedia maklum pasaran tempatan kita ini terhad dan sebenarnya peluang yang sedia ada di luar sana jauh lebih besar. Jadi itu yang mereka melihat. Pada waktu yang sama untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebenarnya saya dapati daripada maklum balas yang kita dapat daripada usahawan-usahawan daripada luar negara khususnya dari Eropah.

Bahawa mereka begitu berminat dengan produk-produk buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan istilah yang sering mereka gunakan ialah authentic, dengan izin. Jadi mereka tidak mahu produk Eropah buatan Malaysia, sebaliknya apa yang mereka mahu ialah produk Malaysia buatan Malaysia. Maksudnya ialah contohnya produk seperti songket, batik dan sebagainya.

Akan tetapi, cadangan ataupun nasihat yang mereka berikan itu ialah supaya kita mengikuti trend warna, material dan sebagainya untuk memenuhi permintaan di pasaran-pasaran mereka. Ini satu trend yang baru yang kita rasakan boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh syarikat-syarikat Malaysia sendiri. Ke arah itu kerajaan melalui MITI dan MATRADE akan terus membantu syarikat-syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran-pasaran yang begitu menarik.

final • 6:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berkait dengan pasaran Malaysia dan juga rundingan yang berlaku di antara peniaga-peniaga Malaysia dengan kerajaan, khususnya MIDA dan MATRADE. Soalan saya ialah mengenai beberapa perjanjian bebas - free trade agreement yang ditandatangani oleh Malaysia ataupun yang dirundingkan oleh Malaysia. Khususnya mengenai isu-isu berkait dengan perolehan kerajaan dan apa juga yang dipanggil sebagai regular direct takings ataupun indirect

final • 6:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

exploration. Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya yang mengikuti EU Agreement dengan Afrika, Korea dan India dan sebagainya bahawa satu daripada kehendak ataupun expectation daripada pihak Kesatuan Eropah (European Union). Iaitu bahawa sesebuah negara yang hendak - goes into agreement with the European Union terpaksa dan mesti menandatangani satu agreement mengatakan bahawa kalau kerajaan itu membuat apa-apa dasar yang akan akibatkan kekurangan keuntungan. Maka kerajaan itu boleh dibawa kepada Mahkamah Antarabangsa dan dapat di sue oleh mana-mana multinational corporation.

Adakah ini dibincang dengan pihak peniaga dan juga oleh Attorney General Malaysia. Sebab ini berkait dengan sovereignty of the nation. Isu yang kedua ialah mengenai perolehan kerajaan. Adakah kerajaan telah membuat satu cost benefit analysis ataupun kos faedah? Apakah kesan kalau kita membuka pasaran perolehan kerajaan kepada firma-firma gergasi di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun? Apakah kesan terhadap peniaga-peniaga SMI di Malaysia?

Sebab kita dapati 98% daripada firma Malaysia adalah SMI - small and medium industries. Ini akan ada kesan yang begitu serius kepada mereka. Kalau kita buka perolehan kerajaan kepada firma-firma gergasi. Soalan saya ialah apakah kos faedah ini menunjukkan dan adakah isu-isu seperti perolehan kerajaan seperti indirect exploration ataupun regular takings berbincang dengan peniaga-peniaga Malaysia? Minta penjelasan.

final • 6:00 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat dari Klang di atas soalan tersebut. Pertamanya soal FTA, mengenai dasar yang akan mengurangkan keuntungan yang boleh dianggap sebagai satu tindakan yang mengundang tindakan mahkamah oleh syarikat-syarikat asing. Jadi perkara ini kalau pun wujud dalam perjanjian yang telah kami tandatangani maka sudah tentulah kita pun harus mematuhinya.

Akan tetapi, pada waktu yang sama ada beberapa perkara yang kita masih mempertahankan. Contohnya perolehan kerajaan yang buat masa dan ketika ini masih di dalam proses perundingan. Setakat ini ia tidak menjadi masalah yang begitu besar. Kalau sebelum ini ia sentiasa di bincang sewaktu perundingan dengan pihak Kerajaan Amerika Syarikat, tetapi sekarang ini di bawah Trans- Pacific Partnership (TPP) yang sedang dirunding. Perkara ini masih belum dimuktamadkan.

Soal kedua mengenai analisis kos faedah. Kesan jika perolehan kerajaan ini dimasukkan kepada industri kecil dan sederhana. Ini pun sedang kita teliti dan seharusnya kita hendak pastikan bahawa SMI itu tidak terjejas kedudukan mereka.

Sebab kita tahu bahawa lebih kurang 99.9% daripada syarikat-syarikat yang mendaftar dalam negara kita ini merupakan syarikat kecil dan sederhana. Kita akui juga memandangkan negara-negara membangun yang lain bahawa, SMI ini dianggap sebagai engine of growth bagi mana-mana ekonomi yang sedang bertumbuh pesat di Malaysia ini. Maka seharusnya tumpuan diberikan kepada mereka untuk memastikan sebarang perjanjian yang kita tandatangani itu tidak akan menjejas kepentingan mereka.

final • 6:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Soalan susulan Yang Berhormat Menteri. Saya ada satu dokumen di hadapan saya yang dikeluarkan oleh DG Trade. DG Trade sebenarnya adalah pejabat perdagangan European Union dan mengatakan ini surat ini dihantar kepada civil society dialogue, di mana mereka bincang dengan masyarakat mengenai free trade agreement dengan Malaysia. Dalam para pertama mereka mengatakan bahawa dengan izin Tuan

final • 6:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang di-Pertua, “On 10th September European Council gave the green light to start FTA negotiations with Malaysia. Malaysia seems be ready to negotiate and ambitious and comprehensive FTA including commitments and competition and government procurement.” Jadi ini bermaksud bahawa Kerajaan Malaysia telah memberi satu kepastian kepada pihak Kesatuan Eropah untuk mula bincang dalam siri round negotiations mengenai perolehan kerajaan. Yang Berhormat Menteri mengatakan tadi bahawa satu kos faedah belum dianalisa kos faedah, belum dibuat untuk perolehan kerajaan. Akan tetapi sekarang ada satu keratan akhbar - statement yang dikeluarkan oleh DG Trade yang mengatakan bahawa memang Malaysia sudah sedia untuk bincang. Ini bukankah satu percanggahan dan tidak sedia untuk perbincangan yang akan bermula pada minggu pertama bulan Disember ini? Minta penjelasan.

final • 6:00 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang kita sedia maklum, sebelum suatu perjanjian itu ditandatangani maka ia belum dimuktamadkan lagi. Oleh kerana itu kita masih mempunyai ruang untuk membuat sebarang perubahan. Daripada pendekatan yang kita amalkan selama ini ialah, sewaktu perundingan pun banyak sesi-sesi perbincangan yang kita anjurkan bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti industri dan sebagainya.

Sebenarnya kita mendapat maklum yang begitu baik sekali daripada industri. Supaya akhirnya apa yang kita tandatangani itu akan diterima baik oleh semua yang berkepentingan khususnya syarikat-syarikat tempatan. Jadi ini sedang kita jalankan dan itu sudah menjadi amalan MITI sejak dahulu lagi. Kita dapati ini satu pendekatan yang begitu baik sekali.

final • 6:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Last question Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya ingat saya kena jaga-jaga timing.

final • 6:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, soal isu dengan European Union ini bukan isu baru untuk Malaysia.

Sebab Malaysia telah bincang dengan mereka dengan beberapa siri round negotiations semasa Kerajaan Malaysia bersama dengan ASEAN - bincang untuk adakan EU-ASEAN FTA. Jadi soal perolehan kerajaan harus - it should has been discussed earlier. That means there must be a cost benefit analysis already before we start negotiation. So in the case untuk Malaysia memang mesti ada satu analisa. Because selama dua tahun Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain bincang, dengan pihak European Union mengenai dengan FTA ini. Akan tetapi oleh kerana EU-ASEAN FTA itu telah dipatahkan - tidak dihabiskan, maka sekarang kita bilateral discussion sebab region to region kita no progress, tetapi sekarang kita bincang melalui bilateral.

final • 6:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

So therefore to argue and to suggest kepada Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya kita tidak ada satu kos analisa, saya fikir Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak munasabah.

final • 6:10 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Sebenarnya saya tidak menyatakan bahawa analisis kos faedah ini tidak dilakukan. Apa yang saya nyatakan ialah bahawa ianya berunsur dinamik. Maksudnya kita tidak memuktamadkan analisis tersebut kerana sudah tentu dalam sesi perundingan itu pun akan wujud macam-

final • 6:10 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

macam lagi perkembangan baru, yang sudah tentu akan memberi kesan ataupun impak kepada kedudukan kita dalam urusan kita berunding dengan pihak-pihak tertentu. Jadi maksud saya, it is a dynamic situation, dengan izin. Oleh kerana itu selagi perjanjian tersebut tidak ditandatangani seperti yang saya sebutkan tadi, macam-macam perkara lagi yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan maklum balas ataupun data yang terkini supaya akhirnya apa yang kita tandatangani itu diterima oleh semua pihak khususnya syarikat-syarikat tempatan. Kalau Yang Berhormat perlukan maklumat lagi insya-Allah saya akan kemukakan secara bertulis.

Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Jelutong membangkitkan mengenai syarikat-syarikat tempatan yang melabur ke luar negara terutama negara-negara jiran berbanding dalam negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat selaras dengan teras Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) secara amnya pelaburan langsung asing yang dijalankan oleh syarikat Malaysia di luar negara memberi beberapa kesan positif iaitu:-

(i) membuktikan keupayaan syarikat Malaysia untuk berdaya saing dan mematuhi keperluan antarabangsa;

(ii) syarikat Malaysia dapat memperoleh kelebihan dengan membuat pelaburan di negara yang memiliki faktor pelengkap seperti sumber bahan, kepakaran tenaga kerja dan infrastruktur fizikal yang bersesuaian;

(iii) menyokong pertumbuhan industri domestik dengan menggalakkan aktiviti ‘penyumberan luar’ atau outsourcing dengan izin, bagi tujuan mengurangkan kos pembuatan; dan

(iv) mengelakkan sekatan bukan tarif atau non-tariff barriers dengan izin, yang dikenakan oleh sesebuah negara memandangkan syarikat Malaysia yang melabur di luar negara boleh memperoleh akses kepada bahan mentah dengan kos yang kompetitif.

Secara amnya, pelaburan langsung asing ke luar negara yang dilakukan oleh syarikat Malaysia dapat dimanfaatkan kepada negara dengan pemulangan untung dan dividen yang dibawa balik ke dalam negara. Syarikat Malaysia yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa ialah Petronas. Laporan World Investment Report 2009 telah menyenaraikan Petronas di kedudukan kelima di antara 100 syarikat transnational corporation bukan kewangan, terkemuka dunia dengan nilai aset di luar negara sebanyak kira-kira USD102.6 bilion. Syarikat- syarikat lain yang turut berjaya meluaskan pasaran ke luar negara adalah YTL Power International Berhad, CIMB Group Holdings dan Maybank Berhad.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Kalau boleh biar saya habiskan paragraph ini. Berdasarkan kepada imbangan pembayaran negara dari tahun 2004 hingga tahun 2009, pendapatan pelaburan atau kredit di dalam negara mencatatkan jumlah seperti berikut:-

final • 6:10 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

TahunJumlah (RM)
200413.4 bilion
200516.3 bilion
200626.1 bilion
200733.5 bilion
200835.5 bilion
200935.4 bilion

Melalui pemulangan untung oleh syarikat Malaysia tersebut membolehkan syarikat induk di Malaysia berkembang sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Mewujudkan pembangunan industri yang terkini melalui pemindahan teknologi serta merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Silakan.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ringkas sahaja sebenarnya, berkenaan dengan 73% pelaburan swasta dalam negara kita yang kita perlukan untuk menjana pertumbuhan sebagaimana yang kita sasarkan itu. Ada pengumuman mengatakan bahawa kita memerlukan hampir, estimation lebih kurang RM1 trilion untuk menjana pertumbuhan yang sebagaimana kita sasarkan.

Memang benar 73% adalah daripada pelaburan swasta dalam negara.

Soalan saya dari manakah sumber pelaburan swasta dalam negara kita, skalanya ataupun bidang yang mendatangkan 73% itu? Semakan saya di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengikut dana-dana pengurusan tempatan yang besar yang memungkinkan jumlah 73% itu, disebutkan daripada kumpulan wang seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru di bawah Akta Tabung Haji dan juga kumpulan wang yang ditadbir oleh Bank Simpanan Nasional. Kalau mengikut rekod ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita ada RM414 bilion tersimpan yang menjadi orang kata rujukan kepada dana tempatan.

Adakah 73% itu juga mengambil kira jumlah ini ataupun mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi angka-angka ataupun rujukan-rujukan dari mana kita boleh menghasilkan 73% pelaburan swasta tempatan yang kita jangkakan itu? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Seperti yang saya nyatakan tadi, dalam soal pelaburan syarikat- syarikat tempatan kita yang melabur di luar negara membuktikan kepada kita bahawa syarikat-syarikat tempatan kita sebenarnya mempunyai keupayaan untuk melabur jumlah yang agak besar di dalam industri masing-masing. Memberi pulangan yang besar juga setelah mereka repatriate dengan izin, keuntungan ataupun pendapatan pelaburan atau kredit ke dalam negara. Menggunakan justifikasi yang sama maka syarikat-syarikat ini juga kita yakini mempunyai keupayaan untuk mewujudkan ataupun menyediakan dana pelaburan yang secukupnya, untuk memenuhi hasrat seperti yang diumumkan oleh kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Saya kira 73% yang disentuh oleh Yang Berhormat tadi merangkumi semua jenis dana termasuklah daripada dalam dan luar negara yang akan

final • 6:10 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

membantu kita meningkatkan jumlah pelaburan yang sampai ke tahap RM1 trilion seperti yang dinyatakan tadi.

final • 6:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh saya sambung sedikit?

final • 6:10 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Sila.

final • 6:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang telah dapat memberikan penerangan tentang pelaburan-pelaburan daripada syarikat tempatan ke negara luar kerana sebelum ini kita teruk dikritik oleh pihak pembangkang yang mengatakan outflow of fund daripada negara melebihi daripada inflow. Jadi sekarang sekurang-kurangnya kita telah nampak cukup terang sekali bahawa sebenarnya pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat tempatan adalah syarikat-syarikat yang mempunyai keupayaan, yang berkualiti tinggi untuk melabur ke luar negara termasuk daripada Petronas.

Soalan saya, adakah di kalangan syarikat-syarikat yang melabur di luar itu supaya kita dapat memberikan penerangan kepada semua pihak. Soalan saya adakah di kalangan syarikat-syarikat yang melabur di luar negara tersebut melabur kerana tidak ada keyakinan dalam – saya tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri ketawa tetapi soalan saya serius. Adakah di kalangan mereka mungkin tidak ada keyakinan dengan keadaan ekonomi negara kita? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau dapat soalan-soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan dasar itu didahulukan. Kalau tidak apa sahaja terbangkit di dalam kepala kita, kita tanya petang ini sampai esok tidak boleh habis.

final • 6:10 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya memang benar saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi bahawa sebenarnya kita dapati syarikat-syarikat tempatan kita yang melabur di luar negara seperti yang saya nyatakan tadi sebenarnya mencari pasaran yang akan membantu mereka melengkapkan business mereka contohnya syarikat seperti Sime Darby, syarikat perladangan yang ingin memperluaskan lagi perladangan mereka maka mereka mencari negara-negara seperti Indonesia dan sebagainya untuk menanam sawit dan sebagainya.

Selain daripada itu, kita lihat syarikat seperti CIMB dan Maybank yang melabur dalam sektor perbankan juga di negara-negara yang ekonomi yang tumbuh pesat seperti Indonesia dan sebagainya. Jadi ianya membuktikan kepada kita bahawa tujuan mereka melabur adalah semata-mata untuk keuntungan dan tidak sekali-kali bermaksud mereka hilang keyakinan kepada ekonomi negara sendiri. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan itu.

Yang Berhormat Kepong membangkitkan mengenai kenapakah Malaysia belum lagi mematuhi syarat-syarat yang digariskan oleh WTO dalam merangka dasar-dasar pelaburan walaupun telah lama menjadi ahli berbanding Kampuchea yang telah mematuhi syarat-syarat tersebut?

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kenyataan bahawa Malaysia tidak mematuhi syarat-syarat WTO adalah tidak benar. Pada masa ini tiada perjanjian khusus mengenai pelaburan dalam WTO yang berkuat kuasa. Walau

final • 6:20 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir

bagaimanapun sebagai sebuah negara ahli WTO, Malaysia sentiasa melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan peraturan dan perjanjian WTO.

Yang Berhormat Simpang Renggam telah membangkitkan mengenai kerajaan perlu mempergiatkan lagi dasar liberalisasi sektor-sektor ekonomi untuk memudahkan para pelabur membuat pelaburan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang secara relatifnya terbuka dan liberal. Kerajaan telah pun meliberalisasikan sektor pembuatan dan perkhidmatan negara. Liberalisasi ini juga dapat diperhatikan melalui penglibatan Malaysia di dalam perjanjian perdagangan bebas atau FTA di peringkat serantau dan dua hala.

Kerajaan akan mempergiatkan lagi liberalisasi sektor-sektor ekonomi secara progresif dari semasa ke semasa supaya industri domestik mempunyai masa untuk membina kapasiti dan keupayaan dalam menghadapi persaingan global. Kerajaan juga sedang mengkaji semula undang-undang dan peraturan domestik yang tidak selaras dengan usaha liberalisasi ini supaya ianya tidak menjadi penghalang kepada kemasukan pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan di negara kita ini.

Yang Berhormat Pasir Salak telah membangkitkan mengenai kepentingan nasional dan rakyat Malaysia yang mungkin terjejas berikutan tiada lagi sekatan dan halangan yang dikenakan kepada pelabur asing apabila kerajaan melaksanakan liberalisasi dalam perkara-perkara tertentu.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, proses liberalisasi khususnya bagi sektor perkhidmatan sebagaimana yang diketahui adalah bagi memantapkan ekonomi negara serta menarik masuk pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan ke Malaysia. Pembukaan pasaran ini tidak akan menyebabkan kepentingan rakyat Malaysia dalam syarikat-syarikat sedia ada terjejas malah akan membantu kemasukan teknologi dan kemahiran baru ke dalam negara yang akan mempertingkatkan kapasiti dan kebolehan penyedia perkhidmatan tempatan.

Pembukaan pasaran ini tidak menghalang sebarang usaha sama di antara pelabur asing dengan syarikat-syarikat milik rakyat Malaysia memandangkan perkhidmatan disediakan terus kepada pengguna oleh penyedia perkhidmatan maka pelabur asing akan mendapat faedah melalui usaha sama dengan syarikat tempatan berdasarkan pengetahuan yang dimiliki oleh syarikat tempatan mengenai persekitaran perniagaan dan kecenderungan pengguna tempatan. Ini akan membantu dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang akan menguntungkan rakyat tempatan.

Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Selayang dan Yang Berhormat Labuan membangkitkan mengenai latihan kepada PKS, pemberian geran PKS, keperluan membuka cawangan SME Bank di Labuan dan bantuan pemasaran PKS di luar negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, program peningkatan kemahiran PKS yang dilaksanakan oleh kementerian khususnya SME Corp adalah untuk membantu PKS meningkatkan kemahiran melalui kursus jangka pendek yang merangkumi kursus teknikal dan pengurusan. Bagi melaksanakan kursus ini, SME Corp telah melantik 41 pusat kemahiran di seluruh negara yang terdiri daripada agensi kerajaan termasuk universiti, pusat kemahiran negeri, institusi profesional dan penyedia latihan swasta. Ya silakan.

final • 6:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengalu-alukan SME Corp yang memperkenalkan satu award yang baru, ada sijil yang baru iaitu National Mark of Malaysian Brands. Dalam

final • 6:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

perbahasan saya dalam isu ini saya ada bangkitkan tentang Brand Promotion Grant yang dikatakan telah dibekukan. Adakah nanti jawapan tentang perkara ini akan dijawab. Kalau ada, saya tunggu sampai ia dijawab. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir

Ya terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya memang kita akan menjawab soalan itu selepas ini.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itulah saya sebutkan tadi Yang Berhormat Menteri, jawab dahulu dan selepas itu kalau hendak ada yang tertinggal itu boleh dijawab selepas itu. Ada satu ketika dahulu, Menteri tidak jawab pun kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak hadir itu sewaktu dia bercakap dalam Dewan ini.

final • 6:20 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir

Kalau begitu cepat habis Tuan Yang di- Pertua sebab semuanya di Galas dan Batu Sapi. Bagi memastikan kursus yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri dan memberi manfaat kepada PKS maka SME Corp telah menubuhkan SME Training Advisory Council dengan izin yang dianggotai oleh agensi kerajaan dan wakil industri yang akan menilai kesesuaian setiap kursus yang ditawarkan di bawah program ini.

Manakala bagi pusat kemahiran yang dilantik, mereka diwajibkan untuk menjalankan training needs analysis dengan izin setiap tahun bagi mengenal pasti latihan terkini yang diperlukan oleh pihak industri khususnya PKS. Langkah memberhentikan skim geran yang dilaksanakan oleh SME Corp sebelum ini adalah kerana dana yang diperuntukkan bagi melaksanakan skim geran telah habis diluluskan kepada PKS.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak 19,166 projek telah diluluskan berjumlah RM597.46 juta bagi membantu PKS meningkatkan keupayaan mereka. SME Corp akan terus membantu PKS meningkatkan keupayaan mereka dan buat masa ini ianya sedang dalam peringkat akhir memuktamadkan program bagi mempercepatkan kemajuan dan peningkatan prestasi PKS melalui pendekatan bersepadu. Program ini dirancang untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan dijangka akan diumumkan dalam bulan Januari 2011. Ya sila.

final • 6:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan Yang Berhormat Menteri ini mengatakan kerana peruntukan atau dana ini telah habis dan sebab itu perlu dibekukan. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini iaitu semasa SME Corp memperkenalkan sijil National Mark of Malaysian Brand ini dalam satu - ini amat jelas mengatakan untuk benefit untuk meningkatkan Malaysia Brand Certification yang untuk pemenang iaitu nombor dua mengatakan “access to priority lane for the Brand Promotion Grant with MATRADE” iaitu saya difahamkan terdapat 14 SME atau syarikat yang diberikan sijil untuk National Mark of Malaysian Brand dan saya juga dapat aduan dari mereka terdapat beberapa SME yang membuat permohonan telah ditolak kerana dikatakan peruntukan tadi habis.

Sebab itu jika kita berikan sebagai satu attraction atau satu insentif untuk pemenang yang dapat sijil perlulah kita meyakinkan mereka kalau tidak lain kali apabila kita memperkenalkan sijil atau lain-lain award, insentif atau attraction yang dikandung dalam permohonan ini tidak akan meyakinkan mereka lagi. Oleh sebab itu adakah pihak SME Corp akan memberi pengecualian kepada pemenang iaitu award winner ini supaya mereka dapat grant ini untuk mempromosikan jenama mereka sebab brand promotion ini kita sedia maklum bahawa ia amat penting untuk kita bersaing dengan jenama yang lain terutama di pasaran di luar negara.

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya seperti yang saya nyatakan tadi soalan itu akan saya jawab selepas ini. Walau bagaimanapun, seperti yang kita lihat berdasarkan kepada pengalaman kita sendiri...

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Panjang lagi, Yang Berhormat?

final • 6:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Ada lebih kurang tujuh muka surat lagi.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudah jawab hampir satu jam. Minta tolonglah, Yang Berhormat.

Dengar dahulu jawapan daripada Menteri itu.

final • 6:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Ingin saya nyatakan di sini bahawa selain daripada geran, ada pelbagai cara lagi yang kita boleh membantu SME dan kita dapati tidak semua SME ini menanti-nantikan geran, tetapi cara-cara lain yang boleh kita bantu, contohnya kursus untuk menguasai bidang-bidang yang akan membantu mereka meningkatkan jualan dari segi brandingnya ataupun jenamanya, dari segi pembungkusan, dari segi penebusan pasaran luar, promosi di luar negara dan sebagainya yang sedang dilaksanakan oleh agensi di bawah MITI seperti MATRADE. Jadi, yang lainnya akan saya jawab sebentar lagi.

Pada masa yang sama, kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan PKS kepada skim geran seperti yang saya nyatakan tadi dengan memperkenalkan lebih banyak skim pinjaman mudah di masa hadapan. Langkah ini dilihat akan memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak iaitu PKS dan kerajaan. SME Corp. sedang merancang dan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di dalam mewujudkan skim pinjaman mudah bagi PKS, terutamanya bagi membantu PKS baru dan enterprise mikro.

Buat masa ini PKS masih boleh memohon pinjaman kewangan melalui skim pinjaman mudah bagi PKS yang dikendalikan oleh MIDF. Bank-bank komersial dan perbankan Islam juga menyediakan pinjaman untuk PKS. Bagi PKS yang mempunyai masalah untuk mendapatkan bantuan pinjaman, mereka boleh merujuk kepada laman informasi nasihat dan khidmat yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia. Bagi PKS yang tidak mempunyai harta untuk dicagarkan, mereka boleh mendapatkan bantuan jaminan dari Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad atau CGC.

Mengenai keperluan cawangan SME Bank di Wilayah Persekutuan Labuan, setakat ini SME Bank mempunyai dua buah cawangan iaitu di Kota Kinabalu dan Tawau. Sebuah lagi agensi di bawah MITI iaitu SME Corp. Malaysia juga mempunyai pejabat negeri di Kota Kinabalu, Sabah. Dalam usaha memastikan PKS di Labuan berpeluang mendapat maklumat terkini, pegawai dari agensi-agensi ini akan ke Labuan sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan bagi berinteraksi dengan PKS di Labuan. Bantuan kepada SME dalam pemasaran di pasaran antarabangsa disediakan oleh MITI, khususnya melalui agensi di bawahnya iaitu MATRADE yang bertanggungjawab untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan syarikat Malaysia ke luar negara.

Yang Berhormat Kota Melaka menyentuh mengenai inisiatif SME Corp.

iaitu National Mark of Malaysian Brand serta Brand Promotion Grant (BPG), MATRADE yang telah dibekukan oleh kerana kekurangan peruntukan. Beliau mencadangkan MATRADE memberi BPG untuk pemenang sijil National Mark of

final • 6:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Malaysian Brand. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Geran Promosi Jenama atau BPG telah diperkenalkan di bawah pakej rangsangan pada tahun 2003 dengan peruntukan asal RM200 juta. Sehingga Oktober 2009, MATRADE telah menerima peruntukan sebanyak RM120 juta di mana 89 buah syarikat dengan jenama masing-masing telah mendapat manfaat daripadanya.

Oleh kerana peruntukan telah pun habis disalurkan, maka program ini telah dibekukan sejak Oktober 2009 seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Bagi syarikat-syarikat yang telah memperolehi sijil National Mark of Malaysian Brand, permohonan mereka boleh dipertimbangkan sekiranya peruntukan tambahan diterima pada masa-masa akan datang. National Mark of Malaysian Brand ini adalah satu persijilan bagi mengiktiraf jenama Malaysia. Untuk mendapatkan persijilan ini, syarikat perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan dari segi penjenamaan. Bagi syarikat yang telah dapat persijilan ini, satu peruntukan khas telah disediakan sebagai insentif kepada penerima untuk menjalankan aktiviti pengiklanan dan promosi.

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah membangkitkan mengenai kaedah pemberian AP kepada usahawan tertentu sahaja. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, pemberian AP terbuka telah dibekukan semenjak tahun 1988. Peruntukan kepada syarikat sedia ada adalah berdasarkan penglibatan dan pengalaman mereka dalam bidang pengedaran kereta terpakai, nilai pelaburan yang dibuat, kemudahan-kemudahan yang diwujudkan seperti bilik pameran serta jumlah pekerja yang dimiliki oleh mereka. Selain itu, syarikat-syarikat telah menjalani pemeriksaan audit yang ketat sebelum diluluskan peruntukan AP.

Sekiranya bilangan syarikat ditambah, jumlah AP yang dikeluarkan kepada setiap syarikat akan menjadi lebih kecil kerana kuota AP tahunan adalah terhad dan mungkin tidak viable untuk menjalankan perniagaan pengedaran kereta.

Yang Berhormat Tenom telah membangkitkan isu mengenai cukai untuk kereta hibrid yang tidak rasional pada masa ini dan jumlah penjualan kereta hibrid di Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam Bajet 2011 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju memberi pengecualian sepenuhnya cukai import dan cukai eksais kepada pengimportan kereta hibrid sehingga 31 Disember 2011. Pengecualian ini turut meliputi kereta dan motosikal hibrid dan elektrik. Ini adalah bagi terus menggalakkan pemilikan kenderaan mesra alam di kalangan rakyat Malaysia.

Jualan Toyota Prius sejak pelancaran dari Ogos 2009 sehingga pengumuman Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010 ialah 222 unit. Daripada 16 Oktober 2010 sehingga hari ini, Toyota telah menerima tempahan sebanyak 76 unit bagi Toyota Prius. Bagi Honda, jualan Honda Civic Hybrid dari Januari hingga September 2010 ialah 116 unit.

Yang Berhormat Kinabatangan telah menyentuh mengenai Proton yang seolah-olah mundur ke belakang dengan pengenalan model baru, Inspira, dengan menggunakan asas daripada Mitsubishi Lancer, sedangkan Proton mempunyai aktiviti R&D mereka dan tidak berhasil mengeluarkan rekaan tempatan. Alasan Proton adalah kerana untuk menghasilkan model prototaip melibatkan kos sebanyak RM700 juta. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kos yang diperlukan bagi membangunkan satu produk sepenuhnya adalah sekitar RM700 juta. Memandangkan kos yang tinggi ini perlu menghasilkan pulangan yang setimpal, maka sewajarnya ia dilaburkan kepada produk-produk yang boleh memberi pulangan yang tinggi serta mempunyai kuasa permintaan dan jualan sekurang-kurangnya 3,000 unit sebulan seperti Proton Saga, Persona dan Exora dengan kapasiti enjin 1600cc ke bawah.

final • 6:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Model Proton Inspira yang berkapasiti enjin 1800cc ke atas adalah tergolong dalam segmen pasaran yang terhad dengan unjuran permintaan dianggarkan sekitar 1,600 unit sahaja sebulan. Dengan faktor permintaan ini, adalah amat diragui pelaburan pembangunan produk sebanyak RM700 juta itu dapat memastikan pulangan yang setimpal. Oleh itu, Proton mengambil pendekatan untuk mengadakan hubungan teknikal dengan Mitsubishi Motors bagi membangunkan Proton Inspira. Amalan ini telah menjadi satu perkara biasa atau norm dalam industri automatif global hari ini dengan jenama-jenama utama dunia bekerjasama dan berkongsi platform antara satu sama lain dalam membangunkan produk-produk mereka. Sebagai contoh, Volkswagen Touareg dan Porsche Cayenne adalah berdasarkan platform yang sama. Citroen dan Peugeot pula mengambil Mitsubishi Outlander untuk...

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, saya tidak hendak bagi Kota Melaka bangunlah. Ini soalan yang dibangkitkan oleh Kinabatangan dan Tenom.

final • 6:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Ya.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi, tolonglah duduk, Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya tentang Proton sahaja.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya tidak hendak bangkit perkara baru lagi, Yang Berhormat. Kita ada beberapa kementerian lagi.

final • 6:30 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Citroen dan Peugeot pula mengambil Mitsubishi Outlander untuk memasangnya sebagai produk mereka sendiri.

Yang Berhormat Shah Alam telah menyentuh mengenai polisi kerajaan yang melindungi pengeluar kereta nasional iaitu Proton dan Perodua yang mana menurut beliau ini tidak memberi sebarang galakan atau manfaat kepada pertumbuhan sektor automotif. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, industri automotif tempatan merupakan industri penting dan strategik yang boleh mempercepatkan proses perindustrian negara ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Sungguhpun demikian industri automotif sedang melalui proses liberalisasi dan akan mencapai liberalisasi sepenuhnya pada tahun 2015 di bawah Dasar Automotif Negara. Kewujudan pengeluar kereta nasional seperti Proton dan Perodua telah memberi impak yang sangat ketara dalam pembangunan industri automotif tempatan. Antaranya;

(i) ia telah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri automotif sebagai pengeluar komponen dan alat ganti kenderaan dan juga sebagai pengedar atau wakil jualan;

(ii) meningkatkan bilangan pengeluar komponen dan alat ganti tempatan yang membekal bukan sahaja kepada Proton dan Perodua malah kepada syarikat-syarikat pengeluar kenderaan lain;

final • 6:40 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

(iii) meningkatkan eksport kenderaan nasional ke luar negara, faedah ini turut dinikmati keseluruhan rantaian perniagaan yang diwujudkan oleh kedua-dua pengeluar nasional ini;

(iv) membangunkan keupayaan industri automotif tempatan termasuk dalam bidang reka cipta dan kejuruteraan automotif;

(v) mengelak kerugian dari segi tukaran asing bagi pengimportan komponen dan alat ganti kenderaan; dan

(vi) menyumbang kepada pendapatan kenderaan dari segi cukai langsung dan tidak langsung.

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah membangkitkan mengenai perbezaan kualiti dan harga kereta Proton yang dijual di dalam negara dan untuk eksport. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada dasarnya tiada perbezaan ketara kereta nasional yang dijual di pasaran tempatan dengan yang dieksport dari segi mekanikal, prestasi dan juga kualiti. Proton mengeluarkan kenderaan mengikut spesifikasi asas bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin mencabar. Cita rasa pengguna yang semakin discerning dan demanding dengan izin, serta sentiasa mengikut peredaran semasa dan teknologi. Spesifikasi kereta nasional untuk pasaran eksport hanya mempunyai perbezaan mengikut keperluan pasaran negara-negara tersebut seperti ciri-ciri teknikal yang perlu dipatuhi serta beberapa ciri-ciri tambahan mengikut pesanan dan kesesuaian pelanggan.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan saya mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Segala teguran dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberikan perhatian serius oleh kementerian dan tindakan susulan sewajarnya akan kami laksanakan, terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya peringatkan lagi Yang Berhormat, jawabkan sahaja soalan yang dibangkitkan dalam perbahasan, yang lain itu ada sampingan, ringkas sahaja. Kalau dia tanya, sudah buat, cakap sudah buat, kalau belum buat cakap belum buat.

final • 6:40 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau singkatannya MOSTI mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu di bawah kementerian ini semasa perbahasan bajet pada 18-28 Oktober 2010. MOSTI berasa amat suka cita di atas minat yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya mengenai teknologi dan inovasi.

Bilangan isu-isu yang dibangkitkan nampaknya semakin meningkat. Untuk sesi ini seramai 10 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sebanyak tujuh isu utama yang meliputi;

(i) fokus kerajaan dan bidang bio-teknologi;

final • 6:43 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

(ii) status pelaksanaan MSC;

(iii) pembangunan teknologi nuklear;

(iv) pelaksanaan ISO;

(v) analisis DNA di jabatan kimia;

(vi) Karnival Malaysia Inovatif 2010; dan

(vii) kriteria klasifikasi produk teknologi hijau.

Saya akan cuba menjelaskan semua isu yang dibangkitkan dalam jangka masa yang diperuntukkan. Walau bagaimanapun, sekiranya masa tidak mengizinkan saya akan memberikan salinan jawapan yang lengkap secara bertulis memandangkan kebanyakan isu tersebut menyentuh perkara-perkara yang spesifik.

Yang Berhormat Ledang menyarankan agar MOSTI dan Jabatan Standard Malaysia lebih serius dalam memberi penekanan terhadap pemberian dan pelaksanaan ISO. MOSTI mengambil maklum saranan Yang Berhormat Ledang agar Jabatan Standard Malaysia lebih serius dalam pemberian dan pelaksanaan ISO. MOSTI melalui Jabatan Standard sememangnya sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap pemberian dan pelaksanaan ISO oleh badan-badan pensijilan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses pemberian dan pelaksanaan ISO melibatkan lima pihak iaitu;

(i) badan yang mengeluarkan standard antarabangsa iaitu International Organization For Standardization ataupun ISO beribu pejabat di Geneva. ISO bertanggungjawab membangunkan standard-standard dalam semua bidang dengan penglibatan pelbagai stakeholders melalui keanggotaan badan-badan standard di seluruh dunia.

Keanggotaan Malaysia dalam ISO adalah melalui Jabatan Standard Malaysia;

(ii) badan-badan penilai ketepatan seperti makmal-makmal, badan-badan pemeriksa ataupun badan persijilan iaitu badan yang menjalankan penilaian kepatuhan standard antarabangsa yang dikeluarkan oleh ISO;

(iii) badan akreditasi seperti Jabatan Standard Malaysia yang bertanggungjawab memberi pengiktirafan dan mengesahkan kompetensi badan-badan penilai ketepatan ataupun badan pensijilan tersebut;

(iv) perunding yang memberi perkhidmatan kepada syarikat atau organisasi membangunkan prosedur dan sistem pengurusan kualiti agar memenuhi keperluan standard ISO; dan

(v) syarikat atau organisasi yang memohon pensijilan ISO.

Seperti mana negara-negara lain keperluan badan pensijilan mendapatkan akreditasi daripada Jabatan Standard adalah secara sukarela dan tidak diwajibkan di bawah undang-undang. Pada masa ini terdapat 13 badan pensijilan berdaftar dengan Jabatan Standard Malaysia. Sungguhpun keperluan akreditasi daripada Jabatan Standard adalah sukarela, Jabatan Standard adalah

final • 6:43 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

serius ke arah membudayakan standard di kalangan syarikat dan organisasi di Malaysia melalui langkah-langkah berikut;

(i) memantau secara berkala pengoperasian 13 buah badan persijilan supaya mereka sentiasa mengekalkan sistem pengurusan secara beretika dengan mematuhi kehendak standard;

(ii) memberi pelbagai insentif sebagai galakan bagi badan pensijilan mendapat akreditasi;

(iii) mengadakan perbincangan dengan MITI, SME Corp, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, MIDA dan CIDB;

(iv) mengesyorkan penggunaan standard antarabangsa iaitu ISO 10019 yakni Guidelines for the Selection of Quality Management Systems Consultants and Use of the Services dengan izin, sebagai kriteria yang perlu dipatuhi oleh semua perunding dalam garis panduan proses pemilihan perunding yang kompeten dan beretika; dan

(v) menandatangani perjanjian pengiktirafan pelbagai hala di peringkat serantau dan antarabangsa yang mengiktiraf Jabatan Standard Malaysia sebagai badan akreditasi kompeten, credible dan setara dengan badan-badan akreditasi yang terdapat di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan German.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Standard juga telah membangunkan tiga Malaysian Standard ataupun MS khusus untuk membantu pertumbuhan industri ternakan burung walit iaitu MS2273:2010 berkaitan dengan Good Animal Husbandry Practice for Edible-Nest Swiftlets Ranching, Premises and Its Produce - Specification dengan izin. Skop MS ini meliputi penentuan keperluan minimum di dalam amalan ladang ternak burung walit dan pada masa yang sama memastikan kesihatan, keselamatan dan keselesaan kepada pengendali dan pada burung tanpa kemusnahan terhadap alam sekitar.

Kedua MS2333:2010 berkaitan dengan Good Manufacturing Practice ataupun GMP For Processing Raw-Unclean And Raw-Clean Edible Birdnest. MS ini memberikan garis panduan kepada pemprosesan sarang burung untuk pengeluaran berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Ketiga MS2334:2010 iaitu Edible Birdnest Specification. MS ini meliputi proses pembuatan sarang burung tidak bersih mentah ataupun dengan izin, raw unclean edible birdnest. Ini bagi memastikan keselamatan dan kualiti sarang burung tidak bersih mentah dihasilkan.

Yang Berhormat Machang bertanya mengenai pencapaian...

final • 6:43 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Belum lagi Yang Berhormat, dia sebut Yang Berhormat Machang dulu Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tidak, ini yang ISO tadi.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Saya hendak beralih topik, Tuan Yang di- Pertua. Ini soalan dibangkitkan oleh...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Soal dengan ringkas Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ini bukan...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ringkas, saya cakap ringkas.

final • 6:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang insentif kepada pengamal-pengamal ISO tadi. Jadi saya hendak tahu apakah insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk menyuburkan pengamalan ISO tadi? Ada sebut tadi tentang insentif kepada pengamal-pengamal ISO.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Sebenarnya apa yang kita lakukan ialah untuk bekerjasama dengan badan-badan yang diiktiraf. Apa yang kita hendak lakukan ialah untuk menggalakkan, sebab perkara ini adalah sukarela. Daripada beberapa pengamal yang berada di Malaysia, hanya 13 yang berdaftar dengan Jabatan Standard Malaysia. Oleh sebab itu kita akan mengadakan lebih banyak sesi perbincangan dan dialog untuk menggalakkan semua badan pengamal berdaftar dengan Jabatan Standard Malaysia. Insya-Allah, pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan ada insentif-insentif lain akan kita tingkatkan supaya standard ini bukan untuk mendapat persijilan sahaja tetapi lebih menjadi amalan ataupun budaya kehidupan di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang bertanya mengenai pencapaian bidang Bioteknologi dan juga fokus kerajaan dalam bidang tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah memperuntukkan dana berjumlah RM925.2 juta bagi pembangunan bioteknologi termasuk untuk R&D di mana sehingga Oktober 2010, sebanyak RM610.4 juta telah dibelanjakan bagi membiayai 536 projek dana sains, 76 projek dana tekno dan 87 projek dana R&D inisiatif dalam bidang bioteknologi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi projek-projek R&D dana sains bio teknologi, produk yang dihasilkan adalah sebanyak 186, prototaip sebanyak 31, proses yang diubahsuai atau proses baru yang ditemui sebanyak 47 dan teknik baru sebanyak 264. Dari aspek penerbitan, sebanyak 2,175 artikel telah dihasilkan dalam jurnal sains tempatan, jurnal sains antarabangsa dan kertas- kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar peringkat antarabangsa dalam dan luar negara.

Bagi projek R&D bioteknologi yang dibiayai oleh dana sains, sebanyak empat paten telah didaftarkan, 28 telah difailkan dan masih menunggu untuk dipatenkan, 87 sedang dalam proses melengkapkan dokumentasi untuk difailkan dan 37 telah memperoleh hak cipta. Bagi meningkatkan kepakaran dalam bidang bioteknologi, seramai 651 orang telah dilatih mengikut kepakaran masing-masing yang merangkumi 469 orang di peringkat sarjana dan 182 orang di peringkat PhD.

Sehingga 15 Oktober 2010, sebanyak 12 penerima geran tekno yang tamat pembiayaan telah menghasilkan output-output seperti berikut;

(i) Sembilan produk yang mempunyai nilai ditambah;

(ii) tujuh pilot plants dengan izin;

(iii) tiga pelesenan teknologi;

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

(iv) empat paten; dan

(v) dua fasiliti yang mendapat pengiktirafan Good Laboratory Practice (GLP) dengan izin.

Mengenai keberhasilan tiga institut bioteknologi iaitu Institut Agro- Bioteknologi (ABI), Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Kebangsaan (IPharm) dan Institut Genome Malaysia (MGI), sukacita dimaklumkan pencapaian seperti berikut. Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Kebangsaan – sebanyak tiga paten telah difailkan, sebanyak 50 buah penerbitan telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa, seramai dua pelajar telah memperoleh ijazah PhD, seramai 80 penyelidik di dalam bidang pendidikan farmaseutikal bekerja di IPharm dengan bilangan pelajar ijazah tinggi seramai 20 orang.

IPharm juga sedang menjalankan kerjasama pendidikan dengan institusi pendidikan antarabangsa seperti Karolinska Institute di Sweden dan Agilent Technologies di USA. Sesuai dengan peranan IPharm dalam pendidikan farmaseutikal dan nutraseutikal, bangunan baru yang akan diduduki pada awal Disember 2010 nanti akan beroperasi dengan pelaksanaan standard antarabangsa iaitu amalan makmal baik mengikut Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). Dan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, IPharm dijangka akan melaksanakan empat program baru dengan peruntukan awal sebanyak RM10 juta.

Kedua, Institut Genom Malaysia telah menghasilkan pengetahuan baru seperti 3-D structure of new microbial enzymes, 3-D structure of essential proteins as potential drug targets, mechanism of cold adaptation and evolution of dengue virus genome dengan izin. MGI juga telah menghasilkan lapan harta intelek seperti anti-freeze proteins, dengue diagnostic dengan izin dan lain-lain lagi.

MGI juga menjalankan kerjasama R&D dengan beberapa universiti seperti Stanford, Sheffield, Cambridge, HudsonAlpha, Hawaii, Minnesota dan Monash University. Facility dan makmal MGI juga mengikut standard antarabangsa dan memenuhi garis panduan OECD, National Institute of Health, WHO dan IAEA.

MGI dijangka menerima peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dua tahun pertama sebanyak RM30.32 juta untuk menjalankan beberapa program asas termasuk kelengkapan makmal genomic, projek COHORT Malaysia dan penjujukan myGenome.

Institut Agro-Bioteknologi – projek-projek penyelidikan yang melibatkan sistem hidupan (living system) dengan izin, memerlukan masa untuk menjalani proses hidupan dari mula hingga akhir. Tempoh empat tahun yang telah dilalui oleh projek-projek agro-bioteknologi dianggap satu jangka masa yang pendek untuk menjana sesuatu produk atau teknologi.

Sungguhpun begitu, telah terdapat beberapa penemuan berpotensi untuk dikomersialkan atau sedia dimajukan ke peringkat pra pengkomersialan. Beberapa contoh hasil R&D ABI adalah seperti pembangunan teknologi, produk dan baka serta pembangunan beberapa produk vaksin. Di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah diluluskan kepada ABI untuk dua tahun pertama adalah sebanyak RM6.12 juta untuk penyambungan program-program sedia ada.

Yang keempat, InnoBiologics Sdn. Bhd. (Innobio). Mengenai prestasi perniagaan Innobio yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Machang, sukacita saya jelaskan bahawa InnoBiologics Sdn. Bhd. adalah merupakan syarikat kepada Inno Bio Ventures, syarikat yang diperbadankan di bawah

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Kementerian Kewangan. Syarikat ini adalah peneraju utama dalam bidang bio teknologi berasaskan sel mamalia dalam pembuatan bio farmaseutikal.

Antara kejayaan yang dicapai oleh InnoBiologics ialah:

(i) mendapat kontrak daripada syarikat antarabangsa seperti Avesthagen Ltd dari India, LCTech GmBH dari Jerman dan Yuhan dari Korea. Kesemuanya bernilai RM11 juta;

(ii) menjalin beberapa kerjasama strategik dengan organisasi antarabangsa terkemuka termasuk Boehringer Ingelheim yang membolehkan pemindahan teknologi sistem ekspresi sel BIHEX; Pusat Molekul Imunologi (CIM) melalui pelesenan teknologi humanisasi dan juga usaha menghasilkan antibodi anti kanser untuk penyakit kanser kolorektal; CEVEC GmBH dari Jerman untuk pelesenan teknologi pengeluaran sel amniotik untuk menghasilkan jujukan sel berhasilan tinggi bagi pembuatan antibodi;

(iii) menjadi ahli di dalam Massachusetts Institute of Technology Bio Manufacturing Alliance;

(iv) aktif dalam bidang penyelidikan untuk menghasilkan ubatan bio farmaseutikal yang selamat, efektif dan pada harga yang berpatutan untuk rakyat Malaysia;

(v) dari segi pembangunan sumber manusia, Inno Biologics mempunyai 70 pekerja terlatih yang terdiri daripada saintis, penyelidik, jurutera dan pengurusan; dan

(vi) dianugerahkan sebagai Emerging Company of the year 2010 pada penganugerahan BioSpectrum Asia di Singapura.

Kelima – Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp). Malaysian Biotechnology Corporation telah ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah Dasar Bioteknologi Negara sebagai agensi pelaksanaan utama bagi membangunkan industri bioteknologi negara.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Setakat ini di bawah program bioNexus, sebanyak 173 syarikat telah diiktiraf sebagai syarikat berstatus BioNexus yang mana jumlah pelaburan yang telah diluluskan adalah sebanyak RM1.8 bilion. Sumbangan industri bioteknologi sehingga tahun berakhir 2009 adalah 2.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan disasarkan untuk mencapai 5% pada tahun 2020. Peruntukan untuk program pembangunan industri bioteknologi di bawah Bajet 2011 untuk dua tahun pertama adalah sebanyak RM50 juta.

Kerajaan tidak membelakangkan bioteknologi pada Rancangan Malaysia Kesepuluh seperti didakwa oleh Ahli Yang Berhormat Machang. Sebaliknya, kerajaan dalam pelan Rancangan Malaysia Kesembilan telah menggariskan dengan jelas mengenai strategi pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara ataupun singkatannya DBN yang merangkumi tiga fasa. Tahun 2011 hingga 2015 adalah merupakan pelaksanaan fasa kedua DBN yang memberi tumpuan kepada sains ke pasaran.

Data-data penemuan R&D yang dinyatakan sebelum ini seperti produk, proses dan penemuan teknik baru perlu diberi perhatian oleh pihak penyelidik dan industri untuk memastikan ianya dapat digunakan oleh masyarakat dan

final • 7:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

menyumbang kepada ekonomi negara seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu bioteknologi sebagai pelantar teknologi tinggi.

Ahli Yang Berhormat dari Sungai Petani dan Bagan Serai bertanya mengenai status pelaksanaan MSC serta pencapaiannya. Dalam melaksanakan program-program pembangunan MSC Malaysia, MDEC ataupun Malaysia Development Corporation, agensi di bawah MOSTI telah menerima peruntukan geran pengurusan sebanyak RM300 juta dan geran pembangunan sebanyak RM925 juta di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan.

Dengan peruntukan tersebut, MDEC telah berjaya mencapai matlamat penubuhan MSC Malaysia iaitu mewujudkan ekosistem industri ICT yang mampan. Berikut adalah antara pencapaian MSC Malaysia untuk fasa kedua pelaksanaannya bagi tempoh 2004 hingga 2010:-

(i) menyumbang sebanyak RM35.73 bilion kepada pengeluaran dalam negara kasar negara;

(ii) peningkatan nilai eksport sebanyak enam kali ganda atau 621% daripada RM1.24 bilion pada tahun 2003 kepada RM8.94 bilion pada tahun 2010, ini anggaran;

(iii) peningkatan empat kali ganda atau 399% nilai jualan daripada RM5.8 bilion pada tahun 2003 kepada RM28.99 bilion pada tahun 2010;

(iv) peningkatan nilai pelaburan sebanyak 91% dengan nilai unjuran sebanyak RM27.8 bilion untuk tempoh tahun 2004 hingga 2010. Daripada nilai ini, sebanyak RM16.68 bilion atau 60% adalah pelaburan langsung asing ataupun FDI dan RM11.12 bilion atau 40% adalah pelaburan dalam negara (DDI);

(v) mewujudkan subsektor baru iaitu sector shared services and outsourcing atau singkatannya SSO dengan sumbangan sebanyak 31% kepada nilai jualan keseluruhan syarikat MSC Malaysia pada tahun 2009;

(vi) mewujudkan jumlah pekerjaan sebanyak 83,841 atau 394% daripada 21,270 pada tahun 2003 kepada 105,111 pada suku tahun kedua 2010. Purata gaji bulanan pekerja syarikat MSC Malaysia adalah lebih tinggi iaitu sebanyak RM4,542 berbanding purata gaji bulanan pekerja di peringkat nasional iaitu RM2,259;

(vii) melahirkan lebih 668 usahawan yang sekali gus mewujudkan sebanyak lebih 1,670 peluang pekerjaan;

(viii) meningkatkan bilangan syarikat berstatus MSC kepada syarikat bertaraf dunia. Contohnya daripada jumlah 2,020 syarikat berstatus MSC Malaysia, sebanyak 234 syarikat merupakan syarikat bertaraf dunia. Daripada jumlah ini, 145 atau 62% adalah syarikat tempatan dan 89% atau 38% terdiri daripada syarikat multinasional asing; dan

(ix) sebanyak 1,752 harta intelek telah didaftarkan oleh syarikat berstatus MSC Malaysia pada tahun 2009 dan daripada jumlah ini juga, sebanyak 1,555 harta intelek

final • 7:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

yang didaftarkan oleh syarikat berstatus MSC Malaysia tempatan manakala selebihnya adalah syarikat MSC Malaysia milikan asing. Sebanyak 380 harta intelek juga telah didaftarkan di luar negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini semua projek perintis di bawah aplikasi perdana MSC Malaysia Kerajaan Elektronik seperti e- khidmat, e-syariah, e-perolehan, JobsMalaysia, Sistem Pemantauan Projek II ataupun SPPII, Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia ataupun singkatannya HRMIS dan Pengurusan Dokumen Elektronik ataupun GOE-EGDMS telah dilaksanakan. Inisiatif kerajaan elektronik Malaysia juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa di mana pada tahun 2008 bagi pencapaian kerajaan elektronik, Malaysia menduduki tangga kesebelas daripada 198 buah negara berbanding tangga ke-25 pada tahun 2007 dan tangga ke-36 pada tahun 2006.

Berhubung dengan aplikasi MyKad, sehingga kini terdapat lebih daripada 50 aplikasi melibatkan lebih sepuluh sektor termasuk perbankan, pertanian, perubatan, perkhidmatan runcit, pengangkutan awam dan juga pelancongan yang menggunakan MyKad. Di antara lima aplikasi MyKad yang digunakan secara meluas termasuk e-Pasar Tani, MyKasih, orang yang kompeten, MyPesara dan yang kelima urus niaga tanpa tunai.

Melalui aplikasi perdana MSC Malaysia sekolah bestari, pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan penggunaan ICT dan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Hasil daripada projek perintis, pelaksanaan sekolah bestari melibatkan 88 buah sekolah pada tahun 1999 hingga 2002.

Kementerian Pelajaran selaku agensi pelaksana telah mengguna pakai piawaian kelayakan sekolah bestari atau smart school qualification standards yang dibangunkan bersama dengan MDEC untuk pelaksanaan program pembestarian sekolah di semua 10,000 sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Sehingga Oktober 2010, berdasarkan keputusan penarafan pembestarian 2010 oleh Kementerian Pelajaran, sebanyak 8,130 sekolah telah mencapai taraf tiga bintang ke atas berbanding 7,575 sekolah pada tahun 2009. Daripada jumlah ini, sebanyak 271 sekolah telah mencapai taraf lima bintang. Fokus utama aplikasi perdana MSC Malaysia Telekesihatan adalah kepada penggunaan teknologi ICT untuk penjagaan kesihatan secara berterusan dan bersepadu.

Program di bawah aplikasi perdana MSC Malaysia Telekesihatan ini sedang giat dilaksanakan di hospital-hospital dan klinik-klinik di seluruh negara.

Antara inisiatif dan program yang terlibat adalah;

(i) Telekonsultansi telah dilaksanakan di 33 hospital seluruh negara berdasarkan keperluan-keperluan disiplin-disiplin perubatan yang terpilih;

(ii) MyHEALTH melalui portal www.myhealth.gov.my pula menyediakan maklumat kesihatan melebihi 700 artikel atas talian di dalam bahasa Melayu dan Inggeris;

(iii) penyediaan perkhidmatan e-guaranty letter yang memudahkan urusan pengeluaran surat jaminan bagi penjawat awam telah dilaksanakan sepenuhnya di 136 hospital-hospital kerajaan seluruh negara; dan

(iv) program-program untuk meningkatkan kualiti pengamal perubatan seperti penyediaan perkhidmatan online

final • 7:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

journals melalui inisiatif virtual library dan continuing professional development bagi membantu pengamal perubatan seperti doktor, jururawat dan pembantu perubatan di seluruh negara untuk meningkatkan tahap kompetensi.

Dalam membangun dan menggalakkan aktiviti research, development dan commercialization (R&D&C) di dalam MSC Malaysia, MDeC menawarkan geran R&D iaitu skim geran R&D MSC Malaysia kepada syarikat MSC Malaysia untuk menjalankan aktiviti R&D&C dalam bidang ICT.

final • 7:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Di samping itu MDeC turut menjalankan beberapa program seperti program penempatan penyelidik industri, program IP connect, program R&D series dan program R&D exchange forum untuk menggalakkan komuniti MSC Malaysia mengambil bahagian dalam aktiviti penggalakan R&D dan inovasi.

MDeC turut bekerjasama dengan badan kerajaan dan sektor swasta dalam menggalakkan pengguna e-Dagang. Malaysia Digital Enterprise Exchange

(MDEX) adalah salah satu contoh portal e-Dagang yang diwujudkan melalui usaha sektor swasta dan MDeC dalam menggalakkan penggunaan e-Dagang untuk membuat transaksi B2B ataupun business to business oleh perusahaan kecil dan sederhana. Manakala untuk penggunaan tekno-usahawan, MDEC telah bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti pihak industri, universiti, institusi kewangan, kerajaan negeri dan pusat-pusat inkubator untuk menawarkan pelbagai program menggalakkan pembangunan tekno-usahawan di kalangan rakyat Malaysia.

Di bawah Bajet 2011 kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta pada MDeC untuk melatih graduan dalam bidang ICT untuk memenuhi permintaan industri. MDeC akan melaksanakan program latihan graduan ini melalui MSC Malaysia Knowledge Workers Development Initiatives yang menyediakan program seperti program kemahiran siswazah, program latihan graduan, program kem kerjaya, program kerjasama antara industri dan akademia dan ICT career of choice.

Antara bidang dan kemahiran yang diberi tumpuan adalah teknologi maklumat, shared services and outsourcing, kejuruteraan elektronik dan multimedia kreatif. Sehingga 30 April 2010, MDEC telah berjaya melatih seramai 24,400 graduan iaitu 84.3% daripada jumlah sasaran. Daripada jumlah graduan yang dilatih pula sekitar 90% telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menjalani latihan.

Ahli Yang Berhormat dari Tuaran telah membangkitkan mengapa pihak kementerian mempersoalkan projek oleh sekumpulan pemuda menyertai pertandingan inovasi - Malaysia Inovatif ataupun MI2010 zon Sabah, sama ada mempunyai lesen ataupun tidak walaupun pemuda tersebut telah berjaya membuktikan penghasilan tenaga elektrik tanpa penggunaan bahan api. Mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran, MOSTI berpendapat kemungkinan besar wujudnya salah faham dalam perkara ini. Sememangnya tujuan mengadakan pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh MOSTI adalah untuk membuka seluas-luasnya ruang dan peluang bagi seluruh rakyat Malaysia, khususnya peringkat akar umbi untuk mencetuskan idea dan mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi tersebut. Menang kalah sebenarnya bukanlah merupakan tujuan utama pertandingan ini. Sebaliknya merupakan satu dorongan dan insentif semata-mata.

final • 7:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Apa yang berlaku pada sekumpulan pemuda yang menyertai pertandingan inovasi zon Sabah yang diumumkan bukan sebagai pemenang bukanlah disebabkan oleh soalan berkaitan dengan pendaftaran harta intelek. Para juri mempunyai kriteria-kriteria yang khusus untuk menilai setiap produk yang dipertandingkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Walaupun produk tersebut tidak diumumkan sebagai pemenang, MOSTI sentiasa terbuka untuk membantu mana-mana kumpulan yang menyertai pertandingan untuk mengetengahkan produk mereka sehingga ke peringkat pengkomersialan sekiranya mendapat permintaan daripada pasaran. Dalam kes ini kumpulan pemuda tersebut dinasihatkan untuk menghubungi MOSTI sekiranya berminat untuk mendapatkan nasihat dan panduan.

Ahli Yang Berhormat dari Hulu Langat menyarankan agar pihak MOSTI dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bekerjasama dan menjayakan penggunaan nuklear bagi penjanaan tenaga elektrik. Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti persediaan bagi menjayakan pengguna tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik di Malaysia MOSTI dan KeTTHA sememangnya sentiasa bekerjasama rapat bersama dengan pelbagai kementerian, agensi serta syarikat milik kerajaan yang berkenaan, selain daripada pertubuhan-pertubuhan industri tempatan yang berkaitan. Kerjasama termaktub dalam struktur pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut yang terdiri daripada Jawatankuasa PEMANDU Pembangunan Kuasa Nuklear (JPPKN) yang diterajui oleh KeTTHA dan turut dianggotai oleh MOSTI serta agensi-agensi yang berkenaan di bawah kedua-dua kementerian tersebut.

Selain dari KeTTHA, sebagai pengerusi dan urus setianya JPPKN ini dianggotai oleh wakil-wakil dari MOSTI - Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Unit Perancang Ekonomi

(EPU) di Jabatan Perdana Menteri, Agensi Nuklear Malaysia, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, Suruhanjaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad. Nuklear Malaysia dan AELB adalah agensi di bawah MOSTI, sementara ST dan TNB pula adalah di bawah KeTTHA.

Di bawah JPPKN ini terdapat tiga jawatankuasa kerja khusus untuk tiga aspek utama pembangunan sebarang program kuasa nuklear iaitu pembangunan program, pembangunan projek dan pembangunan perundangan nuklear.

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Program Kuasa Nuklear diterajui oleh Nuklear Malaysia, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Projek Kuasa Nuklear oleh TNB dan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Perundangan Kuasa Nuklear pula diterajui bersama oleh AELB dan ST.

Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya Selatan membangkitkan tujuh isu mengenai pembangunan rektor nuklear termasuk kos, modal insan, penerimaan rakyat dan juga keselamatan. Berkaitan dengan isu kos membangunkan loji jana kuasa nuklear dan kaedah pembiayaan projek nuklear kita mengatakan dan membangunkan sesebuah loji jana kuasa nuklear memang tidak dapat dinafikan kos permulaan yang amat besar diperlukan dan jumlahnya berbeza-beza mengikut saiz, spesifikasi teknikal dan ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki.

Berdasarkan dokumen IAEA-TEC DOC 1555 bertajuk Managing The First Nuclear Power Plan Project, secara asasnya komponen yang diambil kira dalam kos penjanaan dari sumber tenaga nuklear termasuk kos modal ataupun capital investment cost mewakili 60% daripada keseluruhan penjanaan loji jana kuasa nuklear. Manakala kos operasi dan penyelenggaraan dan kos kitaran bahan api nuklear masing-masing mewakili 20%. Kos penyahtauliahan atau decommissioning adalah sekitar 1% hingga 5% daripada kos keseluruhan.

final • 7:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Berdasarkan kos bagi loji-loji jana kuasa nuklear terbaru yang sedang dibina di Emiriah Arab Bersatu dan Turki, anggaran kos bagi loji jana kuasa nuklear yang berkapasiti 1,000 megawatt ialah sekitar USD2.5 bilion sehingga USD4 bilion. Kos ini belum mengambil kira kos-kos lain seperti kos untuk melaksanakan kajian-kajian serta kos pembangunan soft infrastructure seperti pembangunan sumber manusia, pembangunan serta pengukuhan perundangan dan peraturan sedia ada bagi menyokong pembangunan tenaga kelak.

Sungguhpun kos permulaan bagi membangunkan loji jana kuasa nuklear adalah besar kos penjanaan kuasa nuklear termasuk kos bahan api nuklear, kos operasi dan penyelenggaraan dan kos modal adalah lebih rendah berbanding kos operasi bagi loji-loji jana kuasa minyak, gas asli atau arang batu. Kos bahan api yang rendah di loji jana kuasa nuklear iaitu sekitar 26% daripada kos penjanaan berbanding dengan 78% bagi arang batu dan 94% bagi gas, menyebabkan kos penjanaan elektrik bagi setiap megawatt jam oleh loji-loji jana kuasa nuklear adalah kompetitif berbanding dengan loji-loji berasaskan sumber tenaga lain.

Berdasarkan amalan di Republik Korea, Perancis dan Amerika Syarikat, aktiviti pelupusan akhir sisa radioaktif dan nuklear adalah tanggungjawab kerajaan negara tersebut. Kos aktiviti ini telah diambil kira dalam kos penjanaan elektrik yang merupakan tanggungjawab pemilik loji jana kuasa nuklear.

Mengenai kaedah pembiayaan pembangunan loji jana kuasa nuklear pula, kerajaan akan mengkaji kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh negara-negara lain sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya. Kerajaan juga akan meneliti secara menyeluruh dan terperinci segala aspek pembiayaan, kewangan yang difikirkan perlu melalui perbincangan dengan pihak perunding bertauliah dan juga pembekal yang akan dilantik nanti.

Berkaitan dengan isu modal insan program kuasa nuklear, ingin kami nyatakan bahawa dengan wujudnya Agensi Nuklear Malaysia dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), pelbagai usaha telah diambil untuk membangunkan modal insan dalam bidang nuklear. Ini termasuklah:

final • 7:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

(i) melatih kakitangan dalam pengendalian dan pengoperasian loji jana kuasa nuklear dan organisasi antarabangsa berkaitan;

(ii) mendapatkan khidmat pakar luar negara yang berpengalaman dalam pengendalian dan pengoperasian loji jana kuasa nuklear, dan organisasi antarabangsa, dalam membantu perancangan program kuasa nuklear di Malaysia;

(iii) mengadakan memorandum persefahaman (MoU) yang akan dimeterai antara Malaysia dengan Perancis, Republik Korea, Jepun dan China;

(iv) membangunkan pembangunan modal insan kuasa nuklear ataupun Nuclear Power Human Capital Development Plan sebagai input pada pelan pembangunan kepada Pelan Pembangunan Infrastruktur Kuasa Nuklear Negara (NPIDP); dan

(v) menyediakan kemudahan-kemudahan di Nuklear Malaysia yang boleh digunakan untuk menyokong industri kuasa nuklear negara.

final • 7:20 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Berkaitan dengan program kesedaran awam, untuk membangunkan kesedaran serta menggalakkan lagi penerimaan awam bagi penggunaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara. Agensi Nuklear Malaysia telah mengambil pendekatan penyebaran maklumat awam yang terbahagi kepada lima peringkat iaitu:

(i) penerimaan politik di peringkat persekutuan dan negeri.

merangkumi ketua kerajaan, ketua politik, pembuat dasar negara, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri;

(ii) penerimaan pihak pelaksana, merangkumi kementerian, agensi kerajaan serta syarikat milik kerajaan, institusi pengajian dan latihan, badan profesional, organisasi industri tempatan dan agensi lain yang terlibat dalam semua aspek program kuasa nuklear negara dan pelaksanaan projek loji jana kuasa nuklear;

(iii) penerimaan persatuan sosial dan orang awam, merangkumi persatuan kemasyarakatan, media massa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan keagamaan, maktab perguruan, pelajar sekolah dan universiti dan orang awam;

(iv) penerimaan antarabangsa merangkumi agensi kerajaan yang terlibat dalam sistem tadbir urus antarabangsa, kerajaan luar terutama negara pembekal dan persatuan sosial antarabangsa; dan

(v) penerimaan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan penduduk tempatan sekeliling tapak loji jana kuasa nuklear merangkumi kerajaan tempatan, pemimpin masyarakat, penghulu, ketua kampung, persatuan tempatan seperti persatuan nelayan dan petani, sekolah dan lain-lain.

Isu seterusnya adalah berkaitan keselamatan loji jana kuasa nuklear.

Mengenai isu keselamatan penggunaan tenaga nuklear pula, Malaysia mengambil iktibar daripada pengalaman negara-negara yang telah mengalami kemalangan serius di loji-loji jana kuasa serta loji-loji pemprosesan bahan api nuklear mereka dari pada masa lalu. Sukacita dimaklumkan pada Yang Berhormat secara keseluruhannya bilangan kemalangan nuklear adalah jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan industri dan aktiviti manusia dalam bidang lain.

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara seperti Jepun, India dan Amerika Syarikat. Loji-loji jana kuasa nuklear juga telah terbukti selamat dan tidak mengalami sebarang kerosakan serius yang boleh menjejaskan keselamatan semasa berlakunya bencana alam. Kajian oleh pelbagai pihak telah membuktikan bahawa operasi loji-loji jana kuasa nuklear pada amnya adalah jauh lebih selamat daripada pendedahan manusia kepada sumber sinaran dan keradioaktifan semula jadi dan buatan manusia ataupun antropogenik yang lain.

Isu penempatan loji jana kuasa nuklear. Kerajaan masih belum menentukan lokasi penempatan loji jana kuasa nuklear dan lokasi ini akan ditentukan dengan mengguna pakai piawaian antarabangsa. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, berdasarkan piawaian antarabangsa, pemilihan tapak loji jana kuasa dan kemudahan nuklear perlu menjalani proses yang terperinci sebelum disahkan pemilihan atau kualifikasi sesuatu tapak berkenaan.

final • 7:20 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Memandangkan loji jana kuasa nuklear generasi terkini mempunyai tempoh hayat sepanjang 60 tahun, sesuatu tapak loji itu perlu dibuktikan selamat untuk 100 tahun ke hadapan dengan membuktikan yang tapak berkenaan selamat selama 100 tahun ke belakang. Untuk tujuan ini data tentang pelbagai aspek ciri berikut diperlukan bagi mengkaji kesesuaiannya sebagai tapak loji jana kuasa nuklear, iaitu:

(i) ciri-ciri demografi dan meteorologi;

(ii) ciri-ciri seismik dan tektonik;

(iii) ciri-ciri geomorfologi dan oseanografi;

(iv) ciri-ciri geologi dan geoteknik;

(v) ciri-ciri hidrogeologi dan hidrologi;

(vi) ciri-ciri alam sekitar dan ekologi; dan

(vii) ciri-ciri aktiviti manusia.

Isu seterusnya adalah proses penyahtauliahan ataupun decommissioning loji jana kuasa nuklear. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa telah menggariskan tiga pilihan untuk penyahtauliahan loji jana kuasa nuklear atau reaktor nuklear.

Berikut merupakan definisi proses penyahtauliahan yang telah diterima pakai di peringkat antarabangsa:

(i) penceraian serta merta ataupun pelepasan awal tapak atau penyahcemaran (immediate dismantling). Pilihan ini membolehkan kemudahan tersebut dikecualikan daripada kawalan peraturan selepas penutupan atau penamatan aktiviti- aktiviti penguatkuasaan. Biasanya aktiviti-aktiviti penceraian terakhir atau penyahcemaran bermula dalam beberapa bulan atau tahun bergantung kepada jenis kemudahan. Setelah bebas daripada kawalan peraturan, tapak tersebut boleh digunakan semula;

(ii) kurungan selamat ataupun safe enclosure. Pilihan ini melewatkan proses kawalan penghapusan terakhir atau final removal untuk jangka masa yang lama, biasanya bagi tempoh 40 hingga 60 tahun. Kemudahan ini ditempatkan dalam konfigurasi simpanan selamat sehingga aktiviti penceraian dan penyahcemaran dilakukan;

(iii) pemakaman ataupun entombment. Pilihan ini memerlukan kemudahan terbabit ditempatkan di dalam keadaan yang membolehkan sisa bahan radioaktif setempat dikekalkan ditapak tersebut tanpa perlu untuk dipindahkan dan dilupuskan secara keseluruhan. Pilihan ini biasanya bertujuan untuk mengurangkan saiz kawasan di mana bahan radioaktif tersebut ditempatkan. Kemudian kemudahan tersebut ditutup ataupun encased dengan struktur tahan lama seperti konkrit yang akan bertahan untuk jangka waktu yang tertentu dan seterusnya memastikan tahap keradioaktifan berada di tahap selamat.

final • 7:20 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Isu yang terakhir, berkaitan dengan nuklear ialah pertanyaan bagaimanakah kerajaan mampu meyakinkan rakyat bahawa penggunaan tenaga nuklear ini selamat. Kerajaan akan mempergiatkan aktiviti komunikasi awam mengenai teknologi dan kuasa nuklear ini, terutamanya bagi tempoh sehingga penghujung tahun 2012. Di antara langkah-langkah yang sedang dan akan dijalankan adalah seperti berikut:

(i) melaksanakan kajian pendapat umum yang komprehensif bagi semua peringkat dan segmen masyarakat, di susuli oleh penyediaan strategi dan pelan komunikasi awam ataupun public communication plan dengan izin ;

(ii) mempergiatkan latihan kepada para pegawai pelbagai agensi dan organisasi dalam aktiviti komunikasi awam mengenai teknologi dan kuasa nuklear iaitu nuclear communicators training;

(iii) mempergiatkan komunikasi awam dengan memperbanyakkan penganjuran forum dan dialog dengan kumpulan-kumpulan sasaran;

(iv) menyepadukan mesej mengenai keperluan dan kebaikan penggunaan teknologi dan kuasa nuklear dengan penggunaan sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui atau teknologi hijau;

(v) meneliti langkah-langkah yang lebih sesuai bagi menjamin ketelusan pelaksanaan program dan projek-projek loji jana kuasa nuklear seperti kemungkinan penubuhan mekanisme pengawasan pada peringkat Parlimen ataupun Parliamentary Oversight Mechanism;

(vi) menganjur lawatan oleh kumpulan-kumpulan sasaran ke loji-loji jana kuasa nuklear dan pelbagai kemudahan industri pembuatan, peralatan bagi loji nuklear dan bahan api nuklear, pengurusan sisa nuklear dan radioaktif serta infrastruktur lain di luar negara seperti Jepun, Perancis dan Republik Korea; dan

(vii) setelah ditentukan tapak loji jana kuasa nuklear di Malaysia, mewujudkan program bandar atau kawasan berkembar (twinning programme) di antara kawasan sekitar tapak loji jana kuasa nuklear di Malaysia dengan kawasan sekitar loji jana kuasa di negara lain, terutama di rantau Asia. Pendekatan ini dijangka akan lebih berjaya meyakinkan segmen-segmen masyarakat setempat berkenaan mengenai keselamatan loji jana kuasa serta kemudahan nuklear yang lain termasuk kemudahan pengurusan dan pelupusan sisa nuklear.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Panjang lagi Yang Berhormat?

final • 7:20 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Tinggal lagi tiga muka surat sahaja lagi.

Ahli Yang Berhormat dari Seremban ingin mengetahui mengapa keputusan DNA bagi kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain lewat dikemukakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Seremban, analisis DNA dan kimia

final • 7:30 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

dimulakan sebaik sahaja barang kes diterima. Bagi kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain, analisis DNA dan kimia memakan masa kerana jumlah barang kes yang banyak untuk dianalisis dan perlu mematuhi prosedur- prosedur analisis.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jabatan Kimia sedang menyiapkan analisis dan laporan berkaitan kes ini secara profesional mengikut etika dan protokol yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. Keputusan analisis untuk kes siasatan polis hanya boleh dilaporkan oleh Jabatan Kimia pada pihak polis dan semasa perbicaraan di mahkamah.

Ahli Yang Berhormat dari Bukit Katil ingin mengetahui kriteria berhubung klasifikasi produk teknologi hijau. Untuk makluman, teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Di kebanyakan negara maju, Life Cycle Assessment (LCA) digunakan untuk menentukan kehijauan sesuatu teknologi atau produk dengan mengambil kira impak seluruh kitar hayat atau life cycle produk berdasarkan kriteria-kriteria am seperti berikut:

(i) ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;

(ii) ia mengurangkan pembebasan Gas Rumah Hijau (Green House Gas);

(iii) ia selamat untuk digunakan dan mesra pada alam sekitar;

(iv) menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

(v) menggalakkan penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Produk-produk yang telah menepati kriteria-kriteria tertentu boleh diberi pelabelan eko ataupun eco labeling yang biasanya dipanggil sebagai eco product atau dalam konteks ini boleh dikatakan sebagai produk teknologi hijau.

Yang Berhormat Tuaran juga mendakwa hasil penyelidikan sekumpulan penyelidik yang diberikan kepada SIRIM telah diberikan kepada pihak lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua saliran utama bagi membolehkan sesuatu hasil R&D dikemukakan kepada SIRIM iaitu untuk carian paten ataupun patent search sebelum pendaftaran dan juga tujuan penambahbaikan secara usaha sama. Bagi memastikan maklumat dilindungi sepenuhnya, SIRIM mempunyai prosedur iaitu menandatangani Non Disclosure Agreement (NDA) sebelum sebarang maklumat diserahkan kepada SIRIM. Semua aktiviti yang dijalankan adalah tertakluk kepada syarat-syarat NDA tersebut. Oleh itu, semua maklumat yang dikemukakan kepada SIRIM adalah dijamin selamat.

Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan saya mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan jabatan serta agensi di bawahnya. Bagi mengakhiri, saya mengucapkan terima kasih atas segala teguran dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana semuanya akan diberi perhatian serius oleh MOSTI dan tindakan susulan sewajarnya akan diambil. Terima kasih

final • 7:30 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

juga sebab tidak banyak pencelahan sebab Maghrib pun dekat hendak habis, hendak sambung pergi Isyak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

final • 7:30 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, terdapat 27 Ahli-ahli Yang Berhormat yang ambil bahagian untuk membahaskan bajet mengenai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan saya cuba akan menjelaskan isu-isu yang dihubung kait dengan perbahasan tersebut dalam tiga bahagian iaitu tenaga, teknologi hijau dan air.

Mengenai bahagian tenaga, ini Yang Berhormat dari Machang telah membangkitkan isu subsidi berkenaan IPP. Untuk Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak pernah memberikan subsidi yang dikeluarkan secara langsung dalam bentuk kewangan bagi membiayai penjana bebas atau Independent Power Producers

(IPP) dengan izin. Ini adalah kerana keputusan kerajaan untuk menswastakan sistem penjanaan elektrik melalui kaedah bina, kendali, milik, build, operate and own, dengan izin adalah sebagai langkah bagi mengimbangi permintaan dan pembekalan tenaga elektrik negara.

Langkah ini perlu diambil memandangkan kos yang tinggi diperlukan bagi membina sesebuah loji jana kuasa. Namun begitu, kerajaan telah memberikan subsidi kepada sektor elektrik dalam bentuk subsidi harga gas. Penempatan harga gas kepada sektor penjanaan elektrik ini adalah bagi memastikan pengguna- pengguna mendapat bekalan elektrik pada satu kadar, tarif yang rendah.

Berhubung reserve margin, dengan izin, ingin saya memaklumkan di sini kedudukan reserve margin di Semenanjung pada masa ini ialah 44% dan bukannya 66% seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Machang. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, loji IPP Jimah sudah bermula tugas semenjak 1 Januari tahun 2009 lagi dan bukannya baru hendak bermula tugas seperti kenyataan Ahli Yang Berhormat.

Kementerian saya bersama Malaysian Electric Supply Industry Project Management Office pendek kata MESIPMO dengan izin. Suruhanjaya Tenaga telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk meneliti semula terma-terma perjanjian jual beli tenaga di antara TNB dan IPP-IPP generasi pertama tersebut.

Sebarang terma-terma bagi perlanjutan tempoh operasi IPP generasi pertama akan dihalusi supaya ia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan seterusnya memastikan kepentingan rakyat diutamakan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sepanggar dan Putatan. Pelaksanaan projek stesen jana kuasa berasaskan arang batu di Sinakut, Lahad Datu merupakan opsyen yang terbaik bagi membekalkan kapasiti penjanaan yang berdaya harap khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Walau bagaimanapun, projek dijangka akan mengalami kelewatan disebabkan keperluan untuk mengemukakan semula Laporan DEIA kepada Jabatan Alam Sekitar. Dalam hal ini kerajaan akan merangka satu bentuk kerjasama yang lebih rapat dengan kerajaan negeri, Jabatan Alam Sekitar, pihak pemaju dan penduduk-penduduk yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan projek ini dapat direalisasikan.

final • 7:34 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Manakala mengenai penggunaan teknologi nasbateri iaitu satu teknologi penstoran tenaga merupakan teknologi baru yang masih lagi tidak digunakan secara meluas. Secara konsepnya, teknologi ini adalah sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai lebihan tenaga di mana sistem nasbateri berupaya menyimpan lebihan tenaga tersebut dan digunakan dalam tempoh yang singkat seperti ketika waktu puncak atau peak demand. Di samping itu, kos per unit atau kos sesuatu unit bekalan elektrik melalui kaedah ini juga adalah tinggi berbanding kaedah-kaedah penjanaan elektrik yang lain.

final • 7:34 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Justeru kegunaan teknologi ini bukan sahaja dilihat kurang praktikal malah tidak ekonomik untuk diguna pakai di kawasan Pantai Timur Sabah di mana masalahnya ialah kekurangan kapasiti untuk pembekalan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Tuaran, dan Yang Berhormat Kota Kinabalu turut menyentuh isu bekalan elektrik di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Putatan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM78 juta pada tahun 2009 dan bukan RM30.2 juta seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat sebelum ini. Untuk pembelian 60 set generator mudah alih dan tambahan RM27 juta untuk pembelian 20 set lagi pada tahun 2010. Bagi memperkukuhkan lagi sistem bekalan elektrik di negeri Sabah, kerajaan telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM419 juta pada tahun 2010 bagi kerja-kerja membaik pulih dan naik taraf sistem yang telah uzur dan kurang berdaya harap.

Hasilnya Tuan Yang di-pertua, kerajaan telah berjaya mengumumkan kejadian gangguan bekalan elektrik di negeri Sabah. Ini dapat dilihat daripada indeks pencapaian System Average Interruption Duration Index (SAIDI) iaitu indeks yang digunakan bagi mengukur kadar gangguan bekalan elektrik di aman bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun 2010, SAIDI telah berjaya dikurangkan kepada 638 minit pelanggan daripada asalnya sebelum ini ialah 2,326 minit pengguna bagi tempoh yang sama pada tahun 2009 iaitu penurunan sebanyak 72.6%.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tuaran, bagi masa ini terdapat empat loji jana kuasa tenaga boleh diperbaharui yang telah beroperasi di Sabah dengan kapasiti penjanaan sebanyak 32 megawatt di mana tiga daripadanya menggunakan sumber biomass dengan kapasiti penjanaan 10 megawatt masing- masing manakala 2 megawatt daripada projek mini hidro. Potensi penggunaan biomass untuk menjana tenaga elektrik adalah baik di Sabah. Ini kerana terdapat banyak kilang kelapa sawit yang boleh membekalkan empty food bunch (EFB) dengan izin. Sebagai sumbar bahan api untuk loji jana kuasa berasaskan biomass tersebut. Walau bagaimanapun, secara amnya, kapasiti penjanaan bagi projek biomass adalah tidak lebih daripada 3 megawatt bagi setiap loji.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu pelaksanaan sistem jana kuasa di Kimanis, ingin saya jelaskan di sini dakwaan Ahli Yang Berhormat Kota Kinabalu bahawa kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi membiayai projek tersebut yang dilaksanakan secara joint venture dengan izin, antara Petronas dengan Yayasan Sabah adalah tidak benar sekali. Projek tersebut sebenarnya adalah di bawah pembiayaan pemaju sendiri dan tidak timbul isu pembiayaan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pembangunan kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, Ahli Yang Berhormat dari Hulu Langat, Simpang Renggam, dan Jelutong telah membangkitkan isu mengenai kecekapan tenaga

final • 7:40 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

dan tenaga boleh diperbaharui. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Hulu Langat bahawa projek Malaysian Industrial Energy Efficiency Improvement Project

(MIEEIP) dengan izin yang bermula pada tahun 1999 dan telah ditamatkan secara rasmi pada 31 Disember 2007 beberapa komponen projek kecekapan tenaga telah dilaksanakan. Antara pencapaian yang dicapai adalah seperti audit tenaga, penerbitan buku panduan audit tenaga, penerbitan buku panduan kecekapan tenaga elektrik dan termal.

Kementerian saya masih meneruskan usaha-usaha meningkatkan kecekapan tenaga melalui penguatkuasaan peraturan-peraturan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap tahun 2008 di mana instalasi yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 3 juta kilowatt jam dalam tempoh enam bulan perlu melantik pengurus tenaga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kementerian saya juga telah melaksanakan sebanyak sembilan audit bangunan termasuk tiga hospital. Sebanyak 9% bangunan kerajaan di Putrajaya telah diaudit dan hasil audit tenaga tersebut menunjukkan potensi penjimatan tenaga antara 15% sehingga 20% dengan tempoh pulangan pelaburan dijangka maksimum 2.8 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kelebihan dan insentif bagi pemilik pembeli bangunan yang mempunyai sijil Green Building Index (GBI) dengan izin, suka saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan telah menyediakan insentif cukai untuk menggalakkan pembinaan bangunan hijau. Pemilik bangunan yang mendapat sijil GBI layak untuk mendapatkan pelepasan cukai untuk kos tambahan yang terlibat sementara pembeli bangunan yang mendapatkan sijil GBI layak mendapatkan pelepasan duti setem untuk penukaran nama.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sehingga kini sebanyak sepuluh loji tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti penjanaan sebanyak 56.7 megawatt telah beroperasi dan bersambung ke Gerik. Empat status syarikat yang menggunakan biomass dan sisa pepejal bagi menjana elektrik untuk disambung ke Gerik yang dimaksudkan ialah TSH Bio-Energy Sdn. Bhd., Sagunto Bio Energy Sdn. Bhd, Kina Biopower Sdn. Bhd. dan Recycle Energy Sdn. Bhd.

final • 7:40 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tenom, kementerian saya menyediakan insentif galakan kepada sektor industri melalui Skim Pinjaman Teknologi Hijau atau pun Green Technology Financing Scheme

(GTFS) dengan izin, menyediakan kemudahan pinjaman oleh pengeluar atau pengguna industri termasuk di sektor pengangkutan yang memenuhi kriteria- kriteria seperti berikut:-

(i) infrastruktur teknologi hijau atau projek-projek seperti bio fuel, fueling stations dan hydrogen refueling stations;

(ii) bahan bakar teknologi hijau iaitu projek-projek seperti bio fuel daripada tanaman, daripada jatropha, kacang soya, jagung dan lain-lain;

(iii) kenderaan yang menggunakan bahan bakar alternatif dan kenderaan elektrik seperti teksi, bas, motosikal dan lain- lain; Projek-projek pengangkutan tersebut boleh memohon sama ada di bawah kategori pengeluar atau pengguna. Pinjaman yang diberikan maksimum sehingga RM50 juta untuk kategori pengeluar dan maksimum RM10 juta untuk kategori pengguna.

final • 7:50 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya juga sedang memperkenalkan kenderaan elektrik atau EV di negara ini. Kementerian saya sedang bekerjasama dengan pihak Proton bagi merealisasikan hasrat kerajaan bagi memperkenalkan penggunaan kenderaan elektrik di negara kita selari dengan dasar teknologi hijau negara.

Pihak Proton akan melaksanakan Program Test Fleet Vehicle yang melibatkan kenderaan hibrid dan elektrik di Putrajaya dan Cyberjaya yang akan dijalankan mengikut beberapa fasa. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Parit Sulong, Tangga Batu dan Parit Buntar, saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa teknologi hijau adalah merupakan satu agenda yang baru di negara kita.

Bagi melaksanakan mekanisme yang efektif dalam pembangunan teknologi hijau di negara kita, kerajaan sedang membangunkan green growth roadmap dengan izin, yang dapat membawa Malaysia ke arah low carbon green growth economic dengan izin. Pada masa ini terdapatnya kesedaran mengenai kepentingan teknologi hijau. Kesedaran ini ditingkatkan dengan program-program kerajaan seperti penganjuran IGEM 2010 baru-baru ini di mana lebih 500 exhibitor teknologi hijau telah mempamerkan produk teknologi dan perkhidmatan mereka.

Sambutan daripada orang ramai juga adalah amat menggalakkan di mana lebih daripada 90,000 pengunjung telah dapat ke pameran tersebut. Kerajaan Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak industri, NGO, GLC dan agensi- agensi dalam merealisasikan teknologi hijau sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih lestari pada masa hadapan.

final • 7:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Bukit Katil, kementerian saya sedang merangka perancangan untuk mewujudkan program pelabelan eko kebangsaan yang bertujuan untuk mempromosikan dan menggalakkan penggunaan dan pembelaan barangan dan perkhidmatan yang mesra alam sekitar berdasarkan standard atau kriteria hijau yang telah ditetapkan.

Melalui program ini, pengguna dapat mengenal pasti barangan dan perkhidmatan hijau berasaskan label eko yang diberikan. Program ini akan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, SIRIM, Malaysian Green Technology Corporation dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu, Malaysian Green Technology Corporation iaitu

(MGTC) sedang dalam usaha untuk melaksanakan green directory iaitu satu daftar produk-produk dan perkhidmatan dan syarikat-syarikat yang telah diiktiraf sebagai hijau untuk rujukan pihak industri dan orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, bagi perkhidmatan air, isu non revenue water atau

(NRW). Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat dari Sarikei, kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan untuk mengatasi masalah non revenue water dengan izin, setiap kali rancangan pembangunan disediakan. Namun begitu, ianya memerlukan belanja yang besar dan perlu dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat.

Penukaran paip juga memerlukan perbelanjaan yang besar dan untuk mengurangkan kadar NRW yang tinggi. Kita tidak boleh bergantung kepada penukaran paip semata-mata. Kementerian saya menggalakkan semua operator bekalan air melaksanakan program pengurangan NRW secara holistik yang

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

merangkumi aktiviti pemantauan, kawalan dan mengurangkan kehilangan air secara berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai penstrukturan air Selangor, Ahli Yang Berhormat Hulu Langat, Klang, Bandar Tun Razak dan Seputeh menyentuh supaya isu penyusunan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor dapat diselesaikan segera demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian saya masih komited melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri Selangor. Sebagai membuktikan keterbukaan Kerajaan Persekutuan, saya menegaskan sekali lagi bahawa saya telah memberikan tempoh sehingga akhir tahun ini kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri Selangor secara willing buyer, willing seller dengan izin, menggunakan pembiayaan sendiri kepada kadar yang munasabah dan tidak menyebabkan kenaikan kadar tarif yang tinggi.

final • 7:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor benar-benar ikhlas untuk menjaga kepentingan rakyat di seluruh negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor sewajarnya memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya terhadap inisiatif yang diusahakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan termasuklah menyokong pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat II yang tidak seharusnya dikaitkan dengan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor.

Ingin sekali lagi saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kejayaan penstrukturan semula ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor yang turut mempunyai kepentingan dalam tiga daripada empat syarikat operator air negeri Selangor yang sedang beroperasi pada masa ini.

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa ada standing instruction, only isu-isu yang telah dibawa ketika perbahasan. Okey, boleh dibawa.

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya telah bangkitkan isu ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong.

final • 7:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya memang tertarik dengan jawapan Yang Berhormat mengenai air. Apakah sebenarnya masalah yang timbul sehingga mengambil masa yang begitu panjang terutamanya Perbadanan Aset Air Berhad Negara dan peranan yang ditubuhkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air? Apakah halangan? Lebih dua tahun sudah kita ada perbincangan dan sebagainya dan bagi saya, mestilah pihak kementerian Yang Berhormat mengambil tindakan yang positif untuk menyelesaikan masalah ini – tarif daripada SYABAS itu begitu tinggi. Mengapa pihak kementerian tidak boleh menolong menyelesaikan masalah tarif yang begitu tinggi?

final • 8:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik kepada isu penstrukturan air di Selangor dan pandangan yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Menurut Water Services Industry Act 2006, jelas mengatakan bahawa satu cara untuk mengatur pengurusan air adalah secara holistik. Saya percaya, Kerajaan Negeri Selangor telah memajukan satu rancangan kepada pihak kementerian bagaimana untuk menjalankan atau menguruskan air secara holistik.

Akan tetapi saya juga diberitahu oleh Kerajaan Negeri Selangor bahawa pihak kementerian lebih peka dengan memberi pengurusan air kepada pihak swasta dan juga untuk maintain status quo iaitu memberi kepada Puncak Niaga dan juga kepada tiga lagi syarikat rawatan air. Jikalau itu menjadi cara kementerian untuk menguruskan air di Selangor, maka bukankah itu bercanggah dengan roh atau spirit of the Water Services Industry Act 2006?

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih. Sebenarnya saya hargai dua soalan ini. Jikalau saya hendak jelaskan, barangkali satu jam pun tidak cukup mengenai dengan latar belakang ini. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnyalah.

Yang Berhormat Kepong tanya apa sebenarnya halangan. Saya ingin jelaskan dalam Dewan yang mulia ini bahawa halangannya ialah kita tidak boleh sepakat tentang nilai aset-aset. Apa yang dikehendaki oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor ialah hendak ambil alih syarikat-syarikat tersebut, tetapi saya tidak ada kuasa untuk ambil alih syarikat ini dan diberikan syarikat ini kepada Kerajaan Selangor. Saya tidak ada kuasa dan saya tidak mampu pun untuk berbuat sebegitu.

Oleh sebab itu, saya sudah tawarkan kepada Kerajaan Negeri Selangor jika hendak holistik dan ambil alih keempat-empat syarikat tersebut, be my guest dengan izin, bolehlah lakukannya. Akan tetapi Kerajaan Selangor perlulah mampu berunding dengan pihak syarikat-syarikat tersebut dengan membeli share mereka dan berunding dengan pihak Kerajaan Persekutuan untuk ambil alih asetnya melalui kaedah yang kita sedia ada, saya boleh setuju. Akan tetapi sampai sekarang pun perkara ini masih dilengah-lengahkan.

Saya bercakap di sini sebab kita ada joint committee atau satu jawatankuasa bersama di mana pihak Kerajaan Negeri Selangor dan kementerian saya mempunyai wakilnya. Kita berundinglah dalam berapa pun siri mesyuaratnya. Akan tetapi apa boleh buat, dalam rundingan-rundingan tersebut tidak berjaya.

Memanglah harapan saya untuk perkara ini diselesaikan dengan cepat dan secara holistik seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Klang. Saya memang setuju tetapi kita kena ada kaedah untuk ambil alih syarikat-syarikat yang kita tahu adalah syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham ini. Kita kena beli share mereka dan ambil alih secara yang sepatutnya. Kita tidak boleh menggunakan kuasa yang mutlak ini untuk mengarah sesuatu syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham untuk menjual saham-saham mereka kepada Kerajaan Negeri Selangor. Saya tidak ada kuasa Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya memang...

final • 8:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri belum menjawab soalan saya.

final • 8:00 PM

Datuk Peter Chin Fah Kui

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Penjelasan mengenai apa yang disebutkan itu – pengambilalihan keempat-empat syarikat. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa keempat-empat syarikat air di Selangor ini menggunakan aset yang nilainya lebih daripada RM10 bilion? Setakat ini, setelah bertahun-tahun, tidak pernah membayar satu sen pun untuk menggunakan aset ini. Ini memang perlu dipertimbangkan oleh pihak kementerian.

final • 8:00 PM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Saya tidak tahulah maklumat Yang Berhormat Kepong ini dari mana. Saya rasa begini Yang Berhormat. Kalau kita hendak selesaikan, masih ada masa. Bulan November dan Disember ini, pihak Kerajaan Negeri Selangor boleh bertindak dengan lebih cergas dan cepat lagilah berunding dengan syarikat-syarikat tersebut. I am open dengan izin. Kalau dapat selesaikan dalam dua bulan ini, saya akan sokong tetapi kena willing buyer willing seller.

Maksudnya, dia hendak jual sahamnya dengan apa harga yang berpatutan itu, belilah. Itulah apa yang disebutkan sebagai halangan tentang pencapaian penyelesaian penstrukturan di Selangor.

Saya suka tengok perkara ini sebab pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang mengaitkan dengan loji Langat 2 ini dengan penstrukturan ini. Kalau penstrukturan itu masih tidak boleh siap, ia tidak akan membenarkan pihak PAAB mulakan tugas membina loji Langat 2. Loji Langat 2 ini sangat penting bagi perancangan air bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Saya tidak boleh tunggu. Sampai bila baru dapat saya mulakan pembinaan loji itu?

final • 8:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya? Sebenarnya saya hendak berbalik kepada isu penstrukturan air di Selangor. Yang Berhormat Menteri telah bangkitkan tiga isu – satu mengenai nilai aset, kedua mengenai kuasa Menteri dan ketiga mengenai Jawatankuasa Bersama.

Isu pertama – nilai aset. Sebenarnya, menerusi PAAB, mereka mengatakan bahawa aset Selangor yang bernilai lebih kurang RM1 bilion, tetapi Kerajaan Negeri Selangor pun telah membuat evaluation dan mendapati bahawa asset value untuk infrastruktur air di Selangor adalah lebih kurang RM10 bilion. So ada, there are two numbers.

final • 8:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kedua di Water Services Industries Act Bill, akta ini ada kuasa untuk pihak Menteri, tetapi masalah di sini lack of political will on the part of the Minister untuk enforce the bill. So that penstrukturan itu akan diteruskan secara cepat mungkin dan boleh dihabiskan, jangan tunggu sampai Disember, minggu depan pun boleh habis isu ini.

Ketiga jawatankuasa bersama, saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri Selangor telah pergi kepada perbincangan bersama ini dengan jawatankuasa bersama di mana wakil–wakil Selangor telah jelas mengatakan bahawa cara holistik formula yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor efektif dan efisien daripada rancangan yang telah dikemukakan oleh kerajaan Persekutuan dan kementerian Menteri. Oleh kerana itu saya cadang sebenarnya...

final • 8:10 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Apa itu? Apa you mahu cakap? Ini kacau...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

So sebenarnya Yang Berhormat Menteri apa yang perlu dan pentingnya ialah political will. Political will saya ingat pada masa ini tidak ada lagi. So oleh kerana itu saya fikir ada kuasa dengan Menteri dalam wasiat bill untuk mempercepatkan dan melicinkan proses.

Minta penjelasan.

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak minta penjelasan juga, terima kasih. Saya juga hendak tanya kerana saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat Klang, bahawa ini adalah isu political will kerana kerajaan Pusat sebaliknya tidak membantu kerajaan Selangor untuk berunding dengan SYABAS tetapi sebaliknya kerajaan pusat memberikan pinjaman wang SYABAS yang sebanyak RM320.8 juta kepada SYABAS. Pinjaman wang ini diberi kepada SYABAS tanpa apa-apa faedah pun. Tanpa faedah, beri pinjaman wang ini kepada SYABAS biarpun SYABAS adalah sebuah syarikat yang tidak - it’s not very well managed otherwise they wouldn’t need the loans, dengan izin. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat ini isu lainlah Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Sama ini tentang percatutan air.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini soal pinjaman.

final • 8:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Bukan Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sekarang kita bercakap soal penstrukturan.

final • 8:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ada berkaitan.

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ya, betul. Ini menunjukkan bahawa SYABAS adalah sebuah syarikat yang tidak baik. Jadi kita perlulah satu percatutan air dengan itu kenapa Kerajaan Pusat hendak bantu SYABAS lagi untuk memberi pinjaman wang tanpa faedah.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ini isu yang paling penting.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Serdang tidak bercakap dalam sesi perbahasan.

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya wakil rakyat dari Selangor, ini hak saya untuk mengemukakan soalan.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Dia tidak bercakap, jadi...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tidak ada standing order, bahawa saya tidak boleh mengemukakan apa-apa soalan.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Oleh sebab itu dia hanya hendak ungkitkan satu perkara yang tidak disebutkan dalam perbahasan ini. Okeylah Yang Berhormat Klang. Saya hendak sebutkan ini political will. Kalau itulah political will saya pulangkan sekarang political will ini kepada MB Selangor.

[Tepuk] Pakailah political will.

final • 8:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri tidak ada masalah untuk ambil...

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Pakailah political will dan selesaikan ini.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Menteri sedang menjawab Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Selesaikanlah ini dalam lingkungan dua bulan ini kalau ada political will. Kalau saya tidak ada dan dia ada buatlah. Saya tidak halang. Itulah pendek kata - Saya tidak halang. Kuasa Menteri yang disebutkan dalam buku undang-undang ini saya hendak sebut dengar sini. Saya tidak kuasa hendak ambil alih syarikat-syarikat ini lock stock and barrel dan saya beri syarikat ini kepada Kerajaan Negeri Selangor. I don’t have that power.

Dalam kuasa 191(5) ini saya tidak ada kuasa Tuan Yang di-Pertua. Apa yang kerajaan negeri Selangor hendak saya ambil alih syarikat-syarikat tersebut, ambil aset semua ini dan berikan kepada kerajaan negeri Selangor supaya dia sebutnya inilah cara holistik. Akan tetapi saya tidak ada. Hakikatnya ialah kita ada perjanjian konsesi dan perjanjian konsesi itu sudah di tandatangani oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dan juga Barisan Nasional. Dia sudah dimuktamadkan dan diiktiraf sebagai sah. Saya tidak boleh ada kuasa macam ambil alih. I cannot nationalize anything. Kita kenalah faham. Sebab itu...

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, saya nasihat kepada kerajaan negeri Selangor janganlah point fingers. Kalau kita hendak betul- betulnya, hendak ikhlas, hendak selesaikan perkara ini, we work together.

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ya, betul.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

We work together untuk selesaikannya.

Akan tetapi saya tidak nampak.

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Setuju.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Kalau ada political will ambil alih. Ini yang hendak saya terangkan kepada Yang Berhormat mengenai isu ini...

final • 8:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri sebenarnya para yang dibaca oleh Yang Berhormat Menteri itu memberikan kuasa menggunakan national interest dan bukan memberikan aset swasta kepada kerajaan negeri Selangor dengan percuma, tidak. Akan tetapi membeli dengan harga yang berpatutan. Akan tetapi isu yang dibangkitkan di sini ialah pihak Kerajaan Persekutuan ada favorite dia dan mereka hendak maintain status quo.

So itu sekarang merupakan isu political will dan its back to your court Mr. Minister.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat saya rasa kita tidak mencapai keputusan dalam perbincangan ini.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya. Saya hendak ini national interest ini, biarlah saya sebut. National interest ini, Selangor it’s just a state, Wilayah Persekutuan is just a territory. Kita bukan national ini. Kalau national ini we have to talk about national issues that face the water issue of the whole country. Saya rasa kita belum sampai ke tahap lagi, if you have political will you hendak selesaikan ini, buatlah dalam masa yang saya berikan tadi. Akan tetapi saya tidak tengok ada tindakan-tindakan yang bernas ini untuk ke arah itu.

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak minta penjelasan.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, dengan itulah saya akan...

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan sini. Jangan lari.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya akan tamatkan...

final • 8:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Satu soalan lagi...

final • 8:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Jawapan ini - Penggulungan ini. Sekian, terima kasih.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Kementerian Pelancongan.

final • 8:10 PM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 8:17 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Hendak minta penjelasan dahulu.

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan.

final • 8:17 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sebentar Yang Berhormat. Kita hendak minta jalan dengan dia.

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Semasa...

final • 8:17 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bukan. Minta tanya di mana Menteri Pelancongan ini? Beliau melancong di mana sekarang? [Ketawa]

final • 8:17 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Menyampuk]

final • 8:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat.

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Saya pun tidak tahu di mana dia. Dia ada tugas.

final • 8:17 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Melancong di mana?

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Biarlah saya menjawab.

final • 8:17 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Melancong di Batu Sapi atau di Amerikakah atau di mana? Tidak bertanggungjawab di sini.

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasihlah atas perkara itu.

final • 8:17 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Panggil Menteri sendiri datang sini jangan...

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Akan tetapi biarlah saya terus menjawab.

final • 8:17 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, terima kasih.

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit]

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 8:17 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 8:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri belum menjawab lagi Yang Berhormat.

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang telah menyentuh. perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan...

final • 8:17 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya hendak minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Semasa perbahasan belanjawan tahun 2011.

final • 8:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar. Saya ingin perjelaskan bahawa untuk menjalankan tugas ini dengan berkesan dengan masa yang diberi, saya ingin memaklumkan bahawa hanya soalan-soalan yang berbangkit daripada perbahasan peringkat dasar yang harus dibangkitkan semula dalam perbahasan ini. Sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri belum pun menjawab. Sepatutnya tidak ada lagi perkara-perkara yang harus dibangkitkan setakat ini. Let the Minister menjawab dahulu Yang Berhormat. Ya, sila.

final • 8:17 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:17 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya ringkas sahaja. Saya hendak tahu mana Menteri Pelancongan seperti yang ditanya. Mana pergi Menteri Pelancongan? Kalau Menteri sebelum ini boleh datang dengan sendiri, baru-baru pelbagai isu bangkit berkenaan perbelanjaan Menteri Pelancongan dan tambahan Tuan Yang di-Pertua harus bagi kelonggaran kami Ahli-ahli dalam Dewan sampai lewat malam masih menunggu sebab kami mahu melibatkan diri dalam perbahasan hendak tanya soalan.

final • 8:17 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau hadkan kepada perkara yang telah dibangkitkan sahaja, saya rasa itu terlalu ketat. Sebab ada perkembangan terkini dan tambahan perbahasan hanya setengah jam, jadi peluang mesti diberikan kepada ahli kalau ada pertanyaan...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya rasa saya tidak perlu jelaskan semula perkara ini Yang Berhormat...

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Walaupun perkara baru Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ia telah pun dijelaskan banyak kali tentang perkara ini.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

We are waiting until now… Sampai sekarang!

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 8:20 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Saya teruskan...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Beritahu...

final • 8:20 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Saya teruskan...

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mana Yang Berhormat Menteri yang...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tidak boleh...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat

final • 8:20 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Kalau Yang Berhormat hendak saya jawab pertanyaan...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 8:20 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Pertanyaan....

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tidak boleh menggunakan peraturan mesyuarat untuk ketika-ketika yang berkenaan. Kalau kita hendak patuh peraturan mesyuarat, Yang Berhormat harus akur bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab bagi pihak kementerian. That should not be questioned, tidak sepatutnya dibangkitkan perkara ini. Perkara ini sudah lama kita perjelaskan.

Apa-apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun pada ketika dahulu Setiausaha Parlimen adalah merupakan jawapan yang dibuat oleh kementerian, jawapan yang sama yang akan dibaca jika seorang menteri itu datang. Maknanya kalau kita harus patuh kepada peraturan mesyuarat, kita harus akur kepada perkara ini. Isu ini untuk membolehkan Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun Setiausaha Parlimen - jika ada Setiausaha Parlimen seperti kerajaan yang lalu sebelum pilihan raya yang lalu untuk menjawab bagi pihak kementerian, that should not be questioned. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, there should not be a question.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya...

final • 8:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah selesai dengan perkara ini.

final • 8:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya tidak menjawab...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk meneruskan jawapan.

final • 8:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, kita bukan menyoalkan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Kita memang bersetuju bahawa timbalan menteri boleh menjawab bagi pihak kementerian...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, I have settled this issue.

final • 8:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Akan tetapi juga di dalam peraturan tidak mengatakan kita tidak boleh mengambil bahagian menyoal semasa itu...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat,peraturan kata Yang Berhormat, hanya perkara-perkara yang dibangkitkan boleh, siapa kata tidak boleh, boleh. Sebab itu I have allowed tadi, tetapi haruslah tertumpu kepada perkara-perkara yang dibangkitkan...

final • 8:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Jika dibangkitkan oleh lain-lain...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You are not listening to me. You listen to me. Perkara yang dibangkitkan, saya allow tadi perkara mengenai penstrukturan air Selangor. Did I allow? I allow you… I allow Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Serdang. Akan tetapi khusus untuk perkara-perkara yang dibangkitkan, jangan salah dengan keputusan yang dibuat oleh rakan saya sebelum ini. Ia tidak bermaksud untuk tidak membenarkan pencelahan - tidak. Ia confined dengan pencelahan kepada perkara yang telah dibangkitkan. That one should be clear, tidak ada masalah.

Saya baca arahan di sini, “I have stop Members from raising issues that they did not raised during the initial speeches.” It is very clear. Ini mengikut peraturan, tidak ada salah pun. Rakan saya tidak ada salah pun buat instruction begini. Okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan.

Kementerian amat menghargai serta mengambil perhatian terhadap semua pandangan, saranan, cadangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat. Di antara perkara-perkara yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah pembangunan infrastruktur pelancongan, ekopelancongan, tarian 1Malaysia, promosi, kursus pemandu pelancong, homestay, misi jualan, ekspo Shanghai dan penerbangan dari negara luar terus ke Langkawi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Selangor mencadangkan kerajaan menyalurkan pelaburan daripada peruntukan sebanyak RM85 juta ke kawasan Hulu Selangor untuk menyediakan infrastruktur seperti hotel dan resort peranginan. Ini memandangkan Hulu Selangor adalah berpotensi untuk digunakan sebagai tarikan destinasi yang premium. Berhubung dengan peruntukan RM85 juta, ia merupakan pembiayaan 8% daripada kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur pelancongan seperti jalan masuk, bekalan air dan elektrik, sistem pembetungan dan sebagainya bagi projek-projek hotel dan resort peranginan yang dilaksanakan oleh pihak swasta di kawasan luar bandar ataupun di pulau.

Justeru itu, pihak swasta boleh memohon pembiayaan sedemikian sekiranya mereka dapat menyediakan sekurang-kurangnya 92% daripada kos projek hotel yang hendak dilaksanakan. Ini adalah sebagaimana yang telah ditetapkan bagi projek-projek titik permulaan dengan izin, entry points project

(EPP) hasil daripada makmal pelancongan di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (NKEA).

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Rajang mencadangkan Kementerian Pelancongan menyalurkan juga peruntukan untuk pembangunan

final • 8:20 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

infrastruktur di Tasik Bakun. Perancangan pembangunan Tasik Bakun tertakluk kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan sekiranya kerajaan negeri mempunyai perancangan dan keperluan untuk membangunkan infrastruktur kemudahan pelancongan Tasik Bakun, kementerian sedia mempertimbangkan permohonan daripada kerajaan negeri berdasarkan garis panduan dan polisi semasa kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lanang memohon kepada kerajaan supaya mempertimbangkan kelulusan terhadap cadangan projek pengindahan Waterfront Sibu yang telah pun dikemukakan kepada kerajaan melalui Unit Perancangan Negeri Sarawak. Berhubung dengan cadangan projek pengindahan Waterfront Sibu, Kementerian Pelancongan ada menerima permohonan daripada Majlis Perbandaran Sibu untuk projek pengindahan Waterfront Sibu yang bernilai RM20 juta. Kementerian telah memanjangkan permohonan ini kepada Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri untuk pertimbangan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun pihak Unit Perancangan Ekonomi telah pun memuktamadkan senarai projek di bawah First Rolling Plan RMKe-10. Berdasarkan perkembangan ini, Kementerian Pelancongan akan mengemukakan semula Second Rolling Plan RMKe-10, seperti yang disyorkan oleh Unit Perancangan Ekonomi untuk dipertimbangkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Selangor juga menyarankan Kementerian Pelancongan membangunkan kawasan sekitar Empangan Selangor kerana mempunyai potensi yang hebat sebagai destinasi ecotourism yang unggul.

Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum Empangan Selangor terletak di Kuala Kubu Baru merupakan kawasan tadahan air yang indah dan terbesar di negeri Selangor. Ia dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dan diurus serta diselenggarakan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor. Meskipun indah, aktiviti ekopelancongan di kawasan ini tidak dapat dijalankan kerana ia adalah kawasan larangan. Justeru itu, kementerian hanya dapat mempertimbangkan cadangan pembangunan pelancongan di kawasan ini sekiranya terdapat permohonan dan kebenaran daripada kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun terdapat produk pelancongan yang berhampiran dengan Empangan tersebut iaitu Air Terjun Sungai Chilling. Selain daripada berkelah di air terjun tersebut, pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti jungle tracking dan melawat kolam ikan kelah yang diusahakan oleh Jabatan Perikanan Selangor. Kementerian Pelancongan bersedia untuk menaiktarafkan kemudahan pelancongan di kawasan air terjun ini sekiranya terdapat keperluan untuk di naik taraf di bawah tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana ecotourism baru-baru ini saya ada bertanya satu soalan, perbelanjaan menteri 10 hari di Sydney, Australia dan New Zealand yang telah mengguna pakai RM244,710.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apa inspirasinya, ekoran daripada lawatan 10 hari ke New Zealand dan Australia. Dimaklumkan dalam jawapan bahawa salah satu inspirasi membangunkan ekopelancongan. Jadi saya hendak tahu pihak kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pihak kementerian telah mengenal pasti tempat-tempat di negara Malaysia, di negara ini yang boleh membangunkan ecotourism ini. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata empangan Selangor

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

dicadangkan itu tidak sesuai. Boleh saya tahu apa perkembangan ekoran inspirasi dari Australia dan New Zealand ini?

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah atas soalan itu, atas sentuhan itu juga. Jikalaulah kita mendapat inspirasi dari New Zealand itu daripada pengalaman mereka yang begitu lama di dalam bidang ekopelancongan, jika kita membangunkan kawasan ekopelancongan, kita bukan hanya mengenal pasti kawasan, tetapi mengenal pasti produk-produk yang unik di dalam kawasan yang ada di dalam negara kita.

Kementerian Pelancongan telah pun mengenal pasti banyak kawasan.

Selain daripada yang telah pun dicadangkan oleh kerajaan negeri, kita telah pun mengenal pasti. Sudah tentu kita membangunkan kawasan-kawasan ekopelancongan itu mengikut produk-produk yang unik. Tidak perlu kita membangunkan kalau semua produk di dalam kawasan ekopelancongan itu sama.

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Oleh itu ilham yang kita boleh gunakan daripada pengalaman negara lain adalah penting juga. Bukan hanya kita tahu daripada segi sudut kita sendiri, sudut negara lain juga kita mesti melihat supaya dapat tarikan yang berlebihan daripada itu.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju bangun Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan boleh tidak?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat tertariklah dengan produk-produk yang telah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan tadi termasuk homestay dan sebagainya. Akan tetapi homestay kita ini adalah satu produk yang teruk yang telah gagal. Bukan saya cakap ini yang dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, di muka surat 176.

Perenggan “17.4 Penemuan Audit, terdapat rumah yang dijadikan homestay tidak diperiksa oleh panel memeriksa. Rumah yang telah beroperasi sebagai homestay tetapi pemiliknya belum menghadiri kursus asas homestay dan kedatangan pelancong tidak sekata. Manakala projek menaik taraf kemudahan homestay pula tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi dan reka bentuk bagi beberapa kemudahan yang disediakan tidak sesuai.” Yang terakhirnya di muka surat 183, ini yang penting. “17.5 Syor Audit. Objektif program homestay tidak akan dicapai sepenuhnya jika kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program ini tidak diatasi dengan segera.” Ini sudah jadi satu damning report dengan izin, terhadap Yang Berhormat ‘Menteri Melancong’ ini sebab Yang Berhormat Menteri tidak ada masa hendak jaga kementerian. Setiap hari melancong ke sini menggunakan dan membazirkan wang rakyat, RM3.2 juta. Hasil apa? Tidak ada hasil langsung. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan di sini, dalam 61 city yang beliau telah melancong, apakah hasilnya? Setiap negara yang beliau pergi melancong 21 negara ini, satu negara menggunakan wang lebih kurang RM243,000. Apa hasilnya? Satu persatu negara itu. Berani saya kata terus terang di sini beliau melancong sahaja.

Tuan Yang di-Pertua lebih baik kita tukar nama kementerian ini kepada ‘Menteri Melancong,’ bukan pelancongan sebab Kementerian Pelancongan menggunakan wang RM3.3 juta untuk memberi subsidi kepada satu shoe festival

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

di dalam negara kita, shoe festival, untuk kasut di PWTC April baru-baru ini.

Kenapa kementerian perlu memberikan sumbangan kepada satu persatuan.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah setakat itu Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu yang penting, RM3 juta. Beri penjelasan dan dapat hasil apa daripada Yang Berhormat Menteri pergi melancong dengan suaminya, tidak tahu boyfriend pergikah tidak? Terima kasih.

[Ketawa]

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Perkara yang sama? Ekopelancongan?

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ekopelancongan.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Go ahead.

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya amat minat dengan ecotourism ini kerana negeri Melaka ini pun sedang juga ingin memajukan dalam sektor ecotourism ini.

Saya ingin tanya, selepas Yang Berhormat Timbalan Menteri melawat dan membuat kunjungan ke beberapa buah negara, bolehkah senaraikan tapak pelancongan atau projek pelancongan di negara-negara yang sudah dilawat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ini supaya kita pun dapat tengok yang mana sesuai untuk negeri kita? Selepas itu, senaraikan semua yang dicadangkan untuk membawa ke negara kita ini. Mungkin saya dapat juga rekomen kepada negeri Melaka yang mana sesuai untuk kita. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat.

Pertamanya, Yang Berhormat Wangsa Maju yang menyentuh tentang homestay.

Homestay juga ada kaitan dengan ekopelancongan Yang Berhormat Wangsa Maju. Akan tetapi Laporan Ketua Audit Negara yang disebut itu, kementerian saya sememangnya akan menjelaskan kepada Jabatan Audit Negara tentang laporan itu. Selain daripada itu, hasil daripada homestay...

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Penting, minta penjelasan sedikit. Ketua Audit Negara ini buat laporan, jawapan itu another issue. Apa yang pentingnya, kalau itu tidak benar, apa yang ditulis, yang dinyatakan oleh Ketua Audit Negara, kalau tidak benar, bagaimana Ketua Audit Negara buat dalam laporan ini? Ini sudah ternyata bahawa homestay program ini telah gagal kerana Yang Berhormat Menteri tidak ada masa untuk menjaga kementeriannya, sentiasa hendak melancong sahaja. Betul atau tidak? Sentiasa hendak bazirkan wang, memberikan RM3.3 juta kepada satu persatuan, apa kena-mengena dengan pelancongan dalam negara kita dan juga apa kena-mengena dengan ekopelancongan ini? Itu yang penting. Beri jawapan dengan tepat sama ada Ketua Audit Negara ini bohong kah? Tipu kita!

Saya berani dan saya percaya apa yang ditulis di sini adalah benar oleh kerana saya mendapat maklumat daripada kawan-kawan. Homestay ini adalah satu program yang boleh kata tipu rakyat, bazirkan wang rakyat dan tidak ada kawalan terhadap pemantauan langsung kerana Yang Berhormat Menteri melancong terus. Terima kasih, sila beri penjelasan. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju, terima kasih atas teguran itu. Seperti mana saya telah sebut kementerian

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

saya akan menjawab kepada Jabatan Audit Negara, sememangnya begitu. Itu adalah satu proses pentadbiran.

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Jadi betul atau tidak?

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Ya,ya. Saya tahu.

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Betul atau tidak? Benar atau tidak?

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Saya tahu.

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Apa yang disebut oleh Ketua Audit Negara ini benar atau tidak? Tolong jawab di sini sahaja.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Kita akan menjawab.

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Benar atau tidak?

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Kita akan menjawab dan sekarang izinkan saya menjawab...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ataupun Ketua Audit Negara tipu.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Izinkan saya menjawab yield ataupun hasil homestay pada tahun ini Yang Berhormat Wangsa Maju. Pada tahun ini bulan Januari hingga Ogos, jumlah pelancong yang menginap di homestay seluruh negara adalah 114,894 dan daripada bilangan itu 30,045 ialah pelancong- pelancong asing.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Jumlah pendapatan oleh pengusaha-pengusaha homestay pada tahun ini, bulan Januari sehingga bulan Ogos ialah...

final • 8:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

[Bangun].

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

RM6.87 juta. Bilangan ini telah pun meningkat kalau dibandingkan pada tahun yang lepas. Pada tempoh yang sama iaitu bulan Januari sehingga bulan Ogos tahun 2009 dengan 7.1%. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, itu adalah satu audit yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara. Mereka menggunakan sistem dan proses mereka sendiri untuk membuat pengauditan. Oleh itu, kementerian saya akan menjawab kepada Jabatan Audit Negara untuk perkara ini.

final • 8:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 8:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Jawab, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tunggu dahulu Yang Berhormat Lenggong. Untuk soalan Yang Berhormat Melaka tentang...

final • 8:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Berkaitan homestay.

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Ecotourism.

final • 8:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan homestay.

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Negara yang telah dilawati yang sememangnya kita melihat yang baik daripada segi sektor ecotourism ialah Australia. Australia ada strategi yang baik dan harus dicontohi. Akan tetapi, bagi produk-produk seperti saya sebutkan tadi, kita tidak boleh menyamakan produk kita dengan produk mereka. Itu adalah satu kelainan. Oleh itu, kita melihat produk- produk kita sendiri dan reka strategi kita sendiri untuk menarik pelancong- pelancong asing untuk menyiapkan diri dalam sektor ekopelancongan. Jadi, inilah yang kita sedang buat untuk ekopelancongan.

final • 8:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sebelum pergi jauh, masih saya berminat tentang homestay tadi. Kalau hendak sebut bahawa gagal, pihak kementerian baru tanya saya tidak terlalu setujulah. Akan tetapi, mungkin perlunya penambahbaikan daripada pihak kementerian kerana kita lihat bahawa sebab di kawasan saya pun ada homestay. Kalau buka laman web kementerian ada homestay Kampung Beng tetapi data dan maklumat yang ada dalam laman web itu, saya ingat sudah lima tahun tidak diupdate. [Disampuk] Maknanya, perlu ditambah baik. Disebabkan itu, saya fikir oleh kerana homestay ini sebenarnya ia memberi pendapatan sampingan kepada rakyat atau pihak yang mengusahakannya. Oleh sebab itu, saya hendak bertanya dalam Dewan ini apakah langkah yang dibuat oleh pihak kementerian untuk menambah baik dan meningkatkan kemudahan asas dan sebagainya, promosi atau perkara-perkara yang membolehkan kita benar-benar manfaatkan homestay ini demi kebaikan negara dan rakyat.

final • 8:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Soalan yang sama.

final • 8:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Tentang homestay, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan yang sama mengenai homestay ini sebab...Okey.

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Beri kepada Yang Berhormat Jasin dahulu.

final • 8:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bercakap tentang homestay lagi. Apabila kita lihat daripada Laporan Ketua Audit tadi, dia berdasarkan kepada lima buah negeri sahaja iaitu negeri Pulau Pinang, Sarawak, Kelantan, Kedah dan Pahang. Kita perlu adil sedikit kepada kementerian.

Sebenarnya Laporan Ketua Audit ini cukup baik betul. Bukan semua negeri yang lima buah disebut tadi tidak baik. Ada negeri yang baik, yang sebenarnya menjadikan homestay sebagai satu produk pelancongan yang cukup menguntungkan dan sentiasa dijaga dengan baik. Misalannya, di negeri Sarawak, negeri Yang Berhormat Menteri. Selepas itu, negeri Pulau Pinang pun dijaga baik.

Bukan semua tidak baik. Tidak baik pun kerana mungkin kurang penyelenggaraan.

Di Melaka Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebagai sebuah negeri pelancongan, kita telah diisytiharkan sebagai sebuah negeri maju mengikut daripada OACD setelah kita menepati 32 indicator. Seharusnyalah, kementerian memberikan satu perhatian yang khusus kepada negeri Melaka mempertingkatkan produk pelancongan yang boleh memberikan pendapatan ekonomi yang cukup menguntungkan. Apa yang saya hendak sebutkan di sini, di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, produk homestay ini sebagai satu produk yang cukup mendatangkan pendapatan sampingan yang cukup baik sekali kepada pengusaha-pengusaha.

final • 8:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Hanya saya berharap, pihak kementerian memberikan perhatian supaya kita dapat meningkatkan lagi produk-produk pelancongan kerana negeri Melaka pada ketika ini memberikan pulangan cukai kepada Kerajaan Pusat sebanyak RM2.4 bilion setahun. Maknanya, kalau satu Rancangan Malaysia Kesepuluh, insya-Allah kita akan berjaya menyumbangkan lebih daripada RM10 bilion. Akan tetapi kalau kita lihat daripada tahun 2010 dahulu, kita dapat peruntukan hanya RM3.9 bilion sahaja. Jadi, kita minta kalau boleh pihak Kementerian Pelancongan memberikan perhatian pada peruntukan negeri Melaka. Terima kasih Yang Berhormat Menteri .

final • 8:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertariklah dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan homestay ini adalah sudah berjaya, baik dan sebagainya. Saya nampak dalam Laporan Ketua Audit Negara ini mengatakan pada tahun 2007 sehingga tahun 2008, pelancong yang datang itu lebih daripada 250,000 orang. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa 1 lebih ribu sahaja.

Bukankah ini sudah jadi fakta yang kita sudah mundur, itu satu.

Kedua, Laporan Ketua Audit Negara ini telah mengatakan bahawa projek yang menaik taraf ataupun menaik taraf kemudahan homestay tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi dan reka bentuk bagi beberapa kemudahan yang disediakan tidak sesuai. Inilah yang penting. Apakah tindakan yang diambil oleh kementerian, ‘Menteri Melancong’ ini?

final • 8:40 PM

Seorang Ahli

Menteri Pelanconganlah.

final • 8:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Untuk membaik pulih semua keadaan yang ditulis, yang dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara ini.

Ketiga, jangan lari daripada soalan saya iaitu mengapakah kementerian ataupun ‘Menteri Melancong’ ini [Disampuk] perlu memberikan RM3 juta kepada sebuah persatuan kasut untuk menganjurkan Shoe Festival di PWTC. Kalau hendak berikan itu satu sumbangan atau subsidi RM3 juta, begini perlu berikan semua subsidi kepada persatuan dalam negara kita.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Cukup Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 8:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Mengapakah perlu ada pilih kasih sama ada ‘Menteri Melancong’ ini ada kepentingan? [Disampuk] Ataupun anaknya ada kepentingan dalam persatuan kasut ini? [Disampuk] Beritahu sama ada benar atau tidak yang RM3 juta ini diberikan kepada persatuan kasut ini?

Terima kasih.

final • 8:40 PM

Seorang Ahli

‘Menteri Melancong’. Menteri Pelancongan.

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih atas teguran Ahli-ahli Yang Berhormat itu. Pertamanya daripada Yang Berhormat Lenggong, tentang penambahbaikan homestay. Homestay adalah satu perusahaan iaitu satu business untuk mereka yang mengusahakan homestay. Oleh itu, jika ia satu business, maka penambahbaikan untuk homestay itu adalah tertakluk pada mereka yang mengusahakan homestay. Kementerian Pelancongan memberikan peruntukan untuk menaik taraf bilik air...

final • 8:40 PM

Seorang Ahli

Bilik air?

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Bilik air. Itu bilik air. Kedua, untuk membina ataupun menaik taraf jalan masuk ke perkampungan homestay. Ketiga, untuk membina dewan orang ramai di perkampungan homestay. Kepada Yang

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Berhormat Jasin yang juga menyebutkan Laporan Ketua Audit bahawa lima buah negeri...

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawablah yang soal kasut itu. Nanti dia bangun, tanya lagi soalan yang sama. [Ketawa]

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Inilah yang saya kata lima buah negeri.

final • 8:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

RM3 juta itu.

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Saya nampak yang lima negeri yang disebut oleh beliau tadi adalah yang terendah kedatangan pelancong-pelancong ke tempat homestay itu. Itu jawapannya. Akan tetapi, untuk Melaka, memang negeri ikon pelancongan dan kerajaan sentiasa membantu untuk memajukan produk-produk yang lain.

final • 8:40 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Untuk menjawab Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong, duduk dahulu Yang Berhormat Lenggong...

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sedikit, sedikit lagi boleh?

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat Lenggong lagi?

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sedikit lagi, bab tadi.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Apa itu yang saya belum?

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Homestay, homestay.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Ya?

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Homestay.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Homestay?

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ya.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Saya sudah jawab bukan?

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sedikit sahaja, sedikit...

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Apa yang sedikit, macam ini? [Ketawa] Homestay besar lagi daripada ini. Satu bilik besar, bilik tidur.

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Okey, sedikit dan besar.

Apa pun saya hendak beri penghargaan kepada kementerian kerana walaupun saya sebut tadi, laman webnya tidak di update. Akan tetapi fasilitinya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, memang cukup sempurna diberikan di kawasan saya. Maknanya saya hendak tekankan di sini tadi ialah kalau kita beri infranya baik, kemudahan, walaupun tandas tetapi sebenarnya RM15,000 sebuah rumah kepada lebih 50 buah rumah. Bukan? Jadi, ia tentunya menambah baik kemudahan asas.

Akan tetapi soalnya, apabila promosi itu tidak dibuat secara sempurna.

Bagaimana hendak menambahkan bilangan pelancong datang? Jadi kemudahan itu telah dibaiki. Maknanya penekanan kepada soal promosi. Oleh sebab itu saya

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

bagi pandangan tadi soal laman web di kementerian tidak diupgrade dan sebagainya itu. Jadi itu yang saya hendak tekankan.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat, itu soal promosi.

Promosi memang dibuat melalui homepage homestay. Go to http:www.gozhomestay.com. Itu yang pertama. Yang kedua, melalui telefon bimbit yang smart phone, *33307. Yang ketiga, untuk mempromosi homestay, persatuan homestay sentiasa mempromosi homestay di mana-mana negara ada persatuan homestay. Presiden persatuan homestay juga selalu ikut promosi di luar negara.

Akan tetapi kalau pelancong tidak datang ke homestay, itu adalah pilihan. Kalau kita tidak mahu menginap di homestay, kita inap di mana? Di hotel lima bintanglah.

Takkan kita hendak menginap di homestay di Kuala Lumpur. Jadi itu adalah pilihan kita.

final • 8:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

[Bangun]

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tunggu, tunggu, tunggu. Selain daripada itu, saya hendak jawab ini dahulu. Saya hendak jawab Yang Berhormat Wangsa Maju. Lagi Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya tidak tahulah tentang RM3 juta yang diberikan kepada persatuan kasut. Akan tetapi...

final • 8:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Sebelum Yang Berhormat pindah tajuk lain, boleh tak saya sambung homestay ini Yang Berhormat?

final • 8:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat, sama ada Yang Berhormat Menteri ada kata hendak nafikan wang RM3 juta ini telah diberi kepada persatuan kasut ini. Yang Berhormat Menteri Pelancongan memberi subsidi ini. Sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri berani menafikan RM3 juta telah dibazirkan oleh Menteri Pelancongan ini kepada persatuan kasut ini untuk satu function sahaja di PWTC pada bulan April 2010 ini. Berani menafikan atau tidak? Berani menafikan kata tidak ada.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya rasa, jangan nafilah.

Tidak baik sebab ini adalah satu benda yang benar. [Disampuk]

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya tidak nafikan. Saya kata, saya belum tahu lagi tentang hal itu.

final • 8:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak tahu, kenapa berdiri di sini menjawab? Panggillah Yang Berhormat Menteri Pelancongan datang ke sini untuk menjawab soalan.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 8:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini Parlimen.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 8:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini Parlimen, bukan kedai kopi.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat, pertamanya perkara ini tidak disentuh di dalam perbahasan dasar. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah pun sebut perkara-perkara yang disentuh di dalam perbahasan dasar. Jadi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat mahu tahu ini, mahu tahu tentang hal RM3 juta itu, saya akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Okey, terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Boleh tak?

final • 8:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dan saya juga telah bangkit hal Shanghai Expo di mana wang RM46 juta...

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Belum lagi, itu belum sampai lagi Yang Berhormat. Saya akan...

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ya kena sabar Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ada menjawab? Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Silakan. Saya belum sampai ke sana lagi. Silakan...

final • 8:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang Berhormat Menteri, sebelum pindah ke tajuk lain. Homestay ini ada rungutan yang perlu saya sampaikan daripada pengusaha-pengusaha homestay di kampung-kampung. Pertama sekali tentang agihan pelancong-pelancong yang tidak adil. Ada anak emas, ada anak perak. Mana yang menambat hati di peringkat nasional, di peringkat negeri, banyaklah pelancong-pelancong ini dihantar ke homestay tersebut. Akan tetapi ada homestay yang tidak menerima pelancong. Jadi kalau hendak harapkan dia mempromosikan sendiri agak terhad dan terbatas juga.

Jadi kalau selepas ini, kalau boleh Yang Berhormat memainkan peranan supaya berlaku adil kepada semua homestay yang ada dengan mengagihkan pelancong-pelancong yang datang supaya menginap di homestay ini secara lebih kurang sama rata.

Yang kedua tentang sikap kementerian terhadap homestay. Memang betul, ia satu perusahaan tetapi perusahaan yang diusahakan oleh sebahagiannya orang-orang miskin di kampung-kampung jauh di kawasan luar bandar. Misal contoh, peranan kementerian dengan TNB. Mesti kementerian berlaku tegas apabila TNB mengenakan caj yang tinggi kepada bil-bil elektrik yang dikenakan kepada pengusaha-pengusaha homestay. Ini kementerian mesti campur tangan supaya mengambil kira kemampuan golongan yang kurang mampu mengadakan homestay ini dengan menambah sumber pendapatan mereka di kampung- kampung.

Yang ketiganya Yang Berhormat, peranan kementerian. Homestay ini di kampung, ia hidup kerana ada aktiviti seperti kebudayaan sebagai contohnya.

Alat-alat ini mesti dibantu supaya dapat meningkatkan lagi kualiti sesuatu aktiviti homestay yang ada di kawasan luar bandar. Saya hendak minta kementerian juga ubah cara kementerian membuat keputusan. Peruntukan ini banyak tetapi terlalu bergantung pada pandangan Unit Perancang Ekonomi Negeri sebagai contoh.

Padahal, apa yang disuarakan oleh Ahli-ahli Parlimen dalam kawasan di Parlimen ini mempunyai satu pandangan yang lebih baik tetapi oleh sebab ia bertentangan dengan keutamaan yang diberikan di peringkat negeri maka terabailah produk tersebut.

Sebagai contoh, berkali-kali saya sebut. Kekuatan Homestay Lonek adalah bergantung pada kekuatan Teratak Za’aba yang duduk berhampiran dengan Lonek. Akan tetapi Teratak Za’aba tidak lengkap. Dia punya gerai tidak ada pelancong ramai datang tetapi mereka tidak dapat langsung menikmati produk kampung. Kraf tidak ada, makanan tradisional untuk dibawa balik, untuk dibeli tidak ada. Jadi orang kampung pun tidak dapat hendak berniaga. Ini kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memainkan perananlah. Apa ada hal RM3 juta

final • 8:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

mempromosikan negara kita ke luar negara kalau pendapatan negara RM54 bilion Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota sudah lama bangun, Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Adakah ini berkaitan dengan homestay juga?

final • 8:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya pun sudah merasa terlalu banyak pasal homestay. Saya hendak tanya perkara lain, boleh?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sekarang dalam homestay Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dalam isu homestay. Dewan saya benarkan kerana perkara ini dibangkitkan.

final • 8:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sebenarnya kita di peringkat dasar.

Saya rasa kita tidak payah terlalu detail seolah-olah kita dalam peringkat jawatankuasa sekarang. Saya hendak menyentuh apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi berkenaan dengan kedudukan di Melaka.

Walaupun saya tidak bercadang hendak menyokong apa yang disebut secara eksklusif tetapi saya rasa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin sangat penting, sangat mustahak. Ini sebab saya dengar satu maklumat yang diiktiraf di media mengatakan Melaka pernah satu masa dahulu diduduki oleh populasi yang paling besar di dalam dunia. Seawal tahun 1781 Melaka diduduki oleh 150,000 populasi penduduk. Bermakna, pada masa itu negeri Melaka mempunyai populasi terbesar dalam dunia mengalahkan New York dan juga Washington D.C. sepatutnya. Kalau perkembangan itu diambil kira daripada kedudukan asal itu tetapi malangnya tidak dieksploitasi dan dibiarkan begitu sahaja.

final • 8:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya rasa perkara pun ini tidak ditumpukan langsung, tidak diambil kira langsung oleh kementerian data-data seperti ini untuk dieksploitasikan. Sebab itu Yang Berhormat Jasin membangkitkan peruntukan, saya setuju dan saya rasa itu perkara mustahak. Kita abaikan perkara yang mustahak tentang pelancongan homestay ini. Saya simpati dengan pihak Timbalan Menteri sebab dia tidak pergi melancong tetapi dia kena malam ini. Saya simpati dengan dia, dia memang tidak ada kena mengena dengan pergi melancong tetapi dia yang terpaksa menjawab pada malam ini. Memang rasanya agak tidak munasabah kepada beliau.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Satu perkara yang saya hendak beritahu.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Cukuplah.

final • 9:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tentang maklumat yang...

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Nanti 50 perkataan demikian. Cukup, cukup.

final • 9:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey RM54 bilion boleh saya sebut?

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Tanggungjawab saya juga kalau saya mesti menjawab, saya menjawab.

final • 9:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Walaupun Menteri di sini, dia pun menjawab sebegitu.

final • 9:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Betul, betul.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Adakah jawapan yang berlainan daripada kementerian? Tidak.

final • 9:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya, ya. Saya kata saya simpati, itu sahaja. Kalau tidak mahu terima simpati saya itu pun tidak apa.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Tidak apa Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya cuma kata perkara yang kedua berkenaan dengan revenue RM54 bilion yang disebut oleh Menteri. Jawab dalam Dewan berkali-kali mengatakan pendapatan negara disumbangkan oleh industri pelancongan sebanyak RM54 bilion. Saya hendak tanya Timbalan Menteri, kebetulan Timbalan Menteri mewakili kementerian. Macam mana Timbalan Menteri mengira atau kementerian mengira hasil RM54 bilion ini diraih daripada keuntungan yang dihasilkan oleh pelancongan. Saya cukup minat hendak tahu perkara ini. Sebab itu kemudian ini dalam peringkat dasar nanti saya akan bawa angka-angka yang dapatan kita menunjukkan raih ataupun pendapatan yang diraih oleh negara, specific kiraannya daripada bidang pelancongan.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukup, cukup, Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Itu saya tinggalkan di bidang peringkat jawatankuasa nanti.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Cukup, cukup, Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ringkas boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Homestay.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Itu di luar bidang yang dibahaskan.

final • 9:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Timbalan Menteri sangat ringkas, very simple. Soalan yang sangat pendek sahaja.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Homestay?

final • 9:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Homestay. Sangat pendek sahaja

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Okey.

final • 9:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sementara jawapannya berkenaan lawatan menteri misi 10 hari ke Australia, ke New Zealand menyatakan bahawa salah satu produk yang dipromosikannya ialah homestay. Akan tetapi laporan audit menyatakan kelemahan homestay. Yang Berhormat Menteri memberi statistik bahawa melebihi 100,000 pelancong dan menggunakan kemudahan homestay. Daripada itu 30,000 lebih adalah pelancong asing. Saya hendak tahu pihak kementerian ada mengambil feedback, pandangan mereka selepas mereka menetap di homestay ini? Ini boleh menjadi satu garis panduan atau penyukat sama ada homestay ini berjaya atau tidak. Yang Berhormat kata statistik ini kata bagus, laporan audit kata begitu lemah situasi homestay ini. Saya hendak tanya soalan ini dan minta jawapan Menteri.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Okey, biarlah saya menjawab keseluruhan tentang homestay lagi. Kementerian tidak anak emas, tidak pernah claimed anak emas homestay. Kementerian mempromosi semua homestay di Malaysia. Pelancong bebas untuk memilih mana-mana homestay yang mereka suka. Kita tidak ada mengagihkan, tidak dapat mengagihkan di mana pelancong hendak pergi, di mana pelancong hendak menginap. Kita tidak buat begitu. Ini kerana itu semuanya daripada agensi-agensi pelancongan.

Berkaitan dengan caj elektrik TNB ke atas homestay itu telah pun diatasi.

Semua homestay via charge electric pada kadar biasa tetapi bukan kadar perniagaan. Maknanya, rendahlah daripada kadar perniagaan. Tentang promosi homestay lagi. Sememangnya kita telah buat pelbagai usaha termasuk menandatangani MoU di antara Persatuan Homestay dengan sekolah-sekolah di Jepun dan Korea untuk ditingkatkan jalinan hubungan untuk menarik lebih ramai pelancong ke homestay. Balik lagi kepada audit, kepada laporan audit. Laporan audit hanya memfokuskan kepada 70 buah rumah dan hanya lapan buah rumah sahaja tidak menepati spesifikasi. Jumlah homestay yang ada adalah sebanyak 2,833 buah rumah yang mana semuanya berjalan dengan baik.

Walaupun demikian kementerian kini dalam proses membuat pemeriksaan semula semua homestay untuk penambahbaikan. Yang Berhormat Indera Mahkota tentang RM54 bilion itu, itu bukan keuntungan. Itu adalah tourism receipt, maknanya perbelanjaan pelancong-pelancong di dalam negara kita. Jadi duit itu adalah di tangan industri, bukannya semata-mata di tangan kerajaan.

final • 9:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya faham. Maksud menteri menjawab menjana pendapatan negara sebanyak RM54 bilion, yang disebut dalam Dewan ini berkali-kali. Sebab itu saya kata, macam mana ukuran kata menjana itu dari sudut mana, dari sektor mana dan penyumbangnya dari sektor mana? Tentu kementerian mesti ada data dia.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita tahu penyumbang daripada mana, kita ada pecahan daripada nature tourism, eko pelancongan, daripada beli-belah, daripada penginapan. Semuanya ada kita ada pecahan. Akan tetapi pecahan itulah adalah statistik yang perlu kita ingatkan.

Kalau saya tanya Yang Berhormat tentang statistik apa-apa sahaja, tentu Yang Berhormat tidak boleh mengingatkan. Begitu juga dengan saya. Bukan kepala saya kepala statistik, tidak. Kalau saya tanya Yang Berhormat, berapa Yang Berhormat belanja pada hari ini, kelmarin, hari lepas, bulan lepas, tahun lepas?

Yang Berhormat tidak ingat. So, itulah tentang statistik, saya tidak ingat pecahan statistik.

final • 9:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Homestay Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa mengenai dengan Program Anak Angkat untuk Korea dan Jepun adalah berjaya juga. Sama ada Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak, kerajaan telah membazir, boleh kata, wang RM2.7 juta kepada PHM (Persatuan Homestay Malaysia). Untuk mendapatkan mereka menandatangani 71 memorandum persefahaman MoU yang tidak bermakna lagi, kita tahu MoU ini boleh sign-sign sahaja. Akan tetapi dengan belanja RM2.7 juta ini adalah banyak dan dapat hasilnya adalah dia ada 14 homestay yang dilawati, 14 yang digunakan oleh Program Anak Angkat ini.

Dalam 14 kampung ini, homestay ini, cuma tiga sahaja telah dilawati oleh anak murid daripada Program Anak Angkat ini dari Jepun dan Korea. Sebelas lagi tidak ada seorang pun melawati tempat itu. Ini boleh kata satu program yang tidak berjaya. Malulah. 14, cuma tiga yang mereka pergi, yang 11 lagi seorang pun tidak ada. Hantu pun tidak pergi.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 9:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kenapa? Mesti ada masalah.

Sila beri penjelasan.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri saya mohon agar Yang Berhormat habiskan penggulungan sebelum jam 9.30 nanti.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tentang MoU itu yang ditandatangani, saya akur dengan arahan Tuan Yang di- Pertua.

final • 9:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Saya akan memberi jawapan bertulis. Yang Berhormat mesti ingat, saya sudah kata jawapan yang bertulis untuk International Shoe Festival dan untuk MoU Homestay. Sila ambil kira tentang perkara itu. [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua...

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya tanya maklum balas, feedback daripada pelancong berkenaan kemudahan homestay. Tadi saya ada bertanya.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Apa? Ulang sekali lagi.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya bertanya apakah pihak kementerian ada mengambil maklum balas daripada pelancong yang telah menggunakan kemudahan homestay di negara kita? Itu boleh menjadi satu garis panduan atau penyukat sama ada homestay negara ini satu produk yang...

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Setiap pelancong di home stay diminta memberi maklum balas melalui borang maklum balas kepuasan dan melalui laman web www.go2homestay.com. Kita ada buat itu. Hasil laporan menunjukkan kebanyakannya pelancong berpuas hati. Ada juga beberapa elemen yang perlu ditambah baik yang kini kementerian sedang kaji dan akan laksanakan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jempol mencadangkan Kementerian Pelancongan melantik golongan profesional dan mahir dalam bidang tarian supaya digabungkan tenaga-tenaga pakar Malaysia seperti koreografer yang tidak kurang hebat juga dan berbelanja sedikit bagi melancarkan dengan sebaiknya apakah sebenarnya tarian 1Malaysia. Apabila dapat dirancang satu contoh tarian yang hebat, barulah dipamerkan di dalam televisyen bagi tontonan dan diikuti oleh anak-anak Malaysia dan juga rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Tarian Cuti-cuti 1Malaysia yang diwujudkan oleh Kementerian Pelancongan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelancong asing khususnya yang berkunjung ke negara ini supaya dapat mengalami dan mempelajari asas-asas tarian masyarakat di Malaysia dalam masa yang terhad seperti mana yang telah dianjurkan pada tahun 2009. Kementerian Pelancongan Malaysia juga akan menganjurkan karnival pelancongan Tarian Cuti- cuti 1Malaysia pada 5 Disember 2010 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Tarian ini yang berkonsepkan 1Malaysia dilaksanakan dalam bentuk riadah dan bukan merupakan tarian kebudayaan dengan elemen-elemen tarian masyarakat seperti Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan Orang Asli. Dalam

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

merealisasikan Tarian Cuti-cuti 1Malaysia ini, Kementerian Pelancongan telah merujuk dan bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

(JKKN) sebagai agensi yang bertanggungjawab dan mahir mengenai asas tarian- tarian di negara ini, di samping menyediakan tenaga pengajar bagi melatih para pelancong dan orang ramai yang berminat untuk mempelajari gerak geri tari ini.

Khidmat jurulatih yang profesional dari JKKN digunakan adalah untuk memastikan gerak asas tarian yang diajar ini kekal dan betul walaupun dilaksanakan secara riadah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam mencadangkan Kementerian Pelancongan memberi lebih penekanan kepada pengembangan nama Malaysia sebagai destinasi terbaik untuk melancong di negara-negara seperti China dan India memandangkan kedua-dua negara tersebut mempunyai populasi penduduk sebanyak 2.5 bilion orang merupakan sasaran yang berpotensi paling besar.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan Malaysia melalui agensinya Tourism Malaysia sememangnya sentiasa mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka di peringkat antarabangsa termasuklah di pasaran China dan India. Usaha-usaha yang lebih giat telah, sedang dan akan dipertingkatkan bagi mengambil peluang terhadap potensi pasaran yang besar dari kedua-dua negara ini. Bagi tahun 2010 sahaja, sebanyak 25 kempen pemasaran dan penggalakan pelancongan telah dan sedang dijalankan di seluruh negara China bagi menarik lebih ramai pelancong dari pasaran tersebut ke Malaysia.

Antara aktiviti-aktiviti penggalakan pelancongan yang dilaksanakan adalah seperti misi jualan, road show, promosi consumer, seminar, bengkel serta lawatan kerja. Penyertaan di pameran-pameran utama pula adalah di World Expo 2010 dari Mei hingga Oktober 2010, World Travel Fair pada Mei 2010, Beijing International Tourism Expo pada Jun 2010, China-ASEAN Expo pada Oktober 2010 dan China International Travel Mart pada November 2010.

Pihak kementerian melalui Tourism Malaysia juga mengendalikan Program Suai Kenal Mega (Mega Fam) di mana agensi-agensi pelancongan yang memasarkan Malaysia dan para media dari China dibawa ke Malaysia bagi mengalami sendiri kemeriahan acara-acara pelancongan seperti Citrawarna Malaysia dan Malaysia Mega Sale Carnival supaya acara-acara ini dapat dipakejkan dan dijual sebagai produk pelancongan di pasaran China. Selain daripada itu, mereka juga dibawa ke destinasi-destinasi pelancongan utama di Malaysia. Contohnya, di Pulau Pinang, Langkawi, Sabah dan Sarawak serta destinasi-destinasi di Pantai Timur. Hasil daripada usaha yang dijalankan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010, jumlah ketibaan pelancong dari pasaran China meningkat 8.8% kepada 719,285 pelancong berbanding tempoh yang sama pada tahun 2009 iaitu 660,940 pelancong.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pasaran India pula, pakej pelancongan baru bertemakan ‘1Malaysia Endless Experience’ telah dilancarkan dan dipromosikan bagi menarik pelancong India ke Malaysia. Kempen pengiklanan di media cetak, elektronik dan online juga diperhebatkan bagi pasaran ini. Bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan di pasaran India, Malaysia Tourism Committee telah diwujudkan. Hasil daripada usaha tersebut, jumlah ketibaan pelancong dari India bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010 turut meningkat 24.3% kepada 467,749 pelancong berbanding tempoh yang sama pada tahun 2009 iaitu 376,313 pelancong.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

China dengan India?

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ya China dan India. Terima kasih dan syabas Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat kata ada kempen dan juga peningkatan jumlah pelancong dari China dan India selepas kempen, lawatan kerja, misi jualan dan sebagainya.

Saya hendak tahu dari pihak kementerian, apakah pihak kementerian ada mengenal pasti berapakah peratus daripada pelancong yang berjaya ditarik dari negara China dan India adalah ekoran daripada lawatan Menteri – dua orang atau tiga orang ke tempat tersebut? Ini kerana saya dapat senarai jawapan daripada Yang Berhormat kepada Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Menteri yang banyak melancong.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini delegasi dua orang, tiga orang dan bersama pasangannya. Jadi berapa peratus pelancong dari India dan China ke negara ini ekoran personal touch ini jawapan saya terima, sentuhan secara peribadi, lawatan ke tempat-tempat berikut sebab Yang Berhormat Menteri ada kata beliau adalah specialist dalam industri ini.

Jadi apakah yang pada pendapat saya kejayaan peningkatan pelancong ada pelbagai faktor, bukannya sekadar seorang Menteri atau dua, tiga orang bersama Menteri pergi ke tempat itu sehari dua boleh dapat menarik kehadiran pelancong dan berbelanja yang menelan beratus ribu ringgit itu. Saya pohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat Batu Gajah, apa sahaja kesan yang terdapat daripada segi lawatan itu selagi kita tidak membuat penganalisa data-data yang kita perolehi, kita belum dapat pasti. Walaupun demikian, kalau kita lihat daripada segi peningkatan kehadiran pelancong daripada China dan India, seperti yang saya telah sebut tadi adakah itu bukan daripada promosi tetapi bukan daripada promosi Menteri seorang. Itu adalah usaha semua di dalam kementerian yang ada buat promosi, usaha semua bukan hanya daripada usaha Menteri sahaja. Saya telah pun sebut peningkatan tadi. Tuan Yang di-Pertua...

final • 9:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit mengenai pelancong daripada negeri China. Saya amat tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan pelawat daripada negeri China dan saya nampak Shanghai Expo ini ada banyak kritikan, orang marah dengan teruk bahawa ekspo kita ini amatlah teruk.

Saya rasa Yang Berhormat Rasah pun dia tahu kerana dia sendiri pergi, dia pun malu dengan keadaan Malaysia Pavilion itu, dengan kos yang amat tinggi tetapi dalamnya semua renovationnya amat teruk dan ejaan-ejaan pun teruk, saya tidak faham.

Yang Berhormat Rasah lebih tahu sebab dia sendiri pergi ke sana, dia ada brochure. Saya tidak berani hendak baca, takut bahasa Inggerisnya yang paling boleh dikatakan paling teruk sekali sehingga Standard Satu pun lebih baik lagi.

Berapa ribu membazir di sana. Mana ada standard, sebab itu saya kata Menteri melancong, bukan Menteri Pelancongan. Saya rasa Yang Berhormat Rasah boleh beri penjelasan dalam perkara ini sebab beliau ada di sana. Bagaimana kita boleh dapat pelancong boleh datang daripada China sedangkan kita menunjukkan kita ini satu negara yang tiada standard sampai brochure pun kita spelling pun tidak pandai. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Boleh sambung sekali Yang Berhormat?

Saya sedang tunggu Yang Berhormat Menteri?

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tentang apa itu? Ekspo Shanghai?

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Bukan, berkenaan dengan promosi juga.

Boleh saya dapat penjelasan. Saya tanya dahulu, nanti Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Promosi di China dan India? Bukan di tempat lain?

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

China.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

China dan India.

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ini promosi dekat China, kita telah membelanjakan RM35 juta untuk buat Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010 kata untuk mempromosikan negara Malaysia kepada pelancong China.

Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi, Malaysia Pavilion ini kita buat brochure berjuta-juta keping untuk diberikan promosi kepada pelancong-pelancong daripada China, pelancong-pelancong asing. Saya dapati saya pergi sendiri pada bulan September, saya pun ambillah satu brochure ini daripada Malaysia Pavilion dan didapati dalam brochure ini sebelas kesalahan, kesilapan ejaan dalam brochure ini. [Tepuk] Saya baca satu ayat sahaja yang ingin saya kongsi bersama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri the Malaysia Pavilion to know more about Malaysia, we ‘incite’ you to step in to the Malaysia Pavilion. Adakah pavilion ini kita ini begitu seditious Yang Berhormat Padang Rengas one need to be ‘incited’ to come to Malaysia Pavilion. Malu kita, imej negara kita jatuh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Pelancongan sebab saya tiada kesempatan berjumpa dia lagi, dia jawab saya melalui media. Dia kata memang betul ada kesilapan tetapi salah printer. Pegawai tidak salah, tiada pegawai yang prufkah dalam Kementerian Pelancongan? Tidak ada pegawai yang dipertanggungjawabkan, semua salah printer dekat China, dia kata dia sudah final proof it dekat Kuala Lumpur, hantar pergi China, tidak tahu apa terjadi ada magic show, ada ejaan salah keluar daripada printer.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa kos yang telah dibelanjakan oleh Kementerian Pelancongan untuk buat brochure ini sebab Yang Berhormat Menteri Pelancongan atau Menteri melancong kata telah berjuta-juta brochure diedarkan. Saya hendak tahu berapa kos yang telah dibelanjakan oleh Kementerian Pelancongan untuk brochure yang begitu memalukan negara ini sehingga invite cakap ‘incite’, beautiful cakap ‘beautuful’, multicultural cakap ‘nuaticulture’, Taman Negara cakap taman ‘nerara’, nasib baik dia tidak cakap ‘taman neraka’. Saya hendak tahu berapa kos.

Keduanya apa tindakan yang paling lebih penting, apa tindakan Kementerian Pelancongan terhadap pegawai yang sepatutnya bertanggungjawab untuk meluluskan brochure ini yang telah menjejaskan imej negara dan ketiga, kalau betul salah printer itu, saya hendak tanya apakah Kementerian Pelancongan terhadap printer di China itu. Adakah Kementerian Pelancongan bersedia untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas syarikat printer itu, mengambil balik ganti rugi kerana menjejaskan imej nama negara Malaysia dan jumlah perbelanjaan itu semuanya perlu dipulangkan kepada Kerajaan Malaysia kerana

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

telah memalukan negara ini melalui brochure ini. Saya hendak tanya penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Rasah menyentuh tentang Ekspo di Shanghai berkenaan dengan brochure. Brochure ini sebelum sampai kepada Shanghai Expo lagi saya ada jawapan.

final • 9:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bangunan pun teruk juga.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Kenapa yang saya baca ini semuanya betul, Englishnya betul. Kenapa Yang Berhormat baca salah? Ini kerana Yang Berhormat sudah buat kesalahan?

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yang Berhormat, brochure ini saya ambil daripada Malaysia Pavilion. Saya tidak buat sendiri. Ini design daripada Kementerian Pelancongan, saya tidak tahu buat design brochure, saya tidak tahu print brochure. Saya ambil ini daripada Malaysia Pavilion Yang Berhormat. Menteri sudah mengakui bahawa ada kesilapan jadi jangan nafikan lagi kesilapan itu berlaku.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Okey terima kasih. Okey saya tahu itu.

Saya tidak nafikan dan saya belum menjawab lagi. Pertamanya untuk Yang Berhormat Rasah, kementerian telah menghantar kepada negeri China pada 28 April tahun ini 5,000 printed hard copy brochure, 5,000 yang ini. Selain daripada itu, kementerian menghantar CD soft copy dan yang 5,000 ini semua telah pun diambil dalam tempoh satu hari, first day of opening sudah habis. Oleh itu percetakan daripada CD itulah yang dibuat di China yang menjadi semua ejaan tidak betul dan sebagainya. Oleh itu siapakah yang salah?

final • 9:10 PM

Beberapa Ahli

Siapa?

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Itu persoalan daripada kita dan daripada Yang Berhormat. Kita hantar yang betul 5,000 helai tetapi itu all taken up in one day yang betul punya. Akan tetapi yang kita hantar CD yang mengandungi semua maklumat yang betul tetapi apabila dicetak di negara itu, ianya menjadi salah.

Oleh sebab itu no more about Malaysia, we incite you to step incite you tetapi daripada bahasa Inggeris if we incite you to come in dengan izin Tuan Yang di- Pertua we mean that we try to give you a little force so that you go in. See, so it’s not so wrong. It is not so wrong.

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya haraplah, please ada kesilapan, akuilah kesilapan itu.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Betul.

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Kita force orang datang Malaysia Pavilion, kita hendak force orang-orang datang ke Malaysia Pavilion, malu 1Malaysia. Ini kita cakap force. Tanya Yang Berhormat Padang Rengas Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, you don’t defend indefensible.

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Incite to apa maksudnya, menghasut.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat, ini salah ejaan tetapi di dalam interpretasi yang saya katakan, adakah salah dalam interpretasi ini.

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Adakah incite itu dimaksudkan menghasut? Betul atau tidak kalau mengikut Dictionary Oxford, incite itu ialah menghasut, hasutan. Incite itu menghasut orang datang.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Dia masuk. Dia boleh masuk juga. Kalau Yang Berhormat menghasut dia masuk, dia masuk jugakan?

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ini bukan satu perkataan. Don’t defend indefensible.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Oleh itu...

final • 9:10 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Menteri, bukan satu perkataan, twenty over...

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Jangan mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Jadi kita hantar CD ke sana. Percetakan dibuat di sana.

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Bukan, saya hendak tanya sekarang kesilapan sudah diakui. Apa tindakan kementerian, yang lebih penting apa tindakan kementerian terhadap printer tersebut. Kita patut meminta ganti rugi daripada printer tersebut, memohon maaf kepada Malaysia, daripada printer di negara China itu, siapa syarikat itu?

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Kalau Yang Berhormat ada cadangan seperti itu, itu cadangan yang paling bagus.

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ya saya cadangkan.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Kalau kesilapan itu bukan kesilapan kita, kita mohon dan kita minta ganti rugi. Itu cadangan yang baik Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yalah, saya kata saya bukan paksa.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Kita akan minta ganti rugi...

final • 9:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Saya tidak cakap minta Menteri melancong itu minta letak jawatan, saya cakap ambil tindakan. Saya tidak cakap dia letak jawatan. Saya cakap kesilapan sudah dilakukan dan minta bertanggungjawab, perlu ambil tindakan untuk menyelamatkan imej negara Malaysia.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa cukuplah untuk kementerian ini. Saya telah buat keputusan tadi untuk menamatkan perbahasan, penggulungan 9.30. Mana-mana yang tidak dijawab saya rasa Yang Berhormat boleh menjawab secara bertulis untuk kementerian.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya ada persoalan. Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini tidak wajar Tuan Yang di- Pertua, dibenarkan sambung esok. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menunggu jawapan agar saya boleh bertanya soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

Perbelanjaan Menteri ke Australia, New Zealand secara itemize dan Warisan Merdeka Yang Berhormat Menteri juga kata you know we can do it, why shall we hold back? Saya hendak tanya soalan tambahan dengan jawapan. Saya pohon Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat secara spesifik perkara itu boleh dibuat dalam Jawatankuasa, perkara-perkara yang spesifik.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kementerian lain pun banyak juga menjawab secara bertulis dan kementerian ini telah melebihi satu jam setengah seperti kementerian yang lain Yang Berhormat.

Jadi saya putuskan bahawa mana-mana isu yang tidak dijawab akan dijawab oleh kementerian secara bertulis.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu 3 November 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.32 malam.

final • 9:10 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026