Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
[Soalan No. 2 – Y.B. Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) tidak hadir]
3. Datuk Haji Baharum bin Mohamed [Sekijang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk memasang kamera, CCTV di kawasan-kawasan luar bandar kerana banyak jenayah sejak kebelakangan ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemasangan kamera litar tertutup atau CCTV di lokasi-lokasi dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah ditentukan oleh indeks jenayah yang disahkan oleh pihak polis dan dipersetujui oleh PBT. Sekiranya indeks jenayah begitu tinggi di kawasan majlis daerah, perakuan boleh dibuat untuk menentukan lokasi bagi mendapatkan pertimbangan. Terima kasih.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan saya ini saya tujukan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tetapi dijawab oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebab soalan saya luar bandar. Jadi, walau macam mana pun saya mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan.
Kalau dahulu rompakan dan jenayah ini Tuan Yang di-Pertua, banyak berlaku di kawasan-kawasan bandar tetapi sejak akhir-akhir ini telah mula menular ke kawasan-kawasan di luar bandar dan ia amat sukar untuk kita mengesan penjenayah-penjenayah ini. Mangsa diperlakukan dengan secara cukup kejam kadang-kadang dan dia rompak pun tidak banyak mana di kawasan luar bandar ini kerana orang luar bandar ini bukannya ada banyak simpan duit dan sebagainya, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi ia meninggalkan kesan trauma yang cukup mendalam kepada mereka ataupun mangsa-mangsa ini.
Oleh sebab itu saya ingin bertanya di sini, untuk kawasan luar bandar ini. Saya tidak tahulah sama ada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh jawab atau tidak kerana di kawasan-kawasan luar bandar ini, saya hendak relate kan dengan lampu luar bandar dan kamera CCTV ini, Tuan
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Yang di-Pertua. Ini kerana kalau kita boleh memasang lampu jalan luar bandar dan juga CCTV ini, maka ini sedikit sebanyak akan mengurangkan penjenayah-penjenayah dan menakutkan penjenayah-penjenayah untuk masuk kerana kadang-kadang di kampung itu, masuk pun jalan itu, keluar pun jalan itu tetapi jenayah berlaku di situ. Jadi, ia tidak dapat dikesan kerana keadaan luar bandar ini yang jauh dan sebagainya.
Jadi saya hendak minta daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, bersetuju atau tidak dengan saya, supaya satu peruntukan khusus atau khas perlu diadakan bagi melindungi rakyat yang tinggal di dalam kawasan luar bandar ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Sebenarnya tanggungjawab untuk memasang CCTV ini ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama PBT dan juga Polis Diraja Malaysia. Saya percaya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak terlibat dalam soal ini, namun demikian sebagaimana yang disebut di mana kawasan-kawasan hot spot yang indeks jenayahnya tinggi, itu akan boleh dipertimbangkan tetapi haruslah mendapat pengesahan dan juga mendapat rekomendasi daripada pihak polis melalui PBT yang berkenaan.
Misalnya, satu majlis daerah di kawasan perbandaran ataupun di kawasan luar bandar majlis yang berkenaan, mungkin itu boleh dipertimbangkan tetapi pada masa kini kementerian saya tidak ada mempunyai rancangan untuk memasang CCTV di kawasan luar bandar. Akan tetapi bagi lampu jalan raya itu memang adalah merupakan tanggungjawab PBT juga dan bersama dengan Kementerian Kemajuan Luar dan Wilayah.
Di samping itu, barangkali Yang Berhormat boleh juga mencadangkan kalau sekiranya kawasan-kawasan kampung yang selalu dirompak ataupun kadar jenayahnya tinggi, kita ada beberapa jabatan ataupun agensi yang bertanggungjawab, terutama sekali RELA dan kita juga ada ronda secara sukarela di peringkat kampung yang berkenaan bagi mencegah jenayah yang berkenaan. Terima kasih.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya difahamkan, sehubungan dengan soalan dari Yang Berhormat Sekijang tadi, bahawa program inisiatif, Program Bandar Selamat ini telah dilanjutkan ke kawasan luar bandar melalui satu program yang dikenali sebagai Inisiatif Desa Selamat.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Menurut laporan akhbar, Daerah Muar adalah merupakan daerah pertama yang telah diperkenalkan dengan inisiatif tersebut. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat dalam Bajet 2011 baru-baru ini, saya tidak melihat strategi ini dibentangkan secara detail dalam program menyejahterakan kehidupan rakyat.
Jadi saya ingin tahu kalau dapat diberikan kepada kita tentang program-program yang telah diatur untuk inisiatif desa selamat ini kerana inisiatif untuk kawasan bandar selamat ini telah banyak diperlakukan seperti gated community yang telah diperkenalkan dan sebagainya. Akan tetapi isu yang dibangkitkan ini adalah yang berkaitan dengan luar bandar yang kalau kita lihat di dalam bajet yang baru dibentangkan tidak ada pendetilan yang secara khusus diberikan. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab soalan itu nampak soalan baru, jadi saya akan menjawab secara bertulis lagi detil. Terima kasih.
4. Dato’ Rashid Din [Merbok] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan perbandingan antara negara jiran dan Malaysia, galakan-galakan yang diberi kepada pelabur baru untuk menarik pelaburan ke Malaysia. Apakah tarikan utama yang Malaysia tawarkan yang tidak ditawarkan oleh negara jiran.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menggalakkan kemasukan pelaburan ke Malaysia, kerajaan telah menyediakan berbagai-bagai insentif dalam bentuk fiskal dan bukan fiskal yang bertujuan untuk memudah cara dan meningkatkan pelaburan di Malaysia sekali gus menjadi salah satu faktor penarik kepada kemasukan pelaburan. Di antaranya ialah:-
(i) kemudahan dan insentif yang bersifat broad range dengan izin, di mana produk dan aktiviti yang digalakkan disediakan pelbagai insentif dan komparatif oleh kerajaan dalam bentuk antara lainnya, pengecualian cukai pendapatan dan elaun cukai pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1997;
(ii) pengecualian duti import dan atau cukai jualan ke atas bahan mentah atau komponen dan mesin atau peralatan kepada syarikat perkilangan dan penyedia perkhidmatan terpilih;
(iii) pelabur asing dibenarkan memiliki 100% ekuiti di dalam sektor perkilangan dan beberapa subsektor perkhidmatan yang tertentu; dan
(iv) kos menjalankan perniagaan yang berkurangan melalui pelbagai inisiatif di bawah Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH).
Antara inisiatif yang telah diperkenalkan oleh PEMUDAH termasuk:-
(i) membolehkan penubuhan syarikat dalam masa dua hari;
(ii) memudahkan proses pendaftaran hartanah dan mengeluarkan hak milik dalam masa dua hari;
(iii) menjalankan penstrukturan semula garis panduan dan fungsi Jawatankuasa Pelaburan Asing pada 30 Jun 2009 untuk memperkukuhkan persekitaran perniagaan dan kawal selia bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia;
(iv) membangunkan Business Licensing Electronic Support System (BLESS) dengan izin iaitu sebuah pusat sehenti dalam talian bagi memendekkan proses kelulusan dan pengeluaran serta pemantauan perniagaan dan mewujudkan pusat setempat di SME Corporation (SME Corp.) bagi membantu usahawan-
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
usahawan industri kecil dan sederhana mendapatkan khidmat nasihat;
(v) pusat dan dasar pengambilan pegawai dagang yang dipermudahkan;
(vi) perlindungan ke atas pelaburan yang diberikan kepada pelabur melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) serta Perjanjian Penggalakan dan Perlindungan Pelaburan yang ditandatangani antara Malaysia dan negara-negara luar;
(vii) infrastruktur dan prasarana yang baik dan berteknologi tinggi seperti zon perindustrian bebas dan koridor pembangunan wilayah yang menyediakan pelbagai insentif menarik kepada para pelabur seperti pengecualian cukai korporat 100% bagi tempoh 5 tahun hingga 10 tahun;
(viii) kewujudan halal hub dengan izin, bagi menggalakkan pertumbuhan industri halal di Malaysia;
(ix) kestabilan politik dan sistem perundangan yang telus dan jelas;
(x) Malaysia mempunyai pengalaman dan rekod yang begitu cemerlang dalam sektor perkilangan yang meyakinkan para pelabur baru bahawa Malaysia merupakan destinasi pelaburan yang menarik;
(xi) sistem penyampaian kerajaan yang sentiasa ditambah baik di semua peringkat yang membolehkan para pelabur mendapatkan kelulusan-kelulusan berkaitan dalam real time dengan izin;
(xii) jaringan telekomunikasi seperti wireless dan broadband yang stabil dan efektif; dan
(xiii) wujudnya rantaian perniagaan yang berdaya saing di antara pasaran dalaman dan luaran di mana setiap satu menyokong pertumbuhan masing-masing.
Bagi menjadikan Malaysia lebih berdaya saing berbanding negara- negara jiran, Malaysia turut menyediakan galakan istimewa ataupun pre package kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur di Malaysia di dalam sektor berintensif modal, berintensifkan pengetahuan dan bernilai ditambah tinggi. Antara insentif istimewa yang disediakan adalah terdiri daripada pengecualian cukai, geran latihan dan geran untuk pembangunan dan penyelidikan.
Tuan Yang di-Pertua, antara galakan utama yang diberikan kepada pelabur baru oleh negara-negara jiran seperti Singapura adalah insentif dalam bentuk galakan cukai bagi tempoh lima tahun hingga 10 tahun dan elaun modal pelaburan. Manakala bagi negara Thailand pula, insentif disediakan mengikut kawasan yang digalakkan di mana kawasan yang agak mundur akan menerima insentif yang lebih menarik.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun kebanyakan negara juga menawarkan pelbagai insentif dan kemudahan, namun Malaysia terus kekal sebagai destinasi yang menarik dan kompetitif bagi aliran masuk pelaburan ke dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan berkaitan perkilangan.
Bagi tempoh bulan Januari hingga Ogos 2010, sejumlah 619 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM19 bilion.
Daripada jumlah tersebut, RM11.5 bilion atau 60.5% merupakan pelaburan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
asing dan RM7.5 bilion atau 39.5% adalah pelaburan tempatan. Ini menunjukkan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan serta rancangan baru seperti RMKe-10, Model Ekonomi Baru telah membawa keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, FDI yang diterima oleh Malaysia berdasarkan kepada imbangan pembayaran bagi setengah tahun pertama tahun 2010 adalah bernilai USD3.4 bilion. Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding USD1.38 bilion FDI yang diterima oleh Malaysia pada keseluruhan tahun 2009.
Peningkatan ini menunjukkan bahawa Malaysia masih kekal sebagai sebuah destinasi yang kompetitif serta menarik untuk pelaburan.
Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi merancakkan semula kemasukan FDI dengan memperkenalkan rancangan baru sambil mengurangkan aliran keluar pelaburan termasuk memperkenalkan beberapa program bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mengandungi sistem pemantauan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan memperkenalkan 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui makmal yang diperkenalkan oleh PEMANDU.
Bidang tersebut dijangka akan menarik pelaburan yang tinggi ke Malaysia.
Selain dari itu, satu jawatankuasa pelaburan program transformasi ekonomi juga turut diwujudkan di bawah kementerian ini dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (PEMANDU) bagi memastikan sasaran pelaburan yang ditetapkan sebanyak purata RM115 bilion setahun di bawah RMKe-10 dapat dicapai.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah dakwaan oleh pelabur-pelabur dalam negeri yang menyatakan bahawa kerajaan melayan pelabur-pelabur asing macam raja tetapi menganaktirikan pelabur-pelabur dalam negeri.
Sebagai contoh, orang yang terkaya di Asia yang merupakan seorang warga negara Malaysia iaitu Robert Kwok, telah melepaskan pegangan pelaburannya dalam gula di Malaysia kerana dikatakan secara tidak langsung dipaksa melepaskan pegangannya dan kerana semasa beliau menjalankan perniagaan gula, gula tidak boleh dinaikkan. Ia terpaksa dijual kepada seorang kroni Barisan Nasional, terus gula dinaikkan. [Dewan riuh] Beliau telah pun melabur dan pelaburannya...
Seorang Ahli
Syarikat jual pasir!
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Pembohongan!
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengar, dengar. Beliau telah mengalih pelaburannya ke lain-lain negara seperti di Australia.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi ini satu misalan sahaja dan syarat-syarat lain yang dikenakan ke atas pelabur-pelabur tempatan seperti kuota bumiputera dan macam-macam lagi, tetapi syarat-syarat ini tidak dikenakan ke atas pelabur-pelabur asing yang menyebabkan pelaburan rakyat Malaysia keluar ke luar negara setahun sudah mencapai tahap RM8 bilion setahun. Sejauh manakah dakwaan ini benar dan apakah langkah-langkah yang kerajaan hendak ambil untuk memastikan pelabur-pelabur tempatan diberi keutamaan dan kita boleh maju dengan pelabur-pelabur tempatan sendiri.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tersebut. Yang pertamanya ingin saya betulkan dakwaan bahawa
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
harga gula naik, sebenarnya apa yang sebenarnya berlaku ialah subsidi gula dikurangkan. Jadi ada sedikit perbezaan dengan apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi.
Yang keduanya, daripada pengamatan kami apabila berbangkit isu-isu seperti kuota bumiputera dan sebagainya, kita dapati bahawa dalam perbincangan dengan pelabur-pelabur asing, mereka juga sanggup berunding mengenai perkara ini. Ianya tidak menjadi masalah yang begitu besar kerana pada pengamatan mereka, kalau ada hubungan yang baik dengan sektor korporat tempatan, itu mungkin akan memberikan mereka satu kelebihan di dalam pelaburan mereka di sini. Khususnya sekiranya ianya untuk produk- produk yang ingin mereka jual di dalam pasaran tempatan.
Yang ketiganya, kita dapati bahawa banyak juga syarikat tempatan kita yang sejak sekian lama telah melabur di dalam industri-industri tertentu.
Contohnya yang berintensifkan tenaga buruh, mendapati bahawa kerana kosnya sudah meningkat, maka mereka ingin memindahkan kilang mereka itu ke negara-negara jiran seperti Vietnam, Indonesia dan sebagainya di mana mereka mampu mendapat buruh yang lebih murah. Itu tidak bermakna bahawa mereka sudah hilang keyakinan kepada pasaran tempatan malah apabila kekosongan itu diwujudkan, mereka terus melabur dalam industri-industri yang berintensifkan teknologi yang modalnya tinggi dan penuh dengan inovasi di dalam negara mereka sendiri. Jadi ini antara proses yang mereka lalui dan sekali lagi saya nyatakan ia tidak mencerminkan ketidakyakinan mereka terhadap pasaran tempatan ini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI. Jawapan Yang Berhormat tepat, baik, sesuai tetapi pihak-pihak sebelah sana tidak akan faham dan sengaja tidak mahu faham. Tidak dapat hendak dinafikan, tidak dapat hendak ditidakkan berbagai-bagai usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan hendak menarik pelabur daripada luar kerana banyak pelabur daripada luar, peluang pekerjaan akan terdedah kepada rakyat Malaysia. Tindakan sebenarnya satu tindakan untuk memberikan kemakmuran kepada rakyat. Akan tetapi usaha-usaha ini sentiasa disabotaj oleh pihak pembangkang dengan cara memburuk-burukkan kepimpinan, memburuk- burukkan negara supaya pelabur luar rasa ragu hendak melabur di Malaysia.
Tidakkah ini usaha bagi mensabotaj rakyat negara ini sendiri. Ini bukan soal dia hendak sabotaj kerajaan, sebenarnya dia mengkhianati rakyatnya sendiri, rakyat Malaysia. Ini satu tindakan yang kejam kepada rakyat negara ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat, apa kesan perbuatan- perbuatan songsang pihak-pihak yang tertentu memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara sana. Bagaimana?
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, memang benar apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa kesan tindakan dan aktiviti memburuk-burukkan negara di luar negara itu benar-benar buruk sekali pada negara kita. Iaitu bayangkanlah kalau kenyataan dibuat di luar negara bahawa negara kita ini, sistem kehakimannya tidak adil contohnya ataupun dikatakan bahawa polis kita rasuah, negara kita ini sudah menjadi seperti negara Taliban kerana kes kalimah “Allah” dan sebagainya.
Maka sudah tentu ada kesan yang tidak baik terhadap persepsi pelabur, terhadap negara kita ini. Walhal kita tahu bahawa kita memang berusaha sedaya yang boleh untuk meyakinkan pelabur-pelabur ini datang melabur ke negara kita ini termasuklah ke dalam negeri-negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang. Maka kita harap pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang ke luar negeri lebih bersifat patriotik walaupun tidak sehaluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Gombak kena dengar ni.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Walaupun tidak sehaluan dengan pihak kerajaan, kita mohon untuk membantu kita untuk menarik pelaburan ke negeri-negeri pihak pembangkang sekali pun termasuklah negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan. Yang kita dapati sekarang ini Yang Berhormat, kadang-kadang kerja baik yang dibuat oleh kerajaan untuk mempromosi negara kita, untuk menarik pelabur digagalkan oleh pihak-pihak tertentu yang membuat lawatan susulan dan melontarkan pelbagai tohmahan dan dakyah yang mengelirukan pelabur asing. Jadi kita harap usaha-usaha seperti itu dapat dihentikan segera. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jemput Yang Berhormat Ir. Haji Hamim bin Samuri.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
‘Asyanti’ Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.
Seorang Ahli
Apa pula itu!
5. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah pendirian kementerian ke atas isu ‘Profesional Code of Ethic’ bagi jurutera, arkitek dan lain-lain yang tidak dipatuhi sendiri oleh jabatan kerajaan seperti meminta jurutera dan arkitek memberi diskaun ke atas ‘Consultant Fee’, sedangkan fee itu termaktub di dalam akta yang mengehendaki supaya ia dituruti. (MOF telah mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan supaya konsultan memberi diskaun sehingga lebih 30%.
Kerajaan yang menyediakan akta, kerajaan yang juga melanggar akta).
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini saya ingin mengalu- alukan kehadiran Pertubuhan Rotary Kelab Bandar Utama ke Dewan pada pagi ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Semua dari Selangor ya.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tidak pernah mengeluarkan peraturan supaya kaedah yuran secara skala yuran piawai dilaksanakan dengan diskaun. Jadi tidak bangkit isu perunding atau konsultan diarah supaya memberi diskaun. Sebagai makluman, kaedah yuran bagi perkhidmatan perunding sebelum skala yuran piawai baru dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2005 bagi kejuruteraan dan 15 Februari 2008 bagi arkitek dan ukur bahan adalah berdasarkan nilai projeknya itu.
Untuk kos projek tidak melebihi RM40 juta adalah menggunakan Skala Yuran Piawai (Pindaan) 1983, manakala bagi kos projek melebihi RM40 juta adalah menggunakan kaedah input masa. Kerajaan telah mengemaskinikan kaedah skala yuran piawai tersebut dan menggunakan tanpa mengira nilai kos projek. Walau bagaimanapun, penggunaan skala yuran piawai baru ini melibatkan tarikh kuat kuasa yang berbeza di dalam setiap bidang. Di mana bagi Skala Fi Arkitek (Pindaan) 2007 dan Skala Fi Ukur Bahan (Pindaan) 2004 berkuat kuasa pada 15 Februari 2008 berbanding bidang Skala Fi Kejuruteraan (Pindaan) 1998 berkuat kuasa pada 1 Jun 2005.
Bagi pelantikan perunding dalam bidang arkitek dan ukur bahan sebelum tarikh kuat kuasa tersebut, yuran perunding adalah mengikut kaedah input masa bagi kos projek bernilai melebihi RM40 juta. Namun begitu, Kementerian Kewangan telah menerima banyak rayuan daripada perunding- perunding arkitek dan ukur bahan yang telah dilantik sebelum tarikh kuat
Dato’ Donald Lim Siang Chai
kuasa penggunaan Skala Yuran Piawai (Pindaan) 2007 untuk menggunakan Skala Yuran Piawai (Pindaan) 2007 yang sebelum ini menggunakan kaedah input masa sebagai penyelesaian kepada yuran tersebut dan kes-kes seumpamanya di mana pelantikan perunding dibuat sebelum 15 Februari 2008.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Kerajaan telah memberi pilihan kepada perunding arkitek dan ukur bahan sama ada untuk kekal dengan kaedah yuran perunding secara input masa ataupun memilih kaedah secara Yuran Piawai (Pindaan) 1983 dengan diskaun yang telah ditetapkan. Pelaksanaan ini adalah merupakan penyelesaian kaedah penggunaan skala yuran piawai dan merupakan one-off exercise. Sekian.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya akan sentiasa pegang jawapan daripada Timbalan Menteri kerana Tuan Yang di-Pertua, yang berlaku di peringkat bawah ialah berlaku satu perlumbaan, pertandingan discounting ataupun potong bayar ini. Sehingga menyebabkan harga yang ditawarkan dan dibayar ke atas perunding-perunding ini terlalu kompetitif dan menjejaskan sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, menjejaskan mutu pembinaan. Sama ada reka bentuk ataupun supervision dengan izin, pengawasan. Sebenarnya inilah Tuan Yang di-Pertua, yang berlaku di peringkat bawah, yang berlaku di seluruh negara.
Seperti yang saya kata tadi, menjejaskan benar mutu pengawasan.
Buktinya, banyak kita lihat struktur roboh dan sebagainya. Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah Kementerian Kewangan melihat ini sebagai satu perkara yang boleh mencabul akta itu sendiri? Akta yang telah pun diluluskan di Dewan Rakyat yang mulia ini kepada semua perunding. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak menuju sebuah negara maju, berpendapatan tinggi sesuai dengan GTP, ETP dan sebagainya kita mesti tegas. Kita tidak boleh bertolak ansur langsung tentang mutu pengawasan sesuatu pembinaan. Ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua, sebab saya bimbang ia akan menjejaskan masa hadapan negara kita. Sekian terima kasih.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Ledang. Saya memang setujulah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Sebagai seorang jurutera memanglah kita hendak semua projek berjalan dengan baik dan mutunya tinggi. Saya telah katakan tadi memang ada masalah-masalah di kalangan perunding arkitek dan ukur bahan. Saya diberitahu bahawa persatuan mereka yang lambat memberi pandangan mereka kepada kementerian.
Oleh itu kita telah buat satu pilihan untuk mereka iaitu mereka boleh memilih kekalkan dengan kaedah yang sedia ada iaitu secara input masa iaitu man-month dengan izin, atau mereka boleh pilih menggunakan kaedah Skala Yuran Piawai (Pindaan) 83 dengan diskaun yang telah ditetapkan. Ini semua memang adalah one-off exercise. Oleh itu Yang Berhormat, kalau kes yang ada masalah boleh rujuk kepada kementerian saya. Sekian.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu dalam imposisi cost scale yang dikenakan kepada jurutera perunding.
Adakah maksimum dan minimum dikenakan? Itu nombor satu. Kedua, dalam pelantikan perunding-perunding jurutera dan arkitek, adakah kerajaan sedar bahawa kebanyakan orang yang dilantik adalah bukan atas dasar merit tetapi adalah atas dasar siapa yang dikenali. It is not who’s the best in the field. It is the question of who you know. Ini kerana kebanyakan atau perunding- perunding ini yang tidak mendapat manfaat yang baik di negara ini terpaksa
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
pergi ke Singapura dan ke negara-negara lain untuk bertugas. Adakah kerajaan sedar bahawa satu perubahan perlu supaya yang best, yang terbaik sahaja dilantik diberi keutamaan dalam kerja-kerja kerajaan.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Terima kasih Yang Berhormat.
Memang bukan senang untuk kerajaan tahu siapa arkitek yang bagus, engineer yang bagus. Macam saya pun tidak tahu Yang Berhormat sebagai peguam lebih pandai daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, kita memang tidak tahu. Apa yang kerajaan boleh tentukan ialah arkitek atau engineer yang buat kerja yang mereka ada boleh complete itu projeklah dalam masa yang ditetapkan. Kita akan memang boleh tolong kepada merekalah lagi.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Complete tidak dapat.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Complete tidak dapat?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tidak dapat. Pilih kasih.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tidak dapat. Okey. Pilih kasih. Itu pandangan Yang Berhormatlah. Memang kita ada cara yang kita pilih mereka.
Oleh itu Yang Berhormat kalau ada aduan boleh memberi kepada saya.
6. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kementerian untuk orang miskin dan orang kurang upaya.
Adakah kementerian bersedia menambah jumlah wang yang diberikan kepada golongan-golongan ini memandangkan kos hidup semakin hari semakin meningkat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terlebih dahulu saya bagi pihak kementerian ingin mengalu-alukan kehadiran ramai pengunjung ke Parlimen pada pagi ini termasuklah pemimpin-pemimpin NGO dan anak-anak kita pelajar-pelajar. [Tepuk] Saya nampak daripada sekolah-sekolah dan juga tenaga pendidik.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan untuk faedah pelbagai kumpulan sasar termasuklah orang miskin dan orang kurang upaya. Skim bantuan yang disediakan untuk keluarga miskin dan orang kurang upaya adalah seperti berikut:-
Skim bantuan bagi keluarga miskin:-
(i) bantuan kanak-kanak RM100 hingga RM450 sebulan;
(ii) bantuan am dengan kadar RM80 hingga RM350 sebulan.
Kita juga ada menyediakan skim bantuan untuk orang kurang upaya iaitu seperti berikut:-
(i) elaun pekerja cacat dengan kadar RM300 sebulan;
(ii) bantuan orang kurang upaya tidak berupaya bekerja dengan kadar RM150 sebulan;
(iii) batuan alat tiruan mengikut kadar sebenar jenis alat tiruan yang diperlukan oleh client-client kita.
Berdasarkan kadar bantuan sedia ada, sepanjang tahun 2009 kementerian telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM759 juta untuk pemberian bantuan kepada 353,889 penerima yang terdiri daripada pelbagai kategori iaitu orang miskin, orang kurang upaya, warga emas, kanak-kanak
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil
dan lain-lain. Kementerian akan terus mengguna pakai kadar bantuan sedia ada untuk faedah golongan sasar tersebut. Walau bagaimanapun kementerian memberi penekanan terhadap pelaksanaan konsep dengan izin, productive welfare. Di mana penerima bantuan yang produktif diberikan keutamaan untuk melibatkan diri dalam program-program yang boleh menjana pendapatan.
Projek-projek tersebut merangkumi bidang di antara lain pertanian, perniagaan dan peluang pekerja yang lain. Ianya bertujuan supaya penerima bantuan tidak terus bergantung kepada bantuan kebajikan sahaja. Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dari jawapan tadi saya rasa ada sedikit kepincangan dalam sistem pembantuan. Dikatakan mereka yang bekerja kita berikan RM300 sebulan tetapi mereka yang tidak dapat bekerja ataupun menyara diri diberikan hanya RM150 seorang.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini menunjukkan bahawa yang sudah ada pendapatan menerima bantuan yang lebih daripada mereka yang tidak dapat bekerja atau menyara diri.
Selain daripada itu, satu lagi soalan tambahan saya ialah adakah kementerian ada rancangan untuk memastikan setiap orang miskin ataupun orang kurang upaya sekurang-kurangnya mendapat bantuan daripada kerajaan RM450 sebulan iaitu RM15 sehari untuk menampung ataupun menyara hidup yang minimum di masa sekarang ini.
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan bahawa...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Miskin tegar, miskin tegar.
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak maklumkan bahawa Malaysia seperti banyak negara di dunia ini, kita bukan negara kebajikan dengan izin, we are not a welfare state.
Maknanya, kita tidak beri wang bantuan dengan izin, as of right kepada semua rakyat. Akan tetapi, saya hendak maklumkan dengan jelas dan nyata bahawa kita adalah di antara negara yang berkebajikan di bawah kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini di antara yang terbaik.
Ini kerana, pemberian kebajikan yang paling mujarab adalah satu kerajaan yang stabil, aman dan makmur. Itu adalah kebajikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Oleh sebab itu pada hari ini negara kita aman, rakyat boleh keluar bekerja. Kedua, pertumbuhan ekonomi kita begitu baik sekali.
Rakyat kita mampu untuk bekerja. Bayangkan kalau kita bukan negara yang aman dan stabil, semua suami misal kata, dan anak-anak kita tidak bekerja, maka kerajaan terpaksa menyara kehidupan kita. Jadi konsep kebajikan yang diamati oleh kerajaan Barisan Nasional – pertama adalah kebajikan melalui kepimpinan yang stabil, aman, makmur dan bersatu padu.
Kedua, tadi isu skim bantuan Yang Berhormat tanya kepada saya.
Saya hendak jelaskan. Skim yang RM300 sebulan untuk elaun pekerja cacat yang bekerja dan yang tidak bekerja kita beri RM150. Tujuannya ialah kita hendak galakkan mereka yang kurang upaya tetapi masih boleh bekerja untuk mereka bekerja. Jadi, kita hendak menampung – misal kata kalau dia terpaksa keluar daripada rumah – tambang kenderaannya dan lain-lain. Itu rasionalnya kita beri kepada dia untuk membantu dia keluar bekerja. Akan tetapi kalau dia tidak bekerja dan dia ada di rumah, kalau mereka jatuh di bawah kaedah yang kita boleh beri bantuan, jadi kita berilah yang minimum RM150. Itu rasionalnya.
Bukan kerana kita tidak adil – tidak. Ia adalah untuk menggalakkan orang kurang upaya yang boleh bekerja untuk keluar bekerja.
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
Soalan Yang Berhormat...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Adakah rancangan kerajaan memberi bantuan minimum RM450 seorang sebulan untuk memastikan setiap rakyat yang miskin dan orang kurang upaya dapat menyara hidup yang minimum? Ada atau tidak rancangan untuk memastikan?
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
Apa tadi Yang Berhormat? [Dewan riuh] Saya sudah kata tadi Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Any plan to Malaysia minimum survival help RM450 sebulan?
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
Sebenarnya Yang Berhormat, seperti mana yang saya katakan pada hari ini, melainkan seorang rakyat itu dia betul-betul sakit terlantar – jika dia sakit dan terlantar, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan masuk dan membantu. Akan tetapi selagi dia boleh bekerja di bawah kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini, ada peluang pekerjaan untuk mereka. Terima kasih.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita mahu minta bantu dan menyelesaikan masalah ini. Kita beri bantuan kepada orang miskin. Nampaknya di sini RM300 seorang tetapi di Sabah – tidak tahu di Sabah – tetapi di Sarawak RM150. Ada beza bantuan untuk orang-orang miskin.
Tadi Yang Berhormat Menteri ada berkata isu mengenai OKU. Untuk OKU, kementerian sepatutnya masukkan dalam different category. Ada OKU yang langsung tidak boleh bekerja. Dia mahu naik wheel chair pun perlu orang angkat. Turun pun mahu orang angkat. Dia langsung tidak boleh kerja ataupun dia tidak boleh handle their living dengan izin.
Kalau katakan ini pun mahu falls into the category RM150 sahaja, macam mana dia boleh hidup? Terutama sekali kalau dia punya adik-beradik tidak mahu jaga dia. Cuma ibu bapa sahaja yang menjaganya, macam mana dia boleh dapat hidup sehari-harian? Saya memohon kementerian boleh mengkaji balik isu ke atas OKU ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Sebenarnya, pihak kementerian kita sentiasa mengkaji untuk menentukan kaedah-kaedah pemberian itu adalah terkini dan lebih relevan dan mengambil kira tuntutan semasa. Yang Berhormat, insya-Allah kita sentiasa berbincang dengan pihak Perbendaharaan dan jika pihak kementerian mendapat lebih peruntukan, sudah semestinyalah cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat itu kita akan ambil kira.
Akan tetapi pada masa yang sama Yang Berhormat, pihak kerajaan tidak akan biarkan mereka yang amat memerlukan. Walau sedikit pun, pihak kerajaan akan membantu. Golongan Orang Kurang Upaya adalah di antara golongan yang diberi prioriti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya hendak katakan di sini ya, misal kata kalau ada orang kurang upaya yang bekerja – itu satu hal, tetapi yang tidak bekerja macam sakit terlantar itu, pada hari ini, untuk bulan Januari hingga Oktober sahaja, kita ada 27,836 kes bantuan kes pesakit terlantar, di mana kita sudah belanjakan RM67 juta untuk membantu mereka. Cuma, kalau kita dapat peruntukan yang lebih, sudah semestinya kita akan bantu dengan lebih.
Akan tetapi alhamdulillah, hari ini saya tengok banyak daripada individu, persatuan, organisasi dan juga syarikat-syarikat swasta dan lain-lain dan mereka yang membuat kerja-kerja kebajikan (charity work), mereka juga membantu, turun ke peringkat akar umbi dan membantu kes-kes individual
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
yang ada. Di antaranya seperti Yang Berhormat lah. Saya tahu di kawasan Yang Berhormat, Yang Berhormat banyak membantu mereka sebagai seorang wakil rakyat Barisan Nasional yang bertanggungjawab. Saya dapat feedback yang begitu baik. Jadi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat.
7. Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan:-
(a) sejauh manakah Lembaga Kenaf Negara dapat membantu/kelayakan untuk penanaman tembakau beralih kepada penanaman kenaf; dan
(b) negeri-negeri manakah penumpuan diberi dan jumlah insentif yang diberikan kepada penanam.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah berusaha membangunkan tanaman kenaf sejak tahun 2005. Pada mulanya, penanaman kenaf tertumpu kepada kawasan tanah beach ridges interspersed with swales atau tanah bris di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, kenaf kini dibangunkan di luar kawasan tanah bris iaitu di negeri Pahang.
Sehingga 15 September 2010, LKTN telah membangunkan tanaman kenaf seluas 1,692 hektar melibatkan 430 penanam. Daripada jumlah tersebut, seramai 169 penanam atau hampir 40% adalah terdiri daripada penanam atau bekas penanam tembakau. Menjelang Disember 2010, LKTN menyasarkan 2,210 hektar tanaman kenaf di seluruh negara iaitu di negeri Pahang 1,000 hektar, Terengganu 600 hektar, Kelantan 510 hektar, Perlis 50 hektar dan Kedah 50 hektar. Penanaman kenaf di negeri Perlis dan Kedah adalah bertujuan untuk menghasilkan benih memandangkan cuaca di kedua-dua negeri tersebut sesuai untuk penghasilan benih kenaf.
Bagi menggalakkan penanaman kenaf, LKTN memberi insentif sebanyak RM3,500 sehektar semusim bagi menampung kos penanaman termasuk benih, baja, racun dan kemudahan jentera membajak serta menuai.
Untuk makluman, tempoh kitaran penanaman (planting cycle) kenaf adalah di antara tiga hingga empat bulan.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Hasil fiber kenaf yang dikeluarkan adalah dibekalkan kepada syarikat- syarikat pemprosesan produk kenaf bernilai tambah seperti kenaf fiber board, plaster siling, jaket kalis peluru dan komponen automotif.
Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada kementerian yang telah melantik Yang Berhormat Arau sebagai pengerusi. Sejak beliau dilantik, Lembaga Kenaf telah berjalan dengan lancar dan amat membanggakan sekali. Soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mempopularkan penggunaan kenaf di kalangan rakyat supaya pasaran kenaf bertambah dan sekali gus memberi pulangan yang lebih kepada peladang dan apakah masalah ataupun kekangan yang dihadapi oleh lembaga dan seterusnya berapakah hasil ataupun pulangan semusim atau setahun bagi production kenaf. Terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Pertamanya, LKTN melalui beberapa cara bekerjasama juga dengan kementerian untuk mempopularkan tanaman kenaf ini di seluruh negara. Kita juga turun ke bawah dengan menjemput anak-anak
Dato' Hamzah bin Zainudin
daripada sekolah-sekolah dan juga daripada pengajian tinggi untuk kita memperkenalkan tanaman ini melalui ceramah-ceramah yang kita buat di seluruh negara.
Masalah yang kita hadapi sekarang ini adalah masalah di mana ramai daripada pengusaha-pengusaha masih lagi tidak mempunyai kepercayaan penuh bahawa tanaman kenaf ini boleh memberi hasil yang lumayan. Walau bagaimanapun, kita dengan melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau ini telah pun cuba untuk menentukan bahawa bantuan-bantuan kita berikan kepada penanam-penanam kenaf, maka ini akan memberikan sesuatu lagi yang boleh memberi keuntungan kepada mereka yang menanam pokok kenaf ini.
Sebagai contohnya, bagi tiap-tiap semusim jika satu hektar kalau kita anggarkan daripada pendapatan sepuluh tan satu hektar, kita merasakan mereka boleh mendapat pendapatan sebanyak satu musim iaitu empat bulan lebih kurang RM3,200 pada tiap-tiap satu musim. Maka ini menunjukkan bahawa sekiranya mereka dapat menanam dua musim dalam setahun, mereka boleh mendapat hasil lebih kurang RM6,000 hingga RM7,000 satu hektar satu tahun. Terima kasih.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya, di antara masalah yang kita dengar daripada kalangan penanam tanaman kenaf ini iaitu hasil yang lambat dan kalau kita bandingkan dengan pendapatan Yang Berhormat sebut tadi RM6,700 untuk satu hektar satu tahun nak bandingkan dengan keperluan hidup 12 bulan, ini memang tidak memberi pulangan yang baik bagi petani. Jadi, saya ingin penjelasan sejauh mana kejayaan penanam tanaman kenaf di Kelantan sebab kita melihat contohnya petani-petani mengeluh masalah tanaman mereka tidak dibeli.
Ini juga berlaku dalam kawasan saya di Rantau Panjang. Mereka menyatakan bagaimana pihak Lembaga Kenaf tidak membeli tanaman mereka dan saya ada mengambil gambar bagaimana tanaman itu sudah matang tetapi tidak diproses. Jadi apakah masalah sebenar yang berlaku dan berapakah tan hasil setiap tahun dan berapakah pencapaian setakat ini di seluruh negara.
Minta penjelasan.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Pertamanya saya nak jelaskan bahawa jika sekiranya ada petani-petani yang tidak dapat menjual hasil mereka, ini adalah tidak benar sama sekali. Seperti Yang Berhormat Rantau Panjang beritahu tadi dia ada tengok pokok tetapi sehingga sekarang tidak dapat menjualnya. Macam mana orang nak beli kalau dia tidak potong. Dia kena potong dulu, proses dulu baru dia boleh jual kerana Lembaga Kenaf membeli hasil kenaf yang telah pun diproses, semi proses dan bantuan kita berikan untuk memproses tanaman kenaf ini dan kita tidak pergi ke ladang tersebut dan memotongnya sendiri dan bawa balik. Bukan itu cara kita Yang Berhormat.
Jadi beritahu dengan kawan-kawan Yang Berhormat, petani-petani di kawasan tersebut bahawa mereka terpaksa harvest dahulu, proses dan kita akan beli kerana setahun kita memerlukan lebih kurang 10,000 tan fiber untuk kita jual kerana kita telah pun menandatangani satu lagi perjanjian dengan syarikat multinasional yang besar. Itu menunjukkan bahawa sebenarnya keperluan fiber daripada kenaf ini adalah paling tinggi dalam negara kita buat masa ini. Jadi kalau mengatakan bahawa hasilnya tidak mencukupi, tidak benar sama sekali kerana saya dah katakan tadi, tiap-tiap satu musim lebih kurang empat bulan dan empat bulan adalah satu jangka masa yang agak pendek kalau dibandingkan dengan tanaman tembakau yang begitu lama.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Jadi sebab itu saya percaya bahawa Yang Berhormat Rantau Panjang cuba dapat sedikit maklumat daripada Lembaga Kenaf sebelum kita membawa masalah ini di Parlimen seperti ini. Terima kasih Yang Berhormat.
8. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan kesediaan kerajaan untuk memulakan perundingan EU-Malaysia FTA. Adakah kerajaan membuat analisis kos-faedah mengenai FTA ini dan adakah analisa kos-faedah ini akan dibincangkan di Parlimen.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Klang. Kesatuan Eropah merupakan antara rakan dagang utama serta salah satu sumber bagi pelaburan asing yang penting bagi Malaysia. Malaysia sentiasa berusaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan kesemua rakan dagangan termasuk Kesatuan Eropah.
Setelah Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas di Antara Negara- negara ASEAN dan Kesatuan Eropah ditangguhkan, negara-negara ASEAN yang lain telah dan akan memulakan rundingan FTA secara dua hala dengan Kesatuan Eropah. Sekiranya Malaysia tidak mengambil inisiatif yang sama, ianya boleh membawa impak negatif yang besar kepada negara secara keseluruhan terutama jika ia membawa kepada kehilangan daya saing negara berbanding dengan negara-negara pesaing ASEAN yang lain.
Sebelum kerajaan memutuskan untuk mengadakan FTA dengan Kesatuan Eropah, beberapa siri meja bulat perbincangan dan konsultasi dengan diadakan dengan pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta, penubuhan perniagaan serta usahawan kecil dan sederhana. Hasil perbincangan dan maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak menyokong supaya Malaysia memulakan rundingan FTA dengan Kesatuan Eropah. Demi menjamin kepentingan negara terus terpelihara, beberapa siri perbincangan dua hala turut diadakan bersama pihak Kesatuan Eropah bagi membincangkan kepentingan bagi kedua-dua pihak dan untuk mencapai persetujuan bersama ke atas skop FTA yang akan dirundingkan di bawah FTA Malaysia-Kesatuan Eropah sebelum rundingan FTA dimulakan.
Perbincangan ini adalah penting dalam memastikan skop yang ada dirundingkan boleh dipersetujui oleh Malaysia berpandukan dasar-dasar negara sedia ada dan juga persetujuan oleh Kesatuan Eropah.
Tuan Yang di-Pertua, selain sesi perbincangan dan konsultasi, kajian kemungkinan atau analisa kos faedah secara dalaman atau internal study telah dijalankan ke atas cadangan Malaysia untuk mengadakan FTA dengan Kesatuan Eropah bagi memastikan perjanjian FTA tersebut akan memberi manfaat kepada negara. Kajian kemungkinan tersebut meliputi bab-bab yang terkandung di dalam rundingan FTA kita.
Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan FTA Malaysia-Kesatuan Eropah ini, hasil perbincangan dan maklum balas yang diterima daripada kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan perniagaan serta usahawan kecil dan sederhana ini telah dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat pertimbangan serta mandat bagi memulakan rundingan FTA.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden European Union telah mengisytiharkan pada 5 Oktober 2010 baru-baru ini untuk memulakan rundingan FTA di antara Malaysia dengan EU.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan
Rundingan pertama akan diadakan pada 6 Disember sehingga 9 Disember 2010 ini. Sekiranya proses rundingan telah dimulakan seperti mana rundingan-rundingan FTA yang lain, Jemaah Menteri akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan rundingan serta mendapat mandat baru bagi isu-isu yang memerlukan keputusan Jemaah Menteri.
Selain daripada itu, kerajaan akan terus mendapat input dan panduan daripada sektor swasta khususnya sektor-sektor industri dan business serta stakeholders yang lain mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam rundingan.
Input-input ini akan digunakan sebelum sebarang keputusan dibuat dalam rundingan FTA kita. Ingin ditegaskan bahawa kesemua stakeholders dan Jemaah Menteri telah turut dilibatkan sepenuhnya di dalam proses kesemua rundingan FTA. Kerajaan tidak akan meneruskan atau memuktamadkan sebarang rundingan FTA sekiranya didapati ia tidak memberi manfaat kepada negara.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini belum ada cadangan untuk membentangkan hasil kajian kemungkinan atau internal study di peringkat dalaman ini di Parlimen. Sekian, terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ini ada tiga bahagian sebenarnya.
Bahagian pertama adalah mengenai kesediaan kerajaan untuk memulakan perundingan. Bahagian kedua adalah analisa kos analisis atau kos faedah pihak kerajaan dan ketiga adakah ini akan dibincangkan atau dibahaskan di Parlimen?
Soalan pertama saya adalah adakah dokumen atau study ini yang dibuat oleh pihak kerajaan - rundingan ini. Saya juga hendak mengatakan bahawa kos faedah analisis dengan rundingan adalah bukan satu konsep yang sama, mereka berlainan. So, do not confuse consultation with cost benefit analysis. Adakah cost benefit analysis di bawah Akta Keselamatan Negara
(Official Secrets Act)? Kalau tidak mengapa Dewan ini tidak boleh bincang dan bahas isu ini khususnya apabila FTA ini ada implikasi kepada Dasar Pembangunan Negara, khususnya mengenai isu perolehan kerajaan?
Kedua, isu ini berkaitan juga dengan satu konsep baru yang digunakan oleh Kesatuan Eropah yang dipanggil indirect expropriation ataupun regulatory takings. Ia bermakna bahawa kalau pihak pelabur di Eropah sangka atau fikir bahawa keuntungan mereka akan tergugat menerusi apa-apa dasar yang dibawa atau diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia, mereka boleh bawa Kerajaan Malaysia ataupun heret Kerajaan Malaysia ke Mahkamah Antarabangsa. Pampasan itu harus dibayar oleh Kerajaan Malaysia.
Jadi kedua-dua isu ini - satu mengenai isu perolehan kerajaan.
Government procurement which will strike at the heart of the New Economic Policy dan Dasar Pembangunan Negara. Kedua, isu regulatory takings ini akan juga akan ada implikasi kepada sovereignty of the nation, Perlembagaan kita - sovereignty of the Perlembagaan kita. Oleh kerana itu harus atau tidak isu ini dibincangkan di Parlimen? Why do we have Parliament when issues of sovereignty cannot be discussed in Parliament? Minta penjelasan.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan itu memang penting sekali untuk kita tahu di dalam Dewan yang mulia.
Seperti mana yang saya jawab tadi dalam soalan ketiga Yang Berhormat sentuh itu, saya telah menunjukkan bahawa kita belum ada cadangan untuk membentangkan hasil kajian yang telah dilakukan di peringkat dalaman untuk dibahaskan di Parlimen. Ini kerana dalam constitution kita sekarang ini Malaysia apabila ada rundingan dengan negara-negara yang lain,
Dato’ Jacob Dungau Sagan
kita tidak perlu berbincang di Parlimen tetapi hanya perlu kelulusan daripada Jemaah Menteri sahaja.
Berbanding dengan negara-negara yang lain seperti Amerika Syarikat, mereka ini perlu kelulusan daripada kongres sebelum mereka membuat rundingan dan bagi Thailand pula, mereka ini perlu kelulusan dari persetujuan Parlimen mereka juga. Jadi perbezaannya kita di Malaysia ini tidak mempunyai syarat untuk Parlimen meluluskan syarat-syarat yang perlu dirundingkan atau skop yang perlu dirundingkan dalam usaha kita untuk menjalankan rundingan dengan pihak European Union.
Seperti mana yang kita tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi satu arahan yang diperoleh oleh Jemaah Menteri supaya rundingan dengan European Union ini perlu dijalankan dengan segera. Jadi rundingan pertama ini akan diadakan pada bulan Disember - mulai 6 hingga 9 tahun 2010 ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Soalan susulan, Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah cukup Yang Berhormat. Saya jemput...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah isu yang penting sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
He has answered you. Itulah jawapannya Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Answer itu misleading, Tuan Yang di-Pertua.
9. Datuk Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sejauh mana penguatkuasaan kepada pengusaha cybercafé benar-benar berkesan terhadap pematuhan syarat- syarat yang dikenakan memandangkan terlalu banyak perlanggaran syarat yang telah menjadi rungutan awam.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Kementerian telah menyediakan garis panduan pengawalan perniagaan pusat siber dan juga cybercafé pada tahun 2003, yang bertujuan untuk membendung aktiviti kurang sihat di premis perniagaan pusat siber dan juga cybercafé. Garis panduan tersebut merangkumi kawalan ke atas:
(i) aktiviti yang dibenarkan;
(ii) masa operasi;
(iii) had umur pengunjung;
(iv) lokasi perniagaan yang dibenarkan;
(v) larangan penjualan minuman keras dan rokok;
(vi) penyediaan butiran pelanggan; dan
(vii) aspek kebersihan premis.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mempunyai undang-undang kecil, trade perniagaan dan perindustrian masing-masing bagi tujuan pelesenan dan penguatkuasaan ke atas premis perniagaan. Sehubungan dengan itu menerusi garis panduan dan undang-undang sedia ada tersebut, kementerian ini percaya usaha untuk menangani masalah penyalahgunaan
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
pusat siber dan juga cybercafé dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya PBT mengambil tindakan penguatkuasaan secara berterusan.
Tindakan penguatkuasaan tersebut termasuklah kompaun, pembatalan lesen dan sitaan sekiranya pengusaha pusat siber dan cybercafé didapati melanggar syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.
Bagi tempoh Januari tahun 2009 sehingga 31 Mei 2010, sebanyak 1,493 kompaun telah dikeluarkan, sementara 397 pusat siber dan cybercafé telah ditutup kerana melanggar syarat-syarat lesen yang ditetapkan. Terima kasih.
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ada tindakan- tindakan telah diambil, tetapi begitu banyak lagi aduan diterima berhubung dengan cybercafé ini.
Sepatutnya cybercafé ini berperanan untuk penjanaan ilmu tetapi nampaknya lebih fokus kepada hiburan dan permainan komputer semata- mata. Juga didapati bahawa banyak juga yang tidak ada lesen daripada mereka menjalankan operasi tersebut. Nampaknya pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan sewajarnya. Antara aduan yang kebanyakannya setakat ini saya terima melewati lewat malam membenarkan remaja berpakaian sekolah masuk ke pusat siber.
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, kesan-kesan sampingan dalam menjadikan siber kafe sebagai tempat bersosial sehingga lewat malam dan akhirnya menjurus kepada budaya melepak, merokok, pergaduhan dan unsur- unsur negatif yang berlaku.
Jadi, walaupun ada garis panduan telah diadakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi saya nampak banyak pengusaha siber kafe tidak mematuhi. Jadi keadaan sekarang ini seolah-olah sudah tidak terkawal dan nampaknya tidak berfungsi langsung penguatkuasaan PBT sedangkan masalah yang dihadapinya tidak mendapat jalan penyelesaian bahkan semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Jadi saya ingin tahu bolehkah kerajaan mempertimbangkan satu polisi baru yang lebih berkesan yang perlu dibuat supaya kawalan menyeluruh boleh dikenakan kepada pengendali cybercafe yang meliputi kuasa daripada PDRM, Kerajaan Tempatan dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya pengendali siber kafe tidak mempunyai ruang memanipulasikan sistem dan peraturan sedia ada untuk mengelakkan diri dari tindakan. Saya mohon penjelasan.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana dalam jawapan saya sebentar tadi bahawa kementerian hanya memberikan garis panduan sahaja kepada semua pihak berkuasa tempatan dan garis panduan in dipersetujui oleh semua negeri- negeri dan sudah tentunya negeri-negeri akan memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan di negeri yang berkenaan.
Jadi pada kementerian, garis panduan itu harus dipatuhi dan had masa pun sudah ditetapkan iaitu sehingga jam 12 tengah malam sahaja iaitu bagi kepada mereka yang berumur lebih daripada 12 tahun. Sementara umur yang 12 tahun, mereka hanya dibenarkan sehingga 10 malam dan harus diwajibkan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga, itu satu.
Keduanya bagi penguatkuasaan, memang dalam jawapan saya jelas bahawa pihak PBT di semua PBT di seluruh negara mempunyai kuasa untuk penguatkuasaan mengambil tindakan menutup premis dan juga boleh memohon kerjasama daripada pihak polis dan juga pihak Kementerian Komunikasi kerana di bawah Akta 585 kalau tidak silap saya bahawa
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
kementerian berkenaan juga, di bawah Akta 588 Komunikasi dan juga Multimedia bahawa kementerian berkenaan mempunyai undang-undang akta untuk mengambil tindakan.
Untuk makluman Yang Berhormat tentang aduan-aduan memang kita mengaku bahawa kita juga menerima di kementerian aduan-aduan tentang penyalahgunaan premis-premis seperti yang disebutkan tetapi saya ingin sekali memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kementerian tidak ada kuasa untuk menyerbu premis-premis berkenaan kecuali dengan kerjasama atau permintaan daripada PBT berkenaan bersama dengan pihak berkuasa yang lain seperti polis dan juga lain-lain kementerian yang relevan tentang soal siber dan juga cybercafe. Terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Perkara berkenaan masalah penyalahgunaan cybercafe ini telah berulang kali dan banyak kali telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini.
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tanjong Piai. Apakah pihak kementerian akan mempunyai rancangan untuk memastikan bahawa bidang kuasa berkenaan pemantauan penguatkuasaan ini ditumpukan kepada satu pihak sahaja.
Yang Berhormat, kementerian boleh beri garis panduan tetapi pihak PBT tidak mematuhinya, tidak menguatkuasakannya. Jadi apabila timbul permasalahan ini, dua pihak akan menolak tanggungjawab. Kementerian kata ini bahawa PBT, PBT kalau tidak kuasa kata garis panduan itu tidak memperuntukkannya. Jadi mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan salah satu pihak ditumpukan dengan kuasa untuk memantau perkara ini sebab Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila ada kes disiplin dalam sekolah, pihak pengetua kata anak- anak muda kita ponteng pergi cybercafe.
Apabila pengetua hendak pergi siber kafe untuk melihat keadaan di situ dan mendapati ramai pelajar berada di kawasan tersebut, di dalam cybercafe dan tidak mengikuti kelas, tetapi tidak boleh membuat apa-apa.
Hubungi Majlis, tiada tindakan diambil. Jadi saya pohon penjelasan perkara ini.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat. Kita tidak seperti Yang Berhormat katakan bahawa kita akan lepas tangan, tidak tetapi dari segi undang-undangnya bahawa pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa yang penuh untuk menguatkuasakan tentang perjalanan syarat dan sebagainya kalau sekiranya ada complaint anak sekolah pergi ke situ, pihak berkuasa tempatan, bukan kita. Kita tidak lepas tangan.
Walau bagaimanapun itulah di antaranya tindakan kementerian yang memberikan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negara. Bagi cadangan Yang Berhormat tentang kajian itu, tidak mustahil kita akan buat kajian dari semasa ke semasa dan ini juga memerlukan kajian secara terperinci. Kalau hanya sekadar kita buat polisi tetapi tidak ada undang-undang yang mungkin menyabitkan kesalahan yang begitu serius kepada pengusaha-pengusaha ini mungkin juga kajian ataupun peraturan-peraturan baru ini tidak dapat dipatuhi daripada garis panduan yang telah kita buat pada tahun 2003. Ia cukup jelas bahawa seharusnya pihak berkuasa tempatan menggunakan kuasa yang ada ataupun undang-undang kecil yang ada untuk mengambil tindakan di mana premis-premis siber kafe dan juga sivil ini yang menyalahgunakan, yang tidak memenuhi keperluan dari segi pembatalan lesen dan sebagainya. Terima kasih.
10. Tuan Khalid bin Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah status pelaksanaan projek pembinaan Hospital Shah Alam dan adakah benar bahawa kontraktor baru telah dilantik melalui proses rundingan terus untuk menggantikan syarikat Sunshine Fleet Sdn. Bhd.
Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, projek pembinaan Hospital Shah Alam Selangor dengan kos kontrak RM482.6 juta telah dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya dijangka siap pada 25 Jun 2011. Walau bagaimanapun Jabatan Kerja Raya telah mengeluarkan notis penamatan kontrak kepada kontraktor utama projek berkenaan pada 3 September 2010 berikutan oleh kelewatan pelaksanaan projek selama 62 hari dan ketiadaan sebarang aktiviti di tapak bina sejak bulan Ogos 2010. Sehingga tarikh kontrak ditamatkan, kemajuan pekerja di tapak bina ialah 27% sahaja berbanding dengan 38.9% mengikut jadual dan jumlah pembayaran yang terlibat ialah sebanyak RM139.9 juta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini Jabatan Kerja Raya sedang dalam proses untuk memanggil tender baru bagi melantik kontraktor penyelamat untuk meneruskan baki kerja yang terbengkalai berdasarkan perancangan projek menyiapkan pembinaan Hospital Shah Alam ini dijangka akan mengambil tempoh lebih kurang 30 bulan untuk disiapkan iaitu dari tarikh milik tapak kontraktor yang baru. Terima kasih.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, pada 21 hari bulan yang lepas saya telah ke Hospital Klang untuk menziarahi Puan Norlidah, isteri kepada Ketua Kampung Batu Tiga. Pada awalnya dia masuk hendak buat operation, satu jari kakinya sudah hitam dan hendak kena potong. Akan tetapi oleh kerana OT atau bilik pembedahan tidak cukup, sentiasa penuh akhirnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, soalan Hospital Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sekejap Tuan Yang di- Pertua. Akhirnya apabila dipotong, kena potong tiga jari kerana lama sangat.
Kita hendak ambil tindakan memakan masa terlalu lama sedangkan kalau ikut pepatah bahasa Inggeris ‘a stitch in time save nine’. Kita ambil tindakan yang cepat, kita boleh selamatkan pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan dengan segera.
Soalannya, tidakkah ada satu kaedah di mana pihak Jabatan Kerja Raya di bawah arahan Menteri Kerja Raya boleh terus mengambil alih projek itu dan menentukan bahawa kalau adanya subcontractor atau main subcontractor yang sedang menjalankan kerja-kerjanya yang baik seperti mana dalam kes Hospital Shah Alam ini saya difahamkan dia punya main subcontractor yang menjalankan kerja-kerja 100%.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Main kontraktor hanya rent-seeking sahaja. Tidaklah ada satu kaedah di dalam perjanjian kontrak itu di mana kuasa diberi kepada kementerian untuk mengambil alih, bertindak dengan cepat supaya tidak ada lagi delay, tertunggak. Ini sudah berhenti kerja walaupun Yang Berhormat Menteri kata semenjak bulan 8, saya pergi ke site. Semenjak bulan 6 kerja-kerja sudah berhenti. Sudah hampir enam bulan. Ini tender belum panggil lagi. Selepas itu saya terkejut apabila dia sebut 30 bulan hendak tunggu dan hendak selesaikan. Sedangkan main subkontraktor menawarkan hendak habiskannya dalam tempoh kurang daripada 18 bulan. Mengapa kita membuat peraturan- peraturan dan perjanjian yang mengikat diri kita sendiri sehingga akhirnya kita
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
tidak boleh bertindak. Apabila kita ada kontraktor yang kroni, diberi projek secara rundingan, tidak perform, kita tidak boleh buat apa-apa.
Rakyat Shah Alam cukup dukacita dan cukup kecewa dengan keadaan di mana hospital yang ditunggu bertahun-tahun akhirnya apabila dijalankan tergendala dan sekarang ini kata 30 bulan lagi hendak siap.
Sedangkan sepatutnya paling lewat bulan Jun 2011. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memikirkan adanya satu clause di dalam kontrak dan di dalam perjanjian kalau kontraktor gagal, yang mana diberi kontrak itu Kementerian Kerja Raya (JKR) boleh ambil alih.
Kepakaran ada pada JKR. JKR dahulu boleh bina macam-macam.
Akan tetapi sekarang ini tidak boleh. Boleh tidak kita masukkan pada masa yang akan datang ataupun dengan segera, satu clause di dalam perjanjian di mana Kementerian Kerja Raya dengan Jabatan Kerja Raya boleh ambil alih kontrak-kontrak yang sakit, yang gagal ini supaya boleh menyampaikan, boleh menyiapkan apa-apa projek itu dengan tempoh yang secepat mungkin, dengan kadar yang paling murah. Ini kalau ‘re-tender’ saya jaminlah kos akan naik lagi. Sedangkan kalau kita ada clause yang boleh diambil alih, kita boleh minta main subkontraktor itu kekal dengan harga yang sedia ada. Mengapa kita tidak ada clause yang seperti ini? Terima kasih.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Pertama, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat kerana menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang baik, menziarahi ketua kampung masuk hospital. Saya yakin ketua kampung akan berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana menziarahi beliau di hospital.
Cuma di sini berhubung dengan Hospital Shah Alam ini, suka saya nyatakan di Dewan yang mulia ini apabila sesuatu tender itu dikeluarkan oleh kerajaan, lazimnya kontraktor yang ambil bahagian, dia akan masuk banyak harga. Semuanya buat Aku Janji dalam kontrak itu mereka akan siapkan kerja itu dengan harga. Katakanlah dia masukkan harga RM10 juta untuk satu projek. Dia kata dia akan siapkan RM10 juta projek buat sekolah ini dalam tempoh dua tahun. Masuk setahun setengah baru ada masalah. Kadang- kadang masuk satu tahun, semua masalah. Sebelum dapat semua boleh janji.
Janji bulan, janji bintang. Macam Yang Berhormatlah juga terhadap kawasan.
Akan tetapi apabila sudah dapat baru ada masalah.
Kalau semua kontraktor itu apabila berjanji dia penuhi, dia kata dia masuk tender harga sekian-sekian dia boleh siap dalam masa sekian-sekian percayalah Tuan Yang di-Pertua, tidak ada satu pun projek sakit dalam negara kita.
Kalau realitinya, kalau kontraktor itu masuk dia kata dia masuk harga sekian, masa tempoh dia siapkan sekian, semuanya ikut harga dan juga tempoh yang ditetapkan, satu projek pun dalam negara kita ini tidak ada projek sakit.
Akan tetapi realitinya, hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, apabila masuk kemudian sudah ada masalah sedikit dan sebagainya, masalah kontraktor, barulah kata harga saya masuk ini tidak berapa baik, cuaca bulan ini tidak berapa baik, harga barang naik, site tidak berapa elok, design tidak berapa betul. Itu perkara-perkara realiti dalam bidang construction ini.
Realitinya pada hari ini, kebanyakan projek sakit yang ada dalam negara kita, 60% - 70% daripada projek sakit dalam negara kita ini berpunca daripada kelemahan kontraktor. Itu realitinya. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Persoalannya tindakan dia.
[Dewan riuh] Tindakan! Kalau sudah tahu benda itu berlaku, apa tindakan kita? Itu soalannya.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Yang Berhormat Shah Alam ini seorang yang tahu tatacara bagaimana hendak bercakap dalam Dewan. Saya bagi Yang Berhormat tanya, bagilah peluang saya bagi jawapan. Kalau Yang Berhormat seorang yang bijak pandai, dengar, saya hendak bagi jawapan saya. Realitinya itu.
Kedua Yang Berhormat, kalau projek-projek sakit yang high impact seperti ini, yang jumlahnya RM482.6 juta. Projek ini lebih kurang tinggal RM300 juta. Yang Berhormat kata bagi kepada subkontraktor secara lantikan macam itu. Saya bagi secara terus, besok pagi ada Yang Berhormat dalam Dewan ini terutama Yang Berhormat dari belah sana kata, ‘Ini pasti kenalan rapat kepada Menteri, sebab itu bagi terus’. [Dewan riuh] Oleh sebab itu dalam kes ini Yang Berhormat, saya memandangkan projek ini yang pentingnya bukan untuk saya menyenaraihitamkan syarikat itu. Yang saya pandangkan realitinya di Shah Alam itu perlu hospital ini disediakan secepat yang boleh dan saya mahu kontraktor yang dilantik untuk menjadi kontraktor yang penyelamat hospital ini biarlah kontraktor yang betul-betul berwibawa.
Maka sebab itu saya juga telah mengesyorkan kepada Kementerian Kewangan, kontraktor yang bakal dilantik akan senarai pendekkan, dipanggil terhad tetapi salah satu syaratnya saya minta supaya Kementerian Kewangan boleh menimbangkan kontraktor itu perlu ada pengalaman menyiapkan hospital bernilai lebih pada RM100 juta. Ini kerana realitinya tujuan projek ini adalah untuk kemudahan rakyat dan bukan untuk menyenaraihitamkan kontraktor apabila nanti sekiranya kontraktor penyelamat itu gagal.
Berhubung dengan sub-sub kontraktor kenapa tidak diberi peluang?
Realitinya hari ini Yang Berhormat, kita telah bermula ke arah sekiranya subkontraktor terbukti ada rekod-rekod yang track record yang baik. Kita mengesyorkan kepada kerajaan supaya diberi peluang. Itu realitinya. [Dewan riuh] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kenapa dari awal tidak ikut dasar yang seperti itu, disenaraipendekkan? [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebentar tadi kerajaan ada berkata bahawa buat masa ini kerajaan hanya akan memberikan kontrak kepada kontraktor yang berwibawa sahaja dan Yang Berhormat Menteri menegaskan bahawa kementerian tidak dapat menentukan semua projek akan disiapkan seperti apa yang dijanjikan. Kalau macam itu, dari segi itu kita nampak dalam negara maju yang lain, yang menjalankan sistem tender terbuka tidak mempunyai masalah-masalah seperti apa yang kita dihadapi.
Adakah semua projek hospital yang akan ditawarkan pada masa hadapan, sama ada cara penswastaan atau cara terus dari JKR. Ditawarkan secara tender terbuka supaya syarikat-syarikat seperti apa Yang Berhormat Menteri katakan, hanya syarikat yang tekah berpengalaman yang membuat hospital lebih dari RM100 juta dibenarkan untuk tender projek tersebut sebab pada masa ini yang kita tahu banyak hospital telah pun ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang tidak berpengalaman langsung membina hospital dan tidak mempunyai pengalaman pun untuk membuat projek melebihi RM100 juta. Kita ada senarai-senarai projek tersebut.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Berhubung dengan cadangan ini, kalau projek itu merupakan projek baru, lazimnya syarikat- syarikat ini akan mengemukakan cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk membuat penilaian. Akan tetapi apabila projek itu diserahkan tanggungjawab kepada kementerian saya, bagi
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
kementerian saya setakat hari untuk saya memberi kontrak-kontrak baru, saya memastikan bahawa kementerian saya akan melihat kemampuan syarikat yang mengambil bahagian dalam kontrak ini.
Ini kerana untuk memastikan bahawa akhirnya projek yang dicadangkan dalam kementerian ini memperoleh kejayaan dan bukannya projek itu tersangkut di tengah jalan. Kita juga perlu menerima hakikat kadang- kadang dalam kes Hospital Shah Alam ini adalah untuk melantik kontraktor penyelamat, bukannya kontraktor baru. Saya tidak mahu nanti orang yang hendak selamatkan pun lemas, penyelamat pun lemas. Oleh sebab itu kita pastikan proses itu agak lebih ketat untuk pembangunan Hospital Shah Alam ini, terima kasih.
11. Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan keberkesanan Ops Noda yang dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi membendung lambakan Guest Relation Officer (GRO) di Labuan dan usaha bersepadu bagi menurunkan kadar kemasukan pekerja GRO tidak sah daripada terus membanjiri Pulau Labuan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Labuan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui Pekeliling Imigresen Malaysia Bilangan 2/2005 telah membenarkan pengambilan pekerja-pekerja asing di Labuan dirujuk sebagai pelayan pusat hiburan atau ringkasnya PPH, untuk bekerja di pusat-pusat hiburan di Labuan sebagai pekerja sektor perkhidmatan. Ini kerana sektor perkhidmatan ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.
Buat masa ini warga asing yang dibenarkan bekerja sebagai PPH adalah daripada warga Philippine, Indonesia dan Thailand sahaja. Walau bagaimanapun, menyedari akan sensitiviti dasar ini Jawatankuasa Pengambilan Pekerja Asing (JKKPA) Labuan dan juga Jabatan Imigresen Labuan selaku urus setia serta pihak berkuasa yang lain seperti PDRM telah mengambil langkah-langkah kawalan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang mengikut bidang kuasa masing-masing terhadap PPH dan juga operator pusat-pusat hiburan.
Langkah-langkah yang diambil ini antaranya adalah seperti berikut:-
(i) melakukan naziran ke atas premis bagi menentukan kesahihan operasi pusat hiburan berkenaan dan bagi menimbang kelayakan berdasarkan keperluan semasa tenaga kerja;
(ii) dari semasa ke semasa memperkemaskan senarai semak dan memperketat syarat-syarat pengeluaran pas lawatan kerja sementara (PLKS) kepada bakal pekerja antara lain untuk mengelak daripada dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia; dan
(iii) melaksanakan penguat kuasa terhadap PPH dan operator pusat hiburan yang melanggar peruntukan undang-undang negara dan syarat-syarat kelulusan yang diberikan kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Labuan juga pihak penguat kuasa sentiasa membuat pemantauan di pusat-pusat hiburan bagi memastikan PPH memenuhi syarat-syarat PLKS. Selain itu, bagi tempoh 2008 sehingga 2010 pihak PDRM Labuan bersama-sama Jabatan
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Imigresen Labuan telah melakukan sebanyak 216 serbuan di bawah Ops Noda ke atas premis-premis hiburan dan maksiat di sekitar Labuan. Dalam operasi tersebut seramai 116 orang telah ditangkap kerana terlibat dalam perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Bagi tahun 2008 sebanyak lapan kes telah dihadapkan di mahkamah iaitu atas pertuduhan melanggar syarat-syarat pas lawatan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen sebanyak enam kes dan dua kes yang lain dituduh atas kesalahan menganjurkan aktiviti persundalan ataupun dalam bahasa Inggeris soliciting for the purpose of prostitution di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Manakala pada tahun 2009 pula sebanyak enam kes telah dituduh di mahkamah dan tiga daripadanya dituduh kerana melanggar syarat-syarat pas lawatan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen dan satu kes dituduh di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1995 kerana menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah. Dua kes yang lain dituduh atas kesalahan menganjurkan aktiviti persundalan di bawah seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Bagi tempoh Januari hingga September 2010 pula sebanyak sembilan kes telah dituduh di mahkamah melibatkan enam kes daripadanya dituduh kerana melanggar syarat-syarat pas lawatan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen dan dua kes dituduh di bawah seksyen 55B Akta Imigresen serta satu kes di bawah kesalahan menganjur aktiviti persundalan di bawah seksyen 372 Kanun Keseksaan.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada tindakan yang diambil oleh pihak penguat kuasa terhadap PPH serta seperti yang dinyatakan di atas, Kementerian Dalam Negeri menyatakan keadaan kebanjiran pekerja PPH yang tidak sah memasuki Labuan adalah terkawal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh
dan lapan senarai tersebut.” - 27 Oktober 2010] Timbalan Yang di-Pertu
Dijemput...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18. Tuan Yang di-Pertua, kelmarin saya ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Peraturan mesyuarat yang mana Yang Berhormat?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, jika peraturan mesyuarat Yang Berhormat rujuk itu berkenaan dengan usul Yang Berhormat bawa yang dikemukakan semalam saya ingin katakan bahawa usul itu telah pun...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya tahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ditolak di dalam kamar dan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(8)...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ianya tidak boleh dibaca dan dikemukakan di dalam Dewan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya tak, saya tak akan bacakan usul saya kerana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Perkara yang saya bangkit itu adalah mengenai salah guna kuasa polis atas...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Telah ditimbang dan ditolak di dalam kamar Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Orang Iban di Sebagang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, you are reading it now.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
No, I’m not.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
You are, memaklumkan kepada Dewan tentang usul Yang Berhormat yang telah ditolak.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya hendak minta satu penjelasan kenapa usul saya ditolak di dalam kamar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh membuat usul. Prosedur yang...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya tahu prosedur.
Ini bukan satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Prosedur yang proper Yang Berhormat. Bermakna keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad dan jika Yang Berhormat tidak berpuas hati boleh membawakan dalam bentuk usul.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Prosedur yang proper adalah untuk saya bacakan usul saya di sini dan diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan ini bukan dalam kamar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, jangan mengelirukan Dewan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya bukan mengelirukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tuan Yang di- Pertua Dewan ada kuasa untuk menolak sesuatu usul di dalam kamar.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, memang saya akui ada kuasa tapi kuasa ini mesti di...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat. Saya ingin perjelaskan..
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
...Mana-mana usul yang ditolak di dalam kamar saya tidak akan benarkan mengikut peraturan mesyuarat untuk dibacakan di dalam Dewan Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Apakah jaminan kerajaan akan beri kepada orang Iban itu bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Siasatan akan dijalankan dengan adil terhadap kuasa politik mempengaruhi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Setiausaha.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Siasatan polis.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
No further action!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta Yang Berhormat Pasir Puteh untuk menyambung perbahasan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 66(3) yang memperuntukkan peraturan membahaskan Undang- undang Perbekalan dan menimbangkan anggaran pembangunan tahunan, di mana 66(3) memperuntukkan tidak kurang daripada dua hari hendaklah diuntukkan bagi jawapan daripada Menteri-menteri.
Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas kita dimaklumkan susunan giliran Menteri-menteri untuk menjawab perbahasan warna biru. Semalam kita diberi susunan jadual terkini warna merah jambu.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ya mengelirukan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Hari ini diberi susunan giliran menjawab warna kuning. Asyik ditukar giliran Menteri-menteri menjawab.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
World class Parliament!
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya faham pihak Dewan...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
World class!
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua mempunyai kuasa untuk membenarkan. Saya hendak tahu apakah alasannya, satu.
Kedua, bukankah pihak kementerian atau menteri sendiri mesti memberi keutamaan menghormati Dewan yang mulia ini untuk hadir dalam Dewan dan mengikut giliran yang telah ditetapkan. Itu perkara kedua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Akhirnya perkara ketiga, apakah dengan warna kuning senarai giliran ini menteri-menteri sendiri, saya kata Menteri bukan Timbalan Menteri, akan hadir untuk menjawab perbahasan bajet ini dan keempat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf ya, keempat selepas ini tidak akan ada perubahan giliran lagi sebab mereka sepatutnya memberi keutamaan untuk hadir dalam Parlimen menjawab perbahasan yang telah dibangkitkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Itu saya pohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
As far as soal jadual menjawab mengikut giliran ini yang berubah saya ingin maklumkan bahawa pejabat Setiausaha Dewan Rakyat telah menerima permohonan daripada Menteri-menteri yang berkenaan dan telah diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan agar perubahan itu diluluskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat harus faham bahawa dalam peruntukan peraturan mesyuarat kita, urusan kerajaan didahulukan dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada peruntukan yang sedemikian. Saya ingin katakan bahawa tidak ada sebarang pelanggaran yang dilakukan atas perubahan ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua terima kasih atas penjelasan, tetapi saya rasa tidak boleh berulang-ulang kali. Tengok berapa senarai telah dikemukakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi keutamaan harus diberi untuk Persidangan Parlimen oleh Yang Berhormat Menteri dan selepas apa – saya minta penjelasan akhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Selepas ini apakah Yang Berhormat Menteri sendiri dengan kebenaran diberi untuk menukar giliran Yang Berhormat Menteri sendiri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Akan hadir untuk jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, that point Yang Berhormat dengan peraturan mesyuarat bererti Yang Berhormat patuh kepada peraturan mesyuarat untuk memastikan, menentukan bahawa Yang Berhormat Menteri sahaja boleh berucap itu tidak diperuntukkan di dalam peraturan mesyuarat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya faham, saya faham.
Definisi Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. You know that Yang Berhormat maklum tentang perkara ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya faham tetapi saya pohon tiada alasan yang diberi kepada kami nombor satu. Kedua saya hendak tahu apakah selepas ini keutamaan pihak Yang Berhormat Menteri sendiri akan hadir? Kerana giliran mereka telah dibenarkan untuk ditukar. Itu persoalannya Tuan Yang di-Pertua kerana Perdana Menteri juga ada menukarkan gilirannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jabatan Perdana Menteri – apakah selepas ini Yang Amat Berhormat sendiri akan hadir untuk jawab? Itu persoalannya jangan selepas ini kita diberi warna hijau punya. Selepas itu diberi warna ungu punya kalau adalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, saya rasa sudah cukuplah Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
On the spot punya bahawa sekarang akan ditukar giliran. Last minute, no notice.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Puteh.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi saya satu peluang untuk sama-sama kita berbahas dalam perbahasan bajet pada kali ini. Saya memulakan ayat al- Quran Surah al-Mukminun ayat satu dan dua yang bermakna, “Sesungguhnya berjayalah orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”.
Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada bajet yang di depan kita pada kali ini nilai berjaya itu mesti kita tangani bersama. Ini kerana ahli tafsir menjelaskan bahawa orang-orang mukmin itu ialah orang yang khusyuk dalam sembahyangnya. Kalaulah dalam sembahyang itu dia boleh bersama-sama dengan Tuhannya, dia boleh patuh kepada titah perintahnya. Maka mereka inilah, sifat beginilah juga yang akan berlaku di luar sembahyang itu sendiri.
Ini bagi orang Islam. Saya tertarik membaca ayat ini ialah pada kelmarin kerana ada perbahasan tentang j-QAF ini. Penilaian kita tentang kejayaan itu mesti kita betulkan. Inilah barangkali tidak ada pada bajet kita kali ini. Kita bentang bajet ini ialah dalam suasana negara kita sedang menghadapi satu krisis akhlak yang paling tinggi. Perzinaan meluas dan merata-rata hubungan, macam-macam yang kita jumpa. Bahkan anak-anak kita, pelajar- pelajar kita sudah hilang satu sifat yang sepatutnya ada kepada orang Islam itu.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Akhlak yang baik, ada disebut bahawa akhlak ini adalah separuh daripada iman manusia itu. Manakala selesai akhlak separuh lagi selesai yang lain. Apakah kita tidak menekankan dalam bajet ini tentang akhlak umat kita, akhlak rakyat kita ini apa akhlak yang kita hendak. Apabila Perdana Menteri mengisytiharkan hab hiburan malam sebagai suatu cara untuk menambahkan ekonomi kita. Tidak padan lagilah dengan macam-macam gejala yang kita hadapi sekarang ini.
Tidak cukup kalau negeri Melaka itu membuatkan satu sekolah harapan, ia tidak cukup, pasal gejala membuang anak rata-rata ini ialah ini hasil saya, ini adalah buah kepada satu sistem yang tidak betul. Ini buah sahaja. Hasil, salah satu hasil sahaja. Kalau kita hanya menyelesaikan buah sahaja sudah kita tanam pokok yang pahit, lahir buah pahitlah. Tidakkanlah lahir buah yang manis. Kita tanam epal, lahir buah epallah hendakkan diet.
Makna ini merupakan hasil daripada kesalahan kita dan kalau kita tambahkan lagi hab hiburan malam ini yang dirasmikan, yang rasmi, yang sudah ada sekarang pun tidak larat sudah kita berdepan dengan suasana sekarang ini.
Sarang-sarang maksiat yang berlambak di Kuala Lumpur. Macam- macam jenama yang diberikan kepada Kuala Lumpur ini yang tidak baik kepada kita. Macam-macam perkara. Tuan Yang di-Pertua sebab itu ulama meletakkan bahawa paling kurang ilmu Islam yang ada kepada umatnya ialah tahu hal haramnya. Paling kurang kita tahu halal haramnya. Kita tidak mahu anak-anak kita atau belia-belia kita sudah hilang satu perkara iaitu dia tidak tahu sudah siapa dia.
Kita tidak benarkan negara kita ini diwarisi oleh satu generasi yang tidak tahu keturunannya daripada mana, yang hilang kehormatan dia. Anak yang dibuang rata-rata ini Tuan Yang di-Pertua dia sudah hilang sebab itu Islam sangat mementingkan keluarga ini, sangat mementingkan keturunan.
Keturunan ini satu benda yang dibanggakan oleh siapa pun. Adakah ini generasi kita untuk mewarisi kepimpinan kita pada masa akan datang. Yang
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
dia tidak sayang kepada keluarganya kerana dia tidak tahu siapa ayahnya. Dia tidak tahu.
Allah menjelaskan ‘Hurrimat Alaikum Ummahatukum’ ayat Surah An- Nisa’, kalau boleh baca Surah An-Nisa’ panjang cerita. Surah An-Nisa’ surah wanita. Satu surah yang panjang menceritakan tentang bagaimana Islam meletakkan wanita ini. Diharamkan kepada kamu, emak kamu. Sekarang sudah ada emak pun boleh buat. Kita sudah hilang anak kamu, saudara kamu, saudara perempuan kamu, emak saudara kamu. Islam sebut satu-satu detail.
Emak mertua, menantu diceritakan, anak tiri. Satu-satu Islam meletakkan orang yang menjadi mahram kita.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Inilah barangkali bagi pihak sekolah pendidikan yang perlu diajar kepada anak-anak kita. Kadang-kadang kita rasa terkilan juga bila dalam kokurikulum sekolah kita ini tidak dititik beratkan tentang dosa dan pahala, tidak ada. Syurga dan neraka, buat apa, apa kesan. Apa kesan terhadap tindakan kita. Kita tidak jumpa penekanan tentang dosa dan pahala. Ada buat peraturan, ada buat j-QAF, buat baca al-Quran, baca jawi dan sebagainya, penekanan tentang halal dan haram, dosa dan pahala, syurga dan neraka, apa kita hendak selepas ini. Apa akan jadi? Akhlak yang mulia. Tidak diberikan penekanan yang lebih.
Jadi bagaimana kita hendak warisi negara kita ini kepada satu generasi yang hilang maruah diri?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya tidak boleh sembunyikan rasa terkilan saya juga sebab Yang Berhormat Pasir Puteh membangkitkan soal silibus yang perlu dimasukkan dalam pelajaran sementara kita juga berbincang kaedah bagaimana kita hendak bawa satu generasi baru yang peka kepada masalah halal dan haram, soal budaya dan sebagainya. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Pasir Puteh, saya rasa keliru juga tentang pengumuman kata kerajaan hendak hidupkan industri hiburan malam, kata tadi kan? Ada disebutkan dengan jelas hub hiburan malam.
Saya rasa mungkin alasan dia, kerajaan tidak lain dan tidak bukan kerana alasan untuk menghalalkan industri ini secara mengeluarkan lesen- lesen dan sebagainya kerana tujuan untuk mendapat revenue ataupun mendapat hasil. Kalau tidak, tidak ada sebab kita hendak halalkan, hendak buka atau beri lesen. Seperti dahulu juga Yang Berhormat Pasir Puteh, kerajaan menjawab dalam Dewan ini hendak menghalalkan atau memberi lesen kepada industri perjudian kerana katanya kalau tidak diberi lesen, maka perjudian juga dibuat dan kerajaan rugi kerana tidak dapat hasil. Adakah sebab itu juga kerajaan kali ini, kerajaan akan beri juga alasan yang sama, hendak beri lesen halalkan industri hiburan secara besar-besaran ini kerana kita rugi hasil.
Selama ini hiburanlah sebagainya berjalan macam biasa secara besar- besaran tetapi kerajaan tidak dapat untung apa-apa. Barangkali kerajaan berniat untuk lesenkan hiburan ini atau mungkin dahulu jawab satu kali, kita pernah tanya, adakah kerajaan juga bercadang, sudah alang-alang hendak buat perjudian ini hendak dihalalkan kerana hasil, pelacuran barangkali hendak halalkan juga kerana hasil. Kali ini nampaknya dicuba dahulu dengan mencadangkan supaya industri hiburan ini dilesenkan dahulu, barangkali untuk tujuan hasil. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh, barangkali menyokong saya atau bagaimana, kerajaan barang kali sudah tidak ada cara lain sudah hendak dapatkan hasil ini. Nampak menjurus kepada aktiviti seperti perjudian, pelacuran. Sebab itu sekarang ini hendak mulakan,
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
hendak lesen secara besar-besaran kepada industri hiburan. Saya hendak jawapan ini betul, secara kebetulan.
Industri hiburan ini kalau tidak ada secara statiknya duduk pada hiburan sahaja, saya rasa tidak ada GRO yang pergi ke Labuan seperti dijawab tadi. Berlambak-lambak pergi ke Labuan itu sebab apa? Sebab ada collaboration dia, mesti ada hubung kait dia antara hiburan biasa dengan aktiviti yang extended kepada hiburan. Saya rasa semua orang tahu perkara ini tidak payah diceritakan dengan detail lah, semua tahu. Akan tetapi saya hendak sebut di sini kehairanan saya kenapa kerajaan beria-ia hendak lesenkan hiburan ini? Untuk apa? Adakah benar berkait dengan hasil yang tidak dapat kita kutip walaupun industri ini berbentuk sudah sah secara aktivitinya aktiviti yang memang menunjukkan moral yang begitu rendah pada kalangan masyarakat kita. Saya minta pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Puteh. 12.02 minit masa Yang Berhormat berakhir. Jadi kalau mahu bercerita panjang jangan beri laluan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mencelah walaupun dibenarkan.
Sebagai ingatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mencelah itu, tolonglah sedikit, kerana masa yang digunakan itu adalah masa Yang Berhormat sedang berucap. Jangan tidak fikir tentang hal orang lain, asal kita dapat bercakap panjang lebar. Tolong.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau mahu orang bersikap adil kepada kita.
Kita pun mesti bersikap adil kepada kawan. Sila Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Bila kita hendak buat, hendak dapatkan pendapatan, tidak kiralah negara atau rumah, satu elemen yang kita kena titikkan ialah soal keberkatan. Saya bila dengar Perdana Menteri baca mula ayat al-Quran dalam surah al-Qasas ayat 77 itu, kita senang hati dah mula itu. Sebab ayat ini memang menceritakan tentang kebaikan, keberkatan dunia dan akhirat. Akan tetapi bila hujung memang pun dia tidak sebutkan dalam bajet ini tetapi sebut kemudian, tidak sebut dalam bajet, sebut kemudian tentang hab hiburan malam ini. Sudah tahu hiburan ini satu yang kita tengok sekarang menjadi sarang maksiat. Sudah lama kita tahu di situlah berhimpunnya arak, judinya di situ, GRO nya di situ, semua di situ.
Kita sudah hilang satu identiti yang besar kepada negara kita, kepada masyarakat kita sekarang ini. Hendak harap kepada mak dan ayah sekarang, kata ulama di antara bala yang diturunkan kepada kita ini apabila anak kita ini tidak patuh kepada mak bapa, di antara bala yang besar dan ia adalah salah satu tanda kiamat. Sekarang memang tidak boleh dengar, anak sekarang sudah tidak tahu sekarang apa sudah jadi. Nasihat ayah sudah tidak pakai, nasihat mak pun sudah tidak pakai sekarang. Ini satu bala yang besar yang menyusahkan. Bahkan kenapa dia hendak dengar nasihat mak dan ayahnya sebab mak dan ayahnya sendiri pun barang kali tidak terpakai juga.
Allah sebut dalam al-Quran, lelaki yang berzina dia akan diberikan oleh Allah isteri yang berzina juga. Samalah juga isteri yang rajin berzina ini dia akan diberikan suami yang berzina juga. Jangan haraplah kalau kita ini rajin berzina hendak cari isteri yang baik, jangan harap. Ini jaminan Allah yang adil dan kalau inilah keluar anak apa akan jadi? Anak sama juga, akhirnya dia tidak hormat ibu bapa. Kalau inilah kepimpinan negara kita akan datang kita akan menjadi masalah. Kedua...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Tidak boleh dah. Minta maaf. Kita buat semula, buat semula.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Pendek pun tidak boleh.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Pendek pun tidak boleh juga. [Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Bagi dua minit.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Baik. Saya dapat satu surat, isunya makan malam Parlimen kita baru ini. Jubli Emas kita bersama dengan Yang di-Pertuan Agong. Satu ialah mereka tidak berpuas hati daripada agama Hindu kerana menu kita itu nombor satu ialah sup ekor lembu. Jadi sepatutnya Tuan Yang di-Pertua, kita bila hendak hidangkan ini kita kena meraikan sensitiviti semua kaum kita, semua agama kita. Dia tidak puas hati, kalau dibuat dua sup tidak mengapa dah hari itu. Lembu atau kambing atau ayam. Akan tetapi tidak ada dah sup, bawa mari sup ekor lembu sahaja. Siapa dia pengarah dia ini? Kita tengok. Baik, yang kedua ialah, perkara sensitiflah, ini perkara sensitif.
Kedua, soal hiburan malam itu, semua kita tengok. Kita sudah tahulah yang hadir itu semua veteran semua.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Kita tengoklah, yang hadir itu veteran semuanya – perempuan pun sudah jadi nenek, bekas-bekas Ahli Parlimen, bekas-bekas Senator, orang tua-tua semua hadir tetapi ditunjukkan satu pertunjukan yang – 50 tahun kita merdeka, itu rupanya budaya kita. Dengan pakaiannya – katanya daripada tentera, saya pun tidak tahu kalau tentera macam itu. Jadi adakah munasabah? Hari itu adalah himpunan semua orang yang hebat-hebat belaka dalam negara kita. Lepas daripada itu, dah tidak ada dah. Yang paling tinggi – daripada Agong sampai ke semua pimpinan negara...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Semasa itu, itu ditonjolkan – dengan pakaiannya, dengan...
Seorang Ahli
Bukan standard kita.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Jadi adakah itu maksudnya wibawa Parlimen kita ini? Saya rasa seperti terfikir, adakah Tuan Yang di-Pertua tidak lihat langsung ini? Ataupun ada orang lain yang buat benda ini?
Tuan Yang di-Pertua
Buat cadangan Yang Berhormat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Saya cadangkan begini Tuan Yang di-Pertua, supaya Akta Perkhidmatan Parlimen diwujudkan semula.
Tuan Yang di-Pertua
Yang ditonjolkan itu Yang Berhormat, ialah sejarah Parlimen.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Sejarah Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Yang ditonjolkan itu.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Hah, itu kah sejarah Parlimen nya?
Tuan Yang di-Pertua
Itu yang kita tahu, kecuali ada lain lagi yang Yang Berhormat tahu. Buat cadangan, Yang Berhormat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Oh, itu sejarahnya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Akan tetapi dia tunggu sampai habis.
Tuan Yang di-Pertua
Buat cadangan Yang Berhormat, kita catat di sini.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Letihlah Tuan Yang di-Pertua, letih. Kalau itu yang kita hendak tonjolkan – dan saya sebut ini sebab rata-rata di kalangan yang nenek-nenek ini, dia kata “Allah, teruknya kita, teruknya Parlimen kita”.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Pertunjukan kita, itu yang kita...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Malu, malu, malu kita malu. Malu pada pengakap. [Ketawa] Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa – saya seperti nampak macam Parlimen ini – saya ini jarang bercakap Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya tengok juga, saya nampak macam Parlimen ini, siapa sebenarnya yang berkuasa di Parlimen ini? Speaker kah? Kadang- kadang saya tengok macam Setiausaha Dewan pun berkuasa juga.
Tuan Yang di-Pertua
Baca Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat, kuasa-kuasa Speaker dan Setiausaha Dewan.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Ada kuasa-kuasa itu. Kadang-kadang saya nampak macam Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Dan apa yang kita tidak tunjukkan dalam video klip itu cuma pergaduhan sekarang sahaja dalam Parlimen. [Ketawa] Itu yang kami tersilap Yang Berhormat – yang kecoh-kecoh itu. Sila teruskan.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Jadi sebab itu saya mencadangkan balik supaya Akta Perkhidmatan Parlimen diwujudkan...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Saya rasa ditubuhkan pada tahun 1963 dahulu lagi, dihidupkan semula, saya pun tidak tahu pasal apa, saya pun hendak tahu jawapannya juga. Kenapa pada tahun 1992 itu dimansuhkan akta itu, yang sehingga sekarang kita tidak nampak Parlimen ini berjalan macam mana, siapa berkuasa, macam mana hala tuju kita? Kita tidak nampak. Jadi kita wujudkan semula termasuk barangkali kita boleh bincang semula dari segi soal Ahli Parlimen itu sendiri.
Saya dengar berita, saya terbaca ada satu Parlimen mana Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen ini apabila dia mula jadi Ahli Parlimen, kena timbang body dia, tengok berat macam mana. Apabila habis sesi 5 tahun – macam Kabinet contohnya – ditimbang balik, berat mana – makan banyak kah makan sikit kah, kita tengok.
Seorang Ahli
Makan rasuah.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Kalau dia makan banyak sangat mungkin dia gemuklah. Ini kena check baliklah. Saya terbacalah, saya terlupa di Parlimen mana, tetapi makna begitu kita punya – jadi ertinya Parlimen yang punyai kuasa. Saya seronok kalau kita jalan begitu.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak kembali kepada Pasir Puteh. Pertama sekali soal baja. Saya sudah ungkit pada sesi dahulu tetapi tidak selesai lagi. Ada 1,000 ekar tanah yang tidak diberikan baja. Saya cadangkan begini Tuan Yang di-Pertua, baja cap dacing ini kita tukarlah, ia tidak melahirkan keberkatan. [Ketawa] Cap dacing ini dibuat oleh Menteri Pertanian dahulu, waktu PAS mula-mula menang tahun 1990 di Kelantan.
Dahulu bagus – baja persekutuan. Itu dahulu, saya ingat lagi, tetapi oleh sebab dendamnya kepada Kelantan kerana rakyat Kelantan tidak undi BN pada masa itu, dia tukar baja itu kepada cap dacing. Kita cadangkan supaya ditukar balik, tidak apa. Ini baja subsidi Kerajaan Persekutuan, tidak apa, kita boleh terima, tidak ada masalah. Cap dacing itu rasanya tidak berkat. [Dewan riuh] Banyak padi tanam pun tidak jadi. [Ketawa] Yang kedua, saya hendak sentuh mengenai kenaf. Kenaf ini ada di Pasir Puteh. Saya banyak kali sentuh soal kenaf ini. Saya minta supaya...
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat, ya.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Kerajaan kaji balik...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Puteh, dua minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Kerajaan mengkaji balik tentang penanaman kenaf ini, sebab ada dua kilang di Pasir Puteh itu – satu di Pasir Puteh dan satu lagi di Bachok, ia bersempadan. Saya diberitahu oleh penduduk kawasan berkenaan bahawa kenaf ini rupanya debunya sangat bahaya pada kesihatan. Jangan kita fikir soal produk yang baik – betul, fiber yang baik, bagus – tetapi saya diberitahu bahawa ia boleh membawa penyakit kepada penduduk tempatan. Jadi sebelum kerajaan melaksanakan sebegitu rupa, bagi saya kita kena bincang semula dari segi kesan kesihatan kepada rakyat kita.
Ketiga yang saya hendak sebut tadi ialah soal beras ini. Kenapa kerajaan sehingga kini menyasarkan 30% beras ini masih lagi diimport? Tidak bolehkah selepas 50 tahun kita merdeka ini, hapuskan ini? Kita kata 5 tahun lagi ataupun tahun ini kita tidak ada import beras ini, semuanya kita tanam.
Ataupun ada apa-apa – dapat AP beras kah atau macam-macam ini. Sudah 50 tahun merdeka, takkan tak naik lagi.
Yang keempat ialah soal benih padi. Saya diberitahu dan mendapat satu senarai bahawa benih padi ini satunya ialah ia tidak berapa berkualiti, menyebabkan hasil kita – seperti yang ditimbulkan Yang Berhormat Arau sebelum ini. Kedua, ada di bawah syarikat – dahulu benih padi ini diproses ataupun diedarkan oleh BERNAS tetapi sekarang diwujudkan macam-macam badan, ada 13 yang berkenaan. Tetapi ada dua yang banyak dapat kuota.
Satu ialah Kejora Desa Sdn. Bhd. yang mendapat kuota 16,000 lebih untuk menjual benih padi dan yang kedua ialah Haji Mat Nor Bin Haji Abdul Rahman.
Seorang Ahli
Dari mana?
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Saya diberitahu dari Sekinchan, 16,000 juga. Orang lain sikit-sikit sahaja. BERNAS sendiri pun 4,000 sahaja. Jadi ini satu badan baru dan saya hendak tahu yang dua ini siapa di belakangnya?
Yang kelima ialah LKIM yang dibuat di Tok Bali. Saya diberitahu tahun sudah mengatakan bahawa tahun ini siap – bangunan LKIM itu, tetapi saya nampak sekarang macam tidak siap lagi. Jadi, saya hendak tanya kenapa benda itu tidak siap? Saya hendak tahu Menteri jawab macam mana. Ada juga sungutan bahawa padi yang kita jual ke BERNAS ini dipotong sehingga 24 kilo
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
untuk 100 kilo. Jadi ini suatu yang orang tidak berpuas hati dan kita harap ia dapat dilaksanakan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, bahawa saya mendapat satu surat bahawa rupanya Keretapi Tanah Melayu ini, yang masuk Kelantan, tidak bayar hutang ke Kelantan – cukai tanah berjumlah lebih kurang RM43 juta. Jadi saya hendak dapat jawapan daripada Menteri, apa yang berlaku sebenarnya?
Baru-baru ini saya naik kereta api, rupanya kereta api ekspres Kuala Lumpur ke Kelantan ini, tandas itu Tuan Yang di-Pertua, tandas zaman orang putih dahulu lagi. Kita buang air itu di atas...
Seorang Ahli
Atas landasan.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Ha, atas landasan.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Tidak pakai, ia pakai lubang begitu sahaja. Jadi tidak tahu – sampai 50 tahun kita masih lagi langsung tidak tengok benda itu. Saya pun tidak perasan sebab lama tidak naik kereta api. Rupanya ada lagi – lama dahulu ini.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Kalau tidak, kita batalkan sahaja kereta api kalau begitu, kalau payah sangat hendak buat itu.
Sepatutnya kalau kita hendak majukan Pantai Timur sekarang, kita buat dua kereta api – satu Ipoh ke Gua Musang ataupun yang ke Pulau Pinang.
Akhirnya saya berpantun la.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Patah tumbuh hilang berganti, Galas teguh perkukuhkan Batu Sapi. [Ketawa] Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli BN tidak ada?
Seorang Ahli
Bandar Tun Razak.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, okey ada satu. Sila.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk bersama-sama membahaskan perbahasan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 Oktober yang lalu. Bajet 2011 merupakan bajet yang memberikan kemesraan kepada seluruh rakyat negara. Ini membuktikan bahawa kerajaan kita memberi kecaknaan kepada rakyat dan rakyat merasakan mereka mendapat nikmat daripada kerajaan Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana Bajet 2011 menyokong kepada perubahan besar kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat mencakupi aspek ekonomi, sosial dan politik. Saya berbangga sebagai anak yang lahir dalam negara Malaysia, belajar dalam negara Malaysia, dibesarkan dalam negara Malaysia, dahulu sebelum jadi wakil rakyat sebagai pegawai kerajaan menikmati segala kemudahan walaupun dahulu kita miskin, negara kita miskin, rakyat miskin, alhamdulillah syukurlah selama 53 tahun kita merdeka suatu perubahan telah berlaku dalam
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
negara kita dan insya-Allah sepuluh tahun akan datang ini negara kita akan menjadi sebuah negara maju yang bersaing dengan negara-negara maju dunia.
Tidak syukur lagi kita ini? Kalau kita hendak banding negara jiran yang lain contohnya di Vietnam, Myanmar ataupun yang berdekatan di Indonesia. So negara-negara Asean dengan negara yang pernah diperintah oleh penjajah dahulu hendak banding dengan Malaysia tetapi tidak sesetengah pihak mengatakan dan tidak memberikan laluan yang mudah, laluan yang baik kepada pemimpin kita untuk teruskan pembangunan menyangkal kebolehupayaan pemimpin kita dan sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah negara bagi kepentingan peribadi. Ini tidak comel, tidak cantik, sepatutnya kita bersama-sama membangun bersama dengan Barisan Nasional melihatkan kebaikan, kebolehan negara kita kepimpinan yang ada untuk terus maju bersama dengan negara-negara lain yang telah maju di dunia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik projek bersepadu Warisan Merdeka setinggi seratus tingkat yang tertinggi akan datang ini di Malaysia dan akan disiapkan pada 2015. Bangunan Warisan Merdeka akan menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat negara yang mencerminkan sebuah negara maju pada masa akan datang. Saya turut berbangga daripada Bajet 2011, kerajaan memperuntukkan RM178 juta untuk pembangunan Koridor Ekonomi Pantai Timur antaranya projek taman industri, loji rawatan air, pembangunan kawasan pelancongan dan lain-lain. Projek yang bakal dilangsungkan ini sudah pasti akan dapat membangunkan negeri-negeri di Pantai Timur yang jauh ketinggalan dari negeri-negeri Pantai Barat. Akan tetapi yang lebih penting hasil daripada projek ini ialah untuk memberi peluang pekerjaan yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat di negeri-negeri Pantai Timur. Sekali gus akan mengurangkan kadar pengangguran di setiap negeri.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik langkah kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi dengan pelbagai kemudahan termasuk 75% pensyarah berkelulusan PhD, peluang kenaikan pangkat, mempergiatkan program latihan dan kemahiran serta golongan bukan siswazah. Persoalannya apakah kerajaan juga berhasrat untuk mengecualikan bayaran yuran universiti kepada pelajar-pelajar atau rakyat yang berumur 50 tahun ke atas yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan juga PhD selaras dengan impian kerajaan untuk melahirkan sejumlah 50,000 rakyat yang memiliki PhD pada tahun 2023 nanti. Jika ini dapat diambil kira melalui Bajet 2011 saya percaya rakyat yang berbilang kaum termasuk kaum Cina, India dan juga Melayu kerana negara kita sudah pasti akan dapat menyertai program tersebut sebagaimana yang dihasrat oleh kerajaan untuk melahirkan yang cerdik pintar sesuai menjadikan sebuah negara maju di mana asasnya datang daripada rakyat yang berpengetahuan dan berpelajaran tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, kenaikan elaun Pengerusi JKK, JKKP, Tok Batin, Pengerusi JKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru serta elaun bulanan guru KAFA daripada RM450 kepada RM800 sebulan adalah yang bertepatan pada masa kini. Tugas mereka amat besar di kampung-kampung dan sewajarnya dihargai. Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kecaknaan kerajaan kepada pemimpin di peringkat akar umbi (grass roots). Merekalah yang bekerja keras di peringkat bawah, merekalah yang menyalurkan delivery system kepada rakyat di peringkat bawahan. Kalau mereka belot tidak sampai hasrat kerajaan kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat negara dari golongan petani dan nelayan hari ini masih lagi digelar miskin dan mudah miskin. Kita sudah 53 tahun merdeka, kita sedar bahawa kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan lain- lain kementerian turut menyumbang ke arah mensifarkan kemiskinan tegar
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
dalam negara kita ini. Apa yang kita hairankan berapa banyak sumbangan yang diberi, berapa banyak pendidikan dan latihan yang diberi kepada mereka, golongan petani, golongan nelayan tetap digelar miskin atau mudah miskin.
Cuba kita tengok sedikit negara jiran, negara Taiwan misalnya, negara Thailand misalnya bila kita sebut soal mengeluarkan buah-buahan merekalah yang teratas bagi orang yang mengidam untuk makan buah-buahan tidak kira musim dia datang Kuala Lumpur pergi Chow Kit Road dia boleh beli. Dia mengidam durian, mengidam manggis dia boleh beli pada bila-bila masa.
Akan tetapi apakah sistem pertanian dalam negara kita ini boleh kita lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh negara jiran kita dan sesuai dengan kerajaan menambahkan peruntukan kepada R&D, kita baiki semula. Saya mencadangkan supaya satu sistem ataupun penjadualan baru yang boleh dibuat kepada R&D bagi membolehkan tanaman-tanaman dalam negara kita ini mendapat tempat di hati rakyat dan boleh dijual pada bila-bila masa.
Saya mengambil satu contoh kerana kita sudah lama merdeka dan kementerian kita sudah besar dan boleh menjadikan pertanian sebagai bidang komersial yang boleh dieksport tetapi masih lagi berlaku. Mereka petani yang menanam duku, menanam rambutan dan sebagainya sebelum Ramadhan baru-baru ini, harganya 50 sen sekilo. Duku yang menjadi minat kepada orang ramai kerana berlakunya perlambakan dan apalagi kepada rambutan yang masak ranum di pohon.
Apakah tidak ada satu sistem atau tidak ada satu perubahan baru yang dibuat bagi membolehkan hasil-hasil ini mendapat manfaat dan faedah kepada petani-petani kita. Bagaimana boleh kita tingkatkan peningkatan mereka kalau begini berulang tahun berlaku kepada petani-petani dan sudah pastinya kita tidak mampu meraih keuntungan yang besar kepada petani- petani kalau satu sistem baru, kaedah baru yang boleh kita memberi satu daya tarikan kepada petani-petani kita.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Kita berharap satu masa akan datang petani kita bukan lagi petani yang miskin. Jadilah petani seperti mana di Taiwan ataupun di Jepun misalnya. Mereka boleh mengeluarkan hasil dan mendapatkan hasil yang berlipat kali ganda daripada projek yang mereka tanam.
Kedua, kepada nelayan. Nelayan juga kalau disebut miskin golongan ini adalah golongan nelayan. Sumbangan enjin, bot, peralatan tetapi masih mereka di tahap miskin. Bagaimana mereka boleh meningkatkan pendapatan mereka? Saya beri satu contoh, di kawasan saya sudah berpuluh tahun - basic atau asas. Jikalau muara itu cetek atau tohor, bagaimana mereka boleh berulang kali pergi ke laut menunggu air pasang? 12 jam kemudian air surut menunggu air pasang. Penyebab atau causes ialah menunggu air pasang.
Jika berapa banyak sekalipun kita beri sumbangan kepada golongan ini, tetapi golongan ini tidak boleh ke laut dan kalau ke laut pun hendak masuk dan jual ikan mereka tersadai di tengah-tengah muara, bagaimana mereka boleh menjalankan aktiviti mereka bagi membolehkan golongan ini mendapat pendapatan yang lebih tinggi? Persoalannya ialah basic.
Jadi saya minta kerajaan sama ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga yang mana-mana terlibat dengan muara ini supaya mengambil satu langkah atau inisiatif kepada nelayan seluruh negara. Jikalau kita mengharapkan mereka, kemungkinan mereka tidak mampu melaksanakan tugas ini. Akan tetapi kita kerajaan dengan Bajet 2011 nanti akan dapat mengambil perhatian ini, supaya nelayan kita menjadi nelayan yang berprestij tinggi, sama taraf dengan nelayan negara-negara besar seperti Jepun dan sebagainya dan
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
petani-petani kita setaraf juga. Kita hendak lihat ini sebagai sebuah negara yang maju akan datang, negara yang sudah 53 tahun merdeka.
Tuan Yang di-Pertua, jika dahulu negara kita ini kita takut dengan komunis kerana komunis sentiasa mengancam kehidupan rakyat kita, tidak mengira di mana-mana tempat dan tugas kerajaan kita sudah pun selesai. Hari ini kita berhadapan dengan mereka yang terlibat dengan penagih dadah. Tidak habis Tuan Yang di-Pertua. Apa pun yang kita buat tidak habis-habis. Di kawasan saya apabila bercakap soal ini, masing-masing menjadi ketakutan.
Hari ini penagih dadah baru 8,984 orang dan penagih berulang tiga ribu lebih orang. Sedikit – 12,000 orang sahaja dan ini penagih yang dikenal pasti.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Dungun, minta laluan sedikit mengenai dadah ini?
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Sedikit sudahlah. Boleh.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Saya turut bimbang dengan masalah penagihan dadah ini. Akan tetapi tentunya untuk menyelesaikan isu ini, kita tidak boleh kita salahkan satu pihak sahaja atau letakkan tanggungjawab kepada golongan tertentu sahaja. Maknanya, penglibatan semua harus dilakukan bagi kita selesaikan isu ini. Saya lihat apabila kerajaan melaksanakan NKRA, indeks jenayah dari bulan Januari sehingga bulan Ogos telah menurun kepada 37%.
Akan tetapi saya hendak sebut di sini satu negeri - di Kedah misalnya.
Saya sebut di Kedah menunjukkan kenaikan yang membimbangkan dengan mencatatkan bilangan penagih dadah paling tinggi bagi bulan Januari tahun 2010 iaitu 187 orang atau sebanyak 14.93%. Jikalau dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas, berlaku peningkatan sebanyak 7.8%. Ini satu lagi negeri di Kelantan, merekodkan kes sebanyak 177 kes iaitu 14.85% - meningkat 84.3%.
Jadi saya dengar tadi sering menyalahkan sana menyalahkan sini, tidak tengok diri sendiri. Sebenarnya ia juga berpunca daripada kegagalan strategi, program dan juga komitmen kerajaan negeri itu sendiri dalam menyelesaikan isu ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Dungun?
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Beri peluang saya sedikit.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Sila.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Dungun.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin imbas kembali tentang kata-kata bahawa anak-anak kita yang pergi belajar di institusi pengajian tinggi dibebankan dengan pinjaman, bayaran, urusan sendiri - soal makan, minum dan tempat tinggal. Akan tetapi sebaliknya, penagih-penagih ini dikumpulkan, diletakkan di satu tempat, diberikan makanan percuma, diberi pakaian percuma, diberi tempat tinggal percuma dan tidak cukup dengan itu lagi, mereka ini pula bukan hendak berterima kasih sebaliknya membakar pula tempat-tempat latihan mereka.
Jadi nampak seperti terbalik di mana anak yang pandai, anak yang cerdik dan mempunyai potensi yang baik dibebankan dengan bayaran. Anak yang kurang tahu berterima kasih dan berperangai yang tidak senonoh diberi dan dibela dengan manja. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Dungun?
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya ucapkan terima kasih kepada kedua Yang Berhormat ini dan Yang Berhormat Lenggong, kalau mengenai dadah tadi kita jangan mengharapkan kepada satu pihak kerajaan.
Ibu bapa dan pembangkang juga kena ambil peranan. Ini tidak boleh dibiarkan yang berlaku di hadapan mata atau mengetahui perkara ini berlaku kerana ini masalah besar. Bukan masalah Barisan Nasional yang memimpin, tetapi masalah negara. Jikalau kita tinggal di dalam negara kita dan berkehendakkan keamanan, mengapa kita tidak boleh mengambil peranan bersama menjalankan tugas ini sebagai satu tindakan kita mengurangkan mereka yang terlibat dengan dadah?
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Kita kena jaga kawasan kita ini Yang Berhormat Lenggong. Jangan kita sering mengata kawasan orang dan negeri orang sahaja, negeri kita pun kena lihat. Apa yang berlaku, perkara-perkara yang deviant dalam negeri - disebut tadi Kedah dan Kelantan pun tidak kurang juga. Mesti lihat ini sebagai satu langkah yang boleh kita laksanakan dan kita berikan perhatian yang serius kerana ini masalah...
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Minta laluan.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Ada satu lagi tidak jawab ini. Satu lagi - Yang Berhormat Hulu Terengganu. Masalah dengan mereka yang mendapat pinjaman belajar dalam negara atau luar negara. Patut terima kasih kepada kerajaan, jangan kita tidak ambil peranan kita lakukan sesuatu yang boleh memisahkan pemikiran kita dengan belajar. Jika kita ada duit tanggung sendiri.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Minta laluan.
Mengenai dadah, saya minta laluan sedikit.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Sila.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Yang Berhormat Dungun, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat mengenai dadah dan kita sudah mengalaminya sekian lama. Adakah mungkin kita patut mengkaji cara menyelesaikan masalah dadah. Saya mendapat taklimat baru-baru ini daripada CERiA iaitu satu institusi di Universiti Malaya, yang cara kita melihat kepada dadah sekarang ini ialah mereka adalah kumpulan yang berpenyakit dan bukan sampah masyarakat. Jadi pemulihan mereka adalah agak susah sekiranya masyarakat mengambil sikap yang antagonistik kepada mereka.
Jadi bagaimana dan apa pandangan Yang Berhormat sekiranya kita patut mengkaji semula cara kita menangani masalah ini? Terima kasih.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Lupa Yang Berhormat mana.
[Disampuk] Yang Berhormat Titiwangsa. Terima kasihlah Yang Berhormat Titiwangsa.
Beberapa Ahli
Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Salahlah Yang Berhormat Hulu Terengganu beritahu. [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.
Seperkara – terima kasihlah atas pandangan ini. Perkara ini perkara yang sudah lama. Memang kita tahu, kita sedar bahawa dadah ini tidak boleh dipulihkan tetapi setidak-tidaknya peranan yang agresif, peranan drastik kerana ada satu pihak dan yang hendak mencari keuntungan yang besar.
Pihak inilah yang hendak menjadi kaya cepat, kaya yang lebih kaya dan
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
mempergunakan pelajar-pelajar sekolah, anak-anak muda dan akhirnya yang terjebak menjadi satu masalah besar.
Kita mintalah kepada pihak kerajaan supaya mengambil langkah bijaksana bagaimana kita boleh mengurangkan mereka yang terlibat dengan dadah. Ini sebab mereka tidak segan-silu lagi sudah, pada peringkat membunuh sekarang ini bukan peringkat mencuri harta benda dalam rumah tangga dan rumah kekeluargaan sama ada keluarga mereka atau keluarga yang lain, mereka sudah sanggup membunuh, sembelih. Ini berlaku di tempat saya. Apalagi di tempat yang lain-lain. Jadi, saya berharap ini pihak kerajaan mestilah mengambil satu langkah yang kalau perlu kita bengkelkan, kalau perlu kita fikirkan bersama sama ada pada pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan. Jangan kita letakkan kepada satu pihak sahaja, jadilah kita...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Ada lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat untuk menggulung.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Dua minit lagi. Minta maaf. Kasihan sahaja tetapi hari lainlah. Jadi, kita berharap kerajaan akan mengambil ini satu langkah yang baik. Kita sanggup dan saya bersedia, apalagi kita diberikan tugas sebagai Pengerusi AADK di peringkat Parlimen. Apakah yang kita hendak selesaikan? Minggu depan ini ada lagi program tetapi program saya tidak bercakap biarlah ia memberikan keberkesanan, impak yang besar kepada ibu bapa dan kita berharap ibu bapa akan memainkan peranan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Hiburan tradisional. Apa yang hendak disusahkan. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan layan Yang Berhormat Dungun celah- celahan seperti begitu. Teruskan.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendapat maklumat, mereka yang terlibat dengan dadah ini, sekali ditangkap, bayar jaminan sebanyak RM1,500, lepas. Tangkap lagi orang yang sama, bayar jaminan RM1,500, lepas. Tangkap lagi seterusnya - ini tidak memberikan kesan Tuan Yang di-Pertua. saya mencadangkan tangkap tiga kali sebagai warning ataupun amaran, yang keempat, kita perlu sediakan orang-orang ini di satu tempat yang tidak boleh lagi dipulangkan ke pangkuan keluarga mereka ataupun ke kawasan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan daripada Bajet 2011 juga mengambil kira kenaikan elaun-elaun pegawai-pegawai kerajaan seperti bayaran hotel, elaun kenderaan yang menggunakan kenderaan sendiri semasa bertugas, elaun harian lodging dan sebagainya. Saya percaya ia sudah sekian lama tidak dikaji ataupun diperbaharui. Eloklah kerana mereka juga adalah penyumbang besar ke arah negara maju berpendapatan tinggi.
Mereka bekerja berhempas-pulas bersama dengan mereka yang lain untuk memajukan negara kita ini kerana hotel pun sudah naik harga, makan minum pun sudah dinaikkan harga, harga minyak dan lain-lain perlulah dikaji semula masalah elaun mereka.
Satu perkara lagi saya diberitahu tentang COLA yang dibayar kepada pegawai-pegawai kerajaan mengikut kategori bandar, bandar raya bandar dan luar bandar. Ada sesetengah kawasan luar bandar contohnya di Kenyir. Ada pegawai kerajaan yang bertugas, pentafsiran luar bandar, mereka dibayar RM100 COLA satu bulan. Di Dungun, RM200 manakala di Kuala Lumpur
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
RM300. Di Tasik Kenyir ini Tuan Yang di-Pertua, harga mahal, makanan mahal, segala-galanya mahal. Rumah sewa mahal. Terima kasihlah kerana hendak menjadikan Tasik Kenyir ini kawasan bebas cukai. Barangkali bertambah lagi - supaya kerajaan mengkaji semula tempat-tempat yang tertentu, Tasik Kenyir ini kawasan pelancongan dan begitu juga kawasan- kawasan lain dengan mengambil kira kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh kerajaan tetapi ada kawasan luar bandar kosnya tinggi. Diharapkan kerajaan boleh mengambil ini sebagai satu langkah bagi membolehkan pegawai dan kakitangan kerajaan kita selesa dengan kerajaan Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyebut tentang kawasan saya ini sudah hampir dengan musim banjir ini. Tahun lepas, empat kali berpindah.
Tahun ini tidak tahu. Kini bulan November sudah hampir bulan Disember. Satu kawasan yang hampir 500 buah rumah penempatannya yang kawasannya tidak lembah tetapi dua tahun atau tiga tahun lalu berlaku pemindahan. Jadi, saya berharap kerajaan akan mengambil ini sebagai satu langkah kerana mereka tidak lagi merasakan mereka tertinggal. Ini apabila banjir datang, satu hari hujan lebat, pasti pindah. Kemudian, pulang semula kering air, datang lagi dan satu hari sahaja hujan, cukup. Mereka akan berpindah di satu kawasan.
Letih mereka dan saya berharap kerajaan boleh mengambil tindakan segera, sudah hampir dengan musim banjir ini, musim tengkujuh supaya langkah keselamatan dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Saya fikir itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Apa-apa yang disebutkan tadi sebagai sesuatu yang dilihat dan mengharapkan kerajaan kita dapat mengambil tindakan berasaskan pada Bajet 2011. Sekian, saya menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sebelah BN tidak ada, Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Selepas Yang Berhormat Bandar Tun Razak, Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang dan kesempatan kepada saya untuk menyertai perbahasan belanjawan 2011 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dalam perbahasan saya, saya akan menumpukan pada tiga perkara, makro dan strategi utama. Pertama, saya dapati kecenderungan Kerajaan Persekutuan jelas untuk berbelanja secara keterlaluan. Kita telah lihat defisit yang berterusan dari setahun ke setahun. Kedua, pendekatan peruntukan.
Saya rasa peruntukan tidak sama rata atau adil yang akan menghasilkan jurang pendapatan yang lebih besar antara yang miskin dan yang kaya.
Ketiga, keperluan yang mendesak untuk mekanisme pemantauan yang lebih menyeluruh untuk meneliti perbelanjaan demi mencegah ketirisan serta rasuah.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Tuan Yang di-Pertua, analisis yang ringkas menunjukkan bahawa perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak 2.8% tetapi ia merupakan 20% lebih daripada peningkatan 2.3% dalam pendapatan kerajaan. Peningkatan dalam pendapatan pun adalah berikutan dengan kenaikan 10.3% dalam pendapatan melalui cukai. Pendapatan bukan cukai pula turun sebanyak 8.6%.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Yang Berhormat Hulu Terengganu ada...
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Sedikit penjelasan.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Saya tidak boleh [Disampuk]. Saya perlu...
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Sepatah sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Saya minta maaf sebab saya...
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Hanya sepatah.
Saya sudah lama menunggu di sini.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Sudah sepatah. [Ketawa] Ini bermaksud kerajaan gagal meningkatkan pendapatan...
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua. Sudah jadi Menteri Besar pun kedekut juga, alahai. [Ketawa]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jangan kacaulah.
Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Saya menulis kertas ini secara akademik. Jadi oleh sebab itu ia tidak perlu dicelah. [Ketawa] Pendapatan luar cukai, ini menunjukkan peningkatan luar cukai yang kurang. Kita bergantung pula pada beban cukai terhadap rakyat biasa dan perniagaan tempatan. Perkara ini selalu diperbincangkan.
Di Selangor juga masalah penswastaan. Syarikat air diberi konsesi yang berat sebelah terhadap syarikat swasta tetapi menghasilkan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan langsung. Di bawah konsesi yang diberi oleh kerajaan Selangor sebelumnya, syarikat-syarikat ini mampu mengaut keuntungan yang cukup luar biasa dan menyerahkan kontrak-kontrak dengan cara yang tidak telus langsung.
Ingin saya nyatakan di sini tentang kekhuatiran saya, perkara yang sama akan berulang dalam projek-projek mega yang terkandung dalam Belanjawan 2011. Walaupun perbelanjaan naik dan peningkatan defisit sebanyak hampir 5% untuk 2011, amat mengecewakan bahawa peruntukan untuk pembangunan rakyat sebenarnya turun dari RM54 bilion kepada RM49 bilion iaitu pengurangan hampir 10%.
Belanjawan defisit yang dikendalikan secara bertanggungjawab boleh dikira wajar. Akan tetapi pendekatan yang diambil oleh kerajaan kini amat merisaukan. Hutang terus meningkat pada kadar ini tanpa sebarang mekanisme untuk menjamin ketelusan. Kita akan terperangkap dalam kitar hutang yang berbahaya dengan izin, it is a circle of death seperti yang melanda negara-negara Barat seperti Greece.
Keengganan untuk mereformasi dasar kewangan kita boleh mengakibatkan Malaysia terjerumus dan akhirnya terjerat dalam jurang yang sama. Defisit yang semakin meningkat juga bermaksud satu-satu warisan yang akan ditinggal untuk anak-anak kita adalah hutang. Kerajaan seakan- akan cuba memperkayakan diri sendiri dengan menjual masa hadapan generasi muda.
Perbelanjaan yang tidak sama rata. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang luar biasa tingginya untuk Jabatan Perdana Menteri juga
Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
membimbangkan. Ini demikian kerana menunjukkan kecenderungan kerajaan terhadap pemusatan kuasa dan sumber seperti dasar perbelanjaan yang tidak sama rata. RM18.14 bilion yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri mewakili 8.55% daripada keseluruhan belanjawan negara iaitu hampir 1/10 dari setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan.
Peruntukan ini lebih tinggi daripada peruntukan untuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Apakah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri yang memerlukan dana yang begitu banyak? Perdana Menteri nampaknya kini berhasrat untuk mengikut jejak langkah salah seorang mantan Perdana Menteri kita, yang bukan sahaja dari segi projek-projek mega bahkan juga dari segi pemusatan kuasa yang berlebih-lebihan di tangan seorang individu sahaja.
Peruntukan yang kini meningkat untuk Jabatan Perdana Menteri dilihat bersangkut-paut dengan pelbagai pelan tampak penuh dengan akronim yang begitu rupa, NKEA, GTP, ETP, NEAC dan sebagainya. Namun demikian di sebalik akronim-akronim yang mempesona ini, malangnya manfaat sebenar didapati kurang. Dilihat juga budaya baharu, melantik konsultan asing seperti APCO, McKenzie pada harga yang cukup tinggi untuk menawarkan nasihat mereka tentang setiap pelosok pentadbiran negara.
Pembangunan juga seharusnya sentiasa mengambil kira jurang pendapatan yang semakin membesar di negara kita. Dalam satu pemantauan, ketidaksamaan pendapatan yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kedudukan Malaysia berada di bawah hampir 100 negara yang lain termasuk negara-negara seperti Mozambique, Kemboja, Rwanda, Filipina, Nigeria, Bangladesh, Burundi dan Uzbekistan.
Satu tanggungjawab utama kerajaan adalah untuk mendapatkan kembali, merapatkan kembali jurang pendapatan ini. Justeru itu, kita memerlukan jauh lebih banyak daripada peruntukan sedia ada untuk negeri- negeri yang kurang dibangunkan dan juga di kawasan-kawasan di luar bandar, bukan tertumpu pada bandar. Di samping ketidaksamaan antara negeri ini, kerajaan juga seakan-akan lebih mengutamakan pertolongan kepada golongan berada berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.
Kerajaan kini sibuk mengurangkan subsidi untuk barangan asas yang digunakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa menghiraukan peningkatan beban yang terpaksa dipikul oleh golongan berpendapatan rendah. Pada masa yang sama kerajaan merendahkan duti import bagi barangan mewah seperti beg tangan dan barang kemas atas nama menggalakkan sektor pelancongan. Kita terpaksa bertanya adakah dasar begini benar-benar menggalakkan pelancongan ataupun memberi kegembiraan kepada isteri-isteri yang mempunyai pendapatan yang banyak untuk dibelanjakan.
Hala tuju dan tumpuan. Tuan Yang di-Pertua, malangnya Belanjawan 2011 menampakkan peruntukan dana dan sumber negara yang sememangnya salah fokus. Peruntukan perbelanjaan kerajaan untuk bekalan dan perkhidmatan menunjukkan peningkatan terbesar iaitu 19.7% ataupun kenaikan RM5,000 juta. Kita sememangnya telah terlalu biasa melihat perbelanjaan dalam segmen ini diracuni oleh budaya rundingan langsung.
Kontrak yang membolehkan wang rakyat tergadai di tangan pihak swasta yang sewenang-wenangnya mengambil keuntungan keterlaluan serta syarikat ‘RM1’ pun yang menyediakan produk serta perkhidmatan yang berkualiti rendah pada harga yang terlalu tinggi.
Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2011 juga menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami pengertian masyarakat berpendapatan tinggi.
Kerajaan masih gagal untuk menyedari bahawa jika rakyat Malaysia benar- benar ingin dijadikan masyarakat berpendapatan tinggi, maka setiap rakyat perlu dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran yang memampukan mereka berdaya saing tinggi. Sebaliknya, usaha sekarang adalah masyarakat berpendapatan tinggi dapat dihasilkan melalui perolehan kekayaan negara daripada rakyat keseluruhannya kepada segelintir kontraktor dan perunding yang bertuah dengan adanya projek-projek mega ini.
Perbelanjaan negara untuk pendidikan kini terlalu bertumpukan pada pembangunan sekolah dan infrastruktur yang nyata semata-mata, tanpa menghiraukan perlunya dibina institusi dan budaya pendidikan yang utuh dan jitu. Apakah gunanya kita membina bangunan sekolah indah mempesona dan kemudahan penyelidikan yang bertaraf dunia, jika semangat untuk mencari ilmu itu sendiri terkongkong dan terpenjara oleh undang-undang AUKU.
Kerajaan juga mesti menggalakkan latihan vokasional iaitu pelajar-pelajar yang mampu menyambung ke arah pembangunan negara tetapi mempunyai minat dan bakat yang terletak di luar arus perdana dunia akademik semata-mata.
Sekarang kita memiliki ekonomi yang hidup matinya bergantung semata-mata pada perbelanjaan kerajaan yang banyak dan tidak terkawal.
Ekonomi Malaysia bukan wadah untuk keusahawanan dan inovasi tetapi boleh menjadi sarang untuk kontraktor menelan keuntungan.
Pemantauan dan ketelusan. Kita mesti menghentikan rasuah dan ketirisan. Maka, defisit dan bayaran faedah atas pinjaman yang terpaksa dibayar negara dapat dikurangkan dengan besar. Berbilion ringgit boleh disalurkan kepada pembangunan modal insan yang benar-benar dapat merealisasikan masyarakat berpendapatan tinggi, menyediakan infrastruktur kesihatan untuk rakyat biasa dan memastikan tidak seorang pun rakyat Malaysia yang tidak dibekalkan dengan kemudahan asas terutama air dan elektrik.
Dalam bajet ini, kerajaan gagal untuk mengumumkan sebarang inisiatif yang ketara untuk membasmi rasuah ataupun menghentikan kebocoran.
Kerajaan juga masih belum memperkenalkan sebarang langkah yang konkrit untuk menggalakkan ketelusan tender terbuka mahupun satu budaya akauntabiliti dan pertanggungjawaban. Kegagalan kerajaan untuk memberikan sebarang komitmen terhadap melindungi kekayaan negara dan memantau perbelanjaan awam bukan sahaja menampakkan sikap kerajaan yang tidak serius terhadap rasuah dan penyelewengan. Malah juga, menampakkan bahawa kerajaan seakan-akan sedia menggalakkannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah pertama ke arah memastikan ketelusan dalam pentadbiran awam melalui persiapan untuk menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat di Dewan Undangan Negeri Selangor. Sehubungan itu, kami berharap supaya Kerajaan Persekutuan turut serta dengan langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha memperkenalkan undang-undang yang sama di peringkat nasional untuk menggalakkan ketelusan dalam institusi-institusi awam negara dengan membuka akaun dan urusan kerajaan untuk diteliti oleh semua. Kita akan dapat menghidupkan kembali kepercayaan dan harapan rakyat terhadap pentadbiran dan perbelanjaan awam.
Kerajaan Negeri Selangor turut bersedia untuk berganding bahu dengan Kerajaan Persekutuan untuk memantau pelaksanaan semua projek persekutuan di negeri Selangor. Kami bersedia menawarkan tenaga profesional kami untuk memastikan bahawa kontrak-kontrak yang telah diberikan dapat memberi manfaat kepada rakyat jelata. Kami sedia
Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
memberikan komitmen yang penuh terhadap usaha membantu Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan sebarang ketirisan ataupun lebihan kos.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor mencadangkan agar jawatankuasa pemantauan bersama persekutuan dan negeri ditubuhkan di setiap negeri yang dapat merentas pembahagian Dewan ini ataupun Dewan negeri yang bertujuan membantu Kerajaan Persekutuan untuk memantau projek-projek yang dibiayainya setiap negeri. Kita seharusnya tidak patut melupakan sumbangan dan penglibatan kerajaan-kerajaan negeri sama ada diterajui oleh Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional sekalipun dalam usaha merancang dan memacu pembangunan di negeri-negeri mereka.
Oleh yang demikian, kita mestilah terus berpegang pada semangat federalisme dan sedia untuk mempergunakan sepenuhnya pengalaman dan kepakaran kerajaan-kerajaan negeri dalam hal membuat sebarang keputusan demi kepentingan rakyat setiap negeri di Malaysia.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman. - Pasir Salak
Boleh minta penjelasan sedikit?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Siapa itu?
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim. - Bandar Tun Razak
Sekejap.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman. - Pasir Salak
Ini federalisme ini. Macam mana boleh Kerajaan Selangor tidak beri bina branch campus UiTM ini? Federalisme.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim. - Bandar Tun Razak
Lagi tiga minit. Nanti. Ya. Seterusnya Kerajaan Persekutuan juga...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman. - Pasir Salak
Cakap tidak serupa bikin.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim. - Bandar Tun Razak
Seterusnya Kerajaan Persekutuan juga patut mempertimbangkan pengenalan pembiayaan awam kempen pilihan raya seperti mana yang telah pun diamalkan di Jerman dan di Amerika Syarikat. Rasuah dan penyelewengan di Malaysia kebanyakan berpunca daripada pertindihan di antara kepentingan politik dan kepentingan perniagaan atau keuntungan peribadi. Apabila pembiayaan dan perbelanjaan parti-parti politik dapat dipantau awam, pengaruh pemberi-pemberi utama ke atas parti politik di Malaysia akan dapat dikurangkan seterusnya menyokong usaha negara memerangi rasuah dan penyelewengan.
Malangnya, adalah sukar bagi saya untuk menafikan Belanjawan 2011 telah dibentangkan kerajaan kelihatan seperti satu belanjawan yang hanya akan terus menyokong amalan untuk kawan-kawan dan akan menjana kekayaan besar untuk segelintir kecil sahaja dan bukannya untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.
Konsep Merakyatkan Ekonomi Malaysia masih belum dihayati dalam bajet ini. Namun demikian, kerajaan masih lagi berpeluang untuk menukar hala tujunya dan bergerak ke arah piawaian bertanggungjawab dan ketelusan yang lebih tinggi. Justeru itu adalah menjadi harapan saya bahawa kerajaan menerima nasihat dan pertolongan ikhlas yang dihulurkan oleh semua rakyat Malaysia demi kejayaan tujuan ini dan melahirkan masa hadapan yang lebih cerah untuk negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
On the spot. Jam 2.30 petang Yang Berhormat Ipoh Timur dijemput untuk bercakap. Ahli Yang Berhormat, jam di atas sana itu menunjukkan tepat jam 1.00 petang. Oleh hal yang demikian, Mesyuarat Dewan ini kita tangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti.
Tuan Yang di-Pertua
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah bermegah mengenai kejayaan NKRA dalam mengurangkan kadar jenayah, mendakwa bahawa berlakunya penurunan drastik dalam kadar jenayah khasnya dari segi jenayah di jalan berikutan dengan indeks jenayah yang semakin baik sejak Januari tahun ini. Bagaimana pun di seluruh negara, rakyat biasa tidak rasa apa-apa kesan daripada penurunan indeks jenayah dalam penghidupan harian mereka kerana tidak wujud perasaan selamat secara perbandingan di jalan-jalan, tempat-tempat awam mahupun di rumah mereka sendiri berbanding dengan tahun-tahun yang lepas.
Sebenarnya fakta bertambahnya komuniti-komuniti guarded and gated di negara ini merupakan satu bukti paling kukuh mengenai kegagalan pasukan polis dalam melaksanakan tugas paling asas mereka iaitu memastikan rakyat Malaysia, pelawat-pelawat, tetamu-tetamu serta para pelabur dari luar negara menikmati hak asas untuk bebas dari jenayah dan rasa tidak selamat. Dalam laporan pada 2009, Suruhanjaya Polis Diraja Dzaidin telah membawa 125 cadangan demi mencipta satu perkhidmatan polis bertaraf dunia yang berkesan, bersih dan profesional dan menumpu kepada tiga fungsi utama – memastikan kadar jenayah rendah, menghapuskan rasuah dan mempertahankan hak asasi Malaysia.
Lima tahun telah berlalu, adakah kita maju dalam keseluruhan laporan Suruhanjaya Polis Diraja Dzaidin untuk mencipta satu perkhidmatan polis bertaraf dunia yang berkesan, bersih dan profesional yang berkeupayaan melaksanakan tiga fungsi utama mereka ini? Pada pandangan saya, kad laporan polis berpandukan laporan Suruhanjaya Polis Diraja Dzaidin adalah warna merah kerana bukan sahaja tidak nampak apa-apa kemajuan, malah prestasi polis dalam tiga fungsi utama mereka ini telah bertambah buruk, tetapi ini bukanlah hanya pandangan rakyat Malaysia yang berada di luar pasukan polis. Ia juga merupakan pandangan pegawai polis yang bebas, tidak emosi serta objektif dan berkhidmat dalam pasukan.
Dari segi ini saya merujuk kepada surat terbuka bekas pegawai polis kanan, bekas Ketua CID Kuala Lumpur, Dato’ Mat Zain Ismail yang bertarikh 8 Oktober 2010 yang merupakan bukti kuat bahawa sistem keadilan negara kita terus merosot setelah pembentangan laporan Suruhanjaya Polis Diraja Dzaidin. Mat Zain merupakan pegawai polis yang mengetuai siasatan awal ke atas kes serangan mata lebam Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan polis di Bukit Aman dalam tahun 1998 yang beliau telah mencadangkan bahawa Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Rahim Noor didakwa di mahkamah kerana melakukan serangan jenayah ke atas Dato’ Seri Anwar.
Bagaimanapun cadangan beliau tidak diendahkan sehingga satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan dan akhirnya Tan Sri Rahim Noor didapati bersalah dan dihukum dua bulan penjara. Mat Zain menceritakan
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
semula dalam surat terbukanya apabila merujuk kepada siasatan ke atas kes serangan mata lebam Dato’ Seri Anwar dalam tahun 1998, bahawa beliau pada masa itu terpaksa memilih di antara menyelamatkan kehormatan di PDRM atau kehormatan Rahim Noor dan beliau dengan sedihnya mencadangkan bahawa Rahim Noor seorang yang amat dihormatinya sebagai seorang ketua, rakan sekerja dan teman keluarga supaya didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mat Zain menulis surat terbuka berkenaan ditujukan kepada Datin Kalsom Taib, isteri dan biographer, Dato’ Shafie Yahya, bekas ketua Badan Pencegah Rasuah. Sebagai membalas soalannya yang ditanyakan oleh beliau dalam bukunya mengenai siasatan polis atas dakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kerana menyalah guna kuasa dalam Jun 1998 dan mengarahkan siasatan rasuah terhadap Ketua Unit Perancang Ekonomi, Ali Abul Hassan Sulaiman diberhentikan.
Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan berkenaan. Mat Zain juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk menyiasat empat laporan polis yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar dari 9 Julai 1999 ke 20 Ogos 1999 semasa berada di dalam Penjara Sungai Buloh mengenai salah guna kuasa dan halangan proses keadilan yang diarahkan oleh Tun Dr. Mahathir, Peguam Negara pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Mokhtar Abdullah, Peguam Negara masa kini, Tan Sri Ghani Patail serta laporan-laporan mengenai rasuah dan salah guna kuasa terhadap Tun Daim Zainudin, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Mendiang Tan Sri Eric Chia.
Mat Zain mendedahkan dalam surat terbuka bahawa beliau telah menulis surat kepada Tan Sri Ismail, pada masa itu Timbalan Ketua Polis Negara dan Dato’ Seri Hishammuddin, Menteri yang berkenaan pada bulan Mei tahun ini supaya mengkaji semula siasatan kes atas bukti-bukti palsu yang dikemukakan terhadap Dato’ Seri Anwar dalam kes serangan mata lebamnya dalam tahun 1998 demi melindungi kredibiliti kebebasan dan imej PDRM yang telah terjejas serius sejak 2006.
Mat Zain telah membuat dakwaan yang serius bahawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail telah mencipta bukti yang palsu dalam serangan mata lebam Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mestilah bertanggungjawab terhadap sistem keadilan jenayah yang kucar-kacir ini. Mat Zain bertanya dalam surat terbuka dan saya petik, – “Apa sudah jadi dengan sistem keadilan jenayah? Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan sistem keadilan jenayah kita menjadi kucar-kacir sehinggakan sesiapa juga boleh mempermainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang.
Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada precedent yang dibuat oleh Tan Sri Ghani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri.” Tan Sri Ghani Patail, Tan Sri Musa Hassan atau Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail tidak boleh terus membisu terhadap surat terbuka yang penuh dengan tuduhan serius dan membinasakan ini dan saya menyeru supaya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri memberikan satu penjelasan yang menyeluruh dan memuaskan mengenai perkara ini di Parlimen.
Pada Isnin lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Boleh saya tanya sedikit?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, masa singkat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Setengah minit sahaja.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Setengah minit, baik.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Iaitu laporan oleh bekas polis itu juga melaporkan bahawa dalam kes sodomi yang kedua ini, perkara yang sama juga berlaku seperti yang berlaku dalam kes yang pertama.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, itulah yang membimbangkan.
Apa yang berlaku pada masa lepas telah diulangi semula yang menunjukkan bahawa sistem keadilan jenayah adalah dalam satu krisis.
Tuan Yang di-Pertua, pada Isnin lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melancarkan Program Transformasi Ekonomi atau ETP.
Itu juga merupakan hari pertama dalam minggu ini di mana Program Transformasi Ekonomi Kerajaan atau GTP mengalami tiga tamparan berturut- turut. Tamparan pertama adalah Laporan Ketua Audit Negara dan dibentangkan ke Parlimen pada hari Isnin yang memaparkan segala cerita gerun mengenai pembaziran, salah urus, salah guna dana awam dan korupsi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Seperti mana yang diserlahkan oleh tajuk-tajuk utama berikut seperti dengan izin, “KTM mired in RM1.45 billion debt”, “Only 18.2% of pupils bring free e-Books to school”, “Stimulus funds used for chandeliers, home theatre, government audit shows”, “PTPTN to face whopping RM46 bilion deficit”, “PTPTN okayed RM23 million to students who didn’t apply”, “Million-ringgit scanner stuck in KLIA, under-utilisation woes”, “ ‘Sandwich kosong’ for school kids, sardines missing”.
Laporan Ketua Audit Negara yang disiarkan pada Jun – Julai tahun ini yang sepatutnya dibentangkan pada hari pertama Mesyuarat Parlimen pada 11 Oktober telah diperlambatkan, jelas sekali untuk mengelakkan dengan izin, stealing the thunder dan merampas penumpuan orang ramai terhadap ucapan Bajet 2011 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 15 Oktober serta ucaptama presiden beliau di Mesyuarat UMNO pada 21 Oktober. Bukti jelas kerajaan Barisan Nasional tidak serius atau komited terhadap GTP atau slogan Yang Amat Berhormat sendiri yang kononnya, “Rakyat Diutamakan, Pencapaian Didahulukan”.
Tamparan kedua adalah apabila Indeks Persepsi Korupsi (CPI), Transparency Internastional (TI) dilancarkan yang mengelakkan kegagalan NKRA utama untuk memerangi rasuah yang bersasaran untuk meningkatkan markah CPI dari tahap terendah pada tahun 2009 iaitu 4.5 kepada 4.9 dalam tahun 2010. Pada hakikatnya markah CPI Malaysia menjunam lagi dalam tahun 2010 menjadikan yang paling rendah dalam tempoh 16 tahun ini.
Dari tahun 1995 ke tahun 2003, selama 15 tahun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri telah melihat markah CPI/TI di Malaysia tersangkut pada tempat di antara 4.8 di 2000 ke 5.32 pada 1996. Sementara kedudukan CPI jatuh 14 tempat dari 23 pada tahun 1995 ke 37 pada tahun 2003.
Sepanjang lima tahun perjawatan Dato’ Seri Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri, kedudukan CPI/ TI Malaysia jatuh 10 tempat daripada 37 pada tahun 2003 kepada 47 pada tahun 2008. Sementara markah CPI tersangkut di antara 5 dan 5.1.
Sepanjang masa beliau menjadi Perdana Menteri, iaitu sejak 18 bulan yang lepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat penjunaman paling teruk dalam tempoh satu tahun dari segi markah dan kedudukan CPI/ TI iaitu jatuh sembilan tempat dari 47 pada tahun 2008 menjadi 56 pada tahun 2009.
Markahnya mencapai tahap paling rendah iaitu 4.5 pada tahun lepas. Untuk tahun 2010, kedudukan Malaysia masih pada tempat paling buruk iaitu 57 sementara markah CPI jatuh lagi ke 4.4. Pelan Integriti Nasional Tun Abdullah yang dilancarkan pada tahun 2004 dengan sasaran lima tahun untuk memperbaiki CPI/ TI Malaysia dari tempat ke-37 pada tahun 2003 ke
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
sekurang-kurangnya tempat ke-30 pada tahun 2008 serta meningkatkan markah dari 5.2 pada tahun 2003 ke-6.5 pada tahun 2008 telah gagal. Akan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam 18 bulan ini telah membiarkan CPI/ TI Malaysia sama ada kedudukan atau markah jatuh ke tahap yang lebih buruk lagi sungguhpun GTP, NKRA dan transformasi nasional sering dilaung-laungkan dengan penuh meriah dan berpesta.
Tamparan ketiga terhadap GTP Yang Amat Berhormat adalah pelancaran Indeks Kemakmuran Legatum atau Legatum Prosperity Index yang meletakkan Malaysia di tempat ke-43 dari 110 negara . Di belakang Singapura ke-17, Jepun 18, Hong Kong 20, Taiwan 22, Korea Selatan 27, sungguhpun kita kini masih di hadapan negara Thailand 52, negara China 58, Vietnam 61, Filipina 64 dan Indonesia 70. Indeks kecil Indeks Kemakmuran Legatum mengenai keselamatan dan sekuriti meletakkan Malaysia ke tempat 52 daripada 110 negara. Ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana ia memberikan kesan ke atas daya saing antarabangsa serta salah satu NKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah.
Berdasarkan indeks kecil ini dan The Diplomat baru-baru ini, memaparkan satu gambar esei mengenai “The Safest Places in The Asia– Pasific”. Sepuluh buah negara paling selamat adalah Singapura, diikuti dengan New Zealand, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Korea Selatan, Mongolia, Vietnam dan Kazakhstan. Penyingkiran Malaysia dari senarai ini merupakan sesuatu yang memalukan negara. Apakah kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri?
Sebelum dan selepas pembentangan Bajet Tahun 2011 pada 15 Oktober, lebih banyak lagi indeks-indeks dunia yang secara negatif menjejaskan daya saing Malaysia.
Sebagai contoh:-
(i) indeks kebebasan akhbar yang paling rendah sekali dalam tempoh sembilan tahun yang diumumkan minggu lepas di mana Malaysia menjunam sepuluh tempat ke nombor 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia.
Buat pertama kali, ketinggalan di belakang Singapura sejak Reporters Without Borders (RSF) yang bertapak di Paris mula-mula mengumumkan senarai mereka dalam tahun 2002.
(ii) Laporan Daya Saing Global Forum Economic Sedunia tahun 2010 ke tahun 2011 yang melihat Malaysia jatuh dua tempat dari 24 menjadi 26. Sungguhpun amaran roadmap GTP Januari ini bahawa daya saing negara semakin terhakis secara ketara dari negara paling berdaya saing ke-21, tiga tahun yang lepas menjadi tempat ke-24 sekarang;
(iii) universiti-universiti Malaysia yang tersingkir daripada senarai 200 universiti terulung sedunia sama ada dalam Times Higher Education World University Rankings dari 2010-2011 atau QS World University Rankings 2010 atau Shanghai Chao Jiao Thong University’s 2010 yang menyenaraikan 500 universiti terulung sedunia untuk lapan tahun berturut-turut.
Semua ini bukannya petanda sebuah negara yang bersedia melonjak keluar dari peringkat pendapatan menengah untuk mencapai status maju inclusive, sustainable dan berpendapatan tinggi dalam tahun 2020 tetapi menunjukkan sebuah negara yang semakin menuju ke tahap gagal atau failed state atau muflis, bankrupt nation dalam tahun 2019 sebagaimana yang
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
dijangkakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato’ Idris Jala.
Seorang pemimpin veteran telah memberikan amaran bahawa dengan izin, ‘It is time to wake up’. Kata beliau tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia semakin mundur. Berbilion-bilion ringgit telah dicuri dari negara kita. Berbilion-bilion lagi sedang dipindah keluar negara sementara seluruh struktur politik kita pecah berderai. Mengikut amarannya bahawa rasuah merupakan ancaman paling serius di sesebuah negara. Beliau memperingatkan bahawa rasuah telah diinstitusikan di dalam sistem politik Malaysia dan sedang membinasakan kita. Siapakah pemimpin veteran ini? Beliau kini merupakan Ketua Pilihan Raya Kecil Galas Barisan Nasional iaitu Ahli Parlimen Gua Musang. Adakah amaran beliau mengenai krisis pembangunan negara ini akan diberikan perhatian oleh pihak yang berkuasa?
Tentunya tidak, sama seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak mempunyai semangat politik untuk melaksanakan New Economic Model (NEM) yang dilancarkan sendiri pada 30 Mac untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, berdaya saing dan satu ekonomi berpendapatan tinggi yang berciri-ciri inclusive dan sustainable. Sungguhpun nampaknya hebat dan canggih, bajet tahun 2011, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini sebenarnya bukan hasil NEM.
Bukan satu anak NEM tetapi mengandungi segala petanda dan dasar-dasar ‘ala Mahathir’ lama yang terbukti usang dan mengakibatkan Malaysia kini terjerat pada tahap pendapatan menengah telah selama melebihi satu dekad menghalakan negara ini ke arah negara yang gagal dan muflis apabila sampai tahun 2019.
Simbol Bajet 2011 dan ETP adalah Menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion. Satu pengembalian ke zaman lama ‘Mahathirisma’ yang dengan projek-projek mega. Sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri benar-benar berkomited untuk melancarkan model ekonomi baru berdasarkan transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan, bukankah lebih wajar untuk Malaysia cuba untuk mencapai sasaran sebagai salah satu daripada 20 negara, kalau pun bukan 10 negara yang paling tidak korup di CPI/ TI atau memiliki 10 universiti yang disenaraikan dalam kumpulan 100 universiti paling ulung di dunia. Sebenarnya mesti tanya sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara senyap-senyap cuba bertanding dan melebihi pencapaian Tun Mahathir bukan sahaja dalam usaha untuk membina menara yang lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas berkembar tetapi juga boleh mendakwa bahawa ialah paling tinggi di dunia sungguhpun untuk satu tempoh yang begitu singkat sahaja.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kempen Facebook ‘No Mega Tower’ kini hampir mencapai 200,000 hit dalam tempoh kurang dari 12 hari. Kali terakhir saya check ialah lebih 191,000 hit berbanding dengan 2,170 hit dalam kempen Facebook menyokong menara mega. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meminta kerajaan supaya memberikan keutamaan kepada media sosial dan menghormati pandangan rakyat biasa khasnya generasi muda semua kaum. Kebanyakan mereka yang menggunakan Facebook merupakan orang muda Malaysia dan Perdana Menteri sepatutnya dengan serius membatalkan projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini kerana ia bukan sahaja akan menjadi ‘white elephant’ tetapi juga satu simbol buruk kepada sebarang transformasi nasional dalam negara ini.
Adalah dianggarkan bahawa Menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang akan mengandungi 3 juta kaki persegi ruang ini akan memburukkan lagi keadaan ruang pejabat berlebihan di Kuala Lumpur yang sama dengan 7.8 tahun bekalan ruang pejabat di Kuala Lumpur berdasarkan kadar penggunaan
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
1.72 juta kaki persegi di antara tahun 1985 hingga tahun 2009 sungguh pun belum mengambil kira projek-projek raksasa yang diumumkan baru-baru ini di Segamat. Bangunan tertinggi 20 tingkat yang dibina dalam awal tahun 80-an kini menjadi menara burung iaitu ladang sarang swiflet dan hanya tingkat bawah sahaja yang diduduki. Janganlah satu hari nanti, Menara Warisan Merdeka ini juga menjadi ladang sarang burung yang tertinggi di dunia pula.
Bajet 2011 Yang Amat Berhormat tidak meyakinkan bahawa ia mewakili bajet pertama NEM untuk mentransformasikan Malaysia dari sebuah negara berpendapatan menengah menjadi negara maju berpendapatan tinggi, inclusive dan sustainable pada tahun 2020 yang menitikberatkan modal insan, kemahiran tinggi, perkhidmatan awam yang efisien dan sektor swasta yang bermaya. Talent Corporation yang akan ditubuhkan pada awal tahun depan membentuk rangka tindakan bakat nasional dan membangunkan satu pangkalan data pasukan kerja berbakat serta bekerja rapat dengan rangkaian bakat sedunia.
Akan tetapi, apakah jaminan yang ada yang boleh memastikan bahawa rangka tindakan bakat nasional ini tidak akan gagal seperti program brain gain yang lepas atas sebab yang mudah iaitu kekurangan semangat politik dan kepimpinan dalam pentadbiran Yang Amat Berhormat untuk mencapai wawasan yang tertera dalam New Economic Model iaitu dengan izin, “Malaysia must be seen by its people and by others as a land of equal opportunity to earn a good living and provide a secure, happy life for each individual and the family.
Sebarang wasangka mengenai kekurangan semangat politik dan kepimpinan pentadbiran Yang Amat Berhormat untuk melonjakkan transformasi politik, ekonomi, sosial dan kerajaan yang merupakan tiang penting bagi penyelamatan ekonomi dan nasional Malaysia telah pun dihapuskan dalam ucapan pembukaan dan ucapan penutup Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO. Apakah reaksi Yang Amat Berhormat harap dapat semasa beliau mengungkapkan perkataan-perkataan ‘bercerai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa’ supaya UMNO mempertahankan cengkamannya di Putrajaya walau apa pun kos pengorbanan? Malah, disebut- sebut juga mengenai penghapusan etnik?.
Mengapakah Editor Malaysian Chronicle, Wong Choon Mei boleh diganggu dan dijadikan mangsa kerana memberikan laporan yang mengandungi perkataan-perkataan ini, sungguh pun inilah apa yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat, ‘crushed bodies, lives lost and ethnic cleansing’? Sungguh pun versi penterjemahan dari Bernama tidak digunakannya. Inilah yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapan Presiden UMNO beliau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya. “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, saudara-saudara, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti dipertahankan.” Parti PR – DAP, PKR dan PAS juga bersedia berjuang secara habis-habisan untuk menakluki kuasa di Putrajaya dalam pilihan raya yang akan datang dan mengakhiri salah tadbir BN – UMNO selama ini. Akan tetapi kami akan mencapai objektif ini secara aman dan menerusi cara demokratik iaitu menerusi tolak kotak undi dan bukannya ‘berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa’ ataupun penghapusan etnik.
Yang Amat Berhormat mestilah hadir di Parlimen dan menjelaskan apa yang beliau maksudkan apabila beliau mengungkapkan kata-kata tersebut, kerana ianya adalah bagaikan satu jaminan daripada beliau bahawa beliau
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
tidak akan menerima keputusan pengundi yang ingin menukar Kerajaan Persekutuan dari BN kepada PR. Beliau bersedia mengorbankan proses demokratik dan penghapusan kedaulatan undang-undang supaya beliau dan UMNO boleh kekal berkuasa.
Para pemimpin komponen parti Barisan Nasional ditanya mengenai reaksi mereka selepas ucapan Presiden UMNO, Najib. Rakyat Malaysia amat dukacita kerana tidak seorang pun daripada mereka sama ada Presiden MCA, Presiden GERAKAN atau Presiden MIC atau presiden lain-lain parti komponen BN berani meluahkan tidak setuju atau perasaan khuatir terhadap perkataan- perkataan ‘berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa’ serta penghapusan etnik.
Sampai sekarang, setelah seminggu berlalu, adakah ini bererti mereka bersetuju dengan ugutan tersirat Yang Amat Berhormat sepenuhnya ataupun mereka begitu tidak berkuasa dan irrelevant sehingga tidak berani menyuarakan pandangan rakyat biasa? Walau bagaimanapun, ada belah yang lain dalam ucapan ‘berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa’ Yang Amat Berhormat ini, kerana ia menggambarkan bahawa UMNO dan BN boleh diundi keluar dari Putrajaya dalam pilihan raya yang akan datang oleh pengundi-pengundi Malaysia.
Yang Amat Berhormat sendiri memberitahu UMNO bahawa UMNO mesti berubah atau ianya akan diubah – bahawa beliau mesti melaksanakan NEM dan kalau tidak, beliau akan execute atau di executed. Yang Amat Berhormat telah menyedari bahawa musuh paling besar kepada empat tiang utama untuk melonjak transformasi 1Malaysia, GTP, NEM dan ETP sebenarnya datang dari UMNO sendiri.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memuji Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana berani dan bertekad mengisytiharkan dirinya sebagai rakyat Malaysia dahulu dan Melayu kemudian. Sungguhpun ini hanya diakui enam bulan selepas saya mencabar semua Menteri di Parlimen sama ada mereka ada DNA 1Malaysia dan bersedia mengisytiharkan diri mereka rakyat Malaysia dahulu dan kaum kemudian, yang sebenarnya merupakan objektif ketara konsep 1Malaysia Yang Amat Berhormat. Saya berkongsi kekecewaan Yang Berhormat Menteri apabila berkata dalam satu interview baru-baru ini bahawa beliau merasa hairan dan kecewa mengapa rakan-rakan di Jemaah Menteri terutamanya Menteri-menteri dari MCA tidak lantang seperti beliau.
Beliau ada kata kepada Red Tomato dengan izin, “They are people who are just like me in the Cabinet, but they are afraid. Even the MCA Ministers, none of them has repeated what I’ve said that they are first Malaysians then Chinese – none of them. To me, it is not right to say that if we had said so, then we’d fall into the ‘trap’ of Kit Siang. What ‘trap’? The Indian Ministers didn’t come out to say that, other Malay Ministers they did not, Kadazan and Iban Ministers also didn’t say so. I am a Malay, yet I’m taking the risk to come out to say. Why others can’t? Let me tell you, they are all agree with me...” Biarlah Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Menteri sama ada UMNO, MCA, GERAKAN, MIC, komponen-komponen parti BN Sabah dan Sarawak menjelaskan dan mengisytiharkan apabila menggulung perbahasan bajet ini, apakah yang ditakuti mereka dan mengapakah mereka tidak berani mengisytiharkan bahawa mereka adalah rakyat Malaysia dahulu dan kaum kemudian sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh konsep 1Malaysia.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Padang Besar.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk menyokong belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tempoh hari.
Tuan Yang di-Pertua, pagi ini kita membaca surat khabar dan kita melihat juga paparan televisyen. Semalam Perdana Menteri telah melancarkan Little India di Brickfields bersama-sama dengan Perdana Menteri India. Kalau kita lihat dalam negara kita, kenapa ada Little India sebab banyak lagi – lebih besar daripada Little India berada di negara kita dan kalau kita tanya juga kenapa kita ada Little China kerana lebih besar lagi tempat-tempat lain yang ada Chinese, tetapi soal yang penting Tuan Yang di-Pertua, ialah bukan yang tersurat tetapi yang tersirat.
Saya lihat gambaran hubungan baik di antara Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri India, hubungan baik antara China dengan Malaysia adalah satu gambaran menunjukkan kehebatan rantau ini untuk mewujudkan... Kita dapati bahawa struktur ekonomi dunia, pola pertumbuhan ekonomi dunia sudah berubah. Dikatakan dalam tahun 2020 ini akan berpindah pola pertumbuhan ekonomi dunia ke Asia. Ada sudah mengatakan pola itu sudah mula berubah pada ketika ini. Apa maknanya kepada kita?
Dengan Malaysia berhubungan baik dengan India, berhubungan baik dengan China, kita meletakkan satu landasan yang cukup hebat untuk kita bersama- sama membangun di mana ekonomi dunia telah berubah dan struktur ekonomi dunia juga telah berubah.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Kita melihat hari ini di Amerika Syarikat di banyak negara Eropah juga hampir tenggelam atas kegawatan ekonomi walaupun bermacam-macam dilaksanakan untuk menegakkan balik. Akan tetapi sudah dikatakan sistemnya sudah tidak boleh menyelesaikan masalah lagi. Kalau dilihat negara Amerika adalah sebuah negara yang cukup kaya dengan modal. Wall Street merupakan satu pusat kewangan yang cukup besar di dunia. Di katakan 80% daripada kekayaan dunia berada di barat dan peratusan yang terbesar berada di Wall Street. Wall Street lah dengan modal yang besar telah 20 tahun yang lalu menggerakkan dunia ke arah globalisasi di mana mereka mahu wang mereka keluar ke rata dunia, masuk ke rata dunia ke negara-negara yang dahulu ditutup dibuka. Akan tetapi akhirnya pada dua tahun yang lalu keruntuhan ekonomi ini juga berasaskan kepada sistem kewangan mereka yang terlalu banyak berlandaskan kasino ekonomi.
Walaupun modal besar di Amerika tetapi hari ini di Amerika sendiri mempunyai penduduk, rakyat yang tidak bekerja menganggur, unemployment cukup tinggi di Amerika hari ini walaupun modal besar. Bermaknanya dengan modal besar mereka hanya menggunakan modal untuk membeli wang, menjual wang, membeli saham, menjual saham. Tidak dengan untuk membuat produktiviti, menghasilkan sesuatu di mana rakyat mereka mendapat pekerjaan. Maka kita dalam negara kita walaupun Yang Berhormat Ipoh Timur dahulu tidak mengaku buat betul kita mengadakan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bangun dan keluar Dewan]
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Minta maaflah Yang Berhormat Ipoh Timur hendak keluar ya. Kita telah mengenakan capital control. Kita tidak izinkan pasaran saham digunakan sebagai kasino. Banyak cara-cara kita tidak mengizinkan short selling. Kita tidak mengizinkan wang kita dijual beli begitu sahaja. Maka sejak tahun 1998 kedudukan ekonomi kita walaupun pertumbuhannya lambat sedikit tetapi ianya kukuh sampai hari ini.
Walaupun berlaku kegawatan dua tahun yang lalu saya ucapkan tahniah
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
kepada Perdana Menteri dan juga kepada kerajaan. Di mana sejak 2008/2009 telah mengadakan apa dikatakan Program Rangsangan Ekonomi dan tahun ini kita juga didedahkan dengan satu program pelancaran Bajet 2011 ini dan cukup hebat dan beberapa asas pertumbuhan ekonomi yang mampu untuk membawa kita ke arah ekonomi yang maju pada 2020.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Mohon laluan Yang Berhormat.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Jangan lama sangat ya.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya ingin bertanya dan berkongsi pandangan sebagai orang berpengalaman. Apabila Yang Berhormat bangkitkan dalam usaha kita mengatasi kemelut ekonomi yang berlaku sekarang ini tetapi masih mengalami kekurangan dari segi FDI. Trend terbaru kita membuat pergerakan untuk mengawal DDI (Domestic Direct Investment). Jadi adakah dari segi cara kita membuat dari segi jangka panjang maksud saya ianya yang lebih berkesan. Walaupun pelbagai insentif dan akses pasaran yang dibuat melalui tawaran-tawaran yang istimewa oleh kerajaan, akan tetapi kita masih kekurangan kemasukan FDI yang berlaku kebelakangan ini. Apa pandangan Yang Berhormat Padang Besar untuk kita mengatasi masalah ini sekiranya di masa hadapan ianya boleh dianggap akan berlaku negatif kalau kita tidak ada kemasukan daripada modal luar.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya rasa dalam Bajet 2011 dari segi FDI sudah pun pihak kerajaan telah pun mengatur langkah-langkah tertentu yang kita lihat modal- modal asing ini sedang masuk. Akan tetapi untuk mampan secara jangka panjang Domestic Direct Investment adalah perlu untuk kita mewujudkan pertumbuhan modal dalaman. Ini yang mana kita apa berlaku di luar pun ekonomi kita tidak akan bergoncang begitu hebat. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks kita menuju ke arah negara yang maju saya ingin menjuruskan kepada perkataan transformasi yang diutarakan oleh Perdana Menteri yang diutarakan oleh semua pihak dalam kerajaan. Rakyat pula disedari dengan transformasi dalam pelbagai bidang.
Akan tetapi transformasi antara yang terpenting ialah transformasi mental, pemikiran rakyat, pemikiran dari segi kebersihan alam sekitar, kebersihan tempat kita tinggal, kebersihan tandas. Kalau kita lihat banding kita dengan beberapa negara yang maju ciri-ciri kebersihan amat memerlukan dipertingkatkan. Malah dalam jabatan-jabatan kerajaan sekalipun kita dapati walaupun pembangunannya indah, bangunannya cantik. Akan tetapi kalau kita masuk dalam tandas didapati standardnya amat berkurangan. Jadi saya menyarankan kalau dalam satu-satu kementerian mintalah KSU itu turun ke bawah melihat tandas dahulu apabila melawat agensi-agensi mana-mana di bawahnya.
Begitu juga Menteri, minta maaf rakan-rakan dia tidak ada sini. Sekali sekala turun melihat tandas dan kalau Menteri itu melihat tandas KSU pun akan turun. Kalau KSU turun Timbalan KSU akan turun, kalau Timbalan KSU semua pun yang lain pun akan turun. Insya-Allah kebersihan kita akan meningkat khusus di peringkat tandas. Saya beri contoh di Perlis lebih kurang 15 tahun yang dahulu Pengarah Pendidikan di mana sekolah dia pergi ke tandas dahulu dia pergi. Maka dalam tempoh beliau menjadi Pengarah semua sekolah di negeri Perlis mempunyai tandas yang bersih walaupun kurang air tetapi bersih. Ini adalah disebabkan management daripada atasnya turun ke bawah. Management by example.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu memanjangkan ucapan tetapi ada perkara-perkara sedikit saya hendak sentuh. Kita hendak perubahan
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
mental. Jabatan-jabatan kerajaan masih pada hari ini bila orang awam hantar surat tidak menjawab. Bukan sahaja orang awam, wakil rakyat hantar surat pun tidak jawab. Jadi di manalah kita? Kalau dahulunya masa zaman British dahulu lepas British dahulu pun tahun 1970-an, 80-an setiap jabatan kerajaan mesti menjawab dengan satu kad. Dalam kad itu ditulis,”Surat tuan bertarikh sekian-sekian telah diterima dan dalam tindakan.” Diberi nombor rujukan.
Orang kampung menunggu kalau tidak ada jawapan, tidak ada tindakan sebulan dua dia akan pergi ke jabatan dan bertanya. Maka ada susulan dan kesinambungan.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, dalam jabatan kerajaan minta maaf saya sebut banyak kali. Walaupun sistem kerajaan kita telah bertambah baik, banyak baik sekarang dari dahulu, banyak perubahan yang telah dibuat. Akan tetapi terlalu banyak sangat yang dikatakan siapa kenal siapa. Siapa kenal seorang itu cepat dapat. Di mana sahaja kita pergi itulah yang disebutkan.
Kalau tidak kenal susah hendak mendapat layanan dan sebagainya. Antara lain kita mengubah mental. Saya hendak cerita di sini. Saya duduk di Kuala Lumpur ini lama juga. Bila masuk highway baru tengok jalan hendak pergi Jalan Jelatek melalui DUKE. Tengok Jalan Jelatek hendak corner itu tengok- tengok Jalan Jelatek sudah tidak ada. Banyak jalan lain begitu juga. Saya biasa daripada Ijok malam hendak ke Kuala Lumpur tengok nama-nama jalan tengok-tengok saya sampai ke Shah Alam. Daripada Ijok hendak ke Kuala Lumpur akhir sekali saya sampai ke Shah Alam.
Antara masalahnya ialah pada malam hari banyak sangat, terlalu banyak iklan-iklan yang diletakkan bersama dengan road sign tidak tahu yang mana satu. Jadi oleh kerana terlalu banyak road sign kalau kita lihat di negara- negara yang maju, kalau kita pergi di Eropah, di Australia pun, kita lihat tidak banyak sangat papan-papan iklan yang dibentangkan di kiri kanan atas bawah hinggakan dia susah kita hendak melihat tanda-tanda jalan.
Tuan Yang di-Pertua, yang terkini yang saya baca dalam akhbar pagi ini. Kalau tahun 70-an, 80-an dahulu dalam mahkamah masuk sahaja hakim dalam mahkamah sebelum dia masuk semua yang apa dikatakan pemerhati kes yang berjalan, dimaklumkan pertama, kaki jangan bersila panggung di depan, jangan angkat kaki. Kedua, tidak boleh ketawa, tidak boleh bercakap dalam mahkamah, tidak boleh buat bising dalam mahkamah.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Akan tetapi hari ini dalam mahkamah kita, kes-kes sedang berjalan ada jawapan yang dikeluarkan oleh saksi yang sedikit lucu ataupun yang tidak disetujui pendengar di sekelilingnya. Mereka ketawa, mereka buat bising. Ada hakim yang menegur tetapi banyak hakim yang tidak menegur. Ini adalah satu budaya yang wajar kita ubah.
Kita berbalik kepada zaman tahun 70-an dan 80-an di mana mahkamah adalah satu tempat bukan untuk kita mendengar dan memberi komen, tetapi memberi izin kepada kedua-dua pihak yang berada di depan hakim untuk berhujah dan jangan kita izinkan mereka ketawa dan sebagainya.
Ini kerana ini adalah budaya koboi. Kalau kita lihat gambar-gambar koboi, itulah yang berlaku di zaman koboi di Amerika. Mungkin Amerika Syarikat hari ini pun, mahkamah mereka telah bertambah baik daripada zaman koboi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua dengan kata itu saya minta izin dan menyokong bajet yang dibentangkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya pada petang ini untuk turut membahaskan Bajet 2011.
Saya ingin terus menempuh satu perbahasan mengenai krisis akhlak yang sedang melanda negara kita. Negara kita sedang menghadapi krisis akhlak yang begitu meruncing. Krisis akhlak ini ialah yang menimbulkan segala sosial yang sedang kita saksikan. Sungguh menyayat hati apabila majoriti yang terjebak di dalam krisis akhlak ini adalah orang Melayu beragama Islam.
Sekali gus telah memberi satu imej yang amat negatif kepada agama Islam dan bangsa Melayu.
Walaupun kerajaan Barisan Nasional akan menafikan yang polisi kerajaan di antara sebab-sebab kenapa kita menghadapi krisis akhlak ini, namun hakikatnya adalah kerajaan tidak boleh lari daripada turut bertanggungjawab di atas masalah yang kita hadapi. Dalam kita sibuk memperkasakan kedudukan ekonomi bangsa Melayu dan menyediakan berbagai-bagai pelan tindakan untuk menjadikan negara kita negara maju, kerajaan tidak berkesan dalam menangani krisis akhlak. Natijahnya orang Melayu beragama Islam menjuarai sektor-sektor penagihan dadah, sektor buang bayi, sektor mengandung luar nikah. Sebagai bukti kelahiran bayi tidak sah taraf majoritinya adalah orang Melayu, sektor HIV/AIDS dan lain-lain jenayah jalanan seperti meragut dan mat rempit.
Ternyata sebahagian besar tindakan kerajaan melalui kementerian- kementerian seperti KPWKM, KDN, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dan lain-lain kementerian hanya di penghujung masalah atau hanya mampu untuk cuba merawat setelah sakit menjadi parah atau analogi penyakit barah yang sudah merebak dan di tahap tiga atau empat. Saya agak terkilan apabila kerajaan mempunyai pelbagai KPI dan NKRA untuk memantau dan menilai pencapaian program dan perancangan. Namun saya tidak pernah mendengar atau membaca kenyataan pemimpin kerajaan memberi satu matlamat yang jelas untuk menangani krisis akhlak ini. Apakah parameter atau angka-angka yang hendak dicapai? Berapa peratus penurunan penagihan dadah, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi yang disasarkan setiap tahun?
Kita lihat KDN pada zahirnya telah menurunkan jenayah jalanan apabila anggota PDRM dikerah untuk bertindak. Apakah tindakan konkrit kerajaan untuk menangani krisis akhlak ataupun krisis moral ini? Saya tahu ramai di kalangan rakyat yang berfikiran liberal dan NGOs dan hak asasi manusia tidak bersetuju dengan kepolisian moral atau moral policing.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Boleh tanya tidak?
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
...Namun, kita sudah sampai ke tahap yang kritikal apabila klimaks kepada krisis akhlak ialah pembuangan dan pembunuhan bayi.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Boleh tanya tidak?
[Ketawa]
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Kita perlu memikirkan pembunuhan bayi, kita perlu memikirkan... Minta maaf Yang Berhormat. Kita perlu memikirkan semula bagaimana...
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Satu soalan sahaja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Kita perlu memikirkan semula bagaimana moral policing yang positif dan berhemah ini diperlukan sebagai jalan pencegahan serta cara mendidik golongan yang tidak
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
menghormati adab kesopanan masyarakat dan agama. Moral policing sebagai langkah mencegah bukan untuk menghukum semata-mata.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya tidak bercakap mengenai hukuman yang sudah pasti tidak dipersetujui...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kota Raja, kalau tidak beri dekat Yang Berhormat Arau, dekat sini boleh?
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Oleh sebahagian besar mereka yang berpandangan isu modal ialah isu peribadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak beri jalan Yang Berhormat?
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Pada asalnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak beri Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Kalau tidak hendak beri Yang Berhormat Arau, beri dekat saya.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Pada dasarnya personal conduct bagaimana seorang membawa diri memang tiada sesiapa boleh mempertikaikan. Itu adalah kebebasan individu. Akan tetapi, apabila tindakan atau personal conduct mengakibatkan pada akhirnya kepada jenayah, garisan atau sempadan di antara ruang peribadi dengan ruang awam sudah tiada lagi.
Maka pihak kerajaan dan pihak berkuasa boleh bertindak untuk menghalang keburukan yang lebih dahsyat. Krisis akhlak sudah sampai ke tahap yang kritikal. Kerajaan telah gagal berfungsi menepati matlamat maqasid syariah. Apabila perzinaan berlaku, bukan sahaja agama telah dicemari, maruah dan nasab tergadai, dan akhirnya nyawa terkorban. Maka wajib kerajaan memikirkan bagaimana kita hendak menangani krisis ini.
Kami dari PAS juga dari PKR dan DAP, sedia duduk semeja untuk sama-sama merangka pelan tindakan menangani krisis akhlak ini secara komprehensif. Sebelum ini kami tidak diajak bersama. Program-program yang dianjurkan tidak semestinya oleh kerajaan di sini, untuk masyarakat umum tidak kelihatan bersungguh-sungguh untuk menangani krisis akhlak dan sebahagian besar program-program yang dianjurkan kononnya sebagai langkah pencegahan separuh masak. Malah banyak program yang dianjurkan lebih banyak menggalakkan dan membukakan jalan kepada remaja untuk terjebak ke dalam kancah maksiat. Sekarang ini kita dengar bagaimana rakyat sendiri tidak bersetuju dengan hab hiburan yang disebut-sebut. Tidak cukupkah kawasan-kawasan, hab-hab hiburan yang kita ada di Bangsar dan di kawasan segi tiga emas.
Program-program yang menggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Program-program yang seolah-olah neutral dalam nilai moralnya serta tiada garis panduan. Sejauh mana program-program ini mengintegrasikan nilai moral dan nilai Islam dengan kursus-kursus atau modul-modul yang disajikan. Kerajaan akan menyediakan dalam bajet ini RM20 juta kepada belia untuk program-program 1Malaysia.
Kita lihat Program Rakan Muda pun kita asing-asingkan, kita pisah- pisahkan. Rakan Muda Masjid lain, satu modul yang berasingan daripada Rakan Sukan. Program PERMATA Pintar pun nampaknya begitu ada pengasingan. PERMATA Seni untuk yang cenderung kepada seni. Maknanya di sini, seni di Malaysia ini banyak menari dan menyanyi. Ada PERMATA Insan
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
untuk kanak-kanak yang cenderung kepada pengajian Islam terutamanya al- Quran. Seawal umur pra-sekolah kita telah memisahkan disiplin agama daripada disiplin lain. Sepatutnya disiplin agama, etika dan moral menjadi teras atau asas kepada sebarang program.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kota Raja, minta sedikit.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Kalau mentaliti ini ada, kalau mentaliti ini yang ada pada pemimpin kerajaan...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kota Raja, minta laluan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Maka sampai bila pun pembangunan akhlak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ia tidak beri Yang Berhormat, ia tidak beri.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Di peringkat anak- anak dan remaja akan gagal. Apabila mereka menjadi dewasa, mereka menjadi insan yang longgar moral dan pegangan agama yang longgar.
Pembinaan sahsiah dan akhlak menjadi tonggak agama Islam.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Baginda diutus untuk memperbaiki akhlak manusia.” Aspirasi kerajaan untuk golongan muda yang bakal memimpin Malaysia mempunyai jati diri Melayu Islam tidak mungkin berjaya selagi kita tidak mempunyai satu dasar hiburan - dasar industri hiburan yang komprehensif, yang diluluskan oleh panel syariah dan melepaskan tangan kepada market forces atau permintaan dan bekalan. Maka kita akan sentiasa menghadapi kemelut krisis akhlak.
Saya tidak berhasrat memberi cadangan penyelesaian dalam perbahasan kali ini kerana kesuntukan masa. Namun saya memberi kesanggupan untuk memberi kerjasama, memberi buah fikiran sekiranya kerajaan ikhlas hendak menyelesaikan krisis akhlak. Krisis akhlak dan moral ini Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan bukan setakat berkaitan dengan kesalahan seksual sahaja seperti perzinaan sebelum dan selepas perkahwinan, rogol, penderaan seksual, homoseksualiti. Akan tetapi termasuklah juga gejala rasuah, pecah amanah, kemalasan, penipuan, rent- seeking dan lain-lain perbuatan yang tidak bermoral.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Kesemua masalah moral ini boleh menyebabkan sesebuah negara musnah dan punah dan dijajah atau ditakluki negara atau bangsa lain.
Sejarawan, Edward Gibbon di dalam tulisan History of the Decline and Fall of The Roman Empire telah menunjukkan kelakuan tidak bermoral para Raja- raja, ahli politik dan rakyat menyebabkan kejatuhan empayar Rom. Katanya, “The emperors and political leaders were immoral, corrupt, weak and lazy.
They outsource, their responsibility and duties to develop and defend their nation to foreign migrants who later become so numerous that they were able to overrun the country and take control of it”. So, jangan sampai negara kita sampai ke tahap ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai modal insan lagi. Bila kita bercakap mengenai modal insan, kita terlalu menjurus kepada penghasilan rakyat yang mampu produktif untuk meningkatkan KDNK negara.
Saya sebut tadi kita tidak bersungguh untuk menangani krisis akhlak. Kita sebut kita mahu generasi yang bakal menggantikan kita ini berakhlak mulia, mempunyai jati diri, mempunyai nilai moral yang agung. Tepat sekali apabila pemimpin-pemimpin sama ada dalam Dewan ini pemimpin kerajaan, pemimpin
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
organisasi, pemimpin korporat bercakap mengenai betapa pentingnya modal insan dalam pembangunan dan kejayaan sebuah negara dan masa depan dunia. Namun rata-rata kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihajati dan diingini dikaitkan dengan produktiviti atau keberhasilan yang tangible yang boleh diukur. Ganjarannya juga dinilai mengikut keberhasilan yang boleh diukur.
Kita bercakap mengenai membina modal insan yang mempunyai jati diri tetapi kita sendiri amat kabur tentang jati diri itu. Di dalam penilaian pekerja, akhirnya yang penting ialah produktiviti yang diterjemahkan ke dalam nilai wang dan ringgit. Perkara ini tidak salah namun kita jangan lupa dan perlu juga memberi perhatian kepada perkara-perkara yang memberi nilai kepada erti kemanusiaan itu. Memang ada di dalam semua organisasi terdapat pekerja-pekerja yang bertimbang rasa, mengambil berat tentang rakan sekerja, ringan tulang, pekerja yang disenangi, pekerja yang popular kerana mempunyai perwatakan yang positif namun mereka ini semua hanya dihargai apabila sudah hendak pencen atau pada majlis hari keluarga. Kita perlu memberi penghargaan kepada mereka yang jujur, bercakap benar, menepati masa, bersopan santun dengan ganjaran sebenarnya dan bukan setakat sijil dan plak tetapi dalam bentuk kenaikan gaji yang bermakna sebagai galakan kepada yang lain supaya boleh berperanan sebegitu jua.
Orientasi pemikiran rakyat terutamanya yang beragama Islam sama ada mereka kakitangan kerajaan, golongan profesional seperti doktor, jurutera, kontraktor, peniaga atau lain-lain profesion perlu diubah daripada bekerja untuk mencari kekayaan kepada kerja sebagai ibadah. Jika tumpuan kita bekerja hanya untuk mencari kekayaan, maka kita seperti Qarun tetapi jika kita bekerja sebagai ibadah, kerana mencari rezeki halal untuk diri dan keluarga yang sebenarnya adalah kewajipan kita dan semasa kita bekerja itu kita menjaga halal dan haramnya serta menjaga amanah majikan dan pelanggan.
Amalan kita sebenarnya merupakan satu bentuk penghambaan kepada Allah SWT. Nilai inilah yang patut kita pasakkan ke dalam pemikiran generasi muda yang bakal menerajui negara ini. Kelak apabila mereka menjalani kursus- kursus seperti kursus PLKN, kursus-kursus induksi sebelum menjawat jawatan dan selepas menerima tawaran pekerjaan.
Tuan Yang di-Pertua, kakitangan kerajaan merupakan golongan yang berkuasa berbanding dengan wakil rakyat kecualilah ahli-ahli politik yang mempunyai kuasa eksekutif. Mereka yang menyediakan bajet jabatan-jabatan tahun demi tahun dan mereka jugalah yang berkuasa meluluskan pembelian- pembelian atau projek-projek jabatan. Maka golongan kakitangan kerajaan perlulah mempunyai etika kerja yang berpaksikan nilai Islam dan nilai moral sejagat. Bersifat amanah dan mempunyai integriti yang tinggi. Mereka sentiasa memikirkan kepentingan rakyat di dalam semua keputusan dan tidak bercanggah dengan Rukun Negara.
Kita patut merasa malu bila kritikan demi kritikan dilemparkan kepada kakitangan kerajaan seperti tidak efisien, malas dan sebagainya kerana sebahagian besar terdiri daripada orang Melayu beragama Islam. Pamerkan kepada rakyat yang kita adalah golongan yang bertuah kerana dapat menjadi kakitangan kerajaan dengan segala macam kemudahan yang tidak dirasai oleh pekerja swasta. Walaupun gaji kakitangan awam mungkin tidak setinggi kakitangan swasta namun pekerjaan pekerja kakitangan awam lebih terjamin.
Walaupun parti memerintah mungkin bertukar, kedudukan kakitangan sedia ada sudah memang terjamin. Apa yang penting ialah keberkatan daripada pendapatan yang diperoleh.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai pembinaan projek Warisan Merdeka 100 tingkat yang dikatakan akan memberi peluang kerja kepada kontraktor tempatan dan menggunakan kemahiran dan kepakaran tempatan. Saya ingin bertanya di sini dan kita juga diberitahu ia ada
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
mempunyai multiplier effect, itu kita akui. Cuma selepas siap ia akan memberi peluang kepada pelabur, kepada peniaga-peniaga maka kenapa tidak kerja- kerja binaan yang sebesar nilai ini dibina di kawasan-kawasan luar bandar, Sabah, Sarawak, Pantai Timur, pedalaman dan sebagainya.
Binalah jalan, binalah jambatan, binalah apa sahaja lebuh raya ke Pantai Timur, binalah sekolah dan hospital, binalah rumah kos rendah dan sederhana. Semua ini, RM5 bilion ini dibelanjakan untuk dinikmati oleh rakyat.
Namun kalau kita membina Warisan Merdeka, bangunan ini kita akan lihat hanya segelintir sahaja yang akan mendapat manfaatnya dan apabila bangunan ini siap, siapakah yang mampu untuk menyewanya dan kita juga faham bahawa apabila projek sebesar ini, maka pekerja yang diperlukan amatlah ramai sekali. Apa salahnya kalau projek-projek ini dilakukan di luar bandar dan kemudian pekerjaan ini dapat dinikmati oleh rakyat pedalaman.
Bayarlah gaji yang lebih tinggi kepada pekerja buruh dan kontrak rakyat tempatan supaya mereka tidak akan tertarik untuk bekerja di kilang- kilang dan di gedung-gedung perniagaan semata-mata. Kontraktor-kontraktor Kelas F dapat mengambil bahagian di dalam pembangunan seperti ini. Kita boleh mengurangkan keperluan buruh asing jika gaji yang diberi lebih lumayan. Kontraktor-kontraktor tidak akan kerugian kerana kita tahu untung kasar kontraktor tidak kurang daripada 30%. Keuntungan bersih saya jangka tidak akan kurang daripada 10% jika tidak ada ketirisan dan amalan “merentiv”.
Insya-Allah anggaran projek tidak akan tersasar jauh dan manfaat projek melimpah kepada rakyat tetapi apabila kita melaksanakan projek mega ini di tengah kota, rakyat luar bandar tidak mendapat manfaat secara langsung.
Mereka tidak sanggup berhijrah ke kota besar dan meninggalkan keluarga berbanding dengan buruh dari Indonesia atau Bangladesh yang sanggup menerima gaji yang rendah dan tinggal di rumah-rumah kongsi.
Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kerajaan boleh mengurangkan jumlah buruh asing dan masalah PATI sedangkan semua projek mega yang dirancang semuanya almost always dengan izin, memerlukan buruh asing.
Kerajaan akan mewujudkan tiga juta pekerjaan baru. 50% daripada rakyat Malaysia sudah bekerja, 13 juta daripada 27 juta rakyat sudah pasti sebahagian besar buruh projek mega ini akan didatangkan dari negara-negara jiran.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pemilikan rumah yang memang menjadi impian sebahagian besar rakyat negara ini yang juga merupakan hak asasi manusia yang tidak dapat dinafikan malah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan membuat perancangan dan membantu rakyat untuk memiliki rumah sendiri terutamanya rumah berpendapatan rendah dan miskin.
Pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjamin pinjaman 100% untuk golongan yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan atau pembelian rumah di bawah RM220,000 amatlah dialu-alukan. Saya melihat untuk membantu orang miskin memiliki rumah, kita ada program PPR dan sebagainya. Untuk kumpulan berpendapatan tinggi juga tiada masalah namun turut mengeluh yang paling dahsyat adalah golongan pertengahan yang pendapatan isi rumah keluarga di antara RM3,000 dan RM5,000.
Malah orang-orang yang berpendapatan RM10,000 pun mungkin akan mengalami masalah mencari rumah yang sesuai. Bukan mereka tidak layak mendapat pinjaman namun jumlah rumah yang mampu milik sangat terhad.
Hendak cari rumah di bawah RM300,000 di Kuala Lumpur amat sukar.
Mungkin di Alor Setar atau di Kota Bharu masih ada tetapi tidak lagi di Johor Bahru, Ipoh atau Pulau Pinang. Saya ingin tahu, di dalam projek-projek yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah jenis-jenis atau kategori rumah yang dibina di dalam projek-projek ‘Greater KL' di Sungai Buloh
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
mahupun di Sungai Besi dan berapa jumlah unit untuk setiap kategori? Adakah kerajaan akan mengenakan syarat kepada pemaju supaya rumah kos rendah dan sederhana juga perlu dibina berhampiran dengan nadi aktiviti ekonomi.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Apa yang menjadi amalan rakyat miskin dipindahkan ke kawasan jauh dari pusat ekonomi. Saya juga ingin menyebut keluhan kaum bumiputera yang ingin membeli hartanah perniagaan, pejabat atau rumah kedai walaupun kuota 30% mengatakan adalah untuk bumiputera namun apabila peniaga bumiputera hendak membuat tempahan maka semua kedai atau pejabat yang terletak di lokasi strategik semuanya telah ditempah biasanya oleh pemaju sendiri. Jadi yang tinggal ialah lot-lot yang tidak strategik dan tercorot kedudukannya.
Sampai bila pun begini nasib peniaga atau profesional bumiputera sentiasa tercorot dan tidak akan dapat bersaing dengan kaum lain. Apakah polisi kerajaan untuk mengatasi cabaran ini? Sepatutnya inilah menjadi tanggungjawab perbadanan-perbadanan kerajaan, GLC dan sebagainya untuk membuat tempahan bagi pihak peniaga-peniaga kecil seperti klinik dan juga pejabat-pejabat tetapi janganlah polisi ini menjadi cara untuk mengkayakan kroni. Ini adalah kerana rungutan daripada peniaga-peniaga yang susah untuk mencari lokasi perniagaan yang strategik kerana kita tahu di dalam alam perniagaan ia bergantung kepada salah satunya adalah position ataupun location atau tempat kedai itu sendiri.
Masalah hutang rakyat. Sebahagian besar rakyat mempunyai pendapatan hanya mencukupi untuk menampung kehidupan harian mereka.
Mereka mampu membayar sewa rumah atau ansuran rumah, beli makanan dan membayar kos pengangkutan sama ada membayar ansuran kenderaan atau tambang. Mereka tiada disposable income ataupun simpanan lebih. Jika berlaku kecemasan atau keperluan meningkat mendadak seperti musim- musim perayaan, kesakitan, sekolah hendak dibuka, maka pada ketika ini mereka akan meminjam dan kebanyakan dari mereka meminjam daripada ah long.
Apabila tidak dapat membayar mereka ditekan oleh ah long dan ah long membuat keuntungan 10% sebulan – 120% setahun. Jadi bayangkan tekanan atau bunga yang terpaksa mereka bayar. Maka selepas itu kehidupan mereka menjadi satu igauan ngeri. Kitaran berhutang dari satu ah long untuk membayar ah long yang terdahulu. Kebanyakannya terpaksa melakukan dua pekerjaan. Korek lubang kambus lubang. Kehidupan mereka terhimpit, tertekan dan akhirnya menimbulkan gejala sosial yang lebih mendesak.
Mereka tiada tempat untuk mengadu. Saya sangat bersimpati dan empati dengan golongan ini. Ramai dari golongan ini yang sebenarnya berpendapatan rendah dan memang tidak dapat mengelak daripada berhutang. Berhutang menjadi budaya hidup mereka. Mereka tidak ada kemahiran mengurus kewangan dan amat lemah membuat keutamaan.
Kerajaan perlu mewujudkan kemudahan mereka untuk berhutang secara berpatutan. Apabila mereka memerlukan dengan mengenakan syarat-syarat yang tertentu seperti perlu mengikuti kaunseling kewangan itu sendiri.
Budaya berhutang semakin meningkat dalam masyarakat terutama dari golongan muda dan golongan yang tiada disposable income. Walaupun Bank Negara mengatakan yang household debt atau hutang isi rumah belum menjadi kritikal dan bukan concern kepada Bank Negara buat masa ini jika tidak dibendung NPL atau loan pinjaman yang tidak berbayar ini akan menjadi satu igauan. Ramai rakyat kita akan dibankrapkan. Saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan jumlah yang bankrap dan kategori mereka.
Bagaimana mereka ini tidak mampu dan apakah sebab kebankrapan mereka?
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Sekiranya mereka tidak boleh membayar pinjaman perumahan mereka kehilangan tempat kediaman.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya boleh habiskan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya juga ingin bertanya bagaimana kerajaan akan membantu rakyat yang terpaksa membayar pinjaman rumah-rumah terbengkalai mereka? Setelah mereka tidak mampu membayar pinjaman bank akhirnya mereka dibankrapkan. Saya hendak tahu berapakah jumlah pinjaman yang terpaksa dibayar untuk rumah- rumah terbengkalai ini? Kenapa kerajaan tidak mewujudkan satu polisi untuk mewajibkan sama ada pihak bank atau pemaju mengadakan satu sistem insurans atau takaful yang wajib diambil oleh pemaju dan pihak bank dan pembeli secara bersama untuk pembelian rumah? Skim ini meletakkan tanggungjawab ke atas pihak insurans dan bank untuk memastikan yang pemaju berdaya hidup dan bukan pemaju mengambil kesempatan untuk menjadi kaya. Kita minta kerajaan juga mewujudkan lebih banyak Institusi Ar Rahnu atau pajak gadai Islam melalui bank-bank yang dikuasai oleh kerajaan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, golongan bankrap yang disenaraihitamkan perlu diberi kelonggaran untuk mereka bernafas dan berdikari semula memulakan kehidupan mereka. Jadi apakah rancangan kerajaan sebenarnya dan bagaimana bercadang dan merancang untuk menaikkan status 40% rakyat terbawah dan dalam lengkungan pendapatan rendah, kurang daripada RM1500 ke tahap pendapatan tinggi seperti yang diunjurkan RM48,000 setahun? Maknanya untuk mereka lonjakkan pendapatan mereka daripada RM1,500 kepada purata RM4,000 sebulan.
Untuk mendapatkan pendapatan sedemikian orang yang berkelulusan SPM tidak akan sampai ke tahap ini walaupun bekerja seumur hidup. Tuan Yang di- Pertua, saya menamatkan perbahasan saya. Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cuma lima orang yang belum berucap. Kita ada enam orang dan kita ada 110 minit. Kalau everybody stick kepada 20 minit, keenam-enam boleh berucap. Saya jemput Yang Berhormat Johor Bahru.
Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai Bajet 2011.
Dalam pemerhatian saya ada satu aspek yang memang patut dipuji oleh kerana ia sungguh menarik iaitu Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, di mana diberikan diskaun kepada cukai setem, dibolehkan membuat pinjaman 100% dan sebagainya. Juga ditumpukan kepada kumpulan sasar yang sudah diubahkan lebih menepati daripada keperluan yang ada.
Akan tetapi di samping dilaksanakan Skim Rumah Pertamaku ini saya berharap bahawa tahun 2011 dijadikan sebagai tahun percubaan untuk melihat kesannya kepada Skim Rumah Pertamaku ini. Ini kerana sungguhpun saya mengalu-alukan pelaksanaannya namun saya percaya bahawa ia masih boleh lagi diperbaiki dan dipertingkatkan agar kumpulan berpendapatan di bawah kelas bawah pertengahan (lower middle income group) ini iaitu golongan yang mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan dapat menikmati dengan sepenuhnya skim pembelian rumah yang pertama.
Tentunya mereka yang tergolong kepada kumpulan ini iaitu golongan yang muda, baru bermula berumah tangga dan juga mempunyai pendapatan
Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
yang tidak begitu tinggi berminat untuk memiliki rumah tentunya mereka berhadapan dengan masalah di mana sebahagian besar daripada pendapatan mereka terlibat di dalam pemotongan kepada pembayaran ansuran untuk memiliki rumah. Dari segi itu saya berharap bahawa pihak kerajaan haruslah memikirkan dalam masa tahun 2011 semasa ia dilaksanakan untuk menambah baik kepada skim ini khususnya kepada institusi-institusi yang sudah ada di dalam negara kita di bawah kerajaan, yang juga boleh diberikan peranan yang lebih besar.
Umpamanya pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang merupakan sebuah institusi yang mempunyai kemahiran dan juga mempunyai pengalaman dari segi pembinaan rumah-rumah mampu milik berdepan dengan pelbagai masalah. Umpamanya satu masalah ialah mereka diberikan tapak tanah yang agak tidak strategik, jauh daripada pusat bandar ataupun memerlukan pemulihan yang berharga mahal dan sudah tentunya akan meningkatkan kepada kos rumah itu sendiri. Oleh sebab itu saya sebagai Ahli Parlimen negeri Johor sememangnya memuji kepada Kerajaan Negeri Johor yang telah bersetuju untuk membenarkan sebuah tanah yang strategik dan dekat dengan bandar digunakan untuk pembangunan rumah mampu milik oleh pihak SPNB.
Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Sekiranya kita betul-betul berminat untuk mengurangkan tanggungan dan beban yang dipikul oleh kumpulan pertengahan rendah ini melalui dengan Skim Rumah Mampu Milik, dengan skim rumah pertama tentunya peranan kerajaan negeri itu juga dari segi mengenal pasti tapak-tapak yang lebih bersesuaian dan berdekatan dengan bandar akan dapat juga mengurangkan perbelanjaan seharian atau bulanan dan tanggungan bulanan keluarga- keluarga yang termasuk dalam golongan ini.
Perkara yang kedua saya berharap Tuan Yang di-Pertua agar SPNB turut mengamalkan sistem bina dan jual atau Build and Sell sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang perumahan. Kalau SPNB mengambil peranan yang ke depan dalam skim bina dan jual ini, saya percaya bahawa pertamanya ia akan mengelakkan daripada keadaan apabila rumah itu tidak siap, adanya tanggungan bayaran faedah pula oleh pembeli-pembeli rumah yang demikian.
Jadi saya berharap SPNB merupakan agensi kerajaan yang terkemuka dan terulung dalam perumahan agar dari skim rumah pertama ini dikaji dan dipertimbangkan untuk difikirkan bagaimana dapat dijadikan lebih menarik dan lebih menguntungkan kepada kumpulan sasar yang berdepan dengan masalah-masalah hidup terutamanya masalah hidup di dalam masyarakat bandar seperti Johor Bahru, seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat soal pengangkutan awam diberikan perhatian dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih dia atas perhatian yang diberikan kepada Iskandar Johor dengan peruntukan- peruntukan yang telah dilaksanakan. Namun demikian saya merasakan antara masalah yang kita lihat dalam keadaan konteks bandar ialah apabila rumah- rumah kos rendah yang dibina oleh sektor swasta di atas kehendak dasar kerajaan atau keperluan dan dorongan dasar kerajaan apabila rumah-rumah kos rendah ini sudah masuk kepada usia 10, 15 tahun kita lihat bagaimana rumah-rumah ini berhadapan dengan masalah dari segi penyelenggaraannya.
Saya berharap bahawa adanya perhatian daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar agar adanya mekanisme yang boleh disalurkan bantuan kepada tabung penyelenggaraan atau sinking fund yang diwujudkan di dalam setiap
Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
perumahan jenis ini terutamanya yang kos rendah dan kos sederhana rendah supaya dapat dipulihkan kembali keadaan sekeliling bagi skim perumahan yang sedemikian.
Kedua, tentunya pihak JMB yang bertanggungjawab untuk menguruskan keadaan dan pengurusan rumah-rumah sedemikian harus juga diberikan bantuan daripada pihak kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar agar mereka dapat memainkan peranan untuk menggerakkan satu suasana, satu pemikiran bahawa seharusnya pemilik bagi rumah-rumah tersebut bertanggungjawab kepada keadaan rumah-rumah yang berkenaan.
Saya menyatakan bahawa perlu adanya sumbangan sedemikian oleh kerana saya melihat rumah-rumah kos rendah dan kos sederhana rendah ini terutamanya di pusat-pusat bandar sebenarnya merupakan sebagai kampung yang vertical. Kalau kita melihat di antara usaha kerajaan untuk meningkatkan dan menambahbaikkan, memulihkan keadaan di luar bandar terutamanya kepada kampung-kampung dan di kawasan luar bandar harus juga perhatian yang sama diberikan kepada kampung secara bertingkat ini iaitu vertical villages terutamanya bagi penempatan golongan berpendapatan rendah yang memiliki rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah.
Saya ingin juga merujuk kepada soal pengangkutan kerana tentunya masalah pengangkutan juga merupakan masalah yang harus diberikan perhatian yang besar dan sudah pun diberikan perhatian yang besar. Hanya saya berharap bahawa kita tidak tersalah pilih dari segi projek ataupun usaha yang hendak kita lakukan.
Umpamanya saya dengar bagaimana dihebahkan akan adanya satu perkhidmatan rel laju atau pantas di antara Kuala Lumpur dengan Singapura iaitu dengan kata-kata yang mempromosikan idea ini telah diutarakan pandangan bahawa kalau kita kadang-kadang hendak makan malam di Singapura boleh bertolak daripada Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang, boleh sampai di Singapura pukul 7.30 atau pukul 8.00 malam. Sempat makan malam, selepas itu sempat balik rumah di Kuala Lumpur untuk tidur di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Saya berpendapat bahawa idea ini, idea atau cadangan untuk mewujudkan satu perhubungan pantas antara Kuala Lumpur dan Singapura berlandaskan kepada satu fahaman yang baru iaitu dalam dunia yang global ini sekarang saingan ekonomi bukan di antara negara-negara yang sovereign atau sovereign state, bukannya persaingan di antara negara-negara yang tertubuh hari ini tetapi ialah persaingan di antara bandar raya-bandar raya iaitu dalam perkataan lain Tuan Yang di-Pertua ialah competition among the cities.
Saya sedar dan boleh menerima hujah ini tetapi ia hanya sebahagian daripada gambaran yang sebenar dan tak kanlah satu aspek yang dan di mana Singapura sebagai sebuah bandar raya, Hong Kong sebagai satu bandar raya yang berjaya turut membawa kita untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang setanding dengan bandar raya- bandar raya ini semata-mata kerana dikatakan bahawa bandar raya-bandar rayalah yang akan memacu, menjana transformasi dan pertumbuhan ekonomi dalam masa-masa yang akan datang. Ini kerana kita harus juga melihat umpamanya contoh negara China yang mempunyai sistem pengangkutan rail yang pantas, yang lebih luas dan lebih panjang daripada negara-negara yang lain.
Mengapa pula mereka tidak di negara China mempunyai satu rail system yang pantas di antara Shanghai ke Hong Kong? Ini kerana Shanghai juga merupakan satu bandar raya yang besar dan tentunya ini boleh
Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
menghubungkan Shanghai sebuah bandar raya yang besar dengan Hong Kong sebuah bandar raya metropolis yang berjaya.
Sebab itu saya rasa kerana negara China umpamanya masih menumpukan kepada soal kepentingan ekonomi negaranya sendiri dan tidak terbawa-bawa dengan teori yang baru, yang menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi, penjanaan ekonomi harus dilihat kebolehan untuk datang atau terbit daripada bandar raya-bandar raya yang besar. Sebab itu saya berharap sangat bahawa cadangan untuk mengadakan rel laju antara Kuala Lumpur dan Singapura ini dikaji dengan mendalam, benar-benar mendalam kerana saya sebagai orang Johor Bahru yang mewakili Johor Bahru sendiri pun melihat bagaimana apabila perkhidmatan KTM yang ada sekarang bermula daripada Singapura ke Kuala Lumpur, bermula daripada Singapura ianya apabila orang Johor Bahru hendak membeli berth pun, hendak membeli tepat tidur dalam ekspres malamnya terpaksa bersaing dengan penumpang daripada Singapura.
Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Jadi kita tidaklah mahu satu keadaan di mana orang Kuala Lumpur ini boleh makan malam di Singapura, orang Singapura boleh makan malam di Kuala Lumpur tetapi kopi, desert dan manisan pun tidak mereka beli sama ada di Seremban ataupun di Johor Bahru selepas kita terlepas pandang. Saya berharap bahawa jangan terbawa-bawa dengan teori-teori yang baru, yang dikemukakan oleh sesetengah pemikir-pemikir ekonomi hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi soal pembangunan pengangkutan, bagi pihak Johor Bahru saya juga ingin menyarankan supaya dapat kita merungkaikan satu keadaan atau kita mengubahkan satu keadaan yang sangat tidak memuaskan di Johor Bahru, iaitu dari segi pengangkutan awamnya kita tidak mempunyai satu pengangkutan awam dalam bandar.
Kalau orang Johor Bahru hendak pergi ke hospital, dia kena ambil bas di Pontian. Kalau mereka hendak pergi ke Kampung Melayu Majidi mereka kena ambil bas pergi ke Ulu Tiram ataupun Pasir Gudang. Itu yang pertama, kerana tidak adanya pengangkutan dalam bandar seperti Rapid KL Rapid Pulau Pinangkah yang harus menyatakan bahawa perlu adanya juga Rapid Johor Bahru.
Kedua, kerana akibatnya keadaan sedemikian Johor Bahru, terminal bas yang terbesar di Johor Bahru sebenarnya ialah CIQ bercampur dengan Jalan Tun Razak dan juga Jalan Wong Ah Fook, iaitu sebahagian besar daripada bandar Johor Bahru bersamaan dengan bangunan CIQ itu sudah pun menjadi sebuah terminal bas. Bermakna ianya tidak ada satu sistem yang tersusun, satu sistem yang rasional dengan sistem pengangkutan dalam bandar dengan terminal-terminalnya yang tertentu untuk menentukan agar sistem pengangkutan dalam bandar di Johor Bahru ini dapat dipulihkan seperti diperlukan oleh rakyat dan penduduk di kawasan Johor Bahru yang bersesuaian dengan kedudukan bandar raya ini dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.
Walau bagaimanapun, saya rasa Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua perkara-perkara ini perlu perhatian daripada pihak kerajaan bukan sahaja dalam bajet ini, tetapi dalam bajet-bajet yang berikutan dan sebab itu saya mengucapkan banyak terima kasih di atas peluang untuk membahaskan Bajet 2011 dengan memberi sokongan kepada bajet ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pembahas yang ke-100, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpada-pada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan negara dan umat sendiri insya-Allah.
Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Saya kira sangat penting supaya kerajaan memberikan tafsiran sebenar apa dia 1Malaysia.
Saya baru-baru ini pergi ke Jordan antara tempat yang saya lawat, dia ada slogan iaitu ‘Jordan First’. Saya ingat ini satu slogan yang baik untuk dikaji di mana ‘Jordan First’ bermakna negara dahulu rakyat diutamakan. Maknanya siapa juga, dia kerajaankah, pembangkangkah, NGOkah siapa pun apabila tiba soal negara, dia dahulukan negara dia. Tidak seperti yang berlaku sekarang apabila ke luar negara, maki hamun negara sendiri, caci negara sendiri, kritik negara sendiri.
Saya teringat baru-baru ini saya pergi ke Palestin di Gaza di hadapan Perdana Menteri Ismail Haniyeh sama-sama kita berbalah tentang hal dalaman parti. Jadi saya nampak muka Perdana Menteri Ismail Haniyeh kata, “Aku sudah ada masalah besar dengan Israel ini, kau datang cerita pasal parti kau”. Jadi saya ingat slogan ataupun konsep 1Malaysia ini perlu diperjelaskan bahawa maksudnya ialah negara didahulukan, rakyat kita utamakan. Jadi siapa juga kita, kita pergi keluar berjumpa dengan siapa pun dahulukan negara. Sebab ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.
Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan- peruntukan perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini. Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
sebab bahasa Melayu bahasa perlembagaan yang didaulatkan oleh perlembagaan.
Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara. “Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja- Raja Melayu tapi yang penting Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu.
Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja- Raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang. Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah. Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan. Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kulim, laluan.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Kejap ya. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan. Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara? Sila.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, seolah-olah ada satu perancangan yang begitu teliti yang dibuat oleh pihak tertentu, didalangi oleh badan-badan tertentu, barangkali di peringkat antarabangsa. Peringkat awal kita lihat bagaimana perancangan begitu teliti cuba merendah-rendahkan kredibiliti kepimpinan negara, pertama.
Kemudian diturun ke bawah mengkritik agensi penguat kuasa. Polis tidak bagus, SPRM dibeli, sistem kehakiman tidak telus dan sebagainya.
Apabila ada pemimpin mereka ditangkap, dituduh bahawa kerajaan membeli hakim, polis dibeli dan sebagainya. Ini seolah-olah ada perancangan yang begitu teliti. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, apakah ini seolah-olah sudah dirangka begitu halus oleh golongan tertentu dalam negara ini dan didalangi oleh pihak antarabangsa.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya akan jawab isu itu bila saya kupas berkenaan dengan 13 Mei, Yang Berhormat Lenggong.
Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?
Tuan Yang di-Pertua, saya melawat Eropah Timur baru ini. Kawasan Bosnia, Herzegovina, kawasan Slovak, kawasan Kosovo, kawasan bekas perang Balkan. Tiap-tiap hari dalam TV saya tengok klip video Holocaust disiarkan diulang-ulang, everyday without fail. Peristiwa Holocaust dibangkitkan, diungkit, dikupas, dicerita, ada video klip. Malahan bukan itu sahaja, penerbitan, tulisan berkenaan dengan video klip Holocaust ini berlambak-lambak. Malahan sampai hari ini, penjenayah-penjenayah semasa perang dunia kedua terutama yang terlibat dengan Holocaust Tuan Yang di- Pertua, di boo sampai ke lubang cacing. Yang sudah tua, merengkok, bertongkat, kaki ketar-ketar berjalan pun dia cari, dia caj di mahkamah.
Kenapa masyarakat Eropah masih lagi memainkan cerita Holocaust ini walaupun sudah lama? Cerita hitam, sejarah hitam mereka kerana hendak mengingatkan generasi sekarang, kalau kamu buat perangai sama yang macam tahun 40-an, itulah yang akan berlaku. Jadi apa salahnya kita memperingatkan rakyat tentang peristiwa 13 Mei?
Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tunku Abdul Rahman - Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu. Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta.
Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu.
Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu.
Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah? Takut ianya didedahkan kerana kalau kita baca dan saya baca, baru-baru ini saya sembang dengan kawan-kawan di luar cerita tentang 13 Mei, apa yang saya baca dalam ini, mereka terkejut. Mereka tidak tahu rupanya itu yang berlaku. Sebabnya mudah sahaja, mereka takut rakyat tahu warna sebenar mereka. Tembelang mereka sebenarnya, racisnya, chauvinistnya otak ala komunis yang ada dalam kepala otak mereka itu. Dia takut rakyat tahu.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.
Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.
Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.
Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu. Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul.
Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu. Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.
Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di- Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.
Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.
Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:
| Malay | Non Malay | Total | |||
|---|---|---|---|---|---|
| Total | Percentage | Total | Percentage | ||
| Administrative Services | 706 | 57.80 | 515 | 42.20 | 1221 |
| Professional Services | 385 | 19.20 | 1,613 | 80.80 | 1998 |
| Educational Services | 51 | 29.90 | 122 | 70.10 | 173 |
| Police | - | 38.76 | - | 61.24 | - |
| ATM | - | 64.50 | - | 35.50 | - |
| Total | 1,142 | 32.26 | 2,252 | 63.74 | 3398 |
Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.
Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to- medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.” Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.
Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?
Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama.
Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini. Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur. Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, gulung Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di- Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu. Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.
Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’
(Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.
Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.
Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan Brickfields pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja, buang semua polis Melayu”.
Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa.
Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.
Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.” Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar.
Melayu balik kampung MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, baik Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ada baca buku semua itu. Semua buku saya baca Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya tahu, saya tahu, tapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Penulisan Tunku Abdul Rahman, laporan daripada operation pada 69 itu semua saya baca.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Yang di- Pertua, tidak semua orang seperti Tuan Yang di-Pertua baca. Oleh sebab itu perkara ini perlu didedahkan. Cuma satu sahaja Tuan Yang di-Pertua cadangan saya hendak tuntut di sini. Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar- gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.
Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah. [Tepuk] Saya tahu ramai DAP yang baik, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Rasah.
Ini baik-baik saya ingat mereka masuk PKRlah. [Ketawa] Ataupun kalau dia hendak masuk Islam masuk PAS.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak mengapalah Yang Berhormat, habis masa Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Nordin - Kulim Bandar Baharu
Jadi satu sahaja Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua perkara ini dirancang. Dia bukan sahaja tetapi dirancang. Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di- Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Satu sahaja Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat masa sudah habis. Yang Berhormat boleh sambung pada jawatankuasa nantilah.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Insya-Allah saya pohon Tuan Yang di-Pertua, supaya perkara ini dipandang berat jangan dipandang enteng kerana kalau dia hendak berlaku, dia berlaku sekelip mata.
Oleh sebab itu saya ambil kesempatan mengucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan. Saya harap akan berlaku perubahan dan kami konsensus BEBAS mengambil sikap menyokong bajet yang dibentangkan. Terima kasih. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kapit.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberi saya peluang untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2011 ini.
Tuan Yang di-Pertua,sebelum saya masuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bajet, saya berterima kasihlah kepada kawan saya tadi yang baru telah berucap, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Oleh kerana telah memberikan saya satu history lesson dan cuma sebagai seorang daripada kaum Dayak, kaum Iban, kawan ini dia lupa hendak memberi penghargaan kepada kaum Iban dan Dayak di Sarawaklah. Oleh kerana kami telah memainkan peranan yang besar juga untuk kita menenteramkan keadaan semasa itu sebagai askar dan Iban trackers dan oleh itu mungkin wujudlah negara kita yang dikatakan yang maju pada hari ini. [Tepuk] Tidak mengapalah saya masih menghargai. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat. Nama dia Iban trackers Yang Berhormat.
Sebenarnya termasuk orang Bidayuh, orang Melayu pun ada Yang Berhormat.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Ya, ya. Bukan Iban sahaja dari Sarawaklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Dari Sarawak.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Termasuk selepas itu Tuan Yang di-Pertua sendiri yang telah juga di pasukan polis. Jadi Tuan Yang di- Pertua pun wira kita juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Empat tahun setengah dalam hutan Yang Berhormat.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Ya, itu dia. Tuan Yang di- Pertua, saya mungkin secara ringkas oleh kerana hari ini hari Khamis Tuan Yang di-Pertua pun tahu saya akan bergegas balik kawasan sama juga dengan yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi ramai yang telah berpendapat bahawa bajet ini adalah bajet yang mesra rakyat atau bajet untuk rakyat.
Malah ada juga yang mendakwa bajet ini adalah untuk Barisan Nasional menyediakan diri untuk pilihan raya untuk memancing undi. Itu terpulanglah kepada tafsiran.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah berhasrat untuk bersungguh walking the talk untuk menepati Gagasan 1Malaysia iaitu mendahulukan kehendak rakyat dan untuk memacukan pembangunan ekonomi demi mencapai tahap ekonomi yang berpendapatan tinggi tibanya tahun 2020 nanti. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan saya menyokong Bajet 2011 ini. Akan tetapi saya ingin juga menyatakan saya masih ada kebimbangan dengannya. Saya berpendapat
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
bahawa masih ada keperluan untuk kerajaan membuat adjustment kepada bajet ini khasnya kepada yang ada kaitan langsung kepada pelaksanaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa pengutipan cukai secara Goods and Services Tax (GST) ini, adalah diperlukan sekarang untuk negara kita. Sistem ini kalau dilaksanakan dengan baik dan betul sesungguhnya dapat broaden our tax base. Ianya membantu memungut pendapatan ataupun revenue kepada Treasury kita. Sesungguhnya jika kita hendak mencapai lebih pembangunan dan bertaraf ekonomi berpendapatan tinggi kita sepatutnya mengaplikasikan sistem GST ini sebagai satu kaedah demi mengurangkan defisit bajet kita, satu kaedahnya.
Kita sudah hampir 14 tahun berbajet defisit dan kita perlulah membuat yang sepatutnya untuk mengurangkan defisit kita atau memperseimbangkan bajet kita. Defisit dalam bajet kita adalah tidak baik untuk ekonomi kita kalau ia berlarutan. Ini kerana kita adalah sebuah negara atau ekonomi yang bergantung kepada dagangan antarabangsa, we are a trading nations dengan izin. Oleh kerana itulah kita harus sensitif kepada bagaimana negara asing, negara-negara yang ada hubungan perdagangan dengan negara kita yakin akan kemampuan dan kebolehan kita mengurus dan membangunkan ekonomi kita.
Tuan Yang di-Pertua, sistem GST ini mampu membantu kerajaan mendapatkan lebih revenue untuk melaksanakan lebih banyak projek pembangunan yang amat diperlukan oleh rakyat. Bagi saya agak terlalu ramai di kalangan kita hanya melihat kepada meminta kerajaan berbelanja untuk projek-projek pembangunan tetapi kurang memikirkan di mana dan bagaimanakah kerajaan harus menjaga kemampuan untuk berbelanja.
Kerajaan haruslah ada sistem yang baik, yang adil untuk mendapatkan revenue. Saya mohon penjelasan dari Kementerian Kewangan selain GST yang bakal diaplikasikan apa lagi yang sudah dirancangkan untuk tujuan mendapat peningkatan revenue untuk negara kita. Kita tidak mahu terlalu bergantung kepada keuntungan Petronas juga royalti daripada Petronas. Kita harus ada kaedah dan punca kewangan yang lain juga.
Tuan Yang di-Pertua saya beralih kepada hal-hal yang lain. Ini untuk membantu anak-anak sekolah kita yang miskin di luar bandar. Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAMP) dahulu. Sekarang ada kenyataan bahawa tahun hadapan sistem KWAMP ini tidak ada lagi diguna pakai. Kesemuanya melalui sistem e-Kasih. Saya tidak mempertikaikan yang mana KWAMP atau e-Kasih yang boleh membantu. Cuma yang saya dapati minggu lepas saya di kawasan saya ada seorang pengetua mengadu kepada saya, mengapa diubah? Saya pun tidak ada jawapan sebab saya tidak berapa tahu. Cuma saya hendak membawa untuk perhatian kementerian ataupun yang bertanggungjawab.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Tahun dahulu - saya bagi contoh tetapi spesifik. Di Sekolah Menengah Kapit, hampir 400 orang anak-anak sekolah mampu mendapat bantuan melalui KWAPM ini - program KWAPM. Mereka memang sepatutnya diberi bantuan oleh kerana mereka ini adalah anak-anak miskin di sekolah itu. Pengetua ini mengadu Kepada saya hanya 10 orang layak mendapat melalui e-Kasih.
Bagi saya Tuan Yang di-Pertua dan faktanya tidaklah daripada satu angka yang begitu besar, 400 lebih anak-anak sekolah itu turun kepada hanya 10 orang sahaja. 10 orang sahaja layak sekarang! Jadi yang ingin saya ketengahkan di sini adalah belum cukup lagi melalui e-Kasih ini, tidak tepat lagi data-data yang terdapat di dalam e-Kasih ini untuk kita menepati sasaran ataupun kehendak kita untuk membantu anak-anak miskin yang perlu kita bantu. Saranan saya, lihatlah betul-betul perbaiki bagaimana data capture
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
melalui e-Kasih ini supaya tidak ada anak-anak sekolah kita yang miskin - dari keluarga yang miskin, yang perlu dan sepatutnya dibantu. Janganlah mereka ini terkeluar daripada senarai dan tidak dibantu.
Saya menerima baik tujuan kerajaan untuk - mungkin kita hendak memperbetulkan program ini. Sebab kita tidak mahu wang ataupun dana kerajaan untuk membantu yang miskin,ia ada ketirisan ataupun terlepas pandang. Kita memberikan juga bantuan kepada mereka yang mampu dan tidak perlu dibantu. Saya faham, akan tetapi saya tidak boleh menerima kalau ada anak-anak kita yang patut, perlu dan layak dibantu tetapi tidak dibantu oleh sebab sistem kita yang telah berubah ini tidak memihak kepada mereka ataupun tidak memberi bantuan kepada mereka yang layak dibantu. Ini dalam hal KWAPM ataupun hal e-Kasih untuk membantu anak-anak miskin kita yang masih di bangku sekolah.
Projek CARI, satu lagi projek ataupun kaedah daripada social safety net kita untuk membantu yang memerlukan bantuan - yang miskin. Projek CARI ini apabila dimulakan perlaksanaannya, tujuannya amat baik. Kita sebagai wakil rakyat pada ketika itu dikehendaki membantu kementerian untuk kita mencari mereka yang perlu dibantu dan sepatutnya dibantu - yang miskin, ibu tunggal, yang terlantar, orang-orang tua, orang sakit. Tahun dahulu saya menghantar 2,140 orang ataupun permohonan kepada jabatan kebajikan untuk program CARI ini, untuk membantu orang-orang yang sepatutnya dibantu. Yang lulus hanya 100 lebih orang saya difahamkan - tidak mengapa.
Dalam angka yang begitu besar kita hantar 2,000 lebih itu, yang lulus begitu kecil bilangannya. Yang saya bawa ke sini untuk perhatian kementerian, mengapakah di peringkat Kapit, jabatan ini tidak ada kemampuan pegawai- pegawai di sana untuk turun padang dan sepatutnya juga pergi investigate kata orang. Pergi sudah menerima borang yang kita hantar - bukan hanya kita hantar orang lain pun menghantar, mereka tidak mampu. Di Kapit ini tidak ada jalan raya di mana kita boleh menggunakan bas, tidak ada teksi dan hanya perlu menggunakan perahu, dan semua pegawai-pegawai di Kapit sekarang adalah perempuan. Saya tidak ada masalah dengan perempuan. Ini bukan hal gender tetapi kasihan dengan mereka. Mereka tidak boleh, tidak pandai, tidak tahu menggunakan bot dan membawa bot sendiri ke hulu-hulu sungai.
Tuan Yang di-Pertua tahu sebab ia jadi askar dahulu, jadi polis dahulu.
Tuan Yang di-Pertua ini tahu sangat, bagaimana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jangan sebut polis, Yang Berhormat. Polis field force, Yang Berhormat.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Field force…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu beza Yang Berhormat - orang hutan dengan orang bandar.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Itu lagi dahsyat itu. Yang masuk ke hutan itu, yang melalui semua sungai-sungai yang susah dilalui.
Saya jemputlah nanti kawan saya ini dari Tumpat ini melawat ke sana, baru tahulah ya. Mungkin jauh seperti di hulu juga, pedalaman Kelantan mungkin sama.
Jadi pegawai-pegawai ini, mereka tidak boleh. Lagipun apabila saya berbincang dengan mereka - mereka kata, “Oh Yang Berhormat, kami tidak ada kemampuan.” Apa itu? Kami tidak ada bot, tidak ada sumber kewangan diberikan yang cukup, terlalu sedikit. Hendak sewa perahu pun kami tidak dapat. Bagaimana kita hendak menjayakan projek CARI ini? Saya katakan kepada pegawai, “Tidak perlulah pergi turun jumpa pemohon itu. Percayalah saya sebagai wakil rakyat, sebab saya yang sign borang itu.” Ia kata, “Tidak
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
boleh Yang Berhormat, tidak boleh semudah itu.” Bagaimana kita hendak menjayakan projek ini?
Sekarang namanya bertukar pula - dahulu Menteri lain sekarang Menteri yang lain. Tidak ada lagi projek CARI. Bagaimanakah ini? Apakah nama itu? Ataupun yang penting kita membantu orang yang sepatutnya kita bantu. Ini tidak bolehlah. Kita bukan hendakkan jenama, kita hendak keberkesanan untuk membantu pihak yang memerlukan bantuan kita iaitu yang miskin itu. Jadi saya memohon kerjasama daripada pihak kementerian, bagaimana kita hendak betul-betul mendahulukan mereka yang patut kita dahulukan.
Mungkin Tuan Yang di-Pertua, mungkin kewangan diberikan kepada kementerian ini tidak mencukupi. Di dalam bajet ini saya belum teliti dengan betul-betul, akan tetapi mungkin jumlah yang besar diperlukan untuk kita mengimplementasikan ataupun menjayakan projek ini, projek membantu.
Kalau projek CARI dahulu ia projek apa nama juga atau yang lain tidak mengapa, yang membantu mereka ini secara kewangan bulanan. Saya mohon kepada Kementerian Kewangan, saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, bagi cukup-cukup kewangan kepada kementerian ini. Sebab bilangannya - entahlah. Bilangan orang-orang miskin ini yang dibantu ia tidak akan menurun, jumlahnya akan bertambah. Jadi kalau kita ada kewangan dahulu - allocation ataupun agihan bajet yang diberikan untuk projek ini, ia hanya mampu untuk kita meneruskan dengan penerima- penerima yang sedia ada.
Bagaimana dengan pemohon yang baru? Kita tidak ada duit, tidak ada kewangan untuk kita menampung keperluan untuk mereka, ada mungkin merosot kepada golongan mudah miskin menjadi miskin, sebab kita sudah pun menaikkan paras poverty line kita. Jadi saya ingin kementerian ini ataupun Menteri dan Timbalan Menteri bekerja keras sedikitlah. Juga arahkan pegawai- pegawai di peringkat daerah ini turun padang betul-betul. Kalau tidak mampu, bekerjasamalah dengan wakil rakyat. Janganlah ambil mudah sahaja. Kalau tidak mampu - peluk badan katakan, “Oh tunggu, sebab orang miskin ia sentiasa miskin.”
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Tidak perlulah. Saya tidak ada masa, saya hendak balik. Eh, kawan ya?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya mahu sokong. Terima kasih Yang Berhormat Kapit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat saya peringatkan masa tidak ada Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tidak apalah, lain kali.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Masa tidak ada.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Lain kali, lain kali.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Boleh sedikit sahaja itu Tuan Yang di-Pertua, sebab saya pun tahu, sedikit. Terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kapit apabila wakil rakyat merujukkan kes kepada Jabatan Kebajikan, mereka haruslah menerimanya. Memandangkan Jabatan Kebajikan mengalami masalah kekurangan kakitangan juga. Tengok, kalau wakil rakyat sudi membantu
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
memberi kerjasama, sediakan segala dokumen gambar, dokumen pemohon kenapa mereka enggan terima? Kalau tengok laporan Ketua Audit beban tugas, nisbah pekerja pegawai terhadap bebanan kerja fail yang mereka ambil jauh daripada yang disyaratkan oleh standard antarabangsa. Jadi saya menyokong pandangan Yang Berhormat Kapit ini.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Okey, tiada penjelasan yang dikehendaki, hanya menyokong terima kasihlah. Tuan Yang di-Pertua sedikit lagi, ini berkenaan dengan Kementerian Dalam Negeri. Saya berterima kasihlah oleh kerana saya nampak dalam bajet ini ada tumpuan, ada agihan ada disebut secara spesifik dalam Kementerian Dalam Negeri ini iaitu Pendaftaran Negara akan meneruskan program-program untuk kita mengemas kini masalah yang ada pada rakyat kita di pendalaman negeri Sarawak, mungkin juga di negeri-negeri yang lain. Okey, saya menyebut kepada negeri Sarawak secara spesifik untuk kita menangani masalah ini, untuk kita memberi MyKad dan juga untuk surat lahir kepada mereka.
Saya tidak hendak berucap panjang lebar tentang ini oleh kerana saya ingin di dalam jawatankuasa nanti. Akan tetapi setakat masa ini saya hendak merekodkan ataupun hendak memberitahu kepada kerajaan, inilah satu- satunya program yang mesra rakyat sebab kita selalu mendengar di dalam Dewan ini, masalah-masalah ini menyeluruh, masalah-masalah ini mungkin boleh dikatakan ia akan - kesannya jauh sebab kalau tidak ada kad, kalau tidak ada surat lahir yang lain-lain hendak dapat keluar, hendak dapat e-Kasih, hendak dapat projek CARI, hendak dapat bantuan rumah, hendak dapat yang lain-lain semua tidak dapat. Jadi teruskan program ini, terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri.
Berkenaan dengan satu lagi perkara dalam Kementerian Dalam Negeri, ini saya khusus kepada Kapit. Ini masalah buang daerah ini, orang buang daerah (restricted residents). Masalah ini mungkin ada juga di bandar- bandar kecil yang lain. Tuan Yang di-Pertua, kalau ada akta-akta yang lagi – digunakan untuk cara inilah untuk kita hendak membendung masalah sosial ataupun hendak kita menangani masalah dengan mereka yang berkaitan dengan jenayah, ini sudah lapuklah. Kita perlu dipinda ataupun dimansuhkan saya pun tidak tahu. Apa yang saya tahu perkara-perkara ini tidak sama sekali memberi kebaikan kepada masyarakat yang jauh di pendalaman sebab sekarang dengan adanya internet, telefon dan sebagainya kita tidak dapat control,kita tidak dapat kawal jenayah ini secara macam dulu.
Jadi di Kapit, di Song saya telah membawa perkara ini beberapa kali dan walaupun begitu saya berterima kasih kepada kementerian kepada Yang Berhormat Menteri sendiri sebab secara peribadi Yang Berhormat Menteri memberi saya satu assurance bahawa masalah ini akan dilihat dan bukan hanya dilihat akan ditangani supaya kita tidak ada lagi mereka yang buang daerah ini ditempatkan di Kapit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat Kapit. Masa sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Masa sudah habis sudah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya hendak bagi peluang dengan orang lain. Jam 5.30 petang kita hendak tutup Yang Berhormat.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan saya menyokong bajet ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih. Hah, kita ada tiga orang.
Seorang Ahli
Empat orang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Empat orang kita ada 40 minit lagi. Jadi saya bagi 12 minit seoranglah. Sila, saya mulakan dengan Yang Berhormat Tumpat. Saya tahu Yang Berhormat, nama yang diberikan itu saya sudah nampak sudah. Yang Berhormat Tumpat, ya.
Dato’ Kamaruddin Jaffat - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya bercadang untuk menghormati masa yang ditentukan di akhir sidang peringkat dasar ini. Pertamanya kita sebagaimana biasa membahaskan belanjawan negara dan saya tidak rasa ingin memulakan kecualilah dengan menekankan peri pentingnya Dewan Rakyat atau Parlimen ini sebagai tempat di mana isu seperti ini mesti dibahaskan. Tuan Yang di-Pertua lebih maklum daripada kebanyakan daripada kita bahawa sejarah kekuasaan Parlimen bermula di Westminster di United Kingdom itu adalah apabila pemimpin- pemimpin rakyat mendesak supaya Raja England ketika itu daripada terus mengenakan cukai-cukai mestilah merujuk dahulu kepada Parlimen yang mesti meluluskan dahulu cukai-cukai itu sebelum Raja boleh membelanjakan wang ringgit negara untuk tujuan yang Raja kehendaki. Di sinilah bermulanya tradisi itu dan di sinilah kita berada.
Akan tetapi Parlimen sahaja tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua, Parlimen seperti yang ada ini sahaja tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua.
Saya sentiasa menekankan betapa perlunya Parlimen kita ini diperkuatkan lagi. Alhamdulillah kita mendengar beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh tentang hal ini dengan baik. Saya amat bersetuju dengan cadangan-cadangan tersebut. Ada ulasan seperti daripada Yang Berhormat Telok Intan semalam tentang bagaimana beliau memberi kritikan atau teguran sekurang-kurangnya tentang bagaimana Majlis Sambutan Jubli Emas Parlimen ini dilakukan lebih kurang seminggu yang lalu. Kritikan beliau itu saya terima dan saya anggap itu perlu diberi perhatian khususnya oleh Pentadbir Parlimen kita ini. Malah Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menambah bahawa untuk memperingati 50 tahun Parlimen tidak cukup sekadar majlis jamuan makan malam seperti yang diadakan.
Saya kalau boleh ingin mencadangkan kalau tidak terlalu lewat supaya rekod sambutan dan ingatan kita itu ada dalam Hansard dan rekod Parlimen kita ini seharusnya kita ada dan berikan satu hari untuk Dewan membawa usul memperingati 50 tahun Parlimen. Usul itu sepatutnya dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang dan usul itu jika sepatutnya dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menjadi penyokongnya ialah Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Kita seharusnya memberikan tempoh satu hari untuk usul seperti itu dibahaskan yang mana kandungan usul itu seharusnya disepakati adalah perkara-perkara yang perlu Parlimen kita ini lakukan untuk memperkukuhkan lagi institusi Parlimen Malaysia kita ini.
Jadi, kalau tidak terlalu lewat Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingin mencadangkan untuk memikirkan kalau boleh satu hari kita rezab untuk usul seperti itu dibentangkan supaya sampai bila-bila dalam rekod Hansard Parlimen kita ini tercatit bahawa pada hari kita memperingati atau sekurang- kurangnya pada tahun kita memperingati 50 tahun usia Parlimen Malaysia ianya direkodkan, dibahaskan dan diluluskan satu usul yang menandakan bahawa seluruh pemimpin, rakyat di Malaysia ini menganggap bahawa Parlimen penting dan berhajat untuk memperkukuhkan lagi institusi Parlimen kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita kaji Parlimen-Parlimen yang ada di sekitar rantau kita ini, kalau kita kaji misalnya dengan Indonesia saya merujuk khusus tentang jawatankuasa-jawatankuasa pilihan yang mana bukan hendak
Dato’ Kamaruddin Jaffat - Tumpat
dikatakan di Malaysia ini tidak ada. Ada Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang jelas tentang bolehnya kita menubuhkan, mewujudkan jawatankuasa- jawatankuasa pilihan atau select committee dengan izin untuk Dewan Rakyat kita ini. Akan tetapi amalan kita yang tidak melaksanakan kebolehan ataupun peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen yang jelas itu. Kalau kita bandingkan dengan Indonesia Tuan Yang di-Pertua, mereka ada sebelas komisi-komisi antaranya:
(i) Komisi Pertahanan Dasar Luar Informasi;
(ii) Komisi Dalam Negeri Autonomi Daerah Agraria;
(iii) Komisi Hukum dan Perundangan Hak Asasi Manusia;
Dato’ Kamaruddin Jaffat - Tumpat
(iv) Komisi pertanian, perhutanan, perikanan dan seterusnya;
(v) Komisi telekomunikasi dan perumahan rakyat;
(vi) Komisi perdagangan, perindustrian, investasi, koperasi;
(vii) Komisi energy, sumber daya mineral;
(viii) Komisi agama, sosial, ‘pemberdayaan’ perempuan dan sebagainya;
(ix) Komisi kependudukan, kesihatan, tenaga kerja, transmigrasi;
(x) Komisi pendidikan, pemuda, olahraga, kesenian; dan
(xi) Komisi kewangan, perancangan, perbankan.
Itu komisi-komisi tetap yang ada dalam institusi DPR atau Parlimen di Indonesia. Jikalau di Thailand, berpuluh-puluh standing committees Parlimen mereka. Jikalau di Kongres Filipina, berpuluh-puluh komisi-komisi tetap ataupun jawatankuasa pilihan tetap yang mereka ada. Jika kita banding dengan bukan Filipina, Indonesia atau dengan negara-negara Barat yang demokrasinya kita iktiraf sebagai lebih baik daripada kita. Jika kita bandingkan dengan Singapura pun Tuan Yang di-Pertua, mereka ada sekurang-kurangnya jawatankuasa tetap (standing committees) tujuh, seperti berikut;
(i) Committee of Selection;
(ii) Committee of Privileges;
(iii) Estimates Committee;
(iv) House Committee;
(v) PAC;
(vi) Public Petitions Committee; dan
(vii) Standing Orders Committee.
Berbanding dengan kita, jawatankuasa tetap kita (standing committees). Hanya ada lima committee of selections kalau dibandingkan dengan istilah Singapura ini, seperti berikut;
(i) Committee of Privileges;
(ii) House Committee;
(iii) PAC
(iv) Standing Orders Committee.
Kita tidak ada sebagaimana Parlimen Singapura ada seperti Estimates Committee dan Public Petitions Committee. Jikalau Singapura yang kita
Dato’ Kamaruddin Jaffat - Tumpat
anggap dasar, perjalanan dan demokrasi mereka lebih lemah daripada kita.
Lebih baik demokrasi kita berbanding dengan Singapura, maka saya rasa adalah amat memalukan bahawa kita hanya ada lima jawatankuasa tetapi iaitu Jawatankuasa Pilihan, Jawatankuasa PAC, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat, Jawatan Dewan dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sahaja.
Jadi, saya rasa banding dengan Singapura pun yang ada tujuh jawatankuasa tetap, kita yang ada lima jawatankuasa tetap ini jelas menunjukkan bahawa perjalanan Parlimen kita adalah amat lemah berbanding dengan apa yang berlaku dengan jiran-jiran kita. Kita ambil jiran kita yang paling lemah demokrasinya kononnya iaitu Singapura pun kita terkebelakang berbanding dengannya. Tanpa kita membandingkan dengan Indonesia, Filipina ataupun dengan negara-negara jiran yang lain atau negara-negara demokrasi yang lebih matang berbanding dengan kita.
Jadi, saya harap sangat Tuan Yang di-Pertua, kita dengan segera selepas ini memikirkan tentang bagaimana hendak mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan. Ini supaya ia mudah untuk Parlimen kita berjalan dan ia memberi peluang yang lebih banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berucap dalam majlis-majlis di peringkat jawatankuasa ataupun bercakap dan memberi sumbangan di peringkat-peringkat jawatankuasa jika mereka tidak berkesempatan atau mungkin agak kurang selesa untuk berucap di Dewan yang mulia ini sendiri Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnya saya ingin juga menyentuh tentang isu-isu dasar luar negara. Pertama, saya ingin menekankan sekali lagi tentang bagaimana peristiwa Palestin itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ada empat minit lagi Yang Berhormat.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Berapa minit lagi Tuan Yang di- Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Empat minit.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Empat minit. Tentang Palestin, bagaimana kita tidak ada kemajuan yang jelas. Ada percubaan oleh the quartet dengan izin, untuk Palestin dan Israel duduk semeja dan berunding secara berdepan. Akan tetapi, Israel sebagaimana yang kita lihat amat angkuh dalam masa lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden ke Israel dan Palestin. Israel pada hari itu juga membenarkan pembinaan penempatan baru orang-orang Israel di bumi Palestin yang mereka takluki semenjak tahun 1967 itu. Sehingga ke hari ini tidak ada perkembangan yang positif.
Saya ingin menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil usaha yang lebih untuk memastikan bahawa soal hak rakyat Palestin untuk negara mereka itu, kita berada di hadapan dalam memperjuangkannya.
Bermula daripada misalnya usaha-usaha kita untuk memastikan bahawa rakyat Palestin di Gaza mendapat bantuan kemanusiaan yang sehingga ke hari ini tidak ada bantuan yang jelas daripada negara-negara, khususnya negara barat walaupun ada percubaan. Baru-baru ini misalnya dipimpin oleh negara Turki yang kita sedikit sebanyak terlibat. Saya harapkan bahawa Wisma Putra memperkuatkan lagi bantuan kita kepada Palestin.
Saya ingin segera pergi kepada isu IEAE misalnya, di mana kita terlibat tetapi kita tidak terlibat dengan secara yang aktif berbanding dengan keseluruhan Negara-negara Berkecuali yang lain. Saya ada catatan tetapi saya tidak ada masa untuk membacanya di mana negara-negara Non-Aligned Movement dengan izin telah dengan lantang mengkritik IEAE kerana tidak mempunyai pendirian yang saksama dan adil dari segi penguasaan
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
penyebaran senjata nuklear. Di mana IEAE amat lembut dengan Israel tetapi amat keras dengan Iran dalam usaha untuk memastikan tidak ada tenaga nuklear diluaskan di dunia ini.
Jika saya boleh satu lagi, tentang apa yang didedahkan oleh WikiLeaks hari ini. WikiLeaks mendedahkan bahawa dalam kes di Iraq ada 400,000 dokumen-dokumen baru yang mendedahkan antara lainnya kematian yang diumumkan sebelum ini bertambah 15,000 lagi kematian yang didedahkan. Saya berhasrat dan menyeru Wisma Putra supaya menentukan bahawa orang-orang yang melakukan jenayah ini sama ada Amerika Syarikat, Britain ataupun Iraq sendiri juga kita mengambil tindakan yang tegas dan keras memastikan supaya keadilan dunia dan keadilan terhadap rakyat yang dibunuh seperti kes di Iraq dan di Afghanistan yang WikiLeaks dedahkan juga beberapa bulan yang lalu dapat diperjuangkan oleh Wisma Putra dalam bidang antarabangsa. Saya ucapkan terima kasih kerana peluang yang diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Seputeh.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak perlu berdiri Yang Berhormat. Saya sudah pandang kalau tidak ada orang lain tidak perlu berdiri. Saya akan panggil. Sila.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebagai Ahli Parlimen di Kuala Lumpur berasa kesal dengan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membina bangunan 100 tingkat yang memakan belanja sebanyak RM5 bilion, yang kononnya lebih tinggi daripada KLCC ditapak sebelah stadium negara tanpa mengambil kira kesesakan trafik di Kuala Lumpur. Bolehkah Prinsip Local Agenda 21 yang dilancarkan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sepatutnya mengadakan pendengaran orang ramai terhadap semua projek pembangunan yang didirikan.
Kesannya Prinsip Local Agenda 21 ini hanya dilaksanakan oleh majlis perbandaran di bawah kerajaan pakatan rakyat di negeri Selangor tetapi tidak diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Dewan Bandar raya Kuala Lumpur.
Pengumuman tentang pembinaan Menara Warisan Merdeka ini merupakan contoh yang paling nyata, yang menunjukkan bahawa cadangan ini memang tidak dirundingkan dengan Ahli Parlimen dan penduduk di Kuala Lumpur.
Setakat hari ini pada pukul 4 petang, pungutan suara online kempen say no to mega tower mengenai pembinaan Menara Warisan Merdeka ini telah mendapat 191,374 sokongan daripada orang ramai. Pungutan suara ini menunjukkan reaksi warga Malaysia terhadap bangunan tinggi dan pembangunan yang tidak mengambil kira aliran trafik dan perancangan bandar yang rapi tersebut.
Walaupun menara ini dibiayai oleh syarikat yang berkaitan dengan kerajaan ataupun GLC, tetapi ia tetap melibatkan wang rakyat. Walaupun kereta api MRT akan dibina dalam Menara Warisan Merdeka tetapi memandangkan rangkaian kereta api di seluruh Lembah Klang masih tidak memuaskan dan kebanyakan orang Kuala Lumpur masih menggunakan kereta untuk masuk ke pusat bandar. Jadi, pembinaan bangunan raksasa ini sudah tentu akan menyumbangkan kepada kesesakan trafik di sekitar kawasan Pudu dan Bukit Bintang tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap perancangan DBKL yang tidak terkawal dan tidak mempunyai piawaian yang tetap di Kuala Lumpur. Bahagian perancang di DBKL kelihatan sanggup meluluskan apa juga projek pembangunan tanpa
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
mengenakan plot ratio dan mengambil kira kesesakan trafik di banyak tempat di Kuala Lumpur.
Dalam beberapa bulan yang lepas, penduduk di kawasan Parlimen Seputeh dan saya pernah membantah empat projek pembangunan di kawasan saya iaitu seperti berikut;
(i) pembinaan dua blok pangsapuri servis 22 tingkat di lot 1221 di Kuchai Entrepreneur's Park;
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
(ii) pembinaan pangsapuri di Lot 36288 di Jalan 11/116C di Kuchai untuk Entrepreneur Park yang terletak di jalan mati dan berhadapan dengan satu kondominium yang padat kependudukannya;
(iii) kerja tambahan dan perubahan di banglo No.1, Jalan 8/149K, Sri Petaling yang diluluskan oleh DBKL tanpa mengambil kira bantahan daripada para penduduk di sekitarnya;
(iv) pembinaan dua lot kedai di Jalan Hang Tuah 3 di Taman Salak Selatan; dan
(v) satu pangsapuri yang telah diluluskan oleh bahagian Perancangan Kuala Lumpur DBKL di tanah yang telah dizonkan sebagai tanah sewerage di Sri Petaling. Satu kawasan komersial yang mengalami kesesakan trafik yang serius.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bulan-bulan yang lepas, kita juga menyaksikan banyak kemalangan jalan raya yang melibatkan bas pelancongan jarak jauh yang berlaku di lebuh raya kita. Di sini saya ingin mencadangkan supaya Lembaga Pengeluaran Lesen Kenderaan Komersial untuk mencontohi negara Jerman untuk mengeluarkan peraturan yang ketat terhadap pemandu bas jarak jauh. Di negara Jerman, pemandu bas tidak dibenarkan bekerja lebih daripada 40 jam dalam satu minggu. Di samping itu, mereka dikehendaki berehat selama satu jam selepas mereka memandu selama empat jam.
Selain itu, satu rekaan yang mirip pada kotak hitam kapal terbang khas yang mengawal had laju dan mencatat kelajuan bas selama satu bulan juga diletakkan dalam bas tersebut. Dengan adanya peraturan seperti ini, pemandu bas bukan sahaja dapat rehat yang cukup, dia juga terpaksa untuk mengawal kelajuan kenderaannya. Dengan ini, kemalangan jalan raya pun dapat dikurangkan dan nyawa ramai penumpang bas pun boleh diselamatkan.
Tuan Yang di-Pertua, sejak Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah pun menyuarakan hasrat kami untuk mengambil alih keempat-empat syarikat bekalan air supaya syarikat-syarikat ini diuruskan oleh kami dengan pendekatan yang lebih holistik. Bekas Menteri dan Menteri sekarang yang menjaga air memang pernah menyuarakan sokongan mereka terhadap usaha Kerajaan Negeri Selangor. Akan tetapi, kesannya perundingan selama dua tahun lebih ini kelihatan telah sampai ke jalan buntu. Kita juga melihat kementerian dan Kabinet memang tidak berhasrat untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menstrukturkan semula industri air di samping mengawal harga air. Saya ingin menyeru Kerajaan Pusat untuk mengetepikan perbezaan politik tetapi melaksanakan prinsip mendahulukan rakyat untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor. Kalau tidak, warga Selangor dan warga Kuala Lumpur akan lebih menyisihkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, saya juga merasa kesal terhadap kerajaan Barisan Nasional yang tidak mengotakan janji mereka khususnya janji membina sekolah semasa pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Umum 2008.
Janji kosong ini termasuk pemindahan SJK(C) La Salle dari Brickfields ke Sri Petaling yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan juga SJK(C) Tun Tan Siew Sin di Putra Height, Subang Jaya yang pernah dijanjikan oleh bekas Menteri Pendidikan iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada tahun 2006 dan SJK(T) Bestari Jaya yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2007. Tuan Yang di-Pertua, banyak pihak yang menyifatkan Bajet 2011 ini adalah bajet pilihan raya umum.
Di sini saya ingin bertanya sama ada sekolah-sekolah yang telah dijanjikan oleh Barisan Nasional semasa pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum adakah mereka akan dikotakan sebelum kempen pilihan raya umum yang akan datang?
Tuan Yang di-Pertua, mengikut World Investment Report 2010 yang dikeluarkan oleh United Nations Conference on Trade and Development
(UNCTAD), kita diberitahu bahawa pelaburan secara terus (FDI) ke Malaysia telah jatuh secara drastik pada tahun 2009 iaitu jatuh daripada USD7.32 bilion ke USD1.38 bilion. Kejatuhan sebanyak 81% iaitu lebih rendah daripada negara-negara ASEAN yang lebih mundur daripada Malaysia seperti Filipina dan Vietnam. Di sini saya ingin bertanya mengapakan angka daripada UNCTAD iaitu USD1.38 bilion ataupun RM4.572 bilion berlainan dengan angka pelaburan asing yang diumumkan oleh MIDA iaitu pada tahun 2009, mengikut statistik MIDA, pelaburan asing kita adalah RM22.144 bilion? Apakah ini menunjukkan bahawa statistik yang ditunjukkan oleh MIDA ini telah pun diperbesarkan dan selalunya pelaburan asing yang diumumkan oleh MIDA ini memang tidak masuk ke Malaysia dan MIDA tidak memperbetulkan statistik berkenaan sehingga angka MIDA ini memberikan satu gambaran yang tidak tepat pada kita semua?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sama ada kerajaan mempunyai mekanisme untuk mencatatkan kemasukan dan pengeluaran dana dari negara kita. Sekiranya ada, saya ingin bertanya apakah rekod kerajaan ini sama dengan rekod ataupun angka yang diumumkan oleh UNCTAD ini?
Statistik manakah yang boleh dipercayai? Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Exco Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan di negeri Selangor yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Memang sentiasa sudi bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian daripada segi penarikan pelaburan asing ke Malaysia. Di sini saya ingin menyuarakan beberapa isu yang disuarakan oleh pelabur asing yang mana pertama ialah pelabur Taiwan bersungut tentang pembatalan visa ketibaan ataupun visa on arrival. Mereka kata bagi warga Malaysia yang ingin melabur ataupun melancong ke Taiwan, mereka tidak mengenakan apa-apa visa terhadap warga Malaysia tetapi apabila pelabur dan pelancong dari Taiwan yang datang ke Malaysia ataupun melabur, mereka haruslah memohon visa terlebih dahulu.
Mereka rasa layanan seperti ini adalah tidak seimbang dan ini akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dengan pihak Taiwan.
Kedua ialah ramai pelabur asing mereka memang berminat juga sekiranya mereka meletakkan pelaburan yang besar di Malaysia, mereka berharap boleh jadi sekurang-kurangnya pemastautin tetap (PR) di Malaysia.
Saya ingin bertanya apakah dasar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Belum lagi, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya keep record Yang Berhormat. Yang Berhormat, jangan seperti ini Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak mahu, Yang Berhormat Beruas yang tidak dapat berucap nanti.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya. Bukan 15 minitkah?
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
12 minit.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
12 minit? Okey, saya gulung.
Di sini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memberikan pertimbangan kepada pelabur asing yang ingin memohon mastautin tetap ini supaya kita memberi lebih kelonggaran kepada mereka untuk menjadi pemastautin tetap sebagai salah satu insentif yang kita berikan kepada pelabur asing. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyumbang sama dalam perbahasan pada peringkat dasar ini dan saya juga mengambil peluang ini untuk meminta kita menghormati demokrasi di Malaysia ini yang mana kita membenarkan rakyat untuk membuat pilihan terhadap bentuk dan siapa juga yang boleh mentadbir negara ini mengikut kesesuaian dan keyakinan rakyat. Jadi, tidak bolehlah mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang seolah-olah mahu mengugut kalau apa-apa berlaku, berlaku perubahan kerajaan akan timbul apa-apa masalah dan ada pihak yang akan mempertahankan Putrajaya itu dengan apa juga cara.
Saya rasa pihak parti pemerintah pada hari ini harus berlapang dada dan memberikan keyakinan bahawa kalau berlaku apa-apa perubahan, maka perubahan ini akan berlaku secara licin, peralihan kuasa akan berlaku secara aman. Ini mesti diberikan keyakinan kepada rakyat dan tidak menimbulkan sebarang kerunsingan kepada rakyat dan proses demokrasi akan berjalan dengan lebih lancar. Kemudian, ada beberapa pihak yang mempertikaikan, memerli kami di sebelah sini yang kononnya beria-ia hendak ke Putrajaya dahulu bantah membangunkan Putrajaya. Kita bukan mempersoalkan Putrajaya itu sebagai bangunannya, masjidnya tetapi Putrajaya itu adalah tempat pemerintahan the seed of government, dengan izin.
Jadi, apabila kita kata kita hendak mengambil alih Putrajaya, kita bukan hendakkan bangunan Sri Perdananya, bukan hendak bangunan rumah Timbalan Perdana Menterinya ataupun mana-mana pejabat tetapi Putrajaya itu sebagai simbol pemerintahan. Jadi, apabila Yang Berhormat Sri Gading memerli kita dahulu bantah kini beria-ia hendak.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Begitu juga ramai rakyat pun silap faham, kita rasa itu tidak patut diperjelaskan. Misalnya kita tidak kata kita hendak ambil alih KLCC, hendak buat apa? Kita hendak ambil alih PWTC kah ataupun Bangunan Parlimen, tidak! Bukan itu. Akan tetapi pemerintahan. Oleh kerana pemerintahan hari ini
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
duduknya di Putrajaya, maka kita sebut Putrajaya. Tidak adalah kita lapar sangat hendakkan bangunan-bangunannya itu untuk menunjukkan kita ini tamak dan sebagainya.
Jadi minta diperbetulkan persepsi tersebut. Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang dasar kependudukan, population policy dengan izin, kerajaan kita. Baru-baru ini diumumkan dalam bajet bahawa jumlah cuti bersalin ialah 90 hari untuk totalnya 300 hari bagi seorang kakitangan ataupun pegawai wanita. Ini berbeza dengan cuti dua bulan yang diberikan untuk lima kelahiran.
Sebenarnya dalam pemberian cuti kelahiran ini ada tersirat dasar kependudukan. Bila kita kata lima kelahiran ertinya ada di sana pro life policy dengan izin, iaitu untuk menggalakkan kaum wanita yang bekerja dengan kerajaan ini cuti untuk lima kelahiran. Ini mungkin akan diambil balik pula oleh pihak swasta menjadikannya satu dasar negara. Bila kita mengubah kepada 90 hari seolah-olah kononnya untuk memberi masa yang lebih panjang, akan tetapi apabila mengehadkan kepada tiga kelahiran kita sudah seolah-olah memberikan satu cadangan ada perubahan polisi kependudukan pada hanya tiga anak.
Jadi ini satu perkara yang besar yang mesti diberikan penjelasan.
Kalau kerajaan ikhlas dan serius, maka 90 hari itu diberikan kepada lima kelahiran ataupun kalau ikut kehendak kita seberapa ramai kelahiran kerana kita pro life. Kita hendak tengok rakyat kita berkembang. Kita ada polisi kependudukan 70 juta menjelang tahun 2050. Ini kalau tidak diikuti maka polisi tersebut sepatutnya diumumkan, dibatalkan. Sebab kelahiran ini Tuan Yang di- Pertua, bab mengandung sembilan bulan ini kita orang laki-laki bolehlah ambil posisi kononnya kita juga sensitif. Bila isteri hendak bersalin kita mundar mandir di hospital macam muka ragu.
Akan tetapi sebenarnya menanggung kesusahannya sepanjang sembilan bulan itu adalah kaum wanita kita. Bearing the child for nine month, membawa anak semakin membesar, semakin membesar kita orang lelaki kalau bawa beban begitu sepanjang sembilan bulan tidak daya kita. Kelahiran disertai dengan kehilangan darah, kehilangan tenaga maka tempoh pemulihan sembilan bulan ini bukan sahaja wajar amat bertepatan di setengah negara sampai enam bulan full pay, gaji penuh. Ini kerana kita menghormati peranan yang tidak boleh kita buat. Janganlah kita risau bila kakitangan wanita ini bercuti panjang, siapa hendak manage pejabat, sampai esok datang balik lupa hendak kerja.
Saya rasa itu tidak timbul kalau kita ada satu sistem penggantian, penggiliran yang baik. Macam mana kakitangan kita di belakang sana, okey kan? Cerah masa depan. Jadi kita harap kerajaan memberikan satu kepastian bahawa 90 hari ini untuk lima anak. Kalaupun tidak lebih daripada itu.
Kemudian kita juga dimaklumkan bahawa tidak ada bonus, diumumkan kalau bonus diberikan implikasi kewangan sampai RM3.1 bilion. Memang banyak.
Kalau kita tengok satu laporan dalam penyata pendapatan Malaysia, disebut bahawa cukai individu naik RM3.5 bilion daripada jangkaan, daripada jangkaan naik RM3.5 bilion kerana kecekapan kutipan melebihi PCB ataupun potongan cukai berjadual. Secara nyatanya kalau kita memberikan galakan kepada kakitangan kerajaan untuk bekerja lebih kuat, daya inovasi dan tertib bukan sekadar prestasi cukai ini meningkat. Banyak benda lain boleh meningkat dari segi pencapaian.
Jadi kalau kita berikan suatu semangat pada mereka, dengan bonus ini saya yakin bukan setakat RM3.5 bilion ini kita boleh dapat cukai kerana inovasi PCB, banyak benda lain lagi kerajaan akan memperolehi daripada semangat baru kakitangan. Jadi saya minta kepada kerajaan kita supaya
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
menimbang semula penolakan bonus kakitangan awam ini supaya mereka dapat menikmati sesuatu yang tidak setanding dengan swasta yang memberikan sampai lima, enam bulan.
Petronas misalnya banyak bulan bonusnya. Saya yakin kakitangan awam tidak menuntut sebegitu banyak. Akan tetapi sekadar memberikan semangat untuk mereka bekerja dengan lebih baik. Ini satu lagi untuk kakitangan awam. Tidak tahulah kalau tidak sokong.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, bab perumahan. Kita menyokong pelaksanaan 100% pinjaman untuk membeli rumah RM220,000 ke bawah untuk kakitangan pendapatan RM3,000 ke bawah.
Saya hendak bertanyakan sama ada jaminan cagar emas untuk 10% ini adalah termasuk dalam 100% ataupun cagar emas dibayar balik 10% ini secara berasingan dengan 90% pinjaman perumahan ini. Ini ada kesannya kerana kalau dicampurkan sekali mungkin kita anggap 100% pembayarannya, mungkin mampu. Jikalau dianggap dua pinjaman 10% lain 90% lain, kakitangan kita mungkin tidak mampu untuk membayar menyelesaikan dua pinjaman kerana saya yakin 10% ini tempoh masanya lebih pendek berbanding dengan yang 90%, jadi kakitangan yang baru bekerja dengan pendapatan tersebut mungkin tidak mampu. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada kerajaan mengenai dasar baru tentang pinjaman perumahan ini.
Saya masuk ke kawasan saya di Kuala Krai Tuan Yang di-Pertua.
Masih lagi perkara-perkara yang kita ulang, seperti lebuh raya Kuala Krai - Kota Bharu pernah dijanjikan dalam RMKe-9 tidak terlaksana walaupun perolehan tanahnya sudah sedia, kontraktornya tersedia. Sudah jalan sebahagian pun tertangguh. RMKe-10 dikatakan ada pemimpin-pemimpin daripada Kelantan sendiri yang tidak mencadangkan supaya lebuh raya ini diteruskan. Saya rasa kalau ini benar berlaku ianya satu perkara yang sangat malang.
Oleh kerana ianya bukan suatu projek luxury kepada Kelantan. Akan tetapi suatu perkara yang sangat perlu bagi membolehkan lalu lintas yang lebih baik di Pantai Timur tersebut. Jadi saya minta sekali lagi supaya dimasukkan projek ini dan diberikan keutamaan.
Keduanya, projek Hospital Kuala Krai. Telah dimaklumkan dalam sesi- sesi yang lalu akan masuk, tidak buat dalam RMKe-9 akan dibawa RMKe-10.
Saya yakin Tuan Yang di-Pertua pun biasa mendengar, akan tetapi kita dimaklumkan tidak masuk juga dalam RMKe-10. Jadi kita agak berasa dukacita dan kita menganggap ini sebagai suatu penolakan bagi penduduk- penduduk Kuala Krai untuk menikmati suatu perkhidmatan kesihatan yang lebih baik bagi penduduk-penduduk di sana.
Begitu juga saya telah mengemukakan sedikit pandangan kepada Menteri Kerja Raya tentang pembaikan hampir setahun jalan rosak. Tidak munasabah bagi mana-mana tempat di Malaysia, Sabah, Sarawak pun tidak munasabah kalau berlaku satu patch jalan raya hanya sepanjang dua kilometer yang rosak hampir setahun tidak boleh diperbaiki dengan sebaiknya.
Saya rasa apa pun juga alasan termasuk alasan kurang dana tidak boleh diterima bagi tempoh tersebut.
Jadi apalah salahnya kalau sudah tempoh begitu di wired kan sedikitkah, dialihkan sedikit peruntukan untuk memastikan Jalan Sungai Sam – Dabong sepanjang dua kilometer straight sahaja mendapat pembaikan yang sepatutnya bagi memudahkan penduduk di sana berulang alik dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Kemudian suatu janji yang kita baru dengar di Kelantan Tuan Yang di-Pertua ialah perumahan di Gua Musang.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Kita mengalu-alukan 1,500 unit bangunan rumah Program Perumahan Rakyat dengan harga RM180 juta. Apabila kita bahagikan jumlah wang dengan jumlah unit ini, maka jumlah harga satu unit rumah ini RM120,000 Tuan Yang di-Pertua, di Gua Musang. Agak-agaknya siapa yang mampu untuk membeli rumah tersebut. Oleh kerana banyak Program Perumahan Rakyat ianya adalah untuk orang yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Ertinya mungkin RM40,000, RM42,000 dengan subsidi kerajaan RM6,000, jadi RM35,000. Ini kalau satu rumah RM120,000 berapa hendak jual? Kalau jual RM35,000 ertinya subsidinya sampai RM85,000. Saya rasa carilah kaedah pembinaan supaya wang itu boleh membina lebih banyak rumah ataupun tempat-tempat lain bukan hanya di Gua Musang. Tempat- tempat lain di Kelantan dapat menikmatinya.
Tuan Yang di-Pertua masa cukup saya ucapkan terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ada lagi seminit sebenarnya Yang Berhormat.
Dr. Mohd Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangun untuk membahaskan Bajet 2011. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan akan merancang dan bukan membuat sesuatu projek atau pengumuman semata-mata kerana ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum negara kita. Sebagai contoh, tadi rakan saya dari Kuala Krai sudah pun memberi satu contoh.
Di kawasan Beruas, Yang Berhormat Menteri Pelajaran pada masa itu yang sekarang Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah memberi satu surat 5 Januari 2008 kepada Ahli Parlimen Beruas yang juga Menteri pada masa itu meluluskan pembinaan bangunan tambahan SJK(T) Air Tawar untuk bangunan tambahan empat tingkat, 24 bilik darjah. Ia disusuli dengan surat 9 Januari 2008 mengatakan peruntukan RM1.2 juta telah diperuntukkan. Akan tetapi sampai hari ini wang ini tidak kesampaian dan kita tidak tahu wang ini sudah lesap di mana ataupun sama ada ia akan diperuntukkan untuk tahun 2011.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Bukan lesap lah. Mana ada lesap.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita hendak tahu. Tadi dikatakan diumumkan di Galas kerana ada pilihan raya kecil diumumkan, kerajaan akan membina Perumahan Rakyat RM180 juta untuk 1,500 unit. Adakah ini satu janji kosong sahaja ataupun memang ia akan dilaksanakan? Memang kalau ia dilaksanakan, 1,500 unit cukup berharga punya. Pembinaannya RM120,000, dijual RM35,000. Memang ini satu subsidi RM85,000. Kalau 1,500 unit rumah, kali tiga undi sahaja, mereka sudah dapat 4,500, sudah terus Barisan Nasional akan menang. Ini kerana di sana hanya undi 10,000, tidak sampai 11,000 undi.
Tuan Yang di-Pertua, adakah ini cara kerajaan cuba membohongi rakyat kerana dari bajet yang telah dibentangkan di Dewan ini dikatakan RM568 juta telah diperuntukkan untuk 300 unit Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit Program Perumahan Rakyat, 8,000 unit Projek Bantuan Rumah Sewa. Kalau kita jumlahkan ialah 87,300 unit dan subsidi pada
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
puratanya hanya RM6,500 sahaja. Kalau begini, dari manakah kerajaan akan mendapat wang tambahan untuk projek di Galas ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya harap tadi janji kerajaan tahun 2008 bulan Januari sebelum pilihan raya diadakan boleh dilaksanakan di kawasan saya untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Air Tawar.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan alam sekitar, kerajaan memang dikatakan prihatin tentang alam sekitar. Saya dan Pakatan Rakyat memang menyokong polisi tersebut. Akan tetapi, dinyatakan prihatin terhadap alam sekitar tetapi tindak tanduk mereka nampaknya tidak sedemikian. Seperti di kawasan Manjung, ada satu projek yang akan dibina oleh ... “Walid International”. Mula-mula dikatakan RM11.6 bilion, kemudian saya difahamkan akan ditambah kepada RM14.5 bilion. Projek ini hampir tiga kali ganda daripada Menara Warisan 100 tingkat ini. Apakah laporan EIA sudah disediakan? Kenapa tidak ada diikuti Local Agenda 21 di mana rakyat di sekeliling tempat itu diberitahu tentang projek yang akan diadakan? Saya difahami dan saya pun melawat kawasan, difahamkan kerja sudah dimulakan di sana tetapi kita tidak tahu apakah sebenarnya projek ini. Adakah dikatakan iron ore distribution centre, dengan izin, iaitu satu tempat pengagihan bahan besi ini?
Akan tetapi, kalau projek berjumlah RM14.5 juta bilion ini mesti ada kilang, ada smelter, ada bermacam-macam lagi pembinaan akan dilakukan di sana sama ada bahan api yang akan digunakan arang batu kah, gas kah, ataupun apa lagi jenis tenaga digunakan, ini akan mencemar kawasan itu kalau kita tidak mengambil berat tentang akibat projek sebesar ini. Saya berharaplah kerajaan dapat dengan mengumumkan seperti bangunan Warisan Merdeka ini, umumkan dengan terperinci apakah akan dilakukan di kawasan ini.
Selain daripada itu, kerajaan sungguhpun mengatakan menjaga alam sekitar, lagi satu contoh isu pelupusan sampah di Sungai Wangi, Setiawan bertahun-tahun kerajaan sudah kata hendak pindah kerana sudah penuh melimpah tetapi tidak ada apa yang dibuat sehingga hari ini. Baunya busuk, kawasan sekeliling memang susah untuk kita ...bayangkan kerana sampah melimpah di seluruh kawasan.
Tuan Yang di-Pertua, lagi satu isu yang ingin saya nyatakan di sini ialah kerajaan menggalakkan 1Malaysia, harap rakyat bersatu padu. Akan tetapi malangnya melalui politik perkauman yang diamalkan oleh Barisan Nasional, kita berpecah belah kerana perbezaan kaum. Tidak percaya? Dalam bajet yang dibentangkan kerajaan telah mengatakan bahawa perbelanjaan perbankan semata-mata kerana ia berlandaskan perbankan Islam, akan dikecualikan cukai untuk perbelanjaan tersebut. Saya harap polisi sedemikian tidak akan digalakkan kerana ia lagi memecahbelahkan orang Islam dan bukan Islam sungguhpun dalam perniagaan.
Kita tahu pada masa ini orang-orang yang beragama Islam, bayaran zakat yang dibayar oleh orang Islam dianggap juga sebagai bayaran cukai pendapatan. Saya harap about pembayaran zakat sedemikian, sistem sedemikian ataupun galakan sedemikian boleh dilanjutkan kepada orang- orang bukan Islam yang menderma kepada institusi agama mereka sendiri ataupun kepada badan-badan yang menjalankan projek-projek amal supaya rakyat dapat digalakkan untuk menderma untuk kebaikan rakyat keseluruhannya. Jadi saya harap dalam hal ini, janganlah kita memecahbelahkan rakyat lagi atas perkauman ataupun kerana agama yang berbeza.
Tuan Yang di-Pertua, memang saya amat sedih kerana nampaknya ramai Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih menyokong projek-
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
projek mega. Mereka masih menyokong projek Putrajaya, projek Twin Tower dan kali ini projek bangunan Warisan Merdeka. Saya ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa setiap kali kita membina projek-projek mega ini, kita menidakkan hak rakyat terutamanya di pedalaman dan di kawasan-kawasan terpencil daripada menikmati air bersih, bekalan elektrik ataupun jalan, ataupun lain-lain – kita kata keperluan asas mereka.
Kita menidakkan mereka bukan sahaja kerana peruntukan besar yang digunakan untuk projek-projek besar ini tetapi setiap tahun ratusan juta kalau tidak berbilion-bilion terpaksa digunakan untuk penyelenggaraan projek-projek mega ini seperti Putrajaya yang sedia ada ini. Kita haruslah memastikan rakyat yang miskin di kawasan terpencil yang miskin ini mestilah dipertahankan hak mereka untuk menikmati perkara-perkara asas ini sebelum kita menggunakan wang rakyat untuk membina projek-projek besar.
Akan tetapi kemungkinan besar, saya hanya menganggap kenapa kerajaan terpaksa membuat projek-projek besar ini kerana pada hemat saya daripada kes yang telah difailkan di mahkamah oleh Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap Barisan Nasional untuk RM218 juta untuk bahan pilihan raya tahun 2004, nampaknya mungkin kerajaan ataupun parti pemerintah UMNO ataupun Barisan Nasional memerlukan dana besar untuk pilihan raya. Saya haraplah kalau diperlukan – memang dalam pilihan raya kita perlukan dana. Kalau boleh kita buat lebih sihat. Cara di Germany di mana kerajaan boleh memperuntukkan wang untuk semua parti politik...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tidak perlu mendapat wang daripada cara...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Berbelanja RM5 bilion demi mendapat RM500 juta. Ini cara tidak sihat dan tidak baik untuk negara...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6).
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh, kita ikut cara yang telus. Kita membuat peruntukan untuk semua parti dan kita tidak perlu membina bangunan besar yang kalau kita perlukan dan memadai.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam bajet yang dibentangkan, dikatakan rakyat Malaysia sekarang ini telah mencapai pendapatan per kapita RM28,000 seorang ataupun RM2,330 sebulan. Ini bermaksud kalau sesebuah keluarga lima orang – suami isteri dengan tiga anak, setiap keluarga pada puratanya akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM11,666. Adakah kenyataan ini benar? Ataupun kalau ia benar, memang ramai rakyat Malaysia yang tidak menikmati RM11,666 sebulan ini. Daripada laporan kerajaan sendiri, dinyatakan 40% daripada keluarga di Malaysia, pendapatan keluarganya adalah RM2,000 ke bawah.
Tuan Yang di-Pertua, saya haraplah polisi dapat dibuat di mana pengagihan kekayaan negara ini dapat diagihkan dengan lebih sama rata kerana di Malaysia, jurang di antara yang miskin dan yang kaya adalah yang terbesar di seluruh Asia Tengara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga harap kerajaan tidak mempolitikkan statistik-statistik ekonomi kerana di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dikatakan kerana pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion,
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
ekonomi telah pulih dan KDNK berkembang 9.5% bagi tempoh separuh tahun 2010 kalau dibandingkan dengan KDNK tahun 2009.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Satu minit lagi, Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Satu minit. Kita tahu pertambahan KDNK di Singapura untuk setengah tahun 2010 sudah mencapai 18.9%, tetapi Singapura tidak minta rakyatnya bangga dengan pentadbiran kerajaan, sebaliknya memberi amaran kepada rakyatnya supaya berwaspada kerana ini merupakan gejala yang kita kata, short term, dengan izin. Gejala ini berlaku kerana dana telah mengalir dari Amerika kerana di Amerika ada sub-prime crisis dan di Eropah juga ada krisis di mana Iceland yang menjadi bankrap dan juga Portugal, Sepanyol dan lain-lain negara di situ mungkin muflis.
Jadi, dana telah mengalir ke Asia. Oleh yang demikian, kita mendapat satu lonjakan KDNK yang mendadak. Jadi itulah cara dan sikap yang betul dan bukan menggunakan statistik ini demi kepentingan politik semata-mata. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, kerana kesuntukan masa, saya habiskan ucapan saya dengan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Sekian sahaja perbahasan Belanjawan 2010 peringkat dasar dan minggu hadapan Menteri-menteri akan menjawab selama empat hari iaitu pada 1, 2, 3 dan 8 November. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10.00 pagi, hari Isnin, 1 November 2010.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang.