Oct262010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah orang yang dilaporkan hilang sejak lima tahun lalu mengikut pecahan umur, jumlah mereka yang ditemui selamat serta mati dan sila sebutkan punca berlakunya keadaan itu serta apakah langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus yang mengemukakan pertanyaan. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menjawab pertanyaan ini serentak bersama-sama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Tanah Merah pada 22 November 2010 – soalan nombor 35, Yang Berhormat Pengerang pada 23 November 2010 – soalan nombor 2 dan Yang Berhormat Hulu Terengganu pada 9 Disember 2010 – soalan nombor 38 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut adalah mengenai perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan kepada statistik polis bagi lima tahun yang lalu mulai tahun 2005 hingga tahun 2009, didapati sejumlah 12,841 orang yang telah dilaporkan hilang. Bagi statistik terperinci mengikut pecahan umur dan jumlah mereka yang dilaporkan hilang bagi tempoh tersebut seperti mana yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, kementerian ini akan mengemukakan jawapan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, dari jumlah 12,841 orang yang dilaporkan hilang ini, didapati 7,184 orang ataupun 56% telah ditemui semula. Dari kalangan mereka yang ditemui semula ini terdapat seramai 6,962 orang atau 96.9% masih hidup, manakala seramai 222 orang atau 3.1% mati dibunuh dan lain-lain sebab. Di antara punca yang dikenal pasti di atas kehilangan mereka ini adalah disebabkan masalah dalaman keluarga, perhubungan yang tidak direstui, diculik, orang yang tidak siuman dan mengikut kekasih warga asing yang pulang ke negara asal.

Sehubungan dengan tindakan polis dalam mengesan mereka yang dilaporkan hilang, pihak polis telah mengambil tindakan segera seperti berikut:

(i) mengujudkan data peribadi setiap orang hilang di dalam borang dikenali sebagai Missing Person System 1.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Selain itu pihak polis dengan kebenaran keluarga mangsa akan membuat hebahan melalui media seperti laman web dan lain-lain media;

(ii) memberi taklimat kepada anggota peronda - BID patrol untuk membantu mengesan orang yang dilaporkan hilang; dan

(iii) menyemak serta mengkaji setiap tiga bulan terhadap kes-kes yang masih belum selesai, menghubungi pengadu memberitahu perkembangan siasatan kes serta mendapatkan makluman lanjut daripada pengadu.

Berkaitan dengan tindakan pencegahan bagi menangani kes-kes kehilangan orang-orang yang hilang ini pula, langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak polis adalah seperti berikut:

(i) mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya menghilangkan diri, yang berkemungkinan besar menjadi mangsa jenayah;

(ii) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Program Dasar Sosial Negara;

(iii) mengadakan pameran serta ceramah di institusi-institusi pengajian tinggi dan juga di sekolah-sekolah;

(iv) menempatkan pegawai perhubungan polis hampir di kesemua daerah di seluruh negara bagi membantu kes salah laku dan penjenayah di kalangan murid. Operasi bersama pihak sekolah dan pihak berkuasa tempatan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan ponteng sekolah;

(v) meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap peranan mereka dalam penjagaan anak-anak yang sempurna bagi melahirkan modal insan yang cemerlang; dan

(vi) mengadakan collective agreement dengan institusi kewangan sebagai projek corporate social responsibility untuk bekerjasama membantu dalam usaha mencari orang hilang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mengatasi masalah kehilangan orang tindakan-tindakan untuk mengatasinya bukanlah terletak di bahu kerajaan sahaja.

Orang ramai harus juga memberi kerjasama dan bantuan untuk mengatasi masalah ini secara bersama. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Memandangkan kes jenayah ini iaitu jenayah orang hilang seperti cabul, culik, bunuh dan sebagainya juga melibatkan warga negara asing. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah ia membawa kesan negatif kepada sektor pelaburan dan ekonomi negara, tetapi yang terpenting persepsi masyarakat antarabangsa kepada negara kita? Juga apakah yang dilakukan oleh kerajaan dalam menjelaskan isu yang sebenarnya kepada rakyat, kepada media dan juga masyarakat antarabangsa?

final • 10:00 AM

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Walaupun masa kini KDN atau kerajaan sering menyatakan indeks jenayah negara menurun tetapi saban hari kita dipaparkan dengan berita jenayah melalui laporan-laporan di TV dan akhbar-akhbar. Apakah sebenarnya yang berlaku yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat kerana dilihat dikatakan peratus jenayah menurun tetapi kita melihat seperti ianya berleluasa bila kita tengok di TV dan juga di dada akhbar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sehubungan dengan kes-kes kehilangan orang ini bukanlah satu jenayah jika ianya berlaku melibatkan penculikan umpamanya. Maka orang-orang yang terlibat dalam penculikan mangsa itu baru dikategorikan sebagai satu kes jenayah.

Jika tidak ianya merupakan seperti kes biasa. Sehubungan dengan orang-orang yang hilang melibatkan masyarakat luar negara. Apa yang kita lihat dari punca yang menyebabkan orang-orang ini hilang adalah kebanyakannya disebabkan masalah dalaman keluarga, perhubungan yang tidak direstui dan juga di kalangan orang yang kurang siuman dan termasuklah mengikut kekasihnya pulang ke negara asal. Jadi itu sebab-sebab yang banyak melibatkan orang yang hilang ini.

Jadi kalau melibatkan warganegara asing bahawa dari apa yang kita lihat, keadaannya begitu terpencil sekali yang ada melibatkan orang hilang daripada warga asing ini. Jadi oleh kerana itu saya percaya bahawa berkaitan dengan persepsi wujudnya kononnya kerana kebanyakan orang hilang ini melibatkan satu situasi seolah-olah negara kita ini terlibat dengan keadaan yang tidak tenteram kerana jenayah-jenayah yang berlaku. Ini adalah satu persepsi yang tidak betul yang mana ianya diwujudkan persepsi-persepsi ini oleh pihak-pihak yang ada berkepentingan dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jadi apa yang saya ingin tegaskan bahawa hari ini keadaan kedudukan jenayah dalam negara kita dilihat menurun yang mana dalam tempoh sembilan bulan pertama pada tahun ini, indeks jenayah jalanan menurun sebanyak 38% manakala indeks jenayah keseluruhan menurun sebanyak 16%. Jadi dakwaan oleh Yang Berhormat tadi, saya rasa itu satu dakwaan yang tidak benarlah.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, persepsi yang dikatakan oleh Yang Berhormat ini adalah satu legasi yang tidak boleh diterima kerana persepsi yang ada di antara masyarakat negara ini adalah kebelakangan ini bila report-report kehilangan, missing person dibuat, kerap kali penyiasatan menyeluruh tidak dibuat. Satu di antaranya adalah kes di Banting di mana Datuk Sosilawati. Kita dapati di mana ada beberapa report yang telah dibuat dalam lingkungan lima tahun ini mengatakan beberapa orang telah hilang. Akan tetapi tidak ada tindakan yang mendalam diambil dengan seriusnya.

Satu di antaranya adalah report mengenai Muthuraju Tuan Yang di- Pertua, di mana INTERPOL pun tahu mengenai perkara tersebut. Isteri beliau telah melaporkan tiga report mengatakan kehilangan Muthuraju. Sehingga hari ini DNA tidak diambil, tidak ada tindakan susulan diambil untuk kenal pasti di manakah orang yang bernama Muthuraju ini berada. Saya difahamkan ada beribu-ribu seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri mengakui, ada lebih kurang 6,000 dalam tempoh lima tahun di mana kehilangan missing person.

Adakah kementerian sedar bahawa kita perlu mengambil alih, look back dalam semua report yang dibuat dengan teliti supaya kita dapat tahu adakah kita perlu

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

membuat satu penyiasatan bebas supaya semua yang dikatakan hilang itu adalah betul dan ada tindakan menyeluruh diperlukan dari pihak polis.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dakwaan yang dibuat oleh pihak Yang Berhormat Telok Intan...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ipoh Barat.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Ipoh Barat adalah tidak ...

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, ini tidak boleh lupa, bila saya lawan sama dia, dia bilang saya Ahli Parlimen Telok Intan.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Yang dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Barat adalah satu dakwaan yang melulu kerana apa yang saya telah nyatakan tadi bahawa tiap-tiap laporan berkaitan dengan orang hilang ini, pihak polis sentiasa mengambil tindakan segera untuk memastikan supaya keadaan orang-orang yang dilaporkan hilang ini dapat dikesan semula. Jadi itu sebab sebagaimana yang saya nyatakan tadi, dalam tindakan mereka, mereka akan mendapatkan maklumat-maklumat yang terperinci. Dengan adanya maklumat-maklumat itu, ianya disebarkan kepada anggota-anggota peronda dan juga bit dan patrol untuk mengesan orang-orang ini.

Selain daripada itu, siasatan dijalankan dan siasatan ini sentiasa diberi perhatian untuk memastikan sama ada lead bagi orang-orang yang hilang ini. Jadi apa yang didakwa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat ini adalah tidak benar.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya tidak menjawab soalan yang saya tanya.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Perkara ini sangat keliru di seluruh negara di mana lebih 5,000 report telah dibuat dan kehilangan missing person tetapi tidak ada penyiasatan menyeluruh like just official record, ambil report tersebut tetapi tidak ada tindakan diambil. Jadi soalan saya senang sahaja, nampaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham, kalau dia tidak faham sebagai seorang Timbalan Menteri yang berada di Parlimen ini, tidak gunalah, no use.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Duduk, duduk.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan duduk, jangan ambil gaji buta, you perlu fikir dengan baik. Semua report dalam tempoh ini is very serious, sangat serius Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini ada siaran langsunglah.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Barat adalah satu dakwaan yang melulu. Kita lihat bahawa polis sentiasa memberi perhatian berkaitan kes-kes yang hilang ini. Itulah sebab daripada kes-kes...

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Lepas Sosilawati sahaja, lepas itu sahaja.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Kes-kes yang dilaporkan hilang ini bahawa kita dapat menyelesaikan kes-kes ini lebih daripada 50% daripada laporan yang dibuat. Jadi kalau kita tidak ada ambil tindakan apa-apa, sudah

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

tentu daripada kesan kita menyelesaikan kes ini mungkin tidak sampai 50% apa yang telah dilaksanakan oleh polis. Jadi inilah dakwaan Yang Berhormat Ipoh Barat ini begitu melulu sekali terhadap tuduhan.

final • 10:10 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Potong gaji Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

2. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Menteri Kewangan menyatakan pandangan daripada Bank Negara berkaitan cadangan pinjaman perumahan “loan-to-value ratio” ditetapkan pada kadar 80% atau lebih rendah dan kesannya terhadap pembangunan industri hartanah di Malaysia.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Segambut bersama-sama dengan soalan daripada Yang Berhormat Jasin yang dijadualkan dijawab pada 22 November 2010 kerana kedua-duanya menyentuh perkara dan isu yang sama.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, dasar pemilikan rumah atau ownership dengan izin di kalangan rakyat merupakan salah satu dasar utama kerajaan. Harga adalah antara faktor utama dalam menilai keupayaan rakyat untuk memiliki rumah. Secara amnya harga rumah telah meningkat dengan stabil sejajar dengan peningkatan pendapatan dan perkembangan ekonomi negara.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Bagi tempoh tahun 2001 hingga tahun 2009, Indeks Harga Rumah Malaysia dan Keluaran Dalam Negara Kasar telah meningkat pada kadar purata tahunan masing-masing sebanyak 3.4% dan 8.6%. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lokasi terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang mengalami peningkatan harga rumah kediaman yang tinggi berbanding dengan purata harga rumah keseluruhan ekoran aktiviti pelaburan dan spekulasi.

Sekiranya perkembangan seumpama ini tidak dikawal di peringkat awal, ianya berkemungkinan mengakibatkan harga rumah berada di luar kemampuan rakyat dan mungkin memberi kesan negatif ke atas perkembangan sosial ekonomi negara. Perkara ini seterusnya akan menimbulkan kesukaran kepada rakyat untuk memiliki rumah dan ianya juga mungkin menyumbang kepada paras ‘keberhutangan’ atau indebtedness yang tidak berhemah di kalangan rakyat.

Secara dasarnya, sebarang langkah yang dipertimbangkan misalnya nisbah pinjaman kepada nilai atau loan to value ratio akan berbentuk spesifik dan mengambil kira implikasi ke atas pertumbuhan ekonomi negara. Bagi peminjam rumah pertama dan kedua, tiada perubahan polisi akan tetapi bagi peminjam rumah ketiga dan ke atas, Bank Negara Malaysia sedang meninjau sebelum mengumumkan sebarang polisi yang spesifik. Sekian.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kadar surplus hartanah kediaman dan komersial yang terkini di Malaysia dan juga pada minggu lalu Yang Berhormat Timbalan Menteri telah bercadang pinjaman perumahan ke dua generasi.

Maksudnya kalau bapa meninggal dunia, anak-anak kena menanggung

final • 10:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

pembayaran pinjaman itu. Soalan saya, adakah kerajaan serius dalam cadangan ini atau Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap-cakap sahaja? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, memang Yang Berhormat dari Segambut tidak faham yang saya cakap. Untuk maklumat Yang Berhormat, memang seperti yang kita tahu, kalau kita beli rumah ada agreement.

Kita mesti tengok apa kandungannya dan kita memang ada polisi-polisi yang sedia ada. Yang Berhormat belajarlah. [Ketawa]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya tanya kadar surplus hartanah, tak jawab langsung.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah selesai Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, baru-baru ini kita ucap tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Perdana Menteri kita menyebut dalam bajet bahawa pinjaman sehingga RM220,000, bagi 100% kepada pendapatan yang RM3,000 ke bawah dan setiap kali bajet memang diberikan peruntukan atau dana khas mengenai pinjaman perumahan. Soalan saya, dahulu disebut juga dana khas RM200 juta untuk peminjam-peminjam perumahan yang berpendapatan rendah dan sederhana ini. Cuma apabila di peringkat pelaksanaan kita menghadapi masalah. Bila peminjam ini ingin mendapatkan pinjaman daripada bank yang berkenaan, masih lagi tidak memperoleh pinjaman. Sekiranya kita membuat aduan kepada Bank Negara, apakah tindakan-tindakan tertentu boleh dikenakan kepada bank-bank tersebut?

Keduanya tentang betul atau tidak fakta menyatakan bahawa kaum bumiputera dalam memiliki rumah di dalam kawasan elit atau dalam kawasan bandar adalah terlalu rendah kalau berbanding dengan bukan bumiputera? Saya mohon jawapan.

final • 10:20 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Krau. Seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet 2011, kerajaan sangat memahami keperluan setiap rakyat untuk memiliki rumah. Kerajaan maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya golongan-golongan muda yang baru bekerja dan pendapatan kurang daripada RM3000 sebulan untuk memiliki rumah. Oleh itu, kita telah memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000.

Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Dengan kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100%. Yang Berhormat telah kata ada bank tak kasi peminjam. Memang ada kes-kes seperti itu, boleh merujuk kepada Kementerian Kewangan. Kita akan jawab, kita akan buat siasatan sebab apa tidak dapat pinjaman.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Masalahnya dah banyak kali rujuk.

final • 10:20 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Soalan yang kedua Yang Berhormat mengenai kaum spesifik di tempat-tempat, itu kita tidak boleh kawallah. Itu memang di Kementerian Perumahan boleh jawablah.

final • 10:20 AM

3. Dato' Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada CIDB masih berurusan sebagai syarikat penyumberluaran

(outsource) bagi mengendalikan pekerja-pekerja asing dalam sektor pembinaan dan berapakah caj yang dikenakan bagi setiap orang pekerja.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Besar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKK-PA) Bil.1/2003 pada 28 Januari 2003 telah memberikan mandat kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menguruskan permohonan kemasukan pekerja-pekerja asing sektor pembinaan di negara ini. Selaras dengan keputusan tersebut, CIDB telah menubuhkan Construction Labor Exchange Centre Berhad atau dikenali CLAB iaitu sebagai sebuah organisasi bertaraf syarikat berhad, menurut jaminan tanpa keuntungan pada 13 November 2003. Syarikat ini diterajui oleh majlis penasihat dan mempunyai lembaga pengarah yang berasingan daripada CIDB.

CLAB merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu menyelesaikan isu bekalan pekerja asing pembinaan. Ia berperanan membantu industri pembinaan sebagai pusat setempat agihan pekerja asing pembinaan bagi kontraktor yang mempunyai pekerja asing yang tidak digunakan setelah projek disiapkan dan seterusnya mengagihkan pekerja asing berkenaan kepada kontraktor yang memerlukan. Di samping itu, JKK-PA juga telah menetapkan supaya setiap kontraktor yang memerlukan pekerja asing pembinaan kurang daripada 100 orang, permohonan tersebut perlu dikemukakan menerusi CLAB.

Sehingga kini, seramai 22,787 orang pekerja asing telah diproses oleh CLAB di mana sebanyak 11,348 orang merupakan pekerja yang masih aktif. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar bayaran yang dikenakan bagi setiap pekerja asing pembinaan dibawa masuk ialah sebanyak RM25 sebulan atau RM300 setahun.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Manakala bagi tahun kedua pekerja asing pembinaan yang berada di Malaysia diskaun 10% diberikan iaitu sebanyak RM22.50 sebulan atau RM270 setahun bagi setiap penyambungan permit. Caj ini bertujuan bagi menampung kos operasi dan pengurusan CLAB. Kesimpulannya, kerajaan akan sentiasa mengkaji isu dan dasar berkaitan pekerja asing dari semasa ke semasa melalui JKKPA. Menerusi JKKPA Bil. 36/2008, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan dasar pengurangan pergantungan negara terhadap pekerja asing dan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal Antara Agensi Mengenai Pekerja Asing atau JTAAPA. Untuk mengkaji lebih terperinci berkenan pengurangan pekerja asing di Malaysia. Proses pengurangan ini perlu dilaksanakan secara beransur-ansur demi mengelakkan kesan langsung terhadap sektor industri pembinaan dan ekonomi negara. Sekian.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Cuma saya melihat satu perkara yang patut diketengahkan. Kalau dilihat jumlah pekerja dalam sektor binaan dalam negara ini dan dari pekerja asing adalah lebih dari 300,000 orang mungkin lebih tetapi yang berdaftar dengan CLAB hanya 22,000. Dikatakan CLAB ditubuhkan bukan sebagai satu badan untuk mendapatkan keuntungan tetapi RM25 sebulan kali

final • 10:30 AM

Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

dengan 22,000 bermakna sebulan RM500,000. Ini bukanlah satu agensi yang dikatakan tidak mencari keuntungan.

Walau bagaimanapun, CIDB juga mendapat bayaran daripada semua kontraktor yang mendapat kontrak dalam negara, sekian peratus dibayar kepada CIDB. Pendapatan CIDB adalah tinggi, tetapi khidmatnya kepada sektor ini, dari segi pekerja-pekerja asing, amatlah – (saya boleh katakan peratusannya) rendah dan prestasinya tidak sebegitu mana yang diharapkan dahulu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada kementerian adakah kementerian sedar bahawa dalam semua sektor binaan, semua rumah baru yang dibina (walaupun rumah lama yang dibeli oleh pembeli yang kedua) mesti ada kerja-kerja sambungan, kerja-kerja pembaik pulih dan banyak lagi kerja- kerja renovasi. Semuanya ini diletak di bawah kontraktor kecil-kecil, yang memberi kerja itu kepada kepala, dan kepala-kepala inilah menggaji pekerja- pekerja masing-masing, yang terdiri daripada (semuanya 100%) adalah pekerja haram, iaitu pekerja yang tidak berdaftar.

Kalau kita lihat beratus ribu rumah yang dibina dalam negara, beratus ribu pekerja asing yang tidak berdaftar. Jadi di manakah tanggungjawab CLAB dalam sektor ini, walhal dalam realiti negara memang wajar dan perlu. Dalam konteks jumlah yang diberikan itu, adalah terlalu rendah dan CLAB bukan sekadar menjadi badan yang tidak mencari keuntungan, bahkan saya percaya, ini adalah satu badan yang mendapat keuntungan yang amat besar RM500,000 sebulan kali dengan 12 bulan berapa juta. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Saya masih ingat saya di dalam Parlimen, CLAB ini memang semasa Yang Berhormat Padang Besar ini adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah pun bercadang untuk menubuhkan CLAB ini. Kita tahu juga betul kalau kita lihat dari jumlah pekerja asing yang berdaftar dengan CLAB memang kurang dari apa yang kita nampak di luar. Ini adalah satu realiti yang kita cuba hendak mengatasinya dan melalui one stop agency kita harap juga ianya dapat diperbaiki.

Memang betul juga, cuma sekarang bakinya masih 11,000 lebih sedikit pekerja asing dalam pekerja pembinaan dan setiap pekerja asing kita bagi kursus induksi keselamatan industri kepada tiap-tiap pekerja asing dalam pembinaan tanpa caj. Ini adalah satu faedah yang kita berikan. Kita juga ada satu lembaga pengarah CLAB iaitu diketuai oleh Yang Berhormat Kuala Krau dan dianggotai oleh pihak Geo Bumiputera Kontraktor, REDHA dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Master Builder Association, CIDB hanya seorang engineer dan Persatuan Kontraktor India Malaysia dan dua lagi ahli dari Master Builder Association Malaysia.

Kita harap juga semasa kita ingin mengurangkan pergantungan kepada pihak pekerja asing kita perlu juga memberikan mereka kursus induksi supaya mereka tahu keselamatan dalam sektor pembinaan. Yang penting juga caj ini kalau pekerja ini tidak habis dalam setahun RM300, kalau dia sudah habis kerja dan diagihkan kepada kontraktor yang lain yang memerlukan mereka, caj ini tidak ditambah dan boleh digunakan seterusnya supaya mereka boleh bekerja dengan kontraktor yang lain. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih. Penjelasan mengenai CIDB hanya rujuk kepada tujuan ditubuhkan tetapi tidak sangat keberkesanan pelaksanaannya. Ada dua isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar yang berkaitan dengan kebergantungan kepada pekerja asing yang memerlukan pertama usaha yang lebih dari CIDB dan puluhan jawatankuasa yang

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

ditubuhkan dengan maksud meningkat keupayaan pekerja tempatan. Itu belum ada penjelasan yang tegas selain dari penubuhan banyak jawatankuasa.

Kedua ialah tentang keupayaan CIDB sendiri. Di Dewan ini saya bangkitkan tentang tahap profesionalisme, kebebasan CIDB terutama tidak mampu mengambil tindakan kepada syarikat yang tidak berdaftar tetapi diberikan kontrak besar termasuk pembinaan Istana Negara. Saya sebut kontraktor Maju Jaya dan CIDB sehingga kini tidak mampu bukan sekadar buat siasatan tetapi penjelasan tentang syarikat yang boleh dianugerah kontrak RM800 juta tetapi tidak berupaya disiasat oleh CIDB.

Berikutnya Tuan Yang di-Pertua ialah tentang kebergantungan kita kepada pekerja asing. Tidak bermakna kedudukan mereka tidak terjamin atau terbela kerana ada terlalu banyak laporan tentang penganiayaan kepada pekerja asing...

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

Soalan!

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Bangun.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat dalam soalan tambahan. [Ketawa]

final • 10:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sakit tenatkah tidak boleh bangun?

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Ketawa] Kita ini soal Tuan Yang di-Pertua kalau kita ambil, matlamat kita adalah mengambil pekerja tempatan.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Sekarang, kalau bergantung kepada pekerja asing, bukan untuk memudahkan kita, menindas mereka. Caj dan bayaran itu juga untuk menjamin.

Oleh sebab itu, saya ingin penjelasan sekali lagi dalam aspek yang kedua, soalan ini iaitu apakah jaminan untuk memberi layanan yang setimpal, apa yang kita janjikan? Baik upah ataupun layanan supaya jangan berlaku penderaan, penganiayaan ataupun laporan mengenai syarikat-syarikat tidak membayar gaji seperti mana berlaku dalam projek Istana Negara.

final • 10:40 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Ada tiga isu yang dibawa. Sebenarnya untuk rakyat tempatan atau rakyat kita sendiri, kita, CIDB telah pun menubuhkan enam pusat latihan dinamakan Akademi CIDB di mana kita memberi latihan percuma kepada semua belia dan pekerja tempatan. Ini kita telah bergerak beberapa tahun dan dalam tempoh ini kita pun telah melatih ramai belia lepasan sekolah. Mereka juga telah pun berjaya dalam bidang-bidang yang kita berikan.

Kedua, bagi projek Istana Negara, kita pun ada membuat siasatan.

Semasa kita pergi menyiasat, tidak nampak pekerja tanpa izin atau PATI bekerja di sana. Saya harap orang ramai secepat mungkin boleh memberitahu kita supaya tindakan boleh diambil. Penganiayaan pekerja-pekerja asing, kita memerlukan Kementerian Dalam Negeri kerana kita tidak ada kuasa dalam hal ini.

Ini kerana peranan CIDB memang memberikan latihan kepada skills dalam pembinaan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Tuan Loke Siew Fook [Rasah] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status pelaksanaan terkini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta pencapaian setakat ini dan berapakah elaun bulanan dan keistimewaan lain yang dibayar kepada pengerusi serta setiap anggota suruhanjaya tersebut.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau lebih dikenali singkatannya SPAD telah ditubuhkan pada 3 Jun 2010 apabila Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dikuatkuasakan.

Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang diluluskan oleh Parlimen dalam bulan Mei 2010 dan yang memberi kuasa kepada SPAD untuk beroperasi sepenuhnya masih belum berkuat kuasa sementara menunggu pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan

(Pindaan) 2010 telah dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2010.

Walaupun belum beroperasi sepenuhnya, SPAD telah berfungsi dan melaksanakan beberapa projek dan inisiatif. SPAD bersama sebuah syarikat konsultan telah melaksanakan kajian teknikal ke atas cadangan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi ataupun Mass Rapid Transit (MRT).

SPAD bersama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri juga akan memulakan kajian feasibility kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru. SPAD juga kini sedang mengimplementasikan lima inisiatif di bawah bidang keberhasilan utama nasional atau NKRA untuk pengangkutan awam bandar. Ini termasuk laluan khas bas, bas ekspres transit, penstrukturan semula jajaran bas, integrasi tiket dan pusat piawaian prestasi dengan izin, performance monitoring hub.

Lebih daripada 600 perhentian bas juga telah dikenal pasti untuk dinaiktarafkan dan lebih 300 perhentian bas baru akan dibina demi keselesaan penumpang di bawah inisiatif yang lain. Empat laluan bas ekspres transit telah dilaksanakan dan telah melihatkan penambahan jumlah penumpang. Inisiatif- inisiatif yang lain masih di tahap kajian.

Pengerusi SPAD diberi elaun tetap RM20,000 sebulan dan elaun-elaun lain seperti elaun perubatan dan pengangkutan. Setiap ahli suruhanjaya diberi elaun tetap RM3,000 sebulan. Elaun mesyuarat sebanyak RM1,000 untuk mesyuarat suruhanjaya dan RM500 untuk mesyuarat jawatankuasa dan elaun- elaun lain seperti elaun perjalanan dan saraan.

final • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan. Pertama, selepas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang bakal dipinda dalam Dewan yang mulia ini. Soalan saya, apakah selepas akta ini dipinda maka kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dipinda daripada Kementerian Pengangkutan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini?

Sekiranya begitu, apakah ini bermaksud Kementerian Pengangkutan tidak relevan lagi dalam mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu pengangkutan awam darat.

Kedua, berkenaan dengan keselamatan bas-bas ekspres. Setiap kali ada kemalangan yang melibatkan bas ekspres berlaku, yang melibatkan banyak kemalangan jiwa termasuk baru-baru ini dekat Simpang Ampat. Setiap kali berlaku kemalangan, Kementerian Pengangkutan akan mengatakan pelbagai langkah, pelbagai usaha akan diambil termasuk dahulu pernah berkata bahawa

final • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

hendak pasang black box, kotak hitam dan memastikan pemandu-pemandu bas ekspres ada standard seperti juru terbang dan macam-macam.

Akan tetapi, ini hanya cakap-cakap kosong sahaja. Tidak ada apa-apa tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan. Soalan saya, apakah jaminan daripada pihak SPAD bahawa ini akan dapat diubah dan memastikan bahawa semua langkah keselamatan ini patut diambil, patut dilaksanakan oleh syarikat- syarikat bas untuk memastikan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya khususnya mereka yang mengambil bas ekspres ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apabila pindaan terhadap Akta JPJ ini dibentangkan, dibahaskan dan insya-Allah akan diluluskan, hanya beberapa aspek sahaja daripada tanggungjawab JPJ dahulu dipindahkan kepada SPAD. Namun dalam soal jalan, masih lagi akan diletakkan di bawah JPJ dan mereka akan terus berada di bawah Kementerian Pengangkutan.

Kementerian Pengangkutan tidak akan dibubarkan sebab pengangkutan ini bukan darat sahaja. Udara ada, laut pun ada. Jadi, kerajaan merasakan pengangkutan darat itu adalah baik dikumpulkan di bawah satu suruhanjaya supaya akan dilakukan tindakan yang boleh mengintegrasikan pengangkutan darat di negara kita.

Jadi, Yang Berhormat jangan bimbang. Saya faham Yang Berhormat bimbang, takut Menteri yang datang dari MCA itu tidak ada jawatan. Saya beri jaminan iaitu Kementerian Pengangkutan tetap akan kekal.

Kedua Yang Berhormat, sememangnya apabila setiap kali berlaku kemalangan, sudah tentulah berbagai-bagai cadangan yang mampu dilakukan oleh pihak kita akan dilakukan. Akan tetapi, masalahnya apa juga yang kita lakukan, bas itu akan dikendalikan atau dibawa oleh seorang individu. Jadi, kalau kita bina berbagai-bagai perkara untuk menghalang kemalangan daripada berlaku atau kesan kemalangan itu akan lebih memudaratkan, kita ambil tindakan yang boleh kita lakukan.

Akan tetapi, kalau pemandu itu walaupun diberikan latihan pada hari berkenaan membawa basnya itu dengan cara yang tidak sopan ataupun membahayakan, tidak ada apa yang boleh kita lakukan kerana ini individu. Jadi, untuk kita menjamin bahawa di masa akan datang perkara ini tidak boleh berlaku, saya rasa kita tidak mahu ambil tanggungjawab. Tuhan lah untuk menentukan ini kerana individu tetap individu. Latih macam mana sekalipun, kalau kemalangan itu berlaku, selalunya banyak berdasarkan kepada perangai pemandu itu sendiri.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi ini sukar untuk kita beri jaminan bahawa ia akan membawa bas dengan baik dan tidak akan berlaku lagi kemalangan di masa akan datang.

final • 10:50 AM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya, hari ini kadang-kadang rakyat agak celaru sedikit tentang terdapatnya pelbagai agensi di bawah yang bersangkutan, berkaitan dengan pengangkutan ini. Umpamanya kita ada polis, kita ada LPKP, JPJ dan juga suruhanjaya ini. Saya hendak bertanya pada Menteri, dengan lulusnya SPAD ini, sejauh mana suruhanjaya ini akan dapat menyelaraskan peranan agensi-agensi yang ada tadi seperti polis, JPJ dan sebagainya.

final • 10:50 AM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Bukan sahaja dari segi sistem pengangkutan tetapi dari segi enforcement, dari segi penguatkuasaan. Ini kerana kita harapkan dengan adanya SPAD ini, suruhanjaya ini, sistem pengangkutan, dari segi tindakan udang-undang dan peraturan ini dapat diselaraskan lebih kemas. Supaya rakyat lebih selesa, lebih adil dapat dibagi tindakan-tindakan yang dikenakan kepada mereka. Jadi sejauh mana peranan suruhanjaya ini dalam melaksanakan suruhanjaya itu?

final • 10:50 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, untuk hendak mengelak rakyat macam Yang Berhormat Maran daripada bercelarulah pemikirannya. Sebab itu kita pastikan bahawa ada satu badan yang bertanggungjawab di atas segala perkara yang ada kaitan dengan pengangkutan awam darat. Macam sekarang ini kalau tidak, LPKP jaga melesenkan sahaja kemudian JPJ ada kuasa yang lain pula. Kementerian Pengangkutan jaga rail pula, jadi berbeza. Pengangkutan awam darat biar diletak di bawah satu agensi sahaja. Daripada segi ...

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:50 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini mengacau ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Tidak boleh mengganggu ketika Menteri menjawab dalam Q&A Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak boleh ganggu, mana punya lawyer ini. Jadi Yang Berhormat Maran, pertanyaan itu bagus. Daripada segi penguatkuasaan, ia tidak ada masalah kalau sekiranya banyak agensi yang terlibat. Ini kerana pengangkutan awam darat ini akan melalui kawasan-kawasan yang mana penguatkuasaan itu juga ada kepada badan-badan lain. Sebagai contoh, sudah tentu kalau ia masuk dalam kawasan PBT. PBT pun macam bandar raya Kuala Lumpur, ia ada penguatkuasaannya. Jadi kalau apa-apa kesalahan berlaku dalam kawasan PBT kita juga minta PBT untuk menguatkuasakan undang-undang kita.

Polis trafik juga boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan trafik. Jadi ia juga boleh ambil tindakan dan JPJ juga ada kuasa untuk menguatkuasakan dengan mengadakan road block- road block untuk hendak melihat sama ada sesebuah kereta itu lesen sudah mati ataupun tidak. Malah LPKP juga ada penguatkuasaan dia untuk melihat sama ada lesen ataupun permit yang diberikan kepada bas itu masih lagi ada ataupun tidak.

Juga AADK ada kuasa untuk memastikan supaya pemandu bas itu dia tidak makan dadah. Jadi saya kira kalau ada pelbagai badan penguatkuasaan menguatkuasakan undang-undang. Saya rasa itu tidak mencelarukan pemikiran rakyat kerana sama-sama kita bekerjasama untuk memastikan supaya undang- undang itu dikuatkuasakan melalui pelbagai agensi yang ada kaitan dengan jalan, lesen dan lain-lain lagi.

final • 10:50 AM

5. Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan] minta Perdana Menteri menyatakan sejak bertapaknya beberapa anak Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di WP Labuan seperti Petronas Carigali dan Petronas Methanol (Labuan) Sdn. Bhd., berapakah peluang pekerjaan yang ditawarkan dan berapa peratuskah guna tenaga kerja yang diberikan kepada anak jati Labuan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih daripada Yang Berhormat daripada Labuan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan pesat industri huluan dan hiliran berasaskan petroleum

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

yang telah dilaksanakan oleh Petronas dan syarikat-syarikat lain di Labuan telah menghasilkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat tempatan serta menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti. Petronas sentiasa menitikberatkan pengambilan tenaga kerja tempatan yang berkelayakan dalam mengisi jawatan yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Petronas ini adalah terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira negeri atau bangsa. Sehingga 30 September 2010 seramai 285 penduduk Wilayah Persekutuan Labuan pernah dan sedang bekerja dengan Petronas dan bertugas di dalam dan di luar negara. Daripada jumlah tersebut seramai 97 orang bertugas di Wilayah Persekutuan Labuan dan jumlah ini tidak termasuk tenaga kerja tempatan yang diambil kerja oleh syarikat-syarikat kontraktor yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang sedap didengar apa yang disuarakan oleh menteri tetapi kenyataannya apabila kita lihat yang di Labuan sahaja. Contohnya, macam Petronas Methanol dan juga Petronas Carigali, seperti mana yang saya difahamkan kurang daripada 10% penduduk Labuan yang bertugas di firma tersebut. Sepertimana yang kita lihat di Melaka, contohnya di Melaka lebih daripada 50% pekerja-pekerja di Melaka Refinery terdiri daripada orang-orang Melaka dan juga begitu juga di Terengganu. Kita tidak memerlukan terlalu banyak, kalau dapat 30% pun jadilah.

Janganlah sampai orang Labuan itu melihat pembangunan yang begitu canggih, pembangunannya begitu indah tetapi kita cuma melihat sahaja, tidak dapat menikmati. Istilah orang Labuan, ‘menitis air liur kita melihat orang senang’ tetapi kita tidak menikmati. Oleh itu, adakah langkah-langkah ataupun anak jati diberikan keutamaan untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di firma-firma besar, Petronas Carigali dan juga Petronas Methanol di Labuan. Supaya kita dapat keseimbangan orang Labuan itu sendiri dapat menikmati hasil daripada apa yang dilihat di depan mata sendiri. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya terharu dengan peribahasa dan juga kata-kata yang indah yang ditaburkan tadi.

Saya rasa memang Yang Berhormat berhaklah untuk memperjuangkan, memang itu hasrat seorang wakil rakyat. Akan tetapi saya ingin membetulkan kenyataan yang mengatakan 10% daripada pekerja sahaja yang bekerja di Labuan.

Daripada 427 pekerja di Labuan ini Yang Berhormat, 97 adalah daripada Labuan sendiri. Bererti 20%, maka angka ini tidak betul, mengikut angka saya. Kedua, saya setuju bahawa peluang perlu diberi seperti di Terengganu. Saya rasa bahawa sebagai seorang Ahli Parlimen kita minta supaya disyorkan ada banyak program-program kapasiti. Seperti kemahiran dan juga pelbagai cara untuk rekrut pekerja-pekerja yang berupaya untuk ‘dikerjakan’ oleh syarikat yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat tadi.

Petronas Methanol (Labuan), Labuan Hub, Asian Supply Base yang ada di sana. Dua syarikat ini yang banyak ‘mengerjakan’ pekerja-pekerja di situ. Saya minta supaya dekatkan diri dan pastikan bahawa kita ada kapasiti. Ini kerana petroleum dan gas adalah satu bidang yang begitu khusus yang memerlukan kemahiran tertentu. Saya simpatilah dan kita akan teruskan perjuangan bersama.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jika dikatakan orang Labuan ‘dikerjakan’, maknanya lain itu. [Ketawa]

final • 10:50 AM

6. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan tidak bercadang untuk mencari satu kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah berbangkit dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan.

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Datang juga, ingat pergi Galas. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam kad pengenalan. Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, ia akan memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang terlibat memandangkan keadaan mobiliti penduduk yang sangat tinggi ekoran berpindah alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya.

Ini kerana terdapat mereka yang tidak membuat pertukaran alamat pada kad pengenalan menyebabkan bilangan mereka yang akan didaftarkan di luar kawasan tempat mereka bermastautin adalah tinggi. Bahkan, mungkin ada di antara mereka yang tidak lagi menetap di alamat tersebut serta tidak mempunyai ahli keluarga di alamat yang didaftarkan. Jika hal ini berlaku, ia akan menimbulkan kesulitan pemilih itu sendiri.

Contohnya, jika alamat yang tertera di kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bahawa seorang pemilih itu menetap di suatu alamat tertentu sedangkan pada hakikat sebenarnya beliau telah berpindah ke suatu tempat baru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN, maka seseorang pemilih itu akan didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama.

Peraturan ini juga jika dilaksanakan amat bertentangan dengan kehendak Perlembagaan mengenai tempat bermastautin sebenar pemilih berkenaan kerana beliau telah berpindah ke tempat lain. Jika berlaku pilihan raya, maka pemilih berkenaan akan menghadapi kesulitan untuk menentukan di pusat mengundi manakah beliau akan mengundi kerana namanya tidak disenaraikan di tempat mengundi beliau bermastautin. Jika ramai pemilih yang berpindah tempat bermastautin tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, adalah dikhuatiri ramai pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi mereka terletak jauh dari tempat kediaman mereka. Oleh kerana itu dikhuatiri peratus pemilih yang keluar mengundi di bahagian pilihan raya berkurangan dan akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Berasaskan pada hakikat ini, maka kerajaan belum lagi bercadang untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik. Namun begitu, kerajaan sentiasa mengkaji cara yang lebih efektif dan pertimbangkan pelbagai cadangan untuk mempertingkatkan dan menambahbaikkan lagi kaedah yang sedia ada agar pilihan raya di negara kita menjadi lebih sistematik dan demokratik.

Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak mahu bertanyakah?

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Permatang Pauh tidak pergi ke Batu Sapi?

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Allah! Yang Berhormat Sri Gading duduklah!

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Kita tahu mobiliti penduduk, tetapi saya rasa kalau kita membuat pendaftaran secara automatik ini – kerana kita ada contoh. Mungkin ada di negara-negara yang telah melaksanakannya.

Apakah masalah yang sama berlaku sebagaimana Yang Berhormat Menteri katakan tadi? Ini kerana kita tahu sekarang ini walaupun kita buat pendaftaran sebegini pun, masih terdapat banyak lagi pengundi luar, pengundi yang tidak mengikut alamat sebagaimana yang dia menetap. Saya rasa kalau kita buat pendaftaran secara automatik ini, kita boleh menyelamatkan banyak benda.

Contohnya wang kerajaan, wang rakyat. Misalnya mengikut SPR, lebih daripada 4.3 juta rakyat yang berumur lebih daripada 21 tahun tidak mendaftar.

Kalau kita ikut sebagaimana yang SPR cadangkan beri RM3 kepada pembantu pendaftaran, itu sudah kira melibatkan kos melebihi RM12 juta. Saya rasa itu yang lebih penting kepada kita daripada kita memberi sebab mobiliti penduduk sekarang ini, jalan raya pun okey. Maknanya tidak menjadi masalah kepada pengundi jikalau kita buat ini. Rasanya lebih baiklah kita laksanakan. Boleh kita menjimatkan tenaga, masa dan birokrasi. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Ketereh ini bertanya dan beliau menjawab sendiri.

[Ketawa] Ini sebab dia kata dalam sistem keadaan sekarang pun masalah juga berlaku dari segi orang tidak dapat mengundi dan mengundi luar kawasan dia.

Bayangkan kalau automatik, lagilah teruk, bercelaru waktu pilihan raya, Yang Berhormat ya. Dalam keadaan sekarang ini pun kita ada masalah, bayangkan kalau automatik.

Namun Yang Berhormat, saya hendak beritahu bahawa mendaftar ini sebenarnya adalah satu hak dan hak ini kalau kita hendak gunakan kita mesti bertanggungjawablah. Mendaftarkan diri kita di mana yang kita mahu mengundi.

Apabila kita kata pilihan raya, ia merupakan amalan demokrasi. Amalan demokrasi ini tidak ada paksaan. Kalau tidak mahu mendaftar itu juga merupakan pilihan dia.

Jangan paksa dia. Ada setengah orang dia tidak mahu mengundi langsung. Kalau kita daftar dia dan dia tidak tahu dan dia tidak mengundi, dia akan marah kita. Ini kerana dia kata saya tidak mengundi kenapa daftar? Menampakkan saya tidak bertanggungjawab. Pada hari mengundi saya tidak pergi mengundi tetapi nama saya ada sebab automatiklah. Jadi kita kena ingat, bukan macam Pakatan Rakyat hendak paksa orang!

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Undi hantu.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Untuk tidak mendaftar sebagai pengundi merupakan pilihan individu itu juga kerana dia pilih tidak mahu terlibat dalam pilihan raya. Jadi jangan paksa orang seperti mana Pakatan Rakyat paksa.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab mengendalikan semua pilihan raya sejak 50 tahun dahulu – sudah lama. Ia benar- benar bertanggungjawab dan berjaya menjalankan tugasnya dengan amat berjaya. Itu tidak boleh dinafikan Tuan Yang di-Pertua.

Soalannya, apakah SPR – ia sudah bertanggungjawab, cukup bagus dalam tugas, adil, amanah, telus. Apakah SPR perlu ada pemantau dari mana-

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

mana pihak untuk memantau pilihan raya? Macam di Galas dan di Batu Sapi.

Apakah perlu? Pihak-pihak yang kononnya dia hendak menjadi pemantau. Apa yang kita rasa ragu, pihak pemantau ini ia membuat laporan – kalau diminta laporan, laporan yang negatif. Memberikan gambaran yang buruk, imej yang buruk kepada SPR dan juga negara, sedangkan SPR begitu telus menjalankan tugas dengan amat amanah. Kalau BN kalah pun dia sebut kalahlah, tidak ada memihak mana-mana.

Jadi pihak yang memantau ini pula bukan sahaja memberikan imej yang buruk tetapi dia memihak kepada pembangkang! Ini Yang Berhormat Permatang Pauh pun tidak boleh menafikan ini. Ia memihak! Kalau pihak ini yang ‘lebih sudu dari kuah’ atau ‘lebih sudu daripada bubur’ – mana-mana bolehlah, apa tindakan SPR kepada pihak-pihak yang ‘lebih sudu dari bubur’ ini? Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Permatang Pauh jangan marah. Kalau marah, kena jual.

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Hai, jangan cakap.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat ini satu soalan yang cukup cantik sekali. Memang bagus punya soalan. Soal pemantau, saya hendak beritahu di sini sebenarnya kita tidak perlu pemantau.

Akan tetapi kita perlu memantau sebab yang mengacau sebelah sana itu. Itu Yang Berhormat Ipoh Barat itu – ini semua pengacau. Mereka ini saya hendak beritahu, tidak akan berpuas hati melainkan kalau dalam pilihan raya dia menang semua negeri dan dia juga boleh pergi Putrajaya, baru dia kata SPR bagus. Ha, ini perangai sebelah sana.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat setujulah?

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya hendak beritahu iaitu SPR amat berjaya. Kalau tidak berjaya, macam mana boleh menang Pulau Pinang?

Kenapa gelak?

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau tidak, macam mana boleh menang Kelantan? Macam mana boleh menang Kedah? Macam mana boleh menang Selangor? Macam mana kita boleh hilang dua pertiga kalau SPR tidak buat kerja betul-betul? Akan tetapi saya hendak beritahu, kita dalam kerajaan kita tidak campur tangan langsung urusan mereka. Kita menang, kita ucap terima kasih. Kita kalah, kita ucap terima kasih. Bukan macam perangai pembangkang ini. Tidak menang pun janji 16 September 2009 hendak ambil Putrajaya. Ini kepala tidak betul pembangkang ini sebab itu jangan percaya kepada mereka. Pada saya, SPR tetap merupakan badan yang amanah dan adil menjalankan pilihan raya.

[Tepuk]

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Agensi UMNO.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini berkaitan dengan satu institusi yang ditubuhkan oleh Perlembagaan, menjamin pilihan raya yang bersih dan adil.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis masa soalan tambahan Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Diminta kalau SPR itu betul-betul bebas dan adil mengapa tidak boleh pantau. Kalau jaminan Menteri

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

adil dan bebas maka kalaulah dia betul tidak akan boleh kalah, itu logik yang tidak betul. Ini sebab ada kes kadang-kadang perompak boleh menang, tidak semestinya kita betul.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya tidak kata SPR perompak cuma kita katakan ada alasan. Kalau empat juta tidak daftar adalah kes untuk dipertimbangkan, maknanya ada proses yang harus diperbaiki. Ini empat juta tidak daftar sebab salah alamat. Ini alasan karut.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Alasan sekadar hendak bagi alasan. Sepatutnya menteri kena bertanggungjawab kata nanti kita cari jalan sekurang-kurangnya tiga per empat daripada empat juta ini boleh mengundi. Ini jawapan dia, dia sudah ada alamat. Mana dia tahu alamat yang tidak betul.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, berilah saya jawab.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini kerana saya sudah jemput. Baiklah. [Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Lowest logic.

final • 11:10 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Duduklah.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tahulah jawapannya.

Yang Berhormat, Yang Berhormat pernah...

final • 11:10 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Duduklah.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Takutkah? Takut dengar jawapan.

final • 11:10 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Takut terpesong dari sasaran.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kalau tidak takut, dengar jawapan. Yang Berhormat, masalah automatik ini, isunya bukan baru. Saya percaya Yang Berhormat dahulu Timbalan Perdana Menteri, lebih kuasa daripada saya. Mengapa tidak buat pada masa itu? Buatlah pada itu.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Kalau soalannya itu tentang saya, kita keputusan ialah untuk minta SPR mencari jalan mendaftar.

Sekarang kita dapat maklumat empat juta tidak daftar. Hendak cari alasan apa lagi? Selepas itu tidak daftar, tidak menyokong. Demokrasi apa sampai empat juta tidak daftar jawapannya okey. [Ketawa]

final • 11:10 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Oleh sebab itu Yang Berhormat saya jawab jangan duduk tidur.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Waktu saya jawab jangan tidur sebab tidur pandang ke atas, ke langit tadi. Yang Berhormat, saya sudah cakap ini hak, mesti ada kesedaran kepada orang yang berumur 21 tahun, warganegara, dia ada hak untuk mengundi. Jadi dia kenalah bertanggungjawab untuk dia mendaftar diri dia sebagai pengundi kerana dia sedar hak dia.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Akan tetapi juga pilihan kepada dia kalau dia tidak mahu terlibat dalam pilihan raya. Jangan duduk paksa orang. Yang Berhormat duduk paksa orang ini susah Yang Berhormat. Itu yang perompak boleh lepas ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

7. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah bantuan (mengikut kategori) Jabatan Kebajikan dan Masyarakat yang telah disalurkan pada tahun 2009 dan 2010.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Gelang Patah dan Tuan Yang di-Pertua serta salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan skim-skim bantuan kewangan untuk membantu kumpulan sasar seperti kanak-kanak, orang- orang kurang upaya, keluarga miskin dan warga emas.

Bagi tahun 2009, kementerian telah menyalurkan bantuan kewangan kepada 353,889 orang penerima bantuan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM759 juta. Sehingga September 2010 pula sebanyak RM840 juta telah pun disalurkan kepada seramai 441,082 orang penerima bantuan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan bilangan penerima bantuan sebanyak 25% dan pertambahan peruntukan yang disalurkan sebanyak 11% berbanding dengan tahun 2009.

Jumlah penerima bantuan JKM mengikut kategori utama skim bantuan bagi tahun 2009 dan sehingga Oktober 2010 adalah seperti berikut iaitu sebanyak 66,912 keluarga telah menerima bantuan kanak-kanak iaitu BKK yang melibatkan peruntukan sebanyak RM168 juta bagi tahun 2009. Manakala sehingga Oktober 2010 seramai 105,621 orang yang menerima bantuan ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM230 juta iaitu terdapat peningkatan sebanyak 58% bagi bilangan penerima dan 37% bagi jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan.

Selain itu seramai 35,084 orang kurang upaya yang telah menerima elaun pekerja cacat iaitu EPC dengan peruntukan sebanyak RM104 juta sepanjang tahun 2009.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga bulan Oktober 2010 pula seramai 47,420 orang OKU kini sedang menerima bantuan ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM120 juta. Ini bermaksud sejak 2009, berlaku peningkatan sebanyak 35% dari segi bilangan penerima dan 16% bagi jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada orang kurang upaya.

Selain itu seramai 17,297 orang penjaga telah menerima bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM39.7 juta bagi tahun 2009. Manakala sehingga Oktober 2010 seramai 27,836 orang penjaga menerima bantuan ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM67 juta iaitu antara tahun 2009 hingga kini terdapat peningkatan sebanyak 61% dari segi bilangan penerima bantuan dan peningkatan sebanyak 70% bagi jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan.

Di samping itu seramai 6,209 orang, orang kurang upaya telah menerima bantuan OKU tidak berupaya bekerja iaitu BTB yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5.1 juta sepanjang tahun 2009. Sehingga bulan Oktober 2010 seramai 17,573 orang sedang menerima bantuan ini dengan peruntukan berjumlah RM21 juta. Peningkatan sebanyak 183% bagi bilangan penerima dan 305% bagi peruntukan yang telah disalurkan. Di samping itu juga seramai 99,399

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

orang warga emas menerima bantuan orang tua iaitu BOT yang melibatkan peruntukan sebanyak RM228 juta bagi tahun 2009. Manakala sehingga Oktober 2010 seramai 124,916 orang warga emas telah menerima bantuan ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM345 juta. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 26% dari segi bilangan penerima dan 51% bagi jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan.

Tuan Yang di-Pertua, peningkatan penerima bantuan pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009 adalah disebabkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kementerian menerusi projek cari, program outreach dan sebagainya untuk mengesan kes-kes keciciran bagi memastikan tiada golongan yang memerlukan bantuan terlepas pandang daripada mendapat intervensi daripada kementerian.

Sekian terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

Saya sering mendapat aduan daripada penduduk mengatakan bahawa pegawai JKM tidak menjalankan siasatan ataupun tiada jawapan selepas siasatan dijalankan setelah mereka memohon. Kadang kala mereka terpaksa menunggu lebih daripada setahun untuk jawapan hasil siasatan itu.

Soalan tambahan saya ialah, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah tersebut? Berapa lama pihak JKM menjalankan proses siasatan sehingga kelulusan? Bolehkah Yang Berhormat memberikan maklumat jumlah bantuan yang disalurkan mengikut kaum pada tahun 2009 dan tahun ini? Jika Yang Berhormat tidak dapat memberikan jawapan pada hari ini, saya minta jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Gelang Patah atas soalan tambahan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, mengikut piagam pelanggan yang telah ditetapkan oleh kementerian ini, biasanya untuk permohonan bantuan kewangan JKM semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh dua minggu dan keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa satu bulan dari tarikh permohonan diterima.

Kedua, untuk permohonan bantuan geran pelancaran, semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh satu bulan dan keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa dua bulan dari tarikh permohonan diterima. Ketiga, bagi permohonan bantuan alat tiruan atau sokongan, semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh satu bulan dan keputusan permohonan akan diumumkan dalam masa dua bulan dari tarikh permohonan diterima.

Untuk menjawab soalan kedua yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Gelang Patah tadi, bilangan kes dan jumlah bantuan penerimaan Skim Bantuan Kebajikan mengikut kaum bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:

KAUMBIL. KESJUMLAH BANTUAN (RM)
Melayu184336421132175
Cina4327994826800India4164686755758
final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Peribumi Semenanjung7471,258,464
Peribumi Sarawak2673355000000
Peribumi Sabah5518094000000Lain-lain kaum19685230000
final • 11:20 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita memang sedar kerajaan dan kementerian memang ada bagi bantuan, tetapi masalah pelaksanaan bagaimana?

Tadi kita pun dengar semua di Dewan yang mulia ini, memang proses beritahu tempoh untuk proses kes memang cantik - memang seronok kita dengar.

Saya mahu tanya kawasan pedalaman bagaimana? Contoh di rumah panjang - saya melawat rumah panjang orang kurang upaya (OKU) ataupun orang cacat.

Apabila ia memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, ibu bapa datang sudah tua - umur sudah 70 lebih, satu sudah 80 lebih. Ibu bapa pergi sahkan anak ia OKU, bukti pun ada dari hospital mengatakan ia OKU. Sampai sana apabila memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat, minta ia bawa anak ia ke sana.

Ini pelaksanaan bagaimana? Pegawai ada turun padang atau tidak siasat atau tidak? Apabila kita dengar permohonan itu berapa ratus ribu lulus - lulus di kawasan mana? Pedalaman atau kawasan pekan ataupun di bandar? Pedalaman saya nampak pegawai jarang masuk. Apabila kita mengadakan majlis berdialog pegawai dari Kementerian Kebajikan atau jabatan kebajikan langsung tidak datang. Saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Celah sedikit. Tidak boleh?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita dalam sesi soal jawab, Yang Berhormat. Sila Yang berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap isu kemiskinan rakyat. Kita ambil maklum tentang isu yang telah dibangkitkan. Walau bagaimanapun, sebagai seorang wakil rakyat, Yang Berhormat dialu-alukan untuk merujuk kes-kes tersebut kepada kementerian dan kita akan ambil tindakan segera kerana saya percaya bahawa adalah tanggungjawab bersama untuk kita semua yang berada di Dewan ini…

final • 11:20 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat...

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, ini jawapan standard. Bagilah jawapan yang ada kelas sedikit.

final • 11:20 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Kita banyak sudah rujuk...

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri saya amat bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kami bekerjasama, kami kemukakan permohonan, kami bawa pengadu ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya bagi kes. Saya ada kes tiga empat bulan belum diluluskan. Saya tanya Pegawai Kebajikan Batu Gajah ia kata, “Belum lulus, tunggu jabatan daerah.” Saya hubungi jabatan daerah ia kata, “Oh, peruntukan tambahan dari kementerian belum sampai lagi.” Sudah lebih tiga bulan saya tunggu. Jadi bukan kami tidak beri kerjasama. Saya rasa Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri kena turun padang, tanya pegawai…

final • 11:20 AM

Beberapa Ahli

Ya!

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apa masalah yang dihadapi oleh mereka. Saya tidak menyalahkan pegawai...

final • 11:20 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Gaji buta.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang menjalankan tugas.

Masalahnya mereka tidak cukup kakitangan. Birokrasinya panjang. Pegawai kementerian di atas tidak luluskan peruntukan untuk mereka.

final • 11:20 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Saya setuju turun padang.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya bawa pemohon pergi pun selalu hubungi saya. Saya hubungi pegawai, ia kata kementerian belum lagi lulus peruntukan tambahan.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri turun padang dan pastikan semua masalah ini selesai. [Tepuk] Kami semua bersedia bekerjasama. Akan tetapi Yang Berhormat mestilah ada niat, ada tindakan diambil untuk atasi masalah ini. Saya pohon penjelasan.

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

Ya, jawab, jawab.

final • 11:30 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah atas soalan tambahan dan juga kenyataan yang telah diberikan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan untuk menjawab kepada isu yang telah dibangkitkan, saya di sini mengalu-alukan meminta Yang Berhormat Batu Gajah untuk memberikan senarai yang telah dirujukkan iaitu senarai permohonan itu kepada kita. Oleh kerana...

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, itu bukan cara kerjanya. Hendak bagi senarai boleh, you must solve all the problem...

final • 11:30 AM

Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

No case to case basis.

final • 11:30 AM

Puan Heng Seai Kie

Berikan senarai itu untuk membuktikan bahawa Yang Berhormat telah benar-benar memberikan perkhidmatan ini kepada pengundi di Batu Gajah. Oleh kerana untuk makluman Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, sana tidak buat kerja, dia cabar saya pula.

final • 11:30 AM

Puan Heng Seai Kie

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, semasa saya membuat lawatan ke Batu Gajah, saya telah dimaklumkan oleh pegawai JKM saya di sana bahawa kebanyakan kes yang telah dirujuk kepada JKM di peringkat negeri Perak adalah daripada wakil rakyat daripada Barisan Nasional. [Tepuk] Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini main politik dengan saya. Isu bantuan untuk orang miskin, mahu main-main politik dengan saya ya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat. Setakat itulah sesi soal jawab untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 27 Oktober 2010.”

final • 11:33 AM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:33 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”

final • 11:33 AM

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan- tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan

final • 11:33 AM

tujuh dan lapan senarai tersebut.” - 25 Oktober 2010] Timbalan Yang di-Pertu

Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:33 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi keizinan kepada saya untuk menyambung perbahasan. walaupun kelihatan saya seolah-olah saya pembahas kedua atau ketiga setelah Yang Berhormat Batu Gajah. Walaupun dalam sesi soal jawab lisan bunyinya macam perbahasan keras. Yang Berhormat Batu gajah bukalah sedikit fikiran itu bagi peluang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk laksana tugas.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut tentang bagaimana Bajet 2011 semalam yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan selaku Perdana Menteri adalah merupakan bajet yang benar-benar mendapat maklum balas daripada kumpulan-kumpulan sasaran dalam kumpulan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan dan produk daripada kerajaan secara cekap dan berkesan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan juga meletakkan kualiti sebagai perkara utama. Quality is paramount.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, apabila menyebut tentang kualiti saya mengaitkan antara satu cara hidup kita di Malaysia ini ialah apabila kita berada di jalan raya. Di jalan raya ini sebenarnya mempamerkan sebenarnya cara hidup sesebuah masyarakat. Saya mengaitkan dengan sebuah kejadian kemalangan pada satu tarikh yang benar-benar kita boleh ingat sampai bila-bila iaitu pada 10.10.2010 atau 10.10.10 menjadi tarikh yang boleh menjadi igauan ngeri kepada kita semua rakyat Malaysia.

Satu kemalangan yang melibatkan sebuah bas dalam perjalanan daripada Melaka Negeri Maju 2010, sebuah Bandar Raya Warisan Dunia, Bandar Bersejarah, membawa lebih kurang 38 penumpang ke Kuala Lumpur yang telah terlibat dengan satu kemalangan yang tidak pernah kita harapkan yang telah meragut 13 nyawa pada akhirnya. Di peringkat awal 12 nyawa kemudian

final • 11:33 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

meninggal satu lagi yang telah menyebabkan negara kehilangan 13 jiwa yang telah menyebabkan kecederaan kepada lebih 30 penumpang serta melibatkan dua buah kereta, dua buah van dan juga lebih 25,000 kenderaan yang dalam perjalanan sama ada dari Melaka ke Kuala Lumpur atau sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, kemalangan ini sebenarnya telah menyumbang kepada satu angka yang saya lihat tidak ada satu penambahbaikan. Kalau dilihat statistik perangkaan kemalangan jalan raya di negara kita dari tahun 2000 hingga ke tahun 2009 Tuan Yang di-Pertua, suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini ia berkisar di antara 5,000 ke 6,500 angka kemalangan maut.

final • 11:33 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 11:33 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sekejap ini statistik Yang Berhormat Ledang. Habis statistik ini Yang Berhormat Ledang bangun dan saya percaya tajuk ini juga menggamit Ahli-ahli Dewan untuk sama menyumbang buah fikiran dan idea ke arah satu cara hidup yang selamat kepada kita semua di jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2000 - 5,440 kemalangan maut daripada jumlah kemalangan pada tahun tersebut 42,285. Kita mengharapkan dengan tindakan-tindakan yang telah digariskan oleh kerajaan yang mempunyai pencapaian-pencapaian utama mereka, yang mempunyai Bidang Keberhasilan Utama Kerajaan (NKRA) ke arah pengurangan jumlah ini.

Malangnya Tuan Yang di-Pertua, dukacita dimaklumkan angka itu berkisar di kalangan 5,200 dan pada tahun 2009 the death toll angka kematian di jalan raya telah meningkat kepada 6,218 jiwa yang menyumbang kepada jumlah kemalangan yang berkurangan. Jumlah kemalangan parah, ringan kesemuanya 25,268. Akan tetapi di sini kita mengambil kira jumlah kematian di jalan raya Tuan Yang di- Pertua. Silakan Yang Berhormat Ledang.

final • 11:33 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Minta maaf ya belum dapat izin lagi. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya sangat tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Tangga Batu kerana ia menjurus kepada yang berlaku pada masa ini di depan mata kita sendiri. Jadi pertamanya Yang Berhormat Tangga Batu adakah Yang Berhormat Tangga Batu setuju kalau boleh laporan terperinci tentang kemalangan di kilometer 233 itu pada 10.10.10 dibentangkan di Parlimen. Oleh kerana itu adalah yang terburuk dalam tempoh kalau tidak salah saya 10 tahun, yang melibatkan 13 jiwa dan yang cedera pun ramai tadi. Kita hendakkan laporan terperinci Yang Berhormat Tangga Batu, adakah setuju?

Kedua Yang Berhormat Tangga batu, adakah Yang Berhormat Tangga Batu setuju supaya satu kajian sikap dibuat oleh pihak MIROS ke atas seluruh rakyat Malaysia pada masa kini. Mengapa? Sejak akhir-akhir ini sesiapa pun yang memegang steering kenderaan ingin membawa laju termasuklah mereka yang ada kenderaan mewah, lebih-lebih lagi yang ada four wheel drive. Merekalah raja di jalan raya.

Ketiga ialah, Yang Berhormat Tangga Batu telah sebut tentang angka- angka yang menjurus kepada jumlah kemalangan tinggi. Saya hendak fokus kalau boleh Yang Berhormat Tangga Batu ulas sedikit tentang pengajaran di peringkat sekolah lagi. Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita hendak mengajar mereka sedangkan kita lihat sendiri, kita saksikan Yang Berhormat Tangga Batu daripada kanak-kanak lagi, daripada peringkat sekolah lagi mereka kita sudah didik menunggang, memandu kenderaan atau motosikal tanpa lesen. Memandu motosikal tanpa lesen kita galakkan, kita biarkan. Kalau mereka telah dibiarkan ataupun seolah-olah macam dihalalkan memandu kenderaan motosikal tanpa

final • 11:33 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

lesen bagaimana mereka hendak menghormati undang-undang selepas mereka keluar daripada sekolah. Itu persoalan saya Yang Berhormat Tangga Batu.

Sekian, terima kasih.

final • 11:33 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang Berhormat Tangga Batu, boleh sambung pertanyaan saya? Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Tangga Batu...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkas-ringkas soalan Yang Berhormat. Kesian tengok Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:40 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Ini ringkas Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa habis ditanya orang sahaja.

final • 11:40 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Saya tidak pandai hendak panjang- panjang. Isunya Tuan Yang di-Pertua ialah soal yang dibangkitkan Yang Berhormat Tangga Batu, soal laju dan sikap. Selalunya denda yang kita kenakan pada rakyat kita ialah kompaun dengan kewangan. Mungkin orang Malaysia ini kaya dan banyak duit. Dia tidak takut hendak membayar denda. Apakah Yang Berhormat Tangga Batu hendak mencadangkan kepada kerajaan, mana-mana yang melibatkan kelajuan dan melibatkan kemalangan jiwa yang melampau, terus kita ambil lesen serta-merta. Apa pandangan Yang Berhormat Tangga Batu?

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak boleh hendak menghalang kerana saya sudah terlepas cakap menggamit Ahli Parlimen yang mempunyai idea dan buah fikiran untuk menyampaikan di Dewan ini tetapi Tuan Yang di-Pertua pun senyum, saya pun senyum. Terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat Ledang, sebenarnya kemalangan jalan raya yang meragut 13 jiwa pada 10/10/2010 itu adalah tidak kurang hebatnya kerana satu kemalangan jalan raya ngeri telah berlaku di Merapoh, yang melibatkan dua bas dengan 20 jiwa. Kita kehilangan 20 jiwa pada tiga tahun sebelum itu pada 13 Ogos 2007. Jadi, kita tidak nampak ada satu penambahbaikan tentang kesedaran yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol dan juga Yang Berhormat Ledang tadi, sudah menyebut pun tentang sikap. Jadi, bila kita sebut sikap ini nampaknya kita terus kepada punca masalah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sedangkan sebelum kita menjurus kepada masalah sikap tadi, sikap itu lebih kepada budaya. Budaya ini kalau kita boleh terjemahkan dalam istilah yang mudah ialah cara kita bekerja di sini. Ways of getting the work done around here Tuan Yang di-Pertua, minta maaf dengan izin. Jadi, apabila kita bercakap tentang budaya, ia memerlukan satu proses yang panjang.

Saya bukan hendak mengampu rakyat, penduduk di negeri Sarawak Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, saya melihat di antara cara pemanduan yang berhemah ialah apabila saya berada di negeri Sarawak. Apabila saya memandu kereta dari Bandar Kuching ke kawasan Tuan Yang di-Pertua di Santubong, di kawasan desa budaya, saya mendapati pemandu di Sarawak dia ada leisure, cara memandu itu amat tertib dan ini bukan hendak mengampu. Akan tetapi, saya dapat melihat keadaan demikian. Ini saya percaya adalah hasil daripada turun temurun, dari datuk kepada anak dan kepada cucu menasihatkan mereka supaya berhati-hati di jalan raya.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya tidak ada angka untuk negeri Sarawak, tetapi saya percaya kemalangan maut di negeri Sarawak adalah antara yang paling kurang di dalam perangkaan kemalangan maut di negara kita. Kita pun yang biasa bawa kereta dengan rakus ini akan merasakan seolah-olah “Apa ini orang Sarawak, tidak ada masa hendak kejarkah?” Rupa-rupanya orang Sarawak ini mempunyai kaedah pengurusan masa yang cekap dan berkesan. Bukan hendak tambah masa, tidak Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu kenyataan yang saya asaskan kepada pemerhatian dan pengalaman saya apabila berada di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, ...

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sila Yang Berhormat Ledang, tidak mengapa. Saya ingat masa Yang Berhormat berbahas pun saya banyak mencelah.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu dan Tuan Yang di-Pertua. Saya memang puji orang Sarawaklah.

Memang pengalaman saya di Sarawak pun begitulah keadaannya. Kesabaran lebih daripada di tempat-tempat lain.

Saya hendak bawa satu lagi situasi Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tangga Batu, iaitu kalau kita membawa kenderaan atau memandu kenderaan misalnya di Scotland di Glasgow, di Aberdeen dan di Edinburgh. Di sana, mungkin Yang Berhormat Tangga Batu maklum hal ini, kita boleh baca peta jalan di traffic light. Tidak ada orang pun bunyi hon. Di sana, bunyi hon memang tidak ada.

Kita boleh baca peta di traffic light dengan mengambil masa dan orang belakang tidak ada masalah, dia boleh potong kita dan dia tidak hon pun.

Kemudian, di sana memang payah bunyi hon, kesabaran diri itu tinggi. Katakanlah Yang Berhormat Tangga Batu, kalau kita dengar bunyi hon di sana, tengok siapa?

Orang Asia. Orang Asia yang memandu kenderaan di sana itulah yang bunyi hon.

Orang Malaysia, orang negara Pakistan dan sebagainya. Jadi, tadi Yang Berhormat Tangga Batu menyebut tentang sikap, pengurusan masa dan sebagainya, mungkin ini kita boleh jadikan contoh. Di Sarawak dan juga tadi di Edinburgh, Scotland dan di Aberdeen. Mungkin kita boleh apply. Walaupun makan masa yang panjang bermula daripada sekolah seperti yang saya sebutkan tadi.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya tidak pasti Tuan Yang di-Pertua sama ada saya mencelah ataupun saya berbahas.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jam ini berjalan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya tahu Tuan Yang di-Pertua. Apa pun ini satu topik yang penting. Saya kira elok saya terus kepada menyarankan kepada pihak kerajaan. Apabila kita menyebut tentang sikap, saya hendak menyebut tentang apakah proses yang kerajaan ada pada ketika ini melalui engineering atau kejuruteraannya, sistem education atau pendidikannya dan sistem penguatkuasaannya atau enforcement. Ini pernah disebutkan di Parlimen oleh ramai Ahli Parlimen iaitu bagaimana pendekatan 3E ini, Education, Engineering and Enforcement dengan izin Tuan Yang di-Pertua, boleh membawa

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

atau menjurus kepada sikap kita dalam memandu kereta ketika berada di jalan raya.

Untuk pihak kerajaan, saya suka menyarankan supaya sistem engineering atau kejuruteraan yang ada itu perlulah ke arah membentuk budaya pemanduan cemerlang. Sistem yang ada itu mestilah berupaya untuk membentuk satu sikap pemanduan cemerlang yang konsisten. Tidak kira sama ada ia ada pihak pengawal jalan raya, trafik lalu lintas dan sebagainya ataupun ketika pemandu itu berada seorang diri ketika memandu kereta.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita hendak lihat sistem jalan raya kita ini, adakah ia mengundang kepada pemanduan yang tidak berhemah ini yang membawa kepada kemalangan yang berat-berat. Kita hendak tengok umpamanya lebuh raya dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, bagaimana apabila dahulu ketika ia lebuh raya dua lorong, kemalangan berlaku dilihat amat berkurangan. Pada ketika ini apabila ia sudah ditambah kepada tiga lorong – ya benar, ia memberi laluan yang lebih lebar kepada pengguna-pengguna jalan raya.

Namun, sedar atau tidak ia telah menyumbang kepada kemalangan-kemalangan ngeri yang lebih hebat, yang meragut ramai nyawa.

Tuan Yang di-Pertua, sedar atau tidak kalau kita bawa kereta dari Simpang Ampat ke tol Sungai Besi, kita akan dapat rasai bila kita berada di kelajuan 120 hingga 130 kilometer per hour yang telah pun melanggar traffic ordinance atau ordinan jalan raya, kita dapat rasakan yang kereta kita ini seolah- olah berada di jalan yang berliku-liku, ia bergetar Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, tidak di lorong yang kedua dan pertama. Kita tahu lorong yang kedua dan pertama itu dibina 20 tahun dahulu oleh sebuah syarikat daripada luar negara.

Hari ini apabila ia ditambah kepada tiga lorong, lorong yang ketiga ini telah menyebabkan pemandu akan berada dalam keadaan tidak stabil, lebih-lebih lagi kenderaan yang melebihi satu tan, yang membawa ramai penumpang dan beban yang lebih banyak.

Ini sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan yang ngeri ini.

Jikalau diikutkan daripada laporan yang kita terima, kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian 13 jiwa. Saya sebutkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana saya hendak juga panjangkan takziah kerana tiga orang daripada penumpang yang berada di atas bas termasuklah pemandunya datang daripada Parlimen Tangga Batu dan kebetulan seorang datangnya dari cawangan Klebang Kecil, Pokok Mangga di kampung saya.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku pada ketika itu daripada mangsa- mangsa yang masih lagi hidup dan memberikan komen mereka, bas tersebut dipandu dalam keadaan yang terlalu laju, melebihi had yang dibenarkan oleh kerajaan iaitu 90 kilometer per hour. Di sini Tuan Yang di-Pertua, kita semua mengalami satu tanda tanya yang besar. Mengapa kereta-kereta kami yang kecil cc nya, yang tidak kuat upayanya boleh dihadkan oleh pengeluar pada 120 kilometer per hour? Apabila kita tekan minyak accelerator kereta itu sampai ke satu titik, ia akan berhenti di 120 kilometer per hour.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya menyarankan supaya semua bas penumpang yang dibawa ke negara ini, yang diberikan permit untuk membawa penumpang-penumpang dihadkan speednya hanya pada 90 kilometer per hour. Putus, sampai sana cut off.

Sampai 90 ia tidak boleh pergi lebih daripada 90 kilometer per hour. Saya percaya tindakan ini tidak disukai oleh pengeluar-pengeluar bas, tidak disukai oleh pengusaha-pengusaha pengangkutan.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Akan tetapi bayangkan, apalah maknanya jika kita memperoleh keuntungan yang sedikit berbanding dengan 13 nyawa yang telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Saya percaya juga kementerian boleh melakukan perkara ini dan saya pasti speed kelajuan 90 kilometer per hour itu tidak cukup kuat. Kalau berlaku kemalangan yang serupa, ia tidak boleh menjadi sebab kepada bas Delima yang tingginya lebih kurang 16 kaki, yang pusat gravitinya lebih tinggi daripada bas-bas biasa akan melayang menyeberangi highway sebelah sana bertembung dengan empat buah kenderaan di sebelah sana. Ini menunjukkan yang bas tersebut tidak mempunyai speed limiter, pengehad kepada kelajuan dan memandu dalam keadaan yang laju dan telah disahkan oleh laporan Bahagian Keselamatan Jalan Raya semalam Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya. Sila.

final • 11:50 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya amat setuju dengan saranan Yang Berhormat bahawa sepatutnya kerajaan melalui kementerian yang berkaitan melakukan sesuatu terutamanya dalam mengehadkan kelajuan bas-bas ekspres ini. Bukannya seperti yang dijawab Yang Berhormat Menteri pagi tadi bahawa kata walau apa pun kita buat, tetapi yang utamanya, yang akhirnya akan kembali kepada pemandu. Ya betul, individu itu bertanggungjawab apabila beliau memandu bas itu.

Akan tetapi, saya rasa pihak kerajaan sepatutnya ada kuasa dan perlu ada keinginan politik untuk melakukan langkah-langkah ini untuk menjamin keselamatan pengguna-pengguna jalan raya. Ini kerana sudah terlalu banyak kali kemalangan-kemalangan yang melibatkan bas-bas ekspres. Kita telah lihat, dengar banyak cadangan-cadangan termasuk speed limit ini yang pernah dicadangkan. Akan tetapi nampaknya tidak ada tindakan daripada pihak kerajaan, tindakan susulan untuk memastikan bahawa cadangan-cadangan ini direalisasikan, dilaksanakan.

Jadi, saya rasa walaupun saya amat setuju dengan cadangan dan saranan Yang Berhormat, tetapi yang paling utamanya ialah tindakan daripada pihak kerajaan bagaimana untuk melaksanakan cadangan-cadangan ini. Saya rasa itu yang paling penting. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh sekali gus kah? Sedikit.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Okey.

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tidak sampai satu minit. Saya rasa ini penting Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.

Cadangan Yang Berhormat Tangga Batu untuk menetapkan had laju itu, 90 kilometer per hour itu, ia cut off di situ, itu satu cadangan yang baik. Saya rasa ini perlu disokong. Saya bimbang Yang Berhormat Tangga Batu hanya mencadangkan seorang, tidak ada yang menyokong.

Soal penguatkuasaan itu, itu kita serahkan kepada kerajaan. Akan tetapi saya percaya kepada 3E tadi iaitu engineering. Ini adalah sebahagian daripada engineering selain daripada tadi yang disebut education dan juga enforcement.

Saya rasa kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, enforcement ini kadang-kadang tidak menjadi. Jadi kita berbalik kepada sistem seperti yang dicadangkan Yang Berhormat Tangga Batu dan saya amat bersetuju. Jangan kerajaan atau siapa

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

sahaja akur ataupun lemah dengan desakan daripada pengusaha-pengusaha bas.

Memang mereka hendak untung tetapi mana lebih penting? Nyawa manusia ataupun pengusaha-pengusaha bas yang ingin mengaut keuntungan yang berlebihan. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dapat lihat bahawa rakan-rakan bersetuju bahawa antara perkara yang boleh membentuk budaya kita ketika berada di jalan raya ialah sistem seperti penguatkuasaan undang-undang, sistem yang dikeluarkan pengeluar mengehadkan limit dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, biarlah saya hanya membacakan supaya saya dapat capai matlamat saya untuk berbahas. Pertama, kerajaan perlu bersama- sama dengan seluruh kumpulan sistem masyarakat termasuk kementerian- kementerian dan agensi kerajaan yang lain untuk memantapkan lagi pendidikan keselamatan kepada rakyat bermula daripada generasi muda termasuk di bangku sekolah.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, tingkatlah kesedaran melalui kempen- kempen berterusan bukannya bermusim, bukannya hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada kepimpinan negara.

Ketiga, penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan perlu dilakukan. Di dalam cara kita menguatkuasakan undang-undang ini, perlulah mempunyai strategi yang tepat dan kena pada tempatnya. Umpamanya, kita mempunyai toll gate yang boleh memberitahu kita berapakah kelajuan yang telah digunakan oleh pemandu-pemandu untuk sampai ke destinasi mereka. Aplikasi alat speed limiter bagi kenderaan-kenderaan berat yang melebihi satu tan yang tidak membawa kenderaan melebihi had dibenarkan. Memasang lebih banyak kamera-kamera perangkap kelajuan yang boleh mengesan cara pemanduan pengguna-pengguna di jalan raya. Apakah yang berlaku kepada pemasangan kotak hitam? Apakah laporan-laporan dari kotak hitam itu memberikan satu hukuman yang deterrent kepada pengguna-pengguna jalan raya yang telah menggunakan jalan raya dengan cara yang tidak berhemah.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, untuk tajuk ini dahulu. Jabatan Kerja Raya perlu memikirkan secara berterusan dan konsisten sama ada konsep pembinaan jalan raya yang diguna pakai selama ini sesuai atau tidak untuk kenderaan-kenderaan dan juga pengguna-pengguna jalan raya di Malaysia atau sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang perlu kita berikan perhatian ialah baru-baru ini kita dapat melihat banyak kemalangan-kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan kenderaan terbakar secara segera dan penggunanya tidak dapat diselamatkan. Saya pohon kepada pihak kementerian untuk mengkaji penggunaan minyak RON95 yang ditukarkan daripada RON92. Adakah unsur- unsur di dalam minyak ini telah menyebabkan kadar kebolehbakaran lebih tinggi daripada minyak yang lama? Saya khuatir jika kadar kebolehbakaran yang lebih tinggi, maka berlaku kebocoran yang kecil, kemalangan yang kecil akan menyebabkan kenderaan-kenderaan terbakar lebih-lebih lagi jika ia disumbangkan oleh litar pintas.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sedikit.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Silakan. Saya ingat elok Yang Berhormat Arau tutupkan sahaja tentang kisah...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ada tiga minit Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Boleh. Tiga minit cukup untuk saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya akan cepatkan. Apabila Yang Berhormat bangkitkan soal RON95 yang mungkin menyebabkan berlakunya kebakaran.

Minggu lepas telah berlaku satu kemalangan ngeri, satu keluarga yang baru menghadiri kenduri daripada Ipoh, Perak dan kemalangan masih berlaku di tempat yang sama di 301. Mengikut keterangan saksi, apabila dia sampai ke tempat kejadian ketika kenderaan tengah terbakar, makna semua mangsa masih hidup tetapi dia hanya berjaya menolong seorang sahaja daripada jumlah lima mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Jadi, tidakkah kajian terperinci dibuat di tempat, lokasi yang sama yang sering berlaku kemalangan dan perkara-perkara yang menyebabkan mudah terbakar seperti mana Yang Berhormat bangkitkan tadi yang perlu ada satu kajian terperinci dan saintifik yang boleh kita lakukan terutamanya kita ada semua prasarana yang membolehkan kita membuat kajian dan keputusan dengan kadar yang segera supaya tindakan dapat diambil dalam usaha membendung keadaan yang begitu buruk ini.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar celahan Yang Berhormat Arau dan saya sendiri telah melihat bagaimana bahagian keselamatan jalan raya di peringkat persekutuan dan juga peringkat negeri mempunyai satu pasukan forensik yang benar-benar boleh mengkaji atas sebab-sebab berlakunya kemalangan. Akan tetapi yang lebih penting daripada itu ialah what next? Apakah selepas itu? Apakah tindakan yang diambil boleh menyebabkan kemalangan itu tidak berlaku pada tempat yang sama.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya sarankan kepada pihak Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian Pengangkutan untuk melihat, mengkaji secara terperinci, jika ia berlaku dua kali di tempat yang sama dan meragut bilangan nyawa yang sama, saya kira ia adalah kesalahan yang tidak boleh kita maafkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Melaka yang pada 20 Oktober 2010, jam 2010 tahun 2010 telah pun diisytiharkan sebagai sebuah negeri maju yang telah menepati dan mengikut kehendak-kehendak the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). Itu sebablah saya mengucap terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengambil peluang ini untuk mengisytiharkan Melaka sebagai sebuah negeri maju dan telah menepati kehendak syarat-syarat yang telah disyaratkan oleh OECD.

Di sana terdapat satu perkara yang perlu kita berikan perhatian iaitu selaras dengan Melaka sebagai sebuah negeri maju, kerajaan negeri telah pun berangkat ke atas satu lagi kaedah iaitu bagaimana untuk membawa Melaka sebagai sebuah negeri yang kesedaran terhadap kepentingan teknologi hijau yang tinggi.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jadi, suka saya mengingatkan kepada rakan-rakan kita pada peringkat Kerajaan Persekutuan supaya hari ini kita seharusnya berada di satu kedudukan yang mana kita mengetahui di manakah tahap kesedaran masyarakat di negara ini tentang kepentingan teknologi hijau ini. Ada antara kita yang mungkin apabila ditanya tentang teknologi hijau hanya memikirkan warna hijau dan sebagainya, tetapi ia lebih daripada itu sebenarnya ke arah pembentukan budaya membangun dan dalam kita membangun kita juga mengekalkan suasana yang mapan.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang saya suka panjangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kerajaan Malaysia ialah mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kerana pada kali ini Parlimen Tangga Batu telah pun dimasukkan di dalam senarai peruntukan untuk menerima satu projek mega berjumlah RM3 bilion iaitu projek ‘digasifikasi’ yang akan berlaku di Sungai Udang di dalam Parlimen Tangga Batu. Harapan saya sebagai Ahli Parlimen di sana ialah supaya limpahan pada kemakmuran ini RM3 bilion amatlah besar supaya diambil kira kepentingan pembangunan politik, ekonomi dan sosial penduduk setempat di kawasan Sungai Udang dan kawasan di sekitarnya. Tangga Batu akan dikenali sebagai kawasan yang akan mencairkan gas-gas beku ini ke tahap suhu bilik ataupun suhu lautan dan kemudian gas-gas ini akan dieksport dan dihantar kepada pengguna-pengguna di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana sentiasa senyum dan memberikan sokongan kepada saya wallahualam. Sekian, dengan ini saya menyokong.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya berminat dengan subjek Yang Berhormat bahaskan itu; keselamatan jalan raya. Saya menjemput Yang Berhormat Seremban.

final • 12:00 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya mengambil bahagian dalam ucapan bajet. Pertama, saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua untuk satu point of law yang mana saya sudah bacakan ucapan teks daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Semua undang-undang mengikut daripada segi undang-undang, “All laws are prospective in nature”, iaitu arah di hadapan, tidak ada undang-undang retrospective in nature atau arah di belakang.

Akan tetapi, saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua dua contoh daripada teks ucapan iaitu di muka surat 48 yang dikatakan, commencements, dengan izin effective date ialah daripada tahun 2011. Ini prospective in nature dan saya sokong apa yang dikatakan di sini. Lagi satu contoh ialah di muka surat 53, effective date, dengan izin year assessment 2011 until year assessment 2012.

Saya sokong ini. Akan tetapi, saya tidak menyokong apa yang ditulis di muka surat 60 dan muka surat 62 sebab mengikut di muka surat 60, effective date ialah pukul 4, 15 Oktober pada tahun ini dan di muka surat 62, effective date ialah 18 Oktober.

Alasan saya ialah sebab bill ini belum diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dan boleh didebate dan diluluskan. Oleh sebab itu, apa yang dikatakan di muka surat 60 dan di muka surat 62, tidak betul daripada segi undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka memberikan contoh sedikit di bawah satu point, di bawah Ministry of Tourism. Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di- Pertua pada muka surat 14, yang mana statistik daripada United Nations yang

final • 12:01 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

dikatakan untuk tourist yang datang kepada setiap negara the number of visitors, tourists, melawat negara-negara. Mengikut statistik daripada United Nations, kita berada di tangga kesembilan dalam dunia ini. Itu saya alu-alukan. We are number nine in the world. Jikalau kita bacakan muka surat lain, apa yang dikatakan revenue yang kita dapat melalui tourism ialah RM53 bilion. Ini saya sokong.

Pada sesi yang dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya ada bertanyakan satu soalan berkenaan dengan announcements dibuat di KLIA. Semua Ahli Yang Berhormat di sini tahu pada masa ini announcements dibuat di KLIA ialah dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Mengikut jawapan daripada Menteri yang berkenaan, kita ada setengah juta orang pelawat (tourist) dari India. Banyak orang datang dalam kawasan saya ada membangkitkan isu ini.

Dia mengatakan - orang India juga, oleh sebab kita ada setengah juta orang India, saya mencadangkan kepada kerajaan selain daripada announcements dibuat dalam bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, saya mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan announcements dibuat dalam bahasa Tamil. Ini bukan saya bangkitkan sebab saya sebagai seorang India, bukan itu. Cadangan ini saya buat kepada ministry yang berkenaan untuk tambahkan lebih bilangan tourist dari India dan beri lebih revenue kepada kerajaan kita.

Di muka surat 23, iaitu ada cadangan untuk membelanjakan RM213 juta untuk membawa guru-guru untuk mengajar Bahasa Inggeris dalam negara kita.

Point of principles, saya sokong tetapi ada satu atau dua hal saya tidak sokong sebab dalam Malaysia, dalam negara kita, kita ada ramai guru retired teachers dan kita ada daripada dalam negara kita, we have a lot of expert teachers, expert in the teaching of English, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, saya tidak faham rasional ini untuk mengimport untuk guru-guru English dari England dan Australia. Kita akan gunakan apa yang kita ada. We have to use local products. Ada ramai guru yang mengajar dalam tuition centre, ada ramai guru yang diberikan tuisyen dalam Bahasa Inggeris. Kita boleh jimatkan banyak wang dan masa kalau kita gunakan retired teachers dalam negara kita.

final • 12:01 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 12:01 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Oleh sebab itu, saya harap kerajaan, ministry yang berkenaan...

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sungai Petani bangun, Yang Berhormat.

final • 12:01 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Setujukah Yang Berhormat Seremban kalau saya katakan bahawa baru-baru ini diumumkan ribuan pelajar kita yang belajar di luar negara khususnya yang belajar di negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, tidak mempunyai kerja? Saya yakin, mereka yang belajar di luar negara dengan menggunakan bahasa Inggeris, lancar berbahasa Inggeris. Mengapakah tidak kerajaan mengambil mereka untuk dilatih menjadi guru-guru dan memberikan peruntukan tambahan di maktab-maktab perguruan bahasa agar kekurangan guru-guru dalam Bahasa Inggeris ini dapat diselesaikan. Setujukan Yang Berhormat Seremban dengan pandangan saya?

final • 12:01 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih.

final • 12:01 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Yang Berhormat Seremban, boleh beri laluan juga? Terima kasih. Saya sebenarnya hendak menyambung apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi.

final • 12:01 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Sememangnya saya pun bersetuju dengan apa yang dikata Yang Berhormat Sungai Petani tadi tetapi Yang Berhormat Seremban kena - saya hendak bertanya juga, adakah Yang Berhormat Seremban juga bersetuju ramai graduan kita dari luar negara, mungkin bunyi bercakap mungkin hebat tetapi apabila betul-betul kalau kita menilai grammar mereka dengan izin, ramai yang masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris secara formal dengan betul. Jadi mungkin Yang Berhormat Seremban boleh memberi komen di sini kerana kita takut juga kalau kita ambil sahaja yang graduan dari luar negara yang berada di Malaysia ini tetapi tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan secara formal yang betul, ia juga boleh merosakkan sistem pengajaran bahasa Inggeris di negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Seremban.

final • 12:10 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Batang Sadong. Saya sokong apa yang dikatakan oleh dua-dua Yang Berhormat tadi dan saya tambah satu point iaitu jikalau kita dapat guru-guru daripada Australia dan England, kadang-kadang accent digunakan oleh foreign teachers seperti Australia dan England bukanlah serupa daripada guru-guru experts in English dalam negara kita. Itu satu point. Saya harap kita boleh gunakan local products seperti yang dibangkitkan oleh kerajaan banyak kali, selain daripada kita akan gunakan foreign products.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya ada dapat arahan daripada constituent saya, banyak constituent saya untuk bangkitkan satu isu di kawasan saya di Nilai. Seperti yang semua Ahli Parlimen tahu, Yang Berhormat tahu, Nilai ialah satu pekan lebih kurang 30 kilometer daripada Kuala Lumpur dan ialah satu up and coming educational hub dengan izin. Kita ada banyak university dan college di Nilai seperti Nilai College, INTI College dan Islamic University College.

Ini tempat ialah satu industrial hub juga, ada banyak kilang-kilang besar seperti kilang Walong, TGK dan seperti An Joo yang ada ribu-ribu pekerja bekerja di kilang-kilang ini. Population pun sudah bertambah tetapi satu masalah yang besar di Nilai, saya dapat banyak aduan daripada constituents, pengundi-pengundi saya, dikatakan satu masalah ialah tidak ada hospital besar di Nilai. Kita perlukan satu hospital besar mengikut pengundi-pengundi daripada kawasan Nilai.

Oleh sebab itu sekarang kalau kita mahu pergi satu hospital, biggest hospital ialah Hospital Tuanku Jaafar di pekan Seremban. Apabila ada satu emergency sangat susah untuk orang mahu cari satu hospital yang dekat. Oleh sebab itu saya buat cadangan dan saya merayu kepada ministry yang berkenaan untuk timbang untuk buat satu hospital besar dalam pekan Nilai.

Saya akan sentuh sedikit di atas isu-isu berkenaan dengan MACC. Jikalau kita baca akta baru iaitu Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009, mengikut seksyen 62 dikatakan orang kena tuduh (OKT) di bawah undang-undang ini mesti memberikan satu statement of defence walaupun ini satu criminal case.

Mengikut seksyen ini OKT mesti berikan satu statement of defence secara bertulis macam civil case kepada DPP sebelum satu bicara dimulakan. Akan tetapi baru- baru ini Yang Arif di Mahkamah Tinggi di Seremban 2, ada buat keputusan iaitu Yang Arif Datuk Haji Ahmad Nasfy bin Haji Yassin ada buat satu keputusan di Mahkamah Tinggi dalam satu kes Ahmad Kamal bin Ahmad Abbas lawan Public Prosecutor di mana mahkamah yang mulia sudah overrule seksyen 62 dan declare that the seksyen 62 mengikut segi undang-undang is invalid in law sebab seksyen ini langgar artikel 5, artikel 6 dan artikel 7 dalam Federal Constitution.

final • 12:10 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Oleh sebab kes ini dalam Mahkamah Tinggi Seremban, saya merayu kepada pihak yang berkenaan iaitu MACC untuk semak balik seksyen ini dan buat pindaan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, pada tahun dulu YAB ada katakan dalam blog beliau, Malaysia hilang RM100 juta setahun. Negara kita hilang RM100 juta setahun oleh sebab kes-kes korupsi dan rasuah semua Ahli-ahli Yang Berhormat tahu ialah satu isu yang besar dalam negara kita. Pada tahun dulu, pada Bajet 2010 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada katakan dalam bajet tahun dulu kita akan buat mahkamah khas di seluruh negara kita, ini point saya alu-alukan. Akan tetapi dalam kawasan saya Seremban, di Mahkamah Seremban saya belum tengok apa-apa mahkamah khas untuk kes-kes rasuah. Di Seremban belum dijalankan tetapi untuk negeri-negeri lain saya belum tahu.

Saya akan sentuh sedikit berkenaan dengan gaji dibayar kepada hakim- hakim di mahkamah-mahkamah. Seperti ada saya katakan dahulu RM30,000 satu bulan gaji dibayar kepada Hakim-hakim High Court saya sokong, saya tidak ada bantahan. Akan tetapi ada satu ruang yang besar berkenaan gaji dibayar kepada Hakim Mahkamah Sesyen, di mana walaupun kita sudah buat pindaan kepada Subordinate Courts Act pada sesi dulu, kes-kes yang difailkan dalam Mahkamah Sesyen boleh difailkan sehingga RM1 juta selepas pindaan dan kes-kes di Mahkamah Sesyen sudah bertambah sebab bidang kuasa sudah naik.

Oleh sebab itu hakim-hakim di Mahkamah Sesyen masa ini dapat RM7,000 sehingga RM9,000 sahaja. Saya merayu kepada jabatan yang berkenaan untuk semak balik gaji untuk Hakim Sessions Court sebab ruang yang besar di antara gaji dibayar kepada Hakim Sessions Court dan hakim di Mahkamah Tinggi. Saya harap gaji untuk support staff - court interpreter

(jurubahasa) akan disemak balik. Mengikut segi undang-undang masa ini kita akan berikan lebih clout kepada MACC.

Kalau kita bacakan Artikel 145(3) - Perlembagaan Malaysia, bidang kuasa untuk prosecute, tuduh orang dalam mahkamah ialah di dalam tangan Attorney General - Peguam Negara. Masa ini MACC boleh siasat sahaja kes-kes tetapi bidang kuasa untuk tuduh orang ialah dalam tangan Peguam Negara. Saya minta ministry yang berkenaan untuk buat pindaan dimana bukan sahaja MACC boleh siasat tetapi beri kuasa kepada MACC untuk tuduh orang dalam mahkamah.

final • 12:10 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Saya dapat banyak aduan daripada pengundi-pengundi dalam kawasan saya yang ramai orang India. Satu point ialah di masa sekarang, semua penjara dari Johor Bahru sehingga Penang, kalau kita tengok orang-orang dalam penjara, 45% orang dalam penjara adalah orang India. Inilah satu isu yang besar. Ramai orang India dalam negara kita ada I/C merah. Jabatan yang berkenaan belum selesaikan isu ini. School dropouts pun ramai daripada committee orang India.

Ada ramai orang India tidak ada sijil beranak dan ada ramai orang India tidak ada employment yang besar. Saya harap jabatan yang berkenaan boleh semak balik isu ini dan ambil tindakan yang sesuai.

Semua Ahli Yang Berhormat di sini ada baca surat khabar dan tahu apa yang telah terjadi kepada Allahyarhamah Datuk Sosilawati. Saya bukan mahu ulang tetapi saya mahu tanya berkenaan dengan kes Datuk Sosilawati, kenapa setakat hari ini – walaupun sudah dua bulan, tidak ada apa-apa jawapan daripada Jabatan Kimia berkenaan dengan DNA test? What is the problem? What is the delay dengan izin? Lain-lain kes kita boleh dapat laporan DNA dengan cepat tetapi ini sudah dua bulan dan ramai orang tidak puas hati. Walaupun banyak laporan polis dibuat terhadap dua peguam, kenapa tidak ada tindakan diambil dengan

final • 12:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

segera? Kita tidak kira – ini bukan satu isu bangsa. Kalau ada orang membunuh di bawah 302, kita akan gantung dia mengikut undang-undang, mengikut apa yang dikatakan oleh mahkamah tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Pada saya, saya tidak puas hati sebab banyak kes bunuh dalam Malaysia, dalam negara kita belum disiasat dan orang belum dituduh di mahkamah. Saya suka beri contoh kepada Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 1969, IGP kita Allahyarham Abdul Rahman ditembak di Kuala Lumpur. Akan tetapi sekarang selepas 40 tahun, tidak ada sesiapapun dituduh di mahkamah.

Pada tahun lebih kurang ‘1975’, ‘Dato Sri Khoo’ iaitu Ketua Pegawai Polis Perak (CPO Perak) ditembak dekat satu traffic light di Ipoh. Akan tetapi setakat hari ini tidak ada sesiapapun dituduh di mahkamah. Yang Berhormat Joe Fernandez, ADUN Lunas, Kedah ditembak mati. Akan tetapi saya mahu tanya KDN, kenapa setakat hari, daripada contoh-contoh yang saya berikan, tidak ada sesiapapun dituduh? Ada satu ADUN daripada MIC di Johor, Krishnasamy pun tidak ada apa-apa jawapan daripada Menteri. Kenapa di kes ADUN MIC Johor, Krishnasamy tidak ada orang dituduh? Di kawasan saya juga di Gemencheh ada satu kes, seorang wanita Cina mati dibunuh. Akan tetapi setakat hari ini – walaupun saya sudah tanya soalan secara bertulis, saya belum dapat apa-apa jawapan daripada Menteri yang berkenaan.

Mengikut ekonomi negara kita, walaupun ada banyak cadangan daripada kerajaan, banyak negara yang terkebelakang daripada kita, behind us economically dengan izin, seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam have overtaken us economically. Ini kerana ekonomi negara kita tidak berapa baik seperti yang dikatakan oleh Barisan Nasional.

Tengok apa yang boleh kita baca daripada – miss management of funds.

Tengok apa yang kita boleh baca di laporan Auditor General yang diberikan kepada semua Ahli Parlimen semalam. Saya baca dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Saya baca daripada The Star hari ini, muka surat N14.

“Mystery loans granted – PTPTN okayed RM23 million to student who did not apply. The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN), which is projected to face a whopping cash flow deficit of RM46 billion,” Tuan Yang di- Pertua, ini bukan RM46 juta, ini RM46 bilion. “Mysteriously approved loans totaling RM23.78 million to 16,013 students who did not apply”. Ini di Malaysia sahaja boleh jadi, di negara yang lain tidak boleh jadi. Tidak ada permohonan untuk minta loan tetapi loan diluluskan. Tidak ada permohonan untuk dapat loan tetapi loan lulus.

Seperti masa dahulu kita ada satu sijil – seorang India dikatakan telah mati tetapi dia ada di India. Dalam negara kita sahaja ini. Saya suka dapat satu jawapan kenapa defisit kita kata kita punya ekonomi banyak bagus – saya harap betul, tetapi ini Ministry dapat defisit RM46b dan loan diberikan kepada 16,013 student yang tanpa hantarkan permohonan? Saya suka dapat satu jawapan daripada Menteri yang berkenaan. Macam mana ini boleh jadi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Sekijang.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

final • 12:28 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Menteri dan juga merangkap sebagai Menteri Kewangan pada 15 Oktober yang lalu.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah dapat membentangkan satu bajet yang cemerlang, mencakupi kehidupan rakyat Malaysia sama ada yang tinggal di dalam bandar, di luar bandar dan juga sama ada mereka yang berada dan juga yang kurang berada.

Hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan tumpuan bagi mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mampan, diteraju oleh sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat mestilah kita puji dan kita bangga kerana ini akan memberikan manfaat yang besar kepada negara kita.

final • 12:28 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat kita, memberikan pembangunan dan adalah tradisi yang telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak daripada mula kita memegang tampuk pemerintahan iaitu semasa kita di era kemerdekaan sampailah ke hari ini di mana pembangunan telah dapat dibuat secara berterusan.

Di bidang pertanian, sebanyak RM3.8 bilion telah disediakan untuk tujuan ini. Semoga dengan ini akan menjadikan pertanian lebih produktif dan memberikan pulangan yang lumayan. Langkah membangunkan zon akuakultur bersepadu berskala besar di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjong Manis di Sarawak adalah merupakan satu langkah yang bijak. Saya juga memohon supaya zon akuakultur ini juga di bawa ke kawasan saya di Sekijang di mana Sungai Muar di negeri Johor supaya ia dapat juga memberikan manfaatnya kepada orang Johor ataupun kawasan saya di Sekijang, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak kerana kami juga amat memerlukan pembangunan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Begitu juga dengan perusahaan menternak burung walet supaya ia dapat diperluaskan kerana memberikan ruang dan peluang kepada penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Saya juga mengalu-alukan sekiranya kementerian berhasrat untuk membangunkan industri ini berskala besar, maka saya mempelawa supaya ia dapat dibawa dan dibangunkan di Sekijang.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Boleh Yang Berhormat Sekijang? Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan topik mengenai dengan burung walet.

Yang Berhormat, dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, satu peruntukan sebanyak RM135 juta untuk industri ini. Akan tetapi Yang Berhormat, keadaan sekarang ini tidak ada satu undang- undang yang menyelia ataupun mengurus industri ini di mana setiap negeri sama ada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah berlainan agensi kerajaan yang terlibat. Umpamanya di Sabah ini, Jabatan Hidupan Liar, dari sesetengah tempat Jabatan Pertanian yang menguruskannya. Jadi kalau kerajaan ingin membangunkan industri ini, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sudah tiba masanya kerajaan perlu mengadakan satu undang-undang kerana pendapatan

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

negara daripada industri ini juga besar iaitu sebanyak lebih kurang RM800 juta sebulan. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih sahabat saya daripada Tuaran tentang burung walet ini di mana saya amat bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Tuaran supaya kita ada satu garis panduan ataupun undang-undang untuk kita membangunkan industri ini kerana industri ini bukan sahaja di dalam bandar tetapi juga di luar bandar khususnya dapat diperluaskan dan memberikan manfaat yang besar saya kira kepada masyarakat-masyarakat ataupun penduduk-penduduk yang terlibat. Ini kerana burung ini boleh terbang di mana-mana sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, di dalam meningkatkan produktiviti kelapa sawit, sebanyak RM297 juta telah disediakan oleh kerajaan bagi penanaman semula dengan klon baru bermutu tinggi. Saya sangat berharap peruntukan ini ditumpukan kepada pekebun-pekebun kecil di kawasan luar bandar manakala estet ataupun ladang-ladang yang biasanya berskala besar mempunyai modal yang besar dan tentunya lebih berkeupayaan dan lebih cekap berbanding dengan pekebun-pekebun kecil. Oleh itu, saya memohon peruntukan sebanyak RM290 juta ini perlu diberikan tumpuan kepada pekebun-pekebun kecil kerana ia akan membantu pekebun-pekebun ini untuk meningkatkan hasil ataupun kualiti kelapa sawit yang ditanam kerana mereka ini tentunya dari segi pendidikan ataupun dari segi keupayaan kewangan, mereka amat berkurangan Tuan Yang di- Pertua.

Manakala subsidi kepada nelayan pula adalah sebanyak RM170 juta disediakan. Saya mohon juga supaya subsidi ini diagihkan kepada nelayan- nelayan pantai dan nelayan-nelayan sungai, bukan sahaja nelayan laut dalam yang mana kita tahu subsidi-subsidi ini ditumpukan kepada nelayan-nelayan di laut dalam sahaja yang menerima sumbangan ini. Nelayan pantai ataupun nelayan sungai nampaknya seolah-olah dipinggirkan walaupun kami di Barisan Nasional telah beberapa kali memohon, meminta, berbincang dengan kementerian dan Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi kami belum lagi mendengar khabar tentang nelayan-nelayan pantai dan nelayan-nelayan sungai ini diberikan subsidi sebagaimana yang diperuntukkan sebanyak RM170 juta ini. Saya mohon supaya ia dapat diberi kerana nelayan sungai dan nelayan pantai juga ada mempunyai peranannya yang tersendiri dan mereka juga menyumbang juga kepada sumber makanan di dalam negara ini Tuan Yang di-Pertua.

Di sektor pelancongan, saya mengalu-alukan langkah kerajaan menghapuskan duti import ke atas 300 barang-barang kegemaran pelancong dan rakyat tempatan. Dengan penghapusan ini akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan untuk membeli belah dan dijangka akan lebih ramai lagi pelancong-pelancong yang akan datang ke negara kita dan tentunya akan memberikan pulangan yang baik kepada pendapatan negara. Walaupun saya dengar daripada pihak pembangkang ada bermacam-macam yang dinyatakan itu, ini dan sebagainya tetapi kita kerajaan yang menerajui pemerintahan di dalam negara ini harus dan perlu membuat sesuatu yang terbaik untuk negara kita dan rakyat kita.

Saya juga mengalu-alukan langkah kerajaan menghapuskan cukai jualan sebanyak sepuluh peratus kepada telefon bimbit. Ini tentunya akan dapat menggalakkan seluruh rakyat kita di Malaysia ini berkemampuan untuk membeli telefon bimbit dan akan memudahkan komunikasi di antara individu, di antara keluarga dan juga masyarakat keseluruhannya kerana kita adalah kerajaan yang

final • 12:30 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

prihatin. Maka saya kira dengan penghapusan cukai ini tentunya ramai daripada rakyat kita akan berkemampuan untuk membeli telefon ini Tuan Yang di-Pertua.

Langkah kerajaan untuk memastikan perbelanjaan secara berhemat iaitu dengan memperkenalkan tender terbuka, tender terhad dan peraduan reka bentuk yang terbaik adalah satu langkah yang harus diberi pujian. Walau bagaimanapun sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan. Saya melihat langkah ini akan terus memberikan ruang dan peluang kepada syarikat-syarikat yang mengontrol barang- barang binaan akan dapat lebih banyak tender kerana mereka boleh memberikan tender mereka dengan harga yang murah. Manakala syarikat-syarikat lain tidak akan mendapat peluang dan akan terus mati dan akan ditutup. Ini akan menjadikan hanya beberapa syarikat sahaja yang menjadi elit dalam sektor pembinaan dan tentunya dalam jangka masa yang panjang mereka juga akan menaikkan harga pembinaan kerana tidak ada lagi menghadapi pesaing-pesaing.

Ini kerana pesaing-pesaing mereka yang lain telah pun mati dan telah pun menutup perniagaan mereka dan ini tentunya merugikan negara kita Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, hendak bagi Yang Berhormat Arau.

final • 12:40 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat daripada Sekijang. Yang Berhormat bangkitkan soal pelaksanaan-pelaksanaan projek menerusi tender terhad, tender terbuka dan juga tidak ada rundingan terus yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa sekarang ini.

Saya ingin bertanya dan berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Sekijang iaitu sistem yang kita guna pakai sekarang berdasarkan kepada kualiti kerja yang dihasilkan. Kalau kita lihat star yang diberikan oleh JKR kepada syarikat-syarikat binaan yang terlibat, saya merasakan ada satu perkara yang harus dilaksanakan dengan kadar yang segera oleh JKR terutamanya ataupun pihak ICU, EPU dan lain-lain. Star rating yang diberikan berdasarkan kualiti kerja yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang ada sekarang ini harus diberi fokus, dan juga harus diberi kontrak susulan di atas penghasilan kerja yang sebegitu rupa dan tanpa mementingkan keuntungan semata-mata. Ini kerana kalau tidak dilaksanakan, tidak ada guna untuk kita mengadakan star rating kepada kualiti kerja yang dihasilkan kerana kalau kita hendak menghasilkan satu bangunan berdasarkan curahan bajet yang begitu besar yang dibuat oleh kerajaan.

Apa yang kita buat harus disusuli dengan tindakan untuk meyakinkan syarikat-syarikat binaan berlumba-lumba untuk menghasilkan kualiti kerja yang baik pada setiap projek yang dibuat oleh kerajaan. Kita tidak mahu terjadi runtuh, berlubang di sana-sini, crack belum sampai setahun bangunan yang telah dibuat.

Saya tahu Yang Berhormat expert dalam perkara ini dan pohon berkongsi maklumat di atas apa yang sepatut dilaksanakan oleh pihak JKR terutamanya pada masa kini.

final • 12:40 PM

Datuk Baharum bin Mohamed - Sekijang

Terima kasih sahabat saya daripada Arau. Saya bersetujulah bahawa selain daripada itu kualiti pembinaan juga mesti kita kawal kerana kalau kualitinya tidak ada, maka akan melenyapkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang memerintah.

Jadi saya sambung semula Tuan Yang di-Pertua. Dalam situasi ini tentunya syarikat-syarikat bumiputera akan hilang dan lenyap kerana tidak dapat

final • 12:40 PM

Datuk Baharum bin Mohamed - Sekijang

bersaing dalam pasaran. Ini kerana biasanya syarikat-syarikat bumiputera tidak banyak yang mengeluarkan bahan-bahan binaan ataupun yang control bahan- bahan binaan ini, maka mereka akan hilang dan tidak dapat bersaing dan lenyap di dalam pasaran. Dalam situasi ini, kita akan rugi dan akan kehilangan usahawan- usahawan dan tentunya akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada lepasan- lepasan institusi ataupun daripada universiti-universiti yang mengeluarkan produk di dalam bidang pembinaan ini.

Suka juga saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mana- mana syarikat yang telah mendapat projek daripada kerajaan, perlu diberi jangka masa untuk mendapat semula projek-projek yang lain. Ini berdasarkan kepada nilai projek ataupun value project dan juga kesiapan projek dan kualiti projek itu.

Begitu juga dengan lembaga pengarahnya. Kadang-kadang lembaga pengarah ini mempunyai tiga atau empat syarikat. Jadi kalau 10 itu, sembilan kadang-kadang ia punya. Jadi kita kena tengok juga syarikat-syarikat itu, kalau dipunyai oleh individu atau orang yang sama, maka kita bagi peluang kepada orang lain.

Syarikat tidak diberikan projek dalam tempoh yang ditetapkan - ni tentunya akan memberi ruang kepada syarikat-syarikat lain untuk mendapat projek dan tidak syarikat yang sama sahaja akan mendapat projek-projek tersebut. Selain daripada itu, syarikat-syarikat tersebut mestilah sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Arau tadi - sahabat saya daripada Arau tadi, menepati kualiti ataupun menepati kehendak-kehendak pembinaan. Contohnya kita telah ada sijil PKK, kita telah ada ISO 9001 dan macam-macam lagi sijil keselamatan dan sebagainya. Saya minta supaya syarikat-syarikat ini diberikan peluang, kerana syarikat-syarikat yang mempunyai kualiti-kualiti yang begini biasanya apabila memasuki tender dan sebagainya, mereka ini kadang-kadang tertinggal. Akan tetapi syarikat-syarikat yang tidak memiliki kualiti-kualiti tersebut, maka kita memperoleh syarikat.

Itu yang kadang-kadang apabila membina sesuatu projek dan sebagainya, maka kualitinya kita lihat memang jauh berbanding dengan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan mereka yang mempunyai kualiti-kualiti ataupun mempunyai sijil-sijil ataupun pengiktirafan yang baik ini. Kerana biasanya syarikat- syarikat yang mempunyai kualiti ini akan menawarkan perkhidmatan mereka agak tinggi berbanding dengan syarikat-syarikat yang letak sahaja harga dan sebagainya. Selain daripada itu, kerajaan juga boleh menawarkan secara runding, bina, siap dan bayar. Ini adalah lebih praktikal kerana kerajaan akan menerima projek yang berkualiti dan setelah siap baru dibayar. Mungkin harganya agak mahal sedikit Tuan Yang di-Pertua berbanding dengan tender terbuka tadi, tetapi dari segi kualiti dan penerimaan projek adalah lebih selamat dan terjamin bagi kerajaan.

Tidak ada projek-projek tertangguh yang kerajaan terpaksa membayarnya.

Maknanya kita runding dengan syarikat tersebut, kemudian setuju untuk ia bina, kita tetapkan kualiti-kualiti atau gred-gred yang kita mahu. Kemudian ia siap, baru kita bayar. Kalau tidak nanti, kita buat separuh jalan, ia lari. Selepas itu hendak tender balik, kerajaan perlu membayar kos tender balik, bermacam-macam kos lagi. Kalau projek harga RM100 juta, telah pun meningkat menjadi RM150 juta dan sebagainya kerana ketidaksiapan projek-projek tadi.

Akan tetapi kalau ada syarikat-syarikat yang berkeupayaan yang boleh kita runding, yang boleh kita suruh ia buat dengan kualiti-kualiti yang telah kita tetapkan, suruh ia bina. Bila bina, siap, baru kita bayar. Ini kerana apabila dalam keadaan yang sebegini, mereka akan lebih berhati-hati kerana mereka takut kalau tidak ada kualiti pembinaan mereka, maka mereka tidak akan mendapat bayaran dan mereka tidak akan diterima oleh kerajaan. Jadi mereka akan lebih berhati-hati,

final • 12:40 PM

Datuk Baharum bin Mohamed - Sekijang

sebab itu mungkin harganya lebih 30% atau 40% daripada harga asal. Akan tetapi dari segi keselamatannya, dari segi kualitinya, maknanya dari segi jaminannya kepada kerajaan. Maka ia adalah amat baik Tuan Yang di-Pertua berbanding dengan yang terbuka. Kadang-kadang kita dah bagi, ia pulang balik, tidak boleh buat dan sebagainya. Ini akan meremehkan lagi dan akan meningkatkan lagi kerugian kepada pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, setiap kawasan Parlimen harus dan mesti diberi pengagihan yang saksama. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua pun setuju untuk kawasan yang Tuan Yang di- Pertua dan sahabat-sahabat saya yang lain pun bersetuju Tuan Yang di-Pertua.

Ini terutamanya di kawasan yang diwakili oleh Barisan Nasional. Sebelum ini saya telah menghantar beberapa projek utama di kawasan saya. Baru-baru ini saya menerima surat daripada EPU yang mengatakan projek yang akan dilaksanakan di kawasan saya. Saya cukup terperanjat apabila diberitahu hanya satu projek sahaja yang akan dilaksanakan di kawasan saya. Saya boleh katakan padang futsal berharga lebih kurang RM150 ribu sahaja, lain-lain projek tidak ada, sambung bina sekolah daripada Rancangan Malaysia Kesembilan, masuk ke Rancangan Malaysia Kesepuluh. Itu pun kawasan-kawasan lain pun masuk juga dalam kawasan saya.

final • 12:40 PM

Datuk Baharum bin Mohamed - Sekijang

Untuk makluman Dewan ini, projek futsal ini memang perlu diberi kerana Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan memang dah berjanji kerana pada tahun lepas, satu padang futsal di kawasan saya telah ditarik balik. Dulu dia beri saya lepas itu dia kata dia tarik balik kerana kata beliau tidak cukup pengagihan dan dia berjanji untuk mengganti semula padang futsal ini. Oleh itu, saya kira padang futsal ini bukan satu projek yang baru, adalah projek ganti daripada yang lepas.

Yang lepas itu ditarik balik dan diganti pada tahun ini dan masuk dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Maknanya dalam kawasan saya Tuan Yang di- Pertua, mungkin ramai lagi rakan-rakan yang lain saya percaya tidak ada projek yang dibawa masuk di dalam kawasan Parlimen ini dan kami Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang turun ke padang, yang turun ke bawah bercakap dengan rakyat ini Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah kami ini tidak bekerja untuk rakyat.

Jadi saya kira Tuan Yang di-Pertua, saya minta, saya rayu supaya projek- projek keutamaan - bukan banyak, mungkin satu atau dua projek yang diberi keutamaan dalam sesuatu kawasan Parlimen itu dipertimbangkan dan diberi supaya sekurang-kurangnya rakyat dalam kawasan masing-masing dapat melihat ini pembangunan yang dibawa oleh kerajaan, ini pembangunan yang dibawa oleh wakil rakyat. Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah macam kita ini bercakap sahaja Tuan Yang di-Pertua akhirnya tidak ada apa noktahnya Tuan Yang di-Pertua.

Saya telah mencadangkan di dalam kawasan saya beberapa projek. Ada tujuh yang saya cadangkan walaupun saya tahu tidak semuanya diluluskan tetapi saya percaya ianya kalau dipertimbangkan tidak sebanyak mana Tuan Yang di- Pertua. Kalau dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, rancangan Malaysia ini tiap-tiap rancangan ini lima tahun, kalau satu futsal sahaja ini lima tahun Tuan Yang di-Pertua, saya ingat susahlah kita Tuan Yang di-Pertua.

Saya telah mohon diberikan keutamaan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara kawasan Sekijang di mana tapak pun sudah dibeli oleh MARA dua tahun dahulu, sekarang ini tanam sawit. Jadi kalau kita beli tapak, kita tanam sawit maknanya tidak ada apalah Tuan Yang di-Pertua. Lebih baik kita beli dan lepas itu

final • 12:50 PM

Datuk Baharum bin Mohamed - Sekijang

bolehlah kita beri kepada Kementerian Pertanian pula buat burung walit agaknya bukan nak buat tempat Maktab Rendah Sains Mara.

Saya minta supaya ianya diberikan perhatian kerana yang Rancangan Malaysia Kesembilan dulu kita terlepas. Dia kata tidak ada peruntukan, kata tiap- tiap negeri ada satu sahaja yang boleh dibenarkan. Jadi negeri Johor satu sahaja walaupun ada dua permohonan. Jadi Sekijang terlepas lagi, yang ini mungkin terlepas lagi kalau berdasarkan kepada laporan serta surat dari EPU ini dan saya juga meminta membina jalan pintas Segamat sepanjang lebih kurang dalam 23 kilometer sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

[Bangun]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat, boleh minta laluan sedikit?

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ya, sila.

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya berkongsi sentimen dengan Yang Berhormat di mana adalah jelas atas ledakan hutang negara yang semakin menggunung, kerajaan mempunyai banyak batasan atas belanjawan ini. Di kawasan - ramai Ahli Parlimen merungut tidak mendapat peruntukan yang mencukupi untuk membawa projek ke kawasan masing-masing demi kesejahteraan hidup rakyat. Saya bagi contoh, Menara Warisan yang kononnya sekarang dijalankan. Jumlah kosnya RM5 bilion. Sekiranya diberikan kepada Yang Berhormat Sekijang, RM100 juta bina satu hospital, kita boleh bina 50 buah hospital.

Berapa rakyat akan mendapat manfaat jika bandingkan dengan satu bangunan Menara Warisan. Adakah Yang Berhormat setuju supaya projek-projek mega ini yang menelan belanja bilion-bilion ringgit ini diagihkan semula, distrukturkan semula supaya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan bukan tinggal omong-omong kosong sahaja dan seperti sumber terhad ini perlu diagihkan semula bukan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin teragung yang mengagungkan diri. Sebaliknya wang rakyat ini digunakan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan hidup semua anak Malaysia. Setujukah Yang Berhormat?

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Saya percaya Yang Berhormat Taiping ini - tidak tahulah dia mimpi di siang hari saya ingat. Menara Warisan ini bukan dibiayai oleh kerajaan, dibiayai oleh pihak swasta, PNB.

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Sekijang, saya tidak berniat untuk berdebat ...

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jadi janganlah Yang Berhormat - tak faham. Jadi Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat baca betul-betul.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat bercakap tadi dia duduk sahaja. Yang Berhormat, saya perlu insist lah. Duduklah Yang Berhormat, dengar dia cakap dahulu.

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tetapi dia buat tuduhan yang tidak betul.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk dulu, duduk dulu Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau di kawasan boleh kita buat begini Yang Berhormat, di dalam Dewan saya minta tolonglah. Perlu dengar dulu Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Saya minta penjelasan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Perlu dengar dulu Yang Berhormat, perlu dengar dulu.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Bila kita terangkan dia melenting, mana hendak faham? Dengarlah kita punya penerangan. Tanya, kita terang, kita beritahu, baguslah itu bertanya, kan? Orang terang, dengarlah, terima. Ini nanti saya akan terangkan lebih lanjut nanti tentang Menara Warisan ini Tuan Yang di-Pertua kerana saya tak nak buang masa saya. Di mana saya dah berhenti tadi? Jadi saya sambung balik Tuan Yang di-Pertua tentang Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Cadangan jalan pintas, kemudian saya ada juga mencadangkan Hospital Segamat yang mana walaupun saya tidak hantar kerana saya difahamkan bahawa jabatan sendiri telah pun menghantar pembinaan tambahan Hospital Segamat ini dari hospital separuh pakar ataupun hospital nukleus kepada hospital pakar. Ini kerana Segamat ini kedudukannya adalah di utara Negeri Johor dan menampung penduduk lebih kurang dalam 240,000 orang.

final • 12:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Itu tidak termasuk daripada selatan Negeri Sembilan dan juga selatan Pahang. Jadi kalau dikira daripada situ, saya kira lebih daripada 300,000 penduduk.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sebelum hendak bagi Yang Berhormat Ledang, saya peringatkan ada dua minit lagi Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Alamak. Ada berapa minit?

final • 12:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Setengah minit.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Nanti saya habiskan dulu. Jadi, hospital ini Tuan Yang di-Pertua saya minta supaya ianya diberikan pertimbangan kerana ada penyakit-penyakit yang demam lebih sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua tetapi terpaksa dihantar ke Johor Bahru, terpaksa dihantar ke Melaka, terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur menggunakan ambulans dan orang bukan mati kerana sakit tetapi kerana gegaran oleh ambulans ini Tuan Yang di- Pertua. Saya minta juga EPU menyemak senarai-senarai yang saya hantar sebagaimana dalam surat saya yang telah lalu Tuan Yang di-Pertua. Sila Yang Berhormat Ledang. Tidak beri pun susah juga, jiran.

final • 12:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak sampai setengah minit. Tadi Yang Berhormat Sekijang menyebut tentang projek-projek yang dilaksanakan di kawasan ada yang dapat ada yang tidak dapat dan sebagainya. Inilah Tuan Yang di-Pertua akibat daripada keutamaan yang tidak menepati kehendak tempatan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat Sekijang dah habis sebenarnya Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sikit, sikit. Saya dahulu Yang Berhormat Johor Bahru kerap kali sebut kalau tidak mampu, tak sanggup hendak tolong kawasan, bertanyalah dengan Ahli-ahli Parlimen di kawasan berkenaan.

Jadi kita seru kepada pihak pegawai kerajaan, kalau tidak sanggup nak turun padang, bertanya kepada kita. Barulah keutamaan itu menepati kehendak rakyat.

Adakah Yang Berhormat Sekijang setuju?

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Saya setuju 100% Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana masa tidak cukup ini Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah juga jalan-jalan luar bandar kerana Sekijang ini kedudukannya di luar bandar supaya diberikan perhatian yang sebaik mungkin yang boleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat, isu-isu Yang Berhormat itu cantik, tunggulah dalam jawatankuasa nanti Yang Berhormat. Masa dah habis Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Saya hendak sebut tentang Menara Warisan boleh Tuan Yang di-Pertua? Itu last.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tak payah Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Okey, dengan itu saya pohon menyokong Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 12:50 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi saya peluang berbahas Belanjawan 2011. Ini bajet sebanyak RM212 bilion adalah satu bajet yang amat besar. Ini merupakan ¼ daripada GDP ataupun keluaran dalam negara kasar dan jika kita ambil kira juga bahagian ekonomi kita yang dikuasai oleh GLC (Government linked company) ataupun syarikat-syarikat besar yang berkaitan dengan kerajaan. Lebih kurang 40% daripada ekonomi Malaysia dikuasai oleh kerajaan dan ini bukan ekonomi yang kecil. Kita negara yang middle income.

Ekonomi ini ada satu surplus yang begitu besar dan jika surplus ini dipakai secara yang telus dan bertanggungjawab, dia akan bawa kepada satu negara kebajikan. Dia akan bantu banyak rakyat di Malaysia kita tetapi adakah surplus negara kita dipakai secara yang bertanggungjawab? Itulah persoalannya. Pada Jun tahun ini semasa membentangkan RMKe-10, Perdana Menteri kita mengatakan kerajaan akan bawa satu program GTP (Government Transformation Program) atau Program Mentransformasikan Kerajaan.

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudahlah Yang Berhormat, masa dah Yang Berhormat. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan sesi pagi tangguhkan dahulu dan Dewan akan bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 12:59 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sambung. Pada Jun tahun ini semasa membentangkan RMKe-10 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita menyatakan akan bawa satu program GTP, Program Transformasi Kerajaan. Sekarang sudah sampai Oktober, lima bulan. Saya mahu tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah ini program GTP sudah sampai ke Kementerian Pertahanan sampai sekarang? Saya hendak tarik perhatian Dewan kepada satu soalan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pada 12 Oktober, soalan nombor 34. Saya baca; “Petaling Jaya Utara minta Menteri Pertahanan menyatakan sebab kementerian menempah 257 buah kereta perisai melalui surat niat kepada Deftech Sdn. Bhd. bernilai RM8 bilion ataupun RM31 juta sebuah walaupun harga pasaran kereta perisai terkemuka di dunia tidak melebihi RM10 juta.” Jadi ertinya ditanya kenapa dibeli 257 Armoured Personnel Carrier (APC) ini dengan harga yang tiga kali ganda. Jawapan daripada kementerian adalah interesting juga. Dia kata “Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan surat niat kepada syarikat DRB-Hicom Defence Technologies untuk membuat perolehan sebanyak 257 unit kenderaan pengangkut perisai APC beroda 8x8...” Harga permulaan yang ditawarkan oleh pihak syarikat adalah RM7.983 bilion. Jadi isu yang ditanya oleh PJ Utara itu memang betul. Dia diberi satu sebut harga yang tiga kali ganda daripada harga sebenarnya. Lagi dia teruskan, dia katakan “pengeluaran surat letter of intent bukanlah bermakna pihak kerajaan bersetuju atau terikat untuk menempah. Pengeluaran surat niat adalah bertujuan bagi membolehkan pihak kerajaan mengadakan perbincangan atau rundingan lanjut dengan pihak Deftech...” Tuan Yang di-Pertua, untuk saya ini sangat pelik.

Jika kita ke satu kedai dan dapat satu label harga yang tiga kali ganda daripada harga yang sebenarnya, apa kita akan buat? Kita akan berterima kasih dan kita akan berundur daripada kedai itu cari kedai lain. Sini Deftech bagi satu sebut harga tiga kali ganda tapi kerajaan teruskan perbincangan. Kenapa tidak cari syarikat yang lain? Kenapa tidak mahu beli terus daripada pembekal? RM8 bilion untuk beli kereta perisai, ini satu angka yang begitu besar. Kita sekarang juta, million, bilion semua mungkin kita keliru sedikit tapi RM8 bilion ini kita kena banding apa perspektifnya.

Bajet Selangor untuk tahun lalu hanya RM1.4 bilion. Kita ambil bajet keempat-empat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, hanya RM4 bilion bajet tahunan tahun lalu. Satu purchase, satu pembelian ini adalah dua kali ganda daripada bajet empat buah negeri. Ini bukan duit peribadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau duit peribadi Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Ini surplus ekonomi kita, ini duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan untuk dipakai secara baik. Duit ini boleh dipakai untuk kebajikan rakyat kita ataupun boleh dipakai untuk beli APC dengan harga yang tiga kali lebih daripada harga betulnya.

final • 2:33 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

RM8 bilion jika dipakai untuk membina rumah kos rendah untuk rakyat, kita boleh bekalkan 160,000 rumah kos rendah. Bahagikan kepada semua kawasan Parlimen, 800 rumah kos rendah tiap kawasan Parlimen. Pada masa ini di Sungai Siput ada beratus-ratus keluarga miskin yang memerlukan rumah tetapi tidak boleh membeli rumah di pasaran bebas kerana kos rumah sudah melambung tinggi dan gaji mereka masih rendah. Saya sedang mengumpulkan butir-butir keluarga ini yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Harapan mereka ialah untuk dapat rumah teres. Mereka tidak suka rumah pangsa. Mereka harapkan rumah tiga bilik, mereka harapkan dengan 22x50 kaki built up area tapi rumah macam ini di pasaran bebas sekarang lebih daripada RM80,000 sebuah. Apa salahnya kita pakai RM8 bilion ini untuk membina rumah teres dengan ukuran 22x50 kaki untuk keluarga-keluarga miskin yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan jual kepada mereka dengan harga RM25,000. Inilah caranya pengurusan surplus negara kita, boleh dipakai untuk menguntungkan rakyat kita selain daripada membeli kereta APC dengan harga tiga kali ganda.

Jadi saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menerangkan, GTP ini sudahkah dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dan adakah ia selaras dengan kaedah membeli APC dengan harga yang begitu tinggi?

Izinkan saya beralih sekarang kepada Kementerian Pengangkutan. Di sini pun saya hendak bawa satu soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Selangor pada 12 Oktober soalan nombor 18. “Yang Berhormat Kuala Selangor minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit Coach (EMU) - 6 koc untuk KTMB dari China setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.”

final • 2:33 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Jawapannya pun interesting: “Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Selangor, surat setuju terima bagi perolehan 38 set EMU coach telah pun dikeluarkan kepada CSR Zhuzhou Electric Locomotive pada 19 Mei 2010 iaitu sebelum apa-apa siasatan dimulakan oleh pihak SPRM. Dengan itu, satu ikatan kontrak telah wujud yang mana telah ditandatangani”.

Jadi, ertinya dia tidak katakan tidak betul. Memang dia beli dengan harga RM500 juta lebih mahal. Nampaknya Program GTP ini belum sampai ke Kementerian Pengangkutan lagi. Jadi ketirisan wang rakyat berterusan. Surplus economy kita, wang rakyat ini diamanahkan kepada kerajaan untuk dipakai untuk kebajikan semua, dibazirkan.

RM500 juta mungkin tidak begitu besar jika kita bandingkan dengan kes kereta perisai RM8 bilion. Akan tetapi RM500 juta adalah sama dengan bajet negeri Kedah untuk tahun lalu. Ia bukan satu jumlah yang kecil. Ada banyak cara yang kita boleh pakai wang berjumlah RM500 juta atau setengah bilion ini untuk rakyat kita. Umpamanya, kebanyakan hospital sekarang, hospital kerajaan ada kos rawatan yang juga tinggi kerana banyak alat untuk perubatan rawatan harus dibeli oleh pesakit.

Umpamanya, kawan saya Augustin di Sungai Siput. Dia mengalami kemalangan jalan raya dan tulang tibia di kakinya patah. Dia dapat rawatan di hospital kerajaan. Di sana, doktor menasihatkannya mengadakan pembedahan untuk menyimpan besi, untuk tulang dia. Masalahnya, dia kena bayar RM800

final • 2:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

untuk membeli besi. Pada masa itu Augustin merupakan keluarga yang di bawah pendapatan RM3,000 sebulan, tidak senang lah. Pada masa itu dia pun breadwinner. Dia masuk hospital, mereka pun tidak dapat keluarkan.

Jadi, mereka tunggu sampai seminggu. Operation ditangguhkan sampai kawan-kawan dia kutip duit, bayar RM800 baru dapat pembedahan. Ini sedang berlaku di hospital-hospital kita di seluruh negara. Banyak pembedahan ortopedik memerlukan skru, memerlukan plate, memerlukan alat-alat lain. You know cataract, stent untuk sakit jantung. Ini semua perlu dibayar oleh pesakit. Pesakit bayar, baru dia dapat rawatannya atau pun ubat-ubat macam eritropoietin untuk pesakit kidney yang dialisis, ini lebih kurang RM500 sebulan. Semua ini perlu ditanggung oleh pesakit.

Jadi, jika RM500 juta ini yang dibayar untuk coach, harga tambahan untuk coach dapat diselamatkan, duit itu boleh dipakai untuk rakyat kita mendapatkan rawatan. Jadi, jika tirisan wang dapat dikawal pelbagai program untuk membantu rakyat kita boleh dilaksanakan. Kita boleh wujudkan satu negara kebajikan di Malaysia. Kita tengok bajet ini 200...

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berkongsi dengan Yang Berhormat Sungai Siput yang menyebut berkenaan dengan ketirisan. Saya rasa bukan beliau sahaja, seluruh Pakatan Rakyat dan juga ahli- ahli di barisan backbenchers kerajaan juga merasa risau rasanya.

Apatah lagi Laporan Audit sudah tiga tahun berturut-turut menyebut tentang aspek ketirisan yang membimbangkan ini. Baru sekejap Yang Berhormat Sungai Siput menyebut tentang proses perolehan pembelian coach yang melibatkan ratusan juta. Sekali lagi perkara yang sama perlu kita lihat terutama beberapa hari lepas Laporan Audit yang baru dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara memang terang-terang menyebut sekurang-kurangnya 30 kes yang telah dibawa ke perhatian Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan kerana ada dapatan-dapatan yang sangat jelas berlakunya aspek yang perlu diambil kira untuk siasatan dan juga hasil siasatan itu kita harap dapat dikemukakan di Dewan Parlimen ini untuk perhatian dan juga tindakan pada semua Ahli Dewan.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput berasa confidents kah, berasa yakinkah tidak yang aspek yang akan ada juga dapat perhatian Laporan Audit untuk belanjawan yang baru yang akan dibentangkan. Kalau inilah trendnya, sudah tiga tahun berturut-turut dan Belanjawan 2011 akan jadi tahun keempat di mana teguran audit agak keras untuk melihat tentang cara atau kaedah perbelanjaan atau pun cara perolehan dibuat. Saya hendak tanya sendiri adakah kita confident atau Pakatan Rakyat mungkin ada cadangan yang berbeza, cara untuk sekurang-kurangnya hendak memberhentikan. Kalau tidak berterusan cara macam ini kerana ketirisannya agak parah sangat menyebabkan semua orang akan menanggung termasuk rakyat yang hendak mengharapkan pada services kesihatan yang begitu mudah.

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya tidak begitu confident ini akan dikendalikan kerana saya rasa isu ketirisan ini sudah menjadi satu budaya dalam kerajaan yang sedia ada. Sekarang bajet kita RM212 bilion. Daripada ini bajet pembangunan ialah RM49.2 bilion. Dalam perbelanjaan pengurusan, operating budget, RM28.2 bilion adalah untuk bekalan dan perkhidmatan (supplier

final • 2:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

and services). Jadi, kedua-dua ini iaitu bajet pembangunan dan supplies and services ini, kedua-dua ini jumlahnya ialah RM78.3 bilion.

Daripada Laporan Ketua Audit Negara 2006, kita dapat tahu bahawa screwdriver yang dibeli oleh Kementerian Belia dan Sukan harganya RM32 tetapi dibeli dengan harga RM224 - mark up tujuh kali lah. Technical pens, RM160 tetapi dibeli dengan harga RM1,146 satu set - lapan kali markup. Baru saya ceritakan berkenaan dengan kereta perisai - mark up dia tiga kali ganda. Jadi, saya tengok semua ini, saya tanya Perdana Menteri adakah wajar kita buat satu anggaran

(estimate) daripada RM78.3 bilion untuk bajet pembangunan dan pengurusan untuk pembekalan perkhidmatan, daripada RM78.3 bilion ini boleh kita katakan 60% akan bertiris dalam tahun yang akan datang atau adakah percentage nya lebih daripada itu.

Sebanyak 60% atas RM78 bilion adalah RM47 bilion. Satu amaun yang begitu besar, RM47 bilion. Itu 12 kali jumlah empat negeri di bawah Pakatan Rakyat dia punya bajet tahunan. Jika duit ini boleh dipakai untuk kebajikan rakyat, how much we can do for the country? Ada pelbagai projek yang kita boleh buat untuk keluarga-keluarga yang mendapat pendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Lebih kurang 50% daripada keluarga di Malaysia dalam lingkungan ini. Less than RM3,000 satu bulan income nya.

Jadi, kita ambil masyarakat Melayu, 65% daripada masyarakat Melayu mendapat pendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Jika RM47 bilion ini dipakai untuk membantu mereka, pelbagai cara kita boleh membantu mereka. Subsidi untuk buat perumahan, subsidi kesihatan, untuk wujudkan sistem pengangkutan yang lebih baik, untuk wujudkan child care centre, kemudahan untuk belia. Kita boleh bina satu negara yang begitu baik di sini jika diuruskan dengan baik.

Sekarang kita tengok Perdana Menteri kita ada bawa banyak istilah yang baru, yang canggih. GTP, ETP, NKRA, transformasi dan macam-macam. Akan tetapi, jika semua ini hanya sekadar slogan untuk sound bite untuk media, jika semua ini tidak dapat mengawal ketirisan wang rakyat sebayak RM47 bilion setiap tahun, dengan segala hormatnya saya ingin mohon pada Perdana Menteri, demi kepentingan negara, demi kepentingan keluarga-keluarga Melayu yang berpendapatan rendah, undurlah.

final • 2:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Lebih baik bagi Pakatan Rakyat ruang untuk membersihkan pentadbiran, bagi Pakatan Rakyat ruang untuk membina satu negara kebajikan. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan atas Belanjawan Tahun 2011 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 Oktober yang lalu. Tahun 2011 adalah tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesepuluh menawarkan satu era dan satu pendekatan baru oleh kerajaan kepada rakyat. Oleh kerana ianya berlandaskan kepada Gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’ Rakyat sudah tentunya mahu melihat belanjawan ini sebagai penggerak mula (kick off starter) bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pertumbuhan ekonomi negara dalam penggal pertama tahun 2010 pada tahap 9.5% dan

final • 2:51 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

anggaran yang disemak pada tahap 7% agak menggembirakan. Walau bagaimanapun pertumbuhan ini semata-mata dihasilkan oleh perbelanjaan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM67 bilion pada tahun 2009.

Pakej ini terbukti telah berjaya dan membawa negara keluar daripada krisis ekonomi. Walau bagaimanapun dalam masa yang panjang pertumbuhan ekonomi secara kukuh dan mantap tidak boleh bergantung kepada perbelanjaan awam ataupun public spending secara berterusan. Setiap kali negara mengalami krisis kewangan kerajaan terpaksa memainkan peranan untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Dasar asas ataupun fundamental ekonomi negara harus diperkukuhkan.

Adalah bertepatan sekali bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kerajaan telah menetapkan bahawa pemain utama ialah pihak sektor swasta.

Saya mengucapkan syabas kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri kerana mengambil satu pendekatan yang saya sifatkan sebagai revolutionary. Ini kerana dalam proses penggubalan dasar ekonomi pandangan dan cadangan orang ramai dari semua sektor dan kumpulan melalui LAB telah dipelawakan. Apa pun pada pertama kalinya rakyat diberi peluang untuk memberi input kepada perancangan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya saya mengalu-alukan Belanjawan Tahun 2011. Walau bagaimanapun saya agak kecewa kerana tidak ada penekanan kepada satu masalah utama yang dihadapi oleh Sabah iaitu masalah pendatang tanpa izin atau PATI. Seolah-olah masalah ini tidak wujud.

Saya juga kecewa kerana masalah PATI ini tidak pun termasuk dalam NKRA kerajaan. Apabila kita tanya kerajaan mengenai perkara ini jawapan yang kita terima ialah kerana masalah ini tidak dianggap sebagai penting. Sudah sekian lama kita tekankan bahawa kehadiran PATI di Sabah telah menyebabkan pelbagai masalah termasuk jenayah, ekonomi, sosial, keselamatan dan politik.

Dalam soal jenayah tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kes jenayah termasuk pembunuhan, rompakan, ragut, kecurian, rogol, dadah, pencemaran dan pengeboman laut di sekeliling Sabah adalah melibatkan pada sebahagian besarnya pendatang tanpa izin. Mereka ini telah membawa budaya mereka ke Sabah dan sudah mula mempengaruhi generasi muda di Sabah dengan culture of violence atau budaya keganasan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, public social di Sabah sekarang ini sudah jauh berubah sejak beberapa dekad kebelakangan ini disebabkan kehadiran pendatang tanpa izin. Di setengah pekan di Sabah orang tempatan sudah tidak lagi berani untuk masuk tempat-tempat tertentu kerana kehadiran pendatang tanpa izin yang begitu ramai. Saya ambil contoh di kawasan saya Tuaran. Dalam sebuah perumahan di mana bekas setinggan di Daerah Kota Kinabalu ditempatkan kita menerima keluhan daripada penduduk tempatan yang tinggal di sana. Bahawa gejala dadah, arak dan jenayah sudah menular dan mempengaruhi orang-orang muda. Saya dimaklumkan bahawa arak dijual secara terbuka oleh mereka yang tidak mempunyai lesen atau menjual dengan penjualnya ialah orang-orang asing yang memegang MyKad. Saya terus memohon kepada Kementerian Dalam Negeri menyiasat perkara ini kerana perkembangan ini sangat merunsingkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa perkara ini sudah dibawa ke Dewan ini sejak berapa lama dan berkali-kali. Walau bagaimanapun selagi tidak ada penyelesaian yang jelas dan terbukti maka selaku Ahli Parlimen dari Sabah, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus meminta kepada kerajaan untuk

final • 2:51 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

mengambil tindakan penyelesaian. Saya telah bertanya dalam Dewan ini dalam sesi yang lalu sama ada benar bahawa ada kad warganegara diberi kepada orang asing di Sabah. Jawapan yang saya terima ialah “tiada” dan Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa kalau ada bukti beliau minta diberikan kepada beliau.

Saya ingin memaklumkan bahawa perkara ini sedang dibuat. Saya minta supaya apabila bukti itu disampaikan tindakan perlu diambil dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya terbaca kenyataan Ketua Polis di Keningau yang tersiar dalam berita tempatan pada 6 Oktober tahun ini. Saya petik di sini Tuan Yang di-Pertua dalam surat khabar Daily Express saya kira ini. Beliau mengatakan dengan izin, “According to statistics from January to September this year, the Keningau Police screened to 129 Filipinos, 230 Indonesians and 12 from to other countries. Of this number, only 60 of the Filipinos and 62 Indonesians were found to be illegals, while the rest either had proper documentation or were bailed out by their employers.” Now pertanyaan saya Tuan Yang di-Pertua ialah kenapa orang asing yang tidak mempunyai dokumen ini boleh dijamin oleh majikan. Sepatutnya mengikut dasar kerajaan apabila ditangkap ianya dikembalikan kepada negara asal mereka.

Kenapa pula mereka daripada Indonesia dan Filipina ini senang untuk memperoleh MyKad? Bagaimanakah mereka memperoleh MyKad ini? Kenapa orang asing yang tidak ada dokumen boleh dijamin oleh majikan? Saya sekali lagi, saya minta kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat perkara ini.

final • 2:51 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seperti mana yang dijelaskan bukan sahaja di Sabah tetapi Labuan juga pendatang tanpa izin ini berleluasa. Ini yang mana seperti mana yang kita lihat tidak ada penyelesaian yang tuntas, yang dilaksanakan oleh kerajaan mengenai masalah-masalah pendatang tanpa izin. Ini yang mana biasanya pendatang tanpa izin ini dikelolakan ataupun dikendalikan oleh keselamatan negara (task force). Di mana di Labuan kalau tidak salah pegawai-pegawai task force cuma satu, dua orang sahaja.

Ini yang kita lihat seolah-olah tidak ada keseriusan kerajaan untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di kawasan kita di Sabah dan Labuan.

Lainlah halnya kalau di Semenanjung saya rasa masalah pendatang tanpa izin diburu begitu hebat. Akan tetapi di kawasan kita seolah-olah benda ini terbiar begitu sahaja. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang hal ini keseriusan kerajaan untuk menangani pendatang tanpa izin di Sabah dan Labuan. Terima kasih.

final • 2:51 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Labuan. Saya berkongsi dengan perkara yang beliau bentangkan tadi. Sebenarnya soal task force ini kita lihat bahawa mereka ini seolah-olah tidak beroperasi lagi, tidak mahu menjalankan tugas lagi.

Jadi sekali lagi dalam ucapan saya ini memohon dan meminta kepada kerajaan tolonglah tawarkan kepada kita satu perancangan, satu tindakan yang jelas untuk menyelesaikan perkara ini. Bagi orang-orang rakyat Malaysia di Sabah ini dianggap sebagai “the mother of all problems” dan harus ditangani.

Oleh kerana Tuan Yang di-Pertua apa pun program kita apabila kita menghitung per kapita income di negara kita ini, maka jumlah mereka ini harus diambil kira harus diperhitungkan. Perkiraan per kapita income ini bagi saya tidaklah menjadi satu ukuran yang benar untuk mengira atau mengukur

final • 2:51 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

kesejahteraan the welfare of the people. Sebab kita, sama ada jumlah mereka ini diambil kira dalam perkiraan ekonomi atau tidak. Tuan Yang di-Pertua saya meneliti dalam buku belanjawan dan saya tidak ada lihat di mana-mana peruntukan khusus untuk menyelesaikan perkara ini. Setiap kali kita bentang perkara ini dalam Dewan yang mulia ini jawapan ialah seperti biasa sahaja tanpa menawarkan apa-apa perancangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk menyediakan satu unit bergerak iaitu Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar rakyat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

final • 2:51 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ini oleh kerana masih banyak mereka di Sabah yang belum mempunyai MyKad. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang berasal dari Sarawak telah mengumumkan dalam media bahawa terdapat 40,000 rakyat di Sarawak masih belum mempunyai MyKad dan 30,000 yang tidak mempunyai surat beranak serta MyKad. Keadaan ini sangat menyedihkan dan kerajaan memberi tumpuan kepada perkara ini kerana mereka yang tidak ada dokumen ini menghadapi pelbagai masalah dan ternafi atau denied dari hak seperti mana rakyat yang lain nikmati. Selain daripada ini masih ada rakyat Malaysia di Sabah yang masih memegang kad merah. Mereka berusaha bertahun-tahun untuk memohon kewarganegaraan tetapi terumbang ambing dari Jabatan Pendaftaran Kota Kinabalu dan Putrajaya. Kenapa ini harus berlaku sedangkan orang asing dari negara luar dengan senang sahaja mendapat MyKad?

Tuan Yang di-Pertua, setiap kali kita baca surat khabar Mingguan kita selalu nampak seperti yang saya lihat di sini, ’One unlucky Sabahan’, bertahun- tahun untuk mengejar kad kewarganegaraan tetapi tidak dapat. Apa yang menyedihkan Tuan Yang di-Pertua, keluarga yang miskin ini diminta oleh Jabatan Pendaftaran datang ke Putrajaya sedangkan mereka ini mempunyai jabatan di Kota Kinabalu. Macam mana mahu datang ke KL kalau tidak ada kad? Bagaimana untuk menembusi imigresen dan sebagainya?

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalu-alukan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu “kejayaan menuntut perubahan dan pembaharuan” dan beliau mengatakan ia tidak boleh lagi berdikit-dikit. It’s not incremental tetapi menghambat lonjakan mega. Seterusnya beliau mengatakan bahawa “perubahan bukan lagi sebagai satu opsyen tetapi satu imperative”. It’s a necessity. Pendirian saya dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, perubahan yang sangat penting ialah sikap setiap rakyat Malaysia terhadap sesama sendiri. Ianya perubahan daripada sikap terperangkap kepompong perkauman kepada sikap kekitaan yang mantap. A strong sense of belonging. Kita harus menerima semua kaum sebagai rakyat Malaysia yang sebenarnya tanpa ada perasaan dan tanggapan bahawa ada pihak yang lebih berhak daripada yang lain. Apa yang perlu ditekan ialah membantu golongan rakyat Malaysia yang mundur, terpinggir, miskin dan mundur tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah merdeka selama 50 tahun. Dalam satu dekad yang lalu saya perhatikan perpaduan rakyat Malaysia sudah baik. Program seperti ‘Kongsi Raya’ yang disambut baik oleh semua lapisan rakyat dan telah mewujudkan perasaan baik atau pun good feeling di kalangan rakyat Malaysia.

Akan tetapi pada hari ini kita lihat ada tanda-tanda atau elemen-elemen yang seolah-olah merosakkan apa yang telah kita hasilkan dalam perjuangan kita selama ini.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencetuskan Gagasan 1Malaysia untuk tujuan menyatupadukan rakyat. ‘Think Malaysian first’. Namun jelas ada juga pihak yang tidak menerima anjakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini. Sekiranya keadaan ini tidak berubah kepada yang baik, saya khuatir apa juga program yang diatur oleh kerajaan tidak akan mendapat kejayaan sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh tentang perkara modal insan.

Dalam usaha kita untuk membangunkan ekonomi negara satu faktor yang sangat penting ialah modal insan. Kalau pun negara kita mempunyai sumber yang banyak tetapi kalau kita tidak mempunyai modal insan yang mahir dan terlatih, maka sumber tersebut tidak akan dapat digunakan dan diurus secara optimum. Kita harus belajar daripada contoh dari negara lain yang tidak mempunyai sumber tetapi dengan sumber manusia yang mahir, negara-negara tersebut telah maju seperti Jepun dan Singapura. Negara Jepun telah kalah dalam peperangan Dunia Kedua dan tidak mempunyai sumber semula jadi tetapi dengan perancangan yang baik dalam melatih sumber manusia dan dengan rakyat yang bersatu padu, maka Jepun pada hari ini mampu timbul sebagai satu negara yang maju dan dihormati.

Tuan Yang di-Pertua, adalah sangat penting juga untuk memastikan agar tenaga manusia yang terlatih dan mahir terus tetap dalam negara kita. Brain drain yang berlaku dalam tahap yang tidak terkawal akan menyebabkan kerugian kepada negara. Adalah dianggar oleh setengah pihak bahawa antara 300,000 hingga satu juta rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan separuh daripada mereka ini adalah graduan. Kerajaan perlu untuk mengkaji sebab kenapa begitu ramai rakyat Malaysia yang keluar untuk bekerja. Adakah ianya disebabkan hanya untuk mengejar gaji yang tinggi? Atau adakah suasana bekerja di negara kita tidak menawar suasana bekerja? Ada sesetengah pihak yang memberi komen bahawa kalau mereka tidak suka bekerja di Malaysia biarlah mereka pergi. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, pendirian ini adalah sangat sempit serta tidak mengambil kira betapa kerugian negara apabila ramai pekerja yang keluar ke negara lain untuk bekerja.

Ada juga maklumat yang kita dengar bahawa salah satu sebab mereka ini keluar ialah suasana bekerja di negara ini tidak membolehkan the best brain untuk maju iaitu terdapat unsur diskriminasi dan sebagainya. Kerajaan perlu mengambil langkah untuk memperbaiki sistem pekerjaan di negara ini supaya pekerja merasa selesa dan mempunyai perasaan dan semangat kekitaan. Kalau tidak peruntukan kerajaan yang berbilion ringgit untuk pendidikan dan latihan tidak akan mencapai matlamatnya.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pendidikan juga adalah sangat penting adanya para pendidik yang profesional. Saya ingin tahu, apakah rasionalnya langkah kerajaan membenarkan guru-guru dalam pangkat kanan untuk melibatkan diri dalam politik? Bukankah lebih baik guru-guru ini menumpukan kesemua masa dan perhatian terhadap soal pendidikan.

Penglibatan mereka dalam politik akan banyak mengganggu profesionalisme mereka dan akan mewujudkan para guru dan pendidik yang cenderung kepada politik mereka sendiri. Maka, akan wujudlah kes di mana guru besar yang mengeluarkan kenyataan sensitif seperti apa yang berlaku di Johor. Syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana beliau berpendirian bahawa pendidikan itu haruslah lampau politik atau education must be a political.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah sentuh tentang isu perpaduan awal tadi.

Memandangkan keadaan semasa yang agak merunsingkan saya ingin mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan mata pelajaran yang ada kaitan dengan perpaduan di peringkat awal dalam pendidikan. Di peringkat kanak- kanaklah yang sebaik-baiknya kita menyemaikan semangat perpaduan dan

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

semangat saling hormat-menghormati antara kaum. Program RIMUP yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan adalah sangat baik tetapi saya kira ianya tidak mencukupi. Dalam soal pendidikan juga Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan oleh kerana terus memberi bantuan kepada sekolah-sekolah bukan kerajaan seperti sekolah agama, sekolah Tamil, sekolah Cina dan sekolah missionaries. Dengan peruntukan sebanyak RM250 juta kerajaan terus memperakui peranan penting institusi- institusi ini kepada pendidikan negara.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang menarik perhatian saya ialah Skim Amanah Hartanah Bumiputera. Saya juga mengalu-alukan penubuhan Amanah Hartanah Bumiputera dengan tabung RM1.0 bilion. Dalam Model Ekonomi Baru kerajaan mengambil pendekatan liberal dalam pemilikan modal dalam ekonomi negara. Namun usaha masih diperlukan untuk membantu bumiputera untuk turut memiliki dalam hartanah utama dalam negara. Saya hanya memohon kepada kerajaan agar peluang ini diberi secara menyeluruh di kalangan kaum bumiputera dalam negara terutama sekali di Sabah dan Sarawak yang mana penglibatan kaum bumiputera tempatan dalam dunia perniagaan sangat minimum dan impak Dasar Ekonomi Baru masih tidak ketara.

Tuan Yang di-Pertua, dalam belanjawan kerajaan baru-baru ini kerajaan bercadang untuk membina Pusat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak bernilai RM6 bilion di Johor dan projek regasification bernilai RM3 bilion di Melaka. Sabah adalah antara penyumbang pendapatan minyak oleh Petronas. Kenapa tidak dipertimbangkan untuk mendirikan salah satu projek seperti ini di Sabah sebagai menghargai sumbangan negeri Sabah? Saya merayu kepada kerajaan supaya mengagih-agihkan pelaburan di seluruh negara terutama wilayah yang mundur supaya ianya menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk memajukan teknologi hijau. Dengan keadaan bekalan tenaga elektrik di Sabah yang begitu bermasalah, saya menggesa kerajaan untuk menggalakkan syarikat yang berminat untuk melabur dalam projek penjanaan elektrik yang menggunakan kaedah bio-mas yang banyak terdapat di Sabah dan juga solar harvest. Penyiapan projek seperti ini adalah lebih cepat berbanding dengan projek loji jana kuasa kitar padu gas 300 megawatt di Kimanis yang saya agak mengambil masa yang agak lama.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, masalah utama yang dihadapi di Sabah ialah pengeluaran padi yang begitu rendah iaitu hanya sebanyak 30%. Ini disebabkan pertumbuhan penduduk berikutan dengan kehadiran pendatang tanpa izin yang begitu ramai. Saya mengalu-alukan program Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan padi di Sabah termasuk Kota Belud yang mana sekarang ini sedang berjalan dan saya berharap pelaksanaannya akan dipercepatkan dan terus diberi peruntukan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan belanjawan, Perdana Menteri telah mengatakan bahawa kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan ekonomi pendapatan tinggi, menggalakkan petani menceburkan diri dalam bidang pertanian bernilai tinggi, high income sector. Saya tertarik dengan dua bidang yang telah disentuh iaitu industri sarang burung walit dan herba. Kerajaan telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM135 juta untuk industri ini tetapi belum ada dasar kerajaan yang menyeluruh yang menyelia dan mengawal industri ini.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Pada hari ini sudah begitu ramai pihak yang telah menceburkan diri dalam perusahaan ini di seluruh negara. Bangunan burung walet tumbuh di sana sini dan termasuklah di pekan dan di bandar di mana kedai komersial ditukar menjadi sarang burung sehingga menyebabkan ada pihak yang membantah. Ramai yang menceburi perusahaan ini kerana ianya jauh menguntungkan berbanding dengan perusahaan pertanian seperti sawit, getah dan sebagainya.

Istimewanya dalam industri ini Tuan Yang di-Pertua, ialah pengusaha bukan keluar untuk mencari hasil tetapi burung walet yang datang membawa hasil kepada pengusaha. Kos pengendalian adalah sangat minimum kerana burung walit ini tidak payah diberi makan dan kawasan ternak yang diperlukan adalah sangat kecil.

Di samping itu juga, izinkan saya untuk menghuraikan dari segi pendapatannya. Maklumat dari pengusaha yang saya pernah temui menunjukkan bahawa pendapatan dari industri ini sangat lumayan iaitu berbanding dengan sawit, satu ekar sawit menghasilkan satu tan dengan pulangan RM700 sebulan, manakala dalam perusahaan burung walet yang hanya memerlukan 20x70 kaki, ia boleh menghasilkan satu kilo sarang burung yang bernilai RM54,000 setahun.

Harga satu kilo ialah RM4,500 sedangkan sawit hanyalah RM700.

Saya telah melawat beberapa rumah burung di Negeri Sembilan baru-baru ini dan mengikut keterangan daripada pengusaha, satu pintu kedai sarang burung boleh menghasilkan empat hingga lima kilo sebulan dengan pendapatan RM22,500 sebulan. Pengusaha memaklumkan kepada saya hasil pendapatan ini membolehkan beliau mampu membuat keluarga beliau melancong setiap tahun sekali.

Maklumat yang kita terima juga menunjukkan bahawa hasil pengeluaran seluruh negara pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, ialah sebanyak 243 tan dengan nilai sebanyak RM1.093 bilion dan berpotensi untuk berkembang dengan kadar sekurang-kurangnya 30% setahun. Pada tahun 2015, industri ini akan memberi pulangan pendapatan sebanyak RM4.059 bilion kepada negara. Negeri pengeluar terbesar sekarang ini ialah negeri Pahang dengan keluaran sebanyak 35 tan dan saya difahamkan industri ini pantas berkembang di negeri Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, pada masa ini tidak ada undang-undang atau akta yang menyelia industri ini. Apa yang berlaku ialah beberapa agensi kerajaan yang terlibat menyelia industri ini seperti pertanian, hutan dan juga hidupan liar mengikut kesesuaian negeri masing-masing. Potensi industri ini sangat menggalakkan bukan sahaja dari segi pelaburan dalam negeri tetapi juga pelaburan dari luar negeri dan kesan overflow nya juga luas dari segi pembinaan, pelancongan, pekerjaan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada kerajaan iaitu:

(i) Menubuhkan satu undang-undang khas untuk industri ini;

(ii) memberi masa 10 atau 15 tahun kepada kedai dalam bandar yang digunakan sebagai sarang burung supaya mereka mempunyai masa untuk pindah melabur ke luar bandar;

(iii) menghentikan penggunaan kedai baru untuk mengelakkan masalah;

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

(iv) menyelia perusahaan dari segi kebersihan; dan

(v) memberi sokongan seperti bebas cukai pendapatan dalam beberapa tahun ini, income tax holiday seperti mana yang diberikan kepada pelabur asing yang melabur dalam sektor tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa tahun dahulu kita menggalakkan pelabur asing melabur di sini dan kita beri tax holiday, tetapi apa terjadi hari ini mereka mula keluar dan ada yang keluar dari negara ini. Akan tetapi dalam perusahaan sarang burung ini, pelabur mahu keluar negeri tetapi burung tetap tinggal, dia tidak mengikut pelabur ke luar negeri tetapi tetap tinggal di Malaysia.

Akhir sekali ialah mengurangkan cukai eksport buat beberapa ketika untuk menggalakkan industri ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyentuh satu dua perkara lagi. Dalam soal R&D Tuan Yang di-Pertua, peruntukan sebanyak RM411 juta untuk R&D yang diperuntukkan adalah sangat dialu-alukan. Saya berharap bantuan ini juga dipanjangkan kepada pihak swasta dan orang perseorangan yang telah menceburi dalam bidang ini.

Saya ingin menyentuh satu perkara dalam hal ini iaitu keraguan oleh sesetengah pihak ke atas hasil R&D mereka. Ada terdapat kes di mana apabila mereka ini diminta untuk mengemukakan hasil penemuan mereka kepada pihak SIRIM, teknologi mereka dicolek atau di hijack dan diberikan kepada pihak yang lain. Ini menyebabkan mereka enggan tampil ke depan untuk mengemukakan penghasilan mereka kepada kerajaan. Saya minta pihak kerajaan mengambil perhatian terhadap perkara ini dan mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan hasil kajian yang berkenaan terjamin dan selamat. Kalau perkara ini tidak ditangani, saya khuatir pihak yang berkenaan enggan untuk tampil ke depan untuk mengemukakan hasil kajian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh satu perkara lagi iaitu peruntukan sebanyak RM2.1 bilion untuk menaik taraf jalan raya Sabah dan Sarawak. Saya berharap cadangan projek jalan raya dan bekalan elektrik yang dikenal pasti dalam senarai NKRA dilaksanakan tahun depan secepat mungkin.

Selepas 50 tahun merdeka, masih ada kampung yang belum ada jalan raya.

Jangan katakan jalan raya tidak baik tetapi langsung tidak ada jalan raya dan beberapa kampung yang belum lagi menikmati bekalan elektrik.

Saya berharap dalam soal penanaman semula kelapa sawit, kerajaan dapat mengguna pakai klon-klon yang bermutu tinggi. Kita tahu bahawa ada klon yang bermutu tinggi yang dapat menghasilkan dua kali ganda daripada klon yang sekarang ini tetapi belum lagi dilesenkan oleh pihak tertentu. Ini tidak dapat dipasarkan di negara kita ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dengan harapan bahawa program- program yang tercatat dalam belanjawan ini dapat dilaksanakan tanpa apa-apa halangan – apa pun Tuan Yang di-Pertua, rakyat di Sabah mengharapkan dua perkara. Pertama, harga getah di Sabah sama dengan semenanjung. Walaupun harga sekarang ini tinggi tetapi perbezaannya, di Sabah susunya harga RM7 di semenanjung RM11.30. Ini disebabkan monopoli LIGS.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Tenom.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Tuaran, minta maaf. Bagi laluan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Rintihan perbezaan harga hasil mahsul Sabah Sarawak ini sudah lama Tuan Yang di-Pertua. Aniaya kita pada orang Sabah Sarawak ini. Harga belian mahal – kalau barang-barang, tetapi harga hasil dia jual murah. Bila hendak selesai ini? Ini Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri pun ada. Bagus betullah Yang Berhormat membangkitkan ini. Saya ingat dapat jawapan yang baiklah. Macam mana Yang Berhormat?

final • 3:10 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat. Ini masa kecederaan sudah ini. Ya sememangnya di Sarawak saya ingat harga getah lebih tinggi sedikit dari Sabah ya. Penyelesaiannya bukan susah, hanya buka sahaja monopoli, biarkan pembeli-pembeli ataupun agensi Kerajaan Persekutuan datang untuk membeli – open the market. Ini monopoli LIGS dan juga polisi cabotage itu juga contributing Yang Berhormat. So ini telah kita bangkitkan dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, setiap minggu kita ini datang dari Sabah ke Semenanjung naik kapal terbang. Mungkin kita tidak perasan bahawa kerja-kerja pembangunan expansion airport ini sudah berhenti kerja tetapi kita nampak serpihan lebihan bahan-bahan binaan itu bertaburan di tepi lapangan terbang.

final • 3:10 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, kontraktor sudah dibayar 98%, tetapi kerja hanya setakat 80% dan kerja sudah stop. Ini apa yang saya difahamkan. Minta kementerian menerangkan dan menjelaskan. Kontraktor ini berhenti kerja kerana fi yang dipohon RM160 juta itu tidak dipersetujui oleh kerajaan. Kita ingat Tuan Yang di-Pertua dahulu, kapal terbang yang laju di France Concorde jatuh kerana serpihan besi hanya tiga inci. Sedangkan di Kota Kinabalu ini paipnya stem nya bertaburan. Saya harap ini diperbaiki.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali walau apa pun yang saya katakan dalam ucapan saya ini saya menyokong belanjawan, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih belum dilahirkan semasa kejadian 13 Mei 1969.

Saya tidak ingin ia berulang lagi. Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara, perpaduan negara dan kestabilan negara tidak ingin ia berulang lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa sangat sakit hati apabila saya membaca laporan dalam Utusan yang melaporkan dengan izin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dikatakan mengeluarkan kata-kata berikut. Dengan izin saya memetik dari Utusan. Misi Putrajaya. Dengan izin.

“Kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada UMNO, bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional, walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

nyawa saudara dan saudari, walau apa pun terjadi Putrajaya mesti kita pertahankan”.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa kata-kata yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pimpinan tertinggi negara kerajaan ini amat menakutkan. Saya ingin tahu apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Siaran langsung dijalankan apabila kata-kata ini dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Mesyuarat Tahunan UMNO ini.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat...

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rasa Yang Amat Berhormat - maaf ya Yang Berhormat Sri Gading, saya tidak ada masa. Saya hendak teruskan ucapan saya.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Hendak buat sedikit pembetulan supaya jangan ragu, jangan bimbang, jangan takut.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh hadir dalam Dewan yang mulia ini memperjelaskan apakah makna yang dikeluarkan oleh beliau ”walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa...”

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Itu peribahasa Melayu Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana seorang pemimpin hendak menaikkan semangat juang ahli-ahlinya.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

“Walau apa pun terjadi Putrajaya mesti kita pertahankan”

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan soal hendak bergaduh.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apa yang hendak disampaikan dalam mesej ini? Apakah maksud di sebalik kata-kata ini?

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat ini tidak faham peribahasa Melayu.

final • 3:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Seorang pemimpin, Yang Berhormat Batu Gajah - bagilah saya buat pertanyaan. Yang Berhormat jawablah supaya jangan ada salah faham.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya pohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perjelaskan dalam Dewan yang mulia ini apabila Yang Berhormat menggulung perbahasan dalam Dewan yang mulia ini.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tidak terfikir Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak mencetuskan persengketaan dan kebimbangan.

final • 3:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, duduk Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:21 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Biar Perdana Menteri sendiri yang terangkan.

final • 3:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading. Duduk dahulu Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya juga amat tersinggung dengan ucapan...

final • 3:21 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ikut kata-kata Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya hanya hendak bertanya apa maksud, mesej.

final • 3:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ia boleh mengelirukan kebimbangan kita dengan ....

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya wakil muda...

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ia hanya menceritakan semangat juang UMNO supaya...

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Generasi muda mendengar kenyataan ini amat menakutkan.

final • 3:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Batu Gajah duduk dahulu. Ini berbahas Ahli-ahli Yang Berhormat. Bergilir-gilir. Selepas seorang Yang Berhormat berucap apa pun ucapannya, apabila saya meneliti melanggar peraturan saya akan tegur dan mencelah juga dibenarkan tetapi jika yang memberi ucapan itu memberi laluan. Saya faham apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading itu tetapi Yang Berhormat Batu Gajah tidak memberi laluan.

Jadi siapa nanti ahli dari Barisan Nasional yang menidakkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah dipersilakan, hujah selepas Yang Berhormat Batu Gajah. Sila Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya meluahkan perasaan saya sebagai wakil rakyat muda dalam Dewan yang mulia ini. Apabila saya membaca laporan yang mengatakan kata-kata sedemikian.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah...

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya pohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hadir dalam Dewan perjelaskan maksudnya itu sahaja.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak Yang Berhormat Batu Gajah bagi saya laluan.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Batu Gajah ini Tuan Yang di-Pertua, seorang yang berpengalaman. Sudah tiga penggal di sini dan saya faham...

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau kita hendak menuju ke sebuah negara yang berpendapatan....

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua peraturan kalau floor tidak hendak bagi kita, tidak boleh. Tetapi....

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya gunakan Peraturan Mesyuarat 37(1) saya minta Yang Berhormat Sri Gading tidak mengganggu saya.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tidak hendak kacau sebenarnya. Saya bertanya.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Dia bukan Perdana Menteri lagi. Dia belum menjadi Perdana Menteri lagi. Ini kata-kata yang dilaporkan, dikeluarkan oleh Perdana Menteri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita hendak menuju ke sebuah negara bagi berpendapatan tinggi, menjadi kebanggaan negara. Kita mesti ada kematangan dari segi politik dan juga penghormatan dari segi undang-undang.

Jadi, kita bukan diserang oleh kuasa-kuasa asing. Jadi apa maksud mesej yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini.

Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Perdana Menteri semasa menggulung Mesyuarat Tahunan UMNO juga menyentuh berkenaan pilihan raya. Telah kedengaran suara-suara bahawa pilihan raya umum mungkin akan diadakan seperti yang dilaporkan, dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri mungkin dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Saya pohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh memberi satu jaminan dalam Dewan yang mulia bahawa jika wujud, jika timbul peralihan kuasa kerajaan ini, transfer of power dalam negara ini, bolehkah ia dijalankan dengan secara aman dan damai? Saya pohon jaminan diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri berlatar belakangkan laporan yang saya petik dari Utusan tadi. Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan bahawa orang ramai...

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 3:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu Yang Berhormat Batu Gajah. Sila, sila. Sebut Peraturan Mesyuarat 36(6) yang mana satu.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Peraturan Mesyuarat 36(6) masalah Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, apa-apa.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sangkaan buruk atau sangkaan jahat. Sebenarnya ialah saya pun tidak sangka Yang Berhormat Batu Gajah boleh merasa bimbang, berasa takut. Apa yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti mana yang saya sebut tadi ialah untuk menaikkan semangat juang Ahli-ahli UMNO bukan soal hendak bertumpah darah hendak bergaduh sesama kita tidak ada. Tidak ada niat langsung.

Jadi Yang Berhormat Batu Gajah, janganlah bersangka buruk. Perdana Menteri kita seorang pemimpin yang sungguh bertanggungjawab. Selalu dia ulang-ulang kepimpinan beliau untuk seluruh rakyat di negara ini. Jadi bermakna tentulah keamanan, kesejahteraan menjadi misi dan visi dia. Jadi janganlah kita sangka buruklah Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah saya hormat Yang Berhormat Batu Gajah ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya baik dengan dia sebenarnya. Dia seorang yang berakhlak baik. Janganlah bersangka buruk pula dengan Perdana Menteri kita.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Yang Berhormat Sri Gading hanya mengambil kesempatan untuk meluahkan hujah beliau. Oleh itu saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan maksud, mesej yang dinyatakan, yang dilaporkan, yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Bukankah saya bersikap adil? Saya tidak menerima secara bulat-bulat.

Saya hanya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan, hadir dalam Dewan maksudnya. Apakah salah saya? Apakah ini dikatakan sangkaan buruk. Yang Berhormat Sri Gading dengar habis dengan hati yang tenteram kandungan ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu tadi saya kata Timbalan Perdana Menteri ada berkata mungkin pilihan raya dalam masa beberapa bulan. Siapa tahu?

Hanya Perdana Menteri akan tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Oleh itu peranan SPR sepanjang masa ini adalah amat penting untuk memastikan pilihan raya yang akan datang dan pilihan raya kecil yang akan dijalankan ini sentiasa bersih, telus, adil serta aman dan damai.

final • 3:21 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, pada awal bulan Oktober ini ada sekumpulan warganegara Malaysia yang berada di luar negara telah melancarkan kempen Malaysians Overseas - Right To Vote dengan izin, dalam laman web dan mengadakan satu petisyen tandatangan menyeru agar SPR memberikan mereka hak mengundi. Mereka warganegara Malaysia yang bertugas di luar negara. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya ini adalah hak. Saya bersetuju dengan petisyen mereka sebagai warganegara Malaysia dan menurut perkara 8, semua adalah saksama, sama rata di sisi undang-undang.

Perkara 119 menyatakan kelayakan pemilih jika ia telah berumur 21 tahun dan jika tidak bermastautin di sini ia boleh digelar pengundi tidak hadir. Akan tetapi Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya dan juga Peraturan- peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya hanya menetapkan beberapa kategori yang boleh menjadi pengundi tidak hadir atau pengundi pos. Itu hanya setakat angkatan tentera laut, tentera darat dan tentera udara yang bertugas di luar negara, kakitangan awam, pelajar universiti atau suami isteri mereka - mengecualikan kategori warganegara Malaysia kita yang dianggarkan lebih kurang 700,000 yang berada di luar negara ini.

Oleh itu saya menyeru SPR, boleh mengembalikan hak mengundi ini kepada mereka. Oleh sebab menurut Seksyen 15 Akta Pilihan Raya dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, SPR mempunyai kuasa menentukan kategori mana-mana individu yang boleh menjadi pengundi pos atau pengundi tidak hadir. Jadi saya pohon SPR mengambil berat dan membenarkan mereka mengundi di duta-duta atau embassy Malaysia di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, bukankah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan ada menyatakan mengadakan Talent Corporation…

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Boleh minta laluan?

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ya.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Batu Gajah setujukah dengan saya bahawa Malaysians Overseas yang dikatakan sedang buat petisyen untuk menuntut hak untuk mengundi - terdapat juga Malaysians Overseas ini ramai talent atau yang kita di Parlimen yang mulia ini tubuhkan satu Talent Corporation untuk menarik balik Malaysian yang di luar negara ini.

Jika mereka ingin hendak mengundi, memang itu mereka masih memberi perhatian tentang negara kita semasa pilihan raya dan mungkin mereka juga mahu tengok bagaimana kerajaan ditubuhkan. Mereka masih berpegang dengan hak mereka untuk memilih calon atau parti yang mereka minat. Oleh sebab itu - bukannya ini memberikan peluang untuk mengundi ini salah satu usaha untuk menarik balik mereka ke negara kita. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Melaka. Itu adalah connection yang boleh diberi oleh pihak SPR dengan negara ini kepada warganegara Malaysia yang berada di luar negara. Bukankah akan adakan Talent Corporation dan bukankah kita sepanjang masa ada program brain drain, transfer of knowledge daripada mereka ke negara ini? Akan tetapi yang paling asas hak mengundi tidak diberi kepada mereka. Jadi saya pohon SPR boleh mempertimbangkan petisyen mereka ini dan mengambil tindakan yang segera dengan memberikan hak mengundi kepada mereka.

Kalau warganegara Indonesia dan Filipina, mereka boleh - warganegara mereka yang berada di Hong Kong, Singapura bukan kakitangan kerajaan boleh mengundi di Hong Kong dan di Singapura. Mengapakah warganegara Malaysia yang berada di UK, di Australia tidak boleh mengundi? Jadi saya pohon perhatian diambil tindakan dengan segera, mengadakan mechanism. Tambahan itu pihak kerajaan akan mengetahui berapakah ramai warganegara Malaysia yang berkepakaran ini berada di mana? Buat masa sekarang ini kerajaan tidak tahu berapa ramai yang sebenarnya mereka ini berada di negara mana? Jadi mungkin dengan ada memberikan hak kembalikan kepada mereka ini bolehlah mengesan di mana mereka berada dan mereka boleh dengan harapan satu hari mereka boleh kembali ke negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkenaan dengan perkara SPR juga. Saya telah menerima surat daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak bertarikh 8 September. Saya dimaklumkan bahawa kawasan Parlimen Batu Gajah - pihak SPR Perak telah menjalankan urusan belah bahagi daerah mengundi bagi membetulkan locality berdasarkan kedudukan sebenar mengikut Seksyen 72 dan Seksyen 74 Akta Pilihan Raya dan sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya.

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya SPR menggunakan perkataan membetulkan kod lokaliti ini untuk memindahkan pengundi. Mungkin ada pihak tidak bersetuju dengan perkataan yang saya gunakan memindah pengundi- pengundi. Pihak SPR mungkin akan mempertahankan perkataan ini diperuntukkan dalam peraturan. Mereka hanya membetulkan pengundi. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya diberikan senarai jumlah pengundi kawasan saya yang didaftarkan adalah pengundi di kawasan Parlimen. Sekarang ini akan diwartakan atau telah diwartakan akan mengundi di kawasan Gopeng dan Kampar pada masa yang akan datang. Atas sebab membetulkan menggunakan asalan membetulkan locality. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya tanya SPR...

final • 3:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf sekejap ya Yang Berhormat Gopeng. Saya tanya pegawai SPR apakah pengundi-pengundi ini akan dimaklumkan bahawa mereka tidak akan mengundi di kawasan Batu Gajah lagi dan mereka akan mengundi di kawasan Gopeng? Ia jawab, “Kami akan pamerkan di dewan orang ramai sahaja.” Kita tidak diberi senarai nama pengundi yang terlibat Tuan Yang di-Pertua. Ya, Yang Berhormat Gopeng.

final • 3:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam hal ini saya mengetahui bahawa belah bahagi juga terlibat dalam kawasan saya bersempadan dengan Ipoh Timur, bukan setakat dengan Parlimen Batu Gajah.

Apakah pendapat Yang Berhormat Batu Gajah, adakah ini satu tindakan SPR yang tidak menghormati hasrat pengundi di mana mereka seharusnya diberikan peluang untuk memilih wakil rakyat mereka yang mereka rasa lebih baik dan lebih sesuai. Ini sepatutnya diberikan peluang kepada pengundi untuk menetapkan sama ada mereka hendak undi di kawasan Batu Gajah ataupun di kawasan Parlimen Gopeng. Bukankah ini satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku? Sekian.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa harus dibatalkan peraturan 7(2) peraturan 7(3) dan sampai sub peraturan 25 yang membenarkan sepanjang masa dan berterusan, suka-suka ia hantarkan surat ia kata, “Sekarang kami hendak memperbetulkan lokaliti.” Jadi pengundi ini tidak sepatutnya menjadi pengundi kawasan ini, tetapi mengundi di kawasan yang lain. Saya tidak ada maklumat sebenarnya mereka ini pengundi baru atau pengundi lama. Peraturan ini harus dihapuskan! Tidak boleh dikekalkan dalam Akta Pilihan Raya atau peraturan yang membenarkan SPR membuat demikian. Saya rasa ini amat tidak wajar dan tidak patut diteruskan peraturan sedemikian dan operasi sedemikian.

Tambahan itu maklumat dalam laman web, saya tanya pegawai apakah akan siarkan maklumat dalam laman web agar kami akan maklumkan kepada pengundi atau kami boleh membantu pengundi memeriksa membuat semakan.

Sama ada mereka telah dipinda atau tidak atau telah diperbetulkan guna perkataan SPR atau tidak locality mengundi mereka. Tidak ada. Kami akan siarkan senarai dalam dewan orang ramai sahaja. Kita tahu semasa pilihan raya baru apabila pembubaran Parlimen diumumkan baru kita akan tahu di mana pusat mengundi kita? Di mana saluran mengundi? Sepanjang masa ini kalau kita buat semakan kita tidak ada pun maklumat itu.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi SPR hantar semua senarai ini kepada saya hanya mengatakan dalam taman ini sekarang berjumlah berapa orang sekarang akan jadi pengundi di kawasan Gopeng dan kawasan Kampar. Akan tetapi, tidak ada nama maklumat terperinci. SPR sepatutnya hantar surat ke alamat mereka yang terlibat dan maklumkan mereka bahawa mereka sekarang pada pilihan raya akan datang akan mengundi di tempat yang lain. Namun, yang paling baik ialah saya memohon SPR membatalkan peraturan ini yang membenarkan SPR berterusan atas alasan membetulkan locality untuk menjalankan pemindahan pengundi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi ke isu Warisan Merdeka. Berapa minit lagi ya Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

10 minit.

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya ingin pergi ke isu Warisan Merdeka. Ramai Ahli Parlimen dalam Dewan membangkitkan berkenaan Warisan Merdeka. Di sebelah sana Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Jempol, malahan meminta agar jumlah tingkat Menara Warisan Merdeka ditambah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengungkap kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana beliau dalam ucapan belanjawan bajet menyatakan, “Era kerajaan tahu segala-galanya sudah pun berakhir”. Saya memohon agar kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh mengambil pandangan daripada orang ramai di mana dalam facebook semalam Yang Berhormat Ipoh Timur telah menyatakan yang sekarang telah mencecah melebihi 174,000 warga Malaysia yang membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka ini. Saya tahu ramai yang telah memberi pelbagai alasan, daripada Barisan Nasional mengapa menyokong Menara Warisan Merdeka ini.

Namun Tuan Yang di-Pertua, menjadi kebanggaan kami sebagai warganegara Malaysia bukan menerusi satu simbol menara 100 tingkat. Menjadi kebanggaan negara bagi saya adalah apabila saya mempunyai sense of belonging kepada negara ini apabila korupsi yang rendah, apabila orang ramai merasa selamat, dan apabila semua menerima layanan yang saksama dalam negara ini. Bukan menjadi kebanggaan saya apabila negara ini mempunyai bangunan yang tinggi Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri Pelancongan, beliau telah menyokong menara 100 tingkat ini dengan mengeluarkan kata-kata yang dilaporkan dalam media bahawa “The most important thing that we can do it, why we should hold back?” Ini bukan cara pengurusan dan pengagihan sumber, penentuan program atau projek.

Bukan cara ini kerana “we can do it, why hold back”. Bukan cara ini, apakah Yang Berhormat Menteri Pelancongan, because we can stand, we stand? Apakah cara ini beliau membelanjakan peruntukan Kementerian Pelancongan? Kita mesti tahu apakah prioriti dan keutamaan projek yang benar-benar memanfaatkan rakyat.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan senang mengatakan, “Ini bukan cadangan saya tetapi PNB. Oh, ini akan ada multiplier effect”, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, Board of Trustee Yayasan Pelaburan Bumiputera siapa pengerusinya? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Timbalannya siapa?

Timbalan Perdana Menteri. Dua orang Menteri Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya haraplah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh mendengar pandangan orang ramai yang membantah ini bukan sekadar mendengar pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat UMNO sahaja. Facebook dengan jelas berapa ramai yang membantah.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ada minum kopi, adakan high tea dengan peminat-peminat laman blog dan facebooknya, dia punya fans. Akan tetapi, bagaimana pula dengan facebook yang seramai 170 ribu lebih orang yang membantah. Bukankah itu satu signal atau suara yang amat kuat bahawa rakyat tidak bersetuju dengan Menara Warisan Merdeka ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin ambil kesempatan menanyakan Yang Berhormat Menteri Pelancongan. Beliau telah membelanjakan mengikut laporan misi sepuluh hari ke New Zealand dan Australia. Beliau dan pasangannya dan seorang pegawai kanan sepuluh hari ke New Zealand dan Australia sebanyak RM244,720, ini jawapan daripada Dewan yang mulia ini. Saya mahu tahu pecahan perbelanjaannya. Berapakah kos tiket penerbangan, hotelnya dan sebagainya

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

dalam pecahan perbelanjaannya? Oleh sebab beliau kata “we can do it, why hold back”, “We can spend”.

Jadi, saya pohon jawapan kepada perkara ini dan akhirnya Tuan Yang di- Pertua, berapa lama lagi saya ada? [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada empat minit lagi.

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Empat minit. Okey, saya cepat sedikit. Tuan Yang di-Pertua, saya dalam Dewan ini tiga penggal sahaja tetapi saya benar-benar merasa sangat sakit hati. Saya cakap dengan jelas berkenaan dengan fungsi perjalanan Parlimen dalam Dewan yang mulia ini dan cara pengurusan sumber dalam negara ini. Saya bukan pakar ekonomi mendengar ucapan-ucapan Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini. Nampaknya fungsi Parlimen seolah-olah telah menjadi rubber stamp dan formality sahaja untuk meluluskan cadangan perbelanjaan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.

Seolah-olah Dewan yang mulia ini menjadi biro aduan wakil rakyat Ahli Parlimen.

Yang Berhormat minta jalan diturap, Yang Berhormat minta kolej komuniti dibina, Yang Berhormat minta berbagai-bagai program.

Hari itu Yang Berhormat Gelang Patah kata program komputer riba 1Malaysia beliau tidak ada maklumat dan maklum balas. Yang Berhormat Ranau dan Yang Berhormat Seputeh hari inikah atau semalam membangkitkan tentang keadaan jalan di luar bandar tidak akan mencapai negara yang maju menjelang 2020 bagi kawasan daerah beliau.

Tuan Yang di-Pertua, mengapakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengetepikan Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini dalam perancangan bajet beliau? Beliau ada kata ada ambil banyak pandangan daripada NGO, badan-badan, orang ramai dan dalam lab atau makmal-makmal kita belanjakan RM2.9 juta untuk tiga sesi GP. Akan tetapi, bagaimana pula dengan struktur bagi Ahli Parlimen untuk menyampaikan keperluan bagi kawasan mereka masing-masing?

Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan seperti negara yang lain yang ada budget committee yang terdiri daripada Ahli Parlimen. Mereka boleh menilai program-program yang dicadangkan oleh pihak kementerian dan mereka juga menyampaikan program-program dan projek-projek dan menentukan apakah cadangan yang dikemukakan oleh pihak kementerian itu adalah memanfaatkan rakyat dengan menentukan perbelanjaan pengagihan kewangan negara. Budget committee negara Uganda sudah ada, mengapa negara Malaysia tidak boleh mengadakannya? Libatkan Ahli Parlimen dalam proses ini Tuan Yang di-Pertua, barulah Parlimen mempunyai maknanya dan memainkan fungsinya Tuan Yang di- Pertua.

Apabila saya mengikuti conference di luar negara Tuan Yang di-Pertua, saya ditanya, “Yes Honorable ini dalam jawatankuasa yang mana, select committee yang mana? Tuan Yang di-Pertua, saya kata Parlimen tiada select committee. Mereka terkejut tiada select committee bagaimana perjalanan perbahasan ini dijalankan? Saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, sudah sampai masanya kita adakan select committee dengan tumpukan kepakaran setiap Ahli Parlimen dalam select committee dan memastikan bahawa rang undang-undang yang disediakan itu memang benar memanfaatkan rakyat. Tambahan juga peruntukan perancangan bajet yang boleh disampaikan kepada select committee dan selepas itu select committee serahkan kepada budget committee untuk pertimbangan dan penilaiannya, Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak perlu membaca setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara. Kita lihat bagaimana perbelanjaan digunakan Tuan Yang di- Pertua, saya beri contoh untuk memasang lampu hiasan di Pangkalan Tentera Laut, Lumut bernilai RM459,000. Dia beli berapa? Dia beli 836 lampu hiasan yang sepatutnya peruntukan bukan digunakan untuk tujuan itu. Akan tetapi dia beli 836, dia pasang 236 dan dia simpan 600 lampu hiasan itu kononnya untuk gantian Tuan Yang di-Pertua.

Ada banyak lagi, kanak-kanak disaji dengan sandwic kosong, disapu dengan marjerin sahaja Tuan Yang di-Pertua. Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat juga, kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan tidak kemas. Tuan Yang di-Pertua, itulah masalah kalau apabila Ahli Parlimen tidak dilibatkan dalam perancangan program, projek dan pengagihan sumber kerajaan negara ini, sumber negara bukan kerajaan. Itu wang rakyat.

Inilah apabila perkara-perkara bukan keutamaan tetapi diberi kepentingan oleh sebab pihak tertentu berminat untuk menjadi kontraktornya Tuan Yang di-Pertua.

Akhirnya berkenaan isu kewarganegaraan Tuan Yang di-Pertua. Saya ada kes di mana permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, “Kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak.” Tuan Yang di- Pertua, perkara ini memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh dalam keadaan khas sekiranya patut menyebabkan mana-mana orang yang di bawah umur 21 tahun didaftarkan sebagai warganegara. Ini bukan kes pertama Tuan Yang di-Pertua, di mana permohonan dikemukakan oleh bapa disebabkan oleh kelalaian mereka tidak mendaftarkan perkahwinan dengan isteri asing mereka, menjadikan anak mereka menjadi bukan warganegara walaupun anak itu dilahirkan dalam negara ini.

Akan tetapi, permohonan mereka ditolak dengan terus, permohonan tidak berjaya. Menurut surat yang menolak itu, menurut peraturan ini rayuan tidak dibenarkan mengikut Perlembagaan Persekutuan, sila mengemukakan permohonan semula tahun hadapan. Apa jawapan ini? Tanpa sebarang alasan diberi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kes-kes yang tulen yang tadi saya nyatakan kes saya Lim Chee Kit. Pemohon, kanak-kanak sekarang sudah lima tahun, perkahwinan bapa dan emak telah didaftarkan, telah melahirkan anak kedua mereka. Sekarang budak ini sudah lima tahun, mengapakah mahu ibu bapa ini mahu melalui birokrasi? Kalau kata tidak cukup dokumen, maklumkan tidak cukup dokumen. Apakah kerana mereka lalai, sekarang ini mahu “menghukum” mereka dan melambat-lambatkan permohonan? Saya rasa ini bukan niat kementerian.

Jadi saya pohon kes-kes sedemikian, perkara 15A boleh dikurangkan birokrasi mereka, kes-kes yang tulen dan jangan membebankan mereka. Ini kerana selepas lima tahun, mereka akan ke sekolah rendah, begitu sukar. Tuan Yang di-Pertua tahu tidak? Anak-anak bukan warganegara, mereka perlu tulis surat kepada jabatan pelajaran negeri, jabatan pelajaran hantar ke Putrajaya, Putrajaya jawab balik, dengan ambil surat itu baru mereka boleh daftar anak mereka sekolah. Apabila tamat pendidikan mereka, apa jadi? Tidak ada surat lagi.

Tidak ada orang berani menggaji mereka sebab mereka bukan warganegara ini.

Apabila salah seorang bapanya sudah meninggal, bapa yang adalah warganegara ini, siapa yang akan menjamin mereka boleh menetap dalam negara ini? Saya ada kes sedemikian Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi saya pohon perkara 15A, birokrasi ini dapat dipertimbangkan semula.

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terpaksa melihat sebelah kanan dahulu. Ini di antara Yang Berhormat Pulau dan Yang Berhormat Silam. Sila Yang Berhormat Labuan.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberikan ruang untuk Labuan turut berbahas untuk Bajet 2011 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak atas ucapan bajet tahunan 2011 yang disifatkan sebagai bajet rakyat dan jelas amat bertepatan di dalam usaha negara memperkukuhkan pacuan mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, selaku bajet yang digambarkan sebagai helaian- helaian pembuka tirai kepada pusingan akhir ke arah Wawasan 2020 yang bakal menjelang, lebih kurang sembilan tahun dua bulan sahaja lagi. Bajet tahunan 2011 ini turut amat bermakna kepada rakyat terutamanya penduduk Labuan. Bajet yang bertemakan ‘transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi’ ini menuntut perubahan dan pembaharuan sebagai faktor kejayaan. Jelas sekali perubahan tidak lagi ditakrifkan sebagai opsyen melainkan merupakan suatu imperatif sebagaimana yang dijelaskan secara tegas di dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.

Membahaskan usul Bajet 2011, ingin saya menyelusuri strategi pertama Bajet 2011 iaitu mendaya kembali pelaburan swasta. Di dalam kita mengetengahkan kembali peranan sektor swasta bagi memainkan peranan yang signifikan di dalam menjana ekonomi negara, perancangan kerajaan mempergiatkan inisiatif projek perkongsian awam-swasta atau Private Public Partnership dengan izin, adalah satu tindakan yang bijak dan berani. Saya menyarankan agar kerajaan meneliti dan juga mempertimbangkan untuk menyenaraikan projek pembinaan jambatan dari Labuan ke Tanah Besar Sabah atau Labuan-Menumbok Bridge dengan izin, di dalam Perancangan Malaysia Kesepuluh meskipun ia tidak tersenarai di antara beberapa projek PPP di dalam Bajet 2011.

Saya dan seluruh warga Labuan dan sebahagian daripada warga Sabah amat mengharapkan agar projek pembinaan jambatan ini dapat menjadi kenyataan demi kesejahteraan rakyat. Kajian terhadap keperluan pembinaan jambatan ini telah pun dijalankan oleh pakar-pakar dari tiga buah universiti, yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah

(UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan telah merumuskan bahawa jambatan sejauh 11 kilometer bagi menghubungkan antara Tanah Besar Sabah dan Labuan adalah viable dan amat diperlukan.

Kajian ini telah dilaksanakan dengan menelan belanja lebih kurang RM5 juta yang telah dimulakan sejak tahun 2007. Menurut salah seorang profesor, Profesor Dr. Haji Shariff AK Omang selaku ketua kepada pasukan perunding yang bertanggungjawab melaksanakan kajian tersebut. Kos pembinaan jambatan ini adalah sekitar RM2.8 bilion dan sekiranya ditunda, kosnya akan meningkat kepada RM6 bilion atau dua kali ganda lebih daripada yang ada sekarang. Kajian

final • 3:54 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

tersebut menunjukkan bahawa pembinaan jambatan ini amat mendesak bagi menyelesaikan masalah-masalah keterbatasan pengangkutan udara, kelemahan jaringan sistem pengangkutan laut yang sedia ada dan menyediakan alternatif laluan itu iaitu pengangkutan lebih pantas dan keperluan darurat sebagai contoh.

Idea pembinaan jambatan ini telah diwartakan secara rasmi di dalam Pelan Pembangunan Labuan atau Labuan Development Plan dengan izin, tahun 1997-2015 oleh Tun Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan ketika itu malahan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman juga turut menyatakan sokongan bahawa pembinaan jambatan itu kelak akan memberikan manfaat dan bukan sahaja kepada rakyat Labuan tetapi juga bagi rakyat Sabah, malahan Sarawak dan Brunei secara keseluruhannya.

Sekiranya jambatan ini dilambat-lambatkan Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya ada alternatif lain yang harus kita lihat. Contohnya, seperti mana yang ada sekarang, hubungan antara Pulau Labuan dan juga Tanah Besar Sabah di mana kita sentiasa masih menggunakan sistem feri yang lama.

final • 3:54 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Jadi, oleh itu seperti mana yang kita maklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah telah pun membuka monopoli kepada pengusaha-pengusaha feri yang ada sekarang supaya diberi peluang dua atau tiga operator yang baru. Jadi, oleh itu, apa yang kita lihat walaupun projek pembuatan jambatan antara Labuan dan Menumbuk ini kalau pun tidak dilaksanakan dalam waktu yang singkat tetapi sekurang-kurangnya alternatif laluan yang ada antara Labuan dan juga tanah besar Sabah harus difikirkan. Ini kerana ia kalau kita lihat dengan laluan yang ada sekarang dengan kelajuan feri dengan speed kalau tidak salah sepuluh knot per jam, jadi ia akan mengambil masa dalam satu setengah jam atau satu jam 30 minit antara Pulau Labuan dan juga tanah besar Sabah.

Jadi, ini pun telah lama berlarutan dan juga sistem feri yang begitu daif yang menyebabkan penduduk Labuan sehingga kini belum dapat menikmati apa juga sistem pengangkutan yang baik. Jadi, oleh itu, saya mencadangkan agar satu laluan baru ataupun channel yang baru antara Labuan dan juga tanah besar Sabah difikirkan supaya ia akan menyingkatkan laluan itu dengan perjalanan dari satu jam 30 minit kepada satu jam ataupun pada 30 minit sahaja dengan membuat satu laluan yang pendek antara Labuan dan juga tanah besar Sabah iaitu ke Pelabuhan Menumbuk.

Jadi, oleh itu dengan alternatif ini mungkin walaupun kelewatan ataupun peluang untuk membuat satu jambatan antara Labuan dan juga tanah besar terlambat, sekurang-kurangnya penduduk Labuan dapat menikmati apa yang telah dilaung-laungkan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat bukan sahaja di Pulau Labuan tetapi juga untuk tanah besar Sabah.

Jadi, oleh itu kita mengharapkan supaya apa jua peruntukan–peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan sama-samalah kita menikmati kerana kalau kita lihat di sebelah Semenanjung Malaysia sini yang mana adanya sistem pengangkutan yang begitu canggih, RapidKL, RapidPenang dan sebagainya.

Akan tetapi apa yang kita nikmati antara Labuan, Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan berbanding dengan apa yang ada di Semenanjung. Jadi, oleh itu, kalaulah kita tidak dapat menikmati sistem-sistem pengangkutan darat yang begitu canggih, berilah kita laluan untuk memperbaiki sistem pengangkutan laut yang ada antara Pulau Labuan dan juga tanah besar Sabah. Oleh itu, mungkin ini dapat sedikit sebanyak yang selama ini kita impi-impikan sekurang-kurangnya dapat dinikmati oleh rakyat di Pulau Labuan.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Tuan Yang di-Pertua, kajian ini telah pun kalau kita lihat telah pun diserahkan dan dibentangkan di hadapan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar oleh pakar-pakar daripada tiga buah universiti berkenaan pada bulan Mac 2010 yang lalu. Diharapkan kerajaan masih mempertimbangkan dan meneruskan projek pembinaan tersebut. Ini menerusi inisiatif Projek Perkongsian Awam (PPP) dengan memanfaatkan dana mudah cara yang bernilai RM1 bilion yang telah pun diperuntukkan.

Tuan Yang di-Pertua, masih membahaskan strategi pertama Bajet 2011.

Peruntukan sejumlah RM4.6 juta untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti hiliran industri minyak, gas dan tenaga adalah satu perancangan yang tepat oleh kerajaan. Sebagai salah sebuah hab minyak dan gas di rantau ini, diharapkan Pulau Labuan turut mendapat limpahan daripada bajet berkenaan. Labuan telah pun menjana lebih kurang RM11 bilion nilai dagangan luar tahunan yang kebanyakannya dijana hasil daripada aktiviti-aktiviti minyak dan gas.

Satu lagi kajian yang berkaitan pembangunan Pelabuhan Bersepadu Labuan (Labuan Integrated Port) yang telah pun dimulakan pada tahun 2004 oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia menerusi perunding yang dilantik iaitu Unified Consult Sdn. Bhd. Hasil kajian tersebut dicadangkan tiga pilihan design atau reka bentuk pada pelabuhan bersepadu yang menelan belanja hampir mencapai RM600 juta bagi design yang paling jimat pada ketika itu. Kemudahan- kemudahan pelabuhan bersepadu yang dicadangkan itu akan merangkumi kawasan-kawasan pendaratan pelbagai kegunaan khasnya untuk kargo-kargo besar, struktur-struktur pemecah ombak, gudang penyimpanan, kompleks pihak berkuasa kastam, sistem penyimpanan komersial dan banyak lagi yang mana sekali gus akan mencergaskan lagi industri minyak dan gas yang ada di Pulau Labuan.

Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (Detailed Environmental Impact Assessment), dengan izin bagi cadangan pembinaan pelabuhan bersepadu ini telah pun siap dan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar oleh Biro Inovasi dan Perundingan Universiti Teknologi Malaysia. Dengan pembinaan pelabuhan ini kelak, bukan sahaja akan merancakkan lagi aktiviti minyak dan gas di Labuan dan serantau malahan akan membuka peluang-peluang pada mewujudkan Labuan sebagai hab perdagangan di biayai BIMP-EAGA dengan memanfaatkan kedudukan geografi dan juga status Labuan sebagai duty free port yang bakal menjana pendapatan besar kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam menterjemahkan usaha hebat kerajaan di dalam mewujudkan persekitaran kondusif sebagai menggerakkan pertumbuhan ekonomi, kenyataan bahawa enterprise kecil dan sederhana (SME) memainkan peranan penting di dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara adalah benar.

Usaha-usaha kerajaan membangunkan SME-SME ini sebagai jentera pertumbuhan dan inovasi adalah benar. Pada hemat saya, enterprise kecil dan sederhana bukan hanya memerlukan akses yang mudah pada kemudahan pembiayaan semata-mata namun apa yang lebih penting adalah usaha kerajaan mengharmonikan agensi-agensi berkaitan. SME untuk memainkan peranan secara bersepadu agar skim-skim kerajaan yang disediakan benar-benar dapat dimanfaatkan oleh para industri kecil dan sederhana tempatan.

Malangnya, ketiadaan agensi-agensi berkaitan IKS seperti SME Corporations, SME Bank, PUNB, MIDA, MATRADE dan yang lain-lain di Labuan mengakibatkan pembangunan dan penglibatan bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana di Labuan amat minimum dan hampir tidak wujud. Lebih dirasai keterbatasan keluasan tanah industri di Labuan menyebabkan lot-lot tanah

final • 4:00 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

mahupun bangunan-bangunan industri yang tersedia ada di Labuan disewakan pada kadar yang begitu mahal sehinggakan kawasan-kawasan dan bangunan- bangunan berkenaan dimonopoli, dikuasai oleh suku kaum lain. Ada pun pengusaha IKS bumiputera yang sedia ada, hanya menjalankan perniagaan- perniagaan secara industri desa ataupun di bangunan-bangunan sendiri yang terletak di kawasan kampung yang serba kekurangan dan bukannya di kawasan- kawasan industri yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti mana IKS- IKS di negeri lain. Ini kalau kita lihat lebih menyulitkan mereka untuk memperkembangkan lagi perniagaan yang sedia ada dan juga sekali gus bersaing dengan pengusaha-pengusaha bukan bumiputera yang lain.

Bagi menjayakan lagi pelaksanaan Bajet 2011 di dalam merancakkan industri pelancongan di Labuan khususnya, usaha menaikkan status Lapangan Terbang Labuan kepada status lapangan terbang antarabangsa atau international airport status, dengan izin amat diperlukan. Ini kerana ia bakal memainkan pertumbuhan bukan hanya bagi sektor pelancongan Labuan malah sektor ini seperti industri-industri kecil dan sederhana di Labuan juga. Saya telah pun menyuarakan perkara ini sewaktu soalan saya yang lalu tetapi apa yang dijawab oleh pihak kementerian kerana Labuan tidak mempunyai penduduk yang begitu besar sehingga membolehkan ia dijadikan sebagai sebuah international airport.

Saya rasa ini satu jawapan yang terlalu tidak masuk di akal kerana kadang-kadang bukan sahaja untuk – kita melihat kedudukan pulau itu sendiri dengan penduduk yang begitu kecil tetapi kerajaan harus memainkan peranan apakah yang harus kita buat untuk menaiktarafkan airport tersebut. Kerajaan seharusnya mempunyai perancangan-perancangan yang teratur supaya kawasan di Pulau Labuan itu kalau kita buat airport dengan nilai setengah bilion ringgit untuk apa kita buat lapangan terbang tersebut sekiranya kalau kita tidak mempunyai perancangan-perancangan yang terperinci sedangkan apa yang kita lihat sekarang, Labuan airport mempunyai empat aerobridge dengan kedudukan yang empat aerobridge jarang sekali walaupun apatah lagi keempat-empat aerobridge digunakan dua aerobridge sekali digunakan untuk kapal mendarat pun jarang.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Jadi kalau secara logiknya, kalau kita tidak mempunyai perancangan kenapa harus kita membuat airport yang begitu besar dan telah pun dilaksanakan, saya rasa sudah hampir beberapa tahun tiada pun perancangan-perancangan yang kita lihat untuk menaiktarafkan airport tersebut. Jadi diharapkan kepada kerajaan yang berkaitan supaya fikir-fikirkanlah apa yang harus kita buat untuk Labuan demi untuk mempergunakan atau kita utilize airport itu sepenuhnya supaya ini menjadikan sebuah airport yang bertaraf antarabangsa kerana di Sabah, Sarawak, Brunei dan juga Philippines kita ada rangkaian BIMP-EAGA.

Kenapa kita tidak fokus kepada BIMP-EAGA untuk mempergunakan dengan kedudukan Labuan di tengah-tengah Sabah, Sarawak dan Brunei. Saya rasa kedudukan pulau tersebut cukup baik dan strategik untuk kedudukan, kita gunakan untuk program-program BIMP-EAGA. Jadi oleh itu seolah-olah yang kita lihat sekarang rangkaian BIMP-EAGA ini seolah-olah mati begitu sahaja. Tidak ada satu pun yang nampak menonjol. Baik di mana, baik di Brunei, Sabah, Sarawak dan juga Philippines. Jadi apalah gunanya kita rancang untuk mengadakan BIMP-EAGA kalau tidak ada perancangan-perancangan yang baik.

Saya rasa Kerajaan Malaysia harus memainkan peranan yang begitu tinggi dan juga kuat kerana kedudukan Pulau Labuan itu sebagai yang kita lihat

final • 4:10 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

sekarang Labuan sudah pun diwartakan sebagai hab minyak dan gas, dan juga Labuan adalah kedudukan sebagai offshore financial centre dan sebagainya.

Kalaulah cuma bunyi sahaja yang kita suarakan, tetapi perancangan yang lebih baik untuk penggunaan airport dan juga perancangan-perancangan untuk menghidupkan bandar Pulau Labuan itu sendiri tidak ada. Saya rasa seolah-olah rancangan ini kita cuma lebih kepada merancang tetapi implementation tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menyentuh mengenai strategi kedua membangunkan modal insan di dalam Bajet 2011. Peruntukan sebanyak RM24.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran Malaysia dan RM10.2 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi dan juga RM627 juta untuk Kementerian Sumber Manusia oleh kerajaan adalah satu peruntukan yang berhemah. Ini sekali gus membuktikan keikhlasan dan juga kejujuran kerajaan Barisan Nasional di dalam menjamin dan meningkatkan kualiti berpendidikan di negara kita ini dengan membangunkan modal insan yang begitu baik. Usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi contohnya ke arah bertaraf dunia bakal menjana kemajuan sosioekonomi negara di masa yang akan datang. Beberapa langkah seperti menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan juga menambah baik peluang-peluang kenaikan pangkat pensyarah juga disambut baik.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan juga mempertimbangkan untuk menaik tarafkan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

(UMSKAL) sebagai full-fledged university. Dengan penaiktarafan ini, Universiti Kampus Antarabangsa ini akan dapat mewujudkan dan juga menawarkan pengajian-pengajian menjurus kepada industri minyak dan gas disebabkan oleh status Labuan itu sendiri selaku hab minyak dan gas di wilayah Malaysia Timur.

Ini bukan hanya akan menampakkan tahap inovasi negara ke arah lebih memberangsangkan, malah memberikan peluang positif dan guna tenaga setempat sekali gus memberikan galakan kepada sektor swasta untuk melabur dan juga infrastruktur fizikal di Labuan. Ia akan menjadi penarik kepada pihak swasta untuk sama-sama menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkaitan dengan syarat-syarat dan juga urus birokrasi seperti mendapatkan lesen, permit dan sebagainya dipermudahkan oleh pihak berkuasa tempatan. Perkara sedemikian juga harus dilakukan di tempat atau di wilayah di seluruh Malaysia untuk mendapatkan impak positif yang menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, memang kalau kita lihat Bajet 2011 ini boleh diterjemahkan secara keseluruhannya sebagai bajet rakyat dan menyentuh mengenai strategi ketiga iaitu menyejahterakan hidup rakyat. Peruntukan sebanyak RM1.2 bilion oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang disalurkan antara lain bagi program bantuan kebajikan warga emas dengan memperuntukkan sebanyak RM6.6 juta dan juga projek bantuan kepada golongan OKU sebanyak RM218 juta adalah benar-benar kena pada tempatnya dan juga masanya. Menyediakan peruntukan berjumlah RM568 juta ini juga membina 300 unit...

final • 4:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Labuan celah sedikit.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Sekejap, I bagi you sekejap lagi.

Sebanyak 300 unit kediaman di bawah Projek Perumahan Bandar, 79,000 unit untuk rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat dan 8,000 unit untuk program sedemikian turut dilaksanakan di kawasan Parlimen yakni di Labuan. Menyedari bahawa Labuan juga tidak lepas daripada masalah kekurangan rumah

final • 4:10 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

terutamanya rumah-rumah mampu milik bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah. Silakan.

final • 4:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Labuan saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Labuan. Saya cukup rasa bangga dan bertuah apabila kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang begitu besar dalam Program Membasmi Kemiskinan yang akan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan pelbagai agensi. Cuma saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Labuan, kebimbangan saya ialah oleh kerana kita terikat dengan sistem e-Kasih, maknanya kita mahu bagi bantuan mesti kepada penama dan individu yang ada nama dalam senarai berkenaan dan oleh sebab bantuan yang hendak diberi begitu banyak yang dikhuatiri ialah pertamanya, individu menerima bantuan yang banyak kerana tidak ada orang lain terpaksa bagi pada dia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun dia, Jabatan Pertanian pun dia, kementerian lain pun dia. Jadi ini masalahnya menyebabkan tumpuan hanya kepada individu tertentu sahaja, satu.

Keduanya ialah syarat yang terlalu rigid sangat hendak bagi bantuan kebajikan, kalau dia ada anak tidak layak dan memerlukan kajian semula terhadap syarat-syarat ini. Apakah Yang Berhormat Labuan punya pandangan tentang perkara ini?

final • 4:10 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Sepertimana yang disuarakan oleh Yang Berhormat tadi saya juga merasakan bahawa sistem e-Kasih yang ada sekarang cukup tidak begitu memberikan impak yang baik kepada rakyat secara keseluruhan, kerana kalau kita lihat melalui e-Kasih contohnya apabila kita mahu melaksanakan SUBUR makanya sampai sekarang saya rasa Program SUBUR itu masih ditangguhkan disebabkan oleh masalah-masalah e-Kasih, kerana pada mulanya kita akan memberikan bantuan melalui e-Kasih tetapi apa yang kita lihat pada ketika ini kalaulah kita melalui e-Kasih saya rasa program ataupun peruntukan-peruntukan yang begitu banyak tidak akan dapat kita salurkan dengan baik kerana dia tidak menunjukkan, tidak mencerminkan untuk memberikan kepada rakyat yang betul- betul miskin. Senarai yang ada pada e-Kasih saya rasa tidak sampai separuh berbanding dengan apa yang ada yang betul-betul miskin.

Apa yang saya harapkan kalau boleh kita haruslah menerima informasi ataupun data sekurang-kurangnya daripada pemimpin masyarakat atau ketua- ketua kampung yang ada di seluruh Malaysia supaya penama atau penama yang betul dapat menerima bantuan tersebut haruslah kita dapatkan senarai daripada penghulu ataupun ketua-ketua kampung, yang mana ini dapat menjelaskan lebih detail lagi kerana cuma ketua kampung sahaja yang dapat tahu siapakah penduduk yang miskin di kawasan-kawasan tersebut. Kalaulah melalui e-Kasih yang mana kadang-kadang e-Kasih ini cuma didaftarkan seorang daripada pusat untuk survey di kawasan kita sedangkan yang di survey itu kita sendiri pun tidak tahu siapa dia, kerana dia tidak melalui pemimpin-pemimpin masyarakat. Saya rasa dengan melalui pemimpin masyarakat, pemimpin masyarakatlah yang lebih tahu siapa yang layak dan juga siapa yang tidak layak untuk menerima pembahagian ataupun bantuan-bantuan yang harus disalurkan melalui kerajaan.

Jadi mengenai dengan sistem yang begitu rigid, saya rasa kerajaan kena fleksibel sedikit kerana tujuan kita adalah untuk membantu rakyat. Kalau kita harus melalui prosedur-prosedur yang begitu ketat, saya rasa rakyat pun tidak terbantu dan kita akan tumbang di pilihan raya akan datang. Jadi oleh itu kita harapkan demi untuk kebaikan Barisan Nasional, bajet yang disalurkan melalui Barisan Nasional haruslah kita bagi kepada rakyat yang betul-betul layak untuk

final • 4:10 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

menerimanya. Tidak kira golongan kaum mana, yang penting kalau rakyat gembira dengan kita rakyat rasa dia diperhatikan saya rasa kerajaan kita tetap kukuh dan akan memerintahkan sampai bila-bila masa.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Jadi oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya rasa yang jelas kalau kita lihat sekali bahawa kerajaan sebenarnya juga amat menumpukan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan juga Sarawak dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Menerusi peruntukan sebanyak RM6.9 bilion yang bakal menjadi testimonial bahawasanya kerajaan Barisan Nasional tidak pernah dan tidak akan sekali-kali meminggirkan rakyat di luar bandar.

Bagaimanapun apa halnya pula dengan Labuan kerana bukan sahaja Labuan tidak termasuk dalam program pembangunan koridor seperti wilayah lain di Malaysia malahan di dalam NKRA keenam, Greater Kuala Lumpur contohnya, tidak sama sekali melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan kerana kalau kita lihat kita sama-sama duduk dalam wilayah. Apakah cuma Kuala Lumpur sahaja yang layak untuk menerima peruntukan-peruntukan Greater Kuala Lumpur.

Kalau kita lihat Greater Kuala Lumpur ini semua sudah ada. Almost everything is there. Akan tetapi kita yang masih di luar daripada Kuala Lumpur, apakah tidak akan diperhatikan. Jadi bagi-bagilah peruntukan tersebut supaya semua rakyat akan dapat menikmati apa juga kelebihan orang Kuala Lumpur, kita pun duduk di sini sekali sekala. Kita juga harapkan peruntukan-peruntukan tersebut sebaiknya kita salurkan kepada kawasan-kawasan yang masih mundur dan juga kawasan-kawasan yang masih memerlukan.

Ini kerana saya rasa Kuala Lumpur sudah memiliki apa yang ada dan secara keseluruhannya kalau kita lihat apa yang tidak ada di Kuala Lumpur. Cuma ibu dan bapa sahaja yang tidak ada di Kuala Lumpur, lainnya semua ada, boleh beli dan sebagainya. Jadi oleh itu bantulah kawasan-kawasan lain dan kurangkanlah peruntukan-peruntukan untuk Greater Kuala Lumpur. Itu cuma pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua.

Dalam komitmen kerajaan kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, komitmen kerajaan untuk terus melaksanakan projek penyelenggaraan aset awam atau pun PIA & PIAS dengan peruntukan RM500 juta adalah disambut baik. Tindakan kerajaan menghargai sumbangan pemimpin masyarakat dengan menaikkan elaun-elaun dan juga masyarakat Pengerusi JKK, JKKP adalah amat dipuji. Tidak lupa saya rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kenaikan elaun bulanan yang diberikan kepada imam dan juga guru KAFA. Insya-Allah ianya akan pasti dirasai oleh rakyat di seluruh Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam membahaskan bajet usul 2011 kali ini, ingin saya mencadangkan agar diwujudkan satu bentuk galakan serius kepada pihak korporat terutama sekali syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan, government-linked company (GLC) untuk turut sama-sama aktif di dalam melaksanakan projek-projek kemasyarakatan. Ini kerana di pulau Labuan yang berstatus sebagai Wilayah Persekutuan masih terdapat beberapa GLC besar seperti Petronas Carigali, Petronas Metanol, Labuan MSE, Asian Supply Base dan lain-lain yang bertapak di Labuan yang menjana hasil jutaan malah ratusan jutaan ringgit.

Namun kita merasai sebagai rakyat Labuan kurang dirasai sumbangan balas yang seharusnya menjadi tanggungjawab sosial korporat kepada badan- badan atau syarikat-syarikat GLC berkenaan kepada rakyat di pulau Labuan. Jadi

final • 4:20 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

oleh itu saya harapkan walaupun GLC-GLC ini telah pun mendapat keuntungan yang begitu besar, apa salahnya kalau kita agih-agihkan sedikit daripada keuntungan tersebut untuk buatkan program-program ataupun projek-projek masyarakat yang mana sedikit sebanyak, sekurang-kurangnya penduduk Labuan merasa gembira dan rasa diperhatikan.

Jangan sampai kita seperti yang mana saya suarakan pagi tadi tentang jawatan-jawatan yang duduk di Petronas Metanol seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri lebih daripada 20% adalah penduduk Labuan. Itu adalah tidak benar.

Saya akan dapatkan statistik yang sebenarnya dan akan saya serahkan kepada menteri supaya dia lebih tahu. Jangan sahaja dia dapat statistik daripada pegawai yang memberikan yang cuma untuk menyenangkan hati akan tetapi kenyataannya tidak betul.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi oleh itu, saya harapkan apa yang berlaku di sini semua GLC-GLC tersebut dapatlah memberikan sumbangan kemasyarakatan kepada penduduk- penduduk Pulau Labuan itu sendiri. Jadi akhir kata Tuan Yang di-Pertua, dengan ditunjangi semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru, dengan izin Allah SWT saya optimis bahawa bajet tahun 2011 akan dapat dilaksanakan dengan jayanya, dengan cita-cita merealisasikan Wawasan 2020, insya-Allah akan tercapai. Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertema Bajet 2011, “Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi” dan ini akan menumpu kepada empat strategi utama berikut:

(i) mendaya kembali pelaburan swasta;

(ii) membangunkan modal insan;

(iii) mensejahterakan hidup rakyat dan;

(iv) memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

Polisi yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tampak baru dan perlu disokong oleh semua orang rakyat Malaysia dengan syarat kerajaan telah mematuhi keempat-empat strategi dan polisi-polisi lain seperti yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau di Parlimen pada 15 Oktober 2010.

Tuan Yang di-Pertua, sistem penyampaian dalam kerajaan adalah gagal sekiranya kita melihat bagaimana cara-cara pegawai-pegawai EPU, Jabatan Perdana Menteri sendiri melayan soalan-soalan daripada Ahli Parlimen daripada

final • 4:25 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

pengalaman saya sendiri. Soalan yang dikemukakan oleh saya pada 14 Oktober 2010 tidak dijawab dalam masa yang ditetapkan, walaupun Tuan Yang di-Pertua sendiri telah menasihatkan pegawai yang berkenaan sebanyak dua kali untuk menyediakan jawapan serta merta.

Akan tetapi malangnya arahan Timbalan Speaker itu tidak diendahkan.

Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri berkenaan telah menghina Parlimen. Para pegawai kerajaan perlu memahami bahawa Parlimen adalah kuasa tertinggi dalam negara kita di mana Ahli-ahli Parlimenlah memainkan peranan penting untuk sekat dan imbangan iaitu untuk mentafahus (meneliti) prestasi kerajaan melalui prosiding Parlimen.

Sekiranya beginilah kaedah sistem penyampaian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri maksudkan dalam Strategi Utama, no. (iv) di atas, maka ia sebenarnya telah gagal dari mulanya. Saya tahu tanah Institut Kesihatan di Bangsar dalam soalan 40 itu amat sensitif kepada Menteri EPU yang amat terkenal dalam perkara sebegini.

Kita semua tahu, setiausaha politik dia pun ada 48 peti besi dalam rumah.

Ditangkap dengan wang cash, wang tunai, tidak ada tindakan diambil, MACC pun takut dia. Peguam Negara pun takut dia. So, memanglah pegawai-pegawai kerajaan pun takut beliau. Maka, saya memohon para Yang Berhormat Menteri untuk memastikan semua jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan daripada Ahli-ahli Parlimen disediakan sebelum pukul 1 tengah hari setiap hari Parlimen bersidang. Tuan Yang di-Pertua, pun saya rasa setuju dengan saya dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Sekuriti mengenai dengan Paxelent Corporation Bhd. Pasaran modal kita telah dijadikan playing field oleh rakyat Singapura. Saya mengemukakan satu contoh, Ong Seng Kiat seorang warganegara Singapura yang telah didapati bersalah oleh mahkamah di Singapura sebanyak lapan kali kerana telah melakukan urusan false trading pada Mac1999.

Namun Suruhanjaya Sekuriti kita telah membenarkan beliau untuk menyenaraikan Paxelent Corporation Bhd. di KLSE dan seterusnya beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini. Hasil daripada fakta bahawa Ong Seng Kiat telah didapati bersalah di Singapura, Suruhanjaya Sekuriti kita telah mengemukakan satu surat bertarikh 6 Ogos 2010 yang telah ditandatangani oleh Sharifah Farah-Hanim Mahmud, Penolong Pengurus Besar Investor Affairs & Companies.

final • 4:25 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya memetik di sini, “With regard to SK Ong (Ong Soon Kiat), the SC took the necessary action as soon we discovered that he had submitted of false declaration relating to his previous convictions. In this regard, we would note that he has no longer a Director of Paxelent or any listed company in Malaysia.” Inilah standard SC kita ini. Memalukan kepada negara kita. Kalau di Singapura, SK Ong ini telah masuk dalam penjara. Tidak boleh bermain dalam pasaran modal lagi. Saya haraplah pegawai SC di sini beritahu pengerusinya, tolonglah jangan tidur lagi dan main-main lagi dalam pasaran – dalam hal-hal begini. Enforce!

Kerjakan dengan baik.

Saya amat terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti ini kerana tiada sebarang tindakan yang diambil setelah penemuan kesalahan yang serius telah dilakukan oleh seorang CEO di sebuah syarikat yang

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

telah disenaraikan awam. Ong Soon Kiat perlu dikenakan hukuman di atas deklarasi palsu yang dikemukakannya supaya tiada lagi warga Singapura atau pengarah syarikat lain yang boleh mempermainkan pasaran modal kita. Maka saya memohon Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk memperjelaskan mengapakah Ong Soon Kiat ini kita tidak berani ambil sebarang tindakan untuk menghukum beliau di mahkamah atas tuduhan membuat deklarasi palsu?

Ramai warganegara Singapura menggunakan pasaran modal kita di KL, Malaysia ini, in the capital market, bermain pasaran bermacam-macam, melakukan berbagai-bagai jenayah tetapi kita tiada enforcement, tidak mengambil tindakan. Oleh sebab itulah mereka berani datang ke sini menggunakan negara kita sebagai satu playing field sedangkan di negara mereka, mereka takut seperti tikus. Tidak berani membuat apa-apa kesalahan kerana mereka tahu kalau mereka menyalahgunakan dan membuat apa-apa kesalahan, mereka akan masuk dalam penjara. Akan tetapi di negara kita, tidak. SC kita tidur. Pegawai-pegawai pun, saya tidak tahu ada di sini ataupun tidak.

Paxelent telah dibenarkan untuk di listed oleh SC dalam keadaan yang penuh kecurigaan. Saya telah bercakap tentang hal ini dalam sesi Parlimen yang lepas mengenai kes Ong Soon Kiat ini yang melibatkan Datuk Azizan yang amat terkenal. Datuk Azizan pun saya tahu. Kita semua tahu beliau ini siapa, dia ini siapa. Dia ada di Tabung Haji sekarang ini dan perhubungannya dengan SC kita dengan siapa – saya tidak mahu sebutkan nama, nanti dia ambil tindakan undang- undang terhadap saya.

Hasil daripada delisting Pexelent, Ong Soon Kiat telah menjual sebuah syarikat subsidiary yang stabil dikenali sebagai Konsortium Multimedia Swasta Sdn. Bhd. (Company No.: 466269-T) kepada syarikat penama ataupun nominee kepada Ong Soon Kiat yang dikenali sebagai Max Global Success Sdn. Bhd.

(Company No.: 800040-M) tanpa sebarang kelulusan pemegang saham menerusi Mesyuarat Agung Pexelent. Disposal price adalah RM100,000 sahaja yang bernilai melebihi RM10 juta. Konsortium Multimedia Swasta Sdn. Bhd. ini adalah amat berharga kerana ia telah diberikan kontrak e-Goverment yang bernilai tinggi iaitu melibatkan kontrak-kontrak kemudahan JPJ seperti MySpeed and MyEG.

Saya percaya bahawa lebih daripada 5,000 pemegang saham menanggung kerugian atas pelaburan yang dijalankan oleh corporate crook ini, Ong Soon Kiat. SC tidak kasihankah kepada 5,000 rakyat Malaysia yang menjadi pemegang saham ini? Tidak kasihankah walaupun Datuk Azizan terlibat dalam kes ini? Pada bulan Julai dan Ogos 2008, beberapa laporan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor rujukan: SSM-UAS- AND(S)310-2008 terhadap kes Ong Soon Kiat dan Pexelent kerana penjualan Konsortium Multimedia Swasta Sdn. Bhd tanpa mendapatkan kebenaran daripada pemegang sahamnya di mana ia menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 130(1), 131(1), 132(2) dan 132C(1) di bawah Akta Syarikat 1965.

Tuan Yang di-Pertua, setelah dua tahun berlalu, suruhanjaya masih menyiasat perkara ini. Pada masa yang sama, para pelabur Pexelent begitu marah dan sangat tidak berpuas hati dengan perkembangan penyiasatan yang amat lambat ini dan mereka telah membuat satu aduan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan II. Maka saya memohon Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memberi penjelasan mengapakah setelah dua tahun berlalu, tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Ong Soon Kiat dan Pengarah Pexelent yang lain di atas penjualan Konsortium Multimedia Sdn. Bhd. secara tidak sah ini?

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan yang baru ini terlibat dengan Automated Enforcement System (AES). Ada sebahagian daripada pegawai-pegawai di JPJ yang agak ‘instrumental’ untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Pengangkutan meminda Akta Pengangkutan Jalan pada sesi Parlimen Jun yang lalu tetapi ia telah digugurkan atas alasan bantahan terhadap kenaikan denda terhadap rakyat untuk kepentingan syarikat-syarikat yang mengoperasikan Automated Enforcement System (AES). Saya percaya bahawa Datuk Solah Mat Hasan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) begitu kecewa dengan pengguguran pindaan Akta Pengangkutan Jalan pada sesi Parlimen bulan Jun yang lalu.

Pada tahun 2006, Kementerian Pengangkutan yang pada ketika itu diterajui oleh Yang Berhormat Datuk Seri Chan Kong Choy, seorang personaliti terkenal dalam skandal PKFZ yang juga telah bersembunyi di Australia sekarang untuk mengelakkan diri daripada dikenakan tuduhan telah membuka satu selective tender menerusi request for proposal dalam AES ini. Beta Tegap Sdn. Bhd., (No.

syarikat: 641484-A) ialah sebuah syarikat yang tidak pernah mengemukakan perihal akaunnya sejak tahun 2004 – date of incorporation, dan Commercial Circle Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 140723-V) telah dianugerahkan dengan kontrak AES dalam keadaan yang amat meragukan. Juga, accuracy system yang digunakan oleh kedua-dua syarikat ini telah tidak dinilai keberkesanannya dengan sempurna disebabkan oleh beberapa personaliti yang terlibat dalam proses penilaian tersebut. Beta Tegap Sdn. Bhd. akan menggunakan sistem redflex dari Australia dan Commercial Circle Sdn. Bhd. akan menggunakan sistem robot dari Jerman.

Persoalannya sekarang, mengapakah tidak dilakukan tender terbuka

(open tender) dengan izin, terhadap projek sebesar ini yang akan melibatkan Automated Enforcement System di mana negara kita tidak dapat membenarkan sebarang kerugian daripada kegagalan sistem-sistem ini nanti?

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kegagalan daripada sistem-sistem ini pasti akan merugikan kerajaan di mana nanti kerajaan perlu membatalkan penggunaan sistem-sistem ini dan akhirnya denda-denda yang dikutip perlu dibayar balik kepada orang awam.

Soalannya, adakah Datuk Solah Mat Hassan yang dulu jadi enforcement pengarah sahaja tetapi dilantik menjadi Ketua Pengarah JPJ. Para pegawainya telah melakukan pemeriksaan yang terperinci mengenai sistem-sistem Redflex dan Robot sebelum membuat request for tender dan mengapa tidak melakukan tender terbuka?

Jawapannya senang, tidak dilakukan pemeriksaan rapi dan tidak perlu melakukan tender terbuka sebab mereka ada kepentinganlah sedikit sebanyak.

Saya tidak mahu sebut lagi, kita hendak tengok mereka ini hendak main bagaimana. Mengapakah Kabinet perlu terburu-buru untuk menganugerahkan projek AES kepada kedua-dua syarikat ini pada detik-detik terakhir. Tan Sri Chan Kong Choy sebagai Menteri Pengangkutan dan juga sebelum pindaan Akta Pengangkutan Jalan dapat dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen, Parlimen belum lulus, belum kita bahas di sini, projek itu sudah siap, buaya sudah menanti hendak makan.

Inikah kerja seorang Ketua Pengarah di JPJ? Saya harap MACC ambil tindakan, check dia punya akaun. Ini dapat memberikan satu gambaran yang menimbulkan syak wasangka bahawa sesuatu yang salah sedang berlaku atau sedang berlakunya penyalahgunaan kuasa dan kegiatan rasuah.

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah JPJ dan pegawainya di JPJ yang diamanahkan projek AES ini telah melaksanakan penyelidikan yang terperinci terhadap sistem-sistem AES, maka tentunya mereka akan mendapati bahawa sistem Redflex yang akan digunakan oleh Beta Tegap rosak dan sistemnya tidak tepat seperti yang dilaporkan di Arizona, Louisiana Amerika Syarikat pada tahun 2007 dan 2008 juga di Australia pada tahun 2010.

Saya memetik di sini, “on 7 September 2008, the newspaper in Arizona with the headline; Arizona Official Confirms Redflex Falsified Speed Camera Documents. On 18 October 2010, the newspaper quoted; Police in Victoria, Australia have announced that the point to point average speed camera system on the Hume Highway has been turn off until official are convinced that a fatal accuracy flawn has been fixed. Official only began to double check the accuracy of the Redflex automated ticketing machine after the police went to seize the car of a young women accused of driving a low powered economy car at high speed”.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga dimaklumkan bahawa sistem robot yang akan digunakan oleh Commercial Circle juga mengalami masalah ketetapan di Adelaide, Australia. Terdapat banyak lagi negeri-negeri lain di Australia yang melaporkan masalah ketidaktetapan sistem ini. Akhirnya menyebabkan kerajaan mereka terpaksa membayar balik denda-denda yang dikutip daripada orang awam. Atas permasalahan ini, kerajaan dinasihatkan supaya tidak terburu-buru untuk menganugerahkan kontrak AES ini kepada dua-dua syarikat tersebut atas alasan kedua-dua sistem ini iaitu Redflex dan robot yang ternyata mempunyai sejarah ketidaktepatan dalam sistem-sistemnya.

Saya juga percaya bahawa jika syarikat yang mempunyai pemegang 80% milik warganegara Malaysia, Tess Group (Tess Capital Sdn. Bhd., Tess MRP Sdn Bhd., Tess Solutions Pte. Ltd. Australia) telah berjaya diuji oleh Road Transport Authority di New South Wales, Australia. Tess Digital Capture Unit telah digazetkan di New South Wales, Australia setelah sistem ini diluluskan pada 16 September 2009. Ini syarikat tempatan kita. Saya memohon kerajaan untuk segera membatalkan penganugerahan kontrak AES terhadap Syarikat Beta Tegap dan Commercial Circle atas alasan penganugerahan itu telah dilakukan dalam keadaan yang meragukan menerusi request of tender yang seharusnya dilakukan menerusi tender terbuka. Boleh kata perkara ini dalam satu kegelapan.

Oleh sebab projek ini penting yang akan melibatkan kepentingan orang awam, sistem saman trafik dan perbelanjaan kerajaan yang akan berolah di penganugerahan menerusi tender terbuka menerusi penelitian yang terperinci terhadap AES yang bebas kerosakan dan akan disediakan oleh syarikat-syarikat yang berkaliber yang mempunyai kestabilan kewangan dan bukan hanya dipilih oleh pegawai JPJ seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat Tan Sri Chan Kong Choy. Akan tetapi perlulah menerusi tapisan penilaian yang pakar yang dipantau oleh SPRM, MACC. Pilihan Beta Tegas adalah satu contoh yang amat jelas sebab Beta Tegap adalah syarikat yang tidak pernah memfailkan akaun tahunannya sejak 2004 dengan SSM. Saya yakin kerajaan tidak mahu sistem ini gagal dan wang orang awam disia-siakan hanya kerana kecuaian atau willful blindness dengan izin sesetengah pegawai di JPJ.

Tuan Yang di-Pertua, Statutory Declaration (Akuan Berkanun) diketahui umum bahawa fenomena Statutory Declaration banyak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan keterangan palsu yang seharusnya perlu dinyatakan fakta-fakta sebenar. Sekiranya polis tidak mengambil tindakan yang

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

tegas terhadap pesalah-pesalah yang menyalahgunakan Statutory Declaration

(SD), maka fungsi SD yang sebenar tidak akan bermakna lagi. Maka pada ketika itu, kerajaan mungkin perlu membentangkan satu akta rang undang-undang memansuhkan SD itu.

Sebagai contoh kes Encik Muhammad Rahimi bin Osman, di mana SD telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk melibatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isterinya dalam laporan polis Encik Saiful. Kes apa, saya rasa semua orang tahu. Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dilaporkan menerusi laporan media bahawa laporan SD pertama yang telah ditandatangani oleh Rahimi telah hilang. Maka laporan SD kedua oleh Rahimi telah disediakan oleh Latheefa dan individu lain untuk membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isterinya.

Memang puak-puak ini akan menyatakan SD pertama itu sudah hilang kerana tidak menurut agenda kotor puak-puak mereka ini. Mereka akan mengambil apa-apa tindakan pun untuk fitnah-memfitnah, untuk semata-mata mencapai matlamat politik sempit mereka sahaja. Saya pada ketika itu adalah pesuruhjaya sumpah kepada laporan SD Rahimi yang pertama dan beliau tidak pernah menyatakan sebarang penglibatan individu bahkan Perdana Menteri dalam laporan polis Encik Saiful kecuali ketakutan terhadap keselamatan dirinya dan pemalsuan bukti oleh pihak polis sahaja. Saya jadi commissioner of oath, I am very sure. Saya masih lagi mencari kes ini, SD ini tetapi belum jumpa.

final • 4:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Wangsa Maju, boleh mencelah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya hanya berminat dengan ucapan tadi yang menyebut bahawa, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju kerana dia mengaku sebagai pesuruhjaya sumpah bagi surat akuan Rahimi yang katanya cuba hendak membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isterinya.

Yang Berhormat Wangsa Maju, Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Wangsa Maju bersetuju kelihatan seperti ada satu trend menggunakan SD dan cara-cara lain untuk memburukkan ataupun memfitnah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri.

final • 4:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya pernah dedahkan di sini, dalam Parlimen ini bagaimana cubaan untuk mengaitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya. Kalau Yang Berhormat Wangsa Maju boleh jelaskan, ada satu lagi surat sumpah dan satu laporan polis juga dibuat oleh seorang bernama Mohd. Rasid Mohd. Rosdi mendakwa bahawa beliau juga dipaksa membuat SD membabitkan kes yang sama. Jadi adakah Yang Berhormat Wangsa Maju melihat seolah-olah ada satu trend penggunaan SD ini untuk memalukan ataupun membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri? Kita lihat baru- baru ini Yang Berbahagia isteri Perdana Menteri cuba diaibkan dengan isu festival pemakaian Islam. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju? Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Ini bukan satu trend, ini satu way of life untuk mereka - way of life.

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Minta laluan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat dari Kulim Bandar Baharu pun tahu, beliau pun ada terlibat juga dalam pembuatan SD ini.

Berani atau tidak kata bukan? Saya tahu beliau pun terlibat dalam membuat SD fabrication dahulu.

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Minta laluan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju hendak bagi jalan?

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tidak, saya hendak habiskan sebab ada banyak lagi. Tuan Yang di-Pertua, seharusnya Latheefa Koya dan individu-individu lain ini perlu siasat dan dituduhkan atas penyediaan SD yang kedua dan pemalsuan bukti - fabrication of evidence atau perjury sebagai satu pengajaran kepada umum untuk tidak menyalahgunakan SD untuk kepentingan peribadi dan politik sempit mereka.

final • 4:50 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Wangsa Maju, minta laluan sedikit - mengenai SD tadi.

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

SD pula...

final • 4:50 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sedikit sahaja.

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedikit sahaja?

final • 4:50 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya tidak ada masa sebenarnya. saya hendak habis sudah, sedikit lagi.

final • 4:50 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi seolah-olah SD ini begitu mudah sekali digunakan - RM4 kalau saya tak silap. Akhirnya menggunakannya untuk memfitnah orang, menjatuhkan seseorang dan sebagainya.

Apakah Yang Berhormat Wangsa Maju ingin mencadangkan kepada kerajaan - tidak kiralah sama ada gubal undang-undang, buat peraturan supaya kita memperketat dan tidak memberi sesuatu yang cukup mudah untuk seseorang menggunakan SD ini, dengan membuatkan peraturan dan sebagainya supaya tidak diselewengkan dan digunakan untuk kepentingan umum. Bagi pandangan.

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Memang kita sudah ada satu akta iaitu Statutory Declaration Act dan akta ini amat jelas kalau kita buat SD yang palsu - fabrication of evidence, tindakan perlu diambil. Yang saya amat hairannya kenapakah pihak polis dan AG Chamber belum ambil tindakan terhadap kes ini yang jelas sebab saya nampak sendiri dengan mata saya dalam SD pertama, Encik Rahimi ini tidak menyatakan apa-apa penglibatan atau sesiapapun. Beliau cumanya khuatir keselamatan beliau sahaja, tetapi dalam SD yang kedua ada pelbagai tuduhan.

Tuan Yang di-Pertua, monopoli oleh TV berbayar Astro...

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gopeng bangun, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya hendak alihkan subjek itu.

Di negara-negara membangun seperti Amerika dan UK, terdapat undang-undang

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

untuk menghalangkan kegiatan monopoli dan menubuhkan sebuah Monopoly Commission untuk mengawal kegiatan monopoli sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat besar. Satu contoh yang terbaik ialah kegiatan monopoli Microsoft yang telah diharamkan di Amerika Syarikat demi kepentingan awam.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal TV berbayar (Pay TV) di Malaysia, kelihatan tiada sebarang ruang untuk syarikat-syarikat yang lain bergiat dalam lapangan ini. Kerajaan seharusnya mengawal kegiatan monopoli Pay TV ini dan menggalakkan persaingan berlaku dengan membenarkan pemain-pemain lain turut serta dalam lapangan perniagaan ini. Ini adalah untuk kebaikan pengguna dan negara kerana:

(i) untuk memestikan Free-To-Air (FTA) rangkaian-rangkaian RTM (TV1, TV2) TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Kerajaan perlu memastikan setiap penyedia perkhidmatan untuk memastikan rangkaian-rangkaian ini disediakan tanpa sebarang kos. Ia adalah untuk mengurangkan kos-kos kemudahan yang tidak sepatutnya ada untuk mendapatkan siaran-siaran FTA. Untuk penyiar FTA pula, ia akan menggalakkan lebih ramai penonton menerusi pelbagai penyedia perkhidmatan;

(ii) untuk penyedia kandungan dari luar negara memasuki ruang TV negara, isi kandungannya perlu dipastikan senang untuk diperoleh oleh penyedia perkhidmatan dalam negara tanpa hak eksklusif - exclusive rights dengan izin. Sebarang perbincangan mengenai hak antara penyedia perkhidmatan dengan penyedia kandungan – content provider perlulah atas dasar komersial. No hogging of content and/or platform rights should service providers do not have the means nor plan to deliver on those platforms, dengan izin. Sebagai contoh, Astro mempunyai hak eksklusif terhadap kandungan IPTV sebaliknya mereka sendiri tidak mempunyai kemudahan IPTV; dan

(iii) untuk menggalakkan pertumbuhan industri penyediaan kandungan di Malaysia, kandungan tempatan ini tidak boleh dijadikan bahan eksklusif dan perlu dipastikan ia mudah untuk didapati oleh semua syarikat TV berbayar

(Pay TV) tidak kira sebarang platform yang digunakan; seperti TV satelit, IPTV di talian tetap atau platform wireless. Ini akan menggalakkan pertumbuhan industri penyediaan kandungan tempatan kerana ia akan menggalakkan lebih ramai penonton. Industri penyediaan kandungan tempatan tidak ke hadapan (lebih-lebih lagi tidak ramai yang mahu melabur dalam industri ini) jika kandungannya tidak tersebar luaskan. Sudah tiba masanya untuk kita memastikan industri ini kembali segar sama seperti pada awal TV yang diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 60-an hingga 70-an dahulu.

Untuk kandungan yang telah menerusi proses perbincangan dan diluluskan, perlulah dibentuk satu jawatankuasa yang akan memantau pemerkasaannya seperti yang disarankan pada item (i) hingga (iii) yang saya

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

sebut tadi. Semua pemegang lesen juga perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang hanya syarikat TV berbayar (Astro) sahaja yang dibenarkan untuk mengiklankan air commercial, kemudahan-kemudahan TV lain tidak dibenarkan. Sekali lagi peluang perlu diberikan untuk menggalakkan pertumbuhan. Mengapa hanya Astro sahaja diberikan peluang ini padahalnya ia bertentangan dengan kepentingan orang awam? Ini satu monopoli. Malah Astro telah mempunyai lebih daripada 118 rangkaian (menerusi platform Direct to Home via Satellite) iaitu:

(i) hak eksklusif Astro:

(a) Memegang hak eksklusif penyiaran kandungan perlawanan bola sepak utama seperti Piala Dunia, Euro Football, Olimpik dan sebagainya;

(b) Memegang hak eksklusif rangkaian antarabangsa: Movie Channel (HBO, Star Movie), berita (CNN, BBC News, CNBC), rangkaian rancangan dokumentari

(Discovery, National Geographic, Animal Planet, History Channel), dan sebagainya;

(c) Memegang hak eksklusif kandungan tempatan Melayu, India, Cina (Kantonis, Hokkien), dan dalam pelbagai platform

(seperti menerusi DTH, IPTV dan sebagainya); dan

(d) Memegang hak eksklusif rangkaian Movie Channel (seperti HBO, Star Movie dan sebagainya);

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh mula gulung, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, saya cuba hendak gulung di sini.

(e) TM (29 rangkaian luar negara, tempatan, rangkaian Free-To-Air dan lain-lain) - Platform IPTV; dan

(f) Lain-lain (Select TV) – Platform IPTV,

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini sebenarnya bertentangan dengan kepentingan awam apabila Astro diberikan hak eksklusif terhadap rangkaian rancangan seperti tersebut di atas.

Pendek kata Astro adalah satu syarikat monopoli terbayar kerana itu Astro boleh mengenakan yuran langganan yang tinggi dan pengguna tidak mempunyai pilihan untuk melanggan kerana rangkaian popular seperti Discovery, ESPN, HBO dan sebagainya hanya boleh didapati melalui pay TV Astro sahaja. Tidak dibenarkan mengiklankan dalam apa-apa jua dalam pay TV kerana pelanggan berbayar yuran langganan untuk menontonnya.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kementerian Informasi Multimedia dan Kebudayaan perlu mengambil langkah untuk menyekat kegiatan monopoli Astro untuk semua 118 rangkaian ini.

Peraturan perlu dikenakan untuk semua rangkaian rancangan di Astro boleh ditayangkan untuk syarikat-syarikat TV terbayar yang lain seperti TM, Maxis, Celcom, UMobile, Redtone, dan sebagainya dalam pasaran terbuka menerusi kuasa pasaran terbuka.

Apabila sesuatu pasaran ini gagal, failure misalnya, harga yang terlalu tinggi dikenakan oleh Astro yang akan menyebabkan syarikat-syarikat pay TV yang lain yang tidak mampu bayar. Maka adalah tanggungjawab kementerian untuk masuk campur demi kepentingan awam. Inilah fungsi utama kementerian yang perlu memberi fokus dan memantau dan bukannya semata-mata untuk menggunakan unit pemantauan MCMC untuk memantau dan menyekat komuniti blogger yang konstruktif seperti rockybru, Big Dog dan sebagainya.

Lebih baik MCMC memantau dan mengambil tindakan terhadap Yang Berhormat Batu, doktor gambar pemimpin negara dalam blognya semata-mata untuk tujuan politik fitnah memfitnah dan news portal yang tertentu yang tidak profesional dan rela menjadi mouthpiece kepada tokoh politik tertentu yang sentiasa bermimpi Putrajaya siang dan malam. Akan tetapi MCMC tidak berani memainkan peranan yang sepatutnya. Saya amat berharap kementerian menasihatkan MCMC mengambil tindakan dengan segara terhadap tingkah laku Yang Berhormat Batu yang tersebut.

Kerajaan telah menubuhkan satu dana yang dikenali sebagai Universal Service Provision (USP). Saya kini mengetahui bahawa menerusi laporan tahunan USP untuk tahun 2008 terdapat lebihan dana USP seperti yang direkodkan pada 31 Disember 2008 iaitu sebanyak RM4.67 bilion. Rakyat tidak mengetahui sebarang laporan terkini untuk tahunan 2009 dan untuk tahun 2010 yang akan berakhir nanti. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham pada tahun 2007 Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi telah memperuntukkan sejumlah RM228 juta untuk Project Universal Service Provision fasa satu hingga fasa empat.

Akan tetapi jumlah yang telah melonjak naik sehingga RM230 juta untuk melaksanakan projek fasa 5. Pihak kementerian pula telah menandatangani satu perjanjian dengan Maxis Broadband Sdn. Bhd dengan nilai RM119 juta di bawah Projek USP fasa 5 juga telah menandatangani perjanjian tambahan dengan jumlah RM10 juta pada 3 Disember 2007. Pada ketika itu Maxis mempunyai modal berbayar sebanyak RM1 juta sahaja. Fakta ini menimbulkan syak wasangka terhadap perhubungan rapat atau dangerous liaison antara pegawai kementerian berkenaan dengan Maxis. If you read between the line, Ketua Audit Negara was trying to say dalam laporan auditnya ini adalah satu corrupt practices dan corruption.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat habiskan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya hendak akhirkan Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah daripada Ketua Audit Negara, juga didapati tidak terdapat satu sistem untuk merekodkan aset yang telah dibeli menerusi dana USP.

Terdapat banyak tempat di mana sejumlah wang yang banyak sudah dibelanjakan untuk membina dan menubuhkan pusat-pusat teknologi maklumat tetapi tanpa jaringan Internet. Tengok, tidak ada Internet, dia bangunkan tempat untuk teknologi maklumat. Banyak juga pusat teknologi maklumat ditubuhkan di bawah program USP ini ditutup kerana ketiadaan pegawai untuk menguruskannya

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

perbekalan toner untuk mesin mencetak juga tidak mengikut garis panduan kontrak. Menurut kontrak fasa 5 ini, Maxis seharusnya membekalkan tiga unit toner setiap tahun kepada 300 perpustakaan awam untuk selama tempoh lima tahun. Pembayaran pembekalan toner kepada pihak Maxis Sdn. Bhd tidak dapat disahkan memandangkan pembayaran secara lump sum telah dilakukan. Hal ini telah dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara 2008 ini. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang berpunca dari kekurangan penguatkuasaan terhadap kontrak dan pemantauan yang kurang berkesan.

Antara kelemahan tersebut adalah data dari sistem pemantauan berpusat yang memantau penggunaan komputer mengikut lokasi di bawah program USP fasa satu hingga empat diragukan ketetapannya.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya sudah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Nasihat saya kepada Kementerian adalah ‘please don’t leave bananas to monkeys’ dengan izin. Saya memohon untuk mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Informasi Komunikasi dan Kebudayaan hal-hal seperti berikut.

(i) Siapakah yang berunding dengan Maxis Broadband Sdn Bhd yang pada masa itu mempunyai modal berbayar sejumlah RM1 juta sahaja mengenai kontrak beratus juta ringgit di bawah program USP tersebut;

(ii) siapakah pegawai yang terlibat dalam kecuaian atau menjalankan tugas dengan tidak bertanggungjawab terhadap kontrak dengan Maxis untuk Program USP Fasa 1 hingga 4 dan sama ada tindakan telah diambil terhadap tingkah laku pegawai tersebut yang tidak bertanggungjawab kerana tujuan tertentu;

(iii) mengapa tidak ada laporan tahunan USP untuk tahun 2009;

(iv) apakah baki daripada dana USP untuk tarikh akhir 26 Oktober 2010.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedikit lagi Tuan Yang di- Pertua.

(v) memberikan perbelanjaan yang terperinci atau detail explanation mengenai dengan izin daripada dana USP daripada tarikh 1 Januari 2008 hingga 30 Oktober 2010;

(vi) siapakah jawatankuasa pemantau dan dana USP;

(vii) siapakah individu syarikat yang mendapat kontrak untuk membekalkan notebook untuk fasa1 dan2;

(viii) apakah perkembangan fasal 1 misalnya berapa ramaikah penerima notebook yang telah dijual balik di Low Yatt untuk harga beberapa ratus ringgit sahaja;

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

(ix) adakah MCMC telah mengeluarkan lesen yang baru kepada syarikat-syarikat tanpa sebarang rekod yang baik;

(x) merujuk kepada kes mahkamah tinggi yang telah dilaporkan oleh Malay Mail beberapa hari yang lalu, adakah MCMC telah melakukan penyiasatan yang sewajarnya untuk memastikan tidak kaum keluarga membuat keputusan dalam dana USP untuk Skim Notebook terbabit dalam Skim Pembekal;

(xi) siapakah yang memberikan arahan untuk menggunakan RM1 bilion dana USP untuk membeli note book; dan

(xii) is it the USP fund for the government to address the digital divide by building the infrastructure and providing education for rural participant.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Habis Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedikit lagi.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habis Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Okey sedikit lagi. Saya hendak bercakap mengenai dengan pelancongan di mana Kementerian Pelancongan telah memberikan jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan akan membelanjakan kos Pavilion Malaysia di Expo Shanghai ialah RM20 juta. Apa yang saya tahu ialah melebihi RM20 juta kerana ini telah dibuatkan oleh Venturepharm Asia Sdn Bhd yang diketuai oleh Cik Grace Au Yong iaitu sahabat karib kepada Menteri Pelancongan.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Akan tetapi sekarang ini saya rasa Menteri Pelancongan boleh tukarlah kepada Menteri Melancong kerana beliau telah pergi ke banyak negara dengan suaminya. Berapa ribu? Saya ingin tahu berapakah detail perbelanjaan untuk beliau melancong di semua negara dan juga apa hasil yang beliau dapat di negara-negara yang beliau telah pergi?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:10 PM

Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk saya turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2011. Saya

final • 5:11 PM

Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

juga bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana negara kita aman, damai dan makmur dan saya anggap inilah pemberian Tuhan kepada kita di Malaysia.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menggariskan empat strategi dalam Belanjawan 2011 iaitu:-

(i) mendaya kembali pelaburan swasta;

(ii) membangunkan modal insan;

(iii) mensejahterakan hidup rakyat; dan

(iv) memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang telah banyak melabur di Langkawi. Izinkan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah banyak berjasa kepada negara dan bangsa kita di Malaysia.

Kami di Langkawi amat bangga dan mengucapkan terima kasih kerana beliaulah yang telah membangunkan Langkawi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Yang Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang iaitu Yang Berhormat dari Pekan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang telah memberi perhatian khusus kepada Pulau Langkawi. Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terus tidak meminggirkan Langkawi di dalam arus pembangunan yang ada sekarang ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang menjadi penggerak kepada pembangunan Langkawi. Tanpa LADA yang bekerja keras dari dahulu sampai sekarang, tidak mungkin Langkawi menjadi satu tempat yang ada sekarang. Saya harap peruntukan kepada LADA diberikan secukupnya untuk meluluskan tujuan dan tanggungjawab membangunkan Langkawi.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan pihak swasta yang telah melabur di Langkawi dengan begitu banyak. Langkawi berjaya mempunyai lapangan terbang antara yang kelima terbesar di Malaysia selepas KLIA, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Kuching dan KK. Langkawi juga mempunyai Markas Wilayah Laut 3 TLDM, markas wilayah utara Agensi Penguatkuasaan Maritim iaitu APMM, Pusat Latihan Polis, cable car, Akademi Koreksional, pusat cerapan, bekalan air dan kabel elektrik di tanah daratan, MRSM, kolej komuniti, jeti nelayan dan juga peladang dan juga hotel-hotel yang bertaraf lima bintang terdapat di Langkawi.

Walaupun demikian, saya mengharapkan pihak kerajaan harus memantau segala pelaburan yang telah dilakukan supaya ianya menepati tujuan ianya dibuat.

Saya berharap Kementerian Kewangan memantau perkembangan projek Ayer Hangat, projek di Kuala Melaka dan Taman Legenda yang memerlukan perhatian yang lebih.

Masalah pembuangan bayi dan lain-lain masalah sosial pada kadar purata yang amat memalukan dan amat mengecewakan. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka yang telah memberi peluang kepada mereka yang telah terjebak atau telah terlanjur sehingga mengandung anak luar nikah untuk ditempatkan di Sekolah Harapan.

final • 5:11 PM

Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Satu lagi projek Baby Hatch di mana kumpulan yang memberi peluang kepada mereka yang sedemikian. Tahniah di atas pandangan jauh mereka. Saya percaya salah satu sebabnya adalah kadar mas kahwin, belanja hantaran yang tinggi dan juga kenduri-kendara yang tinggi. Bayangkan seorang pemuda yang baru bekerja ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai wang. Saya mohon agar kita semua merenung, mungkin kah disebabkan ini maka remaja mengambil jalan mudah dengan bersekedudukan atau living together. Mungkin pihak JAKIM dan majlis agama Islam negeri-negeri berfikir bagaimana kita hendak mengatasi.

Mungkin inilah salah satu cara yang telah menyebabkan mereka itu berkelakuan sedemikian.

Pelancongan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAS, AirAsia dan Firefly yang telah membawa banyak pelancong dan penumpang ke Langkawi. Saya perhatikan kebanyakan pelancong datang ke Langkawi boleh dikatakan menggunakan AirAsia, MAS dan juga Singapore Airlines (SIA).

Saya perhatikan mungkin disebabkan moto ‘Now everyone can fly’ oleh AirAsia telah mendatangkan begitu banyak kali pelancong yang datang ke Langkawi datang dengan kapal terbang. Saya harap memandangkan MAS telah memberhentikan penerbangan London-Langkawi-KL, mungkin pihak Kementerian Pelancongan dapat menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia-London- Langkawi-Sydney ataupun Paris-Langkawi-Sydney atau pun London-langkawi- Perth dan sebagainya. Mungkin ia sebagai satu cara untuk menggamit pelancong datang ke Langkawi. Ini kerana kadang kala tidak ada connectivity antara satu sama lain di antara penerbangan ke Langkawi.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan perhatian dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak. Seperti yang sedia maklum, kemudahan infrastruktur yang terdapat di Sabah dan Sarawak jauh bezanya dengan kita di Semenanjung.

Saya amat menyanjung tinggi di atas keprihatinan Yang Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional yang memberi perhatian serius terhadap pembangunan Sabah dan Sarawak. Terutamanya keperluan asas seperti jalan raya, sekolah, klinik, bekalan air dan elektrik. Berikutan dengan kecetekan...

final • 5:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 5:11 PM

Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 5:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak pergi Batu Sapi?

final • 5:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya hendak pergi Tuan Yang di-Pertua, untuk berkempen bagi menentukan Barisan Nasional akan memenangi lagi kawasan itu dan potensi untuk menang itu begitu besar dan insya- Allah akan menang besarlah kita di Batu Sapi. Ini kerana, orang Batu Sapi pun dapat memikirkan apakah untung memilih kerajaan dan bagaimana ruginya mengundi pembangkang.

Berbalik kepada Langkawi. Langkawi ini adalah pulau Yang Berhormat Langkawi, pulau legenda yang telah pun dapat menarik begitu ramai satu ketika dahulu pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Langkawi satu ketika dahulu pembangunannya begitu pesat di waktu Yang Amat Berbahagia Tun Dr.

Mahathir menjadi Perdana Menteri memang di promote secara hebat Langkawi.

final • 5:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Langkawi tumbuh dengan hotel-hotel bertaraf semua bintang ada. Bintang tiga ada, bintang empat ada dan bintang lima ada.

final • 5:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dengan majunya Langkawi sebagai pusat persidangan antarabangsa, LIMA, pelancongan ribuan peluang-peluang pekerjaan. Saya harap Kementerian Pelancongan jangan terhenti, jangan berhenti daripada terus berikhtiar supaya pelancong-pelancong dari luar negara, pelancong-pelancong dalaman mengunjungi Langkawi. Supaya Pulau Langkawi jangan nanti kalau tidak kita usahakan takut-takut akan menjadi pulau yang lengang. Jadi apa dalam fikiran Yang Berhormat Langkawi boleh dicurahkan di Parlimen ini untuk berikan perhatian oleh pihak-pihak yang tertentu.

Macam mana usaha yang gigih, usaha yang bersemangat, usaha yang terus dapat diberikan kepada Langkawi untuk mengekalkan Langkawi menjadi pusat antara pusat-pusat, bukan pusat Menteri Pelancongan. Pusat-pusat pelancongan. Dalam negara ini banyak pusat-pusat pelancongan jadi biarlah jadi pusat pelancongan sama dengan tempat-tempat yang lain dalam negara kita.

Saya minta Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:20 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Memang itulah yang saya harapkan kerana telah banyak pembangunan yang diadakan di Langkawi dengan perhatian khusus Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir malahan hari Ahad yang lepas dia telah pergi ke Langkawi. Walaupun dia tidak menjadi Perdana Menteri lagi tetapi dia menaruh minat yang mendalam terhadap pembangunan Langkawi.

Berkenaan pegawai polis dan laut cetek. Setiap kali pembahasan bajet saya setiap kali membangkitkan perkara ini iaitu masalah kecetekan di jeti di Kuala Perlis pintu masuk ke Langkawi. Akan tetapi amatlah malangnya kurang perhatian diberikan terhadap apa yang diutarakan oleh saya. Tindakan Kementerian Pengangkutan sama ada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha turun meninjau apa yang berlaku di jeti tersebut. Lawatan tersebut hendaklah dilakukan pada ketika air surut janganlah air pasang kerana saya mencadangkan agar tebus guna tanah ke Perlis dengan menggunakan sumber kewangan dan kedudukan setahun diadakan pada tanah baru di atas tanah yang ditebus guna itu kepada siapa yang biasa menggunakan jeti di Kuala Perlis tentu mengetahui dan memahami keadaan apabila air surut ke dasar laut sehingga dua kilometer jauh ke laut. Ini kerana laut akan sungguh cetek walaupun dikorek telah beberapa bulan kerja-kerja mengorek berlaku ia terus cetek semula. Saya harap supaya mintalah kepada Kementerian Pengangkutan melihat keadaan jeti di Kuala Perlis dapat dibaikkan dengan sebaik mungkin dengan mengambil tanah di laut.

Saya juga seperkara lagi pihak RISDA atau FELCRA mengambil daya inisiatif untuk mengadakan muzium getah ataupun muzium kelapa sawit. Ini kerana pelancong datang daripada London atau Australia ataupun Paris ataupun dari Amerika Syarikat ataupun China dan India, ataupun dari Jepun dan Timur Tengah, mereka datang ke Langkawi, London ke Kuala Lumpur dan Langkawi seminggu atau dua minggu. Mungkin kita boleh memaparkan apa-apa produk yang ada di Malaysia di Langkawi kerana mereka telah pergi Kuala Lumpur dan ke lain-lain tempat. Dengan adanya muzium getah daripada mula diadakan ditanam sehingga ia dipasar, proses itulah kalau boleh di Langkawi begitu juga oil palm - kelapa sawit, supaya mereka bukan sahaja dapat mengetahui bagaimana kita hidup di Malaysia ini.

final • 5:20 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Seperkara lagi ialah Pulau Toba dan Pulau Dayang Bunting. Terdapat harga yang tinggi disebabkan oleh pengangkutan yang dilakukan antara Langkawi, Pulau Toba dan Pulau Dayang Bunting. Jadi Pulau Toba dan Pulau Dayang Bunting lebih kurang 5,000 orang penduduk yang mempunyai sekolah-sekolah menengah, sekolah rendah, masjid dan mempunyai beberapa jeti dan kemudahan lain. Apa yang menjadi masalah ialah pengangkutan di mana pengangkutan yang dilakukan antara Pulau Langkawi, Pulau Toba dan Pulau Dayang Bunting menyebabkan pengangkutan laut yang memakan belanja yang banyak. Masalah ini berlarutan. Walaupun sekarang telah ada tindakan daripada kementerian berkenaan tetapi masih lagi berlarutan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, simen harga di Langkawi RM14.00. Datang ke Pulau Toba jadikan RM24.00 itulah yang disuarakan kepada saya di sini. Jadi saya harap pihak kementerian dapat mengambil tindakan.

Berkenaan sukan. Kementerian Belia dan Sukan telah memainkan peranan yang baik di Langkawi. Akan tetapi selain daripada bola sepak, hoki dan lain-lain lagi saya harap pihak kementerian juga harus memberi perhatian kepada perahu layar. Ini kerana Langkawi telah mempunyai satu kompleks sukan perahu layar yang bertaraf antarabangsa. Sukan perahu layar ini kita ada remaja ataupun budak-budak sekolah lapan tahun sehingga 18 tahun melibatkan dalam acara Optimist iaitu pelayar kecillah. Jadi tahun ini kita akan mengadakan World Championship 2010 yang melibatkan 60 negara iaitu IODA (International Optimist Dinghy Association World Championship) akan diadakan di Langkawi.

Malaysia sebagai host dan diadakan di Langkawi. Ia melibatkan lebih kurang 60 negara dan akan mula perlawanan, kejohanan mulai 27 Disember 2010 sehingga 7 Januari 2011. Saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat datanglah ke Langkawi untuk melihatnya. Satu lagi ialah projek NCER...

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Penginapan disediakan.

final • 5:20 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Minta maaf, penginapan tidak disediakan. Mungkinlah kita berbincang kemudian. Projek NCER (Northern Corridor Economic Region) yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Apakah jadi dengan NCER? Ini kerana saya difahamkan ia telah bertujuan untuk mengadakan hospital di Langkawi yang menyebabkan pelancong datang. Jadi apakah sudah jadi kepada program tersebut? Saya difahamkan juga terdapat projek NCER yang begitu kecil. Saya percaya kalaulah NCER ini melibatkan down sea aktiviti ataupun mengadakan aksi aktiviti misalnya bekerjasama dengan LADA atau FAMA. Melibatkan ...

final • 5:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Minta laluan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:20 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Sebentar, sebentar sedikit lagi.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bagi sekejap nanti Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Sime Darby telah mengadakan projek tanam jagung di Sintok hendak jual kepada Giant ataupun Tesco tetapi gagal.

final • 5:20 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Saya ingat NCER tidak perlu buat demikian. Ia perlu memikirkan cara-cara hendak menanam jagung, melibatkan peladang dan ambil itu untuk jadikan bahan makanan. Mengadakan factory ataupun kilang untuk membuat jagung ataupun membuat makanan binatang. Sila Yang Berhormat Arau.

final • 5:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya ingin bertanya dan berkongsi pengalaman dan pendapat dengan Yang Berhormat Langkawi iaitu berhubung dengan peranan NCER. Ini kerana saya lihat seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi tadi tentang kegagalan beberapa projek NCER.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Kita harus balik kepada tujuan penubuhan NCER yang saya lihat ada sedikit elemen ketergesaan di sini, di mana blue print yang dibuat ketika itu dibuat dengan tidak begitu terperinci yang menyebabkan projek-projek di bawah NCER yang berlaku sekarang ini bertindih dengan agensi kerajaan yang lain seperti mana yang berlaku di Langkawi dan di mana-mana negeri di utara termasuk di Pulau Pinang, Perak Utara, Perak, Kedah dan Perlis sekalipun. Jadi agenda asal tidak diberi fokus yang menyebabkan berlaku banyak kegagalan dan agenda- agenda yang kecil ini banyak boleh melibatkan kacau ganggu kepada projek- projek yang telah dirancang seperti MADA, LADA dan sebagainya.

Jadi di sini saya pohon pandangan Yang Berhormat Langkawi supaya NCER ini balik kepada blue print yang asal di mana Sime Darby menjadi teraju utama dalam memainkan peranan untuk pembangunan wilayah seperti mana yang disasarkan dan dirancang oleh kerajaan. Pandangan Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:30 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Saya amat setuju sekali dengan pandangan tersebut kerana pada saya Sime Darby adalah satu giant.

Kadangkala hendak fikir hendak jual jagung misalnya di Kedah. Ia terlibat dengan projek-projek yang dilakukan oleh MADA. Apa yang perlu ialah mungkin cari kewangan dan beri kepada MADA untuk membuatnya. Seperkara lagi ialah di Langkawi, saya difahamkan apa yang telah dijalankan iaitu projek membela ikan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit. Jadi saya difahamkan ia akan melibatkan NCER padahal projek tersebut dilakukan oleh Jabatan Perikanan, LKIM. Halim Mazmin Group apa lagi, semuanya fail, semuanya gagal. Ini pula NCER hendak masuk lagi. Saya percaya ini akan membazirkan duit kerajaan.

Saya haraplah fikir dahulu sebelum melangkah yang lainnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya haraplah..

final • 5:30 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Ya.

final • 5:30 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Langkawi. Di sini saya hendak bawa kepada Dewan ini ataupun kerajaan di segi melihat kepada keseluruhan projek koridor ini sama ada Pantai Timur, Pantai Barat, Utara juga di Selatan kita. Ini kerana seperti yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat Arau tadi kadang-kadang projek-projek ini

final • 5:30 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

sudah lama. Saya kira pembangunan ekonomi projek koridor ini tujuan dilaksanakan atau diwujudkan oleh kerajaan adalah bagi memastikan supaya projek-projek di kawasan-kawasan yang berkenaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Jadi apabila ditimbulkan oleh Yang Berhormat Langkawi tadi saya nampak seolah-olah ada perkara yang tidak kena. Saya minta pandangan Yang Berhormat Langkawi, apakah cadangan Yang Berhormat Langkawi supaya kerajaan dan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak melihat projek ini iaitu pembangunan koridor sama ada di Pantai Timur, Utara dan sebagainya dapat dijalankan dengan baik. Jentera atau jawatankuasa yang ditugaskan dapat menjalankan kerjanya. Kita hendak kalau boleh kita minta supaya dibentangkan laporan secara terperinci keberkesanan pelaksanaan projek-projek di kawasan ini.

Minta pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Ya, memang saya setuju dan saya harap pihak NCER perlu mengambil perhatian yang serius terhadap teguran-teguran yang dinyatakan tersebut kerana ia perlu melibatkan perkara yang supplement atau complement dengan apa yang ada sekarang ini. Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Rancangan koridor ini diilhamkan oleh bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lalu. Baru beberapa tahun dan sebenarnya sewaktu perancangan ini diumumkan banyak suara yang ragu sama ada berjaya atau tidak dan banyak suara yang mengatakan bahawa koridor-koridor ini tugas bertindih dengan agensi-agensi yang sedia ada.

Bertindih-tindih.

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi sebenarnya dirasai oleh banyak pihak. Nampak kegagalan-kegagalan. Apa yang menjadi masalahnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Langkawi, kegagalan ini menyebabkan pembaziran wang. Jadi kalau satu-satu rancangan hanya akan menemui kegagalan, yang akan membazirkan wang rakyat, wang kerajaan maknanya tujuan dan matlamatnya tidak tercapai.

Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada hari ini yang visi dan misinya agaknya memang begitu jelas inginkan pembangunan, kemajuan negara ini agaknya boleh melihat semula perkara-perkara seperti ini supaya jangan berlarutanlah. Rancangan yang sudah diumumkan dan yang telah pun dilancarkan tiba-tiba mendapat kegagalan. Jadi diharap kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang baru ini melihat, mengkaji, menyemak dan ambil tindakan-tindakan kalau terdapat perkara-perkara yang mungkin boleh menggagalkan. Apa pendapat Yang Berhormat Langkawi?

final • 5:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Langkawi, sedikit benda yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun hendak mencelah mengenai koridor ini.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada tiga minit lagi Yang Berhormat. Ringkaskan soalan.

final • 5:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya lihat ia sebenarnya juga disebabkan oleh kebanyakan perancangan NCER buat ini tidak berbincang dengan sama ada di peringkat daerah atau negeri secara detail. Kadang-kadang menyebabkan perancangan yang dia buat lain, yang kita buat lain. Kita hendak tuju ke lain, dia ke lain dan akhirnya bertembung di tengah jalan. Oleh sebab itu apakah Yang Berhormat Langkawi bersetuju kalau kita cadangkan setiap apa

final • 5:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

yang hendak dibuat mesti dibawa perbincangan terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat?

final • 5:30 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Memang betul kerana di Langkawi misalnya, hendak buat penangkapan ikan, LKIM buat sangkar ikan, Perikanan buat sangkar ikan, Halim Mazmin buat sangkar ikan, semua fail. Why should you go and have another one? Jadi itulah bagi saya membazir dan orang kata, orang kampung perli, menjadi perbualan orang dan memomok-momokkan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya haraplah perkara ini dapat dikaji semula janganlah kita sebagai wakil rakyat jadi bahan tohmahan, bahawasanya kerajaan membazir walhal kerajaan tidak membazir. Yang membazir ialah agensi berkenaan yang membuat silap dan semestinya kita juga menjadi sasarannya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan bajet untuk tahun hadapan. Semasa kita merasa bangga negara kita telah menjadi antara negara pengeksport terbesar di dunia, saya meneliti bajet ini tidak banyak faedah dan bantuan untuk membantu pelabur tempatan untuk menambah eksport mereka terutama mengurangkan cukai bahan-bahan mentah dalam sektor pembuatan lebih-lebih lagi pada masa nilai dolar Amerika dan euro Eropah turun begitu teruk. Satu lagi tentang kekurangan pekerja mahir juga tidak ditangani.

final • 5:39 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saingan perdagangan luar semakin mencabar untuk produk Malaysia bersaing dengan produk negara lain. Branding atau jenama amat perlu dipromosikan. Saya ingin mengalu-alukan usaha SME Corp.ORP memperkenalkan satu sijil baru National Mark of Malaysian Brands. Saya percaya ini memang akan dapat meningkatkan kualiti produk Malaysia dan juga akan menggalakkan sektor pembuatan lebih mengutamakan R&D produk mereka.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Timbalan Menteri Kewangan pernah berkata, semua bantuan dan perangsang atau insentif di sektor perindustrian akan diteruskan. Akan tetapi saya difahamkan bahawa Brand Promotion Grant dengan izin Tuan Yang di-Pertua, telah dibekukan kerana kekurangan peruntukan.

Adakah ini benar? Saya menerima beberapa aduan daripada pemenang National Mark of Malaysian Brands mengatakan permohonan mereka telah ditolak kerana geran ini telah dibekukan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa sijil National Mark of Malaysia diperkenalkan, salah satu keuntungan untuk yang berjaya ialah dengan izin Tuan Yang di-Pertua, access to priority lane for Brands Promotion Grant with MATRADE. Saya harap pihak MATRADE dapat memberikan pengecualian untuk semua yang berjaya memperoleh sijil National Mark of Malaysian Brands untuk memohon Brands Promotion Gerund supaya memperluaskan kedudukan mereka untuk bersaing dengan produk negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun kita tidak boleh menafikan bahawa negara kita sudah ditransformasikan daripada negara pertanian ke negara industrialize rice, maka kita tidak boleh mengetepikan sektor pertanian yang masih

final • 5:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

ada kerana jika menghadapi kegawatan, kesan impak kepada sektor pertanian amat kurang jika dibandingkan dengan sektor perindustrian.

Dalam bajet kali ini nampaknya sektor pertanian pun tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Banyak masalah yang dihadapi oleh sektor ini sekian lama masih tidak dapat ada diambil tindakan untuk mengatasinya. Contoh, penternakan babi dan kekurangan bekalan daging babi. Industri penternakan babi bukan satu industri yang baru. Sudah beratus tahun ia berada dan berpuluh ribu rakyat terlibat dalam industri ini. dan terdapat juga industri lain yang secara langsung atau tidak langsung dengan industri ini. Pada tahun 1980-an industri ini bukan hanya cukup membekalkan daging babi kepada keperluan dalam negara malah ia dapat dieksport ke Singapura dengan keuntungan hasil berpuluh juta setiap tahun.

Tuan Yang di-Pertua, malangnya selepas Nipah Virus dan beberapa tindakan oleh kerajaan negeri, industri penternakan babi pada hari ini telah menghadapi banyak kesulitan dan nampaknya kerajaan langsung tidak berminat untuk menyelesaikannya. Ini telah membawa satu perasaan dan persoalan, adakah kerajaan memang berhasrat untuk menghapuskan industri ini atau membiarkan ia mati dengan sendiri.

Saya ingin bertanya, di seluruh negara terdapat berapa buah kandang ternakan babi yang diberi permit atau lesen ternakan dan adakah terdapat juga tapak ternakan yang disyaratkan khas untuk ternakan babi sahaja. Negara kita terdiri dari berbilang kaum dan berbilang agama, mesti ada rakyat yang perlu makan bekalan daging yang berlainan dan sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab dan sering kali mengatakan rakyat didahulukan bukankah ia perlu membantu semua industri yang membekalkan makanan kepada rakyat.

Industri ini termasuk industri ternakan babi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya berapa buah kerajaan negeri manakah yang sudah sediakan kawasan atau tapak untuk memusatkan penternakan babi atau PFA dengan izin, dan bilakah penternak babi ini diberi lesen atau permit dan bantuan untuk menaik taraf sistem penorehan menguruskan air buangan dan infrastruktur untuk mencegah pencemaran dan lain-lain infrastruktur yang perlu.

Tuan Yang di-Pertua, untuk kategori projek akuakultur yang banyak menerima insentif. Saya ingin tanya insentif kepada ikan air tawar. Adakah ia telah diberhentikan tahun ini? Mengapa insentif kepada pellet atau makanan untuk ikan air tawar sudah tidak diberi insentif. Akibat daripada insentif yang diberhentikan, penternak terpaksa menggunakan usus ayam untuk ternakan ikan keli. Ini juga jika dibandingkan dengan kualiti ikan keli ini memang saya ingat rakyat lebih pilih ikan keli yang makanannya pellet dan bukan usus ayam.

Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun amat jelas termaktub dalam Perlembagaan negara kita, oleh kerana sistem Demokrasi Berparlimen tetapi kita mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen tetapi adakah keadaan sekarang kita betul-betul mengadakan satu sistem separation of power di mana kedudukan Parlimen adalah betul-betul independent atau bebas tanpa gangguan dan campur tangan oleh pihak eksekutif atau pihak pentadbiran.

Beri saya bangkitkan beberapa persoalan supaya kita dapat satu jawapan dari menteri-menteri berkenaan. Bolehkah Parlimen sendiri menentukan cara prosiding paling sesuai tanpa dirujuk kepada pihak eksekutif. Bolehkah Parlimen wujudkan satu sesi soal jawab khas untuk Perdana Menteri atau PM Q & A session iaitu Perdana Menteri mesti sendiri menghadapi pertanyaan-pertanyaan dari Ahli-ahli Parlimen sendiri. Bolehkah Ahli-ahli Parlimen sendiri memutuskan

final • 5:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

kokus atau select committee tanpa merujuk kepada pihak eksekutif atau mendapat senarai nama dari pihak eksekutif atau dari Jemaah Menteri.

Satu soalan lagi, dalam bajet ini peruntukan telah disediakan oleh untuk Parlimen. Saya ingin tanya adakah peruntukan yang dikhaskan untuk Parlimen ini diminta oleh Parlimen sendiri atau dirancang atau disediakan untuk Parlimen sendiri atau oleh pihak eksekutif juga. Dengan pendek saya ingin tanya, adakah semua hal ehwal Parlimen mesti dapat diuruskan oleh Parlimen sendiri? Saya ingin tanya, bolehkah semua pegawai atau kakitangan Parlimen ini adakah gaji atau sistem elaun sendiri tanpa bersama dengan kakitangan atau pegawai pihak- pihak, jabatan-jabatan atau kementerian yang lain iaitu kita dapat tunjukkan bahawa Parlimen ini betul-betul satu badan perundangan yang tertinggi dan tersendiri, bebas dari perhubungan atau direct contact dengan pihak eksekutif.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bukan contact dan perhubungan, kongkongan.

final • 5:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Kongkongan, terima kasih.

Termasuklah dalam jawapan saya.

final • 5:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Campur tangan.

final • 5:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Campur tangan. Saya ingin juga bertanya Ketua Pentadbir, adakah beliau di bawah Tuan Yang di-Pertua atau di bawah Menteri. Kalau Parlimen ini betul-betul independent, saya ingat banyak urusan ini perlu mendapat arahan atau kebenaran atau keputusan dari pihak Parlimen sendiri iaitu yang diketuai oleh Tuan Yang di-Pertua atau autonomi.

Saya juga ingin sokong Yang Berhormat Sungai Petani yang mengatakan tentang elaun dan keistimewaan Ahli Parlimen, saya ingat termasuk dengan kakitangan dan pegawai Parlimen atau Tuan Yang di-Pertua. Memang jika hendak dikatakan Parlimen Malaysia ini, harap suatu hari jadi first world Parliament tetapi dengan layanan sebegini, susah kita hendak capai.

Saya difahamkan oleh Yang Berhormat yang lain bahawa negara-negara lain terdapat researchers, ada yang katakan dapat empat researchers, ada dan yang dua dari negara-negara yang lain dan gaji serta elaun termasuk lain-lain kemudahan amat berlainan dan kita amat kekurangan. Sebab itu harap kali ini kita dapat satu jawapan atau satu keterangan yang lebih berpihak kepada Ahli Parlimen supaya kita dapat bersama-sama meningkatkan kualiti perbahasan atau mutu perbahasan di Dewan yang mulia ini.

final • 5:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, dengan usaha mencergaskan pasaran modal bagi menyokong dasar liberalisasi kewangan negara, kerajaan akan terus berusaha mencergaskan lagi pasaran modal domestik dengan mengambil langkah berani terutamanya mempelbagaikan produk pelaburan, meliberalisasikan syarat pegangan ekuiti dan had pelaburan, menyediakan insentif yang lebih menarik serta meningkatkan kerjasama dengan bursa asing di antara langkah yang akan dilaksanakan. Ini semasa dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dikatakan Suruhanjaya Sekuriti juga akan mempermudahkan proses dan prosedur penyenaraian syarikat dan produk terutamanya dalam dana dagangan bursa.

Satu produk pelaburan produk yang baru iaitu dengan izin Tuan Yang di- Pertua, European Style Non-Collateralised cash settled callable bull certificate.

Saya ingin tanya Suruhanjaya Sekuriti akan kriteria dan syarat untuk meluluskan

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

produk pelaburan baru ini dan langkah-langkah mengawal underlying stockholder dan issuer demi mempertahankan kepentingan pelabur-pelabur biasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bagi satu contoh. Nama stoknya ialah BJCORP iaitu Berjaya Corp-JA. Tarikh umumnya 15 Julai 2010. Tarikh listing nya iaitu sehari sebelumnya iaitu 16 Julai 2010. Issuing price – 16 sen. Tarikh matang sepatutnya 15 April 2011. Tuan Yang di-Pertua, apa yang terjadi selepas lima hari stok ini di listed di papan utama pada 22 Julai 2010, ia di suspended dan telah di listed pada 28 Julai 2010 iaitu hanya 13 hari selepas ia di listed. Apa yang lebih teruk, hanya semasa pelabur dimaklumkan tentang tarikh di listed, mereka baru diberitahu ada satu formula untuk mengira cash settlement amount dan ini mengakibatkan wang pulangan kurang dari separuh jika dibandingkan dengan harga stok semasa ia digantung atau suspended.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang sukar diterima oleh pelabur-pelabur biasa yang terlibat iaitu hanya 13 hari selepas BJCORP-JA di listed, syarikat yang sama mengumumkan BJCORP-JB dan ia telah di listed pada 18 Ogos 2010. Apa telah terjadi? Suruhanjaya Sekuriti perlu memberitahu secara umum mengapa satu syarikat telah diturunkan dan satu lagi dinaikkan dalam hanya 13 hari sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta Kementerian Pengangkutan menerangkan kedudukan nombor plat kenderaan bernombor ‘MCA’ dari negeri Melaka. Ini adalah kerana baru-baru ini giliran ‘MCA’ ini telah membawa banyak keraguan. Adakah ia akan dikhaskan untuk orang atau parti politik tertentu?

Tuan Yang di-Pertua, beberapa bulan yang lepas, Menteri Pengangkutan dan bekas Menteri Pengangkutan telah terlibat dalam satu pertengkaran atas sekatan giliran nombor plat ‘MCA’ ini. Ini tidak pernah berlaku kepada nombor plat ‘DAP’ dan ‘PAS’. Saya harap satu penjelasan yang detail dapat disampaikan oleh kementerian tersebut di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, bangunan-bangunan awam yang penting masih sering kali menghadapi masalah kebocoran sungguhpun berjuta wang telah dibelanjakan untuk membaiki kerosakan ini. Nampaknya kita masih tidak dapat mengatasi masalah ini. Sebagai contoh, pada bulan Julai lalu, bangunan Parlimen pada masa hujan lebat – sehingga MP lounge, saya difahamkan MP lounge pun dilanda banjir. Saya difahamkan perabot dan alat elektronik rosak akibat dari banjir itu.

Pada bulan September, bangunan Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pun menghadapi masalah yang sama – banjir kerana kebocoran. Saya difahamkan ini merupakan kali yang keempat. Saya ingin tanya, sudahkan kerosakan ini diperbaiki? Adakah kementerian telah diberi jaminan bahawa masalah ini tidak akan berlaku lagi?

Tuan Yang di-Pertua, sering kali Dewan yang mulia ini dimaklumkan kedudukan yang begitu serius tentang rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain.

Dewan ini juga meluluskan penubuhan satu badan Talent Corp untuk menggalakkan pulang balik rakyat dan talent kita di negara lain. Saya tidak tahu Talent Corp ini akan berpandu kepada maklumat dan angka dari mana untuk tindakan dan usaha mereka. Pada 20 Oktober 2010, soalan saya atas perkara yang sama – saya tidak dapat satu jawapan yang munasabah. Jika saya tidak boleh dapat maklumat dari Dewan ini, di manakah akan saya dapat minta satu penjelasan daripada Menteri yang terlibat?

Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa buah kerajaan negeri sedang menjalankan projek taman laut. Saya difahamkan projek taman laut ini perlu

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

membayar royalti kepada Kerajaan Persekutuan. Adakah ini benar? Jika ya, bolehkah Dewan ini diberitahu tentang cara kiraan royalti yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri atau kontraktor taman laut ini? Kerajaan Negeri Melaka sedang menjalankan projek taman laut dengan keluasan 2,324.6 ekar. Saya ingin tahu berapa jumlah royalti telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan?

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita menghadapi satu kesulitan semasa kita buat permohonan untuk mengadakan jamuan makanan atau ceramah closed door dalam dewan iaitu dalam dewan sekolah atau dewan restoran. Akan tetapi pihak polis menolak permohonan kita untuk permit. Dikatakan ini satu arahan dari atasan iaitu dari pusat iaitu tiada permit untuk sebarang ceramah melainkan jika ada pilihan raya atau pilihan raya kecil – kesemua perhimpunan sungguhpun dalam bangunan. Saya minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri boleh berikan satu jawapan adakah ini benar.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang terakhir yang saya ingin tanya di Dewan yang mulia ini iaitu semasa kita menghapuskan cukai import untuk 300 barangan berjenama, saya ingin tanya keputusan untuk menghapuskan cukai import ini, adakah pihak kementerian mengambil kira keputusan ini akan menjejaskan pengeluaran atau produk Malaysia yang setanding kualitinya seperti jenama handbag seperti Bonia – saya ingat ini satu jenama yang boleh diterima kualitinya – atau kasut Larrie atau Crocodile? Jika kita hapuskan cukai untuk import ini, adakah ini akan menjejaskan atau memberi kesan buruk kepada barang buatan Malaysia? Kita kata buy Malaysia first tetapi kita menyusahkan mereka lagi kerana kita lebih mempromosikan produk negara lain.

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Oleh sebab itu saya anggap ini tidak sesuai. Janganlah kita bukan hanya hendak jaga pelancong yang datang ke negara ini, kita juga menggalakkan rakyat kita beli barang import dan bukan barang Malaysian first. Kita hapuskan cukai import untuk produk negara lain. Akan tetapi kita tidak kurangkan cukai untuk bahan mentah atau raw material yang kita perlu untuk sektor pembuatan kita. Oleh sebab itu saya harap kementerian dapat mengkaji semula atau adakan lain-lain insentif untuk bersama menggalakkan produk Malaysia yang berkualiti yang kita perlu memberikan perhatian lebih dari produk import. Dengan itu saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Paya Besar.

final • 6:00 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Bajet 2011 yang boleh saya katakan sebagai bajet rakyat. Sepanjang perkhidmatan saya dalam strategi ketiga Bajet 2011 dengan matlamat untuk menyejahterakan rakyat masyarakat luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, diperuntukkan dengan jumlah RM6.9 bilion.

Peruntukan ini melibatkan pembangunan infrastruktur asas, bekalan air, elektrik, jalan luar bandar, bantuan rumah miskin. Usaha ini sebenarnya adalah untuk menaikkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan Bajet 2011 adalah untuk memberikan kredit kepada masyarakat luar bandar yang sebenarnya telah banyak

final • 6:01 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

membantu kerajaan kita memerintah pada hari ini. Apa yang ingin saya tekankan ialah pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan sewajarnya di tempat yang betul. Tempat yang memberi pulangan balik kepada kerajaan. Nyatanya Bajet 2011 adalah peruntukan yang membalas budi rakyat luar bandar.

Di kesempatan ini saya ingin memaklumkan bahawa di kawasan saya terdapat infrastruktur yang masih lagi daif yang memerlukan perhatian pihak kerajaan. Pertama, jambatan di Kampung Kawah, jambatan di Kampung Kuala Kenau dan jambatan di Kampung Seberang yang menunggu masa untuk runtuh sahaja. Saya amat bimbang dan risau dengan keselamatan para penduduk yang menggunakan jambatan tersebut setiap hari. Sebenarnya pada tahun 2008, kerajaan telah pun memperuntukkan RM1.3 juta bagi memperbaiki jambatan di Kampung Kawah, namun malangnya pada September 2010 yang lalu, jambatan tersebut telah runtuh semula.

Pada 9 Oktober dan 10 Oktober 2010 yang lalu, Ketua Setiausaha Negara dan semua Ketua Setiausaha Kementerian telah melawat ke Sungai Lembing dan telah dapat menyaksikan dengan mata dan kepala sendiri atas kejadian ini. Oleh yang demikian saya berharap KSU-KSU yang terlibat dapat menumpukan perhatian dan peruntukan yang sewajarnya kepada kawasan Parlimen Paya Besar. Saya amat mengharapkan pihak kerajaan dapat membantu dalam membaik pulih jambatan yang menjadi jalan penghubung antara penduduk di kawasan saya.

Kedua pada tahun 1990 ataupun 1992 kalau tidak salah saya, FELDA Sungai Pancing Utara di Parlimen Paya Besar telah memenangi pertandingan Desa Wawasan peringkat daerah Kuantan dan telah dijanjikan oleh kerajaan pada ketika itu untuk membina sebuah Dewan Serbaguna di rancangan tersebut sebagai hadiah di atas kemenangan tersebut. Pada tahun 2006, FELDA telah berjanji untuk membina Kompleks Sukan Komuniti di FELDA Gugusan Pancing dan sebagai ganti saya telah menetapkan supaya kompleks itu didirikan di FELDA Sungai Pancing Utara.

Kompleks tersebut bukanlah hasil permintaan masyarakat sebaliknya apa yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat. Saya amat mengharapkan langkah susulan dapat dilaksanakan dalam melaksanakan projek ini.

final • 6:01 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Boleh mencelah Yang Berhormat Paya Besar.

final • 6:01 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Sekejap biar saya habis dahulu ini, selepas itu saya beri ruang. [Ketawa] Sekiranya kompleks sukan ini atau Dewan Serbaguna dapat dibina maka ia dapat digunakan sebagai pusat sukan bagi aktiviti golongan muda. Sebagai Ahli Parlimen dan pemimpin masyarakat saya rasa bertanggungjawab bagi menjaga kebajikan di kawasan Parlimen Paya Besar. Sila Yang Berhormat Maran.

final • 6:01 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar sahabat saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat ini Yang Berhormat Paya Besar pembangkang jangan hendak bergalak. Jangan nafikan jasa kerajaan Barisan Nasional. Yang Berhormat sebelah senang hari ini semuanya jasa Barisan Nasional, belum ada lagi pembangkang selama ini. Jadi biarlah ini. Cuma saya sebagai Kerajaan, pemimpin kita tidak nafikan kelemahan yang ada pada kerajaan, pembangkang memang lemah belaka. [Ketawa] Pada saya semua lemah sebab dia hidup dengan Barisan Nasional selama ini. Jadi dia

final • 6:01 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

tidak boleh tidak nafi, cuma seronok-seronok sahaja. Ini bukan talk seronok ini.

Saya cakap bukan sebab hendak berseronok sebab hendak bekerja.

Saya cuma hendak respons kepada Yang Berhormat Paya Besar tadi, saya tengok ada projek yang agak terlambat tadi, saya terima kasih kepada Yang Berhormat kerana prihatin dalam peringkat ini. Jadi kita hendak - saya yakin bahawa kerajaan telah berikan peruntukan dalam hal ini. Cuma kadang-kadang follow up, follow thru tidak ada dengan izin. Maknanya susulan oleh pihak agensi atau pihak berkenaan kadang-kadang penduduk itu sendiri. Bila kita janjikan oleh kerajaan dia tidak ada susulan, ini tindakan.

Saya hendakkan supaya pemimpin-pemimpin di peringkat mukim, JKKnya, mukimnya, mungkin daerahnya kalau boleh apa sahaja yang diputuskan oleh kerajaan ini kita buat susulan balik. Tidak mungkin semua perkara yang kerajaan putuskan kita boleh ambil semua, sebab kita manusia. Seperti pembangkang dia pandai bercakap sahaja, dia tidak buat. Minta pandangan Yang Berhormat Paya Besar, terima kasih banyak.

final • 6:01 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sambung sedikit lagi, sedikit lagi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Paya Besar adakah Yang Berhormat Paya Besar bersetuju bahawa yang sudah dibuat ini sudah baik, cuma hendak baik lagi. Umumnya sudah baik, adalah dua atau tiga perkara tidak selesai.

Jangan macam Yang Berhormat Shah Alam. Saya pergi Shah Alam baru-baru ini, negeri, adalah negeri dia. Shah Alam, pokok mati, landskap hancur,dan sebagainya. [Ketawa] Jangan jadi - Kita hendak kebaikan lebih baik, jangan banyak masalah. Sekian, terima kasih.

final • 6:01 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Maran dan juga Yang Berhormat Ledang. Ini bukan sahaja hendak suruh JKK mengingatkan, saya sendiri sudah menyuarakan dalam Parlimen ini. [Ketawa] Bukan hendak memenangi pihak pembangkang. Jadi saya akan lebih memerhatikan lagi masalah rakyat di kawasan saya. Itu sahaja yang hendak saya bangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini mewakili para pemimpin tempatan saya berasa bangga dan dengan kenaikan elaun bagi Pengerusi JKK, Tok Batin kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan imam kepada RM750 sebulan dan imbuhan guru KAFA kepada RM800 sebulan dalam Bajet 2011. Semoga kenaikan elaun ini dapat memberi semangat baru kepada para pemimpin tempatan untuk lebih serius berkhidmat untuk rakyat.

final • 6:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli Parlimen juga mahu semangat baru juga Yang Berhormat.

final • 6:01 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Saya sokong hendak nyatakan takut. [Ketawa]

final • 6:01 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mencadangkan supaya kita juga perlu memikul tanggungjawab untuk menaik taraf guru-guru di sekolah agama rakyat. Situasi sekarang, para guru di sekolah agama rakyat hanya memperoleh gaji daripada kutipan-kutipan sumbangan orang ramai dan juga secara sukarela. Kesannya, proses pengajian di sekolah agama rakyat semakin terkebelakang. Adakah kita sedar pada hari ini masalah sosial yang melanda kita seperti membuang bayi dan masalah seksual adalah berpunca daripada kurangnya didikan agama oleh ibu bapa?

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Mengenai sekolah rakyat.

final • 6:10 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Sekejap boleh? Saya selesaikan yang ini dulu.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:10 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Sekejap, sekejap. Ini sekolah rakyat juga, biar saya habiskan dulu. Akhirnya ibu bapa juga yang dipersalahkan.

Sekiranya kita memantapkan sekolah agama rakyat, nescaya ia membantu menyampai didikan agama terhadap remaja seterusnya membendung masalah sosial. Sila Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Paya Besar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan isu sekolah agama rakyat. Saya melihat keadaan ini dalam keadaan yang sangat menyedihkan Tuan Yang di-Pertua.

Adakah Yang Berhormat Paya Besar bersetuju jika dalam Bajet 2011 ini mungkin dimasukkan supaya kementerian yang bertanggungjawab mengambil perhatian sudah tiba masanya untuk mengkaji terutamanya sekolah-sekolah agama rakyat bukan hanya di Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak, terutamanya di kawasan saya. Saya dapati gaji guru-guru sekolah agama rakyat ini diperoleh daripada sumbangan sagu hati ibu bapa dan sudah tentu ini akan menjejaskan kualiti dan cara mereka mendidik ataupun mengajar anak-anak kita. Sedangkan sekolah agama rakyat ini peranannya sangat besar terutamanya di kawasan luar bandar. Apa pandangan Yang Berhormat Paya Besar dalam perkara ini.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Paya Besar, boleh mencelah sedikit? Sedikit tentang sekolah agama rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Adakah Yang Berhormat Paya Besar sedar keadaan yang berlaku di sekolah-sekolah agama rakyat adalah akibat daripada tindakan kerajaan menarik semula bantuan per kapita yang telah diberikan bertahun-tahun yang bukan sekadar telah menyebabkan guru-guru hidup dalam kesempitan, tetapi juga ada di kalangan sekolah agama rakyat berkubur dalam sejarah kita? Adakah itu adalah antara sebab yang berlaku kepada sekolah agama rakyat. Mohon penjelasan.

final • 6:10 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Itu yang saya perjuangkan hari ini. Pada pendapat saya, masalah utama dalam pendidikan sekolah agama rakyat adalah masalah peruntukan dan gaji. Adalah lebih baik kita menyelaraskan sistem gaji baru bagi guru sekolah agama rakyat ini seperti sistem pengajian bagi guru- guru KEMAS ataupun JASA. Ini adalah untuk menjamin masa depan karier guru sekolah agama rakyat, menyelaras sistem pendidikan dan memantapkan pengajian agama itu sendiri. Sudah tiba masanya pihak kerajaan mengambil alih pentadbiran sekolah agama rakyat supaya menjadi lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua selain itu dalam Bajet 2011, saya melihat kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan yang kurang bernasib baik. Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat khususnya orang kurang upaya, warga emas, kanak-kanak dan ibu tunggal. Oleh itu, saya amat memuji peruntukan kerajaan dalam Bajet 2011 yang tidak pernah meminggirkan golongan ini yang amat memerlukan perhatian

final • 6:10 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

kerajaan dan masyarakat. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai kepada OKU supaya mereka dapat berdikari di atas kaki sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, kini rakyat berpandangan bahawa Bajet 2011 adalah perancangan kewangan negara yang tidak membazir dan berhemah.

Peruntukan kewangan dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat akar umbi.

Inilah yang dikatakan sebagai bajet rakyat. Di kesempatan ini juga, saya turut ingin mengulas kesinambungan Projek Koridor Ekonomi Negara walau pucuk pimpinan kita berubah. Bagi Projek Koridor Ekonomi Pantai Timur, kerajaan telah memperuntukkan RM178 juta untuk pembangunan taman industri dan pelancongan.

Saya mengharapkan agar peruntukan ini dapat diturunkan ke kawasan pelancongan Parlimen Paya Besar bagi projek menaik taraf khususnya daripada aspek prasarana. Terdapat tiga kawasan air terjun yang berpotensi sebagai pusat pelancongan; kawasan Air Terjun Pelangi, Air Terjun Berkelah dan Air Terjun Jerangkang. Semakin hari semakin ramai pelancong dan pengunjung datang untuk berkelah dan beristirahat.

Pembangunan prasarana seperti menaik taraf jalan perlu dilakukan dengan segera supaya keselesaan pelancong harus juga dijaga. Kawasan air terjun ini sedikit sebanyak telah membantu masyarakat desa dari aspek ekonomi apabila mereka berpeluang untuk berniaga. Saya merasakan apabila kawasan ini dibangunkan secara komersial, maka ia semakin membesar dan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menambah ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada Kementerian Dalam Negeri supaya melengkapkan balai-balai polis dan juga pondok-pondok polis khususnya di kawasan-kawasan desa. Ini kerana kelengkapan yang ada tidak mencukupi sekiranya kita serius dalam membanteras jenayah dan sebagainya. Bukan sahaja kebajikan yang perlu kita pentingkan, tetapi kelengkapan bagi anggota-anggota polis di balai dan juga di pondok-pondok polis.

Seterusnya, saya juga merayu kepada kerajaan supaya memberi pertimbangan khususnya kepada pegawai-pegawai dan kakitangan penjara bagi menikmati skim gaji yang sama dengan anggota polis. Ini kerana mereka ini berhadapan dengan risiko dalam menjalankan tugas harian mereka. Maka, setimpallah kerajaan mempertimbangkan agar pegawai-pegawai dan kakitangan penjara ini diberikan skim gaji yang lebih baik daripada apa yang mereka nikmati sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Rompin yang telah berjaya membantu kerajaan dalam menangani apa juga dakyah yang telah disebarkan oleh pihak-pihak tertentu selaku Duta Malaysia ke Amerika Syarikat. Saya berharap kerajaan mempertimbangkan juga untuk meletakkan duta-duta ini di kalangan orang-orang politik yang boleh berhujah untuk membantu kerajaan membendung anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab ini. Sekiranya kita tidak melengkapkan duta-duta kita dengan pengetahuan-pengetahuan dan politik semasa, ia akan menjadi lebih parah. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Bajet 2011.

Terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Gopeng.

final • 6:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut serta dalam perbahasan Bajet 2011. Tadi saya ada dengar hujah-hujah daripada Yang Berhormat Wangsa Maju dan sebenarnya saya kagum dengan hujah beliau. Saya juga kagum dengan bagaimana Yang Berhormat Wangsa Maju menukar pendirian sebaik sahaja melompat parti. Sebenarnya, saya bersetuju sangat apabila Yang Berhormat Wangsa Maju membangkitkan soal isu Akuan Berkanun (SD). Memang saya setuju bahawa apabila Rahimi yang membuat akuan berkanun yang bercanggah seharusnya diambil tindakan mengikut undang- undang yang sedia ada.

final • 6:19 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Bukan setakat itu, pihak yang berkuasa juga seharusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang pernah buat akuan berkanun yang bercanggah misalannya, Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia dan juga PI Balasubramaniam yang membuat akuan berkanun yang mengaitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Altantuya.

Malangnya kita lihat, orang yang buat akuan berkanun yang bercanggah tidak takut disiasat, tidak takut diambil tindakan. Apa yang berlaku kepada PI Balasubramaniam misalannya, yang takut adalah SPRM yang tidak berani untuk menemu duga PI Balasubramaniam. Jadi ini satu gejala ‘Malaysia Boleh’.

Bajet 2011 ini merupakan satu bajet yang penting kerana ini adalah bajet pertama selepas RMKe-10 dan juga bajet pertama selepas Model Ekonomi Baru dan GTP, ETP diumumkan. Akan tetapi, dua standard sudah menjadi tanda gagasan 1Malaysia kerana kita lihat satu bajet yang dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan Ahli-ahli Yang Berhormat, manakala satu dokumen lagi berkenaan dengan perancangan ekonomi, berkenaan dengan ETP pula disediakan oleh pegawai kerajaan yang lain dan diumumkan di luar Parlimen. Ini akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Walaupun ETP ini dikatakan sebagai peta panduan, tetapi ETP juga mengandungi butiran-butiran pelaksanaan yang terperinci. Misalannya, di mana hendak letak nightclubs di lima buah bandar raya-bandar raya utama di seluruh negara. Bukankah Ahli-ahli Yang Berhormat berhak untuk meluluskan sama ada kita mahukan nightclubs tersebut di lima buah bandar raya yang ditetapkan itu.

Dari segi prinsip, adakah ETP dan kandungan ETP itu sebahagian daripada dasar yang bakal diluluskan di Parlimen? Jikalau ya, kenapa tidak dibentangkan di Parlimen? Adakah Ahli-ahli Parlimen dianggap kurang bijak untuk menghadam kandungan ETP? Sekiranya tidak, maka apa guna kita diberi tanggungjawab kepada PEMANDU dan Menteri PEMANDU untuk laksanakan projek-projek tersebut?

Saya juga lihat akibat apabila dasar-dasar ekonomi yang diumumkan di luar Parlimen yang diputuskan oleh segelintir elit di makmal-makmal tertentu dan tidak dibincangkan, dibahaskan di Parlimen. Misalannya, nasib Model Baru Ekonomi boleh dijadikan satu pengajaran. Segala euforia selepas pengumuman Model Baru Ekonomi sudah hilang setelah pelabur-pelabur mendapati bahawa Model Baru Ekonomi adalah dasar ekonomi baru dengan packaging yang berlainan. Muka lain, istilah lain tetapi kandungan adalah sama. Yang penting sekali, kita lihat hasil sesuatu rancangan tidak bergantung kepada tahap perancangan tetapi atas pelaksanaan.

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Kita lihat setiap tahun kita dibekalkan Laporan Ketua Audit Negara dan kita juga lihat kepincangan urusan kewangan masih berleluasa dan melampau. Ini bukan setahun dua, puluhan tahun dan tidak berubah. Setahun sebelum ini, 30 Oktober 2009 selepas masalah laporan audit dikemukakan untuk tahun 2008, kerajaan telah umumkan satu task force yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan untuk mengambil tindakan terhadap Laporan Ketua Audit Negara. Setakat mana laporan task force tersebut? Adakah kerajaan bersedia untuk bentangkan keputusan task force tersebut di dalam Dewan yang mulia ini? Adakah task force itu untuk siasat kes-kes penyelewengan ataupun task force untuk tutup kes di mana tindakan-tindakan SPRM terhadap kes-kes yang terlibat dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun-tahun yang lepas?

Jadi, kita lihat tidak hairan apabila Transparency International yang umumkan CPI baru-baru ini menunjukkan bahawa indeks untuk Malaysia merosot daripada 4.5 kepada 4.4 dan ini memang jauh kalau dibandingkan dengan sasaran NKRA iaitu NKRA GTP 4.9. Bukankah ini satu KPI untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Bajet 2011 juga melihat pertama kali sejak sistem SSB sebelum ini diperkenalkan untuk kakitangan kerajaan di mana tidak ada bonus untuk kakitangan kerajaan walaupun pertumbuhan ekonomi dijangka meningkat 6% untuk tahun ini. Apakah masalahnya? Kita lihat dari segi jumlah kakitangan kerajaan, tahun 2006 sekadar 900,000 anggota iaitu lebih kurang 3.7% daripada segala populasi Malaysia. Sekarang, jumlah telah meningkat sehingga 1.2 juta bersamaan 4.4% daripada keseluruhan populasi Malaysia. Kalau kita banding Thailand nisbah 2%, Indonesia 1.8%. Jadi jelas menunjukkan bahawa kita mengalami masalah kerana kakitangan kerajaan yang terlalu ramai.

Sebenarnya, dengan penggunaan teknologi maklumat dan teknologi yang lain, produktiviti kakitangan kerajaan harus meningkat. Kita lihat di bank-bank dan di syarikat-syarikat multinasional misalannya, downsize ataupun pengurangan tenaga kerja adalah kebiasaan. Kenapa Kerajaan Pusat bersifat berlainan? Pasti kita mampu beri gaji dan elaun serta bonus yang lebih lumayan sekiranya produktiviti kakitangan kerajaan meningkat dan jumlah kakitangan kerajaan boleh dikurangkan. Bukankah ini seharusnya menjadi satu daripada KPI untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya beralih kepada Kementerian Kesihatan. Kita lihat dalam RMKe-10, Kementerian Kesihatan telah menyenaraikan beberapa aspek baru dalam perancangan perkhidmatan kesihatan:

(i) mengkaji pilihan pembiayaan antaranya termasuk memperkenalkan kaedah perkongsian kos;

(ii) penstrukturan semula Sistem Kesihatan Kebangsaan yang melibatkan sektor awam dengan swasta; dan

(iii) memperkemaskan peranan pengawalseliaan dan penyediaan perkhidmatan.

(iv) Kementerian Kesihatan akan memberi tumpuan kepada tadbir urus, pengawasan industri penjagaan kesihatan dan penguatkuasaan perundangan.

Jadi, kita lihat ada satu rancangan besar akan dilakukan dan butiran tersebut kita telah dengar daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan apabila beliau menyertai satu luncheon talk berkenaan dengan National Healthcare

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Financing yang dianjurkan oleh American Malaysian Chamber of Commerce pada bulan April yang lalu.

Saya di sini ingin menyatakan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan kerana dalam butiran diberikan ada beberapa perkara yang saya rasa agak positif di mana National Healthcare Services corak United Kingdom menjadi satu titik permulaan dan saya sokong 100% dalam isu ini. Primary Healthcare Provider dijadikan gatekeeper dalam sistem perkhidmatan perubatan tersebut dan ini saya sokong 100%.

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi, kalau kita lihat daripada segi perbelanjaan, kalau banding dengan perbelanjaan pembangunan untuk tahun 2010 dan tahun 2011, telah merosot sebanyak 39%. Tahun 2011, dalam Bajet 2011, perbelanjaan pembangunan untuk Kementerian Kesihatan adalah RM2.212 bilion berbanding dengan tahun ini iaitu RM3.6 bilion. Ini menunjukkan kekurangan sebanyak 39%.

Kita juga tahu bahawa perbelanjaan perkhidmatan kesihatan untuk swasta dan untuk kerajaan, kalau buat perbandingan perbelanjaan dalam pihak swasta telah lebih daripada apa yang dibelanjakan oleh kerajaan sejak tahun 2004.

Memandangkan ini bajet yang pertama dalam RMKe-10, adakah ini satu bukti bahawa kerajaan sedang dalam proses melepaskan tanggungjawab sebagai pembekal perkhidmatan kesihatan untuk rakyat? Saya juga hendak bertanya kepada Menteri yang berkenaan, setakat mana perbelanjaan pembangunan yang berjumlah RM2.2 bilion tersebut adalah untuk tujuan pelancongan kesihatan yang disediakan khusus untuk warga asing?

Tuan Yang di-Pertua, kini kita dalam satu dunia global dan negara kita tidak terkecuali dengan wabak-wabak penyakit-penyakit yang berjangkit. Tahun 1999, kita ada virus Nipah yang mana 105 kes kematian akibat itu. Selepas itu, ada SARS dan Influenza AH1NI pada tahun lepas dan tahun ini, bulan Julai, lapan kes kematian berlaku di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran akibat Leptospirosis dan Melioidosis. Saya memang hairan mengapa kadar kematian begitu tinggi untuk lapan kes ini. Kelapan-lapan orang mati akibat jangkitan tersebut. Bukan setakat itu, kita juga ada setakat ini 87,000 kes HIV dan antaranya 13,000 telah mati akibat AIDS, Tuberculosis ataupun batuk kering dan denggi dan kadangkala wabak Salmonella dan E.coli masih berlaku. Kini juga ada...

Kesemua ini di bawah jangkaan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam dan mungkin vector control. Akan tetapi, saya rasa kita memerlukan satu agensi khas yang kekal seperti CDC di Amerika Syarikat untuk menangani isu-isu berkenaan dengan penyakit berjangkit supaya agensi ini boleh bertindak cepat dan berkesan. Kematian lapan orang di Lubuk Yu, Maran itu tidak seharusnya berlaku kerana kita tahu Leptospirosis dan Melioidosis memang adalah penyakit yang boleh dirawat.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pekerja asing. Kita tahu sekurang-kurangnya 3.0 juta orang pekerja asing yang masih ada dalam negara ini. Antaranya cuma 1.8 juta orang yang sah. Yang lain adalah dalam golongan PATI. Dalam ETP ada dicadangkan supaya bukan setakat bayar insurans SOCSO RM3 sebulan, yang dikenakan kepada 1.8 juta orang yang daftar itu tetapi juga insurans perubatan untuk menanggung penyakit-penyakit yang lain. Saya pasti

final • 6:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

apabila dasar-dasar ini dilakukan kos untuk pekerja asing yang sah akan meningkat. Sekiranya penguatkuasaan tidak berkesan, mungkin akhir sekali kita daripada segi pekerja asing yang sah kurang tetapi PATI pula meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, kini denggi menjadi satu wabak yang boleh dikatakan selalu berlaku. Jumlah kes yang dilaporkan dari bulan Januari sehingga 16 Oktober tahun ini adalah sebanyak 39,264 kes dan ini menunjukkan satu peningkatan sebanyak 18% berbanding dengan tahun yang lepas. Daripada segi kematian, meningkat sebanyak 63% iaitu 45 kes kematian tahun ini berbanding dengan kematian yang meningkat sebanyak 63%.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pendang bangun, Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik apabila Yang Berhormat Gopeng menyebut tentang kes denggi yang meningkat. Kalau kita baca daripada laporan audit pada tahun yang lepas, diletakkan di situ bahawasanya keberkesanan Kementerian Kesihatan dalam mengawal Aedes ini cukup tidak berkesan. Ini kerana laporan audit mengatakan kementerian hanya melakukan fogging apabila terjadi kes. Padahal kalau kita mengikut arahan daripada WHO, apabila indeks Aedes 1% dan indeks Breteau 5%, kita telah terpaksa mengadakan fogging. Maknanya apabila ke berlaku, yakni apabila Aedes indeks dan indeks Breteau meningkat tinggi baru kita menjalankan kerja-kerja fogging untuk membunuh nyamuk Aedes. Apakah pandangan Yang Berhormat Gopeng dalam hal ini?

final • 6:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Sebenarnya saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pendang tadi. Kalau kita lihat dalam kes ini, bukan setakat jumlah kes itu meningkat menunjukkan satu kegagalan daripada segi kawalan tetapi kadar kematian yang meningkat ini menunjukkan bahawa daripada segi rawatan pun kita gagal memberikan satu piawaian yang munasabah. Mungkin kementerian harus mengkaji semula Clinical Practice Guidelines (CPG), berkenaan dengan denggi berkenaan dengan denggi dan setakat mana pegawai- pegawai berkenaan mengikut apa yang dicadangkan oleh CPG tersebut.

Saya juga ambil tahu bahawa hasil pemantauan kementerian mendapati 60% daripada tempat pembiakan aedes yang diperiksa ialah di luar premis. Ini bermakna sekadar mengambil tindakan terhadap tuan punya premis tidak akan cukup untuk mengawal denggi. Jadi, kementerian juga harus mengambil tindakan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk kawalan denggi ini.

Tuan Yang di-Pertua, baru sahaja kita mendengar pengumuman oleh kementerian dan juga National Biosafety Board yang meluluskan IMR untuk membebaskan Genetically Modified nyamuk Aedes Aegypti, jantan di Pahang dan Melaka. Ini satu cara untuk kawalan denggi mengikut kementerian. Akan tetapi, kajian telah dibuat bukan setakat nyamuk jantan yang dilepaskan oleh kerana kita sukar untuk mengasingkan nyamuk jantan dan nyamuk betina. Antaranya 3% sehingga 4% daripada nyamuk betina yang gennya itu di modified juga akan turut dilepaskan. Nyamuk betina ini akan terus hidup dan terus membiak. Ini mungkin akan mengakibatkan gene pool yang berlainan dalam kalangan spesies yang lain dan ini mungkin mengakibatkan satu malapetaka ekologi.

Jadi, sebelum nyamuk ini dibebaskan seharusnya satu percubaan dibuat dalam satu ‘pekeliling’ yang terkurung sebelum nyamuk ini dibebaskan secara terbuka. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Klinik 1Malaysia. Kita tahu setakat ini, RM10 juta diperuntukkan untuk 50 buah Klinik 1Malaysia.

final • 6:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Setahu saya kunjungan pesakit purata 70 pesakit setiap hari. Jika kita banding dengan klinik swasta ada yang antara 70 pesakit hingga 100 pesakit sehari dan kalau kita hendak katakan Klinik 1Malaysia walaupun dengan RM1 sehari, saya tidak pasti ini satu kejayaan. Saya hendak tanya bilakah kerajaan akan menetapkan doktor di Klinik 1Malaysia dan setakat mana hari ini perbelanjaan di 50 buah klinik tersebut.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan dengan isu Draf Rancangan Tempatan Ipoh. Sebenarnya kita tahu bahawa Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang terletak di Bandaraya Ipoh ini dan kita juga tahu bahawa Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 baru sahaja dibentangkan dan dalam proses perbincangan dapat feedback dan sebagainya.

Antara kandungan draf rancangan tersebut adalah industri pelancongan dan sebagainya. Sebahagian daripada perancangan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ini merupakan satu isu yang kritikal seharusnya diselesaikan dan kita memohon Yang Berhormat Menteri Pengangkutan khususnya, apakah rancangan untuk Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Adakah lapangan terbang ini akan ditutup dan bina satu buah yang baru di Seri Iskandar ataupun lapangan terbang ini akan dipanjangkan dan terus digunakan.

Sebenarnya dalam memorandum saya yang dibentangkan kepada Bandar raya Ipoh, saya sudah cadangkan supaya menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ini sebagai LCCT dan ini pasti akan membantu Ipoh menjadi satu destinasi pelancongan. Jadi dengan ini saya mohon cadangan-cadangan saya diberi pertimbangan. Sekian, terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Silam.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua sudi mempersilakan saya untuk turut sama bagi membahaskan Bajet 2011 yang telah dibentangkan pada 15 Oktober yang lepas dan ia sebagai satu bajet yang saya fikirkan mampu untuk mentransformasikan negara kita ke arah sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, 400 tahun dahulu barangkali Kesultanan Melayu Melaka tidak akan jatuh ke tangan Portugis ataupun penjajahan barat jika ketika itu kepimpinan ataupun masyarakat sudah berubah dari segi penggunaan sama ada dari segi pengurusan cara mentadbir, cara pemimpin berinteraksi dengan rakyat ataupun masyarakatnya ataupun barangkali kalau kepimpinan ketika itu memikirkan sesuatu untuk menyiapkan Kerajaan Melayu Melaka ketika itu untuk menjadi sebuah negara yang boleh bertahan dengan memperkukuhkan dari segi sistem pertahanannya. Mungkin juga Kerajaan Melayu Melaka itu tidak akan jatuh jika tidak ada manusia-manusia yang ada dalam Kerajaan Melayu Melaka itu yang berusaha memukul ataupun membunuh dari dalam untuk menyebabkan jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka itu pada 1511 kepada Portugis.

Sesungguhnya Bajet 2011 ini Tuan Yang di-Pertua, saya akan memfokuskan kepada beberapa aspek yang kita sedia maklum ada empat perkara utama yang diberi keutamaan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan

final • 6:42 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

saya daripada kawasan Parlimen Silam juga mewakili rakyat saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah dalam bajet yang memberi penumpuan dan mengambil kira pandangan masyarakat akar-umbi supaya dari segi sistem pengurusan mungkin selama ini kita lihat ia menjurus kepada from top to the bottom dan sekarang pendekatan vise versa bukan hanya daripada top ke bottom ataupun bottom kepada top tetapi kepelbagaian konsep untuk kita sama-sama memikirkan sesuatu yang terbaik bagi perancangan yang terbaik sesuai dengan acuan pembangunan negara Malaysia ini. Maka sebab itulah saya melihat perancangan Bajet 2011 ini sesuai dan kena pada tempatnya untuk kita fikirkan bersama.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh aspek bahagian pembangunan dan penyelidikan. Saya dapati dalam Bajet 2011 ini buat pertama kalinya kerajaan kita khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tahniah kepada beliau kerana memberi peruntukan walaupun mungkin tidak banyak hanya berjumlah RM400 juta lebih dalam bidang Research and Development ataupun penyelidikan pembangunan ini sudah tiba masanya Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun ke arah mencapai status negara maju.

Saya ingin menekankan di sini supaya kita sama-sama memikirkan dan fokus kepada bidang penyelidikan dan pembangunan ini sebab saya melihat dalam R&D ini ia sangat penting bukan hanya kita mungkin – sekarang ini kita dapati kerajaan kita sudah ada suatu sistem iaitu seperti NKEA, KPI dan ETP semua ini memang sesuai dan saya menyokong dasar dan cadangan kerajaan untuk mewujudkan konsep-konsep ini supaya kita sama-sama dapat mengkaji sistem yang terbaik. Mungkin dari segi sini juga kita dapat melihat macam misalnya dalam NKEA – RKPI ini menekankan kepada kita akan tahu apa pembangunan yang harus diberi keutamaan untuk pembangunan negara kita.

Di sini juga kita dapat melihat buat pertama kalinya bagaimana kerajaan akan mendapat gambaran untuk dari segi perancangan yang mereka mengetahui iaitu keberkesanan dari segi pelaksanaan dan baik buruknya perancangan yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan segala pembangunan yang dirancang oleh kerajaan itu menepati sasaran dan menepati kehendak akar-umbi. Kalau dari segi konsep perniagaan kita tahu bahawa perancangan kerajaan sekarang ini lebih kepada rakyat orientation iaitu tidak lagi merancang sesuatu pembangunan itu yang difikirkan baik ataupun sesuai tetapi masih lagi dalam keadaan yang tidak tepat dari segi pelaksanaannya.

Tuan Yang di-Pertua, R&D penggerak pembangunan sesebuah negara dan institusi tanpa R&D kemajuan jangka panjang sebuah negara secara automatiknya akan terganggu kerana tiada usaha untuk mengkaji produk serta idea yang telah disediakan bagi dikembangkan demi untuk kepentingan pembangunan serta ekonomi. Telah dibuktikan dalam sejarah R&D menghasilkan rekaan-rekaan yang penting demi manusia sedunia seperti mentol lampu ciptaan Thomas Edison, telefon ciptaan Alexander Graham Bell, kapal terbang ciptaan Wright Brothers dan bermacam-macam lagi. Barangkali contoh ini sudah agak obsolete bagi kita semua dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya ingin mengambil contoh yang baik ini supaya kita sama-sama dapat memikirkan bagaimana ciptaan yang terulung ini generasi kita pun dapat menikmati kebaikan dan kelebihannya. Inilah satu kenapa saya ingin menekankan pentingnya penyelidikan dan pembangunan ini diberi keutamaan walaupun mungkin sekarang ini terutamanya dalam 2010 dan menjelang tahun hadapan, kerajaan menekankan kepada pembangunan inovasi dan kreativiti dalam R&D.

final • 6:42 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Silam boleh mencelah?

final • 6:42 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Sila.

final • 6:42 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Silam. Saya tertarik dengan penekanan Yang Berhormat kepada research and development (R&D) cuma yang disentuh sebahagiannya mungkin ada kegagalan kalau kita tidak menumpukan perhatian kepada research and development (R&D) ini.

final • 6:42 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Cuma saya hendak melihat dari sudut lain sedikit. Kita sering berbicara tentang R&D ini apabila kita melaksanakan sesuatu projek, dari segi mungkin teknologinya. Akan tetapi jarang kita memberikan perhatian kepada kajian, penyelidikan tentang penerimaan masyarakat ataupun dari segi kesedaran masyarakat.

Saya hendak mencadangkan kalau Yang Berhormat Silam bersetuju supaya R&D (research and development) ini dengan izin, kita buat bukan sekadar dari segi pelaksanaan projek dan keupayaan itu sendiri, akan tetapi kita lihat projek dilaksanakan tetapi manfaat tidak dapat kepada masyarakat kerana sebahagian daripada masyarakat yang menerima projek itu tidak mempunyai kesedaran ataupun tidak bersedia dengan projek yang kita sampaikan kepada mereka.

Jadi saya hendak kalau boleh kita tekankan dari segi juga kajian dibuat, research dibuat tentang bagaimana tahap pemikiran masyarakat. Bagaimana kesedaran masyarakat supaya apabila kita turunkan projek mereka dapat menerima dan mereka sedar tidaklah kalau bak kata orang, kalau kita beri dulu, kita beri baja, baja duduk bawah rumah. Kita beri bantuan biji benih dan sebagainya, biji benih tidak ditanam. Ini kerana mungkin kesedaran tidak ada. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Maran. Sebenarnya itu sebabnya saya ingin menekankan dari segi research and development, penyelidikan dan pembangunan ini sebab saya melihat konsep yang kita buat sekarang ini Tuan Yang di-Pertua ialah sebenarnya lebih khusus kepada pendekatan ad hoc sahaja, iaitu pada satu-satu masa yang tertentu kalau diperlukan memberikan dana untuk bahagian penyelidikan ini barulah mungkin kerajaan memikirkan sesuatu dan memberikan dana.

Sebagai contohnya dalam Bajet 2011 ini apabila kerajaan memberikan peruntukan lebih kurang RM400 juta lebih dan kemudian dalam R&D and commercialize, dia memperuntukkan berjumlah lebih kurang RM71 juta. Saya bersetuju iaitu kita tidak boleh lagi memikirkan sesuatu, kita buat sesuatu yang sesuka hati kita. Kenapa, contohnya Proton ataupun banyak lagi ciptaan-ciptaan negara kita yang tidak boleh mendapat tempat atau menjadi ikon ataupun menjadi satu barangan yang menjadi rebutan kepada negara luar ataupun... jangankan negara luar, rakyat kita sendiri pun kadang-kadang masih tidak begitu yakin dengan kemampuan dan keupayaan kereta nasional kita.

Sedangkan sangat digalakkan semangat patriotisme ini, supaya kita sayang, kita tahu berbangga dan kita tidak pernah memikirkan bagaimana satu ketika dahulu pengalaman saya di luar negara, Kia contohnya ataupun Hyundai ciptaan negara Korea, termasuk pada satu ketika dahulu di Labuan, di negara kita

final • 6:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

sendiri, Kia, Hyundai ini disebut sebagai sebuah kereta yang betul-betul tidak ada kualiti.

Dia dianggap sebagai, ialah sudah kebetulan kalau di Labuan tidak ada tax, murah dan sebagainya dan dianggap sebagai kereta orang awam dan sebagainya. Bayangkan sekarang ini, sekarang ini bagaimana Kia, bagaimana Hyundai dari segi level, dari segi penerimaan kemudian dia boleh menembusi pasaran antarabangsa sampai ke Eropah, sampai ke Amerika Syarikat.

Di sini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, selain daripada saya ingin membahaskan tentang penyelidikan dan pembangunan ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan di masa akan datang terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk bukan hanya kita memberikan peruntukan ad hoc ataupun mewujudkan satu agensi dalam sesebuah kementerian seperti mungkin MOSTI kita tahu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab dalam bidang penyelidikan.

Akan tetapi sudah tiba masanya untuk sebuah negara yang digelar negara maju nanti menjelang 2020 kita kena buat satu benchmark, kita kena buat sesuatu yang kalau orang lain tidak buat kita kena dahulu membuat supaya orang lain ikut kita. Sebab dalam dunia global ini Tuan Yang di-Pertua untuk negara kita ini macam dari segi, mungkin kalau kita lihat bajet yang diperuntukkan untuk 2011 ini dari segi kebanyakan untuk pengurusan, pembangunan sudah dikurangkan.

Di sini kita lihat bagaimana mungkin iaitu kerajaan ingin memberi dari segi pengurusan termasuklah pengurusan modal insan, latihan 1Malaysia, Talent Corporation ini kepada semua penjurusan untuk melahirkan modal insan yang akan memastikan apa yang dirancang 2011 ini dan seterusnya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini ianya bertepatan, bersesuaian macam pandangan Yang Berhormat Maran tadi.

Ini disebabkan kita tahu macam barangkali sekarang ini kita sudah masuk Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kenapa masih lagi dalam miskin tegar? Kenapa masih ada lagi miskin-miskin yang lain? Kenapa sehingga ada agensi yang bertindih, yang bertindan dari segi peranan dan tanggungjawab? Ini disebabkan kita tidak ada satu data atau sumber mengumpul data yang tidak tepat sehingga mungkin kerajaan sekarang ini sudah ada inisiatif untuk membuat program e-Kasih contohnya.

Itu pun masih kita berhadapan dengan masalah pertindihan maklumat, pertindihan data yang kita kumpul. Jadi saya menekankan di sini, di masa akan datang supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini memikirkan R&D bukan hanya sebagai satu agensi akan tetapi diwujudkan satu kementerian yang memikirkan. Ini disebabkan kita tahu apabila satu kementerian diwujudkan, dia akan bertanggungjawab menjadi induk, menjadi bapa atau emak kepada satu bidang itu yang secara khususnya.

Kalau kita lihat dahulu bagaimana John F. Kenneddy memikirkan sesuatu untuk NASA itu naik ke langit ataupun ke angkasa lepas. Kemudian dalam beberapa minggu yang lepas, saya mendapati bagaimana Barack Obama menekankan supaya NASA bukan hanya membuat kajian di angkasa lepas, akan tetapi memikirkan bagaimana NASA membuat sesuatu kajian bagaimana manusia ini boleh melancong ke angkasa lepas Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya mencadangkan kepada kerajaan untuk memikirkan pentingnya R&D ini untuk kita tekankan dan sebab di sini juga sebenarnya selain daripada NKRA, NKEA yang ada kerajaan memperkenalkan

final • 6:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

sekarang ini, kalau barangkali melalui R&D ini kita boleh tahu kenapa semakin dari segi mungkin istilah ekonomi, semakin terancam, semakin berkurangan, semakin terhakis hubungan setia kaum di kalangan kita.

Kalau mungkin kita dahulu kita merdeka kemudian pertengahan merdeka sekarang ini usia negara kita sudah 53 tahun. Hubungan kaum itu masih longgar, kenapa Tuan Yang di-Pertua? Persoalan ini yang saya ingin tanya kepada pihak kementerian yang berkaitan di Jabatan Perdana Menteri, kenapa semakin longgar sekarang ini. Sebab ini cara yang terbaik saya memikirkan untuk kita mewujudkan satu kementerian penyelidikan yang memikirkan juga secara khusus, secara total.

Oleh sebab kita ini tidak boleh lari ke mana pun. Kita ini adalah rakyat Malaysia yang lahir di sini, membesar di sini dan segala-galanya di sini Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap supaya kementerian dalam Bajet 2011 ini, penyelidikan ini diberi penekanan dan saya berharap supaya contoh- contoh yang dibuat oleh negara-negara lain sebagai contohnya barangkali di European dan Asian terutamanya negara Turki sebagai contohnya yang telah memperkenalkan R&D ini sejak tahun 1963. Ini jelas Tuan Yang di-Pertua terbukti apabila Pusat Paolo Auto Research Centre di California.

Kemudian begitu juga tubitak yang diwujudkan oleh kerajaan Turki yang bertujuan untuk memastikan R&D ini dapat mengkaji satu mekanisme yang terbaik. Bukan hanya secara khusus kepada satu bidang. Mungkin saya nampak dalam Bajet 2011 ini kerajaan menekankan kepada bidang penyelidikan commercialize Tuan Yang di-Pertua. Why not dengan izin, kita luaskan supaya bidang-bidang lain juga macam yang saya sebutkan di dalam bahasa dia itu ialah hubungan kaum. Mungkin juga kita boleh buat satu dia punya R&D untuk mekanisme.

Oleh sebab saya melihat bahawa negara kita ini kalau kita memikirkan sangat soal ras atau keturunan kita ini adalah satu kekangan. Ini sebab kita merasa takut dan risau kemudian kita macam tadi pagi bagaimana salah seorang Ahli Parlimen daripada sebelah menyatakan bahawa kerisauannya, kemudian bila mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika menggulung dalam penutupan Mesyuarat Agung UMNO baru-baru ini, sebenarnya bagi saya ia tidak salah sebab dia mengutarakan cogan kata sedemikian rupa sebab mewakili parti yang diwakili.

Dia ingin memberi suntikan semangat. Akan tetapi yang jelas di sini kalau kita twist ataupun spin dengan persepsi yang lain sudah tentu Tuan Yang di- Pertua ini menyebabkan kita memikirkan sesuatu yang akan rasa kita ragu dan ini boleh mengekang dari segi kelancaran dan kelicinan pembangunan negara kita ini. Saya berharap dalam Bajet 2011 ini yang menekankan kepada memberi peruntukan kepada bahagian penyelidikan dan pembangunan ini sudah tentu boleh membantu sama Tuan Yang di-Pertua untuk memikirkan sesuatu bagaimana contohnya kalau di kawasan saya disebutkan dalam bajet beberapa tahun yang lepas sebagai pusat akuakultur negara.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Akan tetapi dalam Bajet 2011 ini, saya nampak peruntukan akuakultur itu diletak di Pitas di kawasan utara negeri Sabah. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apa sudah jadi kepada pembangunan akuakultur negara di kawasan Parlimen Silam? Apa yang saya nampak belum lagi bergerak dan saya berharap kementerian yang berkaitan supaya bertanggungjawab dalam perkara ini sebab rakyat saya sudah maklum, sudah tahu dan kita tidak mahu sebab kita memikirkan pembangunan yang holistik Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Apabila kita memikirkan soal ataupun memperkatakan pembangunan yang holistik, kita kena kotakan apa yang kita cakap secara menyeluruh Tuan Yang di-Pertua. Apabila menyeluruh sebab kita tidak mahu, contohnya di negeri Sabah ia walaupun dan saya kena akui negeri yang berada di bawah kerajaan Barisan Nasional tetapi sangat menyedihkan apabila ia tergolong dalam antara negeri yang termiskin. Jadi ini suatu perkara yang kita perlu fikirkan bersama dari segi penekanan kepada pembangunan Bajet 2011 ini Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mencadangkan juga kepada kerajaan supaya mengambil perhatian terutamanya dalam pembinaan pembangunan koridor. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberi peruntukan untuk pembangunan Sabah Development Corridor berjumlah RM110 juta Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu dari segi figure ini memang nampak besar tetapi ia hanya menyebutkan di situ untuk pembangunan hiliran industri kelapa sawit dan aktiviti yang dijalankan, bagaimana dikembangkan.

Akan tetapi saya ingin mencadangkan supaya kerajaan juga mengambil perhatian dan mengambil tindakan untuk melaksanakan pembinaan lapangan terbang baru di kawasan Lahad Datu sebab ia berhampiran dengan POIC atau Palm Oil Industry Cluster yang memang perlu kepada pelabur. Ini kerana kita tidak mahu pelaburan yang ada sekarang berjumlah berbilion-bilion tetapi belum diterjemahkan secara realiti dan akhirnya ia akan menjadi back fire kepada kerajaan. Kita berharap juga dengan adanya lapangan terbang baru ini, ia boleh kettle cater untuk pembangunan kawasan Daerah Tungku misalnya sebab di sana ada 57 sahabat Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita kembangkan ini, di sini juga kita wujudkan dalam Bajet 2011 yang menekankan kepada pembangunan Talent Corporation menjelang tahun 2011.

Saya berharap ia mencadangkan kepada kerajaan bukan sahaja Talent Corporation ini kita tumpukan kepada generasi ataupun rakyat Malaysia yang berada di luar negara tetapi kita perlu juga memikirkan bagaimana rakyat di dalam negara kita sendiri supaya kita sama-sama memikirkan terutamanya di kawasan luar bandar Tuan Yang di-Pertua. Macam di kawasan Tuan Yang di-Pertua – Beluran, kawasan saya sendiri. Ini semua kawasan luar bandar yang dari segi populationnya sebenarnya dari segi pertumbuhannya banyak. Akan tetapi disebabkan oleh peluang yang ada di kawasan itu terlalu terhad dari segi peluang pekerjaan dan sebagainya. Jadi di sini kita kena memikirkan sesuatu supaya dalam Bajet 2011 ini memikirkan Talent Corporation ini juga diperluaskan kepada kawasan luar bandar dan perlu disesuaikan.

Saya menyokong inisiatif yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mewujudkan iktiraf iaitu satu aktiviti yang dibuat di kawasan FELDA untuk bagi latihan masyarakat belia-belia generasi kedua yang ada di kawasan gugusan FELDA. Dengan cara ini juga sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita hubung kaitkan, kita mahu Talent Corporation ini kalau di kawasan luar bandar kita wujudkan supaya belia-belia di luar bandar itu mereka selesa, suka tinggal di luar bandar sebab ada kemudahan yang menarik mereka.

Kemudian mereka tidak akan terlibat dalam aktiviti mat rempit dan sebagainya sebab ada pengisian bagaimana talent pool ini kita dapat pastikan mereka ini. Kita cari Tuan Yang di-Pertua, supaya dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat kita. Ini adalah sebab kita mahu supaya mereka sebab kita tahu vast role raw material, vast natural resources yang ada dengan izin, di kawasan negara kita ini terutamanya di kawasan luar bandar. Saya rasa dari segi peluang pekerjaan pun kita boleh mencapai zero unemployment Tuan Yang di-

final • 7:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Pertua, kalau semua ini dengan kaedah yang tepat dan kita wujudkan untuk memberi peluang kepada belia dan masyarakat luar bandar.

Begitu juga di kawasan bandar, mungkin kita kena memikirkan sesuatu bagaimana pula generasi sama ada golongan pertengahan ataupun muda yang mereka ini kita fikirkan sesuatu untuk menyumbang sebab kita tahu dari segi ilmu kajian psikologinya pun belia yang berusia dalam lingkungan 18 tahun hingga 40- an tahun ini ialah itulah the peak period. The peak period iaitu dengan izin, kemuncak mereka boleh membuat sesuatu yang terbaik untuk menyumbang kepada pembangunan negara mereka Tuan Yang di-Pertua. Ini sebab sebagai contoh, macam di Korea, SP Park iaitu salah satu syarikat yang membuat nano teknologi yang saya dapati bahawa pekerja di syarikat tersebut, yang paling tua dalam lingkungan usia 37 tahun dia punya CEO. Yang lain itu, umur 21 tahun, 22 tahun dan bagaimana daripada talent pool yang dikumpulkan ini menjadikan mereka suatu tenaga kerja yang sangat produktif dan boleh membantu kepada kesejahteraan pembangunan negara Korea. Jadi di sini saya ingin mencadangkan dan pada masa yang sama juga bertanya kepada pihak kementerian apakah inisiatif yang dibuat tentang Talent Corporation ini?

Adakah ia semata-mata untuk memberi penumpuan sahaja kepada pembangunan kita menarik masyarakat atau rakyat kita yang berada di luar negara untuk kembali ke negara kita dan adakah inisiatif ini diperluaskan untuk di dalam negara kita sendiri dan kita juga melihat bagaimana kalau dalam Talent Corporation ini Tuan Yang di-Pertua, supaya memberi penekanan juga bagaimana kaum lelaki sebab kita nampak bila pusat-pusat pengajian tinggi contohnya, walaupun kita tahun ada sesetengah universiti sampai 60% dari segi mahasiswa- mahasiswinya datang daripada pelajar wanita. Kita perlu juga memikirkan supaya Talent Corporation ini apabila pengambilannya nanti kita mohon kepada kerajaan supaya dapat diseimbangkan dari segi ratio itu antara lelaki dan perempuan. Ini supaya nanti tidak berlaku perkara yang tidak kita ingini dari segi modal insan untuk persiapan kita dalam kerangka menuju negara maju menjelang 2020 ini. Ini adalah sebab saya nampak sebenarnya oleh sebab kerajaan kita ini perlu kita vocational training yang saya nampak dalam Bajet 2011 juga ditekankan Tuan Yang di-Pertua.

Saya berharap supaya ia diperluaskan terutamanya kepada negeri-negeri yang banyak kekurangan dan kemudahan vokasional ini diperluaskan dan mengambil contoh beberapa pusat latihan yang ada di negara kita ini supaya dapat dikembangkan dan ini sudah tentu terbaik. Ini adalah sebab sebagai contohnya Tuan Yang di-Pertua, di Nairobi contohnya, kerajaan Kenya mengambil belia-belia yang berusia daripada umur 18 tahun sehingga 23 tahun di tempatkan pada satu tempat yang berhampiran dengan Nairobi di training selama lebih kurang enam bulan hingga tujuh bulan. Kemudiannya kemahiran yang mereka dilatih ini pelbagai Tuan Yang di-Pertua. Jadi apabila mereka keluar kepada pasaran pekerjaan terutamanya, kemahiran mereka dalam bertutur bahasa Inggeris ini perlu.

Jadi apabila vocational educational ini dengan izin, diberi penekanan oleh kerajaan dalam Bajet 2011 ini, saya ucapkan tahniah dan saya menyokong konsep ini agar dapat diperluaskan. Ini sebab kita tahu pasaran kerja sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, semua mereka bukan hanya bertanya dari segi kelulusan yang kita peroleh. Akan tetapi bertanya dari segi pengalaman kita. Dia akan tanya dan dari sini juga kita boleh memikirkan sesuatu sesuai dengan Majlis Konsultasi Gaji yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Saya menyokong dan tahniah kepada kerajaan kerana mewujudkan Majlis ini. Sudah tiba masanya dan kita belum terlambat untuk memikirkan sesuatu sebab dari segi level gaji ini pun sebenarnya kita berada pada keadaan yang sebenarnya kita terlalu mungkin sesuailah supaya kerajaan memikirkan. Jangan kita terlalu terkongkong ataupun takut untuk keluar memikirkan dari segi minimum gaji yang diperkenalkan oleh kerajaan nanti.

Saya berharap dengan cara ini juga macam contoh yang kita dapati sekarang ini, kalau di kawasan bandar contohnya, kalau kelulusan itu sekadar SPM, mungkin income yang dia boleh peroleh sekadar lingkungan RM2,000. Jadi bagaimana kita boleh menyara hidup mereka kalau mereka berada di kawasan bandar? Jadi sudah tiba masanya untuk memikirkan. Cuma dalam Millennium Development Goals ini Tuan Yang di-Pertua, supaya kerajaan memikirkan untuk berani mengambil tindakan dari segi paras gaji yang ditetapkan mengikut level- level yang telah dipersetujui hasil daripada kajian dan maklumat yang diperoleh kerajaan. Dengan cara ini, ini juga boleh menyebabkan golongan belia ini akan tertarik untuk bekerja di negara sendiri di agensi-agensi yang dibuat oleh kerajaan.

Sebagai contohnya, dalam beberapa bulan yang lepas Tuan Yang di- Pertua, apabila Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama FELDA di Sahabat 16, mereka membuat seminar supaya belia-belia di kawasan luar bandar itu berminat untuk kerja di sektor perladangan sedangkan kemudahan-kemudahan itu banyak telah disediakan oleh FELDA.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Akan tetapi masih lagi – persoalannya kenapa masyarakat kita tidak mahu bekerja di ladang-ladang ataupun di bahagian plantation dengan izin, adalah kerana banyak perkara yang tidak begitu menarik dari segi kadar gaji yang mereka perolehi. Jadi alangkah baiknya – sebenarnya rakyat kita ini Tuan Yang di-Pertua, mereka tidak menolak dari segi peluang pekerjaan tetapi kadang-kadang oleh sebab tuntutan kadar semasa kehidupan yang tidak setimpal ataupun setara dengan kadar minimum yang mereka perolehi, jadi kita tidak boleh memikirkan sesuatu untuk keluar. Ini salah satu juga sebagai satu penanda aras bagaimana untuk kita menjadi sebuah negara maju.

Saya berharap juga – contohnya seperti UiTM yang sekarang ini mereka mengambil langkah untuk menghadapi masa akan datang itu dengan dari segi mengambil pendedahan. Kalau macam misalnya pelajar luar bandar yang mana tiada kemampuan, mereka ada satu sistem khas yang boleh membantu pelajar itu dapat belajar dan sebagainya. Ini suatu mekanisme yang perlu diperluaskan oleh kerajaan bagi menepati dan dapat dilaksanakan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh strategi seterusnya dalam Bajet 2011 ini iaitu tentang PERMATA Negara. Ianya satu program yang baik tetapi saya melihat sejak pelaksanaannya pada 2010, dari segi pelaksanaannya itu terutamanya di kawasan luar bandar belum lagi nampak begitu berkesan.

Kalau di kawasan bandar, saya dapati memang ada pencapaian yang baik dari segi penerimaan masyarakat.

Jadi dalam Bajet 2011 ini, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian yang bertanggungjawab yang menjaga PERMATA Negara ini dari segi rangka rancangan untuk tahun hadapan terutamanya di kawasan luar bandar itu.

Bagaimana dari segi pelaksanaan untuk memberikan peralatan bantu mengajar kepada guru-guru yang mengajar di PERMATA Negara? Dari segi jumlah bilangan PERMATA Negara itu pada setiap Parlimen, berapa – selain yang sekarang ini? Saya dapati kalau di negeri Sabah ada lebih kurang tujuh atau

final • 7:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

lapan Parlimen sahaja yang ada PERMATA Negara terutama di kawasan luar bandar. Jadi bagaimana pada 2011 ini dalam bajet yang baru dibentangkan, apakah perancangan kerajaan dari segi per Parlimen itu? Berapa bilangan yang akan dibuat?

Saya harap supaya dari segi pelaksanaan pengambilan guru-guru, biar yang bertauliah sebab Permata Negara ini satu program yang sebenarnya baik untuk pembinaan negara bangsa Tuan Yang di-Pertua.

Kalau kita lihat sendiri pandangan Dr. Abdul Rahman Embong daripada UKM, untuk pembangunan political kesejahteraan abad 21 ini, memang kita 100% bergantung harap kepada pembangunan modal insan ini. Asas di peringkat awal, terutamanya Permata Negara ini penting, pembinaan negara bangsa ini, sebab di sini juga kita boleh melihat bagaimana kokurikulum yang akan dilaksanakan itu digubal.

Saya tahu mungkin menjelang 2011 ini akan diselia sama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Biarlah kokurikulum yang diperkenalkan itu iaitu konsep peringkat awal pertumbuhan anak-anak yang lebih menjurus kepada more on games dengan izin. Biar kemudian kokurikulum yang lain itu dari segi kesedaran sivik ataupun sejarah ataupun ketatanegaraan yang disesuaikan dengan level. Mungkin pendekatan itu lebih kepada permainan supaya anak-anak kita memahami. Ini kerana saya melihat keberkesanan program PERMATA Negara ini kalau kita dapat laksanakan dengan baik – sebagai contohnya di negara Amerika Syarikat yang memperkenalkan Head Start Program. Head Start Program ini lebih kurang pendekatan PERMATA Negara ini.

Bagaimana ibu bapa kepada anak-anak itu dibawa ke sekolah pada hari- hari tertentu, kemudian diterangkan bagaimana konsep mereka mengajar anak- anak itu seawal usia empat tahun, lima tahun, enam tahun. Memang kita tahu dalam tempoh masa umur-umur tersebut, anak-anak itu boleh mencerap dengan mudah dan di sinilah dari segi – bukan kita hendak buat macam negara komunis iaitu indoktrinasi tetapi konsep kepelbagaian kaum yang ada di negara kita ini dapat kita terapkan di peringkat awal.

Oleh sebab itu saya berharap supaya PERMATA Negara ini, pelaksanaannya terutamanya di kawasan luar bandar yang dari segi stakeholder nya dengan izin – yang luar bandar ini kita tahu pendedahan tentang pendidikan ini sangat penting. Di sini juga saya penuh yakin dan percaya bahawa pendidikan ini sebenarnya satu perkara yang paling penting dalam kehidupan rakyat Malaysia ini untuk kita keluar daripada kepompong kemiskinan dan dari segi level cara kita untuk menaikkan taraf ketamadunan manusia itu dapat kita capai hanya melalui pendidikan ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Insya-Allah. Seterusnya saya berharap supaya Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya dapat memikirkan program yang lebih konstruktif, biar bergerak seiringan supaya belia-belia dan pembangunan itu secara menyeluruh. Kalau dari segi pembangunan prasarana sukan, saya berharap supaya Kementerian Belia dan Sukan memikirkan untuk melihat tempat- tempat tertentu yang tiada kemudahan-kemudahan sukan, kompleks sukan dan

final • 7:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

sebagainya perlu dipertimbangkan terutamanya di kawasan saya yang dari segi penduduk belianya ramai.

Saya berharap supaya kementerian tersebut dapat memikirkan untuk membuat kompleks sukan. Seterusnya juga, saya berharap Kementerian Pembangunan Wanita supaya Program 1Azam dan program keusahawanan yang lain dapat diperluaskan terutamanya di kawasan luar bandar untuk membantu golongan wanita yang kita tahu dari segi peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara kita juga sangat ditekankan.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dalam Bajet 2011 yang memberi penekanan kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat ini iaitu dari segi perkara yang keempat yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu delivery system, saya nampak Laporan Ketua Audit Negara pun terutamanya untuk di negeri Sabah contohnya, bagaimana pentadbiran sistem pengurusan kewangan dan beberapa lagi pengurusan-pengurusan yang lain yang perlu diperbaiki. Kita kena terima hakikat dan kita perlu berubah untuk menjadi sebuah negara yang maju di masa akan datang.

Saya berharap supaya Laporan Ketua Audit Negara ini dapat diambil perhatian sebaiknya oleh semua penjawat awam. Bagaimana cara kita melaksanakan mekanisme kerja yang terbaik dan kita jadikan apa pun yang kita buat untuk kebaikan negara kita sendiri ini. Kalau yang seagama dengan saya itu, jadikan ia sebagai satu ibadat supaya apa yang kita buat itu, kita sentiasa berlapang dada dan membuat sesuatu perkara yang kebaikannya itu kalau kita laksanakan dengan baik, dengan penuh keikhlasan, sudah barang tentunya tidak akan ada lagi miskin tegar ini menjelang beberapa tahun akan datang.

Saya puji tindakan Kerajaan Negeri Sabah. Walaupun kita berada dalam negeri yang miskin tetapi ada beberapa kawasan seperti di kawasan Silam, Tawau dan beberapa daerah tertentu di negeri Sabah yang telah pun terkeluar dari miskin tegar. Sebagai contohnya kawasan saya yang mana menjelang November ini, kita dari segi miskin tegar itu terhapus. Alhamdulillah, ini suatu contoh bagaimana dasar kerajaan Barisan Nasional yang praktik, yang betul-betul memahami.

Mungkin kita perlu memikirkan satu mekanisme yang terbaik. Saya berharap di Dewan yang mulia ini, kita memikirkan sesuatu yang terbaik untuk negara kita ini bagi kesejahteraan bersama untuk memikirkan suatu yang kalau baik demi pembangunan negara kita ini, jom mari kita bersama-sama untuk memajukan negara kita ini ala negara dan bangsa Malaysia itu sendiri.

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pendang.

final • 7:10 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan selamat petang.

Dalam pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri telah memulakan dengan suatu yang kita rasa sedap didengar iaitu memulakan dengan Surah al- Qasas Ayat 77, [membaca sepotong ayat], ”Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu yakni kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagian mu, hari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini.”

final • 7:19 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Akan tetapi apabila kita melihat daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam pelancaran ETP (Economic Transformation Program) semalam di mana beliau mengatakan akan menambah kelab malam dan juga melonggarkan syarat konsert penghibur antarabangsa melalui PUSPAL yang akan dipinda iaitu pada hasratnya pada 2014 akan menambahkan sepuluh kelab malam bertaraf antarabangsa yang akan menghasilkan RM0.7 bilion daripada kemasukan pelancong asing. Saya rasa ini merupakan satu contradict daripada ayat yang telah dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tersebut.

Begitu juga apabila kita melihat kepada laporan audit berhubung dengan Tabung Haji. Saya merasa agak sesuatu yang sedih berlaku di sini di mana Tabung Haji sekarang pada tahun 2009 mempunyai lebih daripada lima juta pendeposit dan mempunyai RM23.59 bilion wang daripada pendeposit yang disimpan di dalam Tabung Haji di mana menurut Laporan Ketua Audit Negara, lebih daripada RM435,850 wang telah dikeluarkan tanpa persetujuan daripada pendeposit iaitu lebih daripada 113 transaksi daripada 56 akaun pendeposit iaitu daripada tahun 2007 hingga 2009 di mana Sabah merupakan jumlah pendeposit yang duit mereka dikeluarkan tanpa izin ini iaitu sebanyak 46 akaun berjumlah RM355,100.

Ini kerana berlaku pakatan di antara penyelia dan juga juruwang di pejabat-pejabat Tabung Haji. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, apakah ini selepas daripada Bank Islam dan juga Tabung Haji mengadakan kerjasama yakni wang boleh dikeluarkan daripada akaun Tabung Haji melalui Bank Islam begitu juga transaksi menggunakan internet dan juga transaksi menggunakan ATM daripada wang Tabung Haji dengan ATM daripada Bank Islam Malaysia Berhad kerana ini merupakan salah satu daripada harapan rakyat di kampung-kampung dan juga mereka yang kita golongkan sebagai mereka-mereka yang menyimpan wang untuk persediaan mereka menuju ke tanah suci. Apakah perkara-perkara ini boleh dibiarkan berleluasa kerana ini merupakan teguran daripada AG yang terdapat dalam laporan pada tahun yang lepas.

Kedua Tuan Yang di-Pertua adalah berhubung dengan iklan-iklan barangan perubatan yang telah pun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan termasuklah iklan-iklan daripada hospital swasta dan juga mereka yang mengiklankan barangan-barangan perubatan. Ini kerana saya rasa sebelum ini kita tidak benarkan, kementerian tidak membenarkan iklan-iklan servis begini tetapi oleh kerana mungkin desakan daripada pelancongan kesihatan dan juga hospital-hospital swasta yang ingin memberikan perkhidmatan kepada pelancong luar, maka mereka telah membenarkan iklan-iklan ini.

Ini merupakan salah satu daripada perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian kerana banyak barangan perubatan ini yang diiklankan tetapi kita merasa risau, merasa begitu apa yang diiklankan itu mungkin tidak bersesuaian dengan apa yang sepatutnya berlaku kepada barang-barang yang diiklankan. Contohnya barang-barang perubatan yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kronik yang sebagaimana yang kami pelajari bahawa penyakit kronik tidak dapat disembuhkan tetapi dapat dikawal atau dikontrol misalnya darah tinggi dan juga kencing manis.

Itu penyakit yang simplelah, kita tidak bincangkan lagi dengan penyakit end stage renal failure kah ataupun liver failure, kegagalan hati dan juga kegagalan buah pinggang. Ini perkara ini sering kita dapati di iklan-iklan di akhbar

final • 7:20 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

dan juga di stesen-stesen televisyen dan juga kalau internet ini memang kita tidak boleh kawal tetapi yang boleh dikawal oleh pihak kerajaan, saya rasa ini perlu diberi perhatian. Ini kerana kalau orang-orang di kampung melihat iklan-iklan begini, mereka mengatakan kalau kegagalan hati pun boleh dirawat macam biasa, maknanya ini satu perkara yang saya rasa rakyat mungkin tertipu dengan apa yang diiklankan hasil daripada kelonggaran yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Begitu juga dengan apa yang berlaku, saya rasa kementerian perlu memberi perhatian terhadap pembangunan ataupun upgrade hospital-hospital yang saya nampak sudah pun terlalu lama. Kalau PNB kata bangunan dia 30 tahun pun nak buat pencakar langit seratus tingkat, Warisan Merdeka kerana sudah berusia 30 tahun tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua pergi ke hospital bersalin, mungkin Tuan Yang di-Pertua tak bersalin ya tetapi isteri bersalin, pergi ke hospital bersalin. Saya pernah bertugas tahun 1983 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur dan baru-baru ini saya pergi ke situ saya lihat perubahan seolah-olah tidak ada langsung.

Kalau tahun 1983 saya bertugas sebagai pegawai perubatan di situ pesakit datang tidur di atas lantai beralaskan tilam yang nipis dan juga kanvas, sekarang pun perkara yang sama masih lagi berlaku di situ. Apakah dengan jumlah RM212 bilion ini tidak boleh kita salurkan kepada Hospital Bersalin Kuala Lumpur? Bandar raya Kuala Lumpur, pusat pentadbiran negara yang kedualah selepas Putrajaya. Apakah ini tidak boleh kita berikan upgrade kepada Hospital Bersalin Kuala Lumpur kerana ia merupakan salah satu daripada pusat untuk melahirkan rakyat negara ini walaupun apabila kita lihat di dalam hospital bersalin tersebut ramai rakyat daripada kalangan rakyat Indonesia dan juga mereka yang tidak menjadi warganegara Malaysia pun lahir di situ. Bila lahir anak duduk atas lantai beralaskan kanvas dan juga tilam, tidak hygieniclah kita kata. Jadi saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Begitu juga dengan institut radioterapi, onkologi dan juga perubatan nuklear. Ini merupakan salah satu daripada pusat rujukan yang merawat kes-kes barah. Barah ini merupakan penyakit yang paling meningkat, paling naik dia punya peratusan pesakitnya mutakhir ini, mungkin disebabkan oleh suasana kehidupan kita, suasana makanan kita. Alam sekitar kita menyebabkan perkara-perkara ini boleh berlaku dan pertambahan ini merupakan sesuatu yang tidak menggembirakan kita. Akan tetapi apabila pesakit ini bertambah, pusat radioterapi, onkologi dan juga perubatan nuklear tidak nampak berkembangnya.

Kita mengharapkan Pusat Kanser Negara yang telah dipecah tanahnya pada tahun 2007 untuk mengambil pesakit ataupun merawat pesakit. Selepas 30 bulan dipecah tanah tapi sampai sekarang tidak berlaku perkara yang kita harapkan. Jadi saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah punca sebenarnya Pusat Kanser Negara kita ini tidak dapat disiapkan walaupun Yang Berhormat Pokok Sena dan juga Yang Berhormat Machang telah menyentuh tentang harga yang meningkat daripada RM340 juta kepada RM960 juta itu, saya tidak mahu bincang bab itulah.

Saya harap perkara ini dapat diberi jawapan oleh pihak kementerian kerana Pusat Kanser Negara ataupun institut radioterapi ini sudah tidak boleh menampung lagi pesakit-pesakit kerana ia merupakan pusat rujukan daripada Utara, daripada Selatan, daripada Timur dan juga Barat. Di Utara mungkin kita boleh merujuk kes ke Mount Miriam Cancer Hospital, itu hospital swasta yang merawat kes-kes kanser tetapi di bahagian tengah dan juga bahagian Selatan. Di bahagian Selatan, di Melaka ada satu pusat kanser. Itu pun dikendalikan oleh

final • 7:20 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

pihak swasta. Jadi maknanya pesakit terpaksa membayar apabila mereka ingin mendapat rawatan di pusat kanser di Melaka tersebut. Jadi saya harap pihak kementerian memberi perhatian terhadap Pusat Kanser Negara ini. Janganlah biar ianya dijangkiti oleh kanser juga. Saya tak mahu pusat kanser dijangkiti kanser sampai mungkin lima tahun, enam tahun lagi tidak boleh digunakan oleh pesakit.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan di tempat saya. Kita mempunyai sebuah hospital yang baru, Hospital Sultanah Bahiyah. Apa yang saya rasa mungkin tidak kena, tidak tepat dengan apa yang dihasratkan oleh pihak Kementerian Kesihatan iaitu pusat tabung darah di Hospital Sultanah Bahiyah.

Sepatutnya tabung darah ini dia perlu berada di hospital sebab apabila kita memerlukan darah, kita kena pergi ke pusat tabung darah tersebut dan mengambil darah untuk melakukan operation ataupun kes-kes emergency tetapi tabung darah di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ini ia terletak di Hospital Alor Setar yang lama iaitu lebih kurang lima kilometer daripada hospital yang telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah ini. Mereka mengatakan pusat tabung darah ini boleh menerima dan memproses darah di situ tetapi sepatutnya pusat untuk menerima darah, ya, boleh berada lima kilometer jauh tetapi pusat untuk memproses dan juga memberikan darah kepada pesakit sepatutnya berada di hospital tersebut.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sambung esok Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Saya sambung esok, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Dewan hari ini disambung pada pukul 10.00 pagi, 27 Oktober 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.30 malam.

final • 7:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026