Oct142010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [Ledang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kerajaan akan meminta semua PBT menjemput wakil Lembaga Lebuh Raya Malaysia dalam mesyuarat PBT terutama bagi kawasan yang melibatkan pembinaan Projek Lebuh Raya LLM kerana banyak masalah teknikal yang timbul antara LLM dan PBT di lebuh raya-lebuh raya di seluruh negara seperti aliran trafik, pembangunan tepi jalan, papan tanda arah dan sebagainya.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Waalaikumussalam. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, proses pertimbangan terhadap sesuatu permohonan cadangan pemajuan oleh mesyuarat Jawatankuasa OIC atau Jawatankuasa Pusat Setempat melibatkan keharmonian kesemua ulasan teknikal dan perakuan daripada agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran yang dilantik menganggotai Jawatankuasa OIC.

Bagi memastikan sesuatu pertimbangan itu mengambil kira keperluan semua – agensi-agensi yang terlibat dalam sesuatu pembangunan, kementerian telah menetapkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh melantik atau menjemput agensi-agensi lain yang berkaitan dari semasa ke semasa termasuklah Lembaga Lebuh Raya Malaysia untuk memberikan input ke dalam mesyuarat Jawatankuasa OIC. Mengikut amalan semasa, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mengetuai Jawatankuasa OIC akan memastikan keperluan-keperluan Jalan Persekutuan atau lebuh raya dipatuhi dan dipenuhi permohonan sebelum keputusan dibuat terhadap sesuatu permohonan. Terima kasih

final • 10:00 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, isunya ialah penyelarasan. Walaupun kita mendengar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan semua pembangunan seterusnya dibawa kepada OIC dan sebagainya, tetapi yang berlaku di luar sana berbeza. Lebih serius lagi apabila Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri berbeza parti. Ini yang sedang berlaku di Selangor. Banyak pembangunan yang melibatkan lebuh raya terganggu dan akhirnya kesan sosial ditimpa oleh rakyat.

Jadi kalau ini keadaannya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kaedah seterusnya – pendekatan yang terbaik daripada kementerian KPKT khususnya di dalam menangani masalah perbezaan politik sehinggakan pembangunan – contoh lebuh

final • 10:00 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

raya tadi, terjejas dan melibatkan kesan sosial yang mendalam? Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya sebentar tadi adalah jelas bahawa kita telah menubuhkan Pusat Jawatankuasa Setempat. Sama ada ia melibatkan keputusan politik atau tidak, maka terserahlah kepada jawatankuasa tersebut, di mana jawatankuasa ini dianggotai oleh 14 jabatan dan termasuklah juga LLM yang akan dijemput jika sekiranya pandangan teknikal ataupun ulasan mereka diperlukan.

Jadi dalam soal keputusan politik, saya percaya bahawa jawatankuasa ini tidak terlibat dalam apa-apa juga gangguan politik, tetapi mungkin campur tangan daripada pihak atasan nanti itu kita tidak tahu. Kementerian tidak mengetahui.

Akan tetapi pada saya, jawatankuasa yang ditubuhkan dalam setiap OIC ini adalah melibatkan semua jawatankuasa yang memegang ataupun menjawat jawatan sebagai Pengarah dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PBT berkenaan.

Jadi soal soalan tambahan Yang Berhormat, pada saya tidak timbul. Jadi terpulanglah kepada kebijaksanaan negeri-negeri yang berkenaan sama ada mereka ingin melihat pembangunan dapat dilaksanakan untuk kepentingan rakyat atau mereka semata-mata untuk berpolitik sehingga menjejaskan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya adalah dari segi Federal Constitution, kita ada Majlis Negara bagi kerajaan tempatan di mana setiap negeri diwakili di sana. Apakah peranan dan arahan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan terutamanya di mana Perdana Menteri menjadi satu Pengerusi dalam Majlis Negara ini, adakah arahan-arahan itu diikuti oleh semua PBT di negara ini termasuk kerajaan negeri?

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar kita ada Majlis Negara bagi kerajaan tempatan yang kita akan bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun, di mana semua Ketua Menteri dan Menteri Besar termasuklah negeri yang dikuasai oleh pembangkang akan hadir. Mereka akan memberikan pandangan mereka mengenai sesuatu perkara ataupun melibatkan negeri-negeri berkenaan dan kita akan timbang dan selepas itu setiap negeri akan mematuhi keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa ini. Untuk makluman Yang Berhormat, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih.

final • 10:00 AM

2. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Kerajaan Pusat akan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membentuk unit Polis Bantuan di setiap PBT untuk menambah baik pengurusan lalu lintas dan menjamin kesejahteraan rakyat dalam matlamat untuk membanteras jenayah.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut;

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

(i) memberi khidmat polis di kawasan-kawasan di mana liputan polis tidak berkesan;

(ii) membolehkan pegawai pengawal keselamatan yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, dan sektor swasta mempunyai kuasa-kuasa polis serta membolehkan mereka membawa senjata api semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditetapkan; dan

(iii) sebagai unit sokongan atau bantuan kepada Polis Diraja Malaysia di dalam sesuatu situasi yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi membolehkan sesuatu permohonan boleh dipertimbangkan untuk menubuhkan Unit Polis Bantuan, terdapat empat kriteria utama yang diambil kira iaitu;

(i) Kawasan yang dipohon bagi diwujudkan Unit Polis Bantuan hendaklah terletak di lokasi yang sukar mendapat liputan keselamatan daripada pihak polis umpamanya kawasan-kawasan terpencil atau di pedalaman atau keadaan alam semula jadi yang menyukarkan untuk mendapat bantuan segera daripada pihak polis;

(ii) jabatan atau agensi berkenaan telah disenaraikan sebagai perkhidmatan-perkhidmatan penting di bawah seksyen 2, Akta Perhubungan Perusahaan 1967;

(iii) kepentingan kepada aktiviti-aktiviti jabatan atau agensi sehingga menyebabkan pengawal-pengawal keselamatannya memerlukan penggunaan senjata; dan

(iv) tanpa menyentuh kriteria kedua seperti yang saya nyatakan dalam perenggan ini, permohonan daripada sektor-sektor swasta boleh dipertimbangkan sekiranya sektor berkenaan adalah merupakan salah satu sumber penyumbang yang terbesar dan sebagai tulang belakang kepada ekonomi negara.

Oleh yang demikian tidak semua agensi kerajaan dan badan berkanun dan swasta layak memohon status Polis Bantuan bagi pengawal keselamatannya.

Ia bergantung kepada kriteria-kriteria seperti yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak berkuasa tempatan yang berhasrat untuk mengujudkan Unit Polis Bantuan bagi tujuan menguruskan lalu lintas adalah tidak layak untuk dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan PBT tidak layak untuk mendapat Unit Polis Bantuan untuk hal pengurusan lalu lintas. Saya rasa tidak benar sepenuhnya sebab memang ada bandar raya PBT yang berstatus bandar raya diberi kuasa di bawah Road Transport Act untuk melakukan kuasa-kuasa yang diperturunkan oleh PDRM. Jadi maksud kita menimbulkan perkara ini adalah supaya penguatkuasaan PBT dapat membantu polis khususnya dalam pengurusan lalu lintas yang sememangnya polis tidak dapat menyumbang tenaga yang begitu banyak yang diperlukan untuk memerangi jenayah yang merupakan tanggungjawab yang lebih penting.

final • 10:10 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Jadi, sama ada Kerajaan Persekutuan dan khususnya kementerian akan menimbang supaya diperturunkan kuasa kepada PBT-PBT kalau perlu dipindakan akta-akta biarlah PDRM dan kementerian memudahcarakan proses ini. Sekian.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin menjelaskan di sini bahawa tugas utama polis bukan berhubung kait dengan menyelenggarakan lalu lintas kerana apa yang termaktub dalam seksyen 3(3), Police Act 1967 yang mana memberi kuasa kepada polis. Pertamanya, untuk menjaga undang-undang dan keselamatan negara. Kedua, preservation of peace dengan izin, dan security of Malaysia dan juga berkaitan dengan penangkapan dan pendakwaan offender dan mendapatkan berkaitan dengan intelligence. Ini tugas utama polis dan trafik adalah merupakan tugas sampingan yang mana tugas khusus berkaitan dengan trafik adalah diletakkan di bawah kementerian yang lain.

Oleh sebab itu, kalau daripada segi kriteria yang saya nyatakan tadi bahawa khususnya Unit-unit Polis Bantuan yang diwujudkan adalah untuk menjaga keselamatan di sesuatu kawasan yang telah ditetapkan mengikut dalam undang-undang yang dinyatakan di bawah Akta Polis ini.

final • 10:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya tidak pernah sehaluan dengan Yang Berhormat ini. Akan tetapi pagi ini rasa saya kementerian perlu membuka minda secara terbuka. Secara lebih luas sebab hari ini kita menjelang 2020 menuju negara maju.

Daripada kriteria tadi saya lihat tidak ada kekangan secara langsung untuk kementerian memberi keizinan. Ini bertujuan memastikan bahawa setiap bandar raya kita terjamin keselamatannya, di luar bandar pun ada juga kerajaan tempatan di mana polis kita tidak boleh peroleh, jalan raya tidak ada yang mengurus dan sebagainya. Kenapakah menjadi sangat berat kepada kementerian untuk membincang dan memikir persoalan ini untuk kepentingan rakyat dan negara?

Jangan putuskan tidak berkelayakan atau berhak. Ini tidak boleh. Ini hak rakyat. Biar rakyat kita utamakan. Jadi, saya harap Yang Berhormat boleh membawa perkara ini ke kementerian untuk diperhalusi dan dipertimbangkan.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Undang-undang hanya memfokuskan kepada menjaga keselamatan negara. Jadi, oleh sebab itu kalau PBT berkehendakkan untuk mendapatkan polis bantuan, maka kalau ianya termasuk dalam kriteria yang telah dinyatakan iaitu terutamanya berkaitan dengan keselamatannya, ia boleh dipertimbangkan. Akan tetapi dalam konteks lalu lintas untuk sementara ini, undang-undang tidak menyatakan pihak polis boleh meluluskan itu. Walau bagaimanapun, atas cadangan Yang Berhormat saya boleh kemukakan ke kementerian dan juga ke pihak polis untuk melihat berkaitan perkara ini untuk meminda peruntukan- peruntukan yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

3. Datuk Ismail Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan di dalam mengurangkan projek-projek terbengkalai dan bagaimana penggunaan kaedah Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI) dapat membantu kerajaan di dalam mempercepatkan pembangunan prasarana kritikal terutama di kawasan luar bandar dan mengurangkan risiko kepada kerajaan dalam jangka panjang.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Arau ke atas soalan ini. Projek terbengkalai atau pun selalu disebut ‘projek sakit’ ditakrifkan sebagai projek yang mengalami kelewatan melebihi 3 bulan. Tiada kerja di tapak atau kelewatan 30% daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu. Kontraktor tidak berupaya memperbaiki prestasinya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk tujuan menangani masalah tersebut jawatankuasa projek sakit telah diwujudkan di setiap kementerian. Jawatankuasa ini boleh memperakukan penamatan kontraktor yang menepati definisi ‘projek sakit’ setelah mengambil kira pandangan dan syor daripada pegawai penguasa atau pegawai yang dinamakan. Setelah penamatan kontraktor dilakukan, jawatankuasa ini akan melantik ‘kontraktor penyiap’ untuk menyiapkan projek tersebut. Selain itu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri

(ICU) juga telah mengambil langkah proaktif dengan menangani masalah ini melalui inisiatif-inisiatif intervensi dan troubleshooting untuk mengenal pasti punca sebenar masalah semasa lawatan tapak dan menetapkan Pelan Tindakan Pemulihan terperinci bagi mengembalikan projek ke jadual asal pelaksanaannya.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Hasil daripada lawatan tersebut digunakan untuk mengambil langkah susulan berdasarkan masalah yang dihadapi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa berusaha mengurangkan berlakunya projek terbengkalai. Antara pendekatan yang diperkenalkan ialah kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Di bawah kaedah ini, risiko pembinaan kemudahan prasarana dalam tempoh pembinaan dan kos pembangunannya ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat dan kerajaan akan mula membuat pembayaran bagi kemudahan tersebut hanya apabila kemudahan tersebut berjaya disiapkan oleh pihak syarikat. Jangka masa pembayaran oleh kerajaan adalah bagi satu tempoh konsesi yang ditetapkan. Langkah ini memberi motivasi kepada pihak syarikat untuk menyegerakan pelaksanaan projek dan mengurangkan berlakunya projek-projek terbengkalai. Sekali gus membantu kerajaan mempercepatkan proses pembangunan prasarana kritikal sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita menyedari bahawa terdapat dua keadaan di sini. Satu melibatkan yang saya fokuskan di sini untuk perhatian Yang Berhormat Menteri ialah kepada projek swasta dan juga projek kerajaan.

Kita melihat dari segi projek swastanya sehingga 30 Mei 2008, terdapat 148 projek perumahan yang terbengkalai yang melibatkan sejumlah 48,664 unit.

Itu yang melibatkan swasta. Kesan sampingannya ia melibatkan industri-industri lain ataupun syarikat-syarikat lain seperti pembekal bahan binaan, syarikat pengangkutan, kontraktor dan juga perunding yang terlibat apabila berlaku dan termasuk pembeli sekalipun. Itu yang melibatkan projek terbengkalai yang dihasilkan swasta dan akhirnya kerajaan terpaksa terlibat secara langsung untuk menyelesaikan masalah ini kerana melibatkan soal rakyat.

Jadi yang kedua melibatkan soal PFI. Kaedahnya mungkin apabila kita melihat keperluan kepada prasarana kritikal dan kedudukan kewangan kerajaan mungkin dalam keadaan sekarang kita perlu memulihkan kedudukan kewangan hasil daripada kedudukan ekonomi global yang berlaku. Jadi saya ingin bertanya kerajaan dalam melaksanakan PFI kita harus berhati-hati terutamanya adakah kita

final • 10:20 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

menggunakan dana tempatan atau boleh kita menggunakan dana daripada luar negara seperti yang ada pada Temasek, China Harbour dan juga daripada Middle East yang banyak cuba untuk melabur di negara kita pada masa kini. Kaedah- kaedah pelaksanaan seperti Yang Berhormat Menteri bangkitkan tadi itu ia akan dibayar selepas projek berkenaan disiapkan. Bermakna kata berlaku dua keadaan di sini yang turut melibatkan beberapa industri sampingan yang akan berlaku hasil daripada pelaksanaan projek PFI.

Jadi sejauh ini, berapakah jumlah projek PFI yang telah dilaksanakan yang melibatkan prasarana kritikal ini dan sejauh mana kejayaan dicapai oleh pihak kerajaan dalam memastikan prasarana kritikal tetap dijalankan walau dalam apa jua keadaan ekonomi yang berlaku pada negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Memang benar ada dua pihak yang terlibat dalam projek terbengkalai, projek sakit ini. Satu swasta - kita pernah dengar tentang banyak projek juga, ada juga projek- projek yang dibina oleh pemaju perumahan yang kemudian jadi terbengkalai. Saya setuju ini melibatkan banyak kerumitan kepada rakyat termasuk juga pegawai- pegawai kerajaan yang sudah beli rumah dan terpaksa membayar balik pinjaman kepada bank secara bulanan. Dalam masa yang sama terpaksa juga bayar sewa sebab tidak dapat rumah. Ini berlaku antara lain kerana di Malaysia kita mempunyai satu sistem yang juga ada banyak advantage - kelebihan iaitu kita sell and build.

Ini membolehkan banyak developer, pemaju untuk melaksanakan perumahan dan banyak projek perumahan wujud dan kalau kita berubah kepada kaedah yang digunakan di kebanyakan negara iaitu build and sell, perkara ini tidak akan berlaku. Akan tetapi perumahan secara keseluruhan tidak akan wujud sebab banyak pemaju-pemaju mungkin tidak mampu untuk mencari dana untuk mewujudkan projek-projek pembinaan.

Walau bagaimanapun kerajaan memang sedar tentang masalah rakyat dan kementerian yang terlibat telah mengubah SMP dan kontrak pembangunan untuk memastikan bahawa pemaju-pemaju mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa projek-projek terbengkalai yang kita pernah lihat dalam projek-projek perumahan tidak berlaku. Saya diberitahu oleh Menteri yang berkenaan bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perkara ini tidak berlaku.

Berhubung dengan projek-projek PFI yang kita gunakan seperti yang diterangkan tadi dan disetujui oleh Yang Berhormat bahawa ini akan membolehkan kita mengelakkan keadaan di mana projek kerajaan tidak disiapkan iaitu PFI di mana pemaju ataupun kontraktor membina projek dan kita hanya mula bayar selepas siap. Projek Pembiayaan Inisiatif Swasta di bawah skim ini yang diluluskan secara prinsip adalah 15 projek. Ini termasuk 11 kampus UiTM, projek pembangunan MITI di Kuala Lumpur, projek pembangunan Hospital Pengajar Pasca Siswazah UIAM di Kuantan, Pahang, Kompleks CIQ di Bukit Kayu Hitam dan pembangunan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Gombak. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya mohon bantuan untuk memahami tiga projek ini sama ada kategori sakit ataupun kategori hidup segan mati tidak mahu.

final • 10:20 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Pertama ialah E-Village, dilancarkan tahun 2000 - RM400juta ongkos biaya - sasaran tarik pelaburan RM3 bilion. Di situ hendak dibuat taman tema, projek perumahan dan segala macam. Waktu lancar dahulu Jackie Chan datang.

Kedua BioValley - ini sasarannya hendak jadikan Malaysia sebagai hub bio teknologi terbesar di rantau ini, kalau pun tidak di peringkat dunia. Ongkosnya hendak tarik masuk itu adalah RM2 bilion untuk tempoh 2001-2005. Sasaran pelaburan dalam masa 10 tahun ialah RM19 bilion.

Ketiga ialah Paya Indah Wetland. Ketiga-tiga projek ini saya hendak tahu yang pertama status keberadaannya sekarang. Kedua bagi setiapnya berapa banyak telah kerajaan belanjakan? Ketiga daripada sasaran pelaburan, berapakah yang telah berjaya diperolehi? Keempat, ini projek sakit atau projek hidup segan mati tidak mahu? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberi jawapan secara bertulis. [Ketawa] [Soalan No. 4 – Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (Bandar Tun Razak) tidak hadir]

final • 10:20 AM

5. Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sejauh manakah kejayaan kementerian mempromosi dan membawa produk IKS menembusi pasaran antarabangsa dan bagaimanakah penerimaan antarabangsa terhadap produk IKS tempatan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyedari akan kepentingan pasaran antarabangsa selain domestik untuk pembangunan pasaran produk dan perkhidmatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dalam menjayakan maklumat tersebut, SME Corporation Malaysia sedang melaksanakan beberapa program yang berkaitan untuk PKS. Program-program tersebut adalah seperti berikut:-

(i) pameran tahunan ataupun SMIDEC Showcase - Program ini diadakan dalam setiap tahun sebagai platform setempat kepada PKS tempatan mempamerkan serta mempromosi produk dan perkhidmatan kepada pembeli berpotensi, terutamanya di kalangan syarikat besar dan multinasional di dalam dan di luar negara. Sebagai contohnya, SMIDEC tahun 2010 yang telah diadakan dari 1 hingga 3 Jun 2010 dengan melibatkan sejumlah 154 buah syarikat PKS yang mewakili pelbagai subsektor daripada sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan berkaitan pembuatan dan perkhidmatan telah mengambil bahagian dalam pameran ini. Pameran ini telah berjaya menghasilkan potensi jualan RM95.63 juta melalui sesi pemadanan perniagaan yang diatur dengan melibatkan 91 PKS tempatan dan empat syarikat besar dan multinasional;

(ii) Program Rantaian ataupun ILP - Program ini bertujuan membantu PKS tempatan yang berdaya saing, berdaya

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

maju dan inovatif sebagai pembekal produk dan perkhidmatan kepada syarikat besar – syarikat berkaitan GLC dan multinasional. Semenjak diperkenalkan pada tahun 1999 sehingga tahun ini, sebanyak 1,154 PKS telah dihubungkan dengan syarikat-syarikat besar dengan menghasilkan nilai potensi jualan bernilai RM1,221.3 juta;

(iii) Program Pembekal Global (DSP) - Program Pembekal Global merupakan pelengkap kepada pelaksanaan program rantaian industri. Program tersebut bertujuan membawa produk PKS ke pasaran antarabangsa iaitu membekalkan produk dan perkhidmatan kepada syarikat besar MNC, GLC termasuk pasar raya besar di seluruh dunia. Sebagai contoh, sejumlah 30 PKS telah dilantik sebagai pembekal baru dan lima PKS telah dipilih untuk membekal produk ke pasar raya besar di United Kingdom bermula tahun 2010; dan

(iv) kita telah memperkenalkan National Mark of Malaysian Brand - Program pembangunan jenama PKS tempatan telah diperkenalkan bertujuan untuk memperbanyakkan penampilan pelbagai produk PKS tempatan ke pasaran antarabangsa melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif penjenamaan. National Mark of Malaysian Brand untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjenamaan dan juga amalan terbaik mengenai penjenamaan sebagai salah satu strategi menembusi pasaran antarabangsa dengan jayanya. Sehingga kini 37 syarikat telah memohon dan 18 syarikat telah dianugerahkan logo tersebut, sementara bakinya masih ada dalam proses penilaian yang rapi. Untuk tujuan ini, SME Corp. telah menetapkan sasaran sebanyak 30 buah syarikat di Malaysia akan berjaya memperoleh logo National Mark of Malaysian Brand dalam setiap tahun.

Tuan Yang di-Pertua, berpandu hasil yang diperoleh oleh program- program tersebut, penerimaan antarabangsa terhadap produk PKS tempatan adalah berada di tahap yang memuaskan setakat ini. Kementerian ini dengan kerjasama kementerian agensi pekerjaan yang lain akan mengambil langkah- langkah berterusan meningkatkan bilangan produk ke dalam pasaran luar negara yang berpotensi.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, MATRADE bersama-sama dengan SME Corp. juga memberi bimbingan supaya banyak lagi PKS ini boleh mengeksportkan produk-produk mereka ke luar negara. Contohnya dalam Program Pembangunan Untuk Pengeksport Baru, 145 buah syarikat telah terlibat - bumiputera 87 buah syarikat, wanita 58 buah syarikat. Maknanya pada tahun 2009 jumlah eksport yang didapati ialah 47 juta bagi bumiputera dan 10 juta bagi company wanita.

Syarikat yang berjaya saya ingin beri satu, dua contoh - syarikat yang berjaya memberi penembusan pasaran global daripada wanita ialah Avialite Sdn.

Bhd. dalam produknya LED Aviation Warning Light dalam tahun 2007 mengeksport 1.2 juta ke negara Indonesia, Brunei, Vietnam, United Arab Emirates dan juga Afrika. Begitu juga syarikat yang kedua - Casa Salotti Design yang

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

membuat leather sofa dengan fabrik mengeksport 6.4 juta ke Netherlands, Singapore, Turkey, Indonesia dan Dubai.

Bagi syarikat bumiputera juga - Ambang Wibawa Sdn. Bhd. menjual halal frozen food dan eksport beliau RM 3.9 juta ke Saudi Arabia, United Arab Emirates, Iraq dan di rantau Middle East. Satu lagi company - Salutary Avenue Manufacturing Service yang menjualkan air filter dalam oil and gas mengeksport RM3.8 juta di Singapore, ASEAN, India, dan Middle East. Jadi itulah contoh- contoh yang kita dapat beri, tetapi banyak lagi company ataupun syarikat yang lain yang telah berjaya untuk mengeksportkan produk mereka ke luar negara. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan ke atas soalan saya. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan dengan inisiatif yang telah di buat untuk memastikan industri IKS ini akan terus berkembang dan mendapat tempat di negara kita di peringkat antarabangsa. Seperti yang sedia maklum bahawa kepelbagaian ekonomi ini perlu dilakukan dan dituntut pada masa sekarang ini untuk memastikan dari segi pertumbuhan ekonomi negara kita ini dapat diperkembangkan.

Kemudian kita melihat juga IKS ini suatu bidang yang memang perlu diambil perhatian sewajarnya. Sebagai contohnya kalau Hyundai Motor Company dan Kia Motors dahulu, ketika Amerika Syarikat ataupun negara kita dikategorikan sebagai kereta yang tidak berkemampuan dan tidak berdaya saing sedangkan mereka ini hanya kereta-kereta berbentuk IKS sahaja. Begitu juga Brabus macam di negara Jerman walaupun ia hanya dalam kategori IKS.

Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah inisiatif dan usaha seterusnya terutama dalam bidang R&D - bahagian penyelidikan untuk memastikan bidang-bidang tertentu yang akan menjadi pengkhususan kepada IKS ini, agar IKS ini bukan hanya hebat di negara kita dan bukan hanya hebat di negara-negara tertentu yang akan – yang kita ada market. Berapakah peruntukan yang akan disediakan oleh pihak kementerian di masa akan datang untuk memastikan IKS ini menjadi pilihan utama rakyat di negara ini sebagai suatu bidang karier yang patut diceburi? Terima kasih. Mohon jawapan.

final • 10:30 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tersebut kita memang sedar bahawa IKS ini mempunyai satu sektor yang menyumbang banyak pada GDP kita. Kalau kita lihat 31% dari segi pekerjaan, 56% dan sumbangan SME kepada pengeksport kita ialah 19%.

final • 10:30 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Jadi ini memberi satu statistik yang menekankan bahawa SME ini ataupun IKS ini memainkan satu peranan yang agak penting dalam negara kita. Semenjak SME Corporation ini telah diambil alih ataupun telah di bawah Akta SME Corporation, pengerusi National SME Development Council ini telah diambil alih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Jadi pada bulan Julai 2009, mereka telah membincangkan the way forward bagi memperbaiki lagi keadaan SME kita. Bagaimana kita dapat mempergiatkan lagi SME ini supaya memainkan satu peranan yang lebih berkesan lagi. Dalam Annual SME Integrated Plan, dia sudah membuat satu pelan untuk masa depan dengan memperkenalkan untuk menjamin bahawa daripada segi perancangan, penyelarasan dan juga penyampaian pembangunan SME ini akan terus dijalankan dan di bawah itu juga pelaksanaan SME program akan terus dilihat serta juga diberi susulan supaya kita dapat melihat prestasi SME-SME tersebut.

final • 10:40 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Jadi ini dibuat di dalam satu program yang disebutkan Impact Analysis Framework of SME Program pada masa akan datang. Jadi, ini untuk membimbing SME ke rantaian nilai yang lebih baik dan juga pendekatan yang lebih kohesi lagi dalam planning dan coordination kita pada masa yang akan datang supaya kita dapat mewujudkan satu industri SME kita yang lebih dinamik, vibrant, resilient, competitive dan innovative dengan izin. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti mana yang telah dinyatakan tadi, IKS menyumbang 19% kepada jumlah eksport negara dan tadi telah disebut juga tentang National Mark of Malaysian Brand. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang sejauh manakah arifnya pihak yang terlibat dengan IKS ini dengan intellectual property? Adakah benar-benar mereka ini telah mendaftarkan barangan produk mereka ini dengan intellectual properties supaya tidak terjerumus ataupun nanti terdedah kepada perkara-perkara yang boleh melibatkan kita membawa barangan kita ke luar.

Usaha dilakukan oleh anak-anak tempatan tetapi keuntungan di akhir jalannya nanti dimiliki oleh orang lain.

Saya juga ingin mendapat penjelasan sejauh manakah tadi yang disebut tentang National Mark of Malaysian Brand ini benar-benar mengawal daripada segi kualiti barangan-barangan yang kita keluarkan ini sebab saya lihat peristiwa ataupun event Shanghai Expo yang masih berjalan sekarang ini nampaknya tidak memberikan satu kedudukan yang boleh kita banggakan bagi negara kita. Bukan sahaja barangan-barangan kita yang khabar berita yang kita terima daripada sananya tidak mendapat kedudukan kalau dibandingkan dengan barangan- barangan yang lain malah astaka kita pun menjadi bahan bualan. Astaka ini kita ini lebih kurang macam gerai tomyam sahaja dibandingkan oleh ramai orang. Jadi sejauh mana standard tadi National Mark of Malaysian Brand itu benar-benar dapat mencapai kepada tahap antarabangsa dan yang paling penting juga bagi saya ialah tentang intellectual property. Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Dato' Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat. MITI dan juga SME, begitu juga MATRADE sememangnya harus mengambil tindakan yang sewajarnya atau menjamin bahawa produk-produk yang dikeluarkan oleh negara kita ataupun innovations yang telah diwujudkan oleh negara kita itu mesti dimasukkan dalam regulation undang-undang kita supaya produk-produk ini tidak dicopy ataupun digunakan oleh IKS-IKS yang lain ataupun negara-negara yang lain untuk membuatkan produk tersebut.

Jadi ini kita telah membuat secara terperinci oleh pihak yang bertanggungjawab dalam kementerian kita. Begitu juga daripada segi francais yang ada. Kita menubuhkan beberapa company syarikat yang telah berjaya dalam mewujudkan satu perniagaan yang sudah berjaya dan ingin melihat supaya operasi proses mereka ini dapat difrancaiskan supaya mereka juga didaftarkan supaya mereka ini dapat mengembangkan operasi dan perniagaan mereka ke kawasan-kawasan yang lain tanpa dicopy oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Yang kedua itu tadi daripada segi International Market Brand ini. Seperti mana yang saya jawab tadi di mana dalam usaha kita memperkenalkan National Mark of Malaysian Brand ini, kita memang ingin melihat supaya produk IKS tempatan yang dijualkan atau dieksport ke pasaran antarabangsa ini perlu mempunyai satu brand iaitu kualiti dan untuk menjagakan kualiti National Mark of Malaysian Brand ini, SME dengan satu program yang disebutkan SME

final • 10:40 AM

Dato' Jacob Dungau Sagan

Competitive Rating Enhancement (SCORE), di mana kita telah berikan star rating kepada companies itu, star rating itu bermula daripada star satu, star kedua, ketiga, keempat sampai kelima. Jadi apabila ini mempunyai beberapa faktor yang kita ambil pertimbangan daripada segi operasi mereka, proses mereka, kewangan yang ada bagi mereka, kapasiti building yang entrepreneur tersebut, pasaran yang ada bagi mereka dan yang lain-lain lagi.

Jadi apabila mereka sudah sampai ke satu tahap star empat hingga lima, jadi ini menjamin bahawa syarikat-syarikat ataupun PKS tersebut akan terus mencapai satu tahap yang cukup lumayan, yang cukup berkualiti. Jadi produk mereka ini boleh di recommend ataupun diberi peluang untuk mengeksportkan produk mereka ke luar negara. jadi kita gunakan proses SCORE yang ada bagi kita. Jadi kita amat berharap, kita bukan sahaja untuk memberikan semata-mata National Mark of Malaysian Brand ini kepada syarikat-syarikat yang tertentu sahaja tetapi syarikat yang terpilih untuk memainkan peranan yang lebih penting untuk negara kita dalam bidang PKS ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

6. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan skim perlindungan kemalangan dan kematian pihak ketiga:

(a) sejak cadangan skim ini, berapa buah NGO dan individu mengemukakan pandangan, bantahan atau cadangan mereka; dan

(b) bilakah skim ini akan dilaksanakan dan nyatakan bagaimanakah kepentingan pemilik dan orang awam dapat diutamakan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, ekoran daripada konsultasi umum mengenai cadangan skim insurans kemalangan dan kematian pihak ketiga yang dijalankan pada pertengahan tahun ini, kerajaan telah menerima sebanyak 125 maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk individu, syarikat-syarikat, parti-parti politik, Ahli-ahli Parlimen, persatuan-persatuan pengguna, persatuan- persatuan perniagaan dan juga Majlis Peguam. Kesemua maklum balas ini sedang diteliti dalam usaha untuk mewujudkan suatu rangka kerja perlindungan yang sesuai bagi memastikan orang ramai mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pihak ketiga pada harga yang berpatutan.

Selain daripada maklum balas mengenai skim perlindungan, sejumlah besar maklum balas yang diterima membangkitkan isu bagaimana dapat dipercepatkan proses penyelesaian tuntutan insurans motor. Lanjutan itu, Bank Negara Malaysia bersama dengan badan-badan kerajaan berkaitan sedang berusaha untuk mengenal pasti beberapa inisiatif yang akan melengkapi skim tersebut dengan meningkatkan lagi kecekapan proses penyelesaian tuntutan insurans motor agar wang pampasan dapat diperolehi dengan lebih cepat. Pihak kerajaan akan memastikan pandangan semua pihak terbabit diberi pertimbangan sewajarnya dalam membentuk rangka kerja perlindungan motor yang sesuai.

Penelitian rapi perlu dibuat supaya rakyat mendapat perlindungan yang sesuai pada kos yang tidak terlalu membebankan dan kestabilan industri insurans terus terpelihara agar mereka dapat terus menyediakan perlindungan insurans yang diperlukan oleh rakyat.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Sesi konsultasi pelbagai pihak akan dijalankan lagi sebelum cadangan dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan pada penghujung tahun 2010. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri iaitu adakah skim yang baru ini akan membawa perubahan yang ketara ke atas skim insurans bermotor yang sedia ada ini? Adakah perubahan ini akan berpihak kepada syarikat insurans? Bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu Dewan yang mulia ini perbandingan di antara kedua-dua skim yang baru ini dan yang sedia ada.

Apakah perbandingan yang besar di antara kedua skim ini?

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Skim ini masih lagi dalam peringkat perbincangan kerana maklum balas yang diterima begitu banyak dan terlalu banyak pihak yang telah memberi pandangan mereka dan meminta supaya pandangan-pandangan ini diambil kira.

Oleh itu, skim baru yang akan dihasilkan nanti akan berdasarkan kepada beberapa prinsip. Kalau boleh saya berikan prinsip-prinsipnya. Satunya ialah untuk menggunakan infrastruktur yang sedia ada dengan mengekalkan Malaysian Motor Insurance Pool ini kerana pada peringkat awal ada dicadangkan penubuhan satu badan baru tetapi ini mendapat tentangan kerana ia mungkin melibatkan kos baru.

Jadi kita mungkin melihat kepada pengekalan penggunaan infrastruktur yang ada termasuklah pool insurances ini.

Kedua, struktur kehakiman yang sedia ada. Ada juga cadangan supaya dibentuk satu timbang tara yang lain, yang boleh mempercepatkan. Akan tetapi dalam hal ini, Majlis Peguam masih meminta supaya sistem perundangan dan kehakiman sedia ada ini dikekalkan.

Seterusnya delivery system dari segi pemasaran produk sedia ada melalui syarikat-syarikat insurans dan agen-agen. Kita juga akan melihat kadar premium yang sesuai sama ada perlu diubahsuai tetapi masih dengan cara yang tidak membebankan. Melihat juga jumlah pampasan yang munasabah dan yang paling penting ialah untuk mewujudkan skim yang boleh memberi akses secara menyeluruh kepada rakyat. Tidak timbul masalah rakyat yang ingin mendapat pelindungan pihak ketiga ini ditolak oleh mana-mana syarikat insurans. Jadi, inilah di antara prinsip-prinsip yang akan dikenakan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan akan dengan serta-merta menaikkan pampasan untuk kematian dalam sesuatu kemalangan? Ini kerana sejak tahun 1984 semasa undang-undang dipinda, pada masa itu kematian ditetapkan pada tahap RM10,000 sahaja. Akan tetapi 26 tahun kemudian masih RM10,000. Terutamanya bagi graduan-graduan yang belum mula bekerja ditimpa kemalangan, ini merupakan suatu kerugian besar kepada sesuatu keluarga yang mengharapkan anak mereka untuk menolong keluarga selepas menamatkan pengajian mereka.

Jadi pada hemat saya, RM10,000 pampasan ini terlalu rendah. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu Dewan, adakah kerajaan berniat sekurang- kurangnya menaikkan kepada RM50,000 atau RM100,000? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ahli Yang Berhormat, setahu saya, pampasan yang ada sekarang ini tidak ada had. Ia juga bergantung kepada keputusan mahkamah. Ada yang diberi pampasan setinggi RM3 juta saya dimaklumkan. Jadi saya tidak tahulah yang RM10,000 itu dari mana kerana yang menjadi satu pertimbangan hari ini ialah pampasan ini mungkin terlalu tinggi

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

secara keseluruhannya sehingga kadar premium yang rendah itu tidak dapat menampung risiko pembayaran pampasan...

final • 10:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Sehingga wujud kerugian di kalangan syarikat-syarikat yang menyediakan skim ini. Namun begitu...

final • 10:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah apabila seseorang itu tidak bekerja. Ia dinyatakan dalam Civil Law Act, pampasan hanya RM10,000 sahaja. Itu maksud saya. Jadi kalau seseorang itu belum kerja lagi sungguhpun dia seorang graduan, pampasan dia RM10,000 sahaja. Ini ditetapkan oleh undang-undang. Jadi saya hendak tanya kerajaan...

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ini...

final • 10:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Itu dalam akta. Ada niat untuk review jumlah itu atau tidak?

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Saya sudah nyatakan di antara prinsip yang akan dikenakan ialah melihat pampasan yang munasabah. Itu telah saya jawab soalan Yang Berhormat Kota Melaka tadi dan ini akan dilihat secara keseluruhannya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

7. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin [Besut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini angka kematian di jalan raya telah dapat dikurangkan. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian dan kerajaan telah memberi kesan yang baik kepada para pengguna di jalan raya.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama rapat dari pelbagai kementerian dan agensi khususnya PDRM telah melancarkan operasi bersepadu keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2010 dari 3 hingga 18 September 2010 yang juga membabitkan pihak swasta serta NGO bagi mengurangkan kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Jumlah kemalangan jalan raya semasa operasi bersepadu tahun ini ialah 16,657 kes berbanding 17,332 kes pada tahun 2009, iaitu penurunan sebanyak 675 kes atau 3.9%. Manakala jumlah kematian ialah 248 kes berbanding 265 kes pada tahun 2009, iaitu penurunan sebanyak 17 kes atau 6.4%. Dengan itu, purata kematian sehari telah menurun kepada 16.5 berbanding 17.7 pada tahun 2009.

Tuan Yang di-Pertua, antara langkah-langkah yang telah diambil bagi mencapai objektif mengurangkan jumlah kemalangan dan angka kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang operasi tersebut adalah seperti berikut:

(i) pihak PDRM telah melaksanakan Ops Sikap;

(ii) meningkatkan rondaan di 202 kawasan kerap berlaku kemalangan melalui penguatkuasaan secara penyamaran atau covert enforcement;

(iii) pemeriksaan dan pemantauan ke atas bas ekspres oleh JPJ dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan di depoh-depoh bas ekspres bagi memastikan keadaan fizikal bas ekspres berada di tahap yang memuaskan di

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

samping mengesan penyalahgunaan dadah oleh pemandu;

(iv) larangan ke atas kenderaan barangan menggunakan jalan raya dikuatkuasakan selama dua hari sebelum dan dua hari selepas Hari Raya Aidilfitri 2010;

(v) kerja-kerja pembaikan dan pembinaan jalan raya ditangguhkan buat sementara waktu sepanjang operasi bersepadu;

(vi) mengurangkan had laju sebanyak 10 kilometer sejam iaitu daripada 90 kilometer sejam kepada 80 kilometer sejam bagi jalan-jalan Persekutuan dan jalan negeri;

(vii) menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan kerjasama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan

(LPKP) dan juga Keretapi Tanah Melayu Berhad;

(viii) kempen advocacy dan kempen keselamatan yang berterusan di seluruh negara;

(ix) pemeriksaan percuma berhubung penyelenggaraan tayar dan brek bagi motosikal serta pemeriksaan rutin bagi kenderaan-kenderaan persendirian oleh PUSPAKOM; dan

(x) hebahan maklumat berkaitan jadual masa perjalanan oleh PLUS dan radio tempatan di samping menyebarkan mesej-mesej keselamatan jalan raya semasa musim perayaan.

Walaupun langkah-langkah yang baik ini telah memberikan kesan, tetapi masih banyak lagi ruang untuk menambah baik terutama usaha mengurangkan angka kematian melalui perubahan sikap pengguna-pengguna jalan raya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Abdullah Md. Zin - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah diberikan dan juga terima kasih kepada kementerian dan kerajaan kerana berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya sebagaimana angka yang telah diberikan.

Saya tertarik dengan punca berlaku kemalangan jalan raya kerana sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Antaranya ialah memandu terlalu laju sebagaimana yang dilaporkan dalam kemalangan baru-baru ini di kilometer 223 di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka iaitu disebut dalam sesetengah akhbar dikatakan bas ‘terbang’. Ertinya itu menunjukkan bawa terlalu laju, bas ‘terbang’ ataupun kerana salah pemandu - pemandu kapal terbang memandu bas. [Ketawa] Jadi, kesimpulannya ialah antara punca berlaku kemalangan itu ialah kerana memandu laju yakni sikap. Jadi, saya tertarik dengan apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tempoh hari ketika menjawab soalan saya iaitu kerajaan berhasrat untuk membuat kurikulum institut memandu yang baru iaitu kerajaan akan menggubal. Jadi, saya hendak mengetahui sejauh mana perkembangan dan apakah aspek-aspek membina sikap ini akan ditekankan dalam kurikulum tersebut selain daripada langkah-langkah positif yang telah diambil oleh pihak kementerian? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Besut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menjelaskan di sini sememangnya kita mempunyai pelbagai inisiatif yang dilakukan di kementerian khususnya melalui agensi-agensi di bawahnya untuk menambah baik khususnya sikap pemandu- pemandu kita kerana kita telah mengenal pasti antara punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya ialah berpunca daripada masalah sikap khususnya pemandu-pemandu yang tidak berhemah dan tidak berdisiplin. Disebabkan itu ia memerlukan satu pendekatan komprehensif. Ia tidak hanya memerlukan perubahan kurikulum seperti mana yang saya katakan.

Memang itu adalah antara salah satu daripada mekanisme yang digunakan iaitu untuk menambah kemahiran pemandu-pemandu dan juga meningkatkan keupayaan mereka. Akan tetapi ada juga pendekatan-pendekatan lain. Ia memerlukan pendekatan yang holistik.

Sebab itu kita melihat semua sudut bagaimana cara untuk meningkatkan kesedaran dan ini adalah memerlukan collective initiative ataupun collective effort, collective responsibility, tanggungjawab bersama bukan sahaja oleh pihak kementerian, pihak kementerian dan agensi-agensi adalah merupakan fasilitator ataupun pihak yang menjadi pemangkin terhadap kesedaran ini. Apa yang penting ia juga adalah penyertaan daripada masyarakat misalnya ketua keluarga, ketua masyarakat, pemimpin politik, pihak sekolah, pemimpin agama, media harus juga terlibat dalam kerjasama untuk mengubah sikap ini.

Oleh sebab itu, ia haruslah memerlukan pelbagai usaha. Kita di pihak kementerian mengambil pelbagai pendekatan. Misalnya kita telah mengenal pasti ada empat bidang utama yang harus diberikan perhatian iaitu soal engineering, enforcement, education dan environment ini yang kita boleh– dan kita juga meminda undang-undang dari semasa ke semasa untuk memperkukuhkan. Jadi, sebenarnya kemalangan ini berpunca daripada pelbagai sebab dan kita harus memerlukan pelbagai ubat untuk menjadikannya lebih mujarab. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Setiap kali musim perayaan menjelang kita akan baca dalam surat khabar pelbagai kempen diadakan; kempen keselamatan jalan raya, Ops Sikap dan menteri berada di plaza tol untuk memberikan risalah, memberikan hamper.

Dewan juga pernah meluluskan kurang juga jumlahnya untuk kempen keselamatan jalan raya. Akan tetapi persoalan yang timbul, kita baca laporan di dalam forum antarabangsa pengangkutan di Paris baru-baru ini menyatakan bahawa Malaysia adalah antara tiga buah negara yang mana kadar kemalangan maut di jalan raya yang meningkat.

Jadi, saya hendak bertanya daripada pihak kementerian, apakah jangka masa yang telah ditetapkan oleh kementerian untuk memastikan bahawa kadar kemalangan maut sifar ini dapat dicapai? Apakah kementerian ada pelajar dari negara yang lain, best practices yang diguna pakai oleh negara lain diterima pakai dalam negara kita untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam negara ini. Saya bersetuju semua pihak perlu memainkan peranan tetapi saya hendak bertanya apakah kementerian juga mengenal pasti mengapa Malaysia kita ini melahirkan pemandu yang mempunyai sikap tidak bertimbang rasa. Apakah puncanya kita boleh melahirkan sebegitu ramai pemandu yang tidak bertimbang rasa, yang lalai di jalan raya. Pohon jawapan.

final • 11:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih yang Batu Gajah.

Sebenarnya kalau kita melihat daripada segi indeks kematian akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh 30 tahun. Sebagai salah satu daripada penanda aras yang boleh kita gunakan untuk menentukan sama ada selama ini langkah-langkah yang

final • 11:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

telah diambil berkesan atau tidak. Walaupun saya tidak menafikan perlu banyak tindakan yang perlu diambil seperti mana Yang Berhormat cadangkan tadi.

Misalnya pada tahun 2000, kematian setiap 10,000 buah kenderaan berdaftar ia adalah pada tahap 5.7% tetapi pada tahun 2009, telah menurun pada 3.55% dengan mengambil kira pertambahan kenderaan yang sentiasa meningkat pada setiap tahun. Setiap tahun sebanyak 750,000 buah sekurang-kurangnya kenderaan yang didaftarkan di negara ini. Di negara kita pada hari ini telah pun ada hampir 20 juta buah kenderaan yang didaftarkan.

Demikian juga jumlah kematian setiap 100,000 orang penduduk. Pada tahun 2000, ia pada tahap 26; tahun 2005, 23.7; tahun 2004, 24.3; dan sekarang pada tahun 2009, pada 23.8. Jumlah kematian setiap per bilion VKT ialah pada tahun 2000, 26.25 dan pada tahun 2009 telah menurun pada 17.28. Sebenarnya, usaha-usaha yang kita buat ini adalah usaha-usaha untuk mengarah ke situ. Kita telah pun memikirkan bermacam-macam cara bagaimana untuk mengurangkan kemalangan ini. Sebab itulah dalam sesi ini kita juga akan meminda Akta Pengangkutan Jalan supaya kita dapat mewujudkan satu undang-undang yang lebih berkesan seperti mana yang telah dikehendaki oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Banyak lagi inisiatif lain yang saya akan beritahu kepada Ahli Yang Berhormat semasa pembentangan nanti. Terima kasih.

final • 11:00 AM

8. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah ada usaha memperkenalkan subjek keperlembagaan di peringkat menengah.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini Kementerian Pelajaran belum bercadang untuk mewujudkan mata pelajaran berkaitan Perlembagaan pada semua peringkat sekolah sebagai subjek teras.

Walau bagaimanapun, elemen tersebut telah dimasukkan secara merentas kurikulum sebagai isi kandungan dalam beberapa mata pelajaran khususnya Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Moral.

Dalam mata pelajaran Sejarah, murid didedahkan pada latar belakang Perlembagaan berdasarkan rentetan peristiwa iaitu melalui Tema Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat di Tingkatan Lima. Tema ini membincangkan tentang usaha ke arah pembinaan sebuah negara dan bangsa yang merdeka dan berdaulat. Asas Perlembagaan Malaysia juga diterapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) yang juga merupakan mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Komponen asas Perlembagaan diterapkan dalam Tema 5 - Malaysia Negara Berdaulat. Antara tajuk yang dibincangkan ialah Raja Berperlembagaan, Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia, Kepentingan Perlembagaan Malaysia, Tugas dan Tanggungjawab Warganegara dalam Kerajaan Demokrasi dan Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, elemen hak asasi juga diterapkan dalam kurikulum PSK sekolah rendah dan menengah. Antara tajuk yang dibincangkan di sekolah rendah ialah Hak Kanak-Kanak dalam tema enam iaitu Cabaran Masa Depan. Manakala pada peringkat sekolah menengah pula tajuk yang dibincangkan ialah Menghormati Hak Orang Lain dan peraturan serta undang-undang dalam masyarakat dalam tema tiga iaitu Hidup Bermasyarakat.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Mata pelajaran Pendidikan Moral iaitu mata pelajaran teras untuk murid bukan Islam juga menekankan asas Perlembagaan Malaysia. Pengajaran asas- asas Perlembagaan Malaysia dilaksanakan melalui bidang pembelajaran nilai berkaitan hak asasi manusia seperti melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja, menghormati hak golongan kurang upaya, melindungi hak pengguna dan nilai berkaitan dengan demokrasi seperti mematuhi peraturan dan undang-undang, kebebasan bersuara serta kebebasan beragama.

final • 11:10 AM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Menteri di atas jawapan, selepas ini kita boleh bersarapan. Saya ingin menarik perhatian soalan yang diajukan ini di sebalik kita mengakui bahawa secara rentasan ataupun isu Perlembagaan itu dimasukkan melalui subjek-subjek yang disebut tadi. Akan tetapi, apa yang saya ingin cadangkan di sini ialah subjek yang bersifat lebih substantif iaitu khusus kepada Perlembagaan.

Alasan soalan saya untuk diambil kira oleh kementerian ialah subjek ini terlalu penting apabila kita melihat hari ini, suasana negara kita yang sudah 53 tahun merdeka. Seharusnya isu-isu 53 tahun merdeka, isu-isu perkauman, isu-isu tentang mempertikaikan tentang hak kaum tertentu mahupun perkara-perkara asas seperti Raja-Raja Melayu serta Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan sebagainya masih lagi menjadi perdebatan sehingga menyebabkan berbagai- bagai ketegangan.

Jadi, kalaulah kerajaan sebelum ini sudah mengadakan subjek Sivik dan sebagainya, tetapi mengapakah hasil itu masih belum lagi kita lihat, malah keruncingan permasalahan ini semakin gawat. Oleh itu saya melihat tuntutan untuk diadakan subjek ini bukan sahaja daripada saya, tetapi Bar Council telah menimbulkan tuntutan ini. Begitu juga dengan himpunan mahasiswa dan siswazah dan begitu juga dengan Sahabat MANTAP dan banyak lagi NGO-NGO lain.

Malah, sebahagian daripada Menteri Kabinet pun tentang perlunya subjek substantif, tentang khusus terhadap Perlembagaan ini.

Bagi saya, saya menjawab kepada persoalan yang berlaku di dalam negara hari ini, jawapannya ialah kita mesti memperkenalkan subjek Perlembagaan dan yang lebih penting daripada itu, saya mohon kepada pihak kementerian supaya melihat bahawa subjek Perlembagaan ini juga adalah sebagai satu jalan untuk kemudian kita mencadangkan kepada tahap yang lebih tinggi Tuan Yang di-Pertua, iaitu Mahkamah Perlembagaan yang kita belum ada lagi di dalam negara ini.

Jadi, persoalan ini saya kira akan banyak menyelesaikan pihak-pihak tertentu yang kadang-kadang fahaman politiknya terlalu sempit dengan menggunakan Perlembagaan untuk kepentingan politiknya. Namun, tidak ada siapa yang boleh mentakrifkan Perlembagaan itu mengikut sukatan pelajaran semua yang diterima. Itu cadangan saya dan saya harap sahabat saya boleh ambil perhatian. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat daripada Parit Buntar. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat tentang pentingnya mata pelajaran Perlembagaan ini khususnya dalam konteks negara kita supaya apabila mereka memahami isu Perlembagaan dengan lebih baik dan rasional, maka kita dapat mengurangkan masalah-masalah yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan salah faham khususnya antara masyarakat yang berbilang kaum di negara kita.

Dalam konteks ini sebenarnya, memang kementerian sentiasa menyemak kurikulum yang diajarkan di sekolah-sekolah di negara kita ini. Bahkan pada tahun

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

1999 kita sudah pun mula melakukan penyemakan ini dan pada tahun 2003 kita telah pun menggunakan kurikulum sejarah yang berasaskan kepada semakan ini.

Perkara ini kita boleh ambil perhatian, cuma saya ingin menyatakan di sini bahawa pendidikan mengenai Perlembagaan ini tidak juga sepatutnya kita serah bulat- bulat kepada pihak sekolah. Ia juga melibatkan di luar.

Kita prihatin dengan cadangan yang disebutkan. Sebagai contohnya, sebaik mana pun kita mengajar dan memberikan kefahaman kepada mereka tentang Perlembagaan, tetapi kalau di luar itu masih lagi ada pihak yang menunjukkan cara yang tidak sempurna dan sebagainya. Maka ia tidak akan membawa kita kepada matlamat untuk kita menghormati Perlembagaan Negara ini.

Oleh sebab itulah di dalam subjek teras PSK ini, kita menggunakan berbagai-bagai cara bahkan kaedah P&P pun kita cuba perbaiki. Contohnya, kita menggunakan pendekatan lakonan, simulasi seperti simulasi perbahasan, simulasi pilihan raya, bahkan pelajar digalakkan membuat kajian tentang pertabalan Raja dan sebagainya untuk mereka memahami. Bahkan lawatan-lawatan seperti pelajar datang ke Parlimen.

Akan tetapi, apabila mereka datang melawat Parlimen, mereka tengok perangai Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak menunjukkan semangat Perlembagaan, maka mereka pun confuse juga. Ini mendidik bagaimana Yang Berhormat? Oleh sebab itu saya kata bahawa jangan kita bergantung kepada pihak sekolah sahaja sampai sanggup baring tengah jalan hendak halang kereta Raja dan sebagainya. Ini saya rasa tidak sesuai untuk mendidik masyarakat.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sangat setuju bahawa niat adalah baik daripada kementerian kerana semuanya ada perancangan dan niat semuanya adalah baik. Akan tetapi, seperti yang dikatakan keadaan di luar.

Saya tidak mahu katakan setuju dengan keadaan di luar kerana manusia berbagai-bagai. Akan tetapi, di dalam Kementerian Pelajaran, sekiranya guru besar mengeluarkan perkataan-perkataan yang menentang polisi sendiri.

Umpamanya, kita katakan menghormati hak asasi semua pelajar, tetapi guru besar menyuruh kalau tidak boleh menghormati bahawa dalam bulan puasa tidak boleh makan di sekolah boleh balik ke China. Adakah ini menunjukkan mereka patuh kepada prinsip menghormati orang lain? Di dalam satu soalan ada seperti ini, soalan di dalam peperiksaan.

“Senarai berikut berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kita sebelum merdeka; Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, dan Sekolah Vernakular Tamil. Apakah kesan pelaksanaan sistem pendidikan tersebut?

(a) Pendapatan baru bertambah;

(b) perpaduan rakyat sukar dicapai;

(c) penghijrahan penduduk ke bandar; dan

(d) pelajaran pengurusan meningkat.” Mana yang betul? Jawapan yang betul adalah “(b) - Perpaduan rakyat sukar dicapai”. Apakah fikiran yang kita hendak pupuk di dalam sistem pendidikan ini? Bahawa di sebelah tangan kita katakan semua pelajar tidak kira kaum ada hak untuk memilih sekolah yang mereka hendak pergi. Akan tetapi, pada sebelah yang

final • 11:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

lain kita katakan ini tidak baik untuk perpaduan. Apakah yang kita hendak capai?

Ini adalah soalan nombor 49 PMR History paper tahun ini. Jadi, saya minta penjelasan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Pertama, saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran tidak bertolak ansur kepada sesiapa sahaja termasuk guru, pengetua yang cuba membangkitkan ataupun menimbulkan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum yang lain. Itu kita tidak akan berkompromi dan kita tidak akan maksudnya bertolak ansur kepada sesiapa yang melanggar peraturan ini. Ini cukup jelas ya.

Kedua Yang Berhormat Bukit Mertajam, kita juga tidak boleh terlalu selektif dalam perkara-perkara tertentu. Oleh sebab itu sebenarnya dalam kes ini terlalu banyak sebenarnya.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Jikalau saya hendak sebut satu persatu tingkah laku guru yang kadangkala boleh menjatuhkan orang kata, boleh menimbulkan rasa tidak puas hati banyak melibatkan kaum yang lain dan sebagainya. Akan tetapi itulah, kadang-kadang kita terlalu selektif. Ada guru yang pandai-pandai ambil daripada surat khabar, website dan sebagainya yang di print, ditampal di sekolah menghina Perdana Menteri. Contohnya soal astronaut atau kosmonaut, can or not dan sebagainya - ini menghina. Akan tetapi apakah kita mesti selektif dalam perkara ini? Sebab itu kementerian tidak mahu bersifat selektif.

Ketiga, dalam isu pengetua yang dibangkit. Kita telah melakukan siasatan dan kadang-kadang kita juga jangan terikut laporan-laporan pihak tertentu.

Tanyalah PIBG, tanyalah kementerian, polis dan sebagainya. Apakah siasatan, apakah ini salah tafsiran ataupun kita dengar cakap orang sesuka hati, maka kita hendak politikkan isu ini. Akan tetapi yang paling jelas ialah Kementerian Pelajaran tidak berkompromi dengan sesiapapun yang cuba membangkitkan isu-isu perkauman. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh] Soalan di dalam peperiksaan yang... Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri telah ambil maklum?

final • 11:20 AM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Ya, saya terlupa tentang soalan. Soalan tersebut saya ingin minta salinan daripada Yang Berhormat. Maksudnya betul atau tidak itu jawapan yang diputuskan oleh guru tersebut, ataupun itu jawapan daripada Yang Berhormat - bahawa Yang Berhormat pilih jawapan tersebut. Kalau betul then serah kepada kami, kita boleh ambil tindakan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Saya ada buat kesilapan teknikal tadi. Di mana soalan asal daripada pihak pembangkang dan soalan tambahan juga saya benarkan daripada pihak pembangkang. Saya nampak tadi Yang Berhormat Rembau tadi ada berdiri. Jadi saya jemput Yang Berhormat Rembau untuk tanya satu soalan.

final • 11:20 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya hendak pulang kepada soalan asal iaitu pengajaran Perlembagaan ataupun mengenai Perlembagaan. Sekarang ini disebut telah pun diajar di bawah mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.

final • 11:20 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah keberkesanan pelajaran mengenai Perlembagaan ini yang sedia ada? Sebab seperti yang kita maklum tadi seolah-olah masih lagi banyak pertikaian tentang aspek-aspek Perlembagaan, aspek-aspek asas negara kita. Adakah kementerian berpuas hati dengan mutu pengajaran dan guru-guru yang dilatih untuk buat pengajaran mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan ini, ataupun adakah pengajaran ini hanya ‘melepaskan batuk di tangga’? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Rembau.

Seperti mana yang saya jelaskan tadi bahawa apabila kita melakukan penyemakan, penyemakan yang kita lakukan pada tahun 1999 iaitu adalah dalam bentuk penyesuaian sebenarnya. Bukan kita melakukan apa yang disebut sebagai rombakan atau revamped pada keseluruhan kurikulum tersebut. Akan tetapi penyesuaian yang kita lakukan apabila kita melakukan penyemakan ini termasuklah kepada perkara yang berkaitan dengan P&P iaitu pembelajaran dan pengajaran. Maksudnya di sini ialah cara kita mengajar subjek tersebut. Sebab itulah saya sebut tadi bahawa dalam mata pelajaran PSK - Sivik dan Kewarganegaraan kita juga masukkan pendekatan-pendekatan simulasi, lawatan dan sebagainya.

Oleh kerana itu, saya ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat Rembau bahawa dalam pendidikan Perlembagaan, sejarah dan sebagainya - ini kita memang dari semasa ke semasa akan memastikan bahawa penting peningkatan kita itu bersesuaian dengan suasana semasa dan guru akan diberikan latihan yang lebih baik. Saya memaklumkan di sini bahawa kita sebenarnya memang berusaha Tuan Yang di-Pertua, untuk memasukkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Sekarang ini kita hanya ajar di Tahap II melalui subjek PSK. Akan tetapi oleh kerana itulah kita perlukan sokongan daripada semua pihak. Jangan nanti bila kita hendak memperkenalkan subjek ini ada yang membantah, dengan berbagai alasan.

Maka ini saya harap dapat menjadi perhatian terutamanya kalau kita mahu mendidik, kita juga mesti bermula dengan mata pelajaran di peringkat Tahap I sekolah rendah. Terima kasih.

final • 11:20 AM

9. Datuk Haji Baharum bin Mohamed [Sekijang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk melaksanakan program memasang lampu jalan luar bandar seperti mana dahulu 10 lampu setiap kampung.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato' Haji Hasan bin Malek

Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat sahabat daripada Sekijang. Untuk makluman Yang Berhormat, program pemasangan lampu jalan kampung (LJK) masih diteruskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Skop program juga dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kita ada peruntukan sebanyak RM130 juta khusus untuk lampu jalan kampung ini. Skop program juga masih dikekalkan iaitu pemasangan lampu jalan tidak melebihi 10 unit - ini maksima untuk sebuah kampung tradisional di atas tiang sedia ada dengan tumpuan diberikan di hadapan bangunan-bangunan awam seperti rumah ibadat, sekolah, balai raya serta persimpangan jalan. Kerajaan akan menanggung kos operasi dan senggaraan semua lampu yang dipasang di bawah program ini secara berterusan.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan datang ini - yang akan dibentangkan pada hari Jumaat ini nanti insya-Allah, kementerian akan

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato' Haji Hasan bin Malek

meneruskan program pemasangan lampu jalan kampung ini sekiranya peruntukan untuk pemasangan lampu jalan baru diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Bagi lampu-lampu jalan yang telah siap di pasang kos operasi dan senggaraan akan terus ditanggung oleh kerajaan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan.

Tuan Yang di-Pertua, lampu jalan luar bandar ini banyak memberikan

final • 11:20 AM

kebaikannya Tuan Yang di-Pertua, iaitu

(i) ia dapat menerangi kawasan kampung dan menjadikan kampung itu lebih ceria seperti mana juga di dalam kawasan-kawasan bandar;

(ii) kalau hendak anak yang hendak pergi ke sekolah pagi itu mendapat cahaya dan mendapat menjamin keselamatan kerana mereka semasa itu menunggu kenderaan mengangkut mereka seperti bas sekolah dan sebagainya; dan

(iii) lampu ini juga dapat sekurang-kurangnya mengurangkan ataupun membanteras jenayah- jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan luar bandar.

Jadi soalan saya ialah, saya melihat walaupun ada jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah ada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ada RM130 juta dan ada juga dijalankan 10 unit satu kampung di kampung tradisional ini. Akan tetapi nampaknya dalam kawasan saya misalnya dan di daerah saya mungkin di dalam negeri Johor kami hanya menerima satu, mungkin tidak sampai 10 unit. Jadi ini yang menjadi masalah.

Jadi saya ingin tahu permasalahan yang terbesar agaknya yang dihadapi oleh kementerian untuk memberikan kemudahan peruntukan lampu jalan luar bandar ini yang kadang-kadang ada dan selalunya tidak ada. Boleh atau tidak kalau untuk pemasangan ini boleh dirujuk kepada Ahli-ahli Parlimen, terutamanya Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang tentunya memberikan perkhidmatan mereka kepada kawasan-kawasan luar bandar dan rakyat keseluruhannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk] Janganlah marah.

final • 11:20 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang. Saya telah sebutkan tadi bahawa untuk kita hendak menerangkan sebuah kampung di seluruh negara ini tidak ada kemungkinannya. Akan tetapi berdasarkan kepada permintaan permohonan daripada akar umbi melalui JKKK, melalui pimpinan kampung kepada pejabat daerah kepada pejabat pembangunan negeri dan akhirnya kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kita melihat ini sebagai satu keperluan. Saya memang menyetujui apa hasrat Yang Berhormat tadi, memang banyak memberi keselesaan kepada anak-anak murid, kepada penduduk dan sebagainya.

final • 11:20 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Sebab itu memang ada keperluan. Oleh sebab itu permohonan daripada Yang Berhormat tadi kalau sekiranya ada didapati ada keperluan, sila kemukakan

final • 11:30 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

permohonan dan insya-Allah saya akan lihat ini dan akan memberi bantuan sedapat mungkin yang boleh.

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini dua hari yang lepas melalui Pelan Induk Pembangun Luar Bandar telah ada diberi jaminan. Kita mengakui bahawa ada kampung-kampung yang tidak mendapat kemudahan seperti ini. Jika keadaan ini berlaku, sila buat permohonan kerana mungkin ini terlepas pandang, walau bagaimanapun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan jaminan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, kita akan cuba menyelesaikan banyak masalah khususnya keadaan-keadaan kemudahan infrastruktur, keadaan pembangunan modal insan di kawasan-kawasan luar bandar ini. Jadi saya memberi jaminan insya-Allah kita akan lihat permohonan-permohonan Yang Berhormat dan kita akan cuba menyelesaikannya dalam tempoh yang saya telah sebutkan tadi, terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali

final • 11:30 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian yang telah memberikan pandangan dan cadangan serta mengutarakan beberapa isu yang berkaitan dengan Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat saya ingin mengajak Ahli- ahli Yang Berhormat menyorot kembali berita yang dilaporkan di dada akhbar pada 15 September 2010 yang lalu mengenai sebuah restoran di utara tanah air yang menjual air suam dengan harga RM1.00 segelas. Apabila perkara ini berlaku, maka rata-rata rakyat meminta kepada kerajaan supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penjual air suam tersebut. Ada di kalangan ahli politik mengeluarkan di dalam blog mengatakan mengapa kerajaan tidak mengambil

final • 11:31 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

tindakan, ada yang menghantar memorandum kepada kementerian saya supaya mengambil tindakan dan sebagainya.

Akan tetapi adalah malang kerana di bawah undang-undang yang ada pada hari ini, di bawah Akta Kawalan Harga 1946, tiada peruntukan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan terhadap penjual air suam tersebut yang sewenang-wenangnya menaikkan harga, tidak ada tindakan. Kita juga ada mendengar daripada laporan akhbar dan semuanya bercakap, apabila minyak petrol naik sebanyak 78 sen, maka harga barang naik. Akan tetapi apabila harga minyak petrol turun ke kadar yang asal, harga barang tidak turun dan kita sebagai pemimpin, Ahli-ahli Parlimen, kerajaan, pembangkang, persatuan pengguna, semua mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga yang nampaknya mengambil kesempatan ini untuk mencari keuntungan berlebihan. Malangnya juga kita tidak mempunyai apa-apa perundangan, kita tidak mempunyai akta kerana Akta Kawalan Harga 1946 tidak memperuntukkan kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan kepada sebarang tindakan mengaut keuntungan berlebihan tanpa sebab seperti itu.

Bertepatan daripada itulah, maka kerajaan pada hari ini membentangkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, supaya kerajaan mempunyai kuasa dan mempunyai hak untuk mengambil tindakan jika terjadi isu menaikkan atau isu menggunakan apa-apa alasan untuk menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah tersebut.

Saya amat berterima kasih kepada ramai di kalangan Ahli Parlimen yang bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan supaya kita mewujudkan kawalan, walaupun Yang Berhormat Indera Mahkota tidak bersetuju, saya pun tidak faham kenapa dia tidak bersetuju, sedangkan dialah yang paling banyak yang menulis di dalam blog jika barang naik, Menteri ini yang akan dipersalahkan.

final • 11:31 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 11:31 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tidak apa saya, itu saya punya mukadimah, belum lagi, selepas ini saya beri. Ramai di kalangan rakan-rakan Ahli Parlimen yang mengutarakan persoalan tentang penetapan-penetapan harga yang akan dibuat oleh kerajaan. Adakah kerajaan akan menetapkan semua harga sebagai barang kawalan ataupun bagaimana? Sebenarnya ramai yang keliru kerana daripada ucapan-ucapan semalam ada yang mengatakan tidak munasabah kita hendak meletakkan harga barangan dan sebagainya, kerana sebagai sebuah negara yang mempunyai pasaran yang bebas seperti kita, tidak mungkin kita hendak menetapkan semua harga. Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian.

Sebenarnya ada dua keadaan, ada dua perkara yang penting di dalam akta ini. iaitu yang pertama ialah mengenai penetapan harga barang-barang yang terkawal seperti yang ada di dalam Akta Kawalan Harga 1946. Bermakna walaupun akta ini, Akta Kawalan Harga 1946 telah dibatalkan, akan dipaparkan tetapi sebahagian besar daripada peruntukan-peruntukan di dalam Akta Kawalan Harga 1946 masih digunakan di dalam akta ini. Jadi maknanya satu bahagian di dalam Bahagian II menetapkan bahawa kerajaan boleh menetapkan harga, sama ada harga maksimum, harga tetap ataupun harga minimum seperti gula, gandum dan sebagainya di bawah akta kawalan harga hari ini, kita masih lagi boleh menetapkan.

Bahagian kedua ialah Bahagian IV iaitu Antipencatutan tadi, iaitu di mana berlaku kenaikan secara tidak munasabah seperti yang saya sebut tentang air suam tadi di utara tadi, mungkin di Pokok Sena gamaknya. Apabila ada harga naik

final • 11:31 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

daripada 10 sen menjadi RM1.00 maka di situlah pihak kerajaan boleh menyiasat, bukannya mengambil tindakan terus, pegawai pengawal boleh mengarahkan siasatan hasil daripada aduan orang ramai tadi mengenai harga yang naik secara tidak munasabah.

Saya hendak beri contoh satu lagi, satu contoh yang paling penting dan paling jelas iaitu sewaktu H1NI berlaku, topeng muka harganya 50 sen sahaja hari-hari biasa, tidak ada masalah, kain yang sama, di daerah yang sama, di tempat yang sama harga 50 sen, tetapi apabila H1N1 berlaku, harga topeng muka naik menjadi RM5.00. Ini jelas merupakan satu pencatutan, kerana dari segi perbandingan harga telah dibuat sebelum dan selepas kejadian itu berlaku, dan jika ini berlaku maka akta ini boleh digunakan manakala akta yang lepas tidak boleh digunakan dengan syarat ianya mesti diwartakan.

Kita mungkin boleh mewartakan topeng muka, tetapi tidak mungkin kita mewartakan air kosong misalnya. Kalau di Balik Pulau, harga 70 sen, di Pokok Sena harga RM1.00, tidak akan kita hendak membuat - kita hendak kawal harganya menetapkan harga kawalan berbeza-beza dan sebagainya.

final • 11:31 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri sedikit Menteri.

final • 11:31 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Balik Pulau, saya baru mukadimah ini, saya tahu Yang Berhormat Balik Pulau...

final • 11:31 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Bunyi penjelasan seperti untuk jaga Menteri, peniaga-peniaga kecil sahaja.

final • 11:31 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ada, kita akan pergi.

final • 11:31 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jaga peniaga besar sahaja.

final • 11:31 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ini calon-calon Naib Presiden PKR ini, kita perlu hormat ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Tanjong Batu mengenai mekanisme menentukan harga tidak munasabah ataupun definisi pencatutan.

final • 11:31 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ini sebenarnya merupakan satu persoalan yang saya rasa akan timbul – bagaimana kita menentukan? Di bawah Seksyen 14(2) mengatakan mencatut – mencatut ya Yang Berhormat Sri Gading. Semalam Yang Berhormat Sri Gading salah sebut. Dia kata memancut, itu tidak betul. Ia pencatutan bukan pemancutan. Saya harap Yang Berhormat Sri Gading betulkan. Di bawah Seksyen 14(2), mencatut didefinisikan sebagai membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah. Di bawah fasal 15 rang undang-undang ini, Menteri akan menetapkan mekanisme bagi menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah di atas Majlis Penasihat Harga yang akan ditubuhkan yang anggotanya terdiri daripada pakar-pakar ekonomi dan juga wakil-wakil daripada industri, persatuan pengguna dan agensi kerajaan.

Pada masa ini kerajaan sedang mengkaji beberapa perundangan daripada negara luar seperti Australia, China, Singapura dan sebagainya bagi menentukan mekanisme yang dapat kita buat penentuan terhadap keuntungan tinggi yang tidak munasabah tersebut. Walau bagaimanapun, setakat hari ini, berdasarkan kajian yang dibuat, faktor-faktor yang akan dipertimbangkan sebelum

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

sesuatu syarikat dikatakan membuat keuntungan tinggi secara tidak munasabah adalah berdasarkan julat paras harga atau charge sesuatu barangan atau perkhidmatan dan juga julat kadar perbezaan harga barangan atau perkhidmatan dan julat kadar keuntungan.

Di samping itu juga, perbandingan akan dibuat berdasarkan kategori dan gred barangan yang sama serta perbandingan harga barangan di kawasan yang sama dalam tempoh yang sama. Apabila penentuan mekanisme pencatutan dibuat, perbandingan yang munasabah akan dibuat ke atas kos barangan dan kadar keuntungan barang tersebut berbanding dengan barangan daripada kategori dan gred yang sama di kawasan yang sama. Jadi kita akan memperbandingkan dari segi tempat tadi misalnya. Saya sudah sebutkan tentang – katakan topeng tadi. Dalam waktu yang sama, dalam kos yang sama, kos topeng sebelum dinaikkan menjadi RM5 adalah 30 sen, kos topeng sewaktu dinaikkan harga waktu itu tetap juga 30 sen tetapi tiba-tiba naik menjadi RM5 dan sebagainya. Jadi perbandingan-perbandingan inilah yang akan dibuat oleh pihak Majlis Penasihat Harga nanti.

Walau bagaimanapun, seperti yang saya sebutkan tadi, bahawa kita sedang menyediakan mekanisme ini kerana kita akan memperuntukkan peraturan di bawah akta ini. Selepas ini barulah kita akan berbincang dengan pihak industri dan sebagainya supaya kita mendapat satu mekanisme yang lebih standard, lengkap dan sebagainya.

Saya ingin maklumkan – ini bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Lembah Pantai semalam iaitu adakah akta ini akan dikuatkuasakan serta-merta. Pihak kementerian bercadang – walaupun akta ini diluluskan oleh Parlimen, kita akan memberikan grace period dengan izin, supaya boleh kita merujuk kepada pihak industri, boleh merujuk kepada pihak pengguna, pihak peniaga kecil dan besar seperti kata Yang Berhormat Balik Pulau tadi supaya kita boleh mendapatkan satu mekanisme yang sesuai untuk kita boleh guna pakai.

Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Kota Melaka ada bertanya mengenai sama ada kementerian mempunyai pegawai yang cukup untuk menguatkuasakan undang-undang ini dan sama ada kementerian perlu melantik sukarelawan untuk membantu. Sehingga kini terdapat 1,927 orang pegawai penguat kuasa di seluruh negara yang mana menjalankan penguatkuasaan kesemua akta di bawah kawalan seliaan kementerian. Pada masa yang sama, terdapat 1,259 orang pegawai pemantau harga yang membantu menjalankan tugas-tugas pemantauan harga. Kementerian pada dasarnya akan sentiasa menambah keanggotaan pegawai penguat kuasa kementerian mengikut keperluan bagi memastikan penguatkuasaan yang giat dijalankan ke atas kesalahan- kesalahan yang menggugat kepentingan pengguna dan mengganggu perdagangan domestik.

Berhubung dengan pelantikan sukarelawan untuk membantu pihak kementerian, kementerian telah melantik Pembantu Hal Ehwal Pengguna di setiap Parlimen untuk membantu kementerian menyalurkan maklumat-maklumat yang berkait rapat dengan pengguna termasuk isu-isu berkaitan dengan harga barangan. Di samping itu juga, sukarelawan yang berdaftar dengan kementerian di bawah Program Rakan Pengguna turut sama dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan kenaikan harga barangan atau caj perkhidmatan. Untuk pengetahuan Dewan, setakat ini kita mempunyai sebanyak 43,000 rakan pengguna di seluruh negara.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tadi hendak mendengar ulasan lanjut tentang pencatutan itu dan hendak mendengar hujah lanjutan tentang peranan Majlis Penasihat Harga. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut akan pantau harga barangan yang naik secara tiba-tiba. Maknanya ini tugas utama Majlis Penasihat Harga. Cuma saya hendak tanya satu perkara Tuan Yang di-Pertua, kalau sepanjang tempoh yang berjalan ini dengan izin, all this while harga barangan memang sudah tinggi dan kita kesan untungnya melampau. Semalam kami sebut tentang alat ganti kenderaan dengan izin all this while, memang harga ia mahal, memang harga tidak munasabah. Pekedai, penjual mengambil untung sehingga ke tahap 200%. Kalau ini kesnya, ia mungkin di luar daripada skop pencatutan.

Kalau ini macam mana? Adakah kementerian akan juga menggunakan akta ini untuk tujuan tersebut? Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Yang Berhormat, saya sambung sedikit? Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Ledang sebut tentang alat ganti.

Kalau kita melangkah setapak lagi ke hadapan, ada juga mekanik yang memasang alat ganti itu pada kereta, dari segi upah yang dicaj atau dikenakan oleh mekanik tadi, adakah pindaan undang-undang yang Yang Berhormat buat ini boleh juga mengawal dari segi upah? Kadang-kala kita terlindung dari segi kepakaran. Mereka mempunyai pakar-pakar tertentu. Misalnya doktor ambil daripada laporan perubatan, dia tengok daripada kertas yang menunjukkan x-ray, tengok lebih kurang satu minit, dia caj kadang-kadang di luar harga yang sepatutnya. Adakah dengan pindaan ini, dari segi upah kepakaran ini juga dapat dilindungi oleh kerajaan?

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Boleh saya sambung Menteri? Ini berkaitan dengan apa yang dinyatakan tadi mengenai rakan pengguna itu. Pertama sekali, saya hendak tahu bagaimanakah pihak kementerian menilai sejauh mana rakan pengguna ini berkesan dalam menjalankan tugas- tugas mereka? Kita hendak tahu juga apakah yang telah dilaporkan melalui – mungkin mereka dipanggil untuk bermesyuarat. Ini kerana kalau kita perhatikan, kerajaan pada hari ini hendak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Jadi bagaimanakah kita hendak mencapai hasrat kerajaan ini kalau ada pihak-pihak yang tertentu terutama sekali peniaga mengeksploitasikan masyarakat di luar bandar? Mereka menggunakan alasan harga barang di luar bandar haruslah lebih mahal daripada di bandar kerana masalah logistik. Macam-macam faktor yang digunakan sebagai alasan untuk menjadikan harga barangan di luar bandar lebih mahal daripada di kawasan bandar.

Selain daripada itu juga, untuk menapai negara yang berpendapatan tinggi ini, ianya tidak akan dapat dicapai oleh penduduk di luar bandar sekiranya pihak- pihak yang berkenaan ini terutama sekali peniaga-peniaga ini tidak dipantau secara berkesan. Jadi saya hendak tahu macam manakah strategi yang lebih efektif untuk memastikan perkara ini tidak berlaku terutama sekali di luar bandar?

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, sekali jawablah. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Jempol, Majlis Penasihat Harga ini boleh atau

final • 11:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

tidak, sama sudah terang-terang harga yang digunakan kepada pengguna hari ini begitu tinggi kita katakan, misalan seperti hospital pakar. Dua tiga hari RM4,000 hingga RM5,000. Apakah Majlis Penasihat Harga dapat mengkaji perkara ini kerana perkara ini macam tidak munasabah langsung dan kadang-kadang hospital pakar ini menggunakan perkhidmatan doktor daripada kerajaan kerana mereka kurang doktor. Jadi doktor-doktor ini berkhidmat part time.

Tiba-tiba perkhidmatan yang telah pun digunakan di hospital kerajaan digunakan di hospital pakar. Macam-macam perkara yang dikenakan kepada pengguna beribu-ribu. Hospital pakar ini sebenarnya kadang-kadang lebih mementingkan keuntungan. Apakah penasihat-penasihat ini boleh dapat- perkara ini sudah tidak munasabah, turun. Saya tidak tahu apakah kemampuan penasihat harga ini dapat menjalankan tugasnya sehingga benar-benar harga yang dikenakan kepada pengguna itu munasabah.

Misalnya, saya tidak tahu, ini penasihat. Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri kata pelaksanaannya walaupun sudah diluluskan di Parlimen ini agaknya mengambil masa kerana hendak menyiapkan penasihat harga ini dapat menjalankan dalam bentuk kajian.

Kain songket, ada kain songket RM39,000. Dia kata ini tenunan sutera asli, benang yang dibeli begitu mahal dan yang kita lihat RM8,000 di kedai yang lain. Berbeza pula dengan kain songket yang dibuat secara mesin ini, RM40 pun dapat. So di mana? Pihak pengguna macam kita semua bukan mahir tentang kerja-kerja kesenian, kerja-kerja yang ada kaitan dengan kehalusan tangan. Jadi macam mana penasihat kawalan harga ini dapat agaknya memberikan perkhidmatan mereka jangan kepada pekedai ataupun peniaga tetapi lebih memihak kepada pengguna.

Akan tetapi kalau penasihat harga pula ini nanti ada kepentingan- kepentingan perniagaan mereka, rosak kita. Dia pula yang menyebelahi peniaga dengan bermacam-macam alasan, 1001 macam alasan. Macam-macam dikenakan alasan untuk merasionalkan kita punya kelemahan. Yang Berhormat, sokong tetap sokong, tanya mesti tanya.

final • 11:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya beberapa soalan ada penghujahan awal tadi sedikit air suam. Itu air suam, maknanya dia ambil keuntungan berlebihan sampai RM1 segelas tetapi isu yang saya hendak tanya di sini ialah air mentah.

Sekarang ini SPAN terpaksa membenarkan semua pihak berkuasa kerajaan negeri menaikkan harga air Kedah, Johor, Negeri Sembilan semua kena naik cuma negeri mana dahulu sebab pengurusan air yang bermasalah, tidak mampu ditampung oleh semua kerajaan negeri. Isunya kalau di Kedah, dahulu Kerajaan BN dahulu, zaman dulu-dulu.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Nanti dahulu. Dia ada buat satu perjanjian untuk proses kepada penswastaan loji air itu kepada dua atau tiga syarikat, salah satu saya ingat Telework. Perjanjian tersebut ialah Telework jual air kepada pihak berkuasa air ialah RM1.70 kupang.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

‘Kupang’ sama dengan ‘sen’ Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

70 sen. Saya orang kampung Pokok Sena. Pihak berkuasa air jual kepada pengguna 40 sen ya. Itu yang menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional dahulu tinggal hutang air kepada kerajaan negeri banyak beratus juta, hak zaman BN dahulu buat ini, zaman BN dahulu ini.

Jadi saya hendak sebut Yang Berhormat, adakah ini bermakna bahawa akta ini boleh mengambil tindakan caj ke atas perjanjian-perjanjian tetapi mereka itu terikat dengan perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu, satu. Kedua, IPP. IPP bagi saya, saya mentafsirkan dapat keuntungan yang berlebihan sebab dia disubsidi dengan gas, disubsidi oleh kerajaan sendiri dengan gas dan kita pun tidak tahu sebab tidak ada satu perjanjian didedahkan yang menunjukkan berapa IPP jual tenaga itu kepada TNB.

Akan tetapi sudah pasti bahawa banyak mana dia buat, dia jana kuasa dia kena jual dan Tenaga mesti ambil walaupun tenaga yang ada kepada Tenaga itu sudah pun berlebihan. Jadi maknanya dia sudah mendapat satu keuntungan yang lebih. Jadi adakah sekarang ini akta ini juga akan termasuk dalam bidang ini, kedua.

Ketiga, keanggotaan majlis penasihat. Saya tidak nampak di mana keanggotaan yang akan mempertahankan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi kepentingan pengguna. Empat anggota mewakili kerajaan dilantik oleh Menteri. Tidak lebih daripada enam anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara-perkara yang berkaitan perniagaan, perindustrian, perdagangan, undang- undang, ekonomi, pentadbiran, perdagangan adil, persaingan. Jadi saya tidak tahu di mana golongan yang akan dapat menjaga kepentingan pengguna. Akhir sekali saya hendak tanya ialah...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sudah macam berucap Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sebab saya tidak sempat berucap semalam. Jadi saya hendak tanya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya saya faham itu tetapi jangan ambil peluang untuk berucap pula.

final • 11:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya tidak berucap. Saya menanya soalan.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Akhir, keempatnya ialah apakah Menteri akan terikat dengan rekomendasi daripada majlis penasihat?

Maknanya kalau majlis penasihat kata buat begini, maknanya Menteri kata tidak, aku tidak mahu buat. Adakah Menteri masih ada kuasa untuk menolak ataupun Menteri memang terikat dengan rekomendasi daripada majlis-majlis penasihat.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Menteri.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Menteri bagi.

final • 11:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Itulah maksud saya kenapa semalam Tuan Yang di-Pertua, saya mula-mula terus berterus terang kata

final • 11:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

kita tidak sokong sebab Yang Berhormat Pokok Sena sudah beritahu tadi kenapa alasan-alasan yang munasabah yang kita tidak sokong akta ini kerana sepatutnya akta ini adalah untuk menjaga kepentingan pengguna, kita hendak kawal harga, kita hendak mewujudkan antipencatutan.

Yang Berhormat Menteri, saya hendak mengesahkan semula lagi sekali kenyataan ataupun cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri kata Akta Kawalan Harga 1946 yang telah dijalankan dan ditadbir selama hari ini sama umur dengan UMNO walaupun UMNO telah pun dilupuskan, UMNO 46.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

UMNO makin teguh dan kuat.

final • 11:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

UMNO46, saya kata UMNO 46.

Adakah Akta Kawalan Harga 1946 ini masih berkuat kuasa kerana bahagian 63 ini ada menyatakan kesemuanya, tidak ada satu pun dibuang dan kesemuanya diserap masuk ke dalam Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan tetapi digunakan perkataan ‘dimansuhkan’ Akta 121, akta ibu.

Ini agak mustahak untuk mendapat clarification kerana pelantikan Majlis Penentuan Harga dan juga pengawal-pengawal yang akan dilantik ini adakah terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman atau yang terlibat dalam pentadbiran Akta Kawalan Harga 1946 yang lalu dan seterusnya lanjutan daripada apa yang diberitahu, disebut oleh Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Ledang dan juga Yang Berhormat Jempol tadi. Sebenarnya memang isi kandungannya menyatakan mereka juga tidak bersetuju kepada akta ini, cuma mereka tidak zahirkan dengan perkataan sahaja.

final • 11:50 AM

Dato' Lilah bin Yasin - Jempol

Jempol setuju.

final • 11:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sebabnya begini, sebabnya saya katakan terutama yang paling jelas sekali Yang Berhormat Batang Sadong membawa isu yang pada saya sangat mustahak. Beliau mengatakan bahawa dalam kita hendak mengawal harga dan menepis aktiviti mengambil keuntungan yang lebih, kita sedang lihat sekarang dan perhatikan bahawa yang paling besar menjadi mangsa ialah penduduk atau pun rakyat yang berada di luar bandar terutama sekali di Sabah dan Sarawak.

Jaraknya diasingkan dengan satu geographical gap yang begitu yang besar dengan izin yang selalunya digunakan oleh pengeluar atau pengedar atau pun pengilang bahawa kos untuk logistik dan pengangkutan terpaksa diambil kira.

Jadi, harga itu terpaksa dinaikkan berbeza dengan apa yang dinikmati oleh penduduk-penduduk di kawasan bandar atau Semenanjung. Ini adalah satu alasan tradisi yang diberi. Sedangkan sebenarnya ada di antara mereka telah pun menyerap kos itu daripada peruntukan subsidi yang diberi. Akan tetapi, mereka masih menggunakan perkara ini dan perkara ini berterusan begitu lama.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri. Di dalam kita membentangkan rang undang-undang ini, adakah tidak takrifan yang menyebut tentang kita memberi satu indeks. Katakan indeks kualiti barangan pengguna.

Maknanya di Sabah atau pun di kawasan pedalaman Sabah indeks kualitinya berbeza dengan yang diterima dengan di Ampang atau pun di Subang Jaya atau pun di Shah Alam tempat di mana berhampiran dengan kilang atau pun pengeluar itu yang menikmati barangnya cukup fresh, berasap lagi, panas. Sedangkan di Batang Sadong barang kali menerima barangan yang sama selepas lima bulan atau pun setahun atau pun mungkin beberapa minggu sebelum expiry date.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidak cukup lagi.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya hendak tegur Yang Berhormat. Ini kerana Yang Berhormat sedang dalam pencelahan dan kalau tidak tegur nanti ia akan berlarutan.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jadi satu budaya yang susah hendak dikawal kemudian nanti.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, terima kasih. Oleh itu saya minta supaya kalau boleh Yang Berhormat Menteri nyatakan sekiranya ada cadangan untuk mengemukakan indeks ini kerana jelas perkara ini tidak adil dan tidak sama sekali memberi keuntungan atau manfaat kepada pengguna keseluruhannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

[Bangun]

final • 12:00 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Bagi peluang untuk saya menjelaskan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Sebenarnya saya bukan tidak menyokong. Saya menyokong dan saya mengucapkan tahniah kepada kementerian tetapi kalau kita tidak menyoalkan perkara terperinci seperti ini ia mungkin tidak diingatkan.

Jadi, tidak semestinya kalau kita menyuarakan pendapat kita bermakna kita tidak menyokong. Saya rasa itu tidak adil bagi kita. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sokong tetapi tidak berapa percaya.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jangan ya.

final • 12:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak berapa percaya.

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Pembangkang tidak ada kerja lain membuat persepsi yang bukan-bukan daripada dahulu sampai sekarang. Kita cakap, kita buat. Dia cakap dia bohong.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, moral of ...

final • 12:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Apa punya takut Ahli Parlimen ini?

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Di dalam menentukan harga ini, sebenarnya dalam akta ini jelas bahawa apa-apa sahaja barangan atau perkhidmatan. Ini menjawab Yang Berhormat Jempol tadi yang dijawab Yang Berhormat Sri Gading.

Apa-apa sahaja barangan termasuklah spare part kereta, tidak kiralah apa-apa sahaja barangan atau perkhidmatan seperti servis dan sebagainya, ianya termasuk di dalam akta ini kalau dapat dibuktikan bahawa mereka mengambil keuntungan secara berlebihan. Itu jelas. Saya hendak rujuk kepada seksyen

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

15(2) iaitu di dalam kita hendak merumuskan tentang harga sama ada ianya dinaikkan secara munasabah atau tidak, maka beberapa keadaan perlu kita lihat iaitu mengenai pengenaan cukai misalnya.

Kalau sudah ada cukai kita tidak boleh kata kalau cukai sudah sebanyak itu, kita tidak boleh rendah daripada harga. Mestilah elemen cukai itu dimasukkan ke dalam harga untuk kita tidak rugi.

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan? Sedikit sahaja.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sekejap, saya habiskan dahulu. Kos pembekal. Kita mesti ada di dalam itu berapa kos dan sebagainya. Keadaan geografi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong. Keadaan geografi. Kalau tempatnya jauh, kalau di Indera Mahkota di tengah bandar tidak ada kos pengangkutan yang tinggi. Akan tetapi kalau di hulu Sarawak akan ada kos dan ianya akan dimasukkan di dalam harga tersebut.

Jadi saya rasa apabila mereka menaikkan harga berdasarkan kos pengangkutan yang terpaksa diserapkan tadi, ia tidak boleh dianggap sebagai keuntungan berlebihan. Ini kerana kita akan melihat bagaimana sampai ke tahap harga itu ditawarkan kepada pengguna. Akan tetapi, untuk menjawab Yang Berhormat Indera Mahkota tadi seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional ini tidak prihatin kepada rakyat Sarawak dan Sabah. Itu tidak betul.

Saya hendak beritahu Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar di Sabah, Sarawak. Oleh sebab itulah kita telah perkenalkan Program Penyeragaman Harga. 1Sabah, 1Harga, 1Sarawak, 1Harga supaya kos pengangkutan itu ditanggung oleh kerajaan. Harga di kawasan pedalaman seperti di kawasan Tonggok contohnya di Kinabatangan.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Batang Sadong.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Padang Tonggok namanya. Kalau sebelum ini harganya tinggi tetapi apabila kos sudah pun ditanggung oleh kerajaan, harga di Tonggok dengan harga di Sandakan hampir sama. Jadi, mungkin perkara ini tidak pernah difikirkan pembangkang, kita telah fikir. Kerajaan telah fikir, kerajaan sudah buat sudah. Saya teruskan lagi.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya tak nak kata kerajaan barang naik. Saya tidak kata.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Itu Yang Berhormat Balik Pulau kata.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Cuma, kalau boleh.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, tidak apa. Kita tidak boleh hendak argue macam ini kan? Itu jawapannya.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sedikit sahaja. Cuma saya hendak katakan tadi kita tidak hendak juga beri gambaran, persepsi kita kata kerajaan tidak buat apa-apa untuk mengawal harga. Tidak, tidak bermaksud begitu.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih lah kalau ...

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

...Sebab itu saya katakan tadi ada tidak peluang atau logiknya kita hendak wujudkan satu indeks supaya kita boleh tengok di Batang Sadong indeksnya macam mana. Kualiti barangnya. Di tempat lain, lain berdasarkan kepada kos itu tadi.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, saya faham. Akan sampai.

Akan sampai jawapannya. Saya baru mukadimahnya.

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sedikit sahaja.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob]

Bolehkah saya habiskan jawapan ini. Selepas itu Yang Berhormat Kinabatangan masuk. Yang Berhormat Kinabatangan mesti saya beri. Orang bertuah ini, saya mesti beri.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Dari segi penentuan harga, Majlis Penasihat Harga hanya menasihati Menteri mengenai kes-kes pencatutan. Akan tetapi yang mengadakan siasatan dan membuat keputusan bukan Majlis Harga.

Di dalam kes-kes ini, apabila ada aduan misalnya, ada aduan daripada pengguna mengatakan harga barang terlampau tinggi. Misalnya air suam di Pokok Sena, Kedah tadi. Bila harga terlampau tinggi dan sebagainya, kementerian akan mengarahkan atau pun ketua pengawal yang biasanya KSU ini akan mengarahkan bahagian penguat kuasa untuk menyiasat adakah benar harga itu tinggi atau tidak.

Apabila mereka merasakan bahawa harga itu tinggi, tidak munasabah, mereka terpaksa merujuk pula kepada pendakwa raya yang akan menentukan sama ada harga itu tinggi dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ini terdapat di bawah seksyen 18 iaitu mana-mana yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda. Misalnya untuk individu kena RM100,000 plus jel dan sebagainya.

Jadi, yang mempunyai kuasanya akhirnya ialah pendakwa raya.

Pendakwa raya yang akan menentukan salah dan boleh dikenakan kompaun atau pun boleh dikenakan untuk di bawa ke mahkamah dan sebagainya. Penasihat ini hanya memberi penasihat kepada menteri misalnya mungkin untuk meletakkan harga apabila dikatakan topeng muka naik daripada 50 sen kepada RM5. Adakah itu boleh kita wartakan sebagai barang kawalan dan sebagainya. Keadaan tertentu seperti itu.

Bagi menjawab Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Sebenarnya Yang Berhormat Pokok Sena dan rakan-rakan yang lain tadi kepentingan memang dilindungi. Ini kerana di dalam Majlis Penasihat Harga, dalam enam yang dilantik oleh Menteri tadi terdiri daripada berbagai-bagai pihak termasuklah orang yang mempunyai pengetahuan mengenai hal-hal berkaitan dengan perlindungan pengguna.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kalau Yang Berhormat Pokok Sena misalnya seorang yang pakar tentang pengguna, mungkin dilantik sebagai ahli di dalam Majlis Penasihat Harga.

Maksudnya, siapa-siapa yang mempunyai kepakaran tentang penggunaan boleh dimasukkan. Akan tetapi kita juga hendak masukkan pakar-pakar ekonomi, academician yang tahu tentang harga dan sebagainya - jadi kita akan masukkan.

Sebab itu kita ada enam yang akan kita masukkan dalam penasihat ini.

Tadi Yang Berhormat Pokok Sena cerita mengenai air Kedah, saya pun tidak berapa faham tentang air Kedah ini, tetapi yang jelas akta ini Yang Berhormat tidak mempunyai kuasa kebelakangan. Akta ini tidak ada retrospective dengan izin, iaitu apabila dilaksanakan ia akan dilaksanakan selepas akta itu diwartakan. Jadi yang berlaku dahulu, 10 tahun dahulu dan sebagainya tidak dapat dikenakan.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, perkara ini sudah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau semalam. Yang Berhormat Balik Pulau ini ia hebat, sebab itu ia jadi calon naib presiden - ia hebat. Ia tanya semalam tentang adakah syarikat-syarikat besar, GLC dan sebagainya terikat. Di dalam akta ini, tidak ada pengecualian. Bermakna sama ada GLC atau apa sahaja, jika melakukan kesalahan pencatutan ia juga akan dikenakan di bawah akta ini. Sebagai perbadanan, hukumannya adalah RM500 ribu untuk kesalahan pertama dan kesalahan seterusnya adalah RM1 juta. Maknanya kalau GLC melakukannya, GLC juga akan dikenakan tindakan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey Yang Berhormat, boleh?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Orang bertuah Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mudah-mudahan bertuahlah seterusnya. [Ketawa] Yang Berhormat Menteri, akta ini saya sudah baca dan memang bersesuaianlah untuk dilaksanakan. Persoalannya, rata-rata majoriti mungkin 60% atau 70% peniaga-peniaga di Malaysia ini tidak amanah, tidak jujur dan mereka mengambil kesempatan kepada pengguna. Masalah yang kita hadapi - akta cukup hebat, tetapi susulannya, penguatkuasaannya itu tidak ada. Jadi akta yang baik, niat yang baik tetapi pelaksanaannya tidak baik, akhirnya kita tidak akan mendapat apa-apa manfaat daripada akta yang kita sokong, yang kita bincang.

Jadi apakah kementerian akan memberi jaminan bahawa enforcement ataupun penguatkuasaan ini menjadi priority. Keutamaan untuk memastikan akta yang baik ini dapat diterjemahkan? Kalau tidak, akhirnya masalah yang sama akan timbul. Sebab contohnya, ada satu jualan hebat besar-besaran. Apabila ada jualan hebat, saya memang tengok betul atau tidak ia ini jualan betul-betul. Jualannya penipu. Harga yang dahulu ia jual ia mark-up lagi, kemudian ia akan kata ia turunkan. Saya tidak tahu sama ada anggota di pihak kementerian ada subahat atau tidak. Saya tidak menuduh tetapi berapa ramai sudah didakwa di mahkamah yang melibatkan diri dalam jualan penipuan ini.

Kalau di Hong Kong, di Australia, apabila ia buat advertisement barang hebat maka pergilah sebab ia memang genuine. Akan tetapi di Malaysia, penipuan terlalu banyak. Jadi apa langkah-langkah pendekatan yang boleh dilakukan untuk memastikan akta yang baik ini mendapat sokongan dan membantu membela untung nasib pengguna?

final • 12:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Balik Pulau.

Yang Berhormat Menteri, saya mohon penjelasan kerana hari ini hari Khamis dan esok akan dibentangkan bajet. Saya mahu Yang Berhormat Menteri menjelaskan sejelasnya kerana takut disalahtafsirkan ini adalah pendekatan yang anti-pasaran apabila kita mengawal harga. Akan tetapi saya difahamkan pendekatan Menteri Kewangan kepada Yang Berhormat Menteri, Model Ekonomi Baru market-friendly ataupun mesra pasaran - ini saya rasa mesej yang itu.

Akan tetapi yang perlu saya tekankan di sini, kita tahu isu harga barang naik ialah isu kartel dan sebagainya yang mana Yang Berhormat Menteri

final • 12:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

mempunyai kuasa sebagai orang yang mengeluarkan permit dan sebagainya. Ini sehingga saya rasa kalau itu sahaja ditekankan pun seperti yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi, isu penguatkuasaan. Sebenarnya isu tahap ini tidak timbul kerana isu apabila kita mengekang ataupun mengadakan mekanisme di dalam pasaran, itu akan memberi ruang kepada aspek lain yang mana akan antithesis, counter-productive kepada dasar market-friendly tadi.

Akan tetapi memang perlu saya katakan tadi, saya bersetuju perlu ada mekanisme tetapi perlu diperjelaskan. Kalau tidak, ia akan menghantar mesej yang salah. Sebab sebagai saya kata di sini, saya lebih setuju kepada pendekatan yang mesra pasaran tetapi dengan mekanisme yang lebih khusus. Saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu jelaskan perkara ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya tambah sedikit, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Nanti sekejap.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Okey.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya, saya habiskan dahulu. Yang Berhormat Kinabatangan, sebenarnya dari segi penguatkuasaan kita sentiasa meneruskan tindakan. Kalau kita lihat di dada-dada akhbar, di media-media elektronik hampir setiap hari tindakan dilakukan oleh bahagian penguat kuasa di dalam mengambil tindakan seperti rampasan dan sebagainya kepada peniaga- peniaga yang melanggar kesalahan di bawah akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dari segi jualan murah sebenarnya pada tahun ini - sebelum bulan puasa, kita telah pun mewartakan peraturan baru di bawah Akta Perihal Dagangan mengenai jualan murah yang mana pada tahun ini. Kepada sesiapa yang pergi ke kompleks-kompleks membeli belah, kita akan lihat ada dua harga yang telah pun diletakkan pada setiap barang-barang yang dijual. Ada dua harga – harga asal dan harga yang baru. Ini kerana pindaan pada Akta Perihal Dagangan telah menetapkan bahawa kalau dahulunya sebelum pindaan ini dibuat, peniaga cuma memberi notis untuk mengadakan jualan murah. Akan tetapi pada kali ini, mereka bukan sahaja mesti memberi notis tetapi notis berserta dengan harga yang asal dan harga yang baru ditawarkan.

Jadi bermakna mereka terikat dengan apa-apa pengisytiharan yang dilakukan oleh mereka sewaktu memberi notis untuk jualan murah. Jadi soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan kita ambil perhatian, iaitu penguatkuasaan mesti dikuatkan. Tentang kebebasan pasaran tadi...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tentang kuasa penasihat.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kuasa penasihat di bawah akta ini hanya menasihati Menteri di dalam isu-isu yang berkaitan - bukan pendakwaan.

Isu pendakwaan adalah – saya sudah sebut tadi akan disiasat oleh pegawai yang dilantik oleh ketua pengawal. Ketua pengawal dan pegawai itu yang berkuasa. Ini adalah sebagai penasihat sahaja, advisory sahaja. Dari segi kuasanya, kuasa advisory. Tidak ada kuasa dari segi perundangan dan sebagainya, tidak ada kuasa. Jangan bimbang, tidak ada penyalahgunaan kuasa dari segi itu.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Maksud saya tadi ini, apakah Menteri akan terikat dengan nasihat daripada majlis?

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tidak. Kita nasihat, nama pun penasihat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Nasihatlah?

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Nasihatlah.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kalau ia nasihat perkara yang baik pun...

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kita terimalah...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Akan tetapi pada pandangan Yang Berhormat Menteri rasa kata tidak baik, kena tolaklah?

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Menteri Barisan Nasional ini ia bagus.

Nasihat baik ia terima, nasihat tidak baik ia tidak terima. [Dewan riuh] Ia tidak macam sebelah sana, nasihat tidak betul pun ia terima...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sudah... Nasihat tidak betul macam mana?

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tidak campur.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau PAS tidak betul pun, ia kata betullah.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Apa-apa pun terima.

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tok guru ia salah pun, ia cakap betul.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Begini Tuan Yang di-Pertua.

Kalau menteri tidak terikat dengan nasihat - maknanya nasihat yang dibuat oleh majlis penasihat, buat apa kita berikan satu penubuhan majlis penasihat sedangkan kita mahu peruntukkan elaun yang memberikan implikasi kewangan.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Penasihat - menasihati.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Itu kalau menasihati... Tidak perlulah.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Biasanya Yang Berhormat, apabila pakar-pakar undang-undang, pakar-pakar pengguna bila beri nasihat, semua nasihat okey. Mana ada penasihat tidak betul.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ia macam dalam al- Quran juga, nasihat menasihati antara satu dengan yang lain adalah dibenarkan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, hendak bagi jalan?

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya hendak jawab.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sekejap, sekejap sahaja.

Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri pernah menyebut bahawa bila orang tanya dia tentang kedudukan dia sebagai Penasihat Petronas, dia kata penasihat – orang tidak pernah minta nasihat. Ia kata penasihat hanya ada pada nama. Ini isu yang sangat jelas. Ia kata orang Melayu letak penasihat, tidak macam di Barat - dia kata penasihat mempunyai fungsi yang sangat besar.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ini sudah lain. Dia sudah membawa ke lain. Okey Yang Berhormat Pokok Sena, saya...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Dia kata, orang tidak pernah tanya dia hendak buat apa...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Hendak jual syarikat apa semua. Penasihat Proton, orang tidak pernah tanya ia.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Pokok Sena, saya hendak jawab Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sebab itu saya hendak tanya itu, bahawa ini disebut oleh Perdana Menteri yang menyokong Timbalan Perdana Menteri sekarang ini. [Ketawa]

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, saya hendak jawab bakal Naib Presiden PKR.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi tentang anti-cartel, kita telah pun mempunyai undang-undang di bawah Akta Competition. Ini kebebasan pasaran, sebenarnya saya hendak jawab kemudian tetapi di sini sudah bangkitkan, saya jawab. Semalam saya hendak quote Yang Berhormat Kuala Selangor ini. Yang Berhormat Kuala Selangor ini dia rasional. Dia lebih rasional daripada Yang Berhormat Pokok Sena. [Ketawa] Yang Berhormat Kuala Selangor semalam...

final • 12:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini kipas sate betul ini..

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Kuala Selangor semalam apabila di dalam ucapan menyokong kementerian, dia memberi satu falsafah yang amat baik. Dia mengatakan bahawa “walaupun kebebasan pasaran itu diperlukan, tetapi mesti ada kawalan iaitu mesti ada intervensi daripada kerajaan”. Ini kerana, saya quote dia ini, “kerana naluri ataupun sifat manusia, dia sentiasa ingin memanipulasi manusia yang lain”. Betul Yang Berhormat Kuala Selangor ya? Itu quote dia. Jadi inilah sebenarnya, memang kita sentiasa memberi kebebasan.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri fast learner lah.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya, saya catit. Jadi bermakna di dalam soal ini, kita dari segi soal kebebasan pasaran ada tetapi kita berhak untuk intervention jika ada perbuatan yang menindas pengguna. Profiteering tadi adalah penindasan terhadap pengguna. Jadi sebab itulah kita mewujudkan undang- undang untuk menyekat penindasan kepada pengguna.

Ada rakan-rakan Ahli Parlimen semalam menyebut tentang negara-negara luar. Saya hendak sebut di negara-negara lain ada untuk anti pencatutan. Di Australia misalnya, dia mempunyai Trade Practices Act 1974 dengan izin. United States of America mempunyai undang-undang iaitu War Profiteering Prevention Act 2007. Di Singapura mempunyai Consumer Protection (Fair Trading Act) 2004.

Di Filipina mempunyai Price Acts 1991. Di Pakistan mempunyai Price Control and Prevention of Profiteering and Holding Acts 1977 dan juga di negara China The General Administration For Industry And Commerce And The General Administration of Customs of The PRC Regarding The Cracking Down On Smuggling, Speculation, and Profiteering in Imported and Exported Articles 1980.

Jadi di negara-negara ini juga walaupun negara lain mengamalkan pasaran bebas seperti kita, tetapi mereka juga mempunyai undang-undang untuk menyekat

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

penindasan yang dilakukan oleh peniaga terhadap pengguna. Kita faham, kita sepatutnya memberi kebebasan.

Seperti kata Yang Berhormat Indera Mahkota ‘kebebasan’, tetapi kebebasan yang mutlak akan menyebabkan penindasan kepada pengguna.

Seperti kita tahu walaupun saya bersetuju dengan Yang Berhormat Beruas, sepatutnya kena ada self-regulatory, yes kita bersetuju tetapi belum sampai negara kita untuk peniaga-peniaga self-regulate diri mereka sendiri kerana etika peniaga belum sampai ke tahap yang boleh mereka lakukan peraturan untuk menjaga kepentingan pengguna dan sebagainya.

Sebagai peniaga, keuntungan masih lagi menjadi bottom line mereka dan penindasan sentiasa dilakukan terhadap pengguna-pengguna.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit, boleh saya pergi ke..

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Dah lama keadaan ini..

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebelum Yang Berhormat Menteri beralih, tajuk ini cukup penting bagi saya untuk bangkitkan dalam hal ini.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya ada masuk ini, Yang Berhormat Kuala Selangor ini..

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak, ini satu hal lain bersabit dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Ini bukan anti-profiteering, anti pencatutan itu tetapi dalam kawalan harga. Mungkin perkara ini dibangkitkan oleh orang lain tetapi saya tidak pasti kerana dalam hal ini disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya lebih memikirkan tentang kawalan harga ini Yang Berhormat Menteri.

Dalam perkara yang mungkin tidak disebut tetapi dalam isu dan fenomena bubble yang merupakan juga perkara yang sepatutnya diberikan kebebasan dalam pasaran tetapi fenomena bubble ini especially property bubble Yang Berhormat Menteri, bagaimana agaknya kementerian mahu kawal? Ini kerana ia ada kesan- kesan dan impaknya khususnya kepada genuine first time buyer. Akan tetapi property bubble ini adalah fenomena yang sukar untuk difahami juga kerana ia adalah sekali gus interaksi supply demand economic dan juga kepada access to fund dan sebagainya dan kadangkala kerajaan pun bertanggungjawab tentang mencetuskan bubble ini. Bagaimanakah agaknya dalam hal ini, kementerian mahu menangani, menggarap isu cabaran bubble. Khususnya mutakhir ini kalau kita lihat, meskipun over hang of property banyak di tempat-tempat. Tidak perlu kita sebut nama-nama yang beruntung tetapi tidak untung ini contohnya. Akan tetapi fenomena bubble sudah pun berlaku emerging dengan izin dalam Hot Spot.

Bagaimana agaknya dalam hal ini? Saya ingin benar-benar bertanya Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu saya percaya kita ada baca di dalam akhbar-akhbar. Di dalam beberapa minggu atau bulan yang lepas, pihak Kementerian Kewangan dan Kementerian Perumahan sedang melihat perkara ini kerana isu bubbles ataupun harga yang begitu tidak munasabah di dalam industri perumahan dan sebagainya.

Jadi perkara ini saya percaya masih di dalam tindakan. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun telah membuat sedikit pengumuman, membuat komen tentang perkara ini di dalam surat khabar beberapa minggu yang lepas saya rasa.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Balik Pulau menyebut tentang keperluan pegawai penguat kuasa yang diperuntukkan di bawah fasal 23 dan fasal 24 mengenai akses kepada rekod dan peruntukan mengenai kerahsiaan. Jadi pengawal kuasa ini diperlukan bagi penyiasatan kes-kes yang melibatkan isu-isu pencatutan dan keuntungan secara berlebihan kerana pembuktian kes hanya boleh dibuat dengan mengakses rekod-rekod atau dokumen-dokumen.

Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Lembah Pantai Yang Berhormat Shah Alam bertanya, adakah akta ini diperkenalkan untuk menyediakan ataupun menangani isu kenaikan harga apabila GST diperkenalkan?

Pertamanya, saya hendak beritahu yang saya terbaca di dalam surat khabar hari ini jelas mengatakan GST ditangguhkan. Yang keduanya, saya sudah sebutkan tadi akta ini adalah mengawal apa-apa kes yang melibatkan profiteering ataupun pencatutan. Jadi tidak kiralah di bawah isu apa pun, apa kes-kes yang membawa kepada profiteering sama ada cukai dan sebagainya, ia akan tertakluk kepada akta ini tetapi tidak benar kalau dikatakan bahawa akta ini dibuat khusus untuk GST. Tidak benar.

final • 12:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tujuan akta ini ialah untuk menjaga kepentingan pengguna. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh lupa juga kepada peniaga-peniaga. Soalan saya, kita dapati bahawa banyak barangan yang dilambakkan daripada negara China tanpa kawalan yang telah menyebabkan sedikit sebanyak terjejasnya prestasi peniaga- peniaga. Bahkan satu ketika dahulu, barangan seperti televisyen 36 inci dijual hanya RM500 sahaja. Sehinggakan televisyen-televisyen yang lain pun tidak boleh dijual. Akan tetapi selepas enam bulan televisyen itu habis rosak. Jadi maknanya, selain daripada kita hendak menjaga kepentingan pengguna, kita juga kena menjaga kepentingan peniaga-peniaga juga.

Keduanya, adakah kerajaan sentiasa mengkaji tentang untuk mewujudkan pasar raya mega kerana sedikit sebanyak pasar raya ini juga boleh menyebabkan nasib peniaga-peniaga kecil akan terjejas. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat, akta ini melindungi pengguna daripada harga yang dinaikkan secara tidak munasabah. Jadi kalau harga rendah dan sebagainya, kita tidak mengawalnya kecuali kita dapat melihat bahawa tujuan diturunkan harga itu untuk membunuh industri. Ini kita akan kawal.

Oleh sebab itulah di dalam akta ini, kita memperuntukkan. Kerajaan mempunyai kuasa untuk meletakkan harga minimum, loss-leader. Tujuannya supaya pihak peniaga yang besar tidak boleh menurunkan harga untuk membunuh industri kecil.

Ini memang berlaku misalnya hypermarket yang besar, mereka mempunyai kuasa kewangan yang besar, kuasa kewangan yang kuat. Mereka sanggup untuk rugi sementara waktu kerana mereka boleh bertahan katakan enam bulan untuk rugi.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi kadang-kadang mereka menjual harga yang rendah daripada kos.

Kalau mereka jual rendah daripada harga kos akhirnya peniaga-peniaga kecil akan mati kerana mereka tidak mampu bersaing menurunkan harga seperti yang dibuat oleh hypermarket besar. Jadi kalau ini berlaku akhirnya kedai-kedai runcit akan mati, kedai-kedai kecil akan mati dan banyak di negara lain apabila pesaing mereka sudah mati mereka akan naikkan harga. Waktu itu tidak ada pesaing lagi.

Oleh sebab itu kita membolehkan, kita benar. Bukan bermakna kita akan

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

menetapkan setiap harga. Jadi kita membolehkan. Apabila kita melihat keadaan itu berlaku kita boleh menetapkan harga minimum.

Ini juga berlaku seperti pekebun sayur di Cameron Highlands misalnya.

Mereka membuat aduan kepada pihak kementerian. Pemborong-pemborong bila hendak beli barang mereka letak harga yang paling rendah, yang tidak munasabah. Mereka sebagai penjual sayur, bila bawa ke Kuala Lumpur mereka tidak ada pilihan untuk jual murah sebab sayur adalah bahan yang boleh rosak, perishable. Bila rosak mereka tidak ada pilihan. Jika mereka bawa balik ke Cameron Highlands, sayur akan rosak. Lagi teruk. Jadi berapa sahaja yang ditentukan oleh pemborong mereka akan jual. Jadi dalam keadaan seperti ini jika kita nampak ada kemungkinan akan berlaku perkara seperti ini kita boleh menentukan minimum price, floor price tersebut kita tetapkan supaya mereka tidak boleh mengambil kesempatan untuk membunuh peniaga-peniaga kecil tadi.

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Seputeh apa dia?

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, memang saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Sebenarnya saya juga terima banyak aduan daripada kedai runcit dan juga pasar raya yang tidak begitu besar, yang dipunyai oleh orang Malaysia. Jadi mereka mengadu kenapakah kementerian Yang Berhormat mengeluarkan begitu banyak lesen kepada syarikat pasar raya asing sehingga kita boleh lihat mereka di merata-rata tempat dan ini memang telah pun menyusahkan kedai runcit ataupun pasar raya tempatan kita. Jadi saya ingin dapat jawapan daripada Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kalau saya tak hendak jawab pun boleh ini sebab keluar tajuk ini tetapi Yang Berhormat Seputeh dia baik. Jadi saya beritahu yang kerajaan memang mempunyai polisi untuk mengawalnya. Kita sudah tetapkan peraturan-peraturan dari segi jumlah, ratio penduduk, dari segi keluasan lantai, dari segi kedudukan dan sebagainya memang kita mempunyai peraturan. Kalau mereka mengikut peraturan boleh diluluskan maka boleh diluluskan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, akhir-akhir ini tidak ada banyak lagi kelulusan yang kita beri. Tidak ada lagi banyak kelulusan. Kita very strict dari segi kelulusan. Mungkin itu yang sudah terbina. Okay, don’t worry. Kita jaga itu.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Yang Berhormat Menteri, mencelah.

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Boleh tak kita tidak...

final • 12:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Yang Berhormat Menteri, celah Yang Berhormat Menteri. Belakang sini, Limbang.

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sini, sini. Bagi saya dahulu.

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang tadi cukuplah hypermarket tadi.

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bukan, bukan. Satu lagi.

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ini keuntungan berlebihan ini.

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Ketawa] Ya satu lagi, satu lagi.

Saya hanya hendak beritahu Yang Berhormat, mungkin tidak perlu jawab. Macam di Kota Damansara, isu Carrefour yang mana penduduk sana membantah ia begitu dekat dengan satu lagi supermarket Giant. Jadi penduduk di sana pun marah. Mereka kata kenapakah ada dua pasar raya dalam tempat yang begitu dekat berada di Kota Damansara. Jadi saya hanya beri cadangan kepada

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

kementerian Yang Berhormat. mungkin bila meluluskan lesen lebih baik jangan lulus lagi. Kalau di Kuala Lumpur dan Selangor saya rasa sudah cukuplah. Kita harus beri peluang perniagaan untuk orang tempatan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, siapa yang marah Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dia bina begitu rapat sekali.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Penduduk yang marah?

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, penduduk yang marah.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sepatutnya Giant ataupun the other company yang marah.

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kerana sudah ada satu pasar raya Giant. Jadi Carrefour dibina lagi. Mereka tanya kenapakah dua pasar raya yang begitu besar kerana ini akan menyebabkan kesesakan trafik di kawasan itu.

Jadi saya hanya bagi satu contoh. Kadang-kadang bila kementerian beri kelulusan lesen seperti ini ia tidak lihat keadaan sebenar di kawasan itu. Jadi bila persaingan terlalu sengit di tempat itu mungkin dua-dua pun mati. Ini cadangan kepada Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang setuju Yang Berhormat Menteri tentang rang undang-undang ini demi untuk mengelakkan pengambilan untung yang berlebihan dan meletak harga yang berbeza-beza dan sebagainya.

Namun saya ingin hendak menambah sedikit Yang Berhormat Menteri ialah tentang servis caj. Mungkin harga barang itu sebagai contoh di sini, ambillah dalam repairing motor vehicle, contoh. Jadi perkakas-perkakas ini, spare parts ini memang ada harganya tetapi yang selalu yang menjadi persoalan ialah servis caj itu sendiri. Kadang-kadang servis caj ini seolah-olah tiada satu kawalan harga, di mana mereka senang-senang meletakkan harga. Kadang-kadang perkara ini amat ketara macam di tempat saya di sana, di mana kita berjiran mungkin Miri juga terbabit. Di mana orang negara jiran menyelenggarakan kereta atau apa-apa motor vehicle mereka di tempat kita, di Limbang, Miri dan sebagainya. Duit mereka memang mempunyai kuasa dua kali ganda lebih tinggi daripada kita tetapi yang mangsanya kita penduduk Malaysia itu sendiri, khususnya di Sarawak, Limbang, Miri dan sebagainya.

Jadi tentang servis caj ini langsung tiada kawalan. Ambil contoh pernah kadang-kadang apa yang kita dapat aduan di mana spare part hanya berharga RM400 tetapi servis caj sampai menjangkau RM1,000 - RM1,500. Jadi perkara ini seolah-olah tiada kawalan. Saya ingin kalau boleh perkara ini juga diambil pertimbangan bukan hanya tentang benda spare part, benda yang nampak tetapi servis caj ini yang very not so clear. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Saya sudah jawab tadi iaitu servis ataupun perkhidmatan pun termasuk di bawah akta ini. Bukan setakat barangan tetapi juga servis.

Yang Berhormat Shah Alam ada bertanya adakah penyiasatan hanya bergantung kepada aduan dan mengapa perlu kuasa geledah tanpa waran. Jadi kepada Yang Berhormat Shah Alam, memang di bawah fasal 19 rang undang- undang ini memperuntukkan bahawa seorang penolong pengawal boleh menjalankan penyiasatan sekiranya ada alasan munasabah. Begitu juga dari segi aduan memang di bawah perkara fasal 20 ada disebutkan jelas bahawa tindakan

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

boleh dilakukan apabila adanya aduan. Kuasa geledah tanpa waran di bawah Fasal 30 boleh dibuat apabila ada sebab munasabah yang boleh dipercayai bahawa kelewatan ataupun kelengahan untuk mendapatkan waran akan menyebabkan satu siasatan akan terjejas atau bukti yang terlibat mungkin akan dimusnahkan atau dipindahkan.

Yang Berhormat Tangga Batu menyarankan supaya dinaikkan elaun untuk Pegawai Pembantu Hal Ehwal Pengguna Parlimen dan juga diberikan kad. Itu kita akan pertimbangkan. Begitu juga dengan cadangan supaya laporan tentang harga dibentangkan di dalam setiap kali mesyuarat majlis daerah dan sebagainya, saya kira merupakan cadangan yang baik dan boleh kita pertimbangkan dan boleh kita cadangkan kepada pihak berkuasa.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini...

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya?

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Sedikit berhubung dengan waran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat kepada Fasal 30 berhubung dengan menggeledah tanpa waran, kemudian 29 menggeledah dengan waran dan 33, walaupun waran cacat, ini bukan orang cacat, waran yang cacat pun dibenarkan untuk digeledah. Jadi saya tidak faham macam mana yang dimaksudkan dengan waran yang cacat dalam hal ini. Padahal kalau tanpa waran pun pegawai itu berhak untuk menggeledah. Macam mana dia bawa waran yang cacat? Maksudnya bagaimana waran yang cacat itu? Lebih baik tanpa waran kalau macam itu. Tidak perlu ada 33.

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya, setuju.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Maknanya kalau waran yang tidak lengkap pun boleh diterima. Maknanya as long as ada sebab munasabah yang dipercayai bahawa dokumen ataupun bukti akan diselewengkan. Kalau pergi tanpa waran pun boleh ataupun kalau sudah ambil waran tiba-tiba ada defect dalam waran itu dari segi pengisian dokumen makluman dalam waran itu misalnya salah, tidak tepat pun kita boleh anggap sebagai terima juga kerana di dalam perkara ini kita tidak hendak supaya nanti pergi balik ke mahkamah tukar dapat waran yang baru dan waktu itu maka bila sampai ke tempat yang berkaitan bukti pun sudah tidak ada. Mungkin ada keadaan tertentu yang sudah ambil waran tetapi waran itu ada masalah.

final • 12:30 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Lembah Pantai mencadangkan tempoh masa, saya dah sebut tadi. Kita bersetuju, kita akan lihat perkara ini dan bersetuju untuk kita adakan grace period. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya berapa kadar elaun yang diberikan kepada Ahli Majlis Penasihat Harga. Setakat ini tiada peruntukan di dalam akta ini yang menyebut tentang kadar elaun, tetapi kalau kita merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2009 mengatakan tidak lebih daripada RM300 setiap kali mesyuarat. Akan tetapi itu dalam pekeliling, tetapi setakat ini di dalam akta ini tidak ada diperuntukkan.

Yang Berhormat Beruas ada bertanya sama ada fasal 61 dan 62, adakah bermakna tiada tindakan sivil boleh diambil kepada pegawai penguat kuasa.

Fasal 61 dan 62 memperuntukkan bahawa adalah menjadi pembelaan kepada mana-mana penjawat awam untuk tidak dikenakan tindakan sivil sekiranya beliau

final • 12:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

menjalankan tanggungjawab dengan suci hati atas sebab-sebab yang munasabah di dalam menjalankan tugas berdasarkan akta ini. Walau bagaimanapun tidak bermakna mereka tidak boleh diambil tindakan jika ada kecuaian dan bertindak tanpa suci hati. Tindakan boleh diambil dengan menuntut pampasan atas kerugian ataupun semakan kehakiman di mahkamah.

Yang Berhormat Kota Melaka menetapkan tentang harga minimum, saya dah sebutkan tadi untuk menjaga kepentingan peniaga-peniaga kecil dengan memperuntukkan lost leader dan sebagainya. Yang Berhormat Kota Melaka bertanya bagaimana terlalu banyak barangan di pasaran, bagaimana kita hendak kawal dari segi harga? Saya dah sebutkan tadi bahawa kita tidak akan meletakkan harga barangan kesemua produk-produk yang ada di pasaran.

Yang Berhormat Indera Mahkota berkata kenapa kita ada lagi Majlis Penasihat Harga, ada lagi pengawal-pengawal, tidakkah ini akan menambahkan lagi jumlah pegawai-pegawai? Adakah ini hasrat kerajaan untuk menambah pegawai-pegawai dan sebagainya. Kepada rakan saya Yang Berhormat Indera Mahkota, saya hendak sebutkan bahawa untuk ketua pengawal, kita tidak akan melantik yang baru. Ianya boleh dilantik di kalangan pegawai kementerian yang ada, mungkin KSU dan sebagainya. Boleh kita lantik daripada dalam. Untuk Majlis Penasihat Harga, ianya bukanlah perkara yang baru kerana di dalam Akta Kawalan Harga 1946 telah pun ada penasihat itu. Cuma di bawah Akta Kawalan Harga 1946, ianya dipanggil Majlis Penasihat Negara Bagi Perlindungan Pengguna.

Di bawah Majlis Penasihat Harga yang baru ini, kita cuma menambahbaikkan dari segi skop tugas dan fungsi. Jadi tidak ada pertambahan pegawai-pegawai yang akan kita lakukan. Ini tentang barang formal...

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Indeks, indeks.

final • 12:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Oh ya sorry. Indeks tadi kita tidak menetapkan di dalam Akta Kawalan Harga dan Pencatutan tetapi dalam soal mutu, kualiti dan sebagainya, kita kawal di bawah Akta Perlindungan Pengguna.

Di bawah Akta Perlindungan Pengguna kita dapat mengawalnya dari segi penjualan produk-produk yang tidak berkualiti dan sebagainya kepada pengguna tetapi tidak ada di dalam akta ini.

Yang Berhormat sebut tentang black market dan sebagainya. Yang Berhormat, memang saya akur bahawa yang boleh kita kawal adalah formal market. Yang black market, macam mana kita hendak kawal? Tidak mungkin kita kawal sebab itu namanya pun black market, nama pun black economy. Kalau penyeludupan, barang-barang kita seludup dan penyeludup membuat keuntungan daripada penyeludupan. Tidak mungkin kita boleh mengawal keuntungan yang mereka buat. Yang kita kawal adalah penyeludup itu, tindakan menyeludup itu yang kita kawal. Jadi soal black economy memang kita tidak ada kawalan.

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Boleh? Kalau Yang Berhormat boleh beri cadangan, di luar nanti Yang Berhormat beri saya cadangan tersebut. Jadi saya rasa kita sudah sampai 12.45 tengah hari, saya kira setakat ini sahajalah yang dapat saya jawab. Kalau ada terlepas pandang di dalam saya memberikan jawapan ini, saya akan memberikan jawapan secara bertulis.

Sekali lagi saya bagi pihak kementerian amat berterima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat dan saya percaya Ahli Yang Berhormat yang tidak

final • 12:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

menyokong, yang menolak seperti Yang Berhormat Indera Mahkota pun mungkin selepas mendengar jawapan saya pun bersetuju supaya akta ini kita terima untuk melindungi kepentingan pengguna. Jadi sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan mohon mencadangkan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 12:40 PM
Fasal-fasal 1 hingga 63 -

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Pengerusi.

final • 12:46 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 12:46 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf ya saya tidak nampak yang lain. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin Yang Berhormat Menteri memberi beberapa penjelasan berkenaan beberapa fasal sebab fasal 4 dan fasal 5 memberi kuasa kepada pengawal untuk menentukan harga barangan dan caj bagi perkhidmatan. Akan tetapi mengapakah dalam Majlis Penasihat Harga, keanggotaan majlis itu tidak dengan jelasnya mengatakan bahawa pengawal adalah salah seorang anggotanya.

Walaupun dalam fasal 42(1)(b) ada menyatakan empat anggota yang mewakili kerajaan yang akan dilantik oleh menteri. Mengapa ia tidak jelaskan bahawa ia wajib, pengawal yang akan menentukan harga barangan dan perkhidmatan, ia diwajibkan menjadi salah seorang ahli Majlis Penasihat Harga.

Perkara berkenaan fasal 4, 5 dan 15. Saya rasa ini ada kaitannya berkenaan harga barangan dan caj bagi perkhidmatan dan pencatuannya. Yang Berhormat Menteri, sebelum ini pada bulan enam saya ada membangkitkan berkenaan harga drinking water, air suam. Tadi Yang Berhormat apabila mula menjawab rang undang-undang, Yang Berhormat ada menyatakan dengan adanya rang undang-undang ini, saya pasti ia akan menjadi akta, harga air suam boleh dikawal, bukan guna perkataan “kawal”, boleh ditetapkan harga maksimum dan harga minimumnya.

Akan tetapi persoalan yang membuat saya risau adalah berkenaan penentuan harga. Bagaimana pula dengan menjadikan, jika barangan itu adalah barangan asas, patut dicatatkan dalam rang undang-undang ini ia menjadi salah satu garis panduan juga. Saya beri contoh, drinking water yang dijual di lapangan terbang atau di dalam kapal terbang. Saya beri contoh, dinyatakan bahawa air mineral berharga RM3 di dalam kapal terbang, di mana penumpangnya tidak boleh membawa minumannya sendiri tetapi harus membeli. Kalau bukan membeli tiket premiumnya, mereka harus membeli minuman sendiri dan mineral water RM3, soft drink RM5.

final • 12:46 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kedua adalah lapangan terbang, apabila kita menunggu departure kita, saya rasa stalls yang menjual minuman berhampiran dengan gate tersebut, saya bagi contoh yang asas adalah drinking water or mineral water. Harganya patutlah munasabah.

final • 12:46 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Bagi saya kalau air yang sama boleh dijual di luar pada harga RM1.00 atau RM1.50 for drinking water or mineral water. Dalam lapangan terbang ini adalah minum air adalah asas, yang paling asas maaf ya, air yang paling asas.

Jadi caj tidaklah wajar dikenakan pada harga yang tinggi. Saya tidak boleh terima kerana kita dalam lapangan terbang, kerana kita dalam kapal terbang beribu-ribu dari paras laut tinggi, kaki. Itulah saya hendak bangkitkan berkenaan apabila ia melibatkan barangan asas.

Fasal 20 ia berkenaan dengan penolong pengawal boleh mendapat aduan daripada seseorang. Saya rasa rang undang-undang ini selepas dikuatkuasakan mempunyai satu impak yang sangat luas jika maklumat berkenaannya disampaikan kepada orang ramai. Berkenaan dengan bahawa mereka boleh sekarang ada ruangan, ada saluran untuk membuat aduan dengan ada tertubuhnya majlis dan selepas itu ada pengawal yang boleh menentukan harga barangan. Saya hendak tanya pihak kementerian apakah akan menubuhkan satu unit tertentu atau saluran tertentu untuk menerima aduan ini? Sebab dari rang undang-undang ini tiada menyatakan sebarang prosedur orang ramai buat aduan.

Ini hanya saya boleh nampak di bawah fasal 20 apabila penolong pengawal mendapat aduan. Kalau hendak jayakan penguatkuasaan mesti melibatkan orang ramai dan mesti ada satu saluran yang user friendly. Saya tahu ada laman web seperti e-aduan, hotmail, bukan hotmail, hotline. Juga perlu ada keberkesanannya mengambil tindakan yang pantas apabila menerima aduan orang ramai.

Saya ingin balik kepada penentuan harga, fasal 4 dan fasal 5. Kepada fasal 5 caj bagi perkhidmatan. Saya cuma ingin ambil kesempatan berkenaan caj perkhidmatan. Tadi saya kata barangan - air minuman, sekarang perkhidmatan.

Sebagai contoh internet access. Saya berpendapat, saya tidak tahu buat masa ini ada kawalan terhadapnya perkhidmatan internet yang diberikan dalam hotel.

Pandangan saya ia adalah satu kemudahan asas yang sangat penting pada era ini tetapi caj yang dikenakan pada pendapat saya adalah tinggi. 24 jam untuk RM50 ke RM70, ada hotel sedemikian, ada satu jam RM12.00. Mungkin pihak kementerian boleh mengambil perhatian. Saya tidak tahu mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan selepas ini apakah kementerian mampu untuk mengambil tindakan terhadap perkara yang melibatkan barangan asas atau perkhidmatan yang asas pada zaman sekarang. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pendang.

final • 12:50 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Fasal 4. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berhubung harga minimum dan maksimum. Seandainya seseorang peniaga memberikan diskaun yang terlalu tinggi biasanya kita tengok semasa musim perayaan sampai 80%, harga runtuh. Kadang-kadang dia kata beli satu dapat satu, memanglah beli satu dapat satulah, kalau beli dua dapat dua. Akan tetapi beli satu hadiah satu itu yang berlainannya ataupun beli barangan A dia bagi hadiah barangan B. Misalnya beli sofa kusyen dia bagi hadiah TV. Apakah ini diambil kira dalam penentuan harga yang Majlis Penentuan Harga ini, itu seksyen 4.

final • 12:53 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Kemudian tentang keuntungan maksimum bagi pihak yang memberikan perkhidmatan. Misalnya bagi kami mungkin di dalam bidang perubatan hospital kah, klinik kah. Sebab mengikut Akta Jagaan Kesihatan Swasta, Akta 586 tahun 1998 seksyen 106 dikatakan kerajaan menentukan fee sesuatu perkhidmatan.

Saya bagi contoh misalnya orang luka kita hendak jahit. Kalau satu jahitan kita guna satu benang. Dua jahitan pun satu benang juga, tiga pun satu benang.

Mungkin sampai 20 kita kena guna dua ataupun tiga benanglah. Satu benang dengan tiga benang mungkin kosnya sama tetapi apakah penilaian ini dibuat.

Ini kerana apabila kita lihat dalam seksyen 42 kita ada anggota profesional untuk menentukan harga-harga perkhidmatan yang ditentukan. Kepakaran mungkin berbeza tetapi jika sekiranya tidak ada pakar-pakar ini dalam Majlis Penentuan Harga ini mungkin agak sukar untuk anggota ini hendak menentukan harga. Sama ada sesuai atau tidak keuntungan yang berlebihan ataupun tidak di dalam menentukan harga tersebut.

Begitu juga dengan zon. Saya harap pihak kementerian perlu peka dalam hal ini. Misalnya zon di utara dengan di tengah ini berlainan. Harga misalnya nasi goreng di Kedah berlainan dengan nasi goreng di Gombak, di Chow Kit. Ini perlu diberi perhatian oleh kementerian kerana dari segi zon Sabah dan Sarawak mungkin jauh berbeza. Ikan bawal di Sabah RM4.00 sekilo sini mungkin sampai RM12.00 sekilo. Itu perbezaan yang perlu diberi perhatian tentang zon yang perlu diberi dalam anggota Majlis ini.

Tentang Yang Berhormat Batu Gajah saya hendak komen sedikit tadi, tentang air minuman. Saya pergi ke pameran di Guangzhou baru-baru ini.

Tentang air minuman hendak naik kapal terbang. Dia suruh kita minum dahulu kalau collapse dekat situ, mati dekat situ mungkin adalah racun. Kalau kita minum okey dia kata boleh masuk. Jadi saya rasa pengalaman ini boleh diamalkan oleh syarikat penerbangan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 12:53 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pertamanya saya hendak nyatakan pendirian dan mohon penerangan daripada pihak Menteri untuk fasal 4 iaitu berkenaan dengan (a), (b) dan (c). Iaitu kuasa yang diberi kepada pengawal yang mendapat kelulusan daripada Menteri untuk menyatakan apakah jenis barang, kelas-kelas tertentu barangan dan juga kualiti dan unit. Tadi pihak Menteri mengatakan tidak ada gambaran atau tidak ada cadangan untuk mengemukakan indeks. Saya hendak kepastian adakah fasal 4 ini sebenarnya tujuannya ialah untuk mengemukakan indeks berkenaan kelas- kelas barangan tertentu sehingga kepada kuantitinya pun dikelaskan. Di bahagian

(c) ada dinyatakan apa-apa unit dan kuantiti apa-apa barangan.

Adakah ini membayangkan sebenarnya hasrat ini menunjukkan indeks?

Akan tetapi barangkali kita tidak sebut secara terang-terangan yang akta ini kemudian akan melahirkan satu indeks kualiti barangan seluruh Malaysia untuk kepentingan pengguna barangkali. Saya tidak tahu mungkin ada tujuan lain.

Sebagaimana yang pihak Menteri sendiri barangkali sedar beberapa minggu yang lalu. Pihak Menteri menyatakan bahawa barangan asas untuk menghasilkan susu yang menjadi keperluan utama ataupun keperluan makanan asasi rakyat Malaysia tidak dapat dikawal kerana itu diakibatkan oleh kos yang terpaksa ditanggung akibat urusan yang diambil di luar negara. Tidak ada kaitan

final • 12:56 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

dengan kita, kita terpaksa menanggung sahaja peningkatan kos harga susu disebabkan oleh kos harga barangan raw material ataupun barangan asas yang dikeluarkan oleh negara luar bukan kos kita.

Ini bermakna kos yang diimport yang terpaksa dimasukkan dalam barangan yang kita tawarkan pada pengguna kita juga tidak dapat dikawal. Jadi pengawal harga ataupun kuasa pengawal harga ini adakah juga boleh menentukan kepada barangan yang terpaksa selama ini kita tanggung akibat kos kenaikan di luar negara diimport masuk dalam negara kita tanpa kawalan dan tidak dapat kita tentukan. Kita beri kuasa kepada pasukan pengawal harga atau pengawal harga ini menentukan kadar silingnya. Itu sangat mustahak kerana kita ada banyak barangan yang terpaksa bergantung kepada barangan yang diimport untuk keluaran asas.

Fasal ke 8 sekali lagi saya tidak sempat hendak beritahu, tidak sempat hendak minta penjelasan iaitu berkenaan dengan barangan yang harganya ditentukan termasuk cukai. Di sini ada beberapa clarification yang sangat mustahak pada pendirian saya. Ini kerana untuk menyatakan harga barang yang terpaksa dijual kepada pengguna. Selain daripada mengambil kira raw material barangan asas dengan izin. Kemudian di campur dengan beberapa perkhidmatan menjadikan barangan yang furnish product, dengan izin. Akhirnya menjadi harga pengguna (consumer price) yang berada di tempat-tempat pameran untuk dinikmati oleh pengguna. Sekarang ini termasuk pula satu harga lain iaitu harga yang jumlah ataupun amaun which is considered the tax figure, dengan izin, yang terpaksa diambil kira untuk menentukan sesuatu harga itu.

Berkenaan dengan cukai ini saya hendak tahu daripada pihak Menteri.

Cukai yang ditakrifkan ini cukai apa? Cukai perkhidmatan sahaja? Cukai barangan, cukai import, cukai pendapatan atau cukai pintu atau cukai apa?

Apakah klasifikasi cukai? Kalau hendak dikira...

final • 12:56 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sambung petang Yang Berhormat.

final • 12:56 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 12:56 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-Ahli Yang Berhormat Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang.

final • 12:56 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Peraturan Tuan Pengerusi. Tidak balik kepada Majlis Mesyuarat, tidak balik pada Majlis?

final • 12:56 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:56 PM

Majlis Mesyuarat bersidang semula. Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-Ahli Yang Berhormat Mesyuarat ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa

final • 12:56 PM

Majlis Mesyuarat bersidang semula. Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 12:56 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Indera Mahkota, saya ingin memperingatkan ini peringkat Jawatankuasa, berbahas ataupun bertanya seperti peringkat Jawatankuasa. Sila Yang Berhormat.

final • 12:56 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya di peringkat Jawatankuasa ini ingin menyambung untuk merujuk khusus kepada dua seksyen sahaja yang dibincangkan sekarang iaitu seksyen 19 dan juga seksyen 29.

Seksyen 19 yang lanjutan daripada aspek penentuan harga tadi. Saya hendak membangkitkan maksud yang hendak dinyatakan di sini iaitu berkenaan dengan aspek pengauditan. Adakah akta atau rang undang-undang ini bermaksud kita terpaksa mewujudkan satu lembaga khas atau badan khas yang mengaudit keseluruhan undang-undang ini sekiranya berlaku sesuatu dispute ataupun memang menjadi prosedur biasa yang badan ini atau Majlis Penasihat Harga ini melakukan pengauditan terhadap barang-barang yang disebut sebagai terkandung di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan ini?

Perkara 29 yang terakhir iaitu yang menyebut tentang kuasa memasuki premis, waran geledah dan juga diikuti dengan tindakan-tindakan yang diambil berdasarkan kepada kesalahan-kesalahan yang mungkin terbit daripada kes penyiasatan-penyiasatan yang akan dibuat dalam akta ini.

Tuan Pengerusi, adakah kementerian juga melihat tentang infrastruktur kaedah penyiasatan yang perlu diperkenalkan dalam masa kita mengambil inisiatif untuk menyiasat dan juga menggeledah atau memasuki premis? Saya menyebut perkara ini kerana seksyen 29 ini nampaknya ada persamaannya dengan mana- mana prosedur penyiasatan termasuk juga penyiasatan cukai, pelarian cukai dan kesalahan-kesalahan yang ditakrifkan daripada menghilangkan hasil ataupun revenue Kerajaan Persekutuan.

Seksyen 29 juga meletakkan kuasa-kuasa khas yang diberi untuk membolehkan ditimbulkan aspek pelarian-pelarian atau penyembunyian rekod- rekod perniagaan dan pengisytiharan keuntungan. Jadi saya hendak bertanya kepada pihak Menteri, adakah kita telah menyediakan satu infrastruktur penyiasatan yang lengkap untuk tujuan ini? Ini kerana apabila kita tengok, banyak perkara yang bertindih.

Sebagai contoh dalam isu industri kosmetik baru-baru ini, kita tengok ada satu insiden yang agak besar yang menjadi perhatian umum apabila yang terlibat itu seorang tokoh pemain utama industri kosmetik telah terlibat dalam kejadian bunuh dan sebagainya. Maka sudah tentu industri ini menjadi perhatian dan juga sekiranya terdapat isu harga atau isu pengambilan untung yang berlebihan, melampau dan sebagainya dalam industri ini, agak sukar pada pihak kementerian untuk mengambil tindakan kerana isu ini telah jatuh kepada concurrent list yang diambil alih oleh pihak berkuasa polis dalam urusan jenayah yang lebih berat atau lebih besar daripada itu.

Jadi sekiranya seksyen 29 hendak dikuatkuasakan, adakah pihak kementerian Yang Berhormat terpaksa menunggu penyelesaian terhadap pihak

final • 2:32 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

berkuasa yang lain yang lebih utama yang juga menyita dokumen dan bahan- bahan bukti yang sama sehingga pada peringkat Yang Berhormat atau kementerian Yang Berhormat mengambil tindakan barang-barang atau dokumen- dokumen itu dianggap telah luput dan telah pun tidak dapat menjadi asas kepada pendakwaan? Kita kena faham dan saya juga faham bahawa sebahagian besar daripada ruang lingkup penyiasatan ini telah dibuka lebih kepada jangkauan biasa iaitu mengambil kira dokumen, maklumat-maklumat perincian komputer dan juga barang-barang yang digunakan dalam sesuatu industri itu. Ini bermakna tarikh luput kepada produk itu selain daripada dokumentasi, nampaknya menjadi satu kekangan atau halangan kepada Yang Berhormat untuk menunjukkan apakah infrastruktur skop penyiasatan itu perlu diperincikan supaya akhirnya tidak dilihat undang-undang ini adalah undang-undang yang boleh dipergunakan atau dijadikan asas untuk menjadikan loophole dengan izin, ataupun satu bidang untuk melarikan diri daripada asas undang-undang.

Oleh kerana itu, seksyen 30 hasil daripada seksyen 29 tadi yang memasukkan kuasa-kuasa menggeledah dan menyita tadi tidak diperincikan dengan jelas bagaimana saluran tindakan itu dibuat sehingga kepada adanya kuasa rayuan atau special committee yang selalunya untuk kaedah-kaedah penyiasatan akan diberi kepada public supaya dilihat mengimbangi keadilan daripada pihak berkuasa dan juga orang awam yang dikenakan undang-undang ini. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.

final • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 2:32 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dalam Bahagian IV – Antipencatutan – kesalahan mencatut dan juga mekanisme menentukan keuntungan di sini yang tidak munasabah. Saya tidak tahu bagaimana dalam hal yang berkaitan dengan kontrak-kontrak pembinaan dan sebagainya ini yang kadang-kadang ada ruang untuk berlakunya pengambilan keuntungan yang berlebihan daripada harga yang sebenarnya.

Jadi saya hendak tanya adakah dalam Bahagian IV dan juga seksyen 14 dan juga seksyen 15 ini, ia boleh meliputi hal-hal yang berkaitan dengan soal kontrak? Saya tunjuk contoh. Ini melibatkan kerajaan dan agensi kerajaan sendiri.

Apabila satu-satu pembinaan untuk projek-projek kerajaan umpamanya, JKR selalunya telah pun menentukan harga siling.

final • 2:38 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kemudiannya tiba-tiba bila di award kan kepada satu-satu kontraktor itu, ia melebihi daripada harga siling. Jadi bermakna bahawa di situ dari segi JKR nya, Menteri Kerja Raya nya yang bertanggungjawab kepada JKR ini, dia sudah tahu tentang harga-harga siling seperti mana yang disebutkan dalam hal ini maknanya ada barangan-barangan yang akan ditentu nanti oleh undang-undang ini harga silingnya. Jadi JKR akan menentukan harga-harga siling, tiba-tiba bila di award kan, macam ada sesuatu yang tidak kena, apabila di award kerana harga yang melebihi daripada harga siling.

Ini berlaku dalam banyak projek-projek kerajaan khususnya dalam projek- projek Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya difahamkan dalam projek Rancangan Malaysia Kesembilan ini banyak projek yang akhirnya melebihi harga siling dan menjadikan sebahagian daripada projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan itu tidak dapat dilaksanakan kerana projek yang awal itu telah

final • 2:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

melebihi harga siling terpaksa diganjak sebahagian projek itu ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Jadi saya ada proof berkaitan dengan projek-projek kerajaan ini yang menunjukkan bahawa JKR meletakkan harga siling sekian banyak, tiba-tiba di award kan, diberikan kepada kontraktor itu ialah dengan harga yang melebihi sampai RM40, RM50 dan RM60 juta lebih. Bukan lebih sedikit-sedikit ini, jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya. Sila Yang Berhormat Menteri. Ada lagikah?

final • 2:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Minta maaf, Yang Berhormat Jasin.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya hendak merujuk kepada Bahagian 3 iaitu Perkara 15. Mekanisme menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah. Yang disebutkan di sini menteri hendaklah menetapkan mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi tidak munasabah dan jenis mekanisme. Di sini saya ingin merujuk kepada industri perumahan yang pada ketika ini menunjukkan satu peningkatan yang cukup ketara terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Adakah kerajaan pada ketika ini menetapkan supaya semua projek perumahan yang baru hendak dilancar, supaya ditetapkan satu harga siling dan pemaju-pemaju tidak dibolehkan menaikkan harga selain daripada harga yang ditetapkan semasa launching, selepas itu tidak boleh dinaikkan harga. Ini kerana apa yang kita lihat pada ketika ini harga tertinggi yang dicatatkan di Kuala Lumpur sebanyak RM2,000 satu kaki persegi untuk perumahan. Kita takut benda ini apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi sebagai bubble. Ini kerana apa yang terjadi semasa krisis ekonomi di Amerika disebabkan oleh krisis sub prime hartanah yang mungkin kita takut kalau boleh perkara ini dapat disekat oleh kerajaan supaya kerajaan dapat menetapkan satu mekanisme untuk semua projek perumahan kerana projek-projek perumahanlah yang menyebabkan rumah-rumah biasa yang akan dijual dengan harga yang mungkin luar daripada keupayaan pembeli. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya menjawab saya ingin mengalu-alukan kedatangan delegasi daripada Iran yang ada bersama kita di belakang. [Tepuk] Yang Berhormat Batu Gajah ada membangkitkan mengenai kenapa Majlis Penasihat Harga tidak dipengerusikan oleh ketua setiausaha dan sebagainya. Kenapa ketua setiausaha tidak berada di Majlis Penasihat Harga dan tidak berada sebagai pegawai pengawal dan sebagainya.

Saya ingin memaklumkan bahawa dalam akta ini jelas iaitu di bawah fasal mengenai anggota Majlis Penasihat Harga, ianya menetapkan bahawa pengerusi hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha (KSU) ataupun wakil iaitu fasal 42(1)(a), jelas menunjukkan bahawa Ketua Setiausaha sebagai pengerusi atau

final • 2:43 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

wakilnya. Pengawal di dalam kementerian adalah Ketua Setiausaha. Jadi Ketua Setiausaha adalah pengawal ini seperti yang dikatakan oleh - bagi menjawab Yang Berhormat Batu Gajah tadi.

Yang Berhormat Batu Gajah bertanya mengenai drinking water. Dia sebutkan tentang drinking water kenapa terlalu mahal di dalam kapal terbang, terlalu mahal di airport dan sebagainya. Adakah kerajaan akan menetapkan harga kawalan terhadap drinking water. Jadi saya sudah beritahu tadi bahawa di dalam fasal 15(2) beberapa keadaan tertentu yang menyebabkan harganya berbeza- beza dari segi kos, dari segi keadaan geografi dan sebagainya. Ianya menyebabkan keadaan itu berbeza-beza. Adalah sukar bagi kerajaan untuk menetapkan harga drinking water sebagai harga terkawal.

Saya sudah sebut tadi di lapangan terbang mungkin berbeza, kerana kosnya berbeza. Di hotel mungkin berbeza, di warung mungkin berbeza, di restoran kecil mungkin berbeza, di restoran besar mungkin berbeza. Jadi tidak mungkin kita boleh mewujudkan satu standard harga yang menyeluruh di semua keadaan kerana seksyen 15(2) membenarkan perkara ini. Jadi sebab itulah kita tidak menetapkan harga. Walau bagaimanapun jika ada dilihat bahawa terdapat sebab-sebab yang tidak munasabah untuk menjual barang itu terlalu melebihi harga yang sepatutnya, maka fasal 14(1) boleh digunakan dan pegawai boleh menyiasat perkara ini dengan menggunakan fasal 19 dan juga fasal 21 Boleh menyiasat kalau katakan drinking water yang dijual terlalu mahal atau ada aduan seperti Yang Berhormat Batu Gajah boleh membuat aduan dan pegawai boleh menyiasat aduan tersebut. Jadi tidak perlu kita tetapkan harga, tetapi boleh menyiasat dan jika ada pencatutan tindakan boleh diambil kepada mereka.

Jadi cadangan Yang Berhormat Batu Gajah supaya diwujudkan unit khas untuk aduan tersebut. Saya rasa ini merupakan satu cadangan yang baik dan insya-Allah kita akan pertimbangkan perkara ini kerana pihak kementerian sebenarnya telah pun mempunyai unit aduannya tersendiri untuk kes-kes yang melibatkan pengguna. Sudah ada dah. Akan tetapi kalau ada keperluan untuk mewujudkan unit khas seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, insya-Allah kita akan memberikan pertimbangan.

Mengenai caj internet yang terlalu tinggi dan sebagainya. Ianya termasuk di dalam akta ini yang boleh disiasat jika benar. Caj yang dikenakan terlalu tinggi dan dianggap sebagai pencatutan kita boleh menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

Yang Berhormat Pendang ada membangkitkan mengenai tiada pihak yang pakar di dalam Majlis Penasihat Harga yang akan ditubuhkan. Saya ingin menyangkal dakwaan tersebut kerana di dalam keanggotaan majlis, fasal 42(1)(c), ada menyebutkan bahawa selain daripada pihak yang dikatakan berkaitan dengan industri berkaitan dengan perlindungan pengguna ada disambung iaitu, “atau apa- apa kelayakan yang sesuai yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh menteri”.

Bermakna Menteri boleh melantik sesiapa sahaja yang mempunyai kepakaran. Tadi disebutkan tentang pakar bedah misalnya, doktor yang pakar tentang pembedahan ini. Bagaimana hendak tentukan jahit ini, satu jahit, dua jahit, tiga jahit, apakah dianggap sebagai profiteering dan sebagainya. Kalau dicaj yang mahal dan sebagainya ianya boleh kita lantik di kalangan sesiapa sahaja yang dianggap sesuai oleh Menteri. Begitu juga Yang Berhormat Sri Gading kata, kalau buat songket, songket kerana buat secara tangan mestilah mahal daripada mesin, adakah itu profiteering?

final • 2:43 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ada yang sampai RM10,000 kalau buat menggunakan handmade. Jadi ini adalah perkara-perkara yang boleh kita pertimbangkan. Pakar-pakar tersebut boleh kita masukkan di dalam keanggotaan majlis ini. Itu mengikut perkara 42 tadi iaitu boleh kita masukkan. Yang Berhormat Indera Mahkota ada menyebut mengenai soal yang sama juga iaitu mengenai fasal 8 tentang caj, tentang cukai.

Dia ada sebut dua perkara. Pertama mengenai cukai dan yang kedua mengenai indeks kualiti di bawah fasal 4 tadi. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Indera Mahkota, fasal 4 tidak bertujuan untuk membuat penentuan dari segi indeks kualiti dan sebagainya.

Fasal 4 hanya khusus mengenai penetapan harga berdasarkan barangan atau pun kelas barangan. Mengenai fasal 8, fasal yang perlu kita adakan iaitu kita tidak mahu peniaga-peniaga menggunakan alasan-alasan cukai dan sebagainya untuk ditambahkan lagi kepada harga yang telah ditetapkan di pasaran tersebut.

Katakan harga A telah ditetapkan. Jadi, kita akan masukkan segala cukai secara langsung, cukai secara tidak langsung, dan sebagainya. Itu dijadikan sebagai harga yang ditawarkan.

Jikalau kita membebaskan mereka menentukan untuk memasukkan cukai- cukai dan sebagainya, jadi lebih senang mereka mahu memanipulasi pengguna dengan memasukkan cukai itu, cukai ini, dan berbagai-bagai cukai lagi. Ini akan menimbulkan masalah kepada kita. Oleh sebab itulah akta ini kata bahawa jika harga barangan atau caj ditentukan di bahagian ini, harga atau perkhidmatan tersebut hendaklah termasuk semua cukai, duty atau apa-apa caj kerajaan selain.

Tidak kiralah cukai langsung atau tidak langsung dan sebagainya terus dijadikan sebagai satu harga yang termasuk di dalam harga tadi. 1Malaysia 1Harga.

final • 2:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa cukai ini adalah elemennya kos sejarah? Maknanya cukai ini kita tidak boleh menekan atau tidak boleh menetapkan bahawa yang kita ambil terdahulu itu sebagai satu yang muktamad. Ini kerana kaedah percukaian ini ia berdasar kepada kos sejarah.

Maksudnya selepas segala-gala ditentukan dan dilaksanakan baru wujud elemen cukai.

Kalau kita advancedkan dengan izin kita mendahulukan anggaran kita terhadap cukai sudah tentu pada akhir tempoh itu kita terpaksa revised semula.

Oleh sebab itu, persoalan saya tadi adakah kita mahu perkenalkan satu kaedah pengauditan? Ini kerana elemen cukai dimasukkan untuk menentukan harga barang sudah tentu pada akhir tempohnya kita terpaksa revised, sebab apa?

Sebab elemen cukai itu elemen kos sejarah. Saya mahu tanya.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tidak, kita tidak akan memberi ruang lagi kepada peniaga untuk memasukkan apa-apa yang berkaitan dengan cukai di dalam harga barang yang telah ditetapkan. Saya rasa kalau kita berjual barangan ini, semuanya telah diambil kira tentang apa cukai dan sebagainya. Tidak mungkin selepas itu akan ada lagi cukai yang baru yang ingin dimasukkan. Akan tetapi kalau kita membenarkan peniaga-peniaga ini, maka mereka akan mengambil kesempatan. Kita tidak mahu ada kesempatan diambil oleh peniaga untuk sengaja memasukkan apa sahaja perkara yang boleh mereka masukkan termasuk cukai yang tidak difahami oleh pengguna-pengguna itu.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ada berkaitan dengan...

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh saya - Ini soal elemen cukai. Tiba-tiba rokok naik harga. [Ketawa] Apakah harga asal rokok ini bukankah asalnya RM3 lebih...

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Hah! Ya.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

RM4 lebih...

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bermakna yang naik...

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

RM9 lebih apakah itu tidak...

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Apabila cukai rokok itu naik...

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak, bukan...

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ia terus masuk di dalam harga rokok.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan sudah lama naik. Akan tetapi tiba-tiba naik. Kita...

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Katakanlah...

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak tahulah. Saya bertanya ini Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey. [Ketawa]

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jangan salah faham pula. Bukan saya menyokong orang merokok, bukan.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya ingin tahu tadi dikaitkan harga itu tidak akan revised mungkin untuk satu tempoh masa. Apa akan terjadi tentang foreign exchange atau pertukaran wang ini jika untuk membekal ini kosnya banyak berlainan? Oleh sebab itu jika keadaan begini mengapa tidak boleh diminta untuk revised tentang harga yang menentukan.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, bukan saya sebut tidak boleh revised. Akan tetapi kita tidak benarkan sewaktu jualan itu akan diadakan tambahan-tambahan. Tambahan cukai dan forex pula. Jadi, pengguna nanti akan terkeliru dan tertipu kerana peniaga-peniaga akan ambil kesempatan. Katakan sekarang ini tukaran wang kita katakan mereka boleh tambah misalnya. Jadi, mereka akan tambahan di dalam bil yang pengguna akan terima harga plus, plus, dan plus. Kita tidak mahu harga plus, plus dengan izin. Kita tidak mahu harga plus kenaikan nilai mata wang. Kenaikan ada cukai itu dan ini naik sewaktu pembelian tersebut. Kita mahu supaya apa sahaja yang mahu dimasukkan kenaikan tersebut boleh revised harga barang tetapi terus masukkan menjadi nett kepada pembeli apabila membeli. Mereka tidak perlu melihat atau ada lagi plus, plus, dan plus yang lain. Itu sahaja, boleh revise anytime rokok tadi.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kita boleh revise harga katakan harga RM5 kita jadi RM5.60. RM5.60 kita jual seperti itu sahaja atau RM10. Tidak ada kita tambah RM10 campur dengan cukai ini, campur dengan kenaikan mata wang.

Akhirnya jadi RM12 kerana plus, plus, plus, dan sebagainya. Kita tidak mahu.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, saya setuju penjelasan ini. Yang Berhormat Menteri jika tadi dikatakan tiada pengauditan. Jika tiada pengauditan, apakah tempoh masa yang ditentukan dalam akta ini supaya buat revised tentang harga? Tidak mungkin kita akan tetapkan satu harga dan dengan satu masa yang agak panjang dan tidak ada interval revision atau bagaimana?

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey. Kita tidak tetapkan harga.

Sekarang tidak timbul soal menetapkan harga tadi. Penetapan harga tidak ada.

Saya tidak kata yang bahawa harga itu ditetapkan sebagai harga kawalan seperti itu. Maksud saya katakan sesuatu jenis barangan itu dijual. Kalau kita membenarkan boleh diletakkan plus, plus tadi ia akan mengelirukan pengguna.

Jadi, penjual yang membeli itu boleh meletakkan harga apa sahaja tetapi tanpa plus, plus tadi. Kita tidak tetapkan harganya. Harganya terserah kepada peniaga.

Akan tetapi yang kita kawal adalah dari segi kenaikan harga tadi.

Kalau ada kenaikan harga memang kita akan kawal melalui harga ini. Itu tidak timbul. Soal yang dibangkitkan oleh rakan kita tadi ialah kenapa kita tidak boleh di dalam akta ini membenarkan kita masukkan elemen-elemen cukai dan sebagainya di dalam harga yang mahu dijual. Saya kata tidak boleh. Kita masukkan terus. Tidak boleh ada plus, plus sewaktu pengguna membeli barangan tersebut. Ini dari segi audit tadi.

Sebenarnya memang kita tidak ada pengauditan setiap produk yang dikeluarkan. Cuma, seperti saya sebutkan tadi apabila ada aduan mengenai produk yang dijualkan melebihi daripada harga yang sepatutnya, maka pihak pengawal akan mengarahkan pihak penguat kuasa untuk menjalankan siasatan.

Jika difikirkan ada profiteering dengan izin maka diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk menentukan ada kes atau tidak. Mungkin dari segi untuk mengkaji sama ada ia profiteering atau tidak, maka, pendakwa rayalah yang akan menentukan. Jadi, kita tidak menetapkan pengauditan atau pun diaudit dan sebagainya. Ini dari segi kod kolaborasi...

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Indera Mahkota ada sebut mengenai...

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Prosedur. Sebentar...

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Adakah itu bermakna bahawa harganya maksimum dan minimum itu hanya ditentukan selepas daripada aduan tentang barang yang tertentu itu?

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tidak, kita tidak meletakkan harga maksimum. Kalau Yang Berhormat Kota Melaka masuk pagi tadi..

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Daripada awal, kita kata kita ada dua cara. Pertama menetapkan harga seperti Akta Kawalan Harga pada hari ini. Kita tidak tetapkan semua harga, gula. Apa yang kita tetapkan harga pada hari ini kita tetapkan. Akan tetapi yang lain-lain kita tidak tetap. Hand phone misalnya kita tidak tetapkan harga. Kita tidak tetap dan tidak ada penetapan.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kita tetap harga barang-barang terkawal, kita tetap. Gula, gandum, minyak masak macam itu sahaja - itu kita tetapkan, yang lain kita tidak tetapkan. Akan tetapi kita akan bertindak jikalau ada pencatutan. Katakan harga ini sepatutnya RM1,500 tiba-tiba jual RM5,000. Jadi kita kata, “Oh, look!” Harga air 10 sen tiba- tiba jual RM1, then kita akan siasat, itu sahaja. Tidak ada penetapan harga.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Ini saya betul-betul hendak penjelasan ini. Bermaksud ketika akta ini akan

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

berkuat kuasa, masih lagi ada barang-barang yang ditentukan sebagai barang- barang kawalan.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Setuju. Itu sudah - memang cekap.

Memang setuju.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itu sudah ditetapkan begitu maksudnya akan berlaku profiteering ini apabila berlaku aduan. Selama ada willing buyer willing seller apa pun harganya selain daripada barang-barang kawalan itu boleh diterima oleh kementerian. Apakah itu maksudnya?

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bukan. Maksudnya - harga-harga lain ia ada dua jenis, harga yang ditetapkan harga kawalan kita memang tetap. Akan tetapi harga lain walaupun kita boleh kata willing seller willing buyer. Ia ada dua cara dalam akta ini iaitu fasal 20 - kalau ada aduan. That is right, kalau ada aduan.

Akan tetapi kalau Yang Berhormat Kuala Selangor kata willing seller willing buyer tidak ada aduanlah. Air yang harga 10 sen jadi RM1, tidak ada aduanlah. Fine!

Akan tetapi fasal 19 mengatakan pihak penolong, pihak pengawal boleh menyiasat kalau ia mengesyaki ada profiteering. Maknanya walaupun ada willing seller willing buyer tadi yang kata, “No problemlah air suam RM1,” tetapi kalau pihak kerajaan mengatakan itu adalah profiteering kita boleh menyiasat dan mengambil tindakan.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya?

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tanpa aduan?

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tanpa aduan... Terima kasih.

Cadangan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota tadi iaitu perlu atau tidak kita mewujudkan prosedur, standard SOP – standard operating procedure mengenai siasatan bagaimana barang-barang yang disita, bagaimana cara untuk penyimpanan dan sebagainya. Setakat akta ini tidak diperjelaskan.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat Indera Mahkota, saya berterima kasih dengan pandangan yang begitu baik. Kita boleh di bawah kuasa di bawah akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan termasuk standard operating procedure mengenai siasatan, penyimpanan barangan dan sebagainya. Insya- Allah, perkara itu kita akan detailkan selepas kita membuat peraturan yang lengkap selepas akta ini diluluskan. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Baru sekali saya setuju dengan ia hari ini, yang lain tadi semua saya tidak setuju. Terima kasih.

Akhirnya Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena ini yang dibangkitkan mengenai kontrak tadi Yang Berhormat Pokok Sena mengenai VO, mengenai kontrak dan sebagainya. Perkara ini tidak termasuk di dalam akta ini kerana ia melibatkan kontrak dan tender. Tidak, ia terkeluar daripada sini. Soal tender dan sebagainya tidak termasuk. Ini adalah soal pembelian barangan bukan termasuk tender dan sebagainya. Jadi itu boleh challenge di mahkamah dari segi kontrak yang dibuat. Jadi terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Itu sahaja yang dapat saya jawab untuk peringkat jawatankuasa. Terima kasih, assalamualaikum.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Fasal-fasal 1 hingga 63 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 3:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG PEMBERI PINJAM WANG (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Wira Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pindaan terakhir terhadap Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 atau dikenali sebagai Akta 400 telah dibuat pada tahun 2003 yang telah berkuat kuasa mulai 1 November 2003 dan susulan iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun mengambil alih sepenuhnya urusan pentadbiran Akta 400 tersebut daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 30 November 2005 telah pun bersetuju dengan pemeluasan pemakaian Akta 400 ke Sarawak, Sabah dan Labuan serta pemansuhan Ordinan Pemberi Pinjam Wang Sarawak serta Ordinan Pemberi Pinjam Wang Sabah berkuat kuasa pada tarikh perintah Yang di-Pertuan Agong ditandatangani.

Tuan Yang di-Pertua, dengan berkuatkuasanya Perintah Negeri-negeri Sabah dan Sarawak (Pemeluasan dan Ubah Suaian Akta Pemberi Pinjam Wang 1951) 2007 dan Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemeluasan dan Ubah Suaian Akta Pemberi Pinjam Wang 1951) 2007 pada 1 Januari 2008, maka Ordinan Pemberi Pinjam Wang Sarawak 1912 serta Ordinan Pemberi Pinjam Wang Sabah 1901 yang diguna pakai di Sabah dan Sarawak telah pun dimansuhkan.

Walaupun diletakkan di bawah portfolio Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Akta 400 tersebut juga memperuntukkan kuasa-kuasa penguat kuasa kepada pasukan Polis Diraja Malaysia untuk membantu dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut. Di negeri Sabah dan Sarawak pula, pentadbiran Akta 400 dilaksanakan melalui perwakilan kuasa pengeluaran lesen dan permit iklan pada Setiausaha Kerajaan Negeri, residen-residen di negeri Sarawak dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah serta hasilnya telah pun diakaunkan sebagai hasil negeri-negeri. Bagi pemakaian Akta 400 di Wilayah Persekutuan Labuan pula, kuasa pengeluaran lesen dan permit iklan diwakilkan kepada Perbadanan Labuan.

Semasa penyediaan rang undang-undang ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun mendapatkan pandangan daripada stakeholders dengan izin, yang berkaitan. Di antaranya ialah Kementerian Kewangan, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bursa Malaysia, Persatuan Pemberi Pinjam Wang Berlesen serta

final • 3:06 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Wira Chor Chee Heung

persatuan-persatuan pengguna yang terdiri daripada Gabungan Persatuan- persatuan Pengguna Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Beberapa sesi mesyuarat telah pun diadakan semenjak tahun 2007 dan yang terakhir adalah pada 17 November 2009 bagi membincangkan secara terperinci pindaan terhadap akta ini. Pada umumnya kesemua pihak mengalu-alukan cadangan pindaan kepada akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pemerhatian kementerian semenjak kebelakangan ini terdapat peningkatan kes-kes yang berhubung kait penyelewengan dan salah laku jenayah akibat aktiviti peminjaman wang sama ada yang berlesen atau sebaliknya.

final • 3:06 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Wira Chor Chee Heung

Selain kes-kes peminjaman wang haram yang juga dikenali sebagai ceti haram ataupun ‘ah long’ turut dikesan adalah kesalahan penipuan dan penindasan ke atas peminjam wang melalui pengenaan kadar faedah yang keterlaluan, penggunaan kekerasan, ugutan, ancaman dan berlakunya jenayah melampau yang dilakukan oleh pemberi pinjaman wang ke atas peminjam.

Walau bagaimanapun tindakan terhadap pesalah kebanyakan kes salah laku ini gagal diambil disebabkan peruntukan penguat kuasa di atas akta sedia ada kurang berkesan misalnya tidak memperuntukkan kesalahan-kesalahan tertentu seperti iklan oleh pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen. Tambahan pula hukuman dan denda yang dikenakan di bawah akta ini juga terlalu ringan dan tidak setimpal dengan situasi serta bentuk kesalahan yang telah pun dilakukan.

Sehubungan dengan itu, bagi melindungi dan mencegah orang ramai daripada terperangkap dengan ceti haram dan ‘ah long’ maka rang undang- undang ini dicadangkan iaitu Akta 400 dipinda bagi membolehkan perniagaan memberi pinjam wang dipantau dan dikawal selia dengan lebih menyeluruh. Pada masa yang sama ia juga membolehkan penguatkuasaan yang berkesan dan sempurna dilakukan untuk membendung pemberi pinjam wang daripada mengancam keselamatan peminjam-peminjam. Komitmen kerajaan terhadap pindaan Akta 400 ini juga telah pun dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak dalam ucapan bajet tahun 2010 bagi memastikan kepentingan rakyat terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan perkembangan perubahan kaedah urus niaga serta keperluan semasa aktiviti pemberi pinjaman wang maka dicadangkan pindaan menyeluruh dibuat kepada Akta 400.

Pindaan utama yang dicadangkan pada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 adalah seperti berikut;

(i) Fasal 4 rang undang-undang bertujuan meminda seksyen 2 Akta 400 berkenaan dengan takrif. Khususnya, pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk membina ungkapan “moneylender” dan memasukkan takrif “moneylending” untuk menjelaskan bahawa Akta 400 terpakai hanya bagi mana-mana orang yang memberikan pinjaman wang atas faedah sebagai suatu perniagaan; dan

(ii) Fasal 5 rang undang-undang bertujuan untuk meminda seksyen 2A Akta 400... dicadangkan khususnya untuk bahan-bahan, badan-badan ataupun organisasi- organisasi yang boleh terus dikecualikan daripada akta ini seperti yang tersenaraikan dalam jadual pertama yang

final • 3:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Wira Chor Chee Heung

baru. Ini kerana ianya telah didaftar dan dikawal selia oleh akta induk masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 4(1) akta ini bertujuan mengambil kira pengubahsuaian kepada seksyen 4(1) oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemeluasan dan Ubah Suaian Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951) 2007. Perintah Negeri-negeri Sabah dan Sarawak (Pemeluasan dan Pengubahsuaian Akta Pemberi Pinjam Wang 1951) 2007 bertujuan memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri bagi melantik pendaftar pemberi pinjam wang, timbalan pendaftar pemberi pinjam wang dan pegawai-pegawai pemeriksa di Wilayah Persekutuan Labuan Sabah dan Sarawak.

Pindaan seksyen 5 pula dicadangkan bagi merangkumi siapa yang mengumumkan ataupun mengiklankan dirinya menjalankan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen adalah melakukan suatu kesalahan. Di bawah peruntukan ini di samping mengekalkan tempoh hukuman penjara selama lima tahun dan sebatan bagi kesalahan berulang juga dicadangkan hukuman denda asal tidak kurang daripada RM20,000 tetapi tidak lebih daripada RM100,000 ditingkatkan kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 tetapi tidak melebihi RM1 juta.

Seksyen 5F akta ini dipinda dengan mewajibkan pemegang lesen mempamerkan lesen asal di premis pemberi pinjam wang. Ini bertujuan untuk memudahkan lesen tersebut dilihat oleh orang ramai. Mengelakkan pemberi pinjam wang mempamerkan lesen palsu dan juga bagi tujuan pemantauan oleh pegawai pemeriksa.

Seksyen 10E akta ini dipinda bagi menyegarkan proses penangkapan serta siasatan terhadap pemberi pinjam wang khususnya bagi kesalahan- kesalahan seperti menjalankan perniagaan tanpa lesen, melakukan gangguan ataupun ugutan kecederaan kepada peminjam.

Walau bagaimanapun, hanya pegawai pemeriksa pemberi pinjaman wang – inspektor pemberi pinjaman wang dengan izin ataupun pegawai polis diberi kuasa untuk menjalankan tugas ini. Seksyen 18 akta ini dipinda dengan peruntukan segala dokumen berkenaan akaun dan perjanjian berkaitan pemberi pinjam wang hendaklah disimpan selama tujuh tahun selepas pinjaman diselesaikan bagi tujuan penyimpanan rekod serta memudahkan penyiasatan sekiranya terdapat aduan.

Subseksyen 29A (1)(i)(k) akta ini dipinda dengan mengadakan peruntukan bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk melarang barang-barang tertentu diambil sebagai cagaran. Jika disabitkan kesalahan seseorang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 ataupun hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 29B akta ini dipinda bagi mengadakan peruntukan-peruntukan seperti berikut;

(i) hukuman denda dan tempoh masa menjalani hukuman penjara bagi kesalahan yang dilakukan oleh pemberi pinjaman wang dicadangkan dipertingkatkan daripada tidak melebihi RM100,000 kepada minimum RM50,000 tetapi tidak melebihi RM250,000. Hukuman penjara pula dipanjangkan tempoh daripada 15 bulan kepada tiga tahun; dan

final • 3:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Wira Chor Chee Heung

(ii) bagi mereka bertindak bagi pihak pemberi pinjam wang.

Hukumannya dicadangkan dipertingkatkan daripada tidak melebihi RM20,000 kepada jumlah minimum RM10,000 tidak melebihi RM50,000. Tempoh hukuman penjara pula dipanjangkan daripada 12 bulan kepada dua tahun.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan baru juga dicadangkan dengan tujuan untuk memperkemas skop Akta 400 seperti berikut;

(i) seksyen 9H diwujudkan bagi mewajibkan pemegang lesen untuk memberikan makluman berkenaan apa-apa perubahan kepada profil perniagaannya untuk mendapatkan kelulusan daripada pendaftar pemberi pinjam wang;

(ii) seksyen 10GA adalah bertujuan bagi memberikan kuasa kepada pegawai pemeriksa pemberi pinjam wang ataupun pegawai kanan polis untuk memasuki premis bagi membuat pemeriksaan walaupun tidak menerima sebarang aduan;

(iii) seksyen 10GB memberikan kebenaran kepada pegawai pemeriksa pemberi pinjam wang ataupun pegawai kanan polis untuk mengakses data berkomputer misalnya kata laluan dan rekod kod-kod tertentu yang dimiliki oleh pemberi pinjam wang. Ini adalah untuk mendapatkan dokumen pemberi pinjam wang tersebut bagi tujuan siasatan;

(iv) seksyen 10OA diwujudkan di bawah Bahagian IV akta ini bagi memperuntukkan bahawa jika seseorang itu telah dibuktikan memberi satu pinjaman wang atas faedah maka orang itulah dianggap sebagai telah menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang kecuali dibuktikan sebaliknya;

(v) seksyen 10OB di bawah Bahagian IV akta ini diwujudkan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada rekod kesalahan terdahulu seseorang tertuduh bagi dikemukakan kepada mahkamah sekiranya tertuduh disabitkan kesalahan kedua;

(vi) seksyen 10OC di bawah Bahagian IV akta ini diwujudkan bertujuan memberi pengiktirafan kepada diary siasatan pegawai penyiasat pemberi pinjam wang;

(vii) seksyen 27A diwujudkan bagi melarang sebarang pelantikan ejen ataupun canvasser dengan izin bagi tujuan bagi mendapatkan pulangan dan menjadi satu kesalahan di bawah akta ini;

final • 3:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Wira Chor Chee Heung

(viii) seksyen 27B diwujudkan bagi menerangkan bahawa adalah menjadi suatu kesalahan kepada pemberi pinjam wang jika tidak menyatakan jumlah pinjaman dan faedah pinjaman dalam sesuatu perjanjian pinjaman wang. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebih

final • 3:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Wira Chor Chee Heung

RM20,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun ataupun kedua-duanya;

(ix) seksyen 29AA diwujudkan bagi menjelaskan bahawa mana-mana orang yang membantu menggerakkan atau menjalankan urus niaga pemberi pinjam wang yang tidak berlesen adalah menjadi suatu kesalahan. Pindaan ini memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang membenarkan akaun bank, buku bank ataupun kad automated teller machine (ATM), kad kredit ataupun charge card digunakan oleh pemberi pinjam wang yang tidak berlesen atau mana-mana orang yang mengeluarkan check post- dated dengan izin, kepada pemberi pinjam wang yang tidak berlesen adalah dianggap membantu pemberi pinjam wang berkenaan dalam perniagaannya. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak melebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya;

(x) seksyen 29H diwujudkan bagi menjelaskan kuasa Menteri untuk menetapkan jenis-jenis sandaran bagi sesuatu pinjaman dan juga jenis maklumat yang diperlukan untuk semakan pendaftar pemberi pinjam wang; dan

(xi) seksyen 29I diwujudkan bagi memperuntukkan pendaftar pemberi pinjam wang boleh memberikan ganjaran berupa sejumlah wang kepada pemberi maklumat yang mana maklumat tersebut adalah penting untuk membantu siasatan.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ke atas Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 ini amatlah penting dan diperlukan bagi membolehkan kerajaan membanteras secara menyeluruh masalah peminjam wang haram yang telah pun menimbulkan kacau ganggu awam. Pindaan akta ini akan membolehkan kerajaan melindungi dan mencegah orang ramai daripada terperangkap dengan ceti haram dan ‘ah long’. Cadangan pindaan akta ini akan membolehkan juga perniagaan pemberi pinjam wang dipantau dan dikawal selia dengan lebih menyeluruh. Pada masa yang sama, ia juga membolehkan penguatkuasaan yang berkesan dan sempurna dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 3:20 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat berterima kasih kerana akhirnya akta ini dapat kita perluaskan ke negeri Sarawak dan saya percaya Tuan Yang di-Pertua sendiri

final • 3:23 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

merasa lega kerana di antara orang yang telah memperjuangkan untuk memastikan akta ini dipanjangkan di Sarawak adalah Tuan Yang di-Pertua sendiri.

Jadi apa yang kita hadapi sekarang ialah kalau kita perhatikan, banyak masalah yang telah berlaku di mana di kalangan peminjam-peminjam dengan mudah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan didapati mereka hanya mendaftar di pejabat daerah kalau sebelum inilah. Jadi kita berharap dengan adanya akta ini dipanjangkan di negeri Sarawak, ianya menjadi satu akta yang lebih ketat lagi.

Kalau kita perhatikan cadangan dalam rang undang-undang ini, ianya bukan hanya dikuatkuasakan kepada pihak yang meminjam, malah sesiapa yang membenarkan kad ATM ataupun dengan adanya persetujuan untuk meminjam juga boleh didapati bersalah. Jadi ini adalah caranya untuk kita mengawal mereka yang boleh diperdayakan atau mereka yang tidak mengetahui cara mana untuk meminjam dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan agar dengan adanya kelulusan undang-undang ini nanti kalau ianya diluluskan di sini, kita harap ianya disebar dengan luas kepada seluruh rakyat di Malaysia ini terutama sekali di kawasan- kawasan luar bandar. Ya, kalau kita perhati banyak kes yang macam ‘ah long’ yang berlesen kalau mereka berdaftar sebagai sebuah syarikat yang kecil tetapi ramai tidak mengetahui macam mana cara yang lebih sah untuk meminjam wang.

Jadi saya berharap apa-apa tindakan yang boleh diambil dan cara mana apabila kes ini berlaku, macam mana ianya boleh dijadikan satu kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 ini? Ini kerana kalau kita tidak memaklumkan kepada masyarakat Tuan Yang di-Pertua, mungkin ramai mereka di luar sana yang tidak banyak mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang perundangan mengetahui apakah bezanya meminjam wang di syarikat kecil seperti ini. Tidak banyak yang akan memaklumkan kepada mereka apakah tindakan yang boleh diambil kepada mereka kerana mereka menganggap mungkin tanggungjawab ataupun tanggungan hanya dikenakan kepada syarikat dan bukan kepada si peminjam.

Namun pada kali ini, seperti yang kita nampak dalam cadangan ini, kita perhatikan bahawa ianya melibatkan kedua-dua pihak. Maka ini adalah salah satu daripada cara untuk kita membendung masalah-masalah criminal dengan izin, tindakan jenayah yang selalu berlaku yang melibatkan ahli-ahli keluarga yang selalu diancamkan oleh mereka yang telah meminjamkan wang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan agar apabila kementerian mendapat kelulusan untuk mengimplementasikan dan melaksanakan akta ini, biarlah kita dengan secara meluas menyebarkan macam mana strategi untuk memastikan masyarakat kita mengenali dan dimaklumkan kepada mereka di negeri sekarang ini yang dipanjangkan ke negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan mulai 1 Januari 2008 dahulu. Jadi kita berharap ianya dijelaskan dengan lebih terang lagi untuk memaklumkan kepada masyarakat bagi mengelakkan masalah-masalah sosial yang berlaku melalui pinjaman wang ini.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil peluang ini ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua sendiri kerana telah berusaha meminta agar ini dipanjangkan ke negeri Sarawak. Jadi saya mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 3:23 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:23 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya mengenai dengan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 2010), saya ingin bertanya kepada pihak kementerian mengenai dengan relevannya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertanggungjawab kepada urusan pemberi pinjaman ini. Ini kerana kalau urusan pemberi pinjaman, selalunya di bawah Kementerian Kewangan ataupun paling tidak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Jadi urusan mengurus pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada pula tanggungjawab mengawal selia mengenai dengan pemberi pinjaman wang. Itu yang pertama. Saya hendak tahu penjelasan apakah relevannya?

Ini masalah di negara kita ini Tuan Yang di-Pertua, banyak sangat agensi bertindih, banyak sangat tidak di selaras. Yang lain keluar AP, yang lain kena melaksana, yang lain buat pemantauan. Itu yang kadang-kadang bercelaru di kalangan agensi-agensi yang ada, yang kadang-kadang membuang masa, membuang waktu dan juga tidak sedikit daripada segi kos kewangan yang terlibat.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan pemberi pinjaman wang ini, memang isu ini isu yang amat serius.

final • 3:28 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tujuan akta ini untuk mengesan dan mengambil tindakan kepada ceti-ceti yang berlesen ataupun tidak berlesen termasuk ah long. Itu dia punya tujuan akta ini. Saya mengalu-alukan akta ini.

Akan tetapi saya dapati saya dengar tadilah, hukuman-hukuman yang ditetapkan saya rasa tidak memadai. Tidak memadai. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita hendak membezakan kalau ada kesalahan- kesalahan dari segi melanggar peraturan, itu satu perkara yang lain.

Akan tetapi kalau timbul masalah pemberi pinjaman mengambil tindakan fizikal, mengurung, memukul, mengugut, apakah ini didakwa di bawah akta yang berasingan, di bawah jenayah ataupun dikira tindakan yang sama di bawah akta ini. Ini saya hendak tahu penjelasan. Kalau tidak, saya ingin mencadangkan hukuman mesti ada perbezaannya terutamanya yang mengugut, yang mendera, memukul, ini hukumannya mandatori. Paling tidak, hukuman penjara dua tahun dan sebat tiga rotan, mandatori. Ini kerana kita tahu keganasan ah long ini dan ceti-ceti haram ini memang berleluasa dan sudah ada membabitkan kes yang melibatkan pembunuhan, kehilangan, kecederaan dan macam-macam.

Ketiga, pemantauan dari segi interest ini. Interest sudah ditetapkan, ada jadualnya. Pemberi pinjaman boleh kenakan dia punya bunga, dia punya charge sekian-sekian banyak. Akan tetapi, kita dapati bahawa ada di kalangan ceti haram ataupun ceti yang tidak haram pun kadang-kadang memberi pinjaman – bukan kadang-kadang. Dia meletakkan interestnya sendiri sebab dia tahu pihak peminjam ini berhasrat sangat hendak meminjam, maka mereka meminjam.

Siapakah golongan yang banyak meminjam sekarang ini Yang Berhormat Menteri? Saya dapat kesan yang paling banyak ialah di kalangan anak-anak muda juga yang membeli kereta tetapi tidak dapat bayar kereta, installmentnya kerana pembelian kereta dibuat secara 100%. Maka bila sampai satu peringkat, tidak dapat bayar, kerja tidak ada, bank sudah isytihar bankrap, maka dia pinjam duit ah long dan ah long meletakkan interest dengan begitu tinggi.

Oleh sebab itu kita lihat ada yang pinjam RM10,000, tidak sampai masa dua tahun jadi RM30,000, RM40,000. Interest cara ceti haram ini, ini riba ini. Ini

final • 3:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

yang paling dimurkai dalam agama Islam oleh Allah SWT. Jadi, ini perkara yang ketiga.

Keempat, saya hendak cadangkan Tuan Yang di-Pertua, bagaimana pemantauan hendak dibuat. Ini kerana pemberi pinjaman wang ini banyak dan berapa ramai kakitangan dari segi penguatkuasaan. Saya hendak cadangkan supaya pihak kementerian ataupun kerajaan mewujudkan satu unit khas ataupun agensi kah ataupun apa nama bentuk di mana apa kata saya hendak cadangkan diwajibkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang meminjam sama ada dengan ah long kah, ceti haram kah, yang haram kah, tidak haram malah dengan adik- beradik dia sekali pun, dia mesti melaporkan kepada satu agensi. Ada bank data, jadikan kewajipan. Katakanlah kalau saya meminjam dengan Tuan Yang di-Pertua contohnya, jadi saya perlu lapor kepada satu badan agensi as a matter of record, sekadar untuk maklumat.

Ini kerana kalau si peminjam ini tiba-tiba hilang, mana hendak cari? Mana hendak cari? Nasib baik kes Allahyarham Datuk Sosilawati ini, polis dapat kesan cepat kerana saya diberitahu dia mengajak anaknya ikut serta dan dia beritahu ke mana hendak pergi. Oleh sebab anak dialah dapat memberi maklumat di mana akhirnya ibunya hendak pergi, baru polis dapat kesan. Yang dahulu-dahulu semua tidak dapat kesan. Sama juga dengan kes ini, apa salahnya kalau untuk kebaikan.

Ada perkara-perkara kita wajibkan untuk rakyat negara kita, patut dari segi undang-undang. Maknanya bukan perkara yang berat. Sekarang ini boleh buat online contohnya. Maknanya online ke kementerian, saya pinjam duit dengan si anu si anu, rekod siapa yang memberi pinjaman, berapa jumlah dan berapa interest. At least kalau apa-apa berlaku nanti, kerajaan dapat tahu, kerajaan dapat pantau, kerajaan dapat bertindak. Kalau sekadar hendak tunggu serbu pejabat ah long, pejabat ceti, tunggu ada orang lapor, saya percaya– memang baguslah ada akta ini tetapi akhir sekalinya jadi kertas jugalah. Banyak sudah kita lihat undang- undang yang tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Selepas itu yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cadangkanlah– saya tidak tahu sama ada, ada atau tidak undang-undang. Yang Berhormat Menteri, bolehkah kita izinkan syarikat pemberi pinjaman wang ini menampalkan poster-poster ini di bawah jejambat, di bawah jambatan, di tiang elektrik, pinjaman mudah, sesiapa yang bankrap boleh juga meminjam. Kenapa tidak disyaratkan mereka hendak mengiklankan pinjaman-pinjaman seumpama ini dibuat secara profesional, tidak ditampal di pokok kayu ikut sesuka hati dan nama- nama mereka ada di situ, nombor telefon dan sebagainya. Nampak murah sangat.

Saya lihat negara lain tidak ada seperti ini. Tidak ada class, no standard at all.

Tidak jaga walaupun sesiapa sahaja boleh meminjam di mana dia hendak meminjam tetapi kita ada institusi kewangan. Kita lihat sistem kewangan negara kita, ada perbankan bermacam-macam tetapi dicelah-celah ini, ada pemberi pinjaman yang tidak berlesen dan yang berlesen mengiklankan pinjaman ini di celah-celah jejambat dan mana-mana dinding yang ada yang saya kira bukan sahaja mengotorkan tempat-tempat yang mereka tampal itu tetapi juga saya rasa tidak wajar perkara ini dibenarkan. Ini juga patut dilihat oleh pihak kementerian.

Satu lagi, last. Maaf. Saya hendak tanya berapakah jumlah dagangan, trading volume dari segi pemberi pinjaman ini yang dapat dikesan dan diketahui oleh pihak kementerian. Kalau sudah betul, sudah cekap sekarang ini, apakah kementerian dapat mengesan berapa ramai jumlah orang yang meminjam dengan ah long, dengan ceti ini tidak dapat membayar dan bagaimana keadaannya?

Kalau ada lebih kurang gambaran. Kalau tidak ada, memang cadangan saya amat relevan untuk mewujudkan bank data di mana diwajibkan semua rakyat memaklumkan, mendaftar apabila dia meminjam dengan mana-mana pihak.

final • 3:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Saya menyokong.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya. Yang Berhormat Jasin.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, memberi saya peluang untuk turut berbahas. Pertama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniahlah kepada pihak kementerian di atas kesungguhannya untuk memperkenalkan pindaan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Walaupun akta ini diperkenalkan pada tahun 1951 dalam bahasa Inggeris pada ketika tersebut, jadi saya mencadangkan adalah lebih molek kalau boleh pihak kementerian mengalih bahasa bagi menghormati penggunaan bahasa Malaysia. Pindaan ini adalah cukup bertepatan sekali memandangkan rang undang-undang ini diperkenalkan pada tahun 1951 dan bersesuaian dalam kehendak semasa dengan memperketatkan pengawalseliaan, menambah pindaan, memperkenalkan seksyen baru dan menambah hukuman dan obligasi baru kepada pemberi pinjaman wang.

Kalau kita lihat pada seksyen 5 yang meningkatkan penalti kepada pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen dan juga kepada pemberi pinjaman wang yang berlesen yang menyalahgunakan lesen mereka, hukumannya kalau dahulu, sebanyak minimum RM20,000, sekarang pindaan sebanyak RM250,000.

Kalau dahulu maksimumnya RM100,000, sekarang RM1 juta dengan penjara lima tahun. Walaupun kerajaan telah mengetatkan berbagai-bagai undang-undang, tetapi nampaknya ceti haram ataupun ah long ini begitu berleluasa sekali. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya kita dapat memberikan satu hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Semua ah long ini kalau kita dapat mengesahkan kesalahan mereka supaya dikenakan juga hukuman di bawah Akta AMLA supaya kita dapat merampas apa juga harta-harta daripada peniagaan haram ini.

final • 3:38 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Keduanya, kita lihat daripada pindaan seksyen 29B yang menaikkan denda gangguan dan ugutan kepada peminjam-peminjam. Kalau dahulu, minimum tidak ada. Sekarang diadakan sebanyak RM50,000, maksimumnya sebanyak RM100,000 dahulu, sekarang RM250,000 dan penjara sebanyak 15 bulan dahulu, sekarang 36 bulan. Ini menampakkan kesungguhan pihak kerajaan dalam memastikan supaya ceti-ceti haram ini dapat kita bendung.

Walau bagaimanapun, menurut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, kadar faedah yang boleh dikenakan ialah sebanyak 12% setahun bagi pinjaman yang dijamin ataupun 18% setahun bagi pinjaman tanpa jaminan. Memang kita tidak nafikan peminjam-peminjam ini adalah terdiri daripada golongan bawahan yang memerlukan pinjaman tersebut untuk kegunaan sendiri ataupun kegunaan perniagaan mereka kerana mungkin mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan wang melalui saluran-saluran yang sedia ada, sama ada melalui institusi kewangan ataupun koperasi dan sebagainya.

Maka, saya ingin mencadangkan supaya syarikat-syarikat kewangan, koperasi-koperasi dan badan-badan yang tertentu seperti Bank Islam, Bank Rakyat, YDEIM dan sebagainya, mewujudkan tabung pinjaman tanpa faedah ataupun kita panggil Qardhul Hassan untuk membantu golongan-golongan yang terdesak ini.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya institusi kewangan memperbanyakkan skim pinjaman mikro yang mempermudah pengusaha- pengusaha kecil-kecilan untuk mendapatkan pinjaman. Skim pinjaman ini perlulah menjurus pada pinjaman secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada hanya perniagaan semata-mata. Bentuk pinjaman ini berbentuk peribadi dan pinjaman lain sebenarnya boleh membantu pada peniaga dan juga pengusaha kecil-kecilan lain untuk bergiat aktif dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.

Seperti yang kita maklum, banyak daripada peminjam ini tidak dapat membuat pinjaman daripada institusi kewangan, kemungkinan mereka ada mempunyai rekod. Kalau dahulu kita selalu menyebut dalam Dewan ini tentang CTOS, kalau boleh kita haramkan. Akan tetapi untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, CTOS ini masih lagi berleluasa dan bank-bank serta institusi kewangan masih menggunakan khidmat CTOS yang sebenarnya mempunyai rekod-rekod pinjaman yang telah pun lapuk - 10 tahun dahulu, walaupun mereka telah membayar pinjaman tersebut.

Seterusnya, baru-baru ini Menteri Dalam Negeri ada mengeluarkan arahan supaya semua ketua polis negeri dan semua ketua polis daerah menghubungi semua nombor yang terdapat di iklan-iklan sindiket ah long ini. Jadi, saya hendak mengetahui setakat manakah kejayaan kita tentang arahan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri. Seterusnya, kerana akta ini diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jadi seharusnya saya mencadangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggunakan kuasa untuk mengarahkan semua penguat kuasa PBT semua daerah supaya menanggalkan semua iklan ah long yang mengotorkan bandar-bandar kita.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Silakan Yang Berhormat Ledang.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Silakan Yang Berhormat Ledang.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi Yang Berhormat Jasin menyebutkan tentang iklan-iklan, Yang Berhormat Pasir Mas juga menyebutkan tentang iklan-iklan. Kalau kita lihat iklan-iklan yang ditampal di tiang lampu, tiang telefon, traffic lights dan sebagainya, macam-macam tianglah. Tiang jambatan, dinding jambatan dan sebagainya amat mengotorkan dan menjijikkan.

Akan tetapi yang saya hairan Tuan Yang di-Pertua, nombor-nombor yang dipaparkan itu mudah dihubungi oleh PBT, mudah dihubungi oleh pegawai penguat kuasa tetapi kepada saya Tuan Yang di-Pertua, tanpa akta ini pun sepatutnya PBT boleh mengambil tindakan. Apa pandangan Yang Berhormat Jasin tentang keperluan akta ini untuk ditingkatkan? Kita sokong tetapi yang penting ialah mesti dikuatkuasakan. Contoh yang paling jelas tadi ialah bagaimana penguat kuasa PBT mengambil tindakan ke atas iklan-iklan yang mana nombor- nombor telefonnya terang, boleh dihubungi bila-bila masa dan boleh diambil tindakan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang. Inilah sebenarnya masalah besar yang sedang kita hadapi, walaupun kita memperkenalkan pelbagai kaedah hukuman ataupun undang-undang tetapi di mana-mana kita dapati bahawa iklan-iklan ah long ini di berada mana-mana, sehinggakan mengotorkan bandar-bandar kita. Walaupun

final • 3:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Menteri telah mengeluarkan arahan kepada ketua polis negeri dan juga daerah. Kita hendak mengetahui setakat manakah kejayaannya.

Saya yakin kalau kita benar-benar ikhlas dengan usaha kita, kita boleh bendung perkara ini dan tidak ada lagi iklan-iklan ataupun kewujudan ah long.

Seterusnya, saya ingin bertanya sejauh manakah arahan Menteri agar akhbar- akhbar berhenti menyiarkan nombor-nombor ah long ini, nombor-nombor peminjam wang ini. Sepatutnya, peminjam-peminjam wang yang berlesen ini tidak perlu memaparkan apa juga nombor-nombor telefon mereka ataupun iklan-iklan kerana kalau kita perlu, kita tahu di mana kita hendak meminjam wang. Kita yakin mereka yang mengeluarkan iklan-iklan ini adalah daripada mereka yang menyalahgunakan lesen peminjam wang.

Seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya semua akhbar perlu mematuhi agar iklan ah long-ah long di dada akhbar mereka dan tindakan keras kalau boleh kita kenakan kepada semua akhbar dan tabloid yang gagal mematuhi arahan ini. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pindaan rang undang-undang ini cukup bertepatan sekali. Bukan sahaja ia memperkenalkan semua pindaan setiap seksyen bahkan kementerian telah memperkenalkan banyak seksyen baru yang sebenarnya melengkapi rang undang-undang ini. Justeru itu, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan tahniah tadi Yang Berhormat Batang Sadong mengatakan ini antara inisiatif Tuan Yang di-Pertua sendiri untuk membawa dan memperluaskan akta ini hingga sampai di negeri Sabah dan Sarawak dan seharusnya merakamkan - itu sebagai satu inisiatif yang harus dipuji. Terima kasih.

final • 3:47 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tujuh tahun Yang Berhormat.

final • 3:47 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Ya.

final • 3:47 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tujuh tahun baru sampai. [Ketawa]

final • 3:47 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Saya pun dahulu sewaktu bersama dengan Tuan Yang di-Pertua, tahun 2004 dahulu memang saya mendengar sendiri. Jadi, Tuan Yang di-Pertua juga membawa isu ini dengan penuh serius, better late than never, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun yang kita bicarakan dalam akta ini, saya ingin pergi lebih luas lagi daripada itu, dengan tidak kita hanya berkisar pada apa yang telah dibentangkan. Seharusnya saya rasa akta ibu dan juga akta yang dipinda ini lahir daripada suatu keadaan dan senario negara yang wujudnya satu kelompok ataupun satu golongan rakyat yang memang terpaksa meminjam dalam keadaan mereka cukup terdesak.

Ini mungkin kita boleh namakan golongan terpinggir dengan izin, low income groups, this is franchise, marginalize yang saya rasa kemudahan ini memang sentiasa wujud dalam negara kita, yang terpaksa memenuhi keperluan kehidupan mereka dan tidak ada jalan lain yang lebih cepat, yang lebih pantas

final • 3:47 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

untuk mereka mencari jalan keluar melainkan mereka berjumpa dengan golongan ceti haram ataupun peminjam-peminjam. Sama ada mereka itu diberikan lesen atau tidak tetapi saya rasa sikap mereka, sama sahaja. Saya rasa jangan kita terperangkap dengan mereka ada lesen ataupun mereka tidak ada lesen tetapi siapa pun mereka ini, saya rasa sikap mereka adalah menindas dan mengambil kesempatan daripada golongan ini untuk mereka mencari kekayaan dalam negara kita.

final • 3:47 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Maka oleh itu saya merasakan apabila kita membicarakan tentang kumpulan ini, sebagaimana kita mencari satu penyelesaian terhadap kumpulan ini juga, tetapi setidak-tidaknya walaupun dengan penuh kesedaran saya mengatakan mungkin pendekatan ini masih lagi tidak menampakkan kejayaan yang sepenuhnya. Namun, dengan kaedah menggadaikan satu barang yang berharga, maka kita telah berjaya untuk mewujudkan atau satu pendekatan iaitu Skim Ar-Rahnu di mana ini dipelopori oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1990 dulu.

Perkara yang baik ini diikuti dengan penuh tanggungjawab oleh bank-bank yang ada di dalam negara kita atau mana-mana institusi kewangan yang akhirnya kita melihat telah ada satu jalan keluar, satu exit plan yang kita rasakan ia mampu untuk meringankan beban mereka ini dengan suatu institusi yang bertanggungjawab yang paling tidak pun kita meminimumkan mereka punya masalah kewangan.

Akhirnya, paling tidak pun ia suatu yang telah menjadi sebagai suatu benchmark ataupun satu perkara yang kita boleh banggakan pada hari ini. Apabila rang undang-undang ini diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan penuh penghormatan - saya bukan untuk memperkecilkan Menteri ataupun kementerian, tidak. Akan tetapi, isunya tetap sama, adakah kementerian ini boleh dan mampu untuk menyelesaikan isu besar ini yang semakin membesar dan meruncing dan menjadi perkara yang cukup kompleks dalam masyarakat di dalam negara kita.

Saya yakin bahawa apa-apa juga yang telah dibentangkan tadi itu paling tidak pun kita membuat satu garis panduan, satu dasar untuk memberikan mereka satu garis panduan umum. Akan tetapi, bagi saya untuk menyelesaikan masalah keseluruhannya ia bukan suatu yang dapat kita pertanggungjawaban pada hari ini.

Maka dengan itu, kita melihat akta ini hanya dari segi pindaannya untuk mereka ini ada bangunan dan kita dapat pencapaian dari segi alamatnya dan kemudian kita akan menyaksikan bagaimana peminjam-peminjam ini paling tidak pun, okey boleh dipantau kerana mereka ini berlesen. Namun, dari segi pengawalannya tetap sama.

Dari segi masalahnya tetap sama di mana tidak mungkin Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat untuk memberikan mereka satu garis panduan, berapa peratus caj, atau berapa peratus interest yang dikenakan.

Adakah ini akan menyelesaikan masalah 10(2), 10(3) sebagaimana yang terdapat pada skim-skim yang sebelum ini yang dikenali sebagai skim-skim yang dipelopori oleh ah long atau mana-mana individu dalam negara kita.

Jadi, pokok persoalannya bagi saya adalah tanggungjawab ini seharusnya di ambil oleh Kementerian Kewangan sebenarnya untuk mewujudkan ada beberapa institusi kewangan dalam negara kita ini yang sememangnya mengambil suatu tanggungjawab untuk mewujudkan suatu tempat ataupun satu premis, di

final • 3:50 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

mana rakyat boleh datang dan mereka boleh meminjam dan mereka dikenakan satu caj yang mereka mampu untuk menyelesaikan masalah mereka.

Jadi, saya di sini untuk sekian kalinya mengambil satu contoh paling tidak pun di negara Bangladesh ada Grameen Bank yang dipelopori oleh Dr.

Muhammad Yunus yang akhirnya diiktiraf oleh dunia dan PBB yang menganugerahkan beliau dengan Nobel Price, yang saya rasa suatu pengiktirafan atau usaha yang dia telah buat mikro kredit yang telah berjaya paling tidak pun menyelesaikan masalah peniaga-peniaga kecil ataupun masyarakat miskin di Bangladesh, yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan. Paling tidak mereka ada satu bank di Bangladesh yang bernama Grameen Bank ini yang mereka boleh pergi. Malaysia mana mereka hendak pergi?

Dalam konteks negara Malaysia, bank mana yang mereka hendak pergi?

Kita ada Bank Rakyat, kita ada Agro Bank, kita ada SME Bank. Adakah bank- bank ini menepati ataupun boleh memberikan perkhidmatan ke atas golongan ini?

Jadi, saya rasa telah sampai masanya isunya di sini ialah kerajaan dengan serius untuk mewujudkan sebuah bank yang bertanggungjawab ataupun kita assign ataupun kita boleh berikan satu kepercayaan kepada mungkin Bank Rakyat atau Agro Bank atau kita wujudkan satu bank, yang mana seperti mana yang kita boleh ambil konsep falsafah dan matlamat Grameen Bank ini untuk paling tidak Malaysia juga telah memulakan ada satu institusi, bahawa dengan adanya institusi ini paling tidak pun rakyat ada pilihan untuk datang kepada bank ini bukan kepada “ah long” ataupun kepada peminjam-peminjam wang yang memang kita rasa track record mereka adalah berkonsepkan penindasan mereka terhadap golongan ini yang mengambil kesempatan terhadap golongan ini.

Jadi, saya merasakan bahawa pada isu yang lebih besar ini kita mengharapkan kerajaan akan memikirkan dengan serius bagaimana bank-bank seperti ini seharusnya diwujudkan dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua sebagai saya berkongsi sedikit pandangan di dalam membahaskan rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya,Yang Berhormat Ledang.

final • 3:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak buktikan bahawa saya menyokong rang undang-undang ini walaupun semasa mencelah ucapan Yang Berhormat Jasin tadi macam tidak menyokong. Sebenarnya saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya tahniah kepada pihak kementerian khususnya Yang Berhormat Menteri kerana telah pun mengambil satu inisiatif yang komprehensif ke atas akta ini sebagai menyahut banyak saranan daripada semua pihak termasuklah Tuan Yang di-Pertua sendiri. Saya masih ingat semasa kita sama-sama membahaskan tentang banyak isu dulu, inilah salah satu perkara dan saya ingat pada masa itu isu ah long telah menjadi satu isu yang sangat serius. Pada masa itu Yang Berhormat Menteri sendiri salah seorang yang bersama-sama dengan kita di backbenchers bercakap juga soal ini.

Jadi, yang saya nampak fokus kepada rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, salah satunya ialah yang paling penting impak kepada tidak berlaku lagi keganasan yang dibuat oleh pihak pemberi pinjam wang sama ada yang halal ataupun yang haram. Sama ada yang berdaftar ataupun yang tidak berdaftar.

Jikalau masih lagi berlaku peras ugut, bunuh, ikat dengan besi dikurung dalam

final • 3:58 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

bilik macam penjara seperti yang dilaporkan baru-baru ini, nampaknya impak masih belum berlaku.

Akan tetapi, kalau selepas rang undang-undang ini diwartakan perkara tersebut tidak berlaku lagi ataupun sifar peras ugut daripada kegiatan pemberi pinjaman wang ini, bermakna rang undang-undang ini berjaya. Jadi, Tuan Yang di- Pertua, orang awam akan mengukur dari sudut tersebut, impak yang saya sebut tadi. Maknanya, orang awam berasa selesa. Tidak lagi berlaku perkara-perkara ganas ekoran daripada kegiatan meminjam wang seperti yang telah pun berlaku kerap kali pada masa-masa yang lepas sama ada yang dilaporkan ataupun tidak dilaporkan.

Begitu juga impak kepada perkara-perkara lain. Saya hanya sebut satu sahaja daripada perkara lain selain daripada impak keganasan tadi, iaitu iklan- iklan yang ditampal berleluasa di merata tempat.

final • 3:58 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tadi saya persoalkan dari segi penguatkuasaan oleh PBT, dari segi kebenaran mengiklan yang sudah tentu tidak ada kebenaran. Sedangkan nombor telefon mudah dihubungi kerana tertera di situ. Mengapa PBT tidak mengambil tindakan ke atas orang yang menampal? Ini kerana sudah tentu ada nombor telefon yang boleh dihubungi. Sudah tentu iklan tersebut ditampal secara haram kerana jelas tiada langsung nombor rujukan di iklan tersebut, nombor rujukan PBT.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Biasanya kalau kita dapat kebenaran iklan untuk dipasang di mana-mana ada nombor rujukan kebenaran atau permit daripada PBT-PBT yang berkenaan.

Akan tetapi di situ jelas, di situ pun sudah cukup menggambarkan ketidakseriusan di dalam soal penguatkuasaan. Ini mungkin kita boleh berbahas dari sudut yang lain ataupun pada masa yang lain tentang penguatkuasaan.

Tuan Yang di-Pertua ada perkara-perkara yang juga saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya tentang kadar pinjaman. Sebentar tadi Yang Berhormat Pasir Mas menyebut adakah pihak kerajaan tidak mengehadkan kadar pinjaman yang dikenakan oleh peminjam-peminjam wang.

Mungkin ini juga salah satu perkara.

Oleh kerana ini adalah kegiatan memberi pinjaman wang secara halal pada saya walaupun ia berbeza dengan Akta Bank, pada saya sewajarnya kadar itu munasabah. Ini kerana baru sebentar tadi kita meluluskan akta yang berkaitan dengan anti-pencatutan. Kalau kadarnya kita tidak kawal saya yakin ia bertentangan dengan akta yang baru kita luluskan tadi.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang tidak boleh ada agen, tidak boleh ada wakil kepada pemberi pinjam wang tersebut kerana ini yang saya faham tadi. Saya sangat setuju kalau ini dipraktiskan kerana bila ada agen dia sudah berlagak melebihi daripada taukenya, melebihi daripada induknya. Seolah-olah dia memberi pinjam wang sehinggakan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini oleh kerana dia diminta atau disuruh oleh taukenya misalnya, maka dia berlagak dialah segala-galanya. Dia boleh mengugut orang kerana dia fikir aku hanya... saya ini hanya menjalankan tugas, membawa amanah daripada peminjam wang maka dia boleh buat apa sahaja. Mungkin dia diberi komisen atau sebagainya.

final • 4:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya setuju sangat kalau betul-betul tidak ada agen kepada pemberi pinjam wang. Mungkin juga kita boleh bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri kalau agen ini tidak dibenarkan kita memang bersetuju dan bagaimana kita hendak pantau supaya agen ini benar-benar tidak wujud.

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua tentang - ini saya hendak cadang juga Tuan Yang di-Pertua mungkin Yang Berhormat Menteri tidak sebut tentang jumlah ataupun had pinjaman. Ini Tuan Yang di-Pertua pinjaman yang dibuat daripada sumber yang mudah. Kita datang hari ini mungkin lusa dah dapat duit. Kalau hendak pinjam tanpa had mungkin RM100,000, RM200,000, RM1 juta boleh pergi ke banklah. Akan tetapi ini adalah pada saya lebih kepada corakkan pinjam secara kecil-kecilan atas kecemasan RM10,000, RM20,000 okeylah.

Akan tetapi nampaknya tidak disebutkan had di sini. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah had yang tertentu ataupun ada peraturan lain supaya kita dapat kawal nilainya atau hadnya.

Tuan Yang di-Pertua, dan yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua saya walaupun saya bersetuju dengan bentuk-bentuk ataupun...

final • 4:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 4:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh Tuan Yang di-Pertua, boleh?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Ledang. Jadi saya inginkan pendapat daripada Ledang lah. Adakah dengan kita meluluskan akta pemberi pinjaman berlesen ini nanti tidak ada lagi pemberi pinjaman yang haram ataupun ah long ini. Jadi kalau kita luluskan di dalam Dewan ini peminjam berlesen ini selepas itu pun ada iklan tampal sana tampal sini pemberi pinjaman yang tidak berlesen ini tidak ada gunanya juga.

Jadi saya ingin pendapat daripada Ledang sama ada dengan lulusnya akta ini memang tidak ada langsung, memang kalau adapun dia diambil tindakan 100%, tidak ada lagi dekat mana-mana papan tanda stop itu pun ditampal iklannya.

Keduanya, saya hendak minta pendapat daripada Ledang ini tentang faedah ataupun interest yang dikenakan oleh peminjam-peminjam berlesen ini, sama ada interest ini kita tidak kawal, kita bagi dia hendak kenakan 30% kah, 50% kah berapa kita hendak bagi, kita bagi dekat dia. Akhirnya orang balik kepada ceti haram juga. Jadi kalau ada kawalan, ada boleh dikawal selia dan sebagainya, saya rasa ini satu yang baik. Kalau tidak ada akta ini akan tinggal akta jugalah.

Oleh kerana interest yang tinggi, kemudian susah hendak dapat pinjaman, dia pergi bank tidak boleh, pergi yang berlesen tidak boleh, akhirnya pergi balik yang haramlah. Apa pendapat Ledang.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya tambah sedikit Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ledang. Saya hendak tambah sedikit sahaja. Sebenarnya walaupun kita berusaha untuk menghapuskan ah long

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

ini, akan tetapi masih banyak lagi permintaan, kerana terutamanya bukan sahaja untuk peminjam-peminjam persendirian, bahkan mereka-mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Oleh kerana ah long memberikan satu kemudahan, satu servis yang cukup efisien. Hari ini kita minta setengah jam lagi dia sudah datang. Akan tetapi kita sudah bayar habis, hari yang terakhir kita bayar habis itu dia letak lagi RM10,000. Maknanya dia akan ikat kita selama-lamanya.

Hanya saya hendak cadangkan supaya pihak kerajaan dalam usaha kita untuk menghapuskan ah long ini, kalau kita telah memperkenalkan skim pinjaman mikro, kalau boleh pihak kerajaan berilah kemudahan yang sebenar-benarnya kepada mereka-mereka yang cukup memerlukan. Misalan saya hendak beri contoh macam kita ada TEKUN, tempat saya sampai lima bulan baru dapat, sampai dia sudah lupa sudah. Dia kata hendak pinjam susah, pinjam ah longlah senang. Jadi kalau kita hendak bantu dia kita mestilah kalau boleh berikan kemudahan secukup-cukupnya. Jangan sampai tunggu sampai lima bulan baru hendak lulus. Terima kasih, apa pandangan Ledang.

final • 4:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang dan Jasin. Sama seperti yang saya sebutkan pada peringkat awal tadi. Ini akan mengukur sejauh mana rang undang- undang ini nanti berkesan. Jadi impaknya kepada rang undang-undang ini nanti apabila diluluskan ialah sama ada ah long haram itu, peminjam wang haram itu atau ah long itu masih lagi wujud. Termasuklah kegiatan-kegiatan lain, iklan dan sebagainya.

Kalau masih berlaku ataupun masih lagi berleluasa maknanya rang undang-undang ini setakat kita bahas dan luluskan di sini sahajalah. Itu sahaja.

Begitu juga tentang had. Saya juga menyokong benar supaya ada had dan kadar yang kita kawal supaya tidaklah orang ramai yang memang memerlukan menjadi mangsa. Kita faham budaya hutang ini tidak boleh dikikis di dalam negara kita malah seluruh dunia. Kita faham. Sumber terakhir selepas TEKUN ialah pemberi pinjam wang yang begini sama ada yang haram atau yang halal.

final • 4:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sebab kita faham kerenah birokrasi yang hendak pinjam TEKUN ini kadang-kadang pun satu bab juga, mereka dalam senarai hitam dan sebagainya, kadang-kadang hanya kerana menjadi guarantor dan sebagainya. Ini perkara- perkara yang kita boleh bahaskan dalam tajuk yang lain tetapi apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, kawalan itu mestilah benar-benar menyenangkan orang ramai. Jadi kalaulah masyarakat kita ini penuh dengan peras ugut dan sebagainya, kadang-kadang yang kena ugut ini saudara kita sendiri, itu yang kita rasa kita tidak selesa kerana pinjam duit...

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sedikit Yang Berhormat Ledang.

final • 4:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terpulang kepada Tuan Yang di- Pertua, mana satu yang hendak pilih. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Rakan-rakan yang mengambil bahagian ini, saya ucapkan tahniah kerana mempunyai buah fikiran-buah fikiran yang bernas. Dalam pemerhatian saya ah long ataupun pemberi pinjam haram yang

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

berleluasa datangnya dari kesalahan, kelemahan kita sendiri. Agensi, bank, TEKUN dan apa sahaja yang ditubuhkan oleh kerajaan atau yang diarahkan oleh kerajaan bukan semualah, mengambil sikap yang tidak membantu rakyat, tidak mesra rakyat, tidak bertanggungjawab kepada kerajaan dan sikap acuh tidak acuh penderitaan rakyat. Itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin tadi, yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sekijang dan yang sedang dibahaskan oleh Yang Berhormat Ledang.

Jika kesemuanya bertindak dengan jujur, amanah, bersungguh-sungguh hendak menolong dan membantu rakyat, kalau pinjam TEKUN enam bulan.

[Ketawa] Enam bulan, lima bulan hendak pinjam RM10,000 dia bagi RM3,000.

Apa bantuan yang kita boleh berikan kepada rakyat? Dengan sebab itu rakyat tidak ada pilihan lain dan berpindah kepada sumber seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Ledang.

Buka mulut pukul tiga, belum pukul tiga setengah, dua minit lagi pukul tiga setengah duit sudah sampai, ini ah long. Ah long punya pantas, astaghfirullah al azim, Jin Aladdin pun kalah tau.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Akan tetapi semasa hendak bayar pun pantas juga.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Memang, itu sebablah rakyat oleh sebab tidak ada pilihan. Rakyat tahu bahana, segala penyeksaan yang akan diterima oleh mereka kalau gagal membayar, gagal itu, gagal ini, rakyat tahu tetapi tidak ada pilihan kerana rakyat hendak hidup. Soal hidup, tanggungan anak- anak, isteri dan persekolahan, termasuk isteri-isteri. Yang Berhormat Bintulu setuju? Ini kawan saya sebelah... [Ketawa] [Dewan riuh]

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kawan sebelah tiada... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini masalahnya, kalau semua bersikap jujur - nama apa bank itu? Beratus juta disediakan tetapi hendak menyalurkan kepada rakyat yang miskin, susah dan memerlukan, kenapa di susah-susahkan? Tidak ada pilihan lain, jadi kita menganiayai rakyat. Ini, wahai Yang Berhormat Ledang, gunung yang cantik tertinggi di negeri Johor. Inilah Tuan Yang di-Pertua, jadi saya minta...

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Ledang berucap.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya minta Yang Berhormat Ledang... Saya mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, inilah masa mereka menunjukkan bagaimana membela rakyat bukan seperti parti pembangkang, cakap tidak serupa bikin. [Dewan riuh] [Tepuk] Terima kasih di atas kesabaran Tuan Yang di-Pertua, sila Yang Berhormat Ledang.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Ledang. [Y.B. Ledang menunjuk ke arah Y.B. Tangga Batu]

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ledang. Semua disebut konsisten tidak ada masalah kerana kumpulan sasaran, masyarakat ini akan melihat kepada perkhidmatan mana yang lebih mesra, cekap, pantas, tepat dan kena kepada kehendak dan keperluan.

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok di mana-mana pun di dalam negara kita, yang paling dekat dengan kegiatan ini adalah pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan yang dapat menafikan kegiatan-kegiatan peminjam wang ini kerana iklan-iklan itu ditampalkan di merata-rata tempat, hatta harta benda kerajaan tempatan pun ditampalkan iklan-iklan peminjam wang berlesen ini.

Saya tidak tahu sama ada kita sedar atau tidak rupa-rupanya kecekapan peminjam-peminjam wang ini, ah long-ah long ini bukan sahaja mereka fasih dalam bahasa kebangsaan, mereka juga boleh berbahasa Jepun, Tamil, Tionghoa dan Mandarin, semua boleh. Ini menunjukkan yang mereka mendengar denyut nadi kumpulan sasaran yang memerlukan pinjaman.

Dalam sesetengah kes Tuan Yang di-Pertua, kita cukup tidak tahan melihat mereka sanggup pula mengupah kumpulan-kumpulan bukan sahaja gengster Yang Berhormat Sri Gading, penguasa tempatan kita pun menolong menampalkan sekali. Kalau ada peminjam dapat komisen dan ini berlaku di mana- mana, kementerian perlu melihat takut-takut yang menjadi pendorong kepada gerak kerja ah long-ah long ini adalah mereka yang menjadi “duri dalam daging.” Jadi apa komen Yang Berhormat Ledang, sebab kita nampak perkara ini betul- betul di luar kawalan kita, tidak boleh kawal langsung, betul Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Yang di-Pertua, dahulu kalau pinjam RM1,000, dia kata hendak pinjam RM1,000 hendak meniaga jual burger, dapat RM700, dia sudah potong RM150 pangkal dan RM150 hujung. Selepas bayar balik, tiga bulan nanti mereka datang balik Tuan Yang di-Pertua, bawa buku ini. “Wah, you bayar banyak baiklah, kita offer lagi pinjam RM1,000.” Okey setuju RM1,000, tidak dapat RM700 sahaja, dia potong pangkal dan dia potong hujung macam ada pengalamanlah tetapi saya tidak kata siapa. Lepas itu bayar baik lagi, dia datang lagi. Kalau hendak harapkan bank-bank, institusi kewangan kita membuat seperti ini Yang Berhormat Sri Gading memang tidak ada.

Akan tetapi ah long-ah long ini cekap, jadi akhirnya kita dapat melihat yang menjadi mangsa kepada sistem ini ialah kumpulan rakyat yang memerlukan perkhidmatan seperti ini. Jadi apa komen Yang Berhormat Ledang, tidak kiralah hendak bersetuju atau tidak tentang kealpaan Pihak Berkuasa Tempatan dan majlis-majlis perbandaran kita tentang kegiatan-kegiatan peminjam ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ledang, hendak beri jalan lagi Yang Berhormat?

final • 4:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Oleh kerana BNBBC ini, kena bagi... Ketawa]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya memang bersetuju dengan apa yang disebut Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Tangga Batu. Akan tetapi di sini saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan perhatian ataupun adakah Yang Berhormat Ledang bersetuju atau tidak, di atas perjanjian kita mesti mengambil perhatian. Sekarang terdapat sedikit huru-hara, jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menerangkan bilakah moneylending, moneylenders dengan izin. Mereka memberikan pinjaman dan yang saya faham mereka mesti mematuhi syarat kementerian ataupun perjanjian kementerian, dua keping sahaja.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Bolehkah kementerian mempertimbangkan ataupun Berhormat Ledang bersetuju atau tidak? Jika ada pinjaman kita mesti meminta, walaupun hanya RM1000 mestilah dibawa kepada lawyer untuk membuat perjanjian. Janganlah buat caj - kita boleh meminta mereka, caj yang minimum ataupun sesiapa yang mempunyai qualified, mereka mestilah mengambil internal lawyer. Mesti mempunyai perjanjian yang sah dan janganlah hanya dua keping perjanjian daripada kementerian. Saya pernah membaca dua keping surat perjanjian tersebut, yang memang tidak terikat dengan mana-mana dan akhir sekali mereka mengambil yang itu dan cari mana-mana gengster atau apa sahaja untuk memungut wang.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya difahamkan dia mesti mahu ikut kementerian punya syarat ataupun kementerian punya perjanjian, dua keping sahaja. Bolehkah kementerian pertimbangkan ataupun Yang Berhormat Ledang setujukah tidak kita mesti minta kepada mereka kalau ada pinjaman walaupun RM1,000 mesti pergi berjumpa dengan lawyer dan membuat perjanjian. Janganlah buat, caj kita boleh minta dia caj minimum ataupun siapa ada qualified, dia mesti ambil internal lawyer. Mesti ada perjanjian yang sah. Jangan perjanjian cuma dua keping daripada kementerian. Saya pernah baca dua keping itu, memang tidak terikat dengan mana-mana. Akhir sekali dia ambil itu dan mencari mana-mana gangster dan pungut dia punya wang. So, kementerian mesti ambil perhatian melindungi rakyat, mesti mahu perjanjian semua sain mengikut undang-undang. Kalau orang tidak bayar pergi mahkamah. Bukannya minta daripada gangster untuk mengutip wang mereka. So, saya mahu tanya Yang Berhormat Ledang setujukah tidak.

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya memanglah setuju semua sekali kerana pandangan-pandangan itu yang disebutkan tadi bernas belaka. Jadi hidup Yang Berhormat Sri Gading, hidup Yang Berhormat Bintulu, hidup Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Sekijang.

final • 4:20 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

[Bangun]

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, boleh sebelah Tuan Yang di-Pertua? Dia hendak... [Ketawa]

final • 4:20 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya hendak melihat dari sudut yang berbeza sedikit. Dalam rang undang-undang ini kita lebih melihat kepada pemberi pinjam. Akan tetapi saya hendak bawa kepada masyarakat pengguna peminjam sendiri. Pertama kita ada pelajar-pelajar kita di belakang ini.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Ledang, hari ini kalau kita lihat ramai daripada masyarakat kita bahkan di kalangan orang muda sendiri yang telah pun menjadi muflis akibat daripada penggunaan kad kredit dan sebagainya kerana belanja yang saya kira tidak terkawal. Kalau kita lihat dalam pasaran banyak buku yang telah dikeluarkan bagaimana kita berbelanja secara berhemah, bagaimana kita menggunakan wang untuk berjimat cermat dan sebagainya. Tetapi sebaliknya berlaku dalam masyarakat kita.

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Ledang, apa salahnya kalau kita mencari pendekatan yang agak berbeza sedikit. Bukan sahaja kita menguatkuasakan dari segi pemberi pinjam ini, mereka memang hendak cari duit.

Mereka cari untung apa sahaja walaupun terpaksa membunuh, terpaksa menggunakan gengster dan sebagainya. Namun kita sebagai pengguna termasuk

final • 4:20 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

pelajar. Bukan di sini, mungkin pelajar ini baik belaka. Sebahagian daripada kita mahasiswa dan sebagainya kadang-kadang menggunakan dua tiga hand phone masing-masing. Apa perlu sampai dua tiga? Satu pun cukup. Ahli Parlimen tidak usah kira sebab dia banyak tugas sebab kadang-kadang ada tugas dengan isteri, ada tugas dengan orang kampung dan sebagainya. Tetapi pelajar, orang muda kenapa perlu? Ini pada saya adalah kerana tidak tahu berbelanja. Apa salah kalau mereka berjimat.

Jadi saya minta kalau boleh ada pendekatan yang lain. Kita mencari jalan mendidik mereka. Mendidik pengguna, masyarakat supaya bagaimana kita harus belanja. Apa kesan kalau kita belanja lebih? Apa perlunya kita ada empat lima buah kereta kalau tidak perlu dan banyak lagi. Kadang-kadang saya lihat Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Ledang, ramai anak-anak muda kita yang tidak sedar kadang-kadang walaupun mereka tahu keluarga mereka miskin, tetapi cara hidup mereka mewah. Hidup berfoya-foya dan sebagainya ini merugikan. Akhirnya apabila telah lali dengan perkara ini mereka lupa lagi, mereka tidak sedar bahawa mereka terpaksa meminjam dengan along dan sebagainya. Saya kira kalau menjalankan perniagaan tidak ada masalah, tetapi tengoklah di mana kemampuan kita. Jadi minta pandangan Yang Berhormat, apakah masalahnya kalau kita cari jalan mendidik lebih lagi. Berikan kesedaran kepada masyarakat dalam menghadapi masalah ini. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, ini pun satu pandangan yang bernas. Memanglah saya setuju pendidikan itu perlu dan banyak kita bercakap tentang pendidikan untuk orang ramai daripada dahulu sampai sekarang tidak pernah berhenti. Ini membuktikan bahawa Tuan Yang di-Pertua memang Ahli Parlimen Barisan Nasional ini semuanya amat perhatian dengan rakyat. [Tepuk] BN cakap, BN buat. Yang sebelah sana belum tahu tetapi saya bersimpati dengan PKR. Saya ada ramai kawan dalam PKR dan saya setuju saya hendak kempen dengan PKR sokonglah Yang Berhormat Gombak menjadi Timbalan Presiden. [Tepuk]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sudah masuk topik lain itu. [Ketawa]

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tentang hukuman-hukuman. Memang saya setuju dengan pindaan-pindaan tambah tempoh hukuman penjara, tambah denda dan sebagainya kalau boleh seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi biarlah ia mandatori dan mungkin akan datang kita akan revise semula dengan izin tentang undang-undang ini. Kalau sudah tidak boleh kita kawal lagi kita bolehlah kenakan hukuman hatta sampai mati sekali pun. Sekian terima kasih saya sokong.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Beruas.

final • 4:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya akan berhujah singkat sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk memberi pandangan tentang pindaan kepada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Ingin saya nyatakan bahawa sebenarnya undang-undang yang sedia ada boleh dikatakan sudah mencukupi. Akan tetapi masalahnya ialah tidak ada penguatkuasaan yang dijalankan ke atas undang-undang yang sedia ada. Sungguhpun undang-undang yang sedia ada mengenakan hukuman antara RM20,000 hingga RM100,000 dan juga lima tahun penjara dan kalau ada kesalahan kedua dan kemudiannya boleh juga mereka yang menjalankan business ataupun perniagaan pemberi pinjam

final • 4:25 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

wang boleh dihukum dengan sebatan. Tuan Yang di-Pertua, kita nampak semua tadi dikatakan di rata-rata tempat kita nampak ah long - ah long menyiarkan nombor-nombor telefon mereka, tetapi kurang kita nampak mereka didakwa.

Ini menunjukkan tidak adanya penguatkuasaan ke atas undang-undang yang sedia ada. Walaupun kita hendak naikkan denda daripada RM20,000 sampai RM100,000 janganlah kita naikkan sampai RM250,000 ke RM1 juta.

Kerana kalau denda terlalu tinggi ia tidak bermakna, kerana orang lebih sudi masuk penjara enam bulan daripada membayar denda RM500,000. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya khuatir dalam keghairahan kita untuk melindungi mangsa-mangsa ah long-ah long ataupun pemberi-pemberi pinjam wang yang tidak berlesen ini, kita ini menyebabkan pinjaman secara sihat akan luput di tanah bumi tercinta Malaysia ini. Hendak dicadangkan supaya satu pindaan dibuat iaitu pindaan kepada seksyen 10OA, dengan izin kalau saya boleh baca dalam bahasa Inggeris untuk lebih cepat.

“Presumption as to the business of money landing 10OA. Where in any proceedings against any person, it is alleged that such person is a moneylender, the proof of a single loan at interest made by such person shall raise a presumption that such person is carrying on the business of moneylending, until the contrary is proved.” Undang-undang yang sedia ada kita perlu menunjukkan lebih daripada satu transaksi pemberi pinjaman wang yang dikenakan bunga ataupun riba sebelum kita mengatakan seseorang itu menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang. Kalau undang-undang ini dipinda di mana kalau kita meminjam sekalipun dan mendapat sedikit bunga daripada orang yang meminjam daripada kita, walaupun dia ada dua kawan yang baik biasa kita akan pinjam kepada seorang kawan yang lain dan kawan itu pun setuju membayar kita wang bunga pada kadar yang dikenakan oleh bank supaya kita tidak kerugian. Ini satu pinjaman yang sangat sihat dan ini perlu digalakkan kerana kita tahu untuk mendapat pinjaman dari bank, ia akan mengambil masa berminggu-minggu kadang-kadang hingga bulan-bulan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya takutkan ialah undang-undang yang hendak melindungi mereka yang menjadi mangsa along-along akhirnya akan menyebabkan peminjam-peminjam yang memberikan pinjaman secara suci hati hendak menolong kawan akhirnya boleh didakwa di mahkamah dan boleh didenda dari RM250,000 hingga RM1 juta, boleh dihumban ke penjara sampai lima tahun dan kalau dia menolong lebih dari seorang kawan dia mungkin boleh disebat, rotan pula.

final • 4:25 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi saya harap seksyen ini 10OA ini hendaklah ditarik balik dan undang- undang yang sedia ada yang kita perlu tunjukkan seseorang itu sememangnya menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang ini diteruskan iaitu kita betul- betul dapat membuktikan orang itu menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang kepada orang ramai.

Oleh yang demikian saya haraplah yang penting ialah penguatkuasaan bukan melipat gandakan denda hinggakan pemberi pinjam antara kawan yang begitu sihat sekali kita haramkan hinggakan tidak ada orang yang akan menolong kawan-kawan yang lain lagi. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 4:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang- undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang 2010 saya ingin memperkatakan tentang ceti haram atau ah long dan juga pemberian pinjaman wang berlesen. Masalah yang ingin dikemukakan adalah berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu penyalahgunaan premis perniagaan secara salah atau haram, mencemarkan dan merosakkan harta benda awam yang di bawah pengendalian majlis perbandaran tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2009, hanya 70 kes tangkapan ah long iaitu hanya 12% daripada 578 kes keseluruhan kegiatan ah long yang disiasat di bawah Kanun Keseksaan. Cuma lapan kes iaitu 1.4% dalam perbicaraan di mahkamah. Untuk kes dalam seksyen 5(2) bagi jenayah komersial, pihak polis telah membuka kertas siasatan sebanyak 484 kes. Bagi tahun 2008 pula hanya 31 orang ditangkap. Itu yang baru disyaki dan belum dimuktamadkan hukuman melalui perbicaraan.

Ini amat jauh dari sasaran untuk membendung jenayah ah long manakala kes-kes ah long ini pula telah meningkat kira-kira 73% setahun. Daripada kes-kes rasmi yang dilaporkan pada pihak polis, kurang 15% yang boleh dianggap positif dari segi tindakan pihak polis. Ini amat membimbangkan dan saya juga ingin tahu statistik yang terkini pada tahun 2010, berapa orang ah long yang dapat dikesan dan ditangkap dan berapakah yang telah dihadapkan ke mahkamah.

Sebenarnya pinjaman haram atau ah long kini memang dijangkakan bahawa mereka akan sentiasa dalam perhatian dan tindakan pihak berkuasa tempatan. Oleh itu mereka telah merancang untuk menyewa premis perniagaan atau rumah kedai dalam jangka masa pendek sahaja. Oleh itu premis hanya dijadikan pejabat pentadbiran dalam modus operandi mereka. Mereka boleh berpindah pada bila-bila masa jika keadaan tidak selamat untuk beroperasi.

Masalah premis haram oleh ah long di PBT. Kalau pun ada papan tanda premis perniagaan, biasanya tanda tanpa ada nombor permit PBT dan dibuat secara ala kadar, hanya sekadar makluman sahaja. Sekiranya diketahui oleh PBT mereka menjalankan perniagaan pinjaman wang secara haram, kompaun dikenakan. Sekiranya merasakan tidak selamat kerana tindakan yang lebih tegas, mereka boleh berpindah pada bila-bila masa.

Jumlah kompaun kerana menggunakan premis perniagaan secara salah sangat kecil iaitu antara RM1,000 sehingga RM2,000 sahaja. Itu pun mereka boleh pula membuat rayuan. Ini tidak termasuk yang terlepas tindakan jika berlakunya rasuah di kalangan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan.

Sedangkan keuntungan syarikat ceti haram ini berjumlah berbelas ribu hingga berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan. Corak kehidupan mewah dan kereta berjenama baru yang mereka miliki menggambarkan keuntungan besar berterusan dalam perniagaan peminjaman wang haram ini.

Diharap kerajaan ambil berat akan hal ini. Mangsa-mangsa ah long sangat naif, menderita dan tertekan. Mereka memang memerlukan wang kerana kesempitan hidup tetapi kekurangan ilmu dan pendidikan yang rendah serta tidak

final • 6:31 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Utara

tahu tipu daya ah long telah menyebabkan mereka mudah diperdayakan. Si peminjam dan ahli keluarga menderita seumur hidup.

Harap Yang Berhormat Menteri renungilah akan contoh-contoh penderitaan hidup disebabkan tindakan ah long yang berikut di mana di pejabat khidmat saya selalu menerima banyak tentang ah long ini di mana mereka diugut bunuh atau culik keluarga mereka dan juga ugut anak isteri dan juga banyak perkara yang mereka lakukan untuk menghasut si peminjam. Contoh kisah benar mangsa ah long kes pertama, peniaga kantin sekolah rendah di Jalan Klang Lama nama Izhar Mohamad, peniaga berjaya kesempitan modal. Banyak bank menolak permintaan membuat pinjaman. Meminjam hanya RM7,000 daripada sembilan pihak ah long, hutang yang melambung menjadi RM15,890. Pada 23 Jun 2007, ah long membuat kacau, maki hamun, ugut, ganggu keluarga, rampas wang tunai dan komputer. Akhirnya demi keluarga dan imej sekolah, beliau berhenti berniaga.

Kes kedua seorang artis wanita terkenal Wan Nor Azlin binti Wan Mohamad Husin suaminya meminjam ah long RM200,000 daripada 30 ah long.

Artis ini diganggu apabila suaminya gagal membayar hutang. Artis ini dan anak- anak diganggu dan diugut. Rumah artis ini disimbah dengan cat dan juga artis ini sukar hendak meneruskan kehidupan dan mencari rezeki.

So cadangan maka dari segi senarai tragedi kepayahan dan penderitaan oleh perbuatan ah long maka saya mencadangkan pertama kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi kuasa penuh kepada PBT untuk menyita sepenuhnya premis milik ah long ini atau merampas semua barangan mereka. Sebarang kompaun atau rayuan tidak perlu dilaksanakan. Kompaun tidak memberi kesan langsung kepada mereka buktinya adakah kita lihat iklan dan aktiviti ah long makin berkurangan sekarang? Tidak.

Di samping itu saya mencadangkan juga agar pihak PBT dari segi perundangan berkemampuan dan boleh memotong bekalan air dan elektrik di premis tersebut. Ini sangat penting bagi memastikan aktiviti operasi ah long haram ini dihalang sepenuhnya. Jika tidak akan jadi seperti mana kes di Brickfields di mana satu premis perniagaan telah diserbu polis melebihi 20 kali, telah dikompaun berkali-kali tetapi tidak ada masalah untuk beroperasi semula.

Duit bukan masalah besar bagi mereka walaupun premis ini digunakan untuk pelacuran tetapi iktibarnya adalah sama juga bagi premis pentadbiran ah long ini.

Selagi ada kemudahan elektrik dan air, selagi itulah operasi pentadbiran untuk mencari mangsa-mangsa ah long ini boleh diteruskan.

Masalah ah long untuk tindakan KPKT. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang berkenaan ah long dan berkaitan PBT dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah isu iklan haram atau stiker ah long ini, bahkan peminjam wang berlesen juga melakukan perkara ini. Ceti haram ini dan peminjam wang berlesen ini sewenang-wenangnya menampalkan iklan perkhidmatan peminjaman wang di merata tempat. Habis rosak dan tercemar atau tidak dapat digunakan premis-premis awam dan persendirian kerana iklan yang ditampal oleh ah long ini. Antara tempat ditampal iklan ah long atau pinjaman wang ini adalah banyak tempat-tempat seperti stesen bas, apa sahaja pondok menunggu bas, sebarang pondok telefon, lain-lain tempat banyak kita lihat terutama di sekitar kawasan Petaling Jaya Selatan.

Dari senarai harta benda yang sangat banyak itu ianya amat merugikan semua orang sama ada kerajaan, orang perseorangan atau masyarakat. Berjuta- juta ringgit kos pembaikan. Ini juga gara-gara tindakan biadab dan tidak

final • 6:31 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Utara

bertanggungjawab ah long. Ini tidak termasuk menyusahkan orang ramai apabila papan tanda jalan raya tidak dapat dibaca kerana terlindung oleh iklan-iklan haram ah long ini. Kerugian harta benda awam, perseorangan dan syarikat disebabkan kes ini amat besar yang mana belanja pembaikan atau penggantian papan tanda atau proses untuk membersihkan iklan atau stiker ah long memakan kos yang tinggi.

final • 6:31 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Utara

Pihak kementerian kena faham keadaan ini. Cadangan saya, saya mencadangkan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan undang-undang supaya PBT mempunyai lebih kuasa sepenuhnya untuk bertindak terus secara mandatori dan membawa kes ke mahkamah terhadap mana-mana syarikat ah long, peminjam wang atau individu yang menggunakan nombor telefon untuk pengiklanan ah long yang merosakkan harta awam, perseorangan atau harta benda syarikat swasta.

Semoga tindakan ini akan menghindarkan negara kita tercemar dengan iklan haram yang menjelikkan ini di mata orang ramai serta menjatuhkan maruah Malaysia di kalangan pelancong luar. Di samping itu, diharapkan aktiviti peminjam wang haram ini dapat dikurangkan atau dibanteras secara keseluruhannya. Saya juga mencadangkan agar Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama Kementerian Dalam Negeri untuk sama-sama mengambil tindakan agar semua nombor telefon iklan ah long haram ini boleh disekat.

Mungkin boleh memikirkan mekanismenya. Contohnya, talian hanya dibenarkan untuk disambung semula hanya jika nombor yang diiklankan oleh ah long di tempat awam itu dibersihkan terlebih dahulu. Namun, denda tetap dikenakan kerana menyusahkan orang ramai dan mencemarkan persekitaran yang cantik dan indah. Saya hendak cadangkan kepada kementerian KPKT, kepada kerajaan adalah supaya kita adakan program untuk pinjaman mikro kredit kepada mereka yang memerlukan. Di mana kita nampak ramai orang yang meminjam kepada ah long ini dari keluarga yang miskin.

Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan program pinjaman mikro kredit kepada mereka yang memerlukan. [Tepuk] Kita telah memperuntukkan RM70 juta bagi mereka yang berpendapatan kurang RM1,500 mereka boleh meminjam maksimum RM3,000 tanpa faedah pokok, tanpa penjamin. Mereka juga tidak perlu dihadapkan ke mahkamah jika mereka tidak pulangkan wang. Hanya satu syarat, mereka perlu beri satu jadual yang lengkap untuk mereka pulangkan dalam masa 12 bulan.

Kertas kerja ini perlu disediakan. So, saya harap Kerajaan Pusat juga boleh sediakan satu skim mikro kredit yang boleh membantu mereka yang memerlukan.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya sekadar hendak tanyalah supaya semua orang tahu. Duit untuk mikro kredit itu datang daripada mana?

Daripada wang judi kah, daripada mana? Boleh Yang Berhormat jelaskan?

[Dewan riuh]

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

Pasir...

final • 4:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Wang RM70 juta yang disediakan adalah hasil dari hasil bumi seperti pasir. Bukannya dari judi. [Dewan riuh] Kita hendak beritahu Kerajaan Pusat, lesen-lesen judi seperti Toto, Empat Nombor Ekor, nombor Magnum dan Da Ma Cai. Ini semua lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Kalau katakan ini wang haram, saya harapkan juga jangan double standard.

final • 4:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Kalau apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang, mereka tidak salah. Kalau kita rujuk kepada pokok asal, apakah tindakan daripada Kerajaan Pusat. Mereka selama 50 tahun gunakan duit judi ini untuk apa? Beri gaji semua kakitangan. Adakah mereka pulangkan wang ini kepada kerajaan? Tidak. So, saya harap Kerajaan Pusat jangan ada double standard.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

Dengar itu. UMNO...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukankah duit untuk mikro kredit itu diambil balik daripada hutang syarikat kroni yang berhutang kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sudah bertahun-tahun tetapi tidak bayar. Akan tetapi apabila kita ambil alih, kita berjaya untuk mendapatkan hutang itu balik. Ini sebahagian daripada sumber di mana duit ini digunakan untuk membantu orang miskin.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukan membantu kroni yang kaya. [Dewan riuh]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Betul tidak? Harap boleh beri penjelasan.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, dalam mahkamah kita panggil leading question.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa] Because the first question was not successful Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya memang setuju dengan Yang Berhormat dari Shah Alam. Duit RM70 juta ini bukan sahaja dari hasil bumi pasir tetapi juga kita dapat kembali duit pinjaman yang selama ini tidak dapat dikesan. Selama ini syarikat Talam berhutang berpuluh juta kepada Kerajaan Negeri Selangor tetapi tidak membayar jadual hutang itu. Sampai semasa kita take over Kerajaan Negeri Selangor, baru kita dapat kesan wang ini.

So, wang itulah kita gunakan untuk beri kepada semua rakyat Malaysia.

[Tepuk] Bukannya untuk kegiatan lain. Saya rasa itu sahaja ucapan saya. Saya harap Kerajaan Pusat betul-betul dapat membendung kegiatan ah long ini. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sibuti.

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, point of order, point of order.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita merujuk kepada soalan pada hari ini. Soalan saya 30, sehingga sekarang kita belum dapat jawapan daripada Pejabat Perdana Menteri. Mana boleh, sekarang sudah pukul 4.46. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua tolong kami, Ahli Parlimen supaya kita dapat jawapan daripada semua jabatan, khasnya daripada Jabatan Perdana Menteri. Sebelum pukul satu kita mesti dapatkan soalan ini.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya harap pihak yang berkenaan akan ambil tindakan. Ya, sila Yang Berhormat Sibuti.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010. Kita banyak bercakap tentang ah long dan sebagainya.

Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menggalakkan TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, MARA memberi pinjaman.

Walaupun tidak mencukupi tetapi ada pinjaman dan ada kemudahan daripada kerajaan. Hanya ia tidak mencukupi oleh sebab kemungkinan kekangan kewangan daripada pihak-pihak kementerian yang menjaga TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, MARA dan lain-lain.

Yang kita kasihan adalah penjaja-penjaja kecil terutama sekali penjual kuih muih di awal pagi, yang dihampiri oleh ah long ini dengan memberi pinjaman mudah. RM100 boleh ambil RM70. RM30 sudah potong. Penjual kuih ini untung satu hari mungkin jualan mereka RM10 atau RM20 sahaja. Jadi, kehidupan mereka bergantung macam itu.

Oleh kerana kekangan kewangan daripada pihak kerajaan ataupun kementerian, kita mengharapkan seperti apa yang dikatakan oleh sahabat-sahabat saya tadi Yang Berhormat Ledang dan yang lain-lain mengatakan kewangan itu sangat penting. Ini kerana tidak ada tempat lain untuk masyarakat yang memerlukan bantuan ini untuk menjalankan kehidupan seharian, selain daripada kemudahan yang cepat seperti burung terbang itu dapat diperoleh.

Saya pernah bertemu dengan dua tiga kawan-kawan saya yang meminjam ah long. Dia mengatakan bahawa pinjamannya RM3,000 daripada ah long. Oleh kerana isterinya sakit hendak operasi dan oleh kerana tidak ada tempat lain untuk meminjam pergi ah long RM3,000. Enam bulan selepas itu, dia terpaksa...

final • 4:46 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan, penjelasan.

final • 4:46 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Silakan.

final • 4:46 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sibuti. Pertama, saya hendak tanya Yang Berhormat Sibuti - saya pernah sampai di Sibuti tahun lepas. Tadi Yang Berhormat Sibuti menyebut tentang kegiatan ah long ini di Sibuti. Betul ya, di Sibuti? Maknanya berlaku di sana.

Pertama, adakah di sana juga berleluasa. Oleh yang demikian, adakah Yang Berhormat Sibuti ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah rang undang-undang ini juga merangkumi Sabah dan Sarawak.

final • 4:46 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kita memang mengharapkan kalau boleh biarlah kerana di sana ada sistemnya sendiri. Adakah Yang Berhormat Sibuti ingin mendapat penjelasan?

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Sibut, harapan Sibuti tentang rang undang- undang ini untuk dilaksanakan di Sarawak khususnya, termasuk Sabah, khususnya di Sibuti sendiri sebab nampak tadi di Sibuti pun ah long ini berleluasa.

Betul begitu ya? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Ya, memanglah kita ucap tahniah kepada Datuk Timbalan Speaker kita yang membawa perkara ini sudah tujuh tahun mengikut beliau bahawa rang undang-undang ini dibawa dan memasuki Sabah dan Sarawak. Terima kasihlah banyak-banyak. Kita perlu ini di kawasan saya di Sibuti...

final • 4:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Sibuti, boleh saya sambung tidak?

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua benarkan kah?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi? Ya.

final • 4:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Terima kasih Sibuti. Tadi Sibuti ada menyebut tentang keperluan rakyat. Kalau tidak silap saya, 4 bilion rakyat memerlukan pinjaman wang segera setahun termasuk kepada ah long. Satu angka yang begitu besar dan bermakna rakyat memang perlukan kewangan segera. Kalau sekiranya rakyat hendak berniaga, kita telah pun menyebut tentang agensi kerajaan seperti AIM, TEKUN dan banyak lagi tabung-tabung yang disediakan oleh kerajaan di mana-mana bank dalam negara kita.

Maknanya bila Sibuti menyebut perkara keperluan ini, ada satu keperluan di pihak kerajaan untuk merangka satu skim pinjaman bagi memenuhi keperluan bukan perniagaan. Yang hendak bersalin, kalau pergi ke bank sudah tentu bank tidak luluskan pinjaman untuk tujuan membiayai rawatan isteri, kecemasan keluarga dan macam-macam lagi keperluan. Jadi bermakna adakah Sibuti hendak mencadangkan kepada kerajaan supaya memikirkan satu bentuk pinjaman segera, pinjaman di luar daripada keperluan perniagaan bagi memenuhi keperluan rakyat yang memerlukan wang segera itu.

Adakah Sibuti juga ingin mencadangkan satu pinjaman jangka pendek.

Kadangkala dia bukanlah hendak memerlukan kewangan ini untuk perniagaan yang panjang tetapi hanya beberapa tempoh masa yang pendek, kemudian dia bayar balik kepada along dan peminjam wang. Adakah Sibuti hendak mencadangkan kepada kerajaan sedemikian rupa? Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Sibuti, hendak sambung sedikit, hendak mencelah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi saya dengar Sibuti ada bercakap mengenai masalah ah long di Sibuti.

Jadinya, saya pernah terdengar dimaklumkan bahawa sesetengah ah long ini apabila dia bagi pinjaman, tiap-tiap bulan dia pegang kad bank itu. Jadinya, macam mana pandangan Sibuti untuk kita memastikan bahawa peminjam berlesen ini dia tidak memegang kad-kad bank daripada orang yang mereka pinjamkan duit tersebut. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat tadi. Memanglah tujuan saya berkaitan dengan skim pinjaman ini, memang cadangan kedua-dua Yang Berhormat itu, teguran dan pandangan mereka sangat berguna kepada kita semua. Skim pinjaman jangka pendek ataupun jangka panjang perlu kerana rakyat kita ada bermacam-macam masalah untuk meneruskan penghidupan. Seperti yang saya kata awal-awal tadi, hendak berniaga, hendak operation, kadang-kadang membawa anak dia rawat jantung berlubang pun tidak tahu di mana mereka hendak mencari sumber kewangan.

Pihak hospital pun mereka pergi ke kebajikan, mengatakan tidak ada fund, no fund. So, mereka terpaksalah pergi kepada along. Itu pun untuk pergi hospital, kena bayar juga. Bukan tidak bayar operationnya. Jadi bagaimanakah kita dapat membantu rakyat kita terutama sekali di luar bandar seperti kawasan saya.

Kegiatan ah long ini seperti yang ditegur oleh Yang Berhormat tadi ialah kad-kad.

Saya pernah berdiri berbaris sama di bank untuk mengambil wang menggunakan kad bahawa ah long ini memegang kad sebanyak 30 keping kad. Kita berbaris sama memakan masa.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Jadi kita beritahu sekuriti di bank itu, “Eh, ini sudah lama sangat ini. Boleh tak suruh dia pindah dahulu? Kami orang hendak guna.” Sampai 30 kad dia pegang. Yang menjaga itu cakap, tidak ada kuasa. Pada satu ketika, saya laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa, pihak berkuasa mengatakan ini urusan antara peminjam dan ah long. Jadi, ke manakah kita harus melaporkan perkara ini? Kita mengharapkan sangat bahawa pihak-pihak yang ada kuasa ini menggunakan kuasa mereka untuk mengambil tindakan.

Saya juga melihat ini di kawasan saya, “Bandar” tetapi berdekatan dengan kawasan saya iaitu di bandar Miri. Besar iklannya ialah 20 kaki x 15 kaki dengan perkataan ayat, “Pinjaman Mudah Tanpa Cagaran Berlesen”. Apabila orang pergi ke sana, sign sahaja borang kosong, tetapi salinan kad pengenalan dan kad ATM dipegang oleh mereka. Jadi, bagaimanakah mereka hendak meneruskan penghidupan apabila tidak dapat membayar nanti? Yang mereka jumpa tidak lain tidak bukan ialah Ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat manalah hendak boleh tolong dia bayar ini. Untuk penghidupan sendiri, Yang Berhormat pun hendak makan juga. Kita hendak bayar pinjaman kereta juga. Tidak bolehlah. Kalau hendak kasi pocket money, RM30 atau RM40, insya-Allah. Banyak lagi perkara yang harus kita katakan di sini, tetapi saya sangat-sangat menyokong rang undang-undang ini dan mudah-mudahan pihak-pihak yang berkenaan, terutama sekali Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh mengadakan skim-skim yang boleh mengadakan pegawai-pegawai pemantau seperti kementerian-kementerian lain supaya pegawai ini seperti secret agent merekalah, untuk melihat di mana along-along yang memegang 30 kad atau 20 kad dan menampal poster mereka itu dapat melaporkan kepada pihak-pihak yang berwajib agar tindakan dapat diambil.

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Sibuti, nanti dahulu. Sudah habis?

final • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Sudah. Sedikit, Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Lewat.

final • 4:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat, saya tertarik...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis, belum habis, Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Belum, belum. Dia hendak jawab saya punya soalan. [Ketawa] Saya ingat Sibuti boleh jawab. Saya tertarik pandangan dari Sibuti tadi dan kawan-kawan yang lain...

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Bandar Kuching...

final • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Belum habis, belum habis lagi.

final • 4:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Dia bagi.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Teruskan Maran.

final • 4:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Ha, Speaker bagi saya. Terima kasih Tuan Speaker yang baik budi. Yang Berhormat Sibuti, saya tertarik apa yang dibawa oleh Sibuti tetapi saya melihat harapan Sibuti supaya enforcement diperkuatkan, termasuk pembangkang pun sama. Akan tetapi, saya melihat, Tuan

final • 4:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang di-Pertua, pegawai-pegawai penguat kuasa ini tidak cukup. Di samping kita minta supaya peminjam ini menjaga diri sendiri supaya tidak terlibat terlalu banyak dengan ah long, cuma saya hendak minta pandangan Sibuti, apa cara yang lain.

Apakah mungkin kita cadang kepada orang yang banyak bercakap sahaja, kerja tidak ada macam pembangkang ini, bagi dia tugas. Bagi dia tugas untuk bersama- sama dengan enforcement. [Disampuk] Dia cakap boleh tetapi kita sudah tahu, kita sudah kenal belaka ataupun mungkin pihak-pihak lain...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Maran pun tak ada kerja.

final • 5:00 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Pihak-pihak lain yang boleh membantu...

final • 5:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Maran hendak cadangkan tukar kerajaan untuk kita mentadbir. Boleh? Kita setuju.

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

Boleh, boleh, boleh...

final • 5:00 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Kita bagi ruang PKR pun sudah bergaduh besar.

final • 5:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Perak sudah tukar.

Perak sudah tukar kerajaan, sudah okey. Perak kita sudah tukar kerajaan, sudah okey. [Ketawa]

final • 5:00 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Hendak jaga kerusi mati pun tidak boleh, macam mana? [Ketawa]

final • 5:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Perak kita sudah tukar kerajaan, sudah okey dah..

final • 5:00 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Sekejap, sekejap Yang Berhormat Tangga Batu. Saya minta pandangan Yang Berhormat Sibuti.

Mungkin sesetengah umpamanya dari segi pengguna, kita guna ada jawatankuasa..

final • 5:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Siapa buat air untuk Yang Berhormat Sibuti?

final • 5:00 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Pengguna di daerah-daerah dan sebagainya. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat Sibuti? Bagaimana kita hendak mendorong pasukan penguat kuasa ini?

final • 5:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat, saya sambung sedikit boleh? Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 5:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tengok Yang Berhormat Sibuti memang hendak bercakap lagi tetapi dikacau oleh Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Yang di-Pertua, dia borak-borak dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, dia senyum-senyum. Jadi, Yang Berhormat Sibuti terasa. Dia kata tak betul ini, senyum-senyum. Itu yang dia berhenti cakap. Tuan Yang di-Pertua, sahaja gurau-gurau sudah petang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibuti menyebut tentang ada di kalangan Ahli Yang Berhormat juga terkena dengan ah

final • 5:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

long-ah long ini. Mungkin kerana elaun Yang Berhormat tidak cukup, sama ada Parlimen ataupun negeri tidak tahulah. [Dewan riuh] Akan tetapi apa pun, saya hendak mengaitkan balik kepada penguatkuasaan. Kita lihat Yang Berhormat Sibuti, Tuan Yang di-Pertua, apa pun dasar yang cuba dibuat oleh kerajaan, oleh kementerian memang mengambil kira kepentingan semua pihak. Namun apabila sampai ke peringkat pelaksanaan undang-undang tersebut, ia seolah-olah ada kekangan dan kekangan ini amat sukar kita kenal pasti apakah puncanya. Contohnya penguat kuasa, bidang penguatkuasaan dan sebagainya. Kalau kita tengok sendiri, berbalik kepada elaun tadi. Penguat kuasa yang melaksana undang-undang di bawah sana mungkin juga menjadi pelanggan-pelanggan kepada stiker-stiker yang ditampal di dinding-dinding dan di tempat-tempat awam dan sebagainya.

Jadi di sini sebenarnya kita kena melihat secara menyeluruh, Yang Berhormat Sibuti. Harapan saya ialah supaya kementerian, apabila menggariskan work instruction itu besok, arahan kerja, job specification itu nanti boleh mengambil kira di mana peluang-peluang ini nanti akan diambil oleh anggota-anggota penguat kuasa di bawah sana. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Sibuti sambung komen itu dalam setengah jam lagi Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat. [Ketawa]

final • 5:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih sahabat saya daripada Tangga Batu dan juga Jasin dan lain-lain. Saudara dari Maran, Yang Berhormat Maran. Sebenarnya Yang Berhormat Maran, ini kita rakyat Malaysia memang inilah tanggungjawab kita bersama. Bukan hanya kita di sebelah Barisan Nasional, bahkan di sebelah sana harus dan mesti bertanggungjawab bersama- sama kerana kita hendak melihat bahawa kehidupan rakyat kita itu benar-benar terjamin.

Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana menitikberatkan perkara ini. Saya juga bercakap tadi pasal kalau boleh enforcement officer itu, pegawai-pegawai kita yang bertugas, kalau boleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi insurans kepada mereka, insurans apa sahaja sebab mereka apabila hendak mengambil tindakan terhadap ah long ini, mereka di dalam keadaan terdesak ataupun di dalam ketakutan kerana ah long ini kita tahu bahawa mereka ini boleh bertindak apa sahaja. Seperti kita boleh dengar, orang- orang yang tidak bayar hutang dirantai, masuk dalam rumah petang dan sebagainya. Jadi, kita benar-benarlah mengharap pihak kementerian, pihak kerajaan mengambil berat tentang ini dan saya sangat menyokong. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 5:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang- undang Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010. Tadi kita diberitahu bahawa Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 telah diperluaskan ke negeri Sarawak pada 1 Januari 2008 melalui satu perintah negeri-negeri Sarawak. Dari segi undang- undang, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri bahawa kalau akta ini telah diperluaskan ke negeri Sarawak, kenapa ia diperuntukkan dalam akta asal

(principal act) bahawa this act shall only apply to the state of Peninsular Malaysia.

Ia merupakan satu percanggahan sebelum rang undang-undang diluluskan. Ini merupakan satu percanggahan di antara peruntukan dalam akta dan perintah yang kononnya memperluaskan akta itu ke negeri-negeri Sarawak dan adakah kuasa perintah ini lebih tinggi, lebih supersede akta yang seharusnya

final • 5:05 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

akan diperluaskan ke negeri Sarawak itu. Soalan saya adalah, adakah perintah itu yang kononnya untuk memperluaskan Akta Pemberi Pinjam Wang itu akan supersede apa yang diperuntukkan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 iaitu memperuntukkan bahawa this act shall only apply to the state of Peninsular Malaysia. Sekiranya ada percanggahan, saya berfikir peruntukan dalam akta ini akan ada lebih kuasa dan ia menunjukkan bahawa perintah yang kononnya akan memperluaskan akta itu ke negeri Sarawak ini tidaklah ada kuasa dari segi undang-undang. Adakah sebab itu kerajaan sekarang membentangkan rang undang-undang ini untuk memperbetulkan apa yang telah salah dijalankan?

Sekiranya ini adalah tujuan kerajaan, ini bermakna tahun lalu selepas tahun 2008 sehingga masa rang undang-undang ini akan berkuat kuasa, apa-apa lesen yang dikeluarkan di negeri Sarawak ini tidak akan sah. Adakah ini ada kesan dari segi undang-undang yang akan dia beri kepada industri pemberi pinjaman wang di negeri Sarawak? Saya fikir ini adalah satu perkara yang amat serius yang menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak ambil serius tentang perkara-perkara yang berlaku di Sarawak. Bahkan perkara ini satu akta yang shall only apply to Peninsular Malaysia telah diperluaskan ke negeri Sarawak melalui satu perintah sahaja tanpa pindaan akta prinsipal terlebih dahulu.

final • 5:05 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya ingin tahu apakah kesan dari segi undang-undang yang akan diadakan? Sebelum 2008 iaitu sebelum Akta Pemberi Pinjam Wang itu diperluaskan ke negeri Sarawak, industri moneylenders dikawal di bawah Moneylenders Ordinance dan industri ini - perkara mengenai moneylenders itu diuruskan oleh mahkamah. Selepas 1 Januari 2008, selepas perintah itu dibuat mahkamah di Sabah dan Sarawak tidak akan menguruskan perkara mengenai moneylenders dan dalam masa beberapa bulan pemberi pinjam wang, mereka tidak dapat buat apa-apa. Tidak dapat pergi mahkamah untuk melanjutkan lesen mereka untuk memberi pinjaman kerana mahkamah tidak ada kuasa lagi kerana Moneylenders Ordinance telah di repeal. Oleh itu mahkamah pun tidak ada kuasa untuk melanjutkan lesen mereka.

Mereka pergi ke pejabat PBT di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pun tidak dilayan dan ada beberapa bulan industri ini di dalam keadaan huru-hara. Mereka tidak tahu buat apa-apa dan selepas itu, selepas beberapa bulan district office, pejabat daerah dilantik sebagai assistant registrar untuk menguruskan pelesenan pemberi pinjam wang.

Sehingga sekarang ramai pegawai di district office pun tidak ada menerima latihan atau menerima kursus bagaimana hendak menguruskan hal mengenai pelesenan pemberi pinjam wang. Oleh itu sehingga sekarang sering berlaku kalau ada apa-apa yang luar biasa sedikit pegawai-pegawai di district office, mereka pun tidak tahu buat apa. Mereka hanya kata pergi kepada PBT atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Tidak ada apa-apa...

final • 5:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya boleh.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching, tadi saya ada dengar kata mengenai dapat kelulusan untuk lesen pinjaman. Yang Berhormat Bandar Kuching, setuju atau tidak kita Sarawak mesti mahu kurangkan lesen pinjaman ini. Saya diberitahu macam di Bintulu dan juga lain-lain bahagian lagi, sebulan boleh dapat I think more than sepuluh permohonan. Lebih daripada

final • 5:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

10 permohonan masuk pejabat daerah untuk mendapatkan lesen pinjaman ini.

Saya fikir kalau kita mahu kurangkan ah long ini ataupun pinjaman ini tidak dicari huru-hara. Yang Berhormat Bandar Kuching setuju atau tidak kita mesti mengurangkan. Sekarang kita sepatutnya mencari cara macam mana meningkatkan pinjaman ini kepada rakyat.

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Memang lesen pemberi pinjam wang itu tidak boleh diberikan sia-sia sahaja. Akan tetapi saya berasa masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang lebih serius sekarang adalah penguat kuasa peminjam-peminjam wang. Bagaimana mereka memberi pinjaman, bagaimana mereka hendak menuntut balik wang yang dipinjam oleh mereka iaitu melalui cara yang kasar dan yang mengugut peminjam-peminjam itu, the borrower dan ini saya akan pergi nanti.

Akan tetapi apa yang saya hendak hujah sekarang ialah mengenai pegawai-pegawai yang menjalankan pelesenan tersebut haruslah dilatih dengan baik-baik supaya jika berlaku keadaan luar biasa mereka boleh menguruskannya dengan serta-merta dan tidak perlu merujuk kepada kementerian buat beberapa bulan. Ini akan menjejaskan pemberi pinjam wang yang benar-benar hendak berurus niaga dan saya juga dalam hal ini, saya dapat meneliti bahawa Kerajaan Pusat sentiasa mengabaikan, tidak memberi perhatian yang baik dan tidak mengambil berat apa yang berlaku di Sarawak sehingga masalah-masalah yang saya sebut tadi boleh berlaku.

Mengenai Yang Berhormat Bintulu bangkitkan, ini seharusnya satu polisi mengenai bilangan lesen pemberi pinjam wang harus dikeluarkan dan selepas itu rakan saya tadi ada banyak sebut mengenai penguatkuasaan dan saya berasa penguatkuasaan yang lemah ini akibat daripada korupsi. Sering kali pemberi pinjam wang, lenders ah long-ah long, mereka adalah kawan baik polis. Mereka bermesra dengan polis. Oleh itu kalau ada peminjam, borrower yang datang ke polis buat laporan, semasa mereka buat laporan bahawa ada ah long mengugut mereka selepas itu ah long akan telefon mereka. “You pergi buat police report ya?

Mahu mati ya?”

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Bandar Kuching, tanya sedikit boleh? Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Bandar Kuching.

Saya berminat pada isu ini sebab katanya mungkin ada kaitan dengan pihak berkuasa sebab saya tengok akta ini daripada tahun 1951, pasal apa hendak dikekalkan sampai sekarang? Itu pun sekarang ini hendak kembangkan ke Sabah dan Sarawak pula. Kalau tidak ada alasan yang munasabah untuk mendatangkan keuntungan kepada kerajaan atau pada mana-mana pihak tidak munasabah.

Sepatutnya akta ini, saya jangka akta ini dimansuhkan terus ataupun diletakkan di bawah satu institusi sahaja.

Dahulu masa bank, kita sibuk hendak gabungkan bank kerana hendak uruskan satu pihak kononnya. Sekarang, Akta Pemberi Pinjam Wang ini lesen ikut Kerajaan Tempatan mungkin berbelas ribu lesen dikeluarkan. Saya tidak tahu sama ada setakat ini berapa ribu lesen yang dikeluarkan untuk peminjam wang yang bersifat macam ini termasuk yang secara haram. Sekarang ini hendak kembangkan ke Sabah dan Sarawak pula. Mesti ada satu alasan yang munasabah. Untuk apa? Hendak kata pendapatan kepada kerajaan, berapa sen sangat kerajaan raih daripada cukai ini, terutama kalau yang secara haram itu mana kita hendak collect cukai. Saya minta pandangan Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Memang ini satu cadangan sama ada ia boleh dilaksanakan. Saya serahkan kepada kementerian untuk

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

membuat kajian untuk memansuhkan semua lesen pemberi pinjam wang. Ini memang ada kesan yang besar juga kerana mereka yang benar-benar berniaga pun memainkan peranan untuk membangunkan negara kita.

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Akan tetapi apa yang saya hendak kerajaan ambil tindakan yang tegas adalah kepada mereka yang menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang secara haram. Umpamanya mengutip wang faedah 10% satu bulan. Kita bayar kad kredit 2% sebulan pun tidak boleh tahan, tetapi mereka mengutip faedah 10% sebulan, 15% sebulan. Tadi Yang Berhormat Ledang kata, potong kepala, potong akhir itu, oleh itu faedah yang benar-benar dikenakan jauh lebih daripada 10%, 15%. Ini telah berlaku lama dalam negara kita. Kadangkala kita baca dari surat khabar, ada orang membunuh diri, membunuh anak-anak mereka, sekeluarga dibunuh kerana tertekan oleh along.

Pada masa itu orang berasa marah, masyarakat kita berasa marah, Yang Berhormat-Yang Berhormat mengeluarkan perkataan mesti menguatkuasakan undang-undang ini tetapi selepas beberapa hari, satu atau dua minggu, kemarahan ini sudah dilupakan dan ah long-ah long itu akan berurus niaga dengan cara lama mereka dan meneruskan ugutan, tekanan terhadap borrower itu. Oleh itu, saya fikir memang ada bukan sahaja kelemahan dalam penguatkuasaan itu, tetapi saya percaya bahawa ada pakatan, ada bersubahat dengan sesetengah police officer dengan ah long-ah long ini untuk melindungi mereka supaya mereka boleh bermaharajalela di negara kita selama masa ini.

Oleh itu saya harap kementerian dengan akta ini kita akan beri pihak polis lebih kuasa dan adakah lebih kuasa yang diberikan kepada pihak polis ini akan menolong menyelesaikan ...

final • 5:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan. Saya hendak minta penjelasan kerana saya rasa minat kerana tadi Yang Berhormat Bandar Kuching cakap bahawa sama ada pihak polis melindungi ah long-ah long ini. Kerana ikut statistik yang kami ada, pada tahun 2008 walaupun sebanyak 280 kes telah dilaporkan, tetapi pada akhirnya hanya 30 orang yang telah ditangkap? Kenapa begitu? Juga sama pada tahun 2009, walaupun kes sebanyak 484 kes telah dilaporkan tetapi pada akhirnya hanya sembilan orang yang dibawa ke mahkamah. Bagaimana dengan orang-orang yang lain. Ah long-ah long yang lain?

Kita lihat di bawah akta ini, di bawah Ordinan Darurat. Pada tahun 2008, hanya satu tahanan yang telah dibuat, sekatan ‘zero’. Pada tahun 2009, sama, tahanan hanya 16, sekatan dua sahaja. Pada tahun ini hingga bulan Mei, tahanan hanya dua, sekatan hanya 10. Jadi saya rasa walaupun pindaan-pindaan yang dicadangkan sekarang adalah baik tetapi hanya on the paper sahaja, hanya kertas sahaja. Kalau kita tidak ada penguat kuasa yang bertekad, yang fully determinated, saya rasa pindaan-pindaan yang kita cadangkan sekarang tidak berguna pada akhirnya. Jadi saya minta pandanganlah daripada Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 5:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, itu root of the problem adalah corruption. Corruption di polis dan di negara kita, bekas Prime Minister juga ada kata corruption adalah musuh pertama negara kita tetapi selepas beliau, Perdana Menteri sekarang nampaknya tidak ada apa-apa niat untuk memerangi korupsi, just let corruption live on. Oleh itu, saya ingin Yang Berhormat Menteri ambil perhatian, khususnya di kalangan polis. Kalau kita beri lebih kuasa kepada

final • 5:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

mereka, mungkin mereka akan kutip lebih banyak corrupt money daripada pemberi pinjam wang.

Saya diberitahu bahawa seorang ah long di Kuching, keretanya ada crest police club diletakkan di keretanya. Dia seorang gengster, bagaimana dia dapat crest police club. Dia memang mungkin ada buat derma, sumbangan kepada kelab polis-polis itu. Tabiat ini haruslah, polisi ini haruslah dihentikan supaya police club, kelab polis atau kelab-kelab bekas polis ini tidak boleh dibenarkan untuk solicit derma daripada orang ramai kerana sekiranya awak dapat derma, lain kali hendak tangkap mereka pun rasa tidak seronok. Oleh itu, saya dengan, with this observation saya, sekian terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Point of order.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Point of order dahulu.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sekejap dahulu Yang Berhormat. Point of order ya.

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya telah bangkitkan bahawa soalan 30 saya ini belum dapat lagi, sekarang sudah 5.27 petang. Apa jadi dengan Jabatan Perdana Menteri? Sama ada semua ini, pegawai beratus-ratus orang, gaji butakah? Kalau soalan itu tidak diberi hari ini, esok sebelum pukul 4.00, bajet, saya akan bangkitkan perkara ini kerana tidak guna bajet lagi, kita bayar gaji buat apa? Soalan yang senang, saya tahu mungkin soalan ini jadi susah kerana ia terlibat dengan tanah di Institut Kesihatan di Bangsar. Sama ada ini terlibat dengan Menterikah? Sebab itu jadi susah.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya sudah maklumkan tadi meminta agar pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan.

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun hendak mengambil kesempatan untuk berbahas akta ini yang mana kita dapati bahawa masalah yang dihadapi berhubung dengan pinjaman wang ini melalui ah long-ah long yang sama ada yang berdaftar ataupun yang tidak berdaftar semakin menjadi-jadi. Apabila dilaporkan bermacam-macam insiden dan peristiwa di mana penindasan dan tindakan-tindakan yang melampau menimpa rakyat negara kita hasil daripada wujudnya amalan pinjaman wang daripada ah long ini.

Maka seharusnya kita memikirkan sama ada keperluan yang wujud di dalam masyarakat telah pun berjaya dipenuhi oleh pihak kerajaan. Apabila kita melihat bahawa perkara ini berterusan berlaku, maka ini adalah merupakan bukti bahawa sebenarnya ada keperluan, tetapi tidak ada kaedah yang baik dan munasabah yang bertanggungjawab yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan-golongan yang seperti ini.

final • 5:27 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tadi daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah menyebutkan di antara kaedah yang mungkin boleh difikirkan ialah adanya institusi kewangan yang menyediakan pinjaman secara mikro kredit. Kita dapati bahawa kebanyakan daripada institusi-institusi kewangan tidak berminat untuk membantu memberikan pinjaman kepada golongan-golongan yang memerlukan, tetapi merupakan golongan-golongan peribadi yang memerlukan pinjaman kecil-kecilan.

final • 5:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat sambung nanti Yang Berhormat.

final • 5:27 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sambung bila tu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

14 Disember.

final • 5:27 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

14 Disember! Masya-Allah, itu start baliklah ya.

final • 5:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 5:27 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan (D.R. 28/2010) iaitu Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 akan disambung semula perbahasannya selepas (D.R. 36/2010) iaitu Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan usul yang bersangkutan dengannya diluluskan dan diputuskan. Perbahasan akan bersambung semula pada 14 Disember 2010.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 4.00 petang, hari Jumaat, 15 Oktober 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.

final • 5:27 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026