Oct112010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut:

  1. Akta Jualan Langsung (Pindaan) 2010; 2. Akta Setem (Pindaan) 2010; 3. Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010; 4. Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010; 5. Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010; 6. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010; 7. Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010; dan 8. Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010.

final • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu.

Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “3 Ogos 2010 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010; 2. Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010; 3. Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010; 4. Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010; 5. Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010; 6. Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010; 7. Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010; dan 8. Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010.

Yang ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kaedah yang digunakan oleh kerajaan sebelum memutuskan umur persaraan wajib bagi kakitangannya.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Tangga Batu bersekali dengan soalan Yang Berhormat Jasin pada tarikh yang sama oleh kerana kedua- duanya menyentuh kemungkinan kerajaan menimbang untuk melanjutkan umur persaraan wajib bagi anggota sektor awam daripada 58 tahun sekarang kepada 60 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, kali terakhir umur persaraan wajib dinaikkan ialah pada 1 Julai 2008 iaitu daripada 56 tahun kepada 58 tahun. Persaraan wajib di peringkat umur 58 tahun telah hanya bermula pada 1 Julai 2010. Adalah wajar kerajaan mengambil sedikit masa – misalnya enam bulan, untuk melihat dan mengkaji kesan peningkatan umur persaraan wajib yang lalu itu sebelum membuat apa-apa keputusan melanjutkannya melampaui 58 tahun. Oleh itu kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan usia persaraan sehingga 60 tahun buat masa ini.

Antara pertimbangan penting yang perlu diambil kira ialah:

(i) Kesan pelanjutan umur persaraan ke atas pasaran buruh negara termasuk peluang kerja generasi lepasan sekolah, kolej dan universiti ketika ini;

(ii) keperluan sumber manusia sektor-sektor tertentu di dalam perkhidmatan awam yang semestinya berbeza antara jenis-jenis perkhidmatan dari semasa ke semasa;

(iii) kesan pelanjutan umur persaraan wajib ke atas usaha kerajaan ke arah right sizing, kalaupun tidak mengecilkan perkhidmatan awam demi mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa menjejaskan perkhidmatan untuk rakyat; dan

(iv) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58 tahun, khususnya sama ada mereka mampu untuk terus bekerja ataupun tidak.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang saya kira amat objektif dan banyak pihak boleh menarik nafas lega.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu izinkan saya mengalu-alukan kehadiran peguam-peguam muda kita dari KL Bar Young Lawyers Committee. Selamat datang ke Parlimen. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, niat sesetengah pihak – CUEPACS umpamanya, untuk melanjutkan usia persaraan bagi kakitangan awam telah mengundang pelbagai reaksi, terutamanya kumpulan belia dan orang-orang muda kerana mereka khuatir fenomena anggota perkhidmatan awam peringkat tertinggi yang dilanjutkan tempoh kontraknya menyebabkan berlaku ketepuan. Apabila berlaku situasi saturation ini, ia telah menyebabkan kita kehilangan banyak tenaga muda. Antaranya yang meninggalkan perkhidmatan kerajaan kerana laluan kerjaya yang tidak jelas dan ada juga yang meninggalkan negara.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jadi akhirnya kerajaan akan hanya tinggal sisa sahaja yang membawa kepada kemungkinan ketidakcekapan kerajaan pada masa hadapan. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah mekanisme yang ada ataupun apakah langkah- langkah kerajaan bagi membendung situasi ini daripada berlaku di masa hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul iaitu kebimbangan kita ialah apabila sewaktu kita meningkat ke umur persaraan daripada 56 tahun kepada 58 tahun, di antara perkara yang menjadi kebimbangan kita ialah golongan orang muda yang mungkin merasa mereka tidak ada peluang. Jadi ini menyebabkan kemungkinan akan berlaku penghijrahan mereka daripada sektor awam ini.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, kerajaan melakukan semakan gaji dari semasa ke semasa sehingga membolehkan gaji di sektor awam setanding dan setaraf dengan gaji yang ditawarkan oleh pihak swasta. Sebagai contoh, gaji yang ditawarkan kepada pegawai yang memiliki kelulusan peringkat ijazah pada masa ini adalah lebih baik daripada gaji yang ditawarkan di sektor swasta. Itu yang pertama. Keduanya, kita mengadakan kenaikan pangkat secara time based seperti yang dilakukan untuk golongan pendidik, guru.

Walaupun jawatan itu tidak ada tetapi grednya dinaikkan dan ini akan ada kesan terhadap gajinya. Jadi ia tidak akan lari kerana kita menaikkan pangkat secara time based.

Ketiganya, kenaikan pangkat juga mengikut kepakaran seperti yang dilakukan kepada pensyarah, pegawai perubatan dan pegawai penyelidik. Dengan cara ini kita akan dapat mempertahankan dia kerana kita mengiktiraf kepakarannya dan sudah tentu dia tidak akan keluar ke pihak swasta.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebelum saya panggil Yang Berhormat Bukit Bintang untuk soalan tambahan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang menulis nota kepada saya mengingatkan saya tentang soal takziah pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Peraturan Mesyuarat 14(1)(k), selepas usul di bawah 18(1) baru kita ada tafakur, terima kasih. Sila Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 10:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan umur bersara swasta seperti mana umur bersara kakitangan awam dan apakah faedah yang diperoleh setelah umur bersara dinaikkan terutamanya di pihak kerajaan? Minta penjelasan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, umur persaraan di pihak swasta adalah di luar daripada keupayaan kerajaan untuk menentukannya. Ini adalah kerana apa juga perjanjian yang dilakukan di antara majikan dengan pekerja, itu terpulanglah kepada mereka. Jadi oleh sebab itu, kita tidak berhajat untuk berbuat demikian tetapi kita serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Hakim, hakim...

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya? Apa dia?

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Hakim, hakim...

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Hakim juga, Yang Berhormat Ipoh Barat boleh bercakapkah? Kena bertanya Pengerusi dahulu. [Ketawa] Tentang hakim, kita ada mencadangkan kepada pihak CJ tentang kita lihat hakim ini semakin dia berumur, makin matang dan makin berpengalaman. Akan tetapi pada tahap ini mereka masih lagi belum membuat apa-apa keputusan walaupun pernah kita mencadangkan supaya dinaikkan umur kepada 70 tahun tetapi belum ada keputusan daripada pihak CJ lagi.

final • 10:10 AM

2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan strategi kerajaan bagi menangani kemerosotan daya saing negara yang kini jatuh ke tangga 26 menurut laporan World Economic Report tahun 2009 dan dikategorikan sebagai pasaran paling kurang diminati pelabur menurut laporan Bank of America dan Merill Lynch terbitan September 2010.

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh, laporan yang dimaksudkan adalah Global Competitiveness Report (GCR), bukannya World

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Economic Report seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Walau bagaimanapun, berkaitan dengan dakwaan Ahli Yang Berhormat bahawa kedudukan Malaysia telah merosot daripada kedudukan 24 ke kedudukan 26, sebenarnya turun sedikitlah daripada 24 ke 26 kerana dari skornya sebenarnya naik daripada 4.87 pada tahun sebelumnya kepada 4.88. Ini mengikut ukuran yang telah dibuat oleh GCR yang dikeluarkan oleh World Economic Forum baru-baru ini.

Penurunan kedudukan Malaysia ini disebabkan oleh tiga perkara yang utama.

Yang pertamanya ialah dalam bidang pendidikan tinggi dan latihan di mana kedudukan kita ialah 49, sebelumnya 41. Yang keduanya ialah institusi, 42 dan yang ketiganya ialah kesediaan teknologi, 40 dan kecekapan pasaran buruh kedudukan 35. Ini adalah empat sebab utama kenapa kedudukan kita turun daripada nombor 24 kepada nombor 26.

Dalam pada itu, saya ingin memaklumkan bahawa ada juga aspek-aspek ataupun variable component yang mana kedudukan Malaysia adalah baik. Saya bagi dua contoh.

Yang pertamanya dari segi pasaran kewangan, kita di nombor 7 daripada 139 buah negara yang diukur dan dari segi pasaran barangan, kita di nombor 27. Ini adalah antara kriteria di mana Malaysia menduduki tempat yang baik.

Seterusnya saya ingin memaklumkan bahawa berbanding dengan beberapa buah negara, China umpamanya ataupun di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia kedudukan di nombor lapan. China menduduki nombor sembilan, Thailand di nombor 11, Indonesia nombor 12, India ke 13. Ini adalah kedudukan Malaysia di kalangan negara-negara Asia Pasifik tetapi di kalangan negara-negara dunia adalah ke 139. Tidak dinafikan bahawa kedudukan kita merosot sedikit daripada nombor 24 kepada 26.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh telah memilih ataupun selektif dalam memilih laporannya. Beliau tidak menyebut tentang ranking yang dibuat oleh IMV, The World Competitiveness Yearbook yang dikeluarkan dua bulan sebelumnya di mana kedudukan Malaysia telah meningkat daripada kedudukan ke 18 kepada kedudukan 10. Ini adalah berkaitan dengan kecekapan kerajaan dan kecekapan business dengan izin, government efficiency dan business efficiency. Jadi kita mempersoalkan kenapa Yang Berhormat Permatang Pauh selektif dalam highlight angka- angka ranking yang dikeluarkan. [Tepuk] Mengenai dakwaan Yang Berhormat berkaitan dengan laporan Merill Lynch dan lain-lain, laporan ini kadang-kadang dikeluarkan setiap minggu dan ada turun naik. Jadi kalau kita pilih kadang-kadang pasaran saham umpamanya merosot sedikit, maka memanglah laporan tersebut agak tidak menyenangkan kita. Akan tetapi umpamanya pada hari ini, kita mendapat feedback atau maklum balas dengan cadangan pengapungan dua subsidi besar iaitu Petronas umpamanya dalam tempoh terdekat, ini telah menimbulkan excitement dalam pasaran saham.

Jadi kalau kita baca laporan selepas ini daripada Merill Lynch dan lain-lain, sudah pasti laporannya akan dengan izin, favourable kepada kita. Jadi saya berharap Yang Berhormat Permatang Pauh tidak akan selektif dalam memilih laporan-laporan.

Dalam pada itu, kita tidak menyangkal bahawa kedudukan kita perlu diperbaiki.

Itulah sebabnya kerajaan telah melaksanakan Pelan Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi. Jadi jawapan kepada bahagian kedua Yang Berhormat, apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah yang pertama Pelan Transformasi Kerajaan dengan adanya NKRA ataupun Bidang Keberhasilan Utama Negara, ini sudah pun menunjukkan kesannya dari segi transparensi, corruption, dari segi meningkatkan pendapatan, dari segi public transport, ini adalah antara perkara-perkara yang telah diberi perhatian. Saya ingin melaporkan bahawa kesemua ini termasuklah street crime umpamanya peningkatan ataupun penurunan yang amat ketara. Ini semua adalah membanggakan kita. Ini Government Transfromation.

Yang keduanya, kita telah memperkenalkan satu pendekatan unik, yang kreatif dan inovatif melalui Pelan Transformasi Ekonomi. Buat pertama kalinya kita bersama-sama dengan rakan-rakan sektor swasta kira-kira 500 orang untuk tempoh dua bulan bersama- sama merangka satu pelan baru untuk memastikan ekonomi negara kita terus berkembang.

Seperti saya maklum, 131 projek iaitu apa yang dipanggil EPP ataupun Entry Point Projects

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

telah pun dikenal pasti dan dijangka akan menjana pendapatan yang besar untuk negara membolehkan kita mencapai taraf sebuah negara maju. Ini dua transformasi utama. Yang pertama transformasi kerajaan dan yang keduanya transformasi ekonomi.

Pada hari Jumaat yang lalu, saya menyaksikan satu acara yang penting iaitu upacara menandatangani dua perjanjian antara Mubadala dengan 1Malaysia Development Berhad.

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Dua projek utama. Satunya ialah untuk membina KL International Financial District yang melibatkan perbelanjaan RM26 bilion. Satu lagi ialah penyertaan-penyertaan Mubadala dalam projek SCORE di Sarawak yang melibatkan kira-kira USD7 bilion. Ini petanda yang jelas bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam keyakinan pelabur dalam negara kita. Selain itu, kita sedia maklum bahawa kira-kira sebulan yang lalu telah ada persetujuan antara Malaysia dan Singapura, kedua-dua Perdana Menteri telah pun bersetuju apa yang dipanggil POA dan ini akan menggandakan lagi minat pelabur-pelabur Singapura untuk melabur di Iskandar. Ini perkembangan-perkembangan yang membanggakan kita.

Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa kerajaan ini mengakui bahawa ada beberapa perkara yang perlu kita tangani. Itu sebabnya kita mengumumkan GTP dan ETP dan kita sudah pun mula melihat kesan-kesannya dan kita rasa sekarang ini pembangkang agak menggelabah sedikitlah kerana kesan-kesannya sudah pun mula timbul. [Tepuk] Dia tidak boleh hendak gunakan ini untuk pilihan raya kecil di Galas ataupun di Batu Sapi.

Insya-Allah kerajaan akan terus menggandakan usaha dan kita akan mencapai kadar pertumbuhan 6% tahun ini dan kadar purata pertumbuhan sehingga tahun 2020 dijangka ialah 6% setahun. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita memilih angka-angka terakhir ini seminggu sebelum tutup tempoh untuk mengemukakan soalan. Jadi saya hendak jelaskan pemilihan termasuk laporan Bank of America dan Merrill Lynch itu September 2010 beberapa hari sebelum berakhir tempoh.

Bukan kita pilih berdasarkan apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan yang sebenarnya. [Tepuk] Apa dia kenyataan sebenarnya? Bahawa jumlah pelaburan ke Malaysia berbanding dengan jumlah yang diterima di negara-negara jiran itu jauh berkurangan. Itu kenyataan. Kita telah tewas dari sudut pertumbuhan pelaburan asing dengan negara- negara jiran bukan sekadar Singapura tapi juga Indonesia dan Vietnam malah Thailand yang dianggap terbantut dengan beberapa permasalahan politik masih lagi dapat mengatasi kita. Itu kenyataannya Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi isunya yang dibangkitkan oleh saya ialah tentang kemerosotan daya saing yang diakui oleh Yang Berhormat Menteri kerana beberapa perkara yang ditunjukkan sebagai faktor penyebab. Ini termasuk umpamanya kurangnya ketelusan, kelemahan institusi dan dalam isu ketelusan ini termasuklah cara, sebagai contoh...

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

Soalan, soalan!

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya soalan. Kelulusan pembinaan Istana Negara kepada satu syarikat yang dorman. Itu bercanggah dengan Economic Transformation Plan dan Economic Transformation Program yang diumumkan. Syarikat yang dorman tidak mempunyai pengalaman atau track record. Ini diketahui. Mungkin ditutup dalam media tempatan tetapi diketahui oleh umum. Harga awal RM350 juta dan kemudian dianugerah dengan harga RM650 juta. Yang lebih besar ialah isu MRT kepada Gamuda MMC. Harga tawaran RM36 bilion dengan jaminan bahawa pembiayaannya 66% oleh sektor swasta tanpa proses dan ketelusan.

Jadi soalan saya, bagaimana kita boleh tarik minat seperti mana yang baru diumumkan 1Malaysia, tidak tahu ini Jho Low punya projek atau siapa saya tidak tahu tetapi cara begitu diteruskan tanpa mengambil kira kesan negatif kepada prestasi kerajaan.

final • 10:20 AM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh menggunakan ini sebagai gelanggang untuk membangkitkan isu-isu yang kurang relevan. [Ketawa] Yang pertama, saya hendak tegaskan bahawa kerajaan mengakui bahawa ada kelemahan. Itu sebabnya kita telah melaksanakan GTP dan ETP. Kita mengakui bahawa ada isu-isu berkaitan dengan ketelusan dan juga institusi. Kerajaan mengakuinya. Ada perkara-perkara berkaitan kita perlu tingkatkan ketelusan, perlu membaiki lagi institusi dan tidak ada beza antara kerajaan dengan pembangkang dalam hal ini dan yang pentingnya kerajaan buat, kerajaan sedang melaksanakannya. Pembangkang bercakap tetapi belum buat lagi. [Ketawa] [Tepuk] Kita sedang buat, kita sedang meningkatkan ketelusan, kita sedang meningkatkan institusi dan insya-Allah kedudukan kita akan bertambah baik pada tahun-tahun akan datang. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita melihat dengan kebangkitan negara yang mempunyai kuasa beli yang besar seperti negara-negara BRIC yang kita lihat dalam keadaan fokus dan juga tumpuan pada negara-negara maju yang masih tercari-cari kaedah penyelesaian yang dianggap masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Jadi saya pohon bertanya kepada pihak kementerian supaya menyatakan apakah perkembangan ekonomi Malaysia bagi suku tahun kedua 2010 ini dan bagaimanakah dasar ETP yang dikemukakan oleh pihak kerajaan akan dapat membantu meningkatkan prestasi ekonomi negara?

final • 10:20 AM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Dua soalan. Yang pertama, prestasi suku kedua. Sudah pun diumumkan Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat bermaksud separuh kedua tahun 2010. Separuh pertama sudah pun diumumkan, pertumbuhan kita kira-kira 9.5% untuk enam bulan pertama tahun ini. Satu pencapaian yang membanggakan. Untuk separuh kedua ataupun untuk second half, kita yakin oleh kerana kita sudah bulan Oktober sudah selesai third quarter iaitu suku ketiga tahun ini, mengikut angka-angka terkini kita rasa prestasi juga membanggakan tapi kita tunggulah angka rasmi.

Jadi prestasi kita tahun ini jangkaan kita 6%. Kita tunggulah ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa belanjawan.

Berkaitan dengan ETP memang itu hasrat kita. 131 projek ETP dan juga business opportunities ini akan menjanakan pendapatan yang tinggi. Kita jangka pendapatan ataupun pelaburan kita akan meningkat tahun depan, jangkaan kita 12.8% setiap tahun.

Jadi ETP ini banyak berkaitan dengan pelaburan. Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kadar tambahan pelaburan sebanyak 12.8% setahun dengan kadar yang tinggi pertambahan pelaburan ini, maka kadar pertumbuhan ekonomi negara kita jangka akan dicapai iaitu purata 6% setahun sehinggalah tahun 2020.

final • 10:20 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri MITI. Soalan penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:-

(a) adakah pihak kementerian telah membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan saman ke atas peniaga runcit yang menjual barangan kawalan dengan kadar harga yang sepatutnya sedangkan barang kawalan tersebut dibelinya dengan harga runcit; dan

(b) apakah jenis tindakan yang diambil oleh pihak kementerian ke atas pemborong yang menjual barang kawalan dengan kadar harga runcit.

final • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 5, Akta Kawalan Harga 1946 menetapkan adalah menjadi satu kesalahan kepada peruncit menjual barang terkawal melebihi daripada harga maksimum yang ditetapkan dan boleh dikenakan kompaun dan denda. Walau bagaimanapun, sebelum tindakan kompaun dikenakan kepada peruncit-peruncit, pihak penguat kuasa terlebih dahulu akan menyiasat sebab-sebab kenapa harga tersebut dijual melebihi harga yang ditetapkan. Ada beberapa keadaan di mana peruncit terpaksa menjual harga melebihi daripada harga-harga yang ditetapkan.

Misalnya, di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, kawasan yang begitu jauh kedudukannya dan memerlukan kos pengangkutan, maka peniaga, pemborong dan sebagainya biasanya akan menaikkan harga barangan tersebut kerana kos-kos itu terpaksa dimasukkan di dalam kos jualan. Jadi ini menyebabkan harga tidak boleh dijual seperti harga yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

final • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Begitu juga di kawasan-kawasan kampung, kawasan pedalaman. Kita tahu di kawasan pedalaman di kampung dan sebagainya kadang-kadang peniaga runcit menjual barangan dan pembeli berhutang, membayar hutang. Pakai buku 555, ini perkara biasa di kampung. Ini juga menyebabkan kadang-kadang peniaga terpaksa meletakkan harga yang sedikit tinggi daripada harga yang ditetapkan di bawah harga yang dikawal oleh kementerian dan keadaan ketiga ialah pemborong sendiri untuk mencari keuntungan berlebihan menjual harga yang melebihi daripada harga yang ditetapkan oleh kementerian kepada pemborong misalnya seperti yang di dalam soalan ini menjual kepada peruncit dengan harga runcit. Jadi sebab itulah akhirnya peruncit terpaksa menaikkan sedikit harga untuk mendapatkan keuntungan. Jika ini berlaku, kompaun biasanya tidak akan dikeluarkan.

Kepada soalan kedua iaitu denda. Apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada pemborong? Untuk makluman Yang Berhormat, sekiranya pemborong menjual harga barang terkawal pada harga runcit, tindakan boleh diambil di bawah seksyen 5 Akta Kawalan Harga kerana menjual melebihi harga maksimum dan kesalahan bagi individu denda sebanyak RM15,000 ataupun penjara dua tahun kesalahan pertama ataupun kedua- duanya. Manakala kesalahan kedua atau berikut dan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Bagi syarikat atau pertubuhan atau perbadanan denda tidak melebihi RM25,000 bagi kesalahan pertama manakala kesalahan kedua dan berikutnya tidak melebihi RM50,000. Jumlah kompaun boleh dikenakan dengan 50% daripada jumlah penalti yang saya sebutkan tadi.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, dasar Kerajaan Barisan Nasional memang baik, tetapi sekali-kala kita ada sedikit kelemahan dalam tindakan untuk kita memperbaiki. Contoh suara rakyat sekarang kedai runcit, kita kerajaan jaga kedai-kedai besar, jaga hypermarket, sekeliling semua hypermarket yang ada di negara kita. Akan tetapi kerajaan kita Barisan Nasional terlupa kedai runcit di seluruh negara kita kemungkinan ada 10,000 lebih buah kedai. Inilah soalan tambahan yang saya hendak bertanya. Apakah tindakan kepada pemborong-pemborong yang menjual barang dengan harga runcit seperti kedai-kedai runcit? Apakah usaha kerajaan dalam melindungi kepentingan dalam berhadapan dengan persaingan hypermarket-hypermarket yang sengit? Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya sebutkan tadi bahawa pemborong akan dikenakan tindakan di bawah seksyen 5 tadi jika mereka menjual melebihi daripada harga yang ditetapkan. Itu yang pertama. Dari segi melindungi kepentingan peniaga-peniaga yang bersaing dengan hypermarket dan sebagainya, kita telah menetapkan polisi kepada hypermarket iaitu mereka tidak boleh sewenang-wenangnya membina hypermarket mengikut selera mereka.

Ini kerana setiap pembinaan hypermarket akan diluluskan Jawatankuasa Pengedaran Perdagangan di mana kita telah menetapkan beberapa kriteria, misalnya dari

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

segi dari jumlah pendudukan. Ratio ataupun nisbah penduduk 250,000 untuk satu hypermarket misalnya. Hypermarket mesti dibina di kawasan berasingan tidak di kawasan- kawasan penduduk dan sebagainya.

Begitu juga keluasan lantai. Kita juga menetapkan supaya mereka tidak boleh membina kurang daripada keluasan yang ditetapkan. Sedangkan ianya berbeza dengan dasar kepada pemilik hypermarket tempatan ataupun supermarket tempatan ataupun kedai-kedai tempatan di mana pemilik-pemilik supermarket tempatan atau hypermarket tempatan kita tidak menetapkan sebarang kawalan, sebarang dasar. Kalau mereka hendak bina di mana sahaja pun mereka boleh bina. Kalau mereka hendak bina berapa luas lantai pun kita tidak ada halangan.

Kalau mereka hendak bina dalam kompleks-kompleks membeli belah pun mereka boleh buat. Jadi bermakna bagi hypermarket ada kita letakkan syarat-syarat yang ketat sedangkan local players ataupun usahawan-usahawan runcit tempatan kita tidak meletakkan sebarang syarat dan sebagainya. Jadi kita perketatkan prosedur untuk kelulusan hypermarket asing kerana untuk menjaga kepentingan peruncit-peruncit tempatan kerana kita tidak mahu terlampau banyak hypermarket di bandar-bandar kecil dan sebagainya yang akan membunuh perniagaan, peniaga-peniaga kecil tadi. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Menteri yang saya menyanjungi usaha gigih Menteri Perdagangan Dalam Negeri kita ini. Cumanya dalam hal kawalan harga ini Menteri ya, kita tahu buat hari ini hanya enam kalau tidak silap saya barang yang dalam kawalan petrol, diesel, gas, gula, tepung dan minyak masak dan menjadi cabaran besar adalah musim-musim perayaan.

Saya pun mendapati dalam musim-musim perayaan ini ada tambahan-tambahan barang yang disenaraikan tergantung kepada musim-musim perayaan ini kalau contohnya Hari Raya ditambah seperti cili, bawang dan sebagainya.

Kalau musim perayaan Deepavali kambing ataupun yang ditambah semasa bawang putih contohnya semasa perayaan Tahun Baru Cina. Persoalan yang mungkin Menteri pun sedia maklum, kekangannya atau the real culprit dengan izin bukannya pada peruncit, tetapi kepada pemborong. Pemborong yang telah menjual kepada peruncit pada harga runcit. Persoalannya apakah tindakan yang kementerian perlu ambil satu kepada pemborong ini yang memangsakan peruncit dan kedua, kepada pengilang. Satu lagi aspek yang susah dalam kawalan ini kerana pengilang andainya kalau bahan-bahan yang dikeluarkan seperti susu mereka dikekang, mereka tidak akan mengeluarkan produk itu, tetapi mengeluarkan bahan-bahan yang bersifat enrichment kepada itu contohnya menghasilkan creamer untuk mengelak kawalan seperti ini. Kesemua ini saya ingat mengganggu-gugat keberkesanan kementerian, apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita mengawal tujuh produk sepanjang masa. Ini telah pun digazetkan di bawah Akta Kawalan Harga dan memang setiap kali musim perayaan kita akan menetapkan 18,19 atau 20 produk. Ini kerana kita tidak tahu pada musim perayaan, peniaga biasanya akan mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga. Kita sebenarnya bukan mengawal harga di peringkat peruncit sahaja. Apabila kita menetapkan sesuatu barangan menjadi harga kawalan, kita akan menetapkan di harga peruncit, sudah ada sudah harga siling dan juga akan menetapkan harga pemborongan. Jadi pemborong juga ditetapkan harganya dan tidak boleh melebihi daripada harga yang kita tetapkan. Jadi bermaknanya Akta Kawalan ini akan menjaga kepentingan pengguna itu dengan mengawal rangkaian dia daripada atas sehinggalah ke bawah. Jadi di bawah akta ini di mana-mana rangkaian ini menaikkan harga melebihi harga kawalan bermakna mereka juga boleh dikenakan tindakan.

Jadi Yang Berhormat untuk menjawab Yang Berhormat maknanya kita kawal juga di peringkat pemborong yang dianggap sebagai culprit oleh Yang Berhormat, saya tidak katalah Yang Berhormat yang kata culprit dan begitu juga harga kilang kepada pemborong kita juga kehabisan gula, saya beri contoh. Harga gula dari kilang kepada pemborong kita tetapkan daripada pemborong kepada peruncit juga kita tetapkan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tarikh/jenis laporan-laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Dato’ Sosilawati di Banting, serta tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan.

final • 10:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini serentak bersama tiga pertanyaan yang lain iaitu pertanyaan Yang Berhormat Kubang Kerian bertarikh 13 Oktober 2010, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bertarikh 20 Oktober 2010 serta pertanyaan Yang Berhormat Puchong pada 26 Oktober 2010 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut ada kaitan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, enam laporan polis telah dibuat terhadap suspek utama kes pembunuhan Dato’ Sosilawati Lawiya yang mana kesemuanya adalah berkaitan dengan kes penipuan. Enam laporan polis telah dibuat di Balai Polis Banting yang masing-masing bertarikh 19 Ogos 2005, 20 Oktober 2005, 20 Februari 2009, 18 Mac 2010, 13 September 2010 dan 14 September 2010. Daripada enam laporan yang telah saya nyatakan itu, satu laporan polis bertarikh 19 Ogos 2005 yang dibuat oleh Rajendran a/l Marimuthu telah selesai disiasat dan kertas siasatan telah pun dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Kedua, satu laporan polis bertarikh 20 Oktober yang dibuat oleh Ching Lung Chung telah selesai disiasat dan kes ini di dalam perbicaraan di mahkamah. Satu laporan polis bertarikh 20 Februari 2010 yang dibuat oleh ‘Najendran’ a/l Arumugam telah ditutup berikutan tindakan pengadu menarik semula laporannya. Dan tiga lagi laporan polis bertarikh 18 Mac 2010, 13 September 2010 dan 14 September 2010 masih lagi di dalam siasatan pihak polis.

Maka Tuan Yang di-Pertua, tidak timbul bahawa pihak polis tidak menjalankan siasatan ke atas laporan-laporan yang dibuat terhadap suspek. Tidak ada laporan orang hilang yang mengaitkan suspek sebelum ini. Cuma satu laporan sahaja yang dibuat oleh Allal Kathan Kasi adik kepada Muthuraja yang dilaporkan pada 29 Mac 2010 di Balai Polis Klang mengenai kehilangan Muthuraja. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana fakta kes menjurus kepada penipuan. Orang yang disyaki di dalam kes ini bukan suspek utama kes Dato’ Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Laporan kehilangan Muthuraja yang dikaitkan dengan suspek utama cuma dibuat pada 8 September 2010 oleh isterinya Usharani iaitu selepas kes Dato’ Sosilawati dan tiga yang lain telah pun terbongkar termasuklah lain-lain kes yang didedahkan di media massa baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, saya amat berkeyakinan bahawa pihak polis telah melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab, cekap dan profesional dan tidak timbul isu keyakinan orang ramai terhadap Polis Diraja Malaysia akan terjejas.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan ialah kita memuji tindakan polis yang begitu cepat dan nampaknya menyelesaikan kes pembunuhan beramai-ramai Dato’ Sosilawati dan tiga orang yang lain.

Akan tetapi jawapan Yang Berhormat Menteri nampaknya bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Inspector General of Police sendiri, Tan Sri Ismail Omar yang ada mengakui bahawa kalau tindakan ada diambil terhadap laporan orang yang hilang, yang ada dibuat dahulu, Dato’ Sosilawati hari ini dan tiga orang tidak akan dibunuh. Inilah yang di dalam surat khabar. Kita baca surat khabar mengenai laporan-laporan yang lain.

Soalannya ialah adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kes ini menjatuhkan nama baik pihak polis dan competitiveness of Malaysia. Oleh sebab lawatan

final • 10:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Chennai, India untuk menarik pelabur, semua nampaknya hendak define apa yang berlaku mengenai laporan pembunuhan beramai- ramai di Banting.

Soalan mengenai kenapa laporan-laporan yang dibuat oleh - dari 2005 sama ada fraud, orang yang hilang dan pembunuhan, tidak ada siasatan yang mendalam, menimbulkan masalah profesionalisme pihak polis dan mungkin menimbulkan satu ciri masalah besar pihak polis. Tidak memperkenalkan democratic policing di mana tugas utama ialah untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukan untuk menjaga kepentingan mereka yang berkuasa. Macam tindakan yang begitu cepat diambil terhadap Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Serdang, tangkap kartunis Zunar, semua ini pun tidak berasas tetapi nampaknya tidak ada tindakan polis berkenaan kes-kes tersebut.

Adakah satu siasatan terbuka akan diambil supaya kepercayaan orang ramai terhadap polis boleh dipulihkan?

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tidak setuju dengan dakwaan Yang Berhormat dari Ipoh Timur yang menyatakan bahawa imej dan kredibiliti PDRM terjejas. Ianya hanya terjejas kalau sekiranya ada pihak- pihak tertentu yang mungkin selektif seperti Yang Berhormat Permatang Pauh, yang begitu selektif dalam laporan ekonomi. Pihak Yang Berhormat Ipoh Timur pula selektif dalam memilih kes-kes tertentu untuk menidakkan apa yang telah pun dilakukan oleh pihak polis.

Contohnya Tuan Yang di-Pertua, statistik yang ada pada saya hari ini daripada tahun 2000 hingga Ogos 2010, jumlah orang yang dilaporkan hilang ialah 35,473 dan daripada 35,473, yang telah jumpa semula, yang telah pun diselesaikan ialah 21,344.

Mengapa Yang Berhormat Ipoh Timur tidak menyuarakan perkara ini daripada hanya memilih perkara-perkara yang telah pun saya jawab. Tidak ada kena-mengena dengan kes orang hilang tetapi ada hubung kait dengan penipuan. Apabila kita hendak tengok perkara ini, biarlah realistik dan rasional, jangan selektif hanya semata-mata hendak mensensasikan sesuatu kerana pihak polis dalam hal ini serius untuk memastikan bahawa apa jua yang dilaporkan oleh pihak orang ramai, ianya akan disiasat dengan sebaik mungkin.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya gembira Tuan Yang di-Pertua di awal Parlimen ini begitu ceria, mudah-mudahan Parlimen kita pun akan ceria Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan, ini masalah persepsi rakyat. [Ketawa] Lebih-lebih lagi persepsi yang salah oleh rakyat dimainkan oleh parti pembangkang, memang terang-terang rakyat akan keliru.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Apa pula ini?

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Persepsi rakyat atau salah tanggapan rakyat terhadap pihak polis ini, banyak tanggapan yang salah kepada pihak polis seperti contoh...

final • 10:40 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Bekas Ketua Polis Negara pun salah tanggap. [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Inilah parti pembangkang.

final • 10:40 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ada pihak ketiga.

final • 10:40 AM

Beberapa Ahli

[Bersorak]

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Salah tanggapan persepsi ini, konon cerita polis hanya menyiasat kes-kes orang hilang, orang-orang terkenal, kalau orang yang tidak terkenal, polis tidak siasat. Ini tanggapan, ini yang dimainkan oleh pembangkang sehingga nama baik polis tercemar.

final • 10:40 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tan Sri Musa Hassan jadi pembangkang kah?

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh Yang Berhormat Menteri ceritakan sedikit secara lebih jelas supaya rakyat tidak terkeliru, tertipu, teraniaya, ter...

final • 10:40 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

34,000 hilang, 27,000 sahaja selesai, puas hati kah itu?

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Pihak polis yang berjasa ini, kita kenanglah jasa mereka yang mengorbankan nyawa dan darah untuk keselamatan negara. [Dewan riuh] Tidak sepatutnya persepsi-persepsi buruk lebih-lebih lagi yang dimainkan oleh parti pembangkang menjadi pegangan kepada rakyat. Sila Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini yang hendak jawab ini pihak ke berapa?

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya setuju sangat dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading kerana dalam kes-kes yang selektif tadi, dalam kes Sosilawati tadi, saya hendak nyatakan bahawa perkara yang dibangkitkan seolah-olah laporan yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, malah saya sudah jawab tadi bahawa bukan sahaja sudah disiasat, ada laporan yang dibawa ke muka pengadilan melalui kes-kes mahkamah.

Keduanya daripada jumlah dari segi mereka yang hilang sahaja jumlah daripada tahun 2000 ialah 35,473. Dalam hal ini polis telah pun menyelesaikan dan telah pun kembali dan telah pun ditemui 21,344.

final • 10:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Itu satu pencapaian yang memalukan.

Hanya 60% tidak sampai...

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tidak, tidak, itu sebagai...

final • 10:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Daripada 35,000 yang hilang.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Itu hanya...

final • 10:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang selesai hanya 21,000.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau lagi ada Ahli-ahli Yang Berhormat berbuat demikian seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Shah Alam, lain kali saya tidak benarkan Yang Berhormat Shah Alam sama ada soalan tambahankah kerana sudah mengambil kesempatan pun. Begitu juga dengan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 10:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya ada apa Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang tadi itu kadang-kadang mengacau bercakap.

final • 10:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Macam mana saya tidak kacau Tuan Yang di-Pertua, sebab saya bangga kerana...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah sudahlah Yang Berhormat Pokok Sena, sudah.

final • 10:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Duduklah Yang Berhormat Pokok Sena, duduk.

final • 10:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Cakap itu memang bagus kelas pertama, kelas pertama.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sudahlah. Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua cara dia jawab seolah-olah pencapaian itu satu benda yang boleh dibanggakan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam sudahlah. Cara dia menjawab itu cara dia tidak apalah.

final • 10:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Pencapaian 60% boleh dibanggakan.

Saya hairan, ini persepsi yang akan merosakkan imej polis.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah Yang Berhormat Shah Alam. Itu cara Menteri menjawab, Yang Berhormat Shah Alam pun ada cara tanya soalan juga.

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masing-masing dengan cara dia. Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Inilah contoh-contoh seorang Ahli Parlimen yang samseng.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, ianya...

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya hendak nyatakan di sini kepada Dewan yang mulia ini sesungguhnya perkara yang dibangkitkan banyak berkisar kepada persepsi yang hendak diwujudkan. Ia boleh diwujudkan secara positif atau ianya boleh diwujudkan secara negatif. Dalam hal ini kita berkisar kepada kes-kes high profile dan menjurus kepada kes high profile ini perkara-perkara yang dibangkitkan sebelum ini yang digembar-gemburkan dan diwujudkan satu persepsi yang tidak kena di luar kita jawab di Dewan yang mulia ini. Bukan satu perkara yang hendak digembar-gemburkan bila ianya menyentuh kepada institusi yang selama ini telah pun memastikan keselamatan kita semua termasuk pihak pembangkang.

Jadi benda-benda yang telah kita berjaya lakukan jangan kita menidakkannya.

Akan tetapi pada masa yang sama perkara-perkara yang disensasikan satu dua kes jangan itu menyebabkan keruntuhan institusi yang selama ini telah pun menyelamatkan dan memastikan keselamatan semua yang berada di dalam Dewan ini.

final • 10:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

21,000 itu bukan persepsi.

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:50 AM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak balik kepada soalan asal Tuan Yang di-Pertua. Saya dan kita semua diberikan maklumat bahawa berdasarkan kepada laporan polis dan penyiasatan polis terhadap kes ini, kertas pendakwaan telah pun dikemukakan kepada Peguam Negara dan kemudian Peguam Negara telah menghantar balik kertas siasatan tersebut untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis. Ini bermakna berlakunya beberapa lagi kekurangan- kekurangan untuk proses pendakwaan.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, kalau laporan profesional DNA pun di Jabatan Kimia pun boleh didapati dalam mungkin paling cepat satu hari, dua hari ataupun tiga hari tetapi kita melihat laporan DNA pun masih tidak dikeluarkan, jadi untuk kepentingan rakyat dalam negara kita, saya ingin tahu dalam Dewan yang mulia ini dan kita semua, berapa lamakah lagi agaknya dari segi kerja ataupun sikap profesional yang polis akan menyiapkan kertas siasatan dan kes ini dapat didakwa ke muka pengadilan untuk dibuktikan siapakah yang bersalah? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Berapa lama lagi itu yang ke 22,000 ya?

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat dari Kubang Kerian. Dia dua agensi yang terlibat dalam siasatan. Pertamanya pihak Polis Diraja Malaysia, pasukan siasatan dan juga daripada pihak Peguam Negara. Kedua-dua

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

pihak ini hari ini 24 jam sedang siasat dan memastikan bahawa ianya dapat dibawa secepat mungkin. Tidak boleh saya laporkan ke Dewan ini hari ini tetapi percayalah bahawa ianya tidak berkaitan dengan kes ini sahaja. Akan tetapi ada perkara-perkara lain di dalam siasatan mereka yang telah menimbulkan syak wasangka yang memerlukan siasatan selanjutnya. Untuk kita memastikan bahawa semua yang terlibat dalam kes ini setakat mana yang kita mampu dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

final • 10:50 AM

5. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Kewangan menyatakan sejak berkuat kuasa bayaran perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50, berapa banyakkah kutipan yang telah diterima oleh kementerian mengikut bulan dan tahun.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak berkuat kuasanya cukai perkhidmatan ini iaitu mulai Januari 2010, jumlah cukai yang dapat dikutip sehingga bulan September 2010 adalah sebanyak RM275.5 juta, iaitu secara puratanya adalah lebih kurang RM37 juta sebulan. Cukai perkhidmatan ke atas kad kredit dan kad caj pernah dikenakan berkuat kuasa mulai 1 Januari 1997 pada kadar RM50 setahun bagi setiap kad.

Walau bagaimanapun, pengenaan cukai ini telah diberhentikan mulai 1 April 2001. Dalam tempoh 1 Januari 1997 hingga 1 April 2001, jumlah keseluruhan cukai perkhidmatan yang dipungut daripada kad kredit, kad caj adalah sebanyak RM464.86 juta iaitu RM63 juta bagi tahun 1997, RM98.5 juta bagi tahun 1998, RM105.4 juta bagi tahun 1999, RM138.2 juta bagi tahun 2000 dan RM59.6 juta tahun 2001. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Saya mendapati bahawa jumlah yang kita pungut pun tidak sebanyak mana. Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menghapuskan bayaran perkhidmatan ini semula? Ini kerana memandangkan ianya merupakan satu bebanan yang ditanggung oleh pemegang kad kredit ini kerana setiap bayaran ini dicajkan balik semula kepada pemegang kad dan akhirnya kalau lewat bayar pemegang kad itu dikenakan interest balik dan untungnya adalah bank. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, adakah kita bercadang untuk menghapuskan berbanding yang dahulu kita pernah menghapuskan dan kita balik semula? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan cukai perkhidmatan ini. Satu kesan baik yang boleh saya sebut di sini ialah dari segi menggalakkan perbelanjaan berhemah ini, iaitu pengurangan kad kredit yang dipegang oleh pengguna. Kalau kita lihat berbanding akhir tahun 2009 hingga pertengahan tahun 2010, sejumlah umpamanya pada akhir tahun 2009 sebanyak 10.8 juta kad kredit yang diedarkan. Pada pertengahan tahun 2010 tinggal 9.1 juta iaitu penurunan sebanyak 16% dan juga penurunan dalam kad caj sebanyak 20%.

Ini menunjukkan setengah-setengah kad kredit itu tidaklah diguna pakai oleh pengguna dan oleh kerana wujudkan sekarang cukai perkhidmatan sebanyak RM25 untuk kad tambahan, maka kebanyakan mereka yang tidak perlu kepada kad-kad tersebut telah memulangkan kepada bank. Jadi ini satu langkah yang kelihatan mempunyai kesan seperti mana yang diharapkan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, apa masalah dengan...?

[Dewan riuh]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong, yang itu soalan kepada Menteri kah apa masalah itu?

final • 10:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya memang setuju kita mesti jimat. Di sini bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini, adakah dasar sekarang ialah kita tidak akan membelanjakan lebih daripada pendapatan kita dan dengan sedemikian adakah pihak kementerian sudah mempertimbangkan untuk mengadakan kad debit? Tuan Yang di-Pertua, kad debit ini

final • 10:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

memang penting. Kalau kita nak jimat di negara kita, kita mesti menggalakkan kad debit pula.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Ya Ahli Yang Berhormat, kad debit ini sememangnya telah digalakkan dan sememangnya tidak dikenakan apa-apa cukai perkhidmatan ke atas kad debit ini. Jadi tidak ada masalah, memang digalakkan dan tidak dikenakan cukai perkhidmatan ini. Ini bermakna pengguna, pelanggan sepatutnya lebih baik menggunakan kad debit berbanding kad kredit kerana kad kredit ini dikenakan cukai perkhidmatan RM50 ini.

final • 10:50 AM

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah bentuk latihan yang disediakan untuk para petani dan pekebun bersaiz kecil bagi membolehkan mereka ini menyertai industri pengeluaran pertanian organik yang semakin popular sekarang ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian menyediakan pelbagai latihan kepada petani dan pekebun bersaiz kecil bagi membolehkan mereka menyertai industri pengeluaran pertanian organik dalam bentuk ceramah dan latihan hands-on. Latihan yang diberikan adalah mengenai konsep perladangan organik, amalan pertanian organik, penyediaan baja organik, penyediaan bahan-bahan kawalan perosak tanaman dan skim pensijilan ladang organik. Jabatan Pertanian juga menjalankan petak-petak promosi di kawasan petani sebagai tempat latihan secara hands-on untuk meningkatkan keyakinan mereka mengamalkan kaedah organik.

Petani akan diberikan pendedahan melalui kursus latihan membuat baja organik seperti kompos dan biopesticide untuk penanaman secara organik. Latihan ini dijalankan di pusat-pusat pertanian di negeri-negeri dan di kebun-kebun petani. Permohonan untuk mengikuti kursus dan latihan hands-on boleh dibuat secara online melalui laman web Jabatan Pertanian. Antara pusat pertanian yang melaksanakan kursus ini adalah Pusat Pertanian Melur, Kota Bharu Kelantan. Bagi ladang-ladang yang telah mematuhi syarat perladangan secara organik, Jabatan Pertanian menyediakan program pensijilan Skim Organik (SOM) sebagai pengiktirafan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya. Di Kelantan ada satu tempat yang kita anggap sebagai success story dalam penglibatan penanaman padi organik. Lokasinya ialah di Salor yang sudah pun tiga atau empat kali musim penuaiannya yang memberikan hasil mencecah sehingga 12 tan, satu hektar. Ini adalah inisiatif daripada penduduk kampung yang waktu memulakannya tidak pernah mendapat sebarang bimbingan daripada Jabatan Pertanian atau jabatan berkaitan dengan kementerian.

Menyedari prospek inilah maka ianya sekarang diadakan pula di satu kawasan yang namanya Chetok di Pasir Mas.

Jadi soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah bolehkah Yang Berhormat Menteri senaraikan insentif-insentif yang boleh mereka perolehi melalui pelbagai skim yang terdapat dalam kementerian Yang Berhormat. Itu satu. Yang kedua, daripada segala bentuk latihan dan bantuan Yang Berhormat senaraikan tadi, kalau tadi saya contohnya padi organik di Salor, bolehkah Yang Berhormat sebutkan pula apakah bentuk success stories melalui penglibatan masyarakat petani dalam pertanian organik ini di tempat-tempat lain untuk kita contohi dan pelajarinya pula? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Chua Tee Yong

Terima kasih atas soalan tambahan. Pertama sekali mengenai insentif, pada masa ini kementerian mengadakan langkah-langkah daripada segi insentif secara teknikal dan input dan juga latihan. Selain itu, untuk proses accreditation untuk mendapat SOM, kementerian juga tidak mengadakan caj. Pada tahun dulu, kita mengadakan yuran fi sebanyak RM120 bagi setiap ladang tetapi mulai Jun 2010, fi ini tidak dikenakan caj. Selain itu, untuk menjalankan aktiviti mengenal pasti bahawa sesebuah ladang itu atau setiap ladang itu adalah organik, maka terdapat analisis hasil yang perlu

final • 10:50 AM

Tuan Chua Tee Yong

dibuatkan untuk kumpulan pesticide dan dengan ini, kementerian juga mengumumkan agar fi ini tidak dilevikan kepada petani-petani dan dibiayai oleh kementerian. Ini dijangka untuk setiap ladang, anggarannya adalah RM4,050. Ini juga tidak melibatkan masa-masa pegawai dan juga latihan-latihan atau overtime yang diadakan.

Untuk success story yang diadakan, sehingga ini terdapat 37 buah ladang organik yang telah mendapat sijil SOM. Mungkin saya boleh secara bertulis memberi semua maklumat mengenai SOM dan ladang-ladang yang telah berjaya mendapat organik ini kerana kementerian kita memang ingin menggalakkan aktiviti ini kerana ia merupakan salah satu kaedah pertanian yang mesra alam. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Tahniah kepada Menteri yang telah pun melancarkan KPI menteri di mana rakyat termiskin telah pun ramai terlibat dalam program ini dan keluar daripada garis kemiskinan. Akan tetapi daripada segi senarai projek-projek yang kita tawarkan kepada petani dalam projek KPI menteri ini, tidak ada projek-projek dalam bentuk projek organik. Oleh kerana permintaannya sangat tinggi, saya fikir rakyat termiskin juga perlu kita tawarkan satu pakej yang melibatkan pengeluaran bahan-bahan organik supaya mereka juga terlibat dalam pengeluaran secara besar-besaran.

final • 10:50 AM

Tuan Chua Tee Yong

Terima kasih Yang Berhormat dari Jempol atas soalan tambahan. Pertama sekali, daripada segi program KPI untuk menteri bagi menolong rakyat miskin, memang pada masa ini tiada program untuk menjalankan boleh dikatakan pertanian organik. Ini adalah memandangkan bahawa pertanian organik memakan skil yang tinggi dan juga input yang tinggi dan bukan setiap ladang yang memohon akreditasi SOM ini mendapat kelulusan kerana kelulusannya adalah ketat untuk memastikan pengguna adalah terjaga.

Maka secara permulaan, untuk mereka yang tidak mempunyai sebarang latihan atau teknikal atau mempunyai pengetahuan mengenai pertanian, secara permulaan, pertanian konvensional adalah lebih senang untuk dimulakan. Sama ada program organik ini akan dijalankan kepada mereka yang telah berjaya keluar daripada tahap kemiskinan, saya percaya kementerian akan sentiasa menimbangkan cadangan Yang Berhormat.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sedikit pembetulan dalam soalan ini, sebab kalau yang sekarang ini macam tak ada makna iaitu soalan asal saya “Usaha kerajaan untuk menaik taraf jalan-jalan lebuh raya menghubungkan Sabah dan Sarawak”. Soalan nombor tujuh Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

7. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan :-

(a) Usaha kerajaan untuk menaik taraf jalan-jalan lebuh raya menghubungkan Sabah dan Sarawak; dan

(b) Langkah-langkah penyeliaan tanah runtuh di sepanjang lebuh raya di negeri Sabah.

final • 10:50 AM

Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, perancangan bagi membina jaringan jalan raya dan lebuh raya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dilaksanakan berdasarkan Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuh Raya (HNDP).

Sehubungan itu, kajian semula HNDP bagi Sabah dan Sarawak pada tahun 2010 telah menggariskan cadangan dan keutamaan bagi membina dan menaik taraf rangkaian jalan raya di kedua-dua negeri ini, khususnya jalan di Lebuh raya Pan Borneo menghubungkan bandar-bandar utama di Malaysia Timur. Pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam setiap rancangan pembangunan lima

final • 11:10 AM

Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman bin Abu Mansor

tahun kerajaan. Ini kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan jarak yang panjang iaitu melebihi 2,300 kilometer.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh Kementerian Kerja Raya sememangnya memberikan tumpuan terhadap pembangunan rangkaian jalan raya di Sabah dan Sarawak. Di antara projek-projek berkeutamaan tinggi yang telah dicadangkan oleh Kementerian Kerja Raya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ialah cadangan untuk menaiktarafkan jalan raya di sepanjang laluan Miri, Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah dengan anggaran RM513 juta, menaik taraf jalan di Lebuhraya Sapulut-Kalabakan, Sabah – RM30 juta, dan membina Jalan Segama Northern Bypass Lahad Datu, Sabah – anggaran RM200 juta.

Di samping itu, Kementerian Kerja Raya juga akan terus melaksanakan projek- projek sambungan sedia ada yang sedang berjalan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pelaksanaan projek-projek tertakluk kepada peruntukan yang bakal diluluskan oleh agensi-agensi pusat.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai langkah-langkah penyeliaan dan baik pulih cerun yang berisiko di negeri Sabah pula. Kementerian Kerja Raya sememangnya sentiasa menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap risiko cerun-cerun di negeri tersebut.

Antaranya menerusi pemeriksaan rutin (condition survey), penyelenggaraan rutin (routine maintenance), dan penyelenggaraan berkala (periodic maintenance). Di samping itu, pemantauan juga dibuat secara visual menerusi program slope’s condition survey investigation (CSI) bertujuan bagi mengenal pasti kerosakan awal cerun-cerun yang berisiko di sepanjang laluan jalan persekutuan di negeri Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 42 cerun di jalan persekutuan di negeri Sabah telah, sedang, dan akan diperbaiki dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM341 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18 cerun telah siap diperbaiki, 19 cerun dalam peringkat pembinaan, manakala baki lima cerun lagi sedang dalam peringkat rundingan harga.

Di samping itu, Kementerian Kerja Raya juga sedang menjalankan kajian dan penilaian bagi menilai tahap risiko cerun-cerun di jalan-jalan persekutuan di negeri Sabah.

Sehubungan itu, hasil penilaian ini akan dijadikan panduan oleh kementerian ini dalam merancang dan melaksanakan program pembaik pulih cerun di negeri Sabah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Penjelasan cukup jelas. Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat beberapa insiden iaitu cerun-cerun tanah runtuh dan sehingga nyaris-nyaris membunuh pemandu- pemandu yang sedang menggunakan jalan raya menghubungkan Kota Kinabalu dengan Sandakan, dengan Ranau dan sebagainya.

Jadi persoalan saya iaitu langkah-langkah yang lebih drastik iaitu apakah kementerian berhasrat untuk memperbaiki ataupun membuat cerun-cerun ini secara menyeluruh, tidak lagi secara berpilih? Misalnya mungkin JKR konsultan melihat kawasan ini serius tetapi yang sebetulnya yang kawasan yang dijangka selamat itu pun apabila tiba masa hujan, ia akan mengalami runtuhan. Jadi ini yang memerangkap para pengguna.

Jadi persoalan saya iaitu, apakah kerajaan cukup kapasiti kewangan untuk memastikan cerun-cerun ini dapat dibina dan memberi jaminan keselamatan kepada pengguna jalan raya yang mengguna jalan-jalan ini? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kementerian menyedari akan bahaya sebahagian daripada cerun-cerun yang berada di negeri Sabah. Oleh itu Kementerian Kerja Raya telah mengambil inisiatif menyiapkan satu kajian berhubung dengan seluruh cerun yang dikenal pasti memberi risiko kepada pengguna-pengguna lebuh raya, dan satu nota akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini.

Kementerian juga mengambil langkah yang lebih proaktif, bukan sahaja untuk melakukan kerja-kerja pembaikan ataupun maintenance jalan raya-jalan raya yang dianggap mempunyai cerun-cerun yang mempunyai risiko. Akan tetapi kementerian

final • 11:10 AM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

berpandangan memandangkan negeri Sabah mempunyai tanah yang agak sensitif, selalu berlaku pergerakan tanah dan sebagainya, maka di antara kaedah yang ingin diperkenalkan oleh kementerian yang telah menyarankan kepada kerajaan adalah dalam membina jalan raya-jalan raya di negeri Sabah, ada masa-masanya, sekiranya jalan itu melalui kawasan-kawasan yang berbukit, maka kementerian mencadangkan agar kerajaan memberikan peruntukan tambahan, disediakan jalan menggunakan terowong. Ini kerana secara tidak langsungnya nanti ia akan membantu mengurangkan kos maintenance walaupun pada peringkat asalnya kos pembinaannya mungkin lebih tinggi daripada jalan- jalan biasa yang bakal diadakan.

Akan tetapi dalam jangka masa panjang, sekiranya kita menggunakan teknologi yang lebih baik, insya-Allah ia akan memberi kesan yang lebih baik bagi mengurangkan risiko kawasan-kawasan yang bercerun di negeri Sabah ataupun Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, saya mohon budi bicara sedikit walaupun tadi soalnya Malaysia Timur, ini saya hendak bercakap soal Pantai Timur. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Yang Berhormat Menteri sudah pun dimasukkan satu cadangan pembinaan Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 77 kilometer.

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh – oleh kerana Rancangan Malaysia Kesembilan sudah tidak jadi, tidak masuk, apakah projek ini masih dalam urutan senarai keutamaan? Itu soalan pertama. Ini kerana kejayaan koridor timur Yang Berhormat Menteri, banyak akan ditentukan oleh keupayaan kita melengkapkan dan menaikkan taraf prasarana. Jadi jalan utama persekutuan ini adalah antara jalan yang paling sibuk di negara kita. Apakah projek itu masih dalam senarai, jumlahnya berapa dan apa jaminan Yang Berhormat Menteri bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh jalan itu boleh jadi kenyataan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Yang Berhormat Machang.

Suka saya maklumkan bahawa setakat hari ini kementerian belum mendapat kata putus daripada agensi pusat ataupun Unit Perancang Ekonomi berhubung dengan projek-projek yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan bahawa saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Machang kerana jalan itu kami rasakan perlu dilaksanakan bagi membolehkan pembangunan ekonomi di kawasan itu, di samping memberi kemudahan kepada penduduk ataupun masyarakat di kawasan Pantai Timur. Apatah lagi pada hari ini kita sedia maklum bahawa telah ada Lebuh raya Pantai Timur Fasa 2 yang sampai kepada penghujung negeri Terengganu. Walaupun kita tahu negeri Kelantan itu bukan di bawah kerajaan Barisan Nasional, tetapi kerana keperluan rakyat kita akan memberi pertimbangan berhubung dengan permintaan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:10 AM

8. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan apakah Kerajaan tetap ingin melaksanakan penjanaan elektrik menggunakan tenaga nuklear walaupun kajian di blog YAB. Perdana Menteri menunjukkan hanya 23% menyokong Tenaga Nuklear dan terdapat 59% menyokong tenaga suria.

final • 11:10 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mohon izin untuk menjawab soalan pagi ini bersama dengan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat pada sesi ini serentak. Ini kerana kesemua soalan adalah berkaitan nuklear dan memerlukan jawapan secara holistik supaya ia lebih jelas dan mudah difahami.

Ahli-ahli Yang Berhormat dan pertanyaan-pertanyaan yang dimaksudkan adalah daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan pada 11 Oktober, Ahli Yang Berhormat Hulu Langat bertarikh 22 November, Ahli Yang Berhormat Seremban bertarikh 24 November, Ahli Yang Berhormat Shah Alam bertarikh 1 Disember, dan juga Ahli Yang Berhormat Telok Kemang bertarikh 2 Disember.

final • 11:10 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melaksanakan dasar mempelbagaikan bahan api bagi penjanaan elektrik untuk memastikan keselamatan tenaga dengan izin, energy security serta kemapanan Sistem Bekalan Elektrik Negara jangka masa panjang.

Permintaan bekalan elektrik negara dijangka meningkat pada kadar purata 2.6% setahun untuk tempoh tahun 2010 sehingga tahun 2030. Dalam hal ini, kebergantungan secara berterusan kepada sumber bahan api, gas dan arang batu dijangka tidak mampu untuk menampung peningkatan dalam penjanaan tenaga elektrik khususnya bagi memenuhi keperluan based load dengan izin, yang mana memerlukan kuantiti penjanaan yang besar dan berterusan.

Justeru itu, kerajaan sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga alternatif jangka panjang yang dapat menampung peningkatan permintaan elektrik khususnya bagi tempoh pasca 2020. Opsyen penjanaan daripada sumber tenaga nuklear ini juga boleh dianggap memenuhi sebahagian besar kriteria teknologi hijau seperti berikut:-

(i) Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;

(ii) mempunyai pembebasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah atau sifar;

(iii) selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat yang lebih baik untuk semua hidupan; dan

(iv) menjimatkan tenaga dan sumber asli.

Walau bagaimanapun, keputusan muktamad untuk mengembangkan dan meluaskan sumber tenaga nuklear masih belum dibuat oleh kerajaan. Keputusan muktamad mengenai perkara ini akan hanya dibuat setelah melaksanakan kajian-kajian tertentu selaras dengan garis panduan International Atomic Energy Agency (IAEA) yang antaranya merangkumi aspek perundangan, sumber manusia, teknologi dan sebagainya.

Memandangkan keputusan muktamad mengenai penglibatan negara dalam bidang kuasa nuklear untuk penjanaan elektrik masih belum dibuat, maka kerajaan masih belum menentukan lokasi bagi loji jana kuasa nuklear pertama di negara ini. Namun, kajian mengenainya sedang dilaksanakan dan kerajaan akan memastikan bahawa semua peraturan atau piawaian yang berkaitan dengan keselamatan loji jana kuasa nuklear termasuklah keselamatan lokasi, diguna pakai dan dipatuhi sebelum lokasi yang bersesuaian ditentukan selepas keputusan muktamad mengenai pelaksanaan loji jana kuasa nuklear dibuat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di samping pelaksanaan kajian-kajian tersebut yang bertujuan untuk mengukur tahap kesediaan dan kemampuan negara untuk menceburi bidang kuasa nuklear, maklumat mengenai tenaga nuklear perlu dipertingkatkan penyebarannya bagi meningkatkan kesedaran serta memberi pendidikan kepada semua lapisan masyarakat terhadap manfaat dan risiko penggunaan tenaga nuklear.

Sehingga kini, pelbagai program pendidikan dan kesedaran awam telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sama ada dalam bentuk penganjuran seminar dan bengkel, penyediaan buletin dan brosur dan sebagainya. Namun, usaha-usaha tersebut perlu dilipatgandakan lagi dan kementerian saya bersama-sama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan sedang merancang dan melaksanakan program pendidikan dan kesedaran awam secara lebih komprehensif dan telus.

Justeru, suka saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa pemilihan sesuatu sumber penjanaan tenaga elektrik sama ada dari sumber tenaga nuklear ataupun sumber tenaga boleh diperbaharui ataupun sebagainya, bukan merupakan penyelesaian mutlak kepada keperluan bekalan elektrik pada masa hadapan. Malah, sumber penjanaan elektrik yang berpotensi di negara ini perlu dibangunkan secara optimum untuk menjadi

final • 11:20 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

pelengkap dan bukannya pengganti dalam keseluruhan sistem pembekalan elektrik negara.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih juga kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Negara kita mempunyai keluasan yang kecil berbanding dengan negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber elektrik.

Saya risau kalau berlaku kebocoran atau kerosakan loji nuklear, apakah tindakan?

Adakah kita mampu untuk mengatasi masalah ini? Kalau kita merujuk sebelum itu, kerajaan masih gagal untuk menguruskan sisa pepejal, pencemaran kimia di kilang-kilang.

Walaupun pengurusan untuk mengurusnya menggunakan teknologi yang lebih rendah berbanding dengan nuklear yang menggunakan teknologi yang tinggi, masih kah kita mampu untuk mengatasi kebocoran tenaga nuklear ini? So, saya minta supaya kementerian beri fakta-fakta atau data-data yang meyakinkan rakyat supaya rakyat menerimanya.

Saya cadangkan kita adakan satu referendum bagi rakyat untuk memilih – adakah rakyat setuju atau tidak kita menggunakan tenaga nuklear ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Seri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menerima baik cadangan untuk kita menjelaskan lebih lanjut kepada rakyat jelata mengenai bidang bekalan elektrik nuklear yang kita bincangkan pada hari ini. Itu memang satu program yang akan kita laksanakan dengan lebih luas dan teliti. Kita juga akan mengadakan forum-forum daripada semua stakeholders di negara kita ini.

Saya nampak dengan adanya penjelasan yang terperinci termasuk juga contoh- contoh yang akan kita berikan kepada semua pihak tentang jenis-jenis bekalan elektrik yang kita sedia ada dan pilihan yang kita adakan di masa akan datang, maka saya yakinlah rakyat akan memahami apa sebabnya kita akan memilih tenaga nuklear ini sebagai satu opsyen bagi kita. Akan tetapi buat masa sekarang kita masih dalam peringkat awal untuk melakukan sesi-sesi penyebaran maklumat dan juga cara komunikasi yang lebih terperinci.

final • 11:20 AM

Dato' Seri Peter Chin Fah Kui

Mengenai referendum ini Yang Berhormat, saya rasa buat masa sekarang kita tidak ambil kira perkara ini dan saya tidak tahulah di masa akan datang, sebab apa yang kita bincang ialah masa yang panjang – sepuluh sampai sebelas tahun yang akan datang ya. Akan tetapi saya tidak tahulah di masa yang akan datang macam mana kita akan fikir perkara referendum ini bagi rakyat kita. Sekian.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1)
PERNYATAAN RASIS DARIPADA PENJAWAT AWAM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Usul yang saya kemukakan baru-baru ini bahawa Dewan mengizinkan Yang Berhormat Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang mengehendaki disegerakan iaitu dua orang guru besar dari Kulai, Johor dan Bukit Selambau, Kedah yang melepaskan kata-kata rasis dan menghina terhadap pelajar-pelajar mereka di sekolah dalam bulan Ogos tahun ini, sehingga kini tidak dikutuk atau diambil tindakan disiplin sekeras-kerasnya oleh pihak yang berkenaan selaras dengan semangat 1Malaysia.

Dua bulan selepas guru-guru besar dari Kulai dan Bukit Selambau berkenaan yang antara lain melabelkan pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah mereka sebagai pendatang, menggesa pelajar-pelajar kaum Cina supaya balik China serta membandingkan benang sembahyang yang dipakai oleh pelajar beragama Hindu sebagai pengikat anjing menunjukkan sikap rasis tidak sejajar dengan jawatan mereka sebagai pendidik yang berkaliber di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Yang Berhormat Menteri Pelajaran masih berkeras bahawa beliau tidak berdaya mengambil tindakan untuk membetulkan keadaan sebaliknya mengizinkan kedua-dua guru besar yang berkenaan meneruskan tugas mereka seperti sedia kala.

Di samping itu, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan yang mengeluarkan pekeliling kepada semua guru-guru besar dan guru-guru dalam bulan Ogos untuk memberikan amaran bahawa tindakan akan dikenakan ke atas mereka yang mengeluarkan kata-kata rasis di sekolah tidak pula mengenakan tindakan disiplin ke atas kedua-dua guru besar yang berkenaan. Sehingga kini menunjukkan tidak wujud iltizam politik atau falsafah pentadbiran yang betul dalam negara ini untuk membanteras ketaksuban perkauman.

Semua ini merupakan sindiran langsung terhadap tema hari kebangsaan tahun ini iaitu ‘1Malaysia Menjana Transformasi’ serta membelakangkan pengisytiharan toleransi sifar terhadap karisma Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Pada masa apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cuba mengamalkan dasar 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’, seluruh pasukan pentadbiran beliau nampaknya tidak serius langsung terhadap dasar berkenaan, malah lebih cenderung untuk mendahulukan budaya rasis Biro Tatanegara atau lebih tepat sekali ‘Biro Tentang Negara’ yang meracuni generasi muda dan para pendidik kita selama ini dengan mesej racist yang songsang dan lebih merupakan Trojan horse dalam usaha kita mencapai perpaduan negara.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru pulang dari Mesyuarat Asia- Eropah Kelapan di Brussels telah membangkitkan sekali lagi kisah beliau di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini supaya diwujudkan pergerakan sederhana global semua agama yang memainkan peranan penting di dunia yang kini menghadapi ancaman lampau. Gesaan ini sesuai sekali diulangi di negara kita sendiri yang semakin terancam oleh anasir-anasir ketaksuban rasis dan pelampau agama yang mengancam ketenteraman negara serta menggoncang semangat majmuk yang merupakan batu asas Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur pada hari Khamis, 7 Oktober 2010. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan

final • 11:31 AM

oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu

(i) Bahawa perkara itu tertentu;

(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan

(iii) ia berkehendak untuk disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara tertentu dan ianya juga adalah bagi kepentingan orang ramai. Saya dimaklumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah memulakan tindakan tatatertib ke atas kedua-dua penjawat awam berkenaan. Justeru itu, ianya tidak perlu untuk disegerakan. Oleh itu saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).

final • 11:31 AM
UCAPAN TAKZIAH Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mendiang

Yang Berhormat Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, ingin saya memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah, Ahli Parlimen Batu Sapi telah meninggal dunia pada hari Sabtu, 9 Oktober 2010.

Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri mendiang Yang Berbahagia Datin Linda Tsen Thau Lin dan seluruh ahli keluarga beliau. Sesungguhnya pemergian mendiang ini adalah suatu kehilangan besar kepada negara dan kepada Dewan Rakyat khasnya. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun dan diminta bertafakur selama satu minit.

[Ahli-ahli bangun bertafakur]

final • 11:31 AM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:38 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:38 AM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah mengenai sepucuk surat yang saya terima pagi ini bertarikh 8 Oktober tahun ini di mana satu soalan saya, soalan jawab lisan ditolak bahawa Peraturan Mesyuarat 23(1)(h). Pertanyaan penuh yang ingin saya tanya adalah meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan setakat mana cadangan 1Malaysia oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyatukan kaum-kaum di negara ini dan untuk menyatakan sama ada beliau adalah seorang Melayu terdahulu atau seorang Malaysia terdahulu.

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) yang berbunyi; “Satu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penjelasan berkenaan dengan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau kerana hendak mendapat jawapan di dalam perkara yang dimisal-misalkan sahaja”.

final • 11:38 AM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan satu soalan di mana saya menanyakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi satu buah fikiran atau satu soalannya adalah hipotetikal.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada menyatakan beliau adalah Melayu pertama dan Malaysia selepas itu dan Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri iaitu Ahli Yang Berhormat Padang Rengas ada dengan umum mengatakan beliau adalah Malaysian first dan Malay second. Oleh itu saya tidak tahu kenapa soalan ini sebahagiannya ditolak iaitu untuk menyatakan sama ada beliau adalah seorang Melayu terlebih dahulu atau seorang Malaysia terlebih dahulu.

Kenapa satu perlindungan khas diberi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Ini bukan apa yang saya katakan tadi satu buah fikiran tetapi satu pendirian. Ada perbezaan di antara buah fikiran dan satu pendirian. Bolehkah saya dapat penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:38 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, bersama-sama di dalam perkara isu yang sama, saya pun ada satu soalan yang ada ditolak pada 23(1)(h) yang berbunyi, meminta Perdana Menteri menyatakan sebab mengapa setelah 18 bulan kakitangan awam peringkat kanan masih tidak menerima konsep 1Malaysia yang mendahulukan identiti rakyat Malaysia dan kaum masing-masing kemudian dan bagaimana beliau bercadang menyatukan pasukan pentadbiran di bawah konsep ini. Ini pun ada ditolak di bawah peraturan 23(1)(h) apabila sebenarnya ini satu masalah. Oleh kerana sangat jelas bahawa selepas 18 bulan, 1Malaysia konsep tidak ada diterima dan Biro Tatanegara sangat jelas sebab seorang penolong pengarah ada baru-baru ini keluar kenyataan bahawa kaum Cina ialah si mata sepet dan kaum India si kaki botol. Ini sangat jelas dan perlulah satu jawapan daripada kerajaan oleh khasnya Yang Berhormat Menteri ada di sini yang bertanggungjawab mengenai 1Malaysia. Bolehkah soalan-soalan seperti ini di masuk semula kepada peraturan mesyuarat?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Peraturan mesyuarat. Saya juga terima satu surat bahawa soalan saya adalah ditolak. Soalan saya adalah berbunyi begitu, saya hanya tanya adakah tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas laporan di website SarawakReport.org yang melaporkan bahawa syarikat ini dimiliki oleh ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, mempunyai hartanah yang bernilai ratusan milion ringgit di luar negeri. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini saya berfikir amat valid dan saya hanya mahu tahu sama ada siasatan telah diambil. Ini kerana laporan-laporan yang diadakan di website ini memang menunjukkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud itu adalah corrupt. Oleh sebab itu ahli keluarganya boleh mengaut begitu banyak duit untuk membeli hartanah di luar negeri yang bernilai berbilion-bilion. Apa yang saya tanya di sini ialah hanya saya mahu tahu adakah siasatan. Kenapakah soalan ini ditolak? Adakah kerana UMNO takut terhadap Tan Sri Taib Mahmud sehinggakan apa-apa soalan atas Tan Sri Taib Mahmud pun tidak dibenarkan di Dewan ini? Saya ingin satu jawapan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih...

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Tuan Wong Ho Leng - Sibu

Tuan Yang di-Pertua, saya ada...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Point of order ini ataupun atas sebab yang sama?

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Bukan, yang ini perkara yang sama Tuan Yang di-Pertua. Please.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ada 2 soalan yang ditolak tetapi salah satu yang saya ingin minta penjelasan dari Tuan Yang di-Pertua iaitu soalan saya yang ditolak. Saya ingin

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

membacakan iaitu saya minta Perdana Menteri menyatakan tentang imuniti atau pengecualian seorang warganegara dihadapkan ke mahkamah. Sejak kemerdekaan terdapat berapa orang rakyat Malaysia yang berpangkat Tun dihadapkan ke mahkamah dan juga apakah keputusan kehakiman kes-kes tersebut dan pada tempoh masa yang sama beberapa orang Tan Sri dan Dato’ Seri didapati bersalah dan dihukum? Soalan ini ditolak dengan sebab iaitu P.M.23(1)(r) dan Bahagian 2. Ini bertentang dengan jumlah perkataan iaitu tidak boleh melebihi 40. Saya mengakui bahawa soalan saya ini 48 perkataan tetapi pagi ini soalan yang ketiga oleh Yang Berhormat dari Bintulu, saya mengira ini dapat 54 iaitu lagi lebih dari saya dibenarkan. Saya mahu minta, apakah ketetapan atau satu pendirian bagaimana kita boleh diberikan yang melebihi dari 40 perkataan dibenarkan? Yang lain kita ditolak atas sebab kerana melebihi 40 perkataan?

Boleh minta saya penjelasan?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Semua boleh berdiri. Point of order atas sebab yang sama atau pun...

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sebab yang sama. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, kita ada surat soalan juga ditolak. Isu yang sama.

final • 11:40 AM

Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya

Ya, isu yang sama Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Semua perkara penting berkenaan kepentingan awam Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya

Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Mana boleh begini.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, jangan buat dahulu kenyataan- kenyataan. Saya belum panggil satu-satu. Mana boleh begini.

final • 11:40 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Kalau boleh...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya mahu dengar apa alasan-alasan selepas itu baru saya boleh beri pendapat yang bagaimana.

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila Yang Berhormat Selayang, nyatakan soalan mana yang ditolak dan atas peraturan mesyuarat mana?

final • 11:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu jangan lagi elaborate. Biar saya nanti yang menimbang.

final • 11:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ya, soalan saya yang ditolak ialah untuk Menteri Pertahanan untuk menyatakan perbelanjaan Program Perolehan Pertahanan bagi setiap tahun dari tahun 2005 hingga 2009 mengikut jumlah peratusan GDP dan peratusan jumlah perbelanjaan bagi tahun 2005 hingga 2009 berbanding dengan jumlah bagi tahun 2000 hingga 2004 dan menyatakan polisi pertahanan dan polisi perolehan bagi ketenteraan. Ini ditolak ialah perkara rahsia. Akan tetapi pada pandangan saya ini semua tidak ada di dalam belanjawan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat Selayang. Siapa lagi?

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Serdang.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Serdang. Selepas Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Puchong.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita pergi beredar begini. Silakan.

final • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, saya minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab Kerajaan Pusat tidak mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang banyak kali membangkitkan isu perkauman dan juga menerbitkan cerita yang palsu seperti suspek pembunuhan Datuk Sosilawati adalah ahli seumur hidup DAP dan saya telah memberikan tazkirah di surau. Soalan ini ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(c). Saya rasa ini kita minta satu penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri kerana telah banyak kali bahawa Kerajaan Pusat menyatakan bahawa mereka tidak akan bertoleransi itu isu-isu perkauman. Akan tetapi sudah beberapa kali Utusan Malaysia membangkitkan isu yang sama dan cerita-cerita yang sama tetapi hingga hari ini, Menteri Dalam Negeri tidak ambil sebarang tindakan terhadap mereka.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

final • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Dahulunya kita ada China Press...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Serdang, terima kasih.

final • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

...Yang diambil tindakan. Jadi, saya mintalah satu penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Yang Berhormat Puchong.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya terima satu surat juga di mana satu soalan... ya, surat ini bertarikh 8 Oktober 2010. Soalan saya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(10) peraturan- peraturan. Oh! Soalan yang ditanya adalah seperti begini, meminta Menteri Dalam Negeri untuk menyatakan sama ada ya atau pun tidak kerajaan akan mengambil tindakan, Tuan Yang di-Pertua, terhadap pihak-pihak yang rasis di negara ini khususnya saya tuju kepada Perkasa dan juga surat khabar Utusan Malaysia. Sekiranya tidak, kenapa? Saya bangkitkan di sini adalah kenapa soalan sebegini yang jelas diketahui oleh semua rakyat umum di negara ini dan jelas menjadi satu soalan yang ditanya di merata tempat di Malaysia. Kenapa pihak-pihak sebegini boleh membuat kenyataan-kenyataan yang cukup rasis dan menghina kepada sesetengah kaum tetapi apabila soalan ditanya di Parlimen, soalan itu tidak dibenarkan? Itu yang kita mahu tahu. Kita lihat Ketua Perkasa ada di sini.

Sebentar tadi apabila... Duduk dahulu, duduk dahulu. Saya belum habis...

final • 11:40 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apa pasal ni?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat!

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Duduk dulu.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Orang ini langsung tidak menghormati Ahli Parlimen juga Tuan Yang di-Pertua. Tadi semasa kami berdiri untuk memberikan takziah kepada Ahli Parlimen Batu Sapi yang baru meninggal dunia, dia di atas telefon.

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini adalah sikap dia kata dia Ketua Perkasa, tidak menghormati sesiapa.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Pasir Mas, sila duduk dahulu Yang Berhormat. Kita membincangkan perkara yang serius iaitu peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat, point of order serious...

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dengar dengan teliti, jangan campur adukkan dengan perkara lain yang menimbulkan kekecohan.

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini menunjukkan jenis-jenis Ahli Parlimen orang itu, jenis Ahli Parlimen...

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jenis Ahli Parlimen itu.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dua orang Ahli Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak mengapa.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak mahu lagi memanjangkan ini kecuali Ahli Yang Berhormat dua orang mahu berehat.

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Rehat? Saya tidak mahu rehat, saya hendak teruskan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak mahu rehat, teruskan selepas itu supaya saya dapat memanggil Ahli Yang Berhormat baru yang mempunyai masalah Yang Berhormat Puchong.

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Isu dia yang dibangkitkan, apakah dan kenapa kerajaan tidak mahu, why we don’t want to approach, kenapa kita tidak mahu menghadapi isu berkenaan dengan kenyataan rasis-rasis ini?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini menjadi isunya.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya sudah tahu Yang Berhormat Puchong....

final • 11:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Apa alasan yang telah dibuat dan saya akan membuat pertimbangan, siapa lagi? Sila.

final • 11:50 AM

Prof Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dua soalan saya kena tolak. Soalan pertama kepada Menteri Dalam Negeri berbunyi begini.

Minta Menteri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk menghalang atau menghentikan aktiviti-aktiviti Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia yang sentiasa mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman sehingga menyakitkan hati masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sebab ditolak adalah Peraturan Mesyuarat 23(1) dan soalan kedua pertanyaan kepada Perdana Menteri, menyatakan mengapa Kerajaan Malaysia bersikap tidak peduli dan tidak memberi tekanan kepada Kerajaan Sri Lanka untuk bekerjasama dengan panel Siasatan Jenayah-jenayah Perang yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi menyiasat pembunuhan etnik Tamil semasa perang di negara tersebut pada tahun 2009, Peraturan Mesyuarat 23(1)(k).

Jadi saya meminta menteri-menteri berkenaan menjawab soalan dan jika saya tidak boleh bertanya soalan ini di Parlimen, di mana saya boleh bertanya Tuan Yang di- Pertua?

Jadi syor Perkasa ini, saya rasa pihak Barisan Nasional pun akan menyokong pandangan saya di sini, bukan dari pembangkang sahaja, jadi saya meminta agar Tuan Yang di-Pertua dapat meminta Menteri-menteri memberikan jawapan. Kalau saya tidak boleh tanya di sini mungkin saya boleh berbincang dan mungkin boleh mengadakan forum di luar yang berkait dengan masalah polis dan sebagainya.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Beruas selepas itu Yang Berhormat Taiping.

final • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, empat soalan saya ditolak dan soalan pertama dikatakan di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(h). Bagi saya peraturan ini tidak terpakai kepada soalan saya ini. Saya minta Perdana Menteri menyatakan sama ada tindakan akan diambil terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana memberi keterangan palsu dan tidak boleh dipercayai dalam kes Datuk Ramli Yusoff, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Ini satu finding of fact oleh mahkamah, kita hendak tahu apakah keputusan pihak kerajaan.

Soalan kedua, saya hendak meminta Perdana Menteri menyatakan adakah benar Datuk Ramli bin Yusoff, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial didakwa di mahkamah supaya beliau tidak bertindak selanjutnya terhadap pendapat beliau bahawa Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melakukan kesalahan jenayah berkaitan dengan kontrak-kontrak yang diberikan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Isu ini telah tersebar luas dalam internet, kita hendak satu penjelasan. Jadi saya rasa ini dikatakan juga peraturan 23(1)(h) ini saya juga rasa tidak terpakai.

Satu lagi soalan adalah soalan yang dikatakan setengah ditolak, saya minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada benar dakwaan bahawa kerajaan terpaksa membeli saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) daripada Tan Sri Tajuddin Ramli dengan harga RM8.00 sesaham, sungguhpun harga pasaran pada masa itu hanya RM3.80.

Saya tambah ialah kerana saham-saham tersebut sebenarnya dipegang oleh Tan Sri Tajuddin Ramli bagi UMNO dan bahagian belakang itu ditolak. Saya hendak tahu apakah sebabnya dia beli dengan harga RM8.00 sementara harga pasaran RM3.80.

Ini satu soalan yang patut dijawab dan soalan selanjutnya yang ditolak ialah saya minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kenapa Pantai Telok Nipah, Pangkor dirosakkan dengan pembinaan kedai-kedai di atasnya. Kenapa kedai-kedai ini tidak dibina di atas darat? Dikatakan ini isu kerajaan negeri. Sebenarnya ini adalah di bawah kerajaan tempatan dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan difahamkan telah memberikan peruntukan untuk projek ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Selepas Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kelana Jaya dan selepas itu, sama juga ya Yang Berhormat Bachok selepas itu Yang Berhormat Kepong. Ya, sila.

final • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Amat dukacita sekali, saya ada dua soalan yang ditolak.

Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama saya yang ditolak ialah saya meminta Menteri Pertahanan menyatakan secara terperinci jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan, tahun demi tahun, dari tahun 2000 sehingga tahun ini untuk menambahbaikkan sistem kelengkapan senjata dan pertahanan negara serta nisbahnya dari jumlah belanjawan negara,sebab ditolak dikatakan di bawah peraturan 23(1)(f) perkara rahsia. Soalan saya bukan menanyakan jenis kelengkapan yang dibeli, apakah fungsi senjata itu, bukan, cuma jumlah wang yang dibelanjakan, di mana memang Jumaat ini, kita akan berhadapan dengan bajet tahun depan. Jumlah wang dibelanjakan mengikut tahunan sepatutnya semua sudah dalam bajet, takkan kita tidak boleh tahu berapa wang rakyat dibelanjakan untuk Kementerian Pertahanan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih

final • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Soalan kedua saya Tuan Yang di-Pertua, saya meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan secara terperinci jumlah hasil pembalakan yang dikutip dan jumlah keluasan tanah diluluskan untuk pembalakan mengikut negeri secara satu persatu dalam tempoh 2000 sehingga tahun ini.

Sebab soalan saya ditanya, katakan ia dimasukkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, sebenarnya kita ada Kementerian Sumber Asli. Kementerian ini sepatutnya memantau aktiviti pembalakan dan juga memastikan dasar Kerajaan Persekutuan, jumlah keluasan tanah dilindungi dan juga bumi hijau. Saya rasa ini adalah soalan relevan dan saya memohon jasa baik supaya Tuan Yang di-Pertua menegakkan keadilan di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kelana Jaya dan selepas itu Yang Berhormat Bachok.

final • 11:50 AM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya saya ada empat soalan yang ditolak, bukan DAP sahaja yang ditolak. [Ketawa] Tiga soalan kepada Menteri Pertahanan dan saya boleh faham ada sebab perkara rahsia, certain question can’t be answered. Akan tetapi jikalau awak baca soalan saya, ada soalan yang bertanya lebih kepada perkara cost over certain procurement, saya rasa itu sepatutnya bukan perkara yang rahsia sebab akan disertakan di dalam bajet, so saya harap...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh Yang Berhormat memperincikan mana empat soalan yang telah ditolak dan mana Yang Berhormat tidak berpuas hati dan alasan kenapa ditolak supaya saya dapat buat petua nanti...

final • 11:50 AM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Okey.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Perincikan.

final • 11:50 AM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

For examples, saya meminta Menteri Pertahanan menyatakan status pesawat pejuang MiG-29N/NUB, F18, Su-30MKM, Hawk 108/208 dan F5E/F4A, kadar jumlah jam pengoperasian dan kadar purata jam mengoperasinya setahun yang dijalani oleh pesawat tersebut dan kadar kos pembelian alat ganti dan pembaikan satu jam pesawat tersebut.

final • 11:50 AM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Soalan lain adalah saya meminta Perdana Menteri menyatakan terhadap prestasi yang diberikan ke atas Timbalan Pendakwa Raya Abdul Razak Musa berdasarkan inquest mendiang Teoh Beng Hock pada 18 Ogos 2010, memandangkan kerajaan sekarang mementingkan KPI. Sebab ditolak adalah di bawah seksyen 23, subseksyen 1(g) – sub judice. Soalan ini adalah menanyakan prestasi seorang Timbalan Pendakwa Raya dan bukan kepada inquest case Teoh Beng Hock itself. I want to know the government stands on the prestasi of the Deputy Public Prosecutor. So, I hope that we can reconsider and answer the question. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Bachok. Selepas Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Tawau.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya ada dua yang ditolak Tuan Yang di-Pertua. Soalan pertama saya tujukan kepada Perdana Menteri menyatakan mengapakah Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mahkamah dan bilakah mahkamah-mahkamah ini akan memartabatkan bahasa kebangsaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebab ditolak soalan ini, sub judice. Saya pun hairan mengapa sub judice diberikan tafsiran terhadap soalan ini, yang tidak merujuk kepada mana-mana kes di mahkamah. Saya hanya bertanya tentang penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Di sini ada satu, sebab ditolak ini dirujuk pula kepada satu kes. Nombor kes 083192009. Saya tidak merujuk langsung kepada mana-mana kes dalam soalan asal yang saya tujukan kepada Perdana Menteri yang telah ditolak.

Soalan kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah juga saya tujukan kepada Perdana Menteri untuk menyatakan sejauh manakah seksyen jenayah syariah Jabatan Peguam Negara telah mencapai visi dan misinya dan berapa banyak rang undang-undang yang telah disemak oleh seksyen ini dan disahkan sebagai Syariah Compliance sesuai dengan matlamat penubuhannya dan sejauh manakah Peguam Negara sendiri menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan dan tidak sekadar agama rasmi. Sebab ditolak dituliskan di sini Peraturan Mesyuarat 23(1)(c) dan soalan ini hanya ditolak sebahagian sahaja.

Soalan yang ditolak adalah sejauh manakah Peguam Negara sendiri menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan dan tidak sekadar agama rasmi. Saya ingin merujuk

final • 12:00 PM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

dalam soalan tambahan saya tentang penyataan yang telah pun kita rekodkan daripada Peguam Negara yang pernah mengeluarkan kenyataan, mengatakan bahawa Undang- undang Jenayah Syariah bukan kuasa negeri dan enakmen jenayah syariah yang ada tidak berperlembagaan.

Jadi saya tidak faham mengapa kedua-dua soalan ini, yang merujuk kepada sistem perundangan negara kita dan tafsiran yang agak mengelirukan dan very misleading, dalam konteks merujuk soalan pertama tadi bahawa apa yang mengatakan soalan saya itu sub judice. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kepong. Selepas Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Bukit Gantang dan selepas itu Yang Berhormat Tawau.

final • 12:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya telah ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(f) – Perkara Rahsia. Soalannya, minta Menteri Pertahanan menyatakan perbelanjaan dan jenis-jenis senjata moden yang telah dan akan diperoleh, apakah tahap pertahanan yang dirancang dalam konteks ASEAN. Saya tidak nampak mengapa perlu perkara ini dirahsiakan. Saya tidak tanya dengan begitu terperinci, apakah jenis senjata dan sebagainya. Cuma, dari segi secara am sahaja untuk kepentingan negara. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya yang ditolak ialah Yang Berhormat Bukit Gantang bertanyakan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri. Soalannya berbunyi menyatakan mengapakah tiada kenyataan rasmi daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO mengenai hubungan UMNO dengan pertubuhan NGO seperti Perkasa. Sebab terdahulu daripada itu, apabila Perkasa dilancarkan, kita lihat ramai pemimpin UMNO berada di majlis tersebut. Kemudian, Perkasa diberikan liputan meluas dalam akhbar-akhbar UMNO.

Apabila ditekan oleh pimpinan-pimpinan Barisan Nasional yang lain, maka UMNO telah membuat kenyataan rasmi melalui kenyataan daripada Setiausaha Agung UMNO iaitu Yang Berhormat Putrajaya menyatakan UMNO tidak ada kena mengena dengan Perkasa.

Tidak lama selepas itu, apabila ditekan oleh Tun Dr. Mahathir, maka UMNO telah menampakkan flip-flop. Jadi, untuk itu saya merasakan bahawa mesti ada satu kenyataan rasmi daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerana alasan ditolak ini di bawah perkara 21(1)(a), menyatakan ia merupakan hal-hal dalam urusan jawatan mereka. Saya tidak berpuas hati dengan sebab-sebab ditolak soalan itu. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tawau. Selepas Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Sibu dan selepas itu Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ditolak adalah sebahagian bahagian B, soalan saya meminta Perdana Menteri mengapa pengambilan pegawai imigresen dikenakan syarat-syarat tertentu seperti ukuran tinggi dan penglihatan atau short sightedness. Soalan ini ditolak atas Peraturan Mesyuarat 23(1)(r) dan (2). Saya ada terima aduan di Tawau daripada calon-calon yang gagal dalam interview. Kita minta penjelasan daripada Perdana Menteri mengapa soalan ini ditolak dan apa rasionalnya? Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sibu.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibu

Tuan Yang di-Pertua, ada satu soalan saya yang ditolak di bawah Standing Order 23(1)(c). Soalan saya ialah, meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada SPRM telah ataupun akan menyiasat dakwaan-dakwaan pemilikan harta luar biasa oleh ahli-ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak di Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Kanada seperti mana yang terdedah di dalam portal internet dan jika tidak, saya mahu tahu mengapa. Tuan Yang di-Pertua, soalan itu saya rasa relevan dan penting. Are we serious in dealing with corruption? Dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Soalan ini patut dijawab.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(q)(i). Soalan saya berbunyi mengapakah di Telok Intan terdapat sebuah masjid India dan kuil Hindu terletak di Jalan Sitamparam Pillai selama berpuluh-puluh tahun iaitu lebih daripada 80 tahun. Baru-baru ini Kerajaan Negeri Perak telah memberi tanah yang diduduki oleh kuil Hindu itu kepada masjid India.

Apakah rasional untuk berbuat sedemikian? Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ini ditujukan kepada perpaduan di antara kaum dan masyarakat yang berbilang agama. Jadi, perbuatan seperti ini oleh Kerajaan Negeri Perak akan menjejaskan perpaduan di antara kaum di kawasan di Telok Intan.

Jadi, saya hendak tahu apakah rasionalnya dan saya percaya penolakan soalan saya di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(q)(i) itu hanya seolah-olah untuk mengelak soalan saya dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Oleh sebab saya rasa perbuatan seperti ini yang menjejaskan perpaduan di antara kaum, walaupun dilakukan oleh pihak berkuasa negeri, mesti boleh dibentangkan di Parlimen yang kuasanya adalah secara keseluruhan untuk kebaikan negara kita. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Tuan Yang di- Pertua membuat satu round-up, saya ada lagi satu soalan yang ditolak ialah di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) dikemukakan kepada Perdana Menteri, yang berbunyi meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan menghalalkan pembelian berjuta-juta senapang dan berpuluh-puluh ribu pistol, senapang submarine dan stand granite dari sumber-sumber rahsia di pasaran gelap luar negara atau underground sources.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Nyatakan jumlah kos dan butir-butir sepenuhnya serta hubungannya dengan latihan para military Pemuda UMNO dan kerajaan boleh tolak, setuju atau katanya tidak benar. Akan tetapi ini adalah sangat mustahak oleh kerana sama ada benar ini muncul satu para military outfit dan disokong oleh kerajaan atau MINDEF secara tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang. Parlimen patut tahu supaya semua perkara boleh diambil perhatian.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana ramai Ahli Yang Berhormat membangkitkan peraturan mesyuarat berhubung dengan soalan-soalan yang ditolak dan alasan-alasan yang diberi apa sebab, kenapa ditolak Ahli Yang Berhormat tidak berpuas hati, maka saya perlu untuk minta kerjasama supaya saya diberi masa. Yang Berhormat Bukit Gelugor, you are giving me a heart dried.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, so I want you understand me.

Saya akan rujuk buku balik kepada soalan-soalan yang dikemukakan itu dan alasan-alasan kenapa ia ditolak. Saya pandang serius perkara ini...

final • 12:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, bolehkah saya buat satu cadangan bahawa oleh kerana ia bukan satu perkara effect Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, kemuliaan Parlimen ini dan perjalanan Parlimen ini, bolehkah saya cadangkan satu untuk memberi bantuan bahawa satu joint committee Parliament House. Joint committee semua dua-dua pihak ditubuhkan mengenai apa garisan patut diadakan untuk kebaikan Parlimen.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya pandang serius.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan sedikit tentang prosedur, soalan, jawapan, sebagainya dan penolakan ini. Ini datang daripada mana? Adakah datang daripada arahan kerajaan ataupun apa peranan Parlimen yang sebenarnya tadi seperti mana yang disebutkan Yang

final • 12:10 PM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Berhormat Ipoh Timur bahawa satu joint committee harus ditubuhkan. Saya telah memanggil lama kepada penubuhan committee sebegini ditubuhkan di dalam Parlimen kerana sepatutnya Speakerlah yang punya kuasa yang dapat menentukan perjalanan Parlimen ini dengan baik dan sempurna.

Kalau kita terikat ataupun terpengaruh dengan kehendak contohnya kementerian yang kita tanya yang mungkin tidak mahu menjawab soalan, apakah peranan kita di sini untuk mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan perkara yang hendak kita baiki dan perkara yang hendak kita perkemaskan dalam konteks kebaikan negara kita? Jadi saya ingin mendapat penjelasan di mana kedudukan Parlimen kita dalam konteks ini? Sejauh mana integriti sebenar kita dan bebas kita sebagai sebuah institusi yang benar-benar dapat melakukan check and balance? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya pandang serius perkara ini oleh kerana ia melibatkan peraturan mesyuarat dan soalan-soalan yang dikemukakan oleh semua Ahli Yang Berhormat sama ada daripada kerajaan atau pembangkang itu saya anggap sebagai soalan daripada rakyat. Jadi berikan saya masa sedikit untuk merujuk semula kepada soalan-soalan itu, selepas itu saya akan beri petua dan alasan-alasan yang saya tahu mungkin akan diterima ataupun tidak diterima oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Akan tetapi, yakinlah apa yang dibuat sekarang ini adalah prosedur Parlimen yang sedia ada yang cuma saya dan timbalan-timbalan saya dan pegawai-pegawai yang berkenaan di Parlimen menyelusuri. Jadi kalau ada cadangan-cadangan yang elok untuk memperbaikkan lagi institusi Parlimen, barangkali saya adalah di antara satu orang yang amat bersetuju sekali.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih dan saya juga mengingatkan kembali bahawa kalau kita hendak kebaikan, timbulkan kebaikan dan saya mohon supaya dalam persidangan kali ini sehingga akhir persidangan pada bulan 12, elakkan perkara-perkara yang akan menimbulkan kekecohan. Berdebat dengan cara yang terbaik dan penuh berhemah, insya-Allah kita akan mencapai kejayaan. Sila Setiausaha.

final • 12:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1).

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

18(1).

final • 12:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Ya. Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Pagi tadi, Tuan Yang di-Pertua izinkan rakan saya Yang Berhormat Ipoh Timur untuk bangun dan membacakan usul yang beliau masukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Di dalam sesi Parlimen yang lalu ialah Speaker yang lain, itulah amalannya. Kemudian, bila telah dibaca, Speaker akan memberikan satu keputusan sama ada ianya ditolak ataupun diterima.

Dalam era Tuan Yang di-Pertua, yang saya perhatikan dan saya pun terlibat dalam banyak membawa usul-usul tergempar 18(1) ini, Tuan Yang di-Pertua sebelum daripada ini berkecenderungan untuk menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) dalam kamar, iaitu Tuan Yang di-Pertua di pagi hari yang telah dibaca itu telah ada surat di atas meja kami yang Tuan Yang di-Pertua menolak usul dalam kamar.

Jadi saya ingin suatu jawapan yang pasti kerana bagi kami wakil rakyat yang telah diamanahkan, usul yang kami bawa itu kami anggap penting dan Tuan Yang di-Pertua pernah memberikan semacam suatu arahan, yang saya harap tidak akan menjadi suatu ketetapan bahawa dalam sesi yang ada Ucapan Titah Diraja, isu belanjawan, Tuan Yang di- Pertua tidak akan melayan sebarang usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).

Jadi pagi ini saya gembira kerana Yang Berhormat Ipoh Timur bangun dan dapat baca usul dan kemudian Tuan Yang di-Pertua tolak. That’s fine. Saya hendak dapatkan kepastian jangan semacam ada satu flip-flop ataupun sekali begini, sekali begini. Bagi saya, izinkanlah untuk kami baca usul itu dan Tuan Yang di-Pertua dengan kuasa yang ada boleh menerima ataupun menolak demi kebaikan kita bersama. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Ahli-ahli Yang Berhormat, kuasa Speaker discretionary ada kadang-kadang yang Speaker memikirkan bahawa dalam ruang lingkup peraturan mesyuarat ini tindakan yang dia buat.

Seperti mana Yang Berhormat tahu bahawa keputusan Speaker itu adalah muktamad.

Saya cukup ambil serius institusi Parlimen dan integriti kerusi ini sehinggakan saya buat perkara-perkara yang belum pernah dibuat sebelum ini.

Saya juga mahu supaya Ahli-ahli Yang Berhormat buat sama. Kalau institusi Parlimen dihormati, kerusi ini dihormati sama-sama kita semua menghormati dan mesyuarat, perjalanan mesyuarat sama ada ianya lancar, licin dan sedemikiannya yang menentukan itu adalah peraturan mesyuarat. Akan tetapi, jikalau peraturan mesyuarat juga tidak diikuti, makanya kita tidak boleh mencapai apa yang kita idamkan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Jadi kalaulah umpamanya budi bicara Speaker juga dipersoalkan, petua Speaker juga dipersoalkan walaupun Speaker sudah cuba sedaya upaya kerana ini budaya Parlimen Malaysia.

Pada tahun 2008, saya selalu mengatakan, bahawa soalan mesti pendek kerana itu peraturan mesyuarat menjimatkan masa. Akan tetapi, susah. Menjadi tabiat Ahli Yang Berhormat bahawa mesti juga ada mukadimah yang panjang-panjang seperti pagi ini saya biarkan Yang Berhormat Permatang Pauh, saya biarkan Yang Berhormat Ipoh Timur, saya biarkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain saya mengelakkan jangan timbul kekecohan.

Tidak mengapa, bolehlah kerana ini Dewan, Dewan Ahli Yang Berhormat juga.

Akan tetapi, apabila umpamanya apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Puchong dengan Yang Berhormat Pasir Mas perkara yang serius selepas itu selitkan lagi perkara yang menimbulkan kekecohan, di situ saya tidak senang hati, di situ saya tertekan, di situ saya dalam dilema. Akan tetapi, insya-Allah saya akan tunaikan tanggungjawab dengan serius, dengan baik. Saya ambil perhatian apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian.

Saya buat begitu kadang-kadang saya tolak dalam kamar kerana apabila saya tidak berbuat begitu nanti sewenang-wenang Ahli-ahli Yang Berhormat apa sahaja yang terfikir yang dianggap baru, Peraturan Mesyuarat 18(1), walhal bukan itu maksud Peraturan Mesyuarat 18(1). Akan tetapi, tidak mengapa kita slowly, steady dengan base yang ada budaya Parlimen Malaysia. Mudah-mudahan kita akan menuju ke arah yang baik seperti dengan institusi Parlimen di negara maju. Kita mahu seperti Parlimen negara maju, tetapi saya minta maaf kalau ini menyentuh perasaan yang lain tetapi mentaliti Ahli-ahli Yang Berhormat tidak seperti mentaliti Parliamentary negara-negara maju.

Itu maknanya kenapakah kita kadang-kadang flip-flop. Kita kenal Ahli-ahli Yang Berhormat juga sendiri kadang-kadang flip-flop. Jadi saya ikut rentak supaya mesyuarat berjalan dengan baik. Kali ini saya rasa kali pertamalah ramai yang membantah begini saya layan dengan baik. Jadi masa sekarang sudah 12.20 masa sudah beredar, masa itu adalah emas. Jadi sila Setiausaha teruskan. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG FI (JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2010 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan dan penerbitan meteorologi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia selama tempoh mulai 1 Januari 1973 hingga 31 Disember 2009; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Seri Dr.

Maximus Johnity Ongkili]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2011 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussein]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada 15 Oktober 2010, jam 4 petang.

final • 12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG BANK
SIMPANAN NASIONAL (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bank Simpanan Nasional 1974; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr.

Awang Adek Hussein]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA
PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan Balai Seni Visual Negara untuk mengadakan peruntukan bagi pemerolehan, pemeliharaan pameran dan pemajuan karya seni visual di Malaysia dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan untuk memansuhkan Akta Balai Seni Lukis Negara 1959, untuk membubarkan Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berbangkit dan bersampingan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Penerangan,

final • 12:20 PM

Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz

dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA (PEKERJAAN) (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang Kanak-kanak dan Orang Muda

(Pekerjaan)(Pindaan) 2010 iaitu suatu akta yang berfungsi mengawal dan menetapkan syarat penggajian kanak-kanak dan orang muda dibacakan kali yang kedua sekarang.

Pada masa ini akta ini berfungsi mengawal dan menetapkan syarat penggajian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan orang muda di bawah umur 16 tahun. Akta ini menggariskan bahawa kanak-kanak dan orang muda dalam lingkungan umur tersebut hanya boleh bekerja dalam jenis-jenis pekerjaan yang sesuai dengan umur mereka dan di dalam perusahaan-perusahaan tertentu sahaja.

Akta ini berkuat kuasa di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala bagi Sabah dan Sarawak penggajian kanak-kanak dan orang muda adalah ditadbir oleh Ordinan Buruh Sabah, bab 67 dan Ordinan Buruh Sarawak bab 76.

Objektif utama akta ini adalah untuk mengawal penggajian kanak-kanak dan orang muda bagi memastikan mereka tidak dieksploitasi sehingga mengganggu pendidikan, kesihatan dan keselamatan mereka.

Bagi kanak-kanak mereka dibenarkan untuk melakukan pekerjaan yang ringan bersesuaian dengan kapasiti mereka di dalam perniagaan keluarga. Manakala untuk anak- anak yang ingin bekerja dalam hiburan awam kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja mesti diperoleh terlebih dahulu.

Bagi orang muda mereka dibenarkan untuk melakukan pekerjaan yang ringan yang sesuai seperti pembantu kedai, juruwang, pekerja di pejabat, kilang, pembantu rumah.

Walau bagaimanapun orang muda wanita tidak dibenarkan bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan atau kelab kecuali yang dimiliki oleh keluarga mereka sendiri. Jika perniagaan atau perusahaan itu tidak diuruskan oleh keluarga atau penjaga, mereka perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja terlebih dahulu.

Selain itu kanak-kanak dan orang muda tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja yang membahayakan nyawa, kesihatan dan moral contohnya seperti bekerja di bawah tanah dan perusahaan yang bertentangan dengan Akta Kilang Jentera 1967 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 seperti mengendalikan mesin dan alatan elektrik. Cadangan pindaan ini telah melalui beberapa proses perbincangan tiga pihak iaitu majikan, pekerja dan agensi- agensi kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 8 Julai 2010 Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk bacaan kali yang pertama.

Objektif utama cadangan pindaan kepada akta ini adalah, satu untuk selaraskan dengan prinsip yang diperuntukkan di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan pemantapan kekuasaan undang-undang. Secara amnya Rang Undang-undang ini menumpukan pindaan berhubung iaitu:

(i) Penyeragaman dan definisi umur bagi kanak-kanak dan orang muda dengan prinsip konvensyen pertubuhan buruh antarabangsa dan undang-undang yang lain;

(ii) perluasan perlindungan kepada kanak-kanak dan orang muda;

final • 12:23 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

(iii) peruntukan baru mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan, perbadanan, perkongsian dan seumpamanya dan;

(iv) menaikkan hukuman dan denda bagi kesalahan di bawah akta ini.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, antara peruntukan- peruntukan sedia ada yang terlibat dalam pindaan ini ialah satu, seksyen 1A dipindah dalam takrif kanak-kanak dengan menaikkan umur kanak-kanak dari belum genap 14 tahun kepada belum genap 15 tahun. Ini adalah untuk perluasan perlindungan kanak-kanak dalam pekerjaan ringan seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 2 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa No.138 berkenaan umur minimum bagi penggajian.

Cadangan meminda umur bagi kanak-kanak ini juga adalah bagi menyeragamkan takrif sedia ada dengan takrif kanak-kanak Ordinan Buruh Sabah bab 67 dan Ordinan Buruh Sarawak bab 76 yang masing-masing menetapkan umur kanak-kanak pada 15 tahun.

Seksyen 1A juga dipindah dalam kalkulif Ordinan Orang Muda dengan menaikkan umur orang muda daripada belum genap umur 15 tahun kepada belum genap 18 tahun. Ini adalah untuk memperluaskan perlindungan orang muda dalam pekerjaan biasa seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 3 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa No.138 yang memperuntukkan umur minimum bagi penggajian yang itu likely to jeopardizes that health safety or moral young person adalah 18 tahun.

Cadangan meminda umur bagi orang muda ini juga adalah bagi menyeragamkan takrif sedia ada dengan takrif orang muda di bawah Ordinan Buruh Sabah bab 67, Ordinan Buruh Sarawak bab 76 dan Akta Kanak-kanak 2001 masing-masing menetapkan umur pada 18 tahun.

Seksyen 1A juga dipinda dengan memasukkan takrif baru lain memandangkan akta pada masa ini tidak mempunyai takrif kerja ringan walaupun perkataan tersebut digunakan dalam akta.

Seksyen 2 dipinda untuk memasukkan takrif baru hazardous work untuk melarang mana-mana kanak-kanak, orang-orang muda untuk diambil bekerja dalam apa-apa kerja yang berbahaya seperti yang disyorkan dalam Fasal 3 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa No.138 di mana kerja berbahaya merupakan kerja yang telah dikenal pasti sebagai berbahaya berdasarkan kepada penilaian risiko oleh pihak berkuasa yang kompeten di dalam hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

final • 12:23 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, peruntukan- peruntukan lain merupakan pindaan susulan atau consequential amendment, atau peruntukan-peruntukan baru yang diselaraskan dengan tatacara jenayah dan tatacara sivil yang antara lain adalah seperti berikut:

(i) seksyen baru 9A peruntukan baru ini menjelaskan bahawa jika kesalahan dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, perkongsian pertubuhan atau kesatuan sekerja, maka mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus atau pegawai seumpamanya, semua rakan kongsi dan pemegang jawatan pada masa kesalahan dilakukan boleh didakwa secara berasingan atau berusaha sama dan disifatkan telah melakukan keselamatan itu;

(ii) seksyen 14 peruntukan ini dipinda dengan menaikkan hukuman penjara daripada enam bulan kepada satu tahun dan denda dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM5,000 bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hukuman penjara dinaikkan daripada dua tahun kepada tiga tahun dan denda dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000. Ini

final • 12:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

merupakan sebagai langkah pencegahan kepada majikan atau sesiapapun daripada melakukan kesalahan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berharap dengan pindaan dan cadangan baru yang telah dibuat terhadap rang undang-undang ini akan memberi perlindungan yang lebih baik kepada penggajian kanak-kanak dan orang muda, di samping mematuhi standard perburuhan antarabangsa dan saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada yang menyokong Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kanak-kanak dan Orang Muda

(Pekerjaan) 1966 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 12:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira pindaan rang undang-undang ini amatlah dialu-alukan oleh aktivis kanak-kanak terutamanya. Namun, saya masih merasakan bahawa pada umur yang sebegitu muda, anak-anak sepatutnya ke sekolah. Tidak ada ruang dalam rang undang- undang ini yang mewajibkan bahawa kanak-kanak yang digaji perlu atau wajib ke sekolah, kerana kita tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab. Kalau kita amati bahawa di dalam negara kita sebahagian besar anak-anak memang bersekolah, namun tidak diwajibkan.

Jadi pihak manakah yang akan memastikan anak-anak yang digaji ini mereka juga perlu bersekolah?

Walaupun begitu, kita menerima realiti Tuan Yang di-Pertua – bahawa kalau kita mahu anak-anak kita bersekolah – namun realiti kehidupan masyarakat ada kalanya memaksa anak-anak ini bekerja untuk membantu keluarga. Rang undang-undang ini meliputi penggajian, tetapi tidaklah meliputi anak-anak yang bekerja secara sukarela atau bekerja dengan keluarga mereka, dan mereka ini kerap kali tidak diberi gaji kerana ini adalah dikirakan sebagai membantu ahli keluarga. Ini juga kita tidak melihat tentang waktu pekerjaan mereka dan di mana mereka bekerja – sehingga waktu malam mereka bekerja.

Baru-baru ini dalam paparan surat khabar ada memperlihatkan kepada kita anak- anak yang bekerja menyisihkan sampah di landfills, di tempat pembuangan-pembuangan sampah bermula seawal pagi untuk menyisihkan sampah. Kerja ini adalah sebenarnya membahayakan kesihatan mereka. Jadi tidak ada satu peraturan yang tidak membenarkan mereka atau memantau bentuk kerja sejenis ini.

Apakah pembelaan kepada anak-anak ini yang terpaksa membantu keluarga mereka mencari nafkah dan tidak ada pantauan pihak berkuasa. Malah diakui bahawa pihak berkuasa tahu tentang anak-anak yang bekerja di tempat-tempat pengutipan sampah, tetapi mereka cuma pejam sebelah mata kerana tidak ada satu peraturan yang boleh mengawasi keadaan ini.

final • 12:32 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya melihat kepada pindaan-pindaan ini ada beberapa kelemahan. Pertama, adalah tidak ada disebutkan umur minimum yang seorang kanak-kanak boleh masuk di dalam alam pekerjaan penggajian – tidak ada. Yang hanya disebutkan di sini adalah umur minimum yang dikira sebagai yang boleh bekerja, tetapi umur minimum masuk kepada alam pekerjaan itu tidak disebut. Tidak ada undang-undang atau peraturan yang untuk memastikan berapakah gaji minimum untuk mereka, berapa jam mereka boleh bekerja dan apakah faedah-faedah yang mereka perolehi akibat daripada penggajian ini.

Kebanyakan daripada majikan-majikan terutamanya setup ataupun kedai-kedai misalnya menjual makanan, ataupun seperti McDonalds dan juga beberapa kedai fast food ini menggaji anak-anak sekolah – kita tahu itu – tetapi dari segi penguatkuasaan, adakah mereka ini berumur 15 atau 16 tahun? Ini kerana kadang-kadang melihat kepada saiz tubuh mereka, mereka adalah nampak besar fizikalnya tetapi belum tentu mereka sampai kepada tahap boleh bekerja.

Jadi jikalau mereka ini digaji secara sambilan, maka dengan sendirinya mereka tidak mendapat apa-apa faedah sebagai seorang pekerja. Adakah dengan kita meluluskan pindaan ini ataupun dengan undang-undang yang ada sekarang, maka majikan-majikan terlepas daripada komitmen ataupun tanggungjawab mereka untuk memastikan bahawa anak-anak ini mendapat faedah-faedah yang dinikmati oleh pekerja-pekerja dewasa.

Di satu bidang lain pula, kita lihat bahawa hampir kesemua bidang yang diceburi oleh orang dewasa kecuali bidang-bidang yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang boleh membahayakan kesihatan fizikal, mental dan sebagainya, maka mereka tidak dibenarkan seperti di dalam perusahaan elektrik ataupun pengilangan. Jadi ini bermakna bahawa kanak-kanak ini sudah terdedah kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-orang dewasa.

Kalau kita lihat di sini, bidang entertainment – bidang hiburan adalah satu bidang yang dikira dibolehkan untuk anak-anak untuk menceburinya mungkin di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga mereka. Namun demikian, kalau kita lihat, kadang- kadang di dalam senario dunia hiburan, perkara ini – tugas atau kerja hiburan anak-anak menghiburkan atau kerja hiburan ini memakan sebahagian besar daripada masa mereka dan mungkin dipantau oleh ibu bapa, oleh persekolahan mereka. Akan tetapi saya rasa penumpuan anak-anak ini di dalam bidang-bidang ini terlalu awal, dan perlu juga kita memberi penekanan atau mengatur atau regulate mengawal atur jumlah jam yang dibolehkan anak-anak ini mencebur industri hiburan ini.

Saya juga ingin mengetahui sebenarnya apabila kita membuat sesuatu pindaan, berapakah sebenarnya jumlah anak-anak atau kanak-kanak yang bekerja bergaji – penggajian. Saya ingat untuk mendapat satu statistik penglibatan anak-anak di dalam kerja – di dalam perusahaan keluarga membantu di ladang, menoreh getah dan sebagainya mungkin sukar. Akan tetapi secara rasminya, berapa ramai anak-anak yang bekerja di bidang-bidang penggajian ini, yang ada statistiknya dengan pihak kerajaan? Tuan Yang di- Pertua, saya ingat setakat itu sahaja input saya. Terima kasih.

final • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:32 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan dan mengalu-alukan pindaan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan).

final • 12:39 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini kerana saban hari kita melihat Tuan Yang di-Pertua, di mana majikan mengambil kesempatan iaitu memanipulasikan tenaga buruh orang muda ini ataupun kanak-kanak ini. Kita boleh lihat sama ada di restoran, kafe, kedai makan dan macam- macam, kanak-kanak dipergunakan dan kita tidak tahu pendapatan sebenarnya yang mereka peroleh.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya simpati sebab saya terbayang bagaimana kalau anak saya jadi begini.

Dikerah tenaga mereka sedangkan mereka ini seharusnya berada di bangku sekolah, seharusnya mereka berada dengan rakan-rakan yang lain. Akan tetapi mungkin oleh kerana kesempitan hidup ibu bapa, maka mereka terpaksa bekerja. Maka, daya usaha kementerian pada hari ini rasa saya dapat sekurang-kurangnya mengangkat martabat mereka iaitu para majikan harus dikenakan kawalan ketat. Kalau dia hendak menggaji, mengambil tenaga kerja orang muda ini, bagaimana dan apa jenis pekerjaan, sebab ini melibatkan masa hadapan negara kita. Bagaimana pengisian masa hadapan negara kita kalau orang muda kita ini tidak berpelajaran, tidak berpendidikan dan mereka terdedah dengan kerja-kerja buruh daripada peringkat awal?

Ini amat membimbangkan saya dan juga masyarakat Malaysia yang lain sebab satu perkara. Kalau kita lihat sekarang ini, banyak sindiket yang wujud di mana mereka menggunakan orang muda untuk mengemis, meminta sedekah. Di mana-mana ada kita jumpa. Waktu makan tengah hari, makan petang, minum pagi, ada sahaja peminta sedekah daripada orang-orang muda.

Jadi kebiasaannya, modus operandi ini, kita ini, rakyat Malaysia ini, apabila perempuan tua, perempuan yang tidak berupaya, anak-anak meminta sedekah, kita tidak berat tangan menghulur. Akan tetapi rupa-rupanya di sebalik itu ada sindiket, sebab saya sendiri telah membuat penelitian. Saya melihat ke arah mana budak ini pergi. Rupa- rupanya ada van, kereta menurunkan mereka, mengangkat mereka dan boleh tahu berapa mereka peroleh.

Jadi ini harusnya ada satu penguatkuasaan yang memantau terutama sekali di area-area yang telah dikenal pasti daripada kementerian ini untuk dimasukkan dalam akta ini kalau boleh. Ini sebab kita tidak mahu akta ini sekadar apa orang kata, ‘Melepas batuk di tangga’. Jangan ada akta sahaja untuk kita ketengahkan tetapi akhirnya tujuan, matlamat kita untuk memastikan bahawa tenaga orang muda ini, kerja mereka akhirnya tidak juga terbela. Maka sasaran kita, matlamat kita tidak akan tercapai Yang Berhormat Menteri.

Justeru itu, harus ada satu jawatankuasa khas melihat ke arah bagaimana kita memperketat undang-undang ini dan memastikan majikan-majikan yang mengambil pekerja, tenaga kerja daripada orang muda, kanak-kanak ini juga terjamin akan kebajikan mereka, masa hadapan mereka, insurans mereka dan sebagainya. Kalau tidak, maka akta tinggal akta tetapi akhirnya kita berhadapan dengan satu kegagalan yang kita cipta sendiri.

Oleh kerana itu, saya meminta Yang Berhormat Menteri yang ada pada hari ini agar kita dapat mempertimbangkan ke arah bagaimana peraturan akta yang kita pinda ini boleh menjamin masa hadapan tenaga buruh daripada kanak-kanak ini. Ini sebab kita tidak mahu anak-anak negara kita ini daripada luar negara dijadikan sebagai hamba pekerja oleh majikan-majikan yang tidak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memberitahu bahawa pindaan-pindaan seperti ini harus kita tanya, adakah ia ambil kira kebaikan kanak-kanak kita pada keseluruhannya seperti yang diutarakan oleh rakan kita tadi – seperti pengemis-pengemis yang kita lihat di kawasan bandar khususnya?

Mereka membawa kanak-kanak untuk terus minta wang daripada khalayak orang ramai di kedai-kedai dan juga tempat-tempat di mana yang dikunjungi orang ramai. Apakah penguatkuasaan terhadap kes-kes seperti ini? Apakah anak-anak ini membuat kerja pengemisan atas paksaan ibu bapa mereka atau keluarga mereka ataupun adakah sindiket-sindiket yang terlibat?

final • 12:44 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Kita dapat tahu bahawa di negara kita ada sindiket dari luar negara yang membawa kanak-kanak masuk ke negara kita untuk terus menjadi pengemis di bandar- bandar kita. Kalau mereka ini dipaksa, apakah latar belakang sosioekonomi keluarga yang terlibat? Jika mereka ini rakyat Malaysia, bolehkah sesuatu bantuan diberi oleh Jabatan Kebajikan untuk mengelakkan ibu bapa dan keluarga ini untuk memaksa kanak-kanak yang harus berada di bangku sekolah mengikut ibu bapa untuk mengemis? Adakah kajian dibuat oleh kementerian yang terlibat mengenai berapakah kanak-kanak kita yang kerja bawah umur untuk balasan penggajian? Adakah mereka menerima gaji? Walaupun mereka menerima gaji, adakah ia sah di bawah undang-undang? Berapakah kanak-kanak yang terlibat? Apakah latar belakang keluarga mereka dari aspek sosioekonomi? Apakah bantuan yang boleh diberi?

Saya pun ingin tahu apakah penguatkuasaan yang menunjukkan statistik kanak- kanak yang terlibat, umur mereka dan dalam keadaan apa mereka membuat kerja – kita lihat di kedai-kedai kopi, di tempat-tempat kedai makanan dan saya rasa juga di ladang- ladang. Mungkin ada kanak-kanak kita dipaksa oleh keluarga untuk ganti ibu bapa mereka buat kerja.

Saya juga ingin tahu mengapa lebih daripada 30 tahun baru kita hendak mengikut konvensyen umur minima tahun 1973? Apakah tidak kita mengikut lain-lain isu yang melibatkan hak asasi manusia? Kadang-kadang negara kita, kita membuat ratifikasi terhadap beberapa konvensyen tetapi ada yang beberapa konvensyen kita tidak buat ratifikasi. Saya ingin tahu, mengapa kita pilih untuk buat ratifikasi beberapa konvensyen tetapi kadang-kadang kita tidak pilih untuk ratifikasi sedangkan saya lihat negara kita ini, kita cuma menjadi pengikut sahaja. We are just dengan izin, followers. Kita tidak memulakan sesuatu yang baru, satu sistem ataupun konvensyen yang baru. Seperti gaji minimum, sampai sekarang kita tidak boleh mengamalkan gaji minimum di negara kita.

Saya percaya ada usaha untuk membawa gaji minimum untuk sektor-sektor yang dipilih tetapi saya lihat di Kuala Lumpur misalnya, ramai orang mendapat gaji yang kurang daripada gaji minimum. Ini telah menjejaskan kehidupan mereka dan mungkin sebab pendapatan mereka itu tidak cukup, mereka menggalakkan anak-anak mereka yang harus pergi sekolah, suruh mereka pergi bekerja part-time di sana-sini untuk menampung penghidupan harian mereka. Mungkin adakah ini salah satu alasan di mana kita tidak menumpukan perhatian kita kepada satu situasi di mana semua rakyat Malaysia akan terima gaji minimum untuk menampung kehidupan mereka dalam suasana di mana harga barangan-barangan kita naik. Setiap hari kita lihat ia naik sahaja tetapi turun tiada.

Walaupun bekalan atau supply harga barangan turun, tetapi sekali harga barangan naik, ia tidak akan turun.

Jadi kita pergi ke pasar, kita pergi tempat beli-belah, semua harga barang-barang naik. Adakah gaji minimum yang diterima oleh pekerja-pekerja ini cukup, di mana kita harus faham bahawa hampir lebih 70% rakyat Malaysia adalah dalam golongan working class, golongan pekerja yang menerima gaji tiap-tiap bulan dan menjaga keluarga mereka daripada gaji yang mereka terima.

final • 12:44 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Jadi, mungkin dalam keadaan ini mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka yang kurang umur pergi kerja untuk menyumbang pada pendapatan keluarga mereka.

Jadi, saya rasa walaupun pindaan-pindaan ini kita boleh terima, tetapi lebih baik kita ada satu kajian yang menyeluruh untuk membawa pindaan-pindaan yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat kita khususnya kanak-kanak dan orang-orang muda, untuk dilindungi oleh orang-orang yang cuba mengambil kesempatan di atas golongan orang- orang seperti ini. Sekian sahaja.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 12:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang saya hormati. Merujuk pada pindaan yang dinamakan sebagai Akta Kanak- kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966, usianya 44 tahun, akta ini telah diwujudkan.

Alhamdulillah, walaupun 44 tahun, baru disedari bahawa 16 tahun bukanlah usia yang dianggap sebagai satu usia yang dikatakan paras wajib. Pada ketika itu, usia 16 tahun dikatakan yang paling minimum untuk ditakrifkan sebagai melepasi sempadan kanak- kanak. Walau apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya melihat daripada kombinasi 18 -16, usia 18 tahun, sudah melepasi pelajaran SPM. Ini memberikan peluang baik kepada kanak- kanak ini menerajui alam remaja.

Saya mengambil pendekatan sebegini memandangkan bahawa kalau sekiranya pindaan seksyen 2 ini dibuat di atas keikhlasan, disifatkan sebagai beberapa kategori yang tidak dibolehkan untuk kanak-kanak ini menyertai pekerjaan yang dianggap berbahaya ataupun limit work yang diberikan kepada mereka yang lepasan SPM. Saya berterima kasih kepada Menteri kerana memikirkan usia sebegitu melampaui usia remaja berpelajaran. Ini memberikan sedikit ruang kepada saya untuk melihat adakah kumpulan- kumpulan ini juga terbabit dalam pindaan-pindaan yang dibuat di dalam EPF ataupun Akta SOCSO ataupun akta kesatuan. Kesannya ialah setiap akta ini ada hubung kaitnya apabila mereka ini melepasi zaman kanak-kanak daripada persekolahan terus ke alam pekerjaan.

Di samping itu, apabila melihat daripada rujukan yang berlaku dalam keadaan masa kini, dalam apa yang kita lihat di bawah paras 16 tahun, sudah banyak yang kita lihat bekerja tanpa diambil tindakan oleh pihak-pihak penguasa. Saya melihat daripada kalau benar kesungguhan ini dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia, penguatkuasaan itu, saya merayu supaya ia dibuat konsisten, tidak kira mengikut pindaan yang hendak dibuat dalam pindaan akta yang baru, seksyen baru di bawah 9A melibatkan seluruh mereka yang terlibat; majikan, rakan kongsi, kesatuan sekerja, pertubuhan yang diberikan amanah.

Sekiranya melanggar, hukuman harus dikenakan. Namun yang jelas bagi saya adakah hukuman ini benar-benar yang telah dilakukan sebelum ini? Ini disebabkan saya percaya dengan pada apa yang kita lihat, banyak benar kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah sudah pun bekerja dan didapati sudah melakukan kesalahan.

Akan tetapi, kita tidak mendengar penguatkuasaan itu dilakukan terhadap majikan- majikan keparat ini yang mengambil tenaga kanak-kanak tanpa mengira keselamatan mereka. Selalu kita melihat buruh-buruh kasar di pinggir-pinggir bandar diamanahkan kepada kanak-kanak ini. Sekiranya penguatkuasaan ini benar-benar yang dilakukan oleh kementerian, saya merayu teramat sangat sekiranya mereka yang terlibat dan tidak amanah melanggar akta ini yang dibuat baru di bawah 9A ini, saya mohon dilaksanakan dengan konsisten tanpa mengira siapa mereka. Itu jelas walaupun mereka datang dari luar negara. Apa yang jelas, undang-undang ini harus diambil sebagai peranan utama untuk memastikan tidak ada penganiayaan terhadap mereka yang digelar sebagai kanak-kanak.

Daripada itu, sebelum melepasi usia 18 tahun, saya tidak melihat bahawa satu kaedah digunakan untuk memastikan kanak-kanak ini diberikan latihan kemahiran keselamatan. Contohnya, di bawah seksyen 30 Akta SOCSO mewajibkan majikan mengadakan satu jawatankuasa iaitu keselamatan, kesihatan untuk memastikan pekerja- pekerja dalam lingkungan selamat. Kalau sekiranya akta itu tidak pula diangkat sebagai akta utama untuk menghukum majikan-majikan yang tidak melaksanakan sedemikian, saya yakin akta yang dibuat atau pindaan ini hanya sebagai retorik. Ini disebabkan akta yang ada itu pun tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang sama satu akta yang baru hendak diangkat di bawah 9A untuk menjamin bahawa mereka yang menjadi pengkhianat kepada negara ini harus dihukum.

Kalau itu yang menteri persembahkan pada Dewan yang mulia ini, saya juga merayu supaya hubung kait akta yang melibatkan kesengsaraan dan diskriminasi terhadap kanak-kanak ini harus diseragamkan malah diberikan kemahiran latihan, wang RM555 juta diberikan untuk Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan bahawa setiap mereka yang menembusi alam persekolahan harus wajib disiapkan dengan ilmu itu sendiri supaya mereka tidak dianiayai oleh majikan-majikan keparat. Itu satu daripada yang saya lihat, yang harus diambil tindakan segera apabila pindaan itu dibuat kerana 9A ini adalah akta

final • 12:51 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

yang baru diperkenalkan untuk menjamin keadilan dan penguatkuasaan itu bertapak di dalam negara kita.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, hukuman-hukuman ini saya anggap – peningkatannya ada tetapi kalau boleh hukuman penjara itu dikenakan sekali supaya menjadi kesan baik kepada pentadbiran dan juga memastikan bahawa mereka yang dihukum, dia tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan wang untuk melarikan diri daripada hukuman tetapi hukuman penjara juga harus diberikan kepada mereka yang menganiayai rakyat negara kita. Saya yakin dan percaya kementerian bersikap luas pandang bilamana dicadangkan sedemikian alasannya jelas bahawa hukuman wang ringgit boleh dilarikan tetapi penjara amat memberikan kesan yang baik. Ini kerana apabila kita melihat seseorang tokoh hebat dipenjarakan contohnya dan tokoh-tokoh yang lain akan menyepi dan takut kecut perutnya kerana hukuman itu telah pun dikenakan kepada mereka yang sensasi namanya. Ini salah satu daripada kaedah untuk mengajar bagaimana itik berenang.

Jadi, saya yakin dan percaya dengan hukuman secara serentak itu, kalau dirujuk kembali kalau Yang Berhormat Menteri saya yakin bahawa korporat-korporat dalam negara ini cukup tersusun peribadinya dan tidak akan melampaui sebagai orang yang zalim untuk memastikan hukuman penjara itu memberikan kesan yang lebih baik daripada hukuman denda yang kementerian telah pun cadangkan dipinda di bawah pindaan seksyen 14.

Walau apa sekali pun Yang Berhormat Menteri, saya tabik hormat kepada Menteri kerana telah pun mencadangkan satu cadangan – saya habiskan pukul 1 itu – saya kagum kerana 44 tahun akta ini bertapak daripada tahun 1966, baru sekarang nampak celiknya.

Saya yakin dan percaya, dengan komitmen ini, keseragaman daripada kehendak semasa daripada dunia yang global, saya percaya rang undang-undang pindaan ini perlu dilakukan kerana untuk memastikan kanak-kanak dalam negara ini tidak akan didiskriminasikan, sekalung tahniah. Namun, perbaiki itu lebih baik di samping 18 tahun selepas mereka lepas sekolah harus ada latihan kemahiran. Ambil bajet yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, RM555 juta itu masukkan sebagai aktiviti keselamatan dan juga kesihatan untuk memastikan pelajar lepasan sekolah diwajibkan menjalani latihan kemahiran ini sekurang-kurangnya mereka tahu apakah ertinya sekuriti, apakah ertinya safety, apakah ertinya healthy. Saya yakin dan percaya dengan saranan teman-teman daripada wakil-wakil rakyat yang lain, Yang Berhormat Menteri dapat memastikan bahawa akta ini dijadikan sebagai akta bukan retorik politik. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 12:51 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bangun untuk membahaskan suatu akta untuk meminda Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966. Saya melihat ini satu pindaan yang membuat satu lonjakan baru dalam perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak dan juga generasi muda kita yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa depan.

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa sudah cukup Yang Berhormat. Sambung tengah hari ya Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan pada sesi pagi ditangguhkan dahulu dan Dewan akan bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:59 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap untuk sambung perbahasan.

final • 12:59 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bangun bagi membahaskan suatu akta bagi meminda Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda

(Pekerjaan) 1966. Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk meminda akta ini untuk memberikan suatu jaminan keselamatan kepada generasi yang akan mewarisi negara kita pada masa hadapan. Dalam akta yang dibentangkan ini, telah dijelaskan antara tujuan utamanya ialah untuk menaikkan had umur bagi kanak-kanak yang ditakrifkan sebelum ini lebih rendah kepada suatu yang lebih tinggi untuk kita menyahut seruan yang telah dibuat oleh Konvensyen Kanak-Kanak ataupun yang telah disebut dalam Konvensyen Umur Minimum 1973.

Jadi sepertimana yang telah kita lihat dan saya telah membaca akta pindaan ini, kita telah melihat berlaku terlalu banyak kes-kes yang membabitkan kanak-kanak dan juga membabitkan orang muda di negara kita walaupun berlaku di sebalik tabir. Saya membahaskan akta ini untuk menunjukkan bahawa Islam memandang serius eksploitasi kanak-kanak, penderaan kanak-kanak, keganasan terhadap kanak-kanak, di mana dalam satu persidangan Akademi Fiqh Islam Sedunia yang ke-12 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) di Riyadh, Arab Saudi pada tahun 2000 menetapkan antara lain hak asasi kanak-kanak berdasarkan kepada hukum syarak termasuklah di antara lain Islam melarang ibu bapa dan masyarakat mengeksploitasi kanak- kanak sebagai buruh dalam pertanian, perladangan, perindustrian dan perkhidmatan yang lain. Islam menganggap menyalahgunakan hak, agama kanak-kanak, membahayakan nyawa kanak-kanak, mengeksploitasi seks kanak-kanak, menyalah guna harta kanak-kanak dan mendera pemikiran kanak-kanak sebagai satu tindakan yang zalim.

Sidang Dewan Rakyat yang dihormati, menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa

(ILO) pada masa ini dianggarkan terdapat lebih daripada 200 juta buruh kanak-kanak yang berumur di antara 5-17 tahun yang menjalankan tugas buruh kasar di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut didapati 122.3 juta buruh kanak-kanak terdapat di negara Asia Pasifik, 49 juta di Asia Tengah dan juga di utara Benua Afrika, yang lain-lain selebihnya.

Mereka ini kebanyakannya bekerja di luar bandar termasuk dalam bidang pertanian, perladangan, perindustrian dan lain-lain perkhidmatan. Jadi perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan, oleh pihak kementerian. Kalau kita lihat berdasarkan kepada pemantauan yang dilakukan oleh Badan Pemantau Antarabangsa Hak Asasi Manusia – Human Rights Watch – pada masa ini terdapat lebih kurang 120 juta kanak-kanak terlibat sepenuh masa menjadi buruh kanak-kanak dan tiga suku daripada bilangan tersebut mereka bekerja dalam keadaan yang amat menyedihkan kerana upah yang tidak sepadan, tempat kerja yang kotor, eksploitasi seks, tempoh kerja yang panjang, buruh paksa dan sebagainya. Laporan pemantau ini juga menyebut kebanyakan mereka bekerja disebabkan untuk membantu keluarga yang kebanyakan mereka hidup dalam kemiskinan.

Kita sama-sama faham bahawa kanak-kanak sebagai manusia biasa harus dilayan dan berhak mendapat layanan sebagaimana orang dewasa. Akan tetapi persoalan besarnya, apakah dalam negara kita, kita mempunyai data-data yang terperinci terhadap kanak-kanak yang dieksploitasi? Saya minta pihak kementerian untuk mendedahkan kepada kita sejauh manakah ataupun berapa ramai kanak-kanak di Malaysia ini yang dieksploitasi dalam bentuk pekerjaan dan sebagainya. Walaupun akta ini telah dibentangkan 44 tahun yang lalu, saya masih melihat ada banyak lagi perkara yang boleh dibaiki oleh pihak kementerian. Kita lihat walaupun 44 tahun akta ini telah berkuat kuasa

final • 2:32 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

dan masih lagi melihat adanya kanak-kanak yang bekerja di tempat-tempat yang tidak dibenarkan oleh akta ibu yang sebelum daripada ini, kita buat pindaan hanya melibatkan kebanyakannya terhadap umur yang dibolehkan kanak-kanak bekerja. Akan tetapi pada masa yang sama, kita lihat segala peraturan ataupun seksyen yang telah dibentangkan dalam akta asalnya, akta ibunya termasuklah seksyen 5 yang kanak-kanak tidak boleh bekerja daripada pukul 8.00 malam hingga 7.00 pagi, bekerja berterusan melebihi tiga jam tanpa rehat. Semua ini masih lagi belum dilaksanakan secara sepenuhnya. Begitu juga orang-orang muda yang mereka terpaksa bekerja dan bagi kita ia akan menimbulkan kesan yang cukup negatif kepada generasi yang akan datang.

Sidang Dewan Rakyat yang dikasihi sekalian, Islam dalam al-Quran, Allah SWT telah menyebut [membaca sepotong ayat al-Quran]. Ini suatu arahan daripada Allah SWT kepada penjaga-penjaga, kepada pemimpin-pemimpin untuk melihat generasi akan datang.

Hendaklah kamu berasa bimbang, kamu akan meninggalkan warisan ataupun keturunan yang lemah. Ini satu amaran dan juga supaya kita bersikap waspada dan dalam satu hadis disebut oleh Nabi Muhammad SAW, Riwayat Ahmad dan juga At-Thabrani dia menyebut; “Berlaku adillah terhadap anak kamu, berlaku adillah terhadap anak kamu, berlaku adillah terhadap anak kamu.” Saya ingin menyebut bahawa terdapat banyak sebab apabila kita lihat kanak- kanak yang apabila mereka bekerja di usia yang muda sedangkan mereka sepatutnya dijamin oleh kerajaan walaupun mereka datang daripada keluarga yang miskin ada di kalangan mereka kehilangan ibu bapa pada usia yang muda tetapi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada mereka, tanggungjawab kerajaan untuk memberikan latihan kemahiran kepada mereka. Apabila mereka berada di alam pekerjaan dalam usia yang begitu muda, kesan yang negatif termasuklah dalam perkembangan mental mereka.

Kemudian mereka boleh bersikap materialistik apabila mereka mendapat pendapatan yang lumayan, mereka akan cenderung, melakukan kecenderungan untuk menyalahgunakan pendapatan yang lumayan untuk memuaskan kehendak nafsu dan juga mengejar kebendaan. Terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membawa mereka kepada kerosakan, baik kerosakan itu dalam bentuk fizikal, mental ataupun moral.

final • 2:32 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Kita lihat dalam akta asal, akta ibu yang dibentangkan pada tahun 1966 disebutkan dengan jelas dalam seksyen 7 sebagai misalnya, kanak-kanak ataupun orang muda hanya boleh bekerja di tempat hiburan awam jika dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Buruh dengan syarat-syarat yang tertentu dan yang keduanya, ianya tidak membahayakan nyawa anggota kesihatan ataupun moral mereka. Ini kita lihat masih lagi jauh daripada capaian yang sebenar. Kalau kita lihat secara detail, kita akan lihat bagaimana mereka yang bekerja di tempat-tempat ini mereka akan berdepan dengan bahaya moral yang sangat membimbangkan.

Termasuklah sebagaimana yang disebut oleh Yang Mulia Raja Nazrin dalam satu Ucapan Titah Baginda menyebut bahawa dalam tahun 2000 hingga Julai 2008, dalam masa lapan tahun kita sudah melihat 257,000 anak luar nikah ataupun anak tidak sah taraf yang direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Saya ingat ia berpunca daripada kita terlalu bebas memberikan kebenaran ataupun keluasan kepada anak-anak ataupun kanak-kanak sampai mereka terjebak ataupun bekerja di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

Sudah jelas ia bertentangan dengan akta ini, tetapi sejauh manakah, berapakah datanya, apakah statistiknya yang boleh diberikan oleh pihak kementerian kepada kita di Dewan yang mulia ini terhadap eksploitasi yang berlaku dan kerosakan moral yang terpaksa ditanggung oleh beberapa generasi yang akan datang selepas daripada kita.

Saya juga ingin memohon kepada pihak kerajaan, berapakah berdasarkan kepada statistik yang dapat kepada pihak kementerian, berapa banyakkan aduan-aduan yang telah dibuat terhadap pihak kementerian dan berapa ramaikah pihak majikan yang diambil tindakan.

Kalau diambil tindakan, adakah cukup berbaloi?

Saya cukup bersetuju seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi bahawa satu peruntukan untuk kita mendenda mereka tidak lebih daripada beberapa ribu ataupun kita menaikkan kadar penalti sampai kepada RM10,000. Ia tidak

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

mencukupi hanya sekadar kita denda mereka. Bagi majikan yang kaya, mereka boleh eksploitasi kanak-kanak. Kanak-kanak tidak berdaya untuk membantah arahan-arahan daripada majikan. Kanak-kanak tidak mampu untuk berdepan dengan tekanan-tekanan yang ada di tempat kerja. Adakah cukup dengan kita meminda kepada denda sedemikian sedangkan di sana banyak korporat ataupun majikan-majikan yang kaya-raya.

Saya setuju ditambahkan lagi sebagai misalnya, hukuman penjara, mungkin juga dirotan terhadap majikan-majikan yang melakukan kesalahan-kesalahan ini. Adakah di sana kementerian mempunyai ruang bicara untuk kita buat pindaan ini dan juga kita memasukkan lagi supaya denda-denda terhadap mereka yang melanggar akta ini dinaikkan, sesuai dengan kesalahan yang terpaksa kesannya ditanggung bergenerasi oleh rakyat di negara kita.

Seterusnya saya juga ingin menyebutkan data yang saya perolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang didedahkan dalam satu kes penderaan kanak-kanak mengikut jantina dari tahun 2006 hingga 2008 atau penderaan kanak-kanak mengikut punca rujukan dari tahun 2006 hingga 2008. Pada tahun 2006 kita lihat jumlah mereka yang terlibat dalam kes ataupun kanak-kanak yang direkodkan terlibat dalam kes penderaan ini adalah 1,999 kes. Pada tahun 2007 terdapat 2,279 kes. Pada tahun 2008 terdapat 2,780 kes. Ini menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Berdasarkan kepada Laporan Pemantau Hak Asasi Manusia, hanya 10% sahaja daripada kes-kes ini yang kita dapat kesan. Lagi 90% masih lagi tersembunyi di bawah karpet. Saya menyeru pihak kementerian untuk melihat perkara ini dengan lebih serius lagi.

Banyak lagilah kalau kita sebut pada data-data yang diberikan, yang dipaparkan di dalam website Jabatan Kebajikan Masyarakat. Banyak lagi kes-kes yang lain yang kalau kita hendak sebut.

UNICEF sebagai misalnya, Tuan Yang di-Pertua, melaporkan bahawa di seluruh dunia terdapat kira-kira 246 juta yang terlibat ataupun kanak-kanak yang terlibat sebagai buruh kanak-kanak dan 73% daripada mereka terlibat dalam bentuk pekerjaan yang paling buruk, termasuk bekerja dalam keadaan yang mendatangkan bahaya serta kemudaratan seperti di lombong dan mengendalikan mesin yang berbahaya. Sebahagian daripada mereka, hampir enam juta daripada mereka telah dibelenggu dengan hutang yang begitu banyak dan juga bentuk-bentuk perhambaan yang lain secara tidak kita sedar. Dekat dua juta yang terlibat dalam kancah pelacuran dan juga pornografi. Seramai 600 ribu pula terlibat dan juga terbabit dalam aktiviti yang diharamkan.

Saya minta pihak kementerian, kalau boleh dedahkan angka-angka ini yang berlaku dalam negara kita. Bukan tujuan kita untuk membandingkan dengan negara- negara lain. Islam tidak pernah mengajar kita untuk kita membandingkan perkara yang buruk dengan perkara yang lebih buruk. Islam mengajar kita supaya kita membandingkan perkara yang buruk dengan yang lebih baik, perkara yang baik dengan yang terbaik. Ini yang diajarkan oleh Islam. Saya percaya ada semangat di sana oleh pihak kementerian untuk mengubah senario yang ada dalam negara kita ini.

Dengan ini saya dengan sedikit cadangan dan juga saranan, juga rasa prihatin terhadap akta yang dipinda ini, saya mengharapkan bahawa kita kembali kepada asal.

Daripada awal kita menjaga kanak-kanak, anak-anak kita – kalau dalam Islam mengajar kita sejak daripada kita memilih calon untuk menjadi pasangan kita sampailah kepada tanggungjawab kerajaan untuk menjadikan kanak-kanak ini mempunyai ilmu ataupun berilmu dan juga boleh mewarisi negara kita. Sepatutnya 18 tahun ke bawah ini bukan masa untuk mereka bekerja. Walaupun mereka miskin, walaupun mereka tidak ada ibu dan ayah, tanggungjawab kerajaan yang paling utama untuk memberikan pendidikan kepada mereka.

Akan tetapi yang kita lihat pada hari ini ialah banyak ruang tersebut tidak digunakan sepenuhnya. Kita tidak ada data, saya ingat. Bagaimanakah, walaupun kita ada dalam akta ibu disebut bahawa adanya projek apprentice yang disediakan oleh Tenaga Buruh ataupun Jabatan Buruh kepada kanak-kanak ini, sejauh manakah kita boleh lihat apprentice ini ataupun latihan-latihan yang berbentuk apprentice ini boleh diisi dengan jutaan mungkin kanak-kanak yang terpaksa bekerja di usia yang muda?

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Bagi saya, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan, 18 tahun ke bawah ini, hantar mereka ke sekolah, hantar mereka ke pusat latihan teknikal, hantar mereka ke vokasional. Ini tanggungjawab kerajaan yang mesti ditanggung oleh kita bersama. Jadi saya ingat itulah sedikit sebanyak ucapan saya berkaitan dengan akta ini. Saya ucap terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 2:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada umur yang ditetapkan, yang dikatakan kanak-kanak dan orang muda.

Di dalam beberapa rang undang-undang di mana definisi umur ini adalah berlainan. Di sini kita kata untuk menjadi seorang pengundi, dia hanya boleh mendaftar sebagai seorang pengundi apabila sampai 21 umurnya. Akan tetapi di sini kita katakan orang muda ialah 18 dan di mana-mana rumah shelter di mana untuk anak-anak yatim, mereka hanya boleh sampai 18 umurnya. Selepas itu, di mana mereka akan pergi? Ini kerana umur 18 ini ramai di antara mereka seharusnya hendak teruskan pelajarannya atau pendidikannya.

Jadi di sini saya rasa ada perlunya kita selaraskan. Sekiranya 21 is an adult, then semua rang undang-undang mesti melayan mereka yang di bawah 21 ini sebagai minor kerana undang-undang yang seperti juvenile, di antara 18 dan 21, bagaimana kita hendak layan mereka. Adakah adil mereka dilayan sebagai seorang dewasa apabila mereka terlibat dalam jenayah tetapi on the other hand, mereka tidak ada hak untuk mengundi.

Juga dalam seksyen 95, Marriage and Divorce Reform Act di mana ibu bapa dikatakan boleh melepaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa apabila anaknya sampai umur 18. Atas alasan yang sama, saya rasa kita perlu meminda akta, seksyen 95 ini supaya ibu bapa mesti bertanggungjawab untuk anaknya sehingga anaknya habiskan pendidikan sekurang-kurangnya di universiti, sampai anaknya dapat first degree.

final • 2:47 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini kerana dalam zaman sekarang, anak yang tidak ada sijil ataupun kelulusan universiti, saya rasa masa hadapannya adalah kurang cerah. Saya juga bersetuju bahawa kita mesti beri peluang kepada kanak-kanak ataupun orang muda untuk bekerja walaupun di dalam keluarga yang bukan dikatakan miskin tetapi mereka ingin mengadakan pengalaman untuk bekerja seperti selepas, pada masa waktu sekolah dan mereka selalunya bekerja di fast food chain.

Di sini saya rasa kita perlu ambil satu langkah yang lebih mendalam lagi untuk melindungi kepentingan mereka dari segi bukan sahaja jenis pekerjaan seperti yang ditetapkan di dalam akta ini tetapi juga bayaran gaji mereka. Saya rasa mereka harus ada satu gaji minimum per hour supaya mereka tidak ditindas, mengambil peluang ke atas mereka kerana mereka muda dan mereka tidak ada peluang yang lain untuk bekerja. Jadi saya berharap untuk menggalakkan budak-budak ataupun anak-anak muda kita untuk rajin dan ingin bekerja serta mendapat sedikit pocket money untuk mereka sendiri. Saya harap kita adakan minimum wages untuk sekurang-kurangnya untuk golongan ini.

Saya memohon supaya akta-akta lain yang perlu dipinda juga dipinda supaya umur ini diselaraskan, khasnya anak-anak yatim yang berada di pusat-pusat perlindungan ataupun di rumah-rumah yang disediakan oleh kerajaan. Kalau di pusat-pusat yang disediakan oleh NGO – kerana selalunya peruntukan tidak mencukupi – jadi mereka perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan di pusat itu. Di sini saya rasa adalah perlu kita memberi perhatian yang khas kepada golongan kanak-kanak dan orang muda ini.

Kita harus adakan akta ataupun regulation, anak-anak yatim yang sampai umur 18 tahun, di manakah mereka pergi kalau mereka tidak boleh terus berada di rumah perlindungan itu? Saya rasa kita perlu adakan, we need to think a bit further for these group of children dan juga juvenil. What is the age considered juvenile? Kalau kita kata

final • 2:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

hanya 21 you can vote, so 21 must be the age. Jadi the kerajaan must decide which is the age to define as children? Thank you.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Labuan.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih. Saya juga ingin turut berbahas sedikit tentang Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966. Apa yang saya lihat di sini Tuan Yang di-Pertua adalah tentang enforcement yang dibuat oleh kerajaan tidak begitu tegas. Ini adalah kerana kalau kita lihat, kalau enforcement cukup kuat, pemantauan cukup kuat, saya rasa perkara ini tidak berlaku. Kenapa di negara- negara jiran umpamanya semacam di Singapura, perkara ini tidak banyak masalah tentang masalah kanak-kanak yang bekerja di bawah umur, tetapi kenapa kita di Malaysia masih berleluasa? Yang mana kita lihat, kenapakah kerajaan tidak begitu serius menangani perkara ini, yang mana anak-anak tersebut telah pun dipergunakan oleh majikan-majikan mereka dengan ketentuan-ketentuan yang tidak jelas.

Umpamanya pertama, apabila kita employed anak-anak, kelihatannya mungkin gaji kita tidak dapat pastikan. Akan tetapi ini bukan satu cadangan yang baik. Sebenarnya yang di bawah umur ini tidak seharusnya bekerja, sedangkan kerajaan kita akan menjadi sebuah negara yang maju. Anak-anak yang berpendidikan, kenapa kita tidak lebih fokus kepada anak-anak yang sedemikian? Kalau kita lihat di Kuala Lumpur sahaja, yang meminta sedekah, ini adalah salah satu cara mereka untuk mendapatkan kewangan. Tidak ada pemantauan langsung. Setiap kali kita makan, terutamanya di warung-warung.

Mungkin Yang Berhormat Menteri tidak turun ke warung-warunglah.

Akan tetapi seperti kita ini, sekali-sekala turun juga ke warung-warung dan melihat masalahnya anak-anak meminta sedekah dan sebagainya. Seolah-olah mereka ini dipergunakan untuk mendapatkan sesuatu ataupun kadang-kadang ada sindiket yang tidak bertanggungjawab dalam hal ini. Jadi oleh itu, saya rasa kerajaan harus fokus lebih kuat di sini. Ini adalah kerana kalau kita lihat peruntukan, ia harus diperbanyakkan untuk menangani masalah-masalah tersebut.

Jadi kalau kita lihat Jabatan Kebajikan contohnya, memberikan peruntukan yang begitu banyak untuk ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim lain yang teratur dan juga mereka- mereka yang kurang berpendapatan. Contohnya, yang berpendapatan di bawah daripada RM900, kalau di Sabah dan Sarawak, Jabatan Kebajikan telah pun memberikan setiap bulan peruntukan-peruntukan yang cukup untuk mereka hidup. Akan tetapi anak-anak yang sedemikian, kalaulah mereka ini cukup kewangan, saya rasa mereka tidak akan bekerja secara sedemikian.

Jadi oleh itu, pemantauan ataupun enforcement harus kita perkuatkan supaya mengurangkan masalah-masalah yang sedemikian. Kalaulah negara jiran boleh memantau dengan baik, kenapa kita Malaysia yang cukup dengan kewangan, pentadbiran yang cukup mantap tidak dapat memantau dalam hal ini? Saya rasa perkara ini bukanlah satu perkara yang susah untuk dipantau tetapi enforcement harus lebih kuat, di mana yang berumur di bawah daripada 18 tahun atau 16 tahun ini seharusnya tidak bekerja. Seharusnya mereka ini haruslah belajar di sekolah untuk menjadi salah seorang warga yang masa hadapannya lebih baik dan lebih terjamin.

Jadi dengan itu, saya harapkan kepada kerajaan supaya lebih fokus tentang pemantauan dan juga mereka-mereka ini haruslah dipantau dan diperbaiki kehidupannya.

Tentang majikan-majikan yang tidak bertanggungjawab ini, saya juga menyokong dengan teman-teman yang lain agar diberikan hukuman yang lebih berat. Ini adalah kerana tanggungjawab sedemikian bukan kepada kerajaan sahaja tetapi kita juga harus melihat keadaan-keadaan di negara-negara lain terutamanya di negara-negara miskin yang mana anak-anak kecil telah pun dipergunakan.

Akan tetapi kononnya kita di Malaysia yang satu hari nanti untuk menjadi warga yang berpendapatan tinggi, kalaulah perkara ini tidak dapat kita pantau, saya rasa achievement yang akan kita peroleh di masa akan datang tidak akan tercapai. Jadi oleh itu, walau bagaimanapun saya menyokong rang undang-undang tersebut semoga ia menjadi

final • 2:54 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

kenyataan dan keadaan negara kita Malaysia lebih maju dan lebih teratur tentang pemantauan kanak-kanak tersebut. Terima kasih.

final • 2:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 2:54 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966. Saya menyedari pindaan yang dicadangkan adalah untuk memastikan ia selaras dengan Konvensyen Umur Minimum 1973, tetapi yang saya prihatin ialah apakah kementerian ada mengenal pasti apakah punca melibatkan isu kanak-kanak kita terpaksa bekerja? Saya percaya ia adalah bersangkut-paut rapat dengan isu kemiskinan, yang menjadi salah satu punca di mana kanak-kanak terpaksa meninggalkan sekolah mereka untuk bekerja.

Akan tetapi saya hendak tahu setakat mana dalam Malaysia, keseriusan isu buruh kanak-kanak dan orang muda ini? Apakah penglibatan sindiket-sindiket yang mengeksploitasikan kanak-kanak kita untuk menggunakan mereka dalam sektor buruh ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu, pertamanya, apakah yang mereka terlibat, buruh kanak-kanak ini? Salah satu kerisauan saya Tuan Yang di-Pertua, adalah saya meneliti bahawa definisi Child yang dipinda ini. Child means any person who has not completed his fifteen year of age.

final • 2:58 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Bagaimana dengan pelajar kita yang belum sampai Tingkatan Tiga iaitu belum habis umur 15 – mereka yang tercicir dari sekolah atau yang lebih serius adalah yang dibuang sekolah? Saya pernah mengendali kes ini. Apabila mereka dibuang sekolah, apakah pilihan mereka seterusnya? Bekerja. Mereka terpaksa bekerja dan melibatkan diri dalam aktiviti pekerjaan yang berbahaya. Jadi apakah sokongan yang diberi kepada golongan ini? Ya, pelajar itu boleh memohon untuk bertukar ke sekolah lain. Apabila mereka tidak berbuat demikian mereka pergi buruh jadi buruh kanak-kanak. Jadi dalam aspek ini, bagaimana perlindungan kepada golongan kanak-kanak ini? Pilihan kepada mereka. Apabila mereka gagal atau diambil tindakan disiplin oleh pihak sekolah mereka Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya adalah berkenaan dengan seksyen 2. Seksyen 2 ada mengatakan jenis pekerjaan yang dibenarkan like work untuk kanak-kanak tapi pada masa yang sama ia membenarkan pengecualian kepada mereka dalam bidang hiburan. Walaupun ada kelonggaran dalam aspek ini, apakah kekerapan pihak kementerian menjalankan pemantauan?

Dalam third schedule ada menyatakan bahawa pihak director general, ketua pengarah boleh mencadangkan pemantauan, inspection sekerapnya. Pihak director general menjalankan pemantauan atau inspection kepada kanak-kanak yang diberikan lesen di bawah seksyen 72 untuk aktiviti hiburan ini. Tuan Yang di-Pertua, di bawah akta ibu ini juga menyatakan larangan kanak-kanak untuk bekerja dalam waktu tertentu, jumlah masa yang dibenarkan jam lapan malam hingga tujuh pagi. Kalau kanak-kanak tiga jam berturut-turut adalah dilarang dan perlu diberi setengah jam selepas itu setakat mana pemantauan dijalankan dan banyak insiden Tuan Yang di-Pertua. Sebagai contoh kanak- kanak yang terpaksa membantu ahli keluarganya menjalankan perniagaan menjaja.

Mereka terpaksa menjaja waktu malam membantu ahli keluarga mereka dan apa yang menjadi kerisauan saya adalah apabila buruh kanak-kanak ini terpaksa membantu keluarga mereka kerana masalah kewangan atau cuba untuk meringankan beban keluarga, tapi mereka tersangkut pula dengan akta ini yang sekarang ini mengenakan penalti yang lebih tinggi.

Di bawah seksyen 14 ini ia juga merangkumi ibu bapa atau guardian dan penjaga mereka. Jika mereka melanggar akta ini mereka boleh diambil tindakan denda. Sekarang ini akan dijadikan penjara satu tahun, denda RM5,000 dan subsequent offences dinaikkan hukuman penalti. Jadi bukankah ini akan menyulitkan lagi ahli keluarga mereka? Apabila

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

kita ada kes-kes genuine sedemikian saya ingin tahu daripada kementerian apakah sokongan kepada mereka? Bantuan kepada mereka apabila ada kes-kes yang muncul di hadapan pihak kementerian iaitu kanak-kanak yang terpaksa bekerja untuk meringankan beban kehidupan keluarga mereka. Itu menjadi kerisauan saya apabila saya meneliti pindaan yang dicadangkan.

Sindiket itu saya setuju kita tingkatkan penalti terhadap mereka sebab mereka mengeksploitasikan kanak-kanak dan orang muda tetapi bagaimana dengan kes-kes yang genuine ini. Hanya dengan mengenakan penalti sahaja tidak mencukupi apabila ekonomi merosot masalah kewangan timbul di kalangan keluarga atau salah seorang keluarga yang menyara kehidupan mereka telah meninggal dunia mereka tiada pilihan kadang-kadang dan pelajar yang tercicir yang saya nyatakan tadi, yang dibuang sekolah kerana masalah disiplin atau kerana terpaksa meninggalkan sekolah mereka untuk membantu keluarga.

Kes-kes ini saya hendak tahu apakah kerjasama di antara Kementerian Sumber Manusia dengan kementerian-kementerian lain untuk membantu mereka. What is safety net to provider or support system to this general people who need help dan bukan sahaja sekadar tindakan mahkamah atau hukuman penjara atau hukuman denda untuk kes-kes yang perlu bantuan ini.

Saya rasa itu sahaja buat setakat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan keizinan untuk saya juga bersama-sama membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana rakan-rakan yang lain sebentar tadi saya juga amat risau dan juga amat rasa teruja dengan beberapa isu yang saya rasa telah menarik perhatian kita semua tentang isu begitu mudah kanak-kanak dieksploitasi dan mereka menjadi mangsa kepada keadaan dan situasi yang melibatkan warga yang juga tidak akan boleh dinafikan juga melibatkan tentang isu prestasi ekonomi semasa negara yang akan melahirkan lagi golongan-golongan berpendapatan rendah yang terus dikategorikan dalam kumpulan kemiskinan tegar ataupun kemiskinan yang diukur secara relatif.

Kita tidak mahu negara kita akan terheret suatu masa nanti dalam negara-negara yang cukup disinonimkan dengan isu-isu buruh paksa di kalangan kanak-kanak ini. Dalam sejarah tamadun manusia ini kita pernah membaca tentang suatu novel yang berasaskan kepada cerita benar seperti Roots yang difilemkan oleh Hollywood dengan pelakon utamanya Kunta Kinte, di mana satu kaum ataupun satu puak daripada benua Afrika dibawa ke negara-negara maju dan mereka dijadikan hamba abdi (the slave) yang berdekad lamanya menjadi satu perjuangan untuk membebaskan mereka di mana antara yang dieksploitasi adalah wanita dan kanak-kanak yang menjadi hamba, yang menjadi buruh di negara-negara Amerika dan United Kingdom pada waktu itu dan hari ini mungkin kekal dalam statistik yang dibincangkan dalam persidangan di peringkat United Nations negara-negara Amerika Latin di Bolivia, di Brazil, di Argentina dan seumpamanya terus kekal negara-negara yang memiliki buruh paksa ataupun buruh kanak-kanak yang bekerja di lombong-lombong, di ladang-ladang dan sektor-sektor yang membahayakan kehidupan mereka dan masa depan mereka.

Dahulu juga berlaku di negara-negara Eropah Timur, sekarang tidak ada lagi Eropah Timur, tidak ada lagi blok Warsaw, tetapi masih kekal kita melihat negara ini terkenal di lombong-lombong arang batu mereka. Ramai kanak-kanak yang terpaksa mencari pekerjaan akibat daripada kemiskinan. Kita berada di rantau Asia Tenggara bersaing dengan negara-negara yang dahulunya bersama kita dan negara Indonesia, Vietnam, Thailand dan seumpamanya adakah kita mahu satu hari besok negara kita juga akan terperangkap dan menduduki tangga-tangga yang teratas dari segi memiliki masalah

final • 3:05 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

buruh kanak-kanak ini sekiranya langkah-langkah yang proaktif tidak diambil untuk kita mencegah keadaan seperti ini berlaku dalam negara kita.

final • 3:05 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Seperti mana yang disebut dengan jelas dan nyata oleh rakan-rakan saya sebentar tadi, isunya ialah isu pemantauan. Saya bimbang dalam dua sektor yang terang- terang dan jelas berlaku di hadapan mata kita pada hari ini. Di mana yang pertama sekali saya ingin melihat bahawa adanya suatu penguatkuasaan yang tidak hanya berkisar kepada apabila kanak-kanak itu ataupun orang muda itu terpaksa berhadapan dengan tindakan perundangan untuk dia disabitkan dengan kesalahan dalam mana-mana mahkamah di negara kita. Itu sudah barang pasti akan menambah lagi beban terhadap diri mereka dan keluarga mereka. Ayah dan ibu mereka terpaksa mengizinkan mereka bekerja kerana ketidakcukupan, ke tidak kesampaian pendapatan yang akhirnya secara sedar atau tidak, rela ataupun tidak rela terpaksa mengizinkan anak-anak mereka ini bekerja.

Yang keduanya adalah bagaimana pula dengan majikan-majikan yang terpaksa untuk menerima mereka sebagai buruh dengan kadar upah yang begitu rendah yang disebabkan juga faktor-faktor seperti tidak ada pekerja dan juga kebanjiran buruh-buruh asing di dalam negara kita. Di sini juga kita melihat adakah kanak-kanak ataupun orang muda seperti ini dilindungi dan diberikan khidmat kaunseling yang secukupnya. Saya rasa di sini isunya, adakah telah ada suatu apa yang mungkin saya cadangkan di sini suatu majlis perundingan kanak-kanak negara yang mengambil berat, yang mampu memberikan khidmat nasihat, mampu untuk memberikan kaunseling terhadap golongan ini yang saya rasa sudah barang pasti mereka ini memerlukan bimbingan sebelum ataupun selepas mereka terpaksa menghadapi tindakan perundangan oleh mahkamah kepada mereka.

Yang ketiganya saya juga ingin melihat bahawa dengan tidak hanya meminda akta ini adakah kementerian yang bertanggungjawab telah cukup dari segi mekanismenya untuk mengawal selia tentang lahirnya dan kemungkinan bertambahnya peningkatan peratus kanak-kanak yang terpaksa bekerja demi untuk membantu ibu bapa mereka ataupun pada diri mereka akibat dari keciciran, akibat daripada dengan izin broken family ataupun akibat daripada masalah ekonomi yang mereka terpaksa bekerja.

Di sinilah saya melihat dan saya bersetuju dengan rakan saya daripada Yang Berhormat Labuan tadi memang satu fenomena biasa di kebanyakan kedai-kedai makan di Kuala Lumpur dan juga di bandar-bandar besar hari ini di mana dalam hanya selang beberapa minit sahaja akan ada kumpulan kanak-kanak yang datang yang digunakan untuk meminta sedekah. Ini telah menjadi satu fenomena yang tidak asing lagi khususnya di Kuala Lumpur ini. Saya rasa adakah ini ada satu pemantauan dan penguatkuasaan yang jelas yang berlaku dalam negara kita pada hari ini.

Demikian juga dalam sektor perladangan di mana ladang-ladang di negara kita ini, adakah masih terdapat kanak-kanak yang bekerja? Amat malang sekali disebabkan oleh kadar gaji yang begitu rendah pada sektor perladangan ini maka ibu bapa terpaksa membawa anak mereka ke ladang-ladang untuk bekerja. Apabila mereka telah ada upaya untuk bekerja, boleh dianggap boleh bekerja, mereka juga turut mengambil upah untuk mengatasi masalah kehidupan keluarga mereka.

Jadi inilah yang saya rasa antara isu-isu yang penting yang saya rasa mesti kita depani dengan penuh tanggungjawab di mana saya sekali lagi mengesyorkan supaya mesti ada suatu majlis dengan segera diwujudkan di dalam Majlis Perundingan Kanak-Kanak Negara ini supaya kementerian akan lebih dapat memantau, lebih bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat dan apa yang lebih penting daripada itu ialah untuk memastikan negara kita tidak melonjak lagi jumlah dan peratusan dan peningkatannya dan diharap tidak akan termasuk dalam negara terutama dunia yang memiliki tenaga buruh kanak-kanak paksa ataupun kanak-kanak yang tidak sepatutnya bekerja sebelum usia kanak-kanak dan orang muda ini melewati umur mereka, sekian terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 3:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-Undang Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010.

Saya juga turut terpanggil sebagaimana sahabat-sahabat yang lain untuk sama- sama menyatakan kebimbangan kita apabila meluluskan akta ini supaya tidak berlakunya penyalahgunaan terhadap akta ini dan menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat hak yang sebenarnya. Anak-anak adalah amat Allah kepada kita sebagai ibu bapa dan Islam meletakkan suatu hak yang cukup besar kepada ibu bapa dalam memelihara hak anak- anak supaya anak-anak ini diberi ruang dan peluang untuk mereka menikmati kehidupan yang sepatutnya di zaman seusia muda mereka. Jadi kita bimbang dengan akta yang kita luluskan ini, kita takut ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasikan kanak-kanak dengan peruntukan yang ada sehingga menafikan hak mereka sebagai kanak- kanak.

Kita melihat statistik yang ada sudah cukup membimbangkan kita bagaimana melihat fenomena yang ada di negara kita hari ini bagaimana keganasan terhadap kanak- kanak begitu juga eksploitasi penderaan terhadap kanak-kanak dalam pelbagai bidang apa lagi yang melibatkan bidang pekerjaan yang tidak sepatutnya dibebankan kepada mereka dalam usia yang begitu muda. Seharusnya kanak-kanak ini diberi peluang kepada mereka untuk menimba ilmu pengetahuan untuk masa hadapan mereka. Jadi kita cukup bimbang dengan akta yang ada ini dengan pemantauan yang lemah dan longgar menyebabkan mereka tidak ada ruang untuk masa hadapan mereka. kita tidak mahu mereka menjadi buruh sejak dari kanak-kanak sehingga seusia tua. Seharusnya mereka diberi peluang untuk mendapat peluang pendidikan kemahiran dan sebagainya supaya mendapat masa hadapan yang lebih cemerlang.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat fenomena yang ada pada hari ini bagaimana penggunaan tenaga kanak-kanak sama ada di bidang hiburan dan sebagainya.

Banyak juga kita mendapat maklumat dalam berita-berita media yang disiarkan bagaimana kanak-kanak diletakkan di suatu pekerjaan yang tidak sesuai dengan kemampuan kanak- kanak. Termasuk juga mereka di tempat-tempat hiburan disuruh membancuh minuman arak dan sebagainya. ini adalah suatu perkara yang sangat canggah dengan Islam. Apa lagi mereka tidak mempunyai kematangan pemikiran. Umur 16 hingga 18 tahun ini bukan umur yang matang untuk memikul tanggungjawab kehidupan apa lagi dalam menghadapi cabaran yang begitu mencabar.

Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian sejauh mana usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan akta ini tidak menjadi satu beban kepada kanak-kanak di Malaysia untuk masa akan datang dan supaya mereka ini tidak dieksploitasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Jadi kita harapkan akta yang ada ini menjadi suatu perkara yang boleh menyelamatkan mereka dan bukan membebankan mereka.

Kita juga melihat apa yang sedang berlaku hari ini iaitu bagaimana ada ibu bapa yang sengaja melepaskan tanggungjawab mereka. Bagaimana mereka membiarkan anak- anak mereka bekerja dengan alasan kerana kemiskinan dan sebagainya. Perkara ini juga harus diberi pemantauan supaya semua ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka dan tidak membiarkan anak-anak mereka dihambakan kepada untuk mencari rezeki sedangkan mereka ini perlu mendapat bimbingan pendidikan yang lebih baik untuk masa hadapan mereka.

Satu lagi perkara yang saya ingin tekankan iaitu dari sudut bimbingan terhadap pekerja-pekerja kanak-kanak yang cukup saya bimbangkan. Sejauh mana ruang dan peluang diberikan kepada mereka untuk mendapat bimbingan dalam masa bekerja dalam bidang pekerjaan sejauh mana majikan diberi tanggungjawab untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada mereka. Kita bimbang hasil daripada pendapatan pekerjaan digunakan di tempat yang tidak manfaat. Ini sebab mereka ini dalam golongan akal yang masih cetek, kita takut hasil pendapatan mereka ini mereka gunakan untuk berfoya-foya memuaskan nafsu mereka sehingga terjebak kepada lembah yang tidak baik. Jadi hasil

final • 3:15 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

wang yang ada pada mereka ini mereka gunakan ke tempat yang menghancurkan kehidupan mereka.

final • 3:15 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi banyak perkara yang seharusnya diberi penelitian oleh pihak kementerian.

Kita harapkan akta pindaan yang dibuat ini adalah pindaan yang penuh dengan cermat, dengan pemantauan yang baik sebagaimana yang telah dibahaskan oleh sahabat-sahabat kita, Ahli-ahli Dewan yang lain. Kita harapkan supaya kerajaan memberi perhatian serius, kita tidak mahu kanak-kanak dalam negara Malaysia menjadi hamba ataupun buruh paksa di dalam negara kita sendiri. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 3:20 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan cadangan rang undang-undang ini untuk meminda beberapa perkara seperti tafsiran kanak-kanak, iaitu seseorang yang belum cukup umur 15 tahun dan orang muda iaitu seseorang yang belum mencapai umur 18 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ke atas bentuk pekerjaan dan kenaikan kadar hukuman selaras dengan Konvensi Umur Minimum 1973. Akan tetapi saya kurang jelas dengan ketidakpakaian peruntukan seperti dalam fasal 2, iaitu akta ini tidak terpakai bagi seseorang yang berumur lebih daripada 16 tahun tetapi kurang daripada 18 tahun yang bekerja di dalam sesuatu pekerjaan sedia ada. Sebelum bermulanya kuat kuasa akta ini, soalan saya ialah apakah maksud sebenarnya peruntukan ini diadakan kerana ia lebih bersifat kekeliruan?

Tuan Yang di-Pertua, kita berasa sedih kanak-kanak dan orang muda yang terpaksa bekerja di bawah umur sedangkan pada usia tersebut mereka sepatutnya berada di alam persekolahan demi masa depan mereka. Akan tetapi kemiskinan diri dan keluarga telah menyebabkan mereka bekerja pada usia yang muda. Namun sebagai majikan, mereka tidak boleh mengambil kesempatan dan untuk memeras tenaga kanak-kanak dan orang muda dengan membayar upah yang rendah tetapi kebajikan mereka tidak dijaga.

Oleh itu adalah penting pihak bertanggungjawab memerhatikan persoalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, di Kuala Lumpur kita boleh lihat dan saksikan kanak-kanak dan orang muda digunakan sebagai peminta sedekah, penjual buku atau kitab-kitab atas nama kutipan amal pihak tertentu. Selain itu dipaksa bekerja lebih masa tidak dipastikan mereka akan dibayar upah yang setimpal. Pihak yang berkenaan seperti Jabatan Buruh, DBKL dan Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu membuat serbuan dan pemeriksaan mengejut ke atas mereka. Kita tidak boleh membiarkan nama kerajaan tercemar dengan kegiatan kanak-kanak dan orang muda bawah umur di mana mereka dieksploitasi.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, mereka yang diambil bekerja di restoran dan gerai-gerai makanan, pasar dan kedai-kedai perniagaan, pemeriksaan berkala hendaklah dibuat untuk memastikan bahawa faedah dan kebajikan kanak-kanak ini terbela dan dijaga.

Di Kuala Lumpur juga biasanya mereka beroperasi di Jalan Bukit Bintang atau Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan lain yang sering menjadi tumpuan orang ramai. Saya minta pihak berkuasa seharusnya memandang berat dan tindakan susulan diambil secepat mungkin untuk memastikan bahawa eksploitasi ini tidak dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.

final • 3:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 3:21 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Akhirnya dapat...

final • 3:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ya... Semua dapat peluang Yang Berhormat.

final • 3:21 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang yang dibentangkan. Terlebih dahulu saya ingin mengatakan bahawa saya memang sokong pindaan akta ini. Sungguhpun akta pindaan ini perlu kerana – bukan hanya kita ingin selaraskan dengan seruan seperti pertubuhan antarabangsa tentang guide dan standard.

Saya ingat bukan hanya setara sahaja yang kita ingin ikut, tetapi saya ingat kita perlu juga betul-betul memahami tentang keadaan yang sebenar di negara kita. Bukan tiap-tiap negara kita boleh bandingkan sama, keadaan mungkin akan berlainan. Ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan untuk memberi pandangan dan juga pendirian saya tentang akta ini. Diharap mungkin kementerian dapat membuat sedikit kajian dan boleh buat garis panduan lebih baik semasa melaksanakan akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sependapat dengan semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini iaitu – katakan umur 14 hingga 18 tahun ini. Sepatutnya remaja atau orang muda ini sepatutnya masih di sekolah, masih perlu teruskan pelajaran mereka supaya dapat lebih mahir dalam mana-mana bidang yang akan mereka libat semasa mereka keluar daripada sekolah.

Akan tetapi realiti – kita menghadapi realiti ini, juga kita tidak boleh nafikan bahawa terdapat sebahagian di antara remaja atau murid-murid ini mereka tidak mampu atau tidak ingin lagi terus bersekolah. Adakah kita akan biarkan mereka lepak atau melibatkan dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat? Bagaimana kita dapat membantu mereka ini, sungguhpun tidak bersekolah tetapi jika dapat kerja dan sambil mendapat kemahiran dalam beberapa bidang. Apa yang sering dikatakan oleh kaum Cina, [Menyebut perkataan di dalam bahasa Mandarin] iaitu di mana-mana bidang ada bakat dan di mana-mana bidang juga kita boleh dapat kejayaan.

Saya ingin beritahu Yang Berhormat Menteri, pada masa sekarang sungguhpun dikatakan buruh kanak-kanak atau pekerja orang muda ini ada dieksploitasi oleh majikan, tetapi juga dapat majikan yang beri perlindungan atau beri bantuan kepada age group ini iaitu remaja ini. Ada juga majikan yang begini. Saya difahamkan ada majikan yang memberi keistimewaan, memberi gaji mereka sama dengan pekerja yang dewasa – ada juga. Sebab itu kita tidak boleh sekali gus katakan semua pekerja orang muda atau kanak- kanak ini memang semua dieksploitasi oleh majikan. Ini saya ingat tidak adil kepada sebahagian besar majikan.

Satu keadaan yang saya dapat lihat iaitu ramai Ahli Yang Berhormat semasa mereka mengambil bahagian dalam perbahasan, ada sebut tentang kita dapat ramai pekerja muda terlibat dalam gerai-gerai atau kedai makanan atau minuman atau restoran yang selalu nampak pekerjanya muda. Saya selalu ikut kenyataan dari menteri atau dari pihak kerajaan, iaitu semasa hendak mengurangkan pekerja asing yang juga sebahagian besar mereka terlibat dengan perniagaan seperti kedai minuman dan makanan, restoran dan lain-lain. Kita juga tidak mahu pekerja kanak-kanak ini dilibatkan dalam perniagaan ini, apa akan terjadi?

final • 3:24 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya ada memberikan satu contoh kepada Yang Berhormat Menteri iaitu di Singapura, di Macau, di Hong Kong, di Taiwan, saya percaya di negara maju juga kita boleh nampak yang kerja dalam major of work, seperti major of work ini yang sekarang kita caj-caj label yang terlibat ini, di negara-negara sebegini semua libatkan dengan warga emas

(senior citizen) yang bekerja. Saya pergi Hong Kong, yang serve saya, yang cuci mangkuk semua pun warga emas. Mengapa kita di Malaysia ini nampak warga emas ini tidak terlibat dengan perniagaan atau pekerjaan sebegini? Adakah kerana segan? Saya difahamkan ada keluarga yang datuk dan neneknya masih kuat, masih boleh bekerja tetapi mereka

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

mungkin segan atau sampai tua pun kena kerjakah? Ini mungkin satu budaya yang kita – “Kerana lebih baik cucu yang pergi kerja dan bukan saya.” Sebab itu saya ingat ini satu keadaan kita kena lihat mengapa negara lain boleh tanpa mengupah pekerja asing dan tanpa melibatkan pekerja yang muda, mereka dapat teruskan perniagaan dengan bantuan atau dengan pekerja warga emas. Ini satu keadaan mungkin Yang Berhormat Menteri boleh look into it dengan izin.

Saya juga ingin beritahu Dewan yang mulia ini iaitu kita katakan kita amat kurang pekerja mahir – skill worker kita amat kurang. Saya difahamkan dari beberapa pekilang iaitu yang melibatkan dengan pembuatan alatan mesin dan lain-lain, mereka katakan yang paling senang untuk melatih seseorang jadi pekerja mahir iaitu mula dengan pekerja itu semasa dia muda, lebih senang mendapatkan latihan. It is easier to insert this knowledge when they are young. Sebab itu kalau kita umur 30 tahun atau lebih kita hendak cari satu pekerja mahir, lebih susah jika saya mula dari umur mungkin 18 tahun atau 17 tahun sudah dapat belajar dari skill yang tertentu. Sebab itu saya anggap kita perlu ada satu program yang lebih menyeluruh.

Apakah insentif yang kita akan beri kepada majikan jika mereka hantar pekerja muda mereka untuk latihan-latihan yang tertentu? Untuk hantar pekerja mereka pergi mungkin ke kolej atau ke mana institut teknikal untuk dapat teruskan pendidikan dalam bidang yang ada berkaitan dengan majikan itu supaya selepas dia keluar terus dapat kerja balik ke kilang. Itu memang ada satu pakej untuk menggalakkan majikan supaya bukan hanya tidak eksploit pekerjanya tetapi dia dapat mendidik dan juga melatih pekerjanya supaya dia akan jadikan pekerjanya yang mahir atau mungkin suatu hari dia akan jadi satu pengusaha yang berjaya dalam bidang yang sama.

Ini satu pandangan yang saya nampak semasa saya melibatkan dengan beberapa pengusaha kilang semasa mereka menghadapi kekurangan pekerja mahir. Anak mereka yang berumur 15 tahun, 16 tahun sudah masuk kilang untuk berlatih. Saya kata mengapa?

Saya tidak dapat pekerja tempatan. Kalau mereka sudah keluar dari kolej dan institut, mereka very choosy dan sebab itu susah. Lebih baik saya train mereka semasa mereka masih dalam remaja. Ini satu keadaan yang mungkin Yang Berhormat Menteri dapat – saya ingat pun mungkin sedia maklum tentang keadaan ini.

Saya ingin juga menyentuh tentang masa kerja dan juga gaji minimum. Saya ingat saya setuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang sebelum ini yang telah membangkitkan tentang perkara ini. Gaji minimum ini mungkin dapat mengelakkan eksploitasi terhadap pekerja muda kerana suatu gaji yang sepatutnya untuk mereka dan juga tentang apa yang dikatakan dalam act ini iaitu berpandu dengan kedua-dua akta – Occupational Safety and Health Act dan juga Electricity Supply Act. Saya ingat ini amat perlu tetapi mungkin tidak jelas – masih tidak jelas. Ini kerana ini satu general lindungan iaitu is a general guide tetapi untuk kanak-kanak dan juga untuk orang muda ini, ia tidak ada very specific identify tentang kerja ini. Sebab itu saya ingat kita perlu semasa melaksanakan atau enforcedkan act ini, kita kena beri lebih jelas garisan panduannya kepada majikan supaya mereka tahu apa yang mereka boleh, jenis kerja yang boleh diberikan kepada orang muda atau kanak-kanak ini.

Saya ingin sebut sedikit tentang masa pekerjaan. Tadi Yang Berhormat Batu Gajah sebut – saya ingat itu amat-amat tepat kerana masa pekerjaan ini, kita kena lihat mungkin keluarga ibu tunggal atau penjaja yang miskin. Ahli keluarga mereka terpaksa membantu ibu bapa dalam perniagaan. Ada yang masih bersekolah tetapi pada waktu malam kemungkinan dari 10.00 malam hingga 1.30 pagi atau 2.00 pagi, mereka terpaksa membantu ibu bapa. Saya tidak pasti kalau ikut akta ini, adakah ibu bapa mereka akan dikatakan bersalah? Jika mereka bersalah ini, bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan mereka?

Saya berikan satu contoh iaitu dari Melaka – Old White Club of Catholic High School. Mereka kena mengadakan satu jamuan untuk mengutip derma untuk satu tabung.

Apa mereka buat iaitu melalui sekolah sendiri mereka buat satu kajian yang menyeluruh untuk mendapati berapa murid mereka iaitu kerja untuk membantu rumah atau membantu ahli keluarga mereka. Selepas itu mereka buat lawatan kepada keluarga dan minta ditukar

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

dengan pekerja yang lain. Bantuan oleh persatuan ini supaya anak mereka boleh tumpukan perhatian dalam pelajaran dan juga memberikan tuisyen dan kita nampak dengan result dia, memang tiap-tiap tahun memang result dia naik. Ini yang very effective and very direct help. Apakah kementerian boleh bantu jika kita hendak elakkan kanak- kanak ini yang masih minat bersekolah tetapi terpaksa bekerja. Apakah satu program yang disediakan oleh pihak kementerian?

Saya ingat satu lagi yang saya ingin sebut iaitu tentang keadaan tempat kerja.

Dalam akta ini kita mungkin kena ikat kepada akta yang lain tentang keadaan kerja untuk orang muda dan untuk kanak-kanak – what is the condition – dan seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja tentang latihan keselamatan atau pendidikan tentang awareness. Bagaimana kita kena pantau mereka supaya mereka sebelum betul-betul menjalankan kerja ini mereka sudah faham, sudah tahu sedalam-dalamnya tentang keselamatan dan tentang bagaimana dia dapat jaga diri dan juga kesihatan.

Sebab itu saya ingat akta ini kita perlu membuat pindaan tetapi kemungkinan sebelum kita laksanakan atau enforcekan akta ini, masih kita perlu lagi lebih guide atau lebih penjelasan tentang akta ini supaya betul-betul kita bukan hanya dapat bantu atau dapat jaga pekerja muda dan juga kanak-kanak ini tetapi kita tidak juga menjejaskan sektor perniagaan atau juga sektor-sektor yang lain yang perlu mendapatkan pekerja semasa kita menghadapi kekurangan pekerja asing dan juga pihak kementerian masih bekukan pekerja asing dalam beberapa sektor yang tidak dapat teruskan dengan dapat pekerja asing. Kita menghadapi keadaan yang kita kurang pekerja. Apa yang akan kita buat? Saya harap mungkin Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan. Dengan akta ini, adakah ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi kita terutama dalam sektor pembuatan dan pembinaan? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

[Bangun]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tambah pula, ingatkan sudah habis sudah. Yang Berhormat Sik.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh akta ini daripada segi pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak bagi mereka yang tak pernah menjadi guru, akta ini biasa sahajalah tetapi bagi mereka yang pernah menjadi guru, akta ini saya rasa bukan sahaja tidak sesuai tetapi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bekerja itu sahaja saya rasa telah merupakan satu pengkhianatan kepada usaha-usaha kita untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara maju dan sebuah negara yang berpendapatan tinggi, sebuah negara yang menjadi global dalam soal pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu ingat gejala sosial hari ini amat teruk. Masalah disiplin di sekolah-sekolah menjadi satu masalah yang begitu rumit dan masalah inilah yang menyebabkan mengapa berbagai- bagai perkara yang tak diingini berlaku dalam masyarakat kita.

Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak yang bekerja mempunyai sumber pendapatannya sendiri. Kalau kita lihat hari ini, kanak-kanak yang tidak bekerja pun yang pergi ke sekolah menghadapi pelbagai masalah sosial. Ibu bapa dan guru-guru sukar mengawal mereka apatah lagi bila kanak-kanak yang berumur 14 tahun dan selepas ini menjadi 15 tahun dibenarkan bekerja. Apa akan jadi kepada kanak-kanak ini di sekolah?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai bekas guru selama 30 tahun, saya benar-benar sedar bahawa anak-anak yang mempunyai sumber pendapatan sendiri ini malah anak-anak daripada golongan yang berada pun yang mempunyai wang yang banyak di sekolah, mereka inilah sebenarnya menimbulkan masalah disiplin yang ingkar dengan perintah- perintah guru dan mereka ini jugalah yang banyaknya gagal di dalam pelajaran mereka.

Apa yang berlaku selalunya kanak-kanak ini jarang memberi perhatian yang bersungguh-sungguh di dalam bidang pelajaran. Apatah lagi bila kanak-kanak ini kita

final • 3:41 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

izinkan bekerja, mereka ini tidak lagi dapat dikawal dengan sempurna oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Dengan alasan kerja, mereka ini akan bebas keluar rumah pada waktu petang hingga ke malam dengan alasan untuk bekerja. Akan tetapi keadaan yang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kalaulah dengan kita memberi ruang kepada anak-anak kita, kita tidak dapat mengawal anak-anak ini apatah lagi anak-anak yang mempunyai sumber pendapatan sendiri bayangkanlah bagaimana kita hendak menjaga mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedar Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebajikan, Kementerian Luar Bandar dan lain-lain lagi memberi kemudahan-kemudahan membantu orang-orang yang susah atau orang-orang yang miskin ini. Mengapa perlu kita mengadakan satu akta yang membolehkan anak-anak ini bekerja? Kalau pun kita hendak benarkan kanak-kanak bekerja, syarat tambahan perlulah diberikan iaitu kanak-kanak sekolah tidak dibenarkan bekerja. Ini kerana kalau kita telah benarkan mereka bekerja enam jam sehari mengikut akta ini, kita dapat bayangkan dalam keadaan tidak bekerja pun kanak-kanak tidak mampu lagi setelah kembali daripada sekolah pukul dua petang biasanya, kanak-kanak ini tidak mampu lagi untuk membuat ulang kaji di dalam pelajaran mereka.

Apatah lagi setelah balik dari sekolah, mereka pergi pula bekerja sampai pukul lapan malam misalnya. Di manakah adanya tenaga untuk mereka membuat kajian untuk mereka mengulang kaji pelajaran mereka? Jadi saya rasa dalam soal ini, Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat seharusnya berunding dulu dengan pihak Kementerian Pelajaran kerana salah kita memberi kebenaran kepada mereka ini untuk bekerja. Jangan kita harapkan soal mencapai pendidikan yang bertaraf global yang mana kita laung- laungkan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya nak sebutkan kalau anak-anak ini 15 tahun telah bekerja, pelajaran mereka abaikan dan mereka sudah mestinya tidak akan mencapai kecemerlangan di dalam pendidikan. Kalau ini berlaku, bagaimana kita hendak atau hasrat kita untuk melahirkan pekerja-pekerja yang berilmu, pekerja-pekerja yang kita katakan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi yang mana kita idam-idamkan di bawah Malaysia Maju 2020.

Perkara kedua yang saya hendak sentuh Tuan Yang di-Pertua, saya rasa akta ini juga patut menyentuh soal-soal penjagaan kanak-kanak. Mutakhir ini kita tengok bukan sahaja soal pembuangan bayi hinggakan kera pun boleh ambil bayi hari ini. Di tadika- tadika dan taska terdapat juga kanak-kanak yang mati. Jadi saya rasa selain daripada akta ini membincangkan soal peluang untuk kanak-kanak bekerja tadi, kita juga harus memberi penekanan kepada soal pendidikan anak-anak ini. Ini kerana kita mahu Malaysia ini bukan sahaja terkenal sebagai negara yang mengeluarkan buruh-buruh murah tetapi juga kita hendak mereka ini terkenal dengan sifatnya yang kasih sayang rahim yang dapat memberi perlindungan kepada kanak-kanak sepanjang masa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pendang.

final • 3:41 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hanya sedikit sahaja, sebenarnya apa yang saya hendak sentuh ini telah disentuh oleh Yang Berhormat Sik tapi ada sedikit lagi point yang saya rasa perlu saya tambah.

Berhubung dengan kanak-kanak ataupun pelajar-pelajar, biasanya yang drop out dari sekolah misalnya selepas PMR mereka tidak dapat menyambung pelajaran. Apakah kita menyekat langsung mereka ini daripada menghadapi latihan macam disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi mereka ini mudah mendapat latihan misalnya daripada segi motor mekanik. Biasanya kalau kita lihat bengkel-bengkel, mereka melatih pelajar-pelajar yang drop out di sekolah ini untuk mendapat latihan memperbaiki motosikal misalnya basikal ataupun kenderaan. Ini kerana kalau dah usia 30an-40an, memang sukar untuk mereka mendapat ilmu-ilmu yang rumit-rumit begini. Akan tetapi bagi mereka yang masih lagi otaknya fresh, saya rasa mereka perlu diberi latihan dan juga gaji, penggajian yang dapat diberikan kepada mereka.

final • 3:47 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Itu daripada segi kanak-kanak yang saya sebut tentang drop out bukan mereka yang masih lagi belajar di sekolah. Keduanya tentang istilah keluarga. Menteri ada sebut pagi tadi tentang keluarga. Kalau mereka menggaji ahli keluarga, mereka tidak boleh dikenakan penalti ataupun hukuman. Bagaimana pula istilah keluarga itu sendiri apakah keluarga itu keluarga yang kecil seperti anak isteri ataupun cucu ataupun apakah keluarga itu termasuk daripada segi in law ataupun hubungan perkahwinan misalnya sepupu, dua pupu ataupun seterusnya.

Apakah ini termasuk dalam istilah-istilah ahli keluarga yang disebut oleh pihak menteri tadi? Ini kerana kalau sekiranya akta ini tidak diberikan suatu pengistilahan yang tepat, maka ianya tidak mungkin kita lihat penguatkuasaan dapat dilakukan seperti mana penipuan-penipuan yang sering dilakukan di dalam bidang-bidang pekerjaan yang berlaku pada hari ini.

Macam kita tengok kes Nirmala Bonat misalnya, dia umur 18 tahun tetapi dipinda menjadi 21 tahun. Walaupun ianya bukan termasuk dalam ahli keluarga yang saya sebut ataupun saya maksudkan dalam keadaan ini tetapi inilah bentuk penipuan yang boleh dilakukan dan pengistilahan yang tepat perlu untuk kita mengambil penguatkuasaan yang berkenaan kepada mereka yang telah melakukan kesalahan. Terima kasih.

final • 3:47 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerai, selepas itu Menteri bolehlah menjawab.

final • 3:47 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan saya juga seperti mana rakan-rakan lain untuk terus berbahas Rang Undang- undang (Pindaan) untuk Kanak-kanak dan Orang Muda (Pindaan) 2010. Pertama sekali saya pohon dengan adanya rang undang-undang ini akan memberikan keselamatan kepada kanak-kanak dan golongan orang muda kerana ia merupakan aset kepada negara kita.

final • 3:49 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Kedua, yang pastinya kita harap kepada agensi swasta ataupun mana-mana pihak tidak lagi menggunakan kanak-kanak di petrol pam dengan menamakan jualan amal yang kita dapati sehingga larut malam, sehingga tidak menghiraukan di waktu persekolahan dan sebagainya. Sudah pastilah harapan rakyat supaya akta ini dapat menyekat salah guna pihak tertentu terhadap golongan remaja atau golongan orang muda ataupun kanak-kanak yang masih di alam persekolahan.

Kemudian kita berharap dengan adanya akta ini akan jaminan pihak kerajaan untuk menjamin kepada para pelajar yang berkemampuan untuk belajar cuma tidak mampu dari sudut kewangan, maka pihak kementerian mesti menjamin untuk melangsungkan perkara tersebut dengan memberi jaminan dari segi kewangan. Kalau kerajaan tidak memberi jaminan, sudah pastilah anak-anak atau anak muda ini, kanak-kanak ini akan terus bekerja untuk melangsungkan pengajian mereka yang mereka yakin dan mereka percaya, mereka berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka.

Jadi dengan ada akta ini bukan sekadar untuk menghalang kanak-kanak atau orang muda untuk bekerja di bawah usia tetapi mesti menjadi alternatif pihak kerajaan untuk memberi jaminan kepada beberapa kes tertentu untuk memastikan di kalangan masyarakat atau rakyat miskin yang mampu untuk meneruskan pembelajaran cuma terhalang dengan kewangan, maka kerajaan mesti melihat untuk memastikan kanak-kanak ataupun orang muda tidak terlibat dengan pelanggaran akta ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam pindaan Rang Undang-undang Akta Kanak-kanak dan Orang Muda

(Pekerjaan) 2010. Tujuan pindaan akta ini dan tujuan akta ini bukanlah untuk menggalakkan kanak-kanak bekerja dan mengabaikan tanggungjawab persekolahan mereka. Namun, sekiranya mereka perlu bekerja atas keperluan untuk membantu keluarga atau sebab-sebab yang mustahak, maka akta ini memberi perlindungan serta faedah- faedah yang diperuntukkan di samping peruntukan di bawah Akta Kerja 1955 serta akta lain yang mempunyai kaitan dengan pengajian mereka.

Perkara ini saya mahu menjelaskan pada awalnya, contohnya tadi Yang Berhormat Rantau Panjang memberi pandangan seolah-olah ini adalah suatu akta yang baru tetapi ini akta lama, yang sudah ada untuk satu jangka masa yang panjang di mana kebenaran telah diberi supaya mereka kerja tetapi pindaan yang dibuat pada hari ini ialah untuk menyekat supaya peluang yang sedia ada supaya mereka boleh bekerja dikurangkan seberapa banyak yang boleh.

Yang Berhormat Kota Raja telah membangkitkan isu persekolahan dan mengenai kewajipan untuk mewajibkan kanak-kanak bersekolah adalah diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan dikuatkuasakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana mewajibkan persekolahan selama tempoh 11 tahun dan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda adalah sebuah akta yang menggariskan panduan untuk majikan menggaji kanak- kanak dan orang muda kerana kita tahu walaupun adalah harapan dan pendirian kita bahawa semua anak-anak dalam negara kita mahu mengikuti pembelajaran sehingga umur 17 atau 18 tahun sekurang-kurangnya tetapi ada keadaan di mana mereka mengaji dan mereka kerja. Dalam keadaan ini tujuan akta ini adalah untuk memberi perlindungan kepada mereka supaya cara khidmat mereka boleh dikawal dan kebajikan mereka dikawal, hak mereka boleh dikawal. Itu tujuannya, bukan untuk menggalakkan mereka kerja tanpa bersekolah.

final • 3:51 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan tadi mengatakan bahawa Akta Pendidikan mewajibkan kanak- kanak disekolahkan selama 11 tahun. Sekiranya ada majikan yang mengambil anak-anak untuk bekerja dan kanak-kanak ini tidak bersekolah kerana disebabkan kemiskinan, bagaimana kedudukannya?

Setakat ini saya juga ingin bertanya adakah mana-mana ibu bapa atau pihak-pihak yang telah didakwa kerana tidak menyekolahkan anak-anak kerana terdapat ramai anak- anak tidak ke sekolah. Terima kasih.

final • 3:51 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini bukan di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia kerana di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk menjaga mereka yang sudah bekerja kerana sebab-sebab seperti sebab kemiskinan dan tanggungjawab untuk mengambil tindakan ialah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan semua anak-anak diberi peluang supaya boleh mengikuti pengajian mereka sampai tempoh SPM.

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Telok Intan telah membangkitkan isu eksploitasi dan mengenai eksploitasi kanak-kanak untuk tujuan pengemisan dan pekerjaan, perkara ini diliputi di bawah Akta Orang-orang Papa 1977 dan Akta Kanak-kanak 2001 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan program untuk menyelamat dan memulihkan anak-anak yang didapati di eksploitasi untuk tujuan pengemisan atau pekerjaan.

final • 3:51 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 3:51 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Wait. Kementerian Sumber Manusia memandang serius isu menyalahgunakan tenaga kerja kanak-kanak dan melalui Jabatan Tenaga Kerja, pemeriksaan berkala sentiasa diadakan di tempat-tempat pekerjaan dan mengikut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kebanyakan kanak-kanak yang kerja di negara kita

final • 3:51 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

adalah daripada mereka yang keluar bekerja dengan keluarga mereka, contohnya keluarga mempunyai kedai kopi, mereka bantu di kedai kopi, keluarga ada kedai makan, mereka bantu di kedai makan.

So kebanyakan mereka ialah di bawah bidang-bidang itu dan bilangan yang ada di Jabatan Perangkaan ini adalah lebih kurang 47,000 orang namun kebanyakan mereka adalah di bawah tanggungjawab keluarga, membantu ibu bapa dan bekerja secara sambilan manakala mereka masih mengikuti pendidikan mereka. Akta ini membenarkan kanak-kanak untuk bekerja tetapi waktu kerjanya adalah tidak melebihi 7 jam sehari dan terhad kepada perusahaan yang diusahakan oleh keluarga mereka sahaja dan kerja-kerja ringan. Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 3:51 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

[Bangun]

final • 3:51 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin balik kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi yang bertanya berkenaan tindakan yang diambil terhadap pelajar di mana anak mereka tidak dihantar untuk bersekolah tetapi sebaliknya kena bekerja sebagai buruh kanak-kanak. Saya rasa ini adalah bawah bidang kuasa pihak kementerian juga sebab di bawah seksyen 14 ada menyatakan penalti di mana pihak ketua-ketua pengarah, director general saya rasa apabila mereka mendapati kanak-kanak menjadi buruh, itu secara jelasnya bahawa pelajar itu tidak pergi ke sekolah kalau mereka adalah di dalam lingkungan umur persekolahan.

final • 3:51 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Biarlah saya menjawab. Okey.

final • 3:51 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Oleh itu saya mohon penjelasan dari aspek itu, tindakan di bawah seksyen 14 ini.

final • 3:51 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, di dalam akta yang tersedia ada dan dalam akta yang dipinda, anak-anak dibenarkan kerja pada masa dahulu dari 14 tahun ke atas sampai 16 tahun. Mereka diberi peluang untuk kerja sebagai kanak-kanak dan lebih daripada 16 tahun mereka diberi peluang untuk kerja di bawah akta.

Tindakan cuma boleh diambil ke atas apa-apa kesalahan di bawah akta ini. Kesalahan untuk tidak membenarkan seorang kanak-kanak yang tidak pergi ke sekolah bukan di bawah akta ini. Ini di bawah Akta Pendidikan.

Oleh itu, tindakan itu mesti diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran dan bukan oleh Kementerian Sumber Manusia kerana Kementerian Sumber Manusia – kalau seseorang majikan menggaji seorang kanak-kanak dan tidak mematuhi apa yang telah ditetapkan di bawah undang-undang ini, kita boleh ambil tindakan ke atas mereka. Ya Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:51 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mendengar dengan penuh teliti laporan yang diberikan oleh Menteri Sumber Manusia, setakat ini di bawah paras 16 tahun ke bawah yang dilaporkan telah pun melampaui undang-undang yang telah pun sedia ada berjumlah hampir 47,000 orang.

Setakat ini, setakat sebelum rang undang-undang ini di bawa ke Dewan, sudah pun ada di bawah seksyen 14(1), akta yang berbunyi dengan perkataan enam bulan ke setahun dengan 2,000 ke 5,000. Maknanya sudah ada hukuman.

Saya ingin bertanya dengan menteri sama ada setakat ini syarikat-syarikat ataupun majikan-majikan yang telah dikenakan penalti itu diambil tindakan.

final • 3:51 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Kalau sekadar kita kata 47,000 tetapi tindakan kepada majikan tidak dilaksanakan, saya rasa ini undang-undang berat sebelah. Jadi, saya ingin bertanya dengan Menteri, setakat ini berapakah tangkapan dan dakwaan dibuat terhadap majikan ke atas 47 orang ini?

final • 4:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang saya sebutkan tadi ialah melalui butiran yang ada di bawah Jabatan Perangkaan, bilangan mereka yang bekerja di bawah akta ini yang telah dibenarkan bekerja melalui akta ini sebagai kanak-kanak atau sebagai orang muda ini, bilangan mereka ialah lebih kurang

final • 4:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

47,000 orang. Kebanyakan ini telah saya sudah terangkan ialah mereka yang bekerja dengan keluarga-keluarga mereka.

Oleh itu, daripada segi undang-undang ini, itu bukan satu kesalahan. Jadi, bila itu bukan kesalahan dari segi undang-undang ini, kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas mereka. Tindakan yang disebut di bawah seksyen 14 ialah untuk kesalahan yang dilakukan ke atas undang-undang yang sedia ada. Kalau ada keadaan di mana ada eksploitasi atau mereka yang mewajibkan anak-anak itu kerja lebih daripada masa yang ditetapkan, kalau paksa mereka kerja di dalam tempat yang tidak sesuai untuk kanak-kanak atau mereka diwajibkan menggunakan jentera-jentera yang sepatutnya mereka tidak boleh gunakan, maka kita boleh gunakan undang-undang ini untuk mengambil tindakan ke atas mereka.

Akan tetapi, aduan-aduan sedemikian tidak diterima oleh kementerian. Oleh itu, sampai sekarang kita tidak ada tindakan, dakwaan yang telah diambil kerana tidak ada aduan yang mencukupi di dalam kes-kes yang telah menyalahgunakan kemudahan yang telah disediakan di bawah akta ini dan kesilapan atau kesalahan di bawah akta ini. Saya juga ucapkan terima kasih kepada...

final • 4:00 PM

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan, sedikit sahaja.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Nanti sekejap. Saya, selepas ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kuala Langat kerana menyokong pindaan kepada akta ini dan juga menggalakkan supaya anak-anak perlu mendapat peluang latihan sebelum memasuki alam pekerjaan. Memang menjadi matlamat kerajaan supaya tenaga kerja di negara ini terdiri daripada mereka yang terlatih dan berkemahiran tinggi.

Melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan telah menyasarkan untuk meningkatkan komponen tenaga kerja mahir negara daripada 28% pada masa ini kepada 33% menjelang 2015. Kerajaan turut komited untuk mengarus perdanakan latihan teknikal dan vokasional termasuk di sekolah-sekolah seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Ada beberapa pertanyaan tadi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang anak-anak yang tercicir daripada sekolah, daripada PMR dan selepasnya. Baru-baru ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah menyediakan satu program untuk membantu murid-murid yang tercicir supaya mereka boleh diberi latihan di bidang kemahiran dan seterusnya mereka boleh mendapat sijil-sijil kemahiran.

Tujuan saluran alternatif yang telah diwujudkan oleh kerajaan ialah untuk membantu kumpulan ini yang telah tercicir selepas PMR atau Tingkatan Empat dan supaya mereka boleh teruskan mendapat latihan kemahiran, mendapat pengiktirafan dan boleh teruskan kepada peringkat-peringkat yang lebih tinggi seperti ke tahap diploma. Kita berharap untuk lanjutan itu, kalau melalui saluran alternatif ini, mereka boleh pergi sampai ke keadaan mendapat ijazah di dalam bidang-bidang kemahiran.

So, memang kerajaan prihatin kepada mereka yang tercicir daripada sistem persekolahan. Kerajaan sudah mengambil tindakan supaya kemudahan-kemudahan disediakan, supaya mereka tidak akan terlepas daripada saluran pembangunan negara kita tetapi mereka diberi peluang yang cukup supaya mereka boleh mendapat satu kehidupan yang lebih selesa. Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 4:00 PM

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih. Saya ingin penjelasan. Pertama sekali saya buat pembetulan, saya sedar ini adalah satu akta pindaan, bukan akta baru. Apa yang ingin saya sentuh ialah sejauh mana peruntukan dalam akta ini mengambil tindakan terhadap majikan yang menyembunyikan, maknanya tidak mendaftarkan buruh kanak-kanak yang bekerja di bawah syarikat mereka.

Mereka menyembunyikan dan mereka tidak didaftarkan kerana ada kes. Saya pernah menemui satu kes bagaimana kanak-kanak mengalami kecederaan dalam umur baru 13 tahun. Bagaimana, apabila kita dapat maklumat dia tidak ada apa-apa resit, apa- apa bukti yang dia diberi pekerjaan, malah hanya dimasukkan secara begitu sahaja di dalam syarikat mereka. Jadi, sejauh mana akta ini mengambil berat tentang peraturan mewajibkan pendaftaran dan pemantauan terhadap majikan-majikan yang sengaja tidak

final • 4:00 PM

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

mendaftarkan kanak-kanak yang bekerja di bawah mereka, mengelakkan mereka daripada mengambil tindakan.?

final • 4:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengakui keadaan yang disebut oleh Yang Berhormat sepatutnya tidak berlaku. Ini kerana di bawah akta ini, di bawah akta kerja, perlindungan yang mencukupi telah diberikan supaya kes-kes seperti yang telah diterangkan oleh Ahli Yang Berhormat tidak berlaku.

Akan tetapi, masalah kementerian ialah kita memerlukan aduan atau butiran.

Memang kita ada buat penguatkuasaan dan pihak pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja membuat lawatan ke premis-premis majikan, mereka membuat pemeriksaan dan sebagainya. Akan tetapi kadang-kadang kes-kes seperti ini tidak dikenal pasti. Oleh itu, kita tidak boleh mengambil tindakan.

Akan tetapi, kalau ada aduan daripada mana-mana pihak, boleh jadi jiran mereka atau orang lain atau pun pemimpin-pemimpin seperti Ahli Yang Berhormat memberi kita aduan, saya jamin kita akan membuat siasatan yang sewajarnya dan tindakan yang sepatutnya diambil ke atas majikan-majikan seperti yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berasa berminat terhadap pernyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan penguatkuasaan yang dibuat oleh pihak kementerian terhadap majikan-majikan yang menggunakan kanak-kanak sebagai pekerja atau pun orang muda sebagai pekerja.

Adakah di peringkat kementerian diwujudkan satu jawatankuasa khas badan pemantau macam yang saya sebut tadi di peringkat antarabangsa kita ada human right watch yang membuat pemantauan terhadap buruh kanak-kanak ini. Adakah di peringkat kementerian, kita di Malaysia ini ada badan-badan pemantau ini dan pada masa yang sama mereka menguatkuasakan pemantauan ini ke peringkat majikan-majikan? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kanak-kanak seperti pekerja-pekerja lain di dalam negara kita diberi perlindungan di bawah Akta Kerja, Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 dan semua akta yang kita ada di bawah kementerian memberi perlindungan kepada semua pekerja yang ada di dalam negara kita daripada kanak-kanak yang masih muda seperti mereka yang tua.

Salah satu daripada tanggungjawab Jabatan Tenaga Kerja dan pegawai-pegawai mereka yang ada di dalam semua daerah ialah untuk membuat lawatan dan siasatan kepada kes-kes yang ada di dalam kawasan mereka. Memang kita terima banyak aduan, banyak aduan yang diselesaikan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Ini kerana kalau ada kesalahan dibuktikan, ini boleh diambil tindakan oleh Mahkamah Buruh, Jabatan Tenaga Kerja atau diperlukan, didakwa di bawah mahkamah. Itu pun sedang dibuat.

Akan tetapi, isu yang telah saya jelaskan tadi ialah kadang-kadang kita tidak mempunyai aduan. Itu yang menyusahkan kita untuk mengambil tindakan ke atas kes-kes yang tidak diketahui. Akan tetapi, soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah ada majlis tertentu yang mengawal isu ini. Saya mahu memberitahu bahawa isu pengajian kanak-kanak bukan satu perkara yang berleluasa di dalam negara kita.

Kalau dibandingkan dengan negara-negara lain, negara-negara lain di Asean di mana mungkin perkara-perkara ini mungkin lebih berleluasa, di negara kita ini bukan satu perkara yang di luar kawalan. Apa yang ada seperti yang saya terangkan tadi juga kebanyakan mereka ialah mereka yang membantu keluarga mereka sendiri, yang keluarga mereka di dalam kedai-kedai kopi atau pada satu ketika di ladang di mana ibu bapa bawa anak-anak mereka untuk bantu mereka. Ini semua di bawah penjagaan ibu bapa mereka, di bawah keluarga mereka. Ini kebanyakannya.

Kes-kes di mana kanak-kanak di eksploitasi atau digunakan sebagai tenaga buruh, secara keterpaksaan, ini ialah satu perkara yang bukan berleluasa seperti yang ada di dalam negara-negara yang lain. Oleh itu, apa-apa sistem yang kita ada pada masa sekarang mencukupi untuk mengawal perkara ini.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya menerima dan menyambut secara baik segala pandangan yang diberi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap penguatkuasaan mungkin dibuat secara lebih kuat, lebih kerap dan lebih luas ke atas majikan untuk memastikan bahawa keadaan seperti ini tidak berlaku.

Berhubung dengan isu gaji minimum untuk anak-anak, suka saya maklumkan...

final • 4:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Soalan tambahan.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan sedang menimbang dasar dan mekanisme pelaksanaan gaji minimum negara ini. Dalam hal ini, kebajikan anak-anak akan diambil kira dalam penggubalan dasar dan peraturan gaji minimum kebangsaan apabila itu dilakukan. Mengenai faedah-faedah yang diperolehi oleh anak-anak adalah sebagaimana yang dinyatakan di dalam akta ini dan merujuk juga kepada Akta Kerja 1955 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Berkenaan dengan penglibatan anak-anak dan orang muda dalam hiburan awam, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja boleh menetapkan syarat dan mengeluarkan lesen supaya mana-mana pengusaha termasuk pengusaha hiburan awam mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan di dalam lesen tersebut bagi menjaga kebajikan, kesihatan dan keselamatan anak-anak yang terlibat. Tadi di dalam perbincangan ada pandangan yang telah dibuat seolah-olah kemudahan diberikan supaya anak-anak ini boleh kerja di dalam kawasan-kawasan yang ada hiburan awam. Akan tetapi sebenarnya di awal seksyen 7 di bawah akta ini, memang diterangkan bahawa tujuan seksyen itu adalah untuk menghalang mereka bekerja di dalam keadaan yang mempunyai hiburan awam.

Kalau mereka perlu bekerja di situ, memang mereka diperlukan untuk mendapatkan kebenaran sebelum ini dan mereka cuma boleh bekerja di dalam keadaan yang telah ditentukan, di mana hak dan kebajikan mereka boleh dipelihara. Oleh itu, tujuan akta ialah untuk menghalang mereka dan bukan untuk membenarkan mereka bekerja di dalam keadaan-keadaan hiburan awam. Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 4:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa agak hairan. Tadi jawapan Yang Berhormat Menteri kata sehingga hari ini tiada kes di mana majikan atau mana-mana pihak didakwa di bawah seksyen 14. Kita sudah ada rang undang-undang ini sejak tahun 1966. Sama ada tidak ada masalah buruh kanak-kanak atau timbulnya masalah kelemahan sistem atau masalah dalam penguatkuasaan.

Pelanggaran ini sangat – akta ibunya sangat detil di mana ia juga menyatakan apa-apa syarat kalau diberi lesen untuk hiburan, kanak-kanak terlibat dalam hiburan. Saya rasa sangat aneh, seolah-olah masalah buruh kanak-kanak tidak wujud! Pada masa yang sama Yang Berhormat Menteri cadangkan pindaan untuk menaikkan penalti!

Jadi sebenarnya apakah pihak kerajaan atau kementerian ada mengenal pasti keseriusan masalah buruh kanak-kanak ini atau tidak? Kalau kata tidak ada aduan tetapi pada masa yang sama pohon Dewan yang mulia ini tingkatkan penalti, so, yang mana satu? Itu saya pohon penjelasan. Saya menyokong niat baik kementerian ini tetapi saya sukar untuk cuba memahami sebenarnya apakah situasi Malaysia pada masa ini apabila melibatkan buruh kanak-kanak dan orang muda ini? Tidak ada kes aduan tetapi kita tingkatkan penalti. Pohon penjelasan.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya boleh memberitahu ada dakwaan, kalau ada dakwaan sahaja. Di dalam kes-kes untuk didakwa, satu, memang semasa pegawai-pegawai kerajaan kementerian mereka buat lawatan, mereka sudah mengenal pasti satu kes di mana ada penyelewengan atau mereka yang sudah membuat kesalahan, memang kementerian akan mengambil tindakan. Kalau ada kes di mana ada aduan daripada pihak-pihak tertentu bahawa ada keseksaan atau kegunaan kanak-kanak untuk bekerja di luar apa yang ditetapkan di bawah undang-undang, di dalam keadaan ini memang kementerian boleh mengambil tindakan.

Akan tetapi di dalam luar itu, walaupun mungkin ada banyak persepsi anak-anak yang bekerja tetapi semasa pegawai-pegawai membuat lawatan atau daripada pihak awam itu tiada aduan dan semasa pegawai-pegawai membuat lawatan mereka tidak boleh

final • 4:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

memastikan mana-mana kesalahan yang dilakukan, maka susahlah untuk kita mengambil tindakan. Itu keadaan yang sebenar.

Kalau ada kes-kes di mana Ahli-ahli Yang Berhormat tahu tentang di mana ada kesalahan yang telah dibuat, ada pihak-pihak majikan menggunakan buruh kanak-kanak yang di luar bidang kuasa yang telah ditetapkan atau di luar apa yang telah dibenarkan di bawah akta ini, tolong laporkan kepada kita supaya kita boleh mengambil tindakan. Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih. Saya rasa dalam realiti memang betul ramai kanak-kanak yang bekerja dan mereka mungkin bekerja di sektor informal. Jadi pegawai Yang Berhormat tidak dapat mengawal atau pun membuat inspection. Mungkin juga ramai di dalam masyarakat tidak sedar bahawa ada rang undang- undang untuk mengawal kanak-kanak untuk bekerja.

Saya hendak mencadangkan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa, majikan dan juga orang ramai lebih baik sekiranya kementerian boleh membuat secara publisiti yang besar-besaran di dalam TV untuk memaklumkan bahawa kita harus melindungi kanak- kanak kita dan mereka tidak seharusnya bekerja. Berapakah umur bagi mereka yang mahu bekerja. Sekiranya bertentangan dengan rang undang-undang ini, apakah hukumannya.

Saya rasa dengan cara ini lebih ramai akan membuat laporan dan tidak hanya semata-mata bergantung kepada Ahli Parlimen, 222 sahaja. Satu negara begitu ramai kanak-kanak.

Jadi apakah pandangan Yang Berhormat?

final • 4:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya menyambut baik cadangan ini. Mungkin kita boleh menghebahkan secara lebih luas tentang peruntukan yang tersedia ada di bawah akta-akta dan apa kewajipan dan tanggungjawab ibu bapa dalam hal ini. Juga mereka yang menggunakan kanak-kanak sebagai tenaga kerja di mana yang salah boleh diambil tindakan termasuk ibu bapa kalau mereka salah sebagai seorang majikan.

Ada isu yang dibangkitkan tentang perbezaan di antara umur anak-anak dan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda menetapkan definisi untuk umur kanak-kanak dan orang muda bagi tujuan pengajian sahaja. Walaupun ada di dalam undang-undang yang lain, untuk tujuan-tujuan lain seperti umur untuk mengundi dan sebagainya ada umur itu berlainan. Oleh itu pada masa sekarang Akta Kanak-kanak Pekerjaan, Akta Kanak-kanak dan Buruh Ordinan di Sabah dan Sarawak semua telah diselaraskan supaya untuk menggunakan 18 tahun. Akan tetapi dari segi perundangan dan untuk lain-lain kes seperti majoriti, bila boleh mendapat hak untuk mengundi, ini mengikut apa yang telah ditetapkan oleh sistem perundangan dan akta-akta yang lain.

Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada diwujudkan satu Majlis Perundingan Kanak-kanak Negara yang berperanan untuk memantau semua aspek mengenai kanak-kanak termasuk perlindungan mereka. Juga penyertaan, penjagaan dan pembangunan hak mereka daripada semua segi-segi yang lain.

Tadi ada yang disebut mewujudkan satu majlis perundingan untuk menjaga hak-hak kanak- kanak memang sudah ada majlis, walaupun di bawah kementerian lain yang memberi tumpuan kepada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Ada Yang Berhormat bangkitkan mengapa warga emas tidak digunakan sebagai tenaga kerja di dalam negara kita ini? Kita memang menyambut warga emas untuk masuk ke dalam bidang pasaran pekerja di dalam negara kita. Baru-baru ini ada Akta Peraturan- Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) telah diluluskan dan selepas itu diwartakan serta dikuatkuasakan daripada 1 Oktober 2010 di mana kita mengalu-alukan semua pihak termasuk warga emas untuk bekerja. Jikalau tidak boleh bekerja sepanjang masa, untuk separa masa supaya mereka boleh gunakan tenaga mereka secara baik dan menambahkan pendapatan mereka.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ini dialu-alukan oleh kerajaan. Ini adalah suatu perkara yang kerajaan harap akan berlaku. Mungkin sikap warga emas di negara kita masih berbeza daripada apa yang ada di Singapura, Hong Kong, dan Taiwan seperti disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kita sebagai kerajaan tidak ada di dalam usaha untuk menggalakkan lagi warga emas untuk masuk di dalam pasaran tenaga kerja, seperti Ahli Yang Berhormat Menteri-menteri menyedari bahawa masih kita mengurangkan jumlah pekerja di dalam negara kita. Satu atau dua isu yang lain telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Satu ialah Ahli Yang Berhormat daripada Kota Melaka telah membangkitkan isu tentang majikan yang bertanggungjawab yang memberi peluang kerja untuk orang muda atau anak-anak. Akan tetapi memberi latihan kepada mereka, menjaga, dan ini adalah satu sistem apprenticeship yang telah ada di dalam negara kita sebagai satu budaya untuk satu jangka masa yang lama. Memang kita sedar tentang itu dan ada sistem di dalam kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu mereka yang kerja di dalam satu bidang untuk suatu jangka masa yang panjang. Jikalau mereka telah mengambil dan mendapat kemahiran di dalam bidang ini, kemahiran atau pengalaman mereka boleh digunakan sebagai satu asas untuk pengiktirafan untuk mereka dan memberi mereka sijil.

Oleh itu, mereka tidak perlu ikuti latihan yang telah ditetapkan di dalam institusi- institusi. Contohnya, mereka telah bekerja di kedai welding untuk 10 tahun sebagai seorang welder. Pengalaman mereka boleh digunakan oleh pegawai-pegawai daripada kementerian dan pihak-pihak di dalam industri untuk membuat suatu kajian dan tetapkan apa kaedah yang mereka telah capai dan selepas itu mereka boleh diberi Sijil Kemahiran Malaysia I atau II berasaskan kepada kemahiran yang mereka boleh dapat so, di dalam sistem kementerian kita, kerajaan kita memang sudah memberi pengiktirafan kepada pekerja-pekerja apprentice seperti ini yang mereka telah bekerja dengan satu majikan untuk jangka masa panjang dan melalui itu mereka boleh mendapat pengiktirafan.

Yang Berhormat daripada Sik telah membangkitkan isu...

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya boleh habis ini.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, bukan yang sebentar tadi...

final • 4:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya habis nanti.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey, alright.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Bangkitkan tentang isu kepentingan pendidikan dan telah membangkitkan mungkin memberi pandangan di mana seolah-olah kerajaan tidak membenarkan anak-anak untuk bekerja secara langsung. Daripada prinsip memang cadangan ini nampak baik, iaitu kita boleh menghalangkan dengan sepenuhnya sebelum 18 tahun sesiapa pun tidak boleh kerja. Kalau ini boleh dicapai, itu satu keadaan yang memang bagus. Akan tetapi sampai kita boleh mencapai keadaan itu, iaitu kita boleh memastikan keadaan ini boleh dicapai kerana pada masa sekarang kita tidak tahu dan sedar bahawa apa yang dibuat pun ada anak-anak yang kerja. So, mereka telah ada keadaan di mana mereka ada kerja dengan keluarga atau di keadaan yang lain memang kita memerlukan satu sistem untuk memastikan mereka yang kerja itu hak dan kebajikan mereka dikawal.

Itulah tujuan akta. So, tujuan akta untuk tidak mempunyai satu pasport supaya anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah atau kita memberi tumpuan yang lebih utama kepada isu persekolahan. Akan tetapi pandangan daripada segi prinsip apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tentang kepentingan pendidikan itu ialah satu pandangan kerajaan dan kementerian juga. Akan tetapi kita sedar bahawa ada keadaan di mana memang anak-anak ada kerja bila mereka sudah kerja hak mereka mesti dikawal.

Kebajikan mereka mesti dikawal dan mereka mesti diberi perlindungan yang sewajarnya.

Itu ialah tujuan kanak-kanak. Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Sebentar tadi dikatakan tentang insentif atau dikatakan sijil untuk pekerja yang dapat latihan dalaman iaitu semasa mereka kerja mereka juga dengan pengalaman, mereka dapat sijil. Saya mahu tanya satu Yang Berhormat Menteri iaitu ada

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

juga majikan yang beri peluang kepada orang muda ini yang cacat kerana memandangkan keadaan pemuda ini memang susah mahu dapatkan pendidikan biasa.

Oleh sebab itu, lebih sesuai jika mereka dilatih dengan satu kemahiran supaya boleh mendapat satu kehidupan yang baik. Apakah insentif atau program ada diberi bagi menggalakkan majikan memberi peluang kepada pemuda yang cacat atau kurang upaya semasa mereka menghadapi satu kehidupan? Saya fikir bantuan ini bukan hanya di pihak kementerian tetapi di pihak swasta juga memainkan peranan. Apakah insentif atau program yang akan diberi?

final • 4:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Walaupun di bawah...

final • 4:20 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Menteri...

final • 4:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Kementerian Sumber Manusia, untuk mereka yang kurang upaya program yang kita ada ialah untuk membantu mereka di dalam membangunkan perniagaan. Akan tetapi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada skim di mana mereka yang kurang upaya kalau mereka kerja ada bantuan diberi kepada mereka untuk menambahkan pendapatan yang diberi. Oleh itu, kita menggalakkan orang kurang upaya untuk kerja supaya mereka yang telah kerja boleh mendapat bantuan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menambahkan pendapatan yang mereka dapat. Ini akan mengurangkan beban majikan kerana separuh daripada gaji itu boleh dibayar oleh kementerian. So, ini ada sistem.

Tuan Yang di-Pertua, itu ialah jawapan-jawapan saya terhadap khusus...

final • 4:20 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh sedikit sahaja pendidikan.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Okey.

final • 4:20 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Saya tadi tidak menyentuh soal orang muda cuma saya minta kanak-kanak. Anak-anak yang 15 tahun itu kalau boleh kita jangan beri peluang kerana 15 tahun itu umur mereka terlalu muda untuk menceburkan diri dalam apa- apa pekerjaan. Jadi kalau boleh, kita hadkan. Mahu bekerja pun mestilah lepas umur kanak-kanak. Muda itu saya tidak komenlah. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 4:20 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan yang di-Pertua, saya menerima pandangan ini secara baik. Okey, itulah sahaja jawapan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana memberi pandangan yang murni dan cadangan-cadangan yang baik. Ini akan diambil kira oleh kementerian pada masa yang akan datang dan untuk mereka yang telah memberi sokongan kepada pindaan ini, saya mengucapkan terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 4:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN STADIUM MALAYSIA 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 untuk bacaan kali yang kedua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta Perbadanan Stadium Malaysia 2010 akta yang dicadangkan yang bertujuan untuk menubuhkan satu penubuhan perbadanan dengan nama Perbadanan Stadium Malaysia selepas ini dikenali sebagai Perbadanan untuk mengadakan peruntukan yang lebih baik berkenaan dengan pembangunan, pengendalian dan pengurusan stadium, kompleks dan kemudahan sukan untuk membubarkan Perbadanan Stadium Merdeka dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Tuan Yang di-Pertua, sejarah kewujudan organisasi yang bertanggungjawab dalam urusan pengurusan venue di negara ini bermula apabila Perbadanan Stadium Merdeka (PSM) telah ditubuhkan melalui Akta Perbadanan Stadium Merdeka 1963, Akta 433. Melalui akta ini, PSM telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun persekutuan yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac 1963 dan berkuat kuasa mulai 26 Disember 1963.

Selaras dengan keperluan semasa, Akta PSM telah dipinda pada tahun 1987, aktiviti utama perbadanan ketika itu ialah penyewaan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta bertanggungjawab menyediakan kemudahan sukan dan tempat rekreasi yang sofistikated, mempelbagaikan penggunaan stadium dan meningkatkan pendapatan tahunan. Kesinambungan dari kejayaan yang di kecapi oleh PSM semasa mentadbir dan menguruskan Stadium Merdeka dan Stadium Negara dari tahun 1963 sehingga 1997 menyebabkan PSM telah memberikan tanggungjawab baru sebelum berlangsungnya Sukan Komanwel ke-16 pada tahun 1998.

Mulai tahun 1998, PSM telah diamanahkan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil dan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pembinaan KSN di Bukit Jalil ini dengan matlamat untuk mencapai objektif dan visi strategik iaitu memupuk perpaduan dan melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas, perancangan kerajaan pusat untuk memiliki kompleks seumpama ini bukan suatu usaha yang baru malah ianya telah diutarakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri kedua sejak tahun 1970-an lagi. Akhirnya pada 11 Julai 1998, KSN telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada ketika itu.

Pada masa ini, PSM bertanggungjawab mentadbir dan mengurus KSN yang terdiri daripada 10 buah stadium dan tiga kawasan rekreasi di bawah empat buah kompleks sukan iaitu Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kompleks Sukan Negara Bukit Kiara, Kompleks Sukan Negara Jalan Duta dan Kompleks Sukan Negara Panasonic. Sehingga ke hari ini, PSM masih mengguna pakai Akta PSM 1963 dan mengekalkan nama Perbadanan Stadium

final • 4:31 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Merdeka sedangkan PSM tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan pengurusan di Stadium Merdeka yang kini ditadbir oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Situasi ini menimbulkan kekeliruan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan PSN, akta sedia ada turut membataskan fungsi dan kuasa-kuasa diberikan kepada PSM adalah khusus dan hanya berkaitan dengan urusan mengurus dan menyelenggarakan Stadium Merdeka. Rang undang-undang yang dicadangkan ini bertujuan untuk meminda nama Perbadanan Stadium Merdeka kepada Perbadanan Stadium Malaysia, ia sekali gus meluaskan lagi skop kerja PSM dan tidak hanya meliputi Kompleks Sukan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini bidang kuasa PSM adalah terbatas sama ada dalam soal pengurusan, pembangunan, pengendalian stadium dan kompleks serta kemudahan sukan di KSN sahaja, walaupun telah wujud Akta PSM 1963 yang berkaitan dengan bidang kuasa PSM namun ia terlalu terbatas dan terhad untuk PSM melaksanakan objektif dan fungsi yang terkandung khususnya untuk melaksanakan sebarang bentuk pelaburan atau penubuhan anak syarikat di bawahnya bagi menjana pendapatan serta melaksanakan dasar-dasar baru khususnya berkaitan dengan pembangunan industri sukan sebagai usaha bersepadu Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.

Pada masa ini, statistik penggunaan venue bagi tempoh di antara tahun 1999 sehingga tahun 2009 adalah sebanyak 43,332 acara yang merangkumi aktiviti sukan, bukan sukan dan latihan sukan. Namun pada hakikatnya, penggunaan terbanyak disumbangkan oleh penggunaan venue sebagai aktiviti latihan para atlet. Setiap tahun aktiviti sukan menyumbang 75% sehingga 80% dari keseluruhan jumlah acara.

Penggunaannya di kalangan orang ramai, masyarakat korporat adalah kecil di mana kompleks hanya menjadi tumpuan ramai apabila berlangsungnya acara.

Mengenai perolehan kewangan pula sepanjang tahun 1999 sehingga tahun 2009, PSM telah memperoleh pendapatan sebanyak RM299,889,227.00 di mana sebahagian daripada pendapatan tersebut diperoleh daripada sumbangan kerajaan iaitu sebanyak RM188,982,260.00. Sumbangan ini bertujuan untuk membiayai kos penyelenggaraan dan utiliti KSN. Dalam tempoh yang sama iaitu dari tahun 1999 sehingga tahun 2009, jumlah perbelanjaan PSM adalah sebanyak RM283,867,437.00 dan lebihan daripada pendapatan pula adalah sebanyak RM16,210,790.00 Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, adalah sukar bagi PSM untuk menguruskan dan membangunkan keseluruhan kompleks sukan yang diamanahkan sekiranya akta sedia ada tidak dikaji semula. Ini kerana akta sedia ada tidak memberikan sebarang kebenaran secara jelas kepada perbadanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti bekerjasama dengan pelabur, menubuhkan atau mengembangkan syarikat, kuasa untuk meminjam pelaburan dan sebagainya yang boleh membantu menjadi sebuah badan berkanun yang mempunyai sumber kewangan sendiri yang lebih luas. Keadaan ini menjadi kekangan kepada PSM untuk menjana keuntungan apatah lagi untuk membiayai operasi secara amnya. Oleh itu, akta yang khusus amatlah perlu adalah perlu untuk diwujudkan bagi menentukan hak dan hala tuju PSM. Ia hendaklah sesuai dengan arus pembangunan negara bagi menggariskan dengan lebih jelas objektif, fungsi dan kuasa perbadanan sebagai badan yang diberikan tanggungjawab untuk mengurus kompleks sukan dengan disokong dan dilindungi oleh undang-undang.

final • 4:31 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 yang dicadangkan ini terbahagi kepada tujuh bahagian dan mengandungi 49 fasal.

Bahagian I rang undang-undang mengandungi peruntukan permulaan.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk membenarkan Menteri menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 mengandungi takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam rang undang-undang.

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Bahagian II rang undang-undang mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan penubuhan Perbadanan Stadium Malaysia.

Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan dengan penubuhan Perbadanan dan objektif.

Manakala fasal 4 dan 5 masing-masing memperkatakan fungsi dan kuasa Perbadanan.

Fasal 6 dan 7 mengandungi peruntukan mengenai keanggotaan Perbadanan dan tempoh jawatan anggotanya.

Fasal 8 menetapkan perjalanan sementara fungsi pengerusi.

Fasal 9 adalah berkenaan dengan pembatalan pelantikan anggota Perbadanan dan peletakan jawatan mereka.

Fasal 10 menetapkan hal keadaan yang di dalamnya jawatan seseorang anggota Perbadanan dikosongkan.

Fasal 11 memberi Perbadanan kuasa untuk membayar allowances kepada anggota Perbadanan.

Fasal 12 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk memberikan arahan umum kepada Perbadanan.

Fasal 13 menghendaki Perbadanan untuk memberikan penyata laporan, akaun, dan maklumat kepada Menteri dan mana-mana pihak berkuasa awam lain yang diarahkan oleh Menteri.

Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perwakilan fungsi dan kuasa Perbadanan.

Fasal 15 bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa bagi membantunya dalam melaksanakan fungsi di bawah akta yang dicadangkan.

Bahagian III rang undang-undang mengandungi peruntukan mengenai ketua pegawai eksekutif, pegawai, dan khidmat Perbadanan.

Fasal 16 mengandungi peruntukan berkenaan dengan kuasa dan kewajipan ketua pegawai eksekutif.

Fasal 17 bertujuan untuk memberi perbadanan kuasa untuk mengambil khidmat pegawai dan khidmat lain sebagai sub fasal 17(4) bertujuan untuk memberikan Perbadanan kuasa dengan kelulusan Menteri untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

Fasal 18 bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa untuk memberikan bantuan kewangan kepada pegawai pekhidmatnya dan orang lain.

Bahagian IV rang undang-undang mengandungi peruntukan kewangan.

Fasal 19 mengadakan peruntukan bagi penubuhan Kumpulan Wang Perbadanan Stadium Malaysia.

Fasal 20 menyatakan perbelanjaan yang boleh dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Perbadanan Stadium Malaysia.

Fasal 21 meletakkan kewajipan kepada Perbadanan untuk memelihara Kumpulan Wang Perbadanan Stadium Malaysia.

Fasal 22 menghendaki Perbadanan untuk menubuhkan dan menyelenggarakan satu kumpulan wang rizab.

Fasal 23 memperkatakan perbelanjaan dan penyediaan anggaran.

Fasal 24 mengadakan peruntukan bagi tahun kewangan Perbadanan.

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Manakala fasal 25 dan 26 menghendaki Perbadanan untuk menyimpan akaun yang sewajarnya dan membuka dan menyelenggarakan akaun bank di Malaysia.

Fasal 27 peruntukan bahawa akta badan berkanun, akuan dan laporan tahunan 1980 terpakai bagi Perbadanan.

Bahagian V rang undang-undang memperkatakan kuasa-kuasa lain Perbadanan.

Fasal 28 bertujuan untuk membolehkan Perbadanan meminjam wang.

Manakala fasal 29 bertujuan untuk membenarkan Perbadanan melaburkan wang Perbadanan.

Fasal 30 bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa untuk mengambil khidmat dan membayar agen kontraktor dan penasihat teknikal termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank dan broker saham.

Fasal 31 bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa untuk membuat prosedur kepada mana-mana orang atau badan apa-apa dapatan penyelidikan yang terletak hak kepada Perbadanan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan bayaran fee, royalti, atau balasan lain jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri bagi maksud pengkomersialan.

Perbadanan dibenarkan untuk menubuhkan syarikat di bawah fasal 32.

Bahagian VI rang undang-undang mengandungi peruntukan am.

Fasal 33 bertujuan untuk menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana orang yang menzahirkan atau memberikan maklumat palsu atau mengelirukan kepada Perbadanan.

Fasal 34 memperkatakan peruntukan yang berhubung dengan kewajipan untuk mengekalkan kerahsiaan.

Fasal 35 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan Perbadanan, mana-mana anggotanya, mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa, mana-mana pekhidmat atau mana-mana agen Perbadanan, mana-mana agen lain yang bertindak secara sah bagi pihak Perbadanan, ketua pegawai eksekutif, pegawai atau pekhidmat Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran, atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Fasal 36 memperuntukkan bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan, mana-mana anggotanya atau anggota jawatankuasa pegawai pekhidmat atau agen Perbadanan.

Fasal 37 memperuntukkan bahawa tiap-tiap anggota jawatankuasa, pegawai pekhidmat atau agen Perbadanan hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam dalam pengertian kanun keseksaan semasa menunaikan kewajipan dalam akta ini.

Fasal 38 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan- peraturan.

Fasal 39 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengesahkan tindakan yang dilakukan pada jangkaan pembuatan akta yang dicadangkan.

Bahagian VII rang undang-undang mengandungi fasal 40 hingga 49 yang masing- masing memperkatakan mengenai peruntukan pemansuhan, kecualian dan perolehan.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi ditekankan bahawa keperluan rang undang- undang ini untuk mengadakan peruntukan lebih baik berkenaan dengan pembangunan, pengendalian dan pengurusan stadium, kompleks dan kemudahan sukan untuk membubarkan Perbadanan Stadium Merdeka dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya bagi menjayakan pembangunan industri sukan sebagai penjana ekonomi negara selaras dengan sasaran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan hormatnya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010. Sekian.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada yang menyokong?

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Perbadanan Stadium Malaysia untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan pembangunan, pengendalian dan pengurusan stadium, kompleks sukan dan kemudahan sukan dan untuk mengadakan peruntukkan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengan dan berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Seremban.

final • 4:40 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010.

Pertama, saya mengalu-alukan akta ini dan saya beri sokongan kepada akta ini secara prinsip. Akan tetapi saya ada sedikit komen dan reservations di atas klausa-klausa yang ada dalam akta ini. Saya suka untuk mendapat tahu daripada pihak kerajaan mengenai stadium-stadium yang ada seperti Stadium Bukit Jalil, TPCA dan playing grounds yang lain, apabila permohonan dihantar daripada Pakatan Rakyat untuk gunakan stadium- stadium ini untuk buat ceramah, kenapa selalu ditolak oleh kerajaan? Ini ialah satu tempat awam dan satu tempat untuk kegunaan rakyat dan dibina menggunakan wang daripada public funds dan wang rakyat. Saya tidak faham kenapa permohonan-permohonan yang dihantar oleh parti-parti Pakatan Rakyat untuk kita gunakan stadium-stadium, permohonan kita ditolak.

Di atas isu-isu di dalam akta ini, saya suka beri sedikit pandangan mengenai Negeri Sembilan. Oleh sebab ada banyak development dan banyak commercial building dibina di tempat seperti Negeri Sembilan dan juga banyak housing scheme yang baru, banyak padang (playing field) dan tempat-tempat awam sudah diambil balik oleh kerajaan dan pihak swasta untuk membina commercial building dan bangunan-bangunan yang baru dan housing scheme yang baru.

final • 4:48 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Oleh sebab itu, stadium-stadium dan padang-padang bola untuk digunakan oleh kanak-kanak dan senior citizens untuk buat exercise telah banyak diambil oleh kerajaan dan pihak swasta dan pada masa ini sudah semakin berkurang.

Selain daripada itu, saya suka beri sedikit komen di atas klausa-klausa dalam akta ini walaupun saya bagi sokongan. Di bawah di akta ini ada klausa-klausa yang saya suka berikan sedikit komen. Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya suka buat komen pada clause 6. Mengikut clause 6, committee ini, Perbadanan ada satu pengerusi to be appointed by the Minister. Bila saya baca akta ini dalam semua seksyen, saya lihat banyak kuasa diberikan kepada Menteri sahaja. Ini bukan satu polisi yang baik seperti di clause 6 dikatakan pihak-pihak yang dalam Perbadanan ini ialah di appoint oleh Menteri.

Kalau kita lihat clause 6 dalam akta ini – dalam clause 6(1)(c), lima wakil daripada Kerajaan Pusat, dalam clause 6(1)(d) pula, lima lagi di pilih oleh Menteri dan lima orang ini dipilih oleh Menteri daripada sports organization. Apa salah jikalau kita pilih satu ahli untuk board ini daripada Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dan satu Ahli Parlimen

final • 4:50 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

daripada Pakatan Rakyat? Di sini ada banyak ruang dan saya berharap Menteri yang berkenaan boleh semak balik seksyen-seksyen dalam akta ini.

Selain daripada itu, saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada klausa 13(1) dengan izin, “the Perbadanan shall furnish to the Minister, and such public authority as may be specified by the Minister, such returns, reports, accounts and information…” Di sini saya cadangkan Perbadanan ini untuk berikan satu laporan kepada Dewan Rakyat yang mulia ini tiap-tiap tahun seperti report oleh MACC tiap-tiap tahun atau satu laporan Auditor General kepada Dewan yang mulia ini. Kenapa semua dalam Menteri sahaja?

Saya harap Menteri boleh semak balik seksyen 13.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya menarik perhatian Tuan Yang di- Pertua kepada klausa 14. The financial arrangement dalam akta ini saya tidak sokong.

Ada banyak clause. The financial arrangement given in this act is very loose dan bias and dangerous. Di bawah seksyen 14(3), “The Perbadanan may delegate to the Chairman the authority to sanction expenditure from the Fund…”.

Di mana-mana undang-undang, di mana-mana akta-akta, bila kita berikan kuasa kepada satu orang sahaja, it is open to misuse and abuse. Pada tahun dulu, semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini sudah baca laporan audit dan dalam laporan audit yang tahun dulu, kita ada baca banyak misuse of funds. Banyak salah guna wang and lot of abuse oleh civil servant. Saya bukan katakan semua civil servant, saya katakan 5% atau 3% sahaja. Clause seperti ini is not very healthy.

Selain daripada itu, dalam clause 15(7) – very week yang mengatakan, “Members of a committee or any person invited under subsection (6) to attend any meeting of a committee may be paid such allowances…”. Bila kita katakan kos seperti ini, inilah yang terbuka and this is where the abuse will come in.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya menarik perhatian Tuan Yang di- Pertua terhadap clause 18(e). This is very dangerous clause. Yang dikatakan di sini dalam klausa 18(e) dengan izin, “Donation to any person”. Does it mean the board can give donation for ten million, five million, twenty million, RM30 juta, RM100 juta? This kind of clause is open abuse. Where is the check and balance? Bila kita tahu clause macam ini, mesti kita ada check and balance. Kita tidak mahu orang salah guna wang rakyat. This is very dangerous clause dan walaupun saya sokong akta ini, klausa-klausa seperti 18(e) saya tidak sokong.

Selain daripada itu, another very dangerous clause Tuan Yang di-Pertua, ialah clause 26. Saya belum tengok mana-mana organization dikatakan – kalau kita baca constitution di mana-mana organization, bila kita ada satu bank akaun, biasanya tiga orang perlu tandatangan akaun itu. There are minimum ialah tiga orang – pengerusi, setiausaha dan treasurer. Ini satu contoh sahaja.

Akan tetapi tengok ini, clause 26, to be signed by one person. This is ridiculous and dangerous. This is wang of the rakyat. Kita akan curios every cents in the fund.

Dalam clause 26 mengatakan, “The Perbadanan shall open and maintain an account or accounts with such banks in Malaysia as the Perbadanan thinks fit, and every account shall be operated as far as practicable by cheques signed by any person…”. I do not think this is very good. Kalau kita bagi kuasa kepada any person atau satu orang sahaja, this is not good management of public funds.

Lagi satu clause ialah klausa 29. Apa tujuan akta ini? Tujuan akta ini is to manage the stadium and the playing fields dalam negara kita. Kenapa kita mahu bagi kuasa untuk buat investment? Saya tidak boleh faham. Look at clause 29 dengan izin, “The moneys of the Perbadanan shall, insofar as they are not required to be expended by the Perbadanan under this act, be invested in such manner as the Minister and the Minister of Finance may approve”. EPF ada kuasa untuk buat investment di United Kingdom tetapi kenapa kita mahu bagi dia peluang untuk buat investment? Tujuan dalam akta ini bukan untuk buat investment. Tujuan dalam akta ini untuk jaga stadium-stadium. Saya harap Menteri yang berkenaan boleh semak balik akta ini dan berikan pindaan-pindaan yang sesuai kepada akta ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Ledang.

final • 4:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada pihak kementerian kerana telah pun menganjak ke depan dengan menyediakan rang undang-undang untuk Perbadanan Stadium Malaysia.

final • 4:59 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya menjangkakan Tuan Yang di-Pertua, bahawa rang undang-undang ini bukannya khusus untuk satu-satu stadium sahaja misalnya menggantikan Perbadanan Stadium Bukit Jalil dan sebagainya, tetapi saya menjangkakan ia mengarah kepada sampai ke tahap mengurus kalau boleh seberapa banyak stadium yang ada dalam negara kita, terutamanya stadium-stadium di peringkat daerah.

Kita ada stadium di peringkat negara, di peringkat pusat di Bukit Jalil, kemudian di peringkat negeri dan kalau boleh di peringkat daerah. Lebih daripada itu untuk membangunkan semua stadium dalam negara kita. Sebab Tuan Yang di-Pertua, saya memikirkan bahawa ada matlamat tersendiri dengan pembangunan stadium-stadium dalam negara Malaysia.

Ia sangat rapat dengan pembangunan sukan dalam negara kita. Stadium memainkan peranan penting kepada pembangunan sukan. Oleh yang demikian, saya yakin rang undang-undang ini selari dengan matlamat tersebut dan sewajarnya suasana sukan dan rekreasi dimeriahkan ataupun disuburkan di seluruh negara, bukannya di Kuala Lumpur sahaja, ataupun kalau di Johor, di Johor Bahru sahaja.

Kalau boleh, biar sampai ke tahap Tangkak di Ledang. Bukan Seremban sahaja.

Melaka pun tentu. Di seluruh daerah. Kalau boleh. Akan tetapi saya yakin ia mengarah ke arah itu. Sebab Tuan Yang di-Pertua, saya lihat kebanyakan aktiviti lebih fokus Kuala Lumpur sahaja. Banyak aktiviti-aktiviti di samping banyak perbelanjaan yang dibuat menguntungkan orang-orang yang di ibu negaralah.

Walaupun kita faham hasrat kementerian ingin memeriahkan suasana sukan, rekreasi di seluruh negara akan tetapi kemudahan itu belum cukup. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, ini saya yakin mengarah kepada memeriahkan, menyuburkan suasana sukan dengan akhirnya mewujudkan seberapa banyak stadium dalam negara kita.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya lanjutkan lagi hujah saya, saya ingin mengambil kesempatan ini supaya mana-mana pihak yang mendengar ucapan saya, Daerah Ledang adalah daerah yang sangat baru. Yang Berhormat Muar tahu. Muar sudah ada stadium. Dulu saya dengan Yang Berhormat Muar sama-sama berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak peruntukan bagi membela stadium di Muar. Alhamdulillah, sudah berjaya.

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sudah berjaya. Muar pun sudah berjaya.

Muar pun sudah berjaya. Stadium dia sudah, sekarang sudah upgraded lah dengan izin.

Jadi kalau boleh sambil mendengar ucapan saya daripada pihak EPU atau manakah supaya mulakan satu langkah, akhirnya di Ledang sebagai daerah baru ada juga stadium.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menjangkakan bahawa seperti saya sebut tadi rang undang-undang ini akan seberapa boleh mengurus seberapa banyak stadium yang ada dalam negara kita. Dan sudah tentulah Tuan Yang di-Pertua kita memerlukan seorang pengurus ataupun seorang ketua eksekutif yang kreatif. Saya tidak berapa setuju dengan pandangan daripada Seremban tadilah.

Sebab Seremban menekankan tentang Perbadanan Stadium ataupun akta ini untuk jaga stadium sahaja. Akan tetapi kalau kita lebih luaskan skop kita, di mana kita boleh kembangkan peranan stadium di seluruh negara sewajarnya stadium boleh mencari seberapa banyak income, ia tidak tertumpu atau dengan izin, mungkin kasar sedikit, ‘syok

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

sendiri’ stadium itu akan tetapi ia boleh berkembang hingga melahirkan dan membangunkan banyak stadium dalam negara kita.

Akan tetapi sumbernya ialah duit. Kepada saya, kita tidak boleh terlalu bergantung sangat dengan peruntukan daripada kerajaan. Kita setuju, peruntukan daripada kerajaan itu penting. Akan tetapi kalau stadium-stadium diurus dengan sempurna boleh mewujudkan seberapa banyak pendapatan (income), saya yakin hasrat kita dahulu, saya dahulu dengan Muar banyak berbincang untuk membela stadium lain akhirnya akan tercapai.

Sebab kalau kita tengok kebanyakan stadium Tuan Yang di-Pertua, di seluruh negara tidak diurus dengan sempurna oleh PBT, tidak diurus sempurna oleh negeri-negeri.

Apabila kita memohon peruntukan daripada kementerian, kementerian kata ini bukan bidang kuasa mereka. KBS kata ini bidang kuasa ataupun tanggungjawab negeri, ini tanggungjawab PBT.

Kami dengan Muar dahulu sering menyuarakan mesti ada semangat membela.

Jadi kalaulah rang undang-undang ini boleh mengembang kepada membenarkan dengan seluas-luasnya kepada Perbadanan Stadium Malaysia ini mencari seberapa banyak sumber untuk meningkatkan tabungan mereka dan akhirnya saya yakin bukan sahaja satu- satu stadium dapat diurus. Misalnya bukan sahaja stadium di Bukit Jalil dapat diurus dengan sempurna, malah dapat membela stadium-stadium lain dalam negara kita.

Tentang fasal 26 tadi Yang Berhormat Seremban, saya sempat juga membaca fasal 26 tadi. Akan tetapi saya membaca dalam bahasa Malaysialah. Maksudnya begini.

Saya sambung yang hujung sekali itu “...hendaklah dikendalikan setakat yang boleh dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang”. Ia tidak sebut satu orang sahaja.

Mungkin saya yakin pihak Perbadanan ada peraturan sendiri, akan ada lanjutan peraturan itu di mana mereka akan menetapkan sekurang-kurangnya tiga orang menandatangani dengan had-had tertentulah. Had-had tertentu. Akan tetapi yang penting ialah akaun itu diuruskan dengan sempurna mengikut tatacara kewangan supaya matlamat akhir nanti seperti yang saya sebut tadi akan tercapai iaitu membela stadium Perbadanan Stadium itu sendiri dan juga di tempat-tempat yang lain.

Di sinilah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masukkan ke satu bab perlunya ahli- ahli lembaga pengarah dilantik atau dipilih di kalangan mereka yang benar-benar komited.

Kadang-kadang kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana pun institusi ataupun sesuatu organisasi, lembaga pengarahnya tidaklah komited.

Saya sendiri bersama dengan Yang Berhormat Kepong duduk sebagai Ahli Jawatankuasa PAC, kita dapat mengesan ramai ahli lembaga pengarah yang banyak terlepas pandang ke atas peraturan-peraturan yang perlu diikut dalam organisasi mereka.

Sehinggakan banyak berlaku seolah-olah penyelewengan, sedangkan mereka tidak memahami tentang sesuatu peranan, peraturan dan sebagainya.

Komitmen mereka bagaimana mereka boleh meningkatkan lagi prestasi sesuatu organisasi termasuklah Perbadanan Stadium ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sarankan supaya pihak kementerian khususnya sudah tentulah Menteri diberi kuasa yang besar dalam kes ini kerana akhirnya ialah kuasa Menteri. Bukan bermakna Menteri itu mempunyai kuasa yang besar. Akhirnya kuasa itu terletak pada tangan Menteri.

Kalau kuasa tidak ada pada Menteri sesuatu yang buruk berlaku Menteri juga yang akan bertanggungjawab. Akan tetapi biarlah kuasa kita letakkan pada Menteri. Saya mengharapkan sangat supaya Menteri dapat melantik di kalangan mereka yang benar- benar komited yang ada visi yang jauh, ada visi yang besar, wawasan yang besar supaya hasrat dan tujuan seperti yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu tadi akan dapat dicapai.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, banyak kejadian yang buruk berlaku semasa sesuatu pertandingan dijalankan. Misalnya pertandingan bola sepak – keganasan kerana tidak puas hati dengan sesuatu pertandingan. Tidak puas hati dengan pengadil...

final • 5:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Stadium runtuh.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Itu belum bertanding lagi. Itu soal lain. Ini semasa pertandingan, kerana faktor manusia yang ramai. Tuan Yang di-Pertua, kadang- kadang kita terlalu mengharapkan sangat bantuan daripada pihak keselamatan, daripada polis dan sebagainya.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Akhirnya kita bergantung kepada polis, akhirnya mungkin polis tidak mampu mengawal keadaan. Di sinilah Tuan Yang di-Pertua, perlunya ada satu pendekatan yang lebih efektif, yang kreatif di mana soal keselamatan itu tidak boleh diambil mudah. Kadang- kadang kita memikir rakyat kita okey, rakyat di satu-satu negeri okey, rakyat-rakyat di satu negeri baik dan sebagainya tetapi bila berlaku pertandingan dan tidak puas hati ataupun satu pertandingan itu tidak jadi berlaku, penonton mengamuk Tuan Yang di-Pertua, dan mereka melakukan keganasan yang di luar jangkaan. Banyak berlaku, malah ada stadium yang hampir dibakar, di mana? Tahu sendirilah.

Ini semua perkara yang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, di luar jangkaan kita.

Dahulu kita fikir tidak berlaku tetapi sekarang sudah berlaku. Jadi memang benarlah rang undang-undang ini diwujudkan supaya ia menganjak ke hadapan tetapi jangan lupa soal keselamatan. Maknanya tidak boleh berfikir soal penganjuran semata-mata dari segi pertandingan itu berlaku, soal keselamatan juga penting. Tadi saya sebutkan soal menaikkan pendapatan tabungan dan sebagainya. Ini perlukan satu komitmen yang tinggilah Tuan Yang di-Pertua. Saya puji langkah kementerian kerana mewujudkan rang undang-undang ini. Memang ini adalah satu pendekatan yang sangat kreatif, komitmen yang tinggi tetapi saya selalu sebut Tuan Yang di-Pertua, soal merealisasikan sesuatu rang undang-undang itu biar akhirnya ia benar-benar menjadi.

So dengan izin akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru supaya rang undang-undang ini dapat digerakkan dengan sempurna dan benar-benar menjadi satu yang realiti. Persoalan yang utama Tuan Yang di-Pertua, ialah bagaimana hendak menjadikannya satu realiti. Bagaimana ia boleh dilaksanakan. Oleh kerana setakat ada rang undang-undang sahaja tetapi peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya tidak sempurna akhirnya mungkin kita akan kecewa.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir saya tidak ada masalah untuk menyokong rang undang-undang ini dan yang paling akhir Tuan Yang di-Pertua, matlamatnya ialah saya bersetuju sangat dengan selalu disarankan oleh Tuan Yang di-Pertua dahulu, mutu sukan dalam negara kita mesti juga meningkat. Jangan Perbadanan Stadium ini wujud, kemudian kita laksanakan tetapi mutu sukan juga pada paras yang saya rasa kita masih belum puas hati. Itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua, saranan saya supaya mutu sukan akan seiring dengan kemajuan Perbadanan Stadium Merdeka yang akan dilaksanakan.

Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bermula dengan Bahagian VII iaitu perkara 41 yang menyatakan dengan terang bahawa keseluruhan fasal yang dipinda ini melibatkan implikasi kewangan. Biasanya pindaan yang dibuat itu dinyatakan tiada implikasi kewangan yang harus dipertimbangkan dalam masa kita menilai sama ada perlu pembaharuan ataupun sebarang pindaan dibuat.

Akan tetapi kali ini nampaknya untuk Akta Perbadanan Stadium Malaysia 2010 ini nampak gayanya ada melibatkan satu perbelanjaan wang tambahan. Saya minta kepada pihak Menteri atau kementerian memberikan anggaran walaupun tidak dapat ditentukan tetapi mungkin boleh menyatakan scale atau skala perbelanjaan tambahan yang diperlukan untuk tujuan meminda rang undang-undang ini.

Ini kerana agak berlawanan juga dengan Bahagian V oleh kerana kita menyatakan bahawa pindaan ini adalah untuk memberikan kuasa kepada perbadanan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pelaburan, mencari keuntungan, meminjam wang. Sudah tentu

final • 5:13 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

dengan aktiviti-aktiviti ini perbadanan stadium ini akan terlibat dengan memberi jaminan- jaminan dalam pelantikan agen, melantik kontraktor, wujudnya penasihat-penasihat teknikal dan juga mungkin dalam aspek pengkomersialan yang lebih tinggi lagi mungkin akan melibatkan pengeluaran bon ataupun pengeluaran debentures ataupun pengeluaran surat- surat jaminan kerajaan.

Sudah terlalu banyak masalah yang telah timbul akibat wujudnya komitmen- komitmen yang berbentuk kewangan ini diberi oleh pihak yang dibenarkan menerusi undang-undang dalam negara kita apalagi apabila kita mengheret ataupun memberi gambaran seolah-olah ada satu jaminan khusus diberikan oleh pihak kerajaan atas tujuan menaikkan nilai ataupun mewujudkan satu nilai ke atas cagaran-cagaran ataupun jaminan- jaminan tertentu. Kita telah dihebohkan dengan banyak isu yang melibatkan pihak kerajaan akhirnya menafikan bahawa surat-surat akuan jaminan ataupun sandaran disokong oleh pihak kerajaan secara jelas walaupun beberapa fasal dalam pindaan ini dengan jelas mengatakan bahawa kebenaran diberi ataupun pindaan ini untuk memberi kebenaran kepada pihak Perbadanan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disebutkan tadi.

Paling jelas sekali saya hendak sebutkan di sini di antara tujuan sebagaimana juga yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, ialah untuk memansuhkan atau membubarkan Perbadanan Stadium Merdeka untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan yang berkesampingan dengannya. Perkataan ‘membubarkan’ itu maknanya kita telah ada satu undang-undang yang mengawal atau mungkin melindungi kedudukan Stadium Merdeka iaitu stadium di mana pengisytiharan kemerdekaan negara kita telah pun dibuat pada 31 Ogos. Bersempena dengan pengisytiharan itu, Stadium Merdeka telah menjadi venue ataupun tempat yang begitu bernilai dari segi sudut sejarah atau warisannya.

Adakah dengan ini bermakna stadium yang dikatakan mempunyai nilai warisan ini juga akan menjadi status sama seperti stadium-stadium yang lain seperti yang disebutkan tadi. Sekiranya stadium-stadium ini dianggap sama nilai ataupun perhatian komersialnya saya rasa hanya beberapa stadium sahaja yang menjadi perhatian utama atas aktiviti- aktiviti tadi. Tidak mungkin stadium yang ke tujuh yang disebut barangkali stadium yang terletak tidak berapa strategik berbanding dengan Stadium Merdeka menjadi pilihan untuk diadakan satu nilai sandaran yang besar.

Saya melihat mungkin bermula daripada sini ada pihak-pihak tertentu yang melihat Stadium Merdeka sebagai satu lombong emas barangkali untuk beberapa aktiviti yang bersifat komersial setelah diluluskan dan juga apabila implikasi kewangan dengan terang menyatakan bahawa akan adalah satu peruntukan dari pihak kerajaan untuk sebagai permulaan barangkali. Itu saya minta supaya pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan anggaran ataupun jumlah.

Selain daripada itu saya juga kagum apabila mendengar penerangan awal tadi mengatakan bahawa 75% kegunaan stadium ini adalah untuk tujuan sukan dan olah raga yang berkaitan dengan sukan. Walau bagaimanapun, selama 10 tahun perkara ataupun aktiviti ini tidak mendatangkan self-sufficient dari segi pentadbiran kewangannya, baik membayar gaji, membuat maintenance ataupun pembaik pulih dan sebagainya. Memang keadaannya yang mungkin boleh dikatakan agak tidak menarik untuk kita perhatikan.

Statistik 43,300 lebih acara dalam masa 10 tahun ini bukan satu perkara yang boleh dibanggakan sangat.

final • 5:13 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dalam jumlah itu juga, jumlah kewangan ataupun imbuhan yang diraih oleh kesemua stadium yang termasuk dalam Perbadanan atau rang undang-undang ini nampak gayanya hanya sekitar RM300 juta dan sebahagian besar kalau tidak silap saya disebut RM188 juta tadi adalah datang daripada peruntukan kerajaan. Ini bermakna juga bahawa kedudukan stadium-stadium yang dimasukkan dalam undang-undang ataupun dalam kawalan undang-undang ini, rasanya tidak ada nilai komersial langsung.

final • 5:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jadi, adakah kita hendak menukar ataupun mencari ikhtiar menjadikan stadium- stadium kita ini mempunyai nilai komersial. Nampak gayanya ada dua kombinasi yang paling mustahak, suntikan awal, peruntukan awal daripada pihak kerajaan dan yang kedua apabila dibenarkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bersifat komersial tadi, pelaburan dan sebagainya. Jadi, adakah tujuan kita untuk itu ataupun tujuan kita untuk melarikan, mengalih tugas ataupun fungsi utama stadium kita ini untuk pembangunan sukan negara sahaja?

Saya bimbang sekiranya stadium ini dilihat sebagai tempat untuk meraih keuntungan komersial. Saya rasa sudah tidak ada tempat lain lagi sudah. Semua sudah dilihat sebagai tempat atau sudut untuk meraih keuntungan. Sekarang tinggal stadium, kalau stadium juga nampak gaya diperhatikan oleh ataupun dibenarkan diperhatikan oleh golongan-golongan tertentu untuk meraih keuntungan yang bersifat komersial, saya rasa sudah tidak ada tempat lain barangkali. Kita sudah benarkan hutan, sungai, bukit dan sebagainya untuk tujuan tersebut, sekarang untuk yang khususnya untuk sukan juga kita buka kepada kedudukan ini.

Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita akui bahawa 35% seperti yang disebut Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kegunaan stadium-stadium ini dibenarkan untuk aktiviti-aktiviti lain, penyewaan dan sebagainya. Sudah tentu kita lihat banyak konsert-konsert yang digunakan, apa-apa program berbentuk tidak sukan atau tidak berkaitan dengan acara sukan juga mendapat tempat di stadium. Sebenarnya, aktiviti ini lah yang meraih keuntungan dari segi kewangan yang sangat besar. Kita lihat beberapa acara besar seperti konsert-konsert hiburan yang mendapat penajaan-penajaan yang begitu besar. Penaja-penaja ini antara kumpulan, syarikat-syarikat gergasi dalam negara kita menyumbang begitu besar dana.

Kita lihat beberapa tahun dahulu, stadium utama negara baru, pada masa itu telah digunakan untuk menjayakan satu konsert yang besar ditaja oleh Force of Nature pada masa itu yang ditumpukan untuk meraih dana untuk tujuan membantu mangsa-mangsa tsunami. Memang tujuan itu agak baik dan murni tetapi sehingga hari ini kerajaan masih lagi gagal memberi penerangan dan penjelasan bagaimanakah saluran ataupun dana-dana yang dikumpul itu disumbangkan, dibelanjakan, disalurkan dan tidak ada satu akaun penamat dibuat sehingga hari ini.

Saya mohon lanjutan daripada itu, rasanya adanya baik sekiranya rang undang- undang ini hendak dibentangkan atau dipinda dan dibahaskan, rasanya elok kita mengambil kesempatan itu untuk menyatakan pendirian bahawa akaun-akaun dana yang dikumpulkan sekian lama itu ada satu keadaan penamatnya atau akaun penamatnya. Kita juga hendak dengar berapa bakinya dan bagaimana perkara itu diuruskan.

Banyak lagi aktiviti yang lain selain daripada itu juga yang berkait dengan aktiviti- aktiviti meraih dana untuk tujuan membantu. Selalunya untuk membantu warga asing atau negara asing, malapetaka yang berlaku di tempat asing. Saya tidak tahu kenapa agak popular setiap kali berlakunya malapetaka di luar negara, kita menganjurkan aktiviti-aktiviti ini yang selalunya venue seperti stadium menjadi tempat pilihan kerana hendak menggambarkan satu keadaan yang begitu besar dan akhirnya tidak ada satu penjelasan yang khusus berkenaan dengan aspek kewangannya.

Jadi, adakah juga undang-undang atau rang undang-undang yang berkait dengan Perbadanan Stadium ini menyatakan kedudukan di masa akan datang bahawa akan ada penelitian terhadap aspek-aspek khusus yang selain daripada kegunaan yang berkaitan dengan sukan. Barangkali pihak kementerian juga boleh menyatakan selepas daripada ini, adakah juga cadangan-cadangan ataupun assurances ataupun jaminan-jaminan yang pernah dibuat oleh pihak kerajaan termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pernah memberi jaminan. Katanya perhimpunan-perhimpunan ini tidak perlulah dibuat di tepi-tepi jalan, di tempat-tempat umum yang lain. Pernah satu keadaan, satu masa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut dan dirakamkan oleh media mengatakan kalau hendak buat perhimpunan pun, pergilah ke stadium, melalak lah sampai pagi. Ini pernah dinyatakan dalam masa kita berusaha untuk membawa satu mesej kepada satu perhimpunan besar yang menuntut suasana yang lebih baik iaitu perhimpunan Bersih untuk meminta ataupun menyatakan pendirian mewakili rakyat Malaysia pada masa itu untuk

final • 5:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

meminta supaya satu keadaan yang lebih baik dalam pengurusan dan pengendalian sistem pilihan raya dalam negara kita. Maka kita membuat satu referendum atau memorandum bersifat satu gerakan masa.

Pada masa itu kita dinasihatkan supaya memindah venue itu ke dalam stadium dan sehingga hari ini rasanya tidak pernah ada pun satu kelulusan diberi ataupun mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengatakan kaedah-kaedah untuk memohonnya, apa borangnya dan sebagainya, ataupun mungkin pada masa itu kita tidak dapat memenuhi keperluan ataupun syarat yang sepatutnya dikenakan, atau mungkin masa itu tidak ada lagi syarat dan dalam rang undang-undang baru ini barangkali bolehlah kita diterangkan bagaimanakah kegunaan ini boleh diguna pakai atau kita libatkan untuk tujuan kalau boleh ia lebih bersih daripada itu, tidak hendaklah kita mengotorkan jalan raya.

Jadi saya juga meminta supaya pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri atau kementerian untuk menyatakan sama ada kita berminat juga untuk melihat selain daripada aspek komersial yang melibatkan sukan, adakah juga kita melihat bahawa venue-venue ini boleh menjadi tempat-tempat kita menyuburkan aktiviti kesenian, warisan dan sebagainya, kebudayaan yang banyak. Kalau kita tengok pada hari ini, aktiviti ataupun nilai-nilai ini kian terhakis dan diambil alih atau digantikan dengan banyak elemen yang menyebabkan generasi muda kita hari ini begitu jauh dengan kesenian kita, budaya kita, amalan-amalan murni dalam negara kita. Adakah perkara ini juga diambil kira untuk masa kita membentuk satu rang undang-undang baru untuk memperbadankan stadium-stadium yang ada dalam negara kita? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya. Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 5:20 PM

Dato’ Mahfuz Bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberikan peluang kepada saya untuk turut terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 yang antara lainnya ialah untuk tujuan bagi memansuhkan Akta Perbadanan Stadium Merdeka yang sedia ada.

Saya seperti juga dengan rakan-rakan yang lain sependapat bahawa beberapa perkara yang harus diberikan perhatian oleh pihak kerajaan, pihak kementerian, khususnya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah pun membentangkan rang undang-undang ini. Ini kerana saya melihat bahawa ada beberapa perkara yang jadi confuse sama ada Perbadanan Stadium Malaysia ini, ia pun hendak menjadi badan sukan yang mengambil beberapa tanggungjawab dalam aktiviti-aktiviti sukan ataupun sekadar untuk menguruskan stadium ataupun kompleks-kompleks sukan. Walaupun itu disebut bahawa tujuan utamanya untuk mengurus stadium dan kompleks-kompleks sukan tetapi ada beberapa perkara yang disebut di dalam akta ini juga menunjukkan bahawa perbadanan ini akan melibatkan diri dalam penganjuran aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan. Sambung?

final • 5:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau boleh sambung esok kalau lagi ada.

final • 5:28 PM

Dato’ Mahfuz Bin Haji Omar - Pokok Sena

Ada, ada.

final • 5:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Ketawa] Lagi ada Yang Berhormat.

final • 5:28 PM

Dato’ Mahfuz Bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, ya, ada lagi.

final • 5:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sambung esok Yang Berhormat ya. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 12 Oktober 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

final • 5:28 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026