Jul152010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 10:00 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, ada pengumuman.

final • 10:00 AM

Tuan S. Manickavasagam - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan, Peraturan Mesyuarat 18(1). Saya telah membawa satu usul pada 13 Julai mengenai isu penyeksaan orang tahanan yang terbaru, kes N. Tharmendran berkaitan dengan kes enjin jet pejuang telah hilang. Beliau dipukul, didera dan diseksa, Tuan Yang di-Pertua. Saya telah terima notis bahawa usul saya telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini dalam surat Tuan Yang di-Pertua sedang disiasat oleh pihak polis. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini perlu disegerakan demi kepentingan orang awam. Terima kasih .

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, Peraturan Mesyuarat 18(1) ini kalau kita lihat daripada amalan di negara-negara lain, apabila mana-mana agensi kerajaan yang bertanggungjawab dengan masalah yang dibangkit dalam Dewan itu belum lagi diambil tindakan ataupun dibuat siasatan ataupun apa-apa tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dan diwajibkan untuk menangani, melihat ataupun menyelidik perkara tersebut, barulah usul itu menjadi satu realiti.

Oleh kerana usul ini ialah untuk mendorong pihak kerajaan mengambil tindakan dan membuat siasatan tetapi apabila satu siasatan telah dibuat ataupun sedang dibuat, usul ini menjadi telah tidak perlu disegerakan lagi sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan Mesyuarat 18 ini. Jadi, Yang Berhormat, itulah landasan kenapa apabila kes sudah diambil tindakan oleh pihak kerajaan, kita punya ucapan menjadi telah terlambat daripada tindakan kerajaan. Jadi, tidak perlu lagi dibahaskan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, kalau seseorang bukan tentang kes enjin itu hilang tetapi seseorang itu yang masih menghadapi risiko didera dan tidak ada kena mengena dengan siasatan sebenarnya, adakah ini juga dilingkungi dalam isu kepentingan orang awam?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sebenarnya kita mesti melihat soalan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 itu sebagai satu national issue, tidak boleh dilihat tiap-tiap kali perkara berlaku. Saya pernah menjadi pengamal undang-undang. Apabila seseorang itu didera oleh pihak polis, walaupun tidak dibayar bayaran oleh pihak anak guam saya, saya akan ambil kes itu kerana saya melihat ia sebagai satu pertimbangan.

Akan tetapi tidak perlulah perkara itu menjadi satu isu yang dibangkit dalam Dewan kerana kalau ia berbuat demikian, dengan sendirinya ia menjadi

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

satu isu politik, bukan lagi isu penderaan polis dan isu kesalahan jenayah ataupun kesalahan yang dibuat penyelewengan pihak polis. Jadi itulah kenapa kita mesti melihat dalam Dewan ini adalah satu national issue yang kalau tidak ditangani dengan segera, ia akan mendatangkan satu musibah kepada negara kita. Itulah landasannya, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Saya peka mendengar keterangan Tuan Yang di-Pertua. Kalau isu itu adalah national issue, bukankah lebih penting Dewan yang mulia ini membahaskan tentang national issue. Saya ingin penjelasan. Bukankah nasional itu prevails for other issues, dengan izin. Bukankah wakil-wakil di Dewan ini ada locus standi untuk berbahas tentang national issue yang mesti diberi kepentingan dan keutamaan?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya melihat, kalau saya dahulu pun, saya fikir macam itu juga, Yang Berhormat. Selepas saya duduk di sini, baru saya melihat secara keseluruhan dan gambar besarnya macam mana Parlimen boleh berfungsi kalau tiap-tiap kali isu sedemikian berlaku di Ulu Baram, berlaku di hulu Sungai Kelantan ataupun di Kinabatangan. Kita adakan perbincangan Dewan. Dalam Dewan ini sebenarnya peraturan kita menentukan bahawa usul kerajaan mesti didahulukan daripada apa benda lain. Bahkan isu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) itu kena dibelakangkan, tetapi Peraturan Mesyuarat 18(1) itu hanya diberi satu ruang untuk Ahli Parlimen membawa isu-isu yang dianggap memang ada national issue yang patut dibawa ke Dewan untuk dibincangkan.

final • 10:00 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

final • 10:00 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kami juga pernah bawa Peraturan Mesyuarat 18(1) dalam isu penghentian permit untuk surat khabar parti kita, Suara Keadilan, itu ditolak...

final • 10:00 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Itu tolak...

final • 10:00 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Atas Isu ini masih dipertimbang oleh menteri. Menteri ada di sini tetapi di luar dari Dewan.

final • 10:00 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sebenarnya bukan sahaja tidak dipertimbangkan tetapi surat khabar ketiga-tiga parti telah diberhentikan. Ini adalah satu national issue dan ini juga ada kepentingan kerana telah dihentikan dan kebanyakan kita tidak dapat meneruskan penerbitan.

Adakah dalam situasi ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibawa dalam usul tergempar? Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan dari Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri ada di sini.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, sebab ...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya tahu, saya pun tengok Yang Berhormat Menteri Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya habiskan ini secara ringkaslah. Saya minta maaflah Yang Berhormat kerana yang pertama, isu Yang Berhormat Batu bawa itu, dalam satu hari kita hanya dibolehkan menceritakan satu isu sahaja. Ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kapar. Itu telah saya jawab.

final • 10:10 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, itu adalah sebab ...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dan juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Putatan.

final • 10:10 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Alasannya ialah ...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, isu nya di sini ...

final • 10:10 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Peraturan mesyuarat. Berkaitan dalam peraturan mesyuarat.

final • 10:10 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sorry, sorry.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya selalu memuji Yang Berhormat ini. Dia gentlemen. Saya kata bila saya bercakap, kalau hendak hilang itu bercakaplah depan masa saya bercakap. Saya sudah mengatakan isu di hadapan saya ialah isu yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Kapar.

Kalau Yang Berhormat hendak sebutkan dalam ini, ada undang-undang yang akan berlaku ini. Boleh sentuh sedikit Yang Berhormat kalau hendak sebut.

Selain daripada jangan direct lah, jangan bacakan teks ini. Kalau hendak sentuh, sentuh lah. Yang Berhormat Menteri akan jawab nanti.

final • 10:10 AM

Tuan S. Manickavasagam - Kapar

[Bangun]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak payah. Saya bukan jemput Yang Berhormat bercakap.

Jadi, Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Telok Intan saya minta maaf.

Kalau tidak puas hati, kita ada Peraturan 43.

Saya tahu rintangan-rintangan yang dihadapi oleh Peraturan 43 itu. Jadi, dengan itu saya pun sudah buat keputusan...

final • 10:10 AM

Tuan S. Manickavasagam - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini serius Tuan Yang di-Pertua. Banyak orang telah mati semasa dalam tahanan.

Bukan satu dua orang termasuk Kugan yang didera, dipukul dan banyak lagi [Disampuk] Sabar lah Yang Berhormat. Saya pun lama tidak bangun. Kalau isu pasir saya bawa, memang diluluskan. Kalau isu ini - ini pun penting juga Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat. Saya tidak mengatakan isu Yang Berhormat sebutkan itu tidak penting. Saya sebut penting bahkan saya sendiri Yang Berhormat, ini saya maklumkan perkara yang saya buat di luar daripada tugas saya. Berbincang dengan pegawai dan Yang Berhormat Timbalan Menteri

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dalam Negeri berhubung dengan soalan yang mati dalam tahanan, parti yang meninggal.

Saya diberi penjelasan dan saya berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, kalau saya boleh puas hati. Saya kata saya bimbang kerana benda yang terlibat dengan 1,000 lebih. Semalam, kalau Yang Berhormat Masjid Tanah ini bincang panjang lebar saya dengan beliau. Jadi, beliau memberikan penjelasan dan penjelasannya cukup betul.

Jadi, saya ingat memang ada satu dua perkara yang belum memuaskan hati tetapi bukan maknanya kita boleh menangguhkan persidangan Dewan untuk membahaskan perkara sedemikian Yang Berhormat. Peraturan Dewan Parlimen ini, dia ada tujuan yang tertentu bukan untuk membahaskan perkara-perkara yang sedemikian. Jadi, peraturan itu menentukan hala tuju, tugas Parlimen dan agenda kerajaan itu dilaksanakan.

Jadi, itu sahaja Yang Berhormat. Kalau sesiapa yang tidak berpuas hati, gunakanlah Peraturan 43. Setuju tidak setuju, itu perkara lain. Dapat tidak dapat, itu perkara lain. Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM
USUL
MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M 62 • Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan)

(cid:1) Rang Undang-Undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 • **Rang Undang-Undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

(Pemerbadanan) (Pindaan) 2010** • Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 • Rang Undang-Undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010

(cid:1) Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009

final • 8:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda

(Pekerjaan) (Pindaan) 2010, Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010, Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

(Pemerbadanan) (Pindaan) 2010, Rang Udang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010, Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan)

final • 10:14 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

2010 dan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 yang dijadualkan sebagai No. 3, No. 4, No. 5, No. 6, No. 7, dan No, 8 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat yang akan datang.

final • 10:14 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Lagi Yang Berhormat, ada usul.

final • 10:14 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Ada lagi.

final • 10:14 AM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui

Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga diputuskan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang

(Pindaan) 2010; Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 dan usul-usul Menteri Kewangan di No. 9 dan No. 10 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”

final • 10:14 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada yang menyokong Yang Berhormat?

final • 10:14 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:14 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan usul kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 10:14 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon...

final • 10:14 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, semasa Tuan Yang di-Pertua bercakap Yang Berhormat, minta maaf lah. Kalau hendak berdiri selepas habis percakapan saya ataupun Tuan Yang di-Pertua yang duduk di sini. Sila Yang Berhormat.

final • 10:14 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf tadi kerana saya agak risau dan resah kerana rang undang-undang yang akan dibentangkan pada pagi ini, Rang Undang- undang Pemerdagangan Orang adalah satu rang undang-undang yang amat penting. Kita tidak boleh rush through dengan izin rang undang-undang ini untuk meluluskan Rang Undang-undang Kerja dan kemudian membentangkan lagi pula perkara 9 dan perkara 10.

Jadi, saya rasa adalah tidak munasabah untuk kita menghabiskan empat agenda ini dalam satu hari. Jadi, saya memohon Yang Berhormat Menteri hanya menarik balik. Tinggal satu cukuplah. Janganlah kita hanya hendak meluluskan undang-undang kerana for the sake of passing the law, you know. It is impossible Yang Berhormat Menteri. Sampai pukul 12 malam pun tidak habis kecuali Yang Berhormat Menteri hendak kita semua tidak berbincang dan kita semua tidak berdebat. Maka, itu kita meluluskan segala-galanya. Kita bertanggungjawab kepada rakyat Yang Berhormat Menteri. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menarik balik atur cara 2, 9 dan 10. Terima kasih.

final • 10:14 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya beri penjelasan sedikit Yang Berhormat ya, untuk semua mendengarlah. Kita sama-sama belajar. Soalan peraturan Dewan kalau di Kongres Amerika. Semua kena dengar Yang Berhormat.

Kalau di Kongres Amerika, dia hadkan satu rang undang-undang. Dia kata okey, Mr. Richard Riot, you hendak table kan undang-undang ini, you ada hanya dua jam untuk selesaikan rang undang-undang ini.

Jadi, apabila sudah dibentangkan rang undang-undang tersebut, selepas itu dikehendaki juga kedua belah pihak. Kerajaan dan pihak yang tidak bersetuju, pembangkang bersetuju siapa yang bercakap. Tiap-tiap seorang bercakap tiga minit, satu minit, dua minit.

final • 10:14 AM

Seorang Ahli

[Bangun]

final • 10:14 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat. Jangan itu, saya bercakap. Ini cerita di Amerika. Selepas itu, apabila sahaja perkara itu dibentangkan, dia gunakan dua jam ini sahaja. Kalau selepas dua jam itu, sama ada kalau kita tidak lulus, dia akan jatuh. Kalau dia lulus, dia lulus dalam masa dua jam itu sahaja.

Begitu juga sistem di House of Commons di England. Dia juga menggunakan cara-cara sedemikian. Akan tetapi, kita di sini kadang-kadang satu bill macam yang semalam lebih daripada satu hari hingga berlarutan selepas 5.30.

Kita benarkan berlandaskan satu alasan kita tidak ada perbincangan selain daripada apa yang di open kepada Dewan dan juga committee of the whole house.

Jadi, itulah consideration kita. Jadi, Yang Berhormat agenda yang pertama itu tadi memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat sebab perdagangan manusia ini, sejarahnya sayalah melandaskan sejarah undang-undang ini supaya undang-undang ini diluluskan dalam Dewan. Jadi, saya yang memulakan ini walaupun banyak bantahan pada ketika itu.

Beberapa tahun lepas apabila di trans boarder dari Convention United Nation diluluskan pada 2007. Kita belum lulus. Kita turun daripada tier two watch list kepada tier three.

final • 10:14 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya mendesak pihak kerajaan dan kementerian untuk undang-undang ditable. Akhirnya kerajaan bersetuju dan dibawa. Ada kelemahan, inilah pindaan dibawa ke dalam Dewan ini untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada pada undang-undang yang diluluskan pada tahun 2007. Sekarang kita dinaikkan semula kepada tier two watch list semula. Akan tetapi belum lagi memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki di bawah United Nation Convention, trans border crime itu yang termasuk di dalamnya pengimportan manusia ini. Jadi walau bagaimanapun, kita akan beri banyak masa untuk berbincang soalan yang amat penting ini Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat Bachok.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Nasharudin Mat. Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua telah menyebut tentang ruang untuk kita membahaskan satu rang undang-undang. Saya telah menyebut dan membangkitkan perkara ini beberapa kali. Tuan Yang di-Pertua boleh sahaja merujuk kepada mana-mana sahaja pengalaman mana-mana Parlimen baik Amerika atau House of Commons tetapi yang membezakan kita dengan mereka adalah cara sesuatu undang-undang itu sebelum dibawa, dibincang di dalam Dewan sebesar ini, mereka ada committee. Committee itulah yang akan membincangkan secara profesionalnya, secara detail nya dan apabila dibawa di sini tidak menjadi masalah kalau dibincangkan dalam tempoh yang singkat.

Akan tetapi kita, saya telah membangkitkan perkara ini beberapa kali dan ramai di kalangan rakan-rakan Yang Berhormat pun telah membangkitkan tentang committee system ini. Untuk kita membahaskan dan menghujahkan sesuatu rang undang-undang itu dengan lebih detail, lebih sempurna supaya ia nanti dapat benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat. Tidak hanya sekadar kita menjadikan Dewan ini, seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi, membahaskan sesuatu undang-undang dalam tempoh yang singkat. Hari ini, kalau semua yang hendak dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi hendak dibahaskan saya rasa satu perkara yang tidak adil kepada undang-undang ini dan juga kepada Parlimen.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya memahami. Itulah yang saya sebutkan tadi. Oleh sebab itulah kenapa kita membuat pendekatan yang berlainan. Kalau di Rabat Yang Berhormat, dia mempunyai satu hari, satu minggu. Persidangan satu minggu, dikatakan daripada hari Isnin sampai hari Jumaat. Akan tetapi hanya satu hari Dewan bersidang untuk meluluskan rang undang-undang yang telah dibincangkan di dalam committee.

Dalam satu hari itu, dia boleh lulus sampai 10 undang-undang. Tidak ada perbincangan lagi. Saya tahu Yang Berhormat. Saya sudah selidik dan baca serta berbincang dengan Speaker-speaker ini. Jadi Yang Berhormat, kita berusahalah ke arah itu tetapi ini bukan forum untuk berbincang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, di dalam keadaan ini sekarang kita ada kekurangan. Kita tidak ada committee dan kita rasa agak tidak selesa. Tidak senang dengan rushing through kerana kita sebagai wakil rakyat sepatutnya ada masa untuk memberi input kepada perbahasan.

Hari ini kalau kita ingin meluluskan empat perkara, yang terutamanya dengan trafficking ini, kita rasa agak tidak cukup masa. Trafficking ini memang satu perkara yang masih ada banyak controversial dan kita perlu dan masih juga banyak pertubuhan di luar. NGO-NGO masih rasa kita boleh mempertingkatkan

final • 10:20 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

lagi undang-undang ini. Kalau begitu, saya rasa kita tidak melakukan keadilan kepada undang-undang yang kita akan luluskan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya menerima penjelasan Yang Berhormat itu. Saya ambil berat penjelasan itu dan saya bersetuju dengan penjelasan Yang Berhormat. Bukan saya kata tidak bersetuju. Jadi Yang Berhormat, saya berterima kasihlah hari ini pertama kali saya dengar orang bangkitkan beramai-ramai soalan berkehendakkan jawatankuasa ini.

Saya beri penjelasan dengan Yang Berhormat daripada Kuantan. Kalau hendak tubuh, tubuhkan ad hoc committee di dalam bangunan Parlimen ini, across the political devide.

Jemput Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan semua, berbincang kita bersama berhubung dengan soalan committee ini. Ini keputusan kita Yang Berhormat. Selepas itu kita boleh berjumpa dengan Tuan Yang di-Pertua untuk mendapat persetujuan dari beliau untuk menubuhkan committee ini. Jadi kalau kita bincang dalam peringkat ini, ia macam bill pula. Ia bukan peringkat bill, ia peringkat administration. Procedural matters yang sepatutnya tidak dibangkitkan di dalam Dewan ini Yang Berhormat. Jadi, minta maaflah Yang Berhormat.

Jadi persoalannya hari ini dengan usul yang telah kita persetujukan, kita jalanlah. Dengarlah penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kenapa undang- undang yang dua itu perlu iaitu undang-undang buruh dan undang-undang kewangan itu, perlu kita bahaskan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang kita mulakan rang undang-undang itu. Setiausaha.

final • 10:20 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Rang Undang- Undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

final • 10:20 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG ANTIPEMERDAGANGAN ORANG (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang- undang bernama suatu Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Akta Antipemerdagangan Orang telah diluluskan pada 24 April 2007 dan semenjak akta tersebut dikuatkuasakan sehingga akhir Jun 2010, seramai 450 orang mangsa pemerdagangan orang telah pun diselamatkan dan diberi perintah perlindungan di bawah seksyen 51(3). Walau bagaimanapun, kerajaan menyedari bahawa akta ini hanya melibatkan peruntukan bagi jenayah pemerdagangan orang dan senario semasa menuntut supaya peruntukan juga diwujudkan untuk menangani dan membasmi jenayah penyeludupan migran.

Oleh sebab jenayah pemerdagangan orang dan jenayah penyeludupan migran adalah saling berkait, adalah dicadangkan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dipinda untuk menjadikannya lebih komprehensif bagi memperkukuhkan rangka kawal selia bagi untuk menangani isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, era globalisasi telah membawa kepada gejala jenayah rentas sempadan yang amat berleluasa pada masa kini. Kemajuan dalam bidang pengangkutan, teknologi dan komunikasi telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh sindiket-sindiket untuk menyembunyikan aktiviti haram mereka daripada dapat dikesan dengan mudah oleh pihak berkuasa. Mereka ini juga amat cepat dan cekap untuk mengeksploitasi kesengsaraan manusia akibat kemelesetan ekonomi, kemiskinan, bencana alam, peperangan, persengketaan bersenjata, konflik dalaman dan lain-lain keadaan, untuk menawarkan peluang bagi melepaskan diri dan berpindah ke negara lain sama ada secara sah mahupun secara haram.

Dalam hal yang sedemikian, kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran kini merupakan masalah yang kian meningkat bagi rantau Asia Tenggara memandangkan negara-negara berkenaan merupakan jalan perantaraan yang paling senang ditembusi untuk tiba ke negara-negara ketiga seperti Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Kesukaran memantau persempadanan Malaysia yang panjang dan kurang berpenghuni telah menyumbang kepada pilihan Malaysia sebagai negara transit yang strategik oleh sindiket-sindiket haram ini. Maka di dalam pindaan ini adalah dicadangkan semua orang sama ada di dalam ataupun di luar Malaysia tanpa mengira kerakyatan mereka dan sama ada negara yang terlibat adalah negara transit atau negara penerima boleh diambil tindakan di bawah akta.

Tuan Yang di-Pertua, kini masyarakat antarabangsa menyedari kesukaran untuk mana-mana negara menangani kedua-dua masalah ini secara persendirian.

final • 10:27 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Seperti Tuan Yang di-Pertua sebut tadi, pelbagai inisiatif telah diusahakan untuk menggalakkan kerjasama di kalangan semua negara. Pada tahun 2000, konvensyen PBB terhadap jenayah rentas sempadan dengan izin, United Nations Convention Against Transnational Organized Crime (UNTOC) telah dimuktamadkan bersama dua protokol khusus tentang pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia iaitu optional Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Person, Especially Women and Children (TIP Protocol) dengan izin dan Protocol Against The Smuggling of Migrant by Land, Sea and Air, Protocol on Smuggling of Migrants.

Konvensyen tersebut telah mula berkuat kuasa pada 29 September 2003 dan protokol-protokol itu mula berkuat kuasa masing-masing pada 25 Disember 2003 dan 28 Januari 2004. Konvensyen dan protokol-protokol tersebut secara khusus menghendaki semua negara parti menjadikan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran kesalahan khusus di negara masing-masing.

Sebagai tambahan, konvensyen ini mewujudkan rejim undang-undang khusus dengan izin, Stand Alone Legal Regime bagi kerjasama antarabangsa melalui ekstradisi dan bantuan bersama dalam perkara jenayah yang boleh digunakan sebagai asas kerjasama sekiranya negara parti tidak mempunyai undang-undang atau triti khusus untuk membolehkan kerjasama sedemikian.

Malaysia telah meratifikasikan UNTOC pada 24 September 2004 dan menyertai TIP Protocol pada 26 Februari 2009.

Tuan Yang di-Pertua, bagi maksud melaksanakan obligasi Malaysia di bawah TIP Protocol, serta mewujudkan satu mekanisme menyeluruh dan mantap untuk menangani masalah pemerdagangan orang di Malaysia, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 telah pun digubal dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Akta berkenaan telah dikuatkuasakan secara berperingkat dengan Bahagian I dan Bahagian II akta mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2007 dan bahagian-bahagian lain pula berkuat kuasa pada 28 Februari 2008. Akta berkenaan memperuntukkan secara khusus dan menyeluruh kesalahan pemerdagangan orang dan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengannya dan hukuman bagi kesalahan-kesalahan ini serta mewujudkan rangka perlindungan di bawah Bahagian V.

Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) diwujudkan di bawah akta ini dan dipertanggungjawabkan bagi menyelaras pelaksanaan peruntukan yang termaktub, merumuskan dasar dan program bagi menghalang dan mencegah jenayah pemerdagangan orang termasuk program-program memberi bantuan kepada orang-orang yang diperdagangkan, merangka program-program perlindungan dan memulakan program-program pendidikan untuk mempertingkatkan pemahaman dan kesedaran awam terhadap punca serta impak negatif perbuatan pemerdagangan orang.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh dua tahun lima bulan akta ini dikuatkuasakan, pelbagai cabaran dihadapi oleh pihak penguatkuasaan termasuk keadaan di mana kesukaran dihadapi untuk mengenal pasti dan membezakan orang yang diperdagangkan dengan self trafficked person dengan izin, iaitu orang yang secara sukarela membenarkan dirinya dibawa ke Malaysia dan kemudian dieksploitasi demi untuk mendapatkan pendapatan lebih lumayan. Masalah ini menjadi lebih kompleks apabila buruh asing yang datang secara sah didera atau dieksploitasi bagi tujuan lain dari tujuan asalnya dan terpaksa dikategorikan sebagai orang yang diperdagangkan. Satu lagi kategori tambahan yang terpaksa kita tangani ialah pendatang haram khususnya daripada golongan pelarian yang telah dieksploitasi oleh pelbagai pihak.

final • 10:30 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Akta Imigresen pula terpakai hanya setakat yang berhubung dengan isu imigresen dan kawalan keluar dan masuk ke Malaysia dan ia tidak digubal secara khusus untuk menangani masalah penyeludupan migran. Tanpa kesalahan khusus tentang penyeludupan orang khususnya oleh sindiket-sindiket jenayah dan hukuman setimpal baginya, tindakan hanya dapat diambil terhadap pendatang- pendatang asing khususnya atas kesalahan ketiadaan dokumen perjalanan dan tindakan susulan untuk mendeputasikan mereka. Tindakan pendakwaan sukar dan jarang dilaksanakan terhadap penyeludup itu sendiri, mahupun tekong dan orang lain yang bersubahat dalam perbuatan jenayah berkenaan.

Di atas faktor-faktor inilah Tuan Yang di-Pertua, kerajaan merasakan adalah perlu satu peruntukan khas bagi menangani jenayah penyeludupan migran diwujudkan supaya sindiket serta individu yang terlibat dalam menyeludup migran tidak terlepas daripada tindakan penguatkuasaan. Kerajaan juga prihatin dan peka terhadap suara, pandangan dan permintaan negara-negara destinasi dan pertubuhan bukan kerajaan agar Malaysia memperhebatkan lagi usaha melindungi mangsa yang diperdagangkan serta memperhebatkan juga lagi tindakan tegas terhadap penyeludup-penyeludup berkenaan.

Menyentuh isu berkaitan pemerdagangan buruh pula, di dalam pindaan ini kerajaan telah mencadangkan supaya pegawai buruh dilantik sebagai pegawai penguat kuasa dengan kuasa untuk menjalankan penyiasatan bagi apa-apa kesalahan di bawah akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada faktor di atas, terdapat beberapa asas pertimbangan yang lain untuk pertimbangan Dewan yang mulia ini dalam membahaskan pindaan kepada Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Ini termasuk;

(i) Menjadikan akta sedia ada ini lebih komprehensif dalam menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Tindakan yang lebih bersepadu dapat diambil memandangkan kedua-dua jenayah ini mempunyai hubungan yang amat rapat dan saling berkait khususnya dalam konteks eksploitasi buruh asing dan migran;

(ii) Usaha untuk menyelesaikan isu-isu yang mengaitkan Malaysia sebagai sebuah negara transit. Ini kerana individu atau pihak-pihak yang membantu menyeludup masuk migran ini ke Malaysia juga akan dikenakan hukuman selain hukuman kepada migran yang masuk ke Malaysia secara tidak sah;

(iii) Memperluaskan fungsi dan peranan MAPO termasuk untuk memantau modus operandi, kaedah dan cara kemasukan migran ke Malaysia dan juga pergerakan mereka di dalam negara. Pemantauan ini akan membantu agensi-agensi berkaitan mengambil tindakan selanjutnya untuk membanteras kegiatan penyeludupan migran;

(iv) Memperkukuhkan kemampuan MAPO dengan penambahan dua ahli majlis di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran di dalam anti penyeludupan migran;

(v) Meningkatkan kadar penalti yang dikenakan ke atas individu serta pertubuhan yang terlibat dalam

final • 10:30 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

pemerdagangan orang serta penyeludupan migran yang lebih berat berbanding hukuman di dalam Akta Imigresen; dan

(vi) Mengurang dan mengatasi kelemahan kepada pelaksanaan serta penguatkuasaan Akta Imigresen sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, huraian kepada pindaan yang dicadangkan di dalam rang undang-undang ini akan meliputi pindaan kepada peruntukan sedia ada berkaitan dengan pemerdagangan orang. Selain itu, bahagian baru iaitu Bahagian 3A akan dimasukkan untuk menangani masalah penyeludupan migran serta menyediakan penalti yang berat ke atas mereka ini. Pindaan-pindaan lain adalah berkaitan kenaikan penalti, pelantikan pegawai buruh sebagai pegawai penguat kuasa, bidang kuasa Mahkamah Sesyen untuk merakamkan keterangan mangsa, kuasa untuk mengeluarkan perintah perlindungan sementara (IPO) serta pemakaian akta yang melibatkan bukan sahaja negara penerima tetapi juga negara transit.

Sebagai huraian, fasal 1 mengandungi peruntukan mengenai tajuk ringkas akta dan memberi menteri kuasa untuk menetapkan tarikh bagi permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

final • 10:30 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Fasal 2 bertujuan meminda tajuk panjang akta untuk melanjutkan ruang lingkup akta untuk merangkumi penyeludupan migran.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda tajuk ringkas akta untuk merangkumi penyeludupan migran juga.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda Seksyen 2 akta untuk memasukkan beberapa takrifan baru dan meminda beberapa takrifan yang sedia ada.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda Seksyen 3 akta untuk menjelaskan bahawa akta itu terpakai bagi semua orang di dalam ataupun di luar Malaysia walau apa pun kerakyatan dan kewarganegaraannya; dan sama ada negara yang terlibat merupakan negara transit atau negara penerima.

Fasal 6 hingga 9 membuat pindaan am kepada Bahagian dua akta untuk meluaskan fungsi Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) untuk meliputi penyeludupan migran.

Fasal 10 bertujuan untuk meminda Seksyen 15 akta untuk meningkatkan penalti.

Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 15A mengenai kesalahan berhubungan dengan orang yang diperdagangkan yang dalam transit.

Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru 17A untuk memperuntukkan bahawa bagi maksud membuktikan kesalahan pemerdagangan orang. Bukti bahawa orang yang telah diperdagangkan telah dieksploitasikan adalah diutamakan daripada pergerakan atau pengangkutan orang yang diperdagangkan itu.

Fasal 13 dan 14 bertujuan untuk menjelaskan bahawa Seksyen 23 dan 25 Akta Terpakai juga bagi negara transit.

Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan bahagian baru IIIA Seksyen 26A sehingga 26K mengenai penyeludupan migran. Bahagian baru IIIA ini bertujuan untuk menangani penyeludupan migran sebagai suatu aktiviti jenayah yang

final • 10:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

tersendiri yang berasingan daripada aktiviti sah atau haram yang dilakukan oleh migran itu sendiri untuk masuk atau keluar dari Malaysia. Seksyen 26A hingga 26K secara khususnya menjadikannya kesalahan untuk menjalankan penyeludupan migran untuk membawa migran yang diseludup dalam transit untuk mendapatkan keuntungan penyeludupan daripada migran melakukan perbuatan untuk membolehkan penyeludupan migran seperti mengadakan dokumen palsu, kemudahan atau tempat bertemu, perkhidmatan atau kemudahan kewangan, menyembunyikan atau melindungi migran yang diseludup atau penyeludup dan mengangkut migran yang diseludup dan kesemua kesalahan tersebut diberi kuat kuasa luar wilayah untuk mengambil kira hakikat bahawa penyeludupan migran adalah jenayah yang merentas sempadan.

Fasal 16 bertujuan untuk meminda Seksyen 27 akta untuk memasukkan pegawai buruh sebagai pegawai penguat kuasa akta.

Fasal 17 bertujuan untuk meminda subseksyen 35(2) akta untuk menjelaskan mengenai dengan penggunaan penyataan saksi untuk mencabar kebolehpercayaannya.

Fasal 18 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru iaitu 41A untuk menjelaskan bahawa Bahagian V akta jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan tidak terpakai bagi migran yang diseludup melainkan jika migran yang diseludup itu ialah orang yang diperdagangkan.

Fasal 19 bertujuan untuk meminda Seksyen 42 akta untuk mewajibkan majistret mengeluarkan perintah perlindungan sementara sekiranya pegawai penyiasat mengesyaki secara munasabah bahawa orang yang ditahan dalam jagaan sementara ialah orang yang diperdagangkan.

Fasal 20 bertujuan untuk meminda Seksyen 51(2) untuk menjelaskan bahawa satu laporan bersama dikehendaki daripada pegawai penguat kuasa dan pegawai perlindungan.

Fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 52 akta untuk menukar bidang kuasa daripada Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen.

Fasal 22 bertujuan untuk meminda seksyen 58 untuk melanjutkan pemakaiannya kepada migran yang diseludup.

Fasal 23 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 61A mengenai penerimaan masuk deposisi orang yang diperdagangkan dan migran yang diseludup sekiranya beliau tidak dapat dijumpai.

Akhir sekali, Fasal 24 bertujuan untuk meminda Seksyen 63 akta untuk membuat peruntukan bagi penalti yang boleh dikenakan atas pertubuhan perbadanan bagi kesalahan yang dilakukan di bawah akta. Penalti yang lebih berat bagi pesalah berulang dan juga bagi pesalah yang bertindak secara bersama untuk melakukan kesalahan juga termaktub dalam pindaan bawah Fasal 24 ini.

Tuan Yang di-Pertua, jala pemerdagangan orang dan penyeludupan migran mempunyai kesan secara langsung di Malaysia disebabkan Malaysia merupakan negara transit dan juga negara destinasi dalam kedua-dua hal tersebut. Penglibatan sindiket jenayah dalam kedua-dua aktiviti ini serta peningkatan permintaan bagi perkhidmatan yang disediakan menjadikan kedua- dua aktiviti ini amat menguntungkan sindiket-sindiket tersebut. Tambahan pula wujud risiko pengesahan yang rendah dari agensi penguatkuasaan tempatan dan oleh hal yang demikian, kerangka undang-undang Malaysia perlu diperkukuhkan dengan segera untuk membolehkan tindakan penguatkuasaan sewajarnya diambil

final • 10:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

dengan kadar yang segera sebagai amaran dan pengajaran yang berkesan terhadap jenayah pemerdagangan orang dan juga penyeludupan migran di Malaysia. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya sambut baik dengan langkah yang diambil oleh Menteri Dalam Negeri mengemukakan Rang Undang-Undang Akta Antipemerdagangan Orang

(Pindaan) 2010 kerana isu ini seperti yang ditekankan oleh Menteri isu jenayah global yang mesti ditangani. Kita agak sedikit ke terbelakang kerana membuat pindaan ini setelah mendapat gesaan yang keras daripada beberapa agensi dan badan antarabangsa. Walau bagaimanapun, kita sambut baik kerana banyak pindaan dan peruntukan pindaan itu adalah selari dengan keperluan semasa.

Isu ini Tuan Yang di-Pertua, adalah isu perhambaan moden jenayah yang keji yang nampak belum berupaya ditangani dengan bijaksana oleh badan penguat kuasa di peringkat antarabangsa dan juga peringkat dalam negeri kita sendiri. Jadi ada beberapa peruntukan yang dikemukakan untuk memperketat dan memastikan sama ada majlis MAPO atau yang lebih penting badan penguatkuasaan diberi kuasa dan wewenang untuk mengambil tindakan yang lebih tegas dan segera.

Cuma satu peringatan sebelum saya sambung, beberapa peruntukan ini agak luas dan keras, umpamanya Seksyen 61A di Fasal 23 yang dipinda. Ini memberikan ruang bagi pendakwa mengemukakan pertuduhan sama ada orang berkenaan itu hadir atau tidak. Ada alasan yang munasabah dan menteri ada menjelaskan. Cuma kita bimbang kalau tidak diteliti badan penguatkuasaan dengan kes sogokan dan rasuah yang dituduh begitu rupa, mungkin dapat menyalahgunakan. Saya memohon menteri memberi penjelasan apakah langkah- langkah yang boleh diperketatkan untuk memastikan tidak ada salah guna kuasa kerana bila due process ini diketepikan, walaupun alasan baik seperti mana apa juga, seperti mana yang berlaku dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri yang menteri cukup arif.

final • 10:47 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Banyak kes dari dahulu sampai sekarang di mana kemudiannya terbukti motif politik jahat itu diteruskan. Oleh yang demikian, saya mohon penjelasan tentang perkara yang demikian.

Saya rujuk secara umum Antipemerdagangan Orang ini walaupun pada semangat itu saya mendukung kebanyakan peruntukan ini kerana sangat diperlukan kedua-duanya dari segi kuasa dan dari segi pelaksanaan ataupun penguatkuasaan tetapi menurut UNCE (United Nation Economic Commission for Euro) 2004, nilai pendapatan industri haram pemerdagangan manusia ini dianggarkan di antara USD5 bilion hingga USD9 bilion setahun.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Majlis Kesatuan Eropah menganggarkan dalam tempoh satu dekad yang lalu pasaran global pemerdagangan orang mencecah USD42.5 bilion. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan hampir 2.5 juta manusia dari 127 negara diperdagangkan.

Maklumat ini maklumat umum banyak diketahui tetapi menunjukkan langkah yang diambil oleh penguatkuasaan apabila menyentuh kepentingan dana puluhan dolar ini, ia memerlukan bukan sahaja bidang kuasa tetapi kesungguhan,disiplin dan tahap profesionalisme yang tinggi. Oleh sebab itu saya sementara menyambut baik kebanyakan peruntukan ini Tuan Yang di-Pertua ingin mengingatkan dan menggesa menteri supaya ia tidak mungkin berkesan tanpa reform dan memperbaiki tahap profesionalisme badan penguatkuasaan yang terlalu amat dipertikaikan di negara kita.

Kita lihat kedudukan Malaysia koordinator anti pemerdagangan manusia Jabatan Negara Amerika Luis CdeBaca dalam sidang media Jun 2010 mengumumkan Malaysia bersama Fiji, Nigeria, Switzerland dan Syria tersenarai di tahap tier dua berdasarkan laporan pemerdagangan manusia, Trafficking Persons Report 2010.

Ini baik daripada tahap ketiga yang kita jatuh sebelumnya. Menteri Dalam Negeri dalam sidang medianya pada hari yang sama menyebutkan ini merupakan pengiktirafan kepada kita yang telah membuat Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan kewujudan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) serta tindakan nasional yang dianggap lebih berkesan. Akan tetapi saya hanya hendak mengingatkan bahawa ada negara kecil, baru penuh dengan masalah seperti Bosnia Herzegovina pada tahun 2010 melonjak dari tahap tiga ke tahap satu.

Saya percaya menteri akan bersetuju dengan saya kalau katakan kita berkeupayaan lebih daripada Bosnia Herzegovina kerana ramai pegawai-pegawai kanan Bosnia itu dilatih di Universiti Islam Antarabangsa. Jadi dia dapat prestasi yang jauh lebih baik dari kita yang melatih mereka.

Menteri juga menyebut dan saya sambut baik tentang penubuhan pemindaan seksyen menyentuh tentang Majlis MAPO ini dengan kemasukan NGO. Kemasukan NGO ini bukan sekadar memenuhi kuota. Anggota NGO ini mestilah anggota yang cukup berwibawa dan berani. Kalau kita tengok pengalaman SUHAKAM, kalau dia berani, dia tidak disambung, kalau dia tegas, dia gugurkan.

Jadi kalau hendak ambil sekadar hendak memenuhi kuota NGO haruslah kuota yang lebih berani daripada Yang Berhormat Sri Gading umpamanya. Boleh membawa pandangan yang tegas, yang boleh membantu MAPO dan boleh membantu menteri dalam memastikan tindakan yang lebih baik kerana kita ada pengalaman yang jelik dalam kes ini umpamanya kes yang menyebabkan pendakwaan terhadap Puan Irene Fernandez yang mengetengahkan beberapa isu penganiayaan, penzaliman yang berlaku terhadap migran asing tetapi tidak diambil tindakan terhadap kekejaman dan diambil tindakan terhadap beliau kerana beberapa kenyataan yang membuat tuduhan dan melibatkan kerajaan dan pihak penguatkuasaan.

Saya tidak mahu panjangkan kerana saya juga ada maklumat tersendiri semasa masih dalam kerajaan tetapi saya kira hal-hal ini harus diperbetulkan.

Kalau kita mengambil tindakan, menakutkan dan mendera orang yang membantu kita memberikan maklumat maka undang-undang yang canggih seperti mana dan kukuh pun tidak mungkin dapat dimanfaatkan.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung sedikit tentang situasi semasa pemerdagangan orang di Malaysia. Malaysia seperti mana ditekankan dalam kata pengantar menteri tadi masih dianggap destinasi transit dengan pelbagai alasan dengan ferusnya, luasnya sempadan, masalah-masalah dengan negara-negara jiran tetapi pemerdagangan manusia termasuk perempuan dan kanak-kanak dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kampuchea, Vietnam, Burma, China, India, Nepal, Bangladesh dan Pakistan untuk sama ada penindasan sebagai pekerja ataupun pelacuran.

Dalam isu pemerdagangan orang, saya boleh beri maklumat tambahan yang saya tidak akan gunakan lagi di sini sekiranya menteri berminat kerana ini melibatkan beberapa isu keselamatan dan juga...

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, ringkas sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya pun sebetulnya confuse dalam Akta Antipemerdagangan Orang ini sebab bagaimana pula apabila berlaku transaksi ini bukan dieksploitasi tetapi suka sama suka. Orang ini memang mahu ke negara ini tetapi dia tidak ada jalan hendak keluar maka dia gunakan ejen seperti ini tetapi dia dengan rela hati.

Apakah ini juga dikategorikan sebagai pemerdagangan orang ataupun kerelaan sebab dalam pemerdagangan ini ada eksploitasi, ada paksaan tetapi dia bukan dipaksa tetapi bersetuju untuk diniaga. Macam mana keadaan dia?

final • 10:50 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Kalau ikut sejarah hamba abdi pun tidak ada pilihan, jadi dia setuju diperniagakan tetapi dalam kes ini saya percaya Menteri boleh beri penjelasan nanti. Ia masalah undang-undang, maknanya kalau dia setuju dia datang sebagai pekerja dengan gaji yang paling rendah yang dianggap itu penindasan maka dia melanggar undang-undang yang nyata, maka tidak boleh dibenarkan.

Orang yang menyatakan mereka bersetuju itu kerana tidak ada pilihan seperti mana kita tahu dalam sistem perhambaan kalau kita tanya hamba-hamba, dia setuju, tanya orang miskin didera, dia miskin papa, dia dapat RM100 sebelum pilihan raya, tanya dia sokong, dia sokong. Akan tetapi tidak semestinya ini sesuatu yang dari segi undang-undang, dari segi etika atau akhlak yang boleh dipertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian isu ini membabitkan Kementerian Dalam Negeri. Oleh sebab itu saya tekankan tentang keperluan kita memenuhi tuntutan bukan sekadar naik tahap dua, tahap satu. Itu hanya persoalan perangkaan tetapi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sebut tadi Tuan Yang di-Pertua sendiri pun memang secara peribadi menggesa ini dilakukan.

Ini bukan soal imej dan tahap. Ini soal kemanusiaan, soal prinsip keadilan tetapi pelaksanaan ini sekali lagi saya tekankan melibatkan isu penguatkuasaan.

Selagi kita tidak dapat tangani isu ini dengan meningkatkan tahap penguatkuasaan dan membasmi rasuah maka ia jadi sukar. Contoh dalam sesi the rules of corruption in trafficking of persons, .persidangan third session of the Conference of State Parties to the United Nation Convention Against Corruption.

Kaji selidik UNODC di kalangan 54 orang hakim jenayah, pakar dari agensi penguatkuasaan NGO dan ahli-ahli akademik dijalankan pada bulan Februari 2009 berkaitan dengan isu rasuah dan pemerdagangan manusia. Isu ini

final • 10:50 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

tidak berlaku separah ini sekiranya dapat kita tangani permasalahan rasuah di kalangan ataupun pegawai dan badan penguatkuasaan.

Dengan izin when ask to identify those most vulnerable to corruptions in relation to human trafficking, 65% of responden identified border control - Imigresen, Kastam, 15% indicated low enforcements and police and 25% considered civil society organization most vulnerable.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Kaji selidik ini melibatkan entry point yang pelbagai dan agensi yang pelbagai. Wakil Malaysia juga hadir dalam sidang ini tetapi yang ditekankan di sini ialah, tindakan tidak selesai dengan memperkenalkan undang-undang yang cukup lengkap, tetapi disertakan dengan bidang kuasa dan penguatkuasaan termasuk pihak kawalan sempadan, imigresen, kastam dan polis.

Apa pengalaman di Malaysia? Kes-kes mutakhir dan saya minta Menteri berikan perhatian, ada pendakwaan, ada yang masih dalam proses, ada yang tidak selesai. Akan tetapi lihat kes pertama pada tahun 2008, bekas Timbalan Ketua Pengarah I, Jabatan Imigresen. Didakwa menerima rasuah RM82,500 daripada seorang pengurus jualan bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China. Kes kedua, tahun yang sama, ini semua pegawai-pegawai kanan yang tinggi-tinggi, kalau dibiarkan begitu, jadi yang bawah-bawah ini kita ambil tindakan, tidak akan berkesan.

Bekas Ketua Pengarah Imigresen didakwa menerima rasuah RM60 ribu daripada ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian, ini cukup terkenal, Kadang- kadang gengster-gengster besar ini terkenal dan lepas, saya pun tidak faham macam mana Menteri boleh tangani benda ini, macam ada understanding, bukan dengan Menteri, dengan pihak-pihak tertentu. Saya tidak ada bukti mengatakan Menteri terlibat setakat ini, kalau ada saya sampaikan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan 4337 dari Bangladesh.

Apa yang mengejutkan lagi, saksi dalam perbicaraan kes bekas Ketua Pengarah yang menyebut bahawa pembayaran kelulusan calling visa ini adalah untuk dana politik. Ini keterangan yang diberi dalam mahkamah yang wajar disiasat dan ditangani oleh kementerian, Menteri khususnya. Kalau benar hendak laksanakan tindakan yang menyentuh soal hak asasi dan kemanusiaan, keterangan saksi tersebut, ahli perniagaan Datuk Zulkafli Maulud, beliau mengetahui setelah dimaklumkan sekali lagi oleh Datuk Low Chang Hian. Wang itu untuk Menteri berkenaan, yang sebelum ini.

Menurut keterangan saksi lain lagi, Burugabudeen Mohamed Ismail bahawa adik ipar kepada seorang bekas Menteri, pernah menerima wang daripadanya sebagai upah mempercepatkan calling visa tersebut. Kalau dengan keterangan-keterangan begini, ini di peringkat yang tertinggi, di pejabat Menteri dan juga adik ipar Menteri, walaupun ini merupakan dakwaan tetapi saya rasa perlu siasatan dibuat.

Kalau peringkat ini dan sudah sampai ke peringkat ini, yang melibatkan jumlah dana yang besar. Maknanya sistem itu, di peringkat di bawah itu mungkin lebih bobrok lagi. Undang-undang nampak kemas, walaupun saya tekankan tentang kecurigaan saya mengenai kelemahan dari segi due process ini. Akan tetapi saya ingin menegaskan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa kejayaan pindaan ini bukan setakat rectification.

Saya pernah bicara dengan bekas presiden Ireland yang terlibat dalam banyak isu tentang rectification dan technician. Beliau menyebut kecenderungan

final • 11:00 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

negara-negara berkembang termasuk Malaysia, sekarang ini oleh kerana desakan antarabangsa rectify, pinda perlembagaan, pinda, rectification, rectify, okey. Kita ikut proses ini tetapi bila datang pelaksanaan, itu hampir tidak serius sama sekali.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya masih menekankan undang-undang ini perlu diberi sokongan dalam peruntukan-peruntukan besarnya dengan beberapa keterbatasan yang saya sebutkan, tetapi perlu diberi perhatian khusus oleh Menteri tentang penguatkuasaan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk sama-sama terlibat di dalam perbahasan pindaan rang undang-undang yang saya kira masih lagi segar dalam ingatan saya. Bagaimana Tuan Yang di-Pertua mengambil masa yang begitu panjang, mengulas dan mengolah isu dan krisis ketika itu dan sekali sekala saya mencelah yang akhirnya menjadi kenyataan di hadapan kita pada hari ini. Bahawa penglibatan Malaysia di dalam memastikan hak asasi di peringkat global ini diberikan perhatian dengan serius.

Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak diikutkan lama dah P. Ramlee beritahu kita dalam cerita ‘Tiga Abdul’, “Wow, berniaga orang lagi untung” apabila Abdul Wahub datang membela abangnya...

final • 11:05 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Menyampuk] ...Eloklah, Malaysia hendak bankrap dah ni, berniaga orang pulalah. [Ketawa] Jual dengan UMNO-UMNO sekali.

final • 11:05 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Saudagar unta Hussin Lempoyang, bukan Hussin Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan Yang di- Pertua, saya kira antara fakta dan angka yang perlu kita ambil berat adalah apabila laporan migrasi antarabangsa menunjukkan sehingga kini, melebihi 1 bilion manusia diperdagangkan di seluruh dunia.

Di mana 214 juta adalah migran antarabangsa dan 740 juta daripadanya adalah migran tempatan. Tuan Yang di-Pertua, semalam kita terima satu kes, laporan mengatakan berlaku penyeludupan bayi di Limbang, Sarawak, SAC 1.

OCPD daerah tersebut telah memberikan satu kenyataan yang saya kira menampakkan Malaysia sebagai yang disebutkan oleh Menteri sebentar tadi, adalah sebagai sebuah negara berimejkan negara transit. Pendudukan sementara belum orang-orang ini diperdagangkan di tempat-tempat lain.

Begitu juga dalam bulan April yang lalu, dalam bulan April, satu kenyataan akhbar oleh Pengarah Lindungan Warganegara Indonesia, di Kementerian Luar Negeri Indonesia, Teguh Wardoyo yang membongkar, apabila Polis Republik Indonesia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya menyelamatkan seorang gadis yang berusia 16 tahun. Gadis berkenaan diselamatkan selepas selama lima bulan dipaksa menjadi pelacur di Limbang.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya apabila Yang Berhormat Menteri menyebutkan bagaimana negara kita dikenali sebagai sebuah negara transit. Bagaimana rang undang-undang ini yang bakal dipinda akan menjadi sebuah rang undang-undang yang lebih komprehensif dan sekali gus dapat mengangkat daripada tier tiga kepada tier dua. Saya juga amat bersetuju apabila Yang Berhormat Menteri menyebut tentang bagaimana kita boleh memperkasakan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) dengan meletakkan dua orang Ahli Majlis di kalangan pertubuhan bukan kerajaan.

final • 11:05 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sebagai contoh, bukan saya hendak menyebut tentang komprehensifnya NGO-NGO ini apabila menjalankan tugas-tugas dan kerja-kerja. Akan tetapi kebanyakan artikel-artikel mengenai jenayah memperdagangkan orang ini di bawa oleh NGO-NGO, lebih daripada agensi-agensi kerajaan yang memang telah diletakkan peranan dan tanggung jawab bagi mengawasi kegiatan-kegiatan jenayah memperdagangkan orang ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara yang dianggap sebagai negara yang boleh menjadi pusat transit popular. Ini kerana negara ini adalah negara yang mempunyai sempadan lautan yang panjang berbanding dengan keluasan tanahnya.

final • 11:05 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Keluasan pantai yang panjang ini adalah merupakan laluan-laluan masuk bagi mereka yang menganjurkan jenayah memperdagangkan orang ini. Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, satu kes yang kita boleh ambil contoh bahawa kegiatan memperdagangkan orang ini berupa sebuah jenayah yang tersusun (organized crime) yang boleh saya katakan rangkaiannya lebih hebat daripada rangkaian agensi-agensi kerajaan ataupun hubungan kerajaan dengan kerajaan. Mereka mempunyai kod-kod rahsia mereka sendiri dan sesetengah daripada penjenayah- penjenayah ini boleh bertutur sehingga ke lima atau enam bahasa dan yang pastinya bahasa-bahasa itu dipelajari daripada sekolah-sekolah yang mengajar bahasa di negara asal ataupun negara tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, persoalannya di sini ialah bagaimana kita boleh mengubah imej negara luar yang menganggap Malaysia sebagai destinasi popular bagi meletakkan secara sementara ataupun negara transit sebelum orang-orang ini diperdagangkan di negara lain bagi tujuan-tujuan eksploitasi dan sebagainya.

Saya tahu, hendak mengubah ini bukan satu perkara yang mudah, sekurang- kurangnya hari ini Yang Berhormat Menteri mengambil cabaran dan tahniah saya ucapkan kerana membentangkan pindaan ini supaya kita dipandang lebih tinggi oleh negara-negara yang berminat dengan pembelaan hak asasi manusia di peringkat global ini.

Tuan Yang di-Pertua, faktor geografi Malaysia sebagai negara yang berada di tengah-tengah perjalanan ke negara destinasi. Malaysia juga mungkin dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai suasana politik yang lebih stabil berbanding dengan negara-negara lain. Malaysia juga mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih baik. Kita dilihat sentiasa sebagai tangan yang di atas. Oleh kerana itu, mereka datang dan di sinilah sebenarnya kita melihat mereka yang mengambil kesempatan ini sentiasa memperoleh ruang dan peluang. Kecekapan dan kepantasan pihak imigresen umpamanya menyediakan visa-visa on arrival, menyediakan kemudahan-kemudahan imigrasi dan migrasi umpamanya, diambil kesempatan oleh mereka yang memang niatnya jahat untuk memperdagangkan orang-orang ini.

Jadi persoalannya Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, ialah bagaimana ada satu mekanisme yang dalam satu tangan kita ingin menyampaikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada pelanggan-pelanggan kita dan satu tangan yang lain kita mempunyai mekanisme kawalan yang cukup ketat yang boleh mengawal daripada mereka yang berniat untuk mengambil kesempatan, meraih keuntungan daripada kecekapan dan kepantasan kita menyediakan perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, satu kes yang saya ingin bawa sebagai contoh bagaimana ini boleh didefinisikan juga sebagai memperdagangkan orang.

Seorang pekerja dari negara jiran dibawa datang ke negara kita oleh satu ejen dan

final • 11:10 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

ejen ini lazimnya akan menugaskan pekerja ini dalam satu keluarga – bekerja siang malam memberikan perkhidmatan kepada rumah dan keluarga tersebut.

Akan tetapi apa yang berlaku hari ini Tuan Yang di-Pertua, ejen ini akan mengumpulkan pekerja-pekerja ini di bawah satu bumbung dan meletakkan mereka ini sebagai pekerja-pekerja secara harian, mengenakan caj di antara RM60 ke RM100 kepada majikan-majikan secara harian. Di mana pada penghujung bulan, collection daripada ejen ini sudah mencapai tahap RM1,800 ke RM2,000 dan pada masa yang sama hanya membayar sejumlah RM500 kepada pekerja tadi. Ini juga dianggap sebagai satu eksploitasi.

Waktu kerjanya Tuan Yang di-Pertua, dari pukul lapan pagi sehingga pukul enam petang. Kemudian, sekembali dari bekerja di rumah yang ditugaskan tadi, pekerja ini terpaksa bekerja di rumah taukenya tadi pula sehingga pukul enam pagi. Kemudian esoknya sambung bekerja di rumah-rumah lain. Akhirnya, saya kira ini juga kalau diamati boleh membawa ke arah mengeksploitasi dan memperdagangkan orang ini yang boleh juga dikategorikan sebagai kesalahan mengkhianati hak asasi manusia.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang ingin saya bawa di sini ialah kalau kita lihat negara-negara yang mempunyai rekod sebagai terlibat di dalam – sama ada negara asal ataupun mempunyai kumpulan-kumpulan yang memperdagangkan orang ini seperti Indonesia, Singapura, Filipina, India, Thailand, di negara kita ini, bilangannya berbanding dengan jumlah di peringkat antarabangsa tadi, kalau kita lihat di negara kita, kita cuma ada – Indonesia sebenarnya 11 orang, Singapura seorang, Filipina seorang, India seorang, Thailand seorang. Ini statistik yang ada pada negara kita dan tidak membayangkan yang jenayah ini sebenarnya sedang hebat berlaku di sana.

Kekhuatiran saya ialah apabila Yang Berhormat Menteri menyebut tentang sebuah akta yang lebih komprehensif dengan tambahan pegawai penguat kuasa apabila melantik pegawai-pegawai daripada Jabatan Buruh untuk sama-sama menguatkuasakan Undang-undang Antipemerdagangan Orang ini, saya khuatir dari segi keberkesanannya masih lagi di tahap lama jika mereka tidak benar-benar mempunyai ilmu dan pengetahuan mengenai apakah sebenarnya definisi yang boleh difahami dan dihayati tentang jenayah memperdagangkan orang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kita mempunyai Akta Imigresen. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, ada atau tidak elemen-elemen provision atau peruntukan yang boleh digunakan oleh pegawai-pegawai imigresen untuk mengesan, mengenal pasti serta menghukum mereka yang terlibat di dalam jenayah memperdagangkan orang ini?

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 11:10 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya percaya, pada ketika ini jika Akta Imigresen itu sama-sama digubal secara integrated atau bersepadu dengan Akta Antipemerdagangan Orang ini, saya percaya ia akan menjadi suatu yang lebih lengkap dan sempurna dan mana-mana jenayah ataupun kegiatan memperdagangkan orang ini dengan mudah dikenal pasti, dapat ditangkap, dituduh dan seterusnya dihukum dengan lebih cekap dan berkesan kerana imigresen itu sendiri telah mempunyai pos-pos mereka di sempadan- sempadan dan sebagainya boleh membantu secara langsung bagaimana kita hendak menguatkuasakan Akta Antipemerdagangan Orang ini. Silakan Yang Berhormat Putatan.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya dari Tangga Batu. Saya tertarik dengan

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

hujah Yang Berhormat apabila Yang Berhormat menyentuh atau membangkitkan soal Akta Imigresen ini.

Sejak beberapa tahun yang lalu Yang Berhormat, kita sedar bahawa ada satu dasar kerajaan yang membolehkan syarikat-syarikat swasta sebagai satu ejen untuk mendapatkan pekerja-pekerja daripada luar negara Yang Berhormat Menteri, sejak itu.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Kita tahu bahawa ejen-ejen ini telah pun menyalahgunakan kaedah untuk memberi supply kepada perladangan dan pekerja-pekerja di perkilangan.

Terutama sekali perkilangan ini yang kebanyakan mereka ini mengedar orang atau manusia daripada negara-negara yang berhampiran dengan negara kita. Mereka ini sebenarnya ada permit, ada kebenaran masuk yang di endorse oleh Jabatan Imigresen. Ada pelanggan-pelanggan (clients) iaitu seperti syarikat yang tertentu kononnya...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkaskan intervention Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

Kita ada satu hari sahaja, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya tahu, saya faham tetapi ini perkara yang berlaku...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya tahu semuanya penting, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini berlaku di dalam negara kita yang berlaku juga di Sabah Tuan Yang di-Pertua, ini penting. Ini kerana orang- orang ini kononnya bekerja di kilang tetapi sebenarnya tidak bekerja di kilang.

Juga pembantu-pembantu rumah tidak bekerja sebagai pembantu rumah tetapi bekerja sebagai sambilan seperti mana Yang Berhormat Tangga Batu sebutkan tadi. Tengah hari dia kerja satu tempat, malam kerja dengan lain tempat dan dia edarkan. Dia macam supplier pekerja kepada orang-orang yang menggunakan. Ini satu perniagaan kepada pengedar-pengedar ini, bukan menyediakan pekerja kepada kilang-kilang.

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya yakin oleh kerana itulah Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri hari ini membawa pindaan-pindaan ini supaya ada peruntukan-peruntukan di dalam pindaan akta ini boleh memberikan perhatian kepada apa Yang Berhormat bangkitkan sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak akan ambil masa panjang cuma dua perkara lagi yang saya hendak bawa di dalam perbahasan ini. Pertama ialah, tentang rumah perlindungan. Saya dapat lihat bahawa perlu ada satu konsep bersepadu di antara Kementerian Dalam Negeri dengan kementerian lain yang bertanggungjawab. Saya percaya proses ini akhirnya kita akan memberikan perhatian kita kepada mangsa jenayah pemerdagangan manusia ini.

Jadi saya hendak tahu apakah sebenarnya konsep penyediaan rumah- rumah perlindungan ini? Di manakah sebenarnya Majlis Perundingan Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) tadi boleh memainkan peranan? Di sinilah saya minta supaya Yang Berhormat Menteri mengambil kira berbincang dengan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan lain-lain di mana NGO-NGO boleh memainkan peranan di rumah-rumah perlindungan. Hari ini kita tahu di rumah perlindungan ini antara kegiatannya ialah riadah, kaunseling, kemahiran vokasional dan sebagainya untuk mangsa-mangsa. Saya juga dapat tahu bahawa

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

penglibatan NGO di dalam rumah-rumah perlindungan selepas mangsa-mangsa ini diselamatkan daripada jenayah ini masih lagi di tahap yang minimum.

Jadi harapan saya NGO-NGO dibawa bersama di dalam mengatur kegiatan-kegiatan di rumah-rumah perlindungan mangsa pemerdagangan orang ini. Pada masa yang sama kita juga kena adakan khidmat kaunseling yang dipandu dan ditunjuk ajar oleh agensi-agensi kerajaan. Saya percaya juga dalam banyak hal kita perlu memberikan kesedaran kepada punca bagaimanakah mereka ini boleh terlibat dengan jenayah memperdagangkan orang ini.

Tuan Yang di-Pertua, kedua, akhirnya ialah saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri bagaimana satu kes yang saya kira amat klasik iaitu sebuah bot polis marin telah menahan sebuah sampan di Klang, Selangor yang mempunyai lapan warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah yang di dalamnya terdapat pelbagai bangsa iaitu warga Pakistan, warga Afghanistan dan warga Indonesia. Mereka ini meninggalkan negara mereka melalui jalan yang tidak sah. Jadi apabila ditanya mengapakah mereka berada di sana, mereka mengatakan yang mereka dijanjikan dengan kerja-kerja yang mempunyai pulangan yang lumayan. Akhirnya, hari ini mereka ini telah pun dimasukkan di dalam rumah perlindungan kita dan masih lagi tidak tahu bagaimana mereka boleh diselamatkan untuk pulang ke negara asal mereka.

Dari segi pengakuan mereka, mereka datang dari negara-negara yang disebutkan tadi. Akan tetapi tidak ada satu dokumen pun yang menunjukkan mereka ini sama ada orang Pakistan, Afghanistan atau Indonesia. Ini kerana berasaskan kepada negara kita, kita mempunyai pelbagai kaum. Mungkin ya juga dia orang Melayu tetapi mengatakan dia orang Indonesia, mungkin juga dia orang rakan-rakan kita daripada orang India mengatakan dia datang dari Pakistan dan sebagainya. Jadi di sini perlu ada satu lagi mekanisme untuk mengenal pasti sebenarnya daripada mana mereka datang. Tidak kiralah, Yang Berhormat Menteri mungkin sama ada menggunakan kaedah DNA dan sebagainyalah. Ini kerana, apa pun mereka boleh katakan mereka datang dari sana sini dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali kalau Yang Berhormat Menteri boleh bersama-sama menjelaskan. Pertama, apakah tindakan Kerajaan Malaysia dalam memberikan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan manusia? Keduanya Yang Berhormat, kalau boleh bantu untuk jawab. Berapakah bilangan rumah perlindungan yang kita ada? Boleh juga kita kongsi bersama, apakah sebenarnya tujuan rumah perlindungan itu diwujudkan? Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalamnya? Siapakah agensi ataupun badan-badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan di dalam mengurus dan menyelenggara rumah perlindungan ini? Apakah hak-hak mangsa pemerdagangan orang ini yang boleh kita jamin dan boleh kita lindungi? Akhirnya, apakah kriteria-kriteria menentukan dari negara manakah rumah perlindungan ini ditempatkan mangsa-mangsa jenayah ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan akta ini.

Saya sokong pindaan kepada akta ini. Khasnya Fasal 12, 15 dan fasal-fasal lain yang mementingkan orang yang diperdagangkan dan memberatkan hukuman. Ini

final • 11:28 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

untuk memberatkan undang-undang ini yang saya rasa sangat perlu untuk membendung aktiviti perdagangan manusia ini khasnya perdagangan wanita dan kanak-kanak untuk industri seks.

Akan tetapi saya harap kastam-kastam di pintu-pintu masuk jangan dia digunakan untuk menyusahkan gadis-gadis dari China dan negara-negara yang lain yang hendak masuk menjadi pelancong di negara ini. Ini kerana kita dengar ataupun juga melihat berita-berita bahawa mereka ditahan di pintu masuk dan tidak mahu dibenarkan masuk kerana suspek mereka akan menjalankan aktiviti- aktiviti yang tidak dibenarkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita baru meminda akta ini pada tahun 2007. Sekarang sekali lagi kita meminda akta ini. Ini untuk mengemaskinikan akta ini. Ini saya sokong.

final • 11:28 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya rasa ini kerana juga ada tekanan dari masyarakat antarabangsa khasnya Amerika kerana menetapkan kita di tier three.

Sekarang saya tanya kerana sudah capai kenaikan balik ke tier two. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua saya ingin memperingatkan jangan kita hanya mengambil tindakan kerana ada tekanan luar dan ada permintaan dari dalam kita tidak pedulikan. Di sini saya maksudkan adalah akta-akta yang lain yang harus dipinda tetapi tidak dipinda walaupun berkali-kali diminta oleh masyarakat ataupun NGO wanita.

Di sini, yang saya hendak mengetengahkan adalah Akta Keganasan Rumah Tangga yang sejak ia dilaksanakan sampai hari ini, sudah banyak kali di panggil untuk meminda kerana ia belum cukup mentah. Namun sampai hari ini belum dibuat lagi. Saya minta sekali lagi di dalam Dewan ini supaya ia di bawa ke Dewan ini untuk di buat pindaan.

Akta ataupun undang-undang berkenaan nafkah. Nafkah seksyen 95 di mana mengatakan ibu bapa hanya memberi nafkah sehingga anaknya capai umur 18 tahun. Kita semua tahu bahawa pada zaman sekarang ini, umur 18 tahun masih sekolah. Jadi sudah berkali-kali minta juga tetapi belum dibuat lagi. Nafkah secara keseluruhan tidak berkesan kerana ibu have to go to the court untuk meminta kalau bapa tidak mahu bayar. Ini tidak berkesan. Jadi saya minta sekali lagi supaya dia di bawa ke Dewan ini untuk membuat pindaan supaya kerajaan mengambil alih tanggungjawab untuk menuntut nafkah ini sekiranya kaum bapa tidak bayar.

Ada isu seperti Mahkamah Keluarga yang saya rasa penting untuk menjaga kesejahteraan masyarakat yang telah dijanjikan akan dibuat tetapi sampai hari ini pun belum buat lagi. Jadi saya rasa Kerajaan Barisan Nasional sekarang telah lebih responsif kepada kehendak rakyat dan saya harap menteri yang dinamik ini yang boleh membawa pindaan kepada Anti-Trafficking Act ini juga boleh membawa akta-akta ini untuk dipinda. Sekian, saya mengucapkan terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Limbang.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan meminda Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Sebagaimana yang kita ketahui dan tersiar di media-media massa, pada tahun 2009 telah disiarkan tentang topik dalam media massa atau surat khabar “sangkar ayam” dan juga di blog-blog dan di internat. Kita dapati bahawa Limbang is a emerging hot spot dengan izin untuk sebagai...

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya hendak tanya Yang Berhormat adakah pemerdagangan orang di Limbang itu?

final • 11:33 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Ada. Jadi sini Tuan Yang di-Pertua, Limbang ini menjadi antara transit town dan juga menjadi salah satu destinasi.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Secara kata orang plain. Plainly speaking ialah pelacuran. Kita tahu mereka ini, pelacur-pelacur ini mereka ini adalah mangsa penipuan. Mereka ini ada di antaranya yang datang daripada pedalaman, dari negara-negara jiran kita di mana mereka ini dijual, ditipu kerana dijanjikan dengan pekerjaan-pekerjaan di supermarket-supermarket, menjadi waitress. Namun sebaliknya bila sampai di tempat di Limbang khususnya untuk ini bahawa mereka telah pun dijadikan pelacur.

Jadi memandangkan Limbang ini adalah salah satu daerah kawasan sempadan, saya rasa memang penguatkuasaan amatlah penting dan juga mengapa ia dapat berleluasa di Limbang ini adalah mungkin penguatkuasaan yang longgar. Kalau kita di Limbang sana, istilah-istilah bermacam-macam. Istilah tawaf dengan sempadan negara jiran – maksudnya di mana orang hanya mendapatkan cop pas masuk, menyeberang sempadan sebelah, pusing macam tawaf dia kata. Selepas itu dapat tinggal lagi.

Ini perkara yang terjadi on the ground. Satu lagi ialah tentang – istilah ini yang terjadi. Sebagai bukti saya mengatakan bahawa ia longgar kerana istilah- istilah seperti kalau tertinggal pasport, hendak melepasi sempadan di Limbang, tidak apa. Pinjam pasport kawan. Boleh lepas juga. Itu dua.

Kalau satu lagi saya hendak cerita ialah tentang pasport ini pernah berlaku pasport anak menantu melepasi sempadan menggunakan pasport mak mentua dengan tidak sengaja. Pun boleh lepas juga. Kalau tadi menantu itu perempuan, okey juga. Ini anak menantu lelaki guna pasport mak mentua. Salah ambil.

Melepasi sempadan, lepas juga. [Ketawa] That is what happening. Ini orang-orang baik yang macam ini, melintas ini. Jadi penyangak macam mana? Penyangak senanglah. Senang lepas. Jadi saya rasa inilah perkara-perkara yang contribute dengan izin. Salah satu untuk contributing to this why human trafficking is so easy especially at the border town. Ya, sila.

final • 11:33 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Limbang.

Tuan Yang di-Pertua, menyebut tentang soal pasport, soal visa, saya dapat melihat sebahagian daripada pelancong-pelancong yang menggunakan visa secara sah masuk atas tujuan pelancong dan begitu juga dengan pelajar-pelajar yang masuk mendaftar sebagai pelajar di universiti. Dalam negara kita, juga

final • 11:33 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

masuk sebagai sah menggunakan visa pelajar. Akan tetapi akhirnya bila mereka berada dalam negara kita, mereka juga kadangkala terperangkap dengan suatu gerakan memperdagangkan orang dan akhirnya mereka terlibat di dalam gejala- gejala yang tidak sihat seperti pelacuran dan sebagainya.

Apakah Yang Berhormat Limbang ingin bertanya juga kepada kementerian adakah pindaan undang-undang yang kita bahaskan sekarang ini dapat menyelesaikan isu yang saya sebutkan tadi?

final • 11:33 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya apabila melihat secara detail pindaan akta ini, ia okey, bagus dan cukup rapi. Akan tetapi satu yang saya persoalkan di sini ialah penguatkuasaan itu sendiri. No matter how tough the law, dengan akta-akta, dengan hukuman-hukumannya tetapi pelaksanaan, penguatkuasaan itu sendiri.

Akta tinggal akta. Hukuman tinggal hukuman sahaja nanti kalau tidak ada yang sanggup hendak melaksanakannya, menguatkuasakannya di sempadan. Saya lebih kepada sempadan ini kerana kawasan saya kawasan persempadanan. Itulah pendapat saya, Yang Berhormat Jempol dalam hal ini.

Saya melihat perkara ini sebagaimana tadi ialah tentang akta-akta yang dipinda ini. Saya mengharapkan penguatkuasaan, penguatkuasaan dari pelbagai agensi dan semua yang terbabit. Imigresen, polis, kastam dan buruh akan sentiasa mengadakan pemantauan, membuat penguatkuasaan yang bersepadu setiap masa untuk memastikan kawasan-kawasan di sempadan-sempadan kita ini adalah tempat yang kebal, bukan mudah hendak ditembusi oleh this human traffickers.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Saya juga ingin dan mahu berkongsi dalam Dewan ini cerita tentang pemerdagangan manusia ini mungkin sekarang inilah baru keluar di blog tentang Limbang, imaging hotspot. Akan tetapi, perkara ini telah berlaku sejak 70-an, 80- an dan 90-an. Saya sendiri pernah mengalami dan melihat sendiri bagaimana 19 orang muda remaja, di mana mereka dikurung. Ini cerita dua daripada mereka yang terlepas dan lari ke masjid, berlindung di masjid memohon perlindungan kerana telah terlepas daripada sangkar-sangkar ayam ini. Belum sempat lagi dijamah dan sempat melarikan diri ke masjid, di mana mereka telah melarikan diri keluar daripada Limbang mengikut satu rombongan perdagangan Indonesia.

Itulah cara mereka yang menyelamatkan, kita bersama-sama menolong mereka keluar, pulang ke tempat asal mereka. Inilah yang terjadi. Jadi, saya rasa perkara ini amatlah serius bagi kita. Terutamanya kalau bagi saya, di kawasan saya di Limbang ini. Ini kerana it is a high time to clean up the image of Limbang yang pernah juga dahulu dikatakan salah satu “Chiang Mai” di Malaysia ini. Betul, ini perkara betul. This is the time, ya. The thing change.

Walaupun dahulu, pernah dikatakan dalam 70-an, lawan 80-an, dia kata pelacuran is one of the main perniagaan untuk orang cari makan. Itu tidak betul lagi sekarang, tidak boleh itu. Jadi, kita memandang serius perkara ini, dan mengharapkan dengan terpindanya akta ini, akan dapat membantu kita mengatasi masalah human trading ini, dan khususnya di Limbang, ya. Sebagaimana yang pernah juga ada whistleblowers, dengan izin, yang pernah menelefon saya terus terang, whistleblowers mereka tidak berani jumpa saya tetapi, mereka telefon saya. Ada yang telefon tengah malam pun ada sehingga mahu beritahu di mana.

Mereka ada memberi suggestion kerana whistleblowers ini, mereka sendiri mengaku, we used to be bad guys too, dengan izin. Akan tetapi sekarang kita pun sudah ada anak, isteri, dan keluarga. Kita pun takut anak-anak kami sendiri pun

final • 11:40 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

akan menjadi mangsa. That is why these people, dengan kesedaran dan keinsafan mereka. Jadi, ada di antara mereka mungkin dengan pengalaman whistleblowers ini yang menelefon saya. Mereka menyarankan Yang Berhormat Menteri, kalau boleh dia kata, di Limbang ini Yang Berhormat, jangan dibenarkan sesiapa pun penguatkuasaan lebih daripada tiga tahun duduk di Limbang ini.

Tiap mana-mana pegawai-pegawai yang terbabit dengan penguatkuasaan, lebih daripada tiga tahun, tukar. Jangan biarkan mereka berakar umbi di Limbang ini. Kalau tidak permasalahan ini tidak akan hapus dan berkurangan. Jadi, itu adalah antara suggestion whistleblowers dengan izin, yang telah menelefon saya. I do not know them. Jadi, saya sekali lagi memohonlah kepada kerajaan agar bukan hanya meminda akta-akta ini tetapi memastikan ia akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin, bersungguh-sungguh, dan penuh komitmen. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat pokok Sena. Selepas Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kota Belud, seterusnya Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang memberi keizinan kepada saya untuk turut terlibat dalam rang undang-undang... Wah! rang undang-undang P. Ramlee. P. Ramlee telah tahu satu ketika dahulu bahawa inilah industri yang sangat menguntungkan yang boleh membawa pulangan yang besar apabila Husin Lempoyang kata bahawa, lebih baik berniaga manusia daripada berniaga benda lain.

Jadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya baca dalam akhbar dan internet tadi, permit Harakah sudah pun dikembalikan. Jadi, saya ucapkan terima kasih. Akan tetapi bagi saya bahawa adalah suatu yang tidak wajar jika permit Suara Keadilan dan juga Roket tidak dikembalikan. Apatah lagi dengan diberikan pula kepada kami dengan syarat-syarat yang begitu ketat, dan ini tidak membantu kepada kita untuk meningkatkan tier media kita ini, tahap media kita.

Kita membincangkan soal Akta Antipemerdagangan ini ke arah untuk mahu naik taraf daripada tier 3 kepada 2, dan 1. Sedangkan kita bukan sahaja memerlukan ke dalam hal yang berkaitan dengan isu hak asasi dalam anti memperdagangkan orang ini tetapi, kita juga harus mempertingkatkan dalam soal hak asasi dalam hak kebebasan media yang harus juga memperlihatkan satu sikap keterbukaan kerajaan dan juga negara kita ini kepada masyarakat antarabangsa. Jadi, tidak ada perlu yang mahu ditakutkan dengan liputan-liputan media.

Kami pun berhadapan dengan media-media arus perdana yang memberikan liputan yang menyeliputi berbagai-bagai isu yang kami rasa bahawa itu soal mereka dan kita bersedia berhadapan dengan media. Jadi, saya harap dengan kehebatan dan kebijaksanaan rakan saya yang Berhormat Menteri ini akan dapat memperluaskan lagi permit yang diberikan kepada Harakah dan mengembalikan juga permit untuk Suara Keadilan dan juga Roket...

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini akta perdagangan akhbar kah ini?

final • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, tetapi... [Ketawa] Baik.

Tuan Yang di-Pertua, kita membincangkan membuat pindaan ini ialah untuk meningkatkan tahap kedudukan kita. Ini juga adalah kerana ada kaitan dengan ada persoalan isu laporan-laporan ataupun tuntutan masyarakat antarabangsa, seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan tadi, jua yang dipengaruhi. Bagi saya

final • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

bahawa itu merupakan pengaruh Amerika Syarikat. Kumpulan-kumpulan antarabangsa di bawah United Nations dan sebagainya adalah merupakan badan- badan yang dipengaruhi oleh Amerika syarikat dan juga dalam apa yang dilakukan dalam repot United State Department pun begitu, yang menunjukkan kedudukan negara kita berada dalam keadaan yang sangat tidak menggembirakan.

Jadi, bagi saya kenapa pula kerajaan begitu sungguh-sungguh untuk memenuhi tuntutan ini walau pun... Saya bersetuju dalam isu ini tetapi, janganlah dalam hal-hal yang lain. Oh! Kita tuduh orang ini ejen Amerika Syarikat atau CIA, sedangkan kerajaan sendiri pun mahu memenuhi tuntutan beberapa laporan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dalam isu perdagangan manusia ini. Sedangkan dalam perkara-perkara yang lain. Oh! Tuduh pula orang ejen CIA! Saya tidak tahulah sama ada Malaysia juga dengan akta ini boleh jadi ejen CIA... [Ketawa] UN Protocol itu salah satu yang dipengaruhi oleh pengaruh Amerika Syarikat yang cukup kuat.

Jadi oleh sebab itu, walaupun saya bersetuju dengan pindaan ini tetapi, janganlah kita bermain politik untuk melemparkan tuduhan-tuduhan dalam hal-hal yang lain. Sekali tuduh orang bayar pada CNN, dua hari selepas itu tuduh pula kata ejen CIA. Kalau ejen CIA tidak perlu bayarlah hari-hari boleh keluar dalam CNN... [Ketawa] Apa pula perlu bayar. Begitu juga, tuduh PAS ajaran sesat.

Selepas itu pelawa kerjasama! Mana hendak dengan orang sesat! Saya pun tidak tahulah, demam panaskah atau apa UMNO ini?... [Ketawa] Demam panas! Jadi saya fikir boleh mandi air daun semambu selepas ini, insya-Allah... [Ketawa]

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Baling boleh boh ubat air penawar sedikit, ya. Yang Berhormat Baling tolong jampi air penawar beri minum pemimpin UMNO ini, dia demam panas. Demam panas bubuh air semambu, ya...

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada segelintir, dia ada sesat sedikit.

final • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, hari-hari akhir ini. Banyak sedikit yang keluar...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maka itu, saya benarkan.

final • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kerana hari akhir.

final • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Selepas ini...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi jangan keterlaluan.

final • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mahu tunggu leteran Tuan Yang di-Pertua itu bulan Oktober pula... [Ketawa] Leteran yang sangat menggembirakan saya.

final • 11:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu pertama di sini ialah sejauh mana penguatkuasaan yang telah pun dilakukan selama ini, selama pelaksanaan akta yang telah pun kita luluskan? Walaupun ada pindaan-pindaan yang telah dibuat dan akan dibuat pada hari ini. Ini kerana, apa pun akta yang telah kita buat itu, kita bentang di sini, yang kita buat pindaan di sini ialah kita berhadapan dengan masalah penguatkuasaan yang tidak menampakkan suatu yang serius di kalangan kita khususnya pihak berkuasa. Ini kerana saya melihat bahawa banyak repot

final • 11:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

yang telah pun dibuat oleh berbagai-bagai pihak khususnya oleh pekerja-pekerja asing yang datang ke negara kita ini.

Di antara isu yang kita lihat bahawa ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan umpama ejen-ejen membawa masuk pekerja asing ini, mereka telah mendapat duit – mereka ini pekerja asing yang dibawa secara sah oleh ejen-ejen ini dan ejen ini telah pun mendapat bayaran daripada ejen di luar negara, sama ada di Indonesia ataupun di Bangladesh ataupun di mana-mana dan kemudian sampai di sini, di airport, pasport mereka itu akan diambil. Kemudian dalam mereka mendapat Visa on Arrival ini, ia hanya untuk dalam satu tempoh yang sangat terhad. Kemudian dalam tempoh itu, mereka tidak ada kerja, mereka tidak diberikan kerja dan mereka diletakkan, dibiarkan begitu sahaja dan pasport mereka dipegang dan contact person, ejen di sini itu pun sudah terputus.

Jadi ini yang kita lihat banyak repot di tangan saya yang dibuat oleh berbagai-bagai pihak NGO ada empat, lima fail berkaitan dengan repot-repot ini yang kita lihat menunjukkan bahawa ejen yang membawa itu adalah ejen yang sah yang dilantik dan diberikan lesen oleh pihak kerajaan sendiri. Jadi saya tidak tahu selama ini, sejauh mana tindakan yang telah pun dibuat oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap ejen-ejen ini.

Akhirnya kita melihat bahawa mereka ini terperangkap dalam keadaan yang akhirnya mereka akan ditahan oleh pihak-pihak berkuasa. Pekerja-pekerja ini akan ditahan oleh pihak berkuasa akibat daripada kerakusan ejen-ejen ini yang dikatakan mengeksploitasi kehadiran dan pembawaan mereka itu untuk menjadi pekerja di Malaysia yang dijanjikan dengan imbuhan bayaran ribuan ringgit sebulan, hampir RM2,000, RM3,000 sebulan dijanjikan dan mereka sanggup membayar dengan bayaran yang begitu banyak untuk mendapatkan satu bayaran yang lumayan di Malaysia. Jadi ini isu yang kita hadapi sekarang ini kerana bagi saya inilah perkara yang berkaitan dengan soal penguatkuasaan.

Yang kedua juga ialah apabila sebahagian daripada mereka itu dibawa bekerja khususnya mereka bekerja sebagai kedi golf di padang-padang golf yang ada di negara kita ini dan mereka dijanjikan – ini ada perjanjian-perjanjian yang dibuat... [Menunjukkan beberapa keping kertas] Perjanjian pekerjaan yang dijanjikan bekerja sekian masa untuk satu round sahaja kemudian dibayar dengan gaji banyak ini, dengan elaunnya, tips nya begitu begini dan sebagainya, dijanjikan sepatutnya akan mendapat cuti rehat seminggu sekali dan sebagainya tetapi, untuk sebulan pekerjaan, okey berjalan dengan baik – ini repot yang dibuat tetapi, selepas sebulan, selepas dua bulan, maka segala apa yang dijanjikan itu tidak dilaksanakan oleh pihak yang membawa mereka dan juga pihak majikan mereka.

Tidak ada satu tindakan walaupun repot telah pun dibuat oleh pihak ini sehingga akhirnya – pasport mereka sudah pasti dipegang oleh ejen mereka sendiri dan apabila mereka hendak balik, mereka ada problem dan sebagainya kerana mereka tidak tahan dengan pressure, penindasan yang dilakukan oleh majikan di tempat mereka bekerja sepertimana di padang-padang golf resort yang ada di negara kita ini.

final • 11:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hendak tanya kerana Yang Berhormat Pokok Sena banyak membawa isu yang relevan tentang akta ini. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, oleh sebab isu pemerdagangan orang ini bukan sahaja nampak negatif tetapi ada nampak positifnya juga terutama dari sudut labanya, kita akui memang keuntungannya memang besar.

final • 11:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, baru-baru ini kita beria-ria hendak juga lesenkan perjudian bola ini atas sebab kehilangan hasil ataupun cukai yang kita kata berupaya untuk kita kutip dengan banyak tetapi untuk kes pemerdagangan orang ini, kita tahu industri seperti yang dikatakan Yang Berhormat Permatang Pauh tadi mungkin mencecah USD30 bilion. Mungkin di Malaysia sahaja beberapa bilion USD barangkali tetapi yang pastinya, saya sudah semak, langsung tidak ada signifikan dari segi kutipan cukainya hasil daripada industri ini. Apa kata pandangan Yang Berhormat Pokok Sena? Agaknya kerajaan juga sepatutnya melihat tentang kehilangan hasil daripada industri ini sama seperti industri perjudian bola sepak barangkali, apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 11:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya, saya bersetuju bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Saya bersetuju bahawa ini yang sepatutnya dilihat oleh kerajaan secara serius. Saya kira bahawa saya menunggu jawapan terhadap apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi.

Jadi saya hendak pergi lagi kepada perkara-perkara yang saya bangkitkan tadi bahawa ini perkara-perkara yang sangat serius yang perlu diperlihatkan oleh pihak kerajaan. Ini kerana repot-repot yang dibuat ini satu benda yang cukup memalukan negara kita sebab diperlihatkan bahawa kita tidak sensitif. Bagi saya bahawa tidak cukup Tuan Yang di-Pertua, untuk menaikkan kita daripada 33 kepada 32 dan 32 kepada 31 itu hanya sekadar pada pindaan undang-undang, pada perkara yang bertulis. Kalau setakat bertulis, kita kata kita naik kepada 32, kepada 31 dan sebagainya tetapi dari segi realitinya, pelaksanaannya, kita tidak berada pada apa yang dikehendaki oleh tuntutan undang-undang tersebut. Kita tidak mengambil tindakan-tindakan terhadap mereka.

Jadi bagi saya tidak ada makna. Kita boleh membohongi dunia lah, kita membohongi dunia dan juga membohongi diri sendiri dan akhirnya dunia akan melihat bahawa “Oh, rupanya kamu hanya meletakkan hanya pada tulisan tetapi tidak kepada kenyataan”. Jadi sebab itu bagi saya bahawa ini merupakan perkara yang sangat serius yang harus dilihat oleh pihak kerajaan sebab memang banyak Yang Berhormat Menteri kalau hendak melihat repot-repot yang ada di tangan saya ini, yang berkaitan dengan isu pekerja-pekerja ini.

Saya juga ingin mendapatkan maklumat daripada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak syarikat-syarikat yang diberikan lesen untuk membawa masuk ataupun individu-individu yang mendapat lesen untuk membawa masuk pekerja-pekerja asing ini? Juga, atas perkiraan apa pula apabila pekerja-pekerja yang sanggup menyerah diri untuk dihantar pulang ini, kenapa pula kerajaan hanya memberikan kepada satu syarikat sahaja yang saya difahamkan boleh membawa dan menghantar mereka ini balik? Jadi saya bimbang bahawa ini juga ada berkaitan dengan perniagaan.

Perniagaan bawa masuk, satu sudah untung. Perniagaan membawa keluar pula untung lagi. Perniagaan hendak hantar sebab perlu dibayar pula kepada syarikat ini – saya pun tidak sempat hendak mencari nama syarikat itu tetapi hanya satu syarikat sahaja yang diberikan kebenaran. Jadi saya hendak tahu juga, kenapa ia begitu?

Saya juga bersetuju tentang apa dibawa oleh Ketua Pembangkang tadi bahawa isu sekarang ini ialah isu masalah integriti, isu rasuah. Jadi bagaimana kita hendak melihat pelaksanaan ini kalau agensi-agensi pelaksana ini juga terlibat dengan amalan-amalan rasuah. Apabila imigresen sendiri umpamanya, terlibat dalam hal-hal seperti ini. Jadi saya tidak tahu apakah langkah dan tindakan yang

final • 11:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

berkesan untuk memastikan bahawa perkara-perkara di mana pegawai-pegawai dan mereka yang terlibat dalam agensi kerajaan, termasuk orang-orang politik – saya percaya mengatakan bahawa bukan pegawai kerajaan yang berkehendakkan begitu tetapi saya percaya bahawa ini merupakan pengaruh orang politik yang memaksa pegawai-pegawai kerajaan untuk bertindak di luar daripada batas undang-undang bagi memenuhi kepentingan-kepentingan orang- orang tertentu.

final • 11:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Akhirnya, kita melihat bahawa yang menjadi mangsa ialah pegawai- pegawai kerajaan yang akan dikenakan tindakan. Jadi, macam yang disebut dalam kes bekas Ketua Pengarah Imigresen bahawa barangkali ada untuk dana politik dan sebagainya. Jadi, ini satu perkara yang amat memalukan...

final • 12:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, sila.

final • 12:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bicara tentang rang undang-undang pindaan yang telah dibahaskan hari ini menjurus kepada dua perkara; satu, penguatkuasaan dan kedua pelaksanaan. Jikalau kedua-duanya dirangkum sekali, ia memberikan kesan baik iaitu segerakan pelaksanaan. Namun yang jelas ialah dalam Kementerian Dalam Negeri memperkasakan enforcement ataupun rang undang- undang untuk mengambil tindakan.

Manakala Kementerian Sumber Manusia pula memberi ruang kepada satu akta yang dipanggil Akta Pekerja yang akan dibahaskan selepas ini yang menjurus kepada ruang luas kepada penerimaan perdagangan manusia ini. Jadi, saya mahu berkongsi dengan Yang Berhormat Pokok Sena, adakah Yang Berhormat Pokok Sena bersetuju bahawa retorik tidak cukup, yang jelas ialah pelaksanaan itu harus dibuat dengan bersungguh-sungguh oleh semua kementerian demi memastikan perdagangan ini tidak berlaku di dalam negara kita. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya bersetuju 300% dengan Yang Berhormat Kuala Langat. Saya bersetuju.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Malah, bagi saya bahawa ada beberapa perkara. Oleh sebab itu saya kira bahawa bila kita...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, sekejap.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya nampak gelak daripada Yang Berhormat Kuala Langat sudah mulai merebak di belakang di situ.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waktu berbahas Yang Berhormat berbahas. Bukan gelak. Berbahas maknanya berhujah. Bukan ketawa dan gelak.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Inilah dia kadang-kadang rakan-rakan kita tidak serius. Perkara ini perkara-perkara serius, bukan main-main.

Ini macam Husin Lempoyang mereka ini.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] Macam Husin Lempoyang. Jadi, sebab itu saya bersetuju sebab isu... [Disampuk]

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan rangkum semua, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik. Tidak. Tuan Yang di- Pertua, ini masalah kita. Pindaan-pindaan yang kita hendak buat itu pindaan- pindaan yang dibuat tergesa-gesa kerana masalah tekanan antarabangsa.

Masalah kerana ialah asalnya kealpaan kita sendiri. Jadi, ini kita hendak buat atas tuntutan antarabangsa yang menyebabkan kadang-kadang kita lihat bahawa, perkara-perkara yang ada kaitan umpamanya.

Saya bersetuju dengan apa yang disebut tadi bahawa sebab ia perlu bersama pindaan ini dengan Akta Pekerjaan, Yang Berhormat Kuala Langat, ya, dan sebagainya yang perlu disemak. Ia perlu bersama dengan Malaysian Private Agency Act, ia perlu bersama dengan akta-akta lain yang perlu dibuat. Akan tetapi, ada juga akta yang selepas ini yang bakal kita kalau sempat pada hari ini iaitu Akta Pekerja yang ada masalah di sana yang memungkinkan berlakunya eksploitasi terhadap golongan pekerja, menafikan hak mereka. Oleh sebab itu kita tuntut supaya akta tersebut supaya ditangguhkan dahulu untuk bacaan seterusnya supaya dibuat perundingan.

Saya difahamkan ada fasal tertentu di dalam Akta Pekerjaan tersebut tidak dibuat rundingan dengan pihak-pihak yang ada kaitan termasuk persatuan sekerja khususnya dan juga pihak-pihak industri dan sebagainya. Jadi, ini yang perlu dilakukan. Tidak boleh buat tergesa-gesa. Jadi, apabila kita buat tergesa- gesa akhirnya pindaan-pindaan itu tidak akan memenuhi apa yang diperlukan oleh kita semua.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Pokok Sena, saya hendak tanya nampak relevan apa Yang Berhormat Pokok Sena katakan kerajaan hendak bersungguh-sungguh hendak rush through nampaknya, dengan izin, hendak bentang dan hendak luluskan perkara ini. Jikalau satu masa dahulu, Perdana Menteri pernah dalam rancangan hendak berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat, Obama pada masa itu, kita juga menggunakan kaedah yang sama untuk meluluskan satu Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik pada masa itu. Kemudian, baru kita tahu tiba di sana menggunakan alasan ini kata, okey kita telah meluluskan di Dewan Parlimen kita tentang undang-undang ini...

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Adakah rasanya benda yang sama akan berlaku?

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini tidak serius sudah, ini main-main sahaja.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, ini satu benda yang tidak boleh ditolak kemungkinan itu kerana sejarah telah memperlihatkan bahawa kerajaan sanggup buat apa sahaja demi untuk membolehkan dia berjumpa dengan ‘bapa tiri’nya. Jadi, seolah-olah kita ini menjadi ‘anak tiri’ kepada Amerika Syarikat... [Ketawa]

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tadi saya ada sebut bahawa syarikat ini tadi baru saya jumpa. Syarikat yang diberikan tanggungjawab untuk membawa mereka ini balik iaitu Pangkal Rezeki Sdn. Bhd. kalau tidak silap saya. Ini maknanya banyak rezeki ini...

[Ketawa] Pangkal Rezeki maknanya meniaga manusia ini pangkal rezeki. Bawa masuk pun rezeki, bawa keluar pun rezeki. Jadi, kita hendak tahu juga berapa banyak peluang yang diberikan kepada mereka. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa mesti kita buat satu pindaan itu harus memerlukan kepada keseriusan dan ketelitian kita dalam melihat secara yang lebih menyeluruh.

Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua tadi saya minta supaya bahawa beberapa perkara yang berkaitan dengan ini dan saya bersetuju tadi bahawa sebaiknya ialah untuk kita melihat penguatkuasaan secara lebih menyeluruh dan bagaimana mekanisme untuk memastikan bahawa ketelusan dalam pelaksanaan itu tidak ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan ini.

Akhir sekali, saya melihat juga dalam isu kemasukan pekerja-pekerja asing ke dalam negara kita ini nampaknya saya sering bertanya apakah mereka juga dieksploit untuk kepentingan politik. Jadi, sebab itu saya hendak tanya kepada Kementerian Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri khususnya yang juga bertanggungjawab dalam imigresen, Jabatan Pendaftaran dan sebagainya, soal isu kewarganegaraan. Saya tidak tahu bagaimana prosedur yang sebenarnya untuk seseorang orang asing yang ada PR khususnya, bukan Pakatan Rakyat untuk memohon warganegara. Saya tidak tahu adakah dibuat secara pergi ke pejabat pendaftaran ataupun dibuat pengumuman mari pergi ke padang, kita buat satu pendaftaran untuk membolehkan warganegara.

Jadi, saya tidak tahu apakah polisi kerajaan sekarang ini. Apakah kerajaan bersedia untuk membuka seluasnya kepada pemegang-pemegang PR ini untuk diberikan hak warganegara dan apakah pertimbangan-pertimbangan? Mereka ini sebahagiannya adalah pekerja. Apakah pertimbangan-pertimbangan politik yang akan diberikan pada masa depan apabila kita memperluaskan dan memperbanyakkan lagi orang asing ini untuk diberikan warganegara? Oleh sebab itu, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapa yang sebenarnya dalam negara kita ini yang memegang status PR, berapa?

Saya hendak beri beberapa maklumat yang saya dapat. Saya tidak tahu siapa sebenarnya tetapi saya telah difahamkan bahawa ini adalah di bawah operasi kerajaan. Pada 15 dan 17 Jun bertempat di Kota Warisan di Sepang dipanggil pemegang-pemegang PR ini untuk datang membuat pendaftaran untuk mereka mendapat warganegara.

Yang Berhormat boleh geleng kepala... [Ketawa] Akan tetapi itu saya sebut 15 hingga 17 Jun sehingga tengah malam ia dibuat. Ramai yang datang dan diberitahu bahawa, “Bila kami memberikan warganegara ini dan akan diberikan nanti selepas ini Kad Pengenalan Biru janganlah lupa untuk sokong kerajaan. ’

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Ketawa]

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat boleh gelaklah bukan tidak gelak, baik. Pada 3 Julai bertempat di Dewan Centrum Setiawangsa, satu operasi telah dibuat, dipanggil pemegang-pemegang PR ini.

Pada 10 Julai sekali lagi bertempat di Kota Warisan untuk diberikan kad pengenalan biru bagi mereka yang sudah pun diproses. Apabila...

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Pokok Sena, mencelah sedikit.

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sekejap, sekejap. Okey.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Buang masa lah.

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Apa pula buang masa?

Ini masa depan negara...

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Ini Parlimen!

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Pokok Sena ini, apakah ini ada hubung kait dengan baru-baru ini dikeluarkan kenyataan 140 ini? Apakah ianya mempunyai hubung kait dengan pendaftaran dengan SPR-140 ini?

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya akan teruskan dulu sebelum saya berikan respons. Kemudian pada 10 Julai ini, ada gambar persekitaran yang sempat diambil oleh beberapa orang anak buah saya dalam majlis tersebut di Kompleks Integrasi Warisan Arca (KIWA), Pusat Pertanian Labu Lanjut. Baik, bila 10 Julai berlaku, maka satu report polis telah dibuat. Report polis telah dibuat, saya percaya bahawa tidak mungkin polis akan siasat benda yang dibuat oleh agensi bawah kementerian yang sama.

Kemudian semalam ada satu sidang media kepada orang yang membuat report dan sepatutnya semalam 14 Julai di halaman surau perkampungan warga Indonesia Taman Melati sudah pun dipanggil semua pemegang PR ini. Mereka sudah pun hadir apabila ada satu sidang media yang telah dibuat di Sepang oleh beberapa orang rakan daripada PAS, DAP dan juga Keadilan lalu program di halaman surau yang sudah dipasang khemah soal pendaftaran sudah pun mula dibuat daripada pendaftaran kehadiran hendak mendaftar nama dan sebagainya di perkampungan warga Indonesia Taman Melati dibatalkan dengan tiba-tiba.

Alasannya kononnya ada agen yang membawa pemegang PR ini ambil komisen. Diberikan alasan itu tetapi saya kira bahawa kerana sidang media yang dibuat oleh beberapa orang rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat di Sepang semalam. Jadi saya tidak tahu adakah ini merupakan operasi rasmi kementerian sebab saya telah pun melihat beberapa pembuktian yang ditunjukkan kepada saya mereka yang telah diberi kad pengenalan tetapi tidak dikeluarkan sijil kewarganegaraan negara.

Sedangkan saya difahamkan, saya ditunjukkan satu lagi orang yang mengikut proses biasa, prosedur biasa maka bila pergi mohon dan sebagainya, kemudian mereka akan diberi kad pengenalan biru dan juga sijil warganegara tetapi, untuk operasi ini, mereka hanya dikeluarkan kad pengenalan biru sahaja tanpa sijil warganegara. Saya tidak tahu sama ada ini merupakan satu sindiket yang tanpa pengetahuan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara dan juga pihak-pihak yang lain ataupun sememangnya satu sindiket yang dalam pengetahuan kementerian ataupun merupakan satu operasi rasmi yang dibuat oleh pihak kementerian atas alasan-alasan tertentu untuk survival politik UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah ini yang akan memenuhi senarai daftar pemilih yang dikatakan berapa juta masih yang sudah pun layak RM4 juta yang layak untuk daftar pemilih dan beberapa juta Melayu, hampir dua juta orang adalah terdiri daripada orang- orang Melayu yang layak mendaftar tetapi belum mendaftar. Apakah ini yang akan memenuhi senarai daftar pemilih untuk pilihan raya umum akan datang. Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan bahawa saya sebenarnya memang

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

sudah bertemu dengan beberapa orang yang dipanggil untuk diberikan kad pengenalan saya sendiri tengok kad pengenalan tersebut dan tanpa ada sijil warganegara. Saya fikir bahawa apakah ini satu manipulasi terhadap mereka sekali lagi bila berlaku sesuatu kad pengenalan itu akan ditarik balik dan mereka tidak ada apa-apa dokumen dan sebagainya.

Jadi saya minta jadi jangan sampai ke peringkat sudahlah kita membiarkan pihak tertentu agensi tertentu memperdagangkan manusia kemudian kita eksploit pula untuk kita pula memperdagangkan mereka untuk kepentingan politik. Syarikat-syarikat yang memperdagang membawa mereka itu untuk kepentingan perut tuan punya syarikat tersebut tetapi kita pula atas nama kerajaan atas nama agensi kerajaan memperdagang untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional. Jadi saya hendak kata Tuan Yang di-Pertua ini sudah disahkan oleh mahkamah apa yang saya sebut ini ia sudah disahkan oleh mahkamah dalam kes di Sabah yang menunjukkan bahawa ada pendatang-pendatang asing ini yang diberikan dalam satu operasi untuk pendaftaran memilih projek ‘M’ kah apa dulu, satu ketika dulu.

Ini merupakan satu perkara yang sangat serius dan saya melihat bahawa dari sudut keselamatan masa depan negara kita ini satu perkara yang sangat serius. Jadi saya mohon penjelasan daripada rakan sejawat saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah saya sebut tadi selepas Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kota Belud dipersilakan.

final • 12:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya memulakan hujah saya Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengalukan kehadiran Wanita UMNO Cawangan Parit dan pemimpin Parlimen masyarakat Parit yang ada di belakang.. [Tepuk] Nampak gayanya selepas sahaja Yang Berhormat Parit ini menjadi wira Palestin dia sudah menjadi begitu popular, saya ingin bersemangat tetapi, saya ingin ingatkan kakak-kakak, makcik-makcik, adik-adik yang datang hari ini, apa yang disebut Parlimen ini memang baik tetapi, melihat kepada sandiwara Yang Berhormat Pokok Sena pada hari ini, jangan anggap bahawa Parlimen ini...

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sandiwara, sandiwara, drama minggu ini. Jangan lari dulu Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Amitabh Bachchan.

final • 12:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Amitabh Bachchan macam hilang akal sikit pun harap....

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat duduk dulu Yang Berhormat Pokok Sena. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, apabila berucap ucapan itu ditujukan kepada Speaker. Tadi saya sengaja tidak menegur Yang Berhormat Pokok Sena apabila berucap dia pusing-pusing, putar- putar dia mengundang provokasi...

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Saya...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itulah daripada situ mengundang provokasi daripada Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua sentiasa di hati saya.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud berucap menghadap kepada saya kandungan ucapan itu orang lain boleh dengar. Ini seolah-olah berucap dengan...

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Dia sudah ikut Yang Berhormat Kepong Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua terima kasih saya cuma minta kalau boleh Tuan Yang di-Pertua walaupun jangan terpengaruhlah dengan sandiwara putar alam Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan Yang di-Pertua, isu ini penting tadi saya melihat dan mendengar sandiwara yang diberi diucapkan dihujahkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, saya ingin komen beberapa perkara.

Pertama sekali soal tentang rasuah. Yang Berhormat Pokok Sena larikah Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Keluar sekejap, nanti datang balik.

final • 12:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kata tentang rasuah, setiap perkara yang disebutkan oleh pembangkang ini dikaitkan dengan rasuah. Seolah- olah Malaysia ini sudah keterlaluan dengan gejala rasuah. Saya fahamlah strategi politik.

final • 12:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Tumpang laluan sekejap.

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Strategi... Belum lagi, saya habiskan saya punya ini, saya beri.

final • 12:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sekejap, saya hendak beri penjelasan sebelum tukar tajuk. Yang Berhormat Pokok Sena bahas keluar tajuk tadi.

Antipemerdagangan manusia ini sebenarnya, sebalik itu berkaitan dengan PADI dan PATI tetapi sudah lain sama sekali, tidak ada kaitan dengan soal PATI dengan PADI tadi...

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita tahu dia punya tahap.

final • 12:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Tadi saya segan hendak tegur atas penghormatan kepada kawan-kawan tetapi sudah keluar tajuk lama sudah...

[Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih. Kita faham tahap intelektual Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat. Tentang rasuah Tuan Yang di-Pertua, kita faham strategi politik, menggunakan perkataan rasuah, diulang berkali-kali supaya kerana ini adalah isu yang paling senang untuk mengaburi mata rakyat. Saya selalu mengatakan, saya pernah bertanya kepada Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Ipoh Timur, selalu mengatakan bahawa di negara ini rasuah berjumlah RM28 bilion.

Saya tanya bagaimana jumlah ini dapat dikira, RM28 bilion ini sampai sekarang tidak ada jawapan daripada beliau, kedua-dua mereka. Jumlah RM28

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

bilion ini Tuan Yang di-Pertua adalah satu andaian yang dibuat oleh sebuah surat khabar yang mengatakan bahawa kalaulah ketirisan 10% dalam negara kita, maka RM28 bilion jumlah yang tiris kerana korupsi dan rasuah di negara ini. Apakah seorang Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh menggunakan andaian seperti itu dan menjaja fakta seperti itu untuk kepentingan politik. Itu tidak bertanggungjawab. Jadi untuk mengatakan semua orang,pihak penguatkuasaan kementerian, rasuah, oleh sebab satu atau dua orang telah dihadapkan ke mahkamah, itu pun satu, saya rasa tidak begitu adil. Mungkin permasalahan tentang penguatkuasaan ini bukan semuanya kerana rasuah, ada mungkin kerana kekurangan ahli, pegawai, tidak mempunyai kelengkapan, tidak ramai, atau kerana mungkin border, pantai kita ini terlalu luas, bukannya kerana rasuah.

Jadi saya mintalah kepada rakan-rakan di sebelah sana, jangan terlalu ghairah hanya dengan sedikit kesilapan di situ semuanya kerana rasuah. Ya, ayahanda saya Yang Berhormat Sri Gading.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, title ayahanda itu mulia. Yang Berhormat Kota Belud, inilah yang diputarbelitkan oleh pembangkang.

final • 12:20 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Langat..., siapa ini? Yang Berhormat Kuala Langat. Ulang balik Yang Berhormat Kuala Langat, saya suruh rehat di luar... [Ketawa] Sila.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Akan tetapi Yang Berhormat Kuala Langat ini dia baik Tuan Yang di-Pertua, dia baik, dia patuh.

Inilah, saya amat setuju Yang Berhormat Kota Belud, tidak ada modal lain untuk memburukkan kerajaan ialah dengan menuduh secara membuta tuli supaya persepsi rakyat di negara ini dapat dikelirukan. Rasuah! Rasuah! Rasuah! Lain tidak ada, rasuah, rasuah! Akan tetapi, kalau kita kata bahawa kerja-kerja merompak pasir di Selangor juga ada kaitan dengan rasuah kerajaan pembangkang tetapi, kerja terang-terang dirompak, terang-terang suatu pekerjaan mencabuli hak rakyat, apakah kita tidak boleh pula mengandaikan itu juga ada kaitan dengan rasuah yang diamalkan oleh Kerajaan PKR di Selangor, umpamanya kalau... Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Sila.

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya beri Yang Berhormat Jempol sedikit.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, menyambung isu rasuah...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol, perbahasan ini berkenaan antipemerdagangan... [Ketawa] Jangan terikat sangat dengan rasuah.

final • 12:20 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kota Belud kerana PKR dan gabungannya memperdagangkan Raja Petra di London. Adakah memperdagangkan seorang rakyat Malaysia ke London yang bernama Raja Petra dengan tujuan untuk melemparkan fitnah, tuduhan yang tidak berasas. Memburuk-burukkan negara dengan tujuan menghancurkan agama, bangsa dan negara dapat kita lindungi dengan pindaan undang-undang yang kita bahaskan hari ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pandangan-pandangan Yang Berhormat begitu bernas sekali. Pertama, saya beritahu kepada ayahanda Yang

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Berhormat Sri Gading, sebenarnya Yang Berhormat Sri Gading bukan sahaja soal rasuah ini. Sebenarnya Akta Antipemerdagangan ini dibuat oleh kerajaan kerana apa yang berlaku di Selangor sekarang ini apabila pusat-pusat hiburan yang begitu banyak, yang mana rakyat luar negara, warga asing digunakan untuk menjadi pelayan-pelayan yang bertaburan di serata tempat di Selangor. Inilah sebabnya Akta Antipemerdagangan ini dibuat supaya kita dapat memberi satu signal yang kuat kepada kerajaan negeri Selangor untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan kerajaan tempatan di negeri Selangor. Itu Yang Berhormat Sri Gading antara inti pati kenapa kita mahu Akta Antipemerdagangan ini dibuat hari ini serta diluluskan hari ini.

Yang Berhormat Jempol pula, saya setuju apa yang, Yang Berhormat Jempol kata. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena kata, perniagaan bawa masuk pun untung, perniagaan bawa keluar pun untung. Inilah ini, Raja Petra yang terang- terang telah diperdagangkan. Bukan itu sahaja, ini satu lagi Balasundram, agen kita tahu, pulangan ia pun begitu baik serta begitu besar kepada setengah- setengah pihak yang memperdagangkan mereka ini, ini sebabnya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, akta ini begitu penting sekali, jadi saya berpendapat... Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, kepada kementerian kerana sebagai sebuah negara yang maju Malaysia mesti berada di aras yang sama dengan negara-negara maju. Yang menghormati hak asasi manusia dan juga memperbaiki segala undang-undang yang ada di negara kita ini untuk kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain.

Tadi sebelum saya berucap, Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan ada demam, UMNO ini demam Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, kita tidak demam, semua orang tahu di dalam parti PAS sekarang ini, perpecahan begitu dahsyat sekali. Ada yang mahukan kerajaan perpaduan, ada yang tidak mahu sehinggakan sekarang ini dalam pemilihan Parti PAS akan datang ini, terpaksa Mursyidul Am PAS yang anti kepada kerajaan perpaduan ini mengeluarkan satu fatwa, politik jangan ada pertandingan.

Jadi saya mintalah kepada Yang Berhormat Pokok Sena sebenarnya yang minta kerajaan, yang terhegeh-hegeh hendakkan kerajaan perpaduan ini bukan UMNO. UMNO memerintah sekarang ini, kita mempunyai lebih kerusi daripada anda, apa yang kita mahukan daripada PAS... [Tepuk] Semua orang tahu perpecahan.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingatkan balik Akta Antipemerdagangan Manusia... [Ketawa] Jadi kalau berbalas pantun, Yang Berhormat Pokok Sena sudah jual pantun, itu saya kasi biar tadi. Jadi pantun sudah dibalas oleh Yang Berhormat Kota Belud dengan isu, berhentilah kepada Akta Antipemerdagangan Manusia.

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya faham Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh saya mencelah sedikit.

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya setuju, berbalik kepada keadaan kita sekarang ini, di mana membahaskan tentang hujah ini. Tuan Yang di-Pertua saya hendak memberitahu kepada Tuan Yang di-Pertua. Di negeri Sabah ini Tuan Yang di-Pertua adalah

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

salah satu negeri yang mempunyai masalah pemerdagangan manusia ini, begitu serius sekali. Kawasan yang dikenal pasti sebagai destinasi utama pemerdagangan orang di Sabah ini Tuan Yang di-Pertua setelah ada satu kajian daripada Pusat Kajian Antropologi, dengan kerjasama Universiti Indonesia, Archdiocese, Human Development Commission, dengan izin.

Keadaan kawasan yang agak kritikal atau yang agak mempunyai masalah di Tawau, Sandakan, di Kota Kinabalu dan Keningau. Sabah digunakan sebagai transit Tuan Yang di-Pertua, untuk pemerdagangan kanak-kanak perempuan ke Labuan, Sarawak dan Semenanjung. Daripada Nunukan dan Sungai Nyamuk di Indonesia ke Tawau, daripada Zabuanga, Filiphina ke Sandakan, daripada Manila ke Kota Kinabalu melalui negara, daripada Lawas, Limbang, ke Sindumin dan Labuan dan Sepitang.

final • 12:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita mempunyai masalah bukan sahaja yang transnasional, yang bolos ke negara-negara luar atau yang masuk dari negara-negara luar tetapi, di negara kita sendiri Tuan Yang di-Pertua, pemerdagangan orang ini juga berlaku. Agensi- agensi pekerjaan yang datang ke Sabah dengan tipu helah mereka untuk mengambil pekerja-pekerja dari kawasan pedalaman contohnya. Dengan memberi tawaran-tawaran yang tidak masuk akal, maka ramailah di antara anak-anak muda dari kawasan luar bandar di negeri Sabah yang tidak berpengalaman, yang masih muda, yang miskin, termakan dengan hujah dan gula-gula yang telah diberikan oleh agensi-agensi ini terutamanya...

final • 12:30 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Ya...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Di kawasan kita juga Tuan Yang di-Pertua, di Kota Belud di mana Tuan Yang di-Pertua adalah salah seorang yang datang dari Kota Belud tetapi saya hairan, sepatutnya bukan sahaja kerajaan sahaja yang cuba menyelesaikan masalah ini tetapi persatuan-persatuan NGO, parti-parti politik harus bersama dengan kerajaan. Ini apa yang berlaku baru-baru ini di mana parti DAP memanggil dan menjemput rakyat Malaysia Sabah yang ada di kawasan Lembah Klang, mengumpul mereka dengan pretext, dengan izin, dengan alasan kononnya untuk mendekati mereka, mengetahui masalah mereka...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh Yang Berhormat Kota Belud?

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Akan tetapi apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, dalam perjumpaan itu yang dikatakan ialah politik – bagaimana Kerajaan Negeri Sabah rasuah, selamatkan Sabah. Jadi kita mintalah parti-parti politik seperti DAP ini bertanggungjawab. Banyak masalah, memang betul...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Mohon laluan.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi, saya minta kalau boleh, parti-parti pembangkang ini for once lah, bekerjasama dengan parti kerajaan...

final • 12:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Untuk menyelesaikan masalah. Kalau betul-betul mahu membantu rakyat negeri Sabah, buat secara ikhlas. Jangan berlandaskan politik semata-mata. Saya setuju perlu diadakan

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

dialog dan sebagainya tetapi, jangan gunakan – sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya beritahu sedikit, kita banyak masalah di sini Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Penjelasan!

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Even di Kuala Lumpur.

Sekejap. Walaupun di Kuala Lumpur ini kita mempunyai masalah, rakyat negeri Sabah yang ada di sini masih lagi tidak ada pembelaan, disalahgunakan, di abused oleh employer-employer yang tidak bertanggungjawab. Jadi inilah saya minta kepada rakan-rakan di sebelah sana supaya memberi peranan, membuat peranan dan menjalankan peranan yang lebih produktif. Saya beri kepada Yang Berhormat Arau.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor berdiri lagi lama ini.

final • 12:30 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Dalam kita membuat pindaan pada hari ini, saya ingin bertanya Yang Berhormat Kota Belud, ada kes yang bersifat domestik yang ditangkap pada pagi semalam di Kuching, Sarawak. Kalau kita lihat, sepatutnya kita melihat perkara ini sebagai satu yang cukup serius kerana pernah terjadi walaupun dalam zaman moden ini, di negara jiran misalnya, ada kanak-kanak yang dirantai seperti hamba abdi untuk menjadi transit dihantar ke luar negara. Negara itu ialah negara jiran yang berdekatan dengan Sabah.

Kemudian kita lihat dalam keadaan sekarang, kesedaran masyarakat tentang pemerdagangan manusia ini masih berada dalam tahap yang cukup rendah yang menyebabkan kita begitu confused dengan pendatang dengan izin

(PADI) dan pendatang tanpa izin (PATI). Jadi dalam hal ini, apa pandangan Yang Berhormat Kota Belud kalau pindaan yang dibuat pada hari ini dalam usaha kita sebelum kita menandatangani protokol yang berkaitan dengan antipemerdagangan manusia ini, supaya rakyat Malaysia lebih prihatin dan mengetahui bahawa sebenarnya jenayah ini adalah jenayah yang cukup besar dan perlu diberikan perhatian yang cukup serius oleh kerajaan? Minta pandangan Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya amat bersetuju kerana ini...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor sambung sedikit. Boleh Yang Berhormat Kota Belud?

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Selepas ini. Ini adalah kerana isu ini serius dan saya minta kalau boleh pihak kementerian – Menteri ada di sini pada hari ini, untuk meneliti hujah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Beginilah bunyinya, barulah ada suara-suara yang bersifat – dalam hal ini Yang Berhormat Kota Belud, seharusnya kita bertindak by partisan. Apabila Yang Berhormat Kota Belud berhujah beberapa minit yang lalu, bunyinya seperti statesman. Pada awal tadi kami pun rasa curiga dan tertanya-tanya, mengapa Sabah yang merupakan antara pangkalan yang menjadi lubuk kepada perdagangan manusia ini, kalau mendengar Ahli Parlimen yang berucap seperti itu, memang cukup khuatirkan kita, Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi dengan celahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Arau – Yang Berhormat Arau okey lagi tetapi, daripada Yang Berhormat Sri Gading sebentar tadi Tuan Yang di-Pertua, saya kira Yang Berhormat Sri Gading telah

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

membuat celahan-celahan seperti itu beberapa kali Tuan Yang di-Pertua – bercakap tentang kecurian pasir di Selangor...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, ini seolah-olah membuat rumusan kepada apa yang telah dihujah oleh Yang Berhormat...

[Ketawa] Kalau hendak mencelah pun, mencelah kepada perkara apa yang dibangkitkan.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Nanti, nanti dahulu. Saya belum masuk topik saya lagi.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Straight to the point.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan terlampau melencong dari...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya ingin merujukkan Yang Berhormat Sri Gading ini supaya – ia merujuk kepada apa yang dipaparkan di dada akhbar The Star pada tarikh 24 Jun yang bercakap tentang dengan izin, “Sand Pirates – Millions floated out of the country via Sungai Johor", Tuan Yang di- Pertua. Millions by the day, setiap hari. Apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Sri Gading beberapa kali yang saya dengar Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa soalannya Yang Berhormat? Soalan, soalan?

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Adalah merupakan satu yang telah diakui Sinar Harian out of – yang merupakan satu malicious. Satu laporan yang jahat dan salah dan telah pun diperbetulkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Akan tetapi Yang Berhormat Sri Gading pada pagi ini masih mengulangi perkara yang sama, Tuan Yang di-Pertua. Baik, saya masuk topik saya.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

What is that?

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya bagi 15 saat.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya masuk topik saya...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud duduk dahulu.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Untuk memberi celahan kepada Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk dahulu.

Saya ingatkan kembali. Dalam Peraturan Mesyuarat, mengemukakan hujah yang mengandungi seolah-olah ada sangkaan jahat, tidak boleh, seolah-olah kita menuduh orang rasuah, tidak boleh. Itu makanya dilarang di dalam mesyuarat.

Jangan perbahasan seperti ini setiap kali perbahasan timbul. Itu sebab Peraturan Mesyuarat sebegitu rupa. Itu sebab Peraturan Mesyuarat cuma membenarkan hujah difokuskan kepada apa isu yang sedang dibahas, bukan banyak side line.

Tadi pasal pasir Selangor, sekarang pasal pasir Johor pula, pemerdagangan manusia sudah hilang... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu sebabnya. Jadi, masa tidak membenarkan lagi, kita ada satu lagi rang undang-undang sampai petang...

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Dan saya tidak akan sambung sehingga jam 5.30 petang.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Baik, saya merujuk...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi kalau hujah ini berpanjangan begini, saya akan bagi nanti 3 minit seorang.

final • 12:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya teruskan, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya mahukan Yang Berhormat Kota Belud memberikan komentar tentang apa yang disebutkan oleh pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah...

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, komentar saya senang.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan bagi komentar, Yang Berhormat.

Penjelasan... [Ketawa] Kerana komentar ini overview yang amat besar.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebab dia minta saya bagi komentar.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya belum sebut lagi persoalan saya.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Beginilah Tuan Yang di- Pertua, saya anggap isu pasir ini...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Belum masuk lagi.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak apa, tidak ada masa.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Isu pasir ini, saya pun hendak menjelaskan isu pasir di Johor. Berbeza dengan apa Yang Berhormat Kuala Selangor kata.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak apalah, nanti Yang Berhormat Kuala Selangor boleh berucap. Saya mahu bagi komentar saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau ini tidak berhenti, saya panggil Menteri untuk menjawab kepada semua yang dibangkitkan sebelum ini. Jadi jangan Ahli Yang Berhormat yang belum berucap marah kepada saya.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini kerana saya ada kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Pokok Sena...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri bersedia untuk menjawab?

final • 12:30 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

[Mengangguk kepala]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri bersedia untuk menjawab.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kota Belud, saya mahu... Nanti kejap.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Komentar saya senang, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Kota Belud...

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya berpendapat kalau ada masalah pasir di Selangor ini, Menteri Besar... [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ulangi balik. Kalau ini tidak diberhentikan, saya akan panggil Menteri untuk menggulung perbahasan.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke hal yang lain.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya serius ini.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya sudah habis Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dahulu.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak ada isu, pasir bukan isu.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud duduk dahulu. Yang Berhormat Kuala Selangor duduk dahulu.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Sri Gading...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 37, apabila mencelah, cuma boleh dibenarkan kalau Yang Berhormat yang sedang berhujah membenarkan.

Jadi kalau Yang Berhormat Kota Belud sudah tidak membenarkan, bermakna laluan itu setelah dia hentikan, dipampan begitu, Yang Berhormat Kuala Selangor tidak boleh berhujah lagi. Bukankah itu Peraturan Mesyuarat?

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dua-dua berdiri lagi pula.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Soalan saya Tuan Yang di- Pertua, belum saya tanya pun lagi.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak apa.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Itulah, Yang Berhormat Kuala Selangor... pandai.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Izinkan saya tanya soalan.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya berilah. Duduk, duduk!

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya bertanya Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak mengapa, silakan duduk.

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh saya bertanya?

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak mengapa.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau Yang Berhormat Kuala Selangor boleh bertanya, saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Sri Gading hendak membawa isu pasir.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Cerita pasir di Selangor, kami di Johor, jauh berbeza.

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Beginilah Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana tidak mendengar apa fatwa saya, saya diam-diam sahaja di sini. Bereskanlah apa rang undang-undang itu.

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Kota Belud berucap.

Yang Berhormat Kuala Selangor teruskan, Yang Berhormat Sri Gading. Ada lagi yang berminat untuk berucap, berdirilah sekali.

final • 12:40 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, teruskan.

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya juga merasakan tentang...

final • 12:40 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Lagi-lagi pasir.

final • 12:40 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh] Peraturan Mesyuarat 37(2). Bolehkah Tuan Yang di-Pertua gunakan standing order itu? [Dewan riuh].

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey. Terima kasih. Saya bagi pihak Yang Berhormat Ranau... [Ketawa] Speaker mahu mendengar. Okey, saya sambung. Ada dua perkara atau tiga perkara lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat tidak peduli dengan fatwa Speaker. Buat apa lagi hendak Speaker. Bereskan apa sahaja pada peraturan mesyuarat itu, teruskan. Sesiapa mahu berhujah sesuka hati, hujahlah.

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ingat itu Yang Berhormat Kuala Selangor, ikut peraturan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga merasa risau tentang satu isu iaitu tentang kemampuan pemantauan ini. Kalau saya meneliti akta ini, pindaan pada akta ini tidak ada peruntukan kewangan untuk menambah pegawai-pegawai yang akan memantau persisiran pantai ataupun jalan-jalan tikus yang mana jalan-jalan ini digunakan untuk pemerdagangan orang ini. Saya merasakan kalau pihak kerajaan atau kementerian meminta pertambahan bajet untuk memastikan bahawa Akta Antipemerdagangan ini dapat dijalankan dengan berkesan, saya rasa pihak Parlimen, kita di sini akan dengan lebih senang hati akan memberikan bajet tersebut kerana ini adalah isu yang besar dan melibatkan manusia, human rights, kebebasan dan sebagainya. Jadi, di dalam akta tadi, pindaan itu tidak disebut malah dikatakan tidak memberikan apa-apa impak kewangan kepada kerajaan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan tentang siapakah yang bertanggungjawab untuk menghantar kembali mangsa-mangsa ini.

Adakah ia akan di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan ataupun mungkin kedutaan-kedutaan asing perlu diberikan tanggungjawab untuk membantu kerajaan menangani isu ini dan membayar sebahagian daripada kos penghantaran? Jadi, kita mahu satu penerangan daripada kementerian kalau boleh, siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan mangsa ini pulang ke negara mereka setelah perintah perlindungan seperti yang termaktub di dalam akta ini luput.

Dua lagi isu kecil yang saya ingin minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri ialah tentang hasrat kementerian mengatakan bahawa tanpa ada pindaan pada akta ini, penyiasatan sukar dan pendakwaan penjenayah yang terlibat juga sukar. Saya merasa khuatir kerana kadang-kadang kita tahu dalam penyiasatan ini juga bukannya kerana akta tetapi mungkin kerana kita tidak mempunyai kemampuan, skills, kepakaran kerana isu ini melibatkan kawasan pantai yang luas, apakah kita mempunyai kemampuan untuk menyiasat walaupun ada pindaan pada akta ini.

Saya merasa risau terhadap itu kerana banyak akta yang telah kita luluskan di dalam Dewan yang mulia ini agak terhad keberkesanannya kerana kita tidak mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk menjalankan tugas-tugas penyiasatan. Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, kita pun faham mangsa- mangsa ini mungkin apabila mereka telah terlibat dalam pelacuran contohnya mungkin malu untuk menjadi saksi. Ini akan menjadikan perkara ini rumit walaupun dengan kelulusan pindaan akta ini pada hari ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja. Saya ingin menyokong sepenuhnya dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan kementerian kerana telah dapat menghantar satu pindaan yang begitu komprehensif walaupun memerlukan sedikit fine tuning, dengan izin. Saya berharap...

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Kota Belud kalau boleh saya bertanya.

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya berharap akta ini akan dapat meletakkan kita sebaris dengan negara maju...

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Di negara ini yang...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud, untuk memuaskan hati Yang Berhormat Kuala Selangor...

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Berilah laluan sedikit.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biarlah dia laluan untuk lontarkan satu pertanyaan.

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apa yang ingin saya bangkitkan lebih awal tadi sebelum saya diselewengkan dengan isu pasir Tuan Yang di-Pertua, adalah kerana antara usaha yang besar yang sedang dijalankan oleh negeri Sabah dan saya hairan mengapa Yang Berhormat Kota Belud tidak mengangkat isu ini apabila saya membacakan daripada sini pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah sempena persidangan media untuk memperkenalkan Projek Membanteras Pemerdagangan Orang Rentas Sempadan Indonesia-Malaysia, mengangkat dan memberikan satu highlight pada usaha seorang yang diperkenalkan sebagai juara Sabah menentang pemerdagangan orang ataupun Sabah champion against human trafficking yakni peribadi yang disebutkan sebagai usaha Encik Owe Tee.

Saya hairan mengapa seorang head MP dari Sabah tidak langsung mengangkat usaha ini sebagai satu – bercakap tentang kepakaran, bercakap tentang pengetahuan, beliaulah antara orang yang cukup ke hadapan dan menonjol dalam hal ini. Perkara ini dengan usaha-usaha beliau yang saya tidak perlu rumuskan di sini adalah merupakan satu daripada usaha yang datang daripada orang from grassroot ataupun daripada aktivis yang benar-benar faham dan berpengetahuan tentang apa yang dikatakan sebagai pemerdagangan manusia ini di Sabah khususnya dan di pangkalan itu maka saya cukup mahukan perkara ini diangkat dengan memberikan recognition dan pengiktirafan yang sebaik dan sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Satu pandangan yang baik.

Sebenarnya saya tidak mempunyai masa, tadi. Banyak NGO dan ramai orang individu di negeri Sabah yang mempunyai pengalaman dan pandangan. Itu sebabnya isu-isu yang sensitif seperti ini yang susah dan rumit ini, saya pasti kerajaan terutamanya pihak kementerian akan mengambil kira pandangan- pandangan stakeholders ini dengan izin, dan kerja-kerja ini berterusan. Saya tidak perlulah menyebut nama-nama mereka ini kerana ramai yang terlibat dalam contohnya yang saya sebut tadi secara ringkas Archbishop, Human Development Commission dengan Pusat Kajian Antropologi. Mereka ini memberikan pandangan yang bernas dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, kerajaan, pihak kementerian perlu mengambil kira pandangan-pandangan mereka ini supaya kita boleh melonjakkan keberkesanan akta ini dengan lebih efektif.

Jadi, dengan kata-kata itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan pada akta ini. Saya berharap ia akan dapat melonjakkan negara kita ke mercu kejayaan pada masa akan datang. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya telah berjanji tadi Yang Berhormat Wangsa Maju. Selepas Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Kinabatangan.

Selepas Yang Berhormat Kinabatangan - supaya cepat proses ini, saya telah tulis nama-nama di sini untuk tengah hari nanti. Selepas Yang Berhormat

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kinabatangan, Yang Berhormat Tawau. Selepas Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Batang Sadong. Yang lain ini bersabar dahulu. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membahaskan rang undang- undang untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dengan mengalu- alukan cadangan pindaan tersebut. Akan tetapi kerajaan harus merujuk pada laporan UN High Commisioner for Human Rights to Economics and Social Council yang bertarikh 20 Mei 2002 iaitu; The primacy of human rights:

(i) the human rights of trafficked persons shall be at the centre of all efforts to prevent and combat trafficking and to protect, assist and provide redress to the victim,

(ii) states have the responsibility under international law to act with due diligence to prevent trafficking, to investigate and prosecute traffickers and to assist and protect trafficked persons; and,

(iii) anti-trafficking measures shall not adversely affect the human rights and dignity of the person in particular the rights of those who have been trafficked and of migrants, internally displaced persons, refugees and asylum- seekers.

Protection and assistance:

(i) trafficked persons shall not be detained, charged or prosecuted for the illegality of their entry into or residence in countries of transit and destination or for their involvement in unlawful activities to the extent that such involvement is a direct consequence of their situation as trafficked persons,

final • 12:48 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

(ii) state shall ensure that trafficked persons are protected from further exploitation and harm and have access to adequate physical and psychological care. Such protection and care shall not be made conditional upon the capacity or willingness of the trafficked person to co operate in legal proceedings;

(iii) legal and other assistance shall be provided trafficked persons for the duration of any criminal, civil or other actions against suspected traffickers. States shall provide protection and temporary residence permits to victims and witnesses during legal proceedings;

(iv) children who are victims of trafficking shall be identified as such. Their best interests shall be considered paramount at all times. Child victims of trafficking shall be provided with appropriate assistance and protection. Full account shall be taken of their special vulnerabilities, rights andneeds; and

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

(v) safe (and, to the extent possible, voluntary) return shall be guaranteed to trafficked persons by both the receiving State and the State of origin. Trafficked persons shall be offered legal alternatives to repatriation in cases where it is reasonable to conclude that such repatriation would pose a serious risk to their safety and or to the safety of their families.

Ini adalah laporan UN. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini perlu mempersoalkan bahawa sama ada pihak-pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengawal selia permerdagangan orang, khasnya pihak polis, imigresen dan RELA, mematuhi dengan prinsip-prinsip dalam laporan UN tersebut semasa mereka menjalankan tugas dan juga sama ada pihak pejabat Peguam Negara menjalankan tugasnya untuk mengawal selia supaya pihak-pihak berkuasa tersebut sentiasa mematuhi dengan prinsip-prinsip UN tersebut semasa menjalankan tugas untuk mengatasi anti-trafficking of person, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan untuk saya adalah semua pihak berkuasa tidak mematuhi dengan prinsip-prinsip UN tersebut. Kita sentiasa boleh baca dalam surat khabar dan lihat dalam televisyen bahawa ramai gadis asing selalu ditangkap oleh pegawai polis, imigresen dan RELA di karaoke, tempat pelacuran dan lain-lain. Gadis-gadis tersebut akan ditahan dan dituduh di mahkamah tanpa memberi jaminan kerana mereka telah melanggar akta imigresen atas sebagai pelayan atau pun sebagai pelanggan di tempat hiburan. Selepas mereka mengaku salah, mereka akan dihantar ke tempat tahanan.

Selepas itu lah mereka akan di depot kan ke negara mereka tanpa mengambil kira prinsip-prinsip UN tersebut di atas iaitu untuk menyiasat.

Bagaimanakah mereka ini masuk ke dalam negara kita dan bagaimanakah mereka ini ditangkap? Ini sama ada ada sindiket! Sindiket trafficking of person.

Kita sentiasa tahu mereka tidak mampu masuk ke negara kita tanpa sindiket membawa mereka masuk ke negara ini. Sindiket ini saya rasa termasuk pegawai- pegawai berkuasa juga. Saya harap Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri boleh ambil perhatian dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya berani menyatakan di sini bahawa saya amat jarang, boleh dikatakan tidak pernah membaca surat khabar atau lihat televisyen yang melaporkan pihak polis, imigresen dan RELA menangkap, menahan atau menuduh sesiapa atas kesalahan perdagangan orang atau pun permerdagangan orang. Never! Dengan izin, you have never seen this syndicate leader be arrested or detained, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Pihak polis, imigresen dan RELA tidak berminat untuk mengutamakan prinsip-prinsip UN tersebut iaitu saya petik sekali lagi. Human right of trafficked persons shall be at the centre of all efforts to prevent and combat trafficking and to protect, assist and provide redress to victims. To prevent trafficking to investigate and prosecute traffickers and to assist the trafficked person and tindakan-tindakan anti-trafficking mereka adalah supaya tidak adversely affect the human rights and dignity of the persons, in particular the rights of those who have been trafficked, and of migrants, internally displaces persons, refugees and asylum-seekers, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Ini adalah prinsip yang penting dalam kes yang kita tangkap orang asing khasnya gadis-gadis asing di negara kita. Hak asasi mereka adalah yang pertama dan apa-apa siasatan mesti diutamakan kepada sama ada mereka ini ditipu atau pun mereka ini dibawa dalam negara ini untuk bekerja – untuk apa? Keuntungan kepada sindiket. Kita tahu. Yang Berhormat Menteri pun saya rasa tahu bahawa

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

mereka yang masuk dalam negara kita tanpa bantuan dari pihak pegawai-pegawai kerajaan, tidak mungkin mereka boleh masuk ke negara ini.

So, kenapakah sehingga hari ini tiada apa-apa tuduhan atau tangkapan terhadap sindiket ini, sama ada pihak polis telah tidak mampu bekerja dalam perkara ini. Tidak boleh menyiasat kerana mereka lebih berminat pergi tangkap sindiket pertaruhan bola sepak yang kerajaan perlu regulated, memberi lesen supaya kita boleh dapat pendapatan. Akan tetapi dalam kes-kes yang begini, mereka datang sini bekerja dalam pusat hiburan atau pun di pelacuran, kerajaan tidak akan dapat apa-apa hasil! Yang dapat hasil itu siapa? Sindiket! Yang Berhormat Menteri sedar, sindiket yang dapat hasil dan juga memanglah pegawai- pegawai pihak berkuasa pun dapat hasil juga, melalui rasuah.

Tuan Yang di-Pertua, pihak-pihak berkuasa lebih berminat untuk menangkap gadis-gadis asing yang berada di dalam karaoke, tempat-tempat hiburan tanpa menyiasat dengan mendalam sama ada gadis-gadis yang ditangkap adalah telah ditipu oleh sindiket pelacuran di luar atau dalam negeri. Saya sebagai peguam sering nampak gadis-gadis asing digari semasa mereka diheret ke mahkamah tetapi saya tidak pernah nampak orang yang dituduh atas kesalahan pemerdagangan orang.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang menyokong tindakan-tindakan pihak berkuasa tersebut untuk mengawal dan menghapuskan kegiatan maksiat dalam masyarakat kita. Akan tetapi, pihak berkuasa semasa menjalankan tugas mereka dalam perkara ini perlulah mengimbangkan dengan prinsip-prinsip UN tersebut. Ini kerana saya percaya bahawa majoriti besar gadis-gadis yang jadi pelacur adalah dengan tidak rela tetapi ditipu ataupun dipaksa dengan ugutan keganasan oleh sindiket pelacuran. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh tambahkan prinsip ini. Mereka tidak akan datang ke sini. Siapa mahu jadi pelacur juga kalau boleh.

Mereka dipaksa.

Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini perlu menerima satu hakikat bahawa sebelum prinsip-prinsip yang dicapai oleh badan UN yang saya huraikan di atas, UN telah menggunakan banyak dana, tenaga, masa untuk case study dan debate yang mendalam. Saya juga percaya bahawa alasan kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang 2007 dan telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini kerana kerajaan amat prihatin dengan laporan UN tersebut dan – UN (Universal Declaration of Human Right). Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, minta maaf. Boleh sambung perbahasan nanti sebelah tengah hari?

final • 12:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak lihat berapa ramai yang hendak berucap, hendak berbahas untuk bill yang sekarang ini. Enam orang. Saya akan hadkan masa 15

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

minit untuk seorang. Yang Berhormat Wangsa Maju saya minta habiskan dalam masa 10 minit.

final • 2:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Mana cukup tadi baru dua minit sahaja... [Ketawa]

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Berapa minit Yang Berhormat?

final • 2:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya ada sedikit lagi.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju berapa minit tadi?

final • 2:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Baru dua minit sahaja...

[Ketawa] Tadi tidak tahu kalau tidak saya tidak itu...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Yang Berhormat sudah berucap 12 minit Yang Berhormat... [Ketawa]

final • 2:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, sebab...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskanlah dalam masa...

final • 2:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Selepas sayalah had masa ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Menteri berkenaan untuk memberikan angka berapakah kes telah dibawa kementerian mahkamah dibawa akta ibu ini dari tarikh gazet dan berapa kes yang berjaya hingga kini? Saya berharap bahawa pindaan ini bukan semata-mata to please the international world sahaja, dengan izin. “ Saya menyokong kesemua pindaan ini khasnya pindaan seksyen 2(g) dengan menggantikan takrif “pemerdagangan orang”, ataupun “memperdagangkan orang” dengan takrif baru yang merangkumi perbuatan mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima dalam seksyen 63 untuk memperuntukkan penalti dan penalti yang lebih berat dengan maksimum RM5 juta. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa walaupun akta ibu ini telah berkuat kuasa tetapi pemerdagangan orang masih berterusan kerana masalah atau kelemahan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.

Saya percaya bahawa Menteri sendiri pun sedar dengan kelemahan ini.

Tuan Yang di-Pertua, berani saya menyatakan dengan terus terang bahawa akta ibu dan pindaan ini, jika dua isu terutama tidak ditangani akan menyebabkan pindaan ini tidak bermakna, iaitu ketiadaan penguatkuasaan dan peningkatan gejala rasuah. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita tidak boleh mengatasi masalah-masalah tertentu, bukan negara kita tiada undang-undang untuk mengawal selia keadaan tertentu. Kuasa-kuasa diberikan bawah pindaan ini atau undang-undang lain tidak akan berkesan apabila pihak berkuasa berkenaan sendiri tidak mempunyai hasrat untuk bertindak dan menguatkuasakan kuasa- kuasa yang diberikan. Kita mempunyai perundangan yang sama seperti di Singapura.

Di Singapura ketegasan pihak berkuasa menimbulkan ketakutan kepada rakyat terutama para penyangaknya. Sebaliknya di Malaysia penyangak yang menimbulkan ketakutan kepada pihak berkuasa. Dengan kuasa-kuasa wang dan kabel politik sebagai tingkat empat. Oleh itu, apa juga pindaan untuk

final • 2:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

mempertingkatkan penalti, memperluaskan jaringan atau memberikan lebih kuasa kepada Menteri sia-sia sahaja. Kuasa dan kelebihan kepada penguat kuasa dan penalti yang tinggi hanya melahirkan lebih banyak amalan rasuah dan salah guna kuasa. Izinkan saya memberikan beberapa contoh ketiadaan atau kelemahan penguat kuasa atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa.

Setelah empat kali mendedahkan di Dewan yang mulia ini, mengenai dengan kes rasuah terhadap Encik Hasbie Satar Setiausaha Politik yang gah dan hebat kepada mantan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Tasek Gelugor, kini Yang Berhormat Menteri EPU yang telah disiasat oleh SPRM dan didapati mempunyai 40 buah peti besi di dalam rumah kediamannya. Jutaan ringgit tunai, ditambah dengan beberapa buah kondo mewah dan beliau masih lagi bebas.

Kalau seorang setiausaha politik boleh memiliki 48 buah peti besi, mesti bosnya memiliki sekurang-kurangnya 500 peti besi... [Ketawa] Sudah lapan bulan semasa beliau ditahan SPRM dan langsung tidak ada tindakan-tindakan untuk mendakwa beliau di mahkamah dan menjalankan siasatan terhadap mantan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tidak ada pihak berkuasa termasuk SPRM yang berani menyentuh mereka.

Mereka menjadi orang yang sebegitu kebal. Apa guna pindaan dan penambahan penalti ini jika sikap pihak berkuasa tidak berubah.

Apa gunanya jika pihak seperti SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti contohnya tidak menjalankan tanggungjawab dan kuasa yang diberikan kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak kes yang diketahui umum, di mana tiada sebarang penguatkuasaan ataupun pendakwaan tidak dibawa kepada kes- kes amalan rasuah dan salah guna kuasa. Contohnya Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Yang Berbahagia Tan Sri Zarinah Anwar dan siasatan ala samseng ke atas empat orang wartawan peniaga berkaitan penjualan saham Kenmark Industrial Co (M), melibatkan Datuk Ishak Ismail seorang tokoh korporat yang amat terkenal dalam market raging dengan izin. Kita tahu bahawa gangguan terhadap empat orang wartawan ini adalah bertujuan...

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru

Minta laluan sedikit.

final • 2:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Untuk menutup skandal Tan Sri Zarinah dan suaminya Datuk Azizan Abdul Rahman Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Tabung Haji dan Pengerusi Kolej... Yang terkenal dalam Tabung Haji untuk mempengaruhi Tabung Haji melabur dalam saham di mana beliau ada kepentingan secara tidak langsung. Saya amat berharap supaya Tan Sri Zarinah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti boleh menjalankan satu siasatan terhadap suaminya...

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru

Minta laluan sekejap.

final • 2:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sila.

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Tadi Yang Berhormat Wangsa Maju sebut nama Datuk Ishak Ismail. Saya hendak tanya Yang Berhormat Wangsa Maju, kenalkah siapa Datuk Ishak Ismail ini? Saya hendak beritahu sebenarnya Datuk Ishak Ismail ini kawan baik dengan Yang Berhormat Permatang Pauh dan kalau ada satu komplot dalam Suruhanjaya Sekuriti. Saya pun hairan sebab mereka ini nampak seperti ada kaitan. Ada kaitan Datuk Ishak, Securities Commission, termasuk juga mungkin Menteri... Mantan Menteri Kewangan dahulu. Ia nampak seperti ada sesawang labah-labah punya style. Jadi

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru

apa pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju tentang hubungan Datuk Ishak Ismail dengan Yang Berhormat Permatang Pauh ini?

final • 2:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya rasa Yang Berhormat Bayan Baru lebih fasihlah dalam perkara ini kerana Yang Berhormat Bayan Baru adalah sahabat karib kepada Yang Berhormat Permatang Pauh selama 30 tahun – yang saya tahulah.

final • 2:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Juga, saya tahu satu rahsia terbuka bahawa Datuk Ishak Ismail ini adalah sahabat karib juga kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Tidak apalah, itu kita boleh buat tahu sama tahulah ya.

Satu lagi salah guna kuasa dan undang-undang Suruhanjaya Sekuriti jelas berlaku di dalam kes pengambilan alih Pantai Hospital oleh Parkway Holdings Ltd, syarikat Singapura. Sebelum saya melanjutkan perbahasan, kita semua sedia maklum akan peraturan bahawa kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) adalah mandatori sebelum sesuatu syarikat asing boleh mengambil alih sesebuah syarikat tempatan.

Kita perlu mengambil perhatian bahawa Hospital Pantai telah diberi konsesi mengendalikan Fomema dan Medivest oleh kerajaan. Kedua-dua konsesi ini melibatkan perkhidmatan utama (essential services) dengan izin, kepentingan negara. Kalau ada pun permohonan sedemikian, Suruhanjaya Sekuriti tidak sepatutnya meluluskan atas kepentingan negara tetapi di dalam kes ini, langsung tiada permohonan oleh Parkway tetapi Suruhanjaya Sekuriti membenarkan Parkway mengambil alih Hospital Pantai. Mengapa? Kita mesti tanya ini.

Parkway membayar RM312 juta pada tahun 2005 untuk mengambil alih Hospital Pantai. Pada 13 Ogos 2006, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui di dalam akhbar The Star seperti berikut: “He said the matter was being looked at by the Treasury after realizing that it had become a problem as it was related to the concession for the supply of hospital requirement.

The share sale has become a problem, as it involves several matters related to the concessions given to Pantai Holdings that has a contract to supply hospital requirements. He said the government had always hoped that the equity would remain with Malaysians but unfortunately it had gone into the hands of foreigners.

The concession has changed hands, and it has gone to other people and (we) hope it will remain with the Malaysian side, and held by Malaysian citizens”.

Kita tidak boleh menyalahkan mantan Perdana Menteri. Memang beliau tidak tahu mengenai perkara ini tetapi, Tan Sri Zarinah Anwar, sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti harus mengambil tindakan untuk memberhentikan transaksi ini yang terlibat essential services, dengan izin, dan kepentingan negara telah dilaporkan dalam surat khabar dan internet. Selepas kenyataan mantan PM tersebut, Khazanah Holding Bhd. diarahkan untuk bailout Hospital Pantai. Ini adalah satu cover-up, skandal kumpulan tertentu iaitu kumpulan tingkat empatlah.

Ini adalah lawak terbesar abad ini.

Pada 30 Ogos 2006, The Edge melaporkan bahawa mantan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Tan Sri Noor Mohamed Yackop menyatakan bahawa tindakan Khazanah Nasional Berhad mengambil alih penguasaan ke atas Pantai Holdings Berhad adalah untuk membantu. Membantu siapa? Membantu kumpulan beliaukah ataupun membantu kumpulan tingkat empat?

Saya memetik: “This is not a bailout. This is a market driven problem where there is a willing-buyer, willing-seller. Pantai is seen to be in the industry

final • 2:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

which is viewed as sensitive as it holds two concessions. It (Khazanah’s taking control) has resolved the issue of this sensitive sector”.

Ini adalah satu kenyataan mantan Menteri Kewangan II yang memperbodohkan atau memperbudakkan rakyat Malaysia. Khazanah terpaksa membayar RM800 juta untuk mengambil alih Pantai daripada Parkway. Tidak semena-mena, sebuah syarikat asing membuat keuntungan sebanyak RM500 juta daripada wang rakyat. Lebih teruk, Khazanah tidak menguruskan Hospital Pantai, sebaliknya melantik Parkway Holdings pula untuk menguruskannya. Parkway dibayar fee pengurusan yang amat tinggi sekali. Mengapa? Untuk agenda kumpulan tingkat empat ataupun Singapore Operatives, dengan izin, atau barua- barua dari Singapura.

Sebabnya mudah. Ini kerana barua-barua Singapura ataupun Singapore Operatives yang terlibat. Saya percaya ini berlaku dengan pengetahuan mantan Menteri Kewangan II ataupun he will be deemed to have known the actual facts, dengan izin. Dan sudah tentu, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar, seorang lantikan atau appointee of kumpulan tingkat empat. Jika mereka berdua tidak tahu pada semua masa yang material bahawa Hospital Pantai memegang dua konsesi essential, mereka tidak layak memegang jawatan Menteri dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti pada masa sekarang. Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan negara dan beliau tidak ada pilihan lain kecuali memecat mereka daripada jawatan masing-masing dengan segera demi kepentingan negara. Jika tidak berbuat demikian, maka PM will be seen as to condone such acts of antinational, dengan izin.

Adalah jelas seluruh pentadbiran Barisan Nasional masa ini mengambil sikap menutup mata terhadap pengambilan alih jahat Pantai Holdings oleh syarikat Singapura Parkway dan pembelian semula oleh Khazanah kemungkinan besar sekumpulan mereka ada kepentingan. Terlalu banyak contoh melibatkan barua dan balaci Singapura atau Singapore operatives menjual kepentingan negara kepada Singapura. Pelupusan 10% saham Telekom kepada Temasek Holdings.

Pembelian saham Temasek di dalam Bank International Indonesia (BII) oleh Maybank pada nilai 4.6 kali ganda daripada nilai buku dan banyak lagi.

Tuan Yang di-Pertua, Telekom Berhad adalah syarikat monopoli dan a profit making company dengan izin. Maka ia tidak perlu menjual 10% sahamnya kepada Temasek Holdings, satu syarikat dimiliki oleh Kerajaan Singapura atau sesiapapun apatah lagi Temasek Holdings. Maybank tidak semestinya membeli saham Bank International Indonesia dari Temasek Holdings dengan harga yang amat tinggi – 4.6 time the book value dengan izin, kerana dengan harga tersebut, Maybank ada peluang membeli saham bank yang lain di Indonesia atau negara lain.

Yang amat aneh adalah kenapa kedua-dua transaksi ini melibatkan Temasek Holdings dan tidak ada apa-apa tindakan dari Suruhanjaya Sekuriti dan mantan Menteri Kewangan II?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Jika ini bukan satu konspirasi yang melibatkan kedua-dua pihak tersebut dan Singapore operatives tertentu, apa lagi? Layanan istimewa kepada AirAsia iaitu membenarkan mereka berhutang daripada membayar cukai lapangan terbang kepada MAHB yang bernilai beratus juta ringgit dari AirAsia memulakan operasinya.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, hendak habiskan dah.

MAHB tidak berani mengambil tindakan walaupun airport tax tidak bayar selama lapan tahun. Pada semua masa yang material, mantan Menteri Kewangan II yang sama bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi banyak contoh penglibatan mantan Menteri Kewangan II yang sekarang Menteri EPU dengan syarikat bernama Mun Loong yang kemudian menjadi Abrar Corporation. Fakta-fakta contoh ini menuju kepada satu arah sahaja. Ya, saya rasa kita pun tahu siapa ini Abrar Corporation dan Mun Loong ini siapa. Yang terlibat itu mantan Menteri Kewangan II juga dengan orang tertentu di dalam dewan ini.

Dato’ Hamzah Kassim, Pengarah Syarikat Innovation Associate, seorang Ahli Jawatankuasa NEAC dan seorang pakar sumber manusia yang menasihatkan kepada kerajaan mengenai modal insan. Beliau juga adalah penasihat kepada kerajaan berkenaan Talent Corporation dalam RMKe-10. Beliau seorang ahli penasihat MACC – SPRM. Dato’ Hamzah juga mendapat banyak projek Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, NCIA, IRDA dan Khazanah Holdings dan juga memburu projek baru dari kerajaan. Apa yang telah terjadi kepada Kerajaan 1Malaysia dengan pemimpin-pemimpin yang begini tamak dan rakus? Ahli-ahli Yang Berhormat tahu sama tahulah dalam contoh perkara ini, tidak payah saya sebutkan nama orang tertentu di dalam Dewan ini. Bukan sebelah sana, sebelah sini pun ada juga.

Dengan semua fakta konflik kepentingan ini, Dato’ Hamzah Kassim tidak layak menjadi penasihat kepada kerajaan dan Ahli Jawatankuasa MACC...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

MACC harus menjalankan siasatan terhadap beliau dalam projek-projek yang dianugerahkan kepada syarikat beliau iaitu Innovation Associate.

Datuk Bakke, pengarah eksekutif baru Sime Darby yang telah menyebabkan FELDA kerugian pelaburan antarabangsa yang berjumlah lebih kurang RM300 juta adalah sahabat karib Dato’ Hamzah Kassim. Apa sudah jadi kepada kerajaan 1Malaysia? Semua pegawai atasan yang dilantik terlibat dalam skandal kewangan dan bersangkut-paut antara satu sama lain. Semua suku sakat skandal kewangan yang di kepalai oleh pemimpin tertentu.

final • 2:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, kesemua kes tersebut adalah jelas membuktikan kegiatan cover-ups dan sikap membutakan mata secara sengaja oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Kerajaan Barisan Nasional untuk semata-mata melindungi pengkhianat dan perompak negara. Isu ini ada contoh klasik kepada peribahasa Melayu...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, habiskan, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...‘Harapkan pagar, pagar makan padi’. Inikah ciri pentadbiran kerajaan dengan slogan. “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”? Lebih tepat projek-projek yang didahulukan kepada UMNO Putera yang bersangkut paut dengan Tingkat 4. Jika pihak berkuasa termasuk SPRM, Suruhanjaya Sekuriti, Menteri-menteri masih seperti di atas, apa- apa rang undang-undang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini adalah tidak bermakna dan Mesyuarat Dewan ini adalah membazirkan wang rakyat.

final • 2:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Akhirnya saya menyeru kepada menteri berkenaan dan Perdana Menteri khasnya, supaya meneliti kes-kes yang saya bangkitkan dan mengambil tindakan dengan segera demi kepentingan negara dan supaya Mesyuarat Dewan yang mulia mempunyai makna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Yang Berhormat Kinabatangan check jam jalan tak, Yang Berhormat?

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha, insya-Allah, jalan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey, 15 minit, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bermakna saya ada sampai 3.15 petang... [Ketawa]

final • 2:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

15 minit, ya.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah kepada kementerian dan Yang Berhormat Menteri sebab walaupun memakan masa yang lama tetapi, akhirnya akta yang kita ada ini dapat kita adakan dengan satu pembaharuan dan pendekatan. Saya percaya akta ini diadakan bukan atas dasar tekanan pihak antarabangsa seperti yang digembar-gemburkan oleh rakan- rakan daripada pembangkang iaitu menyatakan bahawa akta ini diwujudkan semata-mata kerana tekanan antarabangsa.

Pada saya, akta ini adalah keperluan. Keperluan bagi negara dan keperluan bagi manusia. Sebab itu akta pun dipanggil Akta Antipemerdagangan Orang. Ini bermakna orang jual orang. Ini tidak boleh. Tidak boleh orang jual orang. Kahwin boleh... [Ketawa]

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kahwin pun yang ada kuota Yang Berhormat.

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akan tetapi saya tengok Yang Berhormat Wangsa Maju tidak ada kuota... [Ketawa] Ini Yang Berhormat Kota Melaka pun nama sahaja Kota Melaka, kuota dia langsung tidak ada. Dia sudah dihimpit dengan dia punya kuota. Jadi terpaksa diam-diamlah. Walaupun nafsu dia memuncak tetapi, apakan daya, tidak tercapai dia punya kehendak.

Kalau Yang Berhormat Hulu Langat, itu masih okey. Kuotanya masih kosong.

Banyak...

final • 2:51 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ini niat banyak jahat ini.

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Baru mukadimah, sudah kacau. Hakikatnya memang betul. Hakikatnya realiti, dia mahu macam itulah.

Tidak ada kuota langsung. Satu sahaja... [Disampuk] Jadi bermakna...

final • 2:51 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Satu sudah cukup.

final • 2:51 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan, Yang Berhormat.

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Belum pun kita – sudah ada penjelasan. Saya cukup jelas dalam akta ini, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

perlu penjelasan mana-mana pihak sebab saya sudah cukup jelas dengan akta yang saya mahu bahas ini.

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat. Dia tidak bagi jalan.

final • 2:51 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Menyampuk]

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Justeru itu, akta orang jual orang ini memang perlu diperketatkan sebab kita melihat laporan antarabangsa bahawa Malaysia dijadikan transit menjual orang. Kadang-kadang kita bertanya, adakah betul ataupun tidak sebab saya setuju dengan Wangsa Maju – kalau ada jual orang, kenapa tidak ada agensi yang diberi kepercayaan oleh kementerian didakwa di mahkamah? Yang ada ditangkap wanita di karaoke, di pusat pelacuran – betul mereka ini dianiaya, dieksploitasi, dibawa dari China, dari Thailand, dari macam-macam negara, Indonesia, Philippine. Konon-kononnya bekerja sebagai pembantu rumah, bekerja baik, gaji dijamin, sampai sini macam- macam tempat – pasport ditahan, semua tidak boleh. Dia tahu dia bekerja sahaja dan pembayarannya pun dia tidak tahu, makan minum tidak terjaga. Dia bising sedikit, dipukul pula. Ini masalah sebetulnya.

Oleh sebab itu akta yang baik ini, Yang Berhormat Menteri, kalau tidak disokong dengan kekuatan enforcement, dengan kebijaksanaan, dengan ketulusan, maka akta yang baik ini pun tidak akan dapat membantu menangani isu-isu yang berlaku di mata kita pada hari ini. Saya juga ingin bertanya dan mengesyorkan, bolehkah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri duduk berbincang – betulkah rakyat Malaysia ini tidak mahu bekerja sebagai kedi di padang golf? Kenapa asal pergi golf, orang luar, sedangkan ini mendatangkan gaji lumayan yang begitu tinggi.

Tidakkah digalakkan pelajar-pelajar kita yang gagal dan tidak lagi mampu untuk bersekolah, latih mereka dalam satu institusi bagaimana menjadi kedi yang baik dan dalam masa yang sama boleh bermain golf percuma dan mungkin boleh menjadi pemain golf yang profesional seperti Tiger Wood tetapi, untuk menjadi hebat, mesti macam Tiger Wood juga. Jadi, ini masalah... [Ketawa]

final • 2:51 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Apa yang hebat itu?

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia hebat sebab dia banyak wanita di samping kejayaan dia. Itulah kehebatan dia.

final • 2:51 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, dia bukan memperdagangkan, dia membeli. Dia membayar orang. Itu consensus namanya sebab dia rata, rata...

final • 2:51 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Adil.

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha, pandai... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itu pada saya sudah tiba masanya gabungan kementerian ini melihat sektor-sektor yang menjadi nadi yang boleh kita lebarkan kepada penduduk negara ini diberi peluang kepada belia-belia kita. Kenapa perlu mengambil dari Indonesia, dari Thailand atau Myanmar. Di restoran, kita tengok rata-rata restoran di negara kita, Myanmar, Vietnam, macam-macam negara ada, Thailand ada. Ini pun merupakan satu kerugian, kita hilang pekerjaan.

Adakah benar remaja-remaja kita pada hari ini, kebetulan Timbalan Menteri Belia dan Sukan pun ada di sini walaupun ini Kementerian Dalam Negeri, mungkin boleh melihat sebab yang menjaga belia ini pun orang belia juga. Dia ada

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

janggut tetapi, sebetulnya dia masih belia... [Ketawa] Kenapa tidak dilihat potensi- potensi yang sebegini? Dipasarkan kepada belia-belia kita, remaja-remaja kita bergabung di antara agensi-agensi yang ada ini melihat. Kalau ini dapat dilaksanakan, saya percaya perdagangan manusia ini tidak akan berlaku lagi. Ini apabila ada perdagangan manusia, senjata disertakan di sana, dadah pun disertakan di sana, maka keuntungan mereka yang arif dalam industri ini berlipat ganda. Jadi ini merupakan, saya rasa bukan sahaja satu kerugian tetapi boleh melemahkan apa juga institusi dalam negara kita apabila tidak kita tangani dengan baik.

Akta ini juga saya lihat iaitu mengenakan denda maksimum yang tinggi sehingga RM1 juta, penjara tujuh tahun, saya rasa memang memadailah sebab yang penting, saya rasa agensi-agensi pelaksana yang diamanahkan oleh kementerian, saya rasa mereka tidak bersikap jujur. Mereka tidak amanah. Diberi lesen untuk mengendalikan agensi-agensi seperti pembantu rumah dan sebagainya tetapi mereka gunakan agensi ini untuk memperdagangkan orang.

Jadi ini pun kena dilihat.

Saya tidak menuduh ada unsur-unsur rasuah tetapi kalau ini berlaku, pihak penguat kuasa tidak nampak, ini masalah juga. Jadi harus dilihat secara terbuka. Jangan kita mengetengahkan akta yang baik tapi pelaksana kita tidak menjalankan amanah dia pula. Dalam masa yang sama, kita juga harus melihat bagaimana sempadan negara kita ini, keadaan geografinya dari segi sempadan udara, sempadan laut dan darat. Kenapa waktu dia masuk, tidak boleh di identify, tidak boleh dikenal pasti bahawa dia diperdagangkan. Sudah masuk kerja, baru dapat tahu. Macam ada masalah di border atau sempadan kita ini. Boleh dibolosi dengan begitu mudah tanpa kita sedari siapa yang masuk. Ini boleh dikatakan pecah amanah iaitu, harapkan pagar, pagar makan padi, ataupun mungkin waktu kita punya sempadan dibolosi, pegawai-pegawai penguat kuasa kita terlena, baru dia lolos. Itu pun kemungkinan.

final • 2:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu yang saya dapat daripada orang awam. Saya cuma, sebagai wakil rakyat saya ketengahkan sebab tidak adil. Selaku wakil rakyat, saya tidak sentuh atau singgung persoalan ini untuk diperhalusi oleh pihak kerajaan iaitu ke arah bagaimana akta ini dapat dimainkan secara bijaksana untuk memastikan bahawa tidak ada lagi unsur-unsur perdagangan manusia. Ini kerana manusia ini adalah merupakan satu makhluk yang dicipta oleh Allah SWT yang sangat istimewa dan tidak boleh disamakan dengan makhluk-makhluk yang lain. Tidak boleh diperdagangkan, tidak boleh dianiaya, tidak boleh dibuat dengan apa cara sekalipun. Oleh sebab itu makhluk seumpama manusia ini harusnya mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Jangan pula ada orang mengambil kesempatan memperdagangkan orang. Di Sabah contohnya, terdapat beberapa rangkaian agensi-agensi yang menawarkan pekerjaan di Semenanjung Tanah Melayu, di Negeri Sembilan, di Johor, di Pulau Pinang, di Selangor. Mula-mula kita pun ikut juga lah mempromosikan sebab peluang pekerjaan. Ramai belia di Sabah tidak ada pekerjaan. Apabila sampai ke sini, tiga bulan mereka menghubungi saya. Tempat tinggal pun tidak ada. Janji gaji diberi tidak ditunaikan dan sebagainya. Ini pun mengeksploitasikan keadaan. Ini kena dilihat juga. Jangan kita untuk memastikan keadilan sejagat, dalam negeri kita sendiri pun kita kena jaga. Agensi-agensi ini harus diberi hukuman yang berat apabila mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan janji lebih sampai ketika pekerja-pekerja itu sudah datang, maka mereka dianiaya pula. Ada yang menjadi pelacur, ada yang menjadi pengemis.

Kita lihat sekarang ini, tidak tahu sindiket mana budak-budak bertudung, pakai kopiah minta derma. Mana-mana premis ada. Jadi, rasa saya mereka ini pun dieksploitasi oleh agensi-agensi yang diberi amanah oleh kementerian ini. Ini harus dilihat.

Kalau Yang Berhormat Menteri mahu tengok kebenarannya, saya boleh bawa. Kita tengok bagaimana aktiviti. Ada kereta yang bawa, turun empat, lima orang, dia berpecah. Ada orang monitor pula. Jadi, pedagang ini harus dikenakan tindakan sebab budak-budak ini tidak tahu apa-apa. Jadi, dia berniaga orang. Oleh sebab itu kita harus sedar perniagaan orang ini dari zaman dahulu lagi sudah ada hamba abdi. Oleh sebab itu P. Ramlee pun dia dalam wayang dia Kata, “Wow!

rupa-rupanya berniaga orang lebih untung daripada berniaga unta”.

Jadi, kalau akta ini tidak mencukupi, tidak boleh merangkumi kepentingan manusia sejagat, rasa saya kita akan terus berada dalam dilema seumpama ini.

Jadi, walau bagaimanapun saya cukup yakin dengan kementerian yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan program atau pun memperkenalkan akta baru perdagangan manusia ini. Mudah-mudahan dapat mencapai kejayaan dan kita tidak lagi dilabel sebagai satu negara bukan sahaja menjadi transit tetapi sebagai negara perancang untuk menempatkan pedagang-pedagang manusia ini.

Akhir sekali, kebetulan pun, saya ingat saya tidak melencong jauhlah, sedikit sahaja. Kementerian Dalam Negeri. Saya ada tanya dalam soalan kualiti kad pengenalan. Dia jawab kualiti negara kita bermutu tinggi dalam mana-mana dunia tetapi, cuba tengok kad pengenalan saya. Tidak ada kualiti langsung, saya sudah tukar dua kali. Tidak bolehkah ditingkatkan kualiti kad pengenalan kita ini.

Kopek-kopiah, ini senang diklonkan jika macam ini. Cuba Yang Berhormat Menteri cubalah. Kalau printer yang kementerian lantik itu tidak cukup canggih dia punya mesin, hubungi saya. Mungkin kita boleh bincang macam mana kita hendak keluarkan kad pengenalan yang begitu bermutu sehingga tidak rosak.

Ini kerana orang kampung ini kalau rosak, kesian. Hendak tukar RM20, RM10 pun berat sama dia. Jauh lagi, kena tunggu lagi. Kadang-kadang sudah duduk, pegawai kata, ”Makcik datang lagi esok”. Itu masalah. Keluarkan satu kali kad pengenalan yang tidak boleh rosak-rosaklah yang hebat, yang berkualiti. Biar rugi sedikit lah asalkan kualitinya dapat dijamin. Jadi, dengan ini saya menyokong akta ini Tuan Yang di-Pertua. Sekian, dan terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas memberi saya ruang untuk membicarakan soal Rang Undang- Undang Akta Antipemerdagangan Manusia 2007. Akta ini dibuat kerana apa?

Kerana memastikan aktiviti penjualan manusia oleh korporat-korporat durjana mendapat hasil untung yang lumayan daripada manusia itu...

final • 3:05 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Hebat, hebat!

final • 3:05 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Mukadimah. Tuan Yang di-Pertua, melihat daripada keberanian Menteri Dalam Negeri memperbaiki akta ini, saya tabik sekali lagi untuk kerana apa? Kerana penjualan manusia ini sikapnya sungguh memilukan.

final • 3:05 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Manusia dijual dalam arus dunia yang begitu agresif pembangunannya.

Apa alasannya ada akta ini? Akta ini perlu dipinda. Dua alasan yang kukuh yang saya lihat ialah tawaran. Kedua penguatkuasaan. Tawarannya bagaimana?

Seperti mana yang akan dibentangkan selepas ini Akta Pekerja. Ruang diberi untuk memanggil pendatang-pendatang atau pun penjualan perdagangan manusia dibuat atas dasar erti makna subkontraktor level dipanggil dahulu hendak dipinda kepada kontraktor level.

Tuan Yang di-Pertua, terima atau tidak 277 outsourcing telahpun diwujudkan dalam negara ini. Apakah kita hendak menghalalkan perdagangan manusia dengan meletakkan agensi ini sebagai watak utama untuk mengambil pedagang-pedagang manusia ini? Ratusan, malahan ribu kita lihat dilonggokkan di lapangan terbang KLIA. Untuk apa? Ditransitkan. Keuntungan apa? Mereka yang melihat size body nya. Kalau Yang Berhormat Kinabatangan sure RM4,000.

Kalau saya RM1,500 sebab ringan... [Ketawa] Ini nilainya, nilai yang ada.

Tawaran ini dibuat oleh kementerian yang lain. Menteri Dalam Negeri bersungguh- sungguh untuk memastikan bahawa penjualannya wajib diberhentikan, menggagalkan martabat manusiawi...

final • 3:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, rasanya Yang Berhormat Arau lagi mahal.

final • 3:05 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Arau mahal sedikit sebab dia berat 120 kg... [Ketawa] Apa pun, daripada 2007 sampai sekarang bila akta ini dibuat dan diwartakan. Saya melihat daripada sudut kesungguhan yang dipamerkan oleh Menteri Dalam Negeri ini yang memperlihatkan bahawa kesungguhan yang diletakkan di atas penguatkuasaan penalti daripada 50 ke 500.

Sungguh memilukan orang yang melakukan tugas itu. Kenapa jadi lagi?

Jadinya ialah kerana enforcement itu atau penguatkuasaan itu tidak dibuat secara tulus atau pun tidak secara total. Saya ingin memohon kepada Menteri Dalam Negeri supaya bila mana pindaan ini dibuat, kesan daripada itu harus dilihat oleh Ahli-ahli Dewan dan rakyat dari perkembangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, melihat daripada sudut pindaan yang dibuat atas pegawai tenaga kerja. Kadang-kadang banyak orang terlepas pandang. Peranan utamanya harus dimainkan ialah gabungan di antara kementerian-kementerian.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan Menteri Sumber Manusia berkait rapat dengan Menteri Dalam Negeri. Lulus Menteri Dalam Negeri, peranan dimainkan, kerangka pelan dibuat oleh Menteri Sumber Manusia.

Jadi, kalau ada gabungan kedua-dua ini, maka tidak akan adalah perdagangan manusia dan terhapuslah keparat-keparat yang menjual manusia seperti mana Husin Lempoyang pada zaman Tiga Abdul yang lalu. Tuan Yang di- Pertua, melihatkan kepada takrif yang ditukar kepada pemerdagangan orang kepada memperdagangkan orang, takrifan ini pun perlu saya kira diangkat definisinya supaya rakyat melihat tugas rakyat semua dimainkan peranan.

Walaupun di antara masa yang sama, Yang Berhormat Menteri telah mencadangkan dua NGO, tidak lebih daripada dua orang daripada pertubuhan bukan kerajaan atau organisasi lain yang berkaitan yang mempunyai pengalaman, pengetahuan, dan kepakaran menyertai dalam penyeludupan atau dilantik oleh Menteri sebagai mereka yang menjadi mata, telinga dan penasihat kepada Menteri. Saya menganggap ini satu langkah yang baik tetapi melantik dua daripada NGO itu benar-benar yang wibawa.

final • 3:05 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Jangan atas sikap sahabat ataupun rakan teman, maka kedua-dua mereka diletakkan sebagai jawatankuasa ini dan akhirnya jawatankuasa ini akan menjadi ‘siang tidur, malamnya tidur’. Hari-hari dia akan mengatakan berapa elaun aku dapat? Ini tidak akan boleh berlaku dalam konteks kita memastikan bahawa majlis jawatankuasa ini perlu diaktifkan secara total Tuan Yang di-Pertua. Melihat daripada apa berlaku pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju daripada pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Sebelum itu, untuk pengetahuan Yang Berhormat Kinabatangan, saya Setiausaha Agung Pekerja-pekerja Kelab. Saya melihat proses ini berlaku.

Sebenarnya ramai sangat pekerja-pekerja yang telah pun dijual dalam bentuk penjualan transit ketiga. Agen kepada syarikat-syarikat pula beralih kepada deskripsi ataupun kerja yang diwajibkan ada dua. Satunya daripada plantation, keduanya daripada construction.

Jadi apa yang saya lihat ialah ditukar ganti. Penguatkuasaan itu pun memainkan peranan. Hari ini saya boleh mencabar Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Kita turun ke gelanggang kelab golf seluruh negara. Di bawah naungan saya ada 38. Saya petik mana? Insya-Allah, bersepah pekerja-pekerja yang tidak ada dokumen ini... [Tepuk] Ini menunjukkan bahawa keprihatinan Yang Berhormat Kinabatangan itu sebenarnya berlaku dan yang jelas kita telah melaporkan berbagai-bagai laporan untuk kita mendapatkan tangkapan dibuat.

Mengapa tidak dibuat? Proses ini berlaku. Pengetahuan yang lebih awal diberitahu. Ini semua adalah memastikan bahawa penguatkuasaan itu harus telus dan pastikan bahawa apabila rang undang pindaan ini dilakukan, maka peranan semua orang ini mesti digerakkan dan dipastikan bahawa berjalan mengikut satu landasan iaitu mengharamkan, mematikan dan memberhentikan aktiviti-aktiviti keparat durjana menjual manusia ini.

Tuan Yang di-Pertua, bayi. Ya, bayi pun kita kena kategorikan Yang Berhormat Menteri. Ramai orang jual bayi. Kalau campur anak Bangladesh dengan Melayu, mukanya handsome macam Yang Berhormat Menteri. Kalau dia Pakistan dengan Melayu, macam sayalah handsome nya... [Ketawa] Lebih kurang begitulah. Yang handsome lagi mahal dijual...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Perasan, perasan!

final • 3:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Jadi apa yang berlaku sekarang ini ialah kita melihat penjualan bayi ini telah pun berleluasa, dihantar ke luar negara. Ini pun harus diberikan tumpuan yang serius Tuan Yang di-Pertua. Serius dan saya tidak mahu menyimpang jauh. Saya tumpukan kepada penguatkuasaan perdagangan manusia ini. Saya kaitkan dengan ini kerana ini telah pun berlaku banyak. Laporan-laporan akhbar, berita-berita TV telah menunjukkan bahawa bayi ini dijual atas harga tertentu. Ini pun harus diberhentikan kerana bayi ini bukan untuk dijual beli. Buat pandai, jaga tidak pandai. Ini masalahnya.

Tuan Yang di-Pertua, bilamana saya melihat daripada perkembangan pemerdagangan manusia ini, sebenarnya kita sedar atau tidak perdagangan manusia ini sudah pun berlonggok dalam negara hampir 1.8 juta orang.

Bagaimana fakta ini saya dapat? Satunya ialah pekerja-pekerja yang datang ke negara ini kategori 1.69 juta itu ialah mereka yang berdaftar. Didapati bahawa 1.9 juta itu ialah tidak berdaftar dan mereka ini dijual melalui proses pengambilan orang ketiga tetapi, kalau kita lihat daripada akta yang telah dibuat di bawah Private Employment Agencies Act 1981, 20% apabila diberi kepada agensi, agensi

final • 3:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

kena berhambus keluar. Akan tetapi sekarang ini apabila pindaan di bawah subkontraktor level ini dibuat, maka agensi ini menjadi majikan mereka berkekalan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita luluskan akta kerja ini di bawah subkontraktor level ini, saya percaya, saya yakin, PRU 13 ghaib Barisan Nasional.

Ini janji saya, ini amaran, sebab ini memberikan pembukaan tawaran yang berlimpah ruah kepada keparat-keparat ini mengambil pekerja-pekerja perdagangan manusia ini, dilonggokkan di bawah syarikat tertentu. Dijual dengan harga tertentu seperti mana yang saya katakan tadi. Nilai seseorang dibandingkan dengan seseorang. Ini berlaku atas sebab apa? Sebabnya keuntungan Tuan Yang di-Pertua. Saya ada masa seminit lagi ya? Jadi, apa pun Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa] Saya sentiasa akur dengan waktu saya ini. Saya adalah wakil rakyat yang sentiasa berpegang kepada janji... [Ketawa] Satu minit lagi. Tiga minit lagi? Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan dan mengatakan dengan jelas...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Enam minit lagi.

final • 3:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Buat pindaan ini bagus.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Enam minit lagi.

final • 3:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Enam minit? Oh, terima kasih. Tiga minit... [Ketawa] Apa pun Yang Berhormat Menteri, saya mengucapkan sekalung tahniah atas keberanian Yang Berhormat Menteri kerana berkesudian, Yang Berhormat Menteri meminda dan memberikan ruang kepada NGO, kepada pegawai-pegawai buruh menyertai bersama. Memastikan kerangka di hadapan kita ini dilaksanakan dan dipastikan jaga dengan baik serta dikawal selia oleh kementerian-kementerian yang terlibat. Saya mengucapkan syabas. Ini menunjukkan Kementerian Dalam Negeri tidak kedekut kuasa. Oleh sebab itu dipanggilnya pegawai-pegawai untuk menyertai mereka. Apa pun, yang penting ialah penguatkuasaan.

Berbalik kepada pencurahan begitu ramainya rakyat daripada luar datang ke sini. Tawaran yang tidak senonoh. Gaji yang diberikan melampau rendahnya.

Tidak termampu oleh rakyat negara ini untuk bersaing dengan mereka. Saya bersetuju kalau dikatakan bahawa rakyat Malaysia ini tidak upaya untuk menjadi kedi atau pun tidak berupaya untuk menjadi pekerja restoran. Saya menafikan sekeras-kerasnya. Kalau kita pergi 7-ELEVEN, McDonald dan Kentucky Fried Chicken, kita melihat semuanya pekerja tempatan. Kenapa ada pekerja tempatan di situ? Kerana tawaran gajinya yang boleh dimanfaatkan, ‘difaedahkan’ oleh rakyat tempatan. Kalau pekerja asing di restoran, gajinya RM250. Dia makan percuma, nasi berkuah dan air suam. Ya, RM250 dengan tidur tempatnya diberikan. Akan tetapi yang jelaskan, adakah pekerja tempatan ini berupaya untuk bersaing? Tidak berupaya. Jadi apa pun, yang jelas ialah penggabungan antara Kementerian Dalam Negeri dan..., satu minit lagi? Dalam Kementerian Dalam Sumber Manusia harus digabungkan dan carilah jalan terbaik untuk memastikan rakyat negara ini terbela dan perdagangan manusia dihapuskan terus dalam negara kita, Malaysia namanya! Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Selamat ke Jakarta Yang Berhormat... [Ketawa]

final • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tawau.

final • 3:10 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010. Tuan Yang di-Pertua, perdagangan orang adalah satu serius transnational crime dengan keuntungan USD38 bilion setiap tahun. Global migration juga dianggarkan 240 million orang.

Selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melawan jenayah transnasional organisasi (UNTOC). Bagaimanakah Pelan Tindakan Nasional Antipemerdagangan Orang 2010 – 2015 akan dilaksanakan dan dikuatkuasakan di Malaysia, khususnya di Sabah di mana terdapat banyak tempat masuk di Sabah. Contohnya di Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan sebagainya telah dikenal pasti sebagai tempat transit atau tempat masuk untuk perdagangan orang atau dadah dari bandar-bandar dan negara-negara jiran.

Jumlah besar mangsa perdagangan orang adalah perempuan dan kanak- kanak yang dieksploitasi untuk seks dan aktiviti tidak bermoral lain kebanyakannya oleh sindiket-sindiket. Saya ingin tahu daripada kementerian berkaitan, perkara- perkara seperti berikut:

(a) sejak pelaksanaan akta ini pada tahun 2007, berapa orang mangsa perdagangan orang telah diselamatkan di Malaysia dan di Sabah sehingga sekarang? Berapakah orang atau sindiket telah didapati melakukan jenayah tersebut dan apakah hukuman yang dikenakan atas jenayah tersebut? Di manakah mangsa-mangsa tinggal selama penyiasatan dan berapa lamakah yang diperlukan sebelum mangsa-mangsa dihantar pulang ke rumah atau negara masing-masing?;

(b) oleh sebab kebanyakan kes-kes ini berlaku di Tawau, Sandakan dan sebagainya seperti mana yang disiarkan oleh TV3 dan TV7 sebelum ini. Apakah usaha-usaha tambahan kementerian untuk menyediakan kapal atau kemudahan dan kakitangan tambahan sehingga kemasukan haram orang-orang dapat diatasi pada peringkat akarnya, iaitu pada sempadan. Apakah kemudahan yang disediakan di Tawau atau Sandakan untuk para mangsa yang berada di bawah penyiasatan?;

(c) apakah perjanjian-perjanjian atau pelan-pelan tindakan yang dicapai semasa kerjasama bilateral atau multilateral di peringkat serantau atau antarabangsa antara Kerajaan Malaysia dan apakah rasional yang lain dalam memerangi perdagangan orang? Apakah harmonisasi undang-undang yang telah dicapai antara negara-negara untuk mengurangkan penderitaan para mangsa?

final • 3:17 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Pindaan utama dalam rang undang-undang ini adalah penambahan penyeludupan migran. Saya minta penjelasan daripada kementerian, mengapakah hukuman bagi kesalahan-kesalahan perdagangan orang dan penyeludupan

final • 3:20 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

migran adalah sama? Adakah benar bahawa perdagangan orang merupakan satu jenayah yang lebih serius daripada penyeludupan migran? Adakah kementerian mempunyai sebarang pelan untuk meningkatkan denda bagi individual atau sindiket jenayah apabila perdagangan melibatkan kanak-kanak di bawah umur atau dipaksa menjadi budak seks.

Dalam tahun 70-an, ketika para pelarian dari Filipina Selatan datang ke Sabah, mereka diberi IMM13 oleh Kementerian Dalam Negeri. Apakah yang terjadi kepada status pelarian ini selepas lebih daripada 30 tahun? Saya ingin meminta penjelasan daripada kementerian, mengapakah kementerian sekali lagi memberikan IMM13 di Sabah pada tahun-tahun kebelakangan ini, apakah status orang-orang yang diberi IMM13? Berbanding dengan para pelarian dari Acheh, adakah mereka diberikan IMM13 atau UNHCR iaitu suruhanjaya tinggi PBB untuk pelarian?

Adakah kementerian mempunyai sebarang pelan untuk bekerja dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya Tenaganita yang mempunyai pengalaman luas dalam menangani mangsa-mangsa perdagangan orang, kalau tidak, mengapa? Apakah agensi-agensi yang kementerian bercadang untuk bekerjasama supaya mangsa-mangsa perdagangan orang atau penyeludupan migran ini tidak dilayan seperti penjenayah sahaja? Apakah program kesedaran yang dirancang oleh kementerian supaya masyarakat umum akan bekerjasama dengan agensi-agensi dalam membanteras jenayah seperti itu, adakah kementerian akan menjalankan kempen dalam setiap tempat masuk, baik di laut, udara atau tanah berkaitan dengan kesalahan-kesalahan perdagangan orang, penyeludupan migran dan juga untuk perdagangan dadah?

Tuan Yang di-Pertua, kita sangat bimbang dengan kes-kes Penan mengenai gadis-gadis dalam sex abuse. Rakyat sangat terkeliru dengan news NST pada hari ini iaitu Yang Berhormat Timbalan Menteri Heng Seai Kie berkata, “Ministry cannot find proof of sex abuse claims”. Akan tetapi pada laporan tahun lalu, kementerian pernah mengakui kes-kes sex abuse pernah berlaku dan minta polis untuk siasatan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kes ini, kejadian ini sudah berlaku begitu lama, kenapa tidak dapat diambil perhatian oleh kementerian, adakah hak-hak mereka dinafikan, dan bagaimana kita boleh mengawal perdagangan orang dari luar jika orang tempatan iaitu Penan dibiarkan? Saya meminta pihak berkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil satu tindakan yang proaktif. Silakan turun padang dengan laporan oleh NGO iaitu Penan Support Group untuk menyelesaikan masalah-masalah itu. Dengan itu, sekian dan terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya untuk melibatkan diri dalam membahaskan pindaan Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Sesungguhnya, saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada kementerian kerana berani untuk menyahut cabaran sehingga lahirnya pindaan ini.

Mengikut pembacaan saya dari kajian yang saya dapati Tuan Yang di- Pertua, sebahagian kecil sahaja daripada kalangan wanita dan kanak-kanak Malaysia diperdagangkan untuk dieksploitasi oleh negara-negara luar atau negara

final • 3:25 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

asing. Ini kerana, mengikut Kementerian Luar Negara, kurang daripada seratus orang wanita Malaysia diperdagangkan di luar negara semasa tahun 2006 dan bilangan ini juga sudah menurun pada tiga tahun yang lepas. Jadi, oleh sebab itu saya menyokong penuh pindaan ini kerana kalau kita baca pada bulan Jun 2010, Malaysia juga sudah meningkat ke tier 2 kedudukannya dalam laporan pemerdagangan manusia di United States dengan izin. Ia satu pengiktirafan kepada Malaysia yang memang sudah menghebatkan inisiatifnya untuk mengelakkan dari berlakunya pemerdagangan manusia.

Cuma, saya hendak tanya kepada kementerian mengenai perkara ini, kenapakah negara kita menjadi negara pilihan untuk transit, untuk penyeludupan manusia ini? Yang sedihnya ialah yang terlibat kebanyakannya ialah – bukan kebanyakan sahaja, memang secara umumnya memang wanita dan kanak-kanak yang terlibat. Jadi saya mengharapkan pihak kementerian mengkaji dan meneliti sepenuhnya untuk membantu – sekiranya kalau kita mengadakan pindaan ini, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian? Adakah kementerian hanya menyahut cabaran untuk membuat pindaan ini, dan apakah langkah yang diambil untuk memastikan bahawa pindaan ini memang satu pindaan yang efektif untuk dilaksanakan?

Ini kerana kita khuatir kalau kita membuat pindaan dan kita tidak bersedia dengan human resource nya dengan izin, misalnya menambah kakitangan untuk terlibat dan untuk menambahkan peruntukan untuk melakukan operasi, kita takut ia menjadi satu pindaan sahaja di mana pelaksanaannya tidak dijalankan dengan begitu efektif kerana untuk menguatkuasakan undang-undang, kita memerlukan anggota yang terlatih. Kita faham bahawa kerja ini memang berat dan tanggungjawabnya pun memang besar sekali. Jadi, kita harap pihak-pihak yang terlibat mencari jalan dan langkah yang lebih efektif untuk melaksanakan tugas ini.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita perhatikan keadaan masa kini, orang- orang zaman moden ini amat kreatif dalam melarikan diri dari pelaksanaan ataupun penguatkuasaan undang-undang. Jadi kita turut khuatir kerana semakin ramai orang yang terdesak, oleh kerana kehidupan zaman moden ini dan mereka memerlukan sumber kewangan yang begitu banyak sekali sehingga sanggup berhutang dan apabila tidak mampu membayarnya, mereka sanggup menjual anak mereka sendiri untuk dijadikan anak angkat. Kalau dia menjadi anak angkat betul secara ikhlas, tidak apa tetapi mungkin ada di kalangan ibu bapa yang terdesak ini menjual anak mereka untuk dijadikan anak angkat dan mereka tidak tahu bahawa anak mereka akan di seludup di luar negara.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggunakan ruang dan peluang keemasan ini untuk meminta kementerian untuk mengadakan program-program ataupun misalnya – sekurang-kurangnya promosi, program-program berbentuk promosi atau pengiklanan melalui radio ataupun televisyen untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang-orang yang mungkin tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai perkara ini. Diharapkan pihak kementerian – kalau kita hanya mengeluarkan risalah-risalah, ada juga orang yang tidak mahu membaca dan tidak mengambil perhatian terhadap risalah-risalah. Jadi, mungkin melalui radio dan televisyen, kita kena tunjuk bagaimanakah pemerdagangan ini berlaku dan cara mana ianya boleh dilakukan.

final • 3:25 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Saya harap ianya boleh diambil perhatian dan saya juga ingin menyuarakan di sini beberapa tahun dahulu saya pernah mengadakan program di Limbang, Sarawak dan di antara perkara yang telah diajukan kepada saya oleh wanita-wanita di Limbang ialah berlakunya masalah sosial semakin meningkat di

final • 3:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Limbang kerana terlalu ramai China dolls dari China datang dan ia menjadi tarikan kepada sang suami-suami di Limbang sana. Jadi, menjadi banyak masalah sosial...

final • 3:30 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang Berhormat Lipis.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

...berlaku di – sekejap biar saya habis. Berlaku di Limbang. Ini sebelum saya menjadi Ahli Yang Berhormat lagi memang saya sudah menerima rungutan ini. Saya tidak banyak masa Yang Berhormat Lipis. Tidak apa, saya bagi sekejap.

final • 3:30 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sudah tidak dapat peluang hendak berucap ini.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak dapat, confirm tidak dapat Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Confirm tidak dapat. Jadi hendak ambil peluang untuk mencelah. Pertama sekali, apakah yang menyebabkan Limbang ini menjadi pusat atau tempat orang berminat pergi ke situ menyebabkan, menjadi daya tarikan untuk perkara-perkara yang mewujudkan masalah sosial dan kenapa dalam Sarawak itu sendiri di Limbang sahaja menjadi tempat ini. Minta penjelasan.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Okey terima kasih Yang Berhormat Lipis. Di antara kemungkinannya ialah kerana Limbang ini berdekatan dengan Brunei juga. Selain daripada itu ia banyak cara untuk masuk ke Limbang.

Kalau tempat lain, ia hanya satu tempat untuk masuk. Jadi, dia boleh masuk melalui Brunei, dan juga Miri dan banyak cara lain juga hendak masuk. Jadi, ia bukan hanya hendak menarik pelanggan dari Limbang, tetapi juga dari negara Brunei.

final • 3:30 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Ini di antara rungutan yang dimaklumkan kepada saya. Dari segi kapasiti itu, berapa ramai, volume itu kita tidak tahulah. Akan tetapi ia menjadi salah satu masalah yang boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga di kalangan suri rumah tangga. Terutama sekali suri rumah tangga yang hanya bergantung pendapatan dari suami.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapit bangun Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Ramai yang berminat kalau China doll ini. Okey terima kasih. [Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan perkara China doll sebab saya sudah pasti tidak akan dapat peluang untuk berbahas, jadi saya masuk sedikitlah ruang ini. Ini perkara penting yang berkaitan dengan jenayah. Jadi, Kapit tidak seperti Limbanglah, kita tidak ada masalah itu.

Jadi, kita tidak hendak. Oleh kerana kita tidak hendak ada jenayah itu, maka saya ingin membangkitkan satu perkara yang berkaitan dengan kementerian ini.

Telah saya juga bangkitkan perkara ini iaitu mengapa di sesuatu tempat seperti di Kapit yang begitu aman, dan sebagainya satu sistem dari kementerian ini Yang Berhormat Menteri pun saya ingat sedarlah bahawa saya pernah bincang dengan Yang Berhormat Menteri, perkara ini ialah menghantarkan orang kawalan

final • 3:30 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

restricted residence dihantar ke daerah kecil seperti daerah Song dan daerah Kapit dan daerah Limbang juga seperti kata Yang Berhormat.

Jadi, kita tidak hendak mereka ini yang sudah pandai buat jenayah, kalaupun mula-mulanya dengan dadah dan lain-lain, nanti kalau masuk ke daerah terpencil ini, mereka buat yang lain sehinggakan mungkin menculik dan kegiatan pemerdagangan manusia ini nanti. Jadi kita tidak hendak. Jadi saya mohonlah penjelasan sedikit. Patut kah tidak daerah-daerah kecil ini dihantar ke restricted residence masuk ke sana sebab sekarang dia bukan turun bilangan mereka, bertambah pula. Jadi, mohon penjelasan, kalau tidak Menteri boleh, masuk dalam ucapan boleh kah?

final • 3:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih. Sebenarnya memang saya hendak menyentuhkan perkara itu, kerana ini di antara isu-isu yang dibincangkan oleh beberapa pemimpin wanita pada hujung minggu yang lepas.

Jadi di antara ucapan tadi saya minta masukkan dan saya hendak menambahkan sedikit. Walau ini bukan secara direct ianya melibatkan diri dalam mengenai isu pemerdagangan, tetapi ia berkaitan Tuan Yang di-Pertua kerana apabila orang yang telah melakukan jenayah dihantar ke kawasan kecil dibuang daerah, orang inilah the champion dengan izin the champion of all the crimes dalam kawasan kecil-kecil ini. Jadi saya memohonlah agar pihak kementerian untuk mengkaji semula mengenai buang daerah ini, I think its an obsolete kind of provision.

Diharap ditengok, dikaji.

Saya berbalik ke Limbang. Saya belum habis mengenai Limbang Tuan Yang di-Pertua kerana tadi kita menyentuh mengenai China dolls. China doll ini bukan di situ sahaja, kita secara terbuka kita pergi duduk makan di gerai-gerai pun mereka datang. Datang ke tempat kita. Apabila kita tanya orang tempatan, siapa orang ini? Dia orang China dolls. Mereka datang kadang-kadang mereka masuk on a monthly dia punya pasport distamp mengikut bulan-bulan. Kita harap ini dikaji oleh pihak kementerian supaya ianya tidak berleluasa. Satu perkara saya hendak sentuh di sini ialah mengenai ianya boleh membawa kepada isu pemerdagangan yang mungkin kita tidak sedar. Ia mungkin digunakan secara halus di mana pelajar-pelajar yang datang, pelajar ataupun mana-mana orang yang datang masuk ke negara kita, kalau kita tidak monitor dia punya movement dan juga dia punya expiry date of dia punya stay di Malaysia ini dengan izin ia mungkin boleh mengakibatkan kepada masalah pemerdagangan manusia.

Sebelum saya mengakhiri Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak adillah kalau rakan saya yang lain menyentuh mengenai Penan dan saya tidak berpeluang untuk bercakap mengenai isu-isu Penan. Kita tidak menidakkan kalau betul-betul berlakunya masalah Penan itu, saya hendak menyeru di sini, NGO- NGO yang telah menginterview yang dikatakan yang telah dirogol itu, mintalah NGO ini untuk membawa mereka ke pihak yang berkuasa. Apabila isu ini dibangkitkan, dikeluarkan dalam akhbar saya pun menelefon pihak polis di negeri Sarawak. Tolonglah saya cakap. Kalau betul-betul ini berlaku, tolonglah bagi kita information. Polis pun kata tidak orang datang ke tempat kita untuk melapor, jadi macam mana kita hendak bertindak.

Jadi, saya mengharapkan, mana mereka yang telah berurus niaga ataupun bercakap ataupun berunding dengan pihak NGO yang melibatkan diri yang telah menginterview orang Penan ini dan yang telah dirogol, tolonglah. Bawa mereka ke pihak berkuasa. Kalau berbincang di Parlimen NGO-NGO itu, bawalah kita bersama. Jangan belakangkan kita. Kita tidak tahu apa yang berlaku. Kita dari Sarawak macam mana kita hendak defend atau bersama-sama menyokong perkara ini. Jadi saya harap, janganlah ianya dipolitikkan sahaja. Sama-sama kita

final • 3:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

berjuang. Penan kena rogol kah, wanita kena rogol, kita sama-sama wanita.

[Tepuk] Jadi, sama-samalah kita bertindak di sini. Saya harap, pihak yang tahu mengenai perkara ini bawalah mereka ke pihak yang berkuasa. Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya kena tamatkan perbahasan ini kerana selepas ini ada satu bill lagi. Saya cuma boleh memanggil dua orang sahaja. Selepas itu Menteri akan berucap. Saya akan panggil Yang Berhormat Beruas, selepas itu Yang Berhormat Arau, 15 minit seorang.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, wakil dari PAS baru seorang cakap Tuan Yang di-Pertua. Baru seorang, Yang Berhormat Pokok Sena sahaja.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya...

final • 3:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya tujuh setengah minit, saya bagi PAS tujuh setengah minit. Boleh?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kalau tidak hendak berucap, saya panggil PAS.

final • 3:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berucap.

final • 3:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua, Akta Kerja itu untuk buruh, itu tidak begitu penting, cuma...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Semua akta penting Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

They are interested in passing the project.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

It might be not your subject matter. Akan tetapi orang lain hendak berucap juga.

final • 3:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ini lebih penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk bahaskan akta meminda Akta Pemerdagangan Orang 2007. Tuan Yang di-Pertua, saya memang menyokong usaha kerajaan untuk melindungi dan menjaga kebajikan orang yang miskin, lemah dan tidak dapat membela diri. Banyak sudah dinyatakan tentang pemerdagangan orang luar negara di Malaysia ini. Saya hanya mahu menghujahkan satu isu sahaja. Iaitu pemerdagangan rakyat Malaysia sendiri kerana didesak oleh keputusan Kementerian Dalam Negeri.

final • 3:39 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Memang kalau kita menyokong usul ini, pahalanya besar kerana kita hendak melindungi yang lemah dan yang miskin tetapi jangan kita “menyusu

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

monyet di hutan dan abaikan anak sendiri di rumah.” Saya hendak merujuk di sini ialah tentang keputusan Kementerian Dalam Negeri melucutkan kewarganegaraan orang Malaysia sewenang-wenangnya. Menyebabkan rakyat Malaysia ini tidak mempunyai kelayakan hinggakan mereka menjadi lemah, tidak dapat kerja, terdesak dan dengan senangnya akan diperdagangkan atau melibatkan diri dalam jenayah ataupun aktiviti-aktiviti yang memudaratkan Malaysia ini.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri melucutkan kewarganegaraan. Saya hendak bagi satu contoh seperti Chan Meng Yin ini. Dahulu memang dia diberikan nombor kad pengenalan 810202-08-6389 tetapi tiba-tiba dibatalkan kad pengenalan tersebut dan beliau telah hampir 20 tahun meminta balik hak kerakyatannya dan permohonannya ialah 08021011-20080918-161056-09 yang masalahnya ialah kerana kulitnya terlalu hitam sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan kes pertama. Saya pernah menolong kes sedemikian, di mana kita tahu pada zaman dahulu semasa seseorang itu diambil sebagai anak angkat, mereka tidak mengikuti prosedur melalui mahkamah tetapi memang mereka ini anak orang India dan memang rakyat Malaysia. Akan tetapi tiba-tiba berpuluh-puluh tahun kemudian, dibatalkan kerakyatan mereka dan kalau hendak mencari balik ibu bapa mereka yang memang rakyat Malaysia ini, mereka sudah tiada lagi bukti tetapi cara kerajaan membatalkan kerakyatan ini bagi saya ini adalah secara sewenang-wenangnya.

Apakah hak dan kuasa Jabatan Pendaftaran Negara membatalkannya sedemikian sahaja, padahal di Sabah apabila ada kesilapan di mana orang-orang bukan Islam kerana ada namanya bin atau binti dinyatakan Islam, mereka diminta pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah. Kalau Jabatan Pendaftaran Negara yang membuat kesilapan haruslah diperbaiki, ratified immediately supaya tidak mendatangkan kerumitan dan kesusahan kepada mereka atas kesalahan Kementerian Dalam Negeri itu.

Dalam kes ini, mereka memang mempunyai hak menjadi rakyat Malaysia tetapi kerana kulit mereka hitam tetapi dibela oleh orang Cina, dikatakan dia tidak berhak menjadi warganegara Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya meminta kerajaan dalam kes ini dan kes yang satu lagi, dahulu saya pernah tolong. Tidak dicadangkan oleh orang dalam kementerian, meminta dia membuat satu surat sumpah palsu, dinyatakan dia ada perhubungan sulit dengan orang India dan ada anak yang hitam sedikit. Itu cara, adakah ini cara kita menyelesaikan masalah kalau seseorang itu, dari persekitaran tempat itu, kita tahu orang ini memang membesar di Malaysia dan tidak ada negara lain yang mereka boleh mengadu nasib. Berilah dia kewarganegaraan dan dalam kes Chan Meng Yin ini, beliau mendakwa mempunyai ijazah dan diploma.

Kalau kita tidak mengiktiraf dia sebagai warganegara Malaysia, kita melanggar artikel 15, United Nation declaration of human rights dengan izin, “everyone has the right to a nationality. No one shall be arbitrarily deprived of his nationality...” Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian di Malaysia ini ada lagi lain-lain kes yang sedemikian. Janganlah kita mendesak hinggakan orang ini yang boleh membawa pembangunan, yang kita kata can contribute to the nation, you force them to a situation yang mereka tidak boleh bekerja, takut keluar rumah kerana takut ditangkap. Tidak ada negara lain yang pernah mereka pergi. Dari bayi lagi mereka ada di Malaysia. Don’t force them into a situation of vulnerability, weakness that they can be trap by people can be dengan izin, force into illegal trade just to earn a living.

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dengan itu, itulah sahaja dan saya berharaplah kerajaan Malaysia prihatin kepada rakyat yang malang ini kerana dibatalkan kewarganegaraan Malaysia tanpa satu perintah mahkamah. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau.

final • 3:40 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya dalam perbahasan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010. Kita menyedari bahawa akta ini telah pun diluluskan pada 24 April 2007 dan telah dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008. Sehingga kini kita melihat sejak akta ini dikuatkuasakan pada tahun 2008, ia tidak banyak mangsa ataupun pertuduhan iaitu hanya sekitar 1083 mangsa yang telah diselamatkan. Sekitar 130 pertuduhan yang membabitkan akta ini yang dibuat dan mungkin hal ini berlaku, terdapat pertindihan yang juga turut melibatkan akta yang lain seperti Akta Imigresen dan Akta Pekerjaan.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri sebab akta ini melibatkan Akta Imigresen dan Akta Pekerjaan. Kenapa kita tidak membuat pindaan kepada Akta Imigresen yang saya fikir boleh juga diberi pertimbangan dan turut mempunyai kaitan relevan dengan pindaan ini. Kita sedar bahawa dalam keadaan sekarang memang kita amat perlu, bukan soal anggapan daripada negara-negara maju yang mengatakan bahawa kita menjadi transit, itu juga di antara perkara penting kenapa pindaan ini perlu dibuat.

Akan tetapi kita juga harus memenuhi keperluan menandatangani protocol against the smuggling of migrants by land, air and sea di bawah UN Convention on Transnational Organize Crime. Jadi perkara-perkara ini menunjukkan...

final • 3:46 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Celahan Yang Berhormat.

final • 3:46 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Sekejap? Okey, saya bagi.

final • 3:46 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Memang saya fikir Akta Imigresen juga patut dipinda kerana akta ini tidak mengambil kira tanggungjawab serta bidang kuasa agensi penguatkuasaan yang kadangkala mengakibatkan banyak kes-kes pemerdagangan manusia.

Saya ingin tanya tentang, apabila kita lihat data Majlis Anti Pemerdagangan Orang atau MAPO dikatakan dalam tiga tahun 2008 hingga 2010 hanya sembilan sahaja conviction, menjatuhkan hukuman. Saya berminat hendak tahu antara kesembilan kes, berapa banyak syarikat-syarikat yang ada dikatakan...

Company, yang menjanjikan kerja-kerja tetapi tidak diberikan, janji-janji buta.

Berapakah syarikat yang termasuk daripada penghukuman ini. Ini penting untuk kita menilai keberkesanan. Terima kasih.

final • 3:46 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Memandangkan pertanyaan Yang Berhormat lembah Pantai agak spesifik dan saya memang rasa ini dimasukkan ke dalam ucapan saya untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat perkara ini sebenarnya ada dua, tiga masalah yang melibatkan... Kekeliruan ini timbul sebab negara kita menjadi lambakan PATI dan juga PADI yang masuk, masih ada yang tinggal dan yang menggunakan penyalahgunaan visa on arrival dengan izin, dan sebagainya.

final • 3:46 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Jadi, kesedaran kepada masyarakat bercampur aduk di sini, di antara pemerdagangan manusia dan ramai rakan saya pun tadi, sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang juga mempunyai salah tafsiran di antara PATI dan juga melibatkan soal pemerdagangan ini, jadi berlaku kekeliruan dalam perbahasan.

Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah langkah yang dibuat oleh kerajaan setakat ini dalam memastikan bahawa kita akan dapat menimba kesedaran di mata masyarakat. Apabila pagi ini pun ada laporan kes-kes penculikan bayi yang bersifat domestik. Bukan berlaku melibatkan soal rentas sempadan tetapi bersifat domestik berlaku di Kuching Sarawak yang anak-anak ini hanya menunggu masa untuk di bawa. Di transit ke sebuah rumah dan akan di bawa ke luar negara kalau sekiranya ada urusan-urusan jual beli yang munasabah, yang melibatkan kanak-kanak berbangsa Cina yang berjaya ditangkap oleh pihak polis.

final • 3:46 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Jadi kebetulan perkara itu berlaku pagi tadi dan kita membuat pindaan pada petang ini, Yang Berhormat Menteri akan memberi penjelasan. Sudah tentu saya merasakan bahawa gabungan penguatkuasaan yang sedia ada kita perlu pergunakan termasuk penglibatan APMM, PGA, pasukan polis dan tentera sekalipun harus digabungkan untuk kita memastikan bahawa kedudukan geografi kita yang dikelilingi oleh laut yang berdekatan dengan negara-negara sumber yang merupakan tempat-tempat utama yang menjadi tarikan untuk membawa keluar manusia-manusia ini untuk diperdagangkan, adalah harus kita bukan soalkan mengenai persepsi sahaja tetapi ini berlaku dan kita harus banteras dengan sebaik mungkin. Bukan soal kita hendak meletakkan di tiers mana-mana seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Amerika dan sebagainya.

Kita menyedari bahawa di antara penyebab-penyebab utama yang menyebabkan kes-kes ini berlaku seperti soal tenaga buruh, permintaan tenaga buruh, perkhidmatan seksual, jeratan hutang kerana ada yang melibatkan perkara- perkara ini yang berlaku dengan sukarela yang sengaja meminta diri mereka di seludup dan sebagainya, kerana kita lihat seperti mana rakan-rakan lain bangkitkan tadi...

final • 3:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas bangun, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Arau sebab saya tiada peluang hendak bercakap, jadi saya hendak mencelah sedikit sahaja. Apa yang paling saya cukup dukacita dan rasa hendak marah dan geram pun ada iaitu kemasukan mereka-mereka melalui cara jalan- jalan yang sah kononnya melalui visa lawatan belajar, tetapi akhirnya jadi pelacur.

Jumlah ini saya jangkakan ramai, sebab kita tengok dalam akhbar, dalam TV pun sudah ada tangkapan yang dibuat oleh polis tetapi saya percaya jumlahnya tidak sedikit. Jadi ini boleh juga mengancam keselamatan dan juga memberi satu perkara yang tidak baik kepada negara kita. Saya percaya jumlahnya cukup banyak. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menganggap perkara ini cukup serius dan sebenarnya telah ada perbincangan yang telah dibuat beberapa kali oleh Menteri Pengajian Tinggi dan KDN berhubung perkara ini. Kita lihat seolah-olah

final • 3:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

kemasukan mereka tidak dapat dikawal atas menggunakan visa pelajar dan sebahagian mereka juga terlibat dalam kegiatan jenayah dan ada di antara jenayah-jenayah kejam yang melibatkan soal-soal sex abuse dengan izin, yang berlaku yang melibatkan seorang kanak-kanak yang melibatkan seorang pelajar warga asing.

Saya rasa kalau kita biarkan, kita sudah tidak ada kawalan sama sekali terhadap kemasukan-kemasukan ini dan umumnya mengetahui bahawa kita seolah-olah menjadi tempat-tempat bangsa-bangsa tertentu, dari Afrika, dari Iran yang menjadi lambakan yang begitu banyak di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur.

Ini dicampur dengan pelacur-pelacur dari negeri China yang datang secara VOA dan juga ada yang datang dari Uzbekistan, dari Rusia dan sebagainya yang menyebabkan seolah-olah pertumbuhan ekonomi yang pesat negara ini menjadi tarikan yang begitu kuat daripada negara-negara ini untuk datang dan menjalankan kegiatan-kegiatan maksiat. Sekali gus daripada jangka pendek dan jangka panjang ia akan mencetuskan gejala sosial yang amat sukar dikawal.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri soal yang berkaitan dengan soal-soal migran dan juga soal pemerdagangan manusia. Di sini berlaku unsur-unsur ataupun elemen eksploitasi bagi permerdagangan orang, sementara soalan migran ini ia tiada kaitan dengan soal eksploitasi.

Bila sampai ke tempat ataupun destinasi yang dituju, maka kita lihat perkara ini dianggap selesai tetapi pemerdagangan orang ini ia akan terus berlaku.

Ia mungkin akan bergerak ke Australia, ke negara-negara maju yang lain dan dijadikan kita tempat sementara dan mungkin dalam keadaan dunia yang begitu moden ini, kita tidak boleh membenarkan satu bentuk perhambaan dan juga tindakan biadab yang lebih teruk daripada binatang yang telah dilakukan kepada seorang manusia. Perkara ini telah berlaku dengan menggunakan rantai-rantai dengan mengikat kanak-kanak sebelum dihantar ke negara ketiga. Ini berlaku di sebuah negara jiran kita.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Labuan bangun, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Adakah kita mahu membenarkan perkara ini berlaku di negara kita sekali lagi yang kalau kita tidak kawal melalui pindaan- pindaan yang tegas dan denda yang tinggi menerusi 24 fasal rang undang-undang ini, tentang pindaan yang kita buat pada hari ini. Kita mahu Yang Berhormat, yang saya harapkan supaya sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab sudah tentu memikirkan perkara ini dengan serius dan mengharapkan bahawa pindaan ini amat diperlukan secara rasional bagi memastikan kita dapat mengatasi gejala ini.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Mencelah sikit Yang Berhormat Arau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Arau.

Kita masing-masing sebenarnya memberi perhatian tentang pemerdagangan manusia ini. Namun apa yang malang bagi kita di Labuan sebenarnya ada satu isu yang mana pekerja-pekerja GRO ini diberi satu permit, kalau tidak salah dahulu pernah satu waktu sebanyak 600 permit disediakan untuk mereka yang bertugas sebagai GRO. Jadi apakah ini sesuatu untuk kita legalise ataupun macam mana?

Sampai sekarang adakah benda ini bertambah ataupun dikurangkan kerana kalau kita legalise yang bekerja sebagai GRO ini, kelihatannya kita juga menggalakkan perdagangan manusia. Secara tidak langsung walaupun tidak perdagangan, ia ada satu faktor yang manusia itu disewakan untuk memberikan sesuatu servis.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Jadi oleh itu apakah pandangan kementerian? Perkara ini saya rasa walaupun Labuan itu bebas cukai, tetapi jangan semuanya dibebaskan. Perkara ini saya rasa secara tidak langsung, impaknya kepada orang-orang tempatan ini.

Jadi saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Arau. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih rakan saya dari Labuan dan Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan gejala ini berlaku atas dua keadaan.

Pertama dia berlaku secara eksploitasi, mana tidak dengan kerelaan, paksaan dan setengah daripada mereka yang hendak dibawa masuk pun mereka tidak dibayar apa-apa gaji. Kadang-kadang untuk mendapatkan makanan sesuap untuk harian pun, mereka tidak dapat. Ini satu perbuatan yang cukup zalim. Sesetengahnya pula berlaku atas sukarela, mungkin mereka pelajar di negara mereka, mereka tidak ada wang untuk membayar yuran dan mereka datang atas VOA dan mereka secara sukarela bekerja di tempat-tempat hiburan seperti Yang Berhormat Labuan maksudkan tadi. Mereka memilih tempat-tempat yang dianggap strategik dengan kehadiran pelancong-pelancong daripada luar negara yang menjadi tumpuan, yang menjadi tempat-tempat yang dianggap maju yang mungkin berdaya maju seperti Limbang. Ia adalah tempat-tempat strategik yang mereka gunakan sebagai tempat untuk membuat aktiviti dan mencari makan dengan perkhidmatan ini.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, setakat ini berapakah jumlah statistik setakat tahun 2008, 2009 dan 2010 tentang eksploitasi seks, perkhidmatan paksa dan juga berhubung dengan perhambaan, pengabdian dan juga pemindahan organ manusia. Ia ada satu perkara lagi yang digunakan mungkin dibunuh dan diambil organ bagi tujuan penjualan sebagai a part of trade di luar negara bagi tujuan menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu dan sebagainya, seperti mana yang berlaku sekarang.

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Ada masa lagi Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sudah habis? Tidak boleh bagi laluan sekejap untuk Yang Berhormat Kepong?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh mencelah ketika Menteri menjawab nanti Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Boleh mencelah Menteri, maaf Yang Berhormat Kepong. Cuma yang terakhir sekali, saya ingin tanya berapakah jumlah peruntukan dan juga apakah agensi yang dipertanggungjawabkan seperti di peruntukan Seksyen 44 dan 511 dalam akta ini untuk mengendalikan rumah- rumah perlindungan bagi mangsa yang sama ada berlindung di bawah IPO atau PO. Maksudnya jumlah kes tangkapan dan mereka yang diletakkan di rumah perlindungan. Berapakah jumlah rumah perlindungan yang sedia ada di negara kita bagi kita mengatasi, melancarkan untuk mengkoordinasi masalah tangkapan- tangkapan terhadap kes yang terlibat dalam anti pemerdagangan manusia. Terima kasih. Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 13 orang yang telah pun membahaskan rang undang-undang pindaan ini dengan tujuh orang yang mencelah. Saya memanjatkan rasa syukur kerana kesemuanya telah menyokong pindaan kepada akta.

final • 3:59 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Cuma menyentuh kepada perkara-perkara yang terbuku dan perkara- perkara yang membimbangkan Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka dalam penggulungan ini saya bercadang Tuan Yang di-Pertua untuk pertamanya menyentuh kepada asas-asas pindaan ini dan memberikan tumpuan khusus kepada perkara-perkara pokok yang menjadi kebimbangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam kita meminda akta ini supaya jenayah yang dianggap sesuatu fenomena dalam dunia globalisasi, dunia tanpa sempadan, dunia perkampungan sejagat dapat ditanganinya secara serius.

Kerajaan daripada awal lagi begitu serius Tuan Yang di-Pertua dalam menangani perkara ini. Tidak ada tekanan antarabangsa, tidak ada pertimbangan lain tetapi semata-mata untuk memastikan bahawa fenomena yang kita terpaksa lalui bukan sahaja unik kepada Malaysia tetapi kepada negara-negara lain juga.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Dilihat secara merentasi kementerian dan agensi, merentasi pendekatan yang pelbagai termasuklah pelaksanaannya, perundangannya dan usaha kita untuk menyediakan asas-asas yang kukuh supaya fenomena yang ada kaitan dengan beberapa jenayah yang merentasi sempadan ini dapat ditanganinya secara berkesan.

Kita mengatakan bahawa tidak berkisar kepada tekanan mana-mana pihak bersandarkan kepada Akta Antipemerdagangan Orang yang telah pun kita gubal dan telah pun kita luluskan dan telah pun kita kuatkuasakan pada 28 Februari, 2008 lagi. Rang undang-undang hari ini bukan merupakan akta baru tetapi pindaan kepada akta yang sedia ada supaya ianya lebih menyeluruh, ianya lebih berkesan dan ianya dapat mengambil kira jenayah-jenayah yang seperti perdagangan, penyeludupan migran yang mungkin merupakan sesuatu kelemahan dan kekurangan di dalam akta kita yang perlu ditangani. Di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007 pula kita telah mewujudkan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) dan di bawah MAPO pula kita telah wujudkan lima buah jawatankuasa tetap iaitu Jawatankuasa Perundangan, Jawatankuasa Penguatkuasaan, Jawatankuasa Perlindungan dan Pemulihan Mangsa, Jawatankuasa Media dan Publisiti serta Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh telah pun ditubuhkan selaras dengan peruntukan di bawah akta tersebut.

Selain daripada mewujudkan majlis ini kita juga telah pun baru-baru ini pada 31 Mac tahun ini juga melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2010–2015. Pelan tindakan ini telah pun menetapkan sembilan matlamat strategik untuk merealisasikan visi nasional di dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang serta memastikan keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan kebangsaan. Daripada sembilan ini izinkan saya menyenaraikan tumpuan kita di mana berperingkat-peringkat kita meletakkan fokus kita pertamanya terhadap jenayah pemerdagangan orang dengan:

final • 4:00 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

(i) memperkukuhkan kerangka perundangan;

(ii) melaksanakan tindakan bersepadu di kalangan agensi- agensi penguat kuasa;

(iii) meningkatkan tahap kesedaran awam melalui penyaluran maklumat kepada masyarakat;

(iv) memberikan perkhidmatan perlindungan dan pemulihan yang mematuhi standard antarabangsa;

(v) membanteras pemerdagangan buruh;

(vi) merancang dan melaksanakan latihan secara bersepadu untuk personel yang terlibat dalam melaksanakan Akta Antipemerdagangan Orang 2007;

(vii) membangunkan sistem pengurusan maklumat untuk agensi-agensi kerajaan dalam menangani jenayah ini;

(viii) mengadakan kerjasama dalaman dan antarabangsa; dan

(ix) mempertingkatkan tadbir urus.

Jadi, apa yang kita lakukan hari ini di Dewan yang mulia ini adalah untuk melihat kepada satu aspek sahaja daripada sembilan yang disenaraikan tadi iaitu untuk memperkukuhkan kerangka perundangan yang sedia ada.

Berhubung kait dengan saranan beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa gandingan penglibatan dari semua pihak khususnya dengan penglibatan daripada NGO-NGO, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kinabatangan sememangnya itu merupakan kaedah dan pendekatan yang kita gunakan.

Contohnya di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang ini yang terlibat walaupun Ketua Setiausaha mempengerusikannya daripada Kementerian Dalam Negeri tetapi Kementerian Luar Negeri juga terlibat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Kastam, Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga dua NGO yang sedia ada. Minta maaf tiga NGO yang sedia ada iaitu Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia dan NCWO (National Council Women Organization) dengan izin, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa. Sekiranya cadangan kita untuk...

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan, minta laluan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan bahawa satu daripada tujuan rang undang-undang ini adalah untuk mengukuhkan kerangka perundangan untuk menangani masalah pemerdagangan orang. Yang Berhormat Menteri saya hendak bawa rujukan Yang Berhormat Menteri kepada seksyen baru dalam pindaan iaitu seksyen 23.

Seksyen ini membuat peruntukan di mana satu deposition orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup yang tidak dapat dikesan dan dapat diterima sebagai kenyataan dalam kes terhadap mereka-mereka yang dipertuduh.

Memang itu menjadi masalah, kadang-kadang kita tidak dapat mengesan mereka semasa perbicaraan, itu menjadi masalah.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi isu yang berbangkit adalah kalau kita lihat kepada seksyen 61(a) di mana dinyatakan bahawa dan saya baca just that part, yang penting kepada pertanyaan persoalan “Hendaklah menjadi keterangan boleh diterima di hadapan mahkamah itu dengan apa-apa deposisi sedemikian hendaklah tanpa bukti lanjut diterima sebagai keterangan prima facie mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalam deposition itu”.

Soalan yang saya ingin tanya di sini adalah seperti berikut pertamanya, apakah maksud prima facie? Ini kerana kalau kita lihat kepada pindaan yang dibuat kepada Kanun Acara Jenayah khususnya seksyen 180 di mana perkataan prima facie dimasukkan. Mahkamah Persekutuan Negara ini telah pun dalam kes Balachandran membuat keputusan bahawa prima facie bermaksud beyond reasonable doubt.

Adakah ini bermaksud bahawa apa-apa deposition yang diberikan walaupun pembuat statement tersebut, the maker of the statement tidak dipanggil sebagai seorang saksi, tidak disoal balas, tidak dilihat nominal beliau semasa memberi keterangan dan sebagainya, adakah kenyataan beliau akan diterima dan patut dipatuhi oleh seseorang majistret atau hakim di dalam membuat satu keputusan dalam kes? It is a very serious matter because what is happening is kita sekarang mengadakan satu sistem perbicaraan di mana saksi tidak perlu dipanggil. Saksi tidak perlu disoal balas. Deposition is taken any disadmitted prima facie beyond reasonable doubt.

Keduanya, sehubungan dengan perkara ini kalau kita lihat kepada sub- seksyen seterusnya, subseksyen 2 – mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding tidak perlu untuk membuktikan tandatangan atau sifat rasmi Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, pegawai kaunselor ataupun pegawai kehakiman yang di hadapannya deposisi tersebut dibuat.

So here, kita ada satu sistem di mana deposition boleh diterima tanpa soal balas, tanpa kita lihat nominal dan sebagainya and also we don’t even have to prove tandatangan pegawai yang menerima deposition tersebut. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri di sini walaupun kami sedar masalah ini dan kami hendak seperti mana Yang Berhormat Menteri mengatakan hendak memperkukuhkan kerangka perundangan tetapi adakah ini satu sistem khususnya, adakah ini mengikut Perlembagaan Persekutuan, is this Constitutional? Di mana Perlembagaan menyatakan bahawa, dalam satu perbicaraan, you have right to be heard, right to question a witness. So, adakah ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Yang Berhormat Menteri?

final • 4:00 PM

Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Yang Berhormat sedikit Yang Berhormat isu yang sama. Kalau boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat sebutkan tentang isu pengukuhan perundangan dan ada penglibatan Kementerian Sumber Manusia dalam majlis.

Saya hanya ingin rujuk kepada dasar dan amalan dalam penggajian pekerja asing.

Di mana di bawah seksyen ‘3(10)’ jelas disebut pekerja asing tidak dibenarkan bekerja dalam jawatan kedi dan jawatan ini hanya untuk pekerja tempatan.

Jadi, saya hendak bawakan satu kes di mana tadi kita bawa tentang kes mahkamah tidak perlu saksi tetapi ini sudah ada saksi dalam kes melawan Syarikat The Golfers Mith. Punya ramai pekerja yang memang pekerja asing terutamanya wanita Indonesia dipaksa untuk bekerja sebagai kedi dan tidak dibayar dan banyak lagi penindasan lain. Bagaimanakah kalau jelas

final • 4:10 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

percanggahan sebegini di antara dasar kementerian dan jenayah berleluasa dalam negara kita. Apakah tindakan serta-merta oleh kementerian? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua dua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong dan juga daripada Yang Berhormat Lembah Pantai. Berhubung kait dengan kebimbangan di bawah seksyen 61(A) telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Permatang Pauh dan saya akan jawab kemudian. Akan tetapi perkara baru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai ini kita akan jawab secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, yang penting di sini ialah bagaimana melalui isu pengangkutan teknologi, komunikasi dan juga senario dunia yang melihat kepada tekanan ekonomi kemiskinan, bencana alam, persengketaan dan senjata. Dapat memastikan bahawa migrasi berbilion-bilion manusia tanpa sempadan ini dapat dibendung.

Apa yang kita hendak lakukan dengan pindaan ini ialah untuk memastikan bahawa sesungguhnya usaha yang merentasi kementerian tadi. Melibatkan tiga NGO yang sedia ada di dalam MAPO dengan tambahan dua lagi dan saya ambil maklum saranan daripada Yang Berhormat Tawau.

Untuk mendapat pandangan dan kita telah pun engaged atau berdepan dengan Tenaganita dalam hal ini untuk kita tambah dua lagi wakil MO di dalam MAPO ini dan mungkin seorangnya boleh datang daripada pihak Tenaganita.

Dalam kita hendak memastikan pandangan semua pihak kebimbangan semua pihak dalam usaha kita untuk menyelaraskan, bukan sahaja undang-undang tetapi, usaha dan perkara yang dibangkitkan rata-rata oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan hari ini ialah berhubung kait dengan isu pelaksanaan, penguatkuasaan, pemantauan dan penyiasatan.

Keempat-empat perkara inilah sebenarnya tidak menyentuh kepada pindaan yang kita hendak lakukan tetapi, ianya menyentuh kepada pendekatan dan bagaimana kita di pihak MAPO dan juga kementerian dan semua agensi yang terlibat dapat meyakinkan orang ramai. Bahawa apa yang kita janjikan dan kita luahkan di dalam Dewan mulia ini akan dapat dilaksanakan...

final • 4:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya masih ingat lagi iaitu salah satu daripada inisiatif yang dibuat oleh kerajaan untuk memantau dan juga untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan dan undang-undang bagi membanteras masalah penyeludupan manusia ini ialah dengan memobilisasi satu force yang paling besar di dalam negara kita iaitu RELA. RELA dengan keanggotaannya beratus ribu di seluruh negara. Apa sudah jadi dengan peranan RELA dalam hal ini? Saya ingin memberikan komen Yang Berhormat Menteri, masalah dengan kita ini macam-macam inisiatif kita buat, macam-macam undang-undang kita gubal, macam-macam program yang kita adakan.

Akan tetapi semuanya angan-angan tahi ayam. Panas sekejap sahaja.

Hendak buat itu hendak buat ini. Hendak kuat kuasa itu hendak kuat kuasa ini but, masalah consistency, komitmen kita dan juga pelaksanaan program kita, strategi kita. Ini yang kurang sebenarnya, masalahnya. Kekurangan ini adalah disebabkan oleh kerana masalah timbulnya tidak kebertanggungjawaban di kalangan orang- orang, pegawai-pegawai yang diamanahkan. Ini yang menjadi masalah. Jadi saya rasa satu daripada tindakan yang mesti diambil ialah membudayakan, mengajar

final • 4:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

mereka ini. Kalau sudah ambil tanggungjawab peranan itu laksanakan dengan baik, dengan sepenuhnya. Kalau tidak ganti orang lain.

Choose the right man for the right place. Orang yang betul boleh buat kerja itu, itu yang kita letak. Jangan salah orang. Itu sebabnya kerja tidak boleh jadi. Saya dengan izinlah saya sebut dalam bahasa orang kata Inggeris yang biasa, I bet with you, will never solve this problem, until and unless we change our culture…

final • 4:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Change the government.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Change the government pun belum tentu lagi. Serupa sahaja. Tengok hari itu, hari itu saya cerita fasal jual pasir orang tidak percaya. Ketua Pembangkang tidak percaya, dia kata mana bukti?

final • 4:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Pasir Johor, ceritalah pasir Johor.

final • 4:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Johor pun ada, Johor.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

No! No, Johor, Johor punya fasal. Saya cerita fasal di negeri Pakatan ini.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat tidak payah jawab itu Yang Berhormat. Apa yang hendak dicakap dengan Menteri nanti.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ketua Pakatan tidak percaya mana bukti, dia kata. Now you see, what more they want? Everywhere is the bukti. This is the problem. So, balik-balik kepada soal human trafficking.

Consistency, komitmen, seriousness, on going. This is important. When we say seriousness itu corruption pun kita tackle lah jangan ‘bengong’ sangat...

[Disampuk] Don’t understand when you say seriously we tackle all the problems dengan izin, including whatever problem like corruption. What’s the big deal? If there is the corruption, we go after it. Bukan macam sebelah sana, bila sebut corruption, takut. Takut hendak ambil tindakan. Kita kalau ada corruption, kita ambillah tindakan, what is the problem?... [Dewan riuh]

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa dia? Ini bila cerita fasal Selangor, with all those corrupt practice you all keep quite.

final • 4:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Actually Yang Berhormat Pasir Salak, will do a good Minister.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

I don’t know about that... [Ketawa] Thank you.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri hendak bagi? Ada dua orang lagi bangun tadi.

Yang Berhormat Kepong dengan Yang Berhormat Kota Raja.

final • 4:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua penjelasan.

Pertamanya, Yang Berhormat saya setuju kita ambil tindakan dan daripada National Action Plan, MAPO ini saya pun ada baca, hasrat Yang Berhormat untuk benar-benar menangani masalah ini. Akan tetapinya pada tempoh hari saya pun ada kemukakan satu soalan mengenai pemerdagangan orang tetapi jawapannya, jawapan pada tempoh hari sahaja tidak ada masalah. Jadi, saya pun bingung juga mengapa jawapan daripada kementerian tidak ada masalah. Ini memang mungkin

final • 4:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

komunikasi itu sudah tidak betul. Walau bagaimanapun, dengan migrasi itu, lebih daripada 200 juta orang di seluruh dunia. Ini bukan kerana Malaysia sahajalah, seluruh dunia.

final • 4:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Di sini saya hendak mengetahuilah. Saya berharap Yang Berhormat Sembrong pun memang serius dia hendak mengatasi masalah yang susah diatasi tetapi, bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi itu statistik sedikit, data-data itu, macam mana di Malaysia ini? Apakah penglibatan pihak imigresen, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan? Saya bagi satu contoh. Beberapa bulan yang lepas, ada tiga orang yang jumpa saya dari negara China yang minta saya pergi ke polis. Saya pun pergi ke polis dan saya luangkan masa selama enam jam untuk menterjemah apa yang dia cakap kepada polis, walhal polis di sini pun sudah tahu siapa ini. Selepas saya luangkan enam jam itu, dia beritahu saya ini memang tidak – dia sudah overstay ini. Masuk ke lokap. Apabila saya hendak pergi mengunjungi – ia memang ada satu pusat tahanan yang baru di Sungai Besi dekat dengan Astro itu – memang lebih baik.

Namun bila saya hendak pergi itu, saya perlu mengambil permit daripada Sarjan. Daripada Balai Polis Kepong itu, dia tidak bagi saya di situ. Dia suruh saya pergi ke Balai Polis Tun Dr. Ismail di situ ambil permit. Saya pun hairan juga mengapa. Saya dari Kepong dan saya jumpa di Kepong tetapi, permit saya hendak mengunjungi yang ditahan itu, saya disuruh mengambil di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail. Saya pun merasa hairan binti pelik. Ini masalah.

Saya berharaplah Yang Berhormat Menteri pun dapat memberitahu kepada Dewan ini macam mana kita boleh mengatasi masalah seperti ini. Ini kerana sindiket-sindiket yang terlibat itu memang hebat. Memang hebat. Yang Berhormat Pasir Salak pun tahu. Sindiket ini hebat. Bila saya membangkitkan hal ini di Parlimen dan bertanya kepada kementerian Yang Berhormat Menteri, tiba- tiba bila saya keluar ke Kepong itu, saya ditemui oleh orang-orang dan dibawa kepada dia punya dia kata refleksologi itu. Pergi jumpa ini di dalam itulah – hala punyalah ini semua ini.

Jadi ini bermakna ada sindiket yang memang hebat. Saya pun tidak menyalahkan Yang Berhormat Sembrong kerana bagi seorang seperti Yang Berhormat Menteri pun, susah hendak mengatasi masalah yang begitu besar – masalah antarabangsa. Saya berharap kita dapat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini macam mana kita dapat memperkuatkan cara-cara penguatkuasaan termasuk itu pasukan-pasukan yang bakal diadakan.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Memang kita sedar bahawa isu ini merupakan satu isu yang kompleks. Ia tidak boleh ditangani di dalam negara kita sahaja. Ia melibatkan agensi-agensi antarabangsa dan merupakan satu perkara yang dilihat secara serius di peringkat PBB lagi. Oleh sebab itu, usaha kita sama ada di peringkat dua hala sama ada di peringkat serantau – kalau dalam konteks badan-badan penguat kuasa antarabangsa, perlu digembleng dan sedang pun dimantapkan.

Akan tetapi hari ini yang kita hendak bincangkan ialah usaha kita yang merentasi kementerian dan agensi yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Bagaimana agensi-agensi ini dapat bekerjasama supaya apa yang dilihat sebagai kekangan untuk kita menanganinya dapat ditangani bersama kerana kita hendak nyatakan kepada pihak Yang Berhormat Pasir Salak bahawa memang serius. Ini bukan satu perkara yang kita lakukan dengan sewenang-wenangnya. Saya sudah nyatakan tadi bahawa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang telah pun kita gubal dan telah pun kita bentangkan pada tahun 2007 lagi.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Di bawah akta ini yang dikuatkuasakan pada 2008, telah mengujudkan majlis yang melibatkan beberapa kementerian, pihak peguam negara dan juga pihak polis. Di bawah majlis ini, satu Pelan Tindakan Nasional – baru tahun ini pada bulan Mac kita lancarkan yang sekali lagi meletakkan sembilan perkara sasaran. Selain daripada usaha kita dalam konteks perdagangan orang, kita juga mesti melihatnya dalam konteks warga asing yang hadir, yang berada di negara kita yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berkait dengan isu implementasi.

Dalam fenomena pemerdagangan manusia, kita dapati ada dua aspek. Aspek pertama ialah sex street dan kedua ialah force labour. Sex street memang di bawah Kementerian Dalam Negeri tetapi, force labour itu adalah dalam responsibility of the Kementerian Sumber Manusia. So, how we going to breach to this connect? Minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, izinkan saya. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bahawa pindaan ini adalah untuk membolehkan pelaksanaan menyelaraskan. Namun saya ingin bertanya, kenapa penyeludupan migran ini tidak di bawah Akta Imigresen?

Kedua adalah, apabila saya melihat tajuknya itu, Akta Antipemerdagangan Orang, saya merasakan bahawa ada bahagian-bahagian yang tidak dipinda dan perlu dipinda terutamanya tentang hak mangsa-mangsa pemerdagangan ini.

Mereka nampaknya diberi perlindungan hanya setakat sekadar untuk menjadi saksi di dalam pendakwaan. Mereka juga tidak berhak untuk menuntut kalau ada apa-apa imbuhan ataupun gaji yang tidak dibayar oleh majikan-majikan mereka.

Jadi di mana, where do they seek redress di sini kerana di dalam akta ini tidak disebut?

Ketiga ialah mengenai ketidakpemakaian tentang migran yang diseludup melainkan jika migran yang diseludup itu ialah seorang yang diperdagangkan.

Saya rasa Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kita ada beberapa kategori pendatang yang tidak diingini ini.

Pertama, mereka yang masuk dengan pas yang valid dan kemudian mereka melakukan pekerjaan-pekerjaan begini. Lagi satu ialah yang merelakan diri mereka di seludup dan kemudian mencari pekerjaan di sini dengan cara haram. Yang itu jelas mereka masuk tanpa ini. Namun kita ada satu lagi kategori iaitu yang masuk secara sah, mendapat permit lawatan kerja sementara dan dalam masa sebulan majikan mereka sepatutnya memohon permit pekerjaan daripada imigresen. Namun, ada di kalangan majikan sama ada mereka ini agensi ataupun majikan syarikat yang tidak memohon permit mereka. Ini telah berlaku di dalam negara kita.

Apabila mereka tidak memohon permit, maka pekerja asing yang datang dengan sah ini menjadi vulnerable group kerana mereka tidak ada dokumen pada mereka dan mereka mudah ditindas. Apabila mereka ditindas, ada yang didera, ada yang dipaksa bekerja lebih masa dan ada yang akhirnya lari kerana tidak tahan. Apabila mereka lari kerana tidak tahan, apabila mereka ditangkap tanpa apa-apa dokumen, mereka ini adalah termasuk dalam golongan pendatang asing tanpa izin. Jadi kemasukan awal mereka adalah kemasukan sah tetapi majikan atau agensi ini tidak diambil tindakan dan akhirnya, kalau mengikut akta ini, mereka tidak dapat perlindungan dan mereka tidak ada redress berbulan-bulan dan mungkin bertahun bekerja. Di manakah Yang Berhormat Menteri, akta ini boleh memberi satu keadilan kepada mangsa-mangsa begini?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat dari Kota Raja yang menunjukkan bahawa sebenarnya ada dua aspek dalam apa yang kita bahaskan hari ini. Pertama dalam konteks jenayah yang merentasi sempadan. Akta yang kita hendak pinda hari ini yang melibatkan akta sedia ada, melibatkan jenayah-jenayah lain sampingan termasuklah isu-isu berhubung kait dengan penyeludupan dadah, pemerdagangan kanak-kanak, wanita dan sebagainya yang menjurus kepada majlis yang saya telah maklumkan tadi kepada Dewan ini dan Pelan Tindakan Nasional yang merupakan satu pelan tindakan yang kita serius untuk menggembleng semua pihak.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Apa Yang Berhormat Kluang tanya tadi bagaimana kita mahu lakukan dalam konteks perkara pertama tadi, jenayah yang merentasi sempadan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) yang disentuh Kementerian Sumber Manusia sahaja. Akan tetapi selain daripada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Penerangan dan Peguam Negara semuanya terlibat di dalam majlis yang bermesyuarat tiap-tiap bulan. Itu aspek pertama yang kita mahu pinda yang merupakan perkara yang dibincangkan dalam konteks Akta Anti Pemerdagangan Orang ini.

Aspek kedua adalah berhubung kait dengan mereka yang dikategorikan sebagai pekerja asing tanpa izin, pekerja asing masuk ke negara kita dengan izin tetapi selepas itu telah luput pengesahan visa dan permitnya. Maknanya tidak sah dan kategori mereka yang overstay yang telah pun berada dalam keadaan serba salah sama ada mahu tampil ke hadapan menyerah diri dan memutihkan situasi dan kedudukan mereka. Ini juga ada kaitan dengan apa yang dibangkitkan Ahli- ahli Yang Berhormat berhubung kita dengan tawaran.

Pertama, tawaran yang diperlukan oleh industri. Perimbangan, keperluan industri-industri sektor-sektor tertentu yang memerlukan pekerja-pekerja asing dan juga isu keselamatan. Jumlah pekerja asing yang berada di bumi Malaysia ini sama ada mereka berada dalam status sah atau tidak sah. Dalam konteks perkara kedua tadi, Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan pendatang asing tanpa izin yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri merupakan jawatankuasa yang paling penting dalam konteks kita menangani isu-isu yang berhubung kait dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kota Raja tadi.

Terdapat empat aspek yang kita lihat di bawah Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing ini. Pertama dan proses iaitu sistem pemantauan, tafsiran, tapisan, penawaran, dan permintaan. Penawaran daripada pihak industri, permintaan daripada pihak warga asing tadi. Penguatkuasaan dalam konteks mereka yang berada dalam keadaan masuk secara sah tetapi sekarang ini berada di Malaysia dalam keadaan yang tidak sah dan isu-isu perundangan yang tidak kaitan dengan undang-undang yang kita mahu pinda hari ini yang berhubung kait dengan jenayah yang merentasi sempadan.

Jadi, dalam konteks Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing ini, 14 kementerian terlibat. Ini merupakan satu perkara yang juga begitu kompleks lebih- lebih lagi dalam konteks senario beberapa negeri termasuk Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kota Belud dan rakan-rakan kita yang lain di negeri Sabah dan mungkin di Sarawak juga di mana kita akan memastikan melalui sekali lagi pendekatan yang merentasi kementerian dan agensi, 14 kementerian tadi, 11 jabatan dan agensi terlibat, 30 organisasi dan pertubuhan yang berkepentingan juga telah pun dilibatkan dalam usaha kita ini.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Dalam masa terdekat ini, insya-Allah jawapan kepada sistem dan proses, penawaran dan permintaan, penguatkuasaan dan perundangan dalam sektor- sektor yang diberikan keutamaan di bawah Model Ekonomi Baru kita, di bawah 12 NKEA kita sekurang-kurangnya kita dapat garis panduan dalam konteks keperluan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu dan sektor-sektor yang diberikan tumpuan akan menjadi pertimbangan kita.

Jadi, usaha ini sedang dikendalikan secara serius Yang Berhormat. Dalam dua aspek itu jangan campur adukkan. Dalam konteks merentasi sempadan yang berhubung kait dengan perdagangan orang, penyeludupan migran, melibatkan satu senario yang merentasi sepadan dan berada dalam kebimbangan masyarakat antarabangsa. Oleh sebab itu, pindaan kita ini bukan sahaja selari dengan apa yang dikehendaki oleh masyarakat antarabangsa tetapi kerjasama dua hala sama ada dengan negara asal, negara destinasi atau negara transit dan melibatkan sindiket-sindiket yang cukup...

final • 4:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Berleluasa. Sila.

final • 4:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapat penjelasan di sini. Kita difahamkan daripada pihak NGO, ia ada dua term yang berbeza. Batting smuggling dengan izin dan juga trafficking. Penyeludupan dan juga pemerdagangan ini.

Jadi, sekarang ini sebenarnya seolah-olah saya lihat seolah-olah dirangkumkan dalam satu bakul sedangkan penyeludupan tadi itu maksudnya membawa masuk biasanya mereka ini tidak ada permit. Jadi, membawa masuk orang ini melalui jalan yang salah dan dibawa ke negara kita. Akan tetapi trafficking ini, mereka semua ini legal secara sah dibawa masuk tetapi berlaku eksploitasi ke atas mereka ini. Misalnya banyak yang disebutkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain itu tadi, bermakna bekerja lebih masa, bekerja dua tempat, dan sebagainyalah itu. Jadi, adakah pihak Yang Berhormat Menteri menyedari perkara ini? Bagaimana menangani dan mengurus tentang perbezaan between smuggling dengan trafficking ini? Terima kasih.

final • 4:35 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ini trafficking...

final • 4:35 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh susul sedikit?

final • 4:35 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sekali sahaja.

final • 4:35 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri.

Okey, sorry Yang Berhormat Batu.

final • 4:35 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Ketawa] Saya ingin dan mahu mendapatkan penjelasan sekarang kita ada undang-undang imigresen yang melingkungi banyak isu yang melibatkan penyeludupan manusia ini sebahagian daripada tekong dan sebahagian daripada itu.

final • 4:37 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apabila kita gubal undang-undang baru, di mana perdagangan manusia.

Kedua-dua ini, apakah perbezaan dan di mana kita beri kepada hakim dan juga penguat kuasa? Bagaimana kita boleh bezakan where is the dividing line di antara kedua-dua? Ini kerana ia overlap, adakah ini menyebabkan kekeliruan dan ini juga akan sangat mudah.

Sebenarnya mangsa yang menjadi mangsa kepada perdagangan manusia dan juga boleh digunakan sebagai dalam imigrasi. So, kita tidak tahu mangsa ini sebenarnya akan dihukum atau tidak kerana mereka ada kala menghadapi dua - saya ambil contoh, seorang yang tidak mempunyai visa, dia masuk juga kerja sebagai buruh yang tidak dibayar gaji. Adakah mereka telah melonggari undang- undang imigrasi dan juga mereka merupakan mangsa dalam perdagangan manusia? So, how do we make the distinction? Bagaimana kita boleh menggunakan cara yang lebih efektif untuk bantu apabila kita cantumkan ini dalam undang-undang ini?

final • 4:37 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya susul soalan itu? Dalam dua tahun ini, pihak kerajaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan dua laporan mengenai trafficking of people di Malaysia.

Kedua-dua laporan ini jelas mengatakan dan melontarkan pandangan bahawa ada satu neksus di antara pihak polis dan juga pihak imigresen termasuk pihak Kastam dalam perdagangan manusia di Malaysia. Satu daripada paksaan atau pun demand daripada pihak Amerika Syarikat ialah untuk kerajaan Malaysia supaya memecahkan neksus ini supaya tidak ada penglibatan pihak kerajaan atau pun agensi pihak kerajaan dalam aktiviti perdagangan dalam manusia.

Jadi minta penjelasan tetapi sebelum itu Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya mengenai perpisahan bertanggungjawab di antara pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga pihak Kementerian Sumber Manusia dalam mengatasi isu ini. Ini kerana apa yang saya katakan tadi, dalam fenomena pemerdagangan manusia ataupun human trafficking ada dua komponen. Satu, sex trafficking dan juga satu lagi force labour.

final • 4:38 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kedua-dua isu ini telah dibangkitkan oleh laporan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan Kerajaan Malaysia sudah pun response, tetapi dalam implementasinya, di manakah tanggungjawab pihak Kementerian Dalam Negeri dan where is the Human Resource Ministry responsibility? Sebab kita mendapati sekarang ada percanggahan kerana Human Resource Ministry tidak ada kepakaran dalam isu mengatasi seksual – for example, and same goes to Kementerian Dalam Negeri yang tidak ada expertise untuk mengatasi isu-isu mengenai labor. So, bagaimana untuk mengatasi isu ini? Minta penjelasan. So, ada dua isu lah.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammudin bin Tun Hussien

Sebenarnya itu yang kita lakukan melalui MAPO dan jawatankuasa-jawatankuasa yang saya telah nyatakan tadi secara terperinci, di mana tidak boleh kita bertindak dan melaksanakan tanggungjawab kita dalam secara persendirian. Malah, di peringkat dunia pun tidak ada satu negara yang boleh bertindak secara persendirian kalau hendak menangani sindiket-sindiket antarabangsa yang berhubung kait dengan perdagangan dan juga penyeludupan. Hendak membezakan, hendak – sebagai

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammudin bin Tun Hussien

contoh, mungkin memudahkan Yang Berhormat dalam melihat contoh perdagangan dan contoh penyeludupan.

Kes penyeludupan migran. Contohnya, polis marin telah menahan sebuah bot di Klang, Selangor dan menjumpai lapan warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah. Mereka terdiri daripada dua warga Pakistan, tiga warga Afghanistan dan tiga warga Indonesia. Mereka meninggalkan negara ini melalui jalan yang tidak sah. Itu kes penyeludupan ya. Seperti Yang Berhormat Titiwangsa sebut tadi pun memang benar. Seorang mangsa yang masuk ke Malaysia dengan dijanjikan bekerja sebagai tukang urut kah atau sebagai pembantu rumah kah, mangsa telah dipaksa untuk memberikan khidmat seks di sebuah pusat hiburan.

Itu dianggapkan sebagai pemerdagangan orang yang sedia ada di dalam akta yang kita hendak pinda sekarang. Jadi, melalui penyeludupan migran yang merupakan perkara yang mungkin ada kekangan dalam akta yang telah pun digubal dahulu, sekarang ini dimasukkan di dalam pindaan.

Yang Berhormat Kepong saya nampak dia setuju dan faham dengan apa yang dimaksudkan oleh kita dengan pindaan ini. Sebab itulah saya rasa pindaan ini tidak akan menyelesaikan semua masalah kita. Isunya merupakan satu isu yang begitu kompleks tetapi saya berasa lega, sekurang-kurangnya dalam konteks hendak memperkukuhkan, hendak menyelaraskan dan memperkemaskan dan memperkuatkan undang-undang, belum sebut lagi berhubung kait dengan pelaksanaan, belum sebut lagi berhubung kait dengan pemantauan, belum sebut lagi berhubung kait dengan bagaimana kita hendak menyelaraskan kementerian tetapi sekurang-kurangnya kaedah, sekurang-kurangnya undang-undang yang ada, ada political will, ada keseriusan, ada kehendak bagi pihak kita untuk melihatnya secara serius. Pertindihan dalam konteks imigresen yang dibangkitkan oleh...

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan, migran.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Wangsa Maju.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammudin bin Tun Hussien

Ya.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat belum habis jawapan ini Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Hendak minta penjelasan sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai dengan tujuan pindaan ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah pindaan ini boleh menurut kepada laporan UN High Commissioner for Human Rights to Economic and Social Council bertarikh 20 Mei 2002, berkenaan primacy of human rights di mana, “The human rights of trafficked persons shall be at the centre of all efforts to prevent and combat trafficking and to protect, assist and provide redress to victims”. Itu yang pertama mereka kata.

Saya juga ingin menanyakan, boleh berikan satu angka atau tidak mengenai berapa ketua sindiket atau sindiket yang telah ditangkap untuk human trafficking ini, telah dituduh di mahkamah dan juga what is the success rate dengan izin mengenai perkara ini? Sebab yang saya tahu, nampaknya selalunya victims, gadis-gadis ataupun migran dengan izin, yang kena tangkap di mahkamah tetapi tidak ada sindiket, ketua sindiket ataupun kumpulan sindiket. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammudin bin Tun Hussien

Itu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam ucapannya tadi dan saya akan jawab apabila sampai kepada masa dan tempatnya...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammudin bin Tun Hussien

...iaitu berhubung dengan UN. Mengapa Akta Imigresen tidak dipinda di peringkat awal dahulu? Kita sudah kata tadi di dalam penyeludupan, tidak ada dalam akta sekarang. Dahulu digunakan Akta Imigresen untuk menanganinya. Pertamanya, Akta Imigresen tidak mempunyai elemen pemerdagangan manusia. Kedua, keseluruhan akta tidak komprehensif dibandingkan dengan Akta Pemerdagangan Orang kerana ada hubung kait rapat di antara pemerdagangan orang dengan penyeludupan migran.

Ketiga, hukuman penalti dan penjara tidak tinggi di bawah Akta Imigresen.

Contohnya, denda sebanyak RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 bagi kesalahan terlibat dengan membawa masuk seorang tanpa dokumen yang sah mengikut seksyen 55A Akta Imigresen 1959 dan 1963 berbanding denda tidak melebihi RM250,000 mengikut pindaan seksyen 23 Akta Antipemerdagangan Orang. Mungkin sudah tidak pun sesuai dengan keadaan sindiket antarabangsa sekarang yang melibatkan berbilion-bilion ringgit. Ianya tidak selari dan tidak sehaluan dengan permintaan dan keadaan hari ini.

Pindaan Akta Imigresen melibatkan banyak perkara lain yang kalau hendak di bawa ke Dewan ini mungkin mengambil masa yang lama. Ini tidak bermakna bahawa akta-akta lain yang ada hubung kait dengan masalah yang kita hadapi hari ini tidak dibawa untuk pindaan tetapi yang kita hendak fokus hari ini ialah berhubung kait dengan perdagangan dan juga jenayah-jenayah yang merentasi sempadan di peringkat antarabangsa yang kita telah kenal pasti di bawah majlis dan yang telah pun kita kenal pasti di bawah....

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammudin bin Tun Hussien

...Jawatankuasa kabinet yang telah pun bermesyuarat sebelum ini melalui lima jawatankuasa kerja yang salah satunya ialah berhubung kait dengan perundangan. Ini kita akan buat berperingkat-peringkat ya, Yang Berhormat.

Mengenai status pendakwaan kes dari 28 Februari 2008 sehingga 4 Julai 2010, sebanyak 154 kes telah pun dituduh. Daripada jumlah tersebut, 127 kes masih di peringkat perbicaraan, 16 kes selesai dengan 9 sabitan dan melibatkan 83 orang kena tuduh (OKT). Mana yang melibatkan sindiket, saya tidak mempunyai angka-angka atau perinciannya tetapi ini menunjukkan bahawa tindakan yang kita telah ambil melalui akta yang belum lagi dipinda ini menunjukkan bahawa kita serius. Jadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai bahawa hanya satu kes – apa yang telah pun dimaklumkan kepada saya ini, apa yang disebut tadi tidak seperti apa yang sebenarnya berlaku.

Sila.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tetapi saya hendak tanya, bukankah benar Yang Berhormat Menteri, bahawa baru-baru ini juga terdapat tangkapan untuk mereka- mereka yang terlibat dalam sindiket humans smuggling tetapi tangkapan dibuat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya boleh namakan dan Yang Berhormat Menteri sendiri yang sign afidavit-afidavit dalam satu permohonan yang telah pun dibuat. Nama mereka Anthony Sanckaras, Thavabal dan juga Heerath. Ini adalah satu – sorry Yang Berhormat Menteri, ini adalah tiga warganegara Sri Lanka, kalau saya tidak silap yang telah pun ditahan dan kini masih dalam tahanan di Kamunting di bawah akta tersebut.

So, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri and in fact, I just confirm this yesterday Yang Berhormat Menteri and I think the Federal Council can also confirm, we came up on the Federal Court yesterday – application habeas corpus is dismissed, I am sure you are aware. But it just concern to me. Jikalau kita ada peruntukan di mana mereka boleh dituduh dan diberi peluang untuk membela diri dan sebagainya, saya hendak tanya sama ada penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri itu adalah selaras dengan undang-undang yang kita ada di hadapan kami pada hari ini. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Jikalau boleh saya sambung sedikit tentang pertuduhan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada saya di sini ada statistik daripada MAPO sendiri di mana pada tahun 2009 berbanding dengan tahun 2008 memang banyak pertuduhan dibuat sehingga 120 kes berbanding dengan sebelum ini kurang daripada 20 kes tetapi, daripada situ hukuman yang dikenakan maknanya yang terhukum adalah sangat sedikit. Hanya kurang daripada 20 kes. Jadi, mengapa perkara seperti ini berlaku seolah-olah maknanya tidak ada kemajuan?

Maknanya seperti ada satu loopholes yang menyebabkan mereka ini boleh terlepas. Jadi, saya minta penjelasan.

final • 4:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak perjelaskan kerana apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi mungkin sedikit keliru. Saya telah quote data daripada Majlis Anti-Perdagangan Orang yang disebut tadi bahawa conviction adalah sembilan jumlah daripada 2008 hingga 2009. Apa yang saya tanya setelah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri, memang semua OKT maksudnya orang perseorangan. Jadi, mereka ini dikenakan tindakan mungkin kerana kesalahan Akta Imigresen – tidak ada dokumentasi atau sebagainya, tetapi syarikat-syarikat atau sindiket masih terlepas. Jadi, bila mungkin Yang Berhormat Menteri dapat memberikan data statistik tentang syarikat-syarikat yang dipanggil bogus company yang menjanjikan peluang pekerjaan yang tidak terhasil kepada kami. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Oleh sebabnya kita melihat kepada pindaan ini kalau sekiranya di bawah Akta Pemerdagangan Orang, kita kena buktikan dan cari dalam konteks eksploitasi dalam konteks penyeludupan migran. Kita lihat usaha untuk berdepan dan saya sudah sebut dalam Bacaan Kali Kedua dalam ucapan dasar tadi bahawa ini adalah di antara perkara yang kita akan beri tumpuan kepada pihak-pihak ketiga, kepada pihak sindiket-sindiket yang mungkin sebelum ini kalau hendak dibawa di bawah Akta Imigresen pertamanya hukuman tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan oleh mereka.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Keduanya, mungkin tidak berfokus terhadap jenayah yang kita hendak beri tumpuan hari ini. Namun dalam konteks berapa ramai sindiket yang telah pun didakwa angka yang ada di hadapan saya itulah dia. Sama ada mereka merupakan sindiket atau tidak saya akan kembali kepada Yang Berhormat Lembah Pantai.

Yang Berhormat, berhubung kait dengan ISA tidak benar. Di bawah pemantauan saya, sesiapa sahaja yang ditahan di bawah ISA merupakan mereka yang boleh dan merupakan membawa risiko kepada keselamatan negara.

Perkara-perkara yang kita boleh bawa di dalam konteks imigresen berhubung kait dengan perdagangan orang, kita akan lakukannya. Ini merupakan satu perkara yang kalau dibangkitkan dan dibicarakan di mahkamah di dalam konteks habeas corpus pun Yang Berhormat. Ini bermakna bahawa prioriti tidak perlu kita bincang sedalam-dalamnya kerana dalam konteks keselamatan mereka ini didakwa dan saya menafikan bahawa mereka ini ditahan di bawah ISA semata-mata kerana kesalahan imigrasi.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri seperti mana Yang Berhormat Menteri sedar apabila seseorang tahanan ditahan di bawah ISA, kita ada apa yang dinyatakan sebagai alasan-alasan atas mana tangkapan tersebut dibuat. Jikalau mana kita lihat kepada alasan-alasan tersebut, semuanya menyentuh berkenaan dengan isu human trafficking. Jadi, itu menjadi asas kepada perintah yang dibuat dan memang perkara ini tidak menjadi sub judice kerana kes ini sudah habis tetapi, isu yang berbangkit adalah alasan-alasan the fact on which the detention is made Yang Berhormat Menteri.

Jikalau alasan-alasan tersebut adalah cukup sama dan seiras dengan alasan-alasan atas mana satu tahanan atau satu pendakwaan dapat dibuat terhadap mereka, saya hendak tanya mengapa akta ISA di mana mereka tidak dibenarkan diberi sebarang peluang untuk digunakan dan sama ada pihak kementerian mungkin menimbangkan membawa terhadap mereka pertuduhan supaya mereka dapat membela diri?

Saya rasa itu menjadi cara yang lebih elok kerana dalam mahkamah, isu- isu dan fakta-fakta keseluruhannya dapat dibangkitkan dan kementerian juga dapat memantau dengan lebih baik dan lebih panjang apakah sebenarnya berlaku di dalam kes ini. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih. Memang dalam kes-kes ISA saya pantau secara dekat dan ia telah dibawa ke pihak mahkamah dan sudah pun selesai, Yang Berhormat. Cuma, apa yang kita tidak mahu berlaku di sini ialah mengaitkan kes ini dengan apa yang kita hendak pinda di dalam akta yang memerlukan pandangan yang lebih luas. Usaha kita tidak ada kaitan dengan kes-kes berkaitan.

Saya ambil maklum saranan Yang Berhormat dalam kes-kes tertentu sebab itu perbincangan kita dalam pindaan ISA dan lima akta yang berkaitan. Di sini mungkin saya boleh jawab pandangan daripada Yang Berhormat Kapit dan daripada Yang Berhormat Batang Sadong kalau tidak salah saya yang berhubung kait dengan Restrictive Residence Ordinance berkenaan sedang dikaji dan diteliti perkara kerelevansinya dalam konteks lima akta berkaitan dengan ISA. Akan tetapi, dalam hal ini kalau Yang Berhormat membenarkan saya biar kita terus menjawab kerana saya pun tidak tahu berapa banyak masa yang diberikan kepada saya untuk menggulung. Tuan Yang di-Pertua. Ada masa lagi..., how long?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri gunalah budi bicara. Lagipun Yang Berhormat ada satu jam sudah. Jadi, Yang Berhormat bolehlah teruskan untuk memuaskan hati Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah menyoal tetapi, yang baru-baru mengikut peraturan kita sepatutnya tidak dibangkit lagi. Jawab soalan yang lama sahaja Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih. Mengenai soalan-soalan lama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu berhubung kait dengan isu pemulihan dan juga perlindungan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan perlindungan di bawah akta ini. Rumah-rumah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat, rumah-rumah perlindungan adalah untuk melindungi mangsa yang telah diberikan perintah perlindungan sementara (IPO).

Seterusnya, mangsa yang diberikan perintah pelindungan PO sehingga kes tersebut selesai. Rumah perlindungan berfungsi untuk memberikan perlindungan dan memulihkan mangsa yang telah trauma akibat kesan eksploitasi yang dialami. Setelah mangsa dipulihkan melalui sesi kaunseling dan pengurusan trauma di tempat perlindungan, mangsa akan bersedia untuk membantu siasatan pihak penguat kuasa. Oleh itu perlindungan dan pemulihan mangsa merupakan satu komponen integrate dalam pelaksanaan akta ini.

Soalan kedua Yang Berhormat Tangga Batu, siapakah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus rumah perlindungan? Agensi yang menguruskan rumah perlindungan adalah Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga KDN. Terdapat sebanyak lima buah rumah perlindungan dan tiga rumah di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Rumah Perlindungan Wanita Bukit Ledang, Kuala Lumpur, Rumah Perlindungan kanak-kanak Bukit Ledang, Kuala Lumpur dan Rumah Perlindungan Likas di Sabah. Rumah perlindungan di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri pula terdapat sebanyak dua rumah iaitu Rumah Perlindungan KLIA dan Rumah Perlindungan Bekenu di Sarawak.

Mangsa-mangsa pemerdagangan orang akan diberi kemudahan tempat tinggal, makan minum, aktiviti riadah, kaunseling dan juga diberikan latihan vokasional. Itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Rumah- rumah perlindungan ini saya setuju perlu diperluaskan lagi kalau sekiranya kita hendak ambil tindakan yang lebih meluas melalui...

final • 4:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan!

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Berdiri dulu Yang Berhormat Ledang, selepas itu saya panggil.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Okey.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Ledang.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Minta maaf, terlajak kadang- kadang petang-petang ini.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini dekat depan saya ini boleh terus-terus, saya boleh nampak terus.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya tentang

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

rumah perlindungan ini sebab tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan makan minum, tempat tinggal malahan latihan vokasional.

Saya rasa ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat kepada kerajaan dan kalau kita bandingkan dengan pelarian yang ada di negara Malaysia kita biarkan. Kita kekurangan peruntukan. Apa pandangan kementerian tentang mereka yang dilindungi ini untuk dihantar segera pulang kepada negeri asal masing-masing. Itu pertanyaan saya. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Berhubung kait dengan yang terpaksa dibawa ke mahkamah dan minda kemampuan dan mereka untuk menjadi saksi untuk memastikan bahawa mereka yang betul-betul bersalah, sindiket-sindiket yang berleluasa sekarang ini dapat kita tahan dan tangani merupakan pertimbangan keutamaan kita. Isu-isu imigresen yang berhubung kait dengan pendatang asing dan pekerja asing tanpa izin juga merupakan satu perkara yang perlu kita ambil tumpuan tetapi ia dilihat dalam konteks jawatankuasa kabinet yang saya sebutkan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan di situ juga ada jawatankuasa perundangan yang mungkin memerlukan pindaan kepada beberapa akta termasuk pusat-pusat tahanan imigresen yang sekarang ini saya rasa begitu sesak dan memerlukan pemikiran di luar kotak. Kerjasama bagaimana hendak pastikan bahawa gejala dan perkara ini tidak menjadi lebih rumit apabila kita ambil tindakan lebih tegas khususnya di Sabah nanti.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Raja bangun lagi Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ya, sila.

final • 5:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dia pakai kain gelap, tidak nampak.

final • 5:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai rumah perlindungan tadi adakah Menteri atau pihak- pihak kementerian bercadang untuk membenarkan NGO-NGO ataupun faith based organization atau community based organization juga melindungi mangsa- mangsanya. Kedua adalah pegawai-pegawai yang diberikan kuasa untuk melindungi mereka kerana kalau kita hanya mengharapkan kementerian wanita dan sebagainya saya ingat kita tidak mencukupi kakitangan awam, satu.

Kedua, adalah mengenai mereka sudah dilindungi namun tadi saya ada bertanya mengenai adakah redress hak mereka setelah mereka di buruh paksakan ataupun diperah keringat mereka hak mereka untuk menuntut daripada majikan-majikan mereka dan majikan mereka setengahnya sindiket ini terutamanya pusat-pusat hiburan bukanlah calang-calang orang mempunyai harta yang banyak. Saya tidak nampak dalam akta ini pindaan di mana harta kekayaan orang-orang yang dituduh itu jika didapati bersalah juga dapat dirampas seperti yang kita lakukan kepada pengedar-pengedar dadah.

Menyentuh tentang hukuman, tadi Yang Berhormat Menteri menyebut kenapa tidak mereka ini yang menyeludup orang juga di hukum sebat sedangkan pendatang haram tanpa izin yang ditangkap kerana curi masuk tanpa visa dan sebagainya dihukum sebat. Akan tetapi, mereka ini lebih dahsyat mereka memperdagangkan manusia tetapi, mereka tidak disebat, kenapa?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Kita buat berperingkat- peringkat Yang Berhormat apa yang kita pinda pada hari ini pun tambahan kepada hukuman yang sedia ada sama ada di peringkat Akta Imigresen atau Akta Perdagangan Orang, Anti-Pemerdagangan Manusia yang belum dipinda. Jadi sekiranya hukuman yang tiada selepas pindaan ini pun tidak mencukupi saya rasa tidak ada kekangan untuk kita melihat kepada perkara-perkara yang boleh menyelesaikan masalah.

Isunya sekarang ini apa gunanya kita mempunyai hukuman yang berat dan menakutkan tetapi sindiket-sindiket ini berleluasa. Tidak ada gunanya kita dapat bawa perkara ini ke mahkamah kalau sekiranya mangsa tidak boleh bekerjasama untuk menjadi saksi dalam kes berkenaan.

Kalau sekiranya tidak ada pusat-pusat pemulihan untuk memastikan bahawa mangsa-mangsa ini dapat berada dalam keadaan yang stabil, selesa dan berkeyakinan bahawa keselamatan mereka terjamin untuk berdepan dengan sindiket seperti Yang Berhormat sebut tadi kuasa-kuasa yang cukup berpengaruh bukan sahaja di negara kita tetapi dirantau ini dan di peringkat antarabangsa.

Itu merupakan perkara pokok dalam kita hendak memastikan dakwaan dalam kita hendak memastikan bahawa mereka ini sindiket-sindiket ini dapat dibawa ke muka keadilan. Itu merupakan satu keutamaan bagi kita maka saya mengharapkan sangat bahawa Yang Berhormat Kota Raja setuju dengan hukuman yang sedia ada sekarang kita tumpukan kepada penguatkuasaan dan membawa mereka ini ke muka keadilan dan sekiranya ia masih lagi tidak dapat diselesaikan dalam konteks hukuman sahaja saya rasa kita tidak ada masalah untuk kita pertimbangkannya semula.

final • 5:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ini ada kaitan dengan syarikat-syarikat outsourcing di mana saya hendak, sekejap ya. Outsourcing hendak menyentuh ini juga dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat di mana KDN sekarang ini sedang menyiapkan laporan kajian berhubung kait prestasi syarikat-syarikat outsourcing sejak sistem membekal dan mengurus pekerja asing mula dilaksanakan pada tahun 2005.

Sudah tiba masanya prestasi mereka dinilai untuk memastikan mereka bertanggungjawab untuk melaksanakan operasi sebagaimana matlamat sistem tersebut diperkenalkan iaitu membantu kerajaan dan para majikan dalam mentadbir urus kemasukan warga asing ke negara ini untuk memenuhi keperluan guna tenaga kerja. Kita tidak akan kompromi dengan para ejen syarikat outsourcing yang didapati hanya mementingkan keuntungan material semata-mata sehingga membelakangkan tanggungjawab mereka yang akhirnya mendatangkan kesan negatif terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Saya setuju sangat dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mual dan begitu serius melihat mereka ini yang hanya melihat kepada keuntungan melihat apa yang dilakukan ini sebagai satu perkara yang keji, tidak ada perikemanusiaan dan perlu ditanganinya dengan bersungguh-sungguh. Syarikat- syarikat outsourcing yang sedia ada yang disenaraikan dan berada di dalam senarai KDN pada hari ini sedang diteliti sedang ditapis dan memang kalau sekiranya mereka hendak masih lagi terlibat lagi dalam industri ini pastikan bahawa perkara-perkara yang kita dibincangkan hari ini dapat ditangani oleh mereka juga bersama-sama dengan badan-badan dan telah kita wujudkan.

final • 5:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya hendak tanya satu isu

final • 5:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

yang mana saya sudah berkali-kali tanya, selalu saya tanya Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia tentang pelarian, refugee di Malaysia ini. Kita tahu kita ada pelarian dari Burma, pelarian dari sesetengah negara yang di mana diterima UNHCR dan mereka ini tidak dapat, tidak dibenarkan untuk bekerja. Jadi, saya ingin tanya, semasa mereka golongan pelarian ini tidak dapat pulang ke tanah air mereka kenapa kita tidak gunakan mereka sebagai tenaga kerja kita untuk menggantikan pekerja asing. Jadi, saya selalu bila saya tanya saya diberi difahamkan ini ada di bawah bidang kuasa kementerian Yang Berhormat Menteri.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri satu jawapan kepada kita?

final • 5:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri, ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan topik penguatkuasaan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

final • 5:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Kita faham penguatkuasaan ini amat susah untuk buat amalan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya jika seperti dalam Laporan Jawatankuasa MACC mengatakan hak untuk membawa pertuduhan diberi kepada MACC. Dalam Laporan Jawatankuasa MACC, mereka telah minta kuasa penuduhan sesuatu orang di mahkamah diberi kepada MACC. Bertentangan dengan kuasa untuk penuduhan yang ada di bawah Attorney General, Peguam Negara pada masa sekarang. Bolehkah penguatkuasaan ini diatasi jika MACC sendiri ada kuasa untuk tuduh orang di mahkamah. Bagi pandangan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Satu, tidak ada kaitan dengan perbincangan kita hari ini. Kedua-dua termasuk Yang Berhormat Seputeh merupakan perkara baru, tidak dibincangkan dalam perbahasan dan kita akan jawab secara lisan. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi perkara yang saya hendak dijawab, masa adalah terhad.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Isu berhubung kait dengan apakah langkah-langkah yang boleh diperketatkan untuk elak salah guna penguatkuasaan ke arah profesionalisme agensi penguatkuasaan. Kita akan memastikan setiap agensi penguatkuasaan menuruti dan mematuhi sepenuhnya SOP atau Standard Operating Procedure dengan izin, yang telah pun ditetapkan.

Sekarang ini saya telah pun minta jawatankuasa berkenaan mengkaji semula dan melihat kerelevanan beberapa aspek SOP yang sedia ada.

Kedua, mempertingkatkan kualiti penyiasatan bagi setiap pegawai penguatkuasaan dan ini ada hubung kait dengan apa yang diminta oleh beberapa ahli Yang Berhormat dalam konteks latihan. Saya setuju kerana jenayah-jenayah yang kita bincangkan hari ini merupakan perkara-perkara yang cukup kompleks sekali. Datangnya bersama pendatang asing, pekerja asing, jenayah-jenayah yang mungkin tidak wujud. Bila Yang Berhormat Limbang sebut tadi, bahawa jenayah ini pun telah berleluasa tahun 70an dan ia jauh berbeza dengan keadaan hari ini.

Di mana penggerakan dan migrasi manusia yang berbilion-bilion ini bukan sahaja untuk mencari kerja tetapi datang bersama dengan masalah-masalah yang boleh menggugat, bukan sahaja keselamatan tetapi struktur the very fabric of society dengan izin, sebuah negara yang baru hendak...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Minta izin. [ketawa]

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ya, sila.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Minta maaf, mula-mula saya tidak mahu buat soalan tetapi oleh sebab Yang Berhormat sebut tadi tentang outsourcing. Satu daripada badan yang saya ingat lagi, yang diarahkan oleh kabinet untuk menjadi badan outsourcing ialah CIDB. CIDB yang mengendalikan semua, yang mendaftarkan semua kontraktor dalam negara. Memandangkan banyak pekerja yang terlibat dalam bidang pembinaan. Mereka datang khususnya daripada Indonesia contohnya dan mereka tinggal dalam pas permit kerjanya dalam dua tahun atau tiga tahun. Dalam tempoh berkenaan mereka tidak boleh bekerja dalam sebuah syarikat sahaja sebab dalam bidang berkenaan tiga bulan hingga enam bulan, kerja sudah habis macam bar bending, concreting dan sebagainya. Maka mereka perlu pergi ke syarikat lain, jadi oleh kerana itu, banyak yang datang dulu setelah habis kerja, mereka tidak dapat balik, mereka menjadi tanpa izin bekerja dengan syarikat-syarikat lain.

Maka CIDB telah diminta untuk menjadi payung kepada mereka supaya mereka boleh mendaftarkan diri kepada CIDB dan CIDB mengizinkan mereka bekerja dengan mana-mana syarikat pembinaan untuk membolehkan mereka tinggal di sini, bekerja dalam tempoh masa permit bekerja. Baru-baru ini saya balik ke Perlis dalam satu mesyuarat tindakan negeri, didapati banyak pekerja asing yang ada permit ditangkap kononnya tidak ada dapat izin untuk bekerja, bertukar bekerja dengan majikan lain dan sebagainya.

Jadi, saya hendak tanya adakah pemantauan dibuat supaya CIDB mengambil alih tanggungjawab ini dengan lebih berkesan supaya dengan pekerja- pekerja dalam keadaan begini ada payungnya. Begitu juga pekerja-pekerja yang datang dengan majikan-majikan kecil, lima orang atau enam orang majikan, pekerja seperti penggerai dan sebagainya. Jadi mereka tidak ada human resource manager, maka mereka di biar begitu sahaja, jadi mereka-mereka ini juga perlu diberi payung supaya dikatakan welfare mereka dapat dilindungi.

Jadi, yang saya tanya khusus ialah berkaitan dengan CIDB yang saya rasa adalah satu badan yang dipertanggungjawabkan dan apa-apa berlaku hari ini, saya minta, mungkin Yang Berhormat Menteri tidak dapat maklumat. Kalau tidak dapat hari ini tidak apa, hari lain pun kalau dapat Yang Berhormat maklumkan secara bertulis. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan ketuk mike lain kali Yang Berhormat, perlu lapor dengan PAC nanti itu.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Mengenai penglibatan CIDB, satu pandangan dan cadangan munasabah dan secara peribadi sebagai Menteri Kementerian Dalam Negeri, sememangnya saya mengharapkan bahawa proses pemutihan diberi keutamaan daripada kita membawa masuk lebih ramai pekerja-pekerja asing yang baru. Akan tetapi keputusan itu seperti saya sebutkan tadi, bukan merupakan keputusan saya seorang, ianya perlu dibawa ke Jawatankuasa Kabinet.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Minta maaf Yang Berhormat, ini keputusan bukan perkara baru yang telah diputuskan dulu, ia bukan cadangan, ini adalah satu keputusan yang dibuat yang telah pun dimulakan oleh CIDB. Jadi oleh kerana apa hari ini mereka tidak melaksanakan, itu sahaja soalan saya.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya akan teliti balik keputusan berhubung kait dengan CIDB, tetapi banyak juga keputusan-keputusan

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

yang telah kita ingat pada ketika itu baik dan sekarang ini telah pun menimbulkan banyak masalah.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sri Gading bangun Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Jadi kita tidak... Saya rasa kalau keputusan-keputusan dahulu yang membawa mudarat kepada apa yang berlaku pada kita hari ini, melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang melibatkan kesemua kementerian yang berkepentingan secara telus tanpa kepentingan. Saya rasa itulah pendekatan yang terbaik untuk mengkaji dan meneliti perjalanan kita selepas ini. Ya Yang Berhormat Sri Gading.

final • 5:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Menteri, kita dalam membahaskan rang undang-undang meminda Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dengan akta yang baru dengan pindaan 2010.

Saya ikuti perbahasan rakan-rakan kedua-dua pihak, semuanya menyokong dan akta ini sangat baik kepada negara dan rakyat. Maka itu saya berharap Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri memendekkan jawapan untuk kita dapat lekas balik kerana ini ialah hari terakhir dalam sesi.

Semuanya menyokong dan kalau kita bertanya dan Yang Berhormat Menteri bijaksana akan sedia menjawab, berlarut-larut larutanlah kita. Maka lebih baiklah kerana semua sudah sepakat sekata bahawa rang undang-undang ini sangat baik, bolehlah agaknya Yang Berhormat Menteri yang bijaksana untuk memendekkan jawapan dengan saya junjung terima kasih, kita undi dan kita balik.

Terima kasih. [Ketawa]

final • 5:10 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih, sedikit, hendak sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh] Saya kurang setuju dengan Yang Berhormat Sri Gading ini, sebab kalau kita lihat ya, saya ada satu tanda tanya, kita bercerita tentang haiwan ini dua hari. Saya katakan dua hari dua malamlah, saya tambah, exaggerate sedikit. Bila hendak bercerita bab manusia ini tidak sampai satu hari pun, jadi satu persoalan yang besarlah kenapa ia berlaku.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjelaskan Yang Berhormat Sri Gading memang ada asas kerana rata-rata semua bersetuju dengan pindaan yang dicadangkan tadi cuma saya jawab, saya gulung dan kita layan kerana tidak pun dituduh bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan tidak dijawab. Akan tetapi sudah satu jam lebih dan kita tahu akta tatacara kewangan juga yang akan dibahaskan selepas ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Sesungguhnya saya agak puas hati dengan perbincangan dan perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang kita hendak bawa ini merupakan hanya permulaan kepada banyak lagi perkara yang melibatkan satu fenomena yang amat kompleks, tetapi membawa kesan yang amat padah kepada negara dan juga kepada generasi yang akan datang kalau sekiranya tidak ditangani bersama.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Jadi saya akan jawab secara bertulis kepada perkara-perkara lain yang mungkin tidak sempat dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. [Tepuk]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Sri Gading, dan semua Yang Berhormatlah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 26 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 5:20 PM
USUL
MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M 62 ■ Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2010 Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin

Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 yang dijadualkan sebagai no. 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat yang akan datang.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baiklah, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM
USUL-USUL MENTERI KEWANGAN
AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 [AKTA 61] Mengambil Alih Semua Saham Biasa Yang Dipegang oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad Dalam Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai

Tuan

final • 5:25 PM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv), Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), mengambil alih kesemua saham biasa yang dipegang oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dalam Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad pada nilai RM1,212,000,000 dengan dibayar sebahagiannya melalui penukaran jumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad sehingga 31 Mac 2008, sebanyak RM794,696,707.68 kepada sebahagian ekuiti berkenaan.” Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan di bawah seksyen 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], wang dalam kedudukan kredit Kerajaan Persekutuan dengan mana-mana bank atau selainnya dipegang oleh Kerajaan Persekutuan boleh dilabur oleh Menteri dengan kelulusan resolusi Dewan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, persetujuan Dewan yang mulia ini hendaklah dimohon bagi membolehkan kerajaan menukar baki pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad sehingga 31 Mac 2008 sebanyak RM794,696,707.68 kepada ekuiti Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad.

Kerajaan dalam ucapan Bajet 2005 pada 10 September 2004, mencadangkan supaya ‘merasionalisasikan’ fungsi dan peranan Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB), Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad (BITMB), Malaysia Eksport Credit Insurans Berhad

(MECIB) dan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank).

Sehubungan itu, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan jangka sederhana dan panjang bagi projek-projek berimpak tinggi dalam bidang infrastruktur, industri berteknologi tinggi dan maritim. Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) pula menjadi anak syarikat milik penuh BPMB yang memberi fokus kepada aktiviti pembiayaan dan khidmat nasihat kepada industri kecil dan sederhana.

Kementerian Kewangan pada 18 Februari 2008 bersetuju supaya Menteri Kewangan (Diperbadankan) mengambil alih saham SME Bank berjumlah 1,350,000,000 unit pada nilai RM1,212,000,000 daripada BPMB.

final • 5:25 PM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Tujuan pengambilalihan SME Bank tersebut adalah selaras dengan mandat dan peranan yang diperluaskan seperti berikut:

(i) membolehkan kedua-dua institusi kewangan pembangunan (IKP) ini memberi tumpuan khusus dalam melaksanakan mandat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan;

(ii) membolehkan IKP ini dimiliki secara langsung oleh kerajaan dengan tujuan meningkatkan kapasiti, kecekapan dan keberkesanan IKP dalam menyediakan perkhidmatannya kepada kumpulan sasaran; dan,

(iii) selaras dengan objektif pelan induk sektor kewangan untuk mewujudkan sistem kewangan yang lebih kukuh berdaya saing dan dinamik dengan amalan urus tadbir korporat terbaik yang menyokong serta menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi dalam mengharungi kitaran ekonomi dan juga bersedia menghadapi cabaran liberalisasi dan globalisasi. Bagi melaksanakannya kaedah pembayaran pengambilalihan saham SME Bank sebahagiannya adalah melalui penukaran pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada BPMB di bawah tabung pembiayaan kepakaran baru sebanyak RM794,696,707.68 iaitu prinsipal dan faedah sehingga 31 Mac 2008.

Sehubungan itu pengambilalihan saham SME Bank dengan kaedah penukaran pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada saham SME Bank diharap dapat diselesaikan bagi menyempurnakan obligasi kerajaan dengan teratur.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada yang menyokong. Mana-mana satu Timbalan Menteri.

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya sokong.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Cakap sokong sahaja Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Sokong, cukuplah.

[Ketawa]

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang dibuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Kepong.

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 5:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya pun hendak balik juga. Akan tetapi melibatkan wang RM1.2 bilion.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kepong dekat, Sri Gading jauh.

final • 5:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya faham. Saya tidak akan mengambil masa yang panjang tetapi walau bagaimanapun kita tidak akan membiarkan wang berjumlah RM1.2 bilion diluluskan begitu sahaja tanpa penjelasan yang lebih lengkap oleh pihak kementerian. Jadi walaupun begitu saya memang mengambil perhatian mengenai usaha untuk mengambil alih kesemua saham biasa yang dipegang oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dalam Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia. Seterusnya sebanyak RM794.7 juta kepada sebahagian ekuiti berkenaan.

Saya hendak Yang Berhormat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini selain daripada hendak meningkatkan kapasiti dan keberkesanan mengikut pelan induk sektor pembangunan kewangan kita, apakah dengan obligasi kerajaan untuk mengambil alih ini akan kita meningkatkan kapasiti? Bagaimana kita dapat meningkatkan? Cuma mengambil alih dan menukar kepada ekuiti yang begitu kita tingkatkan kapasiti. Bagaimana kita dapat meningkatkan? Itu cuma pindahkan daripada satu bank ke bank yang lain. Itu sahaja yang dibuatnya. Jadi, bagaimana kita hendak meningkatkan?

Saya memang berminat dengan pelan induk sektor kewangan kita kerana bagi saya biasanya kerajaan belanja lebih daripada pendapatan. Ada usul yang seterusnya Perintah Duti Kastam kita hendak kurangkan kutipan daripada situ, daripada saya nampak pendapatan dikurangkan dan kemudian perbelanjaan ditambahkan. Jadi prinsip kewangan negara kita mesti berdasarkan kepada kita belanja setakat yang mampu mengikut pendapatan kita. Bagaimana kita dapat mengikut prinsip ini dengan usul yang sedemikian. Sekian, terima kasih.

final • 5:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:33 PM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat Kepong yang pakar mengenai kulit. Memang dia tidak berapa pakar dalam ekonomi. Untuk makluman Yang Berhormat seperti saya telah membuat penjelasan tadi, buat masa ini SME Bank adalah anak syarikat is a subsidiary of Bank Pembangunan.

Bank Pembangunan adalah di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Oleh itu kita hendak berikan SME Bank menjalankan tugas dengan lebih licin dan membuat keputusan dengan lebih cepat serta kita buat pertukaran ini. Dengan ini kita haraplah SME Bank yang begitu mustahak untuk syarikat-syarikat SME di negara kita supaya pengurusan SME Bank boleh buat keputusan dengan lebih cepat dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada syarikat SME di Malaysia. Sekian.

final • 5:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam aturan urusan mesyuarat hari ini di bawah Perkara 9 disahkan hendak disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 5:33 PM
AKTA KASTAM 1967 (i) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2010P.U. (A) 125 bertarikh 29 April 2010. (ii) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal dari Negeri-negeri ASEAN), Tatanama Tarif Berharmoni ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata (Pindaan) (No. 2) 2010, P.U (A) 126 bertarikh 29 April 2010.

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 1, seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya perintah duti kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST. 85 dan ST. 86 tahun 2010 disahkan.”

(i) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2010 P.U. (A) 125 bertarikh 29 April 2010 - Perintah ini bertujuan untuk memansuhkan duti import yang dikenakan pada kadar 10% ke atas resin general purpose, polystyrene atau GPPS berkuat kuasa mulai 30 April 2010. Resin GPPS ini biasanya digunakan untuk mengeluarkan keluaran siap bagi kegunaan barangan rumah seperti bekas cawan dan kepingan polystyrene. Langkah di atas diambil bagi membantu syarikat tempatan yang menggunakan resin GPPS di dalam pengeluaran mereka kekal komparatif. Ini adalah kerana pengeluar tunggal resin GPPS tempatan iaitu Petrol Chemical (M) Sdn. Bhd telah menghentikan pengeluaran atas sebab kos pembuatan yang tidak lagi ekonomi serta kewujudan resin alternatif seperti polystethlyne dan polypropylene.

(ii) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal dari Negeri- negeri ASEAN), Tatanama Tarif Berharmoni ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata (Pindaan) (No. 2) 2010, P.U

(A) 126 bertarikh 29 April 2010 – Perintah ini merupakan pindaan susulan dengan izin, consequential kepada Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 2) 2010 di atas. Ia bertujuan untuk memansuhkan duti import yang dikenakan pada kadar 10% ke atas resins - GPPS yang berasas daripada negara ASEAN.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada Ahli Yang Berhormat yang menyokong?

final • 5:38 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong.

final • 5:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang dibuka untuk di bahas.

final • 5:38 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya tidak ambil masa yang panjang tetapi Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 5:41 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

...Saya mengambil bahagian kerana ini memang satu prinsip yang penting. Kita hendak mansuhkan kutipan duti kastam.

Mansuhkan 10% bukan main untuk GPPS dan polystyrene, hendak mansuhkan sama sekali. Ini bermakna pendapatan kita kurang. [Disampuk] Ia memang kurang. Jadi kalau kita ikut apa yang biasanya berlaku di negara kita, duti kastam dan eksais itu memang lebih daripada RM30 bilion, RM40 bilion setiap tahun dan kita hendak mansuhkan sama sekali bukan sahaja untuk negara lain bahkan juga untuk negara-negara ASEAN kerana kita ada Perintah Duti Kastam (Barang- barang Berasal dari Negeri-negeri ASEAN) itu, kita ada persetujuan dan dengan demikian kita mansuhkan.

Akan tetapi saya hendak tanya di sini, bila kita hendak membenarkan semua polystyrene resins – GPPS ini diimport? Adakah kita memastikan semua ini tidak ada racun kerana ia bekas cawan dan sebagainya? Biasanya kalau kita tidak berhati-hati, resins ini mempunyai toksin, bahan racun. Misalnya, kalau peratusan urea bertambah, ia memang racun. Kalau daripada cermin, itu tidak ada racun biasanya. Porselin pun, tanah liat itu tidak ada racun kerana ia dibakar lebih 1,000 darjah Celsius. Akan tetapi bagi resins, memang ada racun.

Saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab kepada Dewan yang mulia. Kita hendak mansuhkan duti import, adakah ini bermakna semua resins – GPPS ini, polystyrene, semua itu selamat digunakan oleh rakyat Malaysia? Ini memang penting. Yang Berhormat Sri Gading, polystyrene itu penting kerana ada racun. [Ketawa] Sekian, terima kasih.

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:41 PM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat dari Kepong yang begitu prihatin mengenai isu ini iaitu GPPS seperti yang saya katakan tadi general purpose polystyrene. Memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu ada asaslah. Kita akan memberitahu pihak yang berkenaan.

Untuk maklumat Yang Berhormat, kita mansuhkan duti import ini memang adalah di atas perjanjian yang kita ada sebagai sebuah negara ASEAN. Kita ada AFTA (ASEAN Free Trade Area) dan ada CEPT (Common Effective Preferential Treatment) iaitu duti yang kita janji kepada negara ASEAN, kita mesti kurangkan dan perihal ini kita semua berjanji kurangkan ke tahap zero. Oleh itu, kita mesti dapat kelulusan Dewan ini. Yang Berhormat kata itu ada racun dan sebagainya, kita akan ambil perhatianlah. Sekian.

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 10

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

yang telah di bentang sebagai kertas statut bilangan ST.85 dan ST.86 tahun 2010 disahkan hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Kedua Belas telah berlangsung selama 24 hari dari 7 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010. Saya bagi pihak Tuan Yang di-Pertua ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan Majlis Mesyuarat disempurnakan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai Parlimen serta semua pihak yang turut terlibat dalam pengendalian urusan majlis Mesyuarat kali ini. Akhir kata selamat pulang, selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.47 petang.

final • 5:41 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026