Jul072010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

  1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Kewangan menyatakan berikutan sambutan masyarakat yang tinggal di luar bandar terhadap program Rumah Mesra Rakyat (RMR) amat menggalakkan sekalipun syaratnya masih ketat termasuk menetapkan mereka berpendapatan bawah RM1,500. Apakah kerajaan bercadang menaikkan had pendapatan kepada RM2,500 bagi membolehkan lebih ramai rakyat mendapat faedah daripada program ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan sememangnya menyedari permintaan yang tinggi dan sambutan yang menggalakkan bagi program Rumah Mesra Rakyat yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Walau bagaimanapun, had pendapatan bagi pemohon telah ditetapkan pada RM1,500 sebulan bagi keluarga bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah diberi keutamaan.

Pada masa yang sama, SPNB ada menyediakan Rumah Mampu Milik Kos Rendah yang boleh dibeli oleh golongan yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Harga-harga rumah ini adalah antara RM35,000 hingga RM42,000 sebuah di Semenanjung dan RM50,000 sebuah di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana melalui skim Rumah Mesra Rakyat ini banyak masyarakat luar bandar telah mendapat faedah dengan komitmen sebahagian daripada mereka untuk membayar bulanan. Saya perhatikan bahawa kerajaan juga memberikan subsidi kepada rumah-rumah ini.

Kalau tidak silap saya, satu pertiga daripada rumah mengikut lokasi dan juga jenis rumahnya iaitu dalam lingkungan RM23,000 hingga RM26,000 subsidi kepada peminjam ini. Cuma saya hendak tahu, berapakah jumlah setakat ini subsidi yang telah dikeluarkan oleh kerajaan dalam konteks projek ini? Oleh kerana Belanda menang 3, saya hendak tambah dua lagi soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Offsidelah.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Berapakah jumlah Rumah Mesra Rakyat yang terbengkalai? Tadi saya tanya jumlah subsidi, ini Rumah Mesra Rakyat yang terbengkalai.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Itu soalan offside.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Sabarlah. Kita sudah menang, tidak apa. Yang terbengkalai...

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Soalan ini soalan offside. [Ketawa]

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Timbalan menteri, yang terbengkalai dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan terbengkalai ini, sama ada dari segi kontraktornya atau apa ya?

Yang ketiganya, berapakah peratus tahap pembayaran ataupun komitmen peserta ini ataupun mereka yang dapat Rumah Mesra Rakyat ini yang membayar kepada kerajaan?

Ini kerana lazimnya apabila ada pinjaman ini, banyaklah kerenah yang menyebabkan banyak hutang tidak dibayar dan sebagainya. Terima kasih Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Memandangkan ada dua, tiga perkara yang diminta oleh Yang Berhormat ini merupakan soalan-soalan yang khusus yang mana bukan satu, bukan dua tetapi tiga, saya mohon supaya saya tidak memberi jawapan yang tidak tepat, saya memohon semua ketiga-tiganya ini – datanya ada dan kita akan berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis dalam masa yang segera.

Boleh Yang Berhormat?

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Boleh.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucap terima kasih kerana projek ini adalah projek mendesak bagi rakyat.

Cuma kalau kita rujuk Laporan Ketua Audit Negara 2009, satu hal yang didedahkan itu amat membimbangkan – kos pembinaan rumah satu kaki persegi bernilai RM100.

Maknanya, kos itu – biasa RM100 satu kaki persegi adalah rumah mewah atau peringkat menengah. Oleh yang demikian, ternyata ada unsur penyelewengan subsidi ini kepada kontraktor lebih daripada subsidi kepada rakyat.

Kementerian Kewangan harus meneliti semula mengapa kontrak diberi begitu rupa, begitu tinggi, maknanya menghabiskan sebahagian besar daripada peruntukan yang dimaksudkan untuk kalangan miskin berpindah kepada kontraktor yang kaya. Yang lebih merunsingkan juga ialah kerana mutu rumah ini tidak setimpal dengan RM100 satu kaki persegi. Maknanya kerana rumah ini rumah rakyat miskin, pengawasan itu tidak teliti, kepentingan mereka terabai. Ada contoh khusus.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Soalan, soalan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Soalannya, mengapa kos begitu tinggi, Yang Berhormat Sri Gading? [Ketawa] RM100 satu kaki persegi. Rumah Yang Berhormat pun tidak sampai macam itu kosnya. Rumah rakyat miskin ini, subsidi untuk kontraktor. Jadi oleh yang demikian, kalau ditanya, ada contoh? Saya beri contoh – Faridah Jaafar buat kompelin, dari Kampung Batu Geliga, Chukai, Disember 2009 – sampai sekarang tidak terjawab tentang mutu rumah dan bumbung yang reput. Itu memanglah menteri akan minta notis, saya faham. Akan tetapi tentang kos yang terlalu tinggi itu adalah satu kesalahan besar.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin memberi statistik dan kita dapat mengira apakah kos kaki persegi yang sebenarnya kalau kita melihat rumah kos rendah sebab itu belum diambil kira rumah mesra rakyat. Ini barangkali apa yang dinyatakan oleh Audit ini adalah melibatkan rumah kos sederhana kerana rumah kos rendah sendiri kalau kita lihat dari segi keluasan lantainya yang telah pun ditetapkan ialah 700 kaki persegi, rumah kos sederhana rendah 750 kaki persegi, dan rumah kos sederhana 800 kaki persegi dan ke atas.

Jadi bermakna kontraktor tidak boleh membuat sembarangan untuk mengurangkan keluasan lantai yang telah pun ditetapkan. Jadi kalau kita ambil kos rendah sahaja, kos rendah yang ditetapkan 700 kaki persegi harga di Semenanjung ialah antara RM35,000 hingga RM42,000. Kalau RM100 satu kaki persegi maka harganya sudah tentulah merupakan RM70,000. Jadi ini tidak betul. Mungkin yang betulnya adalah kos sederhana yang mana 800....

final • 10:10 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Timbalan Menteri, laporan Ketua Audit Negara 2009 mengenai khusus rumah mesra rakyat. Jadi patut semak itu.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ya, tetapi ini statistik yang saya bagi. Kalau 700 kaki persegi ...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Statistik itu kena rujuk kepada Ketua Audit Negara.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ya, bolehlah. Kita boleh rujuk tetapi jangan pula hendak menidakkan statistik yang kita ada ini. Statistik ini rumah mampu milik jenis kos rendah 700 kaki persegi. Jadi kalau harganya ditetapkan pada RM35,000 hingga RM42,000 macam mana boleh dikatakan RM100 per kaki. Jadi walau bagaimanapun, kita ambil maklum perkara yang dijelaskan oleh Yang Berhormat supaya mungkin salah pengertian mengenai kos ini dapat kita selesaikan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah tanah wakaf dan nilainya di seluruh negara dari tahun 2005 hingga 2009 serta bagaimanakah pengurusannya.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom

Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok, terima kasih atas soalan yang berkaitan dengan wakaf.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada maklumat terkini yang kita terima daripada majlis-majlis agama Islam negeri (MAIN) bermula daripada tahun 2005 sehingga tahun 2009 terdapat sebanyak lebih kurang 14,690.12 hektar tanah wakaf di Malaysia dengan anggaran pada sekitar nilai RM1.11 bilion. Data ini adalah data yang dapat diperolehi dan direkodkan oleh MAIN. Saya sebutkan bahawa dapat diperolehi kerana masih lagi terdapat tanah-tanah yang dalam proses kes di mahkamah kerana ketidaksempurnaan wakaf tersebut sama ada lafaz secara lisan ataupun secara janji mulut.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, pengurusan wakaf adalah sebahagian daripada pentadbiran hal ehwal agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Pengurusan wakaf negeri berpandukan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri ataupun Enakmen Wakaf Negeri di mana MAIN adalah merupakan pemegang amanah tunggal bagi harta-harta wakaf sama ada dalam bentuk harta alih ataupun harta tidak alih.

Sehubungan itu, perkembangan dan kemajuan institusi wakaf amat bergantung kepada keupayaan MAIN untuk memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah tunggal. Di peringkat Persekutuan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji atau pun ringkasnya JAWHAR Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan untuk membantu MAIN dalam memperkasakan institusi wakaf ke tahap yang lebih baik.

JAWHAR telah mengambil inisiatif untuk memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran wakaf terutamanya dalam konteks aspek perundangan, keupayaan institusi, institutional capacity dengan izin supaya institusi wakaf lebih berdaya maju dan dapat menyumbang kepada well creation dengan izin bagi faedah masyarakat Islam.

Bagi tujuan tersebut, JAWHAR telah menerbitkan empat manual pengurusan bagi memperkemaskan tadbir urus terbaik institusi wakaf seperti mana berikut;

ManualTadbir Urus
Manual PertamaPengurusan tanah wakaf
Manual KeduaPengurusan perakaunan wakaf
Manual KetigaPengurusan model perundangan wakafManual KeempatPengurusan wakaf tunai
final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom

Untuk 2010, JAWHAR akan menerbitkan dua lagi manual pengurusan mengenai institusi wakaf iaitu Manual Pengurusan Istidal Wakaf dan Manual Pengurusan Peletakan Hak Tanah Wakaf melalui seksyen 416C Kanun Tanah Negara.

Di bawah program pembangunan harta wakaf Rancangan Malaysia Kesembilan, Kerajaan Persekutuan melalui JAWHAR telah menyediakan peruntukan sebanyak RM256.4 juta bagi membangunkan tanah-tanah wakaf di seluruh negara yang melibatkan 23 projek iaitu 19 projek fizikal dan empat projek bukan fizikal.

Projek pembangunan ini dilaksanakan dengan kerjasama sepenuhnya di antara JAWHAR dan MAIN bagi tanah wakaf yang belum dibangunkan. JAWHAR dengan kerjasama MAIN atau majlis agama Islam negeri sedang berusaha mengumpulkan data serta maklumat bagi setiap tanah wakaf dengan tujuan memudahkan perancangan pembangunan yang akan dibuat.

Akhirnya pada tahun 2008, Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan melalui JAWHAR juga telah membangunkan satu pangkalan data iaitu sistem e-Wakaf yang bertujuan untuk merekodkan maklumat tanah-tanah wakaf di setiap negeri supaya maklumat tersebut boleh dicapai oleh pihak berkepentingan pada bila-bila masa. Sistem e- Wakaf ini boleh diakses melalui sesawang JAWHAR. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya adalah menteri ada menyebut dalam jawapan tadi tentang enakmen di peringkat negeri. Daripada kajian saya hanya terdapat tiga buah negeri sahaja di Malaysia yang mempunyai enakmen secara khusus yang berkaitan dengan wakaf.

Saya ingin bertanya bilakah di peringkat Wilayah Persekutuan contohnya akan diadakan akta yang khusus yang berkaitan dengan wakaf ini kerana wakaf seperti mana yang telah disebutkan tadi saya boleh mengucapkan tahniah di atas 19 projek fizikal dan empat projek bukan fizikal yang telah dilaksanakan oleh JAWHAR dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Persoalan saya juga adalah tentang pemegang tunggal amanah kepada wakaf ini seperti mana yang disebutkan oleh menteri tadi adalah majlis agama Islam negeri-negeri.

Persoalannya bagaimanakah kalau seseorang atau kumpulan yang ingin membuat wakaf dan melantik orang lain bagi mentadbir wakaf tersebut dan adakah syarikat-syarikat pemegang amanah seperti Amanah Raya ataupun mana-mana trusty yang boleh dilantik untuk memegang amanah wakaf ini dan apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan agar amanah wakaf itu tidak melanggar hukum syarak.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua adalah tentang hendak dicadangkan supaya satu majlis pengawasan syariah kepada syarikat-syarikat agar pengawasan ini dapat diberikan tumpuan selain daripada pelantikan peguam-peguam sivil, peguam-peguam syarie juga diberikan ruang untuk berfungsi sebagai penasihat kepada syarikat-syarikat tersebut.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan enakmen ataupun peraturan bagi menguruskan harta-harta wakaf ini memang sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Bachok sampai sekarang hanya tiga buah negeri iaitulah Negeri Sembilan, Melaka dan juga Selangor yang telah pun mempunyai enakmen sendiri bagi menguruskan harta-harta wakaf di negeri masing-masing.

Adapun bagi negeri-negeri yang lain, belum lagi mewujudkan enakmen wakaf yang tersendiri bagi menguruskan harta-harta wakaf ini. Bagaimanapun buat masa sekarang pengurusan tersebut masih lagi bergantung kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri ataupun ringkasnya EPAIN yang telah digunakan bagi menguruskan harta wakaf ini.

Bagaimanapun kita menyedari bahawa kepentingan bagi harta-harta wakaf ini dengan lebih berkesan, efficient dengan izin dan untuk tujuan lebih menampakkan daya

final • 10:10 AM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom

maju dan daya saing harta-harta wakaf tersebut, enakmen ini harus diwujudkan oleh negeri masing-masing.

final • 10:10 AM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom

Pihak JAWHAR sedang berusaha untuk bersama-sama dengan Majlis Agama Islam Negeri bagi untuk menguruskan, melahirkan enakmen yang telah disebutkan. Selain daripada itu, untuk maklumat sebagaimana Yang Berhormat Bachok tanyakan tadi adakah ada lain-lain agensi yang dibenarkan untuk menguruskan harta wakaf. Sebagaimana saya nyatakan pada jawapan awal bahawa hanya Majlis Agama Islam negeri-negeri yang dibenarkan untuk menguruskan harta-harta wakaf.

Bagaimanapun, mungkin untuk tujuan kepentingan, kebaikan atau pun memajukan harta wakaf yang saya sebutkan menjangkau bilion ringgit ini boleh untuk kita bincangkan kalau ada di sana keperluan-keperluan dan begitu juga penglibatan peguam-peguam syarie dalam menguruskan harta-harta wakaf bagi tujuan untuk supaya ianya berdaya saing.

Selain daripada itu, suka saya tambahkan di mana prosedur untuk menguruskan harta wakaf ini di mana oleh kerana Majlis Agama Islam adalah merupakan pemegang amanah tunggal, maka prosedur yang telah ditetapkan ialah seperti berikut:-

(i) Individu perlu mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkan harta kepada Majlis Agama Islam (MAIN);

(ii) melampirkan salinan hak milik atau apa-apa bukti pengesahan pemilikan harta yang hendak diwakafkan;

(iii) bagi kes yang tidak mempunyai dokumen hak milik sebenar, pemohon dikehendaki membuat akuan sumpah;

(iv) pihak MAIN membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta tersebut;

(v) pewakaf dikehendaki menyempurnakan surat cara wakaf yang disediakan oleh MAIN; dan

(vi) MAIN akan membuat proses pindah milik tanah kepada pejabat tanah dan seterusnya menyelesaikan proses wakaf.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri bahawa dalam konteks negara kita ini jelas bahawa pihak berkuasa Islam negeri merupakan pemegang amanah tunggal bagi wakaf di negeri masing-masing. Dalam hubungan ini kita lihat Majlis Agama Islam Negeri adalah badan yang bertanggungjawab dalam soal mengurus segala pewakafan ini termasuk tatacara, kepakaran bagi mencapai objektif wakaf.

Jadi, kita melihat dalam konteks sekarang ini, isu tanah wakaf terbiar ini bukan satu perkara baru. Masalah ini merupakan masalah yang kita lihat walaupun ada dibangunkan tetapi ia terhad kepada pembinaan masjid, pembinaan sekolah dan juga bagi tanah perkuburan dan sebagainya. Sekali gus menunjukkan bahawa institusi wakaf gagal menjana pendapatan yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di negara kita.

Mungkin ada langkah-langkah seperti cadangan, penubuhan, perbadanan dan sebagainya. Saya ingin bertanya Yang Berhormat sekadar melihat kepada dua kes. Pada 7 Disember 2009, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan pembayaran cek ke atas Nor Hidayah atau Hidayah binti Mohd Zain berjumlah RM1,581,457.26 berdasarkan tuntutan yang dibuat pada 1 Disember 2009.

Bagaimana waris boleh mendapat pampasan ke atas tanah yang telah diwakafkan untuk kegunaan umat Islam di Pulau Pinang. Apakah waris ini tahu hukum menjual tanah yang telah diwakafkan? Kemudian, ada satu lagi kes. Seorang orang kurang upaya (OKU) dan abangnya telah memfailkan saman terhadap sepuluh individu dan Majlis Agama Islam

final • 10:20 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Pulau Pinang yang membabitkan penjualan tanah wakaf yang sepatutnya didirikan sebuah surau tetapi telah dikomersialkan tanpa kebenaran keluarga mereka di Pulau Pinang.

Sekadar dua contoh ini menyebabkan pengurusan tanah wakaf di negara kita masih dalam peringkat yang memerlukan tatacara yang lebih bersesuaian. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 10:20 AM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, saya suka untuk menambah sedikit sebagaimana saya jelas awal tadi bahawa sekadar ini kita telah mendaftarkan 14,690.12 hektar. Saya sebutkan juga dalam jawapan saya tadi bahawa setakat ini yang dapat kita kesani tanah yang keluasan 14,690.12 hektar tadi dengan nilai RM1.1 bilion tersebut ialah sekadar yang dapat kita perolehi maklumat.

Saya sebutkan juga bahawa masih lagi terdapat tanah-tanah yang kita tidak daftarkan dan tidak masukkan dalam jumlah perluasan dan harganya kerana masih lagi ada pertembungan kepentingan dalam tanah tersebut. Sebagai contoh kita kata tadi Yang Berhormat Arau sudah sebutkan bahawa di Pulau Pinang di antara sebagai contoh kes kenapa keluarga mendapat pampasan bayaran satu perpuluhan something juta yang disebutkan kerana di sana saya sebut juga dalam jawapan awal saya bahawa ada pada kes-kes tersebut yang keluarganya itu tidak mewakafkan secara bertulis.

Apabila berlaku secara lisan, maka keadaan untuk kita mengesani hal tersebut apabila keluarga bapa yang mewariskan atau pun datuk yang mewakafkan tadi telah pun meninggal dunia, anak-anak dalam keadaan tidak meyakini kepada janji atau pun ucapan lisan wakaf tersebut. Dia mencari saksi kepada tersebut. Mungkin sama ada tidak dapat saksikah, ataupun kalau pun ada saksi, mungkin dia tidak mempercayai kah atau pun berniat untuk tidak mempercayai.

Maka, sebab daripada kesan itu saya juga melihat bahawa kedua-dua pihak, maksud saya Majlis Agama Islam dan juga termasuk yang mewakafkan selain daripada menguruskan dengan cara pengurusan yang terbaik sebagaimana yang saya sebutkan syarat-syarat wakaf tadi, menyediakan surat cara, menyediakan surat janji dan sebagainya.

Selain daripada itu juga, pihak Majlis Agama Islam juga harus bersegera apabila mendapat wakaf tersebut didaftarkan dan proses pindah milik dilakukan secepat mungkin supaya tidak berlaku pertembungan untuk mendapatkan harta di kemudian hari nanti.

Apa pun akhirnya Tuan Yang di-Pertua ianya amat bergantung kepada keikhlasan kedua-dua pihak melihat kepada kebenaran wakaf. Walaupun orang tersebut telah pun meninggal dunia tetapi anak-anak kalau sekiranya mempunyai keikhlasan yang tinggi, dan janji bapa itu dipatuhi, maka tidak timbul persoalan yang kita kata tadi. Akan tetapi, dalam dunia hari ini peraturan dan undang-undang lebih mengikat Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Tuan Haji Ahmad Lai Bujang [Sibuti] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sepanjang tempoh lima tahun lepas berapa banyak teknologi pertanian seperti jentera pertanian yang dihasilkan dengan kos yang efektif oleh agensi di bawah kementerian dan adakah terdapat inisiatif kepada pengusaha untuk membangunkan jentera pertanian murah bagi golongan petani di Malaysia.

final • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penghasilan teknologi pertanian yang meliputi penjanaan teknologi dan fabrikasi peralatan pertanian adalah bertujuan membantu petani atau pengusaha mengurangkan kos pengeluaran dengan mengurangkan tenaga pekerja, meningkatkan produktiviti dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI sebagai agensi penyelidikan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertanggungjawab untuk menjana, memindahkan dan mengkomersialkan hasil penyelidikan bagi memenuhi keperluan industri pertanian khususnya agro makanan. Sejak lima tahun yang lalu, sebanyak 197 teknologi agro makanan dan bukan makanan telah berjaya dihasilkan oleh MARDI.

final • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Seri Noh bin Haji Omar

Daripada jumlah tersebut, 32 teknologi telah berjaya dikomersialkan dan mampu dimiliki oleh syarikat atau pengusaha yang telah dikenal pasti. Di antara teknologi yang dihasilkan ialah penggunaan teknologi dalam aktiviti penanaman dan pengeluaran komersial padi dan beras. Penghasilan produk-produk berasaskan buah-buahan, ternakan dan ikan, penghasilan baka ternakan kambing dan lembu, penanaman komersial buah- buahan, pembungkusan dan pengangkutan hasil pertanian dan perikanan, bunga-bungaan dan herba industri asas tani serta produk bukan makanan seperti baja dan makanan ternakan.

Kementerian ini melalui bahagian Industri Asas Tani dan Lembaga Pertubuhan Peladang atau pun LPP menyediakan skim geran dan geran pemadanan atau matching grant bagi perolehan mesin kecil untuk pengeluaran makanan. Di samping itu, kementerian juga melalui MARDI menyediakan skim techno fund bagi pembangunan teknologi baru dan penambahbaikan teknologi. MARDI pula menyediakan khidmat sokongan teknikal, pembangunan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana banyak usaha untuk membantu pertanian di luar bandar dan juga di bandar.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Akan tetapi kita melihat beberapa keperluan seperti di kawasan saya Sibuti yang memerlukan semua asas yang berbentuk bantuan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Keperluan ini masih diperlukan oleh kami. Apakah sokongan dan bantuan daripada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi masih juga dihantar kepada kawasan-kawasan luar bandar seperti Sibuti? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya nyatakan tadi bahawa untuk kita membantu petani-petani di luar bandar untuk menggunakan mekanisasi yang baru, kita telah memperkenalkan matching grant ataupun geran yang dipadankan dengan petani-petani. Peruntukan ini kita beri melalui Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang pula melalui Lembaga Pertubuhan Peladang di tiap-tiap kawasan.

Peruntukan yang kita beri ialah 50-50. Ertinya jika harga mesin itu RM10,000, kementerian akan memberi 50%. Ertinya RM5,000 kerajaan bagi, hanya RM5,000 sahaja petani-petani keluarkan modal. Kalau memerlukan modal yang lebih, petani-petani boleh kongsi. Kalau dia kata hendakkan sampai RM100,000 harga mesin, jadi dia boleh berkongsi dengan lima orang. Sebanyak RM50,000 kerajaan beri dan RM50,000 lagi dia boleh keluar iaitu kongsi bersama lima orang.

Dalam masa yang sama, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pun, kita memberikan geran maksimum sehingga RM200,000. Di mana kalau kita lihat permohonan itu daripada syarikat ataupun usahawan yang telah berjaya, kita beri sehingga 70%. Jadi dengan skim geran yang diberi oleh kerajaan ini akan dapat membantu petani- petani. Saya ingat ini adalah kerajaan yang paling baik, Tuan Yang di-Pertua. Kita beri 50% percuma kepada petani. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada 167 teknologi yang disebutkan tadi dan 32 memasuki pasaran. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah sebenarnya hasil-hasil daripada teknologi ini yang dapat nikmat kepada petani-petani di grass roots sendiri. Ini adalah sebab kita tahu seperti makanan ternakan ikan misalnya, ini mungkin penternak di grass roots boleh mendapat faedah. Akan tetapi yang lain-lain itu, biasanya yang dapat adalah orang-orang tengah yang menjadi pengendali ataupun stakeholders yang mengendalikan teknologi tersebut. Jadi, apakah sebenarnya ataupun berapakah sebenarnya peratusan yang benar-benar sampai kepada petani-petani di grass roots di bawah untuk menolong mereka meningkatkan pendapatan pertanian mereka itu?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat yang prihatin mengenai kajian yang dibuat oleh MARDI. Seperti mana yang saya nyatakan tadi bahawa dalam kita berusaha membantu petani-petani untuk menikmati hasil kajian MARDI ada

final • 10:30 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

beberapa peringkat. Pertamanya, kalau syarikat-syarikat besar ini yang ingin mengeluarkan ataupun mengkomersialkan tentang MARDI, kita menggunakan TechnoFund. TechnoFund kita beri sedikit subsidi dan dikomersialkan.

Keduanya, kalau untuk peringkat usahawan, kita ada satu program dinamakan Program Pembangunan Usahawan. Di bawah Program Pembangunan Usahawan ini, hari ini hampir lebih 50 orang yang boleh dikatakan telah pun berjaya menjadi jutawan.

Kalau yang rendah lagi, kita ada pula Program Anak Angkat. Di bawah ketiga-tiga program ini, MARDI akan memperkenalkan bahawa ciptaan mereka dan mereka akan memberikan bimbingan bukan sahaja daripada segi teknologi tetapi juga daripada segi kepakaran. Hasil daripada ciptaan ini kita lihat seperti sawah padi. Hari ini dia sudah mula cipta untuk tanam padi, semuanya sudah pakai mesin. Sembur racun pun sudah pakai mesin. Hendak asing buah durian pun hari ini sudah ada satu mesin. Ertinya hendak asingkan isi durian dengan kulit durian pun sudah ada satu mesin. Jadi ini semuanya memberikan faedah kepada rakyat terutamanya petani-petani untuk mereka komersialkan hasil-hasil pertaniannya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sudah sebut pasal durian ini, saya teringat tengah hari ini saya jemputlah semua Ahli Parlimen yang hadir ini untuk jamuan hendak makan buah- buahan tempatan dan juga promosi kambing tempatan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

  1. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan tujuan pembinaan Tugu Alaf Baru Putrajaya dan Astaka Morocco, kos pembinaan dan penyelenggaraan tahunannya sejak dibina dan adakah ia masih beroperasi.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Bendera, Monumen Alaf Baru Putrajaya dibina untuk merekodkan dan mempamerkan kejayaan dan pencapaian Malaysia, sejarah negara dan success story, dengan izin oleh pemimpin-pemimpin yang lalu. Maklumat dipamerkan dalam reka bentuk seni bina yang menarik sebagai satu bahan sejarah.

Tuan Yang di-Pertua, kos pembinaan bagi Monumen Alaf Baru Putrajaya adalah sejumlah RM21 juta manakala kos penyelenggaraannya pula adalah sebanyak RM93,000 setahun. Monumen ini merupakan salah satu destinasi pelancongan dan dikunjungi oleh pelawat dan pelancong dari dalam dan luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, Astaka Morocco pula dibina untuk mempamerkan satu binaan bercirikan Islam dengan seni bina halus dari Maghribi dan Sepanyol. Astaka terletak dalam Taman Botani Putrajaya ini merupakan salah satu tarikan kepada taman tersebut dan kos pembinaannya adalah berjumlah RM20 juta serta kos penyelenggaraannya menelan sejumlah RM250,000 setahun termasuk special cleaning dan kolam serta tulisan khat di dinding dan pintu. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengesahkan, adakah tugu atau Monumen Alaf Baru iaitu restoran di monumen itu masih beroperasi dan berapa ramai pelancong melawat monumen ini dan juga astaka tiap-tiap tahun. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju bahawa seperti PICC yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas, kedua-dua tugu atau monumen ini sudah jadi ‘white elephant’. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2009 Astaka Morocco telah menerima pelawat seramai 8,500 orang.

Seperti mana Dewan ini sedia maklum, apabila Kerajaan Pusat telah mencadangkan untuk menukar ataupun membina satu pusat pentadbiran baru di Putrajaya, untuk Kerajaan Persekutuan sama juga andaian pembangkang di mana menyoalkan keperluan dan mempertikaikan kedudukan sebenar. Walau bagaimanapun, Putrajaya merupakan pusat pentadbiran persekutuan. Kita perlu adakan aspek-aspek yang boleh

final • 10:30 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

menarik pelancong supaya kita memastikan kita lebih relevan di mana khususnya Kuala Lumpur ke arah bandar bertaraf antarabangsa. Maka saya yakin, Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru ini memang relevan dan bukanlah ‘white elephant’. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Pelawat monumen berapa orang?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

[Soalan No. 5 – Dato’ Sri Azalina binti Othman Said (Pengerang) tidak hadir]

final • 10:30 AM

  1. Tuan Loke Siew Fook [Rasah] minta Menteri Kewangan menyatakan status cadangan Skim Perlindungan Insurans Pihak Ketiga yang baru, bila ia dapat dilaksanakan dan bagaimana kerajaan memastikan kepentingan semua pihak yang terbabit dapat diambil kira.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Rasah bersama-sama dengan soalan dari Yang Berhormat Kubang Kerian yang dijadualkan dijawab pada 12 Julai kerana ia menyentuh perkara dan isu yang serupa.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedang dalam proses mempertimbangkan suatu mekanisme yang sesuai bagi menyediakan perlindungan bagi kecederaan dan kematian pihak ketiga dengan izin, Third Party Bodily Injury and Death (TPBID) kepada pemilik kenderaan pada premium yang berpatutan. Ini adalah ekoran daripada kesukaran yang dihadapi oleh pemilik kenderaan untuk mendapat perlindungan berkenaan.

Bank Negara Malaysia bersama-sama dengan Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi-sesi perundingan awal dengan pihak berkepentingan, stakeholders berhubung opsyen-opsyen pelaksanaan awalan bagi Skim TPBID pada April 2010.

■1040 Suatu kertas perbincangan yang menerangkan rasional prinsip panduan, objektif dan cadangan rangka atau komponen skim baru ini juga telah disiarkan dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia pada 23 April 2010 untuk mendapat maklum balas orang ramai berhubung cadangan Skim TPBID ini. Bank Negara Malaysia telah menerima pelbagai maklum balas yang kesemuanya akan diberi perhatian dalam usaha lanjut Bank Negara Malaysia merangka serta mencari satu penyelesaian yang menyeluruh untuk memastikan perlindungan insurans yang secukupnya bagi pemilik kenderaan dan orang ramai pada kadar premium yang berpatutan. Bank Negara Malaysia juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan bagi memperbaiki proses tuntutan insurans secara keseluruhannya agar ia lebih cekap dan menjimatkan masa. Mekanisme penyediaan TPBID yang baru akan dikemukakan kepada pihak kerajaan setelah semua usaha di atas selesai dilaksanakan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua dan Speaker Dewan Rakyat kerana elaun-elaun untuk Tuan Yang di-Pertua akan dinaikkan atau telah dinaikkan pada 1 Mei yang lepas.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

Tahniah, tahniah. [Tepuk]

final • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah, bilakah perancangan Kementerian Kewangan atau Bank Negara Malaysia untuk melaksanakan skim yang baru ini?

final • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yang kedua, dalam tempoh sekarang kita difahamkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kebanyakan syarikat insurans tidak mahu menerima insurans third party ini dan diadakan satu pool MMIP, iaitu dua buah syarikat Uni Asia dan Multi Purpose yang menerima insurans pihak ketiga ini. Ramai pemilik kenderaan lama terpaksa pergi ke dua-dua syarikat ini. Tetapi masalahnya ialah apabila mereka membeli insurans third party ini daripada dua syarikat ini, walaupun ada third party insurans, tetapi kebanyakan pemegang insurans ini dikenakan loading ataupun dikenakan insurans kemalangan dan sebagainya. Ada packagenya.

Persoalannya ialah kebanyakan pemilik kenderaan lama ini yang merupakan mereka yang berpendapatan rendah, terpaksa menanggung satu beban yang lebih tinggi kerana ada loading dan sebagainya. Jadi apakah tindakan daripada kerajaan untuk mengawal supaya syarikat-syarikat ini tidak mengenakan loading yang lebih tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana ramai yang terpaksa menanggung satu beban yang sangat tinggi.

Yang ketiga, satu sampingan, berkenaan dengan insurans kaca besar kenderaan.

Saya difahamkan kalau seseorang itu membeli insurans kaca besar kereta mereka, katakan kalau mereka membeli insurans ini, kaca itu pecah pada bulan ke sepuluh. Jadi apabila kaca itu telah diberikan satu perlindungan dan diberikan pampasan, mereka terpaksa beli balik satu polisi, tetapi polisi itu hanya kawal dua bulan sahaja. Walaupun mereka terpaksa membayar satu premium untuk satu tahun, tetapi kawalannya ialah hanya untuk dua bulan atau baki dalam tempoh satu tahun itu sahaja. Jadi saya harap pihak kementerian dapat ambil maklum tentang perkara ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Pertamanya saya ingin menyatakan bahawa pelaksanaan insurans pihak ketiga hari ini memang mengalami masalah.

Saya tidak dapat menidakkan masalah yang wujud kerana seperti mana yang kita semua maklum, barangkali skim insurans ini tidak memberi peluang untuk mendapat pulangan, bahkan banyak syarikat yang mengalami kerugian yang besar. Keseluruhan dalam negara kita kerugian dalam sektor insurans ketiga ini sahaja adalah sebanyak RM19 juta setahun, jadi memang berlaku. Walaupun kerajaan telah mengadakan sistem pooling yang ada dan juga penjualan insurans ini melalui pejabat pos di seluruh negara, tetapi masih terdapat masalah-masalah yang kita sering dengar. Sebab itulah penyelesaian secara komprehensif adalah peting dan perlu disegerakan. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mencari penyelesaian yang....

final • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Biar saya jawab dahulu. Yang Berhormat sudah tanya tiga tadi. Bagi saya jawab dahulu. Ini caranya untuk mengatasi masalah, termasuklah loading, riders dan sebagainya. Memang kita akui. Walaupun ini tidak sepatutnya dilakukan oleh syarikat-syarikat insurans tetapi, kita masih lagi mendapat aduan dan pihak Bank Negara terpaksa melihat tentang aduan-aduan ini, tetapi masalahnya masih wujud, sebab itulah sistem komprehensif ini perlu.

Pada mulanya perancangan kerajaan ialah untuk menyediakan skim baru ini secepat mungkin dalam tahun ini pada mulanya, tetapi oleh kerana banyak maklum balas yang diterima daripada pihak-pihak yang berkepentingan, maka terpaksa diadakan perundingan yang terperinci dengan pelbagai pihak ini, yang melibatkan banyak isu barangkali kalau saya boleh sebut dua tiga isu yang agak besar. Satunya penglibatan subsidi kerajaan ada yang menyokong, ada yang tidak menyokong, tetapi court process, proses mahkamah perlu dibiarkan seperti mana yang ada sekarang ataupun perlu ada satu proses perundangan yang lain.

Ini juga merupakan isu besar, limits ke atas liabiliti juga ada isu sama ada perlu diwujudkan satu SPB untuk menjalankan kegiatan ini perlunya wujud gross subsidization, dengan izin perlunya peningkatan secara gradual dalam premium untuk menampung kerugian yang besar yang dialami oleh syarikat-syarikat insurans ini, dan perlu juga wujud kecekapan dan efficiency dari segi tuntutan proses membayar tuntutan. Jadi ini adalah isu yang besar yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Pada mulanya dijangkakan

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

bahawa isu ini dapat diselesaikan dalam jangka masa yang pendek. Namun begitu pihak kerajaan masih lagi bercadang supaya satu skim dapat dirangka sebelum akhir tahun ini.

Tetapi pelaksanaannya mungkin awal tahun hadapan, jangkaan kita ataupun matlamat kita ialah mewujudkan skim ini sebelum akhir tahun ini.

Mengenai masalah kaca besar yang disebut oleh Yang Berhormat ini, saya perlu mendapat maklumat tambahan daripada pegawai-pegawai saya. Saya sendiri pun tidak tahu, kalau bayar itu coverage hanya untuk dua bulan dan sebagainya. Apabila saya mendapat penjelasan lagi, saya akan bagi kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru- baru ini ada seorang pemuda di kawasan saya menaiki kereta kawan sebagai penumpang menghadapi kemalangan dan agak serius keadaannya. Kejadian ini mungkin mengakibatkan dia tidak dapat bekerja beberapa tahun dan dia tidak dapat menuntut apa- apa pampasan dari syarikat insurans. Kerana polisi itu tidak dilindungi LLP (Legal Liabilities on Passenger) dan Legal Liabilities to Passenger. Saya ingin tahu apakah pandangan Menteri terhadap perkara ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak dapat memberi pandangan yang tepat mengenai hal ini. Saya perlu juga merujuk perkara ini kepada pihak Bank Negara, sekiranya Yang Berhormat boleh memberi butiran lanjut mengenai kes ini saya boleh minta Bank Negara untuk memberi satu pandangan yang profesional. Kalau saya speculate di sini pun mungkin ini tidak baik. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Peraturan Mesyuarat 24(3). Boleh membenarkan tiga soalan tambahan dan soalan tambahan itu tidak berkaitan, tidak boleh dikira sebagai soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, 24(3) itu discretion Speaker.

final • 10:30 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini tidak boleh dikira. Ini untuk kepentingan orang ramai Tuan Yang di-Pertua. Saya pohonlah supaya satu soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

7. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sejak Program Transformasi Kerajaan (PTK) dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Januari 2010 yang lalu, apakah perkembangan dan perubahan yang dicapai setakat ini terutamanya dalam 6 NKRA; dan

(b) selain 6 NKRA tersebut, kementerian mana yang menunjukkan prestasi tinggi.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya telah laporkan pada Dewan yang mulia ini pada 7hb. Jun yang lalu, pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan iaitu PTK telah giat berjalan terutamanya selepas PTK dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Januari yang lalu.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Ia telah mendatangkan hasil-hasil awalan yang positif dan menggalakkan bagi setiap NKRA. Hasil-hasil NKRA ini telah dan akan sentiasa dilaporkan dari semasa ke semasa oleh Yang Berhormat menteri peneraju atau lead minister yang berkenaan secara lebih terperinci di dalam dan di luar Dewan ini.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Di samping enam menteri peneraju NKRA, setiap menteri yang lain juga bertanggungjawab terhadap ministerial KRA atau MKRA masing-masing dengan ministerial MKPI. Sebanyak 248 MKPI telah dikenal pasti bagi 22 orang menteri yang tidak terlibat sebagai menteri peneraju. MKRA dan MKPI dipantau rapi oleh setiap menteri sendiri dengan bantuan pemandu dan pegawai-pegawai KPI dalam kementeriannya. Selain daripada itu, setiap menteri peneraju NKRA juga mempunyai MKRA dan beberapa MKPI yang lain dalam kementeriannya. Misalnya, selain daripada NKRA mengurangkan jenayah, Menteri Dalam Negeri mempunyai beberapa MKRA dan MKPI seperti pengeluaran pasport dan pengurusan surat kerakyatan.

Tuan Yang di-Pertua, pencapaian perubahan dan penambahbaikan yang nyata dari pelaksanaan PTK adalah dari segi cara berfikir, bertindak dan bekerjasama atau, dengan izin, the ways of thinking, doing things and working together di kalangan para menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha dan penjawat awam kanan di dorong oleh komitmen ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ di bawah Gagasan 1Malaysia.

Perubahan yang dicapai adalah hasil daripada ilham, dorongan, panduan, bantuan dan pemantauan Perdana Menteri sendiri serta penggunaan kaedah pengurusan prestasi yang berkesan.

Terdapat tiga aspek perubahan yang agak nyata.

(i) para penggubal dasar pelaksana dan pentadbir telah menjadi lebih berfokus dalam menganalisis sesuatu isu, cabaran atau masalah dengan memberi perhatian kepada hasil atau outcome dan kesan atau impak yang dapat dinikmati dan dirasai oleh rakyat dan bukanlah hanya dari segi input dalam bentuk sumber dan perbelanjaan kewangan atau output dalam bentuk pembinaan bangunan atau kemudahan secara fizikal. Kaedah ini juga memandu kami untuk mengkaji dan menilai keutamaan atau priority antara pelbagai program atau projek yang patut dilaksanakan dalam konteks realiti dan kekangan kos dengan menekankan value for money;

(ii) dalam hampir setiap bidang kecil atau sub-NKRA, telah ditetapkan sasaran-sasaran yang dapat dan perlu diukur dan diuji dalam bentuk petunjuk prestasi utama atau KPI. Setiap kementerian atau agensi dicabar untuk menetapkan KPI yang lebih tinggi atau hasil yang lebih besar berbanding dengan sasaran asal yang telah ditetapkan atau dicapai dahulu.

Pendekatan ini meningkatkan komitmen dan usaha pencapaian secara spesifik dan telus; dan

(iii) penyelaras dan kerjasama yang lebih erat telah dapat dijalinkan di antara kementerian dan agensi yang mempunyai fungsi-fungsi yang berkaitan di samping mengurangkan percanggahan atau pertindihan yang wujud dahulu dengan menurunkan tembok birokratik dan silo mentaliti. Dengan perubahan-perubahan sedemikian melalui kaedah-kaedah baru, pelaksanaan dan penyampaian telah menjadi lebih berkesan dan berhasil.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa dalam proses pelaksanaan, sememangnya terdapat banyak cabaran dan kekangan dalam sumber kewangan dan aspek-aspek yang lain. Transformasi kerajaan sememangnya melibatkan bukan sahaja perubahan dari segi pendekatan dan kaedah tetapi ia merangkumi dan memerlukan perubahan dalam sikap, nilai budaya bahkan perhubungan hierarki. Aspek-aspek psikologi dan sosial ini sedang dan akan terus ditangani dan diuruskan tetapi memerlukan masa, persefahaman dan kesabaran di samping keazaman dan ketegasan.

Sememangnya kejayaan PTK untuk mendatangkan hasil-hasil baik bagi rakyat memerlukan sokongan dan sumbangan, penyertaan bahkan pengorbanan dari semua pihak. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Ahli Yang Berhormat.

Sebentar. Ada pengumuman, Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Mr. Tariq Hilal Lootah dan delegasi daripada Ministry of State for Federal National Council Office of United Arab Emirates. [Tepuk] Diharap lawatan ini akan dapat mengeratkan hubungan dua hala.

final • 10:50 AM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di antara enam NKRA, kita hendak tahu mana satu NKRA yang lebih berjaya dan apakah kriteria, penilaian dan apakah perbezaan di antara NKRA-NKRA ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, semua NKRA telah menunjukkan kemajuan awalan secara konkrit dan semua menteri dan juga penjawat awam utama telah menunjukkan komitmen, ketekunan dan kejujuran dalam pelaksanaannya serta kerjasama yang lebih erat. Walau bagaimanapun, memandangkan bahawa setiap NKRA itu mempunyai sifat dasar dan juga keperluan yang berbeza-beza, oleh itu memang tidak begitu senang atau straight forward untuk membuat perbandingan di antara NKRA dan NKRA. Secara umum, NKRA yang melibatkan kemudahan fizikal lebih senang dapat diukur. Misalnya, pembinaan jalan, bekalan air dan elektrik dapat dilaksanakan selagi ada peruntukan kewangan yang mencukupi dan boleh dapat hasilnya dalam tempoh setahun dua.

Manakala NKRA yang melibatkan banyak faktor insan seperti pendidikan yang mempunyai tempoh gestation atau tempoh untuk mendapatkan kesan yang lebih panjang, memang bukan begitu senang diukur hasilnya dalam tempoh yang singkat. Begitu juga untuk NKRA seperti memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah kerana ia melibatkan pendidikan, melibatkan budaya sosial dan juga tabiat individual. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sungguhpun Yang Berhormat Menteri kata bahawa hasil awalan adalah positif mengenai beberapa NKRA, adakah beliau sedar bahawa sungguhpun ada dakwaan-dakwaan bahawa adalah pertambahan baik semacam mengurangkan jenayah, adalah crime index turun tetapi rakyat tidak rasa lebih selamat atau untuk memerangi rasuah. Sudah lebih daripada setahun dan tidak apa-apa hasil mengenai penangkapan grand corruption yang ada sebut dalam NKRA yang dilakukan. Sebaliknya, apa yang kita lihat ialah kejatuhan kepercayaan orang ramai terhadap MACC. Lagi satu minggu ialah satu tahun Teoh Beng Hock dibunuh.

Sampai sekarang tidak tahu apa siasatan dan itulah antara kes-kes yang besar yang menjatuhkan kepercayaan orang ramai terhadap MACC.

Kes PKFZ Scandal nampaknya sudah ditutup. Kes apa yang berlaku baru-baru ini mengenai keputusan MACC tidak mahu hantar pegawai ke London untuk dapat interview dengan private investigator (PI) Balasubramian sungguhpun yang terlebih dahulu ada buat appointment atau tiada apa-apa tindakan diambil oleh MACC terhadap banyak dakwaan mengenai kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak. Semua tidak ada tindakan ini.

Sebelum Parlimen bermesyuarat, Special Parliamentary Committee…

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Penipu!

final • 10:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Pengerusi Special Parliamentary Committee adalah kata bahawa ada akan siapkan laporan untuk dibahas dalam Parlimen ini mengenai satu kajian mengenai MACC.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Sampai sekarang tiada apa-apa laporan yang dibentangkan. Apa peranan yang Yang Berhormat Menteri mainkan supaya ini boleh dilakukan dan satu scrutiny mengenai NKRA membasmi rasuah khasnya boleh dilakukan dengan berkesan?

final • 11:00 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya katakan, bahawa NKRA yang melibatkan faktor-faktor insan memang bukan begitu senang dan cepat untuk mendapatkan hasilnya. Walau bagaimanapun, adalah nyata bahawa penurunan kadar jenayah adalah amat meyakinkan, khasnya dalam 50 hot spot ataupun

final • 11:00 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

kawasan yang berisiko tinggi. Akan tetapi kita tidak menafikan bahawa kejadian-kejadian tertentu yang di luar jangkaan yang sering juga berlaku dalam mana-mana masyarakat pun termasuk masyarakat yang amat maju seperti kes Teoh Beng Hock, kes Amirul Rashid dan sebagainya, sedikit sebanyak akan menjejas dan mempengaruhi persepsi rakyat terutamanya sekiranya isu seumpama ini dipermainkan oleh pihak pembangkang dengan begitu bertubi-tubi untuk mengulangi isu itu. Maka itulah dari segi persepsi dan perasaan memang memerlukan masa untuk dapat merasai dan menikmati perubahan yang berlaku.

Mengenai usaha memerangi rasuah, memang kerajaan amat serius dengan diluluskan oleh Parlimen Whistleblower Act dengan mendedahkan butir-butir melalui internet, dengan berfungsinya beberapa jawatankuasa di bawah MACC yang melibatkan orang-orang kenamaan yang mempunyai integriti dan kesemuanya ini sudah pasti akan mendatangkan hasil walaupun sering dituduh dan dituntut sebaliknya oleh pihak pembangkang.

final • 11:00 AM

8. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah nisbah doktor dengan penduduk di setiap negeri di Malaysia.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2008, nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia adalah satu kepada 1,105 penduduk. Nisbah doktor kepada penduduk mengikut negeri bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:-

NegeriNisbah Doktor:Penduduk
Perlis1:952
Kedah1:1445
Pulau Pinang1:817
Perak1:1039
Selangor1:1085
WP Kuala Lumpur1:488
WP Putrajaya1:328
WP Labuan1:2368
Negeri Sembilan1:859
Melaka1:879
Johor1:1571
Pahang1:1639
Terengganu1:1421
Kelantan1:1863
Sabah1:2454
Sarawak1:2032

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, nampaknya walaupun nisbah doktor kepada penduduk di negara kita adalah satu kepada 1,105 tetapi nisbah doktor kepada penduduk di Sarawak adalah satu kali ganda iaitu satu kepada dua ribu lebih. Keadaan nisbah penduduk dengan doktor yang tidak memuaskan di Sarawak telah berlaku sepanjang masa selepas kita mencapai kemerdekaan. Kenapa masalah ini masih berlaku? Apakah kerajaan bercadang untuk memperbaiki nisbah ini yang amatlah imbalance di antara nisbah doktor kepada penduduk di Semenanjung dan nisbah doktor kepada penduduk di Sarawak? Adakah ini menunjukkan Sarawak telah dianaktirikan dan diabaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional?

Saya juga ingin bertanya satu masalah iaitu – diakibatkan daripada kekurangan doktor di Sarawak, saya terima aduan bahawa di banyak poliklinik, medical assistant yang berjumpa dengan pesakit-pesakit dan memberi rawatan kepada mereka, adakah ini dibenarkan? Medical assistant dan bukan doktor yang mempunyai qualification tetapi medical assistant yang memberi rawatan kepada pesakit-pesakit. Adakah ini dibenarkan oleh kerajaan? Kalau dibenarkan, apa jaminan kepada pesakit-pesakit bahawa medical assistant yang memberi rawatan ini tidak akan memberi ubat yang salah? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Kuching di atas soalan yang dikemukakan. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bandar Kuching mengenai purata doktor yang berkhidmat di kawasan seperti Sarawak, Sabah dan Labuan dan sebagainya jika dibandingkan dengan negeri- negeri yang lain – contohnya di Lembah Klang iaitu di kawasan sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur, nisbah yang kita unjurkan sebenarnya disasarkan untuk kita capai sebelum tahun 2020 adalah satu kepada 600 penduduk secara umumnya untuk negara kita tetapi seperti Yang Berhormat tahu, kawasan seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mencapai jauh lebih baik nisbah tersebut iaitu satu kepada 488 di Kuala Lumpur dan di Putrajaya pula satu kepada 328. Punca utama Yang Berhormat kerana housemen dan doktor-doktor ini lebih suka berkhidmat di kawasan-kawasan Lembah Klang dan sebagainya.

Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, kementerian telah mengambil langkah-langkah di mana kita juga telah mendapatkan perkhidmatan doktor secara kontrak sama ada dari dalam dan juga luar negara. Setakat ini Yang Berhormat, kita telah engage ataupun telah mendapatkan perkhidmatan doktor-doktor dari luar negara iaitu seramai 480 orang sama ada mereka ini pakar atau bukan pakar, Yang Berhormat ya. Untuk warganegara Malaysia, kita juga menawarkan lantikan kontrak baru kepada mereka yang telah tamat perkhidmatan, di mana seramai 147 orang sama ada pakar ataupun bukan pakar kita telah tawarkan kontrak baru, Yang Berhormat. Begitu juga kontrak selepas bersara, kita telah tawarkan kepada 110 orang, Yang Berhormat. Secara keseluruhan, untuk warganegara Malaysia kita telah menawarkan lantikan kontrak doktor ini adalah seramai 257 orang. Jadi langkah-langkah memang kita ambil dan kebanyakan mereka ini kita hantar untuk berkhidmat di kawasan-kawasan seperti Sabah dan Sarawak yang memang memerlukan khidmat doktor, Yang Berhormat ya.

Jadi untuk menjawab mengenai medical assistant yang telah dikatakan memberi rawatan di poliklinik-poliklinik, sebenarnya Yang Berhormat, di bawah dasar kita, kita membenarkan mereka untuk membuat rawatan kepada kes-kes minor tetapi untuk kes-kes yang bukan di bawah liputan tanggungjawab medical assistant atau penolong perubatan ini, kita menekankan dan juga menegaskan bahawa pesakit-pesakit perlu dirawat oleh doktor yang berkelayakan. Terima kasih Yang Berhormat.

■1110

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapit.

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mungkin sebab ..

final • 11:00 AM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini fasal Uruguay kalahkah?

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Khusus kepada Sarawaklah. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua, saya jarang sekali bersetuju dengan pihak sebelah sanalah rakan daripada Bandar Kuching akan tetapi dalam perkara ini saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat. Kita sering kali mendengar dalam Dewan ini

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

jawapan daripada kementerian yang begitu indah cantik sekali. Akan tetapi kita tidak merasakan itu terjemahan kepada penyelesaian masalah ini di pihak akar umbi ataupun di daerah-daerah luar bandar khususnya di Sarawak.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sudah sepuluh tahun kita masuk Parlimen jawapannya sama. [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Jawapan yang sama, betul. Masalah yang sama juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membantu.

Soalan saya ataupun sebelum sampai ke soalan saya hendak tambah lagi. Tadi kita telah diberitahu dengan nisbah 1:2,032 di Sarawak. Adakah kementerian ini sedar bahawa penduduk di bahagian Kapit, maknanya merangkumi kawasan Parlimen Hulu Rejang dan Kapit. Bahagian Kapit penduduknya lebih 100,000 orang. Kita hanya ada satu hospital dan klinik kesihatan di Song dan mungkin di Belaga. Doktor berapa orang? Hanya empat orang.

Minggu lepas saya pergi dua orang cuti, hanya ada dua orang sahaja. Seorang doktor dua jawatan, director of the hospital dan juga bertugas sebagai divisional medical officer. Mengapa? Ini kerana tidak ada doktor lain untuk menjalankan tugas. Ratio ataupun nisbah ini tidak sama sekali menggambarkan keadaan yang sebenarnya di luar bandar. Ini saya hendak bagi tahu dahululah.

Soalan tambahan saya bilakah sebenarnya nanti kita mendapat begitu ramai doktor berkhidmat untuk kita menampung keperluan di kawasan di luar bandar di kawasan di seluruh negara kita. Sebenarnya, seperti mana yang telah juga disebut oleh Tuan Yang di-Pertua perkara ini sepuluh tahun saya dalam Parlimen sepuluh tahun jawapan yang sama. Kalau saya ada peluang untuk sepuluh tahun lagi ada dalam Dewan ini sebelum masalah ini ditangani sepuluh tahun lagi saya akan menimbulkan ataupun membangkitkan perkara yang sama. Saya harap tidak begitulah Yang Berhormat. Jadi saya mohon penjelasan mengapa di bahagian Kapit ini kita tidak ada doktor yang mencukupi. Kalau tidak ada pun lebih daripada yang ada sekarang sebab orang sudah marah. Saya pun rasa hendak marah sedikit juga. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Kita tunggu lagi sepuluh tahun.

final • 11:00 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Kapit di atas keprihatinan dan juga kerisauan. Yang Berhormat, saya memahami. Saya pun datang daripada sebuah negeri di mana nisbah doktornya 1:2,454 kurang sedikit daripada

final • 11:00 AM

negeri Sarawak Yang Berhormat iaitu 1

2,032. Jadi Sabah ini adalah negeri yang tercorot dari segi mendapat perkhidmatan doktor, Yang Berhormat. Saya juga ingin menyatakan di sini untuk populasi 100,000 di Kapit, Yang Berhormat mengatakan sebuah hospital ada empat orang doktor. Yang Berhormat lebih bertuah daripada saya. Ini kerana saya mewakili kawasan Papar mempunyai sebuah hospital dan hanya tiga doktor tetapi populasi 120,000, Yang Berhormat. Jadi kita memahami keadaan ini....

final • 11:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat kerajaan, jangan buat ‘retainment’ disinilah. Apakah komunitinya!

final • 11:00 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar

Yang Berhormat Kuching, this is not your floor. Izinkan saya. Saya cuma ingin mengatakan...

final • 11:00 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita harus malu kerana masalah ini...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kerajaan harus berusaha untuk selesaikan masalah.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu.

final • 11:00 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bukan kata lebih bertuah.

final • 11:00 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Yang Berhormat, usaha-usaha telah dijalankan dan dilaksanakan oleh kementerian di mana kita menyasarkan mengikut

final • 11:00 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

populasi iaitu pada tahun 2015 kita dijangkakan mempunyai populasi sebanyak 31.8 juta.

Pengeluaran graduan-graduan perubatan juga dijangkakan meningkat. Oleh itu Yang Berhormat langkah-langkah kita telah ambil dan telah berbincang ....

final • 11:00 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sepuluh tahun lagi pun serupa jawapan. [Ketawa]

final • 11:00 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

...dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan kuota pengambilan pelajar dalam bidang perubatan ini, Yang Berhormat. Saya memahami kerisauan Ahli-ahli Yang Berhormat namun percayalah Kementerian Kesihatan sedang dan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menambah keperluan doktor untuk berkhidmat di hospital-hospital kita. Ini kerana aspek keselamatan ini adalah suatu yang kita menganggapnya amat penting terutama sekali dari segi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Terima kasih.

final • 11:00 AM

9. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Menteri Pelajaran menyatakan:-

(a) apakah tindakan kerajaan untuk memastikan sukatan pelajaran bagi kelas pendidikan awal sekolah (prasekolah) dan berbagai- bagai agensi kerajaan dan kementerian mempunyai sukatan pelajaran dan tenaga pengajar yang berkualiti dan mempunyai standard yang sama; dan

(b) apakah tidak mungkin kerajaan meletakkan semua aktiviti pembelajaran prasekolah di bawah satu agensi kerajaan atau kementerian.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha untuk menggilap potensi anak-anak sejak daripada awal usia lagi Iaitu di peringkat pendidikan prasekolah. Untuk itu pendidikan prasekolah akan terus diperkasakan dan dijadikan sebahagian daripada aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan kita. Bagi mencapai sasaran ini Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan strategi yang komprehensif dan bersepadu. Di antaranya dengan menambah baik kurikulum prasekolah seperti yang dilaksanakan pada tahun 2010 melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk semua agensi pelaksana termasuklah prasekolah swasta bagi tujuan penyeragaman dan meningkatkan lagi kualiti pendidikan prasekolah. Kementerian Pelajaran telah pun mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi pelaksana supaya tidak berlakunya pertindihan kawasan tadahan ataupun catchments area kelas prasekolah.

Selain itu KPM juga telah pun menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Kemajuan Prasekolah Kebangsaan yang dianggotai oleh semua agensi pelaksana prasekolah di Malaysia bagi menyelaras dengan keperluan program pendidikan prasekolah di negara ini. Di bawah NKRA pendidikan kualiti pendidikan prasekolah KEMAS dan Perpaduan akan ditingkatkan dari segi kualiti gurunya, infrastruktur dan juga bantuan supaya ianya setaraf dengan kualiti prasekolah Kementerian Pelajaran. Buat masa ini kementerian tidak bercadang untuk mengambil alih kelas prasekolah KEMAS dan juga Perpaduan ini.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemimpin masyarakat FELDA Jengka 4, Maran. [Tepuk] Juga guru serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tamin, Jerantut. Selamat datang.

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut langkah- langkah yang diambil untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Namun begitu saya berasa belum puas hati dengan jawapan itu kerana melihat keadaan yang ada pada masa ini masih di tahap yang sama. Di mana umpamanya kelas prasekolah yang dianjurkan dan dikendalikan oleh pihak KEMAS, tenaga pengajarnya masih begitu rupa,

final • 11:00 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

tidak ada penambahbaikan dengan izin no improvement in the teaching or rather the teachers. Guru-guru kelas tadika kebanyakannya hanya makcik-makcik yang tidak ada kelayakan yang berkualiti.

Dahulu ada rancangan untuk menaik taraf mereka kepada guru-guru diploma tetapi saya tidak nampak sangat dia punya pelaksanaan itu dibuat.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Masih ramai lagi tenaga pengajar kelas-kelas tadika KEMAS yang masih rendah dan juga kita dapati peralatan pembelajarannya juga, tempat belajarnya juga di dewan- dewan orang ramai, di bawah-bawah madrasah dan sebagainya agak daif dan persekitarannya tidak membantu kepada melahirkan pelajar-pelajar prasekolah yang berkualiti. Jadi saya minta menteri untuk menjelaskan lagi perkara ini supaya ianya benar- benar tindakan yang betul-betul berkesan bukan sekadar satu retorik sahaja dia bagi pihak kita. Termasuk juga kelas-kelas tadika yang dianjurkan oleh parti PAS. Kelas-kelas tadika PAS pun saya tengok budak-budak dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang macam di Libya [Ketawa] ataupun di Nigeria. Saya tengok begitu. Apa harapan bagi kita kalau macam itulah kelas-kelas prasekolah PAS di seluruh negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat tentang kualiti pendidikan prasekolah baik di kementerian ataupun di bawah KEMAS. Ingin saya menjelaskan bahawa kalau kita melihat jumlah prasekolah yang ada di Malaysia ini, ramai yang mungkin dah sedia maklum jumlah kelas yang paling banyak adalah di swasta, selepas itu adalah KEMAS. KEMAS mempunyai setakat ini 8,791 kelas berbanding dengan kementerian 7,521 dan 1,643 adalah kelas di bawah Perpaduan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa ketika kita nak menggerakkan inisiatif NKRA di bawah sektor pendidikan, memperluaskan prapendidikan, kita kena mengambil kira inventori yang ada sekarang iaitu KEMAS adalah salah satu elemen yang tidak boleh kita abaikan.

Maka dalam konteks ini, kementerian telah mengambil satu pendekatan iaitu kita membantu melatih guru supaya guru berkualiti dapat dibekalkan. Kedua, daripada segi kurikulum. Ianya tidak lagi semacam dahulu dan ianya ada satu pemantauan yang lebih rapi oleh kementerian dan kita nak memastikan guru-guru yang dilatih itu dapat memenuhi hasrat ataupun aspirasi yang dikehendaki oleh kerajaan. Maka daripada segi kualiti bekalan guru dan juga silibusnya, ianya adalah berpandukan kepada satu iaitu terdapat penyeragaman. Berbalik kepada soalan Yang Berhormat untuk ambil alih dan sebagainya, sebenarnya saya rasa ketiga-tiga atau komponen yang ada di bawah kerangka sistem pendidikan prasekolah boleh wujud bersama tetapi kualitinya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sememangnya merupakan impian kerajaan untuk kita melatih guru prasekolah yang kelayakannya sampai ke universiti, memiliki ijazah.

Itu adalah satu matlamat yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan dan apabila kita dapat gerakkan daripada segi kelayakan guru-guru itu, saya yakin kualiti pendidikan prasekolah di negara kita akan meningkat dan itu respons saya terhadap kenapa kita tak ambil alih kerana saya rasa kesemuanya adalah agensi kerajaan dan agensi pelaksana ini boleh kita satukan tenaga kita dan Kementerian Pelajaranlah merupakan peneraju kepada agensi lain. Terima kasih,

final • 11:20 AM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ada enam orang anak. Semua dihantar kepada PASTI. Yang laki-laki memakai baju kebangsaan Melayu, yang perempuan baju kurung Melayu. Saya ingat Yang Berhormat Pasir Salak ini dia sakit tengok. Tak tahu dah Libyakah apa-apa. Semalam cakap memang bagus, saya sokong dia. Hari ini lain pula.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, adakah kementerian ada satu kajian yang komprehensif dan ada suatu bukti-bukti yang empirikal bahawa silibus ataupun kurikulum yang kita gunakan untuk anak-anak kita di prasekolah ini, empat tahun hingga lima tahun ini benar-benar menepati proses human development itu.

final • 11:20 AM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Peringkat umur yang sebegini, adakah silibus yang digunakan itu menepati sebab dalam kajian oleh satu badan di bawah PBB bahawa tempoh ini adalah merupakan tempoh anak-anak ini bermain-main dan untuk mereka lebih mesra alam dengan persekitaran mereka tetapi ada tadika yang membebankan mereka dengan suatu silibus yang mereka tidak boleh capai dan membebankan mereka.

Adakah ini ada suatu kajian yang dibuat secara terperinci oleh Kementerian Pelajaran supaya ianya menepati. Keduanya, adakah Yang Berhormat yakin dan percaya bahawa khususnya di tadika Perpaduan dan KEMAS, berlaku keseimbangan di antara rohani dan jasmani daripada segi silibusnya supaya matlamat untuk mencapai modal insan itu tercapai. Adakah ini berlaku khususnya dalam pemantauan kementerian Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya rasa satu soalan yang sangat relevan. Yang pertama, sama ada silibus yang dirangka itu benar-benar memenuhi tuntutan. Saya rasa di bawah Kementerian Pelajaran, kita mempunyai satu unit khas yang mana kita menganggap ini sebagai salah satu tanggungjawab yang sangat penting di bawah inisiatif NKRA. Oleh sebab itulah apa juga perancangan yang dibuat, kita mengambil kira dan mengambil pandangan stakeholders dalam soal ini. Saya memberi satu contoh, semasa kita merangka kurikulum standard prasekolah ini, kita mengambil kira dan apa yang akan berlaku pada kurikulum standard sekolah rendah kita.

Jadi di samping kita membuat perencanaan itu, kita juga mengambil kira apa yang patut kita bekalkan kepada pelajar pada usia yang kecil ini, prasekolah dan kesesuaiannya terhadap silibus yang kita rangka ini. Sebagai contoh, kalau dahulunya sebelum itu macam ada ujian atau peperiksaan pada prasekolah. Itu memang kita tak benarkan kerana kita tidak mahu mereka dibebankan, ditakut-takutkan dengan macam ada peperiksaan. Pernah kita mendapat aduan yang mana dia kata kenapa tak boleh ada peperiksaan di prasekolah?

Ini kerana kita tak nak bebankan anak itu dengan apa kaedah yang ada.

Kedua, penyediaan kepada pelajar ini supaya mereka masuk ke alam persekolahan nanti. Saya rasa kita perlu ada satu kesinambungan supaya silibus yang ada pada sekarang merupakan kesinambungan selepas mereka memasuki tahun satu. Ini sangat penting. Apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat daripada segi keseimbangan rohani dan jasmani. Saya rasa memang kita mengambil kira dan sebab itulah kalau kita lihat, kita telah memberi panduan sebagai contoh, kita daripada segi akademik, penguasaan daripada segi penguasaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, kita juga memberi satu penekanan yang agak penting juga kerana kita menganggap MBM, MBI itu akan bermula tahun satu.

Jadi saya rasa daripada segi penguasaan basicnya, kita akan mulakan. Itu daripada segi akademik dan kita juga menganggap daripada segi pelajar itu daripada usia yang kecil, mereka perlu fun learning dan banyak lagi unsur-unsur latihan dalam kumpulan.

Itu masih kita kekalkan untuk menyeronokkan pembelajaran anak-anak. Itu memang ada dalam sistem pendidikan kita daripada segi jasmani dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

10. Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perundangan (akta) dan peraturan yang telah disediakan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom bagi mengawasi penggunaan Bahan Radioaktif dan Radas Penyinaran amnya serta Tenaga Nuklear khasnya.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. MOSTI melalui Lembaga Pelesenan Tenaga Atom atau singkatannya LPTA telah menjalankan tanggungjawab melaksanakan kawalan dan kawal seliaan tenaga atom yakni bahan nuklear, radioaktif, radas penyinaran dan benda ditetapkan di dalam industri, dengan izin non medical activity di Malaysia bagi memastikan ianya sentiasa selamat dalam kawalan dan digunakan hanya untuk tujuan keamanan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Bagi tujuan perubatan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia telah diberi tanggungjawab bagi memastikan ianya selamat dan digunakan mengikut prosedur ditetapkan. Buat masa ini, kawalan dan kawal seliaan tersebut dilaksanakan melalui penguatkuasaan akta dan peraturan-peraturan berikut:-

Pertama, Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 atau dikenali sebagai Akta 304. Akta 304 mengandungi peruntukan mengenai kawalan dan kawal seliaan untuk memiliki dan berurusan dengan tenaga atom, penetapan standard-standard, mengenai liabiliti terhadap kerosakan nuklear dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan atau berhubungan dengannya. Di bawah akta ini peraturan-peraturan diwujudkan adalah seperti berikut:

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

(i) Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Pelesenan) 1986 - peraturan ini menjelaskan cara-cara dan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan, meminda dan memperbaharui lesen tenaga atom dari LPTA. Peraturan ini terpakai di dalam premis-premis contohnya kilang dan hospital bagi bahan radioaktif, bahan nuklear, radas penyinaran atau benda ditetapkan di mana ianya dihasilkan, digunakan atau di store;

(ii) Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Pengangkutan) 1989 - peraturan ini menggariskan peraturan perlu dipatuhi oleh “mana-mana orang” yang ingin mengangkut radioaktif, bahan nuklear, radas penyinaran atau benda ditetapkan di Malaysia sama ada melalui darat, air atau udara;

(iii) Peraturan-peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 - peraturan ini menyediakan peruntukan yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pihak yang berurusan dengan sinaran mengion supaya aktiviti yang dijalankan adalah selamat kepada pekerja sinaran, orang awam dan alam sekitar. Ini termasuklah penetapan had dos tahunan seluruh tubuh bagi pekerja sinaran dan orang awam.

Kedua, Akta Perdagangan Strategik 2010. MOSTI melalui Jabatan LPTA akan terlibat dalam penguatkuasaan yang bertujuan mengawal sebarang barangan yang boleh digunakan untuk membangunkan sebarang senjata nuklear dan aktiviti subversif. Melalui Akta Perdagangan Strategik 2010, LPTA dipertanggungjawab sebagai pihak berkuasa berkenaan yang akan mengeluarkan permit, melaksanakan penguatkuasaan serta pembangunan bahan panduan dan rujukan kepada pedagang serta pihak berkuasa tempatan seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang telah dilantik sebagai pihak berkuasa berkenaan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.

Sebagai pihak berkuasa berkenaan di bawah STA 2010, Jabatan LPTA akan bertanggungjawab pada senarai barangan di bawah kawalan nuklear supplier group, dengan izin yang mencakupi kedua-dua senarai trigger dan senarai barangan dwiguna dan ‘Wassenar’ Arrangement dengan singkatannya WA. Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 23(1)(l). Saya telah mendapat satu pemberitahuan dengan tangan daripada Parlimen Malaysia berhubung dengan soalan saya, soalan bukan jawab lisan yang ditolak berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 23(1)(l).

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat surat ini pada Jun 2010 tetapi dalam kelmarin saya telah diberikan satu jawapan daripada Kementerian Luar Negeri daripada soalan yang saya tanya tersebut. Saya ingin tanya kepada Tuan Yang di-Pertua. Adakah soalan-soalan yang ditolak akan diberikan juga jawapan di dalam Parlimen ini? Saya hendak tanyalah. Saya difahamkan soalan tersebut berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(l) - tetapi jawapan saya dapat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ia sepatutnya tidak berlaku Yang Berhormat jika satu soalan telah ditolak oleh jawatankuasa. Bererti soalan itu tidak sepatutnya dijawab.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Sebab jawapan yang diberikan kepada saya yang bertentangan dengan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bahagian Pentadbiran Parlimen akan menyemak perkara ini.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

...Bertentangan dengan tindakan yang dibuat oleh kerajaan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih kerana memaklumkan pada Parlimen.

final • 11:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak Tuan Yang di-Pertua saya hendak tanya berkaitan dengan apa yang disebutkan tadi. Mana yang betul ini?

Penghujahan. Adakah jawatankuasa yang menyediakan soalan itu yang beranggapan bahawa apa yang disebutkan tadi di luar daripada bidang kuasa...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena. Saya rasa ada satu miscommunication dalam perkara ini Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Kementerian seolah-olah macam kementerian mengatakan bahawa tidak ada masalah soalan itu boleh diberikan jawapan dan memang kementerian telah berikan jawapan. Apabila dia berikan jawapan, tidak nampak ada masalah apa pun kepada jawapan tersebut yang hendak dihalang oleh pihak Dewan.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Betul, betul. Jawapan yang diberikan kepada saya seolah-olah dia bertentangan dengan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita akan semak Yang Berhormat. Pihak Parlimen akan menyemak perkara ini.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Penting ini Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH RENDAH (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua

final • 11:30 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menyambung dalam perbahasan mengenai dengan satu akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah (1998). Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan sejak Yang Arif Tun Zaki, Ketua Hakim Negara telah membuat banyak langkah-langkah untuk mengatasi backlog of cases. Memang juga tidak dapat dinafikan bahawa mahkamah seluruh negara telah berjaya mengatasi backlog of cases. Namun apa yang saya bimbang ialah semua langkah ini telah mengkompromikan kualiti ataupun mutu justice. Dengan sedihnya boleh dikatakan di negara ini masalah yang paling ketara berhubung dengan kehakiman ialah public perception of justice in this country is at its lowest level. Public has no trust and confidence in the justice system in this country. Perception is very important kerana ini akan mempengaruhi investor confidence, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu tidak ada gunanya tiada backlog of cases tetapi tiada justice. It is no use to have no backlog of cases kerana tiada justice, tiada keadilan.

Sehubung dengan itu saya amat bimbang dengan pindaan-pindaan ini. Soal saya ialah are we compromising the quality of justice further with this amendment. Adakah Hakim Mahkamah Sesyen sedia dari segi knowledge ataupun pengalaman untuk mengendali kes yang berjuta-juta ringgit? Bukan semua Hakim Mahkamah Sesyen ini dipersoalkan. Saya tahu ada hakim yang lebih qualified dan lebih berpengalaman daripada Hakim Mahkamah Tinggi contoh jika dibandingkan adalah Puan Komati di Mahkamah Sesyen dan juga Tuan Jagjit Singh dengan pelantikan JC-JC baru-baru ini. Ada Hakim Mahkamah Sesyen yang expert yang sudah tulis buku pun ada tetapi masih di dalam Mahkamah Sesyen. Apa yang saya khuatir adalah generally are the Sessions Court Judges experienced and qualified enough to hear million ringgit of cases?

final • 11:35 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan?

final • 11:35 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Silakan.

final • 11:35 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya mengikuti hujah Yang Berhormat Wangsa Maju, yang saya hendak tanya Yang Berhormat apa sebenarnya isu yang membimbangkan Yang Berhormat dalam membahaskan pindaan ini. Sebab saya nampak Yang Berhormat ada keraguan dan kebimbangan. Jadi di mana sebenarnya kelemahan-kelemahan Mahkamah Rendah kita ini yang perlu diperbetulkan? Terima kasih.

final • 11:35 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih. Saya telah sebutkan tadi mengenai dengan pengalaman mereka dan saya akan turut lagi di bawah ini kerana kita perlu bukan kuantiti, bukan clearing of backlog of cases. Kita perlu kualiti justice. Kualiti justice, kita boleh dapat kualiti justice daripada hakim-hakim yang layak yang ada pengalaman yang mendalam. Bukannya mereka dilantik kerana mereka ada pengaruh kawan-kawan atau sesiapa. Itu yang penting.

Oleh itu saya tidak setuju Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak setuju dengan pindaan ini jika tujuan pindaan ini hanya semata-mata untuk clearing backlog of cases dan mengkompromi dengan quality of justice. Contoh compromise of justice ialah, ya Yang Berhormat Kinabatangan adalah:

final • 11:35 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

(a) mahkamah termasuk Mahkamah Rayuan membuat keputusan tanpa memberi pihak-pihak kemukakan keterangan dan penghujahan;

(b) striking of cases apabila peguam datang lewat sedikit - mana ada justice;

(c) Hakim dan Majistret so overworked dan tidak boleh fikir secara munasabah dan waras untuk membuat keputusan. They are just concerned about their statistic atau KPI. Bintang KPI ini has overtaken the quality of justice.

(cid:1)1140 So, kerana mahkamah sekarang ini mengambil kira beberapa kes yang mahkamah telah selesaikan, bukannya quality of the judgments, itu yang penting.

(d) masa yang munasabah tidak diberi untuk penyediaan penghujahan dia di mahkamah, peguam tidak diberi masa yang cukup untuk membuat summation, dengan izin.

(e) Hakim-hakim Majistret mengejar ataupun chase after lawyer untuk finish and close the cases without regards the justice, kerana apa? Kerana semata-mata KPI yang dilaung-laungkan oleh kerajaan sekarang;

(f) tidak ada penangguhan walaupun ada alasan yang baik daripada peguam dan saya ada contoh dan saya dimaklumkan bahawa satu peguam wanita almost deliver anaknya tetapi dipaksa menjalankan kes. Inilah yang saya kata justice tidak ada dikompromi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu dengan pindaan-pindaan ini yang luas bidang kuasa kepada Hakim Mahkamah Sesyen, ialah berjuta-juta ringgit iaitu mengambil alih kerja dan tugas Hakim Mahkamah Tinggi yang dibayar gaji RM30,000 sebulan, adakah kebajikan Mahkamah Sesyen ini turut diambil kira atau mereka digunakan sebagai tools of the system ini sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya tahu ada Mahkamah Sesyen yang masih lagi dalam kategori L52 atau L54, yang paling tinggi pun mereka dapat separuh JUSA C ataupun JUSA C Khas dan juga belum diconfirm lagi. Soalnya adakah mereka layak mengambil alih tugas dan bidang kuasa Hakim-hakim Mahkamah Tinggi.

Memang saya tidak menafikan ada Hakim Mahkamah Sesyen sudah mempunyai experience, pengalaman lebih 20 tahun yang juah lebih banyak berbanding Hakim Mahkamah Tinggi. Contohnya Puan Komathy dan juga Tuan Jagjit Singh di Jalan Duta, ada juga Hakim Mahkamah Sesyen yang sudah menulis buku dalam bidang harta intelek yang specialize, mana ada Hakim Mahkamah Tinggi yang ada menulis buku macam ini.

Dan saya perhatikan Ketua Hakim Negara juga sendiri menulis Forward dalam buku ini, satu buku mengenai subjek ‘Intellectuals Property’ yang ditulis oleh Hakim Mahkamah Sesyen, dan beliau masih di dalam Mahkamah Sesyen sampai ke hari ini.

Apa yang saya hendak tekankan di dalam Dewan yang mulia ini ialah kebajikan Hakim Mahkamah Sesyen yang bakal mengambil alih tugas Hakim Mahkamah Tinggi juga perlu dijaga, there were no respect to the Session Court Judges to hear million ringgit cases and take over the High Court Judge job, unless their upgraded almost equals the High Court Judge level, dengan izin. Sekurang-kurangnya kedudukan mereka adalah di tangga Turus Dua atau Turus Tiga ataupun JUSA A.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya perlu menarik perhatian di antara jurang perbezaan di antara pegawai kehakiman dan pegawai perundangan. Memang tidak dapat dinafikan di Jabatan Peguam Negara ada beratus-ratus pegawai dari Turus Dua hingga ke JUSA C, boleh dikatakan the most number of Perdana, kereta Perdana supplied by SPANCO - Attorney General Chambers, dengan izin.

final • 11:35 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri tolonglah beritahu saya pecahan pegawai undang- undang JUSA C ke atas di Jabatan Peguam Negara. Saya dimaklumkan bahawa di AG Chambers banyak JUSA C Utama, not even the second grade JUSA C Khas, what is the different? Di dalam mahkamah JUSA C, di mahkamah semua JUSA C Khas, tiada JUSA C Utama. How do you expect the public, the law enforcement officer to respect our Session Court Judges when you don’t place them at the proper level, dengan izin. Kita kena memberikan kedudukan mereka dan juga kemudahan mereka sama dengan pegawai- pegawai di Pejabat Peguam Negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya tahu even the legal officer who prepare the Pardon Board yang menyediakan kertas-kertas di Pardon Board di AG Chambers, mereka juga di bawah kategori JUSA A, dahulu mereka di bawah L54, kita perlukah pegawai-pegawai JUSA A, cuma membaca kertas-kertas Pardon Board sahaja. Ini saya rasa adalah penyalahgunaan kuasa, menyalahgunakan wang rakyat. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menyiasat perkara ini supaya perkara ini boleh diperbetulkan dan moral di kalangan Hakim Mahkamah Sesyen boleh dipertingkatkan ataupun dibaik pulih, kalau tidak moral mereka akan jatuh.

Tuan Yang di-Pertua, fikirlah kalau kita ada JUSA C Utama untuk DPP, mereka pergi ke hadapan Mahkamah Sesyen, iaitu di mana mereka kategori L41 di Mahkamah Majistret dan dalam kes ... assembly ini memang sudah tentu majistret dalam Mahkamah Sesyen, mereka akan ada perasaan intimidated oleh kedudukan DPP ini, kerana kedudukan DPP ini di dalam public service lebih tinggi daripada majistret, where is the perception of fair justice? Oleh itu kebajikan Hakim-hakim Mahkamah Majistret juga perlu dijaga, janganlah sampai AG menjadi penasihat undang-undang JPA. Apa dia minta semua dapat, tetapi apa kehakiman minta diberi. Itulah sebab Puan Komathy dan pegawainya hampir 30 tahun baru JUSA C, tetapi di AG Chambers 15 tahun sudah mendapat JUSA C, di AG Chambers kalau pegawai berkhidmat 30 tahun sudah mendapat JUSA A sekurang- kurangnya. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, perception ini adalah sangat penting.

Apa yang ingin saya tekankan ialah peningkatan mutu keadilan, quality of justice.

Ini perlu untuk menarik pelabur ke dalam negara ini, kita perlu meningkatkan investor confidence, kalau tiada investor confidence memang mereka tidak akan melabur ke dalam negara ini. Kita boleh tengok di United Kingdom, di Amerika Syarikat dan di developed country mereka ada justice system yang berkualiti dan bukan hanya kuantiti sahaja, hendak tengok statistik KPI, KPI apa? KPI pun tidak dapat digunakan, buat statement yang macam- macam.

final • 11:35 AM

Seorang Ahli

[Menyampukl]

final • 11:35 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ada kata, bukan KPI tetapi k-o-p-i. Tuan Yang di-Pertua, untuk berbuat sedemikian kita perlu mengadakan specialize court, saya difahamkan memang ada Mahkamah Harta Intelek di Kuala Lumpur, tetapi apa yang sedih ialah what is the point of having specialize intellectual court ataupun specialize shipping court or specialize commercial court, dengan izin when the judges themselves are not specialized. Kita ada specialize, pakar mahkamah ini, pakar mahkamah itu tetapi yang mengendalikan kes itu hakim-hakimnya tidak specialize, tidak ada guna kita tell the whole world we are specialized IP court, sedangkan hakim kita ini adalah hakim yang biasa, tidak ada pengalaman langsung dalam IP, bukan negara ini tidak ada IP specialize Tuan Yang di-Pertua, ada banyak di kalangan peguam swasta.

final • 11:35 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ada Hakim Mahkamah Sesyen pun specialize dan ada tulis buku. Kenapa mereka tidak diletakkan di tempat yang tepat di dalam Specialize Court? By putting non-specialize judges to hear IP cases, kita dapat bermacam-macam inconsistent keputusan.

Tuan Yang di-Pertua, sampai investor pun tidak faham lagi undang-undang IP di negara kita. Saya sendiri pun ada pengalaman di Mahkamah Persekutuan. Jangan kata di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan dalam satu kes yang terlibat dengan satu syarikat gergasi di Jepun, high end supermarket, dengan izin. Namanya MEIDI-YA Co. Ltd.

di Jepun dan jenama mereka ditiru di Malaysia dan saya ambil tindakan bagi pihak mereka.

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan, boleh kata keputusan songsang yang kita tidak boleh faham dan semua specialized IP lawyers, mereka pun confused. Ini akan menjejaskan investors confidence dalam negara kita sebab mahkamah kita tidak ada specialize hakim untuk mendengar IP cases atau pun shipping cases. Oleh itu, saya minta badan kehakiman kaji perkara ini secara serius dan lantik pegawai yang berpengalaman dan layak dalam mahkamah special ini, not just clear backlog of cases tanpa kualiti.

Tuan Yang di-Pertua, mahkamah di Kuala Lumpur telah pakai CRT system, computer system. Apa yang menjadi masalah ialah transcribing of keterangan. Memang tidak dinafikan kes dapat diselesaikan cepat kerana hakim tidak perlu catat nota keterangan. Akan tetapi, apabila peguam meminta notes of proceedings, nota keterangan, mahkamah tidak boleh bekalkan kerana perlukan masa yang amat panjang untuk taipkan atau pun transcribe kan, dengan izin, setiausaha tidak dapat taipkan.

So, bagaimanakah mereka boleh tulis, peguam boleh tulis penghujahan atau pun submission tanpa nota keterangan? Masa peguam soal saksi, tidak boleh ambil nota, hakim suruh soal cepat. Kenapa? Hendak cepat selesaikan kes, KPI. Setiap hari fikir KPI. Kita perlu satu KPI justice, bukan KPI statistik. Statistik bukanlah satu bukti mengatakan kita telah ada satu sistem kehakiman yang berkualiti. Can you imagine how to do a case without notes of proceedings Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua pun bekas peguam juga.

Apa yang penting, kita perlu keadilan yang berkualiti.

Apa sebab mahkamah tidak boleh bekalkan notes of proceedings yang ditaipkan oleh mahkamah? Adakah sistem CRT melambatkan penyediaan nota prosiding? If that is true, we are only shifting the problem to the typist. Kita boleh imaginelah berapa masa yang telah kita habis untuk Hakim-hakim Mahkamah Sesyen, majistret to correct the notes of proceedings yang di typed-up melalui sistem CRT ini. Is this a failed system Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Mengapa di Sabah dan Sarawak nota keterangan boleh diberi dengan serta-merta selepas pendengaran kes, after the hearing of the case. Is the system in Sabah and Sarawak better? Kenapa kita tidak turut kepada sistem di Sarawak dan Sabah? Yang Berhormat Menteri pun tahu, kita semua tahu, kita jadi peguam kita tahu. Kenapa di sini tidak boleh dan di Sabah dan Sarawak boleh? So, ini adalah satu tanda, a big question mark.

Tuan Yang di-Pertua, di mahkamah di Jalan Duta, kita ada bermacam-macam masalah. Ini di dalam ibu kota kita ini seperti tempat letak kereta. Setiap pagi masalah yang amat besar di Mahkamah Kuala Lumpur ialah parking. Yang Berhormat Menteri memang tidak tahu. Yang Berhormat Menteri duduk di pejabat air-condition. Ada Menteri, masa gulung pun tidak jawab soalan. Sekarang pun tidak datang, Yang Berhormat Padang Rengas, tengah buat apa? Tidak ada tempat letak kereta yang cukup. Adakah pindaan- pindaan ini dapat menyelesaikan masalah tersebut? Tidak ada! Cumanya hendak speedy justice, expediency. Sama juga dengan politic of expediency dengan pihak-pihak tertentu, lima kali dua, dua kali lima, sama.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata dalam perkara ini, please do not compromise quality of justice with speed of disposal of cases. We cannot have a “Speedy Gonzales” in the justice system. Justice hurried is justice buried, dengan izin. I think the Federal Court Judges should concentrate on their cases. Akan tetapi sekarang ini mereka jadi managing judges untuk hendak buat kes management. Saya rasa ini tidak berapa tepat.

Tuan Yang di-Pertua, perkara management of cases ini mesti diberi kepada– bukan kepada court judges. Mungkin Hakim Mahkamah Rayuan, bukan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah yang tertinggi sekali dan mereka mesti mengendalikan kes yang lebih mustahak untuk kepentingan negara dan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat tidak puas hati dengan Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga kehakiman MACC. Masa penggulungannya, tidak jawab dalam banyak-banyak perkara yang kita bangkit dalam Dewan yang mulia ini perkara yang penting, yang memberi jawapannya kepada perkara yang remeh-temeh. Kita hendak meningkatkan satu mahkamah yang baik, kita setuju! Kita

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

hendak mahkamah yang lebih baik, lebih berkualiti tetapi kita perlu ada sistem enforcement yang baik juga. Kalau kita ada Mahkamah Sesyen yang baik, yang first class Sessions Court, dengan izin, tetapi kita tidak ada pelanggan, tidak ada orang tertuduh diheret ke mahkamah.

So, bagaimana kita boleh dapat kes-kes di mahkamah? Seperti saya sebutkan di dalam perbahasan dalam RMKe-10, saya cakap dengan teliti di dalam ini. Mungkin Yang Berhormat Padang Rengas tidak faham, Yang Berhormat Menteri tidak faham atau pun lebih minat minum kopi di luar. Saya ingin petik di sini, salah satu objektif dalam RMKe-10 adalah hasrat kerajaan untuk menghapuskan rasuah tetapi apabila ada kes rasuah yang melibatkan kakitangan seorang Menteri, tidak ada pula tindakan.

Saya ingin memberikan satu contoh iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Encik Hasbie Satar, Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan II iaitu Yang Berhormat Tasek Gelugor dan hasilnya SPRM telah menemui berpuluh-puluh juta ringgit di sebuah kondo di Pulau Pinang. Kita juga dimaklumkan beliau iaitu orang kena tahan turut memiliki beberapa buah kondo mewah di dalam negara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kenapakah sehingga kini Encik Hasbie Satar belum diheret dan didakwa di mahkamah atau pun kes rasuah ini sudah ditutup walaupun SPRM telah memperoleh bukti-bukti yang mencukupi?

final • 11:50 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, kes yang ini beliau ditahan pada bulan November 2009.

Sehingga ke hari ini, sudah tujuh bulan, kes ini masih dilengah-lengahkan ataupun telah ditutup.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kes ini, Hasbi Sattar ini seorang setiausaha politik tetapi dalam rumahnya ada 48 safety boxes, dengan izin. Mengapakah seorang setiausaha politik perlu banyak peti besi di rumahnya? 48 buah peti besi. Sebab itulah mungkin Ahli Yang Berhormat Padang Rengas tidak berani hendak menjawab. Dia ada sebut SPRM di sini tadi, selepas dicelah, beliau pun lupakan, terus duduk. Kita kena KPI atas Yang Berhormat Padang Rengas untuk menutup kes ini. Seorang setiausaha politik ada 48 buah peti besi di dalam rumahnya untuk apa? Untuk letak kertas? Untuk toilet paper? Berani saya katakan dengan terus-terang di sini, letak wang! Wang apa? Wang rasuahlah! Kalau menteri tidak faham, SPRM tidak faham, marilah saya jelaskan di sini. Peti besi 48 buah untuk simpan wang rasuah. Mengapakah tiada tindakan yang diambil?

Kalau kita tidak mengheret kes-kes sebegini ke mahkamah, buat apa kita adakan pindaan ini? Untuk apa? Tidak ada pulangan. Hendak buat kes itu biasa sahaja – kes accident, kes curi ayam, tidak guna. Kalau kes curi ayam, curi basikal, tidak perlu buat pindaan ini. Tidak perlu. Akta yang sedia ada boleh ‘kautim’ kes ini. Di Dewan yang mulia ini kita bincangkan kes atau perkara yang serius. Jangan semasa hendak menggulung di sini, tidak menjawab Ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan isu-isu ini. Ini adalah salah satu sahaja. Saya percaya ada ramai lagi Ahli Parlimen yang lain yang membangkitkan perkara mengenai SPRM, mengenai dengan jabatan yang lain di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Akan tetapi kes ini adalah amat ketara.

Saya rasa kerajaan hendak menutupkan kes ini. Yang Berhormat Padang Rengas mungkin kawan baik dia, dia hendak tutup kes ini. Juga kita hendak bertanya di sini, kalaulah seorang setiausaha politik ada 48 buah peti besi di rumah, memiliki beberapa buah rumah kondo mewah dan semasa ditangkap oleh SPRM ada berjuta-juta ringgit dengannya, siapakah bosnya? Mengapakah tiada siasatan terhadap bosnya, bekas Menteri Kewangan 2 semasa itu, Yang Berhormat Tasek Gelugor? Mengapakah tiada? Adakah menteri ada satu imuniti seperti dalam Parlimen, imuniti daripada siasatan, imuniti daripada pertuduhan?

Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beritahu kepada Yang Berhormat Menteri Padang Rengas – sekarang tiada di sini, jangan melarikan diri daripada tugas beliau. Tugas beliau menjaga SPRM, beri jawapan di sini. Jangan melarikan diri.

Lihat, sekarang pun tidak ada, mungkin tengok perlawanan bola semalam. So, ini adalah penting. Kita bincang di sini serius.

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya harap apa-apa yang saya bangkitkan tadi mengenai dengan quality of justice, apa-apa pindaan pun mengenai dengan badan kehakiman khususnya mahkamah, kita mesti mengambil kira prinsip yang terutama iaitu bukan quantity of justice, bukan statistik. Jangan terlalu mengambil berat atau emphasize terhadap quantity of justice – berapa kes yang telah diselesaikan oleh hakim-hakim di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tetapi quality of justice yang kita perlukan.

Just keadilan yang berkualiti yang mana hakim-hakim boleh menyokong keputusan mereka dengan ground of judgments yang mana kita boleh baca. Kalau ada ground of judgments diberikan kepada orang awam, ini akan meningkatkan standard justice dalam negara. Ini kerana sistem kehakiman negara ini kita menurut pada British, meletakkan kepada precedent. Precedent ini dapat daripada ground of judgments. Peguam-peguam semua boleh baca dan para akademik di universiti pun boleh baca dan mereka boleh mengkritik ataupun mereka boleh kata, ‘Ini salah’ atau ‘Ini baik’ seperti di United Kingdom.

Kita boleh nampak apa-apa judgments, keputusan yang diberikan oleh mahkamah – Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, mesti mereka akan berikan satu ground of judgments. Bukannya untuk orang awam sahaja baca tetapi mereka proud of what they are doing, proud of their decisions, dengan izin. Hakim-hakim mahu judgments mereka dicetakkan dalam buku Malaysian Law Journal (MLJ), CLJ...

final • 12:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak mohon penjelasan berkenaan dengan kualiti penghakiman dan perbicaraan. Yang Berhormat Wangsa Maju sedar atau tidak, dalam kalangan hakim-hakim mahkamah sekarang ini sehingga ke peringkat Majistret, sehingga ke atas, sehingga ke Mahkamah Tinggi, kerana terlampau hendak mengejar statistik ini, mereka telah kompromi cara perbicaraan.

Contohnya? Sekarang sudah menjadi trend di antara hakim-hakim memaksa peguam menyediakan hujah bertulis. Ini sudah menjadi trend sebab dia kata balik dia hendak baca atau apa-apa kah – dan yang paling teruk sekarang ini, sudah menjadi satu trend soal saksi pun termasuk soal balas hendak dibuat dalam bentuk bertulis supaya boleh dibaca.

Kononnya hendak mempercepatkan kes.

Tidakkah Yang Berhormat Wangsa Maju berasa bahawa cara ini yang tidak mengikut tradisi perbicaraan yang kita amalkan – cross examination dan yang lain-lain, akan kompromi pada mutu perbicaraan dan penghakiman yang akan dibuat? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Memang saya sedar sebab saya seorang peguam juga. Saya sentiasa menghadapi keadaan yang sedemikian yang mana kita dipaksa, diberikan penghujahan sebelum kes itu selesai. Juga soal cross examination pun kadang-kadang mereka perlu – bagaimanakah kita boleh buat cross examination? Cross examination itu dibuat selepas kita ada examination chief, dengan izin. Akan tetapi saya faham perkara ini dibuat kerana sistem kita sekarang ini amat mengutamakan statistik. Kita hendak mempercepatkan kes supaya hakim boleh kata, ”Oh! Bulan ini saya sudah selesaikan 100 kes. Wah! Ini bagus”.

Ini hakim yang berwibawa, hakim yang bijak, hakim yang terbaik sekali dan boleh naik pangkat.

Kalau itu adalah ukuran kita untuk mempromote hakim itu kepada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, memang kita hadapi satu speedy justice. Justice yang tidak berkualiti, dengan izin.

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itulah yang kita khuatir sekarang ini. Saya tahu Yang Amat Arif Tun Zaki hendak membaiki keadaan dalam negara ini mengenai dengan backlog of cases saya setuju. Akan tetapi backlog of cases tidak boleh di kompromi dengan quality of justice. Kita tidak boleh mengadakan sesuatu sistem di mana kita cepatkan kes, memasukkan kes di mahkamah,

final • 12:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

dalam tiga minggu habis. Ini tidak boleh. Kita mesti menjalankan sistem kehakiman yang kita telah amalkan dari dulu.

Pada masa dahulu, kita tidak ada sistem seperti Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kata, perlu written submission dan sebagainya. Written submission itu kemudian iaitu selepas kes itu telah dibicarakan di mahkamah. Kebanyakannya pada masa dulu hakim-hakim meminta kita membuat penghujahan (submission) - selepas itu.

Kebanyakannya kita dapat nota keterangan dulu baru boleh kita buat submission. Sekarang sebelum kita dapat nota keterangan, diberikan masa seminggu lagi kena beri filing dulu, written submission, nota keterangan sedangkan tidak ada lagi.

Keadaan ini kita tidak boleh terima. Saya harap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri... Yang itu, jangan pedulilah Yang Berhormat Menteri Padang Rengas, dia tidak ada masa. Mungkin sekarang ini dia peminat bola sepak ya. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila ambil berat perkara ini dan apa-apa yang kita hendak buat, prinsip yang utama iaitu justice yang berkualiti bukan statistik yang diletakkan di atas kuantiti kes itu. Ini tidak perlu.

Dengan ini saya berharap Perdana Menteri ataupun Jabatan Perdana Menteri boleh ambil kira perkara yang saya bangkitkan tadi. Saya juga ingin tahu kedudukan kes Setiausaha Politik, En. Hasbi Satar ini, Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Tasik Gelugor. Apakah keadaan ini atau kes ini telah di NFA atau telah ditutup kerana tidak ada masalah. Ada 48 peti besi pun, itu untuk letak kertas dan toilet paper sahaja. Okey, jangan tutupkan kes ini dan apa siasatan yang dijalankan terhadap bekas Menteri Kewangan II. Ini disebabkan kalaulah setiausaha politiknya ada berjuta-juta ringgit, memiliki beberapa buah kondominium mewah dan ada 48 peti besi di rumah, saya rasa mesti ada tanda tanya yang lebih besar terhadap bosnya sendiri. Dengan ini terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pembahas daripada sebelah sana ada? Daripada backbenchers? Kalau tidak ada saya panggil balik daripada sebelah sini. Yang Berhormat Selayang.

final • 12:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahas dalam rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Rendah 1988.

Mengikut fasal 7, tujuan untuk meningkatkan bidang kuasa sivil Mahkamah Sesyen untuk membicarakan segala tindakan dan guaman jenis sivil, jika amount yang dipertikaikan atau nilai hal perkara ini tidak melebihi RM1 juta. Pada masa sekarang bidang kuasa Mahkamah Sesyen adalah terhad kepada RM250,000. Saya sedar bahawa dengan pindaan ini, banyak kes yang sedang difailkan dalam Mahkamah Tinggi akan dipindah ke Mahkamah Sesyen. Apa yang memberikan kekhuatiran ialah adakah ini menjadikan sistem keadilan dipercepatkan. Ada kes-kes ini yang pada hari ini di dalam Mahkamah Tinggi dapat diselesaikan di Mahkamah Sesyen iaitu adakah Mahkamah Sesyen cukup mahkamah, cukup hakim dan kakitangan untuk mendengar dan bicara kes-kes ini yang akan dipindahkan.

Kedua ialah adakah satu kajian dibuat oleh menteri dan kementerian terhadap berapa kes pada hari ini di antara RM250,000 sehingga RM1 juta telah difailkan di Mahkamah Tinggi? Kalau kes ini dipindahkan, adakah kes yang baki di dalam Mahkamah Tinggi dapat dibicarakan dengan lebih cepat kerana kalau tidak apa yang terjadi ialah kita hanya memindahkan masalah daripada Mahkamah Tinggi kepada Mahkamah Sesyen.

Kalau tidak ada infrastruktur di Mahkamah Sesyen ini bermakna mereka yang sedang menunggu kes mereka di Mahkamah Tinggi dipindah ke Mahkamah Sesyen dan penat juga untuk menunggu beberapa tahun sebelum kes mereka dapat dibicarakan.

Kita juga hendak tahu berapa kes ini di antara RM250,000 sehingga RM1 juta yang sedang berada di Mahkamah Tinggi. Di Kuala Lumpur dan di Shah Alam memang ada banyak kes melebihi RM1 juta tetapi di mahkamah di luar bandar seperti Mahkamah Tinggi

final • 12:14 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Muar dan Temerloh RM1 juta adalah satu nilai yang besar. Kalau ini dipindahkan kepada Mahkamah Sesyen, ini bermakna Mahkamah Tinggi di luar bandar, mereka hanya menjadi satu Mahkamah Rayuan kerana tidak ada banyak kes yang melibatkan lebih daripada RM1 juta.

Ketiga ialah apa puncanya masalah tentang kes backlog ini? Kalau kita tidak tahu punca masalah ini, kita tidak dapat mengadakan satu penyelesaian. Pada pandangan saya ada beberapa faktor yang menyebabkan kes mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan bahkan di Mahkamah Rendah atau di Mahkamah Tinggi, faktor utama ialah tentang prosedur yang mengambil masa. Pada pandangan saya kita hendaklah mengadakan prosedur yang lebih senang untuk mendapatkan kes dijalankan dengan lebih cepat.

Faktor kedua, bukan semua kes dapat diselesaikan dengan mengadakan bicara, Kes boleh diselesaikan dengan cara mediation atau arbitration - prosiding timbang tara dan ini hendak diberikan perhatian supaya kita ada kes dan mahkamah atau tribunal untuk menyelesaikan kes-kes perkara ini.

Faktor ketiga ialah kekurangan mahkamah dan hakim. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jawapan, adakah kajian dibuat sebelum pindaan- pindaan ini dicadangkan. Kalau ada bagaimana mengadakan pindaan ini untuk kita dapat menyelesaikan perkara itu.

Satu perkara yang juga memberikan kekhuatiran kita ialah tentang bidang kuasa diberikan kepada Mahkamah Sesyen untuk mengadakan kuasa memberikan pengisytiharan specific relief dan injunction. Ini kerana kuasa ini hendaklah diberikan dan perintah diberikan mengikut budi bicara peribadi atau dengan izin discretion.

final • 12:14 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Kita hendak tahu apakah kelayakan Hakim Mahkamah Sesyen? Adakah mereka cukup pengalaman dan pengetahuan tentang prinsip-prinsip yang tertentu. Kita tahu di Mahkamah Tinggi, kelayakan seseorang menjadi hakim ialah mereka dikehendaki ada pengalaman selama 10 tahun sebagai peguam.

Akan tetapi di Mahkamah Sesyen apakah kelayakan untuk melantik mereka dan adakah mereka cukup pengalaman untuk memberikan perintah yang begitu besar dan bertanggungjawab kerana kita sudah tahu dengan kes-kes seperti Ayer Molek di mana injunksi telah diberikan di mana dengan perintah itu tidak hanya akan ada bicara kerana injunksi satu pihak itu akan menang?

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, ialah mengadakan dan menaikkan bidang kuasa sehingga RM1 juta gaji Hakim Mahkamah Sesyen hendak mengikut tanggungjawab.

Apakah sistem dan gaji yang sedang diberikan kepada hakim-hakim sesyen ini dan kalau kita yang tahu gajinya lebih rendah, ini akan mendedahkan mereka kepada rasuah bila mereka diberikan kuasa untuk mendengar amaun yang begitu tinggi RM1 juta. Ini hendaklah diberikan perhatian oleh kementerian.

Akhir sekali, ada satu perbezaan yang begitu penting di antara Hakim Mahkamah Tinggi dengan Hakim Sesyen iaitu hakim mahkamah dijamin kebebasan tetapi pelantikan pegawai kehakiman adalah mengikut Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang- undang dan pengerusinya ialah Peguam Negara. Kita tahu bila kita menaikkan bidang kuasa sehingga RM1 juta, kebanyakan kes sivil akan melibatkan kerajaan. Ini bermakna Peguam Negara atau Federal Council akan membuat penghujahan di depan Hakim Sesyen ini.

Apa yang kita tahu ialah justice must not only been done but must seen to be done. Kita ada hakim hendak membuat keputusan, hendak menerima atau menolak hujah Peguam Negara. Bos yang akan menentukan hakim itu dapat mengesahkan jawatannya atau kenaikan pangkatnya atau dipinda kepada mahkamah yang lain. Oleh sebab itu, pada saya kementerian hendaklah mengambil perhatian tentang perkara ini supaya rakyat ada keyakinan bahawa kalau mereka akan kalah di dalam satu bicara sivil di Mahkamah Sesyen bahawa mereka tidak akan mengadakan kekhuatiran tentang keadilan. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas. Selepas Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Beruas.

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:24 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 12:24 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya ingin merujuk kepada Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010.

Tuan Yang di-Pertua, kita sentiasa mendengar justice delayed justice denied, justice hurried justice buried. Jadi, akta ini bertujuan untuk mempercepatkan kes-kes yang tertunggak sebagaimana jumlahnya disebut oleh timbalan menteri sewaktu membentangkan rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, kelewatan kes di mahkamah ini berlaku atas banyak sebab dan sama ada rang undang-undang yang dipinda ini dapat membantu atau tidak bagi mempercepatkan kes-kes yang tertunggak belum dapat kita tentukan. Dalam hal bidang kehakiman ini, kita tahu sebelum ini sudah diusahakan bagi melakukan berbagai-bagai reformasi termasuklah kewujudan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelantikan Kehakiman dan macam-macam lagi.

Akan tetapi, kita sedia maklum keadaannya juga tidak selesai sebab kita tahu antara kelewatan kes di mahkamah ini berpunca daripada banyak sebab dan yang paling rumitnya ialah kerenah manusia. Kerenah manusia ini ertinya Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan kes-kes yang tertangguh datang juga daripada masalah yang ditimbulkan oleh pihak peguam di mana mereka juga sentiasa mengambil kesempatan untuk menangguhkan kes-kes sebab tidak cukup persediaan atau terlalu banyak kes yang ditanggung oleh tiap- tiap peguam yang saya maksudkan tadi. Ada juga kelewatan kes di mana terdapat pihak yang tertuduh ataupun pihak yang dituntut memang mahu melengahkan kes atau untuk buy the time membeli masa sebab mereka ini tahu. Ada sesetengah itu mereka tahu mereka salah. Akan tetapi, apabila dihadapkan ke mahkamah, dituntut ataupun didakwa maka caranya ialah melengahkan kes dengan memberi berbagai-bagai alasan.

Ini kita tahu sedang berlaku di dalam negara kita maka akhirnya sekali hal bidang kehakiman ini tidak lebih daripada bila orang bercakap retorik semata- mata. Memang kalau kita tengok sebab yang lain itu memang ada, mungkin mahkamah tidak cukup, hakim tidak cukup dan mungkin berbagai-bagai alasan. Akan tetapi, sudah berpuluh ribu kes-kes yang tertunggak tidak dapat diselesaikan. Jadi, dengan pindaan ini saya tidak tahu sejauh mana keberkesanannya boleh membantu mempercepatkan kes.

Saya ada dua perkara hendak dibawa di sini. Saya hendak tanya kes terutamanya kes-kes yang membabitkan saman malu ini. Kes defamation berapa jumlah yang sekarang ada ini dalam mahkamah. Kes-kes seumpama ini Tuan Yang di-Pertua, termasuklah kes tuntutan mengambil masa berpuluh tahun. Saya hendak menyentuh antara lain kes yang di bawa oleh Timbermine Sdn. Bhd. terhadap kerajaan Kelantan yang saya ada afidavit bersama dengan saya ini. Kedua, saya juga hendak menyentuh kes satu kes yang saya hendak bawa di sini bagaimana kes ini boleh dipercepatkan atas kepentingan awam.

Contohnya, Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini Suara Keadilan telah mengeluarkan berita FELDA bankrap. FELDA ini satu institusi besar dan apabila dituduh bankrap tentulah ia menggemparkan. Jikalau berita-berita yang kita kata membabitkan pihak-pihak tertentu menggesa disiasat Ketua Pengarah FELDA kerana menyeleweng, mungkin itu individu peribadi. Akan tetapi ini institusi dan apabila kita menyebut institusi, kalau kita sebut FELDA itu bankrap, tentu ia ada hujah sebab apakah ada wujud pihak- pihak tertentu membuat fail tuntutan hutang terhadap FELDA ataupun FELDA sudah ada kes untuk di warning up oleh sesetengah pihak? Maka, tentulah ada asasnya bahawa FELDA itu akan bankrap dan tidak boleh bayar hutang.

Akan tetapi, FELDA adalah satu gergasi yang besar yang wujud pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak dahulu yang banyak berjasa kepada pembangunan negara terutamanya rakyat luar bandar yang sudah banyak berkembang di seluruh dunia. Apabila

final • 12:24 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

diserang sebegitu rupa tentulah menimbulkan tanda tanya dan kalaulah dikatakan keluar berita sebuah bank CIMB bankrap, Tuan Yang di-Pertua cuba kita bayangkan pelanggan- pelanggan boleh berkejar ke bank dan boleh timbul masalah ketidakstabilan, boleh timbul kekacauan dan boleh timbul huru-hara.

final • 12:24 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Bagaimana kedudukan kredibiliti FELDA, kalau diserang berita sedemikian rupa.

Boleh kita kritik, boleh kita tegur, boleh kita bongkar akan tetapi mestilah ada kredibilitinya.

Kalau tidak rosak apa yang dikatakan sebuah institusi seperti FELDA ini. Ini kerana bagaimana pula rakan-rakan kongsi FELDA di luar negara? Mungkin sudah hilang kepercayaan dan ini boleh merosakkan ekonomi negara.

Jadi apabila dikeluarkan berita seumpama ini maka pihak FELDA pula mengambil tindak balas dengan menyaman di mahkamah sebanyak RM200 juta. Persoalan saya ialah bila kes ini boleh selesai? Berapa lama perbicaraan akan berlaku? Ini kerana pihak tuan punya Suara Keadilan pula menjawab iaitu “Kita sedia menghadapi tuduhan di mahkamah.

Kita sedia menghadapi perbicaraan”.

Jadi berita keluar masuk dalam otak rakyat jadi mind set, ada fikirkan “Ah, betul FELDA ini menyeleweng. Betul, FELDA hampir bankrap”. Ada setengah pihak mungkin yang tahu mungkin tidak betul sebab pihak FELDA sudah pun mengambil tindakan saman.

Persoalan saya bila kes ini akan dapat di selesai? Kalau ikut dalam rekod mungkin bertahun. Dua tiga tahun, empat lima tahun, sepuluh tahun sampai – mungkin sampai 25 tahun. But damage has been done.

Jadi bagaimanakah kes ini boleh dipercepatkan. Sebab itu saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, memandangkan perkembangan politik negara kita akhir-akhir ini terutama selepas tahun 2008 ini macam-macam isu berbangkit dengan perkembangan siber, internet dan seumpamanya ini, kerajaan kena wujud satu mahkamah khas. Saya cadangkan khusus untuk membicarakan kes-kes yang dikira ada kepentingan awam dengan secepat mungkin.

Contohnya, FELDA ini. Kes saman terhadap Suara Keadilan, mesti diselesaikan contohnya dalam tempoh enam bulan. Dia mesti ada priority sebab ianya melibat institusi kerajaan. Kalau tidak ia berlarutan dan ia jadi masalah mind set rakyat dengan berbagai- bagai perkara dalam kepala mereka. Ini tidak baik untuk kepentingan negara. Jadi saya cadangkan supaya kes-kes seumpama ini diwujudkan ataupun diadakan mahkamah khas dan disegerakan yang membabitkan institusi kerajaan, mesti dipercepatkan.

Saya mengatakan demikian Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut contoh.

Bukan sahaja ianya berlarut dan makan masa yang panjang dan boleh menghilang kredibiliti FELDA saya katakan tadi; juga boleh merosak fikiran rakyat maka caranya ialah mempercepatkan kes ini. Bagaimana caranya.

Saya hendak tanya bagaimana caranya. Tidakkan kita hendak biarkan begitu sahaja. Hendak tunggu tiga tahun, empat tahun, lima tahun. Contoh Tuan Yang di-Pertua, satu kes Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn. Bhd. menyaman Kerajaan Kelantan. Ini sebelum tahun 70-an lagi waktu Kerajaan PAS belum menyertai Barisan Nasional. Berlaku peristiwa 13 Mei 1969, negara darurat. Kemudian PAS menyertai Barisan Nasional. Akan tetapi isu ini, iaitu pemberian tanah kepada Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn. Bhd. oleh kerajaan Kelantan pada waktu itu. Ringkas ceritanya pada 30 Disember 2009 barulah dapat penghakiman. Berapa puluh tahun Tuan Yang di-Pertua penghakimannya.

Tuan Yang di-Pertua saya hendak baca di sini. Ini punya dahsyatlah ini. Jumlah penghakiman, “Oleh itu defendan diperintahkan untuk membayar kepada plaintif seperti berikut:

(i) jumlah penghakiman sebanyak RM560 juta;

(ii) 280 ekar tanah kali RM2,000 satu ekar;

(iii) ganti rugi khas RM3.6 juta;

(iv) RM1.740 juta gaji pekerja-pekerja tidak bayar berpuluh tahun;

final • 12:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

(v) faedah kepada kadar 8% setahun dari tarikh pemfailan writ saman; dan

(vi) penyataan tuntutan iaitu pada 10.10.2004 sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad. Kos tindakan ini sebanyak RM200,000 seperti dipersetujui.” Tunggu mandamus order ini. Kalau dikira dengan interest mungkin mencecah hampir RM800 juta ataupun RM1 bilion. Apa hendak jadi kepada Kerajaan Kelantan nanti?

Ini perintah mahkamah ini. This is court punya decision. Berapa lama kes ini mengambil masa? Jadi samalah juga kalaulah kes FELDA tadi mengambil masa tiga, empat, lima tahun dan tujuh lapan tahun dia punya interest - pada pihak peguam dan mereka tidak kisah. Lagi lama kes tertangguh, lagi banyak kes tertangguh lagi banyaklah duit guaman pihak-pihak tertentu kena bayar.

Akan tetapi kita tengok kos yang terlibat dari segi interest. Jadi di manakah keadilannya? Saya tidak tahulah apa akan jadi pada negeri saya nanti bila timbulnya – bila sampainya pada peringkat akhirnya nanti kes ini. Ini mungkin akan mengambil masa lagi ini.

Mungkin akan mengambil masa setahun, dua tahun, ke tiga tahun lagi. Tidak tahulah sebab sekarang ini boleh dibayar dengan duit royalti Kelantan; tidak tahulah minyak nanti.

Kalau tidak nanti bankrap Kerajaan Negeri Kelantan. Boleh di seal Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Pejabat Menteri Besar. Bagaimana kedudukan Kelantan pada masa akan datang. Jadi ini kerana ada kes, tertangguhlah begitu lama.

Sebab itu saya cadangkan tadi supaya kes-kes seumpama ini yang membabitkan kepentingan awam, kepentingan rakyat mesti disegerakan.

The case dengan izin, have to be settling within one or two years or the fastest the better. Jangan biarkan berlarutan. Kes yang membabitkan individu tidak ada masalah.

Sudah macam kes saya balik, kes Suara Keadilan ini. Memang betul-betul tidak bertanggungjawab kalau kes serangan peribadi tidak apa. Tidak ada masalah. Keluar dalam surat khabar ada pihak cadang Ahli Parlimen Pasir Mas ditahan di bawah ISA. Tidak ada problem, saya seorang sahaja. Tidak ada memudaratkan apa-apa pun.

Akan tetapi kalau institusi yang membabitkan kepentingan rakyat atau negara tidak boleh. Sebab itu kalau pada hemat sayalah, pada hemat saya kenyataan FELDA bankrap, kalau ikut pada adat Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pengarang memang patut ditahan di bawah ISA. Kalau tanya saya. Sebab ini saya katakan menyentuh nadi institusi rakyat, institusi negara. Soal politik, politik. Kita kena ambil kira dari segi kesan daripada berita ini.

Kalaulah kata berita itu ada bukti-bukti yang jelas dari segi rasuah, itu boleh disiarkan dalam akhbar. Akan tetapi kalau setakat berita umum secara yang sepintas lalu begitu tanpa memberikan hujah yang jelas, maka ia boleh menggugat keamanan negara.

Sebab itu saya haraplah kes-kes yang seumpama ini yang membabitkan kepentingan negara mesti dicari jalan dipercepatkan.

Saya harap perkara ini mesti dibawa oleh pihak kerajaan kepada Lord President, Ketua Hakim Negara dan Pendaftar Mahkamah bincang supaya ianya mesti dipercepatkan, supaya kita dapat merungkai masalah ini dan rakyat dapat gambaran yang sebenarnya.

Sebab macam sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, isu sudah sampai ke kampung. Ceramah- ceramah politik berjalan. Ada penceramah-penceramah bawa surat khabar Keadilan. “Nah tengok FELDA sudah bankrap”. Yang ini kata “Kita sudah saman”. Jadi keliru tidak tahu berita. Siapa boleh selesaikan kecuali mahkamah. The best place to solve the problem ialah mahkamah. Kita ada Eksekutif, kita ada Judiciary, kita ada Legislature. Peranan Judiciary yang menterjemahkan segala hal-hal berkaitan undang-undang ialah judiciary.

Kita harap merekalah penentu kepada keadilan. Akan tetapi kalau mereka lambat dengan macam-macam kerenah tentu rakyat tidak akan dapat keadilan. Birokrasi satu hallah. Mutu kehakiman satu hallah. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, saya tidak hendak sentuh itu. Saya hanya hendak fokus kepada isu yang saya sebutkan tadi bagaimana mahkamah boleh main peranan dipercepatkan kes-kes yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Jangan kita lengah-lengahkan. Begitu juga kes-kes defamation yang membabitkan perkara-perkara yang pokok saya katakan tadi.

final • 12:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya pernah mencadangkan di Dewan Rakyat ini khususnya bagi meringankan kes-kes di mahkamah supaya kita lebih bertanggungjawab. Saya pernah cadang supaya dilakukan reformasi di Parlimen ini, iaitu Ahli-ahli Parlimen ditarik balik kekebalan terutamanya sesama Ahli Parlimen waktu berbahas di dalam Parlimen ini. Maknanya sesiapa yang menyelar mana-mana individu tanpa bukti dan asas yang kukuh boleh didakwa di mahkamah. Tidak payah tunggu seseorang itu mengulangi tuduhannya dalam Parlimen tetapi, di luar Parlimen malah mereka bercakap di Parlimen pun menyelar individu Ahli Parlimen yang lain tanpa bukti yang jelas mereka boleh didakwa di mahkamah. Saya cadangkan reformasi ini dibuat bagi tujuan menjaga kredibiliti Parlimen. Saya percaya ianya bukan sesuatu yang keterlaluan tetapi ianya lebih untuk meletakkan kita semua bertanggungjawab.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berharap mutu penghakiman di mahkamah dipercepatkan sebagai mana Ahli-ahli Dewan yang lain, begitulah juga harapan saya. Saya juga ingin mencadangkan supaya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini bukan sahaja dari segi kes-kes tetapi, kedudukan mahkamah-mahkamah di luar bandar yang perlu ditingkatkan kemudahannya mesti ditingkatkan lagi. Kalau perlu dibina Mahkamah Rendah yang baru, maka kena bina Mahkamah Rendah yang baru.

Oleh sebab setengah-setengah Mahkamah Rendah masih lagi kita tengok begitu usang dan tidak melambangkan institusi keadilan terutamanya di luar-luar bandar, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Mahkamah-mahkamah juga sepatutnya mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan. Amat tidak elok kita lihat sekarang ini sudah ada Palace of Justice di Putrajaya, kita tengok mahkamah di Jalan Duta bukan main hebat. Akan tetapi di kampung-kampung, di luar bandar kita lihat mahkamah- mahkamahnya ada setengah-setengah itu tidak ada air condition lagi, masih guna kipas lagi, bangku kerusi, meja pun buruk. Jadi mesti ditingkatkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini supaya ianya melambang sebagai suatu institusi keadilan. Jadi Tuan Yang di- Pertua, itu sahaja dan saya turut menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas. Selepas Beruas Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) (2010). Tuan Yang di-Pertua, secara prinsipnya saya mengalu-alukan peningkatan bidang kuasa Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen kerana kemerosotan nilai wang ringgit Malaysia. Walau bagaimanapun pindaan yang dicadangkan ini tidak menyeluruh, banyak kepincangan dan juga kelemahan. Melainkan semua kelemahan ini diatasi kita akan mengalami banyak masalah kalau rang undang-undang ini diluluskan.

Pertama dikatakan dalam rang undang-undang ini kita hendak naikkan bidang kuasa Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen dari segi kewangan sebanyak empat kali ganda. Iaitu daripada Mahkamah Majistret yang pada masa ini RM25,000 hadnya kita hendak naikkan kepada RM100,000. Sementara bidang kuasa Mahkamah Sesyen dinaikkan daripada RM250,000 kepada RM1 juta.

Tuan Yang di-Pertua, bayangkan jumlah kes yang akan bertambah di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen ini. Kalau tidak empat kali ganda saya rasa ini mungkin sekurang-kurangnya dua kali ganda. Kalau ini berlaku kita membuat pindaan ini tanpa membuat persiapan yang baik akan menjadi masalah besar di semua Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen dan kes-kes akan tertunggak dengan lebih banyak. Kalau tidak silap saya dua tahun yang lepas statistik yang diberikan di Parlimen ini, di Mahkamah Rendah pada masa itu ada lebih kurang 900,000 kes, mungkin sekarang sudah berkurangan.

Bayangkan kalau kes-kes ini bertambah melonjak dengan begitu banyak, maka Hakim-hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret tidak akan dapat mengendalikan kes-kes ini. Niat baik kita mungkin akan gagal. Seperti yang kita tahu niat kerajaan untuk mengadakan dengan izin, Math and Science in English, memang niatnya baik dan dari

final • 12:42 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

tinjauan saya boleh kata majoriti besar orang Melayu, Cina, India, Iban, rakyat Malaysia menyokong usaha untuk meningkatkan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak kita. Akan tetapi kerana tidak ada rancangan yang baik kita belanja RM5 bilion tanpa menyediakan guru-guru yang boleh mengajar bahasa Inggeris sehinggakan di kampung-kampung dan tempat pedalaman ia gagal sama sekali kerana cikgu-cikgu tidak boleh mengajar dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kalaulah Hakim-hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret tidak disediakan terlebih dahulu akan menjadi satu masalah besar dan ia akan gagal.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, dengan kenaikan kita kata jurisdiction ataupun bidang kuasa ini, kita cadangkan di sini dalam bill ini bahawa Mahkamah Sesyen pun mempunyai bidang kuasa untuk memberikan injunksi dan declaration. Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan satu pindaan yang sangat besar dan melainkan kita ada, kita berikan jaminan kebebasan kehakiman di Mahkamah Rendah ini dan saya rasa khuatir hakim-hakim tidak akan bertindak bebas. Oleh kerana kita sudah sekian lama inginkan hakim-hakim dan majistret Mahkamah Rendah ini diberikan satu kebebasan. Akan tetapi sehingga hari ini skim itu belum lagi dijalankan. Hakim-hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret sekarang ini di bawah judicial and legal service. Maksudnya mereka ini di bawah Attorney General office yang mereka ini tertakluk kepada pejabat Attorney General dan mereka tidak akan bebas dalam membuat keputusan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kuasa untuk memberikan pengisytiharan atau declaration dan injunksi ini merupakan satu kuasa yang sangat luas. Mereka kalau boleh kerana takutkan Pejabat Peguam Negara isytiharkan kerusi saya kosong, habislah. Maksudnya akan adanya by-election di Beruas. Deklarasi ini dalam pindaan yang dibuat ini tidak dinyatakan dengan jelas, apakah kita kata, the scope of the injunction and declaration that has been sort. Memang dalam bill ini dinyatakan dalam kes-kes yang difailkan di Mahkamah Seksyen, tetapi dalam hal injunksi dan deklarasi ini, biasanya jumlah wang ini kita tidak dapat tetapkan.

Tadi saya katakan dan isytiharkan kerusi Beruas itu kosong, adakah ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen. Kalau kita ada satu tuntutan untuk jumlah wang yang tertentu, kita boleh pastikan bahawa itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Seksyen.

Akan tetapi kita tahu banyak kes dan keadaan-keadaan lain di mana kes boleh dibawa ke Mahkamah Sesyen, tanpa dinyatakan jumlah subject matter dalam sesuatu kes itu. Saya hendak tanya bolehkah Mahkamah Sesyen ini, selepas pindaan ini mempunyai kuasa untuk selesai satu caveat yang dimasukkan ke atas sesuatu tanah itu. Set aside of caveat.

final • 12:42 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Adakah itu di bawah bidang kuasa ataupun kalau tuntutan itu untuk sekeping tanah kurang daripada satu juta tetapi ada juga permohonan pada masa itu untuk membatalkan sesuatu kaveat, adakah dia mempunyai bidang kuasa? Kita tahu hartanah ini nilainya tidak tetap. Mungkin subject matter kalau tuntutannya untuk RM500,000 untuk satu unit kerana undang-undang menetapkan kalau hendak kaveatkan sesuatu tanah you must caveat the whole piece of land.

Maksud saya ini, whole piece of land itu nilainya mungkin RM5 juta. Jadi adakah Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa sedemikian untuk membatalkan mana-mana permohonan untuk membatalkan kaveat. Saya boleh memberikan banyak lagi kita kata illustration, misalan-misalan, di mana akan timbulnya banyak kekeliruan. Pada masa ini Mahkamah Tinggi tidak ada masalah ini kerana tidak ada hak, we called it judicial limit dari segi nilai di Mahkamah Tinggi, jadi bila-bila sahaja kita boleh dapat satu deklarasi ataupun injunksi di Mahkamah Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya katakan adalah penting kebebasan kehakiman untuk Mahkamah Rendah juga mesti ditegakkan dan melainkan itu, kita kata ada satu sistem di mana Mahkamah Sesyen dan Majistret tidak tertakluk kepada Pejabat Peguam Negara. Saya rasa belum sampai masanya untuk memberikan kuasa yang terlalu besar kepada Mahkamah Sesyen untuk bertindak dalam kes-kes berkenaan. Satu daripada sebab utama kita mempunyai banyak kes di mahkamah Malaysia ini adalah kerana ketidaktentuan undang-undang dan keengganan mahkamah-mahkamah baru-baru ini untuk mengikut

final • 12:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

precedent ataupun stare decisis, maksudnya kes-kes yang sudah ditetapkan di masa lampau oleh Mahkamah Tinggi diikuti oleh hakim-hakim kemudian.

Kita tahu baru-baru ini banyak kes yang menyebabkan kita- saya sebagai peguam pun tidak tahu bagaimana hendak memberi nasihat kepada anak-anak guaman kami.

Dalam kes-kes baru-baru ini di negeri Perak, saya bagi berapa misalan, banyak lagi. Kita tahu kita peguam semua bersepakat bahawa kalau seorang ketua menteri tidak dapat lagi dapat sokongan majoriti ADUN-ADUN negeri itu, mereka mesti membuat keputusan dalam Dewan Undangan Negeri seperti yang telah diputuskan dalam kes Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak pertama dalam tahun 1966. Akan tetapi di Perak baru- baru ini Mahkamah Persekutuan pula katakan ia boleh dibuat di mana-mana sahaja. Ini sudah menyebabkan kekeliruan. Apakah undang-undang sekarang, kita tidak tahulah.

Begitu juga kita peguam sudah bersepakat bahawa orang yang berkuasa untuk mengisytiharkan sesuatu kerusi itu kosong adalah Speaker Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Akan tetapi, baru-baru ini mahkamah mengisytiharkan bahawa kuasa itu di tangan Election Commission, di tangan Pesuruhjaya Pilihanraya. Kita juga tahu bahawa artikel 72, Perlembagaan Negara menyatakan dengan jelas penghakiman tidak boleh campur tangan dalam isu Dewan Undangan Negeri atau Parlimen tetapi dalam kes-kes baru-baru ini kita nampak mereka campur tangan. Dan juga ada satu kes di Mahkamah Persekutuan baru- baru ini, dari peruntukkan yang jelas dalam undang-undang dikatakan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan hanya boleh diberikan oleh undang-undang Persekutuan. Ini termaktub dalam Perlembagaan Negara kita.

Akan tetapi di dalam kes baru-baru ini Mahkamah Persekutuan mereka menerima bidang kuasa dengan adanya peruntukkan dalam Perlembagaan Negeri Perak iaitu undang-undang tubuh Negeri Perak. Jadi, ini berapa kita kata misalan, kalau tidak ada ketentuan, kepastian undang-undang, orang semua akan pergi - we called just go to court and try your shot. Ini pengalaman pahit ini sudah saya alami lebih kurang 22 tahun ini selepas krisis kehakiman dalam tahun 1988. Saya masih ingat apabila pergi berjumpa dengan bekas Hakim Mahkamah Agung, Allahyarham Tan Sri Eusoffee Abdolcadeer.

Selepas mendapat nasihat tentang satu kes, dia mengatakan, ’Anything can happened now in the courts’.

Ini menunjukkan beliau pun tidak ada kepastian lagi dengan hakim-hakim yang duduk dalam Mahkamah Agung ataupun Mahkamah Persekutuan sekarang. Tuan Yang di- Pertua, haruslah kita kalau hendak pinda akta ini, kita dengan tepat dan pasti, nyatakan dengan jelas kuasa-kuasa yang hendak kita berikan kepada Mahkamah Sesyen dari segi pengisytiharan ataupun declaration atau injunksi.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang disentuh dalam pindaan akta ini iaitu tentang Mahkamah Penghulu dan Mahkamah Kelas Kedua. Saya rasa memang semua orang tahu bahawa Mahkamah Penghulu dan Mahkamah Kelas Kedua ini tidak berfungsi, boleh kata hampir langsung tidak berfungsi dalam sistem kehakiman yang sedia ada.

Hendak dibatalkan Mahkamah Penghulu dan saya ingin cadangkan kalau kita masih mahu tetapkan- pandangan saya memang majistret kelas kedua itu memang penting, kita hendak naikkan bidang kuasa kepada RM10,000. Mahkamah Kelas Kedua ini penting untuk kita kata the common man, orang yang miskin, orang yang tidak hendak belanja banyak untuk dapat legal service. Saya cadangkan, kalau boleh kita gabungkan majistret kelas kedua ini dengan Hakim Tribunal Pengguna di Consumer Tribunal Court kerana kelas majistret kedua ini, mereka tidak ada satu sistem untuk mengendalikan kes, mereka tidak ada interpreter, don’t have an office, maknanya mereka adalah assistant district officer ataupun DO yang dilantik.

Jadi, saya meminta kerajaan supaya memastikan kes-kes second class magistrate ini diperkukuhkan dan ia terbuka kepada orang ramai untuk datang sendiri mungkin tanpa peguam dan kalaupun ada hak, hanya ada satu hak untuk merayu kepada first class magistrate kerana jumlah yang hendak diputuskan ini adalah di bawah RM10,000 dan kalau mereka menggaji peguam, perbelanjaan mereka mungkin akan terlalu tinggi. Ini merupakan satu sistem yang - dispensation of justice in a very quick and fast manner for small cases dengan izin.

final • 12:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan yang di-Pertua, saya inginkan juga kerajaan mempertimbangkan beberapa perkara berkaitan bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Ada perkara- perkara di Mahkamah Tinggi sekarang seperti we call it application for estate administration, tentang permohonan untuk harta pusaka. Sekarang ini kalau ada sesiapa yang membuat suatu wasiat, kalau tidak ada landed property - minta maaf, kalau ada sesiapa yang membuat sesuatu wasiat, dia mesti pergi ke Mahkamah Tinggi sungguhpun jumlah wangnya mungkin RM50,000 sahaja. Jadi mungkin kuasa ini kita boleh agihkan kepada Mahkamah Rendah. Bagi mereka yang tidak membuat wasiat, untuk orang-orang bukan Islam, kalau ada tanah di dalam harta pusaka itu, mereka boleh pergi ke pejabat tanah dan jumlahnya akan sampai RM600,000.

Maksud saya ini, bagi non-contentious, perkara-perkara yang merupakan perkara yang rumit, more procedural, bolehlah kita agihkan kepada Mahkamah Rendah sementara perkara-perkara yang lebih rumit ditetapkan untuk Mahkamah Tinggi. Dari segi ini, kita pun tahu bahawa kalau kita failkan kes di Mahkamah Tinggi, Senior Assistant Registrar, Penolong Pendaftar Kanan Hakim mempunyai kuasa yang besar terutamanya dalam pemberian penghakiman terus, summarily judgment.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang berhormat Beruas, boleh sambung perbahasan selepas tengah hari nanti.

final • 12:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]

final • 12:50 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Yang Berhormat Beruas, sila sambung.

final • 12:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi saya katakan bahawa Penolong Kanan Pendaftar di mahkamah, kalau kita membuat pindaan ini, Penolong Kanan Pendaftar yang biasanya lebih junior ataupun junior daripada Hakim Mahkamah Sesyen pula akan membuat keputusan secara terus, summary judgment dengan izin, ke atas kes-kes yang melebihi satu juta. Maksud saya, pindaan ini harus kita tarik balik. Buat yang menyeluruh agar mereka yang lebih senior dengan izin, diberikan tugas untuk membuat keputusan yang lebih penting dan bukan on the ad-hoc basis. Tanpa dengan jelas menyatakan kuasa-kuasa dengan terperinci yang akan kita berikan kepada Mahkamah Sesyen, terutamanya tentang declaration dan injunksi yang akan kita – kalau diluluskan, berikan kepada hakim Mahkamah Sesyen. Apakah kuasanya untuk melanjutkan kaveat ataupun kuasa untuk spesifik performance.

Adakah mereka mempunyai kuasa untuk spesifik performance, kalau pun kontrak itu adalah kontrak di bawah satu juta. Maksud saya, ini adalah penting kerana kita mesti ada kepastian undang-undang. Saya sebagai seorang peguam, saya berpendapat bahawa kalau ada keraguan undang-undang, itulah yang menyebabkan kes bertambah banyak.

Tuan Yang di-Pertua, kepastian undang-undang akan memastikan litigan-litigan ataupun mereka yang hendak pergi ke mahkamah akan dinasihati oleh peguam-peguam mereka tentang kedudukan undang-undang yang sebenarnya. Kalau mereka tahu dengan jelas bahawa mereka tidak akan menang kes itu, mereka tidak akan memfailkan tuntutan di mahkamah, tetapi kalau tidak ada kepastian undang-undang, litigan-litigan ini akan cuba nasib mereka di mahkamah dan ini akan membuat kes-kes di mahkamah bertambah banyak.

final • 2:32 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya cadangkan kalau berlaku mana-mana keputusan terutamanya Mahkamah Persekutuan yang bertindih ataupun conflicting decision, harus ia dengan cepat di bawah ke Parlimen ini dan digubal undang-undangnya untuk menyelesaikan isu yang berbangkit supaya rakyat tahu dengan jelas, apakah undang-undang yang kita hendak untuk negara kita. Ini agar keadaan ketidaktentuan itu tidak akan berlarutan. Kalau hakim-hakim masih membuat keputusan melanggar dengan izin plain language of the law. Ini bermaksud hakim-hakim berkenaan telah pun bertindak melanggar oath of office, sumpah jawatannya iaitu to uphold the justice according to law.

Hakim-hakim yang sedemikian haruslah diambil tindakan, sama ada melalui code of ethics for the judges ataupun sebuah tribunal hendaklah ditubuhkan untuk memecat mereka. Ini untuk memastikan supaya undang-undang dan kedaulatan undang-undang dihormati oleh semua dan rakyat tahu dengan pasti apakah undang-undang sedemikian. Ini akan membuat negara kita lebih tentu dan orang ramai juga pelabur-pelabur asing yang datang ke negara kita ini, tahu undang-undang sebenarnya yang ada di Malaysia. Kita rasa sangat sedih kerana saya sudah baca banyak kontrak-kontrak di mana syarikat antarabangsa yang datang ke Malaysia, menyatakan kalau ada apa-apa konflik atau pertikaian, tempat penyelesaiannya adalah Singapura. Ini adalah satu tamparan hebat kepada imej, negara kita dan juga kehakiman kita.

Akhir sekali berkenaan dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Mas yang mengatakan mahkamah mesti memberi keutamaan kepada kes-kes tertentu. Kita sudah dengar, dahulu apabila ada kes yang melibatkan pegawai kerajaan, kita cadangkan agar keutamaan diberikan kepada kes pegawai kerajaan, kerana dikatakan mereka akan digantung dan dapat setengah gaji sahaja sementara menunggu kes. Tidak lama kemudian, kita terima pula satu arahan, kes-kes jenayah haruslah diberi keutamaan kerana dikatakan terlalu ramai orang yang menunggu kes jenayah dibicarakan. Kemudian Yang Berhormat Pasir Mas mengatakan kalau institusi besar, kita mesti berikan keutamaan. Bilakah keutamaan-keutamaan ini akan diberikan kepada siapa? Prinsip ini melanggar prinsip Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan negara kita, di mana semua orang adalah kita kata, we are equal before the law. Maksudnya kita tidak boleh pilih-pilih, kalau masa sekarang ini rakyat mesti tunggu empat atau lima tahun untuk kes mereka selesai, kalau keutamaan diberikan kepada kes kerajaan, kes jenayah, kes syarikat-syarikat besar ataupun institusi- institusi, bilakah orang biasa akan mendapat keadilan?

Jadi sebab itu saya untuk kes-kes kecil ini, saya cadangkan supaya mahkamah kelas kedua ini, kita perkukuhkan supaya kes-kes kecil dan keadilan dapat orang ramai nikmati dengan secepat mungkin. Sistem yang kita kata a little more in formal dengan izin, supaya rakyat jelata tahu bahawa keadilan ini bukan hanya untuk orang-orang besar, bukan untuk institusi-institusi sahaja dan bukan untuk segolongan rakyat sahaja tetapi untuk semua.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, saya memohon supaya perkara-perkara yang saya bangkitkan itu diperjelaskan. Satu pindaan yang lebih menyeluruh dan pasti akan kita luluskan, supaya tidak berlaku kekeliruan yang kita tahu hanya akan menyebabkan keadaan undang-undang di Malaysia ini, yang sudah ramai peguam kata, mereka pun tidak pasti apa undang-undang sekarang ini, dapat kita jernihkan. Semua peguam dapat tahu apakah undang-undang dalam sesuatu perkara di Malaysia, sama ada constitution law, criminal law, civil law... Law, haruslah kita ada satu kepastian..

final • 2:32 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Inilah jalan untuk kita maju ke hadapan. Oleh yang demikian, saya membantah terhadap bill ini dan saya akan menyokong kalau semua kelemahan dan kecacatan yang saya bangkitkan itu dapat diambil kira dan haraplah cadangan saya ini dapat diambil kira oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 2:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana keizinan untuk turut berbahas dalam Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Rendah 1948 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya boleh bersetuju dengan pindaan ini tetapi ia hendaklah dibuat secara menyeluruh, bukan hanya dibuat secara cut and paste seperti yang berlaku sekarang ini. Ini kerana persepsi yang timbul daripada cadangan pindaan akta ini seolah-olah Mahkamah Sesyen dan Hakim Mahkamah Sesyen akan mengambil alih bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Dengan bidang kuasa yang bertambah dalam bentuk pemberian remedi injunksi dan perisytiharan tetapi masalah-masalah lain seperti yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan lain, tidak diatasi.

Contohnya Tuan Yang di-Pertua, kita mahu meningkatkan taraf Hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Sesyen kepada bidang kuasa yang lebih tinggi, hampir menyerupai Mahkamah Tinggi tetapi Hakim-hakim Mahkamah Sesyen ada sekarang ini masih duduk di peringkat jawatan yang lama. Saya difahamkan walaupun cara umumnya Hakim Mahkamah Sesyen diambil daripada mereka di peringkat JUSA C, tetapi ada Hakim-hakim Mahkamah Sesyen masih di peringkat L54. Malahan ada yang L52 sebagaimana yang kita ada dalam kes yang melibatkan Mahkamah-mahkamah Sesyen yang membicarakan hal-hal PATI

(Pendatang Tanpa Izin). Ini adalah Hakim Mahkamah Sesyen peringkat L52. Maknanya pengalaman mereka mungkin 5 tahun sahaja. Akan tetapi kerana kes-kes di mahkamah PATI ini tidak banyak, kadang-kadang hakim Mahkamah Sesyen PATI yang peringkat L52 ini akan diminta membicarakan kes-kes Mahkamah Sesyen yang biasa. Dengan pengalaman yang begitu terhad, saya kira adalah tidak wajar untuk pegawai-pegawai peringkat L52 dan L54 untuk membicarakan kes-kes yang membabitkan bidang kuasa yang tinggi seperti yang dicadangkan dalam pindaan ini. Tambah pula Tuan Yang di-Pertua, pengalaman Hakim-hakim Mahkamah Sesyen yang ada sekarang ini boleh dipertingkatkan.

Saya cadangkan kalau pindaan ini mahu diteruskan, Hakim-hakim Mahkamah Sesyen hendaklah dipertingkatkan tingkatan mereka sekurang-kurangnya dengan threshold dengan izin, 12 tahun pengalaman. Bermakna, mereka diberikan sekurang-kurangnya peringkat JUSA C ataupun JUSA B untuk menjawat Hakim Mahkamah Sesyen. Bagi cadangan itu, saya juga mencadangkan supaya Hakim-hakim Mahkamah Sesyen yang diberi tugasan tambahan PTG hendaklah diupgradekan mereka kepada JUSA A. Barulah taraf mereka sama dengan bidang kuasa yang mahu diberikan kepada mereka mengikut pindaan ini. Sekiranya tidak, kita akan ada satu suasana di mana bidang Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa yang hampir sama dengan Mahkamah Tinggi tetapi pegawai-pegawai kehakimannya masih di peringkat lama.

Jadi cadangan saya supaya dibuat pakej menyeluruh, bukan sahaja pindaan meningkatkan bidang kuasa tetapi juga kepada status Hakim-hakim Mahkamah Sesyen itu di mana hakim-hakim yang menjawat tangga gaji L52 dan L54 dihapuskan tetapi untuk membolehkan seorang menjadi Hakim Mahkamah Sesyen, hendaklah sekurang-kurangnya di peringkat JUSA C dan seboleh-bolehnya biarlah JUSA B. Ini akan memberikan mereka taraf yang hampir sama pengalaman dari segi masa – 10 tahun ke 12 tahun, sebab mahu sampai ke JUSA C, kita perlukan pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun ke 12 tahun.

Jadi ini akan memberikan mereka lebih kematangan untuk mengendalikan kes-kes mengikut bidang kuasa baru yang hendak diberikan di dalam pindaan ini.

Begitu juga saya bersetuju dengan rakan-rakan yang membangkitkan isu tentang hakim-hakim sekarang ini yang terlalu menumpukan kepada KPI statistik. Mereka terlalu terkongkong dengan KPI dan statistik sehingga kalau kita berada mengendalikan kes-kes di hadapan hakim-hakim ini, kita nampak jelas bagaimana mereka hari ini begitu takut kalau kes tidak jalan atau peguam lambatkah, dia takut. Apabila kita tanya kenapa ataupun kalau kita perlu minta penangguhan, jawapan lazim yang diberikan oleh hakim-hakim ini ialah, “Saya perlu selesaikan kerana saya perlu habiskan jumlah ini, sebanyak ini kes tiap-tiap bulan dan tiap-tiap minggu saya perlu lapor kepada bos saya”.

Jadi kebebasan hakim bagi mahkamah termasuk Mahkamah Sesyen ini terjejas sehingga menimbulkan persepsi mereka mahu memperlaju kes semata-mata untuk mendapat statistik. Bukan untuk dengan izin, dispense justice tetapi untuk mendapatkan statistik. Ini kerana statistik ini digunakan sebagai kayu pengukur untuk menentukan

final • 2:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

kenaikan pangkat mereka. Jadi ini menjejaskan kualiti kehakiman. Kita dapati perkara ini sedang berlaku. Jikalau kita lihat trend seperti yang saya sebut semasa mencelah kepada Yang Berhormat Wangsa Maju tadi, trend sekarang ini, hakim-hakim akan minta kita beri written submission, bukan lagi oral submission seperti dahulu.

Malahan, ada hakim-hakim yang sudah sampai ke peringkat minta kita beri soalan bertulis, sehinggakan cross examination soal balas pun diminta dalam bentuk bertulis.

Bagaimana kita mahu menyoal balas seorang saksi dengan memberikan soalan bertulis terlebih dahulu sedangkan kita tidak dengar pun lagi keterangan dia? Tuan Yang di-Pertua sendiri seorang peguam kanan yang sudah lama berkecimpung dalam bidang guaman. The art of cross examination is there. The body language, the demeanour of witnesses. Ini semua diambil kira semasa kita soal balas sama ada saksi itu berpeluhkah, berkelip-kelip matakah atau dia kenyit mata dengan peguam dia. Ini semua kita kira semasa kita hendak soal balas. Mana kita hendak tahu semua ini kalau kita main cetak atas paper, beri kepada hakim suruh baca, tidak jadi.

Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, ini menyebabkan apa yang saya panggil ‘sindrom KPI’, ‘sindrom statistik’ yang sudah melanda mahkamah kita hari ini. Mereka terlalu takut jumlah itu tidak cukup nanti akan menjejaskan prestasi mereka, kayu pengukur untuk kenaikan pangkat dan lain-lain. Saya fikir keutamaan patut diberikan oleh seseorang hakim kepada keadilan, bukan kepada jumlah atau angka yang ditetapkan. Oleh sebab itu, saya mencadangkan supaya pihak pimpinan kehakiman yang ada pada hari mengkaji semula keperluan kepada statistik ini tetapi lebih menjurus kepada melahirkan hakim-hakim yang boleh dispense with justice dengan baik dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Kita juga mahu menghapuskan persepsi Hakim-hakim Mahkamah Sesyen termasuk Mahkamah Majistret ini, terikat kepada pihak tertingginya. Tidak seperti Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, kita tahu hakim-hakim itu bebas. Akan tetapi bagi Hakim Mahkamah Sesyen atau mahkamah rendah, mereka ini adalah Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ataupun dipanggil JALSO (Judicial and Legal Service Officers). Bos mereka sebenarnya adalah Peguam Negara. Saya tidak ada masalah dengan Tan Sri Peguam Negara, rakan saya pun. Kita bercakap tentang sistem.

■1450 Bagaimana seorang hakim Mahkamah Sesyen atau majistret hendak membicarakan satu-satu kes melibatkan katalah seorang pendakwa raya yang kanan daripada dia yang merupakan bos dia. Ini soal persepsi. Jadi bagi orang bawahan/rakyat, bila tengok hakim junior daripada pegawai pendakwa, bos dia. Hakim ini pun boleh dipindahkan, boleh diambil tindakan oleh Peguam Negara sebab dia duduk di bawah jabatan yang sama. Jadi persepsinya, adakah keadilan boleh dicapai? Ini masalah.

Jadi saya cadangkan supaya skim perkhidmatan kehakiman dan perundangan ini dipisahkan. Siapa yang menyertai skim kehakiman daripada gigi dua batang sampai masuk kubur, kehakimanlah. Tidak boleh ditukar ke legal service. Kalau siapa yang start dengan legal service sama ada pegawai undang-undang, DPP, pendakwa raya, ataupun penasihat undang-undang dan lain-lain, mereka ini kekal di dalam skim yang sama tanpa boleh ditukar-tukar. Jadi tidak menimbulkan persepsi bahawa mereka ini boleh diarahkan oleh peringkat atasan mereka.

Begitu juga, Tuan Speaker, saya juga hendak menyentuh isu berkenaan dengan masalah daripada keperluan kepada statistik dan keperluan kepada jumlah ini menyebabkan hakim-hakim hari ini kita tengok kualiti itu kurang dari segi kualiti judicial judgment, judicial writing. Saya percaya Tuan Speaker sendiri seorang peguam yang sudah kanan tahu. You know, kita peguam, we love our writing. Kita bangga dengan pandangan kita. Kita bangga dengan pendapat hujah kita yang kita keluarkan. Dan kalau yang Tuan Speaker tengok dahulu, hakim-hakim kita yang dahulu, Datuk Eusoffe Abdolcadeer dan yang lain-lain, judgment mereka menjadi rujukan kepada hakim-hakim Komanwel, contohnya disebabkan kualiti itu. Hari ini saya ingat jangankan hakim Komanwel, hakim Bangladesh pun belum tentu hendak tengok. Tidak ada kualiti.

Kita pernah dengar kes bagaimana hakim suruh peguam tolong tuliskan judgment dia. Ini berlaku. Sampai hari ini Yang Berhormat Permatang Pauh, saya ingat sudah

final • 2:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

berbuih mulut dia beritahu tentang tindakan seorang hakim yang minta peguam tolong tulis judgment dia. Nothing, no action was taken sampai hari ini. Jadi soalnya soal persepsi rakyat ini, mahkamah kita ini macam mana sekarang.

Bercakap tentang kualiti kehakiman, saya ada satu kes yang dirujuk kepada saya, Tuan Speaker. Ini kes spesifik. Saya minta Yang Berhormat Menteri supaya siasat kes ini, kenapa lama sangat tertangguh. Kesnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam - MT1/15/48/2005. Kes didaftarkan pada 2005, kes bayaran pampasan pengambilan tanah.

Kes bermula dan disebut pada 23 Februari 2006. Kemudian mahkamah mengarahkan supaya hujah-hujah bertulis diberikan dan semua hujah bertulis telah pun diberikan dan selesai pada 7 Februari 2008. Semuanya telah selesai. Selepas daripada itu sepatutnya keputusan dibuat tetapi saya tengok di sini , satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh... Sudah tujuh kali kes ini ditangguh untuk keputusan tetapi tidak keluar keputusan.

Hakim sudah bertukar dua, tiga kali tetapi sampai hari ini keputusan masih belum lagi dibuat. Apa yang terjadi kepada kes ini? Bila saya check dengan pihak pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam, mereka boleh jawab kata, “Nanti cari fail dulu.” Sampai hari ini jawapan tidak diberikan. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat lihat apa status kes ini sekarang. Kenapa keputusan masih tidak dibuat sehingga ke hari ini.

Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang accessibility kepada mahkamah...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk dahulu, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengalu-alukan lawatan daripada Tuan Yang Terutama Menteri Pendidikan daripada Islamic Republic of Iran dan rombongan ke Parlimen Malaysia. [Tepuk] Kita berharap lawatan ini mengeratkan lagi perhubungan di antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Iran. Ya, sila, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Ahlan wasahlan wamarhaban ya akhie. Itu cakap Tamil itu.

[Ketawa] Tuan Speaker, saya hendak bercakap juga tentang isu berkenaan accessibility kepada mahkamah. Kita ada hari ini sistem di mana mahkamah dipecahkan kepada dua iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah ini mengikut local jurisdiction, territorial jurisdiction masing-masing. Yang malangnya kita masih lagi mempunyai Mahkamah Tinggi di pusat-pusat bandar, di ibu negeri, contohnya Mahkamah Tinggi Kedah di Alor Setar, Mahkamah Tinggi Perak di Ipoh dan Taiping, Mahkamah Tinggi Selangor di Shah Alam, Mahkamah Tinggi Johor di Johor Bahru, Muar, Mahkamah Tinggi Pahang di Kuantan dan Mahkamah Tinggi Kelantan di Kota Bharu.

Jadi, Tuan Speaker, kita boleh bayang masalah untuk rakyat mendapatkan accessibility kepada mahkamah ini, contohnya kalau ambil Selangorlah. Selangor ini besar, Mahkamah Tinggi satu sahaja di Shah Alam. Bagaimana kes yang melibatkan, contohnya orang di Sabak Bernam atau Sungai Besar hendak pergi ke Shah Alam? Kalau orang berduit, tidak apa. Kalau kita bercakap tentang orang kampung? Kadang-kadang, Tuan Speaker, katalah pihak bank menyaman seorang peminjam yang duduk di Sungai Besar.

Dia disaman di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Untuk membolehkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam itu sudah satu usaha itu. Sudah berapa jam perjalanan, hendak kena sewa van dan apanya hanya untuk pergi sebutan. Sampai-sampai, postpone.

Kalau pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, sampai-sampai, problem pertama sekali cari parking. Kalau pergi ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, masalah pertama sekali, parking, mana hendak letak kereta. Sudah dapat parking, kena menapak dekat tiga kilometer, lima kilometer. Kalau Mahkamah Tinggi Shah Alam, nun atas bukit ia terletak.

Dan bila sampai ke mahkamah, hendak cari mahkamah pula lagi. Kita bercakap tentang rakyat biasa, orang kampung yang hendak pergi ke mahkamah mempunyai masalah yang disebut ini masalah logistik.

Tuan Speaker, termasuk juga masalah tentang accessibility kepada sistem mahkamah yang sedia ada, termasuk Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret. Saya

final • 2:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

cadangkan supaya kita adakan skim atau sistem mahkamah litar di mana mahkamah sendiri turun. Bukan orang pergi mahkamah tetapi mahkamah turun di mana mahkamah boleh bersidang, katalah di Baling, boleh bersidang di Kulim, boleh bersidang di Padang Serai ataupun di Selangor. Mahkamah Tinggi boleh bersidang mungkin sebulan sekali di Sungai Besar, Sabak Bernam ataupun di Beranang. Jadi, barulah rakyat akan dapat akses kepada mahkamah. Ini hendak dapatkan akses kepada mahkamah pun sudah satu masalah. Jadi saya cadangkan supaya kita adakan sistem mahkamah litar ini untuk hakim- hakim turun.

Untuk tujuan itu, Tuan Speaker, saya juga cadangkan di peringkat Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan mungkin juga di Mahkamah Tinggi, kita wujudkan apa yang saya sebut sebagai ad hoc admission of judges. Kenapa tidak diambil di kalangan peguam-peguam kanan untuk membicarakan kes-kes yang biasa – kes accident, kes berebut pagar batu sempadan dekat mana-mana atau kes pukul.

final • 2:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kes-kes yang mana kebanyakan peguam mereka sudah specialize dan mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Mengapa tidak diambil pool daripada peguam-peguam kanan ini untuk mendengar kes-kes ikut cara piece meal basis dengan izin iaitu per case basis. Mereka dibayar mengikut kes yang mereka buat.

Jadi kita boleh ada sistem litar di mana mahkamah-mahkamah boleh bersidang untuk kes-kes tertentu dihakimi oleh peguam-peguam kanan yang dilantik untuk tujuan tersebut dengan remuneration dan kuasa-kuasa tertentu untuk kes tersebut. Saya percaya dengan cara itu boleh membantu menyelesaikan masalah kes tertunggak yang ada pada hari ini sebab ramai hari ini peguam-peguam kanan yang ada ramai.

Jadi bukan mereka buat kes setiap hari. Mengapa tidak diambil kepakaran mereka itu untuk menyelesaikan masalah kes-kes tertunggak yang ada. Saya lihat daripada cadangan pindaan ini, ia lebih kepada cuba hendak menyelesaikan masalah tunggakan kes di Mahkamah Tinggi tetapi kita bukan menyelesaikan masalah sebenarnya dengan pindaan ini, kita cuma memindahkan masalah. Masalah Mahkamah Tinggi dilonggokkan ke Mahkamah Sesyen. Dengan Mahkamah Sesyen sudah memang ada masalah kes yang tertunggak yang sudah banyak, ditambah pula dengan bidang kuasa yang tinggi ini sekarang, mereka akan tambah dengan masalah.

Ini akan hanya mewujudkan satu suasana lebih banyak rayuan kemudian akan dibuat ke Mahkamah Tinggi. Bermakna wal hasil balik asal, kongkalikung, dua kali lima masalah tidak selesai. Lebih baik kita selesaikan secara pakej secara menyeluruh dengan antaranya secara memperbanyakkan lagi hakim-hakim mahkamah-mahkamah litar dan melantik hakim-hakim secara ad hoc di kalangan peguam-peguam.

Saya cukup percaya kalau perkara ini dibawa perbincangan dengan Majlis Peguam, saya rasa penyelesaian boleh dibuat. Majlis Peguam boleh cadangkan senarai ataupun mengeluarkan tawaran kepada peguam-peguam kanan siapa yang berminat untuk menjadi ad hoc judges bagi kes-kes tertentu di mahkamah-mahkamah tertentu, local jurisdiction tertentu. Mereka submit nama mereka berikan kepakaran, berikan kepada kementerian atau beri kepada badan kehakiman dan setiap kali timbul satu kes katakanlah di Kota Tinggi Johor, tidak perlulah rakyat turun all the way ke Johor Baharu hanya untuk kes didengar tetapi peguam kanan ini akan pergi ke Kota Tinggi untuk menyelesaikan kesnya.

Jadi satu pengkhususan kepada penyelesaian kes. Kedua kita ada hakim yang pakar yang boleh menyelesaikan sebab apabila hakim itu pakar dalam bidang tersebut, kecepatan untuk dia menyelesaikan kes itu lebih baik berbanding dengan hakim yang tidak ada kepakaran di dalam bidang tersebut. Jadi bagi isu berkaitan dengan accessibility kepada mahkamah ini saya cadangkan supaya diwujudkan lebih banyak mahkamah- mahkamah litar dan juga dibuka ruang untuk peguam-peguam kanan untuk mengendalikan kes-kes tertentu dalam bidang kepakaran mereka.

Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan isu berkenaan dengan pembahagian bidang kuasa mahkamah ini. Kadang-kadang mahkamah, Yang Berhormat Beruas tadi sudah sebut Mahkamah Persekutuan dahulu sudah buat satu keputusan.

final • 3:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Selepas itu datang yang baru ubah pula, selepas itu tukar lagi. Jadi tidak ada ketentuan dalam perundangan. Ini menyebabkan persepsi undang-undang boleh ditukar ikut suka siapa yang memerintah. Ini satu masalah kerana persepsi ini akan memberi gambaran buruk contohnya kepada pelabur-pelabur asing sama ada mereka ada jaminan keadilan atau tidak jika mereka terlibat dengan pertikaian perundangan di negara kita. Jadi biarlah ada satu ketentuan perundangan.

Dalam contoh yang saya hendak ambil di sini saya harap satu finality akan dapat dicapai di antara pihak kerajaan dengan mahkamah contoh dalam bidang kuasa, pemisahan bidang kuasa di antara sistem syariah dan sistem sivil yang kita amalkan hari ini. Walaupun sudah ada Artikel 121(1A) , walaupun sudah ada keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes bidang kuasa ini contohnya dalam kes Lina Joy ataupun Azlina Jailani melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jelas mahkamah di situ menyatakan Mahkamah Persekutuan, mahkamah paling tinggi dalam negara kita menyebut bahawa dalam hal-hal yang membabitkan perkara- perkara di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan langsung. Ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua sudah crystal clear, kata orang Kedah the water is so clear over here, said the professor. Benda itu sudah terlampau terang tetapi masih lagi ada mahkamah yang apabila kes conflict of jurisdiction ini berbangkit masih lagi mahu membicarakan kes tersebut.

Contoh yang terbaru kita ambil daripada isu berkaitan dengan seorang peguam sivil mencabar keputusan tidak membenarkan dia menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Ini adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah, benda itu terang-terang ada di bawah Akta Pentadbiran Syariah Wilayah Persekutuan, Akta Undang- undang Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan.

Terang menyebut di situ soal-soal kemasukan peguam syarie dan lain-lain adalah di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Syariah yang menentukan. Akan tetapi kes dibawa juga ke Mahkamah Sivil sedangkan dalam akta tersebut terang-terang tulis bahawa seseorang yang hendak menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan hendaklah mempunyai kelayakan-kelayakan tertentu dan antaranya dia mesti seorang Islam.

Kita bukan bercakap tentang soal hukum agama di sini, ini soal undang-undang- undang. Undang-undang itu dibuat di bawah Perlembagaan, undang-undang yang sah yang diluluskan oleh Parlimen ini sendiri. Jadi apabila timbul pertikaian seperti itu, kita bukan bercakap tentang kita tidak benarkan peguam bukan Islam jadi peguam syarie di Mahkamah Syariah. Kita bukan bercakap soal hukum, kita bercakap tentang menghormati undang-undang.

Ada yang tanya soalan sudah kalau macam itu buat apa UIA bagi dia ambil Ijazah Undang-undang Syariah. Bukan UIA bagi dia buat Ijazah Undang-undang Syariah untuk jadi peguam syarie. Sama macam kita yang belajar sivil, di universiti-universiti sivil. Saya sendiri apabila saya buat Ijazah Undang-undang bukan dalam kepala kita, kita mesti hendak jadi peguam. Ada yang jadi penasihat undang-undang korporat , macam-macam.

Ada yang berniaga. Tidak semestinya apabila masuk sahaja fakulti undang-undang, dapat Ijazah Undang-undang mesti jadi peguam, tidak semestinya.

Tambahan dalam kes ini, peguam tersebut tahu bahawa di dalam Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan, seorang bukan Islam tidak boleh jadi peguam syarie. Benda itu sudah ada dalam undang-undang, bukan dia tidak tahu tetapi dia buat juga. Dia hendak buat juga Ijazah Undang-undang Syariah, tidak mengapa, buatlah tetapi tidak boleh tuntut hak jadi peguam syarie. Itu soal lain.

Disebabkan itu menjadikan alasan, engkau bagi aku buat Ijazah Undang-undang Syariah, engkau kena bagi aku jadi peguam syarie. Saya ingat itu cara pendekatan yang tidak betul dan yang jelas undang-undang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan yang digubal mengikut Perlembagaan, diluluskan oleh Parlimen di sini setelah debat dan bahas. Jelas di situ ada peruntukan tidak boleh seorang bukan Islam menjadi peguam syarie. Hormatlah tetapi masalahnya sekarang apabila kes itu dibawa ke

final • 3:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Mahkamah Sivil, dalam keadaan Mahkamah Sivil tahu Mahkamah Persekutuan buat keputusan kes-kes seperti itu mereka tidak patut dibicarakan, dia hendak bicarakan juga.

Jadi ini menimbulkan persepsi sama ada mahkamah ini tidak hormat kepada keputusannya sendirikah atau pun diubah-ubah ikut selera diakah ataupun dia tidak faham undang-undang-undang tetapi pokok pangkalnya seperti kata Yang Berhormat Beruas, kalau Mahkamah Persekutuan sudah buat keputusan, ikutlah dan Mahkamah Persekutuan dalam kes berkaitan dengan pemisahan bidang kuasa syariah dan sivil ini jelas, sudah buat keputusan.

Jadi tidak ada sebab untuk Mahkamah Sivil. Kalau kes-kes seperti ini dibawa ke Mahkamah Sivil, sepatutnya hakim terus boleh beritahu ini bukan dalam bidang kuasa kami, kami tolak. Ini hendak bicarakan juga, hendak dengarkan hujah dan akhirnya membawa persepsi yang negatif kepada rakyat khususnya kepada umat Islam seolah-olah sistem perundangan Islam yang kita amalkan di Malaysia ini tidak dihormati oleh Mahkamah Sivil.

final • 3:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit berkenaan dengan bila kita hendak ubah atau pun hendak mengadakan pindaan seperti pindaan kepada Akta Mahkamah Rendah ini, ia mestilah menyeluruh. Contohnya, mahkamah mesti tegas dengan bidang kuasanya sendiri, dengan integritinya sendiri.

Kita lihat akhir-akhir ini banyak pihak menyerang mahkamah, mempersoalkan kewibawaan mahkamah. Baru-baru ini kita dengar ada statement dibuat di luar negeri mempertikaikan kewibawaan mahkamah di Malaysia. Akan tetapi, masalahnya orang yang mempertikaikan ini orang yang sama menghancurkan sistem mahkamah tahun 1988. Tak kan kita lupa tahun 1988 semasa krisis kehakiman. Siapa yang menjadi Hang Jebat pergi berterabur sana sini menghancurkan sistem mahkamah.

Siapa dia yang menghancurkan, memecahbelahkan Majlis Peguam, menubuhkan sebuah badan guaman lain dan menyokong tindakan memecat Tun Salleh Abbas dan beberapa orang hakim lain. Siapa itu? Orang yang hari ini berkokok bukan main mempersoalkan kewibawaan mahkamah. Ini yang kita cakap politik dua alam. Politik cakap tidak serupa bikin.

Kita mesti konsisten. Saya konsisten dalam mempertahankan agama saya. Saya dipecat kerana agama saya. Saya tidak peduli, saya redha tetapi kita mesti konsisten. Ini tahun 1988, dia yang menghancurkan mahkamah, hari ini dia persoalkan. Orang kata tengok cermin dahulu lah, tengok cermin dahulu. Kalau mahkamah ini tidak ada kewibawaan, kalau mahkamah ini tidak ada integriti, yang hang pi saman sana sini orang buat apa?

Kalau tidak percaya dengan sistem kehakiman tidak usah saman lah. Akan tetapi, apabila tiba masa untuk dia, bukan main lagi. Guna mahkamah. Apabila orang tegur, orang kritik, saman supaya subjudice tidak boleh bercakap lagi dah. Apabila memihak kepada dia, very good, bagus. Akan tetapi apabila tidak memihak kepada dia, mahkamah ini kena beli, mahkamah kroni, mahkamah rasuah, mahkamah itu, mahkamah ini.

Kita dikenakan dengan satu pertuduhan, kita lawan. Itu yang saya buat tahun 1998. Saya dengan sembilan orang rakan-rakan peguam lain. Bukan peguam tepi jalan, peguam-peguam kanan. Daripada Yang Mulia Raja Aziz, Almarhum Christopher Rizal Fernando dan lain-lain. Kita lawan kes itu, we take the bull by the horns. Kita tidak ada hendak main politik-politik dengan kes itu sebab itu kita boleh pecahkan kes itu kerana kita bertindak sebagai peguam menggunakan undang-undang. Kita tidak mempolitikkan kes.

Bukan itu caranya.

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, boleh minta penjelasan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berminat dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu. Orang yang dikatakan talam dua muka, putar alam, cakap tidak serupa bikin, ini orang yang samakah yang berkata tentang judi. Dahulu sokong judi di negeri Sabah, sekarang tidak sokong judi.

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Orang inikah juga yang mengatakan kroni tetapi dahulu zaman dia kroni dan kroninya lebih hebat. Orang inikah yang sama juga yang dahulunya semasa berada dalam satu keadaan yang selesa mengatakan semuanya halal. Sekarang ini semuanya haram.

Jadi, agaknya orang yang samakah ini Yang Berhormat, yang kita cakapkan ini? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

“Sudah gaharu cendana pula, sudah kurap mengaru pula”. Kita fahamlah. Yang penting saya tidak berminat hendak serang siapa-siapa secara peribadi kah...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, kembali kepada rang undang-undang Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang penting kita hendak mempertahankan sistem kehakiman. Yang penting kita sama-sama kena bina integriti kehakiman. Bukan kerja kita pergi menghancurkan sistem yang lama kita bina. Kalau ada yang tidak betul, kita lawanlah di sini. Tidak perlu kita pergi, minta bantuan daripada luar.

Kita ada masalah, kita lawanlah. Itu yang kita buat.

Tambah pula kalau pergi minta bantuan Yahudi lagi tidak kena. Dekat sini maki Yahudi, dekat sana pergi lutut Yahudi. Jadi, tidak kena pada saya. Biarlah kita ini ada integriti. Orang kata harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Integriti kita, prinsip perjuangan kita. Jangan hari ini boleh, esok tidak boleh. Hari ini halal, esok haram. Hari ini kata berjuang macam-macam, esok kita kata semuanya boleh. Itu bukan cara perjuangan. Itu politiklah namanya tetapi politik dua alamlah.

Jadi, yang kita hendak bercakap ini tentang integriti mahkamah. Mahkamah sepatutnya duduk dalam keadaan mengatakan enough is enough. Kalau hendak pertikaikan kewibawaan mahkamah, pergi dekat mahkamah, lawan di mahkamah. Ini sampai peguam boleh tuduh hakim “Awak pembohong, you are liar”. Mahkamah buat tidak tahu, seolah-olah tidak ada apa-apa. Persepsi dia seolah-olah mahkamah takut.

Peguam batuk beri tangguh, peguam sakit beri tangguh, peguam itu ini beri tangguh. Ini soal persepsi. Kes sudah berapa lama, sudah bertahun. Kenapa mahkamah kalau kita boleh beri lah apa kuasa kepada mahkamah pun, kalau mahkamah sendiri tidak reti hendak mempertahankan integritinya, kerana keadilan Tuan Yang di-Pertua bukan hanya untuk orang kena tuduh. Keadilan juga untuk orang yang menuduh. Keadilan juga untuk mangsa.

Yang Berhormat Beruas dok jeling-jeling dekat saya. Hendak cakap apa-apa kah?

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat, sedikit.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ya, apa dia.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, ...

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Silakan, sila.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya rasa kalau Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu menegakkan keadilan, kalau orang yang dia tuduh itu tidak ada dalam Dewan ini tidak patutlah. It’s against the integrity kerana ceritanya dari satu pihak sahaja. Cerita yang lain, yang tadi saya dengar itu banyak tidak betul. Saya pun tidak hendak mencecah atau pun mencelah kerana untuk orang yang berintegriti kita hanya utarakan perkara kalau orang yang dituduh itu ada di sini untuk menjawab. Kalau tidak haraplah gunakan misalan lain.

Itu menunjukkan kita tidak adil.

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat boleh sambung sekali sebelum Yang Berhormat jawab.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Benda yang samakah?

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Benda yang sama. Ini soal tentang Yang Berhormat minta penjelasan. Soal mengatakan tentang orang yang tidak ada di sini.

Minta penjelasan Yang Berhormat lah. Saya kira Perdana Menteri jarang ada di Parlimen kerana tugas-tugas rasmi di luar setiap hari menjadi bahan jenaka dan bahan tohmahan

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

fitnah pihak-pihak tertentu. Tidak ada pun kita bising. Kena sedikit kawan yang seorang ini, semua hendak melompat kata dia tidak ada.

Cuma, saya hendak minta sedikit penjelasan Yang Berhormat. Ini soal tentang tadi. Yang Berhormat ada mengatakan tentang kes 1998. Satu kes yang agak sensasi tahun 1998 di mana sembilan orang peguam kanan yang mempertahankan individu tersebut. Minta penjelasan Yang Berhormat, apa bezanya dahulu Yang Berhormat sendiri yang berada di hadapan bersama-sama dengan sekumpulan peguam kanan mempertahankan kes yang seakan-akan sama dengan yang sekarang ini.

Sekarang ini nampak macam Yang Berhormat nampak ada sedikit khuatir atau pun waswas tentang kesahihan pihak yang dituduh yang mengatakan ia mempunyai alasan yang banyak. Jadi, apa bezanya dalam pandangan Yang Berhormat kes Yang Berhormat dahulu sebahagian daripada pihak peguam yang mempertahankan Yang Berhormat Permatang Pauh dengan yang ada sekarang ini. Kenapa Yang Berhormat sekarang ini agak macam tidak begitu berminat untuk mempertahankan isu ini? Minta penjelasan.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Pertama, saya hendak jawab pada Yang Berhormat Beruas. Soal dia saya tidak sebut nama siapa pun. Saya tidak tuju khusus pada sesiapa pun tetapi orang kata siapa yang makan cili terasa lah pedasnya. Ia tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat Beruas pun. Dia punya bos Yang Berhormat Lim Kit Siang kecuali dia berasa Yang Berhormat Permatang Pauh bos dia atau pun ini kah termasuk golongan ‘Anwarinas’ ini. Saya tidak tahu lah.

Kemudian, ...

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Berilah saya habis cakap dahulu. You pun tidak ikut peraturan.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey, saya bangun sahaja.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Hormat lah sedikit.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau you beri laluan, saya cakap.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Hormat lah sedikit.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya bangun sahaja.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau you tanya pasal Lewinskyfoo saya boleh jawab. Ini bos orang lain. Bukan bos you.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya bangun, kalau beri laluan saya cakap.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tidak beri laluan, saya tidak beri laluan. Hormatlah sedikit.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey,

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Beritahu tidak beri laluan. Itu sahaja.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kedua, saya tidak bercakap pasal bos you pun.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

Yang Berhormat, kalau tidak beri laluan beritahu tidak beri laluan.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tidak bercakap pasal bos dia.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, kita kurangkan sedikit pemesongan keluar daripada peraturan Yang Berhormat.

■1520

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya bercakap tentang prinsip mahkamah, integriti mahkamah. Keduanya, kalau kita hendak bercakap tentang orang itu tidak ada di sini, dia ada haknya di sini. Akan tetapi dia hendak pergi minum tehkah, buat apakah, itu bukan masalah saya. Datanglah. Kalau dia hendak mencelah, datang mencelah sendirilah. Saya tidak ada masalah yang itu. Bukan macam golongan tertentu, apabila saya hendak mencelah pun tidak bagi. Dekat luar cakap, berkokok bukan main lagi. Kemudiannya ketiga saya hendak bercakap, inilah kata politik dua alam. Cakap di luar lain, di dalam lain. Macam Yang Berhormat Beruas, maki Sultan Perak, “Tak guna Sultan Perak!”. Mempertikaikan Sultan Perak, tetapi Dato’ship Perak dia hendak. [Dewan riuh] Kalau ada prinsip...

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua..

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tak bagi laluan..

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini satu tohmahan, ini sudah pembohongan besar!!

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tak bagi laluan..

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Inikah Kulim Baharu yang kata dia Islam?

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kulim Bandar Baharu.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Cakap bila saya cakap terhadap Sultan?

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tak bagi laluan.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Janganlah bohong! Bohong besar! Jangan cakap Islam. Orang Islam tak bohong! Ini Kulim besar bohong besar!

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kena batang hidung baru tau!

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Hidup saja tau...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Beruas.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kena batang hidung sendiri baru tau.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Itulah orang sedemikian, mesti dapat layanan sedemikian.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Nak bagi saya cakap pasal siapa?

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat cakap bohong...

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Beruas hendak saya bercakap pasal Lewinskyfoo kah? Ini cakap semua terbalik, dua alam. You dekat luar maki Sultan Perak. Saya cabar you! Serahkan balik pingat yang Sultan bagi itu!!

[Tepuk] Dekat luar, kembang. Saya ‘Latuk’ oh, you ‘Latuk’kah? Saya ‘Latuk’ oh! [Ketawa] Saya cabar Yang Berhormat Beruas. Kalau benar-benar ada prinsip, ada integriti, serahkan balik pingat yang dianugerahkan oleh Sultan Perak. [Dewan riuh][Tepuk] Jangan cakap politik dua alam. Maki Sultan tapi pingat hendak. ‘Latuk’ mahu.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini lagi satu pembohongan besar.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini orang tak ada maruah!

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini berbohong tentang Sultan Perak. Bila saya minta itu pingat, pingat diberikan? You jangan...

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sekarang baru nak takut.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Jangan, ini pembohongan! Bukan Islam! Not Islamic.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Mahu cakap.. [Ketawa]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Kulim ini memalukan Islam! Dia setiap kali kata dia Islam! Tetapi saya orang bukan Islam, saya pun hina orang Islam sedemikian.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak apalah. You jumpa you punya bosslah. Saya pun sudah tidak tau you punya boss siapa?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

You punya boss Anwar.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Balik kepada integriti.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Permatang Pauhkah, Yang Berhormat Ipoh Timurkah?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, balik kepada integriti mahkamah balik, Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Atau you punya boss Lewinskyfoo kah, siapa? Saya tak tahu. [Ketawa] You check balik, you check baliklah.

Bila mahkamah tidak decide memihak kepada mereka, maki hamun, “Tak guna! Tak ini..

rasuah!”. Bila mahkamah decide untuk mereka, “Oh, ini bagus! Ini banyak bagus punya mahkamah!”. Ini cakap politik dua alam, putar belit. Terbalik sana, terbalik sini. Saya ingat, hormati diri sendirilah. Hormati sendiri, ya.

Jadi mahkamah Tuan Yang di-Pertua, perlu memelihara integriti dan kewibawaan dia sendiri. Kalau sampai orang boleh panggil, saya ingat rakan-rakan peguam yang lain yang biasa dengan mahkamah. Saya biasa di New Zealand Tuan Yang di-Pertua, biasanya di Britain. Kita jarang hendak dengar peguam memekik panggil hakim ‘penipu’ dalam mahkamah. Saya ingat tak pernah jadi. Betul tak Yang Berhormat Wangsa Maju?

final • 3:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ha, tetapi di sini boleh buat.

Peguam boleh jerit panggil hakim, “You are liar” dalam mahkamah tetapi hakim buat tak tahu. Jadi pada saya, hakim mahkamah kata, “No, enough”. Saya lalui tahun 1998, saya tengok bagaimana hakim itu. Kadang-kadang kita pun marah juga, tetapi dia tegas. Jadi saya harap mahkamah, kita boleh bagi apa juga pindaan bidang kuasa, apa yang dia hendak pun. Akan tetapi kalau mahkamah sendiri tidak reti hendak jaga integriti dia, tak boleh hendak pertahankan kewibawaannya, saya ingat mahkamah perlu..

final • 3:10 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ya, rakan saya Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 3:10 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Tuan Yang di-Pertua, sementara saya menghormati dan mendengar tekun dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Kita juga tidak suka hakim-hakim kita dipermainkan.

Akan tetapi setujukah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dengan saya, penceramah- penceramah juga semasa kita berpolitik, kita tidak harus apabila naik atas pentas semasa kita tidak suka dengan hakim itu, kita mencerca hakim di atas pentas politik. Saya pernah dengar Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu banyak kali sangat mencerca hakim di atas pentas. Adakah tindakan ini juga tidak baik? Kita harus berhenti di sini. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Sungai Petani. Sahabat saya Yang Berhormat Sungai Petani, sebenarnya yang ajar saya maki hakim ini ialah Yang Berhormat Permatang Pauhlah. [Dewan riuh][Ketawa]

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Arahan!!

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia yang ajar! Dia yang ajar.

Sebab dia suka maki mahkamah, suka maki itu dan saya berani beritahu...

final • 3:10 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Jadi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu juga dua alamlah ya?

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bukan dua alam tetapi saya terikut boss. Oleh sebab itulah, saya hendak seru rakan-rakan yang di sebelah sana supaya sedar, supaya sedar, sebab saya belajar ini semua daripada Yang Berhormat Permatang Pauhlah dan sedikit daripada Yang Berhormat Sungai Petani.. [Ketawa] Sedikitlah, tak banyak. Sebab memang diajar supaya maki, jangan hormat mahkamah, jangan hormat ini. Akhirnya saya sedar. Alhamdulillah, saya sedar dan saya harap rakan- rakan saya pun sedar. Cepat sedar. Oleh sebab itu semalam saya buat kenyataan di media, “tahun ini umur kita pun sudah sampai umur Nabi”. Bertaubat, sempat lagilah.

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh, Yang Berhormat?

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sekejap, sekejap. Jadi..

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk dahulu. Duduk dahulu. Yang Berhormat, saya peringatkan kepada semua pihaklah, institusi Parlimen bertanggungjawab untuk menjaga kedudukan mahkamah. Jadi maknanya, kita tidak boleh semasa berbahas walaupun dalam Dewan ini, walaupun Perlembagaan memberi kita kebebasan untuk bercakap berhubung dengan apa sahaja. Kekebalan diberi dalam membuat ucapan tetapi kita kena berjaga-jaga apabila ucapan itu menyentuh kelakuan dan peribadi hakim, dengan sendirinya kita telah terkeluar daripada lindungan kekebalan. Dengan sendirinya kita kena mengelak kerana kita bimbang asas demokrasi, asas kewibawaan negara itu sendiri terletaknya di tangan kehakiman.

Jadi Yang Berhormat, ingatkanlah semua Ahli Yang Berhormat bila berucap tolong jangan sentuh keperibadian dan kelakuan hakim. Salah di bawah Perlembagaan, salah di bawah peraturan. Sila Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih di atas peringatan yang sangat baik itu Tuan Yang di-Pertua. Untuk penjelasan kepada rakan saya Yang Berhormat Sungai Petani, memang kita dahulu diajar maki hamun orang, caci orang, kutuk orang. Semua orang tidak betul. Gelar orang dengan label macam-macam. Itu memang dahulu dan saya akui. Saya akui tetapi taklah ramai sangat, seorang, dua hakim sahaja. Itu pun untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengambil inisiatif berjumpa dengan mereka yang terlibat dahulu dan mana yang perlu saya minta maaf, saya minta maaf. Saya ada jumpa termasuk juga hakim. Termasuk juga pemimpin-pemimpin.

Termasuk juga di kalangan pihak keselamatan, polis dan lain-lain yang kita dahulu atas pentas maki hamun sebab saya merasa silap. Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang untuk bernyawa lagi dan berjumpa mereka.

Saya berani beritahu pada sidang Parlimen ini, saya telah berjumpa ramai dan saya minta maaf atas kesilapan saya dahulu. Saya harap sahabat saya Yang Berhormat

final • 3:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sungai Petani pun sama, mengambil sikap yang sama berlapang dada. Kita sudah maki hamun orang sudah ramai sangat. Kita pun belum tentu dalam keadaan yang selesa.

Eloklah kesempatan yang Allah bagi ini, kita jumpa balik dan kita minta maaf. Tak ada salahnya minta maaf malahan, it takes a great man to appologize, dengan izin.

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan satu hujah Yang Berhormat tadi berkenaan dengan serangan terhadap mahkamah sambil mengambil kira peringatan Tuan Yang di-Pertua tadi. Saya cuma ingin minta pandangan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apakah ini adalah strategik yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kerajaan, mungkin Yang Berhormat boleh bagi penjelasan, sedangkan institusi-institusi ini adalah amat penting untuk keamanan, perpaduan di negara kita dan kalaulah pihak tertentu itu menang pilihan raya dan menubuhkan kerajaan, institusi inilah juga yang perlu menyokong kerajaan mereka. Jadi minta penjelasan daripada Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud, Tuan Yang di-Pertua. Saya terpaksa akui sebenarnya memang itu strateginya, saya sendiri terlibat. Kita telah kenal pasti beberapa institusi yang perlu kita rosakkan nama, imej, kredibiliti. Sebab kita tahu kerajaan ada pillars, you attack the pillars dan strategi yang kita pakai ialah attack the individuals. Kita serang individu-individu itu.

Kita rosakkan nama dia, Yang Berhormat Sungai Petani pun tahu. Akan tetapi pakar strategi dia pun tidak ada sini. Memang itu strategi dan pada sayalah, mana-mana parti pembangkang pun memang kerja kita hendak ambil alih kerajaan, itu tidak salah. Kalau ada orang di sini kata kita salah hendak jatuhkan kerajaan, tidak betul. Memang kerja pembangkang, mana-mana pun di dunia ini, kerja dia hendak jatuhkan kerajaan sebab dia hendak jadi kerajaan. Akan tetapi metodologi, cara dia, itu yang tidak kena. Yang kita persoalkan itu etika, tidak akan sampai kita hendak hancurkan nama orang, kita rosakkan peribadi orang tertentu yang dahulu saya buat. Saya sebut dalam ucapan saya di sini, banyak arahan saya terima. Saya akui rakan saya Yang Berhormat Sungai Petani....

final • 3:30 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kejap Yang Berhormat Sungai Petani. Saya akui, memang itu yang disuruh tetapi akhirnya kita sedar benda ini tidak betul dan kita perlu perbetulkan. Sebab yang hendak jawab depan Allah S.W.T, bukan Yang Berhormat Permatang Pauh, bukan Yang Berhormat Sungai Petani, saya yang kena jawab. Jadi sebelum saya dipanggil jawab, baik saya selesaikan di sini dahulu. Saya akui, memang itu strateginya. Sebab itu apabila Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan isu serangan terhadap FELDA, sebenarnya dia bukan pentingkan FELDA itu. Dia tahu pengundi ramai di FELDA, jadi hendak buatkan pengundi FELDA, peneroka-peneroka FELDA ini takut, persoalkan kerajaan, bagi tahu kata FELDA bankrap, dia jadi rattle.

Apabila dia jadi rattle, dia akan persoalkan. Saya tahulah strategi dia.

Dia akan humban sebanyak mungkin risalah-risalah akhbar Suara Keadilan ini kepada peneroka-peneroka ini untuk baca. Orang kampung, kita faham mentaliti orang kampung, kalau benda itu keluar kat TV, kalau benda itu keluar kat surat khabar, betul. Ini surat khabar cakap ini. Macam kalau ustaz TV jawab, ’Eh, ustaz TV yang jawab kau tahu’.

Dia tidak kira ustaz TV itu daripada mana, dia tidak peduli. Janji ustaz TV, ataupun surat khabar. Jadi apa yang dia buat, dia jaja surat khabar. ‘Engkau tengok, surat khabar kata FELDA bankrap’, jadi peneroka FELDA akan takut, akan mula persoalkan. Ini strategi.

final • 3:30 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Seminit.

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Cuma strategi itu sepatutnya kita buat dalam ruang lingkup yang beretika, bukan dengan melakukan pembohongan, putar belit fakta dan lain-lain. Itu yang tidak betul, yang saya dahulu pun terlibat, kita buat.

Saya sedar, alhamdulillah dan saya ambil inisiatif untuk minta maaf kepada mereka yang kita perlakukan dahulu.

final • 3:30 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Sedikit sahaja Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bagi Yang Berhormat Sungai Petani dahulu.

final • 3:30 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Hujah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu memang cantik dan saya juga mengucapkan terima kasih ke atas pendedahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, soal benar salah itu cerita lain. Cuma saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, seingatan saya sebelum Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu berucap di atas pentas Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu akan mulakan dengan ayat al–Quran. Kemudian Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu akan mengatakan, ’Saya waktu itu berada dalam mahkamah’. Kemudian Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu start attack hakim-hakim. Macam-macam Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kata kepada hakim-hakim sampai kita pun tidak sanggup dengar.

Yang saya hendak tanya sini ialah, adakah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu semasa menyerang, semasa memfitnah, semasa berbohong, semasa memaki hakim-hakim itu, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sedar Yang Berhormat pada masa itu sedang berbohong dan berbohong bukan kepada kawan-kawan tetapi berbohong kepada rakyat jelata yang datang dan mendengar. Yang Berhormat Kulim Bandar Baru sebagai seorang lawyer yang baik, sebagai seorang pendakwah yang baik, sebagai seorang Islam yang baik. Adakah Yang Berhormat Kulim Bandar Baru sedar bahawa pada waktu itu Yang Berhormat sedang berbohong, terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Cuma Yang Berhormat Sungai Petani tidak sebut, sebelum saya ceramah terutama tahun 1998 zaman reformasi, dia tidak sebut, sebelum saya ceramah saya akan berbincang dengan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam penjara dahulu. Dia akan bagi tahu saya, ‘Hang cakap macam ini, hang buat macam ini’. [Tepuk] Dia bagi tahu saya. Kita percaya, saya bagi contoh, isu kena racun arsenik, saya antara orang yang ke hadapan yang membawa isu arsenik. Saya gegarkan bumi Terengganu masa itu di Stadium Kuala Terengganu tentang isu arsenik.

Cuma yang Yang Berhormat Sungai Petani tidak tahu apa yang saya bincang dengan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam penjara apa nak cakap. Saya tahu, Yang Berhormat Sungai Petani pun tahu banyak yang dia kata yang rakan-rakan kata bohong. Dia tahu.

Cuma saya sudah sedar sekarang dan saya harap Yang Berhormat Sungai Petani pun sedar cepat. Itu sahaja. Memang apa yang dibuat...

final • 3:30 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Makna Yang Berhormat Kulim Bandar baharu tidak berbohong pada hari ini?

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Hari ini tidak berbohong, insya-Allah.

final • 3:30 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Okey, okey. Itu yang penting.

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Insya-Allah.

final • 3:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia sudah minta maaf, Yang Berhormat Permatang Pauh belum minta maaf lagi.

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Masalahnya dia sana- Yang Berhormat Beruas tidak usah senyumlah. You...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Masalah dia Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

... kita tahu, kita dalam Pakatan Rakyat, kita dalam PKR, kita tahu banyak benda yang kita buat itu bohong. Kita tahu itu dan saya tahu.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau kata hendak baca ayat Quran, kita dengar Yang Berhormat Permatang Pauh dalam Parlimen hendak bagi tahu satu pembohongan pun dia guna ayat Quran, Ibnu Khaldun nya, dengan segala rujukannya, saya sudah tahu, rakan-rakan saya sudah tahu.

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[ Keluar Dewan ]

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Kedah sudah tahu sebab itu dia keluar. Sebab itu dia keluar, dia sudah tidak tahan. Dia tahu, ini orang-orang yang ada sedikit iman, dia tahu dia bohong. Sebab itu dia balik. Dia tidak sanggup hendak bohong lagi.

final • 3:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Macam inilah saya bagi contoh. Yang Berhormat Kota Belud, tunggu dahulu.

final • 3:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey.

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya bagi contoh, isu APCO.

Tengok macam mana putar belit isu APCO dibuat. Saya tidak pernah hendak cakap isu APCO. Ramai orang tanya tentang pendirian saya tentang isu APCO. Terang-terang bohong. Dia katakan APCO masuk ke Malaysia kemudian masuk ke Polis Diraja Malaysia - Bukit Aman, menguasai sistem komunikasi, APCO telah gini, APCO telah gitu. Yang dia tidak bagi tahu dengan rakyat, APCO yang pergi ke Polis Diraja Malaysia - dengan APCO Worldwide ini dua benda yang berbeza. Saya memang ada dokumen ini Tuan Yang di- Pertua. [Sambil mengambil 2 dokumen berasingan berkenaan APCO] Saya tunjukkan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau saya bercakap Yang Berhormat, Yang Berhormat kena duduk. Itu peraturan Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Minta maaf, sorry.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya ingat kita sudah setengah jam bercerita di luar pindaan, Yang Berhormat.

Jadi, baliklah kepada rang undang-undang. Saya hanya menegakkan peraturan dalam Dewan, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebab perkara ini dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua tengok APCO ini, A-P-C-O. Ini yang dikatakan APCO yang masuk di dalam sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia. Dikaitkan dengan APCO Worldwide. APCO Worldwide juga APCO namanya A-P-C-O. Akan tetapi A-P-C-O, APCO ini ialah sebuah badan perunding kepunyaan sebuah syarikat peguam, Arnold & Procter Consultancy. Yang ini ialah APCO - American Protocol Communication Outfit. APCO juga. Iaitu sistem APCO yang mengendalikan sistem komunikasi walkie-talkie yang hendak diguna pakai oleh Polis Diraja Malaysia. Akan tetapi putar belit yang dibuat dikatakan, tengok, dua-dua APCO.

Habis APCO dah masuk Polis Diraja Malaysia. Sedangkan APCO ini nothing to do with this APCO. Akan tetapi dia tidak mahu bagi tahu. Saya cukup yakin....

final • 3:30 PM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ni Anwarinas ini duduklah.

Saya tidak bagi laluan. Anwarinas ini duduk, duduk.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Hendak tahu.

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Cukuplah, tidak apalah.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Macam mana selama ini, menteri-menteri, timbalan menteri menjawab tidak pernah mengemukakan ini. Tiba-tiba ini pula...

final • 3:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Banyak kali sudah cakap fasal ini.

Banyak kali, Yang Berhormat yang tidak mahu dengar.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Orang yang sudah pernah berbohong, sudah mengaku pembohong, tidak payah bersyarahlah, dah hilanglah dia punya kredibiliti.

He declares himself a liar.

final • 3:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Peraturan mesyuarat.

final • 3:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Banyak kali, kita sudah bagi penjelasan. Yang Berhormat Shah Alam, penjelasan itu Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

He in the Dewan mengatakan dia pembohong.

final • 3:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita sudah cakap Yang Berhormat Shah Alam. Kita sudah banyak kali cakap, APCO daripada polis....

final • 3:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Orang yang pembohong, tidak payah kita dengar. Almarhum Ustaz Dato’ Fadhil pernah kata mengenai dia, ’Cakap 10 benda, 12 aku tidak percaya’.

(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

final • 3:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini Anwarinas ini, presiden dia Yang Berhormat Permatang Pauh. Bukan Ustaz Hadi. Itu masalah dia. [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Mana kamu tahu? Mana kamu tahu, ya?

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia bukan reti Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Presiden aku. Aku dalam PAS.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, yang lain duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukan macam kamu. Cakap sahaja PAS tetapi PAS pun tidak mahu terima sebagai calon.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, duduk. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu duduk juga.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Malu la sikit. Mengaku PAS tetapi PAS pun tidak lantik sebagai calon.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini ada peraturan, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini namanya golongan Anwarinas. Dia bos dia bukan Yang Berhormat Marang. Bos dia Yang Berhormat Permatang Pauh, itu. [Ketawa]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak apa. Duduk Yang Berhormat. Duduk, saya hendak dengar ini dulu.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Jadi bila, bila Yang Berhormat Marang kena, dia tidak terasa.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tunggu, tunggu Yang Berhormat. Duduk dulu Yang Berhormat. Saya punya point of order dulu, Yang Berhormat.

Peraturan yang senang sekali diikut ialah apabila Tuan Yang di-Pertua bercakap, yang lain minta tolong duduk. Kalau tidak, your point of order itu tidak guna juga sebab your point of order asking ruling daripada saya. Jadi, semualah. Kalau saya bercakap, minta tolong duduk. Itu peraturan. Kalau kita hendak demand peraturan di complied, you must first complied dengan peraturan kita sendiri. Jadi, Yang Berhormat Beruas, sila.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut Peraturan Mesyuarat 36(1).

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Sungai Petani, duduk!

final • 3:40 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Sembahyanglah. [Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dengan izin dalam bahasa Inggeris. “When debating a bill to amend a principal act, a Member of the House shall be allowed to speak on matters relating to the bill only and not on matters involving the principal act.” Jadi apa yang tadi dihujahkan sudah lari jauh daripada amending bill yang kita ada ini dan juga di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6), “no member shall impute improper motives to any other member.” Begitu juga dengan lain-lain. Kita mesti ikutlah peraturan and “it shall be out of order for Members of the House to use offensive language.” Jadi haraplah kita balik ke bill seperti yang ditetapkan oleh 36(1). Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, dengar saya bercakap, Yang Berhormat. Yang buat keputusan saya, ya. Ya. Yang Peraturan Mesyuarat 31(1), Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu memang saya setuju.

Kena balik kepada itu. Kurangkan sikit soalan. Walaupun ada persoalan, sudah dijawab tadi, cukuplah. Minta balik kepada bill, itu satu. Yang kedua, imputation of the character kepada mana-mana Ahli itu pun janganlah buat lagi. Cukuplah.

Yang Berhormat, sila Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya...

Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok balik. Nanti kita tengok balik. Daripada awal saya bercakap, sampai sekarang tidak ada apa-apa.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya tahu, Yang Berhormat. Kalau tidak saya sudah tegur.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Akan tetapi bila ada provocation. Saya cuma jawab. Saya cuma jawab untuk memperjelaskan keadaan sebab saya...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, duduk. Sekali lagi duduk, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Banyak sudah duduk.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Mr. Robinson Njeru Githae, Minister of Nairobi Metropolitan Development, Republic of Kenya. [Tepuk] Diharap lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Kenya. Sila, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh, boleh bagi Yang Berhormat Kota Belud?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Balik kepada rang undang-undang, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Satu sahaja. Satu sahaja Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, last penjelasan saya minta daripada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Ini amat penting sebab mahkamah ini juga adalah asas, pillar kepada kerajaan. Tadi Yang Berhormat ada menyatakan tentang bagaimana ada satu strategi untuk melemahkan beberapa institusi yang ada di dalam negara kita ini, untuk melemahkan kerajaan dan menjatuhkan kerajaan dan yang terkini ialah FELDA. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Saya mendapat maklumat tertentu dan ada gerakan yang saya tengok, selepas FELDA ini ialah FELCRA.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Hai, jangan. [Ketawa]

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini betul. Kajian telah dibuat, ramai penganalisis-penganalisis buat kajian dan sebagainya. FELCRA akan menjadi salah satu lagi yang akan menjadi sasaran kepada strategi ini. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat. Mungkinkah FELCRA akan menjadi sebahagian daripada strategi seperti FELDA ini?

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Pengerusilah jawab.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pengerusi ada dekat depan.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Point of order, boleh? [Dewan riuh] Kita tidak mahu buang masa. Kalau boleh, saya hendak ulangi Peraturan Mesyuarat 36(1). Kita balik ke bill. Amendment bill.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak payah ajar Tuan Yang di- Pertualah, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini lain-lain hal.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua tahulah!

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita tidak mahu buang masa.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, ya.

Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dahulu, dahulu Yang Berhormat Puchong...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini saya juga, saya juga memahami.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Menyampuk] Yang Berhormat Puchong cerita berkenaan mahkamah, boleh kaitkan dengan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya masih bercakap, Yang Berhormat. Terima kasihlah. Kena macam itu, Yang Berhormat. Bila saya bercakap, peraturan kata yang lain semua kena duduk. Jadi, Yang Berhormat saya menghargai tunjuk Yang Berhormat itu. Akan tetapi Yang Berhormat, masalahnya kita semua kena ikut. Semua kena ikut. Akan tetapi kalau seorang saja yang ikut, yang lain tidak ikut, itu yang menjadi satu masalah besar. Saya kalau dapat semua ikut apa Yang Berhormat sebut itu, saya memang sedaplah duduk dekat sini.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sila Yang Berhormat. Yang di luar bill minta tolong kurangkan sedikit.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini yang saya kata politik dua alam. Orang yang paling tidak boleh cakap pasal peraturan ialah Yang Berhormat Beruaslah. [Ketawa] Tengok macam mana dia melompat- lompat dekat Dewan Undangan Negeri Ipoh, saya pun takut. [Ketawa]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Itu di luar. Dewan Undangan Negeri itu di luar kita Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bila dia okey. Bila orang lain tidak boleh.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tadi dalam ucapan saya, saya hendak Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tarik balik perkataan itu melainkan dia boleh tunjukkan apa yang saya ucapkan dalam penghujahan saya tadi. Mana-mana yang tidak ada kaitan dengan pindaan kepada Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) tadi. Kalau tidak saya minta dia tarik balik perkataan itu...

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tidak perlu.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Bahawa saya tidak ikut peraturan.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tidak perlu tarik balik sebab satu, saya tidak bagi laluan. Tengok, dia sendiri tidak ikut peraturan. [Ketawa] Dia sendiri tidak ikut peraturan, hendak suruh saya ikut peraturan. Ini politik dua alam ini. Orang yang...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok balik sidang Dewan Undangan Negeri Perak, saya ingat kawan-kawan kita dekat zoo pun menangis. [Ketawa] Akan tetapi inilah, Tuan Yang di-Pertua. The truth hurt.

Kebenaran ini sakit, sebab itu dia lari. Semua lari.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kebenaran tidak sakit, Yang Berhormat. Kebenaran menyakitkan. [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Menyakitkan. Ha. ‘Den’ cakap orang putih jadinya. The truth hurt. Mereka tahu. Mereka ini semua tahu benda ini betul tetapi memilih sama ada memekakkan telinga ataupun cabut. Sebab itu cabut. Saya hendak tanya rakan saya, Yang Berhormat Kota Raja. Kita sudah tahu benda ini tidak betul.

APCO ini telah diputarbelitkan. Patut kita akuilah dan kita perbetulkan. Bukan dengan kita teruskan lagi pembohongan ini, kita teruskan lagi putar belit ini. Untuk apa? Untuk menjahanamkan institusi yang kita akan warisi. Kalau tidak kita warisi, anak cucu kita akan warisi. Sebab itu bagi rakan saya, Yang Berhormat Kota Belud, ini memang strategi.

Macam inilah. Saya hendak ringkaskan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, laluan.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Nanti sekejap.

final • 3:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Nama saya disebut.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tidak bagi laluan.

Sekejap. Saya hendak jawab Yang Berhormat Kota Belud dahulu.

final • 3:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Nama saya disebut.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Hai, kalau hendak sebut, semua orang saya sebut. Bagilah saya jawab dulu Yang Berhormat Kota Belud. Ikutlah peraturan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak jawab sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, pasal strategi ini. Macam inilah. Kalau pakar strategi dia, polis pun dia gigit, macam-macam dia boleh buat. [Ketawa] [Tepuk] Pakar strategi mereka disabit oleh mahkamah setelah perbicaraan mendengar saksi sah gigit polis. Kalau polis dia gigit, FELCRA lagi dia gigit. [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Tuan Yang di-Pertua, ini satu isu yang sub judice sebab dia... Failkan notis, bill. Tidak boleh bincang di sini.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, baik.

Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat, jangan sentuh lagi soal itu, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, you sebut nama itu. Janganlah, Yang Berhormat dalam Dewan. Ahli Dewan dilarang untuk menyebut nama Ahli Dewan yang lain. Ini peraturan yang masih kita guna dan kena kita patuhilah. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidak mahu bagi lagi?

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya ada satu sahaja lagi isu, Tuan Yang di-Pertua saya hendak sebut sebelum saya tutup berkenaan dengan isu APCO ini.

final • 3:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sekejap, sekejap. Hendak menunjukkan bahawa – berkaitan dengan APCO ini. Sudah-sudahlah. Kita tahu.

final • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya sudah tahu benda ini lama, saya beritahu tetapi masih lagi diteruskan juga.

Saya ingat pihak kerajaan sudah cuba beri penjelasan tetapi masalahnya tidak mahu dengar. Itu sahaja. Jadi kita sudah tahu benda itu tidak betul. APCO yang terlibat dengan polis adalah APCO berkenaan dengan sistem. Macam kita di sini ISO, MSO, di sana dipanggil APCO. Kebetulan singkatannya sama dengan APCO Worldwide. Itu sahaja. Isu APCO ini saya akan serahkan kepada kerajaan untuk menjawab dan saya pasti mereka boleh menjawabnya.

Cuma saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan isu kredibiliti dan integriti mahkamah, bahawa kita boleh beri apa juga pindaan atau kuasa kepada mereka tetapi kalau mahkamah sendiri tidak mempertahankan dan menjaga integriti dan kewibawaannya – contohnya sampai hakim boleh dipanggil penipu dalam mahkamahnya sendiri. Contohnya macam mahkamah kita boleh dipertikaikan kredibilitinya di luar negara.

Jadi saya kira mahkamah sebagai institusi yang berasingan, yang dihormati dalam sistem yang kita amalkan, sepatutnya mengambil tindakan, tidak lagi membenarkan perkara seperti ini berterusan.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya selain daripada pindaan-pindaan untuk memartabatkan mahkamah ini, mahkamah itu sendiri perlu mempertahankan kewibawaan mereka. Termasuk dalam isu ini yang akhir Tuan Yang di- Pertua ialah berkenaan dengan... Hendak mencelahkah?

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan saya hendak tanya beliau sama ada beliau sedar atau tidak, kalaulah kita ada satu sistem kehakiman yang baik – katalah Akta Mahkamah

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Rendah yang telah dipinda dan dikemaskinikan menjadi Mahkamah Rendah yang lebih baik, kalaulah agensi-agensi penguatkuasaan seperti MACC dan juga Securities Commission (Suruhanjaya Sekuriti) tidak menjalankan pelaksanaannya, penguatkuasaannya dengan baik, telus dan adil, badan kehakiman pun tidak guna sebab orang yang perlu diheret ke mahkamah tidak didakwa di mahkamah.

Saya hendak berikan contoh isu-isu yang terlibat dengan Securities Commission seperti:

(i) Pengambilalihan syarikat kerajaan, Avenue Capital yang bernilai RM800 juta oleh syarikat yang lebih kecil yang bernilai RM200 juta pada pertengahan tahun 2006 dan selesai dalam masa yang singkat;

(ii) Kes syarikat MyEG Services Berhad, salah sebuah syarikat dalam konsortium syarikat yang merupakan pemberian perkhidmatan service provider online untuk perkhidmatan kaunter kerajaan Malaysia yang dibantu oleh seorang warganegara Singapura, Ong Soon Kiat yang telah mengaku salah di bawah seksyen 97(1) Akta Industri Sekuriti Singapura dan pada tahun 1999 menjadi pemegang saham aktif dan Ketua Pegawai Eksekutif Paxelent Corporation Berhad;

(iii) Penyenaraian Syarikat ‘Taxine’ Berhad dari Johor yang mana mengalami kerugian pada tahun pertama sebagai syarikat tersenarai di bursa, padahal prospektor syarikat yang dikeluarkan sebelum senarai memberikan petunjuk syarikat sebagai syarikat yang untung;

(iv) Suami Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Dato’ Azizan Abdul Rahman terlibat dalam penstrukturan semula TSH Resources Berhad yang akhirnya memegang saham 67% dalam Ekowood Berhad yang mana Tabung Haji pemegang saham sebanyak 7%. Dato’ Azizan mempunyai hubungan peniagaan dengan Dato’ Kalimulah yang kemudiannya menerima pelbagai pelepasan dan pengambilalihan Avenue Assets oleh ECM Libra;

(v) Kes melibatkan Datuk Chua Mah Yu yang dikenakan denda untuk dagangan dalam (insider trading) pada tahun 2009 dan SC tidak mengeluarkan notis tetapi hanya menyenaraikan dalam laman web SC yang merupakan satu tindakan yang tidak pernah diamalkan;

(vi) Penglibatan suami Pengerusi SC, Dato’ Azizan Abdul Rahman dan penstrukturan semula tawaran saham hak dan tawaran saham istimewa untuk mendapatkan penyenaraian semula Tenco Berhad sebagai Nagamas International Berhad menurut praktis note 17 oleh SC pada 17 September 2007;

(vii) Menarik status penyenaraian dengan cepat untuk Isyoda Berhad yang ada hubungan dengan projek Hospital Shah Alam dan dipercayai ada hubungan rapat dengan suami Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar iaitu Dato’ Azizan Abdul Rahman; dan

(viii) Penyenaraian Lityan Berhad pada awal tahun 2010 apabila SC meluluskan RM1 juta saham untuk ditawarkan kepada Datuk Ismee Ismail, Pegawai Eksekutif Kewangan Tabung Haji dan bukan kepada Tabung Haji sendiri.

Bukankah contoh-contoh ini kalau penguatkuasaan dalam Securities Commission tidak mengambil tindakan yang tegas, menyiasat dengan teliti dan mengheret mereka ke mahkamah, apa-apa mahkamah yang kita ada, pindalah semua akta yang ada di dalam negara kita, apa guna? Akhirnya mahkamah pun tiada pelanggan. Bolehkah Yang

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Berhormat Kulim Bandar Baharu berikan pandangan ataupun penjelasan di atas perkara- perkara yang saya sebutkan ini sama ada Suruhanjaya Sekuriti menjalankan tugas yang baik?

Ini kerana baru-baru ini kita nampak Suruhanjaya Sekuriti lebih berminat mengambil tindakan keganasan ataupun terrorist way of investigation terhadap reporter, pemberita yang melaporkan news Kenmark Industrial Berhad ini yang melibatkan Datuk Ishak Ismail yang orang kata ‘Kentucky Fried Chicken fame’, kawan ketua – tidak tahu siapalah. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu lebih tahu, saya tidak berani hendak sebut nama. Datuk Ishak Ismail ini, saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana pun kenal beliau, dan sana lebih kenal ya, yang terlibat.

SC ini lebih minat menyiasat reporter. Reporter ini cumanya buat liputan berita sahaja tetapi mereka disiasat, ditekan sehingga telefon bimbit mereka ditahan, simcard mereka ditahan selama lapan jam, buat apa? Yang perlu disiasat itu adalah seperti tokoh korporat yang boleh dikatakan terkenal di dalam negara, ‘Kentucky Fried Chicken fame’, Datuk Ishak Ismail. Saya rasa kawan sebelah sana pun amat kenal dia. Kena ambil tindakan terhadapnya tetapi tidak ada tindakan diambil, sebaliknya menekan reporter dengan taktik terrorism. Tekan reporter pada halnya yang sepatutnya kena heret untuk siasatan adalah Datuk Ishak Ismail dan juga Datuk Ismee Ismail termasuk Datuk Azizan Abdul Rahman, suami kepada Pengerusi Securities Commission. Memang suaminya dia tidak akan heretlah, mungkin terus tutup lagi.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sedar atau tidak akan perkara ini? Kalau sedar, apakah Securities Commission perlu ambil supaya mahkamah kita boleh ada business, ada perniagaan, boleh heret mereka ini ke mahkamah untuk kepentingan negara? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju – balik kepada institusi itu sendiri perlu mempertahankan kewibawaan dan integritinya. Sebagaimana yang saya sebut tadi berkaitan dengan mahkamah, begitu juga dengan institusi lain seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Kalau kuasa kita boleh beri, kita Parlimen, kita beri banyak kuasa kepada banyak badan tetapi tidak dijaga, tidak diambil tindakan yang sepatutnya – contohnya seperti tangkapan terhadap setiausaha politik bekas Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Tasek Gelugor yang sampai hari ini tiada tindakan sedangkan telah tersebar dalam berita bagaimana beliau ditahan dengan duit berjuta dalam rumah. Peti besi sampai 48 biji. Apa peti besi buat dalam rumah sampai 48 biji?

■1600 Ini menimbulkan persepsi bahawa ada orang lebih tertinggi terlibat sebab itu tidak ada ambil tindakan. Jadi akhirnya rakyat akan persoalkan kewibawaan dan integriti badan tersebut sama ada mahkamah, SPRM ataupun Suruhanjaya Sekuriti.. Mana-mana badan yang kita Parlimen telah berikan kuasa sepatutnya melaksanakan kuasa mereka without fear or favor, dengan izin. Mereka perlu melaksanakan apa yang orang kata ‘cakap serupa bikin’. Kamu diberi kuasa kamu buat. Jangan kira kerana ini daripada pembangkang kita lanyak cukup-cukup, yang daripada kerajaan kita pejam mata ataupun tutup terus seperti yang berlaku kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju sama ada Suruhanjaya Sekuriti ataupun SPRM tidak ada tindakan yang dilihat diambil. Maka ini menimbulkan persepsi kepada rakyat ada sikap double standard dalam penguatkuasaan sekali gus mempertikaikan ataupun meletakkan badan-badan tersebut termasuk dalam kes yang saya sebut dalam bahas ini iaitu mahkamah diletakkan dalam suasana dipertikaikan kewibawaan dan integriti mereka.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ada lagi?

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan juga terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya sebutkan tadi mengenai dengan Securities Commission ini sama ada Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa siasatan yang dijalankan oleh Securitties Commission terhadap tiga orang pemberita Cik B.K. Sidhu, Business Journalist dari akhbar The Star yang disoal siasat selama lapan jam tanpa henti pada hari Rabu, 23 Jun 2010. Tindakan SC ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia ini.

Kedua, Encik Azlan Abu Bakar dari akhbar Business Times beliau disoal siasat sehari selepas Cik B.K. Sidhu. Ketiga, Cik Dalila Abu Bakar dan Encik Ishun P. Ahmad dari akhbar The Malaysian Reserved yang disoal siasat secara kasar pada hari Isnin, 28 Jun 2010. Pada halnya Yang Berhormat setuju atau tidak bahawa SC perlu ambil tindakan seperti pihak SC janganlah menyalahgunakan kuasa atas Akta Pesuruhanjaya Sekuriti 1993 dengan menginvokasi Seksyen 134 di mana Seksyen 134(2) menyatakan, sesiapa yang dibawa untuk soal jawab oleh SC adalah dituntut oleh undang-undang untuk menjawab semua soalan. Dia tidak boleh menolak untuk tidak menjawab mana-mana soalan walaupun menjawab soalan boleh menyebabkan ia dituduh di bawah mana-mana kesalahan – tends to incriminate her di bawah seksyen yang sama.

Kedua, sama ada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu setuju bahawa pihak sekuriti mesti bersikap...

final • 3:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mencelah - panjang sangat ini.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bersikap memilih-milih dengan penyiasatan yang merujuk kepada Kenmark Industrial Berhad dan Datuk Ishak Ismail.

Ketiga, pihak SC tidak konsisten dan didapati cuai dalam penyiasatan dalam amalan- amalan penyalahgunaan kuasa oleh individu atau syarikat tersenarai dan manipulasi pasaran - market rigging.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Keempat, pihak SC tidak efisien dalam tanggungjawab...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat telah mencelah, Yang Berhormat

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, saya hendak tanya dia sama sekejap lagi. Pihak SC tidak efisien dan tanggungjawab ‘pedantically’ mengawal selia dan memantau hal ehwal dalam syarikat tersenarai itu sendiri. Pihak SC menyedar diri beberapa kes percanggahan kepentingan conflict of interest tetapi gagal mengambil tindakan selanjutnya.

Keenam, pihak SC telah cuai dalam menjaga kepentingan pelabur dari kalangan awam dan ia menyebabkan Bursa Saham Malaysia mengalami kejatuhan reputasi.

Bukankah semua ini tingkah laku Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti ini akan menyebabkan keadaan yang suasana yang tidak baik dalam negara di mana kita tidak tahu ada pindaan- pindaan yang seperti ini untuk mengemaskinikan mahkamah. Lebih baik kita turut akta dahulu oleh kerana badan-badan penguatkuasaan ini, enforcement agencies dengan izin tidak menjalankan tugas mereka dengan baik dan berwibawa. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sekejap Yang Berhormat ada point of order.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Lanjutan daripada isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan juga

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya hendak bertanya berkenaan Peraturan Mesyuarat 60... Maaf 59(1) dan 59(4). Boleh saya bacakan?

P.M. 59(4), “Setelah selesai Jawatankuasa menimbangkan rang undang-undang yang diserahkan balik menurut syarat-syarat peraturan ini, ahli yang menjaga rang undang- undang itu hendaklah mencadangkan, ‘iaitu rang undang-undang ini (seperti yang telah dipinda setelah diserahkan balik) dimaklumkan kepada Majlis’ dan masalah berkenaan dengan usul ini hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas.” Saya hendak merujuk kepada lanjutan apa yang dibangkitkan pada hari ini untuk membincangkan tentang integriti pindaan rang undang-undang yang dibawa pada hari ini.

Walaupun sekarang menyentuh tentang rang undang-undang berlainan. Saya hendak rujuk kes semalam yang saya bangkitkan di bawah Peraturan Mesyuarat 59(1) yang mana tidak ada prosedur yang disyaratkan oleh Peraturan Mesyuarat 59(4) dilakukan. Di mana satu perisytiharan mestilah dibuat, di mana pembetulan telah dibuat dan ahli yang menjaga peraturan itu mestilah membuat perisytiharan. Saya mohon ruling daripada Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat ini tidak ada kena mengena dengan ucapan saya.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sebentar Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Memang saya tidak ada niat untuk rujuk kepada dia.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya mendengar semalam bahawa rakan saya Timbalan Yang di-Pertua telah membuat keputusan terhadap peraturan mesyuarat Yang Berhormat kemukakan. Keputusan itu adalah keputusan muktamad daripada the preceding speaker ketika itu. Peraturan Mesyuarat jika Yang Berhormat tidak berpuas hati dengan keputusan itu Yang Berhormat boleh kemukakan dalam bentuk yang lain.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak berhasrat untuk mengkaji semula keputusan yang telah dibuat semalam.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya membangkitkan Peraturan Mesyuarat 59(4) sekarang bukannya 59(1) sebagaimana yang Tuan Yang di-Pertua maklumkan tadi.

Saya minta ruling untuk Peraturan Mesyuarat 59(4).

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya rasa keputusan telah diputuskan, Yang Berhormat. Semalam telah diputuskan dan ketika ini pun perkara itu sudah berlalu. Saya tidak berhasrat untuk mengkaji semula keputusan yang telah dibuat.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya ingin bertanya adakah maksud Peraturan Mesyuarat 59(4) ini adalah selepas selesai. Bermakna hari ini selepas selesailah itu.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

I won’t address this matter now. Saya tidak akan mengemukakan masalah ini sekarang, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya bertanya perkara ini Tuan Yang di- Pertua kerana dua orang Ahli Parlimen Bebas kita ini bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kredibiliti pindaan rang undang-undang. Jadi saya rasa sesuai untuk saya mencelah untuk bertanya berkenaan Peraturan Mesyuarat 59(4) ini. Semalam tidak

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

ada disebut pindaan itu dibuat dengan terang dibacakan oleh ahli yang menjaga rang undang-undang itu.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya rasa dengan keputusan yang dibuat saya tidak akan kaji lagi. Isu Yang Berhormat bawa ini ialah isu yang berlaku semalam dan tidak ada kaitan pun dengan perbahasan kepada rang undang-undang pada kali ini.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, isu yang saya bawakan ini adalah dengan niat untuk tidak memanjangkan perkara ini sebab perbincangan yang kami buat ada pandangan menyatakan sekiranya pembetulan tidak dibuat segera ia mungkin akan melibatkan peringkat kedua iaitu di perbahasan ataupun rang undang- undang yang dibawa di peringkat Dewan Negara.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Peraturan Mesyuarat 59(1) memang panjang dan menjelaskan dengan terang bahawa sesuatu rang undang-undang itu boleh dikemukakan semula apabila ditolak atau dibangkang kerana berlaku kesilapan dalam interpretasi ataupun...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itulah keputusan saya Yang Berhormat dan rang undang-undang semalam telah pun diluluskan oleh Dewan.

final • 4:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Adakah itu satu ruling?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, itu keputusan saya tentang isu yang dibawa sekarang ini. Saya tidak menyentuh tentang isu yang dikemukakan semalam kerana isu tersebut telah pun diputuskan oleh Yang di-Pertua sebelum itu dan peraturan mesyuarat memberi ruang untuk Yang Berhormat mengemukakan ulasan dalam bentuk usul yang lain mengikut peraturan mesyuarat yang lain. Sekarang ini saya katakan bahawa rang undang-undang semalam itu telah pun diluluskan dan itulah keputusan saya tentang peraturan mesyuarat yang Yang Berhormat bawa pada ketika ini.

final • 4:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah maksudnya rang undang-undang semalam telah dibawa dan diputuskan dengan pindaan atau tanpa pindaan?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Keputusan seperti yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri semalam. Itulah usul yang telah diluluskan, rang undang-undang yang telah diluluskan. Okey, sila teruskan.

final • 4:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kulim Bandar Baru.

final • 4:10 PM

Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota

Maksudnya tanpa pindaan?

final • 4:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti yang saya sebut untuk menjawab rakan saya Yang Berhormat Wangsa Maju bahawa kita, Parlimen boleh beri sebanyak mana kuasa atau bidang kuasa kepada satu-satu badan terutamanya badan penguat kuasa tapi kalau badan itu sendiri tidak mempertahankan kewibawaan dan integritinya dengan pelaksanaan yang bebas dan adil...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat, ada pengumuman. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Tang Xianqiang dari Vice Chairman of the People’s Congress of Jilin Province dan delegasi. Diharap lawatan ini akan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan China. [Tepuk] Ya, sila teruskan Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti yang saya sebut, apa yang dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Wangsa Maju ialah supaya badan-badan yang diberikan kuasa serta mandat penguatkuasaan dan pelaksanaan ini menjaga atau mempertahankan kewibawaan dan integriti mereka dengan melaksanakan kuasa yang diberikan itu dengan adil, telus dan bebas seperti contoh yang telah diberikan. Tindakan perlu diambil tanpa mengira siapa

final • 4:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

pihak yang terlibat, sekiranya berlaku sesuatu, tindakan boleh diambil. Jangan dibiarkan kerana ini akan menimbulkan persepsi kepada rakyat bahawa ada pilih kasih ataupun selective prosecution di dalam kes-kes tertentu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, hanya satu point lagi saya nak sebut berkenaan dengan pindaan kepada Akta Mahkamah Rendah ini iaitu bersabit dengan integriti mereka daripada segi soal penggunaan bahasa. Saya dapati di mahkamah sekarang ini, dulu kita ada satu peraturan di mana prosiding di mahkamah hendaklah menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa lain boleh digunakan mengikut budi bicara kepada hakim-hakim yang terlibat.

Saya kira mahkamah perlu tegas dalam isu ini kerana isu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu adalah isu yang bersabit dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang perlu dihormati oleh semua warganegara tidak kira apa bangsa dan latar belakang.

Sekiranya dalam kes-kes tertentu ada masalah dihadapi berkaitan dengan penggunaan bahasa Malaysia ini, bolehlah permohonan dikemukakan kepada mahkamah tetapi tidak boleh sepatutnya seperti yang diamalkan sekarang ini, penggunaan bahasa ini tidak diberikan penegasan yang jelas oleh mahkamah.

Jadi secara umumnya Tuan Yang di-Pertua, saya hanya bersedia menyokong pindaan kepada Akta Mahkamah Rendah ini sekiranya ianya dibuat secara menyeluruh dengan mengambil kira semua permasalahan lain yang terlibat. Tidak ada gunanya kita memberikan bidang kuasa yang lebih kepada Mahkamah Sesyen sekiranya pegawai- pegawai mahkamahnya sendiri tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab baru yang lebih besar ini.

Bagi mengatasi masalah accessibility kepada mahkamah ini Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya diwujudkan mahkamah-mahkamah litar dan pelantikan peguam- peguam kanan untuk mengadili sesuatu kes mengikut bidang kepakaran mereka berdasarkan pendekatan piecemeal basis. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan pindaan rang undang- undang untuk Mahkamah Rendah ini. Saya turut mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memperbaiki sistem kehakiman dengan memperkenalkan pindaan rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita mahu melakukan keadilan, kadangkala kita merasakan apa yang kita lakukan adalah baik. Adakah pindaan ini mengambil kira kehendak dengan izin, stakeholders kita? Misalnya pihak pengamal-pengamal undang- undang, institusi kehakiman sendiri, badan kehakiman di mana melibatkan pegawai- pegawai yang bekerja dan lebih-lebih lagi pihak-pihak yang terbabit dalam kes-kes mahkamah.

Jadi, pada beberapa bulan yang lepas kita mendengar mahkamah telah mencari jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah kes-kes tertunggak di mahkamah. Kita menghargai inisiatif ini dan dengan itu kita nampak lahirnya apa yang dinamakan KPI dengan izin iaitu Key Performance Indicators.

KPI ini memang satu pendekatan yang baik untuk mengatasi masalah kes tertunggak tetapi dalam keghairahan kita hendak membawa perubahan yang positif dalam proses menjalankan kehakiman yang adil, biarlah kita mengambil kira jalan yang sesuai untuk semua pihak yang terbabit. Di antara maklum balas yang saya perolehi Tuan Yang di- Pertua, saya dapati beberapa maklum balas daripada beberapa rakan yang menjadi peguam dan juga pengamal undang-undang termasuk pendakwa raya.

Saya dimaklumkan bahawa mahkamah sekarang ini memang betul mementingkan KPI dan statistik. Kes banyak dijalankan tanpa mengambil kira hak dan keadilan mereka yang terlibat. Asalkan kes dapat diselesaikan untuk memenuhi kehendak mahkamah.

Dikatakan juga mahkamah tidak akan benarkan sebarang penangguhan kes walaupun ada

final • 4:16 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

sebab yang kukuh untuk menangguhkan sesuatu kes tersebut. Ini satu perkara yang perlu kita teliti Tuan Yang di-Pertua. Saya mengharapkan agar mahkamah dapat menggunakan judicial discretion, dengan izin, dengan sebenarnya tanpa takut dimarahi oleh orang atasan.

Kalau kita dengar beberapa rakan tadi juga ada menyentuh perkara ini di mana mereka takut dengan pihak atasan mereka, jadi ini tidak begitu sihat Tuan Yang di-Pertua.

Dalam satu kes lagi di mana ia melibatkan discharge not amounting to an acquittal (DNAA) dengan izin, dengan mudahnya kes dapat selesai tanpa sebab munasabah semata-mata untuk menyelesaikan kes tersebut. Kalau pendakwa berhasrat untuk menuduh semula, mereka terpaksa mendaftar semula kes tersebut dan hendaklah mendaftarkan nombor baru. Jadi, sama ada ini perkara yang benar ataupun tidak kerana saya bukanlah seorang pengamal undang-undang lagi.

Jadi saya mengharapkan perkara ini ditelitikan juga supaya ia tidak menjadikan satu amalan yang tidak sihat di kalangan institusi kehakiman dan juga di kalangan pengamal-pengamal undang-undang yang telah menyuarakan hasrat mereka dan juga ketidakpuasan hati mereka.

Jadi di sini saya membahaskan perkara ini, membawa perkara ini supaya ianya menjadi satu faktor yang bukan sahaja dibawa oleh rakan kita di sebelah pembangkang.

final • 4:16 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Bermakna kita di pihak kerajaan juga amat prihatin dan berasa amat bimbang sekiranya perkara ini berlaku dan ia tidak mengambil kira keadilan untuk semua pihak.

Sebenarnya ini akan menyusahkan bukan sahaja pendakwaan - pihak pendakwa tetapi juga pihak yang tertuduh. Ini bermakna kalau sekiranya kes itu terpaksa didaftar semula mereka terpaksa berulang alik ke mahkamah untuk pergi mendengarkan kes tersebut. Jadi di kalangan rungutan yang disuarakan kepada kita juga oleh para pengamal undang- undang ialah mahkamah tidak membenarkan penangguhan apabila pegawai-pegawai mahkamah diminta untuk menduduki peperiksaan untuk kenaikan pangkat PTK misalnya.

Saya mengharapkan pihak yang berkuasa untuk menyiasat perkara ini kerana keadaan ini boleh menakutkan graduan dalam jurusan undang-undang untuk menyertai perkhidmatan dalam bidang kehakiman kita ataupun menyertai dalam institusi mahkamah dan juga dalam perkhidmatan kerajaan. Bagi mereka kalau kita tidak memelihara perkhidmatan atau kebajikan mereka. Kenapa mereka perlu menyertai perkhidmatan kerajaan.

Jadi kalau kita misalnya tidak cukup pegawai demi kebaikan dan kebajikan pegawai-pegawai mahkamah, rekrutlah. Rekrut ambil pegawai-pegawai baru lebih ramai lagi supaya kita tidak mempunyai masalah ini kerana kita telah mengenal pasti ini adalah salah satu dari masalah yang kita hadapi. Jadi kita boleh rekrut semula. Saya percaya ramai sekarang ini para graduan dalam bidang jurusan undang-undang. Tadi ada juga ternampak dari England, universiti dari England datang ke mari. Jadi situ kita tahu kita mempunyai ramai para pelajar yang berpotensi untuk kita rekrut. Kalau itu sudah menjadi masalah kita kenal pasti, kita rekrutlah.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak-pihak terlibat boleh menyelesaikan perkara ini dengan bijaksana untuk menarik perhatian graduan untuk menyertai perkhidmatan di badan kehakiman kita. Kita perlu menyediakan skim perkhidmatan yang menarik untuk mereka. Saya ingin hendak jelaskan di sini juga. Ada kalanya memang skim itu memang ada, bagus. Tinggal pelaksanaannya tidak bagus. Jadi mereka yang terbabit atau mereka yang termasuk dalam golongan mereka yang menguatkuasakan perkara ini perlulah mengambil kira supaya ianya tidak menjadi masalah kepada kerajaan dan juga institusi kehakiman.

Satu lagi perkara yang saya hendak dengan izin, highlight di sini. Hari ini kita membahaskan rang undang-undang pindaan. Saya percaya ianya untuk memperbaiki peraturan yang ada. Namun apa yang saya dapat maklum juga terdapat kaedah-kaedah dan prosedur mahkamah tidak dipatuhi. Misalnya kalau sesuatu kes itu hendak difailkan, maka beberapa kaedah tertentu perlu dipatuhi di mahkamah. Contohnya mahkamah tetapkan tarikh pendengaran sesuatu kes rayuan. Jadi beberapa dokumen tertentu perlu difailkan juga di mahkamah. Akan tetapi ini kadang kala saya dimaklumkan ia tidak dipatuhi.

Kalau ianya betul Tuan Yang di-Pertua, ini satu tindakan yang begitu serius perlu dilihat

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

oleh pihak-pihak yang tertentu. Ini sudah tentu tidak mengikut kaedah mahkamah yang juga yang perlu dipatuhi kita. Kita bercakap ini mengenai rang undang-undang, mengenai undang-undang, mengenai akta-akta dan ianya perlu dipatuhi. Kalau tidak diikuti dan tidak dipatuhi buat apa kita bercakap mengenai mengikuti peraturan undang-undang.

Jadi tidak guna juga kita hendak bercakap fasal meminda undang-undang, kalau kita tidak mematuhinya kita tidak begitu serius mengenai hasrat kita. Oleh kerana hasrat kita hendak menyelesaikan kes supaya tidak berlaku tunggakan kes. Saya mengharapkan pihak yang berkuasa mengkaji dan meneliti rungutan-rungutan yang telah disuarakan oleh mereka yang mengamalkan undang-undang.

Kebelakangan ini Tuan Yang di-Pertua, saya amat bimbang saya memerhatikan seolah-olah di kalangan pengamal-pengamal undang-undang di negara kita ini mempunyai persepsi yang tidak begitu positif terhadap institusi kehakiman dan juga kerajaan. Jadi seolah-olah mereka langsung memang tidak menyokong kita. Sama ada ini satu perkara yang benar ataupun tidak tetapi kita melihat sendiri, kita menyaksikan sendiri apa yang berlaku kebelakangan ini.

Saya faham hasrat kerajaan hasrat yang baik dan saya percaya kedua-dua pihak ini, pengamal undang dan juga mereka yang bertanggungjawab untuk membawa pindaan undang-undang ini dan mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan undang- undang ini boleh duduk bersama-sama berbincang. Saya tidak pasti sama ada sebelum rang undang-undang ini masa ia didrafkan sama ada pihak-pihak yang tertentu yang mempunyai direct interest, dengan izin. Sama ada mereka ada dibawa bersama-sama untuk berbincang supaya kedua-dua pihak boleh mencapai satu keputusan win-win ataupun menang-menang dalam perkara ini demi untuk kebaikan dan keadilan rakyat kita, rakyat sejagat. Kerana kita sama-sama bertanggungjawab sama ada institusi kehakiman dan juga para pengamal undang-undang bertanggungjawab terhadap keadilan yang diadakan untuk rakyat kita. Sebab itu kita ada undang-undang. Saya percaya persefahaman ini boleh dicapai oleh kedua-dua pihak. Saya juga mengharapkan melalui pindaan rang undang- undang ini maka lebih berkesan lagilah penguatkuasaan undang-undang.

Jadi sebelum saya mengakhiri saya ingin juga menyeru kepada mereka yang menjadi pengamal undang-undang sebab saya lama sudah tidak pergi ke mahkamah lagi.

Lebih 20 tahun. Jadi apa yang menjadi masalah yang selalu dihadapi pada zaman dahulu masa saya pergi mahkamah ialah yang selalu menjadi rungutan di mahkamah ialah di kalangan peguam-peguam, mereka commit dengan terlalu banyak kes. Jadi ada di kalangan mereka tidak dapat hadir di mahkamah yang satu lagi di mana mereka terpaksa hadir di mahkamah yang satu lagi. Jadi mungkin ini pun boleh dikaji ia mungkin menyumbang kepada tertunggaknya kes. Saya berharap mereka boleh berbincang mengenai perkara ini supaya dapat memutuskan satu peraturan ataupun satu amalan yang baik bagi kedua-dua pihak.

Akhir sekali saya hendak menyentuh mengenai kemudahan ataupun facility di dalam mahkamah kerana kita semakin hari semakin banyak mendapat kes yang melibatkan kanak-kanak. Hanya beberapa buah mahkamah yang mempunyai ruang dan kemudahan yang sesuai untuk saksi-saksi yang melibatkan kanak-kanak ini. Saya berharap di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini kerajaan mengambil kira design dalam sesebuah bangunan mahkamah supaya ianya mengambil kira saksi-saksi yang melibatkan kanak- kanak ini kerana mungkin mereka tidak berani berhadapan dengan orang yang tertuduh yang mungkin di kalangan ahli keluarga mereka sendiri. Jadi saya mengharapkan perkara ini diambil serius oleh pihak yang boleh membantu dalam membangunkan design dalam mahkamah ini.

Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya sekali hendak menyeru di sini agar kedua-dua pihak pengamal undang-undang, peguam-peguam yang bertugas sama ada di mahkamah ke apa dan pihak yang membuat keputusan yang mempunyai kuasa terhadap mahkamah ini berbincanglah sesama sendiri supaya kita dapat satu jalan yang terbaik untuk semua pihak. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyokong. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seremban.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

(cid:1)1630

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam meminda Akta Mahkamah Rendah 1948. Satu pindaan yang penting adalah di bawah seksyen 65, di mana bidang kuasa Mahkamah Sesyen akan dinaikkan daripada RM250,000 sehingga RM1 juta dan Mahkamah Sesyen selepas habis pindaan ini dapat bidang kuasa untuk unlimited jurisdiction kes RM10 juta pun boleh difailkan di Mahkamah Sesyen, jikalau kedua-dua belah pihak, iaitu pihak plaintif dan defendan menandatangani satu surat perjanjian dan masukkan di mahkamah dan lain-lain ialah, apa-apa yang diberikan kepada Mahkamah Tinggi akan dipindah ke Mahkamah Sesyen seperti injunksi, specific performance, deklarasi orders dan recision of contract dan lain-lain.

Selepas pindaan ini, apa yang saya inginkan ialah banyak kes yang dahulu difailkan di Mahkamah Tinggi akan dimasukkan ke Mahkamah Sesyen dan pindaan ini akan dibuka open the flood gates to all the Session Courts, dengan izin throughout Malaysia dan sebab ada banyak kes di Mahkamah Sesyen, maka mesti ditambah hakim, lebih court rooms, lebih staf, lebih supporting staff dan lain-lain. Selepas pindaan ini kita mesti ada satu situasi di mana bottom heavy dan top light, apa ertinya daripada bottom heavy dan top light ialah kes-kes yang dahulu difailkan di Mahkamah Tinggi, akan masuk ke Mahkamah Sesyen dan lain-lain kes pun dimasukkan ke dalam Mahkamah Sesyen.

Terdapat banyak aduan pada masa ini daripada peguam-peguam yang pergi ke mahkamah, seperti yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat lain, there is so much of emphasis kepada KPI, banyak peguam yang pergi ke mahkamah tidak berpuas hati dengan KPI. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, litigants do not come to the court to prostitute their legal rights, and give away to KPI. Apa yang penting dalam mahkamah ialah justice dan keadilan bukan KPI, banyak hakim dan majistret datang ke mahkamah pagi dipanggil kes untuk kes-kes jenayah. Saya suka bagi satu contoh seperti di bawah seksyen 180 CPC yang saya ada bangkitkan suatu ketika dahulu. Waktu pagi dipanggil kes tanpa membaca nota-nota keterangan daripada saksi-saksi, tanpa menyemak exhibits dalam fail mahkamah sebab dia mahu KPI, disebabkan mahu menghabiskan kes yang banyak, dia mahu memberi satu laporan yang panggil pergi bela diri. Semua Ahli Yang Berhormat di sini tahu di bawah seksyen 180 ialah mahkamah ada dua pilihan, pilihan yang pertama ialah buang kes, manakala pilihan yang kedua ialah membela diri. Tetapi saya merayu kepada Menteri yang berkenaan untuk membuat satu pindaan di bawah seksyen 180 CPC, sebab banyak litigant atau OKT-OKT pergi ke mahkamah bertanya, “kenapa hakim memberikan satu keputusan atau majistret memberi satu keputusan tanpa memberi alasan the reasons for why defence is called”, dengan izin.

Seksyen 180 seperti yang ada pada hari ini, mahkamah tidak perlu memberikan alasan kepada OKT, tetapi saya merayu kepada Menteri yang berkenaan buat satu pindaan di bawah seksyen 180 untuk memberikan satu subsection dikatakan apabila membela diri, apabila kita memanggil satu OKT membela diri di mahkamah, mesti memberi alasan.

Sebab hak OKT untuk mengetahui mengapa mahkamah menyuruhnya membela diri, jikalau tidak memberi alasan di bawah seksyen ini banyak OKT bertanya macam mana saya hendak menyiapkan pembelaan saya, “how am I to prepare for my defence if I do not know what is the reason”, jikalau saya tidak tahu kenapa mahkamah memanggil saya membela diri.

Seperti yang dikatakan oleh banyak Ahli Yang Berhormat yang lain, far too much on KPI. Apa mahkamah-mahkamah atau majistret-majistret dan Hakim Mahkamah Sesyen ialah dia ingat statistik sahaja, dia ingat untuk hantar laporan-laporan pada waktu petang sahaja kepada ketua hakim, sebab dia mahu mendapat satu nama baik, satu laporan yang baik. Tetapi apa yang penting ialah keadilan kepada OKT dan bukan KPI. Terdapat satu lagi aduan saya dapat daripada peguam-peguam lain yang mengatakan berkenaan dengan conduct of DPP and PO dalam kes-kes jenayah.

Saya bukan cakap semua DPP, 95% DPP dan PO adalah okey, tetapi ada 5%.

Ada incident di mahkamah sebelum kes dibicarakan, DPP atau PO boleh masuk dalam kamar mahkamah untuk bincang kes. Sebelum kes dibicarakan dia masuk dalam kamar selama 15 minit, apa yang DPP dan majistret buat selama 15 minit kita tidak tahu, bila

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

keluar daripada kamar majistret kes dipanggil untuk dibicarakan, it is the perception that is important. Kalau kita tanya ada satu kes di Seremban lebih kurang 25 tahun dahulu saya ada tanya apa mereka bincangkan, dia kata, “oh, kita bukan bincang you punya kes, kita bincang golf”. Saya tidak ada apa-apa bantahan kalau dia bincang golf, tetapi apa yang saya katakan di sini, what is the perception that you are giving to the OKT, apa perception kita bagi kepada OKT. Ada banyak pelanggan tanya, apa ini PO masuk dalam kamar majistret , DPP masuk...

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Tawar-menawar.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Ini bukan tawar-menawar, ini okey. Kalau tawarmenawar iaitu tiga orang pun masuk, peguam DPP bincang dengan majistret. Kalau DPP sahaja masuk dalam kamar hakim, it is a breach of etiquette of the court dan saya harap, saya akan hantar satu signal kepada kamar Attorney General untuk mengatakan ini adalah, it is a breach of court, it is a breech of etiquette of the court for the DPP. Saya bukan cakap semua, saya cakap 5% sahaja yang masuk dalam kamar untuk bincang kes.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan di sini banyak kes akan dimasukkan kepada Mahkamah Sesyen selepas pindaan ini dan kita akan tambah hakim serta support staff dan lain-lain seperti yang saya katakan. Tetapi ada satu, saya suka sebut sedikit tentang gaji-gaji atau salary scale untuk hakim di Session Court Judges dan Hakim di Mahkamah Tinggi. Ada satu jurang yang besar. There is a big gap between the salary scale of the Session Court Judges and the High Court Judges. Semua hakim di Mahkamah Tinggi dapat gaji lebih kurang RM30,000 sebulan.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

The High Court Judges are paid about more or less RM30,000 sebulan. Saya tidak ada apa-apa bantahan. Akan tetapi selepas pindaan, banyak kes di Mahkamah Sesyen, kerja dinaikkan tetapi the gap is that di masa ini gaji untuk Hakim Mahkamah Sesyen ialah RM7,000 sehingga RM9,000 sahaja. This is what I have come to know. So, there is a big gap. Jikalau selepas kita membuat pindaan, saya merayu kepada kerajaan untuk semak balik salary structure, bukan sahaja Hakim Sessions Court sahaja tetapi semua orang di support staff, Jurubahasa Bahasa Cina, Jurubahasa Bahasa Tamil dan semua staf-staf yang lain. Saya harap kerajaan boleh semak balik.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, gaji Ahli Parlimen lebih rendah daripada itu.

final • 4:40 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Ya. Itulah. [Ketawa] Walaupun kita Ahli Parlimen, kita dapat lebih kurang RM15,000 sahaja.

final • 4:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Turunkan gaji Ahli Parlimen.

final • 4:40 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Saya ingat kita punya gaji mahu naiklah.

Betul Tuan Yang di-Pertua? Kita mahu semak balik kita punya gaji. Hakim Mahkamah Tinggi dapat RM30,000, saya tidak ada bantahan itu tetapi there is a big gap dan support staff dan lain-lain di Mahkamah Rendah dan Sessions Court mesti disemak balik dia punya gaji. Bidang kuasa majistret pun selepas pindaan, daripada RM25,000 naikkan sehingga RM100,000.

Isu yang lain saya akan bangkitkan ialah berkenaan dengan MACC. Banyak kes daripada MACC datang kepada Mahkamah Sesyen. So, this is connected to the bill before this honorable House. Di masa ini MACC boleh siasat kes, boleh buat tangkapan tetapi tidak ada bidang kuasa untuk tuduh orang-orang dalam mahkamah. The MACC is without any ‘bite’, they have the power. Dia ada bidang kuasa tetapi tidak ada bidang kuasa untuk tuduh orang di mahkamah.

Oleh sebab itu, saya merayu kepada menteri yang berkenaan untuk semak balik seksyen 145(3) di Perlembagaan Malaysia, to review the particular section untuk berikan hak untuk MACC untuk tuduh OKT-OKT dalam mahkamah. Tadi satu Yang Berhormat Ahli Parlimen ada mengatakan kepada quality of justice dalam mahkamah. Banyak untuk kes- kes sivil, seperti kita bandingkan dengan 20 tahun dahulu, peguam-peguam ada banyak kerja untuk kes sivil, bundle of pleading, bundle of documents dan termasuk juga Q&A.

final • 4:40 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Kenapa kita mahu failkan Q&A kerana saya ingin di dalam High Court rules, tidak ada apa- apa kaedah yang mengatakan peguam mesti mahu failkan Q&A sebelum membicarakan satu kes?

Selain daripada itu, saya ingin kertas kerja akan diterangkan dalam mahkamah.

Seperti di Singapore, untuk hujah-hujah bertulis boleh hantarkan melalui email. Keputusan mahkamah boleh dapat dari Kamar Hakim melalui email. Banyak peguam-peguam tidak perlu pergi mahkamah. A lot of things can be done by way of email. Lebih kurang tiga bulan dahulu ada satu laporan dibuat terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Negeri Sembilan. Ini kes berkenaan dengan MACC. Satu report ada dibuat kepada MACC di headquarters Putrajaya oleh seorang pengadu dan masa ini sudah tiga bulan.

Akan tetapi, setakat hari ini kita tidak dapat apa-apa jawapan daripada MACC.

Saya akan tanya tiga soalan kepada MACC. Pertama, adakah ambil apa-apa statement daripada sesiapa? Saya tidak ada cakap Yang Berhormat Menteri Besar ada terlibat dalam rasuah atau apa-apa. Walaupun lesen diberikan kepada money changer di Seremban sudah dibatalkan, sebab allegation di atas Datuk Seri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan katakan dia ada hantar RM10 juta kepada satu negara yang lain. Saya mahu tahu, adakah setakat hari ini MACC ambil statement daripada sesiapa yang terlibat dalam kes ini? Adakah sesiapa ada buat tangkapan di atas sesiapa di atas aduan ini? I want to know what is the silence? Kenapa tidak ada apa-apa jawapan daripada MACC?

Soalan yang ketiga, adakah sesiapa ditangkap dalam kes ini? Ini hal terjadi di Seremban dan saya mahu tahu– saya suka dapat tiga jawapan daripada menteri yang berkenaan. Itu sahaja Tuan Speaker. Terima kasih kepada Tuan Speaker.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Speaker.

Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya bukan tidak bersetuju dengan pembentangan pindaan mengenai seperti yang dicadangkan. Akan tetapi saya mengatakan di sini untuk tujuan rekod, keutamaan Jabatan Perdana Menteri berkenaan hal ehwal undang-undang tidak bertepatan dengan keadaan masyarakat Malaysia pada hari ini.

Benar, isu perundangan mampu menyelesaikan masalah masyarakat. Akan tetapi saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri melihat perundangan juga mampu menyelesaikan permasalahan kemiskinan, dengan izin, the legal empowerment can also eradicated poverty. Apa yang saya maksudkan di sini ialah di sebuah negara yang tahap pembangunannya sudah hampir 50 tahun lebih, apabila isu seperti integriti belum selesai, isu, dengan izin, access to justice belum selesai, isu empowerment atau pun isu memperkasakan masyarakat belum selesai. Saya rasa isu terakhir yang hendak dibincangkan ialah isu mengenai isu bidang kuasa, isu berapa juta untuk Mahkamah Sesyen dan sebagainya. Itu bagi saya ialah isu yang terakhir yang akan dibincangkan.

Tuan Yang di-Pertua, pada kira-kira pada tahun 2008, satu suruhanjaya telah dibentuk oleh UNDP untuk kepentingan semua negara-negara di dunia yang mana telah mencadangkan perkara-perkara yang mampu menyelesaikan masalah kemiskinan melalui pendekatan perundangan, dengan izin, apa yang dipanggil sebagai commission of legal empowerment for the poor.

Tuan Yang di-Pertua, kita saban hari melihat di dalam naskhah-naskhah surat khabar, di dalam media-media di negara, ada isu-isu seperti isu-isu orang miskin tidak mendapat pembelaan yang baik, isu-isu mengenai keluh kesah mengenai integriti kehakiman, isu-isu mengenai bagaimana sebuah negara maju sedang membincangkan agenda ekonomi berpendapatan tinggi. Kita masih lagi lihat– saya beri contoh di Balik Pulau. Ya betul, ada Mahkamah Majistret. Pernah atau tidak kita check tahap literasi perundangannya, legal literacynya di tahap mana? Pernah atau tidak kita terfikir bagaimana apa dipanggil sebagai access to justice juga merupakan satu indicator atau pun kayu penunjuk untuk satu-satu agenda yang dipanggil sebagai development policy.

final • 4:46 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, terbukti oleh kerangka Bank Dunia, kerangka Bangsa- bangsa Bersatu, kalau agenda yang saya katakan tadi, agenda integriti, agenda access to justice, agenda legal empowerment itu dibuat, ia menyumbang secara langsung kepada ekonomi atau pun, dengan izin, economic success of atau pun kita panggil kemewahan ekonomi.

final • 4:46 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Akan tetapi, dengan izin the flip of the coin ataupun secara reverse nya pula Tuan Yang di-Pertua, kegagalan sesebuah negara menyelesaikan isu ini juga menyumbangkan pada isu ekonomi. Terbukti laporan negeri-negeri, negara-negara dunia yang gagal menangani isu yang tadi saya katakan, access to justice, isu integriti, telah memberikan impak langsung pada tahap ekonominya.

Kita lihat Indonesia dengan agenda kita panggil dengan izinnya, law reform nya, reformasi perundangannya memberikan impak langsung pada ekonomi. Pada masa yang sama bukan terbentuknya mahkamah perlembagaan, terbentuknya asas-asas yang kita katakan tadi procedural nya itu. Tidak! Yang dipentingkan oleh warga dunia di mana isu-isu tadi itu? Isu integriti. Saya beri contoh yang ditekankan di Malaysia ialah KPI. KPI ini ialah dengan izin alat pengurusan. Ya, betul isu backlog of cases, isu kes-kes bertimbun mampu diuruskan dengan pendekatan KPI.

Akan tetapi, isunya di sini ialah Tuan Yang di-Pertua, di manakah satu lagi pendekatan yang sepatutnya seiringan American Bar Association (ABA,) ada memperkenalkan apa yang dipanggil sebagai integrity index ataupun dengan izin Rule of Law Index. Itu bicara di peringkat dunia. Mengapa? Ini kerana akhirnya sekali yang akan menjadi kayu ukur ataupun satu yang kita panggil sebagai penarik ialah apa yang dipanggil keyakinan dalam hal ini, rakyat Malaysia dan keyakinan warga dunia terhadap sistem perundangan kita.

Tuan Yang di-Pertua, demokrasi pembangunan dan juga negara hukum mempunyai kaitan yang langsung di dalam pembangunan sesebuah negara. Kalau pada hari ini Jabatan Perdana Menteri atau Menteri yang bertanggungjawab tidak mempunyai agenda khusus terhadap apa yang dipanggil access for justice yang semalam saya cuba kaitkan di dalam perbahasan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, akan timbul lagi isu contohnya rakyat dibebani oleh undang-undang.

Undang-undang sistem wujud bukan untuk membebankan dengan izin, sebab itu kita perlu berhati-hati dalam hal ini kerana kita tidak mahu yang diluluskan di dalam Dewan ini menjadi beban kepada rakyat. Dengan izin, certain structure, struktur tertentu kadang- kadang menjadi dinosaur, menjadi beban kerana isu di sini keberkesanannya, Bukannya isu orang kata bangunan besar, bangunan kecil. Isunya ialah isu integriti.

Oleh sebab itu saya yakin, saya menyinggung Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Saya tahu mengapa dia tidak putus-putus memperjuangkan isu, apa yang dipanggil integriti kehakiman. Tidak putus-putus. Saya tahu, saya kagum. Itu apa yang saya belajar daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Menteri, orang tidak akan bangga dengan Malaysia kalau kita datang, Ah! Kita ada Istana Kehakiman. Dahulu istana keadilan. Tiba- tiba perkataan keadilan hilang. Justice hilang di dalam kamus Malaysia, timbul dengan istilah kehakiman. Tidak mengapa. Akan tetapi kita segan-silu untuk bercakap mengenai keadilan kerana mungkin ada perkara-perkara yang kita jadi segan.

Kemudian, kita bercakap mengenai membangunkan Malaysia di bawah RMKe-10 dengan agenda-agenda apa yang saya panggil Greater Kuala Lumpur. Apakah Greater Kuala Lumpur? Kita bina pusat-pusat besar, di tanah-tanah besar, bangunkan ia supaya menjadi tarikan warga dunia. Orang lain berbicara mengenai perkara lain. Orang lain berbicara mengenai property rights, hak hartanah, business rights. Bagaimana kita hendak memperkasakan, mendayakan kelompok-kelompok yang dipanggil kelompok-kelompok bukan informal, business entrepreneur ataupun kelompok-kelompok usahawan yang orang kata tidak rasmi ini.

Saya beri contoh, isu yang terbaru, bukan yang terbaru, yang akan berlaku lagi, dan akan berterusan kalau dasar ini tidak dibentangkan, dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Isu yang dipanggil property rights ini. Saya yakin, isu property rights ini bukan isu mudah

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

kerana ketika ia hendak diangkat di United Nations ataupun di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pun sehingga ke kali terakhir sehinggalah ketika itu... O’ Bright dan juga Hernando de Soto terpaksa membuat pelbagai kertas kerja.

Akan tetapi, apakah isunya di sini? Saya beri contoh, berlaku kes, itu hari kes Kampung Buah Pala. Saya perlu sebut, yang terbaru sekarang ini kes di Kampung Pokok Asam di Jelutong. Selepas ini ada lagi isu-isu berlarutan, isu Tanjung Tokong. Selepas ini isu di Balik Pulau dan sebagainya. Mengapakah isu ini timbul?

Ini kerana tidak ada satu dasar perundangan yang mengurus dua aspek. Satu, daripada segi pengawalan pasaran terhadap agenda pembangunan hartanah. Kita ada undang-undang untuk meluluskan pelan dan sebagainya tetapi kita bisu di kala pengawalan harga. Di Balik Pulau contohnya Tuan Yang di-Pertua, rumah yang naik, kita di Parlimen ini pun tidak mampu. Loan RM360,000, pergi cari rumah yang dibuat sekarang semua RM400,000 ke atas, sehinggakan ke RM800,000. Siapakah yang boleh control perkara ini?

Tahap pemilikan rumah di Balik Pulau teruk. Hatta kita Ahli Parlimen yang bercakap ini pun masih tinggal di atas tanah orang. Bolehlah, sebab tanah berlapis, tanah pusaka.

Saya akan berbangga kalau Menteri hari ini bangun, kita cuba memperkasakan masyarakat melalui pendekatan perundangan. Apa dia? Yang mana tanah-tanah pusaka, yang mana diuruskan oleh orang kampung yang tiada duit, kita berikan pengecualian.

Amanah Raya tolong, Mahkamah Syariah tolong buat sijil faraid. Semua beri murah. Di kala itu barulah rakyat memiliki apa yang dipanggil the enjoyment of the property rights itu, yang secara langsung menguntungkan negara kerana property rights ini menyumbang secara langsung pada KDNK.

Disebabkan itu ketika Menteri yang juga Yang Berhormat Pekan membentangkan agenda RMKe-10, saya tidak nampak. Dia yang nampak Sungai Besi, dia nampak Sungai Buloh, dia nampak tanah KTMB. Dia tidak nampak tanah di Balik Pulau, dia tidak nampak tanah di luar bandar Sabah, dia tidak nampak tanah di luar bandar, di Perlis, di kampung- kampung, di Baling dan sebagainya. Itu pun boleh nampak, kalau dia nampak bagaimana, dia memperkasakan hak hartanah masyarakat yang mana nilai hartanah, saya beri contoh melambung tinggi. Akan tetapi tidak ada pendekatan-pendekatan yang dibuat. Ini tidak boleh selesai kalau kita di sini hanya berbincang pendekatan, reaktif sifatnya. Mengapakah reaktif saya kata?

Kita di sini seolah-olah berbincang bahawa undang-undang itu ceritanya menguruskan litigasi. Undang-undang bukan sahaja menguruskan litigasi. Ia mesti bersifat memperkasakan, mendayakan, bersifat proaktif. Contohnya kalau pada hari ini kita hanya berpuas hati, bidang kuasa di Mahkamah Majistret dinaikkan. Bidang kuasa di Mahkamah Sesyen dinaikkan. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi sekian-sekian. Orang Balik Pulau masih lagi Yang Berhormat di Balik Pulau tidak ada bantuan guaman.

Kalau ada pun sekali-kali datang dari Georgetown. Kalau dia datang pun dia duduk di pejabat daerah itu, kalau datang, datanglah. Tidak datang pun tidak mengapa. Kempen legal literasi pun kurang tetapi mahkamah semakin besar. Banyak lagi kes kita lihat, kalau orang di Zon Bebas Bayan Lepas itu, kalau kena buang kerja pun, kenalah. Kalau sekarang ini majikan ambil secara kontrak, kalau buang pun, buanglah. Sebab dia hendak lawan haknya, dia perlukan satu kekuatan. Bolehlah juga sebab saya lihat dalam kalangan kita ada peguam-peguam, banyak. Volunteer secara sukarela, secara pro bono buat kes hak awam. Akan tetapi, ini bukan satu tanggungjawab peribadi. Ini tanggungjawab sosial, tanggungjawab negara.

Saya pada hari ini mahu... Saya tahu Menteri dia prihatin akan perkara ini sebab ini saya mengucapkan tahniah bahawa pada satu hari saya lihat dalam akhbar, ada pengisytiharan Yayasan Guaman, Legal Aid Foundation. Saya tertunggu-tunggu sebenarnya di RMKe-10 ini selepas diisytiharkan itu apakah yang hendak dibuat? Adakah Legal Aid Foundation itu akan berfungsi memperkasakan masyarakat itu? Legal Aid Foundation, Yayasan Bantuan Guaman itu akan membantu mereka yang marhaen.

Yayasan Bantuan Guaman itu akan membantu kes-kes orang yang dibuang kerja, yang setakat hari ini lawan di mahkamah industri, boleh. Ada peguam-peguam boleh buat

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

secara kontingensi. Lawan, menang. Pergi ke Mahkamah Tinggi, di-reverse, dipatah balik.

Lawan lagi tinggi, tidak ada duit. Selepas itu lawan lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jadi ini isu yang tidak membantu masyarakat yang tidak punya wang. Tuan Yang di-Pertua, saya tahu Menteri mendengar dengan tekun, tengok dia fokus, dia buat nota, saya tahu dia akan respons. Akan tetapi – sebab itu semalam saya kata kalau perkara- perkara bersifat hak awam, hak asasi tidak diberi pengecualian, mana mungkin masyarakat di sini akan kita panggil ke depan apabila hak-hak mereka tidak dilayan atau dicabuli.

Saya yakin dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the nation would change if we have enlighten leaders and enlighten followers. Maksud saya itu ialah rakyat yang peka akan hak dia, rakyat tahu hak perlembagaan dia, rakyat tahu apakan hak-hak kepenggunaan, hak- hak pekerja di dan hak-hak sebagainya dan pemimpin bersifat memperkasakan mereka.

Saya rasa itulah yang dipanggil sebagai development as freedom and freedom as development, pembangunan juga memperkasakan agenda-agenda kebebasan. Kalau itu yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini, saya Yang Berhormat Balik Pulau akan menyokong dan saya tahu ekonomi negara akan menjadi bagus serta ramai pelabur akan datang dan rakyat di Malaysia akan sejahtera sekali gus agenda kemanusiaan mereka terjamin di kala mengejar agenda ekonomi. Akhirnya sekali yang untung ialah kita sebagai rakyat Malaysia yang membangun – bukan sahaja keuntungan ekonomi tetapi yang membangun ialah maruah kita, jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya akan panggil ketiga-tiga ini selepas itu Yang Berhormat Menteri akan menjawab. Yang Berhormat Puchong selepas itu Yang Berhormat Sibu dan kemudian Yang Berhormat Telok Intan.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, ini soalan undang-undang yang ingin saya bangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada rang undang-undang yang telah pun dikemukakan.

Isu pertama yang saya ingin bangkitan berkaitan dengan seksyen 5A. Seksyen 5A menyatakan bahawa – saya bacakan dalam bahasa Inggeris dahulu.

“New section 5A 6. The principal Act is amended by inserting after section 5 the following section:

“Registrar 5A. (1) The Registrar, Deputy Registrar and the Senior Assistant Registrar shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong on the recommendation of the Chief Justice.

(2) The Assistant Registrar of the Subordinate Courts shall be appointed in accordance with section 106.” Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan di sini, kelihatan bahawa seksyen ini memberi peruntukan untuk cara bagaimana seseorang SAR atau DR akan dilantik. Akan tetapi saya melihat bahawa di dalam peruntukan ini tidak ada sebarang peruntukan yang menjelaskan apakah kuasa the Registrar, Deputy Registrar and the Senior Assistant Registrar, itu pertama. Keduanya kelihatan bahawa tidak ada sebarang peruntukan yang menyatakan apakah tugas-tugas dan bidang kuasa pegawai-pegawai yang dinyatakan. Ini adalah satu perkara yang saya rasa penting oleh kerana tidak masuk akal untuk kami mempunyai suatu peruntukan yang menyatakan bagaimana mereka akan dilantik tetapi tidak jelas dinyatakan apakah kuasa mereka dan bagaimana mereka akan bertugas dalam skim yang baru ini.

Keduanya berbangkit dengan isu berkenaan dengan seksyen 7. Seksyen 7 meminda ataupun membawa pindaan kepada seksyen 65 dalam akta ini. Tuan Yang di-

final • 5:01 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Pertua, saya rujuk kepada seksyen 7(b) di mana menyatakan bahawa – saya baca dalam bahasa Inggeris (b)(5) “(5) A Sessions Court may, in respect of any action or suit within the jurisdiction of the Sessions Court, in any proceedings before it—

(a) grant an injunction; and

(b) make a declaration, whether or not any other relief, redress or remedy is or could be claimed.” Kalau kita lihat prosedur Tuan Yang di-Pertua dalam mahkamah tinggi, prosedur ini ditetapkan oleh the rules of the high court ataupun Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 di mana jelas dinyatakan untuk injunction, aturan 29. Kita mempunyai dengan spesifik bagaimana permohonan akan dibuat, keadaan-keadaan dalam mana satu injunksi itu akan dibenarkan dan sebagainya. We have ‘mareva’ injunction, we are also have ‘quatimay’, These are the things that were expressed provided by the rules. Akan tetapi di sini kita lihat bahawa di Subordinate Court Rules tidak mempunyai sebarang peruntukan yang sama. So di sini, saya rasa apa yang dicadangkan ini memang berniat baik tetapi tidak masuk akal untuk kami mempunyai peruntukan yang membenarkan satu perintah tersebut dibuat tetapi tidak ada aturan-aturan atau kaedah-kaedah dalam mana kita tahu bagaimana ataupun di atas asas mana peruntukan-peruntukan ataupun injunction khususnya dan juga deklarasi dapat dibuat.

Keduanya kalau kita lihat apa yang dinyatakan selepas daripada itu, “Whether or not any other relief, redress or remedy is or could be claimed.” Now, di Mahkamah Tinggi Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tahu kita dapat pelbagai cara di mana satu prosiding dapat dibuat. So biasanya kita ada writ, and with the writ we can apply, of course.

Kita juga boleh terus memohon untuk satu injunksi dengan memakai prosedur originating summon. Akan tetapi di mahkamah rendah lain, di mahkamah rendah kita tidak mempunyai satu peruntukan yang membenarkan permohonan terus dibuat untuk injunksi. So di sini saya hendak tanya sama ada pindaan di dalam seksyen 7 atau seksyen 65 ini dibuat secara serentak dengan pindaan ataupun gubalan rules yang baru ataupun sama ada ianya belum lagi di fikir pasti lagi? Oleh kerana kalau ia belum di fikir pasti lagi, I think this is going to cost much more confusion than solve the problem that it is to solve. Itu keduanya.

Ketiganya, saya hendak bertanya berkenaan isu contempt. Kalau kita lihat kepada Perlembagaan Persekutuan dan juga kepada undang-undang yang berkaitan dengan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah persekutuan, jelas dinyatakan bahawa di court especially high court will have power to punish for contempt of itself.

Persoalan yang timbul di sini adalah sama ada – memandangkan kita hendak given the fact that we want to increase jurisdiction, hendak tingkatkan jurisdiction kepada RM1 juta dan juga kepada RM100,000 untuk majistret. Saya juga melihat bahawa ada usaha untuk membawa kepada injunction especially, because if you want to enforce an injunction, apa yang cukup penting ialah bagaimana kita hendak pastikan injunksi tersebut dipatuhi. So, are there provisions? Adakah ini difikirkan sebelum pindaan-pindaan dijalankan.

Bagaimana kita hendak adakan satu Mahkamah Sesyen yang boleh mengeluarkan perintah injunksi tetapi tidak ada peruntukan yang membolehkan mahkamah untuk mengambil tindakan dari segi contempt kalau lah injunksi-injunksi tersebut tidak dipatuhi. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada akta di Subordinate Courts Act 1948 itself. Di dalam akta ini ada menyatakan sebagai schedule – Third Schedule yang wujud dengan kuasa seksyen 99A akta tersebut. Di dalam peruntukan ini, kita lihat bahawa seksyen 26 Tuan Yang di-Pertua, seksyen 26 of the Third schedule, speech of contempt.

Kalau saya boleh baca apa yang dinyatakan di sini – sorry I only get the English version.

“Contempt of court 26. Power to take cognizance of any contempt of court and to award punishment for the same, not exceeding, in the case of a Sessions Court, a fine of three hundred ringgit or imprisonment for six weeks, in the case of a Magistrates’ Court presided over by a First Class Magistrate, a fine of one hundred and fifty ringgit or imprisonment for three weeks, and in the

final • 5:01 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

case of a Magistrates’ Court presided over by a Second Class Magistrate, a fine of fifty ringgit or imprisonment for one week, to such extent and in such manner as may be prescribed by rules of court. If the contempt of court is punishable as an offence under the Penal Code, the court may, in lieu of taking cognizance thereof, authorize a prosecution.” So, bukan bahawa mahkamah boleh mengenakan hukuman yang ada di bawah kanun keseksaan but it may authorize the prosecution. So here minimum, kalau injunction tidak diikuti maka kuasa yang ada di pihak mahkamah hanya untuk mengenakan denda.

Here, in Sessions Court, a fine of three hundred ringgit or imprisonment for six weeks.

Adakah peruntukan-peruntukan ini mencukupi untuk memastikan bahawa matlamat yang ingin dicapai di dalam pindaan-pindaan undang-undang ini boleh dicapai? So, setakat itu sahaja saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih, thank you.

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Sibu.

final • 5:01 PM

Tuan Wong Ho Leng - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Subordinate Courts (Amendment) Bill 2010 ingin meningkatkan bidang kuasa kewangan, monetary jurisdiction Mahkamah Sesyen daripada RM250,000 kepada RM1 juta. Saya tidak ada apa- apa bantahan untuk pindaan ini.

final • 5:09 PM

Tuan Wong Ho Leng - Sibu

Akan tetapi, bill ini juga ingin memperkenalkan bidang kuasa baru kepada Mahkamah Sesyen iaitu untuk membolehkan Mahkamah Sesyen mendengar kes deklarasi dan injunksi. Ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi sebelum ini. Saya mahu tanya adakah backlog di Mahkamah Tinggi merupakan alasan membenarkan Mahkamah Sesyen untuk mendengar kes-kes deklarasi dan injunksi? Jikalau ini adalah sebabnya maka kerajaan seharusnya menyelesaikan backlog di Mahkamah Tinggi.

Saya telah menjadi peguam selama 25 tahun. Di dalam beberapa dialog di antara peguam-peguam dengan para hakim, saya telah membangkitkan masalah backlog termasuklah cara kes itu diselesaikan di mahkamah terbuka. Saya percaya backlog dapat dikurangkan dan diselesaikan dengan menambahbaikkan pentadbiran mahkamah seperti latihan, (training) dan pengambilan jurutaip dan cinematographer untuk merekodkan bukti

(evidence).

Saya rasa adalah tidak wajar untuk mengharapkan Hakim Mahkamah Tinggi untuk menaip sendiri apabila tugas mereka adalah untuk memerhatikan kelakuan atau gerak geri saksi dan menentukan sama ada saksi bercakap benar atau tidak. Jikalau niat bill ini ialah untuk mengurangkan backlog di Mahkamah Tinggi, saya percaya ia akan gagal.

Membiarkan Mahkamah Sesyen untuk mendengar kes deklarasi dan injunksi hanya akan menambah dan memindahkan bottleneck daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Sesyen.

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin we have potentate at the high court. We are now trying to create bottleneck at the Session Court. So, we have bottleneck everywhere, very soon our courts and our judicial system will suffer constipation. Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa aspek penting dalam bidang perundangan yang kerajaan perlu menimbangkan sebelum meluluskan bill ini. Di antaranya ialah latihan atau training dan competency Hakim Mahkamah Sesyen.

Saya telah berbual dengan banyak peguam sepanjang tiga minggu yang lepas berkenaan pindaan ini. Hampir kesemua mereka mengambil berat sama ada Hakim Mahkamah Sesyen adalah competent. Hampir kesemua mereka merasa Hakim Mahkamah Sesyen tidak sepatutnya diberikan bidang kuasa untuk mendengar kes deklarasi dan injunksi. Ada satu peguam berkata dengan izin; “At present, Session Court Judges of this country have never dealt with injunctions or declarations. Unless, there is proper training,

final • 5:10 PM

Tuan Wong Ho Leng - Sibu

the transition will be chaotic. Many of them will not appreciate the consequences of the declarations and injunctions.” Biarkan saya memberi contoh kes yang melibatkan injunksi. Sebelum kes didengar, plaintif mungkin memohon untuk perintah interim, interim injunction order. Tugas diberikan kepada hakim untuk menentukan sama ada kes ini adalah sesuai untuk memenuhi perintah interim sementara menunggu kes dijalankan. Perintah interim ini mungkin mempunyai kesan untuk teruk terhadap defendan.

Saya telah mengetahui sekurang-kurangnya dua syarikat di Sarawak yang dipaksa untuk tutup kerana perintah interim telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, perintah ini telah diperkenankan oleh Mahkamah Rayuan. Pada masa itu, ia sudah terlambat dan kerugian telah pun berlaku, damage has been done. Walau bagaimanapun, tidak semestinya menerima bahawa terdapat beberapa orang Hakim Mahkamah Sesyen yang competence, tetapi kebanyakan peguam percaya bahawa ramai Hakim Mahkamah Sesyen seperti pada masa ini tidak mempunyai competence dan latihan secukupnya untuk mendengar kes deklarasi dan injunksi. Kini, pendaftar Mahkamah Tinggi kadang kala diperlukan dan diharapkan untuk mengambil tempat Hakim Mahkamah Sesyen di Sarawak.

Kebanyakan Pendaftar Mahkamah Tinggi ialah lepasan universiti yang masih baru, fresh graduate dan tidak mempunyai practical experiences. Apabila kita bercakap tentang Key Performance Index, bagaimana kita mempunyai keyakinan dalam prestasi pendaftar yang tidak ada practical experience dalam mendengar kes injunksi? Bagaimana rakyat boleh mempunyai keyakinan dalam delivery system, dengan izin?

Saya rasa, adalah lebih baik dan penting untuk menambahbaikkan sistem penyampaian di dalam bidang perundangan. Saya telah mengetahui beberapa kes di mana deposit mahkamah untuk dikeluarkan oleh mahkamah walaupun perintah untuk or for payment up telah dibuat beberapa tahun yang lalu. Saya mempunyai kes yang dikendalikan oleh saya di mana deposit mahkamah tidak dibayar keluar walaupun mahkamah telah membuat perintah pembayaran keluar kira-kira 10 tahun yang lepas. Itulah sebabnya mengapa saya mencadangkan improve the delivery system.

Saya mahu baca dua e-mel ataupun tiga e-mel Tuan Yang di-Pertua yang saya terima daripada senior lawyer dari Sarawak.

(i) “Injunctions can have serious consequences on the injuncted party. For example, ex parte Mareva and Anton Pillar and mandatory injunctions. As of now, our Session Court Judges are not well trained and competent to handle these actions.”

(ii) “Idea is good if independence and competency can be assured.

Declarations of law are usually against the government. Do, Session Court Judges have the courage to decide against the government when they do not share the same tenure as High Court Judges? If the idea is to push cases down simply, then it is a poorly considered cause. That will only result in more appeals.” Saya ada satu SMS yang saya baru terima dengan izin it says, “The Rules Sub- committee chaired by Chief Justice of Malaya will meet on Friday, 9th July 2010 at Putrajaya to discuss proposed Combined Rules of all Courts. The Bar Council, Advocates Association of Sarawak, Sabah Law Association and Attorney General of Malaysia are invited. It is better to have Subordinate Courts Amendment Bill fully discussed and feedback by Rules Committee first before tabling in Parliament. Giving too much power and responsibility to Session Court Judges without any special training, pay rise and experienced research officers to assist them will lead to potential serious injustice to litigants and clog up the High Court and Appellate Courts.” Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya mengapa bill ini tidak dirujuk kepada Bar Council dan Advocates Association dari Sarawak dan Sabah? Parlimen ini harus mempertimbangkan untuk merujuk bill ini kepada select committee. Mesti terdapat satu perbincangan dengan Bar Council dan juga Advocates Association of Sarawak dan Sabah

final • 5:10 PM

Tuan Wong Ho Leng - Sibu

Law Association. Saya tidak menyokong pindaan untuk membolehkan Mahkamah Sesyen untuk mendengar kes deklarasi dan injunksi. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Telok Intan.

final • 5:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberi peluang untuk saya berbahas rang undang-undang. Pertama sekali, saya tidak faham apakah tujuan sebenar Akta Mahkamah Rendah 1948 ini dipinda sebab bagi saya sesuatu pindaan kepada mana-mana akta adalah mesti bertujuan untuk memperbaiki akta tersebut dengan memandangkan situasi dan keadaan sekarang. Oleh sebab Akta Mahkamah Rendah ini adalah tahun 1948 dan sudah lebih 50 tahun.

Saya setuju bahawa perubahan dan reformasi terhadap Akta Mahkamah Rendah tersebut dan lain-lain akta harus dibawa pindaan. Akan tetapi, apa yang saya nampak di sini adalah pindaan-pindaan kepada seksyen-seksyen dan seksyen-seksyen baru dibawa yang tidak akan memperbaiki keadaan di Mahkamah Rendah, malah saya rasa pindaan ini dibuat untuk tujuan yang lain. Mungkin untuk membawa atau mengurangkan kerja hakim- hakim Mahkamah Tinggi dari segi pengisytiharan atau injunksi sebab juga bidang kuasa ditingkatkan kepada RM1 juta.

final • 5:18 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ini akan menyebabkan banyak kes yang sekarang difailkan di Mahkamah Tinggi akan disalurkan atau difailkan di bawah Mahkamah Sesyen. Adakah infrastruktur di Mahkamah Sesyen itu ditingkatkan sebelum pindaan ini dibuat? Sebab dalam amalan guaman kita tengok di mahkamah-mahkamah kebanyakan kes yang difailkan adalah di antara lingkungan lebih kurang 50,000 sehingga 1 juta.

Jadi apa yang kita ada sekarang adalah bidang kuasa Mahkamah Sesyen 250, empat kali ganda tiba-tiba dinaikkan. Apakah tujuan yang sebenarnya? Adakah ini tujuan untuk Mahkamah Sesyen akan kurang kerja apabila pindaan dibuat kepada tuntutan insurans third party, di mana satu cap akan dikenalkan di mana pihak-pihak yang menuntut di bawah third party insurance claim ada cap. Dengan itu kerja-kerja Hakim Mahkamah Sesyen akan amat dikurangkan; jika itu berlaku.

There will be a massive reduction in Session Court. Sebab pada sekarang ini Mahkamah Sesyen tidak ada dia punya bidang kuasa untuk dengar semua kes kemalangan jalan raya. The is no cap or bar to the jurisdiction for the Session Court to the all third party insurance claim, Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Jadi adakah ini satu penyediaan Mahkamah Sesyen untuk mendengar kes-kes dari Mahkamah Tinggi sebab mereka akan mengalami kekurangan kes.

Saya rasa begitulah sebab infrastruktur di Mahkamah Sesyen tidak dinaikkan dan juga untuk Mahkamah Tinggi bidang kuasanya itu lain. Oleh sebab itu Mahkamah Tinggi adalah di bawah penguasaan Judicial Commission. Akan tetapi Mahkamah Rendah, itu pasal kita panggil ini Mahkamah Rendah yang merangkumi Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Mereka ini adalah memang mahkamah-mahkamah yang tidak dibawa di bawah Judicial Commissioner akan tetapi di bawah Judicial Services, saya rasa.

Oleh sebab itu staf-staf di antara Peguam Negara (Attorney General's Chambers) dan hakim ataupun Mahkamah Majistret ia sering kali boleh tukar di antara satu sama lain.

Jadi satu perubahan penggubalan ataupun pindaan kepada mahkamah atau Mahkamah Rendah lebih baik menjurus kepada meningkatkan taraf kebaikan untuk semua pihak bukan sahaja Mahkamah Rendah akan tetapi hakim-hakim, kakitangan dan semua pihak. Saya ingin cadang bahawa adakah pihak kementerian yang membawa pindaan ini telah mengambil pandangan daripada semua pihak terutama sekali Majlis Peguam (Bar Council).

Adakah pandangan mereka diambil sebelum membentangkan rang undang- undang ini. Juga pandangan lain-lain pihak, all stakeholders, dengan izin. Oleh sebab saya rasa mesti Majlis Peguam mungkin ada pandangan yang lebih bernas menjurus kepada

final • 5:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

amalan guaman sebab semua Ahli-ahli Majlis Peguam mereka pergi ke mahkamah tiap-tiap hari. Mereka ada pengalaman secara terus dengan amalan guaman di negara kita ini.

Jadi saya pohon - untuk saya rang undang-undang ini harus ditarik balik pembentangannya dan perbincangan diadakan dengan semua pihak. Saya telah dahulu pada suatu ketika membuat satu cadangan bahawa apabila membawa pindaan kepada akta-akta seperti ini apakah tidak boleh kementerian berbincang dengan pihak kami di sebelah sini. Ini sebab kita pun ada ramai peguam-peguam yang beramal. Bincang dahulu tidak mengapa sebab kita buat kerja ini untuk kebaikan sistem penghakiman dan keadilan kita. Jadi saya harap ini boleh dibuat dan juga pandangan Majlis Peguam boleh diambil.

Satu lagi perkara saya ingin bawa Tuan Yang di-Pertua adalah walaupun seksyen 7 mengatakan satu seksyen baru dimasukkan. Mahkamah Sesyen boleh berkenaan dengan apa-apa tindakan atau guaman dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen, dalam apa-apa prosiding di hadapnya memberikan injunksi dan membuat pengisytiharan.

Saya faham apabila membaca ini bahawa bukan seseorang itu boleh pergi ke Mahkamah Sesyen untuk semua kes injunksi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah apa- apa dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen jika perlunya relive injunksi kita boleh pohon.

Akan tetapi injunksi sendirinya adalah dengan izin, is a creature only known to the High Court Jurisdiction so far Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi kita ada kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi yang menjurus kepada relive injunksi.

Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980, 29. Order 29 of the rules of the High Court, dengan izin, ia eksklusif dan spesifik kepada relive injunksi. Jadi kita ikut kaedah- kaedah Mahkamah Tinggi untuk pohon relive injunksi ini dari Mahkamah Tinggi. Jadi apabila Mahkamah Rendah – Mahkamah Sesyen boleh memberi relive injunksi ini, apakah kaedah-kaedah yang kita akan gunakan.

Adakah pihak-pihak kementerian fikir tentang keperluan itu. Bolehkah kita gunakan kaedah Mahkamah Tinggi untuk Mahkamah Rendah. Jadi saya rasa di sana tidak ada seimbangan. Adakah kementerian cadang untuk membawa kaedah-kaedah baru di bawah kaedah-kaedah Mahkamah Rendah untuk injunksi dan declaratory relive, dengan izin. Itu kita kena kaji.

Saya ingin teruskan dengan – saya cadang lebih baik kita bawa perubahan melalui pindaan-pindaan ini seperti support staff, seperti interpreter-interpreter. Pada masa ini kita pergi ke mahkamah, mahkamah perlukan litigant-litigant membawa interpreter macam Mandarin ke apa, bawa sendiri. Jadi litigant yang pergi ke mahkamah harus membawa interpreter (jurubahasa) mereka sendiri, kena bayar yuran.

Apa macam dengan orang yang kurang upaya, kurang mampu untuk membayar yuran jurubahasa. Jadi adakah sistem keadilan ini lebih ambil berat tentang orang yang berkemampuan. Macam satu kes semalam iaitu kes jet enjin yang dicuri. Tertuduh itu diberi satu bail (jaminan) RM150,000 pada bulan Januari tahun ini. Sehingga semalam beliau tidak dapat mampu membayar RM150,000. Beliau berada di Sungai Buloh. Akan tetapi seorang lagi yang dituduh dapat keluar sebab dia mampu membayar RM150,000. Jadi kedua-dua tertuduh itu, satu kaya, satu tidak berkemampuan. Dia adalah kakitangan kerajaan, sarjan di Malaysian Royal Air Force. Dia tidak mampu. Akan tetapi apabila kita tengok dari undang-undang dan keadilan orang yang ada wang boleh mengambil kesempatan untuk keluar bayar RM150,000 sedangkan orang yang tidak mampu terus duduk dalam Penjara Sungai Buloh.

Sampai semalam Mahkamah Tinggi telah mengurangkan selepas permohonan telah dibuat oleh tertuduh itu. Dikurangkan dari RM150,000 ke RM50,000. Jadi jurubahasa dan sebagainya adalah sama. Saya rasa itu adalah kewajipan – tanggungjawab mahkamah untuk memberi perkhidmatan jurubahasa.

Juga transfer of judges dengan izin. Jangan tiba-tiba transfer hakim-hakim dari satu mahkamah ke mahkamah lain atau ke negeri lain. Ini seperti apa yang berlaku di Telok Intan baru-baru ini. Seorang Hakim Mahkamah Sesyen telah tiba-tiba di keluarkan tanpa gantian. Jadi ini telah menjejaskan pelaksanaan dan pendengaran kes-kes dengan sempurna. Jadi adakah kementerian boleh mendapat pandangan dari kita. Ada banyak

final • 5:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

area kita boleh bawa perubahan dan tingkatkan perkhidmatan seperti wang jaminan yang dibayar oleh litigant-litigant.

final • 5:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Sekali sudah bayar dalam mahkamah, bertahun-tahun kita minta tidak boleh dapat balik. Di Mahkamah Rendah pun sama, di Mahkamah Tinggi pun sama, di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pun sama. Dia susah hendak bagi balik wang kita seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, income tax kita sama dahulu. Orang sudah bayar lebih hendak minta balik bertahun-tahun, hak mahkamah pun sama juga. Jadi saya minta perubahan improvement to infrastructure di mahkamah-mahkamah harus ditingkatkan sebab ini telah menjejaskan sistem penghakiman kita dan jika sesebuah syarikat besar dari luar negara kalau dia tahu di Malaysia untuk relief injunction, dia kena pergi Mahkamah Seksyen dia akan hilang keyakinan. This will affect investors confidence. Sebab kadang-kadang ini injunksi...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh habis dalam masa satu minit.

final • 5:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ya, boleh. Terima kasih. So injunksi ini selalunya dipohon dalam kes-kes komersial di mana ia melibatkan berjuta-juta ringgit.

Mereka fikir mereka tidak mahu pergi ke Mahkamah Seksyen nanti. Mereka akan hilang keyakinan.

Saya tidak mengatakan bahawa semua Hakim Mahkamah Seksyen itu tidak berkelayakan. Ada yang bagus kelayakan dia, pengalaman ada, tetapi by nature of their setup misalnya, Mahkamah Seksyen dia tidak tulis penghakiman, dia tidak ada journal, dia tidak ada law journal. Hanya Mahkamah Tinggi dan atas, Mahkamah Perusahaan ada law journal sendiri. Akan tetapi Mahkamah Sesyen tidak ada. Jadi kalau saya seorang investor hendak buat pelaburan di negara ini, satu injunksi besar begini hendak pergi Mahkamah Sesyen. Akan tetapi di sana ada satu situasi yang bahaya. Mungkin orang yang tidak ada kes yang bagus atau peguam yang tidak berapa bagus, boleh dapat relief yang dipohon dengan senang.

Jadi kita dengan tujuan ini untuk pinda seperti ini bawa injunksi dan declarative relief, dengan izin we are watering down our institution of the judicial system in our country.

So think very carefully. Saya rasa niat baik ini harus dilakukan dengan keputusan ataupun kesudahannya mesti baik, sistem kehakiman kita mesti dalam apa juga suasana pun terjaga. Kita mesti kekalkan dan meningkatkan sebab sekarang sistem kehakiman kita terjunam standardnya dan integritinya di kalangan antarabangsa. Jadi kita kena meningkatkan taraf kita sendiri dan pindaan-pindaan seperti ini tidak tolong untuk tujuan itu.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju dengan pindaan ini, saya pohon Menteri tarik balik, kita duduk bersama, kita bincang, saya boleh bagi apa-apa cadangan jika, if it is worth anything please reconsider. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri akan mula menjawab esok. Ya, sila Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul.

final • 5:30 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Panglima

Haji Lajim bin Haji Ukin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:30 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Laporan Kejadian Jaya Supermarket Runtuh

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Umumkan segera laporan kejadian Jaya Supermarket runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya Selangor. Bangunan Jaya Supermarket di Seksyen 14 Petaling Jaya ini runtuh pada Mei 2009. Tujuh orang terbunuh dan ia menggemparkan seluruh penduduk setempat dan negara seluruhnya. Bangunan ini adalah kompleks membeli belah yang tertua sekali di sini dan dibina seawal tahun 1974. Atas kecuaian manusia atau kesilapan kontraktor, maka proses untuk meruntuhkannya secara manual telah memakan korban nyawa serta menyusahkan banyak pihak. Pihak waris yang terbunuh belum dapat menuntut pampasan.

Para peniaga mengalami kerugian, pemilik premis kedai berhampiran terjejas.

Penduduk berdekatan terseksa kerana gangguan aliran trafik sehingga kini.

Semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan mengalami kesesakan lalu lintas setiap hari. Mereka semua gagal menuntut ganti rugi kerana tiada laporan rasmi berkaitan kejadian itu, surat hitam putih dikeluarkan oleh pihak berwajib sebagai rujukan yang boleh diterima pakai oleh mahkamah. Sebenarnya lapan agensi kerajaan atau pihak berwajib yang terlibat dalam menangani kes ini.

Oleh sebab itulah saya telah membawa kes ini ke Dewan Rakyat untuk perhatian Menteri bagi memudahkan semua mangsa terlibat menuntut sebarang kerugian. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada ketika itu Yang Berhormat Dato’ Seri Kong Cho Ha menyatakan telah menerima laporan sepenuhnya kes tersebut dan mengakui kemungkinan berlaku kecuaian semasa proses meruntuhkan bangunan Jaya Supermarket.

Tambahan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuasa membuat keputusan sama ada untuk meneruskan, meruntuhkan bangunan atau tidak, atau untuk membina semula bangunan yang baru di lokasi berkenaan. Namun Menteri tidak menyatakan bilakah laporan terperinci tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Manakala pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) pula menyatakan laporan tidak dapat didedahkan atas alasan mengandungi dokumen rahsia.

Di persidangan Dewan Rakyat pada bulan Mac 2010 pula, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin berkata, maklumat dalam laporan itu berunsurkan kerahsiaan di bawah Akta Rahsia 1972, [Akta 88]. Untuk mengelakkan sub judice maka keputusan mengumumkan kepada orang awam hanya dibuat selepas pendakwaan di mahkamah selesai. Jika laporan terperinci oleh Jawatankuasa Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) telah diterima oleh Kabinet dan diperakui oleh kementerian, kenapa belum melakukan pendakwaan? Sedangkan isu ini

final • 5:34 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

melibatkan kepentingan awam, kejadian ini telah berlaku 14 bulan tetapi tiada tindakan yang diambil oleh AG.

Semua pihak yang terlibat di Seksyen 14 ini dan seluruh penduduk Petaling Jaya mahukan laporan hitam putih kejadian tersebut secepat mungkin supaya semua mangsa terlibat yang mengalami kerugian dan kehilangan nyawa dapat menuntut semua hak mereka terhadap pihak yang bertanggungjawab. Agar kejadian ini tidak berulang lagi di tempat-tempat lain dan rakyat selamat dari menjadi mangsa kejadian serta segala masalah yang masih berlarutan sehingga kini lanjutan tragedi itu dapat diselesaikan secepat mungkin. Sebarang kelewatan yang masih wujud sehingga kini boleh mengundang persepsi negatif dan prejudis oleh masyarakat seluruhnya. Yakni tidak baik untuk semua.

Akhir sekali segerakan pendakwaan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan Jaya Supermarket ini dan umumkan laporannya kepada orang awam secepat yang mungkin. Sekian, terima kasih.

final • 5:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:34 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat terdapat tiga laporan penyiasat mengenai dengan keruntuhan bangunan Jaya Supermarket yang telah disediakan iaitu:

(i) laporan daripada kerajaan negeri, laporan oleh Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd;

(ii) laporan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Kerajaan (DOSH); dan,

(iii) laporan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Laporan akhir Jawatankuasa Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket seperti yang disebut daripada satu hingga tiga di atas mengandungi keterangan daripada laporan-laporan yang disediakan oleh DOSH dan kerajaan negeri Selangor. Laporan oleh Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd di mana sebahagiannya diklasifikasikan sebagai rahsia. Mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket, telah diadakan pada 12 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bagi membincangkan serta mengkaji cadangan pengelasan semula laporan akhir Jawatankuasa Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket yang disediakan supaya dapat didedahkan kepada pihak awam.

final • 5:34 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Walau bagaimanapun, pihak DOSH berpendapat laporan yang disediakan oleh pihaknya tidak boleh didedahkan kepada pihak awam memandangkan proses pendakwaan sedang dijalankan. Oleh sebab laporan yang disediakan oleh KPKT mengandungi keterangan yang dipetik daripada laporan yang disediakan oleh pihak DOSH maka adalah tidak wajar laporan tersebut didedahkan kepada umum pada masa ini bagi menjaga kerahsiaan dokumen rahsia tersebut. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Sampah Tidak Dipungut Mengikut Jadual

final • 5:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini sebenarnya ditujukan daripada seorang penduduk daripada Johor Baharu. Semenjak bulan Februari tahun ini sampah kawasan perumahan di Taman Ungku Tun Aminah, Taman Universiti, Taman Desa Skudai tidak dipungut mengikut jadual iaitu tiga kali seminggu di kawasan kediaman yang padat dengan penduduk khasnya pangsapuri Taman Ungku Tun Aminah. Sampah yang tidak dipungut dua minggu berterusan mengakibatkan ulat-ulat dan tikus menyerang rumah kediaman berdekatan.

Kontraktor telah mogok atas sebab bayaran RM3.00 setiap rumah sebulan untuk kerja mengutip sampah itu terlalu rendah dan mereka ini meminta bayaran RM5.00 sebulan setiap rumah kediaman seperti di Melaka. Saya berpendapat bahawa bayaran yang kepada kontraktor angkat sampah itu bukan isunya. Isunya adalah kerajaan tempatan telah dirampas kuasanya untuk melantik kontraktor angkat sampah dan mengeluarkan saman kepada mereka yang ingkari perjanjian. Southern Environment Sendirian Berhad merupakan kontraktor utama dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang tidak mengetahui keberkesanan kontraktor yang beroperasi di peringkat setempat.

Maka untuk mengelakkan apa yang berlaku di Skudai saya mencadangkan supaya KPKT menyiasat serta memulangkan kuasa untuk melantik kontraktor pembersih sampah kepada kerajaan tempatan dan kontrak yang sepatutnya ditawar melalui tender terbuka.

Terima kasih.

final • 5:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:43 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat perjanjian interim penswastaan pengurusan sisa pepejal memperuntukkan bahawa kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan akan diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Southern Waste Sendirian Berhad atau SWM bagi kawasan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya.

Justeru itu, syarikat konsesi ini bertanggungjawab ke atas prestasi kerja kontraktor-kontraktor tersebut yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal.

Pemantauan kerja dibuat oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa. Sekiranya prestasi kontraktor tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, penalti akan dikenakan kepada syarikat SWM yang kemudiannya akan mengenakan penalti yang serupa kepada kontraktor yang terlibat. Apabila Akta 672 berkuat kuasa kelak, tugas pemantauan dan mengenakan penalti akan dijalankan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan pemeriksaan awal.

Tuan Yang di-Pertua, kewujudan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) memberikan kuasa eksklusif dalam menguruskan sisa pepejal kepada Kerajaan Pusat bukanlah bertujuan untuk merampas kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melantik kontraktor pemeriksaan sampah seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat.

Oleh kerana penyelarasan yang menyeluruh oleh Akta 672 membolehkan penggunaan tenaga kerja, peralatan-peralatan dan juga kemudahan-kemudahan pengurusan sisa pepejal digunakan secara optimum untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan juga menjimatkan kos. Di samping itu kebanyakan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga menghadapi masalah kekurangan kelengkapan peralatan serta tenaga kerja, sumber kewangan dan kepakaran untuk memberikan perkhidmatan pengurusan sistem pepejal yang bermutu dan berkesan.

Sebagai langkah jangka panjang, kementerian juga giat menjalankan pelbagai program seperti Kempen Kitar Semula dan pengasingan sisa pepejal dan punca yang melibatkan pelbagai pihak atau supplies seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Syarikat Konsesi Pengurusan Sistem Pepejal, mengumpul dan mengilang barangan kitar semula,

final • 5:43 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

NGO, korporat swasta, institusi pendidikan dan lain-lain. Langkah ini dilakukan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang prinsip pengasingan sisa dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kitar semula. Di samping itu, kerajaan juga bersikap terbuka dalam meneroka kaedah-kaedah dan teknologi terkini yang dapat melupuskan sisa pepejal dengan lebih berkesan, mesra alam dan kos efektif di samping pada masa yang sama menjana produk sampingan yang memberikan pulangan yang positif serta tenaga gas dan minyak. Terima kasih.

final • 5:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 8 Julai 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.

final • 5:43 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026