Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan supaya Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang bersidang dan akan berakhir 13 Julai 2010 ditambah dua hari lagi iaitu dari 14 sehingga 15 Julai 2010. Tambahan ini diperlukan bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan-urusan kerajaan yang lain dapat diselesaikan. Permohonan ini adalah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
1. Puan Hajah Nancy Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan sistem pelaksanaan pengagihan komputer di bawah kementerian untuk kumpulan sasaran.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, baju baru memang cantik. [Ketawa] Bertanya pula...
Tuan Yang di-Pertua
Jawapan mesti pendek-pendek. [Ketawa]
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Bertanya pula orang yang bajik.
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat Batang Sadong, pengagihan komputer riba kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 bagi kawasan luar bandar dan di bawah RM5,000 bagi kawasan bandar adalah berdasarkan nisbah berikut:-
(i) 65% diagihkan kepada pelajar-pelajar dengan keutamaan diberi kepada pelajar sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang masih tiada pemilikan komputer dan langganan jalur lebar di seluruh negara; dan
(ii) 35% dibahagikan kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan kurang liputan serta di kawasan yang telah tersedia perkhidmatan dengan sasaran pengagihan meliputi kampung-kampung tradisi, kampung-kampung baru dan pusat penempatan masyarakat setempat di seluruh negara. Setiap isi rumah hanya layak menerima satu unit sahaja.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Program pengagihan komputer riba ini akan dilaksanakan secara berfasa bermula dari bulan Jun sehingga akhir tahun 2010 dan turut melibatkan koordinasi dan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, sektor industri kecil dan sederhana (IKS) dan pihak penyedia perkhidmatan. Terima kasih.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya yang kedua ialah kita rakyat Malaysia memang amat beruntung kerana dapat menikmati perkhidmatan seperti ini oleh kerajaan. Cuma saya agak khuatir sedikit kalau di kawasan luar bandar yang mana kita masih mempunyai kekurangan liputan bekalan elektrik, adakah mereka akan diberikan juga? Jikalau tidak mereka tidak dapat menikmati kemudahan yang diberi oleh kerajaan dan mereka yang dari luar bandar inilah yang amat memerlukan pembekalan komputer seperti ini. Terima kasih.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong yang sentiasa prihatin kepada nasib penduduk di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita ketahui bahawa kekangan untuk penyebar luas penggunaan jalur lebar memang ada di pendalaman lebih-lebih lagi oleh kerana tidak ada misalnya electricity sebagaimana yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat.
Nasib kita di Sarawak dan Sabah lebih cerah lagi kerana telah pun ditentukan oleh kerajaan dengan pelantikan dua menteri yang terpenting bagi penyediaan utiliti asas kepada kawasan luar bandar. Misalnya pelantikan Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dari Sabah dan CEO PEMANDU dari Sarawak. Dari kajian di makmal NKRA memang terdapat keperluan-keperluan seperti yang telah Yang Berhormat sebut tadi sepatutnya disediakan dan diagihkan kepada penduduk-penduduk di luar bandar. Oleh yang demikian saya percaya kerajaan yang ada pada hari ini memang prihatin dan ini akan disediakan secepat mungkin ke pedalaman Sarawak dan Sabah lebih-lebih lagi menjelang PRU-13. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pada pihak kementerian, setakat ini berapa unitkah telah diedarkan yang diagih kepada sasaran? Berapakah kos untuk satu unit yang kerajaan persetujui?
Saya juga hendak tahu, adakah kementerian sedar bahawa seperti di kawasan- kawasan yang tidak punya kemudahan tadi, ada pihak-pihak yang menawarkan kepada penerima komputer ini untuk membeli balik dengan harga RM700 satu unit. Ini kerana mereka ini tidak punya kemudahan elektrik dan kepakaran untuk menggunakan. Mereka lebih suka untuk menerima tunai daripada menerima komputer yang mereka tidak boleh buat apa tengok sahaja, sebab tidak boleh hendak guna. Jadi adakah kementerian sedar perkara ini? Terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kepada pertanyaan dari Indera Mahkota. Berkenaan dengan pengagihan komputer riba, iaitu pada fasa pertama 123,000 unit telah diagihkan pada bulan Jun misalnya. Harga notebook yang kosong, yang tidak ada aplikasi adalah RM830 seunit dan yang diisikan dengan aplikasi termasuk operating system, Microsoft Office dan antivirus harganya RM1,000 seunit. Berkenaan dengan dakwaan oleh Yang Berhormat iaitu ada orang hendak mengambil kesempatan untuk membeli balik komputer riba ini, kementerian berharap agar penerima-penerima komputer ini tidak akan menjual komputer ini kepada yang hendak mengambil kesempatan.
Oleh kerana semuanya akan didaftar dan sekiranya terdapat penerima yang menjual komputer mungkin akan diambil tindakan sewajarnya, supaya kita boleh mengelakkan kejadian yang begini. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi bahawa komputer-komputer ini tidak akan diagihkan ke tempat-tempat yang tidak ada liputan dan tidak ada kemudahan seperti electricity dan sebagainya. Saya percaya kalau ada pun yang menjual mereka tidaklah sebegitu ramai. Terima kasih.
2. Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah wang lebih bayar pembayar cukai di dalam LHDN dan jumlah pembayar cukai yang masih belum dipulangkan mengikut tahun sejak 5 tahun lepas.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Pendang. Jumlah bayaran balik Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai mengikut tahun adalah seperti berikut:-
| Tahun | Jumlah Bayaran Balik (RM bilion) | Pembayar Cukai |
|---|---|---|
| 2006 | 4.3 | 291315 |
| 2007 | 5.4 | 654606 |
| 2008 | 8.6 | 838644 |
| 2009 | 10.0 | 870630 |
| Sehingga Mei 2010 | 2.2 |
Mengenai soalan bahagian kedua, jumlah pembayar cukai yang masih belum dipulangkan cukainya dan dibawa ke tahun berikutnya. Umpamanya pada akhir tahun 2007 jumlah pembayar cukai yang masih belum dipulangkan lebihan bayaran adalah 58,633 orang. Ini merupakan 8.2% yang dibawa ke hadapan iaitu ke tahun 2008. Pada akhir tahun 2008, 76,990 kes telah dibawa ke tahun 2009 dan ini melibatkan 8.4% yang belum lagi dibayar lebihan bayaran. Pada akhir tahun 2009 jumlah yang dibawa ke tahun berikutnya adalah 150,757 kes yang melibatkan peratusan 14.8%. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat moto LHDN adalah ‘Bersama Membangun Negara’. Saya dapati sekarang kerajaan telah mengadakan e-Filing. Saya ada dua persoalan dalam soalan tambahan ini. Berhubung hendak mendapatkan nombor pin untuk e-Filing itu kita terpaksa menghantar maklumat nombor rujukan cukai, alamat terkini, salinan MyKad, pasport dan juga nombor telefon dan LHDN akan memberikan nombor pin ataupun kita terpaksa pergi ke pejabat LHDN untuk mendapatkan nombor pin tersebut. Itu masalah bagi pembayar cukai.
Kedua, soalan berhubung dengan bayar lebih ini, saya hendak tanya berkenaan dengan akaun gantung. Mereka yang telah lama akaun mereka berada dalam LHDN dan disebut sebagai ‘akaun gantung’ inilah. Adakah wang pembayaran balik ini disimpan di dalam akaun tertentu yang mendapat OPR (Overnight Policy Rate) yang menguntungkan LHDN yang faedahnya akhirnya akan diberikan balik kepada pembayar cukai tersebut?
Adakah OPR yang digunakan oleh LHDN ini syariah compliance sesuai dengan hasrat kita untuk menjadi Halal Hub dalam negara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Mengenai e-Filing saya cuma ingin menyatakan bahawa setakat ini lebih kurang 1.5 juta pembayar cukai yang telah menggunakan kemudahan e-Filing. Ini berbanding dengan pembayar cukai individu adalah seramai 3.5 juta. Ini sudah merupakan satu jumlah yang hampir 50%. Jadi tentang masalah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu barangkali tidaklah menjadi satu masalah yang besar. Ini kerana jumlahnya begitu tinggi yang telah menggunakan e- Filing. Apa pun barangkali pegawai LHDN yang ada pada hari ini mengambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat ini untuk mencari jalan bagaimana memudahkan lagi penggunaan e-Filing.
Dari segi jumlah wang yang perlu dibayar balik kepada pembayar yang membayar lebih. Semua bayaran wang yang dikutip oleh LHDN ini dimasukkan dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan dimasukkan ke situ semuanya. Jadi setiap tahun LHDN akan membuat satu anggaran berapa banyakkah yang boleh dimasukkan dalam satu tabung yang diuruskan oleh LHDN, supaya dapat digunakan untuk membayar balik apabila tuntutan ini dibuat. Jadi inilah cara pengurusan supaya kutipan hasil ini pada permulaannya diserahkan kepada Kumpulan Wang Disatukan. Ini diuruskan mengikut pengurusan Wang Disatukan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Hanya satu-satu peruntukan untuk satu-satu tahun untuk membayar balik ini dibuat oleh LHDN dengan kebenaran Kementerian Kewangan. Jadi tentang perincian lain dari segi...
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
‘Akaun gantung’.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
‘Akaun gantung’ saya hanya ada maklumat di sini dari segi jumlah individu yang dianggarkan pembayar cukai adalah 3.5 juta yang aktif.
Ini maknanya yang membayar cukai dua juta, maknanya ramai jugalah yang digantung dari segi barangkali tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membuat pembayaran cukai pada satu masa didaftarkan. Akan tetapi tidak semestinya mempunyai pendapatan yang berterusan untuk membayar cukai.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tentang jumlah terperinci, selain daripada itu saya tidak ada, Yang Berhormat.
Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga bertanya soalan tambahan soal lebihan pembayaran cukai ini. Mohon minta penjelasan ataupun jumlah cukai-cukai yang harus dibayar balik kepada pembayar cukai yang berlebihan dan tidak dapat dikesan ataupun orang-orang penuntut ini tidak dapat dikesan ataupun yang sudah meninggal. Jadi, berapakah jumlah yang ditinggalkan termasuk faedah kalau ada dan di manakah lebihan wang ini? Di tabung apa? Adakah dia tabung kebajikan ataupun tabung sukan dan sebagainya dan berapa jumlah pada setiap tahun yang tidak dituntut ini dan berapa lama sebelum ia dapat dikira sebagai wang tidak tertuntut?
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya jelaskan tadi, pengurusan kutipan wang oleh LHDN ini, semua wang yang dikutip ini dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan. Jadi tidak ada timbul pada masa tersebut wang yang tidak dituntut. Hanya tuntutan dibuat berdasarkan kepada tuntutan yang dihantar oleh pembayar cukai. Ini bagi kes-kes yang membuat pembayaran melalui e-filing, tuntutan ini dibuat dalam masa sebulan. Bayaran balik dibuat dalam masa sebulan. Jadi soal wang tidak dituntut apa itu tidak timbullah, dalam masa sebulan itu diselesaikan.
Yang diterima awal-awal itu dah sudah masuk di dalam wang yang disatukan.
Tidak ada lagi soal yang tak dituntut ataupun yang dituntut. Cuma berdasarkan kepada tuntutan, kalau mengikut e-filing dalam masa sebulan dibereskan. Kalau mengikut yang biasanya, manualnya, dalam masa 90 hari. Mengikut statistik yang saya ada dalam lima bulan pertama tahun 2010 ini, jumlah mengikut tuntutan yang dibuat berdasarkan e-filing ialah 270,835 yang menuntut balik. Yang diselesaikan dalam masa sebulan ialah 260,925 iaitu 96.34%. Yang mengikut manualnya lebih tinggi lagi kerana masanya tiga bulan. Jadi lebih banyak lagi yang boleh diselesaikan, sehingga 99.3% daripada permohonan bayaran balik ini dapat diselesaikan dalam masa tiga bulan. Jadi soal yang akaun tidak aktif macam dalam bank dan sebagainya tidak timbul dalam soal LHDN ini. Terima kasih.
3. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:-
(a) apakah kementerian masih meneruskan program satu kawasan Parlimen satu mini stadium yang pernah diumumkan dahulu; dan
(b) berapa banyakkah mini stadium yang telah dibina di bawah program ini.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan nombor tiga, saya bagi pihak Ahli-ahli Parlimen mengalu-alukan anak-anak sekolah dari SMK Tinggi Setapak, KL, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Pusat Kegiatan Guru-guru Ampang [Tepuk].
Tuan Yang di-Pertua, sebelum soalan, boleh saya luahkan satu pantun?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, jangan saja pantun enam rangkap. Yang dua, dua, empat itu bolehlah.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Anak Melayu pergi ke pekan, Singgah di pasar membeli ikan, Kalau mahu tahu kehebatan Kalabakan, Rasalah di luar sana kari kambing Kalabakan. [Dewan riuh]
Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato' Razali bin Haji Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan sememangnya pernah merancang untuk membina kompleks sukan komuniti di setiap kawasan Parlimen di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 50 buah KSK telah diperuntukkan. Namun setelah menimbang jumlah peruntukan yang disediakan, proses pemilikan tanah dan kawasan taburan kemudahan, kementerian telah menilai semula projek kompleks sukan komuniti tersebut dan ia telah diganti dengan projek pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna yang dirasakan dapat memberi manfaat serta kemudahan kepada belia di seluruh negara dengan lebih adil dan menyeluruh. Sehubungan dengan itu, kementerian hanya siap membina 10 buah kompleks sukan komuniti dan empat buah lagi dalam proses pembinaan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di- Pertua, soalan ini timbul kerana kerajaan janji. Menteri Belia dan Sukan janji tiap-tiap kawasan Parlimen ada satu mini stadium. Sesi Parlimen yang lalu, menteri bertukar, rancangan tidak ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, persoalannya sekarang, ini satu kerajaan bukannya kerajaan bertukar. Satu kerajaan kalau menteri pun ditukar, dasar mesti ikut dasar, sudah diumum dalam Dewan Rakyat. Rakyat tunggu-tunggu. Jadi kalau sekiranya hari ini saya jadi menteri, esok saya kena tukar, dasar yang saya buat tidak dipakai.
Kalau esok ada satu menteri baru, maka ditukar lagi. Jadi mana boleh peraturan begini Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau dia tukar lima kali, lima kalilah tukar-tukar.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Jadi kita minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jangan menteri suka-suka bikin dasar. Kalau mahu buat dasar, dasar dibuat oleh kerajaan, dibincang dalam Kabinet. Kalau tidak, rakyat tanya- tanya kepada kita. “Hei Datuk Ghapur, mana ini mini stadium?”.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kita tukar kerajaanlah Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Mana ini mini stadium? Tidak ada. Jadi kalau begini, kita punya masalah. Jadi saya tahu dikatakan tadi gelanggang pelbagai guna. Itu tidak guna sebab rakyat tidak tahu sebab di kawasan saya belum ada gelanggang pelbagai guna. Yang ada futsal sahaja, belum ada. Jadi kita minta kalau boleh Timbalan Menteri buat satu penjelasan supaya rakyat di kawasan luar bandar ini tahu. Janji-janji yang ada kita bagi tahu tidak dapat dilaksanakan kerana kalau kita janji untuk popular diri menteri itu sendiri, itu tidak penting.
Jadi minta kalau boleh menteri - tidak ada soalan ini. Saya minta menteri supaya syorkanlah, dibawa di Kabinet apa dasar-dasar yang mahu dibuat supaya Kabinet tidak boleh bohong kepada rakyat. Kalau menteri boleh, Kabinet tidak boleh. Jadi minta kalau boleh dibawa kepada perhatian Kabinet. [Tepuk]
Dato' Razali bin Haji Ibrahim
Saya akan pastikan saya makan kambing Kalabakan lepas ini.
Seorang Ahli
Jawab dulu.
Dato' Razali bin Haji Ibrahim
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya penyediaan gelanggang sukan bukan hanya terletak di bawah Kementerian Belia dan Sukan tetapi juga melibatkan PBT, KPKT dan juga Kementerian Luar Bandar. Namun begitu, Kementerian Belia dan Sukan mulai beberapa tahun kebelakangan ini telah mengambil inisiatif untuk membina gelanggang ataupun kompleks sukan komuniti.
Dato' Razali bin Haji Ibrahim
Cumanya pada ketika itu, cadangan untuk membina di seluruh kawasan Parlimen hanya diluluskan sebanyak 50. Kita percaya bahawa jika kita bina 50 sahaja, isu tentang kawasan mana yang terpilih akan juga akan ditimbulkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang akan mengatakan kenapa 50 dipilih daripada 222.
Namun begitu, isu tentang pemilikan tanah kerana kementerian tidak memiliki tanah yang diwartakan untuk kementerian di semua kawasan Parlimen. Maka, urusan pengambilan tanah juga boleh menimbulkan kelewatan dalam pembinaan dan akhirnya ada juga nanti kawasan terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang tidak lagi mempunyai kawasan untuk membina kompleks sukan seperti ini yang memerlukan keluasan hampir tiga ekar.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya ada, saya ada.
Dato' Razali bin Haji Ibrahim
Ini bagi yang tak ada. Akan timbul juga masalah dan bertanya kenapa kawasan itu tidak disediakan. Justeru itu, gelanggang serba guna yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kalabakan telah berjaya dibina di seluruh negara dengan jumlah sebanyak 1,240 buah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Dato' Razali bin Haji Ibrahim
Dengan peruntukan yang diberi kepada 50 buah kompleks sukan komuniti yang di peringkat awal yang dijanjikan untuk dibina di semua kawasan Parlimen. Namun begitu, saya percaya di bawah pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita masih menanti berapakah jumlah yang dapat disediakan oleh kerajaan bagi kita memberi manfaat kemudahan sukan kepada belia kita di seluruh negara. Terima kasih.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memilih saya untuk mengusulkan soalan tambahan. Terima kasih, apa pun bicaranya tetapi pada pengamatan yang telah saya lihat daripada stadium yang dijanjikan telah pun ditukar ganti kepada kompleks komuniti serba guna yang berjumlah 1,040 buah yang telah dibina di antara replacement 50 buah yang dijanjikan dalam mini stadium yang telah dibuat oleh Menteri sebelumnya. Soalan tambahan saya ialah, apakah cara pengurusan dan penyeliaan kompleks komuniti serba guna ini dan juga mini stadium tersebut supaya jangka hayat bangunan dapat dilanjutkan atau dipelihara, tidak sepertimana di stadium Terengganu, runtuh bilamana dibina? Terima kasih.
Dato’ Razali bin Haji Ibrahim
Saya ingin mengambil kesempatan Tuan Yang di- Pertua, untuk memperjelaskan bahawa perkara yang dijanji, yang ditanyakan bukan mini stadium, sebenarnya ialah kompleks sukan komuniti, di mana sebuah dewan di dalamnya mempunyai lapan gelanggang badminton ataupun dua gelanggang futsal ataupun satu gelanggang futsal bersaiz antarabangsa. Maknanya tidak timbul tentang stadium, dan untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan tidak mengendalikan sebarang stadium di negeri. Semua stadium dikendalikan oleh kerajaan negeri masing- masing. Kementerian hanya mengendalikan Perbadanan Stadium Merdeka kerana kementerian seperti yang saya nyatakan, tidak mempunyai tanah.
Saya setuju dengan Yang Berhormat. Mengenai pembinaan satu hal tetapi bagaimana untuk mengendalikan satu hal lagi. Sebab itu kompleks sukan komuniti jika terbina, yang telah ada 14 buah ini, dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan tetapi 1,240 gelanggang serba guna akan dikendalikan oleh persatuan-persatuan belia di peringkat akar umbi, di mana mereka bebas untuk mengenakan jumlah bayaran sewaan dan juga mentadbir urus apa-apa kejohanan, di samping penyelenggaraan kemudahan yang telah tersedia. Saya ingin mengambil kesempatan di sini bahawa sehingga hari ini, keseluruhan pembinaan yang dibuat telah mendapat maklum balas yang baik dan digunakan secara penuh oleh anak-anak muda, para belia kita di peringkat akar umbi.
Ini memberi justifikasi bahawa gelanggang serba guna lebih memberi faedah dari segi perkara yang dibangkitkan, termasuk mengurangkan kadar kos penyelenggaraan yang selalunya dibiayai oleh kerajaan tetapi hari ini ditanggung oleh para pengguna iaitu para belia sendiri.
4. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:-
(a) sehingga Mac 2010 berapakah jumlah stesen minyak yang menawarkan perkhidmatan jualan produk CNG (Compressed Natural Gas) untuk kegunaan kenderaan NGV di seluruh Malaysia; dan
(b) apakah perancangan kerajaan bagi mempromosikan penggunaan NGV di kalangan pengguna kenderaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II - Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini sebanyak 144 buah stesen NGV yang beroperasi iaitu:
| Kawasan | Jumlah Stesen (buah) |
|---|---|
| Lembah Klang | 86 |
| Johor | 28 |
| Negeri Sembilan | 11 |
| Melaka | 7 |
| Pulau Pinang | 3 |
| Kedah | 4 |
| Perak | 4 |
| Terengganu | 1 |
Manakala bakinya sebanyak 39 buah masih dalam pelbagai peringkat pembinaan dan 17 lagi lokasi sedang dalam peringkat analisa kesesuaian. Keutamaan akan diberikan kepada lokasi yang berdekatan dengan saluran paip gas.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memperluaskan kemudahan NGV, kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk membina 200 buah stesen NGV menjelang hujung tahun ini. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif bagi menggalakkan penggunaan NGV dan antaranya ialah seperti berikut:-
(i) membantu pusat servis bagi perkhidmatan NGV melalui pengecualian 100% cukai import ke atas conversion kit dengan izin. Petronas NGV merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memantau dan menyelia pusat servis yang layak untuk mendapat pengecualian ini. Sehingga kini, sebanyak 110 buah pusat servis bagi perkhidmatan NGV telah beroperasi di seluruh negara; dan
(ii) cukai jalan bagi kenderaan juga diberi potongan sebanyak 25% bagi yang menggunakan bi-fuel atau dual fuel dan 50% untuk monogas seperti berikut;
(a) bagi monogas iaitu enjin NGV sahaja, kadar pengurangan lesen kenderaan motor adalah 50% daripada kadar LKM enjin petrol;
(b) untuk bi-fuel iaitu enjin NGV dan petrol diberi 25% pengurangan;
(c) bagi dual fuel iaitu enjin NGV dan diesel, diberi 20% pengurangan; dan
(d) bagi dual fuel iaitu enjin NGV dan diesel hijau atau bio diesel, insya-Allah akan diberi 75% pengurangan.
Terima kasih.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dalam satu jawapan kepada soalan saya bertarikh 23 Jun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyebut bahawa gas kita akan bertahan daripada hari ini untuk selama 36 tahun lagi dan dijangkakan berakhir pada tahun 2045. Soalan tambahan saya, kalau kita melihat kepada jawapan yang diberikan tadi, menunjukkan bahawa NGV mempunyai kebaikan – penggunaan NGV enjin dan juga gas mempunyai kebaikan kalau dibandingkan dengan petrol, malah road tax pun diberi diskaun. Persoalannya sekarang, apabila ditanya kepada orang Sungai Petani contohnya, kenapa tidak tukar kereta daripada enjin petrol ini kepada enjin NGV? Soalannya, kedai minyak mana kita hendak pergi cari NGV ini? So, tidak ada gunanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita berikan macam-macam insentif tetapi tempat untuk kita cari NGV stesen ini tidak banyak.
Kalau kita tengok web, tidak seperti 144 yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi tetapi cuma sekadar 50 lebih sahaja yang ada tempat-tempatnya. Ini menunjukkan bahawa apa juga kebaikan yang boleh dinikmati oleh rakyat tetapi tidak ada support oleh kerajaan bagi memperbanyakkan kedai-kedai minyak yang memberi perkhidmatan NGV ini.
Bagaimanakah ini boleh terjadi dan apakah tindakan serta-merta supaya rakyat tidak tertekan dengan kenaikan harga minyak tetapi seterusnya menggunakan gas ini? Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tadi telah menjelaskan keadaan yang ada sekarang. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa 144 buah stesen NGV ini, ia memberi servis kepada 44,156 buah kenderaan, dan 99% adalah di Lembah Klang. Sebab itu di Lembah Klang banyak. Yang Berhormat, sebenarnya ini adalah pilihan terbuka untuk pengguna. Kerajaan telah menyediakan pelbagai – dari segi infrastruktur dan juga rebet cukai jualan dan juga lesen kenderaan motor. Jadi bermakna terbuka Yang Berhormat, dan kalau permohonan ini banyak, insya-Allah kita akan seimbangkan dengan stesen dan juga kenderaan.
Yang Berhormat, sekarang ini kenderaan hanya 44,156 buah dan kebayakannya adalah untuk teksi. Sebab ini adalah satu penjimatan yang begitu ketara, di mana saya tadi bertanya – sebab dalam mengisi full tank iaitu dalam RM12, boleh berjalan 300 kilometer.
Jadi memang sesuai sangat untuk kenderaan awam. Jadi Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Jadi yang ini Yang Berhormat, kita memerlukan banyak lagi permintaan dan jikalau Yang Berhormat tadi mengatakan dengan permintaan yang banyak ini, insya- Allah Yang Berhormat, kita akan mengadakan satu dasar di mana apa yang disaran oleh Yang Berhormat tadi kita akan selaraskan. Sebab yang ini pun Yang Berhormat, kita – tadi Yang Berhormat kata jawapan daripada JPM, lepas itu kita juga ada badan-badan lain macam pengangkutan yang harus digembleng bersama, sebab kementerian ini, kami sahaja, kami tidak dapat menggubal dasar ini kecuali ada permohonan-permohonan yang datang daripada pelanggan atau pengguna-pengguna. Bermakna Yang Berhormat, saya tidak tutup ruang. Bermakna ruang ini terbuka tetapi mesti ada keperluan. Terima kasih.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada warning, Tuan Yang di-Pertua, supaya tanya soalan lembut-lembut. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan sasaran kerajaan pada hujung tahun ini sekitar 200 buah iaitu cadangan yang disasarkan untuk diusahakan di seluruh negara tetapi kita sedar masalah di Lembah Klang masih lagi menjadi rungutan pengusaha-pengusaha teksi, sampai sekarang drebar teksi merungut kerana line-up yang terlalu panjang yang menyebabkan mereka menghadapi masalah masa untuk mereka mendapat penumpang untuk cari makan dan sebagainya.
Saya faham pengusaha stesen minyak menghadapi masalah kadar ataupun peralatan (equipment) yang digunakan untuk kita install penawaran gas ini mahal harganya dan mungkin boleh disubsidi oleh syarikat-syarikat minyak yang terlibat. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau perkara ini tidak diberi penegasan apa jua yang dibuat kerana tidak ada sumber walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa dekat dengan pipeline dan sebagainya tetapi sebagai alternatifnya kita boleh ganti dengan tank dalam jumlah dan kapasiti kadar penggunaan di sesuatu kawasan ataupun area tertentu bagi kita mengatasi masalah ini.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Kalau kita hendak install paip memang mengambil atau memakan kos yang cukup mahal, tetapi apakah tindakan sekarang yang boleh dibuat oleh pihak kementerian dalam memastikan benda yang murah ini walaupun Yang Berhormat Sungai Petani mengatakan dengan kadar gas sekarang ini kita boleh import lagi gas daripada luar negara tetapi untuk pelbagai faktor termasuk environmental dan lain-lain yang boleh menyebabkan perancangan ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak kementerian. Apa pandangan Yang Berhormat?
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya katakan tadi bahawa Petronas adalah the lead player, dengan izin dalam NGV ini. Jadi untuk setakat ini, saya ingin memaklumkan juga kepada Yang Berhormat bahawa Petronas telah menanggung subsidi dari tahun 2007 hingga tahun 2009, RM535 juta subsidi. Sebab kalau harga gas actual, dengan izin, adalah dalam RM2 satu liter tetapi dengan subsidi ini adalah 68 sen satu liter. Jadi ini adalah satu tanggungan yang begitu besar tetapi pada masa yang sama, Yang Berhormat, memang saya katakan tadi 99% penggunaan NGV ini adalah di Lembah Klang sebab kebanyakan teksi dan juga ada bas yang menggunakannya.
Sebenarnya juga Yang Berhormat, jika kita hendak installkan stesen-stesen ini memerlukan hi-tech. Ia memang hi-tech.
Kita tidak mahu kejadian incident di mana memang ada accident, letupan dan sebagainya sebab memerlukan piping, memerlukan saluran-saluran yang mesti didesignatedkan tempatnya dan melihat juga kepada terrain, curamnya, availability atau kesesuaian dan juga faktor profit and loss. Itu biasalah analisa kewangan. Jadi, Yang Berhormat, saya bertanya juga sebab saya juga sering melihat sebelum saya ke kementerian ini hendak mengetahui dengan lebih dalam, memang saya juga memerhatikan ada queue yang begitu panjang. Saya bertanya kepada pegawai tadi sebagai suatu untuk memuaskan juga hati saya dengan saya menyoal balik kepada pegawai.
So, kedapatan bahawa terjadinya queue yang panjang ini sebab teksi-teksi ini semasa dia off-shift. Masa itulah dia hendak mengisikan gas ini. Akan tetapi ada masa- masanya kita dapati lengang sebab 44,000 kenderaan ini ia tidak datang sekali tetapi semasa dia off-shift dan sebagainya. Jadi oleh yang demikian, Yang Berhormat, memang ianya terbuka sebenarnya kepada pengusaha. Sesiapa hendak membuka lagi stesen- stesen ini, bolehlah memohon secara terus kepada Petronas dan akan diberi pertimbangan atas dasar-dasar yang biasa. Terima kasih.
5. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan tentang langkah konkrit kerajaan dalam memastikan bekalan air bersih mampu dinikmati oleh masyarakat luar bandar terutamanya di P.187 Kinabatangan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Kinabatangan. Untuk makluman Yang Berhormat, di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM1.37 bilion untuk program bekalan air luar bandar di mana sebanyak RM484.02 juta ataupun 35.25% adalah untuk pelaksanaan projek bekalan air luar bandar di negeri Sabah.
Sehingga tahun 2009, di Parlimen Kinabatangan sahaja sebanyak lima buah projek telah dan sedang dilaksanakan dengan kos berjumlah RM17.56 juta bagi melaksanakan projek bekalan air luar bandar yang merangkumi sistem retikulasi dan bina baru loji dan ianya memberi manfaat kepada 775 buah rumah. Bagi memastikan penduduk di kawasan luar bandar dapat menikmati bekalan air bersih, kementerian di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah memberi tumpuan untuk memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM2.04 bilion untuk negeri Sabah. Di bawah NKRA ini, kementerian menyasarkan pencapaian liputan bekalan air di negeri Sabah sebanyak 90% pada akhir tahun 2012. Sekian, terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya memang berterima kasih dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia di luar bandar juga dapat menikmati
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
bekalan air bersih. Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini tidaklah begitu menggalakkan sebab masih ramai lagi penduduk yang tidak mempunyai bekalan air bersih sehingga pada hari ini. Ada juga yang telah mendapat bekalan air bersih tetapi malangnya macam “hidup segan mati tidak mahu”, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab ada paip air tetapi airnya tidak ada. Tekanannya terlalu rendah.
Orang kampung saya cakap dengan saya, “YB, air keluar macam kencing budak- budak sahaja” dia kata. Jadi cuba bayangkan. Jadi apakah langkah-langkah atau tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan air yang di bekal itu, pertama, bersih, selamat untuk diminum, tidak berwarna kekuningan dan juga tidak berbau. Saya juga mendapat rungutan seumpama ini. Seterusnya iaitu paip-paip ini kebanyakannya ada juga yang telah usang, bocor dan sebagainya dan ini mengakibatkan bekalan air itu tidak begitu dapat diperolehi secara berkesan.
Jadi saya meminta kepada kementerian ini supaya mencari satu pendekatan yang lebih baik untuk memastikan bahawa usaha murni kerajaan untuk membekal air bersih kepada masyarakat luar bandar, khususnya dapat kita realisasikan sebelum 2015.
Bermakna kita ada lebih kurang tiga atau empat tahun lagi ke arah itu untuk memastikan rakyat di luar bandar juga boleh hidup selesa. Itu sahaja, Yang Berhormat.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Yang Berhormat dari Kinabatangan. Memang kementerian ini mengambil langkah yang bermacam-macam untuk menaik taraf, untuk upgrade sistem yang ada tekanan yang rendah, paip yang bocor dan sebagainya tetapi perlu diketahui, Yang Berhormat, kita memerlukan senarai itu datang dari kerajaan negeri, bukan kementerian ini secara langsung pergi ke tempat-tempat di mana keperluan ini berlaku dan kita membuat keputusan, tidak. Ianya perlu disalurkan melalui kerajaan negeri. Oleh yang demikian saya memohon supaya Yang Berhormat berbincanglah dengan badan-badan yang tertentu ataupun jabatan-jabatan yang tertentu supaya nama-nama tempat dan keperluan yang ada di peringkat akar umbi disalurkan melalui kerajaan negeri dan terus kepada kementerian ini.
Seperti saya katakan tadi, kita bertekad bukan hendak membekalkan air yang bersih pada penghujung tahun 2015 tetapi 90% target kita adalah supaya dicapai pada tahun 2012. Sekian, terima kasih.
Tuan Hiew King Cheu - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Menteri di Kota Kinabalu tidak jauh 10 kilometer dari pusat bandar, kita menghadapi beberapa buah kampung masih belum ada bekalan air. Mereka mengambil air dari sungai dan perigi. Kalau musim kemarau, sungai kering, perigi pun kering, jadi bagaimana mereka boleh dapatkan air untuk kegunaan seharian.
Saya minta bolehkah kementerian dengan secepat mungkin buat bekalan air untuk kampung-kampung ini. Kalau perlu, saya boleh bagi senarai kampung-kampung ini. Terima kasih.
Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Silakan Yang Berhormat bagi senarai itu tetapi di Kota Kinabalu saya juga difahamkan bermacam-macam masalah yang berlaku.
Ada orang yang baru membina rumah baru, ada pendatang haram yang datang buat rumah baru dan sebagainya dan saya kira ini adalah kampung yang memang telah tetap 10 kilometer dari Kota Kinabalu ini, sila majukan senarai tersebut kepada saya. Sekian, terima kasih.
6. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Perdana Menteri menyatakan kadar kekayaan yang dimiliki oleh 10% teratas dan 10% terendah rakyat Malaysia bagi tempoh tiga dekad meliputi tahun-tahun 1981-1990, 1991-2000 dan 2001-2010 dan apakah strategi yang digunakan bagi menyamaratakan agihan kekayaan negara di kalangan rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Cheras. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati dan dikongsi secara saksama oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
mengira kumpulan etnik. Dasar-dasar pembangunan berdasarkan prinsip pertumbuhan dengan pengagihan saksama yang dilaksanakan selama ini terbukti berupaya merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara kumpulan-kumpulan ini.
Dalam konteks ini, strategi yang digunakan bagi menyamaratakan agihan kekayaan negara adalah dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan status ekonomi serta kesejahteraan isi rumah miskin berpendapatan 40% terendah termasuk golongan miskin.
Antara strategi yang digunakan adalah melalui program-program peningkatan pendapatan serta penyediaan kemudahan asas. Program-program ini meliputi bantuan pendidikan termasuk bantuan tuisyen dan latihan kemahiran bagi meningkatkan peluang pekerjaan, pembangunan keusahawanan menerusi penyediaan latihan dan akses kepada kredit mikro, penyediaan kemudahan asas bagi meningkatkan kualiti hidup serta pembangunan luar bandar dan juga pembangunan koridor yang menyediakan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan melalui sektor swasta.
Bagi program-program pembangunan bandar, ianya merangkumi bantuan sewa rumah, pembangunan modal insan, pembangunan masyarakat setempat, kecemerlangan pendidikan, latihan dan kerjaya. Manakala program perumahan keluarga miskin pusat sejahtera, pendidikan dan latihan serta bantuan ihsan pendapatan penduduk miskin merupakan antara program-program bantuan yang dilaksanakan di luar bandar.
Dari aspek pengagihan pendapatan isi rumah dan berasaskan maklumat sedia ada seperti mana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Cheras, didapati agihan pendapatan di antara isi rumah 10% teratas dan 10% terendah adalah lebih saksama sejak tiga dekad yang lalu.
Pada tahun 1979, agihan pendapatan bagi isi rumah 10% terendah adalah 1.3% manakala isi rumah 10% teratas adalah 39.3%. Penambahbaikan kesamarataan agihan pendapatan yang berterusan dapat dilihat pada tahun 2009 di mana agihan pendapatan isi rumah 10% terendah meningkat kepada 2% dan bagi isi rumah 10% teratas menurun kepada 33.1%.
Kerajaan akan terus berusaha untuk merapatkan lagi jurang ekonomi di kalangan rakyat agar ketidakseimbangan sosioekonomi dapat terus diperbaiki. Sekian, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri itu menjawab tanpa keikhlasan kerana walaupun beliau kata tidak ada perubahan besar dalam tempoh sepanjang tiga tahun yang lepas tetapi beliau juga mengaku bahawa ketidakseimbangan pendapatan dan kekayaan antara rakyat dan golongan yang berpendapatan terendah dan juga terkaya adalah begitu ketara.
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, menurut laporan Pembangunan Manusia Bangsa-bangsa Bersatu sepanjang 30 tahun yang lalu, jurang pendapatan antara golongan rakyat baik bandar mahupun desa atau antara kaum, antara wilayah adalah begitu ketara dan dahsyat jika berbanding negara-negara lain di rantau Asia Pasifik ini.
Adakah Yang Berhormat sedar bahawa punca utama bagi ketidakseimbangan pendapatan dan kekayaan ini adalah disebabkan kegagalan pemerintahan Barisan Nasional yang selama ini mengamalkan dasar pilih kasih, mementingkan kroni, nepotisme, dasar-dasar [Dewan riuh] Ini lah saya kata kebenaran yang menyakitkan. Penstrukturan masyarakat yang mengabaikan kehendak-kehendak mengabaikan keperluan sebenar kaum-kaum yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di negara kita.
Saya ingin tanya Yang Berhormat, sememangnya jurang ini bagi golongan berada dan kurang berada adalah sangat serius, terendah sekali 10% memiliki kekayaan negara cuma 2% tetapi yang terkaya 10% yang terkaya memiliki 33.1%, ini satu kebenaran yang memerlukan pembetulan dan reformasi segera [Dewan riuh]
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Macam mana negara ini boleh mempunyai cita-cita mencapai satu negara berpendapatan tinggi dalam setahun atau 10 tahun yang akan datang apabila begitu ramai rakyat yang tinggal dalam kemiskinan dan kesengsaraan.
Beberapa Ahli
[Tepuk]
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Macam mana Yang Berhormat boleh memberikan keyakinan kepada Dewan ini kepada rakyat bahawa negara kita...
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Boleh saya jawab?
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Negara kita akan mencapai satu tahap di mana kemiskinan akan dibasmi menjelang tahun 2020. Saya minta satu penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, sebelum Menteri menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila saya buat ruling kepada sesuatu perkara yang tidak diingini oleh Yang Berhormat ada yang mengatakan saya diktator, saya double standard, saya begitu dan saya begini. Apakah istilah-istilah yang saya boleh gunakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sengaja melanggar peraturan mesyuarat.
Bolehkah juga saya memanggil atau melabel Ahli-ahli Yang Berhormat? Kalau saya ikut perasaan saya boleh. Sering kali saya ingatkan soalan tambahan adalah cuma ingin tahu perkara yang perlu diberitahu ekoran daripada jawapan menteri. Bukan untuk berbahas atau pun memberi informasi baru. Ini semua jelas tetapi apabila saya campur hal seperti ini, saya dituduh bahawa saya menggencat atau pun mengehadkan lucidity of perbahasan.
Jadi kadang-kadang saya berfikir kalau saya kena label double standard apa kiranya saya boleh juga mengambil sikap yang sama dengan Yang Berhormat bahawa saya pun melabel Ahli Yang Berhormat itu dengan perkataan-perkataan luar unparliamentary.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, masing-masing kita berfikir ask our conscious. Itu sahaja komen saya. Yang Berhormat Menteri jawab secara berhemah. Jangan lagi bangkitkan sidekick politik. Itu boleh kamu buat di luar Dewan, boleh kamu bertengkar di luar Dewan bukan sewaktu berbahas. Sila.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua tetapi sandiwara politik Yang Berhormat Cheras itu kita faham. Akan tetapi soalan yang dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua mengenai miskin 40% ke bawah itu adalah suatu yang sama-sama kita prihatin dan perlu kita lihat. Itu sebabnya dalam model ekonomi baru, walaupun pelbagai program telah diadakan melalui lapan lead agency kerajaan untuk melihat golongan ini, maka keprihatinan itu sama-sama kita rasai.
Dalam Model Ekonomi Baru, dalam Program Transformasi Nasional pendapatan 40% ke bawah ini mendapat pengkhususan yang begitu penting sekali melalui NKRA yang kita letakkan secara jitu. Bagaimana kita hendak meningkatkan pendapatan mereka dan bagaimana kita memperkasakan modal insan mereka supaya mereka dapat dikeluarkan daripada jumlah pendapatan yang sebegitu.
Percayalah Yang Berhormat daripada Cheras bahawa kerajaan komited untuk melakukan perkara ini. Walaupun retorik-retorik ditaburkan tetapi inilah agenda kita yang bakal kita akan buat. Kita akan teruskan usaha walaupun akan ada tohmahan-tohmahan dari sebelah sana. Terima kasih.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apabila kita melihat perancangan kerajaan yang memang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah kemiskinan di negara kita ini. Sebenarnya kita berasa bersyukur dan perlu mengucapkan tahniah kerana masih ada inisiatif berterusan untuk mengatasi masalah ini.
Secara spesifiknya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri iaitu dari segi kalau kita lihat terutamanya negeri Sabah yang masih tergolong dalam negeri antara yang termiskin di Malaysia ini. Adakah proses ataupun perkara-perkara yang secara khusus
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
untuk diambil oleh kementerian bagi memastikan ia boleh keluar daripada nombor antara negeri yang termiskin di Malaysia ini ke tahap yang lebih baik menjelang Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Terima kasih, mohon jawapan.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, memang itulah yang menjadi denyutan. Sabah, Sarawak diakui bahawa penduduk di sana masih ketinggalan. Maka, perkara pertama yang akan menjadi fokus adalah infrastruktur. Keperluan kemudahan, prasarana yang begitu daif yang perlu diperkasa menjadi agenda dalam Government Transformation Plan (GTP) dan pengagihan kewangan ini telah pun diperuntukkan untuk memastikan bahawa keluhan itu dapat diatasi.
Kedua adalah pendidikan. Pendidikan juga akan diberi fokus yang begitu penting sekali untuk memastikan anak-anak kita di sana dapat maju ke hadapan dengan proses ini.
Ketiga adalah mikro kredit di mana kita beri peluang-peluang keusahawanan kepada golongan-golongan yang terendah.
Terakhir sekali ialah dari segi kemahiran. Memberi kemudahan kemahiran. Maka, semua perkara ini akan jadi fokus. Pertama infrastruktur, kedua pendidikan, ketiga mikro kredit dan keempat adalah kemahiran. Ini akan menjadi fokus untuk menangani isu kemiskinan di sana. Percayalah kita akan sama-sama. Kerajaan negeri juga memainkan peranan yang begitu penting sekali untuk membantu Kerajaan Persekutuan dalam hal ini.
Terima kasih.
7. Tuan William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan setakat mana tindakan diambil ke atas kontraktor yang gagal menyiapkan pembinaan CIQ di Lubok Antu dan sejauh manakah tindakan diambil untuk menghidupkan semula pembinaan projek tersebut dipercepatkan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Antu kerana mengemukakan pertanyaan ini.
Sehubungan dengan pembinaan projek CIQ di Lubok Antu Sarawak, kerajaan melalui tender terbuka telah menawarkan projek tersebut kepada syarikat Raja Co. (S) Sdn.
Bhd. dengan harga nilai kontrak sebanyak RM11,788,832.02 dan dijangka siap pada 5 Februari 2010 iaitu dengan tempoh kontrak selama 18 bulan.
Walau bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya, JKR Sarawak sebagai pegawai penguasa telah meluluskan lanjutan masa kali pertama atau EOT iaitu selama 110 hari mulai 6 Februari 2010 sehingga 25 Mei 2010. Oleh kerana pihak kontraktor telah gagal menyiapkan projek tersebut walaupun EOT telah diberikan, JKR Sarawak telah menamatkan kontrak pembinaan dengan syarikat berkenaan supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyiapkan projek berkenaan dengan melantik kontraktor penyiap oleh kerana projek tersebut telah dikategorikan sebagai projek sakit.
Rentetan daripada kegagalan kontraktor menyiapkan projek tersebut, tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:-
(i) merampas bon pelaksanaan berbentuk bank guarantee berdasarkan klausa 51(c) perjanjian pembinaan CIQ berkenaan;
(ii) kontraktor berkaitan telah disenaraihitamkan oleh pusat khidmat kontraktor atau PKK selama dua tahun di mana kontraktor tidak diberi melaksanakan mana-mana projek kerajaan dalam tempoh tersebut; dan
(iii) mengambil kembali wang pendahuluan yang diterima oleh kontraktor dari kerajaan bagi memulakan projek.
Tuan Yang di-Pertua, setelah kontrak ditamatkan dengan kontraktor berkaitan pada 5 Julai 2010, iklan telah dikeluarkan bagi tujuan perolehan kerja secara tender terbuka dan tarikh tutup tender semula ini adalah pada 26 Julai 2010. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Tiada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lubok Antu?
Tuan William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Ada.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mengikut tinjauan saya, projek tersebut baru siap kurang daripada 10%. Ini bermakna kerajaan telah mengambil tindakan begitu lambat sekali tetapi telah membayar RM500,000.
Soalan saya, adakah kerajaan untuk mencadangkan klausa-klausa tertentu supaya kontraktor-kontraktor tidak menipu kerajaan. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kalau mengikut rekod yang ada bahawa jadual kerja yang telah disiapkan setakat ini adalah sebanyak 9.78%. Dari segi kelambatan oleh kontraktor adalah sebab-sebab yang tertentu dan di mana pihak kerajaan tidak ada memberi masa yang lama untuk membatalkan dan menarik balik kontrak ini dan membuat tawaran semula kepada kontraktor yang baru yang mana seperti mana yang saya telah nyatakan tadi.
[Soalan No. 8 – Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) tidak hadir] [Soalan No. 9 – Datuk Abd. Rahman Dahlan (Kota Belud) tidak hadir]
10. Tuan Che Uda bin Che Nik [Sik] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan bilangan peserta (Pemilik Tanah) yang telah menarik diri dari menyertai program RISDA di bawah projek TSB, TSK dan Mini Estet bagi kawasan Parlimen Sik hingga 31 Mac 2010 dan beri sebab utama mengapa mereka ini berbuat demikian.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada soalan Yang Berhormat. Projek Tanam Semula Berkelompok atau TSB dan juga Projek Tanam Semula Komersial atau TSK dan Mini Estet adalah kaedah pembangunan dan pengurusan ladang di mana kebun-kebun berdekatan digabung dan ditanam semula secara bersama dan serentak di bawah satu pengurusan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Penglibatan pekebun kecil di dalam projek tersebut adalah atas persetujuan pekebun kecil. Di Parlimen Sik, terdapat 545 orang pekebun kecil di daerah Sik yang menyertai Projek TSK dan mini estet. Daripada jumlah itu, seramai 127 orang peserta telah menarik diri dari projek tersebut. Dalam lain perkataan, dalam bentuk peratusan hanya 23% sahaja. Antara sebab mereka menarik diri adalah seperti berikut:-
(i) setelah projek berjaya dibangunkan dan berhasil, terdapat peserta projek yang mengambil alih dan mengurus kebun mereka sendiri sebelum tamat perjanjian. Ini ada seramai 62 orang;
(ii) tempoh perjanjian Projek Mini Estet telah tamat dan tuan tanah ingin mengusahakan kebun mereka sendiri. Ada 56 orang jenis ini;
(iii) terdapat juga peserta projek merasakan dividen projek yang diperoleh tidak setimpal mengikut jangkaan mereka. Tidak ramai, 7 orang sahaja; dan
(iv) pertukaran hak milik tanah di mana pemilik baru tidak mahu meneruskan penyertaan dalam projek berkenaan iaitu 2 orang.
Jadi semuanya berjumlah 127 orang.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Bagi Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) kebun mereka diurus sendiri oleh tuan tanah melalui jawatankuasa yang dilantik di kalangan pemilik-pemilik kebun di mana pihak RISDA hanya memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada jawatankuasa menjayakan projek tersebut. Sehubungan itu, tiada isu berkaitan soal penarikan diri peserta Projek TSB. Terima kasih.
Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Soalan saya, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa ketidaktelusan pengurusan kewangan yang dibuat oleh pegawai-pegawai yang terlibat menyebabkan ramai peserta mini estet menarik diri.
Sebagai contohnya, apa yang berlaku di Mini Estet Changhai Sik, Jeneri. Daripada RISDA Plantation, wang yang akan diagihkan kepada peserta-peserta mini estet dimasukkan ke dalam akaun pegawai yang berkenaan dan pegawai berkenaanlah yang akan mengagihkan pendapatan tersebut kepada peserta-peserta mini estet. Hal ini timbul apabila diadakan dialog terbaru dengan pengurusan Mini Estet Changhai baru-baru ini.
Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar soal ini dan kalau sedar, apakah tindakan yang akan diambil untuk memastikan peserta-peserta mini estet terlibat tidak terus teraniaya? Terima kasih.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Satu soalan yang kalau ikut jawapannya, saya kurang maklum berkenaan dengan projek spesifik yang dimaksudkan. Maknanya mereka menarik diri oleh sebab ada perasaan tidak puas hati di atas ketelusan kewangan daripada pihak RISDA. Bagi kita, kita melihat bahawa yang keluar ini tidak ramai, 127 orang iaitu 23% sahaja. Sebahagian mereka ini oleh sebab semangat ataupun sifat mereka yang tamak. Dia tengok perkara ini sudah maju, baik dan sebagainya dia menarik diri. Kononnya hendak mengurus sendiri. Itu satu.
Yang keduanya pula, mereka tidak bersyukur. Kita sudah buat elok-elok, jawatankuasa bimbingan dan lain-lain dan tidak melibatkan soal ketelusan kita. Kita sentiasa bermesyuarat dengan pegawai-pegawai dan sebagainya dan kita melihat kalau ada masalah, kita sama-sama selesaikan. Jadi, soal pengurusan pihak RISDA itu saya nafikanlah. Walau bagaimanapun kalau Yang Berhormat sendiri fikirkan di TSK Kampung Changhai itu ada masalah dari segi ketelusan itu, dipersilakan Yang Berhormat berhubung dengan saya sendiri dan boleh kita ambil tindakan. Bagi kita, ada tuduhan yang konkrit kita akan ambil tindakan. Kita, Kerajaan Barisan Nasional di dalam soal rasuah dan soal kewangan ini, kita tidak ada, no compromise. [Dewan riuh] Jadi diminta Yang Berhormat untuk berjumpa dengan sayalah. Insya-Allah sama-sama kita selesaikan.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah program- program yang diadakan ini, TSB, TSK dan mini estet ini masih lagi mempunyai kewangan untuk dilaksanakan, kerana baru-baru ini lebih kurang 600 hektar kawasan tanah terbiar dalam kawasan saya yang telah pun kita cuba gabungkan dan peserta-peserta bersetuju untuk memajukan kawasan ini dan kita ajukan persoalan ini kepada pihak berkuasa RISDA, maka mereka menyatakan bahawa peruntukan tidak ada.
Jadi, perkara ini telah pun berbangkit dan saya sendiri pun telah menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri, tetapi sehingga hari ini belum lagi mendapat jawapan ini.
Saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Yang Berhormat sahabat saya Sekijang. Surat itu kepada Yang Berhormat Menteri atau kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri? [Dewan riuh][Ketawa] Yang pertamanya. Ini adalah sebab, saya lihat sebenarnya kita berurusan secara perundingan. Maknanya soal bajet, ada atau tidak ada itu, kita boleh cari, boleh usahakan. Apa yang pentingnya, hasrat itu datang daripada rakyat di peringkat akar umbi.
Kalau mereka merasakan mereka boleh bergabung sama dalam satu kawasan yang cukup lebar 600 hektar di Parlimen Sekijang ini, saya rasa kita boleh mengusahakan. Maknanya kalau didapati tanah kawasan tersebut viable, boleh diusahakan dan menguntungkan semua pihak, kita akan cari peruntukan tersebut.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Jadi soal peruntukan, saya rasa tidak timbul. Apatah lagi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini nanti. Kalau yang dahulu tidak ada, insya-Allah Yang Berhormat dipersilakan untuk datang berbincang dengan saya supaya dapat saya angkat dan rakyat dapat melihat keprihatinan Yang Berhormat sendiri memperjuangkan mereka. Bagi pihak kita, kita sedia membantu. Terima kasih.
11. Dato’ Seri Dr. Abdullah Md. Zin [Besut] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah program-program yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam usaha untuk menanam sikap cintakan negara di kalangan pelajar IPTA dan IPTS termasuk juga pelajar Malaysia yang belajar di luar negara.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, sikap cintakan negara di kalangan pelajar IPTA dan IPTS, kita anjurkan dalam dua bentuk. Yang pertamanya ialah program-program yang sedia ada dalam bidang akademik.
Dalam modul-modul akademik misalnya Modul Hubungan Etnik, Modul Kewarganegaraan dan Modul TITAS. TITAS ini ialah Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan juga dalam program-program kokurikulum misalnya melalui program-program yang dipanggil Himpunan Patriot Negara (HIMPUN), Program Pengukuhan Organisasi, Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa, Program Ekspedisi Mengibarkan Bendera dan 1Malaysia, Program Konvensyen 1Malaysia, Program Integrasi Nasional dan sebagainya.
Di samping itu, ada juga program-program yang juga memberi penekanan kepada soal cintakan negara misalnya melalui perdebatan, pidato, pasukan-pasukan uniform seperti ROTU, PALAPES dan SUKSIS. Program-program kesukarelaan, bakti siswa.
Malahan juga dalam program-program sukan dan seni budaya sentiasa ditekankan soal cintakan negara.
Bagi pelajar-pelajar di luar negara yakni pelajar Malaysia di luar negara, ada dua bentuk program. Satu ialah program yang kita sediakan sebelum mereka berangkat ke luar negara. Misalnya, kursus-kursus kenegaraan yang dianjurkan bersama dengan Biro Tata Negara dan juga kursus-kursus kenegaraan dan kepimpinan yang juga dianjurkan dengan kerjasama Biro Tata Negara selepas mereka sudah berada di luar negara. Pada waktu yang sama, kita ada pegawai-pegawai MSD yang sentiasa berdamping dengan mereka dan menasihati mereka serta mengingatkan mereka tentang kepentingan untuk sentiasa mencintai negara. Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kementerian Pengajian Tinggi juga Tuan Yang di-Pertua, sedang menyiapkan satu blueprint pembangunan pelajar luar negara yang termasuk dalam blueprint itu ialah soal-soal kecintaan kepada negara. Terima kasih.
Dato' Seri Dr. Abdullah Md. Zin - Besut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan tadi. Saya rasa yang soal program-program yang dijalankan di dalam negara di IPTA, IPTS dan sebagainya saya rasa saya amat berpuas hati. Yang di luar negara saya rasa saya ingin bertanya sahaja, apakah kementerian sudah berpuas hati dan kalau sudah berpuas hati, sejauh manakah keberkesanannya. Saya hendak tahu jugalah sebab apa di luar negara ini banyak ‘hantu- hantu’. Dalam negara tidak banyak ‘hantu’. Jadi itulah saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua saya tidak ada ilmu yang dapat melihat hantu. [Ketawa] Akan tetapi saya faham maksud Yang Berhormat. Cuma di luar negara ini ia akan melibatkan soal dana yang agak besar. Agak sukar, misalnya untuk kita selalu bertemu dengan mereka, menghantar pensyarah-pensyarah untuk mengadakan program dengan mereka.
Namun demikian, penjawat-penjawat jawatan awam, misalnya Yang Berhormat Menteri-menteri dan Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri lazimnya setiap kali mereka mengadakan lawatan atau mengikuti acara-acara rasmi di luar negara, selalu mereka akan pergi bertemu, bertanya khabar, melihat kebajikan dan juga mengadakan aktiviti-aktiviti bersama dengan para pelajar kita.
Dato' Saifuddin bin Abdullah
Yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, blueprint pembangunan pelajar luar negara yang sedang disiapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kementerian Pengajian Tinggi, itu memang secara khusus menjawab soalan Yang Berhormat. Memang kita belum berpuas hati dari segi kecukupan aktiviti yang sepatutnya kita laksanakan. Namun aktiviti yang bakal diadakan itu akan berada dalam pelbagai bentuk termasuk juga program keusahawanan.
Program-program keusahawanan untuk membekalkan kepada pelajar-pelajar luar negara tentang ilmu-ilmu dan pendedahan terhadap keusahawanan sebab apabila mereka balik nanti tidak semestinya mereka akan hanya bekerja dengan kerajaan atau swasta, sebahagian mereka mungkin ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Insya-Allah kita akan cuba lakukan. Terima kasih.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa program-program ini ada ketidakcukupannya.
Ini kerana sekiranya mereka mencintakan negara ini haruslah semua mereka yang mendapat pinjaman PTPTN, haruslah membayar balik selepas mereka habis universiti.
Akan tetapi kita lihat ramai yang tidak membayar balik dan juga mereka yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas mereka tamat pelajaran haruslah balik ataupun mematuhi perjanjian itu untuk berkhidmat untuk negara. Akan tetapi ramai yang tidak mematuhi perjanjian ini juga. Jadi saya rasa ini adalah kegagalannya. Ini bukan sahaja tidak mencintai negara, akan tetapi tidak berdisiplin. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, kalau semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana membantu kita untuk menanamkan semangat cintakan negara dan kalau tidak ada saya pinjam ayat Yang Berhormat yang asal tadi, kalau tidak ada ‘hantu’ saya rasa kita boleh selesaikan dengan mudah sikit cerita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
12. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-
(a) bilakah Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan menerima pembelian Airbus A380 yang pertama, di mana penyerahan sepatutnya pada tahun 2009 dan apakah pampasannya dengan kelewatan ini; dan
(b) berapakah harga pengubahsuaian pembinaan terminal baru di KLIA untuk menampung pesawat Airbus ini termasuk landasannya untuk membolehkannya mendarat dan adakah ia telah digunakan sepenuhnya.
Timbalan Menteri Pengangkutan II - Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Petaling Jaya Selatan, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sepatutnya menerima penyerahan pesawat Airbus A380 yang pertama pada Januari 2007. Walau bagaimanapun ia telah ditunda ke Januari 2011 berikutan kelewatan daripada pihak Airbus. Pihak Airbus seterusnya menunda penyerahan pesawat A380 kepada Ogos 2011 dan pada masa kini MAS dimaklumkan bahawa penyerahan pesawat A380 pertamanya dijadualkan pada April 2012.
Pihak MAS telah menerima pampasan one-off sebanyak RM329 juta daripada Airbus berikutan kelewatan tersebut. Kos pengubahsuaian pembinaan terminal di KLIA untuk menampung pesawat A380 adalah sebanyak RM115.5 juta. Pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menaik taraf tiga pintu di bangunan satelit KLIA dan juga menaik taraf landasan bagi membolehkan pengendalian pesawat jenis A380. Sekian.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hairan terdapat percanggahan tentang isu pampasan di mana kalau mengikut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tengku Datuk Azmil Zahruddin pada 21 Jun iaitu dua minggu yang lalu, beliau kata, “Kami
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
masih sedang berbincang mengenai pampasan dan kita berharap rundingan itu dapat dimuktamadkan pada akhir tahun ini”.
Akan tetapi sekarang dalam jawapan yang diberi semasa dalam perbahasan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pada 28 Jun, jawapan Menteri Pengangkutan berkata, “Pampasan telah diberi iaitu RM320 juta”. Akan tetapi sekarang Timbalan Menteri kata pampasan yang figure itu berlainan pula, RM329 juta. So, saya tidak tahu mana yang betul.
Semasa dalam jawapan Menteri kata RM320 juta, sekarang RM329 juta, akan tetapi Ketua Pegawai Eksekutif MAS kata kita belum bincang dengan pampasan itu. So, saya amat keliru tentang jawapan ini. So, saya harap Timbalan Menteri boleh jelaskan.
Juga adakah MAS bercadang untuk menukarkan jenis kapal terbang ini kepada kapal terbang yang lebih – muatannya lebih sederhana, kalau kita tengok Airbus A380 ini ia boleh muat penumpang melebihi 500 orang dan maksimum 800 orang lebih kurang. Adakah kementerian bercadang untuk membeli pesawat yang lebih sederhana yang boleh muat lebih kurang 300 hingga 400 orang. Terima kasih.
Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Yang Berhormat. Saya – soalan tambahan ini yang menyatakan bahawa ada perbezaan di antara jumlah yang diberi bagi pampasan ini, yang dibagi pada saya ini adalah yang akhir sekali. Pagi tadi saya dapat ini daripada pegawai yang berkenaan. Akan tetapi, walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya akan siasat kembali mana satu yang tepat dan akan memberitahu Yang Berhormat dengan secepat mungkin berkaitan dengan ketepatan yang disebutkan itu. Tuan Yang di- Pertua, mengenai soalan yang kedua daripada Yang Berhormat iaitu berkaitan dengan plan ataupun rancangan untuk menukarkan A380 kepada pesawat-pesawat yang kurang besar muatannya. Buat masa sekarang ini belum ada rancangan apa-apa Yang Berhormat. Kalau adanya pertukaran nanti ataupun ada hendak pembelian berkaitan dengan penukaran ini kita akan umumkan dalam masa yang sesuai. Sekian, terima kasih.
13. Datuk Raime bin Unggi [Tenom] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan rasional kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan stesen penyiar ASTRO selaras matlamat perubahan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) pada masa sekarang.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kerjasama RTM dengan stesen penyiar ASTRO adalah bagi membolehkan maklumat kerajaan disalurkan kepada rakyat dengan lebih meluas lagi memandangkan ASTRO mempunyai perkhidmatan satelit terus ke rumah atau direct to the home. Kerjasama ini membolehkan penduduk-penduduk di pedalaman negeri Sabah dan Sarawak menerima siaran TV1, TV2 dan lain-lain siaran bebas ke udara atau free to air channel tanpa perlu membayar yuran langganan bulanan. Pelaksanaan melalui kaedah konvensional akan memerlukan masa dan kos yang tinggi bagi menyediakan kemudahan asas seperti menara pemancar dan talian komunikasi. Terima kasih.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya pendek sahaja. Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pihak kementerian juga pada hari ini bercadang untuk mengurangkan pembayaran bil-bil ASTRO ini yang mana kita lihat paling minimum RM55? Jadi kalau boleh kita ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, adakah pihak kementerian bercadang untuk menurunkan lagi kadar caj bulanan ASTRO ini? Terima kasih.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita tahu, bahawa kementerian tidak ada kuasa untuk menurunkan caj ataupun bil-bil ASTRO. Walau bagaimanapun, kementerian akan cuba berbincang dan berunding dengan pihak ASTRO supaya caj tersebut akan dapat dipertimbangkan untuk diturunkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan- pertanyaan yang memerlukan jawapan lisan telah selesai.
Tuan Yang di-Pertua
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Saya harap Yang Berhormat Kinabatangan dan – Yang Berhormat Ipoh Barat saya nampak ada. Yang Berhormat Kinabatangan ada hadir?
Seorang Ahli
Ada
Tuan Yang di-Pertua
Saya janji bahawa pada hari ini saya akan mengeluarkan fatwa ekoran daripada peraturan mesyuarat yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan pada tanggal 9 Jun 2010. Ahli Yang Berhormat bangkit menyatakan bahawa ada suatu kejadian yang berlaku di Coffee House Dewan Negara dan beliau membangkitkan Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) mendakwa bahawa pihak-pihak yang berkenaan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Pada ketika itu respons saya ialah saya perlukan masa untuk menyiasat perkara itu sama ada, ada prima facie case nya atau tidak ada.
Ahli Yang Berhormat Kinabatangan, selepas sahaja insiden itu, saya telah ditemui oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Bukit Mertajam dan seorang lagi Yang Berhormat menyatakan kepada saya apa yang berlaku.
Setahu Yang Berhormat juga, selepas sahaja insiden itu saya telah memanggil Yang Berhormat sendiri dan saya ingin tahu apa yang telah berlaku dan saya juga telah memanggil Yang Berhormat Tangga Batu mengenai dengan isu itu. Sekali lagi pada minggu lalu saya telah memanggil Yang Berhormat Tangga Batu dan saya memanggil juga Yang Berhormat Ipoh Barat mengenai dengan soal itu.
Pendirian saya kepada perkara-perkara seperti begini Ahli-ahli Yang Berhormat, adalah jelas iaitu seboleh dengan bolehnya saya mengelakkan jangan ada pertikaian sehingga sampai ke peringkat mana-mana, sama ada jawatankuasa ataupun peringkat usul dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada pembangkang ataupun kerajaan. Saya sentiasa berada di tengah-tengah untuk mencari penyelesaian. Maka dengan itu saya memanggil semua pihak.
Akan tetapi dalam hal ini, saya tidak sukalah untuk memberi penjelasan kepada apa yang telah berlaku secara terperinci ekoran daripada laporan yang saya terima daripada Ketua Pentadbir Parlimen dan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang berada dalam majlis pada hari itu. Namun sekadar yang saya ingin sebutkan di sini ialah, pada saya apa yang saya dengar daripada semua pihak yang terlibat dan berwajib, cukup bukti bahawa ada prima facie case.
Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kinabatangan, apabila Ahli Yang Berhormat Kinabatangan berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1)(p), saya suka ingatkan kepada Yang Berhormat dan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bahawa Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) hanya saya benarkan apabila pada ketika kejadian itu berlaku Ahli Yang Berhormat berkenaan berdiri dan membangkitkan peraturan mesyuarat.
Pada hari itu perkara itu berlaku di luar Dewan, maka kalau Ahli Yang Berhormat membawa usul juga atas nama Yang Berhormat, maka terpaksa membawa usul di bawah P.M.27(3).
Apabila Yang Berhormat membawa usul di bawah P.M.27(3) – ini untuk makluman juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, maka terpaksalah memberikan notis dua minggu.
Akan tetapi kalau apa yang berlaku di luar sana iaitu apa yang berlaku pada tarikh yang saya sebut tadi itu dipandang serius oleh backbencher, kerana saya tahu bahawa Yang Berhormat adalah Timbalan Backbencher dan kalau itu dianggap satu perkara yang perlu untuk mendapat penyelesaian dan dipandang serius, maka opsyen kepada Yang Berhormat ialah membawa usul di bawah P.M.27(3) atas nama Menteri. Apabila Yang Berhormat baca peruntukan P.M.27(3), notis yang diperlukan hanya tujuh hari kecuali Speaker berpuas hati dan saya benarkan bahawa usul boleh dibentangkan dalam masa 24 jam. Setelah usul dibentangkan di bawah usul P.M.27(3), ada juga opsyen-opsyen seperti berikut:-
Tuan Yang di-Pertua
(i) usul itu berbunyi untuk membawa hal itu kepada jawatankuasa yang sedia wujud iaitu di bawah Peraturan Mesyuarat 80; dan
(ii) di bawah P.M.27(3) dibuat bersama dengan Peraturan Mesyuarat 80A iaitu satu jawatankuasa khas dibentuk untuk menyiasat hal yang bersabit.
Kalau juga dipandang serius apa yang berlaku pada hari itu di Coffee House Dewan Negara, dan kalau ada hujah-hujah yang difikirkan oleh pihak Yang Berhormat Kinabatangan dan pihak Yang Berhormat yang sependapat dengan Yang Berhormat, iaitu perkara-perkara yang melanggar mana-mana akta, mana-mana undang-undang negara seperti Akta Hasutan, itu terpulang kepada Yang Berhormat pula dan pihak-pihak lain yang sependapat dengan Yang Berhormat untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Saya juga ingin ingatkan di sini bahawa amalan mana-mana Parlimen yang mengamalkan sistem demokrasi, we got our own integrity. So, kita tidak sewenang-wenang membenarkan pihak lain untuk masuk campur dengan hal Parlimen. Akan tetapi kalau juga terpaksa dibuat begitu, maka saya sebagai Speaker tidak ada jalan lain selain daripada mempersetujui apa sahaja penyiasatan. Jadi itu makanya dalam setiap pertikaian saya memanggil pihak-pihak yang berkenaan. Kadang-kadang saya sengaja untuk memberi masa supaya cooling of period ada supaya semua Ahli Yang Berhormat dapat berfikir dengan secara objektif dan tidak emosi, tidak ikut pemikiran dan anutan parti masing- masing.
Jadi dalam hal ini saya nampak saya gagal untuk berbuat demikian. Maka opsyen- opsyen yang terbuka untuk Yang Berhormat Kinabatangan adalah seperti apa yang saya sebut tadi. Jadi terpulang kepada Ahli Yang Berhormat untuk bertindak selanjutnya dan terpulang juga kepada Yang Berhormat Ipoh Barat dan pihak-pihak yang sependapat dengan Yang Berhormat Ipoh Barat untuk cari lagi penyelesaian. Ini kerana bagi saya Ahli- ahli Yang Berhormat, apa pun pertikaian dalam Dewan ini, the magic word ialah, “I am sorry”, “Saya tarik balik”, dibuat oleh Yang Berhormat Padang Rengas pada sesuatu kesilapan. Saya baca headline, “The Minister bite the bullet.”
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi sometimes in my opinion, it takes a big man to admit that he is wrong.
Jarang-jarang sekali saya nampak ini berlaku. Jadi, terpulang kepada Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya harap insiden-insiden seperti begini tidak akan berlaku lagi. Sebagai makluman, saya telah maklumkan kepada pegawai- pegawai Parlimen, sesiapa sahaja yang ingin menggunakan ruang-ruang di dalam Parlimen ini perlu untuk meminta kebenaran dan kebenaran itu mesti daripada sama ada daripada President Senate dan timbalannya, saya sendiri sebagai Yang di-Pertua dan timbalan- timbalan saya. Kebenaran daripada pegawai-pegawai adalah tidak lagi dibenarkan. Sekian.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bangkit sedikit, Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya sebenarnya tidak ada atau nothing personal dengan Yang Berhormat Ipoh Barat. Cuma saya melihat, selaku wakil rakyat kita perlu prihatin melihat keselamatan kita dalam Dewan ini. Kita semua ada integriti dan maruah yang perlu kita pertahankan. Mana kita benarkan Dewan digunakan, orang ramai berhujah, naik atas meja, memaki hamun, dan mencerca. Itu sebenarnya kenapa saya lebih concern ke arah itu. Kalau ini berlaku, akhirnya Dewan Rakyat ini tidak akan dihormati oleh mana-mana pihak. Justeru itu, saya mencadangkan saya tidak berhasrat untuk membawa usul ini supaya Yang Berhormat Ipoh Barat dihukum dan sebagainya.
Memadai kalau dia insaf dan tidak akan lagi melakukan sedemikian, kita hormati. Ini kerana kita hormat-menghormati antara satu sama lain.
Jadi, kalau tidak ada, saya dengan BNBBC terpaksa kita melihat ke arah pendekatan yang mana untuk kita mengheret supaya perkara ini dapat diselesaikan. Ini kerana Dewan ini dipanggil pun Dewan yang mulia. Jadi, seolah-olahlah kita tidak memuliakan Dewan ini. Bagaimana Yang Berhormat Ipoh Barat melihat? Saya hormati
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Ipoh Barat daripada dahulu. Sama-sama kami masuk Dewan tahun 1999.
Dia orang yang bertanggungjawab. Akan tetapi hari ini dia nampak lemah, hilang arah pandangan, dan hala tuju dia hilang. Saya tidak tahu kenapa? Jadi, justeru itu, saya kalau boleh saya mencadangkan Yang Berhormat Ipoh Barat mengambil pendekatan yang lebih positif ke arah melihat perkara ini. Saya terpaksa berunding dengan Jemaah Menteri untuk membuat usul sekiranya ini diperlukan. Akhirnya, kita akan berundi dan tindakan akan diambil. Jadi, cuba Yang Berhormat Ipoh Barat gunakan kebijaksanaan yang ada, melihat perkara-perkara sebegini diberi jaminan tidak akan berlaku lagi pada masa-masa akan datang kepada kita semua di dalam Dewan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Ipoh Barat, berilah chance.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya mahu berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah membuat beberapa usaha untuk perjumpaan di antara saya dan Tuan Yang di-Pertua juga. Kedua, saya tidak ada apa-apa lost of sense of direction dalam hal ini. Yang Berhormat Kinabatangan tidak perlu memberitahu bahawa saya pada kebelakangan ini nampaknya ada kekurangan dan sebagainya. Sebenarnya pendirian saya senang sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Pada saya, pada 9 Jun apabila saya mengadakan dengan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat satu perjumpaan di Parlimen, itu adalah kerana rakyat di negara ini berpendapat ramai di antaranya yang tidak mendapat satu scholarship di mana mereka ada hak dan merit-merit yang tertentu supaya satu ruangan diberi di Parlimen untuk mereka memberi pandangan mereka. Adakah itu satu kesalahan? Parliament will become irrelevant Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak berdialog dengan mereka. Itu satu yang saya rasa yang mustahak.
Kedua, apabila kita mengadakan perjumpaan di Senate Lounge, itu satu tempat yang tertutup dan kita tidak mengajak Ahli-ahli Parlimen UMNO langsung. Bagaimana mereka boleh trespass ke tempat tersebut? Itu yang mustahak. We never invited them.
[Dewan riuh] Kalau mereka mengadakan satu... [Dewan Riuh] Tuan Yang di-Pertua, kalau mereka mengadakan satu perjumpaan tertutup, adakah itu...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini putar belit, Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak setujulah. Saya...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak respek langsunglah...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini untuk Ahli Parlimen.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Biar saya habis.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...Untuk Ahli Parlimen.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tidak mengapalah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kenapa you pula...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya kata...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Melarang...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita sudah faham...
Seorang Ahli
Dengar dahululah, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kinabatangan, dengar dulu dengan sabar.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Apa itu Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dan kita akan ikuti...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Dengar dululah, sabar.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa urutan-urutannya...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak perlulah dengar...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kalau saya...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini kita bukan berucap...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kalau saya tidak boleh cakap yang benar...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita terangkan dasar-dasar yang kita lalui.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Apa guna relevan Parlimen?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat memang putar belitlah! Patutlah!
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Sabar...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, sabar, sabar.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat boleh lihat video di Malaysia Kini di mana Yang Berhormat, you can see the...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan soal video...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Gangsterism’s attitude...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Soal saya membicarakan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...of some UMNO MP’s.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Soal keselamatan dalam Dewan Rakyat...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, bukan itu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Tidak terjamin.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, sudah. Yang Berhormat Kinabatangan sudah.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ini kawasan semuanya untuk Ahli Parlimen.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat bawa orang luar...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jangan kita...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Berdiri atas pijak..
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Adakah ini...
Datuk Raime Unggi - Tenom
...Kurang ajar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, tidak mengapa. Yang Berhormat Tenom.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Mempertahankan hak dia?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tenom.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mereka kurang ajar ketika itu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Oleh sebab UMNO ada majoriti di sini...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan soal majoriti!
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...Don’t use the brute majority.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan salah gunakan majoriti.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya tidak...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat kalau sudah salah, sudah salah!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini bukan soal majoriti.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini bukan soal majoriti.
Tuan Yang di-Pertua
Bolehkah Ahli Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini bukan soal majoriti atau priority!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan, dan Yang Berhormat yang lain boleh duduk. Tolong. Ada lagi...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua telah membuat satu...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...Satu keputusan
Tuan Yang di-Pertua
Bolehkah Yang Berhormat Sri Gading duduk dahulu...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...Yang sangat molek.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dengar dahulu hujah daripada Yang Berhormat Ipoh Barat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Saya telah pun membuat keputusan Yang Berhormat
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua telah membuat satu keputusan yang sangat cantik [Dewan riuh] Yang Berhormat Kinabatangan pun respons dia sangat molek. Akan tetapi Yang Berhormat Ipoh Barat mahu mempertahankan juga...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kalau ambil peringatan Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Benda ini boleh selesai...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Sri Gading, biar...
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya memberi peluang kepada Yang Berhormat Ipoh Barat untuk membuat respons kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Selepas itu, biar hujah itu lebih kurang panjang dan pendeknya dengan Yang Berhormat Kinabatangan, ya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas itu, duduk dan saya buat...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
...Ruling lagi.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen. Apa tanggungjawab kita? Kita menyuarakan hasrat dan aspirasi masyarakat di Parlimen. [Disampuk] Oleh sebab itulah, Parlimen berada di sini. Kita menjadi wakil rakyat. Itu nombor satu. Kedua, this is not a private club. Ini bukan kelab UMNO atau Barisan Nasional di mana kita tidak boleh menghujah perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal masyarakat. Lebih lagi...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Menghujah boleh, membawa orang luar yang jahat tidak boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, sudahlah Berhormat Kinabatangan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Gulung hujah itu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sedikit sahaja lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat liputan video di Malaysia Kini dan sebagainya...
Seorang Ahli
Tidak usahlah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Very clear di mana Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada UMNO...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita pun ada rakam video untuk kita cari bukti.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kalau saya...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Kinabatangan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan Yang Berhormat temberang!
Tuan Yang di-Pertua
Tidak selesai ini kalau Yang Berhormat selalu mencelah begitu. Sila...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Habiskan dan siapkan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, ini saya rasa adalah perkara yang salah gunakan proses Peraturan 26(1)(p). Salah guna proses yang lain oleh Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk silence apa masalah rakyat yang betul-betul.
Kalau kita cari jalan seperti ini, ini bukan satu cara yang baik dan patut memberi ruangan kepada semua pihak. We can agree to disagree. Itu saya selalu kata dalam Parlimen. Tidak mengapa, sebab itu Yang Berhormat dari Barisan Nasional dan saya dari DAP Pakatan Rakyat. Itu pandangan berbeza. Akan tetapi itu tidak bermakna, Yang Berhormat boleh datang dan trespass ke satu tempat di mana kita ada satu fungsi di mana Yang Berhormat tidak diajak.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu yang mustahak.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kalau Yang Berhormat berkahwin dan tidak mengajak saya, saya tidak akan datang. [Dewan riuh] Itu yang mustahak. [Dewan Riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, terima kasih. [Dewan Riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, Yang Berhormat Tangga Batu sudah, sudah. Duduk Yang Berhormat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua perlu beri peluang...
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, tidak. Sudah, Yang Berhormat
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
...Kepada saya...
Tuan Yang di-Pertua
Sudah,Yang Berhormat
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, kerana...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ini kerana saya berada di tengah-tengah. Di tengah-tengah kumpulan yang menghimpit sebagai...
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah, sudah.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
...Sebagai seorang Ahli Parlimen Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ini kerana hujah yang dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi benar-benar tidak...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Melambangkan seorang yang sebenar Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Biar saya yang bercakap Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Beri peluang kepada saya, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, masih. Yang Berhormat sila duduk Yang Berhormat.
Minta maaf Yang Berhormat, sila duduk.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Saya dihimpit Tuan Yang di- Pertua, saya ditolak keluar. Saya seorang Ahli Parlimen, dihalau keluar daripada...
Tuan Yang di-Pertua
Tolong duduk Yang Berhormat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Parlimen.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Not invited. Tidak diajak, kenapa datang?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong duduk. Bukankah awal- awal tadi telah saya nyatakan bahawa semua pihak saya telah dengar. Hujah daripada Yang Berhormat Ipoh Barat telah saya dengar daripada awal lagi. Hujah daripada Yang Berhormat Tangga Batu juga sudah saya dengar daripada awal lagi. Daripada Yang berhormat Kinabatangan begitu juga.
Maka saya buat ruling pada hari ini. Berbalik kepada soal pokok, soal pokok yang selalu saya ingatkan ialah parliamentary democracy ialah semua pun you will have your say and the opposition already have their say. Yang Berhormat Ipoh Barat already had his say.
You have already listened on your side. Then, you have your say if you have your way.
Bermakna kedua-dua hujah ini telah pun dizahirkan. Apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, sama ada parliamentary democracy, Parlimen ini bukan untuk BN dan UMNO, itu hujah.
Tuan Yang di-Pertua
Terpulang kepada pihak belah sini pula. Tugas saya ialah cuma cari penyelesaian dan memberitahu kepada Yang Berhormat apa itu peraturan mesyuarat. Jadi, cukup sehingga di situ sahaja. Ada ruang-ruang lagi untuk bercerita di luar selepas ini. Ada lagi rang undang-undang yang belum kita selesaikan. Jadi, itu adalah petua saya dalam hal ini dan terpulang kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan selepas petua ini dan saya anggap Dewan Rakyat ini selesai.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak mahu cakap apa-apa.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak payah, tadi Yang Berhormat Tangga Batu tadi pun tidak diberi, tidak perlu beri pada dia?
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Ipoh Timur tadi diberi peluang, saya juga perlu diberikan hak untuk bercakap di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya tiada sesiapa...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini menipu tidak payahlah.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, tiada sesiapa yang perlu menyatakan apa yang berlaku. Kalau Yang Berhormat Ipoh Timur diberikan peluang untuk bercakap di sini saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua apa yang saya dengar benar-benar di luar kemanusiaan, sumpah, seranah yang berlaku di Dewan Senat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Status, taraf Ahli-ahli Parlimen dan tidak boleh dinafikan ada perkara yang tidak diingini.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ini perkara tidak perlu berlaku dan disaksikan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan disaksikan Yang Berhormat Ipoh Barat, disaksikan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam, disaksikan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Mengasari kedudukan keistimewaan Ahli-ahli Parlimen.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ini berlaku di Dewan Senat dan tidak sepatutnya berlaku.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Cakap dengan siapa, cakap dengan siapa?
Duduklah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Dan satu iktibar untuk menjaga keistimewaan Ahli Parlimen.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Apa yang Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat beritahu tidak berfakta dan berasas.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Putar belit semuanya.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, kalau serentak berhujah begitu macam mana Yang Berhormat Tangga Batu boleh dengar apa yang di hujah oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, macam mana menjawab saya pun luar biasa Ahli-ahli Yang Berhormat ini. Pada masa bercakap selepas itu membahas luar biasa, luar kebiasaan.
I am still trying to get you split. Apa yang saya dengar tadi itu Yang Berhormat Ipoh Timur sebagai Ketua Parti. Cuma yang saya dengar, mari kita ambil sebagai satu iktibar jangan lain kali - mungkin ada ruang-ruang di situ untuk berunding lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, janganlah sebut tidak payah kalau di luar disebut tidak payah tidak apa. Itu petua saya. Saya sudah cuba dengan sedaya upaya.
Jadi, untuk peraturan-peraturan mesyuarat yang lain telah disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Bukit Mertajam mengenai dengan soal jawapan kontradiksi oleh Yang Berhormat berkenaan saya akan buat petua itu pada hari Khamis kerana sekarang ini saya sedang mengumpul respons dari pihak-pihak yang berwajib.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Begitu juga dengan Yang Berhormat Bandar Kuching. You do not have to worry Yang Berhormat Bandar Kuching. Even I haven’t mention Bandar Kuching, you will be inside also. Don’t worry kerana semua itu akan masuk dalam Hansard.
Jadi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat bertenang ambil ini sebagai iktibar, lain kali jaga apabila terlajak kata kadang-kadang kita juga yang menerima.
Akan tetapi, kalaulah semua Ahli Yang Berhormat menerima sahaja tidak apa. Ini Tuan Yang di-Pertua jadi sasaran. Pada setiap ketika dan setiap masa Yang Berhormat Kinabatangan. Sila Setiausaha, silakan.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “ Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, semalam sewaktu mesyuarat ditangguhkan. Saya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah. Yang Berhormat Kuala Kedah membangkitkan mengenai isu tentang barangan yang dibeli tidak sama dengan apa yang diiklankan. Jadi, apakah tindakan yang
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
boleh dilakukan? Untuk makluman Ahli Yang berhormat, adalah menjadi kesalahan di bawah seksyen 10 Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi mana-mana orang yang membuat iklan yang mengelirukan. Saya juga menjawab semalam tentang representasi yang salah dan seterusnya Yang Berhormat mencadangkan supaya di setiap kes yang dibawa ke Tribunal Pengguna.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Pengguna dibenarkan membawa Peguam. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah seksyen 108(2), Akta Perlindungan Pengguna 1999 jelas mengatakan bahawa tiada pihak boleh diwakili oleh Peguam Bela dan Peguam Cara pada sesuatu pendengaran.
Rasional kenapa kita tidak membenarkan membawa peguam ialah kerana Tribunal Pengguna ini seperti kita katakan bahawa ianya murah, mudah dan cepat. Murah, jika kita benarkan membawa peguam bermakna tidak ada lagi istilah yang dikatakan murah tersebut kerana pihak pengguna terpaksa menggunakan peguam dan akan membayar wang kos guaman dan sebagainya.
Oleh sebab itulah kita hanya menetapkan bayaran sebanyak RM5 sahaja kepada setiap pengguna yang ingin membawa kes ke Tribunal Pengguna cuma perlu bayar RM5 dan mereka boleh membawa kes ke mahkamah.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sebentar ya, saya habiskan dulu. Jika kita benarkan membawa peguam, kemungkinan dari satu pihak pengguna tidak mampu untuk membawa peguam. Akan tetapi, pihak defendan yang mungkin merupakan syarikat besar akan membawa peguam mereka sendiri dengan ini wujud ketidakadilan di dalam perbicaraan nanti kerana pihak pengguna yang naif dari segi perundangan tidak mampu untuk menandingi pihak syarikat yang akan membawa peguam yang pakar tentang undang- undang dan sebagainya. Jadi, kita sama taraf dan tidak ada siapa yang boleh membawa peguam dan sebagainya.
Ketiga, alasan yang ketiga ialah isu yang akan dibangkitkan dan akan dibicarakan di dalam Tribunal Pengguna adalah isu yang melibatkan fakta sahaja. Tidak boleh membawa question of law ataupun perkara-perkara yang melibatkan perundangan sebab itu semalam apabila Yang Berhormat Batu Gajah kata saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah semalam bila dia kata ada Tribunal Pengguna yang arahkan apabila cerek meletup, periuk meletup bukan periuk api, periuk ya, bila periuk meletup kena bawa chemist report. Itu tidak dibenarkan di dalam kes-kes yang melibatkan Tribunal Pengguna kerana ada chemist report mesti kita kena membawa chemist di mahkamah dengan testified dengan izin setiap kenyataan dan setiap report yang dibuat.
Jadi, jikalau ini berlaku ianya sudah membincangkan soal yang melibatkan question of law. Jadi, sebab itulah di dalam kes yang melibatkan tribunal ini kita hanya berdasarkan fakta dan pihak yang menjadi hakim pada itu presiden itu akan menjadi seolah-olah seperti penimbang tara sahaja. Oleh sebab itulah banyak kes yang dapat kita selesaikan sebab itu 90% kes telah dapat diselesaikan secara amicably dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soalan yang saya bangkitkan juga ada berhubung kait dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan kalau tidak silap saya 80% daripada kes-kes yang dibawa ke tribunal itu diselesaikan di luar tribunal. Ini bermakna ada runding antara pihak syarikat yang biasanya mewakilkan kepada peguam berunding terus dengan pihak pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap di dalam bidang tribunal dan sebagainya.
Beberapa pengalaman rakan-rakan juga menunjukkan kes itu diselesaikan di luar tribunal.
Jadi, persoalan saya ialah berapa soalan yang saya sebutkan soal keadilan kepada pihak pengguna dalam memberikan ruang kepada mana-mana pihak bermakna tidak semestinya peguam ataupun rakan-rakannya yang mempunyai sedikit pengetahuan.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Jadi, adakah pihak rang undang-undang ini terus menyekat dan tidak memberikan ruang sama ada soal jumlah minima charge yang dikenakan itu tidak menjadi persoalan.
Sekiranya pihak pengguna merasai bahawa tuntutan yang bakal diperolehi mampu untuk diselesaikan dengan pihak, jadi bermakna kita memberi ruang sikit kepada pengguna- pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang perundangan supaya dia diwakili. Saya rasa pihak lawyer swasta juga tidak mengenakan charge yang tinggi. Jadi, yang saya pohon itu ialah ruang rang undang-undang itu dibuka sedikit kepada pihak pengguna memberikan keadilan kepada pengguna. Itu sahaja Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Menteri, ada hubungan...
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Sekali, boleh? Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Okey.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri berkata bahawa tujuan tribunal diwujudkan untuk menyelesaikan kes ini tanpa melihat sudut undang-undang per se lah dan tribunal ini di preside oleh seorang presiden.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Saya hendak tanya soalan kemungkinan tidak keputusan-keputusan yang dibuat oleh presiden contohnya menyebelahi pihak pengguna tetapi syarikat yang besar tidak berpuas hati dan akhirnya merujuk kes ini kes yang sama ke mahkamah. Mahkamah menerima permintaan syarikat besar ini dan reverse keputusan akhirnya bukan sahaja pengguna itu kalah tetapi dia kena membayar pula kos mahkamah, dia minta selesai setelah pengguna minta selesai, masuk ke Tribunal kerana dituntut ganti rugi RM2,000 contohnya. Akan tetapi apabila dia menang syarikat besar tidak mahu membayar RM2,000, dia appeal kepada mahkamah, mahkamah membuat keputusan reverse keputusan Tribunal, kena charge pula atau dikenakan bayaran kos mahkamah kepada pengguna RM10,000. Ada kemungkinan tidak perkara ini berlaku Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga mempunyai pendapat yang sama dengan kawan-kawan yang lain tentang yang pertama ialah kalau Yang Berhormat Menteri menyebut isu fakta sahaja. Isu fakta sahaja yang boleh dibawa dalam perbicaraan atau pendengaran Tribunal, kalau yang melibatkan isu undang-undang-undang yang disebut sebagai contoh iaitu laporan kimia diperlukan jika cerek atau periuk terbakar serta meletup dan ke manakah pengguna ini hendak bawa jika ada isu-isu mengenai isu undang- undang.
Manakala yang kedua tentang kemahiran, pengetahuan pengguna itu sendiri yang mungkin cetek dari segi kepakaran, kebolehan bercakap, berhujah dan juga pengetahuan- pengetahuan yang lain berbanding dengan syarikat-syarikat pengeluaran gergasi besar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi, di manakah imbangan keadilan di antara pengguna dan juga kepada pihak pengedar serta penjual.
Ketiga, jika isu fakta ini sahaja yang boleh dibincangkan, terdapat isu undang- undang apabila masanya isu undang-undang ini boleh ditimbulkan oleh pihak pengguna?
Adakah apabila keputusan Tribunal ini tidak boleh menimbulkan isu undang-undang kerana isu fakta, bolehkah ada peluang pengguna untuk merujuk keputusan Tribunal ini kepada mahkamah yang lebih berhak menimbangkan isu undang-undang-undang.
Keempat dan terakhir. Kita mempunyai Biro Bantuan Guaman di dalam negara kita, kenapa kita tidak boleh atau kerajaan menggunakan peluang-peluang Biro Bantuan Guaman ini kepada pengguna-pengguna masyarakat luar bandar untuk mendapatkan hak perlindungan pengguna di bawah Biro Bantuan Guaman ini untuk berhujah demi keadilan pengguna di dalam Mahkamah Tribunal ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat, kepada Yang Berhormat Kuala Kedah apabila saya mengatakan bahawa kes diselesaikan ini bermakna tidak semestinya ia dibuat di luar mahkamah ataupun Tribunal tetapi kes diselesaikan itu bermakna termasuk rundingan di luar Tribunal dan juga yang diputuskan oleh Tribunal dan diterima secara baik oleh kedua-dua belah pihak.
Saya sebut statistik sebelum saya menjawab kedua-duanya. Dari tahun 2000 hingga 22 Jun 2010, TTPM menerima sebanyak 51,623 pemfailan tuntutan dan daripada jumlah ini lebih kurang 98.79% telah diselesaikan. Maknanya kes yang tidak selesai lebih kurang 2% lebih sahaja, jadi semua kes biasanya diselesaikan. Ini bagi menjawab kepada Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Kuala Krau. Memang ada terdapat kes-kes seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani iaitu ada pihak yang tidak berpuas hati, kalau saya sebut pihak yang tidak berpuas hati ia bermakna bukan satu pihak plaintif iaitu pengguna ataupun defendan syarikat-syarikat besar tadi.
Mana-mana yang tidak berpuas hati, kes boleh dirujuk kepada mahkamah untuk judicial review, dengan izin dan sebagainya, jadi ini merupakan satu masalah. Pihak kementerian juga melihat ini merupakan satu masalah iaitu harapan kita untuk menjadikan kes ini murah, mungkin tidak akan berlaku lagi apabila kes ini dibawa ke mahkamah kerana plaintif, pengguna tadi akan terpaksa menggunakan peguam kerana ia akan melibatkan isu- isu yang melibatkan persoalan perundangan. Ini seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau, bila masanya question of law akan dibincangkan. Iaitu sewaktu judicial review dibuat di dalam mahkamah dan sebagainya dan waktu inilah maka pengguna akan menggunakan, akan dikenakan kos guaman dan sebagainya.
Sebab itulah saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan, Yang Berhormat Kuala Krau membangkitkan sedemikian beberapa hari yang lepas, di dalam ucapan Yang Berhormat Balik Pulau pun membangkitkan supaya boleh atau tidak kita menggunakan Biro Bantuan Guaman misalnya untuk membantu pengguna-pengguna. Saya sudah mengatakan bahawa tidak ada sekatan, Biro Bantuan Guaman boleh digunakan, tetapi Biro Bantuan Guaman juga mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu untuk membolehkan Biro Bantuan Guaman digunakan. Misalnya dari segi tangga gaji dan sebagainya, biro guaman akan membantu golongan yang berpendapatan rendah daripada had yang ditetapkan. Saya pun tidak ada figures berapa ribu, tetapi inilah masalahnya iaitu apabila dibawa kes ke peringkat yang lebih tinggi.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perkara ini kita akan bincangkan, kita akan bincang dengan pihak kementerian bagaimana kita hendak menyelesaikan isu ini. Cuma, saya hendak menjelaskan bahawa kes ini adalah kecil iaitu 98.79% diselesaikan bermakna 1% lebih sahaja yang mungkin akan dibawa ke Mahkamah Tinggi yang memerlukan khidmat guaman tadi.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya yakin menteri juga sedar bahawa di Amerika ada undang-undang yang sama seperti Tribunal yang kita ada, cuma dia mengehadkan kos tuntutan, bermakna kalau tuntutan itu lebih daripada RM5,000 dan Tribunal telah membuat keputusan maka sesiapa-sesiapa juga yang kalah kenalah membayar dan tidak boleh membawa ke atas.
Isunya begini Yang Berhormat Menteri, kalau kita membenarkan wang untuk syarikat-syarikat besar terus appeal keputusan ini kepada mahkamah, kita tidak berlaku adil terhadap dua perkara, yang pertama pengguna yang tidak mempunyai wang dan hendak membawa lawyer manakala yang kedua Tribunal itu sendiri, sistemnya tidak membenarkan membawa lawyer. Jadi mungkin semasa dia berhujah, dia tidak mempunyai kepakaran undang-undang dan sebagainya. Now, yang lebih parah lagi ialah setelah Tribunal memberikan kemenangan kepada pengguna syarikat-syarikat besar yang mempunyai duit, yang mempunyai kewangan dan segala-galanya, akhirnya membawa ke mahkamah, ini nampaknya double blow lah, sudahlah kau ini miskin, tidak ada duit kemudian dia kena membayar pula kos kerana apabila dibawa ke mahkamah dia telah kalah.
Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya melihat mungkin ada kes-kes di mana jelas, besar jumlahnya mungkin dibawa ke mahkamah ataupun untuk
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
diadakan judicial review, tetapi kes yang melibatkan jumlah yang kecil saya ingat Tribunal ini mesti diberi kuasa yang lebih untuk menyelesaikan masalah itu, terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat, untuk makluman kes di bawah Tribunal Pengguna adalah kes yang kurang daripada RM25,000 iaitu kes yang kecil. Satu lagi yang saya hendak beri peringatan, apabila kita sebut pengguna ia merangkumi semua, Yang Berhormat Sungai Petani adalah pengguna, Yang Berhormat Kuala Kedah pun pengguna. Bermakna bukan semestinya pengguna itu terdiri daripada golongan miskin tetapi kita mewujudkan Tribunal Pengguna ini supaya kita mendapat redress yang lebih cepat, mendapat penghakiman yang cepat dan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sivil dan sebagainya, itu sahaja dan ia melibatkan kes-kes di bawah RM25,000. Jadi kalau kita katakan bahawa pengguna yang miskin dan sebagainya, apabila kita sebut pengguna bermakna bukan semua pengguna itu miskin, pengguna itu kita, kita semua yang mempunyai kemampuan membawa kes ke dalam mahkamah, tribunal pengguna da sebagainya.
Walau bagaimanapun beberapa cadangan yang disebutkan tentang perlu mendapatkan bantuan daripada biro guaman dan sebagainya merupakan satu cadangan yang akan kita pertimbangkan, banyak lagi cara-cara lain mungkin kita akan pertimbangkan, mungkin bagi pihak kementerian ini misalnya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya terpaksa berbincang dengan pihak Peguam Negara misalnya. Mungkin selepas ini kita boleh lihat sama ada mana-mana pengguna yang ingin membawa kes ke Mahkamah Tinggi, mungkin boleh dibawa melalui peguam di pihak kementerian misalnya.
Saya tidak boleh berkata begitu caranya kerana untuk membantu pengguna-pengguna yang tidak mempunyai kemampuan. Walau bagaimanapun, perkara-perkara ini akan kita lihat seterusnya.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini kerana untuk menjawab balik kepada Yang Berhormat Kuala Kedah, setakat ini kita tidak boleh membenarkan kerana di dalam seksyen 108(2), perkara ini kita tidak pinda. Jadi, dalam seksyen 102 mengatakan kedua-dua pihak tidak boleh membawa peguam di dalam tribunal. Jadi setakat ini Yang Berhormat, kita masih lagi kekal dengan apa yang ada iaitu tidak membenarkan peguam dan sebagainya.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Last Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah last sekali. Saya sebut tadi dalam kes contohnya Naza Kia Sdn. Bhd. berlawan dengan Abdul Aziz Ghani ini. Dalam kes ini bila mahkamah telah pun reverse keputusan tribunal, adakah pengguna Abdul Aziz ini dapat naik selangkah lagi, appeal lagi ataupun dia berhenti setakat itu ataupun, apakah yang dia perlu buat selain daripada minta bantuan guaman atau apakah dia ada ruang lagi dalam keadaan kita bincangkan hal ini? Dia ada ruang lagi atau tidak selepas keputusan itu direversekan oleh mahkamah? Dalam kes ini Naza Kia menang tetapi ada atau tidak si pengguna boleh lagi ada ruang untuk buat appeal? Terima kasih.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Soalan yang sama Yang Berhormat Menteri.
Ada seorang kawan saya yang menghadapi masalah yang sama, bawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Akan tetapi, akhirnya diselesaikan di luar dengan peguam daripada pihak Perodua. Ada unsur-unsur ugutan di situ mengatakan bahawa kalau mereka kalah di tribunal, mereka akan bawa kes ini di mahkamah dan pihak pengguna tidak ada pilihan melainkan terpaksa membiayai kos guaman yang tinggi.
Jadi, ini benar berlaku. Ini bermakna oleh kerana dia tidak mahu benda itu dibawa ke mahkamah, akhirnya daripada tuntutan RM15,000 itu turun sampai jumlahnya RM5,000, RM7,000, begitu sahaja yang dia dapat. Jadi ini bermakna berlaku ketidakadilan kepada pengguna, ugutan di luar tribunal dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Untuk menjawab Yang Berhormat Sungai Petani, pengguna masih boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi jika tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah sivil yang sebelumnya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya kira itu satu kes yang merupakan kes terpencil, tentang ugutan dan sebagainya. Ini kerana seperti kita tahu yang pengguna masih mempunyai hak di dalam tribunal, di dalam judicial review, appeal dan sebagainya. Saya cuma hendak beritahu kepada Dewan ini bahawa walaupun ada Presiden di dalam Tribunal Tuntutan Pengguna itu tetapi, Presiden di dalam Mahkamah Tribunal tidak bertindak seperti hakim mahkamah biasa. Biasanya dia menjadi sebagai seolah-olah penasihat di dalam kes-kes dan ramai yang mengatakan bahawa Presiden Mahkamah Tribunal agak bias kerana lebih mirip kepada untuk membantu pengguna sebenarnya di dalam keadaan yang sebenar berlaku.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi sebab itulah saya katakan bahawa pengguna tidak perlu khuatir untuk membawa kes kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana biasanya kes-kes yang dibawa dapat diselesaikan dan biasanya menguntungkan pengguna.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga pada isu-isu yang disentuh oleh rakan-rakan saya. Banyak menyentuh isu-isu tentang prosedur kehakiman yang mengambil masa yang panjang dan juga menelan kos yang tertentu. Akan tetapi, saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk meluluskan rang undang-undang ini.
Objektif dan tujuan utama Akta Pelindungan Pengguna adalah untuk melindungi kepentingan pengguna yang mempunyai unequal bargaining power dengan adanya undang-undang ini dan juga Akta Persaingan tahun ini yang terbaru diluluskan Dewan yang mulia ini. Kedua-dua akta ini untuk mewujudkan satu persaingan yang sihat di pasaran supaya harga yang berpatutan dapat ditawarkan kepada pengguna tanpa berbelah bahagi.
Saya tidak faham apabila kita ada Akta Perlindungan Pengguna dan juga Akta Persaingan tetapi dengan jelas Akta Persaingan juga secara jelas mengecualikan kepada syarikat-syarikat yang dikawal selia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 seperti syarikat Astro. Kita pada masa yang sama kata hendak mewujudkan persaingan yang sihat tetapi pada masa yang sama kerajaan memberikan status monopoli kepada syarikat Astro dan juga TNB, Telekom dan juga Media Prima. Media Prima yang telah mengawal semua stesen TV utama. Saya beri contoh Astro. Rumah saya apabila mulai subscribe kepada Astro harganya RM49, sekarang sudah naik sampai RM81 tetapi perkhidmatannya tetap sama. Apabila kita cuba hendak bargain, tidak ada, tidak boleh! Kita hendak tutup perkhidmatan, tukar. Tidak ada! Tidak ada alternatif, tidak ada persaingan kerana monopoli.
Oleh sebab itu saya harap Yang Berhormat Menteri dapat mengkaji semula keadaan monopoli ini yang telah pun secara praktikal defeat the purpose of the act. Harap dapat pandangan positif. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Sebelum saya berubah ke topik yang lain. Saya ucap terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai masalah pengguna yang akan membawa kes ke Mahkamah Tinggi dan sebagainya kalau tidak puas hati. Cuma saya hendak perjelaskan kepada Dewan ini, yang kita bincangkan tentang pengguna yang terpaksa membawa kes kepada rayuan dan sebagainya hanya melibatkan jumlah 1.21%.
Terima kasih kerana kita concern kepada mereka tetapi kita jangan lupakan kes yang diselesaikan dengan cara yang menguntungkan pengguna adalah sebanyak 98.79%.
Jadi, dari segi fokus itu walaupun saya kata kita tidak boleh meninggalkan 1.21% tadi tetapi perlu kita ingatkan bahawa kes-kes yang diselesaikan, kes-kes yang telah berjaya dan sebagainya lebih banyak daripada kes-kes yang kita bincangkan.
Walau bagaimanapun, setiap cadangan tadi kita akan bincangkan bagaimana cara kita hendak bantu kalau kes itu dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi sama ada dengan biro guaman dan sebagainya, insya-Allah.
Kepada Yang Berhormat Taiping, saya ingin maklumkan bahawa Akta Persaingan yang kita luluskan akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012. Sekarang ini dalam proses kita menubuhkan commission, suruhanjaya dan sebagainya. Memang benar di dalam Akta
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Persaingan ini kita kecualikan dari segi komunikasi tadi, dari segi Astro dan sebagainya kerana ia dilindungi oleh Akta Komunikasi. Mereka mempunyai akta yang tersendiri.
Misalnya dari segi komunikasi, dari segi Astro. Astro di bawah Suruhanjaya Komunikasi. Ia mempunyai suruhanjaya sendiri dan suruhanjaya ini boleh memantau...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya faham.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sekejap. Nanti saya beri Yang Berhormat. Ia boleh memantau, boleh mengawal segala tindakan yang bertentangan. Kita tahu Astro sekarang merupakan satu syarikat monopoli dari segi kabel TV. Kita faham dan Suruhanjaya Komunikasi sepatutnya yang mempunyai kuasa perundangan sepatutnya memantau. Itu kuasanya. Oleh sebab itu kita tidak – kalau masih lagi di bawah akta ini, Akta Persaingan ini, bermakna ada dua akta yang memantau perkara yang sama. Jadi ada duplicating, ada pertindihan dari segi kuasa. Oleh kerana sudah ada, jadi kita biarkan.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat, walau bagaimanapun. Saya sebutkan ‘walau bagaimanapun’, walaupun ada pengecualian tetapi tidak bermakna Suruhanjaya Persaingan nanti yang ditubuhkan, tidak bermakna kita tidak boleh menyiasat ataupun membuat review kepada apa yang berlaku di syarikat-syarikat di bawah Suruhanjaya Komunikasi termasuk Astro dan sebagainya.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Menteri, soalan saya adakah kerajaan mempunyai rancangan demi persaingan yang sihat dan pasaran yang sihat?
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membuka pasaran kabel TV supaya keadaan monopoli ini tidak akan berterusan lagi, supaya kita sebagai pengguna ada pilihan, ada alternatif? Ini untuk kebaikan semua pihak. Kita lihat Singapura, walaupun Singapura memberikan lesen kasino tetapi ia bijak, ia tidak beri satu syarikat, dia tidak beri Resort World sahaja, dia juga beri Golden Sand, kepada dua syarikat supaya dia ada persaingan antara dua kasino dan tidak ada satu jenis oligopoli ataupun monopoli yang merugikan kepentingan awam. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau boleh jawab, saya memang hendak menjawab. Akan tetapi kerana ia di bawah bidang kuasa kementerian yang lain. Jadi, saya minta maaf. Saya tidak boleh menjawabnya.
Jadi, saya ingin beralih pada perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri. Perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Tenggara yang bertanya tentang kewujudan fungsi dan pencapaian Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, KPDNKK telah mewujudkan majlis pengguna di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah iaitu Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan, Gerakan Pengguna Negeri dan Gerakan Pengguna Daerah untuk mewakili semua lapisan pengguna dalam negara. Keahliannya termasuklah NGO, pertubuhan belia wanita, rakan pengguna dan wakil agensi kerajaan.
Fungsinya adalah bagi membincangkan dan menyelaraskan pelaksanaan program dan aktiviti kepenggunaan dan mengemukakan isu-isu di peringkat negeri dan daerah.
Namun begitu, program-program kepenggunaan di negeri-negeri adalah dijalankan secara bekerjasama antara Gerakan Pengguna Daerah dan Pejabat KPDNKK negeri yang berkaitan. Program kepenggunaan ini dijalankan sepanjang tahun dan melalui pelbagai pendekatan seperti seminar, bengkel, latihan kepenggunaan dan sebagainya. Pada tahun 2009, sebanyak 599 buah program kepenggunaan telah dijalankan dan pada tahun 2010 setakat bulan Mei, sebanyak 639 buah program telah pun dijalankan.
Yang Berhormat Tenggara juga bertanya tentang usaha KPDNKK di dalam menggalakkan pengguna untuk menjadi active member, dengan izin, dalam NGO kepenggunaan. KPDNKK sentiasa memberikan sokongan kepada NGO kepenggunaan dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO terbabit bagi membolehkan mereka melaksanakan program kesedaran pengguna secara perkongsian pintar. KPDNKK juga memperkenalkan program pengukuhan NGO bagi tujuan pemantapan organisasi kepenggunaan melalui program latihan bina upaya. Melalui pengiktirafan dan bantuan yang diberikan oleh KPDNKK ini, maka diharapkan agar organisasi ini dapat membina reputasi sebagai organisasi kepenggunaan yang mampu mewakili dan menyuarakan pendapat
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
pengguna dengan cara yang lebih efektif. Dengan itu, pengguna akan dengan sendirinya terdorong untuk menjadi ahli yang aktif dalam organisasi kepenggunaan ini.
Yang Berhormat Rembau bertanya mengenai bantuan yang telah disalurkan kepada NGO kepenggunaan bagi menjalankan program kepenggunaan. Untuk makluman Yang Berhormat, KPDNKK telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program secara kerjasama pintar dengan NGO kepenggunaan dan bukan kepenggunaan sejak tahun 1990- an lagi. KPDNKK juga sedar akan peranan penting yang dimainkan oleh NGO dalam membantu kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu, atas keprihatinan dan kesedaran kerajaan akan kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh NGO kepenggunaan, maka bantuan daripada setiap aspek disalurkan termasuk bantuan kewangan. Pada tahun 2009, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM5,758,247.50 kepada 36 buah NGO manakala pada tahun 2010 setakat bulan Mac 2010, sebanyak RM1,912,500 telah disalurkan kepada 23 buah NGO.
Yang Berhormat Pasir Mas, bertanya sama ada KPDNKK mempunyai website untuk menyebarkan maklumat kepenggunaan. Untuk makluman Yang Berhormat, di samping laman web rasmi kementerian, KPDNKK juga telah mewujudkan laman web kepenggunaan yang dikenali sebagai Portal Smart Consumer yang boleh dilayari melalui www.smartconsumer.my. Laman web ini dibina khas untuk pengguna dan memuatkan pelbagai panduan mengenai isu-isu kepenggunaan seperti hak-hak mereka dan saliran yang boleh digunakan untuk mendapatkan pembelaan. Pengguna atau pengunjung laman web juga boleh menjadi ahli dan berkongsi pendapat serta maklumat melalui laman web ini.
Bagi memastikan portal ini kekal relevan, portal ini sentiasa dikemas kini dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Jumlah hit kandungan bagi laman web setakat bulan Jun 2010 adalah sebanyak 187,224, menerima antara 300 sehingga 400 orang pengunjung setiap hari dan mempunyai seramai 1,740 orang ahli.
Yang Berhormat Tenggara bertanya tentang tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh KPDNKK atas aduan yang diterima daripada National Consumer Complaints Centre (NCCC). NCCC merupakan satu badan yang ditubuhkan dan diuruskan oleh FOMCA iaitu NGO. Fungsinya ialah membantu pengguna menyelesaikan aduan dan bertindak sebagai pengantara, dengan izin, mediator antara pengguna dan peniaga bagi pihak NCCC. NCCC juga merujuk kes-kes aduan pengguna kepada kementerian dan kementerian sentiasa bekerjasama dengan NCCC dalam menyelesaikan sebarang aduan yang diterima. Saya juga menyambut baik sebenarnya cadangan daripada beberapa Ahli Yang Berhormat supaya pihak kerajaan mewujudkan satu one-stop centre, satu badan yang mewakili semua kementerian untuk duduk bersama dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan aduan pengguna dan sebagainya yang di bawah tanggungjawab KPDNKK dan tidak di bawah NGO dan sebagainya. Perkara ini akan kita bincangkan di peringkat kementerian.
Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Batang Sadong bertanya tentang tindakan yang diambil oleh KPDNKK ke atas iklan-iklan berkenaan dengan produk kesihatan yang mengelirukan dan tidak berkualiti. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, pengawalseliaan ubat-ubatan dan produk kesihatan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan iaitu di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Aspek keselamatan barang dan perkhidmatan tidak terpakai kepada produk kesihatan atau ubat-ubatan.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Walau bagaimanapun Akta Perlindungan Pengguna 1999 terpakai kepada apa-apa representasi palsu atau mengelirukan berkenaan penjualan produk kesihatan seperti representasi palsu atau mengelirukan berkenaan harga produk yang dijual atau representasi palsu atau mengelirukan berkenaan penawaran produk tersebut tetapi tidak berhasrat untuk membekalkannya. Jadi, fokus kita adalah mengenai representasi palsu. Sedangkan yang lain-lain adalah di bawah Kementerian Kesihatan. Kementerian saya? [Bertanya kepada Yang Berhormat Pendang]. Okey.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apabila sebut tentang kesihatan dan
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
pengguna ini, saya rasa janji Kementerian Kesihatan masih belum terlaksana iaitu untuk mengadakan akta kawalan barangan kesihatan. Jadi, saya hendak bertanya kepada kementerian, bagaimanakah kementerian hendak memantau jika sekiranya di pihak Kementerian Kesihatan tidak mempunyai akta untuk mengawal barangan kesihatan.
Misalnya, saya hendak memberikan contoh di sini, ada satu alat elektrik yang digunakan hanya kita duduk di atas barangan elektrik tersebut, ada satu plat kemudian dia kata boleh menyelesaikan penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, macam-macam. Semua mak neneklah.
Kita tidak mempunyai akta barangan kesihatan ini, jadi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak boleh hendak masuk dalam bidang kuasa tersebut padahal ia tidak disalurkan melalui bidang kesihatan, hanya barangan elektrik sahaja digunakan. Akan tetapi dikaitkan dengan boleh menyelesaikan masalah itu dan ini. Jadi, saya hendak bertanya menteri bagaimanakah caranya menteri hendak menyelesaikan masalah sebegini. Barangan elektrik tetapi ia boleh menyelesaikan masalah kesihatan. Boleh jawab atau hendak bincang dahulu dengan kementerian?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Seperti saya sebut, setakat ini tanggungjawab kita daripada segi representasi palsu dan juga mengenai harga iaitu berkenaan dengan harga yang mengelirukan dan sebagainya. Jadi, tentang produk dan sebagainya seperti saya sebutkan tadi Kementerian Kesihatan mempunyai aktanya sendiri, peraturannya sendiri. Jadi, semua yang kena-mengena dengan kesihatan, makanan dan sebagainya adalah di bawah Kementerian Kesihatan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini kerana mereka mempunyai kepakaran dari segi bidang-bidang yang berkaitan dengan kesihatan. Misalnya tadi – bila pakai mesin itu, boleh hilang penyakit. Pihak kementerian kita tidak mempunyai kepakaran dalam menentukan mesin itu boleh mengurangkan penyakit atau tidak tetapi Kementerian Kesihatan dia ada pakar-pakar yang boleh membuat kajian dan menentukan sama ada betul atau tidak apa yang dikatakan dalam iklan itu boleh mengurangkan penyakit dan sebagainya melalui mesin-mesin itu.
Sebab itu kita katakan bahawa apa saja berkaitan dengan kementerian Kesihatan sama ada mesin kah apa kah, kalau ia berkait dengan penyakit dan sebagainya, kita serahkan kepada Kementerian Kesihatan. Itu saja yang boleh saya jawablah di dalam perkara ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi dan penerangan oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya ada sedikit kekeliruan ya apabila melibatkan kementerian yang lain seperti Kementerian Kesihatan. Saya bagi contoh, kita kalau melalui sepanjang jalan, kita akan nampak papan iklan yang besar menaja perkhidmatan menguruskan badan di mana sebelum menjalani perkhidmatan tersebut, ia adalah mungkin 80kg, selepas mengambil perkhidmatan menguruskan badan, mungkin 56kg. Jadi kalau iklan sedemikian, saya hendak tahu ini di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan atau Kementerian Yang Berhormat ini? Ini kerana ia bukan sahaja melibatkan perkhidmatan tetapi juga pemberian makanan seperti makanan penjagaan kesihatan akan menguruskan badan dan ia juga melibatkan pengiklanan – jika seseorang consumer telah mengambil pakej tersebut seperti yang diiklankan tetapi tidak mencapai keputusan yang diiklankan itu, iaitu penurunan lebih kurang 20kg atau 30kg seperti yang diiklankan itu, ke mana pergi saluran mereka? Siapa yang akan memantau mereka?
Jadi Yang Berhormat ada dalam pindaan ini menubuhkan Jawatankuasa Pengiklanan yang Yang Berhormat kata ia hanya sebagai koordinasi dengan kementerian yang lain. Jadi kalau consumer mengalami masalah ini dan melibatkan pengiklanan ini, di manakah saluran mereka perlu pergi untuk membuat aduan? Ini mohon penjelasan, di bawah bidang kuasa kementerian yang mana?
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Sekali, mohon. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu yang sama seperti yang saya bangkitkan tetapi saya hendak minta penjelasan yang lebih lagi daripada pihak Menteri iaitu pihak mana – kami tertanya-tanya pihak mana yang sebenarnya menjaga pengiklanan ini? Konsep pengiklanan itu yang
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
seperti kata tidak langsung berbudayakan Malaysia misalnya, kemudian sama ada pengiklanan itu mengelirukan ataupun tidak, sama ada pengiklanan itu mengganggu pengguna-pengguna jalan raya besar, adakah perlu sampai begitu sekali pengiklanan itu?
Adakah dibenarkan sampai begitu sekali billboard yang begitu besar yang mungkin mengganggu pengguna-pengguna jalan raya dan juga bentuk iklan itu yang mungkin tidak sopan, sangat sumbang. Jadi pihak mana yang sebenarnya yang menjaga dan memantau iklan-iklan yang seperti ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat. Di dalam Akta Perlindungan Pengguna di bawah seksyen 2, mengatakan bahawa akta ini terpakai kepada semua kecuali seksyen 2(f). Ia ada banyak itu yang terkecuali tetapi salah satunya yang saya hendak sebut yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi iaitu kecuali bagi perkhidmatan jagaan kesihatan dan lain-lain. Ini bermakna kesihatan terletak di bawak Kementerian Kesihatan dan tidak dikawal oleh Akta Perlindungan Pengguna. Ini jelas di bawah seksyen 2 bahawa ianya terpakai kepada semua kecuali beberapa perkara termasuklah kesihatan.
Jadi saya hendak memaklumkan bahawa beberapa lagi kementerian mempunyai peraturan yang khusus di bawah kementerian masing-masing. Misalnya Kementerian Kesihatan, dia ada garis panduan mengenai iklan-iklan yang akan dikeluarkan oleh kementerian itu, yang dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan. Begitu juga dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan misalnya. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia mempunyai aktanya sendiri yang mengawal selia mengenai iklan- iklan mengenai perumahan dan sebagainya. Jadi ianya berselerak di kementerian masing- masing. Oleh sebab itulah di bawah akta ini, dalam pindaan yang baru ini, kita mewujudkan satu jawatankuasa. Kita mewujudkan satu jawatankuasa yang khusus supaya semua kementerian boleh duduk di bawah satu jawatankuasa ini, termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ini supaya jawatankuasa ini boleh membuat satu garis panduan yang menyeluruh kepada semua secara bersama. Kita tidak boleh mengambil kuasa yang telah diberi kepada Kementerian Kesihatan, seperti yang saya sebut dari segi kepakaran dan sebagainya, tidak boleh. Akan tetapi dengan adanya jawatankuasa yang kita wujudkan nanti, semuanya boleh diselaraskan termasuklah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi.
Misalnya kenapa gambar wanita diperalatkan misalnya. Kenapa jual kasut – tunjuk kaki cukuplah, kenapa sampai atas tunjuk. Saya tidak pasti Yang Berhormat Pokok Sena suka atau tidak suka tengok gambar itu.
Akan tetapi memang dari segi diskriminasi dan penggunaan wanita di dalam iklan kadang-kadang terlampau. Jadi kita percaya perkara ini boleh kita putuskan apabila kita wujudkan satu jawatankuasa dan jawatankuasa ini berhak. Di dalam akta ini, di dalam pindaan ini, Menteri misalnya, Menteri kepada KDPNKK boleh mengeluarkan satu peraturan, satu regulation yang jelas mengenai perkara-perkara yang melibatkan iklan dan sebagainya supaya pemantauan boleh dibuat sebelum iklan-iklan itu dikeluarkan. Jadi perkara inilah yang akan kita bangkitkan dan selepas akta ini diluluskan, insya-Allah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi dapat kita perbaiki.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana prihatin terhadap iklan-iklan yang terlampau menggunakan badan-badan wanita. Akan tetapi dalam tangan lain, saya juga hendak memperingatkan supaya jangan terlalu ketat sehingga ada syarat-syarat bahawa dia mesti memakai tudung dan menutup semua aurat untuk ditunjukkan dalam iklan. Itu juga akan menjejaskan peluang pekerjaan wanita. Bukan semua wanita suka tutup aurat. Jadi saya hanya untuk memperingatkan, kita gunakan kesederhanaan, jalan tengah, jangan terlampau di dua-dua belah juga. Terima kasih.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Yang Berhormat, boleh saya sambung? Saya fikir dalam hendak menentukan dasar kerajaan berkaitan dengan isu ini, kalau soal hukum
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
menutup aurat dan ianya merupakan satu hukum yang tidak boleh kita anjak, saya fikir kementerian Yang Berhormat mesti tegas dalam soal ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Perkara itulah yang mungkin akan kita bincangkan di dalam Jawatankuasa Pengiklanan nanti. Di sini pun sudah ada perbezaan. Saya percaya kalau saya minta Yang Berhormat Titiwangsa beri cadangan balas ataupun Yang Berhormat Ampang beri cadangan balas, mungkin dia tidak berapa setuju dengan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya percaya, sebab Yang Berhormat Bukit Mertajam kata iklan kenapa tidak boleh tunjuk rambut misalnya, sedangkan kita tahu Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Ampang mesti kata sebab itu adalah aurat yang tidak boleh kita bertolak ansur misalnya.
Jadi perkara-perkara inilah yang akan kita bincangkan di dalam jawatankuasa ini.
Kita akan melihat dari semua angle, semua sudut dan sebagainya. Jadi insya-Allah, perkara-perkara yang melibatkan perkara-perkara asas seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jempol tadi akan kita pertimbangkan.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Hanya satu penjelasan. Siapakah perwakilan atau ahli-ahli di dalam jawatankuasa itu yang akan menetapkan garis-garis panduan seperti itu?
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya mengharapkan supaya ada wakil-wakil daripada semua lapisan dan golongan supaya ia akan menyampaikan satu garis panduan yang boleh diterima oleh semua pihak. Saya rasa bukan semuanya hendak tutup dan bukan semuanya tidak mahu tutup. Saya rasa itu bergantung juga kepada produk yang hendak dijual. Sekiranya hendak dijual kepada orang Muslim, produk-produk yang sasarannya ialah kepada wanita Islam.
Jadi, itu akan selaras dengan apa yang hendak dijual dan bukan satu garis panduan untuk semua. Terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Fasal perempuan?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Garis panduan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ha, okey. [Ketawa]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan sebab sebelum ini kalau di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk media cetak ini, ia sudah ada satu garis panduan penerbitan dan pengiklanan.
Akan tetapi, saya lihat hari ini bahawa sehingga hari ini pun garis panduan itu macam tidak diutamakan ataupun dikuatkuasakan sehingga kalau kita lihat bahawa media- media yang terdapat di dalam negara kita ini sama ada pengiklanan kepada barangan ataupun penerbitan itu sendiri dalam sisipan-sisipan yang berkaitan dengan hiburan dan sebagainya, mengikutnya ia tidak boleh pakai baju yang menampakkan atau yang boleh mendatangkan...
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Keghairahan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...keghairahan dan sebagainya. Akan tetapi, kalau kita lihat dalam media sekarang ini sudah cukup. Sudah ada garis panduan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Saya hendak minta penjelasan bagaimana hendak selaraskan perkara ini sedangkan perkara yang berada di bawah Kementerian Yang Berhormat Menteri ini baru hendak wujudkan sedangkan yang sudah sedia wujud pun saya nampak macam tidak dikuatkuasakan untuk memastikan supaya media ini tidak memberikan peranan menyumbang kepada permasalahan yang lebih buruk.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, seperti yang saya sebut tadi bahawa memang kementerian-kementerian yang berbeza mempunyai garis panduan yang
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
tersendiri. Oleh sebab itu, kita hendak wujudkan bersama supaya lebih kita dapat mengeluarkan satu garis panduan bersama, itu tujuannya.
Bagaimanapun tujuan yang lebih penting kementerian ini, yang lebih penting dan fokus ialah mengenai iklan yang mengelirukan. Itu sebenarnya. Saya tidak menolak bahawa mungkin kita juga akan bincang soal seperti yang dikatakan tadi. Kalau sudah jual kasut, takkan hendak tunjuk sampai paha, hendak buat apa bukan? Tidak ada kena mengena kasut dengan paha.
Apa yang lebih penting dalam yang hendak kita pantau di bawah jawatankuasa ini adalah iklan yang mengelirukan. Kalau kita lihat banyak iklan yang mengelirukan. Semalam rakan-rakan daripada, Yang Berhormat Pokok Sena pun kata ada ubat yang konon- kononnya selepas makan itu – ini selalu Yang Berhormat Pendang sebut makan itu semua penyakit boleh sihat, jantung sihat, buah pinggang okey. Semua okey dengan makan sebiji ubatnya. Jadi, inilah iklan-iklan yang dikatakan mengelirukan yang supaya kita boleh menetapkan supaya syarikat-syarikat iklan mematuhi peraturan-peraturan yang akan ditetapkan.
Walau bagaimanapun seperti pandangan daripada Yang Berhormat, perkara- perkara lain seperti eksploitasi wanita dan sebagainya memang mungkin kita akan bincangkan. Akan tetapi, fokus kita lebih kepada perkara-perkara yang melibatkan iklan yang mengelirukan pengguna, yang akhirnya pengguna terjebak di dalam iklan tersebut tetapi wang yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan apa yang mereka harapkan.
Cuma satu lagi menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Mertajam mengenai keanggotaan jawatankuasa, kalau kita lihat di bawah seksyen 84(b)(1) di bawah Pindaan Perlindungan Pengguna ini jelas menunjukkan bahawa senarai ahli yang menganggotainya atau sesiapa yang menganggotainya. Saya boleh sebut adalah mereka terdiri daripada pihak yang mewakili kepentingan pengguna. Jadi, sesiapa sahajalah yang mewakili kepentingan pengguna yang dirasakan sesuai oleh menteri maka kita akan lantik.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Menteri, saya ada timbulkan...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Sesiapa pun boleh?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, boleh. Sesiapa pun boleh. Boleh volunteer.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Saya ada timbulkan persoalan garis panduan yang hendak diwujudkan oleh jawatankuasa berkenaan ini dengan soal bahasa supaya kita mempamerkan imej Malaysia. Bukan kita berada satu kawasan penuh dengan tulisan Cina seolah-olah kita berada di negara China ataupun kita berada di negara India atau kita berada di Amerika Syarikat.
Jadi, adakah jawatankuasa pengiklanan ini juga akan memastikan soal bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu diutamakan bergantung kepada penawaran syarikat itu dan sebagainya. Kita ambil contoh negara Thailand yang menguatkuasakan bahasa mereka dan kalau dikeluarkan bahasa yang lain itu hanyalah dalam skop yang kecil ataupun minor dan sebagainya.
Jadi, adakah jawatankuasa pengiklanan juga akan mengambil kira soal mempertahankan bahasa atau di bawah akta mana? Di bawah bidang kuasa siapa soal menjaga bahasa Melayu atau bahasa Malaysia kita ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat. Sebenarnya, seperti yang saya sebut tadi, fokus kita tadi. Fokus pengguna melindungi kepentingan pengguna. Itu jelas. Perkara yang lain itu saya kata kita akan bincangkan di dalam jawatankuasa yang masih pada hari ini belum diwujudkan lagi.
Dari segi bidang kuasa dan sebagainya mungkin kita akan tentukan selepas daripada rang undang-undang ini kita luluskan. Di dalam pindaan akta ini terlalu general kerana ia hanya melibatkan penubuhan jawatankuasa dan sebagainya. Dari segi bidang
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
kuasa secara detail, masih lagi kita belum tetapkan. Walau bagaimanapun, saya percaya di bawah peraturan yang ada memang jelas.
Saya rasa saya tidak hendak menyebut dengan jelas Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebagainya ini. Saya pun tidak berani, takut saya tersilap cakap nanti Peraturan Mesyuarat 36(12) kena pada saya. Akan tetapi, saya difahamkan memang sudah ada satu peraturan yang menetapkan dari segi bahasa, signboard dan sebagainya. I mean papan tanda, iklan kedai dan sebagainya sudah ada iaitu mesti di dalam bahasa Melayu dan sebagainya. Cuma, saya tidak tahu di bawah akta apa. Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebagainya, saya tidak tahu. Saya bukan tidak tahu, cuma tidak berani hendak kata itulah aktanya takut tersalah tetapi memang sudah ada.
Akan tetapi, soal apa jawatankuasa ini hendak buat sama ada dari segi bahasa, etika pakaian dan sebagainya saya rasa kita tidak bincang lagi. Cuma yang saya hendak fokuskan adalah akta ini iaitu iklan yang mengelirukan pengguna. Itu yang saya hendak tekankan dahulu. Perkara-perkara yang lain itu tidak mengapa. Cadangan-cadangan itu insya-Allah kita mungkin akan bawa ke dalam jawatankuasa yang akan kita bentuk nanti.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Menteri, nama jawatankuasa dan lembaga itu. Biasanya dalam rang undang-undang dan di peringkat kementerian ini yang lebih besar itu adalah Lembaga Pengiklanan Malaysia ataupun Lembaga Pengiklanan Negara dan sebagainya.
Jadi, mengapa ia jawatankuasa? Saya nampak ia kecil sangat. Orang Kedah panggil “lekeh” sangat nama ‘jawatankuasa pengiklanan’ sedangkan ia di bawah peringkat kementerian. Adakah ada cadangan untuk mengubah kepada lembaga dan sebagainya?
Mungkin nampak lebih berkuasa dan lebih gah lagi. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Daripada semalam suruh kementerian saya gah ini. Jadi, memang betul beberapa Ahli Yang Berhormat pun berasa kurang yakin tentang apa yang boleh kita lakukan kerana ia di peringkat jawatankuasa dan bukannya di peringkat lembaga, perbadanan dan sebagainya yang dicadangkan. Banyak yang dicadangkan supaya satu lembaga yang betul-betul kuat, supaya boleh mengawal dan juga boleh mempunyai kuasa seperti yang dikehendaki oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Walau bagaimanapun seperti yang saya sebut, setakat ini yang kita rancang ialah supaya boleh mengcoordinatekan dengan izin setiap iklan yang dikeluarkan oleh kementerian kerana setiap kementerian mempunyai undang-undang yang berbeza. Kita cuma dari segi koordinasi untuk melindungi kepentingan pengguna. Itu sahaja, setakat yang ada di bawah jawatankuasa ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam ucapan saya ada bangkitkan bukankah pihak kementerian di bawah akta ibu telah ada Majlis Penasihat Pengguna Negara? Mengapakah tidak menggunakan majlis ini yang sedia ada untuk menjalankan kerja-kerja koordinasi Yang Berhormat nyatakan tadi? Oleh sebab yang di bawah akta majlis itu pada seksyen 73 juga memperuntukkan antara ahlinya adalah Ketua Setiausaha Kementerian yang sama dengan jawatankuasa yang bakal ditubuhkan?
Oleh sebab jawatankuasa, saya rasa juga akan perlu membayar elaun kepada ahlinya.
Padahal kita sudah ada majlis yang merangkumi lebih ramai individu yang lain iaitu termasuk pengilang dan wakil-wakil yang lain.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi mengapa tidak menggunakan majlis yang sedia ada yang saya percaya kuasanya lebih luas menjalankan fungsi yang diperuntukkan di bawah akta ibu yang sedia ada ini? Saya pohon penjelasan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Saya akan sampai kepada jawapan tersebut. Jawapan yang khas untuk Yang Berhormat Batu Gajah dari segi perkara tersebut.
Kalau kita lihat tentang fungsi jawatankuasa ini memang disebutkan dengan jelas di bawah seksyen 84A iaitu peranan atau pun fungsi Jawatankuasa Penilaian ini. Jadi, kalau kita rujuk kepada seksyen ini jelas tentang fungsi-fungsinya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya terus kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah dan juga Yang Berhormat Rembau yang bertanya sama ada selepas peruntukan berkenaan terma kontrak tidak adil diluluskan. Adakah tindakan tegas boleh diambil kepada mana- mana operator yang meletakkan atau mengehadkan liabilitinya? Jawapannya ya kerana di bawah seksyen 24(1) jelas memperuntukkan mengenai hukuman dan penalti yang boleh dikenakan kepada pihak yang melanggar akta ini.
Yang Berhormat Kota Melaka mencadangkan agar kementerian menetapkan standard terms and conditions yang mesti dipatuhi oleh setiap pembekal dalam menetapkan satu-satu terma. Untuk makluman Yang Berhormat peruntukan baru di bawah terma kontrak tidak adil menetapkan beberapa perkara yang boleh dirujuk sebagai panduan untuk menentukan sama ada sesuatu terma itu tidak adil. Selain daripada itu Jawatankuasa Pengiklanan yang bakal ditubuhkan juga akan menyediakan garis panduan yang akan dijadikan panduan oleh para peniaga yang ingin mengiklankan produk-produk mereka.
Yang Berhormat Kota Melaka seterusnya bertanya sama ada sekiranya pindaan berkenaan terma kontrak tidak adil tidak mencukupi adakah regulation untuk menyempurnakan kontrak boleh dibuat? Salah satu contohnya kontrak yang standard boleh diperkenalkan untuk dijadikan panduan kepada pembekal. Yang Berhormat untuk makluman fasal 24(j) di bawah bahagian baru berkenaan dengan terma kontrak tidak adil memperuntukkan kuasa kepada menteri untuk membuat apa-apa peraturan baru berkaitan dengan pelaksanaan bahagian berkenaan – terma kontrak tidak adil.
Yang Berhormat Wangsa Maju membangkitkan masalah di mana syarikat mengenakan administrative charges atau service charges semasa pengguna menuntut apa-apa refund daripada mana-mana syarikat. Untuk makluman Yang Berhormat peruntukan baru di bawah terma kontrak tidak adil menetapkan bahawa sesuatu kontrak atau terma adalah tidak adil jika terma yang ditetapkan adalah tidak berpatutan. Oleh itu syarikat yang mengenakan service charges yang tidak berpatutan melakukan kesalahan di bawah peruntukan baru ini. Selain daripada itu seksyen 64(1)(a) memberi hak kepada pengguna untuk menuntut pembayaran balik apa-apa bayaran yang telah dibuat akibat kegagalan pembekal untuk memberikan sesuatu perkhidmatan.
Yang Berhormat Kota Melaka juga membangkitkan isu mengenai terms and conditions yang tidak diberitahu kepada pembeli secara jelas dan kemudiannya mendatangkan beban kepada pembeli. Peruntukan baru di bawah terma kontrak tidak adil mengambil kira penjelasan pembekal kepada pengguna berkenaan kesan sesuatu terma atau syarat kepada pengguna agar pengguna tidak dibebankan pada masa hadapan kerana tidak memahami kesan sebenar sesuatu terma.
Yang Berhormat Bandar Kuching telah membangkitkan isu insurans kereta dan caj-caj yang dikenakan oleh bank serta sama ada terma kontrak tidak adil (unfair contract term) terpakai kepada kontrak perbankan ataupun polisi insurans. Untuk makluman Yang Berhormat peruntukan terma kontrak tidak adil terpakai kepada semua kontrak. Peruntukan terma kontrak tidak adil yang baru diperkenalkan boleh dirujuk kepada mahkamah untuk pertimbangan ataupun tribunal bagi menentukan sama ada sesuatu terma itu adalah tidak adil berdasarkan kepada akta pindaan yang kita buat ini bermakna Yang Berhormat saya bersetuju dengan Yang Berhormat - banyak term-term dalam polisi insurans dan bank yang kadang-kadang diserahkan kepada pengguna dan pengguna tidak ada pilihan selain daripada menandatangani secara terpaksa. Ini boleh dianggap sebagai unfair contract term dan boleh dicabar di mahkamah dan sebagainya.
Yang Berhormat Telok Intan membangkitkan isu perumahan...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di samping terma-terma dan klausa-klausa yang tidak adil yang dimasukkan di dalam kontrak untuk penyeragaman di industri banking dan industri insurans, wujud juga pengamalan atau praktis yang tidak adil.
Praktis yang tidak adil dalam bidang banking dan insurans. Salah satu praktis yang tidak adil iaitu selepas kita memohon loan daripada bank, ada caj-caj yang dikenakan oleh bank seperti yang telah saya bangkitkan di dalam perbahasan saya iaitu loan documentation fee.
Selepas itu setiap kali bank akan mengenakan beberapa servis caj.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Mengenai unfair practice itu bukan sahaja unfair term dalam kontrak tetapi unfair practice itu apakah pendirian kerajaan kini untuk melindungi para pengguna? Mengenai unfair practice seperti caj-caj yang dikenakan oleh bank dan mengenai third party insurance policy yang walaupun kerajaan telah berulang kali mengatakan syarikat insurans tidak boleh memaksa pelanggannya untuk membeli PA Insurance sekiranya pelanggannya mahu membeli third party insurance.
Akan tetapi praktis ini masih diamalkan dan di samping personal accident kerana sekarang mereka menggunakan loop holenya. Bukan personal accident tetapi passenger accident, passenger insurance coverage, loading charges yang saya kata itu dahulu third party insurance RM60 atau RM80 dan itu adalah kebanggaan kerajaan bahawa dalam 20 tahun atau 30 tahun third party insurance charges tidak pernah naik tetapi apa yang berlaku sekarang adalah third party insurance kita terpaksa tambah side order dan selepas itu RM200 atau RM300 untuk satu polisi bagi mematuhi peraturan dan undang-undang.
Apakah solusi atas masalah ini? Ini adalah unfair practice. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sebenarnya dari segi insurans dan sebagainya, ianya tidak diletakkan di bawah kementerian ini ya, dari segi insurans, banking dan sebagainya. Walau bagaimanapun di dalam akta ini apabila pengguna tidak diberi pilihan dari segi test atau ujiannya adakah pengguna mempunyai pilihan di dalam membuat satu-satu keputusan? Jika pengguna tidak mempunyai pilihan di dalam membuat satu-satu keputusan, ianya boleh dicabar.
Soal sama ada kesalahan itu boleh diletakkan kepada insurans, bank dan sebagainya, ianya adalah tertakluk kepada mahkamah yang menentukan. Cuma bezanya daripada dahulu hingga sekarang ialah dahulu, kita tertakluk kepada prinsip kontrak iaitu apabila ditandatangani maka kita terikat dengan apa-apa klausa yang ada di dalam kontrak.
Walaupun kita secara due rest, secara tekanan, secara tidak diberi pilihan tetapi kerana terikat dengan prinsip kontrak maka kita terikat. Akan tetapi dengan adanya undang-undang pindaan yang baru ini walaupun telah pun ditandatangani, kalau kita boleh ada pembuktian bahawa kita tidak mempunyai pilihan dan tekanan di dalam menerima syarat-syarat yang dikenakan, kita boleh mencabarnya di mahkamah dan keputusannya adalah terletak kepada mahkamah yang membuat penilaian dari segi apa yang kita bangkitkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sambung petang Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Menteri sila.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, saya sambung lagi.
Kalau tidak ada apa-apa celahan yang banyak...
Sorang Ahli
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Hai saya tidak cakap lagi sudah celah sudah.
[Ketawa] Mungkin kita boleh habiskan dengan lebih cepat kerana saya difahamkan selepas ini ada Akta Mahkamah Rendah kalau tidak silap saya. Saya habiskan ayat dan baru bangun.
Yang Berhormat Teluk Intan membangkitkan mengenai isu perumahan iaitu projek terbengkalai dan juga tulisan atau cetakan di dalam sebuah kontrak terlalu kecil. Jadi isu perumahan adalah di bawah kawalan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Manakala mengenai isu tulisan kecil ataupun cetakan yang kecil ianya diliputi di bawah bahagian baru ini iaitu di bawah seksyen 24C(2)(f) mengenai perkara yang dibangkitkan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya ada sebut mengenai unfair practices dan apakah tindakan yang akan kerajaan ambil dan khususnya tentang third party insurans yang sudah begitu lama tidak selesai. Biasanya - saya akan huraikan apa yang terjadi.
Biasanya semasa seorang hendak beli third party insurans, syarikat insurans itu akan panggil mereka beli PA, beli passenger accident coverage. Jika mereka pergi ke Tuntutan Tribunal, Consumer Protection Tribunal failkan tuntutan dan syarikat itu akan terus akan balikkan access premium. Akan tetapi kebanyakan orang tidak tahu tentang cara ini untuk mengambil, untuk menuntut balik access yang mereka bayar.
Bukankah ini satu practice yang tidak adil terhadap consumer. Apakah kementerian akan buat? Janganlah tolak tanggungjawab kepada Kementerian Kewangan atau kementerian lain. Ini bukan main bola sepak tendang sini tendang sana. Akan tetapi saya ingin tahu apakah kerajaan boleh buat untuk menyelesaikan masalah ini memandangkan masalah ini telah wujud sudah hampir dua tahun.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini bukan soal tendang sana tendang sini.
Akan tetapi memang dari segi kawalan insurans ini terletak di bawah Kementerian Kewangan, Bank Negara dan sebagainya. Soal third party insurans ini saya percaya saya sendiri menerima memorandum daripada pihak Majlis Peguam. Saya percaya memorandum ini juga telah pun diserahkan kepada pihak yang berkaitan. Walau bagaimanapun seperti saya sebutkan tadi bahawa akta ini tidak menyekat mana-mana pihak untuk membawa kes-kes yang berkaitan dengan isu tadi ke Tribunal Tuntutan Pengguna dan sebagainya. Kemudian serah kepada pihak TTPM untuk menentukan dari segi sama ada, ada kes atau tidak terhadap yang menuntut tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya sila Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang mengalu-alukan niat kerajaan untuk melindungi rakyat daripada unfair terms of contract, dengan izin. Saya ingin tanya menteri kenapakah peruntukan pindaan 24B berkenaan dengan pemakaian Bahagian IIIA menggunakan perkataan dengan izin, “Without prejudice to the provisions in the Contracts Act 1950, the Specific Relief Act 1950, the Sale of Goods Act 1957 and the provisions of any other law for the time being in force, the provisions of this part shall apply to all contracts”. Maksudnya tanpa menjejaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada kenapakah kerajaan menggunakan perkataan sedemikian dan bukan ‘notwithstanding’.
Ini kerana dari pengalaman saya Mahkamah Persekutuan pernah membuat penaksiran dalam satu kes pembinaan rumah. Memang akta ini tidak terpakai kepada jualan tanah tetapi prinsip di sana ialah sungguhpun Housing Developers Act dengan peraturannya telah menetapkan kontrak yang mesti ditandatangani dan terma-termanya terutamanya late delivery payment 10% ataupun 8%. Akan tetapi mahkamah telah mentafsir bahawa kerana developer yang mengisytiharkan diri sebagai developer membina rumah lebih daripada empat rumah, ratus-ratus rumah yang dibina. Akan tetapi kerana kontrak yang ditandatangani itu kontrak jual tanah kemudian bina rumah. Dikatakan kontrak sedemikian tidak tertakluk kepada akta Housing Developers Act.
Saya takut ini dengan adanya notwithstanding without prejudice to the provision of the Contract Act. Ini bermaksud mereka masih ada kebebasan untuk berkontrak. Semua peruntukan ini yang niatnya untuk melindungi akhirnya tidak akan terpakai. Kenapa perkataan notwithstanding tidak digunakan?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat dari segi pindaan ini ialah bahawa akta ini tidak akan overwrite akta-akta yang lain. Bermakna akta-akta lain boleh digunakan. Ianya hanya supplementary kepada akta-akta yang lain. Misalnya Akta Kontrak, Akta Kontrak masih lagi berjalan seperti biasa. Walaupun kita mengatakan bahawa di dalam akta ini dari segi prinsip kontrak itu boleh dichallenge di dalam akta ini kita boleh challenge prinsip kontrak biasa. Ini kerana di bawah Akta Kontrak ada kontrak bermakna
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
setiap apabila kita menandatangani kontrak cukup dengan syarat offer acceptance dan sebagainya. Bermakna itu kontrak telah pun terikat.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ianya adalah prinsip kontrak itu masih boleh digunakan tetapi, dalam keadaan- keadaan tertentu apabila ada kes-kes yang terkandung di dalam ini, syarat-syarat terkandung dalam ini, ianya boleh mencabar Akta Kontrak yang diguna pakai pada hari ini.
Bermakna ianya tidak akan menolak apa-apa prinsip kontrak yang sebenar. Cuma dalam keadaan tertentu apabila ada unfair contract seperti yang diperjelaskan ini, seperti ada paksaan, tiada pilihan dan sebagainya seperti yang dimaksudkan, jadi bermakna akta ini digunakan dan ia tidak menolak akta-akta yang lain seperti yang disebut dalam ini. Akta Kontrak, Akta Jual Beli dan sebagainya. Ia still exist, still boleh wujud seperti biasa. Bukan makna bila ada akta ini makna akta ini sudah mengambil alih ketentuan daripada akta-akta yang sudah ada pada hari ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah kalaulah dalam sesuatu kontrak yang hendak ditandatangani dinyatakan dengan jelas oleh syarikat insurans ataupun syarikat yang besar-besaran dengan pengguna yang biasa, dinyatakan satu pengesahan oleh pengguna bahawa saya telah membaca semua terma kontrak di bawah ini yang adanya pada pendapat orang lain tidak adil, tidak saksama oppressive, etc., etc. Walau bagaimanapun, saya masih setuju dengan semua syarat ini dan kemudian tandatangan perjanjian ini. Adakah kontrak sedemikian masih boleh dikuatkuasakan?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh dicabar, masih boleh dicabar. Misalnya di dalam kontrak kredit kad misalnya, di dalam kredit kad, kita diberi dengan semua terms and conditions yang telah pun ditetapkan oleh syarikat tersebut tanpa merujuk kepada kita.
Mereka boleh tiba-tiba menaikkan interest dengan secara tiba-tiba tanpa kebenaran daripada kita. Jadi daripada segi kontrak, apabila kita menandatangani seperti Yang Berhormat kata, bermakna kita telah bersetuju dengan apa yang ada tetapi test dia, ujian dia. Sebab itu kita kata bahawa dia ada ujian dia. Ujian dia, adakah kita mempunyai pilihan untuk menandatangani ataupun kita terpaksa menandatangani.
Kalau ujian itu jawapannya “Ya” kita tiada pilihan, maka boleh dicabar. Bukan saya katakan bahawa kita terus boleh menang kes tersebut. Bermakna kes ini boleh dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna atau mahkamah untuk dicabar. Misalnya Yang Berhormat Batu Gajah sebut tentang “park at your own risk”. Kalau sekarang tak boleh dicabar sebab apabila kita sudah bersetuju, kita park, kita sudah bayar, bermakna kita sudah bersetuju secara imply. Secara impliedly kita sudah bersetuju bila kita letak kereta kita, makna dia kata kalau you tak setuju dengan park at your own risk, you boleh park di tempat lain tetapi bila kita letak di situ, bermakna kita terikat dan akhirnya yang memberi sewa kereta mengatakan “look, kita sudah disclaim kita punya liabiliti kerana sudah ada park at your own risk”.
Itu dulu, tetapi pada hari ini kalau kita mengatakan tidak ada pilihan, kita tidak bincang dan sebagainya daripada segi untuk mempersetujui kontrak tersebut, ianya boleh dicabar. Isunya ialah ianya boleh dicabar. Saya tidak kata kita terus menang kes, terus dapat award terus. Tidak, saya tidak kata macam itu. Isunya ialah ianya boleh dicabar.
Bermakna, di bawah yang ini dia lari daripada prinsip asal kontrak iaitu apabila ditandatangani, terikat. Sekarang ini walaupun terikat tetapi boleh dicabar but yet mahkamah yang akan menentukan. Bukan akta ini secara automatik menentukan relief untuk mendapatkan remedy dan sebagainya tetapi mahkamah yang menentukan ataupun Tribunal Tuntutan Pengguna.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, kalau begitulah keadaannya memang penggubalan undang-undang ini tidak begitu baik kerana kita menggubal undang-undang untuk memastikan ada kepastian. Kalau setiap kali undang- undang diluluskan masih kita sendiri, Menteri pun ragu-ragu sama ada boleh dicabar atau tidak, terdapat ketidaktentuan itu. Itu menunjukkan bahawa penggubalan kita di sini tidak lagi terperinci, dan harap kalau boleh ditetap dengan nyata supaya rakyat tahu apakah undang-undangnya dan kalau keadaan yang dikatakan oleh Menteri tadi, kita tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan Indah Water Konsortium dan mereka kutip wang daripada kita, kita tidak ada pilihan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bolehkah itu dicabar kerana pada masa sekarang ini ratusan ribu kes IWK di mahkamah. Bolehkah ia dicabar? Kita mahu dapatkan satu kepastian supaya mahkamah kita tidak we call loaded with so many cases. Kita mahu satu kepastian undang-undang supaya rakyat tahu apakah undang-undangnya dengan jelas dan supaya rakyat hidup dengan ada kepastian di bawah undang-undang.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa secara prinsipnya undang-undang tidak ada terus mendapat remedy tanpa pergi mahkamah di dalam kes apa sekali pun. Yang Berhormat, Yang Berhormat peguam, saya peguam. Misalnya di dalam isu rumah, kita sewakan kepada orang lain. Di dalam tenancy agreement dan sebut kalau tak bayar lebih daripada dua bulan misalnya, kita boleh mengambil alih rumah kita tetapi kita tidak boleh mengatakan oleh kerana sudah ada clause seperti itu, kita terus boleh masuk rumah kita. Still kita kena pergi kepada court untuk mendapatkan distract order dan sebagainya. Walaupun dia sudah ada jelas bahawa kita boleh mengambil balik hak kita kerana itu adalah rumah kita tetapi akhirnya mahkamah juga yang akan menentukan. Kita still kena pergi buat distract order, padahalnya dalam tenancy agreement jelas tak bayar, kita boleh ambil balik rumah kita but still we go to court.
That’s why dalam kes ini kita lihat dalam 24D(1) jelas menunjukkan semua perkara yang dianggap sebagai unfair contract but still akhirnya mahkamah juga yang menentukan.
Dalam prinsip undang-undang, tidak ada kita boleh dapat direct remedy. Mesti kadang- kadang ia ditentukan dan diputuskan oleh mahkamah.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh saya pergi ke...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat cukup Yang Berhormat. At the end of the day, mahkamah akan menentukan. Saya baru terbaca tadi Yang Berhormat soalan interpretasi undang-undang ini. Tidak ada satu statut pun boleh menentukan kepastian sedemikian, akhirnya mahkamah juga buat keputusan bahkan mahkamah itu sendiri dia berubah. Pada abad yang ke-19 ada conflict between literal construction of statute dengan intention of the maker of the statute. Sampai sekarang House of Lord pada tahun 1993 memastikan soalan macam mana men ‘interpret’ kan satu statut yang diluluskan oleh Dewan Parlimen. Jadi saya ingat apa yang Menteri cakap itu...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Terima kasih...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, maksud saya ini kita mesti kurangkan keraguan yang ada. We must minimize whatever uncertainty so that the court can enter clearly. Rakyat tahu kerana kita di sini yang menggubal. Kalau apa yang tidak pasti lagi mesti gubal seterang-terangnya supaya kuranglah kes pergi mahkamah kerana keraguan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat, saya...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya balik kepada third party insurance punya masalah, kerana nampaknya jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri ini langsung tidak ada niat untuk selesaikan masalah untuk orang ramai. Apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri adalah, “oh biarlah, awak tidak puas hati pergi buat tuntutan dalam tribunallah”, tetapi orang ramai, mereka tidak ada akses. Access of information untuk buat tuntutan di tribunal. Antara rakyat jelata berapa peratus tahu kewujudan Consumer Protection Tribunal? Mereka tidak tahu, mereka harus bayar sahaja dan sebagai kerajaan, saya berpendapat bahawa bukan sahaja biarkan consumer, you act on your own dan saya berasa bahawa kerajaan dapat ambil tindakan, certain action against the syarikat insurans dan bukan biarkan insurans untuk mengeksploitasikan rakyat dan sekiranya antara rakyat itu buat tuntutan, mereka bayar, kes selesai.
Ini bukanlah cara untuk menguruskan perkara ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh to be proactive, lebih proaktif kepada masalah ini.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang seronok kalau boleh jadi Superman untuk menyelesaikan semua masalah tetapi di dalam isu ini, saya sudah katakan bahawa kementerian lain mempunyai bidang kuasa mereka untuk menyelesaikan masalah.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Isu pengguna bukan hanya diselesaikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semata-mata. Sebab itu saya dah sebutkan bahawa kementerian lain juga mempunyai peraturan dan mempunyai undang-undang mereka sendiri di bawah kementerian itu untuk menyelesaikan isu kepenggunaan yang melibatkan pengguna. Misalnya, saya sebut perumahan, bukan bermakna apabila akta ini mengecualikan tentang perumahan, kita tidak boleh menyelesaikan perkara tersebut kerana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai Tribunal Perumahan mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah pengguna yang menghadapi masalah perumahan.
Begitu juga dengan kesihatan, saya jawab, kita tidak boleh hendak ambil kes yang melibatkan Kementerian Kesihatan, bukan bermakna pengguna tidak boleh mendapat apa- apa hak pembelaan apabila timbul isu kesihatan. Sebab Kementerian Kesihatan mempunyai undang-undangnya untuk menyelesaikan isu-isu kesihatan yang melibatkan pengguna.
Bermakna, pengguna bukan tidak mendapat hak, tidak mendapat pembelaan kalau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kata ia di bawah kementerian lain kerana kementerian lain boleh menyelesaikan isu pengguna berdasarkan undang-undang yang ada di bawah kementerian tersebut.
Saya hendak merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, mengenai exit clause. Yang Berhormat Batu Gajah bertanya sama ada, ada exit clause yang membolehkan pengguna untuk menamatkan kontrak perkhidmatan walaupun terdapat klausa mengikat yang mengatakan pengguna tidak boleh menamatkan sesuatu perjanjian dalam masa tertentu dan akan dikenakan bayaran ganti rugi sekiranya pengguna menamatkan kontrak sebelum tempohnya. I think this is a very good question. Jawapannya ialah, hak pengguna berkaitan dengan penamatan kontrak perkhidmatan yang tidak memuaskan peruntukan di bawah seksyen 60, Akta Perlindungan Pengguna 1999, menyatakan bahawa pengguna boleh membatalkan kontrak, di mana kegagalan perkhidmatan yang diterima adalah bersifat substantial atau penting.
Contohnya, jaminan pembekal bahawa produk yang ditawarkan telah diberi pengiktirafan oleh sesuatu pihak berkuasa tetapi sebenarnya jaminan tersebut tidak benar.
Seksyen 6, Akta Perlindungan Pengguna menegaskan bahawa peruntukan akta ini hendaklah berkuat kuasa walaupun terdapat peruntukan yang bertentangan di dalam satu perjanjian. Oleh itu, klausa yang mengatakan pengguna tidak boleh menamatkan sesuatu perjanjian dalam masa tertentu akan dikenakan bayaran ganti rugi sekiranya pengguna keluar daripada kontrak, boleh diketepikan sekiranya kegagalan memberi perkhidmatan adalah satu kegagalan yang substantial.
Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan penubuhan Lembaga Penapisan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, boleh mengenai isu tadi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Exit clause?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Exit clause. Memang kita tahu kerana antara bank-bank untuk mendapat business, banyak bank telah pun memberi kadar faedah yang rendah dan mereka mengatakan sesiapa yang meminjam itu tidak boleh bayar balik, menebus balik harta dalam masa lima tahun. Kalau ditebus balik, mesti bayar penalty cost 3% yang biasanya berpuluh-puluh ribu ataupun berapa ribu. Adakah klausa sedemikian yang memang berleluasa ini, adakah ia melanggar peruntukan yang akan kita luluskan dalam Dewan ini, supaya rakyat mengetahuinya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Seperti saya jawab tadi, boleh. Kita boleh ambil tindakan. Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan penubuhan Lembaga Penapisan, saya rasa saya sudah jawab. Yang Berhormat Batu Gajah sekali lagi, Yang
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Berhormat Batu Gajah kali ini banyak berbahas tentang isu ini. Yang Berhormat Batu Gajah bertanya sebab ditubuhkan Jawatankuasa Pengiklanan, sedangkan telah wujud Majlis Penasihat Pengguna yang dilihat mempunyai fungsi yang sama dan Yang Berhormat Wangsa Maju juga menyatakan bahawa Jawatankuasa Pengiklanan perlu mengambil tindakan sebelum pengguna menghadapi masalah. Yang Berhormat, Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) mempunyai fungsi yang berbeza dengan Jawatankuasa Pengiklanan. MPPN bertindak sebagai majlis untuk melihat isu-isu dasar kementerian atau dengan izin, think tank, untuk mengkaji dan mencadangkan penyelesaian atau isu-isu yang perlu diberi perhatian oleh KPDNKK seperti penambahbaikan kepada dasar-dasar kepenggunaan yang sedia ada.
Penubuhan Jawatankuasa Pengiklanan yang ahlinya terdiri daripada pihak yang mewakili kepentingan pengguna, membolehkan kementerian mewujudkan satu mekanisme yang akan bertindak pro-aktif untuk memantau iklan secara teratur dan lebih fokus. Jadi Jawatankuasa Pengiklanan juga bertujuan untuk melihat perkara spesifik iaitu iklan yang mengelirukan atau palsu dan mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu di bawah fasal 84(d) yang mana menteri boleh membuat peraturan bagi memperkukuhkan fungsi sedia ada jawatankuasa ini. Jadi ia jelas bahawa Jawatankuasa Pengiklanan fokus kepada iklan sahaja, sedangkan Majlis Penasihat Pengguna merangkumi semua sekali terhadap dasar-dasar kementerian, sama ada hendak awareness program atau sebagainya.
Semuanya dibincangkan oleh Majlis Penasihat Pengguna Negara. Yang Berhormat...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi penerangan tadi. Daripada jawapan Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat meneliti seksyen 73, Majlis Penasihat Pengguna Negara, bidang kuasanya sangat luas.
Salah satunya adalah berkenaan dengan isu-isu pengguna dan pelaksanaan akta ini. Jadi ia boleh merangkumi isu-isu berkenaan iklan. Saya sangat hairan kenapa harus diadakan Jawatankuasa Pengiklanan ini, padahal seksyen 73(c) – apa-apa perkara lain yang boleh dirujuk kepadanya oleh menteri untuk pelaksanaan wajar dan berkenaan akta ini. Jadi isu berkenaan iklan yang mempunyai masalah representasi, misleading, semua ini boleh dirangkumi di dalam akta ini, boleh dikendalikan oleh majlis ini. Itu persoalannya, apakah perlu satu spesifik jawatankuasa, padahal majlis ini anggotanya yang pada pendapat saya amat baik komposisinya. Ada pengguna, ada pengilang, ada pembekal, ada pertubuhan bukan kerajaan.
Padahal jawatankuasa yang bakal ditubuhkan ini, hanya memperuntukkan yang mewakili kepentingan pengguna dan mana-mana orang lain yang sebagaimana difikirkan layak oleh menteri. Dalam Majlis Penasihat ini dengan terang menyatakan pembekal, pengilang tetapi jawatankuasa ini masih kabur. Jadi pada pendapat saya, tidak perlu begitu banyak tambahan, maksud saya satu jawatankuasa lagi. Majlis boleh memainkan peranan ini kerana bidang kuasa diperuntukkan di bawah akta ini. Pohon penjelasan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, seperti yang saya sebutkan tadi bahawa tugas Majlis Penasihat Pengguna adalah terlalu luas, terlalu general. Bukan setakat pengiklanan tetapi perkara-perkara lain, mencadangkan untuk mewujudkan perundangan baru dan sebagainya. Jadi ia terlalu luas, sedangkan kita fokus kepada jawatankuasa undang-undang ini, khusus untuk undang-undang, lagi pula di bawah jawatankuasa undang-undang ini tujuannya adalah untuk mengkoordinasi dengan kementerian-kementerian lain misalnya. Di bawah Jawatankuasa Majlis Penasihat Pengguna, kita tidak membawa kementerian-kementerian lain untuk berada di sini kerana ia melibatkan perkara-perkara yang tidak melibatkan kementerian-kementerian tertentu.
Akan tetapi, Jawatankuasa Undang-undang ini fokus kepada undang-undang dan ianya boleh coordinate kementerian-kementerian yang mempunyai tugas-tugas pengiklanan seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sebagainya. Jadi kita lebih fokus, Jawatankuasa Penasihat
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Pengguna, mesyuarat mungkin tiga kali setahun. Ianya melibatkan tentang dasar keseluruhan kementerian dan ianya tidak boleh fokus kepada satu isu iaitu iklan.
Sedangkan Jawatankuasa Iklan fokus semata-mata untuk iklan sahaja. Jadi lebih baik daripada jawatankuasa yang general seperti Majlis Penasihat Pengguna Negara tersebut.
Yang Berhormat Batang Sadong memohon agar ahli Jawatankuasa Pengiklanan yang bakal ditubuhkan merangkumi wakil dari Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat, memang ahli-ahli Jawatankuasa Iklan ini terdiri daripada pihak yang mewakili kepentingan pengguna. Insya-Allah, kita bersetuju untuk memasukkan wakil dari negeri-negeri di Sabah dan Sarawak di dalam jawatankuasa ini jika bertepatan dengan kehendak akta ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Arau membangkitkan mengenai peruntukan iklan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia berbanding dengan peruntukan yang termaktub di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, hanya seksyen 240 akta itu yang memperuntukkan peruntukan mengenai iklan dan kesalahan bagi mana- mana orang yang mengiklankan apa-apa kelengkapan atau peranti komunikasi bagi tujuan pemintasan komunikasi. Selain daripada peruntukan ini, akta ini tidak memperuntukkan mana-mana peruntukan lain mengenai iklan.
Namun demikian, pindaan Akta Perlindungan Pengguna akan mengawal selia secara komprehensif penyelewengan yang dilakukan di dalam penyiaran mana-mana iklan.
Peruntukan mengenai Jawatankuasa Pengiklanan akan memberi kuasa kepada jawatankuasa ini untuk memantau iklan-iklan yang disiarkan dalam mana-mana medium termasuk secara elektronik dan tindakan sewajarnya boleh diambil.
Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Sri Gading bertanya mengenai masalah syarikat dan pengusaha yang mengambil kesempatan menipu pengguna semasa Jualan Karnival Mega dan juga jualan-jualan murah yang lain. Saya rasa ramai lagi yang membangkitkan isu ini termasuk Yang Berhormat Arau sekali. Peruntukan semasa, peruntukan yang ada pada hari ini adalah menentukan bahawa peniaga hanya perlu menghantar notis kepada pihak kementerian bagi mereka menganjurkan jualan murah.
Saya tahu, kementerian sedar banyak kelompangan dan penyelewengan mungkin berlaku kerana hanya notis dihantar bagi peniaga untuk menjalankan jualan murah dan sebagainya.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Pihak kementerian telah pun meminda peraturan ini iaitu mulai daripada pindaan yang baru ini, saya difahamkan akan digazetkan oleh Peguam Negara, bahawa selepas ini setiap peniaga yang ingin memohon ingin mengadakan jualan murah, mesti menghantar notis berserta dengan detail mengenai harga yang akan dijual iaitu harga yang asal dan harga baru yang akan dibuat secara jualan murah. Jadi barulah pihak kementerian dapat membezakan antara harga asal dengan harga yang baru yang akan mereka jual secara jualan murah ini. Jadi perkara ini dalam tindakan, insya-Allah akan siap dalam masa mungkin satu, dua atau tiga minggu daripada sekarang dan kita akan umumkan kepada pihak orang ramai.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu berhubung dengan bentuk iklan yang dinamakan puffing iaitu iklan yang ia cuba menjual produk-produk tetapi ia hanya menunjukkan nama syarikat terkenal. Produk yang ingin diketengahkan tidak dinyatakan dalam iklan berkenaan. Jadi dalam hal ini kita lihat kemungkinan produk yang bakal dikeluarkan adalah kemungkinan akan menjurus kepada kedudukan ataupun situasi yang palsu dan mengelirukan pengguna-pengguna.
Jadi ini juga kalau kita lihat satu akta yang di bawah kawalan pihak kementerian Yang Berhormat Menteri iaitu Akta Perihal Perdagangan 1972, adakah akta ini juga diguna pakai? Kalau kita lihat produk dan juga perkhidmatan yang cuba diketengahkan oleh iklan- iklan yang berbentuk puffing dengan izin, ini yang kita lihat secara tidak langsung sesetengahnya telah melibatkan penipuan yang cukup besar kepada pengguna-pengguna.
Jadi apa tindakan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Seperti saya sebutkan, bahawa akta ini termasuk akta-akta lain. Ianya menyekat dari segi representasi palsu mengenai iklan dan sebagainya. Kalau iklan yang dikeluarkan berbeza dengan produk yang diperolehi, maka ianya dianggap sebagai palsu dan tindakan boleh diambil. Jadi mana-mana pihak yang mengeluarkan iklan yang dianggap mengelirukan, palsu dan sebagainya boleh diambil tindakan di bawah akta ini.
Untuk akan datang ini, saya – ada pandangan daripada beberapa Yang Berhormat mengatakan kalau sudah berlaku penipuan dan selepas itu baru hendak diambil tindakan, jadi damage telah pun berlaku. Jadi tidak ada maknanya. untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebab itulah kita mewujudkan jawatankuasa ini supaya jawatankuasa ini boleh memantau setiap iklan dan jawatankuasa ini boleh mengeluarkan garis-garis panduan kepada iklan-iklan yang ingin dikeluarkan oleh syarikat-syarikat supaya kita boleh memantau dari segi penyelewengan dan sebagainya, jika ada. Akta yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang sebenarnya kita boleh. Di bawah Akta Perlindungan Pengguna ini, di bawah seksyen 7 memang menyekat perkara-perkara atau perbuatan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi.
Yang Berhormat Rembau juga mencadangkan agar cawangan tribunal diperbanyakkan di seluruh tanah air. Untuk makluman, Tribunal Tuntutan Pengguna telah pun ditubuhkan di 16 buah negeri termasuk Putrajaya dan 15 cawangan. Jumlah keseluruhan tempat bersidang bagi TTPM adalah 31 dan pihak kementerian memang merancang untuk memperbanyakkan TTPM supaya lebih banyak TTPM dapat diwujudkan, lebih luas peluang daripada pengguna untuk membuat aduan dan sebagainya.
Yang Berhormat Batang Sadong memohon agar prosedur tribunal dan hak pengguna untuk membawa kes tribunal diberi publisiti yang lebih luas agar pengguna tahu akan hak mereka untuk membawa kes ke tribunal. KPDNKK sentiasa menjalankan seminar kepenggunaan dan ceramah kepenggunaan ini dijalankan secara kerjasama dengan TTPM di mana topik ceramah yang dibawa oleh TTPM adalah berkaitan dengan hak dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh pengguna semasa membuat tuntutan dan sebagainya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Saya rasa cadangan Yang Berhormat Batang Sadong itu adalah baik – kesedaran diadakan berkenaan hak-hak consumer. Apakah kementerian pernah memikirkan salah satu caranya untuk memberi kesedaran kepada orang awam berkenaan hak mereka sebagai consumer adalah untuk membuat rakaman prosiding tribunal dan disiarkan dalam TV? Saya pernah tengok rancangan sedemikian di luar negara di mana prosiding mahkamah dijalankan dan rakaman disiarkan. Jadi mungkin dengan cara melalui rakaman prosiding tribunal ini, secara tidak langsung disiarkan dalam TV akan memberi kesedaran berkenaan hak-hak consumer.
Apakah kementerian pernah mempertimbangkan untuk mengambil pendekatan sedemikian?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah yang saya kira merupakan cadangan yang baik. Insya-Allah, kita akan beri perhatian kepada cadangan ini supaya rakaman tuntutan pengguna itu boleh disiarkan kepada orang ramai. Okey, kita terima cadangan tersebut.
Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Pendang juga membangkitkan isu mengenai apakah tindakan kerajaan terhadap barangan yang ditarik balik. Mengenai isu penarikan balik barangan yang tidak selamat di pasaran, pihak kementerian mengambil tindakan dengan menghubungi syarikat pengeluar di Malaysia untuk mendapatkan maklumat sekiranya produk ditarik balik di luar negara ada dijual di pasaran tempatan. Sekiranya ada, pihak pengeluar diminta untuk mengambil tindakan menarik balik barangan tersebut dan memaklumkan kepada pembeli dan orang ramai melalui hebahan media dan tindakan pembetulan atau dengan izin, corrective action plan. Ini termasuk menggantikan atau membaiki alat ganti yang rosak tersebut.
Sekiranya di dalam keadaan bahawa kes-kes penarikan tersebut benar-benar melibatkan barang yang dipasarkan di Malaysia dan terbukti tidak selamat serta boleh mengancam nyawa pengguna, maka KPDNKK boleh melalui peruntukan di bawah seksyen
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
23 Akta Perlindungan Pengguna untuk mengisytiharkan barang tersebut sebagai tidak selamat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Mengenai isu keselamatan alat-alat permainan kanak-kanak, kementerian telah mewartakan peraturan-peraturan baru di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu;
(i) Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Sijil Pematuhan dan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan) 2009; dan
(ii) Peraturan Perlindungan Pengguna (Standard Keselamatan Bagi Mainan) 2009.
Kedua-dua peraturan ini bertujuan untuk menetapkan standard keselamatan mandatori bagi alat permainan kanak-kanak yang wajib dipatuhi oleh pengeluar dan pengimport barangan permainan untuk kanak-kanak di bawah umur 14 tahun. Mulai 1 Ogos 2010, semua barangan permainan yang diimport atau pun keluaran tempatan mesti memenuhi tujuh standard keselamatan yang telah ditetapkan di dalam peraturan-peraturan berkenaan dan penguatkuasaan akan dijalankan serta-merta selepas ianya diwartakan.
Mengenai makmal pengujian standard keselamatan. Untuk makluman, makmal pengujian mainan kanak-kanak, kementerian mengakui terdapat masalah kekurangan makmal di Malaysia yang mempunyai kapasiti untuk menjalankan pengujian alat mainan kanak-kanak. Kementerian dimaklumkan pihak SIRIM QAS mempunyai facility untuk melakukan pengujian bagi Bahagian III iaitu Safety of Toys Migration of Certain Element sahaja. Pada masa yang sama, kementerian telah berbincang dengan Jabatan Kimia supaya ia meningkatkan kapasiti untuk melakukan pengujian. Pada masa ini Jabatan Kimia boleh melakukan pengujian yang sama seperti SIRIM QAS.
Untuk makluman, kementerian juga telah mengenal pasti makmal swasta yang boleh menjalankan pengujian bagi Part I iaitu Safety of Toys Physical and Mechanical Properties dengan izin dan Bahagian III, Migration of Certain Elements. Ada tiga bahagian sahaja yang boleh diuji di dalam negara. Bagi pengujian yang lain adalah boleh dibuat di makmal di luar negara yang telah dikenal pasti dan diiktiraf oleh pihak kementerian. Di bawah peraturan yang telah diwartakan mengenai standard mandatori alat mainan kanak- kanak, alat tulis tidak termasuk di dalam kategori barang yang dimandatorikan melainkan ianya adalah untuk tujuan permainan.
Bagi isu pelabelan yang membabitkan alat permainan, peraturan standard keselamatan bagi mainan yang saya sebutkan di atas memperuntukkan kehendak keselamatan mandatori bagi pemilik mainan untuk membuat penandaan iaitu MC Mark atau dengan izin Malaysian Confirmative Mark ke atas mainan tersebut.
Datuk Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sekiranya tidak praktikal penandaan tersebut boleh dibuat pada setiap unit bungkusan, kotak atau bekas mainan.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Minta laluan, Yang Berhormat.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi ujian ini untuk makluman dan pengetahuan Yang Berhormat sekalian, boleh saya tunjukkan. Dalam TV pun boleh nampak nanti. Inilah bentuk confirmative mark untuk mainan kanak-kanak, MC ini.
[Menunjukkan sebuah dokumen] Jadi kalau beli mainan, selepas ini mainan anak-anak kalau ada mark seperti ini bermakna ianya telah pun melepasi piawaian standard keselamatan kanak-kanak. Kalau tidak ada ini, maknanya tidak lepas dari segi piawaian.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya pada pihak kementerian setakat ini adakah kawalan dibuat terhadap wholesaler yang mengimport barang-barang mainan daripada luar negara. Kita sedar bahawa di pasar malam atau pun di kawasan-kawasan yang melibatkan jualan murah, kebanyakan barang-barang mainan yang dibawa masuk ini dibawa masuk daripada negara-negara seperti Thailand, China dan sebagainya yang dilihat elemen- elemen pembuatannya melibatkan bahan-bahan yang kemungkinan tidak selamat sebab tidak ada kajian khusus yang dibuat.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Kita tidak mempertikaikan syarikat-syarikat internasional seperti Barbie dan lain- lain tetapi yang kita pertikaikan di sini adakah kawalan dibuat kepada barang-barang yang dijual di tempat-tempat seperti pasar malam dan sebagainya yang dilihat adakah kawalan terus daripada pihak kementerian terhadap wholesaler yang terlibat, membawa masuk barang-barang ini daripada luar negara yang dimaksudkan tadi.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Menteri, tambah sedikit.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Cukup baik hanya standard itu dikuatkuasakan atas permainan kanak-kanak. Mengapa tidak ia diluaskan sedikit dengan memasukkan sedikit dalam pindaan seksyen 20 itu kehendak keselamatan umum bagi barang dan perkhidmatan - any kind of consumer goods dengan izin kerana bukan hanya barang kanak-kanak sahaja yang perlu selamat dan mempunyai piawaian bahkan yang lain juga berpotensi untuk mencetuskan dan mempunyai risiko keselamatan, kesihatan dan sebagainya.
Jadi mengapa disingkatkan dan dihadkan kepada hanya barangan kanak-kanak.
Selama hari ini masih lagi kita di tahap itu sahaja. Kenapa tidak kepada perkara-perkara dan barang perkhidmatan yang lain ataupun the consumer goods yang lain, dengan izin.
Terima kasih menteri.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya seperti saya sebutkan tadi bahawa mulai 1 Ogos nanti kawalan ini akan dikuatkuasakan.
Jadi kawalan ini tertakluk kepada semua, bukan sahaja wholesaler tetapi juga kepada pengilang, pengimport, peruncit dan sebagainya. Bermakna kalau peruncit di pasar malam sekalipun mereka tidak boleh menjual produk-produk permainan yang tidak ada cap keselamatan. Jadi ia mesti. Jadi semua sekali meliputi tetapi mulai 1 Ogos untuk yang diimport, yang dikeluarkan dalaman dan sebagainya.
Kepada Yang Berhormat Kuala Selangor memang itulah satu dari segi idealnya memang kita sepatutnya mempunyai semua produk mesti mempunyai keselamatan. Jadi kita selesaikan dahulu dengan permainan kanak-kanak dan selepas ini kita akan teruskan.
Sebenarnya kita dalam proses mengkaji untuk membuat safety standard dengan izin untuk spare parts kereta dan sebagainya.
Ini juga satu perkara yang amat penting kerana banyak kejadian-kejadian kemalangan mungkin berlaku akibat daripada parts yang tidak menepati piawaian sebenarnya. Jadi selepas ini kita akan pergi kepada parts - alat-alat ganti kereta dan sebagainya dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor kalau boleh semua mesti mempunyai piawaian yang tertentu dari segi keselamatan.
Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Pendang membangkitkan isu berkenaan penjualan junk food atau makanan ringan di sekolah. Isu penjualan makanan ringan atau junk food di sekolah. Sebenarnya saya tahu kalau saya cakap ini orang kata, “Tidak jadi Superman lagi”, tetapi saya terpaksa jawablah. Isu penjualan makanan ringan di sekolah merupakan isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan boleh dirujuk di bawah bahagian keselamatan dan kualiti makanan.
Walau bagaimanapun saya dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran sentiasa memperingatkan pengusaha kantin sekolah melalui lawatan dan pemeriksaan yang dilakukan secara berkala agar pengusaha kantin hendaklah sentiasa menjual makanan yang berkhasiat kepada murid-murid di sekolah mengikut buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dan Panduan Hidangan Sihat di Kantin Sekolah. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Titiwangsa bukan setakat sekolah tetapi di luar sekolah juga adalah penting kerana banyak junk food dijual bukan sahaja di kedai-kedai di tepi jalan tetapi termasuk di super market, mini market, hypermarket dan sebagainya. Jadi perkara ini akan kita panjangkan kepada kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Kesihatan.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
[Bangun]
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Yang Berhormat, telanjur Yang Berhormat hendak panjangkan ke Kabinet itu, maka boleh saya sambung?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh, silakan.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Terlanjur Yang Berhormat hendak panjangkan...
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu Tuan Yang di-Pertua beri berapa lama lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kita sudah ada buat rekod sebenarnya, Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah buat rekod, ada 60 pencelahan sudah dibuat dalam bil ini dan tidak pernah berlaku ini dalam rekod kita pada dua tahun ini, tidak pernah berlaku.
Beberapa Ahli
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sudah ada duduk jadi menteri, ada duduk jadi pegawai kerajaan. Ada juga sekali-sekala menjadi hakim di mahkamah sudah buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi, Yang Berhormat tahu-tahulah. Kita ada enam, tujuh bill lagi selepas ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia sudah think Perdana Menteri sudah. Okey lah itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Jempol. Tadi ada yang hendak tanya kan.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlanjur Yang Berhormat hendak bawa ke Kabinet isu ini. Mana lebih mudah kita memantau penjualan makanan yang tidak berzat daripada mencadangkan terus kepada Kabinet kepada Menteri yang bertanggungjawab supaya semua lesen, kilang-kilang mengeluarkan makanan yang tidak berkhasiat ini, kita tarik balik dan kita tutup kilang.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Sekali Yang Berhormat Menteri.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Yang Berhormat, sekali.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Saya dahululah. Tidak pernah tanya soalan. Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita mengatakan junk food ini yang berminat makan junk food ini adalah anak-anak muda, anak- anak sekolah kita.
Akan tetapi junk food ini berleluasa diiklankan dalam TV. Ini yang mempengaruhi anak-anak kita melihat. “Oh, sedapnya makanan ini, enaknya makanan ini, hebatnya makanan ini yang berselera sekali”. Bagaimana itu? Ini sebabnya TV yang mengeluarkan iklan ini. Boleh kata tiap-tiap saat, rancangan TV itu berhenti akan keluarlah iklan-iklan junk food ini. Terima kasih.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bersetuju dengan Yang Berhormat Jempol dengan Yang Berhormat Sibuti terhadap isu ini. Saya rasa sudah sampai masanya kita membuat satu ketegasan dalam isu ini.
Ini melibatkan generasi anak-anak, cucu cicit kita. Sudahlah kita ini tidak reti, tidak tahu, terdedah dengan makanan-makanan seperti ini, tidak kan setelah kita hendak menjadi sebuah negara maju kita masih lagi membiarkan perkara seperti ini berleluasa. Saya hendak bersetuju dengan Yang Berhormat Jempol apabila dia kata okeylah, maknanya yang beli budak-budak.
Akan tetapi bagaimana yang mengeluarkannya ini? Kilang ini. Apa tindakan kita sebagai kerajaan. Tidak membanteras, membiarkan terus pengeluaran makanan-makanan junk food ini. Begitu juga boleh dibiarkan dalam iklan. Di mana tanggungjawab penyiar- penyiar media tentang perkara ini? Di mana juga ketegasan kerajaan dalam perkara ini?
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Jadi, saya mengharapkanlah once and for all. Walaupun kata ini Kementerian Kesihatan tetapi saya percaya isu kepenggunaan juga ada di situ. Saya mengharapkan supaya kalau misalnya ada wakil Kementerian Kesihatan juga di sini mengambil isu ini, angkat isu ini supaya menjadi satu isu yang sama-sama kita pastikan tidak terus berleluasa dalam negara kita ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Insya-Allah, semua pandangan akan saya bangkitkan, akan panjangkan kepada Kementerian Kesihatan. Bukan saya tidak serius, saya serius. Walaupun saya cakap lembut, saya serius perkara ini akan kita bangkitkan.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Bawa ke Kabinet lah menteri, bawa Kabinet terus.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Insya-Allah saya akan bangkitkan. Saya akan ringkaskan. Yang Berhormat Silam bertanya mengenai keberkesanan langkah penguatkuasaan mengenai pemantauan harga.
Untuk makluman pihak penguat kuasa dan pegawai pemantau harga menjalankan kutipan harga mingguan bagi melihat pergerakan harga barangan secara umum. Yang Berhormat juga memastikan peniaga-peniaga meletakkan tanda harga berdasarkan harga yang ditetapkan.
Yang Berhormat Sri Gading membangkitkan isu mengenai kekuatan jentera penguatkuasaan. Untuk makluman Yang Berhormat Sri Gading bahagian penguatkuasaan kementerian dianggotai oleh 1,903 orang pegawai yang bertugas di 72 cawangan kementerian di seluruh negara.
Dari segi pegawai memang kita mempunyai jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, dari segi pengguna kita juga mempunyai rakan-rakan pengguna di seluruh negara sebanyak 43,000 yang membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan yang lebih penting ialah pengguna itu sendiri sebenarnya mesti memainkan peranan untuk melindungi diri mereka.
Yang Berhormat Sibu membangkitkan isu alat timbang bagasi yang tidak tepat di Lapangan Terbang LCCT. Adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak yang menggunakan alat timbang dan sukat untuk tujuan perdagangan yang tidak ditentu sahkan di bawah seksyen 4(6) Akta Timbang Sukat 1972. Pihak kementerian akan melihat perkara ini dan memeriksa perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat pengesahan alat timbang dan sukat dijalankan oleh sebuah syarikat iaitu Metrologi Corporation Malaysia Sdn. Bhd.
Yang Berhormat Pasir Salak membangkitkan isu kualiti air yang tidak memuaskan.
Ianya ialah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Yang Berhormat Wangsa Maju menyatakan kekhuatiran mengenai penjualan perkhidmatan in advance jualan tiket AirAsia dan kemungkinan syarikat tersebut tidak dapat memenuhi janji jika sekiranya jatuh bankrupt dan akibatnya pengguna akan menanggung bebanan. Jadi, saya hendak maklumkan bahawa tiada negara termasuk kesatuan Eropah yang mempunyai mekanisme khusus yang memberi jaminan bagi pembayaran tambang penerbangan secara advance booking apabila syarikat penerbangan diisytiharkan muflis.
Syarikat Penerbangan Malaysia juga tidak mempunyai mekanisme khusus yang memberi jaminan kepada penumpang bahawa mereka memperoleh refund sekiranya syarikat tersebut muflis. Penumpang yang menggunakan perkhidmatan AirAsia X dan Berjaya Air boleh membuat advance booking sehingga 12 bulan manakala tempoh bagi MAS adalah 342 hari dan Firefly selama enam bulan.
Sekiranya berlaku syarikat penerbangan muflis dan sebagainya, pengguna mempunyai beberapa venue untuk tuntutan seperti membuat tuntutan kepada pemegang amanah. Jika menggunakan kad boleh mendapat refund ataupun bayar balik daripada syarikat kredit. Bagi melindungi pembelian insurans penerbangan, Scheduled Airline Failure Insurance bagi melindungi penumpang apabila syarikat penerbangan didapati muflis.
Mengenai isu penipuan alat-alat ganti yang dijalankan oleh bengkel-bengkel kereta, untuk makluman Akta Perlindungan Pengguna 1999 mengawal selia isu mengenai produk yang dibekalkan kepada pengguna termasuk alat ganti kenderaan di bawah
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
seksyen 10 APP 1999. Daripada tahun 2005 hingga 2009, sebanyak 70 kes telah diambil tindakan terhadap bengkel-bengkel kenderaan yang melakukan penipuan mengenai alat ganti kenderaan.
Untuk makluman juga, kementerian pada masa ini sedang menggubal rang undang-undang untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kenderaan bermotor khususnya untuk mengawal selia perjalanan perniagaan bengkel-bengkel kenderaan termasuk untuk melesenkan bengkel dan mekanik yang bekerja di bengkel tersebut. Di samping itu, peruntukan akan diadakan bagi membolehkan kawal selia yang lebih ketat dibuat ke atas pembekalan alat-alat ganti kenderaan.
Yang Berhormat Sri Gading membangkitkan mengenai penguatkuasaan ke atas promosi jualan murah. Saya sudah sebutkan tadi bahawa kita akan merubah prosedur yang ada.
Mengenai barang tiruan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu, ianya adalah di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan gerak gempur terhadap cetak rompak dan barang tiruan sentiasa dijalankan. Untuk makluman pada tahun ini dari 1 Januari hingga 31 Jun bilangan kes barang tiruan adalah sebanyak 524 kes yang melibatkan nilai rampasan sebanyak RM6,060,993. Yang Berhormat Tangga Batu menyebut tentang mata pelajaran pengguna telah pun saya jawab. Pendidikan, pengguna dan kesedaran beretika. Yang Berhormat Maran telah pun kita sentuh.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Kuala Selangor juga membangkitkan isu standard permainan kanak-kanak, saya sudah sebut.
Yang Berhormat Kinabatangan menyebutkan tentang isu penipuan melalui SMS.
Untuk makluman Yang Berhormat, setiap aduan kita akan ambil tindakan. Yang Berhormat Kinabatangan menyebutkan tentang barangan tiruan yang substandard dilonggokkan. Kita sudah sebut tentang tindakan kita dalam membanteras kes-kes yang melibatkan barang- barang tiruan. Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan mengenai sama ada kementerian meletakkan sasaran untuk mengurangkan aduan pengguna. Pihak kementerian memang mempunyai sasaran tersebut. Walau bagaimanapun kepada Yang Berhormat Pokok Sena sebenarnya ia mempunyai dua pandangan yang berbeza. Apabila kurang aduan pengguna, ia juga boleh menunjukkan bahawa kurang kesedaran di kalangan pengguna.
Akan tetapi ada pihak mengatakan, kalau kurang aduan pengguna maknanya lebih baik, tidak ada masalah tetapi sebenarnya mungkin pengguna tidak faham dan tidak membuat laporan. Jika banyak laporan pengguna, bagi kita ia menunjukkan pengguna telah pun sedar mengenai hak mereka. Akan tetapi mungkin ada pihak mengatakan kalau banyak aduan pengguna, maknanya terlampau banyak masalah yang berlaku.
Jadi walau bagaimanapun, kita akan terus menjadikan sasaran untuk menambahkan kesedaran di kalangan pengguna. Apabila saya sebutkan kesedaran hanya di peringkat 58% kesedaran, kita akan tingkatkan kesedaran supaya peratusannya akan bertambah.
Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan beberapa isu yang saya kira saya tidak perlu jawab. Tentang isu gula dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan isu IPP ini. Walau bagaimanapun, bagi Yang Berhormat Pokok Sena saya akan memberikan jawapan secara bertulis kerana ia tidak berkaitan. Tentang Yang Berhormat Sibuti mengenai pinjaman wang tanpa penjamin, ia di bawah Bank Negara, di bawah Banking and Financial Institution Act (BAFIA).
Yang Berhormat Kuala Kedah membangkitkan mengenai cross border ataupun Akta E-Commerce sama ada meliputi transaksi jualan yang dilakukan oleh pihak luar negara. Untuk makluman, akta ini merangkumi transaksi jualan barangan yang dijalankan di Malaysia dan melibatkan pengguna di Malaysia. Tindakan boleh diambil ke atas mana- mana peniaga yang menjalankan perniagaan yang melanggar peruntukan ini termasuk peniaga di luar negara walaupun kesalahan bermula di luar negara. Akan tetapi jika
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
kesalahan itu dimuktamadkan di Malaysia, maka tindakan boleh diambil untuk menuduh orang yang melakukan kesalahan tersebut di Malaysia.
Namun demikian, penguatkuasaan award atau keputusan mahkamah hanya boleh diambil ke atas rakyat luar negara yang mempunyai Perjanjian Penguatkuasaan Undang- Undang dengan Malaysia di bawah Reciprocal of Enforcement of Judgements Act 1958 iaitu negara-negaranya hanya yang mengadakan perjanjian penguatkuasaan dengan Malaysia adalah Australia, New Zealand dan negara-negara di Asia Tenggara sahaja. Isu royalti kepada artis, saya rasa ini melibatkan Akta Copyright. Jadi saya akan jawab juga tetapi secara bertulis. Begitu juga isu P.Ramlee dan sebagainya, ia melibatkan copyright.
Kempen Beli Barangan Malaysia, Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan kempen ini kurang berkesan. Maknanya dari segi jangka pendek ia berkesan kerana dari segi pertambahan jualan secara langsung hasil daripada ekspo yang dijalankan. Walau bagaimanapun, kita masih lagi dan saya bersetuju bahawa proses yang lama perlu dilakukan untuk menukarkan persepsi rakyat Malaysia terhadap penerimaan barang-barang buatan Malaysia. Jadi, perkara ini akan terus kita lakukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja yang dapat saya jawab. At last, saya tahu mungkin ada perkara-perkara yang saya tertinggal di dalam jawapan ini. Kalau ada jawapan-jawapan yang tidak saya jawab, persoalan-persoalan yang tidak saya jawab, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Saya amat menghargai dan amat berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerana berbahas dan memberikan pandangan serta sokongan terhadap kementerian ini. Saya percaya berlakunya pecah rekod pada hari ini menggambarkan bahawa keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada masalah- masalah yang berkaitan rapat dengan rakyat ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Empat jam empat minit menjawab, 55 pencelahan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tujuan pindaan di peringkat Jawatankuasa ini adalah untuk menentukan undang-undang adalah tepat dan sempurna. Rang undang-undang di fasal 9 telah memansuhkan seksyen 103.
Selepas seksyen 103 dimansuhkan, maka seksyen-seksyen lain di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang menyebut perkataan seksyen 103 juga perlu dipinda.
Seksyen 2(3) Akta Perlindungan Pengguna menyebut seksyen 103 memperuntukkan bahawa walaupun terdapat pengecualian berkenaan pemakaian akta di bawah seksyen 2, Akta Perlindungan 1999 akan terpakai kepada apa-apa perkara yang telah ditetapkan di bawah seksyen 103 dengan syarat tersebut hendaklah diwartakan terlebih dahulu.
Oleh itu fasal 1A pindaan dalam Jawatankuasa memansuhkan peruntukan di bawah seksyen 2(3) kerana pemansuhan ini dilakukan kerana seksyen 2(3) menyebut seksyen 103.
Jadi Yang Berhormat sekalian, sebenarnya tidak ada apa-apa yang besar di dalam pindaan ini. Ia kerana kita telah pun memansuhkan seksyen 103. Jadi apabila kita
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
memansuhkan seksyen 103, mana-mana seksyen yang menyebut refer kepada seksyen 103 hendaklah dimansuhkan juga. Jadi itulah tujuan pindaan ini. Jadi Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tajuknya di bawah fasal 1, Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Peraturan Mesyuarat. Tuan Pengerusi, saya hendak rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 59(1) yang berbunyi, boleh saya baca ya? “Jika seseorang ahli hendak memotong atau meminda apa-apa syarat yang terkandung dalam sesuatu Rang Undang-undang yang dimaklumkan kepada Majlis oleh Jawatankuasa sebuah-buah Majlis atau hendak menambah apa-apa syarat baharu kepada Rang Undang- undang itu...” - Panjang ini, satu muka surat Tuan Pengerusi.
“...Maka bolehlah ahli itu, bila-bila masa sebelum seorang ahli bangun mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga, mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu diserahkan sekali lagi kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sama ada semua sekali ataupun berkenaan dengan bahagian atau bahagian-bahagian yang tertentu sahaja atau berkenaan dengan jadual atau fasal baru yang dicadangkan; cadangan demikian itu tidak dikehendaki pemberitahu, dan jika disetujukan usul ini maka Rang Undang-undang itu akan terserah sekali lagi kepada Jawatankuasa.”
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
“Maka Majlis pun akan bersidang sebagai Jawatankuasa menurut syarat-syarat Peraturan Mesyuarat 54, bagi menimbangkan perkara yang telah diserahkan balik kepadanya itu. Jika sesuatu usul hendak menyerahkan balik sesuatu rang undang-undang kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis dibangkang, maka Tuan Yang di-Pertua hendaklah membenarkan pencadang usul itu mengeluarkan penerangan ringkas menyatakan sebab-sebabnya hendak diserahkan balik undang-undang itu dan juga hendaklah membenarkan pembangkang usul itu mengeluarkan alasan-alasan dengan ringkas menyatakan sebab-sebabnya ia tidak bersetuju diserahkan balik, setelah itu hendaklah Tuan Yang di-Pertua mengemukakan masalah itu bagi diputuskan dengan tidak boleh dibahas”.
Saya mengemukakan Peraturan Mesyuarat 59 selepas mendengar pihak Yang Berhormat Menteri membacakan pindaan atas fasal-fasal yang berkenaan di dalam rang undang-undang untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang berwarna biru ini [Sambil mengangkat naskhah rang undang-undang tersebut] Tuan Pengerusi.
Saya perhatikan antara pindaan-pindaan yang dibuat tidak menyebut langsung berkenaan dengan pindaan seksyen 9 iaitu di bawah fasal 2, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang dirujuk di dalam (Akta 399). Sebenarnya Akta 399 merujuk kepada akta yang lain. Tidak ada kena-mengena dengan Akta Perlindungan Pengguna. Yang dimaksudkan sebenarnya hendak dirujuk ialah Akta 599.
Jadi dengan nyatanya berlaku kesilapan di dalam rang undang-undang yang hendak kita bentangkan – dibincangkan ini. Jadi atas Peraturan Mesyuarat 59(1) maka saya minta Dewan mengemukakan keputusan bahawa wujud bangkangan terhadap kesilapan dalam merujuk atau mengambil kira akta yang hendak dipinda pada hari ini.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat cara kita untuk membentangkan pindaan telah kita laksanakan mengikut peraturan. Jadi barang siapa Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bersetuju kerana pindaan ini pun telah dibentangkan di dalam Dewan, jadi dengan keadaan sedemikian kalau ada percanggahan daripada apa yang disebut atau tertera dalam pindaan ini sepatutnya satu kertas juga ditunjuk dalam Dewan untuk membandingkan.
Jadi kalau ini jadi sebahagian daripada ulasan ataupun perbahasan, saya hanya boleh menyerah kepada Menteri untuk menjawab, memberi penjelasan perkara yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi kita kena meneruskan perbahasan kita di peringkat Jawatankuasa ini juga. Jadi ada lain lagi hendak cakap? Yang Berhormat hendak cakap lagi? Tidak ada lagi?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 59 ini kerana Peraturan Mesyuarat 59 mewajibkan kita untuk mengemukakan penjelasan ini sebelum Jawatankuasa membuka ruang untuk kita meneliti atas kandungan rang undang-undang yang hendak kita perincikan. Jadi saya tidak boleh mengemukakan pembetulan itu ataupun usul untuk membetul lebih awal daripada yang dibenarkan oleh Peraturan Mesyuarat 59.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya. Sebenarnya saya telah menerima pindaan ini. Jadi saya cukup yakin ia telah dibentangkan di atas meja tiap-tiap Ahli Yang Berhormat sebagaimana saya menerima pembentangan ini juga. Jadi nampaknya daripada itu sebagai asas pindaan ini Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi saya tidak ada niat untuk mempertikaikan peraturan ataupun niat kementerian untuk meminda atau membawa pindaan terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999. Akan tetapi oleh kerana ia merujuk pada spirit undang-undang yang asas, iaitu kita mestilah menyatakan dengan tepat undang-undang apa yang hendak kita saring atau kita bincangkan untuk pindaan ini.
Perkara ini ialah perkara yang paling fundamental Tuan Pengerusi, paling asas iaitu di dalam kertas pindaan yang diedarkan pada semua Ahli Parlimen ini tidak menyatakan bahawa kesilapan itu diperbetulkan, tidak ada. Itu sahaja yang saya cuba.
Sebab kita hendak menghormati prinsip asas terhadap pembentangan sesuatu akta atau pindaan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat, saya tadi sudah sebut soalan interpretasi undang-undang ini. Saya incidentally baru baca pagi ini daripada semalam saya baca soalan interpretasi undang-undang dan saya fotostat copy di sini. Saya baca daripada Abad ke-19 hinggalah keputusan House of Lord pada 1993, soalan undang-undang interpretasi undang-undang ini. Jadi bagi kita itu satu guideline macam mana seseorang peguam atau hakim sama ada literal construction of the bill ataupun peraturan ataupun intention to the peraturan yang kita pakai.
Jadi kalau pemindaan ini tujuannya untuk memindakan bil atau rang undang- undang yang kita bentangkan dan kita bahas selama dua hari yang dijawab oleh Menteri selama empat jam lebih, dan dihantarkan pindaan ini menunjukkan secara logiknya pada saya ialah untuk meminda apa yang Menteri table selama dua hari ini, dan dijawab oleh Menteri. Jadi daripada itu saya tidak lihat logik lain. Sama ada ditulis ataupun tidak akhirnya kita refer kepada undang-undang ini.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Nama, nombor bil sebenarnya bagi seorang peguam tidak pernah pun refer dalam mahkamah Yang Berhormat nombor macam Akta 599 ini, saya jarang sebut. Saya belajar di sekolah dua institusi Yang Berhormat. Di universiti dan di the Council of Legal Education. Tidak pernah pun kita refer nombor itu. Kita refer nama kes dan nama undang-undang. Jadi saya cukup yakin ia jelas...
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kepada semua ahli.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Pengerusi saya hendak...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat dia masih dalam peringkat – peringkat ia hendak...
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Pengerusi saya hendak beri penjelasan, boleh?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baiklah.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Pertama saya bersetuju dengan Tuan Pengerusi bahawa kita mesti lihat kepada spirit ia. Iaitu setiap kali rujuk kepada – bila saya menjulang [Sambil mengangkat buku Akta Perlindungan Pengguna 1999] inilah Akta Perlindungan Penggunanya, itu yang pertama.
Keduanya, kalau ada kekeliruan kita boleh rujuk kepada teks dalam bahasa Inggeris Tuan Pengerusi. Dalam teks bahasa Inggeris, Consumer Protection Act 1999, (Act 599). Ada kekeliruan di situ, mungkin kerana dalam bahasa Melayu ada mengatakan Akta 399. Akan tetapi kita rujuk kepada bahasa Inggeris ianya betul iaitu Akta 599. Jadi kalau Akta 599 disebut dalam teks Inggeris ianya merujuk kepada akta ibu yang sebenar. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya bersetuju Tuan Pengerusi, memang benar...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat, I think you are brought down dengan petty matter Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya minta maaf Tuan Pengerusi sebab saya berdiri di sini atas fungsi saya kalau ada berlaku perkara yang menyimpang daripada sepatutnya, saya terlihat saya terpaksa betulkan. Bukan niat saya untuk menyanggah apa yang diberitahu oleh pihak Menteri dan juga Tuan Pengerusi. Akan tetapi sekiranya berlaku kesilapan kita mohon untuk membuat pembetulan sahaja. Itu tidak menjadi masalah yang besar.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau saya suruh Yang Berhormat duduk, maknanya Yang Berhormat kena ikut. Ini dalam peraturan Dewan Yang Berhormat, kalau saya sudah buat keputusan bahawa pindaan ini in reference kepada bil ini, rang undang-undang ini. Refer kepada undang-undang ibu ini.
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi, saya tidak melihat ia menjadi satu confusion yang besar Yang Berhormat. Saya sudah jelas macam itu tetapi Yang Berhormat masih menegakkan pendirian Yang Berhormat. Itu yang menjadi salah Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi, begini sahaja. Saya bangkitkan kerana Peraturan Mesyuarat 59(1) dibaca bersama dengan Peraturan Mesyuarat 54 seperti disebut. Saya rasa kalau Tuan Pengerusi buat ulasan atau fatwa berkenaan dengan peraturan mesyuarat ini, perkara ini boleh selesai. Saya mohon Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya.
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Jikalau kita lihat muka surat 14, seksyen 10 dengan jelas di dalam Huraian – dengan jelas di sini Akta 599, so there is a conflict thing, ada konflik dalam bahasa Melayu juga. So I think it just- bawa amendment...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang mana satu Yang Berhormat baca ini. Yang Berhormat daripada - cuba baca yang mana satu Yang Berhormat sebut itu?
Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya
Muka surat 14.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, belum lagi Yang Berhormat. Ini masih kita di fasal 1 Yang Berhormat. Belum sampai ke peringkat itu.
Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya
Dalam akta yang sama...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kita ada peraturannya sendiri Yang Berhormat. Kalau kita sudah pindah kepada fasal yang lain nanti Yang Berhormat berdirilah. Kalau perkara itu ada konflik ataupun perubahan dan berlainan. Kadang-kadang dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris itu ada perbezaan yang didapati Yang Berhormat, berdiri pada masa bila kita sampai pada fasal itu nanti.
Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya
Baik, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi Yang Berhormat Indera Mahkota, saya menerimalah apa Yang Berhormat Indera Mahkota kata tetapi keputusan ialah tadi. Saya kata, tidak ada kekeliruan berhubung dengan mana satu yang kita hendak pinda. Understanding kita ialah pemindaan yang dibawa oleh menteri ialah pindaan kepada rang undang-undang yang beliau bawa. Jadi menteri juga merujuk kepada kita semua walaupun tidak dijelaskan dalam bahasa Melayu itu tetapi rang undang- undang dalam bahasa Inggeris ada ditunjukkan. Jadi ia dalam satu naskhah yang sama dan dengan sendirinya saya rujuk kepada case House of Lords pada tahun 1993 yang mengatakan, “You can even check the Minister’s speech to find out what is the intention of Parliament.” Jadi, saya masih belajar juga Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Jadi keputusannya, kita pakai yang mana satu Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Kita hendak rujuk, maksudnya - sebab kefahaman saya, secara rasmi ini kita mesti merujuk kepada naskhah bahasa Malaysia atau bahasa Melayu...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak Yang Berhormat. Bukan soalan cabar. Yang Berhormat betullah itu, hendak tunjuk apa perkara yang Yang Berhormat in doubt itu, kita boleh tunjuklah, tidak ada masalah.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya. Sila Yang Berhormat Menteri. Ada perkara yang hendak di - Tidak ada penjelasan. Setakat itu sahaja kan?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Pengerusi, saya sudah mohon mencadangkan dan minta kelulusan untuk pindaan 1A tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan.
Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.
Fasal 1 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, fasal 2, pindaan dalam jawatankuasa dibuat untuk mengemas kini pindaan yang telah dicadangkan di bawah fasal 2, rang undang-undang. Pindaan yang dicadangkan adalah untuk menggantikan perkataan ‘Akta Perlindungan Pengguna 1999’ yang disebut akta ibu dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perkataan ‘akta ibu’. Oleh itu sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, daripada Ahli adalah dipohon. Jadi saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekarang ini terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan.
Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.
Fasal 2 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Pengerusi, seksyen 11(3), Akta Perlindungan Pengguna memperuntukkan bahawa peruntukan berkenaan representasi palsu dan perlakuan mengelirukan tidak terpakai bagi kemudahan perumahan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 kecuali ia telah ditetapkan di bawah seksyen 103, Akta Perlindungan Pengguna. Oleh itu fasal 2A pindaan dalam jawatankuasa meminda seksyen 11(3) dengan memotong perkataan “kecuali sebagai mana yang ditetapkan di bawah seksyen 103” yang sekarang ini tidak relevan di bawah rang undang-undang sekarang ini. Oleh itu fasal 1A pindaan dalam jawatankuasa memansuhkan peruntukan di bawah seksyen 2(3), Akta Perlindungan Pengguna. Pemansuhan ini dilakukan kerana seksyen 2(3) menyebut seksyen 103. Saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekarang ini terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan.
Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.
Fasal 2A sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal-fasal 3 hingga 11 - Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada fasal 5, terma tidak adil di bawah seksyen 24(d). Jadi, sebelum ini Yang Berhormat ada memberikan penerangan berkenaan notis ‘park at own risk’ sebagai
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
contohnya. Saya ingin membangkitkan perkara ini sekali lagi. Oleh sebab di bawah akta ini dan pindaan ini dan pindaan yang dicadangkan, kita sedia maklum akta perlindungan pengguna ini adalah untuk tuntutan di antara pembekal, peruncit, syarikat dan pengguna dan bukan B2B seperti yang diterangkan. Akan tetapi saya ingin Yang Berhormat boleh terangkan di bawah fasal 5 ini berkenaan dengan ‘park at own risk’. Kita ada masalah dengan apabila kenderaan kita disimpan di kawasan perkarangan atau dalam kawasan persekitaran apartment sebagai contohnya, rumah pangsa atau kondominium di mana yang mengendalikan, yang memberikan perkhidmatan sekuriti ini adalah management committee.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jika apa-apa berlaku terhadap kenderaan, walaupun ada park at own risk, apakah pihak pengendali tersebut yang sebenarnya bukan operator atau peniaga tetapi adalah satu management committee yang mengendalikan perkhidmatan sekuriti atau parking facilities yang disediakan dan dikendalikan oleh penduduk-penduduk di situ di bawah management committee yang bukan tujuan atau niat untuk perniagaan – jadi kalau ada papan tanda ‘park at own risk’ yang diletakkan di dalam perkarangan apartmen contohnya, dan timbul masalah kecurian atau kehilangan kenderaan, apakah ia boleh dirangkumi di bawah pindaan yang akan diluluskan selepas ini?
Ini sangat penting sebab banyak kejadian berlaku di mana pihak management committee yang dikendalikan oleh penduduk setempat menafikan tanggungjawab mereka dan menunjukkan ini ada papan tanda ‘park at own risk’. Saya mahu emphasize, mereka bukan peniaga, management committee bukan peniaga atau syarikat. Boleh faham Yang Berhormat Menteri? Ini perkara pertama.
Perkara kedua ialah fasal 8. Semalam saya ada membangkitkan berkenaan transaksi melalui internet. Yang Berhormat juga bersetuju dengan saya bahawa apabila melibatkan syarikat yang tidak berdaftar, ada masalah dengan penguatkuasaan award yang diterima. Saya ada bangkitkan bagaimana pula dengan individu-individu yang menjual barangan melalui internat itu? Yang Berhormat kata mereka boleh dirangkumkan di bawah pindaan ini sebab mereka dinamakan atau boleh dilabelkan sebagai peniaga. Akan tetapi kalau syarikat yang tidak berdaftar, pihak kementerian atau tribunal akan mengalami masalah untuk menguatkuasakan tuntutan awards tersebut, bagaimana pula dengan individu ini yang tiada pendaftaran dijalankan? Jadi saya agak keliru dan kurang jelas dalam aspek ini – transaksi melalui internet. Semalam saya ada minta statistik berkenaan, di mana Yang Berhormat kata ada kes dirujuk. Bilakah saya boleh dapatkan statistik transaksi melalui internet tersebut?
Ini dua perkara dan saya juga ambil kesempatan ini pohon Yang Berhormat Menteri. Ini kerana saya ada banyak rujuk kes ke tribunal consumer ini berkenaan apabila kita mahu rujuk kes ke tribunal, mereka akan minta kita atau consumer membuat carian maklumat di SSM dan mereka perlu membayar RM10 ke bangunan atau bangunan yang lain untuk dapatkan maklumat tersebut. Apakah pihak kementerian boleh memperbaiki perkhidmatan, mengadakan rangkaian maklumat syarikat dengan SSM? Jadi apabila ada tuntutan difailkan, pihak kementerian atau tribunal boleh secara langsung mendapatkan maklumat syarikat tersebut dan tidak perlu menyusahkan atau membebankan consumers untuk mendapatkan maklumat carian di tempat yang lain dengan bayaran RM10 lagi. Saya pohon penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tiga isu. Pertama, management committee.
Di dalam akta ini, management committee juga boleh dipertanggungjawabkan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, adakah akan gulung ataupun hanya satu persatu?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini peringkat Jawatankuasa. Yang Berhormat boleh bercakap selepas inilah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ataupun mahu…
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sekali...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat tidak berdiri tadi, bukan?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Berdiri tentang...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, okey.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Jawatankuasa.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Hah, okey. Saya fikir Yang Berhormat tidak berdiri.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Okey, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, terima kasih. Ingin saya nyatakan berkenaan dengan pindaan kepada seksyen 24B berkenaan dengan penambahan Bahagian IIIA iaitu seksyen 5 bill pindaan ini. Memandangkan kerajaan inginkan semua kontrak yang ditandatangani ataupun yang dimasuki oleh pengguna itu haruslah adil dan saksama, saya rasa kalau perkataan dengan izin dalam bahasa Inggeris, pindaan kepada seksyen 24B boleh ditukar kepada “notwithstanding the provisions in the Contracts Act 1950, the Specific Relief Act 1950, the Sale of Goods Act 1957 and the provisions of any other law for the time being in force, the provisions of this Part shall apply to all contracts”. Dengan perkataan yang sedia ada ini iaitu ‘without prejudice’, ini bermaksud pindaan ini adalah – it cause subservient kepada akta-akta lain. Jadi niat kita untuk memastikan kontrak adalah adil dan saksama, itu kita tidak hendak – orang kata we don’t achieve our purpose, hasrat kita. Jadi kalau boleh, saya minta kalau Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkan, gunakan perkataan ‘notwithstanding’ supaya rakyat jelata akan mendapat satu keadaan yang adil dan saksama.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih kepada...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ada lagi?
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada fasal 3 muka surat 2, berkaitan dengan pindaan kepada akta cadangan seksyen 21A itu. Yang Berhormat Menteri fikir kah apabila Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan di peringkat dasar berkaitan dengan soal rang undang-undang ini tidak termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan pengguna? Sedangkan di sini di bawah seksyen 21A ini, di bawah fasal 3 ini, “Apa-apa perkhidmatan yang tidak semunasabahnya selamat dengan mengambil kira semua hal keadaan, termasuk kesan perkhidmatan itu terhadap kehidupan dan kesihatan manusia”. Bermakna akan berlaku konflik antara akta di bawah Kementerian Kesihatan dengan akta di bawah Kementerian Yang Berhormat Menteri.
Jadi ini akan menjadi satu kes – di mana kita hendak rujuk selepas ini kalau hal-hal berkaitan dengan soal produk-produk kesihatan? Jadi ini akan berlaku percanggahan yang cukup besar sekiranya yang Berhormat Menteri sebut di peringkat dasar bahawa consumer, kepenggunaan dalam kesihatan tidak termasuk kerana ia ada akta asing di bawah Kementerian Kesihatan. Jadi perkara ini tidak sepatutnya dimasukkan berkaitan dengan
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
soal kesihatan manusia. Ia boleh masuk perkara-perkara yang lain. Jadi akan berlaku percanggahan yang cukup besar di dalam hal ini. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mahu merujuk kepada perkara yang sama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah di bawah terma tidak adil, seksyen 24A sehingga seksyen 24C iaitu berkenaan ketidakadilan am dari segi tatacara. Oleh sebab pihak Yang Berhormat Menteri semasa menggulung perbahasan di peringkat dasar tadi mengatakan bahawa rang undang-undang ini dibawa untuk memberi keadilan yang lebih terhadap kedudukan pengguna, tetapi seksyen 24C(1), 24C(2)(a) hingga 24C(2)(k), saya mahu bertanya adakah mengambil kira kedudukan atau kewujudan pihak ketiga? Iaitu apabila terma perjanjian di antara pembekal dengan pengguna yang disebut seperti kelebihan yang tidak adil kepada pembekal atau kerugian yang tidak adil kepada pengguna akibat perlakuan pembekal ataupun pengguna tadi.
Maksudnya di sini hanya merujuk kepada terma tidak adil dua pihak sahaja iaitu pembekal dan pengguna. Saya mahu tanya, adakah pindaan ini juga memasukkan dan mengambil kira cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah pembentangan Belanjawan yang lalu mengiktiraf kedudukan SPV (Special Purpose Vehicle) yang boleh dilihat sebagai pihak ketiga dalam urusan di antara pembekal dengan pengguna?
Inilah sebenarnya yang menjadi masalah yang begitu lama kepada undang- undang berkenaan dengan kepenggunaan. Ini kerana selalunya pihak ketiga dapat lari atau tidak dapat diheret ke muka pengadilan kerana undang-undang kita tidak melihat atau meletakkan dengan spesifik kedudukan atau tanggungjawab pihak ketiga. Sekali lagi, pindaan 24C(2)(a) sehingga 24C(2)(k) tidak ada langsung menyebut tentang tanggungjawab atau penjelasan berkenaan dengan kedudukan sekiranya wujud pihak ketiga sebagaimana pengiktirafan SPV.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Maka kita sekali lagi nampak gaya yang sepatutnya kita ikat atau kita tutup ruang ini kita lepaskan peluang itu dalam pembentangan atau cadangan pindaan rang undang- undang ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya membayangkan pindaan yang kita buat kali ini akan menggambarkan progresifnya tahap kepenggunaan di negara meningkat. Akan tetapi, apa yang dihujahkan oleh rakan saya Yang Berhormat Beruas tadi, saya melihat tidak ada apa yang dipanggil harmonies sifatnya - harmoni di antara pindaan yang dicadangkan dengan peruntukkan-peruntukan. Contohnya, kalau peruntukkan 24B itu mengatakan tanpa menjejaskan peruntukkan di bawah Akta Kontrak secara spesifik - Akta Kontrak, Akta Relief Specific, dan Akta Jual Beli, persoalannya, di situ dia menjadi mengambil pendekatan definitif, mengambil pendekatan mengenal pasti akta-akta yang mahu dikatakan tidak menjejaskan.
Akan tetapi, jika kita melihat dari segi semangat 24C hingga 24D yang mengandaikan situasi-situasi ketidakadilan am mahupun khusus secara substantif dan tatacara, ia sebenarnya menggambarkan bahawa peruntukkan itu akan menjadi peruntukkan teras kepada mana-mana kontrak yang lain sama ada Akta Kontrak Perbankan, Akta Kontrak Pengangkutan dan sebagainya. Akan tetapi, kalau 24B mengambil pendekatan mengecilkan skopnya dengan mengatakan tanpa menjejaskan, dan saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Beruas. Sebenarnya kalau kita mengambil pendekatan ini kita telah ke round about dan patah balik, u-turn ke belakang.
Sebenarnya, kalau saya kaji sebelum wujudnya Akta Perlindungan Pengguna 1999, berbanding dengan Akta Kontrak, Akta Specific Relief yang kita nyatakan tadi, Akta Jual Beli, ia telah wujud hampir 40 tahun lebih - 1957. Jadi, maksudnya saya membayangkan pindaan ini dibuat sebagai mengatakan bahawa akta-akta yang sedia ada sebelum ini pendekatan penaksirannya itu tidak cukup mempertahankan hak pengguna.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Jadi, yang dicadangkan oleh kementerian di sini, perkara semalam yang kita bahaskan bukan satu perkara yang dipanggil supplemental ataupun kolateral ialah substantif sifatnya.
Sama juga macam kita kata bagaimana aspirasi-aspirasi hak asasi manusia hendak dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan Jenayah, contohnya. Oleh sebab perkara ini, kepenggunaan dia hibrid sifatnya – bercampur. Dia tidak boleh kata kepenggunaan itu tidak ada di dalam sesuatu bidang industri.
Jadi, yang saya gambarkan kalau 24B itu dipertahankan saya rasa kita menoleh ke belakang, kita tidak ke depan. Bagi saya dan saya mahu penjelasan setegas-tegasnya oleh Yang Berhormat Menteri pada hari ini sebab 24B ini akan menggagalkan agenda kepenggunaan untuk berada pada tahap yang sepatutnya yang mana akan menjadi payung kepada kita, yang dipanggil dengan izin the safe guard of the consumer. Kalau tidak dia masih lagi bersifat terputus-putus dan bersifat kecil. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu jelaskan supaya benda itu ada di dalam Hansard untuk kegunaan pengamal undang-undang dan mahkamah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam semangat yang sama juga apabila kita berbahas tentang seksyen standard keselamatan itu Yang Berhormat Menteri, terdapat di sana peruntukkan yang pada seksyen 19 akta ibu, bahagian ini tidak terpakai bagi barang penjagaan kesihatan dan makanan. Apakah boleh kiranya dalam semangat yang sama kita mencadangkan supaya membawa satu lagi pengupayaan akta ini memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan, contohnya Kementerian Industri Asas Tani untuk menetapkan standard keselamatan. Maknanya di sebutkan secara jelas supaya perkara itu datangnya daripada semangat pembelaan keselamatan kepada pengguna. Saya rasa seringkas itu sahaja, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Batu Gajah, mengenai syarikat yang tidak berdaftar dan individu. Saya katakan individu apabila memberikan perkhidmatan dan sebagainya tertakluk kepada akta ini dan alasan Yang Berhormat Batu Gajah syarikat yang tidak berdaftar ia bagaimana.
Yang Berhormat Batu Gajah, syarikat berdaftar tidak mempunyai entiti. Kita mesti jelas, syarikat itu sebenarnya kalau berdaftar dia mempunyai entiti. Syarikat berdaftar tidak ada entiti, kita hendak pegang siapa? Itu berbeza kalau individu ada individunya, entitinya adalah individu itu. Kalau hubungan antara saya dengan Yang Berhormat Batu Gajah, saya pemberi perkhidmatan, saya adalah entitinya yang mempunyai hubungan dengan Yang Berhormat Batu Gajah.
Akan tetapi, kalau syarikat yang tidak berdaftar dari segi undang-undang, dari segi legalnya syarikat berdaftar tidak mempunyai entiti. Syarikat hanya mempunyai entiti apabila ianya berdaftar. Jadi, kalau ada kontrak dengan syarikat berdaftar bermakna tidak wujud, not exist, not existed. Oleh sebab itu saya katakan bahawa kalau ada perjanjian dengan individu ianya juga boleh diambil tindakan. Akan tetapi, seperti yang saya sebut syarikat berdaftar kita tidak boleh ambil tindakan. Itu berbeza dengan partnership dan sebagainya.
Saya percaya tetapi kalau syarikat sendirian berhad mesti didaftarkan. Okey.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, jadi untuk mereka yang tidak berdaftar tindakan mesti diambil terhadap mereka yang mengamalkan kita kata perniagaan yang tidak berdaftar itu individu unincorporated person mesti it’s still liable.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya lah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tindakan mestilah diambil. Tidak boleh kita katakan oleh kerana mereka berdaftar akan lepas tangan. Itu tidak betul.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak... Tidak. Maksud saya tadi yang apabila Yang Berhormat Batu Gajah mempersoalkan dari segi individu kenapa boleh diambil tindakan dan saya kata kalau syarikat yang tidak berdaftar itu tidak boleh diambil tindakan kerana tidak ada entiti. Saya rasa itu jelas bagi di bawah Akta Syarikat (Companies Act),
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
syarikat yang mendaftar baru boleh membentuk satu entiti. Soal kita hendak pergi kepada director’s dia dan sebagainya itu bukan kita bincang dari segi itu. Kita tidak membincangkan dari segi detail mengenai Akta Syarikat dan sebagainya. Kita cuma bincang kenapa saya kata boleh ambil tindakan kepada individu dan tidak boleh ambil tindakan kepada syarikat yang tidak berdaftar itu sahaja, ya. Boleh tidak saya.... Ada yang tidak puas hati lagi?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, saya ingin penjelasan lanjut. Saya bangkitkan perkara ini sebab akta pindaan yang dibentangkan adalah untuk pembekal, peruncit dan syarikat. Oleh sebab itu, saya tanya kalau individu apakah ia boleh dilabelkan sebagai pembekal, peruncit atau syarikat. Syarikat, obviously tidak bolehlah akan tetapi pembekal atau peruncit.
Perkara kedua ialah safety net kepada consumer yang membeli barangan melalui Internet. Bagaimanakah menguatkuasakan award tersebut, mencari individu tersebut sebab syarikat yang tidak berdaftar Yang Berhormat Menteri telah terangkan kesukaran untuk menguatkuasakan award tersebut. Jadi, bagaimana pula dengan individu? Itu persoalannya. Kalau pembelian transaksi melalui internet Yang Berhormat Menteri kata dirangkumi di bawah kata ini. Ini yang saya bangkitkan terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Tentang jumlah kes yang dipohon oleh Yang Berhormat Batu Gajah setakat ini ada 12 kes. Sejak daripada tahun 2008 hingga 2010 ada 12 kes yang melibatkan kes-kes internet ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf, Yang Berhormat Menteri. Ada 12 kes yang melibatkan transaksi internet. Apakah kes yang dirujuk sahaja atau kes yang telah selesai? Apakah kedudukan 12 kes ini?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Telah selesai.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Telah selesai. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Indera Mahkota, mengenai third party dan sebagainya. Apabila kesan daripada tindakan third party tersebut adalah memberikan kesan kepada pengguna, maka pengguna boleh menggunakan akta ini. Dia tidak kira sama ada melibatkan tiga parti, dua parti dan sebagainya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perkara yang penting adalah apabila tindakan daripada pihak-pihak yang lain itu memberi kesan kepada pengguna, maka pengguna boleh menggunakan akta ini itu sahaja, tidak kiralah sama ada SBB dan sebagainya itu tidak menjadi isu. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah ini. Akta ibu jelas di dalam Akta ibu jelas tentang pengecualian di dalam hal-hal penjagaan kesihatan, seksyen 2(f) begitu jelas menyebut tentang pengecualian yang melibatkan Kementerian Kesihatan ini.
Cuma saya perlu membuat interpretasi dari segi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi, iaitu apakah yang dimaksudkan perkhidmatan terhadap kehidupan dan kesihatan.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Beri laluan, saya cuma hendak bertanya tadi adakah ia juga termasuk dengan pengangkutan kalau kesihatan, what about pengangkutan. Adakah ia juga...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Semua sekali, semua sekali.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
...sekali?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Semua sekali.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Termasuk?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Semua sekali yang tidak termasuk sahaja, mana yang saya tidak sebut tidak termasuk maknanya termasuk ya. Kesihatan manusia di bawah interpretasi seksyen 21A merujuk kepada kesihatan manusia sebagai salah satu perkara yang diambil kira dalam menentukan bahawa perkhidmatan itu selamat ataupun tidak. Namun APP tetap tidak terpakai kepada produk dan perkhidmatan kesihatan kerana ia di bawah tadi.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Menteri penjelasan saya ialah akan berlaku kekeliruan untuk masa hadapan, bermakna seorang pengguna boleh menggunakan akta ini untuk dibawa ke mahkamah kerana telah berlaku kesan kepada kesihatan dirinya jadi adakah akta ini juga terpakai, kalau tidak terpakai bermakna perkara itu perlu dimansuhkan ataupun ditiadakan kesihatan manusia supaya benda itu lebih jelas, itu yang kita pohon supaya tidak berlaku konflik yang kita pohon. Jadi sekarang ini ada dua akta untuk cover tentang dua perkara yang sama.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat iaitu mengenai interpretasi tentang kehidupan dan kesihatan. Saya rasa ia mungkin berbeza dari segi seksyen ini, kerana seksyen 2 ini apabila bercakap soal kesihatan ia merangkumi keseluruhan perkara-perkara produk- produk dan sebagainya yang melibatkan Kementerian Kesihatan.
Akan tetapi ini adalah dari segi perkhidmatan, ia lebih kepada soal perkhidmatan.
Bukan soal dari segi produk yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan sebagainya, ia lebih kepada perkhidmatan. Jadi sebab itulah ada sedikit, memang saya akui bahawa kalau lihat dari segi (b) ini mungkin seolah-olah terdapat kekeliruan tetapi yang lebih jelas dalam (b) ini adalah merujuk kepada perkhidmatan bukannya yang kita bincangkan, yang sebelum ini iaitu merujuk kepada produk-produk kesihatan dan sebagainya. Produk kesihatan, barang-barang yang berkaitan dengan kesihatan seperti ubat-ubatan dan sebagainya.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Sikit lagi yang Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat kalau kita lihat 21A “...mengiklankan untuk membekalkan apa-apa perkhidmatan yang tidak munasabah selamat dengan mengambil kira semua hal keadaan termasuk”. Jadi ada berlaku penindihan terhadap klausa dengan klausa. Jadi saya tidak tahulah perkhidmatan apa, kemampuan Yang Berhormat Menteri dalam bidang guaman itu mengatasi, jadi saya harap benda ini tidak berlaku pada masa hadapan itu yang saya timbulkan, terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat, kita akan melihat perkara ini dengan lebih detail. Saya percaya tujuannya adalah lebih kepada soal- soal perkhidmatan, sebab itulah termasuk kehidupan, kesihatan, harta benda dan sebagainya. Ia lebih merupakan kepada soal-soal perkhidmatan. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau, sebenarnya akta-akta yang lepas, akta-akta yang dahulu tidak akan berubah dari segi prinsipnya dengan adanya undang-undang ini.
Ia tidak berubah dari segi prinsip, general prinsipal tidak akan berubah, apa yang ada di dalam Akta Kontrak tidak akan berubah, tidak akan berubah. Apa yang general prinsipal di dalam Akta Jual Beli pun tidak akan berubah tetapi sebab itulah ada mengatakan bahawa ini adalah satu, dari segi akta prinsipal ini adalah akta bukan sampingan, tetapi ini adalah kalau kita hendak katakan menoleh ke belakang, tidak. Ini kerana kita membawa satu perkara yang baru sebenarnya di dalam prinsip undang-undang negara kita iaitu kalau dahulu dari segi prinsip Akta Kontrak, Akta Sewa Beli dan sebagainya, Akta Jual Beli prinsipnya tidak boleh berubah, prinsipnya kekal prinsip kontrak itu kekal seperti saya sebut tadi. Apabila ada tandatangan period tidak boleh ada dicabar atau sebagainya, itu prinsip yang lama, prinsip yang lama kekal seperti itu.
Akan tetapi dengan adanya pindaan yang baru ini ia boleh merubah dan mencabar akta yang lama, jadi saya percaya ada yang - seperti Yang Berhormat Kuala Selangor katalah daripada awal bahawa akta ini...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...sepatutnya mengatasi semua akta yang lain dan sebaginya, tetapi bagi pandangan saya bahawa ini merupakan satu turning point dan merupakan satu pembaharuan di dalam undang-undang itu sendiri. Walaupun kita tidak mengubah prinsip yang asal, prinsip yang lama tetapi dalam masa yang sama kita membawa satu pembaharuan iaitu perkara yang sepatutnya tidak boleh dicabar tetapi boleh dicabar dengan adanya akta yang baru ini. Saya bersetuju kalau boleh pinda dan
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
sebagainya. Akan tetapi suka saya menyatakan bahawa, kita tidak boleh meminda lagi Yang Berhormat Beruas, kerana dari segi peraturan kita sudah tidak boleh hendak pinda ini, apa yang ada ini kita akan teruskan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sikit Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Hendak bagi cadangan Yang Berhormat, sikit saja.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri sebenarnya apabila saya menerima cadangan pindaan ini, teman-teman di kalangan pengguna semuanya hendak bersoraklah this a victory day for consumers betul, mendengar apa yang cita-cita Menteri tadi. Dari segi kita hendak pembaharuan, kita hendak apa kan tetapi saya melihat because ia melibatkan perkara yang teknikal dan ini akan memberi ruang kepada tafsiran nanti di mahkamah. Isunya di sini yang saya cuba elakkan, saya kata Menteri sendiri akan elakkan, serta pegawai di belakang akan mengelakkan, elak perkara yang dipanggil redundancy atau perkara-perkara yang bertindih.
Ini kerana di sini Menteri, saya memohon penjelasan sikit lagi daripada Menteri ialah kalau naskhah 24C sehingga 24D ini yang menggambarkan situasi perkataannya selain daripada baru tadi, ini satu situasi yang amat inclusive sifatnya. Inclusive maksudnya mana-mana kontrak yang mana esok yang unfair kita boleh gunakan yang ini, peruntukan ini. yang mana substantivenya, unfair dekat sini bagus ada dua tahap, procedural pun ada, substantive pun ada, itu cita-cita dia.
Tetapi Menteri, pada pandangan saya kalau dia punya operative clause itu dengan izin 24B itu tidak bagi ruang kepada 24C dan 24D beroperasi dengan hebatnya, dia punya ruang kecil sahaja. Jadi saya rasa kepenggunaan yang Menteri ceritakan tadi tidak tercapai, baru hendak masuk tiba-tiba ada akta ini, baru hendak masuk ada akta ini. Kita hendak ia masuk di situ, lesennya besar. Maksud saya itu, sebab saya tahu, saya tidak mahu detail, kita tidak ada masa di sini sebab di bawah Akta Kontrak banyak perkara, banyak berlaku pertikaian di mahkamah seperti yang Menteri kata tadi kalau sign tidak sign, kalau sudah nasihat tidak dinasihati, ada peguam ataupun tidak. Itu semua dibayangkan di dalam ini.
Akan tetapi menteri kalau situasi yang Menteri bayangkan di dalam peruntukan 24C dan 24D ini tidak mempunyai dengan izin, the strong force of law rugilah kita, bagi saya dekat sini saya gesa mereka. Itu sebab kekuatan itu sudah ada tetapi sedikit gagal kerana 24B. Itu yang saya agak sedikit terkilan dan saya cakap kawan-kawan pun di luar, di Pulau Pinang, di Malaysia, jangan sorak lagi, relax kita tunggu Menteri jelaskan pada hari ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Sudah habis Yang Berhormat?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, kalau saya boleh mengulas – Kalau Yang Berhormat Menteri setuju dengan cadangan kami di pihak sini...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey. Tuan Pengerusi.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Kita boleh pinda, asal boleh lulus, bila-bila pun boleh pinda.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Selepas ini lah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Walaupun selepas...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Akan datang lah [Ketawa]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jangan lah. Lulus dahulu. Kita jadi bahan ketawa rakyat Malaysia. Sudah tahu undang-undang ini mesti ini dipinda, jangan luluskan kemudian
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
balik untuk membuat pindaan. Pinda lah pada tahap ini. Kalau setujulah dengan cadangan yang telah kita cadangkan tadi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Pengerusi...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, 30 saat sahaja.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya membuat perbandingan dengan akta-akta contohnya, di Filipina, di Hong Kong, di Australia, dengan hanya sedikit pindaan itu, kita telah membawa satu lonjakan dan pengupayaan yang besar kepada Akta Pelindungan Pengguna ini. Kenapa tidak kita ambil sedikit comparison? Kalau kita boleh masukkan itu, jadi all the substantive thing yang bersekali dengan the procedural punya elemen ini, sudah menjadi cantik...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
...Kalau kita dapat masukkan cadangan seperti memberi kuasa Kementerian Kesihatan, ‘Kementerian Industri dan Asas Tani’. It is because these are three things, ini adalah tiga perkara yang...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya. Terima kasih [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat. Kalau ada pindaan, deletion atau pun addition, Yang Berhormat sepatutnya telah mengemukakan dalam bentuk usul lebih awal. Usul tidak ada cadangan pindaan terhadap pindaan yang dikemukakan oleh kementerian. As now, saya rasa sudah terlewat untuk membuat pindaan.
Ya Yang Berhormat Menteri, habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey. Akhirnya, saya rasa Yang Berhormat Balik Pulau boleh memberitahu kepada pengguna di Penang boleh melompat bersorak juga. Ini kerana 24C cukup jelas menggariskan perkara-perkara yang boleh untuk kita mencabar akta-akta di bawah Akta Kontrak dan sebagainya. It is very clear, very jelas, very detail daripada (a) sampai (k) itu, jelas menunjukkan bahawa keadaan mana yang boleh kita mencabar Akta Kontrak, Akta Relief Spesifik dan sebagainya. Cukup jelas! Cuma, saya katakan bahawa general principal akta itu tidak akan berubah tetapi kita boleh mencabar berdasarkan kepada (a) sehingga (k) tadi. Ia sudah beri very detail. Jadi, saya rasa begini Yang Berhormat...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, satu second sahaja. Sedikit sahaja.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh beri pandangan dan saya...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kita tutup.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kita beri last nail in the coffin.
Kita tutup. Sedikit sahaja.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey. Saya tidak jawab sudah. Saya beri selepas itu...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Okey. Sedikit sahaja. Kita beri last nail in the coffin dengan izin Yang Berhormat Menteri. Saya boleh terima itu. Sedikit sahaja. Akan tetapi kalau itu yang dimaksudkan, ia akan berbunyi begini, 24B – “Without prejudice to the provision in...” Dia kata, “...the provision of any other law”. Tidak perlulah specify yang tiga-tiga itu. You sudah detail kan by your choice, dengan pilihan sendiri, nyatakan Contract Act, nyatakan Specific Relief Act, kalau yang itu yang digambarkan, kita kata any other law sahaja lah, semua sekali.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Itu...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ada Yang Berhormat. “...dan peruntukan di bawah mana-mana undang-undang”. Jadi maknanya kita spesifik tiga perkara yang jelas tetapi kita perluaskan dan peruntukan di bawah mana-mana peruntukan, any law. Terima kasih.
Fasal-fasal 3 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana mengizinkan saya membentangkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Rendah 1948 (Pindaan) 2010.
Saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu akta untuk meminda peruntukan-peruntukan di dalam Akta Mahkamah Rendah 1948 dibaca kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, pentadbiran undang-undang sivil dan jenayah bagi Mahkamah Rendah diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948. Di bawah akta tersebut, diperuntukkan bidang kuasa sivil dan jenayah bagi Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Akta Mahkamah Rendah 1948 telah digubal pada tahun 1948 dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1948. Akta tersebut telah dipinda beberapa kali sejak ia mula berkuat kuasa untuk menaikkan bidang kuasa Mahkamah Sesyen. Kenaikan bidang kuasa ini dilaksanakan dengan mengambil kira pertambahan bilangan dan kepakaran pegawai-pegawai kehakiman serta jumlah kes yang sedia ada pada masa pindaan dicadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, setakat 31 Disember 2009, terdapat sejumlah 53,362 kes sivil yang masih tertunggak di Mahkamah Tinggi di Malaya sementara sejumlah 23,199 kes sivil yang masih tertunggak di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Adalah dianggarkan lebih kurang 76% daripada jumlah kes yang didaftarkan di empat buah Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Johor Bharu, Selangor dan Pulau Pinang setakat 31 Disember 2009 melibatkan jumlah tuntutan antara RM250,000 hingga RM1 juta. Keadaan ini adalah ketara akibat penurunan susut nilai mata wang. Hal ini telah mengakibatkan Mahkamah Tinggi perlu mendengar kes-kes yang tidak melibatkan isu-isu perundangan yang rumit seperti kes-kes jual beli kereta, barang-barang yang dihantar serah dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal yang sedemikian adalah wajar dan berkesan sekiranya Mahkamah Tinggi hanya mendengar kes-kes yang melibatkan isu-isu perundangan dan fakta yang lebih rumit. Sekiranya bidang kuasa Mahkamah Sesyen dinaikkan, maka kes sivil yang mana nilai tuntutan tidak melebihi RM1 juta akan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen. Dengan itu, Mahkamah Tinggi akan dapat memberi penumpuan terhadap kes-kes tuntutan yang melibatkan isu perundangan yang lebih rumit dan seterusnya dapat menyelesaikan kes-kes yang didaftar di Mahkamah Tinggi dengan lebih cepat. Selaras dengan kenaikan bidang kuasa Mahkamah Sesyen, bidang kuasa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Mahkamah Majistret juga adalah wajar untuk dinaikkan supaya Mahkamah Sesyen tidak terbeban dengan jumlah kes yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang Akta Mahkamah Rendah 1948
(Pindaan) 2010 yang dicadangkan ini mengandungi 18 fasal kesemuanya. Secara umumnya, rang undang-undang ini memperuntukkan mengenai kenaikan bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Majistret bagi tuntutan sivil.
Fasal 1 rang undang-undang memperuntukkan tajuk ringkas dan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan melalui warta satu tarikh permulaan kuat kuasa akta.
Fasal 2 rang undang-undang pula adalah peruntukan yang memansuhkan perkataan Penghulu’s Court di mana dirujuk di dalam akta. Mahkamah Penghulu dimansuhkan kerana pada masa ini tidak ada kes sivil dan jenayah yang dibicarakan oleh Mahkamah Penghulu di Semenanjung.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Fasal 3 rang undang-undang adalah bagi memasukkan tafsiran “Pendaftar”.
Fasal 6 rang undang-undang pula memperuntukkan peruntukan baru iaitu seksyen 5A berkaitan dengan pelantikan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah. Selaras dengan kenaikan bidang kuasa Mahkamah Sesyen jawatan Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar akan ditempatkan di Mahkamah Sesyen bagi mendengar kes-kes yang mana mereka mempunyai bidang kuasa untuk mendengar sebagaimana di Mahkamah Tinggi.
Fasal 7 rang undang-undang adalah pindaan kepada seksyen 65 [Akta 92] yang bertujuan untuk menaikkan bidang kuasa hakim Mahkamah Sesyen bagi mendengar kes- kes sivil di mana nilai tuntutan adalah tidak melebihi RM1 juta. Pindaan ini juga turut memberikan kuasa kepada Mahkamah Sesyen untuk memberikan apa-apa relief remedy, apa-apa perintah deklarasi dan juga perintah injunksi. Kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes yang melibatkan pindaan-pindaan di atas sebelum ini adalah terletak di Mahkamah Tinggi.
Fasal 8 rang undang-undang adalah pindaan pada seksyen 69 [Akta 92] dengan memansuhkan perenggan (b), (c) dan (d).
Fasal 9 rang undang-undang pula adalah merupakan pindaan pada seksyen 73 (b) Akta 92 untuk menaikkan bidang kuasa Hakim Mahkamah Sesyen kepada RM250,000 pada RM1 juta.
Fasal 10 rang undang-undang adalah bagi memansuhkan seksyen 86 [Akta 92] berkenaan dengan rayuan jenayah daripada Mahkamah Penghulu.
Fasal 11 rang undang-undang adalah pindaan pada seksyen 90 [Akta 92] bertujuan untuk meminda bidang kuasa Majistret daripada RM25,000 kepada RM100,000.
Fasal 12 rang undang-undang adalah bagi memansuhkan seksyen 91 [Akta 92].
Fasal 13 rang undang-undang adalah merupakan pindaan pada seksyen 92 [Akta 92] untuk menaikkan bidang kuasa sivil Majistret Kelas Kedua daripada RM3,000 pada RM10,000.
Fasal 14 rang undang-undang adalah pindaan pada proviso kepada subseksyen 93(1) [Akta 92] dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima” kepada “satu ratus ribu” dalam perkataan “dua ratus lima puluh ribu” kepada perkataan “satu juta”.
Fasal 15 rang undang-undang memansuhkan Bahagian 8 [Akta 92] selaras dengan pemansuhan Mahkamah Penghulu.
Fasal 16 rang undang-undang pula bagi memansuhkan seksyen 100 [Akta 92] berikutan siasatan permulaan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi tidak lagi dijalankan di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret. Tambahan pula, prosedur berkenaan peruntukan ini di bawah Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593] telah pun dimansuhkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Fasal 17 rang undang-undang pula adalah untuk memasukkan seksyen baru iaitu seksyen 101A bagi memberikan kuasa kepada Hakim Mahkamah Seksyen untuk mendengar apa-apa prosiding sivil, apa-apa perintah atau untuk melaksanakan apa-apa kuasa di dalam kamar sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi selaras dengan kenaikan bidang kuasa Mahkamah Sesyen.
Fasal 18 rang undang-undang adalah merupakan peruntukan kecualian dan peralihan bagi menjelaskan kedudukan kes-kes yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah sebelum pindaan. Bagi maksud itu, kes-kes tersebut tetap akan dibicarakan di mahkamah-mahkamah yang berkenaan seolah-olah akta ini belum berkuat kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan mencadangkan Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 ini jelas membuktikan kesungguhan dan iltizam berterusan kerajaan dengan izin, political will sebagai salah satu langkah pembaharuan di dalam institusi kehakiman agar ia dapat menaikkan imej serta meningkatkan keberkesanan dan kecekapan badan kehakiman. Kesungguhan badan kehakiman untuk memastikan keadilan dicapai dapat dilihat melalui pelbagai usaha yang telah dilaksanakan. Usaha- usaha ini telah menampakkan pelupusan kes-kes pada kadar yang mengagumkan tanpa menjejaskan keadilan di dalam tempoh yang singkat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada sesiapa yang menyokong.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya nampak dari huraian yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menunjukkan bahawa ada keseriusan dalam membawa pembaharuan dalam Mahkamah Rendah. Akan tetapi kalau kita lihat baru-baru ini arahan oleh Chief Justice yang mana track system yang baru untuk mempercepatkan perbicaraan di mahkamah terutamanya di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret nampaknya kena pada tempat tersebut. Akan tetapi yang menyusahkan semua adalah yang mana sistem yang baru dilancarkan ini tidak ada ruang atau ruang sangat kurang untuk mendapatkan penangguhan dalam kes-kes yang serius atau kes-kes yang perlu memberi penangguhan. Ini adalah satu perkara yang perlu diambil kira. Jangan kita yang dikatakan seperti justice hurried is justice denied.
Kita tahu sekarang banyak kes di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi telah pun diselesaikan. Akan tetapi ada ramai peguam bertanyakan soalan ini, adakah kita menukar shift the bottleneck dari mahkamah bawah ke mahkamah atasan? Ini adalah kerana kes-kes yang diselesaikan di Mahkamah Tinggi sekarang ini dirayu tetapi seperti biasa di Mahkamah Rayuan, ada kes-kes yang empat tahun atau lima tahun yang belum lagi diselesaikan, belum lagi mendapat tarikh untuk menyelesaikan kes.
Jadi adakah shift ini sebenarnya niat yang dipractice direction, niat untuk mempercepatkan kes ini hasil pada akhirnya semua ini menjadi tidak ada hasil yang baik pada kehakiman.
Saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan political will. Saya akan kata di sebelah sini political no will, kerana kalau kita lihat banyak antara perkara dalam sepuluh tahun ini yang saya bangkitkan antaranya e-Filling. Mengapakah sehingga sekarang tidak ada betul-betul keseriusan mengenai e-Filling? Saya akan balik pada tajuk tersebut tetapi yang lebih mustahak adalah Mahkamah Majistret yang mana Mahkamah
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Majistret adalah hampir dengan orang ramai, yang mana imej orang ramai apabila mereka pergi ke mahkamah nampaknya Mahkamah Majistret yang menjalankan tugas kehakiman memainkan satu peranan yang sangat mustahak dan mulia di negara ini. Apakah patut seorang Majistret menjalankan tugas memberikan imej itu kepada orang yang datang ke mahkamah.
Satu kita lihat, kalau saya boleh kata di Mahkamah Ipoh yang mana kes-kes sebutan sekarang Tuan Yang di-Pertua, kes-kes sebutan adalah bukan di mahkamah tetapi di luar mahkamah. Itu satu perkara. Kedua, di manakah? Berhampiran tandas. Apakah impressions yang diberikan kepada orang ramai? Saya tidak percaya apabila lebih kurang pada empat bulan dahulu saya diberitahu oleh peguam-peguam mengatakan bahawa mereka terpaksa menunggu di tandas, orang ramai perlu menunggu berhampiran tandas untuk mendapatkan satu tarikh sebutan daripada Pendaftar yang biliknya berhampiran dengan tandas. Saya tidak percaya. Apabila baru-baru ini saya pergi ke sebuah antara mahkamah di Ipoh dan saya difahamkan bahawa banyak tempat di seluruh negara keadaannya sama, menunjukkan bahawa apakah itu political will. Political will has been mess up.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Inilah yang perlu kita ambil kira kerana untuk saya dan orang ramai, kita perlu memberitahu imej Mahkamah Majistret, adakah ini imejnya? Adakah imej ini imej Peguam Negara? Adakah imej ini imej kerajaan? Apa perasaan orang ramai, lebih baik kalau kes- kes itu seperti lama di mana ada mahkamah ada air cond dan sebagainya tetapi dijalankan di luar perkarangan mahkamah, di five foot way. Saya tahu mungkin tidak cukup bilik tetapi kita perlu cari satu cara, jangan kita - justice is not for sale. Bukan untuk bargaining position untuk orang ramai bila mereka datang, impression itulah saya rasa yang sangat mustahak dan bila saya bercakap dengan pendaftar-pendaftar dan Mahkamah Majistret, mereka kata ini adalah arahan dari orang atas kerana mempercepatkan untuk menyelesaikan kes.
It does not matter, even it is in the toilet, so be it, to dispense the justice. Is this the political will of the government? Memalukan standard mahkamah kita di negara ini, lebih- lebih lagi majistret-majistret dan pendaftar-pendaftar yang terpaksa menjalankan tugas mereka dalam keadaan yang rumit ini. Macam mana kita dapat atasi? Ini bukan perkara baru yang saya bangkitkan, lebih kurang tiga bulan dahulu saya ada juga bangkitkan perkara ini, sampai sekarang tidak ada perubahan langsung, situasi yang normal. Mungkin orang-orang yang duduk di Putrajaya tidak tahu, tidak ingin mengambil tahu, apa political will, what is commitment kepada masyarakat? Apa guna ini semua perubahan, apa guna ini undang-undang? Tidak guna kalau kita tidak memberi perubahan kepada masyarakat yang memerlukannya.
Itu yang mustahak. Tidak perlu kita meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Majistret, bidang kuasa Mahkamah Sesyen. Apa ertinya jika tidak ada imej, tidak memberi satu harapan kepada masyarakat. Ini yang mustahak, kalau tidak, lebih mustahak, kalau dispensation of justice di seluruh dunia, integriti dan impression seorang Majistret dan juga Hakim Mahkamah Sesyen adalah sangat mustahak. Ini adalah perkara yang perlu di ambil kira dan ini bukan baru saya bangkitkan. Bukan pegawai-pegawai kerajaan pekak, tidak tahu mengenai perkara ini. Semestinya Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri telah pun atau pegawai-pegawai yang hadiri sebelum sesi ini di mana saya telah bangkitkan, ada lain Ahli Parlimen juga bangkitkan perkara ini, kenapa tidak ada apa-apa tindakan diambil? Jadi mengatakan ada political will ini saya kata adalah misplaced dan saya akan katakan bahawa kita perlu perubahan yang baru.
Tuan Yang di-Pertua, saya bukan khuatir tetapi saya rasa meningkatkan bidang kuasa jurisdiction Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen adalah satu yang baik. Akan tetapi apa niat mereka, apa niat kerajaan dan niat kementerian, adakah ia kerana supaya lebih kes-kes ini dapat diselesaikan di merata-rata tempat di seluruh negara? Kalau kita sekarang dengan meningkatkan bidang kuasa menunjukkan Mahkamah Majistret boleh menyelesaikan kes dengan bidang kuasa dari dalam RM100 ribu, Mahkamah Sesyen dekat RM1 juta, menunjukkan Mahkamah-mahkamah Sesyen yang bersidang di seluruh negara tidak perlu lagi kes-kes seperti itu berada atau dibawa ke Mahkamah Tinggi. Apa hasratnya, what is the real intention?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini kerana saya fikir, kita semua tahu kalau kita tanya soalan kepada peguam- peguam, masalah yang rumit sekarang kebelakangan ini bukanlah kes-kes tidak didengar di Mahkamah-mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim membuat keputusan in all frankness dan seberapa cepat yang boleh, saya rasa itu adalah baik tetapi apa guna? Apa guna membuat satu keputusan tetapi mendapat draf perintah mengambil bulan-bulan. Saya sendiri ada kes, enam bulan, lapan bulan, draft order not back. Tidak ada kerani yang meluluskan draft order, tidak ada pegawai untuk menandatangani draft order. Lepas draft order, fair copy, mengambil lagi masa, apa ini? Kita peguam-peguam mendapat tekanan daripada masyarakat mengatakan mana boleh. Kes telah diselesaikan, kes telah dijalankan, telah mendapat award tetapi mengambil bulan-bulan untuk mendapat balik draft order, seal copy dan sebagainya.
Macam mana? Ini adalah practicality masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Adakah ini sebab orang atasan di kementerian berpendapat bahawa licinnya menjalankan tugas dan fungsi kehakiman adalah lebih mustahak kerana mencerminkan kepada orang ramai bahawa tugas mereka telah dibuat tetapi sebenarnya tidak ada keseriusan untuk pihak-pihak berkenaan untuk mendapat perintah seperti yang diberi oleh mahkamah.
Kenapa tidak ada revolusi dalam hal ini? Kalau saya tengok dalam 30 tahun, saya rasa tidak ada perubahan langsung dalam mendapat draft order, fair copy, memfailkan, sistem yang sama, there is no change, archive in nature. Boleh simpan dalam muzium, sama, no different. Yang Berhormat Menteri-menteri yang bersara dulu, yang bertugas sekarang sebagai menteri, 30 tahun hingga 40 tahun dulu tidak ada perubahan, you will not be lost at all if you go to court, sistem yang sama diguna pakai.
Mana ada satu perubahan, satu revolusi, new thinking dalam hal ini. Berkaitan dengan ini kalau kita pergi ke Singapura, e-filing, simultaneous, fast, speed, itulah yang kita kalah. Saya lagi ingat 10 tahun dahulu bila saya membangkitkan perkara ini, kerajaan kata telah menghantar satu bas pegawai-pegawai ke Singapura untuk mempelajari e-filing dan semua akan dibuat dalam beberapa minit sahaja, apa terjadi? Sudah satu dekad, a lost for the people of this country, kenapa kementerian sedang tidur dalam hal ini? Kenapa tidak ada usaha untuk mengatasi masalah ini? Ini bukan satu perkara yang baru yang saya sendiri telah bangkitkan. Bukan kali pertama, banyak kali tetapi nampaknya kita tidak ada keseriusan untuk mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini selepas pelancaran oleh Ketua Hakim, nampaknya semua hakim-hakim di negara ini, majistret, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, seniors and registrar semua tidur bangun, bangun tidur, statistik. How to achieve statistik, dia clear dia punya kes, tidak kisah. Kalau boleh ditarik balik, dibatalkan, itu usaha mereka yang pertama. The judges dengan izin, and lawyers have become now mathematician and statistician, itu yang fikiran mereka, nothing else. Berapa saya ditugaskan, berapa kes yang dapat diselesaikan, jangan ditunda tetapi statistik perlu.
Adakah ini benar jika mereka tidak mencapai statistik, mereka akan dapat arahan-arahan tertentu supaya mereka ada statistik untuk mencapainya. Kenapa saya kata demikian, saya rasa if there is no fire, there is no smoke, orang kata.
Baru-baru ini di Butterworth, apabila dua hakim, apabila kita baca di surat khabar, baru kita ketahui Hakim Mahkamah Sesyen, satu hakim dipukul hingga dia pengsan di luar perkarangan kamar dia, macam mana ini terjadi? Saya pun hairan tetapi kita tahu yang benar adalah kerana kedua-dua hakim tersebut diberi arahan-arahan tertentu bahawa ada statistik yang mereka perlu mencapainya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jikalau tidak, ada masalah kepada mereka kerana dikatakan seorang Hakim, dia menyelesaikan kes bukan secara merit tetapi dengan menghapuskan kes. Ini kerana dia tidak khuatir, kerana kalau dia salah dia akan merayu. Akan tetapi dari segi statistik ini menunjukkan bahawa dia telah mencapai statistik tersebut. So, adakah kehakiman ini di value setakat berapa berat atau berapa kurang berat itu? Do we weight justice? Adakah ini makna statistik yang diguna pakai oleh kerajaan, arahan baru ini? Saya difahamkan bukan sahaja di satu mahkamah, bahkan di seluruh mahkamah di negara ini hakim-hakim diarahkan untuk mencapai sesuatu angka yang akan menyenangkan hati Ketua Hakim Negara.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu mungkin satu arahan tetapi in the reality perlu diambil kira dan ini adalah perkara yang sangat mustahak juga. Jangan kita mempercepatkan kes-kes kerana mencapai statistik angka yang dikenal pasti. Saya hendak tahu, apakah angka yang dikenal pasti kepada setiap Majistret, setiap Pendaftar di negara ini, setiap Senior Assistant Registrar, setiap Mahkamah Seksyen, Hakim Mahkamah Seksyen, Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Judicial Commissioner? Apa dia punya statistik? Bolehkah ia dibongkar dan diberitahu kepada semua bahawa ada secret code yang dikenakan kepada mereka?
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan ini, dengan meningkatkan bidang kuasa lebih-lebih lagi Mahkamah Sesyen, rescission dan lain-lain di mana perintah injunksi dan sebagainya diberi kepada Mahkamah Sesyen, saya percaya ramai di antara hakim-hakim Mahkamah Sesyen boleh menjalankan tugas mereka. Akan tetapi adakah mereka supporting staff tersebut, kerana kalau draft order tidak boleh diluluskan, tidak boleh dipercepatkan dan memerlukan berbulan-bulan, what more rescission, what more lain-lain kes-kes berkaitan? Macam mana ia boleh dipercepatkan diselesaikan di Mahkamah Sesyen? Itu satu di antara – adakah kita quality staff? Adakah kita sistem untuk menjadi back up seperti yang ada di mahkamah-mahkamah yang lebih atas? Ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai hakim-hakim Mahkamah Sesyen. Boleh beritahu saya berapa orang hakim Mahkamah Sesyen yang sedia ada dan berapa ramai lagi perlu dilantik di seluruh negara ini? Tuan Yang di-Pertua, satu di antara pekan di mana di seluruh negara di mana fungsi commercial yang tertinggi adalah di Setiawan. Akan tetapi tidak ada pelantikan seorang Mahkamah Sesyen di Setiawan atau di Sri Manjong. Saya harap ini akan diambil kira kerana kalau kita tengok di seluruh negeri Perak, kemakmurannya berbanding dengan satu pekan dengan satu pekan yang lain dari segi commercial dan criminal activity, yang terbanyak di negeri Perak adalah di daerah Setiawan dan Sri Manjong. Perlu ada satu pelantikan Mahkamah Sesyen di sana.
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa ramai telah diberi JUSA C. Ramai lagi dikatakan JUSA C tetapi tidak mendapat manfaat-manfaat JUSA C, JUSA B dan JUSA A. Apakah kriteria-kriteria mereka? Ada seorang Hakim Mahkamah Sesyen, bukan? Saya ingat lagi pada tahun 1981 dia dilantik sebagai majistret tetapi hingga sekarang ‘parcel fasal C’, mengapa? Mengapa dia didiskriminasikan? Semua rakyat di negara ini tahu bahawa hakim Mahkamah Sesyen itu adalah seorang yang boleh berfungsi lebih baik daripada hakim-hakim di mahkamah tinggi tetapi ada diskriminasi yang tertentu.
Ada banyak lagi junior belia telah dilantik jump ke JUSA B dan JUSA C. Dia belum lagi – not even qualify to get full JUSA C. Apa itu full JUSA C? Seorang peguam yang bertugas di swasta akan mendapat pendapatan double daripada hakim Mahkamah Sesyen. Ini satu di antara perkara yang kita dapati brain drain di mana ramai di antara mereka meletak jawatan atau tidak ingin menjalankan tugas dan tidak ingin bekerja di judicial legal service kerana kecacatan-kecacatan tersebut – apabila pilih kasih berlaku.
Ini di antara faktor yang perlu di ambil kira dan juga majistret-majistret di mana dengan peningkatan bidang kuasa mereka menunjukkan bahawa kita perlukan majistret- majistret yang ada experience. Saya difahamkan baru-baru ini selepas beberapa kali di Dewan ini perkara ini dibangkit, kerajaan kita kurang menghantar yang baru lulus daripada universiti menjadi majistret. Saya harap kita dapat civil senior-senior di Jabatan Peguam Negara dan kementerian akan tahu bahawa di England sekurang-kurangnya tujuh tahun baru you boleh jadi stipendiary magistrates.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Ipoh Barat, adakah Yang Berhormat setuju bahawa hakim-hakim Mahkamah Sesyen dan juga hakim-hakim mahkamah tinggi di sistem badan kehakiman yang kita amalkan ini, kita tidak menarik the best legal brains oleh sebab mereka tidak ada peluang untuk dinaikkan pangkat atau elevated – perkataan betul adalah elevation? Juga kita dapat hakim-hakim yang memang bagus tetapi tidak dinaikkan pangkat, seumpamanya seperti dahulu kita ada hakim-hakim yang baik, bagus dan bijaksana seperti Yang Arif Kadir Sulaiman yang telah bersara. Beliau agak lama untuk dinaikkan pangkat. Sama juga Yang Arif Dato’ Abu Mansor yang merupakan seorang hakim yang cemerlang, lambat juga naik pangkat dan juga hakim
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Gopal Sri Ram, probably the best legal brains in the country yang baru sahaja dinaikkan pangkat, elevated kepada mahkamah persekutuan. Lagi enam bulan hendak bersara baru naik pangkat. Akan tetapi probably the best legal brains. Adakah ini menjurus kepada diskriminasi kaum? Akan tetapi saya rasa Abu Mansor dan Kadir Sulaiman mereka memang baik sebagai hakim. Dia ada temperament, bukan sahaja bijak tetapi temperament mereka. Apakah sebabnya Yang Berhormat Ipoh Barat? Sila beri pandangan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya ingat lagi apa Lord Rick kata, “It is only the devil knows what is in a mind of a man”. Jadi, saya tidak dapat forecast. Akan tetapi saya tahu bahawa perkara yang benar adalah – end of the day is not what you know is who you know, isn’t it? That is how MPs to get allected. Is who you know is not what you know.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
The quality speaks by itself. So in realty that’s what it is. Akan tetapi kita ada Judicial Appointments Commission. Saya harap perkara ini lebih telus dan perkara seperti itu perlu diambil kira. Yes, kita semua khuatir kenapa the best brains don’t get selected but the worst brains get collected very fast and get promoted very fast walaupun ada aligasi yang tertentu. Jangan kita lupa 52 page lima belas tahun dahulu, saya masih ada surat layang tersebut di mana mengatakan dengan spesifik mengenai hakim-hakim, macam mana dia buat, apa dia buat, berapa dia punya pendapatan tetapi pendapatan lain yang beliau dapat. Ini adalah boleh dikatakan aligasi tetapi aligasi yang tidak boleh dinafikan.
Akan tetapi yang lebih mustahak adalah kita perlu move on from there. Itu adalah perkara yang mustahak.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Telok Intan kerana kita semua boleh pergi ke mahkamah dan kawan saya sendiri ada beberapa orang menjadi hakim. My own classmates pernah menjadi hakim di Mahkamah Tinggi dan apabila kami berbincang ini adalah satu di antara perkara yang dibincangkan. Bagaimana Mr. A telah dipromotekan tetapi Mr. B yang selalu tulis dalam MLJ, CLJ apa-apa LJ tiada guna, tidak perlu tulis dia kata. Apa you perlu tahu adalah who you know not what you know that matters. Itu perkara yang perlu diambil kira. Adakah ini benar dalam kes Mahkamah Sesyen?
Itu yang saya khuatir kenapa hakim-hakim yang betul-betul kita sudah tahu, seluruh negara, if we do a statistic at referendum, rakyat boleh beritahu bahawa ini adalah hakim yang saya rasa patut menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Akan tetapi lavishing away in the Session Court for years and years. Juniors have been promoted, juniors who deserve to be sacked!
Ini adalah perkara yang saya rasa Tuan Yang di-Pertua bahawa JUSA C dan sebagainya untuk semua Hakim Mahkamah Sesyen there must be a standard procedure jangan kita pilih full JUSA C, half JUSA C, quarter JUSA C, shadow JUSA C. Ada driver, tidak ada driver, ada kereta, tidak ada kereta apa ini semua? This is not a market item for sale. Kalau dia bertugas di swasta they would have got double the income, its a sacrifice on most of the judges yang bertugas dengan kerajaan. Perlu ambil kira standing mereka dan dengan meningkatkan bidang kuasa saya harap gaji mereka juga akan dinaikkan. Jangan naikkan elaun mereka sahaja kerana selepas mereka pencen mereka mendapat separuh daripada basic income. Saya harap majistret juga akan diambil kira mengenai perkara tersebut.
Saya beralih ke satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan political will. Is there a political will for night court - mahkamah malam berfungsi? Saya rasa ini perkara yang perlu diambil kira dan saya difahamkan ada beberapa tempat di mana mahkamah malam telah pun berfungsi. Saya berharap ia akan dilancarkan di semua pekan besar kerana kita perlu customer base dan bukan self-interest base di mana kalau customer case apa customer mahu?
Customer senang selepas pukul 5.00. Kita patut ada mahkamah sedemikian dan juga statistik perlu ada supaya kita tahu adakah kes-kes ini dapat diselesaikan, kenapa tidak dapat diselesaikan. Saya hairan Tuan Yang di-Pertua di dalam rang undang-undang yang di hadapan kita tidak ada apa-apa yang menunjukkan ada hasrat yang serius mengenai small claims court. Tidak ada. Saya rasa tidak ada. Sebenarnya kalau kita tengok niat rang undang-undang ini iaitu menghapuskan bidang kuasa penghulu menunjukkan
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
bahawa tidak ada fungsi untuk orang ramai dilibatkan di dalam sistem kehakiman di negara ini. Kenapa saya berkata sedemikian? Kalau kita tengok, you don’t have to go far, dalam sistem di UK di mana Lay Magistrate, kenapa mereka boleh memainkan satu peranan yang sangat mustahak di dalam sistem kehakiman? Why are the similar systems tidak diincorporatekan di negara ini tetapi diexclude? Kenapa hanya seorang peguam sahaja layak untuk menjadi majistret? Lain semua bodoh? Stipendiary magistrate dan sebagainya.
Lay magistrate boleh memainkan peranan kerana itu adalah hasrat masyarakat.
Kalau kita tengok sistem mereka lebih mengambil kira perkara ini. Saya selalu bila saya masuk dalam jurusan undang-undang saya baca fungsi penghulu. Saya rasa penghulu sepatutnya kalau saya ada kuasa saya akan memperkuatkan lagi memberi kuasa kepada mahkamah penghulu supaya bidang kuasanya ditinggikan dan memainkan satu peranan yang mustahak di dalam negara ini kerana kalau kita tengok mereka adalah yang terdekat dengan masyarakat. Kenapa kita become so unrealistic? Kita perlu hanya peguam-peguam bertauliah mengambil alih dan melaksanakan sistem kehakiman di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya ingin bertanya adakah apabila membawa rang undang-undang ini kita ada belajar apa-apa? Adakah di Singapura di mana dikenakan levi untuk setiap kes-kes yang dijalankan di court? Adakah ia diambil kira supaya mempercepatkan dan mendapat satu pendapatan kepada kerajaan? Itu adalah satu di antara perkara yang adakah ia diambil kira kalau tidak kenapa ia tidak diambil kira? There’s a certain levy untuk setiap kes sivil dijalankan di mahkamah. Berapakah kos? Adakah kos dianggarkan atau dikenakan apabila satu-satu kes sivil dijalankan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Rendah? Bagaimana cost effective system yang sedia ada? Apakah kita belajar untuk mengatasi sistem ini supaya mempercepatkan lagi dalam deliverance kehakiman di negara ini?
Saya harap Tuan Yang di-Pertua selepas rang undang-undang ini diluluskan lebih keseriusan diberi kepada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Bukan kerana mereka adalah satu yang terdekat kepada masyarakat sahaja tetapi mereka memainkan satu peranan yang lebih mustahak daripada Mahkamah Tinggi. Asas saya mengatakan adalah kerana mereka menjalankan kes-kes setiap hari dengan masyarakat. Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua lebih kurang 25 tahun dahulu, Yusofi Abdul Kadir Tuan Yang di- Pertua, ada satu money lending case di mahkamah apabila plaintif datang lambat ke mahkamah, Yusofi tanya “Why are you late?” Plaintif kata “Saya ada masalah”. Dia tanya “Which is more important? Coming to court or attending to your matter?” Plaintif kata “Untuk saya attending to the matter is more important”. So Yusofi Abdul Kadir hairan dan bertanya “Apa itu so matter?” Jawabnya “Saya punya basikal pancit”. Itu yang saya perlu repair dan itu menunjukkan that is the most important thing.
Berkaitan dengan dia adalah di Mahkamah Majistret. Ini adalah perkara-perkara yang saya masih lagi ingat Tuan Yang di-Pertua, apabila orang ramai datang ke Mahkamah Majistret dengan mata saya sendiri saya nampak mereka dihalau dari mahkamah kerana tidak memakai seluar panjang. What is this? Kalau dia seorang penjual ikan atau bekerja sebagai seorang petani, apa salahnya datang dengan short pants. What is so decorative to be in long pants? We are wrongly uniformed in this country. We are living in an artificial environment. Kalau mereka memakai seluar pendek so be it. Di Australia dan New Zealand Gallery sesiapa pun boleh datang tidak perlu pakai tie dan sebagainya. Kenapa di mahkamah mereka dihalau?
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Kena hormat mahkamah.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Kena hormatlah. Pakai seluar pendek dalam Dewan Rakyat kah?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Ketawa] Itu kesukaan, kalau sarung tidak kesah. The most important is dispense with justice.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu kerja seorang majistret, seorang Mahkamah Sesyen bukan untuk tengok...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Nanti pakai seluar pendeklah datang Parlimen.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Lenggong dia sudah lupa, di sana ada Mahkamah Majistret dia tidak pernah pergi tolong orang di sana. Saya yang pergi.
Dia cikgu Tuan Yang di-Pertua, dia buat tuisyen dia buat wang bukan macam kita. Kita kalau seluar pendek kita tolong sama mereka kes-kes kecil ini siapa hendak pergi.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Lenggong malu seluar pendek banyak bulu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu satu di antara perkara, saya harap yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua adalah mengenai juru bahasa. Peranan juru bahasa juga adalah peranan yang sangat mustahak. Saya harap mereka diambil kira dalam...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Pergi mahkamah dapat duit.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dalam meningkatkan gaji mereka dan juga elaun-elaun mereka. Apa yang mustahak sekali adalah...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Ipoh Barat pergi mahkamah dapat duit.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Adalah mengenai coat yang diberi. Saya difahamkan hanya tiga tahun sekali sahaja dibenarkan dan elaun-elaun mereka juga perlu diambil kira. Kerani-kerani di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen perlu ada Mahkamah Majistret-Mahkamah Majistret yang betul-betul yang trained dalam hal ini juga untuk menaikkan pangkat selepas rang undang-undang ini saya khuatir ramai di antara hakim-hakim Mahkamah Sesyen sure died di dalam Mahkamah Sesyen. Harapan untuk menaik pangkat sudah tidak ada, habis bungkus mereka kerana dengan meningkatkan lagi bidang kuasa mereka lebih bekerja tetapi mendapatkan naik pangkat pun sangat kurang.
Juga baru-baru ini dengan pelantikan Pesuruhjaya Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Tinggi lagi sepuluh tahun tunggu baru mahu dapat pelantikan ke Mahkamah Tinggi.
Jadi macam mana kita dapat atasi aspirasi-aspirasi hakim-hakim Mahkamah Sesyen supaya mereka juga boleh memainkan satu role yang mustahak dalam negara ini, mereka pun menyumbang. Saya harap dalam jawapan timbalan menteri akan menyiasat dengan betul-betul bahawa ada ramai di antara mereka patut mendapat JUSA B, JUSA C tetapi the established, establishment tidak suka pun kepada mereka, mereka dianaktirikan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangun untuk berbahas akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.
[Disampuk] Itu kena tanya Yang Berhormat Padang Serai.
Saya amat tertariklah dengan ucapan Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan meminda akta ini untuk meningkatkan bidang kuasa dan juga membuat mahkamah lebih efisien. Memang baik. Kalaulah kita ada satu mahkamah yang kita hendak meningkatkan kuasa kita meminda akta ini untuk meningkatkan bidang kuasa kepada Mahkamah Rendah, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Saya rasa kita perlu juga mengkaji semula kedudukan majistret dan juga hakim-hakim Mahkamah Sesyen yang seperti Yang Berhormat Ipoh Barat mengatakan tadi. Mengenai dengan presiden iaitu Mahkamah Sesyen, Hakim Mahkamah Sesyen.
Pada sekarang ini selepas saya membangkitkan kedudukan mereka, gaji mereka dan saya difahamkan ada beberapa orang hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur telah dapat meningkatkan kedudukan mereka daripada L54 kalau tidak salah kepada separuh JUSA C, half JUSA C. Saya amat hairan kenapa kita perlu ada satu menaikkan pangkat mereka half JUSA C. Apa yang saya tahunya dalam schedule-schedule di Attorney Chambers ataupun badan kehakiman tidak ada half JUSA C. Akan tetapi sekarang ini kita ada half JUSA C. Kenapa kita ada perbezaan half JUSA C dengan JUSA C sedangkan hakim-hakim Mahkamah Sesyen ini yang dapat half JUSA C sekarang ini mereka ada
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
pengalaman yang lama seperti DPP atau Federal Council di Jabatan Peguam Negara di mana DPP ini telah diberikan JUSA C, full JUSA C.
Akan tetapi hakim-hakim di Mahkamah Sesyen tidak diberikan kedudukan yang sama atau penghormatan yang sama. Saya amat hairan. Kalau kita melihatkan kuasa kepada mereka untuk majistret dan Mahkamah Sesyen dan kita tidak memberikan mereka kedudukan mereka tidak diberi penghormatan. Ataupun memandangkan serius pekerjaan mereka saya rasa mereka itu tidak boleh kerja dengan baik juga. So saya harap - saya telah bangkitkan perkara ini beberapa kali dalam pindaan Akta Mahkamah juga tetapi tidak berkesan. Saya harap menteri dalam Jabatan Perdana Menteri boleh berikan saya penjelasan kenapakah kita hendak beri penghormatan kepada Hakim Mahkamah Sesyen dengan half JUSA C, separuh JUSA C.
Sama ada dalam peruntukan dalam undang-undang ataupun dalam perkhidmatan awam ini ada kategori half JUSA C yang saya difahamkan tiada. Saya harap juga dengan serta-merta boleh membuat satu perubahan memberi kepada hakim-hakim Mahkamah Sesyen ini dengan full JUSA C. Juga dengan kemudahan-kemudahan yang mereka akan dapat di bawah JUSA C, full JUSA C diberi kepada mereka. Seperti yang diberikan kepada DPP di Jabatan Peguam Negara. Itu baru tepat.
Kedua, baru-baru ini juga kita dapatkan satu practice direction di Mahkamah Sesyen dan di Mahkamah Majistret dan juga Mahkamah Tinggi di mana semua pekerja- pekerja kakitangan mahkamah mesti masuk kerja jam 8.00. Sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar atau tidak ada banyak kakitangan mahkamah yang mereka tinggal di Seremban jauh daripada Kuala Lumpur. Mereka perlu ambil pengangkutan awam ke Pudu dan dari Pudu kena ambil bas pula ke Jalan Duta. Ini menimbulkan banyak masalah untuk mereka. Kalau mereka masuk pukul 8.00 then mereka kena bangun pukul 5.00 pagi.
Kalau mereka boleh clock in pukul 9.00 dan mereka habis pukul 5.00 atau 5.30 sama juga dengan sistem yang dahulu. So, kita kena pertimbangkan keadaan dalam negara ini kita tidak ada satu sistem pengangkutan yang efisien. Kita jangan semata-mata keluar practice direction semua kena clock in pukul 8.00.
Sebab mereka ada masalah untuk tanggungjawab rumah tangga mereka, untuk hantar anak mereka ke sekolah sebab mereka perlu clock in pukul 9.00 dan sebagainya.
Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh timbang perkara ini dan kaji semula atas masalah human problem. Sebab dalam negara kita, kita tidak ada satu sistem pengangkutan yang baik seperti negara lain.
Juga saya amat kecewalah dengan jawapan semasa menteri yang menjaga mahkamah ini juga Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas semasa beliau menggulung untuk RMKe-10. Saya amat boleh kata kesal dengan tingkah lakunya. Apa-apa yang kita bangkit dalam RMKe-10 mengenai dengan kes-kes jenayah, kes-kes rasuah tidak dijawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat sambung besok Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput seorang menteri untuk membacakan usul.
[Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan penangguhan saya, Harga Padi Rendah dan Kepentingan Pesawah. Tuan Yang di-Pertua, pada 21 Mei 2010, saya dan Ahli Parlimen kawasan Batu Gajah telah dijemput oleh penduduk dan pesawah padi di Chui Chak, Langkap untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka terutamanya harga padi yang rendah. Saya merujuk kepada sesi soal jawab jawapan Yang Berhormat Menteri pada 16 Jun 2010 dan juga jawapan Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Batu Gajah pada 24 Jun 2010 tentang harga padi, faktor-faktor yang mempengaruhi harga padi dan peranan BERNAS dalam pembelian beras dan pembekalannya.
Saya setuju bahawa kita perlu satu mekanisme untuk mengawal pembekalan padi untuk faedah semua lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, pesawah dan petani padi juga harus dan perlu dilindungi daripada sistem penetapan harga padi yang tidak konsisten, patut dan munasabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, dalam tekskah Yang Berhormat? You reading from your text?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yes. Text which I submitted to the Secretary.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Okey, teruskan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya mengetahui bahawa pesawah padi di Sekinchan turut memprotes kerana hasil jualan mereka ditetapkan adalah pada harga yang lebih rendah jika dibandingkan dengan musim yang lain. Nyatakan harga padi bagi setiap kawasan pengeluar bagi musim baru-baru ini. Pesawah padi mengehendaki kerajaan menetapkan harga padi yang sama untuk setiap tempat pengeluar padi. Jika tidak, mengapa kerajaan enggan berbuat demikian?
Pesawah berkata, “1Malaysia, mengapa tidak boleh harga satu padi di Malaysia?” Apakah yang dilakukan oleh kementerian untuk memastikan BERNAS tidak lebih jurus kepada mengaut keuntungan daripada memelihara kepentingan pesawah padi dalam negara dengan menetap harga padi yang lebih baik. Apakah harga padi minimum RM750 satu metrik tan yang ditetapkan oleh kerajaan ini akan dinaikkan untuk memastikan pesawah dijamin hasil tanaman dijual pada harga yang sewajarnya. Jika harga padi tidak menarik kerana ditekan oleh pembeli berlesen, pengilang dan BERNAS, bagaimanakah pesawah padi dapat digalakkan untuk mencapai sasaran di bawah Projek Padi 10 tan?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menuju sasaran ini?
Saya ingin tahu selanjutnya daripada kementerian;
(i) apakah mekanisme yang sedia ada untuk memastikan bahawa harga padi beras itu konsisten dan standard kecuali harga boleh beza berdasarkan kepada mutu beras;
(ii) bolehkah kementerian membenarkan pesawah petani padi untuk terus menjual padi kepada negeri-negeri lain jika ada keperluan padi di negeri lain;
(iii) apakah peranan BERNAS sebenarnya. Mengapa tidak membenarkan syarikat atau pertubuhan lain juga dibenarkan bersaing dengan BERNAS dengan syarat-syarat yang tertentu dan telus memandangkan beras adalah satu komoditi yang sangat penting;
(iv) berapakah jumlah komisen yang masih belum dibayar kepada pengilang-pengilang oleh pihak yang bertanggungjawab; dan
(v) bagaimanakah kementerian boleh meliberalisasikan industri pengeluaran dan pengedaran beras sebab pada masa ini terdapat suasana sekatan atas petani dan pesawah dan ejen- ejen mereka.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, persoalan berkenaan dengan harga padi dan faktor-faktor yang mempengaruhi harga-harganya telah pun dijelaskan sebelum ini. Walau bagaimanapun, ingin ditegaskan sekali lagi bahawa kerajaan hanya menetapkan harga minimum iaitu sebanyak RM750 setiap tan metrik. Namun harga maksimum tertakluk kepada harga pasaran. Harga padi tidak boleh ditetapkan pada harga yang sama bagi semua tempat pengeluaran padi. Ini adalah kerana kualiti padi yang dikeluarkan di setiap kawasan berbeza disebabkan faktor-faktor seperti sistem pengairan, penjagaan dan penggunaan bahan input pertanian seperti baja, racun dan sebagainya.
Apabila harga padi tidak dikawal, ianya akan mengelak persaingan dalam pasaran dan sudah pasti pesawah akan berusaha untuk mengeluarkan padi yang berkualiti tinggi.
Jika harga padi dikawal, maka dikhuatiri akan menjejas kualiti padi yang dihasilkan kerana jaminan harga yang sama di semua kawasan. Untuk makluman, harga padi bagi musim dua 2009 dan musim satu 2010 berdasarkan kepada harga di pintu kilang adalah di antara RM980 sehingga RM1,380 setiap metrik tan. Purata harga padi pada kedua-dua musim tersebut adalah sebanyak RM1,134 setiap metrik tan. Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan harga minimum padi yang ditetapkan pada kadar RM750 setiap metrik tan.
Oleh sebab itu kerajaan tidak bercadang menaikkan harga minimum tersebut kerana pesawah telah mampu menjual padi pada harga yang lebih tinggi. Dengan mengambil kira bantuan input subsidi yang disediakan oleh kerajaan sebanyak RM2,000 satu hektar, kerajaan telah menetapkan GNP bertujuan membela nasib petani sekiranya harga padi jatuh dan mengelak pesawah mengalami kerugian yang teruk. Ini jelas menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan dalam membela nasib pesawah. Bagi menggalak pesawah meningkatkan pengeluaran padi, kerajaan telah menetapkan sasaran pengeluaran padi sepuluh tan iaitu memperkenalkan skim intensif peningkatan hasil di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan mengelak pesawah supaya berusaha untuk meningkatkan hasil dan pendapatan.
Insentif sebanyak RM650 akan diberi kepada pesawah berdaftar yang mencapai sekurang-kurangnya 1% peningkatan hasil. Untuk pesawah yang berdaftar yang berjaya
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
mencapai hasil purata sepuluh tan metrik berat padi pada setiap hektar. Insentif bonus sepuluh tan metrik setiap RM650 akan diberi bagi setiap keluasan sawah yang berdaftar.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan untuk program ini dan pesawah yang berdaftar akan menjual padi di kilang padi yang berdaftar layak untuk menerima insentif tersebut. Jangkaan jumlah peserta untuk program ini adalah seramai 108,043 orang.
Sementara itu, dalam aspek menghasilkan harga beras yang sentiasa konsisten dan standard, kawal selia harga dan mutu beras yang dikawal oleh kerajaan adalah bagi beras tempatan sahaja manakala beras import tidak dikawal oleh kerajaan. Mutu beras pula dipantau daripada aspek tahap peratus hancur supaya beras yang dijual di pasaran menepati Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan peraturan-peraturan yang telah dibuat di bawahnya. Pada masa ini, harga beras Super Tempatan mengikut gred adalah seperti berikut:
| Gred Beras | Harga (RM Sekilo) |
|---|---|
| ST 15 | 1.65 hingga 180 mengikut zon |
| ST 10 | 2.40 |
| ST 5 | 2.60 |
Tidak ada sekatan bagi pemindahan padi di antara negeri-negeri. Petani-petani boleh menjual di mana-mana negeri untuk mendapat harga yang lebih baik. Walau bagaimanapun, permohonan permit membawa keluar padi daripada satu negeri ke satu negeri perlu dibuat daripada kawal selia bagi tujuan mengawal pemindahan supaya menstabilkan pasaran dan bertujuan memastikan pengilang tempatan mendapat bekalan padi yang mencukupi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2010 sehingga 30 Jun 2010, sebanyak 7,325 permit pindah padi antara negeri telah dikeluarkan oleh pihak kementerian.
Berkenaan peranan Bernas, kerajaan pada masa ini sedang mengkaji dan membuat penilaian terhadap prestasi Bernas, sama ada untuk menyambung atau menamatkan konsesi tersebut pada tahun 2011. Kajian dan penelitian prestasi adalah berdasarkan kepada komitmen Bernas dalam melaksanakan tanggung jawab sosial sebagai perjanjian penswastaan LPN yang telah dikaji semula. Antara peranan dan tanggung jawab yang perlu dimainkan oleh Bernas adalah seperti berikut:
(i) menyediakan dan menyelenggarakan stockpile sebanyak 92 ribu tan metrik dalam satu masa;
(ii) bertindak sebagai pembeli terakhir daripada pesanan dan harga minimum terjamin;
(iii) memastikan kestabilan harga beras;
(iv) mengurus bayaran subsidi harga padi kepada pesawah;
(v) membantu pengilang-pengilang padi bumiputera; Sekiranya konsesi Bernas disambung, kerajaan akan meletakkan KPI kepada pihak BERNAS untuk melaksanakan obligasi sosial mereka, sekian terima kasih.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I - Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
Projek Perumahan Terbengkalai
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, rumah pangsa kos sederhana Taman Bahagia Indah, Balakong merupakan salah satu projek yang dijalankan oleh Bahagian Indah Properties Sdn Bhd, pemaju sejak tahun 2002. Sedangkan Akta Pemaju Perumahan menggariskan rumah mesti siap dalam tempoh tidak lebih dua tahun, malangnya dalam kes ini, sampai sekarang pembeli-pembeli masih tidak menerima rumah mereka, walaupun pihak pemaju telah mengambil wang pendahuluan sebanyak 10% harga rumah iaitu RM8,900 pada tahun 2003 dan bayaran kedua sebanyak 15% harga rumah iaitu RM11,500 setiap unit.
Untuk menyelesaikan masalah kes projek pembinaan rumah pangsa yang terbengkalai tersebut, saya telah mengaturkan beberapa sesi perjumpaan antara pembeli dengan pemaju tersebut. ADUN Balakong, Y.B. Yap Lum Chin dan saya sendiri adalah pengerusi bagi sesi-sesi perjumpaan tersebut. Dalam sesi perjumpaan kali pertama pada 14 Oktober 2009, antara pembeli dan pemaju Encik Chin Sin Pang, pemilik Bahagian Indah Properties Sdn. Bhd. telah menjanjikan bahawa beliau akan menyiapkan projek pembinaan rumah pangsa tersebut sebelum 30 April 2010. Selain itu, Encik Chin juga berjanji bahawa beliau akan menghadiri sesi perjumpaan dengan pembeli-pembeli setiap bulan untuk melaporkan perkembangan projek tersebut dari semasa ke semasa.
Akan tetapi, amat mengecewakan, Encik Chin langsung tidak menghadiri sesi perjumpaan bulanan yang telah dijanji, termasuk sesi perjumpaan pada November 2009, Januari 2010 dan Mac 2010 tanpa memberi alasan yang memuaskan. Selain daripada itu, Encik Chin langsung tidak menjawab telefon kami apabila pihak kami cuba menghubungi beliau.
Setakat hari ini, projek pembinaan rumah pangsa kos sederhana Taman Bahagia Indah hanya mencapai tahap selesai sebanyak 56% sahaja. Saya telah dimaklumkan oleh seorang penjaga tapak pembinaan, Encik Shamsul bahawa kerja-kerja pembinaan telah berhenti sejak 25 April 2010 kerana pihak pemaju tidak mengeluarkan gaji kepada pekerja- pekerja tapak pembinaan selama dua bulan. Pembeli-pembeli rumah telah menunggu selama lapan tahun, berapa tahun mereka perlu menunggu lagi untuk mendapat rumah impian mereka. Rumah terbengkalai, faedah pinjaman di bank melambung tinggi dan sikap pemaju lepas tangan adalah masalah yang selalu benar menimpa pembeli rumah. Apakah hak pembeli-pembeli rumah di bawah undang-undang? Sampai bilakah nasib pembeli yang teraniaya akan terbela.
Bagaimanakah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang untuk membantu pembeli-pembeli rumah yang bernasib malang ini dan mendenda pemaju- pemaju yang begitu tidak bertanggungjawab. KPKT telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai pada April 2009 yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Bank Negara, REHDA, HBA dan badan-badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia dan Lembaga Arkitek Malaysia. Dengan tujuan meneliti dan menambahbaikkan Akta Pemaju Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1966. Saya minta Yang Berhormat menjelaskan perkembangan kajian dan perancangan pasukan khas tersebut, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat sedia maklum, Taman Bahagia Indah dimajukan oleh Bahagian Indah Properties Sdn Bhd dan berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 7592d-1, projek ini merupakan rumah pangsa 16 tingkat dan mengandungi 150 unit kediaman. Mengikut laporan 7F yang dikemukakan oleh pemaju pada Disember 2002, sesi Februari 2002, tarikh surat perjanjian
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
jual beli (SPJB) yang pertama adalah pada 1 April 2002 dan projek ini sepatutnya siap pada 1 April 2005 dan mempunyai bilangan pembeli seramai 77 orang.
Walau bagaimanapun, projek ini gagal disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam SPJB iaitu tiga tahun dan peratus kemajuan kerja adalah di sekitar 82% sahaja. Sehubungan dengan itu, projek Taman Bahagia ini telah diklasifikasikan sebagai projek sakit. Pemaju ini telah digulung sebanyak dua kali oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 April 2006 dan juga pada 5 Mac 2008. Namun demikian, perintah penggulungan tersebut diketepikan pada 6 Julai 2006 dan juga pada 6 Mei 2008. Pada 5 Ogos 2009, Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah mengadakan satu lawatan ke tapak projek tersebut untuk mengetahui status dan keadaan terkini projek ini. Berdasarkan pemerhatian, tiada sebarang aktiviti dijalankan ke atas projek ini. Lanjutan daripada itu, satu lawatan susulan diadakan sekali lagi pada 26 April 2010 bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat untuk menyediakan kertas pengesyoran projek terbengkalai ke atas projek ini.
Pemerhatian di tapak projek mendapati terdapat perubahan kemajuan fizikal yang ketara berbanding dengan lawatan sebelum bulan Ogos 2009, keadaan di tapak menunjukkan projek ini telah disambung semula. Kerja-kerja pembinaan oleh pemaju pada tiga atau empat bulan sebelumnya. Sehingga kini pemaju masih gagal dihubungi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, bagi mengetahui kedudukan status terkini projek melalui keterangan secara lisan ataupun secara rasmi berikutan tindakan pemaju yang masih gagal mengemaskinikan laporan 7F terkini termasuk maklumat status projek, alamat dan nombor telefon pejabat, firma-firma perunding dan lain-lain yang berkaitan projek ini.
Walau bagaimanapun, pihak JPN melalui bahagian penguatkuasaan telah mengambil tindakan kompaun dan senarai hitam ke atas pemaju yang gagal mengemukakan laporan 7F.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Perjanjian Jual Beli (PJB) yang ditandatangani di antara pembeli dan pemaju umumnya adalah satu kontrak sah dari segi undang-undang mengikut bonding pembeli dan pemaju. Pemaju bertanggungjawab menyempurnakan segala yang dijanjikan di dalam kontrak, manakala pembeli mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan ke atas pemaju sekiranya pemaju gagal menyempurnakan tanggungjawab mereka di bawah kontrak tersebut dan juga sebaliknya.
Pertikaian yang timbul daripada pelanggaran kontrak atau breached of contract dengan izin, biasanya akan merujuk kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kontrak 1950, Akta 136 dan diselesaikan melalui prosedur perundangan sivil, timbang cara atau rundingan atau negotiation.
Projek perumahan swasta yang dilesenkan di bawah Akta 118, sememangnya dipantau oleh kementerian, pemaju yang melakukan kesalahan di bawah Akta 118, boleh di kompaun, didakwa, disenaraihitamkan di peringkat kementerian bagi menghalang mereka daripada terlibat dengan pemajuan perumahan yang baru. Kementerian sememangnya memandang serius isu projek perumahan terbengkalai. Tindakan penambahbaikan kepada perundangan sedia ada sedang dilakukan melalui pindaan kepada beberapa peruntukan di bawah Akta Pemajuan Perumahan. Beberapa peruntukan di bawah Akta Pemajuan Perumahan Kawalan Pelesenan 1966, Akta 118. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tertubuhnya Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai, terdapat pengurangan yang ketara terhadap bilangan projek perumahan terbengkalai di Semenanjung Malaysia.
Daripada 105 projek perumahan terbengkalai, 48,331 unit rumah dan 30,860 pembeli yang direkodkan di bawah KPKT sehingga 13 Mei 2010 hanya terdapat sebanyak 57 projek dengan jumlah 16,144 unit rumah dan 9,718 pembeli yang masih benar-benar terbengkalai serta masih dalam perancangan awalan pemulihan. Manakala sebanyak 43 projek dengan 9,468 unit rumah dan 5,307 bilangan pembeli telah disiapkan atau selesai dan baki 50 projek lagi dengan 22,719 unit rumah dan 15,772 pembeli sedang dalam pelaksanaan pemulihan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 7 Julai 2010.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.51 petang.