Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha kementerian dalam menggalakkan pengeluaran buah-buahan tempatan dan berapakah jumlah eksport buah-buahan tempatan yang menggunakan jenama Malaysia Best ke pasaran antarabangsa.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Sipitang yang dijangkakan pada 12 Julai 2010 kerana berkaitan isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baiklah.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar
Terima kasih. Usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan pengeluaran buah-buahan tempatan adalah melalui beberapa program pembangunan di bawah Jabatan Pertanian seperti berikut:
(i) Program Pembangunan Industri Buah-buahan. Dua projek utama di bawah program ini adalah Pembangunan Dusun Komersial dan Pemulihan Dusun. Fokus utama projek Dusun Komersial adalah untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan individu dalam mengusahakan projek penanaman buah-buahan secara komersial.
Pembangunan Dusun Komersial pula lebih menumpukan kepada pembangunan kawasan baru. Pada tahun 2009, seluas 483 hektar telah dibangunkan yang melibatkan 405 peserta seluruh negara. Sementara bagi Projek Pemulihan Dusun pula, menumpukan kepada aktiviti menanam semula pokok buah-buahan yang sudah tua dan tidak produktif lagi. Pada tahun 2009, seluas 139.5 hektar telah dipulihkan melibatkan 141 peserta.
Sebanyak RM35 juta telah diperuntukkan;
(ii) melalui Taman Kekal Pembangunan Makanan. Program TKPM merupakan salah satu strategi penting di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian komersial berskala besar dan menggunakan teknologi yang disyorkan. Fokus utama
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar
pembangunan TKPM adalah merupakan zon kekal bagi pengeluaran tanaman makanan dan seterusnya meningkatkan pengeluaran makanan negara yang berkualiti dan selamat digunakan. Sehingga tahun 2009, seluas 3,082 hektar kawasan TKPM buah-buahan telah dibangunkan yang melibatkan 357 peserta dan peruntukan RM27 juta telah disediakan; dan
(iii) melalui pembangunan tanah terbiar. Tanah yang dipilih akan dibangunkan dengan penyediaan infrastruktur asas untuk kita membangunkan kawasan tersebut. Sehingga tahun 2009, seluas 3,363 hektar kawasan buah-buahan telah dibangunkan di tanah terbiar yang melibatkan 2,945 peserta dan peruntukan RM41 juta telah disediakan.
Bagi eksport buah-buahan tempatan yang menggunakan jenama Malaysia Best ke pasaran antarabangsa sehingga akhir tahun 2009 adalah sebanyak RM8.29 juta dengan 2,956 metrik tan melibatkan belimbing, betik sekaki, betik eksotika, tembikai, nanas Josephine dan Pamelo. Buah-buahan ini dieksport ke negara seperti Asia Barat, China, Eropah Barat, Hong Kong, Poland, Kanada dan Singapore. Dengan kejayaan jenama Malaysia Best, Jemaah Menteri pada 19 Mac 2010 telah bersetuju mewujudkan satu endorsement brand iaitu 1Malaysia Best sebagai identiti Malaysia bagi meningkatkan jualan dan profil produk-produk pertanian di pasaran dalam dan luar negara. FAMA telah menjalankan usaha- usaha untuk mempromosikan jenama 1Malaysia Best ini. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan Yang Berhormat Menteri memberikan kelegaan kepada saya. Cuma masalahnya negara kita ini, syukur alhamdulillah, mempunyai buah-buahan yang manis, enak dan berkhasiat. Rupa-rupanya buah-buahan kita ini berkhasiat, Tuan Yang di-Pertua.
Masalahnya ialah negara kita ini buah-buahnya bermusim. Kenapa tidak diwujudkan satu kaedah di mana buah-buah bermusim ini kadangkala seperti rambutan banyaknya sampai melacak. Yang Berhormat Menteri faham perkataan ‘melacak’ ini? Permatang Pauh tidak tahulah dia makan buah-buahan Malaysia atau tidak. Melacak ini dia faham atau tidak. Melacak.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kenapa tidak ada usaha buah-buahan yang begitu banyak ini ditinkan kerana Yang Berhormat Menteri pun faham saya ingat. Ada negara ambil buah- buahan kita ini ditinkan, selepas itu buat jenama dia sendiri dan dieksport ke luar negara sedangkan dia sebenarnya tidak ada buah-buahan ini.
Jadi macam mana usaha yang lebih dapat meyakinkan petani-petani kita supaya tidaklah buah-buahan bermusim ini melambak begitu sahaja sehingga tidak laku, tiada harga. Jadi tidak menolong petani-petani kita. Usaha FAMA itu betullah tetapi saya harap boleh dipertingkatkan lagi. Fikirkanlah satu kaedah supaya buah-buahan yang dianugerahkan oleh Allah ini dapat menghasilkan pendapatan yang baik kepada petani-petani kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Satu pandangan yang cukup baik dan sebenarnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memang telah pun merancang. Kita sedar bahawa dalam negara kita memang ada dua jenis buah tempatan iaitu satu yang sepanjang
Datuk Seri Noh bin Haji Omar
musim dan satu lagi yang bermusim. Masalah yang kita hadapi ialah yang bermusim dan selalu berlaku lambakan.
Untuk mengatasi masalah itu, pihak FAMA telah pun kita minta untuk mewujudkan kilang-kilang memproses di pusat-pusat pengumpulan. Oleh kerana itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pun kalau dahulu zaman Yang Berhormat Permatang Pauh, dia panggil Kementerian Pertanian sahaja tetapi sekarang kita tambah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kalau pertanian sahaja, dia tidak berapa hendak jalan. Jadi mesti pertanian dan industri asas tani. Kalau FAMA mewujudkan pusat-pusat pengumpulan maka hari ini FAMA kita minta untuk mengadakan juga kilang-kilang memproses buah-buahan tempatan yang bermusim ini kerana untuk mengelakkan lambakan dan buah- buahan tempatan juga kita tahu ia tidak boleh tahan lama.
Jadi dalam masa yang sama, kita juga akan terus untuk mempertingkatkan promosi buah-buahan tempatan dan salah satu tindakan yang akan kita ambil ialah kita akan mewujudkan satu jualan di Johor Bahru. Kita tahu orang Singapura juga ada yang suka makan buah-buahan tempatan Malaysia.
FAMA juga telah pun pergi ke beberapa negeri untuk kita menjual buah-buahan tempatan di luar negeri. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya hendak maklumkan pada 7 hari bulan ini iaitu hari Rabu ini kita akan membuat promosi untuk buah-buahan tempatan. Macam-macam buah-buahan akan kita promosikan.
Jadi saya jemputlah semua termasuklah rakan-rakan daripada pembangkang untuk kita sama-sama merasai betapa enaknya buah-buahan tempatan. Yang Berhormat Permatang Pauh pun dijemput juga sebab baru balik Amerika mungkin lupa rasa buah-buahan tempatan. [Ketawa]
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, pada masa sekarang pasaran buah-buahan tempatan boleh dikatakan tidak teratur seperti di gerai buah-buahan di tempat strategik atau gerai panas baik secara berlesen ataupun haram. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah FAMA atau mana-mana agensi kerajaan berhasrat untuk mewujudkan gerai-gerai di tempat strategik seperti di Jalan Alor, Kuala Lumpur ini bagi mempromosikan buah-buahan tempatan untuk pelancong- pelancong asing. Terima kasih.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sebenarnya FAMA telah pun memulakan gerai yang dipanggil Gerai Buah-buahan Segar. Kalau Yang Berhormat lalu di beberapa jalan besar, kalau daripada yang saya di sini nampak macam di Rawang, Tapah, dan juga di highway memang ada satu dipanggil Gerai Buah-buahan Segar yang FAMA sediakan beberapa kemudahan sebagai tempat perniagaan.
Jadi dengan penyediaan, pendedahan dan juga promosi buah-buahan di tepi-tepi lebuh raya ini, ia akan dapat menarik pelancong-pelancong. Dalam masa yang sama kita juga sedang dan telah pun mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysian Airport (MAB) untuk kita apabila sampai musim buah-buahan tempatan ini kita hendak buat promosi di dalam airport. Ini sudah kita bincang supaya apabila pelancong datang kita akan beri mereka dengan buah-buahan tempatan.
Jadi dalam masa yang sama, kita juga akan terus mengadakan promosi- promosi melalui sekolah-sekolah dan kita sudah mula dan kita mengadakan parti dipanggil parti kalau Yang Berhormat hendak buat birthday pun boleh, tidak payah buat kek dan tidak payah sediakan kuih-kuih. Kita hantar untuk kita enjoy parti kita dengan memperkenalkan dan mempromosi buah-buahan tempatan. Terima kasih.
2. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah pelaburan langsung diterima oleh Malaysia, perbandingan jumlah amaun dan peratusan antara pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung tempatan bagi setiap tahun sejak 1998 dan sebab-sebab pelaburan tempatan kurang daripada FDI.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa Mohamed
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pelaburan langsung asing ataupun FDI atau foreign direct investment merangkumi tiga komponen iaitu;
(i) modal, ekuiti ataupun saham
(ii) penempatan yang dilaburkan semula atau return earnings
(iii) pinjaman antara syarikat milikan ataupun intra company loans FDI adalah pelaburan antarabangsa yang dibuat dengan objektif untuk memiliki pegangan yang berterusan oleh seorang pemastautin dalam sebuah ekonomi dalam entiti sebuah ekonomi yang lain.
Di negara kita Tuan Yang di-Pertua, maklumat mengenai FDI diperolehi daripada Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan menggunakan survey of the International Investment Position. Data yang dikumpulkan adalah berasaskan imbangan pembayaran ataupun balance of payments dan merujuk kepada pelaburan sebenar yang masuk dan keluar daripada Malaysia dalam semua sektor ekonomi negara kita.
Selain daripada Bank Negara dan Jabatan Perangkaan, data mengenai FDI juga dikutip oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Statistik FDI yang dilaporkan oleh MIDA merujuk kepada pelaburan yang diluluskan bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan. Data merangkumi komitmen pelaburan yang masuk bagi projek baru dan pembesaran yang dilaksanakan oleh syarikat baru dan yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat adalah mengenai pelaburan asing dan tempatan sejak tahun 1998. Bagi tempoh tahun tersebut hingga April tahun ini, jumlah pelaburan yang diluluskan oleh MIDA dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan adalah sebanyak RM413 bilion, di mana sejumlah RM245 bilion ataupun kira-kira 59% merupakan FDI manakala RM168 bilion ataupun 41% adalah pelaburan tempatan ataupun domestic direct investment.
Saya ingin memaklumkan bahawa terdapat dua tahun di mana pelaburan tempatan melebihi pelaburan asing iaitu pada tahun 2004 dan 2006. Peratusan FDI adalah tinggi, kira-kira 60% kerana usaha promosi dan galakan yang dibuat oleh kerajaan secara komprehensif yang menumpu kepada industri teknologi tinggi termasuk dari syarikat-syarikat multinasional.
Pada masa yang sama, kerajaan tidak mengabaikan kepentingan pelaburan domestik terhadap pembangunan ekonomi negara bergantung juga kepada pelaburan tersebut dan pelaburan domestik merupakan kira-kira 40% daripada pelaburan yang diuruskan oleh MIDA. Secara khusus, FDI lebih tinggi dari pelaburan dalam negeri disebabkan:
(i) lebih berteknologi tinggi dan capital intensive;
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa Mohamed
(ii) banyak menyumbang kepada peningkatan eksport negara; dan
(iii) mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang banyak.
Ada syarikat-syarikat multinasional umpamanya yang mewujudkan kira-kira 20,000 pekerjaan Dalam bidang electrical dan electronic, Malaysia adalah salah sebuah pusat terkemuka di dunia dan ini disumbangkan oleh pelaburan asing. Pada masa yang sama, kita tidak menyekat syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur di luar negara. Syarikat-syarikat seperti Petronas, CIMB Bank, Khazanah, Sime Darby dan lain-lain melabur di Asean dan juga di negara Asia yang lain kerana dalam jangka panjang ia akan memberi kesan baik kepada negara dalam bentuk dividen, peningkatan eksport Malaysia. Umpamanya kalau kita lihat kepada pelaburan Indonesia dalam bidang kelapa sawit, ini juga menyumbang kepada kedudukan Malaysia dalam sektor ini.
Petronas, umpamanya begitu aktif terlibat di luar negara dan hari ini sumbangan pendapatan luar negara Petronas adalah besar dan ini seterusnya menyumbang kepada pendapatan dalam negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa Mohamed
Oleh itu kerajaan tidak menyekat pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara kerana jangka panjang, ini akan menguntungkan negara kita. Terima kasih.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ialah kerajaan telah memberikan tumpuan kepada pelabur asing untuk menarik FDI dan tidak memberikan tumpuan yang sama kepada pelabur tempatan sehingga nisbah pelaburan antara pelabur asing dan pelabur tempatan adalah 60% ke 40%.
Pada masa ekonomi Malaysia berkembang ekonomi seperti Hong Kong dan Taiwan juga berkembang tetapi kerajaan di sana memberikan tumpuan untuk pelabur tempatan dan di Hong Kong dan Taiwan pelabur FDI adalah hanya 10% jumlah pelaburan di sana. Pada masa ini kerajaan kita khuatir FDI tidak mahu melabur di Malaysia dan kerajaan hendak menambah insentif-insentif untuk menarik dan melanjutkan FDI di negara kita. Hong Kong dan Taiwan tidak ada kekhuatiran kerana syarikat pelabur tempatan mereka kuat. Ini kerana kerajaan memberikan bantuan dan insentif kepada syarikat-syarikat di sana tanpa mengikut hubungan politik atau perkauman. Soalan saya ialah adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk memberikan bantuan dan insentif kepada syarikat-syarikat tempatan? Kalau ada apakah rancangan ini untuk memberikan insentif tanpa mengikut perhubungan politik atau perkauman?
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, ada tiga fitnah yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Selayang. Pertamanya pelaburan dan insentif berasaskan politik, ini dusta, fitnah. Saya minta bukti Yang Berhormat Selayang dalam tempoh terdekat ini, mana dia bukti menyatakan bahawa kerajaan memberikan insentif kepada pelabur-pelabur berdasarkan kepentingan politik. Ini adalah dusta.
Dusta yang kedua ialah Yang Berhormat Selayang menyatakan bahawa kita memberikan perhatian kepada pelaburan domestik. Ini dusta besar. Kita memberi banyak insentif kepada pelabur-pelabur tempatan juga termasuklah pinjaman mudah apa yang diberikan di bawah Akta Pelaburan. [Tepuk] Diberikan juga insentif, pioneer status diberikan juga kepada bukan sahaja pelabur asing
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
tetapi juga kepada pelabur tempatan. Kita bersyukur syarikat-syarikat Malaysia melabur. Kita ada syarikat-syarikat besar yang melabur dalam bidang tenaga, infrastruktur, iron and steel, IT, perbankan – ini semua pelabur-pelabur tempatan.
Kalau kita mengasaskan segala pertimbangan kepada kepentingan politik manakan bank-bank dan syarikat-syarikat swasta seperti Lion, YTL, Berjaya dan lain-lain boleh bertapak dalam negara ini. Dusta yang kedua.
Dusta yang ketiga ialah FDI Malaysia tidak lagi menerima pelaburan asing pada masa ini juga dusta. Malaysia terus menerima pelaburan asing. [Tepuk] Malaysia terus menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur asing. Jangan kita memperkecilkan pelaburan asing kerana pelaburan asing telah mewujudkan ratusan ribu peluang pekerjaan di Pulau Pinang, Shah Alam dan juga di Johor serta lain-lain tempat. Jadi kita harap di negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang mereka akan melaksanakan dasar yang tidak akan menggugat, yang tidak akan menghalau pelabur-pelabur ini sama ada dalam ataupun luar negara. Saya mulakan kerana di sini kita jangan melemparkan fitnah kerana kalau pembangkang sentiasa melemparkan fitnah ini akan menjejaskan ekonomi negara dan runtuh segala-gala yang kita bina 50 atau 60 tahun. Semuanya akan runtuh.
Jangan bermain dengan api Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya akan menunjukkan kajian yang diadakan.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ucapkan tahniah kepada kementerian dan Yang Berhormat Menteri kerana cara kita menarik FDI ini baik, bermaruah dan strategik. Bukanlah sampai kita terpaksa melutut di Amerika Syarikat, minta maaf kerana mengecam Israel seperti mana Ketua Pembangkang buat. Ini bukan fitnah. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Lagi baik terus tidak kecam.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Ini Washington post. Melutut, minta maaf, apa jenis pemimpin sampai kita desperate sangat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Soalan Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Baik. Soalan saya memandangkan kita menarik secara bermaruah, tidak perlu melutut, minta maaf dan sebagainya.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Apa dia? Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Kita hendak menarik pelabur asing dan pelabur tempatan, jadi barangkali kementerian boleh memikirkan strategi serampang dua mata.
Diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pembangunan ikonik seperti di tanah RRI Sungai Buloh dan juga pembangunan pangkalan udara TUDM di Sungai Besi. Adakah cadangan untuk kita menjemput pelabur asing untuk turut terlibat bersama dengan pemaju tempatan supaya kita dapat meningkatkan lagi pelabur asing dan juga pelabur tempatan dalam projek-projek ikonik tersebut?
Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Insya-Allah kita tidak akan melutut, kita tidak akan menyembah mereka yang tidak patut kita sembah. Kita hanya sembah Allah bukan pihak lain. Itu pendirian kita. [Tepuk] Kita tidak akan sembah Yahudi, Zionist Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Mengenai penyertaan pelabur-pelabur asing dalam projek-projek ikonik memang ini satu strategi yang kita gunakan. Untuk makluman Yang Berhormat sekarang ini kita ada 12 lab yang sedang meneliti apa yang kita panggil National Key Economic Areas bidang-bidang utama oil and gas, kelapa sawit, Greater KL dan lain-lain. Dalam kita mengkaji peluang-peluang dalam 12 bidang ini memanglah penyertaan asing juga digalakkan.
Dalam pembangunan Kuala Lumpur bukan sahaja di Sungai Buloh tetapi Sime Darby telah membentangkan satu cadangan untuk mengadakan apa yang dipanggil ‘Vision’ Valley yang melibatkan Lembah Klang, pihak PNB dan lain-lain.
Syarikat GLC juga ada perancangan untuk membangunkan hartanah dalam negara kita ini khususnya di kawasan Lembah Klang. Insya-Allah pelabur-pelabur asing juga akan digalakkan untuk turut serta dalam membangunkan bukan sahaja dalam sektor hartanah tetapi dalam sektor pembuatan, ICT dalam sektor perkhidmatan. Ini sektor-sektor yang digalakkan selain daripada sektor hartanah.
Jadi kita menggalakkan pelaburan asing dan pada masa yang sama kita tidak mengabaikan pelaburan dalam negara ataupun domestic investment dan kerajaan akan berusaha lebih gigih lagi untuk menggalakkan lebih banyak lagi pelaburan domestik dapat diwujudkan di dalam negara kita.
3. Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan adakah kerajaan bercadang menyelaraskan sistem penggredan peperiksaan bagi 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi memastikan kualiti pendidikan tinggi negara dan penyeragaman gred ijazah.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat sistem pemarkahan atau penggredan di semua IPT adalah tertakluk sepenuhnya kepada bidang kuasa IPT masing-masing. Perwujudan jawatankuasa atau panel yang mengawal selia peperiksaan bermula daripada penggubalan soalan sehingga kepada pemberian pemarkahan dan juga prosedur untuk membuat rayuan penyemakan pemarkahan oleh pelajar adalah di peringkat universiti masing-masing.
Ini adalah selaras dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti yang telah memberikan autonomi kepada universiti dalam banyak perkara khususnya kepada senat di mana antaranya ialah:-
(i) mengawal selia perjalanan penilaian dan peperiksaan;
(ii) mengesahkan keputusan peperiksaan; dan
(iii) menentukan rayuan.
Sistem tersebut sudah wujud sekian lama malah berjalan dengan baik.
Ianya juga sama dengan amalan yang dilaksanakan oleh IPT seluruh dunia. Perlu ditekankan bahawa ciri-ciri sesebuah IPTA bukan lagi tempat untuk belajar hanya menerima ilmu tetapi ia sebenarnya tempat untuk mengembang dan mencipta lebih ilmu. Setiap IPTA serta pensyarah-pensyarah sendiri memiliki ciri-cirinya yang tersendiri berhubung kaedah pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikembangkan sepanjang masa. Maka itu Kementerian Pengajian Tinggi tiada cadangan untuk mengharmonikan penggredan sesuai dengan ciri-ciri yang saya nyatakan tadi. Sekian.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara
Autonomi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kita kena terima hakikat juga menyebabkan penggredan markah antara IPTA berbeza meliputi gred dan penetapan peratus markah untuk purata nilai gred yang menyebabkan persepsi daripada awam, IPTA berbeza dari segi pemberian pengelasan ijazah dan juga anugerah dekan yang menyatakan wujud persepsi awam ada universiti mudah lulus dan sebaliknya yang akhirnya menjejaskan imej dan reputasi IPTA.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara
Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk akhirnya meningkatkan prasarana, infrastruktur dan sebagainya dari segi IT di IPTA untuk menyeragamkan pelaksanaan sistem penggredan yang menyebabkan persepsi yang berbeza di kalangan awam dan adakah kerajaan juga bercadang untuk memastikan penyelarasan sistem penggredan antara IPTS itu setanding dan juga setaraf dengan IPTA bagi memastikan kualiti pendidikan tinggi negara ini tidak terjejas. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepertimana yang telah saya sebutkan tadi, setiap IPTA malah IPTS juga mempunyai cara penilaian yang tersendiri, bebas daripada pengaruh atau penyelarasan oleh mana-mana pihak selain Senatnya sendiri.
Kerajaan amat yakin setiap IPT sentiasa menjaga kredibiliti dan statusnya termasuk menentukan pengelasan ijazah dan anugerah dekan masing-masing.
Oleh itu, orang ramai tidak perlu sangsi atau khuatir mengenainya. Sebenarnya, menaruh keyakinan kepada pengurusan IPT melaksanakan amanah yang telah diberikan itu. Dalam erti kata yang lain, oleh kerana IPT memiliki ciri-cirinya yang tersendiri, semestinya akan terwujud perbezaan di mana akan juga wujud kelebihan dan kekurangan IPT masing-masing.
Justeru itu, pada keseluruhannya, ini akan mempengaruhi keputusan dalam ranking anjuran pihak-pihak luar negara dan juga SETARA anjuran kementerian. Sesebuah IPT juga tidak akan menganugerahkan pelajar dengan keputusan cemerlang hanya untuk tujuan imej. Ini kerana, ini tidak akan membawa apa-apa faedah kepada IPT itu di samping mencemarkan standard modal insan negara yang boleh menjejaskan pembangunan negara. Namun, adalah tidak salah kalau orang ramai ingin memberikan pandangan dan juga cadangan terhadap mana-mana IPT untuk meningkatkan lagi tahap sistem penggredannya. Sekian.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sebentar tadi ada menyebut tentang setara ataupun the rating system of Malaysian higher education institution yang saya difahamkan bahawa setara ini telah digunakan juga ataupun diuji di beberapa buah universiti luar seperti di National University of Singapore, University of Melbourne dan juga Indian Institute of Technology.
Saya ingin tahu lebih sedikit tentang setara ini dan adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengubah kaedah penilaian yang selama ini saya difahamkan menggunakan academic reputation system (ARES) dan sejauh manakah jaminan yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tentang kualiti yang hendak dijaga di dalam institusi pengajian tinggi itu benar-benar dapat dilaksanakan sehingga tahapnya betul-betul sampai kepada tahap yang boleh kita banggakan dan sejauh manakah aplikasi setara juga ARES ini yang akan juga – adakah ia juga akan dilaksanakan di institusi pendidikan tinggi swasta? Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memanglah merupakan satu perkara yang biasa bahawa ranking atau SETARA itu diambil berat oleh masyarakat umum. Jadi bukan sahaja itu. Kita setiap tahun kalau THES Ranking itu dikeluarkan, memang kita banyak berbahas ataupun berbincang di Parlimen dan juga di tempat-tempat yang lain.
SETARA ini dia berbeza dengan ranking yang selalu kita faham. Dia lebih bercorak kepada rating dan bukan ranking dan mempunyai komponen yang kementerian telah mengadakan supaya lebih sesuai dengan keadaan universiti tempatan sama ada IPTA atau IPTS. IPTA kita telah lakukan dan kita sekarang telah mula dengan kerja terhadap IPTS. Ini merupakan cara kita untuk mengawal supaya kualiti pengajian tinggi di negara kita dapat di jaga. Bukan itu sahaja, kita memang ada rancangan-rancangan yang lain seperti yang telah ditulis dalam pelan strategik kita.
Kalau kita banding dengan universiti-universiti di rantau ini, memang Malaysia merupakan sebuah negara yang betul-betul begitu komited dalam pengajian tinggi kita. Sekian.
4. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:-
(a) piawaian yang digunakan untuk memilih Bukit Pagoh sebagai tapak pelupusan sampah yang baru di Muar; dan
(b) adakah kementerian mengambil kira lokasi Loji Penapis Air Panchor berdekatan yang merupakan punca air untuk kawasan Muar dan Melaka semasa mendirikan tapak pelupusan sampah tersebut.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tapak pelupusan sanitari Bukit Pagoh di Lot 354 dan sebahagian Lot 4081, 4083 dan 5482 seluas 490 ekar telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Johor oleh Majlis Perbandaran Muar. Keperluan untuk menyediakan tapak pelupusan sisa pepejal baru yang sanitari amat kritikal di kawasan Muar memandangkan tapak pelupusan sedia ada di Bukit Bakri telah penuh dan mencemarkan alam sekitar.
Tapak pelupusan sisa pepejal yang akan dibina adalah bertaraf sanitari iaitu langkah bandingan loji rawatan, sistem lena untuk menangani masalah aliran keluar, sistem pembuangan gas dan pelbagai kelengkapan untuk menangani masalah pencemaran. Bagi memastikan tapak tersebut menepati isu perlindungan alam sekitar, jabatan telah melantik Perunding Biro Inovasi UTM Johor untuk menjalankan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (EIA) dan kajian EIA terperinci dijangka akan dimulakan pada awal bulan Julai tahun 2010.
Kajian ini akan mengenal pasti dan mencadangkan langkah-langkah pengawalan pencemaran pelepasan pada tahap yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar termasuklah kesan terhadap Loji Penapis Air Panchor yang terletak kira-kira 20 kilometer di hilir tapak pelupusan Bukit Pagoh. Terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan isu tapak pelupusan sampah Bukit Bakri belum selesai dan ia berkaitan dengan tapak baru di Bukit Pagoh, maka saya ingin
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri kesahihan kenyataan Menteri Besar Johor pada 2 April 2010 bahawa tapak pelupusan sampah Bukit Bakri akan ditutup secara berperingkat mulai bulan Jun. Manakala jawapan lisan yang saya peroleh pada 29 Mac 2010 dari Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tempoh penggunaan tapak tersebut akan berlanjutan selama dua tahun lagi.
Kedua-dua kenyataan dari Menteri Besar Johor dan Kerajaan Persekutuan telah bagi dua jawapan yang berlainan dalam perkara ini. KPKT sebagai pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya atas pengurusan tapak pelupusan sampah ini dan jawapan yang putar belit dari dua pihak sudah mengelirukan dan mengecewakan penduduk-penduduk di Bukit Bakri [Dewan riuh] Maka, saya ingin dapatkan satu jawapan yang muktamad.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Berucapkah?
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ha, berucap ya?
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Soalan saja. Adakah tapak di Bukit Bakri akan ditutup bermula pada bulan Jun 2010 dan penutupan sepenuhnya pada bulan Jun 2011 atau seperti yang nyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ia hanya akan ditutup dalam tempoh dua tahun lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah panjang sangat syair Yang Berhormat itu.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Akhir sekali, sila nyatakan kos kontraktor yang terlibat dan tempoh masa pembinaan, jangka masa operasi untuk tapak pelupusan sampah di Bukit Pagoh. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya ingat beliau tidak ada soalan sebab saya sudah berbincang dengannya awal-awal lagi. Walau bagaimanapun, saya ingin nyatakan bahawa oleh kerana kerja EIA mengambil masa sembilan bulan iaitu sebab kita ada kelewatan sedikit untuk membina tapak pelupusan baru di Pagoh. Peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM32 juta bagi tempat pelupusan yang baru.
■1040 Sementara bagi tapak pelupusan yang lama, walaupun pada jangkaan kita, kita akan dapat menutup selamat pada bulan Jun yang lalu. Akan tetapi oleh kerana kita belum dapat laporan EIA dan kita tidak boleh pula membina yang baru.
Maka kita telah berusaha untuk menyelesaikan sedikit sebanyak rungutan masyarakat di tempat itu. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, saya telah menemui Jawatankuasa Penduduk di kawasan itu dan memberikan jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan. Tindakan yang kita telah ambil ialah, pertama kita naik taraf tapak pelupusan yang ada sekarang, juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM4.5 juta untuk menyelesaikan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan tersebut.
Jadi saya harap Yang Berhormat walaupun ada pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor tetapi, oleh kerana isu yang kita hendak selesaikan sekarang ialah soal EIA yang melibatkan tapak pelupusan baru seperti yang juga ditanya oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat soalan ini berhubung dengan spesifik isu Yang Berhormat. Kalau
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
benda lain saya tidak akan benar Menteri menjawab Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Loji penapis air di Grisek di Sungai Muar adalah juga satu daripada sumber air yang digunakan oleh negeri Melaka. Jadi saya berkeyakinan tapak pelupusan sampah yang akan dipilih oleh Kerajaan Negeri Johor adalah satu kawasan yang bersesuaian. Ini kerana kita bimbang apa juga air kumbahan daripada tapak pelupusan akan mencemarkan sumber air tersebut. Jadi soalan saya, adakah kawasan pelupusan sampah yang akan dipilih nanti dalam kawasan tadahan air? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya tapak yang telah pun kita identify ini ialah merupakan tapak yang sesuai, yang telah pun mendapat persetujuan daripada pihak majlis perbandaran dan juga jabatan dan agensi yang berkenaan. Cuma apa yang saya jawab tadi ialah menunggu keputusan laporan EIA macam mana kita mengelakkan pencemaran alam sekitar termasuklah seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat, supaya tidak mencemarkan kawasan takungan air dan sebagainya.
Terima kasih.
5. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah struktur gaji anggota tentera negara mengikut pangkat dan sama ada kerajaan bercadang untuk meningkatkan tahap gaji supaya lebih setimpal dengan pengorbanan dan komitmen yang dipamerkan mereka.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan daripada Yang Berhormat prebet Rembau. Dia jalani 30 hari latihan penuh sebagai prebet.
Tuan Yang di-Pertua, struktur gaji angkatan tentera melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan memang berasaskan kepada pangkat dan juga band, iaitu bidang- bidang pengkhususan yang diberikan dan dipertanggungjawabkan mengikut keperluan-keperluan angkatan tentera. Sistem ini sudah pun diguna pakai sejak tahun 1976 lagi. Setiap kali ada penyelarasan dalam perkhidmatan sektor awam umpamanya Sistem Saraan Baru, Sistem Saraan Malaysia (SSM) penyelarasan gaji ini juga dilakukan terhadap Angkatan Tentera Malaysia.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan kesiapsiagaan dan juga meningkatkan moral angkatan tentera, kementerian buat masa ini sedang dalam peringkat terakhir mengemukakan cadangan penyelarasan gaji kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Timbalan Menteri.
Saya hendak tanya soal ‘gaji mati’ ataupun dalam tentera disebut di kalangan askar disebut sebagai ‘gaji langgar’ atau ‘hantuk dinding’ tidak boleh pergi lagi. Ini paling ketara dialami oleh anggota lain-lain pangkat bagi Division Infantry. Sebagai contoh terdapat macam Timbalan Menteri kata tadi lima band gaji untuk anggota lain-lain pangkat. Akan tetapi bagi mereka yang berpangkat Sarjan hanya boleh menerima gaji hingga tahap Band 3 P2 sahaja sekalipun mempunyai kemahiran tambahan.
Sehubungan dengan itu saya pohon agar kerajaan dapat mengubahsuai jadual matrik gaji dan sistem band sedia ada, supaya dapat memberi peluang kepada anggota LLP yang layak daripada Division Infantry dan lain-lain, untuk
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
dapat mencapai tahap maksimum tangga gaji hingga Band 4 dan 5 dan tidak lagi ‘terhantuk dinding’ gaji tersebut. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua jelaslah saya pasti dan saya percaya pengalaman satu bulan latihan didrill oleh Encik Pegawai Waran biasanya atau Platun Sarjan, sudah pasti maklumat-maklumat ini akan sampai kepada Yang Berhormat prebet Rembau. Saya amat kagum dengan sifat dan sikap Yang Berhormat Rembau kerana begitu prihatin mengenai angkatan tentera khususnya untuk lain-lain pangkat. Kita sedar bahawa terdapat 19,000 kakitangan angkatan tentera yang ramainya terdiri daripada lain-lain pangkat yang sudah sampai ‘terhantuk dinding’.
Pada pandangan mereka jika mereka sudah sampai ke peringkat maksimum sementara waktu untuk berkhidmat itu agak lama antara tujuh hingga sepuluh tahun, maka sudah tentu ia akan sedikit sebanyak merendahkan moral kakitangan angkatan tentera yang berjumlah 19,000. Perkara ini terjadi kerana pada peringkat kita mengolah sistem band ini pada tahun 1976, pada ketika itu angkatan tentera hanya 40% dipenuhi tetapi, oleh kerana pembesaran angkatan tentera sekarang ini 100%, 60% lagi pengisian itu sudah pun dipenuhi. Bila penuh maka wujudlah jawatan-jawatan yang hanya boleh diisi jika orang itu pencen.
Umpamanya Platun Sarjan, kalau Platun Sarjan dia Band 3 P1, dia pencen pada gaji ‘hantuk dinding’ iaitu RM2,866. Adalah lebih bagus kerana Sarjan biasanya kalau ikut pada pengambilan kelayakan adalah sama ada dia darjah enam atau PMR. Dia bukan SPM, kalau SPM dia sudah jadi Second Lieutenant, pegawai. Kalau banding dengan kakitangan awam lain gaji maksimum Sarjan ini sebenarnya lebih baik daripada kelulusan yang sama dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam yang lain. Umpamanya PMR jadi attendant di hospital maksimum dia RM1,800. Jadi dia pencen dapat RM900 tetapi, Platun Sarjan dia pencen gaji akhir dia RM2,800 maknanya pencen dia RM1,900, RM1,400 minta maaf. Matematik saya tidak berapa bagus.
Jadi oleh kerana apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Rembau tadi adalah begitu relevan. Maka usaha sedang dibuat untuk menyusun atur supaya kita wujudkan lebih banyak pangkat.
■1050 Mungkin secara automatik selepas tiga tahun dia naik koperal, selepas lima tahun automatik naik sarjan, macam itu. Itu cadangan kita kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Kita bersyukur kerana Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam yang baru adalah mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. May God bless us, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menghargai, tidak ada bandingan antara gaji tentera ataupun pegawai polis dalam hutan itu Yang Berhormat dengan pegawai- pegawai yang lain. Pengorbanan yang tidak ada nilai Yang Berhormat.
6. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tenaga Pasukan Gerakan Am dan tugas-tugas mereka dan adakah menteri bersetuju bahawa fungsi-fungsi asal PGA telah tidak relevan dan apakah kerajaan bersedia menamatkan pasukan ini dan menyerapkannya ke dalam pasukan-pasukan lain bagi membanteras jenayah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli Yang Berhormat yang bertanya soalan ini. Untuk makluman ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Pasukan Gerakan Am - PGA yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan ataupun PPH merupakan salah satu komponen di dalam PDRM. Pada masa ini ianya mempunyai kekuatan seramai 12,746 pegawai dan anggota. Mengikut Seksyen 3 Akta Polis 1997, fungsi utama polis adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Oleh itu seseorang anggota polis boleh ditempatkan di mana-mana jabatan, bahagian atau pasukan PDRM di mana termasuklah Pasukan Gerak Am ataupun PGA.
Untuk makluman, semasa zaman darurat dan konfrontasi, PGA telah berbakti kepada negara di mana telah dapat membanteras pengganas Komunis dan juga elemen subversive sehingga dapat mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan tenteram. Negara rasa berbangga di atas peranan yang dimainkan oleh mereka sehingga negara menikmati keamanan dari ancaman tersebut. Sehingga hari ini rakyat dapat menikmati kadar keselamatan yang stabil.
Dalam keadaan aman, PGA sebagai salah satu komponen dalam PDRM masih lagi relevan dalam menjaga keselamatan negara dan juga ketenteraman awam. Buat masa kini mereka ditugaskan terutamanya di sempadan negara untuk mencegah penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin, pembanterasan rompakan di laut dan kawalan keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin atau CIQ di sempadan Malaysia dan Thailand serta Sabah Malaysia dengan Kalimantan Indonesia.
Selain itu mereka juga ditugaskan untuk membuat kawalan keselamatan orang-orang kenamaan serta membantu kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa dan lain-lain tempat atau kawasan yang strategik. Mereka juga terlibat dalam operasi-operasi semasa krisis serta bencana. Pada masa ini PGA telah pun dipertanggungjawabkan bagi membantu mencegah jenayah di kawasan-kawasan hot spots di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak tahun 2006, anggota PGA juga telah ditugaskan di Timor Leste di bawah PBB untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di negara tersebut.
Memandangkan tugas dan tanggungjawab PGA adalah menjaga keselamatan dan ketenteraman awam seperti lain-lain anggota polis di dalam jabatan atau pasukan di bawah PDRM, pasukan ini tidak perlu dimansuhkan, terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera
Terima kasih Timbalan Menteri.
Peranan ataupun sumbangan PGA ini memang tidak dikhuatiri. Tetapi 20 tahun atau 21 tahun selepas persetujuan damai di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya, adakah PGA masih diperlukan. Memandangkan apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi, kebanyakan fungsi yang dijalankan oleh PGA sekarang ini adalah secara ad hoc basis. Saya cadangkan supaya kerajaan membuat satu review dan menilai semula keperluan PGA dan menyalurkan sumber-sumber PGA untuk membanteras jenayah, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tohmahan mengatakan bahawa pasukan PGA ini dilaksanakan secara ad hoc adalah satu tuduhan yang melulu. Saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Bukit Bendera bahawa dalam Akta Polis di mana pegawai polis adalah menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Justeru itu bahawa PGA yang
Datuk Wira Abu Seman Yusop
merupakan anggota polis yang mana ada bidang-bidang yang tertentu yang telah ditugaskan kepada mereka seperti mana yang telah saya nyatakan dalam saya menjawab soalan awal tadi. Jadi apa yang dilaksanakan oleh PGA ini adalah tugas yang telah diatur untuk mereka melaksanakan tugas ini. Jadi dakwaan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi adalah melulu.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Ledang bersama-sama rakan di belakang ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini sebab Timbalan Menteri tadi ada menyebut tentang PGA digerakkan ke kawasan hot spot jenayah sebagaimana yang dirumuskan oleh NKRA. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya bagaimana rumusan NKRA selanjutnya tentang kecekapan, tentang kemahiran PGA ini untuk ditugaskan ke kawasan hot spot jenayah ini supaya mereka benar- benar boleh membantu untuk mengurangkan indeks jenayah turun ke tahap yang lebih rendah lagi supaya seluruh rakyat Malaysia termasuk Ledang yakin, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya ingin menyatakan di sini, bahawa tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anggota-anggota PGA ini ialah kawasan hot-hot spot ini ialah dengan membuat rondaan. Selain daripada rondaan ianya perlu dalam mengawal jenayah ini, how many percent dari kalangan anggota polis perlu kita mempertonjolkan kepada masyarakat.
Seterusnya dalam PGA ini sebagai pegawai polis mereka mempunyai latihan asas polis berkaitan dengan undang-undang dan juga berkaitan dengan disiplin dan kegunaan senjata api dan sebagainya. Sudah tentu bahawa tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pihak PGA ini dapat dilaksanakan dengan begitu baik dan juga dengan begitu penuh disiplin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya bekas Platoon Commander – Polis Hutan. Saya berkhidmat dari 1969 sampai 1974 dalam hutan Sarawak. Jadi itu sahaja terima kasih Yang Berhormat.
Tetapi orientasi latihan berlainan pada general duty jadi kita perlu membuat orientasi latihan semula untuk menghala tuju tugas mereka.
7. Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah tindakan kementerian dalam pengawalan serta penguatkuasaan berhubung isu kerosakan jalan raya Persekutuan di bawah kuasa Jabatan Kerja Raya yang disebabkan oleh kenderaan lebih muatan dan kenderaan besar.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan atas soalan ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ketebalan turapan jalan-jalan Persekutuan di negara ini direka bentuk berdasarkan tempoh ketahanan atau dengan izin design life selama 10 tahun. Tempoh tersebut mengambil kira faktor penggunaan sumber kewangan kerajaan secara optimum dan faktor-faktor teknikal yang lain seperti beban ganda piawaian, purata trafik harian, kekuatan lapisan tapak dan sub tapak jalan di samping kadar pertumbuhan trafik di sesuatu kawasan atau laluan.
■1100 Kementerian Kerja Raya sememangnya sedia maklum mengenai kualiti jalan yang rosak atau mendap disebabkan oleh kenderaan-kenderaan berat.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng
Sehubungan dengan itu, antara usaha kementerian ini untuk memastikan kualiti jalan di negara ini sentiasa terpelihara ialah melalui pewartaan Perintah Sekatan Had Berat Jalan Persekutuan 1989 (Pindaan) 2003. Berdasarkan perintah warta ini, had maksimum muatan bagi kenderaan berat telah ditetapkan sebagaimana di Jadual Kedua Senarai 1 dan Jadual Kedua Senarai 2 iaitu mengambil kira reka bentuk jalan dan tahap upaya struktur jambatan yang sedia ada. Perintah warta ini akan disemak dari masa ke semasa tertakluk kepada kemajuan siap kerja-kerja peningkatan dan naik taraf jambatan atau pembetung di sesuatu jalan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perintah sekatan had berat semasa tidak membezakan had muatan maksimum antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Walau bagaimanapun tahap keupayaan struktur jambatan- jambatan di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak pernah dinilai sebelum ini untuk dimasukkan dalam Jadual Kedua Senarai 1 perintah sekatan had berat seperti mana kebanyakan jalan-jalan utama di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, Kementerian Kerja Raya pada masa kini sedang menjalankan kajian, dengan izin, assessment of bridge capacity di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan menimbangkan kos sejumlah RM2.4 juta. Kajian ini dijangka akan siap pada 1 Mac 2011.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga sebagai langkah untuk meningkatkan ketahanan dan kualiti turapan jalan, Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan beberapa inovasi dan teknologi-teknologi baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Antaranya menerusi penggunaan kaedah turapan, dengan izin, polymer modified asphaltic concrete (PMA), stone mastic asphalt (SMA) dan turapan simen konkrit yang terbukti mempunyai kelebihan berbanding kaedah konvensional khususnya dari segi kemampuan menampung bahan beban ganda dan life cycle cost yang lebih rendah.
Selain itu teknologi-teknologi terkini juga akan diguna pakai bagi mengukuhkan struktur lapisan asas jalan seperti penggunaan simen atau lime stabilization, pre-loading dan surcaj, stone column, dynamic compaction dan dynamic consolidation iaitu sebagai alternatif kepada kaedah pengukuhan struktur tanah konvensional.
Akhir sekali, kementerian ini akan sentiasa bekerjasama dengan agensi- agensi penguatkuasaan kerajaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dalam memastikan peraturan dan undang-undang berkaitan kenderaan berat ini sentiasa dipatuhi. Ini termasuklah usaha untuk mengoptimumkan penggunaan stesen- stesen timbang sedia ada di seluruh negara bagi tujuan menjalankan penguatkuasaan terhadap kenderaan-kenderaan yang melebihi had berat muatan.
Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kehadiran Majlis Belia Labuan ke Parlimen.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih timbalan menteri.
Jawapan yang begitu mantap tetapi masih kurang tepat. Seperti mana yang kita sedia maklum, syarikat-syarikat yang memiliki lori ataupun kenderaan-kenderaan besar dan membawa lebih muatan seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan-kerosakan jalan yang mana atas kerosakan ini, kerajaan telah membelanjakan beratus-ratus juta untuk pembaikan. Seperti mana yang dinyatakan oleh timbalan menteri tadi, kita mempunyai ketebalan jalan yang telah pun di design sehinggakan boleh bertahan selama 10 tahun.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Apa yang kita lihat jalan-jalan di Malaysia ini kalau telah bertahan 10 tahun, saya rasa cukup hebat dan cukup baik kerana yang kita lihat sekarang selepas lima tahun, ada yang senget sana, ada yang rosak sini disebabkan oleh kenderaan-kenderaan yang lebih muatan ini. Adakah kita boleh mengadakan penalti ataupun pemantauan yang lebih mantap. Sekiranya mereka membawa muatan yang lebih, kita kenakan dengan penalti-penalti yang tinggi sehinggakan mereka mematuhi peraturan-peraturan penggunaan jalan tersebut.
Soalan saya yang kedua adalah berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk pembaikan Jalan Persekutuan seluruh Malaysia yang mana disebabkan oleh masalah kenderaan berat yang mana penggunanya membawa lebih muatan. Kalaulah kita mengikuti, contohnya jalan highway ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah cukup dua soalan Yang Berhormat.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Jadi oleh itu, diharapkan kementerian dapat memberikan jawapan yang lebih tepat. Terima kasih.
Dato' Yong Khoon Seng
Terima kasih Yang Berhormat Labuan.
Berkenaan dengan kenderaan-kenderaan berat yang merosakkan jalan. Kita tahu ketebalan turapan jalan memang kita ada tempoh ketahanannya 10 tahun. Kalau ada kenderaan berat berjalan di atas permukaan jalan-jalan, life span nya telah dikurangkan mengikut keberatan kenderaan, mungkin tiga atau lima tahun ia telah rosak. Ini kita menyeru kepada pihak penguatkuasaan JPJ supaya menjalankan tangkapan oleh sebab kenderaan yang membawa lebihan berat akan didenda atau di mana kita perlu juga pihak- saya tidak faham, Labuan tidak ada stesen timbang, yang saya tahu ada di Sarawak dua atau tiga, satu di Serian tetapi di Labuan kita juga harap kalau ada stesen timbang, gunakan stesen timbang untuk penguatkuasaan dan ambil tindakan.
Untuk penyelenggaraan jalan di seluruh Jalan Persekutuan, memang kita telah pun memohon untuk RM900 juta untuk keseluruhan Jalan Persekutuan di seluruh negara. Pada tahun ini, terdapat juga RM400 juta dan oleh sebab kita mengikut konsesi pihak yang menyelenggarakan jalan, kita berikan RM1,550 sekilometer sebulan di kawasan Jalan Persekutuan di Semenanjung dan di Sabah, Sarawak dan Labuan memang lebih sedikit. Di Labuan adalah dekat RM1,900 sekilometer.
Apa yang saya tahu di jalan di Labuan, saya pun pernah pergi, banyak kerja binaan utiliti dijalankan. Jalan memang sekarang amat teruk, saya faham dan pengalihan paip-paip water di sana telah pun mengakibatkan jalan-jalan sangat rosak dan kita harap pihak kontraktor akan mengurus dengan trafik jalan dengan lebih baik. Kita ada garis panduan dari pihak ke JKR dan dari pihak Road Engineering Association Malaysia. Kita ada bagi garis panduan untuk membaik pulih jalan-jalan yang telah pun dikorek untuk pengalihan utiliti. Saya harap juga ianya akan berjalan dengan baik.
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - Bukit Gantang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kenapakah Kerajaan Barisan Nasional melalui pihak berkuasa tempatan kadang-kadang setiap kali pilihan raya, mereka membuat projek jalan raya ‘mi segera’ dan tak sampai tiga empat bulan kadang-kadang selepas pilihan raya, jalan itu rosak semula hingga menyusahkan orang kampung, menyusahkan pengguna jalan raya.
Tadi Timbalan Menteri menyatakan bahawa dia ada spesifikasi, ada proses-proses tertentu nak buat jalan supaya dia tahan lama. Persoalannya
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - Bukit Gantang
adakah Barisan Nasional mahu lagi membohongi rakyat, bila setiap kali ada pilihan raya kecil atau umum maka ketika itu dibuat jalan raya-jalan raya mi segera yang telah melanggar segala-gala peraturan untuk menjadikan jalan raya itu bertahan lama. Jadi persoalan saya, sampai bilakah JKR dan KKR mahu menasihati setiap agensi khususnya pihak berkuasa tempatan supaya tidak melaksanakan kerja-kerja mi segera kerana dia merosakkan jalan itu, menyusahkan rakyat dan harganya berlipat kali ganda yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Jadi saya minta penjelasan, terima kasih.
Dato' Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat. Apa yang kita buat di jalan, di mana-mana jalan yang dibina oleh Kementerian Kerja Raya memang kita mengikuti spesifikasi yang diperlukan dan kita adanya di mana-mana jalan-jalan kampung, jalan-jalan PBT, ianya dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri. Bagi kita di Kementerian Kerja Raya, kita memang gunakan kaedah terbaik. Malah kita telah pun menggunakan teknologi-teknologi lebih terkini untuk menambah baik jalan dan untuk menambah baik jalan itu sehingga lebih daripada 10 tahun. Sekian, terima kasih.
8. Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [Bagan Serai] minta Menteri Kewangan menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah untuk mengatasi aktiviti penyeludupan rokok yang berleluasa; dan
(b) berapakah jumlah tangkapan dan nilai rampasan bagi tahun 2008 hingga kini.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau JKDM telah mengambil tindakan penguatkuasaan secara berterusan sepanjang tahun untuk membanteras sindiket penyeludupan rokok. Di antara langkah diambil adalah menjalankan pemeriksaan ke atas premis atau stor, serbuan, menjalankan sekatan jalan raya, menjalankan rondaan darat, menjalankan rondaan laut, mengesan barangan yang disyaki dengan menggunakan mesin pengimbas, aktiviti risikan, mengadakan kempen atau publisiti bagi tujuan meningkatkan kesedaran, mewujudkan talian bebas tol untuk memudahkan aduan oleh orang awam dan penggunaan dakwat keselamatan serta cukai setem bagi membezakan rokok yang telah dibayar cukai dengan rokok yang belum dibayar cukainya.
Langkah yang diambil oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia tersebut telah berjaya membanteras aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok seludup berdasarkan peningkatan perolehan kes dan nilai rampasan rokok yang telah meningkat sebanyak 56% bagi tempoh Januari hingga Mei 2010 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2009.
Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan (b), jumlah tangkapan penyeludupan rokok bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 hingga Mei adalah 1123 kes, 1799 kes, dan 1486 kes masing-masing. Nilai rampasan adalah berjumlah RM58,167,561 bagi tahun 2008. RM70,902,558 bagi tahun 2009 dan RM43,593,379 bagi tahun 2010 iaitu sehingga bulan Mei. Sekian.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Terima kasih atas jawapan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya belum jemput Yang Berhormat. Ha jemput Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Okey.
[Ketawa]. Terima kasih dengan jawapan daripada Timbalan Menteri mengenai dengan soalan tadi. Apa yang saya musykilkan bahawa walaupun langkah- langkah telah dijalankan oleh Kastam, tapi kita dapati masih banyak lagi dan mudah mendapatkan rokok haram tadi terutamanya kalau di Semenanjung. Kalau kita pergi ke kedai-kedai memang boleh dapat dan selain daripada itu juga, kalau kita pergi ke Lahad Datu, saya rasa di sekitar pasarnya itu bersepah-sepah dan berkeliaran sahaja menjual rokok tersebut. Jadi yang sedihnya iaitu mereka yang menjual ini adalah saya agaknya adalah orang-orang PATI daripada kecil sampai ke yang tua. Jadi mereka ini dengan mudah sahaja menjual barang-barang tersebut tapi tak ada tindakan apa-apa oleh pihak penguat kuasa.
Jadi apa yang saya harapkan satu daripada ialah cuba pihak berkuasa sama ada Kementerian Tempatan atau Kastam atau sesiapa saja tangkap sahaja depa itu. Banyak, takkan tak boleh tangkap. Okey, itu satu dan yang kedua iaitu kalau kita perhatikan, memang Majlis Fatwa Agama Islam telah pun membuat satu keputusan bahawa kita haramkan sahaja dengan rokok tadi. Jadi kalau kita haramkan, habis cerita yang satu daripadanya dan sambil pada itu ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tolong soalan. Dah panjang sangat.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Tak, tak. Sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Begini, apakah langkah ataupun halangan atau rintangan yang menghalangkan daripada menjual hasil rampasan yang ada.
Sebab apa yang kita perhatikan, rampasan memang banyak dan ini merupakan sebagai satu khazanah negara. Macam mana kalau rokok terutama sekali rokok keretek, kita jual sahaja balik benda itu dan kita halalkan benda itu dan ia merupakan satu khazanah kepada negara dan boleh digunakan untuk pembangunan negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada sekian, macam ucapan ya.
Dato' Donald Lim Siang Chai
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tadi. Untuk maklumat Yang Berhormat, saya nak memberi lebih maklumat kepada Yang Berhormat iaitu kadar cukai ke atas rokok. Duti importnya ialah 20 sen satu batang, duti eksais ialah 19 sen satu batang tambah 20% dan cukai jualan 5%.
Oleh sebab cukai yang tinggi, memang kita pun tak dapat hapuskan smuggling atau penyeludupan. Kalau Yang Berhormat ada maklumat yang teliti, boleh memberitahu kepada pihak kastam, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya.
Mengenai soalan yang kedua, haramkan rokok. Memang Ahli Parlimen di sini pun tak setuju dengan Yang Berhormat. Ada yang merokok tapi yang itu bukan senang untuk saya jawablah. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ada yang tak suka dengan rokok, ada yang suka dengan rokok Yang Berhormat. Ya?
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Siapa Yang Berhormat?
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Soalan tambahan.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Saya, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat dari Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Kita melihat apa jua amaran kepada perokok-perokok ataupun kerajaan menaik cukai rokok, masih ada yang suka merokok. Jadi, apa yang saya tengok di sini, penyeludupan rokok itu berleluasa.
Daripada satu tangkapan ke satu tangkapan masih juga rokok itu dimasukkan dengan cara haram. Bolehkah tidak, ini soalan saya. Bolehkah tidak kerajaan kita membenarkan kilang-kilang rokok di Malaysia supaya rokok-rokok kita itu boleh dijual juga dengan harga RM1 satu kotak ataupun satu peket ataupun RM1.50 satu peket supaya penyeludupan itu dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.
Dato' Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, memang saya tidak dapat jawab apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormatlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kasi masuk free lah.
■1120
9. Dato’ Paduka Abu bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:-
(a) dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke luar negara, ramai ‘Captains of Industries’ Malaysia turut serta. Nyatakan sejauh manakah mereka ini memanfaatkan lawatan tersebut dari aspek perdagangan; dan
(b) adakah pemantauan dibuat sama ada MoU dan perjanjian kontrak perdagangan yang dimeterai semasa lawatan tersebut berjalan mengikut yang dijangkakan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Walaikumsalam warrahmatullahi wabarakaatuh.
Tuan Yang di-Pertua, penyertaan ‘Captains of Industries’ di dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke luar negara menunjukkan kesungguhan Malaysia untuk meningkatkan lagi tahap perdagangan dan pelaburan dengan negara yang dilawati. Ia juga akan meningkatkan lagi profil lawatan tersebut.
Penyertaan mereka yang merupakan pengurusan tertinggi syarikat dalam delegasi perniagaan Malaysia akan memastikan suatu keputusan dapat diambil semasa perbincangan atau rundingan dengan rakan perniagaan di negara yang dilawati, terutama bagi mereka yang ingin meneroka peluang-peluang perdagangan dan pelaburan yang baru.
Penyertaan mereka juga telah berjaya membantu meningkatkan akses dan rangkaian mereka di pasaran luar. Penyertaan dalam rombongan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membantu mereka menjayakan bidaan terhadap sesuatu projek atau mengatasi masalah berkaitan kerenah birokrasi yang dihadapi melalui penyelesaian di peringkat antara kerajaan atau dengan izin, G2G. Akses kepada peluang perniagaan dan pelaburan diterokai dan di bincang melalui program-program yang diaturkan seperti business matching
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
dengan izin, perbincangan meja bulat dengan tokoh-tokoh industri negara yang dilawati dan juga pertemuan di peringkat G2G.
Tuan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa penyertaan tokoh-tokoh industri tempatan dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke luar negara telah memberi manfaat kepada negara khususnya dari segi perdagangan dan pelaburan. Komitmen dan kesungguhan Malaysia telah berjaya membuka ruang untuk bertemu dan berbincang dengan pemimpin- pemimpin syarikat di negara-negara yang dilawati. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penyertaan mereka dalam setiap sesi lawatan telah dirancang dengan teliti supaya objektif penyertaan mereka dapat menyumbang kepada pencapaian hasil lawatan yang lebih mantap.
Tuan Yang di-Pertua, bagi tempoh April 2009 hingga Mei 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengadakan beberapa siri lawatan negara, antaranya ke China, Emiriah Arab Bersatu, India, Vietnam, Amerika Syarikat, Jepun dan Kemboja. Sebanyak 49 MoU telah ditandatangani antara syarikat Malaysia dan syarikat asing. Bagi tujuan pemantauan, syarikat-syarikat ini dikehendaki menghantar laporan kemajuan pelaksanaan MoU secara berkala sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Seterusnya kementerian akan melaporkan kemajuan pelaksanaan MoU tersebut kepada Jemaah Menteri. Langkah ini adalah bagi memastikan supaya MoU yang dimeterai semasa lawatan tersebut berjalan mengikut matlamat yang dijangkakan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya sebelum sesuatu MoU ditandatangani dan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, ia perlu ditapis dan diluluskan oleh Jawatankuasa MoU bagi memastikan kesahihan MoU tersebut.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, MIDA, MATRADE dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Dato’ Paduka Abu bakar bin Taib - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya melihat penglibatan ‘Captains of Industries’ dalam lawatan Perdana Menteri perlu digalakkan dan mungkin mengadakan MoU dan perjanjian. Itulah yang dilaksanakan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ayahanda kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi tersebarlah penglibatan Malaysia dan nama baik Malaysia di Afrika Selatan, Bosnia, Libya, Sudan, Iran, Mozambique, Zimbabwe, China dan India.
Jadi pesan saya, walaupun kita memantau tetapi terdapat juga mereka yang telah menandatangani MoU ini tidak perform. Apakah tindakan kerajaan? Ini kerana kalau mereka tidak perform, ia akan memalukan dan menjejaskan nama baik Malaysia. Saya percaya – ada kawan saya yang buat perumahan di Libya, di Sudan, Zimbabwe, Mozambique dan sebagainya tetapi – selain daripada itu, ada juga terdapat yang sengaja ikut serta tetapi tidak buat apa-apa. Jadi itu soalan saya. Terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat dari Langkawi. Tuan Yang di-Pertua, memang benar ada juga perjanjian-perjanjian termasuklah MoU-MoU yang telah ditandatangani dan disaksikan oleh pemimpin- pemimpin kita yang akhirnya tidak menjadi. Ini apabila kami pantau, kita dapati
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
bahawa antara alasan-alasan yang diberikan adalah atas sebab-sebab komersial yang tidak dapat dielakkan.
Selain daripada itu, seperti yang saya nyatakan dalam jawapan sebentar tadi, setelah beberapa kali berlaku – kesempatan yang diambil oleh beberapa tokoh komersial yang menyertai lawatan ataupun menyertai delegasi yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri khususnya ke luar negeri yang hanya menandatangani MoU tetapi sebenarnya tidak begitu serius, maka kami di MITI khususnya, sekarang ini membuatnya sebagai satu syarat supaya MoU-MoU ini di peringkat awal lagi, sebelum disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri khususnya, dilakukan vetting dengan izin oleh MITI supaya tidak berlaku lagi kejadian-kejadian seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Langkawi sebentar tadi.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Ringkas, tepat dan padat, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, setakat ini dari April 2009 hingga Mei 2010 ini, apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh negara terhadap kemasukan pelabur- pelabur asing ke dalam negara kita yang berhubung kait dengan human resource yang ada? Ini kerana kita tahu 25% sahaja tenaga pekerja di dalam negara kita ini yang mempunyai pendidikan tinggi. Saya harap kekangan-kekangan yang dihadapi oleh negara – jawapan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat dari Pendang dengan soalan tersebut. Sebenarnya kita tidak begitu menghadapi kekangan seperti itu. Seperti yang kita sedia maklum, kita terpaksa mengimport pekerja asing untuk memenuhi pelbagai jawatan yang diwujudkan di negara ini kerana pelaburan daripada FDI. Kekangan yang dihadapi sekarang ini sebenarnya adalah kekurangan pekerja iaitu apabila mereka melabur di dalam industri berintensif buruh, sudah tentu mereka mengharapkan agar kita dapat menyediakan pekerja-pekerja yang berkemahiran rendah seramai yang mungkin.
Itu sudah tentu tidak menjadi satu kelebihan kita buat masa ini memandangkan kita mempunyai ekonomi yang terdekat seperti China dan India yang bersaing dengan kita dalam soal itu. Oleh sebab itu, tumpuan kita buat masa ini adalah untuk menarik pelaburan yang lebih berintensif modal dan teknologi yang tinggi yang tidak memerlukan begitu banyak pekerja yang kurang mahir ini.
Terima kasih.
10. Dato’ Ibrahim bin Ali [Pasir Mas] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah tuntutan dan permintaan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan terutama Ziong Dong mengenai Sekolah jenis Kebangsaan Cina setakat ini dan apakah tuntutan dan permintaan tersebut selari atau bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berhadapan dengan pelbagai tuntutan dan permintaan oleh pihak-pihak berkepentingan dan yang prihatin terhadap pembangunan pendidikan negara. Namun, KPM berpendapat adalah perlu tuntutan bertujuan untuk membangunkan pendidikan negara ini diketengahkan untuk dikaji, dinilai dan jika bersesuaian, akan dilaksanakan.
■1130 Sehubungan dengan itu persatuan-persatuan yang memperjuangkan pelbagai perkara dan isu berkaitan pendidikan seperti Kesatuan Guru termasuk
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
juga badan-badan bukan kerajaan seperti Persatuan Dong Jiao Zhong perlu didengar dan dikaji kesesuaiannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat antara tuntutan yang pernah diutarakan oleh Dong Jiao Zhong khususnya mengenai pembangunan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SKJC adalah seperti berikut:
(i) kesesuaian pelaksanaan seksyen-seksyen di bawah Akta Pelajaran;
(ii) langkah mengatasi masalah kekurangan guru;
(iii) pengambilan guru pelatih Cina IPGM melalui kelulusan sijil Unified Examination Certificated;
(iv) memperjuangkan hak-hak yang boleh diberi keutamaan terhadap kebajikan guru, murid dan pembangunan SKJC; dan
(v) memastikan bahawa pendidikan di SKJC tidak diabaikan oleh kerajaan.
Terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengetahui sebab dalam soal kebajikan tidak timbul apa-apa masalah tetapi ada tuntutan-tuntutan yang nyata bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Apatah lagi perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 153 seumpamanya, di mana saya dapati sebelum ini tuntutan-tuntutan yang dibuat termasuklah pengiktirafan seumpamanya, yang hendak dituntut pengiktirafan, minta peruntukan tetapi sekolah-sekolah ini nyata bertentangan dengan aspirasi dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat dalam jawapan saya tadi mengatakan bahawa semua tuntutan daripada NGO kita kaji dan nilai sama ada ia bersesuaian. Kalau bersesuaian kita laksanakan. Mengenai apa yang disebut oleh Yang Berhormat, mungkin ada yang tidak menyebut secara spesifik tuntutan mana yang dikatakan bertentangan dengan Falsafah Pendidikan dan sebenarnya kita mempunyai satu proses untuk menilai kesesuaian sesesuatu perkara yang diketengahkan oleh mana-mana NGO. Ini diguna pakai oleh semua NGO juga.
Keduanya mengenai pengiktirafan. Selama ini apa yang saya dapat nyatakan tadi iaitu lima perkara kebajikan guru, sama ada pembangunan SJKC, saya rasa dalam ruang lingkup yang berlandaskan kepada perlembagaan dan berlandaskan kepada seksyen dalam Akta Pelajaran itu sendiri. Jadi saya rasa dalam perkara ini kita secara terbuka mendengar dan kita akan menilai berdasarkan apa yang ada pada kita. Saya rasa soal dia membuat tuntutan yang berlebihan mungkin dari segi itu kita akan nilai dan kita akan menggunakan apa yang boleh dipraktikkan oleh kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Itu sahaja Yang Berhormat sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPRI) dan kita berharap lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
[Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih ingin saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berbahagia Allahyarham Tun Omar Ong Yoke Lin, bekas Yang di-Pertua Dewan Negara pada Tahun 1973 hingga 1980 telah kembali ke rahmatullah pada Hari Khamis, 1 Julai 2010 bersamaan 18 Rejab 1431 Hijrah.
Allahyarham dikenali seorang pejuang kemerdekaan, bersifat patriotik dan merupakan individu penting di sebalik kejayaan mencapai kemerdekaan. Beliau merupakan seorang Tokoh Negarawan yang banyak menyumbang jasa dan bakti kepada negara. Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan yang besar kepada negara.
Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada balu Allahyarham Yang Berbahagia Toh Puan Hajah Aishah Ong dan seluruh ahli keluarga beliau. Kita berdoa moga-moga Allah Subhanahuwataala akan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di antara roh-roh orang yang soleh. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekian bangun, kepada Yang Berhormat beragama Islam diminta menghadiahkan al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama 1 minit.
[Semua Ahli Yang Berhormat beragama Islam membaca Al-Fatihah dan bukan beragama Islam bertafakur]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Penjelasan. Penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat pada masa kita membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Ahli Yang Berhormat Kota Melaka ada menanyakan tentang satu perkara iaitu the Speaker’s chair yang dihadiahkan oleh The House of Commons, adakah ia masih ada dan telah dijumpai? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebenarnya tidak sepatutnya menjawab biarlah kerajaan buat. Akan tetapi oleh sebab persoalan ini dibangkit dan ditujukan kepada saya dan saya telah membangkitkan perkara ini semenjak satu tahun lebih yang lepas, jadi saya mengambil peluang memberi penjelasan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya Speakers chair yang ingin dihadiahkan oleh The House of Commons dan juga Ahli-ahli Parlimen United Kingdom pada tahun 1963 sebenarnya hendak dihadiahkan dan disampaikan pada 11 September 1959. Oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka kerusi itu telah dibawa ke Malaysia pada 2 November 1963. Sempena dengan pembukaan rasmi Dewan yang mulia ini dan juga mesyuarat pertama Parlimen
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Malaysia, kerusi itu telah dihadiahkan secara rasmi dan diterima secara rasmi oleh Dewan. Selepas itu, selepas dipakai beberapa tahun kerusi itu nampaknya tidak diketahui di mana letaknya. Jadi saya tercari-cari di mana letak kerusi itu, sebagai mencintai sejarah Dewan.
Akhirnya, pegawai dan KP atas permintaan saya dan juga dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen mencarinya. Akhirnya alhamdulillahlah, kerusi itu selamat dan disimpan di tempat yang sepatutnya tersimpan. Kerusi itu sekarang letaknya di Muzium Negara dalam keadaan selamat, kerana telah diserahkan pada tahun 1984 kepada Muzium Negara. Sekian Yang Berhormat.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang 2007; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Datuk Wira Abu Seman]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat kali ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah “Bahawa Rang Undang-Undang ini
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi.
■1140 Saya hendak mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tepat pada masanya, sesuai pada ketikanya dan undang-undang ini sangat penting kepada pengguna. Erti pengguna ialah rakyat, sudah sepatutnya kerajaan melindungi rakyat, melindungi pengguna, melindungi rakyat. Dunia semakin mencabar, dunia memang benar-benar mencabar. Selamat datang Tan Seri Tuan Yang di-Pertua.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Timbalan yang menjalankan tugas yang sangat baik pada pagi ini. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua, seorang yang begitu hebat.
Tuan Yang di-Pertua
Mahu perlu sambung? Mahu perlu disambung ucapan itu?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya, mahu perlu.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila teruskan. Kalau perlu silakan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini mukadimah Tuan Yang di-Pertua, mengalu-alukan Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bahagia waktu saya berucap Tuan Yang di-Pertua yang jadi Yang di-Pertua. Dunia semakin mencabar, tidak dinafikan di dalam Dewan yang mulia ini, kita luluskan banyak undang-undang, banyak akta tetapi sebenarnya semakin banyak pula pencabulan kepada undang-undang dan akta yang diluluskan.
Mereka mencabul undang-undang dan akta secara licik. Yang Berhormat Menteri faham licik? Yang Berhormat Pokok Sena faham ya? Licik. Licik ini, perwakilan daripada republik Indonesia faham ucapan saya. Licik ini bermakna yang macam licik.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Licik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Seputeh, you mana tahu bahasa Melayu ini, licik, licin. Mereka mencabul, melanggar secara kreatif Tuan Yang di-Pertua, begitu licik mereka melanggar.
Penipuan semakin kreatif dan kalau tidak ditangani secara penguatkuasaan yang kreatif juga, kita tidak akan dapat mengatasinya. Saya mohon bertanya Yang Berhormat Menteri, yang anaknya penyanyi yang terkenal, yalah gadis-gadis remaja di kawasan saya gila-gila dengan anak Yang Berhormat Menteri ini. Ini pun pengguna juga. [Ketawa] Sejauh manakah kekuatan jentera penguatkuasaan kementerian Yang Berhormat Menteri? Sejauh mana? Kalau sekadar beberapa ratus anggota, hendak menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara, kita sudah tentu tidak mampu. Umpamanya masalah cetak rompak masih belum selesai, saya mewakili para artis, penyanyi-penyanyi, mereka merasakan bahawa kerajaan tidak melindungi mereka. Bukan pula kerajaan tidak mahu melindungi mereka tetapi cetak rompak ini terus berleluasa. Betul perkataan berleluasa? Betul ya?
Beberapa Ahli
Betul.
Seorang Ahli
Tidak terkawal.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak terkawal. Yang Berhormat Permatang Pauh yang tiru saya. Masalah video lucah, saya tidak tahu, apakah kita mampu untuk mengawalnya, jauh sekali kita hendak menghapuskannya.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sri Gading. Saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat ketika semangat berkobar-kobar Yang Berhormat telah bangkitkan Akta Perlindungan ini, itu satu perkara yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri berhubung dengan pelanggaran kod etika iklan atau advertisement.
Iklan di sini kita lihat ada yang baik Yang Berhormat Sri Gading dan ada dianggap telah mempamerkan unsur-unsur penipuan ataupun elemen-elemen penipuan yang luar biasa. Masalah di sini ialah, dalam Akta Perlindungan
Datuk Ismail Kasim - Arau
Pengguna ini, bagi mereka yang melanggar peraturan yang berhubung dengan iklan, hukuman tidak boleh dikenakan di bawah akta ini sebaliknya hukuman adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jadi Yang Berhormat, bermakna akta ini terangkum begitu banyak akta tetapi hukuman tidak boleh dikenakan, jadi bagaimana keberkesanan akta ini menurut pandangan Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya bukan Menteri, saya masukkan ini dalam sebahagian ucapan saya, menjadi tanggungjawab Yang Berhormat Menterilah untuk menjawabnya. Saya memang berharap Menteri menjawabnya secara terperinci. Masalah hak cipta Tuan Yang di-Pertua, apakah benar-benar kita memelihara hak cipta ini, bersambung dengan itu sejauh mana Akta Harta Intelek benar-benar dapat kita kuasa kan?
Tuan Yang di-Pertua, penipuan jualan harga runtuh, runtuh? Jualan murah dan potongan harga sampai 80%. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan potongan sebenarnya, ini gila punya kerja. Jadi kalau bukan gila punya kerjanya, penipuan.
Jualan..
Datuk Ismail Kasim - Arau
Sekali lagi laluan. Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Memandangkan di awal ucapan Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri gading telah membangkitkan soal royalti kepada artis. Saya hendak berkongsi pengalaman dengan Yang Berhormat Sri Gading, saya difahamkan bahawa royalti ini dibahagi kepada persatuan-persatuan artis dipanggil PAPITA dan sebagainya tetapi tidak sampai kepada artis ataupun sampai dalam jumlah yang kecil.
■1150 Jadi, bagaimana artis kita untuk hidup lebih baik dengan pendapatan mereka? Ini kerana tadi Yang Berhormat telah menunjukkan pembelaan yang begitu hebat kepada – contoh seperti anak Tan Sri P. Ramlee, merempat sekarang sedangkan hasil karya bapanya merupakan hasil-hasil yang terlalu agung kalau dinilai dalam konteks sekarang ini. Apa pandangan Yang Berhormat Sri Gading?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya terpanggil. Sebut nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, saya terpanggil. Memang dia laksana bulan. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau, ini sebahagian daripada rintihan. Itu sebabnya saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana sebenarnya kekuatan anggota penguatkuasaan? Saya tidak hendak menyalahkan Yang Berhormat Menteri. Takkanlah beban menyusuri setiap kedai, setiap warung itu kerja Yang Berhormat Menteri. Betul! Memang sekali-sekala saya tahu Yang Berhormat Menteri turun ke bawah. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat Menteri seorang sahaja atau beberapa pegawai tinggi yang bekerja, tidak akan menyelesaikan masalah.
Kita ada kereta, kereta rosak pergi kedai workshop. Ramai pengaduan dibuat bahawa alat ganti yang digunakan konon hendak menggantikan kerosakan alat ganti kereta-kereta itu sebenarnya ialah secondhand! Dia beli daripada kereta yang telah pun dikerat? Apa? Kereta yang dipotong tetapi, bil yang sampai ke tangan kita alat ganti itu alat ganti asli. Kita tidak tahu! Saya bukan menuduh semua kedai workshop begitu tetapi, kebanyakan aduan yang sampai kepada saya, dia seperti dia ditipu. Pakai dua atau tiga bulan, rosak balik!
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Laluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jemput. Saya memang hormat wanita.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menambah sedikit daripada apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading dan ingin mendapat penjelasan daripada beliau, iaitu tentang alat ganti yang dihantar ke workshop ini. Saya mengalami sendiri dan ramai juga yang mengalami. Apabila accident misalnya, berlaku kemalangan jalan raya, kita hantar ke workshop. Contoh, saya pernah hantar kereta saya bamparnya rosak. Kemudian dia kata, “okey”, akan ganti bampar, kita pun tengok bampar dia itu. Akan tetapi apabila kita terima balik, kita pula hendak cepat, hendak balik kampung, hendak balik raya semua, terus sahaja pakai kereta, bila kita semak balik rupanya bampar itu adalah bampar yang lama.
Cuma dia ketuk balik sahaja walaupun sebelum ini dia kata tidak boleh digunakan bampar tersebut. Saya kira ini bukan satu perkara yang berlaku secara eksklusif.
Ini saya kira berleluasa dan saya pernah sebelum ini pun, sebuah kereta lain, radiatornya begitu juga, katanya ditukar tetapi tidak ditukar sehingga menyebabkan kesusahan yang sangat banyak.
Jadi, saya minta Yang Berhormat Sri Gading bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, bagaimana pihak kementerian mengawal perkara-perkara seperti ini? Ini kerana bengkel-bengkel seperti ini mendapat kontrak yang banyak, yang besar malah yang menjadi orang tengahnya adalah anggota polis sendiri di tempat kita membuat laporan itu. Dia beri – okey yang ini pergi di bengkel seperti ini. Jadi, kita lihat penipuan begitu berleluasa tetapi tidak ada penguatkuasaan di sana. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Memang benar apa yang diluahkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Bukan sahaja Yang Berhormat Titiwangsa, isteri kesayangan saya...
[Ketawa]
Beberapa Ahli
Yang mana satu? Yang mana? Yang mana?
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang mana satu itu? Yang mana satu?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Itu perlu 36(6) itu.
[Ketawa] Baiki kereta sampai RM9,000! Akan tetapi oleh sebab isteri kesayangan, saya pun keluarlah cek RM9,000 lebih. Ini betul Yang Berhormat Bukit Mertajam, bukan cerita bohong.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukan dua cek, satu cek. [Ketawa]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Sri Gading, boleh...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jemput, jemput.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Boleh mencelah ke belakang?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jemput.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Belakang ke hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tentang workshop tadi, saya rasa ini subjek yang sangat serius dan semua terlibat. Satu
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
lagi contoh Yang Berhormat Sri Gading. Tadi Yang Berhormat Titiwangsa sebut satu bab tentang ada orang tengah, itu satu bab.
Satu lagi tentang harga yang tidak munasabah ini. Harga spare part, harga yang tidak munasabah. Harga 200% lebih mahal daripada yang sepatutnya.
Umpamanya Yang Berhormat Sri Gading, ada satu workshop lain hendak jual spare part kepada kenderaan yang hendak dibaiki ini – ia spare part dan upah.
Spare part sebenarnya murah. Sebagai contoh, harga tiup gas air-conditioner ini sebenarnya harganya lebih kurang RM10. Jadi, workshop ini oleh kerana dia prihatin dengan orang ramai, dia jual dengan harga murah lebih kurang RM15 sedangkan workshop lain jual RM30. Dia jual RM15, datang satu gerombolan gengster, gengster Yang Berhormat Sri Gading!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang diupah oleh workshops lain supaya jual dengan harga mahal. Ini Yang Berhormat Sri Gading, saya minta supaya dapat dibawa dalam masalah ini, di mana ada monopoli harga menggunakan gengster oleh penjual-penjual spare part ini yang sebenarnya menyusahkan orang ramai dan semua kita guna kenderaan. Selama ini sebenarnya kita ditipu Tuan Yang di-Pertua dari segi harga, harga yang amat- amat tidak munasabah, 200% lebih mahal daripada harga yang sepatutnya.
Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja barang itu keoriginalannya, keasliannya tidak dapat hendak kita sahihkan. Harga! Seperti Yang Berhormat Ledang sebut tadi harga. Tidak ada satu pun yang kita tahu alat ganti ini harganya ini, alat ganti ini harganya ini, alat ganti ini harganya ini. Tidak ada siapa yang tahu. Terserahlah, terserahlah pada workshop itu hendak letak berapa harga dan kita bayar. Original atau tidak kita tidak pasti, kita perlu bayar. Penipuan ini bukan sehari dua. Penipuan ini sudah bertahun-tahun dan kalau tidak diatasi, ia akan berterusan bertahun-tahun, bertahun-tahun.
Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana orang ambil kesempatan kerana kekurangan maklumat kepada pengguna. Kita tidak tahu! Jadi, saya berharap perkara-perkara seperti ini sekali lagi saya hendak bertanya, apakah kementerian mempunyai cukup kakitangan penguatkuasaan? Harga murah, apakah benar murah Tuan Yang di-Pertua? Apakah benar murah? Apakah tidak secara terang- terang rakyat dan pengguna ditipu dalam negara ini dan yang menipu ini syarikat- syarikat jenama yang besar-besar. Potongan 50%, barang ini RM50. Sebenarnya harga biasa pun RM50. Dia letak sebelum jualan RM100, potong 50% tinggal 50%. Sebenarnya itulah harganya. Takkan kita tidak tahu seperti saya ceritakan tadi, 80% Tuan Yang di-Pertua, mana masuk akal!
■1200 Mana masuk akal. Kalau 80% potongan, berapa yang dia untung? Satu.
Perkara kedua, apakah barangan ini bukan barangan tiruan, jenama-jenama yang terkenal, kasut, beg tangan perempuan, baju, seluar? Banyak perkara yang kalau kita ke Bandung dapat harga yang lain. Kalau kita ke Beijing dapat harga yang lain, jenama yang sama. Saya beli setokin di Beijing. Satu pasang, dia jual sepuluh pasang Tuan Yang di-Pertua, 30 yuan, maknanya RM15 duit kita. Maknanya, satu pasang RM1.50. Saya pergi ke sebuah - jualan kita punya anulah, saya tidak mahu sebut, RM18 satu pasang. RM1.50 dengan RM18. Stokin itu berjenama BOSS. BOSS lah maksud ini.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Sri Gading, boleh bertanya lagi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tentang harga. Ini bukan hendak argue, tidak. Hendak bertanya sama ada Yang Berhormat Sri Gading perasan atau tidak iaitu sut atau baju. Baju apa yang dipanggil Yang Berhormat Lenggong?
[Bertanya kepada Yang Berhormat Lenggong] Sut ini. Blazer, dijual di butik di belakang dengan seluar sekali Tuan Yang di-Pertua, RM299. Bukan RM2,999, cuma RM299. Saya dan Yang Berhormat Lenggong pakai. Baju kemeja Tuan Yang di-Pertua, kualiti tinggi cuma harganya RM29, maknanya betullah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, harganya murah, tidak mahal. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Sri Gading? Ini sebagai bukti bahawa sebenarnya apa yang dijual di luar itu mahal. Buktinya di belakang murah. Sekian, Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya. Yang Berhormat Ledang memang pakai murah Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Maknanya, harga yang betullah itu. Saya ucapkan tahniah Yang Berhormat Ledang kerana mempertahankan barangan yang dijual di Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Bolehlah Yang Berhormat semua buat jacket ini di belakang.
Masalah ubat Tuan Yang di-Pertua. Ubat, Tuan Yang di-Pertua. Ubat, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ubat apa Yang Berhormat Sri Gading?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ubat Tuan Yang di- Pertua [Ketawa].
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Ubat apa?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ubat-ubat kekuatan batin. [Ketawa] Betulkah? Apakah ubat-ubat ini tidak menjejaskan kesihatan?
Tidak menjejaskan kesihatan. Ubat kuat. Selepas itu dia kata lama, lailahaillah.
[Ketawa] Astaghfirullallahalazim Tuan Yang di-Pertua. Saya tahulah, Tuan Yang di-Pertua tidak pakai ubat ini semua. [Ketawa] Memang Tuan Yang di-Pertua pun orang yang gagah, Pandikar. Akan tetapi, orang tertipu Tuan Yang di-Pertua.
Tidak tahulah kalau Yang Berhormat Kalabakan pun kena tipu tentang ini. Saya tidak tahu.
Orang terdorong kerana kuat dan lama, terdorong dengan – Ya lah, Tuan Yang di-Pertua, mana lelaki yang tidak mahu kuat Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] [Dewan riuh]. Apakah kita serius hendak melindungi pengguna? Betullah ada jenama yang mesti diluluskan oleh Kementerian Kesihatan tetapi soal tiruan, jenama palsu Tuan Yang di-Pertua, apa-apa brand pun dia boleh letak ‘Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan’. Seperti juga soal halal. Ada peristiwa Tuan Yang di- Pertua, budak-budak di Gombak menangkap budak India ini, memakai songkok.
Dia menyamar sebagai seorang Islam, menjual barangan makanan Islam.
Tangkap dia, baca surah Al-Fatihah, tidak boleh baca. Maknanya, dia bukan orang India Islam tetapi pakai songkok. Ini penipuan. [Disampuk] Kedai yang letak kalimah bismillahirrahmanirrahim, pengisiannya, kesahihan halal, kita tidak tahu.
Penipuan-penipuan seperti ini Tuan Yang di-Pertua, alat solek wanita.
Iklan keluar di surat khabar, gambar di televisyen, wanita yang gebu, genit, cantik.
Memang wanita itu sudah cantik Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Tenggara ini dipaparkan, tidak perlu makan ubat. Memang sudah cantik [Ketawa].
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Laluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Silakan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya merasakan bahawa isu penipuan ini tidaklah akan menjadi satu masalah besar sekiranya pengguna dididik. Kalau kita hendak bercakap mengenai penipuan sama ada di dalam pemasaran, sama ada penipuan produk itu, kita tidak akan habis sehingga hari Kiamat. Ini kerana orang-orang yang mengeluarkan produk ini ada caranya untuk melariskan. Maka, kebijaksanaan pengguna itu sendiri yang menentukan sama ada dia termakan dengan jualan itu.
Kalau Yang Berhormat Sri Gading hendak bercakap mengenai perkara ini, saya tidak fikir kerajaan mana atau menteri mana dapat melakukan perkara ini dengan 100% berkesan tetapi saya sokong sekiranya undang-undang diperketatkan. Akan tetapi negara kita ini undang-undang banyak. Masalahnya penguatkuasaan. Jadi bagaimanakah itu Yang Berhormat Sri Gading?
Seorang Ahli
Setuju.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Kota Raja.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Itu sebab tadi pada peringkat awal saya katakan penipuan pun secara kreatif.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat Sri Gading, boleh jawab sekali lagi?
Seorang Ahli
Belakang, Belakang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jemput.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Maran.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya cukup tertarik dengan pendekatan yang dibawakan oleh Yang Berhormat Sri Gading, keprihatinannya kepada rakyat. Kawan-kawan kita tadi menimbulkan pelbagai termasuklah daripada segi enforcement, penguatkuasaan dan sebagainya.
Saya ingin meminta pandangan Yang Berhormat Sri Gading dalam sudut yang berbeza sedikit. Kalau kita hendak menggunakan enforcement, penipuan berlaku di mana-mana dan kita menghadapi masalah kekurangan mungkin tenaga penguatkuasaan. Akan tetapi, saya hendak bertanya, mungkin minta Yang Berhormat Sri Gading bertanya kepada kementerian, apakah langkah yang dibuat oleh kementerian supaya peniaga-peniaga ini– kita juga mendidik mereka. Bukan kita beri sahaja pengajaran kepada pengguna. Kalau pengguna tahu pun tetapi peniaga terus hendak menipu, maka masalah tidak akan selesai.
So, apakah langkah yang dibuat oleh kementerian atau kerajaan supaya peniaga yang kita berikan lesen ini, mereka juga diberikan penjelasan, diberikan kesedaran, berikan supaya mereka ada tanggungjawab sosial kepada pengguna yang mana kalau bagi orang Islam dikatakan kalau menipu ini berdosa dan bagi orang bukan Islam atau yang lain-lain bahawa penipuan ini juga salah. Apakah pendekatan yang digunakan oleh kementerian? Ataupun apakah yang hendak kita cadangkan? Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Maran, inilah yang saya perkatakan. Kita menghadapi penipuan, pemalsuan, putar-belit cara perniagaan yang dijalankan oleh sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan di atas kurangnya pengetahuan pengguna atau kerana terdorong, seperti Yang Berhormat Kota Raja kata. Memanglah, kalau kita hendak memberikan pendidikan, memang semua orang dididik, ambil yang baik. Kepala botak. Ada minyak kalau sapu, rambut tumbuh semula. Siapa yang tidak hendak.
[Ketawa] Kecuali Yang Berhormat Kota Tinggi lah yang tidak hendak. [Ketawa] Berambut lebat. Kalau Yang Berhormat Batang Lupar itu, tidak guna minyak pun memang rambut dia lebat. [Dewan riuh] Seperti Tuan Yang di-Pertualah juga, tidak makan ubat gagah pun memang Tuan Yang di-Pertua gagah. Seperti saya juga Tuan Yang di-Pertua, gagah. Jangan cabar.
■1210 Jadi inilah permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh pengguna- pengguna yang memang benar-benar kita harapkan Kementerian melalui akta yang kita hendak luluskan ini akan benar-benar membantu pengguna-pengguna kita untuk melindungi pengguna-pengguna kita supaya pengguna-pengguna kita mendapat harga yang benar-benar munasabah, barang yang benar-benar bermanfaat, barang yang benar-benar boleh dipercayai keasliannya dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Seorang Ahli
Huh! Hebat, hebat.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri dan juga Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Ada empat perkara yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan berkenaan akta ini.
Pertama sekali berhubung dengan tindakan penipuan yang sering digunakan oleh syarikat-syarikat kad debit ini. Saya dapat makluman bahawasanya ada satu syarikat mengeluarkan kad debit yang apabila kita memasukkan minyak, misalnya RM50, menggunakan kad debit tersebut, mereka akan potong sehingga RM200 dan tiga hari kemudian baru mereka beri balik RM150. Maknanya dia akan ambil duit kita RM150, simpan tiga hari dan selepas itu baru beri balik kepada pengguna tersebut. Ini banyak kali berlaku dan ramai rakan-rakan kita yang menghadapi masalah begini. Apabila dia check akaun dia tengok sudah RM200. Padahal dia masuk minyak RM50 sahaja. Apabila bertanya kepada syarikat bank, inilah jawapan yang diberikan oleh mereka. Jadi kita hendak tahu kenapakah syarikat bank tersebut membuat tindakan sebegini? RM150 selama tiga hari disimpan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Seorang?
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Ya lah, kalau seorang...
Tetapi Alhamdulillah saya tidak pernah guna, saya guna duit cash lah ya, Yang Berhormat Sri Gading.
Kemudian yang kedua berhubung dengan kad Touch ‘n’ Go. Touch ‘n’ Go ini kalau sekiranya kita pergi top-up di kedai minyak Tuan Yang di-Pertua, kalau kita top-up RM20, RM30, RM40 dikenakan caj RM1 – service charge kepada syarikat minyak tersebut. Akan tetapi kalau kita top-up sebanyak RM50 dan juga
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
ke atas, mereka kenakan sebanyak 50 sen. Jadi kenapakah kalau sikit kita top-up banyak charge yang diambil, apabila RM50 ke atas hanya 50 sen yang dikenakan? Jadi saya harap pihak kementerian memberi perhatian kepada perkara-perkara begini.
Ketiganya berhubung dengan SMS yang sering kita terima terutama sekali di musim-musim sesuatu pertandingan yang diadakan. Saya ada satu bukti di sini berhubung dengan sebuah syarikat Telco. Apabila kita menghantar SMS, dicaj kita dengan 15 sen tetapi apabila kita menerima pesanan daripada syarikat yang mengadakan pertandingan tersebut, kita receive SMS dicaj sekali receive RM8.
Kita menghantar SMS 15 sen tetapi kita menerima SMS dicaj kena RM8. Ini merupakan satu penipuan yang terang-terang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan.
Seterusnya yang keempat adalah berhubung juga dengan syarikat Telco yang berleluasa sedang berlaku. Ini berlaku kepada anak saya sendiri. Mungkin ada kepentinganlah di sini. Akan tetapi saya hendak mendedahkan bahawasanya sebuah syarikat Telco dan saya telah membuat laporan polis. Kita tidak mendaftar pun dengan syarikat tersebut, tiba-tiba menerima bil sebanyak RM2,307 dan menggunakan khidmat seorang peguam untuk membayar bil tersebut. Peguam ini di Johor ya, yang menggunakan syarikat Zittrek Malaysia Sdn. Bhd. Jadi saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian kerana ramai di antara pengguna yang telah tertipu dengan syarikat Telco tersebut.
Biasanya syarikat Telco mempunyai had limit untuk kita membuat panggilan. Sampai limit tersebut dan jika tidak membayar bil tersebut, maka dipotong. Akan tetapi ini sampai RM2,300 dan kita terpaksa membuat laporan polis. Apabila pergi ke syarikat tersebut, dia tolak ke sana, ke sini, ke sana, ke sini.
Sampai sekarang masih belum selesai kes ini. Jadi saya harap pihak kementerian memberi perhatian terhadap Telco yang membuat penipuan sebegini. Itu sahajalah Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Telah banyak yang disebutkan dan saya juga mahu secara ringkasnya menyebutkan perkara ini kerana perlu bangun dahulu berbahas kalau tidak nanti semasa penggulungan tidak boleh bertanya. Sekadar untuk menyebutkan Tuan Yang di-Pertua, walaupun nampaknya tidak berapa penting ya, this piece of legislation ini tidak berapa ramai yang ghairah untuk berbincang dan berbahas tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan inilah antara undang-undang yang seandainya dapat dilaksanakan dengan baik, merupakan perundangan yang membezakan sebuah negara yang benar-benar bertamadun dan maju daripada negara yang hanya memacu pembangunan dari sudut infrastrukturnya.
Saya menegaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, kerana perkara ini tidak dibawa dengan pendekatan yang begitu. Sehingga hari ini Akta Perlindungan Pengguna ini Tuan Yang di-Pertua, hanyalah saya dapat lihat – kalau betul Yang Berhormat Menteri, kalau silap tolong Yang Berhormat Menteri perjelaskan.
Dibawa dengan pendekatan ia hanya satu yang bersifat supplementary. Ia bukan undang-undang yang dengan izin, override kepada undang-undang yang sudah pun termaktub dan apabila ia pertama-tama di legislate ataupun diluluskan dikanunkan pada tahun 1999 dahulu, makan banyak tahun sebelum ia kali kedua
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
mendapat pindaan dan segala pergerakan ataupun gerakan kepenggunaan yang bermula hampir 20 tahun lebih yang lalu menyaksikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 ini terdapat pelbagai kelemahan.
Hanya – tidak silap saya seketika saya merujuk dan membuat sedikit tinjauan dan penyelidikan, ia tidak dapat diperbaiki sehingga sedikit dalam pindaan dalam dua tahun yang dahulu – kalau saya silap tolong Yang Berhormat Menteri betulkan. Dalam memasukkan peruntukan dalam e-dagang. E-dagang itu juga Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat menghuraikan pelbagai aspek dan dimensi perlindungan pengguna sama ada dari sudut elaboration dengan izin, dari sudut transaksinya, keselamatannya, lossesnya, tuntunannya dan sebagainya. Kali ini e- dagang pun tidak nampak dimuatkan dalam pindaan Akta Perlindungan Pengguna ini, Tuan Yang di-Pertua.
Justeru kerana itu, saya menegaskan betapa dalam usaha kita untuk memacu negara maju Tuan Yang di-Pertua, sebuah negara yang sifatnya industrializes tetapi kalau terus-terusan beginilah, bagaimana kita menguruskan muamalat dengan izin, bahasanya transaction dan economic transaction – urus niaga kita, sama ada yang kita dengar daripada perbahasan kawan-kawan selama ini – how unscrupulous? Betapa jeliknya dari sudut mereka yang – pengguna satu aspek that is the demand side economic yang memohon barangan dan permintaan tetapi saya mendapati juga ada rukun niaga Malaysia yang diperkenalkan dengan izin, The Malaysian Business School of Ethics. Akan tetapi semua rukun niaga itu saya kira cukup cantik dicerakinkan berdasarkan tuntutan dan nilai agama, nilai moral yang baik seperti yang dapat saya lihat di sini. Akan tetapi sejauh mana ia menjadi satu yang dibudayakan sehinggakan legislation yang seperti ini dengan segala perinciannya tidaklah perlu sangat perlu dipinda dan dibawa setiap kali di dewan yang mulia ini.
■1220 Kalaulah from the supply side, kalaulah peniaga-peniaga sendiri dapat membudayakan urus niaga yang beramanah, urus niaga yang responsibility dan pertanggungjawaban dengan rukun-rukun yang saya sebutkan di sini tidak perlulah saya sebutkan tetapi ianya adalah berlaku benar dalam amalan perniagaan, berperikemanusiaan kepada semua insan, cukup hebat Tuan Yang di- Pertua, yang bersaksama terhadap pelanggan dan kesungguhan menjayakan perniagaan. Kesemua ini ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyatakan seolah- olah tidak terlepas pandang bahawa seolah-olah semua itu tidak ada. Sebenarnya sudah ada rukun niaga Malaysia, disebutkan sebagai Rukun Niaga Malaysia ini, Tuan Yang di-Pertua. Cukup baik dari sudut itu.
Bagaimanapun apabila kita mendengar dan diperuntukkan di sini sepuluh fasal yang saya baca - sepuluh fasal di samping fasa 1 dan 2 itu, fasa 3 menekankan mengenai standard keselamatan, dan fasal keempat berbicara tentang tidak selamatnya barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan. Fasal 5, tidak adil dalam kontrak semuanya ini, akhirnya apa yang jelas berlaku dalam negara kita ini adalah satu urus niaga dan suasana perniagaan yang jauh daripada apa yang sepatutnya kalau kita memacu negara maju ini 2020 - the newly industrialized country dan sebagainya, kita masih dalam sifatnya berdepan dengan pelbagai kebejatan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mungkin untuk hanya dalam perbahasan peringkat dasar ini menyebutkan beberapa perkara yang masih lagi tidak terjawab dalam pindaan ini.
Antara lainnya, pertama, saya ingin tekankan kembali kepada soalan mengapa ianya masih bersifat supplementary. Jelasnya apabila ia bersifat
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
supplementary pelindungan kepada pengguna hanya ke paras ianya boleh di bawa dalam tribunal kerana peruntukan-peruntukan itu nampaknya boleh sahaja di pintas. Ini kerana pemilik perniagaan lebih selesa untuk membawa ianya ke mahkamah tinggi dan di sana contract law ataupun akta perjanjian itu akan supersede ataupun mengatasi apa juga peruntukan APP ataupun Akta Pelindungan Pengguna ini. Dengan kata lain wujud secara jelas bagaimana Akta Pelindungan Pengguna ini dikesampingkan. Kita lebih faham bagaimana dalam tribunal-tribunal APP ini terkadangkala peniaga tidak akan hadir kerana mereka tahu mereka ada lagi satu medium, satu wahana lagi iaitu di Mahkamah Tinggi itu untuk menyelesaikan masalah mereka. Lalu dengan kata lain berlaku kezaliman secara langsung kepada pengguna kerana mereka tidak dapat pembelaan itu dan kalau naik ke mahkamah yang lebih tinggi maknanya kos dan sebagainya ke atas mereka itu memanglah berat dan membebankan.
Keduanya apakah akta ini juga akan dilihat selain daripada apa yang dikatakan sebagai perkhidmatan-perkhidmatan kepenggunaan sahaja yang dilihat sebagai maksudnya keperluan diri, rumah tangga, atau isi rumah. Ia sepatutnya merangkumi aspek-aspek lain seperti pemakanan ataupun kesihatan, tanah dan sebagainya. Akan tetapi nyata tidak begitu nampaknya dan itu sekali lagi mengesahkan bahawa akta perlindungan pengguna ini it’s only a supplementary dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tidak dilihat sebagai satu yang punya wibawa dan kuasa seperti mana yang diharapkan oleh gerakan kepenggunaan yang mengasaskan ataupun yang menuntut perkara ini di legislate ataupun dijadikan sebagai a piece of legislation dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Keduanya, saya ingin juga menyebutkan sedikit lagi tentang bagaimana satu peruntukan yang dilihat di sini. Apabila berlaku dan kedapatan dari sudut keselamatan ia tidak memberikan peruntukan untuk apa yang diistilahkan sebagai to recall balik barang-barang yang telah dikenal pasti ada ancaman keselamatan, kesihatan dan sebagainya tetapi tidak ada prosedur yang lebih jelas, sebagai contohnya satu masa dahulu bersabitan dengan melamin. Sedikit waktu dahulu juga saya dapat perhatikan Proctor and Gamble satu produk perubatan on the congestion spray - penyembur hidung, kalau boleh saya terjemahkan begitu.
Begitu juga satu produk Kellogg’s a big multinational corporation yang bersabitan dengan satu sifat produk itu yang mempunyai bauan yang tidak boleh diterima oleh pengguna atau pelanggan. Maka kesemua ini menuntut supaya procedure on product recall itu ataupun dikatakan sebagai mengambil ataupun memanggil balik produk-produk yang seperti ini yang jelasnya telah dikenal pasti menjejaskan kesihatan dan sebagainya iaitu menarik balik barang-barang ini dan perkhidmatan ini tetapi tidak ada peruntukan yang lebih jelas di situ, Tuan Yang di-Pertua.
Bersabit dengan standard yang disebutkan dalam fasal 3 itu, standard ini juga saya perhatikan ia tidak menjangkaui barang-barang ataupun bahan dan perkhidmatan produk seperti yang lebih penting. Setakat ini hanya pada barang- barang seperti permainan kanak-kanak (toys) sahaja. Apa yang lebih penting daripada itu adalah juga bersabit dengan standard yang perlu diwujudkan dalam hal seperti produk-produk pemakanan, kesihatan yang juga perlu diperhatikan kerana ia tentunya mempunyai keperluan dan kepentingan pengguna untuk diberikan keselamatan, kualiti, mutu dan sebagainya.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, untuk saya sebutkan di sini tentang terma tidak ada dalam kontrak. Pagi tadi dalam soalan itu telah disebutkan terma tidak ada kontrak ini. Saya kira ia disebutkan atas isu Hospital Shah Alam antara main con dengan subkontraktor mereka. Isu itu telah dibangkitkan dan mungkin saya sesuaikan dengan pengalaman saya sendiri di mana minggu lalu 32 subkontraktor
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
kepada Alam Flora yang terpaksa membuat satu sidang akhbar. Saya terpaksa mengemukakan dan membawa isu ini ke pengetahuan media kerana antara lainnya khususnya di Kuala Selangor, kontraktor Alam Flora ini tidak dibayar akan kerja-kerja yang mereka telah langsungkan dan lakukan ke paras hampir sepuluh bulan, Tuan Yang di-Pertua.
Kononnya ia adalah satu terma yang mereka terpaksa terima apabila menjadi kontraktor kepada Alam Flora kerana payment back to back. Majlis daerah membayar kepada Alam Flora barulah Alam Flora boleh membayar kepada kontraktor. Andainya majlis daerah atas apa jua sebabnya sama ada kerana pungutan pendapatannya kurang dan sebagainya, maka di sana terma yang dikenakan oleh Alam Flora kepada kontraktor ini Tuan Yang di-Pertua cukup tidak adil. Akan tetapi oleh kerana kontraktor mahukan juga untuk menjadi kontraktor yang kita tahulah setakat angkat sampah, longkang yang begitu sahaja yang pada sifatnya kerja-kerja terms of reference mereka ini terpaksa mengambilnya. Dengan itu mulanya enam bulan, kemudian lapan bulan dan kini sudah hampir sepuluh bulan.
■1230 Saya pernah mendengar bahawa Alam Flora ini pernah dan tidak membayar pada masa-masa yang lalu hampir kepada peringkat 18 bulan kepada contractors mereka. Apakah ini terma yang adil? Sebagai contoh sahaja Tuan Yang di-Pertua dan ini adalah perkara-perkara yang perlu diperhatikan oleh kementerian. Saya fikir ada lagi beberapa perkara yang mahu saya sebutkan.
Mungkin saya menunggu kerana perkara itu pun telah disebut oleh beberapa Ahli- ahli Yang Berhormat yang lain. Saya memberi peluang untuk mencelah dalam penggulungan Yang Berhormat Menteri sebentar nanti. Saya fikir begitu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang ini. Terima kasih.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya telah mencelah banyak ketika perbahasan di peringkat rakan-rakan yang lain. Akan tetapi ada beberapa perkara yang saya kira suka saya kongsi bersama dengan Yang Berhormat Menteri tentang bagaimana kita boleh memperbaiki keadaan di mana pada ketika ini, saya amat bersetuju dengan beberapa pembahas yang menyebut tentang tahap pendidikan dan kesedaran tentang hak-hak pengguna.
Hari ini kalau pihak kementerian tidak bermula dengan program-program penambahan kesedaran atau pun pengetahuan kepada kumpulan pengguna yang saya sebut tempoh hari sebagai kumpulan yang terpenting di dalam kitaran ekonomi ini, pemakai dan pengguna ini kita akan menghadapi satu masalah yang tidak keseimbangan. Satu suasana di mana proses ini akan ada satu kaedah penganiayaan yang amat menyedihkan. Ia terkena kepada pengguna-pengguna yang menggunakan barangan serta perkhidmatan yang dikeluarkan oleh mana- mana pihak.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut tentang National Consumer Protection Week, Minggu Perlindungan Pengguna yang mana di dalam minggu ini
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
selama lebih kurang lima hari didedahkan berbagai-bagai kaedah, cara dan menggamit lebih daripada 50 juta pengunjung di seluruh Amerika syarikat yang diadakan pada 7 Mac hingga 13 Mac 2010 yang lalu. Salah satu daripada pengisian di dalam Program Minggu Kepenggunaan ini ialah apabila pengunjung- pengunjung diberikan kesedaran tentang bagaimana botol susu plastik membahayakan bayi apabila diletakkan air panas.
Tuan Yang di-Pertua, kita menyebut berbagai-bagai peristiwa. Kereta potonglah, tali pinggang kulit palsulah, blazer palsu, kasut palsu, dan sebagainya.
Akan tetapi apa yang saya dapat dengar dan hayati ialah value for money sebentar tadi Tuan Yang di-Pertua. Salah seorang daripada Ahli Parlimen, Yang Berhormat Ledang umpamanya menyebutkan blazer yang berharga RM299 yang tertera di dalam blazernya BOSS umpamanya. Pada masyarakat pengguna yang diberi pendidikan, mana ada jenama BOSS Tuan Yang di-Pertua, HUGO BOSS yang harganya RM299. Ini kerana pengguna yang terdidik, dia akan mengetahui kualiti barangan dan perkhidmatan yang diperolehnya. Kasut yang baik umpamanya, kasut yang baik berjenama Ferragamo dan Belle. Itu Yang Berhormat Pokok Sena dia pakai kasut kulit pokok. Kita pakai kasut kulit lembu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya orang susah.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ya lah itu...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Tangga Batu memanglah. Bekas Timbalan Menteri...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Mantan, mantan...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Ketawa]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Pokok Sena bakal. Tuan Yang di-Pertua, flow sudah hilang...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Ketawa]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Value for money Tuan Yang di-Pertua. Tali leher umpamanya, tali leher yang saya pakai ini Yang Berhormat Pengerang? Burberry.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said - Pengerang
Burberry.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Pengerang tahu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Harganya...
Seorang Ahli
Orang lain tidak tahu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Harganya varies daripada RM5 hingga ke RM1,500. Ringgit Malaysia tetapi saya tidak beritahulah nilai Burberry yang saya pakai pada hari ini. Terserah kepada Ahli Yang Berhormat untuk...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya pakai yang tiga helai RM10 sahaja.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
RM30 itu pun mahal berbanding dengan yang saya pakai ini. Akan tetapi dibeli di negara lain. Tuan Yang di-Pertua, persoalannya ialah tentang kembali kepada bagaimana kita memberikan pendidikan kepada pengguna tentang nilai ringgit itu sebentar tadi.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Value for money, kita akan dapat berbagai-bagai rungutan dan kompelin daripada pengguna. Kita akan kembali bagaimanakah cara kementerian menyediakan ruang bagi memproses rungutan dan kompelin oleh pengguna itu tadi. Akhirnya, kepuasan hati pengguna tadi akan terletak bergantung sepenuhnya kepada sistem yang disediakan oleh pihak kementerian untuk menangani rungutan dan kompelin yang dibawa oleh pengguna. Walau pun pada peringat awalnya pengguna tadi tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan barangan yang dikeluarkan oleh penyedia produk dan perkhidmatan tadi. Akan tetapi di dalam menangani dan mengurus rungutan itu tadi, ketidakpuasan tadi akan dipindahkan kepada pihak kementerian atau pun agensi yang menangani rungutan.
Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara yang didapati di dalam National Consumer Protection Week yang berlangsung itu ialah melihat apakah kembali cadangan-cadangan daripada pihak pengguna atau pun NGO-NGO yang membela pengguna ini. Bagaimana mereka memerlukan pihak agensi di bawah kementerian untuk menangani rungutan dan menguruskan semua kompelin yang diterima oleh mereka. Sebagai contoh, salah satu daripada cadangan yang dibawa oleh peserta-peserta atau pun pengunjung-pengunjung National Consumer Protection Week ini ialah supaya apabila produk dan perkhidmatan disediakan, pada ketika yang sama juga pelanggan-pelanggan atau pun pengguna-pengguna ini diberikan ruang untuk memberi buah fikiran mereka, apakah ketidakpuasan hati terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan.
Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, hari ini kalau kita pergi ke KLCC umpamanya, kita dapat lihat berbagai-bagai kedai yang menjual barangan berjenama. Kita masuk sebuah kedai, apakah ilmu yang ada pada kita yang boleh menilai bahawa barangan atau produk yang dipamerkan untuk dijual kepada pelanggan-pelanggan itu tulen atau pun palsu? Cara yang terbaik ialah membawa rakan yang pakar tentang penilaian barang-barang ini. Akan tetapi jikalau kita datang secara berseorangan melihat barang dipamerkan, ya mungkin barangan yang dipamerkan itu genuine.
■1240 Akan tetapi, bagaimana pula barang yang berada di dalam stok mereka yang kita lihat depan mata, yang kita periksa genuine yang dibakar contohnya cara terbaik hari ini Yang Berhormat Menteri hendak tunjuk barang itu kulit yang tulen atau tidak dia bakar, ada bau rambut terbakar, kalau ada bau rambut terbakar atau tulang terbakar itu genuine Yang Berhormat Pokok Sena. Lepas itu dia pun letak yang itu, dia pergi bawa masuk, yang dalam bawa keluar yang PVC contohnya, dan kita dapat tahu benda itu setelah sampai ke rumah ataupun setelah dipakai tiba-tiba talinya putus dan sebagainya.
Ini adalah satu perkara yang kerap berlaku dan apabila berlaku pergi kembali ke kedai dia kata, “kami pun tidak tahu macam mana yang datang ini semuanya genuine kami tidak ada pengetahuan, tidak dalam pengetahuan bagaimana perkara ini boleh berlaku dan sebagainya”. Tuan Yang di-Pertua, saya menuntut di sini mengatakan satu pengisytiharan, pernah membeli satu dompet wang ketika sedang makan di kaki lima di Jalan Ampang. Tujuan saya membeli dompet tersebut adalah untuk membandingkan dengan satu dompet yang dibeli oleh rakan saya dengan harga yang tinggi. Saya beli dompet itu dengan harga awal yang diletak RM100 berjenama Mont Blanc.
Dia kata dompet yang sama dijual di KLCC. Setelah penawaran harga Tuan Yang di-Pertua, dompet tersebut hanya bernilai RM25. Mont Blanc saya
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
tidak pakai pun dan saya bawa pulang, saya hadiahkan kepada rakan saya dan rakan saya cukup gembira dia kata, “terima kasihlah banyak-banyak”. Ini mahal ini.
Saya kata banding dengan yang lama dia kata saling tidak tumpah Tuan Yang di- Pertua. Dompet yang sama yang harganya lebih daripada RM500 dijual di pusat- pusat membeli belah yang berjenama tetapi, hanya dijual dengan harga RM25 dan orang yang sama menjual di tepi jalan mengaku menjadi pembekal kepada kedai- kedai berjenama di pusat-pusat membeli belah yang berjenama ini.
Jadi di sini di manakah mechanism of control (mekanisme kawalan) pihak kementerian? Di manakah sebenarnya hari ini, kalau kita lihat pengunjung- pengunjung, pelancong-pelancong yang datang dari luar negara, yang datang ke negara kita berada di dalam keadaan berhati-hati untuk membeli barangan berjenama di negara kita. Jadi harapan saya kepada pihak kementerian supaya sistem yang ada pada ketika ini beberapa pengawal dan pengawas produk-produk dan perkhidmatan daripada kementerian yang telah dilantik di setiap Parlimen ini bukan sahaja boleh melaksanakan tugas-tugas terhadap barang-barang gunaan harian, tetapi juga boleh melihat di mana berlaku penyelewengan dan penipuan yang bertopengkan jenama-jenama besar, yang mengundang rasa khuatir dan takut kepada pengguna-pengguna untuk membangkitkan rungutan dan sebagainya.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang bagaimana kesedaran pengguna adalah berkait rapat dengan tahap pendidikan. Yang Berhormat Menteri juga menyebut tentang kenyataan ini adalah berdasarkan kepada kajian, di mana pengguna yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi akan lebih prihatin untuk menggunakan hak mereka berbanding dengan pengguna-pengguna yang berpendidikan rendah dan Yang Berhormat Menteri menyebut 67% dan kebanyakan daripada mereka adalah datang daripada kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, berbanding dengan senario yang saya sebutkan tadi kebanyakan penyelewengan dan penipuan ini berlaku di bandar-bandar besar, jadi saya yakin dan percaya juga penghuni-penghuni bandar besar amat arif tentang hak-hak mereka sebagai pengguna. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri meletakkan satu lagi cadangan supaya satu mata pelajaran khas ataupun syllabus khas untuk diajar di dalam mata pelajaran Sivik, Tata Rakyat ataupun sebagainya tentang ciri-ciri konsumerisme ini, ciri-ciri kepenggunaan dan di dalamnya terletak sekali, terangkum sekali hak-hak pengguna yang saya percaya adalah satu tajuk yang universal.
Adakah Yang Berhormat ingin bercadang mengadakan kerjasama supaya kesedaran terhadap hak-hak kepenggunaan ini diajar kepada anak-anak di peringkat sekolah rendah dan mungkin juga sekolah menengah supaya mereka tahu pengguna ini adalah merupakan komponen penting di dalam kitaran ekonomi negara kita? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri pernah juga menyebut bagaimana desakan daripada persatuan pengguna dan orang ramai yang mahukan kerajaan mengurang atau menghapuskan subsidi. Namun kerajaan juga perlu mengambil kira pandangan semua pihak sebelum melaksanakannya.
Boleh saya tahu, kumpulan manakah yang menyebut tentang perkara ini, adakah kumpulan terdiri daripada mereka yang hidup di bandar ataupun di pinggir- pinggir bandar ataupun mereka daripada kumpulan-kumpulan luar bandar? Saya percaya Yang Berhormat telah memberikan satu pertimbangan yang baik dengan mengatakan yang pihak kerajaan perlu melihat dan mengambil kira pandangan
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
dari segenap pihak untuk menimbangkan sama ada subsidi boleh dihapuskan ataupun tidak.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah kesedaran terhadap hak-hak kepenggunaan ini boleh memberi kesan kepada suasana inflasi di negara kita. Saya kira elok kalau Yang Berhormat boleh memberikan kenyataan untuk mengangkat negara ke arah satu kedudukan negara berpendapatan tinggi.
Kesediaan pihak kementerian untuk menyediakan ruang-ruang bagi kumpulan- kumpulan masyarakat yang berkepentingan untuk menambah ilmu mereka di dalam kepenggunaan ini.
Saya kira elok kalau Yang Berhormat boleh memberikan satu cadangan bagaimana ia boleh dibantu oleh kumpulan-kumpulan NGO yang bersifat membela dan juga mempertahankan hak-hak pengguna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan Akta Perlindungan Pengguna. Saya hanya ada beberapa perkara untuk saya sentuh di sini berkaitan dengan soal, pertama sekali penguatkuasaan yang sering dibangkitkan oleh persatuan-persatuan pengguna dalam negara kita, yang mempersoalkan bahawa isunya ialah soal penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada ini, yang menunjukkan satu ketegasan untuk kita mengambil tindakan- tindakan terhadap mereka, pengusaha-pengusaha, dan juga peniaga-peniaga yang telah melanggari akta ini, iaitu berkaitan dengan soal hak cipta dan sebagainya, sebab itu kita lihat bahawa ramai orang lebih berminat kepada untuk mengambil ataupun membeli CD, VCD yang merupakan cetak rompak.
■1250 Itu merupakan salah satu contoh yang kita lihat bahawa kerana ia murah.
Jadi, saya fikir bahawa kerajaan juga harus mencari jalan bagaimana untuk memastikan supaya CD dan VCD yang berkaitan dengan soal muzik, filem dan sebagainya boleh diberikan pada kadar yang lebih murah untuk hendak mengelak persoalan-persoalan cetak rompak dan mengelak daripada mereka yang merupakan penerbit dan juga artis-artis ini akan terus diberikan hak dan mendapat manfaat yang sebaiknya untuk kepentingan mereka. Kedua, juga berkaitan dengan persoalan yang berkaitan dengan soal kita katakan bahawa barangan- barangan yang dipamerkan atau pun yang dijual dan juga yang berkaitan dengan soal pengiklanan.
Oleh sebab itu saya lihat bahawa perlu ada kerjasama dengan pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan dan juga pihak Kementerian Dalam Negeri supaya barangan yang hendak diiklankan dan corak iklan itu mesti mendapat pengesahan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini.
Oleh sebab itu, kadang-kadang kita lihat bahawa iklan inilah yang menjadi satu penarik untuk masyarakat kita ini tergila-gila untuk mendapatkan barangan- barangan tersebut sedangkan saya tidak melihat bahawa barangan-barangan itu, sebagai contoh saya sebut bahawa kadang-kadang bedak atau apa-apa losen untuk menghaluskan kulit selembut kulit bayi. Jikalau sudah tua berkedut Tuan Yang di-Pertua, macam Yang Berhormat Sri Gading dan sebagainya, kalau sudah kulit berkedut, hang bubuh la losen apa-apa pun. Saya tidak fikir bahawa ia akan
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
kembali selembut kulit bayi. Ini soalnya. Kadang-kadang advertisement yang keterlaluan dan yang memanggil orang tua hendak berlagak jadi muda.
Begitu juga, kadang-kadang ada iklan untuk menarik menggunakan losen bagi kegunaan bayi yang baru lahir bahawa untuk menghaluskan lagi kulit bayi.
Saya pun tidak fikir – mungkin rakan-rakan saya ini doktor dan sebagainya, saya pun tidak fikir bahawa kelahiran semula jadi itu sudah pun kita katakan bahawa sudah cukup halus. Jadi, tidak mungkin akan ada lagi losen atau apa-apa losen yang boleh menghaluskan lagi kulit bayi. Jadi, saya fikir bahawa mungkin mereka boleh jual untuk penjagaan. Saya boleh terima bahawa losen itu untuk penjagaan kulit dan sebagainya tetapi kalau iklan sehingga mengatakan bahawa hendak menghaluskan lagi kulit bayi atau hendak mengembalikan kulit tua yang sudah berkedut ini sehalus kulit bayi, saya tidak fikir bahawa ini boleh memberikan kesan yang baik kepada pertumbuhan kulit kita itu. Jadi, oleh sebab itu saya katakan bahawa, ini berkaitan dengan soal pengiklanan yang tidak dikawal di dalam negara kita dan saya mencadangkan supaya kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan perlu dilakukan untuk tujuan ini.
Ketiga, ialah kualiti pendidikan pengguna, bagi saya kualiti pendidikan pengguna ini saya tidak nampak dari sudut pendidikan pengguna ini yang mempunyai satu kualiti yang baik. Walaupun usaha-usaha telah dijalankan oleh berbagai-bagai-bagai pihak termasuk oleh Persatuan Pengguna dan sebagainya, tetapi kualiti itu harus dilihat dan dinilai daripada kualiti pendidikan yang harus dirangka oleh pihak kerajaan dan pihak kementerian sendiri. Kualiti pendidikan pengguna ini mestilah disalurkan melalui media massa yang terdapat di dalam negara kita itu secara yang lebih baik dan efisien untuk menarik perhatian pengguna untuk melihat kesedaran dan meningkatkan kesedaran yang lebih tinggi. Umpamanya bagi saya bahawa, masyarakat kita juga harus disedarkan Tuan Yang di-Pertua.
Untuk apa kita memakai pakaian-pakaian ataupun apa-apa peralatan yang berjenama? Ini pun satu mentaliti yang tidak betul. Maknanya, kegilaan untuk memakai pakaian yang berjenama, akhirnya kita terperangkap dengan pakaian ataupun jenis barangan yang tidak mempunyai kualiti yang sebenar seperti mana harga yang telah pun kita telah bayar seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu itu tadi. Jadi, ini kegilaan-kegilaan yang mesti dihapuskan untuk hendak merasakan bahawa kalau pakai jenama ini daripada Europe, jenama ini daripada Itali umpamanya. Oh, kita rasa megah.
Mengapa kita harus mengukur kehebatan pakaian kita ataupun peralatan yang kita guna di rumah itu kita kena ukur dengan barat? Mengapa kita masih ada mentaliti penjajah ini kita mesti ukur dengan barat? Seolah-olah kita membanggakan kebaratan? Jadi, oleh sebab itu bagi saya, kempen gunakanlah barangan buatan Malaysia itu masih belum berjaya kalau untuk menghakiskan pemikiran masyarakat yang masih lagi ukurannya bahawa, tie hang daripada mana? Coat hang daripada mana? Kasut hang daripada mana? Made in mana?
Orang kampung saya kata ‘meka’ mana? ‘Meka’ apa?
Jadi, ini masih lagi mentaliti yang terdapat dalam pemikiran masyarakat pengguna yang ada di dalam negara kita. Jadi, saya menyarankan supaya dirangka satu kita katakan bahawa pendidikan pengguna yang betul-betul memberikan kesan yang akhirnya akan memberikan kesan kepada pengguna- pengguna supaya mereka ada kesedaran untuk memakai barangan berasaskan kepada kemampuan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya percaya bahawa umpamanya kalau – kadang-kadang saya tengok ada orang-orang besarlah, saya pun ada selalu perhatikan kawan-kawan menteri itu. Kadang-kadang mereka pakai kalung leher itu kadang-kadang mutiara itu mutiara murah sahaja. Akan tetapi oleh sebab menteri, ‘Oh, mesti menteri itu pakai jenis itu hebat’. Ini mentaliti yang sudah ada sebab dia kata orang kaya mesti pakai benda yang mahal. Padahal kadang-kadang orang kaya pun pakai yang biasa dan murah sahaja. Akan tetapi oleh sebab dia menteri, mentaliti kita kata bahawa dia pakai pakaian yang hebat. Jadi, kita hendak kena bentuk pemikiran masyarakat kita ini supaya pakai dan gunakanlah barangan yang berasaskan kepada kemampuan, yang ada kualiti dan yang munasabah untuk diri kita sendiri.
Jadi, ini yang saya fikir bahawa pendidikan yang harus dibentuk dalam pemikiran masyarakat kita.
Akhir sekali yang saya hendak sebut di sini bahawa, kementerian juga harus melihat bahawa terdorongnya mereka hendak menggunakan barangan- barangan yang kita katakan tiruan ini, terdorongnya itu kerana apa? Kerana faktor masalah ekonomi. Dia hendak bergaya, orang Perak kata, “biar pape asal bergaye”. [Menyebut dalam loghat negeri Perak] Akan tetapi keupayaannya terhad. Jadi, dia belilah barangan-barangan yang tidak benar ataupun bukan jenama yang sebenarnya iaitu barangan-barangan tiruan.
Jadi, faktor ekonomi ini sebab itu saya katakan bahawa untuk hendak pastikan supaya semua orang mengelakkan daripada menggunakan barangan tiruan, baik pakaian, baik apa sekalipun termasuk muzik, filem dan sebagainya, kita hendak beli CD, VCD dan sebagainya, kita mesti mempertingkatkan keupayaan ekonomi. Maknanya, dari segi purchasing power di kalangan masyarakat dan rakyat di negara kita ini mesti berkeupayaan yang tinggi untuk mendapatkan barangan tersebut dan akhirnya penerbit-penerbit seperti yang saya katakan tadi juga artis, penyanyi dan sebagainya akan memperoleh kebaikan dan keuntungan yang setimpal.
Jadi, oleh sebab itu bagi saya bahawa, isu yang timbul dan menjadi kegusaran sekarang ini ialah apabila hendak tarik subsidi, hendak kurangkan subsidi kepada barangan-barangan yang dibimbangkan sekarang ini. Jadi, oleh sebab itu, apabila disebut bahawa Malaysia akan bankrap ini, maknanya ini kebimbangan orang. Jadi, hendak mencari jalan untuk tidak bankrap ini, hendak kurangkan subsidi dan hendak tarik subsidi. Jadi, rakyat yang terpaksa menanggung apatah lagi kalau dibebankan juga dengan GST juga. Bagi saya bahawa, ini kali dua kali rakyat akan dikenakan. Jadi, oleh sebab itu bagi saya, tidak mengapalah kalau ada orang kata FELDA hendak bankrap, mereka kata FELDA tidak akan bankrap. Akan tetapi, menteri kata Malaysia akan bankrap.
Surat khabar Suara KeADILan kata FELDA akan bankrap. Ada orang UMNO pergi bakar surat khabar Suara KeADILan. Saya tidak tahulah selepas ini UMNO hendak bakar Menteri Idris Jala pula. [Ketawa] Oleh sebab Menteri Idris Jala tadi kata bahawa Malaysia hendak bankrap.
Jadi, saya [Ketawa] ...saya hendak sebut di sini bahawa, kalau Malaysia bankrap, dengan FELDA-FELDA pun bankrap. [Ketawa] Jadi, mentaliti UMNO ini Tuan Yang di-Pertua, ia seperti orang Arab pakai jubah jatuh daripada kuda, dia kata, ’Bukan aku jatuh, jubah aku jatuh’. Akan tetapi dia lupa dia duk dalam jubah.
[Ketawa] Jadi, kalau Malaysia bankrap, FELDA pun bankrap. Jadi, saya hendak balik bahawa ini kebimbangan. Maknanya, bila hendak tarik balik subsidi,...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Siapa dia? Oh, menteri tidak cukup umur. [Ketawa]] ‘Ahmad Maslan Sindrom’ sekarang ini. Wujud ‘Ahmad Maslan Sindrom’, menteri tidak cukup umur. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, boleh sambung semula.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh sambung semula tengah hari.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh sambung? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita ditangguhkan hingga jam 2.30 petang nanti.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sambung lagi perbahasan saya daripada sebelah pagi tadi. Tadi saya ingin menyebut berkaitan dengan pada bulan Mei yang lalu, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah pun mengemukakan satu laporan tahunan bagi tahun 2009. Didapati terdapat peningkatan 16.7% jumlah aduan yang diterima pada tahun 2009 berbanding dengan aduan pada tahun 2008.
Dianggarkan bahawa kerugian yang dialami oleh pengguna ini untuk tahun 2009 itu lebih kurang RM210 juta akibat daripada masalah-masalah yang kita katakan tadilah. Masalah yang berkaitan dengan jualan langsung, diikuti dengan masalah perumahan, telekomunikasi, multimedia, perkhidmatan masa depan juga perkhidmatan pelangsingan, kesihatan dan sebagainya. Ini antara isu-isu.
Jadi saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan, apa langkah- langkah dan tindakan daripada hasil rumusan aduan yang telah pun diperolehi daripada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) ini? Apa tindakan kerajaan selepas daripada itu untuk memastikan supaya tindakan pembelaan dan perlindungan kepada pengguna ini diberikan? Maknanya sampai kepada peringkat untuk mereka mendapat ganti rugi yang munasabah ke atas kerugian yang terpaksa mereka tanggung. Itu satu perkara.
Yang keduanya berkaitan dengan soal aduan ini juga, apakah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ini meletakkan satu target untuk meminimumkan aduan? Sebab kalau aduan ini minimum, bermaknanya masalah tidak berlaku, masalah tidak berlaku ataupun berlaku kekurangan masalah. Jadi sepatutnya bagi saya bahawa Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ini harus meletakkan satu target untuk memastikan bahawa kesan daripada Kempen
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kesedaran Pengguna ini, pendidikan yang dibuat oleh berbagai pihak ini mesti ada satu target bahawa ia hendak pastikan kekurangan mengurangkan aduan ini.
Akan tetapi bukan bermaknanya yang kita hendak itu angka ataupun peratus. Akan tetapi memang kita hendak lihat bahawa kekurangan aduan itu kerana tidak ada masalah, kekurangan masalah. Maknanya kesedaran pengguna sudah ada, kesedaran pengusaha, pengeluar dan sebagainya untuk menjaga setiap kepentingan pengguna ini. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan.
Sebentar tadi juga saya sebut dikatakan bahawa penguatkuasaan ini terlalu lemah. Ini diakui sendiri oleh FOMCA yang memperakui bahawa penguatkuasaan Undang-undang Perlindungan Pengguna ini tidak dikuatkuasakan dengan berkesan. Jadi sebab itu saya katakan tadi bahawa jika penguatkuasaan undang-undang itu lemah, maka perniagaan-perniagaan yang tidak beretika yang kita bincang tadi itu akan mengambil tempat dalam pasaran di negara kita ini. Jadi soalnya harus kita kembali kepada persoalan isu penguatkuasaan.
Kemudian saya hendak balik juga berkaitan soal masalah gula yang tidak selesai-selesai sudah berapa lama ini yang saya fikir bahawa harus ada satu penyelesaian. Penyelesaian bagi saya bukan masalah kurang subsidi, naik harga itu boleh menyelesaikan masalah. Saya tidak nampak itu sebagai satu penyelesaian masalah. Akan tetapi penyelesaian masalah juga harus bertolak daripada masalah penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan supaya barangan yang di subsidi ini, khususnya seperti gula itu tidak disalahgunakan oleh pengusaha-pengusaha.
Saya hendak merujuk kepada kes kereta api yang membawa gula ke Singapore tergelincir. Kereta api yang membawa gula ke Singapore tergelincir pada – iaitu ia bawa kereta api kargo, enam gerabak kereta api kargo daripada 30 gerabak yang membawa gula daripada Prai, Pulau Pinang ke Singapura telah tergelincir pada 23 Jun 2010 di Kluang.
Jadi isu yang saya hendak tanya ini, macam mana gula yang telah disubsidikan kepada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, tiba gula itu yang hendak dibawa. Ini juga saya melihat bahawa antara faktor yang menyebabkan berlaku sebelum ini masalah kekurangan gula di pasaran ini. Saya percaya bahawa ia ada kaitan dengan kes-kes yang sebegini rupa. Saya percaya bahawa gula ini bukan untuk orang Johor. Gerabak itu walaupun tergelincir di Kluang bukan untuk Sri Gading dan sebagainya tetapi jelas kereta api itu ialah dari Butterworth ke Singapore. Jadi tanah Tanjong Pagar pun kita beri kepada Singapore, gula pun kita beri kepada Singapore.
Jadi saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah siasatan telah pun dibuat terhadap gerabak yang bawa gula ini? Maknanya, apakah mereka ini telah diberikan satu kebenaran khas untuk menghantar gula kepada Singapore sehinggakan terjejasnya masalah pasaran keperluan gula di dalam negara kita ini? Jadi isu gula ini Tuan Yang di-Pertua, satu isu yang telah pun berlarutan lama dan saya minta ketegasan daripada pihak kerajaan khususnya daripada pihak kementerian dari sudut penguatkuasaan.
Kemudian berkaitan dengan soal penggunaan logo halal palsu ini. Macam itu juga baru-baru ini kita hendak bagi logo halal kepada judi bola tetapi tidak jadilah. Tidak jadi bagi logo halal dengan sijil halal JAKIM kepada judi sukan khusunya bola. Akan tetapi sudah memang ada hasratlah hendak menghalalkan judi bola. Jadi maknanya, saya istilah apabila menghalalkan judi bola ini, judi
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
sukan, mungkin ke depan – sebab Tan Sri Vincent Tan pun mengaku bahawa dia percaya, dia yakin bahawa ke hadapan kerajaan akan bersetuju. Kerajaan sudah pun keluar surat bersetuju untuk beri ‘halalun’, halal kepada Syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. ini.
■1440 Jadi saya menganggap bahawa itu seolah-olah seperti kita bagi logo Halallah kepada judi bola. Mungkin selepas ini kita boleh bagi pula logo Halal kepada pondan-pondan yang ada di seluruh negara kita. Dia tempek logo Halal itu kat punggung, kata halal. [Ketawa] Jadi, penggunaan logo Halal palsu ini ke atas barangan makanan dalam negara kita yang harus saya fikir – walaupun logo Halal ini berkaitan dengan penguatkuasaan di bawah JAKIM tetapi harus ada – saya tidak tahu sejauh mana tindakan bersepadu antara agensi penguatkuasaan JAKIM dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, polis dan juga bahagian-bahagian yang lain, bahagian farmasi dan sebagainya untuk memastikan bahawa ketulenan logo dan barangan itu betul-betul halal dan logo itu memiliki sijil yang tulen, bukan sijil yang palsu atau logo yang palsu. Jadi saya nampak bahawa ini antara masalahnya.
Ketiganya ialah berkaitan dengan iklan tiket tambang murah untuk penerbangan-penerbangan tambang murah yang terdapat dalam negara kita ini.
Banyak rungutan yang mereka meminta supaya kerajaan membuat pemantauan sebab ada iklan-iklan yang dipaparkan itu yang mengelirukan orang. Sepatutnya syarikat-syarikat penerbangan ini ia kena spesifik bahawa berapa lagi jumlah kerusi yang tinggal untuk harga ini misalnya, 10 kerusi, 20 kerusi atau 30 kerusi.
Jadi, ini seharusnya untuk memberikan maklumat yang lebih jelas dan tepat kepada pengguna.
Kemudian juga berkaitan dengan persoalan yang dikatakan perlindungan kepada pengguna ini bukan hanya dilihat dalam konteks akta ini sahaja tetapi perlindungan kepada keseluruhan aktiviti kehidupan masyarakat dan rakyat yang merupakan pengguna sebenar di dalam negara kita ini. Jadi sudah tentu bahawa ia juga berkaitan rapat dengan persoalan hak-hak rakyat yang perlu diberikan hak untuk rakyat dapat memiliki dan mengetahui segala permasalahan pengurusan kewangan yang terdapat dalam negara kita ini.
Kita lihat bahawa akhir-akhir ini ia memberikan gambaran bagaimana hak pengguna, hak kita sebagai rakyat ini – sebab syarikat-syarikat GLC itu ialah syarikat rakyat, syarikat hak kita semua. Jadi bila syarikat-syarikat kerajaan, GLC ini mengalami masalah kerugian dan sebagainya, kerajaan macam menyelesaikan hanya di peringkat mereka tanpa penyelesaian kepada hak rakyat sendiri, hak kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap syarikat-syarikat kerajaan.
Umpamanya apabila syarikat kerajaan sepatutnya memberikan pulangan keuntungan yang besar, yang lumayan kepada negara, kepada kerajaan, maka dapat membantu untuk melindungi kepentingan rakyat untuk mendapat ruang hak kepenggunaan yang lebih baik dari segi penggunaan barangan dan perkhidmatan yang lebih baik dalam negara kita dari segi peningkatan ekonomi dan sebagainya.
Akan tetapi yang kita lihat bahawa penyelesaian itu penyelesaian yang macam hendak menutup permasalahan hanya dalam konteks politik tetapi tidak dilihat sebagai satu penyelesaian yang menyeluruh.
Satu beri contoh macam Sime Darby umpamanya. Itu syarikat besar.
Bagi saya, syarikat besar yang menyentuh soal kepentingan pengguna kerana di dalam Sime Darby itu ada syer PNB melalui amanah-amanah saham. Ini merupakan orang kampung, orang di Sri Gading ramai orang yang melabur dalam
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Amanah Saham Nasional dan amanah saham yang lain yang dibuat oleh PNB.
Jadi, di mana perlindungan ini? Menteri Kewangan Kedua sudah pun mengatakan bahawa dividen sudah berkurangan iaitu dividen Sime Darby kepada pemegang- pemegang syer ini sudah pun berkurangan sekian-sekian peratus.
Jadi siapa yang hendak menjaga kepentingan perlindungan untuk pengguna yang terdiri daripada pelabur-pelabur amanah saham ini? Jadi saya lihat bahawa walaupun ini tidak ada kaitan dengan Akta Perlindungan Pengguna tetapi pihak kerajaan harus mengambil berat masalah-masalah yang sebegini rupa kerana ia merupakan satu perlindungan yang besar ini sebab ia lebih besar daripada yang saya sebut tadi RM210 juta. Kes laporan aduan yang dibuat oleh pengguna yang berkaitan dengan akta ini.
Akan tetapi yang berkaitan dengan syarikat GLC ini ia lebih besar daripada RM210 juta apabila kerugian Sime Darby itu sampai ke peringkat RM2 bilion. Jadi saya rasa bahawa ini ia menyentuh soal kepentingan masyarakat dan rakyat dengan secara yang lebih besar. Begitu juga bagi saya, kerajaan tidak boleh hanya hendak bermain politik untuk melindungi hal-hal yang seperti ini seperti mana yang berlaku ke atas FELDA, sehingga hendak cuba menggambarkan seolah-olah ini satu penghinaan kepada peneroka. Kita bukan bertujuan untuk hendak menghina peneroka, tetapi kita melindungi peneroka. Kita hendak memberikan perlindungan kepada peneroka apabila kita mendedahkan masalah financial management yang bermasalah di dalam FELDA.
Jadi kita hendak melindungi, tetapi tiba-tiba kerajaan cuba hendak menggambarkan bahawa seolah-olah kita hendak menghina peneroka. Jadi kerajaan tidak menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen dan juga oleh pelbagai kumpulan termasuk NGO yang berkaitan dengan FELDA. Ini membabitkan wang yang sangat besar apabila wang tabungan caruman peneroka FELDA untuk tanaman semula ini sudah dimanipulatekan seolah-olah memberikan satu gambaran bahawa, “Oh, ini peruntukan FELDA” Apabila kita membangkitkan soal kekurangan tunai, susut tunai daripada RM4.8 bilion, yang tinggal hanya RM1 point berapa bilion ini, mereka memberitahu bahawa RM2 bilion untuk tanam semula sedangkan itu bukan duit FELDA, itu duit peneroka. Peneroka yang mencarum. Peneroka yang menabung.
Kemudian duit bantuan sara hidup. Duit bantuan sara hidup, peneroka kena bayar balik, bukan ia berikan secara percuma, bayar balik. Takkan dari tahun 2004, susut nilai, rizab tunai yang sudah pun berkurangan ini, takkan dari tahun 2004 sampai 2009, tidak ada peneroka yang bayar balik kepada pinjaman ataupun wang sara hidup. Jadi ini persoalan-persoalan yang kita persoalkan. Ke mana sebenarnya wang FELDA ini. FELCRA okey. Yang Berhormat Pasir Salak tidak timbulkan lagi. Okey jugalah tidak timbul lagi. Mungkin selepas ini, wallahualamlah.
Akan tetapi saya hendak katakan bahawa nampak kerajaan tidak bersedia untuk berhadapan dengan rakyat, dengan peneroka secara jujur untuk memberitahu ke mana persoalan ini. Ini bukan kita kata kita hendak exploit FELDA bankrap sebab kita katakan bahawa, “Kalau begini, itulah FELDA akan bankrap” macam mana Senator Idris Jala kata, “Kalau subsidi diturunkan sekarang, keadaan Malaysia akan bankrap.” Jadi takkan Yang Berhormat Kinabatangan hendak bakar Idris Jala. [Ketawa]
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
[Masuk ke dalam Dewan]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ha, Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Penjelasan, boleh? Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena ini kita kena bincang lagi nanti semasa ..... [Ketawa] Tidak apa, saya hendak confirm dengan Yang Berhormat Pokok Sena ini sebab Yang Berhormat tadi menyebut tentang FELDA bankrap kerana nilai susut wang tunainya yang dikatakannya banyak. Adakah Yang Berhormat Pokok Sena sedar bahawa sebenarnya FELDA banyak melabur dalam tempoh yang singkat dalam banyak syarikat termasuklah FELDA, adakah Yang Berhormat Pokok Sena sedar bahawa FELDA juga melabur dan membeli hampir keseluruhan kepentingan Robert Kwok dalam syarikat gula. Itu sahaja berjumlah tidak kurang daripada RM1.5 bilion dan banyak lagi pelaburan yang sebenarnya untuk kepentingan peneroka, kepentingan pemegang saham.
Untuk jangka masa yang panjang adalah bagi kepentingan peneroka juga termasuk generasi kedua dan ketiga dan tidak pernah timbul soal bahawa pulangan ataupun hak peneroka ataupun apa-apa sahaja yang patut dibayar kepada peneroka itu iaitu tersekat atau terhakis dan tidak ada rekod bahawa segala tuntutan ataupun hak peneroka itu dinafikan. Laporan jelas. Adakah Yang Berhormat Pokok Sena sedar tentang hal ini?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Ya, saya tahu tetapi isu yang kita bangkit ini ialah masalah pengurusan kewangan. Masalah dia hendak melabur dan sebagainya, biar satu pelaburan yang dibuat itu mestilah ia pelaburan-pelaburan yang pasti akan memberikan pulangan keuntungan yang munasabah.
■1450 Akan tetapi persoalan yang ada sekarang ini kenapa kerajaan, pihak FELDA sendiri macam tak nak menjawab, memberi penjelasan bagaimana pelaburan-pelaburan di luar negara. Apa jadi dengan pelaburan-pelaburan di luar negara? Saya percaya ramai rakan-rakan saya sebelah sana pun tahu masalah pelaburan yang dibuat dan sehingga baru-baru ini pun ada cadangan mengatakan supaya ada satu board yang diberikan tanggungjawab untuk hendak buat kelulusan recommendation untuk membuat pelaburan. Ini bermakna bahawa pelaburan-pelaburan yang berlangsung selama ini maknanya tidak dibuat secara yang tepat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sedikit lagi. Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Apabila Yang Berhormat Pokok Sena menyebut tentang pelaburan di luar negara, saya tidak akan bercakap tentang pelaburan di luar negara walaupun mungkin saya tahu tetapi Yang Berhormat Pokok Sena maksud tadi ialah saya amat berterima kasih dan bersyukur atas keprihatinan Yang Berhormat Pokok Sena tentang pelaburan FELDA di luar negara. Itu tidak boleh kita nafikan.
Ini kerana sekarang apabila kita menyebut tentang FELDA bankrap maka pelabur-pelabur atau pun sesiapa sahaja yang ingin berurus niaga dengan pelaburan kita di luar negara juga akan terjejas kerana seolah-olah benar bahawa FELDA ini bankrap dan mereka semua akan takut dengan kita, takut dengan FELDA dan ini akan menjejaskan peneroka kerana pelaburan jangka masa panjang itu terganggu kerana kononnya FELDA bankrap tadi. Ini akan mewujudkan satu lagi kesan negatif kepada FELDA dan menjejaskan peneroka.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ialah, maknanya kena bakar sungguhlah ‘Menteri Idris Jala’ ini. Dia buat pengumuman Malaysia hendak bankrap. Ini yang menjejaskan habis pelabur-pelabur tidak mahu datang ke negara kita sebab dia buat pengumuman lebih awal daripada pengumuman surat
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
khabar Keadilan ini mengatakan bahawa FELDA hendak bankrap. Jadi kalau dia buat pengumuman mengatakan Malaysia akan bankrap 2019 maknanya kalau Malaysia hendak bankrap, dengan FELDA sekali bankrap. Segmen menteri, bukan segmen surat khabar.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Boleh sedikit lagi Yang Berhormat Pokok Sena?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sudah, sudah. Sekejap.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Pokok Sena, sudah tidak boleh? [Ketawa]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak bangkitkan di sini bahawa beberapa isu yang timbul berkaitan dengan soal FELDA yang dibangkitkan oleh kita semua bahawa berkaitan dengan pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh anak-anak syarikat FELDA ini yang kita lihat bahawa tidak menunjukkan satu prestasi yang baik untuk memberi pulangan keuntungan kepada kita semua.
Jadi sebab itu umpamanya saya katakan bahawa dari reserve tunai yang disebut oleh timbalan menteri yang menjaga FELDA ini dia kata antaranya ialah untuk projek pembangunan di negeri Sabah. Eh, mengapa pula hendak beri projek pembangunan di Sabah? Ini hak peneroka dan Sabah sudah pun mendapatkan geran itu dan geran ini tiba-tiba hendak menggunakan duit FELDA.
Saya bukan katakan bahawa tidak perlu dibantu kepada rakyat negeri Sabah tetapi soalnya bagaimana cara penggunaan yang dibuat oleh FELDA itu sendiri. Jadi sebab itu saya katakan bahawa isu ini jangan bermain dengan isu sentimen untuk...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Pokok Sena, boleh kita bantu tentang Sabah?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Untuk melaga-lagakan antara masyarakat peneroka dengan pembangkang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ada jawapan ini, jawapan tepat tentang bayaran pembangunan kepada Sabah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sepatutnya bagi saya bahawa...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Boleh Yang Berhormat Pokok Sena?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kerajaan harus menjawab sebab saya katakan tadi bahawa antaranya ialah RM2 bilion untuk penanaman semula, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah.
Tak kan pinjaman rumah mereka tidak bayar? Dari 2004 sampai 2009 tiada kemasukan, dia kata seolah-olah macam keluar. Jadi berniaga apa, berniaga cucur meniram pun ada keluar masuk.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Pokok Sena, boleh kita bantu sedikit. Yang Sabah itu ....
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sudah, sudah. Saya rasa lebih baik bagi timbalan menteri ini untuk jawab.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Janganlah buat andaian yang bukan-bukan. Menteri tidak boleh jawab, ini menteri lain.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi sebab itu bahawa apabila digunakan tabung pembasmian kemiskinan Sabah sebanyak RM662 juta saya katakan bahawa betul Sabah miskin tetapi kenapa menggunakan wang daripada reserve tunai FELDA? Ini isunya, sepatutnya kita sudah pun mendapatkan peruntukan yang ...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sabah boleh jawab? Sabah boleh bantu supaya tidak terkeliru.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kerajaan negeri ada bagi tanah untuk FELDA di Sabah, besar. Jadi kalau dia beri bantuan balik, rasanya tidak salah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya katakan bahawa kerajaan negeri mana pun bagi tanah untuk FELDA, bukan Sabah sahaja.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ini untuk FELDA plantation, bukan untuk FELDA ladang peneroka. Ini kena faham. FELDA plantation, bukan FELDA peneroka.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Untuk FELDA plantation di negeri lain pun ada negeri lain juga beri kepada FELDA plantation. Bukan sahaja di negeri Sabah. Jadi sebab itu bagi saya bahawa ini yang harus dijawab, bukan mereka melarikan isu melagakan seolah-olahnya bahawa ini penghinaan kepada peneroka, hendak menimbulkan kemarahan golongan peneroka.
Jadi saya nampak macam terdesak sangatlah politik UMNO dan Barisan Nasional ini yang selama ini menganggap bahawa peneroka FELDA ini sebagai talian hayat untuk politik UMNO, Barisan Nasional tiba-tiba timbul isu ini...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kalau hendak kaitkan UMNO, UMNO lah timbulkan FELDA
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Maka dibimbangi bahawa peneroka akan ada kesedaran yang tinggi dan akan marah kepada kerajaan yang gagal memberikan urus tadbir yang baik untuk FELDA..
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Kita pun tahu mengapa sentuh FELDA.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi sebab itu bagi saya bahawa kerajaan harus datang ke sini, pihak kerajaan datang ke sini untuk menjawab secara jujur dan bukan menimbulkan hendak divert isu untuk hendak menimbulkan pertelagahan antara Pakatan Rakyat dengan peneroka. Ini politik murahanlah bagi saya.
Dia kata kalau FELDA tidak bankrap buat apa saman hendak minta RM200 juta. Maknanya FELDA hadapi masalah kewangan, terpaksa minta duit daripada surat khabar Keadilan RM200 juta. Hendak bankrap sungguhlah. Kalau tidak bankrap buat apa hendak saman RM200 juta ini? Sudah ada duit.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Macam ini naib presiden pun ada [Ketawa]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Minta RM10 token, okey Ketua Umum Keadilan, minta token RM10 sepatutnya, ini minta RM200 juta.
Maknanya problem sungguh, kalau memang hendak bankrap sungguh.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ini hendak minta samanlah, tahu tak.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu belum lagi FELCRA, itu baru FELDA.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Permatang Pauh...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Belum lagi FELCRA, kalau FELCRA tidak tahulah, rasa luruh rambut apa [Ketawa] Jadi kacau Yang Berhormat Ledang, hilang habis saya punya ini. Jadi sebab itu saya minta bahawa isu ini soal kepentingan kita bersama, kepentingan peneroka yang harus dilindungi. Peneroka adalah pengguna dan mereka harus dilindungi oleh pihak berwajib. Jadi ini antara perkara yang saya fikir bahawa harus diberikan tumpuan oleh pihak kerajaan di samping beberapa perkara lain.
Begitu juga dengan isu yang saya katakan bahawa isu ini pasal Menteri JKR ada, ini hak pengguna. Ini isu istana. Hari ini media memberi gambaran isu ini perkauman, hendak hina raja, hendak hina istana. Ini tidak betul. Ini bukan kita menghina raja, bukan kita menghina istana.
Saya bangkit isu ini sebelum saya masuk balik ke Parlimen pada penggal ini sewaktu asal projek yang ditawarkan oleh Syarikat Maya Maju ini RM1.1 bilion pada waktu itu saya membuat bantahan pada waktu itu dan sekarang saya menjangka bahawa harga ini akan sampai kepada ke peringkat RM1.1 bilion kerana sekarang ini kerja-kerja yang disebut tempoh hari iaitu sehingga sudah sampai kepada peringkat RM877 juta dengan beberapa perkara. Itu tidak termasuk dengan variation order maknanya VO.
Saya percaya bahawa kalau sekarang ini dengan kerja-kerja tambahan ini tanpa VO perubahan kerja ini saya percaya bahawa kalau berlaku sampai kepada peringkat VO ini, ia akan sampai kepada harga asal yang ditawarkan oleh Syarikat Maya Maju ini iaitu RM1.1 bilion. Jadi sebab itu kita hendak bahawa saya hendak minta pihak JKR juga harus memberikan penjelasan kepada kita semua bahawa berapa sebenarnya kajian yang dibuat oleh pihak kerajaan kalau dibuat dalam bentuk open tender, kita boleh menjimatkan satu perbelanjaan. Adakah JKR membuat satu penilaian dan semakan untuk melihat bahawa kalau dibuat dalam bentuk open tender ini maka kita dapat menjimatkan wang negara dan juga wang rakyat.
Jadi sebab itu saya minta bahawa isu ini jangan hendak dialihkan hanya menggunakan seorang senator murahan yang tidak ada kredibiliti untuk buat ini isu perkauman, menghina istana dan sebagainya. Ini isu hak wang rakyat yang hendak dibelanjakan tambah pula kenapa syarikat untuk buat istana itu ambil pekerja pendatang-pendatang tanpa izin. Saya kata ini lagi bermasalah. Jadi oleh sebab itu saya mohon penjelasan..
■1500
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Pokok Sena, Balik Pulau sedikit, penjelasan. Boleh?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Oh ya, sila.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kekanda Pokok Sena. Saya rasa mohon penjelasan Yang Berhormat Pokok Sena, yang mana lebih menghina Yang di-Pertuan Agong kita ini kalau katakanlah tiba-tiba berita di
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Indonesia keluar, satu projek melibatkan pembinaan Istana Negara terdapatnya pekerja-pekerja yang mana hak asasi mereka dinafikan? Sekarang mereka boleh bawa kes ke Badan Hak Asasi Manusia ASEAN. Jadi saya rasa itu pada pandangan saya lebih memalukan negara dan kita Pakatan Rakyat, apabila kita bongkar kes ini kita hendak jaga martabat dan kemuliaan projek istana tersebut.
Mohon penjelasan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi, bahawa ini merupakan satu penghinaan apabila kita telah menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh pekerja-pekerja walaupun mereka itu merupakan pendatang tanpa izin tetapi, mereka telah pun turut sama untuk membantu menaikkan atau membangunkan istana yang tersergam indah tersebut. Jadi sudah tentu ini akan mencalarkan nama baik jika tindakan ke peringkat antarabangsa diambil oleh golongan ini.
Jadi sebab itu bagi saya kerajaan harus menghentikan - JKR tidak boleh membiarkan isu istana ini dan juga isu-isu projek yang dibuat secara runding terus ini dibiarkan menjadi sebagai satu isu politik untuk dikaitkan dengan perkauman sedangkan kita lupa, bahawa sebenarnya isu yang kita bangkitkan ini ialah untuk kepentingan perlindungan kepada kepentingan negara dan juga rakyat dalam negara kita ini. Jadi saya rasa itulah yang dapat saya sampaikan dan saya harap kepada Yang Berhormat Menteri yang segak, handsome dapat memberikan penjelasan yang terbaik untuk kepentingan kita bersama. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak berucap lagi Yang Berhormat?
Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai
Jerai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Titiwangsa.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak apa, Yang Berhormat Kinabatangan orangnya sabar.
[Ketawa] Saya ingin bercakap mengenai beberapa isu antaranya adalah - tetapi sebelum itu saya hendak menyambung sedikit apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Analogi maknanya kalau misalnya dikatakan kita mendedahkan tentang masalah penyelewengan ataupun masalah pekerja di Istana Negara misalnya, kita seolah-olah menghina raja, menghina Agong.
Bagaimana pula misalnya kalau ada satu kontraktor yang buat masjid, masjid ini rumah Allah ya, jadi dia tidak bayar gaji kepada pekerja-pekerjanya, adakah ini bermakna menghina Allah? Jadi ini satu analogi yang sangat songsanglah daripada seorang Senator yang juga belum cukup umur ya Yang Berhormat Pokok Sena.
Perkara yang kedua saya hendak bercakap ini adalah, saya hendak bercakap tentang masalah hak-hak pengguna terutama dari segi mendapat makanan yang sihat. Sebagai seorang doktor saya kira ini perkara yang sangat penting dan juga merupakan perkara-perkara harian di mana setiap hari kita makan. Akan tetapi adakah rakyat kita Malaysia mendapat makanan yang benar- benar nutritious, yang benar-benar bermutu nilai gizinya dan pada masa yang
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
sama juga adalah selamat? Saya telah bangkitkan dalam celahan saya semasa Yang Berhormat Kubang Kerian bangun berucap, iaitu berkenaan dengan makan junk food kepada kanak-kanak. Jadi saya harap itu dapat juga dijawab oleh pihak Menteri, adakah satu peraturan untuk memastikan kanak-kanak sekolah dan juga kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak menjadi mangsa kepada makanan- makanan junk food ini?
Selepas saya bercakap Yang Berhormat Menteri, pada malam itu saya ada satu program dan salah seorang yang hadir mengikuti program saya itu pegang anak umur dua tahun. Anak dia makan junk food, saya pun tidak ingat ‘tam-tam’ atau ‘kam-kam’ dan sebagainya yang berwarna oren. Budak itu mulutnya pun berwarna oren. Budak umur dua tahun telah didedahkan kepada satu makanan yang tidak ada nilainya. Pukul lapan malam dan apabila saya bertanya kepada bapanya, “Sudah makankah anak ini?”. Katanya “Belum, dia tidak hendak makan”. “Kenapa beri ini?”. “Ini yang dia hendak”. Akan tetapi budak dua tahun bukan dia tahu hendak pergi beli ‘kam-kam’ itu melainkan bapa dia yang membelikan makanan tersebut. Jadi saya lihat di situ pertamanya mungkin dari segi isu pendidikan kepada pengguna.
Keduanya, mungkin makanan itu terlalu banyak, berleluasa di mana-mana pun ada. Mamak roti yang bawa roti pun banyak penuh dengan makanan- makanan junk food. Kedai-kedai runcit ada makanan junk food. Semasa saya bertugas di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati, sebelah saya itu adalah kedai jajan. Orang-orang kitalah yang 90% datang ke kedai tersebut, orang-orang Melayulah saya kata, 90% pergi ke kedai tersebut dan menjadi pelanggan membeli junk food di dalam kuantiti yang begitu banyak! Jadi mereka hidup dengan menjual makanan-makanan sampah yang tidak bernilai kerana mereka tidak tahu, mungkin, ataupun mungkin tidak ada satu peraturan yang boleh membendung daripada amalan yang tidak sihat ini. Apa yang berlaku hasilnya adalah kita melahirkan masyarakat yang banyak sangat masalah kesihatan.
Kadang-kadang umur 30 tahun atau 40 tahun sudah menghadapi masalah- masalah kesihatan yang serius dan juga indeks kejadian kanser juga meningkat dengan begitu banyak.
Jadi saya ingin bertanya dan berharap pihak Menteri dapat memberi satu jawapan yang jelas dari segi regulasi, peraturan terhadap makanan-makanan yang banyak bahan perisa, yang banyak bahan pewarna dan juga yang ada banyak bahan pengawet terutama kepada anak-anak sekolah dan juga anak-anak kecil ini. Adakah ada satu peraturan yang tegas dan kalau ada peraturan pun, adakah peraturan itu dikuatkuasakan ataupun tidak? Adakah kerajaan benar-benar mendidik bukan sahaja pengguna tetapi mendidik mereka yang membuat atau mengeluarkan, iaitu pengilang-pengilang misalnya yang mengeluarkan makanan- makanan tersebut.
Saya pasti makanan-makanan itu bukan diimport daripada luar negara.
Sudah pasti makanan-makanan itu berasal daripada dalam negara tanpa saya menafikan beberapa makanan seperti jeruk daripada negara Siam. Itu juga sangat dipersoalkan di samping perasa-perasa misalnya sos ikan daripada negara Thailand yang banyak digunakan dalam tom yam di kedai-kedai restoran yang dibuka pada waktu malam, yang dikendalikan ramai oleh mereka daripada negara sebelah Thailand sana. Adakah satu peraturan untuk melihat makanan-makanan yang digunakan, sos-sos yang digunakan? Adakah sos-sos itu tidak berbahaya?
Saya kira kita daripada kecil sudah biasa didedahkan dengan satu produk daripada, kalau tidak silap saya brandnya cap dua kepala singa, betul ya Yang Berhormat Sri Gading yang menjual pelbagai jenis pewarna. Kepala singa ya? Ha,
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Red Man dan macam-macam lagi. Sejauh mana dari segi kita menjaga untuk memastikan supaya penggunaan bahan-bahan ini adakah bahan-bahan ini tidak berbahaya?
Apabila saya baca misalnya katakan kordial, memang saya ban saya kordial itu. Saya memang tidak akan beli. Minta maaflah kerana pada saya tidak ada apa-apa pun nilai pemakanan. Saya hendak makan atau minum, saya mesti pastikan itu adalah yang bernilai dan boleh membawa kesihatan kepada saya dan begitu juga keluarga saya. Jadi, bila kita tengok di situ, dia tulis pewarna yang dibenarkan, conditioner yang dibenarkan, perasa yang dibenarkan. Wallahualam saya tidak tahu siapa yang membenarkan tetapi, saya berharap supaya kerajaan mengambil berat tentang perkara ini sebab ia berleluasa. Setiap hari rakyat kita makan kuih yang berwarna, minuman yang berwarna begitu juga makanan- makanan yang banyak perasa. Itu satu perkara.
Perkara kedua tentang makanan juga adalah penggunaan minyak masak.
Penggunaan minyak masak yang berulang kali. Kita seronok pergi beli kuih karipap, ‘char kue’ dan sebagainya dan kita rasa sedap dimakan tetapi, kita tidak sedar bahawa barangan-barangan atau kuih-kuih yang digoreng ini digoreng berulang kali, bukan kuihnya yang berulang kali maknanya minyak yang digunakan itu berulang kali. Kalau kita pergi tengok kualinya itu Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Arau sila pergi tengok sebelum beli pergi tengok dahulu. Hitam kadang-kadang macam minyak hitam yang sudah digunakan kereta itu.
■1510
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak tidak masuk, Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Yang Berhormat Pasir Salak jugalah sekalilah. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Padang Besar, masuklah semua sekali, ya. Kita tengok perkara ini. Memang kita hendak menggalakkan peniaga-peniaga kecil yang memang - mereka untuk menjual, kita hendak bantu, kita hendak sokong dan kita pun tidak ada masa hendak buat kuih.
Saya memang tidak ada masa hendak buat kuih. Kita beli daripada kedai-kedai kerana kita tidak ada pilihan. Akan tetapi saya secara sendiri, secara peribadi memang saya akan lihat dahulu.
Namun bagaimana pengguna yang lebih ramai yang mungkin tidak faham, mungkin tidak tahu dan tidak ada maklumat tentang perkara ini. Sedangkan minyak yang digoreng berulang kali ini sangat cancerous. Sangat bahaya. Ya, sangat cancerous. Jadi ini juga satu perkara...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Boleh penjelasan? Hendak tanya pasal doktor sedikit.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ya, boleh. Silakan.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Ada pendapat mengatakan bahawa manusia ini tidak boleh - Ini saya hendak tanya pandangan Yang Berhormatlah. Manusia ini tidak boleh manja sangat sebab kalau kita manja sangat dengan ini tidak boleh, ini tidak boleh. Ini pandangan sahaja. Akhirnya antibodi kita menurun dan tiba-tiba kita mungkin berada dalam keadaan sukar, kita terpaksa makan apa yang ada. Maka, pada masa itulah kita tidak boleh melawan segala serangan dalam badan kita dalam bentuk penyakit dan sebagainya kecuali kita tidak boleh tolak ansur dari segi vitamin.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Buktinya. Ini pendapat katakan. Buktinya ialah kalau kita tengok orang yang “tidak sihat” itu, yang merayap di tepi jalan. Dia sihat. Dia makan apa sahaja yang ada. Maknanya, badan dia boleh terima apa sahaja. Apa pandangan Yang Berhormat? [Ketawa]
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Bolehlah. Kita tengok.
Memang betul Yang Berhormat Ledang cakap itu. Kita tengok duduk tepi jalan itu dengan itu ini bertahun-tahun tidak mandi. Mungkin semua nampak sihat. Kita lihat begitu, bukan? Itu kalau misalnya Yang Berhormat Ledang berasa, bolehlah juga kita cuba pengalaman itu bagaimana. [Ketawa] Walau bagaimanapun, apa yang Yang Berhormat Ledang perkatakan itu ada kesungguhannya dari segi – kalau dari segi antibodi kita terhadap bakteria. Terhadap bakteria itu mungkin.
Maknanya, kita memerlukan sedikit pendedahan. Maknanya, kita tidak boleh orang kata spring cleaning semua menyebabkan badan kita tidak ada langsung antibodi.
Sedikit pendedahan.
Sebab itu yang kita bagi injection. Vaksin itu adalah merupakan kuman.
Kuman itu juga kuman yang menyebabkan penyakit tetapi dalam bentuk yang mild. Bentuk yang ringan. Jadi apabila dicucukkan ke badan, menimbulkan antibodi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Daya ketahanan badan. Apabila datang kuman yang real, maka badan kita dapat melawan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Itu memang saya betul.
Akan tetapi ini bercakap dari segi bahan kimia.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini Dewan Rakyat.
Bukan klinik, ya. [Ketawa]
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Apa ini, Pengerusi FELDA ini. Eh, FELCRA ini. Nanti kita dedahkan tentang FELCRA pula lepas ini.
[Ketawa]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia kurang vaksin, itu.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Jadi saya hendak menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Ledang. Pertanyaan itu yang memang pada saya yang memang agak munasabah. Memang begitulah yang kita fikirkan sebagai manusia. Biasa kita fikirkan begitu.
Baik, jadi saya harapkan jugalah. Bagaimana cara saya tidak pasti.
Bagaimana cara hendak membantu. Mungkin boleh difikirkan bersama-sama.
Maknanya, dari segi kos efektif kepada mereka, peniaga-peniaga kecil yang menjual kuih-kuih ini. Yang berasa sayang dengan minyak yang dia hendak gunakan. Minyak ini sepatutnya tiga kali sahaja guna. Selepas itu sudah menyebabkan kita menjadi carbonized dan juga seperti yang saya kata, cancerous. Yang boleh menyebabkan sebagai satu contributing factors kepada kejadian kanser.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Jadi saya sekarang ini sedang begitu tertarik dengan satu program di mana recycle balik minyak masak ini. Minyak masak ini boleh recycle. Malah menjadi bio diesel. Boleh jadi lilin, boleh jadi bahan makanan untuk ternakan.
Mungkin ini perlu kita beritahu kepada peniaga-peniaga kecil. Kena maklumkan kepada mereka bahawa sebenarnya tidak rugi untuk membuang minyak masak.
Jangan buang masuk ke dalam longkang. Itu akan pergi ke laut dan menyebabkan pencemaran alam pula. Akan tetapi dikumpulkan dan boleh mendatangkan sumber kewangan. Kalau pun tidak boleh mendatangkan kepada kita, kalau kita sedekahkan kepada surau-surau ataupun rumah-rumah ibadat. Sebagai tempat pengumpulan. Jadi ini boleh mendatangkan, generate pula satu dana kepada surau, masjid dan juga rumah-rumah ibadat.
Ini mungkin kita boleh sampaikan kepada mereka. Kalau pun tidak dapat duit itu secara langsung kepada mereka tetapi sekurang-kurangnya mereka ada dapat pahala bersedekah dan ada dapat orang kata ganjaran kerana menyumbang dari segi itu.
Kemudian seterusnya juga saya ingin menyebut tentang produk sekarang yang begitu di bawah– mutunya boleh dipersoalkan. Kalau dulu kita beli sesuatu.
Katalah kita beli katil, kita beli almari, kita beli barang-barang elektrik. Misalnya, fridgelah. Kalau peti ais sendiri misalnya. Kita beli dengan harga RM1,500. Kita pakai lama. Kita pakai alat itu lama. Kadang-kadang sampai sepuluh tahun dan tidak memberi banyak masalah kepada kita. Akan tetapi sekarang ini dengan harga yang jauh lebih mahal, yang misalnya lebih canggih tetapi awal-awal lagi telah ada masalah dan apabila ada masalah ini pula, bila kita minta dikembalikan, maka “Oh, tidak. Ini boleh repair” dan sebagainya. Kalau kita baru beli pakai sebulan dua. Kemudian menjadi masalah.
Tidakkah kita ada satu peraturan untuk mereka yang mengeluarkan produk ini untuk mengambil balik dan digantikan dengan yang baru. Sebab terlalu sangat baru, berlaku masalah kepada barang yang kita beli ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah dalam pindaan ini ada keperluannya untuk masukkan maknanya satu peraturan dalam sekian masa.
Misalnya, katakan tiga bulan pertama pembelian kita itu, walaupun memang sudah ada gerenti ataupun selama setahun ataupun setahun setengah. Biasanya setahun sahaja. Akan tetapi sekiranya rosak tiga bulan pertama, rosak maknanya defect awal. Mungkin daripada peringkat pengeluaran itu, maka boleh, maka menjadi tanggungjawab kepada pengilang untuk menggantikan balik terus.
Bukannya membaiki.
Jadi, kita mengharapkan dalam pindaan ini ada juga dimasukkan dari segi untuk menjaga kepentingan pengguna-pengguna yang tersebut.
Kemudian saya ada sedikit. Satu lagi tentang AirAsia. Ini sebenarnya catatan daripada Yang Berhormat Kota Raja yang sebenarnya tadi ingin juga bercakap tetapi oleh kerana petang ini dia ada urusan yang penting. Jadi tentang AirAsialah. Kita ucapkan terima kasihlah kepada AirAsia kerana memberikan perkhidmatan tambang murah kepada rakyat. Cuma ada beberapa perkara yang mungkin yang saya kira mungkin boleh diperbaiki oleh pihak AirAsia sendiri.
Misalnya, katakan dia membuat satu tawaran. Mungkin in-advance. Enam bulan atau setahun lebih awal misalnya untuk destinasi-destinasi tertentu dan tentu sangat menarik dan kita beli misalnya.
Akan tetapi bila sampai masa itu, mungkin kita tidak dapat pergi ataupun mungkin kita terpaksa gantikan dengan orang lain. Jadi apabila tidak dapat pergi atau diganti dengan orang lain, maka di situ dilihat denda yang dikenakan sangat
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
tinggi ataupun mungkin kadang-kadang terpaksa tiket itu burn macam itu sahaja.
Jadi kita mengharapkan supaya pihak AirAsia dan lain-lain syarikat yang memberikan khidmat tambang murah ini supaya consider, ada pertimbangan kepada pengguna-pengguna ini.
Pengguna-pengguna ini biasa kebanyakannya adalah misalnya, AirAsia adalah mereka yang merasakan ini adalah antara perkhidmatan yang mereka ada kemampuan untuk menyertai. Mungkin kalau misalnya, Ahli-ahli Parlimen yang hebat-hebat mungkin agaknya mesti naik MAS di mana di situ mungkin tidak ada dari segi dapat tawaran-tawaran yang sangat menarik. Ada kemampuan tetapi mungkin yang naik ataupun yang mendapatkan khidmat AirAsia ataupun syarikat- syarikat tambang murah ini adalah mereka yang mungkin daripada golongan pertengahan.
Jadi saya mengharapkan supaya di situ, AirAsia misalnya ada lebih lagi consumer friendly terutama dari segi apabila tawaran-tawaran mereka yang telah diambil itu tidak dapat dipenuhi oleh pengguna-pengguna kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jadi saya rasa itu antara perkara yang ingin saya kemukakan. Terima kasih atas peluang yang diberi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat belum berucap, Yang Berhormat? Sudah berucap? Belum?
Beberapa Ahli
Sudah, sudah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Belum.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan pandai-pandai sudah, sudah. [Ketawa] Saya tidak panjang. Cuma, saya mengucapkan tahniah kepada kementerian sebab berjaya membawa satu akta yang dipanggil Akta Perlindungan Pengguna 1995. Kenapa akta ini perlu kita ubah suai dan perlu kita tokok tambah? Ia semata-mata untuk memastikan pengguna selamat. Akan tetapi kalau kita lihat secara keseluruhan, saya tidak tahu di mana silap kita.
■1520 Negara ini menjadi lambakan barang-barang palsu, barang-barang tiruan.
Sama ada beg tangan, kasut, baju dan macam-macam. Kalau di China, telur pun boleh telur palsu. Botol susu, botol susu palsu datang sini yang ada kimia. Puting susu pun palsu juga. Kosmetik palsu, suntikan mengembangkan susu pun palsu juga. [Ketawa] Jadi ini rasa saya pengguna tidak selamat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Sri Gading bangun Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Puting susu pun...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Palsu. Apa yang menghairankan saya, kenapa benda macam-macam ini boleh lalu melalui kita punya sempadan? Sudah sampai di negara ini, sudah di pasar, baru dipantau baru ada ditangkap. Saya hairan di mana silapnya perkara sebegini boleh mudah di seludup dari negara luar sama ada Thailandkah, Chinakah – mana-mana masuk sini. Sudah sampai sini baru ada tangkap dua tiga. Di mana agaknya bapak Menteri silap kita sehingga perkara begini berleluasa? Kalau kita pergi Petaling Street hendak tengok jenama Louis Vuitton, Gucci, Prada, Ferragamo, ada. Jam Rolex ada yang harga RM30. Jadi kenapa dia boleh jadi begini?
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Pierre Cardin pun palsu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Palsu-palsu seumpama yang tiruan ini, bahayanya iaitu silikon untuk mengembangkan susu. Ada wanita susu dia kecil, dia hendak besar sebab baru dia kata ada keterampilan. Tiba-tiba dia besar juga tetapi tidak sampai satu tahun susu sudah macam-macam sakit, dia tidak boleh disentuh sudah. [Ketawa] Kenapa kita benarkan benda-benda macam ini? Satu lagi botol susu kanak-kanak. Apabila di pasar dia menyusu kanak-kanak didapati ada impak keracunan dalam dia punya diri. Punca dia daripada botol susu. Ini pun harusnya diberi kajian sebab masalah besar kepada generasi masa depan bangsa kita.
Kalau kementerian benar-benar serius, apa masalah kita hadapi? Kalau enforcement kurang untuk memastikan pengguna – berapa kapasiti? Satu enforcement, berapa pengguna dia boleh jaga? Kalau polis, satu polis dia jaga lebih kurang 20,000 orang, 15,000 orang. Kalau pengguna berapa pula? Kalau kita punya alasan peruntukan tidak ada, maka segala-galanya tidak akan menjadilah.
Begitulah akhirnya negara kita dilambak dengan barang-barang tiruan, dengan barang-barang palsu. Rakyat binasa kesihatan sedangkan kita berbicara kesihatan untuk mencapai – menuju wawasan negara maju kita kena sihat. Orang politik pun kena sihat.
Akan tetapi kalau kita diancam dengan berbagai-bagai barang palsu dan tiruan yang boleh menyebabkan kita tidak sihat, rasa saya – kalau di China pada satu ketika ada satu kilang produce susu memberi pencemaran, dia punya owner ditangkap dan ditembak tahu. Jadi apa pula hukuman di negara kita ini yang akan kita kenakan kepada produser-produser yang sebegini? Apa pula yang kita kenakan tindakan kepada mereka yang mengambil barang-barang tiruan dilonggokkan di negara kita? Kenapa boleh longgokkan – dalam deklarasi kastam dia apa benda dia hantar? Kenapa tidak kita periksa? Kenapa sudah buka kedai baru ada pemeriksaan?
Jadi ini rasa saya memerlukan satu pendekatan yang lebih agresif lagilah Yang Berhormat Menteri. Cuba panggil mereka-mereka yang pakar di situlah, gunakanlah kepakaran mereka untuk menyelesaikan dan melihat masalah ini.
Sebab kalau pun dia dipanggil pakar tetapi kepakaran dia dua kali lima juga macam orang biasa, saya rasa rugilah kita bayar dia berpuluh-puluh ribu memegang jawatan sebegitu tetapi tidak ada juga impak yang lebih drastik yang dia boleh lontarkan untuk kita memastikan bahawa pengguna benar-benar terlindung.
Dato' Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sila, sila
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Memandangkan di negara kita belum ada lagi kajian menyeluruh tentang penyerapan bahan kimia daripada makanan sampai ke pakaian kerana kalau menurut Pengarah Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia (Standard Users), Ratna Devi Nadarajan, di United Kingdom sahaja, daripada seorang wanita bekerja daripada dia pakai baju dan makan, dia menyerap dua kilogram bahan kimia sehari tetapi di Malaysia kita belum ada kajian seumpama ini, malah mungkin kalau ikut kebebasan dan penggunaan yang berleluasa yang berlaku dalam negara kita, mungkin kita lebih daripada itu. Apa pandangan Yang Berhormat?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya bersetuju sebab negara maju seperti Amerika dia memang begitu concerns ataupun dia prihatin melihat bagaimana sesuatu benda itu boleh mengakibatkan orang lain. Di negara kita, mungkin oleh sebab kajian ini tidak ada, jadi kita ini mungkin terdedah, saya tidak tahu. Mungkin rakan sebelah saya ada virus yang sedemikian, saya tidak tahu. Mungkin rakan sebelah sana mengguna pakaian yang dipenuhi dengan kimia dan chemical, kita pun tidak tahu. Jadi kita duduk dalam satu Dewan kita ingat kita selamat sahaja, rupa-rupanya terdedah dengan satu environment yang tidak begitu sihat.
Jadi oleh kerana itu mungkin disebabkan itu jugalah kita hairan dengar ini hari kita jumpa kawan kita, besok sudah meninggal, mati. Baru 32 tahun sudah mati, tidak tahu kenapa. Baru kita nampak dia main golf semalam sudah mati. Jadi mungkin disebabkan begitulah salah satu faktor. Jadi ini memang Yang Berhormat Arau ini...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Masuk ke dalam Dewan]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini yang datang ini pun saya tidak tahu dia bawa virus apa. Jadi kita pun kena waspada jugalah. Ini Yang Berhormat Ipoh Barat kena waspada sebab orang baru datang ini dekat berhampiran dengan dia. Kita tidak tahu chemical apa dia bawa. Jadi boleh mengakibatkan...
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang Berhormat Kinabatangan. Sedikit Yang Berhormat Kinabatangan, menyentuh tentang jiran- jiran sebelah ini. Saya tertarik apabila disebut tentang jiran sebelah menyebabkan masalah kepada kita. Tahukah Yang Berhormat Kinabatangan bahawasanya secondary smoker, duduk sebelah orang hisap rokok itu lebih tiga kali ganda bahayanya kepada kita daripada kita sendiri hisap rokok? Minta pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia memang. Kalau dia duduk dalam satu bilik yang terkongkong cuaca, dia memang terdedah. Jadi saya nasihatkan kepada yang tidak merokok jangan ikut kepada yang pandai merokok kecuali dalam legar yang terbuka, itu tidak apa. Terima kasih.
Satu lagi, ini pun berlaku. Saya pun menerima SMS mengatakan, ”Tahniah anda telah memenangi RM10,000.” Saya benda-benda macam ini – sebab saya orang paling tidak percaya dengan cepat kaya ini. Saya tahu usaha keras, kerja baru kita boleh dapat sesuatu. Mana boleh terus dapat RM10,000.
Saya telefon dia dan saya bilang, “Tahniah, makanlah itu duit, saya tidak perlu”.
Jadi rupa-rupanya baru saya dapat tahu melalui televisyen dan surat khabar bahawa ramai yang sudah terperangkap. Apabila dia kata, “Anda telah menang” dan yang penerima ini pula tidak tahu berfikir panjang, terus telefon
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
berkomunikasi sebab dia sudah dapat hadiah RM10,000 tetapi rupa-rupanya – dia kata hari ini sudah petang tidak boleh dibayar tetapi aktifkan ATM melalui Maybank apakah semua. Apabila dia aktif pergi Maybank atau pergi mana-mana kaunter ATM, rupanya komputer dia berjalan, dia aktif sahaja, dia tengok akaun dia sudah kosong.
Jadi memang ini penipuan dalam siber ini rasa saya Yang Berhormat juga perlu lihatlah sebab banyak pengguna kita yang telah ditipu dan tertipu. Kenapa kita tidak ada penguatkuasaan secara langsung dalam pengurusan perniagaan penipuan yang sebegini? Jadi malam ini rasa saya tugas kita wakil-wakil rakyat balik ke kawasan kalau ada ceramah, selitkanlah penipuan-penipuan yang sebegini. Sebab RM10,000 dia janji tetapi akhirnya yang dia ada dalam akaun RM500 pun lesap, hilang tidak dapat dilihat atau diambil.
Apa yang dia tahu, dia punya akaun sudah kosong. Jadi pihak penguat kuasa, pihak kementerian harus melihat perkara ini sebagai satu perkara yang serius sebab ancaman ini tidak dapat kita lihat. Siapa yang berhubung dengan kita pun kita tidak tahu melalui telefon tetapi dia boleh trace akaun kita apabila kita aktifkan perbualan dengan dia semasa kita hendak dia minta nombor akaun kita.
■1530 Saya juga ingin melihat jangan sampai lagi perkara seperti yang berlaku dahulu iaitu Koperasi ANGKASA dengan MOCCIS boleh lagi sekarang ini pun masih ada kakitangan kerajaan bawahan yang menanggung beribu-ribu hutang dengan Koperasi ANGKASA ini. Dia pinjam RM2,000, tetapi dia kena bayar sampai RM8,000. Jadi kenapa Koperasi ANGKASA ini bersekongkol dengan MOCCIS menipu pekerja-pekerja dalam negara kita. Mereka ini kita tahu gaji mereka RM800, RM1,000. Pinjam RM2,000 mereka kena bayar RM8,000 berbulan-bulan, bertahun-tahun. Jadi kementerian kena lihat. Kalau Yang Berhormat kurang kepakaran dalam kementerian, bolehlah panggil kita wakil-wakil rakyat mungkin menyumbang idea-idea. Saya percaya kementerian bayar ramai pegawai tinggi yang boleh berfikir ke arah itu. Akan tetapi kalau tahap mereka juga tidak boleh sampai ke tahap berfikiran sebegitu, maka Yang Berhormat kena mencari pendekatan yang lain untuk memastikan bahawa rakyat dan pengguna terbela. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Datuk Ismail Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
[Bangun]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai
[Bangun]
Tuang Ding Kuong Hiing - Sarikei
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Okey saya akan bagi tiga, empat orang.
Beberapa Ahli
Lima, lima.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan bagi membahaskan Akta Perlindungan Pengguna 1999 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berhubung tentang panduan penggunaan iklan. Kalau kita melihat secara langsung iklan ini, walaupun kita boleh benarkan dalam pasaran menerusi akta bersama dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tetapi tentang kesan iklan kepada pengguna dilihat banyak juga membawa kesan negatif yang menyebabkan kita boleh tertipu dengan produk-produk dan cara iklan itu dipamerkan menerusi kaedah-kaedah dan elemen-elemen daya penarik yang saya rasa amat tidak bersesuaian sekali. Jadi saya ingin bertanya pihak kementerian tentang undang- undang pengiklanan ini yang termasuk juga di sini Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Perubatan, Akta Penjualan dan lain-lain, sejauh mana kita dapat mengawal iklan-iklan yang dianggap membawa kesan yang cukup negatif terutamanya iklan yang melanggar garis etika ataupun panduan kod pengiklanan yang boleh mendatangkan kesan yang amat teruk kepada pengguna.
Juga, sejauh mana kita dapat ada satu jawatankuasa yang dibentuk oleh kerajaan dalam memantau iklan yang mengelirukan dan iklan-iklan yang tidak kita ketahui dari segi tahap kebenaran bahan yang diiklankan untuk tatapan pengguna kerana kalau di setiap hari ianya dipamerkan pada waktu utama (prime time) sudah tentu ianya mendatangkan tarikan yang begitu cepat kepada pengguna dan menyebabkan akan berlaku sesuatu sekiranya barang-barang tersebut masih dalam peringkat yang diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa tertentu di negara kita.
Jadi sini saya ingin menarik perhatian, isu dan cabaran yang masih lagi perlu dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri di atas kementerian ini.
Kita melihat soal apabila dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi, soal-soal yang berkaitan segenap lapisan hidup kita bermula daripada pakaian, bermula daripada bahan-bahan perubatan, bermula daripada makanan dan lain-lain yang kita terlibat menghidu, menghisap - fungsi deria hampir setiap hari, tidak ada kajian utama yang dibabitkan. Malah Yang Berhormat Sri Gading pagi tadi dengan tegasnya mengatakan bahawa, ketika berlakunya kemalangan- kemalangan yang ngeri, belum ada kajian yang dibuat kepada akibat kemalangan kerana kereta yang sudah remuk, orang yang sudah meninggal akibat kemalangan tidak pernah dibuat kajian ke atas kenderaan berkenaan.
Kalau dilihat secara rasionalnya, apabila alat-alat ganti palsu di bawa masuk secara berleluasa ia tidak sesuai untuk digunakan dalam keadaan kecemasan seperti brake paddle dan lain-lain di mana di sini kita lihat kita di luar kawalan apabila barang-barang alat ganti palsu telah masuk dalam pasaran kita menyebabkan dipasang dengan harga yang lebih murah. Bagi pengguna apabila mereka membaik pulih kenderaan mereka supaya berada dalam keadaan yang baik, maka mereka memilih yang murah. Apabila yang murah, kebanyakannya dimasukkan tanpa standard dan kawalan tertentu. Mungkin dia tidak tahan panas, kepanasan, soal-soal perjalanan yang jauh yang tidak berhenti rehat dan sebagainya boleh menyebabkan kemalangan ini terjadi. Kajian seperti ini pun belum dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Jadi saya minta di sini mungkin ke atas kesedaran bersama, dan akta ini kita bentangkan demi mendapat kesejahteraan kepada pengguna-pengguna, kita berharap pihak kerajaan memastikan bahawa perkara-perkara ini dapat diberikan perhatian yang khusus.
Kemudian, tentang produk-produk yang terdapat dalam pasaran kita...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kassim - Arau
Sila, Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat Arau. Iklan ini mempengaruhi. Yang Berhormat Arau ambil Argentina 4-0 kena. Saya terpengaruh ambil Brazil pun keluar padang. Jadi macam mana itu? Yang Berhormat Arau, adakah kita nanti akan terpengaruh Jerman pula jadi johan. Macam mana Yang Berhormat punya pendapat?
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Sebelum itu Yang Berhormat Arau, sedikit Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kassim - Arau
Sila, sila.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Hendak tambah sedikit sebab tadi tidak sempat hendak sebut isu ini. Berkenaan dengan iklan ini. Saya ingin bertanya pandangan daripada Yang Berhormat Arau, bagaimana kita lihat iklan-iklan yang dipamerkan di lebuh-lebuh raya yang besar di mana di situ ditunjukkan seorang wanita yang bukan pula rakyat Malaysia. Kita tahulah maksudnya Eurasian ataupun orang putihlah kita kata. Di situ iklan kasut, maka dia duduk pun cara kasutnya pula ke atas kepalanya. Maknanya dalam keadaan yang sangat tidak bersopan bukan budaya kita dan menggunakan model-model yang bukan dari rakyat Malaysia dan bukan budaya Malaysia. Banyak sangat iklan seperti ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Arau tentang perkara ini.
Terima kasih.
Datuk Ismail Kassim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading dan juga Yang Berhormat Titiwangsa. Saya jawab Yang Berhormat Titiwangsa dahulu iaitu berhubung dengan penggunaan. Kalau dahulu ada satu kod etika satu masa dahulu tidak membenarkan wajah yang berparas Pan Asia tidak silap saya dimuatkan menjadi model dalam iklan berkenaan. Tambah lagi dalam bentuk elemen-elemen yang menggiurkan seperti mana yang dipaparkan sekarang secara bebas dan agak terbuka yang kita lihat dari segi tema pun kadang-kadang membawa maksud yang disalahertikan, disalah tafsirkan.
Saya ingat ini perlu dikawal, perlu ada kod etika yang semua kementerian tidak ada pertindihan dari segi kuasa pelaksanaan. Ini yang kita minta sebab banyak akta yang dibuat oleh pelbagai kementerian. Kalau tentang laut sahaja saya ingat lapan kementerian bertanggungjawab. Daripada Sains Samudera, hidupan dalam laut, atas laut, tepi laut, tengah laut, ada lapan akta dikuatkuasakan. Pening kepala. Kalau APM tangkap, dia tidak ada kuasa itu, dia tidak akan dapat tangkap. Contohnya tentang penguatkuasaan beras, polis hendak tangkap tidak boleh, JPJ hendak tangkap tidak boleh. Dia tidak ada kuasa.
Jadi benda-benda yang macam ini kita perlu satu jawatankuasa bersama yang kita perlu tubuh unit yang boleh mengandungi semua penguatkuasaan dalam satu badan yang dapat menguatkuasakan.
Menyentuh tentang kekalahan pasukan-pasukan favourite Yang Berhormat Sri Gading iaitu Brazil dan juga Argentina, itu bola adatlah. Kita tidak boleh tafsirkan. Malah umum mentafsirkan macam Yang Berhormat Sri Gading, apabila kalah ditafsirkan mereka ini terlibat dalam gejala rasuah. Pemain-pemain yang berada di dalam padang ini bernilai billion of dollars - beribu-ribu juta ringgit.
Mereka bukan pemain amateur dan mereka dibayar gaji minggu sampai satu juta.
Seperti John Terry dia dibayar USD1 juta seminggu. Takkan mereka hendak terlibat dengan offer yang terlalu rendah, seratus ribu, dua ratus ribu. Sedikit, tidak ada kesan. Mungkin the matter of tactical malam itu tidak menjadi yang menyebabkan mereka kalah. Nasiblah, kalau menang. Yang Berhormat Sri Gading
Datuk Ismail Kassim - Arau
kena akui kebenaran ini bahawa pasukan Amerika Latin sebenarnya kurang dari segi daya saing pada kali ini dalam saingan Piala Dunia. Jadi Germany, insya- Allah akan menjadi juara dalam Piala Dunia nanti. Jadi, sama-samalah kita saksikannya.
Tuan Yang di-Pertua, berbalik tentang soal isu dan cabaran yang perlu ditangani oleh pihak kementerian. Saya ingin bertanya kepada kementerian daripada kereta sorong bayi, tadi Yang Berhormat Kinabatangan bangkitkan soal botol susu yang dikeluarkan oleh pelbagai jenama, Anakku, dan ada yang kita nampak branded sedikit. Akan tetapi kita tidak tahu tahap keselamatan.
■1540 Bayi kita yang membesar dengan bahan kimia sampai ke dewasa, apabila mereka mungkin dari segi kita pertikaikan soal-soal kemampuan, soal-soal pertumbuhan fikiran mereka. Kita tidak pernah buat kajian tentang ini. Begitu juga yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat jualan langsung di mana tidak ada pengawalan atau standard yang kita boleh menguatkuasakan. Jadi kalau sekiranya ini berlaku, kalau terjadi sesuatu baru kita akan buat kajian seperti mana berlaku kebakaran kilang mercun di Sungai Buloh satu masa dulu yang menjadi isu yang begitu besar bahawa kita tahu ada kilang mercun di dalam negara kita, sebelum ini kita semua tidak tahu.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin di sini, pewangi, penyegar kereta, drop stick, kayu wangi yang menggunakan bahan kimia, kemudian alat-alat mainan kanak-kanak yang dibawa masuk daripada Thailand seperti kata Yang Berhormat Kinabatangan, dijual berleluasa di Kuala Lumpur sendiri, di mana-mana street. Sekarang ini dijual oleh orang Arab, orang asing, bukan orang kita yang jual. Mereka jual dengan bebasnya dan kanak-kanak kita membeli tanpa melihat kesan dari segi jangka panjang kepada seorang yang bernama kanak-kanak.
Yang Berhormat Titiwangsa bangkitkan tadi, takkan anak berumur dua tahun hendak tahu membeli makanan-makanan snek ini tetapi ayah yang beli yang bagi galakan kerana dia tahu itu menarik minat anak-anak dan untuk menyenangkan supaya anak tidak apa-apa. Inilah yang digunakan untuk menarik minat anak-anak tetapi kita masih membiarkan produk ini dalam pasaran yang telah menyebabkan kalau mengikut standard users ini perkara-perkara ini adalah amat berbahaya dan kita perlu agensi yang mengawal produk ini dapat menjalankan soal-soal pemantauan bagi memastikan bahagian keselamatan dan makanan yang sekarang ini diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan betul- betul mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kementerian Kesihatan pun dia buat kerja ini, dululah, penguat kuasa ada enam, tujuh orang, tidak payah fikir yang remeh-temehlah. Hendak pergi kacau soal rokok loose di kedai, kacau yang ini, ini tanggungjawab yang lebih besar yang perlu dilaksanakan. Penguat kuasa Kementerian Kesihatan tidak payahlah fikir yang di luar daripada bidang kuasa dia. Ini orang jual rokok loose, dia pun hendak pergi ambil tindakan, penguat kuasa ada lima orang, tidak cukup, pergi yang betul- betul menepati.
Kemudian beras wangi yang kita makan setiap hari. Saya tahu mungkin Ahli Parlimen sama ada rakan-rakan daripada pembangkang dan kerajaan suka beras wangi. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, pemprosesan beras wangi ini menggunakan bahan kimia. Yang originalnya, ia tidak akan ada padi wangi sepanjang tahun yang ditanam di negara Thailand, tidak akan ada. Jadi memastikan siapa yang mengawal pengeluaran beras tiap-tiap hari dari segi kualiti, yang menyiasat dari segi jangka panjang.
Datuk Ismail Kassim - Arau
Kalau bahan kimia yang saya faham, yang saya tahu, bahan kimia yang digunakan untuk mengekalkan kewangian daripada beras itu 65% tahap wangi hendak menjadikan 100%, bahan kimia ini diimport dari negara China, China juga tetapi kita masih tidak tahu dan kesannya dari segi buah pinggang, kidney, liver, kita tidak pernah tahu tetapi benda itu berleluasa dan menjadi makanan kesukaan, hampir setiap hari kita menggunakan.
Sebab itu saya minta pihak kementerian dalam hal ini mengambil tindakan yang serius bagi memastikan bahawa dengan kita adanya Akta Perlindungan Pengguna, saya pastikan rakyat kita yang kita ingin menuju kepada negara maju tetapi cadangan-cadangan dan juga tindakan-tindakan yang dibuat mesti menuju ke arah itu supaya pastikan bahawa kita akan mencapai tahap negara maju yang seimbang daripada semua keadaan.
Kemudian saya juga di sini ingin mencadangkan kalau boleh, sebuah agensi harus ditubuhkan oleh pihak kerajaan sebagai - kalau ada saya ingat boleh dikemaskinikan untuk menyelesaikan semua bentuk aduan yang diterima sama ada kecil ataupun besar. Talian yang dibuka 24 jam, pusat khidmat aduan pengguna ini untuk mengendalikan semua urusan yang dibuat sendiri oleh kerajaan, tidak dibuat oleh NGO. Supaya memastikan bahawa sokongan- sokongan terhadap dan tindakan-tindakan yang diambil akan terus dibuat kepada kementerian yang terlibat dan boleh dilaksanakan mengikut bidang kuasa kuat kuasa bidang undang-undang yang sedia ada di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini juga kita harus meletakkan satu keadilan kepada pengguna dan saya lihat respons Yang Berhormat Menteri dalam hal ini, saya tidak nafikan sahabat saya sentiasa bekerja keras untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini. Cuma saya minta dalam pinjaman bank, Yang Berhormat apabila akta ini dilaksanakan supaya kita pengguna- pengguna dan juga termasuk mana-mana perjanjian yang melibatkan soal-soal kontrak yang sama dan seragam ini biarlah dibuat dalam bahasa Melayu kerana bukan semua orang kampung yang berurusan dengan pihak bank dan kerajaan sekalipun ...
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Yang Berhormat.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Sila.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Bila kita mendengar tadi pinjaman bank, saya ingin membawa satu perkara kepada Yang Berhormat. Ada kita melihat iklan-iklan mengatakan dengan mudah sahaja pinjaman yang segera daripada RM1,000 ke RM50,000 di papan tanda yang begitu besar dengan tanpa penjamin, ini diiklankan. Bukankah ini akan menggalakkan orang ramai untuk menggunakan wang itu. Kemudian apabila waktu pembayaran nanti, kad-kad bank mereka ditahan untuk mengambil balik pinjaman itu. Adakah ini juga termasuk dalam kita punya Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna ini. Terima kasih.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sibuti. Saya pohon pertanyaan Yang Berhormat Sibuti dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma, perjanjian yang seragam ini, kalau kita tidak membuat kajian terperinci kita lihat ianya telah menafikan kebebasan pihak yang tidak faham, pihak yang lemah dan pihak yang tidak ada pilihan. Bermakna dia perlu sangat membuat pinjaman, pilihan yang ada dia mesti berserah kepada all the contents yang ada dengan izin, dalam perjanjian tersebut dengan tidak ada pilihan-pilihan lain yang boleh menyebabkan peminjam tidak teraniaya termasuklah peminjam
Dato' Ismail Kasim - Arau
biasiswa daripada badan-badan tajaan tertentu yang juga kadang-kadang perlu kita tidak buat perjanjian ataupun isi perjanjian yang seragam dalam hal ini.
Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri, dalam hal ini kita mestilah bersungguh-sungguh pada at any time supaya kita akan dapat menguatkuasakan sepenuhnya syarat-syarat dan juga perundangan yang kita buat. Kita pohon tindakan-tindakan mestilah kita perlu kuatkuasakan dan kalau boleh kita pohon perjawatan daripada JPA misalnya, untuk menambah pegawai-pegawai penguat kuasa yang terlatih yang perlu berhadapan dengan suasana yang sebegini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Bakri hendak berucap? Selepas itu Yang Berhormat Bakri, kemudian menteri bolehlah gulung.
Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas berkaitan akta pengguna ini.
Pertama sekali, seperti kita semua sedia maklum ia merupakan perkara yang paling penting kerana melibatkan semua rakyat yang terlibat dengan pengguna. Yang paling penting ialah program pendidikan pengguna yang mana sebagaimana kita dan pihak kerajaan betul-betul memberi pendedahan dan maklumat-maklumat berkaitan dengan akta-akta yang telah pun diluluskan dalam Parlimen ini bermula Akta Perdagangan untuk melihat palsu ataupun asli.
Kemudian Akta Kawalan Harga 1946, Akta Kawalan Bekalan 1991, Akta Timbang Sukat 1972 dan Akta Peraturan Makanan 1985, Akta Farmasi, kemudian Akta Kawalan Harga, melabelkan barangan, nilai, tarikh tempoh dan seumpamanya.
Sebagaimana akta ini diberi penjelasan dan diberi maklumat terkini ataupun sering kali diulang-ulang, sudah pastilah pengguna tidak akan teraniaya kerana pengguna rasa dirinya mempunyai pembelaan, dapat hak untuk menuntut haknya. Akan tetapi sebaliknya apa yang berlaku apabila semua ini seolah-olah macam dirahsiakan, disembunyikan menyebabkan pengguna sering kali berhadapan dengan masalah pelbagai isu yang terpaksa dihadapi oleh pengguna.
Yang menariknya apabila kita melihat minuman tin yang semua orang bercakap soal kesihatan hari ini. Kita melihat bagaimana kerajaan dengan bangganya telah meluluskan perkilangan Coca-Cola di Nilai yang mana kita yakin ia akan memberi kesan negatif kepada pengguna tersebut. Apakah ia tidak ada larangan dan isu kebimbangan dari pihak kerajaan dan pihak pengguna itu sendiri.
■1550 Kemudian apa yang saya sebut lagi adalah antara lain ialah pengguna mesti melihat daripada sudut ganti rugi, iaitu Tribunal Tuntutan Pengguna yang mana kadang-kadang berlaku kemalangan seperti disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi, kemalangan, musibah kerana bukan disebabkan kenderaannya tetapi jalan raya contohnya yang berlubang, yang mengakibatkan kemalangan dan akhirnya jadi OKU. Pengguna yang mengguna jalan raya itu disebabkan oleh jalan. Di manakah tuntutan pengguna untuk membela dirinya sama ada kepada Jabatan Kerja Raya atau pihak-pihak kontraktor yang terlibat?
Jadi, pembelaan kepada pengguna itu. Kadang-kadang tayarnya meletup.
Di manakah untuk mendapatkan Tribunal Tuntutan Pengguna ini, di mana
Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai
pengguna akan mengadu halnya. Ini benda yang sering kali berlakulah. Seolah- olah disembunyikan atau didiamkan sehingga pengguna terpaksa membiayai sendirilah walhal dia baru keluar dari kedai tayar, baru baiki keretanya.
Disebabkan jalan yang tak sama rata, elemen jalan yang berat sebelah mengakibatkan pengguna menanggung kerugian yang begitu banyak. Kemudian saya juga menyeru supaya kita menjadi ‘Pengguna bijak, faedahnya banyak’ supaya kita memahami hari ini contoh pengguna, kita sebagai pengguna, media kita sepatutnya mesti melaporkan berita yang sama beratlah.
Kalau politik, biar kedua-dua pihak. Hari ini ada pula melaporkan PAS sesat. Ini Menteri, Naib Presiden UMNO ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini. Menggambarkan PAS sesat, 1 juta ahli PAS dan kita pun menang tiket PAS. Munasabahkah? Kita sebagai pengguna akhbar tentulah terkejut dan masyarakat pun akan tertanya-tanya. Jadi kita minta tarik baliklah.
Kemudian, daripada sudut pengguna juga di kalangan kesihatan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Bagaimana kalau doktor, pakar-pakar menyebutkan bagaimana makanan ringan ini memberi kesan yang buruk kepada kesihatan anak-anak dan kesihatan kita semua tetapi, pihak pengguna tidak pun buat rampasan ataupun buat tindakan yang doktor kita dapati di hospital sahaja.
Makanan ringan yang tanpa kawalan didapati di mana-mana kedai. Jadi kita minta pihak kementerian supaya menilai semula kualiti makanan kepada anak-anak kita, kualiti pakaiannya, jenama dan seumpamanya supaya tidak tertipu sebab rakyat, masyarakat apabila dia makan, minum, berpakaian, maka dia sebagai pengguna dan bagaimana pembelaan terhadap golongan ini dan juga pendedahan maklumat supaya rakyat yang tertipu, yang teraniaya dapat mencari tempat pembelaan untuk diri dia. Di mana ruang yang sepatutnya untuk dia mengemukakan permasalahan supaya kita semua rasa selamat, penjual rasa dia tidak menipu dan pembeli/pengguna juga rasa tak tertipu dengan undang-undang yang sedia ada. Maka bagi saya, program pendidikan pengguna perlu diteruskan seperti yang ada pada hari ini dipertingkatkan lagi sehingga semua pihak rasa berhati-hati dalam soal pengurusan dan berkait dengan pengguna ini.
Jadi saya terus berusaha untuk menjadikan “Pengguna bijak, faedahnya banyak”. Saya pasti ia akan menjadi satu ilmu yang manfaat kepada seluruh pengguna kita dan rakyat seluruhnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah menerima aduan daripada seorang perantis yang telah mendaftarkan untuk menjalani latihan program di bawah program Sistem Latihan Dual Nasional
(SLDN) yang dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Halogen Connect Sdn. Bhd., no pendaftaran syarikat 790435 LEST telah dipilih sebagai ejen untuk mengelolakan program tersebut di Johor Bahru. Tempoh latihan tersebut ialah selama dua tahun. Perantis yang bernama Teo Wan Wei telah menandatangani latihan program tersebut bermula dari 3 Mei 2009 hingga 3 Mei 2010.
Yuran sebanyak RM7,200 telah dibayar kepada Halogen Connect dan elaun Perantis daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JKM) sebanyak
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
RM300 sebulan akan dibayar balik kepada perantis seperti mana yang tercatat dalam perjanjian dan promosi program ini. Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini satu sen pun elaun yang dijanjikan tidak pernah diterima oleh perantis tersebut.
Pihak ejen Halogen Connect mendakwa JKM belum buat sebarang pembayaran kepada mereka, manakala kenyataan daripada JKM ialah dokumen-dokumen daripada ejen tersebut tidak lengkap sehingga pembayaran tidak dapat diproses.
Saya ingin tanya kepada Menteri, apakah hak pengguna yang dijamin dalam program SLDN yang di bawah perancangan Kementerian Sumber Manusia.
Perantis sebagai pengguna telah tersepit di tengah-tengah dolak-dalik pihak ejen dan agensi kerajaan. Adakah pindaan Akta Hak Perlindungan Pengguna hari ini merangkumi kawalan ke atas program ataupun latihan yang dianjurkan oleh kementerian lain demi menjamin hak pengguna ataupun perantis yang saya sebutkan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya saya bagi pihak kementerian ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada lebih daripada 30 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian sama ada membahaskan secara langsung ataupun membuat celahan sewaktu perbahasan dijalankan. Daripada jumlah yang begitu ramai Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian, jelas menunjukkan tentang betapa tingginya minat Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam isu-isu yang berkait rapat dengan rakyat iaitu isu kepenggunaan.
Saya ingin maklumkan bahawa jawapan yang akan saya beri pada hari ini adalah lebih berdasarkan kepada isu-isu dan topik-topik yang dibangkitkan dan tidak mengikut turutan giliran Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap. Jadi, saya percaya ada Ahli Yang Berhormat yang berucap dahulu mungkin dikemudiankan jawapannya dan begitulah sebaliknya. Jadi, saya harap Ahli Yang Berhormat yang berucap lebih awal bersabar kalau nama mereka belum disebut di dalam jawapan nanti tetapi, insya-Allah semuanya akan saya jawab.
Ahli Yang Berhormat Ledang telah membangkitkan isu berkenaan dengan kesahihan tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak luar negara. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975, mana-mana orang yang menyalahgunakan penggunaan perbahasan halal walhal makanan yang dikeluarkan adalah tidak halal, adalah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat 48 badan pensijilan halal luar negara daripada 23 negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Antara badan-badan yang diiktiraf, saya ingin memberi contoh seperti Australian Halal Food Services, Federation of Islamic Associations of New Zealand, China Islamic Association, Central of Islamic Committees of Thailand, Majlis Ulama Indonesia, Majlis Ulama Singapura dan lain-lain lagi.
Sekiranya terdapat apa-apa aduan mengenai kesahihan tanda halal yang digunakan bagi apa-apa makanan yang dikilangkan di luar negara, pihak kementerian dan JAKIM akan membuat tinjauan di luar negara mengenai
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
kesahihan tanda halal produk tersebut dan sekiranya didapati bahawa produk yang dikilangkan dan dibekalkan tidak halal, pengimport makanan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.
■1600 Pindaan ke atas Akta Perihal Dagangan 1972, untuk makluman Dewan bahawa pihak kementerian akan mengadakan pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan mengawal selia isu ini dengan lebih ketat lagi iaitu mana-mana barangan atau makanan yang dikilangkan daripada luar negara diwajibkan untuk mendapatkan sijil halal oleh JAKIM dan menggunakan logo halal JAKIM.
Namun demikian bagi barangan atau makanan luar negara yang menggunakan logo halal oleh badan pensijilan yang diiktiraf oleh JAKIM, ia dibenarkan untuk menggunakan logo halal tersebut. Di bawah pindaan ini, mana- mana barangan atau makanan yang dihendak diperihal sebagai halal tetapi tidak menggunakan logo halal JAKIM atau badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM adalah dilarang untuk dibekalkan di Malaysia.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya hendak jawab ini Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena ini bangun hendak bertanya kah atau hendak keluar?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Hendak tanya, sekejap, sekejap ada.
Yang Berhormat Pokok Sena ada menyebut tentang sijil-sijil halal yang dikeluarkan di dalam negara pada waktu ini. Pada waktu ini sebelum pindaan Akta Perihal Dagangan ini dibuat, sijil-sijil halal ini dikeluarkan oleh syarikat-syarikat dan sebagainya dan pihak kabinet telah pun membuat ketetapan bahawa pindaan perlu dilakukan supaya selepas ini sijil-sijil halal dalam negara hanya boleh dikeluarkan oleh JAKIM dan juga Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Ini kerana seperti yang kita tahu bahawa soal Islam dan sebagainya diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Jadi JAKIM dan JAIN akan mengeluarkan sijil halal selepas pindaan akta ini dibuat di Parlimen, saya menjangkakan pada sesi yang akan datang.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu perkara lagi berkaitan dengan masalah sijil halal ini, saya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan dengan seperti syarikat-syarikat makanan segera umpamanya seperti KFC, McDonalds dan juga pasar raya-pasar raya besar seperti TESCO, Carrefour dan sebagainya.
Saya difahamkan bahawa mereka hanya menjual seperti di negeri-negeri ini menggunakan sijil halal yang diperoleh oleh syarikat induk itu, syarikat induk yang ada. Jadi yang di bawah ini mereka hanya menggunakan sijil halal itu, jadi tidak ada pemantauan untuk hendak menunjukkan sama ada pembekal di peringkat negeri kepada cawangan-cawangan yang di francais kan ini membekalkan barang-barang yang didapati halal. Ini menjadi satu isu termasuk juga dengan pasar raya-pasar raya, mereka hanya menggunakan, katakan bahawa dia mendapatnya daripada peringkat Kuala Lumpur ini di peringkat induk ini dia dapat besar, jadi itu dipakaikan sijil halal, jadi di sana pembekalnya sangat berlainan. Dia bukan mendapati pembekal daripada Kuala Lumpur, dia
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
mendapatinya daripada pembekal seperti dari negeri Kedah, KFC juga mendapat pembekal dari tempat beroperasinya.
Oleh itu, saya hendak mengetahui bagaimana adakah selepas daripada ini, bahawa setiap cawangan-cawangan ini memerlukan, mendapat sijil halal daripada JAIN, jadi bagi saya bahawa itu yang sepatutnya bagi setiap cawangan- cawangan KFC, McDonalds dan juga pasar raya-pasar raya besar ini mesti mendapat sijil halal daripada JAIN supaya pemantauan boleh dibuat di peringkat negeri bagi memastikan bekalan yang mereka dapat, yang dijual kepada pengguna itu ialah betul-betul halal.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Insya-Allah kita akan membangkitkan cadangan itu kepada pihak JAKIM. Ini kerana untuk menentukan kesahihan dan prosedur dan sebagainya terletak di bawah JAKIM bukan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri adalah menguatkuasakan jika ada logo- logo halal yang dipalsukan. Jadi walau bagaimanapun untuk menentukan ini, cadangan daripada Yang Berhormat tadi saya tidak tahu sama ada telah pun digunakan oleh JAKIM atau tidak, tetapi kalau tidak cara seperti itu kita akan cadangkan, akan panjangkan kepada JAKIM bahawa setiap source di negeri- negeri itu mesti di sijil ataupun pengeluaran sijilnya dibuat di peringkat negeri dan sebagainya, saya bersetuju.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Hendak bagi Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tentang, okey.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,, Yang Berhormat Menteri. Nampaknya kita ada masalah di sini berkenaan dengan pensijilan halal, terang-terang, sangat terang kita ada masalah tidak ada makna kita kata yang salah barangkali yang mengeluarkan sijil dengan yang penguatkuasaan, tidak ada guna. Akan tetapi saya rasa begini, oleh sebab Yang Berhormat Menteri mengatakan tadi sesi depan akan dibentangkan rang undang- undang yang agak lebih kuat untuk menangani isu ini.
Sementara kita hendak menuju kepada sesi akan datang, boleh tidak agaknya Yang Berhormat Menteri memberi pengesahan yang kementerian Yang Berhormat bersetuju sekiranya dalam tempoh untuk menuju kepada satu rang undang-undang yang baru atau undang-undang baru, kita sama-sama di antara kementerian Yang Berhormat dengan JAKIM ataupun jabatan yang mengendalikan hal ehwal berkenaan dengan hukum hakam halal ini di peringkat negeri oleh sebab dikendalikan oleh peringkat negeri bekerjasama mewujudkan satu tempoh di mana kita boleh melihat sedikit ke belakang.
Mungkin kita boleh memperkenalkan prosedur pengauditan halal barangkali, kerjasama kementerian Yang Berhormat dengan jawatankuasa yang mengendalikan hal ehwal agama sekali untuk satu sahaja, sekurang-kurangnya berpindah kepada satu akta baru yang hendak dibentangkan sesi depan, kita sudah bersedia dengan satu mekanisme yang kita boleh cadangkan.
Saya rasa kalau Yang Berhormat Menteri menyatakan persetujuan bagi pihak kementerian Yang Berhormat, saya rasa JAKIM ataupun jabatan-jabatan hal ehwal Islam negeri mungkin mengharapkan lampu hijau daripada kementerian Yang Berhormat, sekurang-kurangnya untuk tempoh ini. Kita bergerak kepada fasa baru dan kita tidak ada masalah concurrent list yang berkecamuk ini, saya
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
hendak beri pengesahan hala dan tidak halal, tidak ada satu institusi termasuk yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi dari segi pengesahannya syarikat induk dan pergi ke anak syarikat dan sebagainya. Saya rasa once of all, insya-Allah kita boleh buat, kalau Yang Berhormat boleh bagi komitmen, terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, sebenarnya saya hendak memberi penjelasan bahawa berbeza dahulu dengan sekarang dan akan datang ini ialah sekarang ini memang ada syarikat yang mengeluarkan sijil halal, bukan bermakna sijil halal yang dikeluarkan itu adalah palsu dan sebagainya.
Syarikat-syarikat dilantik untuk mengeluarkan sijil halal dan diiktiraf sebenarnya.
Akan tetapi selepas ini ia hanya dikeluarkan oleh satu sahaja, syarikat tidak boleh. Walaupun sekarang ini JAKIM membenarkan misalnya, syarikat A mengeluarkan sijil halal, bukan bermakna syarikat yang mengeluarkan itu dari segi kesahihan, dari segi kesucian dan sebagainya diragui, tidak. Kita terima pada hari ini sijil-sijil halal dan sebaginya boleh kita terima tetapi kerana dari segi pentadbiran dan sebaginya maka kita mempermudah kita letakkan satu sahaja bahawa cuma JAKIM sahaja yang boleh mengeluarkan sijil halal, itu sahaja.
Akan tetapi cadangan Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya memang dari segi koordinasi memang sudah ada di antara pihak kementerian, pihak JAKIM dan juga pihak syarikat yang berkaitan. Dari segi itu tidak ada masalah dari segi koordinasi, cuma pindaan yang baru ini akan lebih memperkemaskan lagi supaya tidak terlalu banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan sijil dan sebagainya, yang mungkin akan melibatkan waswas dan sebagainya kepada pengguna-pengguna. Itu kita kata kerajaan negeri, jabatan agama negeri sahaja yang boleh mengeluarkan sijil. Tidak boleh lagi syarikat- syarikat yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri dan sebagainya, jadi itu sahaja.
Saya pergi kepada transaksi jual beli melalui internet. Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan isu berkenaan dengan perlindungan bagi pengguna yang menjalankan transaksi jual beli melalui internet. Untuk makluman Yang Berhormat, Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah dipinda pada tahun 2007 untuk memberikan perlindungan kepada pengguna yang menjalankan urus niaga perdagangan dengan cara elektronik.
Saya sebut tiga nama tadi, sebenarnya banyak lagi saya rasa Yang Berhormat Kuala Selangor pun ada menyebut pasal elektronik ya dan beberapa yang lain.
■1610 Dengan pindaan ini, pengguna akan mendapat perlindungan daripada representasi atau kenyataan yang palsu atau mengelirukan dalam transaksi jual beli melalui internet dan boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna terhadap sebarang kerugian yang dialami. Penyelewengan yang sering berlaku melalui internet adalah isu berkenaan pembekal yang tidak membekal barangan yang diiklankan setelah bayaran dibuat, serta bayaran yang diterima tidak seperti yang diiklankan dari segi kualiti dan fungsi.
Dalam kedua-dua kes ini, pengguna boleh merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk mendapatkan ganti rugi. Bagi melindungi kepentingan pengguna terutama dalam transaksi jualan melalui internet, kementerian juga telah meminda Akta Jualan Langsung 1995, Akta Kawalan
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Harga 1946 dan Akta Perihal Dagangan 1972 untuk memperluaskan skop pemakaian akta ini untuk merangkumi transaksi melalui elektronik.
Untuk pengetahuan Dewan juga, bahawa kementerian pada hari ini sedang di dalam proses untuk meminda Akta e-Commerce ataupun e-Dagang yang telah pun beroperasi dan yang telah dilaksanakan pada hari ini, dan kita akan mengadakan pindaan bagi memperketat akta tersebut, termasuk memasukkan mengenai hukuman-hukuman yang patut dikenakan jika berlaku kesalahan yang melibatkan transaksi melalui internet dan sebagainya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin Yang Berhormat Menteri memperjelaskan lebih teliti mengenai transaksi melalui internet.
Bagaimana pula dengan syarikat yang tidak mendaftar? Tadi Yang Berhormat menjawab boleh merujuk kes ke tribunal dan boleh mendapatkan ganti rugi. Itu adalah keputusan award yang boleh diberi oleh tribunal. Akan tetapi isu kedua adalah penguatkuasaannya, kalau syarikat itu adalah syarikat tidak berdaftar, apakah kita boleh menguatkuasakan award atau keputusan yang diberi oleh tribunal? Sesiapa pun boleh rujuk kes ke tribunal, insiden sedemikian, tetapi penguatkuasaannya? Itu persoalannya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sambung sikit Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Kalaulah syarikat-syarikat tersebut itu beroperasi dalam negara itu satu hal, tetapi e-Dagang ini, in the global transaction itu lebih – satu hal yang lain juga, itu saya tak tahulah itu, mungkin di luar bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Cumanya, dalam sewaktu belum – akta yang hendak diperhatikan oleh kementerian, sebelum itu ia tertakluk kepada Akta Jualan Langsung dan sebagainya. Kalau terdapat bukan hanya pertindihan tetapi lompang-lompang itu, lacuna itu kalau boleh saya sebut dengan izin, bagaimana perkara itu dan apa yang akhirnya akan – sepertimana yang saya tegaskan awal tadi, super ataupun yang akan mengatasi – apakah undang-undang yang override dan supersede dengan izin, ini juga satu perkara yang tidak dapat melindungi pengguna Tuan Yang di-Pertua.
Akhirnya apabila tribunal dilangkaui atau dilepasi dan mahkamah mengambil peranan di situ, sekali lagi pengguna akan tertakluk kepada apa yang dikatakan unscrupulous ataupun tindakan-tindakan peniaga yang akan dapat melepasi the long arms of the law, dengan izin. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dari segi Yang Berhormat Batu Gajah mengenai transaksi yang melibatkan syarikat yang tidak berdaftar, memang kalau transaksi yang melibatkan syarikat yang tidak berdaftar, memang agak sukar untuk mengambil tindakan. Akan tetapi transaksi yang melibatkan syarikat tidak berdaftar, bukan sahaja akan menimbulkan kesukaran kalau ianya melibatkan syarikat perdagangan elektronik sahaja tetapi termasuk perdagangan yang biasa pun. Jikalau ada urusan melalui syarikat tidak berdaftar, ianya merupakan satu perkara yang susah untuk kita mengambil tindakan dari segi enforcement of judgement dan sebagainya, kerana syarikat tidak berdaftar. Jadi sebenarnya dari segi soal-soal seperti ini, inilah pentingnya pengguna mesti melindungi kepentingan diri mereka sendiri. Sebab itulah dari segi pengguna ini, pengguna itu mesti minimisekan dari segi masalah penipuan terhadap diri mereka.
Kalau kita lihat banyak pengguna pada hari ini tertipu dan sebagainya kerana mereka sendiri tidak mengambil satu tindakan yang mengurangkan dari segi penipuan yang mungkin akan berlaku pada diri mereka sendiri. Pengguna
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
misalnya perlu check dengan lebih teliti misalnya dari segi syarikat-syarikat yang mereka berurusan. Misalnya dari segi soal jualan langsung melalui elektronik atau jualan langsung secara direct kepada kita. Pihak kementerian selalu mengatakan bahawa check dahulu syarikat di mana kita mahu berurusan.
Pihak kementerian menyediakan satu ruang iaitu dengan toll free dan sebagainya. Untuk jualan langsung, kita memperuntukkan satu laluan khusus, laluan khas untuk pengguna check dahulu sama ada syarikat yang mereka berurusan itu benar-benar berdaftar atau tidak. Ini kerana kalau tidak berdaftar, bukan sahaja transaksi elektronik, transaksi biasa pun kalau syarikat tidak berdaftar dan mereka berurusan, ianya akan menghadapi masalah. Is very difficult untuk kita proceed dengan syarikat yang tidak berdaftar. Sebab itulah saya minta supaya pengguna juga mengambil tindakan untuk mengurangkan kejadian- kejadian yang boleh merugikan diri mereka.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mungkin Yang Berhormat tidak ada statistiknya ya, saya prihatin berkenaan dengan kes transaksi melalui internet. Adakah Yang Berhormat boleh selepas ini membekalkan statistik, di mana berapa kes sebenarnya yang telah dirujuk kepada tribunal setakat ini yang mana mereka menuntut ganti rugi ekoran daripada transaksi internet dan berapa kes telah berjaya dibayar ganti rugi oleh pihak di mana mereka menuntut itu. Mungkin selepas ini boleh beri statistik sebab daripada jawapan Yang Berhormat, saya kurang yakin. Nampaknya tiada satu safety net yang sempurna. Berdaftar atau tidak berdaftar itu saya terima tetapi yang lebih konkritnya ialah pada transaksi internet ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya akan dapatkan dan berikan kepada Yang Berhormat Batu Gajah kerana ini terlalu spesifik untuk saya jawab.
Yang Berhormat Kubang Kerian membangkitkan isu mengenai data peribadi yang digunakan oleh CTOS untuk tujuan-tujuan tertentu. Isu CTOS adalah isu di bawah bidang kuasa Bank Negara. Jadi saya tidak dapat memberi penjelasan.
Yang Berhormat Kubang Kerian bertanya sama ada Akta Jualan Barangan 1957, Akta Perihal Dagangan 1972 dan juga Akta Jualan Langsung 1993 memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada urus e-Dagang. Ini seperti juga yang dibangkitkan oleh rakan-rakan yang lain. Kedua-dua akta ini mempunyai peruntukan berkenaan e-Dagang, namun pada masa ini Akta Jualan Barangan 1957 tidak mempunyai peruntukan mengenai urusan e-Dagang. Akta Perlindungan Pengguna juga memberi perlindungan kepada pengguna yang melakukan transaksi melalui e-Dagang. Ini bermakna para pengguna boleh memfailkan tuntutan yang berkaitan dengannya di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna seperti yang saya sebutkan tadi kepada Yang Berhormat Batu Gajah, tetapi tuntutannya adalah di bawah RM25,000 sahaja.
Yang Berhormat Silam menanyakan sama ada terma di dalam pembelian melalui internet diambil kira di dalam pindaan dan apakah mekanisme yang dijalankan oleh kementerian bagi membuat risikan terhadap penipuan melalui internet. Akta Perlindungan Pengguna memperuntukkan perlindungan kepada pengguna yang menjalankan urus niaga secara elektronik. Oleh itu, peruntukan baru berkenaan dengan terma kontrak tidak adil (unfair contract term) juga terpakai di dalam urus niaga melalui internet.
■1620 Saya rasa perkara ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Bahagian penguat kuasa telah menubuhkan satu unit forensik komputer bagi mengenal pasti laman-laman web yang disyaki menjalankan atau
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
menawarkan barangan yang meragukan. Kerjasama juga dibuat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menangani isu ini.
Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Rembau telah mencadangkan supaya penyebaran kesedaran kepenggunaan dilaksanakan secara menyeluruh kepada pengguna-pengguna dan peniaga termasuk melalui pendidikan tidak formal. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan pendidikan kepenggunaan secara berterusan sama ada secara langsung atau tidak langsung termasuk dengan kerjasama NGO kepenggunaan dan NGO-NGO lain.
KPNKK juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyebar luas ilmu kepenggunaan termasuklah saluran-saluran media cetak atau elektronik, mengeluarkan sisipan di dalam akhbar secara berkala dan melalui laman web.
Selain itu, KPDNKK menggalakkan penubuhan kelab-kelab pengguna sekolah dan kelab pengguna IPT di seluruh negara. Setakat bulan Jun 2010, terdapat sebanyak 1,474 kelab pengguna sekolah dan 50 kelab pengguna IPT di seluruh negara.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri sebut soal kontrak dalam e- Dagang dalam Internet. Saya mohon penjelasan daripada hujah saya sebelum ini tentang adakah akta ini terpakai, kompeni Malaysia penggunanya luar negara ataupun kompeninya luar negara pembelinya rakyat Malaysia. Terma itu hanya untuk syarikat dalam negara dengan pembeli dalam negara. Bagaimana yang terma-terma kontrak dalam syarikat ini antara antarabangsa. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, saya akan pergi dulu. Saya percaya jawapan itu ada dalam jawapan saya. Kalau tidak ada nanti saya akan jawab bersekali dengan Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor juga ada membangkitkan perkara yang sama.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yang Berhormat Menteri, mengenai internet. Akhir untuk Internet. Kalau Yang Berhormat ada melayari laman web, ada ramai individu mengadakan blog mereka dalam forum tertentu menjual barangan mereka, menawarkan barangan second hand atau barangan yang baru. Jadi kalau kita tengok akta ini memperuntukkan di antara pembekal dan consumer, peniaga dengan consumer. Akan tetapi dalam kes sedemikian, tadi saya nyatakan individu tertentu, apakah mereka boleh diklasifikasikan sebagai pembekal atau peniaga, kalau mereka individu menjual barangan mereka melalui forum atau melalui laman web blog mereka. Mohon penjelasan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yes jawapannya kalau individu menjual barangan itu, dia termasuk di dalam akta ini sebab untuk Akta Perlindungan Pengguna, ia adalah di antara pengguna dan penjual. Ada satu soalan daripada salah seorang daripada Ahli Yang Berhormat yang bertanya sama ada adakah ianya termasuk kepada B2B - business to business, jawapannya tidak. Ianya kepada B2C. Jadi kalau B itu adalah individu yang menjualnya, maka ianya termasuk di dalam akta ini.
Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan isu sama ada KPDNKK menyebarkan maklumat berkenaan dengan sesuatu produk kepada pengguna.
KPDNKK pada masa ini tidak menyediakan maklumat terperinci berkenaan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan kerana maklumat tersebut telah disediakan oleh pihak pengeluar. Namun KPDNKK dalam program-program kesedaran kepenggunaan memberi panduan kepada pengguna tentang cara-cara
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
untuk membuat perbandingan harga, membaca label dan mendapatkan maklumat sepenuhnya berkenaan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan sebelum membuat pembelian.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya sila.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Hari itu saya tidak boleh hendak disampaikan secara detail. Bila timbul perkara ini, saya rasa boleh detailkan maksud sebenar yang diperkatakan itu. Kita ada satu lembaga penapisan kalau dalam filem atau drama atau sebagainya disiarkan dalam media elektronik. Hampir sama lebih kurangnya adaptasinya kalau berkenaan dengan aspek kepenggunaan - consumerism dengan izin, apa-apa iklan yang dibawa atau kandungan iklan itu yang disiarkan baik melalui media elektronik atau papan-papan tanda. Sekiranya pihak kementerian ada sikit kuasa ataupun authority untuk menilai, saya rasa banyak masalah yang dapat kita kurangkan atau keberkesanan dapat kita tingkatkan. Sebagai contoh, iklan ubat gigi yang membayangkan seolah-olah inilah antara satu-satunya produk yang boleh menyelamatkan gigi seorang rakyat Malaysia.
Kalau kementerian Yang Berhormat ada satu tugas khas untuk meneliti kesahihan ataupun sama ada tidak ada unsur yang terlalu melampau – exaggeration, dengan izin dalam mengiklankan barang itu untuk tujuan atau akibat penipuan menipu pengguna. Jadi pihak kementerian Yang Berhormat, orang kata yang menjadi badan menyumbang kepada meneliti kandungan pengiklanan itu dan akhirnya yang sampai kepada pengguna agak risiko di seleweng fakta itu agak berkurangan. Kalau Lembaga Penapis Filem kita boleh wujudkan untuk tujuan hiburan kita, kenapa tidak untuk kepenggunaan yang direct kepada pengguna kita. Saya rasa kita boleh buat perkara itu. Terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, bagi peluang Balik Pulau sikit, boleh? Sekali, kali pertama sebab saya tengok Yang Berhormat Menteri kesungguhannya dalam penggunaan ini, saya rasa boleh dibanggakan, luar biasa.
Yang Berhormat Menteri, dalam keadaan contohnya perjanjian yang kata Yang Berhormat Menteri ada mengatakan mengenai dasar supaya terma-terma yang tidak menguntungkan rakyat itu boleh kita pertikaikan melalui pindaan ini.
Dalam keadaan contohnya satu perjanjian yang mana merugikan rakyat dan rakyat mahu supaya ianya di bawa kembali kepada rakyat dan rakyat mahu ianya menguntungkan. Contohnya, Kerajaan Selangor hendak bawa air pulang ke Selangor. Mengikut perkiraan ia menguntungkan pengguna. Dalam keadaan itu, apa dasar yang kerajaan boleh buat. Ini pengguna hendak dan memang dari segi pengiraannya menguntungkan pengguna.
Kedua, tiba-tiba dalam membincangkan terma-terma perjanjian tersebut, tarif-tarif semua dibincangkan tanpa pengetahuan rakyat. Rakyat perlu ke mahkamah sehingga mahu meminta dokumen-dokumen agar ia diklasifikasikan, agar mereka lebih tahu kerana dari segi aspek kepenggunaan, situasi begitu adalah tidak boleh diterima yang mana masyarakat/rakyat perlu membuat keputusan tanpa maklumat. Itu menimbulkan apa dipanggil even worst than unfair term, even unfair can be misleading, dengan izin.
Jadi di mana dasar kerajaan di dalam setahun sekali, rakyat atau pengguna hendakkan benda yang menguntungkan. Dalam hal ini, kementerian
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
perlu melihat pengguna itu. Apabila kita katakan pengguna itu sebenarnya rakyat.
Dalam istilah politik mereka adalah voters. Saya rasa kementerian Yang Berhormat mempunyai ruang untuk membuat keputusan yang menguntungkan rakyat dalam hal ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat.
Daripada awal perbahasan, daripada hari utama sampai hari ini, sampailah soalan menunjukkan yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini jaga semua sekali. Everything under the sun, pengguna. Terima kasih banyaklah atas pengiktirafan tersebut. Akan tetapi tidak semudah itu kerana kita tertakluk kepada kementerian-kementerian lain yang berkaitan.
Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi, saya amat berterima kasih. Ramai di kalangan Ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya tidak cukup untuk adakan setakat jawatankuasa pengiklanan tetapi lebih daripada itu, yang lebih besar kuasanya. Namun seperti yang saya sebutkan tadi bahawa untuk meneliti iklan dan sebagainya, ianya terletak kepada bidang tugas kementerian-kementerian lain. Iklan itu bukan di bawah kementerian Pengguna, KPDNKK, tidak. Iklan for sale, mungkin di bawah Kementerian Kesihatan misalnya, yang ada kena-mengena dengan kesihatan, soal ubat gigi dan sebagainya, contoh.
■1630 Itu mungkin ada kaitan dengan Kementerian Kesihatan, yang dipantau oleh Kementerian Kesihatan. Cuma yang hendak diwujudkan di bawah jawatankuasa penilaian ini supaya boleh diadakan koordinasi. Kita cuma koordinat di antara kementerian-kementerian itu supaya segala headline yang dibuat itu dapat kita beri pandangan untuk melindungi keperluan pengguna dan sebagainya.
Misalnya air tadi, unfair contract kerana rakyat tidak boleh beri pandangan, hendak check dan sebagainya.
Sebenarnya unfair contract terms yang dimaksudkan di dalam akta ini ialah apabila kita tidak mempunyai pilihan apabila satu-satu terms ditetapkan di dalam kontrak tersebut. Jika ada pilihan untuk adakan perbincangan, maka tidak boleh dianggap sebagai unfair contract dan ia boleh – kalau dahulu, setiap unfair contract itu sudah – oleh kerana kita sudah tandatangan, ia tertakluk kepada tandatangan yang kita buat seolah-olah secara implied nya kita telah pun bersetuju sedangkan kita tidak ada pilihan seperti Yang Berhormat Batu Gajah ada sebut di dalam ucapannya mengenai park at your own risks.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kita park kereta situ, kita sudah bayar sepatutnya tentu ada kontrak di antara pemberi parking kereta dengan kita yang meletakkan di situ. Sepatutnya ada kontrak tetapi kerana adanya park at your own risks, maka tanggungjawabnya dilepaskan begitu sahaja. Jadi, ini lah yang dianggap sebagai unfair contract terms yang mana di dalam akta yang baru pindaan ini, kita tidak membenarkan pemilik parking kereta tadi melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja dengan hanya meletakkan park at your own risks. Dia tidak boleh menggunakan park at your own risks itu untuk menarik balik dia punya tanggungjawab dan sebagainya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja sebab itu satu isu yang amat baik kerana ia boleh mewakili banyak aspek terma itu. Yang Berhormat Menteri, tetapi di sini bezanya ialah tadi kita mengawal selia keputusan-keputusan yang melibatkan kelompok swasta. Ya
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
lah kebanyakan perjanjian bukan? Ini yang saya bangkitkan ini keputusan melibatkan keputusan daripada kontrak di antara pengguna dan kerajaan, GLCs yang mana keputusan-keputusan ialah keputusan kerajaan yang mana dalam hal ini kita hendak membawa situasi bahawa kita tidak punya pilihan, itu agak sukar hendak dipertahankan, contohnya. Ini melibatkan dasar. Kita hendak buat contohnya tarif air, tarif elektrik, itu amat kepenggunaan sifatnya, cannot be argue in anywhere, dengan izin.
Jadi saya melihat di sini, adakah kita hanya merujuk kepada isu-isu kontrak membeli barang elektrik di pasar-pasar raya di antara satu pasar raya pembekal misalnya tetapi saya nampak benda yang lebih kepenggunaan sifatnya dan bersifat berterusan seperti air tadi, utilities. Akan tetapi, di situ saya rasa kementerian seperti yang dikatakan tadi, kementerian Yang Berhormat amat sebenarnya berperanan menyelamatkan rakyat Malaysia dari segi aspek kepenggunaan dan boleh diperkasakan lagi.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya mencelah sedikit. Ini lah antara sebabnya kenapa saya bangkitkan pada awal perbahasan saya, apakah undang-undang ini satu yang bersifat supplementary kah atau pun dengan kata lain bersifat pelengkap, ia hanya pelengkap atau kah ia punya satu kuasa yang akan dapat juga menyelamatkan rakyat – pengguna itu rakyat sebenarnya. Kalau kita balik kepada John F.
Kennedy punya pernyataan bahawa, “Who are consumers? Kata dia dengan izin, dia kata, “It is the people”, rakyat semunya dan di sinilah akan berlaku keupayaan rakyat dan pengguna kalaulah a piece of legislation seperti ini dapat kita benar- benar empower kan, dapat kita benar-benar berikan keupayaan.
Akan tetapi, kalau Yang Berhormat Menteri dan kementerian sudah awal- awal secara defector menganggap bahawa ini lah ruang lingkupnya, kuasanya, maka beginilah akhirnya. Ia tetap akan menjadi pelengkap, ia tetap akan menjadi supplementary dan subservient kepada undang-undang yang lain, the contracts law dan semua yang telah saya sebutkan sebentar tadi dalam perbahasan itu, saya rasa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
[Bangun]
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri, lanjutan dari apa yang rakan-rakan lain kata. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ini berikutan dari komen-komen dari rakan-rakan yang lain ini Yang Berhormat Menteri, dari segi perundangan kah, dari segi penguatkuasaan undang- undang dalam perkara kepenggunaan ini, kita ada consumer punya pegawai- pegawai yang dilantik oleh kementerian untuk memastikan barang-barang jualan dan perkara-perkara yang dilakukan yang terlibat dalam kepenggunaan ini adalah dijalankan mengikut lunas-lunas undang-undang. Jadi, mereka yang menjadi ahli- ahli atau pun pegawai-pegawai kepenggunaan ini, adakah mereka mempunyai ilmu pengetahuan diberi kepada mereka bagi membolehkan mereka ini untuk menguatkuasakan apa yang berlaku di luar sana? Misalnya, saya mendapat maklumat mengenai penjual goreng pisang sekarang ini sudah menjadi the ink things dengan izin. Mereka turut menggorengkan straw atau pun plastik dicampurkan di dalam pisang goreng tersebut bagi membolehkan pisang goreng itu menjadi crispy, dengan izin.
Jadi, ini adalah salah satu daripada maklumat yang perlu diketahui oleh mereka yang ditugaskan untuk menjalankan penguatkuasaan supaya kita boleh
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
membantu rakyat kita memakan goreng pisang yang digoreng itu yang betul-betul untuk dimakan, tidak memberi implikasi kesihatan yang negatif kepada mereka. Itu salah satu daripada contoh dan saya percaya banyak yang lain yang telah disebutkan oleh rakan-rakan lain. Di sini, apa yang kita hendak tekankan Yang Berhormat Menteri ialah ilmu pengetahuan yang perlu dilengkapkan untuk mereka yang membantu menguatkuasakan perkara-perkara yang melibatkan kepenggunaan ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya tertarik dengan isu pelengkap tadi. Di dalam Akta Lindungan Pengguna, ia mengatakan akta ini melindungi semua pengguna kecuali yang telah pun mempunyai redress yang lain oleh undang-undang yang lain. Misalnya dari segi komunikasi, ada akta di bawah Suruhanjaya Komunikasi misalnya. Di bawah perumahan, misalnya Akta Perumahan yang melindungi transaksi yang melibatkan perumahan kerana mereka mempunyai tribunal tuntutan perumahan.
Jadi, saya tidak tahu. Mungkin orang boleh lihat daripada dua sudut.
Mungkin mengatakan akta ini adalah akta yang melindungi semua pengguna tetapi dilengkapi oleh akta lain. Boleh juga. Orang boleh kata bahawa akta lain merupakan pelengkap kepada Akta Pelindungan Pengguna dari segi kepentingan pengguna...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...Ini kerana ada beberapa akta sahaja yang bersendirian selain daripada akta ini, yang lain-lainnya semuanya dilindungi oleh akta ini. Jadi, situlah sebenarnya – sebenarnya dari segi pandangan yang berbeza soal siapa yang menjadi pelengkap, siapa yang dilengkapi. Jadi, ada orang kata akta lain pelengkap, akta ini akta yang sudah menyeluruh atau pun seperti kata Yang Berhormat Kuala Selangor, akta ini pelengkap kepada akta yang lain. Jadi, yang pentingnya adalah akta ini mempunyai klausa-klausa yang telah kita tetapkan yang secara keseluruhannya mampu untuk melindungi kepentingan pengguna.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja sebab saya rasa ini penting terutama untuk orang yang akan menggunakan akta ini selaku untuk melihat apakah niat penggubal kita di Parlimen. Saya kalau boleh hari ini saya minta Yang Berhormat Menteri menegaskan isunya bukan isu pelengkap, consumerism kepenggunaan isu asas.
Ia sama dengan akta lain, ada berkaitan tetapi contohnya, hak asasi manusia, itu asas, fundamental liberties.
Jadi bagi saya di sini, kalau boleh Yang Berhormat Menteri tegaskan di Dewan yang mulia ini dan ini kesempatan Yang Berhormat Menteri kerana tadi saya sudah angkat, pengguna sama ada rakyat, you are very powerful. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Menteri letak sebagai pelengkap, rugi. Saya mahu Yang Berhormat Menteri tegaskan, wahai kementerian komunikasi, wahai kementerian perbankan, mana-mana akta kamu, kontrak kamu mesti asas kepenggunaan ini prerequisite, prasyarat, perlu diperjelaskannya.
■1640 Perlu ditegaskan kerana saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun boleh bersetuju dengan saya the intention of the framer, niat penggubal kita di sini sama- sama boleh bersetuju asasnya, kepenggunaan ini bukan perkara yang negotiation sifatnya, boleh ditawar beli. Saya beri peluang kepada Menteri tegaskan di sini mana-mana akta kementerian lain, I am the backbone of all the contract. Pastikan
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
kepenggunaan ini apabila kata unfair mewakili semua. Saya perlu tegaskan di Dewan ini. Saya rasa rakyat di seluruh Malaysia hendak mendengar suara Yang Berhormat Bera. Saya rasa suara yang akan menggemakan rakyat. Kuatkan supaya mahkamah boleh mengambil itu sebagai satu garis panduan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Ini perkara yang saya kiralah dan Yang Berhormat Balik Pulau pun nampaknya passionate dalam hal ini. Saya juga begitu kerana inilah yang cuba dibawa oleh gerakan kepenggunaan sejak dua dekad yang lalu. Andainya kementerian dan menteri gagal membawa aspirasi dan pengharapan ini, maka sekali lagilah walaupun ada pindaan dan tahun 1999 pun sebenarnya Menteri tidak perlu kita mengingatkan bahawa apabila kita melegislatekan, mengkanunkan, ia merupakan satu yang agak terkebelakang.
Thailand 79. Kita sama dengan Indonesia. Itu satu yang sudah merupakan kegagalan dari sudut bagaimana kita melindungi pengguna. Akan tetapi kali ini ketika kita boleh membuat satu yang bersifat lebih berani tetapi, kementerian nampaknya tidak kesampaian.
Somehow, apakah sebabnya pun kita tidak tahu sebab awal-awal saya membaca dalam Huraian di fasal 9 situ, apabila saya membaca itu saya sudah semacam satu yang bersifat deputize ataupun yang sudah mengalah sebelum berjuang lagi apabila fasal ini menyebutkan begini, “Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen ...” Itu satu seksyen yang lebih ini. “..dengan meluaskan bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendengar semua tuntutan yang tiada mekanisme tebus rugi diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang yang lain”. Maknanya sudah awal-awal you have admitted defeat. Sebabnya saya kira bukan persoalan itu akademik. Saya tidak rasa perkara itu akademik Yang Berhormat Balik Pulau dan juga pada saya kalau pada tujuan the construction, kalau saya boleh guna the canon of the constructions itu tujuannya adalah untuk pada akhirnya empowerment dan pengupayaan itu kepada pengguna.
Satu sahaja perkara yang ada kesan langsung Tuan Yang di-Pertua adalah ketika mana, ketika ia dibawa ke Tribunal. Kalau undang-undang lain katalah contract law ia menjadi satu yang super. Ini maka kalau pertikaian itu tidak beres di Tribunal dan dibawa ke High Court, maka semua this peace of relation become almost useless. Di sana undang-undang lain yang overwrite. Itu implikasinya yang dipertikaikan oleh kami di sebelah sini. Terima kasih Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih di atas cabaran daripada Yang Berhormat Balik Pulau dan juga Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Actually, saya tidak mahu terlibat dengan polemik istilah. Mungkin Yang Berhormat Kuala Selangor kata akademik. Cuma yang saya hendak beritahu walaupun akta lain tidak menyebut sebagai Akta Perlindungan Pengguna tetapi, akta-akta itu juga bertujuan untuk melindungi kepentingan pengguna tetapi di dalam skop yang lebih spesifik di dalam keadaan bersesuaian dengan akta itu sendiri.
Misalnya, Akta Suruhanjaya Komunikasi. Saya sebut Komunikasi sebab Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ada di sini, senang. Misalnya yang melibatkan soal komunikasi. Akta ini juga melindungi kepentingan pengguna daripada segi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tetapi ia lebih spesifik pada soal-soal tersebut. Akta Perumahan misalnya, ia juga melindungi kepentingan pengguna yang terlibat di dalam transaksi yang melibatkan perumahan tetapi ia spesifik pada perumahan sahaja. Sedangkan Akta Perlindungan Pengguna ini meluas, menyeluruh kepada perkara-perkara lain yang
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
tidak dilindungi oleh perkara-perkara spesifik tadi. Sebab itu saya tidak hendak bertelingkah daripada segi istilah tadi.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ia sudah menjadi polemik istilah. Jadi, yang pentingnya adalah apa yang mampu dilakukan oleh akta ini, bukan soal istilah siapa yang lebih besar, siapa yang lebih kecil, siapa yang pelengkap, siapa yang tidak pelengkap dan sebagainya. Jadi, boleh saya berpindah ke tempat lain?
Kita sudah di jam 4.45 petang. [Disampuk] Teruskan, ya? Selepas ini saya beri kepada Yang Berhormat Indera Mahkota.
Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Pendang membangkitkan isu mengenai tahap kesedaran pengguna yang masih rendah. Kementerian mengambil maklum bahawa tahap kesedaran pengguna di Malaysia masih belum mencapai tahap yang membanggakan seperti di negara-negara maju. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh kementerian pada tahun 2009, tahap kesedaran pengguna terhadap hak-hak mereka berada di tahap 58% sahaja. Namun, kementerian akan terus melaksanakan kempen kesedaran ke seluruh pelosok negara sehingga ke akar umbi bagi meningkatkan tahap kesedaran pengguna terutamanya bagi menggalakkan amalan perlindungan kendiri. Pada tahun 2009, jumlah program yang telah dilaksanakan ialah sebanyak 599 buah program dan setakat bulan Mei tahun ini, sebanyak 639 buah program telah pun dilaksanakan.
Yang Berhormat Tangga Batu bertanyakan sama ada kementerian ada mengadakan consumer protection week bagi memberikan pembelaan kepada pengguna seperti yang dilakukan di negara Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kementerian telah mengadakan sambutan Hari Pengguna Malaysia pada 26 Julai setiap tahun semenjak tahun 1990. Namun mulai tahun ini, sambutan akan diadakan selama sebulan yang dikenali sebagai Bulan Pengguna Kebangsaan, bermula dari 1 Julai sehingga 31 Julai. Jadi untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita sedang berada di dalam Bulan Pengguna.
Pada bulan Julai 2010 ini, sebanyak 122 buah program telah dirancang untuk diadakan di seluruh negara termasuk program-program di negeri-negeri. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat dan pengguna tentang aspek kepenggunaan termasuk pemahaman mengenai cara-cara untuk mendapatkan redress, dengan izin. Tatacara untuk mengelakkan daripada ditipu dan bagaimana untuk membuat aduan.
Namun yang paling penting adalah untuk menanamkan sikap dan amalan melindungi diri sendiri atau perlindungan kendiri. Pada 1 Julai, Bulan Pengguna telah pun dilancarkan di Angkasapuri, yang mana pada tarikh tersebut satu program ke akar umbi telah diadakan iaitu satu program yang dinamakan Jelajah Pengguna Satu Malaysia yang mana terdapat 17 buah kenderaan Proton Exora digunakan untuk menjelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan risalah-risalah mengenai kefahaman pengguna termasuk ke pasar-pasar malam, ke pekan-pekan sari dan sebagainya. Jadi, tujuannya adalah supaya lebih ramai rakyat di negara kita dapat menerima maklumat yang lebih jelas mengenai kepenggunaan dan sebagainya.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Mengapa Menteri tidak menjemput?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tidak menjemput Ahli- ahli Parlimen. Kita pun tidak tahu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Itu dipanggil soft launch. [Ketawa] Jadi tidak dipanggil ramai. Soft launch untuk majlis perasmian yang lebih besar akan diadakan di Dataran Pahlawan Melaka pada 24 Julai ini. Itu kita jemput semua Ahli Parlimen untuk menghadirinya.
Yang Berhormat Kuala Kedah ada membangkitkan mengenai keberkesanan program kesedaran pengguna melalui persatuan pengguna di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kementerian sedar kepentingan mendidik pengguna semenjak dari umur muda lagi. Bermula pada tahun 2009, kementerian telah menggerakkan usaha untuk menubuhkan kelab pengguna sekolah di setiap sekolah dan kelab pengguna IPT di seluruh negara.
■1650 Seperti yang saya sebutkan tadi di dalam jawapan bahawa sebanyak 1,474 kelab pengguna sekolah telah pun ditubuhkan. Manakala 50 di IPT.
Pelbagai program telah diadakan bersama ahli kelab pengguna sekolah dan kelab pengguna IPT. Pada tahun 2009 misalnya, program latihan telah dijalankan di seluruh negara dan melibatkan 4,720 orang pelajar sekolah dan seramai 4,970 pelajar yang terlibat di dalam program-program pengguna IPT. Banyak lagi program-program lain yang dijalankan bersama dengan kelab pengguna sekolah seperti kuiz sekolah-sekolah dan sebagainya. Bagi bulan pengguna ini pertandingan syarahan, debat dan sebagainya yang melibatkan pengguna.
Pada tahun ini kita cuba membawa lebih rendah lagi dari segi umurnya untuk kita mengadakan misalnya, pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak tadika dan sebagainya. Ini semuanya bertujuan untuk mendekatkan kefahaman kepenggunaan sejak daripada umur yang lebih muda lagi.
Saya teruskan dengan Yang Berhormat Indera Mahkota, sebab itu saya kata bila dia hendak tanya tadi saya suruh tunggu dulu kerana banyak saya sebut nama dia ini. Dua tiga empat kali nama dia ini. Yang Berhormat Indera Mahkota ada membangkitkan isu berkenaan pengambilan keuntungan yang terlalu tinggi oleh sesetengah peniaga. Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan tidak mengawal kesemua harga barangan dan perkhidmatan di pasaran.
Oleh itu kebanyakan harga ditentukan oleh kuasa pasaran di antara pembeli dan penjual atau dengan izin, market forces.
Walau bagaimanapun mengenai isu pengambilan keuntungan yang berlebihan atau terlalu tinggi oleh setengah peniaga, perkara ini hanya boleh dikawal apabila kerajaan nanti akan memperkenalkan undang-undang anti pencatutan atau anti profiteering act. Jadi saya hendak beri sedikit penjelasan.
Ramai yang terkeliru apabila harga barang naik ramai yang mengatakan kerajaan mesti menyekat kenaikan harga barang. Sebenarnya harga barang yang dikawal iaitu barang yang dikawal ada tujuh barangan sahaja. Iaitu:
(i) gula - dikawal harganya. Dikawal maknanya ada ceiling price;
(ii) gandum;
(iii) minyak masak;
(iv) beras ST15 - itu barang makanan;
(v) gas LPG - RM24.50;
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
(vi) diesel;
(vii) petrol - Ron 95, Ron 97.
Itu sahaja barang yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga. Lain daripada barang-barang tersebut tidak dikawal oleh kerajaan. Maka, market forces lah yang menentukan dari segi barangan tersebut.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sebab itulah saya katakan bahawa sekarang ini usaha kita adalah untuk melatih supaya pengguna mampu untuk melindungi diri sendiri. Saya bagi contoh. Saya bagi contoh kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Sewaktu gula dinaikkan 20 sen harga dia awal tahun dahulu. Ada kedai-kedai yang nakal yang menaikkan harga minuman walaupun kita sudah buat kajian bahawa dengan naik 20 sen harga gula, satu cawan teh tarik cuma boleh naik sebanyak 1.8 sen sahaja. Tidak sampai 2 sen. Akan tetapi ada yang naik sampai 10 sen dan 20 sen. Ada pengguna yang menelefon kita.
Kenapa tidak disekat kedai yang naik harga. Kita tanya dia, di kawasan saudara berapa banyak kedai minuman? Dia kata ada lebih kurang 30 kedai. Berapa kedai yang naik harga? Satu kedai. Saya kata kalau kedai itu naik harga, pergi kedai yang tidak naik harga. Sebab apabila pergi kedai yang tidak naik harga, kedai yang menaikkan harga tadi tentu sahaja akan menurunkan harganya kerana pengguna menggunakan kuasa dia untuk menurunkan harga apabila pergi ke kedai yang tidak naikkan harga.
Kita pun dengar kalau ada kedai yang mutu makanannya tidak bagus.
Kalau pengguna kata jangan pergi ke kedai itu, makanan dia kotor. Jika orang tidak pergi ke kedai itu automatik tuan punya kedai itu akan meningkatkan mutu makanan dan kebersihan dia supaya menarik pelanggan datang ke kedai dia. Jadi inilah kuasa pengguna. Sebab itulah apabila kita kata kenapa kerajaan tidak sekat apabila barang naik, sebenarnya yang mampu menyekat bukan kerajaan kerana kita tidak kawal harga, yang mampu menyekat adalah pengguna itu sendiri.
Silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih. Saya sudah faham kenapa Dewan ini memberi peluang yang seluas-luasnya untuk kementerian ini.
Kita mula berbahas dan berbincang berkenaan ini daripada tujuh hari bulan.
Bermakna sudah dekat sebulan kalau hendak dikira sebelum kita tangguh.
Nampak gaya Tuan Yang di-Pertua memberi peluang yang seluas-luasnya. Tidak sedikit pun campur memberi had dan sebagainya. Nampak gaya macam ada betul-betul satu agenda besar untuk kementerian ataupun untuk rang undang- undang ini. Saya berterima kasih kerana memang mengiktiraf perkara ini cukup penting dan perlu kita perincikan.
Saya sebut berkenaan dengan ulasan Yang Berhormat Menteri tadi.
Sebenarnya yang dimaksudkan berkenaan dengan margin untung itu pengambilan keuntungan yang melampau atau yang tidak munasabah langsung. Kerana tidak munasabah ini menunjukkan elemen menindas atau menganiaya pengguna. Tadi kita setuju Tuan Yang di-Pertua, kesedaran pengguna sebenarnya di negara kita rendah lagi. Apa yang lebih menyebabkan kita rasa sedih sebab kalangan yang mampu, pengguna yang mampu ataupun pengguna yang mempunyai kuasa beli yang tinggi dalam negara kita cuma 11% sahaja. Ini kementerian Yang Berhormat Menteri sendiri yang beritahu. Bermakna selebihnya adalah pengguna yang hanya menggunakan bidang kepenggunaan itu untuk tujuan mendapat kemudahan hidup untuk hidup. Bukan untuk bermewah. Sebab itu golongan 11% ini dia tidak pertikaikan. Tidaklah penting pada mereka sama ada adil kah tidak adil. Mereka
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
punya kuasa beli yang besar. Mereka tidak perlu bandingkan harga kerana tempat mendapatkan bekalan pada mereka bukan sahaja dalam negara. Mereka mengutamakan fesyen. Mereka adalah berfikiran fashionable. Mereka tidak pentingkan perbandingan harga dan sebagainya, mereka mementingkan mutu dan gaya. Kebanyakan, saya tidak kata semua.
Jadi kita sekali lagi terpaksa memberi bukti sekarang. Kita hendak membantu siapa? Hendak membantu golongan rakyat yang teramai ke ataupun hendak bela golongan yang sedikit yang memang tidak kisah sama ada, ada unsur tertindas atau tidak. Pada saya kalau kita buka ruang yang begitu luas nampaknya kita hendak membela golongan yang teramai iaitu rakyat yang ramai yang 90% ataupun 80% lebih tadi yang tidak berapa mampu. Akan tetapi kalau seperti yang rakan Kuala Selangor atau Balik Pulau kata tadi. Kesempatan yang kita tidak ambil dengan begitu baik untuk membentuk undang-undang atau rang undang-undang yang hendak dicadangkan. Membentuk peraturan yang begitu baik melindungi pengguna at large atau yang teramai rasa sia-sia.
Maka, tujuan kita untuk melindungi rakyat yang teramai tadi tidak tercapai melalui ruang ini. Saya rasa kesempatan ini barangkali kita masih boleh tidak terlambat untuk kita undur sedikit ke belakang untuk menilai semula daripada kita tidak menampakkan kesungguhan kita. Kita masih ada peluang. Sebab itu saya bangkit dan kawan-kawan lain bangun untuk memberitahu kalau ada sedikit yang kesilapan dari segi pentafsiran itu saya hendak terangkan semula apa hajat kita dan cadangan kita. Ini maksud saya ialah margin untung yang melampau yang selama ini dilihat memang kuasa besar yang menindas pengguna terutama rakyat yang teramai dalam negara kita. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh jawab sekali Yang Berhormat Menteri? Ya, saya terpanggil dengan teori yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma persoalannya yang kita hadapi mungkin tidak semua tempat persaingan dia begitu hebat. Kalau dia luar bandar contohnya, satu kampung itu dia satu kedai sahaja. Kalau pun ada dualah, tidak lebih daripada itu.
Jadi satu kedai ini dia control itu harga. Tiada tempat orang lain hendak pergi. Jadi penguat kuasa kita tidak ada. Maka, teraniayalah pengguna-pengguna di kampung ini disebabkan tidak ada penguat kuasa.
Sebab itu awal-awal tadi kalau kita wujudkan penguat kuasa di setiap kawasan. Mungkin inspirasi kerajaan hendak membantu melindungi pengguna ini tercapai. Bagaimana dia hendak pergi ke kedai lain sedangkan tempat itu, itu sahaja kedai dia. Itulah yang menguasai segala-galanya. Jadi tidak ada tempat persaingan. Dia suka-suka simpan harga. Gas kita simpan RM24, dia jual RM35.
Mahu-mahu, tidak mahu. Orang mesti mahu sebab tidak ada pilihan. Jadi apa cara mekanisme yang akan diurus oleh kerajaan, kementerian mengatasi masalah yang sebegini.
■1700
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Soal margin berlebihan tadilah.
Seperti saya sebutkan tadi, akan kita adakan undang-undang iaitu Anti- Profiteering Act yang akan mengawal dari segi keuntungan yang berlebihan. Akan tetapi saya rasa kalau seperti Yang Berhormat Kuala Selangor yang selalu cakap tentang free market, market distortion dan sebagainya, dia mesti setuju bahawa tidak ada negara di dalam dunia ini yang kawal harga setiap barangan di dalam negara tersebut. Saya rasa itu Yang Berhormat Kuala Selangor mesti setuju dengan saya. Jadi sebab itulah saya katakan bahawa inilah apa yang dilakukan oleh kementerian untuk menyedarkan kepada pengguna bagaimana cara mereka
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
untuk bergabung dan bersatu untuk mengawal pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk menindas mereka dari segi harga, dari segi keuntungan berlebihan dan sebagainya. Akan tetapi saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan tadi bahawa di kawasan luar bandar memang tidak ada pilihan daripada pengguna untuk membuat pilihan. Sebab itulah kerajaan pada hari ini memberikan subsidi transport, subsidi pengangkutan untuk memastikan barangan di luar bandar tidak dijual dengan harga yang tinggi.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini kerana kita tahu di luar bandar tidak ada persaingan dan dengan itu pengguna tidak boleh membuat pilihan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kapit bangun Yang Berhormat, dari belakang.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit, sedikit Yang Berhormat Menteri dahulu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sebab itu saya tidak mahu sebut nama Kuala Selangor, dia dah bangun dah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Ketawa] Sedikit Yang Berhormat Menteri kalau Menteri boleh tolong jawab penjelasan ini, sedikit sahaja.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, selepas itu Yang Berhormat Kapit.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Isunya Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat perkara ini secara keseluruhan, okey tidak mengapa, sebab ketika mana pengguna sudah sampai ke peringkat becoming informed pengguna – pengguna yang mempunyai maklumat Tuan Yang di-Pertua, kita juga akan sama dengan suasana di mana rakyat menjadi informed voters, kerajaan pun mereka boleh turun dan tukarkan. Akan tetapi kita belum sampai ke situ Tuan Yang di- Pertua. Jadi oleh kerana itu kalau kita percaya kepada Adam Smith, free market and the invisible hand di mana tidak ada distortion itu, that is the perfect market.
Akan tetapi yang saya hendak tanya Menteri ini, kementerian sendiri pun ada masalah kerana apabila memberikan AP’s, import permit dan amalan Menteri Kewangan sendiri yang mempunyai agen yang mereka senaraikan sebagai hanya orang-orang seperti ini sahaja yang boleh membida, kesemua ini sebenarnya membawa market distortion. Jadi hal ini Tuan Yang di-Pertua, mesti dilihat secara keseluruhan. Inilah perkara yang kami sentiasa di pihak sebelah sini membawa tekanan dan reform yang kita perlu lakukan. Tidak boleh dibuat secara piece bill.
Maaf Yang Berhormat Menteri, ini respons saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kapit.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Itu besar lagi distortion di Kapit itu saya ingat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Ketawa] Cerita itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan saya peluang untuk masuk sedikit.
Akan tetapi sebelum saya mohon penjelasan, ada sesuatu. Saya ingin menggunakan peluang inilah untuk berterima kasih kepada Yang Berhormat
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Menteri untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan orang Kapit jauh di luar bandar, juga kawasan kawan saya sebelah ini Kanowit, sebab bulan lepas Yang Berhormat Menteri sendiri telah turun padang dengan beberapa orang pegawai, pegawai kanan sekali untuk membantu kita di luar bandar untuk memperkenalkan kawalan harga barangan semasa festival ataupun Pesta Gawai yang pertama kali dibuat. Itu sekurang-kurangnya juga memberikan perlindungan kepada kaum Dayak yang meraikan Hari Gawai pada musim itu. Itu langkah yang baik.
Yang Berhormat Menteri, semasa lawatan Yang Berhormat Menteri dan para pegawai ke Sarawak, Kapit dan Kanowit khasnya, kawalan harga barang untuk 25 barangan kawalan itu, adakah program ini boleh diteruskan bukan semasa musim perayaan gawai sahaja? Oleh kerana di kawasan luar bandar memang ada kejadian di mana peruncit sepertimana yang telah diceritakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi, oleh kerana di kawasan-kawasan luar bandar bukannya – kadang-kadang sesuatu tempat itu ada satu atau dua sahaja kedai di mana barang itu dapat dibeli. Jadi kalau sepanjang tahun kita buat kawalan harga barang, mungkin ia boleh membantu sebenarnya mereka ataupun pengguna di luar bandar.
Kedua, ada juga kejadian di mana yang menjual gula itu, sebelum dia mengatakan gula itu ada untuk dijual, penjual itu menginginkan atau mendesak pengguna membeli barang-barang yang lain. Tidak tahulah bagaimana dia buat keputusan barulah dia kata okey ada sekilo ataupun setengah kilo gula untuk dijual tetapi selepas pengguna itu membeli barang yang mungkin berharga RM50 ataupun RM100 barang-barang lain. Jadi ini satu tekanan yang mengeksploitasikan pengguna.
Jadi saya ingin sekali lagi untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana turun padang di kawasan luar bandar.
Banyak lagi isu, banyak lagi perkara saya rasa perlu kita perhalusi untuk kita betul- betul membantu mereka ataupun pengguna di luar bandar nanti. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor. Apabila kita katakan bahawa kita akan mewujudkan Akta Pencatutan ataupun Anti-Profiteering Act ini, sebenarnya itulah tujuan kita supaya kita dapat menyekat keuntungan yang berlebihan. Akan tetapi akhirnya, satu hari nanti kita tidak akan boleh lagi untuk mengawal semua harga barangan di dalam negara ini. Akhirnya kuasa penggunalah yang akan menentukan. Soal bila, inilah yang sedang dilakukan oleh kementerian iaitu menyedarkan pengguna dan mendidik pengguna supaya mengetahui tentang hak dan juga bagaimana kuasa mereka boleh digunakan untuk mengawal harga dan sebagainya. Di negara maju seperti kita tahu, semuanya dikawal oleh pengguna dan sebagainya. Sebab itulah tema Bulan Pengguna tahun ini adalah, ’Kuasa Pengguna, Satu Suara’. Bermakna kuasa pengguna kalau sama suara, satu suara, maka peniaga pun akan menghormati pengguna.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Akan tetapi saya percaya masih banyak perkara yang masih kita boleh lakukan untuk meningkatkan kesedaran pengguna supaya menjadi pengguna yang berkuasa dan bijak. Kepada Yang Berhormat Kapit...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, bolehlah abang. Abang pula.
Boleh Yang Berhormat Pasir Salak, saya habiskan dahulu selepas itu saya bagi Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit sahaja.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tambah?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit sahaja sebelum pergi ke tajuk lain. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ekoran daripada kenyataan Yang Berhormat Menteri yang mengatakan bahawa kesedaran pengguna inilah yang akan menjadi penentu dari segi pengawalan ataupun perlindungan terhadap mereka. Bersetujukah kalau saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk merealisasikan hasrat itu, kita jadikan mata pelajaran konsumerisme ini satu pelajaran yang diwajibkan di peringkat persekolahan sejak daripada sekolah rendah lagi, menengah dan seterusnya ke peringkat maktab dan universiti? Consumerism, kepenggunaan itu satu mata pelajaran yang merupakan skill knowledge, pengetahuan dan kemahiran hidup yang perlu ada pada setiap orang daripada rakyat kita. Itu cadangan saya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Saya jawab Yang Berhormat Kapit dahulu. Memang dari segi kawalan kita setakat ini adalah sewaktu musim perayaan sahaja. Jadi cadangan Yang Berhormat Kapit untuk mengawal mungkin 15 barangan waktu perayaan itu secara berterusan, saya percaya tidak dapat kita lakukan. Walau bagaimanapun, untuk masyarakat luar bandar di Kapit misalnya – Kapit, Kanowit dan sebagainya, supaya harga barangan di Kapit tidak berbeza dengan barangan di bandar berdekatan, bandar besar seperti Sibu, jadi itulah kita memperuntukkan sejumlah wang untuk kita bantu dari segi kos pengangkutan supaya barang yang diangkut dari Sibu ke Kapit, kos pengangkutan itu tidak dibebankan kepada pengguna. Pihak kerajaan menanggung kos tersebut dan harganya boleh kita samakan antara Sibu dan kapit. Pada setakat ini kita cuma mampu untuk menyamakan harga sebanyak 25 jenis barangan sahaja.
■1710 Pihak kementerian sedang memohon daripada pihak Kementerian Kewangan untuk menambahkan lebih banyak kawasan dan mungkin menambahkan lebih banyak jenis barangan supaya penduduk di luar bandar tidak akan merasai bebanan yang jauh bezanya daripada kawasan bandar dan sebagainya.
Menjawab cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Salak, kita memang bersetuju kalau mata pelajaran kepenggunaan dimasukkan di dalam sistem pelajaran. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bermula pada tahun 2007, topik kepenggunaan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk pelajar Tingkatan Empat. Ilmu kepenggunaan juga ditetapkan di dalam subjek Kemahiran Hidup dan Perdagangan di sekolah menengah. Sukatan mata pelajaran akan dikemas kini secara berterusan terusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Jadi, memang kita masuk di dalam topik pelajaran Sivik tetapi bukanlah satu mata pelajaran khusus. Mata pelajaran kepenggunaan secara khusus itu tidak ada. Sama ada Yang Berhormat Pasir Salak mahu suruh ada pelajaran khusus atau pun cukup dalam topik ini sahaja?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, minta izin. Kita mahu mewujudkan masyarakat yang knowledge workers and
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
knowledge consumers. Kita mahu bekalkan itu sebagai kemahiran hidup yang perlu, yang basic, dan sensitif kepada setiap orang. Jadi, kalau kita buat sambilan sahaja dengan cara seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri itu saya rasa tidak cukup. Kursus yang sebegini perlu dibuat terus menurus dan dididik daripada kecil hingga dewasa supaya betul-betul ia menjadi satu kemahiran hidup untuk kita hidup menjadi seorang pengguna yang bijak dan pandai melindungi hak-hak kita. Itu pada pandangan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Panjang lagikah, Yang Berhormat?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Panjang lagi. Mereka berbahas pun tiga hari, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Yang Berhormat Menteri.
Beri sekali dengan Yang Berhormat Pasir Salak Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya. Sila Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, kita jarang bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak ini.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Hari ini saya boleh beri dia suatu tribute lah, A++. Saya rasa kalau kita melihat kesedaran pengguna ini, saya rasa kementerian Yang Berhormat boleh mencadangkan kepada Kabinet supaya isu-isu atau pun asas-asas ilmu kepenggunaan ini boleh diajar di peringkat sekolah rendah lagi dan ada mata pelajaran khusus tentang perkara ini. Oleh sebab itu, kita melihat di negara-negara barat khususnya, kalau saya sering mengambil contoh negara-negara Scandinavia sebagai contoh yang dianggap masyarakatnya begitu knowledgeable dengan izin.
Di peringkat sekolah rendah lagi mata pelajaran tentang kepenggunaan - konsumerisme ini diajar dan dididik kepada rakyat mereka dan mereka benar- benar tahu hak mereka sehingga di negara-negara maju ini pengilangan atau pun pasar raya besar boleh ambil barang yang dianggap tidak sesuai itu di rumah pengguna. Begitu tinggi sekali sikap bagaimana mereka menggunakan hak mereka. Jadi, adakah Yang Berhormat bersedia sebagai Yang Berhormat Menteri pada hari ini untuk mencadangkan kepada Kabinet supaya mata pelajaran tentang pengguna ini diajar di peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu mata pelajaran, bukan ditempelkan dalam mata pelajaran Sivik dan seumpamanya. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian. Begitu juga dengan Yang Berhormat Tangga Batu sebenarnya yang membangkitkan isu ini di dalam ucapannya yang lepas. Kalau itulah pandangan daripada Yang Berhormat sekalian, saya akan memanjangkan perkara ini kepada pihak Kementerian Pelajaran supaya boleh diberikan pertimbangan supaya mata pelajaran Kepenggunaan boleh dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Tepuk]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya cuma panjangkan.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Bukan kuasa saya, ya. Yang Berhormat Pasir Salak membangkitkan isu caj yuran pengajian dan perkhidmatan kesihatan yang mahal dan membebankan pengguna. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian tidak mengawal yuran pengajian dan perkhidmatan yang dikawal oleh pusat atau pun Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Kesihatan. Ini kerana kedua-duanya dikawal oleh kementerian yang berbeza. Jadi, kita tidak boleh mengawal.
Yang Berhormat Balik Pulau membangkitkan isu kos yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh pengguna apabila merujuk kes ke Mahkamah Tinggi serta isu kontrak dalam sesebuah industri, misalnya di antara pemaju dan kontraktor atau antara artis dan production house.
Kepada Yang Berhormat Balik Pulau, saya ingin memaklumkan bahawa sebahagian besar kes, lebih daripada 90% kes yang di bawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna biasanya berakhir dengan penyelesaian amicable settlement atau pun penyelesaian di luar mahkamah. Ini kerana kes yang terlibat adalah kes yang kecil dan biasanya akan diselesaikan begitu sahaja. Walau bagaimana pun ia tidak menyekat. Biasanya defendan bukan plaintif. Ia tidak menyekat defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan untuk membuat judicial review untuk membawa kes ke mahkamah. Apabila ini berlaku, saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat. Apabila ini berlaku, bermakna plaintif yang sepatutnya mendapat perkhidmatan yang murah tadi, jika kes dibawa ke Mahkamah Tinggi, maka mereka terpaksa menanggung kes-kes guaman dan sebagainya. Itu memang saya akui dan kita persetujui. Saya bersetuju juga dengan pandangan Yang Berhormat jikalau boleh kes-kes ini...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...Dirujuk kepada Legal Aid. Ini pandangan yang Berhormat, betul ya?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Angguk]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Rujuk kepada Legal Aid Bureau dan sebagainya. Akan tetapi satu perkara yang kita perlu faham, Legal Aid Bureau ini mempunyai kriteria-kriteria tertentu untuk membenarkan plaintif mendapat kemudahan di Legal Aid Bureau. Ini kerana dari segi pendapatan dan sebagainya diambil kira. Mungkin juga kita boleh berbincang dengan pihak Majlis Peguam, misalnya. Ini kerana Majlis Peguam juga mempunyai Legal Aid Bureau. Akan tetapi Legal Aid Bureau di Majlis Peguam mempunyai kes-kes yang lebih besar.
Saya sendiri waktu menjadi peguam dahulu juga secara sukarela mengendalikan kes-kes di bawah Legal Aid Bureau Majlis Guaman ini. Kes-kes kecil seperti tuntutan pengguna ini kadang-kadang tidak menjadi priority saya rasa. Walau bagaimana pun, cadangan Yang Berhormat itu boleh kita bincang sebenarnya dengan pihak Majlis Peguam Negara.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana mengambil perhatian pandangan saya. Memang saya akui mengenai kelayakan mereka yang boleh mendapat khidmat bantuan guaman. Akan tetapi isunya di sini ialah isu yang saya tekankan, yang tidak dijelaskan tadi ialah dasar kerajaan sebolehnya pada pandangan saya apabila di peringkat tribunal pengguna, benda itu yang saya panggil dasarnya 2M1C itu - Mudah, Murah dan Cepat. Tujuannya untuk menggalakkan orang apabila mengalami kes kepenggunaan membawa kes. Akan tetapi isunya, apabila ia dibawa ke Mahkamah Tinggi. Ini saya pegang kes betul, ya. Saya tidak mahu sebutkan nama di sini di bawah satu syarikat kereta besar.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak banyak syarikat kereta besar ini syarikat bumiputera. Dia kalah kes di peringkat itu dan kos, maksud saya kos selepas kalah kes itu kos guaman. Dalam syarikat boleh pakai peguam dan peguam syarikat selalunya syarikat besar dan tuntutan kosnya tinggi.
Jadi, saya memohon mungkin Yang Berhormat Menteri dari segi dasar dan mungkin boleh menjadi satu keputusan yang boleh dirujuk oleh mahkamah kemudian. Ini kes kita panggil hak awam, public interest case atau kes kepenggunaan. So, maksud saya itu kita di Dewan yang mulia ini boleh menggesa satu perundangan apabila kes melibatkan kepenggunaan, ada kepentingan awam, mahkamah tidak mengenakan kos. Daripada membiarkan mahkamah membuat keputusan secara terbuka tetapi kita membuat satu rujukan kepada mahkamah agar kes-kes sebegitu tidak dikenakan kos.
■1720 Ini kerana bagi saya merupakan tanggungjawab sosial dengan izin social obligation of a companies dengan izin produk dia kena betul, perkhidmatan dia kena tepat kerana keuntungan dia itu berlipat kali ganda. Jadi, maksud saya yang itu dasar kerajaan perlu diketengahkan di dalam pindaan ini agar tribunal yang kita hendak capai itu tidak jadi satu ketakutan kepada masyarakat untuk membawa kes ke tribunal dan terutama sekali kepada syarikat yang akan berhempas pulas mempertahankan kepentingan mereka dengan kelebihan sumber (recourses) syarikat melebihi rakyat biasa apatah pengguna yang di peringkat bawahan.
Mohon satu dasar daripada kerajaan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Di peringkat tribunal mungkin kita boleh mungkin tidak tahu lagi mungkin kita akan lihat sebab dari segi dia mempunyai akta. Mungkin dari segi kos yang dikeluarkan oleh tribunal itu mungkin kita boleh bincang tetapi kalau kita melibatkan judicial review ianya tidak di tribunal lagi. Judicial review maksudnya adalah kes yang dibawa ke civil court di mahkamah biasa. Akan tetapi, kalau melibatkan mahkamah biasa saya tidak fikir yang kerajaan boleh membuat dasar supaya mahkamah tidak mengenakan kos kerana kita tidak ada kuasa di mahkamah.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya cadangkan, cadangan saya ialah kementerian mencadangkan kepada Menteri undang-undang dalam meminda perundangan Malaysia bahawa kes-kes yang melibatkan hak awam (public interest) ini akan banyak lagi kes-kes perumahan kira macam-macam kan produk liabiliti dan produk macam-macam. Kes yang ada kepentingan awam terutamanya golongan yang ini marhaen janganlah dikenakan kos dan saya rasa mahkamah ada bicara itu. Akan tetapi, kita membincangkan secara dasar dan mungkin boleh termaktub sebagai perundangan itu memerlukan komitmen politik daripada kementerian untuk jabatan perundangan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya seperti yang saya sebut itu tadi itu melibatkan dasar dan perkara yang berkaitan dengan mahkamah. Jadi, insya-Allah saya akan bangkitkan perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri. Keduanya adalah dari segi kontrak yang di antara pemaju dan kontraktor dan sebagainya saya sudah sebutkan tadi bahawa akta ini hanya melindungi di antara B to C dengan izin business dengan consumer bukan antara business dengan business maknanya jikalau kontraktor dengan pemaju, kontraktor dan sebagainya ini adalah antara B to B - business to business.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, penjelasan itu apabila saya membayangkan industri contohnya industri seni kelompok artis contohnya mahu diambil sebagai oleh syarikat rakaman sebagai artis. Saya rasa artis di peringkat itu adalah consumer, talent, bakat dan saya rasa itu bukan bersifat B to B masih lagi C to B. Jadi, saya rasa apabila komitmen ditunjukkan dalam industri construction ataupun pembangunan itu benda itu termaktub sehinggakan adanya JCT JKR punya kontrak dan bersifat standard sehinggakan di dalam jual beli perumahan di peringkat awal rumah yang baru sehinggakan kontraknya itu ialah kontrak yang standard berbeza dengan pembelian rumah yang kita panggilkan sub-sell.
Jadi, bayangkan kalau industri yang di dalam innovative and creative economy di bawah RMKe-10 dan saya dimaklumkan industri sebegini menyumbang berbilion ringgit kepada kerajaan saya rasa kerajaan perlukan satu dasar terutama yang memihak kepada pengguna iaitu bakat saya rasa itu akan membantu mereka untuk berkarya. Dalam hal ini, saya rasa Menteri mempunyai kekuatan dari segi gariskan satu dasar yang mana kami mahu pihak artis, pihak talent mahupun pihak kita panggil pihak production house mana-mana yang tidak boleh mengambil kesempatan kerana mempunyai satu garis panduan yang standard. Itu pada pandangan saya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Selagi ianya adalah C to C ataupun C to B dengan izin ia boleh dikawal oleh akta. Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan isu berkenaan dengan kadar interest ataupun kadar bunga yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh institusi kewangan berlesen. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Balik Pulau, charge kadar faedah yang terlalu tinggi oleh institusi kewangan berlesen perlu dirujuk kepada pihak Bank Negara Malaysia memandangkan isu ini terletak di bawah bidang kuasanya.
Walau bagaimanapun, KPDNKK turut memainkan peranan di dalam memberi kesedaran berkenaan kepentingan pengurusan kewangan dan kepentingan berbelanja secara berhemah. Belanja secara berhemah inilah yang saya rasa disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Di samping itu, KPDNKK juga terlibat dalam perbincangan mengenai kadar faedah yang dikenakan oleh sesetengah institusi kewangan dan memberi pandangan supaya para pengguna hendaklah diberi maklumat yang lengkap mengenai sebarang perubahan di dalam penetapan kadar faedah. Yang Berhormat Jempol yang membangkitkan isu berkenaan rumah yang dijual tidak sama sebagaimana yang tertera di dalam iklan.
Iklan berkenaan jualan perumahan dipantau dan dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118). Pengguna boleh mendapatkan pembelaan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Walau bagaimanapun, pengguna juga boleh membuat tuntutan di TTPM (Tribunal Tuntutan Pengguna) berkenaan dengan deposit yang telah dibayar kepada pemaju. Namun, tuntutan itu tidak boleh melebihi RM25,000. Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Lipis membangkitkan masalah berkenaan pembekal yang mengiklankan sesuatu perkhidmatan tetapi sebenarnya perkhidmatan tersebut tidak ada atau mutu perkhidmatan tidak seperti yang diiklankan dan apakah perlindungan yang diberikan kepada pengguna yang menghadapi masalah seumpama itu?
Seksyen 13 Akta Perlindungan Pengguna 1999, memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi pembekal untuk mengiklankan sesuatu barangan
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
atau perkhidmatan tetapi tidak mempunyai niat untuk membekalkannya. Seksyen 10H pula memperuntukkan bahawa seseorang tidak boleh memberi representasi palsu atau mengelirukan bahawa sesuatu barang atau perkhidmatan mempunyai apa-apa tujuan, kelulusan, pengendosan, ciri-ciri pencapaian, aksesori kegunaan atau faedah. Pengguna yang terdedah dengan masalah ini diberikan perlindungan di bawah APP 1999 dan sekiranya pembekal didapati bersalah maka ianya boleh dikenakan denda sebanyak RM250,000 bagi suatu pertubuhan dan RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi pihak yang bukan pertubuhan.
Yang Berhormat Batu Gajah ada membangkitkan isu berkenaan dengan jaminan two years warranty yang tidak ditepati dan hanya dinyatakan untuk menarik perhatian pembeli semata-mata. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, seksyen 10(1)K Akta Perlindungan Pengguna ini memperuntukkan bahawa pembekal tidak boleh membuat representasi palsu atau mengelirukan berkenaan dengan kewujudan guaranty terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan. Jadi, memang ada covers ada dilindungi di bawah seksyen 10 ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta maaf, mungkin Yang Berhormat Menteri yang membuat interpretasi yang tidak tepat apa yang saya bangkitkan. Yang saya bangkitkan ialah dia memberi satu warranty menyatakan warranty contohnya komputer dua tahun.
Akan tetapi, apabila timbul masalah dengan komputer dimaklumkan ia tidak dirangkumi di dalam warranty tersebut sebab ia di sambar oleh petir. Jadi, kerosakan sedemikian ini dia kata di luar warranty di luar jaminan dan apabila kes ini dibawa ke tribunal, tribunal kata tunjukkan apabila pihak pembekal kata ini di luar warranty kerana disambar petir minta pihak consumer kemukakan report pakar untuk kaunter. Jadi, bagaimana consumer mampu untuk dapatkan report untuk kaunter jadi akhirnya tidak dapat memperoleh apa yang dijanjikan itu warranty dua tahun itu. Jadi, consumer tidak ada kemudahan, kepakaran untuk how to say it membalas kenyataan oleh pihak pembekal. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Batu Gajah, sebenarnya itu tidak sepatutnya berlaku kerana di dalam Tribunal Tuntutan Pengguna ianya lebih melihat kepada question of fact bukan question of law seperti tadi dari segi report kena lengkap dan sebagainya untuk warranty dan sebagainya. Jadi, kes itu merupakan kes yang spesifik boleh maklumkan kepada saya mungkin kita boleh membantu pihak yang berkaitan. Sebenarnya dari segi undang-undang ini yang pertama salah kalau ada representasi yang dibuat dan pihak peniaga tidak mengikut representasi yang dibuat ianya salah, memang salah.
Akan tetapi, dengan cara hendak mendapatkan report dan sebagainya saya rasa biasanya tidak digunakan di dalam Tribunal Tuntutan Pengguna.
Biasanya, hakim ataupun presiden tribunal ini dia sebagai seolah-olah arbitrator sahaja yang tidak melihat kepada terlalu mempersoalkan mengenai kes-kes yang begitu detail tentang undang-undang dan sebagainya. Boleh beri pada saya ya Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, jam kita sudah pukul 5.31 minit Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri terpaksa sambung esok ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sambung esok. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi Selasa, 6 Julai 2010.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.