Jun222010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, apakah kesudahan Program Angkasawan Negara dan apakah kesinambungannya. Adakah Agensi Angkasa Negara bekerjasama rapat untuk memajukan program ini melalui platform ASEAN +3.

final • 10:00 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tangga Batu.

Program Angkasawan Negara Pertama (PAN1) telah mencapai kemuncaknya apabila angkasawan pertama negara berjaya menyempurnakan misi ke angkasa pada 10 Oktober 2007.

Matlamat utama PAN1 adalah untuk menceburi penyelidikan bidang sains angkasa selain meningkatkan minat rakyat terhadap bidang ini. Program ini juga berpotensi menaikkan nama Malaysia sebagai salah sebuah negara yang komited terhadap pembangunan sains angkasa. Melalui program ini, beberapa program penyelidikan sains mikrograviti telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik tempatan daripada UKM, UM, UPM, UiTM, MARDI dan Institut Perubatan Penerbangan MINDEF.

Semua kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan-penemuan saintifik yang memberangsangkan. Malahan, tiga penemuan telah berjaya difailkan untuk mendapatkan pattern di Malaysia dan dua lagi di Amerika Syarikat. Di samping itu, satu teknologi spin-off sedang dalam peringkat untuk dikomersialkan.

Faedah tidak ketara ataupun dengan izin intangible, dari program tersebut termasuklah menaikkan nama negara di peringkat dunia, meningkatkan minat dan kesedaran rakyat umumnya dan pelajar-pelajar khususnya terhadap kepentingan sains dan teknologi. Program ini juga berjaya menanamkan rasa kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Pada dasarnya, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Program Angkasawan Negara. Penghantaran angkasawan negara ke misi angkasa lepas sama ada angkasawan kedua mahupun misi lain akan datang akan ditentukan keperluannya oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Bagi memastikan kesinambungan program ini, aktiviti-aktiviti berkaitan program kesedaran awam seperti ceramah-ceramah oleh angkasawan negara di sekolah dan di universiti; penerbitan buku filem dan dokumentasi; penerangan; pembentukan modul pendidikan; dan sambutan minggu angkasawan akan diteruskan.

Pada masa yang sama, penyelidikan dalam bidang mikro graviti akan terus dipergiatkan lagi selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan

final • 10:00 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

pembangunan keupayaan negara di dalam bidang sains dan teknologi khususnya yang berkaitan sains angkasa. Sementara itu, semasa Program Angkasawan Negara Pertama, kita telah melahirkan enam kakitangan penyelidik dengan kepakaran baru - enam sarjana dan dua dalam ijazah lanjutan iaitu PhD. Selain daripada itu, bagi meneruskan kesinambungan program ini, kementerian telah menubuhkan Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) pada 12 Ogos 2009 untuk memberi penumpuan khusus kepada aktiviti-aktiviti kesedaran dalam bidang sains angkasa agar ia efektif dan menyeluruh.

Untuk makluman Dewan yang mulia, kerjasama yang dijalankan melalui Platform ASEAN +3 telah pun dimulakan dan ini khususnya adalah dalam bidang bilateral dengan Jepun dalam bidang sains mikrograviti iaitu penghabluran protein

(protein crystallization) di stesen angkasa antarabangsa dengan Agensi Angkasa Jepun (JAXA). Melalui kerjasama selama tiga tahun ini, sebanyak 24 protein tempatan akan dihantar ke modul ISS milik JAXA di Kibo, berbanding hanya dua protein di dalam PAN1 dahulu. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana hadir menjawab sendiri soalan yang saya kira amat penting dalam kaedah kita mengangkat tahap kesedaran terhadap sains, teknologi, angkasa di negara kita. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan anak-anak yang hendak mendengar jawapan dari pihak Menteri - dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Selamat datang ke Dewan Rakyat pada hari ini... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri dan saya kira apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri terhadap kesudahan dan kesinambungan Program Angkasawan Negara ini adalah amat memberangsangkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya kira menjadi persoalan rakyat di negara kita pada hari ini.

Pertama ialah adakah objektif asal Program Angkasawan Negara ini dicapai setelah kita berjaya menghantar angkasawan pertama pada tiga tahun yang lalu? Angkasawan Kedua -

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kita pada hari ini amat merasa tidak selesa apabila keputusan-keputusan kajian yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi masih lagi tidak dapat dilihat di mana-mana laman web yang saya sendiri cuba pada malam tadi dan tidak dapat keputusan-keputusan kajian walaupun telah dihantar ke Amerika dan beberapa negara untuk bersetuju beberapa fakta di dalam kajian tersebut.

Adakah kementerian Yang Berhormat akan mewujudkan sebuah pusat pengurusan dan pentadbiran angkasa lepas seperti NASA di Amerika Syarikat dan di beberapa negara lain seperti Rusia, Europe dan sebagainya? Itu sahaja soalan saya Tuan Yang di-Pertua dan saya hendak bertanya bilakah saudara Kapten Faiz kita ini akan dihantar pula untuk meneruskan program angkasa lepas negara yang amat murni ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Tangga Batu atas minat dan keprihatinan kepada program ini. Dari segi pencapaian matlamat asal, pihak kementerian dan saya merasa kerajaan keseluruhan berpuas hati dengan pencapaian setakat ini.

Dari segi matlamat asal itu ia sememangnya untuk tujuan kesedaran sains dan

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili

teknologi bagi para pelajar meletakkan Malaysia di dalam peta sains angkasa.

Ketiganya, saya katakan tadi dari segi kajian mikro graviti yang dijalankan.

Maka dalam konteks itu maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian sebenarnya dua bengkel telah pun diadakan tetapi saya akan pastikan supaya dalam halaman web MOSTI dan Agensi Angkasa Negara kita boleh paparkan yang lebih fokus barangkali kepada yang berkaitan dengan kajian mikro graviti tersebut. Memang kita sudah reserve sedikit, dengan izin kerana melibatkan pemfailan paten yang saya katakan tadi tidak kurang daripada lima telah pun difailkan, tiga di negara kita dan satu dalam proses komunikasi. Ada pandangan para saintis dengan izin, to go slow as far as disclosures were concern.

Dari segi program kedua, saya katakan tadi bahawa di Rancangan Malaysia Kesepuluh pihak Kabinet telah bersetuju pada dasarnya namun bajet itu kita rasa bahawa ada prioriti dalam bidang lain yang perlu diberi perhatian, maka kita akan teruskan dengan program kesedaran awam dan mengoptimumkan kajian-kajian khususnya hasil kajian mikro graviti yang telah dijalankan. Jadi amat sukar untuk menentukan kos tetapi sebagai reflection kos dahulu di peringkat negara kita gunakan RM37 juta dan offset value another RM150 juta. Jadi saya rasa dari segi costing itu sebagai satu landasan memandangkan kos telah meningkat.

Seterusnya dari segi fokus kita rasa apa yang teras dahulu itu amat penting. Pertama, kesedaran awam dan keduanya, microgravity studies yang perlu diteruskan. Barangkali kita boleh fikir cara-cara lain bukan sekadar kita perlu hantar misalnya angkasawan kita khususnya angkasawan kedua yang mana latihan terus dijalankan untuk beliau tetapi juga barangkali bekerjasama dengan badan-badan yang telah saya sebutkan tadi di mana microgravity studies terus boleh dijalankan tanpa penglibatan angkasawan kita. Jadi ini antara modul-modul yang sedang difikirkan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga bersama-sama dengan Yang Berhormat Tangga Batu pada dasarnya menganggap program ini penting dan seperti beliau juga menunggu-nunggu keputusan MOSTI dan kerajaan umumnya tentang bilakah angkasawan kedua kita akan kita laksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya adalah selain daripada kerjasama kita dengan Rusia dalam Program Angkasawan ini sudah tentu kita tidak akan mahu bekerjasama dengan Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan Israel dan sebagainya serta tidak menguntungkan negara kita dari segi jangka panjang. Akan tetapi tidakkah kementerian memikirkan untuk bekerjasama dengan satu lagi negara yang telah berjaya menghantar angkasawannya iaitu negara China.

Negara China telah berjaya.

Negara China dalam fasa awal program-program angkasawan seperti ini dan untungnya kita jika kita dapat bekerjasama dengan mereka ialah kita boleh mempelajari sains teknologi angkasawan ini daripada awal lagi dan bukannya di penghujung seperti yang kita mungkin peroleh hanya dengan bekerjasama dengan negara seperti Rusia itu. Yuan masih murah lagi Tuan Yang di-Pertua dan mereka mengumumkan akan naikkan nilai Yuan tetapi kalau kita bekerjasama sekarang, seperti kata Inggeris logged in contract sekarang, harga sekarang mungkin kita dapat dengan kebersihan Yang Berhormat Menteri dan tidak ada terlibat dengan apa-apa jenis komisen rasuah yang mungkin berlaku jika tidak dikawal oleh Parlimen dengan sebenarnya, mungkin terdapat nilai yang baik, value for money

final • 10:10 AM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua daripada program jika kita mulakan dengan negara China ini.

Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada pihak Yang Berhormat kerana minat dan menyentuh tentang perkara ini.

Saya terus nyatakan tadi bahawa tiga badan utama peringkat antarabangsa yang kita jalinkan – Roskomos di Rusia dan sememangnya JAXA di Jepun dan ESA di Kesatuan Eropah. Baru sahaja saya selesai berbincang dengan pegawai tadi mengenai dengan peluang yang ada untuk bekerjasama dengan pihak satu negara lagi iaitu China. Kerajaan keseluruhan terbuka untuk meneliti di mana rakan-rakan kongsi yang rapat dengan kita dalam perkara ini. Kita sedang meneliti di manakah dan apakah kekuatan-kekuatan program yang hasilnya daripada China ataupun negara lain di mana Malaysia boleh naturally benefit things dengan izin, kita akan pertimbangkan. Setakat ini tiga badan yang telah pun formalize dengan izin, scientific discovery dan kerjasama adalah seperti mana saya sentuh Roskomos, JAXA dan ESA. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan, bilakah peruntukan RM25 juta untuk pemeliharaan warisan UNESCO bakal disalurkan kepada kerajaan negeri demi merangka perancangan warisan khas sebagaimana diperlukan oleh UNESCO. Apakah inisiatif kementerian dalam mempromosikan Georgetown sebagai Tapak Warisan UNESCO berbanding Melaka.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan pada tahun 2010 bagi Tapak Warisan Dunia Georgetown.

Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada Khazanah Nasional Berhad untuk menguruskan kerja-kerja pemuliharaan di Tapak Warisan Dunia Georgetown.

Peruntukan pada tahun-tahun seterusnya akan disediakan di bawah Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Bagi mempromosikan Georgetown dan Melaka sebagai warisan dunia, kerajaan telah menganjurkan pelbagai program peringkat kebangsaan seperti program pengumuman Melaka dan Georgetown sebagai Warisan Dunia di Dataran Merdeka, mengedarkan brosur dan CD semasa mesyuarat penting di peringkat antarabangsa seperti World Heritage Community dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO. Kerajaan negeri juga digalakkan untuk mengambil inisiatif mempromosikan bandar warisan dunia Georgetown. Sekian.

final • 10:10 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah dilantik kepada jawatan ini dan saya rasa itu memang menunjukkan kehebatan dan kekuatan politik beliau.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadi sebuah masyarakat madani kita harus terlebih dahulu menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun. Budaya bertamadun memerlukan penghayatan nilai-nilai halus yang menghargai sumbangan yang dahulu dan dikekalkan sekarang demi diwariskan untuk masa hadapan. Pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bukanlah setakat menjadi satu kebanggaan kepada Pulau Pinang tetapi juga kepada negara Malaysia. Itulah sebabnya mantan Perdana Menteri telah

final • 10:10 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

meluluskan RM50 juta kepada Georgetown dan Melaka untuk melindungi, memulihara dan mempromosi warisan Georgetown dan Melaka.

final • 10:10 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sungguhpun begitu, adalah dikesali bahawa Melaka telah diperuntukkan RM30 juta secara langsung manakala untuk Pulau Pinang tidak ada satu sen pun Tuan Yang di-Pertua. Ini melanggari janji yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri dan di sini kita hendak menyatakan bahawa diskriminasi sedemikian bukanlah satu yang baik untuk pentas antarabangsa.

Bolehkah saya tahu satu per satu apakah program yang telah dijalankan di Melaka berbanding yang dijalankan di George Town? Ini adalah kerana baru- baru ini kita telah menerima maklumat bahawa dari segi perbelanjaan yang diperuntukkan kepada Pulau Pinang hanya setakat RM9,600 setahun iaitu tidak sampai pun Tuan Yang di-Pertua 1% daripada perbelanjaan untuk pemulihan Warisan sungguhpun Pulau Pinang adalah suatu warisan dunia UNESCO.

Bolehkah saya tahu dari segi senarai penuh sedemikian yang saya sebutkan tadi?

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jaminan untuk masa hadapan bahawa Pulau Pinang akan mendapat sumbangan secara langsung sama seperti yang diberikan kepada Melaka supaya kita tidak menunjukkan bahawa ada satu negara, dua sistem.

Lebih-lebih lagi, penting lagi mencerminkan bahawa dalam aspek warisan kita betul-betul menghayati prinsip dan nilai 1Malaysia, bukan ‘1Malaysia 2Status’.

Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat ada banyak soalan, memang bukan senang untuk saya jawab. Sememangnya yang terbaik sekali adalah menjawab secara bertulis. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, saya pun orang Pulau Pinang, lahir di Pulau Pinang. Saya pun hendak jaga juga, bukan Yang Berhormat sahaja yang hendak jaga... [Dewan riuh][Ketawa] Yang Berhormat bukan orang Pulau Pinang ya.

Untuk maklumat Yang Berhormat, peruntukan sebanyak 20 juta yang disalurkan kepada Khazanah Nasional Berhad adalah untuk perbelanjaan seperti berikut:

(i) penyediaan pelan pengurusan pemuliharaan bagi menentukan polisi berkaitan aspek-aspek warisan dipatuhi selaras dengan kehendak UNESCO;

(ii) penyediaan special area plan yang merupakan sebuah pelan pemantauan di bawah seksyen 16B(1), Akta Perancang Bandar dan Desa, tahun 1976;

(iii) penyediaan inventori setiap bangunan warisan yang lebih komprehensif dan terletak di dalam tapak warisan dunia bagi memastikan kerja-kerja pemantauan konservasi dan dokumentasi yang lebih berkesan;

(iv) penyediaan penyelenggaraan dan pembaikan untuk pemilik bangunan bertujuan untuk memastikan setiap pemilik mengetahui perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan ke atas bangunan mereka; dan

(v) pelaksanaan kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan pelbagai jenis bangunan pemuliharaan warisan

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

kebudayaan tidak ketara, program kesedaran warisan, pelaksanaan pelan pengurusan pelancongan, pelaksanaan pelan pengurusan trafik, pelaksanaan strategik pemantauan dan lain-lain lagi.

Setakat ini, jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kementerian Kewangan melalui Khazanah sehingga 31 Mei tahun ini, sejumlah tiga juta projek telah dijalankan.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, ada satu Jawatankuasa Pengurusan Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town telah ditubuhkan dan ahli-ahlinya adalah:

(i) Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan sebagai pengerusi;

(ii) KSU Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan;

(iii) KSU Kementerian Pelancongan;

(iv) Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka;

(v) Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

(vi) Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa; dan juga

(vii) Suruhanjaya Warisan.

Memang wakil-wakil dari kerajaan negeri masing-masing ada dan seperti Yang Berhormat telah kata, tapak warisan George Town ini memang adalah hak milik bukan sahaja Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi memang juga hak milik Kerajaan Pusat. Saya pun berharaplah Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh buat pemantauan atas projek-projek yang telah dijalankan. Kita hendak ensure that dengan izin, iaitu duit yang kita salurkan di spend dengan properly. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, sila ambil perhatian. Di belakang ada suara rosak saya ingat, very irritating. Takut mengantuk.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Memang suara belakang.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ya lah, cukuplah.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Terima kasih Yang Berhormat.

Telah dimaklumkan kepada technician. Sila Yang Berhormat Putatan.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya mengemukakan soalan saya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin turut mengucapkan tahniah kepada sahabat lama dahulu, Timbalan Menteri orang yang baik.

Soalan ini soal peruntukan. Oleh sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri bertanggungjawab dengan peruntukan yang akan disalurkan kepada kerajaan negeri untuk memelihara walaupun kebanyakan negeri di Malaysia ini tidak berstatus warisan UNESCO tetapi amat penting juga kepada Kerajaan Pusat untuk membantu kepada kerajaan-kerajaan negeri terutama sekali untuk memperindah bandar-bandar bukan sahaja yang saya sentuh di Sabah dan

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Sarawak tetapi di negeri-negeri lain juga. Terutama sekali jika ada khazanah- khazanah nasional seperti tugu-tugu peringatan yang penting untuk menjadi satu penarik kepada para pelawat ataupun pelancong ke tempat-tempat yang tersebut.

Soalan saya, adakah Kerajaan Pusat menyediakan sumber kewangan kepada pemuliharaan tempat-tempat tersebut seperti yang katakan tadi? Kalau ada, berapakah diperuntukkan kepada Bandaraya Kota Kinabalu? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat. Memang peruntukan Yang Berhormat katakan tadi, memang buat masa ini saya pun tidak pastilah. Saya baru berada di Kementerian Kewangan tetapi yang mustahak pada masa ini kita hendak identify tapak-tapak warisan. Ada satu jabatan iaitu Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ahli- ahli Yang Berhormat kalau ada maklumat, boleh melalui jabatan ini dan mereka boleh minta peruntukan dari Kementerian Kewangan. Sekian.

[Soalan No.3 – Yang Berhormat Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) tidak hadir]

final • 10:20 AM

  1. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, langkah-langkah yang sedang diambil untuk menandingi keperluan dan masalah-masalah yang akan timbul akibat jumlah peratusan orang tua di Malaysia akan meningkat dalam masa sepuluh tahun akan datang.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga emas di negara ini yang semakin meningkat bilangannya.

Kini penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah 7.2% atau dua juta daripada jumlah penduduk iaitu 28.31 juta sehingga tahun 2009.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sesebuah negara itu akan digelar sebagai negara tua apabila minimum iaitu 10% daripada jumlah penduduk tergolong dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Dalam hal ini, peratusan warga emas di Malaysia dijangka mencecah 9% pada tahun 2015, 10% pada tahun 2020 dan 15% pada tahun 2035. Pertambahan penduduk warga emas akan memberi impak ke atas sosioekonomi negara. Antara masalah-masalah yang dijangka adalah kekurangan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam untuk menampung keperluan-keperluan berbangkit warga emas akibat peningkatan jumlah bilangan mereka. Antaranya adalah seperti:

(i) perkhidmatan kesihatan berkaitan warga emas;

(ii) pusat jagaan harian warga emas;

(iii) rumah orang tua; dan

(iv) pelbagai infrastruktur untuk warga emas.

Jadi untuk perkhidmatan kesihatan umpamanya, kementerian ini telah pun meminta Kementerian Kesihatan supaya membuat unjuran yang berkaitan di mana kosnya akan dimasukkan dalam rancangan. Untuk yang lain pula, kementerian kini sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan untuk perancangan yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu untuk menangani isu penuaan negara, Dasar Warga Tua Negara yang digubal pada tahun 1995 telah dikaji semula untuk mewujudkan masyarakat warga emas yang sejahtera, bermaruah, mempunyai martabat yang tinggi dengan mengoptimumkan potensi diri mereka. Menentukan mereka menikmati semua peluang di samping mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga dan masyarakat. Kajian semula ini adalah selaras dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan.

Dalam dunia globalisasi yang serba mencabar, kajian ini yang selesai pada April 2010 lalu telah menghasilkan dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara yang baru yang kini diperhalusi sebelum diangkat untuk pertimbangan pihak kerajaan. Kementerian ini juga telah mengadakan sesi konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan bagi mengetahui isu-isu semasa warga emas yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan. Dalam hal ini, Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding bagi warga emas yang diadakan pada 27 Mei 2010 yang lalu, telah memutuskan tujuh bidang utama yang diberi perhatian oleh kementerian iaitu:

(i) jaminan kewangan;

(ii) peluang pekerjaan;

(iii) kesihatan;

(iv) penjagaan dan perlindungan;

(v) persekitaran;

(vi) pengangkutan awam; dan

(vii) jaringan keselamatan untuk golongan warga emas.

Antara cadangan-cadangan yang akan diberi perhatian oleh kementerian ini adalah seperti berikut:

(i) Kursus Prapersaraan diberi awal dan sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum bersara;

(ii) umur persaraan diperundangkan;

(iii) umur persaraan bagi pekerja di sektor awam dan swasta dilanjutkan bagi mereka yang masih sihat dan produktif;

(iv) insentif cukai diberi kepada majikan yang menggaji atau memberi latihan kepada pekerja warga emas;

(v) warga emas diberi pilihan untuk bekerja mengikut masa fleksi;

(vi) warga emas yang miskin diberi rawatan percuma bagi katarak iaitu dengan kanta implan dan pergigian;

(vii) insentif cukai kepada mereka yang menanggung dan menjaga ibu bapa atau sanak saudara yang tua;

(viii) insentif cukai semasa bagi pembayaran bil perubatan dan alat tiruan bagi ibu bapa tua ditambah;

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

(ix) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dipinda bagi membolehkan caruman penuh dibuat oleh mereka yang berusia 55 tahun ke atas yang masih bekerja; dan

(x) mewujudkan lebih banyak perkhidmatan sokongan di peringkat masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga tidak meminggirkan warga emas dalam perancangan dan pelaksanaan RMKe-10 demi memastikan kesejahteraan hidup golongan tersebut terpelihara. Di bawah perancangan RMKe-10, kerajaan memberikan penekanan kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan warga emas supaya golongan ini dapat menjalani kehidupan di hari tua secara bermaruah dan bermakna.

Selain itu, bagi menjamin kesejahteraan hidup warga emas yang ditempatkan di institusi, kerajaan berusaha menyediakan rumah perlindungan yang mencukupi. Selain itu, pelbagai program invokasi untuk kesejahteraan hidup warga emas turut diberi penekanan untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan anggota keluarga dan masyarakat supaya menyayangi warga emas.

Dalam usaha untuk mengukuhkan kewangan serta meningkatkan peluang pekerjaan bagi warga emas pula, rebat cukai sebanyak 100% ke atas perbelanjaan melatih semula warga emas akan diteruskan. Kementerian ini juga mengambil inisiatif untuk menangani isu-isu warga emas yang telah dikenal pasti supaya setiap rakyat Malaysia dapat menikmati hari persaraan yang sejahtera.

Inisiatif ini termasuklah mengadakan kerjasama dengan pertubuhan kebajikan sukarela, agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat bagi menjamin sistem sokongan sosial diwujudkan untuk membolehkan warga emas menikmati kesejahteraan dan kualiti kehidupan yang baik, bersama keluarga dan masyarakat. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah memandangkan kerajaan sudah tahu bahawa jumlah warga emas akan bertambah dalam sepuluh tahun ini, juga memandangkan sistem keluarga kita dengan izin, sistem extended family sudah sekian hari berkurangan dan lebih banyak – kita kata nuclear unit family, keluarga yang kecil bertambah.

Ada kekhuatiran bahawa warga emas atau ibu bapa yang tua, mungkin tidak dapat disokong ataupun dijaga dengan baik. Saya hendak tanya, adakah kerajaan bercadang untuk menambah bajet supaya dengan izin, social security system yang lebih meluas dan menyeluruh seperti yang terdapat di negara-negara maju dan ditadbir oleh Social Democratic seperti DAP. Adakah rancangan untuk menambah bajet bagi memastikan keperluan warga emas ini dapat ditampung dan make in future? Thank you.

final • 10:30 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, sebenarnya kementerian ini memang mengambil berat dan memberi perhatian yang secukupnya untuk menangani masalah terutama sekali bagi orang tua yang tidak dapat dijaga oleh keluarga, iaitu anak mereka pada hari tua mereka. Umpamanya kita telah menubuhkan rumah orang tua yang dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan (RSK) di seluruh negara dan buat masa ini, kita mempunyai sembilan buah RSK dan dua Rumah Ihsan untuk orang tua melarat, bagi menjaga orang tua yang tidak dapat dijaga oleh keluarga mereka.

final • 10:30 AM

Puan Heng Seai Kie

Selain daripada itu, kita juga telah menubuhkan Pusat Jagaan Harian Warga Emas, di mana melalui kerjasama dengan Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia yang telah memberikan kemudahan penjagaan kepada warga emas yang tinggal bersendirian di rumah semasa ahli keluarga ataupun penjaga keluar untuk bekerja.

final • 10:30 AM

Puan Heng Seai Kie

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini terdapat 22 buah pusat jagaan harian warga emas di seluruh negara. Selain daripada itu, sejak tahun 2005 melalui kementerian juga, kita telah menyediakan perkhidmatan bantuan di rumah atau Home Help Services di mana melalui kerjasama dengan Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia, kita menghantar sukarelawan untuk mengemaskan rumah ataupun untuk menemani orang-orang tua atau warga emas yang duduk bersendirian di rumah-rumah mereka. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, terdapat juga warga emas yang dengan sendirinya pergi memondok atau istilahnya belajar di pondok-pondok yang didirikan, kebanyakannya semua warga emas dan mereka kebanyakannya belajar agama dan sebagainya untuk memenuhi masa lapang mereka dan juga untuk hari tua mereka walaupun mereka sudah warga emas. Jadi, sejauh mana pihak kementerian memberi perhatian dan bekerjasama dengan pondok-pondok ini untuk memastikan kesejahteraan warga emas yang terdapat di pondok-pondok ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk warga emas yang sedang bekerja, kita memberi insentif cukai sebenarnya kepada majikan yang menggaji ataupun memberi latihan kepada mereka. Untuk warga emas yang tidak bekerja yang ingin menambahkan pengetahuan mereka, contohnya sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu kelas-kelas agama, kementerian ini juga melalui NGO-NGO menyalurkan bantuan yang berkenaan untuk memberikan sokongan kepada mereka. Sekian, terima kasih.

[Soalan No. 5 – Yang Berhormat Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) tidak hadir]

final • 10:40 AM

6. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, apakah ada kawalan harga terhadap penjualan drinking water dan air mineral di kafe, kopitiam dan restoran dan apakah kementerian menyedari ada pengguna yang dikenakan sebanyak 60 sen bagi segelas air suam.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pada dasarnya kementerian tidak mengawal harga penjualan drinking water dengan izin, dan air mineral di kafe, kopitiam dan restoran. Jika air suam dijual sehingga 60 sen segelas, perkara tersebut adalah tidak wajar dan sudah tentunya membebankan pengguna. Walau bagaimanapun, kementerian ada menerima aduan daripada pengguna berhubung air suam yang dijual pada harga 60 sen segelas.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Jika tanda harga bagi air suam berkenaan ada dipamerkan, tiada tindakan boleh diambil. Jadi terpulanglah kepada pengguna untuk membuat pilihan sama ada hendak membeli air suam berkenaan atau sebaliknya. Di bawah Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993, setiap peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga ke atas barangan yang dipamerkan untuk jualan runcit. Ini membolehkan pengguna membuat perbandingan harga sebelum memberi barangan berkenaan. Penandaan harga melibatkan semua jenis barangan, termasuk harga makanan dan minuman yang dijual di kafe, kopitiam dan restoran.

Kementerian juga berharap jika didapati mana-mana peniaga yang gagal meletakkan tanda harga ke atas barang-barang yang dipamerkan untuk tujuan jualan, aduan boleh dibuat kepada mana-mana pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berhampiran. Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau membuat aduan melalui talian bebas tol 1-800- 886-800, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) 32255 dan melalui e-aduan iaitu e- aduan.kpdnkk.gov.my. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Nampaknya jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah bersetuju bahawa harga untuk segelas air suam adalah 60 sen adalah tidak wajar dan membebankan pengguna. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tidak boleh buat apa-apa kerana bergantung kepada pilihan pengguna.

Akan tetapi bukankah baru-baru ini kementerian melancarkan kempen mengurangkan penggunaan gula? Jadi bagi saya, pilihan terbaik ialah minum air suam dan air kosong. Tadi kementerian Yang Berhormat kata tidak ada apa-apa tindakan boleh diambil kecuali jika tiada tanda harga. Jadi ini saya nampak jawapan Yang Berhormat itu menunjukkan kurang kuasa dalam aspek ini. Kalau harga drinking water dan air mineral dalam botol boleh diletakkan harga siling – setahu saya ada harga siling diletakkan – mengapa tidak kepada air suam dalam bentuk cawan atau gelas yang disajikan di kafe dan kopitiam?

Selain daripada itu, hak pengguna Tuan Yang di-Pertua, apabila kita meminta segelas air suam atau air kosong, kita tidak tahu apa yang disajikan, sama ada ia adalah air paip atau air masak, kita tidak tahu kandungannya, keselamatan kita. Jadi dalam pandangan aspek pengguna sebagai consumer, apakah yang boleh dimainkan oleh pihak kementerian untuk melindungi hak kami dalam aspek ini? Mohon penjelasan.

final • 10:40 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

Terima kasihlah kerana Yang Berhormat Batu Gajah seolah-olah hendak memperjuangkan pengguna. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Gajah, kementerian sebenarnya – adalah mustahil untuk kita sebagai kerajaan dalam pasaran terbuka ini, setiap barangan itu dikawal sebab ini adalah satu pasaran yang bebas dan...

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon Yang Berhormat Menteri jangan menyelewengkan pertanyaan saya.

final • 10:40 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Saya sedang hendak menjawab. Tunggu dulu, tunggu dulu... [Disampuk]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan.

final • 10:40 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Okey. Yang Berhormat Batu Gajah, sebenarnya kita juga tidak setuju bahawa air suam ini dijual dengan harga yang begitu tinggi. Akan

final • 10:40 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

tetapi disebabkan kerana kadangkala harga itu telah dipamerkan, maka ia bergantung kepada pilihan pengguna. Kita juga tidak boleh memaksa ataupun melarang pengguna untuk minum air sekiranya pengguna itu hendak membeli air suam itu. So dalam hal ini, yang pentingnya sebagai pihak pembangkang, perlu juga kalau boleh, laksanakanlah iaitu kempen kesedaran pengguna supaya kita hendakkan bahawa pengguna-pengguna di negara kita ini merupakan seorang pengguna yang bijak. Ini kerana dalam hal ini...

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau begitu, sekarang siapa jadi menteri? [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Saya ingat tanggungjawab ini bukan sahaja kepada Menteri, Timbalan Menteri, dan kementerian sahaja. Saya ingat rakyat, Ahli-ahli Parlimen khususnya daripada pihak pembangkang juga perlu bersama-sama dengan kerajaan untuk mendidik pengguna menjadi pengguna yang bijak.

Daripada tiap-tiap malam asyik menghasut... [Dewan riuh] Mengapi-apikan rakyat dan membenci kerajaan, elok juga tenaga yang ada itu kita sama-sama...

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

...Untuk mendidik rakyat, pengguna ini menjadi pengguna yang bijak. Daripada kita membuat dosa, baik kita mencari pahala.

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita melihat harga minuman seperti kopi kalau kita memasuki taman-taman tema kita dapati kementerian belum lagi secara keseluruhannya memberi garis panduan ataupun harga tetap bagi setiap taman-taman tema ataupun tempat-tempat hiburan yang mengenakan caj minuman seperti kopi kita dapati ada contohnya sampai mengenakan caj RM30 kemudian masuk ke taman-taman tema itu pun mereka sudah kenakan harga tiket.

Jadi apakah perancangan kementerian supaya dapat mengawal harga makanan dan harga barang-barangan yang terdapat di taman-taman tema untuk membolehkan pengguna itu dapat perlindungan yang sewajarnya daripada manipulasi harga yang dikenakan oleh taman-taman tema ataupun taman-taman hiburan yang lain. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian hanya dapat mengawal harga barangan kepada barang-barang subsidi di bawah barangan kawalan harga ini dan juga semasa musim-musim perayaan terutamanya di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dan dalam keadaan tertentu, apabila berlaku situasi seperti wabak yang baru-baru ini, H1N1 di mana topeng muka dijual dengan harga yang terlampau tinggi.

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam keadaan yang dibangkitkan tentang soalan Yang Berhormat tadi, sekali lagi saya ingin maklumkan bahawa akhirnya kita perlu sebenarnya mendidik pengguna supaya mereka mempunyai kuasa, melaksanakan kuasa mereka untuk membuat pilihan dan untuk melindungi diri mereka. Kita juga akan memperkenalkan satu akta yang akan dinamakan sebagai Akta Kawalan Harga dan Anti Percatutan 2010 ini iaitu Akta Anti- Profiteering yang akan kita bentangkan tidak lama lagi dalam Parlimen ini supaya kita dapat mengawal para peniaga supaya mereka tidak meletakkan harga yang

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

terlalu tinggi, mengaut keuntungan yang berlebihan sehingga ‘mencekik’ pengguna-pengguna.

Pihak kementerian juga telah pun menjalankan program kesedaran pengguna supaya para peniaga ini dapat melaksanakan tanggungjawab dan mempunyai etika perniagaan. Begitu juga program-program kesedaran kepenggunaan sedang dilaksanakan secara meluas di seluruh negara supaya kita dapat mewujudkan masyarakat pengguna yang bijak supaya mereka ini dapat melindungi diri mereka dan melaksanakan kuasa mereka dalam setiap pembelian yang mereka buat itu. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

7. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan didapati tugas pegawai penjara setiap hari menghadapi risiko lebih 38,000 pesalah, di samping itu tugas dan tanggungjawab mereka diperkembangkan lagi untuk melaksanakan parol dan program kemasyarakatan.

Bilakah mereka boleh dipertimbangkan kenaikan gaji yang setimpal dengan risiko tersebut.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan anggota penjara menerima kenaikan gaji dan elaun yang sewajarnya. Jabatan Penjara telah mengemukakan permohonan kenaikan gaji bagi anggotanya di peringkat Wadar Gred KX17 sehingga Timbalan Komisioner KX54 memandangkan anggota pasukan PDRM telah menerima kenaikan gaji 20% lebih berbanding anggota perkhidmatan awam yang lain.

Kementerian telah membuat perakuan ke atas permohonan Jabatan Penjara kepada Jabatan Perkhidmatan Awam namun tidak diluluskan. Walau bagaimanapun, pada 21 Mei 2010, Jabatan Penjara telah mengemukakan permohonan baru bagi memperkemaskan dasar laluan kerjaya pegawai penjara.

Permohonan ini merupakan dasar kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan penjara di setiap satu gred yang diselaraskan kepada lima tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan yang mana lebih awal. Pertimbangan kenaikan pangkat ini adalah melibatkan gred berikut:

(i) Skim Perkhidmatan Wadar Gred KX17 hingga Sub Inspektor Gred KX26;

(ii) Skim Perkhidmatan Penolong Penguasa Gred KX27 hingga Gred KX38; dan

(iii) Skim Perkhidmatan Penguasa Penjara Gred KX41 hingga Gred KX54.

Permohonan ini telah disokong oleh Kementerian Dalam Negeri dan sedang dalam kajian serta penelitian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kementerian Dalam Negeri berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan positif. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Kita sangat berdukacita kerana Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meluluskan kenaikan gaji juga termasuk elaun dan insentif yang sepatutnya

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

diperoleh oleh pegawai-pegawai penjara setanding dengan pegawai yang lain di dalam Jabatan Perkhidmatan Awam seperti polis, tentera, imigresen, kastam dan sebagainya.

Satu lagi perkara yang hendak saya sebut ialah kita sering melihat, menonton dan membaca terdapat beberapa rusuhan banduan di penjara di negara-negara luar. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang seperti negara- negara yang lain mewujudkan satu pasukan khas atau pasukan elit untuk menangani sekiranya terdapat rusuhan-rusuhan di dalam penjara kita. Apakah tangga gaji atau elaun khas serta insentif yang akan diberikan sejajar dengan kepakaran dan pengetahuan khas serta latihan yang mereka peroleh nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pihak penjara memang sedar bahawa tugas yang dihadapi oleh mereka begitu mencabar terutama cabaran-cabaran yang dihadapi daripada banduan- banduan yang berada di dalam penjara. Justeru itu, Jabatan Penjara telah pun mewujudkan beberapa unit pasukan elit untuk mengawal keadaan-keadaan seperti ini.

Dari segi elaun yang diberi oleh kerajaan, memang ada elaun khas berkaitan dengan tugas-tugas anggota yang khusus menjalankan urusan-urusan berkaitan dengan kepenjaraan yang mana tiap-tiap anggota mendapat elaun sebanyak RM100 sebulan. Selain daripada itu, bahawa banyak insentif lain yang diberi oleh kerajaan kepada anggota-anggota penjara ini mengikut kepakaran masing-masing. Umpamanya dalam aspek anggota yang melaksanakan sebatan di mana mereka ini dibayar elaun sebanyak RM10 satu rotan. Begitu juga berkaitan dengan anggota yang melaksanakan tugas hukuman gantung yang mana kalau ketuanya diberikan elaun RM500 dan pembantunya RM300 sebulan.

Begitu juga dengan elaun bahasa, mereka juga dapat elaun sebanyak RM50 dan banyak lagilah elaun yang khusus yang wajar diberi telah diberikan oleh kerajaan.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya. Saya rasa memanglah patutlah kita untuk menambah gaji ataupun elaun kepada pegawai-pegawai penjara. Saya rasa sekiranya Kementerian Dalam Negeri lebih bijaksana dalam menggunakan peruntukan mereka, memanglah anggota-anggota penjara kita, kebajikan yang diterima oleh mereka boleh ditambah.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ini kerana pada tahun 2004, kita telah mewujudkan satu unit berkuda di Jabatan Penjara iaitu Penjara Kajang dan Unit Berkuda ini sekarang mempunyai lapan ekor kuda dan untuk satu tahun kita perlu menggunakan duit sebanyak RM170,000 setahun untuk menjaga kelapan-lapan ekor kuda ini. Bukan itu sahaja, setiap tahun setakat ini kita perlu mengguna 13 orang pegawai untuk menjaga kuda-kuda ini.

Nampaknya kuda-kuda ini telah menjadi VVIP dalam Penjara Kajang. Jadi saya hendak tanya kenapa kita perlu satu Unit Berkuda di Penjara Kajang, di mana penjara-penjara lain tidak ada Unit Berkuda ini. Apakah kegunaan Unit Berkuda ini? Menurut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri pada 29 Mac, Unit Berkuda tugas mereka adalah untuk mengawal keselamatan, untuk membuat rondaan di sekeliling kawasan pagar.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya rasa tugas-tugas ini boleh dijalankan tanpa Unit Berkuda ini. Jadi saya minta satu penjelasan daripada Timbalan Menteri, buat apa kita membentuk satu Unit Berkuda yang selama tujuh tahun ini telah mengguna RM1.2 juta untuk menjaga kelapan-lapan kuda ini.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mungkin Yang Berhormat daripada...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Serdang.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Yang Berhormat Serdang, satu kali kena lawati penjara, masuk penjara.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Di mana boleh melihat dan mengetahui lebih jelas berkaitan dengan tugas anggota-anggota penjara yang melaksanakan tugasnya di penjara dan sehubungan dengan Unit Berkuda ini yang ditempatkan di Kajang, yang mana Kajang merupakan ibu pejabat penjara seluruh Malaysia, Dari segi kes-kes yang melibatkan banduan-banduan adalah kes-kes yang berprofil.

Jadi kerana itu, dari segi keselamatan ianya sangat diperlukan untuk mengawasi keadaan keselamatan di tempat ini. Di mana kalau ada rusuhan- rusuhan berlaku maka sudah tentu dengan ada Unit Berkuda ini, ianya boleh melaksanakan tanggungjawab dalam menyuraikan rusuhan-rusuhan dengan begitu cepat dan pantas dan juga daripada segi rondaan yang mana kawasan ini merupakan kawasan yang begitu luas. Jadi daripada kegunaan Unit Berkuda ini adalah begitu praktikal sekali.

final • 11:00 AM

8. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, pandangan kerajaan mengenai pelancaran gaji minimum di Malaysia selepas mendapat maklum balas melalui blog dan kajian kementerian dalam usaha mengukur tanggapan awam. Sehingga ini berapa perundingan telah dilakukan dengan stakeholders.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Maznah Mazlan

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang. Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan blog bagi gaji minimum pada 24 Mac 2010 yang lalu untuk mendapat maklum balas daripada rakyat Malaysia mengenai cadangan pelaksanaan gaji minimum di Malaysia. Sehingga kini, Kementerian Sumber Manusia menerima 77 maklum balas sahaja yang mana 70 atau 91% bersetuju supaya gaji minimum dilaksanakan, dua atau 3% tidak bersetuju dan 5% atau 6% berkecuali.

Walau bagaimanapun, maklum balas ini terlalu kecil berbanding 11 juta pekerja di negara ini. Justeru, ia tidak mewakili pekerja di negara ini dan untuk mendapat maklum balas yang lebih menyeluruh, Kementerian Sumber Manusia akan meneruskan blog ini bagi menerima maklum balas daripada rakyat Malaysia.

Di dalam masa yang sama untuk mendapat pandangan dan maklum balas yang seluas-luasnya, Kementerian Sumber Manusia telah menjadualkan satu bengkel tripartite, yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan seperti kesatuan sekerja, persatuan majikan, ahli-ahli akademik dan agensi kerajaan pada pertengahan bulan Julai 2010. Maklum balas yang menyeluruh daripada blog dan bengkel tersebut akan dijadikan input untuk pertimbangan kerajaan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Klang.

final • 11:00 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih kerana memberi penjelasan mengenai peranan blog yang digunakan oleh pihak kementerian tetapi saya ingin mengajukan isu satu lagi iaitu isu mengenai konsep atau polisi kerajaan mengenai gaji minimum keseluruhannya.

Isu ini adalah penting memandangkan bahawa kerajaan telah memutuskan mengadakan gaji minimum untuk golongan pekerja keselamatan. Ini pun telah diumumkan untuk ke seluruh negara tetapi tiba-tiba telah ditarik balik.

Nampaknya ini merupakan satu sikap kerajaan, ‘one step forward and three step backward,’ satu langkah ke depan dan tiga langkah ke belakang.

Pada pandangan saya dan saya telah baca beberapa keratan akhbar di sini yang menunjukkan bahawa kerajaan memang takut kepada pihak swasta.

Khususnya pihak firma-firma keselamatan yang mendesak kerajaan supaya jangan mengimplementasikan gaji minimum untuk negara kita, untuk pekerja- pekerja kita yang dapat gaji yang kurang khususnya pekerja-pekerja keselamatan iaitu security guard dan sebagainya.

Soalan sekarang ialah nampaknya kerajaan tidak ada political will dan kawan-kawan saya di kesatuan sekerja mengatakan kepada saya bahawa kerajaan panggil mereka untuk memberi pandangan, rundingan dan sebagainya tetapi tidak mengambil pandangan mereka secara serius untuk menggubal polisi kerajaan khususnya mengenai gaji minimum.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan political will untuk implementasikan isu gaji minimum untuk kepentingan negara ini dan juga untuk matlamat kerajaan untuk menaikkan dan meninggikan pendapatan, high income economy untuk pekerja-pekerja Malaysia. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Maznah Mazlan

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Pertama, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa kerajaan begitu komited untuk mengkaji kedudukan gaji pekerja di Malaysia untuk memastikan bahawa kadar ini adalah munasabah dan membolehkan rakyat negara hidup dengan baik. Bahkan pada 13 Januari 2010, Jemaah Menteri telah meminta Kementerian Sumber Manusia mengadakan kajian ini.

Untuk makluman Yang Berhormat tuduhan Yang Berhormat yang pertama, bahawa takut kepada swasta dan tidak ada political will, saya rasa ini adalah persepsi-persepsi yang lumrahnya kita dengar daripada pihak pembangkang yang tidak berasas dan tidak memahami apa yang terlibat di dalam satu-satu usaha kerajaan sebelum satu-satu keputusan dibuat.

Untuk makluman Yang Berhormat, di dalam hal untuk memutuskan kedudukan gaji pekerja di Malaysia. Ia melibatkan berbagai-bagai-bagai proses berbagai-bagai perincian dan melibatkan berbagai aktiviti baik di kalangan pegawai-pegawai kerajaan di pelbagai kementerian yang terlibat, juga hubungan- hubungan dan komunikasi di antara kementerian dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti kesatuan sekerja, kesatuan majikan dan lain-lainnya.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan bahawa banyak faktor perlu diambil kira di dalam menimbang hal gaji pekerja ini antaranya garis kemiskinan dan wujudnya banyak sektor dan sub sektor yang di dalam pekerjaan-pekerjaan. Ia satu keputusan tidak boleh merangkumi kesemua jenis pekerjaan yang ada di dalam negara ini. Itu perlu dibuat kajian secara perincian dan untuk makluman Yang Berhormat juga, saya

final • 11:00 AM

Dato' Maznah Mazlan

ingin memaklumkan bahawa kajian-kajian telah dibuat yang mana melibatkan Perbadanan Produktiviti Malaysia mengenai perbandingan gaji dan perkembangan sektor-sektor di negara ini. Kita juga mengambil kira pandangan-pandangan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia. Kita juga sudah mengambil kira pandangan daripada pihak MTUC yang mewakili pekerja.

final • 11:00 AM

Dato' Maznah Mazlan

Kementerian sendiri sedang membuat berbagai-bagai analisis termasuk juga kajian yang dibuat oleh jabatan perhubungan perusahaan, Kajian Guna Tenaga Kebangsaan 2009 dan implikasi-implikasi lain dan membandingkan dengan amalan-amalan yang dibuat di peringkat antarabangsa.

Jadi Yang Berhormat, saya rasa tuduhan Yang Berhormat kita tidak ada political will. Saya ingin betulkan bahawa kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu mengkaji, meneliti dan mengambil kira semua pandangan dan buat pertimbangan yang saksama sebelum kita membuat satu- satu keputusan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Soalan susulan Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat harus faham, dalam sesi soal jawab langsung tidak dibenarkan untuk menimbulkan suasana perbahasan. You sudah tanya, Timbalan Menteri sudah jawab – sudah.

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading, tadi ada berdiri.

final • 11:10 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, jawapan Timbalan Menteri tadi itu half truth.

final • 11:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk]

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya bangun bersama- sama Yang Berhormat Klang.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada masa nanti saya panggil Yang Berhormat Kuala Selangor, waktu duduk pun saya panggil. Sila.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Kuala Selangor ini...

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya panggil Yang Berhormat Sri Gading sebab apabila saya cakap, Yang Berhormat Sri Gading duduk. Bermakna ia hormat.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya sentiasa hormat Tuan Yang di-Pertua. Sebab saya sentiasa hormat Tuan Yang di-Pertua, soalan secara kebetulan Yang Berhormat Klang ini sama macam yang saya hendak tanya. Oleh sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah jawab panjang lebar, saya tangguhkan soalan saya kepada soalan-soalan akan datang... [Ketawa]

final • 11:10 AM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Kalau begitu Tuan Yang di-Pertua, Kota Belud yang tanyalah.

final • 11:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, ini rezeki saya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam jawapan yang dibentangkan sebentar tadi. Sehubungan dengan perkara yang merupakan matlamat di antara lain Model Ekonomi Baru, yang telah diletakkan sebagai melonjakkan pendapatan negara kasar per kapita ke paras RM38,580 per kapita seorang. Apakah langkah-langkah konkrit untuk kementerian? Ini ketika mana terdapat di sana Tuan Yang di-Pertua, 40% daripada warga buruh - warga kerja yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,500. Juga pada waktu yang sama 75% daripada mereka Tuan Yang di-Pertua, terdiri daripada bumiputera Melayu, Sabah dan Sarawak.

Persoalannya, ketika mana kerajaan mahu melonjakkan pendapatan ke paras yang telah saya sebutkan tadi, keluar daripada pendapatan sederhana itu - perangkap pendapatan sederhana itu tidak diterangkan langkah-langkahnya.

Persoalan gaji minimum ini penting Tuan Yang di-Pertua. Kalau ditangguhkan maka kita tidak akan dapat satu breakthrough untuk memecahkan kebuntuan, melonjakkan pendapatan ini khususnya yang memerangkap 40% daripada warga buruh – labour force itu Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, minta penjelasan.

final • 11:10 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya rasa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi adalah mengulangi apa yang telah diberitahu di Dewan ini semasa pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hasrat kerajaan untuk melonjakkan pendapatan negara menjelang tahun 2020 sebagai negara maju dan menjadi negara berpendapatan tinggi. Bagaimana program-program yang dibentangkan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah antaranya untuk memastikan bahawa ekonomi dijana supaya kita dapat membela nasib-nasib pekerja melalui pelbagai tindakan.

Selain daripada gaji minimum, kita juga pada masa ini sedang berusaha bersungguh-sungguh bagaimana untuk mengurangkan pergantungan negara kepada pekerja asing. Ini adalah salah satu faktor yang membelenggu dan yang menekan kadar gaji di tahap yang rendah, jadi berbagai-bagai tindakan sedang diambil ke arah tersebut. Selain daripada itu, kita juga perlu meningkatkan kadar kemahiran pekerja negara ini yang mana pada masa ini yang masuk ke dalam pasar pekerjaan. Hanya 25% yang bertenaga mahir dan kita berhasrat untuk meningkatkan kadar kemahiran tenaga kerja di negara ini kepada tahap sekurang- kurangnya 40% seperti yang terdapat di Singapura, Taiwan, Hong Kong dan lain- lainnya Untuk itu, kita mempunyai berbagai-bagai program untuk memperkasakan kemahiran ataupun latihan-latihan kemahiran, program-program menjana tenaga mahir di negara ini dan menggunakan berbagai-bagai pendekatan.

Selain daripada latihan berinstitusi ataupun melalui institusi, kita juga mempunyai pendekatan-pendekatan yang lain dan mewujudkan tabung kemahiran untuk membolehkan tenaga-tenaga ini mendapat bantuan untuk meneruskan latihan-latihan tersebut. Jadi ini adalah antara langkah-langkah yang perlu dibuat serentak sementara kita pada masa ini mengkaji tentang sama ada untuk melaksanakan gaji minimum, kita juga perlu melihat adanya banyak sektor-sektor dan sub sektor. Kalau kita tengok sub sektor sahaja ada lebih daripada 700 dan tiap-tiap satu ini perlu perincian dalam usaha kita hendak mengkaji kadar gaji yang munasabah.

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memaklumkan bahawa seiring dengan kajian kadar gaji pekerja Malaysia yang sedang dilaksanakan dan saya menggesa supaya Yang Berhormat sekalian memberi pandangan sama ada melalui blog ataupun hadir di bengkel yang akan diadakan ini untuk sama-sama

final • 11:10 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

memberi pandangan. Selain daripada itu, langkah-langkah lain termasuklah di dalam memperkasakan bidang kemahiran dan melihat kembali kepada program pendidikan pelajaran di negara ini. Ini merupakan pendekatan yang komprehensif yang perlu dilaksanakan di dalam menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan negara berpendapatan tinggi. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bila bengkel itu Timbalan Menteri?

final • 11:10 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Pertengahan bulan Julai setelah disahkan dengan beberapa pihak yang berkepentingan, kita akan maklumkan. Terima kasih.

[Soalan No. 9 – Yang Berhormat Tuan Ding Kuong Hiing (Sarikei) tidak hadir]

final • 11:10 AM

10. Tuan Tan Tee Beng [Nibong Tebal] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) mengapa kementerian memberi diskaun untuk cukai lapangan terbang kepada AirAsia yang masih berhutang sedangkan syarikat-syarikat lain tidak mendapat kelebihan sebegitu; dan

(b) bolehkah kementerian meminta AirAsia mengurangkan cukai lapangan terbang mereka memandangkan mereka telah mendapat untung dari penumpang dan juga diskaun itu.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih dan selamat pagi Tuan Yang di-Pertua dan juga saudara Yang Berhormat Nibong Tebal. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, operator lapangan terbang dibenarkan mengutip caj-caj dan aeronautical fees daripada syarikat-syarikat penerbangan serta semua penumpang yang berlepas dari lapangan terbang di bawah seliaan masing-masing. Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 24B Akta Penerbangan Awam 1969, Akta 3. Dalam pada itu, kadar bagi caj perkhidmatan penumpang (PAC) adalah sebagaimana ditetapkan di bawah Jadual 12 Peraturan- peraturan Penerbangan Awam 1996.

Untuk makluman Yang Berhormat dari Nibong Tebal, tiada diskaun diberikan untuk cukai lapangan terbang kepada AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan. Selain itu, sebagaimana dimaklumkan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pihak AirAsia tidak menanggung sebarang hutang dengan MAHB.

Seksyen 3 Akta Penerbangan Awam 1969, Akta 3 memperuntukkan kuasa untuk menguatkuasakan conventional cargo dan mengawal selia penerbangan awam, menetapkan caj dan fee perkhidmatan yang diberikan di suatu lapangan terbang atau selainnya. Seksyen 24A pula memberi kuasa kepada Menteri untuk memberikan lesen bagi mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan. Ini di mana MAHB telah diberi kebenaran untuk memberi perkhidmatan dan mengutip cukai lapangan terbang selaras dengan lesen yang diberikan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Tuan Jelaing anak Mersat

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan bagi pengurangan cukai lapangan terbang termasuk caj serta fee yang berkaitan adalah bawah bidang kuasa Menteri Pengangkutan menurut seksyen 3, Akta 3. Menurut sumber International Air Transport Association ataupun IATA April 2010, cukai lapangan terbang yang dikenakan di Malaysia pada Malaysia ini secara relatifnya lebih rendah iaitu RM51 berbanding negara-negara lain seperti Singapore RM52, Jakarta RM54, Hong Kong RM65 dan Bangkok RM76. Oleh yang demikian, melihat kepada perbandingan secara relatif kerajaan pada masa ini tidak berhasrat untuk mengurangkan cukai lapangan terbang. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya amat terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun mungkin semalam kita ada berbincang di luar tentang soalan saya ini saya ingat bahawa dalam satu kenyataan dalam surat khabar kalau tidak silap saya dalam bulan Mei lepas ini bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Pengangkutan menyatakan di dalam surat khabar itu bahawa diskaun telah diberikan kepada AirAsia dengan alasan-alasan yang lainlah. Macam sebab mereka telah membawa pelancong-pelancong ke negara kita dan macam contribution to the nation.

Jadi, dalam akhbar ini saya tertarik dengan alasan itu. Pasal itu saya tanya soalan ini dan saya dapat dengan jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang baru dilantik dari KDN ini. Saya rasa terkejut bahawa sekarang yang saya dapat dalam jawapan ini tiada ada diskaun. Jadi sama ada sekarang jawapan ini betul ke atau yang disiarkan kepada surat khabar bulan Mei itu betul. Saya pun rasa kelirulah, ini bukan soalan tambahanlah sebab soalan tambahan sepatutnya lain. Akan tetapi sebab apa yang diikut oleh jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri saya bagi soalan tambahan yang lain dan mungkin soalan tambahan ketiga ini boleh bagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal.

Yang Berhormat Tumpat kena tunggu sekejap. Kemungkinan ada yang tidak difaham betul saya pun check betul-betul tadi dengan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke atas jawapan ini Yang Berhormat. Apa yang ada sekarang ini adalah apa yang disebut Airline Recovery Program iaitu Airline Recovery Program ini adalah untuk memberi insentif mengikut the increase of a passengers, dengan izin pada satu-satunya airline dengan based nya pada tahun 2008. Jumlah dikira berapa passengers atau penumpang lebih pada tahun 2009 dan dia akan bagi insentif yang tertentu untuk membantu Airline Recovery Program ini selepas prestasi airline tidak begitu baik ataupun I will say, dengan izin penurunan dari segi airline business seperti economic downturn dan sebagainya. Itu sahaja Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Salah satu daripada bila yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mengangkat negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi adalah pantas dan cepat dalam membuat keputusan.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat di pihak kementerian mungkin semua pihak giat bekerja, everybody perform their duty. Masalahnya Tuan Yang di-Pertua ialah tiada pihak yang mengurus produk, nobody is actually looking at the product management. Sebagai contoh, sebuah lapangan terbang yang cantik siap dibina

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Kita dapat lihat telah berlaku satu tarik dan tolak pada pihak AirAsia dan kerajaan negeri serta pihak yang berkaitan sehingga kini tiada AirAsia untuk mendarat Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang menggamit kurang lebih daripada sebulan 300 ribu pelancong untuk datang ke Melaka.

Di sini saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua, apakah peranan pihak kementerian dalam mengurus produk ini supaya semua pihak berada di dalam situasi menang-menang. Dilihat produk Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka ini sebagai produk yang baik untuk mengangkat nama negara sekali gus memperkenalkan negara di peringkat ke antarabangsa. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua .

final • 11:20 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.

Satu soalan yang ada berkaitan dengan negeri Melaka. Kita faham lapangan terbang di negeri Melaka ini telah pun siap dan telah bersedia untuk pendaratan seperti yang disebut tadi tetapi, sampai waktu sekarang ini ianya belum lagi ditunaikanlah. Jadi ditanya role ataupun peranan kementerian dalam menjual produk ini seperti lapangan terbang di negeri Melaka ini seperti juga di lapangan terbang yang lain bekerjasama dengan pihak Malaysia Airports Berhad dan untuk tujuan tourism ataupun pelancongan ianya pun sama penting juga. Mungkin dari segi distance jauhnya daripada Lapangan Terbang Antarabangsa di Kuala Lumpur itu satu faktor yang boleh mengelirukan kerana ia dekat sangat dengan Kuala Lumpur mungkin peranan kementerian ini untuk memberi ruang ataupun more flight kepada Melaka daripada tempat yang lain.

Jikalau airline itu mendapat ianya keuntungan atau service yang lumayan.

Sekian.

final • 11:20 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, pohon satu soalan tambahan sebab Yang Berhormat Nibong Tebal tadi tidak tanya soalan.

final • 11:20 AM

11. Datuk Siringan bin Gubat [Ranau] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, berapakah bilangan jalan luar bandar yang tersenarai di bawah NKRA kementerian dalam Kawasan P.179 Ranau yang seharusnya dimulakan dalam tahun 2010.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Ya, betul Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab soalan nombor 11. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Ranau. Soalan spesifik, jadi jawapan saya pendek dan very specific.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan melaksanakan lima buah projek jalan luar bandar di bawah NKRA infrastruktur asas luar bandar di Ranau Sabah.

Projek-projek tersebut adalah sepanjang 52.9 kilometer. Untuk makluman kesemua projek tersebut sedang dalam proses reka bentuk oleh konsultan yang telah dilantik. Adalah dijangkakan kerja-kerja awalan ditapak akan bermula pada Januari 2011.

final • 11:20 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan yang tidak begitu terperincilah. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi senarai-senarai jalan yang termasuk dalam 52 kilometer itu. Sekian.

final • 11:20 AM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tuan Yang di-Pertua, bukan saya tidak mahu bagi jawapan yang terperinci. Soalan asalnya berapa bilangan, saya sebut limalah. Dia minta dalam soalan tambahan butir-butirnya saya bagi sekarang. Jalan yang dimaksudkan iaitu;

final • 11:20 AM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

(i) ialah naik taraf Jalan Kangkau-Narambai sepanjang empat kilometer, dan silingnya RM4.8 juta. Dijangka bermula Januari 2011 dijangka siap 2012.

(ii) membina Jalan Himbaan Terelubuh, Ranau. Panjangnya 5.9 kilometer dengan syiling asal RM12.21 juta. Status sekarang dalam proses reka bentuk juga dijangka bermula Januari 2011 pembinaannya dan dijangka siap Jun 2012. Jadi, selepas Jun 2012 ini bertambahlah jalan di kawasan Ranau ini;

(iii) membina Jalan Kibas Mohimboyan juga di Ranau dengan syiling asal, oh! Ini lebih banyak RM38.74 juta 15 kilometer dan juga dijangka bermula pada tahun 2011 bulan Januari. Dijangka siap November 2012;

(iv) membina Jalan Tinompok, Bundutuhan, dan Himbaan.

Panjang 23 kilometer dengan syiling asal RM59.8 juta dalam peringkat reka bentuk sekarang. Dijangka bermula Januari 2011 dan dijangka siap November 2012; dan

(v) terakhir dalam Projek NKRA lah bukan yang terakhir yang akan dibina di Ranau. Akan tetapi untuk NKRA ialah naik taraf Jalan Piau Nagaya sepanjang 5 kilometer dengan syiling asal RM6.16 juta dalam statusnya sekarang ialah dalam reka bentuk. Dijangka mula pada bulan Januari 2011 dan dijangka siap pertengahan tahun depan iaitu Jun 2012.

Sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir. Terima kasih. Sila setiausaha.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam ini dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 23 Jun 2010.”

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan dipersetujukan.

final • 11:32 AM
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar; merestui usaha kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020; meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia” [21 Jun 2010]

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-pertua

Yang Berhormat Dungun. Saya difahamkan ada lima minit lagi untuk Yang Berhormat. Sila teruskan.

final • 11:32 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Izinkan saya untuk menyambung semula perbahasan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh yang tidak berkesempatan untuk dihabiskan pada hari semalam. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Perdana Menteri apakah kerajaan bersedia untuk mengubah dasar atau sistem kenaikan pangkat dan gaji kepada pegawai-pegawai kerajaan yang telah berkhidmat selama lima tahun perkhidmatannya dan setiap lima tahun perkhidmatan mereka yang diselaraskan kepada setiap jabatan kerajaan bukan hanya tertentu kepada sesetengah jabatan atau kementerian sahaja?

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jika ini dapat dilakukan dengan berlakunya penambahbaikan ke atas semua penjawat awam, saya yakin dan percaya usaha kerajaan menjadikan negara berpendapatan tinggi dan maju akan lebih efektif lagi ke arah mencapai kejayaan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik hasrat kerajaan untuk membina infrastruktur bertaraf dunia termasuk pembangunan rangkaian pengangkutan multi modal yang lebih luas dan efisien yang menyokong kepada pertumbuhan negara.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang membantu melaksanakan lebuh raya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu yang kini dalam proses pembinaan dengan jumlah perbelanjaan RM3.7 bilion.

Walaupun lebuh raya ini dibuat, tetapi jangan lupakan jalan-jalan lama atau jalan- jalan yang digunakan pada masa sekarang yang telah pun bertahun-tahun tidak diupgradekan atau dibuat penambah baikkan. Saya maksudkan ialah jalan Jerangau-Jabor yang panjangnya 117.5 kilometer yang dibina siap pada tahun 1979 kira-kira berusia 30 tahun. Sewajarnya dibuat pelebaran atau penambahbaikan jalan tersebut kerana setiap tahun berlakunya kemalangan yang mengorbankan banyak nyawa.

Tuan Yang di-Pertua, saya memetik kata-kata ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri bahawa akal yang sihat datangnya dari badan yang cergas. Masyarakat yang sihat merupakan aset dan penyumbang kepada pembangunan negara dinamik lagi produktif. Kerajaan berinisiatif untuk membangunkan lapan hospital baru termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik, dan tambahan 50 Klinik 1Malaysia yang akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama rancangan ini.

Sesuai dengan kata-kata ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri, antara lapan hospital baru yang akan dibangunkan, saya memohon dan merayu kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri supaya satu daripadanya dibangunkan di kawasan saya P039, Parlimen Dungun.

Alasan yang kukuh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri, hospital yang sedia ada telah pun usang. Usia yang sudah 43 tahun yang dibina pada 23 Mac 1967 lagi. Keluasannya sempit, bangunannya lama, dan rakyatnya kini berjumlah 230,000 orang dan menjangkau 250,000 pada tahun 2020. Bilangan pesakit yang datang untuk rawatan pada Januari hingga Mei 2010 ialah 35,651 orang dan yang memasuki wad seramai 782 orang. Jumlah yang menerima

final • 11:33 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

rawatan dalam tempoh lima bulan adalah seramai 36,433 orang dan purata setiap bulan yang mendaftar menerima rawatan berjumlah 7,286 orang.

Purata setiap hari mendaftar untuk rawatan berjumlah 243 orang. Bilangan kakitangan yang ada seramai 111 orang bertugas secara berterusan mengendalikan pesakit yang bertambah pada setiap hari. Kerajaan Negeri telah memberi sokongan bagi pembinaan hospital baru dengan menyediakan tanah seluas 50 ekar dan bersedia pada bila-bila masa untuk dibangunkan hospital baru.

Saya bagi pihak rakyat dalam kawasan Parlimen saya, merayu kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri agar salah satu daripada lapan hospital baru yang akan dibangunkan dimasukkan juga dalam kawasan saya. Rakyat dalam kawasan sabar menunggu dan berharap akan menjadi realiti.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik hasrat murni kerajaan untuk membina rumah mampu milik yang berjumlah 78,000 unit kepada mereka yang berpendapatan rendah di bawah Rancangan Perumahan Asas kepada kesejahteraan hidup rakyat. Selaras dengan rancangan kerajaan ini, saya juga ingin keprihatinan kerajaan untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada generasi kedua FELDA iaitu FELDA Kerteh 1, 2, 3, dan 4 dalam kawasan saya yang terletak di Bandar KETENGAH Jaya. Seramai hampir 1,000 orang generasi kedua yang tidak mempunyai tempat tinggal dan keluarga mereka berkongsi hidup serumah ibu bapa mereka. Keadaan ini akan mendorong ketidakpuasan dan akan menunjukkan gejala yang tidak sihat yang boleh membawa kepada permasalahan yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan. Memandangkan kawasan ini di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, jabatan ini telah bersedia menyediakan tapak untuk 1,000 unit rumah.

Saya sekali lagi mewakili rakyat bagi pihak generasi kedua FELDA memohon kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri agar dapat menyediakan segera penempatan generasi kedua ini dalam tempoh rancangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan hasrat merancakkan negara berpendapatan tinggi dan maju, kerajaan bertanggungjawab dan komitmen daripada kuasa politik yang diberikan oleh rakyat terhadap meneruskan dasar keadilan sosial.

Rancangan Malaysia Kesepuluh, akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah yang berpendapatan 40% terendah di mana Bumiputera adalah terbesar iaitu 73% daripada RM2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

final • 11:33 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan, yang telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan kepada 3.8% pada tahun 2009 berbanding 5.7% tahun 2005.

Peratusan miskin tegar juga telah menurun daripada 1.2% kepada 0.7% dalam tempoh yang sama.

Walaupun kita sedar bahawa miskin tegar ini adalah dinamik, namun penurunan ini menggambarkan bahawa kerajaan sangat memberikan penekanan dalam mengurangkan kadar kemiskinan ini dari semasa ke semasa selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah daripada RM1,000 sebulan kepada RM2,000 sebulan. Saya memohon keprihatinan kerajaan kepada 1,300 nelayan dalam kawasan saya yang sebilangan besarnya adalah berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah muara sungai cetek apabila sistem peredaran air laut menjadi surut.

Keadaan ini berlaku semenjak peletupan bijih besi di Bukit Besi, Dungun kira-kira 38 tahun yang lalu. Keluhan kaum nelayan bagaikan menunggu buah yang tidak gugur walaupun ada usaha untuk mendalamkan muara sungai, cuma dilakukan secara sementara. “Sekali air bah, sekali pasir berubah”.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Gulung Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Impian kaum nelayan yang mencari rezeki sesuap nasi menyara kehidupan keluarga, tinggal dalam rumah secara tradisi, rumah nelayan tidak terbela. Tidak akan berlaku transformasi selagi tindakan kerajaan tidak mengambil langkah untuk memperbetulkan muara sungai supaya muara sungai ini dapat membebaskan kaum-kaum nelayan keluar ke laut mencari rezeki tanpa halangan dan tidak lagi bergantung harap kepada air laut pasang. Kaum nelayan akan gembira apabila muara sungai ini diperdalami dan dimodelkan secara yang bersesuaian. Jika kita bercakap...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Ya. Satu minit.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Baik. Teruskan.

Habiskan, satu minit.

final • 11:40 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Habiskan. Jika kita bercakap untuk menghapuskan kemiskinan, tetapi dalam masa yang sama tidak ada langkah- langkah yang bijaksana untuk mengurangkan kemiskinan, sepertilah kita bercakap, “Mencurah air di daun keladi”. Kini nelayan Dungun menerima nasib ini selama 38 tahun. Apakah kerajaan hendak membiarkan ia berterusan tanpa mengambil langkah-langkah tertentu? Jika kerajaan tidak mempedulikan ini, bererti nasib nelayan akan berterusan bergelumang dengan kemiskinan yang sudah sekian lama dirasai.

Bagi mencapai cita murni kerajaan meneruskan dasar keadilan sosial, saya bagi pihak rakyat dan golongan nelayan merayu kepada kerajaan supaya menyegerakan mendalamkan muara Sungai Dungun dan seterusnya membina kekuatan muara sungai ini yang boleh digunakan sepanjang masa oleh golongan nelayan, dan sudah pasti peningkatan pendapatan mereka akan berubah serta menjamin mereka tidak lagi menjadi nelayan miskin, malah mereka akan menjadi usahawan laut yang berjaya yang memiliki pendapatan RM1,000 sebulan dan berkemungkinan pelbagai subsidi yang diberikan kepada golongan ini dapat dihapuskan.

Hasrat untuk mendalamkan muara Sungai Dungun ini bukan sahaja tertumpu pada golongan nelayan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Yang Berhormat ya, habis masa Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Sedikit. Dua hingga tiga baris. Malahan juga memberi satu lagi impak besar kepada pelancongan dalam dan luar negara, kerana Dungun menjadi sebuah pulau kira-kira 18 batu nautika dari daratan yang boleh memberi daya tarikan kepada pelancong untuk menikmati keindahan taman laut dan lain-lain aktiviti seperti snorkeling, scuba dan lain-lain, di mana airnya jernih dan mempunyai batu karang yang berkualiti. Galakan pelancongan ini sudah

final • 11:40 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

pasti memberi dan menambahkan hasil kepada negara di sepanjang tahun.

Sekian, saya menyokong. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 11:40 AM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil peluang ini untuk berucap tentang isu Rancangan Malaysia Kesepuluh. Oleh kerana masa yang begitu terhad, maka saya berucap dalam bentuk point form sahaja.

Pertamanya, saya ingin merujuk kepada muka surat 174 dokumen Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, di mana di situ dinyatakan kerajaan mahu bekerjasama dengan penduduk Kampung Baru jika sekiranya ini benar. Akan tetapi, kita lihat kerajaan tidak mengiktiraf MAS iaitu Lembaga Pentadbir Kampung Baru yang telah wujud sejak sepuluh tahun yang lalu sedangkan MAS adalah sebuah badan yang mewakili orang-orang Kampung Baru, di mana antara anggotanya ialah tujuh orang Ketua Kampung daripada tujuh buah kampung di dalam Kampung Baru.

Jadi saya ingin bertanya, bagaimanakah mekanisme kerajaan untuk bekerjasama jika kerajaan dilihat tidak mengiktiraf MAS? Malah dalam kenyataan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar baru- baru ini, beliau mengatakan bahawa MAS tidak ada autoriti ataupun tidak ada landasan undang-undang. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sama ada beliau sedar ataupun tidak bahawa meskipun Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 dan Akta Perancang Wilayah Persekutuan 1982 diwujudkan, enakmen MAS masih tidak dimansuhkan.

Perkara yang kedua ingin saya tanya dalam dokumen yang sama, apa yang dimaksudkan dengan ungkapan “model perniagaan”? Jadi, pembangunan Kampung Baru dalam bentuk model perniagaan. Perkara yang seterusnya adalah kenapa perlu ada satu skim pembiayaan untuk membeli unit kediaman sedangkan orang Kampung Baru memang sedia merupakan pemilik dan pewaris kepada hartanah Kampung Baru. Adakah ini bermaksud satu skim pembiayaan untuk orang-orang Kampung Baru membangunkan hartanah mereka?

Kemudian, saya merujuk pula kepada jawapan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar terhadap soalan saya dalam sesi soal jawab yang lalu, di mana dalam jawapan itu Yang Berhormat Menteri mengatakan telah mendapat keputusan daripada orang Kampung Baru terhadap konsep pembangunan iaitu secara pembangunan komprehensif, sedangkan hasil pendengaran awam yang telah dijalankan tahun lepas masih belum dikemukakan kepada umum. Jadi, saya ingin tahu dari manakah Yang Berhormat Menteri mendapat keputusan bahawa orang-orang Kampung Baru bersetuju dengan keputusan pembangunan melalui konsep secara komprehensif?

Saya baru sahaja mendapat makluman daripada Yang Berhormat Lembah Pantai, bahawa satu program untuk mendapatkan atau mendengar kompilasi daripada pendengaran umum yang telah dijalankan akan diadakan pada minggu hadapan ini, iaitu pada hari Isnin dan Selasa ini walaupun saya belum lagi menerima jemputan tersebut.

final • 11:43 AM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Seterusnya, saya ingin juga bertanya apakah mekanisme dan kaedah pembangunan yang sebenarnya? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan penduduk tidak perlu pindah. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa walkabout di Kampung Baru beberapa bulan yang lalu, sedangkan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kata perlu pindah dan mungkin akan pindah ke kawasan Stadium TPCA. Ini antara kekeliruan yang timbul tentang isu Kampung Baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua pun sering disebutkan dan dinyatakan tentang penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, di mana Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ini saya difahamkan akan diwakili oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan, iaitu KSU daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, KSU Kementerian Kewangan dan juga Ketua Pengarah DBKL dan diketuai oleh Datuk Bandar sebagai commissioner serta dua orang profesional dalam bidang perancang bandar. Ini adalah maklumat yang saya dapat. Jadi, saya mahu pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, jika benarlah ini, di manakah suara anak-anak Kampung Baru di dalam perbadanan yang akan ditubuhkan ini?

Saya mencadangkan supaya perbadanan ini hanya menguruskan dari segi pentadbiran dan juga pengurusan pembangunan Kampung Baru itu.

Sebaliknya, dari segi pengurusan geran hartanah hendaklah diserahkan kepada satu badan amanah atau badan trusty di bawah MAS, di mana badan trusty ini diwakili majoritinya oleh penduduk-penduduk ataupun pemilik, pewaris Kampung Baru. Dengan ini mereka akan ada lebih keyakinan untuk memastikan hartanah mereka tidak akan tergadai dan pembangunan pula tidak selesai.

Tuan Yang di-Pertua, ramai daripada kalangan penduduk Kampung Baru mahukan supaya suara mereka didengar, suara mereka diiktiraf lebih-lebih lagi mereka merasakan sangat bimbang dikatakan keputusan daripada perbadanan ini tidak boleh dicabar di mana-mana pun mahkamah. Jadi, ini menjadi kerisauan kepada para penduduk Kampung Baru.

Satu lagi permohonan daripada orang Kampung Baru adalah mereka mahu bukti bahawa kerajaan mampu membangunkan Kampung Baru dengan kerajaan bangunkan dahulu 20 hektar tanah ataupun 80 ekar tanah milik kerajaan yang ada di kawasan Kampung Baru. Bangunkan dahulu, malah pada hujung bulan Mac tahun 2009, mantan Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah pada satu projek Puncak Baru di Kampung Baru yang dikatakan projek ini akan take off dalam masa tiga bulan. Sekarang sudah setahun dua bulan, masih lagi belum apa-apa pun berlaku di kawasan tersebut yang merupakan tapak Pasar Minggu Kampung Baru yang lalu.

final • 11:43 AM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Jadi di situ sahaja sudah memperlihatkan dari segi ketidakmampuan ataupun sama ada kerajaan betul bersungguh dari segi pembangunan Kampung Baru ini. Jadi penduduk-penduduk minta supaya tanah mereka tidak diusik.

Mereka mahu dibangunkan dahulu tanah-tanah kerajaan. Saya sendiri pun mahu melihat kerajaan membangunkan dahulu Pasar Chow Kit.

Saya semalam menerima senarai permasalahan daripada peniaga- peniaga Pasar Chow Kit, malah mereka diugut dan sebagainya supaya tidak maklumkan permasalahan itu kepada wakil rakyat kerana mereka kata wakil rakyat ini wakil rakyat pembangkang. Jadi mereka tidak mahu permasalahan itu dimaklumkan. Jadi saya mencabar di sini di dalam Dewan yang mulia ini supaya

final • 11:50 AM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai wakil kepada kerajaan membangunkan dahulu Chow Kit itu. Kita hendak lihat bagaimana kerajaan bangunkan kawasan Pasar Chow Kit menjadi pusat perniagaan yang moden dan juga satu pusat perniagaan yang sekarang ini memang dikunjungi oleh ramai pelancong.

Tuan Yang di-Pertua, tanah Kampung Baru adalah merupakan satu- satunya aset orang Melayu di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Ini bukanlah satu isu perkauman walaupun sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan akan memberikan 40% pemilikan tanah Kampung Baru kepada orang bukan Melayu. Setelah ditentang hebat oleh ramai pihak, maka beliau telah menukar, reverse balik mengatakan 100% tetap pemilikan kepada orang-orang Melayu ataupun pemilik-pemilik asal. Seperti saya katakan tadi, setakat ini, ini sahajalah hartanah orang Melayu yang ada di tengah- tengah Kuala Lumpur. Orang Melayu setakat ini tidak mampu memiliki hartanah di Bukit Bintang, tidak mampu memiliki hartanah di Sultan Ismail dan sebagainya.

Mungkin ada satu dua orang tetapi adakah patut hartanah yang sedia ada ini kerajaan hendak sewenang-wenangnya membuka kepada pelabur asing? Jadi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab setakat inilah – kerajaan yang memerintah setakat ini UMNO Barisan Nasional, UMNO yang mengakui sebagai juara rakyat, juara Melayu mestilah memastikan pemilikan tanah Kampung Baru kekal kepada orang-orang Melayu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, semasa dalam jawapan kepada saya selaku Ahli Parlimen Titiwangsa dalam sesi soal jawab yang lalu, Menteri ada menyebut tentang penggunaan beberapa seksyen dalam proses pembangunan Kampung Baru ini iaitu di antaranya ialah seksyen 240D. Di dalam seksyen ini, Menteri menyatakan bahawa ini adalah seksyen yang akan digunakan dalam proses pembangunan itu. Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah benar ada wujud seksyen 240D? Seksyen 240D Kanun Tanah Negara ini adalah berkenaan dengan pemajakan tanah sedangkan Kampung Baru bukannya tanah pajakan.

Apa yang saya dimaklumkan oleh para peguam, seksyen yang mungkin yang sepatutnya digunakan adalah seksyen 204D. Jadi ini juga saya minta kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk membetulkan balik sekiranya ada kekeliruan di situ.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong sekiranya Rancangan Malaysia Kesepuluh ini benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk terlibat sama di dalam perbahasan ini. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sebenarnya tiada orang merancang untuk gagal tetapi ramai yang gagal untuk merancang.

Sepuluh kali kita berada di dalam Rancangan Malaysia dari yang pertama hingga kesepuluh, kita telah buktikan bahawa negara kita tidak pernah gagal untuk merancang.

final • 11:54 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya dapat lihat bahawa pembahagian kepada beberapa angka yang kita patut berikan perhatian seperti contoh sebanyak RM238 bilion ini kita bahagikan kepada lima perkara iaitu untuk sektor ekonomi, sektor sosial, sektor sekuriti dan juga kepada pentadbiran awam. Di mana kalau kita lihat secara terperinci, perkara yang paling besar perlu diberikan perhatian di sini ialah bagaimana kunci kepada kejayaan dasar-dasar kerajaan ini ialah di peringkat pelaksanaan. Bagaimana kita boleh menambah baik faktor yang menjadi kejayaan kritikal kepada dasar-dasar kerajaan ini adalah di peringkat pentadbiran awam.

Saya menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merancang untuk membina satu Kolej Perkhidmatan Awam yang bertaraf dunia bertujuan untuk menambah kompetensi penjawat-penjawat awam.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapat melihat bahawa jika kita merancang dengan begitu baik, kejayaan perancangan kita perlulah dilihat supaya setiap apa yang dirancang itu dapat dirasai oleh pelanggan-pelanggan ataupun pihak yang berkepentingan. So dalam konteks ini adalah rakyat di luar sana. Tuan Yang di- Pertua, berbalik kepada Rancangan Malaysia Kesembilan, kita melihat sejauh manakah pencapaian kita pada ketika ini. Adakah pengurangan kadar kemiskinan kepada 4.2% itu adalah satu kepuasan kepada semua pihak? Perlu ditanya di sini adalah kumpulan rakyat, kumpulan sasaran kita berbanding 5.7% pada Rancangan Malaysia Kelapan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini sebenarnya saya ingin menyatakan bahawa untuk melaksanakan segala perancangan kerajaan ini dengan cekap dan berkesan, bukan sahaja kita memerlukan prasarana yang sempurna tetapi juga pengisian kepada prasarana tersebut. Dikaitkan di sini dalam konteks kreativiti dan inovasi di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga meletakkan value for money sebagai pillar yang ke sembilan bagi keseluruhan kejayaan konsep 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Tuan Yang di-Pertua, di sini kita dapat melihat bahawa kita amat kekurangan mereka yang mempunyai kebijaksanaan di dalam mentadbir dan mengurus maslahat kehidupan masyarakat di luar sana. Pertamanya pada pandangan saya ialah kerana mereka tidak mempunyai pendapatan yang memadai dengan kehendak dan keperluan kehidupan pada hari ini. Pegawai- pegawai kerajaan kita masih lagi berada di tahap pendapatan sederhana tinggi.

Di sini sebenarnya jika kita melakukan perbandingan, pendapatan pegawai-pegawai kerajaan di negara jiran umpamanya, Singapura sebagai contoh, mereka mempunyai pendapatan bulanan jauh berlipat kali ganda melebihi daripada pegawai-pegawai kerajaan kita. Itu sebablah apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merencana negara di bawah kaedah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas untuk meletakkan negara di dalam kategori ekonomi berpendapatan tinggi, ia adalah menepati, menyempurnakan hasrat kerajaan untuk mempunyai sebuah negara yang boleh dihormati dan disegani oleh rakan dan lawan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin meletakkan beberapa contoh utama. Baru-baru ini di negeri Melaka, kita baru menganjurkan Sukan Malaysia.

Saya menyokong Kementerian Belia dan Sukan menukar perkataan SUKMA – nomenclature ataupun akronim lama SUKMA. SUKMA ini kadang-kadang nama ini kita dengar agak sensitif sedikit. Jadi kali ini kita teruskan dengan nama Sukan Malaysia dan Melaka menjadi tempat di mana ianya bermula. Jadi selepas ini perkataan SUKMA ataupun nama SUKMA ini kita jangan pakailah kerana ada kaitan-kaitan dengan sejarah hitamlah... [Ketawa] Jadi kita pakai Sukan Malaysia.

final • 11:54 AM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sensitif mengenai apa itu?

final • 11:54 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kalau tanya kenapa, saya ingat sudah terang lagi bersuluh, Yang Berhormat Tenggara boleh jawab sendiri. Jadi Sukan Malaysia ini – saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana pertama sekali venue utama Sukan Malaysia ini berlangsung di DUN Paya Rumput di Parlimen Tangga Batu yang telah menggamit kehadiran lebih dari 500,000 pengunjung sepanjang acara Sukan Malaysia berlangsung baru-baru ini. Juaranya adalah negeri Terengganu Darul Iman... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan apabila kerajaan negeri bercadang Parlimen Tangga Batu ini di mana venue utama Sukan Malaysia ini dianjurkan untuk menjadi sebuah bandar sukan.

final • 11:54 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Bandar sukan yang telah hampir menepati keperluan-keperluan sukan antarabangsa. Topik yang ingin saya kaitkan dengan kemajuan sukan di negara ini Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita mendengar berita bahawa seorang pemain bola sepak Piala Dunia yang mempunyai pendapatan hampir 100 ribu pound seminggu. Kalau dikira 100 ribu pound itu lebih kurang RM700,000 duit kita.

Maknanya sebulan pemain ini memperolehi pendapatan RM2.8 juta. Saya yakin dan percaya ahli sukan negara kita hendak memperolehi RM1,500 sebulan terutamanya pemain-pemain bola kita amat sukar.

Tuan Yang di-Pertua, kita kena lihat bahawa bila kita ingin mengangkat negara ke arah negara yang berpendapatan tinggi, kumpulan-kumpulan ini perlu diberikan suntikan. Ahli-ahli sukan di luar negara seperti semalam, gol pertama yang disumbang oleh Cristiano Ronaldo dari pasukan Portugal, 7-0.

final • 12:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Hebat Portugal!

final • 12:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hebat Portugal. Saya dikhabarkan pendapatan Ronaldo ini sebulan melebihi USD1 juta. Dibandingkan dengan pemain bola kita Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan salah sebuah negeri hanya membayar RM800 untuk seorang pemainnya yang bertaraf penyerang. Jadi yang...

final • 12:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Boleh minta penjelasan sedikit tentang pemain.

final • 12:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ini masa saya. Tidak apalah. Orang Melaka bolehlah.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya ingin tanya Yang Berhormat Tangga Batu, adakah benar bahawa gaji sebegitu juga pemain bola sepak Melaka masih hutang? Betulkah? Berapa bulan mereka tidak dapat gaji, betulkah?

final • 12:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya tidak ada kaitan dengan Persatuan Bola Sepak Melaka tetapi saya dengar khabar Persatuan Bola Sepak Melaka sedang dalam proses melunaskan... [Ketawa] hutang-hutang kepada pemain.

Tuan Yang di-Pertua, itu bukan tujuan saya. Tujuan saya sebenarnya ialah untuk mengaitkan sukan ini sebagai sebuah industri - industri sukan. Ini yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam ucapan

final • 12:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

penutupannya dan juga Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan ketika pembukaan Sukan Malaysia baru-baru ini. Industri sukan di negara kita, dua sukan yang telah sampai ke tahap industri adalah sukan golf dan sukan boling.

Di mana sukan-sukan ini tidak pernah memohon sebarang peruntukan daripada kerajaan untuk mereka meneruskan kegiatan dan aktiviti mereka.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kalau sukan-sukan seperti bola sepak, hoki, ragbi dan sebagainya dibawa ke arah benar-benar menepati konsep industri, konsep perusahaan, perindustrian, saya yakin dan percaya Kementerian Belia dan Sukan tidak perlu lagi runsing.

Kerajaan tidak perlu lagi memperuntukkan berbagai-bagai dana untuk mereka membangunkan sukan. Semua pihak perlu berada di dalam kaedah untuk bergerak ke arah pembinaan industri sukan. Bila industri sukan ini berlaku saya yakin pertama, pengangguran dapat di kurangkan. Kedua, peningkatan pendapatan sekali gus menepati apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri iaitu mengangkat pendapatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak isyarat gulung oleh Tuan Yang di- Pertua itu. Akan tetapi saya kira adalah amat penting jika kita memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang boleh meletakkan negara kita setaraf dengan negara-negara lain di dunia.

Satu lagi, akhirnya Tuan Yang di-Pertua, perkara yang penting saya ingin bawakan di sini ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyebut tentang bagaimana teknologi hijau boleh menyumbang ke arah negara berpendapatan tinggi. Kita perhatikan Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini konsep-konsep penjanaan yang menggunakan kaedah konvensional adalah dilihat sebagai kaedah-kaedah yang paling murah untuk menjana tenaga.

Bagaimanapun jangan di lupa bahawa kaedah murah ini memerlukan kos operasi dan penyenggaraan yang tinggi. Sebaliknya bila kita melihat apabila kita melangkah ke arah teknologi hijau ini, ia memerlukan kos pembinaan dan kos kontraksi yang amat tinggi. Sebaliknya kos penyenggaraan dan kos operasinya amat murah berbanding dengan kaedah-kaedah konvensional tadi. Jadi saya menganjurkan supaya insentif yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalak penggiat-penggiat teknologi hijau ini supaya diperkenalkan di peringkat pembinaan. Kemudian ketika, penyenggaraan dan operasi (operation and maintenance) pulangannya boleh dikongsi bersama dengan pengguna-pengguna.

Kita mengalu-alukan Putrajaya sebagai Bandar Hijau pertama. Kita menunggu-nunggu juga apakah bentuk bangunan teknologi hijau pertama yang bakal dibina di bandar Putrajaya nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jelingan yang amat menawan. Saya menyokong.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Segambut.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa]

final • 12:05 PM

Seorang Ahli

Banyak terima kasih.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya hendak sentuh peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri sebanyak RM4 bilion bukan million - RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh kepada Polis Diraja Malaysia

(PDRM). Saya memang mengalu-alukan peruntukan ini sekiranya pihak polis ada buat kerja. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah pihak polis ini, perkhidmatan kerja mereka memang mengecewakan. Juga, apa yang berlaku kebelakangan ini memang memalukan di mata dunia. Saya akan bagi bukti. Bila masa untuk menembak, masa untuk memakai senjata api polis tidak mahu. Bila masa bukan untuk menembak mereka menembak.

Itulah apa yang dilakukan oleh kalangan mereka. Bukti yang pertama saya akan bagi ialah pada hari Ahad yang lalu. Front page di semua surat khabar Cina... [Mengangkat sebuah akhbar] Ini Sin Chew Jit Poh dan China Press di front page. Guang Meng juga di front page. Ini gambar orang penjahat yang tidak pakai baju, yang tidak bersenjata boleh pukul polis yang ada pistol di belakang. Ada gari.

Penjahat ini selepas dia pukul polis, satu yang beruniform, satu yang plain-clothed dia lari, dia lari...

final • 12:05 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Siapa lari, siapa lari?

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Penjahat lari... [Dewan riuh] [Ketawa] Polis tidak dapat tahan. Ini bukan – ini berlaku dalam satu operasi, tahu? Polis mahu pergi tangkap ini ‘ulat’ di bus terminal.

final • 12:05 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Segambut, beri laluan sedikit, Yang Berhormat Segambut.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya, ya. Silakan.

final • 12:05 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya hendak tanya, yang terlibat itu adakah keseluruhan anggota polis dalam negara kita ini?

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini sebagai contohlah. Seorang polis...

final • 12:05 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kalau tidak semua jangan kita...

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Contoh boleh telah naik front page.

final • 12:05 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

...Gambarkan bahawa kesalahan yang kecil itu menggambarkan keseluruhan anggota polis di dalam negara ini. Itu kes terpencil. Tidak bolehlah kalau kes yang kecil itu kita gambarkan seolah-olah anggota polis dalam negara ini teruk belaka. Itu tidak betul!

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Okey, okey itu pandangan kamu.

Mungkin tidak betul... [Ketawa] Okey, jadi ini apa yang berlaku ini ialah polis dapat kompelin bahawa ada ‘ulat’. Tahukah? ’Ulat’ di satu bus terminal di Bukit Jalil. Jadi apabila polis pergi buat serbuan, dia dipukul pula oleh itu ‘ulat’. Selepas dipukul, ‘ulat’ itu lari.

final • 12:05 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Akan tetapi ada Ahli Parlimen gigit polis pun ada.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini yang terjadi.

final • 12:05 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Segambut, Ahli Parlimen gigit polis pun ada.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya, betul, betul.

final • 12:05 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Hah, ada.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Betul, betul. Ini – This is my floor. You sit down. Duduk, duduk... [Ketawa]

final • 12:05 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ada Ahli Parlimen gigit polis...

final • 12:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:05 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Akan tetapi jangan kata semua Ahli Parlimen gigit polis, dia seorang sahaja gigit.

final • 12:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong, dia tidak bagi jalan sudah Yang Berhormat.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Okey. Bukti yang kedua, bila polis dikehendaki pakai senjata tembak mereka tidak mahu. Pada tiga minggu lalu, seorang Ahli Majlis Perbadanan Selayang, dia dipukul oleh lebih kurang 30 orang dikatakan daripada member Perkasa.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini disebabkan mereka memakai baju yang ada logo Perkasa. Seorang Ahli Majlis Selayang dipukul oleh 30 orang di depan tiga orang polis. Tiga orang polis itu hanya memandang sahaja. Mereka tidak buat apa-apa. Mereka lihat sahaja... [Disampuk] Mengapakah tidak ditembak? [Dewan riuh] Datang, tembak...

[Disampuk] Tembak di langit sebagai amaran. Yang Berhormat, silakan pada Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya terpanggil dengan hujah Yang Berhormat. Saya ada keraguan sedikit sebab apabila polis menembak orang jahat, pembangkanglah yang membela. Mengapakah polis menembak sesuka hati? Mengapakah tidak buat amaran lagi? Polis oleh kerana itu, polis bersifat lembut, maka orang jahat menggunakan kekerasan terhadap polis. Mana satu Yang Berhormat sokong?

Polis menembak terus kah ataupun seperti itu? Polis dikerjakan kemudian orang jahat lari.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya, Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebab DAP lah yang membela apabila polis menembak orang, DAP kata polis jahat. Tidak ada perikemanusiaan. Tidak mengikut peraturan.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya minta Yang Berhormat Kinabatangan beri bukti.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, mana satu penjelasan Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

You berikan bukti. Siapakah penjahat yang ditembak oleh polis. Kami buat...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Banyak... Dalam Dewan ini berapa kali... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Siapakah penjahat?

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Berapa kali DAP membela dalam Dewan ini, Yang Berhormat?

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Namakan.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Silakan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itulah.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Segambut, hendak berikan kepada siapa Yang Berhormat? Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Segambut berikan kepada saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa yang kita bantah dahulu itu apabila polis menembak seorang remaja yang berusia 15 tahun yang bernama Aminulrasyid Amzah.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan remaja sahaja yang Berhormat, boleh lihat Hansard banyak kali. Ini cakap....

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini apa.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Shah Alam ini memang putar alam. Dia suka putar belit... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam sedang mencelah, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Budak yang berumur 15 tahun ditembak dalam satu keadaan, yang mana selepas ditembak pula, polis berkeras hati, keras kepala tidak mahu mengaku kesalahan mereka. Mereka mengatakan dia pengganas dan lebih dahsyat daripada itu, mereka meletakkan parang dalam kereta untuk mengatakan bahawa orang ini adalah seorang perompak. Saya rasa kes-kes yang seperti ini memang kita perlu bantah. Itu satu keadaan yang tidak wajar untuk mereka menggunakan senjata api.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya setuju. Saya sekarang hendak menggulung. Jangan kacau... [Ketawa] Kesimpulan saya, RM4 bilion di bawah RMKe-10 kepada polis, saya sokong. Akan tetapi saya meminta kepada kerajaan memberikan satu pengajaran kepada PDRM dengan memecat Ketua Polis Negara daripada jawatan... [Tepuk] Terima kasih... [Ketawa]

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

[Tepuk] [Dewan riuh] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak bertujuan untuk bercakap lama, hanya beberapa perkara.

Perkara yang pertama ialah mengenai dengan soal ataupun hebohnya kita berbicara kedudukan Parlimen di Kuala Lumpur, iaitu setelah diumumkan adanya cadangan dan pertimbangan daripada pihak kerajaan untuk memindahkan Parlimen ke Putrajaya. Saya dengan hormatnya menyatakan bahawa dalam

final • 12:13 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

pertimbangan untuk kita melakukan satu tindakan atau satu keputusan yang begitu besar, harus kita memahami bahawa kedudukan sesebuah ibu negara bergantung pada beberapa aspek ataupun ciri.

Satu ciri ialah tentunya ibu negara Kuala Lumpur. Kedudukan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara harus diperhatikan. Ia buat masa ini masih lagi kekal sebagai sebuah ibu negara Malaysia kerana di sinilah di Kuala Lumpur terletaknya Parlimen, bukan hanya bangunannya tetapi Parlimen itu sendiri.

Kedua, di sini jugalah bersemayamnya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Jadi kalaulah Kabinet ataupun pihak-pihak kerajaan dalam kerajaan yang sedang menyemak, meneliti dan menimbang kedudukan Parlimen di Kuala Lumpur dan dicadangkan untuk dibawa ke Putrajaya pula, harus diingatkan jangan ditinggalkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara seorang diri di Kuala Lumpur. Tentunya dengan pembinaan Istana Negara yang baru dan megah itu menjadi sebab kedudukan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan kekal di Kuala Lumpur.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bingung juga kerana perbincangan kita kadang kala masih terperangkap dalam sindrom contractor- driven, satu sindrom yang mungkin boleh menjadi satu cara untuk menangani masalah-masalah semasa negara, menghadapi recession atau kemelesetan ekonomi. Akan tetapi, di dalam apa yang dianjurkan oleh kepimpinan hari ini ialah agar ditekankan lebih pada soal-soal pembangunan insan, pada pembangunan secara yang soft development dan bukan hanya pada soal pembangunan hab ataupun infrastruktur semata-mata. Kepada saya yang perlu dihadkan ialah pada kedudukan Parlimen itu sendiri, yang harus kita lebih memartabatkannya.

Pertamanya, saya punya cadangan ialah daripada kita memikirkan untuk membawa Parlimen ke Putrajaya, harus bukit Parlimen yang bukit yang mana Parlimen berada sekarang yang mempunyai beberapa bangunan atau rumah kediaman kerajaan. Seluruh bukit ini diletakkan sebagai kawasan Parlimen iaitu supaya kita boleh pertahankan daripada hartanah yang begini mewah, nanti pula satu ketika dijadikan sebagai satu cadangan penswastaan pula. Jadi, saya rasa bahawa harus kita meletakkan Parlimen kekal di bukit Parlimen ini dengan harta di sekelilingnya... [Tepuk] Harta sekelilingnya diserahkan kepada Parlimen.

Kedua, harus kita melihat pada cara kerja kita sebagai Ahli Parlimen. Kita sendiri mengakui bahawa dalam masa kita membahaskan bajet umpamanya, kita ada dua peringkat. Satu, pada peringkat Majlis, satu lagi pada peringkat Jawatankuasa. Dalam banyak masa, saya perhatikan bahawa perbahasan dan perbincangan pada kedua-dua peringkat ini mahupun pada peringkat Majlis ataupun pada peringkat Jawatankuasa, sama sahaja daripada segi penekanan dan pendekatannya.

Oleh sebab itu saya lihat bahawa cara kita bekerja pada hari ini harus juga dipinda untuk membolehkan Ahli-ahli Parlimen benar-benar menyiasat dan melihat pada bajet yang dibentangkan kepada Parlimen. Kita boleh berbincang, berbahas pada peringkat Majlis tetapi examination ataupun penyiasatan dan penelitian pada bajet setiap kementerian, tidak mungkin dapat dilaksanakan secara jawatankuasa sesebuah majlis. Harus kita beralih pada satu cara kerja yang mana Ahli-ahli Parlimen boleh dibahagi-bahagikan kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang tertentu... [Tepuk] Pihak Menteri dan kementerian berdepan dengan jawatankuasa yang berkenaan bagi bajet mereka disemak, diteliti dan dibahaskan pada Peringkat

final • 12:13 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Jawatankuasa yang khusus dan yang specialize, yang boleh tertumpu kepada details yang mungkin kita akan terlepas pandang kalau kita mengadakan pemeriksaan bajet secara jawatankuasa sesebuah majlis... [Tepuk] Saya rasa kita semua tahu bahawa sebagai ahli politik tentunya kalau diadakan secara terbuka seperti ini, yang kita hendak pamerkan atau kita hendak tunjukkan bukan pendekatan kita yang begitu teliti pada perbelanjaan kerajaan.

Malah kita mungkin akan lebih terbawa-bawa dengan membawa isu-isu yang boleh menjadikan kita lebih popular. Kita harus adanya penekanan pada kerja yang serius, kerja yang betul-betul melihat pada penelitian bajet kerajaan dan ia boleh dilakukan secara jawatankuasa yang specialize.

final • 12:13 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat, saya amat bersetuju. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Johor Bahru. Saya rasa sistem komiti ini begitu penting untuk kita naiktarafkan Parlimen kita. Cuma saya hendak minta penjelasan, apakah Yang Berhormat bersetuju kalau sistem jawatankuasa ini dibuat, kita memanjangkan lagi tempoh persidangan kita kerana sekarang ini kita bersidang agak terhad? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Utama Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua, saya rasa soal masa, soal tempoh itu boleh kita lihat dari segi apabila kita mengubahkan cara kita bekerja. Akan tetapi prinsip ia Tuan Yang di-Pertua, bahawa sebenarnya kita agak ketinggalan kerana sudah banyak Parlimen di negara-negara Komanwel yang sudah pun mengamalkan sistem penelitian secara jawatankuasa yang khusus bagi kementerian ini... [Tepuk] Jadi sambil kita melakukan transformasi ekonomi melalui Model Ekonomi Baru, kita hendak mengadakan transformasi kerajaan melalui Pelan Transformasi Kerajaan. Harus kita secara serius melihat juga kepada transformasi politik dalam negara ini dan utamanya ialah kepada institusi yang paling penting dalam sistem politik kita iaitu di mana terletaknya mandat rakyat setiap kali kita ada pilihan raya umum.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara yang lain iaitu bahawa dalam soal Model Ekonomi Baru, saya menyambut baik tumpuan yang diberikan kepada golongan isi rumah pendapatan 40% ke bawah. Ini di mana tentunya ia merupakan kumpulan sasar yang harus diberikan perhatian kalaulah kita hendak meningkatkan pendapatan negara. Tentunya kita hanya menumpukan kepada mereka yang sudah berjaya, mereka yang sudah mewah.

Pada fahaman saya, mereka yang berkedudukan seperti ini - mereka yang sudah berjaya, mereka yang sudah mewah, mereka yang sudah mempunyai pendidikan yang tinggi. Mereka sebenarnya merupakan golongan yang menjaga dan boleh bersaing di dalam keadaan ekonomi yang ada. Akan tetapi bagi kumpulan yang 40% ke bawah ini, di mana tumpuan harus dilaksanakan serta diberikan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas hendaklah dilaksanakan secara yang praktikal iaitu mengikut keadaan yang ada di dalam negara kita.

Umpamanya saya ambil contoh di mana Angkatan Tentera Malaysia merupakan satu badan atau satu organisasi di mana anggota-anggota mereka terdiri daripada golongan muda yang sihat, yang dilatih untuk memahami tentang disiplin, Yang dilatih juga untuk memberi perhatian kepada soal-soal detail dan soal-soal kecil, daripada rambut sehingga kepada baju dan cara digosok, sehingga

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Utama Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

kepada sepatu bagaimana berkilatnya sepatu mereka. Ini merupakan soal detail.

Golongan anak muda yang berada dalam angkatan tentera ini sebenarnya merupakan satu sumber yang harus juga mendapat faedah daripada penekanan atau pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Maksud saya ialah bahawa kita harus sambil mengatakan bahawa angkatan tentera itu ialah satu badan, satu kumpulan yang akan mempertahankan negara. Akan tetapi sambil itu dalam keadaan kita juga sebenarnya bukan berhadapan dengan peperangan, anggota angkatan tentera mestilah diberikan latihan kepakaran agar apabila mereka beralih keluar daripada angkatan tentera, mereka sebenarnya merupakan golongan yang terlatih, mempunyai kepakaran yang tinggi dan sebenarnya merupakan golongan yang berpendapatan tinggi.

Jadi maknanya Panglima Angkatan Tentera, Menteri Pertahanan, Kementerian Pertahanan harus melihat bahawa Model Ekonomi Baru boleh dilaksanakan dalam konteks keadaan yang sedia ada. Hanya sikap kita ialah harus membawa kepada pendekatan yang baru dan dijadikan angkatan tentera seolah-olah seperti mana angkatan tentera di negara-negara lain. Lebih juga ditegaskan agar mereka yang masuk menjadi anggota angkatan tentera pasti mendapat kerjaya yang baik. Pasti mendapat latihan kepakaran yang baik, agar tidaklah pula mereka yang menjadi bekas tentera ini hanya menjadi pemandu teksi atau menjadi peruncit. Malahan mereka harus menjadi tenaga kerja yang berkepakaran tinggi dan mempunyai latihan yang tinggi.

Terakhir di bawah Model Ekonomi Baru Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai persaingan. Saya melihat masih ada lagi bidang-bidang di mana kerajaan terperangkap dalam model yang lama. Masih adanya sikap untuk memberi exclusivity ataupun keadaan monopoli kepada bidang-bidang yang tertentu. Saya mengambil contoh di negeri Johor, setelah kerajaan membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk jeti di Tanjung Pengelih di mana juga ada CIQ.

Amalan sekarang yang masih belum berubah ialah Kementerian Pengangkutan masih mensyaratkan agar pengusaha kepada di jeti itu hanyalah seorang sahaja dan tidak dibuka peluang kepada pihak-pihak lain yang ingin juga mengguna kemudahan kerajaan yang sudah terbina itu. Jadi apabila ada keadaan monopoli dan sebagainya, tentunya timbul soal-soal yang lain. Saya berharap pihak kementerian, pihak Menteri-menteri yang berkenaan akan melihat kepada kementerian masing-masing, kepada bidang masing-masing. Ini agar Model Ekonomi Baru yang dibawa oleh Perdana Menteri bukan hanya dibawa oleh Perdana Menteri, malahan di bawa dan dimajukan sebenarnya oleh pihak kerajaan.

Yang terakhir...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Utama Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Sedikit lagi.

Saya hendak menyatakan satu sahaja, iaitu tentang perjudian bola atau perjudian sukan. Saya ingin menyatakan bahawa saya selaku anggota UMNO Negeri Johor membantah kepada pelaksanaan... [Tepuk] Cadangan yang hendak dibawa oleh pihak tertentu agar hendak dilaksanakan perjudian sukan.

Saya tahu macam-macam hujah yang pun disampaikan kepada saya, tetapi saya rasa kalau kita hendak membawa negara kita kepada tahap yang lebih baik, lebih tinggi, perjudian bukan jalannya. Ada lagi kegiatan-kegiatan ekonomi

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Utama Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

yang boleh membantu kepada ekonomi negara, yang boleh memberi kebaikan kepada ekonomi negara...

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Hebat Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Pagoh macam mana?

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Utama Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

....Perjudian harus dibiarkan pada tahap sedia ada dan tidak ditambahkan. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 12:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Rembau, macam mana? [Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan RMKe-10.

Sebelum itu izinkan saya membaca beberapa rangkap pantun yang berbunyi seperti berikut:

Dari pejuang pelajar mula dikenali, Diangkat Timbalan Perdana Menteri, Bail out anak kroni tidak mahu diberi, Disumbat jadi banduan ngeri, Rakyat bangkit bebaskan diri, Ketua Pembangkang gelaran diberi, Fitnah kedua datang kembali, Mendepani cabaran dia tidak lari.

Saya memetik pantun ini bagi tujuan untuk berpesan kepada diri saya, pemimpin dari Pakatan Rakyat dan juga pemimpin dari Barisan Nasional seluruhnya, yang sedang memikul amanah kepimpinan bawah persoalan kepimpinan ini bukan persoalan kecil. Sesungguhnya rakyatlah yang mengangkat kita menjadi pemimpin.

Saya tumpu kepada belia, aset utama pemangkin dan peneraju negara.

final • 12:28 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Orang muda bijak tidak terkira, Tenaganya panas akalnya menjalar, Satu langkah ribu kesannya, Dalam gelap ia meraba, Dalam terang ia berlaga.

Tuan Yang di-Pertua, belia di negara kita berdasarkan sumber laman web Youhtube.Asia.com berjumlah 8,681,372 orang. Manakala berdasarkan kajian

final • 12:30 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

khidmat Kerajaan BN yang megahkan 1Malaysia melaporkan bahawa tujuh juta golongan ini masih belum mendaftar menjadi pemilih. Mengapa tiada program usaha besar-besaran dilakukan untuk menjadi pemilih seterusnya dengan suara dan tenaga ini akan dapat merubah transformasi negara hari ini ke arah yang diharapkan. Adakah kerajaan takut kepada perubahan? Adalah aneh bahawa kerajaan memperuntukkan berbilion-bilion bagi menaja kegiatan belia tetapi pada masa yang sama tidak mendaftar mereka menjadi pengundi.

Pendaftaran pemilih secara automatik harus dilaksanakan bagi menggalakkan golongan belia melibatkan diri dalam proses penentuan pemimpin, komuniti dan juga nasional. Jika takut pada perubahan jangan pula mengharapkan transformasi ini berlaku. Saban tahun aset kita ini semakin menyedihkan, apatah lagi apabila program-program yang disusun oleh Kementerian Belia dan Sukan khususnya selain daripada Kementerian Pengajian Tinggi yang lebih berbentuk kesan fizikal. Contoh yang terbaru Tuan Yang di-Pertua, Program Remaja YOUTH'10 yang diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan di Kementerian Pengajian Tinggi yang diadakan di PWTC iaitu tiga hari berturut-turut.

Izinkan saya membaca keratan akhbar yang bertajuk, “Konsert hiburan selama tiga malam di Malaysia - Largest Youth Festival PWTC Kuala Lumpur".

Saya melihat festival seumpama ini adalah lebih berbentuk melalaikan golongan belia. Hanya dengan memberikan mereka jamahan hawa nafsu hiburan yang bersifat sementara. Program tiga hari ini jelas menunjukkan program-program susun atur kerajaan dan madah pengisiannya adalah mencurahkan air ke daun keladi, tidak mungkin cita-cita jiwa bangsa mereka dapat diterap melalui festival seumpama ini. Tempoh yang begitu singkat apatah lagi trend program yang dianjurkan oleh kerajaan kebanyakannya akan membuatkan acara hiburan semata-mata. Tidakkah ini sebenarnya memberikan kesan langsung apabila belia negara ini akan kelalaian yang nyata.

Tuan Yang di-Pertua, kita berasa sedih membaca laporan akhbar pada 12 Jun 2010 melaporkan bahawa remaja perempuan merokok mengatasi remaja lelaki, ini amat membimbangkan. Berdasarkan kajian tinjauan morbidity dan mortality kerajaan pada tahun 2003 itu amat membimbangkan dan menunjukkan tabiat merokok perlu dibendung segera pada peringkat awal. Tambahan lain ia berpunca daripada pengaruh iklan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan. Tiada kah tindakan drastik daripada kerajaan bagi mengekang gejala yang tidak sihat ini merebak?

Kebimbangan para pelajar ini semakin menebal apabila isu PTPTN masih membelenggu fikiran mereka. Tatkala bermula semester berjalan, bermula jugalah mereka menandatangani borang pinjaman yang isunya masih tentang kadar interest yang tinggi. Hal ini menyebabkan mereka terperangkap, tidak pinjam, tidak boleh menampung pelajaran. Pinjam risiko tinggi. Ibarat di luah mati mak, ditelan mati bapa. Oleh itu saya mencadangkan kepada Pakatan Rakyat selepas mengambil alih tampuk pemerintahan nanti serta-merta mansuhkan hutang pinjaman PTPTN ini. Berikanlah kemudahan yang setimpal kepada pelajar yang miskin.

Pertama semangat belia ini amat mudah terbakar dan setia membara.

Malaysia masih merupakan sebuah negara muda membangun tetapi semakin tua dengan idea-idea kerajaan yang agak lama. Pada tahun 2010, lebih kurang 40% populasi Malaysia terdiri daripada golongan belia tetapi dianggarkan menjelang tahun 2035, 15% daripada jumlah penduduk akan berusia 60 tahun ke atas.

Kebanyakan penganggur terdiri dari golongan belia. Mengikut bancian 2000 67.5% daripada penganggur adalah merupakan belia. Ini juga menandakan sebahagian

final • 12:30 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

besar daripada 40% isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 adalah terdiri dari golongan belia. Jelaslah kebanyakan rakyat belia kita hidup susah dan terabai oleh kerajaan.

Salah satu faktor utama punca daripada mutu pendidikan yang merosot.

Peruntukan per kapita adalah antara yang tertinggi di rantau Asia tetapi namun ramai yang tercicir persekolahan dan tidak mampu menyambung pelajaran. Kadar keciciran persekolahan menengah adalah amat membimbangkan iaitu 9.3% di kawasan bandar dan 16.7% di luar bandar. Di samping itu mengejutkan lagi apabila terdapat 25% pelajar adalah berasal dari sekolah jenis kebangsaan Cina yang tercicir semasa pelajaran di sekolah menengah. Akibat daripada kadar keciciran terkini lebih daripada 77%, tenaga kerja kita hanya memiliki kelulusan SPM sahaja.

Bagi golongan belia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, masa depan kerjanya belum terjamin. Graduan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan kita tidak dapat menepati keperluan industri dan menyebabkan 60,000 siswazah menganggur setiap tahun. Jabatan statistik menunjukkan kadar pengangguran bagi golongan belia berumur 15 hingga 28 tahun adalah sebanyak 36.7%. Ini mengundang berbagai-bagai masalah sosial negara, tambahan lain terdapat 1.9 juta pekerja asing di negara kita di dalam pelbagai bidang, sekali lagi di mana peranan untuk memperkasakan kelemahan belia menganggur, saya mohon menteri memandang serius permasalahan ini.

Kerajaan bertanggungjawab mewujudkan suasana masyarakat yang membolehkan golongan remaja merealisasikan potensi dan transformasi imaginasi mereka menjadi realiti. Untuk berbuat demikian, kerajaan harus menjamin hak dan kebebasan bersuara mereka. Akta-akta seperti AUKU, Mesin Cetak penerbitan, Akta Keselamatan ISA dan juga seksyen 263 dan 266, Akta Komunikasi dan Multimedia harus dimansuhkan bagi membenarkan penukaran idea dan dialog serta perbicaraan secara terbuka.

Begitu juga dengan pusat kesenian, kita memerlukan lebih pendekatan yang mujarab bagi menjamin kedaulatan sesuatu seni yang disanjung itu. Seperti sukan, kegiatan kesenian hanya akan berjaya dengan penglibatan orang ramai.

Kuasa pengurusan pusat seni serta perancangan program seni harus dikembalikan kerajaan tempatan dan komuniti masing-masing. Setiap kawasan dan corak gaya kesenian berbeza terutamanya bagi masyarakat Malaysia yang begitu berbilang kaum. Apakah yang diingini oleh masyarakat Kuching adalah jauh berbeza dengan rakyat Kelantan. Maka pendekatan paling efektif yang saya cadangkan ialah dengan desentralisasi kuasa membuat keputusan kepada warga tempatan dan bukannya Kerajaan Pusat.

Kerajaan tidak seharusnya cuba monopoli kegiatan kesenian dan juga meletakkan pelbagai sekatan atas karya-karya hasil kesenian, syarat-syarat penciptaan dan juga tayangan filem yang ditetapkan oleh Jabatan Filem Negara harus dinilai semula, dilonggarkan ketetapan dengan produktiviti serta outputnya.

Begitu juga dengan penerbitan buku, tulisan, lukisan berbentuk ekspresionis lain.

Ini barulah minda belia kita tidak terlalu terkongkong dengan peraturan kolot yang ketinggalan zaman. Malah mereka akan mencapai kematangan dari segi kebertanggungjawaban dalam membuat pilihan dan keputusan.

Tuan Yang di-Pertua, agenda pembangunan rakyat yang dicanangkan oleh kerajaan tetapi selalunya kerajaan sejahtera rakyat juga yang sengsara dalam ekonomi. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Khamis lepas, beliau ada menyebut bahawa kerajaan pelbagai langkah meningkatkan

final • 12:30 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimum, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan market distortion dan penyelewengan. Walau bagaimanapun nampaknya keputusan berhubung pengurangan subsidi kepada rakyat akan dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, mengapakah subsidi rakyat hendak dikurangkan?

Ini mengibaratkan mereka sudahlah jatuh ditimpa tangga. Saya mencadangkan kerajaan mengkaji semula ketulusan dalam memberi subsidi kepada korporat- korporat yang besar seperti IPP. Apa yang saya nampak seolah-olah kerajaan takut kepada golongan-golongan korporat besar ini. Malahan bukan sekadar takut kerana umpama menjaga kepentingan korporat-korporat ini agar mereka mendapat segala kemudahan daripada kerajaan. Rakyat miskin juga terpaksa menanggung beban.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh gulung Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Bagai melepas pucuk di belukar, setahun lepas mantan Perdana Menteri berbagai kerakusan berlaku seolah-olah bermaharajalela. Ingatlah wahai pemimpin, rakyat memerhati dan jangan sampai rakyat menghukum kamu. Kamu diserang tiada lagi kapal selam hendak menyelam, tiada lagi jet yang mahu terbang... [Ketawa] Kecenderungan Kerajaan BN menjual malah menyerahkan aset-aset strategik kepada pihak luar, isu yang masih panas tanah KTM di Tanjung Pagar, begitu juga dengan tanah mercu tanda TUDM Sungai Besi. Ini merupakan sejarah kepada juruterbang zaman British dan lokasi yang strategik...

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Menggulunglah!

final • 12:30 PM

Beberapa orang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

...Banyak lagi.

final • 12:30 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Banyak lagi Tuan Yang di- Pertua... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ambil yang akhir itu Yang Berhormat, yang sekian terima kasih... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Okey, kejap-kejap!

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

...Seorang Ahli.

final • 12:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Bagi kawan lain suruh baca.

final • 12:30 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Okey, akhir sekali sesungguhnya pelaksanaan adalah penilaian yang dibuat ke atas RMKe-9 dengan menonjolkan bahawa janji-janji manis yang ternyata tidak terlaksana biarpun RMKe-10 telah dikemukakan. Apakah RMKe-10 bakal menghadapi hakikat yang sama lima tahun dari sekarang. Bagaimana sasaran RMKe-10 tercapai apabila RMKe-9 tidak terlaksana. Saya akhiri ucapan saya sekali lagi dengan pantun Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Katak melompat sambil menari; Kembungkan poket matlamat di hati; Logo konsensus sudah dipameri; Lambang bertanding belum dicari; PRU-13 tidak lama lagi; Moga deposit tidak hangus nanti.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Paya Besar.

final • 12:40 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Bismillahhir Rahmaannir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan banyak terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan ini memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini bagi membincangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya mengambil kesempatan ini pertamanya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas usaha gigih beliau membentangkan RMKe-10 ini sebagaimana yang dijadualkan.

Adalah sesuatu yang amat menggembirakan kepada setiap rakyat yang memahami dan benar-benar memerlukan kemajuan.

Seperti yang kita sedia maklum pada ketika ini adalah era pemulihan krisis ekonomi global yang melanda rantau dunia dan negara kita tidak terkecuali menerima impak dan himpitan ekoran daripada krisis ekonomi sejagat. Oleh yang demikian, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pelbagai usaha dan langkah kreatif dan efisien telah diambil bagi menangani kemelut ini. Ini dapat dibuktikan dengan laporan ekonomi yang dikeluarkan jelas menunjukkan negara berada pada tahap yang amat memberangsangkan di mana Malaysia berjaya menduduki tangga ke sepuluh bagi pencapaian ekonomi dunia berbanding sebelum ini yang mana Malaysia hanya mampu menduduki tangga ke 18.

Tuan Yang di-Pertua, mewakili warga Paya Besar khususnya di Sungai Lembing, saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada kerajaan kerana penantian mereka sejak tahun 1986 kini menjadi kenyataan apabila jalan dari Sungai Lembing ke Jerantut akan dibina dalam RMKe-10. Ini akan menyumbang kepada pertumbuhan di Pantai Timur di samping meningkatkan jalan raya di pendalaman. Setiap kali banjir, warga Sungai Lembing terputus hubungan. Saya pernah membuat rayuan kepada mantan Menteri Kerja Raya agar jalan Kuantan ke Sungai Lembing ditinggikan di tempat-tempat yang rendah dan kosnya cuma dalam sekitar RM8 juta.

Begitu juga keresahan warga Sungai Lembing apabila banjir iaitu jambatan yang menghubungkan bandar Sungai Lembing dengan kampung seberang sungai seperti Kampung Kawah, Kampung Seberang dan Kampung

final • 12:41 PM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Sungai Mas. Jambatan-jambatan ini sudah agak lama dan saya percaya ia menunggu masa sahaja untuk rebah ke sungai.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah memperkenalkan dua jenis jalan untuk masyarakat luar bandar iaitu Jalan Luar Bandar (JLB) dan Projek Jalan Kampung (PJK). Saya menyokong projek-projek seperti ini kerana ia memang seimbang dengan kepesatan pembangunan di bandar-bandar di negara ini. Oleh yang demikian, saya mohon agar kerajaan memberi peruntukan yang secukupnya bagi menaik taraf jalan-jalan kampung di kawasan Parlimen Paya Besar khususnya sama ada di bawah Projek Jalan Kampung (PJK) atau Jalan Luar Bandar (JLB) kerana belum ada lagi jalan-jalan kampung di Parlimen Paya Besar yang di naik taraf ke JLB atau PJK.

Parlimen Paya Besar jika diberi perhatian yang lebih oleh kerajaan akan menjadi kawasan pelancongan yang berdaya saing. Terdapat empat air terjun iaitu Air Terjun Bekelah, Air Terjun Jerangkang, Air Terjun Pandan dan Air Terjun Pelangi. Dua buah kolam air panas dan sebuah gua yang menjadi tempat ibadat kepada penganut agama Buddha dan Hindu iaitu Gua Charas. Pelancong- pelancong sama ada dalam atau luar negara akan berduyun-duyun pada setiap hujung minggu ke destinasi yang saya sebutkan tadi. Malah, penduduk-penduduk kampung yang berhampiran dengan destinasi tersebut telah mula membuka rumah-rumah tumpangan atau homestay bagi menampung kebanjiran pelancong- pelancong luar. Sebahagian besar pelancong-pelancong yang datang memberi komen agar kerajaan membina jalan yang sempurna ke destinasi tersebut agar ia mudah dilawati dan ini akan menjana ekonomi penduduk-penduduk tempatan.

Pada tahun 1960, negeri Pahang mempunyai lapan buah sekolah Cina

(SMC) iaitu di Kuantan, Raub, Kuala Lipis, Teriang, Mentakab, dan Cameron Highlands serta dua buah di Bentong. Bagaimanapun pada tahun 1964, sekolah- sekolah ini telah ditutup. Dalam tahun 2009 daerah Kuantan mempunyai 11 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dengan bilangan murid seramai 7,500 orang.

Pada bulan November 2009, gabungan Lembaga Pengurus Sekolah- sekolah Cina Pahang telah mengedarkan kertas soal selidik kepada semua murid sekolah kebangsaan Cina di daerah tersebut bagi mendapatkan pandangan ibu bapa berkenaan sokongan terhadap pembukaan semula sekolah menengah persendirian Cina. Sebanyak 4,768 kertas soal selidik yang mendapat respons telah dikembalikan.

Analisis kajian tersebut mendapati 3,400 orang atau 71.39% responden menyokong pembukaan semula sekolah menengah Cina sementara 2,456 orang atau 51.51% bersetuju menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah persendirian Cina yang bakal dibina nanti. Oleh itu, saya menyokong permohonan Gabungan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Pahang untuk membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Chung Hwa Kuantan dan berharap agar kerajaan memberi pertimbangan. Begitu juga dengan sekolah jenis kebangsaan Tamil di Pancing yang perlu dibina baru kerana keadaannya adalah terlalu daif.

Akhir kata, saya menyokong saranan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Kuala Krau sebaik mana kerajaan merancang tetapi sekiranya pelaksananya gagal, maka gagal lah rancangan yang telah dirancang ini.

Pelaksana harus telus dan kerajaan mestilah mengurangkan kerenah birokrasi yang menyusahkan pelaksana melaksanakan segala rancangan yang telah disusun dalam RMKe-10 ini. itu lah sahaja inti pati ucapan saya Tuan Yang di- Pertua dan saya mengucapkan terima kasih dan mohon menyokong.

final • 12:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:41 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya menunggu bila isu Islam fobia ini akan ditonjolkan kembali. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan negara kita telah melantik APCO World Wide sebagai penasihat mereka. Amat jelas bahawa sekarang ini persoalan dan isu ini telah ditimbulkan kembali dan ia bertujuan jahat kerana sebenarnya isu Islam fobia dan senjata fobia ini adalah senjata yang ada pada Amerika Syarikat ada pada Israel. Apabila kita melantik APCO World Wide sebagai penasihat, maka persoalan Islam fobia ini akan sudah pasti diguna balik oleh kerajaan. Seperti mana dalam soal sukarelawan di atas kapal Mavi Marmara telah dengan mudah dan sewenang-wenangnya dituduh oleh kerajaan Israel sebagai pengganas.

Begitu juga dengan tuduhan-tuduhan yang sewenang-wenangnya tanpa adanya bukti yang kukuh melalui satu proses siasatan dan penghakiman yang telus digunakan kembali oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menyatakan bahawa sekarang ini ancaman Jemaah Islamiah ataupun JI sudah kembali.

final • 12:48 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini merupakan strategi kotor untuk menakut-nakutkan rakyat dengan tujuan supaya rakyat khususnya yang bukan Islam akan takut kepada Pakatan Rakyat oleh kerana wujudnya PAS di dalam Pakatan Rakyat itu. Ini merupakan satu strategi yang kotor yang ingin mengalih pandangan masyarakat kepada satu isu yang diada-adakan. Kita memohon supaya Menteri Dalam Negeri mendedahkan bukti-bukti yang kukuh di mana, bagaimana, bila usaha untuk menyebarluaskan fahaman pengganas Islam dilakukan di dalam IPTA dan di dalam institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.

Kita khuatir ianya hanya satu alasan selain daripada untuk menakut- nakutkan rakyat jelata juga untuk mengekang lagi kebebasan berpolitik dan bersuara yang selama ini disekat di dalam IPTA. Saya difahamkan ada seorang mahasiswa daripada KUIS iaitu Kolej Universiti Islam Selangor yang telah dikenakan tindakan ataupun didesak oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk dikenakan tindakan, disekat bantuan PTPTN nya dan dikenakan tindakan.

Selagi mana KUIS tidak mengambil tindakan terhadap pelajar ini yang dikatakan terlibat di dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, maka bantuan PTPTN untuk batch yang baru seramai 1,500 pelajar yang masuk ke KUIS sedang disekat. Ini dalam keadaan apabila Yang Berhormat Tanah Merah mendedahkan masalah pendidikan, masalah peratus pelajar yang gagal di dalam peperiksaan dan sebagainya. Apabila kita lihat bahawa pelajar-pelajar yang berpotensi, yang bijak, yang mendapat tempat di KUIS dianaktirikan ataupun dijadikan sebagai mangsa oleh kerana persoalan kononnya adanya keterlibatan di dalam politik...

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya cukup hairan SPR ingin semua berdaftar di dalam pilihan raya tetapi, pada masa yang sama ingin mematikan minat di kalangan pemuda, di kalangan mahasiswa, di kalangan bijak pandai dan generasi yang merupakan sebagai pelapis dan pengganti kepada generasi yang sedia ada. Mereka disekat dan dihalang untuk melibatkan diri secara umum di dalam persoalan politik dan sebagainya. Masa tidak bayaklah.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Masa 30 saat.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Okey, sedikit sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya pun beberapa hari yang lalu bila di Mahkamah Kuala Lumpur, saya dengar daripada mahasiswa tentang masalah ini. Saya sedihlah dan juga pada masa di mana Pekan sedang melaung-laungkan 1Malaysia, saya mendapati ini adalah satu kezaliman yang sedang dilakukan terhadap pelajar-pelajar.

Jadi, ini boleh dirangkumi dalam 1Malaysia ataupun 1Israel. Kalau 1Israel saya boleh terima sebab mereka biasa dengan kezaliman-kezaliman dan saya percaya mereka perlu katakan ini bukan 1Malaysia tetapi ‘1Yahudi’ lah.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ya. Terima kasih. Ini sebenarnya hasil daripada kerajaan mementingkan kedudukan mereka sendiri lebih daripada kepentingan rakyat dan negara. Untuk kekal berkuasa mereka sanggup memperjudikan masa depan negara dengan, nombor satu menimbulkan tuduhan- tuduhan yang tidak berasas.

Dengan tuduhan adanya JI ini, pelabur asing tidak akan datang. Kita bercakap tentang RMKe-10, kita hendak hidupkan dan hendak semarakkan pembangunan ekonomi, tetapi kalau kita sendiri yang canang seluruh negara bahawa adanya JI, terrorist, siapa yang hendak datang melabur. Malahan, pelabur-pelabur tempatan pun akan merasakan lebih selesa untuk melabur di luar negara kerana lebih selamat. Ini merupakan satu tindakan dengan izin shooting oneself in the foot. Tembak kaki kita sendiri yang menyebabkan kita bermasalah.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar daripada Timur Tengah.

Kita melihat bahawa banyak daripada universiti-universiti tempatan, pelajar-pelajar antarabangsa mereka adalah daripada Timur Tengah. Kerana mereka tidak mahu pergi ke Europe, mereka tidak mahu pergi ke Amerika Syarikat semenjak pasca 9/11, mereka datang ke Malaysia. Akan tetapi, apabila mereka dapati bahawa pelajar Arab dikambinghitamkan dan dikatakan pembawa fahaman JI, pembawa fahaman Salafi, pembawa fahaman Wahabi, ditangkap di bawah ISA dan diusir keluar dengan begitu sahaja, maka apakah kesan terhadap ini.

Kita kata kita hendak bangunkan industri pendidikan. Soal perkhidmatan adalah sumber kewangan antara yang terbesar tetapi, kita sekali lagi mementingkan kedudukan diri kita sendiri, iaitu khususnya kerajaan yang memerintah, dengan mewujudkan Islam phobia ini, boogie Islam phobia ini untuk mengekalkan kedudukan tanpa mengira masa depan dan implikasi terhadap negara kita sendiri.

Kedua, saya hendak bawa ialah isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Sabak Bernam. Dia dengan mudah bercakap tentang soal pasir di negeri Selangor. Dia kata semasa BN memerintah, RM40 juta pendapatan jualan pasir.

Saya rasa RM40 juta itu termasuklah jumlah yang diperolehi oleh kroni-kroni UMNO kerana Barisan Nasional ini dia suka ambil kira pendapatan yang berlesen dan yang tidak berlesen.

Kalau kita lihat kepada figure ataupun angka-angka yang rasmi, pendapatan daripada pasir semasa Barisan Nasional memerintah adalah hanya RM1.5 juta setahun dan sekarang ini telah dilipat kali gandakan hampir tiga kali.

Sampai RM4.1 ataupun RM2 juta setahun. Kita membenarkan persoalan industri pasir ini disoal siasat secara terbuka dengan adanya SELCAT, Lembaga Pengarah Semesta telah datang dan telah terpaksa berhadapan dengan SELCAT yang mana dalam SELCAT ada anggota daripada UMNO, Adun-Adun daripada

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

UMNO, Barisan Nasional yang turut dijemput hadir sebagai jawatankuasa SELCAT. Maka, saya cukup hairan mengapa Yang Berhormat Sabak Bernam begitu berani membuat tuduhan-tuduhan dan mendedahkan fakta-fakta dan angka-angka sebegini sedangkan dia sendiri pun tidak mahu hadir di dalam pendengaran yang diadakan di SELCAT.

Ketiga soal isu judi. Saya rasa Yang Berhormat Parit Buntar telah menjelaskan kepada orang-orang Barisan Nasional yang berulamakan Yang Berhormat Wangsa Maju. Perbezaan soal arak dengan soal judi. Dalam soal arak sekalipun, apabila ianya dibenarkan oleh kerana orang-orang bukan Islam, ada agama mereka membenarkan arak, ianya tidak bermakna kita menggalakkannya.

Kita tidak menggalakkannya tetapi kita hormat atas hak mereka, hak agama mereka membenarkan minum arak, maka dibenarkan dan di situ pun kita hanya mengenakan cukai yang minimum.

Ianya tidak dilihat sebagai sumber pendapatan yang dibangga-banggakan.

Akan tetapi, apa yang dicadangkan oleh Barisan Nasional orang bukan Islam sendiri pun tidak minta, kita pula yang beria-beria hendak tonjolkan dan kita hendak bangga dengan pendapatan beratus juta ringgit yang akan diperolehi oleh kerajaan. Ini satu ajaran sesat dan mungkin Yang Berhormat Wangsa Maju ini salah seorang daripada seratus ulama yang hendak masuk dalam UMNO kot bersama dengan Yang Berhormat Bayan Barulah.

Bukan Yang Berhormat Bayan Baru, Kulim Bandar Baharu. Ulama-ulama yang dihebohkan dalam surat khabar. Kata seratus yang hendak masuk dalam UMNO. Mungkin Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Saya tidak tahu. Ini kerana fahaman-fahaman yang sebegini sebenarnya merupakan satu sikap yang tidak tepat, tidak boleh disamakan.

Lagipun Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat judi ini walaupun kita dapat pendapatan, ianya bukan mendatangkan hasil kepada negara. Ianya bukan menghasilkan satu kekayaan yang baru. Apa yang berlaku ialah duit rakyat diambil, diberi kepada tauke judi dan sebahagiannya diberi kepada kerajaan.

Maka, kerajaan dapat duit, tauke judi dapat duit, Ah Long dapat duit, rakyat jadi miskin.

Ini bukan dasar pembangunan ekonomi yang boleh kita banggakan.

Sekiranya kita mengadakan satu jawatankuasa ataupun badan penguatkuasaan yang bagus, bukan sekadar 30% keuntungan, ataupun cukai keuntungan yang boleh kita kenakan kepada syarikat judi ini. Malahan, kalau kita dapat menahan mereka, menangkap mereka, kita dapat 100% daripada hasil judi. Sekiranya judi itu gagal dan tidak ada usaha-usaha perjudian, bukan sekadar 100%, malahan 130% akan diperolehi oleh rakyat jelata yang mana kekayaan itu ada dalam kocek rakyat.

Ini yang penting, jangan kita tertipu dengan angka-angka. Kita kata, “Oh kita jadi lebih kaya”. Ini satu pembohongan. Ianya bukan satu usaha yang menghasilkan kekayaan negara. Yang terakhirlah oleh kerana waktu tidak mengizinkan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat. Habiskan, habiskan.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Boleh ya. Okey. Saya hendak sebut pasal orang lain tidak jawablah. Kes yang dikatakan Anwar semasa dia Menteri Kewangan dia benarkan ataupun dia galakkan perjudian di Sabah. Saya tidak tahu betul ataupun tidak betul pertuduhan itu. Itu saya rasa tidak betul tetapi

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

sekiranya betul sekali pun, itu kerana dia masuk UMNO. Orang semua faham, masuk UMNO memang rosak. Itulah yang dikatakan dahulu.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya ingat semasa saya remaja, orang-orang PAS pesan kepada Anwar, “Kalau hendak cuci tong tahi, jangan masuk dalam tong tahi”... [Ketawa] Inilah apa yang berlaku. Oleh kerana itu, inilah sebabnya mereka keluar sekarang ini. Kerana mereka kesal dan mereka tidak mahu keadaan yang sama. Atas sebab yang samalah, mungkin ...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, masa habis Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ya, 10 saat lagi. Mungkin itulah di antara sebab mengapa yang Bebas pun dia tidak hendak masuk dalam UMNO.

final • 12:50 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Minta penjelasan.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia pun tidak hendak masuk dalam UMNO Barisan Nasional kerana dia tahu dia itu tong tahi.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bagaikan tong tahi bukan tong tahi. Bagai tong tahi. BN pun tidak hendak ambil lima orang Bebas ini kerana mereka ini jenis hipokrit.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, masa tidak mengizinkan Yang Berhormat. Sudah habis dah.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tong tahi pun akan bocor kalau masuk... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Besar. Sambung petang Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Oh, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 12:50 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Besar belum sampai lagi, saya menjemput Yang Berhormat Jerai. Ada di sini... Tidak ada? Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyertai perbahasan Usul Rancangan Malaysia Kesepuluh yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Satu rancangan yang dikatakan akan dilaksanakan berasaskan hala tuju, strategi, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020.

Tuan yang di-Pertua, rakyat jelata seluruh negara sedang mengikuti perbahasan Usul ini kerana apa jua keputusan Dewan yang mulia ini akan secara langsung melibatkan mereka baik kehidupan mereka, perniagaan mereka dan harapan anak cucu mereka. Tuan yang di-Pertua, amat jelas Dewan yang mulia ini telah diterima kedudukannya sebagai satu badan perundangan yang tertinggi di negara kita. Akan tetapi adakah kita Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara terutama Jemaah Menteri betul-betul menerima dan menghormati kedudukan Parlimen ini?

Tuan yang di-Pertua, tidak boleh dinafikan sistem demokrasi berparlimen bermula dari Dewan yang mulia ini sejak kemerdekaan negara kita sehingga hari ini. Bukankah Dewan ini juga membentuk hala tuju, strategi, program dan peruntukan untuk pembangunan negara? Bukankah Dewan yang mulia ini mengenakan, meminda, meluluskan atau memansuhkan undang-undang negara kita? Dewan yang mulia ini telah menyaksikan wira kemerdekaan negara, tokoh- tokoh politik baik pun dari parti pemerintah atau parti pembangkang. Sudah enam orang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengetuai kerajaan dan saya tidak pasti terdapat berapa orang rakyat Malaysia pernah menjadi Ahli Yang Berhormat dalam kedua-dua Dewan ini.

Tuan yang di-Pertua, bangunan Parlimen sudah menjadi satu ikon, satu landmark, satu bukti kemerdekaan negara kita. Ia juga menjadi satu tarikan pelancong dan satu tajuk pendidikan. Semua warga kota tahu di mana Bangunan Parlimen, Bukit Parlimen dan di mana Jalan Parlimen. Rakyat di seluruh negara pun tahu bagaimanakah bentuk bangunan Parlimen yang kita punyai sekarang.

Semua ini tidak boleh diganti, semua ini pun tidak boleh dipadamkan. Tuan yang di-Pertua, saya amat menghargai status saya sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat kerana saya mendapat satu peluang bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain berada di satu bangunan yang paling unggul, satu Dewan yang paling mulia.

Saya tidak dapat membayangkan diri jika saya terpaksa pindah ke satu bangunan yang lain atau satu convention centre untuk mempamerkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia. Dengan ini saya membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk memindahkan Parlimen Malaysia dari bangunan Parlimen sekarang.

Tuan yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya, masihkah terdapat berapa keping tanah yang dipunyai oleh kerajaan atau agensi kerajaan di sekitar kawasan Parlimen ini? Berapakah keluasannya dan harga nilai kaki persegi? Saya difahamkan pada awal tahun 60-an, House of Common pernah menghadiahkan Parlimen Malaysia ini satu kerusi Speaker dengan izin, the Speaker chair yang paling unik dan bermakna. Saya ingin bertanya, di manakah kerusi ini sekarang, dan adakah lain-lain hadiah dan sumbangan dari House of Common dan bagaimanakah keadaan hadiah-hadiah ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan beberapa perkara dan berharap mendapat penjelasan atau jawapan dari kementerian-kementerian

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

yang berkaitan. Saya difahamkan dalam rancangan ini pembiayaan bagi syarikat modal teroka awam sekarang yang melalui pinjaman jangka panjang telah ditukar pembiayaannya akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman. Saya harap pihak kementerian boleh memberitahu Dewan yang mulia ini kelemahan-kelemahan cara pengurusan syarikat modal teroka awam. Setakat ini, bagaimana kedudukan kewangan syarikat-syarikat ini? Nyatakan keuntungan atau kerugian dari mereka ini.

Salah satu syarikat modal teroka awam iaitu Malaysian Venture Capital

(MAVCAP) pernah melabur sebagai pemegang saham utama di Mobile Wallet Sdn. Bhd. yang melalui Communication World Wide (CWW) menjalankan satu skim piramid mengakibatkan beribu orang menjadi mangsa dan berjuta wang ringgit telah ditipu oleh syarikat ini. Saya ingin mendapat satu jawapan yang detail, termasuk kedudukan MAVCAP dalam Mobile Wallet. Berapa kerugian pelaburan ini? Apakah tindakan yang telah diambil oleh MAVCAP untuk menolong rakyat atau mangsa tentang tuntutan mereka, dan juga adakah MAVCAP ini membantu polis untuk menghadapkan si penipu ini ke muka pengadilan?

Tuan Yang di-Pertua, demi mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertubuhan ekonomi, salah satu strategi ialah menyediakan infrastruktur bertaraf dunia untuk menyokong pertumbuhan dan meningkatkan produktiviti. Kita sedia maklum terdapat beberapa insentif dan bantuan termasuk tax exemption atau tax rebate untuk menggalakkan EKS pindah masuk ke kawasan perindustrian. Akan tetapi saya difahamkan kemudahan asas di banyak kawasan perindustrian tidak mencukupi sehingga pengusaha-pengusaha EKS terpaksa menunggu berbulan- bulan untuk mendapat perkhidmatan telefon kerana kekurangan rantai atau line di kawasan tersebut.

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ada juga pekilang terpaksa menyediakan satu tempat dan membina substesen dalam kilangnya untuk TNB. Ada juga kawasan perindustrian yang tidak cukup lampu jalan atau tekanan air yang amat rendah. Pengusaha kilang terpaksa membina satu pressure hydrant dengan izin, yang pembinaannya sekurang- kurangnya bernilai RM300 ribu. Bukankah kesemua kemudahan ini perlu disediakan dari awal dengan secukupnya semasa perancangan dan pembinaan kawasan perindustrian tersebut? Harap dapat satu jawapan yang detail atau menyeru kementerian berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju masyarakat yang sihat merupakan satu aset dan penyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik lagi produktif.

Ini memang satu tanggungjawab yang berat untuk Kementerian Kesihatan kena pikul. Kita juga sedia maklum bahawa mata kepala seseorang adalah, ‘the window of soul’ dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Tanpa penglihatan sumbangan seseorang rakyat itu mesti terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, sakit mata glaukoma telah dinamakan sebagai silent eyes killer. Biasanya, sudah sampai peringkat yang terakhir baru pesakit ini minta rawatan. Ini sudah terbukti bahawa rakyat jelata masih kurang maklumat tentang sakit mata glaukoma. Saya berpendapat bahawa kesedaran dan pendidikan amat perlu untuk penyakit ini. Saya ingin bertanya, terdapat berapa buah...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey. Terdapat berapa buah NGO yang melibatkan penganjuran program kesedaran glaukoma dan nyatakan jenis bantuan kewangan dan kepakaran yang boleh di bekal oleh kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak minta perhatian daripada Dewan yang mulia ini terutama pegawai-pegawai yang bertugas untuk membaik pulih kemudahan di Parlimen ini. Saya mendapati di tandas lelaki ini, urine bowl yang pertama, airnya mengalir sudah dua minggu tanpa berhenti. Di bilik tandas yang ketiga, pintu sengaja sentiasa dikunci. Sudah dua minggu, saya tidak tahu apa yang berlaku?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, baik Yang Berhormat. Nanti selepas ini..

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ini harap semua sudah dapat...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Kalau tidak, bagaimana kita hendak jadi sebuah Dewan yang first class Parliament.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Selepas pukul 4 boleh jumpa saya Yang Berhormat. Beritahu saya.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey, terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Besar tak nak berucap lagikah, Yang Berhormat?

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jangan Yang Berhormat jadi deputy saya hendak panggil siapa yang bercakap.

Kalau hendak bercakap, cakap. Kalau tidak, saya jemput orang lain Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana beri izin kepada saya untuk berucap pada hari ini tentang Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Tuan Yang di-Pertua, ada tiga perkara yang saya ingin bangkitkan di sini dalam kita memperkasakan ungkapan, ‘Rakyat Diutamakan’. Saya ingin menarik perhatian Kementerian Dalam Negeri untuk memberi perhatian khusus terhadap masalah peniaga-peniaga di pekan Padang Besar di mana saya menjadi wakil Parlimen mereka. Sudah lebih daripada dua tahun mereka menghadapi masalah atas sebab-sebab keselamatan dan sebagainya, maka pintu masuk keluar ke Padang Besar menjadi satu masalah dan perniagaan di Padang Besar menurun lebih daripada 70% dan lebih daripada 80% kedai telah pun ditutup. Jadi saya minta izin, minta perhatian serius daripada Kementerian Dalam Negeri.

final • 2:43 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menggalakkan anak-anak kita yang bekerja di luar negara. Kita katakan, apabila mereka bekerja di luar negara, kita katakan brain lost. Akan tetapi apabila mereka pulang ke negara, kita katakan brain gain. Masalahnya, apabila mereka bekerja di luar negara, mereka bekerja dengan research institution dengan pengalaman-pengalaman dan kelulusan yang tinggi tetapi apabila balik ke sini, mereka menghadapi masalah.

Saya menarik perhatian kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di mana sumber kewangan yang dikeluarkan dan diizinkan oleh kerajaan dalam bidang research, banyak juga geran ataupun peruntukan yang diberikan kepada syarikat-syarikat asing. Akan tetapi bagi anak-anak Malaysia yang pulang, mereka juga memerlukan dana seperti ini. Kalaulah kerajaan mendapati sukar untuk memberi dana dengan ungkapan dan saranan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri - kerajaan sanggup menyertai dalam syarikat-syarikat research khususnya dalam clinical research institution di mana berbilion-bilion ringgit wang dihulurkan, dikeluarkan daripada syarikat-syarikat pengeluar perubatan dunia untuk membuat kajian-kajian, research clinical dan digunakan oleh syarikat-syarikat luar untuk masuk membuat research di negara kita dan di tempat-tempat infrastruktur-infrastruktur kerajaan sendiri termasuk hospital- hospital kerajaan dan sebagainya tetapi, ini telah memanfaatkan lebih kepada syarikat luar. Apabila anak-anak kita balik mahu meneruskan urusan ini, dia menjadi masalah untuk mendapat status BioNexus dan mereka terpaksa juga mempunyai satu projek already in-hand. Jadi yang mana dahulu, chicken atau egg dahulu, dengan izin?

Jadi saya minta kementerian berkenaan untuk melihat ini. Modal insan adalah modal anak-anak kita yang balik dari luar negara dengan pengalaman dan kelulusan yang begitu pakar. Jadi kita dalam satu dasar kita adalah seolah-olah ‘ayam di kepuk kelaparan, itik di air kehausan dan anak dijinjing dilepaskan, kera di hutan disusukan’. Inilah saya minta dari segi penggubal dasar khasnya daripada mereka yang terlibat harus memberikan perhatian serius.

Perkara yang ketiganya Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru tadi iaitu terlalu banyak projek dalam negara dikatakan contractor-driven. Saya gunakan perkataan vendor-driven. Jadi banyak yang berlaku dalam negara adalah vendor-driven sehinggakan kita terlupa matlamat sebenar. Antara perkara yang saya lihat vendor-driven, dalam Imigresen beberapa tahun dahulu orang-orang yang masuk ke dalam negara direkodkan di dalam sistem komputer yang diuruskan oleh syarikat ‘A’. Orang sama yang keluar diuruskan oleh syarikat ‘B’. Tetapi, apabila kita hendak mengetahui, siapakah yang telah masuk dan telah keluar tidak ada maklumat disebabkan dua jenis komputer yang digunakan itu tidak menggunakan ‘bahasa’ yang sama. Jadi, kita telah membazirkan modal kita dan perbelanjaan kita yang begitu banyak.

Begitu juga vendor-driven membolehkan tanah-tanah, yang berharga dalam milik kerajaan diswastakan. Saya percaya juga, saya minta izin dan minta maaf kerana saya sebut perkara ini. Tanah TUDM Sg. Besi, saya minta dikaji semula. Kalau boleh ditimbangkan semula. Ini aset yang berharga kepada negara. Kalau kita majukan dengan modal yang banyak begitu pun, kalau kita lihat dalam negara kita, di manakah bumiputera hari ini di Kuala Lumpur? Kebanyakan orang-orang Melayu khasnya di Kuala Lumpur adalah warga setinggan, warga rumah murah. Lihatlah Jalan Conlay, jalan di tempat-tempat yang hebat-hebat.

Tidak ada sebab kondominiumnya sahaja bernilai RM2 juta. Tidak ada orang bumiputera yang sanggup membeli.. Tengoklah juga Glenmarie, Tropicana,

final • 2:43 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

berapa biji rumah yang bumiputera dimiliki? Jadi kalaulah ini, modal ini masuk di tempat-tempat yang dibina dalam bandar, tanah-tanah kerajaan, semua orang tahu tanah-tanah ini bernilai. Siapa ada modal? Tanah-tanah kerajaan dalam bandar memang menjadi impian kepada pemaju-pemaju untuk mendapatkannya.

Jadi, biarlah kita simpan tanah-tanah ini.

Saya ingin mencadangkan sebagai modal kita anak-anak bumiputera kita masa akan datang apabila mereka mampu kelak, biarlah tunggu hingga mereka mampu membeli tempat-tempat yang terbaik dalam pusat bandar. Jadi tidak perlu dan saya percaya kalau kita bangunkan juga, kita katakan 30% untuk bumiputera, maka akan dibinalah oleh pemaju ini, 30% rumah murah. Adakah kita ingin melihat bumiputera hanya duduk di rumah murah, sampai bila?

final • 2:43 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Jadi apabila ada aset begini, saya percaya banyak tanah kerajaan di Jalan Conlay, di Jalan Cochrane dan banyak lagi tempat harus disimpan untuk generasi akan datang. Dengan kata-kata itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan saya beri sokongan atas Rancangan Malaysia Kesepuluh yang diutarakan oleh kerajaan. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tunku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk menyertai perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pada 10 Jun 2010, Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib bin Tun Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh, sebuah rancangan pembangunan untuk lima tahun yang akan datang, yang mengandungi pelbagai langkah untuk memandu Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.

Saya dapati ada rancangan-rancangan yang dibuat adalah lengkap dan pasti banyak masa dan kerja telah dibuat untuk menyediakannya. Walau bagaimanapun, Malaysia telah melalui banyak tempoh bermakna pada masa lalu.

Kebelakangan ini, khususnya dekad terakhir, kepincangan dalam sistem yang ada telah mendorong kepada aliran ekonomi yang membimbangkan.

Lantaran itu, Rancangan Malaysia Kesepuluh menjadi sangat penting untuk memastikan agenda kebangsaan berada di landasan yang betul. Satu dasar dan program yang terkandung dalam rancangan ini sangat kritikal untuk membetulkan penyimpangan yang berlaku dalam tempoh 10 tahun dan 15 tahun terakhir ini. Satu perkara yang saya dapati, Rancangan Malaysia Kesepuluh ini lebih baik tidak mempolitikkan urus tadbir ekonomi. Sebagai contoh, rancangan ini mengabaikan peranan negeri Selangor di Malaysia.

Selangor telah menyumbang melebihi 20% Keluaran Dalam Negara Kasar, namun sebahagian besar Rancangan Malaysia Kesepuluh seolah-olah meminggirkannya. Nama Lembah Klang kelihatan secara misteri digantikan dengan “Greater Kuala Lumpur.” Nama Selangor hanya dinyatakan sebanyak empat kali sepanjang dokumen Rancangan Malaysia Kesepuluh, itu pun hanya menunjuk kepada statistik. Koridor Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Timur, Koridor Sarawak dan

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Koridor Pembangunan Sabah dinyatakan tetapi tiada rancangan besar untuk pembangunan diberikan kepada Selangor.

Satu penafian kuasa terhadap kepentingan Selangor dalam pembangunan Selangor. Hakikatnya, kerajaan pusat tidak boleh mengabaikan Selangor kerana nilai ekonominya terlalu tinggi untuk negara ini. Salah satu kepincangan asas dalam sistem yang ada kini, ialah peranan kerajaan yang terlalu besar.

Perbelanjaan secara konsisten melebihi hasilnya. Contohnya perbelanjaan kerajaan meningkat daripada RM113.5 bilion pada tahun 2003 kepada RM220 bilion pada tahun 2009. Sekali ganda dalam tempoh hanya enam tahun. Ini bersamaan dengan purata 8% kenaikan setahun dalam perbelanjaan. Lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan penduduk. Kita semua tahu defisit kerajaan kian meningkat, mencecah 7% Keluaran Dalam Negara Kasar, pada tahun 2009.

Hutang kerajaan dijangka meningkat lebih 60% daripada RM362.4 bilion pada akhir 2009 kepada RM593.9 bilion dijangka pada tahun 2015.

Pada kadar keluaran negara kasar ini berjumlah 52.9% pada tahun 2010, ini bermakna kerajaan berhutang lebih separuh daripada saiz seluruh ekonomi.

Ternyata perbelanjaan kerajaan melebihi cara munasabah, teori ekonomi Keynes menyatakan bahawa kerajaan memerlukan belanjawan defisit ketika permintaan dan pelaburan swasta merosot, di mana tanggungjawab digalas oleh sektor awam.

Ini yang menjadi hujah kerajaan Malaysia ketika berbelanja besar untuk merancakkan ekonomi. Namun belanjawan defisit kita terus kekal pada tahun- tahun yang baik dalam ekonomi. Kesannya kita mempunyai tabung awam yang lemah, yang menjustifikasikan kebimbangan dan ketidaktentuan pada masa depan. Tabung awam adalah sangat diperlukan untuk masa-masa sukar. Namun pada kadar yang ada kini, ia tidak dapat berfungsi sebagai penampan untuk tempoh krisis dan kecemasan.

Apa yang patut kita bimbangkan, ialah perbelanjaan yang salah digunakan untuk kita membangunkan negara, jumlah perbelanjaan yang tinggi sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Apa yang berlaku di Malaysia, ialah peningkatan belanja operasi, contohnya kira-kira 40% belanjawan negara digunakan untuk pembangunan pada tahun 2003 tetapi belanja operasi meningkat daripada RM53.4 bilion pada tahun 2000 kepada RM154.2 bilion pada tahun 2009.

Terdapat keperluan untuk memantau peningkatan belanja operasi ini.

Malah dengan penambahan badan unit pemantau sebagai mana yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, banyak lagi tambahan gaji yang diperlukan untuk memantaunya. Jabatan Perdana Menteri kian dibesarkan dan nanti akan menjadi kerajaan...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tunku Jaafar

Tinggal satu minit Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Oh - dalam kabinet. Ia menampakkan terlalu banyak unit pentadbiran dan Rancangan Malaysia, ia memperkenalkan lebih banyak lagi tambahan keseluruhan. Ini terdapat di dalam Jabatan Perdana Menteri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Unit Pengurusan Projek, Unit Penyampaian Pengurusan Prestasi dan Unit Penyampaian Ekonomi. Mengapakah perlu ada terlalu banyak unit untuk memantau dan menyelaras. Saya menggesa kerajaan untuk menjelaskan apakah peranan yang berbeza yang dilakukan.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya minta lagi satu minit untuk saya menerangkan satu perkara yang saya anggap penting. Yang lain itu, tidak mengapa. Terdapat kira-kira sekarang 1.2 juta penjawat awam di sektor perkhidmatan awam. Tentulah sesuatu yang terpuji untuk seorang rakyat berkhidmat dalam sektor kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Namun jumlah ini adalah yang tertinggi mengikut nisbah per kapita di Asia Tenggara, namun juga di rantau Asia.

Perkhidmatan awam yang besar tidak membantu kecekapan kerajaan kerana kuantiti tidak semestinya sama dengan kualiti dan kita dapati satu daripada setiap lima keluarga di Malaysia bekerja untuk kerajaan. Memandangkan satu kemungkinan bagi sebuah kerajaan menjangka pengambilan lebih ramai penjawat awam untuk meningkatkan kecekapan, oleh itu persoalan yang perlu kita minta ialah peningkatan penjawat awam bermaksud peningkatan gaji dan sepatutnya menyumbang pesat kepada produktiviti kerajaan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

...Oleh itu, saya ingin mencadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh supaya kita memperkenalkan daya produktiviti dalam sektor kerajaan. Kerajaan harus menentukan apakah gaji yang munasabah secara adilnya apabila ekonomi berkembang dan gaji juga dapat berkembang sama. Jadi sebagai usaha menentukan gaji, kita menggunakan kayu urus produktiviti. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 3:00 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri saya peluang mengambil bahagian dan menyampaikan ucapan saya pada hari ini. Pada 10 Jun 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan dengan terperinci Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang disasarkan berupaya membawa negara kita mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020.

Seperti yang telah diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Rancangan Malaysia Kesepuluh berlandaskan sepuluh premis utama.

Persoalannya sekarang, adakah kawasan-kawasan di pedalaman Sarawak khususnya kawasan Hulu Rajang akan mendapat manfaat yang sewajarnya daripada RMKe-10? Ini secara dengan premis utama keenam yang dibentangkan sebelum itu iaitu memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas. Penduduk di kawasan pedalaman Sarawak terdiri khususnya daripada kaum Dayak dan pribumi Sarawak yang wajar diberi peluang memajukan diri seiring dengan rakyat Malaysia yang lain.

Sesungguhnya salah satu penghalang utama ke arah pembangunan masyarakat di pedalaman khususnya di negeri Sarawak adalah tahap kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik. Contohnya, di kawasan Lusong Laku, pengangkutan ke pekan terdekat ialah melalui jalan balak, jalan tanah yang semestinya tidak memadai. Jadi tumpuan RMKe-10 ini haruslah untuk menaik taraf jalan-jalan tanah balak seperti ini di pedalaman Sarawak, yang

final • 3:02 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

merupakan nadi perhubungan penempatan pedalaman seperti ini kepada jalan batu atau tar untuk kebaikan dan kemudahan penduduk di sana.

Jalan - seperti membina jalan dari Bakun ke Belaga, dari Belaga ke Punan Bah, dari Nanga Mujong ke Sungai Gat, ataupun dari Nanga Mujong ke Ulu Mujong di bahagian Maling. Penduduk yang telah ditempatkan di Sungai Asap yang mengalami perubahan cara hidup mendadak, dari cara hidup sara diri hanya bergantung separa kepada duit subsistence kepada cara hidup yang bergantung sepenuhnya kepada duit total cash economy. Jadi jelas tanah tiga ekar yang diberi kepada mereka tidak memadai untuk menyara hidup mereka di kawasan baru ini.

Jadi saya cadangkan nanti di kawasan Bakun, hak pribumi di kawasan tanah Ulu Baluy harus dikembalikan kepada penduduk peribumi setempat setelah siapnya empangan Bakun agar dapat digunakan untuk pengeluaran makanan mereka yang tidak mencukupi di Sungai Asap. Selain itu, lebih banyak tanah di sekeliling kawasan penempatan semula Sungai Asap harus diagihkan kepada penduduk secara adil untuk tujuan pengeluaran makanan. Bantuan juga harus diberi nanti kepada setiap komuniti untuk tujuan ternakan dan akuakultur untuk menampung keperluan protein di kawasan Bakun, apabila implement dibuat untuk Bakun.

Yang penting Tuan Yang di-Pertua, rumah panjang yang diduduki di kawasan penempatan semula Bakun atau Sungai Asap juga harus diberikan secara percuma kepada penduduk melalui peruntukan yang baru. Yang sedikit sebanyak dapat menunjukkan keikhlasan pihak kerajaan dalam mengurangkan beban penduduk setempat di sini. Saya juga ingin menyeru kerajaan untuk membayar ganti rugi ataupun harga rumah asal mereka di Ulu Baluy dengan seberapa segera sebab keadaan mereka sekarang boleh dikatakan terdesak.

Tuan Yang di-Pertua, dicadangkan juga bahawa bekalan air bersih dan elektrik di kawasan pedalaman Sarawak hendaklah diperuntukkan dalam projek- projek dalam RMKe-10 untuk mewujudkan stesen-stesen mikro hidro, dan sistem gravity feed, dan rawatan mikro (micro treatment plant) yang terbukti efektif, efisien, mudah di selenggara, dan dengan kos yang relatif rendah untuk kawasan- kawasan penempatan yang terlalu terpencil dengan jumlah penduduk yang kurang. Ini agar dapat mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup selaras dengan teras strategik kelima RMKe-10.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kepada premis utama kesembilan RMKe-10 iaitu menghargai khazanah alam sekitar. Saya berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menyediakan sebahagian daripada kawasan tanah hutan yang secukupnya berdekatan dengan penempatan kaum Penan. Ini khususnya untuk ditadbir dan dimiliki oleh kaum ini agar dapat menjalankan cara hidup tradisi mereka iaitu hunter and gatherers tanpa mengubah flora dan fauna dalam kawasan hutan yang telah dikhususkan ini. Tindakan ini secara langsung akan memberikan pandangan yang positif kepada masyarakat dahulunya kepada Kerajaan Malaysia yang sering mengetengahkan masalah berkaitan kaum Penan ini.

Bagi penduduk kaum Penan yang masih bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber hutan dan sungai, kawasan sempadan khas ataupun Penan Biosphere Reserve kalau dalam bahasa Inggeris - ini akan membolehkan mereka meneruskan cara hidup tradisional mereka. Ini penting terutamanya untuk generasi akan datang, di mana kaum Penan akan menjaga hutan ini sebagai satu khazanah Sarawak dapat dipelihara bukan sahaja untuk Malaysia, bahkan masyarakat dunia.

final • 3:02 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Di kawasan simpanan ini, pembalakan, reforestation dan juga perladangan komersial haruslah disekat dan diberhentikan dengan segera dan dibiarkan kekal dalam keadaan semula jadi agar dapat menjadi kawasan pembiakan flora dan fauna asli.

final • 3:02 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Kawasan yang saya cadangkan di Hulu Rajang Tuan Yang di-Pertua ialah kawasan Sungai Peliran di Murung. Sungai ini juga sudah di short listed untuk penempatan semula Penan yang terlibat dengan Murung Hidro dan juga di hulu Sungai Linau bermula dari Lusong Laku Waterfall, Tuan Yang di-Pertua. Kawasan dua ini kalau dapat kita kekalkan dalam keadaan asli, ini akan membantu kaum terpencil ini.

Jadi pendapatan daripada kawasan ini boleh dijana melalui rancangan pelancongan terutamanya ekopelancongan. Juga merupakan salah satu daripada 12 bidang utama ekonomi negara yang diketengahkan dalam RMKe-10. Satu lagi cadangan menjanakan pendapatan ialah dengan menjual kredit karbon daripada kawasan hutan simpan Penan ini terutamanya kepada syarikat gergasi seperti syarikat-syarikat cari gali minyak melalui program-program carbon-oxidizing.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit lagi, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Okey, terima kasih. Saya ingin membaca satu point, Yang Berhormat. Ini menjelaskan perasaan kaum Penan sendiri tentang perkara ini.

“Not long ago, we were happy. Things were good. Our fish were clean, our food was pure, our way of life staying in the forest was good. As things are now, we are in difficulty. The land is being destroyed. Many open places. We are content to stay on this land, to make our shelters in this forest. This is a good life but if all these trees are gone, there is no longer a way for us to stay here. Trees that are cut down were once the shelter of hornbill, the home of gibbons, the house of langur, the home of every single kind of animal that lives up high. Where is their home now? Gone, finish. The government says we are animals - like animals in the forest.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Lagi panjang? Lagi panjang?

final • 3:10 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

“...We are not animal in the forest...”

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Lagi panjang pantun Yang Berhormat itu?

final • 3:10 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Tidak panjang. “We are Penan.

Human. I myself know I am human. We want to see the land preserved - a very large area. Up to how many acres? Up to how many acres? Up to how many acres? To enable hornbill, to enable deer, to enable pig. So they will have a way to stay”.

Saya ingin memetik perkataan tersebut Yang Berhormat yang menjelaskan keadaan Penan ini dengan baik, “All societies are constantly involving. Indeed a culture survives when it has enough confidence in its past and enough say in its future to maintain its spirit and essence through all the changes it will inevitably undergo”. Maka dengan Penan Biosphere Forest Reserve ini, kaum Penan mungkin dapat dimodenkan dan membangun dengan tempo mereka sendiri...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Sekian, terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Igan hendak cakap? Sila, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Abdul Wahab Dolah - Igan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap bersama rakan- rakan saya di dalam Dewan yang mulia ini. Kawasan saya adalah kawasan luar bandar. Masalah yang dihadapi oleh penduduk di dalam kawasan saya adalah sama dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan luar bandar yang lain seperti Tanjung Manis, Mukah, Sadong, termasuk Santubong dan kawasan luar bandar yang lain baik di Semenanjung ataupun di Sabah.

Oleh kerana rakan-rakan ada membangkitkan perkara yang sama dengan perkara kawasan saya, terlebih dahulu saya ingin membuat penjelasan atas perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu pada 14 Jun minggu lepas.

Luar dari politik. Saya menganggap Yang Berhormat Sibu sebagai seorang kawan.

Oleh itu, saya tidak ada niat untuk bertelagah dengan beliau. Saya akan cuba membuat penjelasan ini tanpa emosi ataupun retorik.

Tuan Yang di-Pertua, Sarawak telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Pada 16 September dalam tahun yang sama, Sarawak bersama dengan Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan sebuah negara baru yang diberi nama Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara persekutuan dan Sarawak adalah sebuah negeri dalam persekutuan tersebut. Oleh kerana Malaysia wujud berasaskan dengan rundingan dan persetujuan pihak yang menubuhkannya, maka sejak awal lagi kedudukan Sarawak dalam Malaysia telah ditetapkan dan dijamin di dalam perjanjian tersebut.

Di bawah perjanjian, ada perkara kekal di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Ada pula perkara yang dipindah ke bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat dan ada pula berpindah ke bawah bidang Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, dengan izin concurrent matters. Sarawak dalam tahun 1963 adalah sebuah negeri yang baru lahir, merdeka terus menghadapi konfrontasi.

Satu tentangan bersenjata yang dilancarkan oleh negara Indonesia. Medan pertempuran bersenjata ini adalah di dalam negeri Sarawak. Ini menyebabkan banyak rakyat yang menghadapi kesusahan. Tentu sekali Sarawak tidak mempunyai masa hadapan yang cerah tanpa bantuan dan perlindungan Kerajaan Pusat.

Sebenarnya, penyertaan Sarawak dalam Malaysia adalah faktor utama yang menjamin keselamatan negeri Sarawak. Ketika itu, Sarawak tidak ada keupayaan untuk mempertahankan negeri. Konfrontasi berakhir dalam tahun 60- an dan pendamaian dengan komunis di capai dalam tahun 70-an. Sebelum ini, masa banyak tertumpu kepada soal keselamatan dan mempertahankan perpaduan supaya kewujudan Malaysia dapat dikekalkan. Dalam sepuluh tahun pertama Sarawak merdeka dalam Malaysia, Kerajaan Pusat telah lebih banyak mengeluarkan ataupun menyumbang perbelanjaan untuk negeri Sarawak kalau dibandingkan dari yang dapat diperoleh dari negeri Sarawak. Masa mencapai kemerdekaan, kita adalah satu negeri yang miskin.

final • 3:13 PM

Datuk Abdul Wahab Dolah - Igan

Tuan Yang di-Pertua, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam bulan Mei tahun 1981. Dalam tahun yang sama, per kapita income, dengan izin belum sampai ke tahap RM500. Tahun pertama saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak iaitu tahun 1983, Belanjawan Negeri Sarawak ialah hanya RM750 juta. Tahun terakhir saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri ialah tahun 2006. Belanjawan Negeri Sarawak sudah mencapai dekat-dekat RM3,000 juta. Peningkatan ini ialah sesuatu yang kita harus banggakan. Saya faham belanjawan ini adalah antara yang terbesar dalam Malaysia. Ini menggambarkan nisbah atau percentage untuk pembangunan adalah lebih besar dari nisbah untuk pengurusan.

Dalam belanjawan persekutuan, nisbah untuk pengurusan adalah lebih besar. Pada waktu yang sama, Sarawak ada menyimpan reserve sebanyak RM2,000 juta. Oleh kerana reserve yang besar, apabila peruntukan dari Kerajaan Pusat turun, Sarawak boleh mengekalkan belanjawan seperti tahun yang sudah dengan menggunakan sebahagian daripada rizab tersebut. Apa yang kita ingin di negeri Sarawak adalah supaya kita dapat mencapai tahap perindustrian sama dengan negeri Selangor, negeri Johor ataupun negeri Pulau Pinang. Sejak Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri, kita telah berjaya mengurangkan tahap kemiskinan dan pada masa kini, tahap kemiskinan tegar adalah di bawah 10%.

Namun, pembangunan yang diinginkan ialah pembangunan ke tahap sasaran Wawasan 2020. Pecahan rancangan pembangunan bagi menjurus ke arah Wawasan 2020 saya harap saya dapat sentuh dalam perbahasan belanjawan tahun ini. Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Pehin Sri adalah kerajaan campuran iaitu satu gabungan antara empat parti PBB, SUPP, PRS dan SPDP. PBB pada asalnya ialah gabungan di antara tiga parti iaitu Berjasa, Negara dan Pesaka.

final • 3:13 PM

Datuk Abdul Wahab Dolah - Igan

Antara lain kesemua parti ini adalah terdiri daripada pelbagai kaum.

Pelantikan jawatan dalam Kabinet Kerajaan Sarawak bukan sahaja bergantung dengan pengagihan jawatan kepada parti komponen tetapi juga berasaskan pengagihan jawatan kepada suku kaum dan kawasan. Sebaik-baiknya ramai suku kaum dan banyak kawasan dapat diwakili di dalam Kabinet. Oleh kerana jawatan Menteri penuh itu tidak cukup banyak, maka agihan pelantikan jawatan menteri diperhalusi dengan pelantikan Menteri muda.

Dalam persidangan Kabinet Kerajaan Negeri, Menteri turut menyertai persidangan walaupun mereka bukan ahli Kabinet yang penuh. Mereka boleh bersuara dalam Kabinet. Tujuannya ialah supaya pandangan dari banyak suku kaum dan berbagai-bagai kawasan boleh dipertimbangkan sebelum keputusan itu dibuat. Keputusan kerajaan bukanlah keputusan seorang. Kerajaan yang sentiasa mengamalkan spirit white is consultation dengan izin, adalah kerajaan yang kukuh.

Tidak ada pihak yang merasa terpinggir.

Kalaulah kuasa Ketua Menteri Sarawak itu mutlak seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat Sibu, kenapa beliau dengan susah payah melantik begitu ramai Menteri dan Menteri muda dan yang saya tahu di dalam Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak ada 25 orang Menteri dan Menteri muda.

Tuan Yang di-Pertua, kelulusan pemberian tanah adalah dibuat oleh sebuah jawatankuasa. Ini adalah supaya dasar kerajaan terhadap pembangunan boleh difahami oleh ramai ahli kerajaan. Tiap-tiap tanah yang diluluskan akan dimajukan untuk tujuan yang telah ditetapkan dan dalam jangka masa yang telah

final • 3:20 PM

Datuk Abdul Wahab Dolah - Igan

dipersetujukan. Hanya dengan demikian, pembangunan dapat dicapai dengan tersusun.

Sarawak adalah sebuah negeri yang jauh dari laluan perdagangan utama dunia. Ianya jauh dari Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kalau dibandingkan pengindustrian di Kedah, lebih senang dibangunkan kerana dekat dengan Pelabuhan Pulau Pinang. Kita ingin juga hendak menarik pelaburan dari luar negeri. Kita tidak ada banyak perkara yang boleh menarik pelaburan...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tinggal satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Abdul Wahab Dolah - Igan

Okey. Namun begitu, kita juga hendak mengelak kalau Ketua Menteri diganti dengan mengejut, pelabur dari luar negeri atau dalam negeri merasa tidak selesa dan pelaburan yang sudah dicadangkan akan ditangguh atau di scale down dengan izin. Minta satu minit untuk menggulung.

Tuan Yang di-Pertua, antara lain Yang Berhormat Sibu ada menyentuh tentang Syarikat CMS dan lain-lainnya dan di dalam ucapan beliau, beliau mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Sarawak itu corrupt, Ketua Menteri corrupt.

Ini bukanlah kali pertama saya mendengar perkara-perkara ini dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Kalaulah Yang Berhormat Sibu ada bukti, ada kenyataan heretlah Kerajaan Negeri Sarawak dan Ketua Menteri ke mahkamah...

[Tepuk] Kalau tidak ada, janganlah perkara ini dibangkitkan lagi. Biarlah kali ini kali terakhir perkara ini dibangkitkan. Tiap-tiap kali kita menghadapi pilihan raya, sebelum pilihan raya diadakan, rakyat jelata Sarawak sudah tahu yang akan menjadi Ketua Menteri ialah Pehin Sri Taib Mahmud, kalau BN menang. Tiap-tiap kali kita adakan pilihan raya semenjak tahun 1983, 1987, 1992, 1996, 2002 dan seterusnya BN menang. Ini bermakna rakyat sudah setuju dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Pehin Sri sebagai Ketua Menteri. Kalaulah dia corrupt, tak kanlah orang Sarawak itu bodoh... [Ketawa] Mengundi seorang yang corrupt seperti yang didakwa.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ketiadaan masa, saya akan menghantarkan ucapan saya teksnya yang saya belum sebutkan di dalam Dewan hari ini kepada Ahli Yang Berhormat Sibu. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat satu kali baru berdiri sudah angkat tangan macam ini Yang Berhormat. Banyak nama lagi yang tunggu sampai pukul 7.30 malam tadi. Ya, saya tahu yang depan itu. Sila Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang saya untuk berucap atau untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi beberapa nama. Chan Sek Keong Ketua Hakim atau Chief Justice of Singapore, badan kehakiman, Phua Kean Sing pencipta single chip USB pen drive, Rani Manica adalah penulis novel yang memenangi anugerah. Kita ada banyak nama lagi -

final • 3:25 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Faris Noor, historian and political scientist. Kesemua mereka ini adalah lahir di Malaysia, mendapatkan pendidikan awal di Malaysia. Di manakah mereka sekarang? Chan Sek Keong adalah hakim tertinggi di Singapura, berada di Singapura. Phua Kean Sing berada di Taiwan. Kita ada Faris Noor - berada di mana? Berada di Singapura, di Nanyang Technology University, Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada nama lagi - Josephine, Valery, Sharon, Calvin, Nicol, Diana, Eric. Ini adalah nama-nama rakan sebaya saya. Kami bersekolah dan belajar di sekolah yang sama. Mereka ini adalah antara pelajar yang cemerlang, lebih cerdik pandai daripada saya. Di mana mereka? Eric Chow, dia berada di Paris; Josephine di California; Valery, Sharon di Hong Kong; Calvin di Singapura; dan Nicol di United States. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah golongan cerdik pandai negara kita yang berada di luar negara. Mengapa boleh jadi sebegini Tuan Yang di-Pertua?

Saya ada dilema Tuan Yang di-Pertua apabila saya melayari laman web facebook, menggunakan program facebook saya melihat kawan-kawan saya begitu berjaya dalam kerjayanya tetapi, mereka berada di luar negara. Saya tidak tahu sama ada patut merasa gembira kerana mereka berjaya, atau merasa sakit hati kerana kepakaran mereka...

final • 3:25 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan.

Sedikit sahaja.

final • 3:25 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak bagi peluang mereka yang tidak menghormati undang-undang syariah keluarga, tidak menghormati wanita... [Disorak] Saya tidak bagi peluang.

final • 3:25 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini tidak betul! Ini tidak betul. Kita minta...

final • 3:25 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa sangat sakit hati... [Dewan riuh]

final • 3:25 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Kinabatangan, tepuk dada tanya imanlah.

final • 3:25 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak peduli itu apa nama. Apa yang penting Fong Po Kuan ada di Malaysia.

Saya suka hati, itu nama lain tidak mengapa asal Yang Berhormat Batu Gajah, ‘Fong Po Kuan’ ada di Malaysia, saya senang hati.

final • 3:25 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tidak cukup. Seorang saya tidak cukup Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya kata saya dalam dilema apabila melayari laman web facebook. Kawan saya cerdik pandai, current city Paris, Hong Kong, USA, California sebab mereka sepatutnya boleh menyumbangkan kemahiran, kepakaran mereka dalam negara tetapi saya patut gembira untuk mereka kerana mereka berjaya di luar negara atau pun sakit hati kerana mereka tidak dapat berada dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, ini isu amat penting sebab Kerajaan Barisan Nasional sejak tahun 1995 telah berulang-ulang kali. Saya ada buat sedikit kajian.

Tahun 2001 juga ada program Returning Expert Program Kementerian Sumber Manusia, kata bagi pengecualian cukai, insentif boleh bagi PR dalam tempoh enam bulan, boleh bawa kereta balik, ada pengecualian cukai bawa pendapatan balik. Selepas itu kita ada lagi program brain gain 2006, di bawah Kementerian Sains dan Teknologi.

final • 3:25 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Rancangan Malaysia Kesembilan juga nyatakan ada satu National Brain Gain hendak pastikan ada nisbah 50 dalam 10,000 tenaga adalah golongan researcher, scientist dan engineer. Apa terjadi pada program-program ini?

Kenapakah rakyat Malaysia berkepakaran, berkemahiran ini enggan kembali ke negara dan pada masa yang sama kita dimalukan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seramai 700,000 warga Malaysia berada di luar negara, berkemahiran. Kita dimalukan oleh timbalan menteri bahawa seramai lebih kurang 300,000 warga Malaysia berhijrah ke luar negara dalam masa 18 bulan.

Tuan Yang di-Pertua, apa telah berlaku dalam negara ini, apakah penyelesaiannya?

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha ini tidak adil, sana dia kasi, sini tidak, mana ngam?

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya membantu dengan akta-akta dan undang-undang Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Batu Gajah, saya hendak minta penjelasan, adakah Yang Berhormat sedar bahawa saya difahami juga terdapat ramai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, yang profesional atau pakar dalam pelbagai bidang, mereka pada awal sebelum tsunami politik sudah buat keputusan untuk migrate ke negara-negara yang lain.

Selepas tsunami politik mereka sudah tukar pendirian mereka, masih hendak tinggal di negara kita kerana mereka ada satu harapan, mereka percaya bahawa selepas tsunami politik, mampu Malaysia ini berubah. Sebab itu adakah Yang Berhormat Batu Gajah bersetuju atau bersependapat dengan saya? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya bersetuju, faktor politik adalah antara salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia berhijrah kerana sebelum ini, sebelum 8 Mac mereka merasa tiada harapan lagi bagi negara kita kalau masih lagi di bawah kepimpinan Barisan Nasional. Jadi harapan adalah dalam Pakatan Rakyat tetapi, saya dengan ikhlas dan jujur, saya juga harap Pakatan Rakyat boleh mengambil alih kerajaan tetapi mesti berhati-hati tidak mengikuti jejak langkah kesilapan Barisan Nasional, kita baru boleh ada peluang.

Tuan Yang di-Pertua, apakah dengan mengadakan Talent Corporation di bawah RMKe-10 ini adalah penyelesaian masalah brain drain ini? Bagaimana pula dengan mengekalkan golongan cerdik pandai di dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Padang Rengas telah membuat kenyataan bahawa akan mengurangkan tawaran biasiswa JPA kepada biasiswa luar negeri. Bukankah ini akan mengakibatkan golongan cerdik pandai kita akan kecewa kerana mereka mempunyai potensi, mereka adalah golongan yang cemerlang, mereka bertungkus-lumus belajar tetapi dikecewakan dengan tidak ditawarkan biasiswa.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, ikut peraturan pun dia tidak bagi.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau hendak mengekalkan golongan cerdik pandai ini, kita mesti pastikan tawaran biasiswa kepada mereka, mesti ada ketelusan, dasar pendidikan mesti diperbaharui, mesti dikaji semula,

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

apakah push factor dalaman negara kita mengakibatkan golongan kita ini, cerdik pandai, berkepakaran mengambil langkah untuk berhijrah ke negara lain.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tinggal satu minit Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua tetapi, kerajaan lebih suka untuk Talent Corporation. Apakah makna ini Tuan Yang di-Pertua kalau sepanjang masa lebih daripada 15 tahun menjalankan Program Brain Gain ini, gagal. Apakah Talent Corporation ini akan berjaya, siapakah yang akan menduduki Talent Corporation ini dan apakah akan diberi kepada bekas Ahli Parlimen, bekas menteri atau ahli-ahli politik kerana kekurangan perkongsian untuk mereka?

Tuan Yang di-Pertua, isu ini sangat penting. Saya berharap kerajaan akan memandang berat berkenaan kes brain gain ini, melihat semula dasar-dasar kerajaan yang mempunyai unsur diskriminasi, mempunyai unsur ketidaktelusan yang mengakibatkan mereka merasa kehilangan harapan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, masa dah habis Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akhirnya, kalau negara hendak maju Tuan Yang di-Pertua, hanya satu cara. Pemimpin-pemimpin politik mestilah meletakkan kepentingan negara yang tertinggi, mengutamakan kepentingan negara dan bukan kepentingan diri atau kepentingan kuasa. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tampil berbahas Rancangan Malaysia Kesepuluh mula dengan dua rangkap pantun; Daun mengkudu di atas dulang, Anak ikan dapat dikail, Ketua Pembangkang suka temberang, Buat tuduhan tidak berdalil.

Ramai orang menggali perigi, Semakin dalam tali dipaut, Sudah dicabar kemuka bukti, Hingga kini tidak bersahut.

Ketua Pembangkang buat tuduhan, Ahli-ahli Parlimen, wakil-wakil rakyat yang terkeluar daripada saf kepimpinan parti-parti pembangkang itu ditawar dengan macam-macam imbuhan dan sebagainya, kita minta dibuktikan. Ini soal kredibiliti Parlimen, sebagai Ketua Pembangkang, disebut ditawarkan RM2 juta, macam-macam. Saya bagi cabaran 48 jam, sebelum Brazil lawan dengan..., tidak ingat hari itu...

final • 3:35 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:35 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Boleh, boleh, sila.

final • 3:35 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Sedarkah Yang Berhormat ketua mereka bak kata pepatah Melayu, ‘Guru kencing berdiri, anak-anak buah kencing berlari’. Memang mereka semua pun macam itu, menuduh tak tentu arah tetapi apabila kita minta fakta, tidak ada. Minta penjelasan.

final • 3:35 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Memang betul Yang Berhormat Kinabatangan, sebab itu saya bagi 48 jam, hari Isnin kemukakan bukti bahawa ada video kononnya membuktikan Ahli-ahli Parlimen, wakil rakyat yang keluar daripada pembangkang ini dibeli oleh Barisan Nasional dan Kerajaan Persekutuan tetapi, sampai hari ini tidak ada. Jadi saya extend sebab dalam semangat World Cup, saya bagi masa kecederaan kepada Ketua Pembangkang. Saya bagi sampai pusingan kedua, second round World Cup. Kalau masih lagi tidak ada bukti, confirm Ketua Pembangkang pembohong yang terbesar di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pindah kepada isu yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Satu isu yang penting saya rasa, memang kita setuju bahawa ada sedikit masalah soal brain gain dan sebagainya dan perkara ini ditangani dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, ditubuhkan Talent Corporation. Satu usaha yang cukup baik untuk melihat bagaimana kita dapat kembalikan talent, bakat-bakat di luar negara kembali ke Malaysia. Saya rasa masalah ini bukan masalah yang hanya wujud di Malaysia sahaja, seluruh negara, banyak negara yang menghadapi masalah bagaimana hendak retain talent.

Kalau kita melihat negara-negara seperti India, China dan sebagainya, banyak yang berhijrah. Bagaimana kita hendak menggarapkan ataupun bagaimana kita hendak membina rangkaian di kalangan Diaspora Malaysia yang sedia ada untuk membantu supaya mereka dapat kembali ataupun sekurang- kurangnya menjadi rangkaian kita di luar negara. Akan tetapi saya rasa sedikit tidak puas hati dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi.

Tadi dia sebut tentang brain drain seolah-olah masalah kita, masalah kerajaan yang tidak menawarkan insentif yang baik untuk mereka kembali. Beliau telah sebutkan bahawa perlu ada national interest.

Antara masalahnya bagi sayalah, antara masalahnya ialah pembangkang sendiri tidak ada national interest, tidak ada kepentingan negara. Sebab tanggapan yang diberi oleh pihak pembangkang kepada anak-anak muda kita yang duduk di luar negara adalah bahawa kalau balik ke sini semuanya buruk belaka, semuanya teruk, diskriminasi, tidak ada peluang untuk naik pangkat, tidak ada peluang untuk naik gaji dan sebagainya. The perception, persepsi yang diberi oleh pembangkang sendiri telah mencemarkan imej negara kita kepada anak-anak muda Malaysia yang duduk di luar negara.

Apakah pembangkang bersedia untuk membantu kita? Contohnya kita tubuhkan Talent Corporation untuk membantu dan memastikan bahawa mereka dapat dipulangkan dan masalah structural. Saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah, memang sudah tentunya ada masalah structural. Kita panggil mereka balik ke sini tetapi mereka masuk ke universiti, tidak ada peluang untuk naik pangkat ataupun mungkin ada masalah sikit, birokrasi dan sebagainya. Itu semua kita boleh tangani tetapi janganlah sampai diracun pemikiran mereka seolah-olah di Malaysia ini...

final • 3:35 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 3:35 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejap. Duduk dulu, sabar.

Seolah-olah di Malaysia ini tidak ada peluang langsung untuk mereka. You are partly to blame dengan izin. Sebab gambaran yang diberi oleh pembangkang

final • 3:35 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

seolah-olah nothing is good here, the government is bad, there is no future here for you. Oleh sebab itu mereka pilih untuk tidak kembali ke sini.

final • 3:35 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jikalau betul-betullah national interest, kepentingan negara itu sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah adalah keutamaan bagi pembangkang, work together with us. Talent Corporation ditubuhkan oleh Perdana Menteri, merupakan suatu usaha yang murni untuk memastikan bahawa talent ini dapat dikembalikan kepada Malaysia. Jangan timbulkan isu-isu lama dan scare off dengan izin, anak-anak muda kita daripada kembali. Sikit sahaja sebab ada sepuluh minit.

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kenyataan Yang Berhormat amat tidak bertanggungjawab. Yang Berhormat mesti menyedari mengapa golongan muda ini keluar. Mereka keluar kerana mereka tidak puas hati dengan dasar-dasar yang mempunyai pelbagai kelemahan. Jangan persalahkan pembangkang...

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sorry, sorry, sorry!

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya hanya bagi maklumat, mengapakah kerajaan perlu memperbaiki, menyimpan dan mengekalkan modal insan untuk negara kita...

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sorry. Duduk, duduk, duduk!

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Jadi Yang Berhormat adalah merupakan seorang pemimpin masa depan yang amat tidak bertanggungjawab!

Begitu mudah mempersalahkan pembangkang apabila kerajaan telah gagal dalam mengekalkan modal insan... [Dewan riuh]

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Batu Gajah, cukup. Saya rasa kalau saya bawa rakaman Yang Berhormat Batu Gajah tadi ke luar negara, ramai yang tidak akan balik. Itulah kualiti perbahasan yang tidak membina, dan tidak membantu kepentingan negara.

Saya hendak tanya, apa yang kerajaan – contohnya Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat untuk reverse brain drain ini, untuk brain gain? Ini bukan soal Kerajaan Persekutuan sahaja, ada banyak agensi Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang – you can do something but you not doing nothing either. Jadi apabila kita tampilkan satu usaha yang murni – Talent Corporation, satu usaha, satu kerangka, satu strategi untuk kembalikan talent ini, patut ia disokong. Jangan dibangkitkan soal negative perception yang tidak membantu untuk kita menarik balik mereka ini.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah soal biasiswa. Ini saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah. Tidak payah kita berbalah dalam hal ini. Saya melihat tidak berapa masuk akal sebab kita melihat biasiswa JPA ini, biasiswa daripada PSD iaitu Public Services Department ini adalah satu usaha untuk kita membina modal insan. Sekiranya kita bercakap tentang peningkatan inovasi, produktiviti dan sebagainya, ini adalah cream. Anak-anak muda yang mungkin tiada peluang untuk pergi luar negara untuk undergraduate, untuk dapat ijazah sarjana muda tetapi kerajaan kata akan dikurangkan.

Jadi saya merayu kepada kerajaan, jangan diteruskan dasar atau keputusan untuk dikurangkan dan akhirnya dihapuskan biasiswa untuk luar negara. Saya rasa kerajaan perlu ada prioriti, ada keutamaan yang jelas dalam hal ini. Saya rasa kalau kita lihat pengumuman tentang biasiswa ini, ia dibuat pada

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

minggu yang sama diumumkan Parlimen dipindah atau Parlimen baru di bina dengan kos RM800 juta.

Saya rasa Ahli-ahli Parlimen sanggup duduk di sini, masih di sini untuk kita memastikan anak-anak muda kita dapat biasiswa untuk pergi keluar negara.

Itu lagi penting daripada kita membina Parlimen baru dan sebagainya. Sebab ini soal masa depan dan dapat pulangan yang lebih banyak daripada kita membina Parlimen ataupun daripada kita refurbish satu gajah putih di Putrajaya untuk dijadikan Parlimen baru sebab tiada siapa yang guna PICC tersebut.

Ketiga, soal kurikulum...

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis - Rompin

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Rompin sebab datang jauh dari Washington, saya bagilah.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Jamaluddin Mohd. Jarjis - Rompin

Saya bukan apa, saya hendak tanya sedikit tentang isu menghantar anak muda keluar negara.

Saya minta pandangan Yang Berhormat. Saya bersetuju kita terus menghantar tetapi saya hendak bertanya adakah jenis pembelajaran di luar negara patut kita ubah dengan keadaan semasa? Ini kerana dahulu semasa saya sendiri dihantar ke luar negara adalah kerana pada ketika itu kurang universiti-universiti untuk menghantar kita belajar kursus-kursus undergraduate yang biasa tetapi sekarang kita sudah banyak universiti tempatan.

Adakah patut kita mengguna dana yang ada itu untuk menghantar anak kita untuk buat Master dan PhD tetapi jangan kurangkan jumlah? Akan tetapi kita hantar kepada mereka untuk membina ilmu kerana ilmu ini kita gunakan untuk membina ekonomi baru seperti dalam Model Baru Ekonomi - New Economic Model ini. Saya minta pandangan daripada Ketua Pemuda ini, apakah anak muda jenis bagaimana untuk berada di bawah pimpinan Yang Berhormat sebagai Ketua Pemuda?

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Ahli Parlimen dari Rompin ‘DC’ atas celahan tadi... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dari Washington Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, ya dari Washington DC.

Rompin DC pula! Ini bagi saya soal aulawiyat, soal keutamaan, prioriti. Saya setuju bahawa lebih banyak penekanan perlu diberi kepada post graduate, soalan kursus kritikal yang khusus dan sebagainya tetapi kita tidak boleh nafikan bahawa base (asas) yang kukuh diberi kepada anak-anak muda kita yang pergi untuk undergraduate studies. Saya melihat kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri iaitu kita utamakan post graduate dan kita utamakan undergraduate di peringkat universiti tempatan. Akan tetapi saya rasa Yang Berhormat dari Rompin juga bersetuju bahawa apabila kita hendak tunggu kualiti IPT tempatan itu sampai sama tahap dengan universiti-universiti yang terbaik di dunia, ia akan memerlukan masa yang panjang. Yang Berhormat sendiri buat undergraduate kalau tidak silap saya di Manchester dan selepas itu membuat PhD di Miguel University – universiti yang terbaik di Kanada. Jadi saya melihat itu adalah satu persediaan yang terbaik untuk menjadi seorang pemimpin...

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Alamak! Ini kekanda saya lah pula.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas, dia sudah habis masa Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sedikit sahaja sebab penting sangat. Saya hendak kongsi sedikit sahaja. Saya hendak tanya Yang Berhormat soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin tadi. Bila menghantar pelajar-pelajar keluar negara dalam bidang medic seperti di UK, belanjanya RM1.2 juta tengok kos. Kalau sepuluh orang berapa? Jadi boleh belajar dalam negara kita yang belanjanya lebih kurang RM500,000, RM600,000. Contoh yang kedua, saya hendak...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sedikit sahaja. Saya hendak tanya Yang Berhormat sebab ada biasiswa Jeffery Chia, biasiswa Genting Highlands, biasiswa Taylor College dan macam-macam biasiswa daripada private sector ini. Setahu saya untuk bumiputera ini boleh dibilang dengan jari sahaja. Jadi apa pandangan Yang Berhormat yang bising-bising sangat ini?

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya jawab yang awal dulu. Mungkin dalam medic kita boleh kembangkan tempat- tempat...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Akan tetapi ada specific degree.

Contohnya dalam bio chemistry, dalam bidang-bidang yang khusus seperti genetic engineering, molecular biology dan sebagainya yang mungkin kita masih perlu hantar untuk peringkat undergraduate yang masih lagi tidak dapat ditawarkan di peringkat tempatan. Jadi kita perlu melihat dan bukan kita buat general blanket statement untuk kita kurangkan biasiswa kepada anak-anak muda kita yang pergi undergraduate di peringkat luar negara.

Saya cuma hendak – sebab ada satu minit lagi. Ini isu berkaitan dengan pelajaran dikaji semula tentang peperiksaan UPSR dan PMR. Saya hendak tegaskan di sini bahawa ini masih lagi di peringkat cadangan. Menteri Pelajaran pun mengatakan bahawa ini cuma cadangan supaya kita sama-sama fikirkan sama ada perlu atau tidak kita kaji semula relevannya UPSR dan PMR. Ada yang mengatakan bahawa mungkin terlalu banyak exam. Kalau kita tengok di negara- negara lain, hanya dua peperiksaan dalam hayat persekolahan itu. Satu selepas sekolah rendah dan satu lagi selepas sekolah menengah. Di sini kita ada empat.

Kita ada UPSR, PMR, SPM dan selepas itu sama ada Matrikulasi ataupun STPM.

It is too much.

Oleh sebab itu kita perlu betul-betul melihat sama ada kita perlu merombak – cuma saya nyatakan bahawa perlu kepada kajian yang menyeluruh dan lebih penting lagi daripada kita mansuh peperiksaan ini adalah apakah jenis pengisian peperiksaan tersebut? Adakah kita menyoal anak-anak kita untuk menghafal dan meluahkan balik apa yang dihafal ataupun adakah kita menyoalkan mereka apa yang mereka hayati dengan analisa untuk mereka memikirkan? Ini adalah pandangan saya terhadap apa yang disoalkan dan ini bukan adalah seperti tarikh yang mereka hafal bila si polan-si polan ini menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jadi soal rombakan kurikulum itu lebih penting daripada form yang telah dicadangkan. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih.

final • 3:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pendang, saya ingin beri penjelasan sedikit. Saya tidak perlu beri penjelasan tetapi, saya beri juga. Sekarang saya hendak mengadili kedudukan orang yang sudah bercakap. Ada 15 orang sudah daripada DAP, baru 10 orang daripada PKR, 9 orang daripada PAS. Jadi saya pun kena lihat ini juga. Sila Yang Berhormat Pendang.

final • 3:48 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya juga ingin membangkitkan beberapa perkara yang saya rasa perlu dibangkitkan dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Jun 2010 yang lepas iaitu merangkumi Program Transformasi Kerajaan melalui enam NKRA, Transformasi Ekonomi melalui 12 NKEA dan juga pembaharuan ekonomi strategik yang disebut sebagai New Economic Model.

Memang kita tahu pengkhususan yang diberikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah tentang pengkhususan bidang pendidikan. Memang kita tidak menghadapi apa-apa masalah dalam perkara ini. Cuma, seperti yang disebutkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat sebelum ini tentang masalah brain drain yang akan dikendalikan oleh Talent Corporation, kita harap perkara ini tidak akan menjadi sepertimana yang berlaku pada Rancangan Malaysia sebelum ini di mana beberapa perkara telah dibangkitkan oleh mereka yang berada di luar negara yang dibawa masuk ke dalam negara kita tetapi mereka keluar kembali dan yang tinggal hanya boleh dibilang dengan jari.

final • 3:48 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Kita tidak mahu masalah pendapatan mereka dan birokrasi yang diberikan kepada mereka serta masalah diskriminasi politik yang dihadapi oleh mereka.

Saya rasa ini telah dibincangkan banyak kali dalam Dewan Rakyat ini. Apa yang ingin saya sentuh pada perbahasan pada hari ini adalah tentang perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan berhubung dengan apa yang dirancang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam RMKe-10 ini.

Berhubung dengan model ekonomi yang akan dikendalikan berdasarkan produktiviti, inovasi, dan juga kreativiti kita meski memahami bahawasanya kita hanya mempunyai 25% mereka yang berada di dalam bidang berkelulusan tinggi dan selebihnya berada di dalam bidang kelulusan SPM atau pun ke bawah. Jadi, inilah yang perlu dihadapi oleh pihak kerajaan untuk mengendalikan mereka yang 75% lebih ini.

Keduanya, berhubung dengan keadilan regional. Kita dapati banyak berlaku dalam negara kita selama ini keadilan tidak di sebarkan melalui regional.

Ia bergantung hanya kepada negeri yang mempunyai dan membayar cukai yang

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

banyak. Sepatutnya negeri-negeri yang memerlukan keadilan regional ini seperti di sebelah utara contohnya, Kedah, Perlis, dan Kelantan perlulah diberi perhatian yang serius dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Ini kerana banyak negara yang membuat pengadilan regional ini seperti di negara Kanada. Mereka menggunakan keadilan regional ini bukan hanya bergantung pada cukai yang dibayar oleh negeri-negeri di dalam negara tersebut.

Ketiganya, tentang pendidikan formal yang hendak diturunkan ke umur lima tahun. Saya rasa penekanan perlu diberikan juga kepada pengisian di dalam pendidikan formal yang akan diturunkan ke lima atau enam tahun ini menjadi pendidikan biasa di sekolah yang selama ini hanya bermula pada umur tujuh tahun. Ini kerana kita tahu sebagai seorang Muslim, awwaluddin makrifatullah itu yang penting kita terapkan ke dalam anak-anak kita dari segi pengisian agama dan juga didikan moral agar apabila mereka ini besar berada di dalam masyarakat tidaklah berlaku seperti mana yang berlaku atau pun sedang berlaku dan kemungkinan akan berlaku jika sekiranya pengisian agama ini kita terapkan di dalam usia yang begitu muda.

Keempatnya, saya juga merasa keliru apabila di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, Lebuh Raya Pantai Timur hanya diberhentikan setakat negeri Terengganu. Kenapakah tidak diteruskan pembangunan ini hingga ke utara, negeri Kelantan, dan juga kenapakah di dalam suasana kita sedang membuat projek double tracking sekarang, ini tidakkah boleh disambungkan landasan kereta api Ipoh ke Gua Musang yang saya rasa mungkin sahabat saya Yang Berhormat Tumpat akan bersetuju dengan cadangan saya ini?

Kemudian, masalah yang dihadapi oleh kerajaan kita dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini mungkin akan berterusan dengan pembaziran yang disebut sebagai ‘pembaziran big top’, di mana kita mempunyai banyak kementerian dengan hanya 27 juta rakyat berbanding dengan Amerika Syarikat yang mempunyai enam setiausaha dengan 220 juta rakyat. Akhirnya, banyak kementerian yang wujud dalam negara kita ini menjalankan tugas-tugas yang bertindih. Saya harap pengkajian dalam RMKe-10 ini memberi juga perhatian terhadap pembaziran di big top ini.

Kemudian, pertindihan di antara kementerian-kementerian, misalnya saya lihat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Ia mempunyai atau pun ditambah dengan tugas sebagai kesejahteraan bandar. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, apakah maksud kesejahteraan bandar ini hanya di bandar-bandar oleh Persekutuan sahaja atau pun meliputi badar-bandar yang lain yang diberi tugas kepada Menteri yang tidak mempunyai ADUN ini?

Seterusnya mengenai lambakan pekerja-pekerja asing. Walaupun pihak NGO yang mengendalikan misalnya di Hulu Langat - Dia selalu menyebut tentang gaji minimum. Walau pun banyak majikan yang tidak atau pun kurang selesa dengan peletakan gaji minimum tetapi kalau kita pandang terhadap jumlah pekerja-pekerja asing yang ada di dalam negara kita yang digaji dengan gaji yang murah tetapi setiap tahun mereka telah menghantar atau pun membawa duit negara mengalir keluar berbilion-bilion. Kalau kita bandingkan dengan pekerja kita yang dinaikkan gaji, gaji yang dinaikkan ini mungkin akan mengurangkan pendapatan majikan tetapi wang yang didapati oleh pekerja-pekerja tempatan ini tidak akan mengalir ke negara luar. Jadi, saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu tentang gaji minimum yang perlu dilaksanakan oleh majikan-majikan yang berada di dalam negara kita.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Seterusnya tentang technology transfer. Walaupun kita telah mempunyai kilang Proton agak lama, lebih daripada 20 tahun tetapi kita masih lagi tidak mampu menyaingi kilang kereta yang dibuat oleh Korea atau pun China yang sekarang ini sudah memasuki pasaran dunia bahkan lebih canggih daripada apa yang kita ada. Ini kerana mereka mempunyai satu political will untuk menaikkan atau pun menggunakan teknologi transfer dalam perkara-perkara yang dibuat oleh mereka. Kita lihat telefon, misalnya. Dahulu kita tidak pernah mendengar nama Samsung atau pun HTC Dopod tetapi sekarang ini, inilah yang menyaingi Nokia atau pun Sony Ericsson.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang saya rasa perlu saya kemukakan di dalam perbahasan ini berhubung dengan malah yang berlaku di kawasan saya. Baru-baru ini, dua minggu yang lepas, hujan sedikit sudah tenggelam lebih kurang 2,000 hektar sawah padi. Apa yang saya kesalkan di sini adalah pihak MADA yang mengendalikan saliran sawah padi di kawasan negeri Kedah ini tidak memberi perhatian yang serius terhadap saliran yang cetek, tersumbat, dan yang tidak dibersihkan. Kalau sebelum ini mereka sentiasa mengendalikan tetapi oleh kerana mungkin Pengerusi MADA sekarang ini berada di tangan Ketua Pembangkang negeri Kedah, mungkin dia tidak dapat melaksanakan tugas-tugas ini dengan sempurna. Jadi, saya harap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini tolong tengok-tengoklah sedikit kepada MADA di negeri Kedah ini. Ini kerana banyak kawasan sawah padi yang masih lagi tidak mempunyai saliran yang sistematik seperti mana di Kampung Bakar Arang dan Kampung Paya Kecut di mana petani-petani terpaksa menggunakan air hujan.

Bayangkanlah kalau air hujan sahaja yang digunakan untuk mengairi sawah mungkin...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tinggal seminit sahaja, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Setahun sekali sahajalah mereka dapat mengerjakan sawah tersebut. Begitu juga dengan kerjasama di antara MADA, GAMUDA, MMC, dan juga pihak PLUS. Sebelum adanya Lebuh Raya PLUS dan juga GAMUDA MMC yang membuat double tracking ini, petani tidak menghadapi beberapa masalah terhadap tenggelamnya sawah mereka. Akan tetapi apabila GAMUDA melaksanakan Projek Double Tracking, mereka tidak memerhatikan saliran air yang melalui sawah-sawah padi tersebut. Apabila kita bertemu dengan engineer GAMUDA, dia kata MADA tidak bekerjasama. Apabila berjumpa dengan engineer MADA, dia kata PLUS tidak beri kerjasama. Jadi, saya harap pihak kementerian cuba perhatikanlah setiap tahun berjuta duit dihabiskan untuk membayar pampasan kerana sawah padi tenggelam.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Jadi sekiranya kerjasama ini dapat diadakan, saya rasa mungkin MADA tidak perlulah memberi pampasan kerana sawah padi tidak tenggelam. Oleh kerana masa tidak mengizinkan sampai di sini sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Sekijang.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh ini yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 10 Jun 2010 yang lalu. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membentangkan satu usul untuk pembangunan negara dalam jangka masa lima tahun yang akan datang.

final • 3:59 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan dan pembangunan di dalam negara kita. Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan ialah mengenai kesihatan. Di kawasan saya terdapat sebuah Hospital Daerah Segamat. Hospital ini telah dibina pada tahun 1992 dan telah mula beroperasi pada 27 Mac 1995. Ia menggantikan sebuah hospital lama yang telah beroperasi sejak 76 tahun yang lalu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Hospital ini berkonsepkan hospital nukleus. Mempunyai kemudahan 314 katil dan hanya 221 katil sahaja yang boleh digunakan ataupun beroperasi, ini disebabkan kekurangan ruang dan keadaan yang sempit di hospital tersebut. Ini telah pun dilihat sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam lawatannya ke hospital ini pada tahun 2009 yang lalu. Pada hari ahad yang lalu pun, saya melawat hospital ini. Masalah kekurangan katil ini masih lagi berlaku di mana di lorong-lorong untuk masuk ke wad-wad tertentu diletakkan katil di tengah-tengah jalan dan ini menyebabkan kesesakan di dalam hospital itu sendiri dan ia seolah- olah kita di dalam keadaan peperangan.

Masalah kekurangan doktor pakar dan pegawai perubatan sedikit sebanyak telah dapat diselesaikan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Walaupun begitu, saya masih lagi mengharapkan akan ada penambahan baru kerana masih lagi beroperasi dengan kadar 40% daripada kadar yang sepatutnya. Walaupun begitu, saya amat memuji kakitangannya yang telah pun dapat berkhidmat dengan bersungguh-sungguh.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, daerah Segamat mempunyai penduduk berdasarkan unjuran data penduduk 2008 ialah 183,576 orang.

Ditambah lagi dengan penduduk di selatan negeri Pahang terutamanya dari daerah Rompin dan selatan Negeri Sembilan terutamanya dari Gemas yang menggunakan perkhidmatan hospital ini, yang saya jangkakan jumlahnya di sekitar 240,000 hingga 250,000 orang.

Sekiranya dibandingkan dengan jumlah katil, jumlah pakar dan jumlah pegawai perubatan yang ada, adalah jauh dari mencukupi. Oleh itu, saya pohon dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini supaya hospital ini diperbesarkan seperti mana yang telah dipohon sebelum ini. Begitu juga dengan kepakaran hospital ini sebagai hospital nukleus iaitu yang hanya menyediakan kepakaran asas mestilah di upgrade kan menjadi hospital pakar sepenuhnya. Dengan yang demikian, penduduk-penduduk dari Daerah Segamat dan juga dari sekitarnya,

final • 4:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

sebagaimana yang saya sebutkan lebih awal tadi tidak perlu lagi mendapat rawatan pakar di luar kawasan dan di tempat yang jauh.

Pada ketika ini, ramai pesakit-pesakit dari hospital ini terpaksa dirujuk dan dihantar ke hospital-hospital yang jauh terutamanya di Muar, Johor Bahru, di Melaka dan juga di Kuala Lumpur dengan menggunakan ambulan. Ada mereka yang memberitahu saya, ada di antara pesakit yang mati kerana gegaran kenderaan ambulan ini, bukannya mati kerana sakit yang dialami. Oleh itu saya minta supaya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, pembesaran hospital ini dapat dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh juga, saya telah menghantar senarai beberapa projek pembangunan dalam kawasan saya kepada Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan memohon supaya projek-projek tersebut dapat dilaksanakan. Jumlahnya tidak besar Tuan Yang di-Pertua, sekitar RM272 juta sahaja.

Suka juga saya memaklumkan Dewan yang mulia bahawa kawasan saya dan Daerah Segamat sebenarnya tidak termasuk dalam mana-mana bentuk koridor atau pun wilayah pembangunan. Permohonan yang pertama saya ialah tentang Maktab Rendah Sains Mara Sekijang, daerah Segamat. Tapak pembinaannya telah pun diperoleh pada tahun lalu. Ia amat perlu dibina memandangkan pada masa ini daerah Segamat tidak ada sekolah berasrama penuh Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya pembinaan Maktab Rendah Sains Mara ini dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Akan tetapi, oleh kerana saya difahamkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan hanya sebuah pembinaan MRSM sahaja diperuntukkan di negeri Johor, maka pembinaan ini ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh. Oleh itu, jangan pula ada alasan yang lain pula dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, boleh menyebabkan pembinaannya ditangguhkan lagi. Rakyat di kawasan saya amat mengharapkan supaya tapak yang sedia ada itu tidak menjadi gajah putih.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, tentang pembinaan Jalan Pintas Tenggara Daerah Segamat atau bypass Daerah Segamat. Jalan ini penting kerana memberi penyuraian trafik daerah Segamat iaitu dapat menghubungkan jalan dari Kuantan dan Gemas menuju ke pelabuhan darat Segamat tanpa melalui kesesakan bandar Segamat dan seterusnya menuju ke selatan. Pembinaan jalan ini juga akan dapat menghubungkan beberapa buah kampung yang terletak di sekitarnya. Di antara kampung-kampung tersebut ialah Kampung Batu Badak, Kampung Pogoh, Kampung Bukit Senggeh, Kampung Sri Rahmat, Kampung Danau Lanjut, Kampung Melayu Bukit Siput, Kampung Genuang Baru, Kampung Melayu Raya, Kampung Sri Dagang dan Pelabuhan Darat Segamat serta kawasan industri Segamat 2.

Selain daripada itu, saya juga mencadangkan supaya dalam kawasan saya dibina jalan-jalan luar bandar. Di antara jalan-jalan tersebut ialah jalan berturap dari Felda Pemanis ke Felcra Sekijang dan dari Felda Kemelah sepanjang kira-kira 15 kilometer. Membina jalan berturap ke Sri Rahmat sejauh tujuh kilometer, membina jalan berturap ke penempatan banjir Kampung Tekam – lima kilometer, membina jalan berturap dari Kampung Pogoh ke Kampung Sri Rahmat dan Kampung Melayu Bukit Siput sejauh 15 kilometer dan membina jalan berturap dari Kampung Tungku tiga ke Felda Pemanis – 10 kilometer.

Tuan Yang di-Pertua, pengurusan sampah sarap perlu ditingkatkan lagi walaupun menghadapi beberapa permasalahan kerana ia bukan sahaja menjadi satu tanggungjawab seseorang atau sekelompok masyarakat. Akan tetapi, ia

final • 4:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

menjadi tanggungjawab kita bersama, yang bertujuan untuk mewujudkan kehidupan yang selesa kepada masyarakat dan juga untuk mewujudkan kualiti alam sekitar yang baik.

Penduduk di negara ini terutamanya di kawasan bandar semakin bertambah. Dengan pertambahan penduduk, masalah pembuangan sampah sarap sudah menjadi semakin rumit sehinggakan semua tempat pelupusan sampah akan penuh. Oleh itu, saya berpendapat sikap masyarakat harus diubah dan dididik untuk mengitar semula sisa-sisa pepejal dengan cara yang betul seperti barang-barang yang bersifat multi iaitu seperti peti ais, mesin basuh, bateri telefon bimbit dan peralatan-peralatan elektrik yang lain dan juga seperti tilam, katil. Ini perlu dilakukan dengan cara yang betul dan sistematik. Didikan ini perlu diajar dan diharap diterapkan di peringkat sekolah lagi. Ini kerana ada di antara barang-barang ini kalau tidak di kitar semula, akan dicampakkan di kawasan- kawasan lapang dan di kawasan-kawasan yang tersembunyi, di dalam parit, di dalam longkang, di dalam sungai dan seterusnya akan sampai ke laut dan barang ini tidak akan hancur atau reput dalam tempoh yang terdekat malah akan memakan masa beratus-ratus tahun lagi.

Oleh itu, ia perlu di kitar semula demi kebaikan manusia dan kehidupan di atas muka bumi ini. Sekarang ini telah ada badan-badan bukan kerajaan yang terlibat di dalam alam sekitar dan juga pihak-pihak swasta yang telah melibatkan diri dalam program-program alam sekitar seperti ini. Saya berpendapat, pihak kerajaan seharusnya memberikan galakan kepada syarikat-syarikat swasta dan juga orang perseorangan serta badan-badan bukan kerajaan untuk melibatkan diri dengan program-program pendidikan kitar semula seperti ini dengan memberikan sama ada geran atau pun memberikan insentif-insentif lain yang berupa pengecualian cukai peralatan atau pun pengecualian cukai kenderaan demi kepentingan alam sekitar kita.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Tuan Yang di-Pertua, saya semalam amat terperanjat apabila saya bertanya dengan Menteri Dalam Negeri yang dijawab oleh Timbalan Menteri tentang pembinaan Muzium Bukit Kepong di daerah Muar. Kita telah menerima jawapan di mana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, muzium ini ada peruntukannya. Akan tetapi selepas itu dijawab tidak ada niat untuk meneruskan pembinaan muzium ini.

Saya begitu kecewa sekali dan saya harap bahawa pembinaan muzium ini adalah amat penting. Ini kerana ia mempunyai nilai-nilai sejarah yang mana melibatkan pengorbanan anggota keselamatan dan melibatkan kerjasama pengorbanan orang-orang kampung pada ketika itu untuk menegakkan negara ini.

Akan tetapi kalau kementerian masih lagi tidak faham tentang perkara-perkara sebegini, saya rasa sesuatu yang cukup merisaukan kepada saya selaku Ahli Parlimen. Ini kerana nampaknya kita tidak lagi menilai ataupun melupakan tentang sejarah seperti mana yang berlaku pada Bukit Kepong sebagaimana yang telah difilemkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh dan sangat berharap supaya pihak kementerian dapat melihat balik supaya walaupun kita katakan kosnya RM8 juta untuk menambak tanah dan sebagainya, tetapi nilai itu tidak boleh dijual beli Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya ia tidak dapat dibina untuk negeri Johor, saya rasa ini satu penganiayaan kepada - bukan sahaja kepada mereka yang terlibat, tetapi kepada saya sebagai seorang warga negeri Johor, Tuan Yang di-Pertua. Oleh itu

final • 4:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

saya minta ia dinilai semula dan dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey, habiskan Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

...Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua ialah tanah yang terbiar. Tanah terbiar di dalam luar bandar Tuan Yang di-Pertua, sangat banyak. Saya telah pun - sebenarnya telah menghantar satu surat kepada Yang Berhormat Menteri Luar Bandar dan saya minta supaya kawasan tanah terbiar luar bandar ini dimajukan oleh agensi RISDA.

Akan tetapi oleh kerana ia dikatakan tidak mempunyai duit dan sebagainya, dan saya minta dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini supaya dimasukkan dan dimajukan tanah tersebut. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua, sudah beri signal kepada saya untuk berhenti. Saya ucapkan ribuan terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang untuk mengambil bahagian dalam RMKe-10. Tuan Yang di- Pertua, memandangkan masa tidak mengizinkan, saya akan terus dalam point form seperti isu-isu yang ingin saya bangkitkan dapat ditimbangkan oleh Menteri- Menteri yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa terdapat langkah-langkah diambil untuk menambahbaikkan taraf dan mutu judiciary di dalam apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di sini Tuan Yang di- Pertua, saya hendak merujuk kepada satu petikan The New Straits Times di mana dinyatakan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi seperti demikian. Beliau menyatakan bahawa beliau telah menerima banyak aduan berkenaan dengan rasuah di kalangan judiciary dan saya baca apa yang dinyatakan dalam laporan ini dan ia bertajuk, ‘Don’t abandon cases, CJ warns promoted judges’. Tarikh diberikan - dia kata, “Zaki also warned officers in the judiciary against any form of corruption, adding that he had been receiving complaints from lawyers.” Apa yang beliau katakan lagi menarik, “I will not sympathise with those involved in corruption…” - where he is not giving any sympathize, that is what he says. “…be it in the form of monetary gains or mobile phones, flight tickets, hotel vouchers or anything else.” Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat tahu sama ada Ketua Hakim Negara telah pun menerima nama-nama hakim yang dikatakan terlibat dalam kegiatan rasuah? Sekiranya terdapat nama-nama mereka, saya hendak tahu sama ada sebarang tindakan akan diambil terhadap hakim-hakim ini? Sama ada sebarang siasatan telah pun dijalankan? Untuk menentukan sama ada ada atau tidak allegations atau alegasi-alegasi ini adalah benar? Ini adalah penting Tuan Yang di-Pertua untuk dua sebab.

Pertamanya untuk imej Badan kehakiman di mana saya tidak perlu nyatakan tetapi ini jelas - semua hakim perlu mempunyai imej yang bersih, bebas daripada rasuah. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting sama ada

final • 4:13 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

rasuah ini ataupun allegations rasuah ini telah mempunyai kesan ke atas kes yang didengar oleh hakim tersebut. Jadi apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk Ketua Hakim Negara memberikan kami ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri - mendapat penjelasan berkenaan perkara ini supaya Dewan ini dapat dimaklumkan berkenaan dengan the real extent of the corruption in the judiciary.

Ini adalah menurut kenyataan Ketua Hakim Negara sendiri, bukan saya mengada- adakannya Tuan Yang di-Pertua.

Isu kedua Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan satu laporan yang dikeluarkan oleh The United Nations Working Group on Arbitrary Detention. Ini adalah satu keratan yang keluar pada hari Jumaat yang lalu, di mana saya baca - it says dengan izin, “Malaysia pressed by United Nations over detentions without trial.” Tuan Yang di-Pertua, apa yang dinyatakan di sini cukup serius, apa yang dinyatakan secara ringkas, “Malaysia has been urged to repeal security laws that allow for detention without trial.” Itu satu dan ini yang penting, “The UN Working Group on Arbitrary Detention spent a week visiting prisons and detentions centres in Malaysia. It reported that between 2003 and 2007, over 1,500 people died while being held by authorities.” Saya hendak tahu adakah apa yang dilaporkan di sini betul? Adakah benar bahawa dalam empat tahun seramai 1,500 orang meninggal dunia apabila ditahan oleh pihak berkuasa? Selain daripada itu apa yang juga dinyatakan di sini, “Of the detainees it interviewed, almost all complained of beatings, being confined in small spaces without light and having dirty water thrown on them.” So, ini menjadi satu perkara yang serius oleh kerana pihak United Nations telah pun membuat satu laporan dan saya rasa adalah penting untuk kami menjawab kepada alegasi-alegasi yang telah pun dibangkitkan.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perkara iaitu sama ada ataupun tidak satu tindakan akan diambil untuk memastikan bahawa bukan semua kausa pendakwaan diletak hak dalam tangan pendakwa raya. Seperti mana yang kita sedia maklum sekarang Tuan Yang di-Pertua, melalui Perlembagaan Persekutuan khususnya artikel 145 dan kes-kes Mahkamah Persekutuan seperti kes Long bin Samad dan sebagainya. Kuasa untuk membawa satu pendakwaan terletak hak dalam tangan peguam negara. Tidak ada sebarang pihak lain yang boleh membuat keputusan berkenaan dengan tindakan mahkamah.

Baru-baru ini kita lihat terdapat satu panggilan ataupun call daripada pihak The Parliamentary Select Committees, di mana dinyatakan bahawa adalah perlu ataupun masa sudah sampai supaya juga pihak MACC atau Ketua MACC diberi kuasa untuk mengambil tindakan di dalam undang-undang. Ini ada satu petikan yang dikatakan oleh Pengerusi MACC, Dato’ Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di mana he said, “This was necessary to regain the people’s confidence in the MACC, besides improving the image of the commission.” Saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, apakah yang telah berlaku kepada imej pendakwa raya? Sehingga perlunya untuk kita memberikan kuasa pendakwaan kepada pihak-pihak lain untuk memastikan bahawa keadilan dicapai untuk beberapa kes khususnya kes yang sensitif di negara ini. Satu daripadanya Tuan Yang di-Pertua, adalah kes satu ex-PM ataupun bekas pembantu kepada Perdana Menteri iaitu kes Datuk Nasir Safar. Saya telah pun membangkitkan perkara ini beberapa kali dalam Dewan ini. Saya hendak tahu kenapa sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan undang-undang ataupun dakwaan yang telah pun diambil terhadap beliau? Ini khususnya di mana beliau telah pun menyatakan

final • 4:13 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

dengan jelas, bahawa orang India dalam negara ini datang ke sini sebagai peminta sedekah dan perempuan Cina datang ke negara ini sebagai pelacur.

final • 4:13 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Itu satu perkara yang cukup penting tetapi kita lihat sehingga hari ini langsung tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap beliau. Yang juga penting adalah berkenaan dengan ini adalah perkara yang telah pun dikeluarkan di dalam surat khabar ataupun akhbar secara luas. Apa yang berlaku kepada PI Bala. Kita lihat bahawa Bala Subramaniam iaitu seorang saksi yang penting dalam kes Altantuya, telah pun diminta ataupun telah pun meminta MACC untuk datang mengambil satu interview dengan beliau.

Akan tetapi sehingga sekarang langsung tidak ada sebarang balasan daripada MACC, in fact MalaysiaKini report about it; “MACC quiet as a mouse on Bala interview”. So, di sini kita dapat dipanggil select committee menyatakan lagi baik kita bagi kuasa pendakwaan kepada MACC. Akan tetapi kita lihat MACC pun tidak berani ambil tindakan. Saya hendak satu penjelasan berkenaan dengan apakah tindakan berkenaan dengan MACC dan interview yang seharusnya diadakan dengan Bala di United Kingdom.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan satu perkara. Ini berkaitan dengan kuasa satu pihak yang dikenali sebagai UTK. Tuan Yang di- Pertua saya hendak tahu sebenarnya, apakah peranan UTK di negara ini, siapakah mereka? Di bawah kawalan siapa pihak UTK ini. Apabila UTK membuat satu tindakan ataupun mengambil bahagian dalam satu tindakan, siapa sebenarnya yang memberi arahan.

Kita lihat bahawa kes-kes di mana pihak UTK telah pun mengambil tindakan ataupun seperti mana dilaporkan menyerang, menyerang orang awam.

Di mana mereka memakai machine gun, sub machine gun dan juga mereka menutup muka mereka dengan balaclava. Saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua siapa yang memberi arahan-arahan tersebut? Adakah rakyat kita ataupun rakyat Malaysia selamat daripada tindakan UTK ini? Oleh kerana terdapat insiden-insiden di mana juga pihak polis sendiri tidak tahu apabila UTK akan mengambil tindakan.

Ini Tuan Yang di-Pertua adalah cukup penting kerana baru-baru ini ada satu insiden di Kelantan. Insiden ini telah pun mendapat publisiti yang luas. Di mana satu aduan telah pun dibuat bahawa pihak UTK telah pun menyerang, abducted rombongan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan apabila Baginda keluar daripada rumahnya untuk ke lapangan terbang untuk ke Singapura untuk perubatan.

Saya telah pun meminta penjelasan daripada menteri berkenaan dengan perkara. Tuan Yang di-Pertua saya memetik apa yang dikatakan oleh menteri.

Saya minta menteri satu soalan. Saya tanya beliau soalan ini, “Kenapa pihak polis menyerbu dan menahan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan dengan menggunakan balaclava dan senapang pada 4 Mei 2010. Semasa Baginda dalam perjalanan dari Istana Mahkota Kelantan ke Singapura?”. Ini soalan yang saya tanya.

Ini bukan rakyat biasa Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh berlaku kepada satu raja, saya rasa ini perkara yang cukup serius. Jawapan yang saya dapat, yang mengucapkan terima kasih and all that. Selepas itu dia katakan macam ini.

Yang Berhormat Menteri katakan sedemikian. “Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pihak polis bukanlah menyerbu atau menahan DYMM Al-Sultan Kelantan seperti dakwaan Ahli Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tindakan yang dilakukan oleh pihak polis pada waktu itu adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan Al-Sultan Kelantan secara maksimum semasa Baginda dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital. Semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab sememangnya polis dibekalkan dengan kelengkapan seperti balaclava dan senjata api”.

Tuan Yang di-Pertua dengan segala hormatnya, saya rasa jawapan diberikan oleh menteri ini tidak betul. Saya hendak tahu daripada menteri ini adakah beliau sedar ataupun tidak sama ada insiden tersebut telah pun dirakamkan dalam video. Terima kasih, saya akan gulungkan. Kalau divideokan adakah beliau telah melihat video tersebut? Adakah satu siasatan telah pun dikendalikan berkenaan dengan isu ini?

Adakah beliau setuju bahawa sebenarnya ada ambush terhadap motorcade royal family yang di eskot oleh pihak polis pada hari tersebut.

Bukankah benar Tuan Yang di-Pertua bahawa tindakan tersebut membawakan bahaya yang sangat serius terhadap keselamatan raja yang dibawa di dalam kereta tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada bukti. Saya ada bukti yang menunjukkan apa yang berlaku hari itu. Saya di sini mencabar, saya mencabar Menteri untuk memberi satu jawapan yang terus terang. Adakah beliau betul-betul menyiasat apa yang berlaku? Adakah beliau tahu bahawa sebenarnya pada hari itu ada ambush dijalankan dan satu situasi yang sangat tegang. Nasib baik tidak apa-apa yang teruk berlaku. Kalau tidak saya tidak tahu apakah yang akan telah pun berlaku kepada keselamatan Al-Sultan Kelantan. Ini perkara yang cukup serius.

Kenapa pihak polis cuba menutup kebenaran dalam kes ini. Why are the police covering up satu perkara yang cukup serius?

Ini saya hendak tahu khususnya di mana Raja Perempuan sendiri membuat aduan. Baginda berkata sebelum saya mengambil – before I take my siege - 30 second. Raja Perempuan kata, beliau diheret seperti lembu. Ini perkara yang serius. Ini satu Raja Perempuan, raja kita. Aduan yang dibuat, diheret seperti lembu. Baginda berkata; “Kami begitu takut apabila polis menyerbu kereta kami.

UTK secara paksa cuba mengeluarkan Tuanku walaupun baginda berulang kali bertitah ingin kembali ke Istana. Akan tetapi polis mahu baginda ke hospital HUSM di Kubang Kerian”. Titah Tengku Anis, “Raja Perempuan Kelantan itu juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai”. Ini Raja Perempuan kita Tuan Yang di- Pertua. Raja Perempuan Kelantan juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai di luar Wad Diraja HUSM akan tetapi kemudiannya berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan dirinya di situ.

Tuan Yang di-Pertua saya memberi – di sini saya mencabar menteri supaya berterus terang. Saya hendak tanya dan saya juga pergi kepada – saya beritahu, saya ada gambar. Kalau Tuan Yang di-Pertua hendak lihat gambar itu saya boleh tunjuk gambar kepada Tuan Yang di-Pertua sekarang berkenaan dengan apa yang berlaku hari itu, bagaimana senapang-senapang diacukan terhadap kereta Baginda Al-Sultan Kelantan.

Ini perkara yang cukup serius. Bagaimana Raja Perempuan kita diperlakukan Tuan Yang di-Pertua. Langsung tidak ada siapa hendak ambil tindakan. Saya hendak tahu kenapa. Kenapa perkara ini ditutup. Kalau boleh berlaku kepada seorang Raja, bagaimana dengan rakyat lain dalam negara ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih... [Tepuk]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tenggara.

final • 4:20 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penat sudah saya berdiri. Tuan Yang di-Pertua, saya oleh kerana masa tidak cukup saya hendak terus sahaja.

final • 4:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 4:27 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini telah pun menggariskan hasrat kerajaan untuk terus membangunkan masyarakat yang progresif dengan mengiktiraf peranan wanita dalam membangunkan negara.

Ini kerana wanita adalah menjadi asas kepada keluarga sejahtera dan juga tunjang kepada negara yang berjaya. Dalam hubungan ini adalah penting bagi bukan sahaja sektor awam termasuk sektor swasta untuk meningkatkan penyertaan wanita terutama dalam jawatan tertinggi termasuklah ketua eksekutif, ahli lembaga pengarah selain daripada yang sedang berlaku yang dilakukan oleh kerajaan dalam sektor awam pada hari ini.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan. Setakat manakah kejayaan hasrat kerajaan untuk menterjemah dan mewujudkan 30% wanita dalam peringkat pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam termasuk GLC-GLC kerajaan. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi lebih ramai penyertaan wanita ini.

Seterusnya adakah kerajaan bercadang mahu mengkaji undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan kepentingan wanita bagi mendorong penyertaan lebih ramai lagi wanita dalam usaha untuk terus memperkasakan wanita. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah pun menjawab bahawa pelepasan cukai diberikan tanpa mengira gender. Terima kasih kepada kerajaan.

Saya juga telah membangkitkan semalam, kerajaan seharusnya memikirkan dengan segera selain daripada pelepasan cukai kepada isteri-isteri yang sedang menanggung suami yang tidak bekerja, kepada isteri-isteri yang menanggung suami yang kurang upaya, kepada ibu-ibu tunggal yang terpaksa menyara keluarga mereka supaya kerajaan dapat memikirkan dengan segera tentang pakej-pakej rangsangan yang sesuai untuk membantu isteri-isteri ini; dan juga membantu ibu-ibu tunggal yang ada.

final • 4:27 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh juga menekankan usaha untuk meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat.

Dalam hubungan ini saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan berhubung dengan cadangan pakej cuti bersalin 90 hari dengan gaji penuh kepada wanita. Saya ingin mencadangkan agar cadangan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh yang bukan sahaja membabitkan sektor awam tetapi sektor swasta kerana ia telah pun diamalkan dengan memberikan pengiktirafan kepada

final • 4:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

wanita di kebanyakan negara malah ada antara negara-negara ini yang telah pun memberikan cuti sehingga empat bulan bergaji penuh kepada wanita yang bersalin. Di samping itu juga saya ingin mencadangkan agar cuti isteri bersalin tujuh hari ini diberikan juga kepada suami-suami yang bekerja di sektor awam untuk dipanjangkan kepada mereka yang berada di sektor swasta sekali.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyentuh tentang hasrat kerajaan untuk meneruskan dasar keadilan sosial dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. kita tahu pada masa ini terdapat 112,635 orang peneroka FELDA dan 75,747 orang sudah pun diberikan hak milik manakala 36,888 orang iaitu 32.7% masih lagi belum menerima hak milik. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan tentang jumlah kos pembangunan yang telah didahulukan oleh kerajaan tetapi masih lagi belum dapat dijelaskan oleh peneroka dan adakah kerajaan bercadang untuk menyerapkan kos-kos pembangunan ini kepada perbelanjaan pembangunan kerajaan memandangkan sumbangan berterusan peneroka FELDA pada ekonomi negara.

Seterusnya, berkaitan dengan generasi kedua termasuklah di bawah projek perumahan warga FELDA. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan tentang bilangan rumah projek PWF yang akan dibina di tanah-tanah rancangan FELDA terutamanya di kawasan Parlimen Tenggara bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ini termasuklah Tuan Yang di-Pertua tentang pembinaan rumah bagi generasi kedua di kawasan rancangan saya di Felda Bukit Besar, Felda Pasir Raja, Felda Sungai Sayong dan Felda Bukit Ramun yang telah pun diumumkan persetujuannya oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri FELDA bahawa ada peruntukan untuk membina rumah-rumah bagi generasi kedua ke atas tanah-tanah yang telah pun diberikan hak milik oleh Kerajaan Negeri.

Seterusnya, bagi usaha untuk terus membangunkan generasi kedua FELDA supaya mereka menjadi generasi yang lebih produktif untuk terus berjasa pada tanah-tanah FELDA, cadangan kepada kerajaan, yang pertama, saya minta kepada kerajaan dan ini bukan kali pertama Tuan Yang di-Pertua saya mencadangkan perkara ini. Tugas untuk mewujudkan dan membangunkan pusat- pusat pertumbuhan bandar-bandar baru di rancangan-rancangan FELDA ini perlu disegerakan. Ini kerana kita perhatikan daripada segi kemudahan infrastruktur dan prasarana telah pun sedia ada di rancangan-rancangan FELDA tetapi, daripada segi usaha untuk membangunkan pusat-pusat pertumbuhan bandar-bandar baru yang perlu dibuat di rancangan-rancangan FELDA ini masih lagi tidak menampakkan komitmen kerajaan.

Contoh di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ada tujuh buah rancangan FELDA. Saya perhatikan kalau masuk ke dalam kawasan perumahan di FELDA ini umpama kita masuk ke taman-taman perumahan elit, dengan rumahnya yang besar, kemudahan jalannya yang baik dan kemudahan sosialnya yang bagus tetapi apabila kita ke pekan FELDA, kita terperanjat. Kita tidak tahu, kita ingat apabila masuk ke kawasan perumahan kita berada di taman yang besar, bandar besar. Akan tetapi apabila berada di pekannya, pekan ala cowboy yang sudah pun berusia 45 tahun dan tidak menampakkan usaha-usaha yang mahu dijalankan oleh pihak pengurusan FELDA untuk terus membangunkan penempatan dan juga pusat pertumbuhan bandar-bandar baru yang perlu diwujudkan di tanah-tanah rancangan FELDA ini.

Kedua ialah untuk kerajaan, mewujudkan saham satu FELDA sebagaimana Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera dan juga saham-saham amanah yang lain yang telah pun diagihkan supaya dapat diwujudkan untuk diagihkan kepada generasi kedua FELDA agar mereka dapat

final • 4:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

mengumpul dana membangunkan kekuatan ekonomi mereka dan supaya ia secara tidak langsung akan dapat terus mengekalkan generasi kedua di tanah- tanah rancangan yang ada.

Seterusnya, saya juga ingin mencadangkan agar generasi kedua yang ada ini diberikan peluang untuk menguruskan syarikat-syarikat milik FELDA kerana telah nampak kewibawaan generasi kedua yang ada dan gunakanlah perkhidmatan mereka.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soal kesihatan, meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Berhubung dengan kesihatan, saya ingin membangkitkan masalah kekurangan doktor. Saya bersetuju dengan cadangan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Sekijang supaya isu kekurangan doktor di kebanyakan hospital dan klinik kerajaan ini diberikan perhatian yang sebenar. Begitu juga pada bilangan doktor pakar yang terhad. Nisbah doktor-doktor gigi, ahli farmasi kepada penduduk negara masih lagi tinggi, 1:1,387 untuk doktor, 1:9,716 untuk doktor gigi 1:6,512 untuk ahli farmasi.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan apakah tindakan- tindakan yang dirancang oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan doktor ini bukan sahaja di bandar tetapi, di kawasan-kawasan luar bandar. Adakah kerajaan bercadang untuk mungkin menubuhkan sebuah universiti awam seperti universiti sains perubatan khusus untuk bidang sains perubatan yang dilengkapi dengan hospital, pengajar dan sebagainya untuk melahirkan lebih ramai doktor yang menjadi keluhan kepada rakyat yang ada di luar bandar.

Saya juga mengharapkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini supaya selain daripada melihat isu kekurangan doktor juga untuk melihat pada isu kemudahan kesihatan di luar bandar yang perlu diberikan keutamaan terutama di kawasan-kawasan rancangan FELDA dan di kampung-kampung untuk dibina baru klinik-klinik desa yang sudah tidak sesuai dengan bilangan jumlah peneroka yang ada yang tidak sesuai lagi untuk memberikan perkhidmatan yang kondusif kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perkhidmatan awam. Kerajaan menampakkan akan meneruskan iltizam untuk menambah baik usaha pembangunan modal insan dalam sektor awam dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya ingin menyentuh tentang nasib lebih 70,000 orang kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam. Isu ini sering dibangkitkan dalam Dewan dan jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam agak mengecewakan.

Saya menyedari ada jawatan-jawatan yang memerlukan jawatan perlu dilantik secara kontrak tetapi saya ingin menggesa kepada kerajaan jalankan kajian, serapkan kakitangan kontrak ini sebagai kakitangan tetap bagi memastikan masa depan kakitangan ini terjamin dan penjawat awam ini mendapat pelbagai kemudahan yang sewajarnya. Ini kerana 70% daripada kakitangan kontrak ini berusia antara 30 tahun sehingga 40 tahun, masih produktif, tenaga muda. Saya mencadangkan supaya mereka dipertimbangkan dan diserapkan ke dalam perjawatan-perjawatan tetap.

Seterusnya, berhubung dan penjawat awam juga, saya ingin menyentuh berhubung dengan lebih 63,000 orang pegawai profesional dan sokongan yang dilantik melalui Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) di bawah pakej rangsangan yang kebanyakannya akan menamatkan kontrak pada akhir tahun. Saya mengharapkan supaya mereka ini juga tidak akan tertinggal dalam cadangan pertimbangan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan.

final • 4:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Seterusnya, yang terakhir. Ada beberapa perkara lagi Tuan Yang di- Pertua, berkaitan dengan pembasmian kemiskinan masyarakat Orang Asli. Saya harap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini menampakkan kesungguhan benar-benar kerajaan mahu membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat Orang Asli kerana kemiskinan dalam kalangan ketua isi rumah masyarakat Orang Asli ini masih tinggi. Perancangan teliti perlu dilakukan oleh kerajaan untuk sifar kemiskinan bagi masyarakat Orang Asli. Kerajaan juga perlu merubah pemikiran apabila membuat perancangan. Jangan dijadikan masyarakat Orang Asli ini bersamaan dengan konsep PPRT sepanjang masa. Ubah pendekatan, bangunkan mereka seperti mana kita bangunkan masyarakat-masyarakat di kawasan- kawasan kampung dan sebagainya.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, akses pada perumahan berkualiti mampu milik perlu lebih banyak dibina di kawasan-kawasan daerah kecil seperti di Kota Tinggi.

final • 4:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Keperluan amat mendesak contohnya di kawasan saya, cadangan telah dikemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara sampailah tidak ada cerita.

Saya hendak dengar apa penjelasan yang boleh diberikan oleh Yang Berhormat Menteri untuk mengatasi masalah perumahan mampu milik yang perlu ada di Kota Tinggi.

Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ialah, apa pun perancangan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh kerajaan perlu memastikan bahawa perancangan pembangunan ekonomi seimbang dengan perancangan pembangunan sosial rakyat. Limpahkan, biar di merata tidak kira di bandar atau di luar bandar, biar rakyat rasa terbela sama ada mereka bumiputera ataupun bukan bumiputera dan yang paling penting warga perkhidmatan awam perlu memahami aspirasi Rancangan Malaysia Kesepuluh dan melaksanakan tugas tanpa sebarang birokrasi untuk terjemahkan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’. Dengan itu saya memohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Nibong Tebal.

final • 4:40 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMKe-10 ini. Sebelum saya melanjutkan ucapan saya di Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan bahawa saya amat terkilan apabila melihat ramai di kalangan Ahli Yang Berhormat lebih gemar menggunakan waktu yang ada ber debate tentang lesen judi bola sepak, siapa yang dapat kontrak, lesen judi sekejap keluar, sekejap tidak dan lain-lain, di mana perkara ini bukanlah apa yang dibentangkan dalam RMKe-10 yang kita debatekan.

Walau bagaimanapun, tiada siapa pun tahu bahawa orang yang menuduh dan orang yang bersungguh-sungguh menentang lesen judi, menghantar tauke judi di ceramah-ceramah tetapi, pada masa yang sama mengatur pertemuan dengan tauke judi sama ada di dalam dan di luar negara khususnya selepas Mac 2008. Baiklah elok kita lupakan politik tuduh menuduh.

final • 4:41 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Negara kita sedang menuju kemuflisan dalam tempoh sembilan tahun, sama ada kita muflis atau tidak, yang pasti kita masih ada sembilan tahun untuk mengubah nasib kita. Bukankah baik jika kita bersama-sama berusaha bekerja untuk kebaikan negara. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya kemukakan lebih kurang empat isu berkaitan dengan RMKe-10 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perkara yang pertama, kerajaan mesti bersikap telus dan berani membuat pengumuman untuk mengiktiraf higher education certificate of Chinese private school, dengan izin. Selanjutnya saya ingin menyeru kerajaan untuk mengiktiraf certificate daripada Taiwan dan China, kita semua tahu bahawa certificate tersebut telah pun diiktiraf oleh Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah di mana negara-negara tersebut lebih maju daripada negara kita.

Saya amat mengharapkan penuntut-penuntut lulusan daripada Sekolah Cina persendirian akan diberi peluang secara saksama untuk memasuki IPTA dan kolej-kolej perguruan. Ini setidak-tidaknya akan menjadikan penyelesaian kepada apa yang telah dibangkitkan oleh masyarakat Cina berkenaan dengan permasalahan kekurangan guru. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani bahawa semua kaum harus mempelajari kesemua bahasa yang utama untuk memenuhi inspirasi 1Malaysia tetapi, saya tidak setuju dengan menggunakan alasan bahawa negara China dan India begitu pesat membangun, sebaliknya berdasarkan penghormatan dan mengakui semua kaum adalah sama di dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua, RMKe-10 meletakkan sektor swasta sebagai peneraju kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuk penswastaan projek-projek kerajaan. Niat kerajaan memang baik tetapi kerajaan mesti mengelakkan daripada setiap projek hanya diberikan kepada kroni, kemudian projek tersebut disubkan kepada pihak ketiga yang memungkinkan berlakunya projek-projek terbengkalai seperti yang sering kita dengar sebelum ini. Walau bagaimanapun, kerajaan mesti lebih berhati-hati dalam pelaksanaan dasar ini kerana, pertamanya ekonomi negara akan menjurus kepada jurang antara golongan kaya yang akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan bertambah miskin.

Kedua, kerajaan juga hendaklah memastikan projek-projek tersebut tidak dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang telah disenaraihitamkan atau kepada kontraktor yang tidak berwibawa, atau hanya kepada bangsa tertentu sahaja atau dianugerahkan kepada ahli-ahli politik tertentu sahaja. Saya mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa bebas yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Ahli Bebas dan NGO-NGO tertentu untuk memantau proses pemberi tender projek kerajaan dan penswastaan projek-projek tersebut.

Adalah penting untuk kita memastikan bahawa rakyat berasa yakin dengan usaha-usaha kerajaan untuk memajukan negara ke arah ekonomi yang berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan melalui RMKe-10 ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga, ingin saya tekankan tentang isu alam sekitar dalam ucapan saya selanjutnya. Saya sangat bersungguh-sungguh dan sentiasa menyentuh isu alam sekitar di dalam Dewan yang mulia ini. Hari ini sekali lagi dengan tegasnya saya mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation Act 2007, dengan izin dengan kadar segera supaya rakyat lebih yakin dengan langkah kerajaan dalam usaha penambahbaikan alam sekitar.

final • 4:41 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Tuan Yang di-Pertua, kawasan Parlimen saya Nibong Tebal mengalami pencemaran yang sangat teruk dan membimbangkan kerana pengurusan lemah oleh pihak berwajib di pusat pelupusan sisa pepejal Pulau Pinang. Bukan sahaja penduduk terpaksa tinggal dalam keadaan suasana persekitaran yang tidak sihat, malahan bekalan air bersih dan perikanan dicemari oleh air kumbahan. Saya telah membangkitkan isu ini berkali-kali, berbuih-buih mulut dengan kementerian berkenaan untuk mengambil tindakan sepatutnya, namun yang sangat mengecewakan ialah tindakan tidak diambil.

Isu saya yang terakhir selain dari mendedahkan keperluan asas untuk air dan elektrik kepada kawasan-kawasan pedalaman dan terpinggir, kita juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan broadband ataupun jalur lebar bagi semua kawasan di dalam negara kita tetapi, kita mesti memastikan bahawa transmisi yang disediakan tidak membawa mudarat kepada badan kita. Di Pulau Pinang, ianya merupakan malapetaka, DAP sedang bercakaran sesama mereka, ada yang mengatakan bahawa ia memudaratkan kepada pengguna dan ada yang mempunyai kepentingan mengatakan “tidak”. Saya pun berasa tertekan tetapi sebagai orang Pulau Pinang, saya tidak nampak kemudahan broadband itu, kerana saya masih membayar kepada TMNet untuk perkhidmatan internet di dalam pusat saya dan juga rumah saya untuk mendapatkan perkhidmatan Streamyx.

Saya terdengar Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam ceramah beliau di pilihan raya kecil Sibu menyatakan, bahawa beliau telah melengkapkan Pulau Pinang dengan broadband sepenuhnya. Saya merasakan ini adalah merupakan satu lawak jenaka, orang ramai mungkin mempercayainya tetapi saya tidak, jadi untuk menuju ke arah negara yang maju kita harus bekerja keras bagi menyerlahkan kemudahan ini.

Tuan Yang di-Pertua sebagai penggulungan daripada ucapan saya, saya dapat melihat dengan jelas usaha kerajaan untuk merangsang ekonomi negara.

Adalah menjadi satu harapan untuk melihat kerajaan berjaya mencapai sasaran dengan pelaksanaan yang sempurna. Tidak kira siapa yang akan menubuhkan kerajaan dalam lima tahun yang akan datang, kepentingan rakyat jangan sekali- kali diabaikan.

final • 4:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tuaran.

final • 4:41 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang tidak mencukupi, saya terus kepada isu. Walau bagaimanapun saya ingin merakamkan bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menunjukkan komitmen kerajaan kepada rakyat negara ini, dan menekankan kepada pembangunan yang mapan dan pembelaan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Saya kira rancangan ini amat ambitious tetapi, saya percaya ia diukur mengikut jangkaan keupayaan ekonomi negara dalam lima tahun yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kejayaan ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri baru kita ini yang telah mencapai pertumbuhan ekonomi 10.1% pada suku pertama tahun ini adalah satu kejayaan yang besar yang patut kita semua banggakan. Namun pertumbuhan yang luar biasa ini berbanding dengan

final • 4:48 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

kedudukan sebelum ini jelas dipacu oleh public spending dalam bentuk dua pakej rancangan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan tahun lalu, namun jelas rancangan itu telah berjaya mengeluarkan negara kita dari kemelut kemerosotan ekonomi, malahan menghasilkan satu pertumbuhan yang tinggi dalam suku pertama tahun ini.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan KDNK tidak boleh dipacu oleh perbelanjaan kerajaan, public spending dalam jangka masa panjang oleh kerana pihak kerajaan tidak mampu untuk membelanjakan terus menerus untuk membolehkan pertumbuhan KDNK, dan ini jelas diakui oleh kerajaan apabila ditegaskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bahawa pihak swasta akan menjadi pemain utama dalam ekonomi negara sepanjang lima tahun ini.

final • 4:48 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kekangan masa saya akan terus menyentuh dua perkara sahaja. Pertama sekali iaitu isu pembasmian kemiskinan yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Dasar Ekonomi Baru dilaporkan berjaya mengurangkan kemiskinan rakyat daripada hampir 50% pada tahun 1970 kepada lebih kurang 38% pada masa sekarang. Di Sabah juga kemiskinan dikatakan telah menjunam daripada jumlah 112,000 isi rumah dalam Laporan Penyiasatan Isirumah pada tahun 2004 kepada hanya 21,000 isi rumah miskin pada tahun 2009. Disasarkan pada tahun 2015, kemiskinan dapat dikurangkan kepada tahap 2% menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling berjaya membasmi kemiskinan di dunia.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan laporan kerajaan mengenai dengan kedudukan tahap kemiskinan ini tetapi saya melihat di kawasan saya Tuaran, jumlah keluarga miskin masih lagi begitu ramai.

Dalam laporan e-kasih bertarikh 28 April 2010, jumlah keluarga miskin tegar di Tuaran ialah hanya 626 dan keluarga miskin adalah 1,020. Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa saya telah mengadakan satu kajian banci secara sampling di kawasan saya pada tahun 2009. Kajian ini agak komprehensif dan menggunakan kaedah lawatan ke rumah-rumah yang terlibat.

Data yang akan saya bentangkan adalah berdasarkan data kajian yang intensif di 45 kampung di Tuaran. Satu kajian yang merupakan kajian isi rumah yang melihat keadaan sosioekonomi dan kemudahan asas di peringkat kampung.

Hasil kajian menunjukkan bahawa 42% isi rumah dalam kajian berada dalam kemiskinan tegar dan masih 20% lagi adalah dikategorikan sebagai miskin relatif.

Saya amat terkilan sekali bahawa tahap kemiskinan 62% di Tuaran adalah lebih tinggi daripada tahap purata kemiskinan Malaysia sebelum Dasar Ekonomi Baru.

Realiti di Tuaran ini juga saya percaya merupakan realiti di beberapa kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, 56% penduduk dalam kajian ini bergantung kepada kemudahan asas seperti air graviti yang menurut World Health Organization diklasifikasikan sebagai untreated water. Rancangan Malaysia Kesepuluh menyarankan penyediaan air paip untuk 98% rakyat di Sabah. Saya ucapkan terima kasih kerana ada peruntukan untuk naik taraf bekalan di Tuaran. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan paras tanah yang berbukit bukau di Tuaran, saya berpendapat sasaran 95% bekalan air dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini agak sukar untuk dicapai. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mengguna pakai kaedah in-situ ataupun minor treatment yang sudah ada dalam pasaran untuk mengatasi masalah ini.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang ingin saya sentuh di sini ialah satu perkara yang begitu lama menjadi keluhan dan juga perhatian rakyat Sabah iaitu mengenai masalah pendatang tanpa izin. Saya kecewa kerana Rancangan Malaysia Kesepuluh tidak mengandungi apa-apa perancangan kerajaan yang konkrit untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin terutamanya di Sabah – satu-satunya negeri yang dilanda oleh masalah ini begitu besar. Perkara ini telah ditimbulkan dalam Dewan yang mulia ini berkali-kali oleh beberapa Ahli Parlimen di Sabah sejak sekian lama. Namun, jawapan dan juga penerangan daripada pihak Kerajaan Persekutuan tidak dapat menyelesaikan masalah ini dan tidak memberi kepuasan hati kepada rakyat Sabah sehingga ke hari ini. This is the main problem Tuan Yang di-Pertua, that we are going to face.

Tuan Yang di-Pertua, masalah pendatang tanpa izin ini berkait langsung dengan isu pembasmian kemiskinan di Sabah, di mana dilaporkan terdapat jumlah insiden kemiskinan yang kedua terbanyak di Malaysia. Kehadiran ratusan ribu pendatang tanpa izin ini sudah tentu meningkatkan jumlah penduduk yang miskin di Sabah. Mereka ini menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan seperti kesihatan, pelajaran, keselamatan dan sebagainya. Seharusnya keadaan ini memerlukan program yang konkrit dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah program Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah ini dalam lima tahun akan datang? Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, sama ada isu pendatang tanpa izin ini termasuk dalam KPI kementerian sebagai satu perkara keutamaan?

Tuan Yang di-Pertua, saya telah memohon dalam Dewan yang mulia ini pada minggu lalu kepada Menteri Dalam Negeri agar beliau dapat menjelaskan kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah bahawa tidak ada MyKad diberikan kepada pendatang tanpa izin. Beliau telah menyatakan tiada MyKad diberi dan beliau meminta jika ada butir dan bukti, beliau meminta agar disampaikan kepada beliau untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan saya akan sampaikan butiran dan bukti ini dalam masa terdekat. Akan tetapi saya minta jaminan daripada Menteri bahawa tindakan konkrit yang tegas akan diambil ke atas maklumat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, masalah pendatang tanpa izin ini pernah dibawakan kepada Jawatankuasa Integriti pada tahun 2006. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat di Kota Kinabalu untuk mendengar keterangan daripada beberapa pihak. Apabila jawatankuasa ini bermesyuarat di Kuala Lumpur, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Imigresen telah dipanggil untuk memberikan penjelasan tetapi malangnya mereka enggan untuk hadir sehinggakan pengerusinya, Yang Berhormat Tan Sri Bernard Dompok meletakkan jawatan sebagai pengerusi atas dasar prinsip. Saya percaya banyak maklumat terdapat pada jawatankuasa ini dan kalau pihak kementerian betul-betul mahu mengambil tindakan, maka bolehlah memperoleh maklumat daripada jawatankuasa tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesepuluh yang bertemakan rancangan kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial secara amnya memberi pendekatan yang khusus untuk membawa pembangunan kepada masyarakat yang terpinggir dan dalam masa yang sama memberi fokus untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi gergasi ekonomi. Untuk Sabah, penekanan kepada penyediaan air paip untuk 98% penduduk merupakan satu usaha yang diperlukan. Demikian juga penyediaan elektrik untuk semua isi rumah dan menambah jaringan jalan raya sepanjang 2,540 kilometer adalah dialu-alukan dan diucapkan terima kasih. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada

final • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah kerana saya mendapat makluman bahawa beberapa projek sudah pun diluluskan untuk kawasan saya.

Bantuan khas juga akan diberikan kepada masyarakat minoriti Sabah yang terpinggir seperti Bisaya, Orang Sungai, Rungus, Tidung dan Suluk.

Penyediaan rumah mereka yang miskin juga akan diberikan perhatian. Saya ingin bertanya kepada kementerian, kenapa suku-suku kaum seperi Kadazan Dusun, Bajau, Irranun dan sebagainya tidak digolongkan sebagai kaum yang terpinggir sedangkan kaum-kaum ini pada keseluruhannya merasa mereka juga tertinggal dalam banyak aspek?

Tuan Yang di-Pertua, perlu juga saya utarakan sekali lagi bahawa ada korelasi, correlation antara inflasi dan kemiskinan. Kajian di Tuaran membuktikan bahawa barangan pengguna dan pengangkutan awam di kampung meningkat kos sebanyak 39% akibat daripada kenaikan harga minyak. Akibatnya ialah yang miskin bertambah miskin dan yang dikategorikan sebagai relatif miskin menjadi miskin tegar. Pendek kata, kemiskinan di luar bandar meningkat secara drastik.

Perlu diketahui juga bahawa akibat daripada fenomena sticky price dengan izin, harga barang tidak menurun walaupun harga minyak sudah menurun. Malah, 63% penduduk yang dikaji menyatakan kos hidup mereka meningkat mendadak sejak tahun 2008. Kerajaan harus berhati-hati dengan saranan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bahawa penghapusan subsidi perlu dilaksanakan tanpa memberikan kaedah yang spesifik bagaimana masyarakat miskin di luar bandar akan dibantu. Kenaikan harga barangan akan meningkatkan kadar kemiskinan luar bandar untuk kali kedua sejak tahun 2008.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyentuh spesifik kepada kawasan Tuaran sebagi penggulung. Saya ingin menyentuh dua perkara iaitu soal pembinaan hospital di Tuaran yang tidak menentu tarikh pembinaannya dan penerangan daripada kementerian berkenaan yang tidak meyakinkan.

final • 4:50 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Sekali lagi saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Hospital Tuaran ini adalah satu-satunya hospital di negara ini yang tidak mempunyai katil. It is a hospital without a ward dan kesemua pesakit di kawasan saya terpaksa dikejarkan ke Kota Kinabalu untuk rawatan. Selain daripada itu saya memohon kepada kerajaan agar jambatan yang menghubungkan dua wilayah Tuaran ini dibina dalam Rancangan Malaysia kesepuluh.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada kerajaan agar mempertingkatkan kawalan dan keselamatan di perairan pantai timur Sabah kerana hari ini kita ketahui bahawa dua rakyat Malaysia masih lagi dalam tahanan dan dikatakan di Tawi-Tawi. Jadi, saya rasa insiden seperti ini harus dibendung dan perlu ditingkatkan keselamatan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan harapan bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh ini akan memberi kemakmuran kepada semua dan dapat memberikan manfaat kepada kawasan Tuaran. Maka, dengan itu saya mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerai.

final • 5:00 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Bismillahir Rahmannir Rahim, dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi laluan kepada saya dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Seperti mana yang kita sedia maklum ia telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tempoh hari. Di antara lain disebut membangun pembangunan dan mengekalkan modal insan yang bertaraf dunia.

Modal insan adalah merupakan suatu harta yang amat bernilai dalam sebuah negara. Namun, perlu kita ingat dan ambil perhatian segala perancangan lima tahun ini sudah pastilah sekiranya kita dapat laksanakan dengan baik dengan jayanya maka rakyat akan menikmati kejayaan itu.

Namun, pada masa yang sama suka untuk saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini berkaitan dengan bagaimana kerosakan remaja dalam negara kita yang pelbagai isu berhadapan dengan isu remaja. Bermula dengan isu lepak, penagih, bohsia, pelacuran, mat rempit, pecah rumah, samseng dan buang bayi, buang janin dan juga seks bebas. Ini adalah beberapa isu yang sedang berhadapan dengan remaja kita. Namun, sebagai umat Islam dan yang beragama Islam saya menyeru kementerian yang bertanggungjawab hal ehwal Islam sudah tentulah dengan berani dan tegas untuk membawa hidup bersyariat dan hidup tanpa syirik kepada generasi muda dan seluruh rakyat Malaysia.

Kita yakin dan percaya dengan jalan keluar melalui Islam sahajalah sudah pasti dapat kita menjaga dan memelihara akhlak dan budaya serta kemuliaan generasi akan datang. Jadi, saya pohon kepada pihak berkenaan dan kementerian tersebut supaya menjalinkan dengan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan yang melibatkan remaja supaya disusun semula seperti yang disebut semalam oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, 12 kementerian akan membina Majlis Belia Negara supaya dipercepatkan dan dipermudahkan cara supaya anak-anak muda kita, generasi muda kita dapat diselamatkan daripada suasana yang membimbangkan kita semua.

Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya dilihat semula dari aspek pakaian, kelakuan, pergaulan dan seumpamanya supaya kita menjadi uswatun hasanah, ikutan kepada generasi yang akan datang. Sekiranya mereka ini tidak diperbaiki dan tidak diperbetulkan, maka kita berhadapan dengan kehidupan kehancuran rakyat kita pada masa-masa akan datang. Antara cadangan- cadangan saya supaya umat Islam dan remaja Islam khususnya dapat disuburkan dan dipelihara semula akidah dan iman mereka. Antara cadangan saya supaya pihak kerajaan memastikan di seluruh negara terdapat masjid-masjid yang mana mempunyai kuota imam muda.

Setiap masjid di negara kita ini di mana kita dapati pusat-pusat maahad tahfiz begitu banyak di seluruh negara. Mudah-mudahan anak-anak muda ini yang berkelayakan untuk menjawat jawatan imam muda yang lebih memahami dunia anak muda sudah pasti mereka akan berjaya mengajak seramai mungkin golongan belia ke masjid dan memenuhi ruang-ruang program-program agama di masjid di seluruh negara. Kita yakin antara faktor dan penyebab utama anak-anak muda yang sukar ke masjid antara lain kerana pengurusan masjid mungkin tidak memahami jiwa anak muda. Jadi, saya harap supaya pihak yang berwajib untuk mengurus dan mencadangkan pihak jawatankuasa agama negeri supaya

final • 5:01 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

ditubuhkan dan diwujudkan jawatan imam muda ini untuk mengimarahkan masjid oleh golongan-golongan belia di seluruh negara kita.

Kemudian, saya minta kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya menilai dan mengkaji semula hiburan-hiburan yang agak melampau yang boleh mematikan semangat agama dan pemahaman Islam apabila ditayangkan dan didedahkan program-program drama, filem dan sebagainya tajuk-tajuk yang menggerunkan kita seperti Puntianak, Puaka Gunung Raya, Santau, Hantu Kak Limah, Jangan Pandang Belakang dan berbagai-bagai lagi.

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat ini semua tidak membangun dan membina generasi muda. Walaupun Kementerian Belia dan Sukan menyediakan 519 program belia, namun program tetap program dan anak muda terus dihanyutkan dan dibuai. Tidak langsung memberi pendidikan bagi mereka. Jadi, saya harap sungguh supaya Kementerian Penerangan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan didikan media ini yang asalnya info maklumat kepada rakyat tetapi diubah menjadi info dan kelalaian kepada rakyat. Ini perkara yang perlu difahami oleh kita semua kerana apabila remaja rosak, maka sudah pastilah warganegara akan rosak. Bagaimana untuk kita memperbaiki mereka? Bagaimana untuk kita memberikan amanah negara ini kepada mereka sekiranya kehidupan mereka telah dirosakkan oleh pemimpin yang ada pada hari dan masa ini?

Seterusnya, saya melihat dari sudut program pengajian KAFA, pengajian agama Fardu Ain sebelah petang, ke mana hala tujunya? Kadang-kadang kita melihat program Summer Camp – Kem Motivasi Cuti Sekolah lebih baik yang mengurus anak-anak dibantu dengan pembantu-pembantu program tersebut yang boleh melahirkan anak kita yang ke masjid dan surau sepanjang tiga hingga empat bulan. Program KAFA bagaimana dan program pendidikan Islam di sekolah menengah.

Kita lihat dalam Tingkatan Satu sudah ada persoalan halal dengan haram, perkara yang dihalang dan yang disuruh. Pada masa yang sama kita melihat Menteri Kewangan mengumumkan judi bola sepak yang bercanggah dengan prinsip pendidikan anak-anak kita ini. Anak saya soal, ramai anak muda yang menyoal, kami belajar di sekolah haram, tetapi entah di mana kerajaan pula membenarkan, berusaha untuk membenarkan. Hari ini media-media telah melihat seolah-olah rugilah kalau tidak ada lesen judi yang sah ini kerana terlibat dengan judi haram dan sebagainya. Seolah-olah akhbar dan media ini menghalalkan dan mendesak supaya kerajaan menghalalkan sistem yang haram ini.

Saya minta semua Ahli Parlimen, kita menolak bukan kerana takut hilang undi orang Melayu ataupun orang Cina, tetapi kita sebagai umat Islam kita menolak kerana ia merupakan firman daripada Allah. Sesungguhnya arak, judi, tenung nasib, sembah berhala merupakan keji, perbuatan syaitan yang kita mesti jauhkan. Mudah-mudahan ia mendapat kemenangan dan kejayaan. Kita mesti ada prinsip untuk memastikan kejayaan sesuatu yang kita usahakan. Kita tidak boleh semata-mata politik lalu kita melaksanakan, kita meluluskan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehidupan kita...

final • 5:01 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Boleh mencelah Yang Berhormat?

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 5:01 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Kemudian, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh antara lain melahirkan kelulusan PhD seramai 18,000 orang.

Ini perkara yang boleh kita banggakan. Cuma bagaimana pula dalam bidang agama? Setelah sekian lama sekolah agama rakyat yang ditarik per kapitanya dan rakyat masih terus berusaha untuk melahirkan pondok-pondok pengajian agama Islam ini. Saya mohon kepada kementerian tersebut supaya tidak melihat untuk menyerah kepada SABK barulah kita bantu.

Biarlah kita bantu sekolah-sekolah agama Islam ini khususnya supaya untuk mengimbangi keadaan sosial yang ada pada hari ini. Lebih ramai alim ulama lebih pandai cerdik Islam ini sudah tentu akan memberikan keuntungan kepada negara kita. Akan tetapi apabila kita melihat ia sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada pihak kerajaan, kerajaan melihat ia mesti menyerah keseluruhannya, maka sudah pasti ia akan diubah sistemnya.

final • 5:01 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya dapat ziarah sebuah sekolah agama yang diserah kepada sistem SABK ini, mendapat kompelin daripada pihak kementerian, PPD dari sudut bahasa Arab. Menjadi hairan dan pelik kenapa sekolah agama? Rupa-rupanya kerana ia tidak memenuhi kehendak kementerian dari sudut bahasa Arabnya, walhal sekolah agama.

Sudah tentulah dia terpaksa mengorbankan perkara lain, pendidikan- pendidikan yang lain, yang Fiqah, hadis umpamanya, untuk memastikan pencapaian dari sudut bahasa Arab itu memenuhi yang dikehendaki oleh PPD dan seumpamanya. Jadi, ini sudah tentulah akan menjadi kerugian. Apakah patutnya kita membantu, terus memberi bantuan demi bantuan demi mengharapkan lahirnya ramai cerdik pandai Islam dalam negara kita, yang sudah pasti akan membantu kita agar memberi nasihat, tunjuk ajar, menjadi guru dan murabi kepada golongan masyarakat yang akan datang.

Kita hari ini mungkin, kita melihat setiap negeri ada mufti, ada kadi setiap daerah. Bagaimana masa-masa akan datang, dilihat pelbagai gejala sosial yang melanda ini. Kita bimbang apabila tidak ada keimbangan antara alim ulama, yang akan terus mengurus tadbir agama Islam ini, menjadi pendidik dan murabi, pendidik kepada masyarakat. Kita bimbang pada masa-masa akan datang, ulama sudah tidak ada dan siapakah yang akan membetulkan keadaan masyarakat di masa akan datang.

Maka, Rancangan Malaysia Kesepuluh ini mesti menitik berat hal-hal berkaitan dengan agama dan syariat, berani mengajak dan berani menentang kemungkaran, kejahatan dan kemaksiatan, memohon keberkatan Ilahi supaya negara kita dapat kita majukan. Kita bangunkan dengan kita menjadikan negara kita sebagai negara umat Islam, yang beramal dengan perintah Islam dan yang berakidah dengan akidah Islam dan menjadi contoh kepada bangsa dan agama lain, supaya kita juga dapat lahir seperti mana umat-umat terdahulu yang begitu tinggi tauhid mereka dan iman mereka kepada Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhirnya adalah berkaitan dengan memansuhkan UPSR dan PMR. Saya mohon kepada kementerian terutama Timbalan Perdana Menteri supaya membuat kajian secara menyeluruh, supaya jangan jadikan anak kita, anak rakyat kita sebagai eksperimen semata-mata.

Kemudian, setelah dua, tiga tahun, ubah pula. Bagaimana hala tuju pendidikan kita? Kita sayang masa depan anak-anak kita tetapi kalau pihak kerajaan dan kementerian sering kali mengubah keadaan itu. Tidak memanggil dan menjemput

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

kita daripada Pakatan Rakyat untuk memberi hujah, memberi pandangan, sudah pastilah ia akan menjadi satu perkara yang lebih rumit di masa yang akan datang.

Jadi, saya mohon kalaulah kerana kokurikulum dan sukan semata-mata, baikilah, terdapat banyak lagi di kawasan saya, sekolah rendah dan sekolah menengah yang tidak ada prasarana sukan yang lengkap, yang terpaksa menumpang di padang awam untuk aktiviti sukan dan kokurikulum. Saya berharap kementerian supaya melihat ini lebih awal. Ini kerana kita sudah ada sekolah sukan di Bukit Jalil. Kalau untuk sukan, maka sudah ada sekolah sukan.

Akan tetapi yang pastinya walaupun dia ahli sukan, sudah pasti akademiknya pun dititikberatkan oleh kita semua. Saya harap Rancangan Malaysia Kesepuluh ini tidak merugikan rakyat tetapi memberi rangsangan dan keuntungan memihak kepada rakyat. Kita sebagai pengurus amanah. Maka, urus dengan baik. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Maran.

final • 5:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, warrahmatullaahi wabarakaatuh dan selamat petang, salam 1Malaysia. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Usul Pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Jun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan syabas, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana secara berani membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini dengan membawa perbelanjaan berjumlah RM230 bilion dengan pecahan atau pun komposisi 55% kepada sektor ekonomi, 30% kepada sosial, 10% keselamatan dan 5% kepada perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun mendapat berbagai-bagai komen dan ulasan yang tidak baik daripada sebahagian pembangkang, tetapi saya kira matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh ini cukup menyeluruh dan komprehensif, yang akan melibatkan bukan sahaja pembangunan di bandar bahkan di kawasan luar bandar dan juga desa di pedalaman.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa cukup singkat saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, sebenarnya kita Ahli-ahli Parlimen telah berbicara cukup panjang. Banyak masa yang kita ambil dalam Dewan ini membahaskan berbagai-bagai usul, pandangan, cadangan dan sebagainya. Akan tetapi kadang-kadang cadangan yang kita kemukakan, projek-projek yang kita kemukakan tidak semuanya diluluskan. Malahan kadang-kadang masa yang kita ambil berbahas, bertengkar yang bukan-bukan lebih panjang daripada apa yang boleh kita perolehi.

Tuan Yang di-Pertua, keselamatan adalah asas segala-galanya di negara ini. Tidak ada negara yang boleh membangun. Tidak ada rakyat yang boleh maju, tidak ada peningkatan pendidikan kepada rakyat di sebuah negara boleh berlaku kalau tidak ada kemakmuran dan kesejahteraan dalam sebuah negara. Sebab itulah dalam Dewan yang mulia ini, saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Parlimen, kita semua sebagai Ahli Parlimen dan seluruh kerajaan, seluruh kepimpinan kerajaan, seluruh rakyat jelata. Marilah kita sama-sama memberikan

final • 5:12 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana membawa hasrat yang cukup baik dalam kita mempertahankan masa depan negara kita terutamanya keselamatan ini.

Saya kadang-kadang merasa terlalu kecewa apabila adanya rakyat negara kita sendiri yang kadang-kadang sebenarnya memang hidup selesa, mewah dan cukup aman di negara kita ini tetapi mengutuk, menghina, mempertikaikan keamanan dan kemakmuran yang berada di negara kita. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, kalaulah ini boleh berlaku di kalangan kita, di kalangan kepimpinan, di kalangan rakyat jelata, tidak kira daripada mana mereka berada, saya rasa tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh membangunkan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tekankan beberapa perkara dalam ucapan ringkas saya ini, perbahasan ringkas ini. Yang pertamanya ialah dari segi pendidikan. Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana tidak meninggalkan, memberikan keutamaan kepada pendidikan. Saya berharap supaya kerajaan memberikan perhatian kepada pendidikan di luar bandar. Saya rasa kemudahan pendidikan di bandar-bandar cukup sudah hebat. Akan tetapi, kalau kita pergi ke bandar-bandar, terima kasih kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ada bersama kita. Di kawasan penempatan Orang Asli di kampung-kampung tradisional, masih banyak lagi sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah bantuan kerajaan ini yang ketinggalan. Bahkan hari ini kalau kita lihat, banyak daripada sekolah rendah yang dahulunya mempunyai bilangan murid yang cukup tetapi hari ini telah dikategorikan sebagai sekolah kurang murid.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, kepada kementerian berapakah hari ini, sekolah-sekolah sama ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina atau pun India yang mempunyai, yang merupakan sekolah kurang murid.

Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi kita memastikan bahawa sekolah-sekolah ini dapat dibela? Kalau boleh, kita padukan balik, kita ambil pelajar-pelajar daripada bandar, masyarakatnya di bandar mungkin ditempatkan di kawasan luar bandar ini supaya mereka dapat bersama-sama menyokong pembangunan ke sekolah-sekolah berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ada mencadangkan dalam RMKe-10 supaya kawasan saya di Maran diberikan perhatian dari segi pendidikan. Di kawasan saya tidak ada satu buah pun Sekolah Berasrama Penuh. Saya memohon kepada kerajaan supaya dapat membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh Di kawasan Maran. Kita ada sekolah Menengah Sri Jengka yang telah dikategorikan sebagai sekolah kluster, mendapat anugerah Kementerian Pelajaran yang boleh kita naik taraf, supaya dijadikan asrama penuh dan kita pilih sekolah lain supaya menjadi sekolah yang diletakan akan setaraf dengan sekolah berkenaan.

Begitu juga dari segi Sekolah Berprestasi Tinggi. Di Pahang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua tidak ada satu pun Sekolah Berprestasi Tinggi. Jadi, saya harap supaya Kementerian Pelajaran memberikan perhatian kepada perkara seperti ini dan dapat mengimbangkan supaya setiap negeri memperoleh peluang- peluang yang baik melalui peruntukan dari segi Kementerian Pelajaran dan kerajaan.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua ialah dari segi kesihatan. Kesihatan merupakan faktor kedua terpenting di samping ilmu pengetahuan. Tanpa adanya badan yang sihat tidak mungkin seorang manusia mempunyai akal yang sihat...

[Membaca sepotong hadis] Bantulah saya dan Maran. Saya mohon, Tuan Yang di- Pertua berapa kali saya sebutkan bahawa di Maran tidak ada lagi hospital.

final • 5:12 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Saya telah bercakap beberapa kali kepada kementerian, kepada Menteri Kesihatan dan kita telah menyediakan tapaknya di Maran. Akan tetapi hari ini kalau mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh tidak ada disenaraikan. Saya telah mencadangkan semula kepada EPU supaya Hospital Maran ini dimasukkan.

Ini adalah imej saya, ini maruah orang Maran. Banyak masalah-masalah kemalangan, kematian dan sebagainya, apabila berlaku di Maran maka susah kita hendak rujuk Hospital Temerloh dan juga Jengka. Jadi, saya harap ini dapat diberi perhatian dan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh Maran akan mempunyai sebuah hospital yang baru.

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua seperti yang dibincangkan oleh sahabat- sahabat saya tadi ialah dari segi kemudahan atau pun perkhidmatan pegawai perubatan. Banyak hospital dan klinik-klinik tidak mempunyai doktor-doktor perubatan sendiri. Saya harap berikanlah perhatian, kerana yang penting bagaimana kita boleh membangunkan rakyat luar bandar supaya setaraf dengan kehidupan rakyat-rakyat yang lain.

final • 5:12 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, dasar kemudahan sosial yang seimbang antara bandar dan luar bandar. Saya juga meminta supaya kerajaan memberikan perhatian yang lebih serius kepada kemudahan masyarakat luar bandar termasuklah jalan-jalan raya, kemudahan-kemudahan asas dan sebagainya. Ini termasuklah di kawasan-kawasan Orang Asli. Hari ini Orang Asli masih lagi ketinggalan, walaupun ada pembelaan yang dibuat oleh kementerian tetapi tahapnya masih lagi perlu dipertingkatkan. Kita tidak mahu melihat apabila sebut sahaja masyarakat Orang Asli, kita menganggap mereka adalah masyarakat kelas ketiga dan sebagainya. Kita hendak hari ini supaya masyarakat Orang Asli sama ada di Semenanjung Malaysia dan juga masyarakat bumiputera sama ada di Sabah dan di Sarawak mempunyai peluang yang sama menikmati kemakmuran, pembangunan dan kesejahteraan yang disediakan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah bagaimana kita boleh membantu memajukan masyarakat luar bandar. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menterinya ada di sini. Kita lihat koperasi cukup hebat sekarang ini. Kita ada mempunyai lebih kurang 7,400 koperasi dan mempunyai 6.7 juta ahli-ahli koperasi. Di antara koperasi ini ialah terdapat koperasi kredit yang menjalankan kegiatan kredit iaitu lebih kurang 70 tidak silap saya Yang Berhormat Menteri.

Saya mendengar baru-baru ini ada mungkin ura-ura daripada kerajaan ataupun AG - Akauntan Negara yang mencadangkan supaya peranan yang dimainkan oleh koperasi-koperasi sekarang ini yang menguruskan pinjaman pegawai kerajaan, pegawai awam dan sebagainya, yang mana hasil pulangan kembali ke koperasi hendak diagihkan pula kepada institusi kewangan seperti bank-bank. Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri yang berada di sini berikan perhatian supaya andainya perkara ini berlaku bukan sahaja kerugian yang dihadapi oleh koperasi yang mempunyai ahli yang cukup ramai 2.77 juta orang ahli. Ini di mana koperasi kredit ini telah menyumbangkan sejumlah RM11 juta iaitu 21% daripada sumbangan keseluruhan koperasi kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi. Yang mana duit-duit ini kita salurkan kepada ahli-ahli koperasi yang sebahagian besarnya adalah orang-orang luar bandar, orang miskin dan sebagainya.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Oleh sebab itulah saya berharap perkara ini dapat kita pertahankan dan jangan kita korbankan koperasi yang melibatkan ramai masyarakat luar bandar ini kerana hendak memberikan sedikit kemudahan kepada institusi kewangan yang telah banyak beroperasi di negara kita. Sekiranya ini berlaku maka beberapa kesan yang akan menimpa koperasi ialah:

(i) menggugat perniagaan dan menjerumuskan koperasi kredit kepada kemelesetan yang sukar dipulihkan;

(ii) mengurangkan sumber kewangan gerakan koperasi dan ANGKASA;

(iii) ia akan hanya menguntungkan pihak institut kewangan; dan

(iv) boleh menjerumuskan kakitangan kerajaan kepada keadaan perhutangan yang berat dan memudaratkan.

Ini di antara perkara-perkara yang mungkin memberikan kesan. Saya minta kerajaan dan terutamanya kementerian akan memberikan perhatian kepada perkara ini.

Berikutnya Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai pembangunan wilayah.

Saya sekali lagi meminta sebagai orang Pahang, ialah pembangunan tiga wilayah di Pahang iaitu Jengka, DARA dan juga LDP yang telah pun dituntut dahulu.

Sekali lagi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kita di sini. Saya percaya bahawa Yang Berhormat Menteri yang cukup komited ini akan memberikan perhatian yang cukup serius kepada peranan yang selama ini dimainkan oleh ketiga-ketiga kemajuan wilayah ini. Apakah cadangan untuk membuka semula agensi pembangunan wilayah ini akan kita teruskan? Apakah tindakan-tindakan yang harus diambil oleh kerajaan dalam memastikan perkara ini dapat dilaksanakan dengan segera?

Tuan Yang di-Pertua, rumah mesra rakyat adalah satu projek yang cukup baik kepada masyarakat. Bukan sahaja kerajaan melalui syarikat perumahan negara boleh memberikan pinjaman kepada pemohon-pemohon yang dikategorikan tidak terlalu kaya dan tidak miskin tetapi sederhana yang layak memohon. Akan tetapi dalam masa yang sama projek ini sebenarnya memberikan sebahagian komitmen masyarakat ataupun peserta itu di mana mereka membayar setiap bulan kepada pinjaman yang telah dibuat bagi mereka membina rumah mesra rakyat ini. Akan tetapi malangnya saya minta Kementerian Kewangan berikan perhatian. Hari ini saya hendak tahu, berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan, berapa yang telah dilaksanakan?

Keduanya, berapakah permohonan yang telah diluluskan tetapi tidak dilaksanakan? Juga berapakah permohonan yang telah dibuat tetapi tidak diberikan pertimbangan setakat ini? Saya mendapat maklumat ada di antara peserta kita yang telah pun membuat agreement dengan projek rumah mesra rakyat ini, tetapi sehingga ini tidak mendapat peruntukan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara ialah tentang PERMATA. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana memberikan perhatian kepada modal insan yang bermula dari anak-anak kecil ini. Apabila kita berbicara tentang PERMATA dan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercakap tentang PERMATA, maka adalah bunyi-bunyi di belakang kita, di sebelah kita seolah-olah memperkecilkan peranan yang dimainkan oleh isteri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sekalian, contohnya apalah susahnya kalau kita fikirkan kepada isteri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sibuk-sibuk ataupun bersusah-susah hendak membantu kerajaan dan rakyat, anak-anak kecil ini mendidik mereka, baik beliau duduk di rumah sahaja.

Akan tetapi oleh kerana komitmen yang ada pada seorang isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maka kita harap supaya kita memberikan sokongan kepada mereka kerana inilah harapan kita. Anak kecil di masa hadapan. Tadi ada pencadang cerita hal-hal anak kecil, tetapi apabila pihak kerajaan yang mencadangkan hal anak kecil mereka berbunyi. Ini benda yang double standard.

Saya hendak kalau boleh kita melihat bahawa anak kecil ini masa depan negara kita. Apa salahnya kita memberikan sokongan? Ini yang perlu kita berikan perhatian.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap supaya Rancangan Malaysia Kesepuluh ini akan memberikan kesan sebagaimana yang diharapkan oleh rakan- rakan yang lain kepada rakyat luar bandar. Saya tidak mahu akhirnya nanti dalam masa lima tahun akan datang, perkara yang sama berlaku di mana rakyat luar bandar ketinggalan. Sebaliknya rakyat di bandar yang kadang-kadang sebahagian dari mereka tidak menyokong kita pun diberikan keutamaan. Saya harap ini dapat diberikan perhatian dan saya berdoa kepada Allah SWT supaya Rancangan Malaysia Kesepuluh ini akan mendapat sokongan, hidayah dan kekuatan daripada Allah SWT, kepada kepimpinan kita di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin turut serta untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya ingin menarik perhatian kenyataan semalam oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tengku Datuk Azmir yang menyatakan kemungkinan MAS akan membatalkan enam tempahan kapal terbang airbus jenis A380 kerana kelewatan penghantaran pesawat itu. Sepatutnya penghantaran pertama boleh dibuat pada bulan Januari 2007 tetapi terpaksa ditunda sehingga ke suku kedua tahun 2012.

Sebelum itu memang kerajaan telah pun membelanjakan jumlah wang yang besar untuk pembinaan terminal yang khusus untuk kapal terbang jenis A380 dan landasan baru khas dibuat untuk pendaratan jenis pesawat ini. Ini telah pun disiapkan tiga tahun yang lalu, tetapi sehingga sekarang kita tidak dapat menggunakan segala kemudahan ini kerana kita masih tidak dapat penghantaran kapal terbang jenis A380 ini. Ini kerana kapal terbang ini mempunyai saiz yang besar dan tinggi dan ia perlu ada terminal khusus dan juga landasan yang luas untuk pendaratan jenis kapal terbang ini. Sekarang MAS berkata kemungkinan akan membatalkan tempahan kapal terbang jenis ini. Saya ingin tahu, sebelum itu kerajaan telah menggunakan berapa peruntukan untuk membina terminal dan juga landasan baru ini? Mengapa sekarang ini hendak dibatalkan semua ini? Saya harap kementerian dapat memberi penjelasan tentang hal ini.

Perkara kedua yang ingin saya sentuh di sini ada kaitan dengan dasar perkongsian awam swasta. Kalau ini dana yang digunakan untuk penswastaan amat besar iaitu RM63 bilion bersamaan 27.4% dari jumlah keseluruhan RMKe-10 yang melibatkan 52 projek utama.

final • 5:27 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ini sangat berisiko bebanan kepada rakyat bagi kesan jangka panjang dari segi beban hutang dan kos mengurus ditanggung oleh rakyat. Telah terbukti sistem penswastaan demi pembangunan yang dilaksanakan pada zaman Tun Mahathir telah membawa kekayaan kepada ahli politik, keuntungan syarikat pelaksanaan dan kroni politik. Akan tetapi kos juga tinggi kerana berlakunya amalan perkongsian Ali Baba dalam projek pembangunan. Kesannya, kos akan ditanggung oleh rakyat dalam tempoh yang lama kerana syarikat pasti mahu mengaut laba yang tetap dan banyak walaupun dalam keadaan ekonomi buruk sekalipun. Terbukti bagi projek lebuh raya, kerajaan tidak dapat membantah atau menghalang dengan konsisten setiap kali permintaan kenaikan kadar tol oleh syarikat konsesi.

Ini adalah kerana kerajaan telah dikatakan terhutang budi kepada konsesi ini yang telah mendahulukan wang mereka dalam pelaksanaan projek atas dasar penswastaan. Alasan kenaikan tol adalah kerana kos pengurusan meningkat dan syarikat kononnya akan rugi tetapi setiap tahun kewangan syarikat-syarikat tol telah untung ratusan juta ringgit. Sebagai bukti, bagi konsesi Lebuhraya PLUS telah meningkat keuntungan setiap tahun. Contohnya, untung sebanyak RM1.5 bilion pada tahun 2008 dan bertambah 7.1% menjadi RM1.62 bilion pada tahun 2009.

Secara begitu, bila diswastakan maka kos adalah tinggi. Begitu juga genggaman kerajaan untuk memberi kata penentu dalam membela kebajikan rakyat. Inilah masalah penswastaan. Akan tetapi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, tujuh lagi lebuh raya berbayar tol akan dibina. Maka, sudah pasti sejarah akan berulang lagi. Apakah jaminan kerajaan supaya derita rakyat tidak akan berlaku lagi kerana terpaksa belanja gaji bulanan untuk kos tol yang wajib ini.

Penswastaan ini juga kalau tidak telus akan membazirkan duit rakyat. Ini adalah kerana dasar ini mewujudkan syarikat kroni untuk menjalankan projek yang ditatang seperti di dalam dulang emas kerana syarikat tersebut dipilih bukan kerana pengalaman tetapi hasilnya kelak jika syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan, maka ia akan diselamatkan. Seperkara lagi ialah ketika kerajaan menjawab soalan saya di Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan mencadangkan akan mengkaji penstrukturan semula konsesi tol atau bercadang untuk menurunkan kadar tol. Akan tetapi, tiba-tiba sekarang tujuh lebuh raya dicadangkan akan dibina dalam RMKe-10 ini. Apabila semua projek lebuh raya ini yang bernilai RM19 bilion dan diumumkan sebagai perkongsian awam swasta, pastilah dikenakan tol kepada penggunanya.

Kini masa hadapan rakyat yang gelap telah sedia menunggu untuk membayar kepada syarikat konsesi tol dan memberikan keuntungan kepada mereka. Bukannya rakyat menunggu untuk mendapatkan kemudahan dan kebajikan daripada kerajaan. Sebenarnya kerajaan harus bertanggungjawab dalam membina kemudahan asas termasuk lebuh raya atau jalan raya dan bukannya diswastakan yang pada akhirnya syarikat konsesi akan mendapat keuntungan manakala rakyat akan menjadi mangsa. Di sini saya juga ingin tahu tentang status penstrukturan semula konsesi tol di negara ini. Kerajaan sebelum itu berkata dan mengumumkan akan mengambil tempoh satu tahun untuk mengkaji penstrukturan semula konsesi tol sama ada akan mengambil alih atau dengan cara lain supaya untuk tidak menaikkan harga tol di negara ini. Bagi kerajaan, mereka berharap dalam perjanjian sekarang, mereka memang berhak untuk menaikkan kadar tol setiap tahun dan kalau tidak berbuat demikian, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada konsesi tol ini.

final • 5:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya cadangkan kepada kerajaan supaya mengambil keputusan untuk mengambil alih konsesi tol di sekitar Lembah Kelang termasuk tol LDP dan juga Sprint Highway. Sebenarnya kedua-dua jalan ini adalah jalan asas dan hanya dibina flyover dan diberi kepada syarikat konsesi itu untuk mengutip tol. Kedua- dua tol ini di Sprint Highway dan juga LDP di Sunway, setiap hari kita mengalami kesusahan. Rakyat bukan sahaja bagi tol tetapi mereka menderita kerana kesesakan lalu lintas. Sebelum masuk tol sesak, keluar tol juga sesak.

Sebenarnya jalan raya pengguna mereka anggap, kalau saya bayar tol, sebenarnya saya dapat berjalan dengan lancar. Tidak ada gangguan. Akan tetapi saya bayar tol, kita terpaksa pula sesak di tol ini. So, saya rasa kerajaan perlulah mengambil tindakan yang drastik supaya mengambil alih tol LDP dan juga Sprint Highway kerana kedua-dua tol ini memang saya rasa selama ini rakyat menderita kerana dengan menggunakan tol ini terpaksa mengalami kesesakan lalu lintas...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Satu minit lagi ya? So, saya harap..

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah banyak tol, sudah panjang cerita.

final • 5:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

So, saya berharaplah kerajaan tibalah masanya untuk membuat keputusan. Jangan tunggu lagi. Sudah setahun kita ambil tetapi tidak ada jawapan langsung. So, saya berharap kementerian berkenaan boleh memberi satu jawapan konkrit sama ada dapat mengkaji untuk mengambil alih tol yang sedia ada supaya di Lembah Klang ini para pengguna dapat menggunakan jalan raya ini tanpa bertol dan segala kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Itu sahaja, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih. Yang Berhormat Pulai.

final • 5:30 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kerana telah memberikan saya peluang untuk berbahas dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Saya ingin menyentuh mengenai kutipan hasil Perbendaharaan Negara. Memandangkan Petronas telah menurun keupayaannya untuk memberikan lebihan dana kepada Perbendaharaan untuk membiayai pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan seterusnya, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan perlu menyusun semula aktiviti kutipan hasil melalui Jabatan Kastam dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Saya menyokong penuh dasar kerajaan untuk memperkenalkan GST yang diuruskan oleh Jabatan Kastam selaras dengan Dasar Ekonomi Baru kerajaan untuk mempelbagaikan sumber ekonomi negara supaya negara kita dapat mentransformasikan ekonomi daripada perkilangan kepada ekonomi yang berteraskan kepada penggunaan ataupun consumption. Peranan GST ini juga tepat kerana ia merupakan cukai yang paling adil untuk ekonomi yang berteraskan penggunaan. Maknanya, rakyat hanya dikenakan cukai kepada barang yang mereka beli sahaja dan bukan dikenakan cukai kepada pendapatan yang sebenarnya merupakan cukai yang regresif dan tidak telus dari segi taksirannya dan juga boleh terbuka kepada salah guna oleh ketua pengarah dan juga pegawai-pegawainya. Sistem GST apabila dilaksanakan, akan bercirikan lebih

final • 5:37 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed - Pulai

telus dan transparent kerana kutipan cukai yang akan dilakukan secara silang periksa atau cross checking di setiap peringkat perniagaan dari sumber mentah sampai kepada pembeli yang terakhir akan merupakan sebuah sistem yang adil.

Sistem ini akan mengelakkan gejala pelarian cukai dan ketirisan dalam kutipan cukai oleh Jabatan Kastam. Keperluan pembayar cukai untuk menyimpan data yang tepat secara pengkomputeran di Jabatan Kastam juga akan mengurangkan pertikaian di antara pembayar cukai dengan pegawai kerajaan yang menguruskan sistem tersebut. Ketelusan sistem GST ini juga akan mengurangkan peluang untuk Ketua Pengarah Kastam untuk menggunakan kuasa mutlak mereka menyiasat pembayar cukai dan membuka ruang untuk salah guna kuasa dan juga gejala rasuah. Kesimpulannya adalah sistem GST ini berkesan untuk mengurangkan ketirisan dan salah guna kuasa ketua pengarah dan pegawai-pegawainya melalui ketelusan rekod dan datanya dan sekali gus mengurangkan human contact di antara pembayar cukai dengan pegawai kerajaan yang menguruskan sistem tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan juga perlu meneliti semula sistem cukai pendapatan yang diguna pakai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya sistem tersebut lebih telus dan tidak boleh disalahgunakan untuk mengenakan pembayar cukai dengan cukai yang tidak munasabah. Lebih teruk lagi kalau sistem tersebut disalahgunakan untuk kepentingan Ketua Pengarah atau pegawai-pegawainya. Saya telah menerima banyak aduan daripada pembayar cukai persendirian dan juga syarikat kecil seperti SMI yang tidak puas hati dengan cara LHDN membuli mereka untuk membayar cukai yang tidak munasabah dan tanpa asas atau dokumentasi yang sah. LHDN sekarang ini juga sudah lupa mengenai peranan mereka sebagai rakan kongsi kepada perniagaan dan pembayar cukai di Malaysia dan lebih didorong oleh kepentingan ketua jabatan dan juga pegawai-pegawainya sendiri.

final • 5:37 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed - Pulai

Mereka sekarang bertindak lebih sebagai sheriff of Nottingham atau little Napoleon tanpa menghiraukan hak-hak pembayar cukai. Dalam keadaan ekonomi yang baru hendak mantap semula ini,ekonomi Malaysia dan juga keperluan ekonomi negara untuk menarik pelaburan dalam negara untuk mengurangkan kesan kemasukan modal asing luar negara atau FDI, LHDN sepatutnya bersikap long term atau jangka panjang di dalam dasar kutipan cukainya dan tidak menggunakan kuasa mutlaknya untuk menekan pembayar cukai di dalam negara.

Sebagai contoh, saya menerima aduan bahawa ramai pengusaha kecil atau besar di negara kita ini sekarang, diburu dan disiasat oleh LHDN secara persendirian walaupun syarikat mereka telah membayar cukai. LHDN dengan begitu mudah menggunakan kuasa menceroboh rumah untuk menggeledah rumah pembayar cukai tersebut dengan cara yang rambang dan tidak spesifik, seolah-olah mereka sebenarnya mencari maklumat dan bukan bertindak berdasarkan kepada maklumat yang mereka terima.

Tindakan mereka ini mencabuli hak pembayar cukai tersebut kerana pembayar cukai tersebut yang disiasat tidak mempunyai hak untuk mendapat pembelaan sekiranya mereka tidak bersalah. Kuasa mutlak menggeledah rumah yang diberikan oleh Ketua Pengarah LHDN ini sepatutnya ditarik balik, dan hanya boleh digunakan atau dilakukan dengan kelulusan Perintah Hakim Mahkamah, supaya tindakan tersebut dapat dibuat dengan telus. Sekurang-kurangnya ada check and balance daripada sistem kehakiman supaya hak asasi pembayar cukai akan terpelihara.

final • 5:40 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed - Pulai

Tuan Yang di-Pertua, saya menerima banyak aduan daripada pembayar cukai yang disiasat oleh LHDN yang merasakan bahawa mereka dianiaya.

Sebagai contoh, pembayar cukai yang dikenakan siasatan tidak diberikan peluang untuk mengetahui asas penyiasatan yang dikenakan kepada mereka. Sepatutnya mereka diberikan maklumat mengenai siasatan tersebut supaya penyiasatan tersebut akan dapat dibuat dengan secara telus.

Saya juga menerima laporan bahawa pembayar cukai yang disiasat ini, ada yang dihubungi oleh pegawai penyiasatan LHDN yang menawarkan perkhidmatan tax agent kerana mereka mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai penyiasat atau merupakan kawan kepada pegawai penyiasat dengan tujuan untuk mendapatkan taksiran dan juga settlement yang dapat dikurangkan.

Maknanya dalam LHDN ini juga ada panel tax agent pilihan yang bersekongkol dengan Ketua Pengarah dan pegawai-pegawainya dalam menguruskan siasatan dan juga taksiran dan juga settlement pembayar cukai yang berkenaan. Mungkin ada perbuatan pilih kasih dalam aktiviti siasatan, mungkin juga ada unsur-unsur rasuah dalam aktiviti siasatan LHDN ini.

Saya ingin mencadangkan kepada Ketua Audit Negara untuk menyemak kes siasatan yang menggunakan kuasa penyiasatan yang dipunyai oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri. Selain daripada itu, Ketua Audit Negara juga perlu menyiasat proses dan juga kewajaran taksiran yang dikenakan oleh LHDN dalam kes-kes siasatan sejak 10 tahun yang lepas, untuk memastikan bahawa siasatan taksiran dan settlement yang dikenakan kepada pembayar cukai yang telah disiasat tersebut adalah adil dan bersih daripada salah laku pegawai.

Pembayar cukai yang tidak mengambil khidmat tax consultant panel yang dipilih oleh pegawai-pegawai penyiasat ini, akan dikenakan taksiran yang tidak munasabah dan juga disuruh bayar dahulu taksiran yang dikenakan. Kalau mereka tidak bersetuju, mereka disuruh merayu kepada Suruhanjaya Percukaian.

Masalahnya Suruhanjaya Percukaian ini telah dianggotai oleh bekas pegawai LHDN yang selalunya bertindak memihak kepada LHDN.

Malang sekali untuk pembayar cukai, walaupun mereka boleh merayu kepada mahkamah tinggi, tapi akhirnya mereka tidak sanggup kerana kos mahkamah yang tinggi dan juga masa yang diambil oleh mahkamah yang begitu panjang. Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kewangan, untuk melihat semula komposisi Suruhanjaya Percukaian ini dan memilih anggotanya daripada kalangan orang biasa atau layman dengan izin yang akan bertindak secara berkecuali dan bukan daripada kalangan bekas pegawai LHDN yang bertindak berat sebelah.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali apabila sistem GST ini dilaksanakan, saya hendak mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya menggabung kedua-dua sahaja jabatan kutipan hasil kerajaan ini kepada satu unit sahaja, iaitu gabungkan Jabatan Kastam dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya sistem kutipan cukai di negara kita ini akan dapat diselaraskan, dan juga dijadikan transparent kepada pembayar cukai.

Negara Jepun dan Korea telah lama menggabungkan Jabatan Kastam dan LHDN mereka, dan mereka berjaya mengutip hasil cukai yang lebih tinggi.

Cara ini juga akan dapat mengurangkan jumlah little Napoleon dalam sistem kutipan hasil negara kita ini yang melibatkan jumlah dana yang besar dan juga terbuka kepada ketirisan. Sistem kutipan hasil negara kita ini sepatutnya dijalankan dengan telus, tepat, secara berkomputer dan tidak bergantung kepada pegawai yang mengendalikannya. Sistem yang dipakai oleh LHDN sekarang ini

final • 5:40 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed - Pulai

masih bergantung kepada budi bicara dan kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarahnya.

Saya berharap kerajaan tidak akan memberikan sambungan kontrak kepada Ketua-ketua Pengarah LHDN selepas mereka melepasi umur pencen kerana tindakan tersebut hanya akan memperkukuhkan lagi kedudukan Ketua Pengarah tersebut dan menggalakkan sikap little Napoleon dalam sistem kutipan cukai negara kita ini. LHDN juga perlu kembali kepada peranan asalnya sebagai rakan kongsi pembayar cukai, dan bukan bertindak membuli pembayar cukai sehingga mereka tidak berminat untuk melabur di dalam negara kita kerana dengan tujuan membesarkan perniagaan mereka. Saya juga mendengar rungutan daripada ramai pembayar cukai bahawa mereka tidak mahu lagi melabur semula di dalam negara, dan mahu membawa wang mereka keluar dan melabur di luar negara kerana tindakan LHDN membuli mereka. Kejayaan RMKe-10 ini di dokong oleh pelaburan swasta yang dianggarkan lebih kurang 12% daripada jumlah pelaburan yang diperlukan.

Saya khuatir sekiranya sikap little Napoleon di Lembaga Hasil Dalam Negeri ini diteruskan, dan ramai lagi pembayar cukai persendirian dan lebih penting lagi small medium skill industry (SMI) membuat keputusan untuk tidak melabur terus atau lebih teruk lagi membawa wang mereka keluar dari negara.

Maka saya takut objektif Rancangan Malaysia Kesepuluh tidak akan tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tunku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 5:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

rentetan daripada Rancangan Malaysia Keenam menunjukkan bahawa kadar penyertaan tenaga buruh wanita di Malaysia pada tahun 1970 ialah 37.2%, 20 tahun kemudian pada tahun 1990, angka ini bertambah menjadi 46.7%. Dalam masa dua dekad lamanya, kadar penyertaan tenaga buruh wanita meningkat kurang daripada 0.5% setiap tahun. 20 tahun selepas 1990, pada tahun 2010 iaitu tahun ini. Kadar penyertaan tenaga buruh wanita menurun tidak meningkat tetapi menurun kepada 40% walaupun enrolment mahasiswi awam meningkat kepada 62%. Kini dalam RMKe-10, kerajaan menyasarkan untuk mencapai kadar penyertaan tenaga buruh wanita sebanyak 55% pada tahun 2015, ataupun peningkatan sebanyak 9% dalam masa lima tahun.

Bagaimanakah kerajaan bertujuan untuk mencapai matlamat ini sedangkan rekod lama menunjukkan bahawa kerajaan mengambil masa 20 tahun untuk mencapai peringkat 9% semasa RMKe-6, dan selepas itu angka tersebut telah merosot sehingga sekarang. Dua faktor kenapa kadar penyertaan tenaga buruh wanita rendah telah dikenal pasti dalam RMKe-6 iaitu:

(i) wanita kekurangan kemahiran yang diperlukan untuk sektor pekerjaan;

(ii) wanita terpaksa mengimbangi pekerjaan dan kerja di rumah.

Antara langkah penyelesaian yang telah digariskan termasuk waktu kerja fleksi, bekerja dari rumah ataupun aturan kerja separuh masa, part time work

final • 5:45 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

arrangement. Semua ini telah ada dalam RMKe-6, 20 tahun yang lalu.

Malangnya rancangan-rancangan ini ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Sehingga hari ini, kebanyakan program masih belum dilaksanakan dan retorik ini diulangi lagi 20 tahun kemudian dalam RMKe-10. Dalam RMKe-10 ini, akhirnya kerajaan akan memperkenalkan peraturan kerja separa masa di bawah Akta Kerja 1955.

■1750 Ini jelas menunjukkan kerajaan tiada komitmen dan tiada keupayaan untuk menjayakan rancangan yang ditulis dalam bahasa yang indah-indah belaka. Bagi meningkatkan penyertaan para wanita dalam tenaga kerja, kita perlu mempunyai satu skim perkhidmatan jagaan kanak-kanak yang baik. Sehingga kini berapakah pusat penjagaan kanak-kanak yang telah dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional dan berapa pula perkhidmatan jagaan kanak-kanak yang ditubuhkan oleh majikan dengan geran kerajaan? Berapa buah pusat jagaan kanak-kanak yang ada ditubuhkan dalam RMKe-10?

Dalam laporan RMKe-10, 2,077 pusat jagaan harian komuniti dikatakan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini bukan sahaja meningkatkan risiko kepada keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang dijaga, malah mengurangkan potensi pusat sedemikian sebagai penjaga bagi membebaskan wanita terutamanya ibu-ibu ke dalam pasaran kerja. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah ianya disebabkan oleh masalah birokrasi dan ketiadaan dasar dan perundangan yang jelas tentang penubuhan pusat jagaan harian dan pusat jagaan kanak-kanak?

Dalam laporan RMKe-6, menyedari pentingnya peranan wanita dalam pembangunan, kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara 1989. Antara objektif dasar tersebut termasuklah:-

(i) untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilihan sumber dan maklumat di samping mendapatkan peluang dan faedah daripada pembangunan; dan

(ii) untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua faktor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.

20 tahun selepas RMKe-6, kerajaan masih tidak berupaya untuk mengarusperdanakan gender serta mengamalkan gender responsive budget di sektor awam. Antara sebab mengapa rancangan-rancangan yang indah tidak dapat dilaksanakan ialah kerana terdapat jurang gender yang besar pada peringkat pembuat keputusan tinggi serta dalam politik. Kerajaan kekurangan pemimpin yang benar-benar memahami pentingnya untuk memaksimumkan tenaga kerja wanita bagi membangunkan ekonomi negara ke peringkat seterusnya.

Di bawah tajuk Pembangunan Keluarga dalam laporan RMKe-6, kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memupuk kesedaran masyarakat betapa pentingnya untuk wanita dan lelaki berkongsi tanggungjawab kekeluargaan.

Dalam RMKe-10 juga disebut tentang program ibu bapa di tempat kerja, namun tanggungjawab kekeluargaan terus dijadikan antara sebab utama kadar

final • 5:45 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

penyertaan tenaga buruh wanita yang rendah. Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional gagal dalam mempromosikan konsep perkongsian tanggungjawab yang disebutkan dalam RMKe-6.

Apakah sumber yang akan diperuntukkan bagi melaksanakan program kesedaran perkongsian tanggungjawab kekeluargaan di dalam RMKe-10?

Bagaimanakah kerajaan berhasrat untuk menjana ekonomi pendapatan tinggi apabila lebih separuh daripada populasi wanita di negara ini tidak menyertai pasaran ekonomi secara aktif. Situasi ini tidak berubah dalam masa 20 tahun ini di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Justeru itu saya ingin menanya, apakah program-program yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita daripada 66% kini kepada 55% pada tahun 2015, dan bagaimanakah kita akan berjaya dalam lima tahun, apa yang kita telah gagal capai dalam masa 20 tahun?

Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun penagihan biasiswa JPA yang tidak adil telah menimbulkan masalah dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar dan ibu bapa kaum bukan bumiputera. Ada pihak yang mendakwa bahawa untuk tahun ini, daripada 1,500 biasiswa luar negeri yang ada, 1,200 telah diberi kepada pelajar bumiputera. Saya meminta pihak kerajaan mengesahkan sama ada dakwaan tersebut adalah benar. Saya menyeru kerajaan supaya lebih telus dalam perkara ini demi mengurangkan syak wasangka dan susah hati di kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan patut memaparkan nama-nama pelajar yang berjaya mendapat biasiswa serta keputusan peperiksaan mereka seperti yang dilakukan di negara-negara lain.

Akhbar Sinar Harian pada 27 Mei yang lalu melaporkan bahawa seorang pelajar cemerlang, Jay Ray Sita yang mendapat keputusan SPM, 9A 1B telah gagal dalam permohonan memasuki universiti dan matrikulasi. Beliau berasal daripada keluarga ibu tunggal di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Saya berpendapat bahawa beliau patut diberi peluang, jikalau kita mengambil kira pencapaian beliau, keadaan keluarga dan bahawa beliau berasal dari luar bandar. Pelajar seperti Ray Sita ini patut diberi keutamaan.

final • 5:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit lagi, Yang Berhormat.

final • 5:45 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Termasuk juga pelajar-pelajar OKU.

Syarat untuk mendapatkan biasiswa bagi golongan ini tidak patut sama dengan pelajar yang lain. Ini kerana pelajar OKU terpaksa memberi usaha yang lebih untuk berjaya berbanding pelajar yang sihat. Pelajar OKU yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan juga patut diberi keutamaan dalam pengagihan biasiswa.

Tuan Yang di-Pertua, masyarakat Cina dan India berasa kecewa dengan RMKe-10. Walaupun Perdana Menteri menjanjikan perubahan dan pembaharuan, namun masalah SRJK(C) dan SRJK(T) masih tidak selesai. Sekolah-sekolah ini terus dianaktirikan, menerima layanan yang tidak adil. Saya menyeru kepada Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih bertanggungjawab dalam pembinaan sekolah. Bina sekolah di tempat yang memerlukan tanpa mengira sama ada SRJK(C) atau SRJK(T). Kerajaan juga patut mengambil langkah bagi mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate) bagi membolehkan pelajar memasuki universiti awam dan maktab perguruan.

Sijil ini telah dilaksanakan di Malaysia untuk 35 tahun dan diberi pengiktirafan di institusi pengajian tinggi di Singapura, China, Taiwan, Australia dan lain-lain negara tetapi Kerajaan Barisan Nasional sehingga kini tidak ingin

final • 5:45 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

memberi pengiktirafan ini. Kerajaan juga harus bertanggungjawab untuk memberi peruntukan bagi tujuan...

final • 5:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sudah lebih 1 minit, Yang Berhormat.

final • 5:45 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Hanya sedikit sahaja. Memperbaiki bangunan-bangunan sekolah serta membekalkan perabot dan perkakas yang diperlukan. Saya mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri dalam ucapan RMKe-10 bahawa semua sekolah akan diberi bantuan kos utiliti sebanyak RM2,000. Walau bagaimanapun, bagi sekolah-sekolah yang mempunyai populasi yang besar, RM2,000 tidak mencukupi sama sekali. Saya ingin mencadangkan selaras dengan hala tuju kerajaan dalam RMKe-10 untuk mempertingkatkan kemudahan asas di sekolah supaya bantuan kos utiliti diberikan berdasarkan penggunaan sempurna setiap sekolah.

Akhir sekali, sebuah masyarakat yang inclusive...

final • 5:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sudah dua minit berlalu, Yang Berhormat.

final • 5:45 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Last, last ini.

final • 5:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tahu, Yang Berhormat. Saya berterima kasihlah kepada Ahli bila saya kata berhenti itu, berhenti.

final • 5:45 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasihlah.

final • 5:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Parit.

final • 5:45 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut berbahas tentang Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sebelum daripada itu saya dan rakan-rakan daripada Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza ingin mengucapkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak kerajaan, [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia yang telah pun mendoakan kesihatan dan kekuatan serta keselamatan bagi kami untuk meneruskan misi bantuan ke Gaza tempoh hari, dan juga setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah pun membuat usul bagi mengutuk kekejaman Rejim Zionis Israel pada 7 Jun yang lepas, bersama-sama mendapat sokongan daripada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat ini.

final • 5:59 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesepuluh dibentangkan Perdana Menteri disifatkan sebagai satu pelan komprehensif yang mampu mengangkat martabat negara daripada sebuah negara berpendapatan menengah kepada negara berpendapatan tinggi. Saya menyifatkan RMKe-10 sebagai komitmen kerajaan yang paling komprehensif yang meliputi kepentingan masyarakat di semua peringkat. Penekanan terhadap modal insan, inovasi dan teknologi, pendidikan selain menyentuh kepentingan masyarakat secara keseluruhan merupakan antara sentuhan terbaik di dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

final • 6:00 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Di dalam Teras Empat Rancangan Malaysia Kesepuluh, membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia, RMKe-10 menyasarkan menjelang tahun 2015, pengetua dan guru besar menerima ganjaran kewangan dan bukan kewangan berdasarkan kepada indeks KPI bagi sekolah menengah dan bagi sekolah rendah. Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 buah sekolah menengah dan sekolah rendah diiktiraf sebagai kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Kebanyakan sekolah berkenaan adalah sekolah menengah elit seperti SBT yang semua maklum murid-muridnya adalah dipilih daripada kalangan yang cemerlang – 5A UPSR dan 8A PMR. Manakala bagi sekolah rendah pula adalah sekolah-sekolah yang terletak di bandar yang mana pelajarnya daripada latar belakang keluarga yang menitikberatkan kecemerlangan akademik dan sosioekonomi yang banyak membantu.

Dalam hal ini, adalah agak sukar bagi sekolah menengah dan sekolah rendah yang terletak di luar bandar dan pedalaman untuk bersaing. Saya menyarankan pihak kementerian dapat memikirkan kaedah yang berkesan dalam mengiktiraf dan memberikan ganjaran kepada sekolah, pengetua dan guru besar.

Adalah amat sedih seandainya berlaku sekolah elit dijulang melangit sedangkan sekolah di luar bandar dan pedalaman semakin terpinggir.

Natijahnya, apabila guru-guru di luar bandar berasa amat sukar untuk mencapai kecemerlangan tahap KPI yang ditetapkan, mereka akan jadi semakin tidak bermotivasi untuk terus bersaing dengan sekolah elit ataupun bandar.

Akhirnya, jurang prestasi akademik antara sekolah-sekolah elit bandar dengan sekolah luar bandar semakin luas.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyarankan kepada pihak kementerian terutamanya Bahagian Pengambilan Guru untuk memilih calon KPLI yang berkebolehan dan layak dari segi akademik, kokurikulum dan sukan kerana ada rungutan dari kalangan pelajar, ibu bapa dan guru-guru sendiri tentang kualiti sebahagian guru-guru lepasan KPLI ini, terutamanya kawalan kelas yang lemah, kurang membantu pembentukan disiplin murid, kelemahan P&P mengikut aras kebolehan murid dan kekurangan kemahiran pengetahuan dalam bidang sukan dan kurikulum sedangkan Menteri Pelajaran berhasrat mulai tahun 2011, setiap seorang murid menyertai sejenis sukan.

Saya juga menggesa pihak kementerian khususnya BPG mempercepatkan pelaksanaan bagi melanjutkan kursus KPLI daripada setahun kepada setahun setengah supaya bakal guru mendapat bekalan ilmu yang mencukupi terutamanya pedagogi dan psikologi pendidikan. Kita seboleh- bolehnya tidak mahu terjadi seperti kata pantun orang tua-tua:

Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki.

Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi’.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh skim perkhidmatan pegawai kanan polis. Saya ingin menyentuh sedikit di mana pihak polis telah banyak membantu menjaga kemakmuran negara. Pihak polis juga banyak memberi impak kepada pembangunan negara. Justeru itu saya memohon pihak kementerian memperkemas dan penambahbaikan semula gred gaji terhadap anggota-anggota polis yang mana jawatan mereka setaraf dengan jabatan lain tetapi gred gaji mereka masih ketinggalan serta masih jauh berbeza. Mereka ini diibaratkan

final • 6:00 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

kembar tetapi tidak seiras, serupa tetapi tidak sama sedangkan sektor inilah yang banyak memberi sumbangan dan setia kepada kerajaan.

Skim perkhidmatan pegawai kanan polis yang bermula dengan inspektor adalah tidak menarik jika dibandingkan dengan pegawai awam di jabatan kerajaan yang lain. Walaupun syarat kemasukan ke jawatan inspektor telah dinaikkan dari diploma kepada ijazah sarjana muda, namun kemajuan kerjayanya amatlah perlahan kerana kenaikan pangkat ke ASP, DSP dan Supt masih lagi berada di gred time scale. Mereka hanya menikmati skim super skill setaraf dengan gred 48 di jabatan kerajaan yang lain. Apabila mereka naik pangkat Assistant Commissioner Police (ASP), ini bermakna mereka terpaksa melalui kenaikan pangkat sebanyak tiga kali untuk melayakkan berada di gred 48. Berbanding dengan pegawai awam di jabatan kerajaan yang lain, bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, akan memulakan kerjaya bermula dengan gred 41 dan setelah beberapa tahun berkhidmat, akan dinaikkan gred 44 secara time based dan seterusnya akan menikmati skim super skill iaitu gred 48 iaitu hanya dua kali naik pangkat sahaja.

Ini menyebabkan pegawai kanan polis hanya menikmati skim super skill di usia yang telah lewat berbanding dengan rakan-rakan mereka di jabatan awam yang lain. Kedudukan ketua-ketua jabatan di peringkat daerah dan negeri, contohnya ketua polis di peringkat daerah dan negeri memperlihatkan ketinggalan berbanding dengan ketua-ketua jabatan awam yang lain. Umpamanya di peringkat daerah, ketua polis daerah ada yang berpangkat Deputy Superintendent Police

(DSP), Superintendent (Supt) dan bandar-bandar besar berpangkat Assistant Commissioner Police (ASP).

Ini bermakna ketua polis daerah yang paling tinggi pangkatnya iaitu ACP hanya berada di gred 48 berbanding dengan pegawai pelajaran daerah gred 52 atau 54 dan pegawai daerah yang berada di gred 54. Manakala kebanyakan pengetua sekolah menengah pula berada di gred 48 atau gred 52 dan ada yang berada di gred yang paling tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam pembangunan sains, teknologi dan inovasi, melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Program Karnival Malaysia dan Inovasi yang telah diadakan di Kota Kinabalu bagi peringkat zon Sabah baru-baru ini. Pelbagai ciptaan dan rekaan telah dihasilkan oleh pelajar sekolah dan pelbagai syarikat telah menyertainya dengan idea-idea yang sangat kreatif. Perkara ini secara jelas menunjukkan bahawa rancangan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri berasaskan inovasi dan kreatif telah dapat direalisasikan dengan sebaiknya oleh rakyat.

Tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kerana berfikiran jauh dan ditunjukkan dengan jelas oleh rangkaian cyber security dengan mengujudkan kumpulan harapan di bawah kelolaan Warisan Global di mana memberikan penekanan terhadap pembangunan inovasi, jati diri terhadap orang-orang kurang upaya untuk terus memberikan idea dan hasil kreativiti dan sumbangan terhadap pembangunan negara dan diri mereka sendiri.

Prasarana jalur lebar...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, satu minit lagi, Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit

Dengan peningkatan prasarana ini, diharapkan masyarakat luar bandar dapat mengujudkan projek-projek industri kampung atau projek-projek berasaskan pertanian dan penternakan yang mana

final • 6:00 PM

Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit

akan menjana pendapatan isi rumah serta dapat mengembangkan lagi ekonomi setempat. Perwujudan semula pasar tani di seluruh negara adalah satu langkah kerajaan membantu golongan rakyat memasarkan hasil pertanian secara terus dan mengujudkan rangkaian yang lebih luas lagi melaluinya.

Selain daripada itu, keprihatinan kerajaan terhadap rakyat telah diperlihatkan dengan peningkatan pelbagai strategi yang telah ditetapkan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah berpendapatan 40%. Ini adalah bertujuan untuk memastikan rakyat semua golongan akan menikmati kemakmuran negara bersama-sama. Sekian, saya dengan itu, menyokong.

final • 6:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 6:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan tempatan untuk menangani masalah pertumbuhan internat kafe yang menjalankan aktiviti haram.

Satu masa dahulu, masalah pornografi dan sekarang masalahnya ialah perjudian siber. Walaupun Selangor dikatakan bertambah internat kafe dengan perjudian siber, kononnya kerana kelemahan Kerajaan Selangor, masalah ini juga dihadapi oleh Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, pusat-pusat bandar di seluruh negara. Disebabkan perubahan di dalam cara hidup anak-anak muda sekarang, internat kafe menjadi tarikan kepada mereka. PBT-PBT seolah-olah tidak bermaya menangani gejala sosial ini.

final • 6:19 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Pengusaha-pengusaha internet cafe yang haram tanpa lesen dan kita dapati bahawa kebanyakan daripada pengusaha-pengusaha internet cafe yang terjerumus atau menjalankan perjudian haram ini adalah melakukannya tanpa lesen dan terus-menerus mencabar peraturan dan undang-undang walaupun mereka diserbu dan diambil tindakan oleh pihak polis, di kompaun dan sebagainya, pusat-pusat kafe siber ini tumbuh semula. Persoalannya adalah kenapa?

Di sesetengah tempat PBT, penguatkuasaannya amat lemah sekiranya mereka bertegas maka mereka diugut kerana sindiket yang melindungi aktiviti perjudian haram di internet cafe ini sebenarnya sangat berleluasa di kawasan- kawasan perbandaran. Baru-baru ini kira-kira dua minggu yang sudah, seorang ahli majlis daripada MPK telah diugut dan apabila dibaling Molotov coctail ke kawasan rumahnya dan ini adalah kerana tindakan beliau yang tegas untuk mengambil tindakan ke atas internet cafe yang haram.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengatakan di sini bahawa hukuman yang ada amatlah lemah. Denda yang hanya setakat RM2,000 sahaja kompaun itu, sangat sedikit kalau dibandingkan dengan aset-aset yang dirampas dari internet cafe ini yang mungkin berjumlah lebih tinggi lagi. Oleh itu tidak menjadi satu masalah kepada pengusaha-pengusaha internet cafe ini untuk membayar denda atau kompaun itu kemudian mendapat semula aset mereka ini.

Oleh itu kita mengharapkan bahawa satu rombakan atau satu review dengan izin

final • 6:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

bentuk hukuman yang perlu dikenakan ke atas pengusaha-pengusaha cyber cafe yang haram ini.

Di samping itu, kita perlu ada undang-undang atau peraturan yang lebih tegas kepada pemilik premis yang membenarkan aktiviti haram ini berlangsung dan juga semua, maknanya yang terjebak termasuk pengusahanya, pekerjanya dan juga pengunjung internet cafe yang terlibat dalam perjudian haram ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendapat maklumat bahawa di Selangor terutamanya tidak mendapat kerjasama yang baik daripada pihak polis. Serbuan ke atas internet cafe, cyber cafe ini yang dinaungi oleh sindiket yang begitu rakus ini sering bocor sekiranya serbuan itu diminta tolong atau diminta kerjasama daripada polis dan acap kali pihak polis tidak hadir bersama untuk menguatkuasakan. Jadi tidak ada ketakutan di pihak pengusaha itu dan perkara ini akan bertambah berleluasa. Jadi saya harap satu tindakan yang lebih tegas diambil ke atas pengusaha-pengusaha haram internet cafe ini.

Isu penguatkuasaan ini bukan sahaja dengan perusahaan haram internet cafe, ia juga berlaku dengan pencurian pasir di Selangor. Dari awal saya mula menjadi wakil rakyat saya didatangi oleh pelbagai pihak yang mengadu bahawa memang terdapat sindiket yang begitu berpengaruh dipimpin atau dipunyai oleh orang-orang yang terlibat dengan politik semenjak sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor.

Jadi kadang-kadang saya sendiri terpaksa menelefon pejabat-pejabat tanah untuk meminta mereka bertindak di atas pencurian pasir dan biasanya mereka menjawab, “YB, kita orang tidak terdaya melakukan apa-apa kerana mereka bekerja round the clock, hari ini kita hendak pergi mereka sudah tidak ada di situ.” Jadi inilah masalah yang dihadapi di mana kesilapannya di mana kebocoran maklumatnya hanya pihak-pihak yang tertentu sahaja mengetahui perkara ini.

Perkara yang seterusnya mengenai internet cafe atau apa-apa bangunan yang tidak mendapat lesen daripada PBT adalah bekalan air dan api. Saya merasa hairan kerana diberitahu oleh pihak PBT bahawa walaupun lesen bangunan ataupun premis itu tidak diberi oleh pihak PBT, pihak yang membekalkan elektrik dan air masih boleh membekalkan. Undang-undang tidak menghalang pihak mereka daripada untuk meneruskan bekalan ini dan mereka tidak merasa terpaksa untuk memotong bekalan air dan api.

Sekiranya ada keselarasan di antara semua pihak dan bersifat bertanggungjawab, TNB atau pihak Syabas dengan PBT, maka dengan sendirinya apabila sesuatu premis tidak mendapat kebenaran untuk dibangunkan atau diusahakan maka dengan sendiri tidak ada bekalan air dan api, dengan sendirinya tidak dapat meneruskan perniagaan yang tidak diizinkan ini. Inilah di antara sebab kenapa gerai-gerai, penjaja dan sebagainya tumbuh seperti cendawan walaupun tidak mendapat kebenaran daripada PBT tetapi air dan api tetap mereka dapat daripada TNB dan SYABAS. Jadi bagaimanakah kita hendak mengatasi masalah bangunan haram ataupun kedai haram dan apabila setelah mereka menjalankan perniagaan yang agak lama maka kita pula yang akan dituduh zalim kerana ingin melaksanakan peraturan-peraturan yang ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan sedikit mengenai persoalan modal insan. Walaupun kerajaan telah menetapkan bahawa ada 11 sektor ekonomi NKEA ini, realitinya adalah statistik yang terbaru hampir 60,000 daripada graduan universiti tempatan tidak mempunyai kerja dan 70% adalah

final • 6:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

daripada universiti awam, 26% adalah universiti swasta. Kajian yang dilakukan oleh Jobs Street dan EPU pun mengatakan bahawa ada masalah dari segi:

(i) kelulusan ataupun bidang yang mereka ambil tidaklah bidang yang dikehendaki oleh pihak industri;

(ii) kualiti dari segi komunikasi dan penguasaan bahasa Inggeris; dan

(iii) terlalu memilih kerja.

Tuan Yang di-Pertua, isu bahasa Inggeris adalah isu yang sudah lama kita alami sehinggakan kerajaan telah mengambil sikap untuk mengadakan PPSMI dengan alasan bahawa ini akan memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris.

Namun kita sedar bahawa tidak semestinya satu aliran bahasa Inggeris itu perlu untuk memperkasakan seseorang itu dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya ia bergantung kepada sikap. Kalau kita lihat cara pengajaran, cara universiti- universiti di luar negara, misalnya di Eropah...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

...Mereka mengambil bahasa ketiga di universiti dan mereka dapat menangani bahasa dengan baik. Jadi saya harap kerajaan dapat review cara pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri kepada communication, kepada perhubungan daripada kita stress kepada grammar dan sebagainya. Walaupun tidak habis Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih. Ya Yang Berhormat Arau.

final • 6:10 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillaahir Rahmaanir Rahiim..., atas memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan RMKe-10 ini walaupun ada sesetengah rakan-rakan membangkitkan bahawa RMKe-10 ini adalah retorik dan sebagainya tetapi perlu diingat kita perlu ada garis panduan. Kita mesti ada planning selepas itu diikuti oleh organizing, directing dan controlling kalau kita hendak memimpin syarikat, negara dan sebagainya.

Jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyentuh soal perjalanan Wawasan 2020 yang kita jangkakan dalam keadaan yang cukup getir dengan keadaan yang uncertainty, dengan izin disebabkan oleh keadaan dan pentas ekonomi dunia yang kita lihat terlalu banyak berubah terutamanya dari segi struktur-struktur yang melibatkan perjalanan yang sukar diramal dalam ketika menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi. Ini terutamanya dengan kebangkitan negara Timur Tengah, dan negara Greek yang juga turut memberi saingan dalam perjalanan ekonomi negara.

Dalam pada itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah turut menggariskan soal persekitaran pelaburan yang kondusif untuk kita pastikan bahawa dalam keadaan sekarang tumpuan seperti modal insan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya tadi sama ada dari pembangkang ataupun kerajaan

final • 6:18 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

semuanya merupakan di antara tumpuan penting dan fokus yang harus diberi oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan soal masalah kawasan.

Kawasan saya adalah kawasan pertanian dan tanaman utamanya ialah tanaman padi dan di antara termasuk di dalam ‘jelapang padi’ negara iaitu melibatkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di wilayah satu dan wilayah dua.

final • 6:18 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Saya ingin membangkitkan dalam soal kita mengurangkan, mengimbangkan soal import beras daripada luar negara, kerajaan telah menyasarkan iaitu 10 tan sehektar seperti mana yang kita lihat dari segi pencapaiannya, ada yang mencapai, ada yang tidak dan ada yang sekadar di peringkat pertengahan 7 hingga 8 tan sehektar. Akan tetapi umum telah mengetahui bahawa kejayaan kerajaan memperkenalkan konsep estet yang dianggap sedikit sebanyak telah menolong kepada pihak petani untuk mendapat pendapatan yang lebih melalui pelbagai insentif yang telah diberikan tetapi, apa yang ingin saya bangkitkan di sini soal sistem... Yang ada di kawasan, yang melibatkan 12 lagi blok perairan di MADA Perlis yang belum lagi mendapat sistem pengairan yang sempurna hasil ataupun kedudukan, soal prasarana yang usang yang telah dibina sejak begitu lama. Ada yang ketika masih lagi kita belum mencapai kemerdekaan negara. Ada di antaranya yang merupakan pintu laut, Terusan Arau yang dibina pada tahun 1954, soal maintenance yang tinggi dan soal kebocoran air, yang dalam keadaan cuaca yang tidak menentu telah menyebabkan peningkatan dari segi maintenance dan sebagainya.

Saya mohon supaya dalam RMKe-10 ini, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh supaya perkara-perkara ini diberikan tumpuan terutamanya dalam memastikan bahawa sistem ini dapat kita bangunkan secepat mungkin. Walaupun ada sedikit halangan dalam untuk pembangunan estet kerana sikap petani sendiri kurang memberi kerjasama. Kemudian golongan orang tengah yang selama ini mengaut keuntungan daripada petani yang masih lagi merupakan di antara halangan-halangan yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian.

Selain daripada itu, saya ingin membangkitkan soal subsidi seperti rakan- rakan lain. Subsidi sekarang yang diberikan oleh kerajaan banyak tidak sampai ke sasaran sebenarnya, untuk kita pastikan golongan yang berpendapatan rendah memiliki subsidi, menikmati subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan dalam keadaan yang begitu besar. Sekarang ini dinikmati oleh semua golongan, orang kaya, orang pertengahan, golongan pendatang asing dan sebagainya.

Cuma fokus saya di sini pada soal beras Super Tempatan 15 atau ST15 yang saya lihat melibatkan RM28 juta sebulan ataupun yang terpaksa dikeluarkan pada tiap-tiap bulan. Kita lihat beras nasional ini tidak ada dalam pasaran kerana kita lihat sekali lagi kita terpaksa beri peluang kekayaan kepada pemborong- pemborong untuk mengaut keuntungan yang luar biasa.

Apabila beras ini diakui oleh jawapan Yang Berhormat Menteri sekali pun di Dewan yang mulia ini bahawa ST15 ini banyak gagal, malah kedai-kedai runcit ataupun retailers yang ada di negara kita dengan izin yang tidak dapat mempamerkan, menjual dalam kadar yang diperlukan oleh penduduk setempat seperti mana yang mereka patut menikmati pada kadar RM16.50. Akan tetapi ditukar kampit sahaja sudah meningkat kepada RM27.00 sedangkan content atau... Yang ada pada beras berkenaan masih lagi ST15 dijual pada ST10, 5 dan sebagainya.

final • 6:20 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon di sini kerajaan membuat kajian semula tentang perkara ini supaya kita boleh memikirkan kaedah lain yang tidak perlu kita memberi subsidi. Syarat wajib kita kenakan kepada setiap pembaharuan lesen kepada pengilang-pengilang, sekurang-kurangnya 30% diwajibkan kepada mereka bagi mengeluarkan ST15, ini lebih adil dengan tidak perlu ada kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Maka kita telah dapat menikmati bahawa Super 15 wajib dijual tanpa perlu ada setiap RM28 juta sebulan yang terpaksa dibeli, yang melibatkan penyelewengan di peringkat pemborongan yang berlaku dengan berleluasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu lagi soal Sime Darby yang telah dimaklumkan. Cuma di sini, GLC pada setiap kali kita ingin membuat pelaburan di luar negara, kita harus ada investment portfolio yang menasihati kita. Bidang yang boleh kita menjadi pakar dalam bidang berkenaan.

Kita boleh buat keputusan untuk melabur tetapi di sini telah dibangkitkan bahawa walaupun telah di perkecilkan divisyen ini, kepada divisyen daripada kira-kira 30 syarikat yang ada pada Sime Darby kepada enam divisyen sahaja. Akan tetapi apabila melibatkan soal-soal yang kita bukan mahir dalam bidang berkenaan seperti pelaburan yang kita buat pada Qatar Petroleum, Projek Maersk Oil Qatar dan lain-lain, Bakun dan lain-lain yang perlu kita buat kajian.

Kalau kita bukan pakar, sudah tentu ada perkara-perkara yang kita terpaksa mengambil kepakaran daripada luar negara. Di sini akan berlaku lagi kerugian, ini pun selepas kumpulan kerja yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Panglima Andrew Sheng dan ahli-ahlinya membuat laporan. Barulah kita mendapat keadaan sebenar selepas ianya dibentangkan beberapa kali di dalam board meeting, bahawa ada kenaikan kos dari segi pelaksanaan projek ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah cukai yang tidak dikutip dalam underground economy. Kita lihat Kastam dan juga Lembaga Tembakau dan lain- lain, kita perlu di sini – dan melibatkan soal Kastam juga, yang seperti yang dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Pulai tadi. Cukai yang tidak dikutip oleh kerajaan melalui sistem penyeludupan dan sebagainya adalah begitu besar, melibatkan bilion ringgit, beribu-ribu juta ringgit. Yang mana kalau kita membuat sedikit penguatkuasaan dan kita sedar bahawa negara kita ini dikelilingi oleh lautan yang memerlukan satu keadaan yang lebih sofistikated untuk menjamin kita mendapat cukai-cukai berkenaan.

Kita ambil contoh di Port Klang misalnya, tidak ada satu sistem yang Kastam dapat gunakan untuk kita scan semua kontena-kontena yang masuk lebih daripada 30 ribu TEUs sehari ini. Jadi di sini harus ada satu teknologi seperti RFID scanners dan sebagainya yang lebih canggih dan kalau kerajaan tidak ada kemampuan dalam masa sekarang, keterbatasan kita untuk kita mendapatkan cukai-cukai yang tidak diakses. Kita harus sebenarnya boleh diswastakan projek ini dengan tidak perlu hanya mengenakan caj kepada pihak-pihak syarikat yang terlibat, yang tidak melibatkan soal perbelanjaan daripada kerajaan.

Saya perlu pihak Kementerian Kewangan menjelaskan perkara ini supaya kita memastikan bahawa cukai-cukai yang kita tidak dapat kutip ini, kita dapat kutip, termasuk juga perjudian yang berlaku sekarang melibatkan puluhan atau jutaan sehari bola sepak dan lain-lain lagi. Jadi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kita boleh memikirkan setiap perancangan supaya kalau perancangan melibatkan...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Satu minit. Akhir sekali Tuan Yang di- Pertua, saya ingin membangkitkan soal pelatih DPA 12010 yang melibatkan seorang pegawai PTD, Allahyarhamah Norhashimah Wahid yang telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 6.40 pagi. Saya minta pihak kerajaan walaupun ada ditubuhkan committee untuk menyiasat kes ini tetapi mohon diberi status sebagai penjawat tetap walaupun dia masih berkhidmat dalam peringkat kontrak ataupun sementara supaya keluarga suami mendapat pembelaan sewajarnya. Terima kasih, saya mohon menyokong.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk memperkatakan sedikit sebanyak soal Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sebelum menuju ke Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, saya hendak mengimbau kembali projek-projek yang terlewat di negeri Kelantan khususnya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan bahawa enam projek lewat di Kelantan, yang projek utama. Saya percaya banyak lagi projek sakit yang kecil di negeri Kelantan ini.

Semua projek ini merupakan projek Kerajaan Persekutuan pada zaman Tun Abdullah sekitar tahun 2006. Projek-projek ini dirancang untuk siap pada tahun 2008 sehingga tahun 2010. Namun didapati lewat daripada yang dijadualkan, malah kelewatan ini pernah ditegur oleh Yang Mulia Sultan Kelantan dalam ucapan titah baginda seperti kelewatan projek UMK dan Jambatan Sultan Yahya. Persoalannya berapakah kos asal bagi setiap projek ini serta kos tambahan akibat kelewatan pembinaan bagi setiap projek ini?

Nyatakan nama syarikat asal dan syarikat terkini yang mengambil alih kerja-kerja pembinaan bagi setiap projek tersebut. Adakah syarikat-syarikat tersebut menerima projek ini secara tender terbuka atau secara runding terus, dan apakah status terkini bagi setiap projek tersebut? Bilakah enam projek ini dijangka siap memandangkan ia seharusnya siap sebelum Rancangan Malaysia Kesepuluh bermula.

Dua hari lepas, Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan telah mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas bagi mengatasi masalah kelewatan projek tersebut. Saya memohon agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, agar menyiasat sekiranya terdapat ketirisan ataupun penyelewengan yang berlaku dalam kesemua projek ini sehingga menyebabkan kelewatan dan penambahan kos tambahan jika ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh sedikit soal KADA.

Dari slogannya memang hebat, ‘KADA Baluh Negara’.

final • 6:27 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Semenjak slogan tersebut itu diperkenalkan, apakah perubahan yang berjaya dibuat? Contohnya dari segi hasil padi atau kualiti petani dan peningkatan pendapatan petani. Sekarang petani di kawasan KADA ini mengeluh, mengalami masalah kerana para petani tidak dapat mengusahakan sawah dengan sepenuhnya, kerana air belum di pam lagi.

Apabila masalah ini diadukan kepada pegawai KADA, pelbagai alasan diberikan. Contohnya, peruntukkan belum sampai dan sebagainya. Apabila dirujuk ke laman web KADA terkini - hari ini saya tengok, tidak dipaparkan jadual tanaman

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

padi musim pertama untuk tahun 2010. Yang ada cuma untuk tahun 2009. Saya tidak tahulah, apakah KADA telah mengisytiharkan cuti kepada petani untuk musim tahun 2010?

Saya juga ingin sedikit penjelasan Tuan Yang di-Pertua, soal yang dikhabarkan bahawa ibu pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara akan dipindahkan ke Kuala Lumpur, katanya setelah adanya pengerusi yang baru. Akan tetapi, saya hendak tahu berapakah implikasi kewangan yang akan terlibat sekiranya langkah tersebut di buat? Adakah pegawai-pegawai juga ditukarkan daripada Kelantan ke Kuala Lumpur? Yang mana kita tahu ibu pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara ini ada di Kelantan, pastinya dan sepatutnya perkara ini diusahakan dan diuruskan oleh - contohnya lebih baik diuruskan oleh pengerusi yang datangnya dari Kelantan. Apakah sudah tiada pimpinan UMNO Barisan Nasional daripada Kelantan yang layak untuk memegang kerusi, dan terpaksa pengerusi dilantik dari orang yang jauh dan pejabat dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh sedikit Dewan yang mulia ini. Mengikut pengamatan saya, sekarang ini telah wujud suasana seolah- olah jawapan yang diberikan oleh kementerian di Dewan Rakyat seolah-olah melepas batuk di tangga dan tiada tindakan susulan yang sepatutnya oleh agensi terbabit. Saya mencadangkan agar Dewan yang mulia ini menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan menyelesaikan permasalahan ini.

Jawatankuasa itu biarlah dianggotai oleh kedua-dua buah pihak daripada pembangkang dan kerajaan dan dipengerusikan oleh Speaker. Ini agar permasalahan yang dibawa ke Dewan ini dapat diselesaikan demi kebaikan rakyat bersama.

Saya juga ingin menyentuh sedikit soal judi bola sepak ini. Saya ingin menyeru rakan-rakan saya dari semua Ahli-ahli Dewan ini supaya, kita bertindak ini berdasarkan kepada mahaguru atau petikan Al-Quran atau sebagai umat Islam, biarlah kita berlapik bercakap dan bukan bercakap mengikut emosinya. Contohnya saya hendak mengambil petikan daripada Iman.Asia, menolak kerosakan hendaklah didahulukan atau mengambil kemanfaatan. Dalam soal judi bola ini janganlah kita pandai-pandai, kerana kita tengok kepada keuntungan semata-mata tetapi kita hendak larikan diri daripada soal-soal yang dinyatakan oleh agama.

Sebagai umat Islam contohnya, bagi mereka yang Islam dan saya juga amat terharulah apabila mendengar kata-kata daripada rakan-rakan kita yang bukan Islam dan mencabar siapakah nama pemimpin yang bukan Islam yang bersetuju tentang soal judi. Akan tetapi malangnya kita daripada orang Islam sendiri menyokong benda ini. Saya rasa ini adalah satu perbuatan yang tidak patut dan patut kita fikir-fikirkan bersama.

Tuan Yang di-Pertua, selama empat dekad rancangan Malaysia telah digariskan berpandukan semangat dan falsafah Dasar Ekonomi Baru, apakah perbezaan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini dengan rancangan Malaysia sebelum ini? Apakah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini benar-benar berpaksikan semangat falsafah Dasar Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh kerajaan kita sekarang ini? Contohnya slogan, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Sesungguhnya, pelaksanaan itu adalah asas kunci utama kepada kejayaan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau sekeras mana sekali pun amaran yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengubah pendekatan. Namun jika terus mengguna pakai asas-asas sistem yang lama dibimbangkan ketirisan dan kebocoran akan terus berlaku. Sekarang ini amalan tender terpilih yang mana kita tahu dari segi semangatnya, memanglah baik tender terpilih. Akan tetapi, saya dengar-dengar, saya dapati ada berlakunya

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

penyelewengan dalam pelaksanaan tender terpilih ini. Saya harap pihak yang dipertanggungjawabkan meneliti betul atau tidak ada tender terpilih ini yang hanya dibawa seorang kontraktor. Sepuluh lesen didaftarkan dan dibahagi-bahagikan borang-borang itu dan kalau ini berlaku, tender terpilih ini lebih bahaya daripada tender rundingan terus.

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkanlah supaya dasar Rancangan Malaysia Kesepuluh ini betul-betul dilaksanakan dengan mengambil kepentingan rakyat yang didahulukan dan keutamaan yang terus, kebocoran harus dihindarkan. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lanang.

final • 6:30 PM

Datuk Tiong Thai King - Lanang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengucapkan syabas kepada kerajaan yang telah membuat rancangan rapi demi menggunakan sumber-sumber yang terhad untuk membangunkan negara kita, dari segi penyediaan infrastruktur asas dan juga menggunakan pembangunan modal insan. Dalam RMKe-10, kerajaan haruslah pastikan agar mutu hidup rakyat dapat dipelihara. Program-program pembinaan infrastruktur asas, pembangunan modal insan, pendekatan jaringan keselamatan sosial, pendekatan kapasiti dan daya saingan negara mestilah dilaksanakan dan diperkasakan. Saya berasa amat gembira kerana seperti kerajaan seperti Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi pertimbangan serta peruntukkan istimewa kepada negeri Sarawak dan Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, kami di Malaysia Timur ini akan tetap memberi sokongan patuh kepada Kerajaan Barisan Nasional jika kepentingan mereka tetap dipelihara dan dipastikan mereka dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan beberapa isu seperti berikut.

Pertama, peruntukkan untuk pelbagai projek di Sibu.

Sekali lagi saya sebagai salah seorang daripada wakil rakyat di Sibu ingin memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar mempertimbangkan rayuan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional di Sibu untuk mempertimbangkan permohonan-permohonan berikut dalam RMKe-10. Pertama, peruntukkan khas menaik taraf jalan-jalan dan perparitan di bandar Sibu. Tuan Yang di-Pertua, disebabkan pemanasan global semakin dirasai. Ini kita sering mendengar pelbagai bencana seperti banjir, kemarau, musim berpanjangan, ribut taufan dan sebagainya di merata-rata tempat di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, isu banjir memang telah menjadi soal perbincangan yang hangat di Sibu. Wakil-wakil rakyat di Sibu teringin untuk menyelesaikan masalah banjir, lebih-lebih lagi pihak pembangkang selalu mencari peluang untuk mempolitikkan isu banjir di Sibu. Bagi pihak rakyat, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meneruskan projek tambatan banjir untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu.

Sewaktu menunggu penyelesaian melalui projek tambatan banjir oleh jabatan pengairan dan saliran yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun.

Saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan agar mempertimbangkan satu peruntukkan khas kepada tambatan di Sibu sebagai satu tindakan sekira untuk

final • 6:35 PM

Datuk Tiong Thai King - Lanang

mengurangkan ketidakselesaan yang berlaku semasa banjir. Ini akan melibatkan suatu projek khas untuk menaikkan semua jalan utama di Sibu di atas paras banjir dan juga mempertimbangkan serta meningkatkan keberkesanan perparitan dengan kadar yang segera. Projek ini yang dianggarkan sebanyak RM50 juta amatlah penting dan cemas. Jambatan di bandar Sibu selalu banjir. Jalan-jalan utama yang dinaiktarafkan akan memastikan aliran trafik yang tidak terganggu di Bandar Sibu.

final • 6:35 PM

Datuk Tiong Thai King - Lanang

Projek Pengindahan Waterfront Sibu. Waterfront merupakan salah satu ciri-ciri yang mustahak bagi sesebuah bandar yang dinamik dan terancang. Kini, bandar-bandar besar di negeri Sarawak seperti Kuching, Miri dan Bintulu telah mempunyai waterfront tersendiri melalui peruntukan kerajaan. Sibulah satu- satunya bandar besar yang belum mempunyai waterfront yang terancang sehingga kini. Maka, saya merayu kepada kerajaan supaya mempertimbangkan kelulusan terhadap cadangan projek pengindahan Waterfront yang telah pun dikemukakan kepada kerajaan melalui Unit Perancang Negeri Sarawak.

Sibu berada di tebing Sungai Rajang, sungai yang paling besar dan paling panjang di seluruh Malaysia. Sibu mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat sukan air di rantau ini. Sibu mempunyai kawasan permukaan air dalaman yang paling luas untuk tujuan regatta dan powerboat di rantau ini.

Tuan Yang di-Pertua, projek cadangan pengindahan waterfront Sibu akan meliputi kawasan tebing Sungai Rajang dari Jambatan Lanang sehingga Lembaga Pelabuhan Rajang sepanjang tiga kilometer dengan kos anggaran RM150 juta.

Projek ini akan memperkasakan tebing sungai dari segi kemudahan-kemudahan serta aktiviti-aktiviti yang akan menarik orang ramai di samping memupuk pelancongan.

Projek Menaik Taraf Tapak Pelupusan Sanitari Kemunyang Sibu. Tuan Yang di-Pertua, sudah sedia maklum mengenai keadaan semasa Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal (TPS) di Jalan Kemunyang, Sibu yang bermula beroperasi sejak tahun 2001 dijangka penuh pada penghujung tahun 2010. Majlis Perbandaran Sibu telah pun merayu kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) supaya menaiktarafkan tapak tersebut untuk menambah sel-sel pelupusan baru demi menampung keperluan semasa Sibu. JPSPN telah pun memaklumkan bahawa projek naik taraf tersebut hanya akan disiapkan pada penghujung tahun 2011. Oleh itu, Majlis Perbandaran Sibu terpaksa melupuskan sampah ke lapisan keempat yang dianggap terlalu tinggi mengikut keadaan biasa.

Saya merayu kepada pihak JPSPN agar mempercepatkan projek menaik taraf sel-sel baru di Sibu supaya kesejahteraan alam sekitar dapat dipelihara. Di samping itu, saya juga merayu agar satu Projek Tapak Pelupusan Sanitari diluluskan untuk Sibu demi keperluan jangka panjang semasa RMKe-10. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap projek-projek yang disebutkan tadi akan dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua subsidi kerajaan dalam sektor pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-10 yang akan dilaksanakan, berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan adalah bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara kita ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Demi merealisasikan negara maju, negara kita memerlukan banyak tenaga mahir dan profesional dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kerajaan tidak boleh mengabaikan peranan penting yang dimainkan oleh

final • 6:40 PM

Datuk Tiong Thai King - Lanang

pendidikan dalam melahirkan tenaga yang mahir keperluan negara. Langkah kerajaan dalam memberi pelbagai bantuan kepada pelajar miskin haruslah dipuji.

Bantuan ini membayangkan kerajaan kita bersikap penyayang dalam menyediakan pendidikan yang menyeluruh untuk memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Terdapat maklumat yang menunjukkan subsidi kerajaan dalam sektor pendidikan akan dikurangkan ataupun dimansuhkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya merayu kerajaan memberi mempertimbangkan teliti atas mengurangkan subsidi dalam sektor pendidikan kerana perubahan ini akan menimbulkan ketidakpuasan rakyat, terutamanya biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) yang akan dimansuhkan. Sebaliknya, kerajaan akan mengubah tajaan biasiswa ini kepada Program Ijazah Dalam Negara. Pelancaran biasiswa ini adalah langkah bijak kerajaan dalam memberi peluang kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian di universiti luar negara. Negara kita akan bertambah maju melalui pemindahan maklumat dan teknologi ke dalam negara...

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Datuk Tiong Thai King - Lanang

Minta dua minit lagi. Tuan Yang di- Pertua, jikalau kerajaan menggubal tajaan biasiswa ini kepada Program Ijazah Dalam Negara saya takut universiti tempatan tidak akan dapat menampung keperluan pendidikan negara kita yang semakin bertambah. Dengan peningkatan taraf pendidikan rakyat jelata, sasaran kerajaan untuk meningkatkan pendapat purata tahunan setiap individu kepada RM38,850 atau AS$12,140 pada tahun 2015 akan tercapai.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya berharap projek-projek dan cadangan-cadangan yang disebutkan tadi akan dipertimbangkan dalam RMKe-10 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 6:40 PM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di- pertua diberi peluang kepada saya untuk bersama-bersama mengambil ruang dalam perbahasan RMKe-10 kali ini. Saya mulakan dengan apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh ini nampaknya Kelantan sekali lagi didiskriminasikan dalam pembangunannya iaitu apabila Perdana Menteri menyebut bahawa Lebuh Raya Pantai Timur daripada Pahang, Kuantan hanya sekadar setakat Kuala Terengganu sahaja.

Jadi, ini berlaku ialah bermakna dalam masa lima tahun ini, Kelantan terus disisihkan dalam pembangunan negara dan seperti yang berlaku banyak projek yang telah pun sepatutnya dilakukan di Kelantan seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu umpamanya atau pun Pelabuhan Tumpat yang selama ini diuar-uarkan untuk dilakukan tetapi tidak berlaku. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya kerajaan mengambil kira tentang jalan daripada Gua Musang ke Kota Bharu yang macam-macam berlaku. Di antara jalan yang sangat banyak berlaku kemalangan jalan raya pada tahun-tahun yang lalu. Namun kalau dengan melihat kepada RMKe-10 ini tidak juga berlaku. Apakah ini kerana Kelantan tidak sama dengan pusat ataupun Kelantan masih lagi sebagai satu

final • 6:47 PM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

dendam kerajaan atau Barisan Nasional kepada Kelantan yang sudah hampir 20 tahun tidak diperintahkan oleh Barisan Nasional.

final • 6:47 PM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Mungkin jugalah barangkali di antara penyisihan yang berlaku ialah sampai hari ini kita rasakan bahawa royalti minyak ini pun barangkali tidak dapat kesudahannya. Walaupun dari segi perlembagaannya bahawa tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan ada undang-undangnya, ada peraturannya yang disebut. Akan tetapi dengan berlakunya apa yang berlaku sekarang ini semacamlah kerajaan tidak menghiraukan. Oleh sebab itu kita hendak tahu apa alasannya kerajaan memberikan kepada JPP tentang wang ihsan ini. Ikut peraturan mana dan bagaimana ia dilaksanakan?

Mengenai Kelantan lagi ialah saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, sehari dua baru ini ialah tentang ada satu surat khabar ini kerajaan negeri boikot Kelantan Fiesta 2010 yang berlaku sehari dua baru ini. Saya hendak tanya bahawa mengapa Kerajaan Negeri Kelantan boikot itu? Satu.

Kedua ialah mengapa pula Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak hadir dalam perasmian itu? Kita dapat penjelasan yang akhirnya ialah Ketua Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang datang untuk merasmikan walaupun dia kena hujan yang teruk pada malam itu. Semacam ada satu perebutan berlaku tentang program berkenaan yang selama ini biasalah Menteri Besar yang bercakap dalam program berkenaan.

Dalam dua, tiga bulan baru-baru ini ada berlaku lagi satu peristiwa yang agak menyedihkan juga ialah perebutan berlaku oleh Senator daripada Bachok ini iaitu merampas bendera daripada Menteri Besar untuk melepaskan Tour de Langkawi yang singgah di Kelantan pada baru ini. Jadi, adakah ini satu rentetan yang berlaku atau pun adakah ini sebenarnya sikap Kerajaan Pusat terhadap Kelantan seperti yang berlaku sampai ke hari ini.

Ketiga, saya hendak sentuh sedikit tentang soal belia ini. Kita sedang berhadapan dengan masalah belia yang sangat parah. Jadi, sehingga hari ini kita tidak dapat lagi – kerajaan sudah hilang atau pun kita sudah hilang bincang soal dasar belia negara, kita sudah tidak bincang banyak. Kalau dahulu kita dengar badan-badan belia yang agak besar yang memberikan satu idealisme kepada belia ini seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, MUIC, 4B. Akan tetapi, badan- badan ini ke mana? Apabila saya lihat di internet, ia kata ada lebih kurang 400 badan belia yang ditubuhkan dalam negara kita tetapi peranannya tiada.

Akhirnya saya rasa tidak betul juga kalau kita letakkan belia ini ialah dikaitkan dengan sukan sahaja atau pun dengan hiburan sahaja atau pun dengan gejala sosial yang ada sekarang ini. Sedangkan belia ini sepatutnya diberikan suatu peranan yang besar kerana dialah merupakan pengganti pimpinan negara pada masa akan datang nanti. Jadi, ini perkara yang saya rasa ialah idealisme belia ini sekarang tidak diberi penekanan sehinggakan kita bertemu dengan bermacam-macam masalah yang diabdikan oleh belia.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya mencadangkan supaya istilah-istilah yang agak negatif kepada belia ini kita tukarkan seperti mat rempit, bohsia lah sebab Islam ini ia tidak suka meletakkan gelaran-gelaran yang rosak, gelaran-gelaran negatif ini kepada nama-nama ini. Kalau ditukarkan dengan yang baik, insya-Allah belia-belia ini akan mendapat didikan yang baik.

final • 6:50 PM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, kerana itu saya merasakan bahawa ada dua institusi yang agak mesti diberi peranan yang betul. Satu ialah Kementerian Pelajaran, sekolah kita ini, pendidikan kita ini sebab saya rasa Kementerian Pelajaran sekarang ini sudah hilang satu tugas yang besar padanya ialah tugas pendidikan. Memang dahulu kementerian ini dinamakan Kementerian Pendidikan tetapi sekarang ditukar kepada Kementerian Pelajaran. Jadi, saya minta supaya – saya cadangkanlah kalau boleh Kementerian Pelajaran ini ditukar balik kepada Kementerian Pendidikan supaya mengembalikan balik tugas mendidik masyarakat ini.

Kedua ialah kerana itu saya rasa perlu dibuat kajian semula dengan agak detail tentang prasekolah yang hendak dimulakan dengan umur lima tahun ini sebab saya nampak dalam prasekolah yang enam tahun baru ini pun, banyak sekolah yang belum dapat dilaksanakan. Kali ini kita bawa lagi kepada lima tahun, kali ini perlu kajian terperinci. Begitu juga dengan cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan juga SPM ini sebab jangan lagi kita buat agak tergopoh- gopoh seperti berlaku kepada soal PPSMI, akhirnya anak-anak kita menjadi bahan uji kepada percubaan-percubaan dibuat kerana sistem yang ada yang akhirnya satu generasi kita menjadi rosak atau pun tergendala dalam pembangunan negara kita.

Jadi, yang kedua ialah yang mendidik atau pun yang memberi fungsi yang besar kepada pendidikan anak-anak kita ialah keluarga itu sendiri. Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan membuat kajian semula tentang dasar keluarga negara ini. Maknanya kerajaan mesti ada dasar keluarga negara kita, apa keluarga yang kita hendak. Umpamanya Kelantan, sekarang dia buat tahun 2020 umpamanya, kita minta supaya setiap keluarga di Kelantan, orang Islam itu mesti ada yang seorang hafaz Quran umpamanya.

Jadi, supaya kalau lah Kelantan ada 500 ribu keluarga pada tahun 2020 nanti ertinya kita ada orang yang hafiz di Kelantan sebanyak 500 ribu orang. Jadi, ada dasar-dasar begitu supaya kita dapat menentukan - kalau betul kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita hendak capai negara maju tahun 2020, bagaimana rakyat kita sebenarnya? Apa sifat individu atau pun jati diri yang ada pada rakyat kita? Kalau ini kita tidak tekankan, kita tidak nampak bahawa masa ini akan tercapai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu.

final • 6:50 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana dapat bersama untuk berbahas dan menyokong cadangan RMKe-10 yang telah dibentangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.

Secara ringkasnya, saya ingin menyentuh beberapa isu untuk menghapuskan kemiskinan terutamanya di kalangan 40% yang dikatakan rakyat Malaysia yang miskin terutamanya pada golongan nelayan. Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana banyak telah memberi bantuan atau subsidi kepada nelayan termasuklah minyak, tangkapan ikan, kemudian bot dan enjin, fiber glass peralatan nelayan, sara hidup dan sebagainya tetapi walau bagaimanapun, soal nelayan terutamanya di Terengganu atau pun di kawasan saya sendiri di Setiu ada

final • 6:57 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

beberapa masalah yang perlu kerajaan memberi perhatian. Ini kerana dalam setahun, para nelayan hanya boleh ke laut dalam empat atau lima bulan sahaja manakala yang selebihnya menghadapi musim tengkujuh, ribut, ombak besar dan sebagainya.

Oleh yang demikian, jabatan yang bertanggungjawab di dalam memajukan nelayan di negara kita ini dua iaitu satunya Jabatan Perikanan dan satu laginya LKIM. Isu nelayan di Terengganu Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya maklumkan bahawa oleh kerana nelayan di Terengganu ada lebih kurang 8,200 orang manakala bot ada 2,400 buah dan mendaratkan ikan sebanyak 105 metrik tan setahun dari Laut China Selatan. Di darat pula ada lebih kurang 1,900 penternak ikan dengan keluasan 328 hektar yang menghasilkan lebih kurang 6,000 metrik tan setahun. Di dalam hal ini, ada tiga kategori nelayan iaitu:

(i) laut dalam;

(ii) pesisir pantai; dan

(iii) sangkar.

Walaupun kerajaan melihat kepada tangkapan laut dalam merupakan satu yang untung tetapi di Terengganu hanya melibatkan 42 orang sahaja daripada rakyat negeri Terengganu dan selebihnya rakyat asing sejumlah 1,830 orang.

Maknanya ini tidak menguntungkan.

final • 6:57 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Manakala nelayan di pesisir pantai pula ialah golongan bumiputera lebih kurang 6,000 orang. Jadi kumpulan inilah yang perlu kita memberikan perhatian.

Masalah bantuan-bantuan subsidi yang telah diberi walaupun banyak membantu tetapi, ada juga sedikit sebanyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh nelayan.

Pertama isu lambat menyelesaikan masalah yang timbul. Oleh kerana nelayan turun ke laut jam 5.00 pagi dan pulang 6.00 petang, maka sebarang masalah yang hendak diadukan kepada jabatan, sedangkan jabatan hanya bekerja daripada pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.15 atau 4.45 petang sahaja. Jadi sepatutnya kerajaan membuka tempat pengaduan ini 24 jam untuk membolehkan nelayan- nelayan mengadu hal dan masalah mereka bagi kerajaan membantu.

Masalah yang kedua ialah masalah skim bantuan bot. Ini juga perlu diberi perhatian kerana pada masa ini difahamkan nelayan-nelayan pesisir pantai hanya menggunakan bot fibre glass yang berkuasa kuda lebih kurang 15 kuasa kuda sahaja. Adalah dicadangkan supaya kerajaan memberikan bantuan ataupun separuh bantuan dengan bot yang lebih besar dan enjin yang berkuasa kuda tinggi sekurang-kurangnya 30 kuasa kuda bagi fibre glass. Kalau boleh bot yang panjang di antara 30 hingga 35 kaki yang berenjin 60 hingga 100 kuasa kuda bagi membolehkan nelayan bekerja dengan lebih cekap seperti nelayan di pantai barat.

Seterusnya masalah mewujudkan pam minyak petrol setiap pelabuhan perikanan. Jadi masalah di Terengganu ialah stesen-stesen minyak yang tertentu sahaja dan jauh daripada pelabuhan yang menjual minyak. Akibatnya harga subsidi hilang untuk membayar kos pengangkutan sahaja. Oleh yang demikian, di samping tempoh pengiktirafan kepada kemudahan hendaklah laku untuk tempoh sebulan atau mengikut kuota seperti nelayan-nelayan di pantai barat. Tidak seperti sekarang setiap dua kali beli kena aktif semula, kalau lewat petang ataupun minggu, maka tidak dapat diaktifkan. Tempoh menangkap ikan tidak seperti orang- orang bekerja di pejabat.

final • 7:00 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kemudahan infrastruktur juga perlu diberi perhatian, iaitu kerajaan perlu memperbaiki infrastruktur terutamanya Pelabuhan Perikanan di Chendering dan juga jeti bagi membolehkan pendaratan ikan dibuat. Mengenai pelabuhan Chendering saya telah menyebut di Dewan yang mulia ini beberapa kali tetapi, nampaknya masih lagi tidak dilaksanakan cadangan- cadangan bagi membolehkan nelayan untuk mendarat serta berlindung.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat mengharapkan di kawasan Terengganu yang sepanjangnya 244 kilometer pantainya dapat dilaksanakan dengan baik untuk membantu nelayan-nelayan yang rata-ratanya penduduk yang tinggal di tepi pantai bekerja sebagai nelayan. Tambahan pula denda yang telah pun dikenakan terhadap nelayan adalah kalau dikira sangat tidak adil. Kita memberikan contoh kalau kesalahan pertama JPJ didenda tidaklah sampai menarik kereta tetapi, bagi nelayan denda kedua kali, ketiga akan dirampas. Sedangkan pengangkutan darat tidak diperbuat demikian. Jadi perkara-perkara ini telah menjadi rungutan kepada nelayan yang mana kadang-kadang tersilap langgar beberapa peraturan yang tidak disengajakan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya ikan ataupun anak ikan, benih ikan dijaga dengan baik ataupun diternak dan dimasukkan balik ke dalam laut. Buat masa ini kita terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang telah pun meluluskan tukun tiruan sebanyak 174 tapak. Manakala ladang ikan di laut sebanyak 11 tapak yang menjadikan 185 tapak yang memakan belanja lebih kurang RM53 ataupun RM54 juta. Walau bagaimanapun oleh kerana kawasan perairan di hadapan negeri Terengganu bukan sahaja nelayan di Terengganu yang menangkap ikan, tetapi termasuklah daripada nelayan Kelantan, nelayan Pahang, nelayan Johor, nelayan Thailand, nelayan Vietnam dan nelayan China.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada kerajaan di samping meletakkan tukun-tukun tiruan ataupun unjam, kerajaan juga perlu memperhebatkan untuk menentukan bahawa tukun-tukun tiruan ini ada ikannya ataupun ada isinya bukan sahaja ikan tetapi, jenis-jenis moluska yang lain yang boleh dimakan bagi menentukan bahawa nelayan-nelayan dapat mencari rezeki melalui rezeki yang ada di dalam laut. Masalahnya ialah kapal-kapal daripada negara luar seperti Vietnam dan Thailand selalu masuk ke kawasan Terengganu sewaktu ketiadaan penguat kuasa ataupun di musim gelora di mana para nelayan tidak dapat turun ke laut.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pelabuhan Chendering sekali lagi saya memohon kepada kerajaan supaya pelabuhan ini segera dibaik pulih memandangkan pelabuhan ini telah pun dibina pada tahun 1983 lagi dengan kos sebanyak RM44 juta. Pelabuhan ini juga telah pun memberi pekerjaan kepada lebih kurang daripada 5,000 orang untuk menggunakan pelabuhan ini, tetapi malang sekali pada masa ini pelabuhan ini sangat daif dan cetek airnya dan juga tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh nelayan-nelayan sama ada untuk mendaratkan hasil ataupun untuk menjadi kawasan perlindungan sewaktu ombak ataupun ribut. Seterusnya...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Habis, ya. Seterusnya Tuan Yang di- Pertua, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang telah pun menjadi johan SUKMA pada tahun 2010 di Melaka pada tahun ini... [Tepuk] Mudah-mudahan kejohanan yang telah

final • 7:00 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

dimenangi ini akan dapat membantu negara dan seterusnya dapat melahirkan rakyat yang sihat, yang pintar dan berguna. Jadi dengan demikian Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 7:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan kesempatan kepada saya untuk membahaskan ucapan Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pada kali ini.

Saya pada kali ini mahu mengambil pendekatan yang agak berbeza daripada biasa dengan mahu berbahas dalam kerangka yang umum. Tidak seorang pun daripada kita mampu berada di sini jika bukan kerana rakyat.

Keupayaan demokrasi mengumpul wakil yang dipilih oleh mereka ke Dewan yang mulia ini perlu diraikan dan juga perlu difikirkan ke arah memelihara dan melaksanakan amanah mereka. Dewan yang mulia ini menyaksikan perkumpulan wakil-wakil amanah rakyat daripada Perlis hinggalah ke Sabah.

Hari ini saya anak kampung dari Bagan Air Hitam, Jalan Baru, Balik Pulau mewakili suara hati amanah rakyat di sebuah penempatan di sebalik sebuah pulau, Balik Pulau, Pulau Pinang.

final • 7:09 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Orang kampung saya pernah mengatakan kepada saya, keadilan adalah dhamir kemanusiaan. Justice is the conscience of humanity. Saya harap walaupun Yang Amat Berhormat Pekan tidak ada tetapi beliau dapat dengar. Apabila saya melihat dunia hari ini, Malaysia hari ini, saya khuatir kita tidak mendengar damir kita, our conscience kerana saya tidak melihat keadilan sebenar tertegak.

Saya melihat Abang Mat – ini kisah benar. Seorang pemandu bas kilang hilang segalanya apabila empat orang anaknya serentak mati disebabkan tsunami di pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau. Saya lihat Muthu, pelajar bercita-cita tinggi dari anak seorang pemandu mendapat 10A tetapi tiada peluang di universiti tempatan. Saya lihat Lim berumur 32 tahun, berpendidikan tinggi, graduan universiti, tiada pekerjaan, tiada tempat tinggal dan mengalami masalah kewangan yang serius. Berjuta-juta cerita sebegini terkumpul dengan banyaknya dan bukanlah cerita yang asing di negara kita di mana Abang Mat yang tidak berdosa menjadi mangsa pemanasan cuaca, climate change. Muthu yang berbakat menjadi mangsa sistem pendidikan yang memilih bulu dan Lim yang gigih menjadi mangsa sistem ekonomi yang memilih kasih.

Ketidakadilan (injustice), ketidaksamaan (inequality), ketidakseimbangan

(unsustainability) mendominasi dunia kita. Ia sehinggakan menjerumus kita kepada nilai-nilai songsang yang membentuk ketidakpercayaan (mistrust) sebagai perantara dagangan (common currency). Norma-norma songsang tersebut menjadi andaian-andaian meleset sehinggakan kebahagiaan warga terjejas. Hari demi hari ianya berterusan. Berjuta-juta rakyat terdedah kepada kemiskinan, wabak penyakit dan pemanasan cuaca. Parut lama masih terpahat di minda.

Mayat dan mangsa di kalangan anak-anak kita bergelimpangan dek kerakusan pencemaran udara dan alam sekitar dan salah guna kuasa.

final • 7:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya dengan penuh rendah diri mahu menjemput teman-teman di Dewan yang mulia ini mendengar dengan hati. Selalu kita mendengar dengan telinga tetapi sekarang ini mungkin kita mendengar dengan hati. Apa yang kita lakukan terhadap kemanusiaan apabila ramai rakyat mati sebelum menjangkau umur lima tahun? Apa yang dapat kita katakan dengan ketidakadilan apabila ramai anak- anak berbakat, berkelayakan tidak dapat menyambung pelajaran? Apa yang dapat kita katakan terhadap moral apabila terdapat ramai anak-anak kecil, wanita dan lelaki mengemis disebabkan kemiskinan? Pada saya, ketidakadilan adalah simptom kepada krisis nilai dan apabila ianya menjadi asas kehidupan, kita tahu nilai kewangan dan kebendaan mengatasi nilai kemanusiaan.

Itu perbahasan judi dari mula hingga hari ini. Asasnya ekonomi, asasnya kewangan, bukan nilai kemanusiaan. Apabila kita tinggal di dalam sistem yang tidak adil, ianya hanyalah sebuah sistem tanpa nilai. Kita disemai semenjak kecil dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. ini mak ayah kita ajar. Keihsanan kepada yang lemah, bermurah hati, maaf memaafi dan bencikan kezaliman.

Apa yang dikatakan oleh Kevin McCabe sebagai currency of grace berdasarkan andaian bahawa setiap manusia itu punya nilai. Dengan izin, “that they are deserving of respect, dignity and opportunity, because the only value is human value”. Bagi saya, ini melangkaui batas semua kaum di Malaysia. Saya mengetengahkan cerita ini kerana saya mahu apa-apa rencana pembangunan ekonomi negara mestilah dipacu oleh nilai-nilai kemanusiaan dan bukan kewangan dan kebendaan semata-mata.

Saya rasa perkara ini tidak ada ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Warren Buffet walaupun seorang pelabur bersifat kapitalis tetapi merujuk kepada apa yang beliau panggil value investing dengan izin, “where you invest in the undervalued because you recognize their potential”. Saya mengajak kerajaan melabur kepada the undervalued seperti kelompok miskin dan tidak berpelajaran dan mengiktiraf potensi mereka.

Di sini saya juga menyeru kerajaan melabur di dalam apa yang saya panggil pelaburan seni, melabur ke arah nilai kesenian masa depan. Ini kerana saya yakin kita berkumpul di Dewan yang mulia ini untuk mengembalikan nilai-nilai kemanusiaan, mengembalikan domir kita, our conscience, mengembalikan sistem keadilan kita agar anak cucu kita tidak hidup dengan kesilapan kita dan mengulangi kesilapan-kesilapan tersebut.

Saya yakin ini boleh dilakukan dengan muafakat rakyat yang ikhlas. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Ini kerana ada contoh sekolah- sekolah di Finland yang menghasilkan pelajar-pelajar terbaik. Ini kerana terdapat hospital-hospital di Kanada yang menyediakan rawatan terbaik. Terdapat Parlimen Rwanda yang diwakili oleh ramai wanita. Terdapat banyak inisiatif berani para NGO dan idea-idea baru oleh kelompok-kelompok usahawan sosial, the social entrepreneur yang bukan sahaja menggariskan keuntungan sebagai kayu ukur tetapi sebaliknya dengan izin, the social impact society sebagai kayu ukur.

Untuk NGO yang berani, saya menggesa kerajaan mempermudahkan penubuhan mereka. Jangan disusahkan dengan mahu didaftar peruntukan- peruntukan yang susah sehinggakan RM1 juta hendak ditubuhkan satu-satu NGO – surat guarantee dan pelbagai. Saya hendak dipermudahkan perkara ini. This is the third force yang membantu pembangunan negara. Agama kita juga mengajar kita bahawa kita adalah sekuat dan selemah kejadian. Kita perlu menghormati ketakwaan dan bukan kekuasaan.

final • 7:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sekiranya kita benar-benar mahu melakukan reformasi, kita perlu berani mencabar definisi kita terhadap pembangunan dan andaian-andaian dunia yang makin celaru. Kita perlu mengingatkan diri kita bahawa kemewahan ekonomi hanyalah wadah pada tujuan kehidupan dan bukan kemewahan ekonomi sebagai matlamat kehidupan. Kita juga pasti bahawa pendidikan adalah kunci petunjuk pembangunan manusia. Berapa banyak anak kita di sekolah? Bagaimana kualiti pendidikan mereka? I want to stress. Saya mahu menekankan sekolah adalah incubator dengan izin, pada dunia dan Malaysia yang kita dambakan kerana di dalam bilik darjahlah kita akan mula menewaskan kemiskinan. It is in the classroom we start to learn to eradicate to combat poverty. Akhir sekali, marilah kita sekali lagi mendengar damir kita, our conscience dan kembali kepada keadilan kemanusiaan yang kita sering lupakan.

Tuan Yang di-Pertua, konteks kita pada hari ini telah dibayangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Dengan izin, “Such safeguards will be particularly important in years to come because we must expect that sooner or later the government of state will be formed by a political party which is in opposition to the party in power at the Federal Parliament”. Beliau telah menggambarkan bahawa negara ini akan dibangunkan di kala ada satu ketika kerajaan negeri diwakili oleh orang-orang lain dan Kerajaan Pusat diwakili oleh orang lain. Federalisme yang dimaksudkan di situ menjanjikan apa? Hak, maruah, keistimewaan, fundamental liberties, rakyat, kepentingan kelompok marhaen, orang Melayu, kelompok luar bandar, pembahagian-pembahagian kuasa, pembahagian-pembahagian hak Perlembagaan dan yang penting juga untuk menjaga kelompok dari Sabah dan Sarawak ketika pembentukan. Akan tetapi kenapa perkara ini tidak berlaku?

Saya ingin mengatakan bahawa saya khuatir agenda pembangunan negara di bawah RMKe-10 ini tidak berperlembagaan. Ini kerana Artikel 92 dalam bab lima dengan jelas memperuntukkan apa yang dipanggil rancangan pembangunan. Bagaimana ianya perlu dilakukan? Apa itu pembangunan? Saya ingin bacakan sebagai penutup. “Rancangan pembangunan ertinya suatu rancangan untuk membangunkan, memajukan atau memelihara sumber-sumber alam di dalam sesuatu kawasan pembangunan, mengeksploitasikan sumber- sumber yang sedemikian, atau menambah peluang-peluang pekerja di dalam kawasan itu”.

Tuan Yang di-Pertua, kalau Rancangan Malaysia Kesepuluh masih lagi menganggap Malaysia ini sifatnya the greater Kuala Lumpur, Malaysia ini sifatnya perancangan pembangunannya – ini luar bandar, ini bandar, ini rural, ini urban – ini pemikiran lama, pemikiran yang mana membentuk ketidakseimbangan.

Georgetown sifatnya maju, Balik Pulau sifatnya mundur.

Tuan Yang di-Pertua, kalau pentingnya sekolah berprestasi tinggi di Kuala Lumpur, penting juga sekolah tersebut di Balik Pulau. Kalau Sungai Besi dibangunkan dengan kadar RM40 bilion gross development value nya, di mana keseimbangan seperti dijanjikan dalam Perlembagaan?

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengingatkan Yang Amat Berhormat Pekan, beliau dipilih mempunyai mandat, please do it right for the first time for the people of Malaysia again.

final • 7:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak orang muda, saya menolak mana- mana aspirasi anak muda UMNO Barisan Nasional mahu dana ekonomi daripada

final • 7:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

hasil judi. Kita mahukan keusahawanan. We want entrepreneurship. Judi tidak mengangkat agenda keusahawanan mana-mana warga Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya menggesa kerajaan mendefinisikan semula agenda pembangunan dengan memberi penekanan kepada agenda kemanusiaan yang mengangkat damir kemanusiaan itu the conscious of humanity sebagai kayu ukur pembangunan negara. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Sapi.

final • 7:20 PM

Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi

Dapat juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama- sama membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada minggu lepas. Saya akan menyampaikan beberapa pandangan saya seperti berikut iaitu Teras Strategi 2.1 berkenaan dengan NKEM.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh, sebagai seorang Ahli Parlimen yang berasal dari Sabah, saya ingin menyeru agar Kerajaan Persekutuan terus memberi sokongan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan menaikkan martabat Sabah melalui Koridor Pembangunan Sabah iaitu Sabah Development Corridor (SDC) iaitu satu pelan pembangunan ekonomi di Sabah sehingga tahun 2025. Sektor-sektor pelancongan, pertanian, pembuatan dan pengangkutan yang dititikberatkan di bawah SDC perlu diberikan tumpuan demi mencapai visi SDC.

Dari segi mempromosikan pelancongan Sabah, sebagai wakil rakyat dari Pantai Timur Sabah, saya mencadangkan agar Lapangan Terbang Sandakan dan Lapangan Terbang Lahad Datu dinaikkan taraf dengan segera. Kedua-dua lapangan terbang ini yang menjadi pintu masuk utama untuk para pelancong yang tertarik kepada hidupan liar dan alam semula jadi di Pantai Timur Sabah. Lawatan seorang pakar gaya hidup iaitu lifestyle expert yang terkenal di dunia iaitu Puan Martha Steward ke pantai timur Sabah dalam bulan Mei baru-baru ini mencerminkan betapa tingginya potensi ekopelancongan di pantai timur Sabah ini.

Di samping menyumbangkan pada industri pelancongan, peningkatan taraf lapangan terbang ini dapat membantu dalam industri pertanian terutamanya industri-industri minyak sawit yang ditumpukan di Kluster Industri Minyak Sawit iaitu Palm Oil Industry Cluster di Sandakan dan Lahad Datu.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pembuatan pula, industri bernilai tinggi high value industry dengan izin yang berpotensi tinggi menjana ekonomi yang lumayan dititikberatkan. Sehaluan dengan ini, saya ingin menyeru agar bioteknologi terutamanya teknologi yang menggunakan kepelbagaian biologi yang kaya di negara ini termasuk di Sabah diberikan galakan yang secukupnya. Industri herba yang masih dalam peringkat awal pembangunan di Sabah perlu diberikan bantuan dan galakan yang sesuai.

Isu keselamatan di Sabah adalah satu perkara yang sering diperkatakan di kalangan rakyat di Sabah terutamanya di kawasan bandar di pantai timur.

Kegiatan lanun dan perbuatan pendatang tanpa izin masih menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah. Oleh yang demikian, saya menyeru

final • 7:20 PM

Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi

agar pengawalan keselamatan baik di darat mahupun di lautan diberikan perhatian berat oleh kerajaan. Keselamatan yang terjamin boleh juga membantu dalam mempromosikan kegiatan pelancongan. Sehubungan dengan ini, saya ingin mengemukakan soalan kepada Menteri Dalam Negeri tentang status kem-kem tahanan pendatang tanpa izin dan pelarian ataupun refugee camp di Sabah, apakah kedudukan kem-kem tahanan ini dan di manakah semua refugee sekarang, musim ini?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat dari Sandakan, saya ingin menyentuh tentang keadaan rangkaian jalan di Sandakan yang masih belum memuaskan walaupun Jalan Lingkaran Utara (Northern Ring Road) telah siap dibina. Kesesakan lalu lintas sering berlaku di kawasan Parlimen Batu Sapi dan perlu diambil perhatian dengan segera oleh pihak kerajaan. Diperhatikan bahawa jumlah kenderaan di daerah Sandakan telah meningkat dan seandainya terdapat kemalangan maka akan berlaku kesesakan yang amat teruk. Kelewatan pelaksanaan projek Jalan Lingkaran Selatan iaitu Southern Ring Road yang terletak di kawasan Parlimen saya khususnya telah menyebabkan kesesakan lalu lintas pada rangkaian jalan sedia ada. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya pelaksanaan projek ini dapat dipercepatkan.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan sports betting ataupun bookies, saya menyokong penuh perkara ini. Sumbangan aktiviti perjudian yang telah ataupun yang akan diluluskan oleh kerajaan amatlah besar bukan sahaja sebagai salah satu sumber pendapatan negara tetapi juga telah menyediakan peluang- peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti perjudian yang tidak diluluskan ataupun disahkan. Namun berdasarkan laporan media massa bahawa ia telah menarik minat ramai orang untuk melakukan perjudian. Sebagai contoh, perjudian semasa perlawanan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan. Bagi membantu mengawal berlakunya aktiviti judi haram ini adalah lebih baik untuk membenarkannya daripada segi undang-undang supaya langkah- langkah pengawalan lebih mudah dijalankan.

Di sini saya memuji pandangan luas dan holistik beberapa orang Ahli Yang Berhormat termasuk Ahli Parlimen dari Kinabatangan, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Wangsa Maju, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Padang Rengas yang mempunyai pendapat yang serupa dengan saya dan Parti Bersatu Sabah tetapi jangan hadkan kepada satu buah company sahaja.

Berilah kepada dua atau tiga buah company seperti kedai empat ekor ini (4D) dengan izin. We want more. We want many millionaires and not one or two billionaires.

Tuan Yang di-Pertua, dahulu saya ada meminta lesen kasino untuk Sabah di Dewan yang mulia ini sebelum Singapore membuat keputusan untuk membina kasino-kasino di Singapore. Dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada mind set terbuka ini dan far-sighted juga seorang yang mengemukakan konsep 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ untuk meningkatkan kehidupan rakyat dan untuk meningkatkan kadar pelancong ke Sabah. Saya meyakinkan dengan kasino yang dibina di Kundasang berhampiran dengan Gunung Kinabalu, landskap di kawasan ini akan berubah. Pendapatan rakyat akan dinaikkan seperti di Singapore dengan tiga buah kasino dibina iaitu Marina Bay Sands Casino dengan kos USD5.5 bilion, Resorts World Sentosa dengan kos pembinaan USD4.7 bilion dan ada sebuah lagi, Crown Resorts Casino. Resort World Sentosa yang dibina dengan kos USD4.7 bilion yang dibuka 14 Februari 2010.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi

Pelancong dijangka ke kasino ialah 13 juta dan mengatakan 10 ribu pekerja, pelancong di negeri Sabah ialah 2.7 bilion sahaja, bila dengan apa cara untuk menaikkan kadar ini. Di Atlantic City, revenue casino tahun 2009 ialah USD3.9 bilion, sebelum itu USD4.6 bilion.

Sabah musim ini telah ada 44 lesen jackpot di seluruh Sabah dan jumlah jackpot ialah 425 buah. Jikalau semua 425 buah ini di kumpul di satu bangunan, itu sudah jadi satu kasino.

Tuan Yang di-Pertua, dengan cuaca yang sama dengan Genting dan environment yang paling cantik di genting iaitu Kundasang di negeri Sabah, saya sekali lagi minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meluluskan lesen kasino kepada negeri Sabah. Undang-undang seperti di Genting boleh diaplikasikan di kasino di Sabah.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, “if not for the casino in Genting, there will be no indoor and outdoor theme park, if not for the casino in Genting, there will be no Arena of Stars for international stars and shows. If not of the casino of Genting, there will not be thousand of rooms up there and if there is no casino up there, there will be no millions people going up there and without millions of ringgit earns.” Dengan ini saya mohon menyokong.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 7:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas.

final • 7:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You are the 100th, Speaker yang ke-100.

final • 7:32 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih.

final • 7:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Akan tetapi tiada hadiah Yang Berhormat... [Ketawa]

final • 7:32 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya belanja makan nanti.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik satu laporan dari Malaysia Kini yang bertajuk Taib family's Canadian property empire unveiled. Ia berbunyi “While Sarawak continues to house some of the nation's poorest, Chief Minister Taib Mahmud and his family appear to be wallowing in wealth, with businesses spanning the globe, including a massive property empire in far-off Canada.

According to the Anti-Taib Sarawak report, the chief minister and his family are the owner of properties worth at least Canadian Dollar 100 million, RM320 million in Canada alone.” Tuan Yang di-Pertua walaupun Sarawak merupakan satu negeri yang terkaya dalam sumber asli tetapi negeri Sarawak pembangunan adalah antara yang termundur. Ini adalah satu ironi bahawa walaupun pembangunannya negeri Sarawak adalah keempat termundur di Malaysia tetapi Ketua Menteri Sarawak

final • 7:32 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

merupakan seorang Menteri yang terkaya di Malaysia. Laporan ini merujuk kepada property yang dimiliki oleh ahli keluarganya di Kanada sahaja. Saya diberitahu bahawa ahli keluarganya juga mempunyai property hartanah di Australia dan salah satu daripadanya adalah di Hilton Adelaide, Australia yang terletak di Australia itu pun dimiliki oleh syarikat keluarganya.

Saya ingin tanya MACC, tidakkah keadaan ini menimbulkan satu suspicion supaya MACC untuk mengambil tindakan untuk menyiasat takat berapakah gaji seorang Ketua Menteri dan bagaimana dia boleh mengaut begitu banyak duit untuk melabur di luar negeri, bukankah ini ada berbau rasuah. Oleh itu saya menyeru kepada MACC, kalau kita hendak mewujudkan satu sistem yang berketelusan dan tidak ada rasuah, pergilah siasat.

Tuan Yang di-Pertua, jadi keadaan ini bukan sahaja berbau rasuah tetapi ia juga merupakan satu capital drain, kita tadi beberapa orang Yang Berhormat mengatakan brain drain daripada negara kita tetapi ini merupakan satu capital drain. Duit-duit wang yang diperoleh melalui polisi-polisi yang memihak kroni-kroni, duit-duit itu diambil ke luar negara dan di salur kepada negeri lain, bukankah ini satu capital drain yang akan menjejaskan kegiatan ekonomi negara kita.

Tadi daripada Yang Berhormat daripada Igan ada membuat satu cabaran kepada Yang Berhormat daripada Sibu untuk mengheret Ketua Menteri Sarawak ke mahkamah. Cabaran yang sebegitu merupakan satu cabaran yang kosong kerana kita sebagai opposition pembangkang, mana ada kuasa untuk mengheret bahkan kita tidak ada kuasa untuk menyiasat. Kuasa menyiasat dan mendakwa, itu terletak dalam tangan kerajaan...

final • 7:32 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh pergi balai polis.

final • 7:32 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Dalam tangan MACC dan pendakwa raya. Oleh itu janganlah don’t treat us like fool, don’t treat the people like fool. Kalau mahu cabaran, cabarlah MACC untuk membuat siasatan dan dia untuk menjustifikasikan beliau Yang Berhormat daripada Igan untuk menjustifikasikan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak.

Dia kata dalam beberapa pilihan raya, dia pun menang, Barisan Nasional boleh menang yang menunjukkan orang ramai sokong dia. Ini merupakan satu fantasy, satu hakikat yang tidak betul, satu anggapan yang tidak betul. Saya ingin memetik satu kenyataan, perkataan-perkataan dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak semasa beliau ditanya mengenai kenapa orang ramai sokong, adakah orang ramai di Sarawak sokong dia. Ini yang beliau kata kenapa orang bumiputera di Sarawak sokong dia, “The bumiputera’s are humble, they know that they are poor and in difficulty, so the place high hopes in government to help them out.” Adakah ini asas, sokongan yang diberi kepada asas dan sebab-sebab rakyat menyokong Barisan Nasional, because they are poor and in difficulty therefore they support the Barisan Nasional.

final • 7:32 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kalau ini adalah anggapan pemimpin-pemimpin di Barisan Nasional, nampaknya keadaan kemiskinan di luar bandar ini telah disengajakan, diwujudkan dan diteruskan oleh Barisan Nasional. Ini supaya Barisan Nasional boleh dapat mengekalkan dan meneruskan kekuasaan mereka.

Adakah ini pendirian kerajaan dengan sengaja memiskinkan rakyat di luar bandar supaya rakyat-rakyat di luar bandar boleh menyokong dan terus menyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya di Sibu? Selepas itu ada

final • 7:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

perakuan yang diberi, yang diumumkan oleh Deputy Chief Minister of Sarawak - Tan Sri Dr. George Chan iaitu Presiden SUPP. Beliau mengakui bahawa dalam pilihan raya kecil kempen tersebut ada one-off allocation of RM600 for each of the 246 families in Sungai Igan - one-off allocation. Bukankah ini untuk memberi...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat..

final • 7:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Untuk membeli - saya akan habiskan. Bukankah ini untuk membeli undi menggunakan peruntukan, untuk memancing undi? Bukankah ini merupakan satu rasuah, iaitu membeli undi?

Bukankah ini menunjukkan bahawa sekiranya orang miskin RM600 ini merupakan satu hadiah yang besar? Ia merupakan satu tarikan yang banyak untuk mereka terus mengundi Barisan Nasional.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Oleh itu...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Saya habiskan. Oleh itu, saya menyeru demi masa depan negara kita, kita mesti ada satu political view untuk membanteras rasuah dan biarlah kita bermula dari Sarawak. Sekian, terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput seorang Menteri untuk membacakan usul penangguhan.

final • 7:40 PM
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Timbalan Menteri Pelajaran I [Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong]: Tuan Yang

di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 7:40 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:40 PM
UCAPAN PENANGGUHAN SRJK(C) Beng Teik

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, SRJK(C) Beng Teik terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Oleh sebab ramai penduduk...

final • 7:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat ya.

final • 7:43 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya.

final • 7:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ada makluman untuk dibacakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh selesai pada hari ini. Dengan demikian, selepas sesi jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan esok - 23 Jun 2010 akan mula jawapan oleh Menteri-menteri ke atas perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh, dimulai dengan Kementerian Pelajaran seperti dalam jadual yang telah diedarkan.

Sebanyak empat hari telah diperuntukkan untuk jawapan daripada kementerian- kementerian. Ya, teruskan.

final • 7:43 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua. SRJK(C) Beng Teik terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Oleh sebab ramai penduduk Georgetown telah berpindah ke kawasan pembangunan baru, kadar enrolmen murid baru ke sekolah ini semakin merosot.

Daripada populasi lebih 1,000 orang pelajar, sekolah tersebut kini hanya mempunyai lebih kurang sepuluh orang pelajar setiap tahun sejak beberapa tahun ini. Tambahan pula, tanah sekolah tersebut adalah kepunyaan pihak swasta dan tuan tanah telah memberi notis untuk mengambil balik tanahnya bagi tujuan pembangunan.

Pada pilihan raya umum 1999, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dr. Fong Chan Oon telah memberi kebenaran untuk menempatkan semula SRJK(C) Beng Teik ke sebuah kawasan baru. Pada pilihan raya tahun 2004 pula, bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting telah dua kali datang ke Bukit Mertajam untuk berkempen untuk calon MCA. Beliau telah memberikan janji bahawa MCA-Barisan Nasional akan membantu dengan memindahkan sekolah tersebut ke kawasan DUN Padang Lalang. Malangnya, janji-janji yang diberikan oleh MCA dan Barisan Nasional dari tahun 1999 ke tahun 2008 masih belum ditunaikan sama sekali.

Sebelum pilihan raya tahun 2008, pada 3 Februari, Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan isu SRJK(C) Beng Teik untuk berkempen. Kali ini siap dengan gimik upacara pecah tanah oleh pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan, termasuk bekas Ketua Menteri yang kini Senator Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan bekas Menteri Pengangkutan-MCA yang terlibat dalam skandal PKFZ, Tan Sri Chan Kong Choy.

Pada waktu itu, bekas Adun MCA selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan SRJK(C) Beng Teik baru, Encik Lau Chek Tuan telah mengumumkan bahawa selain daripada dana yang telah dikutip daripada orang ramai dan persatuan-persatuan Cina, terdapat juga sepuluh orang peniaga yang tidak ingin

final • 7:43 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

didedahkan nama-namanya telah bersetuju untuk membiayai baki kos pembinaan.

Amat sedih sekali, sehingga hari ni selepas dua tahun empat bulan gimik pecah tanah, kerja pembinaan masih belum bermula lagi. Kita perlu ingat bahawa segala janji kepada sekolah, pendidik, pelajar, ibu bapa dan warga SRJK(C) Beng Teik serta komuniti Cina secara umumnya tidak dapat ditunaikan walaupun Barisan Nasional masih kekal menjadi Kerajaan Persekutuan dan Timbalan Menteri Pelajaran ialah seorang pemimpin MCA.

Dari tahun 1999 sehingga sekarang, Timbalan Menteri Pelajaran telah bertukar sebanyak tiga kali. Akan tetapi janji untuk memindah dan membina sebuah sekolah masih tidak dapat dikotakan. Saya percaya ada banyak lagi janji- janji seperti ini di seluruh negara. Justeru saya ingin bertanya bahawa, di seluruh negara terdapat berapa buah SRJK(C) yang telah diberi kelulusan untuk penempatan semula tetapi pemindahan dan pembinaan sekolah baru masih belum dilaksanakan. Bilakah janji pembinaan SRJK(C) akan dipenuhi oleh pihak Kerajaan Persekutuan? Sekian, terima kasih.

final • 7:43 PM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini izinkan saya memberi penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam berkaitan dengan SRJK(C) Beng Teik di Georgetown, Pulau Pinang Tuan Yang di-Pertua, agenda utama kerajaan adalah untuk membangunkan pendidikan negara secara menyeluruh, merapatkan jurang pembangunan prasarana dan pencapaian murid, memperbaiki sekolah yang daif dan memberikan akses dan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid.

Berhubung dengan SRJK(C) Beng Teik pusat yang terletak di Nombor 32, Lebuh Katz, Georgetown, Pulau Pinang - permohonan pindah telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1999. Perpindahan ke tapak baru ini diluluskan bersama-sama dengan lapan buah SRJK(C) yang lain, yang mana telah disempurnakan. Dalam surat kelulusan kepada Yang Berhormat Dato Lim Ah Lek pada masa itu sebagai Menteri Sumber Manusia bertarikh 20 September 1999 telah dinyatakan dalam para tiga, pihak sekolah akan meneruskan sendiri tapak.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, SRJK(C) Beng Teik pusat merupakan sebuah sekolah kurang murid yang pada Januari 2010 mempunyai enrolmen seramai sembilan orang murid manakala bilangan guru ialah tujuh orang dan kakitangan bukan akademik empat orang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada asalnya sekolah ini bercadang untuk berpindah ke beberapa tapak di kawasan Ayer Hitam di Pulau Pinang dan Bukit Minyak, Seberang Perai.

Namun permohonan untuk mendapatkan tapak di kawasan itu mendapat bantahan daripada penduduk tempat kerana lokasi yang tidak sesuai.

Walau bagaimanapun pada tahun 2008, pihak lembaga pengelola sekolah

(LPS) telah mengemukakan permohonan untuk berpindah ke tapak di Lot 1992, Mukim 10, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah iaitu di sebuah kawasan berkeluasan dua ekar. Pihak lembaga pengelola sekolah (LPS) juga memohon untuk membina bangunan baru iaitu dua blok bangunan dua tingkat, enam bilik darjah dan enam bilik khas dengan anggaran kos RM3 juta. Dalam borang permohonan tersebut dinyatakan sekolah telah mempunyai dana sebanyak RM99,000 seperti mana yang telah dimaklumkan tadi dan akan mengumpul derma lagi daripada golongan tertentu - ahli perniagaan dan termasuk juga kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, KPM pada 13 Mei 2008 telah menyokong permohonan pihak sekolah ataupun lembaga pengelola sekolah untuk berpindah ke kawasan Lot 1992, Mukim 10, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah dan

final • 7:43 PM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

kelulusan membina bangunan ditapak tersebut dengan syarat-syarat biasa sebelum pembinaan dimulakan. Sehubungan dengan itu, KPM ingin menegaskan bahawa isu kerajaan melengah-lengahkan kononnya - melengah-lengahkan permohonan sekolah ini tidak benar dan tidak tepat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya yakin bahawa pembinaan sekolah ini akan dikendalikan oleh lembaga pengelola sekolah tersebut. Mengenai apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai status sekolah- sekolah yang lain, nampaknya pada hari ini telah dijawab secara lisan dan tidak sempat dijawab di Dewan. Soalan ini soalan ke-14 yang dikemukakan pada hari ini, Yang Berhormat boleh rujuk pada jawapan itu. KPM berharap penjelasan itu dan akan menjawab segala kemusykilan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 7:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan telah ditangguhkan tadi dan Dewan akan bersidang semula pada jam 10.00 pagi, hari Rabu, 23 Jun 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.52 mlm.

final • 7:43 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026