Jun172010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin] minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) jumlah anggota pertahanan negara yang bertugas di luar negara di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB); dan

(b) bagaimanakah pengalaman dan pendedahan di luar negara ini dapat diguna pakai untuk kebajikan dan kemajuan bidang pertahanan negara.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Jasin. Pada masa ini, seramai 849 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu di mana 109 petugas di pelbagai negara, sementara 740 petugas di UNIFIL Lebanon.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan kedua, pengalaman dan pendedahan yang ditimpa dan diguna pakai untuk kebaikan dan kemajuan bidang pertahanan negara antaranya adalah seperti berikut:

(i) pendekatan kerjasama tentera awam atau dengan izin, Civil-Military Co-operation (CIMIC) di kawasan misi diaplikasi dalam negara untuk membina semangat dan kefahaman konsep pertahanan menyeluruh;

(ii) pengurusan peperangan yang diolah dan dipraktikkan oleh negara yang lebih maju akan membuka minda anggota tentera dalam pengurusan sumber dalam pasukan; dan

(iii) pengalaman dan keupayaan melaksanakan tugas yang terserlah kepada pengurusan PBB setelah anggota ATM ditawarkan bertugas sebagai staf di PBB di beberapa kawasan misi yang lain.

Secara keseluruhan Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada permintaan daripada pihak PBB serta keupayaan serta sifat profesionalisme anggota ATM dalam memenuhi keperluan penugasan, ia telah mencerminkan negara kita bersedia dan komited dalam membantu keamanan dunia. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, pasukan misi pengaman Angkatan Tentera Malaysia telah mengharumkan nama negara - terkenal dengan keberanian dan juga disiplin mereka yang tinggi. Pada tahun 1960, kali pertama mereka berkhidmat di Congo. Pada bulan Oktober tahun 1993, pasukan pengaman kita telah berjaya menyelamatkan anggota tentera Amerika yang terperangkap dan dikepong di Bakaara Market tetapi, dalam filem Black Hawk Down, mereka telah memanipulasikan seolah-olah tentera Amerika yang menjadi wira.

Jadi soalan saya yang pertama, apakah sebenarnya tahap penerimaan rakyat setempat kepada pasukan pengaman kita? Ini kerana baru- baru ini, kita baca ada pasukan pengaman negara lain yang telah dibaling batu oleh rakyat tempatan.

Kedua, adakah kerajaan membuat apa-apa pemotongan daripada elaun yang dibayar kepada pasukan pengaman? Ini kerana dimaklumkan ada negara-negara yang lain menjadikannya sebagai satu pendapatan dan menolak elaun yang dibayar kepada pasukan itu. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jasin yang juga bekas perajurit berpangkat kapten. Tuan Yang di-Pertua, itu Amerika ia hendak buat, ia hendak ambil nama walaupun yang menyelamatkan suasana di Somalia adalah anggota kita, dan kita beri ia darjah PGB - ia sekarang berpangkat Kolonel. Itu ia punya hal, tetapi ia tidak boleh tipu sejarah. Amerika, ia bukan sahaja macam-macam, ia control juga Hollywood.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Itu Hollywood yang punya Yang Berhormat, bukan Amerika Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tidak kisahlah itu, Hollywood dengan Amerika lebih kurang sama sahaja - propaganda Amerika. Akan tetapi soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Jasin bagaimana anggota kita sebagai contoh di UNIFIL Lebanon, kita asal dahulu 80 orang sahaja - itu empat tahun dahulu tetapi, ia berkembang sepuluh kali ganda menjelang tahun 2010, menjadi 800 orang.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Ini sebenarnya menandakan bahawa bukan sahaja PBB mengiktiraf tetapi masyarakat di situ mengiktiraf dan kita semua tahu anggota ATM yang berada menyertai misi-misi seperti UNIFIL adalah pelbagai agama. Lebanon adalah negara yang pelbagai agama, ada Syiah, ada 74 agama walaupun ada tiga agama yang besar. Saya berpeluang berjumpa dan melihat sendiri anak buah kita berada di sana dan rata-rata masyarakat di sana mengatakan bahawa kriteria mengapa orang lain kena baling batu, kita tidak kerana anggota kita adalah mesra alam, mudah berbicara, kita pastikan mereka boleh bertutur bahasa tempatan dalam suasana yang begitu aman. Jadi bila kita dah kawal dan tahu budaya setempat, maka lebih mudah kita diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Soalan ketiga yang diutarakan oleh Yang Berhormat Jasin adalah sama ada kita tambah elaun. Saya ingat sejak kita menyertai misi-misi keamanan di luar negara, Malaysia di antara beberapa negara yang kita tambah elaun. Negara lain tidak perlu saya nyatakan dipotong elaun yang diberi oleh PBB, kita elaun yang sedia ada kita tidak kacau malah sekarang ini RM800 kita bagi tambahan, gaji tidak kacau, elaun lagi RM800 bagi pada isteri supaya isteri tidak rasa susah bila suami dia berada di perbatasan misi keamanan di mana-mana negara di dunia. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Kamarudin Jaafar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Jasin menyebut tentang bagaimana kita di Somalia menyelamatkan tentera Amerika tetapi gambaran yang diberikan oleh Amerika ialah merekalah yang hero dan kita sebaliknya. Dalam pada itu, negara kita terus berhubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan tentera mereka, kapal- kapal laut mereka yang berkuasa nuklear terus dibenarkan untuk berlabuh dan diberikan layanan yang begitu istimewa oleh kerajaan kita. Begitu juga baru- baru ini Kementerian Pertahanan mengumumkan bahawa ada latihan bersama dengan tentera Amerika dan ini diumumkan oleh menteri dengan penuh kebanggaan bahawa kita ini dapat berserta dengan tentera Amerika Syarikat.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, soalan Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Kamarudin Jaafar - Tumpat

Jadi soalan saya Tuan Yang di- Pertua ialah tidakkah kementerian bercadang untuk mengadakan hubungan ketenteraan, latihan bersama dengan negara-negara Islam seperti Iran, Turki yang mana Turki telah menunjukkan kehebatannya dalam bertentangan dengan negara-negara yang ditakuti termasuk Amerika Syarikat iaitu negara Israel ini. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Yang Berhormat Tumpat, terima kasih soalan tambahan. Kalau kita lepaskan peluang, mana-mana peluang untuk rakyat tempatan mendapat nikmat ekonomi umpamanya kebetulan carriernya lalu dan minta kerjasama daripada negara kita.

Umpamanya dia hendak minta isi minyak, dapat bekalan air, zalimlah kita jika kita tidak bagi. Jadi apa salahnya kita berbuat baik, kita bersangka baik, yang belah sana bersangka jahat sokmo.

Jadi kalau ia menguntungkan negara, menambah keyakinan Amerika yang merupakan belah sana kata polis dunia, tidak salah kalau kita berbuat baik dengan syarat ia masih lagi memenuhi apa juga kriteria-kriteria yang kita tetapkan, bukan dia tetapkan, saya rasa tidak salah.

Kemudian kalau hendak kira kerjasama dengan mana-mana negara, kita sentiasa mempunyai kerjasama umpamanya dengan Turki. Kita dah kerjasama membina ‘Adnan’, satu armoured vehicle, dengan izin dah 15 tahun dulu cuma kita tidak bising-bising.

Banyak kerjasama dengan Turki kerana Turki adalah sebuah negara NATO yang pada asalnya mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik dengan Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Maka Turki banyak mendapat banyak ilmu dan teknologi peperangan daripada Amerika.

Kebanyakan sistem peperangan armed battle tank atau kapal sebenarnya yang dibina oleh Turki adalah daripada teknologi Amerika. Jadi kalau kita bekerjasama dengan Turki, tidak ada masalah. Yang kita takut ini bekerjasama dengan parti politik Turki untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, itu yang kita takut. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya memperingatkan satu lagi perkara Yang Berhormat. Pada sebelum tahun 2004, kita hanya ada satu jam untuk soal jawab pagi-pagi. Akan tetapi lepas itu kita berfikir pada ketika itu hanya 10 soalan boleh naik atau 11, 12 soalan boleh naik. Jadi hasrat kita menambah setengah jam ialah supaya dapat sampai 17 ataupun 20 soalan naik tetapi malang sekali kebelakangan ini orang berucap bukan menyoal.

Jadi saya memintalah mengikut syarat-syarat Parlimen dan konvensyen Parlimen, soalan jangan berhujah, bagi soalan.

final • 10:10 AM

2. Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam menyambut Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya. Sila senaraikan kesan-kesan positif yang dihasilkan daripada sambutan itu.

final • 10:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato' Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan ini bersama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tumpat bertarikh 6 Julai 2010 kerana ianya berkaitan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

final • 10:10 AM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sambutan Hari Belia Negara yang diadakan pada bulan lepas iaitu pada tanggal 14, 15 dan 16 Mei dibuat secara besar sekali di mana keseluruhan bandar Putrajaya telah dijadikan venue ataupun tempat sambutan yang melibatkan pelbagai acara lebih daripada 88 acara diadakan di sana. Perbelanjaan peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah hanya RM1 juta.

Dari segi kesan positifnya, ia adalah pendekatan yang digunakan untuk memberi keupayaan kepada para belia itu sendiri kerana sebahagian besar daripada acara-acara yang diatur dan dilaksanakan ialah diatur ataupun dibuat oleh para belia itu sendiri dalam konsep ‘Display of Energy’ dengan izin, iaitu mereka menunjukkan tenaga dan keupayaan mereka. Bagi kita kesan impak yang paling positif sekali ialah kerana inilah kali pertama di mana persatuan-persatuan belia yang bergerak di bawah Akta Pembangunan Belia 2007 di mana belia-belia dipimpin dan keanggotaannya terdiri daripada mereka yang di bawah usia 40 tahun telah menunjukkan satu keupayaan yang luar biasa untuk mengendalikan program-program mereka sendiri.

Tentang soal mengapa ada negeri-negeri yang tidak dijemput, saya rasa tidak timbul sama sekali kerana rekod kita yang hadir pada hari tersebut ialah kira-kira 250,000 orang semuanya yang membanjiri Putrajaya selama tiga hari tersebut dan ramai belia termasuk daripada Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah datang melalui persatuan-persatuan belia dan Majlis Belia Negeri dan daerah masing-masing.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas perbelanjaan yang begitu besar yang disediakan oleh pihak kerajaan. Saya hendak tanya adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa tanggapan umum di kalangan warga belia di seluruh negara ialah kerajaan masih belum memberikan keutamaan kepada belia oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat kepada Ketua Pemuda Barisan Nasional yang dikira sebagai belia nombor satu negara di dalam kerajaan.

final • 10:10 AM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Ini sudah tidak ada kena-mengena dengan soalan asal. Akan tetapi saya rasa terima kasih kerana mengakui bahawa kerajaan memberikan peruntukan yang besar. Sebenarnya pada sambutan Hari Belia RM1 juta itu adalah jumlah perbelanjaan yang dianggap paling value for money dari segi penggemblengan dan penglibatan itu besar.

Berbanding dengan negeri-negeri misalnya sebab menyimpang tadi, negeri Kelantan pun tidak ada sumbangan untuk belia. Mengikut rekod Majlis Belia Negeri dan daerah. Saya boleh pujilah Pulau Pinang ada sumbangan tetapi Kedah, Selangor, Kelantan tidak ada langsung bagi.

final • 10:20 AM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Jadi hendak timbul tentang soal lantik orang ini dan lantik orang ini saya rasa lebih baik tengok diri sendiri. Kalau negeri Kelantan langsung tidak ada bagi sumbangan jangan timbullah tentang soal pelantikan. Tentang siapa yang dipilih siapa yang tidak dipilih untuk berada dalam pentadbiran dan sebagainya. Itu adalah hak Perdana Menteri dan saya percaya Perdana Menteri ada kebijaksanaan beliau dalam soal ini.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Salam sejahtera selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak dinafikan, tidak dinafikan bahawa kementerian, tidak dinafikan bahawa kementerian memang memberikan tumpuan yang hebat kepada golongan belia. Macam-macam program, perbelanjaan yang besar. Soalan saya, apakah kementerian berjaya setelah program macam- macam, wang macam-macam menaikkan semangat juang belia-belia kita hari ini? Menaikkan semangat kekitaan kepada negara, rasa kepunyaan kepada negara. Apakah berbaloi segala program dan perbelanjaan?

Ambil contoh, kekalahan kita dalam pertandingan Piala Thomas - Badminton. Kalah di rumah tangga sendiri. Jangan hendak salahkan sesiapa tetapi BAM. [Disampuk] Tidak ini soal semangat, semangat, semangat juang.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, soalan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini soalan Tuan Yang di-Pertua. Kenapa boleh kalah di rumah tangga sendiri? Soal skill soal lain, soal kesungguhan memperjuangkan nama negara di depan laman sendiri keliling saudara mara, ibu bapa, jiran tetangga, rakyat tempatan kita boleh tersungkur. Maknanya lemahnya semangat.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, panjang sudah Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya harap bukan sahaja pemain gantung raket, ini jurulatih dia, pengurus dia, pengerusi jawatankuasa dia pun harus gantung raket. [Disampuk] Ini perasaan malu, bola lain masa. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri?

final • 10:20 AM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua satu unsur yang penting dalam semangat kesukanan ini ialah sedia menerima menang kalah.

Kalau semangat ini kita terapkan dalam kehidupan kita, kita tidak jadi macam pembangkang. Kalau dia menang dia kata rakyat suka pada dia. Kalau kalah dia kata inilah itulah dan sebagainya. Ini cara pembangkang kalau suka menyalahkan apabila kalah. Ini cara dia. Sebenarnya kalau kita lihat dalam Thomas Cup baru-baru ini saya setuju bahawa kita mengharapkan kemenangan. Akan tetapi sebagaimana yang saya beritahu yang pentingnya selain daripada kemenangan ialah keupayaan kita dalam penganjuran.

Semalam ramai orang Afrika Selatan pun kecewa. Tuan rumah kalah 3-0. Sepatutnya dia yang menganjurkan sebagai tuan rumah bermain tempat sendiri tidak boleh kalah. Afrika Selatan kalah 3-0. Saya fikir tidak ada orang Afrika Selatan kata oleh itu kita stoplah Piala Dunia di Afrika Selatan sebab kita kalah. Bagi mereka, mereka menerima kekalahan itu adalah sebahagian daripada adat pertandingan. Akan tetapi bagi orang Afrika Selatan yang lebih penting apabila mereka menganjurkan bola sepak begini, mereka dapat menonjolkan pada dunia tentang kehebatan negara mereka, tentang demokrasi mereka, tentang rakyat mereka, tentang keindahan tempat-tempat mereka, tentang keamanan yang mereka ada selepas mereka melepaskan diri mereka daripada rejim apartheid.

Oleh sebab itulah kalau kita tengok konteks Piala Thomas baru-baru ini kita mesti melihat secara positif. Misalnya apabila pertandingan akhir kita

final • 10:20 AM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

sedih kita tidak dapat menyertainya antara China dengan India, China dengan Indonesia maaf. Akan tetapi itu adalah merupakan peluang untuk kita memaparkan pada dunia mengenai Malaysia kepada viewers ataupun penonton yang berjumlah lebih daripada 1.2 bilion masyarakat dunia. Nilai exposure ataupun pendedahan media negara kita. Kalau ada orang pembangkang kata negara kita tidak baik, negara kita bakar gereja, negara kita huru-hara. Orang kata kalau huru-hara tidak akan macam ini. Cara perjalanan lebih baik.

Kalau kita hendak beli iklan ke negeri China ke Indonesia pada 1.2 bilion penduduk berapa banyak kita kena bayar. Jadi dalam soal ini kalah menang soal biasa. Afrika Selatan terus dengan penganjurannya. Tenis misalnya Wimbledon dianggap sebagai satu daripada kejohanan yang boleh terbaik di dunia...

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh saya mencelah Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jangan Yang Berhormat. Saya sudah hendak mencelah Menteri Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading jangan.

final • 10:20 AM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Walaupun British kalah, walaupun kita tidak dengar pun pemain Britain yang berjaya saya rasakan bahawa ...

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya saja test ...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah cukuplah Yang Berhormat Menteri sudah banyak itu. Saya sudah terima penjelasan.

final • 10:20 AM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Saya rasakan bahawa Thomas Cup kita tetap berjaya walaupun kita kalah tetapi kita melihat Malaysia tetap berjaya di dalam pertandingan Thomas Cup baru-baru ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menerima penjelasan tetapi kita hendak menang juga sekali sekala.

final • 10:20 AM

3. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan adakah kebebasan sebaran am di Malaysia masih amat terhad seperti yang ditonjolkan dalam satu kajian global oleh Freedom House di Amerika Syarikat dengan “Press Freedom Ranking” 141 dalam ulasan “Malaysia Press Still Not Free”.

final • 10:20 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua saya mohon menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat dari Cheras dan Yang Berhormat dari Tumpat bertarikh 29 Jun 2010. Ini kerana menyentuh tentang perkara yang sama iaitu kebebasan media.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tahap kebebasan media masa berbeza-beza antara satu negara dengan yang lain. Nilai-nilai kehidupan di sesebuah benua seperti di Amerika, Eropah, Asia, Afrika misalnya membentuk nilai-nilai dan kaedah yang mempengaruhi media massa masing-masing. Media di negara kita telah berkembang dengan pesat sama ada yang berbentuk elektronik mahupun cetakan. Terdapat 76 akhbar harian dan semua parti politik pembangkang bebas menerbitkan dan mengkritik mana-mana pihak termasuk kerajaan di samping melahirkan

final • 10:20 AM

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

pandangan yang berasingan. Ini ternyata dengan penerbitan Roket, Suara Keadilan, Harakah dan lain-lain.

Di samping itu terdapat 151 saluran atau channel televisyen melalui satelit, sembilan saluran siaran televisyen tele siaran biasa dan sekitar 53 stesen radio. Ini tidak termasuk sistem IPTV (Internet Protokol Televisyen) yang akan juga menjadi lumrah dalam masa terdekat di bawah perkembangan jalur lebar negara. Selari dengan perkembangan dunia internet beribu-ribu media alternatif seperti blog, laman web dan lain-lain sedang berkembang. Di saat ini terdapat tidak kurang dua juta blogger di Malaysia. Mereka ini juga adalah mencerminkan kebebasan dan kenaikan bilangan mereka yang terlibat dalam media massa.

Tuan Yang di-Pertua dalam konteks ini apa yang disebut sebagai sebaran am atau media massa di Malaysia sedang rancak berkembang.

Bukan terhad seperti Yang Berhormat sangkakan itu.

(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)

final • 10:20 AM

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Dalam konteks ini juga lantaran sesuatu media massa itu bebas melahirkan pendapat termasuk mengkritik kerajaan, laporan Freedom House di Amerika Syarikat itu hanya merupakan laporan sekelumit yakni tidak lebih dari laporan kerusi selesa atau dengan izin, armchair reporting. Media sebagai alat sebaran am sama ada yang berbentuk elektronik atau cetakan tidak memiliki kebebasan mutlak, akan tetapi tertakluk kepada etika, peraturan dan undang-undang di sesebuah negara. Semua badan penyiaran elektronik sama ada media rasmi kerajaan mahupun pemegang lesen adalah berperanan memastikan kandungan yang disiarkan mematuhi undang-undang negara dan bantu mewujudkan masyarakat prihatin serta bertanggungjawab.

final • 10:30 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang amat menyeluruh dan teliti.

Tuan Yang di-Pertua, kebebasan sebaran am boleh menjadi faktor pemangkin kepada ketelusan kerajaan. UNESCO telah menjadikan dengan izin, freedom of information the right to know sebagai tema kepada freedom of information day sedunia serta menekankan pentingnya freedom of information adalah pokok dan asas kepada freedom of speech dan demokrasi.

Memandangkan freedom of speech juga merupakan satu komitmen Malaysia kepada masyarakat antarabangsa. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah membina diambil oleh kerajaan bagi memastikan masyarakat Malaysia termasuk interest group dan NGO yang berkenaan khusus di media massa untuk bersama-sama menyempurnakan komitmen antarabangsa ini supaya peristiwa seperti produser TV ditamatkan perkhidmatan dengan alasan yang kurang meyakinkan tidak menjadi isu yang menjejaskan nama baik negara.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau. Sesungguhnya, semua kenyataan yang diluahkan oleh beliau sebentar tadi kita tidak ada mempunyai apa-apa percanggahan pendapat, iaitu kebebasan untuk mengeluarkan fakta serta pendapat dan pandangan sentiasa di hormati sebagaimana tertera kepada Perkara 10 Perlembagaan Negara.

Saya suka menyebutkan secara faktanya perkara itu menyatakan tertakluk kepada fasal 2, 3 dan 4. Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran, tinggal lagi apabila hak itu dibandingkan dengan tuntutan keselamatan dalam negara atau sebahagian daripadanya atau berkaitan dengan kepentingan awam ataupun hubungan baik antara negeri-negeri, maka dalam konteks itu termasuk juga akhlak bolehlah diadakan peraturan atau undang-undang. Justeru itu, semua undang-undang

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

yang telah dihasilkan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat adalah tertakluk kepada perkara ini.

Apa Yang Berhormat sebut itu tentang pemberhentian seorang atau beberapa pihak di media tertentu, tentulah apabila kita melihat hutan belantara kita tidak nampak pokoknya. Justeru, jabatan-jabatan berkenaan mempunyai asas-asas sendiri tentang bagaimana sesuatu itu dilapor ataupun diasaskan menerusi media massa. Dalam konteks itulah, huraian sekiranya diperlukan boleh diberi terhadap kes-kes yang dikemukakan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu pegangan kita terhadap hak untuk menerima pandangan dan sebaran am tetap terasas.

final • 10:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya sedari bahawa Yang Berhormat tadi telah sebutkan dengan sebaran am sekarang itu dan teknologi baru internet, jalur lebar dan sebagainya memang keadaan media massa sudah berubah. Sedemikian itu adakah Yang Berhormat mencadangkan supaya negara ini mengkaji....

[Disampuk] Itu soalan, Yang Berhormat Putatan tidak tahu apa soalan dan apa retoriknya. Saya mencadangkan Yang Berhormat bagi dia lesenlah itu mengenai penerangan apakah soalan dan apakah itu bukan soalan.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak mengapa, soalan tambahan sahaja Yang Berhormat Kepong.

final • 10:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya tengok apakah itu pendapat Yang Berhormat mengenai kita mengkaji semula, kerana ini keadaan yang berubah dan dengan sedemikian kita adakan dasar tertentu supaya kebenaran dapat ditonjolkan di dalam semua jenis media dan sekarang memang pihak kami berasa bahawa pihak kerajaan tidak adil kepada kita, kerana tidak sebarkan maklumat yang kita sampaikan. Yang pertama.

Kedua, pihak kerajaan kata apa yang disebutkan oleh kerajaan itu semua benar belaka dan sebagainya. Ini memang satu pendapat yang bertentangan dan bagaimana kita dapat mengatasi selaras dengan perkembangan semasa.

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, diucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong. Pandangan beliau itu sebenarnya agak lunak, menyeluruh dan pihak kerajaan saya fikir tiada halangan untuk menerima pandangan yang positif untuk memperbaiki lagi tahap informasi serta hak-hak yang ada pada setiap warga di tanah air kita.

Tinggal lagi apabila kita melihat satu gelas air yang berisi air ada pihak yang mengatakan tidak cukup penuhnya, ada pihak berkata belum penuh lagi.

Mungkin juga ada pihak mengatakan airnya kurang.

Jadi dalam keadaan sedemikian kalau pembangkang atau rakan-rakan di sebelah sana berpendapat laporan yang diberikan kepada pihak tertentu tidak mencukupi itu tidak bermakna bahawa pihak kerajaan tidak menjalankan tugasnya. Beradanya kita di sini di Dewan dan tercapainya tamadun perjuangan hidup Malaysia setakat ini adalah dengan peranan media massa juga sebahagian kecil daripadanya. Kita tidak boleh tolak hakikat ini. Tinggal lagi pentadbiran media sama ada media cetak ataupun elektronik sekarang ini ditadbir oleh pelbagai pihak. Satu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, satu oleh Kementerian Dalam Negeri dan pelbagai undang- undang termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 termasuk Pentadbiran Ketenteraman Awam 1975 serta hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang lain.

Jadi kalau dicadang bahawa satu kajian dibuat, cadangan ini kami terima dan kita boleh lihat dari pelbagai perspektif bagaimana bukan sahaja pihak-pihak yang mentadbir tetapi rakyat itu mempunyai haknya. Hal ini adalah penting tetapi kepentingan tersebut tertakluk kepada undang-undang tanah air

final • 10:30 PM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

dan kita perlu menghormati undang-undang yang telah kita dibuat sama ada kita suka ataupun tidak dengan hal-hal yang bersabit demikian.

final • 10:30 PM

  1. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan berapakah peratusan pelajar-pelajar MRSM yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Perincikan jumlahnya mengikut negeri.

final • 10:30 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat daripada Ketereh terima kasih di atas soalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Mac 2010 daripada seramai 29,592 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara atau pendeknya MRSM di seluruh negara terdapat 54.79% atau 16,212 orang pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

final • 10:30 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Dalam konteks ini, MARA mengklasifikasikan pendapatan rendah adalah pendapatan yang kurang daripada RM2,500. Atas permintaan Yang Berhormat yang meminta perincian jumlah pelajar tersebut mengikut negeri, ia adalah seperti berikut:

NegeriJumlah Pelajar Daripada Keluarga Berpendapatan Rendah (orang)Peratusan
Johor17365.87
Kedah21107.13
Kelantan16845.69
Melaka9033.05
Negeri Sembilan9183.10
Pulau Pinang12744.31
Pahang21287.19
Perak19266.51
Perlis4271.44
Sabah5591.89
Selangor2950.99
Terengganu17055.76

Jadi jumlah keseluruhannya ialah sebagaimana saya sebut tadi, 16,212 orang dengan peratusannya ialah 54.79%. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat kepada peratusan yang lebih rendah kemasukan ke MRSM di Sabah dan Sarawak. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dari segi penilaian kemasukan ataupun syarat-syarat kemasukan. Kita tahu perkembangan pendidikan melalui tuisyen di bandar yang begitu hebat. Saya rasa kemasukan berdasarkan kepada kecemerlangan

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

UPSR dan PMR ini patut dikaji semula dan mungkin untuk masyarakat luar bandar yang mana sebagai fokus dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, fokus khusus untuk golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, saya rasa kriteria kemasukan ini perlu diubah. Adakah kementerian bercadang untuk membuat penilaian baru bahawa kemasukan ke MRSM ini bukan hanya bergantung keutamaannya kepada pencapaian UPSR ataupun PMR? Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh, satu pandangan yang baik. Sebenarnya kriteria pemilihan kita untuk tujuan pengambilan pelajar ini sebenarnya konsisten dari dahulu hinggalah sekarang, iaitu kita bukan sahaja mengambil kira pendapatan terutamanya tetapi juga kita ambil kira soal-soal lain. Misalnya pendapatan tinggi tetapi tanggungannya ramai, pun kita ambil kira. Begitu juga dengan soal kokurikulum pelajar tersebut, bagaimana penglibatan mereka dalam hal-hal kokurikulum, bahas, sukan dan sebagainya dan kita tekankan juga soal kedudukan mereka ini, pelajar sama ada di sekolah luar bandar. Sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi di Sarawak memang kita akui jumlahnya kecil tetapi ini kemungkinan juga kita ambil kira yang lain-lain tadi.

Walau bagaimanapun, pendapatan itu adalah merupakan sebahagian daripada kriteria-kriteria yang kita gunakan kerana mereka ini adalah rata- ratanya daripada kawasan-kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, kalau sekiranya Yang Berhormat ada memikirkan sesuatu kriteria lain yang perlu kita tekankan lagi, pihak kementerian bersedia untuk mempertimbangkan dan mengambil kira pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada timbalan menteri kerana dapat menantu.

Tuan Yang di-Pertua, tidak terhingga lagi besarnya sumbangan Maktab Rendah Sains MARA menjadikan pelajar kita pelajar-pelajar yang cemerlang yang mendapat kejayaan. Namun demikian, saya dapati bahawa Maktab Rendah Sains MARA hanya menumpukan kepada pendidikan yang bercorak akademik berasaskan kepada pengetahuan. Selaras dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh di mana kita mengharapkan bahawa perkembangan ekonomi kita berdasarkan kepada kemahiran, jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Maktab Rendah Sains MARA akan melangkah selangkah lagi ke hadapan, bukan sahaja menyediakan pendidikan yang berasaskan kepada akademik semata-mata tetapi juga akan menyediakan pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional supaya pelajar-pelajar yang keluar nanti bukan sahaja berasaskan kepada pengetahuan, tetapi mempunyai kemahiran yang tinggi yang boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi serta memenuhi pasaran yang sedia ada? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Bagi menjawab soalan tersebut, kita mengakui bahawa MRSM ini memang kita menekankan soal akademik. Walau bagaimanapun, soal-soal yang ada hubung kaitnya dengan kemahiran dari segi vokasional dan sebagainya, memang kita tekankan sebab sejarah telah menunjukkan bahawa ramai daripada mereka yang menuntut di MRSM ini, hari ini telah mencapai beberapa kejayaan. Sebab saya sebut tadi selain daripada akademik, hal kemahiran, hal-hal yang berhubung kait dengan kokurikulum juga kita tekankan.

Misalnya dalam Dewan ini sendiri pun, ramai di antara mereka adalah lepasan dari MRSM. Kalau tidak silap saya, Yang Berhormat Kubang Pasu dari MRSM. Begitu juga Angkasawan Negara, juga berkelulusan dari MRSM.

Jadi...

final • 10:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ya? Oh! Yang Berhormat Jerlun. Minta maaf, bukan Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya ingat Yang Berhormat Kubang Pasu tadi, minta maaf. Yang Berhormat Jerlun ialah lepasan MRSM.

Begitu juga Angkasawan Negara dari Negeri Sembilan adalah lulusan MRSM.

Jadi, pandangan daripada Yang Berhormat tadi memang kita ambil kira dan kita cuba hasilkan – akademik baik, kurikulum baik, malahan the rounded person yang hendak kita lahirkan. Terima kasih. Itu jawapan saya.

final • 10:40 AM

5. Dato' Lilah bin Yasin [Jempol] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:-

(a) bilakah Projek Bahau bypass hendak dilaksanakan; dan

(b) apakah perancangan kerajaan untuk mengatasi kesesakan di bandar Bahau.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina jalan Bahau bypass telah dikenal pasti di dalam Kajian Semula Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Fasa 1 (Highway Network Development Plan Phase 1 Review Study) dengan izin. Ia merupakan pembinaan jalan baru sepanjang 7 kilometer, dua lorong dua hala, single carriageway dari Bahau ke Kuala Pilah dengan FT13 ke jalan Bahau-Gemas, FT10 melalui Mahsan-Jempol serta membina jambatan merentasi sungai dan jambatan merentasi landasan kereta api.

Sehubungan dengan itu, projek ini akan diberi keutamaan di dalam pembangunan semula di dalam rolling plan kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun, permohonan ini tertakluk kepada kelulusan agensi pusat.

Untuk menjawab soalan (b) Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bandar Bahau adalah terletak dalam kawasan daerah Jempol dan merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan negeri Pahang dan Johor. Bandar Bahau merupakan pusat tempatan dan pusat komersial utama bagi daerah Jempol untuk mengeluarkan hasil pertanian dan industri asas tani dari kawasan-kawasan FELDA yang terdapat di daerah ini.

Antara sebab utama yang mengakibatkan kesesakan adalah kenderaan yang diletakkan di kiri dan kanan jalan untuk urusan dan aktiviti di bandar Bahau yang mengganggu kelancaran pergerakan lalu lintas. Jalan ini adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Jempol. Kesibukan aktiviti tempatan dan kenderaan yang melalui bandar Bahau ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak, hari Jumaat dan di musim perayaan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Pembinaan jalan Bahau bypass ini dapat mengelakkan kenderaan through trafik daripada Gemas, Serting ke Kemayan. Sebaliknya memasuki bandar Bahau yang dapat melancarkan pergerakan lalu lintas setempat.

Seterusnya mengurangkan kesesakan di kawasan yang terlibat. Sekian.

final • 10:50 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bahau adalah merupakan tempat untuk peneroka-peneroka FELDA yang berjaya dibangunkan oleh kerajaan apabila mereka mendapat pendapatan yang agak baik dan mereka berbelanja di Bahau. Bukan sahaja FELDA di

final • 10:50 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Jempol tetapi daripada Rompin, Bera dan juga persekitaran Pahang. Inilah tempat mereka berbelanja. Oleh yang demikian soal kesesakan Bahau ini harus diberikan keutamaan dalam memetakan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri masukkan lagi satu peruntukan untuk membangunkan Bahau Ring Road untuk mengatasi masalah kesesakan di Bahau dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

final • 10:50 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya dalam Dewan ini sering kali mendengar ucapan dari Yang Berhormat Jempol, selalunya memang timbulkan masalah kesesakan di Bahau dan meminta adakan satu laluan bypass untuk mengelakkan kesesakan. Cara kita telah pun masukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Oleh kerana peruntukan walaupun sudah diperuntukkan untuk keseluruhannya, kita masih dalam penelitian detail-detail senarai projek.

Cara yang kalau saya boleh beri sedikit nasihat iaitu Yang Berhormat kalau dapat mengambil, bertemu dengan pihak kerajaan negeri supaya menentukan projek ini sangat akan diberi keutamaan dan cara ini kita mungkin dapat meluluskan secepat mungkin. Yang sangat penting tadi link road ini yang di mana pergi ke Kuala Pilah atau di sebelah utara sebelah timur?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, jangan berdialog Yang Berhormat. Kalau ada jawapan, bagi jawapan, kalau tidak ada, tidak payah.

final • 10:50 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Saya tanya sahaja. Lebih baik... [Ketawa] lebih baik saya menyuruh Yang Berhormat Jempol sila menjalankan pertemuan dengan pihak kerajaan negeri supaya kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada projek yang kita sentuh di sini. Supaya ia akan diluluskan secepat mungkin. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan kenapa sehingga kini kerajaan masih lagi tidak mengumumkan apakah ‘pricing mechanisme’ yang diguna pakai bagi menetapkan harga petrol di stesen- stesen minyak di seluruh negara.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Penentuan harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah automatic pricing mechanisme (APM). Kaedah ini telah diguna pakai sejak tahun 1983. Satu artikel berkenaan dengan APM telah dikeluarkan pada 15 Februari 2009 melalui akhbar News Straits Times. Melalui artikel tersebut penerangan berhubung kaedah penetapan harga runcit petrol dan diesel diterangkan secara terperinci dan juga pernah dijawab di dalam Parlimen ini.

Melalui APM kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu, di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Perbezaan antara harga runcit dengan harga sebenar akan ditampung oleh subsidi dan pengecualian cukai jualan. Komponen APM terdiri daripada kos produk yang merupakan harga purata Mean of Platts Singapore (MOPS), alpha, kos operasi, margin syarikat minyak, margin pengusaha, cukai jualan dan subsidi.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terangkan secara terperinci komponen-komponen di dalam APM dan kos-kosnya.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Panjang Yang Berhormat?

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Sikit sahaja. Panjang juga. Okey, komponen dalam APM ialah:

(i) Kos Produk (MOPS) - Malaysia menggunakan harga purata harian Mean of Platts (MOPS) di pasaran Platts sebagai asas untuk menentukan kos produk bagi RON97, RON95 dan diesel. Platts merupakan pasaran harian produk petroleum yang diterbitkan oleh McGraw Hill Companies Limited di Singapura.

Kebanyakan negara di rantau ini juga menggunakan MOPS sebagai rujukan kos produk petroleum mereka;

(ii) Alpha - Perbezaan harga yang dipaparkan di pasaran Platts dengan harga belian sebenar oleh syarikat minyak. Kerajaan telah menetapkan alpha pada kadar 5 sen seliter untuk petrol dan 4 sen seliter bagi diesel;

(iii) Kos Operasi - Pada masa ini kerajaan menetapkan kos operasi pada kadar 9.54 sen seliter. Ia melibatkan kos pengangkutan dan kos pemasaran;

(iv) Margin syarikat minyak - Ditetapkan pada 5 sen seliter pada petrol dan 2.25 sen bagi diesel;

(v) Margin pengusaha stesen - Ditetapkan pada 12.19 sen seliter bagi petrol dan 7 sen seliter bagi diesel;

(vi) Cukai jualan - Diwartakan di bawah Akta Cukai Jualan

(1972) dengan kadar 58.62 sen seliter bagi petrol dan 40 sen bagi diesel;

(vii) Subsidi - Diberikan apabila harga sebenar lebih tinggi daripada harga runcit yang ditetapkan setelah mengambil kira pengecualian cukai jualan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan harga produk petroleum tidak dinaikkan secara mendadak, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar tukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel. Berdasarkan kaedah ini, kerajaan akan menaikkan harga runcit petrol dan diesel apabila kos-kos produk naik di paras di mana kerajaan mengecualikan semua cukai jualan dan menghabiskan subsidi 30 sen seliter. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sebelum itu mukadimahnya ialah rakyat keliru daripada harga per barrel petrol pada kadar USD135 harganya ialah RM2.70. Sekarang ini per barrel sekitar USD63-USD64. Jadi rakyat sekarang ini melihat bahawa mekanisme yang dipakai itu tidak menyeluruh dan tidak konsisten daripada pemberitahuan. Soalan saya ialah apakah dengan formula yang konsisten pricing mechanisme ini kita boleh mengawal malah rakyat diberitahu secara terang dan jelas harga semasa dan dibolehkan rakyat mengikuti perkembangan semasa kenaikan harga minyak.

Sekian.

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih di atas pertanyaan Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya mechanisme ini telah pun diguna pakai untuk di seluruh negara ASEAN. Sebenarnya pihak kerajaan tidak mengelirukan rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya pada hari ini iaitu kos minyak mentah ialah pada paras USD76.79 setong. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kerajaan akan menggunakan APM seperti kaedah sedia ada untuk menentukan harga akhir produk petroleum. Walaupun harga mentah ini adalah dikatakan rendah tetapi kita mesti memasuki kos-kos yang lain yang telah pun saya sebutkan untuk

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

menentukan harga minyak di pasaran iaitu RON97, RON95 dan diesel. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita ambil maklum tentang APM yang telah dijelaskan tadi. Namun soalan saya mudah.

Beberapa kali kita sebut terutamanya dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh tentang rejim subsidi yang terkini iaitu perbezaan antara harga pasaran dengan harga jualan. Saya terkejut sebab saya difahamkan bahawa 71% berpendapatan menengah dan atas yang menikmati minyak petrol yang disubsidikan.

Jadi adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi komitmen bilakah skim subsidi yang baru ini akan diperkenalkan dalam pasaran? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Yang Berhormat Rembau.

Memang kita sedia maklum bahawa semua di antara kita ini begitu prihatin tentang skim subsidi yang baru ini yang hendak bila akan dilancarkan.

Sebenarnya pihak kementerian dan kerajaan sedang mengkaji secara terperinci untuk mengambil kira pandangan rakyat agar pelaksanaannya nanti akan menguntungkan rakyat secara keseluruhan dan dia tidak akan membawa reaksi yang negatif daripada rakyat sendiri.

So, untuk makluman Yang Berhormat Rembau, ini dalam kajian dan akan diumumkan oleh kementerian ataupun kerajaan setelah kita mengambil kira pandangan-pandangan daripada rakyat secara keseluruhan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

7. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah terdapat garis panduan yang dibuat terhadap penayangan filem dari luar termasuk filem yang bertentangan dengan budaya kita.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya meneruskan jawapan saya ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan dari MIC Bahagian Lumut, Perak. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kuala Nerus yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Dalam Negeri melalui Lembaga Penapisan Filem telah dipertanggungjawabkan untuk menapis semua filem termasuk dari luar negara yang akan ditayangkan di Malaysia berpandukan kepada garis panduan penapisan filem yang terpakai pada masa ini. Berdasarkan garis panduan tersebut, mana-mana filem termasuk dari luar negara yang akan ditayangkan mempunyai adegan atau unsur-unsur yang bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini akan di potong.

Walau bagaimanapun, sekiranya tema dan keseluruhan jalan cerita filem berkaitan bertentangan dengan garis panduan berkenaan serta mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai untuk ditonton umum, maka filem- filem tersebut tidak akan diluluskan untuk tayangan. Garis panduan ini memberi fokus kepada empat aspek penting yang harus diteliti dan diambil kira di dalam pembuatan filem iaitu:

(i) keselamatan dan ketenteraman awam;

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

(ii) keagamaan;

(iii) sosiobudaya; dan

(iv) ketertiban dan ketatasusilaan.

Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian serius dan tidak dieksploitasi hingga boleh membawa akibat yang tidak diingini kepada masyarakat dan negara kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan saya. Saya mohon pihak kementerian memperjelaskan dasar penapisan filem di Malaysia dan apakah rasionalnya penayangan filem yang tidak melambangkan semangat Gagasan 1Malaysia.

Pada masa kini, kita lihat filem-filem dari Korea, Sepanyol dan Filipina banyak ditayangkan dalam televisyen di negara kita.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sehubungan dasar berkaitan dengan penapisan filem, ada dipaparkan dalam garis panduan penapisan filem yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Kalau Yang Berhormat hendak mengetahui lebih terperinci, bolehlah mendapatkan satu naskhah daripada kementerian.

Bagaimanapun kalau daripada segi ringkasnya bahawa penapisan filem bertujuan untuk:

(i) melindungi orang ramai agar tidak terpengaruh dengan nilai-nilai negatif yang diakibatkan daripada penonton filem, boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam dan juga filem-filem yang ditonton itu tidak boleh mendorongkan rakyat meniru, mempraktikkan atau bersimpati dengan fahaman yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara;

(ii) melindungi negara dan juga kerajaan daripada tersebarnya filem-filem yang antikerajaan atau meletakkan imej kerajaan atau agensinya secara negatif;

(iii) menghindar filem yang menyanjung ajaran sesat, fanatik, mengkritik dan mencela terhadap sesuatu agama;

(iv) menjaga keharmonian hubungan antara kaum dan mencerminkan kebudayaan, keperibadian dan aspirasi negara sentiasa selaras dengan visi dan negara;

(v) menjaga panduan supaya tata nilai dan budaya bangsa terpelihara; dan

(vi) mengelak individu atau pertubuhan menanggung rugi secara fizikal atau moral akibat tayangan filem yang mengandungi dakwaan yang tidak benar dan tuduhan liar.

Sehubungan dengan isu berkaitan dengan filem yang ditayangkan tidak melambangkan semangat 1Malaysia seperti filem Korea dan Sepanyol dan juga Filipina, (seperti diberi contoh oleh Yang Berhormat Kuala Nerus tadi) bahawa apa yang penting terkandung di dalam filem berkaitan ialah mematuhi garis panduan sebagaimana yang saya telah nyatakan iaitu empat aspek penting yang perlu ditekankan dan perlu diakuri. Jadi selagi filem tersebut tidak berlanggar asas-asas empat aspek tadi, maka pihak Lembaga Penapisan Filem akan meluluskan filem itu untuk ditayangkan.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Sehubungan dengan isu berkaitan dengan semangat Gagasan 1Malaysia yang mana hari ini merupakan dasar konsep pentadbiran kerajaan kita hari ini Lembaga Penapisan Filem akan mengambil perhatian dan akan menyuarakan kepada pembuat-pembuat filem supaya filem-filem yang dibuat ini dimasukkan unsur-unsur berkaitan dengan konsep 1Malaysia ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bila Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan mengatakan bahawa satu di antara perkara dalam penapisan gambar-gambar adalah supaya tidak ada unsur-unsur negatif. Kita perlu merangkumi apa yang telah berada di 1Malaysia. Akan tetapi kita tahu 1Malaysia itu adalah satu konsep Barisan Nasional yang tidak boleh diterima oleh ramai di antara rakyat di negara ini.

Bolehkah di antaranya kuota dan diskriminasi bumiputera dan bukan bumiputera yang tidak ada makna langsung.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu perkara yang kita perlu fikir.

Jadi macam mana, Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak apa, tidak apa. Terus sahaja, Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu suara Yang Berhormat Rompin.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya. Memang dia patut bersuara, Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Dia patut berada di Amerika.

Dia berada di sini.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak apa, Yang Berhormat. Teruskan.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi soalan saya adalah ini.

Bahawa dengan institusi dan cara-cara lain di mana kita boleh ada akses secara internat, secara DVD dan sebagainya. Apakah rasional kerajaan supaya kita perlu ada penapisan filem-filem di mana kami faham, ada sedikit yang kami tahu, adalah untuk diguna pakai oleh kerajaan untuk digunakan bagi menyebarkan mesej mereka dan mesej mereka bertentangan dengan kesedaran rakyat di negara ini. Adakah kerajaan sedar bahawa ini adalah satu kesalahan dan tidak ada - no political morality dalam hal itu.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Adakah satu di antara commisioner yang ada di sana, yang dilantik.

Saya difahamkan semasa sebaran filem di sana, ramai di antara mereka tertidur, yang terdapat dalam media massa baru-baru ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya sudah jelas Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Filem ‘Mulaar’, whatever it is.

Banned... Apakah asasnya?

final • 11:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan permulaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat adalah berunsurkan politik. Yang tidak setuju dengan 1Malaysia ialah pembangkang. Jadi apa yang kita hendak hiraukan, cuma orang pembangkang sahaja yang tidak setuju.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak apalah Yang Berhormat. Jawab itu sahaja.

final • 11:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Jadi saya rasa saya tidak perlulah menjawab soalan Yang Berhormat Ipoh Barat secara terperinci.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Takutlah. Takut yang saya kata itu benar tidak boleh jawab. Yang Berhormat tidak boleh jawab.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak apa Yang Berhormat. Dia tidak takut Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Pembangkang ada 48% rakyat, ingat sedikit.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

You are paid to answer my friend!

final • 11:10 AM

8. Tuan Wong Ho Leng [Sibu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan atau mengurangkan masalah “brain drain” sama ada pelajar atau tenaga kerja mahir dan tidak mahir di Sibu.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah binti Mazlan

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sibu di atas soalan. Soalan Yang Berhormat khusus mengenai masalah brain drain di Sibu, saya mohon memberi jawapan yang menyeluruh mengenai perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi, modal insan merupakan salah satu faktor yang sangat penting untuk menjana transformasi negara yang dirancang. Kerajaan akan melaksanakan peningkatan yang menyeluruh di setiap aspek pembangunan modal insan dari menambah baik pendidikan awal kanak-kanak sehingga meningkatkan kualiti dan prestasi pendidikan di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi pengajian tinggi serta meningkat dan mengarusperdanakan latihan-latihan kemahiran melalui rangka yang bersepadu.

Pada masa ini terdapat di sekitar 700,000 rakyat Malaysia di luar negara yang dianggap sebagai ‘drain brain’ dan merupakan tenaga mahir yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Minta maaf brain drain. Minta maaf ya. Di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh fenomena ini akan diberi fokus dalam usaha-usaha meningkatkan daya tarik Malaysia sebagai destinasi modal insan berkepakaran tinggi untuk warga tempatan dan juga asing. Satu badan, Talent Corporation akan ditubuhkan yang mana salah satu fungsi utamanya ialah untuk mendorong dan menarik kembali rakyat Malaysia yang berbakat dan berkemahiran di luar negara untuk kembali, di samping menarik dan mengekal tenaga yang ada di dalam negara.

Program Menggalakkan Warga Malaysia di Luar Negara Pulang di bawah Kementerian Sumber Manusia dan Program Brain Gain Malaysia di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi akan digabungkan di bawah Talent Corporation. Talent Corporation akan mewujudkan satu pelan modal insan berkemahiran yang bersepadu dan bertindak sebagai pusat sehenti bagi urusan-urusan pelaksanaan pelan tersebut. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri lari daripada

final • 11:10 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

soalan itu kerana soalan itu spesifik. Biarlah saya memberitahu Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa masalah brain drain di Sibu adalah kerana tidak ada economy opportunity, peluang ekonomi yang fair. Oleh itu ramai daripada pemuda, pekerja, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri nampak itu question, skilled and unskilled worker, bukan sahaja yang skilled bahkan yang unskilled worker pun lari daripada Sibu kerana tidak ada peluang ekonomi.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya. Dia tidak faham itu...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, ya.

final • 11:10 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya menjelaskan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudah sebut tadi.

final • 11:10 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kejadian ketiadaan peluang ekonomi adalah kerana polisi kerajaan yang hanya mementingkan segelintir orang. Syarikat yang rapat atau ada kaitan dengan Ketua Menteri, ahli-ahli Ketua Menteri Sarawak... [Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat itu sudah terkeluar Yang Berhormat. Terkeluar.

final • 11:10 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini adalah sebab brain drain di Sibu dan apakah tindakan atau cara untuk menyelesaikan masalah ini iaitu kekurangan peluang ekonomi. Lack of economy opportunity yang berada di Sibu dan tumpuan kontrak-kontrak kerajaan dan polisi untuk mementingkan kroni-kroni Barisan Nasional sahaja.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik.

final • 11:10 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Inilah soalan saya yang ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat bukan Barisan Nasional. Saya Barisan Nasional juga Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Sila.

final • 11:10 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan ini mengenai dengan brain drain dan kalau Yang Berhormat Bandar Kuching mengatakan bahawa saya lari daripada soalan. Saya ingin menegaskan bahawa Yang Berhormat Sibu pun tidak tanya tentang detail dan apa sebenarnya masalah dan persoalannya tetapi saya ingin memaklumkan...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sibu, duduk Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Saya ingin memaklumkan bahawa sekiranya Yang Berhormat ingin maklumat-maklumat terperinci mengenai dengan data-data dan juga mengenai dengan kedudukan pekerja. Saya ingin memaklumkan bahawa di Sibu sendiri pada masa ini terdapat 210,000 tenaga populasinya yang mana kita dapati di keseluruhan Sarawak kita mempunyai kekosongan pekerjaan sebanyak 3,275 dan yang mendaftar pada masa ini untuk mendapatkan pekerjaan di sekitar 25,000. Ini angka-angka yang menyeluruh mengenai Sarawak dan mengenai Sibu saya memohon supaya Yang Berhormat Sibu sendiri untuk mengambil inisiatif mengadakan kajian yang teliti dan mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk

final • 11:10 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

mengatasi masalah pengaliran tenaga ataupun pengaliran penduduk dari Sibu ke luar.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, soalan pokok di sini ialah brain drain dan brain drain bukan hanya berlaku di Sibu. Ia merupakan satu fenomena yang menyeluruh di negara, yang sedang cuba ditangani melalui berbagai-bagai langkah oleh berbagai-bagai kementerian yang ada pada masa ini. Saya ingin memaklumkan kalau pihak pembangkang ingin menyatakan bahawa brain drain ini hanya berlaku di Sibu, saya harap bahawa persepsi ini dapat dibetulkan.

Sebagai Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab kita memerlukan satu dasar, satu program yang efektif dan inilah yang saya cuba nyatakan tadi. Sibu sebagai salah satu daripada tempat ataupun kawasan yang ada di negara ini, sudah tentu akan mendapat manfaat terutama sekali jika Ahli Parlimennya bijak untuk menggunakan kesempatan dan peluang- peluang yang ada ini. Terima kasih. [Ketawa]

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Duduk sahaja Yang Berhormat. Saya hendak tanya soalan di sini, my understanding of this question dengan izin, adalah soalan brain drain di Sibu. Kalau hendak tanya soalan lain Yang Berhormat saya tidak beri. Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Gajah, kalau brain drain saya tidak benar.

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata brain drain seluruh negara.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri kata boleh brain drain seluruh negara.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, okey. Maknanya saya tidak perlu tanya lagilah.

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akan tetapi dia boleh jawab seluruh negara, tidak boleh saya sambung untuk mendapat penjelasan seluruh negara brain drain?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jangan melenting Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

No, no, no, maaf Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya tidak melenting Yang Berhormat. Jangan melenting.

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata brain drain seluruh negara. Jadi saya hendak bangkitkan pertanyaan berkenaan brain drain seluruh negara.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, Yang Berhormat Balik Pulau tolong duduk dahulu. Yang

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Berhormat Sibu pun duduk juga. Saya hendak dealing dengan Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:10 AM

Tuan Wong Ho Leng - Sibu

Ini soalan saya.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

You hendak tanya atau tidak tanya?

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Hendak tanya.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Duduk. Yang Berhormat Sibu hendak tanya? Soalan asal.

final • 11:10 AM

Tuan Wong Ho Leng - Sibu

Hendak proteslah, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab soalan saya. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham, tidak faham keadaan di Sibu...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah, sudah Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Soalan tambahan ketiga Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan ketiga. Brain drain!

Brain drain!

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Itu menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan mengabaikan Sibu, Sarawak.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

....Menganaktirikan Sarawak.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Soalan saya pun tidak faham!

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah, sudah Yang Berhormat. Saya sudah buat keputusan Yang Berhormat. Oleh sebab soalan Yang Berhormat Sibu, ia kata tidak jawab tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata sudah jawab.

Jadi Yang Berhormat Batu Gajah, ia hendak soalan brain drain di seluruh negara, saya fikir ini soalan Yang Berhormat Sibu. Jadi, saya buat keputusan supaya kita berpindah kepada Yang Berhormat Tuan Matulidi bin Jusoh.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua. Sejak bila kita mengecilkan atau menyempitkan persoalan?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak mengapa Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sebab jelas Yang Berhormat Timbalan Menteri kata brain drain seluruh negara. Ini menyatakan jelas bahawa pihak kita boleh tanya berkenaan brain drain seluruh negara.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi itu prosedur yang bukan baik...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, maaf ya.

Mengecilkan - narrow down persoalan yang boleh kita tanya...

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Ini soal asal Yang Berhormat Sibu.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Kepada Sibu sahaja?

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

...Tadi Yang Berhormat Jempol pun Tuan Yang di-Pertua bagi satu.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi saya pohon Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan ketiga, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak lagi Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan. Sila Yang Berhormat Menteri, menjawab soalan nombor sembilan.

final • 11:20 AM

Tuan Matulidi bin Jusoh - Dungun

Belum lagi. Belum lagi ditanya.

Belum lagi ditanya Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

[Bangun]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk dahulu, duduk dahulu. Apabila saya memanggil Yang Berhormat, Yang Berhormat bangkit. Yang bising-bising kiri, kanan itu yang mendengar. Orang yang memberi arahan ialah Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat. Jadi itulah sebabnya saya confused sebab Yang Berhormat mendengar Yang Berhormat Batu Gajah, tidak dengar saya.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Sokong, sokong.

final • 11:20 AM

Seorang Ahli

Teruskan, sila, sila.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

9. Tuan Matulidi Jusoh [Dungun] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan IPT bergerak seiring dan memenuhi dasar Model Baru Ekonomi

(MBE) untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi dan juga menjadi IPT sebagai pemangkin dan pelopor utama untuk menjayakan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini merujuk kepada dasar Model Baru Ekonomi. Saya minta izin Tuan Yang di-Pertua untuk saya menjawab soalan Yang Berhormat Dungun sekadar berdasarkan tiga prinsip Model Baru Ekonomi yakni negara berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kelestarian dan 12 bidang utama pembangunan ekonomi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh baru-baru ini di mana satu daripada 12 bidang itu termasuk perkhidmatan pendidikan.

final • 11:20 AM

Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, ada tiga perkara

(i) dari segi Kementerian Pengajian Tinggi, memang sudah ada apa yang disebut sebagai Pelan Strategik

final • 11:20 AM

Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, ada tiga perkara

Pengajian Tinggi Negara dan di situ terdapat beberapa teras yang utama. Antaranya ialah bagaimana kita hendak meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti. Ini termasuklah meningkatkan kualiti dan kapasiti pensyarah dengan menghantar sejumlah yang besar untuk mereka mendapatkan ijazah PhD dan sebagainya;

(ii) untuk memperkasakan penyelidikan dan pembangunan. Ini termasuklah untuk menyeimbangkan antara penyelidikan fundamental dan penyelidikan aplikasi untuk meningkatkan pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan dan juga untuk meningkatkan impak penyelidikan terhadap pembangunan negara; dan

(iii) memperkukuhkan industri pengajian tinggi itu sendiri.

Misalnya dengan memperbaiki governance termasuk dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti, meningkatkan autonomi dan kapasiti pentadbiran dan pengurusan universiti.

Yang kedua ialah dari segi KPI yang ditetapkan. Satu daripada KPI untuk Kementerian Pengajian Tinggi dan IPT ialah juga merujuk kepada melipatgandakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan.

Yang ketiga ialah sumbangan khusus untuk dalam antisipasi kepada dasar yang dipanggil sebagai Model Baru Ekonomi ini. Ada tiga perkara yang penting iaitu:

(i) meneruskan kerja-kerja IPT untuk menghasilkan sumber tenaga kerja yang baik;

(ii) ini saya fikir akan diberikan penekanan yang lebih ialah soal bakat, soal talent. Walaupun tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri di sebelah saya menyebutkan Talent Corporation, kita di IPT, di KPT juga melihat soal talent ini termasuk mendapatkan pensyarah-pensyarah yang terbaik, dari segi mengekalkan pensyarah yang ada, menarik pensyarah kita yang masih ada dalam negara tetapi tidak lagi mengajar di universiti dan cuba mendapatkan pensyarah-pensyarah terbaik dari luar negara; dan

(iii) menyumbangkan idea kepada polisi dan program pembangunan negara. Oleh sebab itulah misalnya ditubuhkan Majlis Profesor supaya para profesor dan cendekiawan kita memainkan peranan sebagai pelopor dalam mencernakan idea dan pendapat serta juga mencadangkan dasar-dasar baru untuk pembangunan negara sesuai dengan keperluan sebuah ekonomi yang berasaskan ilmu dan inovasi.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Kita memahami bahawa IPT dalam negara kita ini sentiasa memperbaiki prestasi dalam mengejar Model Baru Ekonomi.

final • 11:20 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Soalan tambahan saya, sejauh manakah dapat dipastikan bahawa dalam proses mengejar Model Baru Ekonomi ini, tidak akan menyebabkan IPT yang merupakan fungsi asasnya dalam membangunkan anak bangsa kita sebagai rakyat yang patriotik, jati diri, berdisiplin dan sebagainya.

Seterusnya apakah langkah yang akan diambil oleh IPT dalam memainkan peranan utama dalam menggerakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan serta impak pengiktirafan sebuah lagi IPTA iaitu UTM sebagai universiti penyelidikan dalam RMKe-10 selain daripada Universiti Malaya, UKM, UPM dan USM yang sedia ada.

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memang IPT di negara kita menjalankan fungsi-fungsi yang dianggap kontemporari, misalnya menjalankan program-program akademik yang diiktiraf oleh agensi profesional dan akreditasi, melaksanakan kurikulum untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan, melakukan kerja-kerja R&D dan sebagainya.

Namun demikian, apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dungun itu sangat fundamental, yakni untuk memastikan universiti tidak lari daripada dengan izin, essence sesebuah universiti. Kalau kita ingat pesanan Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, antara lain mengatakan bahawa inti pati sebenar universiti itu bukan bangunannya, tetapi adalah interaksi yang cukup intense antara guru dan murid untuk mencernakan ilmu serta melahirkan dan mengamalkan budaya ilmu.

Oleh sebab itu kita menekankan bukan hanya soal akademik tetapi juga soal pembangunan sahsiah pelajar kita. Soal kokurikulumnya, soal nilai keinsanan dan sebagainya, untuk memastikan bahawa universiti kita memenuhi juga ciri-ciri universiti yang ulung yang bukan sekadar hanya memenuhi ranking seperti yang sedia maklum sekarang, tetapi juga menjadi universiti yang benar-benar ulung.

Dari segi R&D yang ditimbulkan bahagian kedua soalan tambahan itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah edisi yang kelima dalam siri lima buah universiti yang sudah diangkat menjadi universiti penyelidikan dan UTM memang layak begitu sekali kerana ia antaranya merupakan universiti yang paling tinggi jumlah paten R&D berbanding dengan universiti-universiti yang lain. Malahan mengalahkan empat lagi research university yang lebih senior daripadanya.

Untuk meningkatkan R&D ini ada beberapa perkara Tuan Yang di- Pertua yang sedang kita usahakan. Saya sebutkan sepintas lalu tadi. Satu ialah, kita harus menyeimbangkan antara penyelidikan yang bersifat fundamental dan lazimnya dilakukan oleh universiti. Menyeimbangkannya dengan research ataupun penyelidikan yang bersifat aplikasi yang lazimnya dilakukan oleh industri. Oleh sebab itu kita sedang melipatgandakan kerjasama antara universiti IPT dengan industri.

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Yang kedua ialah soal impak research itu. Kita tidak mahu juga jika kita terlalu asyik melakukan penyelidikan tetapi penyelidikan itu hanya sekadar untuk penyelidikan, melibatkan wang yang besar dan dana yang besar tetapi impaknya kepada masyarakat khususnya kepada pembangunan negara kurang. Jika itu berlaku maka kita kalau pun tidak melakukan pembaziran tetapi kita tidak optimum dalam kita melakukan penyelidikan dan pembangunan tersebut. Pokoknya Tuan Yang di-Pertua ialah kita cuba untuk memastikan penyelidikan itu ada keberhasilannya yang nyata untuk pembangunan negara. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyambut baik tindakan yang diambil.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat, masa kita.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya menyambut baik tindakan yang diambil oleh kementerian untuk menambah kualiti staf akademik di IPTA bagi mencapai hasrat kerajaan melahirkan graduan yang bertaraf dunia dan menjadikan negara berpendapatan tinggi serta maju.

Akan tetapi persoalan yang timbul adalah apakah peranan yang dimainkan oleh kementerian apabila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa akan mengurangkan biasiswa JPA belajar di luar negara untuk program ijazah bagi warga tempatan. Ini akan mengakibatkan golongan cerdik pandai, yang cream negara kita akan mengalir keluar, brain drain lagi cepat, ada saingan. Negara jiran akan mengambil golongan cream negara kita.

Jadi walaupun kita ada universiti yang bertaraf dunia tetapi cream negara kita tidak dikekalkan kerana mereka berasa kecewa kerajaan tidak bagi biasiswa kepada mereka dan mereka akan ditawarkan tempat di luar negara.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat masa kita sudah suntuk Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apakah peranan kementerian dalam situasi sedemikian? Lain yang dicakap oleh kementerian, lain yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Jadi saya pohon penjelasan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya pohon penjelasan.

final • 11:30 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Tidak betul Tuan Yang di-Pertua kalau dikatakan lain dibuat oleh kementerian lain, lain yang dibuat oleh kementerian ini. Kita sentiasa berhubung dan kita ada persefahaman tentang apa yang diumumkan dan apa yang dilakukan.

Itu cuma satu daripada mungkin 100 perkara yang kita lakukan. Saya tidak fikir masa mengizinkan tetapi jawapan yang ringkasnya antara lain, satu daripada mungkin 100 jawapan ialah universiti kita pun sudah sampai ke satu tahap yang tinggi dan boleh menampung pelajar-pelajar kita yang baik-baik itu.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Sekian sahaja sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan pada pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 11:30 AM
USUL
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar; merestui usaha kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020; meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan

final • 11:30 AM

kesejahteraan rakyat Malaysia”. - 16 Jun 2010] Tuan Yang di-Pertu

Yang Berhormat Padang Terap sila menyambung. 18 minit lagi Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan sekalian. Saya ingin sambung perbahasan. Kelmarin saya sempat bagi salam sahaja.

final • 11:33 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 11:33 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Hari ini tinggal 18 minit. Terima kasih. Jadi ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan.

Pertama ialah berkenaan dengan Akta GSA yang telah mewujudkan FELDA, Group Settlement Act ataupun Akta Penempatan Beramai-ramai. Saya ingin menyahut seruan Perdana Menteri untuk melihat beberapa ataupun 10 premis utama yang dicadangkan dan juga lima teras strategik bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri.

final • 11:33 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Sidang Dewan yang dikasihi sekalian, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan FELDA yang merupakan satu gagasan besar kerajaan dengan meluluskan satu Group Settlement Act ataupun Group Settlement Areas Act pada tahun 1960 kira-kira 50 tahun yang lalu. Matlamatnya cukup jelas iaitu matlamat utama ialah untuk memperbaiki keadaan hidup dan juga untuk memberikan taraf ekonomi, sosioekonomi rakyat jelata luar bandar yang dibentangkan untuk memberikan panduan dan juga keseragaman kepada semua negeri Tanah Melayu untuk membangunkan taraf kehidupan dan juga penduduk luar bandar.

Cuma ada beberapa persoalan berbangkit selepas 50 tahun akta ini berjalan. Di antara perkara-perkara utama yang disebutkan di dalam akta ini ialah individu akan diberikan satu tanah ataupun sekeping tanah tidak melebihi 10 ekar setiap orang dan dalam sesetengah keadaan pemilikan bersama yang tidak melebihi dua individu bagi satu tanah dibenarkan.

Ada beberapa perkara yang berbangkit apabila akta ini atau bayaran balik sudah pun dibuat oleh pihak peneroka. Beberapa polisi baru dilihat telah digubal semula oleh pihak FELDA yang telah menyebabkan hak milik tidak diberikan sepenuhnya kepada peneroka-peneroka FELDA seolah-olah seperti mana yang dibangkitkan oleh banyak pihak, FELDA seolah-olah ingin mengekalkan peneroka sebagai pekerja mereka dan mereka mengaut keuntungan yang besar tanpa mempedulikan banyak hak dan juga kebajikan peneroka.

FELDA masih mengguna pakai perjanjian di antara peneroka dan FELDA seawal peneroka memasuki rancangan. Fasa 9 perjanjian mewajibkan peneroka menjual buah sawit ke kilang-kilang FELDA sebagai misalnya. Inilah mewujudkan satu sistem monopoli. FELDA mengaut keuntungan tinggi dengan berjaya memanipulasi grading buah sawit, getah dan sebagainya.

Pada masa yang sama dapat tawaran-tawaran yang lebih menarik yang diberikan oleh pihak luar yang sebenarnya boleh menguntungkan peneroka pada masa yang sama.

Begitu juga beberapa pihak telah membangkitkan tentang tabung tanam semula yang dicarumkan oleh peneroka selama 20 tahun seawal mereka menyertai rancangan FELDA. Ada masalah yang berbangkit apabila peneroka dikatakan enggan diserahkan oleh FELDA, urusan tanam semula kepada mereka sendiri dan dianggarkan berlaku di hampir seluruh FELDA di seluruh negara.

Begitu juga bagi mereka ataupun peneroka yang telah menyerahkan ladang mereka untuk ditanam semula oleh FELDA. Wang caruman hanya dibayar separuh dan separuh lagi kononnya untuk input pertanian. Begitu juga peneroka yang ingin menanam semual sendiri walaupun mereka sudah mendapat hak milik. Ini yang dipersoalkan. Dua hari lepas saya berjumpa dengan kawan-kawan peneroka di kawasan Padang Terap dan mereka membangkitkan sebagai misalnya pokok getah yang sudah pun selesai ditoreh dan mereka hendak menjual pokok getah tersebut kepada pihak yang menawarkan harga yang lebih tinggi tetapi dihalang oleh pihak pengurusan FELDA. Walaupun sudah diberikan hak milik, kenapakah mereka tidak berkuasa untuk menjual dan menguruskan sendiri ladang-ladang mereka ini.

Sidang Dewan dan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membandingkan tawaran ataupun perbezaan harga yang ditawarkan oleh pihak swasta berbanding dengan ditawarkan sendiri oleh FELDA. Kalau kita lihat dalam satu perbandingan yang ringkas juga daripada agensi kerajaan untuk menebang, mengumpul, membakar, membaja, menyikat, meneres dan juga membina jalan yang dibuat oleh pihak RISDA hanya berjumlah lebih kurang RM2,800, manakala FELDA yang berjumlah RM3,300.

final • 11:33 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Bagi pembekalan bahan umpamanya pancang, benih, cat, baja kimia dan sebagainya. Kos yang ditawarkan oleh RISDA sebagai misalnya RM2,600 manakala yang ditawarkan oleh FELDA pula seolah-olah dalam bentuk paksaan ialah dalam RM8,300. Ini satu perkara yang perlu dinilai semula.

Oleh kerana itu saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan untuk menilai semula akta ini, Group Settlement Act yang akhirnya boleh merugikan peserta sendiri. Begitu juga dengan kewujudan tanah rancangan haram.

Kalau mengikut yang dijelaskan di bawah Akta GSA hanya terdapat dua jenis pemilikan terhadap tanah iaitu pemilikan individu peneroka ataupun melalui koperasi yang diuruskan oleh FELDA. Apa yang berlaku sekarang terdapat banyak tanah yang dicatatkan di sini FELDA Plantation memiliki ladang seluas 3800 hektar di seluruh negara, hampir-hampir sejuta ekar di seluruh negara.

Jadi ini sudah bertentangan dengan akta yang telah dibentangkan peringkat awal dan sekiranya FELDA Plantation ini memberikan kepada peneroka yang dijelaskan oleh timbalan menteri kelmarin hampir sejuta peneroka yang ada atau lebih kurang 800,000 dengan 10 ekar daripada dekat sejuta ekar yang ada dalam maklumat kita hampir 80,000 orang peneroka baru akan mendapat manfaat.

Jelas sekali ada beberapa pihak membangkitkan tentang tidak sahnya dan juga batalnya pemilikan oleh FELDA Plantation ini yang bercanggah dengan Akta GSA yang hanya membenarkan pemilikan dalam bentuk individu dan juga koperasi.

final • 11:33 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Seterusnya yang saya ingin bangkitkan ialah berlakunya diskriminasi iaitu senjata utama yang digunakan oleh pentadbiran FELDA untuk mengugut peneroka yang enggan tunduk kepada sistem FELDA, seolah-olah FELDA mempunyai hak untuk mengusir peneroka dari rancangan FELDA. Jadi, oleh kerana itulah saya menyeru pihak kerajaan untuk menyemak semula akta ini kerana dalam hal pengusiran dan juga pendaftaran peneroka ini seolah-olah bertentangan dengan akta yang dibentangkan di peringkat awal.

Seterusnya ialah dalam masalah pengurniaan geran kepada peneroka. Seolah-olah ada kuasa yang besar di peruntukan kepada FELDA iaitu untuk mengurniakan geran kepada peneroka-peneroka yang sudah pun menyelesaikan bayaran kembali iaitu hutang dengan FELDA. Akan tetapi FELDA masih lagi belum rekomen ataupun mencadangkan kepada pihak berkuasa negeri untuk memberikan kepada peneroka hak milik mereka. Hak milik yang diberikan itu bukanlah sepenuhnya. Ia masih lagi dikawal oleh FELDA.

Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan, saya membangkitkan beberapa contoh di mana ada di antara geran-geran ataupun hak milik yang telah diberikan oleh pihak kerajaan tetapi masih lagi belum pihak peneroka mempunyai kuasa ke atas tanah-tanah mereka seumpama yang berlaku di FELDA Bukit Tembaga di Padang Terap.

Sidang Dewan Rakyat yang dikasihi sekalian, perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti khususnya perkara yang berkaitan dengan seksyen 15(5)(a) dan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Baru-baru ini berlaku peristiwa yang cukup menyedihkan kepada beberapa orang adik-adik kita yang berada di menara gading.

Jadi, saya ingin menyahut seruan kerajaan dan juga Perdana Menteri untuk melahirkan modal insan yang unggul dan bertaraf dunia. Akan tetapi apa yang berlaku sebulan, dua ini menggambarkan semua yang diimpikan oleh pihak kerajaan ataupun khususnya Perdana Menteri itu hanya akan berkubur

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

begitu sahaja. Sebagai misalnya apa yang berlaku dalam suasana pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Terdapat mahasiswa daripada jurusan sains politik, beberapa orang daripada mereka yang datang ke Hulu Selangor untuk membuat kajian. Mereka daripada jurusan sains politik yang memang di antara tugas mereka ialah untuk melakukan analisis dan juga kajian yang sememangnya telah diperuntukkan di bawah jurusan tersebut untuk meninjau dan membuat pemerhatian berkenaan dengan situasi sebenar pilihan raya dan juga dalam arena politik negara.

Biasalah, kalau seorang mahasiswa yang terlibat dalam jurusan kedoktoran mereka akan membuat pemerhatian ataupun pergi ke hospital- hospital untuk membuat latihan-latihan yang berkenaan. Akan tetapi yang peliknya apabila jurusan sains politik ini mahasiswa yang berada di jurusan sains politik ini turun dan juga meninjau apa yang berlaku dalam situasi sebenar yang berlaku dalam pilihan raya dalam negara kita, mereka telah ditangkap dan juga diugut dengan beberapa akta yang kita sudah bahas panjang lebar yang boleh memberikan penekanan kepada pelajar-pelajar dan juga mahasiswa.

Dalam akta atau seksyen 15(5)(a), Akta Universiti dan Kolej Universiti ini sebagai misalnya, tidak ada seorang pelajar universiti pun ataupun tiada pertubuhan, badan ataupun kumpulan pelajar universiti yang ditubuhkan. Ini semua ada dalam Akta 15(a) ini. Kita telah lihat ada satu dakwaan yang dibuat oleh pihak universiti yang mana pihak universiti boleh memecat kepada pelajar-pelajar tersebut sekiranya mereka tidak datang dan juga membuat apa- apa representasi bertulis dalam tempoh yang telah diberikan oleh pihak-pihak universiti. Saya memandang perkara ini berlaku dengan begitu sekali dan cukup sedih juga kecewa. Ini kerana kita baru sahaja membahaskan pindaan kolej universiti ini atau pun akta ini pada tahun 2009 yang lampau dan telah diberikan jaminan oleh pihak Menteri tidak akan menggunakan sewenang- wenangnya.

Saya membangkitkan apa rasionalnya apabila pelajar-pelajar daripada jurusan tersebut yang memang di dalam jurusan tersebut ada mata pelajaran Analisis Pilihan Raya (SKSJ 2093) untuk mengimplikasi segala yang dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. Akan tetapi pada masa yang sama mereka telah diberikan amaran dan juga diberikan tunjuk sebab untuk diambilkan tindakan termasuklah dengan menggantung mereka serta-merta daripada menjadi pelajar universiti. Mereka ini adalah pelajar-pelajar terbaik. Dalam surat yang ada pada saya ini salah seorang pelajar mempunyai PNGK 3.5 yang menggambarkan bahawa dia adalah merupakan seorang yang berjaya di dalam pelajarannya dan dia juga memperoleh Anugerah Dekan pada semester pertama. Jikalaulah kita menggambarkan dan kita berhasrat untuk melahirkan modal-modal insan yang terbaik dalam negara kita. Jikalau ini yang terbaik seperti ini dihalang dan juga dikekang dengan akta-akta maka ke manakah arah negara kita pada masa akan datang? Oleh sebab itulah saya dengan ini membangkitkan dan juga ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan.

Pada masa yang sama mereka ini turun mewakili persatuan mereka pergi untuk membuat penyelidikan dan memang menjadi dasar kepada UKM atau pun harapan kepada UKM sendiri untuk menjadi universiti penyelidikan.

Maka, seolah-olah tidak selaras dan juga seolah-olah dinafikan begitu sahaja hak-hak yang sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa-mahasiswa ini. Saya ingin supaya kita mengaplikasikan moto universiti UKM sendiri iaitu “Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan” ini benar-benar direalisasikan.

Perkara yang kedua, saya juga ingin membangkitkan tentang akta yang cukup bermasalah ini iaitu seorang pelajar universiti hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja atau pelajar di universiti

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

itu dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya. Mana ada pekerja universiti yang berani apabila ditekan dan juga terus menerus dizalimi.

Tidak ada siapa berani. Begitu juga pelajar. Kenapakah pihak kerajaan tidak membentangkan semula dan juga meminda akta ini, memberikan peluang untuk pelajar diwakili oleh peguam dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil oleh universiti tersebut terhadap mahasiswa?

Ketiga yang saya ingin bangkitkan ialah perkara yang sama. Ia juga seorang pelajar daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang juga ditahan juga diberikan surat tunjuk sebab. Perkara yang paling menyedihkan ialah bagaimana PTPTN sebagai satu daripada badan yang memberikan bantuan kepada beliau seolah-olah dalam satu suratnya telah mengugut KUIS memberikan penjelasan kenapakah membiarkan mahasiswanya berada di Hulu Selangor? Mereka ataupun PTPTN seolah-olah telah mengambil tindakan untuk menahan permohonan seluruh pelajar baru KUIS untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN sehingga penjelasan yang memuaskan diperoleh dalam kes pelajar yang ditahan di PRK Hulu Selangor.

Ini satu benda yang cukup zalim. Kenapakah dengan seorang pelajar yang belum lagi dipanggil ataupun dipanggil memberikan penjelasan yang memuaskan hati, tiba-tiba pelajar-pelajar lain dikaitkan seolah-olah ingin menekan dan juga menyekat hak orang lain untuk mendapat pinjaman? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal. PTPTN memang dia memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar dan pelajar berhak untuk bayar semula.

Ia seolah-olah kita bukan mahu melahirkan pelajar.

Isu yang sebenarnya ialah mereka telah dinafikan hak-hak keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan untuk mendapatkan biasiswa. Ia sepatutnya mendapat biasiswa. Hak-hak keistimewaan orang Melayu. Ini Malay privilege. Sudahlah dibatalkan biasiswa, pada masa yang sama diugut untuk ditarik pula pinjaman PTPTN. Ini satu perkara yang perlu dilihat dan juga diperhatikan oleh pihak kementerian.

Terakhirnya, saya ingin bangkitkan dalam perbahasan ini ialah yang berkaitan dengan juga pelajar-pelajar universiti yang berada di Mesir. Mereka atau pun sebahagian daripada mereka seramai 143 orang mahasiswa.

Mahasiswa dan juga mahasiswi Qiraat Al-Azhar yang gagal menduduki peperiksaan pada bulan Mei baru-baru ini kerana fail dokumen tidak sampai kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Universiti Al-Azhar. Apa yang berlaku sahabat-sahabat sekalian?

Tuan Yang di-Pertua, di sana kita ada MSD, badan yang mengawal dan memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar. Akan tetapi tiba-tiba pelajar- pelajar yang datang ke sana, fail mereka tidak sampai kepada pihak universiti dan mereka tidak boleh masuk dalam peperiksaan, mengambil kertas yang sepatutnya mereka ambil yang menyebabkan berlaku kecelaruan. Masa, duit lagi yang terpaksa mereka tanggung, dan kos-kos yang ada di sana disebabkan oleh kelemahan. Pihak Jabatan Penuntut Malaysia, Kaherah atau pun JPMK minta terima kemunasabahan dia.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Antara alasan yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini apabila mereka tidak boleh masuk ialah pelajar tiba lewat di Mesir, sedangkan pelajar tidak pernah dimaklumkan oleh pihak kementerian bilakah tarikh yang sepatutnya mereka datang untuk mendaftar di universiti. Ini...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dua minit lagi.

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kedua, alasan yang diberikan ialah pelajar lewat menghantar slip keputusan pemeriksaan. Ini juga tidak dimaklumkan kepada pelajar-pelajar. Masalah visa pelajar. Pelajar tidak boleh memperoleh visa kerana tidak ada pengesahan pembelajaran dan juga

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

– Ini menyebabkan kembali kita kepada masalah asal yang itulah, apakah yang dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia di sana sehingga berlakunya perkara-perkara yang sepatutnya tidak berlaku ini?

Kedua, ada juga pelajar-pelajar mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia yang mana mereka ini tidak layak untuk memasuki universiti tersebut kecuali terpaksa mengikuti satu ujian kelayakan terlebih dahulu. Mana dia muadalah? Mana dia perbincangan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar? Sekiranya kalau pergi ke sana kita terpaksa ambil peperiksaan semula bahkan ada juga yang tidak boleh masuk ujian tersebut, tidak sempat kerana sijilnya tidak sampai kepada pihak pengurusan universiti.

Kemudian alasan-alasan ini diberikan. Apabila diberikan alasan-alasan ini, pelajar-pelajar berurusan terus dengan pihak universiti, boleh pula memasuki peperiksaan. Ini kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki.

Begitu juga pendaftaran pelajar-pelajar perubatan yang masih lagi tersangkut di universiti-universiti, tidak sampai kepada pihak universiti tertentu. Saya ingin membangkitkan kerana ada pihak-pihak yang sampaikan kepada saya, pelajar daripada Kelantan dan juga Selangor, tidak sampai. Pendaftaran mereka belum lagi disahkan. Jadi, mereka terpaksa membuat rayuan kepada pihak universiti. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan.

Terakhirnya ialah isu yang dibangkitkan berkaitan dengan tunggakan hutang pelajar-pelajar baru bagi sesi 2008/2009 yang dianggarkan lebih kurang RM25,000 untuk 400 orang pelajar baru yang tiba di Mesir atas tujuan pembelajaran untuk kemasukan mereka ke Universiti Al-Azhar. Jadi, semua ini perlu diselesaikan oleh pihak kementerian. Saya harap supaya pihak-pihak kementerian yang mewakili kerajaan bagi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang berada di sana tidak melihat latar belakang politik untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Begitu juga apabila kita lihat berlakunya ketidakseragaman di antara pegawai yang sudah pun bertugas di sana dengan pegawai yang baru dilantik, masih lagi berlaku hanky-panky di sana, lalu menjadi mangsanya ialah pelajar- pelajar yang belajar di sana. Begitu juga kita dimaklumkan bahawa di sana, di Mesir sudah ada program karnival sukan rakyat, juara rakyat untuk pelajar- pelajar Timur Tengah. Apa rasionalnya di sini? Kalaulah pegawai-pegawai disibukkan dengan aktiviti-aktiviti persatuan pelajar ini, bagaimanakah mereka boleh menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan juga mahasiswa kita di sana?

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Laluan, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Penjelasan...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya kata tadi dua minit lagi.

Sekarang beri laluan pula sama Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sedikit, sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan pelajar Mesir...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kalau saya panggil teman yang selepas Yang Berhormat, saya kasi penalize menggunakan masa Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya minta penjelasan...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kerajaan harus mengambil tindakan segera ke atas seorang pelajar daripada Malaysia yang baru mendaftarkan diri di

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

American University di Mesir untuk membuat Master yang kini hilang apabila beliau hendak balik selepas pendaftaran. Beliau hendak balik menghantar keluarganya dahulu, beliau ditahan di airport iaitu Ustaz Muhammad Zulkifli Zakaria, bekas calon PAS di Lenggong. Dia ditahan di airport dan kemudian dia sempat menghubungi kawannya dan kemudian kawannya datang bertemu, kemudian esok datang lagi dia tiada dan sekarang ini hilang. Dikatakan bahawa pihak kedutaan juga gagal untuk mengesan ke mana pihak polis Mesir membawa mereka ini.

Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa nampak kerajaan kita, Kementerian Luar Negeri khususnya kedutaan kita lambat mengambil tindakan bagi menyelesaikan persoalan ini? Minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bos saya kena bagi juga. Yang Berhormat Pokok Sena bangkitkan tentang seorang pelajar kita yang hilang. Ini satu perkara yang serius. Apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kita? Pegawai-pegawai kita di sana, kerana itulah wujudnya karnival sukan rakyat, yalah beri student yang uruskan, mahasiswa yang uruskan. Tidak perlu pegawai-pegawai yang sibukkan diri hendak buat benda ini, sedangkan pada masa yang sama kebajikan termasuklah dalam kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Isu keselamatan. Sudahlah kita berdepan dengan masalah- masalah sosial lain yang cukup banyak.

Jadi, oleh kerana itulah saya bangkitkan isu ini untuk dinilai, untuk dilihat oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tadi, hilang. Ke mana hilangnya? Jadi, ini isu yang cukup besar yang berlaku dalam negara kita.

Akhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ulang sekali lagi iaitu berkaitan dengan masalah FELDA, 5% sahaja daripada anak-anak FELDA, anak-anak peneroka yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi. Sebanyak 5% sahaja, yang lain ke mana? Memang, 14 yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kelmarin hebat, prasarananya hebat tetapi pembangunan modal insannya cukup bermasalah dan perlu dikaji semula.

Saya ingat itulah ucapan saya. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Assalammualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat memakan masa tadi tiga minit daripada kawan. Kalau saya panggil nanti wakil daripada PAS, saya akan tolak yang tiga minit. [Ketawa] Cuma dengan cara begini sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat akan berdisiplin.

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya tidak makan masa dia.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kanowit. Yang Berhormat Kanowit kena begitu juga. Kalau lebih masa, teman yang berucap kemudian akan dikurangkan masa. Sila.

final • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama berbahas Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tempoh hari.

Kita melihat apa yang telah ditekankan pada Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, cita-citanya adalah untuk Malaysia menjadi negara yang maju menjelang tahun 2020 dengan rakyat berpendapatan tinggi. Kita juga difahamkan kita akan mengejar per kapita income daripada RM26,000 kepada RM38,000, a tall order bagi kita semua. Ditegaskan juga bahawa kita memerlukan pertumbuhan yang agak besar, radical changes, pertumbuhan

final • 11:56 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

ekonomi dengan tambah nilai yang begitu tinggi. Ini adalah sangat ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, sebab kalau kita melihat dahulu dan pada masa sekarang, kita adalah dalam income yang sederhana dan kita perlu menambahkan lagi nilai-nilai produk kita yang keluar daripada negara kita seperti dahulu kita ada getah dan sekarang kita ada sawit dan oil and gas.

Kita memerlukan downstream untuk semua produk ini.

Kita juga difahamkan bahawa kerajaan juga telah memaklumkan beberapa perubahan dan strategi untuk meningkatkan pendapatan negara kita. Semua ini sekarang telah pun memberi persepsi yang sangat positif kepada negara terutamanya konsep 1Malaysia, the Government Transformation Programme, the New Economic Model. Sekarang ini kita semua sudah faham dan kita setuju bahawa ia telah memberi persepsi yang positif dan terus memberi excitement kepada pasaran. Terima kasih dan syabas kepada kerajaan dalam langkah yang telah diadakan.

Dalam hal ini juga kerajaan maklum bahawa untuk meningkatkan lagi pendapatan kita, kita sedia maklum bahawa kita akan menghadapi persaingan yang amat sangat daripada negara-negara seperti China dan India dari segi foreign direct investment. Oleh sebab itu, kerajaan juga terus membuat satu langkah untuk membuat penswastaan dengan private sector, di mana ia akan memberi investment kepada kita di negara ini dari segi menggunakan apa yang kita ada holistically. Syabas kepada kerajaan.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya teringat kepada rakyat kita yang di kawasan pedalaman, di mana apabila kita menjuruskan semua konsep ini untuk menambah nilai ekonomi kita pada tahap yang tinggi, saya teringat apabila kita balik ke kawasan-kawasan pedalaman, rakyat yang menetap di kawasan pedalaman sana, kita sangat khuatir sebab apa yang akan diadakan di kawasan bandar-bandar seperti kilang-kilang dan projek-projek besar dan penswastaan, saya nampak ia mungkin tidak sampai kepada rakyat kita yang di pedalaman.

Oleh sebab itu, apa yang telah disasarkan oleh kerajaan - walaupun ia memang ada tercatat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, iaitu menekankan atau pertolongan kepada rakyat 40% yang berpendapatan rendah ini.

final • 11:56 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Saya melihat apa yang telah dicatatkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menolong rakyat-rakyat yang miskin atau yang berpendapatan rendah ini yang 70% adalah dari kawasan pedalaman. Saya amat khuatir sebab pada sekarang ini di kawasan saya sendiri, apabila kerajaan ingin melaksanakan projek-projek besar-besaran ini, saya melihat ianya mungkin tidak sampai ke kawasan kita.

Ini disebabkan di kawasan Sarawak dan juga di Sabah banyak kawasan ini yang belum dapat kemudahan asas seperti jalan yang sangat diperlukan. Tidak lagi dikira bekalan elektrik dan air yang memang belum sampai lagi. Inilah saya sebagai wakil rakyat ingin menyeru kerajaan untuk melihat keadaan sebegini sebab kalaulah keadaan yang sebegini kekal dan usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka ini tidak ditangani, saya fikir rakyat ini kemudian akan masih tertinggal lagi.

Dalam senario sebegini, mereka ini akan menjadi rakyat yang akan menerima welfare, bantuan dan kewangan daripada kerajaan. Mungkin pada suatu hari nanti kita akan menjadi welfare country. Ini juga satu masalah sebab kalau kita mementingkan kepada korporat yang besar-besar ini dan kita melihat dalam negara yang sudah maju, inilah yang akan membolehkan negara kita boleh menjadi bankrap. Ini kerana, kalaulah korporat-korporat

final • 12:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

besar, syarikat-syarikat besar ini jatuh, mereka ini akan membawa ekonomi kita turun pada tahap yang rendah.

Oleh sebab itu saya menyeru kepada kerajaan untuk melihat apa yang kita dapat buat pada kawasan-kawasan kita yang di luar bandar ini yang mempunyai penduduk yang masih ramai. Mereka ini juga patutlah dilihat semula supaya apabila kita mendapat status negara maju dalam Wawasan 2020 ini, mereka yang tinggal di kawasan pedalaman ini sama-sama juga mendapat pendapatan yang munasabah. Kalau tidak, mereka ini akan tergolong seperti apa saya cakap pada hari dahulu, mereka ini akan 100% tergolong dalam rakyat yang miskin.

Ini disebabkan pendapatan mereka tidak meningkat daripada apa yang ada sekarang – mungkin kurang daripada RM1,000. Apa yang telah disasarkan sekarang adalah untuk menaikkan pendapatan mereka ini daripada RM1,400 kepada RM2,300 dalam jangka masa lima tahun ini. Saya sangat khuatir melihat apa yang telah dan apa yang akan terjadi di kawasan pendalaman ini, ianya mungkin tidak akan tercapai.

Itulah kita melihat juga dari segi ini, kita lihat jurang pembangunan yang amat ketara di kawasan-kawasan, wilayah-wilayah seperti di antara negeri-negeri Semenanjung ini dengan kawasan-kawasan di negeri Sabah dan Sarawak. Juga di antara kawasan-kawasan Parlimen, kawasan Parlimen yang di bandar dan kawasan Parlimen yang di kawasan pedalaman. Saya fikir ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang telah diamalkan oleh Perdana Menteri kita dan juga kerajaan kita sekarang ini.

Oleh sebab itu saya selalu berfikir dan melihat bahawa satu daripada cara yang dapat kita laksanakan dalam hal ini adalah untuk menekankan semula apa yang mereka di kawasan pedalaman ini dapat lakukan. Kita ketahui bahawa mereka ini kebanyakannya adalah petani, pekebun kecil. Dari segi ini kita melihat pada setakat ini satu daripada kegiatan mereka adalah kebun kecil seperti getah, koko dan lada dan juga tanaman padi. Kalau nelayan, mereka pergi menangkap ikan di laut-laut dalam.

Saya fikir kementerian-kementerian yang berkaitan dengan membangunkan mereka ini perlu melihat apa yang dapat mereka buat untuk meningkatkan lagi kegiatan ekonomi mereka di kawasan pedalaman ini. Satu daripadanya adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dengan agensi mereka seperti RISDA dan LGM yang saya fikir boleh memajukan penanaman semula getah dan juga lada dan koko supaya ianya dapat menambahkan pendapatan mereka di kawasan-kawasan pedalaman ini.

Oleh sebab itu, saya fikir kementerian perlu lebih serius mengenai perkara ini dan memberi peruntukan dan bantuan yang lebih banyak supaya mereka ini nanti sama-sama boleh meningkatkan pendapatan mereka sama dengan masyarakat kita yang berada di bandar-bandar besar dan kegiatan mereka adalah selaras dengan aktiviti industri dan korporat-korporat yang besar.

Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh di sini Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan NKRA projek ataupun projek-projek yang telah diluluskan dalam tahun 2009 dan 2010 ini yang telah banyak dimaklumkan kepada rakyat kita terutamanya di kawasan-kawasan yang belum mempunyai pembangunan seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya. Bagi kawasan saya di Kanowit, saya pun telah banyak maklumkan apa yang telah di lulus oleh kerajaan dari segi apa yang kita lihat apa yang kita diberitahu.

Apabila mereka mendengar - ada juga tidak berapa percaya sama ada ianya akan sampai kepada mereka.

final • 12:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Ini disebabkan perkara sebegini telah lama disebut dalam berpuluh tahun yang lalu. Janji demi janji, projek demi projek telah diumumkan tetapi satu pun belum sampai kepada mereka. Pada sekarang ini, mereka katakan itu adalah sebagai satu janji menjelang pilihan raya terutamanya di Sarawak.

Ini kerana tidak lama lagi kita akan mengadakan satu pilihan raya negeri di Sarawak. Inilah saya sangat khuatir dan saya menyeru kepada kementerian yang berkenaan dengan projek NKRA ini supaya kita perlu mempercepatkan pelaksanaannya di kawasan-kawasan tertentu. Dengan ini, saya menyeru kepada JKR atau kontraktor-kontraktor dengan konsultannya yang mengendalikan projek ini supaya sampai ke tempat-tempat yang berkenaan untuk membuat kerja awalan supaya nampak ia memang benar akan dilaksanakan.

Satu lagi berkenaan dengan projek-projek ini yang sering terjadi kepada kawasan-kawasan kita adalah, apabila projek-projek ini dimaklumkan atau diluluskan tetapi pada akhirnya ianya tidak kesampaian dan difahamkan bahawa peruntukan yang sudah ada, sudah hilang. Kita khuatir kalau ia selalu terjadi begini, ianya akan memberi keadaan politik yang sangat memalukan, memburukkan kita. Ianya selalu terjadi pada tahun-tahun yang lalu. Jadi pada tahun ini ataupun pada tahun yang akan datang, saya berharaplah projek- projek ini tidak akan diselewengkan ataupun tidak akan dibawa ke kawasan- kawasan yang lain yang juga memerlukan sama-sama peruntukan sebegitu.

Jadi saya menyerulah kepada implementing agency sama ada JKR ataupun Kementerian Kewangan untuk memantau pelaksanaan projek-projek ini di kawasan pedalaman terutamanya supaya ianya dilaksanakan dengan tepat dan ianya sampai kepada rakyat supaya rakyat juga tidak akan membawa isu lagi – isu pembangunan yang sentiasa di pohon dan dialu- alukan selama ini tetapi tidak sampai kepada mereka. Oleh sebab itu saya sekali lagi menyeru agar semua kementerian ataupun agensi yang terlibat untuk sama-sama bekerja untuk menyampaikan projek ini.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya juga terpanggil untuk bertanya kepada kerajaan, sebab satu daripada kelemahan kita di Malaysia ini adalah dari segi tenaga kerja, capacity building, terutamanya kaum bumiputera.

Apabila disebut kaum bumiputera, ini memerlukan capacity building yang amat mendalam untuk memberi mereka the working culture, budaya untuk bekerja supaya kita – lebih-lebih lagi rakyat bumiputera ini boleh sama-sama mempunyai budaya kerja yang sama dengan kaum yang lain seperti Cina dan India.

final • 12:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Daripada segi ini, saya pun fikir adakah ia menjadi satu halangan yang amat sangat daripada kita mengejar kuota yang sekarang disebutkan kita perlukan bagi bumiputera mencapai kuota 30% ekuiti. Akan tetapi saya melihat daripada segi kuota 30% ekuiti ini ia hanya daripada segi ekuiti, bukan dari segi apa yang kebanyakan rakyat kita di kawasan pedalaman lagi yang dapat melibatkan diri.

Oleh sebab itu, apa yang telah dicakapkan sebagai capacity building pada tenaga kerja kita bumiputera ini ialah sangat penting. Saya berfikir bahawa kerajaan perlu menekankan apa yang perlu kita buat untuk meningkatkan lagi kemahiran kita, culture kita bekerja supaya kita menjadi tenaga kerja yang mahir, dapat dipercayai bukan sahaja dalam negeri tetapi juga di luar negeri. Ini disebabkan ia juga melibatkan investors dari luar negeri supaya apabila mereka melihat tenaga kerja kita di sini boleh diharapkan dengan integriti dan kerajinannya, maka mereka juga tidak akan hirau untuk datang dan invest dalam negara kita.

final • 12:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Dalam segi apa yang kita katakan tadi ekuiti 30% ini ada juga kita melihat atau mendengar atau membaca bahawa ia semata-mata untuk korporat-korporat yang besar sahaja dalam negara kita. Jadi, rakyat kita di kawasan pedalaman yang berpendapatan rendah itu tidak akan terlibat atau tidak akan tergolong dalam mencapai ekuiti 30% ini.

Oleh sebab itu, saya juga ingin menegaskan kepada kerajaan untuk melihat apa yang sebenarnya yang patut kita tingkatkan adalah pendapatan ramai rakyat kita di kawasan pedalaman yang berpendapatan rendah ini untuk sama-sama meningkatkan pendapatan mereka dengan sewajarnya. Dengan itu, saya harap apa yang telah dicatatkan dalam Rancangan Malaysia ini untuk menjurus pada meningkatkan pendapatan kita untuk lebih tinggi lagi adalah amat dialu-alukan. Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah perkara yang saya ingin sentuh pada masa ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gopeng.

final • 12:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sekarang kita dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ini sememangnya merupakan satu dokumen yang agak komprehensif dan akan menentukan hala tuju pengurusan ekonomi lima tahun yang akan datang dan seterusnya. Masalah yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini seperti kehilangan daya saing berbanding dengan negara- negara seperti Singapura, Korea dan Taiwan merupakan maklumat yang diketahui umum setelah maklumat tersebut disebarkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dalam dokumen Agenda Ekonomi Malaysia pada tahun 2007. Cabaran sekarang adalah selepas ini, adakah kita berupaya untuk terlepas dari perangkap pendapatan sederhana dan menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi?

Saya memang menghormati profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas mereka daripada Bank Negara, EPU, PEMANDU dan Kementerian Kewangan dan juga agensi-agensi yang lain yang terlibat dalam persiapan dokumen RMKe-10. Akan tetapi, setakat mana hasil tersebut dipengaruhi oleh unsur politik? Kita lihat RMKe-10 ini memang penuh dengan unjuran yang terlalu optimistik dan juga penuh dengan pujian terhadap pencapaian RMKe-9. Paling kurang adalah budaya akauntabiliti terhadap kegagalan RMKe-9.

Kita lihat misalannya, unjuran pertumbuhan ekonomi 6% dalam RMKe- 10 tetapi kalau kita banding track record sebelum ini dalam 15 tahun yang lepas, sasaran pertumbuhan ekonomi dalam RMKe-7 adalah 8%, RMKe-8

(7.5%). Kebetulan apa yang tercapai ialah 4.7%. Sasaran untuk RMKe-9 (6%) kebetulan 4.2%. Sasaran tersebut tidak tercapai walaupun dengan perbelanjaan yang lebih dan jurang defisit yang besar. Jurang defisit yang dirancang semasa RMKe-8 adalah sejumlah RM28.9 bilion tetapi defisit yang sebenarnya semasa RMKe-8 adalah RM97.8 bilion. Defisit yang dirancang untuk RMKe-9 adalah RM27.9 bilion setiap tahun tetapi secara hakikatnya adalah RM40.3 bilion setiap tahun. Kini hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat semasa RMKe-9 daripada RM228.6 bilion pada 2005 ke RM378.3 bilion setakat 31 Mac 2010. Ini jauh lebih daripada apa yang dirancangkan semasa RMKe-9 untuk tahun 2010 iaitu RM351.3 bilion.

Kita lihat ini secara makro. Kalau kita teliti secara mikro, apakah yang terjadi? Tadi kita mendengar daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi berkenaan dengan talent dan sebagainya. Kita lihat sasaran RMKe-9, menetapkan supaya 60% daripada kakitangan akademik di IPTA mempunyai PhD sehingga tahun 2010. Pencapaian setakat tahun 2009 adalah 35.9%

final • 12:13 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

sahaja. Kita juga lihat nisbah ahli sains dan jurutera penyelidik. Sasaran RMKe-9 adalah seramai 50 orang penyelidik setiap 10,000 orang tenaga kerja pada tahun 2010. Hakikatnya pada tahun 2008 setakat ini adalah 20.3 orang setiap 10,000 orang tenaga kerja.

Kita pernah berbahas dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan keselamatan pembekalan makanan dua tahun sebelum ini. Kita lihat juga pencapaian daripada segi pengeluaran makanan untuk mencapai tahap sara diri khususnya beras. Pada tahun 2005, pengeluaran adalah 1.5 juta tan matriks ataupun 80.6% tahap sara diri. Pencapaian setakat ini, tahun 2009, cuma meningkat pada 0.1 juta tan matriks sahaja iaitu 1.6 juta tan matriks ataupun 70.4% tahap sara diri. Ini jauh kurang kalau banding dengan target, sasaran yang ditentukan oleh RMKe-9 iaitu 2.9 juta tan matriks ataupun 86% tahap sara diri.

Bagi mereka yang datang dari Sarawak, pembekalan electricity, elektrik ke Sarawak, sasaran peratusan liputan elektrik dalam RMK-9 untuk Sarawak adalah 93.2%. Pencapaian setakat ini 72.6%. Sarawak telah mengorbankan sebahagian besar tanah dan hutan untuk digunakan bagi menjana elektrik 2,400 megawatt di Bakun dan enjin hendak mula start tetapi tidak tahu ke mana elektrik ini akan disalurkan setakat ini.

final • 12:13 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Adakah ini akan disalurkan untuk rakyat di negeri Sarawak ataupun semata-mata untuk beberapa kilang aluminium? Kita lihat di Sarawak khususnya ada kelebihan elektrik yang dijana tetapi ramai khususnya mereka di dalam rumah panjang, di kawasan pedalaman tidak dapat bekalan elektrik.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita lihat kegagalan RMKe-9 tersebut langsung tidak disebut dalam dokumen RMKe-10 ini. Bagaimana kita dapat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi sekiranya kita tidak mengaku kegagalan dan mencari jalan untuk selesaikan masalah tersebut? Ini jelas menunjukkan bahawa budaya non-accountability di pihak kerajaan begitu ketara.

Tidak hairan apabila tercetusnya beberapa skandal seperti skandal PKFZ dan tragedi kem 1Malaysia di Kuala Dipang di mana tiga murid sekolah terkorban dan apabila Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan salah laku urusan dana kerajaan task force demi task force ditubuhkan. Akan tetapi setakat ini, setakat manakah task force ini telah menjalankan tugas mereka?

Di mana laporan-laporan task force tersebut dan tindakan-tindakan selanjutnya daripada task force untuk PKFZ, task force untuk tragedi kuala Depang dan task force terhadap Laporan Audit Negara?

Jadi kita lihat memang kalau kita tanya kepada pakar-pakar ekonomi yang meneliti Rancangan Malaysia Kesepuluh, ramai yang mengatakan memang dari segi perancangannya bagus, cuma ada satu masalah. Masalah itu satu perkataan sahaja iaitu pelaksanaan. Bagaimana pelaksanaan ini? Kita lihat masalah pelaksanaan ini berlaku kerana dasar-dasar yang selalu flip-flop.

Kita lihat misalnya GST flip-flop, misalnya lesen judi flip-flop dan banyak lagi perkara yang lain yang boleh kita kutip.

Masalah yang kedua rasuah dan ketiga, ketirisan yang berterusan.

Saya menyambut baik usaha PEMANDU khususnya dalam usaha membanteras rasuah dalam mengadakan Pusat Maklumat Perolehan Kerajaan - MyProcurement dan menggubal undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat akan tetapi ini cuma merupakan pembaikan kosmetik. Kita perlu transformasi secara total khususnya menggubal undang-undang Freedom of Information Act, hapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, memulihkan kewibawaan institusi-institusi seperti kehakiman dan SPRM supaya tidak dipengaruhi kuasa eksekutif dan politik. Di samping itu kita juga memerlukan kepimpinan yang sanggup menunjukkan moral high standing dan

final • 12:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

political will untuk melawan rasuah dan bukan mereka yang turut mengamalkan budaya, ‘you help me I help you’.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalih kepada perancangan perkhidmatan kesihatan. RMKe-10 telah senaraikan beberapa aspek baru dalam perancangan perkhidmatan kesihatan yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. Malangnya, butiran yang lanjut tidak disenaraikan dan memohon jawapan daripada kementerian.

Pertama, dalam RMKe-10 telah mengatakan akan mengkaji pilihan pembiayaan yang disebut mengkaji kaedah pembiayaan yang mengambil kira peningkatan kos supaya penjagaan kesihatan boleh diakses dan mampu dibayar oleh orang ramai. Antara lain termasuk memperkenalkan kaedah perkongsian kos. Soalan saya, adakah ini bermakna caj untuk hospital kerajaan akan dinaikkan dan mungkin berlipat ganda untuk mencapai perkongsian kos? Ini saya mohon jawapan.

Kedua, penstrukturan semula sistem kesihatan kebangsaan yang melibatkan sektor awam dan sektor swasta. Butiran yang mendalam perlu dikemukakan untuk meneliti impak tersebut kerana sektor penstrukturan yang melibatkan sektor swasta dan sektor awam ini seharusnya mendapatkan feedback daripada mereka yang terlibat. Adakah ini bermakna doktor di hospital awam boleh bekerja di hospital swasta dan sebaliknya ataupun hospital-hospital kerajaan akan diswastakan untuk mencapai integration daripada sektor awam dan sektor swasta?

Ketiga, juga disarankan supaya memperkemaskan peranan pengawalseliaan dan penyediaan perkhidmatan. Ini bermakna pengasingan fungsi pengawalseliaan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih jelas yang mana Kementerian Kesihatan akan memberi tumpuan terutamanya ke atas tadbir urus, pengawasan industri, penjagaan kesihatan dan penguatkuasaan perundangan. Siapa yang akan memberi perkhidmatan? Ini persoalannya.

Adakah ini bermakna penyediaan perkhidmatan bukan lagi tanggungjawab Kementerian Kesihatan?

Adakah ketiga-tiga langkah ini adalah merupakan usaha awal untuk menswastakan hospital-hospital kerajaan dan melaksanakan National Health Financing Scheme dalam tempoh RMKe-10? Jadi ini saya mohon jawapan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ingin saya bangkitkan sekali lagi masalah berkenaan dengan kelebihan doktor. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, nisbah doktor dan penduduk akan ditingkatkan daripada 1:1,380 pada tahun 2005 kepada 1:597 pada tahun 2015. Ini boleh dikatakan tahap yang mencukupi oleh mengikut WHO. Adakah ini bermakna selepas tahun 2015 dengan kadar yang kita keluarkan dan melatih doktor-doktor, negara akan menghadapi masalah kelebihan doktor di mana mungkin doktor akan antara mereka yang menganggur apabila menjelang tahun 2020?

Adakah Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pengajian Tinggi akan mengehadkan bilangan doktor yang dilatih di kolej tempatan ataupun di universiti-universiti tempatan? Jadi, ini sahaja yang saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pengerang.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin memulakan bahas dengan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas Usul Rancangan Malaysia Kesepuluh pada 10 Jun 2010 yang ingin membawa Malaysia ke tahap negara kelas pertama.

final • 12:28 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Daripada ucapan tersebut dan perancangan-perancangan Rancangan Malaysia Kesepuluh, saya ingin berbahas dengan menyatakan, memberi usul perlu ada keberanian dalam perubahan, Tuan Yang di-Pertua. Ini kita dapat kita lihat dalam beberapa perkara, pertama sekali dalam isu modal insan yang mana disebut untuk membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Kalau kita tengok daripada cadangan-cadangan tersebut, saya ingin menyatakan perlu dilihat kepada jumlah graduan-graduan dalam negara kita, lebih kurangnya 40 ribu orang pada hari ini yang masih tidak bekerja. Ini kita dapat lihat sebagai satu pendekatan yang cukup penting apabila kita bercakap tentang mewujudkan modal insan kelas pertama.

Kalau kita juga melihat kepada aspek majikan untuk memilih pekerja, kita tengok dalam negara kita, ramai majikan yang lebih berminat untuk mengambil pekerja-pekerja asing daripada pekerja tempatan.

final • 12:28 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Kita tahu salah satu daripada sebabnya adalah berkenaan dengan isu pembayaran yang lebih murah dalam aspek gaji, yang tidak termasuk pembayaran insurans dan juga cukai. Perkara inilah sepatutnya - dalam usul, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan perlu mewujudkan satu penekanan yang khusus di mana syarikat-syarikat yang hendak menggaji pekerja asing, perlulah diberi keutamaan iaitu memberi pendekatan bahawa mereka dapat menggaji pekerja tempatan dahulu dan bila tidak mampu sahaja, barulah dibenarkan menggaji pekerja luar. Ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok dan bercakap tentang modal insan bertaraf dunia, kalau kita tengok di negara-negara luar. Memang banyak yang memperkatakan jumlah pekerja- pekerja tempatan daripada luar itu memang menjadi satu hakikat, kalau kita tengok di Singapura dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan. Kalau kita tengok bola sepak semalam, siapa sangka negara Sepanyol boleh kalah dengan negara Switzerland. Kita tahu perkara ini berlaku disebabkan mungkin antara definisi modal insan yang disebutkan. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek ini, saya ingin juga menambah dalam – yang paling penting dalam usul yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat, berkenaan dengan menghargai khazanah dalam sekitar negara.

Seperti yang semua maklum, di kawasan saya baru-baru ini. Terdapat pertumpahan minyak yang berlaku daripada pelanggaran dua kapal dagang.

Kalau kita tengok di artikel online, Daily Mail Online, pada tarikh 29 September 2009. Mereka telah menyebut bahawa di selatan Malaysia terdapat pelbagai dan banyaknya kapal-kapal dagang yang diletakkan dalam jumlah yang lebih besar daripada jumlah keseluruhan kiraan kapa-kapal perang daripada Amerika Syarikat dengan British. Kalau kita jumlahkan, kapal dagang yang dilihat dengan izin, parking di kawasan pengairan air laut Malaysia. Dilihat dalam jumlah yang begitu banyak.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita tengok dalam negara kita...

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Kita hanya mengenakan caj parking sebanyak 20 sen bagi setiap satu tan yang menyebabkan banyak kapal-kapal dagang melihat apabila mereka meletakkan kapal dagang di perairan Malaysia itu begitu murah, berbanding dengan kapal- kapal dagang – kalau dia hendak pergi ke Singapura, dia dalam keadaan yang lebih takut disebabkan pembayaran yang lebih tinggi. Itu yang menyebabkan apa yang berlaku di Amerika Syarikat, pencarian gali minyak yang menyebabkan tumpahan minyak dan sebagainya.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya ingin mencadangkan kerajaan harus menekankan bila bercakap tentang alam sekitar, perlu wujudkan apa yang disebut sebagai keberanian.

Kita memang tahu dan saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar yang begitu cepat menyelesaikan masalah tumpahan minyak di kawasan saya. Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan perlu diwujudkan agensi perlindungan alam sekitar yang bebas.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, boleh minta penjelasan sikit? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, isu tentang tumpahan minyak ini adalah satu isu yang besar. Implikasinya cukup besar.

Apa yang berlaku di Gulf of Mexico itu akan menjadi pengajaran kepada kita.

Cuma saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat bersetuju, di Malaysia ini sebenarnya kita mempunyai masalah kerana Jabatan Alam Sekitar yang dipertanggungjawabkan untuk memantau tumpahan minyak dan pencemaran alam ini, terutamanya tumpahan minyak tidak mempunyai vessel, aset dan kepakaran. Apa yang berlaku sekarang ini di Malaysia ialah, setiap kali berlaku tumpahan minyak, maka satu komiti sistem akan ditubuhkan, walaupun kuasa itu diturunkan kepada Jabatan Alam Sekitar, tetapi ia tidak mempunyai peralatan vessel, bot dan sebagainya.

Jadi ia terpaksa kumpulkan jawatankuasa ini dan dialihkan – diminta APMM contohnya, Polis Marin, Jabatan Laut untuk membantu. Jadi apa pandangan Yang Berhormat? Saya minta pandangan Yang Berhormat, apakah perlu sekarang ini, Malaysia meletakkan tanggungjawab mengenai tumpahan minyak ini kepada agensi yang mempunyai aset seperti APMM, ataupun Jabatan Laut? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya inilah masalah yang berlaku bila bercakap tentang tumpahan minyak di perairan Malaysia. Apa yang berlaku selalunya prosedurnya sudah tentu Jabatan Alam Sekitar dijadikan pengerusi dalam jawatankuasa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud. Kemudian, semua jawatankuasa kecil yang wujud di bawah kawasan tersebut, kampung tersebut akan terlibat dalam konsep pembersihan, kontraktor akan dilantik.

Walau bagaimanapun, terdapat dua jenis pendekatan yang sedang berlaku.

Satunya ialah menyelesaikan tumpahan secara bergerak, hari-hari supaya keadaan lebih bersih, tetapi yang lebih mendalam sekali Tuan Yang di-Pertua, ialah isu di mana pertumpahan ini menjadi satu galakkan yang biasa.

Tidak ada mana-mana pihak akan didenda disebabkan oleh tumpahan minyak. Jadi apa yang berlaku dalam kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, masalahnya hendak dapat duit insurans, kena tunggu bertahun-tahun. Kalau kereta langgar dengan kereta dah makan masa bertahun-tahun, inikan kapal berlanggar dengan kapal. Dalam jangka masa yang kekosongan ini, siapa yang hendak bayar ganti rugi? Kerajaan, Jabatan Alam Sekitar, di bawah kementerian. Itulah sebabnya dalam ucapan saya, usul ini saya mencadangkan, adanya agensi perlindungan alam sekitar yang bebas, mungkin diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya bukan sahaja dalam kos pembersihan, tetapi pendekatan menyeluruh supaya kementerian– kementerian kerajaan yang lain, yang bertanggungjawab dalam isu alam sekitar, diletakkan di bawah satu agensi yang bukan sahaja dapat memantau, tetapi mewujudkan pendapatan yang dapat memberikan kekuatan kepada masyarakat.

Pabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercakap tentang khazanah alam sekitar, Tuan Yang di-Pertua, hendak bercakap mengenai pokok balak yang ditumbangkan, macam-macam berlaku. Saya tidak mahu menyentuh hal tersebut, bila hendak bercakap tentang masalah kecurian pasir, macam-macam berlaku tetapi dalam perkara ini adalah lebih efektif jikalau satu agensi, yang mana Yang Berhormat Kota Belud sebut itu, tetapi diwujudkan

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

agensi yang bebas yang dipanggil Agensi Perlindungan Alam sekitar supaya mana-mana agensi yang terlibat dalam isu alam sekitar, negeri-negeri dan pendekatan-pendekatan yang lain dapat dipantau. Itu sebabnya kalau kita tengok apa yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini, Presiden Obama itu sendiri disebut, akan hilang kuasa disebabkan masalah minyak yang terkeluar daripada lautan di Gulf of Mexico.

Macam-macam Presiden Obama bercakap, rakyat di Amerika Syarikat melihat itu sebagai kos politik. Kalau kita tengok di Amerika Syarikat, wujudnya satu akta yang disebut Akta Tumpahan Minyak 1990 yang berlaku pelanggaran kapal yang begitu banyak. Akta ini berkata bahawa, jumlah yang dilihat daripada kesan tumpahan minyak ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja hendak bersihkan minyak di atas, masalah kesan tumpahan minyak ialah minyak yang turun dalam air. Masalah pelancongan, masalah nelayan, masalah ikan, masalah udang dan sebagainya.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, masalah alam sekitar dalam negara kita perlu dilihat sebagai satu masalah yang begitu serius dan diletakkan hanya di bawah Jabatan Alam Sekitar. Bagi saya tidak efektif dan tidak dapat melindungi apa yang dituntut oleh rakyat. Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan juga Yang Berhormat. Yang Berhormat sebut tadi bahawa cadangkan penubuhan satu agensi. Saya dapati tiap-tiap kali bila ada satu masalah, satu agensi. Satu perkara satu agensi. Berapa agensi agaknya hendak ditubuhkan?... [Ketawa] Ini komen saya yang awallah.

Keduanya, semua pihak telah pun dipertanggungjawabkan dengan tanggung jawab dan tugas tertentu untuk menjaga alam sekitar ini, tidak perlu kita tubuhkan agensi. Mereka ini buat kerja.

Saya perhatikan masalahnya ialah pegawai-pegawai, jabatan kerajaan, agensi yang ada dan telah diberi tanggung jawab. Mereka ini tidak buat kerja. Saya tengok umpamanya alam sekitar, di Port Dickson. Dahulu satu masa, Port Dickson itu bukan main ramai pelancong pergi sebab airnya bersih dan sebagainya tetapi hari ini, tidak mahu orang pergi, tidak boleh mandi sebab banyak sisa-sisa minyak. Kenapa jadi begini? Sayang betul kerana ianya satu destinasi pelancongan.

Selain daripada itu juga, saya hendak minta Yang Berhormat beri respons, bagaimana dengan – kita tengok local government, kerajaan tempatan, majlis bandaran dan sebagainya. Membiarkan longkang-longkang sebu, parit-parit sebu, bau busuk di kedai-kedai makan, di gerai-gerai makan, taman-taman permainan dan tandas-tandas awam. Ini semua persekitaran yang kadang-kadang menjijikkan dan meloyakan.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Macam mana pelancong sama ada dalam negeri atau luar negeri hendak pergi melancong ke tempat-tempat seperti ini. Saya minta Yang Berhormat tolong beri saranan apa yang patutlah kepada mereka ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sebenarnya Yang Berhormat Pasir Salak, yang saya bercakap sekarang ialah kita mempunyai seksyen 34 kalau tidak silap saya di bawah satu akta yang disebut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Memang kita ada undang-undang dan di bawah seksyen ini mengatakan bahawa Jabatan Alam Sekitar mempunyai kuasa melalui kuasa Menteri untuk memantau, mentadbir, menghukum dan sebagainya - memang ada. Saya tidak menafikan perkara ini wujud.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said - Pengerang

Akan tetapi, apabila Jabatan Alam Sekitar ini sebuah jabatan kerajaan, di bawah sebuah kementerian untuk memantau, untuk mendidik, untuk mentafsir, untuk merujuk dalam isu alam sekitar berhadapan dengan masalah.

Jadi saya dalam ucapan usul saya ini bukannya apa, saya hanya berkata dalam hal saya bahawa kalaulah komitmen kerajaan apabila berkata alam sekitar - khazanah negara. Kita mengatakan khazanah perlu ada keberanian supaya agensi yang bebas diwujudkan. Bukannya saya hendak mengatakan banyak sangat agensi kerajaan, tetapi apabila kita berkata agensi yang bebas kita menyatakan bahawa komitmen negara pada isu alam sekitar.

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak berkenaan longkang, parit dan sebagainya, ini dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Tidak tahulah mungkin di Selangor, atau mungkin di Pulau Pinang lebih kotor saya tidak tahulah tetapi, yang saya tahu, perkara ini di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. Di bawah akta yang ada hari ini Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, apa yang saya hendak bercakap bahawa tidak mencukupi. Hanya meletakkan kuasa memantau alam sekitar dan menghukum alam sekitar di bawah jabatan - tidak mencukupi.

Seperti yang dikatakan Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Pasir Salak adalah betul. Yang kita perlu adakan golongan yang betul-betul profesional, bukan sahaja menghukum, memantau tetapi menyelidik dalam isu alam sekitar. Itu sebabnya saranan yang disebut dalam agensi yang bebas, mungkin di bawah Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya - sebagai bebas supaya tidak ada mana-mana tekanan. Ini kerana alam sekitar ini Tuan Yang di-Pertua, jual pasir banyak duit, jual balak lagi banyak duit. Masalahnya ialah, ini yang disebut sebagai harta karun alam sekitar. Dalam bahasa orang putih ia kata, these are natural gold - maknanya benda ini tidak boleh diukur.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, yang saya sebut dalam ukuran- ukuran ini hanya menyatakan bahawa kalaulah kerajaan menyatakan alam sekitar, kita mesti menunjukkan kepada dunia sebagai negara kelas pertama.

Bukan sahaja dalam isu modal insan, tetapi negara kelas pertama dalam isu alam sekitar sebagai satu komitmen, melihat apa yang sedang berlaku pada hari ini. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, dalam kawasan saya RM0.20 sen satu tan untuk letak kapal dagang. Satu kapal dagang mungkin akan mengangkat 1,000 atau 100,000 jumlah tan. Surat khabar Daily Mail dari London menyatakan pada 28 September 2009 - ia menyatakan beribu-ribu kapal diletak kerana 20 sen itu murah.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa kita perlu lebih pantau dalam isu perkara sedemikian. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Amerika Syarikat berlaku dalam negara kita. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya hanya menyentuh dalam isu-isu ini dengan harapan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang mana pujian saya pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apabila bercakap tentang pembangunan insan, kita lupa kepada pembangunan fizikal. Inilah di mana dunia melihat Malaysia sebagai negara yang berbeza. Dengan itu saya memohon alam sekitar dijadikan keutamaan. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menyokong usul Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rasah.

final • 12:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada minggu lepas.

Rancangan ini berteraskan kepada sepuluh idea utama. Idea yang kelima

final • 12:43 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

dikatakan untuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan yang cemerlang.

Dalam dokumen Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, saya nampak ada banyak bahagian yang menyentuh berkenaan dengan modal insan cemerlang ini. Untuk mengekalkan modal insan yang cemerlang seperti dalam muka surat 185 berbunyi, “Program pembangunan belia akan dirangka untuk melahirkan generasi belia yang berpandangan jauh dan berazam ke arah kecemerlangan kerjaya dan akademik, program akan diatur untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu yang berjaya dalam usaha untuk memupuk sifat keperibadian yang kukuh dan keyakinan diri yang tinggi termasuk menyediakan inisiatif kewangan, program pengajian luar negara dan program latihan sangkutan.” Dalam bab berkenaan dengan perkhidmatan awam, menarik minat modal insan cemerlang dalam perkhidmatan awam juga disebut bahawa kerajaan akan terus memperkukuh program biasiswa ini dengan menyasarkan penawaran biasiswa kepada 60,000 pelajar di dalam dan luar negara. Iaitu peningkatan penawaran biasiswa 27% berbanding tempoh rancangan yang terdahulu iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan. Dokumen yang ini - banyak bahagian dalam dokumen ini begitu cantik perkataannya, seolah-olah program ataupun rancangan kita untuk menghantar lebih ramai modal insan ke luar negara mendapat biasiswa dan sebagainya supaya kita dapat membangunkan modal insan kita.

Akan tetapi ini sekadar seolah-olah indah khabar dari rupa, cakap tidak serupa bikin. Setakat satu minggu sahaja Rancangan Malaysia Kesepuluh ini dibentangkan - tidak sampai seminggu kita sudah nampak flip-flop dalam dasar. Kita dengar pengumuman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga malah Perdana Menteri sendiri mengatakan bahawa dasar sekarang, kerajaan ingin mengurangkan dan memansuhkan secara berperingkat- peringkat pemberian biasiswa luar negara di bawah JPA kepada pelajar- pelajar cemerlang Malaysia. Kita merasakan bahawa ini satu dasar yang cukup flip-flop, bukan berteraskan kepada prinsip semangat yang telah dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Apakah kita membuang masa kita untuk membahaskan sesuatu yang tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan sendiri selepas dibentangkan? Ini kerana bagi saya biasiswa JPA ini untuk belajar ke luar negara, sangat penting kepada anak-anak Malaysia. Kalau kita tidak memberikan biasiswa ke luar negeri ini, ini seolah-olah menidakkan peluang kepada anak-anak muda kita.

Anak-anak Malaysia yang kurang berkemampuan dari semua kaum daripada menimba pengalaman global yang begitu penting dalam persekitaran global pada hari ini.

Bayangkan kalau tidak ada lagi biasiswa daripada kerajaan, tidak ada bantuan daripada kerajaan. Anak-anak Malaysia yang miskin, yang tidak berkemampuan termasuk anak-anak Melayu sendiri - di Permatang Pauh, di Machang, di Pekan, di Rasah, di Sabah, di Kota Belud...

final • 12:43 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Ketawa]

final • 12:43 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

...Ramai anak-anak kita yang tidak berkemampuan, tidak akan ada peluang untuk menimba pengalaman yang berharga ini. Jadi dasar ini tidak boleh kita sokong bahawa kita mengurangkan perbelanjaan untuk biasiswa keluar negara untuk anak-anak cemerlang kita. Ini kerana pada hari ini, pengalaman yang global ini cukup penting. Seperti yang dikatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, bahawa pada hari ini persaingan global bukan sahaja untuk persaingan untuk mendapatkan FDI. Persaingan global juga melibatkan persaingan untuk mendapatkan modal insan. Jadi saya tidak boleh menerima logik daripada

final • 12:43 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Menteri mengatakan bahawa kita memberhentikan biasiswa ke luar negara ini untuk stop brain drain, untuk memberhentikan brain drain.

Ini kerana bagi saya, kalau kerajaan Malaysia tidak akan memberikan biasiswa lagi, negara-negara lain akan beri - Singapura akan beri. Jadi modal insan kita akan terus ke Singapura, modal-modal insan kita yang cemerlang pergi ke Singapura. Selepas SPM mereka akan mengambil biasiswa JPA, bond to serve untuk Singapura, berkhidmat untuk Singapura, menjadi Permanent Resident dan seterusnya menjadi warganegara Singapura. Jadi kita akan kehilangan modal-modal insan ini.

Jadi saya rasa, kalau kita membicarakan bahawa kita hendak buat talent corporation, menarik balik modal insan kita. Kalau kita membuat sesuatu dasar yang akan menyokong dan juga akan menyebabkan lebih ramai modal insan kita ke luar negara, apa yang kita bentangkan di sini tidak akan berjaya dan kita akan terus hilang modal insan kita yang begitu penting pada hari ini.

Jadi saya dan juga rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat, kita tidak menyokong dasar untuk mengurangkan, malah memansuhkan biasiswa JPA ini. Apa yang kita mahukan - masalah yang kita lihat pada hari ini, biasiswa JPA ini ialah masalah pelantikan ataupun masalah pemilihan pelajar. Ada sistem yang kurang telus, ada sistem yang kurang transparent. Apa yang perlu dilakukan ialah kerajaan sepatutnya menubuhkan suatu jawatankuasa khas Parlimen untuk mengkaji bagaimana kita boleh menambahbaikkan sistem pemberian biasiswa JPA ini.

Saya rasa ini perlu kita kaji semula. Mungkin pelajar-pelajar peringkat SPM tidak sesuai untuk dihantar dalam program ini. Mungkin semua pelajar cemerlang dalam SPM kita berikan biasiswa mereka untuk belajar pra- universiti dahulu. Selepas pra-universiti, kita baru menilai kelayakan mereka untuk dihantar ke universiti-universiti terunggul di luar negara dan pengkhususan pengajian hanya akan dilakukan selepas mereka menduduki...

final • 12:43 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penjelasan.

final • 12:43 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

...Menduduki prauniversiti.

final • 12:43 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh?

final • 12:43 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Sekejap.

final • 12:43 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di-Pertua, saya dengar tadi Yang Berhormat Rasah menyebut soal tidak bersetuju dengan langkah atau tindakan kerajaan menghantar ataupun mengurangkan atau menghentikan penghantaran pelajar ke luar negeri. Saya rasa ini salah maklumat.

final • 12:43 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dengan izin, you are being misinformed. Misinformed. Oleh sebab apa and misinfrormed then you are misleading people in the Dewan. Sebab apa saya kata begitu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah buat kenyataan pun. Saya baca tetapi malangnya mungkin Yang Berhormat Rasah tidak baca iaitu Perdana Menteri kata penghantaran pelajar diteruskan untuk kursus-kursus yang kritikal dan juga ke universiti-universiti yang tinggi.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Baik, saya faham.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini jelas ada penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, dengan sebab itu untuk membuat satu ucapan yang panjang lebar mengelirukan ini, saya rasa tidak supaya jangan dibuat oleh Yang Berhormat ini. Ya.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Baik. Terima kasih. Saya rasa kita tahu bahawa apa yang dikatakan bajet tidak cukup. Kena kurangkan jumlah pelajar yang dihantar. Itu yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Perdana Menteri sendiri.

Saya hendak ubah kepada satu tajuk yang lain Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan satu program yang juga diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan penghantaran ahli-ahli akademik kita untuk menduduki PhD iaitu program MyBrain15 yang menyasarkan bahawa untuk universiti-universiti penyelidikan ataupun research universities. Kita menyasarkan tahun 2015 ada 75% ahli akademik kita mempunyai PhD dan untuk universiti-universiti yang lain 60%.

Ini satu program yang baik dan kita sokong tetapi saya rasa yang pentingnya ialah kita bukan sahaja perlu menitikberatkan ahli-ahli akademik kita ada kelayakan dari segi kertas, sijil PhD. Akan tetapi apa yang lebih penting ialah kita perlu pantau adakah ada ahli-ahli akademik kita yang mendapat PhD itu terus membuat penyelidikan, penerbitan, adakah mereka aktif dalam penerbitan, aktif dalam penyelidikan kerana apa yang penting ialah ahli-ahli akademik dalam sesebuah universiti yang termasyhur, apa yang menjadi KPI kepada mereka ialah sama ada penyelidikan mereka ada citation daripada pihak-pihak lain. Jika ini tidak, mereka hanya mementingkan kelayakan atas kertas sahaja tetapi bukannya kelayakan ahli akademik itu.

Satu perkara yang saya ingin bangkitkan di sini ialah saya difahamkan bahawa di dalam universiti-universiti tempatan ada ahli-ahli akademik yang dihantar untuk mengikuti PhD dan sebagainya. Saya difahamkan ada ahli akademik yang pergi ke luar negara dihantar oleh pihak kerajaan mereka balik tanpa PhD. Ada yang mengambil bertahun-tahun belajar PhD mereka duduk di luar negara tetapi mengambil masa yang lebih panjang. Ada yang balik tanpa PhD. Jadi, saya ingin memohon kepada pihak kerajaan supaya melihat perkara ini secara serius kerana kita akan memperuntukkan satu jumlah wang yang besar untuk menghantar ahli-ahli akademik ini untuk mendapatkan PhD.

Kita perlu ada satu mekanisme untuk mengawal, memantau dan memastikan bahawa setiap ahli akademik yang dihantar itu balik dengan kelayakan yang sepatutnya. Jikalau mereka gagal saya rasa perlu ada satu mekanisme untuk memaksa mereka membayar balik setiap sen yang kita belanjakan kepada mereka kerana tidak adil kepada pembayar cukai kalau kita menggunakan wang rakyat untuk menghantar mereka ke luar negara untuk mendapatkan PhD, kalau mereka enjoy sahaja kehidupan mereka di luar negara balik tanpa satu kelayakan dan tidak dapat menyumbang semula kepada pembangunan negara. Saya rasa adalah penting bahawa kita menghukum mereka dengan memaksa atau berkehendakkan mereka untuk membayar semula kos yang telah digunakan untuk kemudahan bagi mereka.

Ketiga, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan autonomi universiti. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh juga ada disebut bahawa kerajaan akan meneruskan dasar untuk memberikan autonomi yang lebih kepada pihak universiti. Akan tetapi walaupun ada policy statement di sini menyatakan kerajaan akan memberikan autonomi tetapi kita tidak melihat apa rancangannya. Apa road mapnya untuk memberikan autonomi ini kepada universiti-universiti tempatan kerana selain daripada USM, lain-lain universiti kita tidak menampakkan ada apa-apa road map bahawa untuk memberikan autonomi ini.

Saya hendak bangkitkan di sini ialah kita mengatakan autonomi memberikan kebebasan tetapi baru-baru ini kita nampak ada juga campur tangan daripada pihak kementerian. Malah, di Universiti Malaya baru-baru ini mengadakan satu perbincangan secara ilmiah, secara akademik berkenaan dengan buku Barry Wain yang diterbitkan baru-baru ini. Saya difahamkan

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

pihak Menteri Pengajian Tinggi sendiri telah menghantar surat kepada pihak vice-chancellor untuk meminta vice-chancellor menjawab mengapakah seminar ini yang dikatakan sebagai terlalu kritikal sebagai anti-establishment dan sebagainya. Jadi, saya rasa dalam kampus universiti sendiri ahli akademik mengadakan satu perbincangan dan satu perbahasan secara ilmiah secara akademik pun dikatakan anti-establishment. Apakah kita hendak mengatakan autonomi kepada universiti.

Saya minta kalau kita betul-betul serius dalam perkara ini untuk memberikan autonomi kepada pihak universiti perlu ada satu road map, perlu ada satu perancangan yang lebih sistematik untuk memberikan autonomi ini kepada pihak universiti dan kita mahu melihat apakah perancangan tersebut dan bukan sahaja setakat policy statement yang dikatakan begitu tanpa sebarang perancangan yang khusus.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga tentang bab pembangunan sosioekonomi yang lebih inclusive. Ini ada satu bab dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang khusus untuk mengadakan beberapa program pembangunan sosioekonomi yang lebih inclusive kepada semua masyarakat yang terpinggir termasuk masyarakat India. Akan tetapi apa yang saya hendak katakan bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ada agenda khusus untuk bumiputera. Kita tidak rasa dengki kerajaan hendak membantu bumiputera, kerajaan hendak membantu Melayu, tidak ada masalah tetapi, masalahnya ialah masyarakat-masyarakat yang terpinggir yang lain terutamanya masyarakat India. Kita tidak menampakkan apa-apa program yang khusus atau apa-apa dasar yang khas untuk meningkatkan taraf sosioekonomi bagi masyarakat India.

Kita lihat ada satu perenggan satu bab berkenaan dengan masyarakat India. Meningkatkan akses kepada infrastruktur kemudahan asas untuk meningkatkan taraf hidup pekerja ladang. Pekerja ladang yang sebahagian besarnya berketurunan India bekerja di ladang getah dan kelapa sawit di seluruh Malaysia. Mereka berdepan dengan cabaran seperti tahap pendapatan dan pendidikan yang rendah, keadaan hidup yang daif serta kekurangan akses kepada kemudahan asas. Bagi memperbaiki taraf hidup pekerja India di ladang, sejumlah RM109 juta akan diperuntukkan dalam tempoh 2011 dan 2012 untuk membekal air yang dirawat kepada lebih kurang 182 ladang yang berkeluasan kurang daripada seribu ekar dan terletak kurang lima kilometer daripada paip utama...

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ini selepas 50 tahun baru kita bercakap pasal air dirawat. 50 tahun dalam sembilan rancangan Malaysia tidak pernah ada seolah-olah akses kepada air bersih pun tidak ada. Jikalau bukannya mujurlah masyarakat India tahun 2008 memberikan sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat, sekarang baru kerajaan lihat perlu ada air yang bersih kepada masyarakat India. Saya rasa ini bukan sahaja masalah yang dihadapi masyarakat India. Sila.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya juga hendak tanya kepada Yang Berhormat Rasah, kalaulah kerajaan betul-betul prihatin mahu bantu dengan peruntukan yang sebegitu, bukankah lebih elok kalau kerajaan menentukan gaji minimum kepada setiap pekerja-pekerja di estate khususnya dengan kadar tangga kehidupan hari ini di mana kadar kemiskinan ditetapkan lebih daripada seribu lebih ringgit. Jikalau kerajaan dapat buat satu dasar supaya setiap pekerja ladang dan semua industri di negara ini gaji minimum mesti lebih daripada RM1,200 bukan kah elok. Saya minta pendapat Yang Berhormat Rasah.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya setuju. Saya akan masukkan perkara ini sekarang iaitu kita kena lihat apa masalah yang dihadapi oleh pekerja ladang seperti dikatakan gaji minimum tidak ada. Ada yang mendapat upah atau gaji RM15 sehari, RM450 sebulan. Jikalau mereka kerja tiap-tiap hari. Ini bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup mereka?

Akan tetapi saya rasa masalah yang paling besar mereka hadapi oleh masyarakat India, anak-anak India di ladang-ladang estate ini kita melihat kepada cycle kemiskinan, kepada putaran kemiskinan. Jikalau mereka tidak ada satu program bantuan yang khusus daripada kerajaan satu dasar yang khusus daripada kerajaan untuk membantu mereka, mereka akan terus hidup dalam kemiskinan. RM15 upah ayahnya sehari, satu bulan RM450. Anak-anak mereka tidak akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan itu kalau mereka tidak ada satu bantuan untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Kita nampak apabila kita berkempen semasa Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, kita masuk ke ladang Sua Betong, di Siliau dan sebagainya anak-anak di tempat itu di kawasan itu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri bekas Naib Presiden UMNO sendiri...

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat, ini kita lihat dalam rancangan ini semua terkandung semua ini. Apa Yang Berhormat sentuh itu...

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Saya tidak beri laluan.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Duduklah, sudah hendak habis... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada tiga minit lagi Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ada...?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada tiga minit.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak cukup masa.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya rasa kena semua orang di sini. Bukan satu rakyat sahaja, semua kaum di sini tetapi, Yang Berhormat tuduh...

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yang Berhormat duduk dahulu.

Jangan kacau masa saya.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

...Kepada orang India sahaja?

Banyak lagi orang yang susah dan lebih miskin daripada mereka.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Duduklah, semalam sudah cakap. Jangan halang orang hendak cakap... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Duduk dahulu.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Duduk... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Siapa yang Speaker ini...?

Perasan! Bila jadi Speaker?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rasah ada tiga minit lagi alang-alang.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Boleh saya sambung selepas makan tengah hari?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lepas makan tengah hari baru tiga minit, apalah you ini.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Tadi ada, saya baru 12 minit Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rasah, saya yang kira masa.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bagi Yang Berhormat Putatan sudah lima minit... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila habiskan.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Seperti yang saya katakan kerajaan perlu melihat kepada bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup pendidikan mereka. Apa yang penting ialah saya menyeru kerajaan supaya melihat kepada taraf pendidikan mereka, buat satu dasar ataupun program untuk memastikan bahawa setiap anak-anak yang hidup di ladang ini supaya mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat sekolah menengah. Sekurang- kurangnya kalau mereka tidak mampu untuk keluar daripada ladang, kerajaan patut menghantar mereka ke sekolah berasrama penuh supaya memastikan mereka ada peluang untuk mendapatkan sekolah sekurang-kurangnya pendidikan menengah.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Perdana Menteri kita buta itulah... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Point yang terakhir berkenaan dengan Greater KL. Saya ingin kerana masa tidak mengizinkan tidak dapat menghuraikan. Greater KL ini saya mengharapkan kerajaan jangan lihat kepada 20 kilometer daripada Kuala Lumpur sahaja. Greater KL sepatutnya termasuk juga ke dalam pembangunan bandar-bandar yang berdekatan dengan Kuala Lumpur termasuk di wilayah di selatan. Daripada Kuala Lumpur di Serdang, di Bangi, di Nilai dan di Seremban. Kita lihat kalau kita ada satu proses pembangunan yang conurbation. Sepatutnya pembangunan ini dapat diteruskan ke peringkat bandar-bandar yang agak sedikit jauh daripada Kuala Lumpur termasuk di bandar Seremban.

Apa yang perlu kita lihat adalah perlu adanya satu sistem pengangkutan bersepadu yang lebih baik. Walaupun pernah ada di dalam Dewan yang mulia ini saya diberikan jawapan oleh pihak Kementerian Pengangkutan bahawa sistem kereta api akan dinaiktarafkan di antara Seremban dan Kuala Lumpur ada satu express train services di antara Seremban-Kuala Lumpur dan Ipoh. Perjalanan daripada Seremban sampai ke Kuala Lumpur kurang daripada satu jam tetapi, dikatakan akan dimulakan bulan April. Sekarang sampai hendak bulan Julai belum juga lagi. Seolah- olah jawapan yang diberikan oleh pihak kementerian di Dewan yang mulia ini tidak pakai. Tidak ada satu follow up daripada pihak yang sepatutnya.

Jadi, saya harap proses pembangunan ini perlu juga melibatkan bandar-bandar yang berdekatan dengan Kuala Lumpur supaya proses pembangunan ini bukan sahaja tertumpu di Bandaraya Kuala Lumpur tetapi juga di bandar-bandar kecil yang berdekatan dengan Kuala Lumpur dan sebagainya. Saya harap ini dapat memberikan impak dan juga tempias pembangunan khususnya kepada Seremban.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit berkenaan dengan lesen judi bola ini kerana sudah banyak dikatakan dan spin yang terbaru sekarang kita lihat, dengar bahawa kerajaan hendak memberikan lesen ini seolah-olah kerana masyarakat Cina yang mahu minta. Seolah-olah

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

masyarakat Cina ini suka berjudi, suka bertaruh. Jadi, terpaksa kerajaan memenuhi keperluan masyarakat Cina.

Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan pemimpin masyarakat Cina yang mana satu yang pernah menyatakan bahawa masyarakat Cina mahu minta lesen judi. Tidak ada, yang mahu minta hanya Vincent Tan sahaja.

Vincent Tan tidak mewakili masyarakat Cina.

Apa yang diminta oleh masyarakat Cina bukan lesen judi bola, apa yang diminta oleh masyarakat Cina ialah pemberian peruntukan yang lebih adil kepada sekolah Cina, pengiktirafan sijil UEC pada pelajar-pelajar di sekolah tinggi Cina, pembangunan yang lebih baik kepada kampung-kampung baru, peruntukan yang lebih adil kepada semua peringkat kampung baru dan juga pemberian biasiswa yang lebih kepada pelajar-pelajar cemerlang. Itu yang diminta oleh masyarakat Cina bukannya lesen judi bola.

Jadi, saya harap kalau kita hendak cakap bahawa lesen judi bola ini perlu diberikan kerana kerajaan tidak cukup wang...

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila gulung Yang Berhormat Rasah. Sila.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ha?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Beri laluan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Gulung Yang Berhormat. Sudah tiga minit lebih.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Soal lesen judi bola...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan ganggu dia Yang Berhormat Putatan.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yang Berhormat Putatan sudah cakap.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya bagi laluan semalam.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Saya tidak cukup masa, jika saya ada masa saya bagi. Saya tidak cukup masa Yang Berhormat Putatan.

Saya hendak gulung bahawa ialah masyarakat Cina tidak minta lesen judi bola ini. Masyarakat Cina telah mengatakan bahawa apa yang kita ada pada hari ini cukup sekadar apa yang sudah ada, tidak perlu tambah lagi.

Tidak perlu kita tambah lesen judi bola lagi. Jikalau kerajaan kata tidak cukup wang hendak tambah cukai, cakaplah begitu terus terang. Jangan cakap masyarakat Cina suka judi. Kononnya hendak bagi lesen judi sukan ini kerana memenuhi keperluan masyarakat Cina. Masyarakat Cina tidak perlu. Tanya di mana-mana.

Saya mewakili 35,000 pengundi Cina di kawasan saya tidak ada seorang pun datang ke pejabat saya kata minta kerajaan bagi lesen judi. Tidak ada.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Rasah.

final • 12:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Saya rasa itu perlu dilihat dan jangan terlalu banyak flip flop bagi pihak kerajaan. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat kita ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.05 petang.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tiada siapa yang bangunkah?

final • 2:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Labuan.

final • 2:30 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberikan ruang untuk Labuan mengikuti perbahasan pada hari ini.

Assalaamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan Usul Rancangan Malaysia Kesepuluh yang jelas amat bertepatan dalam usaha negara memperkukuhkan pacuan mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020.

Di kesempatan ini juga saya turut menggesa agar semua pihak baik di pihak Barisan Nasional mahupun di pihak pembangkang supaya kita turut bersama-sama bersatu tenaga dan menggembleng fikiran di dalam memberi penekanan khusus kepada sepuluh idea atau sepuluh premis utama yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Insya-Allah melalui perpaduan dan satu hati kita apa yang diharapkan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh ini akan tercapai seiring nawaitu ikhlas kerajaan rancangan kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyambut baik usaha kerajaan untuk memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan infrastruktur bukan fizikal termasuk pembangunan modal insan seperti pembangunan kemahiran serta keupayaan inovasi yang lebih mantap setelah meneliti peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi infrastruktur bukan fizikal yang meningkat sebanyak 18.2% kepada 40% berbanding dengan Rancangan Malaysia Kesembilan yang lalu. Saya menyarankan agar kerajaan memfokuskan apa jua program-program pembangunan kemahiran dan juga aktiviti R&D dan modal teroka di salurkan mengikut kecenderungan setempat.

Sebagai contoh Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan adalah lebih tepat melakukan pembangunan kemahiran dan kajian berasaskan industri minyak dan gas. Ini disebabkan oleh status Labuan itu sendiri selaku hab minyak dan gas di Wilayah Malaysia Timur. Ini bukan hanya akan memupuk tahap inovasi negara ke arah lebih memberangsangkan malahan memberikan pulangan positif kepada guna tenaga setempat dan sekali gus memberikan galakan kepada sektor swasta untuk melabur di dalam infrastruktur fizikal di Labuan itu sendiri.

Malahan ini akan menjadi daya penarik kepada pihak swasta untuk sama-sama menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkaitan dengan syarat segala urusan birokrasi seperti mendapatkan lesen, permit dan sebagainya dipermudahkan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan seperti Perbadanan Labuan. Perkara sedemikian juga harus

final • 2:32 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

dilakukan di tempat ataupun wilayah lain di seluruh Malaysia untuk mendapatkan impak positif yang menyeluruh.

Menyentuh mengenai teras strategi kedua mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertubuhan ekonomi. Merujuk kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang telah dikenal pasti ianya adalah tepat dan bersesuaian dengan trend semasa ekonomi dunia. Fakta bahawa enterprise kecil dan sederhana SME memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara adalah benar. Usaha kerajaan membangunkan SME sebagai jentera pertumbuhan dan inovasi adalah kena pada masanya. Pada hemat saya enterprise kecil dan sederhana bukan hanya memerlukan akses yang mudah kepada kemudahan pembiayaan semata- semata-mata. Namun apa yang lebih penting adalah usaha kerajaan mengharmonikan agensi berkaitan seperti SME untuk memainkan peranan secara bersepadu agar skim-skim yang kerajaan sediakan seperti skim jaminan modal dan skim jaminan penstrukturan semula industri yang menelan belanja sebanyak RM13 bilion ini tidak sia-sia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil contoh semasa saya menghadiri dialog bersama ahli-ahli kerjasama Labuan baru-baru ini, saya mendapat makluman bahawa ada di antara enterprise kecil dan sederhana

(SME) di Labuan dan Sabah yang hanya mendapat kelulusan sijil seperti Sijil Halal daripada JAKIM setelah lebih daripada setahun memohon secara online.

Malahan diberitahu bahawa majoriti syarikat yang mendapat kelulusan halal JAKIM ini adalah terdiri daripada syarikat-syarikat non-Muslim bukan bumiputera. Tidak kurang pula bilangan SME yang tidak tahu hujung pangkal bagaimana cara agar produk keluaran mereka mendapat status export ready dengan izin iaitu lengkap dengan Pensijilan Halal - GMP, HACCP dan VHM.

Sebagai contoh daripada beberapa agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Haiwan dan juga jabatan yang lain-lain.

Penerangan lanjut mengenai pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) hanya diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang beribu pejabat di Putrajaya meskipun kadang-kadang ada pegawai-pegawai veterinar tempatan disediakan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berperanan sebagai wakil atau perunding semata-mata. Akan tetapi segala proses kelulusan hanya boleh dilakukan di Putrajaya. Adalah lebih cepat dan efisien seandainya jabatan perkhidmatan veterinar itu sendiri yang mana yang terdapat di negeri-negeri yang tertentu dapat diberikan mandat atau memberikan kelulusan pensijilan VHM ini. Di mana pensijilan VHM ini amat penting kerana ianya adalah bagi semua produk hasil haiwan termasuklah daging ayam, daging lembu, daging kambing, daging babi dan binatang- binatang laut. Pensijilan VHM ini diperlukan bagi aktiviti eksport di dalam negara. Sebagai contoh produk makanan laut contohnya dengan izin seafood yang diproses di Labuan perlu mendapat pensijilan VHM untuk membolehkan dieksport atau dipasarkan ke negeri-negeri lain seperti Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

final • 2:32 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Bagi Persijilan Halal pula, terdapat dua standard. Bagi negeri yang memiliki Majlis Agama Islam sendiri seperti JAHEINS untuk Sabah, JAIJ untuk Johor dan JAIS untuk Selangor masing-masing mengeluarkan Persijilan Halal Negeri dan hanya diiktiraf penggunaan sijil tersebut oleh negeri yang mengeluarkannya. Manakala untuk pasaran domestik di antara negeri di Malaysia, hanya sijil Halal oleh JAKIM sahaja yang diiktiraf. Sijil Halal JAKIM ini hanya diproses oleh JAKIM Bahagian Hub Halal bertempat di Cyberjaya, Selangor. Ianya perlu beberapa proses audit seperti Audit Teknikal dan Audit Syariah.

final • 2:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Tuan Yang di-Pertua, di dalam tempoh lima tahun ini, persijilan Good Manufacturing Practice (GMP) atau Hazard Analysis and Critical Control Points

(HACCP) adalah diaudit oleh syarikat perunding yang diiktiraf oleh kerajaan seperti SIRIM International dan MOODY International dengan menelan belanja tidak kurang daripada puluhan ribu. Hasil audit dari syarikat perunding ini kelak akan diaudit oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya untuk kelulusan persijilan akhir. Hanya produk yang dilengkapi dengan GMP atau HACCP diterima sebagai produk “exsport ready” untuk dieksport keluar negara. Harus diingat bahawa akan berlaku terlalu banyak proses pengubahsuaian dan penambahbaikan bukan hanya terhadap bangunan atau premis kilang, tetapi memerlukan tenaga kerja mahir dan penyediaan dokumen yang terlalu banyak bagi persijilan tersebut. Dana tersedia oleh kerajaan melalui SME Corp. mahupun SME Bank dan juga Agro Bank bagi tujuan persijilan ini, tetapi tidak semua wilayah ada agensi ini di tempat masing-masing. Sebagai contoh, saya selalu mencontohkan Labuan itu sendiri yang berstatuskan International Offshore Financial Centre (IOFC) tidak memiliki baik SME Bank, mahupun SME Corp. bagi mendukung pembangunan PKS di Labuan. Jadi ini walaupun benar, tetapi agak pelik, kerana Labuan itu sendiri sudah pun menjadi wilayah lebih daripada 25 tahun.

Agensi seperti TEKUN Nasional tidak mampu berperanan pemberi dana disebabkan bajet pembiayaan yang kecil dan terhad. Ada kalanya, renovasi terhadap bangunan atau premis kilang bagi persijilan ini boleh menelan belanja ratusan ribu ringgit bergantung kepada jenis produk yang dihasilkan.

Di sini kita lihat penekanan untuk mengharmonikan agensi berkaitan SME ini amat penting agar para SME ini kelak dapat bertapak bukan hanya di pasaran domestik malahan ke pasaran antarabangsa. Sebenarnya apa yang enterprise kecil dan sederhana negara perlukan bukanlah hanya dukungan dari segi dana atau kewangan sahaja, tetapi turut memerlukan bantuan kepakaran teknikal bagi tujuan persijilan sehingga pemasaran produk secara berterusan tanpa adanya karenah birokrasi yang selama ini membantutkan perkembangan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.

Apa yang kita lihat, walaupun Labuan telah diisytiharkan sebab ada Kompleks Halal Hub yang sekarang dalam proses pembangunan, kalaulah birokrasi yang sedemikian berterusan, saya rasa Kompleks Halal Hub itu tidak akan berfungsi sepenuhnya, malahan akan kita lihat sentiasa kosong kerana tidak ada players ataupun local industries yang dapat masuk ke dalamnya.

Kerana apabila kita mengiktiraf sebagai satu kawasan halal hub, ini bermakna kita akan mengeksport semua produk halal ke luar negara tetapi, untuk mendapatkan sijil dan sedemikian daripada JAKIM itu sendiri agak begitu sukar sehinggakan mengambil masa yang begitu panjang untuk mendapatkan Sijil Halal JAKIM. Saya rasa usaha kerajaan yang telah pun membelanjakan berpuluh-puluh juta malah beratus juta untuk halal hub di Labuan mungkin tidak akan dapat kita capai sepenuhnya.

Apa yang saya harapkan semoga JAKIM dan agensi-agensi lain dapat melihat hal ini, kerana sebelum kita mengadakan ataupun membuat satu bangunan ataupun pelabuhan untuk produk-produk halal seharusnya sistem- sistem persijilan tersebut harus kita permudahkan terlebih dahulu, supaya banyak local players ataupun industri kecil dan sederhana tempatan dapat menyertai program ataupun mengeksport produk-produk halal ini ke luar negara. Jadi diharapkan JAKIM jangan sahaja duduk di Kuala Lumpur ataupun Putrajaya, tetapi kita melihat keadaan di negeri-negeri lain yang mana mempunyai hab halal yang telah pun diiktiraf ataupun diwartakan oleh kerajaan. Kalaulah begini keadaannya, saya rasa apa jua projek yang akan diusahakan oleh kerajaan tidak akan tercapai, kerana di satu pihak kerajaan

final • 2:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

berusaha untuk mengeksport produk-produk halal, tetapi di satu pihak umpamanya JAKIM dan sebagainya dan lain-lain memperlahankan proses- proses tersebut.

Ini tidak selari dengan apa tujuan dan juga hasrat kerajaan yang ada pada hari ini. Jadi diharapkan semua agensi kerajaan berkenaan haruslah membuka minda dan juga mempercepatkan apa juga proses pensijilan terutamanya kaum-kaum bumiputera ataupun players daripada bumiputera supaya dapat turut serta dalam mengeksport ataupun memproduce produk- produk halal yang akan kita eksport ke luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membahas Teras Strategik Keempat iaitu “Membangun dan Menggalakkan Modal Insan Bertaraf Dunia”.

Adalah menjadi tindakan bijak oleh kerajaan menetapkan employability atau boleh upaya kerja graduan dijadikan satu daripada KPI universiti-universiti di Malaysia. Menjadi satu perkara yang amat mendukacitakan apabila ibu bapa dan orang tua bilamana anak mereka yang bergelar graduan universiti gagal diterima bekerja di mana-mana sektor akibat kualiti graduan itu sendiri yang mana tidak cukup dia punya kreativiti. Budaya exam oriented, dengan izin yang membawa atau menjadikan persoalan ini diperakui sendiri oleh seorang profesor doktor yang merupakan salah seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang saya temui bila mana menjelaskan perbandingan tempoh pengajian yang terlalu lama dihabiskan untuk mempelajari teori manakala cabang ilmu dan tempoh pengajian dari segi praktikal agak kurang.

Di samping itu, cadangan kerajaan untuk mengkaji semula pakej pengajian adalah disambut baik. Adalah benar bahawa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan penting di dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D) di mana-mana negara di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membahaskan Teras Strategik Kelima iaitu “Mewujudkan Persekitaran Kondusif ke Arah Mempertingkatkan Kualiti Hidup”. Amat jelas bahawa kerajaan berusaha keras bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan awam negara bilamana pada 3 Jun yang lalu, seluruh rakyat Labuan dan rakyat Sabah menyambut baik pengumuman Kerajaan Negeri Sabah yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah bahawa monopoli perkhidmatan feri yang selama ini saya laung-laungkan di Parlimen, yang mana menghubungkan antara Sabah dan Labuan telah pun ditamatkan dan hak monopoli ini tidak akan diteruskan. Ini memberi harapan baru kepada rakyat di wilayah ini dan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan menambahbaikkan tahap kecekapan pengangkutan awam di antara Sabah-Labuan yang selama ini amat mendukacitakan.

Tahniah juga saya ucapkan dan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mana Menteri dan Timbalan Menterinya telah turut turun padang menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama, iaitu kira-kira lebih sepuluh tahun. Penyelesaian terhadap masalah ini adalah satu bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak adalah ikhlas dan amat prihatin terhadap nasib dan kebajikan rakyat terutamanya rakyat di Pulau Labuan.

final • 2:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, ingin saya turut membahaskan mengenai infrastruktur maritim yang termasuk dalam peruntukan bajet Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang mana kalau kita lihat dalam buku Rancangan Malaysia Kesepuluh yang tebal ini, kerajaan telah pun menyediakan kira-kira RM1 bilion untuk kerja-kerja pendalaman alur pelayaran bagi memenuhi keperluan kapal yang lebih besar dan untuk menaik taraf pelabuhan barat di Pelabuhan Klang di Selangor, Pelabuhan Tanjung Pelepas

final • 2:50 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

di Johor dan juga menyediakan keupayaan tambahan bagi aktiviti-aktiviti import dan eksport barangan.

Saya juga ingin melihat apakah perancangan di Rancangan Malaysia Kesembilan yang lalu iaitu satu pelabuhan besar akan dibangunkan di Labuan iaitu dikenali sebagai integrated port of Labuan yang kononnya pada satu masa dulu memperuntukkan peruntukan hampir RM600 juta, di mana di sinilah integrated port itu akan dilaksanakan yang mana semua barangan diturunkan di Labuan dan akan diangkut melalui darat dan laut ke negeri-negeri lain di sekitar Labuan. Saya bertanya kepada menteri yang berkaitan, apakah peruntukan untuk infrastruktur maritim ini masih termasuk untuk infrastruktur integrated port di Labuan?

Jadi saya rasa dengan keadaan harga barangan yang ada sekarang, kalau kita lihat dengan peruntukan yang lalu lebih kurang RM600 juta, saya rasa sudah tidak relevan lagi ataupun tidak mencukupi. Jadi apakah langkah- langkah kerajaan? Apakah benda ini akan diteruskan ataupun dimatikan begitu sahaja? Ini kerana kita di Labuan cukup mengharapkan sekiranya integrated port ini menjadi kenyataan. Cukup baik untuk Labuan sebagai sebuah pelabuhan laut dalam yang terkenal di Malaysia supaya – kemungkinan besar dengan adanya integrated port di Labuan, semua pengangkutan barang secara besar-besaran didischarge ataupun diturunkan di Labuan dan selebihnya kita menggunakan sistem pengangkutan laut, feeder service ke negeri-negeri lain untuk Sabah dan Sarawak serta pulau-pulau di sekitarnya.

Jadi Labuan mengharapkan supaya integrated port itu akan menjadi kenyataan kerana ianya juga sedikit sebanyak dapat menaikkan ekonomi untuk rakyat di Labuan.

Kedua, dengan peruntukan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk pembangunan sebuah jambatan yang telah pun diuar-uarkan ataupun disuarakan oleh mantan Perdana Menteri yang lalu, adakah ini juga akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh? Ini kerana, secara detail kita tidak dapat melihat lagi. Jadi, kita juga mengharapkan projek tersebut akan menjadi kenyataan. Kalaulah ianya tidak – memandangkan mungkin ekonomi negara tidak begitu mengizinkan, sekurang-kurangnya satu alternatif yang lain dapat kita buat. Kalaulah jambatan itu tidak dapat kita lihat pada kali ini, jadi semoga apa yang kita bangunkan mahupun yang kita rancangkan punya alternatif yang tertentu. Contohnya, kalaulah jambatan selama ini kita tidak dapat bangun tetapi sekurang-kurangnya channel ataupun laluan alur laut antara Labuan dan Tanah Besar Sabah dapat kita pendekkan supaya laluan alur yang pendek sehingga membolehkan kapal ataupun feri antara Labuan dan Tanah Besar Sabah dapat dipercepatkan. Kalaulah pada saat ini...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, terima kasih, masa habis.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Bagi saya satu minit Tuan Yang di-Pertua untuk menutup. Kalaulah benda ini ada alternatif yang lain, sekurang-kurangnya perjalanan antara Labuan dari Menumbok itu dapat kita percepatkan. Kalau sekarang satu jam setengah, mungkin dengan alur yang pendek kita akan dapat perjalanan dalam tempoh setengah jam sahaja.

Jadi untuk menutup hujah saya Tuan Yang di-Pertua, akhir kata dengan kata-kata ditunjangi semangat 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, semoga program-program transformasi kerajaan dan Model Ekonomi Baru, dengan izin Allah SWT, saya optimis dan bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan cita-cita merealisasikan Wawasan 2020 akan tercapai, insya-Allah. Sekian, terima kasih, saya turut menyokong.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 2:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan.

Apa peranan Boston Consulting Group dan juga McKinsey & Co. dan Ethos Consulting dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini? Saya lihat bahawa seolah-olah seperti ada input-input yang diberikan oleh ketiga-tiga syarikat konsultan yang saya sebutkan tadi. Dalam buku ini pun disebut diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, seolah-olahnya disediakan oleh orang lain. Unit Perancang Ekonomi hanya menjadi penerbit kepada buku Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Jadi saya hendak tahu apa peranan ketiga-tiga syarikat konsultan tadi? Kalau benar, berapakah kos ...

final • 2:55 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Mohon laluan Yang Berhormat, hendak tambah sedikit.

final • 2:55 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Berapakah kos yang dibayar kepada ketiga-tiga syarikat itu? Sila.

final • 2:55 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya pun hendak tambah, saya dapat daripada jawapan Parlimen saya pada sesi lepas tentang berapa yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk membayar kepada konsultan untuk mengadakan makmal selama dua, tiga bulan.

Jawapan yang saya dapat untuk McKinsey, Ethos dan juga untuk Ernst & Young, dibayar RM6.5 juta hanya untuk mengadakan makmal-makmal, lapan kesemuanya. Jadi saya harap Yang Berhormat Pokok Sena dapat tanyakan juga apakah akhirnya hasil daripada bayaran ini? Terima kasih.

final • 2:55 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya, itu yang saya hendak pergi bahawa itu satu yang sangat jelas. Kalau dalam pembentukan makmal-makmal yang disebut tadi bahawa peranan mereka juga terlibat, dan saya juga ingin tahu apa peranan mereka dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kesepuluh? Apakah Unit Perancang Ekonomi itu diketepikan pendapat dan pandangan mereka? Ini kerana saya lihat bahawa penyediaan- penyediaan yang terkandung di dalam buku ini tidak menggambarkan satu pembaharuan ke arah untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi.

Contoh, saya katakan bahawa apabila diletakkan – kita katakan bahawa bidang ekonomi utama dalam negara ini iaitu minyak dan gas sebagai yang utama, saya tidak nampak apa-apa perubahan ke arah untuk menjadikan ini sebagai satu sumber ke arah membantu negara mencapai ke tahap negara berpendapatan tinggi...

final • 2:55 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 2:55 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sekejap, saya hendak habiskan dulu. Ini kerana, saya lihat bahawa ia masih berada pada lingkaran yang lama. Sepatutnya bagi saya bahawa kalau kita letakkan minyak dan gas ini sebagai satu pendapatan yang utama dalam bidang ekonomi negara ini, kita harus melakukan satu reformasi ataupun perubahan kepada Akta Petroleum 1974. Ini kerana akta itu masih meletakkan bahawa kita masih lagi dalam kerangka lama iaitu Petronas sebagai administrator dan juga operator, sedangkan kita harus bergerak kepada mewujudkan satu persaingan. Kita bukan hanya hendak melihat Petronas sahaja yang berjaya tetapi kita juga hendak melihat lebih banyak lagi syarikat-syarikat operator untuk operator Carigali itu yang lahir daripada syarikat-syarikat di negara kita. Saya katakan bahawa kalau di Australia sahaja, ada 20 buah syarikat operator carigali, sedangkan kita di sini – syarikat yang Australia itu memang Australia punya,

final • 2:55 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

bukan luar punya. Sedangkan, kita hanya ada satu syarikat Malaysia iaitu Petronas Carigali...

final • 2:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 2:55 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dah terlepas dah itu.

final • 2:55 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya tidak bagi jalan, saya tidak ada masa, 20 minit. Sedangkan, kita lihat bahawa yang lahir di negara kita ini kebanyakannya ialah kontraktor kepada operator carigali. Ia sangat berbeza antara operator carigali dengan kontraktor kepada operator carigali. Jadi yang kita hendak hari ini ialah operator carigali. Oleh sebab itu saya katakan bahawa Petronas harus diperlihatkan kemampuan dan keupayaannya dengan memastikan satu perwujudan ke satu persaingan.

Sebab itu saya mengambil contoh bagaimana kita bergerak dalam sektor komunikasi, iaitu Telekom dulu dalam Akta 1967 kita berubah daripada waktu itu Telekom sebagai administrator dan juga operator, kita bergerak kepada meminda akta pada tahun 1987 dan akhirnya kepada tahun 1998 dengan mewujudkan Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia dan akhirnya menjadikan Telekom hanya sebagai badan operator, bukan sebagai administrator.

final • 2:55 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Jadi sekarang ini kita lihat bahawa mewujudkan persaingan yang banyak syarikat telekomunikasi di negara Malaysia. Jadi sebab itu kalau kita hendak melihat bahawa kita akan mencapai negara berpendapatan tinggi, maka inilah yang harus dilakukan. Saya tidak tahu kenapa ketiga-tiga consultant itu tidak boleh menasihatkan kerajaan untuk memberikan satu pembaharuan kepada meningkatkan keupayaan negara kita ini. Begitu juga dengan sektor elektrik dan juga elektronik. Kita masih lagi menjadikan kita pengguna teknologi bukan kepada pengeksport teknologi seperti mana yang disebut, rangka-rangka yang disebut dalam buku ini masih lagi mengekalkan Malaysia sebagai pengguna teknologi bukan pengeksport teknologi.

Umpamanya, syarikat Pernec di bawah PNB telah wujud sejak tahun 70-an.

Samsung yang terkemudian daripada itu pun sudah pun mengeksport teknologi dan kita menggunakan teknologi Samsung. Kita masih lagi tidak mengeluarkan teknologi kita sendiri. Jadi sebab itu kita harus berganjak daripada menjadi pengguna teknologi kepada pengeksport teknologi. Jadi sebab itu saya tidak nampak satu rancangan yang mantap dalam RMKe-10 ini.

Sebab itu saya anggap macam RMKe-10 ini macam rancangan buat kedai “restoran tomyam pok tek” sahaja. Jadi tukang masak pun style lama, orang lama mari daripada Thailand juga masak pun cara masak sama, ramuan masak sama, yang berbeza ajinomoto sahaja lebih. Serai, lengkuas sama, ajinomoto lebih. Ini yang ajinomoto ini yang bagi luruh rambut habis ini. Tikus dalam restoran penuh, lipas dalam restoran pun penuh. Jadi kita kena ada juga perangkap-perangkap tikus ini dan juga lipas yang banyak dalam restoran ini.

Kemudian saya hendak tanya juga ialah berapa perbelanjaan kerajaan, penggunaan wang kerajaan dalam membawa seorang kita katakan bahawa pengendali rancangan TV, Martha Stewart yang dibawa oleh kerajaan untuk penyediaan satu rancangan dalam NTV7. Dia ini memang sangat terkenal di US dan saya difahamkan bahawa dibawa dengan semua keluarga dia datang ke Malaysia ini untuk mengendalikan satu rancangan Malaysia di NTV7 iaitu untuk promosi Malaysia. Dia ini memperkenalkan, dia banyak mengendalikan rancangan masakan dan sebagainya. Dia antara orang yang

final • 3:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

memang cukup hebat. Akan tetapi isu dia yang saya hendak tanya di sini ialah tiba-tiba dia twit dalam dia punya Twitter.

Dia mengatakan bahawa Malaysia ini memang banyak benda makanan dan mempunyai makanan yang cukup hebat dan sebagainya sehingga dia kata sungai dia pun macam teh tarik. Sungai dia pun macam teh tarik. Jadi saya katakan bahawa ini satu penghinaan kepada Malaysia. Saya difahamkan bahawa rancangan itu pun sudah ditiadakan. Jadi saya hendak tanya berapa kos untuk membawa dia ke mari? Siapa yang bertanggungjawab ini? Siapa peranan di belakang untuk membawa Martha Stewart ini sehingga terpaksa kita menghabiskan wang yang begitu banyak dan akhirnya kita tidak dapat pun mempromosi Malaysia, makanan Malaysia, kehebatan Malaysia dan sebagainya. Akan tetapi sebaliknya penghinaan bahawa sungai Malaysia ini macam teh tarik.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh soal Sime Darby yang telah menyebabkan kerugian sebanyak RM1.2 bilion. Saya hendak tanya bahawa, ringkas saya hendak tanya, Tun Dr. Mahathir mengatakan dalam isu ini, dia kata dia sudah dimaklumkan tiga tahun dahulu tentang isu kerugian RM1.2 bilion ini, tiga tahun dahulu. Jadi saya hendak tanya ini bahawa macam mana kerajaan mengendalikan individu-individu yang berada di dalam Sime Darby? Contohnya, Pengerusi kepada Jawatankuasa Audit iaitu Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda. Dia merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Audit Sime Darby, dia Board, dia Lembaga Pengarah.

Tun Dr. Mahathir kata tiga tahun dahulu dia sudah dimaklumkan Sime Darby kerugian.

Saya hendak tanya apa Jawatankuasa Audit ini buat? Satu. Apa jawatankuasa ini report kepada kerajaan? Keduanya, macam mana pula - ini bermakna bahawa calculation saya mudahlah, maknanya Audit tidak buat apa.

Bila Audit tidak buat apa-apa, macam mana ini kegagalan Audit, bagi saya kegagalan Audit. Bila kegagalan Audit, tiba-tiba Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda ini dilantik pula jadi Chairman Ekuinas. Sedangkan dia gagal, dia failed dalam menjaga akaun, hendak mengaudit akaun Sime Darby sehingga menyebabkan kita kehilangan RM1.2 bilion. Tiba-tiba kerajaan pun, sebab Tun Dr. Mahathir kata tiga tahun dahulu dia dimaklumkan, tiba-tiba kerajaan melantik dia jadi Chairman Ekuinas. Ini untuk menjaga kepentingan pelaburan untuk kepentingan bumiputera.

Jadi bagi saya bahawa kalau dia failed sudah tiga tahun dahulu dia tidak buat kerja, dia failed dalam audit akaun Sime Darby sehingga menyebabkan kita kehilangan, kerugian RM1.2 bilion. Bermakna bagi saya dia tidak layak untuk dilantik menjadi Chairman Ekuinas. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan dalam persoalan ini.

Ketiga, berkaitan dengan soal pemindahan bangunan Parlimen ini.

Saya tidak tahu apa dasar flip-flop kerajaan ini. Dahulu kata tidak hendak pindah. Saya sendiri pernah melihat Kementerian Kerja Raya (JKR) membuat pameran tentang kedudukan renovation dan juga untuk mewujudkan satu ataupun dua blok bangunan baru di tempat parking yang sedia ada. Saya difahamkan bahawa pada waktu itu pihak Parlimen sendiri khususnya pihak Speaker sudah bersetuju dengan cadangan JKR. Harganya antara RM150 juta ke RM200 juta untuk membangunkan. Tiba-tiba hari ini timbul pula isu hendak pergi ambil alih kepada PICC. Ini kerana PICC gagal, tidak ada orang mari hendak mesyuarat, hendak bersidang, convention, apa-apa majlis dan sebagainya, tidak ada orang.

Jadi bagi saya takkan kegagalan PICC lalu kita hendak korbankan tempat yang sedia ada ini? Apakah juga tapak bangunan Parlimen ini akhirnya akan menjadi mangsa seperti mana Kem Sungai Besi. Ini untuk jangka masa panjang. Walaupun mereka mengatakan ia akan kekal, ia sebagai tapak

final • 3:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

warisan tetapi akhirnya tapak warisan itu akan dikembangkan menjadi kompleks perniagaan dan sebagainya untuk menguntungkan kroni-kroni tertentu seperti mana yang berlaku kepada Kem Sungai Besi.

final • 3:00 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena minta laluan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat cuma ada lapan minit Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, saya sampai 3.15 petang, saya difahamkan sampai 3.15 petang. Sekejap sahaja.

final • 3:00 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Saya ingin hendak tanya Yang Berhormat Pokok Sena sama ada setuju dengan saya.

Bahawa kalaulah kita betul-betul mematuhi amanat dan separation of power.

Katakan dari segi legislative dan executive, dua-dua itu tidak harus ditempoh.

Ini kerana sekarang ini Dewan Rakyat executive yang membuat cadangan supaya dipindah. Takkan pemindahan Parlimen itu iaitu satu-satunya tempat untuk legislative ditentukan oleh executive? Apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 3:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, sepatutnya maknanya kita harus dirunding. Ini hak keistimewaan ataupun hak kesenangan hak kemudahan yang harus dimiliki oleh Ahli-Ahli Parlimen. Sepatutnya Ahli- Ahli Parlimen harus dirunding melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah pun wujud dalam Dewan ini. Sebab itu saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan dalam hal ini. Sebab JKR sendiri sudah bersetuju, telah pun buat satu proposal untuk membuat satu ataupun dua blok bangunan baru untuk keselesaan kita. Saya katakan bahawa, saya sebutkan bahawa bagi Ahli Parlimen kita bukan perlu kepada satu bangunan baru sebenarnya.

Walaupun itu merupakan satu keperluan, yang kita hendak apa dia?

Integriti, reform kepada institusi Parlimen ini sendiri. Itu yang kita hendak. Hak dan kebebasan kita. Kita hendak reform kepada sistem demokrasi berparlimen yang bermula daripada pilihan raya, yang menjadi tunjang kepada tertegaknya rakyat institusi Parlimen. Tidak ada guna kita pindah ke PICC sedangkan tunjang demokrasi kita iaitu bermula daripada pilihan raya tidak ada kebebasan dan sebagainya. Jadi sebab itu saya minta mohon penjelasan pihak kerajaan.

Keempat, Istana Negara. Baru ini jawapan Menteri katakan ada peningkatan kos. Saya faham bahawa itu satu kos yang azali tetapi hakikatnya, sememangnya ada berlaku peningkatan kos daripada asalnya yang diawardkan kepada Syarikat Maya Maju itu RM600 juta ataupun RM650 juta.

(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)

final • 3:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hari ini telah pun meningkat kos tambahan iaitu antara RM150 ke RM200 juta untuk apa? Interior design makanya hiasan dalaman, sedangkan asalnya kertas itu cadangan Maya Maju ialah RM1.1 bilion. Pada waktu itu penggal yang lalu, saya tidak menjadi Ahli Parlimen tetapi saya antara orang yang membantah dan menghantar memorandum kepada Menteri pada waktu itu dan juga Ketua Pengarah. Hari ini dia telah bersara - Ketua Pengarah tersebut. Saya katakan bahawa tidak wajar, perlu kembali kepada harga yang perlu ditetapkan oleh JKR dan JKR bersetuju bahawa harganya tidak boleh lebih daripada RM600 ataupun RM650 juta dan akhirnya kerajaan bersetuju RM650 juta.

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hari ini tiba-tiba, tambah lagi RM150 ke RM200 juta untuk hiasan dalaman. Saya hendak tahu karpet tebal mana, lampu mai beli dari negeri mana, mana supplier yang terlibat. Saya minta satu jawapan yang jujur daripada kerajaan sebab JKR mengakui bahawa RM650 juta itu termasuk hiasan dalaman. Saya mengakui bahawa tambahan untuk buat jalan masuk dan sebagainya seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, okey, no problem tetapi ini soal istana itu sendiri.

Kemudian soal berkaitan dengan soal judi. Saya hendak tanya judi bola sepak ini walaupun Dato’ Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan belum keluarkan apa-apa lesen. Saya hendak minta penjelasan kerajaan, beranikah kerajaan menyaman dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Vincent Tan yang telah membuat declaration kepada BSKL mengatakan bahawa dia telah pun mendapat lesen, renew lesen tersebut kerana bagi dia sebab itu hendak tawarkan penjualan saham dia dalam Ascot Sports kepada Kumpulan Berjaya dan memberi jaminan keuntungan (profit guarantee) tiga tahun sebanyak RM315 atau RM350 juta. Beranikah kerajaan mengambil tindakan kepada Vincent Tan yang telah menimbulkan satu pembohongan yang besar terhadap kerajaan yang mengatakan bahawa dia telah mendapatkan lesen itu daripada kerajaan.

Kedua, kalau kerajaan kata dia masih belum beri, adakah kerajaan boleh memutuskan bahawa kerajaan dia tidak akan beri sampai bila-bila pun lesen sport betting ini? Apakah Perdana Menteri boleh memberikan penjelasan sedemikian rupa? Juga, saya minta Perdana Menteri datang untuk memberikan penjelasan di Parlimen ini.

Kemudian yang terakhir berkaitan dengan soal subsidi. Pertama, saya ingin mengatakan bahawa ada ramai di kalangan rakan-rakan kita Ahli Parlimen bahawa marah kepada Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan, fakta tidak betul dan sebagainya. Saya hendak tanya kerajaan adakah kerajaan memperakui fakta yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu ini fakta? Cadangan-cadangannya, itu satu.

Keduanya, kalau kata tidak betul bermakna bahawa habis semua tidak betul sebab dia yang jaga KPI, dia yang jaga NKRA apa macam serbaneka.

Adakah indeks jenayah yang disebut oleh kerajaan jenayah turun yakni jenayah daripada makmal ini juga satu pembohongan?

Ketiga, saya hendak katakan bahawa bagi saya mempertahankan apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri bukan bermaksud saya bersetuju dengan pandangannya. Dia buat kerana apa? Itulah yang diminta oleh pihak kerajaan. Menyediakan satu bagaimana cara penyelesaian untuk mengurangkan defisit di negara kita ini sebab dia berpengalaman dalam MAS.

Macam saya kata sebelum ini bahawa cara dia hendak mengurangkan masalah beban hutang di dalam MAS jual kapal terbang, jual bangunan. Jadi selesai masalah. Jadi macam itu juga cadangan kerajaan sekarang ini kerajaan hanya ada dua pilihan. Saya hendak minta penjelasan kerajaan, adakah kerajaan hanya bergantung pada dua pilihan, mansuh subsidi ataupun kurangkan subsidi?

Keempat, yang saya hendak tanya dalam isu ini bahawa apakah wajar untuk kerajaan meletakkan bahawa beban masalah ketidakupayaan kerajaan dalam menguruskan harta kekayaan negara kita ini kepada rakyat. Merampas apa yang diperolehi oleh rakyat sedangkan isu yang menyebabkan kita mengalami defisit dan mengalami pelbagai masalah berkaitan dengan penyelewengan, PERWAJA - RM10 bilion, Pos Malaysia - RM300 juta, Sime Darby - RM1.5 bilion, MAS - RM2 bilion sebelum dipulihkan. PROTON - RM2 bilion sebelum dipulihkan, landasan kereta api berkembar - RM4 bilion yang juga kosnya meningkat, jambatan bengkok - RM500 juta pampasan buta terpaksa kita beri kepada kontraktor, kehilangan blok minyak - RM320 bilion,

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tenaga Nasional Berhad - RM10 bilion sebelum dipulihkan dan banyak lagi.

PKFZ antara RM4 bilion atau RM10 bilion. Ini semuanya merupakan punca masalah yang menyebabkan berlakunya defisit kepada negara kita kerana ada unsur-unsur penyelewengan.

Jadi, sebab itu bagi saya hendak minta bahawa apa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini yang boleh ditunjuk oleh pihak kerajaan bahawa bagaimana cara hendak membunuh ‘tikus-tikus’ dan ‘lipas-lipas’ yang duduk dalam ‘restoran tomyam pok tek’ Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 3:10 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi Sabak Bernam kesempatan untuk turut serta membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya saya dapat turut sama dalam perbahasan RMKe-10 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang telah mengemukakan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang komprehensif dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat serta dalam masa yang sama mampu memacu negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi melibatkan peruntukkan RM230 bilion bagi tempoh tahun 2011 hingga 2015 bertemakan ‘Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial’.

Rancangan lima tahun kali ini dijangka begitu teliti dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan tinggi dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang telah diperkenalkan pada 30 Mac 2010 lalu. Analisa pecahan peruntukan RMKe-10 ini mengikut sektor iaitu 55% untuk sektor ekonomi, sosial 30%, keselamatan 10% dan pentadbiran am 5%.

Dalam hubungan ini kerajaan akan mengerakkan sektor swasta bagi melonjakkan kerancakan aktiviti pelaburan yang diterajui pelaburan swasta di samping meningkatkan perkongsian pintar dan berkesan antara sektor awam dan swasta sebagai mekanisme penggerak agenda transformasi ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya ingin menyentuh tentang teras strategik pertama mengenai menambah baik usaha pembangunan modal insan dalam sektor awam. Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk menjadikan institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia melalui rangka kerja pengurusan sumber manusia dan penambahbaikan pembangunan kerjaya.

Dalam hubungan ini, saya menyentuh berhubung dengan jawatan Pegawai Tadbir Agama ataupun Kadi Daerah yang hanya Gred S44 di negeri Selangor dan di lain-lain negeri. Berdasarkan skop kerja dan status jawatan ini sebagai pegawai tertinggi di peringkat daerah saya berpendapat kerajaan perlu mengkaji semula gred jawatan ini supaya setaraf dengan jawatan- jawatan lain di semua daerah, umpamanya Pegawai Daerah yang kebanyakannya Gred 54 atau JUSA C manakala Penolong Pegawai Daerah pula Gred 52.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar bagi gred jawatan Pentadbir Agama dikaji atau Kadi Daerah dikaji atau dinaikkan taraf kepada sekurang- kurangnya Gred 52 sesuai dengan tugas dan tanggungjawab kepada pegawai- pegawai ini. Saya juga mencadangkan agar kerajaan mengkaji gred semua

final • 3:15 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan

(JAWI) dan Jabatan Agama Islam di negeri-negeri lain bagi memartabatkan profesion agama dan seterusnya meningkatkan syariat Islam.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh teras strategik kelima iaitu mewujudkan persekitaran kondusif ...

final • 3:15 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:15 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 3:15 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Satu sahaja.

final • 3:15 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Saya ada 20 minit sahaja ini.

final • 3:15 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Satu sahaja tentang penguatkuasaan undang-undang di bawah Mahkamah Syariah. Yang Berhormat Sabak Bernam, kita lihat banyak kes yang melibatkan Mahkamah Syariah ini kerana kekurangan pengalaman dan juga kemahiran dalam membuat tangkapan dan juga siasatan terhadap kes-kes yang melibatkan Mahkamah Syariah.

Akhirnya, kes-kes tersebut dapat dilepaskan dan dibebaskan. Apakah peranan dan saranan Yang Berhormat Sabak Bernam yang mengatakan bahawa semua pegawai di bawah pejabat agama dan daerah ini hendaklah diberikan pendedahan dan juga tangga gaji mereka ini dinaikkan setaraf dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Mohon penjelasan.

final • 3:15 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Kuala Krau, saya harap pihak kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab dan mengkaji apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau. Kalau saya jawab, saya jadi menterilah... [Ketawa]

final • 3:15 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2020 nanti dianggarkan terdapat 3.4 juta warga emas. Saya mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kerjasama antara kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta untuk membawa penglibatan aktif warga emas dalam aktiviti sosial dan ekonomi negara. Saya menggesa kerajaan supaya memastikan struktur yang lebih mesra kepada warga emas. Begitu juga memastikan kemudahan kesihatan yang mampu diberi kepada warga emas.

Sehubungan itu saya ingin mencadangkan agar semua warga emas diberi elaun bulanan tetap sebagaimana yang diamalkan oleh negara jiran.

Berhubung dengan warga emas ini, saya ingin menyentuh tentang melahirkan masyarakat prihatin, khususnya anak-anak kepada ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga ibu bapa yang telah tua. Begitu pun didapati ramai anak yang mengabaikan tanggungjawab ini, malah ada di kalangan anak-anak yang tergamak dan tidak memberikan tempat tinggal, makan minum serta jagaan kesihatan walaupun anak-anak hidup dalam kemewahan.

Dalam hubungan ini, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan pelepasan cukai kepada setiap anak- anak yang menanggung ibu bapa bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak bertanggungjawab kepada itu ibu bapa. Pada masa ini kerajaan memberikan pelepasan cukai bagi peralatan sokongan untuk gunaan sendiri, suami isteri, anak atau ibu bapa kurang upaya, terhad kepada RM5,000 sahaja. Saya berharap pelepasan cukai ini juga akan melahirkan masyarakat yang prihatin.

final • 3:20 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, semasa membahaskan Bajet 2010 yang lalu saya ada menyentuh tentang strategi pentadbiran kerajaan melakukan transformasi ekonomi negara seperti permulaan pembentukan Model Ekonomi Baru dan ambang Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi mewujudkan negara maju dan berpendapatan tinggi. Dalam perbahasan RMKe-10 ini saya ingin menimbulkan semula inti sari penting pembangunan di kawasan Parlimen Sabak Bernam.

Pertama, saya ingin menyentuh tentang pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam yang telah diluluskan dalam RMKe-9 tetapi sehingga kini tiada kemajuannya. PPD Sabak Bernam ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur sejak 1 Jun 1982. Setelah 27 tahun, PPD Sabak Bernam masih lagi menumpang di salah satu blok sekolah berkenaan.

Tanah bagi kompleks ini telah pun dikenal pasti. Saya merayu kepada Kementerian Pelajaran agar pembinaan kompleks PPD Sabak Bernam ini dapat disegerakan, sesuai dengan semangat teras strategi keempat iaitu membangun dan membekalkan modal insan bertaraf dunia dengan meningkatkan kualiti pelajar. Begitu juga saya merayu kepada pihak Kementerian Pelajaran supaya Dewan Serbaguna SMK Munsyi Abdullah yang telah diluluskan secara fast track – ini zaman Menteri yang lama, masih lagi tidak nampak bayang sampai sekarang pun, Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, tentang membina Pusat Kesihatan Sabak Bernam yang telah lulus di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan termasuk Klinik Kesihatan Sungai Besar dan Klinik Kesihatan Sabak Bernam. RMKe-9 telah berlalu, kini RMKe-10 menjelang, namun projek yang telah diluluskan ini masih tidak nampak bayangnya. Sesungguhnya penantian adalah satu penyeksaan yang tidak tertanggung terutama apabila rakyat terus bertanya-tanya kepada MP nya. Saya ingin memberi pendapat dan penjelasan Kementerian Kesihatan berhubung dengan cadangan projek Klinik Kesihatan Sungai Besar.

Berhubung dengan aspek kesihatan ini, saya ingin membangkitkan tentang Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam yang terus menyewa di Pejabat Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar sejak 39 tahun yang lalu.

Bayangkanlah kakitangan telah bertambah, begitu juga tugas dan skop kerja, tetapi ruang kerja tetap sama. Bagaimanakah kakitangan ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik? Tanah seluas lima hektar telah pun dikenal pasti di Ladang Air Manis di Sabak Bernam, saya mohon Kementerian Kesihatan agar membina segera Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.

Ketiga, saya ingin membangkitkan tentang cadangan membina Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam yang telah dipohon semenjak 2007 lagi dan IPD Sabak Bernam telah pun diwujudkan sejak 3 April 1983.

Perkembangan perbandaran Sungai Besar, Sabak Bernam yang begitu pesat, kawasan pentadbiran IPD Sabak Bernam meliputi kawasan seluas 98,160.71 hektar dengan jumlah penduduk lebih daripada 31,000 orang. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung dengan cadangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan dalam perbahasan RMKe-10 ini bagi membahaskan pengeluaran lesen judi. Pada prinsipnya sebagai seorang Islam, saya memahami bahawa judi adalah haram kepada orang Islam. Ketika ini, kerajaan ada mengeluarkan lesen judi kasino, nombor ekor dan kuda. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai jumlah kutipan cukai judi ini dan bagaimanakah wang ini diasingkan dan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan sama ada terdapat individu Islam yang secara langsung memegang saham dalam syarikat-syarikat perjudian ini termasuklah memegang jawatan penting sebagai pengarah dan sebagainya.

final • 3:20 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan telah juga mengundang perjudian. PDRM sudah mengenal pasti empat sindiket besar judi haram yang dijangka mengaut keuntungan lebih RM1 bilion sepanjang kempen Piala Dunia berlangsung selama sebulan. Bagi kaki judi, mereka tetap akan berjudi walaupun terlibat dengan judi haram yang kemungkinan mereka tertangkap dan sebagainya. Malah ramai kaki judi terlibat dengan perjudian haram dalam talian seperti online casino dan online sports betting yang berpusat di luar negara tetapi mempunyai ejen-ejen dalam negara.

Tidak ada kebaikan dalam perjudian, malah kaki judi kemungkinan besar akan terlibat dengan meminjam Ah Long. Banyak kebaikan apabila judi nombor ekor diharamkan di negeri Terengganu, umpamanya, tetapi dalam masa yang sama, tumbuh pusat-pusat judi haram yang sampai kini gagal dibanteras sepenuhnya. Secara praktikalnya ada golongan yang gemar berjudi sama ada secara sah ataupun haram. Membiarkan kaki judi berjudi secara haram menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan cukai judi.

Kerajaan perlu meneliti kemungkinan memberikan lesen judi tertentu, sebagaimana lesen judi yang telah dikeluarkan walaupun dalam masa yang sama kerajaan tidak menggalakkan sama seperti mengeluarkan lesen judi arak. Bagaimana pun kerajaan sudah berhati-hati dalam mengeluarkan lesen judi ini dan menilai dalam pelbagai aspek. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, kalau lesen judi yang disahkan, kita dapat memisahkan di antara duit yang halal ataupun duit yang bersih di dalam akaun kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, isu curi pasir di Selangor. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menimbulkan kegiatan curi pasir lombong secara besar- besaran di Mukim Rasah yang telah berlarutan sejak setahun lalu, tetapi tiada sebarang tindakan tegas diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor, seolah-olah menghalalkan kegiatan tersebut. Tanah milik penduduk di ceroboh, malah dilakukan secara terbuka. Aktiviti pencerobohan dan mencuri pasir lombong masih berleluasa ketika ini. Antaranya berlaku di Sungai Rasah, Sungai Long, Kampung Kundang, Kuang dan termasuk juga kawasan Menteri Besar Selangor sendiri di Bestari Jaya.

final • 3:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Sabak Bernam, laluan sedikit.

final • 3:20 PM

Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Kerja...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 3:20 PM

Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Masa ada sedikit sangatlah.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagilah, Lenggong, duduklah.

final • 3:20 PM

Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Kerja pencerobohan ini dikatakan sudah sampai ke tahap yang mana paip penyedut atau palong sudah dipasang di lombong bagi menjalankan aktiviti penggalian dengan lebih mendalam. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan berhubung isu curi pasir di Selangor ini yang juga tidak disenangi oleh Ahli Parlimen Kapar.

Tuan Yang di-Pertua, isu curi pasir ini kalau mengikut perjanjian Pakatan Rakyat, mereka akan mengutip sekurang-kurangnya RM127 juta tetapi, apa yang kita dapati setakat ini, hasilnya hanyalah lebih kurang RM4 juta lebih atau hampir kepada RM5 juta berbanding daripada Pakatan Rakyat daripada Barisan Nasional. Dahulu kita dapat hampir RM40 juta. Jadi ke manakah hilangnya duit-duit ini dan juga ke manakah hilangnya pasir-pasir ini?

Sama ada dieksport ke luar negara ataupun kita pun tidak tahu ke mana

final • 3:20 PM

Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

perginya. Saya harap ini mendapat penjelasan yang terbaik daripada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh tentang di akhir ucapan Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, anutan agama dan fahaman politik supaya bersama- sama kerajaan untuk membina negara Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi. Keadaan di Palestin ketika ini wajar menjadi cermin kepada semua rakyat di negara ini. Perpaduan sesama umat Islam perlu diperkukuhkan kerana realitinya kebanyakan umat Islam masih belum menghayati dan mengamalkannya.

Bagaimana hendak diwujudkan negara Islam kalau umat Islam terus berpecah walaupun mengaku beriman kepada Allah tetapi sanggup memutuskan silaturahim oleh kerana perbezaan faham politik. Kesimpulannya, umat Islam perlu bersatu untuk mengembalikan zaman kegemilangan perpaduan ummah seperti yang dibina Rasulullah SAW semenjak 1431 Hijrah, bagi membina sebuah negara yang stabil dan makmur iaitu negara yang makmur dan mendapat keberkatan Allah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Saya berharap dan berdoa agar RMKe-10 ini akan menjadi jambatan yang menghubungkan dan mengeratkan sesama ummah dan menyambungkan silaturahim bagi perpaduan ummah. Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Terima kasih.

Sabak Bernam mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri.

final • 3:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan peluang untuk membahaskan RMKe-10 yang telah dibentang oleh Perdana Menteri pada 10 Jun. Sungguhpun isu perjudian sudah banyak kali dibangkitkan oleh rakan-rakan saya dalam perbahasan RMKe-10, namun saya ingin berikan sedikit pendapat supaya kerajaan boleh menangani isu ini.

final • 3:29 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 14 Jun di BERNAMA bahawa “Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi”. Dalam pendapat beliau, orang-orang Cina memang kaki judi. [Ketawa] Saya terpegun dengan kenyataan beliau sebagai bekas Perdana Menteri yang telah menerajui negara kita selama 22 tahun. Kenyataan Tun Dr.

Mahathir tidak boleh diambil kira sebagai pendapat peribadi sahaja. Apa yang dikatakan oleh beliau mewakili mentalitinya. Apakah kewarasan seorang pemimpin mengamalkan...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tulis pakai tangankah itu Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tidak... [Ketawa] [Dewan riuh] ...Set mentaliti yang lain semasa pemerintahan dan selepas pencen?

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Mengapa bising-bising lagi?

final • 3:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Sepertimana “I have change my mode” yang disebutkan oleh Menteri Penerangan kita pada tahun lepas? Tentunya tidak! Mentalitinya memang tidak berubah sebelum dan selepas beliau letak

final • 3:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

jawatan dan juga mewakili persepsi Barisan Nasional dan UMNO terhadap kaum-kaum bukan bumiputera di negara ini.

Semalam Yang Berhormat Kota Belud berkata, keluaran lesen perjudian adalah untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan perjudian haram di Malaysia. Yang Berhormat Kota Belud sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, saya kurang pasti hujah beliau adalah mewakili pemikiran sendiri ataupun pendirian parti politik.

Maksud beliau sekiranya tidak dapat menghapuskan perjudian haram, jadi biarkan kita halalkannya. Menurut logik beliau, sekiranya kegiatan haram seperti penyalahgunaan dadah, senjata pembunuhan dengan menggunakan C4, pelacuran dan sebagainya tidak dapat dihapuskan, maka, biarlah kita mengeluarkan lesen untuk halalkannya. Adakah ini logik Barisan Nasional?

Dalam konsep pembahagian kuasa, kerajaan merupakan pemerintah yang bertanggungjawab untuk memastikan sistem pentadbiran kerajaan berlandaskan undang-undang yang sedia ada. Kini, Kerajaan Barisan Nasional mengatakan mereka tidak mampu menghapuskan perjudian maka, caranya ialah melegalisasikannya. Adakah perkara ini jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional sudah mengakui gagal dalam tanggungjawab mereka untuk menghapuskan aktiviti-aktiviti haram di negara kita?

Sekiranya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri menghadapi kesulitan untuk mendapatkan maklumat tentang perjudian haram ini, mungkin saya boleh berikan sikit maklumat untuk beliau.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Kota Melaka, jangan kacaulah.

final • 3:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tolong saya sahaja. Ketua sindiket judi haram yang saya ingin sebutkan di sini ialah Lee Mok Nyean atau dikenali sebagai Henry. Beliau berasal dari Sitiawan, Perak dan merupakan agen judi haram yang terbesar di Pantai Barat Semenanjung dan aktif di kawasan Petaling Jaya.

Yang kedua, Wong Chun Hong atau dikenali sebagai Peter. Beliau berasal dari Negeri Sembilan dan kini aktif di kawasan Bahau, Negeri Sembilan. Beliau merupakan bookie laman web judi bola yang bernama www.sbo.com dan www.ibc.com dan juga menguruskan pinjaman wang haram. Wong Chun Hong melaporkan kepada orang atas, nama mereka ialah Ah Tian dan Ah Long.

Laman web yang bernama www.cmd368.com dan www.mansion88.com merupakan agen perjudian bola secara haram yang terbesar di negara kita. Walaupun laman web judi ini didaftarkan di negara asing, tetapi ia sebenarnya diuruskan oleh warganegara Malaysia.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri, duduk dahulu Yang Berhormat Bakri. Hendak bagi jalan, duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bagi, bagi... Ia bagi Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Bakri. Ia tidak ada polis, ia tidak ada jawatankuasa, ia tidak ada apa-apa, kakitangan atau apa tetapi ia tahu semua maklumat ini ya. Amat malulah Barisan Nasional... [Tepuk] Dengan adanya polis, adanya segala jawatankuasa, maklumat ini tidak tahu dan tidak mampu hendak larang dan halang. Sehingga seperti mana yang dikatakan terpaksa mengaku gagal dan hendak halalkan benda yang jelas sudah haram.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Bakri, pandangan Yang Berhormat Bakri. Sekiranya judi ini dihalalkan mengikut undang-undang Barisan Nasional ini, tidakkah jumlah orang yang akan terlibat di dalam perjudian ini akan bertambah? Tidakkah dengan itu penyakit yang bagaikan barah yang merosakkan masyarakat kita akan menjadi semakin kritikal dan semakin teruk?

Tidak bolehlah kita kata, “Oh, kalau sekarang kita haramkan pun orang buat, maka bila kita halalkan pun tidak ada beza.” Pasti akan ada beza. Betul atau tidak Yang Berhormat Bakri? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya memang setuju dan ucapan ini masuk dalam ucapan saya. [Ketawa] Seterusnya orang di belakang laman web tersebut bernama Wind yang berada di Kuala Lumpur. Pejabat beliau di Bangsar Village. Nombor telefon beliau ialah 017-8794101. Salah satu akaun di Public Bank ialah 4537794611 di bawah nama Tang Chin Keat.

Lagi seorang ialah Sam yang kini berada di Kuala Lumpur juga merupakan anggota sindiket judi haram yang sama. Nombor telefonnya ialah 014-8478470. Tugas beliau ialah mencari pelanggan-pelanggan baru.

Bookie sindiket perjudian secara haram yang satu lagi ialah bernama Alex, merupakan seorang tauke empat nombor ekor haram yang terkenal di Bahau, Negeri Sembilan. Seorang lagi anggota sindiket perjudian Chan Kin Foy, nombor telefon 012-3843034.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat ada main?

final • 3:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tidak ada. Saya memang tidak main.

[Ketawa] Beliau ada satu akaun di Maybank yang bernombor 114423024792, kawasan operasinya ialah Aman Puri, Kepong.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Catat, catat. Seorang catat.

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya boleh menyenaraikan nama bookie judi haram dan Ah Long di Dewan yang mulia ini tetapi masa tidak mengizinkan saya membuat begitu.

Saya cuma ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan, sekiranya seorang ahli Parlimen seperti saya yang berpendidikan tidak begitu tinggi boleh dapat maklumat tersebut, kenapa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak dapat menghapuskan aktiviti-aktiviti haram ini dengan mekanisme yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Bab 3 dalam Laporan RMKe-10 ini. Dari muka surat 85 ke 90, tentang pertumbuhan daya inovasi.

Dalam struktur institusi yang dikemukakan di laporan ini, menjelaskan bahawa Majlis Inovasi Negara atau NIC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dinasihati oleh MOSTI. Saya rasa Kerajaan Barisan Nasional memang tidak faham apa maksud inovasi. Inovasi berasal dari kreativiti. Kreativiti hanya boleh dilahirkan dari satu suasana kebebasan dari segi akademik, kekangan politik, maklumat dan sebagainya.

Saya ambil satu contoh dari Taiwan. Nama Taiwan dikenalkan dalam arena dunia kerana inovasi mereka dalam bidang pertanian, semikonduktor dan produk-produk elektronik. Kerajaan sebegini bukan bergantung sepenuhnya kepada dasar kerajaan, tetapi usaha bebas institusi yang bernama Academia Sinica atau nama Cina disebutkan sebagai... [Menyebut istilah dalam bahasa Mandarin]

final • 3:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Academia Sinica ditubuhkan pada tahun 1928 dan ia merupakan satu institusi penyelidikan dan pembangunan tertinggi di negara China.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Minta laluan.

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Selepas - Sekejap lagi, ya. Selepas kerajaan Parti Kuomintang berpindah ke Taiwan pada tahun...

final • 3:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Kawan ini.

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Boleh. Sekejap, ya. Pada tahun 1949, Academia Sinica ditubuhkan semula di Taipei. Pada tahun 60-an, Kerajaan Taiwan menghantar beribu-ribu orang pelajar ke negara barat seperti Amerika, Jerman, Jepun, Swiss dan sebagainya untuk mempelajari teknologi baru dalam bidang pertanian dan elektronik.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Labuan bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi?

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Okey.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Kawan satu hotel. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bakri. Memandangkan Ahli Parlimen Bakri mempunyai data yang begitu lengkap mengenai penama- penama ahli-ahli judi ini, apakah boleh macam Yang Berhormat Bakri buat laporan kepada polis yang mana secara tidak langsung statistik sudah ada, bukti sudah ada untuk memudahkan. Nombor telefon pun sudah ada untuk memudahkan pihak berkuasa bertindak untuk menangkap ahli-ahli judi.

Apakah Yang Berhormat Bakri sanggup menjadi saksi kalau ada laporan tersebut? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Sebagai Ahli Parlimen, saya akan jadi saksi. Saya tengok apa tindakan menteri dulu... [Disorak]

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Siasat dululah.

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya tengok Ketua Polis macam mana.

Selesai masalah ini dahulu.

Pelajar-pelajar yang dihantar ke negara Barat bukan sahaja tamat pengajian mereka tetapi juga bekerja di koperasi besar di negara-negara Barat. Dengan pendek kata, mereka bukan sahaja memperoleh ilmu inovasi akademik tetapi juga pengalaman pengurusan industri. Apabila Kerajaan Taiwan menukarkan dasar mereka dalam bidang pertanian dan perindustrian pada 1970-an, mereka balik ke Taiwan dengan membawa balik teknologi dan pengalaman mereka ke Academia Sinica.

Teknologi semikonduktor dan pertanian yang kini berada di Taiwan adalah berasal dari pengamatan dan usaha gigih oleh penyelidik-penyelidik di institusi ini. Mereka juga memberikan nasihat dan pendapat mereka dalam bidang pengajian kepada pihak industri di Taiwan termasuk Taman Sains Hsinchu. Kerajaan perlu sedar bahawa kebanyakan SME dan EKS tidak mampu melaksanakan R&D bukan kerana modal yang tidak mencukupi tetapi kerana kekurangan pengalaman dan sumber manusia yang kreatif dalam bidang tertentu.

Seorang kawan beritahu saya, dia pernah membekalkan alat-alat yang bernilai beberapa ratus ribu ringgit kepada universiti tempatan dan akhirnya dia mendapati alat-alat ini terbiar sahaja oleh penyelidik-penyelidik di universiti tersebut. Puncanya ialah kita tidak ada sumber manusia yang cukup berpengalaman untuk mengkaji kegunaan alat-alat yang kompleks ini. Di

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

samping itu, kebanyakan R&D melibatkan ujian dan “fundamental science” dalam jangka masa panjang sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. SME dan EKS kita sepatutnya diberikan peluang untuk melanjutkan kajian penyelidikan berdasarkan dari kajian institusi akademik luar negara supaya hasil pengajian ini boleh dikomersialkan dalam arena dunia.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Satu minit lagi, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Akhirnya, saya mencadangkan supaya kerajaan menyerahkan tugas ini kepada penyelidik-penyelidik akademik.

Tubuhkan satu institusi yang berasingan dari penglibatan politik dan memberikan satu suasana yang lebih bebas supaya mereka boleh menjalankan pengajian mereka dan memberikan nasihat yang lebih munasabah di bidang inovasi ini. Saya cuma menasihatkan Kerajaan Barisan Nasional. Sekiranya pemimpin-pemimpin kita cukup inovasi dalam membuat keputusan dasar dan strategi dalam pembangunan negara, kenapa kita masih tidak dapat bersaing dengan negara jiran kita, Singapura yang kekurangan dana alam semula jadi. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 3:40 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ingin ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan yang mulia ini serta rakan-rakan Yang Berhormat. Setelah membaca dan meneliti Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, saya sangat yakin yang rancangan ini mempunyai kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk meningkatkan lagi taraf hidup dan kemakmuran semua penduduk bumi yang bertuah ini.

final • 3:49 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Kesemua aspek yang diberikan tumpuan dalam rancangan ini akan membolehkan kita memerdekakan diri daripada menjadi sebuah negara yang terjerat sebagai negara berpendapatan sederhana dan melonjak kepada menjadi negara berpendapatan tinggi yang mempunyai daya saing kental yang mampu menyahut cabaran globalisme.

Selain pembangunan ekonomi, RMKe-10 juga memberi tekanan yang kuat kepada pembangunan insan dan juga langkah-langkah yang menyeluruh yang berkesan untuk menangani gejala sosial yang negatif. Yang pasti RMKe- 10 ini adalah rancangan yang berjiwa rakyat dan berdebar dengan tema 1Malaysia. Tidak ada sesiapa pun yang akan tertinggal dalam pembangunan negara tidak kira bangsa, umur, jantina dan agama. Rancangan komprehensif ini membuka laluan untuk setiap warganegara Malaysia memantapkan diri dan menuju ke destinasi kejayaan.

Antara program yang saya ingin memberikan perhatian dan tahniah adalah program prasekolah. Program ini akan memastikan yang generasi muda dan harapan masa depan negara akan memulakan perjalanan akademik mereka pada umur yang lebih muda dan selaras dengan sistem akademik negara-negara maju. Minda-minda muda ini akan dapat latihan yang kritikal dari umur yang lebih muda untuk mengharungi cabaran-cabaran dunia persekolahan akademik dan rancangan ini akan memperkasakan lagi diri mereka untuk berjaya. Selain daripada itu, program prasekolah ini juga membuka ruang kepada kerajaan untuk menurunkan umur persekolahan daripada enam hingga lima tahun dan saya pasti bahawa menjelang 2012 matlamat kerajaan memastikan program ini giat di 87% sekolah di Malaysia pasti dapat dicapai dan dengan berkat Tuhan mungkin dapat diatasi. Insentif

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

kerajaan dalam bentuk RM10,000 untuk memangkinkan pertubuhan institusi prasekolah swasta juga harus di tabik kerana insentif ini juga akan mewujudkan sektor ekonomi baru dan mampu menjadi kegiatan ekonomi yang boleh diceburi oleh usahawan-usahawan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pasukan RMKe-10nya serta Kerajaan Malaysia atas peruntukan tambahan RM70 juta untuk sekolah bantuan modal Tamil dalam tempoh tahun 2011 dan 2012. Peruntukan tambahan ini adalah selepas RM130 juta yang telah diberikan untuk tujuan yang sama pada tahun 2009. Ini menunjukkan yang kerajaan Barisan Nasional prihatin dan serius untuk memastikan semua sekolah tidak kira bangsa mendapat sokongan dan bantuan kerajaan untuk memantapkan infrastruktur dan menjadikan suasana sekolah lebih lena dan kondusif untuk pelajar- pelajarnya mencapai impian akademik mereka.

Saya telah melihat dengan mata sendiri betapa perlunya bantuan tersebut apabila melawat sembilan sekolah Tamil di kawasan Parlimen Hulu Selangor dan peruntukan ini pasti disambut baik oleh kesemua pelajar, guru- guru dan masyarakat India di seluruh negara. Ini menunjukkan yang slogan 1Malaysia bukan sekadar slogan tetapi prinsip yang akan ditegakkan oleh kerajaan. Dengan izin, “The government is talking the walk and walking the talk.” Satu lagi sumbangan yang akan membawa keceriaan bukan sahaja di Hulu Selangor malah di seluruh Malaysia ialah bahawa RMKe-10 akan memberi bantuan bil elektrik dan bil air sehingga RM2,000 bagi setiap sekolah bantuan modal. Peruntukan ini pasti meringankan beban kewangan sekolah- sekolah modal bantuan tersebut dan wang yang dijimatkan boleh digunakan untuk perkara dan aktiviti lain yang membawa faedah kepada pelajar-pelajar sekolah. Keputusan kerajaan untuk menambahkan nisbah guru siswazah di sekolah rendah dari 28% hingga ke 60%..

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Boleh minta jalan?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Melaka, hendak beri Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Beri saya habiskan ucapan saya... [Ketawa] Keputusan kerajaan untuk menambahkan nisbah guru siswazah dalam sekolah rendah daripada 28% hingga ke 60% pasti akan membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran di sekolah-sekolah rendah tersebut. Ini juga adalah selaras dengan visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”. Lebih dari tiga juta pelajar dalam sekolah rendah akan mengamati kualiti pengajaran yang lebih tinggi kerana langkah ini. Selain itu langkah ini juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada para siswazah negara yang menganggur dan dapat menjana dengan izin, spill over economic growth and activity.

Dari segi sosial rancangan kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Kesejahteraan Bandar di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar khasnya untuk menangani isu kemiskinan bandar dengan dana RM48 juta merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan dalam negara. Ramai penduduk bandar yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar akan memperoleh bantuan dan muafakat daripada langkah ini. Kerajaan telah memfokuskan perhatiannya untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah tanpa mengira bangsa melalui Program Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat. Sejumlah RM500 juta sebagai seed money atau peruntukan permulaan telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

untuk mencapai matlamat meningkatkan kualiti dan pendapat masyarakat miskin ini.

Selain itu rancangan kerajaan untuk membina 78,000 buah rumah mampu milik bagi setiap...

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Hendak minta jalan bolehkah?

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Tidak boleh, saya hendak cakap. Beri saya peluang cakap boleh tidak?

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Boleh!

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak perlu marah-marah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Mencelah sedikit sahaja...

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Selain itu rancangan kerajaan untuk... Tidak Tuan Yang di-Pertua. Mencelah, asyik mencelah sahaja!

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, mencelah ini dibenarkan oleh peraturan mesyuarat.

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya tidak beri laluan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau Yang Berhormat tidak beri jalan, Yang Berhormat beritahu dengan Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Jangan marah.

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya tidak beri laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Nanti tidak...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat!

Yang Berhormat Hulu Selangor, kalau Speaker bercakap Yang Berhormat kena diam.

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, mencelah ini dibenarkan dalam peraturan mesyuarat.

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Okey.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jika Yang Berhormat tidak beri jalan beritahu dengan saya, saya akan beritahu dengan yang bangun itu untuk duduk.

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya akan turut Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak perlu marah-marah. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Selain itu rancangan kerajaan untuk membina 78,000 buah rumah mampu milik untuk setiap segmen masyarakat juga pasti disambut baik oleh

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

semua pelosok masyarakat Malaysia yang belum memiliki tempat kediaman sendiri. Projek ini adalah satu lagi langkah untuk memastikan setiap keluarga di negara mempunyai rumah sendiri dan adalah pelan yang mulia yang menitikberatkan sentimen dan keperluan rakyat jelata. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM500 juta untuk usaha membaik pulih rumah pangsa mampu beli yang sedia ada. Inisiatif ini akan dapat memastikan yang penghuni-penghuni rumah pangsa tersebut tidak tinggal dalam keadaan yang kurang memuaskan. Kesemua langkah ini menunjukkan kerajaan rela dan ingin memastikan yang proses urbanisasi yang giat berlaku tidak membawa padah kepada masalah ekonomi dan sosial yang baru.

Tuan Yang di-Pertua, selepas 52 tahun merdeka namun masih ada lagi warganegara Malaysia yang tidak mempunyai keperluan asas seperti bekalan air dan bekalan elektrik dan hidup dalam keadaan yang memudaratkan. Di sebuah estet di kawasan Hulu Selangor masih terdapat penghuni estet yang berjalan kira-kira tiga kilometer sehari untuk mendapatkan bekalan air bersih. Prasarana-prasarana asas seperti jalan akses, sekolah dan rumah untuk pekerja estet masih ketandusan.

Oleh yang demikian langkah kerajaan untuk memperuntukkan RM109 juta bagi tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan kemudahan bekalan air bersih di 182 buah ladang amat tepat dan diperlukan untuk mengatasi masalah rumit dan serius ini. Langkah ini pasti membawa senyuman yang lebar dan hati yang ringan kepada penghuni-penghuni estet yang terpaksa bertungkus-lumus setiap hari hanya untuk mendapatkan bekalan air yang bersih.

Saya juga ingin menyeru pihak kerajaan untuk memastikan bahawa pemilik-pemilik ladang mengambil berat tentang tanggungjawab mereka untuk menyediakan jalan akses, sekolah dan rumah untuk pekerja estet. Tindakan undang-undang yang tegas dan tindakan lain yang sewajarnya harus dikenakan terhadap pemilik estet yang tidak bekerjasama untuk mencapai objektif ini dan leka terhadap tanggungjawab mereka. Satu lagi aspek RMKe- 10 yang patut saya pasti diterima dengan tangan terbuka dan penuh kegembiraan oleh rakyat Malaysia adalah keputusan kerajaan untuk membina lapan buah hospital di seluruh negara. Pada pendapat saya akses kepada rawatan kesihatan yang diperlukan dan efektif adalah hak asasi seseorang dengan izin, good healthcare is a right not a privilege.

Oleh yang demikian saya sangat berpuas hati dan gembira atas tindakan kerajaan untuk memberikan rawatan yang berkualiti pada kos yang rendah supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan ini.

Pihak kerajaan juga telah mengambil keputusan untuk membuka 197 buah klinik baru di seluruh negara selain daripada 50 Klinik 1Malaysia. Kemudahan klinik ini pasti akan menjadi jawapan kepada doa rakyat tinggal jauh daripada hospital-hospital besar dan tidak mempunyai pengangkutan dan kemampuan untuk melawati hospital besar. Kerajaan Malaysia melalui langkah ini telah memudahkan kehidupan beribu-ribu rakyat Malaysia dan juga menunjukkan iktibar kerajaan untuk mendahulukan rakyat.

Mungkin Kerajaan Malaysia ingin memastikan yang jika seseorang tidak dapat mengambil perjalanan jauh untuk rawatan maka klinik akan melawat mereka dengan izin, if the patient cannot come for treatment, the treatment will come to the patient. Saya juga amat berharap dan memohon kepada kerajaan agar Hulu Selangor akan menjadi sebuah kawasan yang mendapat kemudahan klinik baru ini.

Walaupun terdapat pelbagai aspek yang positif dan sangat memberikan kepentingan dan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia dalam RMKe-10 namun terdapat beberapa perkara yang saya ingin sentuh supaya konsep 1Malaysia menjadi lebih relevan dan kenyataan dalam kehidupan setiap warganegara Malaysia. Yang utama antara perkara tersebut

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

ialah menyentuh kepada pemberian biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar lepasan SPM.

Tuan Yang di-Pertua, pelajaran itu adalah sesuatu yang sangat penting kepada pembangunan insan mahupun negara. Bidang pengajian tinggi bukan lagi hal bangsa tetapi adalah demi kepentingan prinsip pembangunan negara. Cuba andaikan perasaan seorang pelajar yang telah bekerja keras dan bertungkus-lumus untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang unggul. Selepas mendapat keputusannya yang sangat berjaya hati pelajar tersebut berkecai apabila mendapat tahu bahawa dia tidak mendapat biasiswa yang akan membolehkannya mengikuti kursus yang diimpikan olehnya.

final • 3:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Cuba bayangkan perasaan pelajar tersebut apabila mendapat tahu yang pelajar yang mendapat keputusan yang tidak sehebat dirinya sendiri mendapat peluang pembelajaran tersebut. Bagaimanakah kita akan dapat menerangkan mengapa hal sedemikian berlaku kepada pelajar tersebut?

Dengan izin, “How are we going to reconcile the situation on 1Malaysia?” Saya meminta agar kerajaan meneliti dan memastikan supaya setiap pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang diberikan pengiktirafan biasiswa yang sewajarnya. Ini adalah demi kepentingan prinsip pembangunan negara, semua pelajar cemerlang adalah sumber negara yang patut dibela supaya pelajar tersebut boleh mencapai tahap optimumnya. Dengan mengatasi masalah ini, saya juga pasti yang masalah ketara dengan izin, brain drain negara juga boleh diselesaikan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Isu lain yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan sistem penyampaian kerajaan. Walaupun kerajaan telah menginstitusikan beberapa langkah untuk memastikan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan seperti KPI untuk kementerian-kementerian dan juga KPA, namun kepercayaan umum terhadap sistem penyampaian kerajaan masih boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih unggul. Sistem pemantauan untuk memastikan sistem penyampaian adalah telus dan memastikan objektif kerajaan dicapai patut diwujudkan. Sebagai contoh, pada tahun 2008 pihak Kabinet yang merupakan badan eksekutif tertinggi negara telah memutuskan bahawa 7.4% daripada perjawatan dalam sistem perkhidmatan awam di semua peringkat akan disandang oleh kaum India, tetapi sehingga sekarang tiada usaha-usaha yang benar untuk mencerminkan hala tuju ini.

Seruan ini bukan untuk menegakkan perjuangan kaum tetapi untuk menunjukkan bahawa terdapat kelalaian dan kelemahan dalam sistem penyampaian kerajaan. Bagaimanakah rakyat umum boleh mempercayai sistem penyampaian ini jika keputusan Kabinet sendiri tidak menjadi kenyataan dalam hampir dua tahun? Saya ingin menyeru pihak kerajaan untuk memastikan yang sistem penyampaian kerajaan akan menjadi pemangkin kepada proses mentransformasikan negara ke arah mencapai Wawasan 2020 dan bukan menjadi sebab transformasi ini tergendala.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah memberi komitmen beliau akan mengurangkan sisa karbon Malaysia sebanyak 40% di sebuah Persidangan Iklim Antarabangsa di bandar Copenhagen. Susulan itu dalam RMKe-10 beliau telah menunjukkan cara bagaimana negara kita boleh mula berkecimpung dalam sebuah jenis perdagangan yang membawa pelbagai faedah kepada negara kita selain daripada mengaut keuntungan ekonomi.

Dana untuk skim pembiayaan teknologi hijau di bawah RMKe-10 adalah RM1.5 bilion. Dana ini adalah untuk menggalakkan penggunaan teknologi

final • 4:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

hijau dalam pengeluaran produk dan penyediaan perkhidmatan. Akan tetapi, saya ingin meminta pihak kerajaan untuk menelaah dengan lebih mendalam dan juga menggalakkan para usahawan untuk mengambil bahagian dalam perdagangan carbon credit.

Perdagangan carbon credit ini mempunyai banyak potensi untuk negara kita yang ingin mengurangkan emisi karbonnya dan juga menjadi sebuah negara yang memberikan kepentingan kepada misi menjaga alam sekitar untuk generasi-generasi yang akan datang. Perdagangan carbon credit ini juga amat penting kepada negara kita, kerana kita masih menggunakan cara penjanaan tenaga yang mengeluarkan emisi karbon yang tinggi dan juga Malaysia mempunyai banyak industri yang mengeluarkan karbon yang banyak seperti kilang pemprosesan kilang sawit dan getah yang terdapat di Hulu Selangor. Perdagangan carbon credit ini adalah suatu peluang yang unik untuk negara kita mengaut keuntungan ekonomi dengan menjual carbon credit kita dan pada masa yang sama menjamin kesucian alam sekitar negara kita.

Perdagangan carbon credit ini dipantau oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Secara ringkasnya, jikalau sesebuah negara, perniagaan, pengilang mempunyai kadar karbon yang tinggi misalnya 10,000 tan metrik karbon dan mereka mengambil langkah untuk menurunkannya kepada 8,000 tan metrik karbon melalui aplikasi tenaga hijau, maka 2,000 tan metrik karbon tersebut yang dikurangkan boleh didagangkan sebagai sebuah komoditi di pasaran antarabangsa. Inilah masanya negara kita mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi sebegini yang merupakan dengan izin, acitivity new economy yang mempunyai potensi untuk menjadi perniagaan yang besar.

Menurut Louise Redshaw, Ketua Pasaran Perdagangan Credit Barclays Capital dengan izin, “Carbon will become the world’s largest commodity market, and it could become the world’s largest market overall”.

Oleh yang demikian, saya ingin meminta pihak kerajaan untuk menggalakkan usahawan di negara kita untuk mencari peluang untuk mempelajari dan mengambil bahagian secara aktif dalam perniagaan perdagangan carbon credit ini yang mempunyai potensi yang begitu besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa RMKe-10 adalah sebuah rancangan yang komprehensif dan menyeluruh. Rancangan ini mempunyai ciri-ciri yang mampu menyemarakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing untuk bertarung dalam gelanggang dunia yang penuh dengan cabaran. Perancangan tersusun dan semangat RMKe-10 ini akan memberikan kerajaan semua peralatan untuk menempuhi segala rintangan dan dugaan. RMKe-10 ini juga adalah bukti yang 1Malayasia adalah kenyataan yang sebati dengan prinsip dan jiwa kerajaan Barisan Nasional. Tiada siapa yang akan terpinggir dan tidak dapat menikmati Malaysia yang gemilang yang bakal menjadi hasil RMKe-10 ini. Pengagihan yang bijak bajet RM230 bilion ini akan menjadi stimuli untuk negara kita melakukan anjakan paradigma dalam segala aspek kepentingan dan kemakmuran nasional negara kita.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia serta Kabinet yang diterajui beliau yang telah berjaya mewujudkan RMKe-10 yang berwibawa ini.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kabinet Khas untuk kaum India yang telah memberikan sumbangan kepada RMKe-10 yang pasti menyentuh hati dan hidup masyarakat India di negara kita.

Kepada rakan Yang Berhormat-Yang Berhormat dari pihak pembangkang, saya ingin mengundang mereka untuk memberikan komen- komen serta pandangan yang constructive untuk memartabatkan lagi RMKe- 10. Hanya membuat kritikan semata-mata dan komen sinis, ini tidak memberi

final • 4:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

rancangan atau penyelesaian, tidak menjustifikasikan harapan rakyat yang memberi peluang untuk berada di Dewan yang mulia ini. Dengan izin, “I implore you to be part of the solution and not the problem”.

Akhir sekali saya ingin menyatakan dengan izin, [Menyebut perkataan dalam bahasa Tamil], yang bermaksud, “Segala puji-pujian kepada Tuhan yang maha penyayang kerana memberikan saya peluang mewakili rakyat Malaysia dan Hulu Selangor dalam proses memeta masa hadapan negara tanah tumpahnya darahku Malaysia”. Saya berdoa agar segala impian dan objektif RMKe-10 akan direalisasikan secepat mungkin dan sejaya mungkin.

Saya menyokong tanpa berbelah bahagi Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Sekian, terima kasih. [Menyebut perkataan dalam bahasa Tamil]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 4:00 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang bagi Lembah Pantai untuk turut serta dalam perbahasan ini. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, salam sejahtera. Saya akan terus pergi kepada teras pertumbuhan Rancangan Malaysia Kesepuluh terutamanya dalam aspek menyokong pertumbuhan diterajui oleh inovasi.

Saya teliti buku Rancangan Malaysia Kesepuluh, di mana dinyatakan kerajaan bercadang menggunakan inovasi selaku ramuan utama untuk menambah produktiviti dan eksploitasi idea baru, Tuan Yang di-Pertua. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pun dinyatakan bahawa dasar inovasi ini memerlukan reformasi secara meluas bagi memastikan Malaysia menyediakan persekitaran perniagaan yang cekap, fleksibel dan rancak.

Dalam menyediakan persekitaran kompetitif, perlu ada isyarat harga yang tepat. Rasionalnya adalah apabila kerajaan melihat inovasi juga diperlukan bagi merawat permasalahan serius yang melanda ekonomi negara.

Saya fikir antara masalah yang telah dikemukakan berkali-kali, saya ingin sebut beberapa yang saya fikir perlu diambil secara serius, di mana sekarang ini perbelanjaan disebut tadi oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor sebanyak RM230 bilion untuk lima tahun akan datang. Okey, tetapi dianggarkan pendapatan negara meningkat daripada RM158 bilion kepada RM216 bilion menjelang tahun 2015 ataupun pertumbuhan 6.1%. Masalahnya, perbelanjaan kita dianggarkan meningkat 6.8% lagi tinggi daripada pendapatan. Itu satu.

Masalah yang lain termasuk juga kos pinjaman Tuan Yang di-Pertua.

Kadar pembiayaan hutang meningkat daripada 8.6% dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kepada 9.4% dalam Rancangan Malaysia yang terbaru. Jadi kerajaan perlu membuat pinjaman yang besar. Pinjaman yang besar sama ada domestik atau luar negara saya pun tidak pasti, tetapi diperlukan untuk membiayai RMKe-10 dan ini terbukti dengan debt servicing, dengan izin sebanyak 9.4% sepanjang RMKe-10.

Mengambil kira jumlah defisit terkumpul, dianggarkan jumlah hutang meningkat daripada RM362.4 bilion pada akhir 2009 kepada RM593.9 bilion menjelang tahun 2015. Meningkat 64% dan ini memang membimbangkan kedudukan kewangan negara. Kesimpulannya, kerana itu saya nampak adalah rasional hanya kerangka inovasi, inovatif serta kreatif yang memungkinkan kita mencari penyelesaian kepada yang hampir ajaib ini.

Namun saya lihat daripada kapasiti inovasi sedia ada, kita berhadapan dengan banyak rintangan. Bilangan penyelidik sekarang turun daripada 21.3 setiap 1,000 tenaga buruh pada tahun 2004 kepada hanya 20.3 pada tahun 2008.

final • 4:06 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Nisbah perbelanjaan kasar bagi R&D (Research and Development) daripada KDNK menurun daripada 0.69% pada tahun 2004 kepada 0.21% pada tahun 2008.

Justeru, misi kita adalah untuk meneliti rancangan-rancangan kerajaan. Jadi saya mahu teliti apakah yang terkandung dalam RMKe-10 sebelum membuat cadangan susulan. Saya haraplah dengan memetik kata- kata Yang Berhormat Hulu Selangor, kalau mahu Ahli Parlimen pembangkang memberikan solution, bukan sahaja be part of problem dengan izin, janganlah dengar kata-kata Perkasa sahaja, dengarlah juga cadangan kami supaya kami rasa relevan.

Pertamanya, mereka mahu membentuk persekitaran menyokong inovasi. Kejayaan agenda inovasi bergantung kepada rakyat Malaysia yang menyanjung nilai keterbukaan, berfikiran kritikal – Yang Berhormat Bakri pun sebut tadi dan semua memerlukan sistem pendidikan yang memupuk modal insan yang kreatif dan analytical. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, lain pula realitinya.

Saya memang menyanjung tinggi usaha menarik mutakhir ini yang berjaya sebenarnya menggamit imaginasi generasi muda tentang senarai- senarai projek bawah kerajaan yang gagal, lahir daripada penulisan Barry Wain untuk dibincangkan secara terbuka dengan judul Malaysian Maverick yang tidak asing bagi kita semua. Sekarang ia boleh didapati di kedai-kedai buku di Malaysia. Malangnya, apabila UM’s Social and Behavioral Science Research Cluster (SBSRC) mengadakan forum untuk membincangkan inti pati buku tersebut sehaluan dengan usaha menjana kreativiti, inovasi di kalangan orang muda, mereka menerima kritikan keras daripada Menteri Pengajian Tinggi sendiri.

Pada saya, jelas menunjukkan kerajaan tidak bersedia merealisasikan iltizam politik untuk mentransformasikan sistem usang yang sedia ada di bawah kerangka Barisan Nasional yang mengekang kebebasan dan menidakkan ketelusan. Saya petik kata-kata Dr. Mohamed Aslam Haneef, Setiausaha GERAK, pergerakan para akademik yang berusaha ke arah mereformasi sistem pendidikan. Dengan izin, “If such mild criticism based on researched, written work is questioned, I do not see how institutions of higher learning will help produce all the qualities needed for New Economic Model such as creativity, innovation and openness”. Saya rasa penting untuk kerajaan dengar, ini kata-kata akademik, bukannya penyokong politik ataupun ahli politik. Selagi ada AUKU yang mewujudkan budaya trigger-happy untuk menghukum pelajar yang berminat mengetahui perkembangan pilihan raya kecil dengan dekat – UKM 4 di Hulu Selangor, selagi itulah budaya inovasi mustahil diwujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menyasarkan dalam usaha hendak menyuburkan budaya inovasi, kerajaan bercadang mengkaji semula undang-undang kebankrapan akhir tahun 2010. Pada saya, semua undang- undang dapat diperkenalkan tetapi ianya tidak bermakna jikalau kita tidak punyai sistem kehakiman yang berwibawa.

Kita tengok apa yang terjadi kepada kes V. K. Linggam. Walaupun dibawa bukti tetapi akhirnya tidak dihukum kerana tidak wujudnya undang- undang yang mengatakan is nothing wrong, dengan izin untuk conspire between political masters and legal fraternity. Itu satu.

Kedua, contohnya Akta Persaingan yang baru diluluskan, dicanang- canang kepada awam, malangnya Akta Persaingan ini mengecualikan anak- anak emas dalam industri multimedia dan komunikasi dan syarikat-syarikat kroni di bawah pengawalan Suruhanjaya Tenaga. Ia tidak akan ke mana-mana

final • 4:10 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

kerana masyarakat pelabur dalam dan luar negeri nampak ada intan terpilih antara kalangan-kalangan syarikat dan mereka tidak akan merasakan ada budaya yang kondusif untuk inovasi berkembang.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memperkenalkan juga untuk mahu mewujudkan peluang inovasi di mana dinyatakan proses perolehan awam diakui masih belum menjadi pemacu utama inovasi memandangkan ianya tidak mendorong persaingan. Ini diakui dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Justeru, proses bidaan terbuka dirancang untuk dilaksanakan. Saya petik kata-kata Ahli Parlimen Pekan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 12 Jun 2010. “Saya berhasrat untuk mengadakan tender terbuka bagi tanah kerajaan untuk tujuan pembangunan. Adalah satu kesilapan untuk menganggap bahawa semua tanah kerajaan akan dimonopoli hanya satu institusi. Sebagai contoh, pembangunan tanah usaha sama di Sungai Buloh membabitkan KWSP akan di tender”.

Jadi rakyat menunggu dan menuntut janji Perdana Menteri kerana kalau kita melihat respons Perdana Menteri terhadap pembentangan NEAC

(National Economic Action Council) sahaja – dahulu lain, sokong benar mengatakan memang kita akan laksanakan Model Ekonomi Baru, sekarang jauh macam seolah-olah tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Oleh kerana itu saya fikir di sinilah Perdana Menteri perlu membuktikan iltizam politik, bukan terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan yang punyai tujuan dan juga hasrat mereka untuk menggagalkan mana-mana program.

Saya juga cadangkan untuk program ataupun pengotaan janji tender terbuka ini perlu juga digandingkan dengan proses penilaian keberkesanan perancangan koridor-koridor terdahulu sebelum terus dengan usaha mewujudkan koridor Greater KL. Menjelang pilihan raya umum 2008, mantan Perdana Menteri membuat pengumuman grandiose yang mengatakan bahawa koridor-koridor akan mencecah lebih RM1 trilion. Koridor Sabah RM105 bilion katanya, Koridor Wilayah Iskandar Johor RM382 bilion, Koridor Sarawak RM334 bilion, Koridor Utara RM178 bilion dan Koridor Pantai Timur RM112 bilion. Ini angka yang diumumkan menjelang tahun 2008.

Akan tetapi dalam RMKe-10, jumlah pelaburan yang diterima oleh koridor hanyalah sebanyak RM245 bilion sahaja. Di manakah Tuan Yang di- Pertua, kita tertanya-tanya RM1 trilion yang kerajaan uar-uarkan dahulu?

Sejak tahun 1983 sahaja kerajaan menjalankan sebanyak RM510 projek penswastaan termasuklah juga joint venture atau perkongsian awam-swasta.

Apabila mengimbas usaha-usaha lalu, kita wajib bertanya apakah prestasi penswastaan sebelum ini? Kita melihat pada pelan Greater KL – Lembah Klang tetapi digunakan nama Inggeris, Greater KL. Bagaimana kita boleh yakin dengan kejayaan RMKe-10 yang menggariskan usaha merasionalisasi peranan kerajaan dalam pelaburan dan menggerakkan budaya inovasi. Dengan izin, kita kena lihat kepada the past successes and our past failures to move on to a better future and better plan.

Seterusnya untuk projek mega terbaru diumumkan pula projek MRT.

Saya rujuk kenyataan Tan Sri Yong Poh Koon daripada PEMUDAH dengan izin, “The two key principle in divestment is transparency and best value for assets”. Saya nampak projek MRT yang dicanang-canangkan menelan kos sebesar RM36 bilion adalah berdasarkan proposal yang dibawa oleh Gamuda dan MMC dan disebut bahawa pemberi cadang utama akan mendapat insentif ‘system switch challenge’ iaitu ‘margin and preference’. Dia bagi 1% kurang diskaun daripada RM36 bilion jumlah projek, mungkin lebih tinggi lagi.

Akan tetapi jumlah ini jauh terlalu besar apabila dibandingkan dengan defisit yang kita ada. Tidak ada keperluan untuk melaksanakan ‘switch

final • 4:10 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

challenge’ ini. Jadi kalau projek Greater KL menyaksikan kewujudan mega MRT bernilai RM36 bilion, saya mahu tanya, apakah rasional kewujudan makmal Greater KL di bawah inisiatif NKEA terutamanya Menteri KPI ada bersama. Ini penting kerana saya mendapat maklum dan disebut juga oleh Ahli Parlimen Pokok Sena tadi, kos kesemua makmal anjuran Yang Berhormat Menteri, Dato’ Seri Idris Jala, lapan makmal semuanya harga minimum RM6.5 juta, bayar kepada Ethos, Ernst & Young dan McKinsey. Okey, tetapi di manakah hasilnya dan kenapakah wujud pelan yang berlainan? Pelan yang mana yang akan digunakan akhirnya?

Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan penilaian yang adil, rakyat juga perlukan ketelusan. Saya fikir di saat ini daripada RM36 bilion di MRT, rakyat perlukan langkah serta-merta untuk memperbaiki rangkaian pengangkutan awam yang jelas tidak ada ruang untuk memastikan ketiga-tiga stesen LRT itu bertemu untuk memastikan lagi ramai pengguna sistem pengangkutan awam.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, inovasi memerlukan pengetahuan dan maklumat yang jitu tetapi maklumat berkenaan competitiveness juga dikawal. Saya fikir kalau kita rujuk pada maklumat yang tidak begitu tepat, ia akan mewujudkan mutu garbage in garbage out dengan izin. Contohnya, maklumlah menjelang musim Piala Dunia, Perdana Menteri pun sebut untuk melihat ranking pasukan bola sepak antarabangsa dan pertandingan Piala Dunia, kita melihat ranking FIFA. Jadi bukan dua atau tiga ranking lain.

Maksudnya, agak pelik apabila dalam pembentangan RMKe-10, ranking World Economic Forum yang digunakan bertahun-tahun sebelum ini diketepikan dan tidak lagi kedengaran.

final • 4:10 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Saya fikir kita perlu konsisten. Rujuk organisasi yang sama untuk meneliti prestasi kita. Memang manis apabila kita memetik data Institute for Management Development. Akan tetapi memuji diri sendiri, menggunakan indeks yang jarang digunakan, boleh diinterpretasikan sebagai menggunakan maklumat yang kurang tepat. Inovasi perlu berpandukan maklumat sejitu mungkin. Mengikut World Economic Forum, kedudukan Malaysia dalam senarai indeks keberdayasaingan dunia sebenarnya makin merudum setiap tahun.

Tahun 2007, Malaysia menduduki tangga ke-19, seterusnya jatuh kekal pada tangga ke-21 untuk dua tahun seterusnya. Dalam senarai yang terkini, kita merosot lagi ke tangga 24. Kita diatasi oleh United Arab Emirates

(UAE), Qatar, Luxembourg dan New Zealand yang sebelum ini berada di belakang kita. Jadi, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada komen khusus oleh World Economic Forum yang menjelaskan kedudukan Malaysia yang semakin merosot sejak 2007 dengan izin, “Malaysia dropped three positions from 24th, essentially as a result of a much poorer assessment of its institutional framework. In this area, every indicator has been exhibiting a downward trend since 2007, causing Malaysia to tumble from 17th to 43rd position in this dimension in just two years. Security is a particular concern.

According to the business community, potential of terrorism and crime both imposed significant business costs.” Jadi, apabila Ketua Polis Negara mengumumkan penangkapan suspek terrorist, pada saya tidak membantu. Sepatutnya siasatan dibuat terlebih dahulu dengan lanjut sebelum mengemukakan apa-apa maklumat kepada media. “Also of concern is the budget deficit, which increased in 2008, amounting to almost 5 percent of Malaysia’s GDP.” Jadi, persoalannya apa?

Institusi, kerangka pentadbiran yang tidak telus dan bertanggungjawab.

final • 4:20 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Pakar ekonomi terkemuka Tuan Yang di-Pertua, Michael Porter telah merumuskan berapa faktor. Dia buat kajian, faktor penyebab kepada keberdayasaingan negara-negara terbaik di seluruh dunia berdasarkan World Economic Forum. Nombor satu faktornya, infrastruktur teknologi komunikasi dan nombor empat, kedaulatan undang-undang, the rule of law. Mengutip contoh V. K Lingam yang saya sebut dahulu, kita hanya mendengar rentetan “correct, correct, correct” sahaja. Akan tetapi akhirnya rakyat menjadi sangat frustrated atau kecewa dan sinis. Oleh sebab itulah, kita mahu mengembalikan semula impian dan kepercayaan mereka.

Saya pergi kepada data paras kemiskinan, walaupun disebut tetapi lebih kepada maklumat itu tidak jitu, tidak tepat, tidak terbaru. Kerajaan dengan bangga mengumumkan kadar kemiskinan tegar menurun 1.2% (2004) kepada 0.7% (2009). Perkiraan ini sekali lagi berdasarkan garis pendapatan kemiskinan yang diukur mengikut konsep kemiskinan tegar iaitu pendapatan kurang daripada perbelanjaan keperluan makanan. Dunia sudah bergerak ikut paras kemiskinan yang lain. Kita tidak memberi gambaran kedudukan kemiskinan sebenar mengikut takrifan Bank Dunia dan UNDP. Kita seharusnya menggunakan konsep kemiskinan mutlak dan relatif apabila kita mengubah format untuk menggambarkan keadaan sekarang barulah kita boleh anggap kita melakukan transformasi. Ini janji mantan menteri dahulu untuk mengubah paras garis kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, ramuan untuk mengejar inovasi ini juga menuntut kebebasan media. Di sinilah kerajaan wajib memansuhkan Akta Penerbitan dan Percetakan, bebaskan media dalam negara. Saya hendak beritahu menteri, tidak sempat tadi. Menurut kajian global Freedom House, kedudukan kita 141. Ini kerana kekangan yang wujud. Oleh kerana itu punya ramai rakyat Malaysia pergi menjadi blogger. Di mana lagi mahu bercakap?

Jikalau mahu menulis di tempat lain tidak dapat. Jadi, dalam arena blog ini, pertumbuhan blogging ini sebenarnya mencerminkan bagaimana mereka merasa kekang, tidak dapat meluahkan apa yang dirasai di hati. Inilah dimensi yang perlu dilihat oleh menteri.

Institusi media negara kita termasuklah Starprobe, The Edge Financial Daily. Pada saya, memberi maklumat kepada umum tentang skandal PKFZ, kerugian Sime Darby dan pelbagai lagi. Semua membantu proses pemantauan projek-projek seliaan kerajaan. Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri.

Bukan semata-mata untuk mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini satu perkembangan yang baik. Malangnya, rang undang-undang memberi maklumat yang kerajaan bentangkan pada persidangan Parlimen yang lepas lebih tertumpu pada menghukum pemberi maklumat yang salah.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada dua minit lagi Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Okey. Saya teruskan.

Saya mahu sebut juga Tuan Yang di-Pertua, di mana inovasi dipengaruhi oleh struktur institusi. Sebentar tadi Ahli Parlimen Bakri sebut tentang majlis niche yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Tentunya tidak boleh kita harapkan satu perubahan atau pun committee yang dikawal oleh Perdana Menteri itu untuk memastikan inovasi berjaya. Tidak begitu caranya. Kerajaan juga bercadang mengembangkan Dasar Teknologi Hijau Negara. Akan tetapi bergerak memberi laluan kepada pembinaan dua loji jana kuasa arang batu.

Saya sudah sebutkan, memang jelas masalahnya diwujudkan di Sabah itu sampai 2,870 minit setahun gangguan bekalan elektrik berbanding dengan enam minit di Putrajaya adalah kerana SSB sendiri. Mereka iaitu pembekal elektrik sendiri yang salah. Masalah yang diwarisi dan tidak ada penyambungan sistem grid yang berkesan, masalah tujuh daripada dua puluh jana kuasa elektrik yang uzur, tidak berfungsi.

final • 4:20 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Jadi, akhirnya kalau benar-benar kerajaan serius bercakap tentang bidaan terbuka, saya fikir Sabah berhak mendapat khidmat tenaga elektrik yang terbaik yang dapat menjanjikan 300 megawatt menggantikan loji jana kuasa arang batu itu oleh syarikat-syarikat yang dapat menjana elektrik menggunakan tenaga boleh diperbaharui. Sudah tiba masanya kita menghukum SSB kerana gagal pada masa lampau dan menyusahkan rakyat Sabah. Ini kita beri lagi dan saya fikir saya mahu bertanya, adakah benar bahawa ada usaha setengah pihak untuk mendapatkan sumber arang batu di bawah Maliau Basin ada kepentingan beberapa pihak. Saya harap menteri menjawab. Ini isu serius dan akhirnya kerajaan memberi jaminan untuk membiayai inovasi tetapi dana perkembangan perniagaan hanya RM150 juta, tidak mencukupi.

Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua, isu-isu pokok dapat diselesaikan dan kalau benar mahu laksanakan model baru saya minta satu, tidak banyak. Review semula perjanjian IPP yang dijanjikan oleh Tun Dr. Lim Keng Yaik sejak tahun 2005. Sekurang-kurangnya pastikan buat secara tender terbuka untuk projek bekalan elektrik di Sabah dan memastikan janganlah kita memanipulasikan angka-angka. Saya mewakili Kuala Lumpur, buatlah bidaan terbuka. Jangan beri kepada Gamuda dan MMC, perlu ada keadilan dan ketelusan dalam hal ini. Kita tidak mahu akhirnya Prasarana terpaksa masuk untuk menyelamatkan lagi syarikat-syarikat ini seperti yang berlaku sebelumnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadang.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat kerana menetapkan masa. Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Limbang.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Usul RMKe-10 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya akan memfokuskan perbahasan saya kepada pembangunan fizikal dan juga menaikkan taraf hidup kehidupan penduduk di kawasan Limbang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengimbau kembali hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya setiap rakyat akan menikmati dan merasa apa yang akan diwujudkan dalam RMKe-10. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah mengadakan berbagai-bagai jenis bantuan melalui Jabatan Kebajikan - bantuan kemiskinan bermula dengan Program Bantuan Rumah Miskin. Ia sangat bermanfaat kerana dapat mengeluarkan rakyat termiskin tegar keluar daripada kediaman yang amat daif.

Dalam tahun 2009 dan 2010 ini sahaja sebanyak 142 bina baru dan juga 177 buah yang telah pun di baik pulih. Saya berharap sangat agar ini akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Di samping itu juga kerajaan telah membantu melalui Jabatan Kebajikan seperti bantuan sakit, terdampar dan kronik, bantuan anak-anak sekolah juga ibu-ibu tunggal dan sebagainya. Namun, saya diperhatikan banyak lagi yang memerlukan pertolongan khususnya golongan warga emas. Sering kali saya didatangi oleh warga emas terutamanya di kampung-kampung, di luar-luar bandar dan di pedalaman yang memohon wang saraan hidup. Memang betul ada di antara mereka mempunyai anak-anak. Akan tetapi mereka juga mempunyai keluarga sendiri dan sukar untuk membiayai dan menjaga orang tua mereka.

final • 4:28 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Namun mereka sendiri tidak dapat memberi apa-apa bantuan untuk ibu bapa mereka selain daripada makan atau pun minum bersama-sama. Jadi,

final • 4:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

saya mencadangkan kepada kerajaan melalui Jabatan Kebajikan, sekiranya apalah menimbang bantuan untuk warga emas contohnya yang berumur 65 tahun ke atas bagi mereka yang memerlukan sort of, dengan izin gaji tua mungkin dalam RM100 sebulan across the board. Akan tetapi, kalau yang ada pencen ataupun yang mempunyai banyak duit itu tidak perlulah.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi kesihatan pula, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana setakat penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan ini telah menyediakan dan menyelesaikan isu-isu seperti masalah membawa jenazah daripada Hospital Miri ke Limbang dan juga menurunkan kadar tambang penerbangan untuk pesakit-pesakit dan pengiring yang memerlukan rawatan di luar Limbang yang sebagaimana telah saya suarakan sejak dua tahun di Parlimen ini.

Perkara yang masih diperlukan dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ialah pembinaan klinik pakar asas yang sering saya suarakan. Begitu juga dengan pembinaan Klinik Kesihatan Telahak dan Nanga Medamit dan juga Klinik Kesihatan Long Napir. Apa yang saya sebut ini telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh tetapi dengan izin, pending keputusan EPU. Jadi, saya mengharap benar agar projek-projek ini akan dapat dilaksanakan dalam dengan izin, first rolling plan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Di samping itu juga, saya memohon kepada kerajaan agar dapat memasukkan dan melaksanakan projek Bekalan Air dan Sanitasi (BAKAS) untuk 30 buah rumah panjang dan kampung yang dianggarkan bernilai RM1 juta untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Ini akan membantu penduduk- penduduk seramai 2,637 orang. Skop projek ini termasuklah pembinaan, mengganti paip-paip graviti, sistem-sistem air hujan, pembinaan ‘polysept septic tank’ tandas dan HAPE pit-lining tandas. Semua ini adalah untuk menaik taraf kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar.

Dari segi pendidikan pula, saya memohon agar kerajaan dapat membina sebuah lagi sekolah menengah yang baru untuk menyuraikan murid- murid daripada Sekolah Menengah Kerajaan Limbang yang mempunyai 1,300 penuntut yang pada masa ini menuntut di dalam bilik-bilik darjah yang sempit dan prasarana yang daif. Di samping itu juga, kita memerlukan sebanyak RM10 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan ke atas 30 buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah di Limbang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan datang.

Saya ingin menarik perhatian tentang pembinaan Sekolah Kebangsaan Menuang dan Sekolah Kebangsaan Limbang yang sedang dibina pada masa ini. Saya meminta kepada siapa juga yang telah pun menyediakan jawapan untuk Yang Berhormat Menteri Pelajaran untuk menyediakan fakta yang betul sebab saya ada bertanyakan soalan ini dalam soalan saya tetapi jawapan yang telah diberikan itu adalah meleset dan tidak betul. Ini kerana jawapan yang diberikan mengatakan masalah akses ke tapak, masalah itu, masalah ini. Sebenarnya sekolah ini dibina di tepi jalan besar dan semuanya accessible, very easy, tiada masalah.

Jadi saya mintalah dengan izin, whoever prepare the answers for the Yang Berhormat Menteri Pelajaran, give the right facts, jawapan yang betul dan pergilah lawat tapak, tanya pegawai pendidikan di bahagian Limbang.

Jangan buat suka hati jawapan. Terus terang saya sendiri sudah pergi tapak itu lihat sendiri. Jadi, saya mintalah supaya projek ini - untuk makluman Dewan ini bahawa projek SK Limbang itu telah pun tertangguh sejak 10 tahun. Anak saya yang pernah menuntut di situ sekarang sudah Tingkatan Lima, sekolah itu belum juga terbina. Baru mula pada hujung tahun lepas dan itu telah pun menjadi projek sakit pada masa ini.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Jadi, saya sekali lagi merayu kepada kerajaan supaya projek ini dapat dilaksanakan dan dipercepatkan penyiapannya secepat mungkin. Dalam jawapan itu dikatakan akan siap pada hujung tahun 2010 ini. Percayalah ia tidak dapat disiapkan dalam tahun ini, ia tetap hanya dapat disiapkan pada tahun hadapan. Saya minta yang bertanggungjawab pergi ke tapak melihat sendiri apa yang sedang dilaksanakan.

Saya juga ingin mengambil perhatian tentang murid-murid kaum Penan di SK Long Napir, Limbang. Jadi, di sini saya ingin menarik perhatian kepada Kementerian Pelajaran bahawa ada dua masalah yang dihadapi oleh penuntut-penuntut kaum Penan di SK Long Napir. Sebagai latar belakang, kaum Penan di kawasan Long Napir, kawasan Long Raya, kawasan Long Sulong, kawasan Kartaidam, mereka ini untuk hadir, untuk menghantar anak- anak mereka ke Sekolah Long Napir memerlukan satu hari setengah untuk sampai ke sana. Pada masa ini asrama juga adalah kecil, tidak dapat menampung anak murid kaum Penan dan juga sedikit kaum Kelabit sebanyak hampir 100 orang.

Jadi, ada dua permasalahan iaitu tentang masalah makanan murid yang hanya disediakan rationnya adalah hanya untuk hari Isnin hingga hari Jumaat. Akan tetapi, anak-anak ini tidak boleh balik ke rumah masing-masing kerana memakan masa sehari atau sehari setengah. Jadi, mereka terpaksa tinggal pada hujung minggu juga di asrama. Jadi, makanan hari Isnin – ration sekolah hari Isnin hingga hari Jumaat itu diacukan supaya dapat digunakan untuk hari Sabtu dan Ahad juga.

Satu lagi ialah tentang prasekolah. Di SK Long Napir ini diadakan sebuah prasekolah tetapi penuntut-penuntut prasekolah ini tidak layak untuk tinggal di asrama. Jadi, pada masa ini mereka duduk di asrama murid-murid darjah satu hingga tahun enam. Ada yang duduk dua orang sekatil, ada yang tiga orang sekatil - menampung, sebab mereka juga tidak boleh balik ke kawasan mereka pada hari-hari ini. Walaupun ada sebuah rumah rehat untuk ibu bapa mereka tetapi tempat ini kalaulah mereka hendak menunggu berminggu-minggu di sekolah tersebut menjaga anak-anak mereka, bagaimana hendak mencari kadar kehidupan?

Jadi, akhirnya anak-anak ini terpaksalah – saya ingin menyatakan guru besar sekolah tersebut, saya puji usaha dia walaupun mengambil tindakan, walaupun melanggar polisi bahawasanya murid-murid prasekolah tidak boleh di asrama, dia benarkan diam di situ.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Oleh sebab mereka ini kalau dia balik pada hujung minggu, mereka tidak akan balik ke sekolah.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Hendak beri ruang dengan Yang Berhormat Ampang Yang Berhormat?

final • 4:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Minta maaf. Saya hendak habiskan saya punya...

final • 4:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

...Perbahasan saya.

Jadi, inilah yang terjadi. Jadi, saya minta sebab memang ini menjadi dasar bahawa murid prasekolah tidak dibenarkan di asrama tetapi kita haruslah mengikut melihat keadaan, situasi, suasana dan tempat itu sendiri sebab memang betul. Itulah sebabnya kadang-kadang di antara mereka ada yang berbulan-bulan tidak balik ke sekolah. Apabila mereka balik hujung minggu,

final • 4:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

tunggulah sebulan, dua bulan baru balik. Ini kerana untuk datang kembali itu bermakna masa dan juga kewangan.

Jadi, saya minta kepada Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula dasar untuk makanan murid yang disediakan hari Isnin hingga hari Jumaat itu dan juga tentang murid-murid prasekolah yang tidak boleh diami asrama ini. Saya minta ia dikaji semula untuk kawasan-kawasan di luar bandar, betul-betul jauh dari bandar yang memerlukan empat, lima atau enam jam kalau menggunakan kereta dan ini pun di kawasan pergunungan dan lembah.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi kemudahan asas pula dan juga prasarana, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi perhatian atas rayuan-rayuan rakyat Limbang yang telah pun saya suarakan selama ini. Pembinaan jalan di sepanjang Sungai Limbang fasa 1 sedang dalam pelaksanaan dan fasa 2 akan dimulakan dalam sebulan dua ini.

Begitu juga dengan bekalan-bekalan air di kawasan sepanjang Sungai Limbang dan juga bekalan-bekalan elektrik sudah pun 100% siap dan hanyalah tinggal penyambungan ke rumah-rumah sahaja lagi. Begitu juga dengan Projek Bekalan Elektrik Fasa I dibekalkan di sepanjang Sungai Limbang dan alhamdulillah semua projek ini adalah sebahagian daripada projek NKRA dan juga projek rangsangan ekonomi dan projek yang memang diwujudkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan itu sendiri.

Jadi, saya ingin merayu kepada kerajaan dan memastikan agar projek- projek yang saya akan sebutkan ini dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagaimana yang telah pun saya tulis kepada EPU sendiri. Ini kerana projek-projek ini amatlah penting dan ini adalah the key projects dalam Parlimen Limbang iaitu pertama sekali ialah projek Jalan Meritam, Telahak, Bong Abai, Pengkalan Rejap, Sungai Poyan – Fasa 3. Keduanya ialah projek pembinaan Jalan Bawang Obor, Pekan Medamit ke Rumah Jampong, Melaban dan Mentawai – Fasa 2.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Oleh sebab projek fasa pertama sedang pun diukur, pada masa ini di bawah konsultasi sedang pun direka bentuk. Ini adalah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di bawah NKRA. Jadi yang ini saya minta ianya dimasukkan, akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai fasa kedua. Begitu juga yang ketiga ialah pipeline extension dengan izin, to Medamit. Keempatnya dengan izin, pipeline branch... From Jalan Batu Danau, Tedungan Medamit ke Paya Megaliong, Oil Palm Skim Road di Limbang.

Akhirnya saya minta kepada mereka memasukkan pembinaan untuk Klinik Pakar Asas di Limbang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya juga memohon kepada kementerian- kementerian, agensi-agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta agar membawa masuk ke Parlimen Limbang. Apa jua bentuk perusahaan terutamanya agro base industry untuk memberi dan membuka peluang- peluang pekerjaan seterusnya menambah pendapatan penduduk tempatan serta seterusnya menaikkan taraf sosioekonomi penduduk luar bandar di Limbang. Dengan ini saya menyokong, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tawau.

final • 4:40 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jika kerajaan komited untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan purata pendapatan RM38,850 setahun pada

final • 4:41 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

tahun 2015 dengan kadar keuntungan tahunan KDNK 6%, kerajaan perlu memulakan usaha dan dasar pelaburan yang ramah supaya ekonomi didorong sektor swasta boleh unggul.

Kita bersetuju dengan pengurangan deposit bajet daripada 5.3% kini pada tahun ini menjadi 3% pada tahun 2015 dengan accountability, credibility dan transparency dilakukan. Tidak gunakan untuk melukis satu gambaran kemewahan akan tetapi dengan dering pengera di halaman belakang rumah kami seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jala bahawa dengan deposit sekarang ini RM326 bilion dan jika terus-menerus subsidi RM74 bilion dibayar seperti pada tahun 2009, Malaysia akan bankrap, akan muflis pada tahun 2019 seperti Greek.

Dato’ Sri Idris Jala adalah satu pemimpin yang berani for telling the truth. Adalah seorang pemimpin bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Oleh kerana Perbendaharaan telah mengumumkan angka RM18.6 bilion sebagai subsidi secara langsung bagi tahun 2009 dan ingin tahu di manakah bakinya RM55.4 bilion atau 75% daripada jumlah keseluruhan subsidi telah digunakan.

Rakyat berhak mengetahui sama ada kelebihan subsidi ini adalah kerana perbelanjaan kerajaan yang berlebihan, pembangunan yang diberi bajet yang terlalu tinggi, rasuah, pembaziran atau kebocoran.

Apakah sebenarnya berlaku seperti kes Sime Darby baru-baru ini mengalami kerugian RM1.6 bilion dan Pos Malaysia kehilangan RM546 juta, Rawang – Ipoh Trek Berkembar, Train Elektrik memakan kos RM1.43 bilion dengan kos berlebihan sebanyak 39%. Juga kehilangan 3 juta ekar sektor telaga minyak dan gas L&M.

Tuan Yang di-Pertua, restructuring semula subsidi perlu fokus untuk memastikan orang miskin atau miskin tegar dan mereka yang kurang manfaat istimewa khususnya di Tawau dan di Sabah daripada memberi subsidi kepada yang tidak layak. Kadar kemiskinan di Sabah adalah yang tertinggi di Malaysia dengan lebih daripada 60% orang kampung di Tawau menderita di bawah paras kemiskinan. Anak-anak mereka menderita kerana kelaparan dan kekurangan kemudahan kesihatan yang asas.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin fokuskan beberapa masalah relevan di Sabah khususnya di Tawau.

Satu, Kementerian Dalam Negeri. Saya ingin tahu berapa ramai kanak-kanak yang dilahirkan daripada seorang ayah warganegara Malaysia dan seorang ibu asing dengan status bukan warganegara Malaysia telah memohon kewarganegaraan Malaysia sejak tahun 2000 hingga sekarang.

Berapa banyak kes dari Sabah dan Tawau masing-masing yang masih menunggu kelulusan? Sila berikan butiran, latar belakang etnik mereka.

Apakah rancangan kementerian untuk mengesahkan status kewarganegaraan mereka kerana mereka tidak bersekolah dan akan menjadi beban negara kita akhirnya. Adakah kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk menggunakan ujian DNA untuk membuktikan dari darah tentang hubungan ayah anak untuk mempercepatkan permohonan dan mencegah penyalahgunaan pemberian kewarganegaraan. Jika tidak, mengapa?

Isu yang kedua, Tawau mempunyai prasarana terteruk di seluruh Malaysia. Rakyat di Tawau masih menderita kerana gangguan bekalan elektrik dan air. Ramai orang kampung miskin tidak boleh mendapatkan air bersih dan hanya bergantung kepada air hujan. Mereka tidak boleh mendapatkan bekalan elektrik kerana mereka tidak mampu membayar kos pemasangan sekurang- kurangnya RM500. Accessibility masyarakat ke internet masih kurang memuaskan, pada kadar 20% sahaja. Yang membebankan, frustration di antara sektor perniagaan, sekolah, media dan lain-lain. Akses jalan dan

final • 4:41 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

pertukaran yang buruk, jeti dan kemudahan perdagangan barter trade yang kurang memuaskan.

Tidak ada sebarang kemudahan di ‘batu’ sehingga... rentan aktiviti haram, penyeludupan orang, dadah, barangan Malaysia bersubsidi.

Kemudahan asas dianggap seolah-olah mewah, it is a luxury di Tawau, yang tidak adil bagi masyarakat Tawau dan Sabah padahal Sabah seharusnya merupakan rakan sejajah dari kerjasama tiga pihak sejak Sabah, Sarawak dan Malaysia Barat bergabung bersama untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Rakyat dari Tawau dan Sabah berhak untuk mengetahui berapa lama lagi mereka harus menunggu dan ke manakah kekayaan mereka dari pendapatan minyak dan gas, kayu balak dan kelapa sawit dan lain-lain sudah pergi. Saya mendesak pendirian berkaitan untuk bertanggungjawab terhadap kewajipan kepada rakyat Sabah khususnya di Tawau, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bilakah berlaku bekalan elektrik di Tawau dan Sabah benar-benar dipulihkan dan dijamin seperti di Malaysia Barat.

Bilakah empangan air akan dibina dan disiap bina untuk menjamin bekalan air bersih di Tawau terus-menerus. Berapa banyak jalan baru atau jalan sambungan akan dibina di Tawau untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas? Bilakah jeti pusat perdagangan barter trade atau mini CIQ akan dibina seperti yang dijanjikan oleh bekas Setiausaha Persekutuan. Tawau akan kehilangan daya saing sebagai sebuah bandar perdagangan barter trade yang tradisi kerana ia telah dipinggirkan oleh pihak-pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab.

Perkara yang ketiga, bekalan tenaga hijau yang berterusan untuk Sabah khususnya dan di Tawau.

final • 4:41 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Saya sekali lagi merujuk pada cadangan loji jana kuasa arang batu di Sahabat, Lahad Datu. Adakah loji janakuasa arang batu ini cukup bernilai untuk mengorbankan segala sumber semula jadi biodiversiti yang kaya dalam alam sekitar dan rakyat di Sabah. Contohnya seperti terumbu karang terbesar, kehidupan laut, hotspot ecology, biodiversity di Teluk Darvel dan Tabin Wildlife, Lembah Maliau dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, generasi-generasi akan datang atau bahkan Pencipta besar bumi tidak akan mengampunkan kita atas apa yang telah kita luluskan pada hari ini untuk membina loji jana kuasa arang batu itu. Adakah TNB atau SESB sedar terdapat banyak IPP yang berkongsi keprihatinan yang sama, yang bersedia untuk tampil ke hadapan dengan menggunakan peruntukan RM1.7 bilion untuk menyediakan pelbagai bentuk tenaga yang boleh diperbaharui dan yang diteruskan daripada hydro, biomass atau bekalan gas dari Kimanis dan lain-lain.

IPP, pakar-pakar dalam pembekalan kuasa mengatakan loji janakuasa arang batu bukan satu-satunya penyelesaian yang layak untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik di Sabah. Dengan itu saya mendesak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri-menteri berkaitan untuk mendengar rayuan rakyat dan mencari sumber tenaga alternatif yang diperbaharui seperti dalam Rancangan Tenaga Hijau Nasional dan untuk membatalkan pelan loji jana kuasa arang batu di Sabah.

Isu yang keempat ialah Kementerian Pengangkutan. Selalu begitu memalukan ketika ditanyakan oleh rakyat atau pelancong tentang keadaan teruk tandas umum yang berbau dan kotor di Lapangan Terbang Tawau.

Dengan kekurangan bekalan air, beribu-ribu penumpang setiap hari sudah terlalu marah ketika dipaksa menahan nafas atau membeli air mineral untuk

final • 4:50 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

mencuci tandas atau membersihkan tangan mereka. Dengan gangguan bekalan air yang sering kali berlaku sejak tahun 1999, mengapakah rakyat di Tawau masih dinafikan pemasangan tangki air tambahan di lapangan terbang supaya Lembaga Air Tawau boleh menghantar air ke airport di Tawau.

Masalah ini telah melahirkan pandangan negatif tentang Tawau khususnya bagi pelancong yang melancong buat pertama kalinya.

Rakyat juga ingin tahu mengapakah operasi semua restoran, kafe dan gerai makanan di lapangan terbang Tawau dimonopoli oleh sebuah syarikat dari Sandakan? Mengapakah tidak ada kedai rantaian makanan seperti contoh, Kentucky Fried Chicken atau McDonald’s yang dibenarkan untuk beroperasi di Lapangan Terbang Tawau dengan kapasiti harian sebanyak ribuan penumpang dan kakitangan operasi. Apabila berlaku penangguhan penerbangan, penumpang hanya disiapkan dengan makanan yang berkualiti rendah. Ini merupakan kesusahan bagi para pelancong dan kadangkala ada gerai makanan yang tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup atau persediaan dan tutup lebih awal. Mengapakah tidak ada ruang atau Golden Lounge di Lapangan Terbang Tawau untuk penumpang kelas pertama MAS padahal masih ada ruang setelah lapangan terbang beroperasi selama dari 10 tahun.

Saya mendesak Menteri atau Timbalan Menteri turun secara peribadi untuk melihat penderitaan penumpang dan menyelesaikan masalah-masalah ini secepat mungkin. Kita tidak perlu menunggu Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk memperbaiki semula ini. Rakyat Tawau ingin tahu juga apakah tujuan bayaran Ringgit Malaysia sebagai kos kemudahan dipungut oleh AirAsia bagi bayaran online melalui kad kredit? Mengapakah bayaran tambahan dikenakan kepada group bayaran kumpulan 20 orang dengan jumlah keseluruhan kosnya RM100 dan hanya perkhidmatan sekali diberikan sahaja?

Isu yang kelima ialah Kementerian Kesihatan. Apakah kemudahan atau pembangunan baru yang akan diperuntukkan untuk Hospital Tawau di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh? Adakah sebarang plan untuk membina sebuah Jabatan Onkologi atau hospital pakar kanser di Kota Kinabalu atau Tawau. Ini kerana sebahagian besar pesakit kanser dari Sabah dirujuk pada Kuching, Sarawak atau Kuala Lumpur untuk rawatan. Hal ini telah menyebabkan beban kewangan dan moral yang berat kepada keluarga pesakit. Kini adalah masa yang tepat dan rakyat Sabah tidak dinafikan semua kemudahan yang sangat diperlukan.

Saya mendesak Menteri dan pihak yang berkuasa untuk menyemak semula dan menaikkan kos perubatan untuk pesakit asing. Ramai pekerja asing masih mendapatkan rawatan dari hospital kerajaan Malaysia dengan bayaran hanya RM15 dan terus menghantar dan tumpukan ubat kembali ke negara kita. Pendatang Tanpa Izin (PTI) mendapatkan rawatan untuk penyakit kronik atau akut di Tawau dan Sabah sudah melibatkan berjuta-juta kos dan sangat membebankan negara kita. Mengapakah negara kita memberikan subsidi untuk kepentingan orang-orang asing dan membahayakan Malaysia yang akhirnya mungkin menjadi muflis?

Perkara yang keenam ialah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan beberapa rayuan kepada pihak berkuasa dan Timbalan Menteri Pelajaran, perkara tentang status anak-anak bukan warganegara yang lahir daripada seorang ayah warganegara Malaysia dan ibu warga asing masih lagi tidak dibenarkan masuk ke sekolah kerajaan. Walaupun pihak kementerian dan Menteri telah mengumumkan beberapa kali, membenarkan perkara itu tetapi tidak dilaksanakan pada peringkat di bawah Sabah. Saya mendesak Timbalan Menteri turun secara peribadi untuk menyelesaikan masalah itu dengan

final • 4:50 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

secepat mungkin kerana enam bulan sudah lepas waktu permulaan persekolahan tahun ini.

Satu perkara yang serius berlaku di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Tawau iaitu masih ada pelajar-pelajar Form 1 yang tidak mahir untuk membaca, menulis atau mengira. Ini adalah Form 1, mereka bukan slow learners atau kanak-kanak istimewa. Saya mendesak kementerian untuk mengambil tindakan dan menubuhkan kelas khas dengan tambahan guru dan kemudahan untuk membantu mereka kerana masalah itu sudah membebankan guru-guru dan pihak sekolah.

Akhir kata, saya juga mendesak kerajaan supaya mempertimbangkan kembali peningkatan levi, pelaksanaan GST. Padahal peningkatan akan berlaku pada harga petrol, diesel dan gas akan membebankan kesan snowballing effect terhadap kos hidupan. Pada masa sekarang, rakyat Malaysia yang termiskin adalah dari Sabah dengan kos hidup lebih tinggi dengan paling maksimum 20% pada puratanya. Bagaimanakah lebih miskin lagi rakyat di Sabah harus menderita? Apakah langkah-langkah tambahan yang akan diambil untuk mengatasi masalah kemiskinan di Sabah dan Tawau di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh? Dengan itu sekian, dan terima kasih.

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana berjaya membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan saya menyokong penuh.

final • 4:59 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Ini kerana Rancangan Malaysia Kesepuluh ini merupakan satu perancangan yang menyeluruh yang memberi kekuatan kepada negara kita, yang boleh membawa negara kita terus maju, walaupun kita dengar bahawa pihak pembangkang merasakan dan meramalkan bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh ini akan menemui kegagalan sebagaimana kata mereka gagalnya Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan dulu.

Tuan Yang di-Pertua, kita seharusnya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh pihak pembangkang kerana mereka sentiasa mencari dan mengungkit kesilapan dan kesalahan bukan bertujuan untuk penambahbaikan.

Maklumlah dikatakan bahawa mereka ini kaki putar alam. Alam pun mereka hendak putar apatah lagi kalau rancangan pihak kerajaan. Saya amat yakin bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh ini akan membawa kejayaan dengan terbuktinya penurunan kadar kemiskinan dari 5.7% pada tahun 2004 kepada 3.8% pada tahun 2009, sementara kadar kemiskinan tegar turun daripada 1.2% kepada 0.7%.

Kita telah dengar tadi Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan bahawa diibaratkan Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai satu restoran yang mempunyai lipas dan tikus yang sentiasa menggugat daripada membawa kebaikan. Saya ingin menambah sedikit apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, tidak apalah kalau dikatakan bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh ada tikus dan lipas yang merosakkan perancangan ini

final • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

tetapi kita hendak tanya dia, apakah restoran yang dipunyai oleh pihak Pakatan Rakyat PKR dan DAP, apakah restoran itu harum baunya, wangi ataupun sebagainya? Akan tetapi saya rasa kerana kebusukannya, sebab itulah bahawa ahli-ahli di dalam PKR, pemimpin-pemimpin PKR, wakil rakyat- wakil rakyat daripada PKR dan DAP sudah tidak tahan lagi dengan kebusukannya dan kemudian keluar seorang demi seorang menandakan bahawa busuk dan buruknya rumah restoran yang mereka diami. Mungkin ahli yang boleh menghidu bau busuk itu sahaja yang sanggup bertahan.

final • 5:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Ya.

final • 5:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Bak kata pepatah Melayu, “Kuman jauh di lautan dia nampak tetapi gajah depan mata dia tidak nampak”. Bercelaru dalam pakatan pembangkang ini, hari-hari, bulan- bulan, tiap-tiap waktu ada yang lompat, tidak tahan. Bukan kita minta BN campur untuk dia lompat, apabila dia lompat, dia tuduh kita yang uruskan.

Akan tetapi dia tidak tahan dengan bau busuk dengan kerenah dalam parti dia, maka dia melompat tetapi dia tuduh kita membuat andaian macam-macam.

Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Ya, itulah yang saya katakan tadi, bila rumah tangga sendiri baunya busuk maka dia mencari kesalahan orang lain untuk terus menggambarkan bahawa yang salah bukan mereka, yang salah orang lain. Akan tetapi saya amat yakin, bau busuk itu akan menolak lagi wakil rakyat mereka untuk keluar daripada rumah yang tidak disenangi itu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan telah menetapkan bahawa di penghujungnya pendapatan per kapita rakyat meningkat kepada RM38,850 berbanding dengan RM26,240 pada tahun 2010. Dalam soal ini Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan bahawa pendapatan per kapita yang akan ditentukan itu nanti merupakan satu pendapatan yang menyeluruh, bukan pendapatan yang hanya dimiliki oleh segolongan kumpulan yang kecil, yang kaya raya sementara sebahagian besarnya masih lagi berpendapatan rendah. Kita harap bahawa apa yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang menuntut keadilan sosial, yang berhasrat untuk menjadikan ekonomi negara kita berpendapatan tinggi dan untuk itu saya amat yakin bahawa salah satu daripada kriteria yang membolehkan negara kita menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi mestilah ekonominya berasaskan kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Salah satu daripada bidang yang dinyatakan boleh menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut ialah berkenaan dengan pakej perkhidmatan pelajaran dan pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, apakah kita yakin dan percaya bahawa sistem pendidikan kita pada hari ini selari dan mampu untuk bergerak seiring dengan rancangan matlamat untuk menjadikan negara kita negara yang berasaskan kepada pengetahuan kemahiran untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Saya masih ragu dan waswas, sistem pendidikan kita ini mampu untuk menjana ke arah tersebut. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, sistem pendidikan negara kita harus direformasikan sama ada di peringkat sekolah ataupun peringkat pengajian tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pada hari ini, sistem pendidikan kita di sekolah, kita dapati, ia lebih mementingkan kepada unsur pengetahuan dan akademik. Penguasaan ilmu pengetahuan dan pihak sekolah serta ibu bapa merasakan mereka berpuas hati sekiranya anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kejayaan dalam

final • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

peperiksaan awam ini merupakan satu natijah, satu alat yang dipergunakan secara meluas untuk membuat tuntutan dan mengatakan bahawa anak mereka merupakan anak yang cemerlang, yang perlu diberi tempat sama ada di pusat pengajian tinggi ataupun mendapat biasiswa kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kita di sekolah sama ada kita suka atau tidak suka, guru-guru terpaksa mengajar berasaskan kepada dengan izin exam oriented, berasaskan kepada peperiksaan awam kerana itulah yang dituntut oleh anak-anak dan ibu bapa serta penjaga, masyarakat keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kita lebih terdorong untuk belajar secara hafalan dan secara ingatan dan ini menyebabkan bila peperiksaan awam mereka duduki, mereka akan memuntahkan balik ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru-guru mereka. Malah dalam peperiksaan ini, pihak kementerian telah menetapkan skema pemarkahan, pendapat yang luar daripada skema pemarkahan dianggap tidak betul dan tidak diberi markah.

Oleh yang demikian, sistem pendidikan dan sistem pembelajaran seumpama ini menyebabkan kurangnya pemikiran-pemikiran yang luar biasa, kurangnya inovasi dan kreativiti kerana ianya tidak menepati sebagaimana skema yang telah ditetapkan oleh pihak yang menentukan markah yang akan diberi. Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya menghargai ucapan Yang Berhormat, pertama kali orang sebut ini.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas penghargaan yang diberikan dan terima kasih yang diucapkan.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Dalam pengajaran peperiksaan secara pengajaran yang berasaskan exam oriented ini, menyebabkan unsur-unsur pendidikan yang lain seperti pembelajaran sepanjang hayat, unsur-unsur nilai murni, pembentukan sahsiah merupakan unsur-unsur sampingan yang hanya menjadi penambahbaikan sahaja. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya sistem peperiksaan awam kita ini dikaji semula dan kalau boleh peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM ini dihapuskan dan digantikan dengan bentuk sistem penilaian dan taksiran yang lain.

Kalau kita memilih supaya anak-anak kita untuk memasuki ke sekolah- sekolah berasrama penuh setelah mereka tamat persekolahan di sekolah rendah, kita boleh menyediakan satu bentuk penilaian yang membolehkan mereka dialirkan ke sekolah-sekolah berasrama penuh yang bukan sahaja soalan-soalannya mengandungi ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah, sikap dan sebagainya. Saya amat yakin bahawa sekolahlah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menjana modal insan di samping mengenal bakat-bakat dan potensi yang ada di kalangan anak-anak kita.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan penghapusan peperiksaan awam itu, kita boleh menggantikan di penghujung Tingkatan Lima bahawa anak-anak kita akan menduduki satu penilaian untuk membolehkan mereka dialirkan ke pusat-pusat pengajian tinggi sama ada di peringkat diploma ataupun di peringkat ijazah ataupun terus memilih kerjaya selepas mereka tamat persekolahan. Dalam sistem persekolahan kita hari ini, sebagai mana yang dikatakan lebih awal, hanya mementingkan kepada unsur-unsur pengetahuan dan akademik. Kita tidak begitu memberatkan tentang kemahiran vokasional, dan dalam sistem pendidikan kita hari ini di peringkat sekolah

final • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

menengah, kurang lebih 10% sahaja pendidikan vokasional dan teknik dan 90% berasaskan kepada pengetahuan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian sudah sampai masanya bahawa kerajaan mengubah sistem tersebut supaya memperbanyakkan pendidikan yang berteraskan teknik dan vokasional supaya boleh melatih anak-anak kita berkemahiran di samping mereka mempunyai pendidikan akademik. Dalam 10% pendidikan vokasional itu, saya dimaklumkan hanya 45% sahaja pendidikan vokasional di sekolah-sekolah vokasional, 55% juga lebih memberatkan pendidikan yang berunsurkan pengetahuan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal ini kita dapati bahawa pendidikan vokasional ini merupakan satu perkara yang sangat penting yang membolehkan nanti bila anak kita tamat persekolahan di tingkatan lima, bahawa mereka sudah mempunyai kemahiran dan saya amat yakin bahawa pihak majikan memerlukan mereka untuk dijadikan tenaga kerja berbanding dengan anak-anak kita yang berkelulusan pengetahuan semata-mata.

Dalam soal ini, saya rasa di daerah saya, di Parlimen saya ada 13 buah sekolah menengah, 48 buah sekolah rendah di mana sebuah pun tidak ada sekolah teknik vokasional. Oleh itu saya merayu kepada pihak kerajaan supaya mendirikan sebuah sekolah teknik vokasional di Hulu Terengganu.

Kami sudah pun menyediakan tapak untuk pembinaan sekolah tersebut. Selaras dengan itu, kita mahukan pendidikan vokasional ini bukanlah menjadi sistem pendidikan yang terasing, yang terpisah, yang kecil. Kita mahu pendidikan vokasional ini merupakan satu pendidikan yang menjadi arus perdana di sekolah di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, juga saya ingin menyentuh tentang pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Terengganu. Lapangan terbang ini satu lapangan terbang yang sangat besar, yang canggih, yang cantik dan menarik.

Akan tetapi sayangnya, lapangan terbang ini hanya sekali-kali menerima pendaratan dari KLIA, dari LCCT atau dari Subang. Penggunaannya secara ala kadar, tidak digunakan sepenuhnya sebagai tempat pendaratan kapal terbang.

Jadi saya minta supaya kerajaan menimbangkan supaya Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini bukan hanya sekadar membawa penerbangan di peringkat antarabangsa di musim haji sahaja, membawa jemaah haji ke tanah suci. Kita mahu supaya lapangan terbang ini menjadi destinasi, menjadi tempat mendarat kepada penerbangan-penerbangan dari negara-negara luar, dari Jepun, Korea, China, Filipina, Hong Kong dan sebagainya supaya apabila lapangan terbang ini menjadi tempat pendaratan, tentulah akan menambahkan pelancongan di negeri Terengganu.

Janganlah kita memikirkan bahawa semua penerbangan dari luar hanya singgah di KLIA ataupun di LCCT kerana ini menyebabkan bandar raya ini, lapangan terbang ini sahaja yang menerima orang-orang asing dan di sini menjadi sesak, penuh kemajuan dan tidak mengalir ke tempat-tempat, ke daerah-daerah lain.

Saya amat yakin bahawa dengan penggunaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebagai lapangan terbang antarabangsa, boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri-negeri di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Apatah lagi kalau kita biarkan begitu sahaja, Terengganu bagi sebuah negeri penyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional, akan merasa terpinggir. Sehingga hari ini pun, landasan kereta api belum lagi ada di Terengganu. Eloklah lapangan terbang ini digunakan secara maksimum.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya melahirkan rasa sukacita dengan kementerian kita, dengan kerajaan kita untuk melahirkan lebih ramai usahawan...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar

Ada satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Satu minit lagi?

Saya rasa baru lima minit bercakap. Tidak mengapalah. Saya hendak bawa satu kes bagaimana keghairahan kerajaan kita dalam usaha membangunkan usahawan-usahawan muda kita ini, diambil kesempatan oleh agensi-agensi, oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.

Saya hendak bawa satu cerita, sebuah syarikat Hadhari Cattle Industri Sdn. Bhd., yang beralamat di Plaza Warisan, Jalan Tun H.S. Lee Kuala Lumpur. Syarikat ini telah menjalankan satu kempen kononnya akan menjadikan satu syarikat yang membekalkan kepada usahawan-usahawan terlibat sama ada menjadi stokis, menjadi peruncit dalam penjualan daging lembu. Mengikut senarai yang ada pada saya, syarikat ini telah mengutip wang daripada anak-anak muda kita yang berminat untuk menjadi usahawan di antara RM5,000 hingga RM50,000 dan senarai yang ada pada saya sebanyak 122 orang.

Anak-anak muda ini merasakan mereka telah tertipu kerana janji-janji yang diberikan oleh syarikat ini tidak ditunaikan. Anak-anak muda ini menyalahkan kepada pihak kerajaan. Pada masa itu, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar

Ya, masa Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Saya tidak salahkan kepada anak-anak muda menyalahkan kerajaan kerana mengikut rekod yang ada pada saya, bahawa surat-surat daripada kementerian ini juga turut sama terlibat dan ketika kempen untuk mendapatkan penglibatan anak- anak muda digunakan logo daripada kementerian tersebut. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta penjelasan bagaimanakah kerajaan boleh lepas tangan kepada penganiayaan terhadap anak-anak muda ini yang kadang-kadang terpaksa meminjam wang untuk melibatkan diri sebagai usahawan ini.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kasihanilah anak-anak muda ini, berilah mereka pertolongan supaya mereka tidak rasa mereka ditipu bukan sahaja oleh syarikat berkenaan tetapi juga oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Baling.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk dapat bersama-sama membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh atau RMKe-10 pada petang ini walaupun di penghujung hari. Dan secara umum saya akan menyentuh beberapa perkara sekadar masa yang diperuntukkan. Merujuk kepada apa yang telah ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Usul RMKe-10 yang baru lalu, iaitu penekanan kepada memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas. Di mana teras utama

final • 5:21 PM

Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

adalah menyediakan peluang meningkatkan kapasiti untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi.

Penegasan ini haruslah dilihat secara yang lebih serius kerana kita tidak dapat menafikan habis RMKe-9 dan sekarang hendak masuk RMKe-10, mereka yang mudah terjejas atau golongan yang mudah terjejas terutama sekali peluang-peluang untuk meningkatkan kapasiti pendapatan yang lebih tinggi, peratusnya begitu tinggi yang kita dapati dalam negara. Boleh jadi, saya mewakili salah satu daripada kawasan-kawasan yang seumpama ini, iaitu kawasan-kawasan yang tergolong dalam kawasan yang tidak begitu pesat, limpahan rancangan yang telah diteima dan telah dirancang selama sembilan rancangan yang telah lalu.

Kawasan-kawasan perbatasan sebagaimana Baling yang begitu hampir dengan perbatasan Thailand. Maka, kita mendapati rakyat ataupun masyarakat di kawasan-kawasan yang seumpama ini, termasuklah kalau di Kedah, kawasan Padang Terap, Sik dan mungkin juga di Perak kawasan Pengkalan Hulu, Lenggong dan sebagainya. Kalau kita lihat, kami masih dapati rakyat kawasan ini masih lagi tidak mendapat keistimewaan sebagaimana yang tertera dalam banyak rancangan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini maka penekanan yang saya ingin tekankan ialah pertama sekali peluang-peluang para petani di kawasan-kawasan perbatasan Malaysia-Thai ini terutama sekali kita tidak menafikan bahawa tanahnya begitu subur, sesuai dengan apa juga jenis pertanian terutama sekali ialah jenis-jenis tanaman kontan. Termasuklah juga jagung, pisang dan sebagainya, tetapi apa yang kita dapati prasarana dan persiapan ke arah memajukan pertanian agak begitu lembap.

Saya menunggu-nunggu dalam suatu penegasan yang telah pernah disampaikan di Dewan ini oleh bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sekarang ini menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas. Bahawa hasrat beliau untuk melihat kawasan-kawasan perbatasan ini turut sama menerima limpahan pembangunan yang sesuai dan selari dengan keadaan dan suasana yang ada di tempat berkenaan. Maka salah satu daripada pembangunan yang harus dimajukan di kawasan-kawasan yang seumpama ini ialah pertanian.

Tetapi macam mana hendak dimajukan? Kemudahan-kemudahan sebagaimana perairan, saliran ataupun Jabatan Perairan dan Saliran tidak mempunyai kemudahan-kemudahan yang tertentu yang selari dengan maksud-maksud ini.

Sungai mati, cetek, tempat saliran dan aliran air begitu terbatas, tidak mampu untuk hendak menampung kawasan-kawasan pertanian, akhir sekali tanah pertanian menjadi mati, jadi hutan belantara dan menjadi tempat sarang- sarang haiwan-haiwan liar dan sebagainya. Yang anehnya, saya ingin tahu apakah sikap kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini terhadap tanah-tanah pertanian yang kita nampak begitu ghairah kebelakangan ini dihakis atau diberi kebenaran oleh pihak-pihak tertentu untuk dimajukan dengan kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya.

Tanah pertanian yang begitu subur ditimbus dan diratakan dengan sewenang-wenangnya. Di mana kawasan-kawasan ini telah pun dijadikan kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya. Sebab itulah Kedah mengambil sikap sawah-sawah padi yang subur terutama sekali di kawasan- kawasan Kota Setar, kita tidak benarkan lagi sawah-sawah ini ditimbus untuk dimajukan dengan perumahan dan sebagainya.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan apa yang pernah juga, yang telah juga dibentangkan dan disebut dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, iaitu untuk memajukan modal insan dengan pendidikan dan sebagainya. Tetapi apabila saya membaca satu persatu dalam buku Rancangan Malaysia Kesepuluh ini

final • 5:21 PM

Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

tentang penekanan modal insan, di samping pendidikan pelajaran di peringkat tinggi, peringkat rendah dan sebagainya, di peringkat kolej, menengah dan juga universiti, ketara sekali di mana tidak ada satu penekanan yang diberikan kepada pendidikan akhlak, pendidikan kesusilaan yang boleh menjana masyarakat yang terpelajar ini bukan sahaja mereka mampu menerima pelajaran tetapi akhlak mereka terbina, akhlak mereka terbentuk. Kerana tidak ada makna sesebuah masyarakat, sesebuah bangsa sebagainya mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi akhlaknya runtuh.

Saya teringat apa yang pernah diketengahkan oleh salah seorang penyair Arab As-Shauki yang mengatakan bahawa, [Menyebut perkataan dalam bahasa Arab] dalam maksudnya ialah, “Sesungguhnya sesuatu ummah, sesuatu bangsa rakyat itu sendiri akan dipandang kedudukan, ketinggiannya terhenti kepada sejauh mana kedudukan, ketinggian akhlak yang ada pada mereka.” [Menyebut perkataan dalam bahasa Arab] “Tetapi sebaliknya, kalau akhlak dan tingkah laku masyarakat itu sendiri, rakyat itu sendiri hilang, maka turut ranap juga bangsa itu sendiri.

final • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat kalau belum habis, sambung hari Isnin.

final • 5:21 PM

Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan dahulu persidangan Dewan dan minta Menteri membacakan Usul Ucapan Penangguhan.

final • 5:21 PM
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

[Datuk Saravanan a/l Murugan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 5:21 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:21 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur Gagal Selesai Masalah Pembeli Unit Kondominium City Gardens

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam ucapan penangguhan ini, saya ingin membangkitkan kes yang dihadapi oleh para pembeli unit Kondominium City Gardens yang terletak di Persiaran Raja Chulan, Kuala Lumpur yang merupakan projek penswastaan di antara Perbadanan Kerajaan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS) sebagai pemilik dan Aman Teguh WICCJV Sdn. Bhd. sebagai pemaju.

final • 5:30 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Kondominium City Gardens mengandungi 172 buah unit di mana pemaju sendiri memiliki lebih kurang 50 unit. Akibat daripada kelemahan dan kekurangan penguat kuasa pihak berkuasa sebagai kesalahan dan pelanggaran peraturan perlakuan dalam City Gardens. Pemaju mempunyai lebih kurang 50 unit dan sehingga sekarang mereka tidak dapat mengemukakan resit dan penyata bank bagi menyokong dakwaan mereka bahawa mereka telah membayar caj penyelenggaraan dan sinking fund untuk unit-unit mereka ke dalam akaun pengurusan City Gardens. Juga, agen pemaju iaitu MWE Properties Sdn. Bhd. tidak mengemukakan akaun beraudit bagi tempoh lima tahun lalu mulai tahun 2003 sehingga Februari 2008. Para pemilik unit lain tidak mengetahui dengan jelas.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggazet di bawah Akta 663 menyebut bahawa tanpa mengira bilangan unit yang dimiliki oleh pemaju, mereka hanya mempunyai satu undi dalam mesyuarat agung tetapi pemaju melanggar dengan menggunakan 50 undi untuk menguasai pengurusan. Pemilik-pemilik telah mengadu kepada Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur dan pesuruhjaya telah memberi amaran untuk mendenda mereka di antara RM10,000 ke RM100,000 tetapi pemaju masih tidak takut.

Pesuruhjaya Bangunan sehingga sekarang tidak pun mendenda pemaju.

Pesuruhjaya berkata mereka tidak boleh membuat apa-apa jika pemaju enggan bekerjasama. Pihak berkuasa berkata mereka tidak ada kuasa untuk menghukum mereka. Tidakkah ini satu sandiwara?

Tuan Yang di-Pertua, wakil pemaju juga mengambil semua hak milik strata dari pejabat tanah tanpa izin dan menggetarkan para pemilik yang tindakan akan diambil oleh PKNS atau polis. Apabila hak milik strata dikeluarkan pada Julai 2008, pemaju mendaftarkan semua hak milik strata mereka supaya mereka boleh mengubah perbadanan pengurusan tanpa ada persaingan daripada pemilik-pemilik lain.

Tuan Yang di-Pertua, pemaju tidak bekerjasama dan pemilik-pemilik sukar mendapatkan hak milik mereka. Pemaju memutarbelitkan maklumat kepada pemilik. Ini untuk memastikan pemaju berkuasa dalam mengawal pertubuhan dan pengundian dalam perbadanan pengurusan. Pemilik-pemilik kemudian mendapati seseorang dalam pengurusan telah memalsukan tandatangan pemilik pegawai PKNS dan terus menubuhkan perbadanan pengurus dengan melantik barisan jawatankuasa sendiri. Ini telah dilaporkan kepada Pesuruhjaya Bangunan dan apa yang pesuruhjaya lakukan ialah mengeluarkan surat kepada pemaju, menggazet perbadanan pengurusan tersebut tidak sah. Sehingga sekarang, tidak ada tindakan lanjut diambil ke atas salah laku jenayah yang serius ini.

Pengurusan City Gardens terus beroperasi sebagai badan yang sah.

Mereka membuka akaun baru dan mengarah semua pemilik mendepositkan bayaran dalam akaun haram tersebut. Pemilik-pemilik bimbang wang yang mereka bayar akan disapu oleh sebahagian pendatang warga asing. Sehingga sekarang, pemaju dan jawatankuasa pengurusan bersama enggan mematuhi arahan-arahan Pesuruhjaya Bangunan, KBKT, PKNS dan Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Memandangkan pihak berkuasa tidak membuat apa-apa, pemaju dan orang, mereka bertindak mengatasi undang-undang walaupun beberapa laporan polis dibuat. Malangnya, tidak ada apa-apa tindakan susulan dibuat.

Kerajaan hendaklah campur tangan untuk menguatkuasakan undang-undang dan tindakan ke atas pemaju dan JMB palsu tersebut dengan segera. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang telah membangkitkan empat perkara mengenai isu kondominium City Gardens di dalam ucapan penangguhannya. Sebelum saya memberikan jawapan kepada keempat-empat perkara itu, izinkan saya untuk memberikan sedikit latar belakang mengenai kondominium City Gardens.

Tuan Yang di-Pertua, badan pengurusan bersama ataupun dengan izin, Joint Management Body Condominium City Gardens telah ditubuhkan pada 4 Ogos 2007 selepas mesyuarat agung pertama diadakan oleh pihak pemaju iaitu Tetuan MWE Sdn. Bhd. Mesyuarat agung kedua Joint Management Body dengan izin, pula telah diadakan pada 11 Oktober 2008.

Sepanjang tempoh pengurusan dikendalikan oleh pihak JMB, beberapa perkara telah dibangkitkan oleh pemilik-pemilik petak seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang.

Isu pertama ialah pemaju mempunyai lebih kurang 50 unit dan sehingga sekarang mereka tidak dapat mengemukakan resit dan penyata bank bagi menyokong dakwaan bahawa mereka telah membayar caj penyelenggaraan dan sinking fund dengan izin, untuk unit-unit tersebut ke dalam akaun pengurusan kondominium City Gardens.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Joint Management Body Condominium City Gardens telah memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan bahawa Tetuan MWE Sdn. Bhd. telah membayar yuran penyelenggaraan dari masa ke semasa. Sehubungan itu, Pesuruhjaya Bangunan telah meminta supaya pihak JMB Condominium City Gardens mengemukakan dokumen sebagai bukti pembayaran itu telah dibuat.

Isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang ialah agen pengurusan Tetuan MWE Properties Sdn. Bhd. telah gagal mengemukakan akaun beraudit bagi tempoh lima tahun daripada tahun 2003 hingga Februari tahun 2008.

Untuk makluman Yang Berhormat, pemaju telah mengemukakan satu akaun penyelenggaraan bangunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007.

Walau bagaimanapun, akaun dikemukakan itu didapati sebenarnya adalah akaun syarikat. Dalam hal ini, Akta Pemajuan Perumahan (Akta 118) yang mewajibkan pihak pemaju untuk menyediakan akaun penyelenggaraan bangunan yang berasingan daripada akaun pemaju hanya dipinda pada tahun 2007 sahaja. Oleh yang demikian, kebanyakan pemaju bagi projek pemajuan sebelum tahun 2007 tidak menyediakan akaun yang berasingan kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang yang mewajibkan mereka untuk menyediakan akaun beraudit. Namun demikian, Pesuruhjaya Bangunan telah meminta Tetuan MWE Properties Sdn. Bhd. supaya mengasingkan akaun tersebut.

Isu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang ialah pemilik-pemilik petak yang lain tidak mengetahui bahawa pengurusan kondominium City Gardens adalah tidak sah.

Untuk makluman Yang Berhormat, Pesuruhjaya Bangunan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu ini termasuk mengarahkan ahli jawatankuasa JMB supaya mengemukakan bukti yang mengesahkan kedudukan mereka sebagai pemilik petak. Pesuruhjaya Bangunan turut mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan isu-isu yang ditimbulkan oleh pemilik unit kondominium City Gardens. Ini termasuklah menyelia mesyuarat agung luar biasa dengan izin, EGM yang diadakan pada 24 April 2010 bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.

final • 5:35 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan

Pesuruhjaya Bangunan juga turut membatalkan mesyuarat agung pertama perbadanan pengurusan (management committee) dengan izin, di bawah peruntukan Akta Hak Milik Strata 1985 (Akta 318) selepas dikemukakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku pemilik asal tanah bahawa pengeluaran notis memanggil mesyuarat itu telah cuba dipalsukan.

final • 5:35 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir ialah dakwaan bahawa pemaju dan Joint Management Committee enggan mematuhi arahan-arahan daripada Pesuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PKNS dan Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Dalam hal ini Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur akan memantau dari semasa ke semasa perjalanan operasi Joint Management Body mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada dan jika perlu akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimana pun saya sebagai wakil rakyat saya sendiri sedar isu ini di mana Pesuruhjaya Bangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ataupun Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sebagai pihak berkuasa tempatan menjalankan tanggungjawab mereka mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun saya mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini khususnya di Kuala Lumpur ataupun di bandar-bandar utama, pembinaan ataupun pembangunan kondominium makin meningkat. Maka, saya setuju dengan sahabat saya Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Bintang, sudah sampai masanya kita perlu mengkaji balik undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada supaya membela nasib pembeli-pembeli unit kondominium di Kuala Lumpur.

Ini adalah kerana kebanyakan pembeli-pembeli kondominium di Kuala Lumpur telah menyewa unit-unit kepada penyewa dan apabila kita adakan isu seperti ini, penyewa tidak ada kuasa untuk mengundi atau memilih siapakah perlu mengurus. Ini mengakibatkan ramai pemaju yang memperoleh unit-unit lebih daripada satu mengambil kesempatan. Maka, saya mencadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya mengkaji balik dan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada supaya kita membela nasib rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Keperitan Keluarga Penagih Dadah Akibat Pendekatan Kerajaan

final • 5:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian Dewan ini pada kesusahan yang dihadapi oleh isteri dan anak-anak penagih-penagih dadah yang ditahan oleh kerajaan. Pushpalatha a/p Balakrishnan, berumur 30 tahun mempunyai empat orang anak, yang sulung berumur 10 tahun dan yang bongsu lima tahun.

Suami Pushpalatha, Encik Mahendra Rao a/l Krishnan, seorang pemandu lori ditahan oleh polis pada Julai 2009. Oleh kerana kencingnya diperiksa positif dadah, beliau dihantar ke Pusat Serenti di Dengkil. Pushpalatha tidak bekerja kerana anak-anaknya kecil dan suaminya rajin kerja dan dapat menanggung keperluan sekeluarga.

Penahanan suaminya telah membawa pelbagai kesulitan untuk Pushpalatha. Beliau tidak dapat membayar sewa rumah dan lepas beberapa

final • 5:42 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

bulan tuan rumah telah menghalau dia keluar. Pushpalatha dan empat orang anaknya singgah di sebuah kuil beberapa hari. Selepas itu mereka menumpang di rumah saudara mara dan kawan. Akan tetapi terpaksa berpindah sebanyak enam kali dalam enam bulan yang lalu. Pada masa ini beliau serta anak-anaknya menumpang di rumah kawannya beralamat 128 Lorong 5, Bandar Baru Putera, Bercham, Ipoh. Anak-anak beliau tidak dapat hadir sekolah dengan sempurna. Mereka tidak dapat bayar fi pendaftaran dan mereka tidak dapat membeli baju sekolah.

Selain daripada itu mereka telah berpindah daripada Sungai Siput ke Ipoh bulan lalu. Pushpalatha telah memohon untuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sungai Siput dahulu pada Mei 2010 di Pejabat Kebajikan Masyarakat di Ipoh. Sampai sekarang beliau belum dapat sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Suami yang melakukan kesalahan mengambil dadah tetapi isteri dan anak-anaknya yang menanggung keperitan.

Mereka hilang tempat menginap, mereka susah payah untuk mendapatkan keperluan harian dan mereka terpaksa meminta bantuan daripada orang lain setiap hari. Pendidikan sekolah anak-anak terganggu. Saya diberitahu oleh pihak polis bahawa kesalahan Mahendra Rao hanya kencing yang positif untuk dadah. Beliau tidak melakukan jenayah lain seperti mencuri, melawan atau melanggar orang lain kerana mabuk dadah semasa memandu. Akan tetapi beliau dipenjarakan dan keluarga beliau diseksa. Kes ini menimbulkan beberapa soalan.

Adakah wajar pengambilan dadah dianggap sebagai jenayah, criminalization? Apakah faedah yang didapati oleh masyarakat umum daripada memenjarakan pengambil dadah seperti Mahendra Rao? Apakah percent yang dapat dipulihkan selepas ditahan seperti ini? Mengapa Kementerian Dalam Negeri tidak melaksanakan skim proaktif untuk memantau situasi keluarga orang yang dikena tahan atau OKT untuk memastikan keluarga beliau mendapat keperluan asas harian.

Adakah pengalaman negatif ini akan mendorong anak-anak Mahendra Rao untuk cicir sekolah pada masa depan dan menambahkan statistik gejala- gejala sosial. Adakah Kementerian Dalam Negeri bercadang mengubahsuai pendekatan terhadap kes kencing positif? Terima kasih.

final • 5:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:42 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato’ Lee Chee Leong

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Sungai Siput berkenaan isu dan permasalahan berkaitan gejala penagihan dadah ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penagih dadah tidak dianggap penjenayah tetapi merupakan pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan serta pertolongan dan bantuan untuk membantu dirinya mencapai kepulihan. Seksyen 2, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, menyatakan bahawa penagih dadah merupakan seseorang yang melalui penggunaan mana-mana dadah berbahaya mengalami suatu keadaan psikik dan kadangkala keadaan fizikal yang dicirikan dengan gerak balas, tingkah laku dan gerak balas lain yang meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala untuk mengalami kesan psikiknya dan untuk mengelakkan ketagihan kerana ketiadaannya.

Di bawah Akta Penagih Dadah, seseorang yang telah disahkan sebagai seorang penagih boleh diperintahkan oleh majistret untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Puspen atau diletakkan dalam pengawasan seorang pegawai pemulihan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut rekod pemulihan jenayah Encik Mahendra Rao, beliau telah mula terlibat dalam

final • 5:45 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato’ Lee Chee Leong

penagihan dadah bermula dari tahun 2006. Mengikut rekod, beliau pernah dimasukkan ke Penjara Taiping dan pernah diberi peluang pengawasan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Kangsar (AADK). Namun beliau tidak menunjukkan sebarang perubahan untuk berhenti daripada menagih dadah. Beliau juga terlibat dengan dadah jenis heroin. Pada tarikh 25 Jun 2009, beliau ditangkap oleh PDRM dan ditahan Balai Polis Simpang Jarum, Sungai Siput Utara, Perak.

Pada tarikh 9 Julai 2009, beliau telah diperintahkan menjalani rawatan dan pemulihan di Puspen Dengkil, Selangor oleh Mahkamah Majistret Sungai Siput Utara, Perak. Selepas menjalani rawatan dan pemulihan di penjara dalam pengawasan, beliau masih terus menyalahgunakan dadah.

Faedah yang diperolehi oleh masyarakat umum kesan daripada penahanan penagih dadah yang dimasukkan ke dalam pusat pemulihan penagih dadah (Puspen) adalah ianya dapat membantu penagih menangani masalah penagihan dadah demi kebaikan dirinya sendiri dan masyarakat di samping membantu mengurangkan bilangan jenayah jalanan. Dapat membantu institusi keluarga yang mengalami masalah penagihan dan seterusnya mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan masyarakat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hampir kesemua penghuni yang menerima rawatan dan pemulihan dadah di Puspen tidak menggunakan dadah dalam tempoh mereka berada dalam institusi. Walau bagaimanapun terdapat bekas-bekas pelatih yang tidak dapat mengekalkan kepulihan atau menagih semula ketika menjalani program pengawasan dalam komuniti selama dua tahun.

final • 5:45 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato’ Lee Chee Leong

Ini disebabkan pelbagai faktor seperti kurangnya sokongan keluarga dan masyarakat, bekalan data di sesuatu kawasan, tiada pekerjaan dan mereka yang tidak ada daya tahan. Penagihan juga merupakan sejenis penyakit kronik yang berulang yang perlukan rawatan berulang kali. Itulah antara sebabnya penghuni yang dipulihkan dalam Puspen masih perlu menjalani pengawasan untuk tempoh dua tahun lagi selepas mereka tamat tempoh rawatan. Bagi penghuni yang mengikuti pemulihan dalam komuniti sejumlah 30% hingga 50% berjaya menamatkan program tanpa terlibat dengan data untuk tempoh dua tahun.

Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengubahsuai pendekatan ujian saringan urin atau kes kencing positif kerana di bawah undang-undang yang sedia ada telah memperuntukkan siapa suspek yang didapati positif air kencing boleh dikenakan tindakan undang-undang setelah sample air kencing beliau disahkan oleh ahli kimia mengandungi dadah berbahaya. Beliau selanjutnya boleh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ia juga merupakan kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan diperintah menjalani pengawasan di bawah Seksyen 38B akta yang sama. Sekiranya beliau disahkan seorang penagih dadah oleh pegawai perubatan, beliau boleh diperintah menjalani rawatan dan pemulihan di Puspen atau rawatan dan pemulihan di dalam komuniti tertakluk kepada keparahan ketagihan atau rekod lampau.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, selain daripada membantu penagih, AADK turut menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk membantu dari segi sokongan psikologi dan moral melalui sesi kaunseling keluarga kepada keluarga penghuni yang menjalani rawatan dan pemulihan di Puspen.

Memandangkan keluarga beliau ada memohon bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, beliau dinasihati berhubung terus dengan pihak tersebut bagi mendapatkan status terkini permohonan beliau. Program

final • 5:50 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato’ Lee Chee Leong

pemulihan yang disediakan di Puspen adalah sebahagian daripada proses rawatan penghuni-penghuni termasuk Mahendra Rao. Setelah selesai menjalani rawatan dan pemulihan di Puspen, adalah diharapkan beliau kembali pulih dan tidak lagi terlibat dengan dadah. Situasi ini tidak akan mendorong anak-anak Mahendra Rao untuk cicir sekolah pada masa hadapan. Ini adalah kerana pelbagai agensi dan jabatan telah menyediakan langkah-langkah pencegahan awal serta program-program untuk membantu bukan sahaja anak penama, malahan semua rakyat Malaysia agar tidak terjebak dengan masalah dadah dan kemudian tercicir daripada sekolah.

Pendekatan yang diambil oleh pelbagai pihak antaranya Agensi Antidadah Kebangsaan - AADK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah amat berkesan dan rasional dalam mengelakkan anak-anak penama tercicir.

Pendekatan yang diambil oleh AADK melalui ujian saringan urin adalah satu langkah awal untuk mencegah seseorang terjebak dengan dadah dan seterusnya menjadi seorang penagih dadah. Sekian terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Akan tetapi saya rasa kecewa dan terhiris mendengar usul ini. Anak-anak dan keluarganya patutnya tidak terkena. Bantulah, dan tunjukkanlah ciri-ciri kemanusiaan sedikit untuk membantu keluarga-keluarga sedemikian dan seterusnya pada masa-masa akan datang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan kita akan bermesyuarat semula pada hari Isnin, 21 Jun 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.55 petang.

final • 5:50 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026