Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pengangkutan menyatakan berikutan tindakan MAS mengambil langkah-langkah penjimatan penyusunan semula sistem pengoperasiannya dengan menekankan aspek penjimatan bagi memastikan ia mampu bersaing dengan lain-lain syarikat penerbangan di dunia. Berapakah penjimatan dapat dilakukan setiap bulan dan apakah kesan terhadap mutu perkhidmatannya.
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, berikutan pelbagai tindakan MAS melaksanakan penyusunan semula sistem pengoperasiannya dengan menekankan aspek penjimatan, MAS telah berjaya melakukan penjimatan sebanyak purata RM2.75 juta sebulan pada tahun 2007, RM31.92 juta sebulan pada tahun 2008 dan RM56.43 juta sebulan pada tahun 2009. Secara kumulatifnya, MAS telah berjaya melaksanakan penjimatan kos sebanyak RM33 juta pada tahun 2007 dan pada tahun 2008 jumlah penjimatannya telah meningkat kepada RM383 juta. Pada tahun 2009 pula, MAS telah berjaya meningkatkan penjimatan kos kepada jumlah sebanyak RM667.1 juta.
Sungguhpun MAS melaksanakan langkah penjimatan kos, mutu perkhidmatan MAS adalah tidak terjejas sama sekali memandangkan pihak MAS tidak berkompromi dalam menyediakan perkhidmatan yang sentiasa mengutamakan keselesaan dan keselamatan penumpang. Sebaliknya usaha penjimatan kos yang dilakukan oleh Malaysia Airlines telah membolehkan pihak MAS mengkaji semula semua business processnya dan kaedah-kaedah alternatif bagi membolehkan MAS diurus dengan efisien dan cost effective serta menjadi five star value carrier dapat dilakukan.
Hasil pelbagai penjimatan yang dibuat dan peningkatan kecekapan, Malaysia Airlines telah mencatatkan keuntungan secara konsisten dan pada tahun ini iaitu tahun 2010, bagi quarter one ia berjumlah RM310 juta. Selain daripada itu, MAS juga turut memenangi lapan anugerah di peringkat antarabangsa pada tahun 2007, 23 anugerah pada tahun 2008 dan 17 anugerah pada tahun 2009.
Antara anugerah yang dimenangi ialah Gold Award for The Most Effective Utilization of Search to Drive Ticket Sales oleh Asia Pacific Digital Media Award pada tahun 2009, Five Star Airline Award tahun 2009/2010 daripada Skytrax UK, Asia’s Leading Airline tahun 2009 daripada World Travel Award 2009, World’s
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Best Cabin Staff 2009 daripada Skytrax dan Top Performing Companies Third Place daripada Aviation Week. Terima kasih.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jawapan. Saya mengucapkan tahniah kepada MAS kerana banyak menerima anugerah award peringkat antarabangsa dan juga membuat penjimatan kepada perbelanjaan.
Cuma saya minta MAS kena sedar bahawa award yang diterima, penjimatan yang dilakukan adalah hasil daripada pengorbanan pegawai-pegawai dan kakitangan MAS sendiri sama ada peringkat eksekutif dan juga sokongan. Kalau tidak silap saya, MAS mungkin mempunyai 18,000 pekerja semua sekali dan hanya 3,000 sahaja adalah pekerja eksekutif, manakala 15,000 lagi adalah bahagian sokongan.
Jadi keuntungan yang besar memang kita banggakan.
Cuma saya tidak hendak berlaku begini Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak hendak kita perah tenaga, pengorbanan pekerja bawahan ini di mana mereka tidak dibayar overtime ketika MAS merudum tetapi apabila untung, tidak banyak yang diberikan kepada mereka. Saya ingin tahu, setakat ini dan sehingga hari ini pada tahun lepas, berapakah jumlah kakitangan MAS yang telah dibuang kerja umpamanya dan ditamatkan perkhidmatan? Apakah bentuk insentif baru ataupun balasan balik tanda penghargaan MAS kepada pekerja-pekerja khususnya bahagian sokongan ini supaya mereka ini lebih memberikan kesungguhan bekerja, pengorbanan dan sebagainya kerana pada saya, MAS lambang wau itu merupakan lambang negara kita. Kalau MAS itu baik, pekerjanya baik, alhamdulillah dari segi layanan cukup baik, apakah pulangan yang harus dan perlu diperoleh oleh pekerja-pekerja ini? Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Maran di atas keprihatinan terhadap kakitangan MAS. Sememangnya Malaysia Airlines adalah merupakan satu syarikat GLC kerajaan yang memang mengambil berat tentang kebajikan kakitangan MAS. Oleh sebab itu, walaupun pelbagai langkah yang telah diambil untuk melakukan penjimatan dan menjadikan Malaysia Airlines sebagai satu airlines yang berdaya maju, tetapi sehingga hari ini kita baru memberikan Mutual Separation Scheme yang kita tawarkan kepada semua kakitangan pada masa kita mengadakan proses turnaround yang dibuat terhadap MAS.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Lebih kurang 2,636 orang yang telah menerima Mutual Separation Scheme dan mereka yang menerima ini telah pun diberikan pampasan yang sewajarnya. Manakala kakitangan yang sedia ada iaitu lebih kurang 19,000 orang yang masih berkhidmat dan telah pun memberikan sumbangan yang besar terhadap usaha untuk menjadikan MAS sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju, maka pihak pengurusan memang tidak mengetepikan kepentingan dan kebajikan mereka, malah pihak pentadbiran Malaysia Airlines telah pun meletakkan target untuk dicapai oleh kakitangan MAS. Namun dalam masa yang sama, setiap tahun khususnya pada tahun 2009 dan tahun-tahun selepasnya, bayaran ex-gratia juga dibayar kepada kakitangan MAS iaitu dalam pembayaran kepada lebih kurang 1,000 hingga 1,500 orang.
Sekiranya target yang dicapai oleh MAS tersebut dapat dicapai, maka lebih banyak lagi pembayaran ataupun bentuk-bentuk kebajikan yang boleh ditawarkan. Akan tetapi yang penting di sini, pihak Malaysia Airlines memang menghargai sumbangan mereka dan mereka juga adalah merupakan aset penting di dalam syarikat Malaysia Airlines dan ianya adalah merupakan aset yang perlu
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
dijaga untuk menjadikan MAS sebagai sebuah syarikat berdaya maju selanjutnya.
Terima kasih.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Yang Berhormat memberi gambaran bandingan tentang perkembangan SIA dengan MAS sejak ia dipecahkan dan sejak lima tahun yang terakhir ini? Kedua, apakah status MAS dibandingkan dengan Cathay Pacific, SIA dan juga Thai Airlines?
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Sepertimana yang kita tahu, bahawa ianya tidak boleh dibandingkan.
Perbandingan itu haruslah berlaku sepertimana yang kita katakan apple to apple.
Sepertimana yang kita tahu bahawa Malaysia Airlines apabila kita membuat separation dengan Singapore Airlines pada ketika itu, Malaysia Airlines adalah merupakan sebuah syarikat nasional yang bukan sahaja diusahakan untuk mendapat keuntungan dalam syarikat perkhidmatan penerbangan tetapi juga melaksanakan kerja-kerja sosial ekonomi.
Sepertimana yang kita tahu bahawa negara Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang besar. Sebab itu pada masa-masa yang lalu selepas kita berpisah dengan SIA, kita juga melaksanakan pelbagai program penerbangan, khususnya ke Sabah dan Sarawak yang telah diberikan subsidi dan juga sudah tentu ianya tidak memberikan keuntungan yang jauh lebih lumayan sepertimana yang dilakukan oleh SIA iaitu merupakan sebuah syarikat penerbangan city state yang dedicated untuk melakukan penerbangan ataupun perkhidmatan komersial ke seluruh dunia. Oleh sebab itu kita tidak boleh membandingkannya.
Akan tetapi, apabila kita melihat daripada pencapaian-pencapaian yang telah dicapai oleh Malaysia Airlines berbanding dengan syarikat-syarikat lain, khususnya di kawasan rantau ini sama ada berbanding dengan Cathay Pacific, sebenarnya kita tidaklah jauh ketinggalan. Kita sedar bahawa Malaysia Airlines adalah merupakan satu premier airlines negara ini yang memang berdaya maju dan telah pun banyak mendapat pengiktirafan antarabangsa. Oleh sebab itu apa yang kita harapkan ialah pihak GLC MAS akan berusaha selanjutnya untuk menjadi sebuah syarikat penerbangan yang kompetitif dan dapat menyaingi dan menjadi pemain utama di dalam perkhidmatan penerbangan dunia hari ini. Terima kasih.
[Soalan No. 2 – Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) tidak hadir]
3. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan:-
(a) apakah status rancangan menubuhkan Majlis Media Kebangsaan; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang menilai semula mekanisme lesen akhbar dan media cetak tahunan supaya kuasa memberi dan memperbaharui lesen tersebut dialih dari pihak Kementerian kepada Majlis Media Kebangsaan.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Tuan Yang di-Pertua, Majlis Media Kebangsaan telah tertangguh penubuhannya oleh kerana Jawatankuasa Penyelarasan Media yang diwakili oleh pelbagai pihak
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
masih belum membuat syor muktamad. Tambahan pula, kuasa-kuasa perundangan ke atas media cetak adalah terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri, sementara pemantauan kandungan media elektronik pula berada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sedar bahawa bidang kuasa soalan ini terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri. Soalan asal saya sebenarnya pergi kepada Kementerian Dalam Negeri tetapi disalurkan kepada kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya pun tidak tahu kenapa. Soalan saya – kita sudah dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa penubuhan majlis ini telah ditangguhkan.
Saya hendak tanya, dengan perkembangan media alternatif, dengan lebih ramai lagi rakyat Malaysia mendapatkan sumber berita mereka daripada internet dan juga sumber-sumber berita yang tidak boleh ditapis, tidak boleh dikawal, bukankah tiba masa untuk kerajaan memikirkan secara serius dan mempertimbangkan supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ini dipinda ataupun dimansuhkan dan diganti dengan satu badan kawal selia yang bebas.
Contohnya di United Kingdom ada satu Suruhanjaya Aduan Media (Press Complaint Commission) di mana industri media sendiri mengawal selia industri mereka. Saya rasa lebih baik untuk kerajaan memikirkan langkah tersebut supaya kredibiliti akhbar kita dan media kita dilihat dengan lebih baik dan positif oleh rakyat secara keseluruhannya. Terima kasih.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan tambahan. Berkenaan dengan adakah tidak kerajaan bercadang untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, itu terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memang berpandangan bahawa kewujudan Majlis Media Kebangsaan akan boleh membantu kerajaan dan negara kita secara tidak langsung mengawal selia kandungan dalam talian (the online content).
Sebagaimana yang Yang Berhormat telah cadangkan, saya percaya itu adalah dalam pertimbangan kerajaan kerana media alternatif bukan lagi semata- mata alternatif, ianya media baru dan kebanyakan maklumat sekarang adalah bergantung kepada penyaluran melalui online. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya bersabit dengan bagaimana seterusnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan dapat terus memperkasakan amalan demokrasi di dalam negara kita ini dalam memberikan capaian maklumat kepada rakyat? Dengan itu, saya ingin nyatakan, sabitan daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau, sama ada kita letakkan dalam Akta Komunikasi dan Multimediakah ataupun dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, akhirnya yang lebih penting ialah untuk kementerian dan kerajaan memberikan bukan hanya persoalan kawalan tetapi pengupayaan kepada rakyat.
Soalannya, kita lihat contohnya negeri Kelantan dan juga Selangor mutakhir ini yang sudah pun tegak sebagai sebuah kerajaan negeri, permohonan mereka untuk mendapat lesen radio pun sehingga hari ini, 20 tahun di Kelantan masih gagal.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Apa yang menjadi pertikaian penggiat-penggiat ataupun pemilik media dan juga penggiat media adalah bagaimana Akta Mesin Cetak dan Penerbitan itu sebenarnya memangsakan belum salah pun lagi. Contohnya dalam permohonan lesen setiap tahun itu Tuan Yang di-Pertua ini merupakan satu yang cukup menjejaskan amalan demokrasi yang sihat. Ini kerana rakyat tidak punya capaian kepada demokrasi dalam bentuk media baru.
Justeru kerana itu bersediakah kementerian untuk benar-benar melihat keseluruhan perkara ini, seterusnya mematangkan amalan dan proses demokrasi khususnya bagi rakyat membuat mendapat capaian maklumat sama ada media baru ataupun media arus perdana dengan melihat kembali akta-akta yang menjejaskan amalan demokrasi dan media ini. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ada, media Raja Petra.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Tuan Yang di-Pertua Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memang sentiasa mengamalkan pandangan terbuka dan memang sentiasa memberi maklumat yang telus dan tepat. Begitu juga berkenaan dengan apa yang dikatakan permintaan oleh negeri Kelantan dan negeri Selangor untuk mendapatkan lesen radio. Boleh saya katakan di sini bahawa kita adalah sebuah negara yang berperlembagaan dan federation state, kita harus ingat bahawa kita tidak boleh ada state dalam state. Ini boleh menjejaskan perpaduan dalam negara.
Mungkin itu secara tidak langsung boleh menjejaskan permohonan tersebut.
Namun demikian, saya sendiri tidak tahu kena mengena berkenaan dengan permintaan pelesenan untuk menyediakan radio di negeri Kelantan ataupun Selangor. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Selangor boleh berhubung dengan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sendiri berkenaan dengan permohonan tersebut. Di sini saya hanya boleh mengatakan bahawa tugas kementerian ini adalah menyalurkan supaya capaian maklumat itu dapat diterima oleh rakyat dan semuanya secara telus dan secara yang betul kepada penerimaannya. Terima kasih.
4. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak] minta Menteri Luar Negeri menyatakan kenapa kerajaan masih belum memeterai Deklarasi Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti International Covenant on Civil and Political Rights, International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, Convention Against Torture and Other Cruelty, Inhuman of Degrading Treatment or Punishment dan Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination.
Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ke atas soalan yang dikemukakan. Seperti Dewan yang mulia sedia maklum, kerajaan sedang dalam proses mengkaji dan menimbang kemungkinan untuk Malaysia menyertai Instrumen-instrumen Hak Asasi Manusia tersebut. Namun demikian, bukanlah mudah untuk kerajaan meratifikasikan sesuatu Instrumen Hak Asasi Manusia. Proses ini memakan masa yang agak lama kerana sebelum keputusan dibuat untuk meratifikasikan instrumen-instrumen tersebut, kerajaan perlu memastikan bahawa perundangan negara ini adalah selaras dengan
Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
peruntukan-peruntukan di dalam instrumen-instrumen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia.
Kerajaan juga perlu memberi pertimbangan yang menyeluruh dan mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor sosial, budaya, sejarah serta masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sebelum menyertai instrumen- instrumen berkenaan. Adalah tidak wajar kerajaan mengambil keputusan untuk menyertai instrumen-instrumen ini dengan mengemukakan reservasi bahkan tindakan seperti ini tidak digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB). Ke arah ini, beberapa siri mesyuarat antara agensi telah diadakan untuk mengkaji secara terperinci kedudukan Malaysia berhubung kandungan instrumen- instrumen yang masih belum disertai.
Mesyuarat antara agensi ini antara lainnya menghalusi peruntukan- peruntukan yang sedia ada di dalam instrumen-instrumen antarabangsa tersebut yang dengan izin, prima facie atau on the face of it berpotensi untuk mencabar dasar-dasar sedia ada serta mengkompromikan keselamatan negara. Aspek keagamaan juga dititik beratkan dalam memastikan kandungan triti-triti tersebut selaras dengan ajaran dan fahaman dan tidak bercanggah dengan mana-mana agama di Malaysia. Sekian.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jawapan yang diberikan oleh Senator Timbalan Menteri tadi jelas menunjukkan bahawa kerajaan masih lagi meneliti tentang keperluan untuk ratifikasikan instrumen hak asasi ini. Saya kira jawapan ini amat mengecewakan kerana Malaysia telah pun dipilih sebagai Ahli United Nations Human Rights Council bagi tempoh Jun 2010 sehingga Jun 2013. Antara resolusi PBB menyatakan bahawa negara Ahli Majlis Hak Asasi Manusia ini haruslah dengan izin Tuan Yang di-Pertua, uphold the highest standards in the promotion and protection of human rights and fully cooperate with the council. Akan tetapi kalau itulah jawapan yang diberikan oleh kementerian, bagaimana mungkin Malaysia boleh menjadi ahli kepada Majlis Hak Asasi PBB kalau perkara yang semudah itu tidak dapat dicapai? Sebagai Ahli PBB juga Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terikat dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang telah pun diterima pakai sejak Disember 1948.
Maka soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan ke arah mencapai matlamat menegakkan dan menyuburkan demokrasi?
Sebagai contoh apakah kerajaan bersedia untuk menghapuskan akta represif dan zalim seperti ISA kerana itu pelaksanaan akta ini akan menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.
Keduanya, apakah kerajaan bersedia untuk menarik balik tindakan disiplin ke atas empat orang pelajar UKM baru-baru ini kerana terlibat dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor? Saya tidak mahu Yang Berhormat Timbalan Menteri bangun menyatakan ini bukan bidang kuasa kementerian beliau. Akan tetapi, sebagai Senator yang merupakan kuasa penentu dalam Kabinet hari ini harus bangun memberi jawapan yang proaktif. Walaupun ini melibatkan kementerian yang lain, tetapi sebagai Kementerian Luar Negeri bertanggungjawab menjaga imej negara tidak terkesan kerana akta-akta yang zalim represif yang saya sebutkan tadi. Jadi apa langkah kementerian untuk memastikan satu pendekatan yang lebih proaktif untuk mencapai matlamat sebagai Ahli Majlis Hak Asasi PBB.
Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hebat, hebat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya memang benar Malaysia telah dipilih dalam Human Rights Council dari 2010 hingga 2013. Sebenarnya kalau kita lihat di dalam konvensyen- konvensyen antarabangsa berkaitan dengan hak asasi manusia, walaupun kita lihat terdapat beberapa convention, kita boleh katakan bahawa Malaysia telah pun meratifikasikan dua daripada sembilan. Kalau kita lihat satu lagi sedang dalam proses meratifikasikan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, yang lebih penting di sini ialah kita harus menghalusi dan mengkaji dengan begitu teliti sekali kandungan-kandungan yang terdapat di dalam konvensyen-konvensyen tersebut, di mana kita harus melihat situasi domestik yang mana yang kita perlu lihat juga perkara-perkara sensitiviti sesuatu masyarakat.
Malaysia tidak berhasrat untuk menandatangani atau menjadi anggota tetapi pada akhirnya tidak dapat mengikut semua peruntukan artikel yang ada. Ini melibatkan satu proses yang begitu...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Berapa lama tempoh hendak kaji?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat!
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Adalah sukar bagi kita untuk menyatakan atau membawa time frame kepada konvensyen-konvensyen berkenaan tetapi Malaysia sedia ataupun seperti Yang Berhormat sedia maklum iaitu Malaysia telah pun bersedia untuk review dengan izin, ISA Ini menunjukkan sesuatu yang kita boleh lihat akan kesediaan Kerajaan Malaysia dalam membawa ataupun dalam mempersetujui Human Rights Council bukan bererti...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Akan tetapi deklarasi ini sudah dilaksanakan sejak 1948, sudah lebih 50 tahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ini bererti bukan semua negara yang menjadi wakil kepada Human Rights Council menandatangani semua ratifikasi. Ini saya boleh katakan contohnya negara Thailand, negara jiran kita, begitu banyak konvensyen yang masih belum ditandatangani ataupun diratifikasikan.
Jadi bukan bererti sebab Yang Berhormat tanya apakah kita setelah menjadi anggota kepada Human Rights Council kita harus terima semuanya. Kita mesti lihat akan faktor-faktor iaitu...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak mahu ratifikasi dan kita mahu tahu adakah ini kerajaan tidak mahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Timur, tidak boleh macam ini, Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Inilah first class parliamentary.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah nyatakan tadi iaitu kita mesti lihat sensitiviti sesuatu masyarakat dan negara yang berbilang kaum macam Malaysia. Jadi kita akan...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sudah 50 tahun Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sudah 50 tahun you still hendak kaji lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Habiskan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Deklarasi ini dilaksanakan 1948 dan sekarang kita negara...
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ini adalah satu perkara yang biasa.
Ada yang sampai 90 tahun pun ada. Kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya hendak tambah iaitu apabila kita hendak meratifikasikan, kita kena ubah balik perundangan dan sebagainya. Ini mengambil masa yang begitu lama untuk kita berbuat demikian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tempoh hari Yang Berhormat Gombak kata kalau Pakatan Rakyat memerintah, akta yang akan mula-mula digunakan adalah ISA tetapi hari ini berubah pula. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya tidak pernah kata begitu Tuan Yang di-Pertua, beliau bohong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tidak tahu apa cerita Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong, soalan Yang Berhormat.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ya, soalan saya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Minta beliau tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tidak dengar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lenggong tadi.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya minta siapa yang dengar minta bangun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Apa perkataan yang disebutkan tadi?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Beliau tuduh, apabila Pakatan Rakyat memerintah kita akan gunakan Akta ISA ini. Ini satu tuduhan yang jahat terhadap Yang Berhormat Gombak.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Beliau kata Yang Berhormat Gombak yang membuat pengisytiharan begitu, beliau kata tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya rasa...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tarik balik.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Gugur dengan sendirinya pasal beliau tidak memerintah.
[Ketawa]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kalau tidak betul, tidak mengapalah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Dengan jelas beliau sebut Yang Berhormat Gombak Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kalau tidak betul, tidak mengapalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong, apa niat tadi Yang Berhormat?
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Okeylah, kalau tidak betul tidak mengapalah, tarik balik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, ISA ini undang-undang yang baik, apa masalah Yang Berhormat Gombak.
Singapore, Amerika, London, England semua pakai. Ini ISA undang-undang yang baik, apa kecoh. Sudahlah kalau esok... tetapi pembangkang tidak dapat memerintah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong sudah tarik balik, Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak, duduklah Yang Berhormat.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Baik macam mana Menteri sudah hendak pinda. Ini maknanya tidak baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan-soalan.
Yang Berhormat Lenggong soalannya.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak mengapalah, mungkin saya silap dengar dekat luar tempoh hari, mungkin saya silap dengar.
[Ketawa] Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah semua negara telah pun memeterai deklarasi piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai human rights ini, satu. Kedua, jika Malaysia belum lagi menandatanganinya, apakah ini bermakna tidak ada human rights dalam negara kita? Itu sahaja.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada Malaysia masih terdapat begitu banyak negara khususnya negara ASEAN masih belum menyertai instrumen- instrumen berkenaan seperti berikut; pertama sekali ialah International Convenant on The Civil and Political Right. Maknanya ada negara Brunei, negara Myanmar, negara Singapura masih belum meratifikasikan.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah Malaysia mahu disamakan dengan Myanmar sekarang?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Begitu juga dengan on economic and social cultural rights Brunei, Myanmar, Singapura. Jadi lain kata begitu banyak negara yang masih belum...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya minta diam, Yang Berhormat. Tidak payahlah rasa ‘alergi’ dengan Yang Berhormat Senator, tidak payah. Tidak, dengar sahaja. Teruskan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Begitu ramai...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jawapannya memalukan negara kita Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Amat memalukan Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
... disamakan dengan Myanmar, mana boleh. Kementerian memalukan Malaysia, negara kita semua.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Soalan-soalan yang berkaitan dengan negara-negara yang meratifikasikan...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Negara-negara seperti Brunei, Myanmar, Singapura dan juga Vietnam, Burma, Laos, begitu banyak negara, bolehlah dikatakan antara negara-negara yang sudah menandatangani ratifikasi ini, Malaysia adalah merupakan satu contoh negara yang betul-betul mengikut kepada human rights.
[Disampuk] Kita tidak mahu sign sahaja, cakap kosong, kita sign dan buat. Terima kasih.
5. Tuan Salleh bin Kalbi [Silam] minta Menteri Pelancongan menyatakan adakah kementerian sedar industri pelancongan negara ini telah menjana RM53 bilion dari kedatangan 23 juta pelancongan asing melalui aktiviti homestay, pelancongan eko dan lain-lain. Di Parlimen Silam terdapat banyak lokasi pelancongan yang boleh dimajukan seperti Pusat Lindungan Hidupan Liar Tabin, Lembah Danum, kesan sejarah peninggalan British, Pulau Sakar dan lain-lain.
Apakah rancangan kerajaan untuk memaju dan memasarkan produk-produk pelancongan bagi memacu ekonomi penduduk setempat.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato' Dr. James Dawos Mamit
Tuan Yang di-Pertua, menyedari potensi dan sumbangan besar industri pelancongan kepada ekonomi negara, telah berjaya menarik kedatangan seramai 23.6 juta pelancong asing pada tahun 2009 dengan jumlah pendapatan sebanyak RM53.4 bilion. Program-program yang dirangka dan dilaksanakan tidak hanya tertumpu kepada aspek promosi tetapi juga menitik beratkan penglibatan masyarakat setempat yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato' Dr. James Dawos Mamit
Dalam memberi fokus kepada negeri Sabah, peruntukan sebanyak RM57.9 juta telah disediakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bagi membiayai pelaksanaan program-program seperti penyediaan atau peningkatan kemudahan pelancongan, program ekopelancongan, program naik taraf atau penyelenggaraan dan program peningkatan kemudahan homestay.
Di samping itu kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM4.28 juta di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua kepada negeri Sabah bagi membiayai program naik taraf atau penyelenggaraan dan program peningkatan kemudahan homestay. Bagi sektor ekopelancongan pula sebanyak RM27.33 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Daripada jumlah ini sebanyak RM2.55 juta telah diperuntukkan bagi membiayai projek peningkatan kemudahan pelancongan di Gua Madai, Lahad Datu yang terletak di dalam kawasan Parlimen Silam.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato' Dr. James Dawos Mamit
Selain itu, sebanyak RM3 juta di bawah program penyediaan atau peningkatan kemudahan pelancongan untuk membiayai projek peningkatan kemudahan pelancongan di rizab hidupan liar Tabin.
Tuan Yang di-Pertua, di samping peruntukan pembangunan, kementerian juga turut membantu dalam mempromosi Sabah melalui agensi di bawah kementerian ini iaitu Tourism Malaysia. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, Pusat Lindungan Hidupan Liar Tabin dan Lembah Danum telah diangkat sebagai antara 10 ikon pelancongan negeri Sabah dan dipromosikan secara meluas menerusi aktiviti-aktiviti dan penyertaan dalam misi jualan antarabangsa dan domestik, MATTA Fair dan pelbagai media seperti cetakan pada banting, poster, laman web dan risalah-risalah pelancongan. Sekian.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas peruntukan yang telah diberikan kepada negeri Sabah dan kawasan saya sendiri. Namun apabila kita melihat dari segi perkembangan pelancongan di negeri Sabah khususnya. Saya dapati dari segi tempat-tempat yang selalu dipromosikan dan mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa ialah di kawasan Gunung Kinabalu atau Sepilok, Sandakan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian untuk – dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang baru-baru ini dibentangkan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memasukkan bahawa pelancongan ini pun suatu sektor yang akan diambil perhatian.
Apakah langkah-langkah kementerian untuk mempromosikan aktiviti- aktiviti pelancongan seperti homestay dan tempat-tempat bersejarah yang sebelum ini belum diambil perhatian oleh kementerian dari segi potential economy yang dia boleh bawa ke negara kita sendiri. Sebagai contohnya kalau di Kunak baru-baru ini, kita menjumpai terowong Jepun dan tanah perkuburan purba. Saya sebelum ini pernah bertanya kepada pihak kementerian, bilakah kementerian akan mewujudkan kios atau pejabat-pejabat kecil di kawasan-kawasan yang ada potensi pelancongan supaya kita dapat memperkembangkan nilai pelancongan ini kepada masyarakat, dan ini sesuai dengan tuntutan semasa untuk mempelbagaikan lagi aktiviti ekonomi masyarakat di Malaysia terutama di kawasan luar bandar, mohon jawapan Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat dari Silam, pihak kementerian sememangnya telah menjalankan kajian pelan konsep pembangunan pelancongan tempatan untuk pelbagai daerah di negeri Sabah. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, lebih banyak lagi kajian akan dijalankan untuk memastikan bahawa sumbangan daripada industri pelancongan akan terus meningkat. Ini kerana industri pelancongan adalah satu daripada NKEA dalam usaha negara kita ingin meningkatkan pendapatan negara. Oleh yang demikian, kajian-kajian yang terus akan dibuat adalah untuk mengenal pasti tapak-tapak sejarah, termasuk tapak- tapak sejarah dan destinasi yang lain supaya ianya dapat dipromosikan dengan gigih lagi dalam jualan antarabangsa dan dalam domestik. Sekian.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan akan mengadakan kajian di bawah RMKe-10 untuk mengenal pasti tapak-tapak pelancongan atau tempat-tempat bersejarah untuk dijadikan produk pelancongan. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya rasa satu langkah yang paling cepat untuk mengenal pasti kawasan- kawasan pelancongan yang memberikan potensi yang tinggi adalah melibatkan Ahli Parlimen-Ahli Parlimen. Ini kerana Ahli Parlimen mengetahui kawasan mereka masing-masing. Sebagai contoh kawasan saya, ada industri kasut di Kampung Baru Bukit Merah yang saya rasakan satu kawasan yang boleh dijadikan satu kawasan destinasi pelancongan yang baru.
Kedua adalah melalui laman web. Kalau Yang Berhormat Menteri meneliti, ramai pelawat atau orang tempatan yang telah melawat sesuatu tempat, mereka ada membuat tulisan di dalam laman web dan webpage, dalam blog mereka, dalam facebook mereka.
Semua maklumat ini boleh diperoleh daripada pihak kementerian tanpa mendapatkan kajian atau mengambil masa untuk menjalankan kajian. Sebab tulisan-tulisan ini adalah sahih dan tepat, tanpa berpihak. Jadi adakah kementerian akan mempergunakan maklumat ini, tidak perlu membuat kajian dengan mengambil masa, menggunakan perbelanjaan tinggi dan melibatkan Ahli Parlimen bersama dalam mempromosikan industri pelancongan ini.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sememangnya saya setuju dengan Ahli Parlimen Batu Gajah bahawa hanya Ahli Parlimen yang tahu apakah kandungan-kandungan destinasi pelancongan di dalam kawasan mereka masing-masing. Berkenaan dengan kajian, pertamanya kajian adalah satu penilaian kerana kita pasti mendapat hard fact ataupun data yang boleh dikaitkan dengan konsep dan teori. Kalau itu tidak dianalisakan hard fact data yang dikaitkan kepada konsep dan teori, maka promosi kita juga tidak akan lebih berjaya. Berkenaan dengan laman web, blog dan facebook, ini adalah pandangan, pandangan setiap pelawat tetapi di dalam pandangan mereka, bukan semestinya pelawat-pelawat lain bersetuju dengan komen-komen mereka. Ini kerana apa yang penting ialah deskripsi untuk setiap tempat. Kalau kita memberi maklumat ke atas satu destinasi atau tempat yang dilewati, maka expert opinion ataupun expertise juga diperlukan. Oleh itu, kajian semestinya akan diteruskan.
Terima kasih.
6. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan masalah yang dihadapi untuk menangani pemerdagangan manusia (human trafficking) dan bilangan mangsa yang dapat dikesan. Apakah faktor-faktor yang mengekalkan permasalahan ini.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini jenayah pemerdagangan orang lelaki, wanita dan kanak-kanak adalah jenayah yang kompleks iaitu yang melibatkan jenayah rentas sempadan dan yang mempunyai hubung kait dengan sindiket-sindiket antarabangsa yang terlibat dengan jenayah-jenayah lain seperti pelacuran, sindiket dadah, money laundering dan keganasan. Antara cabaran dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam menangani jenayah adalah seperti berikut:
(i) Kebanyakan mangsa masuk ke negara ini secara sah contohnya sebagai pelancong atau pelajar tetapi kemudiannya menjadi sasaran sindiket ini yang menyebabkan anggota penguat kuasa menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti mangsa ketika mereka berada di pintu masuk utama negara;
(ii) kurang kerjasama dan penyampaian maklumat daripada orang awam dan juga mangsa yang mana menjadi masalah kepada agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan awal untuk membanteras jenayah ini dan juga untuk menyelamatkan mangsa;
(iii) terdapat juga situasi di mana sindiket antarabangsa yang mengancam mangsa hingga menyebabkan mangsa takut untuk membuat laporan. Pada masa yang sama, mangsa berkenaan juga bimbang akan dikenakan tindakan oleh agensi penguat kuasa kerana telah terlibat dalam aktiviti yang bersalahan dengan perundangan negara ini. Malah terdapat mangsa yang enggan bekerjasama sebagai saksi dalam urusan pendakwaan kes; dan
(iv) sebilangan kedutaan asing di negara ini yang sukar memberikan kerjasama dalam mengesahkan mangsa sebagai warganegara mereka. Ini menyebabkan urusan penyediaan dokumentasi mangsa mengambil tempoh masa yang panjang dan seterusnya berlaku kelewatan dalam proses penghantaran pulang mangsa-mangsa ke negara asal
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, walaupun wujud cabaran dan masalah dalam menangani pemerdagangan manusia seperti yang dinyatakan di atas, kerajaan melalui agensi penguatkuasaan sedia ada telah melaksanakan pelbagai usaha dan tindakan secara bersungguh-sungguh. Hasilnya, seramai 1,447 orang telah dapat diselamatkan dari tempoh 28 Februari 2008 hingga 30 Mei 2010 dan diberikan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) di bawah seksyen 44(2) Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007, dan dari jumlah tersebut, seramai 338 orang mangsa telah dikenal pasti sebagai mangsa sebenar pemerdagangan orang, dan telah diberikan Perintah Perlindungan (PO) di bawah seksyen 51(3), akta yang sama.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Selain daripada usaha daripada agensi penguat kuasa, jawatankuasa- jawatankuasa lain di bawah Majlis Anti-Pemerdagangan Orang (MAPO) juga telah mengambil inisiatif untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia walaupun berhadapan dengan beberapa faktor dalaman dan luaran yang telah dikenal pasti.
Faktor-faktor penolak dan faktor penarik yang menyebabkan masalah dalam menangani pemerdagangan manusia masih wujud di negara ini. Sebagai contoh:
(i) jenayah pemerdagangan manusia merupakan jenayah global, transnational crime dengan izin, yang berlaku di kebanyakan negara di dunia ini termasuk di negara- negara maju dan mempunyai jaringan hubungan yang sangat luas. Ia terjadi kerana jenayah ini mudah dilakukan di samping memberikan pulangan hasil yang amat lumayan. Prinsip permintaan dan bekalan, demand and supply yang tinggi dalam pemerdagangan manusia juga menyebabkan jenayah ini berterusan berlaku;
(ii) kedudukan ekonomi negara yang terus berkembang baik telah menarik minat warga asing datang ke negara ini untuk mencari pekerjaan. Di samping itu, iklim politik dan ekonomi yang kurang selesa di negara asal mangsa menyebabkan ramai di kalangan mereka sanggup memperjudikan nasib di negara ini untuk mencari kehidupan yang lebih baik;
(iii) walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai mekanisme dalaman bagi membendung jenayah ini, namun terdapat kelemahan yang serius di negara asal mangsa untuk mencegah atau mendidik rakyat mereka mengenai risiko pemerdagangan manusia menyebabkan mereka mudah diperdaya oleh pihak sindiket; dan
(iv) tahap kerjasama di antara orang awam, pihak-pihak NGO dan juga agensi penguat kuasa masih perlu dipertingkatkan kerana kerjasama ini amat penting untuk mendapat lead, dengan izin atau maklumat untuk kita siasat, ambil tindakan dan menangani jenayah pemerdagangan orang ini dengan bersungguh-sungguh.
Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya sedar jenayah global ini ada sangkut pautnya dengan jenayah-jenayah yang lain. ‘Si gaidua segragai’ dan dengan ini saya hendak mengetahuilah, berapa agensi penguatkuasaan yang diwujudkan oleh pihak kementerian dan kementerian yang lain dan juga masalah ini - saya percayalah Yang Berhormat Menteri mesti menyiasat dengan teliti sama ada terlibat dengan penyelewengan di antara jawatan-jawatan misalnya imigresen, Kerajaan Tempatan dan polis dan sebagainya. Memang ada kerana sindiket ini besar. Dia boleh membayar dengan wang yang banyak. Mungkin Yang Berhormat Sri Gading tidak berminat tetapi ada orang yang berminat.
Itulah saya berharaplah Yang Berhormat Menteri dapat menjawab, bagaimana kita dapat menyiasat dan mencegah penyelewengan-penyelewengan dengan badan-badan penguatkuasaan supaya kita dapat menangani masalah yang begitu serius. Setahu kita, wujudnya lebih 150 juta orang kanak-kanak diperdagangkan di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan juga bilangan orang
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Malaysia yang diperdagangkan, itu pun penting juga. Saya berharaplah dapat dijawab, bilangan orang Malaysia yang diperdagangkan.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Memang satu perkara yang begitu serius dan selain daripada agensi yang terlibat di negara kita, kita juga wujudkan rangkaian yang amat mendalam dengan agensi-agensi antarabangsa dan jumlah mereka yang bergerak dan merentasi sempadan yang ada kaitan dengan perdagangan orang ini seluruh dunia sekarang berjumlah lebih kurang 1 bilion manusia. Seramai 214 million di peringkat antarabangsa, dan 740 million bergerak sebagai migrate di negara tertentu. Jumlah yang dijana melalui perdagangan ini ialah satu jumlah yang begitu besar iaitu US38 bilion setiap tahun.
Memanglah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memerlukan satu tindakan yang bersepadu, yang memerlukan satu kemahuan politik dan pendekatan yang menyeluruh. Sebab itu di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang yang telah pun kita luluskan pada tahun 2007, yang telah pun berkuat kuasa sepenuhnya pada 28 Februari 2008, Majlis Anti-Pemerdagangan Orang telah pun diwujudkan dengan lima jawatankuasa tetap dan baru-baru ini Pelan Tindakan Kebangsaan Anti-Pemerdagangan Orang 2010-2015, kita telah pun mengenal pasti bukan sahaja agensi-agensi kerajaan tetapi semua pihak yang berkepentingan untuk melihatnya secara bersama.
Selain daripada itu, dalam konteks pekerja asing yang sekarang ini berjumlah 26 juta orang pekerja asing dan warga asing yang datang ke negara kita, jumlahnya sekarang ‘26,157,840’ orang, di mana ‘23,744,338’ orang merupakan pelancong dan ‘2,413,502’ orang merupakan pekerja asing. Ini ditangani di bawah Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan dalam jawatankuasa ini, 14 kementerian digembleng dan 11 jabatan dan agensi telah pun dikenal pasti bersama-sama dengan 30 organisasi pertubuhan yang berkepentingan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kalabakan.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Jumlah 26 juta atau 2.6 juta?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Apa ini?
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Saya ingin bertanya, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Apa ini, Yang Berhormat?
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Saya tanya balik Yang Berhormat Menteri, 26 jutakah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya bagi Yang Berhormat Kalabakan.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Atau 2.6 juta? Kena betulkan balik itu.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Biar saya perjelaskan.
Jumlah warga asing sehingga 31 Disember 2009, yang termasuk pelancong yang datang secara sementara ialah 26,157,840 orang. Pelancong, ya. Daripada 26 juta orang tadi, 23 juta orang merupakan pelancong.
Beberapa Ahli
Ha!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini kalau kita bercerita pasal pemerdagangan orang ini atau human trafficking ini, yang ketara sekali di sempadan iaitu di Tawau. Setiap hari, berpuluh ribu orang masuk keluar, masuk keluar. Jadi persoalan saya, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa ini berlaku dan jika sedar, mengapa imigresen, polis, mereka ini semua tutup mata sahaja? Terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita sedar di sempadan-sempadan yang perlu kita perkukuhkan dan untuk pengetahuan Dewan hari ini, di bawah Jawatankuasa Kabinet yang saya sebutkan tadi, kita sudah kenal pasti empat aspek yang perlu kita perkukuhkan lagi.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Pertamanya, sistem dan proses iaitu dalam proses dan pengumpulan data kita. Keluar masuk warga-warga asing tidak kira apa sebabnya perlu dipantau secara dekat.
Keduanya, penawaran dan permintaan. Apa keperluan negara dan apa dia bekalan yang diberikan daripada negara asal.
Ketiga ialah berhubung kait dengan penguatkuasaan dan pemantauan.
Akhir sekali kita sedang kaji undang-undang yang sedia ada untuk memperketatkan perkara ini termasuklah di sempadan-sempadan yang berkenaan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Rupa-rupanya berniaga manusia lebih untung daripada berniaga unta.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang itu tidak perlu jawab Yang Berhormat.
7. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan akan memastikan setiap daerah di Sarawak bakal disediakan dengan sekurang-kurangnya sebuah bank komersial ataupun bank kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional dan Agro Bank.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia sentiasa meminta dan menggalakkan institusi kewangan termasuk institusi kewangan pembangunan untuk membuka cawangan di kawasan luar bandar ataupun menawarkan sebarang jenis perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan perbankan penduduk di kawasan berkenaan.
Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Bank Negara Malaysia untuk meluaskan akses perkhidmatan perbankan kepada seluruh masyarakat. Pada masa ini terdapat sejumlah 222 cawangan institusi kewangan yang beroperasi di Sarawak. Di samping penyediaan perkhidmatan perbankan melalui pembukaan cawangan institusi kewangan, keperluan perkhidmatan perbankan juga boleh dipenuhi menerusi unit bank bergerak. Menerusi kemudahan ini penduduk di
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
kawasan luar bandar boleh menikmati kemudahan perbankan seperti simpanan, pembayaran, kemudahan pinjaman dan penghantaran wang ke luar negara.
Sehingga Mei 2010, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menempatkan sebanyak 25 cawangan di seluruh Sarawak termasuk dua buah unit bank bergerak yang memberi perkhidmatan perbankan di kawasan yang tidak mempunyai cawangan BSN iaitu daerah Samarahan, Achi Jaya serta daerah Subis. Pada masa ini BSN telah membuka 25 buah cawangan di 18 daerah. Untuk selainnya kerajaan akan meminta Bank Negara Malaysia mencari satu pendekatan supaya perkhidmatan perbankan akan disediakan di daerah-daerah yang masih belum mempunyai perkhidmatan tersebut. Terima kasih.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawapan yang jelas.
Akan tetapi ingin juga saya mengemukakan satu soalan tambahan.
Kalau boleh sila nyatakan lagi bilangan berapa buah daerah di pedalaman Sarawak yang kini masih ketiadaan bank? Adakah kerajaan sedar bahawa tanpa diadakan sekurang-kurangnya sebuah cawangan bank tidak kira komersial ataupun bank kerajaan atau perkhidmatan perbankan di sebuah daerah khususnya di kawasan pedalaman, ia tentunya akan meminggirkan atau yang lebih tepat lagi akan deny, dengan izin oleh penduduk di kawasan tersebut - perkhidmatan perbankan. Ini juga menyekat perkembangan tahap ekonomi di peringkat daerah kawasan pedalaman.
Bolehkah kerajaan menerima cadangan saya agar dipercepatkan sesuatu dasar diimplementasikan supaya setiap daerah di pedalaman di negara ini disediakan dengan cawangan bank? Ini kerana walaupun dalam jawapan tadi dikatakan ada bank bergerak akan tetapi ada daerah yang saya kira secukupnya kegiatan ekonomi sedang beroperasi umpamanya di daerah Engkelili di Lubok Antu, di mana SALCRA adalah begitu besar sekali sebagai estet kelapa sawit.
Juga di kawasan pekan Belaga yang berdekatan dengan Pekan Bakun, mereka di sana mengadu bahawa tidak ada perkhidmatan perbankan. Bilakah atau adakah kementerian sedia hendak menyediakan sekurang-kurangnya dua buah daerah ini diadakan Bank Simpanan, cawangan, sekurang-kurangnya ataupun bank-bank lain. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Terima kasih Yang Berhormat kerana soalan itu adalah satu soalan tambahan yang begitu relevan dan tepat.
Pertamanya terdapat lapan buah daerah pada pemahaman saya yang masih lagi belum mempunyai perkhidmatan bank dalam bentuk cawangan iaitu daerah Tatau, Belaga, Pakan, Matu, Daro, Lundu, Lubok Antu, Simunjan dan luar bandar Sibu. Daerah Kapit nampaknya mempunyai dua cawangan dan mungkin dirasakan mencukupi buat masa ini. Kerajaan bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa kawasan-kawasan, daerah-daerah yang masih belum lagi mempunyai perkhidmatan perbankan ini segera dicari satu pendekatan sebab itu dalam jawapan asal saya, saya mengatakan bahawa kerajaan akan meminta Bank Negara dengan secara serius untuk mencari satu pendekatan. Ini kerana kalau kawasan-kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan perbankan ini diserahkan kepada institusi kewangan untuk membuat keputusan. Walaupun atas permintaan dan galakan yang diberikan oleh Bank Negara, keputusan muktamadnya yang dibuat oleh institusi kewangan tersebut masih juga bergantung kepada kedudukan dan kemampuan ataupun keperluan komersial iaitu supaya perkhidmatan itu boleh mendatangkan keuntungan atau setidak-tidaknya kerugian.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Barangkali di daerah-daerah yang disebutkan tadi mungkin dari segi feasibility dengan izin, tidak begitu jelas tetapi dari segi matlamat kerajaan untuk menyediakan kemudahan rakyat, maka ini tidak seharusnya menjadi penentu semata-mata. Oleh sebab itu satu kaedah dan pendekatan perlu dilihat bagaimanakah ianya dapat dilaksanakan dan pada masa yang sama tidak begitu membebankan prestasi kewangan institusi kewangan ini termasuklah institusi kewangan milik kerajaan kerana kita juga tidak membenarkan institusi ini digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengira kepentingan prestasi kewangan.
Jadi isunya agak dengan izin, complicated sedikit. Oleh sebab itulah pada pandangan kami di Kementerian Kewangan, kita perlu ada satu kajian yang agak serius bagaimanakah perkara ini dapat diselesaikan. Terima kasih.
8. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Kerja Raya menyatakan secara terperinci kemudahan bakal dibina dan jumlah kos perbelanjaan yang terlibat dalam pembinaan Istana Negara baru serta sama ada sistem tender terbuka dilaksanakan dalam perkara berkaitan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di- Pertua, Istana Negara merupakan lambang kemegahan institusi beraja di negara kita dan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Sebagaimana Dewan yang mulia sedia maklum, Istana Negara sedia ada di Jalan Istana Kuala Lumpur pada asalnya merupakan banglo milik perseorangan yang dibina pada tahun 1928 sebelum diambil alih dan diwartakan sebagai Istana Negara pada tahun 1957. Sehubungan itu kerajaan pada tahun 2005 telah memutuskan bahawa telah tiba masanya supaya negara membina sebuah Istana Negara yang baru iaitu di Jalan Duta Kuala Lumpur bagi menggantikan istana sedia ada di Jalan Istana.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan Istana Negara baru di Jalan Duta Kuala Lumpur terbahagi kepada tiga kontrak utama iaitu seperti berikut:-
(i) Kompleks Istana Negara – komponen projek melibatkan pembinaan bangunan utama iaitu Zon Rasmi, Zon DiRaja, Zon Pentadbiran dan Zon Sokongan. Sub komponen bangunan seperti dataran pelawat, helipad, dataran kawat, tempat letak kereta dan bangunan kemudahan sokongan. Projek ini telah ditawarkan secara rundingan terus kepada Syarikat Maya Maju Sdn. Bhd. dengan harga kontrak RM649,955,507. Pada masa kini, kemajuan ini ditapak ialah 60% mengikut jadual;
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
(ii) Membina persimpangan bertingkat di Istana Negara dan jalan masuk ke Jalan Duta - Projek ini melibatkan kos sebanyak RM130 juta dan telah ditawarkan secara rundingan terus reka dan bina kepada Ahmad Zaki Sdn.
Bhd. Kemajuan ditapak sehingga 1 Jun 2010 ialah 30% berbanding 45% mengikut jadual asal. Projek dijangka akan siap sepenuhnya pada 9 Februari 2011; dan
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
(iii) Projek menaik taraf Jalan Cangkat-Semantan ke Istana Negara iaitu pintu yang kedua - Projek dengan harga kontrak RM32.5 juta ini telah diaward secara runding terus kepada Syarikat Kejuruteraan Kenali Sdn. Bhd. Serahan tapak baru sahaja dibuat pada 1 Jun 2010 dan projek dijangka akan siap sepenuhnya pada 30 Mei 2011.
Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan kompleks Istana Negara yang baru di Jalan Duta Kuala Lumpur ini bukanlah seperti projek-projek kebiasaan lain yang dilaksanakan kerajaan dalam setiap Rancangan Malaysia lima tahun. Ini merupakan julung-julung kali Istana Negara yang khusus dibina sejak negara kita mencapai kemerdekaan 53 tahun dahulu. Sebagaimana Dewan ini sedia maklum, Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia, di mana pembinaannya tentulah melibatkan aspek keselamatan dan strategik negara di samping kewujudan ciri-ciri estetika khusus. Sehubungan itu, kerajaan pada masa tersebut telah menimbangkan beberapa faktor dan bersetuju untuk menawarkan terus projek ini kepada Syarikat Maya Maju Sdn. Bhd. menerusi konsep reka dan bina.
Sekian, terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tadi meneliti jawapan daripada Timbalan Menteri. Jelas daripada jawapan Timbalan Menteri, ia bercanggah dengan kenyataan dan pengumuman pemimpin teragung MIC, Dato’ Seri Samy Vellu ketika menjawat jawatan Menteri Kerja Raya.
Dato’ Seri Samy Vellu ketika menjadi Menteri pernah membuat pengumuman rasmi di mana projek Istana Negara baru, jumlah kosnya RM400 juta tetapi pagi ini seluruh Malaysia dimaklumkan jumlah kos Istana Negara baru telah melambung naik lebih daripada 100% menjadi RM811 juta.
Saya hendak bertanya kepada Timbalan Menteri, apakah sebab sebenarnya kosnya melambung, menaik begitu tinggi dalam tempoh begitu dekat daripada RM400 juta menjadi RM811 juta untuk ketiga-tiga komponen projek yang sedia ada? Kedua, saya berasa sangat terkejut sekali apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengemukakan New Economic Model dan menekankan kepentingan negara supaya projek-projek awam sebegini yang begitu penting menjadi lambang kemegahan negara tidak diberikan secara tender terbuka, ia diberikan secara rundingan terus dan bukannya satu sahaja, tiga-tiga komponen projeknya diberikan rundingan terus. Siapa ini Maya Maju? Siapa ini Ahmad Zaki? Dengan jumlah kos begitu tinggi, RM811 juta dan Timbalan Menteri Kerja Raya pun jelas juga mengikut arahan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Mengikut arahan Perbendaharaan, setiap pembelian dan perolehan lebih daripada RM200,000, maka tender terbuka sepatutnya dijalankan. Apakah rasionalnya RM800 juta kontrak tidak dijalankan secara rundingan terus? Saya juga hendak tanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah dua soalan Yang Berhormat, cukup.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya hendak tanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Bangunan Istana Negara yang sedia ada adalah melambangkan kemegahan negara dan juga menjadi bangunan warisan.
Apakah rancangan kerajaan apabila Istana Negara baru siap dibina menjadi tempat bersemayam baginda, apakah rancangan dan langkah-langkah kerajaan yang akan dilakukan ke atas bangunan Istana Negara yang sedia ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini kerana mengikut peribahasa Melayu, “Jangan terhantuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tidak boleh bagi masa pada Yang Berhormat begini, Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita dalam soal jawab.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya memang hendak tanya. Mengambil iktibar daripada kejadian keruntuhan Stadium Batu Burok di Kuala Terengganu yang juga menelan belanja...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat degillah Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
...RM280 juta
[Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
yang baru...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tiada kena- mengena, cukup Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini amat penting, ini saya hendak jaga*...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] .*
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, semua soalan penting. Soalan yang ke-10 pun penting Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya hendak jaga keselamatan Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Apakah ciri-ciri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat tidak mengikut arahanlah Yang Berhormat
[Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada di bangunan baru Istana Negara baru? Itu penting. Apakah ciri-ciri keselamatan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat berdegil. Yang Berhormat fikir perkara dibawa Yang Berhormat sahaja penting.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya mohon maaf. Saya harap di mana wakil kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya cuma beritahu tentang Peraturan Mesyuarat, tidak boleh macam ini. Saya sudah tolerate tetapi jangan salah guna. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Taiping. Sebenarnya projek ini telah pun kita mendapatkan beberapa cadangan dari pihak swasta untuk mendirikan
Dato’ Yong Khoon Seng
Istana Negara dan pihak kerajaan telah pun memutuskan untuk memilih Maya Maju yang telah pun dibuat dua atau tiga tahun kebelakangan ini.
Kalau kita kata kos yang bekas Menteri atau mantan Menteri yang telah menyebutkan harga tetapi ia bukan harga yang detail. Ya, memang ada harga yang telah pun kita runding dan seterusnya kalau dibandingkan dengan harga yang telah pun dikatakan oleh...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Mengapa tidak ada open tender?
Dato’ Yong Khoon Seng
Ini kerana kita ada keistimewaan dalam projek ini, keselamatan juga diambil tindakan. Sebenarnya kalau kita mengikut kos, kalau kita kata Istana Negara RM650 juta, kalau kita kira per square feet, dari segi kaki persegi, ia adalah RM670. Kalau dibandingkan dengan istana yang lain, Istana Selangor, dan Istana Melawati di Putrajaya, Istana Selangor RM1,000 satu kaki persegi dan Istana Melawati RM860 satu kaki persegi. Kalau kita bandingkan dengan banglo dua tingkat di Bukit Damansara, ia RM1,280 sekaki persegi.
Harganya memang kita ada runding dan harganya memang boleh dikatakan berpatutan. Yang kita kata RM812 juta, kalau kita kira jalan persimpangan ini yang ada projek tiga bahagian, dua bahagiannya mengambil RM160 juta lebih, dan yang sebenarnya istana bangunan sendiri adalah dekat RM650 juta sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya menjemput Yang Berhormat Datuk Haji Yusof bin Haji Mahal.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Berkenaan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan tambahan satu tetapi Yang Berhormat Taiping sudah soal empat soalan tambahan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, ada kena dengan...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tetapi beliau tidak jawab juga, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun, beliau tidak jawab...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Labuan.
Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita rasa bangga dan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, sebenarnya tidaklah begitu mahal kalau hendak dibandingkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Labuan.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Speaker, soalan saya tanya mengapa tidak buat open tender tetapi dia putar belit. Ini tidak layak duduk dalam Parlimen ini.
9. Datuk Haji Yusof bin Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan apakah status projek bekalan air Labuan dan apakah pelan jangka panjang berhubung pengurusan air bawah tanah untuk warga industri di Labuan.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat dari Labuan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian amat memahami dan prihatin dengan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk Pulau Labuan ketika ini. Sehubungan itu, beberapa langkah yang meliputi langkah jangka pendek serta jangka panjang melalui pelaksanaan beberapa projek bekalan air telah diambil bagi menangani masalah tersebut. Berikut merupakan pelaksanaan projek-projek pelaksanaan bekalan air di Wilayah Persekutuan Labuan:
(i) pembinaan pakej pelan dengan izin bagi membekalkan air ke Kolej Matrikulasi Labuan. Kemajuan semasa projek adalah 92% dan dijangka siap pada Jun 2010;
(ii) pembinaan pakej pelan TUDM Tanjung Kubong. Projek ini dijangka siap pada Oktober 2010 bagi membekalkan air terawat kepada bekalan sedia ada;
(iii) membaik pulih 21 telaga tiub sedia ada termasuk pemasangan paip ke loji rawatan air di Jalan Kolam.
Kemajuan semasa projek adalah 75% dan dijangka siap pada bulan Oktober 2010; dan
(iv) cadangan loji memproses air payau di Sungai Kina Benuwa. Projek ini dijangka siap pada November 2010 dan berupaya membekalkan air terawat tambahan kepada bekalan sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, bagi langkah jangka panjang pula kementerian ini sedang melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Beaufort Fasa II. Dengan siapnya projek ini nanti loji rawatan air tersebut dijangka mampu membekalkan keperluan air terawat kepada Pulau Labuan sehingga tahun 2020. Pelaksanaan projek ini terbahagi kepada tiga pakej iaitu:
(i) Kontrak 1, membina Loji Air Beaufort Fasa II dan kerja- kerja berkaitan kemajuan semasa pakej adalah 91% dan dijangka siap pada Julai 2010;
(ii) Kontrak 2, pemasangan paip dasar laut dari loji ke Pulau Labuan dan kerja-kerja berkaitan. Kemajuan semasa pakej adalah 84.3% dan dijangka siap pada November 2010; dan
(iii) kontrak 2A, iaitu pemasangan paip dasar laut dan kerja- kerja berkaitan. Pakej ini baru bermula dan dijangka siap Oktober 2010.
Tuan Yang di-Pertua, menjelang penghujung tahun 2010 adalah dijangkakan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendapat tambahan air terawat sebanyak 38.8 juta liter sehari atau JLH apabila Loji Rawatan Fasa II Beaufort beroperasi. Ini menjadikan jumlah pengeluaran air terawat berjumlah 90 JLH berbanding permintaan semasa di Pulau Labuan sebanyak 56 JLH. Sumber air utama untuk Pulau Labuan adalah dari Loji Air Beaufort yang terletak di Beaufort
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Sabah. Oleh sebab bekalan air melebihi permintaan menjelang tempoh tersebut, air bawah tanah akan digunakan sebagai rizab kepada bekalan air utama.
Kementerian akan memastikan supaya telaga tiub yang telah dibina akan diselenggara dengan baik di samping memelihara kawasan yang berpotensi sebagai air bawah tanah bagi kegunaan semasa kecemasan terutamanya di musim kemarau panjang atau keperluan untuk menyelenggara loji-loji rawatan air di Beaufort. Dengan adanya langkah seperti ini kerajaan menyasarkan gangguan bekalan air di Pulau Labuan dapat diminimumkan. Terima kasih.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Timbalan Menteri, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas usaha yang gigih kementerian untuk menyelesaikan masalah air Labuan. Akan tetapi apa yang saya lihat tentang penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi pakej kedua iaitu paip dasar laut yang dibangunkan antara Beaufort dan Labuan kelihatannya akan siap pada bulan Oktober. Saya masih merasa ragu kerana apa yang kita lihat sampai saat ini kemungkinan besar projek tersebut akan dilesenkan, saya rasa dalam bulan Disember saya rasa paip tersebut belum dapat selesai dan proses loji yang ada di Labuan belum kita dapat gunakan sepenuhnya. Ini kerana apa yang kita lihat keadaan sekarang ini kita turun padang sebenarnya.
Kadang-kadang kita gunakan bot dan kapal untuk sampai ke Sipitang melihat proses-proses pemasangan paip dasar laut. Inilah yang kita khuatiri kerana masalah pemasangan proses dasar laut ini adalah salah satu pemasangan yang teknikal. Saya harapkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi menjadi kenyataan bulan Oktober benda ini sudah pun selesai dan akhir tahun ini akan dapat kita dapat gunakan sepenuhnya.
Satu lagi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah pemprosesan air kumbahan yang pernah disuarakan sewaktu kami berbincang dengan Menteri pada bulan lalu di Labuan kerana air proses kumbahan ini dapat diproses dan akan digunakan untuk kilang-kilang seperti Petronas Methanol yang mana pemprosesan air ini dapat digunakan untuk kilang kerana ia dikategorikan sebagai air gred 2 yang mana khusus untuk kilang sahaja. Setakat ini sampai manakah dia punya progress tentang projek tersebut. Terima kasih.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Labuan kerana Yang Berhormat sendiri sebenarnya selain daripada usaha gigih pihak kementerian sebenarnya banyak juga input-input atas keprihatinan Yang Berhormat Labuan semasa Yang Berhormat Menteri melawat pada tempoh hari juga Yang Berhormat Labuan telah turut sama dan saya kira Yang Berhormat telah cukup maklum tentang perkembangan proses projek-projek yang sedang dilaksanakan.
Tentang kekhuatiran Yang Berhormat, mungkin bimbang tentang kelewatan projek Beaufort 2 yang dijangka dapat menampung keperluan di Labuan itu ya insya-Allah penghujung tahun memang kita sasarkan untuk siap dan harap-harap tidak ada masalah besar yang akan menjejaskan kelancaran projek tersebut dan boleh menyalurkan air kepada lebih 80 ribu pengguna di Wilayah Persekutuan Labuan. Sebelum fasa 2 tersebut siap sepenuhnya melalui penyaluran paip bawah laut atau dasar laut kita juga akan membekalkan air tersebut melalui ‘batch’ iaitu melalui ‘batch’ walaupun atas kadar sewaan buat sementara ya untuk menyalurkan air sementara ke Pulau Labuan.
Tentang projek effluence, cadangan memproses air kumbahan daripada loji rawatan kumbahan ‘ranca-ranca’ yang kita cadang untuk gunakan untuk industri pengilangan termasuklah Petronas Methanol loji yang ada di Pulau
Puan Noriah binti Kasnon
Labuan ini, pada masa ini kita sudah diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan dan masih menunggu sedikit-sedikit masalah untuk diperhalusi untuk pelantikan IWK sebagai turnkey kontraktor untuk pelaksanaan projek tersebut dan insya-Allah kalau semuanya berjalan dengan lancar sebelum pertengahan tahun 2011 akan dapat digunakan. Terima kasih.
10. Dato’ Dr Lo’ Lo’ bin Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan apakah dua lagi konsep daripada tiga yang telah dipersetujui Kabinet melalui kertas cadangan yang dibawa KWPKB selain daripada penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru serta siapakah yang akan terlibat menganggotai perbadanan tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato' Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Bismillaahir rahmaanir rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman ahli Yang Berhormat bagi Titiwangsa, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri mengenai cadangan konsep dan kaedah pelaksanaan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Mei 2010. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sebenarnya telah mengemukakan empat konsep pembangunan seperti yang terkandung di dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 iaitu:
(i) Konsep pembangunan 1 iaitu pembangunan mengikut trend;
(ii) Konsep pembangunan 2 iaitu pembangunan semula terpilih;
(iii) Konsep pembangunan 3 iaitu pembangunan semula berintegrasi; dan
(iv) Konsep pembangunan 4 iaitu pembangunan semula secara komprehensif.
Jemaah Menteri telah bersetuju dengan konsep pembangunan komprehensif setelah mengambil kira pandangan daripada pandangan awam terhadap DPBR 2020 serta pandangan daripada pemilik dan pewaris yang majoriti minta pandangan dilaksanakan secara komprehensif.
Di antara lain Jemaah Menteri juga bersetuju supaya
(i) pembangunan semula Kampung Baru dilaksana melalui proses penyerahan tanah di bawah seksyen 197 Kanun Tanah Negara, proses penyerahan dan pemberi milik semula tanah di bawah seksyen 240D Kanun Tanah Negara, kaedah jual beli dan pengambilan balik tanah di bawah seksyen 3/1/b Akta Penggubalan Tanah 1960;
(ii) aspek warisan dan kebudayaan Melayu dan aspek komersial diimbangi;
(iii) ditubuh sebuah badan berkanun bernama Perbadanan Pembangunan Kampung Baru melalui satu akta Parlimen di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang bertanggungjawab untuk
Di antara lain Jemaah Menteri juga bersetuju supaya
melaksana dan menyelia pembangunan semula Kampung Baru;
(iv) dilantik Permodalan Nasional Berhad ataupun Tabung Haji ataupun Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera ataupun badan-badan lain secara kombinasi yang berkaitan untuk membangunkan bumiputera sebagai agen pembangunan dan penjaga amanah orang Melayu dalam melaksanakan pembangunan semula Kampung Baru; dan
(v) digalakkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan GLC memiliki ataupun menyewa hartanah di Kampung Baru.
Untuk makluman Yang Berhormat, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang di cadang itu masih di peringkat awal penyediaan rang undang-undang dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sesi persidangan pada hujung tahun. Setakat ini senarai keanggotaan perbadanan itu masih belum diputuskan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat setakat itu sesi soal jawab pertanyaan-pertanyaan lisan untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar; merestui usaha kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020; meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia”.
[10 Jun 2010]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang ini iaitu usul RMKe-10 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum perbahasan usul ini diperuntukkan selama enam hari. Untuk memberi peluang kepada lebih ramai Ahli-ahli Yang Berhormat terlibat dalam perbahasan, saya ingin menggunakan kuasa Peraturan Mesyuarat 35(7) untuk mengehadkan masa bagi Ketua Pembangkang tidak melebihi 90 minit untuk perbahasan.
Had perbahasan seterusnya akan ditentukan selepas perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) pada 10 Jun lalu dengan harapan melonjakkan prestasi ekonomi dan sosial negara kepada tahap yang lebih tinggi dan meyakinkan. Rancangan Malaysia Kesepuluh diuar-uarkan sebagai satu strategi ampuh yang mampu memacu pertumbuhan negara mencapai cita-cita Wawasan 2020, mengembalikannya ke landasan yang tepat, memulihkan ekonomi negara yang hampir ke satu dasawarsa berada dalam keadaan lesu dan laih.
Maka tatkala ghairah menyambut kebijakan tersebut, perlu disingkap dua Rancangan Malaysia sebelumnya. Kita bicara Rancangan Malaysia Kesepuluh, apa salahnya singkap pengalaman Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan. Tuan Yang di-Pertua, tatkala membentangkan Belanjawan 1994 pada bulan Oktober 1993, saya mengungkapkan kepentingan buat kita merenung serta menginsafi peringatan Allah SWT dalam surah Yusuf, agar tujuh tahun subur menjadi persediaan buat kita menghadapi sebarang kemungkinan pada tahun-tahun berikutnya.
Saya mengingatkan bahawa putaran kemakmuran dan kemelesetan kerap datang silih berganti namun ianya bukanlah tidak dapat dielakkan. Bahkan kerap kali kemakmuran boleh bertukar menjadi kegersangan ekonomi kerana kita alpa, boros dan berfikir singkat dalam perencanaan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ekonomi sejagat pastinya memberi kesan kepada kedudukan ekonomi negara. Krisis kewangan mutakhir memaksa kita untuk keluar dari kerangka lama dan cerdas merangka kebijakan baru yang berupaya memacu kembali ekonomi negara. Ahli-ahli ekonomi seperti Paul Krugman, Nouriel Roubini dan pemikir serta ahli sejarah terkemuka seumpama Tony Jones menggesa kerajaan untuk tidak
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
dogmatik dan masih berpaut kepada kaedah usang apatah lagi jika terbukti walau diulang-ulang tidak mampu memulihkan keadaan.
Roubini misalnya dalam karya terbarunya Crisis Economics mengimbau surat yang dikirim oleh Keynes kepada George Bernard Shaw, Januari 1935 apabila beliau selesai menulis The General Theory of Employment Interest and Money. Kata Keynes dengan izin, “You have to know that I believe myself to be writing a book on economic theory which will largely revolutionize-not I suppose at once but in the course of a next ten years the way the world thinks about economic problems”. Roubini sengaja mengimbau kandungan surat Keynes dengan maksud mengajak kita memikir semula persoalan yang getir yang terpaksa kita hadapi.
Dan isunya tidak lari daripada apa yang ditekankan oleh Abdul Rahman Ibnu Khaldun dalam mukadimah bahawa amanah pemerintahan adalah untuk menjamin keadilan bagi rakyat terbanyak. Ini tertera dalam surah al-Hasyr, ayat 7 [Membacakan surah Al-Quran] , yang bermaksud: “Bahawa harta tidak harus dan hanya beredar di antara orang-orang yang kaya di kalangan kamu”.
Oleh itu matlamat kebijakan ekonomi, apakah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, belanjawan tidak hanya dinilai dari aspek keupayaan memulihkan ekonomi tetapi keikhlasan memartabatkan kebajikan rakyat terbanyak. Rancangan Malaysia Kesepuluh tidak berbeza daripada Rancangan Malaysia sebelumnya.
Oleh sebab itu banyak program baru, projek baru, penswastaan banyak menumpukan kepada kepentingan kroni yang didahulukan dan rakyat masih berdepan dengan kos saraan awam yang meningkat. Oleh sebab itu, masyarakat pelabur tidak memberikan reaksi yang ghairah terhadap pembentangan sejurus selepas pembentangan indeks komposit di Bursa Saham Malaysia menokok sebanyak 1.23 mata apabila pasaran ditutup pada 10 Jun iaitu kurang dari 0.1% sedangkan rancangan ini dipersembahkan sebagai nadi baru yang mampu melonjakkan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, kita harus meneliti beberapa perkara berkaitan asas ekonomi dan kelembapan daya saing. Kedudukan daya saing mutakhir perlu kita semak segera, kerana matlamat daripada kebijakan tersebut selama ini gagal dilaksanakan. Janganlah nanti ibarat pesan pepatah Melayu “Jika asyik memangku tangan, kelak mati angan-angan”. Rancangan Malaysia Kelapan menyasarkan yang dibentangkan di sini pertumbuhan 7.5%, tahun 2001 hingga 2005. Kita capai 4.7% - ketinggalan., Rancangan Malaysia Kesembilan Kerajaan Barisan Nasional menuntut pembayaran dari Petronas yang berjumlah RM235.6 bilion di antara tahun 2006 hingga 2009. Akan tetapi, ekonomi Malaysia berkembang purata 4.2% dari sasaran 6% merosot lagi. Daripada sejumlah RM431 bilion yang dibayar kepada kerajaan oleh Petronas sejak penubuhannya, sebanyak 55% dibelanjakan dalam tiga tahun pertama tanpa sedikit pun memberi kesan kepada hala tuju ekonomi negara.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dengan jumlah pembayaran sedemikian besar oleh Petronas, kita pastinya berharap kedudukan hutang awam kerajaan berada di paras yang baik.
Di negara lain, kebergantungan kepada hutang akan berkurangan jika sebuah syarikat milik kerajaan mampu menyumbang sehingga 45% pendapatan tahunan.
Sumber daripada PEMANDU dan dokumen Rancangan Malaysia Kesepuluh mengakui hakikat bahawa kedudukan hutang negara berada pada paras 53.3% berbanding KDNK pada akhir tahun 2009. Saya sediakan carta untuk dimasukkan dalam teks.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Amalan kebergantungan pada hutang yang dijelaskan tadi adalah berbeza dengan amalan negara membangun yang lain. Saya beri contoh, Brazil, negara kuasa ekonomi baru dunia yang harus kita pelajari. Ada disiplin pengurusan kerajaan. Oleh sebab itu, hutang awam menurun. Kita lihat di Malaysia semakin ketagih dengan hutang. Brazil mempunyai iltizam mengurangkan nisbah hutang awam berbanding KDNK daripada paras 65.5% pada tahun 2002. Dalam masa singkat iaitu 2008, menurun pada 38.8%. Indonesia, memperlihatkan disiplin penurunan hutang yang seharusnya dipuji. Kita di Malaysia ini cenderung membicarakan soal Indonesia, soal TKI dan Manohara. Akan tetapi ada hal-hal yang harus kita teliti. Indonesia berjaya mengurangkan hutang negara secara mendadak. Tahun 2001, 77%.
[Tepuk] Tahun 2009, turun pada 29%. Lebih rendah dari Malaysia.
Amalan ini berbeza dengan disiplin fiskal yang baik sebelum tahun 1998.
Dalam tempoh tahun 1991 sehingga tahun 1998, kerajaan telah berjaya dengan lebihan belanjawan membuat pra-pembayaran, pre-payment yang tidak sering disentuh. Pre-payment sebanyak RM12 bilion kerana kita sedar seperti mana pesanan dalam Al-Quran dan juga Joseph in the Bible, ‘Amanah yang dipikul untuk meringankan beban tatkala kita punyai limpahan nikmat’. Kita belajar daripada Indonesia dan Brazil daripada segi pengurusan ekonomi walaupun masih ada keterbatasan dan permasalahan yang mereka hadapi. Pada tahun 2009, defisit belanjawan negara mencecah ke paras 7.4% daripada KDNK walaupun dijangka susut pada paras 5.3% tahun 2010. Jadi, kalau pengumuman belanjawan, pengumuman Rancangan Malaysia, bahasanya lunak, angkanya pun melunakkan. Kenyataannya itu bertentangan dengan fakta. Jika diambil kira kajian oleh IMF untuk menilai kedudukan defisit belanjawan tanpa sumber petroleum, Malaysia sudah pun berada pada tahap yang kronik. Saya mengatakan tanpa sumber petroleum kerana diakui oleh kerajaan keterbatasan berikut. Maka, dengan hasil minyak, tahun 2009, 7.4% defisit, tanpa hasil minyak defisitnya 15.1%.
Apa janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tatkala membentangkan pada ketika itu Rancangan Malaysia Kelapan. Dengan peningkatan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang sederhana pada kadar 4.6%, kedudukan kewangan sektor awam akan mengukuhkan ke arah konsolidasi dan matlamat belanjawan berimbang pada akhir tempoh RMKe-8, matlamat tidak tercapai malah defisit telah kian meruncing. Semasa mengumumkan Rancangan Malaysia Kesembilan, sekali lagi janji untuk menurunkan defisit pada paras 34% dan ini tidak tercapai.
Saya sengaja menyingkapkan hal ini untuk memberikan makna, apa makna menghebohkan dan menggembar-gemburkan Rancangan Malaysia Kesepuluh kalau Ahli-ahli Dewan Rakyat tidak meneliti pengumuman Rancangan Malaysia Kesembilan yang hambar daripada segi pelaksanaan dan Rancangan Malaysia Kelapan yang juga parah daripada segi pelaksanaan dan pencapaiannya. Kita kalau tidak terjadi apa yang berlaku sekarang ialah menghebahkan pengumuman walaupun prestasinya itu parah.
Secara jujur, kita menolak kebarangkalian mencapai sasaran defisit 2.8% dari KDNK menjelang tahun 2015 seperti yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bukan sahaja pendekatan digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah sama terbukti gagal, Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan malah prestasi kerajaan dalam setahun lebih ini tidak menampakkan satu iltizam politik untuk mengurangkan defisit. Langkah-langkah yang diumumkan oleh kerajaan mengawal defisit sejak
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
awal dimansuhkan. Mula-mulanya Real Property Gains Tax. Dua bulan kemudian, dimansuhkan. Kemudian GST. Kemudian apabila ada bantahan, dimansuhkan.
Saya hendak menunjukkan tentang flip-flop atau dolak-dalik yang berlaku.
Akhir ini Escort Sport. Timbalan menteri kata ‘Belum dimuktamadkan’ tetapi Tan Sri Vincent Tan sudah menjalankan perniagaan. Ini satu sistem yang cukup luar biasa kerana begitu kukuh dan kuatnya pengaruh tauke-tauke judi dalam kerajaan hari ini.
Dari sudut keupayaan pembasmian kemiskinan, kerajaan juga tersasar daripada janji yang diberikan pada Rancangan Malaysia Kesembilan. Kadar kemiskinan tegar pada tahun 2009 diumumkan 0.7% berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 0.5% sementara kadar kemiskinan keseluruhannya hanya turun pada kadar 3.8% berbanding sasaran iaitu 2.8%. Itu pun setelah kerajaan meletakkan paras garis kemiskinan purata yang saya kira terlalu rendah. Tidak realistik RM800 sebulan untuk menampung saiz isi rumah seramai enam orang.
Seorang Ahli
Makan pasir kot.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya. Di kawasan hulu Kelantan pun tidak mungkin orang survive, RM800 untuk enam orang. Paras terlalu rendah padahal sistem kerajaan, sistem E-kasih mengiktiraf isi rumah berpendapat di bawah RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar, RM1,500 di kawasan bandar.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menimbulkan isu ini pada tahun 2008.
Menteri ketika itu Tan Sri Amirsham menjawab; “Kalau kadar kemiskinan di Malaysia diukur pada tahap RM1,500 sebulan, maka kemiskinan 24.3%”. Majoriti Melayu, bumiputera, kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, Dusun, Bajau. Jadi, semua yang heboh tentang Melayu dan memperhebatkan ketuanan Melayu, inilah kenyataannya, yang paling miskin di bawah pentadbiran UMNO Barisan Nasional ialah kaum Melayu bumiputera*.
[Tepuk] .* Sejak dua tahun yang lalu kita ditinggalkan oleh Indonesia daripada segenap aspek. Dari sudut pertumbuhan KDNK, Indonesia mencatatkan pertumbuhan 6% pada tahun 2008, 4.6% pada tahun 2009. Kita, 4.7% pada tahun 2008 dan menguncup pada tahun lalu. Pelaburan asing, kita menerima RM46 bilion pada tahun 2008, RM22 bilion pada tahun 2009. Indonesia, menerima RM50.6 bilion pada tahun 2008, RM37.9 bilion pada tahun 2009. Angka-angka ini saya pertahankan dengan merujuk pada statistik termasuk Indonesia Investment Coordinating Board kerana Menteri selalu pertikai kerana beliau kata kita lebih tinggi. Dari sumber mana, wallahualam.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Paling mendukacitakan – ini sangat penting bagi golongan pekerja. Sektor pekerjaan di Indonesia mengalami kadar kenaikan gaji secara purata 10% di antara tahun 2007 sehingga 2009. Rakyat Malaysia yang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi hanya menikmati peratus kenaikan gaji 4.7% tahun 2009, 6.3% tahun 2008 iaitu hampir pada paras inflasi tahun 2008 dan 2009. Jadi, kita ditinggalkan oleh Indonesia dan Singapura, dan saya akan sambung dengan memberikan beberapa contoh Thailand dan Vietnam dan seperti mana yang disebut oleh Menteri Luar Negeri dan Timbalan Menteri Luar Negeri memang kita menang berbanding dengan Burma...
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh menyebutkan bagaimana Indonesia mendahului Malaysia dan akan
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
menyebutkan bagaimana Thailand dan negara-negara lain, negara-negara jiran, negara-negara miskin mendahului Malaysia hari ini.
Ini mengelirukan saya sebab saya sentiasa mendengar bahawa Malaysia negara yang paling hebat kerana kita menolak IMF, kerana kita hendak mempertahankan sensitiviti. Kita hendak memastikan bahawa bumiputera Melayu kita ini dipertahankan dan oleh sebab itu kita menolak IMF kerana IMF ini Yahudi dan Yang Berhormat Permatang Pauh pun ada kaitan dengan Yahudi IMF segala ini. Akan tetapi, Yang Berhormat mengatakan bahawa Malaysia ini terbelakang berbanding Korea Selatan, berbanding dengan Thailand yang mencetuskan krisis ekonomi Asia Timur 10, 12 tahun yang lalu. Di mana kekeliruan saya ini? Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh boleh jelaskan?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. Saya percaya Yang Berhormat Tumpat tidak keliru kerana beliau tidak menonton TV3, dan tidak membaca Utusan Malaysia, kerana faktanya sekarang - sebab itu saya dalam mengulas ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya lebih suka merujuk kepada angka dan data supaya perbahasan itu boleh merujuk kepada angka dan data, bukannya merujuk kepada propaganda.
Apa yang diuar-uarkan itu hanya janji untuk lima tahun akan datang, saya banding dengan prestasi Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan, dan apa yang berlaku di negara-negara jiran. Soal IMF ini menarik kerana bila IMF ini mengemukakan cadangan mereka pada tahun 1997 dan 1998, kita meneliti dan sebahagian besar ditolak sebahagian kecil termasuk soal accountability dan Anti-Corruption Act, kita terima.
Sekarang preskripsi IMF nampak diterima bulat termasuk membatalkan semua jenis subsidi, yang pastinya akan membebankan kerajaan. Akan tetapi soal lesen judi itu saya tidak tahu daripada siapa yang mengemukakan, dan inilah perbezaan di antara kenyataan dengan public relation exercise. Kerajaan sekarang menggunakan APCO, nyata dan saya buktikan tentang beberapa penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan Israel.
Kemudian bukan setakat itu, APCO sekarang Tuan Yang di-Pertua, dipergunakan untuk melancarkan kempen serangan besar-besaran pertahankan UMNO-Barisan Nasional dan menyerang kami sebagai anti-Israel. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, saya merasa satu penghormatan kalau APCO atas nama UMNO menyerang saya sebagai tokoh besar anti-Israel.
[Tepuk] Saya ada bukti sekarang, surat yang dikeluarkan oleh badan Yahudi Antarabangsa...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Tadi sewaktu kita membandingkan gaji-gaji di Malaysia dan di Indonesia itu mungkin tidak adil. Jikalau mereka naik 10% sebab kita punya duit RM1,000 sama dengan tiga juta setengah rupiah. Orang makan gaji di Indonesia, dia baru 500,000 rupiah, berapa ratus kita punya duit. Kalau naik 30% pun, kita punya naik 5% lagi tinggi daripada pekerja yang ada di Indonesia. Saya minta penjelasan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. Saya memang hendak beri ruang. Jadi, terima kasih. Pertama, kenaikan gaji itu harus lebih tinggi daripada kadar inflasi.
Kedua, yang saya tunjuk dalam unjuran itu ialah kenaikan 10% purata itu mengurangkan beban pekerja. Bukan maknanya tahap kehidupan sama, belum.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Di Indonesia dari segi tahap kehidupan masih ketinggalan tetapi, kelajuannya itu membanggakan. Ini yang saya maksudkan. Saya pergi ke angka, tahap kelajuannya dan pertumbuhan ekonomi lebih baik, FDI lebih baik, kenaikan peratus lebih baik. Bermakna dalam masa singkat ia boleh mengatasi prestasi negara kita, seperti yang berlaku di Vietnam. Jikalau di Singapura memang jauh kita ditinggalkan. Itu dalam konteks itu, dan saya akui peringatan, ini tidak bermakna taraf hidup itu sudah sama, belum. Oleh sebab itu, mereka masih lagi mencari peluang pekerjaan tetapi tidak semudah itu. Tidak semudah sepuluh tahun yang lalu untuk pekerja Indonesia mencari pekerjaan di Malaysia sekarang kerana mereka mengharapkan gaji yang lebih baik kerana tahap kenaikan gaji mereka itu melonjak dengan cepat.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah jelaskan tentang suasana ekonomi kita yang getir dan harus diberi nafas kembali supaya dapat mendahului pesaing- pesaing serantau tetapi, tidak boleh ketepikan prinsip Al-Quran dan tekanan Ibnu Khaldun bahawa beban amanah bagi kerajaan. Apa kata Ibnu Khaldun, “Sebuah kerajaan adalah institusi yang menghalang ketidakadilan daripada berlaku kecualilah kalau kerajaan itu sendiri yang curang”.
Dalam kitab ekonomi pengurusan yang tersohor, di Mukadimah, Bab 2 beliau menggambarkan kemusnahan, ‘Manakala pimpinan kerajaan...” Ini satu peringatan yang sangat penting, “...bergelumang dengan salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan menimbulkan kekayaan peribadi, keluarga....” Dan kroni..., itu saya tambah “kroni”. “...akibatnya, rakyat pun turut diheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba”.
Seorang editor The Economist, Charles Willon mengumpulkan hasil-hasil kajian pakar ekonomi yang telah memenangi Anugerah Nobel sejak 50 tahun yang lalu, dan merumuskan kajian-kajian yang meletakkan enam prasyarat yang perlu ada supaya ekonomi dapat berkembang dengan sihat dan berterusan. Enam prasyarat tersebut adalah seperti berikut:
(i) institusi kerajaan yang cekap dan berwibawa;
(ii) sistem ekonomi yang menjamin hak milik harta dengan mengiktiraf hak rakyat dan hak individu;
(iii) peraturan dan undang-undang yang bertepatan dan tidak keterlaluan sehingga menyekat perkembangan ekonomi;
(iv) sumber manusia yang berdaya maju dan berinovatif dengan berlandaskan sistem nilai untuk mengelakkan aktiviti mengaut keuntungan yang melampaui batasan moral seperti yang berlaku dalam IPP dan beberapa projek penswastaan;
(v) keterbukaan kepada amalan perdagangan dan persaingan tanpa pilih kasih, dan
(vi) dasar fiskal dan monetary yang bertanggungjawab dengan didukung pelaksanaan yang telus dan cekap.
Saya akan kemukakan syor-syor berikut. Krisis pelaburan swasta telah kita bawa. Rakan-rakan saya terdahulu dan saya sendiri pada 16 Mac lalu termasuk tatkala kerajaan membentangkan Modal Ekonomi Baru.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Rakyat digulakan dengan kenyataan seolah-olah semuanya sudah baik dan lumayan. Akan tetapi data pelaburan swasta sejak tahun 1998, masih menunjukkan kebergantungan kepada perbelanjaan awam untuk menjana ekonomi. Ini tidak ubah ibarat sebuah jet pejuang yang terpaksa menggunakan enjin kereta untuk terbang ataupun kehilangan enjin. Sudah tentu jet pejuang itu tersadai dan tidak dapat terbang. Begitulah kedudukannya sejak sedekat lalu dan disahkan oleh Profesor K.S Jomo yang menunjukkan pertumbuhan tahunan purata pelaburan swasta sepanjang RMKe-8 hanya 1%, sementara pertumbuhan sepanjang RMKe-9, 2%.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ini berbeza dengan pertumbuhan purata pada kadar 16.6% sepanjang Rancangan Malaysia Keenam dan Ketujuh. Saya sediakan public investment flat, government investment up. Akan tetapi RMKe-10 meletakkan sasaran yang tinggi, ini yang kita persoalkan, realistik, benar unjuran ini ataupun hanya mainan angka.
Pertumbuhan sasaran kerajaan 12.8%, RM115 bilion.
Laporan terkini Bank Negara, rujukan buletin statistik April 2010, pelaburan swasta pada tahun 2009 hanya RM60 bilion. Maknanya ekonomi Malaysia perlu capai peningkatan pelaburan swasta tambahan RM50 bilion jika sasaran RM115 bilion tidak dicapai. Kemudian dikekalkan pada tahap itu untuk berkembang sebanyak 12.8%. Profesor Emeritus Dr. Mohamad Arif berpandangan suatu yang sukar buat negara memenuhi matlamat tersebut. Ini menurut Profesor Arif sepanjang RMK-9, pelaburan hanya berkembang pada 2%, perlu kita memberi perhatian terhadap peringatan beliau, FDI pelaburan asing terkesan akibat krisis kewangan, tetapi Singapura masih berupaya mencatat pertumbuhan 9%, China 10%, manakala Malaysia 1%.
Jadi dari segi cita-cita yang tinggi, kita boleh ucap tahniah. Kata Tuan Guru Ustaz Hadi Awang semalam, kalau cita-cita itu baik, dia boleh jadi mimpi yang soleh tetapi kalau cita-cita itu buruk, dia boleh jadi berserabut dengan mimpi jelik dipengaruhi syaitan, itu konteksnya berbeza. Jadi Rancangan Malaysia Kesepuluh memperuntukkan beberapa tabung dana sebanyak RM20 bilion, bantuan menggalakkan penyertaan swasta. Isunya ialah ketelusan, keikhlasan pelaksananya dan saya akan bagi contoh, statistik muka surat 89 RMKe-10 yang menunjukkan 84% dari firma yang ditinjau menyatakan kekurangan sumber kewangan, tabung dana banyak, sumber 84% mengatakan mereka kurang sumber. Apa sebabnya? Saya bagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua, yang harus menggemparkan kita, kalau ada ‘dhamir’, conscious tentang penyelewengan ini, apa dia? Tabung Makanan Rancangan Malaysia Kesembilan RM2 bilion. Saya hendak tanya mengapa RM257 juta diberi kepada satu syarikat milik anak dan suami Menteri, RM257 juta, anak berumur 20 tahun tanpa apa pengalaman dalam bidang pertanian.
Kalau kita agih RM50,000 kepada seorang penternak, lima ribu keluarga petani akan mendapat ganjaran. Ini RM257 kepada anak yang berumur 20 tahun.
Ia menjadi satu sistem, anak, isteri, menantu, jadi satu sistem. Tuan Yang di- Pertua, kalau ada conscious kita harus tanya dan saya pasti jawapannya projek ini gagal dan sekarang ini ura-ura meminta badan-badan, entah FELDA, entah siapa, tidak mengapa kerana syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Menteri tidak boleh gagal. Oleh yang demikian akan diselamatkan dengan untung yang lumayan. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat, sahabat-sahabat saya daripada
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
UMNO juga turut beri perhatian untuk menyelamatkan keluarga penternak Melayu yang ramai.
Ini maksudnya tentang soal pengkhianatan amanah, soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebab itu kerangka ini harus dirombak semula. Selagi kita kekal dengan kerangka lama, inilah jawapannya. Ada tabung, tabung wang dilesapkan dan pemantauan tidak berkesan. Ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bawa kepada Peguam Negara, fail ditutup. Saya juga mengingatkan kerajaan bahawa prinsip ketelusan dan urus tadbir digunakan sebaiknya kerana sekarang ini PNB, KWSP, itu semua sudah jadi sebahagian daripada kuda tunggangan, kebergantungan baru, kecenderungan menggunakan GLC dan dana agensi pelaburan awam untuk menampung perbelanjaan negara untuk mengurangkan defisit. Terbaru kita dikejutkan lagi dengan berita kerugian hampir RM1 bilion, RM946 juta yang dialami oleh konglomerat Sime Darby kerana kenaikan kos mendadak projek-projek Qatar dan Bakun.
Siapa yang bertanggungjawab? Mana Lembaga Pengarahnya, mana Pengerusinya? Mana Menteri yang mengawasinya? tidak ada pertanggungjawaban. Kerugian ini tidak termasuk pampasan kerajaan sebanyak RM700 juta yang telah dianugerahkan bagi projek Bakun. Jadi keseluruhannya wang rakyat terbabit. Sekarang ini dua projek ini sahaja RM1.646 bilion. Ini bukan kali pertama Sime Darby ditempelak kerana urus niaga yang tidak baik. Keputusan kerajaan awal menggabungkan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope melalui perencanaan CIMB, ini punca dia. CIMB mengemukakan cadangan, gabung semua dan akhirnya bawa kepada kerugian besar Sime Darby. Apa yang berlaku dalam konteks ini ialah satu kepentingan kecil dalam perdagangan, CIMB subsidiaries, boleh menelan dua gergasi besar.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih. Ini saya hendak meminta sedikit penjelasan berhubung dengan keluarga Menteri yang terlibat dalam skandal itu. Kalau boleh, boleh tidak cakap terus terang, siapa yang terlibat supaya pihak yang berkenaan khususnya wakil-wakil rakyat Barisan Nasional ini tidak akan menganggap ianya sebagai satu rekaan dan satu percakapan politik yang sebenarnya tidak wujud. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sama ada kes ini atau APCO atau perbicaraan soal dua juta orang yang lompat, saya ada dokumen, saya keluarkan pada masa yang perlu. Kalau ada mana Menteri, Ahli Yang Berhormat cabar, saya sedia jawab tetapi saya minta oleh kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bicara soal ketelusan, kebertanggungjawaban, biar ia telus dan bertanggungjawab dan membetulkan keaiban dan pengkhianatan ini. Kalau ada ahli-ahli UMNO cabar, saya tiada pilihan jawab tetapi kalau ikut sekarang ini bahan dia ada, saya ada dokumennya, saya ada rekod syarikatnya, sebelum saya gunakan Majlis ini atau ditegur oleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, bila saya sebut Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, bila kita lihat prestasi syarikat berasingan tanpa gangguan politik, prestasi ia baik, campur politik through satu anak syarikat kecil CIMB, ia menjadi rosak, tetapi keuntungan masih pulang kepada orang yang initiate perubahan itu. Selain Sime Darby, Pos Malaysia kerugian RM5.46 juta. Semua ini institusi kebanggaan bumiputera dan Melayu. Sebelum itu lagi, bank terbesar Maybank tidak terlepas dari skandal yang memalukan dalam usaha mengambil alih Bank International Indonesia yang diumumkan pada tahun 2008.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Transaksi terbabit melibatkan pembayaran premium setinggi 23% dari harga saham semasa, menyaksikan Maybank berhadapan risiko kerugian besar apabila dipaksa mematuhi syarat-syarat pengambilalihan di Indonesia, sedangkan pemegang saham terbesar iaitu Temasek Holdings dan Kookmin Bank mendapat durian runtuh kerana pembelian tersebut adalah 4.6 kali ganda lebih tinggi dari nilai aset bank tersebut. Ada pertanggungjawaban? Belum. Ada jawapan yang telus, terbuka di Parlimen? Belum.
Lembaga pengarah dan eksekutif kanan lantikan kerajaan, seorang kadang-kadang sampai 20, 30. Tidak adakah pegawai-pegawai tinggi, pakar-pakar eksekutif yang layak yang mampu mengisi? Mestikah kita letak orang yang sama atau kerabat yang akan mewakili kepentingan kita yang boleh menjahanamkan kepentingan termasuk kepentingan bumiputera sendiri? Inilah sebabnya mengapa kita mengatakan kebimbangan kita bila ada usaha menswastakan secara besar- besaran yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Saya memang gunakan tema Ibni Khaldun ini kerana saya tidak menolak kepentingan swasta. Ibni Khaldun kekuatannya ratusan tahun yang lalu ialah meminta dan menuntut swasta mengepalai. Jangan minta kekayaan dan perniagaan dikuasai oleh golongan raja-raja pada ketika itu. Apa kata Ibni Khaldun? Dengan izin, “Businesses owned by responsible and organize merchant shall eventually surpass those owned by wealthy rulers.” “Perniagaan yang dimiliki oleh peniaga yang tersusun pentadbirannya dan amanah akan mengatasi perniagaan yang dimiliki oleh pemerintah yang kaya.” Ini syarat penswastaan.
Maknanya memberikan tugas dan memastikan ia memberikan faedah kepada rakyat terbanyak.
Dalam masa setahun rakyat Malaysia telah kehilangan tanah-tanah paling berharga di Singapura apabila kerajaan bersetuju mengalihkan stesen kereta api di Tanjong Pagar ke Woodlands, sedangkan perkara ini dipertahankan sekian lama demi menjamin kepentingan rakyat. Saya telah sebut di Dewan Rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Points of agreement itu tidak diluluskan oleh peguam negara, tidak diluluskan oleh Jemaah Menteri. Hanya dibawa oleh saya ketika itu atas arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dimaklumkan buat pertama kalinya points of agreement, enam bulan atau setahun. Setelah disetujui, dimeterai oleh Menteri Kewangan pada ketika itu Tun Daim Zainuddin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew di hari akhir beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Singapura.
Akan tetapi kepentingan rakyat dengan cepat terlepas.
Kemudian pada 23 April lalu negara dikejutkan dengan kisah dua blok minyak L dan M diserahkan kepada Brunei tanpa dibawa ke Dewan Rakyat dengan alasan teknikal isu persempadanan dan kenyataan yang salah dan mengelirukan Dewan yang menyebut bahawa kerajaan Brunei bersetuju tidak menuntut isu Limbang dan saya keluarkan kenyataan Menteri Luar Brunei bahawa isu Lembang tidak dibincangkan. Dari segi hartanah, ini suatu perkara yang sangat membimbangkan kerana ada usaha oleh Perdana Menteri sekarang dan Kabinet sekarang untuk menggadai semua kepentingan tanah besar di sekitar Wilayah Persekutuan atau Selangor milik Kerajaan Persekutuan. Saya ingin menasihatkan kawan-kawan, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, keputusan ini kalau tidak diteliti, akan menjahanamkan kepentingan negara kita.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Mana ada kerajaan di dunia yang dalam tempoh setahun akan menswastakan semua kepentingan, ratusan ekar tanah yang paling bernilai sekali gus kepada syarikat-syarikat kroni?
Ini dilakukan buat pertama kali.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Balik Pulau...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Belum pernah berlaku dalam sejarah kita.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit Yang Berhormat Permatang Pauh. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh menjelaskan bahawa sikap kerajaan di dalam memberi hak negara kepada Brunei. Saya ingin mohon penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh kerana saya lihat di dalam situasi yang lain contohnya di Indonesia, mungkin ada sebab-sebabnya yang lain.
Antara sebab yang telah menyebabkan pemimpin utama Presiden Habibi terkeluar daripada pimpinan ialah kerana dikatakan menyerahkan maruah Indonesia apabila sebahagian daripada Timor Leste itu telah terkeluar daripada Indonesia. Jadi hakikatnya, hukumannya itu amat berat. Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai sikap kerajaan pada hari ini.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Walaupun dari segi catatan sejarahnya itu ada pertikaian, di Blok L dan M, secara aman, unilateral, itu kita anggap kawasan kita. 15 tahun kemudian Brunei anggap kawasan dia, maka harus ada rundingan, harus ada muafakat, saya setuju. Paling minimum, joint development authority. Apa yang berlaku, kita serah semua. Dalam kes Timor Leste seperti yang kita tahu, itu dituduh dari awal, rampasan oleh Presiden Sukarno. Itu dipertikai dari sudut sejarahnya. Maka bila ada pemilihan secara bebas oleh rakyat menuntut kemerdekaan, keputusan kerajaan Indonesia bawah Presiden Habibi ialah untuk menerima suara rakyat Timor Leste.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
[Bangun]
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dari segi hartanah, kerajaan mengumumkan...
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Sebelum terlewat, tadi Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang mengatakan bahawa persetujuan pemindahan dari Tanjong Pagar ke Woodlands tidak dibawa ke Parlimen atau Kabinet sebenarnya. Jadi di mana kebijaksanaan dan kewajaran? Sepatutnya isu-isu yang tertunggak yang banyak itu dipakejkan perbincangan itu sekali. Jadi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh di mana kebijaksanaan kerajaan dan kewajarannya dalam membuat tindakan yang berasingan sedangkan isu-isu yang tertunggak banyak lagi? Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kewajaran keputusan pada ketika itu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir ialah pertama, melihat perjanjian dengan Singapura, penyelesaian semua perkara dalam satu pakej yang dianggap adil bagi Singapura dan adil bagi Malaysia. Kita setuju dengan pendekatan itu.
Keduanya, bila points of agreement itu dimeterai, dan sebaik saya ambil alih sebagai Menteri Kewangan, saya ditanya oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Menteri mengenai rekod. Saya tidak mempunyai rekod, maka saya minta daripada bekas Menteri Kewangan.
Bila saya bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu, beliau mengatakan paling maksimum beliau hanya bersetuju beri beberapa prinsip tetapi tidak melihat kepada perjanjian itu secara terperinci. Oleh yang demikian, saya diminta untuk mengemukakan kepada Jemaah Menteri. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa itu tepat iaitu kita bukan harus ambil pendekatan bermusuh, kita harus mencari persefahaman kerana Singapura negara jiran punyai sejarah yang sama dengan kita dan harus dianggap sebagai sahabat.
Akan tetapi yang menimbulkan kemusykilan kita kerana kemudian – untuk menyambung tadi, bila perkara itu difikirkan oleh Kabinet dan merasakan tidak secocok dengan hasrat Kabinet dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu, saya diutus untuk ke Singapura menyampaikan pandangan ini kepada Perdana Menteri yang baru, Perdana Menteri Goh Chok Tong menyatakan permasalahan tersebut dengan maksud mewakili pendapat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mencari penyelesaian yang baik tetapi tidak harus terikat dengan perjanjian yang kita tidak bersetuju atau memberikan ruang.
Akan tetapi apa yang berlaku sekarang, kita lihat dengan perjanjian terperinci, itu terlalu banyak menyerah, merugikan kepentingan kita.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya tidak mahu pada tahap ini melainkan kalau ditanya oleh Ahli Yang Berhormat Menteri Luar atau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya boleh memberikan pandangan saya tentang perkara ini. Tentang beberapa perjanjian terperinci yang melibatkan juga Marina Bay dan Woodlands dan tentera laut, ada beberapa hal yang sedemikian.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Akan tetapi, pada keseluruhannya saya tidak melihat ini hanya sebagai percaturan politik. Apabila mari soal national interest, blog L-M, soal dengan Singapura, kepentingan kita ialah berdamai dan baik dengan apa cara yang mungkin. Akan tetapi, yang saya pertikai ialah perjanjian yang dibuat secara mudah dengan cepat, dengan gopoh, hendak selesaikan semua perkara termasuk merugikan kepentingan kita kerana jumlah tanah dan kepentingan kita itu yang kita pertahankan selama ratusan tahun. Ini yang saya musykilkan dan saya masih tidak faham mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil sikap yang sedemikian dan secara gopoh menyerah kepentingan itu kepada Singapura.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ya. Terima kasih. Yang Berhormat Indera Mahkota atau Yang Berhormat Rembau.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Yang Berhormat Rembau.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rembau. Sila.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, tadi beliau enggan menyatakan secara terperinci maklumat yang merugikan negara mengenai perjanjian atau pun persetujuan yang telah dimeterai antara kerajaan kita dengan kerajaan Singapura.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Akan tetapi, saya rasa elok Yang Berhormat terangkan. Contohnya tadi diterangkan soal nilai tanah. Ini kerana kita percaya bahawa apa yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia adalah satu persetujuan yang tidak merugikan kita dari segi nilai tanah yang kita dapat sebagai timbal balas kepada Stesen Kereta Api di Tanjong Pagar. Jadi, perkara ini telah diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah diterangkan oleh kerajaan. Sekiranya Yang Berhormat ada spesifik secara terperinci dan bukan hanya statement yang umum, yang general yang menuduh kerajaan tanpa apa-apa fakta yang – bukti yang sebenar. Saya rasa perkara ini tidak boleh dipakai. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Kita harus melihat ini setelah meneliti points of agreement keseluruhannya. Ia melibatkan persefahaman untuk mengekalkan facility minima tentera laut dan kemudahan baru di Woodlands dan kepentingan tanah di Tanjong Pagar yang besar. Mana-mana perjanjian itu walaupun diikut dari segi nilai tanah, Yang Berhormat tahu bahawa dalam perjanjian awal dengan KTM, itu kekuatan kita itu mutlak iaitu selagi kita teruskan kereta api ke Tanjong Pagar, tanah itu tetap milik kita.
Oleh sebab itu, pendirian Kabinet pada masa itu ialah menekankan program pembangunan yang kita tentukan kerana tanah itu tanah milik kita. Kalau urusan teknikal tentang KTM, kita boleh memilih untuk meneruskan sampai bila- bila walaupun perjalanannya itu sekali seminggu sahaja kereta api. Itu yang saya bangkitkan.
Saya ada membuat kenyataan awal tentang perkara ini dan boleh Yang Berhormat rujuk dan saya bersedia untuk meneruskan dengan isu ini malah di dalam Pakatan Rakyat memang kita ada rencana untuk membawa penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sebenarnya masih longgar, belum detail. Kalau selepas dapat itu, kita telah pohon penjelasan terperinci dan kita sedia ulas berdasarkan apa yang saya ingat kerana yang saya lihat hanya points of agreement, selepas itu selepas tahun 1998, saya tidak punyai apa-apa maklumat baru.
Akan tetapi, saya setuju bahawa oleh kerana isu ini menyentuh kepentingan hubungan dua hala tetapi kepentingan negara harus perkara ini jangan dipadamkan begitu sahaja, harus dibahaskan terus.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
[Bangun]
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Ringkas sahaja, last point dalam perkara ini. Yang Berhormat pun tahu bahawa tanah KTM itu tidak boleh dibangunkan selain daripada stesen kereta api. Itu satu-satunya tujuan tanah tersebut. Jadi, kalau tadi disebutkan bahawa Tanjong Pagar itu boleh dibangunkan untuk perkara atau pun tujuan yang lain, tidak betul. Ini kerana sekiranya kita mengubah maksud dan tajuk tujuan tanah tersebut, maka tanah tersebut kembali kepada hak milik Singapura.
Yang Berhormat sendiri tahu bahawa sekiranya kita tidak membuat apa- apa kepada Stesen Kereta Api Tanjong Pagar, maka tanah itu menjadi dengan izin, unrealized asset, ia tidak ada apa-apa nilai. Apabila kita telah masuk ke dalam perjanjian untuk mencari tanah-tanah yang lain untuk dibangunkan, maka Malaysia untung dari segi nilai dan aset yang boleh kita monetize, dengan izin.
Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat Rembau telah membantu jawab. Ini ada strategik value tanah Tanjong Pagar dan kita bahaskan tentang asset value yang ditentukan oleh kerajaan Singapura. Soalnya, kerajaan Singapura perlu bangunkan kerana tanah sangat terbatas di Singapura. Itulah sebabnya mengapa dalam perjanjian itu kedua-dua ini harus diambil kira. Sekadar pemahaman saya melihat kepada keputusan Jemaah Menteri yang lalu, pendirian yang dibuat pada masa itu, cara kita menyelesaikan ini tidak kuat, tidak kukuh. Seharusnya kita gunakan strategi yang lebih baik atau pun tuntutan yang lebih baik sebab Singapura perlu tanah ini untuk dibangunkan dan kita juga tidak harus menghalang, kita harus facilitate untuk Singapura bangunkan bersama. Akan tetapi, tanah ini tanah milik kita walaupun katanya khusus untuk KTM.
Jadi, maknanya potential aset itu ada tetapi sekarang ini tanah itu tanah milik kita dan tidak boleh kita serahkan dengan mudah. Ya lah walaupun ada 60:40 sekarang ini...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Sedikit penjelasan tentang tanah Tanjong Pagar itu. Terima kasih. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, perlu penjelasan. Saya rasa isu ini adalah isu yang berlarutan lama. Tanah kereta api, mungkin ada juga pangkalan di Woodlands dan sebagainya.
Akan tetapi, apa yang kita perlu ialah satu ketulusan daripada kerajaan Barisan Nasional sebab selalunya Singapura menentukan bahawa penekanan dari aspek pakej, bukan satu-satu. Jadi, apabila kerajaan Malaysia sudi untuk menjual Tanjong Pagar dan diterima oleh kerajaan Singapura, kita perlu tahu apakah konsesi-konsesi yang lain dibuat sama ada konsesi-konsesi ini menguntungkan Malaysia atau ini menguntungkan Singapura sahaja?
Apabila lawatan saya ke Singapura baru-baru ini, mereka gembira bahawa ini adalah satu kejayaan. Akan tetapi, pihak Singapura pun kata mereka tiada ketulusan. Apa sebenarnya terjadi? Perlu sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sambung sedikit sahaja.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. Yang Berhormat Batu Kawan beri penjelasan yang saya kira tepat kerana sehingga sekarang, walaupun ada kenyataan umum oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, belum dijelaskan secara terperinci. Apa yang hendak dirahsiakan ini? Apa dia? Kita berunding puluh tahun, kalau betul penyelesaian itu menguntungkan kedua-dua pihak, kita ucap tahniah. Akan tetapi, sekarang ini ia shrouded in mystery. Itu yang pertama.
Keduanya, dari segi maklumat kerana kebetulan tentang points of agreement itu saya punyai maklumat dan saya pernah terlibat dalam rundingan, pada fahaman saya ia tidak menguntungkan kita.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sambung sedikit Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Bukan dipertikaikan keperluan untuk kita menyelesaikan masalah itu. Persoalan yang menjadi pertikaian adalah kenapa ia tidak dilakukan dalam pendekatan yang transparent, bertanggungjawab?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Justeru kerana yang – kita memang banyak hutang sudah. Hutang terlalu banyak, memang hendak bayar ini, we have come out to RM362 billion hutang awam. Jadi persoalannya, apakah kalau dilakukan dan dipertanggungjawabkan di sini paling tidaknya di Parlimen ini dalam bentuk, dalam pendekatan yang pakej, yang keseluruhannya kerana kita perlu monetize our asset. Betul! Akan tetapi, tidak dengan cara yang penuh dengan yang diistilahkan tadi shrouded in mystery.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ini kerana ia sudah banyak kali perkara ini berulang dalam Blok L dan M pun begitu. Apakah ia akan berterusan, Ketua Pembangkang dalam hal seperti ini? This is very bad governance dan akhirnya kita akan kata nanti, it is only a bad investment. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya akan sambung. Namun apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor sebentar tadi iaitu masalahnya itu masalah tidak ada ketelusan. Ini menimbulkan pertanyaan dan kalau kita mahu ulas panjang, kita berdasarkan maklumat umum. Akan tetapi setakat pemahaman saya pendirian Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar saya arif betul. Ini kerana dokumen- dokumen itu baik soal Batu Putih dan Pulau Ligitan, soal Tajung Pagar, dan beberapa rundingan awal dengan Brunei itu saya teliti betul. Saya ucapkan terima kasih kerana saya kira tahap persediaan pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar itu cukup membanggakan. Oleh sebab itu, saya agak aneh apabila benda ini di bulldozed sebegitu rupa.
Tan Sri Dato’ Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memudahkan perbincangan kita pada masa hadapan.
Boleh atau tidak Kerajaan Persekutuan menerangkan gross development value? Perbandingan antara yang dilakukan di Tanjung Pagar dengan pendapat di sini. Ia tidak hanya berasaskan tanah kosong, tetapi berasaskan gross development value. Demikian, untuk perbincangan kita pada masa hadapan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih, itu cadangan bersama kita.
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya mahu sambung kerana...
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Minta celah sikit.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Mahu ‘jual’ apa pula ini?
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tidak, saya...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tadi terdengar di luar Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang “cabar yang lompat”, perkataannya. Konon ambil RM2 juta. Saya di sini pertama kali...
[Dewan Riuh]
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya sahut cabaran itu, saya minta beliau sebut di luarlah. Itu pertama. Bukti-bukti oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ini seperti bukti 16 September, seperti bukti...
[Dewan Riuh]
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Bukit Lanjan. Saya minta penjelasan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Okey, terima kasih.
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Jadi...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Jikalau main cakap sahaja mahu cabar...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih.
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Mahu tunjuk hero, mahu cabar, dan mahu terbukti kononnya ada, tolong. Saya cabar.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Okey, terima kasih banyak.
[Dewan Riuh]
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya minta.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak mengapalah, jawablah.
[Dewan Riuh]
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Tahniah, kereta baru...
Seorang Ahli
Alhamdulillah.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
...Rumah elok. Semua tahniah.
Beberapa Ahli
[Tepuk] [Ketawa]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Semua orang tahu. Satu Pulau Pinang tahu kereta apa yang dia pakai...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Kuasa Ketiga Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Semua orang tahu dan tidak usah masalah. Okey, saya beritahu keterangan, saya buat ucapan di luar dan bukan dalam Parlimen tentang orang ambil wang ini dan dokumennya. Saya tidak perlu ulang di luar. Saya sudah sebut di luar.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tunggu sahaja masanya.
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tidak. Saya cabar bukti.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Okey.
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Jangan berbohong seperti 16 September...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sudah ambil tidak perlu cabar.
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Seperti Bukit Lanjan. Tunjuk gambar dia.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua minta katak ini duduklah.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Boleh saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua?
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Jangan bercakap tanpa suka-suka.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua?
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Bini baru! Bini baru!
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya minta beliau menjelaskan dan beliau minta cabar, saya cabar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Mana kena dengan undang- undang ini?
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan habiskan masa dengan ini.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya telah berikan keterangan pada waktunya saya akan keluarkan maklumat orang perantaraan yang menyediakan berjuta ringgit kepada orang-orang yang lompat dan saya ulang di Parlimen saya akan keluarkan kenyataan pada ketika itu.
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Tidak perlu ulang lagi.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
I decide...
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya minta dia sumpah di sini...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya.
Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Kata kita ambil duit.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya! Apa pula?
Seorang Ahli
Ya Allah! Dia ini apa benda undang-undang ini?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, teruskan. Sila.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Baik, terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sudah biar...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
...dan dibiar katak-katak ini panas.
Seorang Ahli
Hah! Duduk katak.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Soalan lain.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua.
Saya terangkan tadi Tajung Pagar dan Brunei. Saya hendak sambung di sini tentang tanah 3,000 ekar di Sungai Buloh dan tanah tentera udara Sungai Besi. Ini adalah di antara plot hartanah paling berharga di Kuala Lumpur yang belum dikomersialkan. Siapa yang dapat durian runtuh ini? Sebelum ini kita tahu YTL, Tan Sri Francis Yeoh dan kumpulannya mendapat hak mengambil alih dan membangunkan tanah kerajaan di Sentul tanpa proses tender terbuka. Apa kepentingan penduduk di situ, majoriti Melayu dan India?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak bolehkah kita berikan jaminan? Ini kerana orang-orang ini termasuk di antara yang ada kelayakan Melayu dan India di situ dapat dibangunkan. Tidak bolehkah dia ada kepentingan? Semua mahu perlu sapu untuk dua tiga syarikat yang sama. Lihat Kampung Baru, apa yang dibuat oleh Kampung Baru? Diserahkan 60-40. Ia diumumkan begitu sahaja. Akan tetapi Kampung Baru berbeza. Ini kerana penduduk-penduduk Melayu Kampung Baru sekurang-kurangnya punyai tahap kesedaran yang tinggi. Dia cabar dan bantah, maka kerajaan berundur. Jadi saya harap kawan-kawan kita di tempat seperti Sentul juga mengambil pendirian yang sama. Jangan mengalah kepada tauke-tauke dua tiga kerat dan mengambil kepentingan yang besar. Kemudian, kita lihat sekarang ini selain daripada Sentul tadi, YTL mengumumkan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Nilai...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Indera Mahkota dari tadi berdiri...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
...Nilai pembangunan itu.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sebentar.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sebentar, Yang Berhormat Indera Mahkota kerana Yang di-Pertua sudah beri kesempatan saya mesti berakhir sebelum pukul satu.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya sebenarnya sebelum diganggu oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi, saya sebenarnya hendak bertanya berkenaan dengan menghidupkan semula konsep penswastaan. Nampaknya seperti kegilaan sekarang ini mahu menggadaikan aset negara ini - nampak seperti mahu menghidupkan semula konsep penswastaan itu masa dahulu telah dilaksanakan begitu massive sekali. Saya lihat tiga aset utama yang paling berharga tadi memang dibuat dengan cara melalui konsep ini juga. Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh? Nampak gaya elemen penswastaan ini dihidupkan semula. Lagi sekali kita melalui zaman di mana kroni dihidupkan dan juga pemberian projek-projek seperti ini memang sekali lagi dilihat sebagai aktiviti memunah-ranahkan khazanah negara.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. YTL ini bukanlah syarikat RM2.
[Ketawa] YTL ini syarikat besar.
Seorang Ahli
Itu Yang Berhormat Bayan Baru.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Walaupun ia syarikat besar bukan syarikat-syarikat RM2, tidak boleh kita serahkan begitu. Berapa?
RM7 bilion JDV nilai pembangunan kasar 7,000 unit perumahan dan komersial.
Daripada 7,000 unit bagi orang Sentul - Melayu, India, dan beberapa Cina di situ 800 unit sahaja diperuntukkan bagi perumahan mampu milik bukan perumahan rakyat termiskin walaupun di Sentul ramai penduduk berpendapatan rendah. Jadi apa? Rakyat mana yang didahulukan? Vincent Tan? Francis Yeoh? Atau Tan Sri T. Ananda Krishnan didahulukan?
Jadi, model ekonomi menguar-uar tumpuan membudayakan amalan tender terbuka tidak berlaku. Kita lihat Sungai Besi, secara spontan diberikan kepada Konsortium 1Malaysia Development Berhad dan Malton Berhad. Siapa dia? Seorang bernama Jho Low yang dianggap sebagai quote dalam laporan New York Post “Lelaki misteri yang membelanjakan wang besar di kelab-kelab malam di New York” [Tepuk] dan Malton Berhad syarikat berkait dengan Dato' Desmond Lim.
Kemudian, untuk mengesahkan perkara ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masukkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk dijadikan sandaran seperti mana juga dalam kes Commission Scorpene. LTAT itu beliau letakkan supaya orang nampak, Oh! Ada kepentingan bumiputera di situ.
Plot hartanah tapak Penjara Pudu itu dipindah kepada UDA - 90-an. Dengarnya ura-ura mahu dipindahkan semula kepada Tan Sri Vincent Tan.
[Dewan Riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya minta penjelasan dalam perkara ini. Senarai harga kerajaan begitu banyak dipindahkan begitu rupa. Sebanyak 52 projek berimpak tinggi - RM62.7 bilion, lima kali ganda lebih mahal daripada projek-projek yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini termasuk pengurusan kerajaan tempatan mengambil alih pengendalian sampah, konsesi yang menimbulkan banyak masalah juga. Sebanyak tujuh konsesi tol yang baru dan tujuh loji penjana elektrik, yang lama pun perjanjiannya tempang belum diselesaikan. Projek penswastaan, satu syarikat lain yang juga dipertikaikan yang melibatkan kepada Web Power. Kontrak menyediakan 31 buah helikopter disewakan 30 tahun kepada PDRM, kos sewaan RM400 juta setahun tempoh 30 tahun, sewa helikopter polis kepada Web Power yang khabarnya melibatkan V.K. Tan sebanyak RM12 bilion. Saya harap prestasi kerajaan Pakatan Rakyat mempertahankan proses tender prosedur diteladani oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, Petronas kerana kedudukan strategiknya, Petronas dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh mengunjurkan hasil bukan cukai mencecah RM57.9 bilion pada 2015 berbanding anggaran RM50 bilion 2010, penyumbang terbesar dari Petronas dalam bentuk royalti dan dividen. Oleh yang demikian, pengumuman terkini tentang rizab petroleum oleh Petronas cukup membimbangkan dan hal ini harus ditangani walaupun tidak disentuh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Ini kerana sejak 1991 Petronas strateginya adalah menumpukan perhatian kepada aktiviti huluan di dalam negara dan sejak 1991 Petronas melaksanakan dasar penglibatan secara aktif di luar negara memandangkan rizab minyak terhad.
Akan tetapi hal ini nampak berganjak sedikit terutama setelah pengunduran tiga bulan lalu secara mendadak Tan Sri Hassan Marican. Apakah percaturan baru ini? Percaturan baru ini juga membimbangkan kerana tidak semena-mena Petronas menumpukan aktiviti dalam negara semata-mata. Ini akan memberikan satu pulangan dan faedah besar kepada syarikat-syarikat besar tempatan. Siapa yang mempunyai, mengendali syarikat-syarikat besar tempatan
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
ini? Bumi Armada - Tan Sri Ananda Krishnan, Kencana Petroleum - Dato’ Mokhzani Mahathir dan Kumpulan Scomi - Datuk Kamaluddin Abdullah. Kita tidak mempertikai keupayaan ataupun penganugerahan tender secara terbuka tetapi yang kita pertikai ialah strategi menumpukan kegiatan aktiviti dalam negara dan mengurangkan kegiatan cari gali di luar negara. Jadi peralihan mendadak polisi dan strategi Petronas itu harus jelaskan.
Baru-baru ini kita difahamkan sekali lagi CIMB dilantik menjadi perunding khidmat penyenaraian Kumpulan Petrokimia Petronas. Ini penyenaraian terbesar dalam sejarah Bursa Malaysia. Yuran khidmat penyenaraiannya juga amat besar.
Bagaimana kita boleh teruskan dengan ketelusan tanpa campur tangan politik.
Tuan Yang di-Pertua, kita tekankan bahawa pembangunan Malaysia ini harus diberi jaminan kepada semua kaum. Akan tetapi kita tidak boleh nafikan bahawa sebahagian besar masyarakat Melayu dan Bumiputera, kawasan pendalaman masih terpinggir dan tersisih. Sebab itu kita mencadangkan pendekatan yang lebih berani memacu pertumbuhan melalui tender terbuka, memberikan kepada yang mampu dan layak di samping mengekalkan dasar alphabetic action berdasarkan keperluan yang juga diulang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya dalam dasar tetapi tidak dalam pelaksanaan.
Pada kala kerajaan cuba membangun kelas usahawan yang mampu bersaing, persoalan perkauman masih tetap dibawa seolah-olah kita mahu beberapa bilionair Melayu untuk menyaingi bilionair bukan Melayu. Saya kira yang penting ialah keupayaan, peluang, equal opportunities yang harus ditekankan. Ini kerana kalau tidak yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak yang diumpan dengan pelbagai cadangan yang indah khabar dari rupa. Akan tetapi kontrak masih berlegar di kalangan beberapa orang yang sama. Kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebagai pulangannya, gantinya kita akan lantik beberapa orang Melayu atau Bumiputera di beberapa jawatan pengurusan tertentu. Apakah setelah 30-40 tahun Dasar Ekonomi Baru setengah abad merdeka yang Melayu ini hanya layak diletakkan beberapa jawatan itu sahaja.
Yang penting ditekankan di sini ialah peluang yang saksama dan projek yang diberikan dengan kos yang baik dan pulangan yang baik melalui tender dan menjamin penyertaan semua kaum dalam kegiatan dan tidak memilih bukan atas nama bumiputera, pun saya tidak setuju kerana bunyi sahaja bumiputera tetapi kalau kita lihat penggadaian tanah-tanah keliling Wilayah Persekutuan ini semua kepada kroni sahaja. Jadi sebab itu, pendekatan ini gagal selama tiga dekad. RM2 bilion daripada RM58 bilion yang kekal di tangan berdasarkan saham yang dibicarakan, saham bumiputera.
Ini juga persoalan yang dibawa oleh Profesor Dr. Mohamed Arif bekas Pengarah Eksekutif MIER, bahawa kita harus membuka mata terutama apakah pendekatan paling baik yang boleh menjamin kedudukan dan keselesaan golongan Melayu dan bumiputera terutama kelas menengah dan berpendapatan rendah. Terutama kerana setelah tiga dekad pelaksanaan DEB, 75% lebih keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM2,000. 75% yang mendapat RM2,000 ke bawah adalah Melayu dan bumiputera. Sebab itu kita lihat dengan kesal mengapa beberapa negeri di anak tiri. Lebuh raya Pantai Timur, terhenti di Kuala Terengganu seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maknanya utara Terengganu dan Melayu Kelantan dihukum dan ditinggalkan walhal, majoritinya juga Melayu. Ini tidak termasuk juga isu royalti minyak Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak yang masih belum terurai. Sebab
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
itu kita bantah keras sikap prasangka ini sehingga nama Lembah Kelang pun mahu dipadamkan digantikan dengan Greater Kuala Lumpur.
Empat perkhidmatan utiliti elektrik, air, lebuh raya jalur lebar mesti disediakan dengan kos yang murah dan berkesan. Lebih-lebih lagi untuk menjamin kemudahan dan keselesaan bagi kalangan yang berpendapatan rendah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam pendekatan ini saya telah minta supaya kita tidak terikat dengan pendekatan yang jumud yang usang. Ini termasuk Rancangan Malaysia lima tahun yang diperkenalkan dahulu dalam keadaan kita baru merdeka. Rancangan Malaysia Lima Tahun ini sebenarnya adalah ciplakan dari pendekatan negara-negara berhaluan kiri termasuk negara komunis yang dibesarkan pertamanya oleh Lenin dan ada kebijaksanaan di peringkat awal. Akan tetapi melihat kepada beberapa Rancangan Malaysia kebelakangan ini nampaknya kita sudah ketinggalan landasan, sama sekali lari daripada matlamatnya dan angka dan unjurannya sekali. Oleh sebab itu saya pohon keberanian seperti mana yang saya ungkapkan penerangan Ibnu Khaldun dan Keynes dari awal supaya kita melihat kepada kenyataan dan fakta dan unjuran yang lebih realistik.
Kecanggihan ekonomi kita telah banyak berubah dan oleh yang demikian kita tidak harus terperangkap dalam ekonomi nilai pertengahan yang bergantung pada faktor kecekapan. Kita perlu inovasi untuk melonjak terus.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Model Perancangan Ekonomi secara besar-besaran dan berkala adalah lebih baik dan berkesan apabila ekonomi kita masih banyak bergantung kepada penghasilan sumber negara kerana persoalan utama masih persoalan agihan sumber yang adil. Maka pada semangat ini cabaran kita adalah suntikan modal akal bukannya wang ringgit atau galian semata dan ini berkaitan dengan cara dan kaedah kita mengurus pentadbiran yang adil dan saksama. Ini melibatkan beberapa institusi pokok negara termasuk perjalanan Parlimen, pilihan raya yang bebas, badan kehakiman yang bebas, dan polis yang lebih profesional dan cekap.
Oleh sebab itu saya berpendapat, pendekatan perancangan ekonomi berkala yang besar, yang ada di kerajaan dan diperturunkan kepada rakyat dan swasta tidak lagi sesuai kerana ia tidak kondusif dan kita tahu sudah sampai tahapnya di mana kesepakatan dan muafakat di antara sektor awam dan swasta harus dipertingkatkan. Maknanya Rancangan Malaysia adalah rancangan bersama oleh pemerintah dan sektor swasta, serta rakyat. Maka, wajar kita mengkaji semula keseluruhan pendekatan perancangan ekonomi, menyemaknya supaya perencanaan ini lebih telus dan sesuai dengan iklim ekonomi sosial negara kita.
Akhir sekali sebagai renungan, kita peru kembali bahawa matlamat asal dan tertinggi apa-apa pentadbiran ekonomi adalah untuk mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama. Penswastaan dan kronisme merampok kekayaan yang begitu rupa, menggadai semua aset negara dalam tempoh satu tahun. Ini suatu tindakan yang kejam, ganas dan zalim kepada rakyat dan negara. Percayalah, tanpa kecuali, cara kita memutuskan beberapa tindakan terakhir dan saya ucapkan tahniah kerana ada juga beberapa negeri dikuasai di Barisan Nasional khususnya di Johor dan Sarawak nampaknya membantah sikap rakus pro judi yang dipertahankan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
[Tepuk]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya mendengar dengan tekun perbahasan Yang Berhormat Permatang Pauh berhubung amalan judi dan juga kelulusan lesen pertaruhan judi yang dibuat oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tetapi, sebentar tadi, bekas Perdana Menteri di Kuala Terengganu pagi ini, Tun Dr. Mahathir membuat kenyataan mendukung Kerajaan UMNO meluluskan lesen judi ini. Alasan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir ialah lesen judi ini perlu untuk masyarakat Cina meneruskan amalan judi dalam negara kita.
Jadi, ingin saya dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, bagaimana seorang Presiden UMNO, bekas Perdana Menteri yang sekarang memimpin Perkasa atas nama Melayu, atas nama Islam boleh membuat kenyataan terbuka mendukung kelulusan lesen pertaruhan judi sukan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini. Apa penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih kerana kenyataan bekas Perdana Menteri itu membantu kita menjelaskan pendirian UMNO dalam soal judi dan arak. Oleh yang demikian, saya tidak perlu komen lebih daripada itu dan kita hanya berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan negara kita selamat...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Penjelasan.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
...Daripada pemborosan, kecurian dan perompakan yang begitu besar dan...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
[Bangun]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Yang Berhormat Ledang, saya kata okey. Johor saya kata okey sudah.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Saya hendak tanya. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sebenarnya saya pun tidak suka judi. Cuma saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh. Malah saya menentang judi, semalam sudah terzahir. Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, bagaimana kalau kita sarankan supaya pihak polis, kastam dan sebagainya lebih fokus kepada soal jenayah, soal ragut, soal bunuh, soal rogol dan sebagainya. Lupakan soal judi-judi haram ini. Makna kita forget judi haram. Lupakan. Biar ia berlaku tetapi polis lebih fokus kepada jenayah- jenayah ragut, rogol dan sebagainya supaya ini yang terutama daripada berbincang soal judi. Kalau judi itu haram itu berleluasa, itu soal lain. Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya sudah tadi, puji keputusan Johor yang baik. Saudara buat kenyataan itu, lagi kelirulah. Judi ini - yang haram itu, jelas haramlah. Sekarang ini pula kekuatan kita dalam beri penghujahan, apabila kelompok bukan Islam sendiri menyatakan cabutan 12 kali itu sudah melampau batasnya dan kemudahan baru itu memasukkan judi sampai setiap corong televisyen rumah, kalau tonton bola sepak ini sudah menjadi satu keadaan yang punah ranah. Oleh yang demikian, jangan kita ringankan. Ada hikmah dari kebijaksanaan Allah SWT mengharamkan judi ini. Oleh yang demikian, kita pohon polis, tuntut polis tegas dalam tindakan judi, apabila dia tegas, halal pula sudah judi dan membanteras semua jenis jenayah di negara kita, elakkan rasuah, dan elakkan kerjasama dengan tokok-tokoh seperti VK Tan kerana dia akan melemahkan fungsi profesionalisme polis ini.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya rasa Yang Berhormat Ledang ini beliau tidak faham bahawa masalah jenayah ini dengan masalah judi ini ada hubung kait.
Walaupun judi haram itu, takkan kita hendak cakap kepada polis, “Okey polis, judi haram tetapi, jangan ambil apa-apa tindakan”. Itu lebih kurang menghalalkanlah.
Apabila orang terlibat...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Lebih fokus, tindakan lebih fokus.
Fokus.
Tuan Haji Khalid bin Abd.Samad - Shah Alam
Fokus, maknanya tidak nampaklah. Kalau out of focus itu makna tidak nampak. Apabila benda itu out of focus, dia nampak kabur sahaja. Macam orang pakai cermin mata power tidak betul, out of focus lah, lalu hendak tangkap tidak boleh...
[Disampuk] Juling itu lainlah.
[Ketawa] Kalau judi ini berlaku, hasil daripada judi ini maka jenayah akan bertambah kerana orang hendakkan duit. Benda ini ada hubung kait. Kita tidak boleh kata, “Lupakan judi”. Nombor satu.
Nombor dua, saya rasa persoalan bekas Perdana Menteri ini bercakap bagi pihak masyarakat Cina khususnya, saya rasa ini merupakan satu perkara yang tidak wajar untuk memberikan satu gambaran bahawa bangsa Cina dan orang yang bukan Islam ini kaki judi dan sebagainya, dan kita luluskan oleh kerana kepentingan mereka. Kalau tidak ada judi, mereka mungkin kemaruk, matikah apakah. Ini satu kenyataan yang tidak wajar, dan bagi saya menghina kaum-kaum dan agama-agama yang lain. Lalu saya rasa benda ini perlu diperbetulkan juga.
Saya mengharapkan bahawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang mengakui diri mereka mewakili semua kaum, dengan semangat 1Malaysia dan sebagainya patutnya sanggahlah sedikit kata-kata Tun Dr. Mahathir ini.
Ini kita harap kata-kata seperti ini tidak dibenarkan berleluasa dan setakat yang kita nampak, yang pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dan parti politik Cina itu sendiri pun sudah membantah. Ini kita pula hendak mempertahankan atas nama mereka sedangkan parti-parti yang mewakili kaum mereka sendiri pun sudah membantah. Saya rasa itu satu perkara yang perlu diperbetulkan. Terima kasih.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat soal judi bagi kita jelas, bukan untuk dibahaskan lagi dan orang-orang Islam terutamanya, kalau turut pertahankan judi, arak, rasuah jenayah ini saya rasa patut disisihkan, tidak payah dengarlah. Begitu juga kepada ustaz, ustazah UMNO pun adalah pendirian sedikit, jangan dok takut tidak tentu arah, sokong judi pun. Saya harap mudah-mudahan pengalaman kita membicara ini dapat pengajaran. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat dan dalam memberikan ruang kepada saya dalam berhujah dalam RMKe-10 yang tempang kerana masih mempertahankan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan menggadai aset negara yang penting di sekitar Wilayah kepada tauke-tauke dan kroni mereka...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya hanya hendak tanya tentang selain daripada perkara judi yang telah pun dibincangkan dengan begitu teliti oleh Yang Berhormat tadi, ialah tentang saham RM52 bilion yang telah di hijack atau telah dilesapkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang sepatutnya diberikan kepada golongan bumiputera dan juga golongan Melayu tetapi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa keengganan Barisan Nasional dan UMNO untuk menjalankan satu siasatan, termasuk Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas skandal yang begitu
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
besar ini menunjukkan bahawa akhirnya menindas golongan bumiputera dan Melayu sendiri datangnya daripada Barisan Nasional.
[Tepuk]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Setuju Tuan Yang di- Pertua. Sepatutnya ada satu kajian menyeluruh. Ini soal pengkhianatan kepada bumiputera oleh pimpinan Melayu sendiri bahawa sebahagian besar daripada saham dilonggokkan kepada beberapa orang dan kepentingan rakyat banyak tergadai. Sepatutnya apa takut? Buka sahaja ada suruhanjaya bebas, siasat siapa yang ambil. Menteri mana, bekas Menteri yang mana yang ambil saham? Kalau saya ambil, hukum saya tidak ada masalah.
[Tepuk] Kalau saya ambil satu saham bumiputera, ambil hukum tetapi, untuk menutup setelah puluh bilion dirompak, ini satu kesalahan besar, jenayah besar. Saya minta kerajaan jawab dan wujudkan suruhanjaya, siasat siapa curi, rompak saham bumiputera selama ini. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nampak memang ramai Ahli Yang Berhormat yang akan berucap untuk membahas RMKe-10 ini.
Jadi untuk berlaku adil kepada semua, mulai daripada tengah hari nanti, kita hadkan masa kepada pembahas untuk setengah jam sahaja supaya ramai yang dapat turut bahas dan bagi rakan-rakan yang kuat mencelah itu, tolonglah control diri sendiri oleh kerana kadang-kadang kawan berucap ini terganggu dalam ucapan. Jadi sebelah tengah hari nanti saya beri peluang kepada bagi pihak Barisan Nasional. Jadi sesiapa yang berminat untuk berhujah itu buat persediaan.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita tempohkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang.
Tuan Yang di-Pertua
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat tadi telah dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua bahawa Ketua Pembangkang diberi 90 minit dan ahli-ahli selepas itu 30 minit. Ya, sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Suasana pun semacam memihak dengan kita di Dewan ini. Macam lengang sedikit. Tidak tahu apa musibah yang berlaku. Ramai yang belum datang pada petang ini. Saya ingin turut membahaskan bajet Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Saya melihat bahawa pendekatan dan juga program perancangan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini banyak boleh dikira mendatangkan manfaat kepada negara dan kepada rakyat.
Kita juga melihat bahawa ada keunikan dan signifikannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini selama lima tahun dan bersambung pula dengan Rancangan Malaysia Kesebelas di mana rentetan negara kita dijangka menuju negara maju pada tahun 2020.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Negara maju kalau kita lihat sejarah negara-negara maju, ada kebaikannya dan ada keburukannya. Banyak juga yang mendatangkan musibah.
Contohnya di negara kita pada hari ini sebagai sebuah negara membangun walaupun pendapatan rakyatnya tidak begitu berpendapatan tinggi, tetapi kita masih boleh menikmati kehidupan yang lebih istimewa. Harga makanan, barang- barang bengkel woksyop, khidmat profesional masih boleh dibayar dengan kadar yang rendah. Kalau kita kaji negara membangun, negara maju seperti Australia yang kita lihat, bagaimana hendak jumpa doktor kalau tidak ada duit RM500 jangan jumpa doktor.
Di negara kita, masih ada doktor RM30 mahu dibayar. Jadi apakah kita sudah bersedia dalam semua keadaan yang sebegini ataupun belum ada perancangan-perancangan yang tertentu? Untuk menuju negara maju ini, memang satu yang diidam-idamkan oleh sesebuah negara dan rakyatnya. Akan tetapi kita harus melihat kekangan. Apakah kekangan yang saya maksudkan? Iaitu kekangan sistem penyampaian dalam negara kita ataupun delivery system kita masih lagi di tampuk yang lama. Persoalannya, inilah rasa saya yang membimbangkan seluruh rakyat negara ini, sebab kekangan itu. Apakah kekangan ini akan berterusan ataupun pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan, mengimplementasikan amanah ini, mereka boleh berubah dan melaksanakan apa juga yang telah diamanahkan sehingga kita boleh menjadikannya sebagai satu ikatan persetujuan bahawa kita bersetuju melaksanakan untuk kebaikan rakyat dan negara.
Dalam kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berterima kasih kepada kerajaan sebab melihat bahawa pembangunan wilayah yang seimbang di antara wilayah adalah merupakan satu keperluan untuk menuju negara maju dan saya sempat melihat berbagai-bagai perancangan yang telah dipelankan oleh kerajaan di kawasan pilihan raya saya iaitu seperti memastikan bekalan air bersih, memastikan rangkaian perkhidmatan elektrik luar bandar, melihat bagaimana masalah kemiskinan dapat ditangani dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kesempatan ini ingin saya memberi cadangan untuk program perancangan di kawasan pilihan raya saya. Saya mahu kerajaan kalau boleh dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini memberi peruntukan untuk beberapa batang jalan raya seperti jalan raya Kampung Balat, jalan raya Kampung Sungai Lokan, jalan raya Kampung Kuamut dan jalan raya Kampung Keramuak.
Ini sebab saya nampak belum pun ada kerak-keraknya untuk memberi peruntukan kepada beberapa batang jalan raya di kampung-kampung ini. Yang utamanya kepada saya dan saya ingin ulangi, walaupun saya telah sampaikan permohonan ini melalui EPU, tetapi saya ingin juga kalau boleh direkodkan di dalam Dewan pada hari ini iaitu supaya underground, under water cable, elektrik daripada Sandakan ke Kampung Tanjung Aru di mana 5,000 pengundi sehingga pada hari ini masih menggunakan tenaga elektrik dalam jangka masa lapan hingga 12 jam. Jadi, dengan 5,000 pengundi ini dan kerajaan rasa saya bersedia untuk memberi peruntukan ke arah memastikan bahawa rakyat di Kampung Tanjung Aru, Sandakan, Kinabatangan ini dapat menikmati bekalan elektrik yang begitu sempurna.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal penjualan EON Bank iaitu yang saya hairan dan keliru EON Bank ini sedang dalam jangka proses untuk dijual ekuitinya, sahamnya dan sebagainya. Ada dua bank yang berbeza iaitu Affin Bank di mana Affin Bank ini dimiliki oleh koperasi tentera dan juga Hong Leong Bank yang dimiliki oleh orang luar.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa yang menghairankan saya ialah kenapa Bank Negara seolah-olah, bukan lagi seolah-olah tetapi memihak kepada Hong Leong Bank dan memaksa EON Bank menjual ekuitinya kepada Hong Leong Bank. Saya terbayang bagaimana orang luar apabila dia memiliki saham ini, dalam setahun, dua, Hong Leong Bank akan jual pula saham ini kepada bank-bank asing yang lain. Maka akhirnya, kita tidak akan dapat menerima limpahan ekonomi di kalangan rakyat negara Malaysia kita. Justeru itu, saya menggesa Kementerian Kewangan menyelidik dan memanggil Gabenor Bank Negara, apakah yang sedang berlaku dalam pengambilan alih ekuiti EON Bank ini sehingga sanggup diberikan kepada Hong Leong Bank? Rakyat di bawah meminta saya tanya, kenapa prosesnya berlaku begini?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apakah kita tidak mengambil pengajaran di atas kesilapan-kesilapan yang telah kita laksanakan pada tahun-tahun yang sebelumnya? Ini kerana, akhirnya bank ini akan menjadi milik orang asing, milik orang lain dan kita hilang kawalan dalam merealisasikan impian kita untuk memastikan bahawa ekonomi kita senantiasa terjamin dan dipelihara.
Oleh kerana itu, sekali lagi saya ingin menggesa di sini supaya Bank Negara memikir dengan sebijak-bijaknya dan Kementerian Kewangan mengambil langkah-langkah yang baik apabila melihat kalau Affin Bank ini layak, ia membeli dengan harga yang sama, kenapa tidak diberi dia peluang untuk mengembangkan ekuitinya, mengembangkan perniagaan? Kenapa perlu kita sekat dan kita pula in favor ataupun berat kepada Hong Leong Bank ini iaitu bank berdasarkan ekuiti pemegangan orang-orang asing.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat bahawa langkah kerajaan untuk menghalalkan perjudian bola, bukan sahaja semasa musim Piala Dunia ini sebab setiap musim ada sahaja perlawanan bola sepak sama ada EPL kah, di Itali kah, di Spain kah, di seluruh dunia ada dan selama ini paling banyak bertaruh bola ini mengikut rekod yang dikeluarkan iaitu rakyat Malaysia. Satu tahun lebih kurang RM10 bilion hingga RM15 bilion penglibatan pertaruhan bola satu tahun dan ia tidak di legalize. Mereka berjudi secara black market ataupun pasaran gelap.
Kalau di refer Hansard, saya rasa saya telah ada mencadangkan kenapa tidak dibenarkan perjudian bola ini secara sah dan hari ini akhirnya kerajaan telah memutuskan iaitu memberi kebenaran. Apa yang dibimbangkan sangat oleh orang Islam? Ini kerana judi ini memang terang sama ada judi besar, judi kecil, judi bola, apa juga judi, ia memang diharamkan kepada orang Islam. Cuma, kerajaan menyediakan opsyen, penyediaan memudahkan rakyat Malaysia yang bukan Islam untuk berjudi. Berjudi bola, akhirnya duit itu dapat dikutip oleh kerajaan.
Saya tidak sehaluan dengan...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Penjelasan boleh?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak sehaluan dengan Yang Berhormat Shah Alam. Beliau kata seluruh pemimpin bukan Islam pun telah mengharamkan judi ini tetapi beliau tidak pula meminta Kerajaan PAS mengharamkan lesen arak. Kenapa double standard? Jadi ini sudah terang bukan orang Islam yang mahu berjudi tetapi memudahkan orang yang bukan Islam berjudi dan hasilnya boleh dikutip oleh kerajaan. Yang orang Islam, tidak perlulah bimbang sangat kecuali mungkin kalau dia main judi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bagi laluan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Balik Pulau dahulu.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kakanda Yang Berhormat Sri Gading, bagi Balik Pulau dahulu. Yang Berhormat Kinabatangan, saya memahami apa yang cuba diketengahkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Kita memahami sumber black economy banyak, bukan sahaja perjudian ini, pelacuran, banyak. Bukan perkara baru, malah kemungkinan lebih banyak daripada formal economy, dengan izin. Mungkin Menteri Kewangan boleh jelaskan perkara ini. Akan tetapi isunya, adakah logik sebegitu yang kita mahu bangunkan negara ini?
Maksudnya kalau di situ sumber ekonominya, maka kita legalizekan, kita sahkan kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan isu halal haram seperti dikatakan tadi, ia berkaitan dengan isu model pembangunan masyarakat dan juga isu apa yang dipanggil quality of life, kualiti hidup masyarakat kerana sumber perjudian itu tidak boleh dinafikan mendatangkan banyak masalah yang tidak sihat dalam masyarakat. Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan sebelum kita beria-ia bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan hari ini meluluskan lesen tersebut.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jawab sekali, jawab sekali. Tuan Yang di-Pertua, di petang-petang yang boleh menyebabkan mengantuk sebab malam tadi kita tengok Jerman belasah Australia, 4-0.
[Ketawa] Lainlah Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak, beliau tidak minat bola sepak. Beliau minat lain. Jadi mengantuk itu masih terbawa-bawa tetapi, musim bola ini, kalau kita mengantuk, maafkan sahajalah, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini berucap menghilangkan daripada mengantuklah ini?.
[Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Kinabatangan, saya rasa marah kepada parti pembangkang, marah betul. Dia kata UMNO menghalalkan judi. UMNO tidak pernah menghalalkan judi. Judi tetap haram. Macam juga kita tidak kata PAS menghalalkan arak walaupun Kerajaan PAS Kelantan telah mengeluarkan lesen 40 lebih premis arak. Kita pun tidak kata Kerajaan PAS Kelantan menghalalkan arak. Jadi tuduhan-tuduhan fitnah yang dibawa oleh parti pembangkang memburukkan UMNO ini saya tidak boleh terima.
UMNO tetap dengan pendirian, judi haram, arak haram, zina haram, riba’ haram, jelas, jelas. Jangan kita main politiklah tentang ini. Sebab itu macam saya kata, kita pun tidak kata Kerajaan PAS Kelantan menghalalkan arak, tidak. Ada maslahat-maslahat lain, macam mana?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kinabatangan, sambung belakang. Yang Berhormat Kinabatangan, Lenggong sekejap, sekejap sahaja. Dalam Muktamar PAS di Kelantan, usul yang dibawa oleh Pemuda PAS Kelantan berbunyi, “Mendesak Kerajaan Malaysia memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang- undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.” Bagus usul tersebut tetapi wakil dari Tambun, Pemuda PAS Perak mengemukakan cadangan untuk ditambah baik kepada usul berkenaan yang berbunyi, ”Supaya Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di negeri-negeri tertentu supaya juga tidak meluluskan apa-apa lesen baru selain menghentikan juga kegiatan-kegiatan judi di negeri- negeri berkenaan.” Malangnya, usul ini yang hendak ditambah baik ditolak oleh
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Apa pandangan? Adakah mereka hanya retorik dalam soal judi ini? Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Kinabatangan, saya pun hendak tambah juga, Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan setengah jam sahaja, Yang Berhormat ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit, penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin menjelaskan di sini bukan soal kepartian kalau pendirian saya ada persamaan dengan orang-orang tertentu atau pihak-pihak tertentu. Saya tidak bersetuju lesen judi bola ini diluluskan. Ini pendirian peribadi saya dan saya minta dan merayu kepada kerajaan supaya tidak meluluskan dan kalau telah meluluskan, harap ditimbang balik supaya ditarik balik kerana perkara ini selain daripada faktor yang telah dijelaskan, saya rasa tidak membawa apa-apa kebaikan.
Kalau kita hendak kutip duit, banyak cara hendak kutip duit, bukan daripada sumber ini. Kalau kita kata kita boleh kawal orang-orang Islam daripada terlibat, sekarang ini empat nombor ekor pun tidak terkawal, TOTO pun tidak terkawal. Walaupun kegiatan-kegiatan itu kononnya orang Islam tidak boleh terlibat tetapi terlibat juga. Jadi dengan sebab itu, saya tidak percaya, tidak yakin bahawa matlamat kerajaan sebagaimana yang disebutkan untuk menyelamatkan masyarakat daripada terjebak dalam kegiatan-kegiatan Ah Long, kegiatan- kegiatan sindiket boleh diatasi...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tunggulah. Ini perkara penting ini. Saya hendak cakap sedikit...
[Ketawa] Ini soal menentukan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
30 minit sahaja.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak beritahu Yang Berhormat Kinabatangan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat boleh berucap nanti.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Orang Melayu tidak menyokong, orang Islam tidak menyokong ini semua. Ingat! ingat! Jangan Yang Berhormat sokong.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey, okey.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kalau Yang Berhormat sokong esok, apa-apa terjadi kepada orang Melayu dan orang Islam, tidak menyokong perkara ini dan kerajaan akan tergugat, Yang Berhormat bertanggungjawab.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey, okey.
[Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sekian, terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey. Saya jawab dahulu tadi apa tadi...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yang Berhormat Kinabatangan satu minit, satu minit.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cukup, cukup.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Saya setuju dengan Yang Berhormat Sri Gading, satu minit. Saya hendak tambah sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sri Gading tadi saya ingat kalau kita hendak buat hukuman bahawa UMNO menghalalkan judi saya ingat keterlaluan tetapi, kita tengok fakta Tuan Yang di-Pertua, yang boleh meluluskan lesen judi ini bukan ketua kampung. Orang yang meluluskan adalah Menteri Kewangan. Menteri Kewangan siapa? Bukan Presiden PAS, Presiden UMNO.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Timbalan Menteri Kewangan siapa? Dua-dua UMNO. Satunya daripada Yang Berhormat Tambun satu lagi daripada Kelantan. Maknanya yang luluskan Presiden UMNO didukung oleh Bendahari UMNO di dukung oleh Majlis Tertinggi UMNO.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Itulah rumusannya persepsi rakyat bahawa UMNO yang menghalalkan lesen pertaruhan judi bola. Itu kenyataan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Sebab Ketua UMNO Cawangan tidak boleh bagi lesen.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah sudahlah Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
*This is my floor.
[Ketawa]*
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Hanya Menteri Kewangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Menyampuk]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey terima kasih.
Respons berbagai-bagai respons Tuan Yang di-Pertua. Cuma pada saya, saya pendirian saya berbeza. Kita hidup dalam negara majmuk ada orang Islam, ada yang bukan Islam. Jadi kita ini bukan kerajaan yang dicanang negara PAS negara Islam. Kita ini negara berbilang kaum. Apabila berbilang kaum maka kita kena hormati tuntutan kehendak kaum-kaum lain.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Akan tetapi orang masyarakat Cina yang menolak lesen ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini saya punya ucapan tunggulah ucapan tuan-tuan dan puan-puan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat tunggulah berucap Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat apa cemburukah?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Gerakan pun bantah hoh!
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak apa dia bantah, bantahlah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Maknanya orang Cina pun tidak suka.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini saya punya pendirian.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Orang Cina pun tidak suka.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kenapa lesen arak di Kelantan tidak dibantah?
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kenapa, kenapa di Kelantan tidak dibantah?
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bagi, bagi saya jawab?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Banyak tikus-tikus...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh saya jawab?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduk, duduk! Banyak tikus kacau, apalah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
You tanya, saya jawablah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi Tuan Yang di- Pertua saya merasakan bahawa ada keperluan kerajaan menyediakan kemudahan seumpama ini bagi orang yang bukan Islam. Orang Islam sudah clear jelas judi haram, arak haram, zina haram, apa mahu cari? Orang lain mahu berjudi. Sekarang ini tidak ada kita legalize maka mereka berjudi melalui black market. Wang mengalir kepada tangan orang lain.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tahniah, tahniah, tahniah UMNO.
[Ketawa]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya halal kamu kahwin kahwinlah apa salah tetapi, saya tahu Yang Berhormat Ipoh Barat tidak boleh kahwin. Beliau pertama takut bini, kedua tidak boleh.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Itu sudah selesai. Bab kahwin sudah selesai.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Beliau memang penakut punya.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Marilah mari pergi berjudi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Justeru itu saya berpendirian adalah menjadi kewajipan kepada kerajaan yang memerintah memberi kemudahan yang seimbang, yang saksama kepada kaum-kaum yang lain. Di Amerika dia buka, di Singapura dia buka, di United Kingdom dia buka, di Eropah dia buka. Tidak juga terserahlah. Siapa yang boleh berjudi mahu berjudi, berjudilah. Siapa yang tidak mahu apa mesti bising-bising?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bakal Timbalan Menteri Kewangan baru ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi ini pada saya sama ada menjadi atau tidak itu kerja Tuhan. Jangan ambil kerja Tuhan. Jangan mendahului kuasa Tuhan. Jangan takbur jangan bongkak Tuhan tidak mahu. Ikut saya punya cara biar kita sendiri sahaja.
Justeru itu saya bukan tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak, dengan mana-mana tetapi saya punya pandangan. Sebab saya juga mewakili rakyat di seluruh negara ini mereka meminta saya menyampaikan.
Supaya kita melihat keperluan ini perlu diadakan bagi masyarakat umat manusia di Malaysia yang bukan Islam dan mahu berjudi. Sebab sekarang ini berjudi rekod paling tinggi judi seluruh dunia rakyat Malaysia. Duit itu mengalir kepada orang lain. Justeru itu saya meminta kerajaan supaya melihat juga kebaikan ini. Bukan kita menggalakkan judi kalau boleh kita buat didikan di sekolah. Judi itu tidak baik tetapi bagi mereka yang sudah gemar apa kita hendak tahan pula. Daripada mereka berjudi secara haram lebih baik kita legalize perjudian dia. Sedangkan outlet pun tidak ditambah.
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Macam itu dadah bagaimana, dadah bagaimana?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Nanti saya sampai ke situ. You hendak dadahkah you nak dada? Kalau hendak dada you balik rumah.
[Ketawa]
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Pelacuran, pelacuran. Dua bini, dua bini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kenapa? Saya boleh!
You hendak berapa? Satu cukupkah?
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Oh tidak boleh. Jual beli ini bukan jual beli. You jual beli you punya bini, you punya pasal.
[Ketawa] Kalau you hendak jual you punya bini, you punya pasal.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
You duduk! Tidak ada penjelasan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Penjelasan, penjelasan. Mengenai perjudian...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak ada, tidak ada saya mahu sambung terus.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Sedikit, sedikit.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
You hendak jual apa pun, you punya pasal.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Bukan, bukan Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan campur saya punya urusan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat jangan marah- marah Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya juga ingin menyentuh...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Penjelasan, penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak, tidak.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat mengenai perjudian.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak ada, saya mahu sambung. Saya tidak ada masa sudah, banyak kacau sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada lapan minit sahaja lagi Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya. Banyak kacau sudah. Satu lagi yang kita lihat negara maju kena dilihat daripada pelbagai sudut.
Apakah kita ingin menuju negara maju dengan rakyat jelata dia menjadi penagih dadah? Rakyat generasi modal insan kita tidak lagi menjadi generasi insan yang ada kualiti, yang berpendidikan berpendirian tetapi menagih dadah. Saya lihat statistik menunjukkan penagih dadah di negara kita ini meningkat dari masa ke semasa. Fungsi pusat serenti tidak lagi boleh diambil kira sebagai satu pusat serenti yang boleh memulihkan imej mereka-mereka yang penagih.
Justeru itu saya memang tetap konsisten memperjuangkan sebab kita menghabiskan wang kepada dua perkara yang tidak penting iaitu penagihan dadah dan juga pendatang tanpa izin. Pusat serenti berapa kita belanja, berapa kita mahu buka? Saya ingin mencadangkan sekali lagi supaya kerajaan mengambil tindakan yang serius ke arah bagaimana kita menangani penagih- penagih dadah ini daripada terus meningkat dari masa ke semasa iaitu carilah satu pusat, satu pulau yang tidak mudah dihubungi supaya mereka di tempatkan di situ, pulih baru balik come inland ataupun tanah besar. Sebelum pulih tempatkanlah mereka di situ. Sebab pusat serenti saya telah buat kajian daripada seratus orang yang masuk yang pulih lebih kurang sepuluh orang, 90 orang jadi penagih balik. Mereka berulang-ulang sebab tidak ada pemantauan, tidak ada transparent, tidak ada komitmen mereka-mereka yang diberi amanah di pusat- pusat serenti ini.
Oleh kerana itu kerajaan perlu memandang serius soal ini. Di samping kita menjadi negara maju kita juga ingin pengisian negara maju kita itu dengan modal- modal insan yang berwibawa, berkualiti dan mempunyai kehidupan yang lebih bermutu tinggi daripada mereka menjadi pengisian dalam negara kita diisi dengan mereka-mereka yang menjadi penagih dadah, lemah longlai dan tidak ada hala tuju dia.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh iaitu mungkin ada kekeliruan. Saya berharap rakyat Malaysia termasuk pembangkang memainkan peranan ke arah bagaimana mengikut kajian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu apabila subsidi dalam negara kita ini berterusan sebegini. Maka kita dalam masa sembilan tahun kita akan berhadapan dengan satu krisis ekonomi seperti yang dihadapi oleh negara Greece iaitu hampir-hampir muflis. Isu ini telah di jaja oleh pembangkang-pembangkang dalam ceramah-ceramah di luar mereka bahawa inilah masanya kita mengambil alih kerajaan yang akan muflis dan kita perbetulkan. Sedangkan bukan begitu.
Jadi saya harap TV3, TV1 mana-mana siar ucapan saya ini iaitu rakyat jangan terkeliru dengan pembangkang dakyah dia. Kita tidak akan menjadi negara muflis kalau kita mengisytiharkan bahawa pendekatan untuk subsidi ini kita selarikan yang perlu kita bagi, yang tidak perlu kita kurangkan. Sebab ini merupakan wang rakyat juga. RM74 bilion satu tahun...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bagi rakyat muflis, bagi rakyat muflis...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
RM74 bilion. Jangan kacaulah! Inilah masalah. Mungkin beliau biasa di bawah pokok, beliau selalu lupa-lupa.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Standard Naib Presiden, standard Naib Presiden macam itulah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini masalah. Macam Yang Berhormat Kubang Kerian, beliau steady. Memang saya puji beliau sampai sekarang, beliau hebat itu saya bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ada dua minit lagi, Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, isu muflis ini bukan dibangkitkan oleh pembangkang, ia dibangkitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seorang Menteri yang dikatakan berwibawa semasa di SHELL dahulu yang menjaga KPI, yang menjaga integriti. Jadi kalau beliau mengatakan negara ini mungkin muflis, jadi apa pertimbangannya. Minta penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya itulah sebetulnya.
Beliau betul, beliau buat kajian. Justeru itu dalam masa sembilan tahun ini kerajaan kena menggunakan pendekatan-pendekatan yang baik. Kalau kita kurangkan subsidi itu maka kita akan menjadi negara yang maju tahun 2020.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Rakyat yang muflis.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu ia punya tujuan.
Justeru itu peranan wakil-wakil rakyat, peranan wakil termasuk pembangkang memberitahu kepada rakyat bahawa apabila kerajaan memutuskan mengurangkan subsidi, jangan pula pembangkang yang batu api, buat demonstrasi sana, demonstrasi sini. Ini kononnya hak rakyat padahal apabila kita telah laksanakan ini, maka kita akan menuju satu gagasan negara yang tidak berkemampuan. Jadi ini peranan semua pihak. Saya rasa pembangkang pun perlu memainkan peranan ke arah itu. Jangan pula menjadi batu api menokok tambah
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
yang tidak ada jadi ada. Seperti yang berlaku di sekitar dua, tiga minggu ini saya dengar pembangkang ceramah sana sini termasuk Yang Berhormat Bagan. Ini tidak betul, sebetulnya kita sama-sama untuk memastikan rakyat bahawa menerima keputusan kerajaan iaitu subsidi ini perlu diorientasikan semula, perlu dikaji ke arah bagaimana yang tidak layak jangan diberi lagi sebab banyak pembaziran. Subsidi minyak petrol, minyak makan, gula dan sebagainya, sekolah semua subsidi. Mana ada negara dalam dunia ini macam kita, semua subsidi?
Tidak ada. Di Filipina tidak ada, di mana-mana pun tidak ada.
Justeru itu janganlah kita mengaut keuntungan di sebalik peristiwa- peristiwa yang berlaku ini sebab negara ini negara kita. Kita tidak akan berhijrah ke mana-mana negara kecuali mereka yang tidak ada kesetiaan kepada raja dan negara. Mereka akan sanggup melakukan sedemikian dengan memburuk- burukkan negara kita sendiri.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, satu isu iaitu saya juga meminta kerajaan melihat bagaimana prestasi syarikat-syarikat GLC dalam negara kita seperti Pos Malaysia dan Sime Darby sebab GLC ini merupakan syarikat milik separuh kerajaan dan kerugian berbilion-bilion pula ditanggung, yang merana rakyat dan negara. Jadi oleh kerana itu saya juga ingin mencadangkan kerajaan kalau boleh mereka bukan saya tidak suka, saya tidak ada against kumpulan ini, kelompok ini iaitu kelompok pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.
Biarlah dia bersara, jangan sambung lagi. Jangan bagi dia pengerusi GLC sana, pengerusi GLC sini, bagilah orang lain yang ada kebolehan juga seperti mereka ini.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Bagi Yang Berhormat Kinabatangan. Bagilah saya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Di situlah kita lingkup apabila mereka yang berjawatan tinggi ini berhenti sahaja terus dapat jadi pengerusi. Jadi ini tidak boleh. Harap dikaji semula akan keputusan-keputusan yang sebegini yang rasa saya banyak merugikan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Bagi Yang Berhormat Kinabatangan lagi rugilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sibu.
[Tepuk]
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Saya ingin membangkitkan beberapa isu di Dewan yang mulia ini. Isu yang pertama ialah isu serius – isu rasuah di Malaysia dan di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesepuluh akan membentangkan pembangunan negara kita untuk lima tahun yang akan datang.
Statistik kejadian rasuah bagi 10 tahun yang lalu menunjukkan usaha-usaha untuk memerangi rasuah telah gagal dengan teruk. Gejala rasuah semakin serius dan berleluasa. Jika rasuah tidak dikawal, Malaysia akan bankrap pada tahun 2019, bukan kerana subsidi tetapi rasuah. Hakikatnya komposit indeks rasuah telah jatuh dari tangga ke-47 pada tahun 2008 pada tangga ke-56 pada tahun 2009. Ini membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan ini di bawah Najib juga gagal dalam usaha memerangi rasuah...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak boleh sebut nama.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Sibu, you orang baru, Yang Berhormat Sibu. Orang baru, ini ada belajar?
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Okey, duduk, duduk. Ini floor saya.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tidak payah usik-usiklah, Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Mahu jagalah sedikit.
Orang Melayu kata, ada budi bahasalah masuk rumah baru. Jangan hendak tunjuk jadi herolah.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Tidak bagi. Tidak bagi.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tidak payah kacau.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Kamu senyap, kamu senyap.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Sila duduk. Lain kali. Lain kali. Contoh kes rasuah banyak seperti skandal PKFZ, enjin jet yang hilang dan dijumpai di Uruguay.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu isu lamalah.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Kapal selam yang tidak dapat menyelam yang dibeli daripada Perancis.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ada cerita barukah, cerita baru?
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Isu pasir pun tidak selesai.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Sebanyak 60% daripada tabung pembangunan yang telah lesap.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu Yang Berhormat Bandar Kuching sudah bawa lamalah.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Serta tidak disalurkan kepada kumpulan sasaran dan banyak lagi. Sudah tentunya rakyat Malaysia akan bersetuju bahawa negara ini memang berada dalam senario burning platform apabila tiada seekor pun ’ikan besar’ berkaitan dengan skandal PKFZ ditahan, maka ’ikan besar’ dalam kes-kes rasuah di Sarawak turut akan terlepas.
Taib Mahmud merupakan Ketua Menteri yang berkhidmat paling lama di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 1981 dan beliau masih Ketua Menteri pada tahun 2010 iaitu selama 29 tahun. Kebanyakan kes rasuah di Sarawak boleh dikaitkan dengan projek-projek yang diberi kepada syarikat- syarikat ahli-ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak. Politik pembangunan ala Taib adalah politik diskriminasi, nepotisme dan rasuah.
Dasar kerajaan dalam isu tanah dan tanah NCR dan juga dasar pemberian konsesi kayu balak dan kontrak-kontrak kerajaan semuanya tidak memihak kepada keperluan dan kepentingan rakyat. Selain daripada ahli-ahli
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
keluarga Ketua Menteri, ramai pemimpin SUPP yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Ketua Menteri juga menjadi sangat kaya.
Banyak masalah yang dihadapi oleh Sarawak boleh dikatakan disebabkan oleh kuasa mutlak yang tertumpu pada seorang Ketua Menteri untuk tempoh yang terlalu lama. Ketiga-tiga kementerian yang paling berkuasa di Sarawak ialah Pejabat Ketua Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber. Tuan Yang di-Pertua, ketiga-tiga kementerian ini diketuai oleh satu orang - Taib Mahmud.
Dalam Bajet Negeri 2009, daripada Operating Expenditure Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak RM1,189.6 juta, RM590.2 juta ataupun lebih kurang setengah diperuntukkan kepada ketiga-tiga kementerian yang diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak dan yang tertinggal hanya RM599.4 juta ataupun 50.4% untuk dikongsi oleh sepuluh buah kementerian yang lain.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Penumpuan kuasa dan sumber dana dalam tangan satu individu adalah tidak sihat dan tidak berpatutan demi pembangunan demokrasi di Sarawak.
Memetik kata-kata Lord Acton, dengan izin, “Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely.”.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, DAP dan Pakatan Rakyat memperjuangkan urus tadbir yang baik. Rekod urus tadbir di bawah Taib Mahmud dan Barisan Nasional adalah sangat buruk. Syarikat-syarikat keluarga Taib Mahmud menguasai kebanyakan kontrak dan kegiatan perniagaan yang memberikan keuntungan lumayan kepada mereka, manakala rakyat dan peniaga- peniaga kecil menghadapi beban kehidupan yang sangat sukar. Tiga syarikat yang telah meraih keuntungan yang tinggi ialah:
(i) Kumpulan Syarikat-syarikat CMS;
(ii) Naim Cendera Sdn Bhd; dan
(iii) Titanium Management Sdn Bhd.
MACC tidak patut pilih kasih, ia seharusnya menyiasat semua yang disyaki terlibat dalam rasuah termasuklah pemberian kontrak kerajaan pusat dan negeri di Sarawak.
Isu kedua Tuan Yang di-Pertua, isu banjir. Banjir sentiasa berlaku di Sarawak. Ahli-ahli politik telah bercakap tentang isu ini bertahun-tahun tetapi nampaknya kerajaan persekutuan tidak mengambil serius masalah ini. Kami diberitahu bahawa dua projek utama telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan di kawasan Kuching. Projek-projek ini ialah Kuching Flood Mitigation Project dan Bau Town Mitigation Project. Di Sibu pula ada, Sibu Flood Mitigation Project. Di Bintulu, Barisan Nasional telah mengenal pasti pelbagai kerja-kerja baik pulih sistem saliran untuk Sungai Plan Besar dan Sungai Sebiew Catchment. Di Miri, Barisan Nasional berkata bahawa terdapat Miri Town Drainage Master Plan Study. Setakat mana projek-projek pengurangan bencana banjir ini berjaya?
Rancangan Malaysia Kesembilan telah berakhir dan kami langsung tidak nampak kesan pengurangan banjir di bandar-bandar utama di Sarawak. Tuan Yang di- Pertua, bagi 15 tahun yang lalu, banjir kerap berlaku di Sibu. Sebab utama Sibu mengalami banjir ialah bahagian sungai yang tersendat atau bottleneck dengan izin, dan silted di sepanjang dasar Sungai Rajang yang disebabkan oleh indiscriminate logging di Rajang River, in the 1980’s. Di tempat-tempat tertentu, di tengah sungai yang pernah saya ukur, Sungai Rajang hanya sedalam 6 ½ kaki.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Cara penyelesaian yang paling praktikal untuk mengatasi banjir di Sibu ialah melebarkan bahagian sendat dan mengorek dasar sungai bagi mendalamkannya.
Tuan Yang di-Pertua, masalah banjir telah mengakibatkan kerugian harta berjuta-juta ringgit di Sibu setiap tahun. Walaupun penduduk Sibu sering merayu kepada kerajaan supaya meluluskan kerja-kerja mengorek dasar Sungai Rajang dan melebarkan bahagian sendat, tetapi kerajaan telah bermati-matian tidak mempedulikan rakyat Sibu. Berdasarkan data pada tahun 2001, jumlah kelodak yang mengalir dari hulu Sungai Rajang dan cabang-cabangnya lebih kurang 60 juta metrik tan setahun tetapi, berdasarkan data Bahagian Tanah dan Ukur, jumlah pasir yang di ekstrak daripada Batang Rejang dan Batang Igan dari tahun 2002 hingga Mac 2008 hanya berjumlah 3.085 juta metrik tan. Amat jelas banjir di Sibu disebabkan oleh pengelodakan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Barisan Nasional telah mencadangkan supaya membina permatang atau benteng dengan meninggikan paras jalan raya di Sibu. Walau bagaimanapun, apakah gunanya meninggikan paras jalan raya apabila air terus membanjiri rumah-rumah yang berada pada paras yang lebih rendah? Jika sungai ini tersekat dan tidak mengalir dengan sempurna kerana pengelodakan, maka cara penyelesaiannya ialah dengan mengorek sungai. Jika seseorang yang arteri jantung tersekat, maka solution nya ialah dengan menjalankan angioplasti sebelum dia mati. Sungai Rejang sudah ‘jatuh sakit’ tetapi ia ialah ‘talian hayat’ atau lifeline bagi penduduk Sibu. Kerajaan harus menyelamatkannya dari ambang maut. Bolehkah Kerajaan Pusat menjelaskan sebab mengapa pelan pengurangan banjir untuk Sibu tidak termasuk kerja-kerja pengorekan Sungai Rajang?
Kontraktor-kontraktor dan pemaju-pemaju boleh mengorek pasir dari dasar Sungai Rejang untuk kegunaan pembangunan perumahan. Pasir merupakan bahan yang penting, maka harga perumahan akan jatuh. Ini adalah satu keadaan ‘menang-menang’ atau ‘win-win situation.’ Sekarang baru saya ketahui bahawa RM300 juta untuk pengurangan banjir diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Ada kalanya jumlah yang tersebut adalah sebanyak RM400 juta. Pemimpin Barisan Nasional juga pernah menyebut bahawa jumlah itu adalah hanya sebanyak RM237 juta. Mengapakah terdapat perbezaan dalam angka tersebut?
Isu ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah keperluan pekerjaan. Dalam muka surat 13, RMKe-10, ia berbunyi “we need tp leverage not only in Malaysians in the country but also those outside. The Government will establish a Talent Corporation, which will have as one of its key functions, the task of actively sourcing top talent including among the Malaysian diaspora.” Ramai pekerja profesional dan bukan profesional dari semua kaum meninggalkan negara ini kerana kekurangan peluang pekerjaan, rasuah, kekurangan demokrasi dan dasar-dasar Barisan Nasional yang tidak adil. Brain drain dengan izin, menghalang pelaburan di Malaysia dan mengurangkan daya persaingan sedunia. Jika negara ini terus mengamalkan rasuah, jika negara ini tidak memberi harapan kepada rakyat dan jika tiada peluang pekerjaan yang sama tanpa mengira kaum dan agama, maka Talam Corporation akan gagal menarik rakyat Malaysia yang berbakat kembali ke negara kita.
Punca masalah ini mesti diatasi. Kita mesti memastikan bahawa mereka tidak akan meninggalkan negara ini dan bukannya meminta mereka kembali ke negara ini. Seorang pelayar Internet menulis blog pada 24 Disember 2009:
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
“*A higher salary overseas is undeniably a factor in Malaysians who choose to stay abroad upon graduating but for a lot of peoples; it is hardly the main factor.
Many of us have families and friends back home and would gladly accept less pay to be at home if it wasn’t for the overtly discriminatory policies which have remained unchanged and probably will continue on in the foreseeable future. I am fresh medical graduate working in the UK and I will openly admit that under today’s circumstances I would not consider working back homes even if the salary is similar or higher, even. Besides, if I’m going to be treated as a foreigner in my own country, why not be a foreigner elsewhere and earn better pay while at it?* ” Ini bukan pilihan kita untuk menarik balik bakat asing. Kita ada kira-kira 100,000 siswazah yang tidak ada pekerjaan. Apakah kita akan buat dengan mereka ini? Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kerajaan Barisan Nasional, terdapat kekurangan pekerjaan yang amat teruk di Sibu. Pemuda-pemudi mencari greener pasture dengan izin di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Singapura. Saya setuju bahawa kerajaan mesti berubah untuk mengubah Malaysia, ini di dalam muka surat 65.
Saya percaya bahawa rakyat boleh membuat perubahan melalui Pakatan Rakyat. Hanya Pakatan Rakyat yang mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabiliti, dan telus (CAT).
[Tepuk] Negara kita hanya boleh memupuk, menarik dan mengekalkan bakat melalui pentadbiran CAT...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
... Pasir sudah jumpa?
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Isu yang keempat Tuan Yang di-Pertua, pendidikan universiti. Untuk mana-mana masyarakat terus membangun, kerajaannya mesti menjaga kepentingan generasi akan datang. Pelaburan bijak harus dilakukan ke atas bidang pendidikan, khasnya pendidikan tinggi (tertiary). Di bawah RMKe-10, kerajaan merancang untuk membangunkan institusi-institusi pendidikan kelas dunia terutamanya universiti tetapi, bagaimanakah Sibu dapat menikmati faedah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini jika ia tidak mempunyai universiti? Bintulu ada satu kampus cawangan universiti, Mukah mempunyai kampus cawangan universiti, Miri dan Kuching ada kampus universiti, tetapi Sibu tidak mempunyai sebarang universiti walaupun SUPP telah berjanji sejak tahun 1996.
Dalam Pilihanraya Parlimen 2008, SUPP berjanji Kolej TAR akan dibina di Bintangor jika calonnya menang di Sarikei. Walau bagaimanapun, janji ini tidak diakui oleh SUPP. Pada tahun 2001, SUPP berjanji untuk memperkenalkan University of South Australia, tetapi janji ini sekali lagi menjadi satu pembohongan.
Ini hanya menunjukkan bahawa SUPP dan Barisan Nasional tidak boleh dipercayai apabila ia membuat janji. Dalam Pilihanraya Kecil Sibu yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kolej Laila Taib akan dinaiktarafkan menjadi sebuah universiti pada tahun 2012. Akan tetapi, bagaimanakah ia boleh menjadi sebuah universiti yang bagus dan berkelas dunia jika ia dinaiktarafkan dari sebuah kolej kepada sebuah universiti demi pilihan raya kecil.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru supaya sebuah universiti lengkap dibina di Sibu. Ia mesti cukup berkualiti untuk memenuhi keperluan Sibu. Kaum ibu bapa Sibu faham bahawa mereka perlu melabur untuk pendidikan anak mereka.
Mereka tiada pilihan dan terpaksa menghantar anak mereka belajar di luar Sibu kerana tiada universiti di Sibu.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Tuan Yang di-Pertua, masalahnya hanya lima peratus siswazah kembali ke Sibu. Terdapat penghijrahan brain drain yang genting di Sibu. Anak-anak tidak kembali kerana di bawah Barisan Nasional, Sibu tidak memberi sebarang harapan.
Ibu bapa tidak dapat berjumpa dengan anak mereka kerana anak mereka tidak kembali. Sibu ialah satu burning platform. Inilah sebabnya pengundi Sibu mempunyai hasrat yang membara untuk mengundi perubahan. Inilah sebabnya kita memerlukan Pakatan Rakyat.
Isu kelima Tuan Yang di-Pertua, royalti petroleum. Sabah dan Sarawak sepatutnya sama-sama menikmati hasil pendapatan tinggi negara. Satu isu yang sering mendapat perhatian rapi rakyat Sarawak dan Sabah adalah isu royalti petroleum.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut perjanjian yang dicapai dalam tahun 1976, Sabah dan Sarawak hanya diberikan lima peratus royalti petroleum sebagai pertukaran hak eksploitasi di Sabah dan Sarawak. Lima peratus royalti petroleum adalah tidak adil. Ia terlalu rendah untuk kedua-dua negeri ini. Dalam muka surat 216 - A Life Twice Lived: A Memoir oleh mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze yang pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak menulis, dengan izin; *“Negotiation on Oil and Gas Sarawak’s relationship with the Federal Government was fairly good but, there were conflicting views on the States ownership of the extensive gas and oil reserves which are found on the continental shelf, off the coast of Sarawak. We, in Sarawak, maintained that all rights should belong to the State but, the Federal Government, for obvious reasons, had a different view.
We put up a strong representation to the extent of referring the issue to the Court and obtaining Queen Counsels opinion. The matter was partially resolved by the proposal to share the royalty from oil and gas extracted and to establish a National Petroleum Corporation in which Sarawak was to be given a certain share.
However, the vital question remained as to what exactly Sarawak’s share of royalty would be. Abdul Rahman Yakub and I had numerous meetings with the Prime Minister, Tun Abdul Razak, the Finance Minister, Tun Tan Siew Sin and other officials, but with little progress.
During our negotiations our position on royalty was severely weakened when the Federal Government somehow managed to get Tun Mustapha Harun, the Chief Minister of Sabah, to agree to a paltry 5% as royalty for Sabah’s oil and gas extracted. How could he agree to such ludicrous terms on behalf of the State? The Prime Minister, Tun Razak, then appealed to Sarawak to follow suit on the ground of national interest. He maintained that the Malaysian Royal Navy would have to bear the expenses of safeguarding the continental shelf. We reluctantly accepted the terms. But to many Sarawakians, this inequitable arrangement amounted to a give-away of our precious natural resources.”* Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Sarawak mendakwa bahawa mereka telah berkali-kali meminta supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kadar lima peratus itu. Ini bermakna, Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
di Sarawak juga bersetuju bahawa kadar lima peratus adalah terlalu rendah tetapi, mengapakah Kerajaan Persekutuan enggan mengkaji kadar tersebut sungguhpun kadar lima peratus telah diguna pakai selama 30 tahun lamanya.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan hakikat bahawa Sarawak dan Sabah masih mundur secara perbandingan, Kerajaan Persekutuan sememangnya harus menambah kadar royalti petroleum dari lima peratus menjadi 20 peratus.
Sekiranya Pakatan Rakyat menang kuasa dalam pilihan raya Persekutuan, kami akan memberikan 20 peratus royalti petroleum kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
[Tepuk] Sabah merupakan negeri paling miskin di Malaysia. Rakyat Sabah bukan sahaja tidak berpeluang menikmati hasil kekayaan petroleum negeri, malah menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik yang menjadi-jadi. Sarawak merupakan negeri keempat paling miskin di Malaysia. Kami tidak akan menjadi begitu miskin sekiranya Kerajaan Persekutuan melayan kami dengan adil.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkali-kali berkata bahawa Sarawak dan Sabah merupakan dua negeri fixed deposit Barisan Nasional. Adakah Kerajaan Barisan Nasional melayan Sabah dan Sarawak setara dengan sumbangan kami? Kekayaan petroleum dari Sabah dan Sarawak telah dihisap dan dihabiskan untuk membina Twin Tower dan Putrajaya.
Tahun lepas, kerajaan menyerahkan kawasan yang kaya dengan petroleum di Blok L dan Blok M kepada Brunei. Kerugian yang dihadapi Malaysia berjumlah RM320 bilion. Sarawak rugi kerana tidak lagi mendapat pendapatan dari Blok ‘L’ dan Blok ‘M’ ini. Rakyat Sarawak berhak diberitahu, mengapakah kedaulatan negeri mereka dikompromikan dan rizab petroleum kami diserahkan kepada Brunei. Mengapakah kerajaan dan rakyat Sarawak tidak dirunding dalam hal ini?
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada lima minit lagi, Yang Berhormat.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Ya. Sarawak merupakan koloni yang terbiar.
James Wong Kim Min, Tuan Yang di-Pertua, bekas Menteri di Sarawak yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan negara Malaysia berkata dalam muka surat 11 – The Birth of Malaysia, dengan izin:
“I would like to repeat and emphasize again, that Malaysia is a Nation formed of equal partners, Sarawak did not join; but Sarawak formed Malaysia together with Malaya, Sabah and Singapore. Malaysians are all equal under the Law and Constitution, irrespective of race, color or creed. There should not be distinction or discrimination. The rights of each component state are inviolable and inscribed in the IGC and London Agreements.” Tuan Yang di-Pertua, banyak perubahan telah berlaku sejak tahun 1963.
Sarawak dan Sabah telah menjadi koloni-koloni Semenanjung Malaysia. Tiada kesamaan walaupun terdapat perjanjian-perjanjian IGC dan London. Tiada kesamaan walau di bawah naungan konsep 1Malaysia. Tahap infrastruktur di Sabah dan Sarawak ketinggalan sekurang-kurangnya 20 tahun berbanding
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
dengan Semenanjung Malaysia dan tidak pernah dibangunkan bersama-sama dengan Semenanjung.
Kerajaan Persekutuan telah mengecewakan Sabah dan Sarawak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak menganggap Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi bersama tetapi menganggap Sabah dan Sarawak sebagai fixed deposit Barisan Nasional. Sebelum by-election pada 16 Mei 2010, Sibu telah diabaikan oleh Barisan Nasional. Sejak kali terakhir kerusi Sibu dimenangi oleh DAP pada tahun 1986, memang tiada perubahan yang bermakna di Sibu. Projek- projek kerajaan pusat hanya segelintir sahaja. Pembangunan industri juga tidak banyak. Peluang pekerjaan di Sibu juga kurang. Di bawah Barisan Nasional selama ini, memangnya Sibu bukan merupakan sesebuah bandar yang memberi harapan terutamanya kepada golongan muda.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bercakap bagi pihak penduduk Sibu dan Sarawak. Memandangkan Laporan IGC dan Malaysia Agreement, memandangkan kemunduran Sabah dan Sarawak, penduduk Sabah dan Sarawak patut meminta kerajaan pusat supaya memberi lebih perhatian kepada keperluan mereka di bawah Model Ekonomi Baru dan RMKe-10.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Bangun]
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Sarawak ialah sebuah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kapit bangun. Hendak beri?
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Lima minit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak Yang Berhormat. Masa dua minit lagi Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Tidak ada masa, tidak ada masa.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Lain kali, lain kali.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Beliau ada dua minit sahaja Yang Berhormat.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Sarawak ialah sebuah negeri yang kaya.
Sarawak dengan tanahnya yang paling luas di Malaysia mempunyai banyak sumber alam seperti kayu balak, tanah, kelapa sawit, emas, minyak dan gas. Akan tetapi, Sarawak adalah negeri yang keempat termiskin di Malaysia. Rakyatnya menderita kerana gaji yang rendah, kurang peluang pekerjaan dan peluang perniagaan pula dibolot oleh segelintir individu. Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung Malaysia dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di tanah air mereka.
Tiada satu pun lebuh raya di Sarawak. Sehingga hari ini tiada jalan raya ke Kapit atau Bario. Tahun lalu kebuluran hampir berlaku di Bario kerana bantuan keperluan tidak dapat disalurkan kepada penduduk di situ. Kebanyakan jalan raya di Sarawak dalam keadaan buruk, terutamanya di Sibu. Bagi mereka yang datang ke Sibu untuk berkempen, kamu akan dialu-alukan oleh jalan raya yang terbaik di Sibu dari Sibu Airport ke hotel di mana kamu berpeluang menari sepanjang perjalanan ke hotel.
Hakikatnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat Sarawak hanya kerana pilihan raya negeri sudah hampir. Beliau datang ke Sarawak dengan bersungguh-sungguh demi pilihan raya kecil Sibu. Beliau memberi RM13 juta kepada sekolah-sekolah rendah Cina dan missionary schools dan RM5 juta
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
kepada sekolah-sekolah menengah swasta beberapa hari semasa kempen pilihan raya kecil. Sehari...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Satu minit atau dua minit. Dua minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Satu minit Yang Berhormat.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Okey, satu minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya punya goodwill itu ada landasan Yang Berhormat.
Tuan Wong Ho Leng - Sibu
Ini maiden speech saya Tuan Yang di- Pertua. Sehari sebelum hari pengundian, beliau berjanji untuk memberi RM5 juta untuk menyelesaikan masalah banjir di Rejang Park, Sibu, jika calon Barisan Nasional menang.
Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengeluarkan kata-kata yang kini telah menjadi bahan internet yang sangat terkenal di seluruh dunia apabila beliau membuat perjanjian dengan pengundi di Rejang Park - “Can we have a deal? You help me, and I help you.” [Ketawa] Mujurnya, penduduk Rejang Park telah membuat keputusan yang baik dengan menolak kata-kata manis Barisan Nasional. Saya ingin berkata apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan taktik memancing undi ini di Rejang Park pada 15 Mei 2010, beliau sedar bahawa RM5 juta diperlukan untuk membangunkan Rejang Park dan meninggikan taraf hidup di sana. Wang ini memang diperlukan untuk menyelesaikan masalah banjir di sana. Sepatutnya penduduk Rejang Park dan Sibu berhak mendapat RM5 juta tersebut walau apa pun keputusan pilihan raya kecil Sibu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
[Tepuk]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat petang, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk bersama- sama membahaskan dan menyokong Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan, yang telah dilafazkan pada tarikh yang sangat indah - 10 Jun, 2010.
Satu rancangan penyambungan dari rancangan-rancangan Malaysia yang terdahulu. Diam tidak diam Tuan Yang di-Pertua, sampailah kita pada 1 Januari nanti Rancangan Malaysia Kesepuluh. Negara Malaysia dahulu Malaya berkembang menjadi Malaysia. Sebenarnya kita terhutang budi kepada kepimpinan Barisan Nasional dahulunya Perikatan yang mahu tidak mahu mestilah diakui telah menyempurnakan tugas dan amanah mereka dengan sangat baik untuk kemakmuran, kemajuan, kejayaan rakyat dan negara.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Mari kita toleh 50 tahun yang lalu di mana negara kita ini berada. Kalau bukan kerana kebijaksanaan, kepimpinan kerajaan yang memang sudah terbukti walaupun cuba dinafikan, ditidakkan – betulkah perkataan ini oleh...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Beredar meninggalkan Dewan]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Ipoh Timur mana mahu pergi, dengarlah saya punya ucapan [Ketawa] .
Inilah dia negara kita. Inilah negara kita. Dalam perbahasan mulai daripada Ketua Pembangkang nanti akan diteruskan, disambut, disambut, disambut, ditokok tambah. Yang Berhormat Sibu orang baru ini pun sudah mula mengutuk Barisan Nasional, tidak hendak berterima kasih. Tidak akan hendak berterima kasih kerana itulah yang diajarkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang supaya apa yang boleh walaupun mungkin tidak benar!
[Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini ialah kerana matlamat mereka bukan soal rakyat itu harus dibela, tetapi bagaimana hendak mengambil hati rakyat dengan menaburkan cerita-cerita fitnah pembohongan dan sebagainya, politik. Saya hendak menyeru rakyat supaya berhati-hatilah, cukuplah dan kita pun sudah mendengar rakyat sudah rasa muak, sudah benci, sudah jemu dengan taktik-taktik yang dibuat oleh pembangkang hanya hendak memburukkan sahaja, tidak pernah rasa berterima kasih dan bersyukur atas apa yang telah dilakukan oleh kerajaan.
Takkanlah tidak ada kebaikan yang telah dilakukan, takkanlah orang yang berfikiran rasional, berfikiran secara saksama, berfikiran secara adil nampak, tahu yang baik tetap baik.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Hendak bagi rakan sebelah itu, tidak bagi dia.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya sedikit sahaja ini, ekoran daripada insiden-insiden yang berlaku oleh aksi pemimpin-pemimpin pembangkang yang suka menidakkan benda yang ada, yang kerajaan telah buat sehingga tidak lagi berceramah di luar, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Ipoh Barat pula mengundang orang luar berceramah di dalam Dewan ini. Maki hamun kerajaan, saya tadi lupa bertanya Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya sebetulnya apakah pandangan Yang Berhormat, tindakan sebegini yang tidak bermaruah, tidak ada integriti ini berlaku. Apakah ini kerana mahu kuasa ataupun bagaimana Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Inilah double standard yang dimainkan oleh puak-puak pembangkang, kalau kita sekat, kalau kita buat syarat-syarat tertentu mereka akan mendakwa, oh negara tidak demokrasi, sudah kita benarkan kita layan segala permintaan penyalahgunaan tetap akan dilakukan, kesempatan tetap akan dilakukan. Inilah dia...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kesian.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Inilah dia, mana munasabah di Parlimen yang mulia ini pihak pembangkang boleh membawa orang-orang yang tidak berkaitan, menempelak, menolak Ahli Parlimen, apakah perbuatan seperti ini bukan perbuatan yang jelik?
[Ketawa] Jadi sikit sahaja dicubit, inilah pembangkang. Pembangkang, Lailahaillallah.
Seorang Ahli
Muhammadur Rasulullah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Ketawa] Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Menyampuk] [Ketawa] Huh sini.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar dengan teliti perbahasan ayahanda saya Yang Berhormat Sri Gading. Orang lama dalam UMNO dan Barisan Nasional. Memang yang mengatakan pembangkang ini...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ayahanda sebelum itu.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Kita tidak pernah untuk mengiakan ataupun bersetuju dengan kerajaan. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Rakyat sendiri empat perkara asas dalam Perlembagaan, Islam sebagai Agama Persekutuan, Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Orang Melayu, tentang apa yang dikatakan perjuangan bangsa Melayu. Itu sudah cukup membuktikan bahawa ini adalah negara kita. Yang kami lawan, yang kami kritik adalah tindakan parti yang mendukung kerajaan pada hari ini.
Contohnya Blok L dan M, penyerahan tanah kereta api Tanah Melayu kepada Singapura. Ini kalau beruk di hutan kalau pandai bercakap, mereka akan kritik. Kerana ini negara kita. Masalah kedaulatan negara, tanah KTM itu adalah warisan yang dipertahankan, Orang Putih pun tidak pernah usik, Orang Putih pun tidak pernah melanggar prinsip itu. Blok L dan M waktu dibuat perjanjian dahulu, kenapa tidak diteliti perundangan negara? Ini yang kita kritik. Oleh sebab itu saya rasa ada asas yang kukuh untuk kami berdiri di sini, untuk kita mempertahankan bersama dalam Parlimen ini walaupun kami Pakatan Rakyat, kami sayang pada negara ini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
[Ketawa] Apa pun yang dibangkitkan oleh pembangkang tidak pernah tidak dijawab oleh kerajaan. Akan tetapi masalah yang ada di depan kita, apa yang dibangkitkan oleh pembangkang dijawab oleh kerajaan secara benar dan jujur tidak akan diterima.
[Ketawa] Mereka ada hujah- hujah tertentu walaupun kerajaan menjawab dengan fakta.
Saya serahkan kepada Menteri-menteri yang berkenaan, menjawablah perkara ini, banyak lagi Ketua Pembangkang punya hujah. Saya berharap Kementerian Kewangan menjawab satu persatu supaya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dapat dijelaskan oleh Menteri yang berkenaan, rakyat mendapat penjelasan yang terang. Akan tetapi pembangkang harus juga bersifat dada terbuka, yang benar ayuh marilah akui kebenaran.
Macam kita di sini, yang benar kita akan kata benar, kalau tidak benar kita pun tidak bersetuju.
Sebab itu saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri yang baru dilantik. Tahniah, tahniah, tahniah...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Banyak sangat tahniah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tahniah
[Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tahniah...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Lima kali...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Ketawa] Akan tetapi saya hendak memberi peringatan. Anda adalah anggota Kerajaan Barisan
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Nasional, anda jangan sekali-kali mimpi di siang hari, anda ada dahan tempat bergayut, anda jangan sesuka hati, saya hendak ingatkan jangan sesuka hati kalau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengganggu gugat perjalanan kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Sri Mohd. Najib yang begini baik.
Tiba-tiba kerana perbuatan, kenyataan sesetengah daripada anda boleh menjejaskan apa yang sedang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Menyampuk]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tiba-tiba keluar kenyataan negara mungkin bankrap.
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Oh, jangan jadi batu api.
Saya bercakap dari segi kebenaran, mana mungkin kata orang Indonesia, kalau 2020 negara akan keluar menjadi negara maju. Tahun 19 bankrap, mana mungkin. Ini, ini...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini.
[Ketawa]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini kerana subsidi, apakah kerana subsidi menjadi dosa rakyat, rakyat telah menjadi dosa sehinggakan negara mungkin bankrap. Subsidi daripada Allahyarham Tun Abdul Razak lagi. Tahun 70-an telah diperkenalkan dan negara ini tidak akan sekali-kali akan bankrap. Banyak pakar ekonomi...
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...Yang telah mengeluarkan kenyataan menyindir begitu hebat sinis.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Laluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Mereka tidak menerima, tidak menerima kenyataan yang mengatakan negara ini akan muflis kalau subsidi diteruskan. Apakah kenyataan seperti ini tidak menghiris hati sanubari saudara mara saya, bapa saudara, pak saudara, sepupu, adik-beradik kita yang ada di kampung-kampung, yang memang mengharapkan pertolongan kerajaan kepada mereka. Subsidi ini sebenarnya sebahagian daripada kewajipan kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba kita jadi Menteri, oh! Subsidi akan menyebabkan negara bankrap. *Come on man.
[Ketawa]*
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Laluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Aku ini tengah macam ini, engkau masuk Lo’ Lo’ - Lailahaillallah, yalah.
[Dewan riuh]
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, beliau sebut nama.
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih ayahanda Yang Berhormat Sri Gading.
[Dewan riuh]
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Saya ingin bertanya...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tua sangatkah saya ini?
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tukar, tukar, tukar.
[Ketawa] Macam ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sri Gading ialah sebagai mewakili orang lama dalam UMNO, apa pandangan Yang Berhormat Sri Gading tentang perkara berikutlah.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Saya hendak baca iaitu pada 29 Mei yang lalu, dilaporkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin berkata, “Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan tersebut tidak akan terjejas biarpun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40% untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak”. Sila jawab.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Titiwangsa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini juga sebut nama, Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Titiwangsa salah seorang pemimpin di sebelah sana yang saya hormati.
[Ketawa] Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah pun menjawab bahawa perkara itu tidak mungkin berlaku. Jadi cukuplah saya rasa jawapan yang mutakhir.
[Disampuk] Ya lah, mutakhir sudah jawab kata bahawa hak mutlak kaum Melayu di Kampung Baru tidak akan terjejas.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Flip flop lah ini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Cukuplah saya rasa.
Tanyalah nanti apabila beliau menjawab. Itu lebih baik.
[Ketawa] Baik, nasihat saya kalau boleh dikatakan nasihat, Barisan Nasional ada manifesto, jadi menteri- menteri, Timbalan-timbalan Menteri yang baru dilantik lebih-lebih lagi apabila dilantik melalui apa itu – anda kena baca manifesto Barisan Nasional. Ini soal negara bankrap yang saya takut, saya bimbang bukan negara bankrap tetapi tindakan ini akan menyebabkan Barisan Nasional yang bankrap.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Memang kena bankrapkan BN dulu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Berhati-hati.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kekanda Yang Berhormat Sri Gading.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Boleh Jempol sambung?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya bagi masa lebih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lontaran idea Yang Berhormat Sri Gading tadi sangat bagus untuk menjaga kesejahteraan kerajaan dan juga kesejahteraan rakyat. Apakah Yang Berhormat Sri Gading hendak mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini dengan lontaran idea itu, selepas daripada ini bagi menjaga kesejahteraan rakyat supaya jangan rakyat terkeliru, Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri ini hanya kita benarkan mengeluarkan kenyataan setelah mendapat keputusan daripada Mesyuarat Kabinet? Maknanya setelah Mesyuarat Kabinet bermesyuarat dan menjadi satu dasar kerajaan, barulah
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
pengumuman itu dibuat oleh Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan Menteri.
Adakah Yang Berhormat Sri Gading berfikir ke arah itu?
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Sri Gading, sekali Yang Berhormat Sri Gading. Sedikit sahaja. Yang Berhormat Sri Gading, saya selaku orang kampung di Balik Pulau, orang Melayu, saya terasa terhina apabila dengan rakyat kita pakai istilah ‘subsidi’. Saya mohon pandangan.
Kalau dengan syarikat, corporation dan sebagainya insentif, bunyinya lain.
Konotasinya lain. Kita bunyi subsidi. Maksud saya itu, apabila saya tengok... Apa definisi subsidi? Dia kata financial assistant. Maksudnya, bantuan kewangan. Akan tetapi apabila kita menilai hak rakyat, saya tidak kisah UMNOkah, Barisan Nasionalkah hendak bankrap, tetapi kita takut rakyat bankrap. Rakyat itu. Oleh sebab itu saya mohon penjelasan Yang Berhormat Sri Gading. Isu subsidi ini ialah isu hak is the rights dan tanggungjawab, bukan satu perkara yang dapat di atas sebab tawar menawar pak Menteri. Mohon penjelasan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Ketawa] Sahabat saya Yang Berhormat Jempol, saya setuju sangat kalau menyebabkan dasar, perkara- perkara yang menjadi permasalahan besar kepada rakyat harus mendapat kebenaran dan kelulusan Kabinet. Jadi tidak timbul kerosakan. Subsidi RM73 bilion kata, saya mendapat taklimat Kementerian Kewangan RM18.4 bilion sahaja.
Okey, mana satu hendak pakai? Jawatankuasa Pemandu atau Kementerian Kewangan? Pada saya, yang lebih berwibawa adalah Kementerian Kewangan.
Satu agensi kementerian yang memang telah berjasa dan memang benar-benar dapat mentadbir kewangan negara 50 tahun lebih dahulu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tumpang tanya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Huh! Siapa itu Jawatankuasa Pemandu? Huh!
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tahu tidak Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, beliau belum bagi lagi Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Satu soalan sahaja.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak mengapalah, saya banyak lagi hendak cakap ini.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Satu ayat sahaja.
RMKe-10 juga mengatakan subsidi RM74 bilion. RMKe-10 dalam buku ini. Apa pandangan?
Seorang Ahli
Muka surat 76.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dia ada dua. Subsidi secara langsung dan subsidi secara tidak langsung.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S.Krishnasamy
Betul.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya harap waktu Menteri Kewangan menjawab, kita ramai-ramailah tanya. Ini kerana masalah subsidi macam sahabat saya kata kalau rakyat di kata begini, jikalau korporat dikata begini. Biarlah itu. Itu istilah-istilah sahajalah. Jadi nanti kita akan tanya ramai-ramai kerana bagi saya yang penting ialah rakyat. Subsidi harus dikaji, tengok. Soal ketirisan minyak bantuan bukan salah rakyat. Soal penyeludupan
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
bukan salah rakyat. Marilah penguat kuasa-penguat kuasa yang berkenaan jalankanlah tugas dengan sebaik-baiknya.
Saya setujulah, yang layak harus diberikan subsidi dan yang tidak layak tidak perlu diberi subsidi. Saya setujulah tetapi buatlah cara-cara yang tertentu supaya rakyat dapat menerima. Rakyat negara ini sebenarlah rakyat yang baik.
Rakyat yang baik boleh menerima kalau ada penjelasan-penjelasan yang kukuh, terang dan nyata. Dia dapat terima tetapi berilah peluang mereka penjelasan- penjelasan yang begitu baik. Saya beralihlah.
Pekerja-pekerja kilang, MIDA kementerian apa? MITI? Sibuk ini hendak mencari pelabur-pelabur luar. Jadi apabila ditanya secara mudah apa guna pelabur-pelabur ini datang dari luar, hendak buat perusahaan. Apa guna perusahaan? Bagi menentukan peluang-peluang pekerja rakyat tempatan.
Benarkah? Rakyat tempatan yang menerima limpahan pelabur-pelabur dari luar itu benar-benar ataupun rakyat asing yang menumpang cari makan di dalam negara ini?
Ini jangan kita soal hendak bawa masuk pelabur tetapi masalah nasib rakyat tempatan di kilang-kilang – diskriminasi berlaku sewenang-wenangnya. Ada setengah kaum tidak dapat peluang naik pangkat. Ada setengah kaum gajinya berbeza dan majikannya pula saya lihat kalau ada perselisihan antara majikan dan pekerja, majikan kata bawa ke Mahkamah Perusahaan. Akan tetapi apabila sampai ke Mahkamah Perusahaan, satu-satu kes pekerja-pekerja, lapan atau sepuluh tahun belum selesai. Jadi Mahkamah Perusahaan saya hendak tanya, ia mahkamah majikan atau mahkamah pekerja?
Jadi, apakah kita berlaku adil kepada rakyat tempatan yang mendapat pendapatan, lailahaillallah astaghfirullahalazim tidak masuk akal? Baru-baru ini kata, ‘jaga’ pula tidak jadi naik pula. Jaga, gajinya RM400. Mana ada pekerja tempatan yang hendak ambil jawatan RM400, RM500 ini bagi Pegawai Keselamatan. Dahulu sudah molek-molek kita dengar RM1,500 dan orang tempatan pun rasa ini satu peluang untuk menyara hidup anak isteri.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini pakar...
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Begitu tekun saya mendengar, semangat saya bangkit untuk menyatakan sepenuh sokongan kepada Yang Berhormat Sri Gading membicarakan soal hak pekerja tempatan.
[Tepuk] Saya ingin mengulas sedikit untuk perkongsian. Di bawah seksyen 60M, memang termaktub satu rang undang-undang yang menyatakan majikan boleh dihukum kerana menggunakan tenaga warga asing dan menidakkan tenaga warga tempatan.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Namun dalam sejarah kita merdeka, sampai ke hari ini seksyen 60M itu tidak pernah dilaksanakan. Saya ingin mencadangkan supaya Menteri Sumber Manusia memastikan bahawa penguatkuasaan itu harus dilaksanakan semaksimum untuk memastikan pekerja tempatan dibela seperti mana Yang Berhormat Sri Gading bicarakan tadi, terima kasih.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua bertukar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, masa kekal Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Akan tetapi masa pun bertambah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Masa kekal.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat.
Ucapan Yang Berhormat menjadi sebahagian ucapan saya. Bukan sekarang bersetuju dengan anda, anda tetap dengan matlamat anda, isi ucapannya, isi ucapannya. Banyak akta, undang-undang dalam Kementerian Buruh yang lapuk harus dipinda dan marilah pindaan ini benar-benar memberikan satu ruang yang paling selesa kepada pekerja rakyat tempatan. Ini, siapa yang ada itu?
Beralih saya. Tuan Yang di-Pertua, antara matlamat RMKe-10 yang saya sangat-sangat sokong jiwa dan raga. Dalam hidup ini bukan Menteri, Timbalan Menteri matlamat saya. Banyak nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT yang tidak ada dalam Menteri dan Timbalan Menteri, tetapi ada dalam lain-lain.
Tuan Yang di-Pertua, yang saya sangat sokong, yang saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana janji beliau dan janji beliau selaku ketua kerajaan yang wajib dipatuhi, ditaati oleh orang-orang di bawahnya termasuk kita, tidak terkecuali ialah apabila beliau hendak membasmi kemiskinan. Isu yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia.
Kemiskinan ada di kampung, kemiskinan ada di desa, kemiskinan ada di pekan, kemiskinan ada di bandar, kemiskinan juga ada di bandar raya. Maknanya soal kemiskinan soal yang menyeluruh menyentuh rakyat negara ini. Marilah kementerian-kementerian yang berkaitan, kementerian-kementerian yang berkenaan, menteri-menteri yang berkaitan, menteri-menteri yang berkenaan ayuh, ayuh. Semaklah agenda matlamat kementerian masing-masing apakah kita telah dapat memenuhi cita rasa, arahan, perintah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
RMKe-10 sepatutnya tahun 15 besok, waktu akhir apabila kita kata tahun 2020 negara kita akan keluar menjadi negara yang maju. Sepatutnya tahun 15 kita sudah ada di pinggir negara maju. Jadi apabila kita lancarkan RMKe-11 ialah bagi menentukan mana-mana baki-baki yang patut ditokoh tambah. Barulah tahun 2020, kita berdiri dengan megah. Rasa syukur ke hadrat Allah, cita-cita Yang Amat Berhormat mantan Perdana Menteri 20, 30 tahun yang lalu, hasil daripada kita bekerja bersama-sama satu regu, satu team, satu pasukan, kita dapat memenuhi impian yang sangat indah bagi negara ini.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat sahabat saya dari Sri Gading yang memberikan penekanan soal usaha kerajaan untuk membantu rakyat miskin. Namun saya berharap Yang Berhormat Sri Gading bercakap atas konteks fakta, bukan emosi.
Sebab kalau dilihat data yang dikeluarkan oleh PEMANDU, daripada RM74 bilion subsidi yang dibayar oleh kerajaan hanya RM1.9 bilion sahaja yang dikhususkan untuk rakyat miskin, petani dan nelayan.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Sedangkan RM18 bilion subsidi diterima oleh kroni-kroni UMNO dan Barisan Nasional. Jadi di manakah penumpuan yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi bahawa kerajaan dan pentadbiran sekarang ini hendak membantu orang miskin. Daripada RM74 bilion, ini angka PEMANDU bukan angka saya, hanya RM1.9 bilion untuk orang miskin. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang pertama saya tidak hendak pakai angka PEMANDU.
[Ketawa] Tidak peduli, bukan saya tetap berpegang memakai angka Kementerian Kewangan.
[Disampuk] Saya tidak peduli, saya hendak pegang apa yang saya yakin.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Baik Yang Berhormat Sri Gading, kalau angka Kementerian saya ada di sini. Kementerian Kewangan...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak apalah, tidak apalah Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Kementerian Kewangan menyatakan jumlah subsidi hanya RM18.6 bilion.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya, itu yang saya katakan tadi.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tidak apa. Daripada RM18.6 bilion yang dikhususkan untuk orang miskin hanya sekitar RM800 juta sahaja. Jadi hendak guna Kementerian Kewangan pun salah, hendak guna PEMANDU pun tidak berasas...
Dato' S.K. Devamany
Niat jahat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Jadi, saya ingat Yang Berhormat Sri Gading ini perlu dipandu dalam membahaskan di Parlimen ini.
[Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya tidak perlu dipandu oleh Yang Berhormat Gombak dan juga Jawatankuasa PEMANDU.
Nantilah kita akan menyoal Kementerian Kewangan. Saya hendak beralih kepada tajuk saya.
Tuan Yang di-Pertua, matlamat RMKe-10 untuk memberikan kesejahteraan dan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat dan saya harap ini akan dapat kita nikmati. Janganlah masih ada nanti dalam RMKe-10 kita kedengaran ada anak-anak rakyat kita yang tidak mampu hendak bersekolah, janganlah esok kita dengar dan baca di akhbar-akhbar ada anak-anak orang miskin yang hendak belah dada, hendak belah itu, hendak belah ini mintak ihsan derma daripada orang ramai. Janganlah perkara-perkara soal banjir kilat berlaku yang merosakkan harta benda rakyat, soal-soal yang berkaitan dengan keselesaan hidup rakyat, janganlah balik-balik itulah juga berita yang kita akan dengar saban hari.
Walaupun rancangan Malaysia silih berganti, Tuan Yang di-Pertua silih berganti tetapi nasib rakyat macam orang Penang lata, ‘pi mai pi mai tang tu juga’.
Selepas itu kita tunjal menunjal, tunjuk menunjuk siapa yang salah. Ini bukan soal tunjuk-menunjuk siapa yang salah, kita tunjuk menunjuk siapa yang salah, tetapi nasib rakyat tidak terbela. Tuan Yang di-Pertua, ini besar ini. Besar harapan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, ini RMKe-10 memang buah fikiran beliau.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Anda boleh hina oranglah. Anda boleh hina orang. Anda boleh hina sesiapa pun kerana fikiran anda memang hina [Tepuk] . Anda boleh buat apa sahaja pun. Akan tetapi saya tidak suka hendak menghina orang kerana fikiran saya mulia.
Seorang Ahli
Hebat Yang Berhormat Sri Gading! Hebat!
[Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita menghina orang bukan satu kejayaan. Menghina orang sebenarnya kekalahan yang sangat padah.
Saya membahaskan masalah rakyat.
Seorang Ahli Pembangkang: Fitnah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Rakyat harus dibela.
Rakyat harus diberikan pertolongan. Rakyat harus diberikan bantuan kerana kita yang menjadi kerajaan perlu memikul tanggungjawab itu, mahu atau tidak mahu.
Tidak ada alasan dalam memikul tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Akhirnya Tuan Yang di- Pertua, saya hendak menyentuh dan menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah akhir.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini Program PERMATA [Disampuk oleh beberapa ahli pembangkang] . Inilah barisan pembangkang [Disampuk] . Saya menilai daripada sudut jangka panjang negara ini. Program PERMATA boleh memberikan sumbangan yang besar kepada generasi hari ini yang akan menjadi pemimpin akan datang [Disampuk] . Anda mempunyai persepsi yang berlainan dengan saya. Saya berharap Program PERMATA ini kalau boleh di ‘jabatan’ kan kerana nilai-nilai yang dikemukakan oleh PERMATA bagi saya benar-benar menguntungkan rakyat yang muda-muda hari ini yang berusia empat tahun atau lima tahun ini, generasi akan datang. Apakah salahnya? Apakah masalahnya?
Seorang Ahli
Setuju.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
‘Oh! Masalahnya ialah isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri’. Apakah salahnya isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan sumbangan kepada negara? [Dewan riuh]. No, no, no. You ada fikirkan hal lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Gading. Yang lain itu dengar sahaja.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Anda ada fikiran lain.
Saya mempunyai fikiran yang terbuka. Yang baik tetap baik. Mengapa? Apakah masalahnya? Satu projek dan kalau isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin berbakti kepada negara, mengapa hendak kita halang? Apakah kita tidak dapat menyukat peranan seorang isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang begitu hebat menolong rakyat, apakah kita mencemburuinya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Walhal, isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh berehat di rumah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Akan tetapi, beliau ingin berbakti kepada negara. Ayuh! Kita alu-alukan. Tuan Yang di-Pertua, saya jenis yang tidak mahu melawan Tuan Yang di-Pertua. Dengan hormat saya menyokong...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun] .
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk juga mengambil bahagian dalam isu yang penting ini iaitu bagaimana kita berada di sini pada hari ini untuk membahaskan suatu perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh yang bermakna kita telah sampai pada satu lagi tahap yang sangat penting untuk membahaskan satu perkara demi masa depan rakyat dalam negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, mendengar ucapan daripada rakan-rakan sebentar tadi dan khususnya daripada ayahanda saya Yang Berhormat Sri Gading, suka untuk saya mengulangi sekali lagi bahawa peranan kita sebagai Pakatan Rakyat dalam Parlimen selepas Pilihan Raya Ke-12 adalah untuk kita bersama-sama membina negara ini. Saya ingin menyatakan pada hari ini, pada hari kita membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini bahawa atas nama Pakatan Rakyat kita beriltizam untuk membina masa depan negara Malaysia yang lebih baik.
Inilah sumbangan kita kepada negara yang janganlah kita sampai pada tahap Rancangan Malaysia Kesepuluh ini masih lagi menganggap bahawa peranan pihak pembangkang ini tidak penting. Kita menganggap pihak pembangkang hanya sebagai suatu yang menyusahkan negara. Kalau kita mahu kepada suatu anjakan pemikiran, maka kita harus berada pada hari ini untuk bersama-sama dan mengiktiraf apa yang kami kemukakan dalam Dewan yang mulia ini adalah merupakan suatu yang kita ingin kongsi bersama. Memang dalam beberapa perkara tertentu kita memberikan pandangan kita yang agak kritikal kerana kita merasakan bahawa apa yang berlaku itu harus dipertanggungjawabkan, harus untuk dijawab dengan jujur dan ikhlas kerana apa yang berlaku ini adalah merupakan kesannya, natijahnya ialah kepada rakyat, yang kita kasihi dan kita berada di sini hanya buat sementara waktu. Penggal hadapan mungkin tidak ada lagi antara kita di sini.
Akan tetapi, apabila kita berada di sini, kita mesti menjalankan tanggungjawab ini supaya jangan rakyat esok menuduh kita sebagai Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab. Sesiapa pun yang ada pada hari ini, mungkin kami berada di sini pada hari ini di sebelah sini, esok mana tahu yang ada di hadapan
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
sana - esok siapa yang tahu tentang nasib untung rugi kita. Akan tetapi peranan kita pada hari ini untuk menyatakan suatu sikap kita yang bukan hanya berdasarkan berdendam politik dan sentimen kepartian semata-mata.
Saya ingin mengungkap tentang bagaimana kita seharusnya bersama mempertahankan negara dan maruah dan masa depan rakyat. Maruah negara, kita telah hilang Pulau Batu Putih. Ini bukan satu perkara yang perlu ditertawakan.
Kita telah hilang kedaulatan negara. Isu penyerahan Blok L dan Blok M yang tidak ada satu ayat pun atau beritanya dibawa ke dalam Dewan yang mulia ini. Ini persoalannya. Kita mendengar satu berita dengan tiba-tiba tanah rizab Kereta Api Tanah Melayu diserahkan kepada kerajaan Singapura. Tidak pernah satu ayat pun dilaporkan dibawa ke dalam Parlimen ini. Apakah maknanya?
Seorang Ahli
Isu Kampung Baru 60:40.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Isu Kampung Baru 60:40 yang tidak pernah pun dibawa dalam Dewan yang mulia ini. Apakah sebenarnya ini? Adakah semua fakta ini disembunyikan daripada rakyat, Disembunyikan kepada kami yang sebagai Ahli-ahli Parlimen? Ini maknanya. Ini isunya. Ini pokok ceritanya yang kami bahas, kami bawa dalam suatu forum, satu premis, satu Dewan yang mulia yang kita berada di sini adalah untuk mewakili rakyat yang kami sedar bahawa tidak semua perkara yang kami bawa di sini walaupun kami daripada pihak pembangkang, itu bermakna kami membangkang semata-mata. Ini penting Tuan Yang di-Pertua.
Kita hilang Pulau Batu Putih. Mengapakah kita hilang Pulau Batu Putih?
Mengapakah kita tidak belajar daripada kehilangan pulau ini? Jangan kita senada, seiras dengan suara-suara yang mengatakan ‘Oh! Itu hanya pulau. Itu hanya batu yang apabila air pasang, tiada lagi pulau itu’. Itu satu hujah yang sangat dangkal yang tidak patriotik, tidak bertanggungjawab. Kita mesti mewarisi satu pemikiran yang kita sayang kepada negara ini. Mengapa? Setiap inci, setiap keringat. Kalau kita bercakap, kalau UMNO bercakap tentang perkara kita mesti ingat pejuang- pejuang dahulu, pejuang kemerdekaan, ini maknanya generasi kini mesti mewarisi pemikiran ini. Jangan kita bercakap dalam satu tempoh waktu kita berubah minda, falsafah kita flip-flop. Kita tidak tegas. Kita tidak menunjukkan keutuhan kita dalam membicarakan permasalahan dan persoalan negara kita ini.
Dalam membicarakan tentang Pulau Batu Putih, Alhamdulillah kita menang dalam perebutan Pulau Sipadan. Kita menang. Akan tetapi kita tidak belajar daripada kemenangan itu. Mengapakah kita menang? Profesor Dr. Nik Anuar, seorang Ketua Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang bersama dalam perjuangan itu memberitahu kami kemenangan kita itu hanyalah satu surat yang usang, yang kecil. Di manakah surat itu disimpan?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ia disimpan di Kota London. Surat yang mengatakan satu nota yang sangat berharga, yang menunjukkan bahawa pencari-pencari dan penjaja-penjaja telur penyu-penyu di pulau tersebut membayar cukai kepada Kesultanan Sulu.
Surat itu disimpan oleh Inggeris di Kota London. Dengan hujah itu, yang paling kuat di antara hujah-hujah yang lain hanya sekeping kertas yang usang, maka Ketua Hakim Mahkamah Antarabangsa menyatakan inilah bukti kedaulatan pulau tersebut, yang pada waktu Sabah adalah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu.
Akan tetapi kita tidak belajar.
Selepas menang kita tidak mengambil satu sikap yang perlu berhati-hati.
Kita bawa isu Pulau Batu Putih ke Mahkamah Antarabangsa dengan tidak memiliki
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
cukup persediaan dan saya bertanggungjawab untuk mengatakan ini, tidak cukup persediaan. Jikalau tidak cukup jangan bawa dahulu, kalau tidak cukup bukti jangan bawa dan bersetuju dahulu. Kita perlu mengambil masa untuk kita memperkukuhkan hujah-hujah kita.
Saya sempat menyemak beberapa hujah di dalam laman web Kerajaan Singapura khususnya berkaitan dengan kemenangan mereka mendapatkan Pulau Batu Putih. 10 tahun Tuan Yang di-Pertua. 10 tahun mereka menghantar para diplomat mereka. Menghantar peguam-peguam mereka yang terbaik. Ke mana?
Ke beberapa destinasi penyimpanan khazanah dan warisan dunia di Kota London, di Goa, India dan di Lieden di Belanda. 10 tahun mereka membuat persediaan.
Setiap hari mereka duduk di situ membongkar, mencari dokumen-dokumen penting. Kita?
Saya merujuk kepada Profesor Nik Anuar. Kita selepas itu kita leka. Kita tidak bersungguh-sungguh dan tidak mengambil masa untuk kita memperkukuhkan bukti-bukti dan hujah-hujah kita yang akhirnya kita melihat, menurut laman web Kerajaan Singapura terdapat satu surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang mengatakan bahawa mereka tidak mengakui ataupun mereka tidak memasukkan peta Pulau Batu Puteh dalam Kerajaan Johor pada waktu itu. Surat itu dijumpai di mana? Di Goa. Rekod kemudian mereka jumpa di mana? Dijumpai Kota London. Mengapa? Persoalannya kalau kita dapat cari bukti yang sempurna, dapat kita menghujah yang sama. Kita boleh menunda untuk kita sama membawa hujah itu ke ICJ. Mungkin semua perkara ini kita tidak perhatikan dengan cermat Tuan Yang di-Pertua.
Inilah yang saya katakan tadi bahawa kita perlu untuk mengkritik perkara seperti ini kerana apa? Kerana ia isu kedaulatan. Isunya isu maruah negara, integriti negara dan bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini benar-benar bertanggungjawab untuk mempertahankan setiap inci apa yang dikatakan maruah warisan yang kita mesti pertahankan. Kita hilang pulau Batu Puteh suatu yang mesti kita pelajari dan saya minta anak-anak muda pada hari ini, generasi- generasi muda pada hari ini, mari kita melihat perkara ini, untuk apa? Untuk kita melihat bagaimana kita mahu membina 1Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang kerana kita boleh menjanjikan suatu perkara yang lebih bertanggungjawab dan boleh kita pertahankan kedaulatan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, kita melihat isu KTM, isu blok L&M. Mungkin dari segi fakta boleh dikeluarkan. Kita boleh baca dan banyak pihak boleh mempersoalkan Artikel 2 Perlembagaan Negara ini. Artikel 2 di mana satu persempadanan, suatu daerah, suatu keluasan, suatu negara satu wilayah yang melibatkan negeri ia mesti mengambil proses untuk diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Jikalau ia melibatkan negara, Parlimen harus diberitahu. Bukan sahaja itu, Parlimen harus meluluskan. Ketiga kita melihat ia memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Ini maknanya kita hormat pada Raja-Raja Melayu bukan terpekik terlolong di tepi jalan kalau kita hendak pertahankan Raja-Raja Melayu. Itu bukan. Itu cara feudal, itu cara yang tidak bertamadun, bagaimana kita hormat pada Raja dan hormat pada Perlembagaan. Ia mesti dipertanggungjawabkan, dibahaskan di dalam Dewan yang Mulia ini. Langsung tidak dibawa. Tiba-tiba mendengar blok L&M itu diserahkan. Itu pun melalui laman web bekas Perdana Menteri Malaysia.
Jikalau tidak? Itu bukan punca daripada Pembangkang.
Pembangkang hanya tidak mahu menyokong setiap inci, setiap butir zarah apa yang kerajaan buat. Bukan itu isunya. Isunya ialah blok L&M itu terlepas dan
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
kita kehilangan dua telaga minyak. Kita kehilangan dua kawasan yang mengeluarkan hasil kepada negara, yang kalau dihitung berjumlah RM320 bilion.
700 tahun negeri Kedah boleh bangun, boleh membelanjakan belanjawan dengan jumlah itu.
Bukan sedikit jumlahnya Tuan Yang di-Pertua. Perlis, 1000 tahun bukan kecil jumlah itu. Adakah ini bukan untuk negara? Jikalau kami berjuang menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bukan untuk kami. Bukan untuk kocek kami. Ini untuk rakyat. Adakah rakyat tidak tahu. Jikalau rakyat mesti tahu. Rakyat mesti diberitahu. Persoalannya mengapa kepimpinan negara tidak membawa perkara ini di dalam Parlimen? Itu persoalannya yang kami tuntut pada hari ini.
Bercakap tentang warisan, bukan main Dato’ Seri Utama, Menteri yang menjaga warisan. Ayatnya indah, “kalau dilipat sekecil kuku, kalau dibentangkan seluas alam, air yang mengalir itu bisa kita aturkan, ia tidak menjadi gelombang yang sepi dan sayu dan syahdu.” Bukan main. Apa dia warisan negara? Apa dia?
Tanah KTM itu, ia warisan. Ia suatu tanah yang telah ada perjanjian sejak 1918. Ia tanah, namanya pun Keretapi Tanah Melayu. Tidak banyak lagi Melayu yang tinggal Tuan Yang di-Pertua. Tidak banyak lagi sudah. Baju Melayu, Ketuanan Melayu dan Keretapi Tanah Melayu.
Tidak mengapalah. Kita bukan hendak berhasrat hendak menjadikan ia satu isu yang sempit. Bukan itu maksud saya. Itulah namanya Keretapi Tanah Melayu. Tanah rizab Keretapi Tanah Melayu. Dari Tanjong Pagar sedikit di Bukit Timah dan sedikit di Woodlands yang luasnya 917 hektar. Nilainya berapa?
Hendak digantikan dengan tanah yang di pinggir Marina Bay. Akan tetapi kasino terbesar di Asia Tenggara untuk apa? Jikalau kita bercakap tentang warisan, hendak mempertahankan warisan. Apa yang kita dapat. Saya kira tidak ruginya.
Untung ruginya apa dia? Akan tetapi persoalannya, ini pun tidak diberitahu dan dibawa.
Apakah kita tidak kurang peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua?
Selepas soalan pagi, ada peraturan mesyuarat mengatakan Menteri boleh membuat ucapan. Tidak boleh menggunakan peraturan itu untuk beritahu kepada kita bahawa kerajaan berhasrat mahu membincangkan tanah KTM. Kerajaan berhasrat hendak merundingkan semula tentang isu blok L&M kerana ada tuntutan. Tidak boleh? jikalau kami yang membawa usul tergempar mungkin tidak boleh. Alasannya mesti tidak boleh disegerakan.
Akan tetapi Menteri ada tanggungjawab untuk membawa isu ini. Menteri ada suatu locus standi yang kukuh untuk bawa isu ini, untuk kita bahaskan dalam Parlimen yang mulia ini. Jadi, ini saya rasa satu perkara yang kita mesti perhatikan dengan sejujurnya supaya apa yang berlaku ini, kami telah mencatatkan pada hari ini dalam Hansard Parlimen bahawa kami telah bangun, bertanya kepada pihak kerajaan. Kita mengkritik dengan suatu kritikan yang penuh tanggungjawab, kenapa kita hilang Blok L&M dan mengapa pula kita serahkan tanah Keretapi Tanah Melayu kepada Kerajaan Singapura dengan tidak ada satu jawapan yang boleh meyakinkan kita pada hari ini.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu Parlimen. Saya boleh menyokong tentang apa yang berlaku dalam Parlimen ini. Dahulu kita bahas banyak kali tentang isu kenaikan elaun dan gaji - tidak mengapa, itu kita boleh setuju. Dengan satu hasrat, jawatan Speaker dan Timbalan Speaker itu - kita mahu lihat Speaker dan Timbalan Speaker yang lebih bebas, yang lebih
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
independent, yang lebih boleh memperlihatkan tanggungjawab, diberikan segala kemudahan. Itu kita setuju, itu tidak ada masalah.
Akan tetapi, tiba-tiba hari ini kita melihat Parlimen sudah jadi macam suatu perkara yang untuk mengagihkan periuk nasi. Banyak jawatan Senator untuk apa?
Ahli Parlimen di sini begitu ramai. Ramai yang boleh! Kenapa? Kita akan menjadi mockery, dengan izin. Ridiculous! Kenapa?
Seorang yang telah ditolak di peringkat kawasan, partinya pun beri satu jaminan kalau ia bertanding kalah. Kenapa ia tidak jadi calon di Hulu Selangor?
Betul! Apa sebabnya? Digantikan dengan orang baru yang lebih muda - tidak mengapa dan sudah pun mengangkat sumpah. Tiba-tiba dilantik menjadi Senator, menjadi Timbalan Menteri. Adakah Parlimen Dewan Negara menjadi Dewan sampah-sarap? Tempat untuk mengagih periuk nasi?
Ini bukan satu Parlimen yang kita mahukan Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan suatu Parlimen yang menggambarkan kita menganjak ke hadapan. Ini bukan satu Parlimen yang kita rasakan yang kita mahu satu perkara yang boleh kita berikan kepada rakyat Malaysia. Saya Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya pembangkang, saya sering kali mengatakan bahawa tidak kisah, selagi rakyat memberikan mandat kepada Barisan Nasional - UMNO memimpin, jadilah pemimpin, perintahlah sebagaimana kita menjanjikan.
Jangan bimbang kalau kita perintah esok, Raja-raja Melayu ini teruslah bertakhta. Kita tidak kisah, kita tidak mahu jawatan itu. Kepada Duli yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, bersemayamlah di atas takhta masing-masing sampai hari kiamat. Itu kita tidak kisah selagi rakyat memberi mandat, silakan. Akan tetapi kita mahu pemimpin yang memimpin kita. Kita mahu pemimpin, memimpin negara dan rakyat. Seorang yang telah ditolak oleh parti, ditolak oleh rakyat dengan hanya menjanjikan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga. Parlimen dijadikan sampah sarap! Ini saya rasa suatu perkara yang kita harus...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Inilah ia... *I help you, you help me.
[Ketawa]*
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
...Suatu perkara yang lebih bertanggungjawab kepada Parlimen. Kita mahu - saya rasa saya boleh berkongsi isi hati ini dengan sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen, tidak kira pembangkang ataupun ahli kerajaan. Kita mahu Parlimen yang berintegriti, kita mahu Parlimen yang melangkah setapak demi setapak seperti mana House of Commons. Kita mahu melangkah setapak demi setapak pada Parlimen yang lebih meyakinkan kita pada masa yang akan datang - ini yang kita mahu.
Rakyat telah pilih, silakan. Kita tidak akan melakukan sebarang pemberontakan bersenjata ataupun berdarah untuk menurunkan kita semua. Biar rakyat yang menentukan esok. Mungkin tahun hadapan, dua tahun akan datang, sebelah sini duduk sebelah sana, sebelah sana duduk sebelah sini. Mana tahu?
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Begitulah hari-hari yang mungkin yang akan digilirkan oleh Allah SWT.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya issue kepada isu rasuah yang melanda negara kita. Saya, alhamdulillah berkesempatan bersama Tuan Yang di- Pertua dahulu pada Parlimen yang kesebelas. Saya masih ingat lagi Tuan Yang di-Pertua juga berucap pada waktu membahaskan Rancangan Malaysia Kesembilan. Apa isu besarnya yang dilaporkan, yang dimasyhurkan, yang diperakukan - apa ia? Kegagalan, kalau kita anggap sebagai satu perkara besar
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
yang menghalang, yang constraint kerajaan adalah tentang delivery system, tentang sistem penyampaian, tentang rasuah yang berlaku, ketirisan yang berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, kami akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Sebahagian daripada kami termasuk Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Kepong telah duduk dalam satu jawatankuasa khas SPRM. Jawatankuasa ini adalah sebahagian daripada akta yang mesti ditubuhkan tiga jawatankuasa. Yang pertamanya Jawatankuasa Khas SPRM, keduanya Jawatankuasa Khas Penilaian, ketiganya Jawatankuasa Khas Aduan SPRM. Tiga jawatankuasa yang ditubuhkan, untuk apa? Rohnya kita alu-alukan, rohnya sangat mulia, rohnya sangat meyakinkan, untuk apa? Untuk akta ini - menganjak! Untuk akta ini apa? Mengembalikan zaman kegemilangan. Untuk apa? Untuk bersama membanteras rasuah dalam negara kita. Tiga akta ini telah ditubuhkan dan kami dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tugas laporan kami adalah untuk menilai laporan SPRM dan alhamdulillah, kami telah bermesyuarat enam kali dan kami telah keluar dengan satu keputusan yang penting. Yang lain saya tidak mahu sebut. Yang lain kita cadangkan tentang SPRM lebih bajet - kita setuju. SPRM mesti ada satu manpower yang lebih competent - kita setuju. Itu yang beruncit-runcit. Akan tetapi kita apabila berdiri, apabila berada dalam anggota, kita tidak hendak suatu pendekatan yang beruncit-runcit, bukan yang piecemeal. Akan tetapi, kita hendak yang benar-benar bersifat reform.
Kita announced suatu yang besar, iaitu kita telah mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM diberikan kuasa mendakwa - the rights to prosecute. Saya hendak menyatakan dalam Dewan yang mulia ini, enam kali kita mesyuarat dan kita telah bersetuju dengan semua anggota - bukan undi. Kami ada enam anggota. Semua bersetuju dengan cadangan ini dan kita telah mengambil maklum bahawa antara halangan terbesar SPRM adalah kami tidak ada kuasa untuk mendakwa. Kami boleh siasat.
Ramai antara anggota-anggota SPRM yang kita telah temui yang mengatakan kepada kami - kami bekerja hampir bercerai laki bini, hampir bercerai laki bini untuk menyiapkan kertas siasatan. Ada yang mengatakan, mereka pergi dalam suatu destinasi yang jauh menyiapkan kertas siasatan.
Tuan Yang di-Pertua, tidak ada masalah untuk mendakwa kes yang kecil- kecil. Kes dapat RM10 tepi jalan, RM300 atas meja - itu kecil-kecil. Akan tetapi rakyat ingat. Rakyat tetap ingat dan sekali lagi ia bukan datang dari kami di sini, ia datang dari sebelah sana. Sewaktu itu Dato’ Seri Utama yang menjadi Menteri Penerangan pada hari ini, beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum tahun 2004. Beliau mengatakan ada 18 kes yang berprofil tinggi. Ini diperakui bahawa semuanya di atas meja AG - AG harus bertindak, AG harus buat keputusan. Hendak dakwa atau tidak hendak dakwa? Akan tetapi, SPRM telah menyempurnakan tugas mereka. Ini yang rakyat hendak tunggu.
Jadi untuk kita menjayakan RMKe-10, kita harus jujur, kita harus prihatin...
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
...Kita harus lebih bertanggungjawab. Di mana kita mahu, kalau kita mahu menganjak - reform. Kita mahu satu reform. Kita mahu Perlembagaan Negara ini...
[Disampuk] Satu ayat lagi.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Okey.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
...Kita mahu usaha bersungguh-sungguh. Kerajaan mesti bawa satu bil dalam Parlimen ini untuk kita pinda Perlembagaan Negara bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM diizinkan untuk menjalankan kes-kes pendakwaan yang berkaitan dengan rasuah dalam negara kita. Sila, Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Yang Berhormat Kubang Kerian sudah baca minda saya. Itulah soalan saya ataupun penjelasan yang saya minta tadi yang telah dijawab dalam ayat terakhir, iaitu dengan pindaan Perlembagaan yang kita harus buat untuk memastikan bahawa kuasa pendakwaan diberikan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Kubang Kerian telah sebut tadi bill harus dikemukakan.
Saya setuju. Akan tetapi persoalan saya dan saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Memang dari segi Pakatan Rakyat saya rasa kita akan sokong penuh cadangan untuk meminda Perlembagaan, supaya kuasa pendakwaan ini diberikan secara penuh tanpa merujuk lagi kepada Peguam Negara untuk kes-kes yang melibatkan rasuah. Akan tetapi persoalan ialah sama ada Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, sama ada inisiatif untuk meminda Perlembagaan seperti yang dicadangkan ini akan dibuat dan sama ada rakan- rakan kita di Barisan Nasional akan sokong. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih sahabat saya daripada Rasah tentang perkara itu. Yang Berhormat Subang minta maaf daripada Subang tentang perkara itu. Saya rasa apa masalahnya untuk menyokong? Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa khas ini ialah terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negara, Dewan Rakyat daripada semua parti. Saya mewakili Pakatan Rakyat. Yang Berhormat Kepong mewakili Pakatan Rakyat, seorang Timbalan Yang di-Pertua daripada Dewan Negara juga menganggotai dan sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud juga termasuk di dalam jawatankuasa ini. Semua kami bersetuju. Kenapa Yang Berhormat Subang? Kita mahu esok siapa pun yang menjadi Perdana Menteri, siapa pun yang menjadi Menteri esok, siapa pun yang menjadi pemimpin esok hari, kalau adanya suatu pengawalan yang sebegini, negara akan selamat.
Duit rakyat akan dapat kita jaga dengan baik. Amanah rakyat akan dapat kita jalankan dengan baik. Kita mahu supaya SPRM sudah sampai masanya atas kes-kes yang mereka jalankan siasatan di atas tanggungjawab mereka, saya rasa itulah yang perlu kita berikan kepada mereka hari ini. Itulah yang saya rasa ada dalam benak, ada dalam hati bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Yang Berhormat Kepala Batas pada waktu itu yang mencadangkan supaya BPR dianjak, dinaiktarafkan kepada SPRM. Kalau kami cadangkan hendak tambah bajet, tambah anggota, tambahkan disiplin, itu tidak payah jawatankuasa.
Benar yang disebut oleh sahabat saya tadi Yang Berhormat Kuala Selangor ianya adalah apa yang disifatkan sebagai old wine in the new bottle ataupun old ketchup in the new bottle. Barang lama, botol sahaja baru. Kita hendak sesuatu yang sustained. Kita hendak suatu perkara yang lebih bertanggungjawab. Kita mahu satu perkara yang lebih, yang jitu sifatnya yang kita boleh berikan kepada negara. Kalau mereka boleh mendakwa kes-kes ini insya- Allah saya rasa kita boleh meminimumkan di peringkat awal mengenai kes-kes
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
rasuah dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, ada berapa minit lagi untuk gulung?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Akhir sekali saya hendak sebut tentang pendidikan. Sahabat saya daripada Yang Berhormat Sri Gading sebut tentang PERMATA. Tidak kisahlah siapa pun, tidak mengapa. Akan tetapi apa falsafah PERMATA ini, apa maknanya dan apa yang dia hendak buat?
Saya cukup bimbang kalau PERMATA ini akan mengambil alih semua institusi pendidikan prasekolah dalam negara kita. Adakah itu niatnya? Ataupun hanya memfokuskan kepada satu kelompok kecil. Itu tidak mengapa. Akan tetapi saya takut dia pergi jauh lagi iaitu untuk esok mewajibkan pula anak seawal lima tahun sudah masuk darjah satu. Ini saya buat satu anticipate satu unjuran pemikiran, kenapa? Kalau itulah maksudnya kita hari ini bertentangan dengan banyak teori pembangunan kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh Sigmund Freud.
Kita belajar dahulu dalam sistem ekologi manusia dan Yang Berhormat Pasir Salak pun tahu tentang perkara ini. Kalau kita hendak anak-anak kita seawal lima tahun masuk bangku sekolah, ini sudah termasuk dalam kes penderaan kanak-kanak sebenarnya. Kita perlu buat sesuatu, perlu kepada satu kajian yang komprehensif. Research base yang lebih bertanggungjawab. Jangan flip-flop, buat ini gunakan majoriti esok setuju. Gunakan majoriti di Parlimen esok, setuju, jangan begitu. Ini kanak-kanak, dia manusia. Kita bercakap tentang modal insan, kita bercakap mengenai - kita hendakkan suatu generasi yang lebih baik. Anak-anak hari ini pun kita lihat letih saya. Saya ada anak sekolah, beg lebih daripada 10 kilogram.
Bagaimana kita melihat perkara ini? Ini lima tahun kita hendak masuk ke darjah satu. Jangan flip-flop, sebagaimana dalam pembentangan RMKe-10 kerajaan kembali pula menekankan tentang pelajaran teknik dan vokasional.
Dahulu vokasional sudah hilang daripada sekolah, jadi teknik. Teknik balik pula jadi vokasional, jadi kita tidak tahu yang mana satu. Kita tidak tahu bagaimana kita hendak mewujudkan sesuatu sistem pendidikan dalam negara kita macam mana yang kita mahu. Marketnya bagaimana? Pasaran kerjanya bagaimana? Hari ini kita tidak boleh nafi ada satu isu, a square peg in a round hole, ada isu mismatch dalam universiti kita. Kita tidak market driven dan seumpamanya. Ini semua isu-isu yang mesti kita selesaikan. Jangan saya harap Permata esok dengan peruntukan begitu besar esok dengan ianya diketuai oleh isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maka satu bill pula dibawa ke dalam Parlimen ini untuk kita mahukan anak-anak kita masuk sekolah seawal lima tahun. Ini satu perkara yang kita rasa kita mesti buat satu penyelidikan yang benar-benar berasaskan kepada research yang boleh kita pertanggungjawaban bersama dan kita boleh bahaskan bersama dalam Dewan yang mulia ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin juga menyampaikan beberapa satu perkara lagi iaitu tentang subsidi. Subsidi memang secara mungkin tidak tahu, secara gurauan, selepas itu saya melihat Menteri ini pun tidak berani datang Parlimen. Negara mungkin bankrap jika memberikan subsidi kepada rakyat dan seumpamanya. Jangan anggap rakyat ini sebagai liabiliti. Jangan threat rakyat ini. Jangan layan rakyat ini seperti kita ini suatu biawak hidup kepada kerajaan.
Kalau tidak mahu lagi, tidak boleh lagi untuk beri subsidi kepada rakyat bagi orang lain. Ada ramai lagi manusia dalam Malaysia ini boleh jadi pemimpin
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
dalam negara kita. Jangan buat satu kenyataan yang menghancurkan hati rakyat.
Jangan buat satu kenyataan yang boleh merosakkan keyakinan rakyat. Subsidi. Ini tugas kerajaan.
Tugas pemimpin negara hari ini, tugas Perdana Menteri adalah beliau mesti generate. Beliau mesti fikir bagaimana beliau hendak meningkatkan keupayaan negara menambahkan lagi pendapatan kepada negara. Itu tugas Perdana Menteri dan Menteri-Menteri. Ini tugas Kabinet. Bagaimana dalam era kita bercakap tentang 1Malaysia, hendak bentang RMKe-10 di antaranya pula keluar satu kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara mungkin bankrap. Ini kenyataan yang hodoh. Very ugly statement yang tidak bertanggungjawab yang menganggap rakyat ini seperti biawak. Rakyat ini liabiliti. Mana perginya hasil negara? Ke mana perginya kekayaan negara?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Boleh habiskan Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Saya harap perkara-perkara yang seperti ini dapat kita perhatikan dan saya telah membentangkan tiga ataupun empat perkara besar dalam perbahasan ini dan saya mengharapkan jawapan yang lebih bertanggungjawab daripada pihak Menteri. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengingatkan diri saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini dengan tujuan yang baik dan memperkatakan sesuatu yang tidak ada apa-apa kepentingan selain daripada untuk kepentingan rakyat dan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak diri saya yang mewakili rakyat Pasir Mas dan juga bagi pihak pertubuhan NGO yang kami wakili terutamanya Majlis Perunding Melayu dan juga Pertubuhan Peribumi Perkasa, izinkan saya menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana di waktu membentang dokumen Rancangan Malaysia Kesepuluh, apa yang kami rasa teruja dan berterima kasih ialah mengenai dengan agenda yang berkaitan dengan kepentingan kaum bumiputera.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Lima inisiatif agenda yang telah dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh membuktikan bahawa kerajaan tidak mengabaikan kepentingan kaum majoriti iaitu kaum bumiputera yang masih lagi memerlukan bimbingan, pertolongan apatah lagi apa yang dikatakan affirmative action bagi menentukan bahawasanya satu hari nanti dari segi apa sahaja bentuk pembahagian kekayaan negara dapat diseimbangkan dengan pelbagai kaum dalam negara ini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Usul yang dikemukakan melalui Kongres Ekonomi Bumiputera sebelum ini telah diambil kira oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Untuk itu, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan. Saya juga berharap lain-lain usul yang dikemukakan oleh berbagai-bagai pertubuhan NGO dalam masa Rancangan Malaysia Kesepuluh dilaksanakan nanti, saya harap ia diberi perhatian dan diberi pertimbangan dan mana yang dikirakan sesuai dan ada fakta-fakta ataupun kebenaran yang wajar diberi pertimbangan, saya harap ia diberi perhatian yang serius.
Pada keseluruhannya, saya melihat Rancangan Malaysia Kesepuluh telah dibuat dengan begitu komprehensif dengan mengambil kira apa yang dikatakan cabaran globalisasi, usaha hendak meningkatkan pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi dan juga bagi menghadapi persaingan apa yang dikatakan competitiveness, yang dihadapi dengan negara-negara lain mengikut perkembangan ekonomi semasa dunia sekarang ini.
Akan tetapi dalam pada masa itu, pada masa yang sama kerajaan tidak lupa mengenai dengan tanggungjawab sosial kerana kita mempunyai masalah yang tersendiri dalam negara kita. Saya cukup gembira kerana affirmative action mengiktiraf iaitu atas kepentingan etnik-etnik tertentu dalam negara kita ini, maka ia harus diberi perhatian dengan agenda-agenda yang saya sebutkan tadi.
Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya ingin menyebut dengan ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua. Di antara lima agenda bumiputera yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau hendak diulas satu persatu mungkin mengambil masa, tetapi cukup sekadar dengan apa yang saya ingin menyentuh perkara-perkara penting. Kalau hendak diulas soal pemilikan ekuiti dalam korporat, mungkin ini juga akan mengambil masa begitu juga empat perkara yang lain.
Akan tetapi, saya hendak menyentuh perkara yang paling pokok iaitu bersabit dengan pemilikan harta tanah, iaitu di mana kita lihat dan kita tahu bahawa kaum bumiputera masih lagi tertinggal ke belakang terutamanya memiliki harta tanah ataupun rumah kedai dalam bandar-bandar yang besar. Maka, kerajaan telah bersetuju dan akan membentuk apa yang dinamakan Harta Tanah Berhad dan mempunyai rancangan tindakan affirmative untuk menjayakan hal ini kerana dahulu dipertanggungjawabkan kepada UDA, UDA gagal.
Cuma saya hendak bangkit di sini Tuan Yang di-Pertua, apakah tidak mungkin dalam soal pemilikan harta tanah dan juga property ini di bandar-bandar di mana kaum bumiputera diberi ataupun difikirkan satu mekanisme baru, iaitu mereka boleh membeli harta ini dengan mendapat pinjaman bank 100%. Saya kemukakan cadangan ini ialah kerana mengambil kira di mana hari ini rakyat boleh membeli kenderaan automobil dengan mendapat pinjaman 100%. Manakala automobil kita tahu kereta ada depression, harganya menurun dan tidak naik, manakala kalau diberi izin untuk membeli harta tanah, harta tanah ini harganya naik dan harta tanah ini menjadi cagaran kepada pihak peminjam.
Jadi, saya tidak nampak kenapa tidak boleh dilaksanakan dasar kewangan yang sama untuk kaum bumiputera membeli harta tanah di bandar- bandar mengikut kaedah pembelian-pembelian kereta ataupun automobil dengan mendapat pinjaman 100% dan digantikan – boleh digunakan hire purchase agreement daripada sales and purchase agreement untuk membeli property di kawasan bandar. Itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Perkara yang seterusnya, secara ringkas saya ingin menyentuh mengenai dengan penubuhan jawatankuasa tertinggi bagi merancang, memantau dan melaksana segala agenda untuk kepentingan kaum bumiputera. Saya harap jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri melantik wakil daripada sektor swasta di kalangan mereka yang benar-benar berwibawa dan tidak ada kepentingan dan memusatkan segala tenaga dan fikirannya untuk menentukan segala agenda yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini dapat dilaksanakan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan bukan sahaja pihak swasta ataupun di kalangan pihak swasta dilantik wakil-wakil atau pakar-pakar yang dapat mewakili NGO-NGO yang berwibawa, yang boleh memainkan peranan dan membantu pihak kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam soal lima agenda ini, saya harap kali ini tidak berlaku lagi ketirisan, tidak akan berlaku lagi apa jua bentuk penyelewengan, tidak akan lagi ada perkara-perkara yang boleh dibangkitkan kemudian yang menyebabkan segala apa yang telah dirancang ini gagal di kemudian hari. Selama ini dasar semuanya betul tetapi soal pelaksanaan yang timbul ialah masalah ketirisan.
Kali ini kita harap dengan kaedah dan pendekatan yang baru, mudah- mudahan insya-Allah sama-sama kita berdoa dan berharap pihak kerajaan mempunyai political will yang sangat kuat bagi melaksanakan apa yang telah termaktub dalam dokumen Rancangan Malaysia Kesepuluh ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh beberapa isu yang saya kira penting untuk mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Pertama, saya ingin menarik perhatian seperti mana yang disebut oleh Ahli Parlimen Kinabatangan tadi, iaitu mengenai dengan isu pengambilalihan ataupun merger bank yang sedang dilaksanakan oleh pihak Bank Negara yang membabitkan kedudukan Bank EON Capital.
Ini kerana saya mendapat maklumat dan diberitahu dan saya pun membuat penyelidikan, di mana sebelum ini Affin Bank yang dimiliki oleh Tabung Angkatan Tentera telah pun mengemukakan cadangan untuk mengambil alih EON Capital dengan tawaran yang agak baik apatah lagi ia bank yang dimiliki oleh Lembaga Angkatan Tentera dan juga kerajaan, ada kepentingan sebagai GLC.
Begitu juga kedudukan EON Capital yang dahulunya ditubuhkan juga oleh pihak kerajaan kerana wujudnya Proton dan ada kepentingan dari segi *GLC
(Government Link Company).* Mengapa tidak boleh dibenarkan Affin Bank meneruskan rundingan untuk pengambilalihan EON Capital ini? Kenapa tiba-tiba Bank Negara membuat keputusan menolak tawaran yang dibuat oleh Affin Bank dan meminta supaya Hong Leong Bank meneruskan rundingan dengan pihak EON Capital?
Manakala tawaran yang dibuat oleh Hong Leong Bank masih kekal seperti dahulu di mana ia dianggap tidak begitu munasabah untuk dipertimbangkan tetapi menolak pihak Affin Bank punya cadangan. Jadi, ini saya hendak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku dan saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melakukan intervention ataupun campur tangan dalam soal ini. Ini kerana jika ia diberi kepada Hong Leong Bank, saya diberitahu akan berlaku retrenchment kerana pihak EON Capital mempunyai 150 cawangan dan kedudukan Hong Leong Bank pun ada 100 lebih cawangan yang beroperasi di seluruh negara yang melibatkan nanti 1,500 pekerja akan menghadapi retrenchment. Ini kalau kita darab dengan tanggungan isi rumah mereka yang bertugas di EON Capital, tentulah ia amat membimbangkan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya juga diberitahu bahawasanya pemegang saham yang terbesar dalam EON Capital iaitu EPF juga memberi atau memihak kepada pihak Affin Bank untuk mengambil alih EON Capital ini. Jikalau ianya berpindah kepada Hong Leong, cuba kita bayangkan mereka yang bernaung di bawah EON Capital selama ini terutamanya vendor ataupun yang berkaitan dengan kenderaan motor tentulah akan terjejas. Jadi banyak perkara yang berkaitan yang boleh memberi anggapan yang tidak baik juga kepada kerajaan sebab kedudukan Affin Bank sebagai sebuah bank kepunyaan Lembaga Angkatan Tentera, kerajaan tidak memberi perhatian dan kalau ia menjadi kenyataan di mana Affin Bank kalau diberi peluang untuk bergabung dan mengambil alih EON Capital, maka bank ini akan menjadi bank yang keempat terbesar di negara dan juga menjadi bank yang paling efektif untuk program IKS. Jadi tidak ada sebab.
Oleh sebab itu saya ingin bertanya pihak Menteri Kewangan, siapakah yang membuat keputusan dalam hal ini? Jikalau pihak Bank Negara, kita hendak tahu di mana kedudukannya ketulusan pihak Bank Negara sehingga mengetepikan cadangan yang dibuat oleh Affin Bank ini? Saya percaya, tidak masuk akal langsung apabila pihak Bank Negara menolak tawaran Affin Bank dan meneruskan serta memberi kebenaran pihak Hong Leong untuk berunding dengan pihak EON Capital. Ini perkara amat menyedihkan dan saya menggesa sekali lagi supaya kerajaan melihat perkara ini dengan serius.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga ingin membangkit soal isu subsidi yang disebut oleh rakan-rakan tadi. Secara ringkas sahaja. Pada kita, prinsipnya memang kita tahu bahawa subsidi ini hanya untuk kepentingan golongan miskin. Pada prinsipnya kita berharap pihak golongan yang berada tidak seharusnya kerajaan terus menerus memberi subsidi. Subsidi kerajaan ini banyak.
Subsidi yang secara tidak langsung termasuklah subsidi kepada IPP. Malah kalau kita lihat gula sekali pun, kerajaan belanja RM1.2 bilion dan yang mendapat manfaat hanya 4% sahaja rakyat di peringkat bawah. Jadi timbul macam-macam perdebatan, mahu tarik atau tidak dan sebagainya sehingga seorang Menteri membuat kenyataan, kalau subsidi diteruskan, maka negara kita akan menjadi bankrap. Manakala dijawab pula oleh pihak Kementerian Kewangan, kata Timbalan Menteri, subsidi boleh diteruskan dan kerajaan tidak bankrap.
Dahulu saya ingat apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melantik seorang Menteri menjadi senator dan menjadi Menteri yang bernama Dato’ Sri Idris Jalal, saya fikirkan beliau ini orang yang paling istimewa. Ini kerana beliau bukan orang politik, mungkin orang profesional. Maka, beliau dilantik. Tentu saya anggap beliau ini orang yang hebat. Akan tetapi apabila beliau buat kenyataan seumpama ini, yang saya balik ke kampung Tuan Yang di-Pertua, orang kampung pun tanya saya dalam warung, betulkah negara kita akan bankrap? Keliru habis kepala orang.
Jadi saya cadangkanlah Menteri seumpama ini, kalau boleh berhenti sahajalah. Letak jawatan sahajalah ataupun saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kalau boleh susun semula dan tidak perlulah ada orang yang seperti ini jadi Menteri kalau tidak dapat membuktikan soal sifat profesionalismenya. Ini kerana selalunya kalau orang profesional, dia berhati-hati.
Jikalau orang politik ‘totok’ ini yang bercakap soal mencari political mileage, selalu buat retorik, itu kita boleh faham. Akan tetapi bagaimana seorang yang dianggap profesional dibawa masuk dengan begitu istimewa tetapi boleh membuat kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat seluruh negara? Sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, I demand you to step down as a Minister. Itu saya punya pendirian
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
dengan secara ikhlas. Bukan saya mempunyai apa-apa niat. Akan tetapi beliau telah membuat satu kenyataan yang merosakkan imej kerajaan. Jikalau di negara Jepun, Perdana Menteri letak jawatan, Menteri itu pun letak jawatan ataupun dia terjun tingkap. Jikalau di negara lain yang ada integriti.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu hal subsidi dan saya harap subsidi ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mesti carilah mekanisme bagaimana cara untuk mengatasi masalah subsidi ini supaya yang menerima subsidi ini ialah yang dikatakan 40% rakyat yang masih lagi di tahap pendapatan yang sederhana dan ke bawah. Lain-lain itu tidak perlu lagi subsidi. Ini gula. Syarikat-syarikat pembuat coklat pun dapat subsidi gula. Bagi yang memasuki agreement dengan pihak TNB mengeluarkan dan menjual tenaga juga dapat subsidi. Jadi hal-hal seumpama ini eloklah kerajaan mengambil tindakan tahap demi tahap mengurangkan subsidi tetapi menumpukan kepada kepentingan rakyat yang masih lagi dalam keadaan yang terhimpit.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh soal satu perkara yang amat penting. Hendak merayu kepada pihak Kerajaan Pusat iaitu mengenai dengan masalah air di Kelantan di negeri saya. Masalah air ini masalah tanggungjawab Kerajaan Negeri tetapi malangnya kos untuk mengatasi masalah ini tidak sedikit dan saya dapati bahawa tidak mungkin kerajaan negeri saya, Kelantan dapat mengatasi masalah air ini. Walaupun selama ini dan sebelum ini Kerajaan Pusat telah memberi pinjaman mudah tetapi sampai sekarang masalah air ini belum selesai dan ia amat-amat meruncing, Tuan Yang di-Pertua.
Ia bukan sahaja membabitkan soal kesihatan, soal untuk melakukan ibadat tetapi air ia juga boleh mengancam nyawa dan di mana-mana sahaja di Kelantan sekarang ini timbul masalah air tidak selesai-selesai dan Kerajaan Negeri nampaknya dalam keadaan yang begitu bersahaja. Ini kerana tidak mungkin mereka dapat selesaikan. Jadi untuk itu, saya merayu kepada Kerajaan Pusat jikalau bolehlah supaya melakukan sesuatu. Jikalau perlu, beri pinjaman mudah ataupun mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu menyelesaikan masalah air yang membabitkan rakyat Kelantan sekarang ini.
Perkara yang keempat Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal tadi dijawab mengenai human trafficking. Ini masalah cross model punya jenayah yang mana saya hendak minta secara ringkas supaya kerajaan berhati- hati. Memanglah kita hendak cari pelancong, hendak minta seberapa banyak pelancong masuk ke negara kita sehingga kita memperkenalkan visa on arrival tetapi kita dapati saban hari ada sahaja cerita-cerita dalam televisyen yang membabitkan pelancong-pelancong melibatkan diri dalam kegiatan jenayah.
Maka oleh sebab itu saya cadangkan supaya pelancong-pelancong dari negara China ataupun mereka dari Afrika, orang kulit hitam Tuan Yang di-Pertua, yang saya lihat di Sunway Lagoon itu penuh dengan gaya berjalannya, tingkah lakunya, ragut begnya, dan seumpamanya. Dari Afrika dan juga dari negara China ini, saya minta kerajaan berhati-hati mengeluarkan visa untuk mereka ini.
Walaupun kita mahu tingkatkan jumlah pelancong tetapi tengoklah pula kalau pelancong itu datang membawa masalah kepada negara, saya rasa ia jadi beban lebih daripada kebaikan. Maka sebab itu, hal ini juga harus diberi perhatian oleh pihak kerajaan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu lagi soal isu semasa iaitu mengenai dengan lesen ramalan bola yang tadi pun dibangkit oleh satu dua rakan-rakan yang berbahas sebelum saya. Saya hanya ingin mengetahui
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
daripada pihak kerajaan sebab ada jawapan yang terbaru daripada pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengatakan bahawa kerajaan belum lagi membuat keputusan. Kerajaan masih lagi menunggu untuk mendapat maklum balas daripada rakyat.
Saya ingin mendapat jawapan yang sahih, bagaimanakah kedudukan yang sebenarnya sekarang ini? Kalau ia sudah diluluskan dan katanya untuk orang bukan Islam, saya mahu tahu apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan dengan secara terperinci? Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, dalam usaha hendak membanteras isu judi ini di kalangan umat Islam terutamanya, apakah usaha yang telah dibuat selain daripada mendidik rakyat terutamanya di kalangan kaum umat Islam?
Maknanya kalau ada di kalangan umat Islam ataupun orang Melayu yang beragama Islam turut terlibat dengan judi ataupun kegiatan-kegiatan haram, maka semua sekali turut bertanggungjawab termasuk jugalah parti PAS gagal dari segi dakwahnya. Ini kerana pada saya Tuan Yang di-Pertua, apa sahaja cabaran di hadapan kita, kalau kita ada keimanan, kita umat Islam yang bertanggungjawab, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang keji walaupun ia diadakan di hadapan mata kita.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Akan tetapi, kerajaan juga bertanggungjawab dalam menentukan sesuatu keputusan dan sesuatu dasar. Kita tahu lesen arak juga dibenarkan untuk orang- orang bukan Islam. Di Kelantan ada 44 buah lesen kedai arak untuk orang bukan Islam. Itu menghormati kepentingan orang bukan Islam. Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan pada tahun 1992, wang daripada kutipan cukai arak ini dikatakan boleh digunakan untuk kebajikan.
Kalau semuanya ini dibuat untuk orang bukan Islam, saya hendak tanya bagaimana kaedah untuk mencegah dan membanteras supaya di kalangan umat Islam tidak terlibat dalam kegiatan seumpama ini. Kita tahu sejauh mana tahapnya judi dari segi kaca mata Islam. Bukan sahaja soal memberi lesen malah orang yang memberi lesen kepada pihak yang membina gereja ataupun berhala dan sehingga ada orang menyembah berhala. Itu lagi kekal dalam neraka jahanam nanti.
Itu dalam konteks sudut kita sebagai orang Islam. Itu kita kena tahu. Oleh sebab itu saya hendak tanya pihak kerajaan supaya tidak timbul lagi kekeliruan mengenai dengan perkara ini. Soal kita tahu, isu ini sudah pun menjadi isu besar dan boleh menjejaskan pihak kerajaan. Akan tetapi kalau diberi penjelasan yang sebenarnya sebagaimana juga di keluar lesen jual arak dan juga lesen-lesen rumah hiburan untuk orang bukan Islam. Inilah saya percaya nanti boleh kita dapat bincang.
Akan tetapi sebagai orang Islam kita tahu pendirian sebagai orang Islam bahawa judi itu haram dan pihak pertubuhan yang saya wakili pun sudah menyatakan pendiriannya selagi mana ianya membabitkan kepentingan dan kebaikan untuk orang Islam, kita menolak. Akan tetapi kerajaan kata untuk pihak bukan Islam. Akan tetapi kalau untuk pihak bukan Islam bagaimana hendak kawal supaya orang Islam tidak turut terlibat dalam kegiatan seumpama ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin bertanya – hendak memberi saranan. Saya hendak minta dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya mengikuti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sepanjang mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri bekerjanya kuat,
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
usahanya begitu gigih termasuklah kita tengok pembentangan RMKe-10 ini. Cuma satu perkara yang saya minta diberi perhatian. Waktu membentangkan Model Ekonomi Baru dan juga saya dapati majlis-majlis yang diadakan di dalam negeri, saya dapati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada juga menggunakan ataupun bercakap dalam bahasa Inggeris.
Model Ekonomi Baru, dokumen di bentang dalam bahasa Inggeris. Ada majlis-majlis Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercakap dalam bahasa Inggeris. Saya mencadangkan – menyarankan, dalam usaha kita untuk mendaulat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, segala bentuk dokumen kerajaan dan apabila ianya nanti dibentangkan perkara yang pertama sesuai dengan akta fasal 152 mestilah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Itu kewajipan yang ada dalam Perlembagaan.
Dalam kita hendak promosi, hendak memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di kalangan rakyat jelata maka kita pemimpin- pemimpin dalam negara kita seharusnya mengguna bahasa Melayu.
Sebagaimana berlaku di Jepun, di Perancis, di negara Arab, di negara China sendiri pun mereka bercakap dalam bahasa kebangsaan mereka. Kenapa kita bercakap dalam bahasa lain? Memang kita kata bahasa Inggeris itu penting.
Akan tetapi kalau di kalangan rakyat itu sendiri, audiensnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kenapa kita tidak bercakap dalam bahasa Melayu?
Kita sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat supaya semua kaum dapat memahami dan menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini permintaan saya secara ikhlas untuk kebaikan negara pada masa akan datang kerana bahasa itu adalah orang kata penyatuan. Ia juga boleh menjadikan alat untuk perpaduan di antara kaum. Oleh sebab itu kita tekankan sangat pentingnya aliran sekolah kebangsaan ini. Sebab ini cara dari segi jangka panjang boleh menyatukan kaum di negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak menyentuh mengenai dengan kepentingan kawasan saya di Pasir Mas. Saya berharap apabila Rancangan Malaysia Kesepuluh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun, maka kerajaan akan menentukan belanjawan tiap-tiap tahun. Pertamanya untuk tahun 2011. Saya berharap ianya diberi keutamaan ataupun diberi perhatian di kawasan Pasir Mas yang menjadi kawasan kedua di Kelantan, yang bersempadan dengan Thailand. Sekarang ini menjadi kawasan yang cukup penting.
Kesesakan lalu lintas begitu tenat sekali. Maka sebab itu, saya berharap projek-projek yang tersenarai dalam RMKe-10, janganlah tunggu tahun 2012, 2013, 2014 baru hendak dilaksanakan. Contohnya Balai Polis Pasir Mas yang berada di tengah-tengah bandar sekarang ini sudah lagi tidak sesuai. Supaya dipercepatkan pembinaannya, kalau boleh dalam tahun 2011 ini juga. Begitu juga Maktab Rendah Sains MARA yang sudah pun ada tapak akan tetapi tertangguh oleh kerana mungkin masalah kewangan. Saya harap juga pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah nanti yang bertanggungjawab kepada MARA memberi keutamaan supaya Maktab Rendah Sains MARA di Pasir Mas dilaksanakan juga pada tahun 2011.
Saya juga diberitahu dan saya juga telah mencadangkan sebelum ini dan insya-Allah mungkin termasuk dalam senarai Rancangan Malaysia Kesepuluh mengenai dengan Jambatan Pasir Mas - Salor. Salah satu jambatan yang begitu tenat dari segi menampung keperluan lalu lintas setiap hari, dinaikkan taraf menjadi empat lorong dan membina jejambat bagi menyuraikan masalah
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
kesesakan lalu lintas. Ini juga saya harap dapat dipercepatkan dalam pelaksanaan tahun 2011 ini.
Satu lagi jambatan baru iaitu di Chetok dan naik di sebelah ke hala ke Politeknik Kota Bharu. Ini juga saya harap dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, paling lewat pada tahun 2012 paling tidak. Supaya nanti jangan ada dalam senarai tiba-tiba timbul masalah pelaksanaan di tangguh sehingga bila tamat rancangan dua sampai tahun 2014 nanti, masih ada lagi projek-projek yang tidak di laksana seperti berlaku dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Kesembilan.
Jadi perkara-perkara seumpama ini Tuan Yang di-Pertua, saya harap sangat diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada masalah yang dibangkit mengenai dengan ketelusan, rasuah, penyelewengan dan seumpamanya. Sebentar tadi banyak pihak Yang Berhormat Kubang Kerian bangkit sehingga cerita hal 18 kes dahulu pun masih lagi diam sampai sekarang. Perkara sudah berlaku, kita tidak tahu betul tidak betul. Akan tetapi memang ada kenyataan.
Saya harap kes-kes yang membabitkan rasuah ini, kalau ada dan kes-kes yang kita tahu ada isu-isu yang membabitkan hal-hal tertentu, beberapa tahun kebelakangan ini saya mendesak dan berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah akan terus meningkatkan usaha dan kalau boleh, bukan kalau boleh, mereka yang bersalah mesti didakwa. Saya menyokong penuh saranan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah diberi kuasa boleh mendakwa. Termasuklah isu seorang bekas Menteri dahulu. Ada isu bekas Menteri dahulu sehingga dokumen terkeluar.
Macam mana terkeluar dokumen sulit keluar sehingga salah seorang rakan Yang Berhormat Senator Ezam Mohd Nor terpaksa merengkok dalam penjara atas isu itu iaitu membabitkan seorang bekas Menteri yang memberi saham kepada menantunya. Ini juga satu kes yang belum selesai yang masih ada lagi dalam kepala rakyat. Kalau kes ini memang kes yang sahih, kenapa tidak ada tindakan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Tidak ada tolak ansur kepada sesiapa sekalipun bila membabitkan soal rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, dari segi rumusannya sekali lagi pihak saya sebagai mewakili Pasir Mas sekali lagi menyanjung tinggi dan mengucapkan setinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya penuh yakin pihak kerajaan akan berjaya kalau mempunyai semangat political will yang cukup, insya-Allah. Kalaulah selama ini negara Malaysia sudah berjaya menjadi salah satu negara kesepuluh yang kompetitif daripada 58 ekonomi sebaik sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih lebih kurang setahun setengah dahulu, saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan berjaya melaksanakan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini.
Kalau ianya berjaya saya percaya masalah kegelisahan rakyat yang berlaku pada tahun 2008 tidak akan berlaku lagi. Yang penting political will, yang penting telus,
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang penting tidak ada pilih kasih. Yang penting, meletak pemimpin- pemimpin, mereka yang bertanggungjawab kena pada tempatnya, kena pada peranannya. bukan kerana politik semata-mata.
Jadi, akhirnya Tuan Yang di-Pertua, pada rakyat, pada saya sendirilah, saya tidak kisah mengenai dengan apa yang disebut oleh pihak-pihak tertentu termasuk wakil daripada parti-parti pembangkang sebab wakil parti pembangkang, mereka kena bercakap dan kena menolak apa sahaja yang baik daripada pihak kerajaan. Kalau mereka terima, habislah peranan mereka. Jadi, untuk hendak meneruskan kehidupan mereka, agenda politik mereka, apa yang baik pun mereka akan kata tidak baik termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh sebab itu ada kena-mengena dengan survival politik parti masing-masing. Akan tetapi, saya tidak ada kisah bab ini. Asal mana ia memberi kebaikan kepada rakyat, kita memberi sokongan 100%. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ia menunjukkan keyakinan yang begitu ketara di kalangan rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah pun menawarkan satu perancangan lima tahun yang ke hadapan untuk dijayakan secara berkesan dan seterusnya bagi melonjakkan negara kita menjadi sebuah negara maju, menjadikan sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan juga rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi serta dengan satu harapan begitu besar yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, menyeru bahawa setiap rakyat Malaysia akan bekerja sebagai sebuah pasukan bola sepak yang bijaksana.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong bagaimana kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kerajaan Barisan Nasional melancarkan strategi untuk berbaik-baik dengan semua negara jiran; berbaik dengan Singapura, Brunei dan juga Thailand. Walaupun terdapat beberapa perbahasan dan juga pandangan yang berbeza terutama sekali dalam pembangunan tanah Kereta Api Tanah Melayu, saya memikirkan oleh sebab kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun meletakkan satu kejayaan yang lebih jauh ke hadapan di mana perundingan-perundingan yang lebih baik, yang menyelesaikan beberapa permasalahan yang tertangguh sebelum ini akan dapat dijayakan. Walaupun kita mungkin kehilangan nama Keretapi Tanah Melayu di Singapura tetapi oleh sebab hak tanah tersebut adalah hak Singapura.
Begitu juga dengan tanah-tanah di dalam negara kita adalah hak kerajaan negeri di mana undang-undang Perlembagaan meletakkan bahawa tanah itu kepunyaan kerajaan negeri masing-masing. Ini juga membataskan usaha pembangunan kadangkala dan terdapat juga kerugian di kalangan rakyat. Oleh yang demikian, saya menyokong usaha kerajaan membangunkan tanah Keretapi Tanah Melayu dan menjalankan usaha sama dengan Kerajaan Singapura dengan harapan kita akan dapat melihat kejayaan yang lebih baik hasil daripada persefahaman yang baik pada masa yang akan datang.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan tentang hubungan kita dengan Kerajaan Brunei. Kawasan minyak yang dikategorikan sebagai L dan M ini di mana saya difahamkan ini sebenarnya adalah hak Brunei. Kalau benar ia hak Brunei, kita minta penjelasan daripada kerajaan di dalam Dewan yang mulia ini dan apakah usaha kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan juga Brunei untuk mengeluarkan hasil minyak nanti akan memberikan lebih keuntungan kepada negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong usaha kerajaan untuk membela nasib rakyat dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan beberapa pandangan berkaitan dengan kawasan Jempol, terutama sekali dalam pembangunan industri kecil. Pembangunan industri kecil ini memerlukan sokongan daripada kerajaan kerana begitu ramai sekali pengusaha industri kecil terutama sekali yang berasaskan kepada makanan yang perlu pembelaan daripada kerajaan kerana mereka tidak mungkin untuk mendapat mana-mana pinjaman bagi membesarkan industri mereka melainkan mereka mempunyai premis yang sedia ada dan boleh ditempatkan di lokasi yang baik.
Bagi menyediakan industri kecil yang teratur, industri kecil yang berasaskan makanan, saya menyarankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini akan diperuntukkan sebahagian daripada peruntukan kerajaan bagi membantu semua sekali pengusaha industri kecil di kawasan luar bandar terutama sekali usahawan-usahawan yang bertaburan di dalam rancangan tanah FELDA. Mereka menjayakan pembangunan-pembangunan usahawan mereka setakat mana yang mereka mampu sama ada membuat cili sos, kicap, makanan tradisional dan juga bermacam-macam lagi industri kecil yang dijayakan di kawasan mereka. Namun tidak ada satu lokasi yang sesuai untuk menempatkan bengkel mereka ataupun industri mereka secara tersusun.
Peruntukan ini amat penting bagi meningkatkan lagi infrastruktur seperti jalan, air, api dan juga membekalkan kemudahan IT yang sudah tentu kalau tidak dapat dibekalkan melalui peruntukan kerajaan, kita tidak akan dapat melihat pembangunan yang lebih baik di kalangan pengusaha industri kecil di kawasan luar bandar terutama sekali industri yang dibangunkan oleh golongan bumiputera dan juga orang-orang Melayu di kawasan luar bandar.
Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapat melihat bagaimana di rancangan tanah FELDA juga pada masa sekarang ini memerlukan satu penyusunan semula pekan-pekan kecil yang lebih ekonomik pada masa akan datang. Saya berharap melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, MARA sebagai sebuah agensi yang dapat menolong bumiputera akan dapat masuk ke rancangan tanah FELDA bagi menyediakan bukan sahaja menyusun semula kedai-kedai yang sedia ada, malah menyediakan kemudahan-kemudahan perniagaan kepada golongan Melayu dan juga bumiputera di rancangan tanah FELDA. Pada masa ini kita dapat melihat bagaimana peneroka-peneroka kita menjadi usahawan yang berjaya di rancangan tanah FELDA tetapi bengkel kereta, bengkel motosikal, bengkel mengecat kereta dan juga bengkel makanan kadangkala berada di lokasi yang sama dan ini sudah tentu tidak akan dapat menjayakan perubahan yang lebih besar.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat...
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Pada masa yang akan datang.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Boleh Yang Berhormat? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat menyebut tentang peranan MARA di dalam mengatur semula perancangan serta pelaksanaan di peringkat pekan-pekan kecil. Saya kira Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya, MARA terpaksa mengambil kira juga pelaksanaan program-program yang lama, 30 tahun, 40 tahun usianya pada hari ini di mana setelah pemilik-pemilik kedai MARA ini membayar sejumlah wang untuk memiliki kedai-kedai tersebut dengan harga RM1,000 atau RM2,000 satu ketika dahulu, yang hari ini mempunyai masalah apabila kerajaan tempatan ingin membangunkan semula kawasan-kawasan tersebut. Tanah itu adalah kerajaan tempatan tetapi bangunannya adalah bangunan MARA. Ini merata-rata, di Kuala Pilah, di Jempol, di Alor Gajah, di Jasin, di Bukit Rambai dan sebagainya.
Jadi, permasalahan ini perlu dilihat dan satu penyelesaian yang seragam perlu diwujudkan oleh pihak MARA berbincang dengan kerajaan tempatan bagaimana pemilik-pemilik kedai boleh menyelesaikan masalah ini dengan membayar pampasan kepada mereka supaya kerajaan dapat membuat sesuatu yang baru bagi menggalakkan kegiatan industri kecil dan sederhana di pekan- pekan kecil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tangga Batu dan saya bersetuju memasukkannya sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan perbandingan hasil yang selalu dibangkitkan oleh peneroka FELDA yang tidak pernah ada kesudahannya. Antara hasil satu ekar pengeluaran FELDA, satu ekar pengeluaran FELCRA, satu ekar pengeluaran hasil kelapa sawit daripada syarikat swasta, walaupun berada di lokasi yang hampir sama tetapi hasil yang didapati oleh peneroka FELDA amat berbeza.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Saya berharap ini juga akan dapat diselesaikan oleh FELDA apabila dalam pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini dengan mengadakan satu perancangan yang lebih tersusun, terutama sekali dalam menjayakan proses tanam semula di Rancangan Tanah FELDA.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh sambung esok untuk 21 minit lagi.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
21 minit. Terima kasih. Panjang itu, Tuan Speaker.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih.
Saya jemput Menteri untuk membacakan usul.
Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato Dr. James Dawos Mami]
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membentang Ucapan Penangguhan berkaitan Status 3 Juta Ekar Telaga Minyak dan Gas Blok L dan M.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia terutama yang di Sabah terkeliru, tertanya-tanya dan ingin tahu status 3 juta ekar telaga minyak dan gas Blok L dan M setelah pelbagai kenyataan, menteri-menteri gagal menjelaskan penegasan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hak dan kepentingan Malaysia terhadap telaga minyak dan gas Blok L dan M telah diserah kepada Brunei dan membawa kerugian sebanyak RM320 bilion dalam minyak dan gas di satu kawasan berkeluasan serta dengan gabungan negeri-negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor.
Rakyat Malaysia terutama yang di Sabah berhak mengetahui mengapa Kerajaan Pusat mengambil keputusan pada Mac 2009 untuk menyerahkan telaga minyak dan gas Blok L dan M berkeluasan 3 juta ekar dalam wilayah lautan Malaysia kepada pihak Brunei. Meskipun terdapat banyak penyataan rasmi bahawa Blok L dan M bukan sebahagian Malaysia. Mengapa Murphy Oil Sabah Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Murphy Oil Corporation pula yang mengumumkan pada 16 Januari 2003 bahawa ia telah dianugerahi kontrak perkongsian meliputi Blok L dan M di luar pesisir Malaysia.
Murphy Oil mempunyai 60% kepentingan di Blok L dan 70% di Blok M, manakala Petronas Carigali Sdn. Bhd. memegang bakinya 40% dan 30% masing- masing di blok-blok itu. Pihak berkuasa anugerah adalah Petroleum Nasional Berhad iaitu Petronas. Mengapakah tidak ada sebarang pertikaian atau tuntutan hak dan kepentingan oleh Brunei pada masa anugerah itu? Jika blok-blok itu bukan sebahagian Malaysia, Murphy Oil Corporation yang telah ditubuhkan lama tidak akan menubuhkan Murphy Oil Sabah, bertapak di Sabah untuk berkongsi kontrak bersama Petronas Carigali Sdn. Bhd.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Yang penting sekali, mengapakah Petronas menjadi pihak berkuasa yang menganugerahkan kontrak itu jika blok-blok itu bukan sebahagian Malaysia.
Kesedaran hanya berbangkit pada 22 April 2010 apabila Murphy Oil Corporation mengumumkan bahawa ia telah diberitahu oleh Petronas pada 21 April tahun ini, bahawa menyusul pelaksanaan surat-menyurat di antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac 2009. Kawasan luar pesisir di Blok L dan M bukan lagi sebahagian Malaysia, maka kontrak perkongsian itu telah ditamatkan.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat tertanya-tanya terhadap kesahan dari segi undang-undang serta menuntut ketelusan berkaitan apa yang sebenarnya telah berlaku di antara tahun 2003 ke 2009, selepas penganugerahan kontrak-kontrak sama ada wilayah lautan Sabah di utara Labuan telah diubahkan dan di bawah keadaan ini sama ada perbuatan tersebut telah bercanggah dengan Artikel 2, Perlembagaan Malaysia menjadikan perbuatan itu tidak berperlembagaan dan haram.
Malaysia telah merujukkan kes Pulau Sipadan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa iaitu International Court of Justice (ICJ) dan memenangi kes itu pada Disember 2002. Tentulah 3 juta ekar di Blok L dan M dengan minyak dan gas bernilai RM320 bilion lebih bernilai dan bermanfaat kepada Malaysia berbanding Pulau Sipadan. Jika tidak, sebarang pertikaian dengan Brunei, mengapakah kes itu tidak dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ), padahal Malaysia kepakaran undang-undang antarabangsa berhubung pertikaian wilayah.
Rakyat Sabah terkejut lagi hairan mengapa kejadian kerajaan berusaha bersungguh-sungguh dan belanja berjuta-juta untuk memperjuangkan tuntutan wilayah dalam kes Batu Putih tetapi langsung tidak buat apa pun untuk mempertahankan blok-blok yang kaya dalam minyak dan gas itu. Sekarang bukan sahaja kehilangan pengeluaran minyak dan gas yang bernilai tinggi, Malaysia juga kehilangan wilayah perairan untuk pengangkutan, hidupan lautan dan sumber- sumber makanan untuk kepentingan semua rakyat terutama sekali di Sabah dan Labuan.
Maka dengan penuh keikhlasan, ingin saya bercadang kepada Jabatan Perdana Menteri supaya mengambil satu kertas putih untuk menjelaskan segala keraguan rakyat serta memastikan rakyat sentiasa diutamakan, hak dan kepentingan rakyat sentiasa terjamin. Dengan itu, saya minta penjelasan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tawau atas ucapan penangguhan beliau yang bertajuk Status 3 Juta Ekar Telaga Minyak dan Gas Blok L dan M.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah Yang Berhormat Menteri Luar Negeri jelaskan secara panjang lebar pada 7 Jun 2010 sewaktu menjawab pertanyaan Jawab Lisan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan isu ini.
Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa kepentingan negara sentiasa diambil kira di dalam menyelesaikan isu-isu tertunggak di antara Malaysia dengan negara
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
Brunei Darussalam, khususnya yang melibatkan persempadanan maritim di antara kedua-dua negara.
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama Malaysia juga perlu bersikap saksama dengan jiran-jirannya apatah lagi dengan Negara Brunei Darussalam di mana Malaysia berkongsi bukan sahaja sempadan, tetapi juga hubungan sosial ekonomi dan budaya yang rapat.
Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat Menteri Luar Negeri memaklumkan juga, Petronas memberikan konsesi cari gali minyak kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Oil Corporation pada tanggal 16 Mac 2003. Setelah wujud khabar bahawa Negara Brunei Darussalam telah memberikan konsesi cari gali minyak kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Total Fina Elf S.A., BHP Billiton dan Amerada Hess Corporation. Tindakan Malaysia pada masa itu adalah untuk mengukuhkan tuntutan Malaysia terhadap kawasan maritim tersebut dan bagi meneutralkan tindakan yang telah diambil oleh Negara Brunei Darussalam.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, ekoran daripada situasi tegang yang timbul berikutan daripada konsesi cari gali minyak dan gas tersebut, pemimpin kedua-dua negara bersetuju agar satu moratorium dilaksanakan di kawasan tersebut. Ini bermakna tidak ada sebarang usaha cari gali boleh dijalankan, sehinggalah satu penyelesaian dicapai. Sehubungan dengan itu, tidak ada sebarang hasil minyak dan gas yang telah dikeluarkan daripada Blok L dan Blok M (Blok J dan Blok K Negara Brunei Darussalam).
Tuan Yang di-Pertua, elemen-elemen utama penyelesaian yang diterjemahkan melalui pertukaran surat pada tanggal 16 Mac 2009 merupakan satu penyelesaian yang komprehensif dan membuka lebaran baru di dalam hubungan di antara kedua-dua negara. Sekian, terima kasih.
Masalah Perbankan Selepas Satu Bank Diambil Alih Oleh Bank Lain
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Masalah perbankan selepas satu bank diambil alih oleh bank yang lain. Bank Negara perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana bank yang belum lagi menyelesaikan banker’s cheque atau cash deposit order seperti isu-isu yang berikut:
(i) Lam Kow @ Lam Ah Kow yang pernah menerima banker’s cheque, nombor rujukan DD792753/306 bernilai RM6,500 daripada Pacific Bank Berhad bertarikh 24 November 1997 yang telah hilang (lost) dalam transit atau telah tercicir. Malah bank ini telah diambil alih oleh Malayan Banking Berhad yang seharusnya issued satu cek atau cash deposit order sebagai ganti kepada cek lama. Walaupun telah diminta untuk menggantikan cek tersebut, tetapi Malayan Banking Berhad masih enggan
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
mengeluarkan cek baru. Kenapa keadaan seperti ini berlaku?; dan
(ii) kes yang lain - Sri Maha Laxmi a/p Tamilselvam, seorang mangsa yang pernah mendapat cek bernombor 283832 bernilai RM2,500 di atas nama pemegang Amanah Raya Berhad bertarikh 21 Disember 1999 daripada Malayan Banking Berhad telah tercicir atau terhilang. Sehingga hari ini tiada cek baru di isu sebagai gantian walaupun telah dipohon dan diminta. Apakah sebab yang mendorong bank-bank ini tidak menghiraukan pembayaran yang sepatutnya dibuat kepada individu yang terlibat?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat kerana membuat ucapan penangguhan mengenai masalah perbankan ekoran penggabungan bank. Secara umumnya dalam kes kehilangan cash deposit order atau banker’s cheque, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut kepada bank yang berkenaan untuk proses penggantian cek:
(i) arahan bertulis untuk pembatalan berserta sebab-sebab pembatalan dan Surat Aku Janji untuk tidak membuat sebarang tuntutan selepasnya; dan
(ii) surat daripada penerima sekiranya berlainan daripada pemohon di atas yang membenarkan pembatalan tersebut dan memberi Surat Aku Janji untuk tidak membuat sebarang tuntutan selepasnya.
Setelah kedua-dua dokumen di atas diperoleh barulah bank boleh mengeluarkan cek gantian. Ini adalah perlu untuk memastikan tidak timbul apa- apa tuntutan lain setelah cek gantian dibuat. Dalam kedua-dua kes yang dibangkitkan ini, ia melibatkan minor sebagai penerima di mana cek ini telah dikeluarkan atas nama Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah. Ini menyebabkan kelewatan untuk mengenal pasti penerima sebenar untuk mendapat pengesahan atau Surat Aku Janji mereka seperti yang dikehendaki di dalam prosedur yang dinyatakan.
Ketika itu juga bank-bank sedang dalam proses penggabungan menyebabkan ia mengambil masa yang agak lama dan wang tersebut telah dihantar ke Pejabat Pendaftar Wang Tidak Dituntut selaras dengan kehendak Akta Wang Tidak Dituntut 1965. Maybank kini telah berjaya menghubungi kedua-dua penerima wang tersebut melalui maklumat yang diperoleh dan akan membantu mempercepatkan proses tuntutan kedua-dua pemohon ini dari Pejabat Pendaftar Wang Tidak Dituntut. Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan akan memastikan tuntutan ini dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 15 Jun 2010.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.46 petang.