Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, apakah kerajaan telah bersedia dan mempunyai keupayaan untuk menangani tumpahan minyak berskala besar seperti yang berlaku di USA baru-baru ini. Kalau ya, nyatakan butirannya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Seri Douglas Uggah Embas
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Malaysia mempunyai pelan tindakan menerusi Rancangan Kontingensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak untuk menghadapi kejadian tumpahan minyak di perairan Malaysia. Pelan tindakan ini dilaksanakan secara berperingkat yang merangkumi tindakan peringkat tempatan, negeri serta wilayah atau antarabangsa.
Tindakan-tindakan di bawah pelan ini dilaksanakan dalam mekanisme Jawatankuasa Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak yang dipengerusikan oleh Jabatan Alam Sekitar serta dianggotai oleh 17 agensi kerajaan serta industri minyak dan gas. Sebagai persediaan, kerajaan telah menempatkan stockpile peralatan melawan tumpahan minyak di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Tambahan daripada itu, sumber peralatan serta kepakaran tambahan sedia ada boleh diperolehi daripada syarikat-syarikat minyak Malaysia serta di Petronas, Shell, Exxon serta kontraktor-kontraktor oil spill response persendirian.
Di samping itu, Malaysia juga mengetuai beberapa pelan tindakan serantau bersama-sama dengan negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam, Filipina dan Thailand untuk menangani kejadian tumpahan minyak di perairan negara kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kejadian tumpahan minyak berskala besar seperti yang telah berlaku di Teluk Mexico baru- baru ini akan menjadi satu cabaran besar kepada pelan tindakan negara.
Malahan Amerika Syarikat yang merupakan negara termaju di dunia dengan tahap kepakaran teknologi dan keupayaan yang tinggi juga turut menghadapi masalah untuk mencari penyelesaian bagi kejadian tumpahan minyak tersebut. Terima kasih.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah turun padang dan menangani isu tumpahan minyak yang berlaku di Pengerang baru-baru ini.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, Selat Melaka menyaksikan kapal yang melalui Selat Melaka lebih kurang 60,000 kapal setiap tahun. Ini bermakna 30% daripada world trading melalui Selat Melaka dan juga 50% daripada bekalan minyak juga penghantarannya melalui Selat Melaka dan negara kita terdedah kepada risiko yang amat besar.
Apa yang saya dapati di negara kita ini Tuan Yang di-Pertua ialah Jabatan Alam Sekitar telah dipertanggungjawabkan untuk menangani isu-isu tentang tumpahan minyak ini. Berbanding dengan negara-negara yang lain, kita agak unik sedikit kerana Jabatan Alam Sekitar tidak mempunyai kelengkapan ataupun main power, dengan izin ataupun access, bot dan sebagainya untuk menangani. Apa yang berlaku adalah kita mengadakan sistem komiti yang mana Jabatan Alam Sekitar menjadi pengerusinya dan seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, dalam situasi-situasi begini, 17 pihak akan duduk dan akan memikirkan tindakan yang selanjutnya.
Saya mungkin bersetuju itu pendekatan yang baik juga tetapi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju perlunya untuk kita, kerajaan meletakkan tanggungjawab mencegah ataupun menangani isu tumpahan minyak ini diserahkan kepada agensi yang mempunyai aset, yang mempunyai main power dan juga pengalaman dan vesel ini seperti mungkin APMM ataupun Jabatan Laut berbanding dengan Jabatan Alam Sekitar yang tidak mempunyai kelengkapan seperti mana yang saya sebutkan.
Terima kasih.
Dato' Seri Douglas Uggah Embas
Terima kasih Yang Berhormat dari Kota Belud atas soalan dan cadangan yang cukup baik itu. Untuk makluman Yang Berhormat, memang Selat Melaka adalah satu tempat yang cukup sibuk dengan kapal laluan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi dan masalah ini adalah satu masalah yang sentiasa berlaku tumpahan minyak.
Mengenai sistem yang kita ada sekarang, kerana tumpahan minyak ini adalah satu pencemaran kepada laut dan pantai, maka Jabatan Alam Sekitar telah pun dipertanggungjawabkan oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk membersihkannya. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, memang Jabatan Alam Sekitar tidak mempunyai pegawai yang cukup, tidak mempunyai alat-alat ataupun aset yang lengkap. Oleh itu satu sistem jawatankuasa telah ditubuhkan di mana ianya akan dianggotai atau telah pun dianggotai oleh 17 agensi.
Antara agensi-agensi yang turut duduk di dalam jawatankuasa itu adalah APMM, Jabatan Laut, Jabatan Marin, polis, tentera dan syarikat-syarikat minyak.
Setakat ini kita mendapati bahawa sistem ini adalah berkesan dari segi kita dapat menyatupadukan usaha-usaha kita untuk menangani masalah tumpahan minyak ini.
Dato' Seri Douglas Uggah Embas
Seperti kita baru-baru ini mengalami di Pengerang di mana satu kapal berlanggar dan mengakibatkan 2,500 tan minyak tumpah. Dalam masa yang singkat, dalam masa tujuh hari kita berjaya untuk membersihkan pantai kita dan juga mengawal minyak itu dari merosakkan alam sekeliling di tempat itu. Maka kerosakan itu adalah minimum. Bagaimanapun saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat mungkin satu kaedah kita kena lihat kembali, kerana apabila satu jawatankuasa yang sebesar ini maka untuk memanggil mesyuarat kadang-kadang mengambil masa dan kalau kita dapat satu agensi seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi mungkin tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini boleh
Dato' Seri Douglas Uggah Embas
diambil lebih cepat, lebih berkesan dan juga untuk penguat kuasa menentukan tidak ada kapal-kapal membuang sisa-sisa minyak di perairan kita, itu juga mungkin boleh dijalankan oleh satu agensi seperti APMM tetapi, ini kita boleh timbangkan dan kalau ini pendekatan yang boleh kita ambil kita Jabatan Alam Sekitar bersedia untuk menurunkan kuasa kepada pihak berkenaan. Ini kita akan lihat, terima kasih.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membangkitkan dua isu.
Satu berkenaan dengan regulasi, undang-undang dan mekanisme. Soalan susulan saya berkenaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang disebut Yang Berhormat Menteri tadi, membangkitkan isu Bon Jaminan yang tidak begitu tinggi dikenakan terhadap kapal-kapal yang mencemarkan alam sekitar. Adakah pihak kementerian terbuka kepada cadangan untuk memastikan kita melaksanakan cukai alam sekitar untuk syarikat-syarikat besar iaitu mekanisme yang lebih menyeluruh dan bersifat jangka masa panjang untuk memberi amaran keras kalau wujudnya kemalangan dan sebagainya.
Kedua isu mekanisme kerana disebut tadi tujuh semasa program pembersihan dilakukan. Saya fikir boleh dicepatkan lagi kalau diambil kira satu sistem baru diwujudkan oleh penyelidik UPM pada tahun 2001 dikatakan, yang dipanggil sistem amaran berasaskan teknologi angkasa untuk mengesan tumpahan minyak lebih pantas di perairan negara. Adakah kementerian juga bercadang untuk mengadakan kolaborasi dengan UPM dengan sistem yang telah diwujudkan sejak tahun 2001 lagi untuk mengelakkan bencana seumpama ini dan memastikan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan dengan lebih cepat, terima kasih.
Dato' Seri Douglas Uggah Embas
Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama, mengenai Bon Jaminan dan cukai alam sekitar. Tuan Yang di-Pertua, itu adalah perkara berbeza. Memang bon yang kita kenakan kepada kapal-kapal yang melakukan kesalahan di perairan kita mungkin kita akan anggap rendah, di antara yang terbanyak yang kita kenakan ialah RM300,000 tetapi, mengapa kita memilih RM300,000 adalah kerana kalau kita mengenakan Bon Jaminan ini lebih tinggi, maka kadang-kadang kapal itu kata okey, you ambil semua kapal, kami lari. Jadi tidak ada orang yang akan bertanggungjawab untuk membantu kita memberi pampasan dan sebagainya. Cukai alam sekitar adalah perkara yang berbeza dan saya tidak memilih untuk menjawab perkara ini kerana ini adalah satu perkara dasar yang kita kena bawa kepada Kabinet.
Mengenai sistem mekanisme yang kita guna. Kini kita gunakan sistem yang terkini juga. Kita gunakan GIS, kita menggunakan air civilian untuk menentukan masalah tumpahan minyak ini tidak berlaku ataupun apabila berlaku kita dapat kesan dalam masa yang cukup singkat. Apabila kita telah mengesan tumpahan minyak ini, kita pun telah menunjukkan kemampuan untuk bertindak dalam masa satu jam. Satu jam pegawai-pegawai kita turun ke tempat itu seperti di Pengerang dan kita terus akan mengambil tindakan. Walau bagaimanapun, dari masa ke semasa kementerian memang sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kemampuan teknologi kita dan oleh itu kita bersedia untuk mengkaji apa-apa teknologi yang baik untuk membantu supaya penguatkuasaan undang- undang kita akan berjalan dengan lebih berkesan. Terima kasih.
2. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Perdana Menteri menyatakan, progress Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menghapuskan ‘rasuah raksasa’ yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan
tertinggi khasnya sebab mengapa tiada ‘ikan yu’ yang terlibat dalam skandal PKFZ yang ditahan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) masih lagi menjalankan siasatan ke atas kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). SPRM telah pun mengambil keterangan saksi-saksi yang terlibat dalam kes ini dan pada masa ini seperti Yang Berhormat Ipoh Timur sedia maklum terdapat tiga orang bekas pegawai PKFZ telah pun dihadapkan ke mahkamah untuk menjawab pertuduhan yang melibatkan amaun keseluruhannya lebih RM200 juta. SPRM hanya menjalankan siasatan yang berkaitan dengan elemen-elemen kesalahan rasuah di bawah bidang kuasa suruhanjaya ini sahaja.
SPRM tidak akan berkompromi dalam tindakannya memerangi jenayah rasuah dengan erti kata lain there will be no stone unturned, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam menyiasat jenayah tersebut tidak kira siapa mereka dan kedudukan mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, semua cakapan manis, cakap siasat. Sehingga bila, hari kiamat?... [Ketawa] Semalam saya bertanya adakah...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jawapan Yang Berhormat Menteri sudah terang, apa lagi?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya ada tanya sama ada kes PKFZ saya ada tanya sama ada skandal...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jawapan dari menteri sudah terang, apa sengaja pihak pembangkang PKFZ jadi modal...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...PKFZ death and buried. Adakah dihentikan....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Gading, duduk Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah ini death and buried oleh kerana bukankah benar apabila Peguam Negara mengumumkan pendakwaan empat orang bukan tiga orang dengan IGP dan Ketua Pengarah SPRM beliau ada berkata bahawa inilah just the tip of the iceberg. Ini bukan kata saya, Peguam Negara. Tip of the iceberg there are several stages in investigations into this case.
I have decided to prefer to charges against this individual as they cannot wait for the authority to compete the investigations into the whole scheme as it will take a long time. Other individuals will be charge in stages - sudah enam bulan, charge is stages where are other individuals? Apa kita dapat dari jawapan ialah kosong.
Jawapan yang kosong, oleh kerana apa Peguam Negara kata this is the first phase of the investigations and there will be more. There are a lot of issues involved - legal and factual...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, soalan Yang Berhormat. Soalan.
Dato' Ismail Kassim - Arau
Soalan, soalan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Which are not only complex..., amount of...
Dato' Ismail Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan panjang.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...And Public Accounts Committee, bukankah Public Accounts Committee pun ada buat perakuan....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kita dalam soal jawab Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat kemukakan soalan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, Public Accounts Committee buat perakuan bahawa sebagai contohnya tiga surat sokongan yang keluar oleh Dato’ Sri Chan Kong Choy Menteri Pengangkutan adalah merupakan kesalahan jenayah pecah amanah, criminal breach of trust di bawah seksyen 409 yang dibawa bersama dengan 409(b) Kanun Keseksaan. Kenapa kes semacam ini belum dibawa ke mahkamah dan adakah sebenarnya skandal PKFZ ada death and buried sungguhpun apabila Yang Berbahagia Peguam Negara ada tanya sama ada orang-orang yang akan didakwa termasuk KDSB Chief Executive CEO yang ada di sini dan Menteri Pengangkutan, beliau berkata bahawa siasatan dilanjutkan, kenapa? Adakah ini death and buried? Oleh kerana yang dibayangkan oleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, terlalu panjang mengemukakan soalan Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Kenyataan Menteri Pengangkutan Yang Berhormat baru.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah benar bahawa bekas Menteri Pengangkutan ditumbangkan kerana anasir-anasir yang menentang siasatan PKFZ?
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timur. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa untuk pendakwaan, menuduh seorang dalam mahkamah, pihak pendakwaan mesti hendak menubuhkan keterangan yang kukuh and to prove the case beyond reasonable doubt… [Dewan riuh] Sekiranya keterangan tidak mencukupi dan siasatan hanya dijalankan mengikut nafsu daripada pihak pembangkang...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Macam pasir, macam pasir dekat Selangor itu.
Datuk Liew Vui Keong
...Dan hanya mengeluarkan keterangan yang dikatakan hearsay evidence di dalam mahkamah, maka mahkamah boleh menolak keterangan tersebut. Sekiranya mahkamah membebaskan orang tertuduh dari apa-apa kes, misalnya daripada kes yang begitu oleh sebab siasatan yang tidak melengkapi, maka saya rasa pihak pembangkang akan mengatakan ini dan itu terhadap mahkamah. Jadi berilah peluang kepada pihak SPRM untuk menyiasat perkara ini.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, telah pun duduk lama di Dewan yang mulia ini bahawa kes PERWAJA pun telah mengambil masa kurang lebih – saya difahamkan sembilan tahun untuk diselesaikan. Jadi dalam perkara ini sekiranya tidak ada keterangan yang kukuh untuk mendakwa seseorang, jadi nanti
Datuk Liew Vui Keong
sia-sia sahaja kita di mahkamah untuk mendakwa mereka. Itu sahaja jawapan saya.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun Yang Berhormat Ipoh Timur hilang wibawa kepada SPRM, saya berkeyakinan penuh bahawa SPRM telah membuat siasatan menyeluruh. Saya difahamkan sampai ke peringkat CR
(circular resolution) juga kalau ada pihak yang – pada anggapan Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa dia telah cuba menuduh seseorang di Dewan yang mulia ini dengan anggapan bahawa tidak dibawa kepada pendakwaan kerana asas wibawa yang ada pada SPRM, dia akan buat siasatan, pemantauan, kemudian perisikan dan barulah dibuat kepada pendakwaan. Jadi saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh ini adakah usaha-usaha yang dibuat SPRM dalam membanteras rasuah di negara kita telah mencapai tahap NKRA yang telah ditetapkan?
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau.
Saya pun berterima kasih kepada pandangan yang meyakinkan bahawa SPRM ini memang bebas dan independent dalam penyiasatan mereka. Langkah-langkah untuk mencapai dan menurunkan CPI yang telah pun diuar-uarkan oleh pihak pembangkang selama ini, kita ingin memahami bahawa bukan sahaja SPRM kena memainkan peranan dalam perkara ini tetapi juga melibatkan faktor-faktor yang lain untuk mengurangkan indeks CPI ini seperti the award of project, di mana pihak kerajaan telah pun sekarang menjalankan satu sistem mengawardkan projek secara open. Ini adalah antara faktor-faktor lain selain daripada berjaya menangkap orang-orang yang merasuah dan juga menuduh mereka di mahkamah dan mendapatkan kejayaan dan sabitan yang tinggi dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di-Pertua, minta soalan tambahan satu lagi boleh tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Penting, penting ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Untuk kita hendak tanya niat buruk parti pembangkang kepada PKFZ ini. Kita hendak tanya juga, bukan? Tidak habis-habis cerita ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Pasal niat buruk dia.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
PKFZ itu berniat buruk kepada negara tidak tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudahlah Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Satu soalan sahajalah.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Soalan satu lagi Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, satu soalan lagi.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Buat bankrap negara.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Tidak hendak tanya.
3. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, adakah kerajaan bercadang mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara 1995 dan Pelan Tindakan Warga Tua Negara 1998 untuk mewujudkan dasar dan pelan lebih mantap kepada warga tua.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Sharizat binti Abdul Jalil
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara 1995 dan Pelan Tindakan Warga Tua Negara 1998. Kajian ini yang telah selesai pada April 2010 bertujuan untuk menilai keberkesanan strategi yang digariskan dalam dasar dan pelan tindakan tersebut, impak terhadap program dan aktiviti yang dirancang serta menambah baik strategi dan hala tuju dasar dan Pelan Tindakan Warga Tua Negara supaya selaras dengan dasar-dasar sosial dan ekonomi yang lain. Draf dasar dan tindakan warga emas negara yang baru telah dirangka dan kini diperhalusi sebelum diangkat kepada pihak Kabinet untuk diputuskan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding bagi warga emas pada 27 Mei baru-baru ini telah membincangkan tujuh bidang utama yang perlu diberikan perhatian yang akan membabitkan pelbagai pihak iaitu jaminan kewangan, peluang pekerjaan, kesihatan, penjagaan dan perlindungan, persekitaran, pengangkutan awam dan jaringan keselamatan untuk warga emas terutama mereka yang miskin dan perlu bantuan.
Dari segi implikasi dasar dan perundangan, majlis telah pun mencadangkan beberapa perkara seperti berikut:
(i) kursus persaraan perlu diberi awal dan sekurang- kurangnya tiga tahun sebelum bersara;
(ii) umur persaraan diperundangkan;
(iii) umur persaraan bagi pekerja di sektor awam dan swasta dilanjutkan bagi mereka yang masih sihat dan produktif;
(iv) insentif cukai diberikan kepada majikan yang menggaji atau memberi latihan kepada pekerja warga emas;
(v) warga emas diberi pilihan untuk bekerja mengikut masa fleksi;
(vi) warga emas yang miskin diberikan rawatan percuma bagi katarak dan pergigian;
(vii) insentif cukai kepada mereka yang menanggung dan menjaga ibu bapa atau saudara yang tua;
(viii) insentif cukai semasa bagi pembayaran bil perubatan dan alat tiruan bagi ibu bapa tua ditambah;
(ix) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dipinda bagi membolehkan caruman penuh dibuat oleh mereka yang berusia 55 tahun ke atas yang masih bekerja; dan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Sharizat binti Abdul Jalil
(x) mewujudkan lebih banyak perkhidmatan sokongan di peringkat masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan mengambil inisiatif untuk memperjuangkan isu-isu yang telah dikenal pasti demi menjamin bahawa setiap rakyat Malaysia dapat menikmati persaraan yang sejahtera. Terima kasih.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang datang sendiri untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepada kementerian ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan juga tahniah kepada kerajaan dan juga kementerian ini yang telah menyemak dan membuat draf dasar bagi warga tua negara dan Pelan Tindakan Warga Tua sehingga selesai pada April 2010.
Cuma soalan saya, Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang pelan dasar ini yang merangkumi perkara-perkara sosial, ekonomi dan juga kesihatan serta termasuk juga pelan perancangan dan tindakan warga tua yang lebih komprehensif. Cadangan saya untuk penambahbaikan bagi pelan ini, adakah kementerian ini bercadang untuk memberikan bantuan kewangan secara bulanan kepada warga tua ini sebagaimana yang telah diberikan kepada warga tua yang telah ditempatkan di rumah-rumah Seri Kenangan yang dikendalikan oleh JKM?
Sehingga tahun lepas mencecah 2,249 dan sebagai tokok tambah kepada kerajaan-kerajaan negeri yang di bawah Barisan Nasional yang telah memberikan one off kepada warga tua seperi Pahang RM1,000, tidak seperti mana parti-parti pembangkang yang menguasai kerajaan negeri yang lain. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Sharizat binti Abdul Jalil
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini pihak kementerian tidak mempunyai cadangan seperti mana yang disyorkan oleh Yang Berhormat kerana kita mesti ingat bahawa sebenarnya negara Malaysia bukanlah negara – pentadbirannya bukanlah pentadbiran kebajikan yang diberi bantuan kepada semua. Ini kerana kita beranggapan bahawa kebajikan yang terbaik untuk Malaysia adalah untuk kerajaan menentukan politiknya stabil, pembangunan ekonominya mampan dan ada peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia sama ada yang muda mahupun yang berada di bawah lingkungan warga emas. Kita juga ingin meneruskan budaya di mana apabila ibu atau bapa warga emas itu telah tidak mampu untuk bekerja, maka tugas dan tanggungjawab itu mesti dipukul bersama oleh anak-anak dan ahli keluarga. Ini kerana kerajaan kita menyiapkan persekitaran seperti itu supaya ada kesinambungan dan juga usaha sama di antara kerajaan dan juga ahli keluarga untuk menjaga warga emas terutama ibu dan bapa dalam keluarga. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya dalam dua pelan. Satu, Pelan Tindakan Warga Tua dan Dasar Warga Tua 1995. Adakah pihak kementerian juga mengambil kira isu atau masalah jurang generasi (generation gap) dengan izin, di mana saya berkebetulan mengikuti satu persidangan di Singapura yang dianjurkan oleh WTO yang menyebut dengan jelas bahawa dua negara iaitu satu negara jiran kita Singapura dan satu lagi Korea Selatan sedang menimbang isu jurang generasi ini yang menyentuh warga tua di kedua-dua negara tersebut antara penanda aras utama untuk merangka pelan warga tua di kedua-dua negara tersebut.
Adakah kementerian juga mengambil kira kedudukan warga tua ini dalam menangani masalah jurang generasi yang mungkin sekarang ini belum menjadi
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
signifikan di negara kita tetapi mungkin akan menjadi masalah dalam masa lima atau sepuluh tahun akan datang. Terima kasih.
Dato’ Sri binti Shahrizat Abdul Jalil]
Yang Berhormat, itu adalah isu yang diberi perhatian di bawah pelan dan dasar yang baru ini.
4. Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) adakah kerajaan bercadang mengkaji undang-undang berkaitan dengan keperluan mengadakan pilihan raya kecil memandangkan kos yang tinggi dan melahirkan suasana politik yang tidak berkesudahan; dan
(b) adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji supaya suatu Kerusi yang kosong itu diambil alih oleh parti yang memenanginya dalam sesuatu pilihan raya umum.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat,
(a) Kerajaan tidak bercadang buat masa ini untuk mengkaji undang-undang berkaitan dengan keperluan mengadakan pilihan raya kecil kerana keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil adalah berdasarkan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958.
(b) Kerajaan juga belum berhasrat untuk mengkaji supaya suatu Kerusi yang kosong itu diambil alih oleh parti yang memenanginya dalam sesuatu pilihan raya umum kerana pengosongan kerusi tersebut merupakan suatu kekosongan luar jangka yang hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan luar jangka itu. Ini dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya melalui satu pilihan raya kecil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah fasal(1) Perkara 54, Perlembagaan Persekutuan.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan.
Saya lihat jawapannya adalah berdasarkan kepada soalan perundangan tetapi, apa yang saya bangkitkan adalah supaya kita kaji balik keperluan mengadakan pilihan raya kecil kerana dengan kos yang terlalu tinggi dan tiada keperluan untuk mengadakannya. Mengapa tidak dikaji balik? Contohnya dengan kos yang begitu tinggi itu disalurkan kepada kebajikan perumahan rakyat dan lain-lain adalah lebih baik daripada kita mengadakan pilihan raya kecil. Namun, pada saya ia adalah satu perkara yang boleh membawa manfaat kepada rakyat. Kita lihat pilihan raya kecil ini banyak digunakan untuk kegiatan politicking yang kadang-kadang melampau...
Seorang Ahli
Huh! [Disorak]
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Jadi..., oh, tak tau ada zoo dalam ini...! [Ketawa] Zoo dekat Hulu Klang sahaja. Sahabat saya, Yang Berhormat Kapar ya, banyak sangat zoo di sebelah sana. Jadi yang pertamanya Tuan Yang di-Pertua, soalan saya....[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak perlu ganggu Yang Berhormat. Ya, teruskan Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Warga zoo memang macam itu Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh] Kita lihat Tuan Yang di-Pertua, dalam Pilihanraya Kecil Sibu baru-baru ini, kita melihat bagaimana isu berkaitan dengan pengundi pos...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Pokok Sena, boleh kurangkan sedikit volume suara... [Dewan riuh]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Termasuk juga Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Ini yang dipanggil pejuang-pejuang Islam, ini yang dipanggil pejuang-pejuang Islam. Setakat lilit muffler dekat leher sahaja... [Disampuk][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudahkah Yang Berhormat?
Tuan Zulkifli bin Nordin - Kulim Bandar Baharu
Setakat lilit muffler dekat leher sahaja, buat apa?... [Dewan riuh] Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini. Kita lihat masalah berkaitan dengan pengundi pos berbangkit lagi. Tanggapan umum, undi pos ini seolah-olah safe deposit untuk Barisan Nasional. Jadi, saya ingin bertanya mengapa kerajaan atau SPR tidak menunjukkan ketelusan dalam pengundian pos ini? Contohnya, mengapa perkiraan undi pos ini tidak dilakukan sebaik sahaja pengundian itu tamat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Nordin - Kulim Bandar Baharu
Dibuat... [Dewan riuh] Baiknya pejuang-pejuang Palestin. Dikira pengundian pos itu sebaik sahaja tamat tempoh pengundian untuk pengundi pos. Setelah disahkan oleh calon atau wakil calon, ditandatangan Borang 14 apa semua, borang itu nanti dibawa kepada penjumlahan yang pada hari pengundian utama. Mengapa tidak dibuat begitu daripada disimpan kertas undi pos itu dan dijumlahkan pada hari pengundian utama?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baiklah, Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Nordin - Kulim Bandar Baharu
Jadi, kalau dapat cara pengundian pos ini dikaji balik supaya dapat kita lihat ketelusannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rakan-rakan hendak pergi zoo, sekejap lagi kita boleh pergi sama... [Dewan riuh]
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu atas soalan tambahan itu. Seperti yang saya telah pun katakan tadi bahawa pihak kerajaan pada masa ini tidak berhasrat untuk meminda undang- undang yang mengenai pilihan raya kecil ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa kekosongan kerusi Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undang Negeri biasanya berlaku apabila ada kematian seseorang Ahli Parlimen.
Kematian seseorang itu tidak dapat dijangkakan oleh sesiapapun kecuali Tuhan.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi, bagi saya by election ini adalah satu part and parcel dalam menjalankan pentadbiran kerajaan ini. Jadi, sekiranya berlaku oleh sebab kematian seseorang Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri, terpaksalah menjalankan pilihan raya kecil tetapi, mengikut peruntukan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, sekiranya kekosongan berlaku dalam tempoh dua tahun dari tarikh Parlimen akan dibubarkan, maka pilihan raya kecil tidak perlu dijalankan kecuali apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memaklumkan kepada SPR secara bertulis bahawa kekuatan dari segi parti yang membentuk majoriti akan terjejas, maka oleh itu pilihan raya kecil perlu dijalankan dalam tempoh 60 hari sahaja.
Mengenai isu pengundi pos, seperti Yang Berhormat sedia maklum pengundi pos ini terdiri daripada tentera dan juga pasangan. Polis dan pasangan kepada PGA, dan kepada petugas SPR pada masa pilihan raya umum ataupun kecil dan juga kepada warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara seperti kakitangan awam dalam kedutaan ataupun agensi-agensi luar negara ataupun pelajar dan juga pasangan mereka. Mereka yang berada di luar negara ini akan mengundi secara by mail dan juga tiga kategori yang saya sebutkan itu akan mengundi secara berkelompok dan mereka juga boleh memohon untuk mengundi secara mail.
Biasanya undi dijalankan sebelum hari pengundi pemilih awam. Pengiraan pengundi itu akan dilakukan pada masa pemilih awam telah pun menghabiskan pengundian mereka dan dikira pada hari yang sama bagi pengundi awam.
Selepas dikira di pusat pengiraan dan akan dibawa kepada Dewan untuk dikirakan sekali. Semua ini Tuan Yang di-Pertua disaksikan oleh agen pilihan raya yang dilantik oleh calon sendiri. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, saya ingin tanya adakah kerajaan juga bercadang untuk mengkaji semula tentang wakil rakyat yang keluar dari parti, melompat dari parti atau keluar sebagai bebas, adakah akan diwajibkan bahawa kerusi itu perlu diadakan pilihan raya kecil?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh tidak jawab soalan itu, Yang Berhormat.
Datuk Liew Vui Keong
Boleh.
Beberapa Ahli
Jawab, jawab!
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ada berkaitan dengan akta.
Datuk Liew Vui Keong
Tidak apalah. Bagi seseorang yang Yang Berhormat sedia maklum dan sekiranya Yang Berhormat ingin keluar daripada parti Yang Berhormat, ini adalah terpulang kepada Yang Berhormat sendiri. Tidak ada orang boleh paksa Yang Berhormat. Jadi kekosongan itu pada masa ini tidak wujud kerana undang-undang itu tertera tidak payah mengadakan pilihan raya kecil. Sekian.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Liew Vui Keong
Saya tidak terlibat dalam perkara itu, Yang Berhormat.
5. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, anggaran rakyat Malaysia (Sarawakian) yang belum mendapat dokumen pengenalan diri (sijil lahir dan kad pengenalan). Berapakah jumlah permohonan yang telah diproses sejak Unit Khas Bergerak (UKB) ditubuhkan di Sarawak dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini tidak dapat diselesaikan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kanowit yang mengemukakan pertanyaan ini. Izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Kanowit bersekali dengan soalan Yang Berhormat Hulu Rajang pada 30 Jun 2010 dan soalan Yang Berhormat Kapit pada 13 Julai 2010 kerana isu yang dibangkitkan mempunyai persamaan di antara satu sama lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri tidak mempunyai data yang sebenar mengenai jumlah rakyat Malaysia termasuk penduduk Sarawak yang tiada dokumen pengenalan diri. Bagaimanapun jumlah permohonan dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran dan kad pengenalan yang telah selesai diproses sejak tertubuhnya Unit Khas Bergerak yang berpusat di Kuching, Sarawak pada tahun 2004 hingga 30 April 2010 ialah sebanyak 24,865 permohonan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan penyelesaian masalah rakyat yang tiada dokumen pengenalan diri di negeri Sarawak sebagai Key Performance Index atau KPI Kementerian Dalam Negeri bagi tempoh 2010 dan juga 2011. KPI ini mensasarkan bahawa pengeluaran dokumen pengenalan diri kepada mereka yang layak di Sarawak adalah tidak lewat daripada 31 Disember 2011.
Rentetan daripada ini, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak telah menambah kekuatan Unit Khas Bergerak atau UKB di seluruh Sarawak iaitu dua unit di Pejabat Pendaftaran Negara Daerah Miri dan satu unit di setiap pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Betong, Sri Aman, Kapit dan Bintulu. Melalui Unit-unit Khas Bergerak yang ditubuhkan ini, sebanyak 127 tindakan outreach kepada rakyat di kawasan-kawasan pedalaman telah disusun secara komprehensif bagi tahun 2010.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini tidak dapat diselesaikan, terdapat beberapa halangan dan kekangan untuk capai sasaran tersebut seperti berikut:
(i) dari faktor geografi muka bumi dan kesukaran logistik untuk sampai ke kawasan pedalaman Sarawak yang luas dan sukar dihubungi;
(ii) sumber kewangan terhad kerana kos yang diperlukan untuk ke sesebuah kawasan pedalaman adalah tinggi;
(iii) kerana kurangnya pengetahuan dan sikap mengambil mudah tentang kepentingan dokumen pengenalan diri oleh sesetengah penduduk; dan
(iv) kerana ketiadaan data yang tepat mengenai jumlah penduduk tanpa dokumen berkaitan dengan pengenalan diri.
Terima kasih.
Tuan Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan timbalan menteri. Pertama, saya ingat angka yang dikeluarkan dalam surat khabar pada 28 April 2010 di bahagian Kapit sahaja kita sangat terperanjat apabila didedahkan bahawa lebih daripada 5,000 penduduk di sana belum lagi mempunyai dokumen pengenalan diri seperti sijil lahir dan kad pengenalan. Sebab itu juga saya terfikir bahawa di kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak yang agak sama geografinya, kesusahan untuk sampai ke tempat di hulu sungai sana, saya fikir masalah yang sama, mungkin berada di sana dengan ramainya penduduk di sana tidak mempunyai kad pengenalan ini.
Terima kasihlah kepada JPN kerana sudah menubuhkan Unit Khas Bergerak ini dan sasaran mereka untuk menyelesaikan masalah itu di dalam 2010 dan 2011, tetapi satu daripada masalah yang saya dapati, juga disebut oleh timbalan menteri tadi ialah satu daripada fakta yang menyukarkan untuk meluluskan permohonan ini adalah maklumat yang diberi oleh pemohon tidak lengkap. Di sini saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, kalaulah dapat seperti apa yang kita telah buat di kawasan Penan di Hulu Linau, bahagian Belaga di mana wakil rakyat dengan jawatankuasa tertentu boleh ditubuhkan di kawasan- kawasan daerah yang dianggotai pegawai daerah, wakil rakyat dengan ketua- ketua kaum.
Sebab mereka inilah yang mengetahui keadaan yang sebenarnya dan maklumat-maklumat tentang penduduk-penduduk yang memohon sama ada mereka ini benar-benar rakyat tempatan dengan adanya saudara mara mereka di kawasan-kawasan situ, di rumah-rumah panjang. Apabila pengesahan ini dipetik atau diberi oleh jawatankuasa ini yang disahkan oleh wakil rakyat dan ketua kaum.
Saya ingat Jabatan Pendaftaran Negara bolehlah menggunakan pengesahan ini untuk meluluskan permohonan. Minta penjelasan timbalan menteri.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang pertama berkaitan dengan isu terdapat banyak penduduk masih lagi belum dapat didaftarkan. Bahawa apa yang telah kita laksanakan program seperti mana yang telah saya nyatakan tadi bahawa bagi tahun ini sahaja kita telah mengatur sebanyak 127 program outreach di mana ianya sebelum sesuatu program ini dilaksanakan bahawa sebaran-sebaran telah dikeluarkan kepada masyarakat di kawasan-kawasan yang hendak dilawati oleh Unit Khas Bergerak ini. Justeru itulah kita mengharapkan supaya pemimpin-pemimpin masyarakat dan juga masyarakat yang berkaitan peka tentang maklumat-maklumat yang telah disebar ini supaya pihak Unit Khas Bergerak ini dapat memberi bantuan dan mendapatkan maklumat-maklumat bagi mereka yang belum membuat pendaftaran.
Berkaitan dengan isu kedua yang dibangkitkan sama ada boleh menggunakan dari segi maklumat-maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat ataupun pemimpin-pemimpin tempatan. Ini memang satu usaha yang baik tetapi daripada apa yang kita lihat, jika maklumat-maklumat yang diberi itu tidak begitu nyata, bahawa pemohon itu adalah dari Sarawak ataupun tidak, jadi ini yang membuatkan kita melanjutkan proses dalam penyiasatan berkaitan dengan identiti itu, Yang Berhormat. Itu sahaja, Yang Berhormat.
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan, di Sabah ini di mana kita sering kali kedapatan di mana surat akuan pada dahulunya diguna sebagai satu dokumen tambahan untuk mengeluarkan sijil kelahiran ataupun kad pengenalan.
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Adakah ini masih diguna pakai dengan surat akuan ataupun tidak.
Keduanya ialah dalam sijil kelahiran ini selalunya dalam perkahwinan campur, di mana kelahiran itu selalunya dibubuh suku kaum anak itu sebagai sino native sedangkan native ini hanya satu perkataan sebagai bumiputera dan bukannya sebagai kaum. Adakah ini masih diguna pakai. Sekiranya ini masih diguna pakai ertinya anak kelahiran bercampur ini tidak mempunyai suku kaum. Hanya dinyatakan dia sino native dan tidak ada kaum sebenarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ia tidak berkaitan dengan soalan asal.
6. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) sama ada cukai barang dan perkhidmatan (GST) 4 peratus seperti yang dicadangkan, akan dinaikkan dalam 10 tahun yang akan datang; dan
(b) mengapa GST patut dilaksanakan, jika ia akan mengurangkan hasil kutipan kerajaan seperti yang dijelaskan oleh kementerian sebelum ini.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,
(a) Kerajaan pada masa sekarang tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menaikkan kadar GST yang telah dicadangkan 4% sebelum ini. Apa yang penting pada kerajaan sekarang ialah untuk memastikan maklumat mengenai mekanisme dan impak pelaksanaan GST dapat disampaikan kepada seluruh rakyat. Selain daripada itu penetapan kadar GST pada kadar 4% adalah juga untuk memastikan rakyat tidak menerima kesan negatif daripada pelaksanaan GST. Pada kadar 4% tersebut ia memberi kesan neutral kepada inflasi dan hasil kerajaan secara keseluruhannya bahkan hasil cukai boleh tertambah daripada sistem GST yang lebih efisien dan tahap pematuhan yang lebih tinggi.
(b) Matlamat utama kerajaan di dalam melaksanakan GST adalah untuk menyusun semula sistem percukaian negara yang sedia ada supaya menjadi lebih komprehensif, efisien, telus dan mesra perniagaan. GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan perkhidmatan. Ia merupakan satu bentuk cukai yang mempunyai banyak kelebihan yang mana dapat mengatasi pelbagai masalah dan kelemahan dalam sistem percukaian sekarang. Oleh sebab itulah sistem GST ini telah dilaksanakan di 146 buah negara termasuk negara-negara yang kurang maju berbanding Malaysia.
Selain daripada itu pelaksanaan GST juga dapat mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia dan harga barang dan perkhidmatan akan menjadi lebih
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
kompetitif di pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini adalah disebabkan GST yang dibayar oleh peniaga ke atas input perniagaan seperti bahan mentah, bil telefon, peralatan pejabat dan lain-lain boleh dituntut sebagai kredit daripada kerajaan. Oleh yang demikian GST bukanlah menambahkan kos kepada perniagaan. Justeru di Malaysia sendiri banyak badan-badan NGO dan persatuan profesional dan persatuan perniagaan telah memberi sokongan ke atas pelaksanaan GST.
Terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kerajaan mengatakan tidak merancang untuk meningkatkan kadar GST tetapi ahli-ahli daripada Lembaga National Economic Advisory Council (NEAC) telah berkata di luar bahawa, GST diperlukan supaya masalah defisit dan hutang kerajaan dapat diatasi. Perkara ini akan dapat diatasi sekiranya GST dapat ditingkatkan pada masa akan datang untuk meningkatkan pendapatan bagi kerajaan.
Saya rasa apabila kerajaan mengatakan tidak merancang untuk meningkatkan kadar GST daripada 4% itu semacam tidak selaras dengan apa yang dikatakan oleh ahli-ahli daripada NEAC. Jadi, saya minta kerajaan untuk menjelaskan sama ada kerajaan merasakan GST ini adalah lebih baik jika ia dilancar dan dilaksanakan selepas kita mencapai matlamat di mana kita telah mencapai high income status. Selepas itu ramai rakyat sudah membayar cukai pendapatan, bukannya seperti sekarang 85% daripada pekerja tidak membayar langsung apa-apa cukai kerana tidak mampu. Selepas itu lebih wajar sistem cukai kita diubahsuai untuk satu situasi di mana kita menjadi developed nation.
Akhir sekali saya minta apakah status feedback yang kerajaan sedang minta daripada pihak orang awam. Adakah kerajaan akan membahas rang undang-undang GST pada sesi ini, bulan depan. Terima kasih.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat di atas tiga soalan tambahan. Pertamanya apa yang disuarakan oleh ahli-ahli penasihat NEAC bukanlah merupakan pendirian kerajaan. Mereka boleh menyuarakan tetapi pendirian kerajaan adalah berbeza. Walaupun mereka mencadangkan rangka model baru ekonomi tetapi ia juga bukan merupakan model yang diterima sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi, ini perlu diambil kira.
Keduanya, mengenai apakah tidak wajar GST ini dilaksanakan selepas negara mencapai tahap negara berpendapat tinggi. Saya merasakan bahawa pengalaman di seluruh dunia tidak menunjukkan bahawa paras pendapatan negara itu seharusnya menjadi ukuran kepada pelaksanaan GST. Kalau kita lihat 146 buah negara yang telah melaksanakan GST ini kebanyakannya adalah negara-negara yang sedang membangun.
Ada senarainya pun di sini, cuma saya tidak hendak sebutlah.
Umpamanya negara-negara yang dari segi pendapatan per kapita yang kurang daripada Malaysia, kalaulah pendapatan yang hendak dijadikan ukuran oleh Yang Berhormat, maka kita lihat Venezuela, Khazastan, Brazil, Afrika Selatan, Thailand, Sri Lanka dan Sudan adalah merupakan negara-negara yang mempunyai per kapita yang kurang daripada Malaysia dan telah melaksanakan GST. Begitu juga dengan negara-negara lain. Jadi, saya rasa jelaslah bahawa tahap pendapatan negara tidak seharusnya menjadi penentu kepada bila GST patut dilaksanakan.
Yang baik perlu disegerakan, yang tidak baik kita jangan laksanakan.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Ketiganya adalah mengenai pendekatan untuk menjelaskan kepada rakyat. Kerajaan telah pun menjalankan sesi ataupun program penerangan dan kesedaran kepada pelbagai pihak baik kerajaan yang merangkumi kerajaan negeri, agensi, universiti-universiti, perniagaan dan pengguna. Setakat ini saya difahamkan sebanyak 126 buah program telah pun dilaksanakan untuk menerangkan dan telah melibatkan seramai lebih daripada 18,000 peserta.
Daripada maklum balas yang diterima apabila penjelasan telah dibuat dengan sebaiknya maka penerimaannya agak memberangsangkan. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapannya menyebut bahawa kesan daripada GST ini adalah inflation neutral iaitu tidak ada kesan kepada inflasi. Akan tetapi kita dapati bahawa memang ada kos pematuhan di kalangan syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembayaran GST ini. Malah ada kajian yang menunjukkan bahawa kos pematuhan di negara-negara lain menjangkau 3% daripada jualan tahunan mereka. Jadi, soalan saya yang pertama apakah anggaran kos pematuhan bagi syarikat serta juga kerajaan bagi melaksanakan GST.
Keduanya, syarikat-syarikat swasta risau bahawa pembayaran balik daripada Kastam akan mengambil masa yang lama dan perkara ini akan menimbulkan masalah bagi aliran tunai syarikat-syarikat yang terlibat dalam GST tersebut. Jadi, soalan kedua saya, adakah kerajaan bersedia untuk membayar denda kelewatan pembayaran sekiranya pembayaran balik tax refund tersebut tidak dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan lebih awal contohnya dua ataupun tiga minggu? Terima kasih.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Terima kasih Yang Berhormat. Bila saya mengatakan dalam jawapan bahawa GST ini adalah inflasi neutral dengan izin, ia berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan pada 4%. Kalau kita tetapkan kadar yang lebih tinggi maka sudah tentu ia tidak memberi kesan neutral kepada inflasi. Kita sudah ambil kira berdasarkan kepada kadar 4% ini, kadar dari segi kenaikan harganya tidak menyebabkan kenaikan harga. Kalau ditetapkan 10%, 15% betullah ini akan memberi kesan. Jadi bermakna dalam pelaksanaannya kerajaan perlu mengambi kira semua ini.
Mengapa ia neutral? Ini kerana buat masa ini sudah ada sales tax dan service tax, ada yang 5% ada 10%. Jadi bila kita laksanakan GST dan menghapuskan sales tax dan service tax ini maka ia akan mengimbangi. Satu kadar yang dipilih ini akan buat masa pelaksanaan dan sekian lama yang ditentukan perlu akan melahirkan satu keadaan yang neutral kepada inflasi.
Keduanya ialah dari segi bayar balik...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Minta maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya bukan begitu. Soalan saya apabila ada kos pematuhan kepada syarikat sudah tentunya kos ini akan di pass on kepada consumer, bukan kadar 4%. Ini soal kos pematuhan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Ya betul, itu sudah diambil kira dalam perkiraan kita - sudah diambil kira. Kalau Yang Berhormat hendak tanya exact dollars and cents saya tidak adalah. Ini sudah diambil kira bermakna dalam perkiraan kira bahawa pada kadar 4% ini inflasi tidak seharusnya merupakan satu masalah yang perlu dihadapi oleh rakyat di negara. Tentang pembayaran balik tuntutan kepada GST yang dibayar ke atas bahan-bahan mentah dan sebagainya.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Maka saya rasa kita juga boleh mengikuti sistem yang telah pun diguna di 146 buah negara.
Saya tidak merasakan bahawa Malaysia apabila melaksanakan ini terkecuali daripada sistem yang boleh dianggap efisien yang sudah pun berjalan dengan baiknya di 146 buah negara ini. Ataupun kita pilih negara-negara mana yang mempunyai satu sistem pembayaran balik yang baik maka inilah yang boleh dilaksanakan. Saya tidak mahu menyatakan apakah ada penalti dan sebagainya kepada satu andaian yang belum lagi berlaku. Kita lihat dan kita rasa kita boleh buat perancangan yang terbaik sebelum kita laksanakan. Terima kasih.
7. Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, sebanyak manakah peruntukan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan kemahiran dan disiplin belia dan beliawanis di seluruh negara bagi tahun 2010.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan II - Dato' Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui 15 buah Institut Kemahiran Belia Negara termasuk satu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara bertanggungjawab memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan penguasaan kemahiran di kalangan belia dan beliawanis di negara ini. Di IKBN-IKBN ini, para belia dan beliawanis diberikan didikan disiplin sepanjang mereka menjalani latihan. Sepanjang tempoh latihan di antara satu hingga tiga tahun ini, para pelatih adalah diwajibkan untuk mengikuti salah satu daripada modul bina insan yang akan membentuk jati diri serta disiplin pelatih seperti badan beruniform, badan kesenian dan kebudayaan serta khidmat masyarakat.
Seramai 10,000 orang pelatih menerima manfaat dari inisiatif ini. Bagi tahun 2010 kementerian diberi peruntukan sejumlah RM108.4 juta bagi maksud tersebut yang melibatkan 67 jenis kursus dengan merangkumi 11 bidang kemahiran. Dalam masa yang sama, kementerian turut melaksanakan Program Pembiayaan Tempat Latihan (PTL) di mana para pelajar yang terpilih dibiayai sepenuhnya oleh kementerian bagi mengikut kemahiran di pusat latihan yang bertauliah dan yang didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia.
Bagi tahun 2009, sebanyak 12 buah pusat latihan telah terlibat dengan dana sebanyak RM7 juta dan penyertaan seramai 3,500 orang pelajar. Manakala bagi tahun 2010, empat buah pusat latihan sahaja yang terlibat memandangkan kementerian hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.5 juta sahaja. Jumlah pelajar yang terlibat ialah seramai 250 orang, manakala program kursus menjurus kepada pembentukan disiplin dan jati diri para belia dan beliawanis. Kementerian telah dan akan melaksanakan Program Integrasi Nasional (3S), Khemah Kerja Patriotik, Khemah Kerja Generasi Bebas Jenayah, Program Kepimpinan Berkaliber, Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional dan Latihan Skuad Muda Rela dengan peruntukan dana berjumlah RM5.6 juta.
Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kemungkinan soalan tambahan saya ini terkeluar sedikit daripada soalan asal dan boleh juga dianggapkan sebagai satu cadangan. Bolehkah kementerian di dalam program-program penerangan memberi penekanan dan juga penjelasan kepada anak-anak muda kita bahawa kejayaan hidup ini tidak semata-mata untuk mendapatkan jawatan-jawatan yang tertinggi atau mendapat lebihan wang yang
Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar - Jerantut
banyak. Akan tetapi lebih kepada menjadi seorang manusia yang bersopan, bermaruah, berprinsip dan yang lebih baiknya tidak menjadi seorang yang hipokrit.
Dato' Razali bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat. Mendengar kepada soalan saya yakin cadangan dan pandangan itu lahir daripada satu ketulusan. Saya tidak nampak sebarang masalah untuk kita menerima itu sebagai satu cadangan yang sangat baik. Ini kerana kita juga mempunyai kerisauan di mana kejayaan sering kali dikaitkan dengan berapa banyak jumlah pendapatan yang diperoleh. Bukan kepada kejayaan di mana kita dapat melakukan kerja dengan sebaik dan semaksimum mungkin. Justeru itu kementerian mengucapkan terima kasih di atas pandangan yang lahir daripada satu ketulusan yang diberi untuk kita pertimbangkan dan laksanakan. Terima kasih.
Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya adalah saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang status dan fungsi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Ini yang saya difahamkan sekarang beroperasi tanpa bajet CEO sebanyak RM7 juta tetapi mendapat kekangan yang kuat daripada pihak kementerian sehingga banyak operasi yang tergendala. Saya dimaklumkan.
Saya ingin tahu berapa banyak kajian yang sudah dibuat oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ini dan juga tentang persiapan- persiapan pendidikan. Ini kerana saya difahamkan di dalam institut ini staf-staf yang dilantik banyak bersifat sementara. Staf-staf yang tidak terlatih walaupun telah ada usaha-usaha untuk memanggil golongan akademik untuk memberikan sumbangan kepada kajian-kajian yang dibuat.
Sejauh manakah perbezaan dan tumpuan yang diberikan kementerian? Ini kerana saya melihat terdapat semacam ada perbezaan antara tumpuan terhadap aktiviti sukan dibandingkan dengan aktiviti belia. Terima kasih.
Dato' Razali bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. IPPBM seperti yang dinyatakan memang betul belum ada CEO yang dilantik. Sudah ada senarai nama pendek yang dikemukakan dan Yang Berhormat Menteri akan membuat keputusan dalam masa terdekat mengenai siapakah yang kita rasakan yang paling sesuai di kalangan mereka yang dinamakan.
Keduanya, bajet yang disediakan sudah tentu tidak memadai untuk kita melaksanakan jumlah yang dirancang kajian-kajian yang dibuat. Ini kerana seperti Yang Berhormat sedia maklum untuk kita melaksanakan satu-satu kajian sampling ataupun kumpulan sasar ataupun metodologi yang digunakan memerlukan dana yang cukup besar. Untuk tahun 2010 jumlah peruntukan yang diberikan atau disediakan mengalami sedikit pemotongan daripada tahun-tahun sebelumnya.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, IPPBM menjalankan segala bentuk kaji selidik dan perjalanannya dengan melibatkan beberapa kertas yang disediakan bersama dengan IPTA tempatan. Sudah tentu pakar-pakar itu dikembangkan bukan hanya kakitangan yang sedikit di IPPBM yang mengendalikan segala bentuk kajian tetapi ia melibatkan IPTA juga. Akhir sekali, perkara yang diberi tumpuan khusus di bawah di dalam tahun 2010 adalah untuk menonjolkan kemampuan dari segi daya kepimpinan.
Dato' Razali bin Ibrahim
Ini kerana kita percaya 11.9 juta belia yang ada dalam negara yang mewakili 42% daripada penduduk Malaysia mengikut statistik yang terkini 28.9 juta mempunyai potensi dan kreativiti dan jumlah itu terlalu besar untuk kita selesaikan
Dato' Razali bin Ibrahim
di bawah satu kementerian tetapi, IPBM akan menjadikan daya kepimpinan sebagai salah satu elemen asas supaya akhirnya nanti dapat kita tonjolkan beberapa nama pemimpin belia yang boleh membanggakan kita di masa akan datang. Terima kasih.
8. Tuan M. Manogaran [Telok Intan] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, sejak beberapa bulan yang lalu penduduk- penduduk Teluk Intan mengalami banyak masalah mengenai kutipan sampah, longkang tersumbat, rumput tidak dipotong, pembocoran bumbung pasar, bekalan elektrik yang sering tergendala dan pada keseluruhannya keadaan alam sekitar dan tempat awam yang tidak bersih. Apakah tindakan kementerian untuk mengatasi masalah ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan seperti kutipan sampah, longkang tersumbat, rumput tidak dipotong, kebocoran bumbung pasar, bekalan elektrik yang sering tergendala dan pada keseluruhannya keadaan alam sekitar dan tempat awam tidak bersih adalah di bidang kuasa pihak berkuasa tempatan atau PBT yang berkaitan iaitu Majlis Perbandaran Telok Intan.
Daripada maklum balas yang diterima daripada Majlis Perbandaran Telok Intan adalah seperti berikut:
(i) masalah berkenaan dengan kutipan sampah berlaku disebabkan perkhidmatan kontraktor-kontraktor pembersihan telah ditamatkan. Mulai daripada 1 Mei 2010, Majlis Perbandaran Telok Intan telah melantik kontraktor-kontraktor pembersihan baru dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan longkang serta pemotongan rumput. Keadaan pada masa kini telah bertambah baik dan pemantauan akan diteruskan supaya perkhidmatan pembersihan akan lebih baik lagi;
(ii) isu kebocoran bumbung pasar sebenarnya tidak berlaku di seluruh pasar tersebut, tetapi hanya melibatkan tempat penyembelihan ayam sahaja. Akibat daripada kejadian ribut, tindakan pembaikan telahpun dilaksanakan pada awal bulan Mei tahun 2010; dan
(iii) lampu di pasar tidak dinyalakan sepenuhnya pada sesuatu masa sebaliknya secara berselang-seli sebagai langkah penjimatan bil elektrik. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan atau JKT telah memberikan bantuan peruntukan bagi melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan kejadian penyakit berjangkit dan yang berpunca daripada facilities yang kurang sanitary.
Contoh aktiviti yang dilaksanakan adalah melalui pembersihan pasar secara berkala di samping mengeluarkan aktiviti penyembelihan ayam itik daripada pasar harian dengan mewujudkan pusat penyembelihan itik ayam berpusat di luar kawasan pasar bagi kegunaan jangka panjang. Jabatan juga turut
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
menggalakkan kempen-kempen kebersihan bagi mengelakkan kemerebakan penyakit-penyakit berjangkit seperti dengki dan H1N1.
Pada ketika ini tanggungjawab mengenai dengan pengurusan sisa pepejal dan juga pembersihan awam masih lagi di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan atau PBT. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa berhubung dengan PBT yang berkaitan apabila terdapat aduan-aduan mengenai dengan tidak kepuasan masyarakat di atas kualiti khidmat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Dalam hal ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan merujuk perkara ini kepada PBT yang berkenaan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil di samping menyalurkan bantuan di mana yang berkaitan. Terima kasih.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, apakah pemantauan atau penyeliaan yang dibuat oleh kementerian terhadap majlis-majlis ataupun pihak-pihak berkuasa tempatan sebab selepas apa yang saya dapat tahu daripada kementerian masih lagi masalah- masalah ini wujud dan apabila saya tanya YDP, YDP menyatakan kurang peruntukan, itulah alasan yang diberi, sering kali tidak cukup peruntukan tetapi, mengikut akaun-akaun yang telah diaudit untuk tahun-tahun lepas, 2008 dan 2009 adalah surplus dalam akaun simpanan majlis. Jadi adakah benar kurang peruntukan dan saya hendak tahu, apakah pemantauan dibuat oleh kementerian sendiri terhadap pihak berkuasa tempatan sebab pada sepuluh bulan apabila Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, saya tidak ada masalah tetapi baru- baru ini iaitu empat lima bulan ada masalah.
Saya ingin tahu apakah sebabnya dan sering kali orang ramai tanya kepada majlis dan majlis kata, tanya you punya MP atau wakil rakyat. Itukah tugas wakil rakyat? Bukankah tugas Majlis Perbandaran untuk menjaga kebersihan dan aspek-aspek seperti yang dikatakan oleh Menteri tadi. Saya ingin tahu. Sila beri penjelasan yang jelas. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat dan untuk makluman awal-awal saya menyatakan bahawa tanggungjawab untuk PBT ini adalah merupakan tanggungjawab negeri dan pihak kementerian hanya membantu seperti mana kita juga mengagihkan peruntukan kepada seluruh PBT di seluruh Malaysia ini.
Bagi Telok Intan pada tahun 2010 memperoleh peruntukan kita telah menyediakan RM1.3 juta di samping peruntukan-peruntukan yang lain, yang mana telah diminta oleh pihak PBT berkenaan. Jadi saya percaya bahawa tanggungjawab ini adalah merupakan tanggungjawab PBT yang berkenaan dan memang benar bahawa pada tahun 2009, pendapatan Majlis Perbandaran Telok Intan RM16 juta dan perbelanjaannya ialah RM13.6 juta. Makna ia ada lagi kelebihan saving RM2.43 juta. Jadi sepatutnya peruntukan-peruntukan yang ada ini digunakan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di kawasan khususnya di kawasan perkaderan ataupun kawasan percukaian.
Bagi soalan Yang Berhormat yang kedua tentang pembersihan sama juga, pihak kementerian dari segi pemantauan apabila kita menerima aduan maka kita serahkan aduan ini kepada pihak PBT. Kita tidak mempunyai apa-apa kuasa langsung untuk urusan seperti ini kecuali kalau ianya ada dalam klausa-klausa yang ada dalam Akta Kerajaan Tempatan yang ada dalam Kerajaan Pusat, tetapi kalau tidak ini kesemuanya adalah merupakan tanggungjawab sama ada dari segi penguatkuasaan, undang-undang kecil adalah di bawah kuasa PBT.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Jadi terpulanglah kepada PBT sama ada mereka menjaga dengan baik sebelum mereka menerima aduan daripada masyarakat dan untuk makluman Yang Berhormat, dari segi kebersihan ini kita juga telah menyediakan peruntukan.
Pada lima tahun yang lepas kita menyediakan peruntukan sebanyak RM243,000 kepada Telok Intan sahaja iaitu kempen kebersihan, mengadakan gotong-royong dan sebagainya, ada kita bagi peruntukan kepada PBT Telok Intan. Terima kasih.
9. Datuk Abdul Wahab Dolah [Igan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, masalah kawasan skim pertanian yang tidak mendapat peruntukan untuk penyelenggaraan infrastruktur pertanian sedia ada seperti ban, parit dan pintu air.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada masalah di sebelah sana? Kenapa keputusan untuk memberikan satu soalan dipertikaikan.
Tidak salah dari segi peraturan Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I - Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, ekoran daripada krisis makanan dunia pada tahun 2008 kerajaan telah membentuk Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang bertujuan antara lain untuk memastikan peningkatan pengeluaran beras negara. Pendekatan pengeluaran beras negara penting kerana beras adalah sumber kepada makanan ruji penduduk negara dan sebagai langkah keselamatan pada masa kecemasan seperti bencana alam dan juga pada waktu peperangan.
Pada tahun 2008, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM97.5 juta di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan untuk tujuan penyelenggaraan infrastruktur bagi Skim Pengairan Tanaman Padi di seluruh negara. Peruntukan tersebut bertambah menjadi RM134 juta pada tahun 2009 manakala peruntukan bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM70 juta. Terima kasih.
Dato' Lilah Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dasar Pengeluaran Beras Negara. Kebanyakan peruntukan yang kementerian fokus ialah di kawasan jelapang padi ataupun pembangunan kawasan-kawasan baru.
Dato' Lilah Yasin - Jempol
Namun demikian, rakyat mengusahakan juga di seluruh negara di mana kawasan-kawasan sawah yang kecil termasuk juga di Jempol Negeri Sembilan keseluruhannya, di mana rakyat memerlukan juga sokongan daripada kementerian untuk meningkatkan pengeluaran padi ini daripada dua tan kepada 10 tan. Di antara masalahnya ialah masalah infrastruktur, iaitu untuk meratakan sawah dan juga membekalkan air dengan cukup dan bersih. Oleh yang demikian, adakah kementerian bercadang untuk memberikan lebihan peruntukan kepada pembangunan pertanian di kawasan-kawasan sawah yang kecil yang diusahakan oleh petani-petani kita?
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Terima kasih Yang Berhormat, memanglah berkenaan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran beras di negara kita ini. Memang kerajaan telah – selama ini pun kita telah kempen supaya kawasan-kawasan tanah terbiar ini dimajukan. Di antara tempat- tempat yang dikenal pasti ialah di kawasan-kawasan luar jelapang, terutamanya di kawasan-kawasan yang telah menjadi satu ketika dahulu kawasan tanaman padi.
Oleh kerana masalah infrastruktur, masalah tidak cukup air maka kawasan- kawasan ini telah ditinggalkan, umpamanya di Rembau baru-baru ini, saya telah
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
melawat kawasan-kawasan yang satu ketika dahulu menjadi kawasan pertanian iaitu tanaman padi tetapi kawasan ini telah ditinggalkan.
So, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah minta supaya kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk membangunkan kawasan- kawasan jelapang padi dan juga kawasan-kawasan di luar jelapang padi. Setakat ini EPU telah memperakukan RM1.9 bilion, jadi kawasan-kawasan ini juga akan kita majukan. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, menteri berhubung dengan infrastruktur pertanian ini. Baru dua minggu lepas kawasan saya dituruni oleh hujan yang lebat, 12 jam sahaja habis sawah tenggelam. Saya telah berhubung dengan engineer MADA untuk membesarkan saluran. Apa yang menjadi masalah ialah Lebuh Raya PLUS, PLUS tidak membenarkan MADA untuk memperbaiki infrastruktur di bawah Lebuh Raya PLUS. Begitu juga dengan GAMUDA yang membuat double tracking, ini menyekat saliran air. Jadi saya harap pihak kementerian dapat bekerjasama antara tiga jabatan iaitu kereta api, GAMUDA dan juga MADA untuk memberi maintenance infrastruktur yang baik kepada petani agar tidak ada lagi sawah- sawah yang tenggelam hanya dengan hujan yang sedikit.
Jadi saya harap pihak kementerian memberi perhatian kepada perkara ini supaya MADA dapat melakukan kerja dia untuk menolong petani mendapat hasil beras yang banyak supaya rakyat Malaysia dapat terus hidup. Terima kasih.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya berkenaan dengan perkara ini, kita memang mengambil berat dan sebenarnya kita telah membuat beberapa kali perjumpaan antara pihak MADA dengan pihak pengurusan GAMUDA mengenai pembinaan double tracking yang sedang dibina sekarang ini. Selain daripada itu juga, untuk pengetahuan Yang Berhormat, baru-baru ini iaitu semalam, saya telah melawat kawasan di sekitar kawasan Yang Berhormat iaitu di Pendang. Didapati bahawa ada sesetengah pam itu, saya telah melawat sebuah pam iaitu pam di Alor Tebuan, mungkin Yang Berhormat biasa sampai. Jadi pam itu saya tanya kepada pegawai MADA, dia kata pam temporary pump house (TPH), jadi temporary pump house ini telah dibina pada tahun 1978 - temporary pun sudah 30 tahun.
Jadi walau bagaimanapun, kita amat peka, jadi masalah kepada kita ialah masalah kewangan. Kalau kewangan ini mencukupi, kita akan usahakan supaya masalah-masalah selain daripada masalah bendang, masalah perataan tanah tidak sama, masalah terusan dan sebagainya. Masalah-masalah lain pun kita akan cuba atasi di kawasan-kawasan ini. Terima kasih.
10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) sama ada Labuan kini sudah menjadi pusat serantau bagi kegiatan pengambilan wang (funds and deposits collection) tanpa tauliah yang menyalahi Labuan Financial Services and Securities Act
(LFSSA) 2010; dan
(b) apakah tindakan yang telah diambil ke atas Saradunia Investments
(L) Ltd; Saradunia Capital Sdn. Bhd.; Royal Pacific Investment
(Labuan) Ltd; Asia Bancorp (L) Ltd; Asia Bancorp Bhd.; Nur Cahaya Ilham Consultant dan Matrik Unggul Sdn. Bhd. yang telah disiasat oleh Labuan FSA bersabit akta tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat. Setakat ini tidak terdapat bukti yang boleh mengaitkan Labuan International Business and Financial Centre’s (Labuan IBFC) sebagai pusat penerimaan deposit haram di rantau Asia.
Labuan IBFC mempunyai rangka perundangan yang menyeluruh bagi mengelak masalah yang sedemikian. Labuan IBFC juga merupakan satu-satunya pusat kewangan antarabangsa yang melarang penggunaan wang tunai dalam transaksi perniagaan oleh mana-mana institusi kewangan Labuan. Ini bermakna segala bayaran dan deposit tidak boleh dibuat dengan menggunakan tunai untuk mengelak wang haram daripada digunakan dan dibersihkan di Labuan. Segala pembayaran hanya boleh dibuat melalui sistem perbankan.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) juga mempunyai kuasa-kuasa yang luas dan menyeluruh untuk menangani sebarang percubaan melakukan aktiviti haram di Labuan IBFC. Untuk makluman Yang Berhormat, syarikat-syarikat yang disenaraikan memang kini dalam siasatan Labuan FSA, Bank Negara Malaysia dan juga pihak polis. Maklumat lanjut tidak dapat didedahkan pada masa ini supaya tidak mengganggu proses siasatan.
Namun begitu, berdasarkan siasatan awal, dipercayai terdapat unsur-unsur kesalahan jenayah termasuk menipu dan pecah amanah yang perlu kepada penyiasatan lebih lanjut dibuat oleh pihak berkuasa berkenaan. Terima kasih.
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih timbalan menteri. Apa yang didedahkan oleh timbalan menteri tadi adalah amat merunsingkan kerana terdapat-walaupun daripada siasatan awal telah terdapat unsur-unsur jenayah yang menunjukkan CBT dan sebagainya. Jadi saya ingin tahu apakah jumlah bilangan duit yang telah berpusing-pusing di situ menerusi syarikat-syarikat yang disebutkan oleh saya tadi.
Keduanya ialah saya memetik daripada laporan akhbar The Edge Financial Daily, 11 Mei telah diperkatakan syarikat seperti Saradunia Capital hanya merupakan sebuah syarikat yang mempunyai modal berbayar sebanyak RM4 dan mereka telah pun mengambil kesempatan daripada celah-celah undang- undang yang ketat itu dan telah melakukan banyak kesalahan yang berunsur jenayah.
Jadi saya ingin bertanya daripada laporan The Edge itu ada juga disebutkan duit itu kebanyakannya datang daripada Timur Tengah, Indonesia dan China. Adakah itu satu gejala kegiatan membersihkan wang dengan izin, money laundering dijadikan satu aktiviti yang sedang membangun di Labuan. Terima kasih.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Sebenarnya Yang Berhormat, seperti mana yang saya sebut tadi. Apa-apa duit, dari mana datangnya, Timur Tengah ke ataupun benua lain. Apabila masuk ke Labuan ia tidak memasuki melalui tunai, ia masuk melalui sistem kewangan, sama ada melalui bank-bank yang terdapat di London kah, di Singapura kah, di Amerika ke supaya sampai ke Labuan. Ini bermakna kita hanya menerima aliran wang ini yang telah memasuki sistem kewangan di negara-negara lain. Bermakna kalau tapisan wang haram ini tidak semestinya jatuh kepada Labuan sahaja, bahkan oleh kerana ia sudah melalui sistem perbankan di negara-negara lain yang kita anggap lebih maju daripada kita.
Maka mereka juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menapis wang-wang ini.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Jadi kita tidak boleh meletakkan blame kepada Labuan, sebab itulah kita tidak membenarkan Labuan ini merupakan punca pertama kemasukan wang.
Orang tidak boleh datang dengan beg-beg yang mengandungi wang tunai untuk deposit atau apa sahaja. Ini kerana ia merupakan sumber utama kepada wang haram, kita tidak mahu. Kita mengharapkan bahawa sistem kewangan dunia keseluruhannya mempunyai benteng-benteng untuk menapis wang haram ini. Itu yang pertama.
Keduanya dari segi jumlah wang yang terlibat mengikut penelitian kita dari segi laporan-laporan yang dibuat yang melibatkan syarikat-syarikat ini.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Sebenarnya jumlahnya tidaklah begitu besar, ya. Dijangka dalam lingkungan RM10 juta. Memanglah jutaan jugalah tetapi melibatkan enam orang.
Jadi orang-orang ini begitu terdedah sekali. Maknanya, oleh kerana syarikat ini berjanji akan beri pinjaman kepada mereka dengan kadar yang murah, dengan cara yang mudah, maka mereka ini sanggup meletakkan deposit. Ini biasa dikenakan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Fi untuk proses, deposit untuk processing dan rakyat kita masih ada yang mempercayainya. Jadi, ini telah pun disebarkan secara meluas oleh Labuan FSA melalui websitenya dan rakyat sudah maklum bahawa jika ada perkara-perkara seperti ini, cadangan-cadangan untuk memberi pinjaman secara senang, secara mudah dan sebagainya dengan izin, if it is too good to be truth, then it is not truth.
Thank you, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab telah tamat.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang tertangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Waktu saya menamatkan penggulungan semalam, saya masih lagi menjawab tentang
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Ada satu lagi isu yang saya belum jawab iaitu mengenai kes yang melibatkan Sunshine Empire.
Untuk makluman Yang Berhormat, syarikat ini telah pun mengaku bersalah terhadap dua tuduhan iaitu mengambil deposit secara haram daripada orang ramai dan syarikat telah pun didakwa di bawah seksyen 25(1), dan seksyen 6(4) BAFIA Act 1989 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Jun 2010 dan pengarah syarikat telah pun mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM1 juta untuk setiap pertuduhan.
Jadi perkara itu telah pun selesai dan sebenarnya Yang Berhormat, ia melibatkan dengan izin, illegal deposit taking. Jadi ia di bawah undang-undang Bank Negara.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang ini satu pengumuman yang amat membanggakan. Saya hendak minta pandangan dari Yang Berhormat Menteri. Memandangkan syarikat ini sudah mengaku kesalahan dan untuk membersihkan nama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, adakah Yang Berhormat Menteri sependapat dengan saya bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri perlu membuat satu laporan polis supaya dapat membersihkan namanya?
Ini kerana namanya bukan hanya dipergunakan dalam negara kita tetapi juga digunakan di negara-negara luar seperti negara China, Hong Kong dan lain-lain tempat.
Ada juga dalam majalah-majalah yang tertentu, ada juga di dalam muka hadapan majalah itu. Saya ingat ini mungkin akan menjejaskan keyakinan kepada pelabur kerana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka terlibat. Oleh sebab itu, untuk membersihkan namanya, adakah Yang Berhormat Menteri juga sependapat dengan saya bahawa satu laporan polis dibuat supaya dapat menjauhkan dari satu skim yang melibatkan penipuan wang yang begitu besar?
Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Seperti yang saya sebut semalam Yang Berhormat, kehadiran mana-mana ahli politik di dalam upacara perasmian dan sebagainya tidak langsung menggambarkan penglibatan mereka yang berkaitan di dalam kes-kes penipuan. Jadi saya kira itu terserah kepada sesiapa sahaja dari segi mengambil tindakan. Cuma yang dilakukan oleh pihak kerajaan, sesiapa yang bersalah akan dihadapkan ke muka pengadilan dan mereka telah pun menerima balasan yang setimpal daripada perbuatan yang mereka lakukan.
Jadi saya terus kepada Yang Berhormat Kinabatangan yang ingin mendapatkan...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, satu lagi belum dapat jawapan iaitu tentang kes-kes masih dalam siasatan. Adakah pindaan ini akan diguna pakai dengan kes-kes masih dalam siasatan? Ini kerana kenaikan penalti dan denda ini, adakah ia akan terikat dengan – diguna pakai untuk kes-kes yang sedang disiasat dan belum dihadapkan ke mahkamah?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, kes-kes yang masih belum diambil tindakan tentu sahaja akan terikat dengan undang-undang yang kita perkenalkan.
Yang Berhormat Kinabatangan ingin mendapatkan penjelasan mengenai impak ekonomi, sosial dan kesihatan kepada negara dan dalam masa yang sama ingin mendapatkan pandangan sejauh mana dengan adanya undang-undang baru
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
ini dapat menyekat penipuan yang sedang berlaku dan yang banyak berlaku pada waktu ini.
Dari segi ekonomi, penguatkuasaan yang berkesan terhadap pindaan akta ini akan menambah keyakinan pelabur luar untuk terus membuat pelaburan atau membuka cawangan mereka yang baru di Malaysia. Pada tahun 2009, Malaysia menerima permohonan daripada syarikat-syarikat negara luar seperti dari Thailand, Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di negara kita. Spillover effect dengan izin, yang dijanakan oleh industri ini amat besar. Sehingga kini terdapat lebih 20 buah syarikat tempatan yang telah memperkembangkan perniagaan mereka ke luar negara dan syarikat ini juga telah mempunyai kilang mereka sendiri.
Dari segi penguatkuasaan, dari segi keyakinan kita, adakah akta ini mampu untuk mengurangkan ataupun menyekat penipuan yang berlaku? Saya percaya dengan penalti yang kita tambah, yang kita tingkatkan, dengan hukuman penjara yang kita tambah, ia akan menjadi satu, dengan izin deterrent, satu sekatan dan satu halangan kepada bakal-bakal peniaga yang berniaga jualan langsung ini untuk melakukan penipuan dan sebagainya. Kita amat menitikberatkan dari segi soal perlesenan misalnya.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau dulu syarikat-syarikat yang tidak berlesen menjalankan perniagaan, hukumannya amat ringan sekali. Sebab itulah kita memberi penekanan bahawa syarikat yang tidak berlesen akan dikenakan tindakan yang lebih berat lagi.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Laluan. Laluan!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mana satu, Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri, Sri Gading.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kita hendak bagi yang berumur dulu?
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Tidak apa. Yang Berhormat Sri Gading dulu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, saya terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Bagi pihak rakyat, saya berharap Yang Berhormat Menteri tidak sekali-kali tunduk kepada tindakan- tindakan yang hendak dibuat oleh persatuan peruncit-peruncit gula, minyak, tepung yang konon hendak mengambil tindakan pada 15 Jun yang akan datang ini. Mereka ialah pengkhianat kepada negara ini. Apa masalah mereka? Lesen itu free, boleh senang didapati. Kalau dia mati, boleh diperbaharui. Tidak ada apa masalah. Cuma mereka tidak mahu dikawal kerana apabila dikawal, penyelewengan-penyelewengan sesetengah daripada mereka selama ini menyorok, meniriskan segala subsidi ini akan diketahui oleh kerajaan. Pengilang dikontrol oleh pihak kerajaan, pemborong dikontrol oleh pihak kerajaan. Dia tidak mahu dikontrol kerana perbuatan busuk mereka kepada negara dan rakyat ini akan diketahui oleh kerajaan...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini sahaja. Masalahnya dia hendak menyorokkan perbuatan-perbuatan khianat kepada negara ini. Saya mengingatkan sekali lagi Yang Berhormat Menteri, rakyat 27 juta orang ini harus diutamakan daripada 20,000 peruncit ini saya difahamkan. Saya difahamkan juga pengerusi persatuan peruncit ini pun tidak ada kedai. Dia memang bolehlah membuat desakan-desakan untuk kepentingan dirinya. Jadi saya sekali lagilah berharap Yang Berhormat Menteri jangan sekali-kali tunduk kepada pengkhianat- pengkhianat negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Mohon menjawab sekali sahaja.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Nanti Yang Berhormat Taiping. Lepas ni, saya dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan pencelahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sri Gading dan saya bersetuju 100% sebabnya di sini kalau controlled item, barang yang dikawal, kita kalau tidak ada lesen kita akan berhadapan dengan masalah sebab item-item yang lain seperti gula, beras, gas, tepung, minyak masak, semuanya telah dilesenkan. Ini pun bukan perkara baru. Tahun 1991 telah pun dibuat arahan untuk dikeluarkan lesen. Pada masa itu tidak ada masalah yang timbul pada hari ini. Tidak ada masalah kekurangan gula, gula yang telah diselewengkan kerana daripada refinery, daripada kilang sampai ke pemborong, ia berjalan dengan lancar di bawah kawalan pihak kementerian.
Jadi di sini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, saya ingin tahu bagaimana kedudukan lesen dan saya difahamkan pihak kementerian telah membuat penjelasan beberapa kali kepada peruncit-peruncit bahawa lesen yang diberikan pertama, tidak dikenakan bayaran. Keduanya, lesen ini diberi untuk lima tahun. Untuk pembaharuan pegawai-pegawai daripada kementerian akan datang ke premis, sampai begitu mudah. Kenapa benda ini hendak dipolitikkan? Tidak perlu dipolitikkan. Lesen ini perlu kawalan kerana ia perlu ada law, stok keluar masuk. Ini barang kawalan yang telah disubsidikan oleh kerajaan. Kenapa perlu ada pihak yang mahu mengambil kesempatan, yang mahu menyalahkan Menteri, yang mahu menyalahkan kementerian? Sedangkan perkara ini kita hendak kawal, kita hendak tahu. Dia order empat tan, kemungkinan pernah berlaku 12 tan dan lebihan daripada...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Datuk Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Taiping, duduk dahululah!
Ini saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Diamlah. Nanti dulu!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya pun belum mencelah.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Nanti dia punya penjelasan. Duduklah dulu!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya berdiri apa salah?
Datuk Ismail Kasim - Arau
Okey.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Kita berdiri dengan sabar, apa salahnya?
Datuk Ismail Kasim - Arau
Duduklah sekejap. Hormatilah ini syor yang diberi kepada saya.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya berdiri.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Okey, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri..
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Ismail Kasim - Arau
Saya tidak tengking tetapi bagilah - saya hormati awak, awak hormatilah saya.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Ismail Kasim - Arau
Okey, tunggu tidak apa. Yang Berhormat Menteri, saya ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan perkara ini supaya Yang Berhormat Menteri beri penjelasan. Kita dalam keadaan hendak menenangkan suasana yang kelam kabut dan demi kepentingan dasar yang telah dirancang oleh kerajaan supaya perkara-perkara tidak diselewengkan demi kepentingan rakyat. Supaya kerajaan tidak kehilangan wang. Supaya kerajaan yang hendak beri subsidi sampai ke kumpulan sasaran. Rakyat akan dapat bekalan yang mencukupi pada sepanjang masa. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri berhubung perkara ini?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya mohon mencelah.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Soalan, berkaitan..
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, isu ini sudah lari daripada apa yang saya cakap.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tadi Yang Berhormat Menteri kata berikan ruang. Sedikit sahaja untuk menyambung apa yang..
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, satu orang sahaja sebab Yang Berhormat Gopeng pun sudah bercakap semalam.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Okey, saya akan tanya. Untuk menyambung apa yang dihujahkan dengan panjang lebar oleh dua orang kakanda di sebelah sana, sebenarnya tuduhan Yang Berhormat Sri Gading di mana kedai peruncit ini adalah pengkhianat adalah satu tuduhan liar dan patut ditarik balik.
Saya ingin mengingatkan kepada Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kalau menyusahkan rakyat dan negara tidak pengkhianat?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Siapa menyusahkan rakyat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apa perkataan yang lebih sesuai?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tadi - sekarang floor saya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dalam negara lain ada hukum tembak tahu!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Sri Gading tolong hormat Dewan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Penyeludup- penyeludup.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading duduk Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Biar saya hujahkan dahulu. Tidak perlu tengking-tengking. Ini Dewan yang mulia. Sabar sedikit. Orang tua kena sabar sedikit.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya tidak pernah menengking Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Orang tua tetapi tidak layak jadi Menteri sabar sedikit.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Cuma suara saya tinggi waktu pagi ini kerana kepentingan rakyat. Itu sahaja.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Sri Gading saya hendak beritahu. Tadi Yang Berhormat Sri Gading membuat tuduhan di mana Persatuan Peruncit yang mewakili 20 ribu kedai runcit ini adalah pengkhianat negara tetapi saya hendak beritahu, hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang duduk di sebelah sana, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang duduk di sebelah sana juga berpendirian sama!
Adakah kedua-dua Menteri MCA ini juga pengkhianat negara? Mereka setuju dengan pendirian Persatuan Peruncit. Ini adalah sebenar..
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya tidak menuduh Menteri.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Satu Kabinet dua kementerian.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Itulah you puak DAP, you pertikai.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Dengar ini, dengar dulu. Tadi Yang Berhormat Menteri Kesihatan baru hantam, kata Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak jaga kepentingan pengguna. Tahukah Yang Berhormat Sri Gading atau Yang Berhormat Menteri hendak mengoperasi atau membuka satu kedai runcit di Malaysia kena pohon 11 lesen. Jika ditambahkan lagi satu lesen runcit sebenarnya ini bukan tidak pernah ada dasar sedemikian. Sebenarnya sebelum tahun 1991, kementerian pernah tetapkan mesti pohon lesen. Akan tetapi oleh kerana sedar kesilapan pada masa silam, lesen itu telah dibatalkan pada tahun 1991. Sekarang kementerian di bawah Menteri baru, gostan lagi bukan move forward tetapi gostan. Ini sepatutnya tidak berlaku.
Sekiranya kita di sebelah sini menyokong jika kerajaan hendak membanteras, hendak mencegah penyelewengan, hendak mencegah segala smuggling pergilah pada akar umbinya. Refinery, penguatkuasaan di sebelah sempadan Thailand, pergi tangkap. Jangan susahkan pekedai-pekedai, jangan susahkan kedai-kedai runcit yang kecil yang cuma menawarkan perkhidmatan kepada pengguna. Saya harap Yang Berhormat Menteri sebagai, “People first performance now”, show your performance, we will support you. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Mula-mula saya tidak hendak jawab tetapi saya kena jawablah. Saya hendak tanya Yang Berhormat Taiping, apa masalah yang kata susah ini? Kalau menyusahkan, katakan kita caj RM10 susahlah? Wait, wait, my floor. Kalau kita kata bayar RM10, ada additional burden dari segi kewangan? Akan tetapi kita kata tidak ada caj, free.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau kata dia kena pergi ke pejabat KPDNKK untuk ambil lesen, tidak perlu pergi. Kita kata pegawai kita pergi kedai dia, apa masalahnya? Kalau kita kata buta huruflah, peniaga-peniaga tidak tahu tulis borang bahasa Melayu katakan, peniaga-peniaga Cina. Kita kata pegawai kita turun dan tolong isi borang, apa masalahnya? Nothing! Tidak ada masalah apa-apa tetapi ini sengaja hendak jadikan isu. Kalau burden, yes saya setuju. Masalahnya kita berniaga kecil-kecilan di kampung, gula dua atau tiga kilo sahaja sebulan, tambah lagi RM10 susahlah.
Fine! Kita faham dan perkara ini telah pun kita persetujui sewaktu KSU kementerian mengadakan rundingan dengan pihak persatuan. Dia yang mencadangkan - pihak persatuan mencadangkan bersetuju pada dasar dengan syarat. Syaratnya tidak bayar lesen, lesen mesti percuma. Sepatutnya kita kuat kuasa 15 Jun. Dia kata minta tangguh 1 Julai dan dia kata kena cepatkan, jangan menyusahkan. Kita kata okey, kita setuju, lulus on the spot. Dia kata renew nanti susah. Kita kata renew automatik kalau tidak ada masalah. Apa lagi masalahnya?
Tidak ada masalah. Sekarang ini sengaja cari masalah kerana seperti kata Yang Berhormat Sri Gading, kita takut kerana kita tidak mahu perbuatan kita dikesan, itu sahaja.
Saya setuju kita kontrol di sempadan. Kita sudah berbincang dengan pihak kastam, berbincang dengan pihak RELA dan sebagainya. Itu tindakan di peringkat sempadan. Kita kata kilang. Kilang sekarang kita arahkan pegawai kita berada di kilang-kilang, rekod di mana gula itu keluar, melalui lori pemborong dan sebagainya. Kita ada kawal. Sekarang ini kita beri arahan kepada pemborong.
Setiap pemborong mesti ada log book, mesti beritahu di mana gula itu pergi dan sebagainya.
Akan tetapi sampai kepada peruncit tidak boleh hendak kontrol sebab kita tidak ada lesen. Dia jual barang kita. Kita kawal barang ini, tiba-tiba dia kata saya tidak hendak terikat dengan you. Okey, saya tidak kata paksa. Ini soal jualan barangan bukan satu paksaan. Kita tidak kata, you mesti jual, you mesti ambil lesen. Kita tidak kata begitu. Siapa yang berminat ambil lesen, kita boleh jual. Gas misalnya, siapa yang berminat hendak jual gas LPG, dia ambil lesen, kita beri dia jual gas. Siapa yang hendak jual gula, kena pakai lesen, dia ambil lesen, kita beri dia jual. Kalau tidak hendak, it’s okay, tidak ada paksaan. Siapa yang tidak hendak jual, tidak perlu jual. Jadi saya...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Wait, sekarang ini tidak habis kalau kita - sekarang ini topik kita adalah jualan langsung. Jadi saya sudah sebut tadi jualan langsunglah.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Gopeng semalam benda yang samalah saya ingat. Janganlah kita cakap, itu kena jadi perbahasan.
Semalam dia cakap saya jawab, hari ini dia jawab lagi saya cakap, sudah jadi perbahasan. Saya beri sekali seorang cukuplah. Sekali seorang cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bintulu Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Sri Gading sudah sekali, Yang Berhormat Arau sudah sekali, Yang Berhormat Taiping sudah sekali, Yang Berhormat Gopeng sudah sekali. Kalau saya beri lagi then bangun pula Yang Berhormat Sri Gading jawab, jadi sampai hari esok pagi pun tidak selesai ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat Bintululah Yang Berhormat. Beri Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Bintulu last lah. Dia Pengerusi BNBBC saya hormat dialah.
Dato’ Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Timbalan Yang-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Menteri, bolehkah BNBBC hendak mencadangkan tadi kata itu lesen jual kuda, jual lain-lain barangan. Kita ucap terima kasihlah pegawai daripada kita punya kementerian terus turun padang isi itu lesen kepada itu peniaga-peniaga ataupun kedai runcit.
Bolehkah itu lesen kita isu terus valid lima tahun lepas itu automatic renew kalau ia tiada kesalahan. Bolehkah tidak Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih banyaklah kepada Bintulu ini. Barulah namanya hendak berunding, maknanya setuju tapi bersyarat barulah runding namanya. Jadi saya sebenarnya tahun berapa tahun dan sebagainya termasuk Akta Kawalan Bekalan. Jadi pada Yang Berhormat Bintulu saya ingin maklumkan kalau di bawah akta kita benarkan every five years, kalau benarkan tiada masalah kita boleh bagi persetujuan. Tiada masalah.
Saya sudah beritahu bahawa tujuan kita bukan soal hendak dapat duit atau menyusahkan tetapi control kerana keadaan pada hari ini. Kita bukan mengundur ke belakang. Tahun 1991 gula harganya rendah, tidak ada siapa yang hendak sorok gula, tiada ada siapa yang hendak hantar ke Thailand ke Indonesia dan sebagainya. Harganya rendah. Tiba-tiba keadaannya hari ini, berbeza harganya tinggi berbanding dengan Thailand. Di Pulau Sebatik banyak dihantar ke Pulau Indonesia sana, Yang Berhormat Kalabakan beritahu saya setiap masa.
Jadi kita kena control di Sarawak di Serian, di Perlis. Jadi kita hendak kawal kerana hendak jaga kepentingan pengguna, kita hendak jaga kepentingan rakyat.
Saya setuju kata Sri Gading. 20,000 yang buat hal tetapi kita hendak jaga 27 juta punya kepentingan.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Pohon sekali lagi? Sekejap sikit sahaja. Saya hendak tanya apa - hendak selamatkan kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat saya ingat berpindah kepada topik asallah Yang Berhormat.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Baiklah, terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya kena berlaku adil. Tadi saya sudah cakap satu orang sekalikan. Jadi terima kasih kepada Bintulu saya akan berbincang perkara ini.
Saya terus kepada pertanyaan daripada Kinabatangan mengenai produk- produk kesihatan yang di jual melalui jualan langsung sama ada perlu mendapat kelulusan daripada mana-mana pihak. Bagi produk-produk kesihatan atau kosmetik yang ingin di jual melalui jualan langsung, produk ini mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi produk yang diklasifikasikan sebagai makanan pula syarikat mestilah memastikan produk tersebut telah diluluskan pelabelannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi produk elektrik pula, ia perlu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga sebelum di jual.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Mengenai isu syariah compliance yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian saya rekod Kubang Kerian bercakap, Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Parit Buntar. Selain memaklumkan bahawa kementerian akan mempertimbangkan perkara ini dengan sebaik-baik mungkin. Kita akan menjemput mereka yang pakar di dalam bidang-bidang ini.
Kita sudah beritahu semalam yang kita akan beri pertimbangan sewajarnya iaitu pertamanya dalam mewujudkan jawatankuasa. Ini dibangkitkan oleh Bukit Bintang dan semalam pun kita telah sebut tentang panel syariah ini, kita akan pertimbangkan perkara ini. Kita akan mendapatkan nasihat daripada JAKIM tentang perkara-perkara seperti ini. Kita akan bincang lagi dan walau bagaimanapun saya amat berterima kasih atas pandangan ini dan kita akan melihat secara serius...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Mana satu Yang Berhormat ada dua, tiga.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya bagi Naib Presiden dulu.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ringkas sahaja tentang kosmetik tadi itu.
Okey, adakah pihak kementerian mempunyai panel yang mencukupi bukan sekadar lesen yang saya sebut tadi, ada lesen atau yang tiada lesen untuk memastikan mutu kosmetik tersebut dari segi aspek kesihatan dan keselamatan pengguna kerana banyak sangat hendak slim badan, hendak memutihkan muka dan sebagainya. Oleh itu saya ingin mendapatkan kepastian adakah kementerian dalam menilai sesuatu produk itu sebelum memberikannya satu lesen, memiliki kepakaran, menggabungkan kepakaran itu untuk memastikan produk itu selamat atau tidak selamat bagi pengguna. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, Parit Buntar sekalilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat contohilah Kubang Kerian punya soalan Yang Berhormat. Jangan berceramah.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya, ya, ya. Saya ingat saya punya soalan semua straight to the point saya tidak suka hendak pusing-pusing.
Saya mintak kewajaran panel syariah itu kerana sudah ada fatwa. Jadi fatwa itu kalau tidak di follow up dengan panel, kita takut nanti ia akan jadi satu umum itu.
Sedangkan dari segi operasi dia tidak compliance sebab itu makna compliance, makna dia kena keputusan harus tetapi dia tidak comply tidak boleh. Jadi saya menyokong penuh dan saya harap ini bukan pertimbangan lagi tetapi ia perlu dijadikan sebagai satu pakej bersama dengan akta ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Insya-Allah Yang Berhormat Parit Buntar insya-Allah. Kepada Yang Berhormat Kubang Kerian seperti yang saya sebutkan tadi yang setiap kelulusan untuk kosmetik tadi, mesti daripada pihak kementerian kesihatan. Jadi produk-produk itu mesti di check oleh Kementerian Kesihatan dan diperiksa oleh Kementerian Kesihatan dan akan diberi kelulusan.
Sebab itu saya bersetuju dengan pandangan supaya diwujud jawatankuasa tadi, supaya jawatankuasa itu tadi akan wujud kementerian-kementerian yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Sekarang kita tahu banyak alat-alat kosmetik, makanan dan sebagainya. Soal halal itu tadi, halal compliance tadi kerana apabila menjual kosmetik misalnya perlu diperhalusi dari segi ingredient di
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
dalam kosmetik itu sendiri. Adakah ianya melibatkan satu objek-objek haram di dalam itu ataupun tidak.
Jadi soal halal haram amat penting kerana ramai pengguna-pengguna kosmetik, makanan dan sebagainya yang terdiri daripada orang Islam tentunya ingin memastikan bahawa produk yang mereka miliki adalah halal bukan setakat makanan tetapi make up, mungkin beg kulit dan sebagainya, kita tidak tahu haram atau halal sebagainya. Jadi sebab itu saya kata semalam kepada Parit Buntar bahawa kita akan melihat perkara ini dengan serius, saya tidak boleh mengatakan setuju dan mewujudkan terus kerana kita mesti melalui perbincangan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perkara itu perkara yang saya katakan setuju cuma prosedur nanti saya akan bincang dalam pihak kementerian.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Peralatan kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat kita sudah sejam setengah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh saya...
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Sedikit sahaja Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau hendak ucap yang elok-elok itu saya setuju teruslah.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang elok lah ini. Saya hendak cakap yang elok-elok sahaja. Tiada yang tidak elok melainkan elok.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya setuju.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Berhubung dengan peralatan kesihatan yang disebutkan oleh menteri tadi ini. Kita telah mendengar beberapa kali daripada Kementerian Kesihatan akan mengadakan rang undang- undang peralatan kesihatan untuk mengawal kegunaan peralatan kesihatan yang dijual secara langsung ini. Misalnya saya sebut beberapa kali dalam Dewan tentang sonotron, mesin untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit tetapi belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan sebab kita tiada rang undang-undang peralatan kesihatan. Jadi saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh kementerian supaya bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan supaya mereka tidak menipu rakyat dengan peralatan-peralatan sebegini. Itu sahaja. Baik kan? Soalan yang baik.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Soalan yang baik dan saya bersetujulah dengan Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Yang Berhormat Bandar Kuching membangkitkan mengenai kuasa pengguna untuk mendapatkan kembali wang yang di laburkan di dalam skim jualan langsung atau piramid. Apabila berlau penipuan dan sebagainya. Setakat hari ini, pengguna boleh menuntut kembali wang melalui Tribunal Tuntutan Pengguna sekiranya tuntutan di bawah RM25,000. Ianya amat cepat dan ringkas.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Fi untuk setiap tuntutan pengguna adalah sebanyak RM5 sahaja. Jadi kalau Yang Berhormat Bandar Kuching kata semalam takut burden, dibebankan dengan fi peguam yang tinggi. Mereka boleh ke tuntutan pengguna kalau RM25 ribu ke bawah tetapi kalau RM25 ribu ke atas maka ianya perlu dibawa ke Mahkamah Sivil seperti biasa.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Bandar Kuching juga, okey satu lagi, Yang Berhormat Bandar Kuching juga mengatakan bahawa kalau syarikat itu sudah bankrap dan sebagainya, apakah yang akan berlaku. Setakat ini Yang Berhormat, satu lagi yang mereka boleh lakukan adalah dengan membawa kes ke mahkamah biasa dan mereka boleh memohon pampasan walaupun kes dibawa di dalam mahkamah jenayah seperti biasa kerana seksyen 426 CPC membenarkan mahkamah memberikan award ataupun memberikan pampasan damages kepada mereka yang mengalami kerugian.
Akan tetapi pihak kementerian sedang menimbangkan dengan yang dibawa oleh Yang Berhormat Pasir Mas semalam iaitu supaya diwujudkan aturan sebelum satu-satu syarikat jualan langsung diberikan lesen. Mereka mesti meletakkan deposit dan kalau ada berlaku masalah, misalnya wang deposit itu boleh digunakan untuk membayar balik pampasan kepada pelabur-pelabur yang mengalami kerugian. Perkara ini akan kita masukkan di dalam peraturan-peraturan di bawah undang-undang yang baru ini.
Yang Berhormat Bandar Kuching juga mengatakan...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sekejap saya habiskan dulu, mungkin ada jawapan saya yang belum sampai lagi. Yang Berhormat Bandar Kuching juga bertanya mengenai syarikat Island Red Cafe yang telah di Sarawak dan menubuhkan PG Red Cafe. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian? Syarikat Island Red Cafe telah pun didakwa oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tiga orang pengarahnya juga telah didakwa dan sebutan semula kes adalah pada 9 Julai 2010.
PG Red Cafe ketika ini dalam siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga Bank Negara Malaysia. Sebenarnya Yang Berhormat Bandar Kuching, apabila pihak SSM menerima surat aduan daripada Yang Berhormat, pihak SSM terus mengadakan siasatan terhadap mereka. Jadi sekarang ini dalam siasatan.
Yang Berhormat Bandar Kuching juga mencadangkan agar dibekukan akaun mereka yang menipu pengguna-pengguna. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan ini masih tidak boleh dilakukan di bawah akta yang ada pada hari ini. Namun kesalahan Akta Jualan Langsung akan dijadikan predicate offense di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Anti Keganasan atau AMLA. Dengan kaedah ini maka cadangan Yang Berhormat agar aset syarikat dibekukan boleh dilaksanakan. Kita dalam proses lagi, kalau perkara ini boleh dimasukkan di bawah AMLA, jadi cadangan Yang Berhormat itu akan dapat kita laksanakan. Terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi kata mangsa-mangsa yang tertipu boleh pergi ke Consumer Protection Tribunal untuk menuntut pampasan mereka tetapi, apa sebenarnya yang berlaku ialah selepas itu award diberi oleh Consumer Protection Tribunal untuk menguatkuasakan award itu. Sering kali Consumer Protection Tribunal itu, pegawai di sana akan memanggil penuntut, “You go and get a lawyer for accusation proceeding” untuk either kadang kala ‘JJDS’ atau apa-apa accusation proceeding.
Accusation proceeding itu tidak akan dijalankan oleh Consumer Protection Tribunal. Mangsa-mangsa itu terpaksa juga pergi jumpa lawyer, pergi mahkamah untuk menjalankan accusation tribunal. Dalam kes pyramid scheme itu yang sering kali apa yang dilakukan, syarikat terlibat tidak dapat dicari. Oleh itu, walaupun
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
saya setuju dengan Consumer Protection Tribunal itu prosesnya amat cepat, efisien tetapi semasa ia sampai di penguatkuasaan, jammed di sana, tidak dapat buat apa-apa. Oleh itu akhirnya penuntut yang pergi ke Consumer Protection Tribunal yang dapat award, dapat paper judgement sahaja, paper award sahaja.
Inilah masalah yang ditemui oleh ramai mangsa itu.
Dalam kes PG Red Cafe, ada enam orang mangsa. Sampai sekarang mereka masih tidak dapat buat apa-apa untuk menuntut balik wang yang ditipu oleh PG Red Cafe. Perkara ini telah dilaporkan pada Januari dan sampai sekarang masih disiasat. Adakah orang yang terlibat telah ditangkap? Kita hendak tahu, adakah orang yang menipu itu, saya ada sebut namanya, Raymond dan Baharuddin. Adakah mereka telah ditangkap dan apakah hasil siasatan, bilakah siasatan itu akan berakhir? Bagaimana hendak memulangkan wang yang ditipu memandangkan mangsa-mangsa ini adalah government servants, they are teachers dan beberapa ribu sudah ditipu. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, boleh jawab sekali, tambah sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya ingat ini kali kelima saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bandar Kuching sebab dia bawa isu yang kena punya, yang paling baik punya.
Pertama, saya menyokong. Siasatan ini ada time frame kah? Ataupun hanya siasat-siasat, habis itu jika tidak ada local standy, tidak ada ground untuk didakwa, ini satu. Adakah Yang Berhormat merasakan bahawa perlu ada penelitian dalam unsur-unsur sebegini sebab ini bukan baru satu yang dilaporkan.
Banyak sebetulnya syarikat-syarikat yang menganjurkan skim seperti ini yang tidak dilaporkan seperti menggunakan nama British American Tobacco, saya tengok ramai orang dah kena jerat leher, macam contoh penyanyi Amy Search lebih kurang RM1.5 juta, itu baru dia seorang. Bagaimana yang lain-lain?
Jadi adakah syarikat ini lesap-lesap begitu? Apakah mereka lesap sebab ada loophole undang-undang ataupun pegawai-pegawai di kementerian Yang Berhormat ini bersubahat? Saya bukan menuduh tetapi kalau begini berlaku seolah-olah ada unsur subahat yang harus dilihat oleh kementerian ini sebagai satu unsur jenayah dan perlu dibanteras. Jangan kita hendak buat gah di newspaper, di surat khabar dan sebagainya, di TV hendak buat enforcement, rupa-rupanya ‘harapkan pagar, pagar makan padi.’ Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Semangat orang baru ini. [Ketawa] Yang Berhormat Bandar Kuching, dari segi accusation of judgement ini. Pegawai penguat kuasa kita yang sebenarnya boleh menguatkuasakan judgement yang dibuat oleh Tribunal Pengguna. Kesannya kalau defendan tadi enggan untuk membayar setelah hukuman dijatuhkan, mereka boleh dianggap sebagai contempt dan mereka boleh dihukum di bawah contempt proceeding dan sebagainya.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Itu hanya denda sahajalah, denda itu duit dibayar kepada kerajaan tetapi tidak dibayar kepada mangsa, penuntut.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak, maksudnya apabila kita execute judgement itu dan mereka diarahkan untuk membayarnya. Kalau masalah itu tidak boleh selesai dan sebagainya, kalau kes itu masih lagi berlarutan, plaintif boleh membawa kes ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bukanlah hak dia terhenti setakat itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, masalahnya Yang Berhormat adalah di enforce ke atas syarikat itu, kalau syarikat tidak ada duit bagaimana hendak bayar? Itu masalah.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, itu yang saya sebutkan tadi. Pada hari ini kita sedang melihat untuk mewajibkan deposit tadi supaya syarikat yang akan diluluskan lesen itu meletakkan deposit dan deposit itulah yang akan digunakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat satu jawapan kepada Yang Berhormat Bandar Kuching itu apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Menteri itu dahulu lagi menjawab Yang Berhormat Pasir Mas tadi.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, kita sudah jawab. Untuk PJ Red Cafe dan sebagainya seperti saya sebut, ia dalam tindakan siasatan. Yang Berhormat pun tahu kita menyiasat dengan harapan untuk membawa kes itu ke mahkamah. Sebab itulah evidence yang lengkap dan sebagainya itu diperlukan.
Tidak ada maknanya kita hendak mempercepatkan siasatan dan bawa ke mahkamah, kes terlepas begitu sahaja. Jadi sebab itulah kadang-kadang kita memerlukan masa dan sebagainya.
Soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, sama ada serius atau tidak? Saya sudah bagikan jawapan tadi bahawa beberapa kes telah pun di bawa ke mahkamah dan pihak syarikat dan director ataupun pengarah sudah pun dikenakan hukuman yang berat oleh mahkamah dan sebagainya. Kita serius tetapi, sebelum tindakan dibawa ke mahkamah, evidence ataupun bukti yang lengkap mesti ada dan sebagainya. Jadi, kita akan teruskan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Indera Mahkota bertanya mengenai sama ada akta ini mempunyai bidang kuasa sehingga keluar Malaysia iaitu extraterritorial dan mengambil contoh - syarikat WTM. Aplikasi Akta Jualan Syarikat ini tidak melibatkan transaksi jualan yang dibuat di luar negara oleh syarikat luar. Walau bagaimanapun, syarikat luar yang membuat transaksi di dalam negara kita boleh ambil tindakan. Sebenarnya ada tiga yang melibatkan syarikat luar ini ada tiga keadaan iaitu:
(i) syarikat luar transaksi berlaku di luar, tidak boleh ambil tindakan;
(ii) syarikat luar yang beroperasi di dalam negara transaksi berlaku dalam negara, kita boleh ambil tindakan di bawah akta ini; dan
(iii) keadaannya syarikat yang berdaftar di luar tetapi transaksi berlaku di dalam negara, misalnya sekarang ini electronic commerce dan sebagainya - jadi ia syarikat di luar, di Hong Kong misalnya tetapi transaksi berlaku di sini dan yang ini boleh diambil tindakan dari segi akta.
Akan tetapi berbaliklah kita kepada penguatkuasaan. Penguatkuasaan itu yang sebenarnya menjadi masalah. Ini kerana ia berlaku di luar, maka kita terpaksa bekerjasama dengan beberapa pihak tertentu melalui pihak Kementerian Luar Negeri dan sebagainya untuk membawa kes ini. Kalau tidak ia memang dari segi teori boleh dilakukan, tetapi dari segi penguatkuasaan praktikalnya agak sukar.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Maksud saya semalam semasa membangkitkan isu yang diulas oleh pihak Menteri itu, sebenarnya merujuk kepada isu-isu ataupun soalan yang sama. Kita semua tahu bawah akta ini dipinda memang diakui tepat pada masanya tetapi, soalan yang saya bangkitkan semalam adakah kita mengambil kira keupayaan kita dalam masa kita membuat pindaan ini mengambil kira pindaan untuk menyekat permasalahan ini yang sebenarnya merupakan inti pati sebenar kepada penyelewengan ataupun yang mendatangkan masalah kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan jenis ini di dalam negara kita.
Tidak ada bezanya kalau kata transaksi yang berlaku dalam negara kita ataupun perundingan serta transaksi yang berlaku di luar negara tetapi melibatkan elemen jualan langsung yang bertempat atau berkedudukan pelanggannya adalah di dalam negara kita. Sebenarnya tidak ada beza. Isu ataupun masalah yang saya cuba minta penjelasan itu adalah soal dibawa keluar atau remittance keluar wang yang dikumpulkan daripada partisipasi ataupun penyertaan rakyat kita dalam skim- skim ini. Wang tersebut di remit keluar itu isu yang asas untuk kita tengok sama ada kita ada juga mengambil kira untuk menyekat perkara ini. Terima kasih.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Seperti yang saya sebut tadi, kita dalam proses untuk mengklasifikasikan kesalahan di bawah Akta Jualan Langsung ini sebagai kesalahan predicate di bawah AMLA. Sudah diklasifikasikan di bawah AMLA kita boleh mengambil tindakan pembekuan harta dan sebagainya walaupun di luar dan sebagainya. Ini yang sedang kita dalam proses. Akan tetapi hanya akta ini saya sudah sebut tadi, tiga keadaan tadi saya sudah sebut dalam tiga keadaan itu.
Kalau kita jadikan tiga kesalahan ini termasuk dalam AMLA dan sebagainya, ia boleh kita lakukan dan ini dalam proses kita lakukan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Menteri. Ada dua keadaan yang sama tetapi treatment ia jauh sangat bezanya. Pertama, apabila pelanggan-pelanggan ataupun penyertaan-penyertaan ini mengumpul wang atau wang mereka ini dikumpulkan oleh pihak syarikat yang menganjurkan skim ini.
Sementara wang atau dana ini belum disalurkan ke dalam akaun masing-masing ada satu tempoh ini yang mereka memegang dana tersebut dalam aktiviti sama juga seperti deposit taking daripada orang awam, tidak dimasukkan ke dalam akaun untuk tujuan remittance atau sebagainya.
Jadi, tempoh itu adalah tempoh yang melanggar akta yang disebutkan tadi termasuk juga akta bank. Klasifikasi Bank Negara seperti definisi semalam mengatakan apabila satu perniagaan atau skim yang menjanjikan keuntungan luar biasa atau tidak munasabah dianggap sebagai menyalahi di bawah Akta Jualan Langsung. Itu diklasifikasikan oleh pihak Bank Negara, tetapi wang itu masih belum ada dalam sistem perbankan yang mana pihak berkuasa bank ataupun yang mentadbir undang-undang tadi tidak boleh merampas atau mengenakan tindakan ke atas mereka kerana tidak ada bukti ataupun pembuktian dari segi perbankan atau sistem perbankan. Jadi aktiviti ini berjalan lagi sementara masih lagi belum melanggar akta yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi.
Soalnya, remittance itu hanya berlaku dia antara sistem perbankan kita kepada sistem perbankan ataupun sistem yang mempunyai koordinasi di luar negara. Itu setelah berlakunya remittance. Apa kata perkara itu tidak dilakukan melalui remittance yang legal sistem perbankan kita tetapi disalurkan keluar melalui sistem lain seperti semalam disebut sebagai pengurup wang.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Adakah kita hanya hendak merasa kita ambil tindakan selepas aktiviti itu berlaku ataupun kita lebih kepada pencegahan yang kita hendak bawa dalam pindaan akta ini ataupun pindaan rang undang-undang ini. Itu sudah dua perkara yang berbeza Yang Berhormat Menteri. Saya menjangka dan saya berharap elemen pencegahan itu rasanya agak penting sebab 1993 hingga sekarang baru kita hendak buat pindaan. Saya berharap begitulah sekiranya dapat kita buat dalam peringkat terakhir ini, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya mengingatkan kepada Yang Berhormat bagi satu peluang kepada seorang tadi. Yang Berhormat Indera Mahkota sudah dua kali. Walaupun isu yang dibangkitkan itu penting dan relevan, janji Yang Berhormat satu kali.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, terima kasih. Kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya di dalam negara kita ini soal-soal yang berkaitan dengan pencegahan terutamanya melibatkan kewangan ini ia banyak terletak di bawah Akta Bank Negara sendiri, di bawah Bank Negara. Jadi saya akan melihat pandangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi.
Seperti yang saya sebutkan, apabila ia termasuk di bawah AMLA maknanya termasuklah soal pengurup wang dan sebagainya yang kita masukkan. Akan tetapi apabila ini melibatkan kewangan, ia tertakluk lebih kepada Bank Negara dan sebagainya di bawah Akta Bank Negara. Walau bagaimanapun, saya akan lihat perkara yang dibangkitkan itu, kerana saya hendak pergi ke seterusnya. Sudah tidak banyak lagi.
Yang Berhormat Tangga Batu ingin mengetahui sama ada koperasi juga bagaimana sekiranya koperasi ingin menceburi di dalam perniagaan jualan langsung. Saya ingin maklumkan sekiranya koperasi ingin menjalankan perniagaan jualan langsung, maka mereka perlu menubuhkan satu syarikat atau entiti yang berasingan yang berbentuk sendirian berhad. Sebagai contoh misalnya Koperasi Shamelin Berhad mempunyai anak syarikat iaitu Shamelin Bina Sdn.
Bhd. yang mempunyai lesen jualan langsung. Yang Berhormat Tangga Batu juga ingin mengetahui apakah penglibatan agensi lain dalam jualan langsung ini.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sebenarnya seperti yang telah dimaklumkan memang pelbagai agensi terlibat di dalam perkara-perkara yang melibatkan jualan langsung, berapa kementerian terlibat seperti saya katakan tadi Kementerian Kewangan melalui Bank Negara dan Kementerian Kesihatan untuk produk-produk yang memerlukan kelulusan kesihatan dan sebagainya, jadi memang kita mendapat penglibatan daripada kementerian-kementerian lain.
Yang Berhormat Pokok Sena banyak membangkitkan isu semalam, antaranya ialah soal pendidikan, begitu juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan banyak bercakap soal pendidikan, kesedaran, awareness dan sebagainya. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, memang kita perlu banyak mengadakan program-program ataupun kempen-kempen kesedaran. Soal sikap tamak dan sebagainya, inilah sebenarnya merupakan punca berlakunya penipuan dan sebagainya. Kadang-kadang seperti yang dicontohkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena benda yang tidak munasabah, masuk RM1,000 dalam sebulan boleh untung RM10,000, memang tidak munasabah, jadi perkara-perkara ini memang kita akan jalankan kempen-kempen, players dan sebagainya akan dikeluarkan.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sepanjang tahun 2009, program telah dilaksanakan, sebanyak 436 program kesedaran telah dijalankan di seluruh negara termasuk seminar, ceramah, bengkel, pameran, dialog dan lain-lain begitu juga pada 12 Jun nanti, akan datang ini iaitu hari Sabtu kita akan mengadakan convention and exhibition khusus untuk jualan langsung dan multilevel marketing yang akan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai jualan langsung dan multilevel marketing ini. Ia akan diadakan di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Cheras di antara pukul 8.30 pagi sehingga 10.00 malam, jadi ia terbuka kepada orang ramai.
Yang Berhormat Telok Intan juga akhirnya ada menyarankan agar pemberian lesen dimulakan melalui permohonan lesen dan tidak melalui pembelian lesen, bermakna tidak boleh dijual lesen tersebut dan dipindah milik kepada orang lain melalui pembelian lesen. Sebenarnya dalam syarat lesen yang diberikan bersama-sama lesen. Dinyatakan bahawa lesen tidak boleh dipindah milik, sekiranya terdapat bukti berlaku penjualan lesen maka syarikat tersebut telah pun melanggar syarat lesen mengikut akta sedia ada. Lesen syarikat boleh dibatalkan selaras dengan seksyen 8, Akta Jualan Langsung ini. Dalam tempoh tiga tahun dari 2007 sehingga 2010, sebanyak tiga lesen telah dibatalkan disebabkan kes penjualan lesen jualan langsung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi Yang Berhormat saya katakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, mencelah. Duduk Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat saya mengalu-alukan kehadiran Delegasi Uganda Parliamentary Commissioners ke Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Semoga kehadiran delegasi ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Uganda. Sila Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah jawapan-jawapan saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat sekalian dan saya amat berbangga di atas sikap Yang Berhormat yang saya kira amat prihatin kepada permasalahan yang timbul akibat daripada penipuan-penipuan jualan langsung dan sebagainya. Saya harap dengan adanya pindaan ini ia akan dapat membantu mengurangkan dan menyekat segala masalah yang ditimbulkan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. 18 orang berucap, 12 pencelahan, 1 jam 24 minit.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 32 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk meminda Akta Setem 1949 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu rang undang-undang yang bernama Rang Undang- undang Setem (Pindaan) 2010 untuk meminda Akta Setem 1949.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat rang undang-undang ini bertujuan khusus untuk membolehkan tempoh proses pindah milik hartanah dipercepatkan kepada maksimum dua hari. Ini adalah selaras dengan cadangan Pasukan Petugas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), supaya pindah pendaftaran, pindah milik hartanah dipendekkan dari sepuluh hari pada masa sekarang kepada dua hari sahaja. Matlamat memendekkan proses pindah milik hartanah adalah sebagai salah satu daripada langkah untuk menambah baik kedudukan Malaysia dalam penarafan daya saing negara di kaca mata dunia.
Secara ringkas proses pindah milik hartanah melibatkan Pejabat Setem di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Pejabat Tanah. Surat cara pindah milik hartanah perlu disetemkan di Pejabat Setem LHDN sebelum dikemukakan di pejabat tanah.
Peranan JPPH adalah untuk memastikan penilaian hartanah dibuat dengan tepat bagi menentukan amaun duti setem yang perlu dibayar oleh pembeli hartanah.
Tuan Yang di-Pertua, untuk membolehkan pendaftaran pindah milik hartanah disegerakan, proses pembayaran duti setem perlu dipercepatkan. Untuk itu mulai 1 Mac 2010, JPPH telah mewujudkan klasifikasi hartanah kepada dua jenis iaitu Standard Property dan Non Standard Property, dengan izin.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Standard property ditafsirkan sebagai rumah teres kediaman kecuali unit hujung, unit dengan binaan sambungan dan unit belum siap dan unit bertingkat iaitu rumah pangsa, pangsapuri dan kondominium. Semua jenis hartanah selainnya diklasifikasikan sebagai non standard property.
Untuk standard property, proses penilaian oleh JPPH akan mengambil masa hanya satu hari, manakala bagi non standard property, penilaian semasa akan mengambil masa sepuluh hari disebabkan pegawai JPPH perlu membuat
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
lawatan ke premis untuk menilai hartanah tersebut. Duti setem dapat ditentukan sebaik sahaja menerima penilaian hartanah tersebut dari JPPH.
Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010 ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pindah milik hartanah bagi jenis non standard property daripada sepuluh hari kepada dua hari. Untuk membolehkan pindah milik bagi non standard property ini dibuat dalam tempoh dua hari, satu kaedah penaksiran duti setem secara pilihan dicadangkan iaitu kaedah gross up dengan izin. Melalui kaedah ini, nilai sesuatu hartanah dinaikkan sebanyak 20% daripada nilai yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli hartanah tersebut. Pembayaran duti setem boleh dilunaskan sebaik sahaja nilai hartanah ditentukan. Kemudiannya pindah milik hartanah boleh disegerakan. Kadar gross up 20% ini telah ditetapkan hasil kajian yang mendalam oleh LHDN. Walau bagaimanapun, amaun duti adalah tidak muktamad. Duti setem tersebut merupakan duti awal (advance duty) untuk membolehkan pembeli hartanah non standard property membayar duti setem tanpa menunggu penilaian daripada JPPH yang mengambil masa sepuluh hari.
Duti setem muktamad akan dikira setelah LHDN menerima penilaian daripada JPPH dalam tempoh sepuluh hari. Sekiranya nilai hartanah daripada JPPH adalah kurang daripada nilai hartanah yang dibuat gross up, LHDN akan memulangkan balik duti setem terlebih bayar oleh pembeli hartanah. Sebaliknya sekiranya nilai hartanah daripada JPPH melebihi nilai hartanah yang dibuat gross up, LHDN akan menuntut baki duti setem yang perlu dibayar. Dengan itu, penyeteman (stamping) ke atas surat cara pindah milik hartanah non standard property dapat dibuat serta-merta, seterusnya membolehkan pendaftaran pindah milik hartanah dapat diselesaikan dalam masa dua hari.
Tuan Yang di-Pertua, langkah penambahbaikan ini memerlukan pindaan kepada Akta Setem 1949, melalui Rang Undang-undang (Pindaan) 2010. Rang undang-undang ini melibatkan peruntukan baru dan peruntukan lain yang berbangkit, consequential kepada Akta Setem 1949.
Saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang- undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai sembilan fasal seperti berikut:
(i) Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu sebagai Akta Setem (Pindaan) 2010 dan peruntukan berhubung permulaan kuat kuasa akta ini;
(ii) Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 mengenai takrif duty stamp susulan pengenalan advance duty iaitu duti awal yang dibayar berdasarkan kaedah gross up;
(iii) Fasal 3 bertujuan memasukkan seksyen 36A(a) mengenai mekanisme bagi menentukan nilai hartanah yang dipindah milik berdasarkan kaedah gross up. Taksiran advance duty adalah berdasarkan penentuan nilai hartanah tersebut;
(iv) Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 36B bagi memberi kuasa kepada pemungut duti setem untuk membuat taksiran penambahan jika amaun duti setem sebenar yang dibuat oleh penilai yang dilantik oleh kerajaan lebih tinggi daripada duti awal yang telah dibayar. Fasal ini turut mengandungi peruntukan pengenaan penalti sebanyak 10% atas taksiran tambahan yang tidak dibayar dalam tempoh 30 hari selepas notis tambahan dikeluarkan;
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
(v) Fasal 5 bertujuan memasukkan seksyen 36C bagi memberi kuasa kepada pemungut duti setem untuk memaklumkan kepada pembayar duti jika amaun duti setem sebenar adalah sama atau kurang daripada duti awal yang telah dibayar dan memulangkan duti terlebih bayar;
(vi) Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 37 di mana pemungut duti setem perlu membuat pengesahan ke atas advance duty yang telah dibayar bagi sebarang surat cara;
(vii) Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 38 supaya diselaraskan dengan seksyen 36A(a) mengenai penggunaan kaedah gross up, seksyen 36C mengenakan pemakluman duti sebenar adalah sama atau kurang dan seksyen 36B mengenai pengeluaran taksiran tambahan kerana duti sebenar adalah lebih tinggi;
(viii) Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 38A yang berbangkit disebabkan penggunaan seksyen 36A(a), 36C serta pindaan ke atas seksyen 36B, 37 dan 38; dan
(ix) Fasal 9 bertujuan memasukkan seksyen 74A yang memberi kuasa kepada pemungut duti setem untuk mengeluarkan perakuan bagi menghalang seseorang meninggalkan Malaysia kerana tidak membayar duti setem, penalti atau jumlah yang perlu dibayar di bawah akta ini. Fasal ini turut memasukkan seksyen 74B mengenai penalti tidak melebihi RM5,000 yang boleh dikenakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Setem 1949 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Ya, Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga serta tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah pun membentangkan rang undang-undang ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana ini adalah satu pendekatan sangat kreatif dalam usaha tadi disebut untuk mengurangkan tempoh pindah milik harta atau tanah daripada sepuluh hari kepada dua hari. Dahulu, saya pun minta maaf, saya pun sebenarnya tidak terfikir ada satu pendekatan lain yang sangat kreatif seperti yang dibentangkan tadi.
Saya yakin ini akan dapat meningkatkan lagi kerancakan ekonomi kerana sudah pastilah dengan kaedah baru ini akan memudahkan proses pindah milik tanah ataupun hartanah sebagaimana yang sedang berlaku dalam negara kita
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
yang tadi saya sebut dalam usaha untuk merancakkan lagi pasaran hartanah ini terutamanya bagi mereka-mereka yang bergiat cergas dalam bidang ini dan sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan dapat membantu negara untuk mencapai tahap negara yang berpendapatan tinggi. Ini sudah pasti.
Oleh sebab itu, tadi saya sebut ini adalah satu pendekatan yang sangat kreatif dan boleh menjurus kepada peningkatan tahap ekonomi kita tetapi, yang saya hendak menjurus ini ialah lebih kepada manfaatnya kepada rakyat. Kalau selama ini mungkin rakyat terpaksa berkejar ke sana, berkejar sini. Terpaksa mengejar, kadang-kadang terpaksa membayar lebih Tuan Yang di-Pertua, kepada pihak penilai, swasta khususnya. Oleh sebab hendak cepat terpaksa belanja minum teh tariklah, bawa ke rumah, kerana hendak segera tetapi, nampaknya sekarang sudah tidak perlu kerana boleh ditentukan awal nilainya walaupun tidak tepat untuk mendapatkan nilai duti setem yang bertujuan untuk proses pindah milik.
Sekadarkan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya ada dua, tiga perkara. Pertamanya, ini sudah pastilah kalau tidak salah saya, lebih kepada proses pindah milik hartanah yang bukan secondhand tetapi sudah ada pemilik lain. Kalau kita beli tanah dengan pemaju, rumah baru, kita tidak perlu ada penilai.
Itu mudah. Cuma ini, maksud saya tadi nilai hartanah awal yang dipersetujui ini, bagaimanakah kaedahnya? Adakah perlu persetujuan antara kedua-dua belah pihak antara pembeli dan penjual, adakah satu formula tertentu, dan adakah limit tertentu yang dibenarkan? Mungkin tidak tinggi sangat, tidak rendah sangat ataupun mungkin berdasarkan kepada nilai hartanah sekeliling dan sebagainya?
Ini satu perkara yang mungkin menjadi pertanyaan kepada orang ramai. Saya rasa perkara itu perlu diterangkan sebab orang ramai akan senantiasa tertanya-tanya.
Pendekatan ini memang baik, cuma ada pertanyaan di situ.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh terangkan dengan sejelas- jelasnya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya memang tidak ada masalah untuk menyokong rang undang-undang ini. Hanya ada satu teguran sahaja. Saya lihat walaupun ini pindaan tetapi selalu yang disebut, terlalu banyak sangat ayat ataupun perkataan dalam bahasa Inggeris sedangkan ini adalah rang undang- undang, bercampur aduk dan sebagainya. Adakah bahasa Malaysia tidak mampu untuk menjelaskan pindaan rang undang-undang ini sehingga hampir kesemua pindaan itu disebut dalam bahasa Inggeris? Ini yang saya baca tadilah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas usaha untuk mengurangkan jangka masa proses perpindahan harta yang sepertimana yang dicadangkan di sini. Hanya bagi saya, secara biasanya apabila kita hendak menambahkan kecekapan sesuatu proses, biasanya kalau proses itu – sebagai contohlah ada sepuluh langkah, maka kita kurangkan daripada sepuluh, jadi lapan ataupun daripada sepuluh, jadi lima dan dengan cara itu kita menjadikan proses keseluruhan itu...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu mencelah sedikit. Point of order, minta maaf. Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita bersidang, Yang Berhormat Ipoh Barat berceramah politik di Dewan Senat menghentam barisan UMNO celaka, memanggil orang luar. Apakah ini atas kebenaran Dewan boleh berceramah politik di dalam Dewan yang sebegini? Sekarang ini sedang berlaku ceramah dengan orang luar. Bukan Yang Berhormat Ipoh Barat, dia tulis Yang Berhormat Ipoh Barat tetapi yang ceramah orang luar.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya ingat ini standing order tadi ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Menghancurkan...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya tidak tahu dia ambil peraturan dari mana ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini saya minta tindakan serta-merta diambil, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini daripada peraturan mana ini?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekejap. Saya cakap dengan Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya tidak faham macam mana Tuan Yang di-Pertua boleh beri ianya masuk...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya minta maaf Yang Berhormat. Ini bukan main-main, duduk dahulu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Sedangkan standing order yang mana satu pun tidak digunakan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya minta Tuan Yang di-Pertua menyiasat perkara ini yang sedang berlaku sekarang.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta Tuan Yang di-Pertua memberikan penjelasan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Adakah orang luar boleh dijemput berceramah di Dewan kita ini?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Adakah pencelahan ini satu perkara yang dibenarkan?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Berceramah politik, memaki hamun Kerajaan Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini tidak menggunakan mana-mana peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekarang ini sedang berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kinabatangan. Teruskan Yang Berhormat Shah Alam. Ini tidak ada kena mengena dengan rang undang-undang. Ini soal cerita lain, Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ambil perhatian, Yang Berhormat. Saya ambil perhatian.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sepertimana saya sebutkan tadi, biasanya bila kita hendak tambahkan proses itu lebih efisien, kita kurangkan dia punya langkah-langkah.
Kalau dalam proses itu ada sepuluh langkah, kita jadikan lapan langkah ataupun lima langkah tetapi, apa yang saya lihat di sini, dengan kita mengemukakan pindaan ini, apa yang akan berlaku ialah apa yang biasanya diluluskan sekali, sekarang ini dipecahkan kepada dua proses.
Walaupun akhirnya kita pasang setem itu dengan lebih awal, tetapi hakikatnya keseluruhan proses itu tetap mengambil masa yang lama kerana kelulusan yang awal dan sebagainya masih lagi tergantung kerana masih tidak bayar yang bakinya. Ianya akan melibatkan birokrasi yang bertambahan, dia punya red tape.
Sehingga apabila membuat penilaian yang tepat dan pembayaran yang tambahan itu, ia kena dilakukan dalam tempoh masa 30 hari dan sekiranya tidak dibayar, maka pasport boleh dikompaun dan sebagainya. Maka nampak macam seolah-olah ianya menjadi lebih rumit dan melibatkan lagi banyak proses. Saya ingin mencadangkan sekiranya boleh, kebiasaannya apabila sesuatu hartanah dibeli, ia mesti ada valuation report yang telah diberikan oleh valuer, pihak penilai.
Tidakkah kita boleh mengetatkan proses penilaian dan mendaftarkan syarikat- syarikat penilaian, valuers ini, supaya akhirnya penilaian yang diberi oleh syarikat yang berdaftar dan diiktiraf akan merupakan penilaian yang muktamad dan ianya diserahkan bersama semasa hendak matikan setem itu dan terus berdasarkan harga itu diselesaikan soal jumlah cukai setem yang hendak dikenakan.
Dengan cara ini, kita mengurangkan proses itu dan pada masa yang sama tidak menyulitkan lagi, dengan izin, the whole procedure dan the whole process dengan ada dia punya hujung pangkal yang tidak selesai, yang mana akan melibatkan pula dengan imigresenlah sekiranya pasport dikompuan dan sebagainya dan banyak lagi hal yang mungkin timbul selepas itu. Walaupun niat di sebalik pindaan ini agak baik, hanya saya khuatir bahawa dia punya birokrasi dan proses tambahan yang terhasil akan menjadikan ianya lebih rumit dan bukan lebih mudah. Ini hanya satu pandangan. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama berbahas mengenai pindaan Rang Undang-undang Setem 1949 yang mana disebut oleh Yang Berhormat Ledang tadi ada banyak bahasa Inggeris di dalamnya. Ini kerana saya rasa undang-undang tahun 1949 ini, Tuan Yang di-Pertua, jadi memang dahulu banyak guna bahasa Inggerislah agaknya tetapi sudah tiba masanya kalau boleh dimelayukan sebanyak mungkin.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kita menyanjung usaha kerajaan untuk memudahkan atau mempercepatkan urusan pindah milik tanah dengan mengurangkan proses daripada sepuluh hari kepada dua hari bagi harta-harta non-stardard ini. Akan tetapi saya mahu membuat cadangan balas. Walaupun daripada sepuluh hari kepada dua hari itu pendek tetapi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, telah membawa masuk beberapa proses baru pula iaitu grossing up tadi, satu. Kemudian seandainya jumlah yang telah dianggarkan itu berkurang, maka akan dituntut kemudiannya dan dikenakan pula denda kalau lewat dibayar.
Itu tidak apalah.
Kalau terlebih pula grossing up tadi itu, akan dibayar balik lebihan tadi itu.
Cuma soalannya, berapa lama pula LHDN akan ambil masa untuk membayar balik? Tidak akan disebut kena bayar balik dalam masa dua hari juga. Ini supaya tidak menyebabkan satu jumlah wang daripada pengguna berada di dalam saku kerajaan untuk satu tempoh yang terlalu lama. Ini juga mungkin merugikan untuk tempoh tersebut kepada pengguna tersebut. Jadi saya hendak mencadangkan dikekalkan cara yang lama tetapi urusan sepuluh hari itu dipendekkan kerana kita sekarang ini mempunyai keupayaan, Tuan Yang di-Pertua, untuk membuat assessment ke property yang berkenaan, tidak semestinya dengan menghantar orang secara fizikal.
Kita ada sistem GPS melalui satelit. Kita boleh fokus ke lokasi berkenaan dan kita boleh mengenal pasti property tersebut, rumah tersebut sama ada mengikut pelan asal ataupun telah ditambah dan penilaian pun boleh dibuat melalui sistem tersebut. Jadi mungkin kita boleh juga mengurangkan penilaian ini kepada satu masa yang pendek juga. Mungkin satu hari, mungkin dua hari ataupun lima hari tetapi tetap lebih pendek daripada sepuluh hari kalau kita menghantar penilai kita secara fizikal pergi ke property berkenaan.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi ini dapat kita meningkatkan efficiency kita melalui penggunaan teknik- teknik moden di samping kita dapat mengurangkan kos dari segi menghantar penilai-penilai kerajaan untuk pergi ke premis-premis ataupun ke lokasi hartanah tersebut. Ini dapat menjimatkan kos akhirnya bagi pihak kerajaan. Oleh yang demikian saya hendak mencadangkan supaya dinilai semula sama ada cadangan dalam rang undang-undang ini ada keuntungannya ataupun mungkin menyebabkan kos yang lebih tinggi bagi pihak kerajaan. Untuk memendekkan masa ini memang kita bersetuju tetapi biarlah lebih signifikan dari segi perbezaan masa yang dicadangkan. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih, Yang Berhormat. Ada lagi yang hendak bercakap, Ahli-ahli Yang Berhormat? Baik, Yang Berhormat. Saya bukan hendak berhenti sebab lambat Yang Berhormat Menteri tadi.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga turut ingin terlibat dalam perbahasan ini. Sama ada Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Shah Alam ataupun Yang Berhormat Kuala Krai, saya fikir sudah tentulah kita mengalu-alukan pindaan-pindaan yang akan mempercepatkan lagi proses untuk kita membuat keputusan dan memberi hasil kepada kerajaan. Jadi, sekadar ingin terus kita bertanya untuk memahaminya.
Pertamanya saya ingin tahu adakah tempoh sepuluh hari itu dianggap cukup tidak efisien, cukup lambat prosesnya.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Keduanya, adakah kita membandingkan proses kita dengan proses negara-negara lain. Adakah oleh kerana proses kita mengambil tempoh sepuluh hari orang-orang yang ingin membeli tanah daripada kita meninggalkan dan tidak jadi untuk membeli hartanah Malaysia dan pergi ke Singapura, Hong Kong, Thailand atau Indonesia. Ini kerana di Thailand atau Indonesia misalnya dua hingga ke tiga hari pendek daripada sepuluh hari. Jadi, ini membawa kepada kita beberapa persoalan. Kalaulah itu yang didapati oleh kementerian kita ingin mengetahui berapakah sehingga kita luluskan pindaan ini telah kita rugi hasil daripada bakal-bakal pembeli dan pelabur tidak jadi membeli dan meninggalkan hasrat untuk membeli serta berpindah untuk membeli hartanah di negara lain.
Ini kerana nampak terlalu penting dipercepatkan yang sepuluh hari itu kepada dua hari sehinggakan sebagaimana Yang Berhormat Ledang sendiri bangkitkan bahawa bahasa asal akta ini dalam bahasa Inggeris yang sepatutnya ditugaskan sekian lama kepada Jabatan Peguam Negara untuk menukar dan mengalih bahasa ke bahasa Malaysia tidak terbuat. Malah kita terpaksa membahaskan rang undang-undang ini walaupun ada naskhah bahasa Malaysia, naskhah bahasa Inggeris tetapi hampir sama sahaja naskhah bahasa Malaysia dengan naskhah bahasa Inggeris sebab ia merujuk kepada akta yang sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Jadi, itu mungkin tidaklah tugas kementerian ini menyelesaikannya tetapi masih lagi saya fikir pada asasnya kita amat bimbang dengan cara Jabatan Peguam Negara nampaknya tidak memberi tumpuan kepada tugas yang penting, yang memberi kemuliaan kepada Dewan kita ini.
Sebenarnya saya ingin bertanya kalau diluluskan apakah anggaran keuntungannya yang negara akan peroleh daripada pengalaman setakat ini yang sepuluh hari itu berbanding dengan yang dua hari itu nanti. Itu sahaja soalan- soalannya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Tumpat kerana telah mengambil bahagian dan telah memberi sokongan secara prinsipnya kepada usaha untuk memendek masa memang sesuatu yang baik.
Pada masa yang sama menimbulkan beberapa soalan yang saya juga terima dengan niat yang baik bahawa adalah cadangan-cadangan itu adalah cadangan- cadangan yang baik. Tidak semestinya satu cara sahaja, mungkin ada pilihan- pilihan. Cuma yang perlu saya tegaskan di sini bahawa ini adalah merupakan satu pilihan. Apa yang kita buat ini bukannya kaedah yang dipaksakan dipakai, kaedah lama masih ada. Kalau orang yang tidak urgent seperti mana Yang Berhormat Shah Alam katakan tadi apa perlu dia memasuki proses baru kalau tidak berapa penting bagi dia umpamanya untuk menunggu sepuluh hari. Tidak ada masalah dia boleh teruskan.
Akan tetapi ada sesetengah orang itu dia tidak sabar-sabar. Dia hendak buat juga dalam masa dua hari. Mungkin sebab-sebab tertentu, dia hendak clinch the deal, dia takut orang ini berubah fikiran, dia hendak juga. Jadi ini ada kaedahnya dan kaedah ini very simple sebenarnya. Okey, you hendak bayar kerajaan berdasarkan kepada kajian sebelum ini, kita naik 20% kira selamatlah.
Dia ada unsur-unsur maybe dengan izin, under stating sedikit 20% itu maka kita
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
naikkan yang gross up itu. Namanya sahajalah. Tidak tahulah, saya bersetuju jugalah kena tengok bagaimana terminologi-terminologi ini yang kita gunakan gross up ini tidak adakah bahasa yang mengatakan tambah misalnya.
Ini yang saya hendak sebutkan bahawa kaedah biasa dijalankan. Cuma yang memendekkan masa seperti Yang Berhormat Shah Alam cadangkan itu kalau boleh pendekkan. Keadaan yang biasa tetapi pendekkan yang sepuluh hari Pejabat Penilaian hendak pergi itu. Saya rasa sebab dia hendak pergi melawat premis itu. Kalau tidak pergi melawat bagaimana hendak dapat pandangan dan penilaian yang tepat terutama sekali premis yang telah pun diubahsuai, ditambahnya lagi dengan bilik air yang baru dan sebagainya. Jadi standard reference itu dengan izin, sudah lari sedikit.
Yang Berhormat Ledang ada bertanya tentang harga. Memang harga yang dimasukkan dalam SMP ini memang dipersetujui oleh kedua pihak. Apa asasnya? Mungkin dia sudah ada penilai swasta. Dia sudah ada engaged nilai yang kita persetujui. Jadi dia kena bersetuju. Cuma pada harga itu kalau hartanah tersebut tidak standard maka ditambahnya 20% lagi tetapi, betullah selepas itu dinilai semula sepuluh hari dan dikenakan penilaian yang muktamad. Jadi kalau terlebih bayar dibayar balik, kalau kurang ditambah.
Soalan yang ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat yang mana kalau dibayar balik ini bila? Kalau tidak silap saya Yang Berhormat Kuala Krai. Ini memanglah kena cepat. Kalaulah sebulan pembeli tidak bayar dia kena denda saya rasa LHDN pun kena bayar balik sebelum sebulanlah. Ini dari segi semangat keadilanlah. Kalau pembeli tidak bayar dalam sebulan kena denda LHDN - kebanyakan hari ini pun kalau dalam amalan LHDN pembayaran balik wang cukai lebihan ini memang dalam jangka masa sebulan. Kalau terkeluar daripada itu mesti ada sebab-sebab tertentu.
Tentang Yang Berhormat Tumpat kata berapa untung dan berapa rugi ini susahlah. Saya pun tidak tahulah. Bagi yang mana lari disebabkan sepuluh hari itu saya tidak hendak katakan. Maklumat seperti ini saya pun tidak ada. Cuma kita lihat ada rungutan-rungutan yang mahu kepada jangka masa sepuluh hari itu dipendekkan. Maka ini usaha kerajaan dan ia sebagai opsyen. Bukan dipaksa semua orang mengikut proses baru. Tidak. Penggunaan valuer swasta boleh.
Memang itu satu kaedahnya. Valuer swasta bagi harganya berapa tetapi dengan syarat dia bagi bank guarantee. Jadi, bila dinilai semula bank guarantee ini kalaulah betul-betul dia takut nanti diletakkan harga yang terlalu rendah maka sekurang-kurangnya ada bank guaranteelah untuk membayar balik dengan jumlah yang bersesuaian. Tidaklah bank guarantee RM1juta sebab stamp duty nya pun berapa sahaja.
Jadi saya hendak mengucapkan terima kasih. Saya hendak berhenti sebelum pukul 1 tengah hari kalau diizinkan kerana kita tahu semangatnya baik, soalannya baik, suasana yang baik maka saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan pada sesi pagi ini ditangguhkan dahulu dan kita akan bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tumpang tanya Tuan Yang di-Pertua. Mengikut susunan mesyuarat ini yang sepatutnya Akta Pindaan Sewa Beli, sepatut didahulukan. Mengapa dipinda ke hujung, adakah apa-apa sebab?
Tuan Yang di-Pertua
Ya saya...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sebab saya sudah siap ucapan untuk ini dan tiba-tiba nampak hari ini yang lain sudah naik sebab itu minta jelaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ada terima surat permohonan daripada menteri yang berkenaan supaya rang undang-undang itu akan dibahas kemudian.
Ini kerana ada perkara-perkara yang perlu diperkemas kini maka saya bersetuju.
Jadi saya bagi pihak menterilah saya pohon maaf kalau ada Yang Berhormat telah buat persediaan tetapi, lebih elok fasal panjang masa lagi boleh buat persediaan bukan? So I’ll take note that Yang Berhormat Kota Melaka was very interested in this rang undang-undang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua maaf kalau mengganggu ya. Saya ingin mengangkat satu usul 21(p) iaitu kejadian yang berlaku sebentar tadi. Di mana dalam sebuah Dewan di luar Dewan bersebelahan terdapat satu kumpulan yang dipelopori oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan beberapa orang Ahli Parlimen yang mengundang orang luar yang tidak dikenal pasti dan membuat ceramah politik. Kebetulan saya dan rakan-rakan berada di situ sebab Dewan itu dikhaskan untuk Ahli Parlimen berbincang.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dahulu Yang Berhormat Kinabatangan.
Peraturan mesyuarat mana?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Perkara 21(p).
Tuan Yang di-Pertua
Apa 21(p)?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Usul berkenaan dengan hak dan kebebasan semasa kejadian itu berlaku.
Tuan Yang di-Pertua
Perkara 21?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
P... Eh 26(p)! Perkara 26(p) minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya meminta supaya Jawatankuasa Kebebasan mewujudkan satu siasatan berhubung dengan perilaku yang telah berlaku sebentar tadi hampir mewujudkan kekecohan. Di mana kumpulan- kumpulan orang luar yang tidak dikenali ini telah menolak Ahli Parlimen daripada Yang Berhormat Tangga Batu. Melontarkan ungkapan-ungkapan yang tidak baik kepada Ahli Parlimen Bintulu termasuk diri saya dan Ahli Parlimen Arau. Iaitu dengan menyatakan Barisan Nasional celaka, Yang Berhormat bukan berasal daripada Semenanjung daripada Sarawak, daripada Sabah.
Jadi ini rasa saya, saya juga ingin bertanya siapa yang membenarkan Dewan ini diguna pakai untuk ceramah politik. Apa yang saya tahu boleh mengundang NGO dengan satu mungkin ceramah-ceramah yang ada faedah tetapi, ini diguna pakai untuk mencela, mencaci pemimpin kerajaan dan sebagainya. Jadi saya mengusulkan dan meminta rakan-rakan Barisan Nasional berdiri bangun untuk menyetujui usul ini. Supaya jawatankuasa ini dapat diwujudkan untuk menyiasat siapa punca dan ini melibatkan keselamatan Ahli Parlimen dan orang ramai di dalam Dewan ini tidak terkawal. Saya mengusulkan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Yang Berhormat Jempol menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Saya mohon kerjasama daripada Yang Berhormat Kinabatangan dan wakil rakyat yang berdiri sebentar tadi. Di mana dalam hal ini Speaker pun perlu notis jugalah. Saya terpaksa ambil tahu dahulu apa yang berlaku tadi. Langsung saya tidak tahu menahu apa yang berlaku sebelum Yang Berhormat Kinabatangan bangkitkan. Jadi saya tidak dapat respons kepada permohonan tadi itu. Walau bagaimanapun apabila nanti saya selesai untuk bertugas sampai jam 4 saya akan buat siasatan. Lepas itu saya akan berbalik kepada soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi.
Boleh? Okey terima kasih. Sila Menteri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pelindungan Pengguna 1999 (Akta 599) dibacakan kali yang kedua sekarang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kementerian mencadangkan untuk meminda Akta 599 iaitu Akta Pelindungan Pengguna 1999 bagi maksud pengukuhan dan penambahbaikan ke atas peruntukan-peruntukan sedia ada di bawah akta ini. Dengan mengambil kira amalan perdagangan semasa dalam pasaran serta bentuk transaksi yang telah mengalami pelbagai perubahan secara berterusan. Objektif utama pindaan ini adalah bagi memberi perlindungan yang lebih menyeluruh kepada setiap lapisan pengguna.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini melibatkan pindaan terhadap tujuh peruntukan yang sedia ada penambahan dua bahagian baru dan satu jadual baru. Bagi pindaan kepada peruntukan sedia ada ia melibatkan perluasan skop seksyen 9, seksyen 21, seksyen 23, seksyen 53, seksyen 98 dan seksyen 146 serta pemansuhan seksyen 103.
Sebagai makluman daripada pindaan-pindaan dicadangkan di bawah rang undang-undang ini tiga bidang kepenggunaan utama telah diperkenalkan dan ditambah baik iaitu:
(i) pengenalan peruntukan baru terma kontrak yang tidak adil;
(ii) penubuhan jawatankuasa pengiklanan; dan
(iii) perluasan bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk mendengar tuntutan pengguna jika mekanisme tebus rugi tidak diperuntukkan di bawah undang-undang lain.
Bahagian baru 3A berkenaan terma kontrak tidak adil menetapkan peruntukan- peruntukan bagi melindungi pengguna daripada terma-terma tidak adil yang wujud dalam suatu kontrak terutamanya kontrak bentuk seragam. Kontrak bentuk seragam adalah kontrak di mana terma-termanya tidak dirunding atau dibincangkan terlebih dahulu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terma-terma ini pada kebiasaannya memihak atau menguntungkan pihak yang menyediakan terma-terma tersebut. Begitu juga persetujuan atau kerelaan pengguna terhadap syarat-syarat kontrak tidak dipertimbangkan seperti mana yang terdapat di dalam Kod Doktrin Kebebasan Kontrak yang sewajarnya diamalkan oleh kedua pihak yang bertransaksi. Keadaan ini memaksa pengguna terikat dengan terma-terma kontrak walaupun sering kali ia tidak adil kepada pengguna dan memberi peluang kepada pengedar atau penjual untuk menyalahgunakan kelebihan mereka dalam kontrak bentuk seragam bagi menindas pengguna.
Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, penggunaan kontrak bentuk seragam dalam urus niaga seharian merupakan cara berniaga yang diterima umum pada masa ini. Ini disebabkan ia berupaya meningkatkan kecekapan urus niaga, mengurangkan kos transaksi dan mempercepatkan proses pengendalian. Antara contoh kontrak bentuk seragam adalah seperti melanggan perkhidmatan telefon, saluran televisyen, perkhidmatan internet, keahlian pusat kesihatan dan khidmat letak kereta.
Sehubungan itu, sebagai sebuah kementerian yang diberikan peranan untuk menjaga kepentingan pengguna, ketidakadilan dalam urusan kontrak di antara peniaga dan pembekal perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Berdasarkan kepada aduan-aduan yang diterima oleh kementerian, ketidakseimbangan kadangkala wujud dalam kuasa tawar-menawar berkenaan sesuatu terma dalam kontrak bentuk seragam di antara pembekal dan pengguna.
Pada tahun 2010 sahaja kementerian telah menerima sebanyak 38 aduan mengenai ketidakpuasan terhadap kontrak, ia termasuk dalam perkhidmatan telekomunikasi, perbankan, perkhidmatan kesihatan, pusat kecantikan dan bengkel kereta. Dalam banyak keadaan, sering kali pengguna berhadapan dengan pihak pembekal daripada syarikat yang besar dan pada kebiasaannya pengguna hanya diberi pilihan untuk menerima atau tidak dengan izin, take it or leave it kontrak yang ditawarkan. Pengguna tidak diberikan peluang untuk membaca, mendapatkan nasihat berkenaan sesuatu terma atau merundingkan terma-terma dalam kontrak tersebut.
Walaupun pada masa ini mahkamah boleh memutuskan bahawa sesuatu kontrak adalah batal atau boleh batal berdasarkan peruntukan di dalam Akta Kontrak 1950 namun Akta Kontrak 1950 tidak mempunyai peruntukan khusus berkenaan sesuatu kontrak atau terma sesuatu kontrak. Begitu juga peruntukan undang-undang sedia ada tidak memberikan perlindungan kepada pengguna atau pihak yang lemah daripada penggunaan istilah atau terma dalam suatu kontrak yang dikategorikan sebagai tidak munasabah atau tidak adil.
Oleh itu cadangan peruntukan baru, terma kontrak tidak adil di dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah bertepatan dengan hasrat untuk memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pengguna. Selain daripada itu, walaupun saluran untuk mendapatkan ganti rugi bagi pengguna berkaitan dengan sesuatu kontrak telah sedia wujud di bawah Akta Kontrak 1950 namun hakikatnya pengguna perlu mengambil masa yang terlalu panjang dan menganggung kos yang terlalu tinggi untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Sivil.
Oleh itu melalui peruntukan baru ini, tuntutan boleh disalurkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau TTPM bagi tuntutan-tuntutan tidak melebihi RM25,000. Maka adalah wajar peruntukan bagi terma kontrak tidak adil diletakkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana pengguna diberikan saluran tuntutan alternatif yang mudah, murah dan cepat di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
Sehubungan dengan itu juga di samping saluran tuntutan yang lebih murah, peruntukan berkenaan terma kontrak tidak adil di bawah Rang Undang- undang Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan 2010) boleh dijadikan rujukan dan digunakan oleh Mahkamah Sivil untuk mengenal pasti atau menilai sama ada sesuatu terma adalah adil atau tidak. Untuk tuntutan yang melebihi nilai RM25,000, pengguna boleh membuat tuntutan di mahkamah dan peruntukan tidak adil di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 boleh diguna pakai.
Peruntukan ini hanya terpakai untuk kontrak di antara pembekal atau syarikat atau peruncit dengan pengguna. Peruntukan kontrak tidak adil ini, tidak terpakai bagi kontrak yang dibuat di antara pembekal dan pembekal atau peniaga dengan peniaga dengan izin business to business atau B2B.
Suka saya memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kewujudan peruntukan khas berkenaan terma kontrak tidak adil bukanlah bertujuan untuk mengekang kemajuan dan kelancaran yang diwujudkan melalui penggunaan kontrak bentuk seragam. Akan tetapi ia bertujuan untuk memastikan doktrin niat baik di dalam berkontrak dengan izin, good faith in contract wujud dalam transaksi di antara pengguna dan peniaga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini secara langsung akan mewujudkan suasana perniagaan yang beretika dan untuk memastikan amalan-amalan perdagangan yang baik diutamakan di dalam ekonomi negara. Banyak negara telah pun mempunyai perundangan berkaitan terma kontrak tidak adil seperti United Kingdom, Korea, Singapura dan Brunei. Oleh yang demikian, peruntukan baru berkenaan terma kontrak tidak adil di bawah Akta 599 adalah merupakan satu lagi langkah ke hadapan, yang telah diambil oleh kerajaan dalam usaha memberikan perlindungan berterusan kepada pengguna di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat, perkara kedua yang akan diperkenalkan di bawah akta ini adalah cadangan untuk mewujudkan bahagian baru berkenaan penubuhan Jawatankuasa Pengiklanan. Fungsi utama jawatankuasa ini adalah untuk memantau iklan yang disasarkan kepada pengguna dan menasihati Menteri Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkenaan apa-apa aspek pengiklanan, meneliti aduan berkaitan dengan pengiklanan dan untuk mengeluarkan atau menerbitkan apa-apa maklumat mengenai barang atau perkhidmatan yang boleh mengelirukan pengguna.
Keahlian jawatankuasa ini adalah terdiri daripada pihak yang mewakili kepentingan pengguna. Penubuhan jawatankuasa ini perlu bagi membolehkan KPDNKK bertindak pro aktif dan tidak hanya menunggu untuk mengambil tindakan selepas sesuatu aduan difailkan atau sesuatu kerugian telah berlaku akibat iklan- iklan yang mengelirukan atau palsu. Penubuhan Jawatankuasa Pengiklanan amat bersesuaian memandangkan pengiklanan merupakan satu medium utama yang digunakan untuk menarik perhatian pelanggan kepada sesuatu barangan atau perkhidmatan tetapi terdapat kesukaran untuk menentukan kesahihan dan integriti maklumat yang diberikan kerana sifat iklan yang ringkas dan subjektif.
Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, industri pengiklanan di negara ini berkembang dengan pesat termasuk pengiklanan melalui media baru seperti pengiklanan internet. Dianggarkan pada tahun 2009, jumlah perbelanjaan pengiklanan di Malaysia ialah RM6.6 bilion iaitu suatu angka yang cukup signifikan dan ini membuktikan bahawa pengiklanan merupakan satu industri yang besar dan sangat berpengaruh dalam ekonomi negara.
Namun begitu di dalam setiap bentuk pengiklanan, informasi yang disampaikan mempunyai pengaruh yang besar terhadap keputusan pembelian sesuatu barangan dan perkhidmatan oleh pengguna. Masalah ketidaksamaan dari segi maklumat yang dimiliki di antara pembeli dan peniaga boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan.
Oleh itu perlindungan pengguna daripada pengiklanan-pengiklanan yang muncul di pasaran sangat penting kerana penyebaran iklan-iklan di pasaran dalam pelbagai bentuk memerlukan pengawasan dan pemantauan agar sebarang perbuatan yang bertujuan untuk mengelirukan pengguna dapat dibendung.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Walaupun kami dapati telah terdapat beberapa mekanisme untuk memberi kelulusan dan melaksanakan pemantauan iklan-iklan tersebut dijalankan oleh pelbagai agensi berdasarkan bidang kuasa masing-masing. Contohnya seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memantau iklan berkenaan pemaju perumahan, Kementerian Kesihatan memantau iklan berkenaan ubat- ubatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang memantau iklan berkaitan dengan telekomunikasi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Namun, tidak ada satu badan atau jawatankuasa utama yang berperanan untuk menyelaras pemantauan iklan-iklan di pasaran. Oleh itu, terdapat banyak iklan yang terlepas daripada pemantauan disebabkan kekeliruan mengenai bidang tugas dan tanggungjawab yang mungkin merentasi pelbagai agensi. Dengan adanya jawatankuasa ini, tindakan proaktif untuk memantau iklan dapat diselaraskan dengan lebih berkesan.
Perkara ketiga yang ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini adalah berkenaan dengan perluasan skop bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Melalui pindaan seksyen 98 bagi membolehkan TTPM mendengar sebarang kes di mana tiada mekanisme tebus rugi yang disediakan di bawah undang-undang lain. Pindaan ini akan memberikan pilihan kepada pengguna di negara ini. Jika sekiranya berhadapan dengan isu tebus rugi untuk memfailkannya kepada TTPM sekiranya saluran tuntutan tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang yang lain.
Pindaan mengenai kuasa TTPM juga melibatkan pemansuhan seksyen 103 yang mana pada masa ini seksyen 103 memberi kuasa kepada TTPM untuk mendengar perkara-perkara tambahan selain daripada yang telah diperuntukkan di bawah bidang kuasa TTPM (seksyen 98) dengan syarat ia perlu diwartakan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pindaan di bawah seksyen 98 dan pemansuhan seksyen 103 memperluaskan bidang kuasa TTPM untuk mendengar apa sahaja tuntutan oleh pengguna yang mana mekanisme tuntutan tersebut tidak disediakan oleh mana-mana undang-undang tanpa keperluan untuk mewartakan perkara tersebut terlebih dahulu. Ketiadaan peruntukan undang-undang tersebut akan menyukarkan pihak penuntut untuk membuat pilihan sama ada ingin membuat tuntutan mahkamah dengan kos yang tinggi atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, di samping peruntukan baru dan pindaan yang saya telah bentangkan di atas, kementerian juga bercadang untuk melakukan penambahbaikan kepada beberapa peruntukan sedia ada di dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang melibatkan perkara- perkara tersebut:
(i) pindaan seksyen 9 – pada masa ini seksyen 9 hanya memperuntukkan perlindungan kepada perkara berkaitan jenis, proses, pembuatan, nilai, kesesuaian atau kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan. Ia tidak merangkumi perlindungan berkenaan dengan kebolehdapatan dengan izin availability, sesuatu barang atau perkhidmatan.
Perlindungan di bawah akta 599 perlu diperluas untuk memberi perlindungan kepada pengguna berkenaan kebolehdapatan sesuatu barang atau perkhidmatan.
Sebagai contoh, rang undang-undang ini memperuntukkan adalah menjadi kesalahan bagi peniaga untuk mengiklankan sesuatu barang atau perkhidmatan tetapi tidak berhasrat untuk membekalkannya;
(ii) pindaan seksyen 21 – peruntukan sedia ada di bawah seksyen 2 ianya memberikan perlindungan berkenaan keselamatan umum bagi barangan sahaja dan tidak merangkumi perkhidmatan. Oleh yang demikian, pindaan yang dicadangkan adalah untuk memperluaskan skop seksyen 21 untuk merangkumi perkhidmatan. Sebagai contoh, rang undang-undang ini memperuntukkan bahawa pihak pembekal atau peniaga perlu memastikan tidak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
hanya barangan yang ditawarkan adalah selamat tetapi juga perkhidmatan yang dibekalkan adalah semunasabahnya selamat, dengan izin reasonably safe;
(iii) pindaan seksyen 23 – pada masa ini seksyen 23 hanya memperuntukkan perintah larangan terhadap pembekalan barangan yang tidak selamat tetapi tidak memperuntukkan undang-undang untuk mengisytiharkan perkhidmatan tidak selamat sebagai perkhidmatan larangan. Sehubungan dengan itu, tujuan perluasan skop seksyen 23 kepada perkhidmatan adalah agar perintah larangan boleh dikeluarkan terhadap perkhidmatan yang tidak selamat untuk menghalang pembekal daripada terus membekalkannya kepada orang ramai. Industri perkhidmatan kini telah berkembang dengan pesat dan merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara jika dibandingkan dengan ketika Akta Perlindungan Pengguna mula digubal pada tahun 1990. Ini dapat dilihat dengan sumbangan industri perkhidmatan kepada keluaran dalam negara kasar
(KDNK) negara iaitu sebanyak 57.8% pada tahun 2009.
Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk perlindungan pengguna diperluas melalui pindaan ke atas Akta Perlindungan Pengguna dengan memasukkan peruntukkan perlindungan kepada perkhidmatan dengan jelas. Langkah ini bertujuan agar perlindungan kepada pengguna dilaksanakan dengan lebih komprehensif dan menyeluruh;
(iv) pindaan seksyen 53 - pada masa ini seksyen 53 hanya memperuntukkan gerenti tersirat bahawa pembekal perlu membekalkan perkhidmatan kepada pengguna dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah. Pindaan yang dicadangkan adalah agar bahan yang dibekalkan berkaitan dengan suatu perkhidmatan juga mesti sesuai dengan tujuan perkhidmatan tersebut dibekalkan. Sebagai contoh, bahan yang digunakan dalam perkhidmatan servis kereta haruslah bersesuaian dengan tujuan perkhidmatan berkenaan.
(v) pindaan seksyen 146 – pada masa ini kuasa untuk mengkompaun sesuatu kesalahan di bawah seksyen 146 tidak terpakai bagi bahagian tiga yang menetapkan perkara berkaitan keselamatan bagi barang dan perkhidmatan. Oleh itu, kesemua kesalahan termasuk kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang telah ditetapkan tidak boleh dikompaunkan walaupun kesalahan tersebut adalah kecil dan sepatutnya dikenakan kompaun sahaja. Sebagai contoh, dalam Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Perakuan Kelulusan dan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan) (2009) adalah menjadi kesalahan bagi pihak pengeluar mengimport atau penjual untuk tidak meletakkan penandaan tanda pematuhan (MC Mark) sejajar dengan perkembangan terkini dalam pembangunan standard keselamatan bagi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
barang dan perkhidmatan, maka adalah wajar untuk pindaan seksyen 146 dilakukan bagi membolehkan kesalahan kecil di bawah Bahagian III dikompaunkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada Ahli-ahli yang menyokong?
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membentangkan rang undang-undang pindaan ini ke atas Akta Perlindungan Pengguna 1999. Saya nampak tadi daripada hujah-hujah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri jelas ini adalah salah satu daripada banyak pendekatan ke arah rakyat didahulukan, prestasi diutamakan, konsep 1Malaysia yang tidak boleh kita nafikan.
Jadi ini saya nampak amat menjurus kepada kepentingan kehidupan rakyat dalam negara Malaysia keseluruhannya kerana tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang terkecuali daripada menjadi pengguna, semuanya menjadi pengguna.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Cuma Tuan Yang di-Pertua, tadi banyak disebut tentang tujuan utama adalah untuk memberikan perlindungan secara menyeluruh kepada setiap pengguna. Yang pastinya, rakyat, maksud saya orang ramai mengharapkan ini benar-benar menjadi satu realiti, menjadi satu perkara yang benar-benar mereka terlindung malahan terjamin perlindungannya kerana kalau kita sebutkan satu per satu tentang perkara-perkara yang berlaku di hadapan mereka, malahan di hadapan kita sekalipun, kita mudah terdorong kepada penipuan ke atas barang- barang termasuk perkhidmatan yang dijual ataupun diberikan kepada kita dalam bentuk jualan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masalah besar untuk menyokong pindaan rang undang-undang ini kerana tujuannya baik. Sekadar ada beberapa perkara secara ringkasnya saya hendak sebut yang perlu juga mendapat bukan sahaja tindakan selanjutnya daripada pihak kementerian dengan kerjasama kementerian-kementerian lain tetapi juga jawapan-jawapan yang jelas.
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua ialah soal halal. Barang-barang halal ini sama ada dalam bentuk makanan, minuman, pakaian dan sebagainya. Kalau dalam konteks negara Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, barang-barang yang dikeluarkan saya tidak ada masalah. Selagi ada tanda halal, ini saya hendak berhujah tentang kemungkinan ada penipuan. Tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkuasa dalam negara Malaysia yang kita tidak persoalkan tetapi ada tanda-tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain di luar negara umpamanya Persatuan Halal Asia. Hurufnya ‘ha-lam-alif-lam’ adalah sama. Cuma dia kurus sedikit. Kurus sedikit berbanding dengan yang di Malaysia.
Ini satu bab umpamanya Tuan Yang di-Pertua, bagi yang rabunlah. Yang tidak pakai cermin mata. Contoh yang sangat mudah, contoh yang simple. Orang
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
rabun nampak perkataan ‘ha-lam-alif-lam’ umpamanya Yang Berhormat Menteri, dia fikir ini sudah pastilah halal sebab dia tidak nampak siapa yang mengeluarkan tanda itu. Bila kita perhati betul-betul ia dikeluarkan oleh Persatuan Halal Asia misalnya. Hurufnya lebih kurang sama tetapi bagi yang celik, bagi yang faham dan teliti mungkin tidak ada masalah. Dia boleh argue semula dengan penjual dan sebagainya.
Namun begitu, ini merupakan satu perkara yang serius. Yang Berhormat Parit Sulong ada tadi mencelah daripada belakang, dia kata di Malaysia pun ada.
Tuan Yang di-Pertua, perlu mendapat perhatian yang serius daripada pihak kementerian kerana inilah sebahagian daripada iklan-iklan yang dimaksudkan tadi yang menjurus kepada keselamatan rakyat Malaysia keseluruhannya terutama bagi orang-orang Islam yang amat sensitif dengan barang-barang yang diperlukan yang memerlukan halal yang sahih, yang tidak boleh lagi dipertikaikan. Bukannya boleh di permain-mainkan. Asalkan ada tanda halal lebih kurang kita boleh beli, sama ada untuk dipakai ataupun dimakan dan diminum.
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengharapkan supaya rang undang-undang ini setelah dipinda, mesti dikuatkuasakan dengan sepenuh- penuhnya dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Pertamanya tadi saya sebut soal halal. Mesti mendapat perhatian yang serius kerana di situ, halal itu kepada saya ada unsur pengiklanan selain daripada kesahihan. Sebab apabila sesuatu tanda halal itu dikeluarkan oleh pihak yang ingin lebih mengaut keuntungan, mereka sudah berniat untuk sebenarnya menyalahgunakan label tersebut untuk tujuan iklan. Ini perlu mendapat perhatian yang serius daripada pihak kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua. Akhir-akhir ini jualan perkhidmatan, barangan dan lain-lain amat berleluasa di dalam internet. Internet merupakan budaya yang sangat baru kepada kita. Ramai orang terpengaruh dengan internet.
Bukan sahaja soal jualan barang malahan apa juga berita yang dikeluarkan oleh internet. Ini melibatkan pengguna sebab kita bayar internet. Kesahihannya. Orang ramai mudah percaya sesuatu berita yang disampaikan melalui internet sedangkan banyak pembohongan berita-berita yang dikeluarkan melalui internet.
Berita-berita yang dikeluarkan oleh blog, oleh laman web dan sebagainya. Kalau kita semak balik, tidak perlulah saya sebut satu-persatu. Banyak. Banyak yang tidak betul termasuklah Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebut soal berita-berita yang tidak betul, juga soal jualan barang perkhidmatan ini.
Mungkin Tuan Yang di-Pertua, kita perlu satu peraturan yang khusus bagaimana kita boleh menjamin keselamatan ataupun perlindungan pembeli- pembeli yang mudah tertipu daripada jualan yang dibuat melalui internet.
Kemudian kita beli. Undang-undang yang berkaitan sudah ada tetapi saya fikir, Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna ini perlu disokong oleh peraturan yang khusus untuk pembeli-pembeli menggunakan internet sebab di situ ada iklannya, di situ ada senarai barang-barang yang hendak dijualnya, ada testimoni dan sebagainya. Kita pernah meluluskan Akta Perlindungan Data Peribadi, kemudian kita kaitkan pula dengan Akta Perlindungan ini kerana di dalam laman web, apabila mereka menjual barang dan sebagainya ada dikeluarkan testimoni sama ada dengan izin atau tidak izin, kita tidak tahu tetapi menjurus kepada jualan yang melibatkan ramai pengguna di seluruh negara. Ada pakej-pakej tertentu dan sebagainya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini semua adalah masalah-masalah yang banyak berlaku di kalangan kita dan kepada saya, yang saya ingin sebut di sini ialah ia menjurus kepada kesedaran. Menjurus kepada pengetahuan orang ramai
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
tentang perlunya mereka sedar bahawa mereka adalah sebenarnya pengguna.
Sama ada soal halal tadikah atau soal jualan secara langsung tadi kita luluskan akta berkenaan, jualan dan pembelian melalui internet mesti ada kesedaran pengguna.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, perlunya seluruh rakyat Malaysia ini mendapat pendidikan yang sedalam-dalamnya tentang hak mereka sebagai pengguna. Tentang perlunya mereka menyedari bahawa setiap barang- barang atau perkhidmatan yang mereka hendak beli, mereka sebenarnya ada hak dari segi kuantitinya. Bukan sahaja dari segi harga tetapi dari segi kuantitinya yang sepadan dengan harganya, dari segi kualitinya termasuk tadi yang soal halal dan tidak halal.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, akta ini tidak ada masalah. Cuma yang penting bukan sahaja soal penguatkuasaan. Soal bagaimana kementerian, saya yakin Yang Berhormat Menteri minat bab ini. Bagaimana kementerian boleh mendidik seluruh rakyat Malaysia. Bermula daripada mungkin peringkat sekolah, kemudian lepas sekolah sampailah kepada tahap sekarang. Di peringkat sekolah mungkin tidak ada masalah. Boleh bekerjasama dengan semua pihak untuk mendidik rakyat Malaysia pada masa akan datang tentang kepenggunaan tetapi, bagaimana kementerian boleh mendidik rakyat Malaysia tentang kepenggunaan ini. Setakat ada rang undang-undang-undang, mungkin mereka tidak tahu di mana hak mereka dan sebagainya.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Oleh sebab itu perlu ada pendidikan secara tidak formal mungkin melalui iklan-iklan di dalam surat khabar, media massa, TV dan sebagainya kerana saya ingin tegaskan di sini perlu ada pendidikan yang menyeluruh untuk seluruh rakyat Malaysia supaya mereka akhirnya menghargai apa yang dibuat oleh pihak kementerian. Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, setakat ada rang undang- undang ini yang baik tetapi rakyat Malaysia tidak dididik dan akhirnya mereka tidak menghargai usaha yang dibuat pihak kementerian. Banyak usaha Tuan Yang di- Pertua, yang dibuat oleh pihak kementerian tidak dihargai oleh rakyat jelata sama ada kementerian ini juga kementerian-kementerian lain. Apabila kita bercakap soal hendaklah kita berterima kasih, mereka kata apa perlu berterima kasih, ini adalah tanggungjawab kerajaan. Sedangkan jelas kalau dalam Islam syarat untuk bersyukur terhadap Allah SWT itu ialah dengan berterima kasih tetapi, ada suatu pihak yang mengatakan tidak perlu berterima kasih, ini kerja kerajaan. So, akhirnya apa yang dibuat oleh pihak kementerian seolah-olah sia-sia. Banyak faedah yang diterima oleh rakyat tidak diiktiraf hanya semata-mata mungkin, bukan mungkin tetapi saya yakin, mereka tidak mendapat pendidikan yang menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong rang undang-undang pindaan ini tetapi Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja soal penguatkuasaan. Yang disebutkan tadi soal kesedaran, soal bahagian-bahagian tertentu, soal pengiklanan, soal terma tidak adil dan sebagainya yang mungkin rakyat boleh tertipu tetapi, perlunya ada pendidikan secara meluas melalui kaedah-kaedah yang tertentu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, mungkin salah satunya kita mewajibkan, ini kemungkinan, kita mewajibkan setiap peguam atau pengamal undang-undang ini sebelum tandatangan sesuatu perjanjian mereka didik dahulu pembeli. Begitu juga kita mungkin mewajibkan pemaju-pemaju perumahan misalnya untuk membuat pendekatan pendidikan kepada pembeli-pembeli supaya pembeli tidak tertipu. Ini jadikan sebagai satu tanggungjawab sosial jadi tidaklah umpamanya, satu syarikat yang besar, syarikat perumahan termasuklah syarikat jualan
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
langsung terlepas daripada tanggungjawab mereka. Mereka tidak hanya tertumpu kepada soal untung dan rugi tetapi juga tanggungjawab sosial.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong rang undang-undang ini.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengambil bahagian untuk membahaskan pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana merasa teruja dan excited dengan izin, kerana pihak menteri telah menggunakan pendekatan untuk membawa sesuatu yang adil kepada pengguna dan aspek keadilan yang hendak dibawakan oleh menteri ini harus dipuji. Ini kerana inilah aspek yang Pakatan Rakyat hendak perjuangkan juga kepada seluruh masyarakat di dalam Malaysia ini terutama kepada kepenggunaan. Terima kasih kepada pihak menteri.
Saya lihat antara penekanan yang diberi adalah tertumpu kepada mekanisme untuk mencari kaedah bagaimana pengguna atau kepenggunaan itu dilindungi dan diberi ruang supaya mereka ini dibela terutama apabila kita mencadangkan penubuhan Tribunal Aduan Pengguna Malaysia yang memperuntukkan bidang-bidang tertentu terutama apabila berlakunya laporan ataupun tuntutan ataupun rujukan yang hendak dibawa untuk melihat aspek ini dapat diselesaikan dengan seberapa segara yang boleh. Beban terhadap aduan ataupun laporan yang dibuat kepada tribunal setakat ini memanglah dilihat sebahagian besarnya dia menafikan seperti yang kita bincangkan pagi tadi adalah dispute yang bersangkutan atau yang terbit hasil daripada rasa ketidakpuasan hati atau ketidakadilan di kalangan pengguna yang menikmati barangan atau perkhidmatan daripada orang yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, aspek margin untung ataupun aspek peratus keuntungan adalah menjadi isu yang sangat crucial dengan izin, apabila kita melihat aspek kepenggunaan di dalam Malaysia ini. 15% selama ini diterima sebagai margin untung yang agak munasabah kepada aktiviti-aktiviti retailing ataupun peruncitan. 20% dilihat margin untung yang agak munasabah diraih oleh pengeluar. 25% dilihat sebagai margin yang boleh diterima terutama apabila kita mengira aspek margin untung yang agak munasabah kepada pengeluar ataupun pengilang. 50% adalah menjadi kezaliman kepada margin untung yang dilihat terhadap pengimport kepada barang-barangan yang dihasilkan oleh pihak pengeluar di luar negara dan diimport ke dalam negara kita. Margin yang agak keterlaluan juga terlihat apabila ada industri ataupun produk yang menjangkau 100% atau lebih margin keuntungannya terutama dalam bidang perkhidmatan.
Antara kaedah perkhidmatan ini juga terkandung sebahagiannya perkhidmatan yang diberikan oleh sektor perbankan di dalam negara kita.
Kita lihat perjanjian sewa beli di antara pelanggan dengan pemberi pinjaman pernah dilihat sebagai margin keuntungan bulanan ataupun setengahnya ada caj berbentuk harian terutama apabila memakan satu tempoh ralat atau tempoh yang tidak dapat dipenuhi oleh pelanggan itu menyebabkan kos kenaan denda mengikut hariannya atau mingguannya boleh mencapai kadar 100%. Saya cuba untuk membuat satu contoh yang spesifik terkemudian sedikit daripada ini.
Saya hendak pilih di antara bentuk-bentuk perjanjian sewa beli yang paling tepat sekali untuk menyatakan ada caj tersembunyi dalam kiraan harian atau mingguan ini yang boleh menjangkau kedudukan denda 100% daripada elemen harga asal yang menyebabkan pengiraan margin untung itu dilihat agak terlampau. Saya rasa
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
pihak kementerian mengambil kira keadaan ini. Sekiranya betul, saya sungguh mengucapkan terima kasih dan saya menyanjung tinggi usaha ini kerana ini adalah aspek kepenggunaan yang selalu menjadi rintihan biasa atau tradisi oleh pengguna ataupun kepenggunaan di dalam negara kita.
Dalam membawa aspek urusan ataupun jual beli yang berasaskan Islam, kita dengar ada banyak terma yang dibawa seperti Al Bai’ Bithaman Ajil, Bai’ Salam, Mudharabah, Murabahah. Semuanya membawa satu elemen baru ataupun pakej produk yang baru berasaskan Islamic financial product yang digabung jalin untuk dilihat satu pembaharuan terhadap sistem jual beli ataupun perjanjian jual beli urusan-urusan perniagaan di dalam negara kita yang juga merujuk kepada aspek kepenggunaan. Kita menyediakan kepada seluruh rakyat kita tentang pakej-pakej baru ini yang sebenarnya tidak jauh beza di antara sistem ataupun perjanjian perkhidmatan yang sedia ada walaupun kita buat repackaging untuk menggambarkan satu sistem baru. Pokok pangkalnya kita harus lihat bagaimana perjanjian sewa beli ataupun perjanjian urusan sewa beli ini boleh melindungi atau menggambarkan satu keuntungan yang munasabah kepada pemberi perkhidmatan. Melindungi atau tidak terlalu membebankan atau mengambil keuntungan yang berlebihan terhadap pengguna atau rakyat kita.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya sebutkan beberapa sektor retailing, pengedaran dan sebagainya tadi atas penerimaan awam terhadap margin untung yang selama ini dianggap sebagai munasabah. Pihak Menteri ada menyebut tadi tentang jumlah keseluruhan sebanyak RM6.3 bilion, jumlah transaksi ataupun urusan-urusan yang bersabit dengan pengiklanan dalam satu tahun. Kita ambillah angka lebih kurang RM6 bilion setahun perbelanjaan yang dibuat untuk urusan pengiklanan, salah satu daripada aspek yang hendak kita bincang dalam pindaan akta ini yang dianggap sebagai memberi perlindungan kepada pengguna. RM6 bilion daripada jumlah keseluruhan KDNK kita atau GDP RM720 bilion setahun, tidak sampai 1% daripada jumlah ataupun angka GDP kita.
Bermakna pengiklanan mengikut angka ini dilihat sebagai satu aktiviti yang cukup jauh ke terkebelakang. Sedangkan dalam masyarakat komersial moden atau terkini, pengiklanan dilihat sebagai unsur ataupun aktiviti yang paling tertinggi kadar capaiannya. Ada di sesetengah negara meletakkan sasaran 18% kos pengiklanan atau nilai pengiklanan itu berbanding dengan GDP kerana pengiklanan inilah yang memberikan maklumat atau penerangan, baik penerangan yang betul atau penerangan yang bersifat propaganda. Namun kos pengiklanan ini diterima pakai secara meluas bahawa ada setengah peratusannya boleh diterima.
Kalau kita lihat dalam beberapa cadangan belanjawan yang lalu pun, kita telah meluluskan bahawa kos pengiklanan boleh mencapai maksimum atau kadar silingnya sebanyak 12% daripada kos urusan sesuatu perniagaan yang boleh ditolak kadar keuntungan ataupun kadar treatment cukainya. Kita pernah mencadangkan 12% daripada jumlah operasi keseluruhan. Perbandingan ini saya ambil kerana pihak menteri mengatakan tadi di negara kita, pengiklanan meletakkan satu angka sebanyak RM6 bilion setahun bagi keseluruhan pengiklanan, semua sektor termasuk sektor kewangan dan perkhidmatan- perkhidmatan yang lain.
Saya berpendapat angka ini dilihat agak begitu jauh, maksudnya kurang daripada 1%. Di manakah agaknya – tidak ada kolaborasi atau tidak ada pertemuan di sini di antara yang kita cuba izinkan atau kita cuba benarkan 12% dengan yang digunakan sekarang hanyalah sekitar 0.7% sahaja kos pengiklanan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Adakah juga cadangan kita untuk memasukkan aspek pengiklanan dalam meminda Akta Perlindungan Pengguna ini kerana menyedari bahawa begitu rendahnya kos yang digunakan atau terpakai untuk tujuan menguar-uarkan satu produk atau memberi maklumat yang secukupnya kepada pengguna kita di dalam negara pada setakat ini?
Saya juga berminat untuk mendapat penerangan daripada pihak menteri.
Adakah juga perkara ini menyentuh tentang masalah tradisi yang selama ini melihat pengguna selalu menjadi mangsa? Kita lihat aspek pengetahuan ataupun maklumat tentang satu produk di Malaysia ataupun keluaran-keluaran negara kita sediakan kepada pengguna di Malaysia agak rendah kesedaran atau kefahaman kepada sesuatu produk itu, baik dari segi origin nya, dari segi kepenggunaannya dan juga dari segi utilitinya atau dari segi kepenggunaan keseluruhannya.
Sebagai contoh, sesuatu unit komputer ataupun komputer riba. Kita diberitahu bahawa kepenggunaan di Malaysia hanya mengetahui tentang kurang daripada 10% keupayaan komputer riba ataupun komputer itu untuk menjalankan fungsi keseluruhannya. Bermakna 90% daripada kegunaan atau keupayaan untuk berkhidmat kepada kita itu tidak kita ketahui. Ini merujuk kepada rendahnya pendedahan ataupun kefahaman ataupun keupayaan kita untuk mengetahui fungsi sesuatu barangan, produk atau perkhidmatan yang kita nikmati dan kita bayar kos untuk mendapatkan produk tersebut.
Perkara ini menjadi lebih kritikal lagi apabila kita melihat isu berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan atau dinikmati oleh para pengguna di dalam negara kita. Kita membayar kos kepada perkhidmatan yang kita terima sedangkan perkhidmatan yang ditawarkan atau dinikmati oleh kita itu dari segi peratusannya adalah amat rendah. Kita harus mengetahui dan berhak untuk sekurang-kurangnya mempergunakan atau mengeksploitasi sekurang- kurangnya 60% daripada fungsi sebenar perkhidmatan yang kita terima.
Rakyat kita pada keadaan tertentu membayar 300% kos sebenar ataupun harga sebenar yang diterima atau digunakan disebabkan oleh wujudnya elemen pengenaan kadar bunga ataupun kadar interest yang dipaksa untuk diterima oleh para pengguna oleh institusi-institusi kewangan yang dikatakan berlesen, yang diadakan secara legal. Sebab itu ramai atau banyak juga kes rakyat negara kita memilih untuk beralih atau berpaling arah kepada institusi-institusi kewangan yang memberi pinjaman secara tidak legal atau tidak sah kerana tidak dilesenkan tetapi perkhidmatannya agak reliable pada masa itu. Apabila pengguna memerlukan bantuan dengan segera, mereka tidak mempunyai pilihan dan alternatif yang tersedia hanya satu iaitu kepada pihak-pihak yang dikatakan tidak mempunyai lesen atau kewangan yang sah.
Dalam masa yang sama, kita melihat institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan ini melihat pengguna di Malaysia ini sebagai potensi untuk meraih keuntungan besar kerana pengguna di Malaysia tidak mempunyai pilihan, mereka hanya disediakan ruang untuk pergi kepada institusi ini dan mereka terpaksa menanggung kos perkhidmatan ataupun kadar bunga, kadar interest yang mereka tidak punya pilihan untuk menentukan. Sebab itu aspek perjanjian ataupun persetujuan dalam perjanjian atau terma jual beli ini memang tidak memperlihatkan langsung pengguna mempunyai kuasa untuk baik menentukan atau memilih sama ada mereka ada sedikit kuasa ataupun ruang supaya mereka ini tidaklah dilihat sebagai golongan yang memberi potensi keuntungan terlalu besar kepada pihak satu lagi iaitu yang menyediakan perkhidmatan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Kita dapat lihat seperti yang disebut oleh rakan terdahulu, memang ada aspek yang selama ini tidak diambil berat dalam isu pemberi dan penerima langganan atau perkhidmatan ini dalam perkhidmatan telefon, talian internet dan sebagainya. Memang kalau hendak di detail kan, beratus-ratus kes boleh disebut di sini tetapi saya percaya antara motif yang hendak dibawa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah untuk membawa aspek keadilan kepada pengguna secara keseluruhan dan memang kita amatlah mengalu-alukan langkah ini. Ini supaya aspek menimbulkan isu keadilan dan memberi adil kepada pengguna ini – saya rasa telah agak begitu lama dan kalau sekali lagi akta ini yang diguna pakai semenjak tahun 1999 dan kita bercadang untuk pinda dan masukkan elemen-elemen keadilan ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya rasa kalau boleh hari ini kita atau lepas ini kita terus setuju supaya terus kita dapat gazetkan dengan segera tetapi, saya berharap inilah antara premis yang baru untuk tawarkan kepada rakyat dia mengatakan inilah masanya pengguna memikirkan atau merasakan ada satu harapan baru. Selama ini tidak ada pilihan langsung dalam aspek perjanjian sewa beli atau apa sahaja pengguna dipaksa untuk menyetujui ataupun menerima apa sahaja keputusan kerana consumer is always right dengan izin, tidak diguna pakai di Malaysia walaupun sebutan itu menjadi biasa, sebenarnya tidak berlaku.
Malah kita dapat menerima secara konsensus bukan konsensus bebas, kita dapat terima konsensus bahawa kerana producers are king di Malaysia kerana mereka boleh menentukan kos mereka sendiri, mereka boleh menentukan expenses ataupun perbelanjaan kos mereka sendiri, purchases mereka sendiri, sales mereka sendiri dan akhirnya mereka boleh menentukan margin untung mereka sendiri.
Saya fikir ada juga adil kalau saya sebut kepada Menteri yang bertanggungjawab bahawa Menteri sendiri mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa aspek pengambilan untung di kalangan peniaga-peniaga Malaysia ada sesetengahnya melangkaui level yang boleh diterima atau boleh dianggap adil atau munasabah. Seperti yang saya katakan tadi ada yang boleh mencapai margin untung melebihi 100% atau 200% terutama di atas perkhidmatan- perkhidmatan yang ditawarkan atau dinikmati oleh rakyat kita kerana kita tidak punya kuasa atau tidak punya pilihan. Hanya menerima atau setuju sahaja dan kita tidak punya tribunal yang efektif untuk membela ataupun menjadikan, menawarkan satu harapan kepada rakyat kita melihat apabila berlaku kezaliman ataupun ditindas dalam urusan jual beli ataupun transaksi kita dapat pembelaan yang sesuai sebab selama ini agak tidak keterlaluan saya katakan pengguna selalu menjadi mangsa ditindas dan tidak mempunyai pembelaan yang munasabah untuk mereka mendapatkan pembelaan.
Berkenaan insentif yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat kerajaan juga mengambil iktiraf beberapa fungsi pihak ketiga seperti dalam belanjawan yang lalu kita mengiktiraf kedudukan SPV ataupun special purpose vehicle. Dengan terang kita mengiktiraf kedudukan SPV ini di dalam transaksi ataupun dalam peranan-peranan yang dimainkan untuk mempermudahkan sebarang transaksi sama ada pembelian atau jualan ataupun pemberian dan penerimaan perkhidmatan di dalam negara kita. Aspek penerimaan atau mengiktiraf fungsi SPV juga adalah dilihat sebagai salah satu daripada fungsi untuk memperiklankan, beritahu atau menguar-uarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Kita kena terima juga hakikat sebagai satu contoh yang paling popular sehingga hari ini syarikat APCO Worldwide yang kita lantik itu juga
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
sebenarnya satu syarikat yang membawa satu mesej bahawa mereka menjalankan aktiviti-aktiviti pengiklanan secara SPV secara special purpose vehicle. Mereka mempunyai atau memainkan peranan sebagai entiti yang istimewa menjalankan perkhidmatan tersebut.
Ini adalah bentuk produk yang sebenarnya juga termasuk dalam kaedah kita melindungi pengguna. Saya hendak juga minta penjelasan sekiranya boleh oleh Yang Berhormat Menteri. Adakah kita juga melihat aspek perkhidmatan yang ditawarkan seperti sebagai contohnya Syarikat APCO ini ada juga pertimbangan kita melihat kemunasabahan kita bayar satu jumlah kos kepada perkhidmatan tersebut dengan terma ataupun dengan produk perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita untuk kepentingan sama ada negara kita atau rakyat kita.
Adakah juga kita hendak teliti atau membuka ruang dalam membawa pindaan terhadap Akta Perlindungan Pengguna 2010 ini kerana hendak melihat kemunasabahan jumlah yang kita bayar itu atau ditentukan oleh pemberi perkhidmatan. Sekiranya itu menjadi salah satu agendanya saya rasa adalah patut kerana sekiranya satu jumlah kita terpaksa bayar tanpa memikirkan perkhidmatan yang kita terima itu, justify dengan jumlah yang kita bayar maka, saya rasa itu contoh yang agak baik juga untuk kita terangkan. Bagaimana kita boleh menentukan jumlah yang sepatutnya kita bayar dalam terma perkhidmatan yang kita ambil atau kita terima kepada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan.
Dalam isu ini sudah tentu ada servis-servis yang spesifik atau servis- servis yang istimewa yang kita tidak punya kepakaran di kalangan warga negara kita menyebabkan kita terpaksa mengimport ataupun kita terpaksa bergantung harap kepada pemberi-pemberi perkhidmatan dari kalangan warga asing dan sudah tentu perkhidmatan daripada warga asing atau negara asing ini banyak kategorinya.
Kita ada di sekitar negara Asean perkhidmatan, kita ada peringkat Asia Pasifik, kita ada peringkat berbagai-bagai lagi dan sudah tentu penerimaan perkhidmatan sebuah syarikat yang beroperasi di satu negara yang kita larang atau kita labelkan sebagai negara yang tidak menghormati prinsip kemanusiaan sejagat tidak harus menjadi negara yang kita import perkhidmatannya. Sudah tentu perkara ini dilihat sebagai elemen yang amat mencurigakan di kalangan rakyat negara kita.
Saya harap dalam masa saya menyanjung tinggi usaha ataupun langkah yang diambil oleh Menteri dan kementerian ini untuk membawa aspek keadilan dan menjamin satu sifat adil terhadap pengguna dan kepenggunaan di dalam negara kita, saya juga minta supaya kita beri satu justifikasi. Adakah Malaysia ataupun negara kita sangat-sangat memerlukan perkhidmatan ataupun kepakaran luar yang menyebabkan negara kita terpaksa membayar begitu besar terhadap perkhidmatan ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disifatkan perkhidmatan spesifik dan perkhidmatan yang tidak punya kepakaran ini.
Sampai bilakah kita merasa satu dasar yang khusus penelitian dan menentukan kewajaran ataupun cara kita mengimport atau menerima perkhidmatan ini kita gariskan oleh pihak kerajaan kita. Saya risau dan saya yakin kerisauan ini juga ada di kalangan seluruh masyarakat awal secara amnya di Malaysia terutama seperti yang disebutkan tadi apabila perkhidmatan dan barangan yang kita tidak punya kepakaran dalam erti kata lain kita mengimport sepenuhnya perkhidmatan dan barangan ini daripada luar negara dan kita dilihat selama-lamanya sebagai komoditi ataupun peringkat pengguna yang hanya
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
terpaksa menerima terma-terma dalam penerimaan barangan dan perkhidmatan tersebut tanpa ada sedikit elemen membela dan memberi keadilan kepada kita.
Saya rasa bermula pada premis itu saya menyokong kepada usul pindaan kepada Akta Perlindungan Pengguna ini saya berharap kita semua mendapat penjelasan daripada pihak menteri kemudiannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong tentang pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 ini dengan tujuan untuk memberikan sokongan dan juga membela nasib rakyat yang tertindas ekoran daripada golongan yang tidak bertanggungjawab mengiklankan sesuatu barangan tetapi tidak mematuhi sebagaimana iklan yang ditawarkan kepada pengguna.
Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah pindaan yang kita bawa pada hari ini akan dapat menyelesaikan isu yang begitu lama, yang membebani rakyat kita iaitu iklan perumahan yang tidak sama sebagaimana yang tertera dalam iklan itu, sepatutnya dapat digunakan oleh rakyat. Sebagai contoh, rumah-rumah yang terbengkalai walaupun dalam iklan itu menyatakan tempoh rumah itu dibina tetapi akhirnya rumah itu tidak siap sebagaimana tempoh yang diiklankan, sebagaimana yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pembinaan perumahan itu. Akhirnya, rakyat ditindas melalui iklan tersebut dengan harapan hendak membeli rumah. Kadangkala terpaksa memotong gaji, rumah tidak siap dan ini menimbulkan bebanan yang sangat teruk dalam kehidupan rakyat.
Apakah dengan pindaan akta kita pada hari ini dapat kita membela nasib rakyat kita yang telah pun menanggung masalah ini begitu lama. Begitu juga Yang Berhormat Menteri tentang iklan yang dikeluarkan dalam pembinaan kedai-kedai.
Kadangkala ada dinyatakan beberapa peratus kuota untuk bumiputera untuk dijual tetapi iklan itu tidak setara dengan pelaksanaannya. Apabila pengguna kita ingin membeli sebagaimana yang diiklankan, dinyatakan bahawa tidak ada kedai ataupun tidak ada hendak dijual dan sebagainya. Padahal dalam iklan itu dinyatakan. Ada pula terpaksa membayar pula lebihan daripada harga yang sebenar barulah mereka ini mendapatkan hak mereka.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang pindaan akta ini. Adakah kita dapat membantu rakyat, sebagai contoh ASTRO mengiklankan jualan ASTRO dan juga bayaran kepada pengguna tetapi apabila pengguna membeli ASTRO dan juga membayar sewaan ASTRO terdapat juga beberapa siaran-siaran tertentu yang tidak dapat dinikmati oleh pengguna dan mereka terpaksa membayar secara berganda. Adakah dengan pindaan ini dapat menyelesaikan isu yang berbangkit di kalangan rakyat yang selalu membangkitkan tentang terpaksa membayar satu perkhidmatan yang ditawarkan tetapi bagi menikmati keseluruhan perkhidmatan tersebut, rakyat terpaksa membayar secara berganda.
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, banyak pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan kepada rakyat. Ini termasuk juga pakej pergi haji, pergi umrah.
Kadangkala terbengkalai menunaikan haji, hanya di airport, tidak dapat pergi menunaikan haji, jadi dengan perlindungan yang kita pinda pada hari ini adakah ia
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
dapat menyelesaikan isu yang berulang-ulang kali yang telah pun menerima masalah yang begitu besar di kalangan rakyat kita. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Akta Perlindungan Pengguna 1999. Saya bangun untuk memberi sokongan kepada akta ini dan di samping itu untuk memberi beberapa pandangan dan cadangan.
Tuan Yang di-Pertua, memang kalau kita lihat isu yang berkaitan dengan pengguna dalam perspektif yang besar memang ada isu yang dibangkitkan tetapi saya percaya dalam konteks pengguna tentulah perkara pokoknya hendak ditentukan bahawa apabila pengguna membeli sesuatu barang, apa juga barang dengan izin, dia dapat barang itu value for money. Maknanya, barang itu dibeli setimpal dengan harga yang dibayar, itu perkara yang pertama.
Perkara yang kedua, kita juga tahu bahawa selain daripada harga ada juga barang-barang yang diterima oleh pengguna ini boleh membabitkan soal kesihatan pengguna iaitu berkaitan produk-produk yang diiklankan yang berkaitan dengan kesihatan. Kerana ini boleh menjejas pengguna-pengguna ataupun rakyat negara kita.
Ketiga, kita juga hendak tentukan supaya masyarakat Islam ini, dia ada hukum haram halal supaya barang yang dibeli oleh orang Islam halal dimakan, itu yang timbul cadangan halal hab dan sebagainya tetapi, hendak tentukan kandungan, content produk berkenaan itu bersih dan halal untuk dimakan oleh orang Islam.
Keempat, kita juga hendak tentukan supaya pelajar-pelajar sekolah, kanak-kanak sekolah yang didedahkan dengan berbagai-bagai iklan termasuk makanan junk food iaitu makanan-makanan segera yang boleh juga menjejaskan kesihatan pelajar-pelajar. Jadi dalam soal kepenggunaan ini bukan sahaja produk yang dibeli itu value for the money tetapi juga produk itu free dari segi kesihatan ataupun halal bagi orang Islam, dalam konteks orang Islamlah dan juga penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar, sebab kalau mereka mendapat produk-produk yang tidak baik, kita tengok apa yang jadi sekarang ini, jadi inilah empat perkara utama.
Oleh itu, apakah akta ini nanti mampu menjadi pelindung bagi menjayakan matlamat tersebut pada hemat saya. Oleh itu, tentulah ia melibatkan soal program kempen kesedaran selain daripada berbagai-bagai hukuman yang kita hendak jatuhkan. Semalam sewaktu kita bincang Akta Jualan Langsung, saya sudah bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, di mana apa juga hukuman yang telah kita tetapkan, ini perkara nombor dua. Ia belum tentu memberi kesan, belum tentu ia berkesan untuk mencapai matlamat sebab dunia sekarang, manusia sekarang yang mengejar kekayaan, yang mengejar matlamat masing-masing. Orang berniaga kah, orang politik kah, siapa sahajalah. Sekarang ini semua sudah memakai prinsip Machiavelli iaitu cara menghalalkan matlamat. Asalkan mereka dapat mencapai matlamat, mereka akan teruskan dengan tindakan mereka, asalkan matlamat itu tercapai.
Ini bukan perkara yang mudah, bukan perkara yang senang, jadi segala- galanya balik kepada soal pendidikan. Balik kepada bagaimana kita dapat melakukan kempen penerangan untuk rakyat boleh menghayati dan rakyat sendirilah bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan mereka, contohnya. Jadi
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
kalau dari segi kesihatan, kata kalau seseorang individu itu tidak mampu menjaga kesihatan sendiri, tidak tahu apakah patut beliau lakukan, jadi bagaimana kita hendak harapkan orang lain untuk menjaga kesihatan kita, contohnya. Jadi ia bergantung kepada kesedaran. Oleh itu saya hendak tanya, dahulu kalau tidak silap saya di bawah kementerian ini, ada majlis pengguna di peringkat daerah, diwujudkan majlis pengguna dan diberi peruntukan pun untuk majlis daerah pengguna ini.
Apakah majlis ini masih berfungsi, masih wujud dan diberi peruntukan untuk menjalankan kegiatan. Sebelum ini, sesudah diberikan peruntukan, apakah kegiatan-kegiatan majlis pengguna daerah ini berkesan menjalan aktiviti dan fungsi masing-masing ataupun tidak berkesan. Jika tidak berkesan bubar sahaja, kalau ada kebaikan, perlu kepada pertambahan peruntukan, boleh dipertimbangkan. Asal mana ia dijadikan suatu gerakan aktiviti memberi penerangan untuk kebaikan pengguna-pengguna.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Oleh itu juga, serentak dengan itu juga saya hendak cadangkan kepada kerajaan, apakah sudah wujud iaitu saya hendak cadangkan ditubuhkan Lembaga Penapisan Pengiklanan Negara. Lembaga Penapisan Pengiklanan Nasional iaitu sama dengan Lembaga Penapisan Filem supaya setiap pengiklanan diselaras dan mendapat vetting ataupun di clear kan oleh Lembaga ini dahulu. Kementerian mana hendak bertanggungjawab, itu soal lain tetapi, saya percaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaanlah patut menguruskan Lembaga ini dengan dalam Lembaga ini dimasukkan wakil Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, sebab ini masalah pengiklanan dalam media elektronik. Wakil Kementerian Kesihatan, wakil Kementerian Pelajaran. Ini hal anak-anak sekolah kita. Wakil Kementerian Dalam Negeri, ini masalah penyeludupan dan sebagainya.
Setiap iklan yang hendak dibuat ada kaedahnyalah terutama yang penting-penting. Mesti ada panduan. Iklan dalam televisyen contohnya. Iklan dalam televisyen. Iklan seperti ubat untuk kurus badan. Ini ramai orang gemuk.
Semua hendak kurus. Saya pernah tengok iklan dalam TV. Saya pun turut beli.
Saya makan dalam dua minggu, tidak kurus juga. Ini tipu saya kata, tidak jadi.
Jadi, ini ada kena-mengena dengan kesihatan. Not only value for money but also, dengan izin, yang lebih penting ialah kesihatan. Itu dari segi bidang kesihatan.
Bagaimana pula aspek dari segi kepentingan kanak-kanak, bagaimana kesan psikologinya, bagaimana reverse psychology nya yang dihasilkan daripada iklan yang manakah makanan junk food ini juga mesti ditapis dahulu? Selain daripada itu juga, diambil kesempatan juga bagaimana kita hendak menentukan peranan dalam apa kita buat hendak melaksanakan cita-cita negara, dasar-dasar nasional negara iaitu termasuklah contohnya Yang Berhormat Menteri, iklan-iklan juga mesti dititikberatkan penggunaan bahasa Malaysia, bahasa Melayu.
Ada pula elemen untuk mempromote dan melaksanakan fungsi bahasa Melayu. Ini juga boleh dimainkan dengan secara tidak langsung. Jadi kalau ini semuanya dilakukan secara bersepadu, banyak matlamat negara kita dapat faedah dan kita pun tidak membazir tetapi, sekarang ini masing-masing buat dan duit untuk iklan, kalau kita tengok satu-satu syarikat, kalau tidak silap saya dia boleh pergi sampai 30% pada operating cost. Kita tahu satu iklan Tuan Yang di- Pertua, daripada KLIA kita tengok yang dipasangkan di tepi jalan itu kata harganya RM2 juta, RM1 juta, RM3 juta, harga iklan tetapi, kalau dalam surat khabar New Straits Times, The STAR kalau colour sampai RM200,000, RM300,000 dia punya kos. Selepas itu berturut-turut pula.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Oleh sebab itu kadang-kadang ramai orang terpengaruh dan iklan-iklan ini pula jarang, tidak banyaklah. Kalau dalam surat khabar bahasa Inggeris mesti dalam bahasa Inggerislah sebab mereka jarang hendak mengiklankan dalam surat khabar-surat khabar Melayu ataupun dalam akhbar-akhbar Melayu sebab mereka pengguna ini semuanya bukan orang Melayu. Padahal, penduduk negara ini majoritinya kaum bumiputera, majoritinya orang Melayu. Yang beli kereta Proton Saga pun orang Melayu tetapi iklannya banyak dalam surat khabar Orang Putih, tidak dalam surat khabar orang Melayu. Di manakah usaha untuk mempromosikan bahasa Melayu? Ini yang saya bangkitkan secara bersepadu, lihat secara total dalam perspektif yang menyeluruh. Kalau ini dapat dilakukan barulah gerakan kesedaran pengguna itu dapat kita jayakan.
Banyak saya hendak bagi contoh Tuan Yang di-Pertua sebab dasar negara kita ini pelik, pelik sedikit daripada negara lain. Contohnya kita tengok, beli kereta. Dahulu hendak beli kereta, dari segi kewangannya polisinya bergantung pada kemampuan dan kena bayar 30% down payment. Now, beli kereta no down payment, dengan izin. Tidak ada deposit. Maka naiklah iklan-iklan. Jualan kereta tanpa deposit. Meluru-luru orang pergi beli. Kalau sudah tanpa deposit itu, asalkan sudah datang motivasi, sudah datang keghairahan tengok kereta pun cantik terutama kereta secondhand. Ikut car dealer letak harga, RM20,000, RM40,000, RM80,000 just because no deposit. Iklan pun no deposit. Maka mereka beli.
Selepas dua tahun maka kereta itu pun lumpuh. Hutang dengan bank ada RM60,000 lagi. Hendak jual laku RM15,000. Akhirnya bankrap termasuklah siswazah-siswazah yang menganggur. Ini yang berlaku.
Inilah di antara dasar-dasar yang kita tengok tidak konsisten dan banyak terpengaruh dengan iklan. Iklan-iklan sekarang ini selain daripada iklan ini, termasuk bungkusan. Packaging juga sekarang ini memainkan peranan. Barang di dalam tidak seberapa. Packaging nya bukan main cantik. Bukan main hebat. Kita tengok packaging waktu kita pergi kenduri kahwin sekarang ini bukan main cantik dia punya packaging. Besar bukan main, saya pun bawa. Balik, kecil sahaja barang itu, coklat di dalamnya tetapi, tidak mengapalah. Cumanya saya bimbang perkara-perkara seumpama ini boleh mengelirukan rakyat. Sama juga politik, politik pun iklan juga. Iklan, iklan politik ini. Pun iklan juga. Hendak menjaja pemimpin, itu pun iklan juga. Dia hero itu, dia hero ini. Dia baik dengan orang itu, dia baik dengan orang ini. Dia kena aniaya, dia kena konspirasi. Itu pun iklan juga yang boleh mengelirukan pengguna juga ini.
Oleh sebab itu kesedaran kepada gerakan penggunaan ini, ia melebar bukan sahaja hal-hal produk tetapi akhirnya nanti, bottom line nya, akhirnya sekali ialah bagaimana kita hendak membentuk pemikiran rakyat supaya menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Tidak mudah emosi, tidak mudah terpengaruh dengan iklan, tidak mudah terpengaruh dengan propaganda, tidak mudah terpengaruh perang saraf tetapi semua sekali dalam kehidupan rakyat dia buat sesuatu, dia tahu itu baik, itu betul untuk matlamat tadi. Oleh sebab itu saya berharap sangat Lembaga Penapisan Iklan ini dapat dibentuk dengan secepat mungkin kerana saya rasa perlu adanya penyelarasan untuk dipastikan bahawa semua bentuk iklan dapat diselaraskan dan memenuhi matlamat yang saya katakan tadi.
Begitu juga dengan Majlis Pengguna ini penting sebab kalau tidak sampai ke akar umbi, ia tidak menjadi berkesan. Jadi saya hendak bertanya apakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekarang ini sudah ada website? Saya pun sudah banyak sangat website, tidak terlarat hendak layari tiap-tiap hari. Saya cadangkan juga sepatutnya ada website Ministry Kepenggunaan yang dapat memberi maklumat kepada pengguna dalam masa 24 jam. Dia boleh visit, dia tengok iklan kurus badan keluar dalam TV. Dia hendak
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
tahu betul atau tidak betul, hendak certified bagus atau tidak bagus, terus dia boleh layari website pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ini sudah di link kan dan kalau boleh dengan semua Majlis Pengguna Daerah yang dibentuk sebelum ini.
Jangan pula Majlis Pengguna Daerah ini diwujudkan semata-mata hanya sebab secara tidak langsung kerana politik. Contohnya, tubuh Majlis Pengguna Daerah Pasir Maskah, Berakah, contohnya Jerantutkah, selepas itu Jawatankuasanya AJK UMNO Bahagianlah, AJK MCA duduk dalam itu. Selepas itu guna duit politik ini untuk majlis kegiatan politik. Ini yang tidak berkesan. Ini pun saya tegur, saya open. Saya tegur semua. Ini tidak bagus, tidak memberi manfaat kepada rakyat. Kalau hendak lantik, orang lantiklah tetapi, pastikan mereka buat kerja. Pastikan they deliver dia punya peranan. Jangan semata-mata buat hanya sekadar hendak lepas batuk di tangga sebab duit ini duit rakyat. Duit ini untuk faedah rakyat, untuk kegunaan rakyat.
Jadi oleh sebab itu, kalau dilihat keseluruhan ini saya percaya mungkin akan mengambil masa dalam kesedaran pengguna ini tetapi kita kena terus bermula. Semacam pepatah Cina kata, maknanya kita kena lari langkah pertama.
Kalau kita konsisten, persistence, kita telus, kita ikhlas, kita amanah, lambat laun insya-Allah kita akan berjaya. Believe in that, you take time. Jangan kita di distract dengan political innuendo, political gimmick, itu bab lain. Itu bab politik selagi ada demokrasi, itulah masalahnya tetapi, set the target. Saya percaya Allah Taala akan tolong segala kerja dan niat yang baik. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tenggara.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya ruang untuk turut serta dan kalau kita fahami rang undang-undang ini merupakan satu bentuk perundangan bagi memberikan perlindungan kepada pengguna berhubung dengan hak-hak pengguna. Hak-hak asasi mereka sebagai seorang pengguna.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Dalam hubungan ini, kita pun sedia maklum pada 9 April 1985, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah pun mengeluarkan satu garis panduan mengenai perlindungan pengguna untuk diguna pakai oleh semua negara dalam menggubal polisi dan juga perundangan berhubung dengan perlindungan kepada pengguna. Perlindungan pengguna penting, apatah lagi yang melibatkan terma- terma kontrak yang kebiasaannya memang kita tahu berat sebelah kepada pengguna dan secara tidak langsung ini telah pun menimbulkan ketidakadilan kepada pengguna itu sendiri.
Pengguna tidak diberikan peluang untuk mendapat maklumat yang paling lengkap, membaca sesuatu kontrak ataupun kadangkala ayat-ayat yang ada dalam kontrak itu sengaja diletakkan maksud-maksud yang tersirat dan ini secara tidak langsung akan membuatkan dan menjadikan pengguna sebagai pihak yang teraniaya apabila sesuatu konflik berlaku dan menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna itu sendiri. Kita juga tahu bahawa pengguna yang berkuasa boleh diinterpretasikan sebagai semangat untuk menyatupadukan pengguna dalam usaha untuk mewujudkan satu kuasa kepenggunaan yang bukan sahaja mampu untuk mempengaruhi permintaan dan juga penawaran tetapi dapat juga
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
melahirkan satu bentuk masyarakat yang berkuasa dalam usaha untuk menentukan harga barang dan perkhidmatan dalam pasaran.
Apabila pengguna itu bersatu, kita tahu juga bahawa kita akan lebih berkuasa di pasaran dalam memastikan supaya peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab, yang mahu mengambil kesempatan tidak akan berupaya sama sekali untuk menindas pengguna dengan sewenang-wenangnya. Isu-isu kepenggunaan semasa yang ada pada waktu ini adalah merupakan sesuatu yang amat kompleks dan memerlukan pengetahuan mengenai kepenggunaan yang amat menyeluruh kepada pengguna-pengguna. Ia bukan sekadar isu gores dan menang, isu skim cepat kaya, isu barangan cetak rompak sahaja, malahan juga tanggungjawab sebagai pengguna untuk membuat aduan dan mendapat ganti rugi.
Justeru itu, pengetahuan dan kepenggunaan bukan sahaja menjadikan pilihan tetapi keperluan bagi kita semua agar hak kita sebagai pengguna itu tidak dapat dinafikan dan pengguna sendiri dengan mengetahui hak-hak kepenggunaan akan mempunyai kebolehan untuk melaksanakan perlindungan kendiri ataupun self-protection supaya lebih bersedia untuk menghadapi apa juga isu-isu kepenggunaan yang semakin kompleks dan dinamik ini. Kita juga tahu bahawa pengeluar akan akur dengan kehendak pengguna apabila mereka bersatu dalam satu barisan sebagai satu suara yang besar tetapi persoalannya sekarang, sejauh manakah pengguna-pengguna kita ini berada dalam satu barisan, satu suara yang kuat?
Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, bagaimana dan apakah peranan kementerian untuk menyatupadukan pengguna sebagai satu suara? Berdasarkan kepada statistik yang saya perolehi, kita mempunyai juga Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) yang ditubuhkan sejak dari tahun 2004 dan kalau kita lihat pada tahu 2006 dan 2007, sebanyak 18,345 aduan yang telah pun diterima oleh NCCC ini. Pada tahun lalu sahaja sebanyak 25,000 aduan telah pun diterima oleh pihak NCCC iaitu berlaku peningkatan sebanyak 15% aduan yang telah pun dikemukakan oleh pengguna.
NCCC juga telah menyenaraikan jumlah aduan kepada 23 kategori dengan aduan paling banyak iaitu dalam kategori perumahan seperti yang disebutkan oleh sahabat saya dari Jempol, diikuti dengan jualan langsung, pendidikan tinggi swasta, syarikat pengurusan hartanah, telekomunikasi, produk cacat dan rosak serta jualan murah. Justeru itu, saya inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah pindaan ini yang akan dilaksanakan kelak, melalui akta yang ada, yang akan insya-Allah kita luluskan ini, setakat manakah kementerian akan bertindak hasil daripada perolehan aduan yang telah pun diterima daripada NCCC yang tersebut. Bagaimanakah pula penguatkuasaan kementerian dapat dilaksanakan dengan tugas yang cekap dan pantas dalam usaha untuk melindungi hak kepenggunaan ini.
Satu lagi isu yang menggugat perlindungan pengguna ialah ramai yang telah pun menjadi mangsa terhadap pengiklanan yang sengaja mengelirukan.
Pelbagai dakwaan iklan yang mengelirukan pengguna seperti iklan menurunkan berat badan yang disebutkan oleh wakil dari Pasir Mas tadi. Minuman kesihatan yang boleh menguatkan segala yang diperlukan, untuk meningkatkan tahap kesihatan, memberikan kesegaran dan melipatgandakan lagi tenaga yang ada.
Kita tahu pengguna kita mudah terpengaruh dengan gimik-gimik yang digunakan dalam proses pengiklanan yang sengaja dilakukan ini.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Kebanyakan pengguna telah pun dikelirukan dengan iklan-iklan yang saya sebutkan tadi. Kita pun tahu bahawa pengguna mesti bersifat berwaspada sementara melakukan transaksi membeli serta perlu mengetahui keperluan sebelum membeli. Iklan merupakan cara mempengaruhi pilihan pengguna dengan jenama produk yang dipamerkan. Saya hendak tahu daripada kementerian, apakah tindakan kementerian dari segi pemantauan terhadap penyalahgunaan jenama produk yang sebegini? Bagaimana dan apakah tindakan yang mahu dilakukan oleh kementerian berdasarkan kepada akta yang ada ini untuk melindungi pengguna dan menyedarkan pengguna supaya pengguna tidak mudah terkeliru akibat kesempatan yang diambil atas jenama produk yang saya sebutkan tadi?
Selain daripada itu, saya juga melihat terdapat beberapa elemen asas dalam dakwaan iklan yang mengelirukan ini. Umpamanya, gambaran, pengabaian ataupun amalan pengiklanan yang sengaja mengelirukan pengguna seperti dakwaan harga yang mengelirukan secara lisan dan bertulis, yang palsu tentang produk ataupun perkhidmatan. Gambaran yang salah dari segi pandangan pengguna atau sesuatu sasaran kumpulan, gambaran pengabaian ataupun amalan pengeliruan bahan dan produk serta mengandungi sengaja kelalaian maklumat. Bagaimana akta ini akan dapat benar-benar membela, bukan sahaja melindungi pengguna dari perspektif yang saya nyatakan ini.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa pihak kerajaan, khususnya pihak kementerian sebenarnya menghadapi masalah tentang masalah kesedaran kepenggunaan kepada pengguna. Kita tahu pengguna kurang yakin, kurang mahu mengambil tahu tentang institusi dan juga peranan institusi perlindungan pengguna yang telah pun diwujudkan oleh pihak kementerian yang sebenarnya berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka.
Seperti yang disebutkan oleh Pasir Mas tadi tentang Majlis Hal Ehwal Pengguna di peringkat kebangsaan, di peringkat negeri, di peringkat daerah, Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna, persatuan-persatuan pengguna. Adakah institusi-institusi yang sengaja diwujudkan oleh kementerian ini telah gagal dalam tugasan yang telah pun diamanahkan oleh kementerian untuk melengkapkan hak kepenggunaan itu kepada pengguna?
Apakah tindakan kementerian untuk melihat kembali kepada sama ada gagal ataupun kurang berfungsinya institusi-institusi yang telah pun diwujudkan oleh kementerian yang kononnya dan sepatutnya menjadi sahabat paling rapat kepada pengguna dan yang kononnya dan sepatutnya memberikan kekuatan kepada pengguna supaya pengguna faham tentang hak-hak kepenggunaan yang sepatutnya dipraktikkan oleh mereka dengan menggunakan kemudahan- kemudahan institusi yang telah pun diwujudkan oleh kementerian ini?
Saya juga hendak tahu, apakah usaha kementerian selain daripada menghidupkan kembali tentang tugasan yang telah diperuntukkan oleh kementerian kepada institusi yang saya sebutkan tadi? Apakah peranan kementerian untuk menjadikan pengguna sebagai active member kepada institusi- institusi yang saya nyatakan tadi dan apakah pendekatan dan usaha yang akan dilakukan oleh kementerian untuk menjadikan pengguna sebagai satu penguatkuasaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk terus membahaskan pindaan kepada Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong niat baik Yang Berhormat Menteri untuk mencadangkan pindaan kepada Akta Perlindungan Pengguna ini, terutamanya dengan memberi peruntukan tambahan kepada akta ini iaitu mengadakan ‘Terma tidak adil’ iaitu di Bahagian IIIA. Akan tetapi saya masih mempunyai beberapa pertanyaan yang saya rasa ia akan memperjelaskan lagi berkenaan peruntukan tambahan ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita sentiasa melihat notis-notis seperti begitu, dengan izin ‘Park at own risk’ ataupun kalau kita pergi ke hotel, kita boleh membaca kenyataan notis dengan izin ‘The management is not responsible for any loss suffered by guest on their belongings’. Contohnya kalau kita pergi ke taman tema air di mana mereka menyediakan peti simpanan, juga mempunyai tanda-tanda mengecualikan dan mengehadkan liabiliti operator-operator atau pemilik premis terhadap sebarang kehilangan, kecurian atau kerosakan apabila harta benda individu atau pelanggan mereka diletakkan di situ.
Saya ambil contoh ‘Park at own risk’. Pada tahun lalu kita membaca laporan media menyatakan bahawa dengan izin, “Park at own risk sign no shield from liability”. Kes dibawa ke Mahkamah Majistret di mana mahkamah membenarkan tuntutan pemilik kenderaan di mana barangan dalam kenderaannya telah dicuri apabila kenderaannya diletakkan dalam satu car park, dengan izin.
Operator car park itu perlu membayar kerugian barangan yang telah dicuri daripada kenderaan penuntut ataupun plaintif ini.
Akan tetapi soalan yang timbul Tuan Yang di-Pertua, dengan memperuntukkan dengan izin, kalau kita meneliti fasal 24D di mana cadangan pindaan ini memperuntukkan ketidakadilan am yang substantif di mana ia memperuntukkan kontrak atau terma kontrak adalah dikatakan tidak adil secara substantif jika kontrak atau terma kontrak itu tidak memperuntukkan atau mengehadkan liabiliti bagi kecuaian. Dalam situasi apabila berlaku kehilangan kenderaan, apakah fasal ini akan terpakai?
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya beri contoh adalah kehilangan barangan dalam kenderaan yang diletakkan di tempat meletak kereta. Kes ini difailkan ke Mahkamah Majistret. Akan tetapi dengan peruntukan ini, kalau sebuah kenderaan hilang di pusat membeli belah di mana pemiliknya membuat bayaran untuk meletakkan kenderaan tersebut, apakah mereka boleh mendapat perlindungan di bawah peruntukan yang baru ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai kes yang baru berlaku pada bulan lalu di mana pemilik kenderaan meletak kenderaannya di pusat membeli belah, membuat bayaran meletak kenderaan dan selepas membeli belah (shopping), kenderaannya hilang. Pusat membeli belah mengatakan, “Park at own risk” – ada notis. Dengan begitu pantasnya menolak segala liabiliti dengan menyatakan, “Dengan notis ini kami tidak bertanggungjawab dan pemilik boleh menuntut sahaja daripada pihak insurans”. Apakah dengan peruntukan tambahan ini ia akan memberi jaminan kepada pemilik kenderaan bahawa mereka boleh membuat tuntutan terhadap pembekal perkhidmatan atau operator meletakkan kenderaan ini?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya merasakan perkara ini amat penting kerana bukan sahaja operator meletak kenderaan tetapi juga hotel. Saya ada satu kes tambahan Tuan Yang di- Pertua, iaitu di taman tema air. Apabila buat bayaran di peti simpanan dengan memberikan token RM20, masukkan dalam peti simpanan dan selepas itu meletakkan password sendiri, selepas bermain di taman tema air dan keluar ambil barangan, barangan hilang. Pihak operator theme park kata apa? Dia kata, “Oh, ini ada notis. Meletakkan barangan di sini pihak pengurusan tidak akan tanggungjawab”.
Saya ada menghubungi pihak tribunal consumer. Saya tanya kalau kes ini boleh di bawa kepada tribunal consumer. Pihak di sebelah sana menjawab, “Kami akan hanya membayar kerugian RM20 sahaja. Kandungan dalam peti itu kami tidak tahu ada apa. Itu kes polis.” Apakah dengan notis-notis sedemikian mengehadkan liabiliti operator ini? Tidak akan terpakai lagi dengan peruntukan ini?
Itu perkara yang pertama. Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai peruntukan tambahan 24I, ‘Pelanggaran Bahagian IIIA adalah satu kesalahan’. Apakah selepas diluluskan pindaan ini, mana-mana operator meletakkan ataupun mengadakan terma yang tidak adil ini, mengehadkan liabiliti, sebagai contoh ‘Park at own risk’ ini mereka boleh diambil tindakan? Di bawah fasal ini di mana ia memperuntukkan kalau ia satu pertubuhan perbadanan ia boleh didenda tidak melebihi RM250,000 dan bagi kesalahan yang kedua ataupun berikutan tidak melebihi RM500,000.
Bagi bukan satu pertubuhan perbadanan di mana didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi tiga tahun.
Apakah selepas kelulusan pindaan ini pihak kementerian akan mengadakan satu pemantauan atau mengarahkan pihak-pihak pembekal perkhidmatan ini untuk menghentikan atau menurunkan papan tanda sedemikian?
Pada bacaan saya, nampaknya ia akan menjadikan sebagai satu pelanggaran atau satu kesalahan di bawah peruntukan tambahan ini. Ini adalah perkara yang kedua, Tuan Yang di-Pertua.
Perkara yang ketiga, tadi saya menyatakan bahawa pihak kementerian mempunyai niat baik melindungi consumer tetapi pada masa yang sama saya rasa sering kali consumerlah yang sentiasa menjadi mangsa apabila ia melibatkan syarikat atau korporat besar yang memonopoli pasarannya. Saya beri contoh PLUS, Tuan Yang di-Pertua. Apabila ia gagal memberi perkhidmatan yang sepatutnya – perjalanan yang lancar, cepat sampai ke destinasi mereka dan oleh kerana kekurangan atau kesesakan laluan itu, ia mengakibatkan perkhidmatan yang sepatutnya diberikan itu tidak dapat diberikan, ke mana consumer boleh pergi, Tuan Yang di-Pertua? Ini monopoli. Di mana perlindungan kepada consumer?
TNB (Tenaga Nasional Berhad) – apabila bekalan elektrik sentiasa terputus, mereka tidak memperoleh perkhidmatan yang sewajarnya yang dijanjikan dengan bayaran yang diberi, ke mana mereka boleh pergi?
Perkara ketiga ialah berkenaan – saya nampak peruntukan dalam pindaan ini tidak memberi satu exit clause. Di mana apabila pihak yang melibatkan diri atau menjadi salah satu pihak dalam satu perjanjian dan mereka mendapati terma itu adalah tidak adil dan perkhidmatan tidak berjaya diberi seperti yang dijanjikan, tiada exit clause diberi. Mengapakah tiada peruntukan yang sedemikian dalam rang undang-undang ini?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya beri contoh, Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita membuat satu perjanjian dengan satu syarikat telekomunikasi berkenaan akses internet, apabila ada kelemahan atau selalu ada gangguan internet contohnya tetapi mereka tidak boleh menamatkan perjanjian itu. Mengapa? Ini kerana mereka telah terikat dengan klausa menyatakan jika langganan ini ditamatkan dalam tempoh tertentu mereka kena bayar balik ganti rugi kepada pembekal perkhidmatan. Jadi mungkin dalam aspek ini pihak kementerian boleh menjelaskan di mana perlindungan pengguna? Dalam situasi yang sedemikian.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin balik kepada satu perkara berkenaan maaf ya tadi saya tertinggal park at your own risk. Saya meneliti akta ibu Akta Perlindungan Pengguna di mana ia ada memperuntukkan seksyen 19 memperuntukkan di mana pihak Menteri boleh menetapkan standard keselamatan berkenaan apa barangan atau perkhidmatan yang diberikan. Apakah dengan meluluskan rang undang-undang ini pihak kementerian akan menetapkan satu standard tertentu berkenaan keselamatan yang patut dibekalkan oleh operator kenderaan sebagai contohnya.
Saya juga ingin menanya pihak kementerian berkenaan mengapa perlu mengadakan satu Jawatankuasa Pengiklanan, di mana ahli jawatankuasanya saya meneliti ia adalah merangkumi Ketua Setiausaha Kementerian tidak kurang tujuh orang tidak lebih 13 orang? Mereka akan dibayar elaun pada hal kita telah punyai Majlis Penasihat Pengguna Negara, di mana tanggungjawab fungsinya mereka begitu luas yang boleh merangkumi fungsi yang patut dijalankan oleh Jawatankuasa Pengiklanan ini yang mana dalam akta ibu Majlis Penasihat Pengguna Negara salah seorang ahlinya adalah Ketua Setiausaha Kementerian juga dan mempunyai ahli-ahli tidak lebih daripada 16 orang.
Kalau pihak kementerian kata, “Oh yang ini adalah untuk menjaga kepentingan pengguna sahaja, yang Majlis Penasihat Pengguna itu anggotanya meliputi pengguna, pengilang, pembekal, pertubuhan.” Akan tetapi kalau saya meneliti akta ibu ini bawah seksyen tertentu iaitu ada memperuntukkan bahawa pihak kementerian boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mesyuarat kalau memerlukan kepakaran itu, seksyen 82. Jadi mengapa menubuhkan satu jawatankuasa yang lain? Apakah ia akan mengakibatkan overlapping, fungsi-fungsi?
Ini kerana fungsi Majlis ini sangat luas. Kalau Yang Berhormat meneliti fungsinya adalah untuk menasihati berkenaan isu-isu pengguna pelaksanaan akta ini, penggalakan perlindungan pengguna dan kesedaran dalam hal ehwal pengguna dan lain perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri. Jadi kalau berkenaan isu pengiklanan ini boleh dirangkumi dalam Majlis ini juga mengapa adakan satu lagi Jawatankuasa Pengiklanan?
Saya juga ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan transaksi internet. Kita era IT bagaimana dengan diluluskan pindaan ini ia boleh memberi perlindungan yang lebih sempurna kepada konsumer yang mengadakan urusan jual beli menerusi internet? Saya rasa satu perkara pihak kementerian yang perlu ambil perhatian adalah berkenaan syarikat-syarikat yang tidak daftar.
Tuan Yang di-Pertua saya pernah membawa pengadu yang buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna. Banyak itu cabutan hadiah. Mereka diminta untuk terlebih dahulu buat carian maklumat syarikat baru isi borang. Bayar RM5 lepas itu pengguna sendiri akan mengirimkan secara berdaftar kepada pihak yang mereka menuntutnya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Bagaimana dengan syarikat-syarikat yang tidak berdaftar? Ini kerana saya pernah bangkitkan hal ini dalam Dewan yang mulia ini. Ada syarikat-syarikat yang tidak berdaftar mereka menjalankan operasi jualan barangan di mana mereka pergi ke kawasan-kawasan luar bandar. Mereka menyewa rumah kedai beroperasi selama dua, tiga bulan lepas itu mereka berpindah. Apa yang dijanjikan ialah di mana penduduk mereka yang pergi mendengar taklimat berkenaan barangan mereka itu akan diberi satu gift dengan erti kata dalam bahasa Inggeris satu gift di mana mereka kena masuk dalam.
Contohnya diberi satu bakul, hari ini bagi bakul esok bagi Maggie mee lepas itu hari yang akan datang diberi barangan yang lain yang tidak bernilai di mana ramai penduduk pergi mendengar taklimat barangan itu. Lepas itu mereka terpedaya membeli barangan itu. Apabila barangan itu tidak seperti yang dijanjikan akan memberi manfaat kepada mereka, mereka tidak boleh mencari syarikat itu sebab syarikat itu tidak berdaftar. Jadi operasi sedemikian masih berjalan walaupun perkara ini telah saya bangkitkan dalam Dewan ini beberapa tahun yang lalu. Mereka beroperasi dari kampung ke kampung dua, tiga bulan lepas itu mereka pindah ke tempat yang lain.
Apa yang mengejutkan adalah ramai penduduk mereka menunggu di pintu masuk kedai itu untuk memastikan mereka mempunyai tempat masuk untuk mendengar taklimat sebab mereka akan dapat gift atau hadiah kerana menyertakan diri mendengar taklimat itu. Jadi saya pohon pihak kementerian boleh menjawab perkara yang saya telah bangkitkan tadi. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ucapkan terima kasih kerana dapat berbahas pindaan kepada Akta Perlindungan Pengguna. Secara umumnya saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap pindaan tersebut yang telah dibawa oleh Menteri untuk mempertingkatkan dan memperluaskan lagi perlindungan kepada pengguna.
Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu dibangkitkan susulan daripada ucapan tadi yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Saya ingin menambah sedikit tentang soal kontrak yang tidak adil, ketidakadilan dan dari segi tatacara kontrak-kontrak yang telah dimeterai oleh pelanggan dan juga pembekal.
Perkara ini telah menjadi satu masalah besar bagi pengguna di Malaysia.
Di mana oleh kerana fine print ataupun dengan izin, small print ramai yang terkeliru dengan apa yang telah ataupun perkhidmatan yang telah ditawarkan.
Mereka sebenarnya tidak tahu hak mereka apabila memeterai ataupun menandatangani kontrak-kontrak dan perjanjian tersebut. Jadi dengan pindaan tersebut saya melihat ada usaha yang serius dan menyeluruh daripada pihak kementerian untuk memastikan bahawa contohnya di United Kingdom ada unfair terms in consumer contract relations. Seperti mana yang ada di perundangan mereka yang selama ini tidak ada dalam perundangan ini yang telah digubal pada tahun 1999.
Akan tetapi oleh kerana kita perlu kepada penjelasan yang lebih teliti lagi.
Saya ambil beberapa contoh yang telah diketengahkan oleh beberapa pengguna yang telah buat aduan mengenai kontrak-kontrak yang tidak adil dan berat sebelah dan mempunyai merangkumi fine print yang sama ada jelas ataupun tidak jelas
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
yang menjejaskan hak mereka. Contohnya dan apabila saya sebut apa nama syarikat ini barangkali syarikat ini mungkin telah mengubah ataupun buat perubahan kepada fine print tersebut setelah dibuat aduan tetapi, saya hendak ambil tiga contoh ini persoalkan kepada kementerian sama ada dengan adanya pindaan tersebut maka tindakan boleh diambil terhadap kes-kes tertentu.
Pertamanya mengenai pelanggan yang ada credit card dengan izin, sebab semua kontrak ini ditulis dalam bahasa Inggeris; “The card member hereby agreed that without prejudices the bank rights and anytime. The bank is entitle and absolute discretion and with or without giving prime notice to the card member to the strict limit increased or reduced the card limit or we hold credit or otherwise terminate to use of the card not with standing card account maybe incurrent and without default any due payments”.
Maksudnya bank tersebut iaitu Hong Kong Bank Malaysia Berhad dalam fine prime telah utuskan ataupun telah meletakkan syarat. Bahawa bank mempunyai hak pada bila-bila masa untuk mengubah kredit limit, untuk mengubah apa sahaja terma dan syarat penggunaan kad tersebut, tanpa diberi apa-apa notis kepada pemegang kad dan tanpa ada apa-apa kelewatan dalam pembayaran kad kredit tersebut. Itu yang pertama.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Kedua contoh yang saya dapati daripada Malaysian Building Society Berhad, MBSB may at any time and without any way affecting the security hereby created… “vary the terms and conditions therein contained in such manner and at as such time(s) (as MBSB shall in its absolute discretion thinks fit) and the Borrower(s) and the Purchaser(s) hereby expressly consent(s) to any such variation of the terms and conditions as may be affected or determined by MBSB pursuant to the provision of this Claus.” Maksudnya dalam kes ini juga, dalam kes pinjaman, peminjam itu tidak diberi apa-apa notis kepada apa sahaja perubahan kepada terma pinjaman dan kalau menteri betul-betul meneliti apa yang ditulis ini, ini sebenarnya adalah perubahan kepada asas pinjaman yang boleh dibuat pada bila-bila waktu dan bila- bila masa.
Terakhir adalah contoh daripada Syarikat Retail Courts Mammoth Berhad ini yang ditandatangani oleh pembeli atau pengguna, “…should I within (10) weeks of the date set out below fail to provide you with all such information and or documentation as may be requested by you for the purposes of considering my request, or fail in lieu thereof to make full payment of the purchase price of the balance thereof in cash, I shall be deemed to have cancelled my order and to have to renounced the contract for the purchase of the goods as set out in the invoice,…” itu tidak mengapa tetapi “…in which case you shall be entitled to forfeit any or all installments paid”.
Maksudnya dalam kes-kes tersebut bukan sahaja apa yang dimeterai itu tidak adil kepada pengguna tetapi memberi kuasa yang mutlak kepada pembekal, kepada penjual untuk mengubah terma kontrak dan juga untuk memastikan bahawa akhirnya mereka untung dari segi apa sahaja yang telah dibayar ataupun dari segi terma-terma yang telah ditetapkan dalam kes pinjaman ataupun dalam kes kredit kad.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Jadi soalan di sini adalah sama ada dengan pindaan tersebut kes-kes tersebut dapat ditangani dengan berkesan untuk memastikan bahawa segala terma-terma kontrak yang tidak adil ini dapat sama ada dihapuskan atau dapat dibuat sesuatu oleh kementerian dengan akta terbaru ini untuk memastikan sekiranya ada apa-apa aduan daripada pengguna mengenai terma-terma kontrak yang tidak adil ini, satu tindakan tegas boleh diambil terhadap syarikat-syarikat ataupun pembekal-pembekal yang telah menyediakan kontrak, itu yang pertama.
Kedua adalah soal budaya kita di Malaysia. Saya sambut baik apa yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan di Dewan ini yang menyebut tentang kempen kesedaran. Banyak kita bincang tentang kempen kesedaran dan ini sebenarnya merumitkan sebab saya tengok dari Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional atau NCCC, sebenarnya aduan tentang pengguna ini dia tidak turun. Bagaimana kita buat macam mana kempen, berbagai-bagai kempen yang kita buat kesedaran pengguna tetapi aduan dan juga nilai kerugian yang datang daripada penipuan itu tidak turun dan ia makin meningkat.
Peningkatan ini sudah tentunya oleh kerana ekonomi kita berkembang dengan begitu pesat, lebih banyak lagi pengguna, lebih tinggi lagi pendapatan rakyat Malaysia dan sebagainya tetapi malangnya gullibility ataupun kecenderungan rakyat Malaysia untuk percaya kepada segala jenis skim penjualan yang sebenarnya menipu mereka itu meningkat dengan peningkatan pendapatan yang sedia ada. Contohnya pada tahun 2009, 32,369 aduan di NCCC berjumlah RM210 juta dalam kerugian dari segi Ringgit Malaysia. Ini adalah peningkatan sebanyak 16% daripada tahun 2008 di mana hanya 28,080 aduan, RM170 juta dari segi nilai kerosakan. Akan tetapi yang saya tertarik di sini adalah kalau kita lihat laporan tahunan daripada NCCC bagi tahun lepas 2009 bukan sahaja nilai itu meningkat dari segi nilai kerugian daripada aduan ataupun aduan itu sendiri meningkat tetapi kalau kita tengok dari segi laporan tahunan kebertanggungjawaban syarikat-syarikat swasta ataupun pembekal-pembekal perkhidmatan dan juga barang-barang yang telah dijual kepada pengguna ini adalah pada tahap yang begitu rendah sekali.
Jadi kempen kesedaran ini bukan hanya terhad kepada pengguna tetapi kempen kesedaran ini dengan force of law yang telah diperkenalkan melalui pindaan kepada akta ini perlu betul-betul diuar-uarkan dan dikuatkuasakan kepada syarikat-syarikat terutamanya yang terlibat dalam kes-kes penipuan ini. Ini sebab angka yang hendak saya bangkitkan di sini yang mengelirukan ataupun merisaukan adalah contohnya yang pertama, 80% daripada business yang telah disurvey, yang telah dimasukkan dalam survey oleh Laporan Tahunan NCCC ini tidak respons kepada aduan daripada pelanggan, 80% of business don’t respond to consumer complain, dengan izin.
Maksudnya pelanggan tidak ada ataupun pengguna tidak ada pilihan melainkan pergi terus kepada kementerian ataupun kepada NCCC ataupun FOMCA, Consumer Association of Penang atau apa sahaja NGO yang terlibat dalam pengguna untuk memastikan bahawa aduan mereka dapat diberi perhatian.
Maksudnya apabila dibuat aduan 80% dan ini bukan hanya syarikat kecil yang tidak ada consumer complaints department tetapi ini melibatkan syarikat besar juga yang ada consumer complaint department dan sebagainya. Namun apabila aduan telah dibuat kepada NCCC oleh kerana 80% daripada business tidak respons kepada aduan, 65% daripada business tersebut, syarikat-syarikat tersebut, pengusaha-pengusaha tersebut tidak respond kepada peringatan pertama daripada NCCC. Maksudnya apabila terima aduan kali kedua daripada NCCC, kali pertama daripada pengguna itu sendiri tetapi kali kedua dapat
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
daripada NCCC, peringatan pertama itu 65% tidak ambil tahu atau ambil kisah tentang aduan yang telah dibuat oleh NCCC.
Maksudnya tahap kebertanggungjawaban daripada pengusaha dan syarikat amat rendah sekali dan apakah jaminan dengan pindaan kepada akta tersebut maka kita dapat melihat peningkatan dari segi responsiveness daripada syarikat-syarikat tersebut. Ini juga satu angka yang ketara, hanya 50% daripada syarikat-syarikat dan pengusaha-pengusaha tahu tentang legal liabilities yang berhubung kait dengan transaksi mereka. Maksudnya separuh daripada syarikat- syarikat yang terlibat dalam survey yang dijalankan oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ini tidak tahu langsung tentang liabiliti undang-undang mereka yang berhubung-kait dengan transaksi yang telah dibuat yang melibatkan pengguna.
Ini jelas menunjukkan bahawa selain daripada pindaan ini yang mana kita sokong semua sebagai satu usaha baik untuk memastikan bahawa kita dapat memperluaskan lagi perlindungan kepada pengguna, sebenarnya kesedaran itu masih lagi absence, masih lagi tidak ada, tidak wujud secara menyeluruh di kalangan pengguna dan di kalangan syarikat-syarikat dan pengusaha-pengusaha yang masih lagi mengambil kesempatan atas gullibility, dengan izin, rakyat Malaysia yang cepat percaya kepada apa yang ditawarkan.
Saya bagi contoh kepada menteri apabila saya pergi ke kedai telekomunikasi untuk menjelaskan bil telefon bimbit saya, saya sering kali mendengar salesman ataupun para penjual daripada syarikat telekomunikasi tersebut menerangkan pakej-pakej yang ada kepada pengguna ataupun penjual.
Kadangkalanya saya melihat dan saya rasa kesian sebab pengguna atau penjual itu dia sebenarnya tidak tahu apa yang ditawarkan dan sering kali saya mendengar jurujual itu hanya menawarkan satu pakej sahaja dan dia buat andaian bahawa oleh kerana yang hendak buka akaun baru itu adalah seorang yang datang macam seorang mak cik datang daripada luar bandar, dia akan menawarkan sesuatu produk sahaja tanpa memberi alternatif dan ada dua tiga kali yang saya telah mencelah dan menjelaskan kepada pelanggan bahawa sebenarnya ada alternatif-alternatif dan opsyen-opsyen yang lain.
Sebenarnya banyak perkara ini yang saya rasa susah untuk dikuatkuasakan sebab amat sukar saya rasa dan tidak adil sekiranya kita minta kementerian untuk menguatkuasakan di setiap outlet dan setiap point pemasaran dan penjualan kepada setiap perkhidmatan. Oleh sebab itu amat penting untuk kita menggunakan media sama ada elektronik, cetak dan juga badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dalam hal ehwal pengguna untuk memastikan bahawa hak-hak pengguna dan juga segala saluran aduan itu jelas untuk mereka bawa complain dan juga aduan mereka kepada muka keadilan.
Dalam hal ini juga saya oleh kerana perkara ini saya rasa berkait dengan pindaan tersebut, saya hendak minta penjelasan daripada menteri berapakah amaun ataupun jumlah bantuan geran ataupun pinjaman yang diberi oleh kementerian kepada NGO-NGO yang terlibat dalam hal ehwal pengguna sebab saya puji semua langkah yang dibuat oleh kementerian dan juga menteri untuk meningkatkan kesedaran daripada pihak kerajaan tetapi kita juga jangan nafikan peranan yang dimainkan oleh NGO macam FOMCA, CAP dan lain-lain persatuan yang terlibat dalam pengguna.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Mereka ini sering kali turun ke padang, baru-baru ini FOMCA datang ke kawasan saya di Rembau untuk buat Kempen Kesedaran dan saya harap dapat
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
diberi lebih perhatian kepada NGO-NGO tersebut. Saya harap geran selama ini apabila diperjelaskan nanti oleh Menteri dapat ditingkatkan untuk masa yang akan datang supaya kesedaran itu dapat ditingkatkan. Dua perkara lagi yang saya hendak bangkitkan ialah yang pertamanya adalah berhubung kait dengan penjualan Karnival Jualan Murah. Karnival Jualan Murah ini adalah salah satu lagi peluang dan platform di mana rakyat Malaysia yang pergi ke karnival itu ditipu.
Perkara ini tiap-tiap tahun berlaku, di mana saya lihat pemantauan dan penguatkuasaan sedikit lemah yang mana banyak kedai dan juga pengusaha- pengusaha yang tidak bertanggungjawab masih lagi mengiklankan di kedai-kedai mereka dan pusat-pusat membeli belah. Potongan harga sebanyak 80%, 70% yang sebenarnya tidak mencerminkan potongan harga yang sebenar.
Saya percaya Menteri pun tahu kes-kes tersebut di mana sebenarnya produk itu harganya murah tetapi oleh kerana mengambil kesempatan daripada karnival jualan murah dan sebagainya, mereka sengaja naikkan harga ataupun mereka buat sign potongan harga, tetapi sebenarnya harga yang dijual itulah sebenarnya nilai pasaran yang sebenar bagi produk-produk tersebut. Perkara ini masih lagi berleluasa terutamanya di kawasan-kawasan pinggir bandar, di mana ada hypermarket, di mana ada pusat-pusat beli-belah, di mana mungkin penguatkuasaan itu sedikit relaks dan tidak menyeluruh, di mana pengguna rasa mereka dapat satu diskaun yang besar tetapi akhirnya mereka tidak tahu, ditipu kerana kualiti barang itu sebenarnya kualiti barang yang patut dijual pada harga yang kononnya didiskaun sebanyak 70% hingga 80%.
Jadi saya hendak tahu sejauh mana pindaan ini juga dapat melihat kepada usaha untuk membantu pengguna daripada terus ditipu dalam kempen Karnival Jualan Mega dan sebagainya. Kita tidak bantah kempen Karnival Jualan Mega, sebab ini adalah salah satu usaha untuk merancakkan penjualan dan pembelian dan kuasa beli tempatan tetapi, akhirnya sekiranya masih lagi ada banyak syarikat dan pengusaha-pengusaha kedai yang menyalahgunakan kempen tersebut, maka oleh sebab itu saya harap dapat diberi satu penelitian oleh kementerian.
Akhir sekali saya hendak sentuh tentang tribunal pengguna yang telah dibangkitkan tadi. Pada ketika ini saya melihat usaha oleh tribunal ini, saya melihat begitu positif sebab kes-kes yang telah diselesaikan, saya melihat meningkat sampai tahap 87% pada tahun yang lepas.
Saya melihat tribunal dan pihak kementerian usahakan supaya birokrasi dapat dikurangkan di tribunal tersebut untuk memastikan bahawa mudah bagi pelanggan dan juga pengguna-pengguna buat aduan terhadap tribunal. Cuma saya ingin syorkan kepada kementerian, pada ketika ini saya difahamkan bahawa tribunal tersebut beroperasi melalui 15 cawangan serta lapan cawangan kecil di seluruh negara tetapi, memandangkan bilangan aduan ini dan kes-kes penipuan ini sedang meningkat. Saya mohon kepada kementerian dan syorkan kepada kementerian untuk memperbanyakkan lagi cawangan tribunal ini untuk memastikan, bahawa pengguna di seluruh pelosok tanah air bukan hanya di kawasan-kawasan bandar dan tumpuan penjual-penjual ini dapat akses yang mudah untuk buat aduan mereka dan bawa aduan mereka kepada muka pengadilan supaya dapat penyelesaian yang baik.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada kementerian dan tahniah atas pindaan ini yang saya rasa disambut baik oleh pengguna dan juga NGO- NGO. Saya harap segala kelemahan yang telah saya bangkitkan tadi dapat ditangani oleh kementerian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya bangun untuk menyokong akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999, tetapi saya ingin menegaskan di sini bahawa pindaan-pindaan ini adalah tidak mencukupi oleh kerana kalau kita tengok daripada bahagian baru XIA ini iaitu Jawatankuasa Pengiklanan, “Menteri boleh menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengiklanan yang hendaklah mempunyai fungsi-fungsi yang berikut:
(a) untuk menasihati Menteri dalam mana-mana aspek berhubung dengan pengiklanan, termasuk iklan-iklan yang bertentangan dengan Bahagian II Akta ini;
(b) untuk meneliti aduan berhubung dengan iklan;
(c) untuk mengeluarkan atau menerbitkan maklumat berkaitan sifat dan ciri-ciri barang-barang atau perkhidmatan yang mana mungkin menjejaskan hak atau menyebabkan kerosakan kepada pengguna.” Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini tidak berapa berkesan kerana ini adalah satu contoh yang mana, “to close the stable door after the horse has bolted”, dengan izin. Apa yang telah berlaku? Dapat pengaduan barulah hendak ambil tindakan, tidak guna. Kita mesti ada satu jawatankuasa sebelum apa-apa pengiklanan akan diterbitkan dalam surat khabar atau internet, syarikat-syarikat tersebut mestilah mendapat kelulusan daripada kementerian terlebih dahulu ataupun Jawatankuasa Pengiklanan ini. Bukannya jawatankuasa ini untuk dapat kompelin, pengaduan, selepas pengguna-pengguna telah ditipu oleh syarikat- syarikat. Itu yang penting.
Kedua, saya tengok di sini tidak berapa boleh mempertahankan hak-hak pengguna juga, seperti apa yang disebutkan oleh rakan-rakan saya di sini bahawa skim cepat kaya, apa perlindungan untuk pengguna-pengguna? Skim cepat kaya ini seperti deposit taking, dikawal oleh Bank Negara, tapi skim cepat kaya ini ada banyak maksudnya.
Seperti penjualan tiket ataupun perkhidmatan in advance, sebelum mereka dapat perkhidmatan, kita telah bayar, seperti kita membeli tiket online AirAsia, banyak pelanggan yang beli tiket lima bulan, enam bulan, tujuh bulan dan setahun sebelum mereka menggunakan tiket tersebut. Apa yang saya khuatirnya ialah, kalaulah syarikat seperti AirAsia ini gulung tikar yang kita sedia maklum, Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum low cost carrier ini telah gulung tikar di banyak negara seperti di USA yang ada kawalan yang baik, mereka tetap gulung tikar, bankrap. Di India, tiga empat syarikat sudah bankrap. Baru-baru ini di Hong Kong Oasis bankrap, tetapi di negara kita, AirAsia. Wah, dapat profit RM250 juta tapi dapat kemudahan tax allowance, apa ini? Apa yang saya khuatir dan saya telah beri maklum kepada Menteri, pada sesi yang lepas. Apakah tindakan yang diambil oleh kementerian? Dan saya dapat jaminan bahawa kementerian akan ambil tindakan tetapi saya tidak nampak, masih juga jual tiket tiga bulan, lima bulan, enam bulan, sembilan bulan.
Saya khuatir semasa syarikat yang sedemikian gulung tikar, apakah perlindungan yang mereka dapat daripada kementerian? Ini bukan RM10,000, RM20,000. Jumlahnya kemungkinan beratus-ratus juta ringgit. Pada masa itu saya
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
takut kerajaan kena buat satu bailout pula, guna wang rakyat untuk bailout syarikat awam ini. Ini bukan GLC, itu satu contoh. Satu lagi, seperti MalaysiaKini, syarikat news portal yang menerbitkan pelbagai fitnah, jadi mull-peace kepada pihak tertentu.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Jadi satu propaganda missionary, bukan mengeluarkan news. Sekarang mereka mengeluarkan apa? Oh, kalau kita hendak bayar yuran untuk bukan setahun. Dulu setahun, sekarang ini kalau tiga tahun, katalah RM100, katalah setahun. Jadi tiga tahun, RM300. Sekarang ini kata special offer, mungkin separuh, RM150. Ini bukan special offer. Berani saya kata, kebanyakan puak- puak ini, syarikat-syarikat yang sedemikian ini ada masalah kewangan. Kalau tidak, mereka tidak akan keluar special offer ini semua ini. Dulu tidak ada special offer. Sekarang ini dia punya member ataupun pengguna orang awam ini sudah jatuh. Orang sudah hilang keyakinan mereka terhadap seperti MalaysiaKini ini.
Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk melindung, mempertahankan hak-hak pengguna? Ini juga satu matter yang serius. Saya rasa lebih tepat, apa-apa pengiklanan yang akan dikeluarkan ataupun offer yang akan diiklankan dalam surat khabar atau melalui internet, kementerian mesti minta bank accountnya sama ada mereka ada wang yang mencukupi ataupun telah hendak bankrapkah ataupun bakinya telah amat rendah. Itu yang penting. Kita kena ambil tindakan sebelum mereka ada masalah. Bila mereka ada masalah, siapa yang ada masalah? Masalah ini akan disampaikan kepada siapa? Kepada pengguna-pengguna. Seperti AirAsia. Berani saya katakan di sini, kalaulah kementerian tidak kawal penjualan ticket in advance ini, nanti suatu hari, bukan kemungkinan, akan menjadikan masalah kepada negara.
Oleh kerana beribu-ribu pelanggan atau pengguna-pengguna, hak mereka akan dijejaskan. Apakah kementerian telah ambil tindakan terhadap kategori ini sejak skim cepat kaya ini. Dia sama juga. Skim cepat kaya ini, mereka tipu. Akan tetapi ini, mereka juga buat satu iklan untuk mengelirukan pengguna supaya orang awam ini ingat murah. Oleh kerana pengguna-pengguna ini dia kaliber, kita kena terima dan kementerian untuk menjaga hak-hak mereka. Mereka mesti ingat, “Oh, kita dapat murah. Tidak apa, kita beli dahulu”. Yang penting itu, masa sampai untuk delivery, sama ada mereka akan dapat perkhidmatan ataupun barang- barangan yang mereka telah order atau mereka beli in advance ini.
Ini yang amat penting. Jangan keluar yang begini. Pindaan ini tidak guna.
Hendak kawal iklan yang dapat aduan sahaja. Buat apa? Bila mereka buat apa- apa aduan, mereka telah suffer damage dengan izin. Yang penting kita buat satu pindaan akta untuk mengawal supaya pengguna-pengguna ini tidak boleh ditipu oleh mana-mana syarikat seperti AirAsiakah, MalaysiaKinikah atau mana-mana syarikat dalam negara kita. Itu yang penting. Don’t close the stable door when the horses bolted. Before the horses bolted, kita mesti tutup pintu itu. Saya harap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil berat perkara ini.
Kita kena mengambil preventive action dengan izin. Bukannya selepas benda yang berlaku. Bila masalah begini berlaku, siapa yang kena mengeluarkan wang untuk melindung hak-hak pengguna? Wang rakyat. Bukan wang kerajaan, bukan wang BN. Wang rakyat yang digunakan. Kalaulah kita akan gunakan wang rakyat untuk bail out. Bukan untuk menjaga hak-hak pengguna. Itu untuk bail out.
Tidak guna.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
So, kita mesti ada satu prinsip yang pokoknya untuk menjaga hak-hak pengguna. Itu yang saya minta kerajaan, kementerian mengambil kira dari forefront of their mind bila buat apa-apa pindaan mengenai dengan consumer protection ini ataupun Akta Perlindungan Pengguna. Banyak negara mereka mengambil tindakan preventive measure bukannya selepas apa yang berlaku.
Dalam Dewan ini, berapa kali kita sebut hal-hal mengenai dengan penjualan ticket in advance ataupun deposit takings. Sebagai deposit takings. Ini sama.
Penjualan ticket in advance oleh AirAsia ini seperti deposit takings. Penjualan yuran untuk MalaysiaKini sama juga seperti deposit takings sebab mereka menjual benda yang belum ada. In advance dan kita tidak tahu. Sebulan lagikah, enam bulan lagikah, setahun lagikah, mungkin mereka gulung tikar.
Apakah itu syarat-syarat yang boleh memberi perlindungan kepada pengguna-pengguna. Saya harap kementerian mengambil berat perkara ini. Apa- apa pindaan pun tidak guna kalaulah hak-hak pengguna telah dirosakkan, telah dijejaskan, baru mereka buat aduan. Saya harap kementerian boleh beri jawapan, memberi penjelasan apakah tindakan telah diambil terhadap penjualan tiket AirAsia ini, in advance ini. Satu.
Yang kedua, seperti news portal, MalaysiaKini ini. Kita sentiasa tahu pelbagai fitnah dikeluarkan. Di putar belit, di slant, sumber mereka keluarkan news, memetik sumber. Sumber dari mana? Habis sumber ini, memetik lagi sumber lagi. Sumber itu salah, sumber lagi dan juga yang saman, tidak guna saman sebab mereka ini jadi mouth piece untuk pihak tertentu. Mouth piece pihak tertentu. Dia putar belit dan keyakinan telah hilang kepada orang awam. So, yuran mereka jatuh, so mereka kasi offer. Saya minta pihak kementerian boleh mengambil tindakan ataupun membuat pindaan baru bahawa mana-mana syarikat yang membuat special offer, mereka mesti mendapat kelulusan dahulu.
Seperti jualan murah, mereka mesti meminta permit untuk membuat apa- apa pengiklanan. Sama juga apa-apa offer, mereka hendak mengurangkan mereka punya yuran, mereka hendak beri special offer untuk membeli ticket yang murah, mereka mesti meminta permit daripada pihak kementerian. Salah satu syarat mereka mesti memberikan kepada kementerian statement of account di dalam bank-bank mereka. Menunjukkan mereka, bank-bank account mereka ini adalah sihat bukannya over draft berjuta-juta ringgit ataupun beribu-ribu ringgit.
Kalaulah mereka dalam keadaan yang over draft, itu bermakna bahawa mereka ini dalam masalah kewangan dan kementerian boleh lagi mengawal. Boleh kontrol lagi. Jadi boleh more careful dengan izin, apabila memberi apa-apa kelulusan kepada syarikat yang sedemikian. Saya minta Yang Berhormat Menteri boleh beri satu penjelasan yang baik.
Kedua, ada banyak syarikat yang begini juga seperti AirAsia. Bila kita beri perkhidmatan, bayar ticket in advance, dan kita tidak terbang.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
So, mereka forfeit wang-wang yang kita bayar termasuk airport tax. Airport tax ini untuk bayar kepada MAHB. So, apabila kita menuntut airport tax ini – katalah airport tax ini RM20. Apabila kita menuntut, mereka katakan boleh tetapi kena bayar administrative charges atau service charge untuk refund.
Administrative charges ini mungkin RM18, yang kita dapat RM2. Banyak syarikat yang begini yang apabila kita bayar untuk apa-apa perkhidmatan ataupun apa-apa barangan, apabila kita minta refund, mesti ada administrative charges.
Administrative charges ini pula lebih kurang sama dengan apa-apa tuntutan kita
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
ini. Ini juga kementerian mesti ambil berat atau ambil kira dalam pindaan untuk Akta Perlindungan Pengguna. Ini juga penting.
Saya tahu airport tax ini sama. Apabila minta refund, boleh tetapi dapat balik RM20, dapat balik mungkin RM2. It is a waste of time. Kebanyakan pengguna tidak peduli. Itu juga penting. Kementerian juga kena ambil berat.
Padahalnya airport tax ini tidak boleh disimpan oleh AirAsia. Airport tax ini dibayar oleh pelanggan in advance untuk MAHB dan bukan untuk AirAsia. Kementerian juga kena ambil berat. Memang Kementerian Pengangkutan itu tidak peduli.
Beberapa kali kita sebut di sini tetapi tidak diambil tindakan juga. Baru-baru ini saya minta berapakah jumlah airport tax yang kategori ini iaitu orang yang tidak terbang tetapi sehingga hari ini dia tidak boleh beri satu jumlah. Kemungkinan bersekongkol dengan AirAsia saya tidak tahu lah. Saya harap kementerian menjaga masalah ini juga di mana satu syarikat yang kenakan administrative charges atau service charges dengan izin, semasa pengguna minta refund atau menuntut apa-apa refund daripada syarikat. Saya harap apa yang saya bangkitkan di sini mendapat satu penjelasan yang teliti daripada kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 dalam Dewan Rakyat yang mulia ini.
Saya amat mengalu-alukan pindaan dalam rang undang-undang ini yang sama sekali kita melihat bahawa hak pengguna harus dilindungi dengan peruntukan-peruntukan yang sewajarnya yang diberi. Saya ingin menyebut bahawa terdapat lapan hak asasi pengguna yang telah diterima sejak global dan diambil kira ketika undang-undang yang berkaitan dengan pengguna digubal, dipinda atau dikaji semula. Lapan hak tersebut ialah hak untuk:-
(i) mendapatkan keselamatan;
(ii) mendapatkan maklumat;
(iii) membuat pilihan;
(iv) bersuara;
(v) mendapatkan keperluan asas;
(vi) mendapatkan ganti rugi;
(vii) mendapatkan pendidikan kepenggunaan; dan
(viii) mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat, serta hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam atau bahaya serta membolehkan hidup dengan penuh keselamatan dan keselesaan.
Kesemua hak yang saya sebutkan tadi mempunyai kewajaran bagi melindungi hak pengguna sebaik mungkin. Kalau kita lihat menerusi pindaan di bawah rang undang-undang ini, salah satunya ialah bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada berdepan dengan iklan-iklan yang mengelirukan mereka.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi saya hendak mengetahui apakah ada satu jawatankuasa pemantauan kepada soal-soal iklan ini terutamanya iklan-iklan yang mengelirukan pengguna? Masalah iklan ini sebenarnya cukup ketara ya, memang ketara sekali yang kita lihat. Ia tidak hanya melibatkan syarikat-syarikat kecil atau individu- individu tertentu sahaja tetapi iklan-iklan yang mengelirukan ini turut membabitkan syarikat multi nasional. Sebagai contohnya, untuk menarik pengguna melancong ke luar negara, pelbagai pakej menarik disediakan termasuk menyediakan diskaun yang pasti menarik perhatian pengguna. Akan tetapi secara hakikatnya ada kos tersembunyi yang biasanya akan memberi bebanan balik kepada pengguna.
Jadi saya amat berharap pihak penguatkuasaan – penguatkuasaan itu penting sebaik sahaja pindaan ini dilaksanakan kelak kerana inilah satu masalah yang besar sebenarnya. Walau apa pun rang undang-undang yang telah kita luluskan di dalam Dewan ini, tanpa satu penguatkuasaan yang berkesan segala rang undang-undang atau akta yang telah kita luluskan itu tidak sampai ke mana- mana. Di sini saya juga berharap pengguna harus dilindungi kerana pengguna mempunyai hak-hak untuk menikmati setiap apa yang dibayar dan ia mestilah setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka. Kalau kita lihat sendiri bahawa seharian kita sebagai pengguna didedahkan dengan pelbagai iklan di media cetak dan elektronik yang cuba mempengaruhi kuasa beli pengguna memilih produk atau perkhidmatan tertentu. Pengguna tidak akan terlepas dari pengaruh pengiklanan pada masa kini yang berada di hampir setiap penjuru kehidupan kita. Kreativiti syarikat pengiklanan menterjemah kemahuan pelanggan menghasilkan iklan yang merangsang pengguna untuk mencuba dan menggunakan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Pendedahan iklan secara meluas dalam kehidupan pengguna dan perlumbaan syarikat mempromosi produk secara agresif memperlihatkan perubahan tertentu dalam konteks iklan. Iklan yang disasarkan kepada pengguna mengeksploitasi sepenuhnya ruangan dan masa bagi memastikan matlamat pengiklanan tercapai. Jadi pengguna dinasihatkan tidak terlalu dipengaruhi iklan yang disiarkan, namun harus meneliti kualiti serta mutu perkhidmatan produk terbabit. Ada iklan yang ditunjukkan tidak menepati prestasi mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Ini pun kalau kita lihat terutamanya di kolej-kolej, biasanya kalau selepas peperiksaan dan sebagainya, kita lihat banyak tawaran iklan yang tertentu dan kadang-kadang apabila anak-anak pelajar kita memasuki satu kolej, apa yang diiklankan itu sebenarnya tidak ada. Subjek dan sebagainya yang ditawarkan itu kadang-kadang tidak ditawarkan pun. Subjek yang dikatakan mempunyai kelulusan daripada sesuatu badan seperti MQA dan sebagainya tidak ada. Jadi apakah perlindungan kepada pengguna yang telah terdedah ataupun terpengaruh dengan iklan-iklan yang ditawarkan itu?
Jadi di sini saya ingin bertanya juga apakah pindaan ini turut melibatkan iklan-iklan yang ada dalam internet? Ini satu lagi masalah besar kerana agak sukar juga untuk mempercayainya tetapi ramai juga yang terpedaya atau yang mempercayainya. Ia sudah menjadi satu fenomena dan sekiranya tidak dikawal ia boleh menyebabkan ramai yang menjadi mangsa. Satu contoh iklan yang boleh mengelirukan pengguna tetapi menarik minat pengguna juga iaitu hanya dengan klik di facebook, kita boleh menjana pendapatan harian sebanyak RM100.
Mungkin ada caranya tetapi setakat manakah kepercayaan dan jaminan perkhidmatan tersebut? Adakah ia tulen atau sebaliknya? Jadi saya hendak tahu bagaimana kementerian melihat soal ini dan siapakah yang akan memantau soal ini? Pohon penjelasan lanjut daripada pihak kementerian. Dengan itu saya mohon menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya menyertai perbahasan rang undang- undang yang dibentangkan.
Tuan Yang di-Pertua, memang saya sokong dan anggap bahawa pindaan ini amatlah perlu kerana nampaknya kawalan kepada pengiklanan dan juga tentang kontrak yang dikatakan terma-terma yang tidak adil atau berat sebelah ini tidak dapat dikawal pada masa sekarang. Oleh sebab itu, pindaan ini amatlah perlu.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, saya katakan saya sokong rang undang ini without terms and condition apply memanglah seperti begitulah. Nampaknya selalu kita tengok pengiklanan dari mana-mana pembekal sungguhpun dengan tawaran yang menarik atau hadiah-hadiah yang lumayan dan perkhidmatan yang paling baik tetapi saat-saat akhir memang selalu dikatakan terms and condition apply. Apakah terms and condition yang disebutkan memang tidak jelas. Oleh sebab itu saya setuju bahawa kontrak ini perlu dipastikan dia adil dan munasabah.
Saya setuju dengan Yang Amat Berhormat Rembau katakan a fine print.
Selalunya terms and condition ini dalam tulisan yang lebih kecil, lebih fine dan ada juga kadang-kadang susah kita hendak cari di dalam muka yang tidak prominent, tidak senang dipandang atau dibaca.
Yang Berhormat dari Ledang katakan kesedaran dan pendidikan pengguna saya ingat ini memang akan di persetujui atau di sokong oleh semua Ahli Yang Berhormat. Ini memang perlu, read before you buy ataupun baca sebelum beli ini memang perlu tetapi, apakah tanggungjawab atau peranan kementerian boleh bantu dalam pendidikan dan kesedaran pengguna. Saya anggap seperti kita beli rumah, ia ada standard SMP iaitu standard perjanjian jual beli. Akan tetapi dalam barangan pengguna yang lain memang tiada satu standard. Tiada satu standard untuk menjaga kepentingan pengguna. Nampaknya kontrak ini sebelum buat pindaan ini pun mungkin tidak dapat dikawal. Oleh sebab itu, saya ingin berikan sedikit pandangan bagaimana kementerian mensyaratkan mungkin berapa terms and condition itu perlu ikut dari kementerian mensyaratkan ini sebagai satu standard yang mesti diamalkan oleh semua pembekal.
Mungkin dengan terms and condition ini perlu di muka-muka yang prominent, di muka yang kedua dan ketiga dengan tulisan besar atau huruf besar atau dengan warna merah. Ini sebagai satu - is a warning dengan izin, kepada pembeli supaya pengguna ini betul-betul tahu syarat-syarat mengikat dengan pembeli ini. Oleh sebab itu apakah kementerian boleh buat saya pulangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri mungkin lebih tahu tindakan yang sebaiknya.
Saya ingin berikan satu contoh Yang Amat Berhormat Menteri dan Ahli- ahli Yang Berhormat, apakah perbezaan antara warranty period dengan guaranty period. Ini memang satu pengguna yang susah hendak faham. Selalu dalam semasa sebelum mereka beli ini semasa jurujual dalam iklan katakan guaranty barang ini jika tidak puas hati boleh pulang balik bayaran 100% akan pulang balik atau dibekalkan dengan barang yang baru tetapi, selepas tandatangan dengan kontrak jualan saya pun Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum tidak berapa
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
orang betul-betul baca sampai habis kontrak itu. Tiba-tiba barang yang di beli itu tidak sampai satu minggu sudah rosak hantar balik. Katakan saya hendak satu yang diganti dengan satu yang baru dikatakan, “Oh! lihat kontrak ini katakan kita hanya baik pulih sahaja tidak boleh ganti dengan baru”.
Apa yang disebut sebelum barang itu di jual langsung tidak dipertanggungjawab. Ini memang selalu berlaku dan selalu kita mendapat aduan dari pengguna tentang apa yang dijanjikan sebelum mereka beli ini tidak di tunaikan dan alasan terus nampak tengoklah syarat-syarat yang di ikat dalam kontrak itu...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah bangun Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Kota Melaka yang telah memberi satu isu sangat penting. Pernah insiden sedemikian berlaku di mana pembekal menyatakan barangan itu dijamin two years warranty. Apabila kerosakan timbul tindakan dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Dua-dua pihak hadir dan pihak pembekal nyatakan “Oh, jaminan ini tidak merangkumi kerosakan yang disebabkan oleh petir”. Jadi pihak pembeli mereka tiada kepakaran untuk membalas apa yang dinyatakan oleh pembekal itu.
Jadi kes sedemikian meletakkan konsumer tidak memperoleh hak mereka kerana mereka tidak mempunyai kepakaran untuk membalas apa yang dinyatakan oleh pembekal. Jadi, sebenarnya dengan jaminan two years warranty yang disiarkan untuk barangan itu sebenarnya lebih sebagai satu tarikan sahaja untuk melariskan barangan itu. Saya mohon penjelasan Yang Amat Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Yang Amat Berhormat Batu Gajah memang saya bersetuju. Ini merupakan satu tarikan tetapi jaminan ini memang tidak akan ditunaikan semasa aduan di kemukakan. Tuan Yang di- Pertua, tentang syarat-syarat ini memang saya sebutkan tidak semua pengguna atau pembeli ini akan baca dalam semua kontrak itu. Oleh sebab itu dan selalu kontrak ini semua dalam bahasa Inggeris dan bukan semua fasih dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu satu keyakinan dan kepercayaan di antara pembeli dan pengguna ini dengan pembekal atau penjual. Oleh sebab itu satu kontrak yang munasabah atau yang adil ini amatlah penting.
Manakala tentang pengiklanan saya juga bangkit tentang perkara ini saya ingat apa yang dibangkit atau yang disentuh oleh Yang Amat Berhormat Rembau tepat. Saya ingin berikan satu contoh. Yang Amat Berhormat Menteri saya ingat pun sila maklum bahawa tentang pinjaman perumahan. Bank-bank ini akan iklankan pamerkan zero cost tanpa stamp duty, tanpa legal charge, zero cost dan ada juga first year mungkin zero kadar ia punya bunga dan second year, third year dengan jelas minta transfer dari satu bank ke bank-bank yang mengeluarkan iklan itu.
Akan tetapi mereka tiada mencatat terma atau syarat itu tentang penalti dan banyak peminjam sign lah tiap-tiap, page initial-initial, sampai habis. Tiba-tiba jika dia perlu jualkan harta benda atau rumah itu atau perlu transfer kepada anak atau mendengar baru bank akan tunjukkan satu kos dalam itu sebelum lima tahun jika hendak bayar habis atau hendak selesaikan tidak boleh. Jika hendak selesaikan begini perlulah bayar pampasan.
Mungkin 10 ribu, 20 ribu atau dengan satu kadar yang tertentu. Ini langsung tidak semasa tidak dijelaskan dan tidak diterangkan kepada pembeli
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
atau peminjam. Oleh sebab itu saya anggap satu institusi yang besar melalui bank dia akan gunakan keraguan atau sengaja di ketepikan syarat-syarat yang mengikatkan dengan iklan yang dikatakan. Itu yang tadi saya katakan terms and condition apply. Macam kita sekarang sokong ini dengan terms and condition Yang Amat Berhormat Menteri mesti akan menanya saya apakah terms and condition. Akan tetapi adakah pengguna diberitahu apakah terms and condition apply.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya harap kontrak ini kita perlu timbangkan, bolehkah kementerian ini buat satu kajian adakan satu standard syarat-syarat yang terikat dengan semua kontrak yang akan disempurnakan oleh pengguna dengan pembekal. Adakah satu standard kontrak atau sekurang-kurangnya apa yang perlu dikandungkan dalam kontrak itu. Seperti adakah term and conditions tidak seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau, hanya fine print, kecil-kecil, kadang- kadang hendak baca pun susah. Saya ada satu kontrak dari satu pengadu, saya cuba hendak baca itu, kena use enlargers sebab tidak nampak dengan printing yang teruk dan kecil sangat berbanding dengan huraian kita kecil sikit tetapi tidak sebegitu.
Oleh itu saya minta Yang Berhormat Menteri, kita setuju bahawa kontrak itu demi kepentingan pengguna, kita memerlukan kontrak yang adil dan bagaimana jika pindaan akta ini masih tidak cukup, apakah kita dapat tambah ataupun menteri semasa untuk pelaksanaan ini dapat membuat lagi regulation untuk menyempurnakan kontrak ini atau satu contoh kontrak yang standard boleh di introduce kan supaya pihak-pihak pembekal perlu mengamalkannya.
Yang akhir, satu perkara yang ingin saya bangkit iaitu tentang testimoni.
Saya ingat banyak syarikat menggunakan orang-orang tertentu untuk memberikan testimoni, katakan begitu baik, ada bukti. Dalam akta ini, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu kepada Dewan ini, adakah akta ini boleh dikuatkuasakan kepada orang-orang tertentu ini supaya ia akan menjadi satu tekanan atau is a form of tekanan supaya bukan orang akan dipergunakan untuk mempromosikan item ini dan tiba-tiba item ini tidak seperti apa yang dipromosikan, bukan hanya nilai dan harga tetapi mungkin barangkali akan menjadi satu penipuan.
Sebab itu dengan beberapa yang saya bangkit, saya mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mendapat peluang ini untuk turut sama berbahas Akta Perlindungan Pengguna 1999. Saya amat berterima kasih kepada pihak kementerian kerana satu lagi penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam undang-undang yang diliputi oleh kementerian ini kerana dalam hal ini kita sering kali melihat keadaan di mana pengguna selalu di pesong, tertipu oleh pihak-pihak pembekal ataupun pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Jadi kementerian memang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang begitu besar terhadap rakyat kita untuk mendidik rakyat agar tidak mudah tertipu oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. Jadi saya ingin hendak bertanya kepada pihak kementerian, apakah syarat yang dikenakan kepada pengedar, misalnya pengedar yang menjual vitamin ataupun ubat-ubatan mahupun bahan penjagaan kulit.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Saya bertanya perkara ini kerana untuk kita memastikan pengguna kita mendapat bahan-bahan jualan yang berkualiti kerana di samping itu juga, misalnya mereka yang hendak menjual bahan-bahan kulit, kosmetik ataupun skin care products dengan izin. Kadang kala mereka boleh membeli bahan-bahan ini daripada luar negara yang kita tidak tahu macam mana dari segi kualitinya sama ada terjamin ataupun tidak dan boleh dijenamakan untuk mereka sendiri. Jadi dengan itu saya hendak tahu apakah di antara syarat yang dikenakan kepada mereka yang melibatkan diri dalam penjualan bahan-bahan ini.
Perkara seterusnya yang saya hendak ambil perhatian di sini ialah dari segi Jawatankuasa Pengiklanan di bawah seksyen 84B yang hendak dipinda ini.
Ini juga satu langkah yang begitu baik dan dipuji untuk melindungi pengguna.
Cuma saya ingin menyarankan kalau kita hendak menubuhkan jawatankuasa, mintalah ianya merangkumi wakil-wakil terutamanya dari Sabah dan Sarawak kerana keadaan di negeri-negeri timur ini mungkin berbeza.
Pada masa yang sama, saya ingin menyeru di sini agar wakil dari gender- gender tertentu terutama sekali wanita dan kanak-kanak mempunyai wakil untuk menyertai jawatankuasa ini kerana terdapat terlalu ramai keadaan di mana kita mendapat, misalnya kaum wanita dan golongan tertentu. Sebelum ini kalau saya tidak silap ada artis yang digunakan oleh pemilik gedung yang terkenal yang menggunakan gambar artis ini untuk mengiklankan dan mempromosikan produk mereka.
Ia mendapatkan publisiti di mana artis ini mengambil tindakan terhadap pemilik gedung ini dan publisiti yang begitu meluas. Jadi ini satu tindakan yang perlu dipuji kepada pihak media kerana mereka memainkan peranan yang begitu tepat sekali menyebarkan perkara ini. Pada masa yang sama dengan penyebaran ini, ia juga memberi kesedaran kepada orang-orang awam.
Seterusnya saya ingin juga hendak menyentuh mengenai penguatkuasaan jualan barang ataupun produk sama ada tulen dan juga tiruan.
Di mana konsistensi dari segi penguatkuasaan ini kita dapati tidak begitu teratur, tidak begitu konsisten. Jadi saya hendak menyarankan di sini kalau sekiranya pihak kementerian merasakan agak sukar untuk menguatkuasakan perkara ini, mungkin boleh dikaji semula. Macam manakah keadaan, dengan izin, to regulate keadaan ini supaya- kita memang sedar bahawa memang banyak berlaku jualan barang tiruan ini.
Jadi macam manakah kita hendak mengadakan, memberi syarat tertentu supaya kita membenarkan dan kita minta mereka menjual barangan ini untuk melabelkannya supaya orang ataupun pengguna tahu bahawa ini adalah barang tiruan. Jadi ini adalah satu cara untuk kita mengawal selia barang-barang yang dijual.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dari sudut tribunal pula. Ya, saya rasa ini satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian di mana saya rasa publisiti mengenai prosedur tribunal dan the rights for the people, for the pengguna dengan izin, the rights untuk didengar atau mendapat peluang untuk membawa kes kepada tribunal perlu diberi publisiti yang meluas sama ada melalui televisyen ataupun radio kerana kalau di luar bandar kadang-kadang kalau tidak ada televisyen, sekurang-kurangnya ada radio. Jadi mereka tahu mengenai hak- hak mereka. Jadi sekurang-kurangnya kementerian juga memainkan peranan untuk memberi panduan dan mendidik rakyat kita.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Jadi saya rasa itu sahaja perkara yang saya hendak kemukakan Tuan Yang di-Pertua. Jadi dengan ini saya menyokong undang-undang ini. Terima kasih.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk saya bersama-sama berbahas rang undang-undang ini dan oleh sebab dalam peruntukan rang undang-undang ini menyebut perkara-perkara yang terkandung dalam seksyen 3 yang menyatakan tentang sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan seksyen 20, tiada seorang pun boleh membekalkan atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan apa-apa perkhidmatan yang tidak kemunasabahannya selamat dengan mengambil kira semua hal, keadaan termasuk bahagian B tentang perkhidmatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh sambung nanti Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Sambung hari Isnin?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan DR19/2010 - Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 akan disambung semula perbahasannya pada hari Rabu 30 Jun 2010. Selepas selesai giliran kementerian- kementerian menjawab dan diputuskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Dijemput Menteri untuk membacakan usul.
Kasnon]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato' Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ucapan Penangguhan saya ialah Pembacaan Jangka TNB Sekali Dalam Dua
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Bulan Untuk Pengguna Biasa Merugikan Konsumer. Konsumer di Kinta Valley Ipoh dikejutkan dengan “N bil” elektrik Februari hingga April TNB. Yang didapati pada kadar yang luar biasa tinggi. Mereka tidak puas hati dan beramai-ramai mengadu kepada wakil rakyat DAP dan Keadilan. Kejadian sedemikian tidak pernah berlaku. Pegawai atasan TNB Ipoh memberi alasan amaun yang tinggi dibil kerana konsumer menggunakan elektrik yang banyak semasa musim Tahun Baru Cina. Adun Pasir Pinji, Adun Teja dan saya meneliti bil-bil konsumer dan mendapati mekanisme pembacaan jangka TNB sekali dalam dua bulan mempunyai kelemahan. Memang benar kebanyakan isi rumah mencatatkan penggunaan elektrik yang lebih tinggi daripada bulan lain, tetapi masalah-masalah adalah berikut:
(i) pengiraan penggunaan kilowatt sejam bagi “N bil" adalah daripada bacaan Februari hingga April. Ini menjadikan penjumlahan kegunaan yang tinggi dan pengiraan jatuh kepada kadar seunit yang lebih tinggi. Sebagai contoh akaun 0210 00194997 01, Wong Chin Yew “O bil” adalah 202 kilowatt sejam dan amaun yang perlu dibayar adalah sebanyak RM44.27 sen. “N bil" pula kegunaan dua bulan adalah 807 kilowatt sejam dan amaun elektrik adalah RM230.80 sen pada kadar 0.286 seunit kilowatt sejam. Jumlah yang kena dibayar adalah sebanyak RM186.57 selepas memotong jumlah yang dibayar bagi “O bil” sebanyak RM44.27 sen. Encik Tan tidak dapat menikmati kadar unit pada 0.218 seunit kilowatt sejam;
(ii) perbezaan penggunaan kadar seunit di dalam pengiraan amaun kegunaan elektrik. Contoh akaun 021000018022503 Tan Kong Chong “O bil” adalah 343 kilowatt sejam dan amaun yang perlu dibayar adalah RM91.36 sen. “N bil” pula kegunaan dua bulan adalah 890 kilowatt sejam dan pengiraan caj blok kegunaan elektrik adalah pada kadar yang lebih murah iaitu 0.218 seunit. Jika bil ini dibandingkan dengan bil Encik Wong, mengapakah Encik Wong dikenakan pada kadar yang lebih tinggi iaitu 0.286 seunit;
(iii) bil-bil berbeza di dalam penggunaan formula, jumlah hari dibahagi dengan 30 hari darab dengan berapa unit. Kami mendapati hanya pembacaan bil melebihi 66 hari formula terlibat sahaja digunakan. Bagaimanakah menentukan kadar unit tersebut;
(iv) kadar yang ditetapkan di bawah peraturan atau Akta Bekalan Elektrik adalah bagi kegunaan elektrik sebulan.
Pengiraan kegunaan elektrik pada kadar dua bulan atau 69 hari adalah bercanggah dengan peraturan dan penjumlahan bacaan sehingga ke 69 hari mengakibatkan konsumer membayar kadar yang lebih tinggi.
Konsumer mahu kerajaan mengarahkan:
(i) TNB mengkaji semula bil bulan Februari hingga April dan memberi rebat kepada mereka;
(ii) menghentikan pembacaan sekali dalam dua bulan dan kembali kepada pembacaan jangka setiap bulan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
TNB tidak boleh memberi alasan bahawa mereka tidak mempunyai pegawai yang mencukupi atau kerana mencontohi negara maju kerana TNB memonopoli pasaran ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Batu Gajah kerana telah mengutarakan perkara ini untuk disiasat dan dikaji oleh pihak kementerian.
Sememangnya isu berkaitan bil elektrik yang telah dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad atau TNB kepada pengguna merupakan antara aduan utama yang telah diterima oleh pihak kementerian. Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut berhubung isu bil-bil TNB, ingin saya berkongsi dengan Ahli Yang Berhormat berhubung struktur takrif elektrik bagi pengguna domestik yang sedang diguna pakai pada ketika ini. Untuk melayakkan pengguna mendapat tarif yang lebih rendah, kadar penggunaan bekalan elektrik hendaklah tidak melebihi 400 kilowatt sejam sebulan.
Bagi golongan pengguna yang menggunakan tenaga elektrik kurang dari 200 kilowatt sejam, tiada kenaikan kadar tarif dikenakan ke atas mereka semenjak tahun 1997. Manakala pengguna yang menggunakan tenaga elektrik dalam lingkungan 200 kilowatt jam hingga 400 kilowatt jam pula masih lagi menikmati kadar tarif Lifeline Band, dengan izin iaitu 21.8 sen per kilowatt jam bagi 200 kilowatt jam pertama. Bagi penggunaan yang lebihi 400 kilowatt jam pengguna akan dikenakan kadar atau charge yang lebih tinggi dan tidak lagi layak menikmati kadar Lifeline Band bagi penggunaan elektrik sebanyak 200 kilowatt jam pertama.
Kaedah penetapan kadar tarif sedemikian adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna mengamalkan penjimatan serta menggunakan tenaga elektrik dengan lebih cekap.
Tuan Yang di-Pertua, sistem pembacaan bil secara dwi bulanan atau alternate meter reading, dengan izin telah dimulakan semenjak bulan Januari 2009 yang lalu dan ia telah dikembangkan ke seluruh Semenanjung menjelang bulan Februari 2010. Sungguhpun begitu, hanya 10% sahaja daripada jumlah keseluruhan pengguna di Semenanjung yang terlibat dengan sistem pembacaan bil secara dwi bulanan ini. Di bawah kaedah alternate meter reading, dengan izin TNB akan mengeluarkan “bil O” pada bulan pertama yang dihantar melalui pos yang merupakan bil anggaran berdasarkan rekod penggunaan untuk enam bulan yang lepas dan diikuti oleh pengeluaran “bil N” iaitu dibaca oleh pembaca meter yang merupakan bil bacaan sebenar bagi bulan kedua. Sehubungan dengan itu pelarasan akan dibuat dalam bil kedua iaitu dengan turut mengambil kira amaun dan bil bagi jumlah bulan pertama berdasarkan bacaan meter sebenar yang telah dibuat pada bulan kedua. Pembacaan bil secara dwi bulanan pula tidak bertentangan dengan peraturan sedia ada di bawah Peraturan 4(1), Peraturan- peraturan Pemegang Lesen 1990.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu berkaitan bil-bil TNB yang dikatakan tidak tepat dan menyebabkan kerugian kepada pengguna, kementerian telah pun mengarahkan pihak Suruhanjaya Tenaga ataupun ST selaku badan kawal selia industri pembekalan elektrik untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut serta mengambil tindakan sewajarnya. Pada 5 Mei 2010 yang lalu, Pejabat Suruhanjaya Tenaga di Ipoh, Perak telah menerima aduan daripada beberapa
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
pengguna berhubung masalah bil elektrik yang tinggi yang dikeluarkan oleh TNB bagi bulan Februari hingga April 2010. Pengadu-pengadu mendakwa bahawa sistem pembacaan bil TNB yang dibuat pada setiap dua bulan yang diselang seli dengan bil anggaran telah menyebabkan pengguna mendapat bil elektrik yang tinggi. Berdasarkan kepada siasatan awal oleh Suruhanjaya Tenaga, isu ini mula timbul apabila bulan sebelumnya adalah Februari yang mana perayaan Tahun Baru Cina sedikit sebanyak mengganggu jadual bacaan memandangkan bulan Februari hanya mempunyai 28 hari serta ditambah dengan peningkatan dalam penggunaan bekalan elektrik.
Siasatan dan pemerhatian Suruhanjaya Tenaga mendapati bahawa:
(i) terdapat rekod yang menunjukkan bahawa pusingan bacaan meter yang telah melebihi julat yang ditetapkan iaitu melebihi 36 hari;
(ii) kaedah secara pro rata hanya dibuat bagi tempoh bacaan meter yang melebihi 36 hari dan tidak dibuat bagi tempoh melebihi 30 hari tetapi kurang dari 36 hari;
(iii) dengan pengenalan blok tarif yang meningkat berdasarkan kuantiti threshold penggunaannya, pembacaan meter perlu dibuat dalam tempoh 30 hari bagi mengelakkan pengguna terjatuh ke dalam blok tarif yang berbeza serta mendapat bil yang tinggi. Ianya boleh berlaku tidak kira sama ada “bil O” atau “bil N” yang diterima;
(iv) jumlah bil elektrik yang tinggi dalam bil bacaan yang sebenar. Pengguna merasakan dicaj dua kali dalam bil bacaan sebenar; dan
(v) bil anggaran lambat diterima.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Itu adalah findings dengan izin, yang diterima ataupun telah didapati oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. Tuan Yang di-Pertua, pada kebiasaannya pengguna yang menghadapi isu seperti ini akan mendapat pelarasan semula apabila bacaan bulan berikutnya menjadi kurang daripada 30 hari seperti bulan Februari. Namun begitu ia masih tidak menyelesaikan isu pengguna terjatuh ke dalam kadar tarif yang berbeza dan menyebabkan pengguna perlu membayar bil lebih tinggi daripada kebiasaan.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun terdapat kemungkinan bil-bil yang dikeluarkan oleh TNB ini tidak tepat, isu ini diharap akan mendorong pihak TNB untuk menjadi lebih efektif dan cekap. Dengan pembacaan bil menggunakan konsep alternate meter reading dengan izin, TNB akan menjimatkan kos operasinya dan hasil penjimatan tersebut, boleh disalurkan untuk tujuan pengukuhan sistem pembekalan elektrik sedia ada bagi memastikan bekalan elektrik negara yang berdaya harap dan selamat. Selain itu juga, penjimatan dari kecekapan operasi TNB juga boleh mempengaruhi kadar tarif asas TNB pada masa akan datang dan penjimatan ini boleh mengurangkan...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan, tidak boleh minta penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh, tidak boleh.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tidak boleh minta penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh, tidak boleh.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya mahu tahu apa kementerian boleh buat kalau TNB enggan membuat apa-apa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Nanti perbahasan rang undang-undang lain, Yang Berhormat boleh raise balik isu ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Akan tetapi saya ada tanya.
Puan Noriah binti Kasnon
Yang Berhormat, saya tadi sudah menyatakan TST sebagai kawal selia akan melihat terus memantau perkara ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Hari ini, sampai hari ini tidak bagi sebarang jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kami jumpa suruhanjaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Puan Noriah binti Kasnon
Sudah, saya baca findings- sebentar tadi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Apa tindakan, apa tindakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri teruskan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
...hasil siasatan.
Puan Noriah binti Kasnon
Minta maaf Yang Berhormat, saya teruskan dahulu. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan oleh TNB bagi memperbaiki lagi mutu perkhidmatannya terutama dalam penetapan bil seperti berikut:
(i) penggunaan teknologi automated meter reading (AMR) atau remote metering dengan izin.
(ii) melaksanakan semula bacaan meter secara bulanan dan kaedah pro rata digunakan bagi semua keadaan di mana tempoh bacaan meter melebihi 30 hari. Walau bagaimanapun kaedah ini pasti akan meningkatkan kos operasi TNB.
(iii) meneruskan pembacaan meter secara alternate dan mengkaji semula struktur tarif elektrik bagi melayakkan pengguna menikmati blok tarif yang lebih rendah walaupun telah melepasi threshold 400 kilowatt jam serta kaedah pro rata digunakan bagi semua keadaan di mana semua tempoh bacaan meter melebihi 30 hari.
Namun begitu, penstrukturan semula tarif akan menyebabkan pengguna tidak mempunyai insentif untuk menggunakan tenaga secara cekap dan seterusnya akan menggalakkan berlakunya pembaziran tenaga. Tuan Yang di- Pertua, pada masa yang sama isu seumpama ini seharusnya tidak menjadi halangan kepada TNB untuk melaksanakan praktis terbaik atau best practices dengan izin, dalam menyediakan perkhidmatan dan bil kepada pengguna dengan menanda aras atau benchmarking dengan izin, perkhidmatan TNB dan
Puan Noriah binti Kasnon
perkhidmatan dari negara-negara maju lain yang telah melaksanakan sistem bil secara alternate meter reading dengan izin.
Perkara yang perlu dilihat di sini adalah bagaimana TNB dapat menyelesaikan isu-isu dan aduan-aduan berkenaan pembacaan bil yang dikatakan tidak tepat. Untuk itu bagi memastikan isu pembacaan bil tidak tepat ini tidak berulang, kerajaan akan memastikan bahawa peraturan sedia ada akan diperketat serta mengarahkan pihak TNB untuk mengkaji semula atau menambah baik sistem alternate meter reading dengan izin, yang sedang dilaksanakan sekarang untuk manfaat pengguna, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Penetapan Kawasan Penangkapan Ikan Untuk Nelayan Pesisir Pantai
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, demi menyelesaikan masalah pencerobohan pukat tunda yang telah mengancam mata pencarian para nelayan pesisir pantai iaitu pelesen kelas A yang kian kesempitan hidup. Saya ingin menyentuh tentang penetapan kawasan penangkapan ikan di kawasan Sungai Balang, Bagan dan Parit Jawa berpandukan kepada keadaan geografi setempat untuk golongan nelayan tersebut.
Mengikut dasar kawasan penangkapan ikan pukat tunda iaitu pemilik vessel kelas B dibenarkan beroperasi di luar enam batu nautika daripada pesisir pantai dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang dan boleh beroperasi sepenuh hari di luar 12 batu nautika dari pesisir pantai. Untuk makluman, jarak perairan di kawasan perairan Parit Jawa dengan Pulau Sumatera Indonesia adalah paling sempit di antara laluan Selat Melaka. Contohnya, jarak antara Tanjung Tohor dengan Pulai Bengkalis hanya 22 batu nautika sahaja.
Adalah tidak relevan bahawa pukat tunda beroperasi mengikut dasar kawasan operasi ini kerana sentiasa berhadapan dengan risiko terceroboh masuk ke sempadan perairan Indonesia dan ditahan oleh pihak penguat kuasa sana.
Kementerian perlu melakukan kajian terperinci berdasarkan fakta ini untuk mengemaskinikan dasar ini berpandukan keadaan geografi setempat di kawasan perairan Parit Jawa.
Tuan Yang di-Pertua, kerana hanyutan arus air yang tidak menentu mungkin menyebabkan bot nelayan pesisir pantai lesen kelas A juga terceroboh masuk ke sempadan negara jiran sehingga ditahan oleh pihak berkuasa ataupun dilanggar oleh kapal kargo yang lalu lalang di zon perairan antarabangsa. Lagipun sumber ikan di kawasan Sungai Balang, Bagan dan Parit Jawa semakin berkurangan atas pencerobohan dan persaingan pukat tunda. Nelayan-nelayan tersebut terpaksa belayar lebih jauh untuk mencari ikan.
Dianggarkan purata pendapatan harian bagi sesebuah pukat tunda ialah sebanyak enam tong yang bernilai RM20,000. Manakala purata pendapatan harian bagi sesebuah bot kelas A adalah sebanyak RM300 dengan kos minyak, upah, jala, kelengkapan bot dan sebagainya yang puratanya mencecah angka RM200. Kadangkala pendapatan bersih harian cuma RM50 sahaja. Dimaklumkan
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
bahawa nelayan tidak boleh keluar tangkap ikan sepanjang tahun. Terpaksa bergantung pada musim dan keadaan cuaca dan dianggarkan kurang daripada 150 hari setahun boleh ke laut menangkap ikan.
Saya cadangkan supaya kawasan perairan dari Pulau Besar hingga Semerak dikhaskan kepada nelayan pesisir pantai lesen kelas A sahaja yang rata- ratanya merupakan kelompok nelayan terbesar dan golongan yang berpendapatan rendah demi menjamin kehidupan harian mereka. Pukat tunda yang berlesen kelas B perlu dialihkan kawasan operasinya ke pantai timur ataupun dinaiktarafkan ke kelas C untuk beroperasi di kawasan perairan antarabangsa, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I - Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Peraturan- peraturan Perikanan ke Lautan 1967 telah menetapkan bahawa vessel pukat tunda zon B dibenarkan untuk beroperasi di kawasan lima batu nautika dan ke atas dari pantai. Cadangan supaya kawasan perairan di Pulau Besar sehingga Semarak dikhaskan kepada nelayan zon A sahaja adalah seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Ini adalah kerana vessel zon A dibenarkan untuk beroperasi di kawasan perairan 0 hingga 5 nautika ke atas sahaja. Walau bagaimanapun vessel zon A daripada Negeri Johor tidak dibenarkan untuk menangkap ikan di perairan Negeri Melaka termasuk kawasan perairan Pulau Besar dan begitu juga di sebaliknya.
Satu perbincangan di antara Kerajaan Negeri Johor, Melaka dan Jabatan Perikanan Malaysia perlu diadakan untuk mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat supaya para nelayan daripada kedua-dua negeri boleh menangkap ikan di kawasan yang dicadangkan.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedar bahawa kawasan perairan di antara Johor Barat dengan Sumatera di Selat Melaka adalah amat sempit iaitu di antara 12 hingga 23 batu nautika di sempadan antarabangsa dengan Indonesia. Justeru itu jabatan perikanan akan mempertimbangkan supaya pukat tunda zon B daripada Johor Barat berpindah ke Johor Timur dengan syarat vessel pukat tunda zon B dilupuskan dan digantikan dengan vessel baru yang lebih besar dan layak beroperasi di kawasan 12 nautika ke atas iaitu dalam zon C dan C2. Tujuan pemindahan ini adalah untuk menangani masalah vessel pukat tunda B di Johor Barat yang terpaksa beroperasi di kawasan yang agak sempit khususnya ketika beroperasi di waktu malam. Vessel-vessel zon B yang hendak dilupuskan boleh dijual kepada kerajaan dengan harga pasaran di bawah Program Exit Plan bergantung kepada peruntukan yang sedia ada.
Walau bagaimanapun sekiranya bilangan vessel pukat tunda di zon C sudah memenuhi had maksimum di Johor Timur, maka Jabatan Perikanan Malaysia akan memberhentikan pengeluaran lesen vessel pukat tunda zon C hasil daripada pelupusan vessel zon B, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 10 Jun 2010.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.52 petang.