Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dijadualkan di No. 10 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini... [Tepuk]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan kerana apabila satu rang undang-undang itu ditarik, mesti diberitahu kepada Dewan apa sebabnya.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak perlu. Tidak perlu, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Tidak perlulah.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ini urusan besar kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tarik, dia tariklah. Macam juga pendakwaan dalam mahkamah, Yang Berhormat. Apabila prosecution ditarik balik, tidak akan orang lain tanya apa sebab tarik balik. Tidak mengapalah dia tarik balik.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Kubang Kerian, Pilihanraya Hulu Selangor.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Jualan Langsung
(Pindaan) 2010; Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010; Rang Undang- undang Sewa Beli (Pindaan) 2010; Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010; dan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini sebagai No. 6, No. 7, No. 8, No. 9 dan No. 11 ditangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga, dan dibawa ke Mesyuarat yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah. Sila satu lagi, Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai, diputuskan:
(i) Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri di No.
1 serta Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010;
(ii) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010;
(iii) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010; dan
(iv) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah
(Pindaan) 2010.
Serta Usul-usul di No. 12, 13, 14, 15, 16, 17 dan 18, yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dibahas dan diputuskan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang ditetapkan”.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul-usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib 1Malaysia”.
Bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan kenakan ke atas Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh.”
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu bolehkan saya minta penjelasan? Saya belum masuk perbahasan. Itu hal yang kemudian. Oleh kerana semua tahu erti perenggan kedua.
Sama ada ini bererti hasrat Yang Berhormat Menteri itu bahawa adalah satu kesimpulan, satu presumption bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh sudah ada buat kenyataan mengelirukan. Bahawa ini satu hukuman dan apa yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan sahaja sama ada beliau ada buat kenyataan yang mengelirukan dan kalau ada buat hukuman yang setimpal, tetapi bahawa sudah buat atau ini terpulang kepada jawatankuasa oleh kerana nampaknya tidak begitu happily worded. Bolehkah dapat, sebelum kita memulakan perbahasan oleh kerana perkara ini?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, sudah tentulah bagi pihak kerajaan beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengelirukan dan ini kepada kita merupakan kesalahan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Jadi, sama ada di sebelah sana setuju atau tidak, perbahasan ini diizinkan dan dibenarkan dan kita mengambil keputusan selepas ini. Cadangan saya ialah cukup mudah iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan dan terpulanglah apa yang hendak ditentukan oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan. Apa fasal takut sangat ini?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Menteri.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dulu. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur dan terima kasih Menteri. Sebenarnya, yang menentukan sama ada sesuatu usul itu proper atau tidak adalah saya dan timbalan-timbalan saya. Sama ada usul itu saya tolak oleh sebab ia wrongly worded, wrongly formatted, saya dan timbalan-timbalan saya. Apabila masuk dalam Order Paper, maka saya fikir ianya proper lah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya sambung daripada penjelasan. Ini saya minta penjelasan sahaja. Saya belum masuk di dalam perbahasan dan saya ingin sambung daripada soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.
Saya nampak tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri iaitu soalannya adalah berdasarkan perkataan yang digunakan dalam usul yang dicadangkan oleh Menteri iaitu di dalam perenggan dua, adakah usul ini bermaksud Dewan ini diminta menentukan sama ada kenyataan itu yang dikatakan mengelirukan, yang menyalahi hak dan keistimewaan dan merupakan satu penghinaan. Bermaksud, isu itu tidak akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Dalam perenggan tiga membawa maksud hanya isu hukuman sahaja yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itulah maksud yang jelas daripada kandungan usul seperti di dalam bentuk ini sekarang. Jadi itulah isunya yang masih tidak dijawab. So, itu yang ingat kita saya pun mahu minta penjelasan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Adakah kita rujuk semua hal ini ke dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan iaitu isu penentuan sama ada pelanggaran privilege dan kalau ada, katakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan terdapat ada pelanggaran dan selepas itu terus hukum ataupun seperti sekarang, usul ini sekarang memberi maksud yang jauh berbeza. Itu penjelasan yang diminta sebelum kita berbahas. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Subang.
Menteri jawab dulu dan selepas itu Setiausaha Dewan Rakyat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Point of order. Tuan Yang di- Pertua, sebelum Menteri meneruskan. Point of order berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12) juga hanya untuk satu isu, Menteri kalau boleh.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada usul yang telah pun dikemukakan. Perenggan tiga mengatakan dengan jelas bahawa jawatankuasa hendak membuat syor jenis hukuman. So, melalui perenggan tiga jelas bahawa apa yang hendak dihantar kepada jawatankuasa adalah untuk mereka buat hukuman, jenis hukuman dan bukannya untuk menentukan kesalahan. Di sini saya merujuk kepada...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Point of Order 36(12). Di mana mengatakan – di sini terdapat kekeliruan dalam bahasa Inggeris yang mungkin berbeza dengan bahasa Malaysia dan saya baca dalam bahasa Malaysia dahulu. “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.
Tuan Yang di-Pertua, perkataan yang digunakan adalah “bagi kesalahan” itu dalam bahasa Malaysia. Version bahasa Inggeris if I may read, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya. “Any member who imputes statements that mislead the House is deemed to be in contempt of the House and the member may be referred to the Committee of Privileges…” Perkataan yang digunakan, saya sambung, “…for the offence.” Bukan, for sentencing.
So, apa yang jelas daripada peruntukan ini adalah bahawa Jawatankuasa yang menentukan sama ada perkataan-perkataan tersebut adalah misleading dan sebagainya. Dengan yang sedemikian Tuan Yang di- Pertua, saya berpendapat bahawa perenggan tiga di sini tidak selaras dengan Point of Order 36, oleh sebab perenggan tiga jelas menyatakan bahawa Dewan ini yang membuat keputusan berkenaan dengan...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini isu yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri tidak payah menjelaskan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tidak perlu. Kebiasaannya Yang Berhormat Ipoh Timur, apabila perkara ini berlaku, perlu untuk dibahas usul ini di dalam Majlis. Selepas itu Majlis menentukan sama ada Ahli Yang Berhormat yang berkenaan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana selepas itu saya akan mengemukakan masalah itu.
Selepas itu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan memanggil siapa-siapa yang perlu dipanggil, akan memanggil dokumen-dokumen yang penting dan
Tuan Yang di-Pertua
selepas itu Jawatankuasa akan membuat rekomendasi dan apa hukuman yang setimpal.
Selepas itu bawa semula kepada Majlis lagi. Majlis bahas lagi sama ada rekomendasi itu diterima atau tidak. Sama ada hukuman itu diterima atau tidak berbalik juga kepada Majlis. Ini Yang Berhormat Ipoh Timur yang pernah dibuat oleh Parlimen sebelum pun saya jadi Speaker. Apa masalah? Saya tidak nampak apa-apa masalah di sini.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Betul, sebab kita bukannya mempertikaikan apa-apa. Kita mahukan penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bahawa adakah... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya mahu tahu adakah usul itu tidak begitu happily worded. Oleh sebab itu kita minta penjelasan bahawa apa yang dirujuk ialah pertama perkara ini sama ada melanggar atau menyalahi hak dan keistimewaan. Kedua, kalau ada hukuman yang setimpal.
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu meminta sahaja dan kalau ini lah keputusan Tuan Yang di-Pertua bahawa apa yang akan diputuskan ialah perkara ini diserah kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan yang pertama untuk buat keputusan sama ada melanggar hak dan keistimewaan.
Kedua, barulah hukuman saya benarkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Subang. Yang Berhormat Ipoh Timur kata dia sudah happy, apa lagi? Bermakna saya sudah buat keputusan.
Itu lah penjelasan saya, itu yang saya terima dan bermakna itu keputusan Speaker adalah muktamad kecuali ada usul persendirian, Yang Berhormat Subang. Jikalau tidak jangan melengah-lengahkan lagi Mesyuarat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya bukannya mempertikaikan keputusan. Saya hormati...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Jikalau tidak mempertikai, mengapa mahu bercakap lagi?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Apa yang saya ingin bangkitkan – saya hormati pandangan yang telah diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua dan itu lah saya rasa perjalanan yang betul mengikut peraturan. Hanya itu tidak selaras dengan apa yang disebut di dalam usul tersebut. Itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Subang.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Subang tadi dengan kata-kata dalam usul ini berbanding dengan Peraturan Mesyuarat 80 ini di mana sebagaimana Tuan Yang di-Pertua mungkin dalam apa yang disebutkan tepat, tetapi masih lagi hakikatnya ialah bahawa usul ini sebenarnya in contempt of Parliament… [Tepuk] Usul ini sebenarnya mencabar privileges kita Ahli Parlimen dan mencabar kedudukan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana usul ini memutuskan bahawa kuasa Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan ini hanya terhad kepada membuat hukuman dan bukan menimbangnya. Jadi, usul ini Tuan Yang di- Pertua is in contempt of Dewan Rakyat... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Okey Menteri, sila respons.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, ia ada lagi satu cara yang mana kita boleh buat iaitu kita terus bersidang pada hari ini, terus menentukan hukuman. Itu kita boleh buat tetapi, kita tidak buat...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kerana ia...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai. Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di- Pertua, ini sudah lari tampuk Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat Shah Alam. Menteri belum habis bercakap. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya serius. Kalau ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat mengganggu Mesyuarat, saya akan rehatkan dia pada sementara waktu dan jangan ambil bahagian. Silakan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pembangkang telah pun mengakui dengan kita punya prosedur. Saya telah sebut pada 17 Mac iaitu dia telah membuat satu kenyataan dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Kita telah minta dalam masa satu minggu untuk dia membuat penjelasan dan dia akur. Dia akur dan dia membuat penjelasan, tetapi penjelasan itu tidak memuaskan kita. Maka...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
...Dengan itu di bawah...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kepuasan apa?...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
...Yang saya sebut sebentar tadi di dalam perenggan tiga tadi...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, saya agak statement itu misleading sebab Tuan Yang di-Pertua yang menjadi...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
...Untuk menafikan yang kerajaan yang kita bawa, tetapi pada hari ini kita tidak mahu memutuskan hukuman kalau sekiranya hendak dilakukan, kita juga boleh buat terus...
[Dewan riuh] Akan tetapi kita tidak hendak buat seperti apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Puchong dahulu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, maksudnya berbeza.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Berbeza.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, apabila Menteri mengatakan ada cara lain...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Bermakna this is flop.
Menteri sendiri tidak yakin dengan ini... [Menunjukkan salinan usul]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai... [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Menteri. Saya telah perjelaskan yang menentukan sama ada sesuatu usul yang datang di meja saya, yang diberi masuk dalam order paper. Menurut interpretasi saya, ia proper tetapi apa yang saya dengar daripada pagi tadi ini mempersoalkan sama ada usul proper atau tidak, sudah diberi penjelasan dan selepas itu dipersoalkan.
Bukankah kuasa Speaker di bawah P.M.43 muktamad? Jangan habiskan masa Dewan. Sekarang kita berbahas.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, sekarang kita berbahas. Saya sudah beri penjelasan. Yang Berhormat Ipoh Timur menerima dengan baik. Selepas itu Yang Berhormat Tumpat pula berdiri dengan pandangannya. Selepas itu Yang Berhormat Padang Serai pula berdiri dengan pandangannya. Yang Berhormat Shah Alam mahu berdiri dengan pandangannya. Semua akan berdiri dengan pandangan masing-masing.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya belum selesai Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, jika Yang Berhormat Padang Serai ulang lagi begitu, ‘saya belum selesai’, saya akan rehatkan Yang Berhormat Padang Serai. Saya serius!
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain termasuk di barisan sebelah sana... [Menunjuk ke blok Kerajaan]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bangkitkan point of order sekali lagi kerana saya rasa...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Point of order kalau sekiranya ada juga dengan kaitan dengan ini...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan gunakan point of order for the sake of advancing the merit of the case.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bukan.
Tuan Yang di-Pertua
Itu juga out of order.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bukan for the sake Tuan Yang di-Pertua. Peraturan mesyuarat ini perlu dihormati. Jikalau peraturan mesyuarat ini menyusahkan...
Tuan Yang di-Pertua
Ya saya menghormati, tetapi ramai Ahli Yang Berhormat yang tidak menghormati. Termasuk Yang Berhormat Puchong sendiri....
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tidak, ini jelas didapati...
Tuan Yang di-Pertua
...Yang pernah digantung oleh Majlis ini. Jadi, jangan gunakan dakwaan sebegitu...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua jangan bangkitkan sedalam itu.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya bangkitkan satu isu yang...
Tuan Yang di-Pertua
Okey bangkitkan satu isu dan selepas itu Setiausaha teruskan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apabila saya bangkitkan satu isu Tuan Yang di-Pertua kena dengar dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Don’t waste the time of the Mesyuarat.
Silakan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jangan cakap sebegitu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Sebelum saya halau Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Halau?... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Suruh dia tarik balik...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya serius apabila membangkitkan point of order, seseorang ini membangkitkan point of order mesti menghormati point of order.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya, tetapi Tuan Yang di-Pertua baru membangkitkan hendak halau saya.
Tuan Yang di-Pertua
Those of you who comes into equity must come with clean hands.
Seorang Ahli
We come with clean hands.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
As well as Tuan Yang di-Pertua juga.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Boleh saya teruskan?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, when you refer to the Speaker juga, you are already reflecting on me.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
No.
Tuan Yang di-Pertua
I have the power to take you out.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Semua di sini...
Tuan Yang di-Pertua
I have the power to take you out. You are already reflecting me. You retract that Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Retract of what?
Tuan Yang di-Pertua
You are saying that, saya juga mesti come with clean hands.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
No. I said semua mesti patuh kepada peraturan. That is what I am saying.
Tuan Yang di-Pertua
Bermakna exempted saya. Saya tidak termasuk di dalam itu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
No. I said all of us must hormati peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Proceed with your point of order.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun Ahli Parlimen, Tuan Yang di-Pertua tidak boleh menghalang saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya belum pernah menghalang Yang Berhormat tetapi jangan Ahli-ahli Yang Berhormat menghabiskan masa mesyuarat. Sila proceed with your point of order dan selepas itu Setiausaha sila teruskan. Selepas itu kita mulai berbahas. Sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Boleh saya teruskan?
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, apa yang jelas di dalam perenggan tiga, usul ini bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12). Peraturan Mesyuarat 36(12) menyatakan bahawa apa yang perlu diputuskan oleh Jawatankuasa adalah sama ada, ada ataupun tidak Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan perkataan yang misleading.
Akan tetapi usul di sini mengatakan bahawa perkara itu hanya dibentangkan di jawatankuasa untuk hukuman. Jelas bertentangan dengan P.M.36(12) Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Ya, betul...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. That is what your argument?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu argument saya dan ini satu perkara yang kita kena buat dahulu kerana kita hendak tahu apakah skop yang melanggar peraturan mesyuarat. Itu penting Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey Yang Berhormat, sudah. Terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, Balik Pulau sedikit Tuan Yang di-Pertua. Saya ada Erskine May dengan saya. Jikalau boleh saya mahu bantu Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya belum lagi respons kepada Yang Berhormat Puchong.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya ingin membantu Dewan. Jika dibenarkan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak perlu bantuan dulu. Duduk sekejap.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sit down first.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Erskine May ada.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya respons dulu kepada Yang Berhormat Puchong Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya ada Erskine May terbaru Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tahu. Erskine May berapa edition pun saya tidak perlu bantuan buat seketika waktu.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ada perkara yang kita bincangkan tadi itu. Prosedurnya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Balik Pulau, jikalau Yang Berhormat Balik Pulau tidak duduk, saya akan rehatkan Yang Berhormat Balik Pulau.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya hendak membantu Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Saya tahu tetapi saya respons dulu kepada Yang Berhormat Puchong.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan cuba tolong Tuan Yang di-Pertua...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya perjelaskan lagi seperti apa yang dihujah oleh Yang Berhormat Puchong. Apa yang pernah dibuat oleh di Dewan Rakyat ini pun sebelum saya dan timbalan-timbalan saya. Dalam hal seperti ini, seseorang yang dirujuk ke jawatankuasa seperti yang dikehendaki dalam usul ini di bawah P.M.36(12) perlu untuk dibahas dahulu sama ada Majlis ini bersetuju untuk Yang Berhormat demikian dihantar pergi ke jawatankuasa. Selepas itu, jawatankuasa pula akan menyelidik, memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Selepas itu, memanggil saksi-saksi dan dokumen-dokumen barulah jawatankuasa membuat satu rumusan dan rekomendasi kepada Majlis untuk dibahas semula sama ada rekomendasi itu diterima atau tidak tertakluk kepada Majlis. Apa masalah dengan usul ini?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong duduk. Yang Berhormat Shah Alam duduk kerana itu penjelasan saya. Jadi, sekarang ini biar saya baca Peraturan Mesyuarat 43 pula.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di- Pertua tanya apa yang salah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat duduk.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sebelum itu Tuan Yang di- Pertua, adakah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong. I have heard enough argument from you Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Penjelasan sedikit Tuan Yang di-Pertua. Adakah Tuan Yang di-Pertua menyatakan bahawa Jawatankuasa akan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Seorang Ahli
Mic.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih. Adakah Tuan Yang di-Pertua menyatakan dalam penjelasan itu bahawa jawatankuasa akan buat keputusan sama ada perkataan-perkataan Yang Berhormat Permatang Pauh mengelirukan Dewan? Adakah Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan...
Tuan Yang di-Pertua
Waktu precedent yang kita buat di sini, dulu jawatankuasa buat keputusan rekomendasi...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bukan precedent. Please Tuan Yang di-Pertua kita menjurus kepada isu.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, what is wrong with it?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Please, I want an explanation, penjelasan adakah...
Tuan Yang di-Pertua
Yes, jawatankuasa boleh merekomendasi apa hukuman.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bukan. Berkenaan dengan apa yang di hadapan Dewan sekarang. Adakah Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa apa yang di hadapan Dewan sekarang adalah supaya Yang Berhormat Permatang Pauh dirujuk kepada jawatankuasa untuk jawatankuasa membuat keputusan sama ada perkataan itu mengelirukan.
Tuan Yang di-Pertua
Menyelidik, ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan yang tidak ada kena-mengena dengan usul.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Usul kata dia telah pun didapati bersalah... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua sudah making satu decision which wrong through this.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong. Duduk Yang Berhormat Puchong.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau boleh sedikit Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Balik Pulau duduk. Saya buat keputusan sekarang pula saya baca Peraturan Mesyuarat 43.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan Mesyuarat 43.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila dengar semua kerana saya mendengar apabila Yang Berhormat berdiri untuk membangkitkan Point of Order. “Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya menjaga supaya peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa diendahkan...” Kita semua setuju, kita hormati. Kita endahkan. “..dan keputusannya berkenaan
Tuan Yang di-Pertua
dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta timbangkan semula dan tidak boleh diulangkaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu. Usul demikian ini tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu.”
Tuan Yang di-Pertua
Bermakna jelas sudah saya buat keputusan, usul dimasukkan dalam order paper, wording nya sudah saya baca dengan pegawai-pegawai saya, dan saya nampak ianya proper. Jadi kalau kita semua dianjurkan untuk patuh kepada peraturan mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 43 dan secara kebetulan saya duduk di sini, itulah tafsiran saya. Kalau ada lagi Ahli Yang Berhormat yang berdiri kerana point of order, itu saya anggap sebagai out of order kerana keputusan dalam hal ini saya telah buat. Sila Setiausaha.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Menteri...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menteri katakan bahawa...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, kalau tidak Yang Berhormat saya akan rehatkan dan sesiapa lagi Yang Berhormat buat itu, saya akan buat.
Ini kerana saya terpaksa endah peraturan mesyuarat kerana kalau tidak saya gagal di bawah tanggungjawab saya. Sila... [Mengarahkan kepada Setiausaha] Ada sesiapa yang menyokong usul tadi?
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya difahamkan lebih awal bahawa dalam perbahasan ini, lapan Ahli Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Pembahas pertama ialah Yang Berhormat Gombak, pembahas kedua ialah Yang Berhormat Pulai, pembahas ketiga ialah Yang Berhormat Rasah, pembahas keempat Yang Berhormat Kota Belud, pembahas kelima Yang Berhormat Pokok Sena, pembahas keenam Yang Berhormat Rembau dan pembahas ketujuh Yang Berhormat Permatang Pauh.
Oleh kerana masa tidak mengizinkan dan kita ada lagi rang undang- undang dan isu ini telah pun dibangkit-bangkitkan, diulang-ulang dalam persidangan kali ini setelah ianya tercetus, maka tidak perlu panjang lebar, straight to the point. Maka saya benarkan setiap pembahas 15 minit. Selepas Yang Berhormat Permatang Pauh, Menteri menjawab dan selepas itu saya kemukakan masalah ini kepada Majlis untuk menentukan. Sila Yang Berhormat Gombak.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, mengenai senarai itu, menggantikan Yang Berhormat Rasah, saya yang menggantikan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat Ipoh Timur akan menggantikan Yang Berhormat Rasah. Sila Yang Berhormat Gombak.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah? Semasa Ahli berbahas boleh mencelah?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh mencelah tetapi pencelahan itu tidak ada penalti. Maksudnya kalau yang berbahas itu dicelah maka dipotong daripada 15 minit... [Dewan riuh] Tertakluk kepada siapa yang memberi laluan. Sila Yang Berhormat Gombak.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Hanya 15 minit, mana cukup Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau saya ikut Yang Berhormat Padang Serai, lima hari berbahas pun, kalau you tidak akan cukup. [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya setuju, lima hari pun boleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perbahasan, Yang Berhormat Menteri semalam ada membuat kenyataan akhbar bahawa tidak ada batasan masa dalam perbahasan usul ini.
Beberapa Ahli
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gombak, bukan Menteri yang menentukan berapa minit perbahasan tetapi saya. [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan kuasa Speaker diambil oleh sesiapa! [Dewan riuh]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Beri warning kepada Menteri itu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kalau begitu, bolehkah kita bawa usul terhadap Yang Berhormat Menteri kerana mengambil kuasa Speaker? [Dewan riuh] [Tepuk]
Seorang Ahli
Bukan kali pertama.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sila teruskan. Masa berjalan Yang Berhormat. Dua minit sudah berjalan, tinggal 13 minit.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam reformasi. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Padang Rengas mewakili kerajaan jelas memperlihatkan bahawa UMNO cuba menutup mulut Yang Berhormat Permatang Pauh... [Tepuk] Daripada terus mendedahkan tindakan-tindakan UMNO yang mengkhianati amanah rakyat. [Tepuk] Usul ini juga sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, mengundang reaksi dan persepsi daripada rakyat bahawa UMNO bermati-matian untuk mempertahankan APCO dan Zionis Israel... [Tepuk] Dan sanggup mengorbankan seorang negarawan dan pemimpin Islam Melayu dari Permatang Pauh. [Tepuk] [Dewan riuh] Usul ini juga boleh dibaca sebagai usaha UMNO untuk menutup ruang demokrasi Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. [Tepuk] [Dewan riuh] Usul ini banyak kecacatannya Tuan Yang di-Pertua. Usul ini cuba mempengaruhi Dewan bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh sudah bersalah dan perlu dihukum sebelum Jawatankuasa Hak dan Kebebasan memulakan prosidingnya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Walaupun Tuan Yang di-Pertua telah menyebut tadi dengan jelas tentang peranan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, namun keterangan Tuan Yang di-Pertua tidak secocok dengan usul yang dibentangkan oleh kerajaan.
[Tepuk] Usul yang telah dinyatakan tadi, para yang kedua, “Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.” Bagaimana Dewan ini sudah menghukum Yang Berhormat Permatang Pauh dengan mengatakan kenyataan itu mengelirukan sebelum Jawatankuasa meneliti dokumen-dokumen dan fakta-fakta yang telah dijelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua sebentar tadi?
Sepatutnya usul ini berbunyi, “Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mengelirukan”. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tumpat bahawa usul yang dibawa oleh kerajaan hari ini telah melanggari Peraturan Mesyuarat 80(1) dan telah menghina Dewan yang mulia ini yang telah membentuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Usul yang dibawa oleh kerajaan, yang saya nyatakan tadi adalah tidak adil sama sekali, grossly unjust Yang Berhormat Menteri. Ianya telah mendahului prosiding, ianya belum disiasat dan diteliti oleh jawatankuasa dan ini merupakan jalan pintas kepada proses keadilan dan hak bersuara seseorang Ahli Dewan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada usul yang pernah dibawa terhadap Yang Berhormat Bukit Gelugor, di mana Yang Berhormat Bukit Gelugor, apabila usul ini dibawa oleh kerajaan, dalam usul itu berbunyi, “...hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat penentuan, sama ada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor itu boleh dirujuk ataupun melanggari mana- mana undang-undang”. Itu sepatutnya usul yang perlu dibawa oleh kerajaan.
Beberapa Ahli
Betul!
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini menunjukkan kerajaan dalam keadaan tergopoh gapah...
Seorang Ahli
Desperate.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...Untuk mengenakan hukuman terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh atas desakan APCO dan Zionis Israel... [Dewan riuh] [Tepuk] Saya tidak silap kalau menyatakan ada wakil APCO yang hadir dalam persidangan pagi ini... [Dewan riuh] [Tepuk] Mengapa? Mengapa pegawai-pegawai APCO hadir dalam persidangan pada pagi ini?... [Dewan riuh] Apakah pembahas-pembahas daripada UMNO akan bersuara dengan suara Zionis Israel mempertahankan mereka?... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Yang Berhormat Permatang Pauh tidak mengelirukan Dewan, malahan kenyataannya cukup jelas bahawa pentadbiran Perdana Menteri yang baru, membayar APCO untuk menjenamakan semula pentadbirannya. Kerajaan juga sudah mengesahkan bahawa sejumlah RM77 juta telah dibayar kepada APCO untuk perkhidmatan strategik komunikasi yang menyeluruh untuk tempoh setahun.
Hujah bahawa kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan APCO hanya dalam Ogos 2009. Manakala slogan 1Malaysia yang diperkenalkan dalam bulan April 2009 juga telah dijawab secara tegas dan berfakta oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita boleh merujuk kepada Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 30 Mac 2010, muka surat 38 dan 39 berkenaan penglibatan Minds Team Sdn. Bhd. sebagai sebahagian daripada modus operandi APCO di Malaysia.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuduhan dalam usul bahawa dakwaan Yang Berhormat Permatang Pauh sangat serius, memang benar Tuan Yang di-Pertua, kerana kita melihat
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
ini bukan sahaja isu 1Malaysia 1Israel tetapi persoalan yang lebih serius yang perlu dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini ialah keselamatan negara kita telah dibolosi oleh pemimpin APCO yang menjadi tunjang kepada Zionis Israel atas permintaan UMNO dan Barisan Nasional. Akan tetapi, kerajaan hanya menyempitkan skop perbahasan kita pada pagi ini kepada soal 1Malaysia 1Israel.
Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, ini adalah usaha terancang UMNO untuk menutup segala maklumat yang didedahkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh berhubung soal keselamatan dan kedaulatan negara kita dan mengalihkan pandangan rakyat daripada isu pokok iaitu keselamatan negara.
Hujah Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah disokong dengan dokumen yang kuat dan fakta yang jelas. Fakta yang diperincikan dalam tiga sesi dalam Dewan yang mulia ini, iaitu dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Ucapan Titah Diraja pada 17 Mac, kemudian disusuli dengan – Bukan Yang Berhormat Permatang Pauh akur untuk memberikan penjelasan tetapi diarah oleh Dewan ini supaya Yang Berhormat Permatang Pauh memberikan keterangan dan Yang Berhormat Permatang Pauh menyambut cabaran itu dengan berani dan tegas pada 30 Mac yang lalu. Dan sekali lagi Yang Berhormat Permatang Pauh tampil dengan berani dan berprinsip menggemparkan Dewan ini pada 6 April 2010 ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan. Semua dokumen dibentangkan, semua fakta diperincikan tetapi masalah yang kita hadapi hari ini ialah Perdana Menteri tidak berani tampil dalam Dewan untuk menjawab semua pertuduhan-pertuduhan ini... [Tepuk] Malahan, Yang Berhormat Permatang Pauh telah mencabar Perdana Menteri untuk tampil dalam Dewan ini bagi membuat penjelasan berhubung hubungan APCO Israel dengan APCO Malaysia. Saya merujuk kepada Hansard bertarikh 30 Mac 2010 dalam muka surat 38, Tuan Yang di-Pertua.
Saya quote, “Apa mungkin Perdana Menteri hadir di Dewan dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu APCO atau dengan APCO penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia.” Gesaan ini sudah dibuat. Mengapa Perdana Menteri lebih berminat untuk berkempen di Hulu Selangor daripada menjawab fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dalam Dewan yang mulia ini?... [Tepuk] Tidak pernah Perdana Menteri turun berkempen. Ini membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional terdesak untuk memancing undi dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada fakta yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dalam Dewan ini, yang belum disanggah, yang tidak disanggah dan tidak berani disanggah oleh Menteri dan juga Perdana Menteri, maka kami membuat kesimpulan yang munasabah, reasonable inference bahawa slogan 1Malaysia mempunyai kaitan dengan penglibatan APCO menjenamakan 1Israel ketika pemerintahan Ehud Barak. Apakah kesimpulan yang munasabah ini boleh disabitkan dengan kesalahan mengelirukan Dewan?
Amat malang sekali kerajaan tidak ambil peduli soal keselamatan negara yang sekarang mula dibolosi oleh Zionis Israel, sebaliknya hanya menumpukan persoalan 1Malaysia 1Israel. Kerajaan UMNO tidak ada keupayaan untuk menjawab isu yang fundamental, isu pokok iaitu keselamatan. Akan tetapi UMNO hanya menggunakan kuasa majoriti dalam Dewan ini untuk menghukum musuh-musuh politik dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya menganjurkan Ahli-Ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional, speak from your conscience. Mesti ada dhamir. Negara kamu sedang diserang oleh Zionis Israel atas undangan kamu. Mengapa kita boleh membenarkan perkara ini berterusan?... [Dewan riuh] Mereka tidak ada conscience, tidak ada dhamir untuk melihat negara kita sedang dicabar dan dibolosi oleh Zionis Israel.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan kesalahan mengelirukan Dewan. Ini kerana kenyataan yang dibuat dalam Dewan ini bukan dengan sengaja berniat untuk berbohong atau mengelirukan Dewan tetapi berdasarkan maklumat yang ada dalam tangan dan simpanan Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita sekadar menuntut penjelasan daripada kerajaan. Jika maklumat yang diberikan tidak tepat, Yang Berhormat Pekan ada lah keberanian untuk tampil dalam Dewan ini untuk menangkis tuduhan tersebut... [Tepuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Gombak, minta mencelah?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Masa tidak ada. Di mana Yang Berhormat Pekan? Di mana Yang Berhormat Pagoh? Mengapa mereka tidak berani untuk menjawab persoalan ini?
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12) digubal atas prinsip dan semangat bahawa seseorang Ahli Dewan tidak boleh membuat kenyataan yang mengelirukan dan sengaja menipu. Maknanya niatnya jelas untuk menipu. Walaupun Erskine May menyatakan bahawa peraturan ini terpakai untuk semua Ahli Dewan tetapi Tuan Yang di-Pertua – mungkin Timbalan Yang di-Pertua lebih arif sebab dia sering ke Club House of Common dan tempat-tempat sebegini, tetapi dalam...
Tuan Yang di-Pertua
Ini Yang Berhormat Gombak seolah-olah menyindir saya, saya kurang arif... [Tepuk]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Begitukah Yang Berhormat Gombak?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berniat untuk menyinggung Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, sila teruskan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Akan tetapi ada salah seorang daripada Timbalan Yang di-Pertua, dia sendiri menyebut dalam Dewan ini pengalaman-pengalaman yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, dalam amalan Parlimen di England, Kanada dan juga Australia, peraturan untuk tidak mengelirukan Dewan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan oleh Menteri di dalam kerajaan untuk menyatakan kebenaran dan tidak menipu kepada Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat, dua minit.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Inilah yang dikenali sebagai tanggungjawab Menteri kepada Parlimen. Semangat peraturan ini bersandarkan kepada kenyataan bahawa maklumat-maklumat kerajaan hanya ada di tangan Menteri. Maka Menteri tidak boleh mengelirukan Dewan kerana Menteri mempunyai access kepada maklumat kerajaan dan bukannya Ahli-ahli Dewan yang lain yang ada access kepada maklumat-maklumat ini... [Tepuk] Kalau Dewan ini menerima pakai peraturan ini, setengah daripada menteri- menteri Kabinet Malaysia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kebebasan kerana menipu dalam Dewan yang mulia ini. Contoh banyak boleh diperincikan tetapi oleh kerana masa suntuk, saya akan pindah kepada topik yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, kita boleh lihat prinsip ini dengan memerhatikan kes John Profumo, John Biffen dan Westland Affair. Merujuk kepada Hansard Parlimen England dan Kanada juga mendapati bahawa kes yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah dakwaan mengelirukan Dewan yang dilakukan oleh Menteri berhubung fakta di bawah kendalian portfolio Menteri berkenaan. Ini kali pertama dalam sejarah dunia Parlimen seorang Ketua Pembangkang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Amat memalukan Dewan yang dipimpin oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri... [Tepuk] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gombak, itu tidak betul Yang Berhormat Gombak. Ada pernah berlaku di Parlimen Kanada di mana Ketua Pembangkang sendiri...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat! Di mana Ketua Pembangkang sendiri membuat kenyataan yang telah membangkitkan isu beliau akan dirujuk kepada Jawatankuasa Kebebasan tetapi dua hari selepas kenyataan itu dibuat, beliau tarik kenyataan itu, maka tidak direfer lagi.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak di refer lah.
Tuan Yang di-Pertua
Bermakna pernah berlaku tetapi ada kemaafan yang diminta. Sila teruskan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Namun Tuan Yang di- Pertua, tidak rujuk ke Jawatankuasa. Itu prinsipnya.
Tuan Yang di-Pertua
Pasal dia minta maaf.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau dia tidak minta maaf, akan dia dirujuk.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Mengapa?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Gombak. Sila, Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Mengapa harus Yang Berhormat Permatang Pauh...
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...Meminta maaf bila dia tidak bersalah?... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, prinsip-prinsip penting..., prinsip penting yang mendasari sistem Westminster adalah keupayaan Parlimen untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung kerajaan. Itu prinsip asas Parlimen England berhubung kerajaan di samping memastikan menteri memberikan jawapan yang benar dan lengkap kepada Parlimen. Inilah semangat yang dihasratkan oleh Peraturan Mesyuarat 36, Tuan Yang di- Pertua. Jadi saya mohonlah Tuan Yang di-Pertua supaya usul yang dibawa oleh kerajaan ini adalah usul yang cacat, yang tidak boleh diterima kerana tergesa-gesa untuk menghukum seorang pemimpin Melayu Islam yang dicemburui oleh... [Dewan riuh] [Tepuk] UMNO dan Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua
Gulung, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sepatutnya Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sila gulung, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kita tidak boleh menghukum kenyataan Ahli-ahli Dewan dari pembangkang yang tidak disenangi oleh Perdana Menteri semata-mata kerana kenyataan-kenyataan itu boleh memalukan Barisan Nasional dan UMNO. Dewan ini tidak boleh menghukum seseorang Ahli Dewan kerana memberikan pandangan dan apa yang saya boleh rumuskan ialah usul yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini jelas seperti yang saya nyatakan tadi, niatnya dan tujuannya semata-mata untuk mempertahankan APCO dan Zionis Israel.
Ini niat yang telah dipasang oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka tidak berupaya untuk mendepani isu rakyat, mereka tidak berupaya untuk menjawab isu-isu rakyat di bawah, mereka tidak berupaya untuk menjawab semua dakwaan yang telah kita lemparkan dengan fakta yang jelas dan dokumen yang tepat. Maka, mereka menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen. Mereka menggunakan kedudukan mereka untuk menghukum kita.
Ini satu tindakan yang bacul dan tidak bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Gombak, terima kasih... [Tepuk]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sebab itulah saya berdiri di sini Tuan Yang di-Pertua, untuk mengajak Ahli-ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional. Marilah kita membuat keputusan daripada conscience yang jelas... [Dewan riuh] Jangan menjadi budak suruhan kepada Perdana Menteri... [Dewan riuh] Jangan menjadi budak upahan dan akhirnya yang penting Tuan Yang di-Pertua, UMNO tolonglah jangan menjadi hamba kepada APCO dan Zionis Israel... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Marilah kita pertahankan maruah kita, kita pertahankan negara kita, kita pertahankan kedaulatan negara ini dan akhirnya Tuan Yang di-Pertua, hari ini hari yang bersejarah, melihat bagaimana UMNO dan BN sudah rosak menjadi hamba kepada orang asing khususnya Zionis Israel. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Pulai.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Salam 1Malaysia - produk asli buatan tempatan... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah sudi membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini.
Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang kecil jika dibandingkan dengan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Eropah dan China. Lazimnya, kuasa besar dunia akan sentiasa bertindak mengikut kepentingan mereka dan tindakan mereka boleh menjejaskan kepentingan Malaysia. Kerajaan tidak boleh membenarkan tindakan kuasa besar ini untuk menjejaskan kepentingan negara. Malaysia tidak berupaya atau mempunyai kekuatan untuk membuat tuntutan supaya kuasa besar ini mendengar atau tunduk kepada tuntutan kita.
Oleh kerana itu, Malaysia terpaksa bijaksana dalam menguruskan Dasar Luar Negara kita. Kerajaan tidak boleh mengambil satu kedudukan yang keras menentang kehendak mereka kerana tindakan tersebut akan digunakan sebagai satu alasan untuk menolak cadangan yang mengambil kira
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
kepentingan kita dan lebih buruk lagi, kuasa besar tersebut akan mengambil tindakan untuk menekan negara kita seperti apa yang berlaku kepada negara.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kita sudah dengar.
Dengar dari mulut seorang...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Sudah, sudah, sudah. Tidak ada masa, tidak ada masa. Saya suruh duduk... [Dewan riuh] Malaysia juga tidak akan memihak kepada...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ahli Parlimen kita akan tunduk kepada kehendak kuasa asing.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini Tuan Yang di-Pertua, adakah apa yang...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Suatu kuasa besar sahaja dalam isu antarabangsa.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Dikatakan oleh Yang Berhormat Pulai mengaku bahawa... [Dewan riuh]
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Kerana tindakan tersebut mungkin mengundang... [Disampuk] ...Daripada pihak berlawanan dalam isu tersebut.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Mesti akur dan menjadi hamba kepada... [Disampuk]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kita tunduk...
[Disampuk]
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Saya tidak bagi jalan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.
Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Adalah Yang Berhormat Pulai mengatakan bahawa kita ini tidak berdaulat...
Seorang Ahli
Hey, duduklah!
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Saya tidak ada masa. Duduk, duduk. Kesimpulannya, pengurusan dasar luar negara kita perlu dilaksanakan untuk memastikan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Batu, sila duduk. Sila duduk. Duduk, Yang Berhormat.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Bahawa negara kita tidak terjejas dari segi politik.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tidak boleh masuk Dewan...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Kerajaan mesti sentiasa peka...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.
Yang Berhormat Padang Serai, kita sekarang ini berbahas dengan soal yang
Tuan Yang di-Pertua
penting. Jangan sama sekali habiskan masa Yang Berhormat. Tolonglah Ahli- ahli Yang Berhormat. Perkara sebegini tidak akan berlaku kalau umpamanya kita semua berhujah. Apabila berhujah mengambil kira peraturan mesyuarat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, saya tidak mahu berdialog dengan Yang Berhormat Padang Serai. Sila duduk.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya, saya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai. Barangkali selepas ini Yang Berhormat Padang Serai mahu mengundi, bukan? Jadi jangan nanti apabila saya buat tindakan menghalau seseorang, nanti saya kena tuduh untuk mengurangkan undi sama ada dari Barisan Nasional ataupun daripada pembangkang. Jangan buat begitu, ya. Sila teruskan Yang Berhormat Pulai.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kesimpulannya, pengurusan Dasar Luar Negara kita perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa negara kita tidak terjejas dari segi politik dan ekonomi khususnya dari segi pelaburan antarabangsa dan perdagangan. Kerajaan mesti sentiasa peka kepada pengaruh kuasa besar dan kedudukan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya minta mencelah, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pulai, saya minta mencelah.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Tidak ada, tidak ada. Saya tidak ada masa. Saya ada lima belas minit. Cukup-cukup ucapan ini. Minta maaf.
Kerajaan mesti menguruskan imej negara melalui amalan perhubungan awam antarabangsa dan perhubungan kerajaan asing yang baik.
Amalan perhubungan awam yang baik ini boleh memberikan gambaran positif mengenai Malaysia kepada masyarakat dan kerajaan antarabangsa dan mampu meyakinkan pelabur dan pelancong dan meletakkan Malaysia sebagai rakan kongsi kepada kuasa-kuasa besar dunia supaya kepentingan Malaysia sentiasa akan terpelihara.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tunduk, tunduk...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Pada waktu yang sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa segala perkara-perkara atau berita-berita yang boleh menjejaskan imej negara dapat dikurangkan atau dihentikan sebelum perkara tersebut dapat digunakan oleh musuh-musuh negara untuk merosakkan negara... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh memang memahami nilai perhubungan awam antarabangsa yang baik ini. Semasa beliau di dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, beliau telah menggunakan akhbar-akhbar, majalah-majalah dan media antarabangsa untuk menaikkan imej beliau sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga telah berjaya memikat perhatian dan menjadi “darling” dengan izin, kepada media antarabangsa.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Pulai, boleh celah? Saya hendak tahu...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Duduk, duduk.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Pulai rujuk Israel kah atau Amerika Syarikat?
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Yang Berhormat Batu, duduk.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Pulai sebut ini. Kita hendak berbaik dengan Israel atau Amerika Syarikat?,,, [Dewan riuh] Saya tidak faham. Sila jelaskan yang kita hendak berbaik adalah...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Hendak jelaskanlah ini. Hendak jelaslah ini. Duduk, duduk. Saya akan jelaskan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Hendak berbaik dengan Israel ataupun berbaik dengan Amerika Syarikat?
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Saya hendak jelaskanlah ini. Duduk, duduk.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sekarang kita bahas tentang Israel.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Duduk, duduk.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Israel yang kita...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Saya ulang.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kita hendak bersahabat baik dengan Israel.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Duduk, duduk.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Adakah ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pulai?... [Disampuk] [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Pulai mahu menjadi kawan...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Saya sudah jelaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kepada Zionis yang pada hari ini sudah membunuh anak-anak Islam...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Anak rakyat Palestin.
Mahu jadi kawan? Dia mahu mempertahankan APCO... [Dewan riuh] Hendak mempertahankan APCO dan Israel yang telah membunuh!... [Dewan riuh]
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Saya ulang.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pulai, duduk dulu, Yang Berhormat Pulai.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Beliau telah berjaya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Pulai.
Tolong duduk dulu, Yang Berhormat Pulai.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Ya, duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ulangi kembali. Apabila ada Ahli Yang Berhormat yang berdiri tidak mengikut Peraturan Mesyuarat 35 dan 37, saya tidak kasi bagi warning lagi. Saya akan suruh keluar... [Tepuk] Saya serius.
Jangan habiskan masa Mesyuarat. Sila, Yang Berhormat Pulai.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ulang sekali lagi. Beliau telah berjaya memikat perhatian dan menjadi “darling”, dengan izin kepada media antarabangsa dan memukau media antarabangsa sehingga mereka mempercayai apa sahaja yang dikatakan oleh beliau.
Saya ingat lagi pada tahun 1996 dahulu ada sebuah majalah antarabangsa yang menamakan beliau sebagai Menteri Kewangan yang terbaik di Asia walaupun pada ketika itu beliau baru sahaja tiga tahun menjadi Menteri Kewangan dan belum lagi menghasilkan kejayaan ekonomi yang ketara. Beliau juga sebelum itu tidak pernah terlibat dalam bidang ekonomi ataupun perniagaan. Imej antarabangsa Yang Berhormat Permatang Pauh pada ketika itu melambung naik dan beliau dengan izin, can do no wrong in the eyes of the international community.
Saya pun pada ketika itu hairan bagaimana sebuah majalah yang terkenal boleh memberikan gelaran tersebut kepada beliau. Mungkin ada insentif atau habuan yang telah diberikan kepada majalah tersebut untuk memberikan gelaran tersebut... [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya gunakan peraturan ini Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Imej antarabangsa..
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, P.M.36(6).
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Yang Berhormat Permatang Pauh tidak terjejas apabila ekonomi Malaysia menghadapi masalah besar pada tahun berikutnya, tahun 1997...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Peraturan Mesyuarat 36(6)...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Kerana krisis mata wang ASEAN, kerana media dan kerajaan asing pada ketika itu...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pulai duduk dahulu. Peraturan Mesyuarat 36(6) saya mahu dengar baik-baik dan kalau point of order itu semata-mata untuk mengganggu Mesyuarat dan saya dapati begitu, saya akan suruh Yang Berhormat keluar. Sila Peraturan Mesyuarat 36(6).
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pulai mengatakan tentang Ketua Pembangkang seorang Ahli Dewan ini... P.M.36(6) mengatakan seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa..”
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tunggulah! Tunggu!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, beliau..
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat! Yang Berhormat, sekarang saya gunakan kuasa untuk merehatkan Yang Berhormat. Sila... [Tepuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini Yang Berhormat Pulai menggunakan kata-kata... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Yang tidak bersopan. Ini saya gunakan peraturan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Saya sudah memberi warning kepada Ahli-ahli Yang Berhormat jangan ganggu Mesyuarat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bangun untuk mengganggu tetapi bagi Ahli Yang Berhormat yang bangkit point of order walaupun kurang arif atau apa, saya rasa tidak tepat untuk Tuan Yang di-Pertua mengeluarkan orang kerana membangkitkan point of order. Ini...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tetapi orang beri pandangan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya setuju. Dengar Tuan Yang di-Pertua sebelum mengulas. Saya setuju Tuan Yang di-Pertua tegas, jangan ada gangguan. Celahan mesti dengan kebenaran. Saya setuju tetapi saya tidak setuju Dewan ini mengeluarkan orang...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
...bila bangkitkan point of order. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Menjerit-jerit dia!...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat! Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain jangan ganggu. Hal ini serius. Yang Berhormat Permatang Pauh serius, saya lebih serius! Saya buat keputusan!
Seorang Ahli
Sila Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat saya sudah beri warning beberapa kali. Kita berbahas perkara yang penting. Saya mendengar sama ada hujah itu melanggar peraturan atau tidak!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat! Mahu dekat tiga tahun saya mempengerusikan Mesyuarat. Setiap Mesyuarat ada sahaja saya dengar perkataan-perkataan yang melanggar Peraturan Mesyuarat! Demi untuk kelicinan berbahas, saya biarkan! Kalau Yang Berhormat semua juga mahu setiap perkataan itu saya edit, saya akan buat tetapi tidak boleh berbahas. Saya buat! Tunggu saya. Sila Yang Berhormat ‘Permatang Pauh’. Jangan keluarkan perkataan yang saya anggap melanggar peraturan. Begitu juga nanti pembahas selepas ini.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Pulai!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pulai. Selepas itu siapa pembahas saya akan teliti dengan baik. Saya akan simpan ini di hadapan saya. Sila Yang Berhormat Pulai. [Disampuk] Boleh, tidak ada masalah bagi saya.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sabar, sabar!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Pokok Sena, saya cukup sabar. Cukup sabar tetapi apabila Ahli-ahli Yang Berhormat berbuat begini, saya benar-benar cukup malu.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya takut... Sabar, sabar...! [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Pulai.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Imej antarabangsa Yang Berhormat Permatang Pauh tidak terjejas apabila ekonomi Malaysia menghadapi masalah besar pada tahun berikutnya – 1997, kerana krisis mata wang ASEAN. Ini kerana media dan kerajaan asing pada ketika itu terpukau dan yakin dengan imej yang beliau wujudkan ini. Media dan kuasa besar antarabangsa menyokong beliau tanpa syarat.
Yang Berhormat Permatang Pauh juga faham menggunakan bad publicity dengan izin, untuk mewujudkan imej negatif untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan. Selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau telah menggunakan media antarabangsa untuk memburukkan negara. Serangan media antarabangsa terhadap Malaysia telah menyebabkan keadaan politik negara tidak stabil dan menghindarkan pelabur asing daripada melabur di dalam negara dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Malaysia masih lagi menghadapi masalah untuk menarik pelaburan asing sehingga hari ini kerana peristiwa dan persepsi yang telah terbentuk dalam minda masyarakat antarabangsa disebabkan oleh publisiti negatif ini.
Beliau juga telah mendapat simpati daripada badan-badan NGO antarabangsa seperti Amnesty International, Transparency International dan sebagainya yang tidak henti-henti mengeluarkan laporan negatif mengenai Malaysia.
Malah, kerajaan Amerika juga datang untuk membantu dan mengetepikan protokol antarabangsa dengan menyerang kerajaan Malaysia apabila bekas Naib Presiden Al Gore mengkritik Malaysia dalam ucapannya sewaktu Mesyuarat APEC di Kuala Lumpur pada tahun 1998 dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh memang arif dengan strategi menggunakan publisiti negatif sebagai senjata dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lepas. Beliau telah menggunakan pakar-pakar internet daripada Turki dan juga pakar-pakar lain untuk menyerang kerajaan dengan information psychology war yang penuh dengan putar belit dan maklumat yang palsu sehingga rakyat mempercayai informasi tersebut dan mengundi pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua, tindakan Yang Berhormat Permatang Pauh telah jelas menjejaskan negara kita sehingga sekarang. Kerajaan perlu membuat tindakan yang cepat untuk memulihkan nama dan imej negara di luar negara.
Kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu mengambil tindakan serta-merta untuk memulihkan hubungan kerajaan Malaysia dengan Amerika Syarikat.
Kerajaan juga perlu mengambil langkah yang serta-merta untuk memulihkan imej negara di kaca mata dunia termasuk melantik dan menggunakan kepakaran antarabangsa dalam bidang public relations, dengan izin seperti syarikat APCO... [Dewan riuh] Kerajaan perlu melantik syarikat APCO untuk menjelaskan keadaan yang sebenar mengenai politik dan ekonomi negara kepada kerajaan, akhbar, majalah, on line media, blogs dan juga NGO antarabangsa. Memandangkan imej negara telah dirosakkan sekian lama, maka kerajaan terpaksa membayar
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
harga yang tinggi untuk kerja-kerja pemulihan yang besar yang perlu dibuat untuk membetulkan imej negara di kaca mata dunia... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, APCO merupakan... [Disampuk] Bagilah kita bercakap dahulu. Tuan Yang di-Pertua, APCO merupakan sebuah syarikat perunding yang dilantik oleh kerajaan untuk membantu Kedutaan Malaysia di luar negara untuk memulihkan imej kerajaan di luar negara. APCO juga bertujuan untuk membantu...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sekarang UMNO puji.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
...dan melatih Unit Komunikasi Jabatan dan juga kementerian kerajaan untuk mempertingkatkan lagi kepakaran agensi kerajaan supaya ia selari dengan keperluan komunikasi dan juga perhubungan awam yang terkini. Kerja yang dibuat oleh APCO diselenggarakan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri dan tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh compromise, dengan izin, keselamatan negara. Pelantikan APCO Tuan Yang di-Pertua, tidak ada niat yang sinister, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh telah membuat kenyataan yang tidak benar dan mengelirukan Dewan mengenai kedudukan dan peranan APCO. Kenyataan Yang Berhormat Permatang Pauh di dalam Dewan yang mulia ini juga telah memberikan tanggapan yang negatif kepada masyarakat antarabangsa dan menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa. Yang Berhormat Permatang Pauh telah membuat kenyataan yang tidak benar dengan mengatakan bahawa APCO bertanggungjawab membentuk Dasar 1Malaysia walaupun APCO dilantik pada bulan Jun 2009 beberapa bulan selepas Dasar 1Malaysia diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. APCO jelas tidak mempunyai peranan dalam pembentukan dasar tersebut...
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Yang Berhormat Permatang Pauh juga tidak bercakap benar di dalam Dewan yang mulia ini mengenai peranan APCO dalam pembentukan dasar 1Malaysia. Yang Berhormat Permatang Pauh juga gagal mengemukakan bukti dokumen bahawa APCO juga dilantik oleh Kerajaan Israel untuk membentuk dasar yang digelar 1Israel pada tahun 1999. Yang Berhormat Permatang Pauh juga tidak bertanggungjawab membuat andaian menghubung kait dasar 1Malaysia adalah sama dengan dasar 1Israel dan kedua-dua dasar ini adalah diilhamkan oleh APCO.
Tuan Yang di-Pertua, beliau telah membuat tuduhan dan memberikan implikasi yang buruk kepada Malaysia dengan mendakwa bahawa APCO mempunyai penasihat, pengarah, pekerja atau pemegang saham yang berketurunan Yahudi dan ada hubung kait kuat dengan kumpulan Zionis dalam sebuah syarikat bernama ASERO Worldwide.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Beliau juga telah membuat andaian bahawa kumpulan Zionis ini telah dilibatkan dalam urusan kerajaan yang melibatkan maklumat rahsia yang boleh menggugat keselamatan negara melalui APCO. Tuduhan ini jelas tidak benar kerana individu-individu yang dinamakan tersebut tidak pernah terlibat dalam urusan kerja APCO mengenai Malaysia. APCO hanya bertugas untuk membantu kerajaan mengenai perhubungan awam dan tidak melibatkan perkara rahsia yang boleh menggugatkan keselamatan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh telah mengganggu-gugat keselamatan politik dan ekonomi negara dengan membuat kenyataan tidak benar yang boleh digunakan untuk musuh-musuh negara
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
untuk kepentingan mereka. Tindakan beliau juga telah merosakkan nama baik Dewan yang mulia ini, dan kita sebagai ahli Dewan tidak ada pilihan melainkan mengenakan tindakan yang tegas kepada beliau.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Usul ini juga...
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Peraturan mesyuarat...
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Perlu dipertimbangkan menggunakan fakta dan bukan andaian. Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pulai, duduk dahulu Yang Berhormat Pulai. Peraturan mesyuarat.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Saya hendak mengakhirkan ini. Ini ucapan saya terakhir.
Tuan Yang di-Pertua
Point of order. Duduk dahulu Yang Berhormat Pulai. Point of order... [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Faham atau tidak peraturan mesyuarat... [Ketawa]
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. “Peraturan Mesyuarat 38(1) – Perbahasan atas apa-apa usul, selain daripada usul hendak menangguhkan Majlis Mesyuarat, dan perbahasan atas apa-apa rang undang-undang atau pindaan, hendaklah berkaitan dengan usul atau rang undang-undang atau pindaan itu.” Jadi saya rasa Tuan Yang di- Pertua, pihak ini sudah terkeluar daripada skop usul ini... [Dewan riuh] Mereka tidak ada apa-apa bukti.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tidak menganggap begitu Yang Berhormat. Terima kasih. Sila teruskan.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
...Akhirnya saya menyokong usul ini dan meminta Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk mencadangkan tindakannya yang setimpal kepada Yang Berhormat Permatang Pauh ke atas dakwaan beliau yang tidak bertanggungjawab selama ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd.Samad - Shah Alam
Tuan Yang di- Pertua, nampak gayanya Yang Berhormat Pulai tidak faham-faham penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Dia terus hendak minta Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menghukum.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Timur, sila.
Tuan Haji Khalid bin Abd.Samad - Shah Alam
Dia cadang ataupun dia arah, hakikatnya dia tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat Ipoh Timur, sila.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri dengan rasa yang sangat sedih... [Dewan riuh] Hari ini merupakan hari hitam untuk Parlimen. Kita patut rasa...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di- Pertua, kalau dia sedih saya keluar dahulu... [Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Malu apa yang berlaku yang sebenarnya...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong diam Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Yang sebenarnya apa yang begitu besar, heinous, jijik mengenai satu tuduhan bahawa 1Malaysia adalah satu carbon copy untuk 1Israel, sehingga perlulah satu usul untuk mengheret Yang Berhormat Ketua Pembangkang ke Parliamentary Rights and Privileges Committee. What is so big bahawa 1Malaysia itu satu carbon copy untuk 1Israel? Saya sendiri kata bahawa 1Malaysia carbon copy Malaysian Malaysia!... [Tepuk] Mahu heret saya ke Parliamentary Rights and Privileges Committee?
Copycat - semua copycat, kenapa? Oleh kerana ada motif politik! Di mana majoriti Barisan Nasional digunakan untuk brute majority, sungguhpun simple majority sahaja untuk buli Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat khasnya Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Kita hari ini patut bertindak sebagai satu court of justice menentukan mengenai satu perkara ini, tetapi nampaknya macam Coliseum Rome, 2000 tahun dahulu – gladiatorial contests, tidak mahu dengar. Lawan sahaja! Bukan apa yang benar, tidak benar, tetapi apa brute majority telah menentukan. Ini pun sudah diputuskan oleh Kabinet. Inilah satu violation, satu pencabulan doctrine of separation of powers. What is the business of the Cabinet untuk bincang perkara ini dan tentukan dalam perkara ini? Bahawa perkara ini dirujuk kepada Parliamentary Rights and Privileges Committee. This is an utter and completely unacceptable interference doctrine of separation of powers...
[Tepuk] Kenapa Yang Berhormat Menteri bawa kes ini kepada Kabinet?
Kabinet putuskan semua itu, semua ikut. Kalau begitu brute majority, apa boleh buat? Sebab itu kita boleh - patutlah tidak boleh benarkan brute majority Barisan Nasional diteruskan. Jatuhkan Barisan Nasional di election yang akan datang!... [Tepuk] Kita dalam Dewan yang mulia ini kita dengar banyak tuduhan yang liar daripada menteri-menteri Barisan Nasional dan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Yang Berhormat Pasir Salak, apa katanya? Bahawa pemimpin Pulau Pinang kerap kali pergi Singapura dan Hong Kong jual rahsia kerajaan, bahawa sayalah bekas pegawai politik Lee Kuan Yew. Semua tidak berasas, semua bohong, fitnah, dusta! Perkara ini patut dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
Ada satu usul dikemukakan tetapi bukan betul atau tidak betul, tetapi brute, minus, blind majority – tolak! Bagaimana boleh tolak kalau sebenar ada pemimpin Pulau Pinang yang menjual rahsia kerajaan? Inilah pengkhianat.
Patut digantung dan dibawa ke mahkamah, saya setuju. Patut bawa ke Parliamentary Rights and Privileges Committee. Kita pun rela kalau itu dibawa ke Parliamentary Rights and Privileges Committee. Saya dirujuk kepada Parliamentary Rights and Privileges Committee, saya pun bersetuju. Kita pun mahu tahu apa kebenaran. Kenapa Yang Berhormat Pasir Salak dia berani cakap, tetapi tidak berani hendak menghadapi Parliamentary Rights and Privileges Committee? Penakut! Kita ada rasa tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen khasnya mengenai rights and privileges of this House. Bukan mengenai perception bahawa 1Malaysia ialah carbon copy 1Israel.
Akan tetapi, apa yang dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan ialah fakta. Apabila ada fakta dituduh benar atau tidak benar, ini kita mahu establish. Ini patutlah ditentukan seperti Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dia kata dalam Dewan yang mulia ini bahawa
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
perlulah APCO, oleh kerana kita perlulah lobby supaya kita boleh menambah baik hubungan Malaysia dan USA yang dirosakkan oleh Perdana Menteri yang dahulu - Tun Dr. Mahathir rosakkan hubungan. Kita perlu untuk memulihkan.
Kejayaannya boleh dilihat dengan pertemuan Presiden Obama dengan Perdana Menteri kita tetapi, semalam dia menafikan dengan izin, ”Nazri now denies his APCO set up Najib-Obama meet”. Patutkah beliau dibawa ke Parliamentary Rights and Privileges Committee? Patut! Dalam Dewan cakap satu, di luar cakap lain! Patut dirujuk kepada Parliamentary Rights and Privileges Committee, tetapi bolehkah majoriti Barisan Nasional, relakah buat apa yang benar? Tidak! Takut! Brute majority, blind majority, stupid majority pun... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Siapa cakap orang stupid, majority stupid... [Ketawa] Lagi satu, beliau ada kata bahawa – mengenai kita ada perbahasan meluluskan Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010...
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Inilah...
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Saya ingin... Tuan Yang di- Pertua, suruh dia tarik balik... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Duduklah! Duduklah!
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
...Dia katakan stupid majority.
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Saya cadangkan tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Dalam bahasa Melayu ialah “bodoh”.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai jangan campur.
Sila, sila.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Timur, sila teruskan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Boleh saya teruskan? Lagi satu contoh. Yang Berhormat adalah dengan tergesa-gesa meluluskan – bawah Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010 supaya diluluskan dan dalam keadaan untuk mengelirukan Dewan yang mulia ini. Oleh kerana tujuan ialah supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh pergi jumpa Presiden Obama dengan Strategic Trade Bill 2010, as if an obeisance, semacam obeisance - tunjuklah ada hadiah untuk Presiden Obama, tetapi Parlimen tidak tahu. Parlimen ada ditanya tetapi Yang Berhormat Menteri mengelirukan Dewan yang mulia ini. Adakah Yang Berhormat Menteri akan dibawa dan diheret ke Jawatankuasa Keistimewaan? Tadi Yang Berhormat...
Seorang Ahli
Tidak mahu bawa keris emas beri sama Obama?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Tadi Tuan Yang di-Pertua ada kata bahawa, “Those who come into equity must come with clean hands.” Saya setuju! Adakah Yang Berhormat Menteri ada clean hands, tangan yang kotor, yang ada...
Seorang Ahli
Memang kotor.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Oleh kerana 1Malaysia, adakah 1Malaysia ada keseriusan mengenai 1Malaysia. Yang Berhormat Senator ada di sini, apa dia 1Malaysia. Yang Berhormat kata bahawa 1Malaysia ialah semua rakyat Malaysia menganggap sendiri sebagai Malaysia pertama, kaum kedua tetapi tiada seorang Menteri rela berani berdiri berkata begitu.
Ada hipokrasi bahawa di luar kata bahawa serang calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, oleh kerana minum tetapi dalam Dewan ini, siapa Menteri berani berdiri kata dia tidak pernah minum dahulu... [Dewan riuh] Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri pun termasuk. Semua hipokrasi. Those who come into equity, you must come with clean hands - all of you don’t have clean hands!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya pun minum Yang Berhormat tetapi air.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, nothing wrong isn’t it? Nothing wrong! Minum but don’t drink and drive, that is wrong…
Tuan Yang di-Pertua
Sila, teruskan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tahu Perdana Menteri ada minum, the Home Minister ada minum. Yang Berhormat Menteri Penerangan ada minum. Yang Berhormat Padang Rengas ada minum, Yang Berhormat Rembau dahulu ada minum. I’m said, that is nothing wrong, but why make heal and cry of it... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Minum apa? minum kopi kah? [Dewan riuh] [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Apa yang kita mahu ialah kalau dalam perkara ini adalah strategic consideration. Apa strategic consideration?
Mengenai sama ada 1Malaysia is carbon copy of 1Israel ada melibatkan APCO. Okey, kita ada satu royal commission inquiry. Bukan untuk target Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Kita ada satu Royal Commission Inquiry supaya kita tahu latar belakang, asal, origin konsep 1Malaysia.
Kita ada ‘Satu Indonesia’, ada konsep satu negara yang lain. Sama ada itu mendapat inspirasi daripada mereka. There is nothing wrong with that, what is so wrong? Tidak ada apa-apa wrong tetapi sekarang mahu bawa kepada Committee of Privileges. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri rela appear before the Committee of Privileges to make a full accounting of the concept, the origin of 1Malaysia. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri rela pergi? Bolehkah Yang Berhormat di Jabatan Perdana Menteri boleh jawab bagi pihak Perdana Menteri bahawa Perdana Menteri tentu akan menghadiri persidangan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Hak Keistimewaan supaya memberi segala butiran, penjelasan yang perlu, adakah?
Saya harap bahawa – ini kita mahu dilihat oleh rakyat Malaysia bahawa keunggulan Parlimen. Bukan di mana semacam ‘Star’ Chamber UK di mana brute majority boleh membuat apa yang arbitrary power, tetapi reason dan argument. Saya berharap bahawa dalam perkara ini kita tidak ambil satu sikap lebih kurang.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Jepun dua hari dahulu berkata bahawa negara kita mundur oleh kerana ada sikap lebih kurang.
Tidak komited, tidak fokus. Semalam saya ada berkata mengenai satu tulisan
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
sarjana China yang masyhur... [Bercakap dalam bahasa Cina] Lebih kurang, lebih kurang, kita mahu bawa usul ini? Tidak! Kita mahu spesifik. Kita mahu high achieving dan sebab itu, usul semacam ini tidak tepat, tidak wajar.
Ini satu black mark kepada Parlimen. Oleh kerana kalau kita mahu his sincere and consistent, saya tahu semua, majoriti Menteri-Menteri dan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional boleh pun dibawa ke Committee of Privileges. Apa ukuran seseorang dibawa ke Committee of Privileges, sama ada dia majoriti atau minoriti dalam Parlimen ini?
Apa Parliamentary Integrity ini? Kita kata mengenai reformasi.
Perdana Menteri kata bahawa UMNO must be reform or it will be reform.
UMNO must be reform or it will be reform tetapi dalam Parlimen, kalau tidak boleh ada perubahan semacam cara kita membawa kes kepada Committee of Privileges, siapa boleh ada keyakinan kepada integriti, independent Parliament. Saya harap dalam perkara ini – saya tidak tahu lah mungkin the mind is set. The best argument in the world tidak boleh tukar keputusan brute and blind majority, bolehkah? Is it possible to reach the reason, the conscious of the Ministers and Barisan Nasional MP’s – are they reachable or they condemn group?
Saya harap daripada perkara-perkara ini kita bolehlah jangan hari ini dalam APCO, kita tidak dapat butir-butirannya sepatutnya. Suatu masa, di dalam Parlimen, kita diberitahu bahawa APCO membelanjakan RM28 juta.
Selepas itu kita mendengar ialah RM77 juta. Dahulu semasa Tun Dr. Mahathir perlu RM4.6 juta untuk lobi. Ada satu pertemuan di White House. Sekarang Perdana Menteri kita perlu RM77 juta untuk dapat pertemuan dengan Presiden Obama. The country is kept in the dark. Ini yang lebih mustahak. Kita ingin tahu mengenai perkara ini. Satu accountability dan bukan usul untuk merujuk Yang Berhormat Ketua Pembangkang kepada Committee of Privileges yang sangat ada niat jahat, adalah spite, adalah venom.
Tujuannya adalah untuk anti Pakatan Rakyat. Di sini saya mahu katalah ini bukan cara untuk memenangi the heart and minds of Malaysian, dengan izin. Akhirnya, the more you prosecute Pakatan Rakyat, the more you prosecute the Ketua Pembangkang, the earlier will your doom of Barisan Nasional and UMNO... [Tepuk] Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mendengar hujah-hujah daripada Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Gombak, saya rasa mereka jugalah patut dihadapkan ke jawatankuasa ini... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua,... [Dewan riuh] Tidak apa, itu cadangan saya sahaja.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Bawa usul. Yang Berhormat Kota Belud bawa usul kalau berani.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sabar, sabar Yang Berhormat Gombak. Sabar Yang Berhormat Gombak!
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Semua, bawa usul, semua. Bawalah!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gombak, Gombak... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Bawa lah!... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, ...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Semua lah, semua lah bagi...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk, sila duduk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Bawa lah usul... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bawa usul, bawa usul kalau boleh.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tarik balik... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, Tuan Yang di- Pertua, ...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya tadi mendengar, saya mendengar hujah...
Tuan Yang di-Pertua
Bawa usul boleh. Sama ada Tuan Yang di- Pertua terima atau tidak, itu wallahualam.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jangan ambil masa saya Tuan Yang di-Pertua kalau Yang Berhormat Padang Serai berdiri.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya masuk ke dalam ucapan saya tadi, saya ingin memberi pandangan terhadap beberapa persoalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Gombak dan juga Yang Berhormat Ipoh Timur.
Yang Berhormat Gombak mengatakan bahawa usul ini tujuannya ialah untuk menutup mulut Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, bila mana mulut Yang Berhormat Permatang Pauh ini boleh ditutup? Bila mana?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Boleh saya jawab Tuan Yang di-Pertua?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Polis...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Boleh saya jawab?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Polis Tuan Yang di- Pertua beri amaran.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau dia sudah digantung daripada Dewan...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Beri saya peluang lah Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Supaya bercakap dalam Dewan, sudah cukuplah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya sudah beri peluang lah. Beri peluang. Sudah cukup lah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak, kamu tanya soalan. Saya jawab.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya tanya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya tanya Tuan Yang di-Pertua untuk hendak jawab.
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Itulah figure of speech lah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya kepada Tuan Yang di-Pertua, bila mana mulut Yang Berhormat Permatang Pauh boleh ditutup? Saya beri contoh. Arahan polis, amaran polis, ceramah yang tidak berpermit. Bila masa? Mahkamah, Peguam Negara...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud, duduk dahulu Yang Berhormat Kota Belud. Ya, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Peraturan Mesyuarat 35(1).
Tuan Yang di-Pertua
Sila, apa itu P.M.35(1)?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Peraturan Mesyuarat 35(1) ini membolehkan saya bangun hendak bercakap.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kali pertama saya tengok Tuan Yang di-Pertua gelak begitu Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya ingin menyambung...
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat duduk ...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Peraturan ini membolehkan...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, itulah maka saya katakan tidak membolehkan Yang Berhormat. Yang Berhormat berdiri apabila saya panggil, boleh. Akan tetapi Yang Berhormat mahu bercakap di sebalik Peraturan Mesyuarat 35(1) itu tidak berkenaan, Yang Berhormat. Itu yang saya tergelak.
Sila duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud, kalaupun mahu berhujah, jangan sama sekali berhujah dengan cara untuk ‘menggamit’ provokasi.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak, Tuan Yang di- Pertua. Saya hanya menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan buat begitu, Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sedangkan saya - bakal ketua pembangkang kalau...
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan. Sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jangan marah Yang Berhormat Gombak. Saya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua, bila masa kita boleh menutup mulut Yang Berhormat Permatang Pauh? Polis bagi amaran jangan berceramah, berceramah. Mahkamah kata jangan, buat juga.
Peguam Negara cakap...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Menyampuk]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dengarlah. Malah Tuan Yang di-Pertua, penjara pun tidak boleh menutup mulut Yang Berhormat Permatang Pauh... [Tepuk] Penjara pun tidak boleh.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tahu pun!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sewaktu beliau berada di dalam penjara, suara beliau keluar di seluruh dunia.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itulah pejuang yang sejati, Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Jadi, tidak boleh berceramahlah!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Maka itulah saya katakan Yang Berhormat Gombak, jangan risau. Usul ini tidak akan mengekang mulut Yang Berhormat Permatang Pauh. Malah saya percaya usul ini juga akan dibawa ke Hulu Selangor, di Sibu...
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengeruskan Mesyuarat] Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Maksud saya dalam Dewan, bukan di luar Dewan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kita hendak cakap dalam Dewan bukan di tepi jalan. Kita berani, kita ada fakta, kita ada bukti. Sebab itulah kita hendak cakap dalam Dewan, bukan di luar Dewan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tadi Yang Berhormat Gombak bercakap, saya tidak ganggu.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Itu maksud saya. Maksud saya jangan tutup ruang demokrasi dalam Dewan, bukan di luar Dewan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bukan, ini saya hendak beri penjelasan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini, di luar Dewan dia hendak kawal, di dalam Dewan pun dia hendak kawal.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Masa saya berjalan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya katakan di sini, Tuan Yang di- Pertua, usul ini tidak akan menutup mulut Yang Berhormat Permatang Pauh.
Malah, saya bersetuju ia akan digunakan di Hulu Selangor dan di Sibu, tetapi demi maruah Dewan ini, walaupun kami akan berdepan dengan risiko politik, bayaran politik yang mahal di Hulu Selangor dan di Sibu, tetapi Dewan yang mulia ini perlu dipertahankan martabatnya daripada dikelirukan oleh seorang yang mahu menjadi Perdana Menteri pada masa yang akan datang. Itu bezanya, Yang Berhormat Gombak.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak tentu lagi keliru atau tidak keliru, kena rujuk kepada jawatankuasa.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kota Belud, 15 minit. Bagi ucapan, Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi banyak gangguan, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta kalau boleh Tuan Yang di-Pertua buat ruling jangan ganggu sepertimana kita mendengar dengan tekun Yang Berhormat Gombak tadi. Walaupun telinga kami panas, kami duduk diam- diam.
Seorang Ahli
Ini perkara yang betul.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini baru reformasi Parlimen, bukan seperti Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur tadi mengatakan brute majority. Kita bagi ruang kepada Yang Berhormat Permatang Pauh pada 30 Mac untuk menerangkan kedudukan beliau, menerangkan permasalahan kekeliruan yang timbul pada 17 Mac. Beliau diberi peluang, bukannya tidak diberi peluang untuk menerangkan kekeliruan tersebut. Hari ini tidak akan berlaku jika pada waktu itu Yang Berhormat Permatang Pauh dapat menjelaskan dalam Dewan yang mulia ini tentang kekeliruan yang dibuat oleh beliau. Ini bukan brute majority. Kita bagi ruang! Akan tetapi pada 30 Mac, apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh? Dia tidak menyentuh langsung tentang apa yang kita bawa pada waktu itu – usul itu. Beliau bercakap tentang Polis Diraja Malaysia, kononnya Israel sudah menyerapi tentang keselamatan negara – kompromi. Masih lagi menegakkan benang yang basah.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada bab ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, usul ini bukan isu politik sepertimana yang saya katakan tadi.
Ini berkenaan dengan seorang individu, seorang Ahli Parlimen, tidak kiralah dia Ketua Pembangkang, Tok Imam, Yang Berhormat Padang Serai atau siapa sahaja, apabila dia mengelirukan Dewan yang mulia ini dan berdegil untuk tidak menjelaskan perkara yang betul, maka beliau patut dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya isu ini remeh kalau difikirkan betul.
Remeh kerana beliau telah diberi peluang untuk membuat penjelasan, tetapi masih tidak mahu membuat penjelasan. Oleh sebab itulah apabila timbul isu ini pada 30 hari bulan ini, kita sudah sampai kepada satu tahap di mana kita perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada seorang individu, seorang Ahli Parlimen yang merasakan beliau layak untuk menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jangan sombong. Jangan sombong!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini kalau soal Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Bakri, kita tidak kisah sangat. Malah Yang Berhormat Padang Serai pernah memanggil saya “penderhaka”, Tuan Yang di-Pertua. Kita diam. Kita tidak bawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya dipanggil “penderhaka” oleh Yang Berhormat Padang Serai.
Saya boleh tunjukkan Hansard tetapi kita diam, tetapi apabila datang daripada mulut bakal kononnya ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nanti, kita ambil serius. Ini kerana kerajaan tidak boleh diketuai oleh seorang yang berbohong. Itu prinsipnya kenapa jawatankuasa ini dibawa ke dalam Majlis ini...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Boleh minta penjelasan?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang apa yang dikatakan oleh ramai rakan daripada pihak pembangkang yang mengatakan bahawa Satu Israel ini adalah copycat, sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi, copycat kepada 1Malaysia.
Beberapa Ahli
Terbalik, terbalik!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sorry, terbalik. Okey, tidak mengapalah. 1Malaysia ini kononnya mengikut konsep Satu Israel. Saya hendak beritahu kepada rakan-rakan di sebelah sana. Satu Israel adalah merujuk kepada pakatan parti-parti politik di Israel yang mempunyai ideologi politik yang berbeza-beza, Tuan Yang di-Pertua. Mereka ini bergabung dalam satu pakatan pilihan raya – macam Pakatan Rakyatlah – yang dikenali sebagai Satu Israel iaitu gabungan tiga buah parti – macam juga Pakatan Rakyat.
Lebih kuranglah!
Gabungan tiga buah parti, Tuan Yang di-Pertua. Parti yang pertama ialah parti Labour. Parti ini selalu dikaitkan dengan golongan elitis, dikatakan sombong, yang sekular, yang penyokongnya mungkin datang daripada European Jews, dengan izin. Mereka ini dikenali sebagai Ashkenazi. Parti yang nombor dua ini parti yang dipanggil Gesher, parti yang selalu dikaitkan dengan golongan miskin Tuan Yang di-Pertua, yang mendapat sokongan yang kuat daripada golongan Yahudi yang dipanggil Sephardi yang datang dari Timur Tengah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Nampaknya banyak dia belajar daripada APCO ini!... [Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Parti ketiga Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak hendak dituduh apa-apa, minta tolong diam Yang Berhormat, ya! Kalau kita kena tuduh melenting, orang lain pun boleh melenting juga. Senang sahaja.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Parti yang ketiga Yang Berhormat Shah Alam, ini ada sedikit macam PASlah. Parti yang ketiga ini ialah parti Meimad, yang sering kali menggunakan platform agama sebagai asas perjuangan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di- Pertua, saya tidak setuju dia samakan dengan PAS... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli Pembangkang
Ini melampau! Tarik balik, tarik balik!
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
[Bangun]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kalau kamu sokong Israel, keep it to yourself, jangan kata kita sama.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Sudahlah! Jangan kata begitu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Agama, bangsa.
Israel, Yahudi tidak ada kena-mengena dengan PAS. Jangan samakan. Minta tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu, Yang Berhormat
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tidak sama.
Beberapa Ahli Pembangkang
Minta dia tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu, Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Shah Alam, kalau tidak tahan dengar, minum kopi di luar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita boleh mendengar Yang Berhormat Gombak yang mengatakan kita macam-macam – UMNO Barisan Nasional, kita diam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk, Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Agama dan bangsa Yahudi sahaja, macam UMNO.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik. Duduk, Yang Berhormat. Duduk.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bawa bertenang. Kalau tidak tahan, minum di luar. Saya belanja nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, cuba bagi ucapan tetapi janganlah provoke kawan, Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya cuba Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya hendak mengingatkan Dewan... Yang Berhormat Kota Belud, dengar saya dulu, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat bolehlah buat ucapan tetapi jangan yang ini macam yang itu Yang Berhormat. Ya, tidak mahu dengar lagi.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Maaf Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana. Saya akur kepada nasihat Tuan Yang di-Pertua, bukan seperti rakan-rakan di sebelah sana, ya. Tidak apa.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, dia masih belum tarik semula perkataan... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Yang membandingkan dan menyamakan PAS dengan parti... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Gombak sebut bacul tadi itu... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, selepas ini saya panggil Yang Berhormat berucap.
Seorang Ahli
...Tarik balik pun.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Selepas ini saya panggil Yang Berhormat berucap.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tidak, Tidak! Ini bukan soal ini. Saya hendak minta tarik semula... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebentar lagi Yang Berhormat Pokok Sena, nanti bercakap.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Apabila dia tuduh UMNO tidak mengapa... [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Peraturan Mesyuarat 36(12), saya minta dia tarik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tidak dengar apa dia kata tadi Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apa yang saya katakan tadi Yang Berhormat Pokok Sena?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tidak, saya dengar.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apa dia yang saya kata tadi?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kami dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat duduk dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat. Itulah sebabnya Yang Berhormat, saya minta semua orang diam semasa seseorang bercakap baru saya boleh dengar. Akan tetapi kalau saya tidak dengar, bagaimana? Berlandaskan apa Yang Berhormat tuduh, jadi saya tidak faham pun. Tidak tahu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itulah sebab saya hendak dengar cakap dia.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Hah! Saya ulang semula ya, apa yang saya kata. Teksnya ada di sini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ha! Sekarang saya sudah larang, Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya minta...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dengar dahulu.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya minta dia tarik semula sebab jelas atau clear… [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apa yang saya perlu tarik balik?... [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Perkataan yang diungkap tadi itu menyamakan satu lagi parti yang menyamai PAS. Satu lagi parti...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yahudi Israel.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Orang PAS pun macam-macam. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, duduk dahulu.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tarik balik.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya minta tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya akan beritahu.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
You boleh cakap apa- apa...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Duduk dahulu.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Akan tetapi tidak boleh...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
This is my floor.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Membandingkan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Faham atau tidak? Duduk dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Menyamakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Duduk dahulu.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya terbuka.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya beri explain.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Akan tetapi jangan hendak menyamakan...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, Yang Berhormat Kota Belud tarik balik.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Dengan parti daripada Yahudi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah tarik balik Yang Berhormat?... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya beritahu, Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang untuk ini.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tarik balik. Halau!... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Duduk lah dahulu.
Dengar dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bagaimana saya hendak buat... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bagaimana saya hendak buat keputusan Yang Berhormat?... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat duduk dahulu. Duduklah, dan yang lain itu diamlah.
Saya hendak dengar apa Yang Berhormat Kota Belud cakap.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tidak mahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kota Belud sahaja seorang bercakap.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bertenang. Selepas ini Tuan Yang di-Pertua boleh buat keputusan. Saya bukan ikut arahan daripada Yang Berhormat Pokok Sena, saya arahan daripada Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, ada tiga parti. Parti yang ketiga ini namanya... Saya baca tadi mengikut teks saya. Saya tidak mahu lari dari teks saya.
Seorang Ahli
Bohong.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya kata, parti Meimad dan saya katakan lebih kurang seperti PAS... [Dewan riuh] Dengar dahulu, ya.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia sudah mengaku!... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dengar dahulu!... [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia sudah mengaku!... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey... [Dewan riuh] Baik Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk dahulu Yang berhormat. Duduk Yang Berhormat, semualah duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Duduk!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya beri explanation selepas itu saya serahkan kepada...
Beberapa Ahli
Duduk!.. [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Tuan Yang di-Pertua untuk membuat keputusan... [Dewan riuh] Saya katakan tadi...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Duduk!... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya katakan tadi, parti Meimad, yang sering kali dikaitkan menggunakan platform agama sebagai asas perjuangan politik mereka... [Dewan riuh] Kalaulah PAS mengatakan kepada saya mereka tidak menggunakan agama sebagai perjuangan mereka...
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya tarik balik...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Dengan mana-mana parti Yahudi yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apakah PAS tidak mahu... [Dewan riuh]
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Menggunakan agama sebagai asas perjuangan... [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Seolah-olah kami menyamakan Islam... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Beritahu!... [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Dengan agama Yahudi!... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Beritahu!... [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kamu telah menyamakan Islam...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Beritahu!... [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Dengan agama Yahudi... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Beritahu!
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jangan disamakan!
Jangan disamakan!
Seorang Ahli
Duduk!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, duduk semua... [Dewan riuh] Semua, Yang Berhormat Kota Belud... [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Hei! Tarik balik!.. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat duduk semua... [Dewan riuh] Semua duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh] Sudahlah! [Dewan riuh] Yang Berhormat Balik Pulau duduk... [Dewan riuh] Yang Berhormat duduk dahulu... [Dewan riuh] Yang Berhormat dengar. Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud...
Seorang Ahli
Pondan!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggu dahulu. Yang Berhormat Kota Belud, saya mahu Dewan ini ditenteramkan. Saya mahu Yang Berhormat jangan gunakan perkataan yang...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Equate mana-mana satu parti dengan parti yang lain itu Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya bagi arahan sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, Tuan Yang di- Pertua, saya tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat tarik baliklah itu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Untuk menenteramkan keadaan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, tarik balik! Minta maaf!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tarik balik! Minta maaf!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tarik balik! Minta maaf!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, yang lain itu tolong duduklah Yang Berhormat.
Duduk Yang Berhormat! Yang lain itu duduk! Saya sudah beri Yang berhormat.
Minta tolong.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey Tuan Yang di- Pertua, boleh? Saya cuma ingin menjelaskan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya minta Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, saya tarik balik Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kota Belud...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Makin berulang lagi...
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Jadi jelas dan diulang adalah sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tarik balik yang parti PAS itu sama dengan parti Israel tadi.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya tidak dengar itu Tuan Yang di-Pertua. Tidak dengar... [Menunjukkan isyarat - tidak dengar]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bagaimana Yang Berhormat, dia kata dia tidak dengar... [Dewan riuh] Duduklah dahulu. Yang lain itu duduk dahulu. Saya bercakap dengan Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat. Saya bercakap dengan Yang Berhormat Kota Belud, yang lain minta tolong duduk. Yang Berhormat Kota Belud minta tolong tarik balik perkara yang itu tadi... [Dewan riuh] Yang Berhormat, jangan bising Yang Berhormat. Saya hendak menenteramkan keadaan. Itu sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud, sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua, menyamakan parti PAS ini sebagai satu parti yang menggunakan platform agama sebagai asas perjuangan politik, kalau mereka tidak setuju, saya tarik balik.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ini mengelirukan. Bukan itu hujah dia tadi itu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Mukadimah pun tidak habis... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak usahlah... [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ini bukan hujah dia tadi.
Jangan sesekali hendak mengelirukan... [Dewan riuh] Ini menambahkan...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini sudah...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ini bukan mahu menenteramkan lagi...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Dia kata yang lain tadi Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
...Inilah hujah dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah. Yang Berhormat... Okey, saya beri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya cakap apa yang betul.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau tidak mahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuala Krai.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau tidak mahu disamakan dengan parti...
Seorang Ahli
Apa ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, pindah kepada tempat. Yang Berhormat Kota Belud, pindah tempat lain lagi. Cerita lagi.
Seorang Ahli
Masa sudah habis.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua. Saya move on.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Move on.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Move on.
Seorang Ahli
Move on.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi Tuan Yang di- Pertua, masalahnya tidak ada persamaan di antara konsep 1Malaysia dengan konsep 1Israel. 1Israel ini ialah electro collision, ya – sebelum pilihanraya.
Konsep 1Malaysia ini adalah satu konsep yang begitu indah sekali. Apa pula konsep 1Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua? Saya beritahu. Konsep 1Malaysia pula membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat...
[Tepuk] Sebagaimana yang digariskan dalam Prinsip Rukun Negara.
Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kuam.
Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahagian bahawa segala tindakan
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
perlulah mengutamakan kepentingan negara. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. Kalau diamati dengan jelas Tuan Yang di-Pertua..
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kedua-dua konsep ini...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
1Israel ini...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jelas...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Pun begitu, ya.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bezanya.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sama sahaja...
[Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, dan ini membuktikan bahawa tidak ada hubungan langsung di antara konsep 1Israel dan konsep 1Malaysia...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
1Israel hendak satu padukan rakyat Israel, sama sahaja...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Seperti yang dibayangkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Konsep ini Tuan Yang di- Pertua, 1Malaysia – kita tenang sedikit, ya. Konsep 1Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua adalah baik, jujur, dan ikhlas. Saya sudah baca konsep 1Malaysia ini banyak kali Tuan Yang di-Pertua dan saya pasti rakan-rakan yang lain.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya.., no, seriously, dengan izin, tidak ada di dalam konsep 1Malaysia ini yang menuduh pembangkang. Ia tidak berbau politik pun. Ia mahu menyemarakkan... Apa dosa konsep 1Malaysia ini sampai dicerca, dihina, dibuat sebegini rupa? Apa dosa konsep 1Malaysia ini?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di- Pertua...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apa dia?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia tanya soalan..
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya mahu jawab Tuan Yang di-Pertua, boleh atau tidak?... [Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi saya mengatakan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia suka tanya soalan..
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apakah ianya...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya mahu jawab.
Seorang Ahli
Tidak usahlah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Beginilah Yang Berhormat Shah Alam. Kalau Yang Berhormat pandai berucap, tidak mungkin Yang Berhormat Pokok Sena diminta oleh PAS. Maknanya, Yang Berhormat tidak begitu... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengatakan di sini bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Cuba ringkaskan Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat banyak tercicir di dalam itu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, saya faham. Akan tetapi banyak gangguan Tuan Yang di-Pertua. Beri berlaku adil kepada saya.
Saya ingin mengatakan...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Gombak, sebentar tadi saya dengar Yang Berhormat Gombak bercakap, saya tidak peduli Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Pengisian 1Malaysia dia menghina orang Cina dan India.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak mengapa... [Dewan riuh] Tidak mengapa.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Itu hanyalah imaginasi Yang Berhormat… [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, Yang Berhormat Gombak... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Imaginasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dengarlah orang berucap. Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Padang Serai minta tolong duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh] Duduk dan dengar Yang Berhormat. Dengar Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tadi Yang Berhormat Gombak cakap berapi-api, kita tidak bercakap pun.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sebab you tanya soalan, kita hendak jawab!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita tidak bercakap pun.
Berlaku adillah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
You tanya soalan, saya jawablah.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Gombak tidak tanya soalan, Yang Berhormat Kota Belud banyak tanya soalan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Konsep 1Malaysia ini menghina orang-orang Cina dan orang India sebagai pendatang. Ini konsep 1Malaysia... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah bertenang, bertenang. Ini konsep 1Malaysia ini tidak provokasi.
Ianya bukan satu konsep yang mahu menjahanamkan negara ini.
Seorang Ahli
Ya!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ia mahukan apa, Tuan Yang di-Pertua? Ia mahukan konsep budaya kecemerlangan, budaya
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Macam 1Israel.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Mana ada di sana yang mahu menghancur, mahu memporak-perandakan negara ini sehingga konsep ini dianggap sebagai satu ancaman yang besar kepada negara. Konsep ini konsep yang jujur, yang ikhlas, yang baik. Takkan lah itu pun rakan-rakan saya dari Parti Pembangkang tidak boleh bersama-sama dengan konsep 1Malaysia ini. Ini bukan manifesto politik. Ini untuk negara kita... [Dewan riuh] Jadi saya tidak faham...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
1Malaysia Melayu didahulukan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya berpindah kepada tajuk yang RM77 juta yang selalu dikatakan oleh pihak pembangkang. Kita faham RM77 juta kalau dilihat secara persendirian mungkin jumlahnya begitu besar. Cuma minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ada dua minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Minta maaf Tuan Yang di- Pertua, ini termasuk masa yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya minta Yang Berhormat lain jangan ganggu dia.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tolong jangan ganggu saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau dia ganggu, saya tidakkan bagi masa dia... [Disampuk] Sebab Yang Berhormat ganggu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya ada tiga point, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia tidak ada marah orang lain. Dia kata 1Malaysia, Yang Berhormat.
Saya dengar cakap dia itu... [Tepuk].
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. RM77 juta, kalau dilihat secara persendirian, jumlah ini memang begitu besar, Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju, tetapi kalau inilah jumlah yang terpaksa kita belanjakan untuk memperbaiki imej negara kita di mata dunia, di dalam negara dan juga di luar negara, kalau inilah jumlahnya, saya bagi tahu RM77 juta ini hanyalah 0.03% daripada RM200 bilion bajet negara kita...
[Dewan riuh] Sebanyak 0.1% Tuan Yang di-Pertua, daripada jumlah RM73 bilion subsidi yang kita beri kepada rakyat secara langsung dan tidak langsung setiap tahun, tetapi jumlah ini secara persendirian memang – saya setuju dengan rakan-rakan RM77 juta mungkin kita boleh bina sekolah, boleh buat jalan raya dan sebagainya, tetapi ini konsepnya.
Bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah di peringkat luar negara kalau rakan-rakan kita di peringkat pembangkang ini selalu menggunakan bermacam alasan untuk memberi gambaran yang buruk terhadap negara?
Saya beritahu Tuan Yang di-Pertua, kalau dibayangkan RM77 juta ini dengan pelaburan yang keluar daripada negara kita, dengan provokasi pembangkang
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
di luar negara, dengan tohmahan dan fitnah, bersama lagi – disertakan sandiwara 16 September...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Pelabur lari daripada negara kita, Tuan Yang di-Pertua. Apabila pelaburan lari, maknanya kilang tidak boleh didirikan di negara kita ini. Pekerjaan tidak ada. Rakyat susah.
Rakyat susah tidak ada pekerjaan. Sebahagiannya kerana dasar... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sekejap Tuan Yang di- Pertua. Saya menggulung, saya menggulung.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kalau rakyat susah, bayar RM77 juta buat apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bagi saya masa satu point Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, masa sudah habis.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hendak gulung, saya hendak gulung. Satu sahaja... [Dewan riuh] Sekejap Tuan Yang di- Pertua.
Seorang Ahli
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bagi saya masa sikit Tuan Yang di-Pertua. Saya diganggu tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat, tidak apa Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, ya sekejap.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma ingin katakan bahawa RM77 juta ini walaupun sering dikatakan oleh rakan kita dari Parti Pembangkang merupakan jumlah yang besar, saya setuju tetapi mungkin RM77 juta ini, inilah akibat, inilah risiko, inilah jumlah yang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan bagi menangani masalah yang dibuat oleh Parti Pembangkang.
Seorang Ahli
Kenapa Israel?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi Tuan Yang di- Pertua, banyak lagi isu saya ini, akan tetapi tidak apalah. Rakan-rakan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Boleh beri pada China.
Kenapa beri kepada Israel?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kota Belud menyokong sekuat-kuatnya usul ini supaya dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan... [Tepuk] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud kerana saya suruh duduk, beliau duduk. Jadi saya sekarang menjemput Yang Berhormat Pokok Sena. Kita ingat Yang Berhormat Pokok Sena... [Dewan riuh] Yang Berhormat, diam Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena diganggu Yang Berhormat, tidak dapat cakap, saya akan beri injury time Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat jangan ganggu dia. Akan tetapi Yang Berhormat Pokok Sena juga mesti ingat, tadi kita larangkan orang link kan parti di Israel dengan parti PAS, dia juga tidak hendak dengar yang sebelah sini Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam anti APCO...
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya diberi kesempatan untuk turut berbahas usul yang dibawa oleh pihak kerajaan. Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kekecewaan saya atas usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tadi sehingga menimbulkan kekeliruan bukan sahaja – pada kami bukan keliru tetapi cukup jelas usul ini ialah usul yang cuba untuk mengikat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ini.
Walaupun telah diperjelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi, sepatutnya dengan penjelasan Tuan Yang di-Pertua tadi bahawa sepatutnya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menarik balik usul ini dan mengemukakan satu usul yang lain yang bertepatan dengan apa yang dijelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi. Sehinggakan Yang Berhormat Pulai tadi pun keliru, seolah-olah menganggap bahawa usul ini ialah usul untuk menghukum, menjatuhkan hukuman untuk memastikan supaya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan itu untuk menghukum Ketua Pembangkang iaitu Ahli Parlimen dari Permatang Pauh.
Jadi saya merakamkan kekecewaan ini dan saya harap bahawa di penghujung nanti Yang Berhormat Padang Rengas yang merupakan pembawa usul ini dapat menarik balik usul ini... [Dewan riuh] Saya bukan katakan bahawa mereka tidak boleh bawa usul tetapi tarik balik usul dan perbetulkan usul supaya tidak mengganggu Tuan Yang di-Pertua, tidak menguasai Tuan Yang di-Pertua selaku Pengerusi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan nanti.
Tuan Yang di-Pertua, usul ini juga secara jelasnya saya lihat bahawa tidak pun mengandungi apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh Yang Berhormat dari Permatang Pauh. Kalau kita lihat daripada perkataan di para yang pertama, “1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib 1Malaysia”. Apa benda salahnya? APCO menasihati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib 1Malaysia.
Adakah rakan-rakan sebelah sana menafikan bahawa Yang Berhormat Pekan bukan Perdana Menteri 1Malaysia?
Tidak pun disebut di usul ini. Usul ini tidak pun menyebut, “2009 APCO menasihati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib untuk buat 1Malaysia”. Tidak ada! Dia hanya sebut bahawa, “2009 APCO menasihati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib 1Malaysia”. Memang diperakui oleh sebelah sana bahawa Dato’ Seri Mohd Najib ialah Perdana Menteri 1Malaysia. Jadi adakah kita hendak nafikan
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
bahawa APCO tidak menasihati Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib 1Malaysia?...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya tidak tahu di mana? Tolong beritahu kepada saya bahawa dari segi ayat usul ini yang dikatakan kesalahan mengelirukan Dewan. Saya tidak nampak bahawa mengelirukan Dewan. Dato’ Seri Mohd Najib ialah memang diakui Perdana Menteri 1Malaysia. Bukan Perdana Menteri dua Malaysia. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Rembau hendak nafikan bahawa Perdana Menteri ini Perdana Menteri 1Malaysia sebab tidak beri dia jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Jadi sebab itu saya minta tolong tunjuk kepada saya di manakah usul yang menyatakan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh itu satu kesalahan mengelirukan Dewan ini, di mana? Oleh sebab itu saya katakan tadi bahawa kalau disebut di sini, “1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib untuk buat 1Malaysia”. Ya, mungkin itu satu yang boleh dikatakan mengelirukan Dewan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Akan tetapi kalau disebut usul ini, “2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib 1Malaysia”. Nasihat. Memang diakui bahawa APCO menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia, menjadi penasihat kepada Perdana Menteri.
Diakui bahawa Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah RM77 juta untuk dibayar kepada APCO dengan menggunakan wang rakyat bagi memperbaiki hubungan dengan Amerika. Yang kita duduk dalam Dewan ini, diminta kelulusan dalam Dewan ini...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sila.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya. Sila Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Pokok Sena. Sekadar untuk memperkukuhkan hujah bahawa ayat ini bukanlah ayat yang boleh kita bersetuju atas moral dan integriti kita sebagai Ahli Parlimen, ayat yang mengelirukan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah melihat dalam Erskine May dan membaca Hansard dalam House of Commons – sebagai contoh yang popular iaitu John Profumo. Dia telah diheret ke Jawatankuasa ini di atas dia berbohong. Ucapannya itu berbohong dalam Parlimen. Fakta yang tidak betul.
Akan tetapi, apa yang dinyatakan dalam usul ini adalah suatu perkara yang hanya fakta yang dipetik daripada Hansard Parlimen Malaysia ini, ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh yang tidak langsung boleh dianggap sebagai mengelirukan Dewan, jauh sekali berbohong. Jadi, ini sudah tentu bertentangan dengan amalan di House of Commons dan yang telah kita persetujui bersama. Apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya. Saya sangat bersetuju bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian itu bahawa itu dalam konteks pembohongan. Ini bukan satu pembohongan!
Adakah kita hendak kata bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
membohongi Dewan, mengelirukan Dewan mengatakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Perdana Menteri 1Malaysia? Apa hendak kelirunya? Saya tidak tahulah macam mana kepala otak sebelah sana...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Menganggap bahawa perkataan ini suatu benda yang boleh mengelirukan... [Dewan riuh] Apa?
Tiada otakkah? Takkan saya kata kepala otak pun hendak bising salah. Kalau tiada otak sungguh tidak mengapalah... [Ketawa] Apa?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya sebenarnya hendak rujuk balik kepada penjelasan yang telah diberikan oleh Timbalan Yang di-Pertua dahulu apabila memberikan penjelasan di dalam Dewan berhubung dengan Usul 36(12) ini, di mana Timbalan Yang di-Pertua sendiri telah menegaskan bahawa usul yang seperti ini hanya digunakan dalam keadaan apabila seseorang itu mengeluarkan kenyataan yang dia sendiri tahu ianya tidak betul. Yang istilah mengelirukan Dewan itu bukan sekadar mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat tetapi dalam keadaan dia tahu ianya tidak tepat tetapi dia menyatakannya.
Dalam kes ini the honors, dengan izin, the honors is on Barisan Nasional untuk membuktikan bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan kenyataan itu dalam keadaan dia tahu ianya tidak benar. Di situ saya rasa pihak Barisan Nasional tidak berjaya untuk membuktikan kerana segala fakta adalah sah.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya. Baik. Terima kasih.
Sebab itu saya katakan bahawa mereka tidak boleh membuktikan apa yang disebut, yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Kemudiannya mereka bawa usul – usul yang tidak pun mengatakan bahawa ucapan itu, ungkapan ini satu benda yang salah.
Seorang Ahli
Ya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya tidak boleh faham macam mana kita boleh menerima usul ini.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya tidak hendak mempersoalkan Tuan Yang di-Pertua untuk menerima usul ini.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Akan tetapi, jelas dari segi ayat ini tidak ada satu benda yang salah, yang mengelirukan Dewan kecuali saya katakan tadi kalau ayat itu mengatakan APCO menasihati Perdana Menteri untuk buat 1Malaysia. Itu boleh dianggapkan sebagai satu benda yang mungkin boleh dikatakan, dianggap sebagai mengelirukan Dewan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit.
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya. Terima kasih. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Pokok Sena memandangkan Erskine May ini menjadi satu rujukan tabii di Dewan yang mulia ini. Di dalam membahaskan isu ini, mungkin di sini – dia kata dengan izin, “The miss presentation of the language of another an accusation of miss presentation...”, dirujuk di dalam nota kakinya, ia kata di sini, “It has been held that the accusation must be off deliberate miss presentation.” Bukan sahaja miss presentation – tipu itu, tetapi mesti deliberate, dengan sengaja, dengan ada niat. Kita tidak sampai tahap macam itu pun. Mohon penjelasan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Pokok sena dan Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena kata, perkataan itu memang tiada dalam ayat itu. Katakan itu pun adalah APCO menasihatkan untuk 1Malaysia. Katakanlah. Itu pun kita ada bukti sebab dalam laporan Malaysian Insider bertarikh 28 Julai 2009, dilaporkan di sini.
Saya baca dan saya minta pandangan dari Yang Berhormat Pokok Sena, dalam bahasa Inggeris dengan izin, “APCO Worldwide is understood to have an official based in Najib’s Office since the early days of the administration.
APCO and other public relations specialists on the United States have also been helping Najib craft his 100 days strategies. This includes his 1Malaysia message and other key platforms of his administration”… [Tepuk] Ini bukan saya kata atau Yang Berhormat Permatang Pauh kata. Ini dilaporkan oleh Malaysian Insider pada 28 Julai 2009. Jadi, minta penjelasan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sebab itu – bagi saya bahawa, kalau laporan itu tidak betul, mereka boleh ambil tindakan kepada Malaysian Insider.
Seorang Ahli
Undang-undang.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Boleh mengambil tindakan undang-undang tetapi mereka tidak menafikan. Sebab itu saya katakan bahawa untuk hendak menafikan mengatakan bahawa APCO memberi nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kepada kerajaan, satu benda yang tidak boleh dinafikan. Sememangnya diperuntukkan yang telah diluluskan, yang dimohon oleh pihak kerajaan untuk tujuan tersebut. Jadi, saya... [Ketawa] Tidak boleh hendak terima ayat usul ini untuk kita hendak bawa Yang Berhormat Permatang Pauh ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.
Yang Berhormat Machang. Silakan.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena. Maksudnya, usul ini dalam memperkatakan satu yang fakta oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, namun UMNO Barisan Nasional masih hendak kenakan tindakan.
Apa fakta yang berjaya di establish oleh Yang Berhormat Permatang Pauh? Pertama, APCO dan Israel. Ada perjanjian? Ada! Bila? Disember 1991.
APCO dan Malaysia, ada perjanjian? Ada. Kedua-duanya berjaya kita establish tetapi masih lagi hendak dikenakan tindakan. Ini yang kita katakan mereka punyai hasrat untuk tutup mulut Ketua Pembangkang. Konsep 1Malaysia hanya jadi kepercayaan sebelah sana. Buktinya hari ini, siapa yang membahaskan sebelah Barisan Nasional untuk berdepan dengan kita? Semua wakil UMNO. Barisan Nasional ini komponen 14 parti tetapi UMNO tidak harap yang lain untuk bahas tajuk ini... [Tepuk] [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya. Saya...
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
[Bangun]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sekejap. Saya bersetuju dengan apa disebut Yang Berhormat Machang. Saya ingat macam tidak ada
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
satu perpaduan, persefahaman dalam Barisan Nasional ini. Habis semua dibolot oleh UMNO untuk mempertahankan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini... [Dewan riuh] Macam sudah tidak ada kepercayaan kepada MIC yang sedang bertanding di Hulu Selangor.
Seorang Ahli
Menteri KPI ada sini.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Menteri KPI ada, Ketua Pemuda MCA pun ada. Jadi... [Dewan riuh] Sebab itu bagi... Ya?
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Sedikit sahaja.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya hendak last sudah.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Saya tidak mahu mengganggu Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih. Macam ini, walaupun kenyataan ini tidak sebenarnya mengelirukan.
Seorang Ahli
Masa sudah habis.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Akan tetapi, kenapa Yang Berhormat Pokok Sena, perkara ini adakah satu muslihat dalam UMNO untuk menjatuhkan imej Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak membawa perkara ini... [Dewan riuh] Mengapa perkara Hulu Selangor ini dibangkitkan? Adakah muslihat UMNO?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Satu perkara yang tidak mustahil... [Dewan riuh] daripada pergolakan yang berlaku dalam UMNO sendiri. Kenyataan Yang Berhormat Batu Kawan itu tidak mustahil bahawa ada agenda yang tersembunyi seperti mana isu arak yang dibangkitkan di Hulu Selangor.... [Dewan riuh] [Tepuk] Seperti ada agenda untuk pihak-pihak tertentu dalam UMNO mendedahkan bukan sahaja seorang dua yang minum arak dalam UMNO tetapi ramai pemimpin-pemimpin UMNO minum arak...
[Tepuk] Jadi, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Kawan itu, saya bersetuju bahawa tidak mustahil ada agenda tertentu yang berlaku dalam UMNO untuk hendak menggugat kedudukan Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Hendak menjatuhkan imej bukan hendak memulihkan imej. Mungkin selepas ini – saya percaya bahawa mungkin mereka tidak menerima nasihat daripada APCO ini, orang yang buat agenda ini. Ada satu kumpulan lain, yang lain perunding ini yang menasihati kumpulan ini untuk melawan dengan APCO. Jadi, pertentangan APCO dengan satu kumpulan yang lain dalam UMNO.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Mungkin APCO baru.
Seorang Ahli
APCO baru.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena, tidak ada injury time Yang Berhormat ini beri kepada kawan-kawan ini… [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya, tidak. Tidak. Saya tidak beri sudah. Sudah habis… [Dewan riuh] Baik.
Kedua, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi dia kata RM77 juta ini point berapa percent sahaja dalam bajet kita. Ini bukan soal point berapa percent. Otak pemimpin-pemimpin UMNO ini terlalu singkat. Dia
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
fikir hanya point berapa persen. Soalnya ialah untuk memperbaiki semua persen. Mereka lihat percent. Dia seperti Allahyarham Salleh Kamil juga dalam drama Melayu, “Tuan penasihat..!” [Dewan riuh] Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, isunya bukan point berapa percent tetapi isunya ialah wang rakyat digunakan untuk memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat. Siapa punya angkara; dan siapa punya penyebab yang menyebabkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat terjejas dengan begitu teruk?
Saya katakan bahawa kalau hubungan dengan Amerika Syarikat ini disebabkan oleh pekebun-pekebun kecil, peneroka FELDA di Hulu Selangor yang merupakan angkara yang menyebabkan terjejasnya hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat, ia tidak mengapa kita ambil duit rakyat. Ini bukan disebabkan oleh peneroka Felda Sungai Buaya, bukan disebabkan oleh peneroka Felda di Hulu Selangor tetapi disebabkan oleh pemimpin-pemimpin dalam kerajaan iaitu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang menyebabkan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat terjejas… [Tepuk] Jadi, selepas ini apabila ada lagi punca angkara disebabkan di sebelah sana oleh kerajaan Barisan Nasional, ia menyebabkan hubungan kita dengan negara- negara luar terjejas. Okey, kita ambil lagi duit rakyat. Peruntukan ini pula beri pula kepada APCO. Jadi, bagi saya ini satu perkara yang tidak adil yang dilakukan kepada rakyat. Satu tindakan yang tidak adil yang tidak berpegang pada amanah, harapan yang diberikan kepada rakyat sebagai sebuah kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena sudah dua minit lebih, ya. ..[Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Oh! Dua minit lebih… [Dewan riuh] Saya gulung. Yang Berhormat, sepatutnya bagi saya kalau berasa usul ini tidak ada apa-apa yang harus dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.
Sepatutnya, Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya dihadapkan sebab yang mana Menteri dalam jawapan penggulungannya pada tambahan Bajet 2009 mengatakan bahawa pada 9 Jun, hasil siasatan polis tidak ada apa-apa penglibatan perisik Israel dalam Projek PRS dan juga dalam Asiasoft, sedangkan dokumen-dokumen yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh menunjukkan sehingga 12 Januari masih belum ditamatkan hubungan dengan Asiasoft, dengan Israel.
Masih lagi terdapat bahawa penglibatan diperakui oleh polis ada perisik Israel dalam pelaksanaan projek Police Reporting System. Sepatutnya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan kekeliruan di Dewan ini yang dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya mohon untuk menolak usul ini dan minta Yang Berhormat Menteri Padang Rengas… [Tepuk] Menteri di Jabatan Perdana Menteri tarik balik usul ini untuk menjaga maruah dan kemuliaan Dewan ini. Sekian. Terima kasih... [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya hendak beri peraturan satu lagi. Kadang- kadang Yang Berhormat lihat Tuan Yang di-Pertua yang duduk di sini dipanggil Timbalan Speaker. Yang Berhormat baca Peraturan Mesyuarat 6(5), Yang Berhormat. Siapa-siapa yang duduk di sini walaupun ahli diambil dari luar sana duduk sini jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat ikut peraturan. Jadi,
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
kalau panggil saya sebagai Timbalan Yang di-Pertua, itu peribadi saya.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rembau… [Tepuk]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Dewan riuh] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Sudah minum kah?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Membahaskan dan menyokong usul yang dibahaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Saya ingin bermula dengan merujuk pada Penyata Rasmi Dewan Rakyat 17 Mac 2010 yang mana Yang Berhormat Permatang Pauh dalam ucapannya telah menyatakan dalam petikan: “Ehud Barak, Perdana Menteri Israel 1999 mengambil APCO dan APCO menasihatkan Ehud Barak supaya menggunakan slogan baru untuk Israel. Tahun 1999, 1Israel. Tahun 2009, APCO menasihatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd.
Najib, 1Malaysia”.
Saya nampak kiasan inferens itu begitu jelas walaupun Yang Berhormat Pokok Sena buat tidak faham tetapi seluruh jentera Pakatan Rakyat yang berkempen di Hulu Selangor menggunakan hujah yang sama… [Dewan riuh] Membuktikan bahawa inferens ini cukup jelas. Inferens yang dibawa oleh Yang Berhormat Pokok Sena, “APCO - UMNO, 1Malaysia -1Israel”, menjadi ejekan kepada kita. Jadi, saya rasa hujah daripada Yang Berhormat Pokok Sena itu amat mengecewakan sebab tidak ada standard langsung... [Tepuk]
Seorang Ahli
Low standard betullah.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Itulah tadi kenyataan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh yang mana melontarkan tuduhan jahat bahawa pertamanya APCO adalah pihak yang memperkenalkan 1Israel dan keduanya, APCO adalah pihak yang mencetuskan 1Malaysia.
Ini sebenarnya adalah satu tuduhan liar lantaran daripada resah dan gelisah serta terdesak yang amat sangat. Suatu cetusan daripada political desperation Yang Berhormat Permatang Pauh untuk memburukkan Gagasan 1Malaysia pada mata seluruh rakyat negara ini terutama sekali bagi masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Yang Berhormat Permatang Pauh sedar bahawa pada ketika itu, approval ratings Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah melonjak daripada 44% pada masa beliau mengambil alih teraju sebagai Perdana Menteri pada 27 Mac 2009 kepada 56% pada 16 September 2009 yang juga ulang tahun pertama tanggal penipuan besar 16 September Putrajaya...
[Tepuk] pakatan pembangkang. Sehingga ke hari inilah mencecah ke tahap 68% approval ratings untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.
Seorang Ahli
Terima kasih bercakap itu.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Yang Berhormat Permatang Pauh maklum dan tahu bahawa segala usaha kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Gagasan 1Malaysia yang bertemakan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ telah membuahkan hasil di dalam menyatukan rakyat bersama dengan kerajaan bagi mengorak langkah seiringan bagi membina kemajuan dan kemakmuran negara.
Ini semua amat membimbangkan Yang Berhormat Permatang Pauh yang mana telah dimalukan dengan ribut yang melanda pakatan pembangkang serta parti beliau sendiri sehingga membuatkan beberapa orang
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ahli Parlimen daripada parti beliau beralih arah. Insiden ini telah menyebabkan beliau kehilangan kelayakan menjadi...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ketua Pembangkang tetapi kekal...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Atas dasar ihsan DAP.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Dan sokongan PAS yang mungkin tidak dapat menerima DAP sebagai Ketua Pembangkang.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Kerana walaupun tidur sebantal, mimpinya sedalam lautan, setinggi gunung berbeza.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Rembau beri mencelah.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Duduk.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ketua Pemuda UMNO, berani tidak beri saya mencelah.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Lantas ketakutan Gagasan 1Malaysia...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ketua Pemuda UMNO...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Maka Yang Berhormat Permatang Pauh telah berhempas pulas memikir dan mereka satu tuduhan yang langsung tidak bertiangkan fakta dan berbumbung bukti dengan memalitkan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya hendak menjawab Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Isu Israel dan 1Malaysia.
Seorang Ahli
Duduk itu.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya hendak menjawab Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Yang Berhormat Permatang Pauh tahu bahawa dengan cara tersebut beliau mungkin dapat mengaburi mata rakyat dan seterusnya menagih habuan politik terutamanya daripada masyarakat Melayu Islam negara ini bagi isu-isu yang melibatkan rakyat Palestin, perkara yang amat dekat dengan hati rakyat Malaysia.
Sikap dan dakyah Ketua Pembangkang umpama apabila bercakap lidah bercabang, apabila bersua mukanya dua kerana di dalam tuduhan ganas dan jahatnya itu, beliau langsung tidak mengakui bahawa Kerajaan Malaysia yang telah begitu banyak menyumbang kepada rakyat Palestin... [Tepuk] Dan kerajaan Palestin...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Lebih menyumbang pada isu Israel dan Yahudi.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Sehingga Allahyarham Yasser Arafat, Presiden, Chairman of Palestin in Authority yang
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
terkini, Abdul Mazen menganggap Malaysia sebagai sahabat baik, pejuang Palestin pada peringkat antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Balik rumahlah.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya hendak balik pada isu pokok. Isu pokok di sini adalah sejauh mana usaha Yang Berhormat Permatang pauh untuk menidakkan pencapaian 1Malaysia. Usaha Yang Berhormat Permatang Pauh untuk melontarkan fitnah dan pembohongan untuk semata-mata menyerang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
1Malaysia itu apa? Orang- orang India sebagai pengemis?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Bahawa sekarang ini Yang Berhormat Permatang Pauh...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Orang India, orang Cina sebagai apa?... [Dewan riuh] Itukah 1Malaysia.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Sekarang ini Yang Berhormat Permatang Pauh sudah takut sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita diterima di peringkat antarabangsa, satu-satunya...
[Dewan riuh] Satu-satunya negara di Asia Tenggara yang dapat bilateral meeting dengan Presiden Obama – menjadi kebanggaan kepada rakyat di Malaysia!... [Dewan riuh] Kebanggaan... [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Dia sanggup jual maruah kita...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Kebanggaan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
RM77 juta! Mereka belanja RM77 juta...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
RM77 juta perkongsian, memang patutlah...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Itu yang...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kena bayar RM77 juta... [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
RM77 juta, soal pokok.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Umum mengetahui bahawa pihak... [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Duit rakyat miskin!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hendak jumpa Ehud Barak pun boleh... [Ketawa]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Disiplinkan sedikit Ahli-ahli Parlimen daripada pihak pembangkang, terutamanya Yang Berhormat Padang Serai ini...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jangan ‘buli’ dirilah!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Umum mengetahui bahawa pihak APCO sendiri telah menyangkal tuduhan Yang Berhormat
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Permatang Pauh berhubung dengan penglibatan mereka dengan konsep 1Israel dengan 1Malaysia pada 18 hari bulan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
APCO sangkal dalam Parlimen kah? Tidak dengar pun.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Mac 2010. Apa yang lebih penting daripada penafian APCO tersebut, terdapat beberapa fakta yang saya bentangkan di sini bagi membongkar segala pembohongan dan agenda mengelirukan rakyat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.
Pertama, APCO cuma menandatangani kontrak dengan Jabatan Perdana Menteri pada bulan Ogos tahun 2009. Ini fakta. Manakala 1Malaysia...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Siapa ejen dia?
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Manakala 1Malaysia Tuan Yang di-Pertua, telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi... [Dewan riuh] Di mana alamat blog beliau... [Dewan riuh] Alamat blog beliau www.1Malaysia.com telah diwujudkan pada 16 September 2008 – tarikh pembongkaran segala penipuan dan tipu helah...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Helah! Menantu Pak Lah sudah tentukan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ini fakta. Ini fakta yang tidak dapat disanggah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menantu Perdana Menteri...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Rembau...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sudah tentukan sebelum itu...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh mencelah?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tidak boleh celah, sila duduk. Sila duduk... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Tidak boleh! Tidak boleh! Duduk, duduk!
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Satu sahaja.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Sila duduk, sila duduk.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Kesimpulan yang jelas adalah bahawa mustahil APCO menasihati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri – Pejabat Perdana Menteri untuk mewujudkan Gagasan 1Malaysia. Ini kerana, ungkapan 1Malaysia itu telah wujud hampir satu tahun
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
sebelum APCO dilantik sebagai firma runding bagi Kerajaan Malaysia melalui Pejabat Perdana Menteri. Saya juga ingin...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Rembau, adakah ini semua ini...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Sekejap...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Diuruskan oleh tingkat empat di Jabatan Perdana Menteri atau...
Seorang Ahli
Hoi! Duduk!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Yang kedua...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ataupun menantu Perdana Menteri?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Yang kedua, bukan sahaja APCO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kewujudan konsep 1Malaysia...
Seorang Ahli
...Teruk betullah!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
...Malah apabila saya buat kajian, mereka juga tidak kena mengena dengan slogan 1Israel seperti mana yang dituduh...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Bila sudah kawan, senang buat kajian.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini fakta, saya hendak bagi fakta.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, buat ruling sedikitlah...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya hendak bagi fakta...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Buat ruling sedikitlah, Tuan Yang di-Pertua, Minta maaf, Yang Berhormat Padang Serai mengacau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Biar Yang Berhormat. Saya macam lihat budak-budak kecil bising, saya diamkan...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
...Sebab saya hendak tegur... [Dewan riuh] Saya tidak mahu tegur yang tua Yang Berhormat. Saya tidak hendak tegur orang tua, saya hendak tegur budak-budak kecil sahaja. [Ketawa] Jadi perangai macam ini Yang Berhormat, saya kena dengarlah. Saya bukan bangkit Yang Berhormat, tidak - demi Allah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Akan tetapi kalau Yang Berhormat boleh bersikap mendengar sahaja, kalau tidak puas hati buatlah pencelahan. Kalau diberi benar bolehlah mencelah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Berniat jahat, Peraturan Mesyuarat 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk Yang Berhormat, duduk.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Jadi di sini, saya hendak buktikan fakta. Tadi kita sebut tentang 1Israel seperti mana yang dituduh oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, kata APCO yang mewujudkan 1Israel.
Saya hendak nyatakan di sini bahawa 1Israel - pakatan 1Israel ini diwujudkan oleh bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak selaku satu slogan parti politik seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud untuk menang pilihan raya pada tahun 1999.
Kononnya – mengikut Yang Berhormat Machang tadi, ada satu perjanjian antara APCO kononnya – saya tidak tahu betul atau tidak, dengan Kerajaan Israel tetapi disebut pada tahun 1992. Jadi kalau Ehud Barak punya 1Israel collation pada tahun 1999 sedangkan APCO buat kerja kononnya pada tahun 1992, jelas bahawa itu pembohongan. Sebab fakta sudah lari daripada apa yang ada di sini... [Tepuk]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Pembohong!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ya?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Pembohong!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Usaha mengaitkan 1Malaysia – ini saya terpaksa bangkitkan sebab sahabat saya Yang Berhormat Tuaran bagi kepada saya. Ini sebab hendak kaitkan 1Malaysia dengan 1Israel.
Kita pun boleh buat benda yang sama tetapi kita tidak buat. Macam Yang Berhormat Tuaran bagi dekat saya...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
...Ada laman web - “Israel for All”, sama juga dengan PAS, “PAS for All”... [Dewan riuh] Kalau kita hendak cakaplah, kalau kita hendak cakap – “PAS for All”, “Israel for All”...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Jadi kita buat kesimpulan – “PAS for All”, Israel is their brain-child tetapi, kita tidak buat. It is childish.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(6)... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Duduk! Duduk!
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Itu yang penting perniagaan, bukan dalam konteks parti politik... [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
...Itu syarikat Yang Berhormat Rembau... [Dewan riuh] Yang Berhormat Tuaran sudah selewengkan Yang Berhormat Rembau. Kasihan Yang Berhormat Rembau.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Rembau tarik apa yang kamu kata, Yang Berhormat Rembau tarik!
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Tuaran kalau beri maklumat, beri maklumat yang betul... [Ketawa]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Selain tuduhan pokok yang telah disangkal dengan fakta tarikh dan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Rembau tarik balik! Tarik balik dan minta maaf...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Logik yang kukuh, ada pula tuduhan-tuduhan sampingan yang ditokok tambah...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Bagi menjayakan agenda jahat pihak pembangkang yang cuba mengaitkan Kerajaan BN dengan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Rejim Zionis melalui APCO.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(6)...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Antara lain...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kerana Yang Berhormat Rembau menyamakan...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Antara lain...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menyamakan...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ada tuduhan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menyamakan parti apabila ada halangan...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Bahawa APCO...
Seorang Ahli
Hoi! Duduklah!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Parti PAS disamakan dengan Yahudi! Ini apabila anak-anak Islam dibunuh di Palestin, mereka menyokong Yahudi yang bunuh anak-anak Islam. Saya minta Yang Berhormat Rembau tarik balik, saya minta Yang Berhormat Rembau tarik apa yang dia katakan...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Rembau hanya minta simpati orang belakanglah, kita di hadapan ini...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Apabila dia menyamakan parti PAS dengan Yahudi.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Yang Berhormat Permatang Pauh nasihatkan dia itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Buat satu ruling Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau Yang Berhormat paksa saya buat keputusan, saya tidak akan buat keputusan kalau Yang Berhormat bising macam ini. Saya tidak hendak buat keputusan, biarlah... [Ketawa] Kerana itu Dewan Yang Berhormat mahu, bukan Dewan yang saya mahu. You do not behave like a gentleman; then I do not treat you like a gentleman... [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk anak muda generasi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Rembau jangan gunakan perkataan yang equate satu parti pada satu parti yang lain.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tidak ada, tidak ada. Saya cuma...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya nasihatkan Yang Berhormat...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ya, ya, ya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bukan saya kata...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ya, ya, ya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya cuma nasihat.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih.
Terima kasih kepada anak-anak muda, generasi muda yang ada di galeri, inilah kualiti pembangkang... [Dewan riuh] Tidak ada kualiti langsung.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jangan hendak minta simpati dengan oranglah... Malulah...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Selain...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Inilah kualiti kerajaan pemerintah yang tidak mampu berhujah dan... [Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Ketawa]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tindakan disiplin, jawapannya adalah tindakan disiplin...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ketua Pemuda UMNO tidak berani debat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah Yang Berhormat... Duduk Yang Berhormat...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Tidak malukah? Orang nombor satu, lagi mahu ... Rasuah lagi... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon teruskan ya? Saya mohon teruskan. Saya time ucapan saya sahaja, baru lima minit. Kacau daripada sana lima minit
Seorang Ahli
Sudah lebihlah...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Selain tuduhan pokok yang telah disangkal dengan fakta tarikh dan logik yang kukuh, ada pula tuduhan-tuduhan sampingan yang ditokok tambah bagi menjayakan agenda jahat pihak pembangkang yang cuba kaitkan Kerajaan BN dengan Kerajaan Zionis melalui isu APCO. Antara lain, ada tuduhan bahawa APCO kononnya berpangkalan di Tel Aviv Israel. Ini adalah satu lagi penipuan kerana ibu pejabat APCO Worldwide terletak di Washington DC. Benar... [Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Siapa cakap?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Fakta tidak betul!
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Fakta kita tidak pernah sesiapa sebut.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya boleh merujuk Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak beri penjelasan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Boleh beri penjelasan kepada saya...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Rujuk balik Hansard...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
..Penjelasan kepada saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Okey...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ada options. Kalau Yang Berhormat dapati fakta ini kurang tepat nanti...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Gunakan peraturan Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu duduk Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, saya akan duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
...Kalau hendak nasihat saya, jumpa saya selepas ini. Saya ada peraturannya.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih.
APCO ini mempunyai syarikat, memang betul di Tel Aviv tetapi, ia juga mempunyai 28 pejabat lain di seluruh dunia termasuk Dubai, Jakarta, Mumbai, Shanghai, London, Paris, Hanoi. Apakah rasional kita fokus kepada pejabat di Tel Aviv sebagai alasan menuduh APCO ini seperti memperjuangkan agenda Zionis?
Malah umum mengetahui dalam era globalisasi, begitu banyak syarikat antarabangsa yang tahu lebih besar daripada APCO, mempunyai pejabat ataupun kepentingan komersial di negara Israel contohnya Intel, General Electric, Cisco System, AT&T Investment yang semuanya itu melabur di Malaysia – semuanya melabur di Malaysia. Malah Intel umpamanya mempunyai kilang di negeri Pulau Pinang dan Kedah dengan lebih 1,000 pekerja tempatan.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Adakah Yang Berhormat Permatang Pauh mahu mengusir keluar semua syarikat antarabangsa yang kebetulan ada kepentingan komersial di Israel dan orang yang diundi secara amnya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kuat pertahan APCO nampak.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Penasihat kepada kerajaan, penasihat kepada kerajaan, ini bukan soal perniagaan.
Seorang Ahli
Oi duduk!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Di samping itu semasa menjelaskan APCO... [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Intel bukan penasihat kepada kerajaan, mereka buat business... [Dewan riuh]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak fahamlah, ingin mengelirukan Dewan, benda yang berbeza... [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya akan jelaskan semuanya Tuan Yang di-Pertua. Kalau diberi peluang saya akan menjelaskan semua ya. Di samping itu, semasa menjelaskan isu berkenaan APCO di Dewan Rakyat, pihak pembangkang termasuk Ketua Pembangkang juga telah menzahirkan niat jahat dengan memaparkan maklumat secara selected dan bias disclosure dengan hanya menyatakan bahawa APCO telah memberikan khidmat nasihat kepada beberapa pemimpin dunia tertentu seperti Nursultan Nazarbayev seolah-olah APCO ini adalah PR consultancy of choice for dictators, dengan izin... [Dewan riuh] Adakah MP’s, adakah Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang sengaja memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut dengan fakta bahawa APCO telah berkhidmat bagi ASEAN, Kerajaan Indonesia, Kerajaan Singapura, Republik Turkey, Kerajaan Mexico, Suruhanjaya Eropah, Badan Invest Hong Kong, UK Trade and Investment Agency, United Nation AIDS Program mahupun World Bank.
Adakah perkara ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di- Pertua, dengan izin...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu tidak menafikan hakikat yang disebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya duduk Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, you get tremendous flexibility kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Hujah dia memang cetek sekali dan diberikan penerangan yang cukup panjang... [Dewan riuh] Saya hendak bentangkan di sini hujah fakta dengan izin ya. Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Fakta tidak betul.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di- Pertua, mungkin ada yang bertanya kenapa Malaysia sanggup dan perlu mengeluarkan belanja mendapatkan khidmat...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kuat pertahan APCO ini.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
...Penasihat asing bagi membantu pembinaan imej negara.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ada saham kah?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Jawapannya adalah kerana angkara Yang Berhormat Permatang Pauh. Beliau ini yang juga dikenali mempunyai konco-konco lain, rakan asingnya dari kelompok neoconservative seperti Paul Wolfowitz iaitu...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Siapa lagi boleh jadi Menteri, tidak ada juga.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
...Arkitek kepada serangan Amerika ke atas Iraq tidak henti-henti memberikan gambaran negatif dan buruk kepada negara Malaysia. Di sini saya ada satu dossier Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dossier hubungan yang membuktikan hubungan antara Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
dengan Paul Wolfowitz yang saya hendak sampaikan dan saya akan panjangkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Saya pun ada juga!
Saya pun ada juga dokumen pembabitan Yang Berhormat Rembau!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Di sini semuanya ada, bagaimana beliau mempertahankan... [Dewan riuh]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya pun ada bukti, saya pun ada.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya pun ada.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya pun ada. Yang Berhormat Rembau dengan APCO... [Dewan Riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Rembau, sudah habis Yang Berhormat, masa habis Yang Berhormat. Masa habis Yang Berhormat... [Dewan riuh] Masa sudah habis Yang Berhormat Rembau!
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Itu yang Ezam bagi semalam kan?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya minta supaya digulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Rembau... [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Itu bukan dossier, itu fail jual tose.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya hendak gulung. Tuan Yang di-Pertua saya minta digulung ya... [Dewan riuh] Sebab Tuan Yang di-Pertua pun tidak beri saya masa lebih, masa saya diambil oleh pembangkang.
Beberapa Ahli
Gulung, gulung, gulung!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya cuma hendak kata di sini bahawa soal pokok di sini, bahawa yang kita bentangkan di sini ialah sama ada Yang Berhormat Permatang Pauh telah mengelirukan Dewan dengan kenyataan yang menyamakan 1Israel dengan 1Malaysia. Saya percaya saya...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Rembau mabuk tose.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
...telah dibuktikan dengan fakta, dengan logik bahawa beliau atas desperation, atas...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tose, tose, tose.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
...Desperation telah mengelirukan Dewan, membohong Dewan ini untuk political mileage beliau...
[Dewan riuh] Saya mohon menyokong. Terima kasih... [Tepuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Banyak makan tose kah Yang Berhormat Rembau?
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Jangan diungkitkan tose, tahu!
Seorang Ahli
Makan tose banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sudah, sudah Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat. Ini pun sama, saya akan menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk berucap. Saya minta semua diamlah, tidak perlu bising Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya dengar dengan teliti ucapan-ucapan yang dikemukakan menyokong usul Menteri, Kerajaan UMNO untuk menghukum saya dan rakan- rakan yang mempertahankan fakta. Hari ini berbeza dengan nasihat APCO kerana serangan dan implikasi imej UMNO mengenai Israel dan keparat Zionis begitu ketara di kalangan rakyat maka akhbar UMNO – Utusan Malaysia diminta menyatakan di muka depan bahawa, Anwar adalah boneka Israel. Ini aneh kerana tentunya APCO akan suka pertahankan kenyataan itu sebagai penasihat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin mengulangi pandangan yang dikeluarkan oleh rakan-rakan tentang kecacatan usul ini. Usul ini tidak menepati perkara P.M.36(12), jadi itu saya harus bantah sekeras-kerasnya.
Usul tidak boleh dikeluarkan berdasarkan sikap politik dendam kesumat untuk terus menghukum. Benar kata Yang Berhormat Kota Belud, saya jarang setuju dengan dia tetapi dalam hal ini dia kata hukumlah, keluarlah, penjaralah, itu tidak akan mengubah pendirian saya... [Tepuk] Akan tetapi soal ini tidak boleh disanggah, sampai hari ini yang kita dengar ialah penafian, tidak ada kenyataan balas daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri. Saya keluarkan tidak macam gimik Yang Berhormat Rembau hendak tunjuk kehebatan – salah tempat. Dia nampak bercakap itu seolah-olah jurucakap APCO... [Tepuk] Ini kerana beliau ada kaitan dengan sahabat-sahabat daripada awal yang terlibat dalam membawa APCO ke mari.
Baik kalau begitu, apabila saya bangkitkan, bila dia nafi, APCO sendiri nafi. Ada kenyataan penafian APCO mereka tidak terlibat dengan Israel, kemudian kita tunjuk perjanjian, saya tidak tunjuk gimik, ini Government of Israel dengan APCO. Apabila dikemukakan ini, APCO jelaskan ya dan ya ada.
Kita bangkitkan Asiasoft yang berpangkalan di Singapore, berpangkalan di Israel. Katanya di Tel Aviv itu sebenarnya salah satu syarikat daripada banyak- banyak. Bezanya ialah, saya tidak mahu ulang kenyataan – ini dalam Hansard.
Bezanya ialah orang yang merencana awal itu pegawai di Jabatan Perisik Kementerian Pertahanan Israel, tidakkan lah Ehud Barrack menjadi Ketua Tentera Israel. Hubungan mereka sejak itu yang menyebabkan dijalin hubungan dan dapat mempengaruhi APCO dan Israel.
Saya sebutkan nama, saya berikan nama syarikat, saya sebut tentang tarikh, orang yang hendak nafi dia akan buat teknikal reply. Ya kata mereka diulang berulang kali oleh semua yang berucap bagi pihak APCO iaitu Jun dilantik, Ogos dimeterai perjanjian dengan APCO. Itu satu percubaan menipu rakyat. Kita tahu Stadlen ada di sini, berbulan lama sebelum itu, Pengurus Besar APCO.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kita tahu Minds Team, kalau kita tengok agreement Malaysia yang ditandatangani oleh Tengku Sharifuddin bagi pihak kerajaan, disaksikan oleh Tengku Sharifuddin, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri yang ada di sini.
Tidak pernah dalam perjanjian Menteri Kewangan dahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri tahu dia buat perjanjian dengan kerajaan dengan mana-mana
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
syarikat, dia tidak ada Pegawai Akhbar jadi saksi. Jadi ini juga harus menjadi persoalan, tetapi di sini disebut APCO Worldwide government of Malaysia and APCO Worldwide, formally known as Minds Teams Sdn. Bhd.... [Tepuk] Guna telingalah jangan memekakkan telinga kalau berucap pekak telinga, bisu, buta.... [Bercakap dalam bahasa Arab] Ini siapa yang pekak ini? Kita bagi agreement formally known. Kenapa hendak tipu rakyat dengan mengatakan APCO sekian tarikh. Saya sebut di sini, formally known as Minds Teams Sdn.
Bhd. Maknanya berfungsi lama sebelum itu. Tidak boleh elak.
Kemudian dikaitkan ya APCO ada hubungan dengan syarikat-syarikat luar. Saya semak ASEAN. Saya semak dengan contact saya di ASEAN, apa peranan APCO? Hanya satu aspek kecil jabatan, technical expertise yang diperlukan dalam bidang itu. Malaysia ini tarafnya sama dengan Kazakhstan – Sani Albacar menasihatkan seluruh kerajaan membetulkan imej yang sudah rosak untuk melunakkan di luar negara.
Never mind what you do in the country, you can’t be gross the unjust.
You can destroy the judiciary but we will present you a beautiful image internationally. Itu peranan APCO...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Celahan sedikit.
Pencelahan sedikit satu ayat Yang Berhormat Permatang Pauh. Sebab itu apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju bila saya meneliti dokumen perjanjian ini. Akses APCO kepada dokumen rahsia kerajaan itu dijamin. Contoh, Klausa 8.1 saya quote dengan izin, “All government documents and materials used in the course of services shall be the absolute property of the government. Any of the documents designated as confidential shall be treated as confidential by APCO.” Ini apa ceritanya? Harapkah dokumen “Rahsia”, “Sulit”, “Rahsia Besar” - kategori fail ini, Yang Berhormat Rembau tidak faham sebab dia tidak pernah jadi Menteri. Dia tidak tahulah ada fail rahsia, confidential.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ini bukan fail rahsia.
Ini dokumen yang dikategorikan “sulit”, tentang APCO dan kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini Menteri boleh jawab Yang Berhormat. Biar Menteri jawab Yang Berhormat... [Tepuk]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menterikah hendak jawab?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tadi banyak gangguan daripada sana. You are allowed.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh minta penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Rembau duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh] Kerja saya untuk menghabiskan di sini sahaja. Yang Berhormat Rembau, duduk.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sebaik Yang Berhormat Machang kemukakan clause tertentu dalam agreement ini dengan sendirinya menempelak hujah-hujah wakil APCO yang hendak mempertahankan APCO. Agreement itu boleh dibaca oleh awam. Agreement, perjanjian itu menyatakan APCO ada akses. Siapa sebut lagi wakil Israel? Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Belum nafi kenyataan Ketua Polis Negara, ada risikan Israel masuk...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kemudian kenyataan yang dibawa sebelum ini Malaysian Insider itu Julai. Saya kemukakan dalam sidang. Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia. Surat Pengarah Jabatan Logistik mengesahkan kenyataan Cawangan Khas...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Minta izin Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kementerian Dalam Negeri. Dengar dahulu! Masalah... [Disampuk]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Boleh? Sebab ini tidak boleh dicampuradukkan dua isu yang berbeza.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Yang tahu ada wang APCO. Itu yang dia tahu. Buang duit beli orang. Itu yang dia tahu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bawa bertenang Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kita hendak ini, dengar dahulu penjelasan saya.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Boleh, Yang Berhormat Permatang Pauh?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Bukan kenyataan saya. Ini surat Pengarah Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia. Saya hendak dengar Menteri Dalam Negeri bahawa surat itu tidak ada. Saya hendak dengar Menteri Dalam Negeri, Cawangan Khas Polis tidak pernah mengeluarkan laporan yang berkenaan. Saya cabar mereka. Mari ke hadapan buktikan bahawa tidak ada unsur-unsur masukkannya intelligent luar negara termasuk Israel kerana yang bertugas di APCO itu pernah menjadi pegawai kanan...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ha. Hebat, hebat!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
‘Sinbad’ dalam intelligent Israel, Kementerian Pertahanan Israel. Ini tidak dijawab.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat?
Sedikit Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Masa saya terbatas...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bagilah Yang Berhormat sedikit, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua banyak...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Banyak tuduhan itu saya hendak bagi penjelasan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau boleh minta penjelasan.
Beberapa Ahli
Duduk!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Kita ada bukti.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
You have a majority.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Apa berbeza, apa berbeza?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Bukti.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Apa, awak penasihat APCOkah, awak Yang Berhormat Rembau penasihat APCOkah?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Ketawa] Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya. Jaja ke mana- mana hendak mempertahankan APCO at all cost. Ada wakil APCO dalam Dewan ini.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ya. We give you the explanation there.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat. Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita bagi explanation.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Baca perjanjian ini.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
I tell you... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Keduanya saya hendak sebut, hujahnya ialah hendak kena baik dengan Amerika - hubungan saya dengan Amerika, saya tidak pernah nafi. Saya tidak hypocritical. Saya hubungan peribadi kenal, memang saya kenal. Saya tidak hipokrit. Menyalak di hadapan awam kononnya anti-Amerika, secara sembunyi bayar APCO agen Israel.... [Tepuk] Itu bezanya.
Keduanya, dasar saya walaupun saya berkawan, soal Afghanistan, penaklukan Amerika kita tentang. Penaklukan Afghanistan kita tentang. Mana tentang? Tengok dalam soal Iran, berpuluh tahun Dasar Luar Negara. Kalau sebut, orang kita baik, dipuji oleh Yasser Arafat. Itu pentadbiran lama! Bukan pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada sekarang. Mana ada bukti hubungan nyata dan kukuh Kerajaan Malaysia dengan Palestin sekarang ini?...
Seorang Ahli
Jawab!
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Itu dahulu. Walaupun saya mungkin berbeza pendapat dalam beberapa hal dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, tapi pendirian tegas beliau dalam isu Afghanistan, isu Palestin itu tidak boleh kita pertikaikan. Hanya dipertikai oleh pentadbiran UMNO yang ada sekarang. Saya bagi hujah. Belum pernah dalam negara kita ambil sikap yang begitu keras terhadap Iran dalam isu senjata nuklear, tetapi kerana nasihat APCO, Perdana Menteri boleh melutut depan Obama bersetuju!... [Sorak]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tarik balik itu. Peraturan mesyuarat.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tarik balik... [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di- Pertua, bagaimana boleh dilepaskan Yang Berhormat Ketua Pembangkang membuat tuduhan berniat jahat... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Beberapa Ahli
Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik!... [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi pak turut... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, duduk semua Yang Berhormat... [Dewan riuh] Duduk semua Yang Berhormat!
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat duduk dahulu. Yang Berhormat Jempol, duduk. Yang Berhormat Rembau, duduk. Semua duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Permatang Pauh, sila. Tidak payahlah sebut “melutut” Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Okey.
Beberapa Ahli
Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik!... [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Merangkaklah, merangkak!
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tarik Balik.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Istilah Melayu...
Beberapa Ahli
Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik!... [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Begitu mengalah sekali. Belum pernah dalam sejarah kita mutakhir ini, dasar luar mengambil sikap lemah...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya tidak dengar dia tarik balik Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
...Begitu lembut!
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tarik balik.
Beberapa Ahli
Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik!... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tarik balik itu!
Beberapa Ahli
Keluar! Keluar! Keluar!... [Dewan riuh]
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Tarik balik!
Tolong tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
APCO.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk, duduk Yang Berhormat. Apa ruling Yang Berhormat? Tidak ada ruling boleh dibuat, duduklah! Duduklah semua! Yang Berhormat minta duduk semua.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
MCA, MIC, Gerakan sama...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Minta duduklah, Yang Berhormat Jempol juga duduk, semua duduk Yang Berhormat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Cakap baik-baik sikit!
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
MCA, MIC tidak bangun pun, Gerakan pun tidak bangun.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Seorang Ahli
Sebab UMNO lah ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Jerlun tidak bangun.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dasar kita tentang Iran jelas.
Seorang Ahli
Tarik balik!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di- Pertua, dia masih tidak tarik balik. Kita hendak dengar dia tarik balik. Cukup mudah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Speaker, dia mengganggu. Yang Berhormat Rembau dari tadi mengganggu.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuduhan... Dengan Amerika Syarikat adalah serius.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua harus juga tegur Yang Berhormat Rembau.
Dato’ Haji Ismail bin bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua, Tarik balik yang, “Perdana Menteri melutut”...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Minta tolonglah, Yang Berhormat. Minta tolong, saya hendak tenteramkan Dewan, Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya tidak dengar, Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tahu, Yang Berhormat. Saya sudah dengar penjelasan tadi, Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Mana, Tuan Speaker?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Rembau, saya yang bagi arahan di sini, Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Duduk!... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Minta duduk Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Bangun] [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dahulu Yang Berhormat. Yang lain minta tolong duduk...
[Dewan riuh] Dengarlah, Yang Berhormat Sekijang, duduk!
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Dato’ Haji Ismail bin bin Mohamed Said - Kuala Krau
Speaker, minta dia tarik balik, tarik baliklah. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melutut itu, tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Permatang Pauh, yang melutut itu. Minta tolong, Yang Berhormat.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
[Bangun]
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Belud tadi dia tarik balik. Sekarang Yang Berhormat Permatang Pauh tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sudah perjelas tetapi tidak...
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
[Menyampuk]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Speaker sudah buat ruling tadi bahawa supaya jangan guna. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak menggunakan...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
...Isu Yang Berhormat Permatang Pauh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah, Yang Berhormat. Saya bercakap dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jangan kerana desakan daripada Yang Berhormat Rembau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat!
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak, saya...
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dasar luar...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Tarik balik, suruh dia tarik balik.
Beberapa Ahli
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Dia kena tarik balik.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
[Bangun]
Beberapa Ahli
[Bangun] [Menyampuk] [Dewan riuh]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
... Yang melutut tadi itu.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Beri peluang saya bercakap, saya jelaskan... [Ketawa]
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, sudah, sudah! Duduk! Duduk semua... [Dewan riuh] Duduklah semua.
Tuan S. K. Devamany
Adik-adik tengok, Yang Berhormat Padang Serai duduk, Yang Berhormat Padang Serai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Inilah Parlimen Barisan Nasional!
Beberapa Ahli
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik, tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, duduk dahulu, Yang Berhormat. Duduk semua, duduk. Duduklah, duduk. Dengarlah cakap saya dahulu!... [Disampuk] Dengar cakap saya dahulu. Siapa itu? Duduk betul-betul Yang Berhormat Indera Mahkota, bukan di sana duduk... [Ketawa] Duduk, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya sudah tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tolong tarik balik.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sudah!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dapat didengar tidak orang di belakang sana, Yang Berhormat Permatang Pauh kata tarik balik?
Beberapa Ahli
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia sudah sebut tarik balik, Yang Berhormat. Itulah saya cakap jangan bising. Tengok dalam Hansard nanti.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dia tidak dengar.
Masalahnya, dasar luar yang terlalu mengalah kepada Amerika. Berbaik boleh, mengalah tidak boleh. Bila kita ambil sikap, bila Presiden Barack Obama minta serang dan keras terhadap Iran, kita terus setuju. Ini salah. Kalau kita hendak serang Iran kerana punyai kapasiti untuk membina tenaga, kuasa nuklear untuk senjata, kita juga harus serang Israel.
Beberapa Ahli
Ya. [Tepuk]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Akan tetapi dalam kenyataan itu, Perdana Menteri atas nasihat APCO, tidak berani sentuh Israel..., Ini yang kita cakap... [Tepuk] Ha, jawab Yang Berhormat Jempol.
Beberapa Ahli
Jawab, jawab!
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ini masalahnya. Tidak mahu istilah “melutut”, saya tidak pakai “melutut”...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Mana buktinya, Yang Berhormat Permatang Pauh, mana buktinya?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jurucakap APCO, guna sidang lain.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Kena dihujahkan dengan bukti. Mana dia?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Pentadbiran dahulu, kerajaan daripada awal, tegas dalam soal penaklukan tentera asing. Sebab itu dalam isu Afghanistan kita minta penyelesaian damai yang baik, tidak terlibat dalam mengirim pasukan tentera ataupun penasihat tentera dan polis. Bila Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib, atas nasihat APCO sekali lagi menemui Presiden Barack Obama terus memberi pengakuan, “Ya, kita akan
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
menghantar penasihat tentera dan polis ke Afghanistan.”... [Disampuk] Selama puluhan tahun...
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Itu tidak betul Tuan Speaker..
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Selama puluhan tahun kita bina dasar luar...
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Berilah laluan. Itu tidak betul.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Peraturan mesyuarat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kalau tidak betul, Yang Berhormat Jempol, tanya Perdana Menteri. Biar Perdana Menteri jawab.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Peraturan mesyuarat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Mengapa setelah 20 tahun, tidak semena-mena...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, dia tidak beri peluang. Dia tidak beri Yang Berhormat. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak beri.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Peraturan mesyuarat takkan tidak boleh bagi?
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Speaker tidak tahukah? Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ada dua minit.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Peraturan mesyuarat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
No, saya tidak bercakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya lah Yang Berhormat, saya tahu.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya hendak habis, saya hendak habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sudah lebih lima minit.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya sudah hendak habis.
Beberapa Ahli
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
[Menyampuk]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu saya bagi peluang kerana saya hendak bagi Yang Berhormat Permatang Pauh berucap 15 minit. Kalau Yang Berhormat boleh diam, dia boleh habis dalam masa satu minit. Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tadi peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah Yang Berhormat .
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tiap-tiap ayat daripada Yang Berhormat Permatang Pauh adalah sangkaan jahat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Isu ini, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Duduklah, Yang Berhormat Rembau, jangan arrogant.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya. Keangkuhan kuasa itu kerana terlalu banyak wang, terlalu banyak kuasa di peringkat yang terlalu muda. Ini menyebabkan kuasa itu dianggap boleh mudah beli orang, maka oleh itu boleh gunakan kuasa. Ini yang kita kena betulkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut di sini kalau benar, katakan APCO tidak ada pengaruh atau pendirian. Saya hendak tanya mengapa setelah 20 tahun, 30 tahun, dasar luar boleh berganjak begitu sekali? Berbaik, berdagang, bekerjasama dengan mana-mana negara sekalipun, kita dukung, tetapi menganjak dasar luar sehingga kelihatan seperti perkakas lemah berdepan dengan dasar luar dan pimpinan Amerika, ini yang kita tentang.
Sebab itu ia hanya memperkukuh...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah habis masa, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
No, no!
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tidak beri Yang Berhormat. Yang Berhormat Permatang Pauh sudah tidak ada masa lagi.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Okey.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dia tidak ada masa.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tidak payahlah, Yang Berhormat. Menteri ada nanti boleh jawab, Yang Berhormat. Boleh mencelah Menteri. Tidak payahlah Yang Berhormat Permatang Pauh, gulungkan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dia hanya memperkukuh hujah kita...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Menyampuk]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya dengar rakan- rakan Ahli Yang Berhormat dari UMNO, bila berhujah, mengetepikan sama sekali nama yang saya sebut, tarikh kita sebut, perjanjian kita sebut, surat daripada pengarah logistik yang disebut. Kaitan dengan laporan-laporan termasuk Times of India dan... Yang membongkar kerja jahat APCO
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
membantu negara-negara diktator, untuk memilih katanya, selective bila kita katakan nasihat kepada negara, dengan nasihat kepada projek.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat boleh memilih untuk pertahankan APCO, kepentingan Israel dan Zionis. Boleh gunakan kuasa untuk menghukum saya tetapi tidak boleh mengelak daripada fakta, dokumen-dokumen polis, dokumen mesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri. Kenyataan Pengerusi PAC, kebimbangan mengenai adanya unsur Israel dalam Mesyuarat PAC yang ada minitnya, dan juga perjanjian lengkap, sebahagian daripada perjanjian APCO dengan Israel dan APCO dengan Malaysia. Ahli Yang Berhormat hendak hujah, baca perjanjian ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kalau tidak, jadi hanya perkakas APCO, pertahankan kepentingan luar dan kemudiannya korbankan prinsip negara kita... [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri ada satu minit sahaja. Selepas itu sambung petang. Berdirilah Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membuat Peraturan Mesyuarat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apa peraturan mesyuarat?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
80(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apa itu?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Pagi tadi kita ada bangkitkan bahawa usul yang dikemukakan ini satu usul yang cacat, yang tidak menepati peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Ianya juga melanggari prinsip di mana jawatankuasa yang akan menentukan untuk hukuman.
Dato’ Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar
Cari alasan lagi kah?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Akan tetapi dalam konteks usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri, Tuan Speaker, sudah ada bibit-bibit di mana tuduhan ini bias. Usul ini tidak menepati peraturan- peraturan mesyuarat yang saya sebutkan tadi dan usul ini juga membelakangkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentuk sendiri oleh Dewan. Maka sebab itu, kami dalam Pakatan Rakyat, kita tidak boleh teruskan untuk mengundi satu usul yang cacat, Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Teman-teman mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri tarik balik usul ini, pada hari ini... [Tepuk] [Menyampuk] Kalau perlu, kita kemukakan satu usul baru untuk kita bahaskan dan kita putuskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah dengar, sudah faham Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini kerana usul ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tidak hendak...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Takut kah? Takut?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik, Yang Berhormat. Soalan tarik balik itu, Menteri yang tarik, bukan saya, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya sudah dengar hujah Yang Berhormat. Daripada pagi tadi saya dengar ini dan sekarang dengar lagi, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Menyampuk]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya tidak tarik balik...
[Tepuk]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Speaker, saya hendak minta Speaker...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
APCO tidak bagi tarik balik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya hendak minta Tuan Speaker...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Apa, sudah takut kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
APCO tidak bagi tarik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Usul ini satu usul yang cacat, yang tidak menepati peraturan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Itu kata dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudahlah, sudah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ia membelakangkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Itu kata dia.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Bagaimana kita boleh undi satu usul yang cacat, Tuan Speaker?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat sudah, Yang Berhormat, duduk.
Seorang Ahli
Kalau sudah salah itu, mengaku sahajalah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya hendak minta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tidak ada ruling dalam perkara ini kerana pagi tadi Tuan Speaker sudah buat ruling. Jadi itu sahaja. Jadi, Yang Berhormat, sekarang sudah pukul 1. Saya tidak boleh lebih masa tengah hari ini. Petang sahaja saya ada kuasa di bawah Peraturan 12. Jadi, Yang Berhormat Menteri duduk dahulu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan Dewan pada sesi pagi kita tangguhkan dahulu dan Dewan akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dijemput Yang Berhormat Menteri untuk meneruskan jawapan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Peraturan Mesyuarat 80(1). Saya telah bangkitkan pada awal pagi tadi tetapi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang beberapa perkataan yang terkandung dalam usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri pada pagi tadi kerana perkataan-perkataan yang digunakan dalam usul ini telah mencacatkan usul yang berkenaan dan telah seolah-olah mengambil alih tugas dan peranan yang kita berikan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Kalau kita rujuk kepada P.M.80(1) Tuan Yang di-Pertua, dengan jelas disebut di situ, “Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Majlis”. Itu jelas dalam perkara P.M.80(1). Akan tetapi masalah yang kita bangkitkan daripada pagi tadi ialah dalam usul ini sendiri telah menampakkan ciri-ciri bahawa Dewan ini telah pun menghukum Yang Berhormat Permatang Pauh sebelum Jawatankuasa meneliti dan menjalan prosiding yang berkenaan. Sebab ini bukan kes-kes biasa seperti sebelum ini di mana kita boleh hukum di dalam Dewan. Di dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh seperti yang disebutkan oleh Tuan Yang di-Pertua pada pagi tadi, ia memerlukan satu prosiding yang menyeluruh. Bukti perlu dikemukakan, saksi mungkin perlu dipanggil, dokumen-dokumen kena dibentangkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Akan tetapi usul yang telah dikemukakan pada pagi tadi dengan jelas telah menghukum Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu yang mengelirukan Dewan. Maka saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, you are in point of order, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak, ini bukan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat adalah dalam Peraturan Mesyuarat yang saya akan decide nanti.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Okey Peraturan Mesyuarat 80(1), kalau boleh Tuan Yang di-Pertua berikan panduan kepada kami bagaimana kedudukan perkara ini sebelum kita meneruskan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Saya...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambungkan sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak, saya tidak perlukan sokongan, Yang Berhormat. Cukup!
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak perlu sokongan Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak perlu Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya ada point...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya mengikuti prosiding Dewan kita daripada pagi hingga jam 1 tengah hari tadi. Perkara ini telah pun dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Parlimen daripada Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur pada awal-awal tadi, dan saya juga mengikuti bahawa perkara ini telah pun diputuskan oleh Yang Berhormat Tan Sri Tuan Yang di-Pertua pada pagi tadi dan perkara ini dibangkitkan semula pada penghujung jam 1 petang tadi dan juga telah pun diberikan penjelasan yang sama. Ahli Yang Berhormat Gombak, saya tidak ingin membuat ketetapan lain selain daripada yang dibuat oleh Tuan Yang di- Pertua pagi ini.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya bersetuju dengan Tuan Yang di-Pertua bahawa Yang Berhormat Tan Sri Tuan Yang di-Pertua telah menyatakan dengan jelas bahawa Majlis ini tidak ada bidang kuasa untuk menyiasat dan menghukum Yang Berhormat Permatang Pauh. Kesemua prosiding dan penelitian ini akan hanya berlaku di peringkat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi apabila prosiding ini bermula di pihak Jawatankuasa, ia akan berpandukan kepada term of reference yang telah dicatatkan dalam usul ini. Maka ini yang membimbangkan kita. Bagaimana jawatankuasa hendak menjalankan satu penyiasatan yang bebas apabila term of reference itu sendiri sudah bias dan menghukum Yang Berhormat Permatang Pauh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payah bangkit lagi Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kita kena jelaskan ini terlebih dahulu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya rasa perkara ini telah dijelaskan pagi tadi, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...Sebelum Jawatankuasa memulakan penyiasatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, perkara ini telah dijelaskan pagi tadi dan telah diputuskan oleh Tan Sri Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya, kami setuju dan Yang Berhormat Ipoh Timur pun bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh Tuan
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang di-Pertua. Namun, usul itu tidak jelas. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang itu kalau itu sudah jadi sebahagian daripada... Yang tadi keputusan saya itu adalah disebabkan Yang Berhormat berdiri di atas standing order.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kalau hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk meneruskan jawapan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya, saya hendak minta penjelasan, apakah Yang Berhormat Menteri bersedia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...Untuk menarik balik usul ini dan kemukakan satu usul yang pernah dibuat sebelum ini yang saya bacakan seperti pagi tadi di mana ia sepatutnya menyerahkan kepada Jawatankuasa untuk membuat penentuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Maka saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya ucapkan terima kasihlah kepada semua yang telah mengambil bahagian termasuk yang menentang usul ini kerana ia memberikan kredibiliti kepada prosiding kita ini dengan penglibatan mereka. Saya pun tahu Yang Berhormat bercakap dua, tiga minit supaya Ketua Pembangkang sempat hadirlah. Saya ucapkan terima kasih sebab saya pun tidak suka hendak melalui prosiding ini kalau dia tidak ada.
Pertamanya Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jawab dahulu. Saya hendak minta penjelasan tadi, apakah pendirian kerajaan tentang perkara ini?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak akan tarik balik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kerajaan tidak akan tarik balik?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak, tidak tarik balik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kalau kerajaan tidak tarik balik usul ini Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita hendak mengundi dalam keadaan usul yang cacat?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Usul yang tidak adil, usul yang zalim kepada seorang Ahli Dewan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kita tidak boleh menyalahi dalam prosiding ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Point of Order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta Yang Berhormat..., cukuplah Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kalau hendak mencari alasan hendak walk out, carilah satu alasan yang cukup baik sedikit.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak, tidak. Bukan soal...
Saya hendak minta penjelasan. Ini satu...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Jangan cakap usul saya cacat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini satu perkara tuduhan yang tidak berniat baik.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ya, tarik balik, tarik balik, tidak... Okey.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Point of order Tuan Yang di- Pertua, Point of Order.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Sebenarnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Point of order berapa Yang Berhormat?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu isu yang sangat penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Apa yang Peraturan Mesyuarat 36(12) Yang Berhormat?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Berkaitan dengan apa yang diputuskan pada pagi tadi. Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi saya ada dengar Tuan Yang di-Pertua buat keputusan bahawa apa yang dirujuk kepada Jawatankuasa adalah hal berkenaan dengan sama ada Yang Berhormat Permatang Pauh adalah bersalah untuk kesalahan ini. Akan tetapi apabila saya bertanya untuk pengesahan, saya nampak Tuan Yang di-Pertua tidak memberi pengesahan itu. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang sangat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya sudah putuskan Yang Berhormat. Saya tidak akan merujuk semula keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua pagi ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini perkara yang serius Tuan Yang di-Pertua, just dua minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tahu serius Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, di dalam usul ini, apa yang jelas adalah perkataan bahawa usul yang hendak dibuat ataupun diundi hari ini oleh semua Ahli Parlimen adalah satu usul berkenaan dengan sama ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
You are repeating yourself. Yang Berhormat telah bangkitkan perkara ini pagi tadi dan telah diputuskan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar tadi saya sudah beritahu Yang Berhormat. Jangan kita buang masa. Sebentar tadi Yang Berhormat Gombak juga mengemukakan perkara yang sama.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, persoalan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya juga telah buat keputusan yang sama.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya, persoalan yang saya hendak timbulkan ialah bagaimanakah kita hendak buat undian terhadap satu usul yang sebegini?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, with respect, there is cannot be a motion on sentence when there is no finding of guilt.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
The Minister will answer that. That is what… [Disampuk]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
There is no motion of finding of guilt. ..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
There is no motion here and he is...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri akan menjawab tentang itu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri telah beritahu beliau tidak akan tarik balik.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua..
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya tidak akan tarik balik...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, isu sama ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat..
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Akan tetapi kalau sama ada saya ada buat pembetulan, macam mana hendak faham?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bersalah atau tidak bukan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat, beri dengar Yang Berhormat Menteri dahulu, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri tidak boleh jawab isu sama ada betul atau tidak sebab Yang Berhormat Menteri adalah satu pihak dalam isu ini. He is one part of the thing. Kita menentang, mereka setuju tetapi yang setuju ini dia tidak boleh membuat keputusan sebagai hakim..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, perbahasan tentang charge ini...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Untuk membuat keputusan..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Perbahasan tentang usul, the wording of tidak berbangkit lagi, telah diputuskan Yang Berhormat. Tidak berbangkit lagi.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita hendak buat – bagaimana kita hendak undi?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sebab putuskan usul tidak boleh melampau kuasa standing order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Standing order menyatakan the right and privilege committee yang buat keputusan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita sudah lalui proses yang ini pagi tadi.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Boleh saya perjelaskan?
Tunggulah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, saya jemput Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab segala perkara yang telah dibangkit oleh pihak pembangkang dalam perbahasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dekat ya.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang telah dijawab pada sebelah pagi tadi. Saya ingin menyatakan di sini iaitu bahawa ini merupakan kertas pertuduhan kalau kita boleh ibaratkan di dalam mahkamah. Apa yang saya minta bagi pihak kerajaan untuk merujuk Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, ini bukan merupakan hukuman. Ini ialah charge sheet saya. Ini adalah allegation daripada pihak kerajaan. Jadi kalau tuduhan yang mengatakan iaitu kita sudah pun membuat hukuman, itu adalah apa yang telah berlaku kepada Yang Berhormat Puchong dan juga Yang Berhormat Batu Gajah pada tahun 2004 kalau tidak silap saya di mana finding itu terus mendapat mereka bersalah dan terus hukum.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Bukan hukuman.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang ini tidak...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Penentuan. Bukan hukuman.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat..
Tuan R. Sivarasa - Subang
Penentuan itu, kita kena...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang ini tidak. Ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Gombak menyatakan bahawa ini bukan badan penyiasat. Badan penyiasatnya ialah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Oleh sebab itu, apa yang saya hendak buat ini ialah allegation saya bagi pihak kerajaan – kertas tuduhan. Kalau kita lihat dalam kertas tuduhan di mahkamah pun, dia akan menyebut bahawa pada sekian, sekian, sekian berlaku bahawa kamu didapati telah berlaku dan melakukan kesalahan.
Ini kertas pertuduhan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Jadi saya kena buat allegation, kalau tidak bagaimana kita hendak membenarkan jawatankuasa menyiasat untuk memeriksa ataupun menyiasat apa yang dibawa oleh pihak kerajaan? Allegation saya mesti tepat, mesti serius tetapi bukan bermakna dia sudah kena hukum. Begitu juga dalam kertas pertuduhan, dalam mahkamah kalau sekiranya dia merupakan criminal, dia punya tuduhan itu spesifik untuk mensabitkan dia. Akan tetapi bukan bermakna dia salah. Jadi janganlah gabra Yang Berhormat, jangan takut.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya hendak beritahu...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak! Bukan takut Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat..
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya hendak beritahu...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Bolehkah saya mencelah sedikit?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya hendak beritahu, ada satu kemungkinan dapatan daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini mendapati Yang Berhormat tidak bersalah. Tidak mengelirukan..
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Itu kita serah kepada jawatankuasa.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Akan tetapi dalam konteks...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Jadi bagaimana saya hendak bawa kes ini ke jawatankuasa kalau saya tidak membuat pertuduhan?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, kalau izinkan saya.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kalau kita lihat dalam para yang ketiga...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ya..
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ia bukan lagi pertuduhan.
Secara spesifik, jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Nanti.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini berbahaya seolah- olah...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Nanti saya baca, nanti saya baca...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ia sudah dibicarakan soal sentence. Belum lagi bersalah..
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Jangan gabra, jangan gabra, takutkah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat..
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...belum lagi diteliti dokumen dan fakta...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Rasa sudah bersalah kah?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Akan tetapi sudah seolah- olah memberi signal...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Boleh saya baca?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...kepada jawatankuasa syorkan jenis hukuman. Yang ini kita bantah Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak Tuan Yang di- Pertua. Mana ada syornya?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya, yang ini, di dalam ini.
[Menunjukkan dokumen berkenaan]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Mana?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Nanti saya baca, nanti saya baca..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat, ya...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Cukup, full stop?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Full stop. Bererti sudah tentu kita mempunyai harapan kerajaan. Harapan kita ialah jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, dia kena baca penuh. Ayat yang selepas daripada itu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya kata tadi, ini harapan kita. Apa salah dengan harapan? Takut apa?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Bukan takut. Ayatnya Tuan Yang di-Pertua, jadi jawatankuasa ini hendaklah mengesyorkan hukuman... [Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bacakan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang lain duduklah Yang Berhormat. yang lain duduk...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kemudian kalau kita dan jawatankuasa ini hendaklah membuat syor, itu memang sudah kena hukum. Full stop.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jangan, sama.
Jawatankuasa ini, ia sambung oleh jawatankuasa ini...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Full stop.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Hendaklah...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kena baca, kena baca secara...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Itu harapan. [Dewan riuh] Saya hendak bagi tahu iaitu satu daripada dapatan yang boleh dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ialah untuk mendapati mungkin dia tidak bersalah. Takut apa? Jadi...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bukan Tuan Yang di-Pertua, apa yang terjelas adalah ayat selepas daripada itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, dia tidak ada substance, they attack the form. Jadi bolehlah saya teruskan...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jawatankuasa ini hendak membuat syor jenis hukuman. Reconnect sentence.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kena minta jalan, minta jalan Yang Berhormat..
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Baca terus, baca terus jangan memesongkan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak perlu dipertikaikan.
Saya di sini menyatakan. Tuan Yang di-Pertua, daripada awal lagi kita melihat bagaimana ruang yang cukup luas kita berikan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh..
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jangan lari Yang Berhormat Menteri, baca itu ..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kalau sekiranya kita daripada sini...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri baca...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
...Sememangnya hendak menghukum...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
...Yang Berhormat Permatang Pauh, tidaklah kita memberi peluang kepada dia tujuh hari untuk memberi penjelasan. Ini semua ruang menunjukkan keikhlasan kita.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri bacakan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ini semua ruang menunjukkan keikhlasan kita, memberi ruang untuk menyatakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong, kena minta jalan Yang Berhormat Puchong.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Isunya...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bacakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong, kena minta jalan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menyatakan bahawa menuduh kerajaan ini bukan kehendak dia.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kita beri dia ruang...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta bacakan, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Dan setelah seminggu kita beri, dia memberi...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jangan lari, baca apa yang dicatatkan di sini.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Hujah-hujah dan kita masih lagi, didapati bahawa...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Dia masih mengelirukan dan tidak menjawab... [Disampuk]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bacakan apa yang terkandung di situ.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong. Minta jalan Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya pun minta sana, kita kena baca.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Oleh kerana itu, kita bagi notis.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bacakan apa yang terkandung di situ.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
...Dan saya menyatakan bahawa ini bukan satu hukuman. Ini mahu supaya satu penyiasatan boleh dibuat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Mana? Mana dinyatakan sedemikian?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan tetapi tidak disebut. Ia tidak disebut di sini,
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kita tidak hukum dia.
Jadi kepada saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, ini Menteri...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ruang dan keikhlasan daripada pihak kerajaan, kita telah beri luas. Saya hendak beritahu iaitu kita serahkan kepada jawatankuasa.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Untuk apa? untuk apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Untuk membuat apa juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Dapatan mereka. Untuk masuk apa yang telah saya sebut tadi. Tidak semestinya kena dihukum.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua...
Beberapa Ahli
[Bangun][Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak, ikut peraturan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah menjelaskan perkara ini. Yang Berhormat tidak perlu...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Menteri jawab nanti dan ...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya tidak beri jalan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Berhormat Menteri, saya mengatakan bahawa usul itu merupakan harapan. Harapan kerajaan sebab usul ini...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Mahu undi di sini, undi untuk apa? [Disampuk]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kita tidak akan undi. Kita tidak boleh undi selagi perkara ini tidak diselesaikan. Perkara ini mesti diselesaikan dahulu. [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, perkara ini sudah selesai Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bukan selesai, undi apa?
Macam mana hendak undi?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Menteri...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kita mesti ada satu Menteri yang competent. Mana Menteri yang competent? Ini tidak competent langsung.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang Berhormat Gombak, saya hendak beritahu di dalam hujah yang telah dibangkitkan oleh beliau. Awal sekali... Ini memang sama denganlah sayalah. Jadi yang...
[Disampuk]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kalau Menteri tidak tahu bekerja, kita kena ajar macam mana hendak buat kerja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Undi apa ini?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Apa punya [Disampuk] ...ini?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Menteri langsung tidak ada standard, tak tahu apa yang dia tulis di sini. Usul pun dia tak boleh buat dengan betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong, sila duduk Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberikan laluan. Kita rujuk dua usul dalam kes yang sama pada tahun 2004 dan ini sudah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri. Di dalam kes Yang Berhormat Bukit Gelugor, usul itu ikut Peraturan Mesyuarat 36(12). Apa bunyinya? Detail nya kemudian. “Hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat penentuan sama ada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor di dalam Dewan palsu atau tidak dan seterusnya.”
Seorang Ahli
Tuduhan itu.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dalam kes ini, itu dia ikut peraturan iaitu rujuk kepada Jawatankuasa menentukan sahih, benar atau tidak dan kemudiannya mencadangkan kepada Dewan, hukum yang setimpal.
Dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh, memang selalunya uniklah.
Saya faham. [Ketawa] Dia selalunya Yang Berhormat permatang Pauh ini, dia asing sedikit Tuan Yang di-Pertua. Dia kata ada undang-undang khas. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tidak payah bimbang. Takut atau tidak takut, saya tidak timbul masalah ini. Rejam pun tidak apa lagi.
[Dewan riuh] Yang belum rejam, Yang Berhormat Sri Gading. Ini belum tetapi yang lain sudah. [Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Hai Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading, ada apa-apa hendak komen? [Duduk]
Seorang Ahli
Ha, takut, diam!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri..
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak, tidak. Saya tidak habis lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh bagi jalan Yang Berhormat. Tidak boleh.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dalam kes ini [Dewan riuh] tidak apa, tidak apa. Saya tahu keputusannya. Saya pun dah bincang dengan Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri pun bagi ruang dan saya bincang cara baik. Itu soal lain, berbeza dengan beberapa konco-konco yang lain. Dia maintain, itu saya ucapkan terima kasih.
Akan tetapi saya jelaskan di sini mengapa kita rujuk P.M.36(12), jelas.
Tafsirannya berbeza kata Menteri. Kalau tafsirannya berbeza, mengapa dalam kes Yang Berhormat Bukit Gelugor disebut rujuk kepada jawatankuasa untuk membuat penentuan, sama ada kenyataan betul atau tidak, kemudian baru rujuk kepada Dewan. Dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak perlu rujuk tetapi terus ke jawatankuasa ini. Jadi Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Okey, saya tidak takut, boleh. Kemudian, ini ayat yang aneh, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat dengar. Apa yang anehnya ialah, perkara ini berbeza dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal. Ini yang kita pertikai Tuan Yang di-Pertua, apa yang patut Dewan kenakan ke atas Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh, saya tidak takut tetapi ikutlah peraturan.
Saya ada contoh, precedent dan usul sekarang yang ini. [Sambil memegang buku peraturan mesyuarat] Kita campak keluar macam di mahkamah.
Kalau hendak hormat yang ini [Sambil memegang buku peraturan mesyuarat] kita hormat. Kalau tidak, apa yang kita harapkan? Hendak rujuk memang kena rujuk, ikut mana pun mesti dirujuk, saya tahu keputusan Yang Berhormat Menteri dan Kabinet. Akan tetapi rujuk ikutlah peraturan, apa yang susah sangat hendak ikut Peraturan Mesyuarat 36(12)? Malah ada contoh yang dibuat dahulu. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang Berhormat bercakap ini macam rasa bersalah sahaja. Saya kata, hendaklah [Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...yang kata bersalah dalam usul ini.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
That is not fair, I extremely kind kepada Yang Berhormat Menteri, sikit pun tidak sentuh. [Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang Berhormat saya hendak sebut, tidak pernah saya hendak beritahu. Memang unik sebab kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor saya tidak perlu perjelaskan. Saya tidak kata sama ada dia hendaklah disiasat untuk ketahui salah atau tidak salah. Saya kata di antara dapatan daripada finding dan kemungkinan ia tidak bersalah. Ini saya perjelaskan lagi. Apa lagi hendak? Tidak pernah saya hendak usul tiga, empat orang, tidak pernah saya bagi ruang di sini bercakap untuk mengatakan satu daripada dapatannya mungkin tidak bersalah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Dengarlah dahulu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau tidak salah, kenapa hendak buat syor untuk... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya kata di sini...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Mengapa usul kalau tidak salah?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang sepatutnya Dewan kenakan ke atas Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh kalau dia bersalah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau tidak bersalah kenapa hendak buat syor hukuman?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak perlu sebab dia ada full stop...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Mana ada full stop. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kalau tidak bersalah, tidak mengapalah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Don’t understand English, Malay...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Dalam kes Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Itu sebab saya kata, Ketua Pembangkang suruh buat...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Speak Tamil to you.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ayatnya berbunyi jika...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak perlulah Yang Berhormat, saya sudah jelas sudah. Maknanya daripada mula saya sebagai pembawa usul Menteri, dah jelas dan ada kemungkinan iaitu dapatannya Yang Berhormat tidak bersalah. Jadi tidak payahlah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak salah kenapa kita wujudkan syor hukuman..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya tidak suka cara yang macam ini Yang Berhormat. Kita ada peraturan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, kita kena buat undi. Kita tidak boleh undi di atas syor ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong, saya minta duduk Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Menteri minta pencelahan sedikit Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jika Menteri jemput Gombak, saya ingin....
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya hendak jawab.
Yang Berhormat telah diberikan ruang untuk berucap begitu lama. Saya percaya apa yang saya perjelaskan mungkin Yang Berhormat tidak boleh terima. Sampai bila ini? Pagi esok?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Bukan itu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Oleh sebab itu, saya dah beri penjelasan, bukan tanggungjawab saya untuk meyakinkan sebelah sana.
[Sambil merujuk kepada blok Pembangkang]. Saya telah memberi penjelasan..
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Dan penjelasan itu telah diberi dan kalau Yang Berhormat tidak mahu terima, itu saya tidak boleh buat apa-apa. Ini kerana selepas ini mesti ada satu keputusannya dan saya telah jelaskan...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Akan tetapi keputusan itu tidak boleh dipengaruhi dalam Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kita kena serahkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Itu semua andaian.
Mungkin kalau Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Menteri sebut tadi ada kemungkinan ianya tidak bersalah..
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Itu bukan cara-cara untuk mempengaruhi. Kita tidak begitu.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya, tetapi cara Yang Berhormat sebut tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat yang lain minta duduk Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...Ada kemungkinan tidak bersalah.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ya!
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Salah atau tidak, itu bukan di sini sebab prosiding belum bermula.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak, tidak, tidak. Ini kita punya usul dan kita bawa dan yang telah pun diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Apakah prosiding sudah bermula? Belum, belum bermula lagi..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat duduk Yang Berhormat...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Dan diberi peluang untuk bercakap dan sudah diguna pun kesempatan, mengapa takut beri...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Peraturan Mesyuarat 36(12).
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya tidak beri jalan...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. [Dewan riuh] Semua diam, Yang Berhormat Balik Pulau..
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Peraturan mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 36 berapa Yang Berhormat?
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Peraturan Mesyuarat 36(12). Tadi Menteri yang bijaksana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat perkara ini tidak berbangkit lagi Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak, tidak.
Sikit sahaja. [Dewan riuh] Dia kata ini. [Merujuk kepada Aturan Urusan Mesyuarat] Ini seolah- olah satu kertas pertuduhan. Saya ingat Yang Berhormat Menteri seorang peguam yang bijaksana. Pertuduhan yang cacat, tidak boleh pakai...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ini bukan pertuduhan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Apa yang Menteri cakap tidak ada dalam sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pertuduhan ini dalam bentuk usul..
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia bercakap tentang ‘seolah-olah’. Yang Berhormat, saya tidak layan lagi Yang Berhormat...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sebab itu apa yang dihujahkan itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Minta duduklah Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Apa yang dihujahkan itu...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Relax lah dahulu, nantilah dahulu. Apa yang dihujahkan itu mesti ada di dalam usul kerana ini perkara aturan mesyuarat. Kalau tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya katakan Yang Berhormat, bahawa keputusan isu ini sudah pun diselesaikan pagi tadi. Argument seperti ini tidak lagi saya layan. Saya minta maaf Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan penggulungan saya. Yang Berhormat dari Gombak menyatakan APCO mempunyai data-data kerajaan yang boleh menggugatkan keselamatan negara. Khidmat APCO diambil untuk:
(i) Meningkatkan kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi kerajaan;
(ii) Menjayakan pelbagai program dan usaha-usaha untuk mempromosi Gagasan 1Malaysia;
(iii) Meningkatkan kapasiti kepakaran pegawai-pegawai media, pegawai-pegawai komunikasi korporat melalui latihan dan skill transfer; dan
(iv) Mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di arena antarabangsa.
Tiada data bersifat rahsia atau sulit yang dikongsi untuk tujuan ini. Jadi tidak timbul soal data-data sulit dikongsi atau diguna pakai dan seterusnya menggugat keselamatan negara. Apa yang dibangkitkan iaitu salah seorang daripada Ahli Pembangkang membangkitkan tentang perkara-perkara rahsia.
Rahsia ini ada rahsia yang paling tinggi gradingnya dan ada sesetengah itu yang mungkin tidak begitu rahsia tetapi boleh di cop sebagai rahsia. Jadi kalau sekiranya perkara ini dibenarkan oleh kerajaan untuk
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
diguna, jadi peruntukan itu sebenarnya mengikat APCO tidak mengeluarkan.
Itu sahaja. Itu pun kalau perkara-perkara dokumen yang telah pun di cop dengan perkataan rahsia.
Jadi tidak berbangkit soal bahawa ada sahaja syarat ini bermakna segala perkara yang rahsia boleh diberikan. Ini cuma kalau sekiranya ada dokumen-dokumen yang diluluskan oleh kerajaan untuk diberikan kepada mereka, dan grednya itu diletakkan rahsia dan ini boleh kita beri untuk melaksanakan tanggungjawab dia.
Akan tetapi kita mengikat dia supaya tidak menggunakan..
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Peraturan Mesyuarat 36(1).
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Nanti sekejap, ini apa ini?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak berkaitan Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bukan, kerana kita di sini membahas satu isu yang bukan dalam usul induk. Isu ini hanya dalam isu sama ada kuasa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mempunyai – boleh di superseded dengan kuasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau bercakap tentang isu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat, ini tidak berkaitan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ini kepala tidak betul ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
You are talking about issue that, we have no problem...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kita tidak perlu tahu...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak mengapa, tidak mengapa. Saya... Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu, saya minta maaf...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Dakwaan kita...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta Yang Berhormat duduk.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sebab ada kaitan dengan Israel, kita berkompromi pendirian negara dan kedaulatan negara...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kita bukan hendak tunjukkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri tidak perlu beritahu sama ada...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ada atau tidak. Saya anggap tidak ada...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya, saya dalam penggulungan saya ini ialah untuk menjawab isu yang dibangkit oleh Pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebab itu saya katakan...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kalau benda itu tidak relevan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Point of order dia tidak berkenaan Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
...Awal-awal lagilah cakap Yang Berhormat Gombak ini tidak relevan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya memang...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Apabila Yang Berhormat Gombak cakap relevan, apabila saya cakap tidak relevan. Takutlah itu. Takut!
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak Tuan Yang di- Pertua, kita tidak mahu membahaskan sebab...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Jawapan dari Parliament Rights and Privileges Committee...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya menjawab daripada apa yang...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Daripada asal usul sudah tidak cacat Tuan Yang di-Pertua. Ini yang kita pertikaikan. Tidak perlu bahas isu itu sebab usul itu sudah cacat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kalau tidak perlu bahas, buat apa Yang Berhormat mahu bangkitkan lagi?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sebab tidak ada keputusan.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kalau tidak usul...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya telah bangkitkan pagi tadi Tuan Yang di-Pertua, usul ini cacat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak betul...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua usul ini...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ini takut. Sebab takut Menteri jawab ya?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya minta ruling tetapi tidak dapat ruling.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Akan tetapi jawapan itu dari Parliament Rights and Privileges Committee, bukan dari sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya minta, saya minta...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang Berhormat saya hendak menggulung apa yang dibangkit sebentar tadi.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Supaya tarik balik usul ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini ruling pun belum buat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, cuba duduk bertenang Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri sekarang sedang menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan semasa perbahasan. Baik, kalau Yang Berhormat tidak hendak Yang Berhormat Menteri menjawab, saya boleh minta Yang Berhormat Menteri duduk sahaja, tidak perlu jawab.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...Sebab usul ini tidak tepat dan melanggar Peraturan Mesyuarat. Bagaimana kita boleh bincang...
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir mereka tidak berminat untuk mendengar hujah saya...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya ucapkan terima kasih. Saya sediakan untuk diundi.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini persoalan yang kita bangkitkan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Usul itu benda lain...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya? Yang Berhormat Menteri sudah habis jawab Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri sudah habis?
[Dewan Riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. [Dewan Riuh]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri kena belajar buat usul.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Penakut!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Buat usul tidak pandai, buat usul tidak pandai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Setiausaha.
[Ahli-ahli pembangkang keluar Dewan]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 2010 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) yang ada pada masa sekarang ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 1988. Akta ini antara lain mengadakan peruntukan mengenai pelesenan dan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan. Akta ini telah menubuhkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang memperincikan pengelasan dan pelesenan kenderaan perdagangan, prosedur rayuan kesalahan dan penalti.
Setelah berkuat kuasa kira-kira 22 tahun, industri pengangkutan perdagangan telah mengalami perubahan yang besar. Bagi memperkemaskan lagi sektor pengangkutan darat ini, kerajaan telah memutuskan untuk memperkasakan organisasi yang mengawal selia sektor ini dengan mewujudkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Bagi permulaan, SPAD hanya akan menjalankan fungsinya di Semenanjung Malaysia di bawah peruntukan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang dicadangkan untuk dibentangkan pada mesyuarat kali ini.
Sehubungan itu, Akta 334 perlu dipinda bagi membolehkan SPAD berfungsi sebagai agensi tunggal yang menjalankan aktiviti bersepadu ke atas sektor pengangkutan darat di Semenanjung Malaysia.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di- Pertua, undang-undang ini sangat bagus. Kita akan sokong, tidak perlu ulas lagilah. Kita luluskan sahajalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak, dia membentang Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri sedang membentang rang undang-undang Yang Berhormat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tuan Yang di-Pertua, isi dia sama. Kita sokong semua.
Datuk Liew Vui Keong
Dengan demikian, selepas berkuat kuasanya Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang dicadangkan, Akta 334 hanya akan terpakai bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Tuan Yang di-Pertua, seharusnya izinkan saya memperincikan butir- butir pindaan yang dicadangkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat 12 fasal yang melibatkan pindaan dan pemansuhan. Cadangan- cadangan pindaan adalah seperti berikut:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan membolehkan Menteri menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa rang undang-undang ini.
Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi rang undang-undang ini; Fasal 3 untuk membuat pindaan seksyen 1 Akta 334 bagi menjelaskan bahawa Akta 334 hanya akan terpakai kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan setelah berkuat kuasanya Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang dicadangkan; Fasal 4 dan 5 masing-masing bertujuan untuk meminda seksyen 2 dan seksyen 3 Akta 334 untuk memotong sebutan mengenai Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia yang dibubarkan oleh akta yang dicadangkan ini; Fasal 6, 7 dan 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan berbangkit masing-masing kepada seksyen 49 dan seksyen 27 Akta 334, bagi menjelaskan bahawa Akta 334 hanya terpakai kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; Fasal 9 bertujuan untuk mengadakan peruntukan ketidakpakaian Akta 334 kepada Semenanjung Malaysia, pemansuhan lembaga dan perkara- perkara pengalihan dan pengecualian; Fasal 10 mengadakan peruntukan bagi status lesen yang sedia ada di bawah Akta 334. Lesen-lesen yang dikeluarkan di bawah Akta 334 akan terus berkuat kuasa tertakluk kepada pendaftaran lesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dalam tempoh enam bulan atau dalam tempoh yang akan ditetapkan suruhanjaya. Kegagalan mendaftarkan lesen dengan suruhanjaya dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan lesen tersebut terbatal; Fasal 11 mengadakan peruntukan bagi status permohonan yang belum selesai di bawah Akta 334; dan Fasal 12 mengadakan peruntukan bagi status rayuan yang belum selesai di bawah Akta 334.
Maka dengan adanya pindaan ini dan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, adalah diharapkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam darat dan kenderaan barangan akan meningkat dan setaraf dengan negara-negara maju selaras dengan matlamat
Datuk Liew Vui Keong
negara mencapai Wawasan 2020. Adalah menjadi harapan kerajaan rang undang-undang ini mendapat sokongan dan diterima baik oleh semua pihak termasuk pihak pembangkang supaya bersama dapat kita meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putatan.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Putatan, kita sudah setuju. Tidak perlu hendak bahas.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Serius. Ini soal LPKP.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Menyampuk]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ya Yang Berhormat Kota Belud, mahu jadi Pengerusi LPK Sabah?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini kita sudah meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Rang Undang- Undang Pengangkutan Awam Darat. Jadi dalam dua rang undang-undang yang kita luluskan, dipinda pula rang undang-undang tahun 1994 untuk mengekalkan LPKP Sabah dan Sarawak sahaja dan banyak fasal-fasal yang akan diubah. Persoalan saya di sini, adakah LPKP Sabah itu akan terus wujud sebagai...
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
[Bangun]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini baru mukadimah, nantilah. Kalau mahu jadi Ketua LPKP Sabah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putatan hendak beri jalan Yang Berhormat?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Sekejap, sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam kita telah pun meluluskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, semuanya telah pun diserapkan di dalam rang undang-undang yang telah kita bahaskan semalam. Adakah Yang Berhormat Putatan setuju bahawa kalau sudah diserapkan dan dimasukkan semua sekali ini, jadi tidak perlulah kita berbahas panjang. Kita setuju sahajalah. Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sekijang. Setuju itu setuju tetapi ada kita punya persoalan juga. Yang saya kasihan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri kita ini dari Sabah, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan apa tugas beliau selepas ini? Hanya menjaga LPKP Sabah sahaja atau LPKP Sarawak? Jadi itu satu persoalan. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri yang menjawab ini Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Sabah juga tertanya-tanya.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Laluan, laluan. Yang Berhormat Putatan, Ledang.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini LPKP Sabah.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ya, LPKP Sabah. Saya duduk di Sabah dulu. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak bagi jalan?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Bagi. Sahabat, sahabat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Bagi? Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat sebut tentang LPKP di Sabah dan di Sarawak, sebenarnya semalam telah pun dijawab. Adakah Yang Berhormat Putatan bersetuju bahawa kali ini kita luluskan tanpa bahas? Sekian, terima kasih. Tanpa bahas.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh. Ini ruang kita untuk minta penjelasan. Ini sebahagian daripada perbahasan. Kita ini bukan rubber stamp. Kita juga memperjuangkan apa kepentingan rakyat di peringkat akar umbi. Jadi kalau rakyat Sabah bertanya kalau saya tidak bertanya, rakyat di Sabah akan tertanya-tanya apa Wakil Rakyat Putatan buat? Dia tidur kah di Parlimen?
Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Boleh bincang di luar.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Ledang, ini untuk kepentingan rakyat. Mungkin pengundi-pengundi Yang Berhormat Ledang pun bertanya juga kenapa di Sabah dan Sarawak ini seolah-olah dikecualikan?
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Ledang ini teksi pun...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Ledang ini taxi driver tidak tahu siapa dia punya Pengerusi LPKP Semenanjung pun tidak ada di sini, sudah lenyap kerja beliau.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. [Ketawa] Adakah LPKP Sabah ini dikelolakan oleh Suruhanjaya Persekutuan? Itu mungkin tidak tepat.
Adakah pihak kementerian yang masih lagi wujud kuasanya kepada LPKP Sabah ataupun di bawah Jabatan Perdana Menteri? Ini kerana tidak jelas sebab kita tidak tahu undang-undang induk. Apa yang diberi hanya penjelasan kepada pemindahan undang-undang. Saya tidak rujuk sebab saya bukan peguam tahu semua rang undang-undang yang ada di negara kita.
Jadi saya minta penjelasan sebab Yang Berhormat Menteri ini pun honorable peguam juga. Saya rasa itu sahaja. Kalau macam mahu lebih panjang lagi boleh. Boleh Yang Berhormat Sekijang? Penjelasan itu masih lagi – kita sambungkan perbahasan? Okey, sekian mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Suka saya mengambil bahagian dalam membahaskan akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan seperti mana dibahaskan kelmarin berhubung dengan suruhanjaya. Namun, ada pandangan bahawa kita tidak perlu bahas kerana sudah pun diserapkan dalam suruhanjaya yang baru. Akan tetapi janganlah kita lepaskan peluang ini untuk menimbulkan isu- isu yang selama ini tidak dapat diselesaikan oleh LPKP walaupun di Semenanjung ini tidak akan wujud lagi tetapi masalah-masalah selama ini masih wujud. Maksudnya, dengan bubarnya LPKP dan diserapkan oleh suruhanjaya tidak sekali gus masalah-masalah lama itu hilang ataupun diselesaikan begitu sahaja dengan adanya suruhanjaya yang baru.
Tadi Yang Berhormat Sekijang yang juga pernah menjadi Pengerusi LPKP Semenanjung ini perlu sedar bahawa kita mungkin di satu keadaan di mana arak dia lama tetapi botol yang baru sahaja. Masalah-masalah masih kekal misalnya di Pulau Pinang walaupun dengan adanya Rapid Penang untuk menambah baik perkhidmatan bas, namun syarikat-syarikat yang sedia wujud beberapa buah syarikat dikendalikan secara sistem pajak. Sistem pajak ini maksudnya bas-bas yang dikendalikan oleh orang-orang yang pajak dari pemegang lesen itu tidak akan mengikut satu jadual yang seharusnya ditetapkan. Mereka akan memandu bas dan mengendalikan bas seperti teksi di mana mereka akan pilih tempoh masa yang sesuai untuk beroperasi. Dalam tempoh-tempoh yang mungkin kurang penumpang, mereka akan berehat seperti mengoperasi sebuah teksi. Ini kerana kita memerlukan KPI yang tinggi untuk perkhidmatan bas dan tidak boleh membenarkan sistem pajak di dalam pengoperasian bas awam.
Itulah satu masalah yang tidak dapat ditangani oleh LPKP selama ini walaupun banyak kali dibangkitkan oleh pihak kerajaan negeri dan juga NGO di negeri Pulau Pinang seperti STEP dan CEPAT yang selama sepuluh tahun ini telah banyak kali membawa isu ini kepada LPKP tetapi ianya tidak dapat diatasi. Jadi saya berharap masalah sistem pajak dalam pengangkutan awam khususnya sistem bas di Pulau Pinang ini mesti ditangani dan kalau syarikat- syarikat bas yang didapati memajakkan bas-bas kepada pemandu-pemandu, lesen mereka perlulah dikaji semula sehingga dibatalkan. Ini kerana sistem pajak ini, pemegang lesen tidak akan mengadakan kawal selia yang rapat. Apa yang mereka minat cuma mendapat sewaan atau pajakan harian mungkin dalam RM180 atau RM200. Setiap hari pengusaha bas atau pemandu bas membayar wang itu dan itu terpulanglah kepada pemandu bas itu bagaimana ia mahu mengendalikan basnya. Sampai masa tidak tetap perjalanan pun dia boleh tidak ikut. Itulah masalah yang LPKP tidak dapat selesaikan. Kita cuma tidak ingin melihat bahawa LPKP pada masa dahulu pun mempunyai banyak kuasa untuk menguatkuasakan tetapi tidak dapat menguatkuasakan dengan baik.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Selama ini saya ada bangkitkan masalah koordinasi dengan pihak berkuasa tempatan dan negeri sehingga kadangkala permohonan perjalanan oleh syarikat-syarikat bas ini pun tidak rujuk kepada PBT-PBT untuk memastikan jalan-jalan atau roads yang baru dapat diberi perkhidmatan. Jadi saya berharap suruhanjaya yang baru ini dapatlah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa negeri supaya dapat menambah baik sistem bas di negeri Pulau Pinang dan lain-lain negeri.
Masalah kedua di Pulau Pinang sering menjadi masalah selama ini yang tidak dapat ditangani oleh LPKP.
Kita lihat pada dahulunya LPKP diletak di bawah kementerian sebab ianya satu usaha untuk pembangunan keusahawanan bumiputera dalam
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
bidang pengangkutan awam, di mana pengeluaran lesen dan permit dikawal dan supaya syarikat-syarikat dan individu bumiputera dapat berkecimpung dalam bidang ini. Kita tidak dapat melihat isu pengangkutan awam ini, cuma sekadar sebagai satu usaha pembangunan usahawan. Pembangunan usahawan memang penting, tetapi kalau ianya diberi keutamaan atas pertimbangan pengangkutan awam dengan begitu selok-beloknya ia tidak akan dapat menangani masalah.
Jadi saya berharap suruhanjaya tidak sekadar memandang walaupun dalam akta itu banyak fasal atau seksyen yang berhubung dengan perlesenan.
Cuma lihat, semata-mata sebagai pembangunan keusahawanan sahaja, tetapi benar-benar dapat menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Di Pulau Pinang pengusaha teksi selama ini tidak dapat menggunakan sistem meter yang saya rasa Menteri sendiri pun ada sesi dialog bersama persatuan dan bersama saya juga. Memahami masalah di negeri Pulau Pinang sistem meter tidak digunakan walaupun diperkenalkan. Jadi kita ingin syorkan bahawa satu sistem serentak boleh difikirkan, iaitu sistem kupon di mana di bandar raya Kuala Lumpur pun sistem meter digunakan dengan sistem kupon di perhentian-perhentian bas, di tempat-tempat orang awam seperti shopping centre, hotel dan sebagainya.
Kita ingin suruhanjaya menimbangkan dan memperkenalkan sistem kupon di Pulau Pinang juga di samping sistem meter yang digunakan. Itu pun bukan satu perkara yang baru. Di lapangan terbang memang sudah ada sistem kupon bergerak di samping dengan sistem meter. Jadi saya berharap dua isu yang menjadi isu yang selama ini tidak dapat ditangani negeri Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelancongan amatlah memerlukan perhatian daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Ya, supaya dua isu ini dapat ditangani lebih-lebih lagi sebagai satu pusat pelancongan antarabangsa yang akan menjejaskan imej kita apabila tidak ada satu kadar kutipan teksi yang telus, iaitu saya berharap dengan adanya sistem kupon dan tanganilah sistem pajak dalam perkhidmatan bas. Saya percaya usaha untuk menambah baik pengangkutan awam darat dapatlah berhasil. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan dan juga Yang Berhormat Tanjong yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Putatan, buat masa sekarang sebelum SPAD diperkuatkuasakan sebagai undang-undang LDP – minta maaf, LPKP ini memang terdiri daripada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
LDP ini parti Yang Berhormat.
Datuk Liew Vui Keong
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
LPKP ini memang terdiri daripada tiga lembaga yang berbeza iaitu LPKP Semenanjung Malaysia, LPKP Sabah dan Sarawak yang melaksanakan dasar yang berbeza mengikut sosioekonomi dan geografi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Jadi perbezaannya selepas kewujudan SPAD ialah daripada segi menjalankan fungsi dan juga pengangkutan awam darat negara.
Walau bagaimanapun dalam situasi ini adalah bersifat sementara oleh sebab
Datuk Liew Vui Keong
kajian lanjut sedang dijalankan ke atas Sabah dan Sarawak bagi tujuan melaksanakan SPAD di Sabah dan Sarawak yang mana bermaksud kerajaan sememangnya mempunyai perancangan untuk memasukkan Sabah dan Sarawak dalam pelaksanaan SPAD.
Yang Berhormat Putatan juga bertanya, siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap LPKP Sabah dan Sarawak dari segi administration atau pentadbiran selepas SPAD? Untuk makluman Yang Berhormat Putatan, LPKP Sabah dan Sarawak akan bertanggungjawab dari segi pentadbiran secara langsung di bawah pentadbiran am Jabatan Perdana Menteri. Manakala Menteri yang bertanggungjawab terhadap LPKP Sabah dan Sarawak adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat Tanjong pula bertanya mengenai masalah atau isu yang sedia ada seperti bas, teksi yang dapat diselesaikan oleh SPAD. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong, SPAD akan meneliti isu-isu tersebut dan akan diambil kira dalam pelan dan perancangan jangka masa pendek dan jangka masa yang panjang.
Mengenai soalan sistem bas pajak di Pulau Pinang yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tanjong, untuk maklum Yang Berhormat Tanjong, bahawa LPKP tidak pernah membenarkan sistem pajak dan jika dapat dibuktikan oleh Yang Berhormat Tanjong, tindakan akan diambil untuk membatalkan permit di bawah Seksyen 19, Akta LPKP 1987 ini. Selepas pewujudan SPAD, isu ini akan juga diteliti dan akan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak SPAD. Dan juga...
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Silakan.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Banyak kali kita menimbulkan masalah pajak ini kepada LPKP Wilayah Utara. Jawapan lazim yang diberi, mereka cuma bertanggungjawab atas bas-bas yang ada permit. Ada bas-bas pajak yang dioperasikan tanpa permit. Macam mana ini dikatakan di luar bidang kuasa LPKP dan JPJ yang perlu dipertanggungjawabkan? Jadi isu koordinasi di antara agensi-agensi ini haruslah diberi perhatian dan dengan penyatupaduan di bawah SPAD, saya berharap bidang kuasa-bidang kuasa di antara agensi-agensi ini dapatlah diselaraskan supaya jangan dikatakan ini di luar bidang kuasa agensi ini dan itu di bawah agensi yang lain, dan kita masih tidak dapat menampakkan satu keadaan persepaduan.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong.
Saya ambil maklum apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjong.
Mengenai isu yang telah pun ditimbulkan mengenai sistem kupon di Pulau Pinang ini, untuk makluman Yang Berhormat Tanjong, bahawa memandangkan SPAD akan wujud selepas ini, jadi cadangan Yang Berhormat Tanjong berhubung perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak SPAD nanti.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya sempat menjawab soalan- soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi sekiranya saya tidak sempat menjawab soalan yang berkenaan, saya janji akan memberi jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan pindaan seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, seperti berikut:-
(i) teks bahasa kebangsaan rang undang-undang ini dipinda dalam fasal 7 dengan memotong perkataan ‘teks bahasa Inggeris’ dan menggantikan perkataan ‘paragraph 4(e)’ dengan perkataan ‘perenggan 4(e)’; dan
(ii) teks bahasa Inggeris rang undang-undang ini dipinda dalam fasal 7 dengan memotong perkataan ‘English language text’.
Pindaan yang dicadangkan kepada fasal 7 dibuat memandangkan pindaan kepada subseksyen 9(3) Akta, melibatkan kedua-dua teks bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan.
Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.
Fasal 7 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal-fasal 8 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 iaitu Akta 594 untuk mengadakan peruntukan bagi perubahan berbangkit kepada Akta 594 dengan bermulanya kuat kuasa Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 bertujuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sebagai pengawal selia utama bagi pengangkutan awam darat yang termasuklah kenderaan pelancongan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menyatakan rangka kerja pengawalseliaan bagi pengangkutan awam darat bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan mengadakan peruntukan bagi pemansuhan Akta 594, setakat pemakaiannya bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Dengan bermulanya kuat kuasa Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Akta 594 hanya akan terpakai di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pindaan kepada Akta 594 yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan membolehkan Menteri menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa rang undang-undang ini.
Fasal 2 dengan memasukkan takrifan tarikh yang ditetapkan.
Fasal 3 bertujuan untuk pindaan kepada seksyen 1 Akta 594 dengan menggantikan perkataan Malaysia dengan perkataan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menjelaskan bahawa Akta 594 hanya terpakai kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Fasal 4 mengadakan peruntukan bagi kecualian dan peralihan.
Rang undang-undang ini tidak akan melibatkan apa-apa perbelanjaan tambahan bagi pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Cuma dua perkara yang ringkas sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjelaskan atau pun mengambil kira keadaan di negeri Pulau Pinang khususnya di Lapangan Terbang Bayan Lepas.
Kita ambil maklum bahawa pelancongan perubatan adalah satu bidang yang sedang berkembang di negeri Pulau Pinang dan menerima pesakit-pesakit dari rantau ini, dari Indonesia, Thailand dan lain-lain negara.
Pernah berlaku keadaan di mana pesakit datang, kita dapat faham bahawa kalau pusat-pusat perubatan menyediakan ambulans untuk membawa pesakit itu tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu kerana ini merupakan pakej pelancongan. Ada pula ahli keluarga pesakit juga mengiringi pesakit-pesakit datang.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Sebagai perkhidmatan menyeluruh kepada pesakit dan isi keluarga, pusat-pusat perubatan ini juga menyediakan van daripada pusat perubatan itu yang kadangkala mengambil pesakit dan juga ahli-ahli keluarga yang mengikuti rombongan untuk tujuan medical tourism. Ada kalanya van yang digunakan oleh pusat perubatan ini sememangnya bukan didaftarkan sebagai van pelancongan. Apakah selepas ini Suruhanjaya akan menetapkan satu rejim lesen baru ataupun sama ada pusat-pusat perubatan yang menganjurkan perubatan pelancongan ini diwajibkan juga untuk memohon lesen bagi van-van yang digunakan oleh pusat perubatan ini ataupun hospital swasta supaya mereka boleh dibenarkan untuk mengambil pesakit mahupun ahli-ahli keluarga?
Perkara kedua yang saya ingin penjelasan, selepas pengeluaran lesen diambil alih oleh SPAD, sama ada sebelum SPAD ini mengeluarkan lesen kenderaan pelancongan ini sama ada Lembaga Pelancongan Malaysia perlu restu ataupun memperakukan permohonan ini? Sekurang-kurangnya Kementerian Pelancongan juga dapat mengawal siapakah yang sebenarnya memohon permit-permit untuk mengendalikan kenderaan pelancongan ataupun tidak perlu langsung. Sama ada mereka perlu didaftarkan sebagai agen pelancongan ataupun ticketing office ataupun syarikat-syarikat pelancongan ataupun sesiapa pun individu yang ingin menawarkan – misalnya tourist van pergi ke SPAD sudah dapat dipertimbangkan pengeluaran permit kenderaan pelancongan ini.
Jadi, untuk kedua-dua perkara ini saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberi penjelasan. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong dan selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya nampak tidak ramai yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan ini, ini memang satu rang undang-undang yang penting. Ia adalah susulan kepada SPAD dan juga kepada Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat. Apa yang dibuat oleh pihak kerajaan sekarang itu memang mempunyai impak yang luas dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sekarang bekerja kuat untuk menyesuaikan diri dengan tugas.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ada beberapa cadangan saya di sini. Pertamanya mengenai bas persiaran. Apabila SPAD mengeluarkan lesen kelak, kita mesti mempertimbangkan masalah-masalah yang timbul. Pertamanya, masalah birokrasi memang ada. Salah satu tujuan untuk mengadakan SPAD ini ialah untuk mengelakkan birokrasi. Akan tetapi kalau pihak kementerian, misalnya Kementerian Pelancongan tidak mengambil berat mengenai masalah birokrasi ini pun, pihak SPAD tidak boleh menyelesaikan kerana mereka tidak tahu apakah kriteria yang digunakan untuk meluluskan lesen tersebut. Adakah kecurangan ataupun penyelewengan yang berlaku apabila seseorang itu memohon lesennya? Adakah ini berkaitan dengan kroni? Adakah ini berkaitan dengan nepotisme? Sering kali ia dibangkitkan di sini kerana masalah ini timbul di Malaysia terutamanya di Lembaga Pelesenan. Satu-satunya lembaga yang memang disyaki terlibat dengan kecurangan dan penyelewengan. Kalau kita hendak dapatkan bukti pun susah, apatah lagi saksi untuk mengesahkan kegiatan yang tidak baik ini berlaku dalam lembaga.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Putatan tidak ikut peraturan. Itu yang pertama dan yang kedua itu tidak mengambil pusing mengenai masalah negara.
Tiap-tiap kali saya nampak bas-bas persiaran, saya memang takut.
Saya memang kalau tidak berhentikan kereta pun saya sentiasa berhati-hati kerana saya dapati bahawa kebanyakan bas-bas persiaran itu ia memang besar dan kita kecil. Sepertilah sekarang dengan Barisan Nasional ia mempunyai majoriti, dia tidak kisah. Betul atau tidak betul itu lain kira. Oleh kerana dia majoriti, dia boleh membuat apa sahaja. Sama ada itu betul atau tidak betul dia tidak kisah. Begitu juga dengan bas-bas persiaran, betul atau tidak betul dia tidak kisah. Dia besar, kita kecil. Kita elak dia.
Jadi apakah yang dibuat oleh pihak, misalnya negara-negara yang mempunyai kenderaan pelancongan yang teratur? Apakah yang dibuat bagi membolehkan menyekat mereka daripada membuat perkara-perkara yang menyusahkan orang?
Kedua, kalau kita pergi ke lebuh raya, tiap-tiap kali saya nampak had laju itu, ia cuma 70 kilometer sejam sahaja. Akan tetapi kelajuan bas-bas persiaran itu bukan main. Saya bawa 110 kilometer sejam, dia 130-140 kilometer sejam. Kesian kepada penumpang-penumpang kerana apabila berlakunya kemalangan – tidak payahlah, itu malapetaka. Kebanyakannya kembali ke rahmatullah.
Dengan adanya SPAD, dengan kita memansuhkan kuasa dan fungsi Lembaga Kenderaan Pelancongan ini, saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat mengambil perhatian mengenai hal-hal kecurangan, penyelewengan dan kegiatan yang tidak baik bas-bas pelancongan.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Apa masalahnya? Tuan Yang di- Pertua, kita mesti ada peraturan sedikit di dalam Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Walaupun dengan huraian yang kita nampak beberapa kerat perkataan sahaja di sini tetapi implikasi itu luas.
[Merujuk kepada satu dokumen] Kalau lembaga ini dengan lembaga persendirian sahaja – walaupun tidak besar lembaga ini tetapi tidak boleh mengawal kenderaan-kenderaan pelancong ini, adakah SPAD mampu untuk mengawal? Ini kerana fungsi dan tugasnya begitu luas. Walaupun Sabah, Sarawak dan Labuan tidak termasuk – sebenarnya kenderaan ini kebanyakan di Semenanjung bukan di Sabah dan Sarawak.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Oleh sebab itulah, saya di sini meminta pihak kementerian itu untuk mengambil perhatian mengenai perkara-perkara yang saya bangkitkan dan juga Yang Berhormat Tanjong bangkitkan sebentar tadi supaya kita boleh nampak SPAD boleh dikuatkuasakan dengan berkesan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat yang membahaskan tentang pindaan rang undang-undang ini. Untuk menjawab Yang Berhormat dari Tanjong tentang isu perubatan di Pulau Pinang yang berkaitan dengan pakej pelancongan ahli keluarga pesakit, ini akan diputuskan oleh SPAD apabila dikuatkuasakan kelak. Buat masa sekarang, Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Jalan memberi kebenaran kepada penggunaan van itu. Jadi, selepas ini adalah di tanggungjawab SPAD.
Untuk pelesenan kenderaan pelancongan, kenderaan pelancongan hanya akan dikeluarkan permitnya kepada...
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
[Bangun]
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Agensi sahaja. Agensi-agensi pelancongan yang berlesen dengan...
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Kementerian Pelancongan.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Timbalan Menteri, boleh beri laluan sedikit.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Peruntukan ini telah diwujudkan di bawah Rang Undang-undang SPAD...
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Seksyen 36 dan akan dilaksanakan kelak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Mahu beri jalan Yang Berhormat?
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Bolehkah?
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Di sana? Okey.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Sebentar tadi, saya tidak berkesempatan untuk berucap. Saya hendak bertanya satu soalan sahaja mengenai kenderaan yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan ini.
Adakah ianya termasuk kenderaan teksi sungai itu yang baru sahaja dilancarkan di Kuching itu? Terima kasih dan kalau termasuk adakah insurans disertakan sekali? Jikalau begitu, termasuk insurans ia akan melibatkan kos juga. Jadi, semuanya ini hendak diambil kira juga. Terima kasih.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Yang Berhormat dari Batang Sadong. Sekiranya teksi air di Sarawak kepunyaan agensi-agensi pelancongan nanti, maka ia mungkin perlu dilesenkan. Jika ia bukan hak milik agensi pelancongan, ia adalah di bawah tanggungjawab mungkin Jabatan Marin.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Untuk menjawab Yang Berhormat dari Kepong tentang penyelewengan dalam mengeluarkan lesen-lesen bas persiaran oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan, Lembaga Penggalakan Pelancongan hanya bertanggungjawab dalam promosi. Lesen bas persiaran dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan kepada agensi pelancongan yang berlesen berdasarkan kriteria-kriteria yang ketat seperti berikut; kemudahan kewangan syarikat dan selain daripada itu kementerian juga meneliti akaun syarikat pelancongan sama ada ianya benar-benar akaun yang kuat ataupun strong ataupun tidak. Itu adalah satu daripada syaratnya. Lesen bas persiaran tidak pernah dikeluarkan kepada orang perseorangan; Isu yang kedua dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kepong ialah tentang speed limit. Kadang kalanya 70km atau 140km. Berkenaan dengan ini sekiranya speed limit kerana ianya dikuatkuasakan oleh polis dan jika ia ada kemalangan. Maka, kementerian meneliti daripada laporan pihak polis. Oleh yang demikian pada tahun 2008 dan 2009, terdapat 8 buah bas di mana kemalangan telah pun berlaku dan daripada siasatan polis, kementerian sedang meneliti sama ada digantungkan atau pun tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, kalau ada kemalangan berlaku patutlah pihak polis mengambil tindakan membuat siasatan dan sebagainya. Akan tetapi sambil mengambil tindakan kerana berlakunya kemalangan, kita perlu mengambil langkah-langkah mencegahnya.
Apa gunanya selepas beberapa orang kembali ke rahmatullah baru kita ada siasatan?
Seorang Ahli
Betul.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Apa gunanya? Apa yang penting sekali... [Disampuk] Tiada kes kita ambil langkah-langkah yang mencegahnya.
Jangan berlaku kemalangan seumpama ini. Kalau kelajuan itu 140km apabila berlakunya kemalangan bayangkanlah akibatnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itu memang. Apakah...
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
[Bangun]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Langkah-langkah untuk mencegah daripada berlakunya malapetaka?
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Mungkin dia pun memandu lebih daripada 140km sejam. Tidak mengapalah. Tidak ada, ya? Tidak pernah kerana Jalan Kepong selalu sesak. Saya selalu juga pergi di situ semasa saya menjadi Ahli Lembaga FRIM. Kementerian memang menggantung lesen kalau kesalahan itu adalah kawasan kesalahan syarikat. Mengantungkan lesen kerana lesen itu kepunyaan syarikat dan bukan lesen pembantu. Akan tetapi lesen ataupun permit yang diberi kepada agensi pelancongan. Itu adalah langkah yang diambil oleh kementerian dan bukan kepada lesen pemandu ataupun lesen bas. Cuma menggantung permit supaya bas itu tidak boleh digunakan lagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan, dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu “Satu Akta untuk meminda Akta Keretapi 1991, Akta 463” dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2008 kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Tujuan penubuhan SPAD tersebut adalah bagi memusatkan perancangan dan kawal selia sistem pengangkutan awam dan pengangkutan barangan darat termasuk jalan dan kereta api di bawah satu agensi. Cadangan untuk meminda Akta Keretapi 1991 atau Akta 463 adalah susulan daripada keputusan kerajaan untuk menyerap fungsi perancangan, kawal selia, penggalakan dan penguatkuasaan dalam bidang kereta api di bawah kuasa SPAD. Penggubalan ini adalah untuk membolehkan ia selaras dengan penggubalan Rang Undang- undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Rang Undang- undang Pengangkutan Awam Darat 2010.
Pindaan terhadap Akta Keretapi 1991, Akta 463 melibatkan lapan fasal. Fasal 1 dan fasal 2 adalah menerangkan tentang tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh kuat kuasa pindaan akta tersebut.
Fasal 3 pula, memperuntukkan gantian perkataan Malaysia dengan perkataan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ini bererti bahawa sebaik sahaja pewartaan Akta Keretapi (Pindaan) 2010, Akta 463 ini bidang kuasa dan tanggungjawab akta ini adalah terbatas untuk mengawal selia dan beberapa perkara-perkara yang berkaitan dengannya, perkhidmatan kereta api di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Akta 463 yang dipinda ini adalah merupakan enabling Act sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk mengadakan atau melaksanakan projek kereta api di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Setakat ini belum ada perkhidmatan kereta api Kerajaan Persekutuan di tiga-tiga wilayah tersebut.
Fasal 4 memperuntukkan kuasa kepada Perbadanan Aset Keretapi di bahagian 12, Akta Keretapi 1991, Akta 463 yang mana Perbadanan Aset Keretapi akan dikekalkan dan terpakai bagi melaksanakan fungsi dan tanggungjawab seperti sediakala iaitu mengurus, mentadbir, mengawal dan membangun; jika perlu. Aset-aset kereta api yang dahulunya di bawah Keretapi Tanah Melayu.
Fasal 5 merupakan fasal yang mempunyai dua tujuan iaitu pertama meminda takrif kereta api dengan mengeluarkan perkataan kereta api Bukit Bendera daripada takrif tersebut. Ini adalah kerana kereta api Bukit Bendera adalah ditadbir di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu ianya menjadi state list. Kedua, meminda takrif menteri dengan membataskan kuasanya di bawah Akta 463 ini hanya kepada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.
Fasal 6 memperuntukkan kesalahan terhadap mana-mana pihak yang menghalang atau cubaan menghalang dengan sengaja perkhidmatan kereta api dengan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali. Pindaan ini adalah penting memandangkan kesalahan ini adalah merupakan kesalahan serius bagi menghalang kejadian yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab seperti mengganggu perjalanan sesebuah kereta api atau mencuri peralatan aksesori landasan seperti fastener atau pengikat lever atau twill atau apa-apa besi atau peralatan lain yang membahayakan pengendalian sistem kereta api yang membahayakan perkhidmatan kereta api dan penumpang.
Fasal 7 memperuntukkan fungsi galakkan dalam seksyen 89(8)(b) Akta Keretapi 463 dikeluarkan atau dipotong. Ianya bagi membolehkan fungsi galakkan promosi atau promosi dapat diambil alih sepenuhnya oleh SPAD. Ini adalah bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawab antara PAK, Perbadanan Aset Keretapi dan fungsi penggalakan pembangunan- pembangunan kereta api yang hanya akan dilakukan oleh SPAD sahaja.
Fasal 8 memperuntukkan perkara-perkara berikut:-
(i) Pemakaian Akta Keretapi 463 ini hanya terpakai di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali berkaitan fungsi dan tanggungjawab PAK;
(ii) apa juga peruntukan kecil yang diwujudkan di bawah Akta Keretapi 463 seperti zon perlindungan kereta api untuk kawalan pembangunan sekitar landasan bagi perlindungan kepada landasan kereta api dan peraturan kelakuan orang dan penumpang akan terus diguna pakai oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat kecuali ianya dipinda atau dibatalkan oleh mana-mana perundangan kecil di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
(iii) Akta 463 ini juga akan terus berkuat kuasa pemakaiannya di Semenanjung Malaysia berkaitan lesen, kelulusan, arahan, perintah atau keputusan yang dibenarkan atau terpakai selagi ianya tidak bercanggah dengan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sehingga habis tempoh lesen, kelulusan, perintah atau keputusan.
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Pembaharuan selanjutnya adalah mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
(iv) Akta 463 ini juga memperuntukkan bahawa apa jua peruntukan yang berkaitan dengan permohonan skim kereta api iaitu cadangan pembangunan kereta api yang dilakukan oleh kerajaan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka iaitu Projek Aero Melaka dan Monorail Melaka, Projek Landasan Aerotrain KLIA, Projek Landasan Berkembar, Sistem KTM termasuk Ipoh - Padang Besar, Sentul - Batu Caves dan Seremban – Gemas. Projek Sambungan LRT Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya. Pembaharuan atau pengurusan lesen operator kereta api di negara ini termasuk sistem KTM, ERL, LRT, KL Monorail, Aerotrain KLIA, Sistem Kereta Api Kuantan – Kerteh. Kelulusan untuk membuka atau menutup kereta api bagi projek- projek kereta api yang memerlukan kelulusan Kementerian Pengangkutan atau pindaan syarat-syarat lesen yang diterima di bawah Akta 463 yang masih belum selesai. Proses kelulusan akan terhenti urusannya dan akan diteruskan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 bagi tarikh kuat kuasa;
(v) seorang yang bakal didakwa atau dihukum mengikut Peruntukan Akta 463 di Semenanjung Malaysia.
Sebelum tarikh kuat kuasa Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dakwaan atau hukuman akan diteruskan terhadapnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang terdapat dalam akta baru tersebut iaitu Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan;
(vi) Apabila Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 di warta dan berkuat kuasa maka apa juga yang merujuk kepada Ketua Pengarah Kereta api dalam semua undang- undang bertulis atau dokumen yang masih berkuat kuasa akan dianggap sebagai merujuk kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Perkara-perkara yang telah saya sebutkan tadi akan dipinda dalam Akta Keretapi 1991, Akta 463. Saya ingin memaklumkan bahawa Akta Keretapi (Pindaan) 2010 ini tidak akan melibatkan sebarang tambahan perbelanjaan wang kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keretapi 1991 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ya, bagi Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pilihan yang tepat suasana senja sebegini.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan
Duduk, duduk.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kinabatangan hendak buat kereta api Yang Berhormat.
Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di- Pertua, memang ada ramai rakyat jelata mengalu-alukan akta seumpama ini di mana kereta api dijaga di bawah SPAD bersama-sama dengan pengangkutan awam.
Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan
Ini selaras dengan aspirasi rakyat dan kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam darat kita termasuk kereta, bas dan kereta api. Saya mengambil kesempatan ini untuk melontar sedikit pandangan yang saya bawa daripada bawah. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan melalui SPAD contohnya, mempertingkatkan kualiti pengangkutan kereta api ini. Juga kereta api dijadikan sebagai satu pengangkutan awam darat yang berkualiti dan juga boleh diguna pakai oleh semua pihak.
Kalau di negara luar, kereta api boleh diguna pakai sebagai satu pengangkutan yang cepat. Akan tetapi di negara kita sehingga hari ini belum begitu menarik perhatian masyarakat untuk menaikinya. Sebab apa?
Kualitinya tidak ada. Bolehkah kementerian dan kerajaan mengadakan perkhidmatan kereta api bertaraf lima bintang - yang ada kelas, yang tidak begitu bising? Kalau di Sabah, kereta apinya daripada Kota Kinabalu ke Bongkot dan sebagainya - bunyinya sukar dirakam oleh handset. Bunyinya.
Seorang Ahli
Bagaimana?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya. Gedebak, gedebak. [Mengajuk bunyi kereta api] [Ketawa] Apa bunyi macam itu? Kalau kita pergi ke Taiwan, pergi Hong Kong, sedap sahaja bunyi. Bunyi air- conditioner kita dengar. Jadi kita pun mahu begitu ada kereta api di tanah air kita.
Saya rasa di Sabah boleh diwujudkan rangkaian kereta api dari Kota Kinabalu melalui Kota Belud, melalui Kudat, ke Sandakan, ke Lahad Datu, ke Tawau, dan Semporna. Ini seharusnya dirancang oleh SPAD, bagaimana mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam darat melalui kereta api tersebut. Kalau melalui mungkin Ranau atau Kundasang tidak begitu sesuai, tetapi melalui Kudat boleh. Sebab tanahnya, datarannya tidak tinggi.
Jadi ini harus, rasa saya dirancang pada masa akan datang untuk memberi perkhidmatan yang baik. Kalau ada yang baik, tidaklah kita nampak kereta berlambakan di bandaraya ataupun di bandar-bandar. Akan tetapi oleh kerana tidak ada perkhidmatan yang baik, maka orang ramai memilih untuk membawa kenderaan tersebut. Di Kuala Lumpur pun begitu. Saya tinggal kebetulan...
Seorang Ahli
Di mana?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Di Jalan Ipoh. Ia punya bunyi, tidak boleh tidur Tuan Yang di-Pertua. Bunyi kereta apinya. Jadi cubalah cari mekanisme kereta api yang tidak ada bunyi tetapi laju. Ini bunyi besar tetapi kelajuan ia tidak laju.
Jadi bagaimana kita hendak menjadikan pengangkutan darat kita menjadi pilihan orang awam, menjadi pilihan pengguna? Kita mahu bunyi
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
kurang tetapi pecutan kelajuannya begitu laju. Ini yang perlu dicadangkan oleh kementerian, oleh SPAD. Jangan kita seperti orang putih cakap, ‘More haste, less speed’. Itu susah. Kita mahu bunyi tiada tetapi cepat, pantas. Begitu!
Jadi ini seharusnya menjadi prioriti - keutamaan. Di Kuala Lumpur pun begitu, sama ada ia ditukar seluruh gerabak kereta api dan sebagainya. Ini kita pula merancang membeli kereta api enjin sudah orang pakai berpuluh-puluh tahun. Nasib tidak di lulus, kalau di lulus, malang sekalilah negara kita ini bahawa rakyat diberi santapan dengan kepala kereta api yang sudah punah, yang menjadi besi buruk, yang menjadi percuma tetapi kita beli dengan harga yang tinggi.
Jadi kita tidak mahu ini berlaku lagi. Pastikan SPAD ini yang diberi autoriti oleh kerajaan mengambil kira bagaimana mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam melalui kereta api ini secara betul-betul kereta api yang orang senang hati naik. Kalau jauh, long distance traveling, ia ada tempat tidur yang selesa. Mahal tidak mengapalah. Orang ramai ada pilihan. Hendak mahal boleh duduk tempat mahal, hendak murah ada murah asalkan janganlah bunyinya macam-macamlah. Tidak tentu arah bunyinya sampai orang – kita hendak duduk pun tidak boleh dengar apa kita cakap. Bunyi kereta api – grilnya yang kita dengar.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya akta ini diguna pakai untuk memastikan perkhidmatan yang berkualiti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil bahagian, salah satu sebabnya...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Kepong, semua akta you bercakap ya? [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bukan semualah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Memang hebatlah.
Yang Berhormat Kepong ini hebatlah. Saya salutelah, saya salute.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Di Sri Gading tidak ada kereta api, tidak? Di Kinabatangan pun tidak ada. [Ketawa] Cakap macam itu sahaja. Di Kepong kita mempunyai dua stesen kereta api – komuter. Dua, di Taman Kepong dan Kepong Sentral. Saya itulah, biasa dengan masalah komuter kita.
Di sini, walaupun ini rang undang-undang susulan kepada SPAD, kita perlu meneliti keadaan kereta api di negara kita. Yang Berhormat Kudat pun saya berharap dengan perhatian yang serius. Jangan seperti Yang Berhormat Mambong tadi, tidak menjawab yang ditanya. [Ketawa] Walaupun Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri, memang mereka mesti mahir di dalam bidang-bidang mereka. Apabila dia mahir, kita tanya mesti ada jawapan dan ini tidak ada jawapan. Yang ditanya tidak dijawab, yang tidak ditanya dijawab. [Disampuk] Tidak payah gulung. Yang Berhormat Kinabatangan tidak ada kereta api tetapi dia hendak mengambil bahagian juga. Di sini saya menyeru supaya pihak kementerian kita mengkaji dengan menyeluruh keadaan kereta api di Malaysia ini sama ada ia boleh dibandingkan dengan negara-negara yang setaraf dengan Malaysia.
Pertama, saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu Dewan yang mulia ini, landasan kereta api di Malaysia ini – kepanjangannya, apakah tahap kita? Ini kerana kereta api itu susah kita hendak untung kerana ia
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
dikendalikan oleh pihak kerajaan dan ini hanya untuk memberi perkhidmatan.
Kalau tidak rugi pun, itu pun mujur. Walau bagaimanapun, ini satu perkhidmatan yang tidak boleh diketepikan, perkhidmatan yang penting bagi negara kita. Setakat ini, walaupun saya tengok ada sentral sekarang dan sebagainya, lebih moden berbanding dengan stesen kereta api yang lama, itu memang satu perbuatan yang ke arah yang betul.
Walau bagaimanapun, perkembangan kereta api di Malaysia ini sangat tidak memuaskan bagi saya kecuali kita ada coach yang baru untuk LRT untuk pergi dan balik. Saya pun ada ulangi apa yang disebutkan mengenai LRT kepada – perkhidmatan kepada KLIA ulang-alik itu memang lebih modenlah.
Akan tetapi kalau tidak diselenggarakan dengan baik, maka ini akan uzur dengan cepat dan perkhidmatan itu mesti dipertingkatkan lagi untuk LRT ke KLIA.
Saya hendak tahu setakat mana keadaan kereta api kita berbanding dengan negara-negara yang setaraf dengan kita? Seterusnya, apakah kajian kerajaan mengenai – saya ulangi, kemungkinan dengan unjurannya kita boleh mampu mengadakan bullet train. Ini memang perlu kita buat rancangan kerana sebuah negara yang maju yang tidak ada bullet train, ini bermakna tidak begitu majulah. Ia membayangkan daripada semua aspek kita tidak maju, kerana yang majunya termasuklah tahap kereta api itu yang tinggi.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Seperti mana yang saya sebutkan, LRT di Kuala Lumpur misalnya di Lembah Klang, dia berhenti lebih sepuluh tahun. Tidak ada perkembangan.
Mungkin salah satu sebabnya kita wujudkan SPAD ini untuk mengatasi masalah ini. Apa masalah? [Disampuk] Putatan tidak ada kereta api buat apa hendak kacau. Ini pun undang-undang ini tidak melibatkan Sabah, tidak melibatkan Sarawak. Sepatutnya Yang Berhormat Sri Gading itu mengambil perhatian tetapi tidak. Hanya menyerah kepada orang di Sabah dan Sarawak yang tidak ada kena-mengena dengan undang-undang ini. [Disampuk] Ya, ya 1Malaysia sekarang. [Ketawa]
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
[Bangun]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bagi orang yang tidak faham mengenai kereta api kita hendak cakap. Yang Berhormat Sekijang, ada kereta api?
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Ini yang Berhormat Kepong merapu petang-petang ini apa hal ini. [Ketawa] Kita ini bukankah Ahli Parlimen Malaysia. Bukan Ahli Parlimen Kepong sahaja yang terkepung itu. Jadi, kalau kereta api ini terletak dalam negara kita, kita bolehlah membincangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya ingat dia ada sumbangan.
[Ketawa] Tidak ada sumbangan itu Yang Berhormat Sekijang. Berapakah stesen kereta api di Sekijang? Satu? Entah satu pun tidak ada. Itulah masalah kita. [Disampuk] Satu stesen pun tidak ada hendak cakap. Saya pun kesian pada keadaan ini.
Di sini kita mesti melihat daripada segi LRT, mengapakah kita biarkan sebegitu sahaja lebih dari sepuluh tahun? Kemudian kita mesti memastikan semua track, semua gauge itu adalah bertaraf antarabangsa. Anehnya mengapa kita ada gauge untuk komuter kita lebih kecil berbanding dengan antarabangsa.
Seorang Ahli
Malaysia Boleh.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya pun tidak tahulah ‘pelik binti hairan’. Mengapakah kita hendak mengadakan gauge yang lebih kecil daripada gauge antarabangsa? Yang Berhormat Kudat memang mengambil perhatian mengenainya. Kita tidak boleh. Kita hendak menjadi negara maju, kita gunakan gauge yang sesuai dan secocok dengan antarabangsa. Itu adalah cara untuk memajukan kereta api kita.
Ada Yang Berhormat sebutkan tadi misalnya Melaka ada Aerorail, ada Monorel. Saya tidak kira apa rail nya. Apabila kita ada membenarkan projek mengeluarkan lesen untuk projek-projek Aerorail, Monorel, apa rail juga pun kita mesti memastikan semua jenis rail sesuai dengan kriteria antarabangsa.
Apa gunanya kita menerima pembangunan Aerorail yang untuk negara kita sahaja? Kalau berbanding dengan negara yang lain, kita tidak boleh banding.
Ini bukan satu kemajuan. Satu kemunduran. Membazirkan wang. Walaupun wang yang di peruntukkan untuk komuter kita kebanyakannya digunakan dengan baik tetapi mengapa kita ada gauge yang kecil.
Saya pening dahulu. Hendak satu jawapan sebab saya pernah bangkitkan di dalam Dewan tetapi tidak ada jawapan. Tidak ada jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau sudah habis, Yang Berhormat...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak habis. Banyak lagi. Saya tidak masuk lagi sekarang kita bincang mengenai gauge. Kemudian saya hendak tahulah bilangan penumpang setiap tahun dan kejadian kemalangan ataupun gelinciran landasan. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan ia berlaku di serata dunia. Di merata dunia ia berlaku, kemalangan coach tergelincir itu.
Bolehkah Yang Berhormat terangkan berapakah bilangan kes kemalangan seumpama ini di Malaysia di dalam tempoh misalnya sepuluh tahun? Bolehkah ini semua dapat dielakkan kerana walaupun saya sebutkan mengenai kemalangan, saya tidak mahu kemalangan berlaku, kerana apabila ia berlaku selalu terlewat. Apakah tahap penyelenggaraan untuk landasan- landasan di seluruh negara? Sistem trafik kereta api yang digunakan, adakah ini dimodenkan dengan alat dan teknologi yang terkini untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan termasuk kemalangan gelinciran landasan.
Itu mengenai keselamatan?
Akhirnya mengenai cara-cara untuk melindungi landasan walaupun Yang Berhormat tadi ada sebutkan perlindungan landasan. Saya hendak tahu bagaimana kereta api di Malaysia ini dilindungi? Apakah pengurusan pentadbiran dan pengawalan yang akan diserahkan kepada SPAD? Di sini kita memang membangkitkan soalan-soalan mengenai tahap kecekapan, efficiency untuk pengurusan pentadbiran dan pengawalseliaan kepada semua urusan kereta api ini. Sekian. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya. Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat, saya ingatkan kita ini meminda rang undang-undang Yang Berhormat. Jadi, ia tertumpu pada dua atau tiga perkara. Oleh itu, soalan pemakaian undang-undang, pemindahan aset kepada suruhanjaya.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih di atas nasihat Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kepong tadi, sabar. Dia cakap mengambil masa yang panjang tetapi saya tidak nampak hasil, inputnya. Dia beating around the bush Tuan Yang di-Pertua. Dia buang masa. Memang betul, bukan sangkaan jahat. Memang betul sebab kami pun dapat menilai ucapannya.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Gombak apa? Minta laluan?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Keluar meninggalkan Dewan]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Oh, hendak keluar.
Okey, saya alu-alukanlah pindaan rang undang-undang, meminda Akta Kereta Api 1991. Yang Berhormat Kepong telah pun mengecil-ngecilkan kewibawaan Timbalan Menteri Pelancongan tadi kerana tidak dapat menjawab Yang Berhormat Kepong. Bagaimana mahu menjawab, tiada soalan langsung dalam ucapan beliau. Jadi, saya harap Timbalan Menteri Pengangkutan juga dapat menilai kualiti perbahasan Yang Berhormat Kepong tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin serius sedikit dengan soal kita hendak meminda rang undang-undang ini. Istilah “kereta api” ini agak saya, perasaan saya mungkin kita pindahkan juga “kereta api” itu ke dalam bahasa Inggeris ini “fire motor.” Jadi yang selalu kita dengar pada masa sekarang ini, kita pakai train walaupun itu daripada bahasa Inggeris, jadi kalau ada istilah- istilah yang lain mungkin yang lebih sesuai daripada kereta api itu mungkin, tetapi ini sudah kebiasaan tidak apa, tetapi ini hanya cadangan saya, pendapat saya. Jadi tren ini, kata Yang Berhormat Kepong, Sabah tiada tren, tiada kereta api itu tidak betul sebab Yang Berhormat Kepong tidak tahu soal hal ehwal Sabah ini.
Yang Berhormat Kepong, Sabah ada kereta api daripada Kota Kinabalu ke Tenom, dan dahulunya daripada Kota Kinabalu juga ke Weston di Sipitang, jadi sekarang ini kereta api di Sabah ini masih wujud. Jadi apa yang berlaku di negeri Sabah sekarang masih di bawah bidang kuasa Jabatan Kereta Api Negeri Sabah dan atas pembaharuan landasan-landasan, koc-koc di negeri Sabah itu masih sedang dilaksanakan tetapi tidak memuaskan Tuan Yang di-Pertua, jadi saya minta pihak kementerian dapat memberikan penjelasan kenapa ia tidak dapat disiapkan pada masa-masa yang telah ditetapkan dan kalau boleh juga, apa masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor dan berapa jumlah peruntukan yang diberi untuk menyiapkan kerja ini kerana atas sebab kerja-kerja extra, lebihan daripada skop yang awal itu, mungkin kontraktor-kontraktor tidak dapat menyiapkan projek ini disebabkan dengan kehendak-kehendak yang tertentu, yang perlu dilaksanakan oleh pihak kontraktor, jadi ini orang ramai telah pun tertanya- tanya terutama sekali penduduk-penduduk di Putatan, kenapa landasan ataupun stesen-stesen kereta api ini sebagaimana yang dijanjikan sewaktu Timbalan Menteri Pengangkutan, Menteri Pengangkutan melawat ke Sabah berjanji bahawa kereta api itu akan siap pada bulan Ogos tahun 2008, kalau saya tidak silap.
Jadi sekarang belum ada train yang dilihat oleh orang kampung, oleh penduduk di Putatan Tuan Yang di-Pertua, jadi ini mungkin satu perkara yang perlu diberi penjelasan kepada rakyat di negeri Sabah dan sebagaimana sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan sebutkan tadi, walaupun tiada lagi bunyi ‘kerbak-kerbak-kerbak’, sekarang senyap kerana tiada train.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sekarang ada apa?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Belum ada apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apa itu tadi yang ‘nyauu’?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Train, train, kereta api, dalam bahasa Inggeris, train. Dahulu ada kenyataan daripada pihak kementerian ataupun daripada pihak kerajaan yang mengumumkan, saya rasa Menteri Kerja Raya Malaysia pada ketika itu mengumumkan bahawa Malaysia akan mencadangkan membuat satu perancangan. Saya harap SPAD dapat melihat perkara ini balik iaitu Pan-Borneo Railway yang akan menggunakan, mengelilingi Pulau Borneo kerjasama dengan Kerajaan Indonesia pada ketika itu dan saya tidak sebut Menteri siapa, saya sendiri juga ada di tempat beliau mengumumkan cadangan itu, hasrat kerajaan itu, saya tidak ingat tahun berapa, mungkin 10 tahun yang lalu, semasa mantan Perdana Menteri kita melawat ke negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya harap ini dapat dilihat kembali oleh pihak kementerian ataupun pihak SPAD, lagipun kereta api yang dicadangkan itu untuk tujuan pengangkutan barangan terutama sekali di kawasan-kawasan yang mempunyai barangan yang berat seperti kayu balak, papan-papan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, ketika ini kerosakan jalan sering berlaku di Sabah akibat kenderaan yang berat ini. Apabila kerajaan membaik pulih jalan raya, highway dibuat secantik-cantiknya dan apabila kenderaan berat ini flying ikut jalan ini tidak lama ia akan rosak, dua, tiga bulan sudah rosak dan ini memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membaik pulih atau menyelenggarakan jalan-jalan yang dilalui oleh kenderaan-kenderaan berat ini dan tepatlah pada masanya kalau pihak SPAD dapat melihat dan kalau boleh mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sabah supaya Jabatan Kereta Api Negeri Sabah itu dapat dicorporatize supaya dapat mentadbir ataupun menjalankan perniagaan seperti syarikat-syarikat yang lain daripada kita membiayai pengurusan kereta api itu tidak memberi keuntungan kepada rakyat walaupun ada sebilangan penumpang yang berulang alik daripada Papar, Kota Kinabalu terutama sekali pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Kota Kinabalu.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya selalu mencadangkan kepada Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu menggalakkan para pelabur untuk melabur train dan saya harap dalam rang undang-undang ini juga termasuk train, tram kalau boleh dan troli, troli dan tram ini mungkin ada perbezaan sedikit. Jadi tram ini walaupun bukan macam monorel seperti apa yang kita lihat di Kuala Lumpur di Klang Valley, tetapi tram ini kenderaan yang lebih selamat, lebih slow tidak laju bukan macam mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kepong yang meminta pihak SPAD untuk meneliti jika diperlukan SPAD tram, mungkin daripada Padang Besar ke Ipoh, Kuala Lumpur mungkin ke Sri Gading dan seterusnya kepada Johor Bahru dan Singapura, itu mungkin boleh.
Apa yang kami cadangkan di Sabah ini kerana kesesakan jalan raya di bandar raya Kota Kinabalu itu sering berlaku terutama sekali di kawasan Putatan, airport, universiti-universiti, bandar raya, hospital dan sekolah- sekolah. Ini saya rasa lebih menggalakkan untuk memakai tram, untuk diberi satu master plan bagi bandar raya Kota Kinabalu, mungkin pihak berkuasa dapat melihat perkara ini dan satu lagi iaitu cadangan dalam pindaan rang undang-undang ini termasuk troli-troli yang saya rasa mungkin boleh digunakan di tempat-tempat pembalakan yang juga membolehkan kesalahan lalu lintas, kerana troli-troli ini akan melintasi sungai yang kecil ataupun jalan raya kampung dan sebagainya untuk mengangkut benda-benda yang berat, barangan-barangan yang berat seperti kayu-kayu yang telah ditebang dan ini mengelakkan daripada kerosakan jalan raya yang sedia ada.
Saya berharap pihak SPAD ataupun pihak kementerian dapat melihat semua perkara walaupun kecil, tetapi ini mungkin akan kita gunakan untuk
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
mengelak daripada kenderaan-kenderaan berat melalui jalan-jalan biasa, jalan-jalan kampung yang mungkin merosakkan jalan-jalan yang kita bina itu, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab singkat, Yang Berhormat Kepong pun tidak berucap lagi, jadi saya memohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading, selepas itu Yang Berhormat Sekijang, Menteri menjawab selepas Sekijang.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Tawau?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Saya tidak boleh lupa perkataan “kereta api Tanah Melayu" dan kenangan-kenangan yang indah, sebab itu saya terpanggil apabila akta berkaitan dengan pindaan Akta Kereta Api 1991 ini – amat indah kenangan. Saya naik kereta api dengan orang tua saya, senja-senja daripada Tanjong Pagar, Singapura menuju ke Kuala Lumpur.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Pukul empat pagi singgah di stesen kereta api Seremban makan nasi lemak bungkus yang dijaja. Sebenarnya ramai penjaja-penjaja di stesen- stesen kereta api. Sebelum Seremban, di Tampin, sebelum Tampin di Gemas, sebelum Gemas di Segamat, di Paloh, di Kluang, di Chamek, di Kulai, di Senai, semua stesen-stesen kereta api ini ialah stesen-stesen yang dibina oleh British sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Kenangan ini amat manis dan indah yang tidak dapat lagi saya nikmati lagi pada hari ini.
Namun Kereta Api Tanah Melayu, sebuah agensi dan juga kenderaan yang sangat besar jasanya kepada rakyat, ratusan tahun umurnya, itulah ia kenderaan yang memberikan sumbangan besar dalam menjayakan perjalanan rakyat yang terbesar bilangan menggunakannya pada waktu itu. Hari ni Kereta Api Tanah Melayu sudah bertukar, Kereta Api Tanah Melayu Berhad dan mungkin masa berlalu, bulan bertukar tahun, akan berubahlah juga perubahan-perubahan yang akan didatangkan mengikut kesesuaian masa.
Satu yang saya ingin hendak bangkitkan di sini dan itu sebabnya saya menyokong rang undang-undang ini. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan fungsi Perbadanan Aset Kereta Api? Kita tidak tahu lagi cerita tentang tanah-tanah rizab kereta api yang telah pun dirizabkan waktu Kereta Api Tanah Melayu diwujudkan.
Inilah bijaknya penjajah British, apabila membuat sesuatu perkara, mereka memandang jauh. Bukan saya hendak memuji British tetapi ada perkara-perkara yang ditinggalkan oleh British ini yang boleh menjadi kebanggaan kepada kita kerana faedahnya jangka panjang. Saya masih tidak tahu lagi walaupun saya orang Johor dan Singapura amat dekat dengan saya, kenangan saya remaja di Singapura. Saya duduk di Singapura 7, Middle Road, Jalan Sultan, North Bridge Road, Jalan Kelapa, Jalan Pisang.
Berkaitan dengan tanah-tanah Kereta Api Tanah Melayu yang ada di Singapura sepanjang daripada Woodlands sampai ke Tanjong Pagar. Nilai tanah ini sebenarnya nilai yang amat tinggi kerana ia duduk di sebuah pulau yang menjadi bandar raya yang dihuni hampir lima juta manusia, yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
Saya tidak tahu status tanah ini, dulu masih dipertikaikan berkaitan dengan perkara-perkara yang menjadi tuntutan antara Johor dan Singapura, soal air dan soal berbagai-bagai perkara yang pernah pun kita bangkitkan dalam Dewan ini. Saya tidak tahu kedudukan itu, saya ingin agaknya dapat penjelasan. Begitu juga apakah telah ada atau telah pun terjadi atau akan terjadi atau telah dirancang, tanah-tanah rizab kereta api ini diswastakan
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
kerana sedia maklum landasan kereta api yang merentasi dari Selatan sehingga ke Utara, dari Selatan hinggalah ke Pantai Timur. Saya tidak tahu berapa luas tanahnya dan mungkin ada juga tanah-tanah yang terletak di dalam bandar-bandar, pekan-pekan, di pinggir-pinggir bandar, di pinggir- pinggir pekan, saya tidak tahu.
Apa terjadi kepada tanah ini dan siapa yang berkuasa kalau tanah- tanah ini, kalau ada perancangan untuk diswastakan? Apakah hari ini semunya duduk di bawah SPAD tetapi kalau lihat di sini, kuasa Menteri Pengangkutan mungkin telah pun dihalang melalui pindaan ini. Saya tidak tahu, saya tidak jelas, ini sebagai lontaran menggunakan perkataan Menteri Pertahanan yang suka menyebut lontaran kata-kata, itu pengenalan untuk beliau.
Satu patah perkataan yang cantik “melontarkan kata-kata”, itu kepunyaan Menteri Pertahanan. Jadi saya menirulah, jadi saya lontarkan soalan ini sama ada apa yang ingin saya ketahui ini dapat diberi jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat baik saya. Seorang Timbalan Menteri yang handsome. Ini bukan cakap saya, saya mendengar bisikan- bisikan jelitawan-jelitawan yang datang ke Parlimen yang menjeling dengan manja walaupun Timbalan Menteri ini tidak mengetahui. Jangan salah sangka beliau, dia tidak terlibat dalam hal ini, maklumlah. [Ketawa] Soal tanah-tanah rizab kereta api, bagaimana keadaannya, itu satu?
Yang kedua, Yang Berhormat Kinabatangan bangkitkan tadi, Yang Berhormat Kepong sahabat lama saya, walaupun kita memang berlainan parti tetapi kadang-kadang pendapatnya, sesetengahnya boleh diterima. Yang Berhormat Kepong janganlah buat-buat tidak dengar. [Ketawa]
Beberapa Ahli
Dia tidur.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apakah dalam SPAD ini, kita menyediakan perbelanjaan yang besar, perbelanjaan yang benar-benar munasabah supaya perkhidmatan kereta api ini tidak menjadi perkhidmatan pengangkutan second class. Kalau sebut tentang lapangan kapal terbang, habis-habisan kita, kalau sebut perkhidmatan udara, habis- habisan kita. Kita tidak peduli berapa kosnya tetapi apabila menyebut kereta api, saya tidak tahu di bawah SPAD ini, apakah ada keberanian Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Darat memberikan peruntukan yang secukup- cukupnya kepada perkhidmatan kereta api yang begini besar jasanya, kepada rakyat dan negara selama beratus-ratus tahun.
Apakah ada keberanian? Stesen-stesen kereta api menjadi pemandangan yang kurang baik di mana-mana. Minta maaf, mungkin ucapan saya ini keterlaluan. Saya tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak Yang Berhormat. Tidak keterlaluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun Sarawak tidak ada kereta api. Apakah kerana kereta api digunakan oleh orang miskin, petani dan orang bawahan, maka kita tidak memberikan keutamaan kepada pengangkutan ini? Oleh kerana kapal terbang digunakan oleh orang-orang besar, orang-orang tinggi, orang-orang kaya, maka kita berikan tumpuan yang sebesar-besarnya. Saya tidak mahu mengesyaki apa-apa. Memang ada kepentingan dalam komersial. Memang ada kepentingan dalam global. Akan tetapi biarlah kita berlaku adil kepada rakyat dan antara rakyat inilah rakyat yang sokong Barisan Nasional mati- matian menegakkan kerajaan. [Ketawa] Huh. Minta maaf, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Panjang lagikah Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kalau dibenarkan panjang, sepanjang kereta api.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Minta ringkas Yang Berhormat, orang Sarawak hendak balik. [Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Beginilah Tuan Yang di-Pertua, saya ada lima atau enam perkara. Saya patuh dan simpati kepada kawan-kawan yang hendak balik. Maklumlah kita sudah dekat dua bulan berkampung di sini. Mungkin agaknya rindu dendam kepada isteri.
[Ketawa] Agak terhurailah malam ini. Agak saya. Jadi biarlah dendam kesumat mereka, mereka curahkan pada malam ini. Maka saya berhenti setakat ini untuk memberikan laluan kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan izin kepada saya untuk berucap. Saya menyokong rang undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Hebat Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya juga untuk membahaskan rang undang-undang meminda Akta Keretapi 1991 ini. Saya hendak bercakap atau bertanya yang pertamanya tentang stesen-stesen ataupun dalam akta baru, SPAD 2010 itu disebut sebagai terminal. Kita mendapati bahawa banyak stesen kereta api ini yang begitu terbiar, tidak dipedulikan oleh pengendali kerana – saya tidak tahu apa anggapan mereka kerana kadang-kadang kita tengok sampai 15 tahun pun tidak di cat, tidak dibela dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang ada di situ, kalau 20 tahun dahulu seperti itu, sampailah kepada hari ini pun begitu juga.
Jadi saya mintalah kepada Suruhanjaya yang baru ini yang akan mengambil alih operasi kereta api ini untuk melihat stesen-stesen kereta api ini supaya ia menggambarkan betul-betul stesen kereta api, bukannya sebagai – kadang-kadang saya hendak cakap pun sedih Tuan Yang di-Pertua, tempat sarang dadah yang tidak terurus dan sebagainya. Jadi saya mintalah perkara ini ditengok balik dan jangan kita mengambil alih daripada yang agaknya kurang baik supaya ianya menjadi lebih baik. Saya takut nanti bila sudah ambil alih, lagi teruk berlaku perkara-perkara ini. Jadi tidak ada penambahbaikannya, Tuan Yang di-Pertua.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah tentang tambang ataupun harga yang dikenakan oleh kereta api ini. Saya melihat tambang yang dikenakan agak tinggi daripada pengangkutan bas biasa. Walaupun Yang Berhormat Kepong kata tadi Sekijang tidak ada kereta api, sebenarnya Yang Berhormat Kepong tidak tahu geografi dekat mana Sekijang itu. Dia tahu di Kepong sahaja. Itu pun di Kepong pun jalan-jalannya penuh tampal dengan kertas- kertas. Kalau kita datang sana tidak tahu mana hendak baca. Sampah sarap pun bertaburan. Kena urus tempat sendiri dahulu Yang Berhormat Kepong sebelum bertanya dengan tempat orang. Boleh Yang Berhormat Kepong?
Jadi saya berbalik Tuan Yang di-Pertua, tentang tambang tadi.
Contohnya kalau dari Segamat untuk ke Kuala Lumpur, kalau tambang kereta apinya ialah lebih kurang agaknya RM17 atau RM18 tetapi dengan bas hanya lebih kurang dalam RM10, jauh perbezaannya. Manakala perkhidmatan yang diberikan pula kalau ekspres tadi, yang RM17 atau RM18 ini, itu pun kelas dua. Kita mendapati untuk sampai dari Segamat ke Kuala Lumpur kadang- kadang sampai lima atau enam jam baru sampai. Kalau menaiki bas mungkin ia sampai dalam tiga setengah jam atau empat jam.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Jadi perkhidmatan ini harus diperbaiki supaya imej Suruhanjaya ini nanti akan terserlah dengan adanya suruhanjaya yang dipanggil SPAD ini.
Jadi kalau keadaan ini tidak berubah, kalau keadaan ini masih ditakuk lama juga, maka tidak ada gunanya kita mengambil alih operasi kereta api ini kerana dari segi tambangnya yang mahal dan hendak sampai pun makan masa yang agak lama. Saya pun khuatir jugalah apabila Suruhanjaya baru ini ambil nanti, dia pula akan meningkatkan tambang yang sedia ada. Sudahlah mahal ditambah mahal pula lagi.
Ini saya minta kepada Suruhanjaya yang baru untuk memerhati dan menilai balik semula perkhidmatan yang diberikan ini. Oleh sebab itu orang tidak berapa suka menggunakan perkhidmatan kereta api pada hari ini.
Berbanding dengan sebagai mana yang disebutkan oleh abang saya dari Sri Gading, dahulu perkhidmatan kereta api ini memang menjadi salah satu perkhidmatan yang betul-betul memberikan kepada...
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Yang Berhormat Sekijang, boleh mencelah?
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Mencelah?
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Ya.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Sila.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Okey. Terima kasih Ahli Parlimen Sekijang. Apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat memang tepat sekali.
Seperti di kawasan Parlimen Labis, kita sering mendapat aduan mengenai perkhidmatan kereta api sehingga ramai orang memilih untuk menggunakan bas atau memandu kereta persendirian. Ini kerana di kawasan Parlimen Labis kereta api kadang-kadang tiket pun tidak dijual. Kalau perlu beli tiket kena pergi ke Segamat. Saya harap dengan penubuhan SPAD ini, semua masalah ini dapat diselaraskan.
Saya juga ingin memohon pendapat Yang Berhormat Sekijang sama ada dari segi bukan sahaja tambang, dari segi kekerapan kadang-kadang kereta api rosak pun sesuatu yang dikhuatiri kerana saya dengar dari segi kereta api tiada tempat untuk mereka menyelenggarakan dengan baiknya.
Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih sahabat saya dari Labis. Labis dengan Sekijang ini bersebelahan sahaja, Yang Berhormat Kepong. Jangan tidur. Itulah yang saya sebutkan tadi permasalahannya. Sebab itu orang tidak mahu menggunakan perkhidmatan kereta api kerana tambangnya dan masa yang diambil begitu lama. Jadi ini menimbulkan tidak minat orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan kereta api ini, Tuan Yang di-Pertua. Begitu juga dengan perkhidmatan komuter yang ada pada hari ini yang saya kira cukup baik untuk memberikan perkhidmatannya kepada pengguna-pengguna, sama ada dari Rawang sampai Kepong atau sampai ke Kuala Lumpur Sentral.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Kalau dari Kepong, kita naik hendak pergi ke PWTC, baru RM1 bayar.
Betulkah Yang Berhormat Kepong? Mungkin dia pun tidak pernah naik. Baru RM1 bayar. Akan tetapi saya takut nanti dengan pengambilalihan oleh suruhanjaya ini, sudah dinaikkan sampai 300% pula sebab jadual tambang termasuk yang dibentangkan di dalam Akta SPAD pada hari semalam. Jadi, saya mintalah perkhidmatan ini yang ada pada hari ini tambang itu, kalau boleh dikekalkan atau boleh diturunkan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada pada hari ini kerana perkhidmatan pengangkutan awam ini, Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana dunia pun ianya bukanlah memberikan pulangan yang banyak kepada pengusaha, tetapi ianya ditampung oleh pihak
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
kerajaan yang memerintah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyatnya.
Begitu juga dengan ERL, dari KL Sentral untuk pergi ke Putrajaya, kalau tidak salah saya sampai RM9.50, sampai ke KLIA RM35. Mungkin ini boleh dikaji balik kerana untuk memberikan kemudahan. Bukan kita hendak mencarikan keuntungan. Saya rasa kalau harga tambangnya dari KL Sentral untuk pergi ke Putrajaya itu lebih murah dan lebih ramai lagi yang akan menggunakan perkhidmatan ini kerana kita di Putrajaya itu, masalah mencari tempat meletak kenderaan ataupun parking, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi oleh kerana itu tambang yang dikenakan agak mahal, agak tinggi.
Maka saya mintalah nanti dengan suruhanjaya yang ERL ini terletak di bawah mereka supaya dikaji balik dan memberikan peluang kepada kakitangan kerajaan yang berulang-alik ini dapat menggunakan perkhidmatan ini dan juga ianya mestilah disesuaikan dengan bas-bas yang ada di situ untuk menghantar para pekerjanya untuk pergi ke kementerian atau jabatan tempat bertugas masing-masing ataupun dipanggil sebagai feeder bus, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, supaya ini dapat diselaraskan.
Jadi kalau dengan cara yang begitu, Tuan Yang di-Pertua, pekerja- pekerja yang duduk jauh pun di Kuala Lumpur, di Gombak, di Kepong dan sebagainya, akan pergi – bekerja ke Putrajaya boleh menggunakan perkhidmatan ini. Mereka tidak payah lagi membawa kenderaan mereka, tetapi oleh kerana tambang yang agak mahal untuk pergi ke sana dan mereka merasakan mereka terpanggil untuk memandu sendiri kenderaan untuk pergi ke sana. Jadi dengan akta yang baru, dengan pengambilan yang baru ini, saya mintalah supaya tambang ini dapat dikaji semula dan disesuaikan dengan keadaan semasa, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah habis, Yang Berhormat?
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Ada satu lagi, Tuan Yang di-Pertua. Satu perkara lagi, Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang di kawasan saya di sana – saya tidak tahulah sama ada ianya termasuk di dalam lingkungan suruhanjaya yang baru ini, tetapi di dalam perkhidmatan kereta api dipanggil pelabuhan darat di Segamat ini.
Saya ingin bertanya kepada pihak kereta api ini mengapa pelabuhan ini secara tiba-tiba terhenti, tidak tahu hujung dan pangkalnya, tidak tahu apa dan sebagainya masalah yang dihadapi, tiba-tiba ianya tutup dengan begitu sahaja dan seolah-olah tidak beroperasi sampai pada hari ini dan kita seolah- olah, ianya ditinggalkan seolah menjadi satu gajah putih di situ. Saya mintalah perkara ini dapat dilihat balik kalau sekiranya ianya terletak di bawah suruhanjaya yang baru ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tadi saya tidak terpandang Yang Berhormat Tawau hendak bercakap. Jadi, Yang Berhormat Tawau ringkaskan ya.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya dengan ringkas sahaja, izinkan saya mengambil bahagian tentang Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010. Walaupun kuasa mentadbir kereta api di negeri Sabah tetapi saya minta Timbalan Menteri untuk menyelaraskan masalah-masalah tentang kereta api ini kerana rakyat Sabah, khususnya rakyat di pedalaman menghadapi banyak masalah untuk bergerak dari Kota Kinabalu, pedalaman Beaufort, Tenom dan sebagainya.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Dengan itu saya ingin tahu mengapa pembinaan menaik taraf landasan kereta api dari Kota Kinabalu ke Tenom kelihatan seolah-olah telah berhenti dan apakah sebab kelewatan ini dan bilakah pembinaan ini akan disiapkan? Berapa lamakah projek ini tertangguh dari tarikh projek ini sepatutnya disiapkan. Berapa banyakkah kos tambahan yang diperlukan?
Berapakah jumlah sebenarnya perbelanjaan yang diperuntukkan untuk menyiapkan projek ini?
Tuan Yang di-Pertua, rakyat di Kota Kinabalu dan Putatan telah sekian lama menderita semasa menaik taraf landasan kereta api akibat daripada penutupan beberapa batang jalan dan rakyat telah dijanjikan dengan jalan- jalan yang baru tetapi sampai sekarang tidak ada satu jalan yang dibina sejak tahun 2008. Saya ingin tahu juga daripada Menteri, bilakah jalan-jalan ini akan dibina agar kesukaran yang dihadapi oleh penduduk-penduduk tempatan dapat diatasi.
Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Putatan, dengan rancangan Trans Borneo Railway itu dan bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi sedikit maklumat tentang merealisasikan rancangan itu.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat di dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Keretapi yang telah dilaksanakan sebentar tadi. Ada lebih kurang lima Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Ahli Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Tawau terlibat di dalam perbahasan ini dan saya ingin memberikan respons terhadap beberapa persoalan yang dibangkitkan.
Seperti mana yang kita tahu bahawa undang-undang yang dipinda ini adalah untuk menyelaraskan dengan kewujudan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat dan ini dengan sendirinya akan menyerapkan perkhidmatan kereta api, khususnya perkara-perkara menyerap fungsi-fungsi perancangan kawal selia, penggalakan dan penguatkuasaan dalam bidang kereta api ini dipindahkan daripada yang ada sekarang kepada di bawah bidang kuasa SPAD dan penggubalan ini adalah untuk menyelaraskan dengan penggubalan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat 2010 dan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010.
Beberapa perkara yang telah dibangkitkan, yang pertama oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan ada membangkitkan tentang keadaan sistem kereta api yang ada di dalam negara ini dan khususnya juga tentang perkhidmatan kereta api di negeri Sabah. Berkaitan dengan sistem kereta api yang ada di negara ini, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa kerajaan sedang dalam proses untuk menaik taraf landasan- landasan kereta api di negara ini khususnya bagi projek landasan berkembar dari utara ke selatan dan seperti mana kita tahu bahawa pada ketika ini landasan berkembar ini telah pun berjalan, khususnya bagi projek Ipoh ke Padang Besar sedang dalam pembinaan sekarang.
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Demikian juga bagi Ipoh ke Kuala Lumpur telah pun siap dan bagi Seremban – Kuala Lumpur juga sudah siap. Daripada Gemas ke Seremban
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
sedang dibina dan dalam perancangan untuk dibina ialah pembinaan landasan berkembar daripada Gemas ke Johor Bahru.
Jadi, ini adalah perancangan dan pelaksanaan projek-projek yang sedang dilakukan kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan dan sekiranya Projek Landasan Berkembar ini dapat dilaksanakan sepenuhnya, ini akan memberikan satu transformasi yang diharapkan iaitu satu kemajuan dan pemodenan dalam sistem pengangkutan kereta api di negara kita ini.
Walau bagaimanapun saya ingin menjelaskan di sini bahawa ada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong misalnya yang sedang tidur sekarang. Beliau ada membangkitkan berkaitan dengan landasan, bentuk landasan yang digunakan.
Pada ketika ini landasan berkembar yang dibina daripada utara dan selatan iaitu daripada Padang Besar dan selanjutnya ke Johor Bahru, ia adalah menggunakan meter gauge kerana landasan ini adalah merupakan landasan yang kita warisi daripada British dahulu apabila Projek Landasan Berkembar ini ditambah baik ataupun dimajukan maka kita telah menggunakan pendekatan yang sama iaitu landasan berkembar meter gauge iaitu adalah untuk memudahkan kita membuat penyelarasan dengan negara-negara jiran kita kerana kita mempunyai satu skim SKRL ataupun Singapore-Kunming Railway Links iaitu merupakan satu gabungan landasan yang akan menghubungkan daripada Singapura sehinggalah ke Kunming.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Negara-negara jiran kita seperti Thailand, Kemboja dan juga Vietnam adalah negara-negara yang menggunakan meter gauge. Maka, dengan sebab itu kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan meter gauge landasan daripada – untuk Malaysia supaya ia boleh integrate dengan negara-negara jiran kita. Oleh sebab itu kita tidak mengambil keputusan untuk menukar kepada standard gauge walaupun standard gauge adalah merupakan salah satu landasan yang banyak digunakan di seluruh dunia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud di belakang Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Bagaimanapun pihak kerajaan mungkin akan dapat menimbangkan lebih dalam pelaksanaan bagi laluan Pantai Timur yang sedang pun di dalam proses kajian sekarang dan sekiranya projek ini dapat dilaksanakan mungkin kerajaan boleh menimbangkan untuk melaksanakan standard gauge.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat ada tiga Yang Berhormat bangun. Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Arau dan...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Boleh beri Yang Berhormat Arau.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Kota Belud dulu lah ikut.
Saya baru bangun. Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar tadi jawapan Yang
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Berhormat Timbalan Menteri tentang standard gauge dan sebagainya. Cuma, satu persoalan saya dan saya faham tindakan kerajaan kerana mahu menyelaraskan kereta api ini daripada Singapura, Malaysia, Thailand dan all the way ke China dengan izin.
Cuma, dengan perbelanjaan yang begitu besar nanti, apakah kerajaan tidak memikirkan bahawa apabila kita upgrade nanti gauge ini kepada katakanlah speed bullet train dan lain-lain, kita terpaksa berbelanja lagi untuk menukar gauge ini? Apakah ini sebahagian daripada pertimbangan kementerian sementara menukar daripada apa yang ada sekarang ini kepada satu meter gauge ini? Terima kasih
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat beberapa perkara tentang pelaburan besar yang dibuat kerajaan apabila kita telah membina landasan berkembar yang boleh dikatakan sampai ke peringkat 60% hingga 70% sudah dan di kawasan- kawasan sektor yang belum dibuat kontrak termasuk ditawarkan kepada sebuah syarikat di China dan sebagainya. Jadi, kita telah membuat mungkin di Thailand persediaan ini masih dalam peringkat pelaksanaan.
Cuma, saya ingin tahu Yang Berhormat, selepas urusan operasi dan pengurusan kereta api berada di bawah SPAD, saya ingin bertanya Yang Berhormat sejauh mana kerajaan yang pertama kita mengambil maklum tentang untuk kita mendapat return of income hasil daripada pelaburan, return of investment dengan izin Tuan Yang di-Pertua hasil daripada pelaburan besar untuk kita merebut laluan perdagangan.
Sekarang ini kita lihat yang sedia ada pun orang masih memilih untuk menggunakan road mode dengan izin tanpa dengan menggunakan perkhidmatan landasan kerana mereka memikirkan dari segi kelewatan dan juga kurang efisien dalam pengendalian yang lambat untuk sampai ke port dan sebagainya.
Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam merebut peluang yang begitu baik walaupun harga yang ditawarkan murah tetapi orang tidak ingin dan kurang menggunakan lagi rail mode ini. Jadi, ini seharusnya diambil kira oleh SPAD yang akan mengambil alih tugas dan tanggungjawab ini. Apakah pandangan Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Saudara Yang Berhormat Kota Belud ada membangkitkan tadi seperti mana yang dikatakan tadi bahawa apabila kerajaan membuat keputusan pada ketika itu untuk membuat landasan berkembar dan menggunakan meter gauge ialah adalah kerana pada ketika itu adalah untuk integrate dengan SKRL seperti mana yang kita tahu bahawa SKRL ini adalah merupakan Projek ASEAN ialah iaitu untuk meng integrate kan perkhidmatan kereta api di antara negara-negara ASEAN khususnya daripada Singapore, Malaysia, Thailand, Cambodia, Laos, Vietnam dan seterusnya ke negeri China.
Oleh sebab itu kita membuat keputusan untuk melaksanakan meter gauge landasan ketika itu. Jadi, untuk pada masa-masa akan datang memang jika kita ingin menggunakan bullet train, memang lah ini tidak boleh digunakan kerana sesuatu landasan bagi bullet train yang memerlukan standard gauge.
Saya percaya sekiranya ada perancangan-perancangan di pihak kerajaan mahupun swasta pada masa-masa akan datang, ini memerlukan satu pelaburan yang baru lagi kerana pelaburan untuk mengadakan bullet train ini juga untuk pengetahuan Yang Berhormat adalah merupakan satu pelaburan yang begitu besar.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Misalnya di antara negara-negara Asia yang baru-baru ini telah melaksanakan pelaksanaan bullet train ini adalah seperti Taiwan yang telah pun membuat bullet train daripada Taipei ke Kaohsiung yang boleh berjalan sehingga lebih kurang 400 kilometer sejam dan juga seperti di negeri China daripada Guang Zhou ke Wuhan yang juga boleh berjalan ataupun bergerak sehingga 400 kilometer sejam. Ini adalah merupakan satu mod pengangkutan yang memang bagus tetapi ia memerlukan wang yang begitu banyak, memerlukan pelaburan yang begitu besar. Mungkin negara-negara seperti China perkara ini adalah merupakan satu pelaburan yang berbaloi kerana mereka mempunyai kapasiti penduduk yang besar dan dengan mengadakan pelaburan yang besar sekalipun, ini akan dapat memberikan pulangan yang baik kepada mereka.
Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Arau tadi bahawa dengan melihat kepada ROI bagi ini saya percaya bahawa dengan pelaksanaan double tracking yang akan siap ini sudah tentu akan membolehkan lebih banyak aktiviti menggunakan perkhidmatan kereta api.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Arau juga sekarang ini juga banyak eksport khususnya daripada Selatan Thailand khususnya berkaitan dengan pengeksportan, komoditi-komoditi adalah dihantar ke pelabuhan- pelabuhan di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang. Dengan adanya landasan berkembar ini saya percaya akan lebih banyak lagi membuka aktiviti-aktiviti iaitu untuk memberikan perkhidmatan eksport daripada negara-negara jiran terus kepada pelabuhan-pelabuhan kita. Sila Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Saya mencadangkan walaupun pelaburan itu besar, kita adakan yang pertama bullet train lebih 400 kilometer sejam dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Kemudian daripada Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan juga ke Padang Besar. Itu bullet train kita kalau kita ada satu hari kelak kita mesti buat satu persiapan dengan gauge antarabangsa. Itu mesti kita buat. Itu yang pertama.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang keduanya, ini ada kena mengena dengan seruan daripada Yang Berhormat Sri Gading iaitu semalam saya nampak hilang sama sekali apabila masalah mengenai denda kerana kesesakan di Kuala Lumpur di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat semalam. Tidak nampak Yang Berhormat Sri Gading. Di luar kata, “Oh, saya tidak setuju.” Akan tetapi di dalam, dia hilang lenyap.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kempen Hulu Selangor.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya? Oh... Semua orang pergi ke Hulu Selangor, tahniahlah. Dia tidak muncul di sini – itulah masalahnya. Mengenai Yang Berhormat Putatan, undang-undang ini tidak ada kena mengena dengan Sabah langsung. [Ketawa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Apa masalah sekarang ini? Walaupun disebutkan mengenai itu, ini, tetapi itu undang-undang tidak ada kena mengena dengan Sabah – dikecualikan. Itulah saya berharap kita membuat satu unjuran atau pelan induk bagi SPAD. Kita buat satu pelan induk untuk semua jenis kenderaan termasuklah kereta api – satu pelan induk sebab sekarang kita tidak ada.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Kepong..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Pohon Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat Kepong itu ada banyak yang betul mengenai apa yang dikatakannya. Walaupun perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong itu sendiri, kalau tidak relevan dengan undang- undang ini tidak perlu jawab Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya. Sebenarnya seperti mana yang saya jelaskan bahawa fungsi perkhidmatan kereta api nanti akan dipindahkan kepada SPAD. Jadi adalah menjadi tanggungjawab SPAD untuk merancang dan juga membuat apa-apa tindakan bagi meningkatkan perkhidmatan kereta api tersebut. Kalau sekiranya SPAD pada masa-masa yang akan datang berniat untuk mengadakan bullet train daripada utara ke selatan, ini adalah merupakan keputusan SPAD untuk memastikan bahawa kita mempunyai satu perkhidmatan kereta api yang lebih berdaya maju.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya, Yang Berhormat Kepong. Sila.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, apa yang hendak disebutkan di sini kerana ini kalau Yang Berhormat meneliti SPAD, meneliti rang undang-undang ini, Yang Berhormat akan mengetahui bahawa banyak perkara di dalam pengangkutan darat kita termasuk kereta api dan termasuk apa yang kita bangkitkan ini kerana itu satu payung yang besar.
Yang Berhormat Padang Rengas pun tahu kerana dia peguam.
[Disampuk] Itu memang, tidak tahukah dia? Oh, oh, itulah masalah sekarang ini. [Ketawa] Itulah dia satu payung Yang Berhormat. Itu sememangnya satu hakikat dan kenyataan kerana dia merangkumi semua. Holistik dia kata dan kadangkala artistik juga. Baik, saya bagi Tuan Yang di-Pertua tahulah.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
[Bangun]
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada 13 bahagian dalam Akta 463 ini. Ia bermula daripada awalan sampailah kepada harta hak milik kereta api dan sebagainya.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, iaitu saya difahamkan soal-soal yang berkaitan dengan PAK ataupun RAC ini akan diletakkan di bidang pengangkutan, sementara yang lain akan diletakkan di bawah SPAD. Cuma di sini, anak syarikat seperti Multimodal Freight Sdn. Bhd.
dan sebagainya, adakah ini juga akan turut mengikut dan akan diletakkan di bawah SPAD serta tidak lagi di bawah kawalan KTMB? Oleh sebab KTMB berpindah, adakah anak syarikat yang bernaung di bawah ini akan turut berpindah bersama-sama dengan KTMB? Jadi ini amat penting untuk kita mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, seperti mana yang saya jelaskan di dalam akta ini bahawa berkaitan dengan Perbadanan Aset Kereta Api. Memang ia dikekalkan di bawah Kementerian Pengangkutan dan tugas serta tanggungjawab PAK adalah untuk mengurus harta-harta yang dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad sebelum tahun 1991. Apa juga aset-aset kereta api yang dimiliki selepas oleh KTMB, ia akan menjadi milik KTMB dan menjadi sebahagian daripada SPAD.
Namun begitu bagi syarikat-syarikat yang di bawah tadi, saya percaya memandangkan ini adalah merupakan anak syarikat KTMB. Saya tidak begitu pasti Yang Berhormat, tetapi saya percaya ia akan dan ini adalah merupakan
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
operasi perkhidmatan kereta api. Ia akan juga dibawa bersama dengan KTMB dan ia tidak akan diletakkan di bawah Perbadanan Aset Kereta Api. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat Menteri jawab dahulu soalan-soalan yang dibangkitkan di dalam ucapan tadi. Kalau tidak kita tidak akan habis perkara ini. Ini pindaan yang sedikit sahaja.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat Sri Gading ada membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan beberapa tanah kereta api yang terdapat di Singapura. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya tanah-tanah kereta api tersebut adalah masih lagi tertakluk kepada points of agreement (POA) di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Singapura.
Beberapa pihak terlibat di dalam rundingan mengenai perkara hartanah KTMB di Singapura ini, iaitu sama ada untuk memajukan ataupun mengambil apa- apa tindakan terhadap harta ini. Akan tetapi setakat ini belum ada persetujuan di antara kedua-dua pihak, dan pihak Kementerian Luar Negeri terlibat di dalam perundingan di antara kedua-dua negara ini.
Yang Berhormat Sri Gading juga ada membangkitkan tentang perancangan mengenai aset-aset kereta api. Untuk makluman Yang Berhormat, aset-aset kereta api yang terdapat di dalam negara ini adalah menjadi milik aset kepada Perbadanan Aset Kereta Api. Sebahagian daripada aset-aset ini memang telah pun dimajukan dan di antara projek-projek yang dimajukan oleh PAK ialah mengenai projek usaha sama Sentul Raya yang telah pun berjalan. Juga projek usaha sama tanah kereta api di Bukit Tunku, projek usaha sama pembangunan KL Sentral dan juga projek oleh Reliance Sdn. Bhd. di Port Dickson, projek Prima Prai di Prai, Pulau Pinang dan beberapa projek yang lain. Jadi tindakan-tindakan ini adalah untuk membolehkan aset-aset kereta api ini dapat bernilai tinggi ataupun dapat memberikan pulangan yang sewajarnya.
Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh tentang cadangan daripada Yang Berhormat Sri Gading iaitu adakah pihak SPAD akan mengadakan perbelanjaan munasabah bagi projek-projek di masa akan datang? Saya percaya SPAD setelah mengambil alih segala projek perkhidmatan kereta api ini, beberapa projek yang sedia ada dan akan datang akan dirancang untuk dilaksanakan bagi menambah baik perkhidmatan kereta api di dalam negara ini.
Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Tawau dan juga Yang Berhormat Kinabatangan ada membangkitkan tentang projek landasan pemodenan kereta api Negeri Sabah dari Tanjung Aru ke Tenom. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya dari Sabah, sebenarnya saya telah memberikan perhatian yang khusus terhadap projek ini kerana saya sedar bahawa projek ini telah pun terlewat begitu lama dan beberapa perkara berkaitan projek ini sudah memang menjadi isu yang begitu penting.
Saya ingin memaklumkan di sini iaitu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa sebenarnya bagi projek kerja-kerja pemodenan kereta api Negeri Sabah dari Tanjong Aru ke Tenom, ia adalah melibatkan dua sektor.
Sektor pertama dilaksanakan oleh Suria Capital Holdings Berhad dengan harga kontrak asal sebanyak RM133.8 juta. Tempoh projek asal ini sepatutnya siap dalam masa 30 bulan dan tarikh siap asal ialah pada 23 Mei 2008.
Akan tetapi disebabkan pelbagai halangan di atas pelaksanaan projek ini, maka projek sektor pertama ini bagi pakej Suria Capital telah pun diberikan extension of time (EOT) sebanyak tiga kali. Itu pun serta beberapa variation order juga telah diberikan dan kontrak ini telah pun inflated sehingga RM142.2 juta bagi sektor pertama.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Untuk makluman Yang Berhormat, kemajuan fizikal bagi projek sektor pertama ini iaitu daripada Tanjong Aru ke Kimanis yang dilaksanakan oleh Suria Capital telah pun mengalami kemajuan fizikal sebanyak 96.27% iaitu setakat kemajuan kewangannya lebih kurang RM118 juta. Bagi sektor kedua atau sektor B, ianya adalah daripada Kimanis ke Tenom, dilaksanakan oleh Hikmat Asia Sdn. Bhd. dengan harga kontrak asal sebanyak RM201 juta dan sepatutnya siap dalam 30 bulan dan tarikh siap asal ialah pada 23 Mei 2008 tetapi ianya telah diberikan extension of time sebanyak tiga kali dan sehingga kini belum lagi siap dan perlu mendapat beberapa variation of order lebih kurang RM6.36 juta. Projek ini kos kontrak muktamad akan berada pada 207 juta tetapi kemajuan fizikal setakat ini adalah 85.07% iaitu kemajuan kewangannya sebanyak RM165 juta.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi sebenarnya ada beberapa sebab yang menyebabkan projek ini menghadapi kelewatan. Antara sebab-sebab utama yang mengakibatkan ianya lewat ialah pertamanya kerana penambahan skop kerja iaitu berlaku tambahan lintasan rata atau level crossing daripada 22 buah ditambah kepada 30 lagi dan menjadikannya sebanyak 52 buah. Ini adalah merupakan tambahan kepada kos sedia ada. Keduanya pula menghadapi masalah pengusiran kerja bagi setinggan ataupun possession of side free from encumbrances kepada syarikat ini untuk melaksanakan projek-projek ini.
Ketiga ialah masalah penambahan skop kerja bagi jalan susur, keempat ialah bagi sektor B iaitu yang dilaksanakan oleh Hikmat Asia terdapat juga masalah-masalah di sektor gorge line iaitu masalah tebing yang sentiasa runtuh. Ini akan menyebabkan mungkin berlakunya tambahan kerja dan permohonan sedang dibuat oleh pihak kontraktor dan juga pihak kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada untuk mengadakan tambahan kerja bagi di kawasan-kawasan gorge line.
Yang Berhormat Sekijang ada memberikan beberapa cadangan tentang stesen-stesen yang terbiar yang tidak dicat, yang tidak diselenggara.
Saya harap pihak SPAD setelah mengambil alih akan mendapat peruntukan yang mencukupi dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menambah baik apa yang telah dikatakan dan demikian juga berkaitan dengan tambang.
Saya percaya semua perkara ini adalah merupakan perkara-perkara concern yang telah dikemukakan bagi kepentingan SPAD untuk mengambil perhatian.
Yang Berhormat Putatan juga tadi ada membangkitkan berkaitan tentang Pan Borneo Railway. Untuk makluman Yang Berhormat setakat ini kereta api di Borneo hanyalah meliputi kereta api negeri Sabah iaitu daripada Tanjong Aru ke Tenom dan ada perancangan-perancangan dibuat, satu kajian sedang dibuat untuk mengadakan laluan landasan kereta api tetapi kajian itu belum lagi selesai dan sekiranya kajian itu selesai, sekiranya pihak kerajaan negeri berhasrat untuk memohon projek-projek pelaksanaan skim kereta api di negeri Sabah, ia boleh dilaksanakan. Akan tetapi ini bergantung kepada viability study yang dibuat, demikian juga ada juga ura-ura bagi Kerajaan Negeri Sarawak mengadakan perkhidmatan kereta api di kawasan SCORE.
Akan tetapi setakat ini ianya merupakan satu cadangan dan belum ada langkah-langkah yang dibuat ke arah itu.
Berkaitan dengan cadangan supaya kereta api negeri Sabah dicorporatize, saya hendak menyatakan di sini bahawa kereta api negeri Sabah adalah di bawah state list dan ini adalah terpulang kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk melakukannya. Ada juga cadangan daripada beliau untuk kita di pihak Dewan Bandaraya KK untuk melabur dalam trem service atau
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
perkhidmatan pengangkutan yang lain. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, akta yang tersedia ini iaitu Akta 463 ini adalah merupakan akta yang membolehkan pembangunan perkhidmatan kereta api bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk melaksanakan projek-projek perkhidmatan kereta api di negeri-negeri ini, maka akta ini merupakan akta yang tersedia. Namun ianya bergantung kepada permintaan kerajaan-kerajaan negeri itu sendiri dan juga keperluan-keperluan untuk mengadakannya berdasarkan viablity project tersebut.
Selain daripada itu – saya fikir saya telah menjawab sebahagian besar daripada – berkaitan dengan kemalangan, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong ada mengatakan berkaitan dengan kemalangan. Saya hendak menyatakan di sini, mengikut statistik yang dibekalkan kepada saya.
| 2007 | 2008 | |||
|---|---|---|---|---|
| Pelanggaran | Kegelinciran | Pelanggaran | Kegelinciran | |
| Malaysia | 254 | 89 | 159 | 84 |
| United States | 211 | 1,923 | 156 | 1,761 |
| Australia | 137 | 144 | 154 | 121 |
Pihak kereta api telah pun mengadakan beberapa langkah yang dilaksanakan bagi meningkatkan aspek keselamatan untuk mengelak kegelinciran iaitu seperti:
(i) mengadakan pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala terhadap landasan-landasan yang kurang memuaskan serta menjalankan kerja-kerja rehabilitation ataupun pengukuhan ke atas landasan;
(ii) meningkat penyelenggaraan berkala ke atas koc dan stok kereta;
(iii) menyediakan penguatkuasaan arahan dan peraturan operasi pekeretapian;
(iv) pematuhan dan pemahaman berkenaan dengan manual urusan jalan ke atas kakitangan Jabatan Urusan Jalan;
(v) mengadakan latihan dan kursus ulang kemas atau refresher course dan bimbingan serta berterusan kepada kakitangan operasi;
(vi) menjalankan pemeriksaan dan audit keselamatan oleh Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran secara mengejut dan rawak dari semasa ke semasa.
Ada juga Yang Berhormat Labis membangkitkan tadi bahawa tiket tidak dijual di stesen Labis dan perlu ke Segamat. Stesen Labis hanya menjual tiket kereta api bagi perkhidmatan ekspres dan tempatan dan tiada tempat untuk penyelenggaraan stok kereta. Untuk makluman Yang Berhormat, KTMB mempunyai depoh penyelenggaraan stok kereta di Gemas bagi menjalankan kerja pembaikan dan penyelenggaraan kecil dari kerja-kerja penyelenggaraan besar dilaksanakan di depoh KL Sentral dan Singapura. Jadi saya fikir itu sahaja di antara jawapan saya terhadap perkara-perkara yang berbangkit dan sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 8 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Rang undang-undang dilaporkan dengan tanpa pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila.
Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, sehingga ke hari ini peningkatan kes jenayah di mahkamah di negara ini adalah begitu mendadak.
Berikutan itu terdapat banyak kes yang tertunggak di Mahkamah Jenayah dan ini boleh menjejaskan pentadbiran keadilan di Malaysia. Di bawah Common Law adalah menjadi prinsip asas bahawa keadilan yang dilengah-lengahkan adalah keadilan yang dinafikan dengan izin, justice delayed is justice denied.
Perbicaraan yang terlalu lama bagi sesuatu kes jenayah akan menjejaskan hak individu yang dituduh dan seterusnya menjejaskan keterangan yang menjadi dasar bagi membuktikan sesuatu penghakiman. Kerajaan memandang serius perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengkaji sebab-sebab yang boleh melambatkan perbicaraan kes jenayah dan mencari jalan supaya proses pendakwaan dan perbicaraan kes-kes tersebut boleh disegerakan.
Sehubungan dengan itu kerajaan telah mencadangkan supaya sistem speedy trial dilaksanakan di Malaysia. Konsep speedy trial bukanlah satu konsep yang baru, tetapi telah diamalkan di kebanyakan negara di dunia. Di India speedy trial ditakrifkan oleh Mahkamah Tertinggi sebagai to be part of right to life under article 21. Manakala di Jepun speedy trial merupakan hak yang dilindungi di bawah Perkara 37 Perlembagaan.
Di Filipina pula Speedy Trial Act of 1998 telah digubal dan di Bangladesh Speedy Trial Tribunal Act 2002 memberi penekanan kepada kes- kes jenayah berat seperti bunuh, rogol, memiliki senjata api dan bahan letupan, narkotik dan penyeludupan barang dan kes-kes ini akan dibicarakan
Datuk Liew Vui Keong
dalam tempoh yang terpendek di tribunal yang ditubuhkan di bawah akta tersebut. Manakala di Amerika perundangan yang mengawal selia konsep speedy trial adalah Speedy Trial Act 1974. Konsep speedy trial ini juga merupakan satu hak yang diiktiraf di bawah Virginia Declaration of Right 1996.
Sistem speedy trial ini bertujuan untuk memastikan kes-kes jenayah di mahkamah dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan untuk memastikan kes-kes jenayah tidak tertunggak untuk tempoh yang terlalu lama, sehingga menyebabkan pihak-pihak yang terlibat dalam proses pentadbiran keadilan jenayah dicabar sama ada di peringkat domestik ataupun antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua kerajaan telah mengkaji sama ada suatu perundangan yang khusus perlu diubah atau memadai untuk meminda perundangan yang sedia ada untuk memperuntukkan mengenai konsep speedy trial dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Setelah mengambil kira pelbagai aspek dan hasil kajian yang telah dijalankan, kerajaan telah memutuskan untuk meminda perundangan yang sedia ada iaitu meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) untuk memperuntukkan mengenai speedy trial yang akan memendekkan tempoh perbicaraan dan mempercepatkan proses pelupusan perbicaraan jenayah.
Cadangan pindaan terhadap Akta 593 ini juga dilihat tepat pada masanya sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melaksanakan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional ataupun NKRA (National Key Result Area) yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.
NKRA yang berkait rapat dengan penyelesaian kes-kes tertunggak di mahkamah adalah NKRA yang pertama iaitu pengurangan jenayah. NKRA pengurangan jenayah ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu jenayah jalanan, keselamatan awam dan peningkatan prestasi agensi penguatkuasaan.
Bagi maksud ini tumpuan hendaklah diberikan kepada bahagian ketiga bagi NKRA pengurangan jenayah ini, iaitu peningkatan prestasi agensi penguatkuasaan. Cara-cara untuk mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh adalah salah satu sasaran bagi maksud meningkatkan prestasi agensi penguatkuasaan.
Tuan Yang di-Pertua Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah
(Pindaan) 2010 mengandungi 14 fasal seperti yang berikut:-
Pertama, fasal 2 rang undang-undang ini bertujuan untuk memasukkan bab baru XVIIIA ke dalam Bahagian VI Akta 593 iaitu berhubung dengan proses sebelum perbicaraan yang bertujuan untuk memendekkan tempoh perbicaraan dan untuk mempercepatkan pelupusan perbicaraan jenayah. Bab baru ini mengandungi enam seksyen baru iaitu seksyen 172A, 172B, 172C, 172D, 172E dan 172F seperti yang berikut:-
Seksyen 172A adalah mengenai rundingan pra bicara yang membolehkan tertuduh yang diwakili peguam belanya dan pendakwa raya untuk menyelesaikan isu sebelum proses pengurusan kes bermula. Di bawah sistem ini pihak pendakwaan dan pembelaan dapat membincangkan merit kes masing-masing dan mengehadkan isu yang dipertikaikan atau mencapai persetujuan mengenai rundingan akuan sebelum proses pengurusan kes diadakan.
Seksyen 172B adalah mengenai proses pengurusan kes yang mesti diadakan dalam masa enam bulan. Dalam masa 60 hari dari tarikh tertuduh dipertuduh di mahkamah, satu proses pengurusan kes yang berikutnya jika perlu boleh diadakan tidak kurang daripada dua minggu sebelum permulaan perbicaraan. Dalam proses pengurusan kes pihak pendakwaan dan pembelaan dikehendaki antara lain untuk mengemukakan kepada mahkamah apa-apa perkara yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui semasa rundingan pra bicara. Mahkamah kemudiannya akan menetapkan tarikh
Datuk Liew Vui Keong
perbicaraan dan hendaklah memulakan perbicaraan tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh tertuduh dipertuduh di mahkamah.
Datuk Liew Vui Keong
Seksyen 172C bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai rundingan akuan. Mahkamah mempunyai kewajipan untuk memastikan bahawa tertuduh telah membuat permohonan untuk rundingan akuan secara sukarela dan juga untuk memastikan bahawa proses itu dibuat secara sukarela antara pendakwa raya dan tertuduh. Selanjutnya tertuduh dan pendakwa raya kemudiannya hendaklah mencapai persetujuan secara bersama mengenai pelupusan kes yang memuaskan. Jika tertuduh dan pendakwa raya tidak dapat bersetuju mengenai pelupusan kes yang memuaskan, kes itu hendaklah dibicarakan di hadapan mahkamah lain supaya tidak memudaratkan tertuduh.
Seksyen 172D adalah mengenai pelupusan kes oleh mahkamah.
Mahkamah hendaklah melupuskan kes dengan membuat perintah di bawah seksyen 426 Akta 593 atau jika rundingan peguam itu berhubung dengan pertuduhan mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan yang dipersetujui dalam pelupusan yang memuaskan itu dan menghukum tertuduh dengan sewajarnya atau jika rundingan akuan itu berhubung dengan hukuman mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan dan menghukum tertuduh di bawah seksyen 293 atau 294 Akta 593 atau menghukum tertuduh dengan tidak kurang daripada setengah daripada hukuman maksimum yang dikenakan di bawah undang-undang bagi kesalahan itu.
Apabila terdapat tempoh minimum pemenjaraan diperuntukkan, hukuman itu tidak boleh kurang daripada tempoh minimum itu. Dengan itu terdapat satu mekanisme untuk mendorong tertuduh untuk mengaku salah dan pada masa yang sama dapat membuat jangkaan yang lebih baik tentang julat hukuman yang boleh dikenakan.
Seksyen 172E memperuntukkan bahawa penghakiman mahkamah di bawah seksyen 172D tidak boleh dirayu kecuali mengenai takat dan kesahan hukuman itu.
Seksyen 172F bertujuan untuk melindungi tertuduh dengan melarang penggunaan apa-apa pernyataan yang dibuat antara fakta yang disebut oleh tertuduh semasa rundingan akuan bagi apa-apa maksud lain.
Kedua, fasal 3, 4 dan 5 rang undang-undang adalah berhubung dengan pernyataan impak mangsa jenayah. Fasal-fasal ini masing-masing mengenakan kewajipan ke atas mahkamah untuk mendengar pernyataan oleh mangsa jenayah atau seorang anggota keluarganya mengenai impak kesalahan yang telah dilakukan terhadap mangsa oleh tertuduh. Pindaan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf hak mangsa jenayah dan mewujudkan keseimbangan antara pesalah dan mangsa dalam sistem keadilan jenayah yang selalunya berorientasikan pesalah.
Ketiga, fasal 6 bertujuan untuk memasukkan suatu seksyen baru iaitu seksyen 254A ke dalam Akta 593. Seksyen baru ini memperkatakan perbicaraan tertuduh yang telah diberikan suatu pelepasan dan kemudiannya dipertuduh semula atas kesalahan yang sama. Jika saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan sebelum perlepasan itu diberikan, perbicaraan itu hendaklah dikembalikan ke kedudukan asal dan hendaklah diteruskan seolah-olah tiada perlepasan telah diberikan kepada tertuduh.
Memandangkan bahawa perbicaraan baru tidak perlu dimulakan tempoh perbicaraan dapat dipendekkan dan pelupusan kes itu boleh dipercepatkan.
Keempat, fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 402A Akta 593.
Dengan pindaan ini jika tertuduh mengemukakan pembelaan alibi, dia tidak lagi perlu untuk memberikan notis bertulis kepada pendakwa raya sekurang-
Datuk Liew Vui Keong
kurangnya sepuluh hari sebelum permulaan perbicaraan. Pindaan ini membolehkan tertuduh mengemukakan alibinya semasa pengurusan kes.
Sekiranya tertuduh tidak mengemukakan pembelaan alibinya semasa proses pengurusan kes. Dia masih boleh mengemukakan pembelaan alibinya pada mana-mana peringkat perbicaraan tertakluk kepada pendakwa raya diberikan notis mengenai alibi itu dan diberikan masa yang munasabah untuk menyiasat pembelaan sedemikian.
Kelima, fasal 8 bertujuan untuk memasukkan dua seksyen baru iaitu seksyen 402B dan 402C ke dalam Akta 593. Seksyen baru 402B bertujuan untuk memudahkan penggantian keterangan berbentuk lisan dengan keterangan berbentuk pernyataan bertulis. Proses ini membolehkan pendawa raya dan pihak pembelaan mengemukakan pernyataan dalam bentuk keterangan semasa pemeriksaan utama. Kemudahan ini akan menjimatkan masa mahkamah dalam perekodan keterangan kerana pernyataan itu akan mempunyai kesan seolah-olah keterangan itu salah. Maaf, keterangan itu adalah keterangan lisan yang diberikan semasa mahkamah terbuka dan apa- apa exhibit yang dikemukakan menurut kuasa seksyen ini dikemukakan seolah-olah dikemukakan dalam perjalanan biasa perbicaraan.
Keenam, fasal 9 bertujuan untuk memasukkan suatu seksyen baru iaitu seksyen 407A ke dalam Akta 593. Seksyen baru ini membuat peruntukan mengenai pelupusan awal barang sitaan yang tertentu yang dengan mengambil kira sifat barang itu merupakan barang yang berbahaya, sukar, mahal dan amat menyusahkan untuk disimpan dalam jagaan pihak polis. Jika hal keadaan mengehendaki supaya barang sitaan itu dilupuskan, pendakwa raya boleh memohon kepada mahkamah untuk suatu perintah pelupusan.
Ketujuh, fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 413 Akta 593.
Pindaan ini bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa harta yang disita hendaklah ditahan jika harta itu masih lagi dikehendaki bagi maksud penyiasatan dan harta itu hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sepatutnya oleh pegawai yang menjaga daerah polis di mana kesalahan itu berlaku.
Kelapan, fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 426 Akta 593.
Pindaan ini bertujuan untuk menjadikan mandatori bagi mahkamah atas permohonan pendakwa raya untuk memerintahkan tertuduh yang telah disabitkan untuk membayar pampasan kepada mangsa atas kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh tersebut. Mahkamah hendaklah mengambil kira faktor yang relevan semasa membuat perintah untuk pembayaran pampasan itu. Pindaan itu juga memberi mahkamah kuasa untuk mengadakan siasatan jika difikirkannya patut berbuat sedemikian. Dengan pindaan ini ketidakadilan yang dilakukan kepada seseorang mangsa sesuatu kesalahan boleh dibaiki oleh orang yang sebenarnya telah memudaratkan mangsa itu melalui tindakan yang menyalahi undang-undang.
Kesembilan, fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 428 Akta 593 untuk menjelaskan bahawa pampasan hendaklah menjadi suatu perkara yang ditetapkan oleh mahkamah dan bukannya melalui kaedah-kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah.
Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 432 Akta 593 untuk memperuntukkan suatu kadar amaun yang lebih munasabah dan realistik yang berdasarkannya suatu tempoh pemenjaraan kerana ingkar membuat pembayaran yang boleh dikenakan. Pindaan ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa dalam kes yang amaunnya melebihi RM1,000 tempoh pemenjaraan yang boleh dikenakan kerana ingkar membuat pembayaran telah dinaikkan daripada empat bulan kepada enam bulan.
Datuk Liew Vui Keong
Fasal 11 bertujuan untuk meminda Jadual Kedua kepada Akta 593 untuk memasukkan suatu borang baru 28A yang merupakan borang permohonan bagi rundingan akuan. Borang ini diperlukan berbangkit daripada kemasukan seksyen 172C ke dalam Akta 593.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 ini adalah tepat pada masanya kerana kes-kes tertunggak di mahkamah merupakan masalah yang serius kerana ia boleh menjejaskan sistem keadilan jenayah di Malaysia.
Datuk Liew Vui Keong
Melalui rang undang-undang ini, sistem penyampaian terutama di peringkat mahkamah dapat dipertingkatkan dan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan ataupun Government Transformation Programme (GTP) dengan izin, yang memberi penekanan kepada aspek sistem penyampaian. Seterusnya, rang undang-undang ini juga mendukung hasrat kerajaan dalam memperkasakan NKRA terutamanya NKRA pengurangan jenayah. Selain itu, rang undang-undang ini juga menitikberatkan had mangsa jenayah dengan memberi peluang kepada mangsa untuk membuat kenyataan mengenai impak jenayah yang dilakukan terhadapnya oleh pesalah dan memberi keadilan dari segi pampasan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali kedua dan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Telok Intan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Berhormat Menteri membaca dan memperkenalkan pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah kita, Yang Berhormat telah bermula dengan mengatakan, “Justice delayed is justice denied” dengan izin. Itu saya setuju. Akan tetapi kita mesti ingat juga bahawa justice hurried is justice buried. Jadi saya sokong bahawa kes-kes kita di mahkamah harus disegerakan. Akan tetapi adakah pindaan-pindaan ini diperkenalkan untuk sistem pentadbiran mahkamah kita yang tidak efisien atau untuk melicinkan Kanun Tatacara Jenayah kita untuk mempercepatkan kes- kes yang tertunggak? Adalah menjadi amalan Kanun Tatacara Jenayah kita seperti di England dan juga di India bahawa seseorang tertuduh itu berhak mengikut seksyen Kanun Tatacara Jenayah khususnya seksyen 173, seseorang tertuduh itu berhak untuk berdiam diri dan adalah tanggungjawab sepenuhnya pihak pendakwa untuk membuktikan kes pendakwa dahulu.
Apabila saksi-saksi pendakwa telah memberi keterangan, pihak mahkamah selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, perlu membuat satu penilaian bahawa pihak pendakwa adalah telah membuktikan satu kes prima facie. Setakat itu tertuduh berhak untuk berdiam diri. Jika mahkamah mendapati tertuduh harus memasuki pembelaannya, baru tertuduh diberi tiga opsyen untuk membela diri iaitu tertuduh boleh berdiam diri, tertuduh boleh memberi keterangan dari kandang dan tertuduh sendiri dan saksi-saksi tertuduh boleh memberi keterangan di mana tertuduh boleh disoal balas oleh
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
peguam pendakwa raya. Jadi bukankah hasrat pindaan – di sini saya tengok ada pre-trial conference dan case management.
Mungkin pre-trial conference boleh diterima sebahagiannya tetapi pre- trial case management saya fikir kita kena berhati-hati di sini, di mana usaha untuk melicinkan perbicaraan kes itu tidak akan menjejas hak tertuduh yang terjamin di sisi undang-undang kita. Jadi apakah keperluan tertuduh untuk mendedahkan kes pembelaannya sebelum kes pembelaan dipanggil untuk memasuki selepas satu kes prima facie yang dibuktikan oleh pihak pendakwa?
Adakah ini akan menjejaskan hak tertuduh? Kita kena teliti dengan detail mengenai ini dengan izin. Mengenai plea bargaining, saya tidak tengok peruntukan di sini adakah jika plea bargaininig itu gagal iaitu usaha untuk pengakuan, adakah hakim yang sama akan mendengar kes itu di mana di fikiran hakim yang dahulunya mendengar plea bargaining, adakah fikirannya akan mengikut usaha plea bargaining
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Penjelasan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Ataupun fikiran hakim akan dipengaruhi oleh usaha untuk plea bargaining?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
To answer to your question, saya ada baca sepenuhnya di seksyen 172C(8) yang akan menjawab soalan yang dibangkitkan di mana dikatakan jika kes plea bargaining dikendalikan oleh seorang hakim majistret dan jika gagal, ia akan diambil alih oleh satu hakim majistret yang baru. You can refer at page 5. Itu menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih, ini penting. Ini akan dikendalikan oleh mahkamah yang baru di mana hakim tidak boleh sama.
Saya juga prihatin tentang seksyen di sini, di mana ia dikatakan case management dan pre-trial conference dilakukan melalui peguam cara. Apakah dalam kes-kes yang tidak ada peguam bela, adakah tertuduh sendiri menghadiri pre-trial conference atau case management?
Seterusnya di seksyen di mana dikehendaki proof by written statement dengan izin, boleh digunakan semasa perbicaraan. Di seksyen 5(b) kita dapati satu situasi di mana di klausa 402B seksyen 5(b) dengan izin, ”The maker of the statement shall attend the trial for cross-examination, if so requested”. Jika begitu, apakah salahnya seseorang ataupun sesuatu kenyataan dibuktikan melalui the maker of the statement? Sebab ini akan terus menjadi sebahagian dari bukti di perbicaraan. Saya rasa ini bercanggah dengan matlamat dan tujuan di seksyen 402B.
Mengenai disposal barang-barang, saya rasa kita kena ambil perhatian di sini bahawa mungkin kah barang-barang yang menjadi exhibit kes semasa perbicaraan, jika didispose semasa pre-trial conference, adakah itu sewajarnya? Mungkin sebahagian barang-barang yang dibutirkan di sini kita boleh, tetapi bukan semua. Seperti kalau ia melibatkan kenderaan yang dicuri, bolehkah ia dilupuskan semasa pre-trial conference ataupun barang-barang yang kena dibuktikan mengenai cap jari dan sebagainya? Kita harus berhati- hati di sini.
Seterusnya di seksyen 420, membayar ganti rugi kepada tertuduh.
Jika tertuduh dikehendaki membayar ganti rugi, siapa akan bayar jika tertuduh tidak mampu atau tidak mahu atau enggan membayar?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Di sini dikata wakil, representative jika wakil itu adalah isteri kepada tertuduh yang memang telah diprejudis atau dimudaratkan, dibebankan oleh perbuatan tertuduh, adakah isteri atau keluarga tertuduh akan dibebankan dengan pembayaran pampasan. Jadi, apakah tafsiran wakil, representative?
Di sini, kita harus memberi lebih keterangan atau definisi sebab kadang- kadang tertuduh ini, orang yang buat salah ini mereka membuat kesalahan tanpa pengetahuan keluarga mereka termasuk isteri mereka. Dia tidak tahu.
Jadi, selepas terdedah kesalahan mereka dan dituduh, dihukum dan disabit di mahkamah baru satu perintah mahkamah terhadap contohnya isteri, ini akan sangat memudaratkan dan membebankan keluarga tertuduh yang tidak salah. Jadi, saya harap pihak kementerian akan mengambil kira beberapa cadangan saya ini untuk lebih menumpukan kepada melicinkan sistem cara jenayah kita dan bukan sahaja untuk kes-kes yang banyak tertunggak di mahkamah kita untuk dipercepatkan. Dengan itu, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan rang undang-undang untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.
Saya mengharapkan agar dengan pindaan ini kita boleh memperkuatkan lagi supaya ianya lebih efektif untuk dilaksanakan oleh pihak yang tertentu, yang melibatkan diri dalam melaksanakan undang-undang ini.
Saya ingin menyentuh beberapa perkara sahaja. Pertama sekali mengenai pre-trial conference iaitu seksyen 172A di mana ia menyentuh mengenai tertuduh di sini yang boleh terlibat, boleh mengambil, participate dengan izin dalam pre-trial conference dengan public prosecutor sebelum pengurusan kes tersebut. Ini ialah satu cadangan yang baik, pindaan yang baik. Cuma, apa yang perlu kita ambil perhatian di sini ialah dari segi agar seseorang yang terlibat dalam kes ini, yang turut membantu dalam kes ini adalah orang yang betul-betul competent. Ini kerana ia melibatkan emosi dan juga behavior seseorang itu dengan izin.
Seterusnya, saya hendak menyentuh juga mengenai plea bargaining di sini. Dalam hal plea bargaining iaitu seksyen 172C. Tadi rakan saya sebelah sana juga telah menyentuh mengenai keadaan si tertuduh. Dalam perkara ini kita juga perlu turut mengambil kira level of education dengan izin si tertuduh tersebut walaupun beliau diberi peluang untuk turut serta dalam membincangkan mengenai kes beliau.
Apabila perbincangan tersebut dilakukan walaupun ada lawyer kah mewakilinya, kita mengharapkan kalau dia mempunyai orang yang membantu, perlu mempunyai pengetahuan yang meluas untuk menerangkan kepada si tertuduh ini sebab si tertuduh mungkin tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang begitu tinggi untuk memahami keadaan sebenarnya.
Kedua ialah dari segi ekonomi, economic status orang yang tertuduh di sini kerana mungkin boleh berlakunya biasness di sini dengan izin kerana kalau ia tidak mempunyai ekonomi yang begitu kukuh untuk membantunya dalam mengendalikan kes-kes tersebut, ia boleh berlaku bias iaitu – sorry tidak dapat cari perkataan dalam bahasa Melayu.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Jadi, yang kita hendak soalkan di sini juga sama ada sistem ini boleh berjalan dengan berkesan sekali. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam mengendalikan kes-kes seperti ini perlu juga bertindak dengan adil dan saksama. Inilah yang ingin kita tekankan di sini supaya sesiapa yang membantu dalam kes ini perlulah melihat keadaan orang yang dituduh dan juga perlu bertindak dengan adil dan saksama.
Saya lihat beberapa cadangan untuk dipinda ini amat baik kerana ia memberi peluang kepada si tertuduh dan juga public prosecutor. Walaupun si tertuduh menggunakan mungkin melalui lawyer, sekurang-kurangnya ia satu pembaikan kepada sistem yang ada sekarang ini. Oleh kerana kita perhatikan dalam Seksyen 172D, Disposal of the cases boleh digunakan dengan beberapa cara. Bermakna mereka boleh menyetujuinya. Ini ialah salah satu cara untuk mengurangkan tunggakan kes, mempercepatkan kes.
Satu lagi seksyen yang saya hendak sentuh di sini ialah Seksyen 172E, Finality of the judgment di mana seseorang tertuduh telah mengaku bersalah dan telah dihukum oleh mahkamah di bawah seksyen 172D, tidak ada lagi appeal except untuk di extend and the legality the sentence. Saya rasa ini tidak begitu membantu kerana saya rasa ia amat tidak melakukan justice kepada kedua-dua pihak. Ini kerana di sini terdapat kalau kita perhatikan – kerajaan kita telah ada sistem di mana kita ada Mahkamah Rayuan, mahkamah yang lebih tinggi untuk tempat kita merayu.
Kenapa pula tidak dibenarkan untuk membuat rayuan? Jadi, saya hanya berkesempatan untuk memberi komen seperti mana yang telah saya nyatakan tadi. Cuma, apa yang hendak kita nyatakan di sini, kalau kita hendak melakukan perubahan biarlah ianya satu perubahan atau pun pindaan yang begitu berkesan untuk kita melakukan pembaikan atau pun perubahan yang positif terhadap sistem yang ada pada masa sekarang. Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Segambut.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Rang undang-undang ini pada keseluruhannya adalah bagus dan dengan ini saya mengalu-alukan rang undang-undang ini. Akan tetapi, seperti rang undang-undang yang baru, terdapat beberapa kelemahan.
Saya hanya akan menumpukan kepada tiga kelemahan yang boleh saya dapati. Kelemahan yang pertama saya anggap ia memang serius iaitu dalam keputusan mahkamah, the case Yang Berhormat Permatang Pauh, mahkamah telah memutuskan bahawa bahasa Inggeris tidak boleh diguna pakai dalam apa-apa dokumen yang difailkan di mahkamah.
Akan tetapi rang undang-undang ini, Kanun Tatacara Jenayah semua dalam bahasa Inggeris. Tidak ada satu ayat pun dalam bahasa Melayu. Jadi, adakah ini telah bercanggah kepada keputusan yang dibuat oleh mahkamah dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini memang serius.
This should be the laughing stock of the whole world. Jadi, saya hendak pihak kementerian yang terlibat memberi kepada semua Ahli Dewan ini satu copy rang undang-undang ini dalam bahasa Malaysia. Kalau kementerian yang terlibat tidak mempunyai pakar dalam bahasa, parti kami DAP boleh tolong. [Ketawa] Isu yang kedua yang ingin saya bangkitkan ialah dalam seksyen 172B, subseksyen 2 dan sub-sub seksyen (c) 172B(2)(c).
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam bahasa Inggeris ia menyatakan, “172B.(2) At the case management, the Court shall – (c) assist an accused who is unrepresented to appoint an advocate to represent the accused” Saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Sandakan. Saya percaya di kawasan Sandakan terdapat ramai yang accused - ramai orang yang diheret ke Mahkamah Jenayah tetapi mereka tidak mampu
(they can’t afford) melantik peguam untuk membela mereka.
Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah maknanya assist di sini “The court shall assist...”? Assist maknanya dalam bahasa Malaysia ialah bantu, tolong ataupun makna yang lain? Saya rasa perkataan ini mesti jelas. Saya cadangkan wordingnya ditukar sedikit.
“At the case management, the Court shall - appoint an advocate at the cost of the government for an accused who is unrepresented…” Ya, betul, “The court shall appoint an advocate at the cost of the government” Mereka yang tidak mampu melantik peguam sendiri ialah mereka yang memang tiada wang.
Apabila mereka dituduh di mahkamah jenayah mereka tidak semestinya bersalah. Kebanyakan daripada mereka tidak bersalah. Mereka telah dipersalahkan oleh orang yang lain.
Jadi, saya rasa perkataan ‘assist’ ini mesti ditukar. Ia mesti jelas.
Kalau tidak ditukar bagaimana mahkamah hendak assist, beri perintah atau beri arahan atau mahkamah boleh melantik siapa yang kena membayar wang kepada peguam? Ini mesti diselesaikan.
Isu yang terakhir yang saya hendak bangkitkan ialah dalam seksyen 402C.(4), “Proof by formal admission.” Seksyen 402C.(4) menyebut:
“An admission under this section may with the leave of the Court be withdrawn in the proceedings for the purpose of which it is made or any subsequent criminal proceedings relating to the same matter.” Subseksyen yang baru ini juga saya anggap sungguh bahaya. Saya beri contoh, kalau seseorang accuse apabila dia ditahan dalam reman dia dihentam oleh anggota polis, paksa dia mengaku sesuatu pernyataan yang memang dia tidak buat tetapi oleh kerana dia tidak tahan dengan pukulan dan seksaan polis atau sesiapa dia terpaksa tandatangan pernyataan (statement) itu.
Keadaan sekarang yang di Mahkamah Jenayah, apa-apa yang diakui oleh accused sebelum bicara ataupun sebelum charge dibacakan kepadanya apabila accused ini dibawa ke mahkamah dia boleh menafikan semua. Dia boleh menafikan apa sahaja yang dia akui di dalam lokap ataupun semasa siasatan polis. Apa yang ditandatangani dia boleh nafikan semua. Akan tetapi kalau rang undang-undang baru ini diluluskan, maksudnya apabila seseorang accused dia dipukul dipaksa mengaku sesuatu pernyataan dia tidak boleh tarik balik kecuali with the leave of the court. Ini memang bahaya. Jadi, saya rasa walaupun seksyen 402C(2) ini bagus, good for informer admission, dia akan menjimatkan masa mahkamah dan semua pihak lawyer tetapi subseksyen (4) ini saya rasa dengan perkataan “with the leave of the Court” mesti dibatalkan dan replace dengan “Apa-apa admission boleh ditarik balik pada bila-bila masa in the proceeding of the court” Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tawau.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang- undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010.
Pada prinsipnya pindaan ini sangat disambut baik sebab akan wujud penyelesaian kes-kes mahkamah secara trek cepat ataupun fast track untuk memendekkan masa yang diperlukan bagi proses undang-undang, meringankan kegelisahan dan mental torture bagi mangsa-mangsa dan keluarga mereka serta bagi yang didakwa ketika dia tidak bersalah.
Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa perkara yang masih lagi tidak memuaskan seperti berikut. Pada seksyen 172A(1) tentang represented accused. Menyentuh mengenai perundingan pra-bicara melalui peguam. Seksyen ini jelas tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada unrepresented accused. Kita seharusnya sedar bahawa bilangan kes-kes jenayah di mana yang tidak diwakili oleh peguam adalah tinggi jumlahnya di Malaysia yang dikatakan oleh kerana mereka tidak mampu melantik peguam.
Kita mesti menangani masalah yang serius ini.
Saya mencadangkan di sini supaya pihak kerajaan merangka strategi yang baru. Mungkin boleh mewujudkan institusi-institusi baru menggunakan dan mencari sumber-sumber yang berpotensi seperti yang sedang berkhidmat dalam bidang perundangan dan badan-badan yang lain untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada mereka. Bagi yang bekerja separa legal juga perlu diberi perhatian dan dilatih. Kalau yang unrepresented accused ini tidak diwakili seksyen 172A(1) ini tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada mereka.
Menyentuh seksyen 172A seksyen ini nampaknya akan membebankan pihak public prosecutor. Jelas kerajaan perlu mengambil lebih banyak kakitangan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan seksyen 172A. Dengan seksyen 172B dalam rang undang-undang ini no time limit for charge. Perlu menyentuh berkenaan had masa kepada tindakan dan pindaan ini tidak menjelaskan apa yang akan terjadi sekiranya tempoh had masa ini tidak dipatuhi. Adakah unrepresented accused akan dibebaskan daripada tuduhan pada masa itu dengan perkara yang plea bargaining dipraktikkan kini diselia di bawah seksyen-seksyen 172C sehingga 172F.
Pewujudan peruntukan ini juga harus dipuji walaupun masih terdapat beberapa ciri yang tidak memuaskan. Apa yang membimbangkan adalah seksyen ini tidak meletakkan garis panduan mengenai asas-asas yang seharusnya dilaksanakan dalam plea bargaining ini. Kuasa budi bicara tidak seharusnya diberi secara mutlak. Sepatutnya perlu ada rangka kerja yang menjelaskan apa prinsip-prinsip yang seharusnya diguna pakai dalam proses ini.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Dengan izin, the premises of accused treatment under the law in Article 8 of the constitution will bring hollow. Absolute discretions are always an invitation to abuse of power or to the subjective decision.
Di peringkat plea bargaining ini juga, masalah unrepresented accused juga akan timbul. Nampaknya rang undang-undang ini tidak memberi penyelesaian kepada masalah ini, dan di sini saya minta ini dikaji semula. Di peringkat ini juga mangsa dan keluarga mangsa juga tidak dapat rang untuk didengari. Ini adalah tidak bersesuaian dengan semangat di bawah seksyen 183A yang memberi penekanan kepada keadaan dan emosi mangsa dan keluarga mereka.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Seksyen 407A adalah seksyen baru di bawah Akta 593 - ini yang merangkumi pelupusan barang atau harta yang disita oleh pihak berkuasa.
Kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pihak berkuasa adalah terlalu luas apabila ia mendapat perintah pelupusan dari mahkamah untuk melupuskan barang atau harta tersebut. Adakah pelupusan bermaksud memusnahkan atau menjual barangan sitaan tersebut? Jika boleh dijual, kepada siapa ia boleh dijual dan apakah tatacara tertentu wujud untuk memastikan keadilan dan mencegah elemen-elemen rasuah?
Clause 11 - Seksyen 426 tentang prinsip pemberian pampasan kepada mangsa adalah disokong. Bagaimanakah mangsa boleh mendapat jaminan bahawa pihak yang diperintah untuk memberi pampasan ini membayar jumlah tersebut? Isu-isu ini tidak diperjelaskan oleh seksyen ini.
Terdapat kelemahan yang nyata dalam sistem perundingan kita. Di sini saya gembira juga bahawa sistem judicial telah maju ke hadapan. Akan tetapi amat malangnya had judicial Sabah telah mengalami satu langkah mundur ketika negeri ini kehilangan kuasa untuk melantik sebuah suruhanjaya judicial pada tahun 1994.
Menurut seksyen 16(3) akta ini - Artikel 122A (3) yang memperuntukkan penyampaian urusan Mahkamah Tinggi di Borneo, di mana seseorang hakim mahkamah didapati sedia. Yang di-Pertua Negeri dari negeri ini bertindak atas nasihat Ketua Hakim boleh melantik seorang pesuruhjaya judicial dan perintah untuk tempoh seperti yang diperlukan. Akan tetapi pada tahun 1994, Artikel 122A dipindah. Artikel 122A(3) telah dimansuhkan dan Artikel 122A dan 122B yang baru dimasukkan iaitu, bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya bertindak atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan dalam pelantikan suruhanjaya judicial untuk Sabah dan Sarawak.
Saya mendesak Yang Berhormat Menteri dan kementerian supaya meninjau dan mengembalikan hak-hak perlembagaan Sabah untuk melantik pesuruhjaya-pesuruhjaya di judicialnya. Di sini saya ada dapat tahu, adakah benar bahawa ada empat orang peguam dari Sarawak yang telah lantik sebagai pesuruhjaya judicial tetapi tidak ada seorang pun dari Sabah? Apakah rasional apabila lebih banyak rekomendasi diterima dari Sabah baru-baru ini?
Saya berharap Yang Berhormat Menteri akan menyiasat perkara ini agar tidak meminggirkan Sabah lagi.
Akhirnya kita ada tiba masa untuk mencadangkan satu badan yang independent law reform commission untuk penyertaan dan pandangan awam dan mendapat pandangan dari pakar undang-undang, NGO, dan organisasi- organisasi profesional yang berkepentingan untuk mengaudit undang-undang kita dan institusi-institusi pelaksana. Oleh itu, sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Barat dan selepas itu Yang Berhormat Wangsa Maju. Kemudian, saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini nampaknya adalah dari satu direction yang baik. Saya menerima kebanyakan seksyen-seksyen yang dicadangkan di sana. Walau pun ada sedikit di antaranya, seperti yang saya telah katakan kepada Yang Berhormat Telok Intan. Di mana kes yang dikendalikan oleh seorang majistret atau hakim dan selepas itu dia disqualified untuk mendengar dalam plea bargaining.
Soalan saya adalah di mana seperti di Gerik, Parit, Batu Gajah, dan di tempat-tempat di mana ada satu majistret sahaja seperti di Seri Manjung.
Bagaimana kita boleh melantik satu lagi hakim atau majistret untuk mendengar
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
kes yang telah beliau disqualified kerana plea bargaining? Walaupun hasrat dan intention membawa rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan pendengaran kes-kes dan menyelesaikan kes di mahkamah- mahkamah.
Itu tujuan utama yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, ‘Justice delayed, justice denied’, tetapi kita akan kata, ‘Justice hurried is justice buried or justice denied’ juga. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah ini. Satu di antara perkara yang tidak diambil kira dalam rang undang- undang ini adalah saya rasa satu kecacatan yang sangat serius. Ini kerana walaupun kita hendak mempercepatkan kes-kes di mahkamah-mahkamah, tetapi yang lebih mustahak ada juga kepada yang tertuduh. Dalam justice system di negara-negara yang lain telah merangkumi di mana kaunselor- kaunselor mempermainkan satu peranan yang sangat mustahak. Akan tetapi nampaknya, walaupun ada perubahan ini tetapi kenapa perkara itu tidak diambil kira.
Saya ingat lagi lebih kurang sepuluh tahun dahulu apabila saya pergi dalam satu visit ke Amerika. Di setiap DPP’s office, di mana tertuduh terlibat dalam apa-apa kes. Ada kaunselor-kaunselor dilantik untuk menolong keluarga mereka, mengambil tahu apakah masalah tertentu. Ini supaya bukan sahaja kes yang ada di depan mereka dapat diselesaikan, tetapi yang lebih mustahak regarding keseluruhannya – on the micro aspect di mana apakah sebab mereka terlibat dalam jenayah dan bagaimana ia dapat dielakkan? Saya rasa itu yang kita telah hilang dalam tidak mengambil kira dalam membawa rang undang-undang untuk membawa satu pembaharuan dalam CPC ini.
Tuan Yang di-Pertua, kedudukan AG kerap kali kita telah kata, ya ini mungkin ada sedikit sahaja kena dengan ini. Kerana at the end of the day, AG yang membuat keputusan untuk membawa satu kes ke mahkamah atau tidak, tetapi yang mustahak adalah kedudukan beliau. Kedudukan beliau di mana kerap kali kita telah bertanya supaya AG patutlah sekurang-kurangnya seorang Yang Berhormat Menteri yang berada di sini supaya dapat menjawab serta-merta perkara-perkara yang dibangkit. Seperti yang sebelum ini, dari permulaan merdeka Tan Sri Kadir yang menjadi Attorney General dan juga...
[Disampuk] Itu betul? Sebelum ini semua saya cakap salah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
[Ketawa]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Itu betul?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak ada salah.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tidak ada salah. Yang Berhormat Kepong setuju pada saya. Saya rasa itu adalah satu perkara yang perlu diambil kira, di mana AG patut berada di Parlimen supaya dia boleh answerable direct kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Jangan menggunakan helah dan tempat memperlindungkan - there is satu perkara dia mengelak untuk berada di sini, untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Kalau kita tengok di Britain atau di lain-lain negara, AG adalah seorang Member Cabinet dan berada di Parlimen supaya menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan. Ini adalah mustahak kerana membuat satu keputusan, baik untuk kerajaan atau terhadap kerajaan atau kepada masyarakat. Kalau beliau berada di sini direct answer kita boleh mendapat. Ini adalah satu kecacatan yang perlu diatasi.
Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu satu perkara juga yang mustahak yang telah dihapuskan oleh CPC adalah jury system. Nampaknya tidak ada kita balik kepada satu sistem yang lebih tulus, lebih ikhlas di mana kita dapat
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
nilai keputusan yang dibuat oleh mahkamah adalah lebih transparent. Jika kita tengok sistem-sistem colonel di lain negara kebanyakannya adalah jury system. Kenapa ia tidak lagi di reinstate kan? Saya lagi percaya itu adalah satu sistem yang terbaik, tested over time dari time in memorial di mana jury system lebih baik dari sistem yang sedia ada yang keputusan dibuat oleh seorang hakim atau seorang majistret sahaja. Kenapa mengambil alih kuasa?
Saya lagi ingat lebih kurang 15 tahun dahulu apabila jury system dihapuskan satu di antara perkaranya adalah untuk mempercepatkan pendengaran kes.
Akan tetapi saya rasa itu adalah walaupun fakta yang perlu diambil kira tetapi sekarang situasi telah bertukar, di mana lebih baik kita ada sistem juri di mana lebih accountability, hakim tidak boleh membuat apa dia suka, majistret tidak boleh mengambil kuasa undang-undang dengan dia. Dia perlu hanya membuat keputusan undang-undang. Keputusan fakta hanya akan dibuat oleh juri-juri. Ini adalah satu perkara saya rasa miss a point dengan membawa pembaharuan yang dikatakan di rang undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya selalu ada mengingatkan beberapa kali di Dewan ini bahawa pelantikan majistret, pelantikan Session Court Judge, pelantikan hakim, ketulusannya – adakah ia asas meritokrasi atau asas perkenalan di mana pelantikan itu dibuat. Kerap kali majistret-majistret yang sangat muda dilantik terus dari universiti dilantik sebagai majistret. Tidak ada pengalaman, tidak tahu mengenai hal-hal peribadi, hal-hal dunia praktikalnya akan tetapi dia diberi satu kuasa yang maha kuasa untuk membuat keputusan.
Kerap kali ada majistret yang menghantar seseorang ke penjara beberapa tahun. Selepas itu insaf. Saya ada kawan-kawan yang menjadi majistret yang mengatakan bahawa semasa dia membuat keputusan menghantar, menjatuhkan hukum nampaknya sekarang looking back is a mistake at that time I was young, I was naive and make decision in not matured.
Yang saya katakan adalah kita perlukan majistret-majistret yang ada pengalaman sekurang-kurangnya perlu ada di AG Chambers atau di lain-lain bahagian. Saya difahamkan ada sekarang dia dilantik sebagai registrar di High Court, assistant registrar dan sebagainya. Akan tetapi walaupun sedemikian saya percaya sekurang-kurangnya mereka patut mengamalkan undang- undang sebagai peguam bela, peguam cara sekurang-kurang like in United Kingdom sendiri majistret tujuh tahun dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kelayakan sedemikian, pengalaman sedemikian sebelum pelantikan dibuat sebagai seorang majistret. Itu lagi baik. Ini tidak akan menjejaskan persepsi masyarakat bahawa majistret-majistret adalah seorang yang sangat muda, tidak ada fikiran matured dan ini membuat keputusan-keputusan yang sangat serius, yang sangat mustahak.
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga difahamkan ada kenaikan gaji baru ini kepada majistret-majistret yang membuat keputusan dalam kes-kes pre-trial, plea bargaining dan sebagainya. Akan tetapi kita perlu memberi – meningkatkan pendapatan, income seorang majistret sekurang- kurangnya RM3,000 permulaannya supaya ada lebih makna. Serupa juga dengan AG Chambers dan peguam-peguamnya. Mereka ada lain sedikit – lain dari. Saya pernah bangkitkan kerap kali perkara ini di Dewan ini.
Mengenai kenaikan pangkat, berapakah JUSA C dan lain-lain kenaikan pangkat di Session Court Judge, di mana saya difahamkan baru-baru ini, kebelakangan ini ramai di antara telah dinaikkan pangkat. Akan tetapi ada limitation di mana ada dinaikkan pangkat akan tetapi dia separuh JUSA C, full JUSA C. Kenapa Hakim Mahkamah Sesyen yang berpengalaman 15 tahun dan lebih tidak boleh diberi appropriate ganjaran supaya mereka ada insentif dan tidak terlibat langsung dalam hal-hal korupsi. Itu satu perkara yang kita perlu elak. Jika mereka diberi manfaat-manfaat yang tertentu kebiasaannya kita dapat mengelak perkara ini terjadi.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua saya juga cadangkan supaya kita ada sistem lagi macam di England. Di mana circuit judge, hakim-hakim private dilantik, lagi-lagi di mahkamah-mahkamah. Kerap kali kita menukar majistret atau menukar pinda, tukar majistret, Session Court Judge atau hakim selepas itu baru dua bulan ia diisikan. Kenapa ini terjadi? Bukankah sebelum beliau ditukar ke lain tempat, sekurang-kurangnya kita dapat kenal pasti siapa yang perlu mengambil jawatan tersebut supaya back log of cases tidak terjadi dan tidak akan menyusahkan masyarakat. Ini kerana the first tear di mana masyarakat Malaysia, masyarakat orang ramai mengunjungi mahkamah adalah Mahkamah Majistret. What is the perception kepada rakyat jika mereka pergi ke mahkamah, kita nampak tidak ada majistret.
Sekarang saya rasa mungkin saya salah. Last week semua hakim ada conference. “You ada conference, you punya hallah”. Kes semua ditunda.
Tidak kan dia tidak tahu lima bulan dahulu, empat bulan dahulu. Saya difahamkan bahawa ada mesyuarat. I always say kalau dalam private practice atau di commercial practice, you think will have of meeting in office hours? No!
Will have meeting after office hour atau pada hari Sabtu dan Ahad. Kenapa ia tidak boleh dibuat oleh hakim-hakim, majistret-majistret Session Court Judges?
Kenapa kita tidak boleh mencari satu ruangan dan di mana hakim-hakim terlibat dalam administrative matters. Sebenarnya mereka bukan pakar dalam hal ini. Juga di mahkamah majistret, walaupun plea bargaining dan case management adalah baik. Akan tetapi macam mana dengan stenographers?
Adakah mereka akan diberi stenographers dan sebagainya supaya mempercepatkan lagi kes-kes didengar di mahkamah-mahkamah rendah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat, habiskan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Oh, lagi banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ya. Mula saya hendak habiskan.
Jurubahasa, kita kekurangan jurubahasa terutamanya dalam bahasa Mandarin. Kerap kali kes di postpone kerana tidak ada jurubahasa-jurubahasa tersebut. Apakah tindakan diambil supaya kita mengisikan semua ini?
Tuan Yang di-Pertua, walaupun ini adalah kes criminal, kes criminal sekarang ada kes sivil. Saya mengakui ada satu sistem yang sangat pantas, bagus dan dijalankan di seluruh negara. Di mana kes management dan disposal of cases are fantastic speed. Saya baru-baru ini terpaksa pergi ke mahkamah, saya sendiri nampak. Akan tetapi hairan Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan kes management macam di Ipoh dibuat di mana Tuan Yang di- Pertua? Next to the toilet. Peguam-peguam perlu tunggu dekat toilet atau dalam toilet supaya kes akan didengar. Kerana tidak ada tempat. This is all macam after taught system. Itu yang kita perlu mengatasi masalah ini. Akan tetapi saya difahamkan pre-trial dan sebagainya. Pre-trial ini bukan satu perkara yang baru. Saya ingat 25 tahun dahulu saya ada membuat pre-trial dengan majistret dan hakim. Akan tetapi tidak diiktiraf dari segi undang- undang. Akan tetapi ini adalah satu yang perlu dan baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Berkaitan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payah topik baru Yang Berhormat. Habiskan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ya. Ini ada perkara kawan- kawan saya yang membawa hal isu di mana tidak diwakili oleh peguam. Ini menjadi masalah. Saya tahu tidak diwakili oleh peguam maka plea bargaining masalah.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Akan tetapi, yang lebih mustahak adalah kita perlu memberi kuasa kepada Legal Aid, means test dan sebagainya dikurangkan supaya Legal Aid dapat mengambil bahagian memberi lebih peguam atau kerajaan patut mengadakan sistem macam di Amerika, di mana peguam swasta boleh memainkan peranan yang baik – peranan dalam mewakili yang kena tuduh supaya mempercepatkan dan juga pihak-pihak yang kena tuduh dapat tahu, apakah hak mereka dari segi undang-undang supaya kes-kes ini dapat diatasi dan diselesaikan.
Lebih kurang yang akhir, satu lagi perkara yang perlu diambil kira adalah bail system, jaminan. Saya percaya kalau saya tidak salah Tuan Yang di-Pertua, ada satu jawapan yang telah diberi kepada saya lebih kurang lapan tahun dahulu, di mana kerajaan telah mengatakan bahawa satu kontinjen dari AG Chambers telah dihantar ke luar negara untuk menyiasat sistem jaminan, bond system, bail system supaya kita ada satu macam korporat sistem, di mana tidak perlu semua yang kena tuduh dan mereka terpaksa berada di lokap atau di penjara-penjara. Kesesakan terlampau banyak, jadi yang kena tuduh dipenjara dapat dielakkan dan mereka boleh dilepaskan. Apa terjadi kepada studies yang tersebut dan ini ada berkaitan. Kalau kita tengok di lain negara, di luar negara very fast disposal of system.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah tiga kali akhir Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Sekali sahaja. Akan tetapi, sebenarnya saya ada lagi lima pages. Tuan Yang di-Pertua, ini mungkin pada Majlis Committee stage saya akan masuk. Lagi akhir sekali, kita perlu lebih mencerminkan populasi di negara ini supaya semua bangsa direpresentasi di Magistrate Court, di Session Court, di High Court dan sebagainya. Saya harap ini diambil kira dan juga peningkatan gaji mereka di Magistrate dan Session Court perlu diambil kira. Sekurang-kurangnya mereka diberi upah yang lebih tinggi supaya kita ada orang-orang yang berkualiti diambil untuk bekerja, berkhidmat sebagai Magistrate dan Session Court Judge. Terima kasih dengan paksa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada niat jahat tidak Yang Berhormat? Tidak ada niat jahatlah?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik. Yang Berhormat Wangsa Maju. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk membahaskan rang undang-undang ini di mana saya nampak tujuannya untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dengan maksud antara lain untuk mengatasi masalah kes-kes tertunggak yang belum diselesaikan di Mahkamah Jenayah dan untuk menggalakkan pelupusan kes jenayah dengan cepat.
Memang fasal-fasal di dalam pindaan ini amat baik dan perlu disokong khasnya seperti seksyen 5, seksyen baru ialah seksyen 183A dengan izin, 5.
The Code is amended by inserting after section 183 the following section:
“Victim’s or a member of his family’s impact statement. 183A. Before the Court passes sentence according to law under section 183, the Court shall call upon the victim of the offence or a member of the victim’s family, if any, to make a
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
statement on the impact of the offence committed against the victim of his family”.
Ini memanglah amat baik kerana sebelum ini hakim semasa menjatuhkan hukum kepada penjenayah, hakim tidak ada peluang untuk mendapatkan latar belakang keluarga si mangsa ataupun kesusahan, kesedihan yang telah dialami oleh mangsa-mangsa dalam kes-kes ini. Saya sokong dengan baiknya ini dan juga saya sokong apa yang disebut oleh rakan saya daripada Ipoh Barat mengenai dengan pelantikan hakim-hakim Session Court.
Sebelum ini kita sudah tahu hakim-hakim di Mahkamah Seksyen ini adalah telah dianaktirikan, di mana mereka masih tidak dapat JUSA C langsung. Pada masa sekarang, okey, kita sudah diberitahu bahawa ada juga Hakim Mahkamah Seksyen dapat separuh JUSA C. Yang pentingnya kenapa separuh, tidak diberikan full JUSA C? Sedangkan Hakim Mahkamah Seksyen ini juga senior seperti DPP di dalam AG Chambers. Akan tetapi, AG Chambers dapat full JUSA C dan Hakim-hakim Mahkamah Seksyen separuh JUSA C.
Bolehkah memberikan satu penjelasan, kenapakah kita ada satu separuh dan juga AG Chambers DPP – full JUSA C? Sedangkan mereka ini, senioriti mereka ini sama dan juga yang ada Hakim Mahkamah Seksyen ini lebih senior daripada DPP, di mana DPP itu mendapat full JUSA C dan mereka tidak.
Ini amat penting oleh kerana kalau kita tidak jaga kepentingan kebajikan atau welfare Hakim-hakim Mahkamah Seksyen, bagaimana mereka itu boleh dispense justice terhadap masalah corruption atau masalah yang lain? So, hakim-hakim ini kita perlu menjaga welfare mereka supaya mereka will be above all these corruptions. So, yang pentingnya mereka diberikan welfare yang baik, promosi yang baik kepada mereka setimpal dengan kedudukan mereka sebagai seorang Hakim. Jangan kata letak CCTV di Session Court untuk monitor kegiatan mereka ataupun aktiviti-aktiviti mereka.
Ini amat tidak baik.
Kalaulah kita ada satu pindaan yang begini baik dan siasatan polis dalam kes-kes yang dilaporkan kepada polis tidak dijalankan dengan baik, tidak guna juga. Tidak guna juga. Ada laporan yang dibuat lima tahun, tiga tahun, tiada siasatan dibuat oleh polis. Saya harap kementerian juga boleh look into this matter, dengan izin. Seperti yang saya bangkit di dalam Parlimen ini bahawa gambar di superimpose keluar di internet terhadap tokoh politik.
Saya difahamkan kalau saya tidak salah, saya ingat ada laporan telah dibuat pada tahun 2007 di mana gambar disuperimpose mengenai tokoh politik oleh tokoh politik juga untuk mencapai satu tujuan politik mereka, tiada tindakan diambil sehingga hari ini dari tahun 2007. Dibangkitkan di Parlimen pun tiada tindakan diambil dan juga gambar ini telah disuperimpose dan telah diakui oleh tokoh politik ini. Kalau hendak tahu nama, saya boleh beritahu nama juga. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak tahu. Silalah kalau kita hendak ada satu pindaan ini yang baik, hendak cepatkan mahkamah.
Kalau kita tidak memastikan pihak polis juga menjalankan siasatan yang baik dan cepat juga, jangan hendak ringankan mahkamah safe time sahaja. Semua laporan polis mesti disiasat dengan rapi dan dengan cepat.
Saya harap kes superimpose gambar ini diambil tindakan juga. Jangan melengah-lengahkan supaya kita boleh menghentikan fitnah memfitnah untuk tujuan menggunakan politik kotor ataupun kegiatan kotor untuk mencapai matlamat semata-matanya untuk kepentingan politik.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Kalau Yang Berhormat tidak tahu siapakah yang superimpose gambar ini, saya boleh beritahu. [Disampuk] Hendak tahu siapa? Ahli Parlimen Batu
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
lah, tidak salah lagi kah? [Dewan riuh] Beliau telah mengaku sudah perkara ini.
Hendak apa lagi. Siasat dengan rapi kes ini.
Seorang Ahli
Ambil tindakan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ya. Tindakan sebegini kita tidak boleh terima dan juga ada yang saling memfitnah di dalam internet. Itu pun mestilah kalau kita ada CPC yang ini, Criminal Procedure Code yang baik.
Dalam Penal Code pun kita ada Penal Code yang baik juga seksyen 500 mengenai dengan criminal definition. Itu tindakan boleh diambil. Sekarang kita lihat pelbagai tuduhan dikeluarkan dalam internet termasuk gambar-gambar superimpose dan sebagainya. Saya harap Menteri pun boleh ambil tindakan juga, menasihatkan kepada polis mengambil tindakan ataupun Suruhanjaya Multimedia.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Dengan itu saya di sini, menyokong pindaan ini oleh kerana ia adalah baik untuk meringankan mahkamah, menjimatkan kos-kos dan juga mengambil kira perasaan keluarga mangsa ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau ada perkara yang di luar lingkungan perkara undang-undang itu tidak perlu jawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Ya. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Tawau dan juga Yang Berhormat Wangsa Maju.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Ipoh Barat Yang Berhormat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Ipoh Barat. Minta maaf. Kerana telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah ini. Saya berterima kasih kerana semua telah pun menyambut baik dengan cadangan pindaan rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun terdapat juga pelbagai pandangan dan pertanyaan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam perkara ini. Saya akan menjelaskan pertanyaan yang mana relevan sahaja mengenai pindaan rang undang- undang ini.
Yang Berhormat Telok Intan telah pun bertanya mengapakah rundingan pra-bicara tidak dibuka kepada tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam. Untuk makluman Yang Berhormat Telok Intan, rundingan pra-bicara tidak terbuka kepada tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam kerana untuk mengelakkan apa-apa pernyataan ataupun allegation terhadap pihak pendakwaan. Seperti mereka tertuduh dipaksa oleh pegawai pendakwa melalui ugutan atau paksaan dan yang lain-lain untuk menerima keputusan rundingan itu ataupun telah pun melakukan sesuatu suapan atau rasuah antara tertuduh dan pegawai pendakwa untuk menyelesaikan kes tertuduh dengan segera ataupun berpihak kepada tertuduh.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Walaupun rundingan pra-bicara ini tidak terbuka kepada tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam, hak dan kepentingan tertuduh tidak terjejas. Ini kerana pada peringkat pengurusan kes di hadapan mahkamah, jika tiada rundingan pra-bicara dapat dilakukan kerana tertuduh tiada peguam, at the first stage. Jadi at the second stage, mahkamah akan mengambil tindakan bagi pihak tertuduh dan membincangkan perkara yang oleh dibincangkan pada peringkat rundingan pra-bicara dengan pihak pendakwaan. Mahkamah juga akan membantu tertuduh untuk mendapatkan kedua peguam untuk membelanya.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Liew Vui Keong
Selain daripada itu dijangkakan bahawa...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Balik Pulau sedikit sahaja.
Datuk Liew Vui Keong
Ya.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon penjelasan sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri juga arif pendekatan kes di mahkamah setakat hari ini dengan izin, adversarial system sifatnya. Ia bukan inquisitorial, maksudnya mahkamah memainkan peranan lebih aktif. Tadi, dia bayangkan bahawa mahkamah akan menjaga kepentingan terutama orang yang tidak diwakili.
Situasinya seolah-olah mahkamah akan melakukan inisiatif-inisiatif tertentu tetapi secara realitinya ditambah pula dengan penambahan kes-kes jenayah di mahkamah-mahkamah.
Saya khuatir andaian yang kita katakan mahkamah akan mengambil inisiatif itu ditambah pula mungkin dengan kakitangan ataupun pendaftar, sistem sokongan yang tidak cukup kuat, andaian untuk mahkamah membantu mereka yang tidak diwakili itu agak tidak akan menjadi kenyataan. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh fikirkan apakah mekanisme yang sesuai mengambil kira realiti kes jenayah di mahkamah terutama mereka yang tidak diwakili.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau. Dalam rang undang-undang pindaan ini jelas telah pun mengatakan bahawa mahkamah apabila tertuduh tidak diwakili oleh peguam pada masa pra-bicara case management. Mahkamah akan membantu tertuduh untuk mendapatkan seorang peguam sahaja.
Selain daripada itu, mahkamah tidak akan terlibat selain daripada apa yang telah pun diperuntukkan dalam case management, perubahan ini di bawah seksyen 172B. Jadi, dengan harapan yang kita ada, yang mana sekiranya Legal Act Foundation diwujudkan nanti, ini saya rasa akan dapat lebih lagi mendorong pihak tertuduh dalam perkara ini, terutamanya tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
[Bangun]
Datuk Liew Vui Keong
Jadi, Tuan Yang di-Pertua...
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta laluan sedikit?
Datuk Liew Vui Keong
Boleh daripada rakan sejati saya.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih.
Saya hendak bertanya daripada segi plea bargaining tadi adakah mekanisme diwujudkan untuk memastikan pembayaran untuk satu-satu kes itu apabila mereka mengendalikan kes tersebut? Adakah kita mempunyai satu scale seperti legal cases ataupun lain-lain kes yang mana ada dinyatakan untuk kes
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
seperti ini berapakah jumlah untuk pembayarannya? Sekiranya seseorang itu memang tidak mempunyai keupayaan untuk membayar, adakah sistem itu menyediakan kemudahan untuk membantu si tertuduh itu menyelesaikan pembayaran kes tersebut, melalui cara kebajikan kah? Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat tadi.
Saya keliru sedikit dengan pertanyaan sama ada tadi Yang Berhormat bertanya tentang plea bargaining. Sekiranya plea bargaining proses ini tidak adalah terlibat dengan apa-apa pembayaran. Plea bargaining proses ini biasanya akan dipohon oleh pihak tertuduh terdahulu dan selepas itu mahkamah akan memastikan bahawa apa yang tertuduh telah pun setuju dengan pihak pendakwaan adalah secara kerelaan pihak tertuduh sendiri.
Jadi, itu sahaja isu yang paling penting bagi mahkamah untuk menentukan pada tahap itu, sama ada pengakuan daripada tertuduh dalam plea bargaining proses itu dibuat dengan cara sukarela.
Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan, hak tertuduh yang berdiam diri dalam proses ini. Untuk makluman Yang Berhormat Telok Intan, rang undang-undang ini tidak menjejaskan hak tertuduh semasa perbicaraan. Tertuduh masih mempunyai hak untuk berdiam diri dan apa-apa hak yang lain semasa perbicaraan adalah terjamin. Tiada apa-apa dalam pre- trial conference ataupun case management yang mengharuskan seorang tertuduh untuk bersetuju, untuk berbincang apa-apa plea bargaining ataupun sifat pembelaannya jika tertuduh tidak sudi.
Datuk Liew Vui Keong
So, the question of ‘voluntariness’ during the plea bargaining process dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, is very-very important.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Segambut telah pun bertanya mengapakah Kanun Tatacara Jenayah tidak ada terdapat dalam bahasa kebangsaan. Untuk makluman Yang Berhormat Segambut, akta ini adalah akta sebelum merdeka, setakat ini belum ada terjemahan akta ini. Selagi belum ada terjemahan yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai teks yang sahih, teks bahasa Inggeris Kanun Tatacara Jenayah adalah teks sahih. Ini diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan. Jadi untuk pindaan akta memandangkan Kanun Tatacara Jenayah tidak mempunyai terjemahan yang sahih, hanya teks bahasa Inggeris adalah teks autoritatif ataupun sah digunakan.
Penggunaan akta berbeza daripada penggunaan bahasa dalam mahkamah juga telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Segambut. Di dalam kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat Segambut tadi, kes itu tertakluk kepada kaedah-kaedah yang terpakai pada masa kini. Iaitu bagi pihak Mahkamah Rayuan dalam tatacara Mahkamah Rayuan telah pun menyatakan dengan jelas bahawa dokumen rayuan mesti difailkan dalam kedua-dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa kebangsaan. Jadi apabila dokumen rayuan hanya difailkan dalam bahasa Inggeris, ia adalah bertentangan dengan kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan.
Yang Berhormat Tawau juga bertanya tentang ketiadaan guideline di bawah seksyen 172C(4) untuk tertuduh yang tidak diwakili. Peruntukan seksyen 172C(4) telah mengharuskan mahkamah untuk menyiasat ataupun examine tertuduh in camera iaitu tanpa kehadiran pendakwa raya jika tertuduh tidak diwakili oleh peguam. Langkah ini akan menjamin bahawa tertuduh boleh berterus terang dengan mahkamah tanpa khuatir pengaruh daripada mana- mana pihak lain. Kita perlu menyerahkan kepada budi cara dan juga kewibawaan pihak mahkamah untuk menggubal guideline dalam proses ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat telah pun bertanya mengenai juru sistem yang telah pun dihapuskan dalam CPC ini, kenapa
Datuk Liew Vui Keong
sistem ini tidak diguna pakai lagi. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk membawa balik juru sistem ini. Sistem kehakiman yang sedia ada iaitu hakim seorang adalah mematuhi kehendak undang-undang.
Yang Berhormat Ipoh Barat juga bertanya soalan tentang kecukupan majistret ataupun hakim untuk mengendalikan kes jika plea bargaining gagal dan kes perlu didengar oleh majistret hakim yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, saya rasa ini adalah satu soalan yang amat relevan tetapi dalam perkara begitu, pihak majistret dan hakim dari daerah lain yang berhampiran ataupun tempat lain akan diarahkan untuk mendengar kes tersebut.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Menteri.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Penjelasan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sikit ya, okey. Sikit sahaja Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Ya silakan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya mengandaikan niat plea bargaining ini antara lain untuk mempercepatkan proses. Akan tetapi di sini saya cuma melihat bahawa pindaan yang dicadangkan ini tidak ada satu time frame ya. Katakan berapa lama plea bargaining itu boleh dibuat. Ini kerana antara satu sebab yang keadaan sekarang tanpa peruntukan ini ialah kadang-kadang kelewatan kes berjalan itu disebabkan terdapat satu permohonan plea bargain sementara menunggu jawapan daripada pihak pendakwa raya. Itu kadang-kadang menimbulkan satu kelewatan. Jadi pengamatan saya terhadap cadangan pindaan di dalam plea bargaining ini seolah-olah satu ruang yang amat terbuka luas tanpa had masa.
Apa penjelasan Menteri kalau tidak ada satu had masa, kita mungkin juga akan mengalami kelewatan kes?
Datuk Liew Vui Keong
Yang penting untuk maklumat Yang Berhormat Balik Pulau, seperti yang telah saya jelaskan tadi ialah pihak tertuduh akan membuat permohonan untuk mengadakan satu proses plea bargaining. Jadi bagi saya, sekiranya pihak tertuduh telah pun dengan rela diri membuat permohonan tersebut, jadi tidak ada lagi sebab untuk mahkamah untuk melambat-lambatkan kes, selain daripada menerima plea bargaining yang telah pun diakui oleh pihak tertuduh. Jadi saya rasa dalam isu begitu, kelambatan ataupun menarik balik plea bargaining itu akan hanya wujud sekiranya mahkamah mendapati bahawa plea bargaining itu telah pun dibuat tanpa kerelaan tertuduh dalam perkara itu.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Penjelasan sedikit.
Datuk Liew Vui Keong
Ya, silakan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Mengenai bila plea bargaining itu gagal dan terpaksa mengisi dengan satu hakim atau satu majistret yang baru untuk mengendalikan, saya rasa ini perlu diambil dengan serius kerana the practical side adalah ia tidak akan dibuat dengan senang, kerana kita kekurangan majistret dan hakim pada masa sekarang. Itu yang pertama.
Kedua, bila ia gagal dan perlu satu majistret yang baru atau hakim yang baru, ia akan melambatkan kes. Ketiga, ia akan membuat satu psychological war kepada yang kena tuduh, akan memberi satu paksaan kepada beliau untuk mengaku sajalah kepada apa-apa yang dibuat dalam plea bargaining.
Menerima sahaja apa-apa kalau tidak kes akan tertunggak kalau buat lambat- lambat. Ia akan menyusahkan yang kena tuduh. Saya khuatir sistem yang sedia ada, there is no – yang merangkumi situasi di mana kita ada macam di Gerik dengan Kuala Kangsar yang mahkamah terdekat sekali lebih kurang 80-
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
90 kilometer. Pada masa sekarang ini, there is difficulty to getting magistrate to go there. So when they is qualified, saya rasa ini akan menyusahkan semua pihak. Macam mana ini dapat diatasi selain daripada memberi syor bahawa semestinya ia akan diatasi?
Datuk Liew Vui Keong
Seperti Yang Berhormat Ipoh Barat sedia maklum, bahawa setakat ini wujudnya sistem di mana sekiranya tiada hakim yang berada di dalam satu mahkamah di satu daerah, jadi hakim dari daerah lain yang berdekatan akan mengambil alih. So that is what we have at the moment, so we have to make the full use of it.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Itu bukan jawapanlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat, ini practical question. Mungkin Yang Berhormat tidak boleh kongsi ya, tetapi jawapan Yang Berhormat pada saya, saya boleh terima lah itu.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Akan tetapi kena ada insurans, Yang Berhormat.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya melihat juga practical problem yang di post oleh Yang Berhormat Ipoh Barat sendiri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih. Selain daripada itu, Yang Berhormat Ipoh Barat juga bertanya mengenai pelantikan hakim dan majistret di mana majistret yang dilantik daripada lepasan universiti yang sangat muda dan tidak mempunyai pengalaman. Semua itu untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa pihak mahkamah mengambil berat tentang kelayakan majistret dan juga berusaha untuk melantik majistret daripada gred yang lebih kanan. Selain itu, mahkamah juga memberikan latihan kepada majistret dan juga seorang pegawai akan dilantik memegang jawatan lain di dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman sebelum menjadi majistret supaya dia menjadi lebih berpengalaman.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Sadong telah pun bertanya mengapa tertuduh yang dihukum di bawah seksyen 172D tidak boleh membuat rayuan ke atas hukuman tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Batang Sadong, seksyen 172D ini adalah berkaitan dengan seksyen 172C dan juga berkaitan dengan seksyen 172B iaitu mengenai plea bargaining.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi sekiranya seorang tertuduh mengaku bersalah selepas mengaku selepas plea bargaining process jadi tidaklah boleh beliau tarik balik lagi plea bargaining sekiranya didapati bersalah, tidak boleh merayu terhadap pengakuan itu tetapi hanya terhadap sentence.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yalah memang kita, siapa yang plead guilty, tidak bolehlah itu lagi Yang Berhormat selain daripada hukuman, I think it very… Itulah.
Datuk Liew Vui Keong
Ya terima kasih, selain daripada itu Yang Berhormat dari Tawau juga ada bertanya, adakah seksyen 172A ini akan membebankan pihak pendakwaan. Untuk makluman Yang Berhormat Tawau, bahawa seksyen 172A tidak membebankan pendakwaan tetapi akan memudahkan lagi proses pendakwaan dan perbicaraan sekiranya kedua-dua pihak dapat membuat persetujuan. Yang Berhormat Tawau juga bertanya mengenai seksyen 407A yang beliau mengatakan sangat luas kerana kuasa
Datuk Liew Vui Keong
yang diberikan kepada pihak berkuasa itu sangat luas dan juga peruntukan ini menunjukkan mungkin akan menggalakkan rasuah. Untuk makluman Yang Berhormat Tawau bahawa kuasa di bawah seksyen 407A ini akan dijalankan dengan persetujuan tertuduh sahaja di bawah seksyen 407A(3) dan pihak mahkamah diharuskan untuk membuat pemantauan yang teliti dengan memerlukan satu inventori pengambilan gambar dan sebagainya.
Yang Berhormat Tawau juga bertanya apakah kesan jika seksyen 172B tidak dipatuhi. Untuk makluman Yang Berhormat Tawau, peruntukan ini merupakan satu tatacara untuk melicinkan proses pra bicara supaya keadilan boleh dicapai dengan telus, efisien dan juga cepat. Oleh itu time frame yang diperuntukkan adalah sebagai guideline dan berciri direktori, ianya tidak bermaksud bahawa proses ini akan langsung tercatat atau tidak sah jika time frame ini tidak dapat dicapai.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Menteri, sedikit boleh?
Datuk Liew Vui Keong
Ya silakan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya. saya mohon penjelasan Menteri selanjutnya kerana saya melihat ada sedikit perbezaan apabila kita bandingkan perbicaraan kes jenayah dan perbicaraan kes sivil yang mana kes sivil itu dikaitkan dengan dokumentasi yang amat agak rigid sifatnya. Manakala perbicaraan kes jenayah ini, dinamiknya amat berbeza kadang kala isu seperti yang dijangkakan akan ditimbulkan tetapi kadang- kadang disebabkan oleh keterangan yang dibawa dan sebagainya yang akan menimbulkan isu baru.
Jadi saya mohon penjelasan Menteri, kalau saya merujuk kepada Seksyen 172A ini terutama 172A(4)(a) sehingga 172A(4)(g), di sini merujukkan seolah-olah kita membayangkan bahawa criminal trial ini dengan izin, perbicaraan jenayah ini sifatnya amat rigid sebegitu kerana contohnya dalam
(5) “All matters agreed...” ini sehinggakan akan ditandatangani. Soalan saya ialah katakan dinamik kes itu berubah, adakah kita boleh selepas pengurusan kes ini, perkara-perkara yang dipersetujui itu boleh dirungkaikan semula kerana di dalam kes sivil apabila berlakunya pengurusan kes, perkara-perkara yang dipersetujui terutama isu dan sebagainya itu agak sukar diungkai, maksudnya kita mesti mematuhi apa yang dipersetujui. Adakah itu dibayangkan oleh Menteri ketika mana pengurusan kes dicadangkan untuk kes jenayah? Kalau kita lihat dari 172A(4)(a) sampai 172A(4)(g) sehinggalah 172A(5), saya rasa tidak ada sedikit anjalan atau fleksibiliti terhadap apa-apa perbicaraan kes jenayah yang saya rasa perlu diberikan kalau pihak-pihak mahu membincangkan semula.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau. Untuk makluman Yang Berhormat Balik Pulau dalam pre-trial conference di bawah Seksyen 172A ini, yang penting sekali ialah bahawa conference ini diadakan di antara peguam tertuduh bersama-sama dengan pendakwaan dan mereka akan boleh merundingkan perkara-perkara yang telah disebutkan 172A(4)(a) sampai 172A(4)(g) dan ini jelas dinyatakan dalam seksyen 172B(4) di mana menyatakan bahawa “Notwithstanding the provisions of the Evidence Act 1950, all matters that have been reduced into writing and duly signed by the accused, his advocate and the Public Prosecutor under subsection 172A(5) shall be admissible in evidence at the trial of the accused.” Hanya mengenai factual dan legal issue, issue of the contention and the position of the accused dan juga perkara yang lain-lain seperti identifying the issue on the defense alibi and all the other possibilities yang telah pun dinyatakan dalam seksyen 172A.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya, sedikit tambahan ya Menteri. Kekhuatiran saya ialah setakat pengalaman yang terbatas ini, di dalam kes sivil apabila protokol yang sama iaitu pengurusan kes dicadangkan, terdapat sedikit masalah kerana perkataan yang digunakan amat longgar sifatnya, sama juga dalam kes ini iaitu contohnya dengan izin “...maybe agreed upon by the advocate representing the accused and Public Prosecuter…” Bermakna ‘maybe’, tuntutannya itu longgar. Kedua “...an advocate representative an accused may discuss with the Public Prosecutor to the following matters…” Jadi di sini sebenarnya tuntutannya itu amat longgar.
Kadang-kadang, ini pengalaman ya, pihak hakim, kadang-kadang benda yang longgar sifatnya ‘may’ tetapi diberikan direction atau arahan yang ketat. Ini kerana dalam satu kes apabila diandaikan bila pihak-pihak tidak bersetuju, kita boleh buat cara lama. Tidak perlu mengikut ini. Kalau mengikut kedudukan ‘may’ ini. Akan tetapi persoalan saya kalau ‘may’ ini yang kita tekankan sahaja, saya khuatir tidak tercapai matlamat pengurusan kes kerana ia bukan bersifat mandatori yang perlu dilalui oleh litigan-litigan. Jadi saya tengok di sini, saya tengok ada ‘may discussed’, ‘may be agreed’, in the event katakanlah tidak dipersetujui dan tidak mahu dibincangkan, apa jalan keluar kita supaya niat kita yang kita bahaskan ini dapat dicapai ketika kes mana berjalan?
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.
Seperti Yang Berhormat Balik Pulau sedia maklum bahawa Seksyen 172A ini dijalankan tanpa penglibatan pihak mahkamah. It’s between the accused and his council bersama-sama dengan Public Prosecutor. Jadi seksyen 172A ini telah pun memperuntukkan bahawa tertuduh ini shall participate in the pre-trial conference. Jadi this is an obligation that is required of the accused under this amendments. Jadi isu sekiranya tertuduh tidak ingin hendak terlibat dalam pre trial conference ini tidak wujud kerana sekiranya dia diwakili oleh peguam dan peguam akan menasihati tertuduh bahawa dia mesti perlu mengadakan pre- trial conference dengan Public Prosecutor. Akan tetapi sekiranya tidak diwakili oleh peguam, jadi seksyen 172B akan memainkan peranan di mana apabila tertuduh dihadapkan di hadapan mahkamah dan pihak mahkamah akan memaklumkan kepada tertuduh untuk menyuruh beliau cari seorang peguam untuk mewakili dia.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, panjang lagi kah Yang Berhormat?
Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, itu sahaja yang saya sempat menjawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat- Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perkara ini dan di mana saya tidak sempat untuk menjawab dan saya akan memberi jawapan secara bertulis. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka dan diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 14 – Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ya sedikit satu hal sahaja.
Mengenai Klausa 6, Seksyen 254A “Reinstatement of trial after discharge...”.
Tuan Pengerusi, saya khuatir dengan adanya seksyen ini nama dia pada one look of it, menunjukkan bahawa bila mahkamah memberi discharge not amounting the acquittal dan seorang saksi telah memberi keterangan, dia macam lepas itu dia akan diberi discharge dan bila ada saksi yang lain akan dipanggil balik untuk meneruskan kes tersebut. Itu yang saya rasa ternyata di sini. Soalan saya ini adalah bukankah ia akan memprejudicekan yang kena tuduh, pertama.
Kedua ia akan memberikan kelonggaran kepada pendakwa bahawa datang ke mahkamah tanpa bersedia asalkan satu saksi. Selepas itu katakan under section 254A you give the DNA and I will come back at my own sweet time. There is something hanging on that accuse head sampai bertahun-tahun.
Bagaimana kita akan mengatasi masalah itu.
Ketiga, di sini juga tidak dinyatakan bila seorang majistret atau hakim mendengar kes tersebut. Selepas itu dia telah ditukar. Bagaimana mengatasi masalah ini kerana diminal of the weakness dan sebagainya yang perlu diambil kira oleh seorang hakim, dia tidak ada lagi di sana. Akan tetapi kalau kita tengok seksyen 254A nampaknya ia akan menjalankan kes tersebut is irrelevant. Nampaknya the accuse rights and privileges has been compromised. Jadi bagaimana ia dapat diatasi?
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat kerana telah pun memaklumkan kepada Dewan mengenai the practicality of this section. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa dalam keadaan ini terdapat dua senario yang akan berlaku iaitu yang pertama ialah di mana pihak mahkamah akan memberi DNA kerana kes langsung tidak dapat dimulakan oleh kerana sebab-sebab tertentu dan mahkamah akan memberikan DNA.
Akan tetapi yang kedua di mana mahkamah memberi DNA apabila kes itu telah pun berlangsung seperti Yang Berhormat telah pun memaklumkan selepas saksi pertama ataupun kedua ataupun ketiga telah pun memberi keterangan tetapi atas sebab-sebab yang tertentu pihak pendakwaan tidak dapat memulakan kes, jadi pihak mahkamah terpaksa memberikan discharge kepada tertuduh.
Akan tetapi selepas itu sekiranya dapat dicari balik sekiranya selepas satu tahun ataupun bila-bila masa mahkamah akan boleh memulakan mendengar kes itu although there is no such order being given. The case will be reinstated sekiranya dapat mencari saksi selepas itu. Jadi this is the intention of this section 254A, dengan izin, di mana untuk membeli pihak pendakwaan kuasa untuk tertuduh sekiranya terdapat saksi kemudian. That most important.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi, sebenarnya Yang Berhormat tidak menjawab soalan saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, you pun kena lihat masalah kerajaan juga Yang Berhormat – prosecutor punya masalah.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
No, Tuan Pengerusi. With this section – because it is on English, I am very take care on English. With this section, it is very unfair for the accused. In some countries there is time limited to bring a charge. Di sini katakan saya 25 tahun, saya curi satu papaya, dia ada satu saksi selepas 25 tahun dia bawa kes balik. That is the meaning of this. Membenarkan and isn’t it unfair.
Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri not in the situation to reply, but I hope AG Chambers akan - We should not prosecute for the sake of prosecution. Bila kita belajar undang-undang Tuan Pengerusi, katakan prosecutor must prosecute not persecute. So this is actually the exact word.
This is prosecuting for no time limit, on top of it the charge ada di sana sampai you mati. It will menyusahkan, I’m not saying the guilties, those yang salah boleh dilepaskan macam itu sahaja.
Akan tetapi they must be something. I feel Tuan Pengerusi this akta dalam undang-undang in totality, I will support in totalizing, many of us feel that very good. Akan tetapi yang ini 254A is very unfair to you and to me.
Tomorrow, esok hari if there is charge it just keeps on hanging forever. And also Tuan Pengerusi this can be used as a ploy by some prosecutors a manoeuvring a process of actually squeezing something of the accused. You don’t make funny saya ada satu saksi saya sudah cari selepas enam bulan then you make a person. These are things you are creating a situation for them to do all that.
I am sure Yang Berhormat Timbalan Menteri may not be in a position to tell me all that. But I hope your officers your learned officers were behind will go back dig their conscience, look at it very carefully because this is something long term all of us will suffer.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya perlukan juga kita panggil safe guard, dengan izin, terhadap pihak telah dituduh. Kemudiannya dilepaskan tanpa dibebaskan DNA. Oleh kerana pada pandangan saya mungkin pegawai boleh mempertimbangkan cadangan ini, reinstatement, dengan izin, as it stand is discretionary power in Civil Court. Kita tahu dalam kes yang dibuat sekiranya kita hendak masuk semula kena buat permohonan.
Dia bukan bersifat satu automatik. Jadi di sini saya mencadangkan daripada dia memberikan satu kuasa yang penuh untuk pihak pendakwa memasukkan semula apabila orang itu dipegang.
Mungkin pendakwa juga perlu melalui satu proses kita panggil judicial proses pohon budi bicara majistret tersebut. Oleh kerana ketika mana majistret membuat keputusan membebaskan tanpa dilepaskan, itu merupakan satu judicial power being exercise. Jadi pada pandangan saya dan mengambil kira kedudukan keterangan yang sedia ada di depan beliau. Kadang-kadang pengalaman saya beri contoh dalam kes perhimpunan haram, the agitation to prosecute kuasa itu tinggi. Akan tetapi apabila kes berjalan sehingga 10 tahun, saksi pun ada setengah pegawai pun sudah jadi jawatan tinggi. Kadang- kadang disebabkan masalah-masalah sebegitu saya beri contoh kes KESAS Highway melibatkan beribu orang tetapi mulanya dilepaskan dan diangkat balik.
Jadi pada pandangan saya untuk berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak dan ini mungkin pihak pendakwa mungkin ada keterangan yang tidak ada dahulu. Sekarang sudah jumpa tetapi jangan pada pandangan saya
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
memberikan satu kuasa yang kuat. Pendakwa prosecution power yes, tapi a moment you start you have given your power to the court to decide.
Prosecution power yes because it starts with you. That’s why it’s under Constitution.
Akan tetapi pada pandangan saya ada lebih baik kita tahap ini kita memberi gambaran bahawa hak asasi manusia di Malaysia ini juga di tahap ini dikawal oleh mahkamah. Maksudnya kalau pendakwa raya, ya betul jumpa keterangan baru, tetapi perlu dibawa ke mahkamah majistret, majistret kata betul ini reasonable evidence, yes I can reinstate your case daripada memberi ruang secara automatik. Itu saya rasa saya mohon pihak terutama Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan cadangan tersebut.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri mereka tidak minta jawapan. Saya melihat ini mungkin berhubung dengan absconding witnesses, hostile witnesses, oleh kerana itu prosecution kena prosecute. Akan tetapi pada suatu ketika masa akan datang witness ini lain ataupun witness itu kembali dan sebagainya. Jadi dalam keadaan sedemikian mungkin itu. Walau bagaimanapun saya menerima apa yang disebut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. There must be time limit. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawabnya.
Datuk Liew Vui Keong
Ya. Saya hanya untuk menjelaskan kepada Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa Peguam Negara kita ini adalah seorang yang practical. Sekiranya kes itu sudah terlalu lama misalnya 25 tahun yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, takkanlah pihak pendakwaan akan meneruskan menuduh mereka sekiranya oleh kerana atas alasan ini.
Mungkin keterangan tidak akan kukuh, saksi mungkin akan lupa dengan apa yang telah pun berlaku 25 tahun yang lalu. Pihak pendakwaan akan meneliti semua ini dan akan membuat keputusan tidak akan meneruskan pertuduhan ini. Oleh kerana pihak Peguam Negara ada kuasa untuk tidak meneruskan kes itu.
Datuk Liew Vui Keong
Selain daripada itu, saya rasa sekiranya tertuduh diwakili oleh peguam yang bijaksana, peguam yang bijaksana itu boleh membuat permohonan kepada pihak Peguam Negara untuk kes itu discontinue ataupun withdraw selepas satu jangka masa. So it is up to the learned counsel to do the necessary.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, baik Yang Berhormat.
Datuk Liew Vui Keong
Ya. Jadi itu sahaja, Tuan Pengerusi.
Fasal 1 hingga 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
melepasi kadar yang diluluskan lembaga pengarah sebelum ini, iaitu pada kadar 2.5 kali di samping menanggung kos pinjaman yang lebih tinggi.
Walaupun sebelum ini pelupusan pelaburan sedia ada ataupun divestment adalah merupakan salah satu sumber kewangan untuk Khazanah, namun dalam keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar ini, ia tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Senator memang memberi maklumat yang tepat dan ini melibatkan RM10 bilion dan melabur di Iskandar Malaysia juga. Walaupun Yang Berhormat Sri Gading luar daripada Iskandar Malaysia tetapi akan mendapat manfaat. Kita hendak beli saham daripada GovCo Holdings Berhad dengan modal terkumpul itu, RM15 juta. Ini bukan main-main. Saya ada tujuh usul Menteri Kewangan di sini. Saya tidak akan mengambil masa yang begitu panjang kerana kita semua hendak kembali ke rumah.
Akan tetapi, walau bagaimanapun ini tidak bermakna pelaburan yang sebanyak RM10 bilion kita biarkan dengan begitu sahaja. Setakat itu saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah this GovCo Holdings Berhad? Ini kerana kita hendak tahulah kerana masalah ketelusan, masalah akauntabiliti, masalah yang mesti disampaikan kepada Dewan yang mulia ini kerana kita diminta untuk meluluskan walaupun di dalam Dewan sekarang tidak ramai.
Cuba bayangkan RM10 bilion, berapa orang? Segelintir sahaja di dalam, ramai lagi di luar yang tidak mengambil bahagian. Mujurlah Yang Berhormat Sri Gading itu dia ada mempunyai hati yang lebih baik untuk menjaga wang negara. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dengar cadangan tadi untuk membuat pelaburan sebanyak 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad yang bernilai RM1 satu.
Ini bermakna barangkali kita hendak membuat pelaburan pertama bernilai RM5 jutalah kalau ikut daripada cadangan ini. Cuma daripada usul ini menyebut bahawa syarikat GovCo Holdings Berhad ini adalah sebuah yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kalau mengikut semakan saya setakat 15 Januari 2009, tidak ada syarikat GovCo Holdings Berhad ini dalam senarai syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan) sebagaimana usul yang kita bawa ini. Kalau boleh saya secara ringkas – ada banyak sektor, ada 26 sektor syarikat yang diperbadankan di bawah sektor ekonomi, pengangkutan darat dan infrastruktur.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Kita ada 18 yang berada di bawah struktur infrastruktur udara dan laut. Ada 18 di bawah sektor teknologi infrastruktur pengangkutan darat dan juga sektor sosial menjadikan setakat ini kalau mengikut senarai yang terkini 95 syarikat yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan dan tidak terdapat nama syarikat GovCo Holdings sedangkan usul kita mengatakan syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan diperbadankan. Itu satu perkara yang perlukan penjelasan kenapa perkara ini tidak dimasukkan di bawah senarai syarikat-syarikat yang sebenarnya telah berada di bawah Kementerian Kewangan atau yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.
Sekiranya, tidak termasuk di dalam senarai ini yang saya dapatkan melalui www.treasury.gov.my yang kita boleh akses yang terkini. Tidak tahulah apa masalahnya tetapi itu yang ada yang saya dapat lihat.
Bagaimana kita hendak tahu kewujudan syarikat ini sekiranya tidak ada dalam senarai yang dikeluarkan oleh agensi yang sepatutnya yang mewujudkan satu rangkaian yang membenarkan atau menerangkan tentang GovCo ini.
Berkenaan dengan suntikan modal Tuan Yang di-Pertua, kita tahu setakat ini setakat anggaran belanjawan dulu telah diluluskan. Kita telah buat pelaburan-pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang dikatakan sebagai sudah diperbadankan. Saya cuma hendak petikkan beberapa yang agak expensive juga kalau kita lihat dari sudut suntikan ekuiti modal seperti contohnya kalau kita rujuk kepada Butiran 2900 yang lalu. Kita ada buat suntikan dalam penyataan ekuiti di dalam projek strategik bernilai RM90.5 juta. Kita ada di bawah perkara 21000 yang baru lepas, bantuan kewangan kepada Indah Water Consortium (IWK) sebanyak RM150 juta. Kita juga buat bayaran untuk sektor strategik yang diterangkan beberapa hari yang lalu sebanyak RM631.4...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Berapa banyak Yang Berhormat hendak tanya ini?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini berkenaan dengan cadangan untuk melabur atau membeli saham. Syarikat GovCo ini juga ialah salah satu daripada elemen baru yang dimasukkan untuk melengkapkan 95 syarikat yang telah diperbadankan.
Oleh itu saya hendak beri contoh dahulu daripada pelaburan- pelaburan yang lama yang dulu dibuat untuk justify sama ada patut atau tidak kita melabur dalam GovCo ini. Jikalau dicampurkan setakat yang ada sempat saya kumpulkan ini, keseluruhannya melebihi RM1 bilion Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, persoalannya sekarang ini adakah nilai pulangan yang munasabah daripada pelaburan yang kita buat atau suntikan-suntikan tersebut dan adakah pelaburan-pelaburan ini dianggap berbaloi untuk kita buat?
Kita lihat tidak banyak akses awam terhadap kedudukan kewangan syarikat. Sebagai contoh, Petronas tidak perlu mengemukakan laporannya kepada umum kecuali hanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Ini diberikan satu kedudukan yang khusus kepada kedudukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Ada banyak lagi kalau hendak diperincikan ada 95. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua tidak benarkan saya sebut satu persatu ada 95. Mungkin jadi ada 96 sekarang. Aspek yang saya hendak timbulkan di sini ialah bagaimanakah persepsi atau kedudukan ini boleh menghalang kita semua menganggap gejala penyalahgunaan kuasa dan kewangan dan juga gejala rasuah dapat kita hapuskan. Ini menjadi satu penekanan di bawah NKRA yang kita sama-sama telah berhajat untuk kita tanggung dan kita laksanakan dalam
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
masa yang terdekat ini. Kerugian-kerugian yang sepatutnya kita sebut syarikat- syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang diperbadankan ada banyak.
Jikalau hendak sebut – saya rasa Tuan Yang di-Pertua boleh bersetuju dengan saya, tetapi kita tidak boleh tolak atau tidak boleh letak satu prasangka yang tipis terhadap kedudukan Prasarana Negara yang menanggung kerugian yang begitu besar. Laporan Audit Negara ini menyatakan ini dengan terang angka RM7.1 bilion semalam baru disebut yang semasa kita membincangkan satu rang undang-undang semalam memang menyebut.
Perkara ini memang tidak ada setakat ini diberikan penjelasan yang baik apatah lagi kalau kita lihat kerugian-kerugian bersih selepas cukai kalau hendak kita tengok berturutan tiga tahun, empat tahun berturut-turut. Kerugian setiap tahun hampir atau melebihi mencecah RM150 juta ke atas. Ini memang ada dalam laporan, saya ada bawa laporan-laporan audit ini yang menunjukkan kerugian bersih selepas cukai. Perkara ini juga dibimbangkan akan berlaku ataupun terjadi tragedi yang sama terhadap syarikat GovCo yang hendak kita luluskan ini.
Oleh sebab itu saya harap ada satu pendekatan yang baru ataupun barangkali penerangan yang baru daripada pihak Yang Berhormat Menteri sekurang-kurangnya kalau tidak menyentuh tentang 95 syarikat yang tersedia ada.
Apakah strategi GovCo ini selain menjadi SPV untuk menjamin bahawa pelaburan yang hendak dibawa kepada nilai RM1 satu saham kepada RM5 juta pertama ini menjadi mercu tanda ataupun menjadi tanda (marking) kepada kita untuk mengatakan 95 syarikat yang diperbadankan ini akan benar- benar menghasilkan satu kedudukan kewangan yang kukuh kepada pihak kerajaan. Terima kasih.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Jasin, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kita ada tujuh lagi Yang Berhormat.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Saya ringkaskan sahaja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang diperbadankan akan membuat pelaburan kepada sebuah syarikat yang juga milik Kementerian Kewangan sebagai sebuah syarikat SPV.
Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk mempelawa mana-mana syarikat-syarikat yang lain ataupun rakyat bagi sama-sama mengambil bahagian dalam usaha kita untuk mengambil bahagian dalam perniagaan ICT, telekomunikasi dan juga pelancongan?
Kedua, kerajaan pada ketika ini mempunyai banyak pegangan dalam GLC-GLC. Adakah kerajaan bercadang untuk menjualkan sebahagian kerana banyak daripada pengurus dana asing memang menyatakan kesediaan mereka dalam usaha kita untuk menarik mereka supaya datang melabur di negara kita? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Indera
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Mahkota, Yang Berhormat Jasin kerana memberi pandangan yang begitu bernas pada malam ini. Saya hanya ingin menumpukan kepada soal-soal yang lebih menjurus kepada usul ini. Banyak perkara lain dan kalau kita bincang mungkin akan makan masa yang lama.
Yang Berhormat Kepong, pertamanya apakah dia GovCo ini? Ini soalan yang baik kerana bagi kerajaan untuk mengambil saham sebanyak RM5 juta. Sebenarnya bukan RM15 juta Yang Berhormat. RM10 juta modal dibenarkan, modal berbayar RM5 juta. Maknanya, RM5 juta ini adalah sebahagian daripada RM10 juta itu. Ia tidak mengatakan RM5 juta campur RM10 juta, tidak. RM5 juta sebahagian daripada RM10.
Jadi, sebenarnya GovCo ini mempunyai matlamat yang begitu khusus dan begitu spesifik. Kerajaan telah mengumumkan dan telah pun memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini melalui pakej rangsangan iaitu RM10 bilion akan diperuntukkan di dalam Khazanah dan duit RM10 bilion itu belum lagi diberikan oleh kerajaan kepada Khazanah. Kerajaan pun kena cari sumber kewangan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Jadi kalau minta Khazanah yang membeli ataupun meminjam wang sejumlah RM10 bilion ini melalui pengeluaran sukuk, maka ini akan menyebabkan penarafan terhadap sukuk Khazanah ini kurang baik.
Bermakna, kos pinjamannya akan tinggi. Pada masa yang sama, kerajaan tidak ada RM10 bilion hendak bagi kepada Khazanah. Kalau kerajaan pinjam, bermakna kos kepada kerajaan juga ataupun pinjaman kerajaan juga akan tinggi.
Jadi kita cari satu SPV (Special Purpose Vehicle) yang membuat pinjaman ini dan ambil duit RM10 bilion ini bagi kepada Khazanah. Itu sahaja, senang. Akan tetapi, SPV ini mesti dimiliki oleh kerajaan. Kalau tidak, siapa hendak beli bon yang dikeluarkan oleh SPV ini? So, mestilah dimiliki oleh kerajaan. Jadi sebab itulah, kerajaan ambil RM5 juta saham dalam GovCo.
GovCo ini Yang Berhormat Indera Mahkota memang syarikat ini belum diperbadankan lagi. Adalah nama ini kita sudah reserve, tetapi belum wujud lagi ini sebab kita hendak dapat kelulusan Dewan ini supaya kerajaan dapat membayar saham RM5 juta ini. Jadi oleh sebab itu dia tidak ada senarai.
Apabila sudah diluluskan..
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Betul atau tidak usul kita mengatakan yang dimiliki oleh Menteri Kewangan?
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Ialah, yang akan dimilikilah. Yang dimilikilah...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Usul ini tidak kata akan dimiliki, yang dimiliki.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Ialah. Benda ini sudah ada, syarikat ini sudah ada cuma belum diperbadankan. Tidak payahlah hendak ini sangat.
Equable about ini. Ini bukannya usul tadi itu. Itu lain.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Ketawa]
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Sebab itu dia tidak ada dalam senarai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat..
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Selepas ini dia masuk senarailah Yang Berhormat. Tidak payahlah kita hendak buat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini escrow dalam undang-undang, kita tahu perkara macam ini.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Ialah. Maksudnya kita, ini akan diperbadankan bila diluluskan ini kita kiralah. Jadi syarikat ini kita kira syarikat kerajaanlah, milik kerajaan dengan syarat diluluskan. Kalau tidak lulus, tidak payahlah. Kita tidak payah, kita tidak masuk duit lagi RM5 juta ini, tidak akan merugikan kita. Jadi soal hendak masuk perkataan itu, saya rasa kita tidak payah timbulkan sangatlah, ya. Jadi, itu jelas. Bermakna mengapa ia tidak ada dalam senarai itu dan apakah ia akan rugi, tidak timbul kerana ia tidak akan melibatkan di dalam perniagaan ini. Cuma dia hendak pinjam duit hendak tolong bagi dekat Khazanah sahaja.
Jadi, kalau kita hendak suruh Khazanah pinjam, dia susah. Keadaan sekarang ini susah sikit, sebab dia punya gearing itu tinggi. Jadi dia tidak akan melibatkan dalam perniagaan lain-lain yang boleh membimbangkan Yang Berhormat, untungkah, rugikah, tidak. Cuma itu sahaja. Jadi tentang Yang Berhormat Jasin, apakah kerajaan boleh menjual setengah-setengah?
Memanglah itu seumpamanya yang Khazanah ini pun, yang Pos Malaysia ini sebahagian daripada... Apabila masanya sudah sampai, sesetengah pegangan kerajaan melalui Khazanah, melalui MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan), bila dirasakan sudah sampai masanya, maka kita akan membuat sedemikian.
Tentang untuk bekerjasama, Khazanah ini akan melaburkan duit ini.
Sebenarnya sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi. Jadi, duit itu kita tidak bagi lagi. Dia sudah buat sesetengah pelaburan menggunakan modal dalamannya. Jadi, is not fair lah kalau kerajaan sudah memberi mandat RM10 bilion, maka kita kena cari duit ini. Jadi itu sahaja, saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 12 hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
dalam bentuk pinjaman yang diberikan kepada industri-industri berasaskan kayu dan getah, tekstil, kejuruteraan dan minyak sawit.
Jumlah keseluruhan peruntukan Kumpulan Wang ini ialah sebanyak RM200 juta. Kumpulan Wang ini ditadbir oleh Bank Negara Malaysia dan dilaksanakan oleh Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF), Bank Industri Malaysia Berhad dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Penyusunan Semula Industri telah ditubuhkan bagi menetapkan dasar dan syarat-syarat kelayakan serta prosedur pinjaman yang telah diberi di bawah Kumpulan Wang ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Kumpulan Wang ini telah diberhentikan pada tahun 1999 berikutan kurangnya sambutan dari pihak industri.
Setakat 17 Julai 1999, sebanyak 25 permohonan pinjaman berjumlah RM94,956,580.20 sen telah diluluskan di bawah Kumpulan Wang ini bersamaan dengan 47% daripada peruntukan Kumpulan Wang tersebut yang berjumlah RM200 juta. Memandangkan penggunaan Kumpulan Wang ini yang agak perlahan sejak ia dilancarkan pada tahun 1991, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah membuat keputusan agar Kumpulan Wang ini ditutup berkuat kuasa pada 30 Julai 1999. Dengan penutupan Kumpulan Wang ini, institusi- institusi kewangan yang terlibat dalam melaksanakan Kumpulan Wang ini tidak lagi menerima permohonan baru mulai 4 Ogos 1999.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga telah dimaklumkan oleh Bank Negara Malaysia bahawa Kumpulan Wang ini sudah tidak aktif sejak tahun 2005 memandangkan semua pinjaman yang diberikan dapat dipungut semula mengikut perenggan 17, Surat Ikatan Amanah bagi Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri bertarikh 29 Mei 2001.
Kumpulan Wang ini hendaklah ditutup apabila tidak diperlukan lagi dan apa- apa baki kredit hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan.
Jumlah yang ada sekarang melebihi RM200 juta sebab sudah putih semua dan kadar faedah dan sebagainya. Justeru itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 September 2009 telah bersetuju dengan cadangan penutupan Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri dan baki akaun semasa penutupan untuk dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran iaitu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah terbuka untuk dibahas.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini sudah ditutup Yang Berhormat, apa lagi hendak ditanya?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini sebelum tutup ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Hendak ditutup. Sila Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, ini tidak ada kena- mengena hendak tutup, kalau tidak hendak tutup dan sebagainya kerana ini melibatkan lebih RM200 juta. Kita ada Kumpulan Wang yang tidak disambut oleh para operator industry, tidak disambut. Kita hendak tahu. Kita memperuntukkan RM200 juta walaupun dikatakan sudah dipungut balik, tetapi saya hairan juga kerana permohonan itu yang terakhir 1999, 25 permohonan untuk lebih RM94 juta. Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi sudah dipungut balik. Jadi tidak sampai dua tahun, sudah dapat balik. Apa jenis pinjaman macam itu?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Biasanya pinjaman ini soft loan dengan faedahnya yang rendah. Tuan Yang di-Pertua, ini kaedah kewangan, kita tidak boleh kata kalau dia hendak berhentikan, kita tidak mahu berbahas. Jadi kita mesti faham, tidak serupa dengan perundangan, peguam dan sebagainya, tidak serupa. Ini kewangan, melibatkan sistem untuk memastikan orang ramai dilindungi, dipelihara.
Ini memang salah satu peraturan-peraturan untuk memperlindungkan orang ramai, terutamanya pembayar cukai. Perkara ini memang penting, kita hendak tahu mengapa Kumpulan Wang ini gagal? Kerana kita sudah memperuntukkan RM200 juta dan Kumpulan Wang ini gagal. Kita hendak tahu sebab kenapa dia gagal? Bukan kerana hendak berhentikan atau mansuh dan sebagainya. Soal itu tidak timbul. Soal financial product. Yang Berhormat Senator pun faham. Saya berharap kita dapat tahu kenapa ianya gagal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita tutup Kumpulan Wang ini. Saya hendak tanya selain daripada 48 Kumpulan Wang Amanah yang ada, di uruskan atau ditadbir oleh Kementerian Kewangan atau kerajaan Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Yang Berhormat, jangan terkeluar daripada tajuk, Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ya, saya sebut akaun yang hendak tutup ini sebenarnya salah satu daripada 48 akaun-akaun amanah yang kita tadbir, betul ya? Jadi kita hendak buat keputusan untuk menutup salah satu daripada 48. Ada banyak akaun amanah yang lain, yang sebenarnya berkedudukan negatif. Sebagai contoh, Tabung Kumpulan Wang Amanah Pustaka Peringatan P. Ramlee, negatif. Kita ada Kumpulan Wang Perpustakaan, beberapa ringgit sahaja yang tinggal.
Kumpulan Wang Luar Jangka memang setiap kali ini, kita minta yang baru. Kumpulan Wang Jabatan Perkhidmatan Pos juga kedudukannya negatif.
Kenapa kita tidak tutup? Kenapa kita hendak tutup atau cadangkan untuk tutup tabung amanah yang pada saya pelarasan industri ini satu perkara yang ditekankan juga di bawah GTP. Kita hendak kalau boleh, perindustrian ataupun pembangunan semula industri kita terutama di peringkat SME.
Saya hendak ambil sedikit hujah ini sebab ini dinyatakan banyak kali, rungutan yang diberi. Salah satunya Tuan Yang di-Pertua, diberitahu oleh President Malay Chamber of Commerce. Katanya daripada 500,000 syarikat SME yang banyak bernaung atau mendapat faedah daripada tabung ini.
Hanya 3% sahaja yang mendapat faedah. Jadi adakah kita hendak tutup akaun ini kerana masalah kita tidak dapat membangunkan SME yang
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
sepatutnya mendapat faedah daripada Kumpulan Wang Tabung Amanah Pelarasan Industri ini.
Kalau itu tujuannya sekarang, saya lihat ada percanggahan yang cukup besar kerana kita tidak mahu SME kita, yang terutamanya diceburi atau dianggotai oleh ramai usahawan-usahawan Bumiputera. Kalau didengar kita hendak tutup ataupun kita cadangkan untuk tutup Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri ini, tidakkah rasa demotion kepada mereka ini? Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi terima kasihlah kepada dua Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong dan Indera Mahkota. Isu-isu yang ditimbulkan adalah agak serupa dan berhubungan. Ia macam ini Yang Berhormat, pertamanya tabung ini sudah dilaksanakan sejak tahun 1991 kalau tidak silap saya. Setakat tahun 1999, 25 permohonan pinjaman berjumlah RM94 juta telah diluluskan. Ini adalah Tabung Pelarasan Industri, maknanya ia macam penstrukturan semula syarikat-syarikat tersebut supaya lebih berdaya maju.
Jadi yang perlu menyusun semula ini dapat akses. Ia ada masalah sikit Yang Berhormat, kerana penyusunan semula ini mesti melibatkan percantuman, merger, accusation. adi kadang-kadang walaupun syarikat dia ini kurang berdaya maju, dia tidak mahu bergabung dengan syarikat lain kerana dia akan hilang control dia. Kita merasakan ini suatu yang baik supaya win-win jadi lebih besar, lebih mantap, lebih berdaya maju. Ini penyusunan semula bukan hendak bagi pinjaman sembarangan.
Tabung ini bukan hendak bagi pinjaman SME atau hendak buat business, tidak! Hanya kalau syarikat-syarikat ini mahu menyusun semula, pelarasan, specific purpose. Sebab itu akhirnya sambutannya nampak tidak begitu memuaskan. Jadi sebab itu tahun 1999, pinjaman pun kita tidak beri sampai 20 tahun Yang Berhormat. Industri ini kita dah beri enam tahun sudah, daripada tahun 1999 sehingga 2005 dia dah bayar balik. Tidak ada masalah.
Bukannya kita bagi setahun dan kutip balik pada tahun depan, tidak. Kita beri sampai lima enam tahun.
Jadi dia dah bayar balik dan nampak tidak ada demand sangat.
Nampak tidak ada demand, sebab itulah maka kerajaan mengambil keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan tabung ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sebab apa tidak ada demand?
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Nanti sekejap. Pada masa yang sama, ada tabung-tabung lain yang telah dibentuk selepas ini, apabila diberhentikan tabung ini yang lebih mendapat permintaan. Contohnya, soft loan, scheme for automation and modernization. Ini pun sama juga syarikat yang dia ingin membuat automasi dan juga pemodenan. Ia juga ada, Scheme Automative Development Fund yang berhubung dengan automatif. Ini pun adalah untuk mencapai matlamat yang serupa.
Jadi sebab itu dirasakan bahawa penutupan ini tidak ada masalah, yang lain-lain kita – jadi kalau rasa tidak perlu buat apa kita hendak simpan?
Yang tidak perlu kita tutuplah, yang perlu kita tambah lagi, itu sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 13 disahkan hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
Bagi memastikan kebajikan anak-anak dan isteri yang berhak ke atas nafkah tersebut tidak diabaikan selepas perintah dikeluarkan, satu pendahuluan daripada Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga akan dikeluarkan bagi membuat pembayaran nafkah anak dan isteri selama enam bulan sementara kes berkenaan dikendalikan untuk tujuan penguatkuasaan perintah. Bayaran pendahuluan nafkah termasuk kos pelaksanaan penguatkuasaan perintah yang telah dibayar akan dikutip semula daripada bapa atau suami setelah perintah penguatkuasaan perintah diperolehi daripada Mahkamah Syariah dan kutipan tersebut akan dimasukkan semula ke dalam Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga ini.
Dengan adanya Kumpulan Wang Amanah ini, ia akan memberikan kemudahan kepada golongan yang lemah iaitu kanak-kanak yang ditinggalkan bapa dan isteri-isteri yang ditinggalkan suami untuk mendapatkan bantuan kewangan sementara menunggu pelaksanaan perintah nafkah.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Jadual kedua akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru iaitu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang terbuka untuk dibahas.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, saya memang mengambil bahagian kerana bagi saya ini terpenting. Ini kerana kita mesti adakan sistem kewangan yang lebih ketat dan Dewan ini menjadi pengawal selia yang utama. Walaupun kita suntuk masa, semua lapar hendak balik, itu lain kira. Kita hendak menuju kepada high productivity negara. Penelitian sekarang – Bukan kurang lebih atau lebih kurang kita hendak kebudayaan penelitian. Ketelitian ini memang kita mesti bermula dengan kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya memang setuju kerana di dalam hal penceraian dan masalah keluarga ini, yang terpenting sekali iaitu kanak-kanak, anak-beranak. Ini kerana pada kebiasaannyalah, sama ada suami atau isteri yang menghadapi masalah keluarganya, dia tidak mementingkan anak- beranak. Ini memang satu gejala yang tidak baik. Selain daripada pendidikan yang lebih baik untuk keluarga, kita mesti adakan tabung seumpama ini untuk membantu suami atau isteri – kadang kala bukan isteri sahaja ada yang menghadapi masalah. Ada masalah isteri yang lari tinggalkan suami yang menjaga kanak-kanak, itu pun berlaku.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Benda baik, sokong sahajalah.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sokong pun kita mesti bagi alasan untuk menyokong. Macam mana hendak sokong macam itu sahaja. Yang Berhormat Sri Gading, kita menguruskan kewangan, hal kewangan ini financial prudent ini yang utama. Hal kanak-kanak, hal keluarga itu kebajikan kanak- kanak yang utama. Yang Berhormat Sri Gading memang menghadapi masalah penceraian dan masalah keluarga di kawasannya. Siapa yang menjaga kebajikan kanak-kanak? Ini Mahkamah Syariah ia buat perintah tetapi tidak dipatuhi. Itu memang sering kali tidak dipatuhi. Kita adakan satu tabung seumpama ini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Kepong sedar tidak kunci kepada kebahagiaan rumah tangga ialah keras dan beras? [Ketawa] Itu saya tanya. [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya sini Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itu cadangan daripada Yang Berhormat Sri Gading memang dia ada fikiran sendiri tetapi keras itu saya ingat tidak payahlah. [Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Maknanya sihat badan, kuat. Kuat itu keras. [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Macam mana kuat pun kalau ada perceraian, kanak-kanak tidak dipelihara. Nafkah tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau tidak ada orang lepas ini saya akan hadkan masa Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itu memang saya sudah hadkan masa sendiri. [Ketawa] Kalau kita hendak bincang mengenai Kumpulan Wang ini mengenai kebajikan kanak-kanak dan nafkah keluarga, memang mengambil berjam-jam. Ini saya pendekkan kepada berapa minit sahaja. Itu pun mengambil kira kasihan kepada semua orang, termasuk saya sendiri. Di sinilah kita mesti adakan. Ini satu langkah yang saya setuju dan kita mesti memperkuatkan langkah-langkah yang seumpama ini untuk menjaga kebajikan kanak-kanak ketika permasalahan keluarga berlaku. Saya berharap kita dapat sedikit sebanyak membantu masyarakat kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Saya cuma menerima...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak ada, Yang Berhormat Menteri sudah sebut apa yang Yang Berhormat Kepong sebut itu sebenarnya. Dia tidak ada benda lain hendak cakap.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Okey tidak ada, terima kasih. Saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 14 disahkan hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’.” Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, Dewan Rakyat boleh dari semasa ke semasa dengan satu ketetapan meminda, memotong atau menambah kepada Jadual Kedua tersebut. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 November 2009 telah menimbang memorandum daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan bersetuju supaya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menubuhkan Tabung Inovasi Negara bagi memantapkan pengurusan dana penyelidikan pembangunan dan pengkomersialan ke arah mewujudkan masyarakat berilmu,
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
K-based society bagi memacukan ekonomi berasaskan inovasi, innovation economy dengan izin.
Penubuhan Tabung Inovasi Negara akan membolehkan pembangunan sistem pengurusan dana yang lebih efektif supaya aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dapat dilaksanakan dengan baik. Ini secara langsung dapat memberi impak yang tinggi kepada aktiviti pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan. Peningkatan dalam sistem pengurusan dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ini secara efektif akan dapat memaksimumkan sumbangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam mempercepatkan pembangunan sosio ekonomi dan teknologi negara.
Melalui tabung ini juga hasil royalti projek penyelidikan yang dikomersialkan boleh digunakan bagi membiayai semula penyelidikan baru.
Tabung ini akan dikreditkan daripada sumber-sumber berikut:-
(i) Peruntukan pembangunan berdasarkan kepada Rancangan Malaysia Lima Tahun;
(ii) terimaan daripada baki peruntukan projek-projek yang telah diluluskan;
(iii) terimaan daripada baki peruntukan projek-projek yang telah siap atau ditamatkan;
(iv) geran hadiah pemberian atau sumbangan daripada orang perseorangan, badan-badan kerajaan, pertubuhan atau organisasi swasta peringkat tempatan atau antarabangsa; dan
(v) Faedah daripada simpanan tetap yang ditadbirkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan terimaan daripada hasil rekaan harta intelek dan penyelidikan yang dikomersialkan.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di-Pertua, penubuhan tabung ini akan memberi kesan positif secara langsung kepada sektor industri yang membawa kepada peningkatan dalam penyelidikan yang berfokuskan pengkomersialan. Tabung ini akan dapat menyelesaikan beberapa masalah koordinasi antara pemberi dana dan penerima dana. Perwujudan tabung ini juga akan menyediakan peruntukan yang sentiasa mencukupi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Ini akan menjamin kesinambungan aktiviti penyelidikan dan dapat merangsang dan menggalakkan pengkomersialan R&D yang dihasilkan oleh pihak universiti atau institusi penyelidikan. Pendapatan daripada pengkomersialan harta intelek ini boleh digunakan untuk membiayai penyelidikan-penyelidikan baru dan mengurangkan kebergantungan kewangan oleh universiti dan institusi penyelidikan ke atas geran-geran kerajaan.
Peningkatan aktiviti pengkomersialan akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara di mana kerajaan secara tidak langsung akan memperoleh pendapatan melalui percukaian yang boleh digunakan semula untuk membiayai projek R&D yang baru. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Jadual Kedua akta tersebut dipinda dengan
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
menambah kepadanya butiran baru iaitu Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kepong.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, saya pun berharap pendidikan diperlukan untuk semua orang. Saya juga berharap Tuan Yang di-Pertua pun insaf, sedar bahawa perbahasan ini memang penting walaupun saya mengambil beberapa minit sahaja sebab Tuan Yang di-Pertua, kita hendak adakan Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara. Ini kerana kalau negara hendak mencapai tahap yang tinggi atau high productivity dan sebagainya kita perlukan inovasi.
Saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah saiz kumpulan wang ini yang diunjurkan? Mesti ada satu tabung mungkin RM1 bilion dan sebagainya, sebagai satu saiz. Adakah ini bermakna kita akan adakan satu jabatan khas ataupun di bawah Kementerian Sains dan Teknologi dengan satu jabatan khas untuk mengendalikan kumpulan wang seumpama ini? Ini kerana apa yang disebutkan Yang Berhormat tadi sumbangan dari pelbagai pihak termasuk swasta. Ini bermakna kegiatan itu banyak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Jawapan bertulis.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Padang Rengas ini memang dia peguam. Peguam itu hanya melaksanakan hendak memahami undang-undang sahaja. Akan tetapi dari segi kewangan itu kurang.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kepong, jomlah balik.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang kurang. Kita mesti adakan...
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kepong, jomlah balik.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Pengurusan industri kewangan yang lebih cekap, lebih efisien dan salah satunya ialah pengendalian kumpulan wang yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan dengan lebih baik.
Seorang Ahli
Malam Jumaat…
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itulah dan Tuan Yang di-Pertua ya saya nampak memang dia sedar begitu penting kita adakan perbincangan sebagai pengawal selia yang utama di dalam Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang tidak berucap pun Yang Berhormat consider this bill penting juga.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, memang. Mengikut ini memang kena mengena dengan inovasi negara. Inovasi negara kalau kita hendak bincang berjam-jam Yang Berhormat. Berjam-jam bukan berapa minit sahaja.
Walaupun ada orang yang tidak berminat tidak apalah.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itulah Hulu Selangor. Hulu Selangor itu Yang Berhormat Padang Rengas.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Hari sudah hujanlah Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Bachok memang insaf, memang faham kepentingan mustahaknya kita menguruskan semua ini dengan baik. Orang kata begitulah bukan? Jadi saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, bukan sahaja saiz kumpulan wang amanah itu dan jenis inovasi yang kita unjurkan. Di sini kita hanya mempunyai sepuluh tahun atau tidak sampai sepuluh tahun untuk mencapai tahap.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Malam Jumaat. Saya tahu dan saya pun hendak balik juga. Lapar juga tetapi ada dua lagi.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Isteri sudah tunggu Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dua lagi, berapa minit? Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjawab beberapa perkara termasuk jenis-jenis inovasi yang kita harap diadakan melalui kumpulan wang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Dari segi jumlah saiznya, tabung ini akan menerima peruntukan dari kerajaan untuk Rancangan Malaysia lima tahun bermakna kalau Rancangan Malaysia Kesembilan contohnya yang telah diperuntukkan ialah sebanyak RM2.9 bilion dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dijangka lebih tinggilah barangkali RM4.0 bilion. Ini yang diminta ya.
Di bawah tabung ini akan ada 16 dana. Di antara dananya ialah ScienceFund, ini untuk universiti, TechnoFund, InnoFund, R&D Initiative dan macam-macam lagi. Ada 16 lagi. Soalan Yang Berhormat macam mana ianya akan ditadbirkan? Tabung ini akan ditadbirkan oleh satu jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Ahli jawatankuasa akan dilantik daripada wakil Perbendaharaan, wakil Kementerian Pengajian Tinggi, wakil Unit Perancangan Ekonomi dan yang mana lagi yang dikira perlu oleh Menteri.
Pada masa yang sama ada pula Jawatankuasa Penilaian Projek untuk dia minta research grant dan sebagainya. Akan ada Jawatankuasa Penilaian Projek yang mengandungi wakil-wakil dari universiti, institusi penyelidikan dan juga dari pihak industri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 15 disahkan hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
Antara program yang dikenal pasti dan boleh dilaksanakan adalah pinjaman mudah untuk dijadikan modal kerja kepada usahawan bumiputera yang berminat menceburi bidang di dalam subsektor automotif yang lain atau bidang selain sektor automotif dan matching grant untuk latihan bagi pekerja- pekerja yang baru menceburi bidang automotif.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Jadual Kedua akta tersebut dipinda dengan menambah padanya butiran baru iaitu Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera, Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang terbuka untuk dibahas.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong, selepas itu Menteri menjawab.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Kepong bagi laluan kepada Yang Berhormat Bakrilah pula.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bakri minta laluan Yang Berhormat Kepong. [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, ini satu Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera ini memang satu kumpulan wang yang agak besar. Bukan main besar untuk fi sahaja daripada setiap AP itu RM10,000. Dengan sedemikian apakah unjuran saiz, itu memang penting Yang Berhormat.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bakri minta laluan, Yang Berhormat Bakri.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Di sini kerana industri automotif ini memang besar dan semakin hari semakin rumit kerana persaingan itu sangat dahsyat dengan sedemikian, saya berharap semua wang ini akan diuruskan dengan baik kerana disebutkan ada satu pelan.
Ada pelan induk untuk industri ini membantu bumiputera. Saya bangkitkan hal ini kerana saya nampak, industri automotif hiliran kadang-kala kita nampak yang membekalkan produk-produk kepada Proton misalnya, kadang-kadang menghadapi masalah-masalah kualiti dan sebagainya.
Memang menghadapi masalah. Walaupun kita hendak adakan kumpulan wang amanah, kita mesti menjaga enterprise-enterprise ini, kilang-kilang ini mempunyai tahap pengurusan yang baik supaya dia keluarkan produk-produk hasil yang bermutu. Harga itu berpatutan. Saya tidak mahu melihat dia keluarkan hasil yang tidak begitu tinggi mutu dan harga itu mahal. Macam mana kita boleh bersaing dengan orang lain? Yang Berhormat Sri Gading ini memang satu perkara yang mesti kita ambil perhatian. Kebanyakan industri hiliran Yang Berhormat Senator mesti kita kaji. Kebanyakan tidak mengeluarkan hasil yang bermutu dan harga itu mahal. Tidak boleh diterima macam ini. Saya berharap kelulusan kumpulan wang seumpama ini kita dapat meningkatkan pengurusan, meningkatkan mutu,meningkatkan harga yang lebih berpatutan untuk industri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Kita mengucapkan terima kasih.
Jumlah saiz yang dijangka ialah sebanyak 262.5 juta. Ini berdasarkan dengan jumlah AP terbuka yang dikeluarkan dan 10,000 untuk satu. Kita tujuannya sebenarnya ialah oleh kerana AP ini akan diberhentikan tahun 2015. Jadi apa yang akan- AP terbukalah. Jadi pengusaha-pengusaha yang sedang berada di dalam industri ini perlu dibantu. Ini adalah cara yang baik iaitu kutipan fi daripada AP yang dikeluarkan sekarang digunakan untuk membantu mereka.
Jadi tidak melibatkan peruntukan daripada kerajaan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 16 disahkan hendaklah disetujukan.
Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.
(viii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Di Bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara Negeri-Negeri Anggota ASEAN dengan Republik India) 2009 - P.U.(A) 492/2009 bertarikh 31 Disember
**(ix) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2010 - P.U.(A) 93 bertarikh 1 April 2010
(x) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2010 - P.U.(A) 94 bertarikh 1 April**
Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ini yang kedua terakhir. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh seksyen 11, subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bilangan ST.23, ST, 24, ST.25, ST.26, ST.27, ST.28, ST.29, ST.30, ST.32 dan ST.33 tahun 2010 disahkan”.
(i) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.6) 2009 - P.U.(A) 487 bertarikh 31 Ogos 2009.
Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Perintah ini bertujuan untuk mengurangkan kadar duti import daripada 10% kepada 5% mulai 1 Januari 2010 ke atas produk besi keluli yang lebih dikenali sebagai produk panjang (long product) seperti bar keluli, sections dan produk dawai yang digunakan terutamanya dalam sektor pembinaan.
Pindaan di atas di ambil bagi mengkaji semula duti import produk besi keluli terutamanya yang telah diberikan perlindungan dalam tempoh yang panjang. Langkah di atas juga membolehkan industri tempatan menikmati kos pengeluaran produk yang lebih rendah bagi mengekalkan daya saing.
**(ii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-NegeriASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan)
(No.7) 2009- P.U.(A) 488 bertarikh 31 Disember 2009** Perintah ini merupakan pindaan susulan (consequential) kepada Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.6) 2009 tersebut di atas.
Pindaan ini perlu bagi memastikan produk besi keluli tersebut yang diimport daripada negara-negara ASEAN dikenakan kadar duti import yang sama.
(iii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang di bawah Program “Early Harvest” dan Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China) (Pindaan) (No.2) 2009 - P.U.(A) 476/2009 bertarikh 31 Disember 2009. Perintah ini diwartakan bagi memenuhi komitmen Malaysia mengemaskini 15 baris tarif barangan dalam Senarai Sensitif di bawah Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara Asean dan China, dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010. Antara barang yang terlibat adalah electric cables, reception apparatus for television, bleached woven fabrics of cotton, men’s shirts and footwear.
**(iv) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan)
(No.6) 2009 - P.U.(A) 472/2009 bertarikh 30 Disember**
Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Perintah ini diwartakan bagi memenuhi komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) untuk memansuhkan dan mengurangkan duti import ke atas barang dagangan intra-Asean, berkuat kuasa 1 Januari 2010. Perintah ini melibatkan pindaan seperti berikut:
(a) pemansuhan duti import ke atas 1,943 baki barangan di bawah Senarai Umum;
(b) pengurangan duti kepada 5% ke atas 54 baris tarif di bawah Senarai Sensitif; dan
(c) pengurangan duti kepada 20% ke atas 12 baris tarif di bawah Senarai Amat Sensitif.
Dengan ini, sebanyak 12,168 baris tarif barangan yang didagangkan secara intra-Asean oleh Malaysia telah dimansuhkan kadar dutinya, manakala 66 baris tarif lagi dikurangkan duti import kepada 5% dan 20% masing-masing.
(v) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.5) 2009 P.U. (A) 467/2009 bertarikh 24 Disember 2009 Perintah ini merupakan pindaan susulan (consequential) untuk menyeragamkan unit ukuran bagi produk rokok iaitu (cigarettes containing tobacco dan cigarettes containing substitutes) dengan izin di bawah Perintah
Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
bagi barangan berasal dari negara bukan Asean supaya sama dengan unit ukuran ‘per kilogram’ di bawah Perintah bagi barangan berasal dari negara- negara Asean.
Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
(vi) Perintah Duti Kastam (Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara ASEAN- Australia-New Zealand) 2009 - P.U.(A) 484/2009 bertarikh 31 Disember 2009 Perintah ini bertujuan untuk melaksanakan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara ASEAN- Australia-New Zealand (AANZFTA) yang telah ditandatangani pada 27 Februari 2009 dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010. Pelaksanaan AANZFTA akan merealisasikan peningkatan perdagangan bagi barangan dan perkhidmatan di antara negara-negara pejanji AANZFTA, di mana modaliti penghapusan dan pengurangan duti import secara progresif di bawah Perjanjian ini melibatkan penghapusan duti ke atas 96% barangan dan pengurangan duti ke atas 3% barangan daripada kesemua jumlah baris tarif.
(vii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.8) 2009 - P.U.(A) 489/2009 bertarikh 31 Disember 2009 Perintah ini bertujuan untuk melaksanakan komitmen Malaysia di bawah perjanjian AFTA bagi melaksanakan Product Specific Rules (PSR) yang lebih komprehensif selaras dengan perkembangan semasa. Dengan ini, beberapa baris tarif barangan antaranya produk tekstil, produk kimia, komponen elektronik dan kelengkapan fotografi dikenakan syarat tempasal yang lebih fleksibel untuk layak menikmati Tarif Keutamaan Sama Rata
(CEPT) ASEAN. Perintah ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.
(viii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Di Bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara Negeri-Negeri Anggota ASEAN dengan Republik India) 2009 - P.U.(A) 492/2009 bertarikh 31 Disember 2009 Perintah ini bertujuan untuk melaksanakan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara Negeri-negeri Anggota ASEAN dengan Republik India yang telah ditandatangani pada 13 Ogos 2009. Perjanjian ini melibatkan penghapusan duti import ke atas 80% baris tarif secara beransur-ansur mengikut modaliti yang ditentukan bermula pada 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2016. Antara barangan yang terlibat adalah plastics, rubber, textiles, yarns dan preparations of flour products.
(ix) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2010 - P.U.(A) 93 bertarikh 1 April 2010 Perintah ini bertujuan untuk memansuhkan duti import ke atas golf cars and golf buggies mulai 1 April 2010. Keputusan ini diambil untuk menambah baik kualiti kemudahan yang disediakan di padang golf tempatan untuk menggalakkan lagi kemajuan industri sukan golf di samping mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan berkaitan sukan golf di Malaysia.
(x) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama
Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Rata) (Pindaan) 2010 - P.U.(A) 94 bertarikh 1 April
Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Perintah ini merupakan pindaan susulan (consequential) kepada Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2010 yang tersebut di atas. Pindaan ini perlu untuk memastikan duti import bagi golf cars and golf buggies tersebut yang diimport daripada negara-negara ASEAN juga dimansuhkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Siapa menyokong?
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya faham kertas-kertas statut yang dibentangkan tadi atas tujuan untuk meminda beberapa perkara. Banyak perkara yang disebutkan tadi itu.
Laju pula itu Yang Berhormat Timbalan Menteri baca. Akan tetapi saya ada buat sedikit catatan di sini.
Walaupun tujuan kita ini untuk membawa perubahan kepada beberapa perkara yang disebutkan tadi, kita ada tiga perkara utamalah iaitu AFTA, AANZFTA (ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Area), ASEAN-India Trade Good Agreement. Ketiga-tiga ini memang menjadi fokus utama dalam pindaan ini. Saya hendak tanya apabila ketiga-tiga ini telah buat atau kita cadangkan, kita maklumkan sekarang. Memang ia akan merujuk kepada proses liberalisasi yang kita cadang. 27 sub sektor yang kita cadang termasuk juga liberalisasi untuk perdagangan barangan yang menyebut kepada negara- negara serantau yang kita sebutkan tadi.
Saya ada dengar Yang Berhormat Menteri sebut tadi Common Effective Preferential Tariff Scheme yang dikatakan itu untuk sebagai sasaran kepada liberalisasi Wilayah ASEAN. Oleh kerana perkara ini akan dikuatkuasakan ataupun telah dikuatkuasakan sepatutnya bulan Januari - 1 Januari 2010 hari itu. Saya hendak tanya setakat ini berapa banyak atau berapa peratus? Saya hendak lebih mudah - kejatuhan atau penurunan daripada nilai duti yang sepatutnya kita raih selepas berkuat kuasanya daripada 1 Januari 2010 baru-baru ini sehingga sekarang. Agaknya dalam masa orang kata first quarter, berapa kejatuhan berbanding sebelum daripada ini?
Ini kerana kita hendak tengok juga barangkali ada kesan. Walaupun kita terpaksa akur kepada keputusan atau perjanjian yang kita buat dengan negara-negara ASEAN, dengan India dan juga New Zealand ini. Kita hendak tengok sejauh mana perkara itu mendatangkan kelemahan kepada kejatuhan hasil ataupun duti yang kita raih. 5% penurunan ataupun diturunkan pada 5% berkenaan duti kepada barang-barang sensitif seperti pertanian memang bagus sebenarnya, memang bagus.
Saya bercadang, response yang saya dapat daripada rakan-rakan yang berada di Brunei, Indonesia, Filipina dan Singapura termasuk juga
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Thailand mengatakan kita telah memperkenalkan satu kedudukan duti kepada 5% itu untuk tujuan menyambut baik liberalisasi. Akan tetapi kepada barang- barang pertanian ini masih lagi dikekalkan kepada 5%. Ada negara terus menghapuskan secara keseluruhan. Barangkali kita ada tujuan tertentu. Saya pun tidak berapa faham kenapa kita ikat kepada 5% tadi. Semacam kita hendak kenakan satu kaedah untuk memantau dan sebagainya.
Terakhirnya, pengumuman kepada pembatalan duti kepada kereta golf buggies itu sebenarnya telah dibuat pengumumannya dua bulan yang lalu oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Adakah cadangan semasa membuat pengisytiharan itu mengambil kira cadangan kertas statut ini? Atau adakah kertas statut ini mengambil kira pengumuman yang telah dibuat? Ini kerana tarikh kuat kuasanya ada perbezaan sedikit daripada yang dimaklumkan oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.
Akan tetapi - bagaimana pun apabila telah diumumkan, kita anggap tarikh itu efektif pada masa ia diumumkan. Ini kerana saya ingat dikatakan berkuat kuasa serta-merta pada malam tersebut. Saya hendak sedikit penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong, selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Dato' Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kepong, cepat Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Kepong telah terlupa mike, mike. Tidak on.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Berakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Mike Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kita hendak pungut hampir lebih RM30 bilion. Inilah yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dengan cepatlah kerana kita hendak menjimatkan masa. Akan tetapi, ada beberapa perkara saya akan menjimatkan masa. Kalau kita hendak pergi satu per satu, dua jam tidak boleh habis.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang tidak boleh habis. Tanya Yang Berhormat. Sebenarnya tidak boleh habis dua jam pun.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Tangga Batu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa jangan berdialog dengan Yang Berhormat Kepong.
Makin lama, lambat habis ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, saya tidak mahu berdialog kerana proses pendidikan sekarang. Proses pendidikan. Macam ini, dengan cepat, dengan laju. Pertama mengenai itu, kebanyakan itu ada Perintah Duti Kastam
(Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN). Kebanyakan itu,
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
(Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama Rata).
Itulah kebanyakannya, tetapi di sini ada disebutkan mengenai tarif untuk keluli.
Keluli memang penting Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dengan adanya tarif yang baru ini macam mana ini akan menjejaskan industri pembinaan di negara ini. Adakah ini menjejaskan misalnya PERWAJA kita di Terengganu dan Pahang. Seterusnya ada masalah misalnya seperti ST 26 mengenai 1,943 baki barangan yang duti akan dikurangkan dan mengenai kabel-kabel yang kita ada perjanjian dengan negara China.
Sebenarnya Yang Berhormat, saya ada melihat kabel-kabel ini kadangkala kualitinya kurang. Kabel ini diperbuat daripada tembaga (copper).
Kalau tembaga itu dia tidak berkarat dengan begitu mudah. Akan tetapi kalau kabel itu, kabel sekarang kita nampak dia berkarat dengan mudah. Ia memang berkarat dengan mudah. Ini diimport daripada China – saya nampak.
Jadi, dengan duti import dan kastam dan sebagainya di sini yang dikurangkan dan sebagainya kerana perjanjian dengan negara China saya berharaplah kita pun memerhatikan kualiti kabel mereka. Kabel itu tidak begitu baik kualitinya dan ada banyak perkara lagi termasuklah dengan akta itu – peraturan-peraturan yang spesifik untuk beberapa barangan, tekstil, kimia, CEPT.
Mengenai AFTA, kawasan perdagangan bebas itu. Apa kawasan perdagangan bebas yang disebutkan di sini itu yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi itu, ada juga perjanjian kerjasama ekonomi komprehensif yang menghapus tarif untuk 80%, tarif untuk getah (rubber), tekstil, plastik dan juga golf cart, golf buggy dan sebagainya dengan India itu tebal macam ini.
[Menunjukkan dokumen] Tebal macam ini, Yang Berhormat Tangga Batu.
Saya boleh meneliti semua ini dan mengambil masa. Untuk menjimatkan masa saya berharaplah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab beberapa perkara yang saya bangkitkan termasuklah rokok dan tembakau. Walaupun kita kenakan duti eksais, duti import dan sebagainya tetapi kebanyakan rokok dan tembakau itu di seludup. Saya berharaplah Yang Berhormat Sri Gading tidak menghisap rokok yang di seludup. [Ketawa] Oleh kerana kita hendak kenakan duti.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Bakri mahu mencelah.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Siapa hendak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bakri tidak merokok, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Sri Gading memang merokok.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Indera Mahkota, duduk elok-elok sikit.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Cepatlah, Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya berharaplah rokok-rokok yang digunakan di bilik Ahli Parlimen itu bukan rokok yang di seludup. [Disampuk] [Ketawa] Dia kenakan banyak ini. Saya berharap itulah.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
SU Dewan hendak balik.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Oleh kerana kita hendak balik dah, tidak ada masa. Cuma tinggal satu ini sedikit sahaja ini. [Menunjukkan dokumen yang tebal]
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sedikit. Usul yang terakhir ini empat halaman sahaja.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Cepat.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Kasihan, SU Dewan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Komen-komen itu adalah cukup berharga dan saya amat-amat menghargainya dan akan kita catatkan dalam nota kita supaya tidak di pandang ringan.
Kesan keluli sebenarnya adalah baik kerana pengguna kita sekarang hanya membayar cukai import yang lebih rendah daripada 10% kepada 5%.
Tentang kesan kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan barang ini dirasakan tidak memberi kesan bahkan industri juga menerima baik kerana ini telah dibuat secara progresif bukannya dikurangkan satu masa mendadak.
Jadi, dia sudah ada adjusment oleh industri. Jadi, ini suatu yang dapat diterima dengan baik.
Yang Berhormat Indera Mahkota ada menyebut tentang golf cart, buggies. Betullah, pengumuman telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kalau tidak silap saya pada 7 Mac. Oleh kerana dibuat pada 7 Mac maka pelaksanaannya kita buat pada 1 April. Tidak apa-apalah. Tengah- tengah bulan – baiklah kita buat permulaan iaitu pada 1 April. Jadi, soal tidak selaras tarikh itu tidak payahlah. Bila diumumkan itu dikira sudah dibuat dengan segeralah. Cuma efektif sama ada pada 8 Mac atau 1 April, ini hendak beli pun mengambil masa juga. Jadi tidak adalah isu sangat.
Tentang makanan memang ada 5% tarif yang dikekalkan dalam perdagangan antara ASEAN juga. Ini untuk mengambil kira barang-barang yang kita namakan barang-barang sensitif. Sensitif ini untuk menjaga buah- buah tempatan misalnya. Kalau kita biarkan semua barangkali penanam- penanam kita akan terjejas. Begitu juga dengan tembakau dan produk tembakau kita kekalkan 5% ini. Itu pun pengilang-pengilang sudah boleh import dengan banyak daripada luar bahkan penanam tembakau di kebanyakan tempat di negara kita hari ini sudah tidak dapat bersaing. Kuota yang diberikan kepada penanaman tembakau di bekas tempat Yang Berhormat di Kelantan pun sekarang sudah kurang kerana tidak boleh bersaing. Jadi, hendak hapuskan semua itu saya rasa belum sampai masanyalah.
Ada barang-barang yang dianggap sebagai amat sensitif ini adalah pengurangan duti kepada 20%. Masih tinggilah. Kalau yang lain sudah dihapuskan. Ada yang sensitif itu 5% sahaja. Ada sesetengah kumpulan yang diturunkan hanya kepada 20%. Apa barang-barangnya Yang Berhormat adalah tidak banyak iaitu beras, beras pulut. Ini dikira amat sensitif sebab kita mahu juga pastikan bahawa penanaman padi di negara kita ini masih lagi dapat dijalankan dengan cara yang menguntungkan. Dengan harga pasaran yang sedemikian supaya tidak terjejas sangat dengan import beras daripada luar.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Saya rasa ini penting sebab Yang Berhormat di sini.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Arau hendak registerlah!
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Saya ingin memberi pandangan Yang Berhormat berhubung dengan AP beras, sampai setakat mana kita akan bertahan untuk melindungi padi ini sebagai item yang dilindungi di negara kita.
Saya ingat kita tidak boleh sampai bila pun – Mungkin AP yang telah diberi kepada BERNAS setakat ini hingga 2012. Saya dengar 2012 plus 5. Campur lima. Akan tetapi setakat mana yang termaktub dalam perjanjian yang membolehkan item ini masih boleh dilindungi oleh pihak kerajaan.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya, malangnya tidak mempunyai perincian kerana ini dalam bidang Kementerian Pertanian, barangkali. Cuma yang saya tahu ini masih dianggap barangan amat sensitif dan protection, dengan izin, akan dikekalkan pada tahap yang lebih tinggi tentang perjanjian dengan BERNAS dan sebagainya.
Kalau boleh saya minta kementerian yang berkenaan nanti boleh hantar secara bertulis. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 17 yang telah dibentangkan sebagai kertas statut bilangan ST.23, ST.24, ST.25, ST.26, ST.27, ST.28, ST.29, ST.30, ST.32 dan ST.33 tahun 2010 disahkan, hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
tiap-tiap 12 bulan selepas itu atau sebahagian daripadanya selepas kad dikeluarkan atau mengikut mana-mana yang berkenaan pada tarikh kad diperbaharui dan tiap-tiap 12 bulan selepas itu atau sebahagian daripadanya selepas kad itu diperbaharui dan RM25 dikenakan bagi setiap kad kredit tambahan atau kad caj tambahan mengikut mana-mana yang berkenaan pada tarikh kad itu dikeluarkan dan tiap-tiap 12 bulan selepas itu, atau sebahagian daripadanya selepas kad dikeluarkan atau mengikut mana-mana yang berkenaan pada tarikh kad diperbaharui dan tiap-tiap 12 bulan selepas itu atau sebahagian daripadanya selepas kad itu diperbaharui. Berbelit-belit sedikit ya.
Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas penyediaan perkhidmatan kad kredit dan kad caj ini adalah bertujuan menggalakkan perbelanjaan berhemat.
Pengenaan cukai perkhidmatan di atas adalah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya tidak berapa hendak bahas sudah. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri nampak macam minta pandangan saya. Betul tadi?
[Ketawa] Saya tengok memang tujuannya agak baik kerana untuk menyedarkan masyarakat untuk berbelanja secara berhemat. Akan tetapi pada Oktober 2009, kita masih ada lagi keseluruhan 11.31 juta orang – 88% pemegang kad kredit utama dan selebihnya adalah kad kredit yang sampingan.
Kedua, memang kita tidak nafikan RM527 juta kerajaan dapat memungut serta-merta kerana mengenakan caj RM50 dan juga RM25 untuk kad tambahan. Akan tetapi persoalannya sekarang, ramai yang akan cakap – saya tidak tahulah tetapi cuma kata ia agak bercanggah sedikit. Kita hendak mengurangkan jumlah penggunaan kad kredit, hendak suruh orang berbelanja secara berhemat tetapi penawaran kemudahan kad kredit dibuat dengan sewenang-wenangnya. Ada satu pengguna mempunyai tiga atau empat kad kredit ditawarkan, soal prosedur penawaran kad kredit ini menjadi contradictorylah. Kita hendak sekat tetapi kita buka – dan benda ini dikawal oleh Bank Negara sendiri.
Jadi, lebih baik kita tumpukan kepada untuk mengawal pemberian atau kelulusan kad kredit ini berbanding daripada kita kenakan caj tambahan kerana itu membebankan pengguna. Kebetulan kita cerita pasal cukai perkhidmatan ini, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, APCO ini berapa banyak dia bayar cukai kepada – sebab semakan saya betul. Semakan saya setakat ini, APCO tidak pernah membayar cukai perkhidmatan. Adakah benar berita ini? Sementara kita ada masa ini, saya hendak pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, APCO tidak pernah membayar cukai perkhidmatan daripada bayaran RM77 juta yang diterima. Sekiranya benda ini betul, kenapa layanan ini kita beri – atas pengecualian apa kita beri pada APCO ini? Betul! Saya sudah semak. Tidak ada pembayaran cukai perkhidmatan yang dibayar oleh pihak APCO yang kita ambil dan kita bayar kepada perkhidmatan mereka. Memang tidak ada.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Perkara satu lagi ini kerana diminta untuk diajukan kepada Timbalan Menteri sebab benda ini agak - saya reserve, saya simpan perkara ini agak lambat sedikit sebab tujuan saya ini untuk kebaikan bukan hendak mengkritik kepada kementerian. Saya hendak beritahu isu kehilangan hasil dalam kerugian pembayaran duti yang sepatutnya diterima oleh pihak kastam. Ada anggaran di sini dikatakan kerugian yang berlaku lebih kurang RM81 juta.
Kerugian pasal apa ini Yang Berhormat Timbalan Menteri? Kerugian kerana wujudnya penipuan atas pembayaran yang dibuat melalui cek-cek ke atas nama DG Kastam, tetapi cek itu dilihat seperti asli tetapi digunakan ataupun disalin oleh pihak ketiga dan dilunaskan ataupun dicashkan ke dalam satu akaun lain sebagai tipnya. Saya hendak beritahu benda ini berlaku kepada Syarikat Motorola Pulau Pinang.
Saya minta kepada pihak Timbalan Menteri untuk meneliti isu ini dan saya juga dalam masa yang sama cuba mendapatkan maklumat ataupun kedudukan yang lebih jelas. Akan tetapi, kita tidak mahu isu ini dianggap sebagai isu hitam yang melekat kepada persepsi terhadap pihak Kastam Diraja Malaysia dan saya ambil peluang ini untuk memberitahu isu ini kerana sekiranya tidak ada apa-apa tindakan, saya jangkakan isu ini akan menjadi satu isu yang mencalarkan imej kementerian Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, ini yang terakhir.
Memang terakhir. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi Ahli-ahli Dewan yang mulia ini tahu dengan adanya Perintah Cukai Perkhidmatan ke atas kad caj dan kad kredit ini, apakah anggaran jumlah yang akan dikutip oleh pihak kementerian? Jumlah yang akan dikutip kerana melaksanakan cukai perkhidmatan.
Semua orang mempunyai kad termasuk Yang Berhormat Sri Gading.
Tidak tahulah bilangannya. Akan tetapi sekarang.. [Disampuk] Akan tetapi, saya pun berasa hairan kerana mereka tidak berminat. Semua tidak berminat hanya kerana kelaparan, saya pun lapar juga.
Seorang Ahli
Kita bersetuju dengan caj.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
You setuju dengan caj? Baiklah itu.
Baik. Saya berharaplah kalau begitu kita bolehlah naikkan kepada RM100 kalau dia suka. [Ketawa] Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia suka. Suka, kita naik kepada RM100 satu kad ataupun RM200 lah. Dia suka itu. [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Jadi itu memang kita perlukan, mengendalikan semua kad-kad yang ada di negara ini. Cuba memberi kepada Dewan yang mulia ini maklumat mengenai bilangan yang ada sekarang. Bilangan kad yang dikeluarkan oleh semua institusi kewangan di dalam negara ini. Dengan mengadakan perintah cukai perkhidmatan yang baru ini, bilangan akan dikurangkan untuk seluruh negara. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, ia memang penting kerana merupakan satu perkara yang biasa, yang diamalkan oleh hampir setiap rakyat Malaysia. Kalau dikenakan cukai perkhidmatan maka akan menjejaskan ramai orang. Bukan sahaja di dalam Dewan yang mulia ini bahkan juga di seluruh negara.
Dengan demikian kita mesti mengambil bahagian dalam perbahasan untuk menjaga kepentingan orang ramai. Maksud kita itu bukan sahaja hendak adakan peraturan-peraturan kewangan yang lebih ketat bahkan untuk mewujudkan sistem, memastikan kita boleh memelihara kepentingan rakyat dan juga mengurangkan risiko-risiko yang dialami oleh pihak kementerian,
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
termasuklah ketulusannya. Kita perlukan untuk mengawal semua ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Kena sekejap, Tuan Yang di-Pertua. Sekejap sahaja, sekejap Yang Berhormat Sri Gading.
Macam mana pun hendak rakamkan, biarlah wakil Barisan Nasional bercakap terakhir sekali dalam sesi inilah. Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja. Semangatnya baik untuk menggalak perbelanjaan berhemah. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat kerana dalam kitaran penggunaan kad kredit ini ada mangsa, Yang Berhormat Sri Gading.
Mangsanya ialah mereka yang dikenakan bayaran komisen seperti peniaga- peniaga francais. Pihak bank, pihak pengeluar kad kredit akan mengenakan komisen ini kepada peniaga-peniaga francais yang untungnya tidak seberapa.
Bila dalam satu kuantum yang besar, satu nilai yang besar mereka ini akhirnya memotong keuntungan peniaga-peniaga francais yang kebanyakannya terpaksa gulung tikar, kerana membayar komisen kad-kad kredit ini kepada pengeluar-pengeluar kredit kad. Jadi kalau boleh pihak kementerian lihat dalam ruang ini, macam mana boleh bantu peniaga-peniaga francais. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan. Jumlah bilangan kad, kad kredit yang terakhir Januari 2010 ialah sebanyak 10.4 juta credit card. Caj kad ialah 273,729. Ini jumlah kadlah. Ia memanglah kalau jumlah orangnya ia kurang kerana puratanya adalah tiga hingga empat kad untuk satu orang.
Hasil yang dikutip dengan pengenaan cukai RM50 ini, bulan Januari hingga Februari 2010 sebanyak RM55,532,489.51. Jumlah pelesen yang mengeluarkan kredit kad ini ialah 25. Dijangkakan untuk setahun Yang Berhormat Kepong, untuk tahun 2010 ini apabila dikutip semuanya, dijangka lebih kurang RM500 juta. Jadi sebagai hasil itu memang agak tinggi jugalah.
Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota ada mengatakan tentang tidakkah lebih baik kita mengurangkan jumlah credit card yang dikeluarkan oleh pelesen- pelesen ini berbanding dengan mengenakan cukai RM50.
Sebenarnya, kita merasakan bahawa dalam ekonomi kita yang semakin moden, semakin canggih ini, kita hendak adakan kawalan, control – itu boleh, ini tidak boleh. Kalau bolehnya berapa? Saya rasa ini semakin sukar sekarang ini. Jadi kita bagi pilihan kepada pengguna. Pengguna boleh. Kalau dia hendak, dia banyak, dia mampu, dia hendak guna, dia ada empat kad untuk kesenangan dia. Barangkali setengah tempat dia guna kad itu, setengah tempat dia guna lain. Dia sanggup bayar RM50 satu kad, empat kad RM200 setahun. Bagi sesetengah mungkin ini tidak menjadi isu.
Bagi yang menjadi isu, mereka sepatutnya kalau ada dua, tiga kad dia patut kurangkanlah. Kad ini bila diberi tidak semestinya kita perlu pegang selama-lamanya. Kita boleh pulangkan ia.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Dr. Awang Adek Hussin]
Kalau tidak payah pakai kad pun okey. Tidak ada masalah. Tidak kurang nilai kita seorang manusia tanpa kredit
Dato' Dr. Awang Adek Hussin]
kad. [Ketawa] Kalau kurang... [Ketawa] Ini dengar ini satu pegangan yang wisdom untuk bawa balik malam ini. Tidak kurang nilai kita seorang manusia dan seorang suami, Yang Berhormat Kepong kepada isteri yang setia dan taat, kalaupun kita tidak mempunyai kredit kad. [Ketawa] Kalau isteri itu hendak paksa kita ada kad kredit supaya bagi dia lebih, supaya dia boleh berbelanja.
Seorang Ahli
Kahwin lagi satu.
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
[Ketawa] Maka ini tidak baik. Saya harap isteri Yang Berhormat Kepong tidak sebegitu kerana isteri saya pun tidak sebegitu. [Ketawa] Kita mempunyai persamaan Yang Berhormat Kepong, banyak lagi persamaan kita. Jadi tentang penipuan Yang Berhormat Indera Mahkota, saya sebenarnya tidak tahu detail di Penang ini. Akan tetapi saya ada terjumpa ataupun ada aduan yang dibuat kepada saya, ada penipuan seperti tersebut.
Pembayaran cukai, duti kepada sebuah kereta yang dibuat atas nama Ketua Pengarah Kastam rupanya tidak masuk dalam akaun kastam. Saya telah minta kastam sebenarnya menyiasat. Bahkan diberi tahu secara tidak rasmi kepada saya, memang ada kes itu bahkan pegawai yang terlibat itu telah pun dikenakan tindakan undang-undang. Jadi mungkin tidak mustahillah...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
...benda ini boleh berlaku. Akan tetapi ini penipuanlah. Penipuan, saya pun tidak tahu macam mana dia boleh buat.
Kalau bayaran itu dibuat atas nama ketua pengarah, tiba-tiba boleh masuk akaun lain, ini saya sendiri pun ingin tahu jugalah bagaimana ia boleh jadi begitu. Saya minta pegawai-pegawai kastam yang ada hari ini, tolong beri laporanlah yang saya minta dahulu ada satu. Dan ini...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya hendak tanya...
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Yang mana ini? Penang bukan?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ya.
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Motorola, Penang.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ya, sebab disebut angka tadi.
Disebut lebih kurang, dia kata dalam RM80 juta lebih. Jadi saya...
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Saya tidak tahu angkanya. Yang cukai itu kira banyak ribu jugalah. Yang cukai kereta ini banyak, saya tidak ingat berapa. Akan tetapi kira banyak ribulah. Jadi sehingga terpaksa dibayar dua kali kerana yang satu itu dikira tidak sampai. Padahal dinyatakan bahawa dimasukkan dalam akaun ataupun nama penerimanya adalah ketua pengarah.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Secara logiknya semakan atas jenis bayaran macam ini dia makan masa yang lama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dia bukan one off ataupun satu...
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Tidak apa. Kita minta nanti...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Satu bab payment.
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Minta penyelidikan, minta dibuat kajian yang menyeluruh. Kita minta kalau maklumat yang dapat itu, catatkan sedikit pada kita supaya saya boleh panjangkan kepada kastam. Jadi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Satu lagi. APCO bayar ke tidak?
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Saya ingat sebab tidak berhubung kait sangat dengan usul ini. Nanti terkeluar pula APCO...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini cukai perkhidmatan ini.
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Ya?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Cukai perkhidmatan?
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Ya, RM50 credit card sahaja usul kita.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Akan tetapi dalam...
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Usul kita credit card.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Dalam...
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Kalau hendak tanya APCO ada credit card atau tidak ada...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
...Sebab begini Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak hendak benda ini jadi persepsi tidak baik. Kalau ada kita cakap ada, tidak apa. Kalau tidak ada Yang Berhormat Timbalan Menteri janji, kita perlu kejar syarikat APCO untuk memungut cukai perkhidmatan.
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Saya kena check. Saya tidak hendak bagi jawapan yang tidak tepat. Oleh kerana saya menghormati Yang Berhormat saya tidak bagi. Saya tidak hendak bagi kata bayar tidak bayar, saya perlu tahu hakikat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya kata sebab saya buat semakan. Memang tidak ada. Mungkin semakan Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh buat semakan yang baru.
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Semakan Yang Berhormat... Sebab baru-baru ini pun Yang Berhormat kata, Yang Berhormat tidak ada seksyen 65. Akan tetapi saya ada seksyen 65.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Itu dalam kertas.
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
[Ketawa] Jadi itulah. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Okey. Terima kasih.
Dato' Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 18 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut bilangan ST. 14 tahun 2010 disahkan hendaklah disetujukan.
Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di- Pertua, bagi pihak BNBBC saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. [Tepuk] Yang Berhormat Timbalan-timbalan Yang di-Pertua, [Tepuk] pegawai-pegawai dan kakitangan Dewan Parlimen ini kerana telah pun memberikan perkhidmatan yang sangat cemerlang sehingga persidangan kita berjalan dengan lancar.
[Tepuk] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Kedua Belas telah berlangsung selama 24 hari dari 15 Mac 2010 hingga 22 April 2010. Saya bagi pihak Yang di-Pertua ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat,
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
yang telah memberikan kerjasama bagi membolehkan perjalanan Mesyuarat disempurnakan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan, pegawai Parlimen serta semua pihak yang turut terlibat dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat kali ini.
[Tepuk] Akhir sekali selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing- masing. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada pukul 9.31 malam.