Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, Standing Order 14(1)(h).
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(1)(h), permintaan hendak menangguhkan Majlis Mesyuarat kerana perkara kepentingan kepada orang ramai yang berkehendak disegerakan.
Saya ingin mengusulkan untuk kita berbincang, berbahas di dalam Dewan berkenaan dengan bilangan jumlah pemilih 14,000 orang lebih kurang di Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil yang telah dipindahkan tempat mengundi mereka yang mungkin menimbulkan keadaan kekecohan pada hari mengundi sekiranya kita tidak menanganinya dengan cara yang baik. Pohon dibahaskan usul itu, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak tahulah apa lagi mahu buat. Ya, benar saya serius. I don’t know what else to do. Mengenai dengan perkara ini Ahli Yang Berhormat telah memberi notis kepada saya di bawah usul 18(1). Itu dibenarkan, betul di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(h) yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.
Akan tetapi saya ingin tegaskan lagi bahawa permohonan untuk membincangkan sesuatu perkara di bawah P.M.18(1) adalah is a matter of discretion of the Speaker. Bermakna, itu adalah budi bicara Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua berpuas hati.
Hal ini adalah soal hal politik. Saya benar-benar membaca permohonan Yang Berhormat dan saya dapati bahawa di bawah Peraturan Mesyuarat 36(8) kalau tidak silap saya, di mana Yang di-Pertuan Agong, hakim-hakim mahkamah, suruhanjaya-suruhanjaya tidak bolehlah dibincangkan. Bukankah Suruhanjaya Pilihan Raya itu satu badan yang kita anggap sebagai badan bebas?
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya belum habis lagi Yang Berhormat. Atas sebab itu, jangan heret Parlimen ini dan saya dalam kancah politik. Saya telah minta maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya diberitahu secara bertulis bahawa pada bulan Disember 2009 parti-parti politik telah pun dimaklumkan dengan belah bahagi kawasan-kawasan yang dimaksudkan.
Saya juga dimaklumkan bahawa kalaulah kita layari laman-laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, didapati maklumat-maklumat ada di situ. Kalaupun
Tuan Yang di-Pertua
saya benarkan perbahasan, perbincangan itu di sini, itu juga jawapan Menteri yang berkenaan. Jadi apa manfaat yang kita dapat?
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Pohon penjelasan Tuan Yang di- Pertua. Saya membayangkan 14,000 orang yang datang ke pusat mengundi yang salah pada hari mengundi yang akan menimbulkan kekecohan dan menggugat keselamatan awam. Tuan Yang di-Pertua, kita harus berbincang bagaimana kita menangani keadaan tersebut. Perkara inI telah berlaku pada pilihan raya 2004.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, ini bukan tugas kita yang kita bincang di sini. Bukankah ini sudah dimaklumi umum. Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah tahu sekarang. Pada hari pengundian itu, berapa minggu daripada sekarang, mulai daripada sekarang, buat persediaanlah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dibuat. Ya, Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, SPR melakukan sesuatu untuk kemudahan pengundi-pengundi. Apabila dilakukan penyusunan semula yang tidak terkeluar daripada lunas-lunas undang-undang yang dikhaskan kepada SPR, kiranya sah.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Sri Gading kalau tidak faham jangan cakap lah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi tidak perlu kita bincangkan di sini.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Kalau tidak faham jangan cakap.
Kita bercakap tentang keselamatan awam. Maaf, Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini parti pembangkang sudah rasa hendak kalah, macam-macam alasan yang karut marut akan dikeluarkan untuk mengelirukan rakyat. Ini hak rakyat, biarlah orang Hulu Selangor menentukannya.
Soal ia akan dapat pengundian dan tempat yang akan ditempatkan oleh mereka ialah kepada daerah-daerah undi yang berhampiran, yang bersesuaian dengan tempat tinggal mereka. [Tepuk] SPR sudah pun menjalankan tugas dengan amat murni, jujur dan adil. Apa yang hendak kita bahaskan di Dewan yang mulia ini?
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, kalau keselamatan awam bukan tanggungjawab Ahli-ahli Dewan Rakyat, kalau kekecohan berlaku pada hari mengundi yang akan berlaku pada hari Ahad ini dan kita tidak pre-empt pada keadaan itu, maka apakah tanggungjawab kita sebagai Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua?
Saya menganggarkan 14,000 orang akan kecoh tidak jumpa tempat mengundi mereka, tidak jumpa nama mereka di tempat mengundi. Harus kita bincang tentang implikasi apa yang akan berlaku pada hari Ahad itu, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, setiap pengundi telah pun dimaklumkan di mana tempat, daerah mengundi anda akan mengundi. Di mana anda mengundi.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Siapa? BN yang buat kah sebab BN dapat alamat penuh daripada SPR?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Semua telah pun siap sedia. SPR telah menjalankan tugasnya. Kalau kita pertikaikan kepada mereka, maknanya kita mempertikaikan hak pengundi yang sah di Hulu Selangor. Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang dahulu ada pada undang-undang yang dikhususkan kepada SPR.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak duduk, walaupun saya diam-diam, tindakan saya seterusnya akan menghalau Ahli Yang Berhormat daripada persidangan sekarang ini.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Tuan Yang di-Pertua, Standing Order 36(6), usul daripada Yang Berhormat tadi itu ada mempunyai sangkaan jahat.
Menyangka sesuatu perkara yang akan berlaku yang tidak sihat.
Seorang Ahli
Betul. [Tepuk]
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Itu sangkaan jahat. Bagaimana pandangan Tuan Yang di-Pertua?
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan tidak berasas. Pada tahun 2004 telah berlaku kekecohan di negeri Selangor atas sebab belah bahagi ini Tuan Yang di-Pertua. Kalau semua ingat Pilihan Raya Umum ke-11, kekecohan berlaku di negeri Selangor, seluruh Selangor pengundi- pengundi tidak tahu mana sepatutnya mereka mengundi dan berlaku kekecohan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Saya faham itu semua. Saya faham itu semua. Maksud saya di sini ialah adakah tindakan saya untuk tidak menerima permohonan Yang Berhormat itu melanggar peraturan mesyuarat, jawapannya tidak. Adakah itu sebagai kuasa saya sebagai Tuan Yang di-Pertua saya perlu berpuas hati, jawapannya tidak.
Bermakna semua ini menurut Peraturan Mesyuarat, tetapi apa yang sering kali dibangkitkan dalam Peraturan Mesyuarat 18(1) ini perlu difahami. Saya sudah jawab tadi dan beri penjelasan bahawa saya berpuas hati dengan jawapan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa parti-parti politik telah dimaklumkan dengan perkara ini pada bulan Disember 2009, jadi bermakna terpulang kepada UMNO, terpulang kepada semua komponen parti Barisan Nasional, terpulang kepada PR, terpulang kepada PKR untuk buat apa yang perlu dibuat, itu satu.
Keduanya pula, saya juga telah difahamkan dengan perubahan peti-peti undi ini melalui laman-laman web Suruhanjaya Pilihan Raya. Jadi kalau ada makluman begitu kepada umum, parti-parti politikkan sedia maklum semua ini, perlu lagi dibincangkan dalam Dewan Rakyat?
Beberapa Ahli
Tidak perlu.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak perlu, maka saya berpuas hati, tidak perlu dibincangkan kerana apabila dibincangkan pun, hujah Yang Berhormat itu akan dijawab oleh Menteri atau Timbalan Menteri dengan jawapan seperti yang diberikan kepada saya daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Beberapa Ahli
[Menyampuk] Faham! Faham!
Tuan Yang di-Pertua
Bukan semua perkara yang dianggap penting itu perlu untuk dibahaskan. Ada 12 akta yang perlu dibahaskan dalam 12 hari...
Seorang Ahli
Betul
Tuan Yang di-Pertua
Rang undang-undang yang bagi pendapat saya lebih perlu, yang terpaksa saya dan timbalan-timbalan saya duduk sampai 11.45 malam.
Seorang Ahli
Malam ini tidak ada, kempen!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon maaf apabila meninggikan suara tetapi kalau saya tidak berbuat begini, tidaklah kita dapat bermesyuarat. Apabila saya membebel macam ini, macam-macam tuduhan, macam-macam kerenah.
Seorang Ahli
Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya hormat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau sama ada saya teruskan atau tidak, biar saya yang menentukan. [Tepuk] Sila Setiausaha.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam ini, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu 21 April 2010”
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di-Pertua, dalam ekonomi moden ini, industri pelaporan kredit merupakan satu komponen penting dalam sistem kewangan negara. Perkongsian maklumat kredit yang efektif membawa manfaat bukan sahaja kepada peminjam dan pemberi pinjaman tetapi juga kepada negara dan rakyat. Perkongsian maklumat kredit telah mempermudah dan mempercepatkan proses peminjaman, meningkatkan akses kepada pinjaman, menurunkan kos pinjaman bagi majoriti peminjam serta meningkatkan keupayaan pengurusan risiko kredit institusi-institusi kewangan. Selain itu sistem perkongsian maklumat kredit yang efektif dan efisien dapat memupuk budaya serta amalan kredit yang baik serta membantu memastikan orang ramai tidak menanggung bebanan hutang yang berlebihan.
Walau bagaimanapun, kewujudan aktiviti agensi pelaporan kredit di Malaysia buat masa ini tidak tertakluk kepada undang-undang khusus, ketiadaan undang-undang khusus untuk mengawal selia operasi serta tatacara perniagaan agensi pelaporan kredit telah menimbulkan masalah kepada peminjam dan orang ramai. Antara masalah-masalah utama yang dikenal pasti adalah seperti maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemas kini, maklumat yang tidak lengkap seperti tiada nombor kad pengenalan yang boleh mengakibatkan kesilapan identiti. Ketiadaan ketetapan mengenai hak-hak peminjam dan orang awam dengan agensi pelaporan kredit dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Agensi Pelaporan Kredit di Malaysia. Masalah-masalah ini telah menjejaskan akses kepada pinjaman bagi sesetengah masyarakat. Pada masa yang sama, peminjam dan orang ramai yang mempunyai masalah dengan Agensi Pelaporan Kredit swasta tidak mempunyai tempat atau saluran yang khusus untuk membuat aduan serta mendapatkan pembelaan, melainkan melalui proses mahkamah yang mungkin melibatkan kos yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memutuskan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal Agensi Pelaporan Kredit. Rang undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 yang dicadangkan akan melengkapkan rangka kawal selia perlindungan data dengan memperluaskan skop perlindungan maklumat kepada maklumat kredit berhubung individu serta entiti. Bukan individu seperti syarikat perkongsian koperasi dan lain-lain entiti perniagaan. Tuan Yang di- Pertua, objektif utama Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 adalah untuk menjamin perlindungan pengguna serta hak-hak privasi, maklumat individu dan lain-lain entiti peminjam dengan mewujudkan rangka kawal selia bagi agensi- agensi pelaporan kredit swasta.
Pada masa yang sama Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 bertujuan untuk terus membolehkan perkongsian maklumat kredit secara efisien dan adil, pengurusan risiko kredit yang lebih baik serta budaya kredit yang berhemah. Berdasarkan matlamat-matlamat tersebut, Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 mengandungi ciri-ciri utama seperti berikut;
(i) Rang undang-undang ini akan berkuat kuasa ke atas maklumat kredit individu, perniagaan, syarikat dan lain- lain entiti peminjam;
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
(ii) Agensi pelaburan kredit perlu berdaftar dengan Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit sebelum menjalankan perniagaan, rujukan kredit di Malaysia;
(iii) Agensi Pelaporan Kredit yang berdaftar tidak boleh menjalankan lain-lain bentuk perniagaan melainkan dengan kebenaran pendaftar;
(iv) keperluan minimum untuk modal berbayar agensi pelaburan kredit ditetapkan;
(v) Ketua Eksekutif dan Pengarah Agensi Pelaporan Kredit perlu memenuhi keperluan kriteria fit and proper dengan izin;
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Pelantikan pendaftar agensi pelaburan kredit bagi memantau dan mengawal selia agensi-agensi pelaporan kredit. Kriteria dan peranannya adalah seperti berikut:-
(i) Pegawai Awam yang dilantik oleh Menteri Kewangan – memproses, melulus atau menolak permohonan pendaftaran agensi pelaporan kredit atau membatalkan pendaftaran agensi pelaporan kredit;
(ii) menerima dan menyelesaikan sebarang aduan mengenai agensi pelaporan kredit atau pelanggaran peruntukan akta; dan
(iii) melakukan penyiasatan terhadap agensi pelaporan kredit dan menyediakan tata amalan, garis panduan, pekeliling atau lain-lain apabila perlu.
Kuasa Menteri Kewangan di bawah Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009, antaranya adalah seperti berikut:-
(i) Menetapkan bayaran yang boleh dikenakan oleh agensi pelaporan kredit bagi sesetengah produk dan perkhidmatan yang diberikan;
(ii) Menerima rayuan dari agensi pelaporan kredit atau orang ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan pendaftar;
(iii) Membuat apa-apa peraturan yang perlu bagi maksud pelaksanaan peruntukan akta;
(iv) Mengecualikan mana-mana orang daripada mana-mana peruntukan akta jika ia selaras dengan maksud akta atau demi kepentingan awam; dan
(v) Peruntukan penalti dari segi denda berbentuk kewangan dan hukuman penjara ke atas mana-mana pihak yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah akta ini.
Dengan adanya Akta Agensi Pelaporan Kredit ini kelak, aktiviti agensi pelaporan kredit dan industri pelaporan kredit dapat dikawal selia dengan lebih teratur.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Masalah-masalah yang timbul sebelum ini ekoran daripada aktiviti agensi pelaporan kredit dapat diselesaikan dan sebarang masalah atau isu berkaitan maklumat kredit boleh disalurkan kepada pendaftar agensi pelaporan kredit untuk tindakan selanjutnya.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada cadangan Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009, mengandungi sebanyak 77 fasal dalam sembilan bahagian dan empat jadual. Peruntukan-peruntukan rang undang-undang adalah diringkaskan seperti berikut:-
Bahagian I merangkumi fasal 1 dan 2 memperkatakan perkara permulaan seperti tajuk ringkas dan kuasa menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa serta tafsiran bagi ungkapan-ungkapan yang digunakan di dalam akta.
Bahagian II – akta yang mengandungi fasal 3 hingga fasal 10, memperkatakan pelantikan fungsi-fungsi dan kuasa pendaftar agensi pelaporan kredit. Fasal 3 menerangkan pemberian kuasa kepada menteri untuk melantik mana-mana pegawai awam sebagai pendaftar agensi rujukan kredit dan pelantikan berkenaan akan dimaklumkan melalui Warta Kerajaan. Fungsi-fungsi dan kuasa pendaftar, pelantikan timbalan pendaftar, penolong pendaftar dan pegawai-pegawai juga dinyatakan di dalam bahagian ini. Bahagian ini juga menetapkan tanggungjawab pendaftar untuk menyediakan Buku Daftar Agensi Rujukan Kredit yang mengandungi maklumat agensi-agensi rujukan kredit yang berdaftar di bawah rang undang-undang ini serta mempertahankan kerahsiaan maklumat kredit pelanggan dengan melarang menteri dan pendaftar daripada menyiasat secara khusus ke dalam hal ehwal kredit mana-mana pelanggan.
Bahagian III akta ini mengandungi fasal 11 hingga fasal 19 adalah berkaitan dengan pendaftaran agensi pelaporan kredit. Ia juga mengandungi peruntukan mengenai rayuan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh pendaftar dan apa yang boleh dilakukan dengan pangkalan data agensi pelaporan kredit yang dibatalkan pendaftaran yang telah diambil alih oleh pendaftar.
Bahagian IV akta yang mengandungi fasal 20 dan fasal 21, memperkatakan perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan agensi pelaporan kredit. Antaranya ialah keperluan minimum modal berbayar sebuah agensi pelaporan kredit dan pelantikan ketua eksekutif dan pengarah sesebuah agensi pelaporan kredit.
Bahagian V akta yang mengandungi fasal 22 hingga fasal 31, memperkatakan peruntukan yang mengawal selia perjalanan perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit dan menghuraikan hak pelanggan yang maklumat kreditnya sedang diproses oleh agensi pelaporan kredit itu. Bahagian ini juga menjelaskan prinsip-prinsip memberi notis atau memohon kebenaran, consent yang perlu diikuti apabila agensi pelaporan kredit mengumpul, memproses, menggunakan dan menzahirkan maklumat kredit. Peruntukan mengenai tanggungjawab agensi pelaporan kredit yang menyimpan maklumat kredit untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang berpatutan untuk memastikan maklumat kredit yang dikumpulkan adalah tepat, terkini, lengkap, relevan dan tidak mengelirukan juga dijelaskan di dalam bahagian ini. Bahagian ini juga membuat peruntukan bagi pelanggan mendapat akses kepada maklumat kredit mereka yang disimpan oleh agensi pelaporan kredit dan hak pelanggan untuk memohon pembetulan dibuat ke atas maklumat kredit yang disimpan oleh agensi pelaporan kredit dan keadaan di mana agensi pelaporan kredit boleh menolak permohonan pembetulan berkenaan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Bahagian VI mengandungi fasal 32 hingga fasal 40 memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan pemeriksaan, aduan dan penyiasatan.
Bahagian ini memberi kuasa kepada pendaftar untuk melakukan penyiasatan ke atas sistem maklumat yang digunakan oleh agensi pelaporan kredit. Ia juga menyatakan peruntukan mengenai aduan yang boleh dibuat oleh mana-mana pihak mengenai sebuah agensi pelaporan kredit atau maklumat kredit yang disimpan. Seterusnya memberi kuasa kepada pendaftar untuk membuat penyiasatan berkaitan aduan yang telah diterima.
Bahagian VII akta yang mengandungi fasal 41 hingga fasal 58, memperkatakan peruntukan penguatkuasaan undang-undang ke atas agensi pelaporan kredit yang boleh dilakukan oleh pendaftar.
Bahagian VIII mengandungi fasal 59 hingga fasal 76, memperkatakan mengenai peruntukan pelbagai. Bahagian ini antara lainnya mengandungi peruntukan mengenai rayuan kepada menteri, pengecualian dan pemindahan maklumat kredit keluar Malaysia serta mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah rang undang-undang ini dengan persetujuan bertulis oleh pendakwa raya.
Selain daripada itu, bahagian ini turut memperjelaskan tanggungjawab pendaftar berhubung pemeliharaan kerahsiaan. Terdapat juga peruntukan mengenai imuniti kepada pegawai-pegawai atau sesiapa yang dilantik atau bertindak bagi pihak pendaftar dengan suci hati daripada tindakan guaman dan pendakwaan. Di samping itu, terdapat peruntukan yang memberi kuasa kepada menteri untuk mengeluarkan peraturan meminda Jadual pertama dan kedua, dan peruntukan pengecualian dari pemakaian Akta Perlindungan Data Peribadi.
Bahagian IX akta yang mengandungi fasal 77 memperkatakan peruntukan kecualian dan peralihan. Jadual pertama memperkatakan butir-butir mengenai maklumat kredit. Jadual kedua memperkatakan pemberi kredit, Jadual ketiga memperkatakan kriteria ketua eksekutif dan pengarah hendaklah orang yang layak dan sesuai. Jadual keempat memperkatakan perjanjian langganan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Wira Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi Pendaftaran dan Pengawalseliaan Orang Yang menjalankan Perniagaan Pelaporan Kredit dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Berapa orang mahu turut bahas ini? Cuba berdiri.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Oleh sebab banyak rang undang-undang yang kita perlu luluskan dalam masa tiga hari, maka di sini saya menggunakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 35(6) iaitu Tuan Yang di-Pertua atau Tuan Pengerusi boleh mengehadkan masa bagi ahli-ahli berucap jika perlu. Jadi saya nampak ada keperluan yang amat sangat di sini.
Jadi saya hadkan masa untuk setiap pembahas selama 10 minit dan kalau ramai lagi yang berbahas, nanti saya akan arahkan timbalan-timbalan saya untuk berbahas lima minit. Kalau perlu lagi, saya hadkan berapa orang yang perlu berbahas daripada Barisan Nasional dan pembangkang. Mungkin-mungkin tiga-
Tuan Yang di-Pertua
tiga orang sebelah, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Jadi dengan yang demikian, kita akan pandai nanti mendisiplinkan diri sewaktu berbahas dan menghabiskan masa Dewan ini. Sila Yang Berhormat Ledang. Ya, selepas itu Yang Berhormat Bachok. Sepuluh minit...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah pun akhirnya berjaya membentangkan rang undang-undang ini kerana Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang kepada saya sangat penting. Kita pernah diigaukan seluruh rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah kewangan telah pun diigaukan dengan fenomena CTOS dan banyak maklumat yang diterima daripada orang ramai yang terus-terang saya katakan berhadapan dengan kebankrapan, gulung tikar, hilang punca sehinggakan boleh berlaku keretakan rumah tangga.
Ramai yang berpaling arah kepada ah long sehingga dikejar oleh ah long semata-mata kerana maklumat agensi pelaporan kredit seperti CTOS selama ini yang tidak tepat sehingga menyusahkan kebanyakan peniaga dan orang ramai yang berurusan dengan bank tersekat dan sebagainya.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Inilah masanya yang saya katakan tadi bertepatan dengan situasi masa ini berdasarkan kepada pengalaman lepas dan bertepatan sangat dengan kerajaan yang menekankan Gagasan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut tadi saya tidaklah menyalahkan CTOS seratus peratus. Akan tetapi, selama ini kita kecewa kerana kebanyakan pegawai-pegawai di peringkat bank-bank terlalu taksub dengan CTOS dan agensi lain yang berkaitan. Sehinggakan kebanyakan keputusan mudah dibuat dengan menghukum peminjam-peminjam kepada satu pendekatan ataupun keputusan tidak layak meminjam sedangkan banyak lagi kaedah lain yang boleh dibuat.
Alhamdulillah, dengan rang undang-undang ini kita harapkan akan dapat membela mereka yang memang memerlukan perlindungan daripada agensi ini supaya mereka tidak menjadi mangsa. Kita tidaklah menggalakkan orang berhutang dan sebagainya, tetapi yang penting di sini ialah apabila seseorang itu pernah berhutang dan sebagainya mereka telah selesai hutang ataupun lain-lain liability. Mereka tidak menjadi mangsa hanya semata-mata kerana ada agensi pelaburan kredit yang dulunya tidak diperundangkan, secara tidak langsung menjadikan mereka yang berhutang menjadi mangsa keadaan sehinggakan mereka tidak mampu untuk meneruskan perniagaan dan sebagainya.
Pada masa yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, saya melihat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Boleh mencelah, Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Itu terpulang kepada Yang Berhormat yang sedang berhujah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Akan tetapi, jangan dipotong masanya, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Terpaksa dipotong juga Yang Berhormat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Oleh kerana dipotong, saya...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini soal orang yang menjadi mangsa CTOS.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Maka tidak dapatlah bagi jalan.
Akan tetapi tidak mengapalah, kakanda punya pasal saya bagi jalan satu minit walaupun kena potong.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Adinda yang baik.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ramai yang menjadi mangsa ini Tuan Yang di-Pertua, yang sudah habis bayar hutang ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Ledang adakah usaha selepas rang udang-undang ini diluluskan – ‘diputihkan’ senarai hitam ini, seperti kita memutihkan pendatang haram. Adakah cara agaknya. Yang menjadi mangsa ini bukan sedikit Tuan Yang di-Pertua... Ratusan ribu. Terima kasih. [Ketawa]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Saya yakin dan saya mengharapkan sangat selepas rang undang-undang ini diluluskan, ada pendekatan lain untuk membela mereka yang selama ini telah pun menjadi mangsa CTOS dan sebagainya. Umpamanya senarai mereka termasuk dalam senarai hitam, tetapi tidak ada pembelaan. Kita harap rang undang-undang ini mampu untuk menyelesaikan masalah itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat supaya rang undang-undang ini tidak... Walaupun ia memang bertujuan untuk membela orang ramai tetapi saya meminta supaya orang ramai tidak terbeban dengan mungkin bayaran-bayaran
(fees) tertentu. Misalnya, mungkin pihak bank akan mengenakan fees yang tertentu kepada pelanggan untuk berurusan dengan agensi ini. Jadi saya berharap dan minta supaya - walaupun rang undang-undang ini diwujudkan fees biarlah ditanggung sepenuhnya. Apa juga fees yang berkaitan dengan kredit ditanggung sepenuhnya oleh bank dan langsung tidak membebankan rakyat. Itu satu perkara yang saya ingin bawa di sini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Sebenarnya selama ini yang kita tahu ada CTOS. Saya ingin bertanya berapa banyak selain daripada CTOS - agensi pelaburan kredit yang sedia ada dalam negara Malaysia dan berapa banyak agensi serupa ini yang akan diwujudkan atau dibenarkan beroperasi dalam negara Malaysia? Saya yakin mesti ada bilangan yang tertentu ataupun terkawal yang boleh diadakan dalam negara Malaysia. Tidaklah sampai satu masa nanti banyak agensi pelaburan kredit yang akhirnya bertindih antara satu sama lain.
Akhirnya saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah bank-bank termasuk Bank Negara juga berada di bawah kawal selia rang undang- undang ini kerana mereka juga ada menjalankan aktiviti pelaburan kredit termasuklah Bank Negara. Kalaulah bank-bank termasuk Bank Negara,ataupun agensi anak syarikatnya menjalankan aktiviti yang sama, saya fikir tidak perlu kita melantik syarikat-syarikat lain. Ini kerana bagi saya dalam keadaan dunia yang canggih, IT yang advance, kita ada high-speed broadband (HSDB) dan sebagainya - maklumat-maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan pantas. Itu satu perkara yang bagi saya perlu dilihat juga.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya disebutkan pada fasal 3 bahawa Menteri boleh melantik seorang pegawai awam untuk menjadi pendaftar dan pelantikan itu hendaklah disiarkan dalam Warta. Saya ingin bertanya adakah fasal 3 ini akan menyebabkan bahawa fungsi Bank Negara
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Malaysia akan bertindih dan sebagainya kerana ini berkaitan dengan kewangan dan kuasa Bank Negara. Jadi sewajarnya perkara ini juga dilihat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin melihat bahawa sebentar tadi Yang Berhormat Sri Gading menyebut tentang maklumat-maklumat terdahulu yang sudah pun dianggap basi. Ia perlu juga dilihat supaya orang ramai terbela, orang ramai boleh bergantung sepenuhnya dengan rang undang-undang ini yang sememangnya bertujuan untuk melindungi mereka.
Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita baru sahaja meluluskan rang undang-undang ataupun Akta Perlindungan Data Peribadi. Saya melihat di sini ada persamaan dari segi fungsi walaupun ini menjurus kepada soal kredit. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah rang undang- undang ini juga boleh bertindih dengan akta tersebut ataupun sekurang-kurangnya ia melengkapkan akta tersebut dan tidak menjadi masalah pada masa akan datang. Ini kerana saya fikir orang ramai akan menggunakan akta yang satu lagi - Akta Perlindungan Maklumat Peribadi kerana mereka bimbang apa-apa kesalahan yang dibuat oleh agensi pelaburan kredit akan menyebabkan mereka ini menjadi mangsa. Mereka sudah selesa, insya-Allah dengan Akta Perlindungan Data Peribadi di mana mereka berfikir bahawa mereka terjamin selama ini.
Mengenai fasal 20 Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian yang disebutkan; “Menteri berkuasa untuk menetapkan amaun minimum.” Tuan Yang di-Pertua, ini adalah amaun minimum yang diperlukan sebagai modal berbayar yang perlu diselenggarakan oleh sesuatu agensi pelaburan kredit. Tuan Yang di-Pertua, di dalam meluluskan rang undang-undang Akta Perlindungan Data Peribadi dan juga akta ini, saya yakin ini melibatkan satu jumlah yang bagi saya nilai perniagaan yang tinggi akhirnya, Tuan Yang di-Pertua.
Inilah perniagaan yang tinggi. Maksudnya, kalau dahulu lombong emas mahal harganya tetapi sekarang maklumat peribadi seseorang rakyat Malaysia tinggi nilainya. Ia boleh dijadikan nilai perdagangan yang sangat tinggi umpama lombong emas, lombong minyak dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah amaun minimum? Bagi saya kalau boleh saya mencadangkan biarlah amaun minimum ini setimpal dengan nilai perdagangan maklumat ini. Ia memberikan kesan yang sangat tinggi, sama dengan rang undang-undang yang baru kita luluskan baru-baru ini - Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ia merupakan satu data yang tinggi nilainya jadi sewajarnya mana-mana orang atau syarikat yang ingin berniaga atau ingin menjadikan ini sebagai satu sumber perniagaan dikenakan atau diminta supaya membayar modal berbayar yang tinggi supaya mereka benar-benar bertanggungjawab dan menjadikan ini sebagai sesuatu yang sangat penting. Barulah orang ramai Tuan Yang di-Pertua akan merasa impak bahawa mereka selama ini terjamin. Bukanlah syarikat RM2 atau RM100 boleh membuka perniagaan dan mereka boleh mengawal semua jenis maklumat kredit orang ramai dan akhirnya pada orang ramai yg menyusahkan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk turut membahaskan rang undang-undang yang telah dibentangkan ini.
Tuan Yang di-Pertua, asas kepada perkara ini adalah konsep hutang.
Saya ingin memberikan pandangan Islam dalam hal yang berkaitan dengan hutang. Dalam Islam hutang dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Ini kerana terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai risiko berhutang atau kredit termasuklah beberapa doa yang diajar oleh Baginda untuk melepaskan diri kita daripada belenggu hutang. Antaranya hadis Rasulullah SAW yang menyebut “Diampunkan semua dosa bagi orang yang mati, yang terkorban syahid kecuali jika dia mempunyai hutang kepada manusia”. Begitu juga dengan doanya yang selalu kita baca “Ya Allah aku berlindung daripadaMu daripada kekufuran dan hutang”.
Hutang pada hari ini sudah dianggap sebagai satu keperluan kerana era hari ini yang sukar untuk menidakkan seseorang itu daripada berhutang terutamanya golongan muda yang berkerjaya yang baru sahaja keluar daripada universiti contohnya dengan trend mudahnya sekarang ini untuk mendapat kad kredit, mudahnya sekarang ini untuk memohon pinjaman membeli kenderaan, mudahnya sekarang ini untuk mendapat segala bentuk pinjaman. Sudah tentulah ini akan menjadi satu daya penarik yang kalau tidak diuruskan dengan betul akan mengakibatkan mereka terjebak dengan mungkin perkara-perkara yang tidak dapat mereka melepaskan diri. Ini tidak termasuk pula lagi dengan bebanan- bebanan hutang pinjaman pendidikan mahupun perniagaan.
Jadi pada konsep hutang juga Tuan Yang di-Pertua, Allah SWT telah menyarankan kepada hambanya agar segala urusan hutang dan tempoh bayaran semula hutang berkenaan hendaklah ditulis dengan adil ataupun benar seperti mana yang telah termaktub di dalam Surah al-Baqarah ayat 282 yang terjemahannya ialah “Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu melakukan sesuatu urusan hutang untuk waktu yang ditentukan hendaklah kamu menulis dan hendaklah penulis itu menulis dengan benar”.
Tuan Yang di-Pertua, faktor terdesak penggubalan Rang Undang-undang Agensi Pelaburan Kredit 2009 ini ialah untuk mengawal dan menyelia agensi pelaburan kredit termasuk menjaga kerahsiaan maklumat kredit pelanggan. Kita juga perlu serius mengenai isu jenayah siber yang berlaku pada hari ini seperti yang didedahkan oleh sebuah syarikat keselamatan – Symantec Corporation mengenai hasil kajian Penemuan Global Negara 2010 terhadap keselamatan enterprise. Menurut mereka di Malaysia kerugian siber paling umum dilaporkan ialah kecurian maklumat kredit pelanggan, kecurian data peribadi dan kecurian data syarikat. Ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan.
Saya ingin tahu daripada pihak kementerian sejauh manakah nanti kawalan ataupun sudah dibuat terhadap mana-mana agensi yang membenarkan maklumat-maklumat pelanggan ini digunakan sewenang-wenangnya untuk dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat. Saya rasa tidak ada seorang pun di kalangan kita khasnya yang menggunakan kad kredit yang tidak pernah menerima panggilan daripada hotel untuk menjadi kelab kepada hotel berkenaan, daripada resort untuk menjadi ahli kepada kelab resort berkenaan, daripada pakej percutian dan sebagainya. Hairan kita daripada mana maklumat ini mereka peroleh? Kalau kita selidiki secara halus daripada maklumat-maklumat yang kita peroleh antara sumber mereka memperoleh data maklumat ataupun data tentang kita, nombor
Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok
telefon kita, saya bimbang mungkin sampai akaun kita di bank pun mereka tahu adalah puncanya daripada syarikat-syarikat kad kredit yang berleluasa. Tambahan pula...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Membelai isteri pun dia tahu.
Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok
[Ketawa] Yang Berhormat Sri Gading ada dua bukan? Mereka peroleh maklumat-maklumat tersebut dan inilah perkara yang perlu kita berikan perhatian yang serius.
Tuan Yang di-Pertua, antara isu penting yang harus ditekankan ialah mengenai keberkesanan dan penguatkuasaan beberapa peruntukan undang- undang seperti Akta Bank Negara Malaysia 1958, Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 dan Akta Perbankan Islam 1983 yang selama ini diguna pakai sebagai satu prosedur yang ketat selaras dengan matlamat umumnya untuk menetapkan had akses kepada maklumat dengan mengenakan tindakan yang tegas bagi mencegah akses tanpa kebenaran atau menyalahgunakan maklumat berkenaan.
Sehubungan dengan itu, saya ingin meminta dari pihak Kementerian Kewangan agar dapat menjelaskan dan mendedahkan statistik terkini institusi- institusi kewangan yang tidak mematuhi peruntukan kerahsiaan perbankan di bawah akta yang telah saya sebutkan sebentar tadi. Secara tidak langsung ia dapat menguji Tuan Yang di-Pertua sejauh manakah penggunaan kad pintar dan pangkalan data Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang menyediakan butir terperinci mengenai individu daripada institusi kewangan yang telah mengakses laporan kredit tanpa kebenaran.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ialah mengenai prosedur untuk menubuhkan syarikat agensi pelaporan kredit. Berdasarkan kepada aduan-aduan yang telah dikemukakan dan semangat penggubalan rang undang-undang ini saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian adakah pihak kementerian bercadang untuk menilai semula atau mengetatkan syarat dan sistem penubuhan agensi supaya ia lebih berintegriti dan bertanggungjawab. Selain daripada itu adalah amat diharapkan agar kod etika pelaporan kredit dapat dikemaskan dan diterjemahkan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan agensi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kurang dari sepuluh minit.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana kita sudah lama tunggu undang-undang seperti ini. Kita telah pun menghadapi beberapa masalah soal hutang yang berhutang dan yang memberi hutang sehingga masalah ini melibatkan juga wakil-wakil rakyat yang ditemui oleh penghutang-penghutang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada perkara basic. Soal di kawasan dan soal orang-orang yang selalu mencari sumber kewangan selain daripada itu hanya mencari orang yang memberi hutang.
Tuan Yang di-Pertua, basic yang saya katakan tadi ialah soal ah long.
Saya tidak lihat dalam rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua yang memberi kuasa kepada pendaftar untuk menggeledah aktiviti-aktiviti ah long.
Kalau saya tengok perkataan ah long dia tulis di sini boleh dikatakan ah long peminjam yang kredit ini. Dalam pengalaman saya Tuan Yang di-Pertua, ini penting. Ah long-ah long ini memang suka duduk di pintu-pintu pejabat jabatan
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
kerajaan menunggu pegawai-pegawai kerajaan terutama sekali pekerja-pekerja rendah yang bergaji rendah dan kad ATM gajinya dipegang oleh ah long-ah long ini. Pada setiap hujung bulan berduyun-duyunlah ah long ini kepada kad ATM.
Peminjam itu meminta pinjaman lagi daripada ah long yang lain kerana gajinya sudah lenyap. Jadi saya berharap undang-undang ini dapat berdaftar agar boleh menggeledah aktiviti-aktiviti ah long ini.
Satu lagi yang paling mudah sekarang Tuan Yang di-Pertua adalah orang- orang seperti ini yang saya anggap tidak berpendapatan yang mencukupi mendapat credit card begitu senang sekali daripada bank-bank. Kakitangan saya sendiri yang gajinya saya tidak sebut namalah, bergaji hanya RM1,500 ada tiga credit card.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Bagaimana bank bagi dia tiga kredit kad? Saya selalu menghadapi masalah ini kerana individu ini selalu dikejar oleh wakil-wakil bank dan akhirnya individu ini mencari sumber kewangan yang lain daripada makciknya, daripada pakciknya untuk membayar hutang supaya pengejar-pengejar bank tidak lagi mengejar dia pada setakat itu sahaja. Ada ah long-ah long juga yang kad ini rumahnya dicat merah, pangkah merah, kereta digaris dan sebagainya. Ini bahaya. Jadi saya harap undang-undang ini dapat merangkumi semua pencegahan kalau boleh. Saya tidak lihat di sini, pendaftar diberi wakil siapa untuk penguatkuasaan dalam seksyen 41 ini. Saya belum pasti kalau ada dibolehkan oleh pendaftar ini membuat penguatkuasaan soal hal macam ini.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak cukup, Yang Berhormat Tumpat pun hendak berucap. Rekod-rekod dalam CTOS seperti mana yang dibangkitkan oleh kawan saya Yang Berhormat Ledang. Ini masih lagi. Saya sendiri juga antara mangsanya Tuan Yang di-Pertua. Hutang saya sebelum tahun 2000, masih dalam rekod Jabatan Imigresen negeri Sabah. Apabila saya, ini bukan berhutang sampai RM10,000 hutang Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya pergi overseas kena tahan di airport berapa kali. Surat sebelum pilihan raya saya bagi surat hutang ini sudah dibayar. Masih dalam rekod. Saya kena tahan berapa kali di airport. Tidak dapat keluar dari negeri. Ini rekod jabatan kerajaan sendiri, malu, malu, malu. Jabatan kerajaan sendiri rekod dia tidak diupdate. Punya saya malu, saya dari pihak kerajaan. Saya kalau dari pihak pembangkang tidak apa, saya tidak malu, tetapi saya malu. Jadi saya terpaksa menelefon pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri untuk membantu saya, sampai begitu Tuan Yang di- Pertua. Rekod, dan saya berharap ini tidak berlaku kepada sesiapa.
Ini wakil, Ahli Parlimen jadi seorang mangsa. Apatah lagi rakyat biasa Tuan Yang di-Pertua jadi mangsa seperti ini rekod-rekod tidak dikemaskinikan.
Saya harap Menteri Kewangan dapat menyiasat perkara ini terutama sekali dalam rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.
Puan Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan bagi saya turut serta membahaskan Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. Saya fikir sebelum saya bermula saya hendak menyebut tentang empat pihak yang terlibat selepas rang undang- undang ini diperkenalkan. Pertama kita ada individu di mana maklumat mereka dikumpul, syarikat-syarikat pelaporan kredit di bawah rang undang-undang ini, para pengawal dan terakhir pengguna maklumat-maklumat tersebut.
Puan Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim - Lembah Pantai
Saya fikir kalau peranan empat-empat kumpulan ini difahami barulah dapat kita melihat rang undang-undang ini secara holistik dan terbaik. Yang terpenting isu individu. Saya fikir sebelum ini sudah disebut oleh beberapa Ahli Parlimen tentang peranan CTOS yang begitu membahayakan terutamanya pada rakyat.
Pada awalnya, CTOS ini telah mendedahkan maklumat pelanggan yang ingin mendapatkan pinjaman kepada bank. Mereka melakukan semua ini bertahun-tahun dan pada tahun 2007 dibuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengiktiraf CTOS untuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan. Akan tetapi, ini telah menimbulkan kekeliruan lagi kerana bank-bank masih lagi menggunakan CTOS sebagai rujukan untuk memberi pinjaman. Di bawah Akta Syarikat 1995, Chong Ching Wen iaitu salah seorang Pengarah Syarikat CTOS didenda hanya RM3,600 sementara kita masih lagi melihat ramai mangsa yang berhadapan dengan kesilapan ataupun kegagalan CTOS.
Jadi untuk para individu, bagaimana rang undang-undang ini dapat membantu mereka dan perkara-perkara berikut perlu diambil kira, maklumat perlu sah terkini, individu juga perlu mempunyai hak untuk melihat maklumat tersebut dan jika tidak tepat bagaimana dan seberapa segera maklumat itu akan dibetulkan ini pun persoalan yang serius, dan adakah individu itu akan dikenakan charge untuk membetulkan maklumat dan berapakah senang, berapa mudah untuk individu melihat maklumat tersebut.
Daripada pihak syarikat saya fikir rang undang-undang ini tidak boleh menyebabkan kos pematuhan yang terlalu tinggi kerana kos ini akan dialirkan juga kepada pengguna. Pengawal tentang isu denda saya akan sebut sebentar lagi tidak boleh terlalu tinggi kerana ia mungkin akan memberi impak ataupun kesan yang negatif kepada betapa aktifnya kepada pelaburan kita dan yang terakhir tentang pengguna.
Rang undang-undang ini perlu memastikan bahawa keputusan kredit adalah tepat dan saya pohon pihak menteri kalau boleh berikan garis panduan yang berbeza di mana wajaran yang dibuat oleh agensi pembangunan kerajaan contohnya MARA, TEKUN perlu lebih rendah daripada wajaran yang dibuat oleh entity commercial.
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kandungan utama akta ini menteri akan melantik seorang pegawai awam yang dikenali sebagai Pendaftar Agensi Pelaporan bagi maksud menjalankan fungsi dan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah akta yang sama. Ia juga menyenaraikan fungsi pendaftar yang bertanggungjawab bagi pemantauan, pengawalan, penyeliaan dan pengawalseliaan agensi pelaporan kredit.
Saya lihat yang penting di bawah Fasal 10 yang bertujuan untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat kredit pelanggan dengan menyekat menteri dan pendaftar daripada menyiasat secara khusus mengenai hal ehwal mana-mana pelanggan tertentu, itu penting. Fasal 11 juga melarang mana-mana orang daripada menjalankan perniagaan pelaporan kredit melainkan jika ia adalah satu syarikat dan telah didaftarkan sebagai satu agensi pelaporan kredit. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan syarikat berkenaan dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya sekali.
Kritikan utama saya, pertama sepatutnya rang undang-undang ini sebelum di bawa ke Parlimen, kementerian seharusnya mengadakan rundingan dengan orang awam dan pihak berkepentingan menjelaskan kelemahan CTOS terdahulu,
Puan Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim - Lembah Pantai
apakah masalah utama yang dihadapi oleh rakyat dan daripada sesi perbincangan awam ini barulah dibentangkan supaya mendapat tarikan dan sokongan rakyat terbanyak.
Kedua saya melihat kekaburannya, agak kabur tanggungjawab CTOS di mana Presiden FOMCA mengatakan hampir 1 juta pengguna dinafikan pinjaman kredit kerana perkhidmatan CTOS. Dinafikan tetapi pada masa yang sama kementerian kata mereka tidak bertanggungjawab dengan apa yang CTOS lakukan. Tentunya saya setuju kerana itu rang undang-undang ini namun sekali lagi aspek isu yang penting ialah batasan kuasa kepada pendaftar dan menteri.
Batasan kuasa pendaftar penting kerana akta ini untuk membuat pengawalseliaan dalam semua agensi pelaporan kredit hendak beri keyakinan di kalangan orang yang terlibat. Bagaimanakah pendaftar dapat menjalankan fungsinya pada masa yang sama memberikan keyakinan kepada orang ramai.
Adakah pendaftar dan seluruh jawatankuasa di bawahnya akan dipantau oleh sebuah badan yang bebas. Seksyen 10 juga berikan kuasa kepada menteri akhirnya untuk mengarahkan pendaftar atau membenarkan pendaftar menyiasat secara khususnya mengenai hal ehwal seorang pelanggan tertentu. Kenapakah perlu diletakkan kuasa di dalam tangan oleh individu ini untuk memutuskan penyiasatan secara khusus ke atas mana-mana orang. Tambahan lagi pendaftar dilantik oleh menteri.
Saya terus kepada peringkat jawatankuasa, peringkat terakhir Tuan Yang di-Pertua semoga dapat diambil cadangan oleh menteri.
Puan Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim - Lembah Pantai
Di bawah seksyen 23(1), satu agensi pelaporan kredit hendaklah melalui notis bertulis memaklumkan seorang pelanggan mengenai apa-apa maklumat yang ada pada agensi pelaporan kredit tentang sumber maklumat tersebut. Saya fikir seksyen ini masih lemah kerana tidak menentukan butiran notis. Adakah notis bertulis ini akan dimaklumkan menerusi pos berdaftar? Ini isu. Dan di bawah seksyen 25(1)(c), maklumat seseorang yang telah bankrap akan disimpan selama dua tahun walaupun telah mendapat pelepasan daripada kebankrapan. Saya hanya ingin membandingkan, kita ikut model mana kerana kalau kita bandingkan dengan CRA di luar negara, sekurang-kurangnya antara tujuh hingga 10 tahun sebelum dilepaskan – kira rekod itu disimpan.
Persoalan seterusnya, status penjamin tidak dijelaskan sama ada rekod mereka akan dipadamkan selaku penjamin selepas pelepasan mereka daripada kebankrapan. Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Seksyen 30(1) tertakluk kepada subseksyen 5, sesuatu agensi pelaporan kredit hendaklah tidak lewat daripada 21 hari dan tarikh penerimaan suatu permintaan akses daripada seorang peminta.
Kenapa dipilih 21 hari dan sekali lagi apakah kayu ukur yang digunakan?
Seterusnya, di bawah seksyen 18 tentang isu pendaftar. Tuan Yang di- Pertua, jika pendaftar menolak suatu permohonan untuk pendaftaran di bawah seksyen 14 atau pembaharuan pendaftaran di bawah seksyen 15, di bawah seksyen 18 ini ia menyatakan apabila suatu permohonan untuk pendaftaran atau pembaharuan ditolak oleh pendaftar, pemohon boleh merayu kepada menteri.
Kenapakah pengendalian rayuan ini tidak dilakukan oleh satu jawatankuasa ataupun mahkamah tetapi ditentukan oleh pendaftar dan menteri? Itu soalan saya.
Antara yang terakhir, saya hanya bimbang kerana akta ini ataupun rang undang-undang tidak boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pelaburan kepada iklim pinjaman kredit dan saya nampak bill ini mempunyai 77 seksyen dan
Puan Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim - Lembah Pantai
19 seksyen mempunyai penalti yang begitu keras kepada mereka yang melakukan kesalahan, terutamanya di mana denda antara RM200,000 hingga RM1 juta dan pemenjaraan satu hingga tiga tahun. Ini merupakan civil offence, Tuan Yang di- Pertua. Jadi kenapa kita kena gunakan penalti yang bersifat hukuman criminal?
Adakah ini munasabah? Bagaimanakah impaknya nanti kepada iklim pelaburan di negara kita?
Seksyen 24 juga disclosure of credit information dengan izin. Saya tidak setuju dan tidak lihat kenapa para pengguna terpaksa – DCRA must obtain consent from the customer before releasing his credit information tetapi sepatutnya para pengguna berurusan terus dengan subscribers of DCRA bukan dengan syarikat-syarikat kredit itu sendiri kerana ini akan memudahkan urusan dan lebih telus cara begini.
Jadi saya harap pihak menteri dapat mengambil kira cadangan-cadangan ini kerana kita setuju dengan sebuah agensi pelaporan kredit tetapi perlu difikirkan impak kerana akhirnya tidak mahu kesan yang negatif kepada ekonomi dan akan melembapkan proses pinjaman itu sendiri. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadang.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Dari BN ada? Yang Berhormat Tumpat. Selepas Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Ranau dan selepas itu Yang Berhormat Tawau.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Saya juga berhajat untuk bercakap beberapa minit dalam membahaskan rang undang- undang ini dan kalau terlebih saya harap Tuan Yang di-Pertua sanggup memberi masa dan saya berhutang masa kerana kredit standing saya agak baik Tuan Yang di-Pertua untuk memohon pinjaman beberapa minit.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, boleh saya panjangkan tetapi teman-teman di belakang itu tidak ada chance lagilah. [Ketawa]
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. Soalan teknikal saya kenapa 2009? Mungkin peraturan Dewan ialah kerana bacaan pertama 2009 tetapi andainya macam rang undang-undang GST kalau tahun ini tidak bentang untuk bacaan kedua, tahun hadapan tidak bentang kerana tidak berani bentang, tahun 2012 tidak dibentang, tahun 2013 kita jadi kerajaan baru kita bentang, takkan hendak kata rang undang-undang GST 2009 juga? Jadi ini saya rasa perlu diberi perhatian dalam prosedur Parlimen kita supaya rang undang-undang itu hanya diberikan tarikh tahunnya pada tahun yang ia akhirnya diluluskan oleh Dewan Parlimen kita ini, Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati pandangan Yang Berhormat- Yang Berhormat yang berucap sebelum ini dan kebanyakan pandangan dan hujah mereka saya kira baik dan saya berhajat untuk tidak mengulangi hujah-hujah mereka itu. Saya menyokong pandangan Yang Berhormat Putatan tentang masalah-masalah yang dihadapi melalui serangan oleh orang atau kumpulan yang dipanggil ‘Ah Long’ walaupun saya tidak nampak bagaimana rang undang-undang ini apabila diluluskan dapat menyelesaikan masalah ‘Ah Long’ itu yang mana ianya sudah tentu ‘Ah Long’ tidak menggunakan khidmat syarikat agensi pelaporan kredit ini untuk mereka menjalankan kerja mereka.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Saya mungkin ingin bermula dengan menyokong pandangan Yang Berhormat Bachok Tuan Yang di-Pertua, yang mengatakan bahawa isu yang kita bincang ini ialah isu pinjaman yang mana kita semua harus diingatkan sebagaimana Yang Berhormat Bachok ingatkan tadi tentang risiko, masalah dan hubungan hutang itu dengan kedudukan kita di alam ini dan juga setelah kematian kita.
Oleh sebab itu, saya ingin juga tidak dapat tidak menyentuh apa yang dinyatakan oleh Bank Dunia dalam kenyataan mereka semalam Tuan Yang di- Pertua, yang memberi amaran dengan izin, World Bank warns of rising debt burden without reform yang merujuk kepada cabaran yang dihadapi oleh negara kita Malaysia ini akibat daripada hutang negara yang amat tinggi dan terus meningkat.
Malah Bank Dunia dalam memberi ramalan pembangunan ekonomi yang tinggi untuk tahun ini iaitu dijangkakan mungkin sehingga 5.7%, di masa yang sama memberi amaran bahawa kenaikan ekonomi negara mungkin akan menurun di tahun selepasnya sehingga serendah 4.2% jika kita tidak khususnya mengadakan perubahan besar, reformasi besar dalam bidang ekonomi negara yang khususnya merujuk kepada pinjaman-pinjaman yang amat tinggi yang diamalkan oleh negara kita melalui bajet-bajet defisit yang berterusan sehingga berbelas-belas tahun.
Jadi kalau sebagaimana Yang Berhormat Bachok sebutkan tadi hutang individu ini satu beban yang cukup tinggi dan sebagainya, maka kalau hutang ini hutang negara maka kita semuanya menanggung hutang sebagaimana kita adalah warganegara rakyat negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil berat hasrat kerajaan untuk mewujudkan undang-undang ini. Sebagaimana Yang Berhormat Lembah Pantai sebutkan tadi, kita keseluruhannya berhajat untuk menyokong rang undang- undang ini. Yang kita lihat Tuan Yang di-Pertua, ialah bahawa di Amerika Syarikat dalam tahun 1971 lagi Kongres Amerika Syarikat sudah pun meluluskan apa yang mereka sebut sebagai Fair Credit Reporting Act yang persamaannya besar dengan rang undang-undang ini.
Bermakna 40 tahun yang lalu Kongres Amerika Syarikat sudah meluluskan rang undang-undang seperti yang kita akan luluskan 40 tahun kemudian daripada mereka. Mungkin tidak ada konsultan, perunding-perunding masa itu menasihatkan Malaysia untuk ikut cara Amerika Syarikat. Sekarang ini sudah ada perunding-perunding yang banyak dan kita cepat, malah kita mendahului Amerika Syarikat pun dalam menyerang Iran Tuan Yang di-Pertua akhir-akhir ini dalam perniagaan kita dalam soal minyak dan gas dengan Iran.
Akan tetapi dalam kes ini kita terlewat. Amerika Syarikat tahun 1971 telah luluskan Fair Credit Reporting Act, tahun 2003 diperbaiki lagi dengan meluluskan rang undang-undang Fair and Accurate Credit Transactions Act 2003.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Bermakna mungkin kita perlu belajar lagi daripada amalan-amalan Amerika Syarikat yang boleh kita pelajari, yang boleh kita ikuti. Ini, Tuan Yang di- Pertua, kerana di Amerika Syarikat dan mungkin ini berlaku juga dalam negara kita didapati apabila mereka buat kajian dalam tahun 2004, mereka dapati – walaupun undang-undang itu sudah ada dalam tahun 1971-2003 lagi tetapi dibuat kajian selidikan dalam tahun 2004, didapati dengan izin, nearly studied 200 credit reports and found that 79% of them contained mistakes.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Maknanya laporan-laporan daripada agensi pelaburan kredit di Amerika Syarikat ini apabila dikaji oleh satu badan NGO yang bernama Public Interest Research Group dalam tahun 2004 mengandungi maklumat-maklumat mereka itu 79%, 80% lah, empat per lima daripada maklumat daripada agensi pelaburan kredit di Amerika tahun 2004 itu mengandungi kesilapan-kesilapan. Jadi harapan saya kepada kementerian ialah dengan kita meluluskan rang undang-undang ini, harap janganlah kita mengalami masalah yang sama.
Janganlah oleh kerana masalah seperti mana yang dilaporkan dalam kes Amerika Syarikat ini, peminjam-peminjam teraniaya kerana mereka ditolak daripada memperolehi pinjaman hasil daripada maklumat yang salah sebagaimana Yang Berhormat Putatan sendiri mengalami dalam negara kita dalam kes beliau yang khusus dan tertentu itu. Jadi, harapan kita ialah bahawa kerajaan dengan kuasa yang ada, dengan pengawalan yang ada, dengan pegawai-pegawai dan penguatkuasaan yang ada pada mereka, tidak mengulangi kesilapan yang dialami oleh negara-negara lain yang mempunyai undang-undang yang terlebih awal daripada kita supaya peminjam-peminjam, bakal-bakal peminjam tidak mengalami masalah dalam urusan mereka untuk memohon pinjaman.
Tuan Yang di-Pertua, syarikat agensi pelaburan kredit ini adalah persamaannya dalam tahap yang lebih tinggi seperti dalam pengalaman negara kita pula, rating agencies. Dalam negara kita ada dua rating agencies setakat mana yang kita tahu iaitu RAMB dan MRCB, Malaysia Rating Corporation Berhad dan Rating Agency Malaysia Berhad. Saya harap kalau kita ikut pengalaman rating agency ini, ada baiknya, ada buruknya dalam kes khusus sebagaimana saya dan Yang Berhormat Kepong alami dalam kes PKFZ, rating agency membuat sesuatu rating yang tidak munasabah dalam kes PKFZ hanya kerana ianya kononnya disokong oleh Menteri Pengangkutan pada ketika itu.
Jadi saya haraplah bahawa rating agency yang tersilap itu tidak diulangi kesilapan mereka dalam kes-kes syarikat pelaburan kredit yang akan kita luluskan ini. Berekoran daripada itu, kalau rating agencies tiada kaedah-kaedah memberi rating, misalnya kita tahu kalau rating company, Tuan Yang di-Pertua, AAA lah, BBB lah, triple AAA- lah, BBB+ lah dan sebagainya untuk menarafkan pemohon- pemohon pinjaman itu.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kaedah penilaian yang akan ditentukan oleh kerajaan melalui pegawai yang bertanggungjawab ini, sama ada ianya akan diselaraskan supaya jelas kepada semua pihak dan kepada kita yang bakal meminjam apabila kita memohon supaya laporan itu kita perolehi apabila jelas. Saya kaji dalam kajian ringkas saya bahawa sekarang ini walaupun kita senantiasa menyebut CTOS, CTOS, CTOS, tetapi dalam rekod yang saya kaji ada 19 syarikat agensi pelaburan kredit dalam negara kita pada hari ini seperti DL Resources Sdn. Bhd, JL First Group (Malaysia) Sdn.
Bhd, Butterworth – Atiqah Trading (Agency), JRD Credit Sdn. Bhd., FK Capital Sdn. Bhd, Butterworth Credit (M) Sdn. Bhd., K Pertanian Malaysia di Melaka, CTOS Sdn. Bhd (Wilayah Persekutuan), Ag Claim Consultant Sdn. Bhd, Kong Jee Trading Sdn. Bhd. dan seterusnya, saya jumlahkan 19 syarikat agensi.
Bagaimana mereka akan membuat rating kita kalau misalnya saya hendak pinjam duit daripada satu-satu bank. Kalau pengalaman di Amerika Syarikat mengikut apa yang saya selidiki, mereka ada credit score yang berjumlah ratusan, 720, 700, 819 dan sebagainya, mereka ada kaedah-kaedah pengiraan supaya ada piawaian yang tertentu supaya kita tahu apabila – dan bank ada standard yang
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
tertentu rating jumlah maksimum RM1,000 misalnya, bawah daripada RM500 tidak layak untuk diberikan pinjaman oleh agensi-agensi pemberi pinjaman.
Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah ianya telah ditetapkan kaedah untuk memberikan markah atau rating atau sebagainya kepada peminjam-peminjam yang diselaraskan supaya apabila kita memohon untuk mengetahui apakah rating kita, kita akan mengetahui istilah ataupun grading itu jelas kepada kita. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambut baik dalam...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Akhir, akhir, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Menyambut baik dalam muka surat 7 dalam rang undang-undang ini di mana istilah kredit misalnya mengatakan “Apa- apa kemudahan pembiayaan Islam dalam apa jua bentuk dan...” Seterusnya, akhirnya dibuat mengikut undang-undang Islam, “(c) Apa-apa sewa beli Islam, pajakan dan sebagainya.” Saya menganggap bahawa ini adalah satu pendekatan supaya tidak perlu ada satu untuk yang bukan Islam, satu untuk Islam dalam satu rang undang- undang, kita gabungkan supaya inilah negara kita kerana kita mengiktiraf kedudukan Islam tetapi ianya boleh diguna pakai untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa penganiayaan kepada mana-mana pihak, tanpa pengkhususan juga kepada mana-mana golongan atau agama. Jadi dalam semangat itulah kita ingin menyokong dengan persoalan-persoalan yang saya bawa tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut sama membincangkan Rang Undang-undang Agensi Pelaburan Kredit 2009.
Seperti mana yang kita dengar tadi melalui pembentangan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, satu daripada sebabnya saya ingat kenapa rang undang-undang ini diadakan ialah masalah CTOS. CTOS ini telah banyak diperbincangkan dengan tindakan-tindakan teratur, yang tidak selaras dan menimbulkan masalah, terutama sekali dari segi kerahsiaan peminjam-peminjam di pihak bank.
Hari ini kita telah mendengar huraian mengenai dengan rang undang- undang ini daripada Yang Berhormat Menteri dan saya ingat rang undang-undang ini memang lengkap dan memadai dengan mengadakan ataupun memberi kepada Menteri Kewangan kuasa untuk menerima ataupun menolak suatu laporan daripada agensi pelabur mengenai dengan masalah pelaburan kredit ini.
Walau bagaimanapun, selalunya pada akhirnya masalah yang timbul ialah enforcement terhadap undang-undang ini, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Bagaimana cantiknya, lengkapnya ataupun kandungan dalam rang undang- undang ini, kalau tidak, kalau enforcementnya ataupun pengawalannya, pelaksanaannya yang lebih baik, tidak begitu mendatangkan faedah pada akhirnya.
Saya ingin menyentuh beberapa perkara, terutama sekali dari segi apa yang kita telah ketahui tentang tindakan-tindakan oleh agensi pelaburan ini terutama sekali CTOS sebelum ini iaitu pihak individu yang sudah diisytiharkan
Datuk Siringan Gubat - Ranau
sebagai orang bankrap kerana laporan CTOS yang tidak begitu mendatangkan kebaikan ini.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Di pihak yang berkuasa pula masih dan tidak dapat mengawal ataupun melaksanakan mengikut apa undang-undang yang ada sebelum ini. Iaitu kita dapati banyak juga pihak-pihak yang tertentu, perseorangan ataupun pihak syarikat yang sudah diisytiharkan sebagai bankrap. Akan tetapi kita nampak di sini sana yang hidupnya yang masih lagi berterusan seperti biasa. Begitu juga pihak syarikat-syarikat ataupun pihak-pihak yang tertentu yang dapat meneruskan aktiviti mereka yang seperti biasa yang seakan-akan tiada masalah. Walaupun sudah diisytiharkan seorang bankrap.
Itulah bukti yang pelaksanaan ataupun enforcement dengan undang- undang yang kita sedia ada ini lurking ataupun tidak dipedulikan ataupun tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kedua Tuan Yang di-Pertua, ada juga pihak yang sudah menyelesaikan masalah pinjaman kredit ini yang sudah lama diselesaikan seperti apa Yang Berhormat dari Putatan alami sendiri. Iaitu hutang sudah dibayar begitu lama akan tetapi pelepasan hutang itu dipihak bank ini masih lagi di sana. Seakan perbuatan CTOS ini cepat untuk bertindak untuk memberi maklumat kerahsiaan, pinjaman-pinjaman untuk kebaikan bank.
Akan tetapi tidak sempat untuk membantu peminjam-peminjam yang sudah melunaskan pinjaman kredit mereka. Ini juga yang masalah ini. Itulah sebab banyak yang terlibat seperti ini. Kita harap dengan adanya Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit ini, mengambil kira dan mengawal selia perkara-perkara yang sudah timbul sebagai masalah yang kita hadapi yang lepas. Satu lagi yang saya ingin sentuh mengenai dengan ini Tuan Yang di-Pertua ialah kegiatan ah long ini yang telah disentuh oleh Yang Berhormat daripada Putatan tadi.
Kerajaan memang ada tindakan untuk mengawasi ataupun mengambil tindakan tentang kegiatan dan perbuatan ah long ini. Akan tetapi nampaknya tidak begitu berkesan. Tidak dapat mengawalkan keadaan sehinggakan keadaan ini masih lagi berterusan pada hari ini. Saya sendiri baru-baru apabila saya balik pada hujung minggu yang lepas di kawasan saya, seorang kawan saya ataupun orang saya telah ditipu oleh ah long ini dengan menggunakan middleman.
Middleman ini seorang yang meminjam wang daripada ah long ini dan apabila tidak dapat membayar hutangnya kepada ah long maka orang ini menggunakan kawan rapatnya untuk minta pinjam wang untuk melunaskan hutangnya daripada pihak ah long sehinggakan geran tanah daripada kawannya ini memberi power attorney kepada middleman ini, supaya boleh meminjam wang daripada bank untuk membayar pinjamannya daripada ah long.
Seperti mana yang kita ketahui apabila power attorney ini ataupun kuasa mengenai dengan pentadbiran tanah ini, bila sampai ke pihak ah long dia boleh menjual ataupun menggunakan geran tanah itu meminjam wang daripada bank.
Orang yang jadi mangsa ini ialah punya itu geran, dan ini berlaku baru-baru. Saya sendiri yang telah mengetahui dan saya diberitahu oleh orang yang jadi mangsa perbuatan ah long ini. Saya syorkan supaya dalam Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 ini supaya mengambil kira dengan kegiatan ah long ini yang selalu mangsanya daripada orang-orang biasa, yang memerlukan pinjaman wang dengan cepat walaupun akhirnya jadi mangsa yang begitu ataupun menerima padahnya yang begitu berat pada akhirnya.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Jadi Tuan Yang di-Pertua saya ingat itu sahaja, sampai sini sahaja yang saya ingin menyentuh dengan Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit ini.
Maka dengan itu saya mohon menyokong. Sekian dan terima kasih.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. Pada prinsipnya Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 atau CRA disambut baik yang telah lama ditunggu-tunggu.
Sebagai satu jalan untuk menyelaraskan dan mengawal industri penentuan kedudukan kredit supaya maklumat tepat, lengkap dan dikemas kini berhubung seorang pelanggan atau individual digunakan untuk penilaian kredit atau tujuan yang lain seperti insurans.
Saya berharap melalui rang undang-undang ini pelanggan tidak lagi tunduk pada sebarang pemaksaan yang tidak perlu untuk memperolehi kemudahan kredit atau pinjaman dan CRA yang bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan dikemas kini tanpa prasangka atau ketakutan. Ingin saya bangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan rang undang-undang ini.
Pertama apakah CCRIS atau Central Credit Reference Information System oleh Bank Negara Malaysia, SME, Small Malaysian Medium Enterpises Dan Financial Information Service (FIS) yang merupakan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau yang dikawal Bank Negara ,perlu mendaftar sebagai syarikat CRA swasta yang lain.
Jika bank atau institusi kewangan mengambil keputusan berdasarkan maklumat kolektif dari CCRIS, FIS atau lucutkan dari CRA tentang status kewangan seseorang pelanggan, entiti yang manakah yang harus bertanggungjawab dalam penolakan permohonan pinjaman ketika semua tiga entiti telah menunjukkan pelanggan ini telah buruk hutang?
Kedua, di bawah akta ini adakah CRA dibenarkan untuk merujuk atau bekerjasama dengan Persatuan Perdagangan atau Trade Agent Association untuk berkongsi maklumat dari industri-industri seperti sewa beli, bahan bangunan dan pembangunan atau industri lain.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Adakah maklumat tersebut dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam database maklumat?
Ketiga, di bawah akta ini haruskah hutang bayaran letak kereta, pinjaman PTPTN belum dibayar atau penerima biasiswa yang tidak memenuhi kewajipan kontrak, bil elektrik dan air belum dibayar terutamanya harta yang disewa, kesalahan lalu lintas atau bil majlis perbandaran dijadikan sebahagian dari maklumat database dalam penilaian kredit.
Keempat, dalam cross 25 - dinyatakan bahawa setiap maklumat yang berkaitan kemuflisan atau bankrap seseorang , tindakan berupa wang mahkamah atau sebarang kegagalan membuat bayaran sebaik discharge atau diselesaikan tidak boleh dimasukkan ke dalam laporan kredit selepas dua tahun.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Merujuk kepada negara-negara lain, tempoh masa lima hingga tujuh tahun di Australia, lima hingga lapan tahun di Hong Kong atau tujuh hingga 10 tahun di Amerika Syarikat dikuatkuasakan mengikut kategori-kategori tersebut di atas.
Saya mencadangkan pelbagai tempoh masa dua tahun harus ditegah berdasar kategori-kategori di atas bankruptcy. Tindakan mahkamah merupakan wang atau kegagalan membaik pulih menyebabkan keadaan yang lebih ketat untuk kemudahan kredit. Ini terutamanya jika tersirat untuk permohonan kredit contohnya lebih daripada RM5 juta atau lebih, yang pemberi kredit mungkin memerlukan sejarah penuh.
Kelima, dalam cross 23 - notis untuk pelanggan pada pemprosesan maklumat kredit. Cross 3 - pelanggan berhak untuk access kepada datanya dan pelanggan berhak untuk membentuk data bila-bila sahaja. Cross 24 - pelanggan perlu memberi persetujuan sebelum CRA membuat setiap pendedahan.
Kesemua ini akan melindungi para pelanggan. Hal ini juga akan membentuk masalah-masalah utama yang dihadapi oleh para pelanggan pada masa lalu di mana maklumat mengenainya yang tidak dikemas kini telah mengakibatkan penolakan kemudahan kredit mereka. Saya berharap CRA tidak akan mengenakan kos tambahan kepada pelanggan dalam menyediakan atau membentuk maklumat terkini. Saya juga berharap CRA akan melaksanakan sistem peperiksaan diri yang akan membolehkan pelanggan di Sabah dan Sarawak lebih mudah access.
Keenam, jika pelanggan tidak puas hati dengan maklumat CRA atau bank untuk menolak pinjamannya, bolehkah pelanggan khususnya dari Sabah atau Sarawak merujukkan kes kepada tribunal pengguna untuk pertimbangkan lebih lanjut.
Ketujuh, banyak laporan kredit adalah berkaitan CTOS. Jika kes CTOS tidak credible dalam memberikan perkhidmatan rujukan kredit, kenapa bank atau agensi kewangan terus menggunakan perkhidmatan mereka? Padahal ada perkhidmatan alternatif yang lain lebih daripada sepuluh. Adakah benar bahawa CTOS telah memenangi semua kes mahkamah pelanggan mereka sejak tahun 2007?
Adakah akta ini akan menggalakkan persaingan yang lebih telus di antara CRA? Maka ini memberikan justifikasi lebih adil bagi penilaian kredit para pelanggan. Dengan meningkatkan berlakunya kejadian penipuan kewangian, pencucian wang, pembayaran, keganasan, akaun kreatif atau kosmetik, bank dikenakan kawalan dalam yang lebih ketat dan proses pengurusan risiko. Maka diharapkan bahawa akta ini akan memberi fundamental kukuh atau strong fundamental untuk pemberian kredit kepada pelanggan dan melindungi sektor kewangan menuju ke arah negara maju. Sekian dan terima kasih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membahaskan rang undang-undang ini.
Hanya beberapa perkara yang saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.
Perkara yang pertama tentang erti kredit ini. Saya baca dalam rang undang-undang ini coveragenya amat luas iaitu bukan hanya credit standing sahaja. Ini termasuk dengan maklumat-maklumat yang lain seperti jual beli, aset
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
secara langsung atau tidak langsung, dan juga lain-lain seperti cagaran, pinjaman, serta lain-lain urus niaga yang melibatkan dengan perdagangan.
Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri iaitu setakat ini kita ada 19 syarikat yang dikatakan menjalankan credit rating atau membekalkan maklumat credit standing kepada pemohon-pemohon yang syarikat-syarikat yang lain. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, jika akta ini diluluskan di Dewan yang mulia ini agak berapa syarikat yang dianggap akan berdaftar menjalankan perniagaan seperti ini? This is the way to encourage also. Ramai lagi syarikat yang akan berurus niaga dengan membekalkan maklumat kepada syarikat-syarikat yang lain.
Seperti kita sedia maklum, setakat ini memang ada banyak syarikat atau badan yang mengumpulkan maklumat-maklumat atau data-data bukan hanya peribadi tetapi data syarikat. Market survey dijalankan, kutipannya juga berpandu kepada credit standing, kemampuan, harta benda, dan juga - memang ini diteruskan oleh syarikat-syarikat adapt dari negara yang lain untuk membuat satu market survey supaya mereka buat keputusan hendak lapor atau hendak datang ke negara kita. Ia juga dibanci oleh agensi-agensi kerajaan juga mengutip maklumat tentang ini.
Saya ingin tanya apakah pandangan daripada Yang Berhormat Datuk Menteri iaitu jika akta ini didaftar? Berapakah syarikat anggarannya akan register dan juga ia teruskan yang dikatakan sah? Satu perkara yang saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri juga, mengikut akta ini apakah kesalahan kepada badan- badan atau institusi-institusi yang terima maklumat dari syarikat atau agensi lapan yang tidak daftar? Apakah kesalahan yang terima? Ia bukan yang tidak terima, tetapi yang terima - the receiving side. apakah kesalahan yang akan dihadapi oleh mereka?
Jika dikatakan CTOS tidak didaftar dan institusi bank terima maklumat dari CTOS dan menggunakannya, apakah kesalahan yang akan dihadapi oleh yang terima maklumat ini? Saya juga ingin tanya, jika syarikat seperti CTOS ini daftar selepas akta ini diluluskan di Dewan yang mulia ini, maklumat-maklumat atau data yang mereka kumpul sebelum didaftar? Adakah semua itu masih boleh dipakai atau semua itu akan dihapuskan dan ia perlu mulakan semula? Itu satu pertanyaan dan saya ingin dapatkan jawapan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya juga bersetuju apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Ledang iaitu bagaimana dengan agensi kerajaan seperti CCRIS oleh Bank Negara.
Adakah itu juga perlu didaftarkan atas akta ini atau mereka terikat juga dengan akta ini?
Akhir sekali yang ingin saya tanya Yang Berhormat Menteri ialah pada setakat ini memang ada urus niaga yang membekalkan atau tukar maklumat antara sebuah syarikat dengan syarikat yang lain seperti dengan very simple, newspaper random. Mereka jika hendak menghentikan perkhidmatan mereka, mereka akan berikan kepada yang berminat untuk mengambil alih perkhidmatan ini dengan data-data, dia punya peranan dan juga kutipan seperti satu perenggan, RM10. Dia bekalkan semua yang sedia ada kepadanya. Adakah ini juga satu kesalahan jika akta ini diluluskan? Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baiklah Yang Berhormat Selayang. Selepas itu, Yang Berhormat Kuala Selangor kemudian saya akan menjemput Menteri untuk menggulung.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang- undang Agensi Pelaburan Kredit 2009.
Pada sesi yang awal ini, kita telah membahaskan Rang Undang-undang Data Peribadi. Kedua-dua akta ini bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada individu daripada menyalahgunakan maklumat yang telah dikutip oleh syarikat-syarikat seperti CTOS yang telah banyak dibahaskan di Dewan ini.
Di beberapa negara yang lain seperti Amerika Syarikat, Peru, Mexico, Sweden, Thailand dan sebagainya, mereka ada undang-undang untuk mengawal selia agensi pelaburan kredit. Di Eropah dan negara-negara rantau di situ, mereka menggunakan undang-undang seperti Akta Perlindungan Data Peribadi. Akan tetapi, kerajaan di sini menggunakan kedua-dua. Kita telah ada kedua-dua akta yang mana ada tujuan yang sama untuk memberikan perlindungan kepada individu tetapi Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 mengecualikan peruntukan di situ terpakai kepada agensi pelaburan kredit.
Pada pandangan saya, dengan pengecualian yang dibuat di sana, perlindungan untuk data peribadi tidak dapat dipakai dan di dalam Rang Undang- undang Agensi Pelaburan Kredit di sini, pendapat saya ialah perlindungan tidak lengkap seperti yang ada di data peribadi yang kita telah luluskan awal tadi. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan perhatian pada ini kerana dengan adanya kedua-dua akta, kita dengan tidak ada niat memberikan loophole yang besar. Oleh yang demikian, tujuan kita tidak dapat direalisasikan.
Kedua, di dalam rang undang-undang ini, kita juga melihat bahawa agensi perkadaran kredit iaitu rating agency dikecualikan di dalam rang undang-undang ini. Akan tetapi, tugas agensi perkadaran kredit (rating agency) adalah sama dengan apa yang dibuat oleh agensi pelaburan, iaitu mereka mengutip data dan memberikan laporan walaupun di sana diberikan laporan tentang bon-bon dan debentur. Akan tetapi, kita telah lihat bahawa rating agency ini kalau mereka tidak dikawal akan menyalahgunakan kuasa mereka dan kerugian yang dialami amat besar kerana di dalam pasaran bon, orang awam juga bergantung pada maklumat yang diberikan.
Kita lihat seperti bon yang telah dikeluarkan oleh PKFZ. Bon ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat swasta, private limited company Kuala Dimensi Sdn. Bhd. akan tetapi diberikan rating tinggi triple A yang diberikan oleh peminjam kerajaan. Kita telah diberitahu ada empat pucuk surat sokongan bertarikh:
(i) 28 Mei 2003 – diberikan kepada Malaysian International Merchant Bankers Berhad dan Pacific Trustees;
(ii) 23 April 2004 – kepada Malaysian Rating Corporations dan OSK Trustees;
(iii) 8 Disember 2005 - kepada Malaysian Rating Corporations Berhad dan OSK Trustees Berhad; dan
(iv) 23 Mei 2008 - kepada Malaysian Rating Corporations Berhad dan OSK Trustees Berhad.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Oleh sebab surat sokongan telah diberikan, kerajaan diwajibkan memberikan pinjaman kepada PKFZ untuk membayar bon. Kita telah tahu mengikut laporan PricewaterhouseCoopers bahawa pinjaman sebanyak RM4.6 bilion ini yang hendak dibayar semula dalam tempoh 20 tahun dengan memasukkan faedah, jumlahnya akan menjadi lebih daripada RM12 bilion. Akan tetapi, apabila perkara ini wujud, kita diberitahu bahawa mengikut pandangan undang-undang, ini bukan surat jaminan tetapi surat sokongan sahaja. Kalau begitu bagaimana rating agency dapat memberikan rating bahawa bon-bon Kuala Dimensi ini adalah seperti bon yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ini contohnya.
Selain daripada itu, kita juga ada satu contoh yang lain iaitu bon yang telah dikeluarkan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Mengikut laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2008, Syarikat Prasarana Negara Berhad adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Syarikat Prasarana Negara Berhad adalah bertanggungjawab untuk menguruskan infrastruktur pengangkutan awam di kawasan Lembah Klang dan Pulau Pinang. Bon merupakan instrumen kewangan yang diterbitkan untuk membiayai projek-projek infrastruktur dan seharusnya perlu ditebus oleh pihak yang menerbitkan bon iaitu Syarikat Prasarana Negara Berhad.
Lapan bon telah dikeluarkan jumlahnya RM8.47 bilion. Ini principal sahaja dengan kupon antara 3.3% sehingga 4.7% setiap enam bulan. Jumlah ini lebih besar daripada bon yang dikeluarkan oleh Kuala Dimensi Sdn. Bhd.
Mengikut Audit, Syarikat Prasarana Negara Berhad berupaya untuk menebus semula bon yang telah diterbitkan yang berjumlah RM1.37 bilion pada tahun 30 November 2006 dan 30 November 2008.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Oleh itu, kerajaan telah keluar dan membayar bon-bon ini. Mengikut Ketua Audit, Prasarana tidak ada aliran tunai yang cukup untuk membayar bon ini. Ini bermakna kita rakyat, wang rakyat yang diberikan kepada kerajaan, kerajaan akan membayar semua bon ini berjumlah RM8.7 bilion. Soalan yang kita hendak tanya ialah bagaimana rating agency dapat meluluskan dan memberikan rating kepada Prasarana di mana operasinya telah tunjuk bahawa tidak ada aliran tunai yang cukup untuk membayar prinsipal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya Tuan Yang di-Pertua. Ini menunjukkan bahawa rating agency juga hendak dikawal selia dan dimasukkan kepada rang undang-undang ini.
Ketiga ialah tentang orang yang melanggan (subscriber) iaitu bank-bank peminjam-peminjam. Hanya satu fasal 27 di mana kalau mereka tidak mengikut apa yang diadakan akan menjadi kesalahan. Akan tetapi, kita tahu syarikat- syarikat seperti CTOS, mereka wujud oleh sebab ada bank-bank, peminjam- peminjam yang hendak membayar upah kepada mereka untuk memberi maklumat ini. Mereka yang sebenarnya ialah dikatakan instigated untuk mewujudkan agensi- agensi ini.
Oleh yang demikian, peminjam bank-bank ini seharusnya juga hendak mengikut kesemua peruntukan yang ada. There are the real people behind these agencies. So, oleh sebab itu mereka juga hendaklah mematuhi semua peraturan yang ada bukan sahaja dalam fasal 27. Akhirnya, kita telah tahu beribu-ribu orang sudah menjadi mangsa kepada CTOS dan agensi-agensi ini yang telah menyalahgunakan maklumat tetapi mereka tidak ada kebolehan, rang undang-
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
undang yang membolehkan mereka untuk menuntut balik ganti rugi. Rang undang-undang ini tidak memberikan kebolehan ini dibuat. Saya meminta Menteri untuk mengkaji semula untuk mengadakan satu fasal dan peruntukan untuk memberikan peluang kepada mangsa untuk menuntut balik daripada CTOS ganti rugi yang mereka telah alami. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit ini dengan merakamkan persetujuan saya pada pandangan sahabat- sahabat saya yang berucap terlebih dahulu daripada saya.
Saya ingin teruskan dalam gendala waktu yang ada ini. Pertamanya membangkitkan sebelum membangkitkan apa jua secara lebih khusus akan rang undang-undang ataupun Akta Agensi Pelaporan Kredit 2009 untuk mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran dan pengawalseliaan orang-orang yang menjalankan perniagaan pelaporan kredit. Saya juga pertamanya mahu menyebutkan tentang peri pentingnya pada saya tujuan di sebalik keseluruhan pengenalan rang undang-undang seumpama ini adalah pada akhirnya untuk negara ini dapat terus menambah baik dari sudut pengurusan perniagaan dengan kata lain dalam mentadbir corporate, finances, governances dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum daripada itu saya menyebutkan juga menyambut apa sahabat saya daripada Bachok sebutkan tadi. Adapun kalau melihat daripada perspektif financing, kewangan umumnya dibahagikan kepada dua. Satu yang bersifat debt-base yang dikatakan berdasarkan hutang dan yang satu lagi yang berdasarkan equity base atau pegangan ekuiti (saham).
Ini secara umumnya difahami begitu. Kita bercakap tentang hutang, mendapat pinjaman atau pegangan ekuiti (saham) mendapat financing. Saya kira saya sebutkan bahawa dalam Islam galakannya adalah untuk memperkukuhkan dan memperarusperdanakan, memperkasakan pinjaman yang bersifat equity base. Ini tidak kerana Islam itu menyanggah debt base financing tetapi galakannya dalam Islam itu supaya di sana berlaku perkongsian risiko dan kita bercakap dalam persoalan ini pada akhirnya, in the final analysis, dengan izin adalah bercakap tentang risk management (pengurusan risiko).
Oleh sebab itu, Islam menggalakkan equity base financing yang kalau dalam bahasanya itulah wujudnya pasaran-pasaran modal yang bersifat pasaran saham yang keseluruhannya adalah equity-based di mana keterlibatan mereka yang terlibat dalam membeli saham-saham itu adalah semacam ataupun peranan pasaran saham itu adalah pada akhirnya mengagihkan modal. Itu yang digalakkan dalam Islam tentang equity-based financing kerana debt base financing ini mempunyai masalah dan ternyata sudah pun dilihat menjadi sebab mengapa merudumnya dalam krisis subprima khususnya kepada pemberian pinjaman kepada orang yang tidak credit worth it. Kalau itu disalahkan kerana financing yang bersifat debt base, bukan hanya itu sahaja tetapi pengenalan pelbagai produk derivative yang pada akhirnya tidak perlulah saya sebutkan sekali lagi di leverage dan dijual pula dalam secondary market dan sebagainya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Akan tetapi, apa yang berlaku di Dubai, krisis di Dubai, mengingatkan kita bahawa Islamic financing itu pun saya mengingatkan Menteri tidak juga bebas daripada risiko ini. Justeru itu, pengenalan-pengenalan seperti akta-akta ini adalah penting dan saya membaca daripada akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, ia adalah untuk bukan sahaja satu agensi yang dikatakan Agensi Pelaporan Kredit ataupun Credit Reporting Agency tetapi sekali gus ia bermaksud juga Credit Rating Agency. Dalam ia melaporkan, ia juga membawa maksud memberikan penarafan ataupun rating. Itu saya kira meninggalkan masalah yang kalau tidak diperhatikan dalam rang undang-undang ini, kedudukan individu mahupun korporat entiti, justeru kerana apa yang dibekalkan oleh Agensi Pelapor Kredit ini sekali gus meletakkan seorang peribadi itu, ketentuan credit worthiness nya itu ditentukan. Kalaupun ia tidak dinyatakan secara jelas dalam matlamat rang undang-undang ini, pada saya itulah maksudnya. That is the bottom-line, dengan izin. Itulah yang akhirnya berlaku.
Jadi oleh kerana itu, perlu diperhatikan dengan lebih teliti kerana kalau cerita Credit Tip Off Services Sdn. Bhd. (CTOS) yang dikatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Tumpat tadi, ada 19 kredit ataupun agensi pelaporan ini yang telah pun wujud.
Akan tetapi untuk ke depan nanti, saya mengirakan perkara ini ia sudah semacam. Ia merupakan agensi ataupun credit agencies seperti yang memberikan penarafan terhadap bon dan terhadap apa jua pinjaman-pinjaman yang lain yang dibuat. Saya kira perkara ini perlu diperhatikan oleh kementerian supaya ia menjadi suatu yang kita tidak perasan bahawa inilah pada akhirnya it has become Credit Rating Agency sekali gus.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan sedikit lagi tentang bagaimana setelah pada 5 April yang lalu, lulusnya Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi, saya juga turut kecewa seperti mana sahabat saya Yang Berhormat daripada Selayang. Maaf daripada... Sahih maaf, betul. [Ketawa] Menyebutkan bahawa ketika persoalan credit worthiness ini terkecuali pula daripada akta perlindungan data peribadi itu yang sekali gus seolah-olah tidak memberikan perlindungan. Ini kita perlu rakamkan di sini juga dan saya kira dari sudut perincian-perincian yang lain Tuan Yang di-Pertua, akan kita perhatikan. Cuma, pada akhirnya saya hendak tekankan dalam perbahasan peringkat dasar ini Tuan Yang di-Pertua, keseluruhannya ini adalah untuk memberikan dan meningkatkan pengurusan risiko dan risk management yang merupakan sebab runtuhnya... Ini krisis subprima di Amerika Syarikat dan juga Dubai hari ini.
Akan tetapi setelah kesemuanya nanti diluluskan persoalannya, dalam pelaksanaan semangat ini bukan sahaja perlu dibuat ataupun dilaksanakan oleh entiti-entiti yang terlibat dalam perniagaan di Malaysia ini. Sama ada usahawan, sama ada korporat entiti, konglomerat besar, tetapi juga mesti dibayangkan good governance ini oleh kerajaan sendiri. Hari ini seperti mana yang sahabat saya Yang Berhormat Selayang sebutkan, dalam pemberian pinjaman sebesar... Dalam krisis mother of all scandal dengan izin PKFZ itu, baru-baru ini juga begitu. Kalau kita perhatikan bagaimana Kerajaan Pusat memberikan pinjaman, persoalan pinjaman dan hutang ini. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ya saya simpulkan. Pinjaman ini sebanyak RM320 juta kepada sebuah syarikat swasta, SYABAS di Selangor ini dalam pemberian yang saya kira cukup tidak wajar. Pertama ia adalah berkadar zero interest rate, kedua unsecured, tidak punya apa-apa cagaran dan ketiga 20 years back loaded
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
yang boleh dibayar 20 tahun akan datang. Kita menurunkan semua rang undang- undang ini untuk kebaikan good governance and risk management. Akan tetapi kerajaan ini Tuan Yang di-Pertua, tidak sedikit pun menunjukkan bahawa mereka komited dan mempunyai political will untuk melaksanakan tuntutan best practice dan good governance. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas saya minta maaf sudah disebutkan tadi saya akan panggil Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab selepas Yang Berhormat Kuala Selangor. Walau bagaimanapun saya akan nota kan untuk memberi Yang Berhormat keutamaan untuk bill yang seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada begitu ramai Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya begitu gembira kerana boleh dikatakan hampir kesemua telah menyatakan sokongan kepada rang undang-undang ini. Bahkan ada yang mengatakan kalau boleh sepatutnya boleh dipercepatkan lagi. Jadi cuma ada soalan-soalan penjelasan dan pandangan yang telah diberikan dan saya akan cuba jawab soalan-soalan ini terutamanya yang ada hubungan langsunglah dengan bill kita.
Ada juga perbahasan yang agak tidak direct kepada apa yang kita bahas hari ini dan setengahnya pun telah kita bincang sebelum ini. Jadi saya tidak bercadang untuk menjawab semua soalan-soalan. Pertamanya, Yang Berhormat Ledang mengemukakan beberapa soalan spesifik khususnya, adakah fi dikenakan oleh bank ke atas pelanggan kerana menggunakan khidmat CRA? Jawapannya tidak. Fi tidak dikenakan oleh bank dan kadar fi yang dikenakan oleh CRA juga adalah kadar yang munasabah seperti mana yang akan ditetapkan oleh Menteri.
Menteri yang akan menetapkan fi-fi. Berapa banyak CRA di Malaysia dan berapakah yang akan didaftarkan di masa hadapan? Ini beberapa orang Ahli Yang Berhormat menimbulkan tentang jumlah yang ada sekarang. Sebenarnya mengikut perkiraan kerajaan yang adanya, yang kita lihat akan diperlukan untuk berdaftar secara langsung ialah lima syarikat, iaitu CTOS, SME Credit, BIRO, RAM Credit Information Services dan Broadstreet, FIS.
Sehubungan dengan itu juga CCRIS dikecualikan kerana CCRIS adalah di bawah Bank Negara dan agensi pengawal seliaan kita, kecualikan daripada ini.
Kalau yang lain-lain, kalau Yang Berhormat kata yang macam mana lagi, ada 14 lagi macam mana? Itu barangkali skop yang dilakukan sekarang ini bukanlah merupakan CRA sepenuhnya. Akan tetapi kita boleh selidiklah saya rasa bila kita ada pendaftar dan sebagai akan menyelidik kerana yang berdaftar itu berdaftarlah.
Yang tidak berdaftar tetapi menjalankan kegiatan yang meliputi peruntukan- peruntukan akta maka ini sudah tentu satu kesalahan. Mereka akan diselidik dan sekiranya dirasakan mereka perlu berdaftar, maka mereka akan diminta berbuat demikian.
Adakah bank dan Bank Negara termasuk dalam akta ataupun Rang Undang-undang CRA ini? Tidak ya. Adakah wujud pertindihan? Ini juga soalan
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
yang agak penting yang telah ditimbulkan oleh beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat. Apakah bill ini bertentangan dengan PDP yang baru diluluskan? Dia ada dua aspek pertamanya kita perlu lihat bahawa Rang Undang-undang CRA ini meliputi semua bukan sahaja individu. PDP hanya individu sahaja. Akan tetapi ini meliputi semua, syarikat, perniagaan juga termasuk. Jadi satunya ia melengkapilah.
Kedua, pembekal maklumat kepada CRA pun pembekal maklumat. Tadi ada yang ditanya bagaimana kalau yang dibekalkan ini tidak dimasukkan di bawah kata ini, apakah penggunaan maklumat yang salah ini boleh dikenakan tindakan?
Pembekal maklumat masih tertakluk kepada PDP. Kalau pun tidak di sini kerana kita hanya mendaftarkan syarikat-syarikat CRA sahaja. Yang tidak akan dikenakan PDP. PDP meliputi semua, meliputi secara... Kerana dia ada dua pilihan. Memang betullah seperti Yang Berhormat Selayang kata itu, ada setengah negara di gabung semua. Ada juga yang dipisahkan supaya lebih senang untuk mengurusnya dan barangkali lebih fokus tertumpu.
Kalau banyak-banyak sangat pun satu badan yang mengawal selianya pun tidak semestinya baik. Akan tetapi ini pertimbanganlah, pertimbangan kita ialah supaya kita buat secara berasingan. Minimum modal berbayar, tadi ada juga Yang Berhormat Lembah Pantai sebut untuk menunjukkan seriusnya kita mengawal seliaan ini maka syarikat-syarikat ini dikenakan modal berbayar minimum RM1 juta dan ini boleh dinaikkan. Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan sekiranya dirasakan masanya sudah sampai untuk menaikkan maka saya rasa itu tidak ada masalah.
Cuma buat hari ini kita pun tidak hendaklah sekali gus menekankan syarikat-syarikat ini sehingga tidak mampu mereka untuk mendaftar. Kita mahu menggalakkan mereka. Mengenai Yang Berhormat Bachok dan juga disokong oleh Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Kuala Selangor mengenai hutang dibenarkan tetapi tidak digalakkan dalam Islam ini, saya bersetujulah. Saya bersetuju.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Cuma apa yang kita lakukan hari ini seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tumpat bahawa ia meliputi semua, Islamic financing pun termasuk, tidak kata ini yang bukan Islam sahaja. Sama ada ianya pembiayaan ataupun pinjaman ataupun sama ada debt based atau equity based seperti mana dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, sebenarnya ianya masih memerlukan perkhidmatan CRA ini. Ini kerana kalaupun kita tidak pinjam tetapi sebagai – kalau kita hendak ada mudarabah (perkongsian), kita pun hendak tahu juga rakan kongsi kita ini, kedudukan dia macam mana. Tidak semestinya kita berniaga secara Islam, kita terima semuanya. Yang mana hendak jadi rakan kongsi kita, kita pun hendak tahu juga apakah rakan kongsi kita ini pernah berhadapan dengan masalah-masalah kewangan sebelum ini atau masih lagi berada...
Jadi saya rasa dari segi relevan akta ini adalah merangkumi semualah.
Tentang kebimbangan Yang Berhormat Bachok tentang maklumat kredit yang nampaknya tersiar dengan begitu mudah hari ini, kita mengambil maklum dan bersetuju kebimbangan ini. Sebab itulah dalam akta ini, maklumat ini tidak boleh diberi kepada mana-mana pihak. Ianya mestilah secara consent oleh pengguna, dia tidak boleh hendak bagi-bagi walaupun dikumpul. Peringkat kumpul pun, dia perlu maklum kepada individu tersebut bahawa ada sekarang ini syarikat ini
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
mengumpul maklumat untuk tujuan perniagaan ataupun rujukan kredit ini dan sebelum dia beri kepada sesiapa, mesti melalui consent.
Yang Berhormat Lembah Pantai kata kenapa perlu CRA beri consent tetapi beri subscriber consent. Ini pun boleh juga, boleh juga. Bahkan sekarang ini biasanya bank sebelum apa-apa dia sudah minta consent daripada pengguna.
Jadi itu pun dianggap sudah merupakan consent atau persetujuan untuk mendapat maklumat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Penjelasan sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya memang mengharapkan penjelasan ini daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Credit Reporting Agency dikatakan juga Credit Rating Agency. Saya minta untuk Dewan yang mulia ini diperjelaskan apakah benar termasuk bersekali dalam bukan hanya sekadar pelaporan tetapi mereka juga sekali gus memainkan peranan rating. Itu tidak berapa jelas dalam seluruh draf perundangan rang undang-undang ini. Terima kasih.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Yang ada sekarang syarikat-syarikat ataupun agency credit rating ini yang ada pada hari ini terkecuali dari akta ini, mereka tidak dimasukkan. Ini kerana mereka sudah pun dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan saya kira Suruhanjaya Sekuriti sudah tentu mengenakan syarat-syarat dan juga piawaian yang tinggi untuk memastikan Credit Rating Agencies ini melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya. Saya telah meneliti Capital Market and Services Act untuk menengok adakah perlindungan data dan kawal selia yang berada mengikut Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit ini ada di dalam capital market dan services, dan saya lihat tidak. Oleh itu saya khuatir bahawa rating agensi ini tidak akan mematuhi syarat-syarat ini.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Saya yakin bahawa sememangnya Credit Rating Agency ini di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Cuma dalam bentuk perundangan mana itu, saya memohon maaflah, saya tidak tahu. Kalau perlu, kita boleh tanya Suruhanjaya Sekuriti nanti, perlu buat jawapan bertulis pun boleh, itu tidak ada masalah.
Kepada Yang Berhormat Putatan, saya hendak sebutkan juga masalah ‘Ah Long’ ini walaupun masalahnya besar dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Putatan tetapi tidak juga dimasukkan dalam akta ini kerana masalah ini sudah pun termasuk dalam Moneylenders Act yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Anti-Money Laundering Act bagi mereka yang tidak mempunyai lesen tetapi menjalankan kegiatan sebagai ‘Ah Long’. Ini sebenarnya boleh di ambil tindakan di bawah Anti- Money Laundering Act.
Cuma saya hendak kata satu lagi sebelum saya beri kepada Yang Berhormat Kinabatangan, tindakan sedang diambil juga untuk memperkemaskan Moneylenders Act ini oleh kementerian berkenaan. Ini telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2010 dan ini adalah tindakan-tindakan susulan di samping rang undang-undang hari ini, Moneylenders Act juga akan diperkukuhkan.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Jadi bila sampai masanya nanti, kita boleh bincangkan dengan lebih teliti mengenai ‘Ah Long’. Akan tetapi buat masa ini, ia tidak termasuk di dalam akta ini.
Sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat dan kementerian, apakah kementerian menyedari bahawa terdapat beberapa syarikat yang mempunyai lesen kredit ataupun kewangan berlesen tetapi aktiviti mereka mengedar segala risalah di kereta, di rumah, di pokok kayu dan sebagainya, adakah ini dibenarkan dalam akta lesen yang diberikan kepada mereka ataupun mereka suka-suka tetapi tidak ada pengawasan?
Ini bukan satu syarikat sahaja, kadang-kadang sampai empat lima syarikat bersaing. Rumah kita dihumban kad, di kereta dia humban, pokok kayu dia lekat ‘Peminjam Wang Berlesen’. Apakah ini benar mereka ada lesen ataupun mereka juga beroperasi seperti ah long tetapi tidak ada penguatkuasaan yang dipantau oleh kementerian dan agensi-agensi yang lain? Minta penjelasan. Di Kota Kinabalu dan Sandakan berleluasa.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Ini sebenarnya juga adalah di bawah bidang kuasa Moneylenders Act dan ini adalah cara pemasaran atau marketing strategy. Jadi yang ini saya serah kepada kementerian berkenaan. Kalau kita bincangkan di sini, agak terkeluar sedikit. Oleh kerana banyak lagi isu ini, kita mengambil maklum apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat tersebut.
Yang Berhormat Lembah Pantai menyebut tentang perlunya adanya satu rang undang-undang yang boleh mengimbangi keperluan pelbagai kumpulan stake holders ini seperti pengguna, individu, syarikat, pegawai dan sebagainya.
Itulah yang cuba dilakukan oleh kita kerana kita mesti pastikan bahawa semasa kita ingin memastikan perniagaan ini berjalan dengan baik, kita juga tidak bersikap terlalu menekan sehingga menyusahkan kepada syarikat-syarikat ini untuk beroperasi.
Okey, rundingan ini sebenarnya telah dibuat. Rundingan Yang Berhormat kata mengapa tidak adakan rundingan, rundingan sudah dibuat terutama dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan perniagaan ini pun kita sudah panggil, saya sendiri mempengerusikan. Kita bincang apa pandangan mereka, kita ambil kira dan saya boleh katakan dalam mesyuarat tersebut, mereka agak gembira. Cuma mereka bimbang kalau-kalau maklumat kerana tanggungjawab mereka memerlukan menyediakan maklumat yang up to date, yang 100% accurate.
Mereka bimbang maklumat yang diambil daripada sumber-sumber awam umpamanya, mungkin sumber itu pun tidak accurate. Maka sebenarnya ada peruntukan dalam undang-undang ini bahawa mereka perlu mengambil tindakan yang munasabah untuk memastikan maklumat ini adalah tepat dan sentiasa dikemas kini. Maknanya tidak boleh hendak cincai-cincailah. They have to proof that they have taken a reasonable step dengan izin untuk memastikan. Ini yang dikatakan oleh mereka.
Tentang suara rakyat, kita sudah banyak dengar di Parlimen ini sejak dahulu lagi Yang Berhormat. Inilah Ahli-ahli Parlimen ini telah membawa suara rakyat. Bahkan bill ini dibuat kerana suara rakyat, permintaan daripada Ahli-ahli Parlimen penggal dahulu lagi Yang Berhormat, saya ingat. Ini kita sudah lama sudah rancang berdasarkan suara rakyat. Tidak semesti kita panggil rakyat
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
berjumpa dengan kita. Ini kita ambil sebagai suara rakyat yang disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Satu perkara pokok lagi...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Biar saya habiskan dahulu Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Okey.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Kemudian Yang Berhormat boleh menyoal.
Ada satu lagi perkara yang saya hendak sebut tentang mengapa dua tahun sekiranya muflis, rekod ini disimpan dua tahun. Ada sesetengah negara lima hingga tujuh tahun. Jikalau lima hingga tujuh tahun lebih menekan kepada individu dan pengguna. Maknanya rekodnya ini lima, tujuh tahun ada lagi. Padahal dia sudah bayar. Kesianlah. Kita hendak beri second chance. Kita suka kepada pendekatan second chance. Makna kalau orang sudah bayar dua tahun, kita tidak benarkan lagi rekod ini ada lagi dalam databasenya.
Memang pengalaman negara-negara berbeza-beza. Model mana yang kita ambil kita ambil semua yang kita lihat semua model-model ini kita boleh kaji dan kita ambil dan kita rasakan adalah yang terbaik. Contohnya yang lima hingga tujuh tahun lama Yang Berhormat. Kesian orang yang tidak bayar hutang ini sekali kena tujuh tahun tunggu. Bagaimana dia hendak pinjam yang lain. Jadi, dua tahun ini kira okey dengan syarat dia sudah selesai masalah hutangnya. Sila Yang Berhormat Lembah Pantai tadi.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Mohon penjelasan boleh, penjelasan.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat Lembah Pantai tadi.
Tidak hendak bangun sudah?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Saya hendak bangun.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam rundingan bersama dengan stakeholders, saya ada bangkitkan tentang isu kuasa terlampau di peringkat Pendaftar dan juga Menteri di mana Pendaftar diberi kuasa dan Menteri – rayuan itu untuk mana-mana kes boleh dibuat dan dibenarkan oleh Menteri. Jadi, apakah pandangan mereka tentang isu ini?
Oleh sebab dalam usaha untuk memberi keyakinan kepada orang ramai, perlu wujud sebuah jawatankuasa yang boleh memantau kerja-kerja Pendaftar untuk memastikan ia independent atau bebas, dengan izin. Perkara ketiga yang saya tidak sempat sebut tadi berkaitan dengan isu kuasa terlampau iaitu kuasa menangkap. Pegawai-pegawai di bawah rang undang-undang ini diberi kuasa untuk menangkap tanpa waran kepada mana-mana orang yang dia percaya dengan munasabah telah melakukan atau cuba melakukan sesuatu kesalahan.
Jadi, spesifik dalam hal ini. Dalam rundingan tersebut tidak ada apa-apa masalah yang diutarakan oleh pihak-pihak syarikat. Terima kasih, dan mohon.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Ya dalam rundingan yang telah saya mempengerusikan, tidak ada masalah kuasa melampau, tidak ada ditimbulkan.
Cuma, kebimbangan mereka ialah satunya yang dua tahun pun mereka ada sebut.
Cuma, bila saya jelaskan konsep kita ini berbeza sedikit dengan negara-negara lain dan mereka terima. Itu satu.
Kedua, dari segi the honest on them, dengan izin untuk menjaga maklumat itu adalah tepat dan selalunya up to date. Itu yang selalunya mereka bimbang sedikit sebab sumber yang mereka dapati ini mungkin sumber yang tidak tepat. Jadi, mereka kata macam mana itu. Itu kita kena bagi tanggungjawab kepada CRA ini kerana sebahagian daripada keperluan. Apabila mereka mengumpul maklumat, dia kena sahkan maklumat ini. Perlu memaklumkan dan meminta consent daripada individu.
Apabila consent ini diberi, maka individu ini berhak tengok betulkah dia ada hutang dengan si polan yang tidak berbayar dan sebagainya. Jadi, soal kuasa ini saya rasa tidak timbul Yang Berhormat. Ini pun kita tidak menangkap orang suka-suka hati, tetapi ini selaras dengan kebimbangan kita. Jikalau kita hendak enforcekan tadi ada dari Yang Berhormat Ranau dia kata apa pun yang kita buat ini cantik dipandang, indah dilihat tetapi, kalau tidak ada enforcementnya.
Kita perlu ada satu kegerunan supaya orang bimbang dan they take seriously, dengan izin. Jadi, kalau kita tidak ada kegerunan untuk syarikat-syarikat membuat sewenang-wenangnya kerana dendanya RM3,000. Yang Berhormat kata tadi RM3,000. Jadi, tidak boleh. sekarang ini kita denda RM200,000 pun ada, RM500,000 pun ada dan tiga tahun jail pun ada. Ini jangan main-main.
Akan tetapi, saya dalam perbincangan dengan stakeholders, apa yang perlu dibimbangkan? Jikalau ikut peraturan yang sedia ada, tidak akan ada orang yang ditangkap. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pasti sama ada naskhah saya berbeza dengan naskhah orang lain sebab saya semak fasal 65 tidak ada, mungkin naskhah orang lain tidak sama dengan saya kot. Jadi, ini yang saya terima ini fasal 65 tidak ada, fasal 71, 72 pun tidak ada di sini. Fasal - Jadual tiga tidak ada. Saya tidak pasti orang lain. Ada?
Seorang Ahli
Ada...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ada, naskhah sayalah kalau macam itu. Kemudian yang saya hendak minta penjelasan bagaimana kedudukan atau kaitan akta rang undang-undang berkait dengan agensi-agensi lain yang juga mentadbir perkara yang sama seperti penyataan tentang kedudukan kredit yang ditadbir oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, kastam dan eksais dan juga agensi-agensi yang lain sebab kita tidak dinyatakan dengan jelas perhubungan ini dan pentadbiran tentang urusan maklumat kredit ini kerana impak atau kesannya membawa kepada natijah yang hampir sama terutama apabila terdapat kaitan untuk pengisytiharan pelepasan status bankruptcy.
Dua agensi terutama ini memang mempunyai kedudukan kuasa yang begitu kukuh dalam pengisytiharan penarikan semula atau status-status seperti bankrupt dan sebagainya. saya nampak tidak ada langsung tentang perkaitan ini diterangkan dalam rang undang-undang ini. Terima kasih.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun tidak tahu macam mana salinan Yang Berhormat tidak ada seksyen-seksyen yang – saya punya ada 65, 71. Barangkali kerana..., barangkali hendak test Yang
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Berhormat kot, Yang Berhormat pandai pick-up yang mana kosong-kosong. Jadi, ada – saya tengok, saya punya ada. Nasib baik saya punya ada, kalau saya punya tidak ada juga itu kacau sikit. Mungkin ada lah itu missed printing.
Kedua, tentang data-data kredit yang disimpan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, kastam dan sebagainya. Ini memang dibenarkan dan tidak tertakluk dengan akta ini. Mana-mana pangkalan data yang disimpan oleh badan-badan kerajaan khususnya pengawal seliaan – regulatory maka, tidak tertakluk dengan akta ini. Tidak ada masalah.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Laluan. Ledang.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Sila Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya merujuk kepada data-data yang disimpan tadi. Saya hendak menjurus kepada lima syarikat seperti CTOS dan lain-lain, sudah ada pun maklumat-maklumat tentang kredit pada masa-masa yang lepas, dan kita akan jadikan mereka tertakluk kepada rang undang-undang ini. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak bertanya, adakah boleh sekiranya rang undang-undang ini mengenakan syarat kepada lima syarikat berkenaan supaya maklumat-maklumat yang mereka telah simpan sekian lama dihapuskan sebab banyak yang haywire, tidak tepat dan sebagainya. Kita mula era baru. Dia hendak cari maklumat yang baru, mungkin setahun lepas ataupun mulai tahun rang undang-undang ini dikuasakan, tidak bersandarkan kepada maklumat- maklumat yang mereka telah simpan sekian lama yang selama ini banyak menyusahkan rakyat jelata. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat Ledang. Saya ingin menjawab soalan tersebut bersama dengan perkara sama yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tawau dan juga pencelahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sri Gading mengenai data yang sedia ada.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Saya ingin menjawab iaitu rang undang-undang ini memberi tempoh tangguh grace period dengan izin, selama tiga bulan bagi membolehkan agensi pelaporan kredit mendaftar dengan pendaftar, ini bagi tiga bulanlah. Selepas tarikh penguatkuasaan akta dan tempoh enam bulan untuk mematuhi kesemua peruntukan akta. Ini maknanya dia ada transisi daripada macam mana syarikat yang sedia ada ini boleh mematuhi akta ini. Jika tidak mendaftar dalam tempoh yang diberikan ini, agensi itu tidak boleh lagi mengumpul atau memproses apa- apa maklumat kredit.
Jika tidak ia telah melakukan kesalahan di bawah akta ini. Bermakna selepas berdaftar mereka juga tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam akta. Makna mereka perlu memaklumkan kepada individu-individu di mana datanya ada dalam pangkalan data dia. Ini perlu dan juga mana-mana maklumat yang hendak diberikan nanti perlu mendapat consent.
Ini bermakna, saya rasa memanglah ada barangkali setengah maklumat yang tidak lengkap, yang tidak up to date, tetapi dengan proses yang kita adakan ini melalui makluman dan juga consent, maka pengguna juga berhak untuk melihat apa data mengenainya dan boleh membuat keputusan sama ada membenar, memberi consent atau tidak memberi consent. Jadi saya kira memang ada peruntukan untuk membolehkan agensi-agensi yang sedia ada ini supaya tidak menyalahgunakan data-data yang sedia ada kepada mereka.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di-Pertua, saya kira saya sudah jawab semua yang pokok- pokoklah dan saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang undang-undang ini dibacakan kali kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 77 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang-undang.
Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang- undang bernama “Suatu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan, disiasat dan diuruskan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya” dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengambil beberapa insentif semenjak beberapa tahun yang lalu untuk menekankan kebertanggungjawaban dan pentadbiran yang cekap rakyat kita. Sebagai memenuhi janji untuk membaiki sistem penyampaian kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mengemukakan enam bidang kebersihan utama nasional ataupun dikenali sebagai NKRA yang mewakili sebuah gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani tuntutan terdesak latihan.
NKRA kedua, adalah disasarkan untuk memerangi rasuah. Antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan dalam mencapai NKRA kedua in, ialah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
mengadakan suatu undang-undang yang melindungi pemberi maklumat atau dengan izin, whistleblower. Undang-undang ini bertujuan menggalakkan pemberi maklumat atau dengan izin, whistleblower membuat pendedahan kelakuan tidak wajar oleh mana-mana orang dan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat atau dengan izin, whistleblower daripada sebarang tindakan balas yang memudaratkan.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, kerajaan mendapati bahawa pemberi maklumat atau dengan izin, whistleblower ditafsirkan sebagai seorang pekerja yang memberikan maklumat mengenai kelakuan tidak wajar yang berlaku di tempat kerjanya.
Kedua, perlindungan yang tidak mencukupi kepada dengan izin, informer dalam undang-undang sedia ada sering menghalang seseorang yang mempunyai maklumat tentang sesuatu kelakuan tidak wajar daripada tampil ke hadapan untuk mendedahkan perbuatan, kelakuan tidak wajar tersebut kepada pihak berkuasa.
Ketiga, seseorang pemberi maklumat atau whistleblower boleh juga merupakan seorang informer sebagaimana yang diperuntukkan dalam beberapa undang-undang yang sedia ada dan mungkin juga seorang saksi tetapi seseorang informer atau saksi tidak semestinya menjadi seorang pemberi maklumat atau whistleblower.
Keempat, peruntukan undang-undang sedia ada yang melindungi informer dan saksi adalah tidak mencukupi untuk melindungi pemberi maklumat atau whistleblower. Undang-undang sedia ada yang melindungi informer atau saksi hanya melindungi kerahsiaan maklumat tentang identiti informer atau saksi di samping beberapa perlindungan khusus yang diperuntukkan kepada saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi Tahun 2009.
Untuk mendapatkan perlindungan bawah Akta Perlindungan Saksi Tahun 2009, seseorang itu hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Perlindungan Saksi untuk menyertai dalam Program Perlindungan Saksi dan syarat-syarat yang diperuntukkan di dalam akta tersebut perlu dipenuhi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Kelima, perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat
(whistleblower) ialah kekebalan daripada tindakan sivil jenayah atau tatatertib.
Perlindungan daripada tindakan balas yang menjelaskan dengan izin, protection against detrimental action serta remedi-remedi khusus yang tidak diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang sedia ada yang melindungi informer atau saksi.
Tuan Yang di-Pertua, asas-asas pertimbangan untuk mewujudkan perlindungan pemberi maklumat (whistleblower) adalah seperti berikut:
(i) tiada sebarang peruntukan khusus dalam undang-undang yang sedia ada yang memberi perlindungan kepada informer selain daripada kerahsiaan maklumat informer;
(ii) perlindungan dalam undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan informer dan saksi tidak mencukupi atau melindungi pemberi maklumat (whistleblower);
(iii) undang-undang khusus berhubung perlindungan pemberi maklumat (whistleblower) akan menggalakkan penjawat awam dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kelakuan tidak wajar untuk tampil dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
mendedahkan kepada pihak berkuasa. Bagi memastikan undang-undang ini lebih berkesan dan bersifat menyeluruh, undang-undang ini terpakai kepada semua informer yang memberikan maklumat mengenai kelakuan tidak wajar tanpa mengira sama ada kelakuan tidak wajar tersebut berlaku di tempat kerjanya atau sebaliknya. Oleh itu, dalam konteks undang-undang ini tidak ada perbezaan di antara pemberi (whistleblower) dengan informer kerana sesiapa sahaja yang memberikan maklumat di bawah undang-undang ini mengenai kelakuan tidak wajar dianggap sebagai pemberi maklumat
(whistleblower);
(iv) undang-undang berhubung perlindungan pemberi maklumat ini terpakai kepada kelakuan tidak wajar yang berlaku di sektor awam dan swasta; dan
(v) dengan adanya undang-undang yang melindungi pemberi maklumat, Malaysia memenuhi komitmen antarabangsa seperti mana yang diperuntukkan Artikel 33 dan Artikel 37 UNCAC.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah salah satu pihak kepada dengan izin, United Nations Convention Against Corruption (UNCAC). Malaysia telah menandatangani UNCAC pada 20 September 2008. Artikel yang relevan mengenai perlindungan kepada informer terdapat dalam Artikel 33 dan Artikel 37.
Peruntukan dalam kedua-dua artikel adalah seperti berikut dengan izin :
[Membaca petikan] “Article 33 - Protection of reporting persons Each State Party shall consider incorporating into its domestic legal system appropriate measures to provide protection against any unjustified treatment for any person who reports in good faith and on reasonable grounds to the competent authorities any facts concerning offences established in accordance with this Convention.” [Membaca petikan] “Article 37 - Cooperation with law enforcement authorities 1. Each State Party shall take appropriate measures to encourage persons who participate or who have participated in the commission of an offence established in accordance with this Convention to supply information useful to competent authorities for investigative and evidentiary purposes and to provide factual, specific help to competent authorities that may contribute to depriving offenders of the proceeds of crime and to recovering such proceeds.
Each State Party shall consider providing for the possibility, in appropriate cases, of mitigating punishment of an accused person who provides substantial cooperation in the investigation or prosecution of an offence established in accordance with this Convention.
Each State Party shall consider providing for the possibility, in accordance with fundamental principles of its domestic law, of granting immunity from prosecution to a person who provides substantial cooperation in the investigation or prosecution of an offence established in accordance with this Convention.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Protection of such persons shall be, mutatis mutandis, as provided for in article 32 of this Convention.
Where a person referred to in paragraph 1 of this article located in one State Party can provide substantial cooperation to the competent authorities of another State Party, the States Parties concerned may consider entering into agreements or arrangements, in accordance with their domestic law, concerning the potential provision by the other State Party of the treatment set forth in paragraphs 2 and 3 of this article.” Tuan Yang di-Pertua, hasrat kerajaan untuk mengadakan undang-undang berhubung dengan perlindungan kepada pemberi maklumat (whistleblower) adalah selaras dengan Artikel 33 dan Artikel 37 UNCAC.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mencapai objektif untuk membanteras rasuah dan kelakuan tidak wajar yang lain dlm sektor awam dan swasta perlu diwujudkan satu persekitaran untuk menggalakkan dan memudahkan orang awam untuk mendedahkan mengenai apa-apa perbuatan rasuah dan kelakuan tidak wajar yang lain. Untuk tujuan ini, rang undang-undang ini akan memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar tersebut. Perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat (whistleblower) di bawah rang undang-undang ini adalah;
(i) perlindungan kerahsiaan maklumat dengan izin; confidential information;
(ii) kekebalan daripada tindakan sivil jenayah atau tatatertib; dan
(iii) perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan.
Selain daripada itu, rang undang-undang ini memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan yang sedia ada untuk menjalankan penyiasatan terhadap aduan yang dibuat oleh whistleblower dengan izin, mengenai tindakan yang memudaratkan yang dibuat oleh mana-mana orang yang dibuat terhadap mereka atau mana-mana orang yang berhubung dengan pemberi maklumat
(whistleblower).
Rang undang-undang ini juga membolehkan agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi pihak whistleblower untuk memohon remedi-remedi khusus daripada mahkamah. Contohnya seperti ganti rugi atau perintah injunksi terhadap mana-mana orang yang mengambil tindakan yang memudaratkan terhadap pemberi maklumat (whistleblower). Dengan adanya rang undang-undang Tuan Yang di-Pertua, akan saling melengkapkan atau complement dengan izin, peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan dengan rasuah dan salah laku yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi tujuh bahagian dan 27 fasal. Rang undang-undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan untuk memerangi rasuah dan kelakuan tidak wajar lain dengan menggalakkan atau memudahkan pendedahan tentang kelakuan tidak wajar yang berlaku dalam sektor awam dan swasta. Untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian I rang undang-undang adalah berkenaan perkara permulaan. Fasal 1 rang undang-undang mengandungi tajuk ringkas dan penetapan tarikh kuat kuasa rang undang-undang. Fasal 2 mengandungi tafsiran kepada perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam rang undang-undang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Antara ungkapan tersebut ialah ungkapan pemberi maklumat - ditafsirkan sebagai mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada agensi penguatkuasaan. Maklumat sulit ditakrifkan sebagai maklumat tentang identiti, pekerjaan, alamat kediaman, alamat kerja seseorang pemberi maklumat atau orang terhadapnya pendedahan dibuat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Maklumat yang telah didedahkan dan apa-apa maklumat yang juga didedahkan boleh mendatangkan mudarat kepada mana-mana orang. Kelakuan tidak wajar ditakrifkan sebagai apa-apa kelakuan yang jika terbukti menjadi suatu kesalahan tatatertib, atau kesalahan jenayah. Kesalahan tatatertib pula ditakrifkan sebagai apa-apa tindakan atau peninggalan yang merupakan satu pelanggaran tatatertib dalam sesuatu badan awam atau badan swasta sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku kod etika atau pekeliling atau suatu kontrak kerja. Antara perlakuan yang ditakrifkan sebagai tindakan yang memudaratkan termasuklah tindakan yang menyebabkan kecederaan, kehilangan atau kerosakan serta ugutan dan gangguan.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian II rang undang-undang memperuntukkan perkara yang berhubung dengan pentadbiran. Antara fasal-fasal penting dalam bahagian ini adalah seperti berikut:
Fasal 3 yang memperuntukkan bahawa agensi penguatkuasaan mempunyai arahan am, kawalan dan penyeliaan ke atas semua perkara berhubung dengan perlindungan pemberi maklumat. Ia selanjutnya menghuraikan kuasa am agensi penguatkuasaan.
Fasal 4 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk mengeluarkan arahan tentang perjalanan kausa, budi bicara dan kewajipan agensi penguatkuasaan.
Fasal 5 bertujuan untuk membenarkan agensi penguatkuasaan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa yang lain. Mana-mana jabatan kerajaan persekutuan atau negeri atau mana-mana orang lain berhubung dengan sesuatu penyiasatan yang dijalankan. Apabila permintaan dibuat oleh agensi penguatkuasaan, mana-mana orang hendaklah memberi kepada agensi penguatkuasaan berkenaan segala bantuan yang perlu.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian III rang undang-undang memperketat perlindungan pemberi maklumat.
Fasal 6 bertujuan untuk membenarkan mana-mana orang untuk membuat pendedahan berdasarkan kepercayaannya yang munasabah tentang mana-mana orang yang telah melibatkan diri, sedang melibatkan diri atau bersedia untuk melibatkan diri dalam kelakuan tidak wajar. Pendedahan sedemikian boleh dibuat secara lisan atau bertulis kepada mana-mana agensi penguatkuasaan. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan bahawa pendedahan kelakuan tidak wajar boleh dibuat terhadap seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.
Fasal ini juga memperuntukkan bahawa mana-mana peruntukan dalam apa-apa kontrak kerja yang menghalang pendedahan kelakuan tidak wajar adalah terbatal.
Fasal 7 adalah bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seseorang pemberi maklumat akan dilindungi dari masa sesuatu pendedahan kelakuan tidak wajar yang diterima oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. Bentuk perlindungan yang diberikan adalah perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah dan perlindungan kepada tindakan yang memudaratkan. Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan juga
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
diperluas kepada mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat. Maklumat utama perlindungan diberikan kepada pemberi maklumat ialah untuk menggalakkan pemberi maklumat tampil ke hadapan untuk membuat pendedahan kelakuan tidak wajar dengan melindunginya daripada tindakan balas yang menjejaskan dan yang boleh diambil terhadap orang yang diadukan.
Fasal 8 rang undang-undang ini bertujuan untuk mengenalkan obligasi statutori ataupun statutory obligation untuk menyimpan maklumat sulit ke atas mana-mana orang yang membuat atau menerima pendedahan kelakuan tidak wajar atau memperoleh maklumat sulit semasa menjalankan penyiasatan. Ia selanjutnya mengadakan peruntukan bagi pelanggaran obligasi sedemikian sebagai suatu kesalahan. Fasal ini juga melarang pendedahan butiran yang membawa kepada pemberi maklumat diketahui semasa apa-apa prosiding.
Fasal 9 bertujuan untuk memberikan kepada pemberi maklumat kekebalan daripada liabiliti sivil dan jenayah atau apa-apa liabiliti yang berbangkit melalui proses pentadbiran termasuk tindakan tatatertib bagi menggalakkan seseorang pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan, untuk mendedahkan kelakuan tidak wajar tanpa kebimbangan.
Fasal 10 bertujuan untuk melarang mana-mana orang daripada mengambil apa-apa bentuk tindakan yang memudaratkan terhadap seseorang pemberi maklumat, atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu, sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar. Fasal ini menyatakan hal keadaan di mana sesuatu tindakan terjumlah kepada tindakan yang memudaratkan. Ia selanjutnya mengadakan peruntukan bagi pelanggaran larangan sedemikian sebagai suatu kesalahan.
Fasal 11 memperuntukkan hal keadaan yang membolehkan perlindungan pemberi maklumat dibatalkan. Di antara keadaan yang dimaksudkan termasuklah penglibatan pemberi maklumat itu sendiri dalam kelakuan tidak wajar tersebut.
Pemberi maklumat dengan sengaja membuat penyataan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya sebagai benar dalam pendedahan kelakuan tidak wajar tersebut. Pendedahan itu adalah remeh atau menyusahkan dan pendedahan itu dibuat untuk mengelak tindakan tatatertib. Dalam keadaan perlindungan pemberi maklumat dibatalkan, pemberi maklumat hendaklah dimaklumkan dan jika dia tidak berpuas hati dengan pembatalan itu, pemberi maklumat boleh merayu terhadap keputusan itu kepada mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV rang undang-undang ini mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan pengurusan pendedahan kelakuan tidak wajar.
Fasal 12 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi agensi penguatkuasaan yang menerima pendedahan kelakuan tidak wajar untuk menjalankan penyiasatan terhadap pendedahan sedemikian dan menyediakan laporan berhubung dengan siasatan yang dijalankan.
Fasal 13 menyatakan bahawa jika laporan yang disediakan oleh agensi penguatkuasaan mendapati bahawa tiada kes berasas, pemberi maklumat hendaklah diberitahu. Sebaliknya jika laporan itu mendapati bahawa terdapat kesalahan tatatertib, kes itu hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa badan awam atau badan swasta yang berkenaan. Pihak berkuasa badan awam atau badan swasta ini dikehendaki memaklumkan agensi penguatkuasaan langkah yang telah diambil atau akan diambil atau sekiranya tidak ada tindakan yang
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
diambil, alasan kenapa tindakan tidak diambil. Agensi penguatkuasaan berkenaan boleh melaporkan kepada Menteri jika tiada tindakan yang diambil dalam waktu yang munasabah atau tindakan yang telah diambil tidak memadai. Selain itu, jika laporan itu mendapati bahawa terdapat kesalahan jenayah dan pendakwa raya memutuskan untuk mendakwa, agensi penguatkuasaan perlu memperoleh laporan bukanlah daripada pendakwa raya atau jika pendakwa raya memutuskan untuk tidak mendakwa. Agensi penguatkuasaan perlu memaklumkan pemberi maklumat.
Fasal ini juga mengehendaki agensi penguatkuasaan untuk memaklumkan pemberi maklumat, hasil penyiasatan dan tindakan yang diambil.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian V rang undang-undang ini mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan aduan terhadap tindakan yang memudaratkan dan remedi.
Fasal 14 bertujuan untuk memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap aduan terhadap tindakan yang memudaratkan.
Ia selanjutnya mengehendaki agensi penguatkuasaan untuk merekodkan dapatannya dan merujukkan perkara itu kepada pendakwa raya setelah selesai membuat penyiasatan terhadap aduan tindakan yang mudarat itu. Jika penyiasatan itu menunjukkan bahawa tiada kes yang berasas, pemberi maklumat hendaklah dimaklumkan. Sebaliknya, jika laporan itu didapati bahawa terdapat kesalahan tatatertib, kes itu hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa badan awam atau badan swasta yang berkenaan. Agensi penguatkuasaan boleh melaporkan kepada Menteri jika tiada tindakan yang diambil dalam waktu yang munasabah atau tindakan yang diambil tidak memadai.
Selain itu jika penyiasatan itu menunjukkan bahawa terdapat kesalahan jenayah dan pendakwa raya memutuskan untuk mendakwa, agensi penguat kuasa perlu memperoleh laporan berkala daripada pendakwa raya atau jika pendakwa raya memutuskan untuk tidak mendakwa, agensi penguatkuasaan perlu memaklumkan pemberi maklumat. Jika sesuatu pertuduhan dibuat, apa-apa keterangan yang diperoleh oleh agensi penguatkuasaan di bawah rang undang- undang ini boleh digunakan untuk prosiding jenayah tertakluk kepada fasal 8.
Fasal ini juga mengehendaki agensi penguatkuasaan untuk memaklumkan pemberi maklumat hasil penyiasatan dan tindakan yang diambil.
Fasal 15 memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan atas permintaan pemberi maklumat untuk memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk menuntut remedi bagi pihak pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat. Remedi yang boleh dituntut adalah sama ada ganti rugi atau pampasan, injunksi atau apa-apa relief lain sebagaimana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, masih panjang lagi ke Yang Berhormat?
Datuk Liew Vui Keong
Ya ada lagi lebih kurang lima muka surat lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita sambung petang ya? Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat pagi ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Menteri sambung. Panjang lagikah Yang Berhormat?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Kalau bagi sepuluh minit, saya akan habiskan Tuan Yang di-Pertua. Saya teruskan di mana yang saya berhenti tadi Tuan Yang di-Pertua mengenai fasal 15.
Fasal ini juga menghendaki seseorang pemberi maklumat yang bercadang untuk menuntut remedi melalui orang lain selain daripada agensi penguatkuasaan tersebut supaya memberitahu agensi penguatkuasaan tersebut tentang cadangan itu.
Dalam keadaan ini, agensi penguatkuasaan tersebut akan membuat permohonan kepada mahkamah untuk melepaskan dirinya atau berhenti daripada mewakili pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat. Pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat kemudiannya hendaklah membuat bayar ganti kepada agensi penguat kuasa bagi apa-apa perbelanjaan yang telah ditanggung.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 16 mengenakan liabiliti ke atas mana-mana orang yang membuat tindakan yang memudaratkan sebagai tindak balas terhadap pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat. Liabiliti ini hendaklah ditanggung oleh orang itu dalam kapasiti perseorangannya, atau dengan izin, in his personal capacity. Walaupun pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat telah mendapat mana-mana remedi yang diperuntukkan di dalam rang undang-undang, pemberi maklumat atau mana-mana orang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat tidak terhalang untuk memohon apa-apa hak atau remedi lain yang boleh didapati di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Fasal 17 bertujuan untuk memberi mahkamah kuasa untuk memberikan perintah injunksi terhadap mana-mana orang yang mengambil tindakan yang memudaratkan terhadap seseorang pemberi maklumat, atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu.
Fasal 18 memberi mahkamah kuasa untuk membuat perintah terhadap orang yang mengambil tindakan yang memudaratkan terhadap pemberi maklumat sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar. Mahkamah boleh juga membuat perintah kepada badan awam atau badan swasta untuk mengambil tindakan yang perlu untuk meremedikan seseorang pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu akibat daripada tindakan yang memudaratkan.
Perintah sedemikian termasuklah perintah untuk membenarkan pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat untuk kembali bertugas dan perintah untuk mengambil tindakan personal seperti pelantikan, kenaikan pangkat atau pengembalian jawatan untuk mengembalikan pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat kepada kedudukan yang akan diduduki olehnya jika tidak kerana tindakan yang memudaratkan itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Fasal 19 mengadakan peruntukan bagi penempatan semula tempat kerja kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu melalui permintaan kepada agensi penguatkuasaan untuk membuat permohonan bagi pihaknya kepada badan awam atau badan swasta bagi penempatan semula tempat kerjanya untuk mencegah tindakan yang memudaratkan diambil terhadapnya.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VI rang undang-undang ini mengandungi peruntukan mengenai penguatkuasaan, kesalahan dan penalti.
Fasal 20 bertujuan untuk memberikan pegawai diberi kuasa semua kuasa penyiasatan sebagaimana yang diperuntukkan bagi agensi penguatkuasaan di bawah undang-undang berkaitan.
Fasal 21 memperuntukkan bahawa membuat penyataan palsu dalam pendedahan kelakuan tidak wajar atau aduan tindakan yang memudaratkan ialah satu kesalahan.
Fasal 22 memperuntukkan bahawa menghalang pegawai diberi kuasa dalam melaksanakan kewajipannya ialah satu kesalahan.
Fasal 23 memperuntukkan bahawa memusnahkan, memalsukan atau menyembunyikan apa-apa dokumen atau benda yang berkaitan dengan sesuatu penyiasatan adalah satu kesalahan.
Fasal 24 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi persubahatan dan percubaan dalam perlakuan sesuatu kesalahan di bawah rang undang-undang ini sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman dengan penalti yang sama sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan sedemikian.
Fasal 25 mengadakan peruntukan bagi penalti am.
Bahagian VII rang undang-undang ini memperkatakan peruntukan am.
Fasal 26 bertujuan untuk memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan untuk memberi ganjaran kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar atau membuat aduan mengenai tindakan yang memudaratkan sehingga menyebabkan kes-kes kelakuan tidak wajar atau kes tindakan memudaratkan dikesan atau menyebabkan pendakwaan terhadap orang yang melakukan kelakuan tidak wajar atau orang yang melakukan tindakan yang memudaratkan. Ganjaran sedemikian adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang yang mempunyai maklumat mengenai kelakuan tidak wajar atau tindakan yang memudaratkan untuk membuat pendedahan atau aduan kepada agensi penguatkuasaan bagi memastikan kelakuan tidak wajar atau perbuatan tindakan yang memudaratkan itu disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
Fasal 27 memberi menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mempunyai keyakinan penuh bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini, Malaysia dapat menangani masalah rasuah dan salah laku yang lain. Pada masa yang sama, Malaysia dapat juga melaksanakan dan memenuhi kewajipan yang terkandung dalam Artikel 33, dan Artikel 37, UNCAC.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Adalah menjadi harapan kerajaan, rasuah dan salah laku yang lain akan dapat dibanteras dan dihapuskan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuklah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain yang menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta, untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat, dan diteruskan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya, dibaca kali yang kedua sekarang, dan terbuka untuk dibahas.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur. Keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua tadi masih 10 minit seorang bercakap, sila Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sepuluh minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ada keputusan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, telah dibuat tadi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Rang undang-undang ini mustahak Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, saya tahu Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, kita tidak boleh meringankan isu ini. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perlindungan – Whistleblower Protection Act. Saya mulakan dengan satu mesej, satu news flash. “Kinabatangan MP Datuk Bung Moktar bin Radin pleaded guilty at the Gombak Timur Lower Syariah Court to committing polygamy without the court’s consent.” Adakah ini jatuh kepada tindakan yang tidak wajar yang adalah mahu dilarang oleh rang undang-undang ini atau kelakuan oleh kerana ada peruntukan 6(4), “…Disclosure relating to a Member of Parliament or a State Legislative Assembly…” Apakah itu tindakan tidak wajar mengenai Ahli-ahli Parlimen dan ADUN? Adakah tabiat ‘minum’ menjadi satu tindakan tidak wajar oleh kerana ini menjadi satu isu yang besar di Hulu Selangor by-election bahawa calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dahulu ada ‘minum’. Ini disifatkan sebagai ‘kaki botol’.
Apa itu ‘kaki botol’?
Adakah berani setiap Ahli-ahli Parlimen UMNO di sini atau Ahli Parlimen Muslim UMNO, atau Ketua Pemuda UMNO, atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Padang Rengas? Ini mungkin sebab dia tidak ada di sini atau Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, atau Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri rela berkata bahawa dahulu semasa mereka muda tidak pernah minum? Adakah ini jatuh dalam
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
kelakuan ini? Adakah itu kesilapan bahawa mereka ada minum dahulu tidak layak untuk menjadi apa-apa elective officer?
Kalau begitu, adakah semua Ahli Parlimen, Menteri-menteri, Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri kalau ada minum dahulu, adakah mereka resign? Kalau begitu saya percaya separuh atau lebih daripada Kabinet akan kosong.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Mohon laluan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, cepat sedikit oleh kerana ada had.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sedikit sahaja. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Datuk Zaid Ibrahim secara jujur ikhlas memberikan pengakuan dan dia telah memohon keampunan. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa mereka yang pernah ‘minum’ sekali dengan Datuk Zaid juga harus tampil ke hadapan membuat pengakuan yang terbuka seperti Datuk Zaid?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, ini penting. Kalau kita mahu mereka semua yang ada ‘minum’ hilang kelayakan, kita pun hilang Duta Malaysia ke United States dan perlu satu pilihan raya kecil di Rompin. Tentu saya tidak mahu jatuh kepada tahap itu. Saya memuji Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, “I won't name those leaders in UMNO who have done the same, drinking alcohol. I’m not like UMNO. I’m a human being so I think it is better for me not to retaliate. I know that some of my friends there were womanizers, went to casino and other stuff that are the rich people would do, but, I won't name any of them because I have more pedigree than them and my friends in the Cabinet won't have to worry about that,” Itulah kita ada standard, perlu ada standard. Kalau kita kata mengenai Whistleblower Protection Bill, kenapa ini boleh berlaku? Kenapa kita perlu jatuh ke tahap begitu rendah dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Adakah ini jatuh?
Kalau kita membaca section 6(2)(b) bahawa kita boleh siasat, “Although the improper conduct has occurred before the commencement of this act.” Ini bererti semua kalau ada minum, menteri-menteri ada minum, Perdana Menteri ada minum, saya boleh siasat. Mahu kah kita berbuat begitu? Kita harap bahawa sekurang-kurangnya sifat seseorang yang ada ‘sosial minum’ sebagai kaki botol.
Inilah adalah satu insult kepada majoriti, orang India, orang Cina...
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Standing order, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payahlah, Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak payahlah. Oleh sebab itu...
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Standing Order 44.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Oleh sebab itu orang Iban, Kadazan, orang Cina dan India mereka pun ada yang minum, bukan jadi kaki botol. Mereka ber responsible. Kita tidak mahu jatuh kepada tahap itu. Tidak mahu semacam Datuk Zaid kata, kita high standard. Di sini kita DAP mengarahkan sebagai contohnya bahawa campaigner kita di Hulu Selangor, kita tidak mahu sebut taktik Chua Soi Lek, oleh kerana kita harap ada high standard dalam politik kita. Kita ada pilihan raya kecil, kita ada election untuk menjaga kepentingan negara...
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Yang Berhormat Ipoh Timur... Di Hulu Selangor, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Yang berlaku di Hulu Selangor, yang dianjurkan oleh Barisan Nasional yang nampaknya begitu desperate, sehingga takut dan perlu hypocrisy dan intolerance semacam ini, apakah itu improper conduct; adakah lompat parti improper conduct; adakah sebut yang tindakan yang tidak sewajarnya? Akan tetapi hari ini ‘katak jadi datuk, datuk jadi katak. ‘Katak- datuk’, ‘datuk-katak’! Apa ini; adakah ini tindakan wajar?
Saya berharap bahawa kita dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kita ada ketua justice – Ketua Hakim Negara, apa berlaku? Ada dalam surat khabar. Tipu authorities, pihak yang berkenaan bakar certificate kahwin kepada isteri yang pertama dan sekarang menjadi Chief Justice. Adakah itu disiasat, akan disiasat tindakan yang tidak sewajarnya?
Saya sebenarnya ada banyak perkara yang kita perlu untuk bincang.
Kalau kita mahu Whistleblower Protection Bill menjadi satu ciri utama untuk membanteras rasuah, kita perlu satu perbahasan yang mendalam dan bukan tergesa-gesa, tidak ada masa untuk bincang. Saya harap sekurang-kurangnya kita ada sedikit masa. Sebagai contohnya, semua ini boleh disiasat oleh kerana adalah peruntukan supaya boleh siasat sebelum akta ini bermula tetapi, saya harap akhirnya bahawa mengenai perkara ini, Hulu Selangor have a clean contest, mengarah kepada clean contest. Jangan menggunakan character assassinations... [Dewan riuh] Ada banyak skandal yang kita perlu tinjau. Kenapa; apa yang berlaku? PKFZ scandal. Sebagai PKFZ scandal, kenapa sampai sekarang ACA gagal untuk ambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang terlibat?
Semalam The Sun, “Ex-PKA, Port Klang Authority Directors off the Hook.” Kenapa off the hook? Apabila ada janji bahawa tindakan tegas akan diambil bukan sahaja terhadap empat orang yang sekarang didakwa ke mahkamah tetapi juga orang-orang ‘ikan yu’ termasuk Menteri Pengangkutan. Amalan yang luar biasa semacam... Kenapa Ketua Setiausaha gagal untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Kabinet Julai 2007, untuk mengambil segala tindakan yang perlu terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan skandal PKFZ, RM2.5 bilion, termasuk dua Menteri Pengangkutan dahulu, Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Oleh kerana empat letter of support yang dikeluarkan tidak sah. Pegawai- pegawai yang terlibat sehingga sekarang pegawai-pegawai Transport Ministry, siapa yang dibawa ke mahkamah atau tindakan tatatertib diambil? Saya ada tanya apabila Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas ada di sini, mengenai perkembangan terkini Port Klang Free Zone scandal, sama ada arahan akan dikeluarkan oleh kerajaan untuk memberhentikan pembayaran RM700 juta pay back kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd, turnkey contractor untuk PKFZ. Kenapa, kenapa sampai tidak ada apa maklumat-maklumat; bolehkah maklumat diberi kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan diambil atas big fish?
Di sini saya mahu bertanya mengenai peruntukan ini, “A disclosure made in relation to a Member of Parliament or a State Legislative Assembly shall not amount to a breach of privilege…“ Bahawa tindakan maklumat-maklumat terhadap MPSA, kenapa tidak sebut Menteri-Menteri; kenapa tidak sebut Ketua Menteri, Menteri Besar; adakah mereka dikecualikan? Kita tidak tahu bahawa ada penyalahgunaan kuasa yang begitu bermaharajalela di seluruh negara. Seperti di Sabah sebagai contoh di dalam Sunday Star, February 2001, dengan izin, “Ask politicians and journalists about the rotation system, and they will jokingly say:
‘One CM took the hills, one gave away the sea, one signed off the valleys and
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
another bet on watery deals’.” Sekarang ada vacuum cleaner. Sekarang ada satu vacuum cleaner yang besar di Sabah. Istilah yang digunakan oleh DAP, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sabah, Sri Tanjung ‘vacuum cleaner’. Yang Berhormat Kota Belud tahu apa vacuum cleaner? Semua pun sapu! Adakah...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Minta penjelasan boleh?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah tindakan diambil oleh SPRM terhadap mereka kalau apa-apa ertinya atau gunanya Whistleblower Protection Bill ini?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, penjelasan boleh? Vacuum cleaner tadi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Pendek?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Vacuum cleaner tadi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Vacuum cleaner? Mahu mempertahankan vacuum cleaner di Sabah?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak, saya tidak faham apa maksud...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak beri. Oleh kerana ini tidak bermoral, tidak berprinsip, sesiapa yang rela berdiri untuk mempertahankan vacuum cleaner di Sabah.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
You cannot be a judge lah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak akan...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya minta tanya pasal...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak akan layan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timur pun tidak ada masa lagi Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, saya dengan cepat untuk sekurang-kurangnya mengenai tajuk utama. Semua ini mustahak. Kalau kita diberi gambaran kepada orang ramai bahawa kita tidak rela untuk bincang dengan sedalam-dalamnya peruntukan rang undang-undang ini, apa gambaran di dunia?
Bagaimana kita serius dan komited untuk lawan rasuah? Untuk law statute sahaja.
Lurus sahaja. Tidak ada komitmen. Ada banyak isu yang kita perlu jawapan.
Accountability, satu suasana, satu environment, cons of transparency. Seperti kita tahu banyak maklumat internet yang ada sama ada mengenai submarine – Asia Sentinel, Malaysia's submarine scandal surface in France atau mengenai laporan mengenai individu-individu seperti seorang Timbalan Menteri. Intelligent searches show backing account. Beliau ada 34 akaun di bank dan loan RM4.2 billion in cold hard cash. Siapa? Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong. MCA.
Saya tidak tahu benar atau tidak tetapi, kita perlu satu jawapan sama ada SPRM siasat. Ini maklumat tidak perlu whistleblower. Ini on the internet. Adakah Timbalan Menteri dan Ketua Pemuda MCA boleh memberi satu keterangan mengenai perkara ini? Barulah boleh kita dapat keyakinan orang ramai mengenai komitmen kita untuk lawan semua aspek korupsi. Sebenarnya di dalam internet kita ada apa? Kita ada banyak maklumat. Apa usaha diambil oleh kerajaan berkenaan untuk siasat? Kalau whistleblower, whistleblower pro excellent Raja Petra Kamarudin, whistleblower scandal tetapi dia on the run! Dia patutlah dapat perlindungan, boleh bekerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk melawan
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
penyelewengan dan korupsi. Tengok ini semua Malaysia-Today, shif a ton of materials. Benar atau tidak benar ini tanggungjawab SPRM.
Lagi seorang whistleblower par excellence, Private Investigator Balasubramaniam mengenai pembunuhan Mongolian Altantuya Sharriibuu. Dia pun on the run, kenapa? Kalau kita mahu protect whistleblower, kenapa kita tidak ada satu suasana di mana whistleblower seperti Raja Petra Kamarudin, Private Investigator Balasubramaniam boleh dialu-alukan di negara kita?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Okey saya menggulung. Saya pun sama protes 10 minit untuk satu perbahasan untuk satu rang undang-undang yang begitu mustahak. Inilah yang kita tunjuk bahawa kita serius mengenai mahu satu rejim yang accountable. Kalau kita mahu kita perlu ada satu freedom of information regime supaya semua whistleblower bukan sahaja mendapat protection tetapi usaha-usaha SPRM dan semua autoriti berkesan untuk melawan rasuah. Saya berhenti di sini sungguhpun saya sekurang-kurangnya ada dua jam material untuk berucap tetapi...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Hulu Selangor.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Pembela vacuum cleaner di Sabah.
Malulah Yang Berhormat Kota Belud.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Hulu Selangor ada.
Seorang Ahli
Ini lagi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Putatan, hendak bercakap?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan rang undang-undang ini.
Tahniah kepada pihak kerajaan kerana undang-undang ini sudah lama kita tunggu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu kebanyakannya berunsur politik dan banyak pendedahan itu tidak berasas, Yang Berhormat Ipoh Timur.
Jadi apa yang dalam rang undang-undang ini aduan atau laporan ataupun pendedahan, kenyataan yang berasas, yang ditentukan oleh pihak-pihak tertentu mana yang perlu disiasat. Jadi ramai antara rakyat kita ini tidak peduli ataupun none of my business apathy attitude dan sebagainya. Juga takut sekiranya diambil tindak balas atau dendam oleh pihak-pihak yang kena dedah. Ini untuk menggalakkan orang ramai untuk tampil ke hadapan untuk membuat laporan kepada perkara-perkara yang memudaratkan terutama sekali aktiviti untuk memerangi rasuah di negara yang satu daripada sekatan kepada hasrat kerajaan untuk menambah pulih ekonomi kita dan membuat Malaysia ini sebagai high productivity nation.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, soal jenis aduan yang dibuat oleh seseorang itu. Kalau kita lihat dalam rang undang-undang ini, ada yang mungkin tidak begitu jelas soal jenis pendedahan dan jenis perkara-perkara yang dilaporkan. Adakah ini definisi laporan itu sendiri; adakah ia memerlukan bukti, atau memerlukan dokumen-dokumen yang boleh menyaksikan bahawa perbuatan seseorang itu
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
betul-betul perlu disiasat; ataupun apa yang ditimbulkan seperti Raja Petra di blog- blog, gambar-gambar rumah seseorang yang mungkin ada agenda tersembunyi untuk membawa seseorang itu mungkin kepada kedengkian dan sebagainya kepada seseorang?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini saya rasa pelapor itu sendiri yang mungkin ada ketidakbertanggungjawaban atas agenda masing-masing untuk menjatuhkan seseorang. Adakah pihak dalam rang undang-undang ini tidak ada ruang yang memberi penalti kepada pembohong ataupun orang yang sengaja membuat laporan yang tidak betul? Jadi ini mesti jelas dan clear dalam undang-undang ini.
Takut-takut nanti apabila rang undang-undang ini diluluskan, ramai orang akan tampil ke hadapan membuat apa sahaja laporan terhadap pihak-pihak tertentu.
Jadi, saya rasa ada juga kebenaran bahawa dilaporkan tanpa penama tanpa identiti pelapor itu, pendedahan itu, kenyataan itu juga mungkin akan disiasat sekiranya apa didedahkan itu boleh disiasat dan layak untuk disiasat. Misalnya rumah seseorang yang tidak semestinya mampu untuk membuat rumah yang berjuta-juta ringgit sekiranya seseorang itu hanya kerani di jabatan-jabatan kerajaan ataupun memiliki kereta-kereta mewah seperti RenchRover, Lexus.
Manakala jawatannya dalam jabatan kerajaan hanya Account’s Clerk dan sebagainya. Ini tidak perlu laporan atau secara lisan atau bertulis kepada pihak SPRM apabila didedahkan melalui gambar oleh seseorang yang tidak mahu namanya didedahkan, ini layak untuk disiasat? Kenapa perlu seseorang untuk melapor? Jadi undang-undang ini patut juga memberi ruang kepada perkara- perkara tersebut.
Jadi kalau kita lihat dalam blog-blog kita ini memang kebanyakannya dibuat oleh pihak sebelah sana yang membuat gambaran bahawa pentadbiran pengurusan kerajaan kita teruk sekali. Ini sengaja dibuat oleh seseorang individu yang berkepentingan politik, yang agendanya memang jelas untuk menjatuhkan kerajaan. Jadi saya harap dengan adanya rang undang-undang ini, saya harap perkara-perkara ini dapat diselesaikan, pendedahan-pendedahan, kenyataan- kenyataan yang dibuat tidak semestinya dibuat secara bertulis ataupun lisan, apa juga yang perlu disiasat, disiasat. Sekian, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 ini.
Saya ingin mula dengan sentuh bahawa walaupun rang undang-undang ini nampak satu langkah yang positif, saya menerima itu sebagai positif, tetapi ada kelemahan besar yang saya akan terangkan sekejap lagi. Kita harus ingat bahawa kejayaan atau pencapaian yang dihasilkan melalui undang-undang ini akhirnya akan bergantung kepada political will kerajaan. Di sini saya sambung daripada pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur tadi di mana setakat ini, kita belum lihat political will yang ikhlas untuk memberi perlindungan kepada golongan whistleblowers ini, dengan izin. Apa buktinya dan kita boleh ambil kes PI Bala sebagai contoh. Apalah langkah-langkah yang telah dilakukan secara ikhlas untuk memberi perlindungan kepada beliau?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ini kes pada masa dahulu. Apakah langkah-langkah yang dibuat untuk memberi perlindungan kepada Irene Fernandez, apabila dia mendedahkan kezaliman yang berlaku di dalam kem-kem tahanan pekerja asing. Sebaliknya, seorang yang mendedahkan kematian yang berlaku di dalam kem tahanan, kematian yang berlaku berdasarkan kecuaian pengawal kem itu, whistleblower ini, pemberi maklumat ini diheret ke mahkamah dan dituduh melakukan satu kesalahan jenayah. Jadi inilah kes-kes dahulu.
Baru-baru ini ada seorang doktor, Dr. Selva Vathani. Dia adalah seorang doktor yang bekerja di klinik Gombak yang memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat Orang Asli di sana. Apabila dia mendedahkan secara umum, bahawa ada penyelewengan besar di dalam klinik itu, ada amalan rasuah, ada salah guna kuasa dan sebagainya, apakah tindakan daripada kementerian sendiri? Beliau dipindahkan serta-merta seminggu selepas itu ke Perlis, di kawasan pedalaman dan jelas tindakan itu adalah seolah-olah satu hukuman terhadap beliau untuk pendedahan beliau.
Jadi semua tindakan ini, ini yang baru berlaku dalam dua bulan ini, kes Irene Fernandez itu tahun 1995, dan selepas itu ada kes-kes lain. Jadi ini yang saya risau, sebab di Ghana mereka juga membuat satu Whistleblower Act 2006 dan pengalaman mereka, act itu gagal, undang-undang itu gagal sebab akhirnya rakyat Ghana tidak ada keyakinan dalam kerajaan mereka sendiri supaya perlindungan yang dijanjikan itu akan diberikan.
Itulah, saya ingin sentuh. Kita kena ingat, kita harus menunjukkan political will itu dan setakat ini saya tidak nampak political will itu telah ditunjukkan dan inilah kita harus mengambil tahu dan kerajaan kena tunjuk, kerajaan adalah serius untuk melaksanakan hasrat undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi sekarang ke rang undang-undang secara khususnya. Saya sebut lagi kes-kes.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Mohon penjelasan Yang Berhormat Subang sedikit sebelum pergi ke peringkat jawatankuasa, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas ruang ini.
Saya ingin tanya Yang Berhormat Subang kerana sebentar tadi ada beberapa Ahli Parlimen, Yang Berhormat Putatan juga yang menyatakan keperluan tindakan penalti diberikan, dikenakan terhadap mereka pemberi maklumat yang membuat kenyataan palsu. Di dalam beberapa penyelidikan yang saya buat, semua negara yang melaksanakan rang undang-undang ini, New Zealand, United Kingdom, South Afrika, Australia semuanya tidak mengenakan penalti kepada pemberi maklumat kerana rata-rata daripada kajian yang mereka buat, hampir 98% pemberi maklumat ini adalah dengan izin, morally upright citizens. Mereka bukan buat untuk menghina, memfitnah sesiapa, tetapi atas dasar kebertanggungjawaban.
Justeru saya ingin bertanya, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat apabila kita kenakan penalti ini, kita hanya sama dengan Sierra Leone, hanya dua negara di dunia ini yang mengenakan tindakan terhadap pemberi maklumat. Jadi saya fikir, ini bukanlah pendekatan yang terbaik kerana nama rang undang- undang pun perlindungan pemberi maklumat, bukan penguatkuasaan atau tindakan keras terhadap pemberi maklumat. Mohon penjelasan Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi memang benar. Hanya setakat ini sebelum kita luluskan undang-undang ini, hanya satu negara sahaja iaitu Sierra Leone, di antara negara-negara di dunia ini yang mempunyai undang-undang Whistleblower Protection Act ini yang ada peruntukan
Tuan R. Sivarasa - Subang
macam ini, iaitu pemberi maklumat yang tidak benar itu, tindakan itu dijadikan satu kesalahan jenayah. Effect nya, dengan izin, akan nullify Tuan Yang di-Pertua tujuan murni undang-undang ini apabila kita meletak peruntukan macam itu, apabila kita meletakkan kesalahan jenayah macam ini. Ini kerana kita harus ingat apakah tujuan asas dalam undang-undang ini adalah untuk memberi perlindungan dan kita harus ingat beri perlindungan kepada pemberi maklumat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, hampir semua pemberi maklumat ini dia bertindak untuk mendedahkan untuk kepentingan awam, untuk kebaikan kita semua. Yang Berhormat Putatan tadi bangkitkan isu maklumat palsu dan sebagainya. Sesiapa yang merasa dia difitnah, pernyataan palsu dibuat terhadap beliau, dia boleh buat saman fitnah di mahkamah sivil. Itulah hak dia.
So, apabila PI Bala membuat pendedahan tentang Perdana Menteri, hubungan beliau dengan Altantuya sebagai contoh, hubungan sulit. Apa-apa semua disebut dalam Surat Akuan. Jadi, Perdana Menteri ada remedy dia. Bawa Saman Fitnah ke mahkamah tetapi sampai sekarang tidak ada apa-apa Saman Fitnah dibuat di mahkamah. Kenapa, saya tidak tahu. Itu terserah kepada Perdana Menteri. Kenapa dia tidak mahu cabar di mahkamah di mana dia ada hak. Itulah hak dia tetapi, sampai sekarang tidak buat. Akan tetapi, kalau kita bermula dengan peruntukan macam ini, kita kata itu akan dijadikan kesalahan jenayah. Itu akan memusnahkan tujuan undang-undang ini. Kita tengok seluruh dunia membuat undang-undang whistleblower’s protection. Hanya satu negara yang masukkan peruntukan macam seksyen 21, Sierra Leone.
Jadi, mahukan kita jadi macam Sierra Leone, ataupun mahukah kita ikuti semua negara lain di dunia ini yang membuat satu undang-undang yang baik, yang progresif dan bukan macam ini? Jadi, saya minta itu dipertimbangkan, dan seksyen 21 itu harus dibatalkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik kepada contoh-contoh yang saya sebutkan tadi. Dalam beberapa tahun ini, kita ada beberapa kes-kes whistleblowers dalam Malaysia. Yang terkenal adalah Irene Fernandez apabila dia mendedahkan kezaliman di kem tahanan pada tahun 1995. Selepas itu, kita ada kes Dato’ Syed Ahmad Idid yang telah mendedahkan beberapa penyelewengan di badan kehakiman. Ini diketahui secara umum selepas itu. Baru-baru ini ada kes Fauzi Muda di Perak. Dia dedahkan secara umum amalan rasuah. Dia ditawarkan jumlah duit besar oleh Ahli Politik dari Barisan Nasional untuk keluar daripada parti Keadilan dan masuk parti lain. Dia dedahkan secara umum amalan rasuah yang boleh dikatakan adalah satu kesalahan jenayah. Inilah satu lagi whistleblower.
Baru-baru ini kes yang saya sebutkan tadi itu Dr. Selva Vathany yang mendedahkan penyelewengan di Klinik Orang Asli di Gombak dan kes PI Bala pun ada. Kes yang kita semua tahu. Dia buat Surat Akuan dan secara umum dia telah mendedahkan apalah satu kesalahan jenayah yang cukup serius. Penglibatan beberapa orang termasuk Perdana Menteri negara kita dalam kes Altantuya. Ini semua didedahkan.
Isunya sekarang adalah here. Semua ini adalah whistleblowers dalam fahaman whistleblowers dalam undang-undang ini. Adakah golongan ini, semua orang yang saya sebut ini termasuk Dr. Selva Vathany akan menerima perlindungan yang dikatakan akan diberikan dalam undang-undang ini. Itu soalan pokoknya. Malangnya, apabila kita baca definisi dalam seksyen 6 itu, definisi siapa yang akan dapat perlindungan? Semua nama-nama yang saya sebut ini tidak
Tuan R. Sivarasa - Subang
akan diberikan apa-apa perlindungan. Jadi, apakah gunanya undang-undang ini?
Tuan Yang di-Pertua, maksud saya adalah ini, definisinya adalah ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya. Saya akan rumuskan dan berhenti.
Perlindungan hanya diberikan kepada seorang yang memberi maklumat kepada agensi penguatkuasaan sahaja. Dengan izin, the person who gets protection is the person who made the disclosure only to an enforcement agency. Hampir semua whistleblowers di negara, di dunia ini membuat pendedahan umum melalui media kepada NGO’s, kepada peguam, kepada Majlis Peguam, kepada badan-badan lain. Semua orang ini tidak akan dapat apa-apa perlindungan di bawah undang- undang ini. Jadi, apa guna kita buat udang-undang ini? Memang saya menerima, ada golongan yang akan dapat perlindungan mereka yang membawa maklumat tentang salah guna kuasa kah, atau apa-apa penyelewengan kepada agensi penguatkuasaan secara sulit. Memang, mereka akan diberi perlindungan. Langkah itu adalah baik. Kita terima itu secara baik. Itu satu langkah positif tetapi hakikatnya hampir majoriti besar, atau golongan terbesar dalam kategori whistleblowers itu tidak akan dapat apa-apa perlindungan. Jadi, saya minta daripada Yang Berhormat Menterilah, yang telah dapat nasihat daripada Peguam Negara untuk merangka undang-undang ini, ini harus dikaji semula. Kalau tidak Parlimen ini diminta meluluskan undang-undang yang tidak berkesan.
Seperti Yang Berhormat Putatan, saya menerima ini secara undang- undang yang baik tetapi kita nampak macam kita buat satu kerja yang sia-sia. Kita sekarang buat kerja 10%, manakala kita harus pula buat kerja 100%. Jadi, dengan itu, sekian terima kasih.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Susah sangat hendak sebut. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk sama- sama terlibat di dalam perbahasan rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya dapat merasakan gerakan untuk kita menangani gejala rasuah di negara kita makin bertambah kuat dari hari ke sehari.
Ya, memang sudah barang tentu kita memandang kegiatan-kegiatan yang boleh mencemarkan segala sistem yang dibina oleh kerajaan kita untuk ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang sesuai dengan aspirasi dan kehendak masyarakat. Kita semua maklum bahawa bercakap tentang rasuah Tuan Yang di-Pertua, dia bukan hanya dilihat dari keputusan tetapi ia perlu dilihat secara terperinci di dalam prosedur, di dalam proses perjalanan kerja.
Seperti yang disebutkan Yang Berhormat Ipoh Timur tadi lah. Dia mengatakan pernah suatu ketika minum. Kenapa perlu dilabel sebagai peminum sampai ke hari ini. Akan tetapi, apa yang kita minat ialah Tuan Yang di-Pertua orang yang mengetahui bahawa minum itu menjadi satu dosa, satu kesalahan mengatakan “Ah, minum sedikit tidak apa”, telah jatuh di dalam golongan fasik.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Jadi, pada kami di Barisan Nasional, seorang yang fasik tidak layak untuk menjadi pemimpin rakyat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dia tahu benda itu salah, tetap dia kata minum sedikit tidak apa...
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Minta sedikit laluan Yang Berhormat Tangga Batu. Sedikit sahaja.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Saya ada sepuluh minit sahaja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tidak apa, sedikit sahaja. Ini penting sebab kita hendak betulkan.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ini pasal rang undang-undang.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ya, betul tetapi saya cuma hendak mengatakan di dalam Islam juga, sekiranya seseorang sudah bertaubat, maka kita tidak boleh lagi menghukumnya kerana itu adalah antara dia dan Tuhan. Sedangkan Sayidina Umar sendiri yang pernah membunuh anaknya, kemudian minum arak dan kemudian masuk Islam. Ya, semua dosa yang lepas diampunkan oleh Allah SWT. Jadi, kita tidak boleh judgmental dalam hal ini.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Oh, maknanya calon pihak pembangkang di Hulu Selangor ini telah berpindah daripada bukan Islam kepada Islam apabila masuk kepada PKR lah? Oh, begitu... [Dewan riuh] Akan tetapi, bagi saya Tuan Yang di-Pertua, seorang yang fasik, yang mengetahui benda itu satu dosa, yang mengakui benda itu tidak menjadi satu kesalahan. Itu fasik namanya dan tidak layak menjadi pemimpin dan tidak layak dipilih untuk menjadi Wakil Rakyat kepada rakyat di Hulu Selangor. Tuan Yang di- Pertua...
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Dalam ini ada yang tidak minum?
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ya?
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ada yang tidak minum, semua tidak minum? Boleh tanya mereka.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Mereka tidak mengaku juga.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Apa?... [Ketawa]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Akan tetapi, apa yang ada di hadapan kita mengaku minum.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Mengaku tidak minum.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Dan menggunakan Yang Berhormat Ipoh Timur untuk membela.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, balik kepada undang-undang Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tidak, Datuk Zaid beritahu dekat saya siapa kawan-kawan dia yang masih duduk dalam Parlimen yang duduk minum dengan dia dahulu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tidak tahulah, Yang Berhormat Pokok Sena minum sama dengan dia.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena duduk, duduk. Balik kepada rang undang-undang, Yang Berhormat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Pokok Sena - dia minum nira, nira.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Nira kelapa bolehlah.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyebutkan tadi bahawa rasuah bukan hanya boleh dilihat daripada keputusan kerja tetapi yang lebih penting ia berlaku di dalam proses untuk mencapai kepada keputusan kerja yang sebenarnya menepati kehendak kerajaan, kehendak masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks di negara kita ini kita dapat lihat bahawa ketegasan dan keseriusan kerajaan untuk menangani rasuah ini telah diletak di dalam satu kempen yang amat besar yang boleh mencapai ke peringkat yang diinginkan ke akar umbi tetapi malangnya masih lagi tidak ada satu pendefinisian - definisi yang jelas tentang apakah itu rasuah.
Ramai di antara anggota awam, umpamanya yang begitu berada dekat untuk terjebak di dalam gejala rasuah ini tidak dapat satu definisi yang tepat apakah makna rasuah. Rasuah. Ada yang mengatakan kalau ia tidak menjejaskan kualiti kerja, tidak ada mangsa di dalam proses tersebut, tidak ada pemangsa, tidak ada prinsipal, tidak ada penerima, tidak ada pemberi, kurang salah satu daripada ciri-ciri itu ia tidak dinamakan rasuah. Ada yang mengatakan di peringkat Bangsa-bangsa Bersatu dan di peringkat Bank Dunia mendefinisikan rasuah sedemikian rupa. Lobi demikian maknanya. Komisen demikian maknanya.
Tuan Yang di-Pertua, pada saya, saya harapkan supaya pihak kementerian dapat memberikan satu definisi yang jelas bagaimana rasuah ini boleh didefinisikan dan dijelaskan sejelas-jelasnya kepada penjawat awam. Juga kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan penjawat awam, pemborong- pemborong, pekerja-pekerja dan akhirnya kepada rakyat di luar sana di mana apabila rasuah ini difahami dengan jelas. Mereka akan tahu jika ada tindakan- tindakan yang dilakukan yang benar-benar terkena kepada rasuah ini, maka whistleblowers (pemberi-pemberi maklumat) ini akan dapat kita jaga, akan dapat kita lindungi dengan sempurna.
Tuan Yang di-Pertua, itu sebab jika kita bermula dengan tapak yang tidak tepat dan goyah maka saya khuatir segala niat baik kerajaan ini, semangat yang begitu baik ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan tepat dan kena pada tempatnya. Kita perlu melihat secara objektif. Umpamanya, kalau katakan akta ini memberi perlindungan kepada pemberi-pemberi maklumat - persoalan saya, bagaimana pihak penguatkuasaan boleh mengenal pasti yang mana satu whistleblower yang genuine, yang mana satu whistleblower yang fake? Mana satu pemberi maklumat yang asli, mana satu pemberi maklumat yang tiruan?
Seorang Ahli
Yang tulen, yang bathil.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
...Mana yang tulen dan mana yang tidak tulen, yang bathil?
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Jadi Tuan Yang di-Pertua, di sinilah sebenarnya cabaran kepada pihak kementerian. Saya amat setuju jika diadakan satu fasal berkaitan penalti kepada pemberi-pemberi maklumat palsu. Ini kerana hukuman yang berat pun akan dikenakan kepada sesiapa yang sengaja mencipta satu keadaan yang tidak seimbang, keadaan yang huru-hara di atas niat baik pihak kerajaan tadi. Sebagai contoh, di dalam kemelut politik di negara kita bagaimana seorang yang amat iri hati dengan kejayaan rakannya yang lain akan mencipta pelbagai evidence, pelbagai bukti, pelbagai dokumentasi dengan niat sengaja untuk mengenakan seseorang itu.
Jadi di manakah di sini kalau kita katakan, kita disamakan hanya dengan satu negara di dalam dunia – Sierra Leone. Di manakah dalam suasana ini kita dapat pula melindungi sasaran ataupun orang yang dihajatkan untuk terkena daripada niat-niat yang tidak baik tadi.? Saya menyokong penuh jika kerajaan memberikan penekanan supaya pemberi-pemberi maklumat palsu ini dikenakan tindakan sekeras-kerasnya untuk menjadi pengajaran kepada pihak yang lain supaya tidak sewenang-wenangnya membangkitkan sebarang aduan untuk menganiaya pihak yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga saya dapat lihat kalau rang undang- undang ini yang merupakan satu mekanisme yang bakal membentuk satu budaya yang cemerlang di kalangan kakitangan awam ini. Bagaimana anggota-anggota penguat kuasa di bawah sana diberikan satu ruang untuk mempelajari ataupun satu ruang untuk pendidikan dan latihan? Bagaimana mereka boleh melaksanakan kuasa mereka dengan tepat, cepat dan berkesan? Ini supaya tidak sampai ke peringkat apabila dilihat mana-mana pegawai penguat kuasa ini datang ke satu- satu ruang, satu-satu tempat untuk disiasat mereka ini dianggap sebagai satu monster, satu yang ditakuti oleh mereka yang bakal disiasat.
Jadi saya harapkan satu pendekatan yang lebih mesra. Contohnya Tuan Yang di-Pertua, hari ini kalau dengar sahaja SPRM. Pegawai penguat kuasa untuk datang menyiasat satu premis, telah ada satu perasaan gementar dan takut sehingga terus tidak dapat memberikan kerjasama yang sempurna dari pihak yang disiasat. Jadi saya hendak beritahu dalam satu tangan, ya kita mahukan mereka demikian rupanya tetapi dalam tangan yang lain, bagaimana mereka boleh datang dengan kaedah yang lebih mesra? Ini supaya kerjasama dapat diberikan dalam suasana yang harmoni, yang tidak ada prasangka buruk dan lain-lain lagi.
Tuan Yang di-Pertua, kalau perkara ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, saya yakin dan percaya semangat kerajaan untuk melihat negara kita adalah sebuah negara yang berintegriti dan dapat dihormati oleh rakan-rakan kita dari negara yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana beri peluang untuk terlibat dalam perbahasan Rang Undang- undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Bagi saya bahawa isu di sini bukan sekadar perlindungan kepada pemberi maklumat sebab saya percaya bahawa ada sesetengah orang, dia tidak rasa pun bahawa dia perlu dilindungi kerana bagi dia bahawa berani kerana benar. Berani kerana benar maknanya orang itu tidak takut apa-apa tindakan dan sebagainya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Walaupun prinsipnya saya bersetuju bahawa perlindungan kepada pemberi maklumat itu satu perkara yang wajar. Ini untuk membuat satu galakan supaya setiap orang yang mengetahui ada maklumat perlakuan-perlakuan yang tidak wajar yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka mereka harus tampil ke hadapan tanpa rasa takut. Akan tetapi, isu seperti yang saya katakan tadi bahawa bukan sekadar itu tetapi yang kita hendak lihat ialah bagaimana maklumat yang disampaikan itu diproses dan dilakukan siasatannya secara yang bersungguh, secara yang telus, secara yang jujur.
Ini yang dilihat pada hari ini bahawa yang menjadi perkara berbangkit kepada masyarakat kita di Malaysia ini ialah, berapa banyak laporan yang kita buat kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang telah pun sedia ada seperti yang disebut di dalam rang undang-undang ini tetapi, kita tidak nampak komitmen, political will mereka dari sudut untuk melakukan penyiasatan yang secara bersungguh-sungguh. Malah saya kira sudah pun ada beberapa peruntukan yang boleh pada pengadu terhadap apa-apa kes yang dilaporkan itu boleh mendapatkan maklumat sama ada kes itu ada ataupun tidak tetapi ini isu yang berbangkit.
Oleh sebab itu, saya lihat rang undang-undang ini - saya bersependapat dengan Yang Berhormat Subang tadi bahawa, rang undang-undang ini walaupun pada prinsipnya ia menjadi satu keperluan, tetapi akhirnya ia tidak akan ke mana.
Ini kerana bagi saya bahawa yang saya hendak persoalkan ialah mana mungkin kesalahan perlakuan yang tidak wajar dilakukan oleh satu pihak yang ada di kalangan agensi penguatkuasaan tersebut, kita pergi lapor kepada agensi penguatkuasaan tersebut...
Seorang Ahli
Ya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kita pergi lapor kepada agensi penguatkuasaan tersebut. Jadi saya fikir, bagaimana agensi penguatkuasaan itu akan mengambil tindakan yang serius terhadap laporan yang berkaitan dengan perlakuan-perlakuan yang tidak wajar. Kesalahan yang berkaitan dengan jenayah dan sebagainya ini yang dilakukan oleh agensi tersebut.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Contoh saya katakan bahawa umpamanya sering kali saya katakan bahawa apa yang berlaku dalam polis umpamanya. Apa yang berlaku dalam polis? Kadang-kadang laporan yang kita buat sehingga akhirnya kerajaan terpaksa menubuhkan satu suruhanjaya sebelum itu untuk melihat apa masalah untuk mengembalikan, memulihkan kepercayaan orang kepada polis. Suruhanjaya itu telah pun mencadangkan kepada IPCMC dan sebagainya. Akan tetapi, sehingga sekarang kita lihat bahawa ini tidak wujud. Jadi sebab itu bagi saya bahawa, saya tidak bersetuju bahawa kalau sekadar aduan itu kita buat kepada agensi penguatkuasaan.
Macam mana kita hendak buat aduan kalau kita ada maklumat bahawa wujudnya penglibatan polis yang menyalahgunakan kedudukan mereka bukannya untuk mengawal keselamatan di tempat pilihan raya akan tetapi bertujuan bekerja untuk mencapai cita-cita bagi memenangkan calon UMNO dan Barisan Nasional.
Kita ada bukti itu bagaimana kita hendak pergi buat report kepada dia? Kita hendak buat report kepada agensi tersebut. Di mana pegawainya dan malah kalau kita lihat bahawa ramai orang di Hulu Selangor sekarang ini, 3,000 SP.
Itu tidak termasuk lagi dengan anggota-anggota trafik, anggota jenayah dan anggota-anggota lain yang berada di Hulu Selangor. Bahawa sebahagian
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
daripada SP itu bekerja untuk hendak memenangkan calon daripada Barisan Nasional...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok Sena...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Melakukan pujukan dan sebagainya. Jadi...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Contoh yang dibuat itu tidak betul.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Apa dia?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Contoh yang dibuat itu tidak betul, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Nanti, saya tak bagi...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok Sena ini membuat andaian-andaian. Beliau sudah terasa bahawa pembangkang hendak kalah di Hulu Selangor.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Ketawa] Yang Berhormat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Di buatlah cerita-cerita rekaan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya, saya tidak bagi jalan kepada Yang Berhormat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya, saya tidak kisah.
Yang Berhormat Pokok Sena mana hendak bagi jalan kan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya hendak sebut, saya hendak sebut bahawa saya mempunyai bukti...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Contoh-contoh yang tidak tepat. Cerita-cerita yang...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya mempunyai bukti!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukti mananya?
Dato' Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar
Yang Berhormat Pokok Sena sokongkah calon tu?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...Di mana polis bekerja untuk UMNO dan Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dia bekerja untuk keamanan bagi semua pihak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Dia curi masa saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya tidak bercakap tanpa bukti. Saya tidak bercakap. Maknanya kalau tidak ada bukti, saya tidak akan bercakap. Saya mesti bercakap ada bukti. Sebab ini perlakuan-perlakuan yang pernah berlaku yang memang sekarang sedang berlaku di Hulu Selangor. Sebab itu kalau Barisan Nasional rasa dia hendak kalah, dia terpaksa gunakan SB, dia terpaksa gunakan polis. Kerana dia rasa dia hendak kalah. Jadi sebab itu guna isu yang saya rasa tidak bermoral. Isu minum arak dan sebagainya. Saya rasa hentikanlah.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rembau yang membuat kenyataan hari ini, hentikanlah semua pihak mengenai isu-isu yang tidak sewajarnya, yang terlalu to personellah, yang terlalu peribadi, benda-benda yang sebegitu rupa. Dia pun rasa, Yang Berhormat Rembau rasa bahawa benda itu backfire kepada UMNO...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Maknanya PAS sudah maafkan dialah? PAS dia memaafkanlah calon ini. Maknanya PAS menyokonglah?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Itu antara dia dan Allah SWT. Memohon keampunan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Maknanya PAS tidak ada apa-apa masalah.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sebab itu...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini maknanya PAS ini sudah berubahlah tidak macam dahulu.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sebab itu Yang Berhormat Rembau buat kenyataan meminta semua pihak menghentikan. Ini kerana Yang Berhormat Rembau tahu bahawa akan backfire kepada UMNO. Sebab mula terbongkar bahawa ada di kalangan pemimpin UMNO yang masih ada dalam kerajaan, masih duduk dalam kerajaan yang juga minum arak. Jadi saya kata, saya tidak suka benda-benda yang personal yang seperti ini, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi saya hendak balik kepada isu tadi bahawa, bila kita melaporkan kepada agensi penguatkuasaan, saya tidak fikir bahawa agensi penguatkuasaan itu boleh melaksanakan secara yang penuh bertanggungjawab untuk memastikan supaya aduan-aduan yang kita lakukan itu dapat diambil tindakan. Malah apatah lagi dalam suasana yang ada pada hari ini kita lihat bahawa, ada pula seperti kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara bahawa ada pihak ketiga yang mencampuri urusan polis, yang memberikan arahan kepada pihak polis.
Jadi saya katakan bahawa, ini ia akan menjadikan akta ini ataupun rang undang-undang ini tidak memberikan kesan yang baik kepada usaha untuk bukan sekadar – bagi saya bahawa tujuan sebenarnya ialah ia bukan untuk memberikan perlindungan tetapi kita hendak membanteras perlakuan-perlakuan yang tidak wajar ini supaya tampil ke hadapan untuk membuat laporan, aduan supaya benda- benda yang tidak baik iaitu jenayah, rasuah dan sebagainya itu dapat dibanteras dapat dihapuskan. Jika seperti yang saya katakan tadi bahawa hanya kita buat report kepada agensi penguatkuasaan sahaja, sudah tentu bahawa ia tidak berikan satu jaminan yang jelas untuk aduan dan siasatan ini dibuat.
Contoh saya katakan umpamanya dalam isu Kementerian Dalam Negeri, polis, projek PRS, Police Reporting System. Polis sendiri yang buat report tetapi, akhirnya kita lihat bahawa hari ini menjadi celaru, sebab apa? Sebab tidak ada satu tindakan yang serius, tidak ada satu jawapan yang jelas kepada kita pada
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
hari ini sama ada perkara itu sudah selesai ataupun tidak. Sebab saya hendak baca kepada penggulungan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam Bajet Tambahan 2009 baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa perkara itu sudah pun selesai.
Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa sudah pun selesai. Pada 9 Jun siasatan telah dibuat oleh pihak polis. Dikatakan bahawa siasatan telah dibuat oleh pihak polis tentang kesahihan maklumat, peranan kedua-dua Ahli Lembaga Pengarah iaitu rakyat Israel, perisik Israel ini. Mengikut siasatan polis yang dibuat oleh PDRM, tidak terdapat penglibatan mana-mana warganegara asing khususnya daripada Israel dalam pembangunan projek PRS.
Baik.
Ini Hansard yang berlangsung pada seminggu yang lalu. Akan tetapi, pada satu taklimat khas yang diberikan kepada Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Kota Tinggi pada 23 November di bilik VIP KLIA. Pada waktu itu sedangkan Yang Berhormat Menteri katakan 9 Jun tidak ada. Akan tetapi, pada 23 November masih lagi mengatakan bahawa wujudnya masalah penglibatan perisik Israel ini di dalam projek PRS ini. Jadi saya katakan bahawa, ini antara dalam satu agensi. Report yang dibuat oleh orang yang sama dalam agensi. Bagaimana pula report yang dibuat oleh kami, di luar dari agensi penguatkuasaan tersebut? Kemudian saya hendak katakan bahawa 3 Disember, surat Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman bagi pihak Ketua Polis Negara kepada Ketua Setiausaha Kementerian...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di- Pertua,saya hanya boleh beristighfar, astaghfirullah hal-azim.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Pada 3 Disember Yang Berhormat Timbalan Menteri kata 9 Jun siasatan tidak ada. Surat 3 Disember ini mengatakan bahawa ini satu ancaman yang sedang dihadapi oleh negara dan juga oleh pihak polis apabila adanya penglibatan perisik Israel dalam projek ini. Kemudian, saya hendak sebut juga...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Menyampuk]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Surat 7 Januari 2009. Saya hendak katakan bahawa saya cabar kerajaan. Kalau kerajaan kata tidak betul supaya keluarkan surat-surat yang saya katakan tadi itu daripada spesifikasi OSA...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat dah habis.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Akhir sekali, saya hendak sebut, 7 Januari...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua sebelum Yang Berhormat Pokok Sena...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Surat umpama...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sekali lagi saya hendak beristighfar, astaghfirullah hal-azim.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
7 Januari surat yang dihantar oleh Jabatan Logistik kepada Penasihat Undang-undang memaklumkan bahawa projek ini, Asiasoft ini perlu ditamatkan pada 7 Januari. Pada 12 Januari jawapan daripada Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri kepada
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Pengarah Logistik, dia kata, ini keputusan mesti dibuat keputusan dasar, dibuat oleh pihak kementerian oleh Menteri dan juga oleh kerajaan untuk menamatkan Asiasoft. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, 12 Januari 2009 tidak batal lagi.
Padahal di dalam Parlimen ini, Timbalan Menteri mengatakan bahawa 9 Jun terbukti siasatan itu mengatakan bahawa tidak ada penglibatan perisik-perisik Israel. Jadi saya nyatakan bahawa ini soalan...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ini persoalan yang sangat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena bagi saya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Hendak habis Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok Sena, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya hendak sebut di sini bahawa isunya ialah...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Minta maaf saya cakap, dia petik sana, dia petik sini sedikit selepas itu dia putarkan. Sekali lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Marilah di Dewan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Habiskan Yang Berhormat. Habiskan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita beristighfar, astaghfirullah hal-azim.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading duduk. Minta tolong Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Akan tetapi..., Tuan Yang di- Pertua kena tegur dia. Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham Yang Berhormat tetapi, saya beri notis Yang Berhormat sudah habis sudah.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya hendak gulung Tuan Yang di-Pertua. Jadi sebab itu saya hendak katakan bahawa akta ini, nanti saya kata menolak rang undang-undang ini, saya menolak rang undang-undang ini.
Dengan permohonan saya kepada pihak kerajaan supaya tarik balik, kemudian membuat pembaikan yang dikemukakan kepada sini iaitu mewujudkan satu badan yang menyelaraskan semua aduan ini. Yang menerima semua aduan-aduan ini daripada aduan, daripada siasatan dan sampai akhirnya. Ini kerana bagi saya bahawa, mana mungkin kita boleh berikan aduan itu kepada agensi-agensi penguatkuasaan tanpa ada satu agensi yang seperti mana kita katakan satu suruhanjaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Seperti mana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Oleh sebab itu kalau kita lihat di Amerika Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya minta berdisiplin sedikit...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Di Amerika...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
...Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Boleh kita buat rujukan US Office of Special Counsel. Di sana juga bahawa mereka memberikan pelindungan kepada maklumat tetapi bukan kepada agensi-agensi penguatkuasaan tetapi, diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menerima aduan ini kepada satu badan khas. Jadi, saya mohon Tuan Yang di-Pertua, saya menolak rang undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya fikir Yang Berhormat, kalau kita hendak undang-undang, kita perlu ikut undang-undang. Minta Yang Berhormat Batang Sadong, saya memperingatkan lagi 10 minit...
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Ya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi, kalau kita mahu undang-undang dilaksanakan, ikutlah sedikit undang-undang yang kita boleh ikutkan.
Beberapa Ahli
Betul!
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan undang-undang ini kerana undang-undang ini memang sudah lama kita tunggu. Cuma saya ada sedikit perkara yang ingin saya jelaskan di sini untuk diambil perhatian sebelum kita melaksanakan undang- undang ini.
Pertama sekali, kalau kita lihat undang-undang ini - saya cuba membayangkan bagaimanakah keadaan orang yang memberi maklumat itu dilindungi di bawah undang-undang ini? Ini kerana, adakah agensi yang menerima pendedahan kelakuan tidak wajar itu perlu menapis atau to scan, dengan izin, maklumat peribadi mengenai orang yang memberi maklumat ini. Ini kerana kita tidak tahu apakah niat, terutama sekali kalau kita dalam politik ini, yang tidak ada pun jadi ada. Jadi, ini perlu kita perhatikan betul-betul supaya orang tidak menyalah guna...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
...Undang-undang ini.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Batang Sadong minta sedikit penjelasan boleh, sedikit sahaja, boleh?
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Saya ada 10 minit.
Saya rasa bolehlah. Saya beri peluang.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Boleh, ya.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Asalkan jangan berpolitik di sini.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Saya bukan orang hendak politik di dalam ruang ini
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya tidak pandai politik. Yang Berhormat Batang Sadong saya mohon penjelasan. Di kala rejim kerajaan hari ini, rejim perundangannya ialah regim secrecy, rejim OSA, rejim akta macam-macam. Isu penapisan, kita mengandaikan bahawa maklumat itu berada di ruang awam. Isu penapisan kita mengandaikan bahawa maklumat itu berada di dalam ruang awam atau kebanyakan perkara-perkara yang penting hanya berlegar di dalam ruang lingkup dinding orang yang buat keputusan. Ini kerana di sini tidak ada kebebasan media dan sebagainya. Jadi persoalannya itu, penapisan yang diandaikan tadi itu adakah mungkin hanya berlaku di dalam keadaan maklumatnya itu agak terbatas kerana tidak ada rejim dikatakan dengan izin, freedom of information acts seperti yang berlaku di negara-negara lain.
Mohon penjelasan.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Soalan itu saya tidak tahu apa tujuannyalah, ya tetapi, itulah saya nyatakan di sini tadi, adakah kita hendak menapis orang yang memberi maklumat itu. Ini kerana kita perlu mengetahui apakah tujuan maklumat itu diberi?
Ini kerana kalau kiat lihat seksyen 6, nampaknya orang ini boleh pergi beyond that, dengan izin. Sebelum itu sekiranya beliau memegang jawatan sebagai pegawai kerajaan.
Kalau kita perhatikan seksyen 6(2)(a) sehingga 6(2)(d). Perkara-perkara ini amat mengkhuatiri kita kalau kita hendak melaksanakan undang-undang ini.
Jikalau tadi, Yang Berhormat Balik Pulau menyentuh mengenai freedom of informationkah, itu adalah satu perkara yang boleh kita bawa melalui undang- undang lain tetapi, dari segi penapisan ini, kita perlu mengetahui latar belakang orang yang hendak memberi maklumat ini. Cuma kalau ini perlu dilakukan lagi, ia menjadi satu birokrasi lagi kepada sistem yang diwujudkan ini.
Saya hendak menyentuh juga mengenai bagaimana jika pemberi maklumat itu mendapat maklumat dari blog misalnya? Ini sering kali berlaku di dalam Dewan yang mulia ini. Kadang-kadang perkara yang dibawa di Dewan yang mulia ini maklumat diperoleh dari blog. Jadi apabila diceramahkan di dalam Dewan, seolah-olah ia benar tetapi, apabila di challenge untuk dibawa keluar, tidak berani membawa perkara ini kerana diketahui bahawa itu adalah satu maklumat yang mungkin tidak betul. Ini kerana ia mempunai unsur-unsur yang tidak begitu objektif untuk mengenakan seseorang. Jadi, kita dalam situasi membahaskan undang-undang di mana kita perlu membawa argument secara profesional untuk memastikan rakyat kita mendapat satu perundangan yang betul-betul diteliti oleh kita, sebagai orang yang menapis undang-undang ini. Jadi, semua kita mempunyai tanggungjawab ini. Jadi perlu kita kajikan perkara ini.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Dan saya juga tadi mendengar rakan dari sebelah sana mengatakan mengenai penalti. Sekiranya seseorang itu mendapat maklumat dari blog atau pun mempunyai niat yang sengaja untuk mengenakan seseorang itu, maka sekiranya didapati orang itu betul-betul telah menyalahgunakan kuasanya melalui undang- undang ini, maka penalti atau pun di bawah seksyen 21, "Mana-mana orang yang dengan sengaja membuat dalam pendedahan kelakuan tidak wajarnya atau aduan tindakan yang memudaratkannya, suatu penyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya sebagai benar melakukan suatu kesalahan.” Jadi kalau lah undang-undang ini, seseorang itu teraniaya kerana kita telah memberi maklumat yang palsu. Jadi, apakah tindakan kita? Mekanisme seperti ini perlu dikaji dan diteliti sebelum kita betul-betul melaksanakan undang- undang ini.
Begitu juga dari segi penalti yang lain. Sebentar tadi kita telah mendengar undang-undang ini dikhaskan dengan tujuan untuk melindungi orang yang memberi maklumat di atas kelakuan yang tidak wajar. Jadi sekiranya apa yang dilaporkan dengan bukan dengan niat jahat, apabila disiasat ia didapati palsu.
Jadi, adakah kita mahu mengenakan penalti? Bagi saya itu tidak sewajarnya dilakukan kerana kalau itu berlaku, manalah orang berani datang memberi maklumat kepada kita.
Sila agensi-agensi yang perlu menguatkuasakan ini perlu melihat dan mengkaji perkara ini. Ini kerana kalau tidak, tidak ada orang yang berani untuk tampil ke depan untuk menjadi whistleblowers, dengan izin. Sekiranya undang- undang ini diluluskan setelah kita kajikan dari segi mekanismenya, mungkin pihak berkenaan telah mengkaji mekanisme sekiranya undang-undang ini kita sama- sama luluskan di Dewan ini, maka apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menguar-uarkan apakah manfaat dan faedahnya bagi orang yang berani tampil ke hadapan? Ini supaya rakyat kita yang betul-betul mahu membantu kerajaan misalnya atau pun agensi-agensi mereka, dan membersihkan keadaan dari corruptionkah, dengan izin, ataupun apa-apa juga masalah yang berlaku, yang memerlukan maklumat mereka, perlu diberi penjelasan kepada orang yang mengguna undang-undang ini agar sama-sama memahami di mana mereka akan sentiasa dilindungi. Apa yang pasti, orang yang bertanggungjawab dalam melindungi maklumat peribadi mereka, ini perlu mekanismenya kita kaji. Saya memang memandang positif mengenai undang-undang ini supaya ianya membawa kita kepada satu arah yang lebih advance lagi, dengan izin.
Jadi saya berharap kita melihat semula sama ada penalti yang dikenakan adalah wajar. Ini kerana orang telah datang kepada kita untuk memberi maklumat, dan selepas itu orang yang digunakan oleh maklumat yang disengajakan kita itu, teraniaya oleh kita. Jadi, adakah seksyen 21 itu wajar dikenakan di sini ataupun mungkin mahu di rework semula, dengan izin? Saya rasa dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Walaupun ia merupakan satu usaha yang baik seperti pepatah menyatakan “Better late than never”, namun demikian, setiap sesuatu itu perlu pada perincian.
Saya mohon supaya pihak Timbalan Menteri mengambil nota-nota dan dalam semangat kita untuk melihat bahawa akta yang telah diperkenankan dan diperkenalkan di dalam Dewan ini mempunyai hasrat yang murni. Mempunyai satu
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
niat yang suci iaitu untuk memastikan negara kita ini menuju ke arah yang lebih baik. Khusus pada persoalan-persoalan yang hari ini sedang kita hadapi iaitu permasalahan rasuah. Maka, saya kira akta ini ialah lanjutan daripada akta-akta yang telah diperkenalkan sebelum ini.
Seperti mana lazimnya pada setiap kali perbincangan dan perbahasan di dalam Dewan ini, setiap Ahli Parlimen akan memberikan pandangan-pandangan dan persepsi-persepsi masing-masing. Saya mengharapkan bahawa segala sesuatu yang dibincangkan itu perlulah berada pada tahap keikhlasan yang tinggi supaya pandangan dan cadangan-cadangan ini dapat dilihat dalam gambaran yang lebih besar ataupun the bigger picture, dengan izin, supaya tidak kita ini tersepit antara sekadar kepentingan-kepentingan tertentu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan sedikit pandangan tentang akta ini bahawa sebelum ini kita telah meluluskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Di mana harapan setiap orang Ahli Parlimen yang telah berbahas termasuklah rakyat Malaysia yang mewakilkan kami di sini, mengharapkan supaya SPRM itu sendiri menjadi sebuah institusi yang benar- benar dapat menjadi institusi yang lebih baik daripada sebelumnya.
Namun atas apa yang berlaku serta tindakan-tindakan yang semua sedia maklum, seolah-olah SPRM yang kita luluskan baru-baru ini telah hilang kredibilitinya sebagai satu badan yang sepatutnya mendapat satu kekuatan yang lebih kukuh untuk menentang rasuah. Lalu, apa yang saya ingin lontarkan di sini ialah yang penting dalam kita membahaskan atau mencadangkan, memperkenankan apa jua akta ialah perlulah kerajaan itu sendiri yang menjadi pelaksana pada akta ini. Mendapat kepercayaan yang tinggi supaya segala undang-undang ini tidak dieksploitasi oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan. Bukan untuk melihat segala perundangan dan apa yang kita luluskan di sini sebagai sesuatu yang lebih besar tetapi sekadar untuk mempertahankan status quo nya atau apa juga kepentingan-kepentingannya.
Saya memohon supaya kali ini bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tidak mempunyai satu niat yang sebegitu rupa bahkan dalam hal ini, akta ini juga perlu dilihat dalam satu kerangka yang bukan sahaja berkenaan dengan akta ini semata-mata tetapi perlu dilihat pada aspek-aspek lain seperti kebebasan media, Freedom of Information Act yang sehingga hari ini kita belum lagi berjaya memperkenalkan. Sebahagian daripada wakil rakyat sebelah rakan- rakan kita, juga Yang Berhormat Jasin, saya masih ingat telah mencadangkan perlunya Freedom of Informations Act ini bagi memperkukuhkan segala apa usaha kerajaan sedang lakukan hari ini untuk kita memperkemas kini kerangka yang ada.
Begitu juga saya melihat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat akan dilihat separuh masak, half cook apabila ada pula akta-akta lain yang secara tidak langsung menjadi sekatan untuk dilaksanakan dengan lebih licin. Contohnya, adanya Official Secrets Act (OSA) yang kemungkinan boleh dijadikan sebagai alasan apabila sesuatu maklumat itu dianggap “rahsia”, boleh menjejaskan keselamatan negara. Saya sebut ‘quote unquote’ sebab itu tafsirannya. Maka itu sendiri Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh menjadi penghalang kepada pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ini.
Begitu juga dengan Akta Percetakan dan Penerbitan yang mungkin dijadikan alasan apabila sesuatu pemberitahuan rasuah dan salah laku itu didedahkan kepada awam, termasuk dalam hal ini sudah tentu yang memang daripada kita sudah lama menyatakan sikap kita iaitu ISA sendiri yang boleh dijadikan juga sebagai alasan. Oleh itu, jika kita bercakap tentang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ini, kita harus membuka landasannya. Berjalan
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
dengan licin supaya tidak ada halangan-halangan daripada akta-akta lain yang boleh dengan alasan akta juga akhirnya kita akan jadi “pi mai, pi mai tang tu” seperti mana yang disebutkan oleh orang-orang Utara.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin melihat ini di dalam hal ini tentang aspek protection atau perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat ini juga tidak dijelaskan secara terperinci dan diyakinkan dengan lebih selamat. Seolah-olah sekadar menyembunyikan rahsia pemberi maklumat tetapi tidak diberikan jaminan keselamatan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada kaum keluarganya, orang-orang yang terdekat dengannya.
Oleh itu, kita perlu faham bahawa pemberi maklumat ini terlibat daripada jabatan kerajaan, agensi-agensi penguat kuasa sendiri sehinggalah kepada gengster-gengster besar. Gengster-gengster yang mempunyai kepentingan- kepentingan illegal business yang melibatkan berbilion-bilion. Apa kata kalau seseorang itu membuat aduan; di manakah jaminannya?
Kalau sekadar memberikan jaminan bahawa namanya dirahsiakan, itu belum memberi satu kekuatan kepada pemberi maklumat jika dia terdedah pada risiko threat ataupun ancaman kepada nyawanya itu sendiri. Itu aspek yang saya minta diberikan perhatian, kalau boleh diberikan satu ketegasan terhadap perlindungan itu sendiri dalam bentuknya yang lebih tegas seperti contohnya menukar... Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor ada...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Parit Buntar kalau kita bandingkan whistleblower ini di Amerika Syarikat contohnya, dalam perkara Yang Berhormat sebutkan tadi, mereka sehingga bersedia untuk melakukan apa yang disebutkan reallocation.
Identitinya bukan hanya dirinya, keluarganya. Apakah Yang Berhormat bersedia untuk mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri sebab antara perkaranya, contohnya ia melibatkan kadang kala boss or superiornya, laporan yang perlu dibuat sebagai contoh, Pengarah BPR Sabah yang kita masih ingat lagi namanya, Ramli Yusuff membuat laporan kepada Ketua Pengarah dan kita lihat perkara itu.
Jadi ini dan yang lebih penting, reallocation itu boleh kita muatkan dalam rang undang-undang ini? Terima kasih.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya mohon supaya dimasukkan cadangan Yang Berhormat Kuala Selangor ini dalam ucapan saya.
Seterusnya, saya juga ingin menyinggung satu lagi aspek pengaduan itu sendiri ataupun pemberian maklumat itu sendiri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya amat bersetuju dengan rakan-rakan saya yang lain bahawa kalau kita tengok dari segi operasinya di negara-negara lain, contohnya di Amerika, mereka mempunyai satu badan yang khas di mana aduan ini atau pemberi maklumat ini dapat diambil pengaduannya, diuruskan dan seterusnya diambil dan dinasihati tindakan-tindakan yang selanjutnya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi saya melihat Tuan Yang di-Pertua, bahawa barangkali di dalam kita hendak membawa isu ataupun hendak memberi maklumat-maklumat ini, tidak disebut di dalam rang undang-undang ini satu badan khas yang melihat, yang memberi nasihat, yang boleh kemudian mengambil tindakan selanjutnya apakah yang perlu dibuat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ini kerana kalau kita lihat seksyen 21 seperti yang disentuh tadi oleh Yang Berhormat Batang Sadong rakan saya, bahawa di sana ada semacam satu unsur apabila orang itu hendak mengadu, dia khuatir bahawa nanti aduan atau pemberian maklumatnya itu dianggap false, dengan izin, ataupun palsu. Ini yang mengkhuatirkan kita kerana trend yang berada dalam isu-isu, kes-kes yang berlaku, apa yang dikatakan “false” itu; what constitute “false news”; apa yang dikatakan berita itu palsu, cerita itu palsu? Mungkin palsu kerana ada kepentingan- kepentingan tertentu, maka dengan seksyen ini segala maklumat yang diberi itu boleh sahaja dengan mudah ditolak.
Di sini kita menimbulkan soal integriti, di sini kita menimbulkan soal akauntabiliti, ketulusan itu sendiri. Kita tidak boleh hanya mengatakan, “Kita tidak bolehlah anggap niat tidak baik. Ini satu akta yang hendak cegah rasuah”. Ya betul! Saya tidak mempertikaikan itu. Siapalah saya untuk hendak menyelami hati pak-pak Menteri yang ada di depan ini ketika mereka mencadangkan semua rang undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh menggulung Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya. Okey. Akan tetapi apa yang dikatakan good intention itu, ataupun niat yang ikhlas itu perlu ada ketulusan, perlu ada prinsip-prinsip tertentu yang meyakinkan orang. Yang jadi masalah di negara kita ini, kita cuma kata kita perlu beri kepercayaan, kita perlu ikhlas, kita perlu good intention, sedangkan tidak ada sesuatu pillars dengan izin, atau tunggak yang meyakinkan kita bahawa ini adalah suatu yang telus.
Oleh itu, saya melihat Tuan Yang di-Pertua bahawa kita juga berhadapan dengan masalah aduan jika dibuat di awam, contohnya di media. Bagaimanakah pemberi maklumat yang membuat aduan di awam ini akan mendapat protection atau apakah dia akan terus diancam dan sebagainya?
Jadi aspek-aspek yang telah saya sebutkan tadi dengan niat yang baik insya-Allah, perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan kerana kita tidak sekadar meluluskan undang-undang di sini tetapi kita juga harus memikirkan apakah keberkesanan dan masa hadapan negara kita dalam rangka memerangi rasuah dan segala tingkah laku yang merosakkan negara kita. Saya mohon mencadang Tuan Yang di-Pertua.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga menyokong rang undang-undang ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada pihak kerajaan yang telah pun berjaya membentangkan rang undang-undang ini yang bertujuan untuk melindungi sebenarnya siapa juga yang bersetuju memberi maklumat sehingga segala jenayah, khususnya disebut di sini rasuah dan salah laku lain – sebut salah laku lain itu pun satu tanda soal juga, yang boleh menyebabkan kehidupan yang harmoni dalam negara kita terjejas.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, persoalannya di sini ialah bagaimana kita boleh menyuburkan semangat aduan di kalangan orang ramai, khususnya mereka- mereka yang berada dalam sistem. Umpamanya Tuan Yang di-Pertua, ialah kita selalu bercakap soal little Napoleon, bagaimana orang yang berada. Pegawai- pegawai misalnya sama ada di peringkat jabatan kerajaan ataupun bank-bank agensi kerajaan yang sangat berkuasa misalnya yang selama ini terlindung kerana mereka dalam sistem mereka sendiri. Mereka buat peraturan, mereka buat sendiri
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
dan akhirnya mereka terlindung di dalam peraturan ataupun kaedah yang mereka lakukan.
Umpamanya Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil satu contoh yang paling signifikan. Saya tidak akan menyebut nama kontraktor. Akan tetapi ini berlaku di dalam Daerah Muar, Ledang. Seorang kontraktor sukar untuk mendapatkan projek kerajaan. Dia kerap mengadu kepada saya dan saya kata saya pun tidak mampu hendak bantu. Ini kerana ia melibatkan soal kompetensi, soal modal, soal kepakaran dan sebagainya. Sekian lama. Sebab saya mesti berterus terang dengan dia, kalau you tidak kompeten misalnya, you kurang modal, bank statement you tidak cantik, saya kata jangan haraplah untuk dapat projek. Secara terus terang saya katakan.
Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini dia dapat projek. Baru- baru ini dia dapat projek dan bila saya semak kenapa dia dapat projek, kerana dia telah pun akhirnya mengalah, dia pinjamkan lesen kepada seorang yang memang dikenali sangat hebat, rapat dengan the little Napoleon, dapat projek... [Disampuk] Apa, ada masalah?... [Ketawa] Jadi ini Tuan Yang di-Pertua yang saya sebut – saya kata mereka dalam sistem yang sukar untuk ditembus, ada yang sanggup mengadu tetapi tidak sanggup ke hadapan dengan lebih bertanggungjawab kerana selama ini sukar ataupun mereka berasa tidak dilindungi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan supaya rang undang- undang ini akan menyuburkan semangat mengadu atau rasa tanggungjawab dengan penuh berani tetapi ikhlas semata-mata bukan kerana hendak mendengki ataupun sakit hati dengan mana-mana pihak tetapi atas rasa tanggungjawab, sayang kepada negaranya, sayang kepada rakyatnya. Ini kerana kita tidak mahu salah guna kuasa dan sebagainya kerana hanya semata-mata ingin dilindungi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Batang Sadong tadi dan juga Yang Berhormat Parit Buntar. Pemberi maklumat – dia memang bertanggungjawab, memang bersemangat, memang ikhlas tetapi mungkin kerana maklumatnya tidak lengkap, akhirnya mereka menjadi mangsa. Ini Tuan Yang di-Pertua, yang perlu juga dilihat tetapi pada masa yang sama juga kita ingin menyuburkan semangat mengadu ini, memberi maklumat.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengharapkan supaya apabila rang undang-undang ini dikuatkuasakan, mesti ada satu pendekatan yang amat tegas dan rapi, jangan sesekali - kata orang Johor waima, sekali pun maklumat itu bocor. Ini kerana apabila sesuatu maklumat yang hendak disampaikan itu bocor, pemberi maklumat diketahui oleh pihak lain, ia akan menyebabkan budaya ataupun saranan serta niat baik ini gagal di tengah jalan walaupun ada rang undang-undang tetapi rupa-rupanya rang undang-undang ini mungkin boleh dianggap sebagai di atas kertas sahaja.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan cadangan rakan-rakan tadi supaya dilihat dari segi pendekatan, peraturan, kaedah yang sangat rapi supaya semua pemberi maklumat benar-benar dilindungi. Pada masa yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyarankan supaya satu pendekatan memberi didikan yang meluas kepada rakyat Malaysia supaya mereka benar- benar terdidik untuk memberi maklumat secara berhemah kerana budaya ini mestilah ditanam dari peringkat awal lagi, dari peringkat rendah lagi. Sekurang- kurangnya mereka mengadu atau perkara-perkara yang pada mereka tidak baik dilakukan di peringkat sekolah dan sebagainya tetapi mereka juga mungkin adalah semangat dilindungi. Akan tetapi, yang penting adalah berani ke hadapan dan
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
ikhlas serta bertanggungjawab. Pendek kata Tuan Yang di-Pertua, pengajaran atau didikan itu amat penting kepada rakyat Malaysia.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Saya juga ingin mengesyorkan supaya apabila rang undang-undang ini diluluskan nanti dan diwartakan hendaklah disebar luaskan supaya rakyat Malaysia keseluruhannya yakin malahan mereka tahu bahawa setiap pemberi maklumat telah pun dilindungi oleh rang undang-undang ini dan akhirnya matlamat kita insya-Allah akan tercapai. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini, mudah-mudahan akan menjadi satu matlamat yang baik dalam usaha untuk khususnya memerangi rasuah dan apa juga jenayah yang lain.
Sekian, terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Di tahap ini saya ingin mengatakan bahawa naskhah ini menyimpang daripada tujuan asal. Rang undang-undang sebegini bertujuan pada pandangan saya mempertahankan hak asasi manusia individu untuk menyatakan kebenaran. Bukan untuk memperkuatkan agensi eksekutif. Itu satu. Saya agak khuatir pertama sekali di dalam kondisi suasana pentadbiran kerajaan pada hari ini, kita boleh terima di dalam jurisprudens pembangunan negara kerajaan layak memiliki sesuatu kita panggil privasi yang boleh dijustifikasikan mungkin atas alasan-alasan keselamatan negara.
Akan tetapi, adakah naskhah ini berbincang sebegitu? Oleh kerana ia bertujuan untuk menggalakkan kalau kita baca preamble nya itu, menggalakkan rakyat Malaysia untuk... Dikatakan di sini “...bertujuan untuk membanteras rasuah dan salah laku dalam sektor awam dan swasta. Bagi mencapai objektif ini orang awam mesti digalakkan dan dipermudahkan untuk mendedahkan.” Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya rejim perundangan sebegini mestilah harmoni sifatnya dengan kondisi maklumat semasa. Mana mungkin rakyat Malaysia yang mempunyai cita-cita mahu menyatakan kebenaran di atas menggalakkan melakukan sebegitu tetapi sebaliknya boleh dihukum. Kenapa saya cakap begitu? Saya bagi contoh tidak akan berlaku di Malaysia seperti yang berlaku sekarang ini di Jakarta. Kes brokerage – kes di antara Jaksa Agung, Pejabat Peguam Negara dan juga pihak polis. Itu berlaku disebabkan adanya kebebasan media.
Akan tetapi, di sini kuasa yang ada untuk membongkarkan kes-kes sebegitu akan hanya terbentuk di dalam ruang keputusan-keputusan para eksekutif. Saya beri contoh. Kuasa untuk mendakwa kalau tidak hendak dibuktikan orang itu berniat jahat. Bagaimana hendak buktikan tidak ada maklumat? Pertama.
Kedua, saya ingat lagi Ketua Pembangkang menyatakan mengenai isu video klip melibatkan...
Seorang Ahli
V.K. Lingam.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
V.K Lingam ataupun - terima kasih, brokerage kes ini. Mula-mula dikatakan ini mesti ada niat jahat, ada sahaja ada permainan politik sehingga kita mesti lebih – hendak kata berhati-hati, lebih smart daripada penyiasat itu tidak benar. Oleh kerana penyiasat ini orang dilatih, dia memang terbukti lebih hebat daripada kita. Akan tetapi, dia bukan berlaku secara natural seolah-olah kalau kita adalah maklumat untuk
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
didedahkan dia hanya boleh sebegitu. Oleh kerana andaian yang saya lihat, pengalaman peribadi juga ia tidak sebegitu. Ia melibatkan kepentingan- kepentingan yang mungkin akan memudaratkan pihak yang mahu melaporkan.
Kondisi pentadbiran sekarang amat rahsia sifatnya. Kalau kita membentuk rejim perundangan sebegini dan kuasa diberi kepada ‘Pak Menteri’, saya beri contoh kuasa yang tidak masuk akal. Peruntukan 11 dari segi dasarnya saya membahaskan “Pembatalan perlindungan pemberi maklumat – Hak yang dapat di bawah seksyen 7 boleh dibatalkan atas dasar – contoh, pendedahan kelakuan tidak wajar mempersoalkan merit dasar kerajaan terutamanya termasuk dasar sesuatu badan awam.” Saya yang melaporkan tiba-tiba sebab saya mempertikaikan dasar kerajaan ataupun dasar awam itu, itu boleh diangkat semula oleh ‘Pak Menteri’.
Memang saya mempertikaikan dasar beliau. Katakanlah hari ini Menteri Dalam Negeri tidak suka dengan ataupun Menteri hari ini tidak suka pula saya mempertikaikan tiba-tiba saya ada maklumat mengenai APCO, keluarlah maklumat mengenai yalah, sekarang dunia internet keluar mengenai perjanjian dan sebagainya. Pak Menteri bisa membuat keputusan saya tidak boleh mendapat perlindungan tersebut. Padahal isunya penting, isunya mengenai keselamatan negara. Itu satu. Ini saya membuktikan terutama seksyen begini.
Seterusnya kita berada di tahap, bukan di tahap negara lain yang kebebasan maklumatnya ada sistem-sistem sokongan seperti media Itali. Ada akta-akta seperti Freedom of Information Act yang mana orang awam memang dalam keadaan sebegitu kalau dengan sengaja mahu memalsukan maklumat kita boleh terima hukum. Ini sudahlah maklumat hendak dapat susah, dapat pun mungkin dengan satu inisiatif yang tersendiri. Memang kebarangkalian ianya boleh tersalah. Akan tetapi, patutkah kita menghukum individu sebegitu?
Oleh kerana saya melihat kalau kerisauan kita ialah laporan salah kita ada, penal code ada, hukumannya, false report ada, kita punya criminal defamationnya maksudnya fitnah dari segi jenayahnya. Ada kerangka-kerangka yang boleh menyelesaikan problem itu tetapi, kita sekarang ini membicarakan mengenai keadaan membongkarkan jenayah rasuah yang kita tahu memang sukar sifatnya dan mana mungkin orang awam yang kalau kita tidak berada di kedudukan yang sewajarnya mampu membongkarkan kes-kes sebegitu ataupun skandal-skandal sebegitu.
Jadi saya mohon penjelasan kepada Menteri mungkinkah seksyen yang saya katakan tadi menghukum pemberi tahu maklumat sebab saya pergi seksyen 21 itu sesuai kondisinya dalam keadaan maklumat amat terbatas. Saya bersetuju kalau Menteri membuktikan maklumat itu ada, dia sengaja memalsukan. Itu buktikan yang mana saya kata hari ini memang tidak mungkin perkara itu berlaku.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon penjelasan daripada Menteri mengenai isu agensi yang bebas untuk memantau aduan ini kerana – ataupun dalam istilahnya mengatakan mesti ombudsman. Perlu satu badan yang memantau agensi awam itu kerana saya beri contoh kalau kepentingan itu ialah kepentingan di antara seorang ketua jabatan di antara ketua jabatan lain. Tiba-tiba kalau ‘Pak Menteri’ yang ada di atas itu bersekongkol dengan ketua jabatan ini, maka kesianlah individu yang seorang lagi tetapi, kalau ada mekanisme yang lain yang mampu memberi orang kata apa, kebebasan, keyakinan kepada si pulan yang mahu membuat laporan itu dia lebih meyakinkan beliau dan tercapailah maklumat kerajaan yang kata menggalakkan yang
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
dikatakan di dalam huraiannya itu saya bacakan di sini, “...Mahu menggalakkan pendedahan kelakuan tidak wajar.” Tuan Yang di-Pertua, saya secara prinsipnya mengalu-alukan naskhah perundangan sebegini. Akan tetapi, dari segi prioritinya saya katakan salah kerana ianya diperlukan sistem sokongan perundangan yang lain supaya apa yang dikatakan kata kuncinya itu, ‘melindungi’ ataupun ‘melindungi maklumat’ Kita mengapa mengatakan maklumat itu terlindung? Maklumat itu kalau bukan patut dilindungi, ianya tidak patut terlindung. Ia hanya perlu terlindung sekiranya ia merujuk kepada isu-isu keselamatan negara.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, diskusi-diskusi dalam ruang yang lain sehinggakan privasi kerajaan yang dimungkinkan hanya merujuk perkara yang khusus dan kriteria-kriterianya amat spesifik sifatnya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, syarikat mahu penjelasan Menteri di dalam keadaan rejim perundangan yang amat repressive sifatnya ini, mungkinkah rakyat yang mengalami keterbatasan maklumat membuat aduan supaya membongkarkan kejadian rasuah seperti yang dimahukan kerajaan. Oleh kerana tidak ada seorang saya rasa Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini mahu rasuah berleluasa di negara ini.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Jadi saya yakin bahawa di dalam mahu memberi perlindungan, kita juga mahu mereka ini berfungsi dengan betul, maksudnya memberi maklumat yang tepat. Saya beri contoh, mungkinkah seorang pemberi maklumat katakan dia hanya mendapat 50% asas bahawa terdapat salah laku, mungkinkah beliau tanpa Freedom of Information Act memohon maklumat selanjutnya untuk kepentingan beliau supaya beliau lebih bertanggungjawab terhadap isu yang beliau bawa? Itu tidak mungkin kerana contohnya, beliau akan dibebani, akan disekat oleh perundangan yang lain dan apatah lagi di dalam keadaan kebebasan media yang tidak saya yakin dalam rantau ini kita agak terbelakang dari segi aspek itu jika dibandingkan dengan negara Thailand, Indonesia, Filipina di rantau ini.
Saya yakin kalau tujuan kerajaan mahu membongkar rasuah dengan memperkenalkan akta ini, memberi keyakinan kepada rakyat, saya yakin sekiranya disokong pula dengan yang saya cadangkan tadi, insya-Allah niat baik kerajaan itu dapat dicapai. Kalau tidak sekali lagi ianya boleh dipertikaikan kerana sekali lagi ia bukan memperkuatkan rakyat tetapi dia memperkuatkan kerajaan.
Kalau yang memperkuatkan kerajaan, birokrasi eksekutif sifatnya, saya rasa itu bukan falsafah perundangan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat yang mahu dicapai oleh kerajaan atau di Dewan yang mulia ini. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua rang undang-undang ini, saya mendapati bahawa ia adalah satu rang undang-undang yang akan menjadi satu prompting act di mana apabila seseorang itu ingin membuat aduan kepada pihak polis, beliau akan membuat satu laporan maklumat pertama, first information report, dengan izin. Seperti itu, di sini seseorang yang ingin memberi apa-apa maklumat kepada agensi penguatkuasaan harus pergi ke agensi tersebut dan seperti pihak polis serta pihak peguam negara, agensi penguatkuasaan tersebut akan mengkaji dan membuat penyiasatan sebelum mengambil tindakan susulan atau tindakan seterusnya. Apa kata kalau agensi penguatkuasaan ini tidak teruskan penyiasatan atau untuk sebab-sebab tertentu tidak ingin meneruskan penyiasatan. Sama seperti pihak
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
polis, kalau pihak polis tidak melakukan siasatan atau mengeluarkan satu sijil, ‘no further action’. Jadi kes itu terbatas pada setakat itu sahaja.
Mengapa tidak rang undang-undang ini membenarkan sesiapa yang ingin membuat laporan pergi ke badan-badan lain seperti NGO atau media atau peguam pun boleh. Walaupun di antara klien dan peguam ada maklumat- maklumat yang dilindungi atau privilege tetapi anak guam boleh beri kelulusan atau kebenaran kepada peguam untuk mendedahkan apa-apa maklumat kepada agensi tersebut. Jadi asalkan kita mengakibatkan atau mewujudkan satu situasi di mana agensi adalah seperti enakmen atau special councel.
Saya boleh cadang, kenapa tidak agensi ini dianggotai oleh wakil-wakil rakyat dari pembangkang, di mana kita akan ada satu situasi di mana sesiapa yang buat laporan itu boleh yakin bahawa tindakan akan diambil. Ini amat cantik oleh orang ramai tetapi dalam situasi di mana laporan dibuat terhadap orang- orang atasan berkuasa, apa akan terjadi? Kes PI Bala seumpamanya, satu perakuan berkanun telah dikeluarkan olehnya dan satu hari dua hari lepas, beliau tarik balik ataupun memberi satu pengakuan yang bertentangan dengan pengakuan yang pertama. Apakah pelindungan yang diberi kepadanya dan sampai hari ini secara rasmi kita tidak tahu di mana beliau, tetapi tidak rasmi kita tahulah tetapi, apakah perlindungan yang beliau dapat sampai keluarganya hilang.
Isteri, anaknya dari rumahnya di Rawang hilang sekali gus sampai hari ini, sudah beberapa bulan. Jadi apakah perlindungan yang akan diberi kepada orang-orang yang membuat pendedahan maklumat terhadap orang-orang atasan seperti Menteri-menteri dan umpamanya.
Jadi saya tidak yakin bahawa adakah ini satu lagi rang undang-undang untuk kerajaan, eksekutif untuk menyekat maklumat. Silakan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Telok Intan dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin meminta penjelasan kepada Yang Berhormat Telok Intan mengenai perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan perlindungan kepada whistleblower seperti PI Bala yang disebutkan tadi.
Adakah Yang Berhormat Telok Intan mencadangkan seperti di negara lain ada witness protection scheme ataupun satu usul untuk melindungi witness tetapi ini bukan witness yang ada di depan kita ini tetapi whistleblower, pemberi maklumat. Jadi apakah Yang Berhormat Telok Intan mahu mencadangkan supaya ada satu bentuk perlindungan, satu jabatan ataupun satu program untuk mengalihkan kerjaya, mengalihkan tempat tinggal, mengubah nama dan sebagainya kepada whistleblower ini sama macam kita melindungi saksi-saksi penting bagi sesetengah kes. Terima kasih.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Yang Berhormat, memandangkan kes Teoh Beng Hock, saya rasa kita mesti adakan satu akta untuk melindungi saksi-saksi. Ini kerana Teoh Beng Hock bukanlah seorang suspek, beliau adalah seseorang saksi. Apabila pergi ke Bangunan Masalam di Shah Alam, beliau tidak keluar, habis keluar mayat dia sahaja.
Jadi MACC, satu lagi agensi commission, suruhanjaya tetapi rakyat tidak yakin juga. Bukan semua pegawai dari MACC kita ada syak tetapi apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock telah menjejaskan nama baik MACC sekali gus.
Saya rasa rakyat tidak akan yakin balik terhadap MACC, begitu juga dengan saksi- saksi lain seperti PI Bala, Dr. Selva dari Klinik Jabatan Orang Asli terus ditukar kerja di Perlis.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Jadi apa perlindungan yang beliau ada untuk dia berhasrat untuk membuat satu yang baik untuk mendedahkan penyelewengan dan salah gunakan kuasa oleh pegawai-pegawai yang tertentu tetapi beliau ditukar pula. Jadi apabila ia terlibat orang atasan, pegawai-pegawai atau Menteri-Menteri yang sangat berkuasa, adakah akta-akta ini betul-betul memberi perlindungan? Saya rasa tidak kerana kita jelas sudah tengok di kes-kes baru ini, PI Bala, Dr. Selva, dahulu pun Irene Fernandez dari Tenaganita.
Apa yang mereka laporkan adalah benar, apa yang berlaku di kem-kem tahanan di Semenyih itu memang benar, disahkan oleh NGO-NGO lain dan tidak dinafikan oleh kem-kem tersebut atau pentadbir di kem-kem tersebut. Jadi apa sebab beliau disabit dan dibawa ke mahkamah dan kes Irene Fernandez adalah satu kes yang paling panjang di sejarah negara kita ini, the longest trial case in Malaysian history, dengan izin.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada political will, ini akan menjadi salah satu rang undang-undang dengan majoriti Barisan akan di lulus tetapi sama macam saya kata minggu lepas macam Akta MACC. Ada satu peruntukan di sana seksyen 62 di mana tertuduh dikehendaki untuk memfailkan penyata pembelaan, tidak pernah kita ada akta macam ini sedangkan Akta Kanun Acara Jenayah sesuatu tertuduh itu, seseorang tertuduh itu tidak perlu membangkitkan apa-apa pembelaan sehingga kes pendakwa raya tutup kes mereka.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Jadi, ini bercanggah dengan Kanun Acara Jenayah, seksyen 62 - Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC). Ini disebabkan oleh bergopoh-gopoh hendak pass (lulus) undang-undang seperti apa yang kita saksikan sekarang. Pihak wakil-wakil rakyat seperti kita tidak diberi ruang untuk betul-betul bahas seperti saya sekarang ini, berdiri 10 minit sahaja. Jadi apakah peranan Parlimen, saya pun tidak tahu. Itu yang saya katakan kalau kita betul- betul hendak perubahan di negara kita ini secara keseluruhan, Parlimen mesti berubah dahulu. Di sini - di Parlimen kita tidak mendapat keadilan.
Saya sudah beberapa kali bawa perhatian kepada Tuan Yang di-Pertua juga. Saya bagi contoh seperti Member of Parliament daripada Barisan Nasional dapat peruntukan, kita tidak dapat. Padahal ini adalah satu Parliamentary Democracy and House of Legislature. We are the first pillar of legislature. Di sini kita di bawah Speaker - Tuan Yang di-Pertua. Speaker harus mengambil tahu mengapa semua Ahli Parlimen, wakil rakyat tidak mendapat perhatian yang sama dan sewajarnya, tetapi tidak. Itu budi bicara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada hal Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan wang rakyat dan bukan wang Parti Barisan Nasional. Ini wang kerajaan untuk memberi peruntukan kepada wakil rakyat daripada Barisan Nasional. Mengapa kita tidak dapat?
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
See? Kita minta hak kita, perlu dihabiskan pula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya teruskan...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Lagi satu Tuan Yang di-Pertua.
Apakah rang undang-undang ini merangkumi di dalam satu keadaan di mana seorang pekerja melaporkan mengenai pegawai pihak atasannya; apakah
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
perlindungannya di sini kita tidak begitu jelas; apakah improper conduct dengan izin; bolehkah apabila pegawai atasan dapat tahu mengenai aktiviti mendedahkan maklumat oleh pekerja ini mungkin pekerja ini akan kehilangan pekerjaan; bolehkah akta ini memberi balik taraf hidup kepada pekerja itu seperti dahulu? Ini sebelum membuat pendedahan maklumat kepada agensi penguatkuasaan itu satu gray area, dengan izin, saya ingin menyatakan.
Begitu juga dengan seksyen 6, jika pendedahan maklumat itu bertentangan dengan Akta Rahsia (Official Secret Act), apakah dalam keadaan seperti itu? Seksyen 6, saya rasa tidak selaras atau selari dengan seksyen 9 dan seksyen 11 (1). Kita perlu kaji balik sebab saya rasa ada sesuatu yang bertentangan dalam situasi ini. Apakah tindakan yang memudaratkan? Itu pun kita tidak ada dengan terperinci definisi di bahagian seksyen 2 akta tersebut.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, seperti biasa kesuntukan masa saya terpaksa berhenti di sini walaupun saya ada banyak lagi isu-isu yang saya ingin bangkitkan. Akan tetapi, saya juga ingin berterima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang keemasan ini. Jarang dapat peluang untuk berbahas tentang rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana saya juga diberikan kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 ini. Sebagaimana rakan- rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini mungkin niat baik untuk membawa undang-undang ini kita tidak pertikai. Ini demi untuk menggalakkan lebih ramai lagi dengan izin, informer (pemberi-pemberi maklumat) ke arah membanteras rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan memartabatkan kembali agensi-agensi khususnya penguatkuasaan dalam negara kita.
Namun begitu, berdasarkan kepada beberapa hujah yang perlu diambil perhatian. Saya juga bersetuju bahawa pihak yang menerima aduan yang hanya diserahkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan itu harus diteliti kembali oleh pihak kerajaan kerana dengan izin, in terms of effectiveness – keberkesanan untuk mencapai matlamat penting penggubalan akta ini adalah untuk memberikan sepenuhnya perlindungan kepada Whistleblower Protection Bill ini. Apakah jaminan yang boleh diberikan? Ini kerana terlalu banyak kerenah birokrasi ataupun kecelaruan yang mungkin lahir apabila mereka yang memberikan maklumat itu pertama sekali merasakan diri mereka tidak selamat.
Kedua, perasaan bimbang dan takut sekiranya aduan itu ataupun maklumat itu diberikan yang melibatkan mereka yang lebih berkuasa ataupun yang lebih tinggi kedudukannya. Apa yang lebih kritikal lagi apabila ia berlaku dalam jabatan atau kementerian yang sama yang melibatkan mereka itu adalah merupakan ketua-ketua mereka. Saya rasa dalam melihat kepada satu gambaran yang lebih besar, akta ini yang bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat. Ini seharusnya difikirkan dengan serius bagaimana suatu badan ataupun suatu suruhanjaya ditubuhkan bagi mendengar kes-kes yang dibawa oleh Whistleblower Protection Bill ini kerana itu lebih kritikal.
Saya tidak nampak kalau seorang pegawai yang mendapati ada maklumat yang dilakukan oleh ketuanya begitu merasakan dirinya bebas untuk memberikan maklumat itu dan agensi penguatkuasaan yang terdapat di dalam jabatan itu sendiri. Ini saya rasa adalah satu halangan - satu constraint, dengan izin, kepada sesiapa yang ingin memberikan maklumat dengan ikhlas dan sejujurnya tetapi terhalang oleh isu-isu yang seperti ini.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin mengambil sedikit latar belakang bagaimana kedudukan mereka yang memberikan maklumat ini. Memang nyawa mereka, kedudukan mereka hatta isteri dan keluarga mereka juga dalam keadaan yang cukup bahaya. Saya ingin merujuk kepada kes-kes besar yang pernah berlaku sebelum daripada ini seperti kes skandal BMF sebagai contoh, yang berlaku satu waktu dahulu di Hong Kong. Pegawai yang begitu dedikasi, pegawai yang begitu ikhlas untuk menyiasat kes ini akhirnya didapati terbunuh dan hilangnya beberapa orang saksi yang juga pemberi maklumat di dalam kes BMF ini yang melibatkan skandal lebih kurang RM2 bilion pada waktu itu. Jadi, ini semua adalah merupakan insiden-insiden yang menghantui dan menghambat bagi seseorang itu yang merasakan diri mereka ingin memberikan maklumat tetapi rasa takut ataupun rasa terancam itu mengatasi diri mereka.
Demikian juga kita melihat tadi rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain membentangkan beberapa fakta tentang perlunya ada juga badan-badan sokongan yang membantu kepada pelaksanaan dan keberkesanan akta ini dan juga memberikan suatu keselesaan kepada pemberi maklumat ini. Pernah berlaku di Indonesia sebagai contoh, bekas Ketua Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Komisioner Jeneral Susno Duadji yang memberikan maklumat kepada DPR tentang kes rasuah percukaian yang melibatkan puluhan bilion Rupiah.
Oleh sebab mungkin keadaan di Indonesia pada waktu itu tidak memberikan ruang untuk beliau memberikan maklumat ini, tetapi akhirnya beliau memilih untuk memberikan maklumat itu kepada suruhanjaya tentang pelanggaran undang-undang di bawah Parlimen Indonesia. Jadi saya melihat di sini juga ada badan sokongan yang cukup berintegriti dan Parlimen Indonesia itu sendiri memberikan satu jaminan kepada Komisioner Jeneral Susno Duadji ini. Akhirnya kes beliau ini dapat diselesaikan dan dapat membongkar kes penyelewengan percukaian yang bernilai puluhan bilion Rupiah itu.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Demikian juga kita melihat di Amerika, satu kes yang cukup terkenal, the Hughes whistleblowing case iaitu di pertengahan tahun 80, di mana ia melibatkan tentang penyelewengan, penghantaran micro electronic iaitu berhampiran dengan hybrid microchips for use in guidance systems and other military programs. Ini saya rasa juga satu contoh di mana pemberi-pemberi maklumat yang akhirnya menghadapi satu jalan sukar tetapi dengan adanya satu agensi penguatkuasaan yang begitu telus di Amerika Syarikat, jadi kita melihat bagaimana kita kes seperti ini dapat mencapai matlamatnya.
Jadi saya rasa semua kes-kes ini perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan saya rasa tidak ada masalah untuk kita bersetuju tentang banyak perkara tetapi untuk agensi penguatkuasaan itu, diletakkan di bawah jabatan- jabatan itu sendiri. Ini satu perkara yang saya rasa perlu kita fikirkan kembali dan tidak salah saya rasa kalau kerajaan menarik balik buat sementara waktu antara undang-undang kerana kita ada pengalaman Rang Undang-undang DNA, sebagai contoh boleh kita tangguhkan sebentar untuk diperbaiki beberapa perkara untuk diluluskan. Saya rasa dengan banyak pandangan yang kita telah berikan di sini untuk memberikan suatu kesan keberkesanan yang lebih efektif terhadap pelaksanaannya, saya rasa adalah wajar untuk ditarik buat sementara waktu dan diperbaiki tentang perkara-perkara yang dihujahkan tadi khususnya tentang kepercayaan, keyakinan terhadap agensi penguatkuasaan itu di mana kalau ia dipinda, diberikan kepada suatu badan khas yang boleh menerima aduan yang jelas boleh memberikan perlindungan kepada whistleblower ini saya yakin lebih ramai rakyat Malaysia tampil untuk memberikan maklumat mereka, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar tadi ada dua orang yang bangun dan sekarang dua orang yang bangun lagi, Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua saya tidak akan mengambil masa panjang ya, dan mana itu ramai orang lagi yang hendak mengambil....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi peluang kepada Yang Berhormat Bagan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ahhh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi peluang kepada Yang Berhormat Bagan?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, ya boleh. Tunggu saya, saya tidak akan mengambil masalah. Memang pada prinsipnya kita mesti menyokong rang undang-undang seumpama ini, kerana kita hendak itu melindungi para pekerja di dalam pejabat ataupun di organisasi yang lain yang memberi maklumat mengenai kesalahan dilakukan oleh sesiapapun. Walaupun pada prinsipnya kita tidak ada bantahan tetapi daripada pelaksanaan rang undang-undang ini apabila dijadikan akta kelak, kita nampak ada kelemahan-kelemahan juga. Misalnya mengenai beberapa pentakrifan di dalam rang undang-undang ini.
Jadi saya nampak muka surat lima iaitu kelakuan tidak wajar, ertinya apa- apa kelakuan yang jika terbukti menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah, bagi saya ini memang tidak mencukupi dan perlu kita kaji semula. Saya berharap selepas rang undang-undang ini diluluskan pihak kerajaan dapat mengkaji dengan teliti apabila kita menguatkuasakan akta kelak untuk mengetahui di mana wujudnya kelemahan.
Saya berpendapat bahawa definisi kelakuan tidak wajar ini mestilah merangkumi apa sahaja tindakan yang salah di sisi undang-undang dan ada kaitan dengan ekonomi, pembaziran ekonomi dan juga melibatkan salah laku ketidakcekapan, tidak efisien dan sebagainya. Memang merangkumi semua kelakuan yang tidak wajar dan ini yang pertama. Ada beberapa perkara lain yang mesti kita teliti supaya kita boleh bersama-sama menjadikan rang undang-undang ini lebih sempurna.
Misalnya, kita mesti ada sistem, ada kaedah untuk memastikan orang yang memberikan maklumat ini mempunyai maklumat yang tulen, yang boleh disahkan, dan which can be verified. Bagi saya beberapa perkara di dalam itu, klausa-klausa itu tidak mencukupi untuk memastikan semua maklumat yang dikemukakan oleh pemberi maklumat boleh disahkan dengan begitu sahaja. Di sini saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan bagaimana kita boleh mengesahkan apabila seseorang memberi maklumat bukan semestinya maklumat itu benar, kita pun mesti melindungi orang yang melakukan salah tetapi kerana kita benci kepadanya kita bagi maklumat yang palsu, kita mesti menjaga kedua-dua pihak dan bagi saya rang undang-undang itu tidak mencukupi untuk melindungi orang yang tidak berdosa.
Tidak semestinya tiap-tiap kali kalau kita tidak suka dengan Yang Berhormat Putatan, kita kata ini orang buat ini, tetapi kita sahkan dia tidak buat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payah bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Untuk membantu.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dia hendak mengambil bahagian juga.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Kepong, untuk membantu Yang Berhormat Kepong. Ada sedikit.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tiada masa Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dia punya masa sudah habis sebenarnya, jadi saya kasih habis dia punya masa.
Yang Berhormat Kepong, saya tertarik hujah yang soal memberi maklumat ini, soal ekonomi yang kalau laporan itu berasas, baik, yang boleh menjimatkan jumlah wang yang banyak atas penyelewengan, salah kuasa dan sebagainya, adakah Yang Berhormat bersetuju jika pemberi maklumat diberi satu kind of incentive ataupun ganjaran ataupun hadiah supaya ini menggalakkan lebih banyak pemberi maklumat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan dia memang itu, fikiran itu serong kepada material sahaja, dia hendak wang sahaja apabila dia buat sesuatu. Namun di dalam dunia ini bukan wang, material itu semata-mata boleh mewujudkan masyarakat yang seimbang. Jangan kita sentiasa itu, kalau kita buat maklumat yang tulen pun kita hendak wang sebagai hadiah, memang fikiran itu serong sahaja... [Ketawa]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Masa habis.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Jadi...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kalau tidak ada ramai Ahli-ahli Yang Berhormat di sini pun, bukan sahaja jadi Ahli Parlimen, mereka memang ramai yang mempunyai tujuan fikiran yang altruistic hendak menjadikan masyarakat yang lebih baik, lebih sempurna, lebih selamat kerana di dalam masyarakat ini memang wujud perkara-perkara yang kena-mengena dengan kronisme, yang kena-mengena dengan rasuah, yang kena-mengena dengan nepotisme. Ini memang ketiga-tiga gejala tidak baik ini, berlaku tiap-tiap hari di dalam negara ini dan ini salah satu langkah untuk mencegah salah satunya iaitu rasuah dan kita pun sama-sama hendak tolong...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ini macam mana pula, macam mana pula?
Yang Berhormat Bagan akan bangun. Tidak payah Yang Berhormat Putatan itu risau sangat. Lagi pun jangan kita bila hendak buat sesuatu, dia hendak wang sahaja. Jadi itulah permulaan dengan rasuah. Permulaan dengan rasuah. Di Sabah kita mesti ada kursus yang praktikal untuk memberi maklumat untuk sama- sama mengasuh Yang Berhormat Putatan dan lain-lain jenis yang sama itulah.
Di sini saya hendak sudah lama Yang Berhormat, mengenai pemberi maklumat. Kita mesti dapat nama dia, kita mesti dapat kerjanya, di mana dia kerja, alamat dia yang boleh kita hubungi dan sebagainya. Ini kita mesti tahu semua walaupun kita hendak memperlindungkan kerana kalau tidak tahu macam mana kita boleh siasat dengan teliti. Itu memang kita buat dan di sini saya tekan sekali lagi sebelum saya mengakhiri ucapan saya, mungkin kita boleh mempertimbangkan apa sahaja yang dibuat mengenai Whistleblower Act di Australia misalnya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Mereka memang menguatkuasakan undang-undang ini sudah berapa tahun. Begitu juga dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mereka memang ada dan tidak perlu saya berhujah dengan lebih teliti mengenai undang- undang di UK, di Australia dan di Amerika Syarikat. Cukup saya mengulangi bahawa apabila rang undang-undang ini menjadi akta kelak dan pihak penguat kuasa, pihak kerajaan mestilah meneliti semua ini supaya segala kelemahan dapat diperbetulkan dan sama-sama kita boleh mencegah rasuah di negara ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya panggil ketiga- tiga ini, selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri berucap. Mula dengan Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Indera Mahkota dan selepas itu Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyatakan bahawa Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat sepatutnya dibentangkan lebih awal lagi. Akan tetapi sungguhpun lambat, biar ia lambat lebih baik daripada tidak sampai langsung. Oleh sebab itu saya rasa saya cakap dari segi pengalaman saya kerana semasa saya memberikan maklumat mengenai satu skandal yang begitu besar iaitu skandal Perwaja. Melibatkan kerugian berbilion-bilion ringgit yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan pada masa itu adalah RM5.4 bilion tetapi dijangka sampai RM10 bilion Tuan Yang di- Pertua.
Ekoran daripada laporan tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam Perwaja selepas perkara ini dibawa ke Parlimen kerana pada masa itu saya masih seorang Ahli Parlimen. Belum masuk ke penjara lagi dan juga bahawa membawa perkara ini di seluruh negara untuk mendesak bahawa satu tindakan diambil. Akhirnya tindakan diambil ke atas pengurus besar pada masa itu Mendiang Tan Sri Eric Chia tetapi, sungguhpun beliau didakwa, saya pun disaman di mahkamah secara sivil dan berlarutan sehingga saya dipilih, dilantik untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan kalau bukan kerana Tan Sri Eric Chia meninggal dunia, saya percaya kes ini akan terus berlangsung di mahkamah. Apa yang saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua ialah bahawa sungguhpun bila kita mendedahkan skandal yang merugikan negara yang begitu besar, saya tidak mendapat sebarang perhatian, perlindungan ataupun keprihatinan daripada pihak berkuasa.
Bila kita menjalankan tugas demi kepentingan negara, demi kebaikan rakyat, demi menjimatkan wang rakyat, pihak kamar peguam negara mahupun pihak penguat kuasa langsung tidak ambil peduli dan langsung tidak ambil perhatian. Saya rasa inilah yang amat mendukacitakan kerana seakan-akan mengharapkan bahawa sungguhpun kita yang memberi maklumat demi kepentingan rakyat, biarkan kita untuk apa-apa hendak jadi, jadilah. Tidak hirau langsung tentang usaha memberikan maklumat.
Saya rasa itulah sebabnya kerana tidak ada sebarang perlindungan kepada pemberi maklumat ini menyebabkan gejala rasuah menular dan menjadi lebih teruk tahun demi tahun. Sehingga kalau kita lihat daripada statistik ataupun penilaian yang dibuat oleh Transparency International, daripada tahap yang paling
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
baik iaitu tahap 37, kita sekarang sudah jatuh ke tangga 56. Ini menunjukkan apa Tuan Yang di-Pertua? Bahawa pihak penguat kuasa langsung tidak serius, tidak komited untuk menjalankan tugas.
Saya hendak tahu mengapa tindakan yang diambil ke atas pemimpin- pemimpin tertinggi UMNO pada masa itu termasuk seorang bekas Ketua Pemuda UMNO ditarik balik sungguhpun pada masa itu BPR mahukan kes ini dijalankan.
Mengapa ia ditarik balik oleh peguam negara begitu sahaja? Bila ada bukti rasuah yang kukuh dan sehingga sekarang, bila kita ada bukti rasuah yang kukuh baik Ketua Menteri ataupun pemimpin-pemimpin negara, ia langsung tidak dihiraukan dan itulah yang saya rasa menimbulkan tanda tanya.
Kalau kita cakap perlindungan pemberi maklumat masih diletakkan di dalam kuasa MACC ataupun SPRM sekarang, bolehkah ianya diyakini? Bolehkah ia dipercayai bahawa mereka akan betul-betul memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat? Kerana selagi SPRM menjalankan tugas secara pilih kasih, secara melihatkan unsur-unsur yang tidak berkaitan dengan undang-undang ataupun berdasarkan unsur-unsur politik. Maka saya rasa kewibawaannya untuk melindungi pemberi maklumat tidak akan berkesan, sungguhpun Dewan pada hari ini meluluskan akta ataupun Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat.
So, saya rasa di sini yang perlu dipersoalkan ialah apakah jaminan yang kita boleh dapat bahawa pihak penguat kuasa atau badan agensi penguatkuasaan boleh menjalankan tugasnya dengan baik, bebas, neutral dan juga berteraskan undang-undang. So, itulah soalan pertama.
Yang kedua, yang kita hendak tanya kerana di bawah seksyen 8 “Perlindungan maklumat sulit” Tuan Yang di-Pertua yang menyatakan, “Mana- mana orang yang membuat atau menerima pendedahan kelakuan tidak wajar atau memperoleh maklumat sulit dalam perjalanan penyiasatan terhadap pendedahan sedemikian tidak boleh mendedahkan maklumat sulit itu atau mana-mana bahagiannya.” Adakah ini bermakna sekiranya ini didedahkan maka perlindungan yang boleh diberikan di bawah akta ini atau rang undang-undang ini akan ditarik balik. Sekiranya ditarik balik bukankah ini menunjukkan bahawa ini pun satu usaha untuk menutup daripada diketahui atau didedahkan kepada orang umum atau orang ramai.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya rasa ketelusan itulah yang paling penting. Kalau kita tidak benarkan ia didedahkan, maka ia mungkin ditutup selama-lamanya. Itu saya rasa kita semua tidak mahu lihat kerana ketelusan adalah suatu prinsip yang harus ditegakkan.
Itulah sebab bila kita cakap tentang usaha anti rasuah, mengapa transparensi internasional gunakan istilah ketelusan? Ini kerana transparensi adalah asas untuk memerangi rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa. Sekiranya tidak ada prinsip, unsur ataupun rangka bentuk ketelusan dan struktur ketelusan dibenarkan, maka saya rasa rang undang-undang sedemikian tidak dapat menjalankan tugasnya secara berkesan.
Saya cakap dalam aspek pengalaman, sejak tahun 1986 bila saya dipilih menjadi seorang wakil rakyat. Pengalaman sejak 24 tahun lepas telah membuat saya rasa hampir seratus laporan kepada BPR pada masa itu dan sekarang SPRM, belumlah. Saya telah buat laporan kepada BPR hampir seratus kali. Satu kali lengkap selepas tarik balik, saya pula kena masuk penjara. Selepas itu satu lagi kes, saya pula kena saman. Tidak untung tidak apa, rugi lagi dan saya rasa kalau ini boleh berlaku kepada seorang Ahli Parlimen.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Macam mana kita boleh galakkan orang awam untuk memberikan maklumat, mendedahkan salah guna kuasa atau tingkah laku salah yang wujud di negara kita. Oleh sebab itu kita hendak tanya, banyak laporan yang saya telah buat dan semuanya saya rasa tidak tahu pergi mana, mungkin semua telah jatuh ke dasar laut. Inilah yang saya rasa harus dijawab oleh pihak atau agensi penguatkuasaan, khususnya SPRM yang sekarang mengambil alih tugas yang penting ini.
Apa yang kita hendak bertanya ialah seksyen 8, sejauh manakah seksyen 8 akan berkuat kuasa untuk menutup sebarang pendedahan sekiranya laporan dibuat dan didedahkan kepada orang ramai? Adakah kerana ia didedahkan maka tidak ada sebarang perlindungan akan diberikan di bawah akta ini? Tentulah kita mesti memberikan hak kepada mereka yang menjadi mangsa laporan-laporan palsu. Saya rasa itu memang perlu dan kita juga harus seimbangkan supaya mereka yang telah difitnah boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Pada masa yang sama saya rasa ia tidak harus ditutup sama sekali. Kalau ia ditutup, saya rasa ini tidak akan membawa atau tidak akan menjurus ke arah usaha kita untuk membina institusi integriti dalam negara kita ini. Sekiranya pendedahan yang dibuat ini dibuktikan tidak berasas, maka saya rasa kalau ada tindakan, ia boleh diputuskan dalam aspek penghakiman sama ada ini wajar atau tidak wajar. Jadi mungkin untuk mempertimbangkan sama ada ianya wajar atau tidak, saya hendak mencadangkan bahawa satu tribunal yang bebas dapat ditubuhkan, yang mempunyai ahli-ahli baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang supaya kita dapat mempertimbangkan kewajarannya untuk kes-kes di mana ia didedahkan sama ada ia harus diberikan perlindungan.
Apa yang penting ialah tribunal ini harus ditubuhkan untuk menentukan dan menilai sejauh manakah Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat berkesan menjalankan tugasnya. Sekiranya tidak, saya takut ia hanya digunakan sekali lagi sebagai alat oleh pihak tertentu. Ini saya rasa tidak akan memenuhi hasrat utama pihak kerajaan meluluskan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya bercakap atas dasar pengalaman, pengalaman yang mungkin agak pahit dan pedih untuk saya. Apabila kita melawan, agak sukar untuk melawan mereka yang mengamalkan rasuah dan salah laku. Mereka ada kausa yang sepenuhnya. Kita ini yang melawan mereka atau whistleblower susah untuk lawan dengan mereka. Akan tetapi kalau mereka dilengkapi oleh undang-undang yang boleh menindas atau menafikan hak sama sekali, saya rasa pengalaman ini tidak harus dialami oleh bakal pemberi maklumat di Malaysia. Oleh sebab itu harapan saya sebagai seorang mangsa, sungguhpun menjadi seorang pemberi maklumat selama 24 tahun ini, kalau boleh mungkin satu hari nanti saya akan tulis pengalaman saya, bukan sahaja di tangan mereka yang membuat salah laku tetapi juga di tangan BPR.
Kadang-kadang kita hendak buat laporan polis, pegawai BPR kata, “Janganlah, janganlah, anggap sebagai memberi maklumat sahaja”. Saya cakap, saya hendak nombor laporan polis tetapi tidak mahu diberikan. Saya hendak pihak SPRM, kalau sesiapa yang membuat laporan polis, jangan nasihatkan mereka dengan mengatakan kepada mereka supaya menganggap ini sebagai maklumat sahaja, ini tidak sihat. Ia mestilah ada rekod kerana kalau maklumat sahaja, mungkin tidak laku. Lebih baik kalau mereka hendak membuat sebagai laporan, berikan nombor. Saya rasa barulah boleh dianggap bahawa SPRM adalah sebuah badan yang serius dan bukanlah seperti dahulu di mana bila kita hendak membuat
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
laporan, kita dinasihati supaya menganggap sebagai maklumat sahaja. Saya rasa ini memang tidak wajar.
Oleh sebab itu saya harap bahawa perkara yang ditimbulkan ini boleh diberikan jawapan. Kalau boleh, buatlah satu tribunal atau panel seperti mana yang dibuat di dalam akta SPRM, supaya kita dapat menimbang sejauh manakah ia berkesan untuk memberikan perlindungan yang sebenarnya, yang tulen dan bukannya celup. Ini tidak bermakna kepada mereka yang memberikan maklumat tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Memang betul rang undang-undang ini disebut sebagai bertujuan untuk membanteras rasuah dan salah laku dalam sektor awam dan swasta. Saya sebenarnya memang berharap sebagaimana juga rakan-rakan terdahulu yang mana rang undang-undang seperti ini sepatutnya telah lama wujud disebabkan adanya ketidakcekapan dalam menangani isu-isu yang sama.
Tidak hanya dalam perlakuan rasuah dan salah guna kuasa, saya juga seperti rakan-rakan yang lain berharap ada satu peraturan yang juga menyebut khusus berkenaan dengan kaedah kerajaan atau pemerintah untuk memastikan bahawa perlakuan-perlakuan ini tidak menjurus kepada kehilangan hasil atau revenue kepada kerajaan. Hari ini sebutan ataupun gambaran yang telah diberi dengan jelas oleh banyak pihak dan kebanyakan pihak itu adalah yang duduk di bawah agensi kerajaan sendiri yang mengatakan kehilangan hasil yang disengajakan ataupun yang tidak disengajakan berlaku terlalu massive, terlalu kritikal. Ketua Audit Negara sendiri menyebut kehilangan hasil sehingga setinggi 20% relatifnya dengan belanjawan negara setiap tahun. Ini keadaan yang cukup kritikal dan sudah tentu sebelum daripada perkara ini berlaku, seharusnya kita telah mempunyai satu rang undang-undang ataupun undang-undang atau peraturan yang boleh menyekat dan salah satunya dalam bentuk pemberi maklumat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan sekarang begitu kritikal tentang terutamanya kehilangan hasil kerajaan yang diakibatkan daripada aktiviti-aktiviti salah laku seperti rasuah terutamanya di dalam sektor awam, maka rang undang- undang ini tidak hanya dilihat sebagai pencegahan.
Saya melihat, sepatutnya rang undang-undang atau peraturan ini sepatutnya dilihat sebagai memberi pengajaran atau hukuman yang berat terhadap isu-isu tadi. Salah seorang daripada rakan kita tadi menyebut soal ganjaran. Memang ada di fasal 26 disebut tentang ganjaran yang bakal diberi.
Saya beberapa kali telah bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan dana-dana rahsia yang kita peruntukkan pada setiap tahun yang digunakan untuk tujuan memberi pampasan dan juga memberi hadiah kepada mana-mana orang ataupun institusi ataupun kumpulan yang memberikan maklumat sehingga berjaya menyelesaikan masalah-masalah terutamanya masalah tentang aktiviti menyebabkan kehilangan hasil kepada kerajaan. Dana-dana rahsia ini juga termasuk kepada aktiviti-aktiviti yang membolehkan kerajaan menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Namun, perkara yang disebut di dalam ganjaran ini terlalu ringkas, tidak di detail kan dan tidak diterangkan dengan jelas.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya tidak nampak elemen ganjaran ini menjadi pendorong kepada masyarakat ataupun orang awam atau anggota-anggota dalam masyarakat untuk tampil memberi maklumat selain daripada mendapat jaminan protectionary
(perlindungan) daripada rang undang-undang ini untuk keselamatan mereka.
Kedua-dua aspek perlindungan dan juga ganjaran tidak nampak jelas dan tidak menjadi satu elemen yang menyokong supaya rang undang-undang ini menjadi satu bentuk peraturan yang kuat untuk kita membanteras dan mengubah ataupun membaiki apa-apa kejadian salah laku yang mungkin telah berlaku sekian lama di dalam masyarakat ataupun di dalam negara kita.
Jumlah pampasan yang pernah dibayar kepada pemberi maklumat seperti dalam kes kehilangan hasil negara melalui cukai-cukai sama ada di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri, kastam dan eksais dan juga kes-kes di mana berlaku kejadian terlebih bayar atau sengaja bayaran dibuat overblowned ataupun dibesarkan dengan sengaja dalam invois-invois dan juga bayaran-bayaran daripada pihak kerajaan. Perkara ini memang berlaku dan pengesahannya tidak dapat dinafikan lagi kerana Jabatan Audit telah mengeluarkan banyak insiden atau kes yang terperinci.
Semalam Yang Berhormat Gombak ada menyebut dengan jelas bahawa kes di mana kehilangan wang kerajaan kerana kita memutuskan membayar lebih tinggi daripada sepatutnya atas penilaian sebidang tanah untuk tujuan pembinaan klinik kesihatan di Johor Bahru di mana perkara itu baru sahaja diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan mengakui bahawa kes itu di dalam siasatan dan berjanji akan menjalankan siasatan terperinci, setelah isu ini diterangkan dengan detail oleh Yang Berhormat Gombak menyebut tentang tempatnya, harga penilaian yang berbeza dan perbezaan selisihnya di antara dua penilaian tersebut yang menyebabkan kerajaan kalau mengikut jumlah itu kehilangan sekurang-kurangnya RM16 juta atas hanya sebidang tanah yang untuk tujuan membina klinik kesihatan kecil.
Ini juga dilihat sebagai unsur pemberi maklumat, bukan sahaja untuk perlakuan yang salah tetapi maklumat yang diberi untuk tujuan menyelamatkan wang negara yang dibazirkan akibat daripada selisih yang dianggap dalam salah laku membuat pilihan. Ini terbukti dan saya hendak tunggu juga hasil siasatan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada malam tadi berkenaan dengan isu ini.
Perkara lain seperti yang disebutkan juga oleh Jabatan Audit Negara berkenaan dengan 20%, RM28 bilion setiap tahun. Ini juga adalah maklumat yang diberi untuk tujuan menyelamatkan hasil negara atau wang negara. Kalau begitu, kita tengok juga seperti yang dibangkitkan oleh penulis-penulis buku berkenaan dengan satu zaman pemerintahan terdahulu oleh zaman Tun Dr. Mahathir yang menganggarkan RM100 bilion dibazirkan dalam zaman tersebut. Itu juga adalah sepatutnya dilihat sebagai usaha untuk memberi maklumat bertujuan menyelamatkan hasil kerajaan ataupun wang negara.
Jadi, elemen ganjaran yang disebutkan, walaupun kita tidak boleh mengajar masyarakat kita tentang elemen ini sebagai elemen yang paling utama tetapi kita bimbang tanpa adanya penekanan terhadap isu memberi galakan dalam bentuk ganjaran ini. Kita tidak mahu masyarakat kita menjadi bisu atau tetap terus membisu oleh sebab pertamanya, bimbang tentang keselamatan mereka ataupun perlindungan mereka dan juga tidak merasa adanya sebab ataupun dorongan kepada mereka untuk tampil ke hadapan mengambil risiko yang besar dalam kes- kes di mana dianggap sebagai kes yang menyebabkan kredibiliti kerajaan tercalar
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
ataupun runtuh dalam keadaan di mana sesuatu pendedahan ataupun maklumat yang begitu terperinci diberikan untuk tujuan menyelesaikan sesuatu kes.
Saya melihat adanya kepentingan yang besar di mana aspek Perkara 26 yang menyebut tentang ganjaran ini diperincikan iaitu di manakah sumber ini akan diambil atau adakah ia juga menyebabkan kumpulan dana rahsia kita akan menjadi besar setiap kali belanjawan negara dibentangkan ataupun kita mengambil kira berapakah peratusan daripada hasil yang dapat dipulihkan ataupun diselamatkan itu dijadikan sumber untuk membuat ganjaran? Kaedah pembayarannya dan bagaimana sekali lagi pemberi maklumat itu dapat dilindungi hasil daripada penerimaan ganjaran tersebut?
Aspek ini bukanlah aspek yang mudah atau aspek yang ringkas untuk kita janjikan kepada masyarakat kita supaya sama-sama boleh mendukung rang undang-undang dan kita mengharapkan untuk barangkali memberikan imej yang lebih baik kepada kerajaan. Tidak ada sesiapapun boleh nafikan Tuan Yang di- Pertua, hari ini Pilihan Raya Hulu Selangor pun aspek memberi dan menerima itu juga adalah menjadi dorongan terutama kepada parti pemerintah. Ini adalah amalan biasa, tiada siapa boleh menafikan perkara ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Jadi, saya tidak mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai kaedah kita untuk memberi gambaran bahawa kita mempunyai langkah untuk membawa pembaharuan atau membaiki keadaan ini sedangkan kita tenggelam lebih dalam lagi dalam suasana yang lama dan akhirnya tidak ada apa-apa kesan terhadap perkara baru yang dibawa. Walau bagaimanapun, saya menyokong rang undang-undang ini dengan beberapa pembetulan dan pembaikan supaya ia dapat membawa kebaikan yang sebenar.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang- undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Tuan Yang di-Pertua, semasa pembentangan rang undang-undang ini, Yang Berhormat Menteri menyatakan ia adalah selaras dengan NKRA kedua iaitu memerangi, membanteras rasuah.
Nampaknya sejak kebelakangan ini, kerajaan sedang mengambil inisiatif untuk memastikan pelan hala tuju GTP ini dapat dicapai. Usaha ini adalah dialu- alukan. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, ia tidak boleh dibuat dengan tergesa- gesa. Apabila saya membaca Pelan Hala Tuju Program Transformasi kerajaan ini, ia dengan jelas mencatatkan bahawa salah satu inisiatif untuk membanteras rasuah adalah mengadakan perlindungan pemberi maklumat yang kukuh tetapi, Tuan Yang di-Pertua, kami hanya diberi rang undang-undang ini pada 6 April.
Sekarang kita hanya diberi sepuluh minit untuk membahasnya. Kita akan luluskan akta atau rang undang-undang yang baru ini dalam masa lima, enam jam selepas ini akan dikuatkuasakan selepas melalui prosedur Dewan Negara.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi kalau kerajaan mahu memastikan NKRA ini dicapai untuk membanteras rasuah, perlu mengadakan satu konsultasi yang sempurna, yang lengkap dan bukan seperti hari ini, tergesa-gesa. Usaha ini mestilah usaha bersama membanteras rasuah.
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya kerajaan sekadar pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua, sekadar hendak selepas ini menunjukkan kerajaan telah buat banyak. Salah satunya adalah mengadakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Itu bukan caranya, Tuan Yang di-Pertua. Kita mesti mengadakan satu rang undang-undang atau akta yang memang efektif dan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya kerajaan tergesa-gesa mengadakan rang undang-undang ini dan meluluskannya. Saya membaca rang undang-undang ini dengan sempurna dan mendapati kerajaan sebenarnya kurang political will, kurang political commitment. Ada niat tetapi kurang political will, political commitment kerana banyak kelemahan dalam rang undang-undang ini. Saya akan pergi satu persatu. Saya berharap Yang Berhormat boleh menjawab selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan kerajaan NKRA ini, membanteras rasuah ini berjaya, apa langkah yang paling penting yang perlu kerajaan ambil ialah ada orang berani ke depan untuk mendedahkan kelakuan tidak wajar. Baca rang undang-undang ini, Tuan Yang di-Pertua, apakah ia akan berkesan; apakah orang individu warganegara kita akan berani untuk ke depan mendedahkan kelakuan tidak wajar? Dua kata kekunci yang penting. Apakah rang undang- undang ini berjaya memberi keyakinan dan kepercayaan bahawa apabila seseorang itu ke depan memberi maklumat, memberi pendedahan kelakuan tidak wajar, ia akan memperolehi siasatan yang bebas, siasatan yang profesional, siasatan tanpa pengaruh orang-orang atasan, orang-orang berkuasa, orang-orang berpengaruh atau orang-orang politik? Kepercayaan dan keyakinan.
Seterusnya, apakah individu yang berani ini keluar memberi maklumat kelakuan tidak wajar ini akan berasa selamat selepas beliau mendedahkan maklumat ini kepada agensi penguatkuasaan? Tuan Yang di-Pertua, apa yang amat menghairankan ialah seksyen 2 memberi definisi agensi penguatkuasaan.
Individu boleh pergi mendedahkan maklumat kelakuan tidak wajar kepada agensi penguatkuasaan. Nampaknya agensi penguatkuasaan ini lebih berupa agensi dalaman dan agensi yang ditubuhkan di bawah akta atau undang-undang.
Contohnya, Tuan Yang di-Pertua, kalau saya tahu ada kelakuan tidak wajar dalam Kementerian Pelancongan, saya boleh memilih untuk membuat aduan kepada agensi penguatkuasaan di bawah mungkin Kementerian Kerja Raya. Ini kerana di sini tiada satu badan yang bebas diperuntukkan. Agensi penguatkuasaan ini ertinya begitu luas di bawah definisi kedua. Kalau tiada keyakinan terhadap agensi pelancongan, orang itu boleh memilih untuk ke agensi yang lain, unit yang lain di bawah definisi rang undang-undang ini.
Tidak apa, boleh dibuat di bawah agensi itu. Agensi ini boleh buat siasatan, selepas itu rujuk semula kepada agensi yang berkaitan. Ini kerana seksyen 5 memperuntukkan kerjasama di antara agensi jabatan. Itulah tadi saya kata kepercayaan bahawa akan ada satu siasatan yang bebas. Ini perkara pertama. Perkara kedua adalah berkenaan siasatan dalaman ini tadi saya nyatakan, ia tidak akan memberi keyakinan kepada individu ini untuk keluar mendedahkan maklumat kelakuan tidak wajar ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Bagaimana pula saluran yang lain, selain daripada saluran kerajaan?
Definisi seksyen 2 adalah saluran kerajaan, agensi penguatkuasaan. Mengapa tidak ada diberi pilihan memandangkan kerajaan tidak mahu mengadakan satu badan yang bebas untuk menerima aduan-aduan atau maklumat kelakuan tidak wajar ini; mengapa tidak pergi saluran yang lain; bagaimana kalau individu mahu mendedahkan maklumat ini kepada union, kepada NGO, kepada Majlis Peguam?
Tiada saluran lain. Kepada media?
Biasanya apabila ada pendedahan kelakuan tidak wajar ini atau rasuah salah guna kuasa oleh media, kerajaan akan ambil tindakan, tetapi dalam rang undang-undang ini tiada perlindungan kepada media whistleblower. Juga tidak menjadikan NGO, Majlis Peguam contohnya atau union sebagai satu platform untuk individu mendedahkan maklumat kelakuan tidak wajar. Hanya saluran kerajaan sahaja. Ini perkara kedua.
Perkara ketiga adalah seksyen 6 dan seksyen 7, Tuan Yang di-Pertua.
Nampaknya ada pengecualian pendedahan kelakuan tidak wajar di mana dia diberi pengecualian kepada pendedahan yang tidak dilarang secara khusus oleh mana-mana undang-undang bertulis. Mengapa sedemikian? Kalau mahu membanteras rasuah, tidak kira maklumat itu dari mana. Harus perlindungan diberi kepada pemberi maklumat tersebut. Apa akan berlaku kalau individu itu tidak tahu ia is an Official Secret Act itu, dia pergi buat aduan? Selepas itu kerajaan atau agensi penguatkuasaan mendapati it falls within exception ini. Apakah perlindungan itu akan dibatalkan? Nanti perlindungan pemberi maklumat itu akan dibatalkan atau tindakan boleh diambil terhadapnya? Saya rasa itu tidak wajar.
Exception ini seharusnya dimansuhkan. Ini perkara ketiga.
Perkara keempat ialah berkenaan seksyen 12, Tuan Yang di-Pertua. Saya harap bersabar dengan saya. Seksyen 12 di mana penyiasatan dijalankan oleh agensi penguatkuasaan dan selepas itu akan menyediakan laporan. Tiada tempoh masa dinyatakan. Kalau seseorang individu itu ke depan untuk membuat aduan kepada agensi penguatkuasaan, dia boleh ambil masa dengan sesuka hatinya dan individu itu akan duduk menunggu. Mungkin agen penguatkuasaan kena meminta nasihat daripada pelbagai parti, apakah siasatan saya patut diteruskan atau tidak?
Ini kerana tiada timeline, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, diperuntukkan dalam seksyen 12 ini sebelum penyiasatan ini boleh disampaikan kepada agensi tertentu.
Kalau ia kesalahan tatatertib, ia disampaikan balik kepada pihak berkuasa yang terlibat. Kalau ia bersifat jenayah, ia akan disampaikan hasil siasatan itu kepada pendakwa raya. Di dalam bahagian seksyen 13 juga tiada timeline kalau bersifat jenayah. Agensi penguatkuasaan mendapati ia bersifat jenayah, ia rujuk kepada pendakwa raya. Pendakwa raya di bawah seksyen 13(1)(c), satu pendakwa raya boleh memutuskan untuk mendakwanya atau tidak tetapi tiada timeline. Itu persoalannya. Kalau mahu menggalakkan orang ramai keluar menjadi whistleblower, mesti menunjukkan keseriusannya, efektifnya, berkesannya, tindakan mesti diambil, keputusannya boleh dilihat dalam satu tempoh yang ditentukan, ditetapkan, tetapi ia senyap, ia silent, tiada timeline.
Ini amat aneh, Tuan Yang di-Pertua, seksyen 13, subseksyen 3. Jika maklumat itu adalah berkenaan tatatertib, ia rujuk balik kepada pihak berkuasa tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan. Kalau pihak berkuasa mengambil tindakan yang tidak memadai atau tiada tindakan diambil, apa agensi penguatkuasaan boleh buat?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, apa dia boleh buat berkenaan seksyen 13(3)? Dia akan behave like a cry baby dengan izin. Dia cepat-cepat akan rujuk kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri memberitahu kita apa yang kita boleh buat. Sekarang ini pihak berkuasa enggan menerima syor atau ambil tindakan apabila agensi penguatkuasaan telah mendapati ia adalah satu kes tatatertib. Ini diperuntukkan. Agensi penguatkuasaan itu boleh melaporkan kepada Yang Berhormat Menteri tentang penyiasatan dapatan dan syor, respons terhadap dapatan dan syor itu. Jika didapati bahawa langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tersebut tidak memadai atau tiada tindakan - ia tergantung di situ sahaja.
Selepas itu apa Yang Berhormat Menteri boleh buat? Tiada diperuntukkan dalam seksyen ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan seksyen 14 berkenaan aduan tindakan yang memudaratkan dan remedi, juga tidak memperuntukkan timeline tindakan yang boleh diambil oleh agensi di dalam tempoh-tempoh yang tertentu. Keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, saya rasa rang undang-undang ini gagal memberi keyakinan dan kepercayaan kepada individu untuk keluar menjadi whistleblower. Apabila saya membaca rang undang-undang ini, saya dengan cepatnya mengaitkan dengan private investigator Bala.
Apakah dengan adanya rang undang-undang ini dan selepas ini dikuatkuasakan yang juga membenarkan perlindungan diberi kepada maklumat yang didedahkan sebelum dikuatkuasakan. Apakah selepas ini private investigator Bala akan berani tampil balik ke negara ini untuk membuat pendedahan?
Nampaknya banyak kekurangan dan kelemahan selagi tiada satu badan yang bebas sebagai penerima, penyiasat kelakuan tidak wajar. Saya tidak yakin ia akan memulihkan keyakinan kerajaan atau niat kerajaan yang benar-benar ingin membanteras rasuah.
Akhir sekali saya dapati rang undang-undang ini adalah senyap berkenaan pendedahan kelakuan tidak wajar yang sedang dirancang di luar negara. Territorial coverage tidak diperuntukkan dan saya rasa saya ingin mengulangi bahawa adalah perlu perlindungan diberi kepada media yang bertindak sebagai whistleblower. Oleh itu, ini sahaja yang saya ingin bangkitkan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya hanya akan menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang relevan dan yang menyentuh mengenai rang undang-undang ini.
Terlebih dahulu Yang Berhormat Ipoh Timur telah pun menyentuh mengenai isu PKFZ dengan rang undang-undang ini. Untuk makluman Yang Berhormat, isu PKFZ sudah berulang kali diutarakan dan sewaktu ini beberapa tindakan mahkamah sedang berlangsung terhadap beberapa personaliti dalam PKFZ ini. Siasatan sedang diteruskan oleh SPRM dan juga pihak PDRM. Jadi sewajarnya tidaklah perlu saya membincangkan perkara tersebut dalam Dewan yang mulia ini kerana ini akan menjejaskan dengan prinsip sub judice.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Ipoh Timur juga bertanya mengenai soalan apakah kelakuan tidak wajar yang mungkin dilakukan oleh Ahli Parlimen? Untuk makluman Yang Berhormat, subseksyen 6(4) rang undang-undang ini membenarkan pendedahan dibuat terhadap Ahli Parlimen sekiranya kelakuan mereka termasuk dalam definisi kelakuan tidak wajar - iaitu apa-apa kelakuan yang jika terbukti menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Liew Vui Keong
Ya, silakan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Itulah definisi. Apa itu tatatertib?
Tatatertib oleh siapa? Oleh Dewan yang mulia ini atau apa? Kalau melalui Dewan ini oleh Parliament’s Rights and Privileges Committee. Apa perkara yang boleh dirujuk kepada Parliament’s Rights and Privileges Committee - jatuh. Adakah ia jatuh dalam definisi ini?
Apa yang boleh dirujuk pun boleh ditukar dari semasa ke semasa.
Mungkin suatu masa dahulu ‘minum’ - itu kelakuan yang tidak wajar dan boleh refer kepada Parliament’s Rights and Privileges Committee. Adakah seperti itu?
Jika lompat parti dari parti kepada yang lain bolehkah ini refer kepada Parliament’s Rights and Privileges Committee kerana kelajuan yang tidak wajar. Adakah ini memuaskan?
Sebenarnya tadi ada yang cabar semua Menteri-menteri UMNO dan MCA.
Pernah atau tidak Ahli Parlimen ‘minum’ dahulu? Semua diam sahaja dan tiada seorang pun berani berdiri. Jadi kenapa ini menjadi satu isu dalam Hulu Selangor by-election? Bukankah ini menunjukkan double standards dan kotor?
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya tidaklah terlibat dengan Yang Berhormat Ipoh Timur - dengan kelakuan-kelakuan Yang Berhormat mengenai isu sama ada mereka terlibat dalam perkara sebegitu atau sebegini. Ini kerana itu bukanlah dalam bidang saya untuk judge seseorang.
Jadi mengenai sama ada kesalahan itu adalah kesalahan tatatertib. Bagi saya maklumat itu mesti dibawa kepada pihak yang berkenaan dalam hal ini.
Sekiranya terdapat isu yang terjatuh di dalam rang undang-undang ini, maka pihak yang berkenaan bolehlah mengambil tindakan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan. Saya bukan mahu Ahli- ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri ada kekebalan (immunity). Akan tetapi, kita mahu jelaskan apabila kita luluskan undang-undang kita mahu jelas - apa ini kelakuan yang tidak seperti Ahli Parlimen?
Oleh kerana mengikut fasal 6(2b), ini tidak ada satu remediation. Kalau itu improper conduct, dahulu pun improper conduct pun boleh satu maklumat diberi - diberikan bahawa tindakan tidak wajar sama ada melanggar Undang-undang Sivil atau melanggar Undang-undang Syariah. Seperti Yang Berhormat Kinabatangan hari ini sabit (guilty) - iaitu mengakui guilty poligami tanpa kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Bolehkah maklumat diberikan?
Ada Menteri-menteri, ada Ahli-ahli Parlimen UMNO dahulu pun sudah berpoligami. Bolehkah disclosure, oleh kerana tidak ada satu limitation although the improper conduct has occurred before the commencement of this Act? Adakah ini satu open field supaya semua maklumat boleh dibuat terhadap Menteri-menteri UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO? Ini oleh kerana dalam Hulu Selangor mahu menjadi sangat moral high ground bahawa mereka ada buat kesalahan di bawah undang-undang termasuk Undang-undang Syariah? Adakah ini covered by this?
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Bagi saya dan pandangan saya bahawa sekiranya seseorang telah pun melakukan improper conduct ini adalah color blind. Ia tidak hanya tertumpu kepada satu kumpulan sahaja atau satu golongan. Improper conduct can cover any political party not only UMNO. Juga untuk makluman Yang Berhormat, Seksyen 6(2)(b) ini adalah ketara. There is no more explanation that require to be said because, ia kata di sini bahawa it has occurred before the commencement of this Act. So it means to say that it covers, there is no timeline.
Sekiranya perkara itu berlaku misalnya 20 tahun atau 30 tahun yang lalu, sekiranya pihak berkenaan masih lagi hendak membuat aduan kepada pihak berkuasa it is up to them. The only thing seperti Yang Berhormat sedia maklum, the wait of the evidence. Oleh kerana sekiranya maklumat terlibat dengan perkara yang telah pun berlaku 20 tahun atau 30 tahun yang lalu atau dan sekiranya saksi- saksi berkenaan masih ada ataupun keterangan masih wujud dan pihak berkuasa berpuas hati bahawa aduan yang telah pun dibuat boleh diterima masuk dalam rang undang-undang ini. Ya, mesti akan diteruskan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih, mengenai perkara ini.
Mengenai 6(2)(b) tidak ada satu limitation apa-apa improper conduct termasuk corrrupcy, penyalahgunaan kuasa, masa lampau semua boleh di reopen. Akan tetapi, adakah political will untuk reopen seperti contohnya MAIKA skandal tahun 1993, saya bangkitkan kali pertama dalam Dewan yang mulia ini oleh kerana menipu 66 ribu subscriber-subscriber yang ada beri semua life savings mereka RM100 juta sampai sekarang sudah 20 tahun. Adakah maklumat-maklumat sekarang mengenai perkara ini akan reopen siasatan oleh kerana adalah tindakan yang tidak wajar terlibat sama ada Ahli Parlimen, bekas Ahli Parlimen. Semua bekas Ahli Parlimen, bekas menteri-menteri boleh diheret lagi dalam perkara ini all the past scenes misdeed corruption sama ada lagi perkara semacam Yang Berhormat Kuala Kangsar, Khir Toyo dan semua, all reopen. Kita sangat mengalu- alukan perkara ini tetapi tidak mahu tahu intention, through intent and purpose, corruption all the past we can reopen.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.
Seperti yang saya katakan tadi bahawa seksyen 6(2)(b) ini adalah tertera bahawa dia mengatakan before the commencement of this act. Dia tidak mengatakan pada sekian masa tidak ada time line. It means to say that it is covered. Sekiranya Yang Berhormat Ipoh Timur sedia maklum bahawa Whistleblower Act ini hanya terhadap whistleblower an individu it has to be a person that make the whistleblower. It cannot be somebody yang akan datang hanya mengatakan melalui blog atau melalui SMS dan mengatakan ini dan itu bahawa perkara yang ini telah berlaku pada sekian-sekian masa.
Jadi bagaimana kita memberi perlindungan kepada mereka yang tidak wujud, yang tidak memberi nama yang kita tidak tahu identiti mereka. So whistleblower is terhadap whistleblower yang wujud yang ada nama ada identitinya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Itu kita boleh diterima. Whistleblower bukan sahaja untuk present, whistleblower untuk future pun boleh whistleblower of the past apa yang berlaku dalam past itu, kita mahu penjelasan.
Datuk Liew Vui Keong
Sekiranya whistleblower in the past masih lagi wujud pada masa sekarang dan dia ingin membuat sesuatu aduan terhadap, jadi undang-undang ini telah pun jelas mengatakan bahawa the improper conduct
Datuk Liew Vui Keong
boleh dirujukkan yang telah dirujuk walaupun kelakuan tidak wajar itu telah berlaku sebelum permulaan kuat kuasa akta ini, so it covers Yang Berhormat Ipoh Timur.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak begitu faham apakah kewajaran untuk memasukkan kelakuan tidak wajar di dalam Rang Undang-undang Pemberi Maklumat ini. Sebab kelakuan tidak wajar ini begitu meluas dan merangkumi tingkah laku individu yang tidak ada kaitan dengan pelaksanaan tanggungjawab seseorang sebagai pemegang jawatan.
Misalannya ini tidak ada time line, adakah sekiranya ada seseorang yang mungkin ini satu senario yang hypothetical yang mungkin mendedahkan skandal khalwat yang berlaku di Port Dickson melibatkan seorang actress yang terkemuka sebelum ini. Adakah ini boleh berlaku sekiranya ini betul apabila kita mengatakan kelakuan tidak wajar dan banyak skandal lain yang melibatkan tingkal laku individu yang tidak ada kaitan dengan pelaksanaan tanggungjawab sebagai pemegang jawatan. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Gopeng.
Mengenai isu hypothetical itu saya rasa tidaklah wajar untuk saya pergi menjelaskan lebih dalam. Akan tetapi, seperti yang saya nyatakan tadi sekiranya berlaku perkara yang telah pun bertahun-tahun dan ada whistleblower yang ingin membuat aduan, bagi saya sama ada aduan itu kukuh ataupun tidak terpulang kepada aduan yang telah pun diberi sama ada saksi yang terlibat dalam kes itu masih ada ataupun tidak sama ada keterangan dari segi dokumentasi masih ada ataupun tidak dan sebagainya. So, pihak penguatkuasaan akan menyiasat juga sekiranya ada yang membuat aduan kepada pihak berkenaan.
Yang Berhormat Ipoh Timur juga ada bertanyakan Ketua Menteri, Menteri ataupun Timbalan Menteri terkecuali daripada subfasal 6(4). Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa Ketua-ketua Menteri, Menteri-menteri, Timbalan Menteri ini mereka adalah memang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli-ahli Parlimen.
Jadi it goes without saying bahawa kita tidak payalah menjelaskan bahawa dalam 6(4) ini sama ada mereka Ketua Menterikah, ataupun Menteri ataupun Menteri-menteri yang lain kerana untuk menjadi Menteri ataupun Ketua Menteri mereka ini memanglah akan menjadi seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan. Sungguhpun benar, mereka menteri-menteri, ketua menteri dan semua pun ahli Parlimen atau Adun.
Akan tetapi, kenapa ini dikecualikan? Oleh kerana mereka buat kesalahan atas kedudukan mereka bukan sebagai Ahli Parlimen, tetapi sebagai Menteri, Timbalan Menteri atau bukan sebagai ADUN, tetapi sebagai exco, state Menteri atau Ketua Menteri, Menteri Besar. Itu berlainan. Bukankah ini satu ketinggalan yang sangat serius yang menunjukkan bahawa dalam pandangan kerajaan bahawa tindakan tidak akan diambil terhadap Menteri-menteri, orang besar tetapi teruskan tindakan terhadap ikan bilis bukan terhadap ikan yu. Kenapa tidak boleh dipindakan supaya bukan sahaja menamakan MP dan SA, tetapi Menteri-menteri, Menteri Kabinet, Ketua Menteri dan Menteri Besar dan lain-lain.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh timur. Selagi mereka merupakan Ahli Parlimen, dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri, jadi ruang undang-undang ini memang tidak pakai. Seperti dalam pengetahuan saya bahawa semua Ketua Menteri, ataupun Menteri-menteri Besar di negara ini termasuk juga Perdana Menteri merupakan Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan
Datuk Liew Vui Keong
Undangan Negeri mereka yang masing-masing. Jadi, saya tidak setujulah dengan pandangan Yang Berhormat dalam perkara ini.
Yang Berhormat Putatan telah pun bertanyakan sama ada terdapat penalti kepada pemberi maklumat palsu. Untuk Yang Berhormat Putatan, rang undang- undang adalah memperuntukkan bahawa orang yang membuat kenyataan palsu sebagai melakukan kesalahan di bawah seksyen 21 dan boleh dihukum di bawah seksyen 25.
Yang Berhormat Putatan juga bertanyakan sama ada pendedahan perlu diiringi dengan keterangan ataupun evidence dengan izin. Untuk Yang Berhormat Putatan, pendedahan kelakuan tidak wajar boleh dibuat tanpa diiringi dengan keterangan seperti dokumen dan sebagainya. Kita tidak boleh menerima sekiranya keterangan secara hearsay sahaja, tetapi walau bagaimanapun sekiranya ada aduan yang diberikan, pihak penguat kuasa akan sentiasa juga akan menyiasat untuk memastikan sama ada keterangan tersebut boleh diterima masuk ataupun diguna pakai untuk meneruskan siasatan tersebut.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Penjelasan. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Pendedahan kenyataan mungkin hearsay kalau dibuktikan bukan dengan dokumen-dokumen yang tertentu, tetapi gambaran ataupun gambar yang belum dikatakan sebagai bukti yang berasas.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Adakah ini perlu disiasat juga selanjutnya sebab ada kepercayaan bahawa mungkin ini ada melibatkan salah laku dan sebagainya. Jadi, kita harus mendefinisikan jenis laporan yang perlu diterima. Saya bersetuju kalau ada satu jawatankuasa yang menerima, meneliti dan yang menentukan aduan itu berasas atau pun tidak?
Datuk Liew Vui Keong
Ya, sememangnya sekiranya ada aduan yang diberi oleh pihak whistleblower mengenai seseorang yang berkelakuan tidak wajar.
Jadi, pihak berkenaan yang menerima maklumat tersebut akan menyiasat. Seperti yang saya katakan tadi sekiranya keterangan tersebut tidak mencukupi, maka pihak penguat kuasa akan memaklumkan kepada pemberi maklumat tersebut bahawa siasatan tidak akan diteruskan. Yang Berhormat...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan, penjelasan.
Datuk Liew Vui Keong
Ya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri teruskan. Kenapa ada beberapa perkara penting yang saya bangkitkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada sentuh? Khasnya mengenai whistleblower par excellence.
Inilah satu rang undang-undang mengenai memberi perlindungan kepada whistleblower tetapi whistleblower par excellence yang negara kita ada Raja Petra Kamarudin dan private investigation Bala. Kenapa mereka dipaksa untuk dihalau dari negara ini dan bukan untuk mengalu-alukan, memberi jaminan bahawa kerajaan mengalu-alukan kerjasama mereka untuk melawan segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
Datuk Liew Vui Keong
Terlebih dahulu Yang Berhormat Ipoh Timur perlu men distinguish kan perkara terlibat dengan P. Bala dan juga RPK ini. Ini kerana, mereka ini bukanlah whistleblower yang kita fahami, ini kerana mereka telah pun mengeluarkan identiti mereka, telah pun memaklumkan kepada dunia
Datuk Liew Vui Keong
siapa mereka. Whistleblower ini adalah terhadap orang yang kita tidak akan tahu, siapa yang maklumkan kepada agensi berkenaan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Liew Vui Keong
We never know the identity, that is the intention of this Whistleblower Act. Akan tetapi, dalam perkara ini...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Yang blow whistle. Blow whistle will blow whistle sama ada identiti tahu atau tidak tahu. [Dewan riuh]
Datuk Liew Vui Keong
No, no. [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Menyampuk]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Whistleblower blow the whistle, membongkar tindakan maklumat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Whistleblower pun tidak faham.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bukan orang yang sembunyikan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu saksi kah?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sembunyi di Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Ketawa]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tiub wisel sama ada...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu refereelah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sama ada tahu identiti atau tidak tahu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Datuk Liew Vui Keong
Itulah. Bagi saya Yang Berhormat Ipoh Timur ini telah pun tidak faham perbezaan di antara Whistleblower Act ini. Whistleblower Protection Act bersama-sama dengan Witness Protection Act. Sekiranya mereka yang Ipoh Timur nyatakan tadi PI. Bala, ingin menjadi saksi dalam sesuatu kes, mereka boleh mohon di bawah Witness Protection Act yang berbeza dengan Whistleblower Protection Act ini.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat Menteri?
Datuk Liew Vui Keong
There is a lot of different. Ya, silakan Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat Ipoh Timur tidak membaca surat khabar, terlampau sibuk dalam Hulu Selangor satu, dua hari ini.
Dalam surat khabar kalau saya tidak silap sama ada hari ini atau semalam, SPRM telah memberi jaminan untuk tidak akan mengapa-apakan atau pun menangkap P. Bala kalau datang untuk memberi kenyataan. Yang menjadi masalah kita sekarang ialah kedua-dua mereka sama ada Raja Petra Kamarudin ini dan juga PI Bala ini adalah dua orang yang suka menipu dan memutarkan belitkan. Jadi, mereka ini bukan saksi. Mereka bukan mempunyai maklumat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau betul ada maklumat, datang dan beri kenyataan secara teratur. Jadi, kita mahu supaya pihak di sebelah sana, pembangkang jangan menjadi juara kepada mereka yang hanya mahu menabur fitnah dan membuat tuduhan yang melulu. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Whistleblower… Boleh sekali?
Masalah sekarang ialah apa ertinya Whistleblower, bukan apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Kota Belud, fitnah-fitnah. UMNO yang fitnah, khasnya di Hulu Selangor. Itu fitnah yang pertama.
Whistleblower, apa ertinya Whistleblower? [Dewan riuh] Di sini ada definisi. Internet, sekarang kita tahu. Oleh kerana ada internet, saya dapat apa itu definisi Whistleblower. “A person who inform on another or mix public disclosure of corruption or wrong doing.” Mana ada kata tidak boleh tahu siapa. “A person who inform on another or mix public disclosure of corruption or wrong doing.” RPK, PI Balasubramaniam, mereka pun whistleblower oleh kerana disclose corruption or wrong doing. Bukan semacam Yang Berhormat daripada Kota Belud, kita tahulah standard sangat rendah, tidak faham meaning whistleblower. Dia pergi sekolah pun tidak tahu apa whistle.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah meaning whistleblower dalam rang undang-undang ini berbeza daripada whistleblower yang semua tahu, dunia tahu. Baru Malaysia, definisi yang khas, spesifik. Itu boleh masuk Book of Records.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Kalau baca definisi seksyen 2, “pemberi maklumat ertinya mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajib kepada agensi penguatkuasaan di bawah seksyen 6.” Kalau baca seksyen 6, ia penerangan pendedahan kelakuan tidak wajar.
Tiada perkataan secara rahsia, secara secret untuk membolehkan seseorang itu menjadi whistleblower di bawah rang undang-undang ini. Jadi, saya rasa Yang Berhormat yang keliru, yang tidak faham definition ini. It’s silent, it should be done secretly. Baru boleh diberi perlindungan.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Hendak tambah. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita merujuk kepada fasal 7(1)(c) “perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan.” Ini jelas menunjukkan bahawa tidak semestinya identiti whistleblower disembunyikan. Mungkin whistleblower boleh tiup wisel secara terbuka.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi, daripada sebelah ini. Keadaan yang telah pun dibayangkan oleh Yang Berhormat ialah terhadap orang yang membuat dedahan kepada media atau pun melalui agensi-agensi penguat kuasa dan selepas itu menyiarkan atau pun mengheboh-hebohkan kepada media.
Jadi, bolehkah mereka mendapatkan perlindungan dalam rang undang- undang ini. Jawapan saya ialah dalam situasi sedemikian pemberi maklumat tersebut tidak akan dilindungi di bawah rang undang-undang ini. Ini adakah kerana bagi situasi yang pertama iaitu melalui media, pemberi maklumat tersebut tidak mematuhi peruntukan subseksyen 71 yang memperuntukkan bahawa pemberi
Datuk Liew Vui Keong
maklumat akan diberi perlindungan di bawa undang-undang ini apabila pendedahan tersebut diterima oleh mana-mana agensi penguat kuasa.
Media tidak termasuk dalam tafsiran agensi penguat kuasa di bawah undang-undang ini. Bagi situasi yang kedua pula, pemberi maklumat tersebut akan dilindungi pada masa ia membuat pendedahan tersebut kepada agensi penguat kuasa tetapi akan kehilangan perlindungan tersebut apabila dia membuat penghebahan kepada media. Ini adalah kerana pemberi maklumat tersebut adalah tertakluk di bawah subseksyen 8(1) untuk tidak mendedahkan pendedahan kelakuan tidak wajar yang dibuat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan kepada mana-mana pihak termasuklah media.
Ini bertujuan untuk melindungi juga orang yang dikatakan melakukan kelakuan tidak wajar. Itu kerana dakwaan oleh pemberi maklumat tersebut mungkin tidak benar dan supaya tidak mengganggu penyiasatan.
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua, bahawa Yang Berhormat Putatan telah pun bertanya sama ada adakah pemberi maklumat tanpa identiti boleh membuat pendedahan di bawah rang undang-undang ini.
Datuk Liew Vui Keong
Jawapannya ialah rang undang-undang ini memerlukan identiti pemberi maklumat agar perlindungan dapat diberikan di bawah rang undang-undang seperti yang telah pun dimaklumkan kepada Yang Berhormat Ipoh Timur tadi.
Namun, pendedahan yang dibuat itu juga tetap akan disiasat. Akan tetapi perlindungan itu tidak dapatlah diberikan atas sebab yang tertera iaitu kita tidak tahu siapa yang memberi maklumat sekiranya tidak ada identiti.
Yang Berhormat Subang juga telah bertanya mengenai pendedahan salah laku yang telah pun saya jawab iaitu mengenai PI Balasubramaniam dan juga Irene Fernandez kerana seperti yang saya katakan bahawa mereka telah pun hilang perlindungan daripada apa yang telah mereka lakukan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Subang juga bertanya tentang kesan penalti kepada penyataan palsu. Untuk makluman Yang Berhormat Subang, kerajaan telah pun menimbang perkara ini dan berpandangan bahawa peruntukan penalti terhadap pernyataan palsu perlu dimasukkan bagi menjaga reputasi mereka yang tidak bersalah selaras dengan prinsip yang kita tahu iaitu innocent until proven guilty.
Yang Berhormat Tangga Batu juga bertanya mengenai definisi rasuah tidak jelas bahawa pemberi maklumat tidak dapat menjangka ia boleh mendapat perlindungan whistleblower dalam rang undang-undang ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kelakuan tidak wajar yang didefinisikan adalah sebagai perbuatan yang terjumlah kepada kesalahan tatatertib ataupun kesalahan jenayah. Oleh itu, jika kelakuan tidak wajar adalah satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), pendedahan tersebut adalah dilindungi di bawah rang undang-undang ini.
Yang Berhormat Pokok Sena juga bertanya bagaimana maklumat yang tidak wajar dibuat ataupun disiasat dan juga bagaimana kalau wujud penglibatan kakitangan agensi jawatankuasa dalam kelakuan tidak wajar? Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, agensi penguat kuasa mempunyai pengalaman, profesionalisme dan juga integriti untuk memproses dan membuat siasatan.
Siasatan akan dibuat oleh pasukan lain dalam organisasi yang terlibat, di mana agensi penguat kuasa tersebut melibatkan mereka diadukan dan siasatan ini akan dibuat oleh agensi penguat kuasa lain secara pentadbiran.
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Pokok Sena juga mencadangkan bahawa rang undang- undang ini ditolak sehingga mewujudkan satu agensi khusus. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa penubuhan agensi ini bukan sahaja – sekiranya kita menubuhkan satu agensi khusus untuk perkara ini, ia akan melibatkan implikasi kos yang besar dan juga sumber manusia yang berleluasa serta logistik dan segala-galanya. Setakat ini agensi-agensi penguat kuasa yang wujud dalam sistem kita ini memang sudah mencukupi. Kita tidak perlu lagi untuk mewujudkan satu agensi khas dalam perkara ini.
Yang Berhormat Batang Sadong juga bertanya mengenai penalti yang tidak wajar dikenakan. Ini saya telah pun menjawabnya tadi. Yang Berhormat Batang Sadong juga telah bertanya mengenai sama ada perlu membuat tapisan kepada setiap pendedahan kelakuan yang tidak wajar. Jawapannya ialah bahawa setiap pendedahan kelakuan yang tidak wajar akan disiasat dan dinilai dengan kesungguhannya. Ini untuk mengekalkan tiada pendedahan yang lain daripada apa yang telah pun dilaporkan oleh pihak berkenaan.
Yang Berhormat Parit Buntar pula menyoal bahawa SPRM telah pun hilang kredibiliti dalam memerangi rasuah. Untuk makluman Yang Berhormat Parit Buntar, bahawa ini adalah tidak benar. Ini adalah satu pandangan daripada pihak Yang Berhormat sahaja. Rang undang-undang ini akan membantu setiap agensi penguatkuasaan menjadi lebih efektif dengan adanya keyakinan orang ramai bahawa mereka akan dilindungi dengan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan untuk membanteras rasuah dan kelakuan yang tidak wajar.
Yang Berhormat Parit Buntar juga bertanya apakah jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat dan mereka yang terlibat dengan pemberi maklumat?
Soalan ini juga telah ditanya oleh Yang Berhormat Putatan dan juga Ahli Yang Berhormat yang lain. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa sistem perundangan dan kehakiman di negara kita ini menjamin bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana orang yang membuat apa-apa perbuatan yang tidak wajar seperti menjejaskan keselamatan pemberi maklumat. Kerajaan telah pun memperkenalkan satu sistem perundangan dan kehakiman yang difikirkan terbaik untuk mewujudkan suasana kehidupan yang aman dan damai serta memberi kesejahteraan hidup kepada setiap rakyat dan orang yang tinggal di negara yang kita cintai ini.
Jadi rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, adalah bertujuan menggalakkan orang ramai untuk membuat pendedahan kelakuan tidak wajar yang diketahui oleh mereka bagi membantu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membanteras perbuatan tidak wajar tersebut. Jadi ada di antara bentuk-bentuk perlindungan yang seharusnya memberi jaminan kepada pemberi maklumat daripada ancaman bahaya. Di antaranya ialah sesiapa yang mengambil tindakan balas terhadap pemberi maklumat dan juga orang yang berkaitan dengan pemberi maklumat, ia adalah menjadi satu kesalahan dan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 ataupun penjara tidak lebih 15 tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, pemberi maklumat dan juga orang yang berkaitan dengan pemberi maklumat boleh membuat tindakan sivil terhadap orang yang membuat tindakan balas dan memohon kepada mahkamah untuk remedi seperti injunction, ganti rugi dan lain-lain relief yang boleh diperintahkan oleh mahkamah. Selain daripada itu, rang undang-undang ini tidak membataskan perlindungan yang boleh diberi kepada pemberi maklumat.
Sekiranya pemberi maklumat menjadi saksi, dia akan mendapat perlindungan saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009. Sekiranya pemberi maklumat
Datuk Liew Vui Keong
mempunyai sebab nyata dan benar mengenai ancaman terhadap nyawanya, dia boleh membuat laporan kepada pihak polis dan juga kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Parit Buntar juga bertanya mengenai maklumat yang melibatkan pendedahan menerusi media dan ini telah pun saya jawab tadi. Bagi pihak Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat telah pun menyentuh mengenai seksyen 11 iaitu mengenai kehilangan perlindungan semata-mata.
Datuk Liew Vui Keong
Ini untuk Yang Berhormat Balik Pulau bahawa pembatalan perlindungan adalah bagi memastikan dasar-dasar kerajaan tidak terjejas dengan menyalahgunakan rang undang-undang ini. Yang Berhormat Telok Intan juga bertanya apakah akan berlaku jika sesuatu agensi penguat kuasa enggan buat siasatan ataupun hentikan siasatan. Untuk Yang Berhormat Telok Intan, ini adalah soalan yang hypothetical dan satu speculation. Sememangnya semua perkara yang telah pun dilaporkan kepada pihak agensi penguat kuasa hendaklah disiasat.
Sekiranya siasatan tidak dapat dijalankan oleh kerana kekurangan keterangan ataupun di atas sebab itu sahaja bahawa mungkin mereka akan meminta pihak yang berkenaan untuk membekalkan keterangan yang selanjutnya, sekiranya tidak meneruskan akan memaklumkan kepada pemberi maklumat tersebut. Juga Yang Berhormat Kuala Krai juga bertanya adakah kerajaan berhasrat mengadakan witness protection scheme. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krai, seperti yang saya nyatakan tadi bahawa kita telah pun mengadakan Witness Protection Act 2009 ini yang telah pun diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada tahun yang lalu dan telah pun dikuatkuasakan pada 15 April tahun ini.
Perlindungan ini adalah tambahan daripada perlindungan di bawah rang undang-undang ini atau mana-mana undang-undang yang berkenaan. Yang Berhormat Telok Intan juga pohon atasan yang menyatakan definisi sama ada tindakan yang memudaratkan tidak jelas dari remedy bagi mereka yang hilang pekerjaan terjejas jawatannya. Untuk makluman Yang Berhormat Telok Intan, definisi tindakan menjejaskan adalah jelas. Mereka yang terjejas pekerjaan akibat tindakan memudaratkan itu dari majikan boleh memohon relief – perintah mahkamah seperti yang dinyatakan tadi daripada pihak mahkamah.
Yang Berhormat Kuala Krai bersama-sama dengan Yang Berhormat Kepong juga telah pun bertanya sekali lagi mengenai Whistleblower Protection Act yang berada di Amerika Syarikat. Seperti yang saya nyatakan tadi bahawa di Kanada, Australia dan juga United Kingdom tiada agensi yang melaksanakan undang-undang ini di negara mereka. Jadi tiadalah sebab untuk kita menangguhkan atau menarik balik rang undang-undang yang kita wujudkan di Dewan yang mulia ini. Selain daripada itu, Yang Berhormat daripada Bagan juga telah pun menimbulkan beberapa isu mengenai SPRM dan juga daripada pengalaman Yang Berhormat Bagan yang tidak mampu memberi perlindungan secara baik, bebas dan juga yang neutral.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Datuk Liew Vui Keong
Seperti Yang Berhormat sedia maklum apabila berlaku pada masa berkenaan bahawa rang undang-undang ini belum lagi wujud.
Bahawa sekiranya Yang Berhormat telah pun sedia maklum bahawa yang SPRM tidak memberi perlindungan yang secara baik dan seterusnya itu bagi saya biarlah satu pandangan individu daripada pihak Yang Berhormat sendiri. Ya, Yang Berhormat Kepong?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebutkan bahawa saya sudah menyoal mengenai undang-undang bukan sahaja di Amerika Syarikat, di United Kingdom, di Australia juga. Mengenai pentakrifan misalnya kelakuan tidak wajar Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjelaskan apakah sebenarnya kelakuan tidak wajar yang difahami oleh pihak kementerian.
Sebab yang termaktub dalam rang undang-undang ini adalah tidak begitu sempurna. Cuma kita hendakkan perkara ini diperbetulkan.
Datuk Liew Vui Keong
Seperti Yang Berhormat Kepong sedia maklum walaupun terdapat beberapa perkataan ataupun definisi dalam satu rang undang- undang. Dalam kebiasaannya kita sebagai legislator, we pass the law, the interpretation of certain phases dengan izin. Tuan Yang di-Pertua biasanya akan dibuat melalui pihak mahkamah sekiranya kes yang dibawa ke mahkamah terlibat dengan rang undang-undang atau akta-akta mana sahaja yang berkenaan. Di situlah pihak mahkamah akan membuat satu interpretasi mengenai satu statement ataupun satu definition.
Jadi isu ini saya rasa sekiranya akan wujud pada masa yang ke depan – yang datang pihak mahkamah akan membuat satu interpretasi mengenai isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Kepong. Ada lagi?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan sekali lagi. Pihak mahkamah judiciary itu memang mentafsirkan apa yang terkandung di dalam undang-undang ini memang mereka berbuat demikian. Itu kerja mereka.
Kerana merekalah yang interpretasikan dan membuat keputusan mengenai salah atau tidak seseorang yang dituduh. Itu memang kerja judiciary – mahkamah itu.
Akan tetapi kerja kita di dalam Dewan yang mulia ini ialah menggubalkan undang- undang yang lebih sempurna supaya judiciary boleh mentafsirkan dengan lebih baik, lebih berkesan. Itulah tugas kita. kita tidak boleh menolakkan semua ini kepada judiciary. Itu perbuatan yang tidak wajar kerana kita berasingan daripada judiciary. Itulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua pun boleh memberi hujah mengenai pengasingan ketiga-tiga badan ini termasuk judiciary dan Dewan yang mulia ini yang menggubal undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Betul Yang Berhormat. House of Lord membuat keputusan pada tahun 1990, mengatakan mahkamah di samping melihat, apa yang dikata dalam bahasa Inggeris “Which in the four of corners of the law.” Boleh juga melihat penjelasan yang dibuat dalam rang undang-undang itu sendiri untuk mengetahui apakah tujuan sebenar legislator ataupun Parlimen meluluskan undang-undang tersebut.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya terima baik ulasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi saya tidak dapat menafikan bahawa rang undang-undang ini telah pun menjelaskan dalam preamble keraguan - preamble rang undang-undang ini bahawa kelakuan tidak wajar ertinya apa-apa kelakuan yang tidak – jika terbukti menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah.
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Batu Gajah telah pun menyoal kenapa definisi agensi penguatkuasaan tidak diluaskan kepada agensi bukan seperti bar council, union, dan juga lain-lain. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Gajah bahawa definisi agensi penguatkuasaan ini tidak boleh diluaskan kepada agensi bukan kerajaan
Datuk Liew Vui Keong
seperti Yang Berhormat katakan. Ini kerana agensi tersebut tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat. Yang Berhormat Batu Gajah juga bertanya apakah jaminan terhadap setiap pendedahan perlakuan tidak wajar akan disiasat secara profesional dan jawapan ini telah pun saya beri tadi bahawa semua penyiasatan akan dibuat oleh agensi penguat kuasa tersebut dengan profesionalisme dan juga dengan effectiveness untuk membuat siasatan yang lebih berobjektif itu dan...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Liew Vui Keong
Ya, silakan Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab. Sebentar tadi Yang Berhormat kata tidak meluaskan definisi membenarkan NGO dan Malis Peguam terlibat bersama sebagai satu agensi untuk menerima dan menyiasat maklumat tidak wajar ini. Yang Berhormat memberi jawapan tiada kuasa menyiasat. Akan tetapi, itu boleh dipinda. Kerajaan boleh memperuntukkan saluran ini dengan meminda rang undang-undang yang sedia ada dan mengadakan akta yang lain memperuntukkan kuasa ini kepada NGO, Majlis Peguam sebab ada ramai buat masa ini dan saya percaya selepas ini juga dan mempunyai keyakinan yang lebih kepada NGO, union, dan Majlis peguam dan lebih gemar untuk memilih untuk menyampaikan maklumat pendedahan kepada badan-badan ini yang juga mewakili kepentingan mereka.
Jadi, saya cadangkan kerajaan mempertimbangkan, mengadakan saluran ini juga. Yang Berhormat tadi kata semua agensi akan menyiasat pendedahan itu dengan secara profesional. Cakap adalah mudah tetapi selagi tiada satu badan yang bebas since you be fair adalah susah untuk meyakinkan orang ramai kerana yang diperuntukkan penyiasatan adalah agensi dalaman, unit dalaman yang akan diadakan di bawah agensi-agensi yang akan diberi kuasa penyiasatan ini. Jadi apabila ada penyiasatan dalaman dijalankan, ini tidak akan memberi keyakinan bahawa ia akan berkesan dan satu siasatan profesional akan diberi. Jadi, Yang Berhormat is easy to talk and see that you know ia akan ada satu siasatan profesional. Itu tidak mencukupi.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa akta ini juga dipanjangkan kepada pihak swasta seperti pihak NGO ataupun yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi, sekiranya adalah berlaku tindakan yang tidak wajar di dalam sesuatu organisasi swasta tersebut. Maka, dalam organisasi mereka itu mereka dapat mewujudkan satu agensi penguat kuasa tersendiri untuk membuat penyiasatan tersendiri. This one apply to the private sector. It comes to the public sector seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa agensi-agensi kerajaan yang penguatkuasaan akan mengambil peranan apabila terlibat dengan sesuatu aduan yang dikemukakan oleh pemberi maklumat.
Mengenai pandangan Yang Berhormat sama ada itu atau pun ini adalah senang dikeluarkan bahawa sama ada itu profesional kah atau pun tidak itu bagi saya adalah pandangan persendirian Yang Berhormat sahaja. Jadi, Tuan Yang di- Pertua, itu sahaja yang saya sempat jawab dalam perbahasan ini dan sekiranya saya terlupa untuk menjawab apa-apa soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini maka saya berjanji akan memberikan jawapan secara bertulis. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun sempat mengambil perbahasan dalam rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal 1 hingga 27 dikemukakan kepada Jawatankuasa
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada fasal 6. Sebentar tadi saya membangkitkan berkenaan pendedahan yang tiak dilarang secara khusus oleh mana-mana undang-undang bertulis. Saya beri contoh adalah Akta Kerahsiaan Rasmi (Official Secret Act).
Jadi, saya pohon kerajaan mengapa mengadakan exception kepada ini?
Mengapa tidak menggalakkan orang ramai untuk membuat pendedahan kelakuan yang tidak wajar? Mengapa menyekat kebebasan mereka dengan mengadakan satu exception di bawah ini? Saya hendak tahu ada berapa undang-undang yang akan terperangkap di bawah exception ini di mana orang ramai atau pemberi maklumat tidak boleh mendedahkan kepada agensi penguat kuasa. Saya hendak tahu senarainya. How many acts involve you know di bawah fasal 6 ini.
Fasal 7, tadi Yang Berhormat kata fasal 7 dan fasal 8 rang undang- undang ini hanya diterima pakai pemberi maklumat di mana identitinya yang tidak didedahkan. Bagaimana dengan situasi apabila seseorang individu yang mengambil langkah menyuarakan atau mendedahkan maklumat kelakuan tidak wajar menerusi media dan selepas itu baru pergi untuk menyampaikan maklumat itu kepada pihak agensi penguatkuasaan. Saya rasa perkara ini tidak terangkum dalam rang undang-undang ini. Seharusnya masih boleh diberi perlindungan di bawah rang undang-undang ini dan tidak boleh dikecualikannya daripada perlindungan. Apa hasrat kerajaan? Hasrat kerajaan adalah menggalakkan orang ramai tampil ke depan. Selepas itu, memastikan perlindungan diberi. Jikalau mereka mendedahkan kepada media dahulu apa salahnya? Selepas itu pergi ke agensi penguatkuasaan. Saya rasa kalau pendedahan dibuat kepada umum boleh memantau perkembangan siasatan oleh agensi penguatkuasaan.
Saya ingin menarik perhatian tadi saya kata berkenaan fasal 12, penyiasatan kelakuan tidak wajar. Ini kerana tidak ada peruntukan tempoh masa yang akan diambil oleh agensi penguatkuasaan untuk menjalankan penyiasatan selepas menerima maklumat kelakuan tidak wajar itu. Mengapa menyekat mereka untuk mendedahkan kalau mereka pergi media ke media dahulu untuk mendedahkan kelakuan tidak wajar itu mengapa tidak boleh beri perlindungan?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Akan tetapi, dalam fasal 12 ini tidak menetapkan tempoh di mana agensi penguatkuasaan akan mengambil untuk menjalankan penyiasatannya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Satu yang sangat penting, fasal 13 yang mana selepas siasatan oleh agensi penguatkuasaan didapati pendedahan perlakuan tidak wajar itu tidak berasas, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat.
Mengapakah tidak memasukkan dengan memberikan alasan mengapakah ia tidak berasas? Apakah selepas ini kalau agensi penguatkuasaan mendapati ia tidak berasas hanya sekadar memaklumkan, “Oh! Siasatan itu tidak berasas.” - There is no case, full stop. Tanpa memberikan sebarang alasan.
Jadi, saya pohon penjelasan berkenaan perkara ini dan Yang Berhormat akhirnya satu pendedahan media - media whistleblower. Tadi Yang Berhormat kata, ini untuk individu sahaja. Tadi saya katakan bahawa media memainkan peranan yang sangat penting, mendedahkan kelakuan tidak wajar ini.
Jadi Yang Berhormat, kerajaan boleh memberikan perlindungan seperti yang dinyatakan dalam fasal 7 yang mana kekebalan tindakan civil dan jenayah boleh diberikan kepada pihak-pihak media ini apabila mereka mendedahkan kelakuan tidak wajar ini. Jadi, saya pohon penjelasan pada perkara ini.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah telah pun menyentuh mengenai kebebasan maklumat yang boleh dipohon oleh pihak pemberi maklumat. Yang Berhormat sedia maklum bahawa kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan ini tertakluk pada undang-undang. Jadi, sekiranya wujud sesuatu maklumat yang mana akan menjejaskan keselamatan negara dan ini tidak akan boleh diberikan kepada sesiapa sahaja kerana ini akan menjejaskan keselamatan negara.
Selain daripada itu, kebebasan ini memang tertakluk pada undang-undang yang mana kita tidak boleh membuat sesuatu pengumuman seolah-olah kita akan mengatakan bahawa ini adalah kebebasan kita untuk mengatakan sesuatu.
Sekiranya kita membuat sesuatu pernyataan yang tidak bertanggungjawab terhadap seseorang, memang daripada segi undang-undang tindakan seperti defamation action atau slander ataupun libel boleh diambil terhadap orang yang membuat pernyataan yang tidak bertanggungjawab.
Jadi not all information are freely given seperti juga Yang Berhormat Batu Gajah sentuh. Kita sedia maklum bahawa walaupun kita bebas untuk mengatakan sesuatu, tetapi kita tidak bebas sekiranya misalnya pergi menonton wayang di sebuah panggung. Di panggung itu kita tidak boleh hanya menyatakan ada berlakunya sesuatu seperti ‘api’ because you akan mengatakan ini saya punya kebebasan untuk mengatakan, “Api, ada api di sini!” Akan tetapi, sekiranya Yang Berhormat berbuat demikian, akan menimbulkan sesuatu kekecohan dan juga orang dalam panggung itu mungkin ada kebakaran api akan keluar dan akan juga menyebabkan sesuatu. You are talking about information. So, not all information is freely given, it has to be subject to the law.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Untuk isu... Ya, Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf. Contoh tadi gagal meyakinkan.
Apa yang saya bangkitkan ialah apabila pendedahan maklumat itu adalah satu kelakuan yang tidak wajar - maklumat kelakuan tidak wajar. I am not talking about security here. I am talking about kelakuan tidak wajar yang diperuntukkan di bawah rang undang-undang ini. Do not tell me about ‘api’ itu. Saya tidak menyatakan. Jadi...
Datuk Liew Vui Keong
Tidak, Yang Berhormat telah pun mengatakan tadi mengenai information kebebasan untuk mendapatkan maklumat daripada ini, daripada itu dan menggunakan information itu terhadap orang yang disuspek dalam perkara ini. Jadi, saya rasa bukan semua information yang boleh diperoleh sebegitu sahaja.
Yang Berhormat telah pun mengatakan seksyen ini, mengapakah tidak memberikan kebebasan kepada mereka pergi ke pihak media untuk menyebarkan isu-isu improper conduct mengenai seseorang. Sekiranya kita membenarkan mereka membuat sebegitu bahawa ini adalah satu tindakan yang memalukan orang yang di suspek dalam kes ini.
Kedua, seperti pihak pembangkang yang selalu suka mensensasikan sesuatu kes dalam media. Then orang yang dituduh atau disuspek itu will be trial by the media before a proper investigation can be carried out. Jadi adalah tidak wajar sekiranya kita membenarkan ataupun menerima maklumat yang telah pun disebarkan ataupun diheboh-hebohkan daripada media.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, bukan semua pendedahan yang dibuat melalui media ini boleh diterima masuk ataupun diterima pakai. Ini kerana seperti yang saya katakan tadi mungkin mereka akan sensasikan perkara itu.
Kedua, bahawa pihak media memanglah suka hendak menjual newspaper mereka because this is one way of attracting the readers, dengan izin.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bertanya what about the timeline? Tiada tempoh.
Tadi saya ada nyatakan berkenaan fasal 12. Siapakah yang akan memantau siasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan kalau ini semua dijalankan secara senyap-senyap? Siapakah yang akan memantau? Berapa lama yang akan diambil untuk menjalankan siasatan sebelum menyediakan satu laporan? Saya pohon jawapan.
Semua dilakukan dengan senyap-senyap. Mesti senyap-senyap pergi ke agensi penguatkuasaan. Agensi penguatkuasaan mesti senyap-senyap menjalankan siasatan. Apakah ini? [Ketawa] Jadi, no timeline provided. Siapakah yang akan memantau perjalanan penyiasatan oleh agensi penguatkuasaan? Ini juga adalah agensi dalaman. Pohon jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Batu Gajah, saya rasa Yang Berhormat Batu Gajah ini tidak faham dengan intention of this Whistleblower Protection Act Bill. This Whistleblower Protection Act Bill adalah untuk memberikan protection kepada whistleblower dalam satu agensi dalaman. Tidak akan hendak seperti Yang Berhormat Batu Gajah hendak heboh-hebohkan. Sekiranya ada berlaku sesuatu dalam agensi berkenaan yang mana pemberi maklumat itu melihat atau mendengar sesuatu yang berlaku. Pemberi maklumat itu akan memaklumkan kepada agensi penguatkuasaan dalam agensi dalaman itu bahawa sesuatu telah pun berlaku. Ini adalah protection yang diberikan kepada pemberi maklumat tersebut.
Sekiranya seperti Yang Berhormat tadi kata ini hendak dimaklumkan kepada media atau hendak dimaklumkan kepada ini dan itu. Saya rasa ini tidak fair bagi pihak yang dituduh itu kerana siasatan mesti dijalankan oleh agensi berkenaan dan pemantauan memang semestinya dijalankan oleh agensi tersebut juga seperti misalnya dalam agensi kastam ataupun agensi penguat kuasa Polis Diraja Malaysia.
Datuk Liew Vui Keong
Di situ wujudnya penguatkuasaan yang mana mereka yang ingin memberikan maklumat, this one always involve the colleagues - the peers yang memberikan maklumat terhadap another peers and colleagues dalam satu jabatan. Jadi it is an issue yang seperti Yang Berhormat sedia maklum yang mengatakan tadi isu agensi dalaman. Tindakan ini ialah untuk memastikan bahawa tidak wujudnya lagi kelakuan yang tidak baik, yang tidak wajar dalam sesuatu agensi.
Fasal 1 hingga 27 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dibaca kali yang kedua.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau Akta 174 adalah suatu akta yang diwujudkan bagi mengawal selia tatatertib pelajar dan kakitangan di institusi pendidikan. Institusi pendidikan yang dimaksudkan termasuklah institut pendidikan guru, Universiti Teknologi Mara
(UiTM), kolej matrikulasi, politeknik dan kolej komuniti iaitu seperti yang dinyatakan dalam jadual pertama akta ini.
Walaupun Akta 174 ini menyediakan peruntukan perundangan berkaitan etika dan disiplin pelajar, namun ia tidak terpakai ke atas universiti dan kolej universiti awam di Malaysia. Hal ini kerana kedua-dua jenis institusi tersebut adalah ditadbir di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau AUKU.
Di samping itu, Akta 174 ini juga tidak terpakai ke atas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah dikecualikan kerana ditubuhkan di bawah triti antara Kerajaan Malaysia dengan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Dalam hal ini, tadbir urus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia adalah berdasarkan kepada perlembagaannya sendiri yang bersumberkan kepada Akta Syarikat 1965.
Tuan Yang di-Pertua, Akta 174 ini telah diwartakan pada 31 Mei 1976 dan mula berkuat kuasa pada 1 Jun 1976. Sejak mula Akta 174 ini berkuat kuasa, ini adalah kali pertama Akta 174 ini dipinda dengan tujuan untuk memastikan akta ini kekal relevan dengan perkembangan pendidikan semasa khususnya dalam memantapkan pengurusan tatatertib pelajar di institusi-institusi pendidikan yang berkaitan.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Pada masa ini, peruntukan AUKU yang berkaitan dengan etika dan disiplin pelajar telah dipinda dan diluluskan oleh Parlimen yang mulia ini. Selaras dengan pindaan yang dibuat terhadap AUKU tersebut bagi tujuan konsistensi, Akta 174 juga perlu dipinda sebagai usaha untuk memastikan hak dan keistimewaan yang sama dapat dimanfaatkan pelajar di institut pendidikan guru, UiTM, kolej matrikulasi, politeknik dan kolej komuniti.
Amalan semasa bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan tatatertib kakitangan di UiTM seperti yang dinyatakan dalam seksyen ini adalah dikawal selia oleh Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
Manakala bagi institusi pendidikan lain seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta 174, undang-undang yang berkuat kuasa untuk mengawal selia tatatertib kakitangannya adalah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh itu, pindaan ini mencadangkan supaya peruntukan pada seksyen 4 yang berkaitan dimansuhkan daripada Akta 174 memandangkan ia tidak lagi relevan.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dibuat terhadap peruntukan berkaitan dengan Akta 174 ini adalah selaras dengan pindaan yang telah dibuat dalam AUKU berhubung hak dan kebajikan pelajar terutamanya dalam usaha untuk menjamin hak pelajar dalam pengendalian kes-kes disiplin. Pindaan ini akan memantapkan lagi tatacara pengendalian kes tatatertib pelajar di institusi kerana pelajar akan diberi hak-hak seperti hak untuk diberitahu alasan sesuatu tindakan disiplin diambil ke atasnya, hak untuk diwakili oleh mana-mana pekerja atau pelajar lain semasa kes perbicaraan, hak untuk membuat representasi dan hak untuk membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.
Selain itu, tempoh masa untuk sesuatu perbicaraan dan keputusan perbicaraan juga telah ditetapkan secara spesifik dalam pindaan ini. Ini bertujuan untuk memastikan pelajar mendapat keadilan sewajarnya. Di samping itu, jika pelajar berkenaan dikenakan tahanan sama ada di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau dipenjarakan. Pindaan ini akan membolehkan mereka mendapat hak untuk menduduki peperiksaan di tempat yang akan ditentukan oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri atau pihak berkuasa berkaitan. Dengan ini akan memastikan hak pelajar tersebut dalam mendapatkan peluang pendidikan tidak akan terabai.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan ini juga akan turut menambah baik peruntukan berkaitan pertubuhan pelajar. Melalui pindaan ini, pertubuhan pelajar yang akan digantung atau dibubarkan oleh pihak institusi akan diberi hak atau peluang untuk membuat representasi secara bertulis kepada pihak institusi. Sekiranya pertubuhan tersebut tidak berpuas hati terhadap keputusan yang diberikan, mereka dibenarkan untuk membuat rayuan kepada Menteri yang bertanggungjawab. Tatacara ini dilihat sebagai selaras dengan prinsip undang- undang iaitu hak untuk didengar.
Selain itu, sebagai usaha untuk memastikan hak dan kebebasan pelajar tidak dikongkong dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pelajar turut dibenarkan untuk berpersatuan dan menubuhkan persatuan. Namun demikian, ini tidak bermakna mereka boleh melakukannya secara sesuka hati sahaja. Pindaan yang dicadangkan ini amat mementingkan kebebasan pelajar dalam berpersatuan. Namun, pada masa yang sama juga tidak akan berkompromi dengan faktor-faktor yang boleh merosakkan imej institusi.
Walaupun pelajar diberi kelonggaran untuk menyuarakan pendapat dalam perkara yang melibatkan kepentingan akademik dan persatuan yang mereka
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
anggotai, sekatan masih dikenakan terhadap beberapa perkara seperti penglibatan dalam parti politik, pertubuhan yang diharamkan kerajaan dan persatuan yang tidak sesuai dengan status mereka sebagai pelajar sesebuah institusi.
Pindaan ini juga akan menjadikan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Akta 174 ini hanya sebagai satu kesalahan tatatertib sahaja dan bukan lagi sebagai kesalahan jenayah. Walau bagaimanapun, ia tidak pula bermaksud bahawa pelajar yang melakukan kesalahan jenayah akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Sekiranya pelajar terlibat dengan kesalahan jenayah, kesnya akan dikendalikan berdasarkan undang-undang negara yang berkaitan dengan jenayah seperti Kanun Keseksaan, Akta Polis, Akta Hasutan dan akta-akta lain yang berkaitan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan juga akan memberikan kesan yang berkaitan dengan peruntukan-peruntukan yang lain.
Sehubungan dengan itu, pindaan kecil juga telah dibuat untuk mengemaskini peruntukan Akta 174 ini agar selaras dengan pindaan yang dibuat peruntukan yang lain serta amalan pelaksanaan semasa.
Pindaan yang disebut dalam Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2009 ini akan membolehkan Akta 174 kekal relevan dengan perkembangan pendidikan semasa khususnya dalam memantapkan pengurusan tatatertib pelajar di institusi pendidikan yang berkaitan.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Di samping itu juga pindaan ini diharap akan dapat terus menjamin hak dan kebajikan pelajar di institusi selaras dengan peruntukan yang diberikan kepada rakan-rakan mereka di institusi pendidikan tinggi yang lain. Tuan Yang di- Pertua, Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010 ini mengandungi 14 fasal. Sehubungan dengan itu, butiran terperinci rang undang-undang ini adalah seperti berikut:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang di cadang.
Fasal 2 untuk meminda seksyen 2 Akta 174 untuk memasukkan takrif baru dan untuk meminda takrif yang sedia ada yang digunakan dalam Akta 174.
Fasal 3 bertujuan untuk memotong seksyen 4 Akta 174, mengenai tatatertib kakitangan sesuatu institusi. Peruntukan ini tidak berguna lagi memandangkan perkara yang berhubungan dengan tatatertib bagi kakitangan Universiti Teknologi MARA, yang merupakan satu pertubuhan perbadanan pada masa ini dikawal selia oleh Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. Sementara kakitangan institusi lain yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta 174, yang merupakan perkhidmatan awam pula ditadbir oleh Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U. (A) 395/1993].
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 5 Akta 174 untuk menambah baik tatacara bagi melindungi pelajar dalam prosiding tatatertib.
Fasal 5 bertujuan untuk menggantikan seksyen 9 Akta 174 untuk memberi JPP, pertubuhan badan atau kumpulan pelajar sesuatu institusi hak untuk membuat representasi bertulis sebelum apa-apa pergantungan atau pembubaran dibuat terhadap JPP. Pertubuhan atau badan kumpulan pelajar institusi itu oleh Ketua Eksekutif. Fasal ini juga mewujudkan hak untuk merayu kepada Menteri.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Fasal 6 bertujuan untuk menggantikan seksyen 10 Akta 174 untuk memberi pelajar dan pertubuhan pelajar kebebasan berpersatuan tertakluk kepada sekatan berhubung dengan parti politik. Pertubuhan yang menyalahi undang- undang dan pertubuhan badan atau kumpulan orang yang di kenal pasti oleh Menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau badan pelajar itu.
Sebagai tambahan Ketua Eksekutif boleh atas permohonan seseorang pelajar mengecualikan pelajar itu daripada sekatan yang disebut dalam perenggan
(1)(a) yang dicadangkan. Ini membolehkan seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik mendaftar sebagai pelajar suatu institusi tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya.
Subseksyen (6) yang dicadangkan bertujuan untuk meluaskan ruang lingkup kebebasan bercakap dan bersuara mengenai akademik oleh seseorang pelajar. Pindaan subseksyen (7) yang dicadangkan bertujuan untuk menghapuskan penalti jenayah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini dan untuk menggantikannya dengan tindakan tatatertib. Penghapusan penalti jenayah yang dicadangkan dalam seksyen ini adalah selaras dengan semangat yang ada dalam undang-undang yang mentadbir pendidikan tinggi.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 11 [Akta 174]. Penalti jenayah dalam subseksyen 2 diganti dengan tindakan tatatertib bagi peruntukan autonomi kepada sesuatu institusi. Kuasa untuk memberikan pengecualian di bawah subseksyen 3 sekarang diberikan kepada Ketua Eksekutif.
Fasal 8 bertujuan untuk menggantikan seksyen 12 [Akta 174] untuk memperuntukkan bahawa jika sesuatu kesalahan boleh daftar telah dilakukan atas nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sesuatu institusi. Mana-mana pelajar yang disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. Manakala pertubuhan atau kumpulan pelajar itu boleh digantung atau dibubarkan. Penggantian kesalahan jenayah dengan kesalahan tatatertib dalam akta dicadangkan menjadikan seksyen 13 [Akta 174], tidak lagi terpakai dan justeru itu dipotong dalam fasal 9.
Fasal 10 bertujuan untuk menggantikan seksyen 11 [Akta 174]. Seksyen 14 yang baru mencadangkan relief kepada pelajar yang menghadapi pertuduhan jenayah, penahanan, perintah sekatan atau pemenjaraan. Subseksyen (1) bertujuan untuk memberikan budi bicara kepada Ketua Eksekutif untuk memutuskan sama ada atau tidak untuk menggantung seseorang pelajar yang tertuduh atas sesuatu kesalahan boleh daftar.
Subseksyen (2) dan (3) menjadikan seseorang pelajar yang disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar atau ditahan atau tertakluk kepada perintah sekatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri boleh dikenakan tindakan tatatertib dan dia tidak serta-merta terhenti daripada menjadi seorang pelajar di bawah hal keadaan yang sedemikian, menurut kuasa peruntukan yang sedia ada.
Subseksyen (4) bertujuan untuk membenarkan seorang pelajar yang diletakkan di bawah tahanan atau tertakluk kepada sesuatu perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya atau yang sedang dipenjarakan menduduki peperiksaan, jika diizinkan oleh Ketua Eksekutif dan tertakluk kepada suatu perintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa mengikut kehendak keadaan.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Subseksyen (5) dan (6) masing-masing bertujuan untuk membenarkan seseorang pelajar yang digantung daripada sesuatu institusi atau seseorang pelajar yang terhenti menjadi seorang pelajar suatu institusi di bawah Akta 174 untuk mengikuti pengajiannya di mana-mana institusi lain atau universiti dengan kelulusan bertulis Menteri. Pindaan ini adalah selaras dengan hak bagi pelajaran untuk semua.
Subseksyen (7) dan (8), bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tempoh penggantungan, penahanan atau sekatan tidak boleh diambil kira dalam pengiraan tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya apabila seseorang pelajar dilepaskan atau dibebaskan daripada sesuatu kesalahan boleh daftar atau dilepaskan daripada tahanan atau sekatan yang dikenakan ke atasnya dibatalkan.
Pemotongan yang dicadangkan kepada seksyen 15 dan 16 masing- masing dalam fasal 11 dan 12 merupakan pindaan berbangkit. Oleh sebab langkah menjadikan pelajar sekarang tertakluk kepada tindakan tatatertib dengan perlindungan tatacara tertentu yang ditetapkan bagi apa-apa salah laku yang dikatakan.
Fasal 14 memperkatakan peruntukan, pengecualian dan peralihan.
Pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus dalam huraian ini adalah pindaan yang kecil atau berbangkit. Rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya kesempatan untuk membahaskan Akta 174 ini pindaan 2010 yang saya mengambil maklum bahawa inisiatif untuk meminda akta ini adalah selaras dengan beberapa pindaan ke atas AUKU, yang saya rasa suatu permulaan yang baik secara objektif saya boleh bersetuju. Diharapkan dengan permulaan yang positif ini akan seterusnya melahirkan lagi ruang-ruang kebebasan yang boleh kita bertanggungjawab bersama untuk melahirkan individu- individu yang bakal menjadi modal insan yang sangat besar peranannya kepada negara dan rakyat di negara kita.
Sehubungan dengan itu juga saya mengharapkan supaya telah sampai masanya sebagaimana yang sedikit telah dinikmati oleh pelajar-pelajar di IPTA, yang telah mula diberikan kelonggaran dan peluang untuk mereka berdiskusi, berforum dan berbincang tentang apa jua tajuk yang dirasakan boleh menjadi nilai
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
tambah kepada aspek intelektual mereka dan untuk mengisi ruang pengetahuan yang semakin diperlukan dalam cabaran negara, menghadapi gelombang maklumat dan pemikiran yang semakin mencabar.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Dengan itu juga saya juga mengharapkan supaya para pelajar di institusi pendidikan akan dapat untuk menikmati peluang yang sama sebagaimana yang telah saya sebut bersama dengan rakan-rakan semalam bahawa Universiti Malaya dan juga UIA telah memulakan satu langkah yang saya anggap bijak dan positif.
Sekali lagi saya rasa perlu saya merakamkan ucapan syabas kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang berusaha begitu kuat untuk mengembalikan hak- hak ini kepada pelajar-pelajar kita.
Saya rasa dengan pemikiran yang sebegini, kita akan dapat melahirkan satu generasi yang memiliki pemikiran yang kritikal dan dapat memberikan pandangan-pandangan yang objektif dan konstruktif yang akhirnya esok, sekiranya mereka keluar daripada pusat-pusat pengajian ini termasuk institusi pendidikan ini, terpulanglah kepada mereka untuk menyertai mana-mana parti politik yang mereka merasakan mereka ingin menyumbang sekiranya mereka berminat untuk menceburkan diri dalam dunia politik.
Saya mengharapkan juga supaya era burung yang dikurung dalam sangkar emas ini akan berakhir. Walaupun dalam sangkar emas tetapi ia adalah satu penjara yang telah memenjarakan pelajar-pelajar kita untuk menikmati satu kebebasan berpolitik, berforum, berdiskusi di IPTA dan termasuklah di institusi pendidikan ini. Bebaskan mereka daripada belenggu ini supaya mereka dapat membina sifat-sifat manusiawi yang membolehkan mereka melangkah ke hadapan dengan suatu ruang kebebasan yang bertanggungjawab. Kebebasan yang bertanggungjawab bukannya kebebasan tanpa sempadan yang akan memesongkan pergerakan mereka.
Maka di sini saya juga mengambil kesempatan supaya Artikel 10 yang termaktub di dalam Perlembagaan negara itu dapat diaplikasikan dalam bentuk bahawa pelajar-pelajar yang telah memasuki IPTA dan institusi pendidikan ini sama ada yang saya sebutkan tadi, mereka di Politeknik, mereka di Maktab- maktab Perguruan, mereka di UiTM – UiTM paling malang kerana menikmati satu zaman gelap yang cukup panjang. Akhirnya saya harap dengan pindaan ini akan memberikan suatu kesegaran yang memang mereka sangat dahagakan.
Bila kita melihat kepada sejarah bagaimana AUKU sendiri terpaksa digubal dan saya melihat bila kita mengadakan forum-forum tentang AUKU yang saya juga berpengalaman untuk bersama dalam forum-forum ini, kalau kita melihat secara rasional dan objektifnya kenapa pelajar-pelajar pada waktu itu sanggup memberanikan diri mereka untuk mengadakan pada awalnya satu perhimpunan aman ialah kerana berlakunya beberapa krisis iaitu isu kemiskinan yang melanda rakyat pada waktu itu, isu kemiskinan di Baling yang menjadi satu cetusan kepada keadaan pada waktu itu.
Jadi saya rasa kalau kerajaan pada waktu itu boleh tampil dan menyelesaikan isu itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan berhadapan dengan pelajar-pelajar pada waktu itu, maka saya rasa tragedi-tragedi yang tidak diingini itu tidak akan berlaku. Akan tetapi apa yang berlaku adalah suatu hukuman yang telah diterima oleh pelajar-pelajar pada waktu itu. Ramai yang dibuang daripada
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
UiTM pada waktu itu sehingga terpaksa wujudkan AUKU yang akhirnya kita melihat memangsakan IPTA kita selama 30 tahun dengan gersangnya pandangan-pandangan politik untuk mereka kumandangkan dalam dunia universiti, dalam dunia kampus dan dunia pelajar yang seharusnya menikmati segala-galanya itu.
Jadi saya rasa jangan kita takut untuk mengundang tokoh-tokoh politik datang ke universiti. Ada orang mengatakan orang-orang politik akan bercakap perkara-perkara yang tidak betul, fitnah, membawa perkara-perkara yang mungkin direka-reka bila berhadapan dengan pelajar. Saya rasa tidak ada manusia Tuan Yang di-Pertua, yang sanggup berdiri di pentas yang sebegitu dihormati untuk kelihatan bodoh, untuk bercakap perkara-perkara yang bodoh. Bercakap tentang perkara-perkara yang pelajar boleh menyoal kembali ahli-ahli panel. Saya rasa sebagaimana kami yang diberikan sedikit ruang ‘on air’ dengan izin, yang pernah diberikan ruang dahulu – saya hargai RTM dahululah, sekarang nampak surut ke belakang dengan Pentas Debat Perdana. Astro Awani alhamdulillah saya beri pujian, Sudut Pandang, Agenda Awani yang memberikan sedikit ruang kepada kita.
Setiap orang daripada parti politik mana pun, kalau diberikan peluang untuk mereka ini bercakap, dia akan membuat persediaan yang cukup, akan berhujah dengan sebaik mungkin supaya tidak kelihatan bodoh depan pelajar atau stupid on air dengan izin. Siapa pun yang datang ke universiti untuk berforum, berdiskusi akan membentangkan fakta-fakta yang terbaik dan kita rela untuk berdebat ataupun menjawab kembali persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh para pelajar. Saya rasa ini satu ruang, satu forum, satu premis yang mesti disuburkan, yang saya pun mendapat maklum Timbalan Menteri Pelajaran pun seorang yang sangat cintakan ilmu, cintakan pengetahuan, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi juga seorang yang begitu proaktif.
Jadi saya rasa kalau kita hendak menjadi seperti itu, jangan pula kita halang adik-adik kita atau anak-anak kita di IPTA untuk menjadi mereka yang lebih orang kata – adakah kita sahaja yang hebat, adakah kita sahaja ingin memperjuangkan hak kebebasan, adakah kita sahaja yang ingin jadi cerdik yang membiarkan anak-anak, adik-adik kita di IPTA ini terus tidak cerdik? Jadi jangan kita jadi begitu. Kalau seorang guru yang baik – saya selalu memberi contoh guru yang baik Tuan Yang di-Pertua, mengajar kita matematik dahulu di sekolah rendah. Sampai tua dialah mengajar matematik, sampai kita ini dapat PhD, dia tetap mengajar matematik dengan penuh tekun di sekolah rendah hingga dia mati.
Itu falsafah serta matlamat yang jelas, seorang guru yang mendidik insan yang mulia.
Jadi kalau kita hari ini sampai di peringkat diberikan amanah, berikan ruang ini. Saya mengharapkan bukan sekadar pindaan ini yang masih ada lagi sekatan-sekatan ini, saya harap pada masa akan datang, mungkin sesi akan datang, akan ada lagi pindaan-pindaan yang terbuka luas untuk pelajar-pelajar kita membincangkan hal-hal politik di dalam negara kita. Saya hendak beri contoh Tuan Yang di-Pertua. Apa salahnya pelajar kita pergi ke Hulu Selangor? Apa salahnya? Sama ada mereka cenderung pada Barisan Nasional ataupun mereka cenderung kepada Pakatan Rakyat, izinkan mereka. Pensyarah galakkan mereka, berikan mereka satu tajuk, contohnya bagaimanakah kemajuan yang telah dicapai oleh peneroka-peneroka FELDA di Hulu Selangor. Berikan mereka assignment, berikan mereka satu tugasan dan mereka akan buat kajian dengan penuh tanggungjawab. Apa salahnya mereka pergi?
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Apa salahnya? Apa ruginya? Jikalau itu dapatan-dapatan dengan izin the findings itu dapat dicompilekan dengan bertanggungjawab oleh mana-mana kementerian sudah tentu ia dapat membantu membangunkan masyarakat FELDA di situ. Apa masalahnya? Di Sungai Buaya itu, apa masalahnya? Puluhan tahun mereka menanti suatu jawapan. Saya rasa itu satu perkara yang kita lihat secara subur. Pensyarah-pensyarah universiti katakanlah yang memberikan tugasan itu harus bertanggungjawab. Ini kita sudah dengar daripada awal lagi Menteri Pengajian Tinggi telah mengeluarkan satu arahan jangan ada pelajar yang akan pergi ke Hulu Selangor. Akan ada gerakan memantau mereka. Saya rasa kita sudah...
Seorang Ahli
Ketinggalan.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Jemu dan kita sudah muak dan terlalu bosan dengan istilah-istilah yang seperti ini. Mana mungkin boleh dipisahkan IPTA dengan politik sebagaimana boleh dipisahkan irama dan lagu Tuan Yang di-Pertua. Mana mungkin boleh dipisahkan uda dan dara. Mana mungkin boleh dipisahkan aur dan tebing sebagai contoh. Tidak boleh. Biarkan mereka dengan dunia mereka melihat apa jua isu dalam negara ini secara objektif, biarkan. Contohnya kalau mereka hendak buat kajian tentang isu pemberian air percuma di Selangor ini. Katakanlah mungkin mereka membuat satu kajian tidak cukup, kena tambah lagi. Desak Kerajaan Negeri Selangor buat penambahbaikan lagi. Itu sesuatu yang sangat positif.
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Apa yang kita mahu Tuan Yang di-Pertua, biarlah... [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tahu Yang Berhormat baru masuk gear, tetapi masa sudah sampai.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Saya gulung ya. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, biarlah persaingan dalam pelarian politik yang pelajar- pelajar di IPTA mengambil bahagian itu akhirnya rakyat yang mendapat keuntungan. Jadi, saya rasa itu lah di antara pandangan-pandangan saya yang saya ingin berikan dan diharapkan bahawa akta ini tidak berhenti sekadar itu sahaja. Saya berharapkan rakan saya Timbalan Menteri akan melihat jauh ke hadapan untuk memberikan input-input baru dalam kita merealisasikan satu pemikiran yang matang dan bernas dalam kita menghadapi cabaran dalam abad yang ke-21 ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sungguh terharu dengan pembentangan rang undang-undang pada petang ini berhubung dengan membina Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 kerana ini menggambarkan bahawa kerajaan kita, Kerajaan Barisan Nasional telah selangkah ke hadapan untuk mengikuti apa yang telah kita perkatakan di akhir tahun lepas dengan lulusnya Rang Undang- undang AUKU yang melibatkan institusi pengajian tinggi.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Ini jelas bahawa kerajaan kita begitu sensitif dan peka untuk menyatakan bahawa anak-anak kita harus diberi kesempatan dan harus diberi peluang tidak terlalu terkongkong dan terikat supaya mereka boleh menyuarakan pandangan, melibatkan aktiviti bukan sahaja di universiti tetapi juga mengorak luas ke institusi pengajian yang lain seperti UiTM, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi. Ini jelas menggambarkan bahawa kerajaan kita tidak berniat untuk mengongkong dan menyekat perkembangan pemikiran anak-anak muda kita.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun kebebasan itu diberi tetapi kita mengharapkan bahawa anak-anak muda kita yang berada di pusat-pusat pengajian tadi harus bersikap bertanggungjawab. Mereka bukan sahaja harus bersikap bertanggungjawab kepada diri mereka, kepada keluarga mereka, tetapi juga kepada institusi di mana tempat mereka belajar. Anak-anak kita harus sedar bahawa tujuan utama mereka dihantar oleh ibu bapa mereka ke pusat-pusat pengajian tersebut adalah untuk mereka mencari ilmu dan seterusnya mencapai kejayaan dan memperoleh sijil, ijazah atau diploma. Oleh itu kita harap anak-anak kita ini tentulah mengutamakan perkara-perkara yang dikehendaki oleh ibu bapa mereka tetapi apabila mereka keluar nanti merupakan anak-anak terpelajar.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga mengharapkan bahawa anak-anak kita ini tidak akan mencemarkan nama baik institusi pengajian di mana tempat mereka belajar. Mereka harus sedar bahawa di mana-mana mereka berada tentulah ada peraturan-peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi. Kebebasan yang kita berikan dengan lulusnya akta ini bukan bermakna bukan satu tiket di mana mereka boleh buat apa yang mereka suka.
Berhubung dengan permintaan Yang Berhormat Kubang Kerian yang menyatakan bahawa kita menyekat anak-anak kita untuk pergi ke Hulu Selangor dan dikatakan harus diberi kebebasan. Saya amat yakin bahawa kerajaan kita, kepimpinan institusi kita tidak pernah menyekat tetapi peringatan yang diberikan ialah sekadar pada masa yang terhad ini pada masa pilihan raya kecil yang diadakan ini kerana kita bimbang bahawa pada masa orang berkempen, pada masa parti-parti politik berbahas sebagaimana yang kita katakan dahulu bahawa parti-parti politik ini dalam keadaan apa pun mereka tetap mempertahankan kumpulan yang mereka dukung.
Jadi, ini saya katakan bahawa kalau dulu kita katakan parti PAS menentang, menghukum kepada calon Parti Pakatan Rakyat pada suatu ketika dahulu dengan tingkah lakunya tetapi oleh sebab kepentingan politik maka pada hari ini mereka juga lah yang telah menjilat air liur yang mereka ludah dahulu.
Sebab itu lah kita beri peringatan kepada anak-anak kita supaya mereka bukan menjadi sebahagian daripada orang-orang politik kerana orang-orang politik seperti ini yang dikatakan tadi kalau kerana kepentingan politik maka segala- galanya boleh dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, kalau anak-anak kita betul-betul jujur dan ikhlas, kalau pihak universiti yang tidak pernah menyekat tentulah kajian yang hendak dibuat bukan kajian pada masa lapan hari ini sahaja. Ia boleh dibuat pada masa- masa yang lain, pada masa-masa yang lebih tenang pada masa-masa yang lebih sesuai dan saya yakin bahawa tidak ada sekatan yang akan dilakukan kepada anak-anak kita. Jadi, jangan kerana apa yang diperkatakan oleh Menteri kita supaya memberi peringatan kepada anak-anak kita menjadi satu tohmahan dan menjadi satu alasan untuk mengatakan bahawa Menteri dan kementerian kita menyekat anak-anak kita untuk berbuat tugasan-tugasan di luar, di FELDA dan sebagainya.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong rang undang-undang ini kerana ia akan menampakkan kepada kita supaya memberi ruang kepada anak- anak kita untuk mengembangkan bakat yang ada pada mereka. Jadi, dengan adanya rang undang-undang ini tentulah kita amat yakin bahawa pemikiran anak kita akan lebih terbuka, pihak-pihak yang berlainan pandangan, berlainan idea boleh dibawa ke universiti dan kolej supaya anak-anak kita dapat menimbang mana-mana perkara yang diperkatakan. Jadi, sebab itulah saya amat yakin akta yang baik ini kita perlu sokong dan ia tentu akan membawa natijah yang baik kepada anak-anak kita, kepada institusi yang mereka duduki. Dengan itu saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong bangun, separuh bangun Yang Berhormat? Bangun ya? Sila Yang Berhormat Kepong.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil bahagian di dalam perbahasan ini kerana ini memang satu pindaan kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 yang penting. Saya berharap pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Kerajaan Pusat dapat mengambil perhatian mengenai cara-cara untuk mewujudkan institusi yang lebih cemerlang di negara ini.
Membanting kena sambut, sudu hati tidak bersinar, melanting menuju tampuk, berkata menuju benar.
Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mula-mula bila saya tengok tajuk ini, satu akta untuk meminda Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan juga yang terlibat ini termasuk UiTM.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya ingat ini memang universiti, tetapi tiba-tiba yang membentangkan rang undang-undang ini adalah Timbalan Menteri Pelajaran, saya pun tengok sebagai pelik binti hairan juga. Ini kena mengena dengan institusi pengajian tinggi dan ini yang kena mengena dengan akta lah, akta yang diluluskan di Dewan yang mulai ini, yang meletakkan MARA dan sebagainya UiTM itu luar daripada pengajian tinggi biasa, sebab itu mungkin ya.
Akan tetapi, yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, saya dengar ucapannya mengenai Etika dan Disiplin pelajar, kita memang perlu saya setuju, kita mesti ada tatatertib dan bukan sahaja ada tatatertib kita mesti memastikan pelajar-pelajar Malaysia ini tidak melakukan jenayah, tidak melakukan perilaku yang teruk. Kalau kita lihat di setengah-setengah universiti di Amerika Syarikat ada tembak menembak kerana di situ dia mudah mendapatkan senapang dan tembak di United Kingdom pun kita begitu juga, kita tengok orang yang menembak dan kadangkala ada pelajar-pelajar yang menggunakan senjata untuk menembak dan membunuh pelajar-pelajar di universiti dan hal seumpama ini kita tidak mahu lihat di Malaysia dan sebab itulah dari segi disiplin kita tidak boleh kompromi dan itu saya setuju tetapi ada banyak perkara yang kita mesti ingat.
Di dalam satu perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi itu mengenai autonomi, dia ada sebutkan autonomi itu. Kalau tidak
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
silap saya perkara tujuhlah tu ya, fasal 7 itu yang mengenai autonomi, seksyen 11 dipinda untuk tatatertib mengambil kira autonomi universiti. Tuan Yang di-Pertua, autonomi sesebuah universiti memang penting termasuk juga UiTM, memang penting. Di Malaysia ini kita menghadapi masalah, masalah kerana kebudayaan pelajaran, kebudayaan yang kena mengena dengan kerajaan pusat, yang kena mengena dengan parti-parti termasuklah parti UMNO yang mempunyai mentaliti bahawa kita mesti mempengaruhi institusi-institusi pengajian tinggi dan mentaliti seumpama ini yang menjejaskan autonomi universiti. Misalnya...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak merapu, memang tidak merapu. Di dalam lima tahun ini, kita melihat misalnya dengan Universiti Malaya tukar empat Naib Canselor ini memecah rekod dunia, di mana universiti di dunia Naib Canselor yang merupakan ketua universiti ini, naik kerana ini privasi, kita mewarisi tradisi daripada England, United Kingdom, Naib Canselor ini sebenarnya CEO lah itu.
Ketua Eksekutif di universiti di dunia, kita tidak lihat langsung sebuah universiti boleh menukar Naib Canselor empat kali, hampir setiap tahun kita tukar satu Naib Canselor, ini tidak boleh diterima. Ini merupakan satu kelemahan di dalam sistem kita dan keempat-empat itu, ketiga-tiga, keempat-empat itu termasuk yang terakhir Naib Canselor mempunyai kaliber yang tinggi, mempunyai kaliber yang tinggi. Ini bermakna sistem yang kita punyai sekarang ada kelemahan, saya tidak mahu menyaksikan lagi Naib Canselor ditukar seperti kita tukar kasut ataupun kain.
Ini bererti sistem kecemerlangan pelajaran terutamanya pengajian tinggi mempunyai kecacatan dan salah satu sebab itu pengaruh parti politik yang saya mengakui politik, parti siasah yang terbesar ialah UMNO. Ketua UMNO dia memang Presiden dan Timbalan Presiden dia kata kita mempunyai hampir empat juta anggota, ahli UMNO. Saya tidak tahulah bilangan sebenar mungkin boleh beritahu sama ada 3.5 juta ataupun empat juta ataupun 50 juta, ini bermakna satu institusi siasah yang terbesar di negara ini.
Saya berharap parti-parti politik kita termasuklah UMNO, DAP dan semuanya, tidak boleh kita hendak mempengaruhi IPTA dengan begitu sahaja, kerana kita mesti mewujudkan suasana yang membolehkan IPTA mempunyai autonomi. Oleh sebab itulah, saya tertarik, saya tengok ini Yang Berhormat Timbalan Menteri sekarang itu fikiran lebih terbuka hendak memberikan autonomi kepada IPTA, saya pun seronok tadi. Akan tetapi saya nampak kaedah ataupun sistem yang kita ada sekarang tidak membenarkan autonomi yang benar-benar wujud di IPTA kita yang berjumlah 20 buah sekarang.
Mungkin kita tubuhkan universiti dengan cepat, tidak ada mengkaji dengan sebenarnya, macam mana kita boleh mencapai pendidikan cemerlang kerana kita ada matlamat. Matlamat itu tidak salah, ada sasaran tidak salah, hendak mewujudkan sistem pengajian tinggi yang ulung, yang benar-benar cemerlang pada 2020 itu tidak salah, sepuluh tahun lagi itu tidak salah. Akan tetapi, kaedah dan sistem yang ada sekarang bermakna kita tidak boleh capai matlamat.
Walaupun saya mengakui tahap universiti kita tidak begitu teruk, ada di dalam ranking dunia, sederhanalah. Walaupun tidak termasuk di dalam 100 yang teratas, tidak termasuk. Akan tetapi, kalau dibandingkan dengan negara-negara lain pun kita ada di tahap sederhanalah, sederhana tidak begitu teruk, itu saya mengakui tetapi ini tidak bermakna matlamat untuk mewujudkan satu jenis pengajian tinggi yang cemerlang boleh dicapai kalau tidak mengubahkan sikap. Ini pada mukadimah sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ya, tetapi sudah sampai masa Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ini mukadimah sahaja...
Beberapa Orang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bagi...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Nampaknya ada itu suara yang mengatakan tidak mahu IPTA kita maju. Suara mundur.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Selepas ini baru berucap Yang Berhormat, ada bill...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kementerian Belia nanti selepas ini berucap balik Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya ada itu, kerana ini tidak sampai pun jam 8.00, kita masih ada masa lagi 10.30...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Untuk membincangkan sama ada macam mana, bagaimana kita boleh mewujudkan autonomi universiti kerana semua universiti yang termasuk yang terulung sekali, yang terbaik sekali, yang nombor satu di dunia, Harvard University, Harvard University memang ada mempunyai autonomi di dalam erti kata sebenar.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kalau kita hendak jadi IPTA yang unggul, yang benar-benar cemerlang, kita mesti menuju ke arah untuk mencapai sistem autonomi untuk IPTA.
Sementara itu kita mesti memastikan tidak berlakunya jenayah, tidak berlakunya masalah tatatertib. Memang kita mesti ada kaedah yang berkesan untuk mencegah semua jenis jenayah, semua jenis pelanggaran tatatertib supaya pelajar kita mempunyai disiplin yang tertentu dan yang cemerlang.
Saya tidak mempertikaikan cara-cara kita mesti ambil yang berkesan untuk mencegah semua salah laku di kalangan pelajar kita. Apa yang penting sekali sebelum saya akhiri ucapan saya, kita mesti memastikan autonomi universiti di negara ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ledang dan selepas itu Yang Berhormat Sik, kemudian Yang Berhormat Menteri menjawab.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini, saya fikir tidak ada masalah untuk menyokongnya. Saya yakin ini seperti yang disebut oleh rakan- rakan yang lain, ini adalah menjurus kepada satu suasana di mana pelajar-pelajar universiti akan lebih diberi kebebasan. Tidaklah terkepung.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Cuma saya hendak bangkitkan tentang kemajuan yang kita sama-sama terima selama ini. Saya tidak setuju kalau ada pihak yang mengatakan bahawa AUKU dahulu - memenjarakan pelajar dalam sangkar emas dan sebagainya. Kita masih ingat peristiwa Baling. Tidak berapa orang pun yang lapar, bukannya semua lapar. Itu lebih kepada perkara kecil yang dibesar-besarkan dan sekarang terbukti segala-galanya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya yakin rang undang-undang ini menjurus kepada satu keadaan di mana pelajar-pelajar lebih bebas hasil daripada prestasi pelajar-pelajar itu sendiri. Ini di mana pelajar-pelajar universiti sekian lama dan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun ini telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi tindakan mereka terhadap penilaian kepada perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. Mereka saya yakin umumnya, majoritinya Yang Berhormat Kepong tidak terpengaruh dengan diayah-diayah daripada pihak-pihak tertentu. Mereka tidak mudah terpengaruh, umumnya.
Saya juga yakin kalau semua pelajar universiti boleh lebih matang sejajar dengan peredaran masa, sejajar dengan zaman globalisasi IT dan sebagainya, mereka mampu menilai. Maknanya mereka mampu menyelidik, membuat kajian dan akhirnya menilai sesuatu perkara, berita, maklumat yang sampai kepada mereka. Mereka tidak mudah untuk mereka menerima sesuatu berita itu sebagai berita yang tepat, sedangkan tidak tepat. Berita yang mengelirukan mereka anggap tepat. Saya yakin masanya hampir tiba di mana para pelajar akhirnya tidak mudah terpengaruh dengan diayah-diayah jahat seperti yang saya sebutkan tadi.
Sebenarnya, saya yakin yang ini menjurus kepada keadaan itu Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah pun berjaya mewujudkan suasana tersebut. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, saya yakin kita tidaklah boleh beri kebebasan 100% sebab kita tahu kebanyakan para pelajar universiti ini usianya masih muda. Kita semua dahulu juga pernah menjadi pelajar universiti.
Pada peringkat muda, lumrahnya pemikiran mereka, kematangan mereka tidaklah sampai ke tahap seperti Yang Berhormat Kepong tidak sampai dan jauh jika dibandingkan dari segi kematangannya. Ini saya mengambil contoh. Kalau Yang Berhormat Kepong di universiti, memanglah dia boleh menilai segala- galanya dengan baik, tetapi pemikirannya dan tahap kematangannya masih jauh.
Sebab itulah kita tidak boleh beri kebebasan 100%, kita dahulu pernah menjadi pelajar universiti. Ini maksudnya sesuatu peraturan atau undang-undang itu diadakan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ringkaskan sedikit. Ada satu perkara sahaja saya hendak tanya kepada pihak kementerian tentang Fasal 10 tadi. Disebut pelajar yang dikenakan tindakan tertentu. Kalau di peringkat akta ini hanya tindakan tatatertib boleh mengambil peperiksaan dan sebagainya. Cuma saya hendak tahu kalau seseorang pelajar itu dikenakan tindakan jenayah.
Misalnya masih dalam pendakwaan, diletakkan di dalam sebuah penjara misalnya - masih dalam pendakwaan kerana tempoh pendakwaan itu panjang, masih dalam penjara tetapi masih belum terbukti bersalah. Dia terikat dengan kanun jenayah.
Adakah mereka boleh terus atau mengambil peperiksaan di universiti? Itu maksud saya. Adakah mereka boleh?
Maksud saya tadi pelajar-pelajar yang terlibat dengan jenayah berat seperti merompak, kemungkinan juga membunuh. Kita juga ada mendengar sekarang ada pelajar yang membunuh, merogol dan sebagainya. Adakah pelajar- pelajar yang belum mendapati bersalah, yang telah didakwa tetapi digantung dan sebagainya boleh mengambil peperiksaan? Ini satu persoalan yang mungkin boleh
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
dijawab. Akan tetapi yang penting Tuan Yang di-Pertua ialah saya mengharapkan agar suasana yang selesa ini akan terus subur.
Kita ingin melihat bahawa pada masa yang sama juga seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong tadi bahawa semua Naib Canselor akan lebih berprestij tinggi, sama ada dari segi realitinya ataupun dari segi persepsi.
Misalnya kalau kita lihat masih banyak universiti yang kalau kita masuk dari segi fizikalnya, mungkin prestasi pelajarnya baik, aktivitinya baik, programnya baik.
Akan tetapi kalau kita masuk universiti dahulu begitu rupa landskapnya, sekarang pun begitu jugalah rupa landskapnya. Sudah ketinggalan zaman. Ada sebuah universiti yang saya masuk, rasa macam dalam hutan, gelap! Sepatutnya apabila kita masuk ke dalam sebuah universiti suasananya terang benderang.
Ini yang perlu dilihat oleh semua Naib Canselor dalam negara Malaysia.
Maksudnya kita mesti berubah keseluruhannya. Perumpamaan satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kalau boleh dibawa ke peringkat yang lebih bertanggungjawab ini. Sekarang boleh dikatakan ramai pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri. Kalau kita masuk ke universiti dalam waktu kuliah, banyak kereta di dalam universiti, motosikal dan sebagainya. Ini berbeza dengan zaman kita dahulu tetapi kawasan parking tidak cukup. Itu kita faham. Kenapa tidak dibuat secara berperingkat supaya diperbanyakkan kawasan parking? Akan tetapi, sekarang lebih kepada mendenda pelajar. Dinaikkan denda pelajar daripada RM30 kepada RM50, ini pada saya menyusahkan. Undang-undang yang menyusahkan ataupun yang primitif ini seperti yang sudah disebut oleh Yang Berhormat Kepong sepatutnya sudah tidak ada lagi. Lebih hendak menyusahkan pelajar hanya semata-mata kerana tidak cukup kawasan parking. Kenapa kawasan parking tidak diluaskan? Kenapa tidak ada unjuran yang tepat? Kenapa tidak dibuat planning secara berperingkat? Akan tetapi lebih mudah kepada menghukum pelajar yang pada saya tidak relevan dengan keadaan sekarang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Saya tidak sebut mana-mana universiti tetapi inilah yang berlaku di dalam kebanyakan atau hampir semua universiti awam di dalam negara kita, Tuan Yang di-Pertua dan inilah perkara-perkara yang perlu dilihat.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta supaya oleh sebab kita hendak wujudkan suasana yang lebih kondusif, saya juga menyarankan supaya persatuan-persatuan, kumpulan-kumpulan pelajar yang ingin menganjurkan program-program di luar ini seperti Bakti Siswa dan sebagainya atau apa juga aktiviti yang menjurus kepada kemajuan mereka diberikan atau disediakan dana yang cukup. Jadi tidaklah mereka tercari-cari, mengemis di sana- sini. Kasihan saya tengok. Mana yang boleh bantu, kita bantulah.
Namun begitu, soal asasnya di sini ialah pelajar-pelajar universiti yang ingin maju ini diberikan dana yang cukup untuk menjalankan apa juga aktiviti yang sesuai kepada mereka supaya mereka akan dapat sesuai dengan akta yang baik ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua saya menyokong. Terima kasih.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
untuk ikut serta membahaskan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 pada hari ini.
Oleh sebab saya adalah bekas pegawai pentadbir pendidikan, bekas guru, pengetua, jadi saya ingin membahaskan akta ini sebagai seorang profesional.
Saya tidak akan pergi ke Hulu Selangor atau pergi ke merata-ratalah. Cuma saya akan tumpukan kepada akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada umumnya pindaan ini saya rasa adalah baik serta memberi beberapa kelonggaran kepada pelajar walaupun terdapat beberapa seksyen yang masih lagi mengongkong pelajar di institusi pelajaran yang sepatutnya perlu juga diberi penekanan dan dipinda. Akan tetapi, walau bagaimanapun saya rasa Yang Berhormat Menteri perlulah memberi beberapa penjelasan dahulu sebelum kita menentukan sama ada akta ini akan disokong untuk pindaan ataupun tidak.
Yang pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya melihat akta ini adalah ditujukan kepada institusi pendidikan tinggi yang terletak di bawah Kementerian Pelajaran dan beberapa buah institusi pengajian tinggi yang terletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Hari ini kita lihat, calon-calon atau pelajar-pelajar yang memasuki institusi-institusi ini boleh dikatakan sama dengan pelajar-pelajar dari segi kelulusannya dan juga umurnya dengan pelajar-pelajar yang memasuki IPTA atau IPTS.
Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, mengapakah kita perlu mengadakan ataupun membaik pulih atau meminda Akta Tatatertib 1976 ini? Mengapa kita tidak sesuaikan sahaja AUKU dan melaksanakan juga di institusi-institusi pendidikan tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ini? Ini adalah kerana kita boleh selaraskan, boleh distandardkan dan kita tidak perlu susah, tidak perlu memikirkan untuk melaksanakannya.
Pensyarah-pensyarah yang bertukar daripada semua institusi pendidikan ini dengan mudah dapat melaksanakannya. Begitu juga naib-naib canselor ataupun pegawai-pegawai pentadbir yang terlibat, adalah lebih mudah untuk diselaraskan.
Jadi, saya hendak tahu sebab kerana kalau masa dahulu adalah lain di mana pelajar yang masuk ke institusi-institusi ini adalah berbeza. Sekarang ini dari segi kelulusannya boleh dikatakan hampir sama walaupun di sesetengah institut itu, kelulusannya rendah sedikit tetapi umur dan kelulusan asasnya adalah sama.
Yang keduanya Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada perkara 3(b), 3(c) dan 4(a), saya bincang secara bersekali.
Walaupun kita katakan akta ini memberikan kelonggaran kepada pelajar, tetapi hak merayu dan hak membuat representasi dalam mana-mana prosiding tatatertib hanya boleh diwakili oleh seorang pelajar ataupun kakitangan institusi yang berkenaan. Jadi, saya rasa akta ini walaupun baik, tetapi apa salahnya kalau kita liberal kan lagi dengan memberi hak kepada yang tertuduh untuk menggunakan khidmat guaman. Saya berpendapat peguam kalau mewakili pelajar ini adalah lebih faham dengan apa yang berlaku dan mungkin tidak akan berlaku dengan apa yang kita katakan perkara-perkara yang tersalah quote ataupun tersalah mengambil dari akta-akta yang berkenaan. Saya rasa kalau kita boleh berbuat demikian, ini barulah bersesuaian dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa hak untuk mendapatkan peguam sebagai salah satu hak asasi manusia dapat kita laksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pindaan seksyen 10, fasal 6 di bawah pindaan memberi kebebasan kepada pelajar dan pertubuhan-pertubuhan pelajar.
Memang, saya rasa perubahan ini mungkin akan membawa kepada perubahan sikap pelajar, membawa pelajar-pelajar lebih berkesempatan untuk bergaul. Akan
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
tetapi di sini saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu fikirkan juga kerana kuasa yang diberi terlampau luas kepada Menteri untuk membuat satu tafsiran mengenai pertubuhan-pertubuhan luar, institusi-institusi luar yang dibenarkan pelajar-pelajar bergabung atau menyertai program haruslah dihadkan. Kalau tidak, akan berlaku sebagaimana pada hari ini.
Walaupun saya mempunyai baik sangka kepada Yang Berhormat Menteri, tetapi selalunya Yang Berhormat Menteri akan membuat tafsiran akta ini mengikut apa yang boleh ataupun apa yang lebih memberi kebaikan kepada kerajaan yang memerintah ataupun parti yang memerintah. Hal ini selalu berlaku kerana hari ini kita lihat walaupun di sekolah-sekolah, kita tidak benarkan parti-parti politik terlibat.
Namun, apa yang sering berlaku adalah kita lihat parti-parti ataupun gabungan yang berkait dengan parti yang memerintah dengan mudah masuk ke sekolah- sekolah. Walaupun saya sebagai bekas guru, bekas pengetua dan pentadbir mempunyai baik sangka seperti saya katakan, tetapi di sini kadangkala bukan sahaja menimbulkan bantahan daripada parti-parti lawan tetapi dalam masa yang sama, pentadbir-pentadbir sekolah juga merasa kurang senang. Yang Berhormat Hulu Terengganu, dahulu memang dia bersetuju. Sekarang mungkin dia tidak bersetuju sikit, sikitlah.
Jadi, kalau kita berbuat demikian, kita dalam masa yang sama melakukan ketidakadilan. Dalam masa yang sama kita seolah-olah menafikan hak parti-parti lain untuk terlibat dan kita juga menafikan hak pelajar untuk mencari kebebasan.
Ini sudah pasti bertentangan dengan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan di kalangan rakyat Malaysia. Pindaan seksyen 10 juga membolehkan seorang ahli politik menyambung ataupun mengambil pelajaran belajar di institusi-institusi pelajaran yang berada di bawah akta ini. Walau bagaimanapun, hak Yang Berhormat Menteri dalam mentafsirkan persatuan yang boleh dia sertai, parti-parti politik yang baik ataupun tidak, boleh menentang ataupun menghalang kebebasan yang berlaku di sini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang bekas pentadbir, saya memikirkan tindakan kementerian ataupun Yang Berhormat Menteri memotong terus seksyen 15 dan seksyen 16 mungkin menimbulkan masalah kepada institusi kemudiannya.
Ini adalah kerana, kalaulah cara-cara tindakan yang betul tidak digalurkan, mungkin satu masa nanti ia akan menimbulkan masalah kepada pihak pentadbir dalam melaksanakan tugas.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Kita perlu ingat pelajar-pelajar yang bersalah, kakitangan yang bersalah di institusi-institusi pendidikan pelajaran tadi kadangkala merupakan individu yang berbahaya kepada rakan-rakan. Jadi, kalau kita terlampau liberal dalam keadaan ini, walaupun saya menyambut baik usaha-usaha memberi – kita katakan autonomi yang cuba dibawa oleh Menteri. Akan tetapi, dalam masa yang sama kalau cara-cara untuk mengatasi ataupun tindak-tanduk untuk hendak mengambil tindakan disiplin tidak disusun begitu rapi sebagaimana yang sedia ada di bawah seksyen 15 dan 16, mungkin perkara ini akan membawa masalah kepada institusi.
Ini kerana pelajar-pelajar yang telah dibuang tadi bukan sahaja dibenarkan untuk berada di institusi berkenaan, kadangkala dibenarkan pula, dipindahkan ke institusi lain dengan mudah. Maka ini adalah membawa perkara yang tidak baik.
Kita hendakkan kebebasan tetapi dalam masa yang sama kita hendak disiplin itu dikekalkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Boleh gulung, Yang Berhormat.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Sebagai menggulungnya saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Menteri, walaupun disiplin boleh mengekang masalah, boleh memastikan institusi-institusi tadi dapat berjalan dengan baik tetapi ingatlah bahawa peruntukan yang cukup juga perlu untuk institusi ini. Kalau kita tidak memberi peruntukan yang cukup, kegiatan tidak dapat dijalankan. Ini bermakna pelajar-pelajar akan membuang masa tertentu dan di sinilah selalunya akan membawa kepada masalah disiplin.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, institusi-institusi ini terutamanya maktab- maktab perguruan, institusi-institusi perguruan telah lama dibina, bangunannya perlu dilihat balik. Kemudahan-kemudahannya perlu dilihat supaya satu masa nanti keadaan kemudahan yang ada ini selaras dan selari dengan bilangan pelajar yang ada di pusat-pusat pelajaran yang berkenaan. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada lebih kurang lima Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam membahaskan rang undang-undang ini.
Pertamanya, Yang Berhormat Kubang Kerian. Sebenarnya banyak yang saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Sememangnya kita mahu melahirkan golongan mahasiswa yang tidak apatetik, yang acuh tidak acuh, melahirkan mahasiswa yang boleh berfikir, bukan mahasiswa yang terikat dengan budaya, the fear culture iaitu budaya takut. Takut untuk memberikan pandangan, takut memberi teguran dan sebagainya.
Akan tetapi, dalam masa yang sama kita juga tidak mahu mahasiswa mengamalkan mencari alasan iaitu menjadikan AUKU itu sebagai alasan kononnya mereka tidak ada kebebasan, tidak boleh bersuara dan sebagainya.
Apa yang berlaku, setengah daripada mereka melihat AUKU ini dalam konteks berdemonstrasi iaitu dengan hanya berdemonstrasi, kebenaran berdemonstrasi yang tidak dibenarkan melalui AUKU ini, maka mereka menilai demonstrasi itu akan dilihat mereka sebagai terlalu aktif. Ini adalah satu persepsi yang salah sebenarnya kerana AUKU lebih bertujuan untuk memastikan bahawa proses keilmuan di negara kita ini dapat dikawal dan dibangunkan dengan cara yang lebih baik.
Kalau kita melihat dari segi sejarah, apabila mahasiswa terlalu banyak berdemonstrasi sehingga universiti ditutup banyak kali kerana demonstrasi, bahkan Universiti Malaya contohnya pernah berlaku coup d’etat, rampasan kuasa universiti. Mahasiswa mengaku bahawa dia sebagai naib canselor.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Maka ini menyebabkan universiti terpaksa ditutup, proses pembelajaran terpaksa dihentikan. Maka sebab itulah kita merasakan bahawa yang lebih penting ialah kreativiti mahasiswa melihat AUKU itu bukan sebagai suatu alasan yang boleh menghalang kebebasan mereka. Akan tetapi, boleh mencari pendekatan lain untuk memastikan bahawa proses budaya fikir di kalangan mahasiswa itu dapat dibangunkan. Yang Berhormat Kepong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, silakan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua. Mungkin kerana Yang Berhormat ini di Kementerian Pelajaran, fahaman dan kesedaran terhadap institusi pengajian mungkin tidak cukup di tahap yang lebih tinggi. Dengan zaman moden kita, pelajar-pelajar yang ada akses kepada internet yang merupakan alat komunikasi yang terbesar, mereka tahu banyak perkara. Yang baik dan yang buruk pun mereka tahu. Cuma yang kita harap akses itu kepada website yang baik sahajalah.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh kembali kepada 50 tahun yang lampau. Ini zaman moden. Yang penting sekali dengan AUKU itu. Adakah AUKU boleh mewujudkan suasana yang memberi autonomi kepada universiti? Itu penting. Saya bersetuju dengan hasrat untuk mencegah daripada berlakunya jenayah dan kegiatan-kegiatan yang tidak diingini termasuk merosakkan universiti dan menjejaskan masyarakat. Ini kita boleh benarkan di mana-mana pun.
Walau bagaimanapun, adakah Yang Berhormat faham mengenai AUKU?
Adakah AUKU boleh memberi autonomi kepada universiti? Itu soal yang pokok.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Yang Berhormat, sebenarnya saya hendak jawab pasal autonomi itu kemudian. Akan tetapi oleh kerana Yang Berhormat bangkitkan, tidak mengapalah. Sebenarnya saya fikir Yang Berhormat pun keliru tentang autonomi universiti. Bagi saya universiti memang sudah ada autonominya; autonomi dari segi pentadbiran, autonomi dari segi untuk menjadikan universiti sebagai universiti yang cemerlang. Saya tahu...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Sebentar Yang Berhormat. Saya tahu bahawa ada orang melihat autonomi ini ialah bahawa dia mahu... Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tengok balik sejarah peristiwa demonstrasi di University of the ‘Seven Sea’. Mereka melihat seolah-olah autonomi universiti ini ialah polis pun tidak boleh masuk ke kawasan universiti dan macam-macam lagi.
Saya faham, sebab itulah saya katakan autonomi universiti dalam konteks sekarang memang universiti diberikan kebebasan dalam soal untuk mereka menentukan kecemerlangan universiti tersebut. Akan tetapi kita ingat bahawa dasar pendidikan kita sudah cukup jelas yang mana universiti tidak boleh melanggar dasar yang sedia ada. Ini cukup penting. Oleh sebab itu bagi saya, autonomi ini ialah sejauh manakah kemampuan sesebuah universiti itu melakukan kreativiti untuk membangunkan kecemerlangan akademik di universiti berkenaan.
Bagi saya tidak timbul soal kita menyekat kebebasan universiti, autonomi mereka dalam membangun kecemerlangan ini. Oleh sebab itu bagi saya, Yang Berhormat sebenarnya yang tidak faham dan keliru.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Sebelum daripada itu, Yang Berhormat Kepong, berikan saya jawab yang lain dulu. Nanti saya beri peluang.
Mengenai dengan Yang Berhormat Kubang Kerian tadi – oleh sebab itu apabila kita meminda AUKU termasuklah kita meminda Akta 174 ini. Tujuan kita melakukan penyelarasan dan sebenarnya memang kita mahu memberikan lebih banyak ruang kepada mahasiswa kita, pelajar kita termasuklah DIPG, matrikulasi dan sebagainya supaya mereka mempunyai lebih banyak ruang untuk mewujudkan budaya-budaya yang positif ini. Akan tetapi, sebab itulah kita kata, walau bagaimanapun kebebasan mereka itu tidak boleh diberikan sepenuhnya sebab kita bimbang mereka boleh melampaui kebebasan itu untuk tujuan-tujuan yang lebih negatif.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Saya rasa ini semua kita bersetuju sebab saya fikir ramai di kalangan Ahli- ahli Parlimen kita ini pun kebanyakannya mereka ini hidup di universiti ketika AUKU sudah pun diluluskan dan dipinda pula pada tahun 1975. Kebanyakan mereka pun masih duduk di kerusi pembangkang di sana. Kalau saya hendak sebut satu persatu pun saya boleh sebut sebab saya tahu kebanyakan daripada mereka pun hidup di zaman AUKU bila dipinda pada tahun 1975. Oleh itu pada saya tidak timbul soal AUKU ini menyekat. Yang penting ialah sejauh mana kemampuan mahasiswa itu sendiri, pelajar itu sendiri ketika itu untuk melihat keupayaan dan juga pendiriannya dan juga kemampuannya untuk menguasai segala-galanya untuk menjadikan dia orang yang lebih kreatif. Ini sebab kita tidak mahu pelajar kita ini menjadi kritis tetapi destruktif. Kita mahu pelajar yang kritis tetapi konstruktif. Pada saya ini lebih penting.
Itu sebab apabila Yang Berhormat Kubang Kerian menyebut tentang Hulu Selangor, pada saya kalau tujuannya untuk dia membuat kajian itu tidak apa tetapi kalau tujuannya untuk berkempen, kemudian terlibat pula menabur fitnah dan sebagainya, pada saya itu tidak sesuai untuk dilakukan oleh mahasiswa. Oleh sebab itulah kita merasakan bahawa AUKU ini penting. Kalau kita memberikan kebebasan, kita kena ingat bahawa sejarah kita dahulu pun ketika sebelum AUKU ini diwujudkan ataupun bila AUKU diperkenalkan pada tahun 1971 sebelum dipinda pada tahun 1975, ada di kalangan mahasiswa kita terlibat dalam kegiatan komunis. Ini tidak ada siapa yang boleh menafikan dan ada yang lari ke dalam hutan pun menjadi komunis. Apakah kita hendak benarkan balik sejarah ini berulang apabila menjadi terlalu kiri dan sebagainya? Jadi pada saya ini adalah cukup jelas kenapa AUKU ini wujudkan. Bahkan kita sepatutnya berterima kasih kerana kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi sudah pun meminda AUKU ini pada tahun lalu.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit tentang – Yang Berhormat Hulu Terengganu saya rasa memang tujuan kita dengan adanya AUKU ini adalah untuk memastikan bahawa kita melahirkan mahasiswa atau pelajar yang lebih bertanggungjawab. Oleh sebab Akta 174 ini melibatkan institut pendidikan guru, matrikulasi dan sebagainya, maka sudah tentulah kebebasan yang kita beri itu ada kawalannya, terutamanya mereka yang terlibat seperti IPG yang merupakan bakal-bakal guru. Maka sudah tentu kita tidak mahu mereka ini tidak dapat memahami batas-batas yang menyebabkan nanti boleh membawa kesan untuk melahirkan guru yang lebih berwibawa dan memahami tugas mereka sebenarnya sebagai pendidik.
Sekarang saya hendak sentuh apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong membangkitkan kenapa KPM yang membentangkan akta ini? Ini kerana kita kena faham sebab akta ini diwujudkan pada tahun 1976 ketika Kementerian Pendidikan ini sama sekali antara pengajian tinggi dan sekolah menengah. Oleh kerana UiTM diwujudkan berasaskan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, maka sebab itulah ia mempunyai akta tersendiri dan maka sebab itulah dimasukkan di bawah Akta 174 ini. Oleh sebab itulah akta ini wujud sehingga ke hari ini yang melibatkan institusi-institusi yang lain termasuk kolej matrikulasi dan juga IPG. Oleh itu pada saya tidak timbul – maksudnya tidak begitu penting siapa yang membentangkan sebab akta ini memang di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, memang ada cadangan untuk kita melihat dari segi perundangan kembali
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
sama ada untuk kita lakukan pengubahsuaian terhadap akta ini supaya barangkali lebih jelas. Oleh sebab kita ada dua kementerian sekarang ini. Sila Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya pun sebutkan ini kerana akta. Yang Berhormat Timbalan Menteri memang setiap hari asyik dengan permasalahan di Kementerian Pelajaran kerana beliau mempunyai hampir 10,000 sekolah. Itu pun dia sibuk sampai bekalan elektrik pun di segelintir sekolah pun tidak sampai sebab dia terlalu sibuk. Sibuk dengan masalah hampir 10,000 sekolah ini, sekarang dia hendak melihat masalah yang wujud di IPTA, mungkin tidak cukup masa. Ini sebab dia kata autonomi sekarang pun sudah ada lah. Apa masalah sekarang? Itu bukan satu pandangan yang bernas. Kalau ada autonomi, mengapa dalam lebih empat tahun ini pertukaran naib canselor berlaku di Universiti Malaya? Kalau ada autonomi, ini tidak akan berlaku. Ini satu hakikat dan kenyataan yang tidak dapat dilihat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Oleh sebab itulah Yang Berhormat Kepong saya rasa sebenarnya Yang Berhormat Kepong pun pembohong besar.
Mana ada empat naib canselor dalam tempoh empat tahun? Universiti Malaya antara tahun 2006 sehingga 2010 hanya dua naib canselor sahaja yang dilantik kerana tempoh seorang naib canselor ialah tiga tahun. Macam mana Yang Berhormat Kepong boleh kata sampai empat? Ini yang menjadi masalah. Sesibuk- sibuk saya pun tidaklah seperti Yang Berhormat Kepong, sampai tidak ada maklumat yang betul dan tepat. Jadi Yang Berhormat Kepong kena betulkanlah sedikit maklumat tersebut. Jangan buat kenyataan yang melulu tanpa fakta yang sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah Yang Berhormat Kepong menyebut tentang pelantikan naib canselor menggunakan pelantikan politik. Ini pun pada saya tidak betul. Kita melantik seseorang naib canselor berasaskan kepada kredibiliti dan juga integriti dan kecemerlangan akademiknya. Oleh sebab itu, kalau Yang Berhormat Kepong hendak berhujah dalam bab tersebut, saya boleh bangkitkan kenapa Unisel naib canselornya, siapa yang melantik kalau bukan Kerajaan Negeri Selangor. Sekarang apa jadi kepada Unisel? Pelajar pun sudah tidak ramai. Itu kerana pelantikan politiklah tu. Yang Berhormat jangan double standard ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Yang Berhormat Ledang membangkitkan tentang pelajar-pelajar yang ada kes jenayah. Saya ingin memaklumkan di sini, sebab itu dalam akta ini kalau Yang Berhormat Ledang lihat fasal 14 subseksyen 1, “Jika seseorang pelajar suatu Institusi dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar...” ataupun kes-kes jenayah, “...dia boleh, mengikut budi bicara Ketua Eksekutif, digantung daripada menjadi seorang pelajar”. Maksudnya di sini ialah tindakan gantung boleh diambil kepada pelajar tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong bangun lagi Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Cukuplah Yang Berhormat Kepong.
[Ketawa] Saya ingat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak beri jalan kepada Yang Berhormat Kepong?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Semua orang hendak pergi Hulu Selangorlah Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ini penting, bukan Hulu Selangor. Tuan Yang di-Pertua, saya nampak Yang Berhormat Timbalan Menteri dia berikhtiar supaya kita setuju, dia berikhtiar untuk menjawab. Dari segi Unisel itu, kita patut mendengar cerita yang sebenarnya. Kebanyakannya tiada kena mengena dengan Yang Berhormat Menteri Besar yang baru. Tiada kena mengena dengannya. Kita mesti dengar cerita yang sebenar.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Jangan, itu dia terlalu sibuklah. Dia anggap apabila kita lantik naib canselor, kita gunakan kriteria yang sama seperti guru besar. Itulah masalah sekarang. Tidak boleh kita gunakan kriteria untuk melantik guru besar sama seperti pelantikan naib canselor dan mengenai empat vice canselor itu saya berharap Yang Berhormat kembali ke pejabat untuk mengkaji. Dia kata itu satu terma sudah cukup untuk naib canselor dan sebagainya yang kalau cukup terma, kita tamatkan, itu bukan, itu cara biasa macam itu. Satu naib canselor memang mempunyai – dia perlu masa untuk menunjukkan kebolehan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ringkaskanlah Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itulah, saya bagi nasihat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana dia terlalu sibuk dengan 10,000 buah sekolah dan kita perlu mengkaji hal ini dan institut pengajian tinggi.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Okey, Yang Berhormat, saya boleh perjelaskan. Sebab itu saya kata Yang Berhormat pun mungkin tidak faham proses pelantikan canselor. Pertama naib canselor akan diganti jika sekiranya tamat tempoh kalau dia akan bersara dan kalau sekiranya dalam tempoh tiga tahun, prestasinya tidak menggalakkan maka dia pun kena ditukar. Akan tetapi, perkara yang menjadi penting sekarang ini ialah tuduhan Yang Berhormat mengatakan dalam tempoh empat tahun sampai empat naib canselor, itu tidak betul.
Kita bersetuju dan sebab itu ada universiti yang naib canselornya cemerlang, maka lama dia menjadi naib canselor di universiti berkenaan, tidak timbul masalah. Banyak contoh kalau kita hendak sebut universiti yang naib canselornya memegang jawatan tersebut begitu lama kerana kecemerlangan akademik dan kepimpinannya. Jadi sebab itu pihak saya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong adalah tidak begitu tepat. Mengenai dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tadi mengenai dengan penggunaan khidmat guaman ataupun peguam, saya rasa tidak perlu sebab ini adalah jawatankuasa tatatertib. Bukanlah kes di mahkamah dan sebagainya.
Maka pada saya, tidak perlulah kita sampai menggunakan presentation peguam. Yang Berhormat Sik membangkitkan perkara yang hampir sama mengapa akta ini perlu dipinda secara bersendiri dan tidak disekalikan dengan AUKU. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang saya sebut tadi, kedua-kedua akta ini adalah di bawah bidang kuasa kementerian yang berbeza.
Akta 174 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran manakala AUKU adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Cuma saya sebut tadi, bahawa memang ada perbincangan peringkat awal untuk kita melihat dari segi perundangan sama ada perkara ini boleh diubahsuai dan saya ingat mengenai dengan kuasa Menteri, pada saya sudah tentulah Menteri bukan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya dalam menentukan sesuatu pertubuhan dan sebagainya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Sudah tentulah dia menggunakan segala maklumat yang ada di kementerian untuk memastikan sama ada pertubuhan itu adalah pertubuhan yang boleh disertai oleh pelajar ataupun tidak, terutamanya pertubuhan dari luar ini kerana sudah tentulah maklumat di kementerian di bawah kementerian itu adalah lebih tepat sebenarnya untuk menentukan pertubuhan-pertubuhan yang sesuai untuk disertai oleh golongan pelajar. Mengenai dengan parti politik, saya fikir ini Yang Berhormat pun faham bahawa soal pendirian politik seseorang pelajar, kalau dia hendak aktif, selepas dia hendak tamat belajarlah. Apa perlunya parti politik itu dibenarkan wujud sampai ke dalam universiti. Saya rasa ini bukanlah satu isu yang besar dan kita pun tahu kebanyakan mahasiswa sekarang ini pun sudah ada pendirian politik mereka.
Pendirian politik golongan mahasiswa ini daripada dalam universiti lagi, mereka sudah ada pendirian politik. Kita tahu ramai daripada mereka sudah menjadi ahli parti politik tertentu. Jadi yang penting bagi saya ialah kalau mereka hendak memegang jawatan aktif selepas mereka tamat universiti. Tidak perlulah maksudnya dibawa ke dalam universiti. Kita melihat pun sebenarnya, kita tidak ada sekatan sebab saya pun difahamkan 14 April baru-baru ini, ada forum di mana Yang Berhormat Kubang Kerian menjadi panelnya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pun menjadi panel, Yang Berhormat Machang pun menjadi panel dan saya pun pernah berforum dengan Yang Berhormat Parit Buntar dan juga...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Bukan! Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Kawan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Yang Berhormat Batu Kawan. Saya pernah berforum dengan mereka. Tidak ada masalah. Mereka dibenarkan masuk ke universiti.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Jadi sebab itu pada saya tidak timbul sekatan untuk mahasiswa mendengar pandangan daripada ahli-ahli politik. Cuma pada saya tidak sesuailah parti politik ini dibenarkan wujud dalam universiti.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Maksud saya tadi, kalau kita tidak benar, jangan benarkan semua, itu sahaja. Kalau tidak benarkan pembangkang, yang kerajaan pun jangan benarkan. Akan tetapi, apa yang berlaku kadang kala hendak bergiat dalam pembangkang tidak boleh tetapi dalam masa yang sama Menteri izinkan pelajar- pelajar tadi terlibat dengan politik kerajaan, itu sahaja. Ketidakadilan akan wujud di situ, terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Tidak ada, memang kita selaraskan tidak ada parti politik UMNO pun di dalam universiti Yang Berhormat, tidak ada. Sebab itulah kita pun tahu bahawa pelajar universiti ada yang menjadi ahli kepada politik pembangkang, Cuma kita kata jangan membawa masuk ke dalam universiti. Jadi pada saya tidak timbul perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahaja yang dapat saya jawab dalam perbahasan rang undang-undang ini. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat terlibat dalam perbahasan ini, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa kedua-dua rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, hendaklah disetujukan.
Masalahnya dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 14 dikemukakan kepada Jawatankuasa Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
“Fasal 3 bertujuan untuk memotong seksyen 4 Akta 174 mengenai tatatertib kakitangan sesuatu Institusi. Peruntukan itu tidak berguna lagi memandangkan perkara yang berhubungan dengan tatatertib bagi kakitangan Universiti Teknologi Mara, yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan, pada masa ini dikawal selia oleh Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000...” Bolehkah Yang Berhormat terangkan ini? Oleh kerana di dalam rang undang-undang ini tidak diterangkan. Apakah yang menggantikannya “...Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] sementara kakitangan Institusi lain yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta 174 yang merupakan pekhidmat awam pula ditadbir oleh Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)...” di sebelahnya ada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, di sebelah yang lain tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam.
Tidak kena mengena dengan institusi pengajian dan seterusnya mengenai Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang dilantik oleh Menteri daripada dalam atau luar institusi itu. Seorang daripadanya hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar itu, di sini saya ingin bertanya apakah kriteria Menteri akan gunakan untuk melantik anggota bagi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar kerana di dalam ini tidak menyebutkan apakah kriteria akan digunakan. Apakah ukuran oleh Menteri?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang penting. Seterusnya mengenai fasal 6 bertujuan untuk menggantikan seksyen 10 Akta 174 untuk memberi pelajar dan pertubuhan pelajar kebebasan berpersatuan tertakluk kepada siasatan berhubung dengan parti politik pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan pertubuhan badan atau kumpulan orang yang dikenal pasti oleh Menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau badan pelajar itu.
Saya memang bersetuju kita mesti mewujudkan suasana bagi kesentosaan pelajar. Akan tetapi, di sini pada pengalaman saya walaupun disebutkan tidak boleh membenarkan parti politik tetapi parti UMNO lah yang masuk.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Batu Pahat senyum sahaja, semua senyum.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Menteri sudah jawab tadi Yang Berhormat yang dibawa oleh Yang Berhormat Sik.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya tahu tetapi itulah. Saya sebutkan sekali lagi kerana apabila saya sebutkan UMNO lah yang...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Saya ingat Yang Berhormat Kepong keliru lah.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Semua senyum. Apa masalah sebenarnya? Walaupun dia jawab tetapi jawapan itu bukan tepat. Kalau tepat, mengapa semua orang senyum di sini apabila saya bangkitkan hal ini. [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Termasuk Yang Berhormat Bera, Tasek Gelugor, Pensiangan semua senyum apabila saya ...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat ...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Okey, biar saya jelaskan Yang Berhormat Kepong.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta Yang Berhormat serius sedikit Yang Berhormat. Serius ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya berharaplah, kalau kita melarang parti politik, semua larang.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Okey, saya jawab.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Satu pun tidak boleh masuk. Akan tetapi, semua ini setuju ini kerana para pelajar sekarang terdedah kepada internet dan sebagainya. Mereka lebih...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Okey.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Mempunyai fikiran yang tertentu. Tidak boleh kita hendak pengaruh walaupun UMNO masuk ke situ tidak semestinya mereka sokong UMNO. Begitu juga lah dengan DAP dan PAS pun. Kalau kita masuk pun, tidak semestinya mereka sokong kita. Ini kerana dia ada fikiran yang tertentu. Pelajar sekarang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, cukup Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Jangan kita anggap pelajar sekarang seolah-olah mereka masih ada semasa 50 tahun yang lampau. Tidak boleh buat macam itu. Ya Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Okey, saya jawab.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Baik, baik.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya senyum itu sebab saya terkejut tengok Yang Berhormat Kepong macam nyanyuk. [Ketawa] sebab saya sudah jawab.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Kedua macam tidak faham pula jawapan yang saya berikan. Saya senyum lagi sebenarnya pihak sebelah sana pun selalu masuk universiti. Kita tahu kita ada maklumat. Jadi, tidak payahlah hendak lihat pada UMNO sahaja.
Yang Berhormat, mengenai dengan perkara Yang Berhormat bangkitkan tadi, sebenarnya itu berkaitan dengan kakitangan. Jadi, akta ini lebih ditumpukan kepada pelajar. Perkara yang disebutkan tadi itu berkaitan dengan kakitangan sebab kalau mengikut amalan semasa bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan tatatertib kakitangan UiTM seperti yang dinyatakan dalam seksyen ini adalah di kawal selia oleh Akta Badan-badan Berkanun Disiplin dan Surcaj 2000, Akta 605.
Oleh sebab itu kita mansuhkan perkara ini. Ini kerana hanya berkaitan dengan pelajar sahaja. Tidak lagi berkaitan dengan kakitangan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dengan itulah fasalnya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Mengenai dengan kriteria.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kriteria ya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Sekejap Yang Berhormat, bagi saya jawab dahulu.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang, memang.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Mengenai dengan kriteria jawatankuasa yang tiga orang tadi termasuk orang luar ini. Dimaksudkan mungkin boleh diambil daripada wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Kriteria-kriteria ini adalah ditentukan oleh menteri itu sendiri yang kita yakini bahawa mereka yang menjadi jawatankuasa ini adalah mereka yang layak dan boleh memberikan keadilan kepada pelajar tersebut.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat bercakap lagi Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang, memang. Itu Jawatankuasa.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya buka satu hingga 18 tadi. Sepatutnya Yang Berhormat...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itu memang dimasukkan juga.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak, sepatutnya Yang Berhormat kalau ada lima perkara Yang Berhormat hendak sebut. Sekali, boleh bangun untuk lima perkara itu.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak, tidak. Ini di Jawatankuasa ini peraturan tetapnya membenarkan berapa kali pun boleh di dalam itu, 35 itu.
Berapa kali pun boleh. Dengan itu, seksyen 5 sekarang ini. Seksyen 5(3)(d) itu.
Keputusan pegawai hal ehwal pelajar, mana-mana kakitangan atau mana-mana lembaga kakitangan mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadap seseorang pelajar sesuatu institusi hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan itu.
Di sini saya hendak menanya kenapa kita tetapkan 14 hari bukan 21 hari, bukan 30 hari. Apakah keistimewaan 14 hari ini? Ataupun mengikut rang undang- undang yang lain sahaja. Saya hendak tahu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Yang Berhormat Kepong sebenarnya tempoh yang diberikan, pertama yang kita berikan ialah tempoh 30 hari keputusan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari. Kemudian rayuan 14 hari. Tujuannya sekurang-kurangnya memberi masa kepada pelajar tersebut.
Berbanding sebelum ini, dia tidak ada tempoh hari yang diberikan. Maka, ini tidak memberikan keadilan kepada pelajar tersebut. Jadi, dengan adanya tempoh jumlah hari itu maka pada saya ini sebenarnya memberikan ruang dan keadilan kepada pelajar tersebut sama ada untuk merayu dan juga untuk dia mendapatkan maklumat kenapa tindakan diambil terhadapnya. Pada saya, ini cukup memadai 14 hari.
Fasal-fasal 1 hingga 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peraturan Mesyuarat 12, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Apa dia Yang Berhormat?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peraturan Mesyuarat 12. Saya ingin tahu apakah sebab kita perlu tergesa-gesa dan untuk meluluskan rang undang- undang yang ada di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini, Tuan Yang di-Pertua.
Rang Undang-undang Persaingan 2010 baru dikemukakan, dibentangkan dalam Dewan pada 7 April ini. Apakah begitu penting ia harus disegerakan sedemikian sehingga Mesyuarat perlu dilanjutkan sehingga 10.30 malam?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kita nampak ramai Ahli tiada dalam Dewan. We must do justice to the bill also, dengan izin...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Agar memastikan rang undang- undang yang baru ini dapat dibahaskan dengan teliti dan kita ada masa untuk menjalankan konsultasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kita nampak ramai Ahli sudah letih, menteri-menteri di sebelah sana. [Disampuk] Tidak akan kita hendak luluskan rang undang-undang baru dengan jumlah Ahli yang begitu sedikit sahaja dalam Dewan.
Saya pohon penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Rang undang-undang ini telah pun disenaraikan dalam Aturan
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Urusan Mesyuarat dan Usul-usul untuk kita bincangkan hari ini. Soal sama ada Ahli Parlimen datang di sini, di Parlimen ini ataupun tidak ataupun berada di luar sana, itu bukanlah pertimbangannya Yang Berhormat. Saya yakin semua Ahli Parlimen telah maklum dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan juga telah maklum bahawa Mesyuarat Dewan hari ini diextend, dipanjangkan sehingga jam 10.30 malam. Jadi soal kita memberhentikan kerana tidak ada orang, tidak berbangkit. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf, Tuan Yang di-Pertua. Yang saya bangkitkan adalah masa Mesyuarat rasmi adalah sampai pukul 5.30 petang.
Saya ingin tahu mengapa pihak Eksekutif...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ia tidak berbangkit, Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya tidak faham mengapa pihak Eksekutif begitu hendak tergesa-gesa untuk memastikan rang undang-undang ini diluluskan dalam Dewan yang mulia ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak berbangkit.
Soal tergesa-gesa tidak berbangkit, Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Sehingga Mesyuarat sampai 10.30 malam ini dan kita tiada masa untuk menjalankan konsultasi lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan ia telah pun diberi notis lebih awal kepada semua Ahli Parlimen untuk berada sehingga jam 10.30 malam. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Batu Gajah kalau rasa hendak balik, boleh balik. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu Akta untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan dan dengan yang demikian itu melindungi kepentingan pengguna dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, persaingan adalah salah satu elemen utama dalam strategi ekonomi Malaysia untuk mendorong perusahaan atau individu menjadi lebih efisien, inovatif dan memenuhi keperluan pengguna. Pengguna akan dapat menikmati lebih banyak pilihan, harga yang lebih rendah serta barangan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Ekonomi pada keseluruhannya pula akan mendapat manfaat kesan daripada peningkatan hasil produktiviti dan pengagihan sumber yang lebih efisien.
Pengenalan Rang Undang-undang Persaingan 2010 (RUUP) ini bertujuan memastikan persaingan yang sihat wujud di dalam pasaran. Ia adalah langkah yang amat sesuai untuk menangani amalan-amalan anti persaingan serta menyediakan perusahaan-perusahaan dalam menghadapi cabaran globalisasi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
serta liberalisasi. Rang undang-undang ini yang dilihat mampu memberi perlindungan dan kebaikan kepada pengguna di Malaysia dalam menyediakan kepelbagaian barangan dan perkhidmatan pada harga yang lebih kompetitif juga adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam memperkenalkan Model Ekonomi Baru sebagai tunjang utama di dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Rang undang-undang ini akan menggalakkan pelaburan kerana memberi keyakinan kepada pelabur bahawa amalan-amalan anti-persaingan yang dianggap sebagai rent-seeking dengan izin, akan dikawal melalui perundangan ini. Juga seperti mana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa beliau menyampaikan ucapan dalam Model Ekonomi Baru baru-baru ini.
Ekonomi domestik harus menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing bagi merealisasikan program transformasi ekonomi Malaysia ke arah melonjakkan kualiti hidup rakyat semua kaum.
Ia selari dengan dasar liberalisasi yang diamalkan oleh kerajaan pada masa kini dalam membantu negara muncul sebagai pangkalan operasi pelaburan peringkat serantau dan antarabangsa di samping mengekalkan pelaburan dalam sektor sedia ada seperti sektor sumber dan perusahaan. Kepada pengguna, anti- persaingan akan menghapuskan hak pengguna untuk membuat pilihan oleh kerana hak pengguna untuk memilih telah dihapuskan maka perusahaan mengenakan harga yang tinggi bagi sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan adanya undang-undang ini, hak pengguna secara tidak langsung juga akan dapat dipelihara.
Bagi perusahaan pula, amalan anti-persaingan berleluasa boleh menyebabkan pengecualian perusahaan lain daripada sesuatu pasaran. Selain daripada itu juga, persaingan antara perusahaan untuk memenangi pengguna adalah faktor penting yang mendorong sesuatu perusahaan untuk menjadi lebih efisien dan lebih inovatif. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia kini mempunyai perundangan undang-undang berkenaan amalan anti-persaingan dalam bidang-bidang yang khusus seperti tenaga dan komunikasi, tetapi tidak ada sesuatu undang-undang persaingan yang menyeluruh bagi semua sektor.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar ekonomi, pengenalan rang undang-undang ini juga akan memberikan impak yang besar terhadap ekonomi negara, terutamanya dalam menarik pelaburan asing serta peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar. Kewujudan persekitaran ekonomi yang menggalakkan persaingan di antara firma-firma memudahkan proses kemasukan bagi perniagaan baru. Hasil kajian juga menyokong penemuan empirical bahawa rintangan kepada persaingan menghalang inovasi pertumbuhan dan kemakmuran.
Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini adalah merupakan undang-undang yang digubal dengan mengambil kira kehendak dan kepentingan negara. Ia bukannya berdasarkan permintaan ataupun desakan daripada mana-mana pihak luar terutamanya dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang mendesak supaya satu bab berasingan mengenai dasar persaingan diadakan di dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas
(FTA).
Ia juga adalah selaras dengan matlamat ASEAN Economic Community Blueprint yang menggariskan supaya negara-negara anggota ASEAN mengadakan dasar persaingan masing-masing menjelang tahun 2015. Satu kumpulan kerja di kalangan ASEAN telah diwujudkan iaitu ASEAN Experts Group on Competition (AEGC) di mana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merupakan ahli dalam kumpulan ini. AEGC sedang
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
aktif menentukan roadmap dengan izin, bagi ahli-ahli untuk mencapai matlamat seperti yang ternyata dalam AEC Blueprint.
Untuk makluman, sehingga kini terdapat lebih daripada 105 buah negara di seluruh dunia telah menguatkuasakan Rang Undang-undang Persaingan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Negara-negara seperti Mongolia, Afrika Selatan dan juga Sri Lanka sudah pun mempunyai undang-undang ini. Negara-negara seperti Kanada dan Amerika Syarikat merupakan di antara negara yang terawal yang memperkenalkan Undang-undang Persaingan pada tahun 1889 dan 1890. Manakala United Kingdom telah memperkenalkan Akta Persaingan pada tahun 1998. Di kalangan anggota ASEAN negara-negara yang telah memperkenalkan Undang-undang Persaingan adalah Thailand pada tahun 1992, Indonesia pada tahun 1999, Vietnam pada tahun 2004 dan Singapura pada tahun 2005. Manakala Brunei, Laos, Cambodia, Filipina dan Myanmar sedang dalam proses memperkenalkan Undang-undang Persaingan di negara masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah meneliti dan menjalankan kajian mengenai Undang-undang Persaingan yang diamalkan di negara-negara lain termasuk di United Kingdom, Australia, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Singapura. Di mana amalan-amalan terbaik di peringkat antarabangsa ini telah dijadikan rujukan untuk dimasukkan di dalam rang undang-undang ini. Akan tetapi, pada masa yang sama kementerian tetap mengutamakan ciri-ciri dan keperluan ekonomi negara secara spesifik atau lebih terperinci dengan konsep ekonomi negara yang kecil dan terbuka.
Kementerian juga aktif mengadakan siri konsultasi, konsultasi awam bersama-sama agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC, sektor swasta, persatuan pengguna dan dewan-dewan perniagaan. Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi pandangan, ulasan dan input semasa proses konsultasi di jalankan oleh kementerian. Untuk makluman rang undang-undang ini turut mengandungi maklum balas dan cadangan yang relevan hasil daripada konsultasi tersebut.
Rang Undang-undang Persaingan ini tidak akan mengandungi peruntukan substantif mengenai kawalan ke atas aktiviti percantuman dan pengambilalihan ataupun mergers and acquisition. Setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak, agensi seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia bagi menjamin hasrat kerajaan untuk menggalakkan pembangunan pasaran modal di Malaysia. Ianya juga selaras dengan dasar negara dalam menggalakkan aktiviti percantuman dan pengambilalihan di kalangan perniagaan bagi mengukuhkan ekonomi domestik serta memajukan persaingan korporat global.
Perkara ini tidak seharusnya dibimbangkan kerana kajian yang telah dibuat oleh kementerian menunjukkan bahawa negara-negara seperti Kesatuan Eropah hanya memperkenalkan percantuman dan pengambilalihan selepas 30 tahun undang- undang mengenai persaingan diperkenalkan. Begitu juga dengan negara Indonesia iaitu selepas 10 tahun dan negara Singapura selepas tiga tahun.
Izinkan saya memaklumkan beberapa ciri utama rang undang-undang ini.
Bahagian I rang undang-undang ini mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa, tafsiran dan pemakaian.
Bahagian II terdiri daripada fasal 4 hingga 13. Mengandungi peruntukan mengenai larangan terhadap amalan anti persaingan iaitu perjanjian anti persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Fasal 4 menyentuh mengenai kategori-kategori perjanjian anti persaingan.
Fasal 6 dan 8 memperuntukkan pengecualian daripada larangan iaitu pengecualian secara individu dan pengecualian secara blok. Fasal 10 menyentuh mengenai penyalahgunaan kedudukan dominan. Fasal 11 dan 12 memperuntukkan kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan untuk menjalankan kajian semula pasaran ataupun market review. Fasal 13 mengandungi peruntukan untuk kecualian.
Bahagian III terdiri daripada fasal 14 hingga 34. Memperuntukkan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan bagi Suruhanjaya Persaingan dan menerangkan tatacara penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah perundangan ini.
Bahagian IV terdiri daripada fasal 35 hingga 43. Menyentuh mengenai keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan ke atas kes-kes anti persaingan. Fasal 41 memperuntukkan mengenai rejim kelonggaran bagi perusahaan-perusahaan untuk menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan.
Bahagian V terdiri daripada fasal 44 hingga 60. Menyentuh mengenai proses rayuan kepada sebuah tribunal yang dikenali sebagai Tribunal Rayuan Persaingan.
Bahagian VI terdiri daripada fasal 61 hingga 67. Menyentuh mengenai penalti, kompaun ke atas kesalahan, hak tindakan persendirian dan kuasa untuk membuat peraturan dan mengeluarkan garis panduan.
Tuan Yang di-Pertua, objektif rang undang-undang ini adalah untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan. Dengan itu juga melindungi kepentingan pengguna dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Dalam fasal 3, skop rang undang-undang ini akan terpakai kepada semua aktiviti komersial tanpa mengira status pemilikan atau entiti. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini tidak akan merangkumi aktiviti-aktiviti yang melibatkan kuasa kerajaan secara langsung atau tidak langsung. Aktiviti berasaskan prinsip perpaduan dan sebarang pembelian barangan atau perkhidmatan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan semula barangan atau perkhidmatan tersebut sebagai sebahagian daripada sesuatu aktiviti ekonomi. Skop pemakaian rang undang-undang ini adalah selari dengan undang-undang persaingan negara-negara maju seperti Eropah dan United Kingdom. Sehubungan dengan itu, sebarang aktiviti perolehan yang dijalankan oleh kerajaan tidak akan dikawal selia oleh Rang Undang-undang Persaingan ini.
Namun demikian, pembida-pembida semasa proses aktiviti perolehan kerajaan adalah tidak terkecuali daripada larangan rang undang-undang ini.
Larangan seperti perjanjian anti persaingan contohnya penetapan harga pasaran dan bid rigging dan penyalahgunaan kedudukan dominan adalah terpakai terhadap pembida-pembida tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, 25% daripada kes-kes persaingan di negara membangun melibatkan bid rigging.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai konsep ekonomi yang kecil dan terbuka Malaysia turut terdedah dengan kesan-kesan aktiviti seperti anti persaingan daripada entiti perniagaan yang beroperasi di luar negara.
Oleh yang demikian, fasal 3 dalam rang undang-undang ini juga memperuntukkan pemakaian extra territorial terhadap Undang-undang Perlanggaran di bawah rang undang-undang yang membenarkan tindakan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
undang-undang diambil terhadap suatu amalan anti persaingan yang dijalankan di luar negara jika aktiviti komersial luaran tersebut memberi kesan kepada persaingan di dalam Malaysia. Ini adalah penting kerana dasar liberalisasi pasaran yang sedang diamalkan oleh bukan sahaja Malaysia tetapi juga negara-negara lain dirantau ini.
Beberapa peruntukan dalam rang undang-undang ini mengandungi larangan-larangan terhadap perjanjian anti persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan yang menghalang, mengehadkan atau mengganggu persaingan. Fokus utama kerajaan bukanlah untuk melaksanakan penguatkuasaan terhadap kesemua bentuk aktiviti yang bersifat anti persaingan.
Akan tetapi, untuk menghalang aktiviti yang ternyata memberi kesan negatif terhadap persaingan dalam pasaran atau tidak mempunyai manfaat secara langsung kepada ekonomi. Dalam menentukan sama ada sebarang aktiviti atau perjanjian bersifat anti persaingan, pertimbangan akan diberikan, jika terdapat faedah yang signifikan dan dapat dikenal pasti dari segi teknologi dan inovasi, produktiviti atau tahap efficiency ekonomi untuk jangka masa panjang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Langkah ini dapat memastikan kerajaan tidak menghalang perkembangan inovasi dan pembangunan perniagaan. Bahagian II, bab 1 dan 2, rang undang- undang ini mengandungi peruntukan mengenai amalan anti persaingan yang mana melarang sebarang bentuk perjanjian, keputusan, dan amalan yang akan menghalang, mengehadkan atau mengganggu persaingan dalam pasaran. Ini merangkumi sebarang bentuk perjanjian di antara perusahaan untuk menetapkan harga, mengurangkan kuantiti barangan atau perkhidmatan yang dijual atau berkongsi pasaran.
Dengan ini, Rang Undang-undang Persaingan ini mengandungi dua larangan utama amalan anti persaingan iaitu yang pertama, larangan terhadap perjanjian anti persaingan. Contoh-contoh perjanjian anti persaingan adalah aktiviti menetapkan harga. Perjanjian pembahagian pasaran atau bid rigging dan yang kedua larangan terhadap penyalahgunaan kedudukan dominan. Contoh-contoh penyalahgunaan kedudukan dominan oleh sesuatu perusahaan adalah menetapkan harga belian, jualan yang tidak adil atau penjualan barangan atau perkhidmatan di bawah kos.
Bab 1, fasal 6 hingga 9 rang undang-undang ini juga memperuntukkan pengecualian daripada larangan perjanjian anti persaingan iaitu pengecualian individu dan pengecualian blog. Jika sesuatu perusahaan berjaya memenuhi kriteria-kriteria berikut;
(i) terdapat faedah yang signifikan yang dapat dikenal pasti dari segi teknologi, kecekapan atau sosial yang berbangkit daripada perjanjian itu;
(ii) perjanjian tersebut adalah suatu keperluan untuk mendapatkan faedah tersebut dalam perkataan lain kaedah tersebut tidak dapat dicapai dengan cara lain melainkan dengan memasuki dalam perjanjian tersebut;
(iii) kesan negatif perjanjian tersebut adalah berkadar dengan faedah yang diberikan; dan
(iv) perjanjian tersebut tidak membenarkan perusahaan yang berkenaan untuk menghapuskan persaingan sama sekali.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terdapat juga peruntukan mengenai kecualian, dalam bab 4 fasal 13 iaitu yang pertama, sesuatu perjanjian atau perlakuan setakat yang ia terlibat dalam satu perintah untuk mematuhi suatu kehendak perundangan. Kedua, aktiviti perundingan atau perjanjian kolektif. Ketiga, sesuatu perusahaan yang diamanahkan dengan pengendalian perkhidmatan yang berkepentingan ekonomi am.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini tidak akan memperuntukkan sebarang pengecualian khusus kepada GLC. Ini disebabkan seperti yang dijelaskan, rang undang-undang ini akan mengawal selia semua aktiviti komersial tanpa mengira status pemilikan atau entiti. Oleh itu, segala aktiviti komersial GLC tertakluk kepada rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun, GLC seperti mana perusahaan-perusahaan lain boleh mendapat pengecualian sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah fasal 5 rang undang- undang ini.
Pemakaian Rang Undang-undang Persaingan ke atas GLC adalah perlu memandangkan penglibatan GLC di dalam pasaran bursa Malaysia adalah melebihi 36% pasaran tempatan. Ia juga selari dengan hasrat transformasi GLC untuk mewujudkan GLC yang mampu bersaing dengan yakin di peringkat domestik dan antarabangsa. Bahagian III, fasal 14 hingga 34, Suruhanjaya Persaingan akan diberikan kuasa untuk melaksanakan tugas-tugas penyiasatan dan penguatkuasaan ke atas aktiviti-aktiviti anti persaingan.
Selain daripada itu, fungsi anggota Suruhanjaya Persaingan adalah menilai dan mempertimbangkan kesemua kes-kes perlanggaran Undang-undang Persaingan yang dirujuk kepadanya oleh Pegawai Suruhanjaya Persaingan serta menjatuhkan hukuman penalti ke atas pihak yang terbabit. Selain daripada penalti wang, pihak yang terbukti melanggar undang-undang persaingan boleh dikenakan tindakan saman oleh pihak yang menanggung kerugian atau kerosakan.
Bahagian V, fasal 44 hingga 60, membenarkan proses rayuan dilaksanakan. Keputusan perlanggaran-pelanggaran. Jumlah penalti yang dikenakan dan interim measures yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan boleh dirayu oleh mana-mana orang yang terjejas dengan keputusan tersebut kepada sebuah tribunal yang dikenali sebagai Tribunal Rayuan Persaingan. Keanggotaan Tribunal Rayuan Persaingan ini akan terdiri daripada seorang pengerusi dan tujuh hingga 20 orang ahli-ahli lain.
Pelantikan Presiden Tribunal dibuat berdasarkan pencalonan oleh Ketua Hakim Negara kepada Menteri dan dipanjangkan kepada Perdana Menteri.
Pengerusi Tribunal adalah terdiri daripada mana-mana hakim Mahkamah Tinggi yang dicalonkan oleh Ketua Hakim Negara. Kerajaan akan melaksanakan Undang-undang Persaingan secara berperingkat. Ini bertujuan untuk menyediakan ruang dan masa bagi Suruhanjaya Persaingan dan Perusahaan bersiap sedia sebelum Undang-undang Persaingan ini dikuatkuasakan.
Dalam fasal pertama yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2011, hanya peruntukan untuk penubuhan Suruhanjaya Persaingan akan dilaksanakan.
Seterusnya, tempoh masa 18 bulan akan di peruntukan sebelum peruntukan- peruntukan lain dikuatkuasakan. Semasa proses peralihan tersebut, Suruhanjaya Persaingan akan menjalankan lebih banyak program di peringkat industri, persatuan, dewan-dewan perniagaan, dan juga sektor awam untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman mengenai undang-undang ini.
Pengalaman perlaksanaan undang-undang seperti ini di luar negara menunjukkan bahawa negara-negara asing juga terlebih dahulu menjalankan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
program-program advocacy dengan izin, sebelum ia dikuatkuasakan. Singapura misalnya memperkenalkan undang-undang ini pada tahun 2005 tetapi ianya dikuatkuasakan setahun kemudian. Indonesia pada tahun 1999 tetapi menumpukan implementasinya kepada advocacy dan hanya pada tahun 2005 telah mengambil satu kes sahaja. Jepun yang memperkenalkan undang-undang persaingan pada tahun 1947 bertumpu kepada advocacy.
Kes pertamanya hanya diambil selepas 40 tahun. Pendekatan secara progresif dan berperingkat ini akan memberi masa bagi perusahaan-perusahaan dan Suruhanjaya Persaingan untuk bersedia menerima dan melaksanakan pelaksanaan Undang-undang Persaingan. Bagi menguatkuasakan peruntukan seperti yang dinyatakan dalam Rang Undang-undang Persaingan. Rang Undang- undang Suruhanjaya Persaingan turut digubal bagi tujuan menubuhkan satu suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Persaingan.
Suruhanjaya ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan Undang-undang Persaingan di Malaysia dijalankan dengan telus, teratur serta bebas dari pengaruh luar serta mempunyai kemampuan untuk menerima aduan melaksanakan penyiasatan, mengenakan hukuman bagi pelanggaran di bawah Undang-undang Persaingan, dan merangka prosedur yang terperinci dalam mengendalikan penyiasatan dan prosiding.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan ini akan turut dibaca kali kedua di sesi Parlimen ini juga. Bahagian VI, fasal 64 rang undang-undang ini memperuntukkan hak permohonan tindakan persendirian bagi pihak yang menanggung kerugian selepas diputuskan oleh Suruhanjaya Persaingan, yang mana tindakan ini juga boleh dianggap sebagai langkah tambahan terhadap pencegahan anti persaingan.
Bahagian II, fasal 11 dan 12, memperuntukkan kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan untuk menjalankan kajian semula pasaran atau market review dengan izin dalam menentukan sama ada terdapat sebarang unsur yang boleh menghalang, mengehadkan atau mengganggu persaingan dalam pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, kementerian mempunyai keyakinan sepenuhnya bahawa rang undang-undang ini akan membawa kepada suatu keadaan yang mana pasaran akan bertindak secara efisien dan keyakinan pelabur akan meningkat kerana ia satu undang-undang yang akan mengawal selia tatacara pasaran dengan izin, behavior of market.
Kenyataan bahawa persaingan secara prinsipnya memberikan kesan terbaik kepada keseluruhan skop ekonomi sememangnya diakui dan dipersetujui dalam kebanyakan ekonomi negara-negara lain. Sebagaimana konsep persaingan dalam bidang sukan, persaingan dalam bidang ekonomi hanya akan berfungsi dengan adanya undang-undang atau peraturan yang perlu dipatuhi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang ini memperuntukkan undang-undang dan peraturan tersebut dan menyediakan kerangka undang-undang bagi peserta-peserta di bawahnya bersaing secara adil. Oleh itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk daripada Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini amat diharapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Tan Lian Hoe
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan dan dengan demikian itu melindungi kepentingan pengguna dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ringkas sahaja. Saya rasa negara kita memang memerlukan rang undang-undang ini dan agak hairan juga kita memakan masa yang cukup panjang untuk mengadakan peruntukan rang undang-undang seperti ini bagi memastikan persaingan dalam industri-industri di negara kita ini dan sekali gus membantu melindungi pengguna dan sebagainya.
Cuma apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri, ada beberapa perkara yang saya minta diperjelaskan. Apakah kementerian akan memastikan syarikat-syarikat yang ingin mengambil alih syarikat lain, take over dengan izin – Kadang-kadang banyak syarikat ini menggunakan cara-cara yang kreatif untuk mewujudkan keadaan monopoli walaupun mungkin syarikat itu bergerak ataupun berada dalam industri masing-masing.
Mungkin ada dua atau tiga buah syarikat yang berkecimpung dalam industri tersebut. Akan tetapi, ada juga masa-masa dan ketikanya syarikat yang besar itu akan menggunakan cara take over dengan izin, walaupun secara tidak langsung dengan menggunakan individu-individu yang berlainan daripada syarikat mereka untuk menguasai syarikat-syarikat yang bersaing dengan mereka dalam pasaran mereka itu.
Jadi, ini berlaku secara berleluasa yang tidak melibatkan industri berat ataupun GLC ataupun MNC dengan izin, tetapi lebih pada syarikat-syarikat yang sederhana dan kecil. Mereka akan membeli melalui pembelian saham dan sebagainya dengan menggunakan proksi. Ini perlu juga dipantau sebelum ia menjadi satu permasalahan dan melanggar Akta Undang-undang Persaingan 2010 ini.
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang ada juga syarikat- syarikat ini yang menggunakan sistem prinsipal yang mana mereka akan cuba untuk mendapatkan prinsipal – menjadi ejen prinsipal di negara Malaysia, negara kita. Dengan cara itu, dengan mendapat eksklusif principal agencies ini, maka syarikat-syarikat tersebut secara efektifnya tidak membenarkan syarikat-syarikat lain menjadi agensi kepada prinsipal yang berada di luar negara.
Yang beratnya lagi kadang-kadang ada juga syarikat-syarikat ini yang akan bersekongkol dengan sesetengah pihak di dalam kerajaan yang mana pegawai-pegawai kerajaan akan memastikan spec kontrak itu dikuasai oleh agensi ataupun prinsipal sesebuah syarikat. Ini juga adalah salah satu cara syarikat- syarikat ini mendapat kelebihan secara tidak sihat dan monopoli.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi apakah pihak kerajaan akan memantau syarikat-syarikat yang mendapat eksklusif principal agencies ini? Saya pun tidak faham bagaimana caranya nanti kerajaan akan meminta prinsipal ini pula jangan hanya melantik sebuah syarikat di negara kita. Ini amat penting kerana kadang-kadang ini bukan keputusan syarikat di Malaysia ini tetapi ini adalah keputusan syarikat prinsipal tersebut. Akan tetapi dengan keputusan syarikat prinsipal tersebut, akan mewujudkan satu monopoli yang tidak sihat dan melanggar semangat Undang- undang Persaingan 2010 ini.
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan tentang bagaimana cara-caranya syarikat-syarikat boleh mendapatkan pengecualian. Saya setuju ada beberapa perkara yang perlu dikecualikan seperti mana yang termaktub di dalam akta ini. Akan tetapi pada sayalah Tuan Yang di- Pertua, kerajaan harus memikirkan secara jangka panjang. Kalau pun kerajaan ingin membantu sebuah syarikat oleh kerana mungkin di dalam industri yang di kecimpung oleh syarikat tersebut itu memerlukan protection buat sementara waktu, ia mesti diberikan had. Mesti diberikan had. Jangan digunakan hanya hujah-hujah yang mengatakan mereka ini harus dilindungi, maka mereka diletakkan di dalam pengecualian itu.
Pada saya, kalau mereka perlu diberikan pengecualian di dalam jangka masa yang awal, incubation period contohnya, itu tidak menjadi masalah tetapi kita harus meletakkan had. Kalau tidak, akhirnya nanti banyak syarikat ini yang minta pengecualian termasuk juga GLC oleh kerana status mereka sebagai syarikat kerajaan, akan meminta berduyun-duyun berjumpa dengan Menteri untuk meminta pengecualian.
Jadi kita harus meletakkan juga had sama ada lima tahun atau dua tahun atau tiga tahun untuk mereka berada di dalam senarai pengecualian ini. Selepas itu, mereka harus membuka industri ini kepada semua orang agar persaingan yang sihat ini akan dapat membantu hasrat kementerian dalam semangat Rang Undang-undang Persaingan 2010 ini.
Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya rasakan untuk kita lebih efektif dalam memberi persaingan dalam industri-industri di Malaysia ini, saya rasa syarikat-syarikat kerajaan juga haruslah tidak melibatkan diri di dalam semua jenis perniagaan. Ada kadang-kadang anak syarikat GLC ataupun anak syarikat kerajaan memasuki sektor-sektor perniagaan yang kadang-kadang kalau mereka masuk oleh kerana status mereka sebagai GLC atau anak syarikat GLC, maka terdapat kesan crowding out dengan izin. Ini kerana tender-tender itu akan dapat dimenangi dengan senang oleh GLC ataupun anak-anak syarikat GLC tersebut.
Contohnya, kadang-kadang kita melihat ada syarikat-syarikat kerajaan yang berkecimpung di dalam industri IT, sedangkan IT ini adalah satu industri yang agak senang dimasuki dan diminati oleh golongan muda contohnya. Maka kita mendapati banyak syarikat kecil yang tumbuh seperti cendawan memasuki industri IT ini. Akan tetapi amalan syarikat-syarikat GLC ialah untuk menubuhkan juga syarikat-syarikat-syarikat subsidiari mereka yang berkecimpung di dalam IT dan mereka ini telah memasuki tender-tender kerajaan.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Oleh kerana mereka ini berstatus GLC dan juga mendapat dukungan dan sokongan daripada kerajaan, maka tender-tender kerajaan ini selalunya dimenangi oleh mereka ini. Ini pun salah satu cara persaingan yang tidak sihat dan juga sedikit sebanyak menimbulkan kecurigaan dan monopoli yang mana bertentangan
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
juga dengan semangat Undang-undang Persaingan 2010 ini. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga ingin bahas rang undang-undang yang dibentangkan. Terlebih dahulu saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri iaitu mengapa Rang Undang-undang Persaingan 2010 yang dibentangkan dahulu daripada Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010? Sebab rang undang-undang yang dibentangkan pada malam ini banyak adalah merujuk kepada suruhanjaya dan juga ada berkaitan dengan suruhanjaya. Sebab itu saya tidak berapa faham mengapa bukan Rang Undang Suruhanjaya Persaingan 2010 dibentang dahulu dan dibahas dan diluluskan dan baru kita bincang atau kita bahas atas Rang Undang-undang Persaingan.
Saya difahamkan rang undang-undang ini bertujuan untuk memasukkan larangan ke atas perakuan dan amalan anti persaingan. Matlamatnya adalah untuk menggerakkan pembangunan ekonomi dengan melindungi proses persaingan dan demikian itu melindungi kepentingan pengguna. Memang saya setuju atas tujuan dan matlamat ini.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri menerangkan lebih lanjut tentang tujuan dan matlamat ini, bagaimana kita tidak akan menjejaskan dengan liberalisasi pasaran atau free market yang tadi ada sedikit idea diterangkan Yang Berhormat Menteri demi tidak menjejaskan liberalisasi pasaran dan juga dapat kita meningkatkan pengeluaran produk kita demi persaingan dengan negara-negara yang lain. Ini amat penting kerana jika ada sekatan yang akta ini menjadi sebagai satu sekatan, mungkin ini akan menjejaskan produk kita. Saya harap dapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.
Dalam akta ini dikatakan juga boleh dipakai di luar Malaysia iaitu dikatakan jika apa-apa aktiviti komersial yang dijalankan di luar Malaysia ini mempunyai kesan terhadap persaingan dalam apa-apa pasaran di Malaysia. Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita dapat memakai akta ini jika urus niaga ini diadakan di luar negara atau mungkin syarikat tempatan berkongsi dengan syarikat luar negara dan apakah kesan yang akan dibawa? Adakah akta ini boleh diterima oleh negara-negara lain? Mungkin satu akta international law yang akan dapat melindungi akta ini. Sebab itu saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.
Tadi saya difahamkan semasa Yang Berhormat Menteri membentangkan rang undang ini, dikatakan GLC ini tidak dikecuali dari akta ini. Saya juga baca di dalam fasal 3(4) dikatakan, bagi maksud akta ini aktiviti komersial ertinya:
(a) apa-apa aktiviti yang bersifat komersial tetapi tidak termasuk apa-apa aktiviti secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan kuasa kerajaan;
(b) apa-apa aktiviti yang dijalankan berasaskan pada prinsip perpaduan; dan
(c) apa-apa pemberian barangan atau perkhidmatan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan barangan atau
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
perkhidmatan sebagai sebahagian daripada satu aktiviti ekonomi.
Kedua dan ketiga ini saya rasa amat dengan izin seluruh negeri area sana sebab itu saya juga minta Menteri dapat memberitahu Dewan yang mulia ini ketiga-tiga ini, bagaimanakah jika ini dapat pengecualian? Adakah ini akan terlibat dengan anak syarikat dalam agensi kerajaan atau GLC yang gunakan asas ini supaya dapat pengecualian? Is this going to syarikat GLC atau anak syarikat atau agensi kerajaan menggunakan kedua-dua fasal 4 iaitu (a),(b),(c) supaya mereka dapat dikecualikan dari akta ini.
Ini kerana jika mereka dapat pengecualian dari akta ini, memang kita jadikan satu keadaan yang swasta dengan agensi kerajaan atau GLC ini tidak dalam satu platform yang sama rata. Ini memang seperti Yang Berhormat Kota Belud, saya amat setuju apa yang dikatakan Yang Berhormat Kota Belud bahawa keadaan ini kita perlu pembaikan kerana kita memang menghadapi monopoli dalam banyak bidang di negara kita. Dengan ada akta ini, mungkin kita perlu memberikan satu had masa supaya syarikat-syarikat atau GLC yang monopoli dalam bidang-bidang ini perlu diberikan satu had masa supaya go back into open market.
Saya juga ingin satu perkara lagi tentang cara pengecualian iaitu ada saya nampak tadi semasa Yang Berhormat Menteri bentangkan cara untuk mendapat pengecualian dan juga dalam rang undang-undang ini ada juga terkandung dengan kriteria atau ciri-ciri untuk mereka mendapat pengecualian.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita dapat memastikan bahawa semasa membuat permohonan untuk pengecualian ini tidak jadi satu macam repeat atau kelewatan. Ini kerana dalam business ini times is money. Kalau kerana mohon untuk satu pengecualian perlukan masa yang panjang dan urus niaganya kemungkinan besar terpaksa dilewatkan. Sebab itu saya juga minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Saya ingat inilah sahaja beberapa perkara saya ingat minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ringkas sahaja. Pertama sekali saya ingin merakamkan tahniah kepada kerajaan oleh kerana telah membentangkan dua rang undang-undang ini iaitu Rang Undang-undang Persaingan 2010 dan juga Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. Saya juga berpendapat bahawa ini adalah tepat masanya bagi kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang ini dan ini mencerminkan nekad kerajaan untuk mewujudkan satu sistem ekonomi yang efisien dan juga telus.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa keadaan monopoli ini adalah satu masalah yang mengongkong perkembangan sesuatu ekonomi.
Monopoli ini mempunyai beberapa bentuk khasnya berbentuk dalam kegiatan pembelian perkhidmatan dan juga barangan dan juga penjualan barangan dan perkhidmatan. Apabila kedua-dua faktor ini wujud, maka inilah yang menyebabkan mengongkong pertumbuhan ekonomi yang sihat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan persetujuan saya dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi mengenai dengan pengecualian kepada GLC kerajaan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Saya tidak mengatakan bahawa semua operasi di luar jawatan GLC ini tidak efisien. Akan tetapi, apabila kerajaan memberi satu pengecualian pada sebuah GLC atas nama untuk memelihara pertumbuhan GLC itu maka sekali gus ianya mewujudkan satu keadaan monopoli.
Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, di Sabah ini pembelian getah umpamanya kerajaan negeri telah memberikan satu pengecualian kepada ataupun satu kebenaran kepada Rubber Fund Board, Lembaga Tabung Getah dan Industri Sabah untuk membeli getah. Monopoli di Sabah, apa yang terjadi ialah harga yang ditawarkan kepada penjual-penjual getah di Sabah ini begitu rendah sekali berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung.
Sabah yang terendah sekali, Sarawak lebih tinggi dan Semenanjung yang tertinggi. Ini disebabkan ialah monopoli. Di Sarawak saya difahamkan tidak ada satu syarikat yang monopoli. Ini terbuka pasaran itu sebabnya ada persaingan harga. Jadi apabila ditanya sebab kenapa harga getah di Sabah ini isu monopoli ini dielak, bermacam-macam alasan diberi. Akan tetapi pada hakikatnya keadaan monopoli menyebabkan harga jadi ‘suppress’. Jadi saya kira dalam konteks ini saya ambil satu contoh sahaja. Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya kerajaan betul-betul memberi perhatian dan tindakan sewajarnya supaya petani- petani ataupun penanam getah di Sabah ini dapat dibela. Selama ini mereka sangat merungut soal getah. Ya.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Tuaran. Isu yang dibawa tentang isu getah ini adalah satu perkara yang begitu relevan sekali kerana kawasan saya juga mempunyai kawasan penanaman getah yang begitu luas sekali. Namun apabila kita bercakap tentang monopoli di negeri Sabah ini,selalunya pihak yang terbabit dalam pembelian getah ini akan menggunakan alasan bahawa mereka ini telah mengeluarkan modal. Kerajaan, ini kerajaan ini, mengeluarkan modal, memberi kepakaran dan sebagainya dan akhirnya menggunakan alasan itu untuk diberi monopoli atau hak untuk membeli balik latex ataupun getah asli itu.
Jadi ini pun mungkin menggunakan kekuatan kerajaan itu untuk memonopolikan dan seterusnya melanggar semangat rang undang-undang ini.
Bagaimana pendapat Yang Berhormat Tuaran?
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Saya bersetuju berkaitan dengan pendirian pihak yang berkenaan Rubber Fund Board yang mengatakan bahawa mereka ini berhak untuk menjadi pembeli monopoli di Sabah oleh kerana mereka ini terlibat dalam geran, pemberian, penanaman semula dan sebagai getah.
Akan tetapi, kita jangan lupa bahawa di Sabah ini ada sesi yang dipungut daripada penjualan getah dan mereka ini memungut secara monopoli dan wang ini disalurkan kembali. Ini menjadi digunakan sebagai asas untuk suppress harganya.
Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada syarikat-syarikat yang dibenarkan untuk beroperasi di Sabah sekali gus kita yakin bahawa harganya akan terbela dan ini adalah permintaan daripada rakyat. Ini satu contoh di mana GLC ini sekiranya terus dilindungi dan tidak mengambil kira kebajikan rakyat yang terlibat dalam industri ini selama-lamanya tidak akan terjamin.
Berkaitan dengan isu ini Tuan Yang di-Pertua, satu alasan yang juga dikaitkan dengan harga getah ini ialah mengenai dengan cover tax policy. Ini juga satu kaedah dan cartel di mana barangan di kalangan pelabuhan di Malaysia ini harus diberi keutamaan dari segi pengadilannya kepada syarikat-syarikat
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
perkapalan yang terdapat di Malaysia. Jadi saya memikirkan bahawa sekiranya kedua-dua unsur monopoli ini ditimbang semula, di review maka keadaan harga komoditi utama ini dapat dibela di masa akan datang.
Satu contoh lagi Tuan Yang di-Pertua, dari segi monopoli pemberian khidmat saya kira di Sabah dan Sarawak begitu juga di Sabah umpamanya, dalam beberapa tahun yang lalu pemberian perkhidmatan sekuriti telco ini dimonopoli oleh Telekom Malaysia. Harga (rate) itu satu perkara yang tersendiri. Akan tetapi, dalam masa-masa yang lalu apabila keperluan untuk extend service daripada kawasan-kawasan luar bandar oleh kerana Telekom dahulu dia monopoli dia mempunyai pilihan sama ada menyediakan perkhidmatan atau tidak. Kita sering mendengar bahawa apabila sesuatu kawasan itu memerlukan perkhidmatan Telekom dan ada masalah laluan dan sebagainya, kalau kita ini diberi laluan maka kita mempunyai pilihan untuk tidak memberi perkhidmatan. Sebenarnya mereka dapat memegang peranan ini kerana mereka ini monopoli.
Akan tetapi, sekarang ini syukurlah kerana banyak telco yang telah masuk dalam pasaran. Selain itu juga dari segi tenaga elektrik umpamanya sehingga hari ini masih ada monopoli. Mengapa tidak kerajaan memikirkan untuk membenarkan syarikat yang lain untuk bersaing sama ada ianya syarikat-syarikat yang bakal untuk berkecimpung dalam industri ini boleh menawarkan khidmat yang lebih rendah atau tidak tetapi kita berpegang kepada prinsip bahawa apabila ada competition, ada persaingan ia akan sekurang-kurangnya stabilized cost.
Dari segi perkhidmatan kerajaan pula Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa konsep direct negotiation ini pun merupakan satu daripada unsur monopoli. Saya ambil contoh apabila sesebuah syarikat ini dibagi hak mutlak untuk membekal satu barangan umpamanyalah bangku sekolah di seluruh negara atau satu negeri tanpa dibuka tender dan sebagainya. Maka hasilnya ialah kos itu tidak dapat disaingi.
Kedua, kualiti barangan itu juga tidak dapat dijamin. Oleh kerana pembekal itu monopoli maka mereka suka hati sahaja dia bagi bangku atau kerusi yang mempunyai kualiti yang ditetapkan atau tidak maka dia mempunyai kelonggaran sebab dia ini monopoli. Begitu juga seperti perkhidmatan pemeriksaan doktor FOMEMA iaitu bagi kepada satu syarikat yang mempunyai hak monopoli untuk memeriksa pembayar pekerja asing. There is no competition.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat unsur-unsur di mana perkhidmatan itu disalah gunakan oleh mereka underground. Saya tidak menuduh FOMEMA ini buat perkara yang tidak betul tapi kita tahu bahawa di peringkat akar umbi, ada amalan-amalan di mana pemeriksaan pekerja asing itu dijalankan tanpa mengikut peraturan yang tertentu. Pemeriksaan darah umpamanya, apabila pekerja itu bayar fi yang tertentu maka dia dapat sedikit clearance. Ini berleluasa dan kalau sekiranya perkhidmatan ini dibuka secara terbuka maka saya kira competition itu akan memberi meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan.
Jadi saya kira Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah saya ingin tekankan sekali lagi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Belud. Pengecualian secara mutlak kepada GLC janganlah dibuat secara automatik demi untuk mewujudkan satu ekonomi yang sihat kita harus menimbangkan sama ada perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu GLC itu baik untuk ekonomi negara atau tidak. Jangan automatik. Jadi minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Tadi saya tidak berapa clear lah sama ada automatik ataupun perlu melibatkan satu persatu, case by case. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pendang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya kesempatan untuk sama-sama bahas dalam Akta Persaingan ini. Pertama sekali, ia merupakan satu yang ditunggu-tunggu terutamanya oleh pengguna dan juga oleh persatuan pengguna. Jadi kita mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.
Ini kerana kita tahu pada masa ini ada beberapa komoditi di mana telah wujud amalan monopoli ini seperti umpamanya beras, gandum, gula dan sebagainya. Industri yang bersifat monopoli ini sering kali menaikkan harga barangan mereka sekiranya barangan terbabit bukannya berada dalam senarai barangan kawalan lebih-lebih lagi apabila berlakunya musim-musim perayaan. Ini sudah pasti akan menimbulkan kegelisahan kepada pengguna khususnya yang berpendapatan rendah.
Oleh itu apabila Akta Persaingan ini diwujudkan, amalan monopoli ini diharap dapat dibanteras. Selain itu pengguna juga dapat menggunakan kuasa mereka untuk membuat pilihan terutamanya dalam industri perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik. Saya juga ingin bertanya adakah kerajaan selepas ini akan juga meminda Akta Kawalan Harga Barang 1946? Ini bagi memasukkan peruntukan mengenai anti mengaut keuntungan berlebihan ataupun disebut anti pencatutan. Peruntukan undang-undang ini juga sudah lama diminta oleh persatuan pengguna dan juga pengguna agar ia dilakukan pindaan.
Ini kerana pengguna sering berhadapan dengan kenaikan harga barangan apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang seperti contohnya bahan api, komoditi keperluan asas dan sebagainya. Begitu juga apabila berlaku kenaikan tarif seperti elektrik, air dan seumpamanya. Setiap kali harga atau tarif ini dinaikkan, wujud reaksi jaringan bagi barangan lain yang menggunakan bahan yang dinaikkan harga ataupun tarif. Maksudnya kalau gula naik, habislah teh tarik kah atau perkara-perkara yang menggunakan gula akan turut naik beriringan dengan harga barangan komoditi tersebut.
Maknanya peruntukan undang-undang yang ada pada masa ini adalah bergantung juga pada Akta Harga Kawalan iaitu peniaga perlu meletakkan tanda harga pada barang jualan mereka. Sekiranya tanda harga diletakkan, terserah kepada pengguna untuk membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan berkenaan ataupun tidak. Akan tetapi, apabila peraturan anti pencatutan ini dilaksanakan, jika berlaku kenaikan harga sewenang-wenangnya maka kerajaan boleh mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas perkara tersebut.
Sebenarnya, ada beberapa isu yang timbul hasil daripada pembentangan akta ini. Pertama, kita pergi kepada seksyen 7 misalnya yang membuat pembatalan melalui proses gazet. Saya ingin tahu adakah ini cara efisien ataupun belum kerana ia belum dapat dipastikan. Namun mungkin ia boleh dipertimbangkan oleh kerajaan untuk memberikan kuasa kepada Menteri atas rekomendasi daripada suruhanjaya untuk membuat pembatalan. Saya ingin menyokong apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi, sepatutnya akta suruhanjaya itu disebut terlebih dahulu daripada akta ini tetapi mungkin ia mempunyai alasan yang mungkin diberitahu oleh Menteri selepas ini.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Di bawah seksyen 10 berkenaan dengan salah guna kuasa dominan.
Mungkin ia memberikan kesan kepada firma besar, contohnya Microsoft, TNB dan Telekom. Masing-masing dari syarikat ini berfungsi atas sifat monopoli ke atas perisian komputer misalnya Microsoft, atau membekalkan elektrik bagi TNB dan juga talian telefon yang lain bagi TM. Dalam seksyen 15 juga saya ingin tahu apakah aduan hanya boleh dibuat oleh seseorang dan tidak termasuk entiti lain seperti syarikat atau agensi kerajaan atau pertubuhan atau lain-lain seperti NGO yang ada hubung kait dengan kepenggunaan.
Dalam seksyen 19 juga, adakah ia memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk memegang dokumen untuk selama tempoh yang difikirkan perlu, mungkin kah ini akan menyusahkan peniaga jika dibuat tanpa had masa yang tertentu.
Seksyen 29(2) menyatakan notis bertulis mengenai penyertaan tidak perlu diberikan jika suspek hadir. Mungkin berlaku salah guna kuasa di sini dan di sarankan supaya notis bertulis diberikan tanpa mengira suspek sama ada ia hadir ataupun tidak.
Seksyen 31 Tuan Yang di-Pertua, mengatakan tiada ganti rugi yang boleh diperoleh atas sitaan. Maknanya kalau berlaku sesuatu - premis itu disita. Hal in bercanggah dengan Perkara 13(2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tiada orang yang boleh dilucutkan harganya tanpa pampasan yang mencukupi. Seterusnya seksyen 41 - rejim kelonggaran. Peruntukan seperti ini belum ada dalam akta lain tetapi kenapakah peruntukan seperti ini berada dalam Akta Persaingan ini. Biasanya dalam akta lain, dimasukkan peruntukan berkaitan kuasa untuk mengeluarkan kompaun sahaja.
Dalam seksyen 44, adakah tribunal rayuan persaingan ini hanya satu sahaja yang akan dibentuk? Apakah rasional dibuat tribunal rayuan persaingan?
Adakah ia model seperti mana dalam Mahkamah Persekutuan? Seksyen 45 yang disebut oleh Menteri tadi, saya juga ingin bertanya. Apakah keperluan melantik seorang hakim mahkamah tinggi menjadi presiden? Memadailah dimasukkan peruntukan bahawa presiden itu hendaklah mempunyai kelayakan sebagai seorang Hakim Mahkamah Tinggi.
Ini kerana dalam seksyen 47, Perdana Menteri boleh membatalkan pelantikan sedangkan presidennya adalah seorang hakim. Seorang hakim hanya boleh dibuang ataupun dilucutkan melalui satu tribunal dan ini akan menyebabkan satu embarrassment kepada presiden tersebut. Seterusnya keputusan tribunal kemudiannya akan boleh diulang kaji oleh sebuah Mahkamah Tinggi.
Oleh itu saya harap isu-isu yang saya timbulkan ini dalam perbahasan ini dapat mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dalam sesi jawapan nanti. Sekian Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga turut sama untuk membahaskan Rang Undang-undang Persaingan 2010 yang diperkenalkan oleh pihak kementerian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kementerian yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat di negara ini dapat pembelaan yang sewajarnya dan sesuai dengan dasar ekonomi kerajaan kita sebenarnya mengamalkan dasar ekonomi terbuka.
Apabila rang undang-undang ini diperkenalkan, sudah tentu banyak beberapa perkara yang dapat lagi diperbaiki dari segi pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara kita dalam apa jua bidang. Ini sesuai dengan keadaan perdagangan dunia sekarang ini yang lebih bersifat terbuka. Ia juga
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
bersesuaian apabila kerajaan dan Negara-negara ASEAN termasuk Malaysia dalam perdagangan Free Trade Agreement dengan World Trade Organization.
Semuanya melibatkan kepada persiapan negara kita untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai rang undang-undang yang sesuai yang dapat setidak- tidaknya dapat membela kehendak dan tuntutan semasa daripada pihak pengguna.
Daripada kita lihat, rang undang-undang ini juga kalau kita perkenalkan sekarang ini sudah tentu barang-barang perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat di negara ini daripada pengeluar ataupun kilang dan pembekal serta pengusaha-pengusaha dapat distabilkan. Ini termasuk dari segi harganya dan persaingan untuk mereka menentukan harga sesuatu barang itu akan dapat lebih dikawal dan kompetitif sesuai dengan tuntutan dan kehendak nilai mata wang negara kita sendiri. Begitu juga dari segi mungkin struktur pendapatan rakyat setempat itu dapat diimbangkan.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Dengan adanya juga Akta Persaingan ini sudah tentu dari segi penjualan atau pengedaran barang-barang yang dibuat di negara kita ini akan lebih baik dan terkawal. Sebagai contohnya, mungkin kalau selama ini kita melihat harga barangan di Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak. Sudah tentu dengan adanya rang undang-undang ini kita akan dapat mengenal pasti suatu struktur harga barangan yang dapat disesuaikan dan boleh memenuhi kehendak pembekal itu sendiri, sebab kita tidak mahu melihat apabila mereka menjual sesuatu barangan atau apa pun produk yang mereka akan edarkan itu bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi juga mengambil kira kepentingan pengguna itu sendiri. Di sini kita dapat melihat sifat toleransi di antara dua pihak itu sebagai seorang pengedar ataupun penjual. Kemudian pengguna itu sendiri apabila mereka membeli sesuatu barangan itu mereka akan dapat mencapai sekurang-kurangnya kepuasan hati. Jadi, ini jelas sekali bagaimana pihak kerajaan dapat melihat suasana ini bagi membolehkan lagi.
Kelebihan daripada rang undang-undang ini juga kita akan dapat melihat monopoli yang selama ini kita tahu syarikat-syarikat besar yang cuba menguasai dan kemudian mereka mengawal dari segi jaringan siapa mereka mahu berikan untuk menjual ataupun menjadi wakil kepada pengedar barangan-barangan yang mereka jual. Apabila adanya akta persaingan ini Small Medium Industry and Enterprise (SME), dengan izin, yang sebenarnya kalau kita lihat di negara tertentu sangat penting dan berpengaruh dari segi pertumbuhan ekonomi dan ini juga membolehkan mereka boleh memecahkan tembok untuk memasarkan produk mereka di tempat-tempat yang tertentu. Sudah tentu juga melalui akta ini saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah kementerian berusaha untuk memastikan dengan adanya rang undang-undang ini kita lebih menggalakkan lagi potensi peniaga-peniaga kecil dan pengusaha kecil ini untuk mempromosikan dan menjual barangan mereka kepada syarikat-syarikat yang lebih besar yang selama ini mempunyai kuasa monopoli untuk menentukan dari segi harga dan dari segi pasaran.
Hasil daripada rang undang-undang ini juga kalau kita hubung kait dari segi perkhidmatan diberikan kepada pengguna memang bertambah baik. Mungkin pihak kementerian boleh memperkenalkan juga sistem bagaimana mengawal dari segi packaging nya dan bagaimana cara untuk kita dapat memastikan supaya apa juga yang dibuat untuk kepentingan pengguna itu dapat diambil kira.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Sudah tentu sekali dari segi hubungannya dengan ke arah kita cuba melihat Model Ekonomi Baru berhubung dengan konsep persaingan ini, sudah tentu dari segi idea masyarakat atau rakyat di negara ini akan lebih terbuka untuk mereka meneruskan bidang perniagaan ini diceburi dengan baik sebab mereka yakin bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal dari segi persaingan itu mereka ada pasaran-pasaran tertentu.
Jikalau misalnya di negara kita ini ada hypermarket yang biasanya barangan-barangan yang ditempatkan di hypermarket tersebut kebanyakan telah ditentukan oleh syarikat-syarikat besar ataupun GLCs yang sudah lama establish.
Jadi, dengan memperkenalkan rang undang-undang ini sudah tentu perkara yang dominan itu kita dapat kurangkan dari segi pengaruhnya untuk menentukan sebab kita sendiri sudah banyak contoh. Sebagai contohnya, harga gula dan harga barangan-barangan yang lain yang penting dan boleh mempengaruhi kehidupan kita. Jikalau misalnya persaingan ini dapat kita wujudkan dengan keadaan yang baik dan sihat, maka ini akan menggalakkan lagi dari segi pihak tertentu yang selama ini cuba ada kuasa monopoli ini sudah tentu mereka akan tidak mengambil tindakan yang sewenang-wenangnya ataupun sesuka hati untuk menaikkan harga kepada sesuatu barangan itu.
Apa yang paling penting di sini juga kalau kita melihat seperti produk- produk yang selama ini sudah establish sama ada contohnya barangkali kereta nasional kita yang sekarang ini mungkin kita lebih banyak melindungi dari segi pemasarannya, dari segi pengeluaran komponen yang berkaitan. Dalam rang undang-undang ini juga bila saya melihat dalam skop...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
[Bangun]
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Hendak mencelah?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sedikit. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Silam. Kadang-kadang selain pada produk-produk maknanya dalam monopoli beberapa produk, terdapat juga syarikat-syarikat terutamanya melalui perkhidmatan yang membuat dengan izin, price fix it, maknanya mereka membuat meletakkan harga bagi sesuatu produk.
Sebagai contohnya katakan institusi pendidikan dan sebagainya. Contohnya katakan syarikat yang membekal IPTS ‘A’ yang meletakkan mereka, kata satu kursus RM30,000, walaupun kadang-kadang ada pihak sekolah ‘B’ atau IPTS ‘B’ ini dibolehkan meletakkan RM25,000 tetapi mereka berpakat sesama mereka kita letakkan yuran itu adalah RM30,000. Jadi, dengan cara itu mereka meletakkan harga sesama mereka. Mereka tidak monopoli, mereka seolah-olah bersaing tetapi mereka berpakat untuk meletakkan harga. Adakah ini termasuk dalam rang undang-undang ini?
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih. Mungkin saya melihat dari segi rang undang-undang ini diperkenalkan dari segi persaingan ini saya melihat mungkin konsepnya lebih menumpukan kepada perkhidmatan ataupun barangan-barangan tertentu dan saya ingin supaya pandangan daripada Yang Berhormat Lipis tadi dapat dimuatkan sekali. Sebab memang benar bahawa sebab kita melihat seperti industri pendidikan, pelancongan dan sebagainya juga perlu kita hubung kait dengan rang undang-undang ini supaya mereka dapat mengawal dari segi pertumbuhan kadar sama ada mereka tawarkan kursus dan sebagainya itu biar kadar harga yang ditentukan nanti tidak terlalu membebankan dan tidak dikawal oleh sesuatu agensi.
Seterusnya juga perkara yang saya ingin sentuh di sini iaitu melalui rang undang-undang ini kita dapat melihat bagaimana dari segi galakan dan mungkin
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
saya nampak dalam rang undang-undang ini juga tidak begitu ditekankan oleh pihak kementerian supaya bila adanya persaingan ini maka ada satu seperti insentif galakan kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat supaya dari segi teknikal yang mereka libatkan dari segi kewujudan barangan-barangan mereka itu adalah kawalan kualitinya itu dapat diberikan kepada tahap yang sangat baik.
Dengan cara ini, sudah tentu kualiti barangan Malaysia pada masa akan datang akan sesiapa pun tidak akan dapat mempertikaikan bahawa mereka meyakini.
Contohnya, kalau orang dengar sahaja perkataan Mercedes Benze contohnya ataupun Toyota walaupun mungkin sekarang mereka menghadapi beberapa masalah tetapi sekurang-kurangnya sudah ada satu aura yang akan orang cuba memandang tinggi kepada reka cipta atau barangan yang dikeluarkan oleh negara kita. Sebagai contohnya seperi teknologi nano sebenarnya juga negara kita memang sudah dapat mengeluarkan satu produk yang sangat berkualiti.
Jadi, dengan rang undang-undang ini kalau kita lihat di samping kita dapat memecahkan kuasa monopoli itu kepada lebih bersifat terbuka sudah tentu ini akan menggalakkan lagi dari segi kadar kos pengeluaran itu walaupun ialah kita mengutamakan kualiti barangan itu untuk pengguna kita.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Akan tetapi pada masa yang sama juga kita berharap supaya dengan adanya persaingan yang lebih baik, yang lebih sihat ini maka kos-kos pengeluaran...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Silam, bagi laluan sedikit, Yang Berhormat Putatan.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ya, soal persaingan.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Silakan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya terfikir pula Yang Berhormat Silam soal persaingan ini. Ada satu kes yang mana pihak kerajaan menggalakkan usahawan-usahawan bumiputera dalam industri perkhidmatan, terutama sekali dari segi perkhidmatanlah. Saya bagi satu contoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Silam sudah habis masa Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ya, sekejap sahaja, ini penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis masa Yang Berhormat Silam, tidak ada masa lagi.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini soal bumiputera.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak berucap, boleh berucap selepas Yang Berhormat Silam.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Tidak, ini sekejap, kalau saya berucap panjang, jadi ini sekejap. Setahu saya di Sarawak, ada pengusaha
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
express boat bumiputera, yang majoriti dan mempunyai banyak bot ini, dia turunkan harga itu sampai pengusaha bumiputera itu bankrap. Ini juga kita harus lihat, pihak kementerian lihat, jadi macam kalau sekiranya ada pengusaha bumiputera membuka kedai runcit dan tiba-tiba yang jirannya itu membuka kedai runcit dengan harga yang murah dan orang tidak mahu membeli kepada pengusaha bumiputera itu sampai dia bankrap. Bagaimana Pendapat...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Silam, sila habiskan Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih pandangan Yang Berhormat Putatan, sebenarnya dari segi persaingan ini memang kita berharap dengan rang undang-undang yang diperkenalkan oleh pihak kementerian ini dapat mengambil kira juga supaya kalau misalnya kedai barangan ataupun bot itu terlampau banyak sudah pada sesuatu tempat. Maka perlulah ada satu mekanisme yang boleh menyebabkan persaingan itu dengan lebih sihat dan lebih baik supaya dapat dikawal walaupun adanya rang undang-undang ini lebih membenarkan konsep yang terbuka.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan rang undang-undang ini, sebenarnya kalau kita lihat memang banyak perkara yang lebih baik dan ia akan lebih menjurus kepada - memang saya bersetuju pada masa akan datang seperti macam Rang Undang-undang Suruhanjaya akan diperkenalkan berhubung kait dengan Rang Undang-undang Persaingan ini. Perlu digembleng bersama untuk dapat diperhalusi lagi supaya apa juga mekanisme yang diperkenalkan berhubung kait dengan rang undang-undang ini untuk kebaikan rakyat dan masyarakat di negara kita ini.
Bagi membolehkan Malaysia ini boleh berdagang, boleh bersaing dan boleh dapat menyeimbangkan dengan apa-apa juga modal ekonomi yang wujud pada masa-masa akan datang dalam dunia persaingan dalam perdagangan ini.
Dapat kita counter bersama dengan dapat menyesuaikan dari segi pertumbuhan ekonomi negara kita ini. Saya ucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada pihak kementerian yang memperkenalkan rang undang-undang ini, saya mohon menyokong, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar rang undang- undang ini. Pada hemat saya konsep persaingan ini memanglah sesuatu yang baik, dari segi prinsipnya, persaingan memangnya baik. Adanya persaingan dan menggalakkan inovasi, menggalakkan kecekapan, efficiency dan membawa kepada suatu penurunan harga kepada barangan dan perkhidmatan supaya rakyat dapat menikmati barangan dan perkhidmatan dengan harga yang lebih murah dan lebih banyak pilihan, contoh yang paling klasik ialah persaingan di antara MAS dengan AirAsia.
Dengan adanya persaingan dan pecahnya monopoli MAS dalam sektor penerbangan domestik, maka sekarang rakyat Malaysia kalau hendak pergi mana- mana. Dalam negara pun, dalam penerbangan domestik pun sudah ada pilihan, harga yang lebih rendah, terutamanya di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dapat menggalakkan integrasi nasional yang lebih banyak. Lebih ramai penduduk-penduduk sini, rakyat semenanjung pergi ke Sabah, Sarawak dan itu memang kebaikannya.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan persaingan sukan juga konsepnya begitu, persaingan sukan. Bagi saya memang benar dan bagi saya persaingan dalam politik pun membawa kebaikan kepada rakyat. Contohnya pada hari ini ada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, tidak macam dahulu, tidak ada persaingan, hanya ada Barisan Nasional. Selama berpuluh tahun rakyat Malaysia hanya ada satu barisan sahaja boleh menjadi parti pemerintah, boleh jadi kerajaan, tetapi hari ini rakyat Malaysia sudah ada pilihan sebab ada persaingan, Pakatan Rakyat juga boleh jadi kerajaan, boleh jadi parti pemerintah. So, itu kebaikan persaingan.
Namun balik kepada perkara pokok pada malam ini, dalam Rang Undang- undang Persaingan, memang rang undang-undang ini bertujuan untuk regulate persaingan dalam industri dan perusahaan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana rang undang-undang ini akan memberikan impak ataupun kesan kepada dasar procurement kerajaan, dasar pemberian kerajaan.
Kerana memang kita bersetuju bahawa procurement kerajaan, pembelian dan pembekalan dalam kerajaan juga perlu ada persaingan.
Setiap tahun dan beberapa tahun ini kita dengar, kita lihat dalam Laporan- laporan Audit Negara setiap tahun, banyak contoh, tidak perlulah saya sebut satu persatu, laptop 30000, carjack beribu-ribu, satu kotak skru beratus ringgit dan sebagainya. Banyak contoh-contoh macam ini, sebabnya tidak ada persaingan, banyak pembekalan, banyak procurement da banyak projek-projek kerajaan diberikan secara direct negotiation, tidak ada tender terbuka dan sebagainya.
Akan tetapi sekarang kerajaan mengatakan bahawa ada tender terbuka, ada e-Procurement, semuanya ditunjuk kepada tatapan umum bahawa semuanya terus dan sebagainya. Namun begitu hakikatnya, dasar procurement kerajaan masih ada, walaupun dikatakan tender terbuka tetapi masih dasarnya ialah khas kepada pembekal-pembekal bumiputera. Saya hendak tanya apakah atas dasar ataupun semangat Akta Persaingan ini ataupun selepas kita meneruskan rang undang-undang ini, maka dasar procurement itu akan dibuka kepada semua kaum. Contohnya pembekal-pembekal alat tulis, pembekal-pembekal bahan penerbitan kepada sekolah-sekolah, kepada Kementerian Pendidikan dan sebagainya.
Adakah dengan semangat persaingan ini, ia akan dibuka kepada pembekal-pembekal semua kaum? Jadi saya pohon, adakah ini satu perubahan dari segi dasar yang kita ingin tahu dengan lebih lanjut. Tadi Yang Berhormat Tuaran memberikan contoh FOMEMA, iaitu apabila hendak mengambil pekerja asing perlu pergi medical checkup dan sebagainya. Hanya satu syarikat, hanya satu Klinik FOMEMA, hanya boleh pergi ke FOMEMA dan ini merupakan satu monopoli. Saya setuju bahawa ini sesuatu unsur monopoli dan tidak menggalakkan persaingan yang menyebabkan harga yang tinggi dan sebagainya.
Suka saya memberikan contoh lagi iaitu apabila kita ada kereta lama, pemilik kereta lama hendak pergi memperbaharui lesen kenderaan dan sebagainya, mereka perlu memeriksa kereta mereka dan hanya satu pilihan di PUSPAKOM, itu pun boleh dikira sebagai monopoli.
Saya hendak tanya kepada Menteri, bahawa apabila rang undang-undang ini diluluskan, apakah ini akan memberikan impak kepada kerajaan ataupun katakanlah PUSPAKOM ini, ada sebuah syarikat lagi. Katakan ada sebuah syarikat hendak menjadi syarikat pemeriksa kenderaan, hendak buka tetapi hendak buka, ia perlu disetujui oleh kerajaan, sama ada di pihak JPJ hendak menerima dia sebagai pemeriksa kenderaan yang sah atau tidak, itu bergantung kepada JPJ. Akan tetapi apabila semangat bersaing, ada Akta Persaingan ini,
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
sama ada syarikat yang belum dibuka itu, kalau dia hendak buka masuk ke dalam industri ini, bolehkah dia bawa kesnya ke Suruhanjaya Persaingan ini untuk ditimbangkan. So, itu saya rasa perlu diberikan penjelasan yang lebih lanjut.
Tadi Yang Berhormat Kota Belud juga mengatakan bahawa kita perlu persaingan. Dengan adanya Akta Persaingan ini, tidak boleh dikecualikan syarikat- syarikat GLC, syarikat-syarikat GLC pun perlu. Mereka perlu dewasa, mereka perlu bersaing dan sebagainya. Kita cukup setuju, satu pandangan yang cukup progresif, cukup baik. Akan tetapi suka juga saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah atas semangat persaingan ini, apa pula dengan Dasar Automobil Negara kita, apakah syarikat Proton akan terus diberikan perlindungan.
Kalau atas semangat persaingan ini, sepatutnya syarikat Proton perlu bersaing secara sama rata dengan syarikat-syarikat kereta lain.
Tidak boleh kerajaan menggunakan tool yang lain, menggunakan alat-alat pencukaian, menggunakan duti import, cukai dan sebagainya kepada kereta- kereta jenama yang lain. Proton perlu bersaing dengan kereta-kereta jenama lain, secara sama rata, jadi apakah ini juga melibatkan dasar-dasar kerajaan yang lain seperti Dasar Automobil Negara, saya pohon penjelasan daripada pihak Menteri.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Namun begitu, walaupun saya setuju bahawa persaingan ini akan membawa kepada lebih inovasi, membawa kepada keadaan ekonomi negara kita lebih dinamik dan lebih besar, berdaya saing dan sebagainya tetapi saya juga ingin menyeru kepada pihak kerajaan secara amnya, juga perlu melihat kepada kebajikan kepada rakyat negara kita. Peniaga-peniaga kecil kita yang selama ini telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kita selama ini. Memang persaingan itu baik.
Contohnya pada hari ini kita lihat hypermarket, memang kita ada banyak hypermarket, ada Jusco, Tesco, Carrefour dan sebagainya. Di antara mereka ini, syarikat-syarikat besar ini, pemain-pemain besar ini, mereka tidak ada masalah, mereka boleh bersaing, Jusco boleh bersaing dengan Carrefour, Carrefour boleh bersaing dengan Tesco tetapi dalam sektor yang sama, bagaimana pula dengan pemain-pemain kecil bersaing dengan mereka? Contohnya barangan yang dijual dalam Tesco memang murah tetapi pemborong-pemborong kecil ataupun peruncit-peruncit, kedai-kedai runcit di bandar-bandar di pekan-pekan yang saya rasa beribu di seluruh negara kita, bagaimana mereka bersaing dengan pemain- pemain besar ini? Mereka akan gulung tikar kerana pada hari ini kalau kita masuk hypermarket, apa pun ada dijual – barangan runcit, ikan ada, ayam pun ada, sayur pun ada, telur pun ada, semua pun ada. Jadi peniaga-peniaga kecil kita yang berniaga di pasar-pasar borong, pasar-pasar runcit, pasar-pasar awam bagaimana mereka survive; bagaimana mereka bersaing?
Saya harap ini perlu dipertimbangkan oleh kerajaan. Saya bukan katakan bahawa oleh sebab kita hendak protect golongan ini, maka kita tutup dan tidak membiarkan hypermarket masuk, tidak biarkan syarikat-syarikat besar masuk, tidak! Akan tetapi kita perlu ada satu paradigma, satu mentaliti bagaimana kita membantu mereka supaya dapat mengubah cara perniagaan mereka dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sebab kalau kita tidak membantu, kita tidak membiarkan persaingan masuk, maka ekonomi kita tidak berdaya bersaing tetapi, pada masa yang sama apabila kita membiarkan persaingan ini, rakyat kita sendiri juga yang akan terseksa, akan terhimpit kerana ramai di kalangan rakyat kita yang masih merupakan peniaga-peniaga kecil yang mereka tidak ada kemampuan, kemahiran, pengetahuan untuk bersaing dengan pemain-pemain besar. Jadi ini perlu diberikan pertimbangan dan saya harap ini
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
ada mentaliti ataupun perancangan dalam kerajaan untuk bagaimana membantu golongan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Akhirnya, saya beri satu contoh mikro.
Minggu lepas saya didatangi apabila balik ke kawasan saya. Saya didatangi oleh sekumpulan peniaga-peniaga daging khinzir di Pasar Besar Seremban, lebih kurang 15 penjaja daging khinzir. Mereka datang kepada saya dan mengadu bahawa dalam beberapa bulan ini perniagaan mereka turun 30% hingga 40% sebab di Bandar Seremban ini, pihak PBT telah meluluskan lesen kepada beberapa kedai menjual daging salai dan daging beku. Kedai-kedai ini lesennya untuk menjual daging beku tetapi disebabkan persaingan, mereka juga menjual daging segar. Jadi lebih murah, suasana kedai mereka lebih cantik, selesa dan ada air-cond dan sebagainya, tentulah ramai pelanggan akan pergi ke kedai ini untuk membeli. Jadi ini menyebabkan peniaga-peniaga daging khinzir atau penjaja-penjaja ini mengalami kesusahan kerana mereka tidak dapat bersaing.
Jadi ini satu contoh mikro. Saya rasa banyak contoh lagi yang kita boleh bincangkan. Bagaimana kita membantu peniaga-peniaga kecil ini dan melindungi kepentingan mereka?
Jadi saya hendak tanya, apakah dengan adanya Akta Persaingan ini, maka ia juga memberikan impak kepada dasar pelesenan? Seperti contoh yang saya katakan tadi, walaupun pihak PBT mengatakan bahawa mereka hanya boleh jual daging beku, tetapi kalau adanya akta ini, adakah mereka boleh pergi ke Suruhanjaya Persaingan mengatakan bahawa ini anti persaingan? Walaupun telah dilesenkan tetapi sebab adanya akta ini, mereka boleh above lesen yang telah dikeluarkan oleh pihak PBT dan mereka boleh mencabar lesen tersebut. Apakah ini akan memberikan impak kepada kes-kes macam ini? Saya pohon Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan, Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya rasa cukuplah Yang Berhormat. Kita ada lebih kurang 20 minit untuk Menteri menyelesaikan bill ini. Sila Yang Berhormat Menteri.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya pohonlah.
Selagi ada Ahli Yang Berhormat bangun untuk berucap, mereka diberikan peluang untuk berucap Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Janganlah macam itu Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya pohonlah. Kenapa perlu tergesa-gesa? Ini rang undang-undang yang baru. Ini saya berjuang untuk rakan seperjuangan saya. Perkara ini apabila ianya diluluskan dalam keadaan ini, ia amat berbahaya sebab ia akan diguna pakai ke atas warganegara kita. Jadi saya pohon Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Menteri pun sedia untuk menjawab pada hari esok.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, whistleblower protection, perlindungan itu juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya rasa ada seorang sahaja Tuan Yang di-Pertua di sini Yang Berhormat.
Takkan semua jadi Tuan Yang di-Pertua.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya merayu kalau Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kepong hendak berucap, beri mereka peluang untuk berucap. Kalau tidak, hanya sedikit sahaja wakil rakyat yang berucap. Kalau Barisan Nasional tidak berminat, tidak bermakna Tuan Yang di-Pertua menyingkatkan perbahasan ini. Jadi saya pohon dan merayu kepada Tuan Yang di-Pertua beri peluang kepada Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Kepong untuk berucap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Yang Berhormat Kepong dengan Yang Berhormat Kubang Kerian boleh mencelah nanti.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Kepong, kita bincang di luar dengan saya okey? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan Rang Undang-undang Persaingan ini. Beberapa Ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Silam dan lain-lain membangkitkan mengenai isu monopoli.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, akta ini sebenarnya dari segi spirit dia, prinsip dia ialah menyekat kuasa monopoli daripada abuse ataupun menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka, itu sebenarnya. Iaitu seperti yang tersebut dalam seksyen 4 dan 10 iaitu seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Lipis tadi misalnya dari segi price fixing dengan izin, iaitu berpakat – kuasa-kuasa besar iaitu kartel berpakat untuk menentukan harga misalnya. Itu tidak dibenarkan. Tadi dibangkitkan soal bot tadi. Semua peniaga ini berpakat untuk menentukan satu harga, itu tidak dibenarkan.
Begitu juga dengan kuasa monopoli. Oleh sebab mereka mempunyai kuasa monopoli dan menguasai pasaran, jadi mereka yang menentukan harga misalnya. Tidak ada persaingan ini yang menyebabkan mereka menyalah guna kuasa dan menentukan harga. Inilah prinsip sebenar di dalam Akta Persaingan yang kita bentangkan pada hari ini, bukan semata-mata menyekat pakatan atau menyekat monopoli dan sebagainya. Jadi berbalik kepada Yang Berhormat Kota Belud yang membangkitkan isu merger dan juga takeover tadi...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi sebenarnya seperti yang saya sebutkan tadi bahawa di dalam akta ini, kita tidak menyekat merger dan juga takeover. Kita tidak menyekat pengambilan syarikat tetapi yang kita sekat adalah selepas pengambilan syarikat ataupun selepas merger itu, kuasa setelah menjadi monopoli, menyalahgunakan kuasa yang ada kepada syarikat itu untuk menentukan sebarang harga, menyekat sebarang bekalan misalnya, mengawal bekalan dan sebagainya. Itu yang kita tidak benarkan. Jadi walau bagaimanapun, sebenarnya apabila ada perkara-perkara seperti ini berlaku dan apabila ada keraguan yang timbul daripada pihak pengguna dan sebagainya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Maka suruhanjaya yang ditubuhkan itulah yang akan dijadikan sebagai satu instrumen untuk membuat kajian mengenai perlakuan yang dilakukan oleh syarikat yang terlibat. Jadi sebab itulah, di dalam akta ini terdapat tiga cara iaitu apabila ada sesuatu perlakuan yang didapati yang dilakukan oleh syarikat itu ke arah menyalahgunakan kuasa untuk memanipulasikan pasaran, harga dan sebagainya, maka ada tiga cara yang boleh dilakukan.
Yang pertamanya ialah boleh mengadu kepada suruhanjaya. Yang kedua, pihak suruhanjaya sendiri apabila melihat dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dilakukan oleh syarikat itu di dalam memanipulasi pasaran harga dan sebagainya boleh menyiasat, dan yang ketiga ialah pihak Menteri sendiri boleh meminta kepada suruhanjaya mengambil tindakan menyiasat dan sebagainya.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi sebenarnya di dalam isu ini, apabila timbul sahaja perkara-perkara yang melibatkan penyalahgunaan kuasa monopoli, maka akta ini boleh digunakan dan tindakan boleh diambil kepada industri-industri yang menyalahgunakan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Soalan susulan tadi Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, terima kasih. Ya!
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Kepong, saya jawab Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kepong. Bukan Yang Berhormat Kepong.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, isu saya. Tuan Yang di- Pertua, kalau kita melihat undang-undang anti trust di United States, di Amerika Syarikat yang mana banyak juga semangat anti trust itu ada terkandung di dalam rang undang-undang ini. Apa yang berlaku di negara seperti Amerika Syarikat ialah undang-undang itu adalah pre-emptive. Maknanya, kalau didapati ada syarikat-syarikat ini cuba untuk mengambil alih syarikat-syarikat persaingan mereka, kerajaan ataupun suruhanjaya itu boleh bertindak sebelum take over atau merger itu berlaku. Ini adalah tindakan yang kepada saya lebih sesuai supaya tidak akan menimbulkan masalah pada masa yang akan datang.
Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri saya tidak tahulah, adakah di dalam ini ada peruntukan kalau ada contohnya bantahan daripada pihak-pihak berkenaan terhadap merger itu. Sebelum berlaku merger itu sama ada kuasa Menteri boleh memanggil ataupun boleh menahan ataupun melakukan satu penyiasatan sebelum perkara ini berlaku kerana ini adalah semangat yang lebih baik iaitu pre-emptive sebelum merger ini berlaku dan akan membabitkan banyak masalah lagi. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Seperti yang saya sebutkan tadi bahawa kita tidak menyekat merger dan acquisition, dengan izin. Kita tidak menyekat. Akan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi bahawa jika disyaki bahawa syarikat yang telah pun menyelesaikan merger dan acquisition tadi
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memanipulasi pasaran dan sebagainya, maka suruhanjaya ini boleh mengambil tindakan. Jadi, sebenarnya aduan dan sebagainya boleh dibuat dan selepas itu siasatan boleh dilakukan ataupun seperti yang saya katakan tadi, suruhanjaya itu boleh mengambil inisiatif untuk mengambil tindakan awal bagi menyekat sesuatu perkara itu berlaku.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - [Putatan
Yang Berhormat Menteri, soal merger ini yang baik, yang by take over.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri hendak bagi yang mana, Yang Berhormat?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Kepong dahulu.
Yang Berhormat Kepong sudah bangun sudah.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Kepong dia mencelah lain... [Ketawa]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
[Ketawa] Saya bagi Yang Berhormat Kepong dahulu.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Okeylah, Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melaksanakan rang undang-undang dengan berkesan, Yang Berhormat Putatan mesti mematuhi kepada peraturan.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kalau tidak mematuhi peraturan, macam mana kita boleh melaksanakan Akta Persaingan dengan berkesan? Ini memang ada peraturan, ada disiplin, tatatertib. Itulah yang sebenarnya Yang Berhormat Bera ini membentangkan undang-undang ini untuk mewujudkan satu tatatertib, satu disiplin di dalam perniagaan di negara ini. Itulah maksudnya. Kalau beliau dapat menjayakan di dalam pelaksanaan, ini merupakan beliau salah seorang Menteri yang membuat jasa yang baik di dalam Dewan ini.
Ini kerana kalau kita hendak menuju kepada matlamat kita menjadikan negara yang mempunyai suasana perdagangan dan perniagaan yang sihat, yang baik, yang cukup bersaing di dunia ini, kita perlukan undang-undang seumpama ini. Akan tetapi, saya ada buat banyak catatanlah Yang Berhormat Bera semasa Yang Berhormat membentangkannya tadi. Di dalam itu ada banyak dan suruhanjaya saya tidak mahu sentuh kerana kita ada rang undang-undang untuk suruhanjaya. Saya akan mengambil masa waktu untuk suruhanjaya. Saya berharaplah apa yang disebutkan pada malam ini adalah baik belaka, bukan tidak baik. Cuma kita berharaplah, bukan murah di mulut, mahal di timbangan. Itu memang kita berharaplah.
Adakah Yang Berhormat sedar bahawa ini merupakan salah satu langkah untuk kita menuju ke matlamat untuk kemakmuran negara iaitu high productivity dan kerana kita mesti bersama-sama dengan itu, rang undang-undang tadi, ada kena mengena dengan rasuah. Kita mesti mencegah rasuah, kronisme dan nepotisme. Ketiga-tiga ini mesti ditangani dengan berkesan sebelum kita boleh melaksanakan ini. Misalnya, saya bagi tahu satu contoh.
Saya berharap penjelasan ini adalah untuk kebaikan semua. Kita kata bahawa pelaburan kita adalah baik, tetapi baik juga kalau seperti Pelabuhan Klang
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
kita nombor 16 sekarang di dunia. Tanjong Pelepas pun di dalam lingkungan nombor 20. Akan tetapi, adakah Yang Berhormat sedar kalau kita ada kontena yang ada...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kepong, tidak pergi kempen kah?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Eh!
Seorang Ahli
Teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ya, 35. Yang Berhormat Kepong berucap tidak memandang kepada Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Dan terkeluar daripada topik yang dihujah oleh Yang Berhormat Menteri. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Putatan boleh keluar minum kopi sekejap, Yang Berhormat. [Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kepong tidak pergi kempen kah Yang Berhormat Kepong?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Kepong patut pandang kepada Tuan Yang di-Pertua.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Menyalahgunakan peraturan mesyuarat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kepong tidak pergi kempen kah?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Memang menyalah gunakan peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kepong, teruskan Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ini saya bagi satu contoh. Kita kata kita sudah ada satu tahap yang baik. Akan tetapi kalau kita bandingkan Tanjong Pelepas dengan Pelabuhan Singapura. Apabila kita hendakkan keluarkan container. Di Singapura, kalau container itu tiba di Pelabuhan Singapura dengan masa yang tepat dalam tempoh 24 jam, container boleh dikeluarkan. Kalau selewat-lewatnya 48 jam. Akan tetapi dengan Tanjong Pelepas, satu minggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ringkaskanlah Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itu pun. Itu saya bagi satu contoh. Dengan Pelabuhan Klang mungkin empat hari atau lima hari. Ini satu hakikat dan kenyataan. Jadi itulah masalahnya, kerana birokrasi dan pelbagai rintangan.
Begitu juga kalau kita hendak melaksanakan rang undang-undang dengan berkesan, kita mesti merangkumi banyak perkara. Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong atas cadangan itu. Kita akan ambil pertimbangan dan... Pasal apa tadi?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Soal board Yang Berhormat Menteri sentuh tadi di luar daripada topik Yang Berhormat Kepong tadi. Ini minta penjelasan sedikit dengan... Satu dasar kerajaan untuk menggalakkan usahawan bumiputera. Itu satu.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Keduanya, jika kita ada Rang Undang-undang Persaingan ini mungkin ramai pengusaha-pengusaha bumiputera akan gulung tikar. Contoh yang saya bagi tadi itu ada pengusaha bot ekspres di Sarawak satu ketika dahulu, saya tahu orangnya, telah bankrap kerana pengusaha-pengusaha yang majoriti itu menurunkan harga tambang bot dengan terlalu rendah hinggakan pengusaha bumiputera mengalami kerugian. Hujung-hujungnya pengusaha kartel itu buy over.
Ini kerajaan harus lihat jika rang undang-undang ini diwujudkan di Sarawak. Saya fikir Yang Berhormat Julau tahu hal ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Sebenarnya bagi peniaga-peniaga kecil ia lebih baik. Pada hari ini peniaga-peniaga kecil yang tidak mampu bersaing akan menghadapi masalah dengan syarikat besar yang menggunakan kuasa mereka yang disebut kartel tadi, berpakat menentukan harga, menekan harga dan sebagainya. Akhirnya syarikat kecil tidak mampu untuk berasing dengan syarikat besar tadi. Akan tetapi, dengan adanya Akta Persaingan ini kita boleh menyekat perkara tersebut supaya tidak dilakukan.
Tadi Yang Berhormat Kota Belud menyebut mengenai pengecualian.
Sebenarnya untuk dikecualikan ia mesti memenuhi empat syarat seperti yang tersebut di dalam akta ini. Ada empat syarat yang dipenuhi oleh syarikat-syarikat ini untuk dapat dikecualikan. Selepas memohon pengecualian, maka mereka bukan secara automatik mendapat pengecualian tetapi suruhanjaya akan membuat kajian pasaran (market review) dan setelah berpuas hati syarikat itu memenuhi empat syarat yang dikenakan dalam akta ini barulah mereka ini boleh dikecualikan. Jadi, bukanlah secara automatik dan sebagainya.
Ramai di kalangan rakan-rakan Ahli Parlimen bimbang mengenai GLC.
Yang Berhormat Tuaran misalnya, mengatakan adakah GLC secara automatik dikecualikan. Saya hendak memaklumkan bahawa sebagaimana yang saya sebutkan GLC tidak terkecuali daripada Akta Persaingan ini. GLC terikat dengan Akta Persaingan ini. Kita sudah katakan bahawa mana-mana institusi yang terlibat dengan aktiviti komersial akan tertakluk kepada akta ini. Tidak kiralah sama ia GLC ataupun tidak ia tertakluk kepada akta ini.
Jadi, kepada Yang Berhormat Tuaran kita jelas bahawa GLC tidak dikecualikan daripada akta ini tetapi tidak bermakna GLC tidak boleh memohon untuk dikecualikan daripada akta ini. Saya sudah sebutkan tadi bahawa syarikat- syarikat lain pun jika mereka memenuhi empat syarat yang dikenakan di dalam akta ini boleh memohon untuk dikecualikan tetapi tidak secara automatik.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ada apa, Yang Berhormat Kepong?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang ada.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh saya teruskan, Yang Berhormat Kepong. Saya ada tiga minit sahaja lagi. Kita teruskan ya, Yang Berhormat Kepong? Kita bincang selepas ini.
Yang Berhormat Kota Melaka ada membangkitkan mengenai kenapa undang-undang ini dibentangkan terlebih dahulu daripada rang undang-undang suruhanjaya. Saya hendak memaklumkan bahawa rang undang-undang suruhanjaya adalah bertujuan untuk menubuhkan suruhanjaya yang akan melaksanakan Akta Persaingan. Jadi tentulah kita mestilah mempunyai Akta Persaingan dahulu kerana suruhanjaya inilah yang akan melaksanakan Akta Persaingan ini. Kalau kita tubuhkan Akta Suruhanjaya dahulu, ada suruhanjaya
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
dan tidak ada Akta Persaingan tidak ada maknanya suruhanjaya ditubuhkan. Jadi sebab itulah kita ke hadapan kan Akta Suruhanjaya barulah kita tubuhkan, kita bentangkan Akta Persaingan dan baru kita tubuhkan Akta Suruhanjaya Persaingan, jadi itu sebabnya.
Yang Berhormat Kota Melaka menanyakan mengenai apakah pemakaian rang undang-undang ini boleh digunakan terhadap syarikat-syarikat luar negara yang mempunyai kaitan dengan syarikat dalam negara ini. Yang Berhormat, seksyen 3(1) dan seksyen 3(2) ini memperuntukkan bahawa rang undang-undang ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial yang dijalankan di luar Malaysia.
Dengan itu kita mempunyai jurisdiction terhadap syarikat-syarikat yang berkaitan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri adakah terpakai bagi syarikat kita. Tadi saya ada menyentuh jika syarikat kita ada berurus niaga berkongsi dengan syarikat negara yang lain bagaimana kita hendak enforce kan akta ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya sebutkan tadi bahawa kalau syarikat kita mempunyai hubungan dengan syarikat luar tadi dan katakan mereka membuat pakatan di luar. Saya berikan satu contoh. Saya tidak boleh berikan contoh nama syarikat itu. Katakan Syarikat A beribu pejabat di Australia misalnya dan dia mempunyai cawangan di sini yang mempunyai hubungannya dengan kita.
Dia mengadakan pakatan, kartel di sana dan untuk menentukan harga dan syarikat di sini terpaksa dipengaruhi oleh pakatan yang dibuat itu. Kita boleh mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut yang berada di negara kita ini.
Jadi, ini bermakna kita boleh mengadakan kawalan walaupun ia berlaku di luar daripada negara kita.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, adakah ini bermakna bahawa pembekal ataupun supplier yang kita tidak dapat ambil tindakan, yang bukan daripada source, sebab ini akan ditentukan source daripada negara asing. Bagaimana kita hendak tentukan. Akta ini dikenakan terhadap pembekal sahaja, bukan? Akan tetapi, pembekal ini dia dapatkan sourcenya daripada Australia ini. Raw materialnya datang daripada sana dan harganya telah ditentukan. Bukankah kalau kita kenakan terhadap pembekal dalam negara kita ini tidak adil. Mereka bukannya tentukan harga import itu, ia ditentukan oleh syarikat negara asing.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kedua-dua syarikat tadi boleh dikenakan tindakan. Oleh sebab itu saya katakan kedua-dua syarikat tadi sama ada di dalam atau di luar tadi pun boleh dikenakan tindakan di bawah akta ini.
Jadi, ia covered.
Seterusnya, Yang Berhormat ada membangkitkan mengenai sama ada Akta Persaingan ini bertentangan dengan dasar liberalisasi. Sebenarnya ia tidak.
Ia selari dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan pada hari ini.
Seterusnya, Yang Berhormat juga membangkitkan mengenai isu GLC.
Saya sudah sebutkan bahawa GLC tidak dikecualikan.
Yang Berhormat Tuaran juga ada menyebutkan tentang GLC sama ada GLC dikecualikan. Jadi, jawapannya sama sahaja iaitu tidak.
Menyebut tentang kartel perkapalan yang membawa barangan ke Sabah yang menyebabkan harga tinggi dan sebagainya. Jadi, kepada Yang Berhormat Tuaran, dengan adanya Akta Persaingan inilah maka kartel yang bersepakat untuk menentukan harga bagi mengangkut barangan di Sabah ini dapat kita selesaikan.
Selepas ini maknanya Suruhanjaya Persaingan ini akan dapat menyekat kartel
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
tadi daripada menentukan harga untuk fixed ataupun membuat price fixing dengan izin, untuk menentukan harga barangan yang dibawa ke Sabah yang menyebabkan harga menjadi tinggi dan sebagainya.
Mengenai Tenaga Nasional Berhad (TNB) ia merupakan syarikat untuk kepentingan umum. Apabila syarikat ini mempunyai kepentingan umum ia dikecualikan daripada Akta Persaingan ini. Walau bagaimanapun, sama ada ia berkepentingan umum ataupun syarikat-syarikat tadi yang disebut tadi seperti FOMEMA, BERNAS dan sebagainya jika dapat dibuktikan bahawa memang mereka menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka misalnya dengan menaikkan harga sesuka hati dan sebagainya tanpa ada sebab-sebab yang tertentu dan munasabah, maka Suruhanjaya Persaingan ini boleh mengadakan siasatan terhadap syarikat tersebut untuk tindakan seterusnya.
Jadi, ini bermakna selepas ini walau apa pun Suruhanjaya Persaingan masih boleh mengadakan tindakan siasatan terhadap mana-mana syarikat termasuklah seperti FOMEMA, BERNAS ataupun syarikat-syarikat lain.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, saya ada bertanya tentang adakah had masa untuk permohonan pengecualian kerana jika tidak memang saya katakan bahawa untuk business ini time is money. Kalau permohonan untuk pengecualian ini ia akan menjadi satu masalah untuk perniagaan. Oleh sebab itu, saya bertanya cara bagaimana dan adakah prosedur yang melibatkan had masa.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Minta maaf, saya tertinggal tadi.
Memang ada di bawah seksyen 6(4)(b) yang memperuntukkan suruhanjaya boleh menetapkan tempoh masa bagi pengecualian kepada syarikat-syarikat tersebut. Ia memang ada di dalam akta ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh sambung esok? Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu, 21 April 2010.
Dewan ditangguhkan pada pukul 10.31 malam.