Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tuan Matulidi bin Jusoh [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan hasil Program Bekerja Dari Rumah yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri dan diikuti oleh 39 orang kakitangan Kerja Raya dari segi peningkatan produktiviti dan mutu kerja.
Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Program Perintis Bekerja Dari Rumah merupakan antara inisiatif baru yang dilancarkan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam di negara ini. Program ini telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada tahun 2009 lalu dan telah dilancarkan di Kementerian Kerja Raya pada 1 Januari 2010 menerusi pemilihan 39 orang kakitangan sokongan dari Jabatan Kerja Raya untuk tempoh percubaan selama tiga bulan.
Berdasarkan analisis tempoh percubaan yang berakhir pada 31 Mac 2010 yang lalu, Kementerian Kerja Raya telah menjalankan kajian terhadap tahap keberkesanan pelaksanaan program ini dan secara keseluruhannya amat gembira dan berpuas hati dengan sasaran outcome dan peningkatan tahap produktiviti kakitangan yang terlibat. Ini dapat ditunjukkan menerusi peningkatan produktiviti secara keseluruhan sebanyak 85% berbanding tahap sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak 30% sahaja. Sebagai contoh, produktiviti pelukis pelan awam telah meningkat 90% secara purata manakala bagi pelukis seni bina pula meningkat melebihi 100%.
Selain pengukuran menerusi hasil output kerja, program ini juga dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan kepada kakitangan yang terlibat dan juga kepada kerajaan menerusi kos sewaan ruang pejabat dan bil utiliti.
Tuan Yang di-Pertua, hasil pelaksanaan Program Perintis Bekerja Dari Rumah ini telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada 2 April 2010 yang lalu. Berikutan itu, kerajaan bersetuju untuk membenarkan tempoh percubaan program ini dilanjutkan dan penilaian selanjutnya akan dibuat dari semasa ke semasa. Sehubungan itu juga, Kementerian Kerja Raya akan mengadakan perjumpaan dalam tempoh masa terdekat dengan kesemua 39 orang kakitangan yang terlibat bagi mendapat pandangan dan maklum balas mereka mengenai isu dan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan program ini.
Terima kasih.
Tuan Matulidi bin Jusoh - Dungun
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya kerana memperkenalkan dan menjadi perintis kepada program yang unik dan inovatif ini dalam konteks perkhidmatan awam dalam negara walaupun keadaan ini sudah lama diperkenalkan di negara-negara maju.
Soalan tambahan saya, apakah langkah penambahbaikan bagi program ini supaya dapat diperluas bukan sahaja di kalangan kakitangan Kementerian Kerja Raya tetapi juga lain-lain kementerian, jabatan dan agensi kerajaan memandangkan konsep kerja lebih fleksibel ini asasnya telah pun diterima ramai dan sebagai strategi untuk berdepan dengan
Tuan Matulidi bin Jusoh - Dungun
cabaran-cabaran sumber manusia? Apakah langkah kementerian dari segi polisi yang merangkumi aspek-aspek kerahsiaan, aspek keselamatan dokumen serta piawaian prestasi bagi memastikan kejayaan sistem baru ini serta bagaimana program ini dapat atau membuka ruang kepada kerja-kerja untuk golongan lain seperti kurang upaya, ibu tunggal dan lain-lain? Terima kasih.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya telah katakan di peringkat awal tadi, program ini masih lagi merupakan satu program perintis kerajaan dalam usaha kerajaan untuk menjadikan budaya bekerja dari rumah ini sebagai satu amalan di negara ini dan juga sebagai persediaan menuju ke sebuah negara maju. Melalui program ini Tuan Yang di-Pertua, konsep yang dikenali work life balance yang memberi penekanan kepada keseimbangan antara kerja dan hubungan keluarga dapat diterapkan di kalangan kakitangan penjawat awam.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam yang memberi keistimewaan kepada kementerian ini untuk mencuba program ini. Sebagaimana yang saya nyatakan dalam jawapan awal saya tadi bahawa keputusannya amat memberangsangkan kerana ramai pekerja yang terlibat seramai 39 orang ini mereka merasa teruja untuk memulakan program perintis ini. Dalam masa yang sama, program ini juga walaupun mereka boleh bekerja di rumah tetapi mereka masih lagi terikat dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam ataupun Perintah Am yang memang mesti diguna pakai oleh pekerja-pekerja yang bekerja di rumah ini. Dari segi peningkatan di masa yang akan datang, saya percaya dengan adanya sasaran negara untuk membolehkan high speed broadband ataupun jalur lebar berkelajuan tinggi untuk mencapai penetration 50% di masa akan datang, ia akan memudahkan lagi interaksi antara pekerja-pekerja di rumah itu dengan pejabat kerana secara tidak langsung data-data ini boleh dihantar ke pejabat dan mereka boleh berkomunikasi dengan lebih cepat kerana dengan ada komunikasi ini data-data ini boleh disalurkan – downloadingnya tidak mengambil masa yang panjang.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Ini perkara-perkara yang boleh diperbaiki di masa akan datang dan di masa yang sama sebagaimana yang saya nyatakan tadi saya akan berjumpa dengan 39 peserta ini mengambil maklum balas mereka perkara-perkara yang boleh kita ambil kira untuk memperbaiki program ini pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap sesuatu ada hingga batasnya dan memang saya menerima bahawa pada zaman sekarang itu kita mesti ada perubahan cocok dengan perkembangan semasa. Kita mesti ambil ikhtiar daripada Yang Berhormat Padang Rengas. Kadangkala dia maju sedikit, kadang-kadang mundur.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kadang-kadang mundur maju juga. [Ketawa] Bolehkah Yang Berhormat Tampin memberitahu kepada Dewan ini bilakah maklum balas dan laporan yang lengkap dapat kita perolehi dan apakah unjuran untuk melaksanakan sistem ini di seluruh negara dengan kita ada lebih 1.2 juta kakitangan kerajaan dan bilakah kita boleh melaksanakan dan dalam peringkat awal ini apakah kelemahan, apakah kelebihan kerana saya nampak ada jawapan ialah produktiviti sudah meningkat kepada 85%, ada satu aspek itu 90% dan apakah, mesti ada kelebihan dan kelemahan. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya ingat Yang Berhormat Kepong ini tadi peringkat awal dia berfikiran ke belakang tetapi rupa- rupanya dia pun menyokong program-program yang mengikut peredaran zaman kerana dia sedia maklum banyak syarikat gergasi internasional pada hari ini telah memulakan program ini lama dahulu Yang Berhormat. Di negara kita juga ada syarikat-syarikat petroleum termasuk GLC seperti Telekom Malaysia. Mereka juga mengadakan program-program seperti ini. Bagi saya, untuk memutuskan sama ada kejayaannya begitu tinggi, belum dapat
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
kita maklumkan dengan terperinci kerana sebagaimana yang saya katakan peringkat awal tadi, saya akan berjumpa dengan 39 orang peserta-peserta ini.
Walaupun keputusannya amat memberangsangkan, ada sampai ke 90%, ini mungkin disebabkan pemantauan yang rapi daripada penyelia-penyelia mereka. Sebab itu peningkatannya amat memberangsangkan. Bagaimana jika sekiranya nanti dia bekerja dalam suasana yang kurang kawal selia daripada penyelia-penyelia mereka. Sebab itu kita akan kaji apakah kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan. Saya juga dapat makluman bahawa ada juga di kalangan daripada 39 orang ini, dia tidak hendak pula menyambung lagi sebab apa, dia tidak ramai. Ada lebih kurang tiga ke empat orang, dia rasa kesunyian ada di rumah. Dia rasa macam kehilangan kawan. Ada juga yang suami isteri, yang isteri tidak hendak suaminya tinggal di rumah sorang-sorang dengan orang gaji pun ada juga. Ha ini perkara-perkara yang saya tengah teliti dan kita buat kesimpulan akhirnya tetapi akhirnya kita akan bentangkan pada orang ramai supaya kita transparent apakah faedah-faedah positifnya, apa pula kesan-kesan negatifnya tetapi secara umumnya, terlalu banyak kesan positifnya.
Sebab itu banyak syarikat besar mengamalkan cara kerja ini. Antaranya penjimatan, penjimatan kawasan sewa. Bagi seorang kakitangan, lazimnya mereka memerlukan lima meter square untuk mereka bekerja bagi seorang kakitangan kerajaan.
Kalau satu meter square kosnya sudah RM40, cuba bayangkan bagi seorang kakitangan.
Jadi 39 secara umumnya 39 orang yang kita bagi percubaan ini, kerajaan dapat jimat kawasan sewa sahaja satu bulan hampir kepada RM8,000. Ini penjimatan yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Jadi, walau bagaimanapun saya akan dalam masa terdekat ini insya-Allah saya akan dapat segala maklumat ini dan kita akan dedahkan pada orang awam supaya melihat sendiri keberkesanan sistem bekerja dari rumah, projek perintis ini.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kepong.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya bentangkan soalan kedua, saya ingin merakamkan takziah dan kekesalan saya terhadap pengorbanan rakyat Thailand yang telah berkorban dalam pertempuran beberapa hari yang lalu dan juga semoga kebijaksanaan semua pihak dapat mengekalkan keamanan masyarakat dan juga serantau.
2. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) apakah tindakan susulan SPRM selepas P. Balasubramaniam bersedia membantu siasatan selanjutnya dalam kes Altantuya Shaariibuu; dan
(b) sama ada SPRM telah menyoal siasat terhadap Mohammad Nazim Razak dan Deepak Jaikishan yang didakwa meminta Bala menarik balik akuan bersumpah pertama itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes ini masih dijalankan. SPRM berusaha untuk mendapatkan keterangan daripada P. Balasubramaniam melalui peguam beliau yang enggan memaklumkan di mana anak guamnya berada atas sebab-sebab keselamatan dan kebajikan. Pihak SPRM pada peringkat awal siasatan telah menerima e-mel daripada seorang peguam yang dikatakan mewakili P. Balasubramaniam menetapkan beberapa syarat bagi membolehkan SPRM merakam percakapan anak guamnya itu.
Setelah perbincangan diadakan dan peguam yang menghantar e-mel dikenal pasti sebagai Amrik Sidhu, pihak SPRM telah menghantar surat kepada peguam berkenaan supaya mengutus surat secara rasmi berhubung kesediaan P. Balasubramaniam itu. SPRM kemudiannya menerima surat daripada seorang peguam lain yang dikenali sebagai Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Amrik Sidhu dengan mengulangi syarat-syarat yang sama.
Antaranya;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
(i) rakaman percakapan P. Balasubramaniam itu dibuat di Singapura atau London;
(ii) semua kos penerbangan, hotel, pengangkutan dan makan melibatkan P. Balasubramaniam, Amrik Sidhu dan lain-lain peguam yang akan hadir ditanggung oleh pihak SPRM; dan
(iii) rakaman percakapan dibuat dalam bahasa Inggeris yang mana salinan rakaman percakapan dan rakaman audio visual rakaman percakapan P. Subramaniam tersebut diserahkan kepada pihak P. Balasubramaniam.
SPRM seterusnya mengutus surat kepada peguam berkenaan memaklumkan kesediaan untuk merakamkan percakapan P. Balasubramaniam di Kedutaan Malaysia di Singapura dalam bahasa Inggeris. SPRM juga bersedia untuk menanggung tiket kapal terbang pergi dan balik dari tempat P. Balasubramaniam berada, hotel penginapan, pengangkutan dan makan untuk beliau sahaja. Walau bagaimanapun, SPRM tidak dapat memenuhi permintaan peguam berkenaan untuk membekalkan rakaman percakapan dan rakaman audio percakapan P. Balasubramaniam kerana rakaman-rakaman tersebut tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Lanjutan daripada itu, SPRM telah menerima surat daripada peguam yang sama yang tidak berpuas hati dengan pihak SPRM yang telah mengelaskan surat berkenaan dengan perkataan ‘Rahsia’. Beliau juga mengatakan bahawa SPRM tidak berhak untuk berbuat demikian dan mengarahkan SPRM untuk mengedarkan semula surat maklum balas tanpa mengelaskannya dengan perkataan rahsia bagi membolehkan beliau mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya. Melalui saluran yang tidak rasmi, SPRM dimaklumkan bahawa P. Balasubramaniam tidak bersetuju rakaman percakapannya dibuat di Singapura sebagaimana dinyatakan dalam syarat yang terdahulu.
Pihak P. Subramaniam juga tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut selagi permintaan mereka berhubung isu pengelasan tidak dipenuhi oleh SPRM. Persoalannya sekarang, apakah benar P. Subramaniam benar-benar ingin membantu SPRM dalam melengkapkan siasatan yang dijalankan? Apa yang dapat dilihat sekarang adalah banyak kenyataan yang telah dikeluarkan di media alternatif oleh pihak-pihak yang mengakui mewakili P. Subramaniam. Pihak-pihak tertentu telah menyiarkan surat-surat berhubung kes ini termasuk juga surat-surat yang dikelaskan sebagai rahsia. Apa motif sebenarnya P.
Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah yang mengaitkan pihak-pihak tertentu dengan pembunuhan Altantuya? Apakah ada usaha seumpama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu baru-baru ini?
SPRM adalah suruhanjaya yang bebas dan profesional dalam penyiasatannya.
Prosedur yang sama digunakan dalam penyiasatan tanpa mengambil kira kedudukan individu terbabit termasuklah P. Balasubramaniam. Ini adalah kehendak undang-undang dan terpakai kepada semua orang termasuklah mereka itu ahli politik atau siapa sahaja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Mengapa P. Balasubramaniam perlu dilayan secara berasingan. SPRM telah menyatakan kesediaan untuk merakam kenyataan P. Balasubramaniam di mana-mana negara dengan syarat ia dibuat di tanah yang diiktiraf sebagai tanah Malaysia iaitu kedutaan Malaysia bagi membolehkan perundangan Malaysia terpakai. Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa saksi yang relevan untuk membantu melengkapkan siasatan ini termasuk mereka yang dikatakan meminta P. Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah tersebut telah dirakamkan percakapan mereka. Masalah SPRM sekarang adalah untuk merakamkan percakapan P. Balasubramaniam dengan telah menetapkan pelbagai syarat yang tidak wajar dan yang bertentangan dengan undang-undang.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin tahu status sebenarnya dalam kes ini di mana kita telah pernah dimaklumkan di bawah siasatan terhadap P.
Balasubramaniam tentang afidavit sudah selesai dan siasatan itu telah diserah ke AG
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Chambers. Saya ingin tahu sama ada pihak pendakwa raya dengan maklumat yang terkini ini akan tangguhkan tindakan yang akan diambil terhadap P. Subramaniam. Dengan itu saya juga ingin tahu sama ada kalau pihak Bala tidak respons lagi, apakah tindakan susulan oleh SPRM? Adakah kita akan benarkan ini berterusan? Membiarkan Bala bebas untuk terus mengeluarkan statement tanpa kita mengambil tindakan susulan yang proaktif untuk menyelesaikan masalah ini once and for all dengan izin.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, kedudukan kes ini adalah seperti yang saya jelaskan dalam jawapan saya kepada soalan yang dibuat oleh soalan asal Yang Berhormat soalan nombor dua. Saya kira kalau sekiranya kalau kita tidak dapat kerjasama daripada P. Balasubramaniam, maka sukarlah untuk kita meneruskan dalam kes ini kerana P. Balasubramaniam adalah orang yang perlu kita mendapat maklumat daripada beliau kerana kes berkisar kepada dengan izin statutory declaration yang telah dibuat oleh beliau. Jadi kita mintalah supaya kalau Yang Berhormat tahu tentang di mana dia berada, jangan takut, jangan bimbang sebab dia cuma merupakan saksi sahaja. Jadi tidak perlu bimbang, dan kita perlu mendapat dia punya testimoni dalam kes ini supaya kita boleh meneruskan kes yang telah pun tergendala begitu lama. Kalau dia tidak datang maka sukar untuk kita meneruskan kes ini.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Menteri. Sepertimana yang kita tahu masalah P.
Balasubramaniam ini, dua akuan bersumpah yang bercanggah. Apabila beliau buat akuan sumpah yang kedua, beliau telah memberi penjelasan dengan izin saya quote:
“I wish to retract the first declaration, I was compel to affirm the July 1st declaration under duress” dengan izin. Maknanya ada unsur-unsur paksaan dalam akuan bersumpah yang pertama. Memandangkan akuan bersumpah yang pertama ini Yang Berhormat Menteri dibuat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, sidang akhbar tersebut dihadiri oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya rasa satu perkara yang aneh, yang luar biasa yang mengundang seribu satu persoalan. Adakah dures tersebut berkaitan dengan sidang akhbar tersebut? Adakah siasatan telah dibuat? Apakah unsur-unsur paksaan yang dimaksudkan oleh P. Balasubramaniam, terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Memang betul Tuan Yang di-Pertua apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau. Semua ini berlaku yang kita semua tahu dalam pejabat Parti Keadilan. Sudah tentu statutory declaration bermaksud akuan bersumpah dan kalau sekiranya P. Balasubramaniam menyatakan iaitu bahawa dia telah retract, satu perkara yang tentulah ia telah melakukan satu forgery di mana dia telah membuat satu pembohongan waktu bersumpah. Namun kalau dia boleh membuktikan iaitu bahawa yang pertama itu dibuat under duress, mungkin ada pertimbangan yang boleh melepaskan dia daripada forgery. Akan tetapi untuk menentu seterusnya, kita perlu kepada kehadiran beliau. Jadi dia tidak ada di sini. Jadi inilah masalah yang kita hadapi pada hari ini dan saya sebut tadi kalau Yang Berhormat Batu tahu di mana dia berada...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tadi saya sepatutnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sepatutnya tindakan harus diambil.
[Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] Duduklah Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau seseorang itu melakukan begitu kerana....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita dalam soal jawab Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ekstradisi dan bawa dia balik ke Malaysia. Kenapa ini tidak dilakukan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua tidak apalah kita bagi dia puas. Tidak ada masalah. Dia pun tanya itu pun saya boleh jawab.
Masalahnya hendak ekstradisi apa? Kalau orang itu pun kita tidak tahu dia berada di mana.
Kita tidak tahu dia berada di mana. Sudah tentu saya boleh bagi jaminan kepada Yang Berhormat, sebaik sahaja kita dapat tahu dia berada di mana, sudah tentu kita berhubung dengan pihak negara mana yang dia berada itu dan kalau sekiranya kita mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara itu, sudah tentu kita akan tuntut menerusi Interpol untuk memulangkan P. Balasubramaniam ke Malaysia. Itu pun kita kena lihat dalam kesalahan tertentu sahaja yang kita boleh ekstradisi, tidak semua. Jadi ini semua harus diambil kira sebelum kita boleh mengambil tindakan seperti yang di cadangkan oleh Yang Berhormat Batu tadi.
3. Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) berapakah bilangan peneroka FELDA yang berpendapatan bawah RM1,000 pada tahun 2009, dan
(b) apakah langkah-langlah FELDA bagi membantu golongan ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol. Hasil purata kebun FELDA pada tahun 2009 bagi tanaman sawit adalah 18.52 tan per hektar. Manakala bagi tanaman getah adalah 1.29 tan per hektar. Purata pendapatan kasar peneroka sepanjang tahun 2009 bagi getah adalah RM1,812.11 manakala bagi sawit adalah RM2,459.92 sen. Berdasarkan kawasan pegangan lebih kurang 10 ekar sepenoraka dan hasil yang diperolehi dari kebun sebenarnya pendapatan peneroka adalah melebihi RM1000 sebulan. Oleh itu sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun 2009, tiada peneroka yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan. Sejak 1979 lagi, FELDA mempunyai dasar jaminan pendapatan minimum. Tahun 2000 pendapatan minimum ialah RM600 sebulan.
Pada September 2008, kerajaan bersetuju untuk menetapkan pendapatan minimum peneroka sebanyak RM1,000 sebulan sesuai dengan kehidupan semasa. Jika terdapat keadaan di mana pendapatan peneroka berada di bawah RM1,000, maka FELDA akan menangguhkan potongan tetap seperti kos baja, cukai tanah, bayaran kembali, seperti pernah berlaku pada November 2000 hingga Februari 2002 kerana harga komoditi yang rendah. Untuk menambah pendapatan, FELDA menggalakkan peneroka melibatkan diri dalam aktiviti bukan ladang seperti akuakultur, pertanian, penternakan, pusat IKS dan perniagaan lain.
Kita menawarkan pinjaman Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF), pinjaman tanpa interest kepada peneroka antara RM5,000 hingga maksimum RM150,000. FELDA juga memberikan kelulusan kepada peneroka secara berkumpulan untuk mengguna pakai tanah-tanah dalam bagi diusahakan. Peneroka boleh melaksanakan projek-projek pertanian seperti bumi hijau, tanaman kontan, ternakan dan sebagainya. Projek taman dapur atau edible garden telah dimulakan bagi tanaman sayuran di sekitar rumah dilaksanakan di semua 317 kawasan rancangan bagi kegunaan sendiri dan menambah pendapatan.
Manakala untuk membantu golongan belia projek kemahiran telah diperkenalkan dengan tujuan mewujudkan usahawan atau pendapatan yang lebih tinggi di kalangan anak peneroka. Terima kasih.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Model Ekonomi Baru Negara menekankan soal rakyat berpendapatan tinggi. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri apakah
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
perancangan istimewa ataupun lonjakan istimewa yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi melahirkan peneroka kita yang berpendapatan tinggi.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Jempol, untuk Model Ekonomi Baru ini, FELDA sedang mengusahakan apa yang kita panggil sebagai menjadikan FELDA sebagai sebuah gedung makanan negara yang besar. Apa yang kita ingin lakukan ialah menggalakkan FELDA dan peneroka untuk mewujudkan ternakan seperti ternakan lembu daging secara feedlot, ikan air tawar seperti Tilapia, buah-buahan seperti rockmelon, pisang berangan, pelbagai sayuran seperti cili. Itu yang pertama gedung makanan negara dengan peruntukan lebih kurang RM700 juta.
Saya kira yang kedua yang kita boleh meningkatkan pendapatan peneroka ini ialah melalui insentif produktiviti yang kita beri setiap tahun, mana-mana peneroka yang menambahkan hasil dan menjual hasil kepada FELDA, kita berikan bonus tahunan.
Sebagai contoh pada tahun 2008 sebanyak RM144 juta kita berikan bonus kepada peneroka.
Mungkin yang ketiga ialah kita galakkan peneroka ini untuk menambahkan pendapatan melalui Pelaburan Permodalan FELDA ataupun Koperasi Permodalan FELDA
(KPF) yang terlibat dalam pelbagai perniagaan. Dividen daripada KPF ini adalah sekitar 13% sehingga 15% antara yang tertinggi di negara.
Keempat saya rasa kita kena beri latihan keusahawanan kepada peneroka.
FELDA menetapkan sekurang-kurangnya separuh daripada 112,635 peneroka ini menjadi usahawan dalam jangka masa yang terdekat. Selain daripada apa yang telah saya sampaikan tadi, ini juga adalah empat usaha yang kita hendak laksanakan dan telah kita laksanakan.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, dalam masa penanaman semula mulai dari penanaman sehingga menghasilkan iaitu kira-kira lima tahun hingga tujuh tahun. Saya dapati bahawa dalam FELDA di Kelantan ini diberitahu kepada saya, pendapatan tidak sebagaimana yang dijawab - lebih kurang RM300-RM400 sebulan. Apakah jawapan yang sebenar di Kelantan ini? Manakah yang betul, jawapan Yang Berhormat Menteri ataupun yang diberitahu oleh peneroka?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat. Kita ada insentif yang kita sebut sebagai bantuan sara hidup peneroka jika kita menanam semula, dan bantuan untuk tahun pertama – saya ada jadualnya di sini. Kita beri RM1,000 bantuan sara hidup ini, bantuan untuk tahun kedua - RM1,200, untuk tahun ketiga - RM1,300 sehingga berhasil RM1500 sebulan. Oleh kerana itu garis RM1000 itu tetap ada, namun kalau dia tanam semula sendiri dan tidak bersama FELDA, itu adalah risiko yang diambilnya sendiri dan itu tidaklah termasuk dalam jaminan yang kita katakan ini. Terima kasih.
4. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan berapakah bangunan-bangunan yang terbiar dan tidak digunakan di sekitar Kuala Lumpur dan apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam 1Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat Parit Buntar, semenjak tahun 2003 sebanyak 318 bangunan usang dan terbiar telah dikenal pasti oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di seluruh Wilayah Persekutuan. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah bangunan-bangunan usang dan terbiar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:
(i) mengeluarkan notis kepada pemilik untuk merobohkan bangunan terbiar yang telah usang;
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan
(ii) mengeluarkan notis kepada pemilik untuk memperindah ataupun mengecat semula bangunan berkenaan; dan
(iii) mengeluarkan notis kepada pemilik untuk membersihkan kawasan bangunan.
Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2003 sebanyak 301 notis telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada pemilik premis terbiar yang memerintahkan mereka supaya melakukan kerja-kerja pengindahan ataupun mengecat premis masing- masing. Daripada jumlah ini, sebanyak 170 notis telah dipatuhi dan premis-premis terbabit telah dicat semula dan dibaik pulih. Manakala 17 notis telah dikeluarkan kepada pemilik premis terbiar yang mengarahkan mereka supaya merobohkan bangunan usang milik masing-masing sebab bukan sahaja bangunan usang tetapi tidak sesuai atau tidak selamat untuk penghuni. Daripada jumlah ini 12 unit telah dirobohkan. Dalam soal mengenai isu bangunan terbiar, masalah yang dihadapi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah:
(i) pemilik sebenar premis gagal dikenal pasti;
(ii) notis tidak dapat diserahkan kepada pemilik; dan
(iii) isu masih dalam mahkamah untuk memutuskan siapakah pemilik.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya diadakan satu data di mana data ini membolehkan kita mengkategorikan bangunan-bangunan yang terbiar ini supaya strategi guna pakai atau kebolehan gunaan bangunan ini boleh kita usahakan. Saya mencadangkan dalam bangunan yang terbiar ini ataupun bangunan yang tidak ada tuan dan sebagainya ini, apakah mungkin pihak kementerian mengambil langkah-langkah supaya bangunan boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti sosial dan boleh dipakai sebagai pusat-pusat komuniti dan aktiviti-aktiviti NGO? Itu mungkin satu cadangan.
Keduanya, apakah mungkin bangunan-bangunan ini dinilai semula untuk dijadikan satu hartanah ataupun bangunan itu boleh dijual untuk pendapatan? Jadi saya kira itu satu cadangan daripada saya dalam konteks bangunan-bangunan terbiar. Satu lagi saya hendak tanya, 301 notis dan 17 arahan merobohkan ini apakah pemilik bangunan mengikuti arahan dan perintah ini? Terima kasih.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana kita sedia maklum sebagai kerajaan yang mementingkan rakyat, segala cadangan dan pandangan Ahli Yang Berhormat akan dikaji dengan peraturan-peraturan yang sedia ada.
Mengenai 301 notis tadi, saya telah maklumkan kepada Dewan yang mulia ini di mana 710 notis telah dipatuhi dan 17 notis dikeluarkan untuk merobohkan bangunan yang sedia ada dan daripada jumlah ini 12 unit telah dirobohkan. Terima kasih.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan selamat datang kepada guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Sains Raub dari Pahang di belakang ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah di samping masalah terbiar di Wilayah Persekutuan - mungkin skop soalan saya keluar daripada kementerian wilayah tetapi dari segi kesejahteraan bandar itu mungkin ada kaitan. Kita dapati di bandar-bandar lain, bukan sahaja di bandar Kuala Lumpur bahkan di ibu-ibu negeri, di bandar-bandar lain di daerah dan sebagainya, banyak bangunan yang terbiar ini termasuklah bangunan kerajaan yang tidak diselenggara dengan baik. Saya kira keadaan ini merugikan kerajaan.
Di kawasan saya pun saya timbulkan perkara yang sama termasuklah bagi pihak sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya.
Jadi seperti Yang Berhormat Parit Buntar sebutkan tadi saya setuju. Kalau boleh bangunan-bangunan ini dimanfaatkan - dibaiki dan dimanfaatkan dan diberikan kepada badan-badan sukarela yang tidak mempunyai peruntukan dan juga boleh mereka gunakan
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
untuk kegiatan-kegiatan mereka. Cuma saya hendak tanya kementerian, wakil Yang Berhormat Timbalan Menteri, mungkin bagi pihak kerajaan.
Apakah ada satu badan khusus yang dibentuk oleh kerajaan sama ada di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini ataupun lain-lain yang bertanggungjawab mengenal pasti bangunan-bangunan yang terbiar ini di seluruh negara?
Berapa jumlah semuanya dan apakah langkah yang dibuat supaya kita dapat membaiki bangunan-bangunan ini dan kita manfaatkan kepada seperti mana yang disebutkan tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Tuan Yang di-Pertua, saya memang bersetuju pandangan Ahli Yang Berhormat dari Maran. Bangunan-bangunan uzur ini merupakan satu keadaan yang cukup mencacatkan pemandangan bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi semua bandar di seluruh Malaysia. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah menukar peranan dan kementerian telah mengeluarkan dua garis panduan di mana di bawah kesejahteraan bandar - peranan utama adalah membasmi kemiskinan di bandar-bandar seluruh Malaysia.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Kedua, kesejahteraan bandar. Saya akan berbincang dengan pihak kementerian dan Yang Berhormat Menteri supaya mencari jalan dengan peraturan-peraturan sedia ada sama ada kita boleh menggunakan peranan baru ini untuk mengatasi masalah ini.
Walau bagaimanapun, terima kasih atas cadangan dan pandangan Ahli Yang Berhormat dari Maran.
5. Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:-
(a) jumlah pelaburan asing yang telah dibawa masuk oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) semenjak ditubuhkan; dan
(b) keseluruhan kos perbelanjaan terperinci termasuk kos khidmat pakar untuk membiayai Halal Industry Development Corporation
(HDC) bagi tahun 2008 dan 2009.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Tanjong Manis, saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Sains Raub yang memerhati sesi soal jawab di sidang Parlimen pada pagi ini.
Tuan Yang di-Pertua, Halal Industry Development Corporation (HDC) telah ditubuhkan pada tahun 2006 untuk menerajui pembangunan industri halal secara komprehensif selaras dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global.
Kerajaan telah mewujudkan pelan induk industri halal untuk tempoh 2008 hingga 2020 dengan menggariskan arah tuju pembangunan industri halal Malaysia. Namun demikian, tumpuan HDC pada ketika ini adalah bagi membina Sistem Eko Halal atau dengan izin Halal Ecosystem yang membawa pulangan yang lumayan dan bagi membina industri halal yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Kerajaan menerusi HDC telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pelabur- pelabur asing melabur di dalam industri halal negara. Bagi menggalakkan pelaburan dalam industri ini, galakan cukai juga disediakan bagi pelabur-pelabur yang bercadang untuk menempatkan projek-projek mereka di taman-taman halal.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Sejak HDC ditubuhkan, di antara pelaburan asing yang telah dibawa masuk bagi industri halal termasuklah daripada Syarikat Nestle Malaysia Berhad menerusi Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd. yang diluluskan pada tahun 2008 di mana ianya melibatkan jumlah kos pelaburan sebanyak RM800 juta untuk tempoh tiga tahun.
Untuk tahun 2009 dua buah syarikat telah menerima insentif halal daripada HDC yang melibatkan pelaburan berjumlah RM750 juta. Syarikat-syarikat berkenaan termasuklah Syarikat Concept Amenities daripada Australia di dalam industri kosmetik dan produk dandanan diri atau personal care di Taman Halal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dengan nilai pelaburan sebanyak RM400 juta; dan Syarikat PML Dairies yang telah pun di dalam proses pembinaan mendirikan kilang pengeluaran di Selangor Halal Hab Pulau Indah dengan nilai pelaburan sebanyak RM350 juta untuk mengeluarkan produk sweetened condensed milk, evaporated milk, sterilized milk, pasteurized milk dan pasteurized juice dengan izin.
Bagi tempoh Januari hingga Februari 2010, dua buah syarikat telah diberi kelulusan dengan nilai pelaburan berjumlah RM380 juta seperti berikut:-
(i) Q.P. Corporation dari Jepun dengan nilai pelaburan sebanyak RM30 juta bagi produk mayones di Taman Halal Serkam, Melaka; dan
(ii) Syarikat CargilL Produk Sdn. Bhd. daripada Amerika Syarikat dengan nilai pelaburan sebanyak RM350 juta untuk mengeluarkan barangan berasaskan bahan dan kandungan halal di Taman Halal PKFZ.
HDC turut bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Enterprise Kecil dan Sederhana (SME Corp.) untuk menyertai misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara anjuran pihak-pihak yang berkenaan bagi menggalakkan pelaburan, meningkatkan kesedaran mengenai halal serta mempromosi industri halal Malaysia. HDC turut menjemput pengeluar-pengeluar produk halal tempatan untuk bersama-sama menyertai seminar dan pameran-pameran antarabangsa berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan kos perbelanjaan khidmat pakar bagi tahun 2008 adalah berjumlah RM1.9 juta dan RM2.3 juta bagi tahun 2009. Perkhidmatan pakar adalah diperlukan untuk memperolehi maklumat-maklumat penting mengenai industri halal semasa memandangkan ketika HDC ditubuhkan tidak terdapat blueprint atau data mengenai kedudukan semasa industri halal.
Kaji selidik telah dijalankan bagi mengetahui kedudukan sebenar syarikat-syarikat halal yang beroperasi di Malaysia dan maklumat-maklumat ini diguna pakai bagi menyediakan pelan perniagaan pelan perniagaan HDC dan pelan induk industri halal.
Sebagai pemacu pembangunan industri halal negara, HDC telah menyediakan Pelan Induk Industri Halal. Terima kasih.
Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah kepada HDC dan kepada kementerian. Soalan saya adalah adakah HDC yang dipertanggungjawabkan sebagai one stop agency bagi pelaburan hab halal dan adakah kewangan yang mencukupi diberi kepada HDC untuk menyelaras sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan?
Bilakah HDC akan membuka pejabat di Sarawak untuk menyenangkan urusan hab halal dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan untuk menyenangkan pelabur-pelabur asing dan pelabur-pelabur tempatan yang akan melabur di hab halal Tanjong Manis yang terbesar di seluruh Malaysia? Terima kasih.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Tuan Yang di-Pertua, HDC sekarang terletak di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak Oktober 2009 dan bagi tujuan penyelarasan urusan pembangunan taman-taman halal ini, maka HDC bekerjasama dengan agensi di bawah
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
MITI seperti MIDA memandangkan MIDA sekarang ini adalah agensi utama dan merupakan one stop centre bagi semua urusan penggalakan pelaburan.
HDC berperanan juga sebagai agensi penyokong kepada MIDA di mana ianya membantu di dalam permohonan insentif halal kepada pelabur-pelabur asing dan tempatan juga dan bercadang serta berminat untuk melabur dalam menempatkan projek mereka di taman-taman halal di seluruh negara kita ini. Dari sudut kewangan pula Tuan Yang di- Pertua, HDC menyediakan keperluan bajet dan mengemukakannya kepada kerajaan untuk kelulusan menerusi MITI. Segala perbelanjaan HDC adalah bergantung kepada jumlah bajet yang telah diluluskan.
Berkenaan dengan cadangan penubuhan pejabat di Sarawak, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini. Walau bagaimanapun, buat masa ini pelabur-pelabur yang memerlukan bantuan boleh juga berurusan dengan MITI ataupun agensi-agensi MITI yang lain di peringkat negeri.
Mengenai projek hab halal di Tanjong Manis pula Tuan Yang di-Pertua, kita memberi penekanan kepada projek ini. Buat masa ini yang kita sedia maklum bahawa dari segi prasarananya masih belum sampai ke tahap yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan asing khususnya di dalam industri halal di tempatkan di Tanjong Manis.
Walau bagaimanapun, oleh kerana ianya satu projek yang begitu besar di negeri Sarawak dan sudah tentu akan membawa pulangan yang besar untuk negeri tersebut, maka kerajaan berhasrat untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada projek ini.
Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya adalah tentang daya saing Malaysia HDC secara khususnya dengan negara-negara jiran. Contohnya dengan Thailand yang maklumat yang kita perolehi, pasaran halal mereka berjaya menembusi market di China dengan jumlah transaksi yang melibatkan jutaan ringgit.
Selain daripada itu, saya juga ingin tahu selain daripada insentif-insentif dan juga inisiatif-inisiatif perdagangan dan penganjuran pameran produk-produk halal seperti MIHAS
(Malaysia Kitchen and Taste of Malaysia) saya ingin tahu, adakah kerajaan atau pun HDC merancang untuk melebarkan industri ini kepada perkembangan pendidikan seperti menawarkan kursus-kursus pengajian pasaran halal dan sebagainya. Terima kasih.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Bachok.
Tuan Yang di-Pertua, tumpuan HDC selama ini ialah untuk mewujudkan standard dan oleh kerana kita amat berjaya dalam bidang ini, maka sekarang ini standard halal yang dikeluarkan oleh Malaysia menerima satu status premium di peringkat global.
Walau bagaimanapun, kita akui bahawa ada beberapa negara termasuk negara jiran seperti Thailand yang lebih ke depan daripada kita dalam bidang pemprosesan dan pengilangan bahan-bahan makanan. Oleh kerana itu, menyedari akan peluang yang terbentang luas dalam bidang halal ini, maka mereka dengan begitu cepat telah mentransformasikan pengeluaran bahan makanan itu supaya menepati segala syarat halal sekali gus dapat menembusi pasaran-pasaran halal melepasi ataupun melebihi kita. Ini satu kelebihan yang terdapat di Thailand. Namun seperti yang saya nyatakan dalam jawapan saya sebentar tadi, tumpuan kita sekarang ini ialah untuk membangunkan lagi industri kita supaya dapat kita bersaing dengan negara-negara jiran seperti Thailand.
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, urusan untuk mempromosi halal akan diteruskan oleh HDC di luar negara di mana bukan hanya kita mengambil kesempatan mengenai kelebihan kita dari segi standard yang diterima oleh sebahagian besar daripada pasaran halal sedunia tetapi dari segi pendidikannya juga. Contohnya, kita terlibat juga di dalam meningkatkan kesedaran di kalangan pengeluar-pengeluar barang makanan di negara-negara seperti Jepun di mana mereka juga sekarang ini menyedari akan pasaran yang begitu besar dalam industri halal ini. Sekarang ini mereka juga bertujuan untuk mengeluarkan segala barangan makanan mereka itu dengan cara yang halal sekali gus
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
membuka pasaran bagi produk-produk mereka. Jadi usaha-usaha pendidikan ini akan kami teruskan kerana ia sedikit sebanyak secara langsung sebenarnya akan memberi manfaat kepada kita bukan hanya dari segi pengiktirafan status halal buatan Malaysia tetapi juga untuk membesarkan pasaran global yang sudah mencecah USD3.7 trilion setahun buat masa ini. Terima kasih.
6. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik] minta Menteri Kerja Raya menyatakan mengapa projek pembinaan lebuh raya Durian Burung – Kupang, amat lambat proses pembinaannya dan kadangkala terhenti terus terutamanya di daerah Sik. Bila projek ini dijangka dapat disiapkan.
Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek jalan raya Durian Burung – Pedu – Gubir – Kupang yang juga dikenali sebagai Trans Eastern Kedah Interland Highway sepanjang 115.1 kilometer telah dimulakan pembinaannya dari tahun 2005. Projek ini terbahagi kepada dua pakej iaitu Pakej A dan Pakej B.
Pakej A bermula dari Durian Burung ke Pedu sepanjang 74.75 kilometer telah bermula pada 30 Ogos 2005 dengan tarikh siap semasa pada 30 Mac 2010. Projek ini telah siap sebanyak 97% berbanding dengan 100%.
Pakej B pula terbahagi kepada lima segmen dengan beberapa kontraktor yang berlainan. Tiga segmen di dalam Pakej B iaitu segmen A, B dan C terletak di dalam daerah Sik manakala segmen D dan E terletak di dalam daerah Baling. Segmen A sepanjang 6.5 kilometer telah dimulakan pembinaan pada 15 Mac 2006 dengan tarikh siap semasa pada 13 Jun 2010. Status pembinaan projek ini ialah 93.3% berbanding dengan 91%. Segmen B sepanjang 8.6 kilometer telah dimulakan pembinaan pada Mei 2006 dengan tarikh siap Mac 2010. Status pembinaan projek ini adalah 89.9%.
Segmen C sepanjang 7.2 kilometer telah dimulakan pembinaan pada Mei 2006 dengan tarikh siap Januari 2010. Status pembinaan adalah 61%. Segmen D sepanjang 9.4 kilometer telah dimulakan pembinaan 15 Mei 2006 dengan tarikh siap semasa 18 Disember 2009. Status pembinaan projek ini adalah 82.6% siap berbanding dengan 100% manakala segmen E sepanjang 8.6 kilometer telah dimulakan pembinaan pada Mei 2006 dengan tarikh siap semasa pada 25 Disember 2009. Projek ini telah siap sepenuhnya dan kini dalam tempoh tanggungan kecacatan sehingga 24 Disember 2010.
Kelewatan pelaksanaan projek ini adalah disebabkan oleh isu-isu pengambilalihan tanah, gangguan struktur-struktur setinggan di kawasan jajaran projek, masalah pengurusan kewangan yang lemah di pihak kontraktor dan masalah kenaikan harga bahan- bahan binaan. Kementerian ini telah pun mengambil beberapa langkah proaktif dalam menangani isu-isu tersebut. Bagi menyelesaikan masalah pengambilalihan balik tanah di kawasan jajaran projek, kementerian ini telah membuat rundingan dengan pemilik tanah bagi lot-lot yang terlibat untuk memohon kebenaran kemasukan awal ke tapak projek.
Bagi masalah struktur-struktur setinggan yang dibina di kawasan jajaran projek, kementerian telah pun memperuntukkan pembayaran ex-gratia ke atas struktur setinggan terbabit. Bagi mengatasi isu kelewatan projek yang berpunca daripada masalah pengurusan kontraktor, kementerian ini akan mengeluarkan notis untuk tujuan penamatan kepada kontraktor yang bermasalah. Bagi menampung kenaikan kos projek ini, kementerian ini sedang dalam proses untuk memohon kenaikan siling bagi projek ini untuk melancarkan pelaksanaan projek.
Di samping itu, berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan atau SPP Bil 3/2008, kerajaan akan membayar perbezaan kenaikan kos harga bahan binaan berdasarkan statistik harga Jabatan Perangkaan Malaysia, JPM. Terima kasih.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soal kelambatan projek dan di Terengganu pula keruntuhan bangunan-bangunan yang dibina yang berlaku boleh dikatakan sepanjang masa, adakah kementerian ini berhasrat untuk meningkatkan lagi profesionalisme di
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
peringkat kementerian untuk memastikan bahawa semua projek yang dilaksanakan atau projek-projek yang dilaksanakan juga oleh pihak swasta yang dinaungi oleh JKR supaya peristiwa-peristiwa ini khasnya soal keruntuhan kerosakan projek dan juga kelambatan projek tidak akan lagi merupakan satu masalah bagi negara pada masa akan datang.
Terima kasih.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat daripada Sik.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pandangan itu dan ingin saya maklumkan, memang selama ini banyak terdapat di kalangan projek-projek kerajaan yang lewat siap dan akhirnya kerajaan terpaksa memberi EOT ataupun dengan kata ringkas dengan izin, extension of time dan ini akan memberikan kos tambahan kepada sesuatu projek itu.
Kebanyakan punca daripada EOT ini adalah kerana pengambilalihan tanah yang apabila untuk dibina sesuatu terutamanya dalam pembinaan jalan.
Di dalam kes negeri Kedah, lazimnya untuk mengambil alih tanah, ia terpaksa mendapat persetujuan pejabat daerah dan juga kerajaan negeri. Berbanding dengan negeri-negeri lain, kebanyakannya dibantu oleh JKPTG iaitu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Gali dan Persekutuan. Sebab itu, untuk projek-projek yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kementerian ini telah bekerjasama dengan EPU atau Unit Perancang Ekonomi bahawa projek-projek untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh kita akan mulakan apabila semua urusan pengambilalihan tanah itu selesai. Ini penting kerana kita tidak mahu projek-projek itu tersangkut disebabkan setelah mulanya projek, masih lagi tanah-tanah yang tidak dapat diambil dan dilakukan perjalanan projek dengan keadaan yang sepatutnya.
Berhubung dengan mutu kualiti bangunan ataupun binaan yang ada di dalam negara ini, kementerian pada hari ini sedang dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kontraktor-kontraktor yang ada di dalam negara kita kerana sebagaimana yang kita ketahui di negara ini, lazimnya bidang construction ini adalah bidang yang begitu mudah bagi semua pihak untuk menjadi kontraktor.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Ada yang lepas jadi kakitangan kerajaan jadi kontraktor, ada yang lepasan sekolah jadi kontraktor. Oleh sebab itu mutu kontraktor yang ada di dalam negara ini perlu ditingkatkan kerana pasaran bidang construction yang ada pada hari ini bukan sahaja di negara ini malah banyak syarikat di negara ini telah membina nama yang begitu masyhur terutamanya di Timur Tengah dan sebagainya.
Maka sebab itu, kita mahu supaya industri pembinaan ini dapat ditingkatkan di masa yang akan datang dan kementerian ini juga telah bekerjasama dengan Kementerian Kewangan supaya konsultan-konsultan yang hendak dilantik, dipilih untuk sesuatu pembinaan projek dinilai bergantung daripada kapasiti syarikat itu sendiri. Berapa ramai jumlah konsultan ataupun profesional yang ada di dalam syarikat itu. Kita tidak mahu diberi kerana semata-mata syarikat itu tidak pernah mendapat kerja dan sebagainya. Kita mahu dinilai syarikat konsultan itu ataupun kontraktor itu berdasarkan keupayaan syarikat itu. Ini dengan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi mutu bidang industri pembinaan yang ada di dalam negara kita. Terima kasih.
7. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah perbincangan telah diadakan dengan Indonesia dan Brunei untuk terus memantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di rantau ini.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerjasama Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam usaha untuk memajukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dilaksanakan melalui MABBIM. Majlis Bahasa Indonesia–Malaysia (MABIM) ditubuhkan pada 23 Mei 1972. Atas semangat kesepakatan ASEAN, Brunei Darussalam telah menjadi anggota pertubuhan ini pada 4 November 1985.
Sejak ditubuhkan sehingga kini, Majlis Bahasa ini telah berhasil mengeluarkan berbagai-bagai pedoman dan peraturan ejaan dan istilah selain daftar istilah dan kamus
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
istilah. Jumlah istilah yang banyak itu sudah tentunya memperkaya khazanah kosa kata dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam bidang pendidikan.
Kegiatan MABBIM tertentu kepada program peristilahan, penyelidikan bahasa, penerbitan dan pemupukan ilmu. Langkah ini diambil sebagai usaha Malaysia, Indonesia dan Berunai untuk terus memantapkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di rantau ini.
Kerjasama MABBIM penting kerana bahasa Melayu adalah bahasa yang kelima terbesar di dunia. Ini adalah kerana kita ada lebih kurang 300 juta penduduk. Oleh itu bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana bahasa Melayu adalah bahasa yang dinamik dan terus hidup tidak seperti bahasa Sanskrit dan Latin yang satu ketika dahulu menguasai dunia, sekarang sudah pun mati terkubur kerana tidak ada lagi penuntut. Terima kasih.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kita ada Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia ataupun singkatannya MABBIM.
Saya ingin bertanya, setelah MABBIM ini ditubuhkan pada tahun 1972, berapa banyak kekerapan pertemuan ataupun perjumpaan yang kita buat di antara ketiga-tiga negara ini untuk terus memperkukuhkan bahasa Melayu di rantau ini menjadi bahasa ilmu ataupun bahasa yang utama? Ini kerana saya mendapati atau pun melalui pengamatan saya, berbanding dengan bahasa Melayu Indonesia, bahasa Melayu di Malaysia ini masih lagi jauh ketinggalannya kerana kita tidak mantap lagi.
Kalau kita lihat pusat-pusat pengajian tinggi di dunia yang mengkaji bahasa Melayu, ia adalah lebih tertumpu kepada bahasa Melayu Indonesia dan tidak merujuk kepada bahasa Melayu yang ada di Malaysia ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah perancangan negara kita ataupun kementerian untuk ke arah ini? Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.
Sebenarnya MABBIM sentiasa mengadakan pertemuan serta perbincangan dan mesyuarat terakhir MABBIM telah diadakan pada bulan Mac yang lalu iaitu yang terbaru ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kejayaan MABBIM ini ialah apabila kita berjaya melahirkan lebih kurang satu juta istilah keseluruhannya melalui MABBIM. Oleh sebab itulah, kita meyakini bahawa bahasa Melayu ini walaupun ada disebut bahasa Indonesia yang sebenarnya, tetapi melalui MABBIM ini kita telah melakukan penyelarasan.
Oleh sebab itu, untuk kita menyatakan bahawa bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu ini ialah kerana setakat ini kita sudah ada lebih kurang 46,000 istilah Sains- Matematik di dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itulah kita yakin maksudnya bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu. Untuk makluman Yang Berhormat, memang sekarang ini kebanyakan universiti antarabangsa di luar negara banyak mempunyai kuliah yang menyediakan mata pelajaran bahasa Melayu khususnya di negara-negara Asia Tengah seperti Kazakhstan, Turkmenistan, Azerbaijan, Kurdistan dan sebagainya sebab mereka cukup berminat dengan bahasa Melayu sekarang ini.
Untuk makluman Yang Berhormat bahawa masalah sebutan Indonesia, Malaysia dan sebagainya tidak timbul kerana penyelarasan ini. Kalau di dalam konteks keilmuan, paling jelas ialah apabila Tun Abdul Rahman Ya’kub, kerana keberaniannya untuk melaksanakan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib, maka pada tahun 1970, kita telah berjaya menukar aliran sekolah Inggeris ini kepada aliran kebangsaan. Kejayaannya pada hari ini cukup jelas dan ikon yang paling besar ialah kejayaan dalam bidang pendidikan menggunakan bahasa Malaysia ini ialah apabila terwujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia yang melahirkan ramai ilmuwan.
Oleh sebab itulah, kalau kita lihat dari segi sejarah, yang awal pun sudah membuktikan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini. Kalau di Barat mereka ada..., Kita di alam Melayu, kita ada Hamzah Fansuri. Kalau dalam abad ke -14, di barat ada Canterbury Tales, di Malaysia ini kita ada Hikayat Raja Pasai. Bahkan Sejarah Melayu
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
itu menjadi rujukan keilmuan kepada penjajah barat untuk mengetahui dan mendapatkan ilmu mengenai dengan alam Melayu, budaya orang Melayu dan sebagainya.
Maka sebab itulah, kita yakin dengan bahasa Melayu yang bersifat dinamik ini, maka kita boleh menghasilkan lebih banyak istilah. Oleh sebab itulah kita ada apa yang disebut sebagai tesaurus bahasa Melayu dan kita, Utusan sendiri telah menerbitkan Kamus Besar Bahasa Melayu. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan keunggulan dan keupayaan bahasa Melayu, kita persetujukan bahawa kita ada persamaan terhadap keyakinan ini. Apa yang menjadi persoalannya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apabila kerajaan menggubal polisi, ia ada paradoks.
Contohnya, ketika Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut berkaitan dengan kesungguhan negara-negara luar untuk mempelajari bahasa Melayu.
Tentang bahasa Melayu ini sudah ada satu juta istilah. Sains-Matematik ada 46,000. Maksudnya kita boleh berjaya dengan bahasa kita. akan tetapi apabila kerajaan membentuk polisi, membentuk dasar Sains-Matematik – kita pilih bahasa Inggeris, itu paradoksnya. Bagaimana Yang Berhormat Timbalan? Saya tahu pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri konsisten.
Yang Berhormat Timbalan Menteri satu-satunya jurucakap UMNO Johor dalam Perhimpunan Agung yang menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains– Matematik. Akan tetapi ketika jawapan sebagai wakil kerajaan, bagaimanakah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan paradoks ini? Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Yang Berhormat, sebab itu saya mengatakan bahawa, sebenarnya yang menjadi masalah bukan setakat mengenai undang-undang, peraturan, polisi dan sebagainya. Polisi memang penting. Sebab itulah kita mengubah PPSMI, contohnya kepada MMMBI iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan juga memperkukuhkan bahasa Inggeris. Sebab kita masih meletakkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua walaupun dalam bidang pentadbiran dan pendidikan kita sudah menggunakan bahasa Malaysia.
Akan tetapi saya ingin menjelaskan di sini, bahawa ada pihak yang sering melihat seolah-olah kerajaan tidak tegas dan sebagainya tetapi yang kita kena lihat juga tentang budaya rakyat Malaysia, budaya bahasa rakyat Malaysia juga amat membimbangkan. Kita tidak boleh melihat kepada undang-undang, peraturan, akta dan sebagainya, tetapi budaya rakyat Malaysia yang tidak boleh menggunakan bahasa Malaysia yang betul. Kadang- kadang orang Melayu dengan orang Melayu bercakap guna bahasa Inggeris ataupun rakyat Malaysia sesama mereka bercakap dalam bahasa Inggeris.
Budaya ini, maksudnya melarat-larat sehingga kalau kita tengok dalam TV kita pun berlaku perkara yang sama, dalam drama dan sebagainya – dijadikan budaya, suka bercakap bercampur-campur bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Sebab itulah ini menimbulkan masalah dan sekarang ini bahasa Malaysia menjadi bahasa yang cacamerba, dengan SMSnya, internet dan pelbagai lagi yang menyukarkan kita untuk mewujudkan satu budaya taat kepada bahasa ini.
Seperti orang Jepun, mereka fasih berbahasa Inggeris tetapi bila sesama mereka berjumpa, mereka bercakap bahasa Jepun. Begitu juga orang Perancis. Akan tetapi kita tidak. Maksudnya orang Malaysia ini memang kadang-kadang maksudnya budaya bahasanya itu tidak sekukuh seperti orang Jepun dan juga orang Perancis. Maka ini yang kadang-kadang menggagalkan untuk kita membuktikan soal bahasa Malaysia ini adalah bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa perpaduan, bahasa lingua franca yang boleh menjamin tentang kekuatan bangsa Malaysia ini. Terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah satu soalan penting ini mengenai bahasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Kota Raja.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri, saya bersama dengan Timbalan Menteri dalam mengukuhkan dan memantapkan bahasa Melayu. Tadi Timbalan Menteri bercakap mengenai penggunaan bahasa di dalam masyarakat kita tetapi yang menyedihkan, Timbalan Menteri ialah penggunaan bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Saya dahulu seorang pensyarah dan kita bertungkus-lumus seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri, menyediakan istilah-istilah perubatan, istilah fizik, semua sudah lengkap.
Akan tetapi kini, saya hendak tanya Timbalan Menteri, apakah polisi kerajaan di dalam penyampaian ilmu, pemartabatan bahasa Melayu ini di institusi pengajian tinggi?
Sejauh mana? Berapa peratus kursus-kursus yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyampaian di dalam kuliah-kuliah dan sebagainya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sebab itu saya kata bahawa pendirian kerajaan dalam soal polisi ini adalah jelas, tetapi yang timbul masalah ada sesetengah pihak, ia menjadikan ini sebagai satu amalan. Ini masalah.
Kita berhadapan dengan amalan. Sesetengah pimpinan universiti ataupun apa sahaja institusi, ia menjadikan amalan itu sebagai seolah-olah polisi sedangkan polisi kita jelas, iaitu mengutamakan bahasa Malaysia dan kita sudah memperjuangkan perkara ini sudah sekian lama.
Sebab itu kita tahu dahulu pernah mahasiswa mengusung Keranda Jingga, melakukan Operasi Merah di universiti dan sebagainya, melempar cat merah terhadap semua papan tanda yang masih menggunakan bahasa Inggeris. Sebab itulah dasar itu ada. Sebab itu saya kata ini soal budaya. Sebab itu ada pihak yang akhirnya melihat amalan itu dan menjadi satu polisi.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Penguatkuasaan, Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Ini yang memang kita kena perbetulkan sebenarnya. Sebab itu saya kata bahawa ini adalah merupakan perjuangan yang melibatkan semua pihak dan saya harap semua pihak sedar dengan apa yang berlaku dan pastikan bahawa kita kembali ke pangkal jalan. Terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Kenapa kementerian tidak membuat satu penegasan?
8. Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [Bagan Serai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-
(a) berapakah jumlah lesen memandu kelas H yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing; dan
(b) berapa ramaikah pendatang asing yang terlibat dengan mengendalikan kenderaan berat.
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, lesen memandu kelas H merupakan lesen bagi mengendalikan traktor atau jentera bergerak beroda yang berat tanpa muatan melebihi 5,000 kilogram. Kenderaan ini biasanya bergerak atau digunakan di kawasan-kawasan pembinaan. Jumlah keseluruhan pemegang lesen memandu kelas H adalah sebanyak 117,751 orang. Daripada jumlah ini, sebanyak 117,214 orang atau 99% adalah merupakan warganegara Malaysia, manakala selebihnya iaitu 537 orang atau 1% adalah merupakan warga asing.
Untuk soalan yang kedua, kerajaan bermula Mac 2008 telah menetapkan dasar tidak akan mengeluarkan lesen vokasional kepada warganegara asing kecuali penduduk tetap bagi tujuan memandu kenderaan berat, iaitu kenderaan barangan atau goods driving license (GDL) dan perkhidmatan kenderaan awam atau public service vehicle sahaja.
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Walau bagaimanapun, untuk menampung keperluan ekonomi negara yang semakin meningkat, bagi kelas H bagi maksud aktiviti pembinaan, permohonan daripada warganegara asing boleh dipertimbangkan dengan syarat-syarat berikut:
(i) sekiranya tidak terdapat pemandu dari kalangan rakyat tempatan di lokasi tertentu tersebut;
(ii) mempunyai dokumen perjalanan – pemohon mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap atau permit kerja; dan
(iii) mengikuti kursus dan lulus ujian pemanduan sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Mengikut perangkaan JPJ sehingga 4 Mac 2010 terdapat 537 warganegara asing memegang lesen memandu kelas H. Terima kasih.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Terima kasih dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri. Bagi saya, saya rasa memanglah satu daripada perkara yang patut kita beri pertimbangan mengenai dengan pekerja-pekerja asing ini terutama sekali pemegang atau pemilik lesen yang ada. Sebab apa, apa yang saya perhatikan bahawa di dalam sektor pembinaan ini, kita dapati bahawa majikan- majikan lebih suka mengambil pendatang-pendatang asing sebagai pekerja-pekerja mereka dan saya tahu sesetengah daripada mereka ini tidak ada lesen, tetapi masih menjalankan kerja yang ada.
Kita dapati bahawa majikan-majikan ini memberikan gaji yang rendah kalau dibandingkan dengan apa yang kita bagi sehinggakan saya rasa dalam RM400, RM500 sebulan. Jadi gaji yang begitu rendah. Jika sekiranya tidak ada satu langkah yang dibuat oleh kerajaan di mana menyekat pekerja-pekerja asing ini, iaitu walaupun syarat tadi telah mengatakan syarat untuk memiliki lesen tersebut mestilah dari tiga syarat tadi, jika sekiranya tidak ada pekerja-pekerja tempatan. Bukan tidak ada pekerja tempatan tetapi masalahnya ialah masalah gaji yang ada. Oleh yang demikian, saya minta supaya kerajaan cuba kaji balik supaya pekerja-pekerja asing ini jangan dibenarkan. Itu yang saya harapkan.
Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat. Itu adalah merupakan satu cadangan daripada Yang Berhormat, tetapi seperti mana yang saya katakan tadi bahawa penglibatan pekerja asing mengikut rekod kita hanyalah di tahap yang begitu rendah, iaitu hanya lebih kurang 1% atau 537 orang berbanding dengan warganegara Malaysia 117,214 orang. Saya juga telah mengatakan tadi bahawa ianya adalah diberikan atas case to case basis, iaitu sekiranya di tempat tersebut memang terdapat kesukaran untuk mendapat pemandu daripada kalangan masyarakat tempatan.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita sedar bahawa setiap tahun warga lepasan sekolah semakin bertambah. Jadi, kenapa kita harus membenarkan walaupun sedikit jumlah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang terlibat dalam mengendalikan lesen kelas H ini tetapi kita tidak harus benarkan.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Contoh yang nyata di hadapan kita ialah apabila mereka mengendalikan bas Intrakota. Mereka bawa dengan tidak mengikut peraturan malah kadang-kadang sudah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar koboi. Seolah-olah tidak tahu undang-undang yang harus diamalkan ketika pemanduan dijalankan. Cuma di sini saya cadangkan dengan kementerian bahawa kalau Kementerian Kebajikan mengamalkan Program Cari apa salahnya berkongsi kerjasama dengan agensi yang lain seperti Akademi Binaan Malaysia yang telah mengendalikan kursus-kursus mengendalikan jentera berat di kampung- kampung. Kita masuk kampung dan kita buat kursus ini di kampung dan kita terus bagi lesen kepada mereka.
Ini kerana gaji ditawarkan untuk pengendalian jentera berat ini adalah cukup lumayan menyebabkan ratusan ringgit sehari. Terutamanya mereka yang telah lulus hasil daripada bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Jadi sekarang ini sejauh mana pihak
Dato’ Ismail Kasim - Arau
kementerian bekerjasama dengan agensi-agensi seumpama ini bagi mengatasi dan mengambil, memastikan bahawa pekerja-pekerja kita, rakyat tempatan yang mengendalikan pengusaha-pengusaha jentera berat pemandu kelas H ini. Pandangan kementerian.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Saya ingin nyatakan di sini bahawa seperti mana yang saya telah jelaskan tadi. Bahawa bagi pemandu kenderaan barang ataupun public transport seperti mana yang dinyatakan tadi. Kita tidak pernah membenarkan, kita tidak membenarkan warganegara asing untuk - bermula pada bulan Mac 2008. Kita telah comply dengan permohonan daripada human resource, Kementerian Sumber Manusia bahawa tidak membenarkan. Hanya dibenarkan pada penduduk tetap sahaja ataupun permanent residence.
Bagi cadangan Yang Berhormat tadi itu adalah merupakan satu cadangan yang baik. Sememangnya sebahagian daripada - ini adalah merupakan satu cadangan yang memang kita boleh pertimbangkan kerana memang terdapat keperluan untuk khususnya di sektor pembinaan. Terima kasih.
9. Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah pesakit mental yang terdapat di seluruh negara mengikut pecahan negeri dalam tempoh lima tahun.
Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai
Kementerian Kesihatan ada mengumpul data dari hospital kerajaan tentang gangguan kesihatan mental dan tingkah laku yang meliputi organic mental disorder, mental and behavioral disorder due to substance abuse, skizofrenia, mood disorder, neurotic, stress related dan somatoform disorder, mental retardation. Data yang dikumpulkan menunjukkan bahawa dalam tempoh lima tahun yang lepas dari tahun 2004 sehingga 2008. Jumlah kes gangguan kesihatan mental dan tingkah laku yang menerima rawatan dari hospital-hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan psikiatri seluruh Malaysia adalah sebanyak 140,076 kes iaitu 1.5% dari jumlah keseluruhan kemasukan kes ke hospital.
Dalam tempoh lima tahun tersebut juga data yang dikumpulkan tidak menunjukkan trend peningkatan ataupun penurunan kes mental yang mendapatkan rawatan. Analisa mengikut pecahan negeri mendapati bahawa sepanjang tempoh lima tahun 2004 hingga 2008, mendapati beberapa buah negeri mencatat peratus kes yang lebih tinggi dari segi mendapatkan rawatan bagi gangguan mental dan penyakit mental. Antara negeri-negeri tersebut adalah:-
| Negeri yang mendapatkan rawatan | Peratusan (%) |
|---|---|
| Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 11 |
| Pahang | 11 |
| Johor | 10 |
| Perak | 9 |
Akan tetapi data ini tidak boleh disimpulkan bahawa negeri-negeri tersebut mempunyai bilangan penyakit jiwa yang tinggi ini kerana ia adalah tertakluk kepada hospital-hospital yang memberi perkhidmatan psikiatri. Memandangkan negeri Johor ada Hospital Tampoi, Hospital Permai, negeri Perak ada Hospital Bahagia, Hospital Tanjung Rambutan. Itu memang menunjukkan bahawa bilangan kes di kawasan di negeri tersebut memang meningkat.
Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai
Walau bagaimanapun data-data ini hanya merujuk kepada individu-individu yang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan bagi gangguan mental dan penyakit mental.
Data-data ini tidak termasuk pesakit mental yang menerima rawatan dari facility swasta.
Sekian.
Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Terima kasih Menteri.
Sekerap mana kita melaksanakan survey kesihatan mental di Malaysia secara menyeluruh?
Bila kali terakhir kita melakukannya? Ini kerana saya mahu tahu menurut National Institute of Mental Health America sejumlah 13% kanak-kanak atau remaja di negara tersebut mempunyai satu atau lebih petanda mental disorder. Dalam kenyataan Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 peratusannya hampir sama iaitu di Malaysia wujud lebih kurang 13.7%. Apakah kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan kementerian-kementerian lain dalam memastikan kesihatan mental diketahui di peringkat yang lebih awal. Terima kasih.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan ada menjalankan kajian National Health Mobility Survey tiap-tiap 10 tahun iaitu 1996, 2006. Kita ada membuat kajian berhubung dengan masalah kesihatan mental, mental health problem. Ia adalah sedikit berbeza dengan mental illness. Kalau dia mental illness itu sakit jiwa kalau dia mental health problem itu dia masalah depression ataupun kemurungan dan juga stress yang berlebihan menyebabkan pelbagai penyakit yang lain.
Menurut statistik yang kita terima yang kita kaji pada tahun 1996 pesakit ataupun mental health problem masalah kesihatan mental dalam negara kita adalah 10.6%. Bagi tahun 2006 ada meningkat sedikit hingga 11.2%. Bagi kanak-kanak dan remaja pada tahun 1996 adalah 13% dan ia meningkat, ini satu perkara yang membimbangkan. Tahun 2006 ia telah meningkat kepada 20.32%.
Masalah kesihatan mental ini perlu ditangani dengan segera. Bukan sahaja oleh kerajaan malah oleh NGO dan masyarakat. Di mana sekarang kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah melancarkan pelbagai kempen iaitu Kempen Tangani Stress untuk kita sama-sama menjaga kesihatan mental kanak-kanak dan orang dewasa dalam negara kita. Sekian.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya hendak tanya Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat selalu stress ini.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Penyakit mental ini macam-macam termasuklah disebut tadi sakit jiwa dan seumpamanya. Adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai statistik orang politik yang sakit mental ini? Sebab kita sedia maklum sekarang ini ramai kita tengok orang politik ini sihat tetapi sebenarnya sakit mental. [Ketawa] Benar atau tidak? Terima kasih.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Memang kita dari segi gangguan mental ini banyak dia punya spektrum cukup luas. Dari segi gangguan mental biasa, kemurungan, keresahan, panic attack. Ini sedikit sebanyak kadang-kadang ada politician termasuk jugalah tetapi ia boleh kita kawal, boleh disembuhkan. Akan tetapi yang masuk gangguan mental teruk ini tidak adalah, politician memang kita rasa kalau perlu boleh dapatkan bantuan daripada Kementerian Kesihatan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ada Menteri, obsessive – compulsive itu, Yang Berhormat Pasir Mas.
[Soalan No.10 – Y.B. Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff (Balik Pulau) tidak hadir]
11. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan apakah tahap kesedaran masyarakat terhadap pemanasan global dan akibatnya serta setakat manakah penjagaan tenaga melalui kaedah
teknologi hijau menyumbang kepada pengurangan pemanasan global di negara ini dan apakah ukuran terkininya.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini tiada kajian pada skala besar yang telah dilakukan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk mengukur tahap kesedaran orang awam mengenai isu pemanasan global dan akibatnya.
Walau bagaimanapun pelbagai kempen kesedaran dengan disokong oleh sebaran media telah dijalankan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai fenomena pemanasan global.
Buat masa ini apa yang perlu lebih ditekankan adalah penghayatan masyarakat mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan-kesan negatif pemanasan global terhadap kehidupan.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah Kasnon
Bagi pihak kerajaan, antara tindakan yang diambil oleh kementerian ini adalah menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui ataupun renewable energy dengan izin, berbanding penggunaan bahan api fosil dan mempromosikan kecekapan tenaga.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat aplikasi tenaga hijau dalam sektor penjanaan tenaga dipercayai dapat membantu mengurangkan masalah pemanasan global melalui pengurangan kebergantungan terhadap penggunaan bahan api fosil yang mana pembakarannya akan melepaskan gas-gas rumah hijau ke atmosfera selain mengakibatkan pencemaran alam. Selain itu, tenaga hijau atau green energy dengan izin, dijana menggunakan sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti biomass, biogas, solar, hidro, geoterma dan angin. Di Malaysia, projek-projek penjanaan tenaga hijau dilaksanakan di bawah mekanisme pembangunan bersih atau CDM dengan izin, iaitu sebuah instrumen berasaskan pasaran yang telah diperkenalkan di bawah Protokol Kyoto.
Melalui mekanisme ini mana-mana projek pengurangan karbon dioksida yang dijalankan oleh negara-negara membangun berpeluang menerima kredit jualan Certified Emission Reduction atau CER dengan izin, yang mana setiap satunya adalah bersamaan dengan satu tan pengurangan karbon dioksida.
Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 54 projek tenaga khususnya dari sektor perkilangan dan perladangan telah didaftarkan dengan pihak Lembaga CDM di Bonn, Germany dengan anggaran pengurangan gas karbon dioksida sebanyak 4.1 juta tan metrik. Daripada jumlah tersebut, lima projek telah mendapatkan hasil jualan daripada CER dengan anggaran pengurangan sebanyak 708,028 tan metrik karbon dioksida. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini sahaja sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pada pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak bertanya satu soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Mengapa usul Influenza A (H1N1) ditolak? Usul ini perlu disegerakan untuk dibahaskan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat..
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Dalam Dewan yang mulia ini untuk mencari penyelesaian yang drastik dan menyeluruh untuk menyelamatkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, jangan bacalah Yang Berhormat. Tidak perlu baca.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Menyelamatkan nyawa rakyat, ini perkara penting.
Lagipun kesemua 220 orang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak perlu baca Yang Berhormat. Baiklah Yang Berhormat, saya maklum bahawa Yang Berhormat telah menghantar satu usul di bawah perkara P.M.18(1) dan usul tersebut telah pun ditolak di dalam kamar oleh Tuan Yang di-Pertua. Jadi perkara-perkara yang ditolak di dalam kamar tidak akan, dan tidak boleh dibahaskan serta dibaca di dalam Dewan, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih ingin saya memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Robert Lau Hoi Chew, Ahli Parlimen Sibu merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 9 April 2010.
Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri mendiang Yang Berbahagia Datin Janet Lau Ung Hie dan seluruh ahli keluarga beliau. Sesungguhnya pemergian mendiang ini adalah suatu kehilangan besar kepada negara dan kepada Dewan Rakyat khasnya. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun dan diminta bertafakur selama satu minit.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ke arah mencapai pengangkutan awam darat yang selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, cekap, terancang, bersepadu dan mapan di samping memastikan penyediaan perkhidmatan yang mampu dibayar bagi pembawaan penumpang dan perkhidmatan yang bersaingan bagi pembawaan barangan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Nor Mohamed Yakcop]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawal selia pengangkutan awam darat dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Nor Mohamed Yakcop]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kereta Api 1991; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 dan usul-usul yang berkaitan dengannya dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 13 April 2010”.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-sebuah Majlis.” [Hari kedua] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya menjemput Timbalan Menteri Kewangan untuk menyambung jawapan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Wira Chor Chee Heung
Terima kasih Tuan Pengerusi. Dari segi penggulungan saya ini, tinggal tiga orang Ahli Yang Berhormat di mana isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka masih belum dijawab. Saya akan cuba jawab isu-isu yang dibangkit pada minggu yang lepas dan kita harap dalam masa yang singkat kita dapat habiskan isu-isu mengenai hal-hal Kementerian Kewangan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Baiklah Tuan Pengerusi, biar saya jawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai mengenai promosi perlawanan bola sepak tempatan di mana perlu ditingkatkan. Ingin saya memberitahu bahawa berkenaan dengan promosi perlawanan bola sepak tempatan, media-media tempatan sama ada media cetak dan elektronik sememangnya telah pun memberi liputan yang begitu menggalakkan. Di antara program- program yang terlibat ialah siaran perlawanan bola sepak tempatan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia iaitu melalui RTM – Rancangan Wisel Penamat di RTM1, siaran berita di semua saluran media dan promosi Liga Malaysia di RTM1.
Di samping itu juga RTM merupakan penaja Liga Malaysia dalam bentuk broadcasting. Selain daripada itu juga, sebuah laman web telah juga dibangunkan dalam memberikan informasi serta keputusan Liga Malaysia yang terkini yang boleh dilayari melalui alamat www.malaysiasuperleague.com. Selain daripada itu juga melalui ESPN – SportsCenter juga kita dapat melihat siaran pertandingan-pertandingan bola sepak sama ada di peringkat antarabangsa ataupun dalam negara yang sering diadakan.
Tuan Pengerusi, mengenai pertanyaan mengenai IKBN sama ada ia boleh membangunkan ataupun memainkan peranan untuk melatih pemuda pemudi kita mengenai sukan permotoran. Kementerian Belia dan Sukan telah pun mengenal pasti sukan permotoran ataupun motor sport sebagai satu industri yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara di mana sukan ini melibatkan pusingan kewangan yang besar. Dengan adannya industri sukan permotoran maka ia akan mewujudkan banyak lagi industri berkaitan seperti insurans, perubatan, pengiklanan, pengeluar alat-alat ganti, perkhidmatan seperti mekanik, pakar penalaan enjin, pakar aerodinamik dan sebagainya.
Dari aspek IKBN ini memang terdapat satu cadangan di mana IKBN boleh memainkan peranan supaya IKBN dapat mengeluarkan tenaga kerja, pakar dalam bidang-
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Wira Chor Chee Heung
bidang pekerjaan yang menjurus kepada industri sukan permotoran seperti high tech, engineer (jurutera) dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian didapati bahawa satu perancangan telah pun ada di mana Kementerian Belia dan Sukan sedang berunding dengan beberapa pihak termasuk dengan Kerajaan Pusat mengenai cadangan ini dan kita harap tidak lama lagi kita dapat melihat IKBN dapat memainkan peranan. Status pelaksanaan IKBN motor sports dalam peringkat perbincangan konsep sahaja seperti yang saya katakan tadi ini masih di peringkat perbincangan awal.
Walaupun demikian SIC iaitu Sepang International Circuit pun telah turut menjadi salah satu pihak dalam rundingan. Cadangan Yang Berhormat Kuala Krai supaya sebuah IKBN khas diwujudkan untuk melatih tenaga mahir dalam bidang sukan permotoran diambil maklum dan akan disampaikan kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Kota Raja bertanya mengenai satu Parlimen – satu stadium.
Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan memandangkan tidak diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan pada masa yang sama juga ia tidak munasabah sebab setiap kawasan Parlimen mempunyai sebuah stadium agak terlebih sedikit dan tidak munasabah pada keseluruhannya dan peruntukan juga tidak mencukupi. Buat masa ini terdapat begitu banyak stadium di setiap negeri. Maka, semua stadium harus diguna sepenuhnya sebelum kita memikirkan sama ada hendak bina lagi stadium yang lebih banyak.
Yang Berhormat Tumpat telah pun bertanya mengenai kewujudan sebuah lagi bank koperasi seperti Bank Rakyat. Saya difahamkan pada masa ini tidak ada bank koperasi lain selain daripada Bank Rakyat. Walaupun demikian, pada masa ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah lagi bank koperasi menjelang tahun 2011 dan saya juga difahamkan bahawa kementerian tersebut menyasarkan empat buah bank koperasi termasuk Bank Rakyat diwujudkan menjelang tahun 2020.
Yang Berhormat Tumpat juga bertanya sama ada munasabah atau tidak bahawa sebuah koperasi ditubuhkan di kalangan Ahli Parlimen. Ini adalah satu cadangan yang baik sebab sesebuah koperasi boleh ditubuhkan oleh mana-mana pihak di mana kumpulannya terdiri lebih daripada 50 orang yang mempunyai keperluan ekonomi yang sama. Maksudnya di kalangan Ahli Parlimen pun, kita boleh, kalau hendak Yang Berhormat boleh jadi salah seorang promoter dengan izin.
Selain daripada itu Tuan Pengerusi, saya ingin beralih kepada pertanyaan Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebelum Yang Berhormat Indera Mahkota hendak tanya soalan tambahan lagi, biar saya memberi penerangan lagi mengenai maksud ‘simpanan luar jangka’. Dalam bajet kita ini terdapat dua maksudnya. Pertama, maksud simpanan luar jangka untuk khususnya pembangunan atau development expenditure dengan izin dan ini merupakan salah satu maksud dalam bajet. Dalam maksud simpanan luar jangka ini merupakan satu contingency reserve dengan izin dan pada setiap tahun memang terdapat Kerajaan Pusat akan memperuntukkan jumlah-jumlah berlainan.
Pada 2009 simpanan luar jangka untuk development ialah RM2 bilion dan ia digunakan secara kecemasan apabila kementerian-kementerian berkenaan ingin memerlukan peruntukan ke atas contingency dengan izin, maka ia akan diminta terus kepada Kementerian Kewangan dan apabila ia diluluskan maka waran akan dikeluarkan untuk menampung keperluan itu.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan yang disediakan seperti yang saya katakan tadi ialah RM2 bilion pada tahun 2009. Jumlah telah dikeluarkan iaitu daripada Januari hingga Disember tahun lepas ialah RM1,987,465,000 telah pun dikeluarkan dan tinggal baki yang masih tidak diguna langsung ialah RM12,534,418,000 dan ini adalah berlainan dengan akaun sesebuah syarikat komersial sebab dari segi fizikal tidak ada wang ringgit dalam simpanan luar jangka. Ia cuma satu peruntukan yang telah disediakan dan jika perlu maka barulah dikeluarkan. Baki yang tidak dikeluarkan iaitu sebanyak RM12 juta lebih, ia dikira ‘hanguslah’ maksud tidak guna maka dikira ‘hangus’.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Wira Chor Chee Heung
Peruntukan simpanan luar jangka ini disediakan mengikut perkara 6(1), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 dan pengeluaran dibuat oleh perbendaharaan mengikut perkara 6(2) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996. Jumlah yang dikeluarkan merupakan satu pendahuluan sementara memperoleh kelulusan peruntukan tambahan di Dewan yang mulia ini.
Sama juga, tadi saya sebut tentang maksud untuk development expenditure. Bagi juga untuk operating expenditure juga kita mempunyai satu dana iaitu Kumpulan Wang Luar Jangka untuk operating expenditure iaitu yang mengandungi Kertas Perintah 6/2010.
Kumpulan wang ini merupakan satu pusingan, revolving fund yang mana pada tahun lepas adalah RM1.5 bilion diperuntukkan. Kalau RM1.5 bilion itu tidak digunakan habis, hanya katalah kita gunakan pada tahun lepas, separuh sahaja maka separuhnya akan disimpan di situ juga. Kita akan minta yang kita keluarkan akan minta lebih iaitu minta tambahan dengan kelulusan dari Dewan yang mulia ini.
Tuan Pengerusi, ini adalah beberapa perkara yang saya ingin sampaikan yang menjawab daripada segi pertanyaan khusus oleh Yang Berhormat Indera Mahkota...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Sebentar, sebentar, saya habiskan dahulu.
Dengar ini. Kalau ada lebih, ia dikira hangus. Kedua, memang tidak ada negatif di akaun simpanan luar jangka sebab kalau tidak kita menyediakan sejumlah itu dan kita tidak boleh menggunakan lebih daripada banyak itu. Ini adalah untuk contingency.
Ketiga iaitu sama ada peruntukan yang kita minta hari ini di dalam Dewan ini adalah untuk orang kata ganti balik. Sememangnya benar kita minta daripada segi development, pembangunan kita minta sebanyak RM2.38 bilion. Maka sebanyak RM1,987,000,000 [na1] akan ditaruhkan balik pada wang luar jangka untuk pembangunan.
Bagi operating juga, kita minta RM6.473 bilion maka yang kita pakai kita akan ganti balik dalam akaun luar jangka ini. Sekian.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Memang saya...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Habis berucap, beri Yang Berhormat Indera Mahkota mencelah atau...
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Saya hendak beri Yang Berhormat Indera Mahkota bertanya sebentar.
Tuan Pengerusi
Okey. Silakan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih sekali lagi Tuan Pengerusi.
Saya hendak merujuk pada muka surat 14 sebagaimana yang tercatat dalam buku Anggaran Belanjawan 2010 yang meletakkan angka negatif sebagaimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.
Mengikut catatan di sini memang pada kedudukan tahun berakhir 2009 kita mencatatkan keadaan negatif sebanyak RM1.286 bilion. Saya berpuas hati dengan jawapan tadi mengatakan kita memohon tambahan belanjawan dan peruntukan untuk menggantikan kedudukan negatif di sini.
Sedikit lanjutan sahaja berkenaan dengan baki kumpulan wang ini yang tercatat selepas ditolak peruntukan asal RM1.5 bilion yang dikeluarkan kepada Kertas Statut, Kertas Perintah 6 Tahun 2010. Ini kerana jumlah yang diperuntukkan ialah RM1.5 bilion tetapi dalam keadaan penghujung tahun 2009, kita telah pun berada dalam kedudukan baki kumpulan hanya RM64.30 juta sahaja.
Ini bermakna sekiranya RM1.5 bilion telah diluluskan atau diguna pakai di bawah kumpulan wang berkanun kerajaan sepanjang tahun 2009, peruntukan baru ini hanya untuk tujuan menggantikan kedudukan yang dicatatkan negatif dalam laporan ini. Ini sahaja penjelasan yang saya fikir mungkin saya terkeliru di sini tetapi saya berpandukan pada muka surat 14 dalam Laporan Anggaran Belanjawan 2010, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Tuan Pengerusi, mungkin Yang Berhormat Indera Mahkota keliru sedikit mengenai akaun simpanan luar jangka sebab mungkin apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat iaitu RM1.5 bilion itu, sebenarnya kalau kita melihat Federal Government Financial Position 2009, kita mula dengan perolehan revenue.
Revenue kerajaan ialah RM158,639,000,000. Dalam operating expenses ini, kita hanya guna untuk tahun lepas RM157,067,000,000 juta. Maksudnya ia memang ada kredit daripada segi operating expenses iaitu sebanyak RM1,572,000,000 juta kredit. Oleh kerana ia dikreditkan dioperating expenditure, kita tidak boleh guna duit ini masukkan di development expenditure kecuali kita minta kelulusan dari Dewan ini.
Oleh yang demikian, apabila kita dapat kelulusan, kita pindahkan RM1.5 bilion ini masuk ke dalam akaun development expenditure. Apabila development expenditure pada mulanya ialah RM48,996,000 RM40,996,000 ia punya expenditure untuk pembangunan.
Akan tetapi, apabila kita pindah masuk dalam ini kita tolak pula dengan RM1.572 juta. So, pada nett nya overall deficit daripada segi pembangunan hanya RM47,424,000,000. Itu saya hendak beri penerangan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Baik.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya percaya ini adalah beberapa jawapan yang saya ingin beri, sampaikan. Jika tidak faham lagi ataupun ada kekeliruan, mungkin kita boleh menjawab Yang Berhormat di luar Dewan dan apa saya tidak sempat jawab, kementerian saya akan menyediakan jawapan secara bertulis. Sekian, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,682,345,000 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM1,682,345,000 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.13 dan P.13 di bawah Kementerian Luar Negeri sekarang terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Pengerusi, saya mahu menyebut mengenai peruntukan RM8 juta untuk pembukaan perwakilan baru, perwakilan tetap ke ASEAN di Jakarta. Baru-baru ini mesyuarat kemuncak atau summit pemimpin-pemimpin ASEAN diadakan di Hanoi yang ke-16. Sungguhpun saya ambil perhatian bahawa sungguhpun 16th ASEAN Summit ini adalah menyeru pihak Junta military Myanmar supaya mengadakan satu pilihan raya besar yang dengan izin, free, fair and inclusive.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Akan tetapi saya rasa tidak cukuplah bahawa seruan dibuat sahaja oleh Kemuncak ASEAN di Hanoi. Oleh kerana masalah pendemokrasian Myanmar sudah menjadi satu isu yang dengan izin, haunt semua mesyuarat ASEAN khasnya ASEAN
(ASEAN Summit). Sebenarnya ASEAN Summit ke-16 di Hanoi kali ini menumpukan
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
mengenai masalah regional cooperation economic development. Akan tetapi akhirnya lagi semacam mesyuarat-mesyuarat dahulu adalah haunted dengan izin, dan overwhelmed oleh isu Myanmar.
Oleh sebab sudah begitu dua dekad di mana tidak ada apa-apa perkembangan dalam pendemokrasian dan pilihan raya besar yang akan diadakan tahun ini oleh military junta adalah antara satu jaminan yang dibuat oleh Myanmar kepada ASEAN ialah langkah - seven steps (tujuh langkah) untuk pemulihan pendemokrasian dan untuk dengan izin, national reconsideration di Burma.
Oleh sebab itu sangat mustahak dan kalau general election yang ada diadakan kita tidak tahu bila, tetapi ura-ura ialah 10 Oktober. Oleh sebab inilah fungsi feng shui yang dilihat akan untung memerintah di military junta tidak inclusive, free and fair tentulah ia bukan sahaja menjadi titik hitam kepada Myanmar tetapi kepada ASEAN. Oleh sebab itu, semenjak Myanmar masuk ASEAN adalah kata constructive engagement untuk memulihkan pendemokrasian, akhirnya kalau dalam engagement ini tidak ada apa-apa kemajuan nama baik ASEAN di dunia pun akan menjadi satu mangsa.
Selain daripada itu, daripada apa yang diumumkan mengenai akta-akta, peruntukan-peruntukan untuk pilihan raya di Myanmar tidak benarkan Aung San Suu Kyi untuk mengambil bahagian - sangat jelas ini bukan free, fair, and inclusive. Itulah syarat pertama - free, fair and inclusive. Saya harap bahawa semua negara ASEAN khasnya melalui perwakilan tetap di ASEAN bahawa satu mesej jelas disampaikan kepada military junta di Myanmar bahawa kalau semacam satu petisyen yang dibuat dan ditandatangani oleh lebih daripada 100 Ahli-ahli Parlimen di negara-negara ASEAN adalah disampaikan kepada pemimpin-pemimpin ASEAN di Hanoi.
Sampaikan dalam petisyen ini - kalau elections ini tidak free, fair and inclusive, ASEAN tidak akan mengakui dan mengiktiraf legitimacy pilihanraya besar di Myanmar dan diikuti oleh tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuk suspension dan expulsion Myanmar dari ASEAN. Oleh sebab kita ada satu ASEAN Charter mengenai hak asasi - kalau ini pun tidak dikotakan apa guna Myanmar dalam ASEAN? Apa guna ASEAN Charter? Apa guna mengenai ASEAN Community?
Semua pemimpin ASEAN adalah berucap dalam Hanoi dan dalam perkara ini saya harap bahawa Kementerian Luar Negeri bolehlah ambil tindakan, pelan dan langkah- langkah yang perlu dibuat kalau Myanmar enggan mengadakan free, fair and inclusive general election di mana Aung San Suu Kyi boleh ambil bahagian. Ini di mana National League for Democracy yang ada mengumumkan - National League for Democracy akan boikot election ini oleh sebab elections ini sangat undemocratic dan boleh ambil bahagian dan apa tindakan?
Antara tindakan-tindakan yang boleh diambil ialah bahawa Kabinet ambil keputusan menyokong usaha Parlimen Malaysia dan semua Parlimen di ASEAN. Ini untuk menubuhkan dengan rasminya bukan sebagai kokus sahaja, tetapi sebagai rasminya Jawatankuasa Parlimen di setiap negara ASEAN. Ini supaya memantau monitor elections di Myanmar supaya free, fair and inclusive selaras dengan petisyen yang ditandatangani oleh lebih daripada 100 legislators di negara-negara ASEAN.
Kalau ini tidak memuaskan - kalau Jawatankuasa Parlimen Malaysia dan Jawatankuasa Parlimen negara-negara ASEAN yang lain tidak berpuas hati bahawa general election di Myanmar free, fair and inclusive dan bahawa tindakan seterusnya perlu diambil termasuk suspension dan expulsion dari ASEAN. Saya harap bahawa adalah satu pengumuman yang dibuat oleh Wisma Putra mengenai usaha-usaha yang berikut dan bukan sahaja seruan dibuat begitu sahaja. Sekian, terima kasih.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin membahaskan di bawah Maksud B.13 - Kementerian Luar Negeri, dengan menyentuh dua isu. Yang pertamanya merujuk kepada peruntukan RM33.5 juta untuk membiayai kekurangan peruntukan emolumen dan juga bersama dengan itu, peruntukan RM11.5 juta untuk membiayai pertambahan kos perbelanjaan disebabkan inflasi dan sebagainya.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Pengerusi, kita senantiasa menyokong usaha-usaha kerajaan untuk memastikan bahawa pegawai-pegawai kerajaan diberikan emolumen yang baik, tinggi dan kemudahan-kemudahan untuk membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas mereka yang penting, khususnya seperti Kementerian Luar Negeri untuk negara kita ini. Jadi kita tidak ragu-ragu dan bimbang langsung akan perbelanjaan yang melibatkan pertambahan untuk pegawai-pegawai kerajaan. Malah saya ingin mencadangkan supaya pegawai- pegawai kita ini dilatih lebih lagi supaya keterampilan dan keprofesionalan mereka lebih meningkat, khususnya untuk Kementerian Luar Negeri.
Ini kerana Tuan Pengerusi, nampaknya akhir-akhir ini amalan memberi kontrak kepada orang-orang luar untuk melakukan tugas-tugas Kementerian Luar Negeri. Kontrak diberikan kepada syarikat-syarikat asing untuk melaksanakan tugas-tugas Kementerian Luar Negeri yang mana kepentingannya adalah untuk negara kita. Jadi sebab itu kita amat bimbang jika kementerian ini tidak menumpukan kepada memastikan bahawa pegawai- pegawai kementerian diberi latihan yang mencukupi untuk memikul apa-apa sekalipun tanggungjawab dan keperluan negara kita.
Kalau dikatakanlah Tuan Pengerusi, kerajaan kita ingin memastikan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita boleh bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat.
Maka tugaskanlah kepada Kementerian Luar Negeri untuk melobi, untuk berurusan, untuk bekerja dan sebagainya. Pastikan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dapat mempunyai suatu peluang bertemu dengan Presiden Obama.
Kita tidak mahu amalan mengambil syarikat-syarikat asing, syarikat-syarikat yang kepentingan mereka hanyalah komersial dan lebih membimbangkan, ia lebih daripada komersial untuk mencampuri urusan dalam negara kita. Ini untuk memastikan bahawa mereka dalam mencampuri urusan negara kita sebenarnya memenuhi hasrat, tujuan, kehendak, matlamat, dasar negara-negara lain. Jika negara lain itu negara Israel, sudah tentu sekali ini amatlah membimbangkan dan amat mengancam negara kita Tuan Pengerusi.
Jadi saya tahu Kementerian Luar Negeri ada satu institut sebagai mana Yang Berhormat Kota Tinggi tahu - Institute of Diplomacy and Foreign Relations Malaysia.
Gunakan institut ini, latihlah pegawai kita dan tambahlah peruntukan. Jadilah pegawai- pegawai melalui latihan di Institute of Diplomacy and Foreign Relations di negara kita ini peluang dan tempat untuk melatih. Kalau kita lemah dalam bidang melobi, kita buat satu kursus yang khusus untuk memastikan bahawa diplomat-diplomat kita tahu bagaimana hendak melobi. Melobi di Amerika Syarikat, di Washington DC dan sebagainya. Jangan bawa dua wakil Bebas untuk pergi melobi di Washington... [Ketawa]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh, boleh. Boleh tanya sedikit?
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Manalah mereka mampu untuk berbuat demikian.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh tanya sedikit?
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Ini merupakan satu amalan yang sangat- sangat memalukan kita yang.... Okey.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Tumpat, adakah amalan melobi ini sudah dijadikan sebagai satu polisi oleh kerajaan kita? Kalau amalan ini sudah membentuk satu polisi adakah kita hendak teruskan juga polisi ini barangkali untuk masa akan datang ataupun untuk pentadbiran-pentadbiran seterusnya? Nampaknya sudah dua pentadbiran bertukar tangan, bertukar kedudukan akan tetapi polisi ini nampak hampir sama. Akan tetapi saya tidak pernah dengar yang melobi ini dijadikan satu polisi khas oleh kerajaan kita. Apa pandangan Yang Berhormat Tumpat?
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Saya setuju dengan Yang Berhormat Indera Mahkota. Pada zaman wakil-wakil kita di Washington sebagaimana Tuan Pengerusi
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
maklum semasa Tan Sri Tun Dr. Ismail menjadi duta kita di Washington dan di Bangsa- Bangsa Bersatu, semasa apabila Tan Sri Nik Ahmad Kamil yang selepas itu menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini menjadi duta kita ke Bangsa-Bangsa Bersatu dan Washington, mereka tidak gunakan pelobi-pelobi yang diberi kontrak daripada negara asing untuk melakukan tugas ini.
Akan tetapi untuk realistiknya tidak dapat kita nafikan bahawa Washington sudah berubah. Pelobi-pelobi profesional sudah wujud. Akan tetapi hakikatnya dan Kementerian Luar Negeri mesti faham, pelobi-pelobi yang paling berjaya dan Tuan Pengerusi pun maklum, di Amerika Syarikat di Washington DC ialah pelobi-pelobi Israel. Israellah mempunyai sistem melobi dan menggunakan institusi pelobi yang paling hebat di Amerika Syarikat. Kita tahu dan Yang Berhormat pun semua tahu bagaimana AIPAC misalnya American-Israel Public Affairs Committee (AIPAC) adalah diiktiraf sebagai kumpulan pelobi yang paling hebat untuk Israel di Amerika Syarikat dan kumpulan pelobi yang paling hebat di Washington DC. Jadi kalaupun kita terpaksa menggunakan pelobi-pelobi selepas wakil- wakil kita, pegawai-pegawai kita sudah tidak mampu, kita mesti amat waspada pelobi mana yang kita gunakan dan cara mana untuk kita menggunakan institusi pelobi tersebut.
Tuan Pengerusi, saya beralih kepada perkara yang kedua iaitu peruntukan RM8 juta lebih untuk sumbangan tidak berjadual, tidak dijangka, taufan Morakot di Taiwan, kebakaran di Australia, banjir di Fiji dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Tuan Pengerusi, saya rasa walaupun kita amat sekali belas kasihan kepada taufan di Taiwan, kebakaran di Australia dan banjir di Fiji akan tetapi menyekutukannya, memuatkannya sekali dengan kes Palestin ini sekadar RM8 juta digabungkan kesemuanya adalah amat memalukan kita. Saya percaya untuk Palestin, suatu peruntukan yang khusus, untuk Palestin satu jumlah besar yang khusus mestilah diperuntukkan. Saya tidak tahu apakah di antara empat tempat yang disebutkan di sini, bagaimana dibahagi-bahagikan RM8 juta itu akhirnya berapa ringgit yang sampai kepada rakyat Palestin.
Palestin, Tuan Pengerusi pun sedia maklum, memerlukan sokongan kita yang khusus. Saya ingin laporkan sebagaimana yang kita di lawati minggu lepas oleh suatu NGO yang mewakili rakyat Palestin tentang suatu konvoi kapal yang akan cuba memastikan memasuki Gaza, bukan untuk bertemu dengan Presiden Ehud Barak, Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, akan tetapi masuk ke Gaza untuk memberi dan membawa bantuan-bantuan perubatan, kemanusiaan dan sebagainya. Kita dimaklumkan bahawa konvoi ini akan bermula daripada Cyprus bahagian Turki pada 3 Mei dan konvoi kapal ini di jangka akan sampai di pantai berdekatan dengan Gaza sekitar akhir bulan Mei. Kita dirayu untuk memberi sokongan yang khusus, memberi bantuan yang khusus kepada konvoi Viva Gaza ini, ya.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat daripada Tumpat. Komen saya adalah begini. Saya rasa kes - masalah Palestin ini hampir hari ini belum diselesaikan. Walhal banyak isu konflik dalaman macam di Syria, di Utara Thailand dan juga banyak kes telah diselesaikan. Jadi daripada pandangan Malaysia ini saya rasa kita ini cuma menyuarakan isu Palestin dari masa ke semasa. Akan tetapi Malaysia sendiri tidak ada satu pegangan yang kuat terhadap apalah bentuk masalah Palestin dan bagaimana kita akan selesaikan isu ini?
Jadi baru-baru ini apabila kita meluluskan undang-undang yang mengawal senjata nuklear dan sebagainya dan sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah mahu berjumpa Presiden Barack Obama seolah-olah beliau membuat satu homage kepada salah seorang Maharaja dunia dengan ’dua katak’ yang dibawanya. Jadi saya rasa macam mana sampai hari ini isu Palestin ini terus berlarutan. Saya rasa Malaysia ini tidak ada satu pendirian, satu kelemahan dari dasar luar ini. Jadi apakah komen Yang Berhormat Tumpat?
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan yang merupakan salah seorang pejuang kepada isu Palestin dan saya tahu isu Acheh beliau secara sukarela memberikan sumbangan yang amat bererti kepada rakyat-rakyat yang tertindas sama ada di Palestin atau di Acheh ataupun di mana-mana kawasan yang seperti itu. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Kawan Tuan Pengerusi.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di Washington akan bertemu dengan Presiden
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Barack Obama dalam konteks lawatan menghadiri persidangan yang dipanggil Kemuncak Keselamatan Nuklear.
Di Timur Tengah hanya Israel yang mempunyai senjata nuklear. Tidak dinafikan oleh Israel dan tidak dinafikan oleh mana-mana negara. Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pertemuan beliau dengan Presiden Barack Obama dalam ucapan beliau di Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear itu akan menyebut perkara ini dengan jelas dan tegas bahawa kita Malaysia tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat itu. Silakan.
Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya pandangan daripada Yang Berhormat Tumpat. Apabila kita membincangkan soal Palestin alasan Yahudi sebagai negara Israel bahawa tidak perlu ada rundingan di antara Palestin dengan Israel untuk projek iaitu untuk mendapatkan kedamaian dan kemerdekaan kerana Palestin sendiri tidak bersatu, tidak mewakili suara - satu Hamas, satu Fatah.
Jadi saya hendak tanya pandangan, apakah peranan Malaysia - Kementerian Luar Negeri untuk menyatukannya sama ada melalui OIC ataupun melalui ASEAN ataupun melalui PBB. Apakah usaha sehingga hari ini? Berapa banyak usaha telah dibuat?
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya telah sebutkan ini juga dan Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin ingat.
Walaupun saya tidak bersetuju dengan sikap Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika itu yang meletakkan semua masalah Palestin sekarang ini kerana adanya Hamas dan berpecah dengan Fatah. Saya sebutkan dalam perbahasan dahulu bahawa sebelum ada Hamas pun Presiden Yasser Arafat tidak pernah dihormati oleh Amerika Syarikat. Presiden Yasser Arafat tidak pernah diberikan tempat yang mulia sebagai seorang pemimpin negara oleh Amerika Syarikat. Presiden George Bush tidak memberikan apa-apa kedudukan kepada Presiden Yasser Arafat sebelum Hamas wujud lagi pun...
Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Hamas wujud itu alasan terbaru.
Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan
Boleh? Ya.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan
Saya punya saudara Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Alhamdulillah, sentiasa sihat walafiat.
Yang Berhormat, sedarlah Yang Berhormat bahawa kerajaan negara ini telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Pendirian kerajaan negara ini jelas iaitu kita tidak pernah pun menyokong usaha, pimpinan negara Israel untuk menghancurkan Palestin, Hamas dan sebagainya. Mungkin oleh kerana politics partisan, maka Yang Berhormat sudah tidak menyedari persoalan ini. Tidak ada satu pemimpin pun dalam negara kita ini yang bersekongkol menyokong langkah-langkah drastik yang dilakukan oleh Israel semata-mata untuk menghancurkan negara Palestin - negara Islam ini.
Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan
Ini jelas bahawa termasuk Kementerian Luar Negeri kita telah memainkan peranan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kehadiran dia di Amerika semata-mata untuk menyatakan bahawa kita tegas dalam pendirian kita untuk tidak bersetuju dengan apa juga langkah Israel. Apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa ini memang jelas dilakukan oleh Kerajaan Negara Malaysia pada hari ini?
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tidak ada perbezaan langsung antara kita Yang Berhormat Kinabatangan. Kita tahu bahawa Yang Berhormat Kinabatangan konsisten juga dalam pendirian beliau tentang ini walaupun mungkin rupa paras beliau tidak konsisten sebagaimana yang lalu selepas pergolakan yang kita semua ikuti dan ketahui.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Pengerusi, memang kita berhasrat bahawa kita dapat bekerjasama dengan sepenuhnya untuk memastikan bahawa isu dan hak Palestin dan sebagainya ini dilihat sebagai satu dasar yang sebulat suara memperoleh sokongan Dewan yang mulia ini agar benar-benar pemimpin kita apabila berdepan dengan Obama tidak perlu membawa wakil rakyat Bebas bersamanya untuk menunjukkan sokongan Parlimen kita yang sepenuhnya.
Hujah bahawa kita perlu bawa wakil rakyat daripada Bebas kerana ada belah bahagi dan kita tidak mahu daripada Barisan Nasional kehilangan dua wakil rakyatnya.
Kita tidak mahu juga hantar kata Yang Berhormat Menteri daripada pembangkang, kita tidak mahu pembangkang sebab rugi dua wakil rakyatnya adalah hujah yang hanya boleh kita gunakan untuk menjawab soalan dalam Dewan dengan mudah. Kalau itu masalahnya apabila perlu hantar sepuluh orang wakil rakyat, lima daripadanya Barisan Nasional dipimpin oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan lima daripada kita dipimpin oleh Yang Berhormat Padang Serai misalnya. Jadi, tiada siapa pun rugi. Ini istilah yang digunakan di Parliament Westminster, Tuan Pengerusi sudah tentu maklum dipanggil pairing ataupun pasangan apabila seorang daripada pembangkang, seorang daripada kerajaan dihantar luar negara supaya tidak siapa pun rugi. Ini memberi peluang kepada Yang Berhormat Kinabatangan untuk meneruskan bulan madu beliau... [Ketawa] Seterusnya ke tempat-tempat yang lain Tuan Pengerusi... [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu tidak bagus... [Ketawa] Itu tarik balik, ya... [Ketawa]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Salam Tuan Pengerusi. Saya terpegun dengar hujah daripada Yang Berhormat Tumpat mengenai kehadiran dua orang Ahli Parlimen Bebas di Amerika Syarikat. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Tumpat, mungkin kah Perdana Menteri kita tidak begitu yakin dengan Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional bahawa beliau akan mendapat sambutan yang baik seandainya Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional turut serta bersama beliau dan juga mungkin kah ini ada udang di sebalik batu oleh Perdana Menteri kita di mana beliau tidak begitu yakin bahawa beliau punya imej di Amerika Syarikat itu ada nilai atau value di mana beliau ini mungkin mendapat rintangan terhadap apa yang sedang berlaku di negara ini di mana mereka sedang menzalimi Ketua Pembangkang melalui politik Machiavelli ini. Mereka melakukan ini.
Adakah ini kehadiran dua Ahli Parlimen Bebas ini yang lompat lebih teruk daripada katak ini hadir di Amerika Syarikat itu? Mungkin Perdana Menteri sudah tidak yakin dan juga Ahli-ahli Parlimen Bebas ini hari ini lebih untung daripada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lain yang hari ini duduk datang di Dewan ini mewakili dan berjuang untuk UMNO dan Barisan Nasional. Akan tetapi apabila ada kesempatan-kesempatan seperti ini Bebas mendapat lebih faedah dan keuntungan daripada status Bebas. Mungkin juga Barisan Nasional ini menjadi penaja kepada Ahli-ahli Parlimen Bebas yang lompat ini. Menaja mereka untuk lompat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Saya harap bahawa Yang Berhormat Kinabatangan sebagai pemimpin BNBBC akan membawa hal-hal ini dalam mesyuarat dalaman mereka supaya keadilan kepada seluruh Ahli Parlimen bersama-sama dengan sokongan Tuan Pengerusi dapat kita jaga. Jadi, hasrat saya Tuan Pengerusi, ialah untuk menyokong Kementerian Luar Negeri ini untuk senantiasa memberikan semangat supaya peruntukan-peruntukan yang digunakan ini mencapai matlamat kita dan jangan sekali-kali apa-apa tindakan kementerian ini membuka ruang negara kita ini diceroboh masuk melalui kontrak-kontrak, perundingan dan sebagainya oleh orang-porang asing khususnya yang tidak berhasrat untuk mengukuhkan negara kita, sebaliknya melemahkan negara kita.
Saya mengharapkan bahawa Kementerian Luar Negeri sentiasa aktif di luar negara untuk memastikan bahawa hak-hak asasi rakyat yang tertindas, hak-hak asasi minoritinya yang tertindas dan sebagainya senantiasa diambil berat oleh Kementerian Luar Negeri kita ini.
Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok
Mohon penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat dan Tuan Pengerusi. Menyentuh tentang peranan kita dan juga hak-hak yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Sedarkah Yang Berhormat Tumpat
Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok
bahawa ada satu perkembangan yang belum nampak responsnya daripada kerajaan kita yang sedang berlaku di Bangladesh yang melibatkan tahanan dan juga hukuman-hukuman yang bakal dijatuhkan kepada beberapa orang pemimpin-pemimpin politik, penggerak- penggerak hak asasi manusia termasuk pemimpin daripada Jemaah Islamiah yang bakal dihukum. Katanya lima orang daripada Parti Jemaah Islamiah ini akan dihukum bunuh dan digantung. Seramai 49 orang sudah pun di senarai pendekkan untuk dijatuhkan hukuman.
Ini merupakan satu isu yang banyak dibincangkan sekarang ini di medan-medan hak asasi antarabangsa tetapi belum nampak pendirian kerajaan kita dalam sikap mereka terhadap prosiding ataupun keganasan yang dilakukan oleh rejim yang ada di Bangladesh itu terhadap rakyat mereka khasnya kepada penggerak-penggerak demokrasi dan penggerak politik termasuk beberapa orang Ahli Parlimen mereka. Ingin saya mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya harap Kementerian Luar Negeri aktif dalam hal-hal seperti ini. Kalau mengikut Yang Berhormat Bachok tadi khusus berkaitan dengan perkembangan di Bangladesh yang mana kita boleh dan berhak secara dua hala, bilateral dengan izin, atau secara multilateral melalui OIC untuk memastikan bahawa hak asasi rakyat sebagaimanalah kita menerima mereka berhak menegur kita jika mereka mendapati misalnya proses kita menghukum pemimpin kita tidak betul, tidak melalui prosedur hak asasi dan sebagainya. Jadi, saya harap Kementerian Luar Negeri akan mengambil berat pergolakan di Bangladesh yang amat menekan kumpulan-kumpulan tertentu yang berlainan philosophy, falsafah perjuangan dengan pemerintah yang sedia ada di Bangladesh. Jadi, itu harapan-harapan saya Tuan Pengerusi terhadap Kementerian Luar Negeri dan dalam menyokong peruntukan- peruntukan untuk Kementerian Luar Negeri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Selepas Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kuala Krai dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat masa amat suntuk sekali. Makanya, terpaksa kita bersidang sehingga semuanya selesai. Jadi kalau boleh saya cadangkan setiap kepala nanti cuma kita hadkan perbahasan kepada dua tiga orang daripada pembangkang dan dua tiga orang daripada pihak kerajaan. Siapa yang bercakap atau berhujah itu pendekkan hujah dan betul-betul straight kepada point yang sedang dibahas.
Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tidak mengapa, usul daripada kerajaan sudah kita terima. Kita bersidang sampai pagi pun kita ada menunggu.
Tuan Pengerusi
Tidak ada dalam peruntukan Yang Berhormat boleh bersidang sampai pagi... [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut membahaskan Kementerian Luar Negeri iaitu Hal Ehwal Pelbagai Hala, Hak Asasi Sosial Jenayah dan sebagainya juga Hubungan ASEAN. Saya ingin menyentuh iaitu keupayaan duta-duta kita di luar negara lebih-lebih lagi negara- negara yang strategik di mana seolah-olah ketidakupayaan ini menampakkan kegagalan mereka memainkan peranan ke arah bagaimana Dasar Luar Negara kita ini dapat diketahui oleh negara-negara di mana mereka berkhidmat. Mungkin saya ingin mencadangkan kepada kementerian, kedutaan-kedutaan, duta-duta kita ini perlu diberi sedikit input politik iaitu bagaimana sebenarnya sistem demokrasi politik dalam negara kita ini dimainkan sehingga mereka boleh memahami dan mereka tidak boleh campur tangan secara jelas dalam apa juga bentuk pentadbiran dalam negara kita.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mereka juga perlu mengetahui bahawa sistem demokrasi dalam negara kita ini diadun ala negara kita. Mereka tidak boleh terus menidakkan hak rakyat negara ini dengan
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
campur tangan dengan menggunakan kekuasaan yang ada pada mereka. Ini jelas di mana cubaan campur tangan beberapa buah negara asing dan selepas itu kerajaannya menafikan bahawa ini adalah hak individu seseorang dan negaranya mengamalkan kebebasan dan sebagainya. Akan tetapi, itu bukanlah satu alasan yang kukuh untuk dia menghalalkan caranya untuk menidakkan kedaulatan, kemerdekaan negara Malaysia ini sendiri.
Justeru itu, saya mencadangkan supaya kerajaan melihat pelantikan duta-duta ini, latar belakang mereka yang boleh menyuarakan pendirian negara kita yang mampu mendefinisikan, yang mampu untuk berhadapan. Berdiri sama tinggi dengan duta-duta yang lain sebab kita tidak mahu duta kita tenggelam dalam arus penerajuannya, dalam hubungan Malaysia dengan negara luar. Mereka tidak boleh menyuarakan perkara-perkara yang sebenarnya, tidak mampu untuk memberi penerangan secara saksama akan apa sebenarnya yang berlaku dalam negara kita dari semasa ke semasa.
Saya melihat bahawa pelantikan Yang Berhormat daripada Rompin sebagai duta kita di Amerika telah jelas banyak memainkan peranan, memberikan penerangan dan penjelasan. Akhirnya negara kita pada hari ini diberi sedikit penghormatan oleh negara- negara kuasa besar ke arah bagaimana pendirian kita dalam isu-isu yang melibatkan hubungan antarabangsa.
Kedua, saya juga ingin melihat bagaimana peranan Kementerian Luar Negeri kita ini iaitu kita melihat sama ada melalui berita elektronik, berita-berita surat khabar dan sebagainya. Hampir setiap hari ada sahaja rakyat negara Malaysia yang ditahan di seluruh seantero dunia kerana mengedar dadah dan sebagainya. Fenomena ini apabila ditanya, mereka kata mereka teraniaya...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini bermakna yang pergi ke sana ini sekurang-kurangnya mereka yang fasih berbahasa Inggeris. Kalau dia tidak tahu...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Laluan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Peraturan yang negara yang dia pergi yang kononnya dia teraniaya, rasa saya tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras. Justeru itu, harus ada satu garis panduan yang cukup jelas...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Arau di sebelah kanan nampak tidak?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia tidak bersuara. Sekarang saya nampak. Terima kasih... [Ketawa]
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin berbalik sedikit, bukan pada soal pelantikan representative, dengan izin wakil-wakil ataupun duta atau pesuruhjaya kita di luar negara. Terutamanya negara-negara yang dianggap sekarang sedang meningkat ataupun melonjak dari segi perkembangan ekonomi terutamanya BRIC country, Brazil, Rusia, Indonesia, India, China dan sebagainya.
Jadi, walaupun saya ingat mendapat bantahan daripada Kesatuan Diplomatik dari luar negara berhubung dengan pelantikan di kalangan bekas-bekas ahli politik, tidak kira kalau ada di kalangan pembangkang yang layak, kita boleh lantik di kalangan pembangkang sekalipun yang mempunyai knowledge, yang boleh menjadi ahli diplomatik yang hebat. Kenapa dalam hal ini tidak dilantik bekas-bekas Menteri, Timbalan Menteri ataupun ahli-ahli politik yang berwibawa, yang menjadi wakil seperti mana yang berlaku kepada Yang Berhormat Rompin. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya cuma boleh memberi pandangan tetapi jawapan yang lebih jelas perlulah kepada Menteri yang bertanggungjawab. Saya harap Timbalan Menteri ada di sini, jadi
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
saya pun mahu penjelasan seperti Yang Berhormat Arau tanyakan tadi. Ucapan pertanyaan Yang Berhormat Arau akan saya masukkan sebahagian daripada ucapan saya.
Cuma, pandangan saya memang betul. Kenapa tidak kita teliti bekas-bekas Menteri, bekas-bekas wakil-wakil rakyat yang berpotensi walaupun dari pembangkang asalkan dia ada keikhlasan seperti Yang Berhormat Tumpat. Dia memang layak sebab dahulu dia pun bos saya dalam UMNO. Saya ikut belakang dia tetapi hari ini dia berhijrah...
[Ketawa] Jadi, saya rasa dia memang layak untuk kita hantar menjadi duta. Yang penting dia ada keikhlasan melihat untuk pembangunan negara dan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Memajukan kemakmuran negara kita. Ini merupakan satu elemen yang penting sebab kita ketinggalan jauh dalam arus hubungan dua hala dengan negara-negara luar yang lain.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Serai minta lantik juga Yang Berhormat... [Ketawa] Sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sila.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau bos Yang Berhormat Kinabatangan boleh berhijrah bermakna kemungkinan dia terima hidayah... [Ketawa] So, kalau bos Yang Berhormat Kinabatangan boleh terima itu, harap-harap saya berdoa Yang Berhormat Kinabatangan pun terima hidayah... [Dewan riuh]
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Boleh saya mencelah sedikit?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak ada apa yang perlu saya jawab... [Ketawa]
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Kinabatangan, boleh saya mencelah sedikit? Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan mengenai peranan kedutaan itu tadi, disebut. Apakah sebenarnya peranannya sekiranya kerajaan membuat perjanjian dengan APCO baru-baru ini, yang telah didedahkan oleh Ketua Pembangkang. Di antara tugas APCO Worldwide Sdn. Bhd. ialah to provide services in public relations daily management and governments relations with the government in the United States. Kalau kita sudah ada kedutaan, kita ambil APCO pula menjalankan kerja- kerja pada perkiraan saya adalah tanggungjawab kedutaan atau tanggungjawab duta.
Boleh Yang Berhormat terangkan?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tunggu saya jadi Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, baru saya boleh terang secara terperinci... [Ketawa] Buat sementara ini saya masih wakil rakyat seperti Yang Berhormat juga. Walau bagaimanapun, rasa saya isu ini telah diperjelaskan oleh Menteri yang bertanggungjawab iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimana hubung kait...
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...APCO dengan kerajaan, dengan United Nations dan sebagainya. Jadi, saya rasa biarlah Menteri - Timbalannya ada sini, saya ingat dia akan perjelaskan. Terima kasi, silakan.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tahun sudah saya bersama-sama Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mewakili Parlimen ke Addis Ababa, Utopia. Kita tidak ada kedutaan di sana. Kita disambut dan dilayan oleh rombongan Petronas yang ada di Addis Ababa. Saya hendak tahu, apakah kriteria sebenarnya? Nanti jadi Menteri boleh tetapi pandangan ini sepatutnya negara seperti Utopia yang merupakan negara yang sangat dihormati di Afrika dilantik duta. Itu masalah-masalah yang bila kita pergi ke sana
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
berniaga pun, kita ada Petronas di sana. Jadi, segala perniagaan pun macam tidak ada bantuan daripada Kementerian Luar Negeri kerana tidak ada kedutaan dan atase-atase.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya sependapat dan sehaluan dengan Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya cukup percaya bahawa tidak semua negara, yang negara kita ini letakkan kedutaan kita. Jadi, saya masukkan ucapan Yang Berhormat ini sebahagian daripada ucapan saya dan saya berharap Timbalan Menteri ia boleh menyahut pertanyaan ini. Sebab kita pun ingin tahu apa kriterianya, bagaimana pemilihannya, apakah negara yang tidak selamat kita tidak perlu ada duta? Apakah negara yang kita kurang interest perniagaan tidak perlu kita simpan? Jadi, ini pun perlu kita tahu mengapa ia berlaku begitu. Terima kasih Yang Berhormat, soalan yang baik.
Tuan Pengerusi, saya ingin meneruskan iaitu saya terhenti dalam hujah saya bagaimana mengenal pasti penumpang-penumpang yang berjalan seorang diri terutama sekali wanita. Dia ke luar negara seperti Argentina dan Afrika, kalau seorang diri seharusnya ada orang kedutaan, pegawainya di kaunter sebelum dia masuk kapal terbang.
Tanya dia, “Apa urusan sebenarnya?”, “Dengan siapa?”, “Siapa dia tuju?”, “Apa dia bawa?” Dan katakan kepada dia kalau urusan dia tidak ada yang jelas, maka berhentikan perjalanan dia. Ini bukan apa, kita mahu menyelamatkan dia. Mungkin dia terlepas daripada pemeriksaan pegawai-pegawai di lapangan terbang kita.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak menuduh yang pemeriksa-pemeriksa di lapangan terbang ini tidak aktif, tetapi saya kurang keyakinan sedangkan kita screen di lapangan terbang cukup hebat, kita bawa gunting setengah inci pun dia ambil. Kadang-kadang, saya pun tengkar sedikit, saya kata ini gunting bukan boleh bunuh orang, kalau ada niat hendak bunuh orang, tidak payah gunting pun boleh, yang orang menyeludup berkilo-kilo dadah, kamu tidak nampak, apa sudah jadi. Bukan saya menuduh tetapi inilah yang berlaku. Jadi akhirnya mereka tertangkap di negara luar dan akhirnya cerita dia kena masuk penjara dan sebagainya dan kedutaan kita pula kadang-kadang di negara itu tidak ada. Jadi berlaku masalah kepada keluarga berkomunikasi dan sebagainya...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh, ini kawankah lawan?...
[Ketawa]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, saya tidak tahu apa niat Yang Berhormat membangkitkan cadangan sedemikian. Memilih wanita yang travel, dengan izin seorang diri itu dibuat pemeriksaan yang lebih terapi atau diminta diberhentikan perjalanan jika timbul keadaan yang mengesyaki. Saya rasa apa Yang Berhormat Kinabatangan sepatutnya cadang adalah mengemaskinikan pemeriksaan di pintu-pintu keluar dan pintu-pintu masuk dan bukannya memilih wanita yang melancong seorang diri keluar negara untuk dijalankan pemeriksaan yang lebih rapi. Sebaliknya memeriksa setiap yang keluar negara atau masuk negara dengan lebih rapi dan bukannya memilih mereka yang melancong seorang diri. Saya rasa itu tidak wajar, sepatutnya tidak menggunakan alasan untuk melindungi mereka, untuk keselamatan mereka, itu adalah pemikiran yang ketinggalan zaman. Wanita sekarang sepatutnya dihormati kebebasan bergerak mereka, itu hak mereka. Saya rasa Yang Berhormat boleh fikir semula cadangan itu, saya mohon penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya menghormati pendirian Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat juga perlu hormati pendirian saya. Ini cadangan saya dan Yang Berhormat tidak bersetuju itu tidak apa. Ini sebab pada saya kenapa saya pilih sudut pemeriksaan yang rapi dan ketat ini, bagaimana kita tidak sakit, contohnya Yang Berhormat seorang diri hendak pergi ke Argentina, jauh sedangkan ada lelaki, tidakkan lelaki tidak teman. Ini yang kita mahu tahu. Soal pemeriksaan, itu kita tidak ada kompromi, itu sebab saya cakap tadi gunting setengah inci tidak boleh mencederakan kulit saya pun, dia boleh tahan, tetapi yang penyeludup sebegini tidak boleh dia trace, tidak boleh dapatkan apa yang dia bawa. In this..., sudah saya cakap sementara cadangan saya itu yang ini untuk kebaikan sebab kalau tidak akhirnya bukan sahaja si pelancong ini mendapat
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
masalah besar, negara kita juga di kaca mata dunia tercemar seolah-olah kita ini negara transit yang...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Mohon laluan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Digunakan oleh pengedar dadah antarabangsa menggunakan terutama sekali wanita-wanita lepasan sekolah dan sebagainya untuk menyeludup dadah ke negara-negara lain. Ya, saya bagi Yang Berhormat Arau.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya faham apa Yang Berhormat ingin bangkitkan dalam soal penggunaan wanita kita tadi, tetapi disalah faham oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Cuma Yang Berhormat ingin bangkitkan ialah soal menggunakan wanita kita, yang kita sedia maklum sudah ada banyak kes terutamanya dengan negara yang kita tidak pernah dengar.
Di Amerika Selatan pun sudah ada kes yang melibatkan wanita kita ditahan kerana terlibat dalam kegiatan penyeludupan.
Sebenarnya mereka ini digunakan, bukan mereka sebenarnya terlibat dalam sindiket ini sama ada mereka ingin hidup mewah menerusi tawaran-tawaran lumayan yang dibagikan, dan sesetengahnya berkahwin dengan warga asing yang datang ke negara kita dan memang niat mereka untuk menjadikan kita sebagai hab. Sudah tentu penyeludupan ini tidak berlaku menerusi transit ataupun menerusi airport negara kita, sudah tentu ia melibatkan di negara kedua dan ketiga dan baru dibawa ke negara yang disasarkan. Jadi sudah tentu dalam hal ini, kita harus kawal soal perkahwinan campur yang dibuat oleh warga asing terhadap warga negara kita, mereka ini berkahwin dan digunakan untuk tujuan ini semata-mata bagi tujuan penyeludupan dadah seperti mana yang berlaku sekarang ini yang agak berleluasa, dan mungkin kerana wanita kita agak kelabu mata apabila melihat kesegakan, kekacakan warga-warga asing. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tepat sekali Yang Berhormat Arau... [Ketawa] Sebab itu saya ingin menyarankan kepada warganegara Malaysia ini, kita punya remaja-remaja Tuan Pengerusi, kita punya lepasan-lepasan graduan ini, jangan terpengaruh dengan kilauan yang disangka intan rupanya kaca. Kita kena selidik dahulu pasangan kita ini, bukan kita tidak menghalalkan ataupun menghalang perkahwinan orang asing ini tetapi banyak musibah dia daripada kebaikan dia...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Laluan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekejap saya habis dulu, ini cerita terlampau baik, jadi tidak boleh ada gangguan. Dengar dahulu. Ini bukan against wanita, saya cukup yakin sekiranya cukup pendedahan di lapangan terbang bahawa jangan dipergunakan kita sebagai umpan kepada wang ringgit, janji yang diberi. Ini semua saya tengok laporannya semua begitu, dia janji dengan wang ringgit dengan habuan yang tinggi, akhirnya terperangkap dan mereka juga menanggung penderitaan. Ya saya bagi.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Okey Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin meminta Yang Berhormat Kinabatangan untuk mendapat penjelasan daripada Menteri sebab tadi Yang Berhormat kata belum jadi Menteri lagi, tidak boleh jelas. Saya hendak minta Yang Berhormat mendapat penjelasan daripada Menteri, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian dan juga melalui duta-duta kita dari luar negara untuk menangani masalah kaum wanita yang terpedaya menjadi agen-agen dadah dan akhirnya ditangkap dan ditahan di penjara-penjara luar negara? Adakah langkah-langkah tertentu dan kita ingin tahu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, adakah statistik mereka yang ditahan di luar negara ini sudah berkurang ataupun semakin bertambah? Itu yang pertama.
Yang keduanya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan, yang bagus kita ucap tahniah apabila mengambil langkah walaupun agak terlambat sedikit memberi kerakyatan kepada anak-anak yang dilahirkan oleh wanita warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga bukan negara. Dulu hanya anak-
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
anak warganegara lelaki sahaja yang berkahwin dengan wanita bukan warga negara mendapat kelayakan untuk menjadi warganegara. Kali ini alhamdulillah telah ada satu perubahan dan kita ucapkan tahniah walaupun sudah agak terlambat. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Banyak kali saya tidak ngam dengan Yang Berhormat Titiwangsa tetapi ini kali saya terima hujah dia sebab terlampau baik dan saya masukkan hujah dia...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kinabatangan, soalan itu tadi, dia kata dia tumpang saja, dia soal sama Menteri.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, sebab itu saya jadikan soalan dia sebagai hujah saya dan saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri ambil dan beri penjelasan langkah-langkah yang drastik dan seperti yang saya cadangkan tadi harap juga diambil pertimbangan sebab ini untuk menyelamatkan warga negara kita, mereka ini lepasan ijazah dan sebagainya tetapi tidak tahu hala tuju. Hidup tidak terlampau untuk mendapatkan kemewahan dalam masa yang singkat, perlu berusaha sebab itu di sekolah pun proses ia panjang sampai umur kita lebih kurang 23 tahun baru habis.
Bayangkan daripada umur enam tahun, empat tahun maknanya hidup ini tidak ada jalan singkat, ada juga tetapi bukan semua yang dapat.
Tuan Pengerusi, ada yang hidup jalan singkat tetapi hidup dia pun terlalu singkat juga. Jadi kita percaya dengan hidup kesederhanaan, bersederhana, bersabar, berusaha.
Jadi dalam begitu, mungkin mereka ini orang baru, belum pernah keluar negara jadi periksa latar belakang, kalau dia buat pertama kali ke luar negara tetapi sudah pergi ke negara- negara yang kita belum pergi, ini must be something behind this. Jadi inilah langkah- langkah rasa saya yang perlu diambil kira untuk memastikan keselamatan warga negara kita ini terjamin. Saya tidak tahulah ini Yang Berhormat Batu Gajah setuju atau tidak. Saya mahu dengar ini kali.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Yang Berhormat saya tidak ingin ulang berkenaan dengan pemeriksaan wanita yang melancong seorang diri, tadi saya telah buat pandangan saya, tetapi wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki asing.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Apakah Yang Berhormat akan menggunakan seruan yang sama, suara yang sama meminta kerajaan untuk selamatkan lelaki warganegara Malaysia yang berkahwin dengan wanita asing di dalam negara ini. Juga ada satu masalah sosial yang banyak timbul.
Apakah Yang Berhormat gunakan suara yang sama? Selamatkan lelaki tempatan yang berkahwin dengan wanita asing. Jadi saya rasa one sidedlah Yang Berhormat Kinabatangan yang pandangan itu tadi saya telah kata ketinggalan menggunakan kata-kata menyelamatkan wanita, melindungi kaum wanita seolah-olah wanita tidak cerdik memilih, tidak cerdik membuat keputusan. Yang Berhormat kalau memang untuk kebaikan warganegara, minta kerajaan buat sesuatu pendekatan yang menyeluruh. Jadi Yang Berhormat akan ulang, selamatkan lelaki tempatan untuk melindungi lelaki tempatan agar tidak berkahwin dengan wanita asing. Saya fikir tidak wajar kenyataan yang sedemikian.
Tuan Pengerusi
Ada yang perlu perlindungan Yang Berhormat Kinabatangan dan ada yang tidak perlu perlindungan... [Ketawa] Gunakan perkataan yang tepat. Awas, dengan Yang Berhormat Batu Gajah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya setuju. Sebetulnya itu yang kita mahu katakan. Ada memang, saya tidak double standard. Sekiranya ada lelaki warganegara ini yang berkahwin dengan wanita luar negara yang menderita, saya juga menyeru diselamatkan. Akan tetapi kebanyakan lelaki negara ini saya tanya dan mereka berkata kepada saya mereka begitu happy berkahwin dengan wanita negara luar. Oleh sebab dia kata man is always a man. Ini susah, ini perbezaannya. Lelaki tetap lelaki, perempuan tetap perempuan. Ada juga yang kahwin mutaah, banyak saya dengar, ini biasalah kahwin kontrak boleh di negara-negara...
Tuan Pengerusi
Jangan Yang Berhormat Kinabatangan jangan buat fatwa yang di luar kemahiran... [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini bukan fatwa Tuan Pengerusi, tetapi ini cerita kawan-kawan dan cerita ini macam ada kebenarannya. Jadi itulah saya ingat Yang Berhormat Batu Gajah kena melihat dari sudut yang lebih luas yang lebih terang bagaimana keadaan ini berlarutan. Pendirian saya cukup jelas, apa juga kaum wanita atau lelaki, kalau dia dalam permasalahan dan warganegara kita maka Kementerian Luar kena memainkan peranan yang lebih bijaksana, yang lebih memperlihatkan bahawa kita ini benar-benar ada kesungguhan untuk meletakkan keselamatan rakyat kita didahulukan.
Dengan ini Tuan Pengerusi saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sama untuk membahaskan Maksud B.13 - Kementerian Luar Negeri berkaitan dengan jumlah sebanyak RM8 juta lebih untuk membiayai sumbangan tidak berjadual. Antaranya kepada rakyat Palestin seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi.
Pada tahun lalu Kementerian Luar Negeri telah mengumpulkan beberapa badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga badan-badan kemanusiaan yang berbagai-bagai kategori untuk diagih-agihkan peruntukan membantu rakyat Palestin mengikut program-program dan projek-projek tertentu bagi setiap NGO.
Dalam soal ini saya ingin bertanyakan kepada kementerian, apakah kedudukan projek-projek dan program-program ini sama ada semua peruntukan tersebut telah selamat dipergunakan dan apakah impaknya kepada penduduk Gaza khususnya kerana peruntukan tersebut katanya ditujukan kepada Gaza. Adakah peruntukan ini datang daripada peruntukan kerajaan sebahagiannya mungkin termasuk dalam belanjawan tambahan yang kita bincangkan sekarang ataupun peruntukan tersebut datang daripada berbagai-bagai sumbangan daripada rakyat Malaysia melalui tabung-tabung yang diselaraskan oleh Kementerian Luar Negeri.
Jadi saya hendak mengetahui bagaimana kedudukannya seperti mana Yang Berhormat Tumpat sebut juga tadi, kalaulah sumbangan ini yang dibahaskan sebanyak RM8 juta untuk beberapa sasaran jumlahnya amatlah kecil terutamanya kepada rakyat Palestin yang berjuta itu, yang sentiasa mengalami masalah dan sentiasa mengalami keadaan dilingkungi oleh tentera Israel sehingga tidak boleh masuk sebarang bantuan.
Saya hendak menyokong satu cadangan daripada Yang Berhormat Tumpat mengenai satu rombongan kapal sebanyak 20 buah yang akan bertolak daripada Cyprus menuju ke Gaza, dan mereka mungkin inginkan kehadiran Ahli-ahli Parlimen Malaysia bagi mengukuhkan dan memperkuatkan rombongan tersebut dalam konteks keantarabangsaannya.
Jadi kalaulah Parlimen boleh menentukan ada wakilnya, termasuk wakil Bebas mungkin untuk menyertainya maka ianya akan menjadi lebih berkesan dan akan dapat diterima dengan lebih baik oleh rakyat Palestin. Kalau ada cubaan tentera laut Israel untuk menghalang kemasukan kapal-kapal ini nanti di lautan Mediterranean itu, maka sudut pandang antarabangsa akan lebih kritikal dan kemungkinan Malaysia akan bersikap lebih keras terhadap sebarang bentuk cubaan menghalang rombongan tersebut.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Laluan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, sila.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya ingin Yang Berhormat Kuala Krai bertanya kepada Menteri juga adakah satu tindakan tegas ataupun satu perbincangan khusus dengan negara Mesir yang kita lihat selama ini begitu seolah-olah tidak mesra ataupun tidak memberikan kerjasama ataupun bersimpati kepada rakyat Palestin sehinggakan beberapa rombongan seperti Viva Palestin, dan juga rombongan yang pernah diketuai oleh Yang Berhormat Marang, Presiden PAS juga yang di mana kita juga turut serta dan di situ telah dihalang di sempadan antara Mesir dan Palestin. Malah kita dengar sekarang pun telah dibina tembok besi untuk menghalang laluan terowong-terowong perdagangan ataupun terowong-terowong kemanusiaan antara Palestin dengan Mesir. Jadi kita mahu
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
tahu apakah polisi ataupun pendirian kerajaan kita dengan Kerajaan Mesir yang dilihat sebagai menjadi batu penghalang kepada kebebasan rakyat Palestin. Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Tuan Pengerusi, kita juga tidak memahami apa sebenarnya pendirian negara Mesir. Ya, mereka mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, tentulah ada beberapa syarat dalam hubungan mereka. Akan tetapi sampai menjejaskan bantuan dunia kepada rakyat Gaza, saya rasa pendirian tersebut wajar dilihat semula. Malaysia sebagai sahabat baik kepada Mesir tentulah mempunyai kedudukan yang boleh mempengaruhi sedikit sebanyak pendirian Mesir ini. Kalau tidak kita akan terus melihat kesengsaraan Gaza apabila Kerajaan Mesir menutup pintu sempadan. Kita minta penjelasan daripada kementerian selepas daripada ini.
Seterusnya yang kedua dan terakhir Tuan Pengerusi, dalam perkara penganjuran persidangan seperti Persidangan Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negara ia mungkin memanggil duta-duta kita dan pesuruhjaya tinggi kita dan juga konsul-konsul ke mesyuarat-mesyuarat. Tidakkan dibincangkan mengenai peranan duta-duta ini, konsul- konsul juga untuk memerhati di luar negara sana dalam proses kita mencari ataupun outsource kita punya perunding-perunding seperti yang berlaku terhadap APCO dan Asiasoft untuk membantu kita. Tidakkan perwakilan kita di negara asing ini meneliti dan mengkaji latar belakang supaya dapat memberikan nasihat yang berpatutan supaya tidak timbul contohnya mengambil APCO dan Asiasoft untuk mengendalikan isu strategik negara kita, isu komunikasi negara kita dan akhirnya hari ini kita terdedah kepada ancaman asing terutamanya negara haram Israel. Apakah peranan duta-duta ini?
Pada hari ini Perdana Menteri kita akan bertemu dengan Presiden Amerika, satu pertemuan yang sangat dinanti-nantikan, pemangku Menteri Luar kita mengatakan kita telah menyediakan asas yang baik untuk bertemu ini contohnya meluluskan Rang Undang- undang Perniagaan Barangan Strategik. Rupa-rupanya minggu lepas rang undang-undang ini diluluskan dengan begitu segera semata-mata untuk memberikan suatu lonjakan dan keyakinan Amerika bahawa kita ini bersama dengan mereka. Kalau itulah kalau disebut sendiri oleh Yang Berhormat Jelebu kepada media, khusus satu rang undang-undang ini saya nampak Parlimen ini telah dipergunakan untuk menjadi pelobi pula untuk pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden. Kalau ini benar kita amat kecewa.
Akhirnya salah satu program Perdana Menteri di Washington ialah untuk menandatangani satu MoU, kerjasama antara salah sebuah IPTA kita iaitu UKM dengan sebuah institut teknikal di Amerika iaitu Stevens Technical Institute, telah dipertikaikan. Kita tidak pernah dengar Stevens Technical Institute ini. Kita dengar Harvard kah, Stanfordkah, Carnegie Mellonkah. Jadi apa kedudukan institut ini? Apa kedudukan dari segi akademiknya? Dari segi sumbangan kepada business atau melahirkan tokoh-tokoh?
Kita hendak mendengar penjelasan kerana ada pandangan-pandangan bahawa Stevens ini at par ataupun sama hebat dengan yang lain cuma saya hendak mintakan penjelasan daripada pihak kementerian pada hari ini. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Nanti sebentar Yang Berhormat. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat kita tangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Dijemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Sudah habis ya?
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak berucap? Yang Berhormat Lembah Pantai saya beri tidak lebih daripada 10 minit Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi atas ruang yang diberikan untuk saya berbahas di peringkat Jawatankuasa. Maksud B.13 - Kementerian Luar Negeri, saya akan sentuh Butiran – 030000, dan Butiran – 040000.
Saya fikir sebelum ini isu utama yang dibangkitkan bila kita berbahas di peringkat Jawatankuasa dan juga peringkat belanjawan tambahan ialah isu pertambahan kos.
Sepatutnya tidak kerana semua isu yang berkait dengan emolumen itu adalah kos tetap atau fixed cost, dengan izin. Ini banyak berpunca daripada kos tetap yang sepatutnya dapat dielak melalui perancangan serta pelaksanaan yang teliti serta disiplin yang teratur.
Jadi kita lihat sebanyak RM33,506,441 untuk membiayai kekurangan peruntukan emolumen. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada bersama, kenapa adanya pertambahan sebegini yang sepatutnya sudah diambil kira pada peringkat awal memandangkan dengan pegawai- pegawai, duta-duta, semua ambassador kita di luar negara masih lagi tidak mencukupi dan kerajaan membelanjakan wang yang begitu banyak untuk mendapatkan pakar-pakar runding dalam pertemuan-pertemuan dengan pimpinan negara? Contoh jelas sebelum ini juga dibangkitkan di mana Jack Abramoff, seorang pelobi yang digunakan untuk pertemuan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulunya dengan Presiden Bush pada waktu itu. Dana negara digunakan dan diaudit – memetik kata-kata Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri iaitu Zainal Abidin Osman. Itu satu dan tentunya baru- baru ini telah banyak Ahl Parlimen sebutkan, saya tidak akan ulangi tentang penggunaan APCO. Justeru saya mahu tanya tentang peruntukan emolumen. Ia perlu digandingkan, dijelaskan dengan apakah tugasan dan apakah peranan pegawai-pegawai baru bila di satu sudut emolumen bertambah? Kita juga mahu lihat hasilnya dan apakah usaha-usaha mereka ke arah memperkasakan lagi imej negara di luar?
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya fikir isu ini isu penting kerana adalah hipokrit bila bertalu-talu digunakan sentimen anti Amerika Syarikat melalui arus perdana, sentimen anti Israel tetapi pada masa yang sama kita menggunakan khidmat-khidmat pelobi pakar runding untuk mendapatkan pertemuan dengan pimpinan Presiden Amerika Syarikat. Saya tidak nafikan bahawa perlu pragmatik dalam urusan hubungan dua hala tetapi pada masa yang sama isu-isu pokok yang lain sepatutnya dilihat secara holistik. Kita belanjakan juga sebanyak RM8.08 juta untuk membiayai sumbangan termasuklah sumbangan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Akan tetapi bila bercakap tentang isu pokok, bila bantuan kemanusiaan, bantuan medical iaitu peralatan dan perubatan sampai ke Gaza, masih juga ada kebanyakannya dibuang kerana akhirnya wujud tekanan dan kekangan daripada Kerajaan Mesir.
Jadi kementerian perlu menjelaskan bukan di peringkat kutip duit rakyat, kutip duit dana dan sebagainya tetapi bagaimana hendak memastikan ianya sampai kepada sasaran utama kita iaitu rakyat Palestin yang memerlukan bantuan. Jadi saya mohon kementerian jawab apakah langkah-langkah yang diambil daripada permulaan hinggalah peringkat akhir?
Seterusnya saya pergi kepada RM11.582 juta dibelanjakan kerana inflasi kerugian kadar pertukaran wang asing Tuan Pengerusi, dan juga perkhidmatan keselamatan di negara-negara berisiko tinggi. Bukankah bila kita sudah tempatkan pegawai-pegawai dan
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
para duta di negara yang memang berbahaya, kenapa tidak diambil kira keperluan untuk menempatkan juga pasukan-pasukan ataupun pegawai keselamatan? Kenapa dijadikan seolah-olah seperti satu after thought sedangkan negara-negara yang berbahaya di luar sana memang boleh dikenal pasti pada awalnya? Pada peringkat Belanjawan 2009 lagi boleh dikenal pasti. Jadi tidak cukup untuk menjelaskan pertambahan ini. Saya mahu secara terperinci. Kadar inflasi juga. Berapa peratusan? Ini kerana kita bercakap tentang RM11.58 juta dan kerugian kadar pertukaran wang asing. Saya mohon penjelasan dalam hal ini. Adakah kementerian mempunyai secara average perangkaan kos inflasi dan juga kadar pertukaran wang asing yang terbazir setiap tahun dari belanjawan demi belanjawan?
Ini penting supaya dapat ukur bagaimana baiknya tadbir urus yang berlangsung di peringkat kementerian.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya lihat juga RM8.141 juta dibelanjakan untuk membiayai perbelanjaan sewaan termasuklah sewaan pejabat perwakilan baru di Dubai dan juga perwakilan tetap ke ASEAN di Jakarta. Saya ingin persoalkan dengan keadaan ekonomi yang sedia ada, belanjawan kementerian sepatutnya dihadkan pada apa yang telah diberi pada peringkat awal. Kenapa dibenarkan penambahan secara semberono, di mana kalau kita lihat saya tengok secara average di Dubai, mana-mana kalau tengok office rental space sepatutnya lebih kurang RM100,000 hingga RM200,000 setahun perbelanjaan tambahan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Dan di Jakarta saya tidak fikir susah sangat hendak mencari tempat baru kerana orang bukan melihat bangunan Tuan Pengerusi. Orang melihat kepada kandungan, orang melihat kepada, apakah content kita apabila kita bercakap tentang tanggungjawab negara dalam ASEAN. Kita buka perwakilan tetap ASEAN di Jakarta tapi pendirian jelas kita sehingga ke hari ini tidak ada orang pun nampak dengan jelas berkaitan dengan masa depan salah seorang ahli negara ASEAN tercemar iaitu Myanmar. Saya menyatakan di sini bagaimana Malaysia yang telah bertanggungjawab mencadangkan Myanmar itu masuk dalam ASEAN, dilihat sebagai memainkan peranan yang besar terutamanya dalam hari-hari menjelang proses pilihan raya mereka tahun 2010 dengan sekurang-kurangnya dimahukan supaya proses dijalankan dengan adil dan saksama. Yang paling penting, semua parti politik boleh turut serta bertanding termasuklah NLD.
Saya sempat bersama Ahli Parlimen Ipoh Barat bertemu dengan pihak Kementerian Luar Denmark beberapa minggu lalu berkenaan dengan isu pilihan raya Myanmar. Kesatuan Eropah telah mengambil keputusan untuk bersikap lebih friendly ataupun engage dengan Myanmar, tetapi mereka juga menanyakan tentang peranan ASEAN. Pendirian ASEAN terutamanya Malaysia.
Jadi saya ingin gunakan kesempatan ini, apabila sudah buka office, itu satu hallah, tetapi apakah langkah susulan memandangkan pilihan raya ini akan tetap berlaku. Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja. Saya harap pihak kementerian dapat memastikan isu kandungan itu lebih berharga daripada belanja yang dibuat untuk bangunan-bangunan.
Terima kasih.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya rasa cukup sampai itu perbahasan Yang Berhormat. Lima orang berucap termasuk pencelahan 18 orang sudah. Minta maaf Yang Berhormat, saya minta Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 di peringkat Jawatankuasa yang telah menyentuh tentang hal-hal Kementerian Luar Negeri.
Tuan Pengerusi, bagi tempoh 1991 hingga Mac 2010, terdapat seramai 729 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara atas kesalahan dadah. Bagi menangani masalah
Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
berkenaan, Kementerian Luar Negeri memohon kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen serta Polis Diraja Malaysia khususnya di dalam menjalankan pemeriksaan serapi-rapinya ke atas penumpang di pintu masuk dan keluar di lapangan terbang antarabangsa. Wisma Putra juga baru-baru... [Disampuk]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Bagi saya habis dahulu. Baru-baru ini, Kementerian Luar Negeri juga iaitu melalui siaran langsung Televisyen RTM iaitu, Dialog Keldai Dadah dan semalam pun terdapat isu mengenai ‘keldai dadah’ yang mana Wisma Putra memainkan peranan dalam menasihati rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa dan wanita supaya tidak terjebak ataupun teraniaya dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan. Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya, daripada jumlah warga yang ditahan di luar negara kerana dadah, boleh bagi pecahan berapakah di antara mereka adalah wanita atau wanita yang bergerak seorang diri ke luar negara itu.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di mana daripada kalau kita lihat keseluruhan 1560 kes rakyat Malaysia yang ditahan, saya sudah nyatakan tadi iaitu 729 adalah rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan dadah dan bolehlah dikatakan lebih kurang 50%, menjangkau lebih 50% adalah terdiri daripada ‘keldai dadah’ iaitu melibatkan wanita yang ditahan di luar negara akibat dadah.
Selain daripada itu, bagi mendapatkan khidmat guaman kepada rakyat Malaysia, Wisma Putra juga ada menyediakan Tabung Amanah Rakyat Malaysia di luar negeri bagi membantu daripada segi kewangan melalui perwakilan-perwakilan Malaysia untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan kesalahan dadah...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta tumpang sikit?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ini cerita sudah kena tangkap. Yang kita hendak bincangkan ini bagaimana hendak menghalang perkara seumpama ini berlaku. Jangan sudah tertangkap baru kita menyediakan khidmat guaman, mengikhtiarkan macam mana hendak balik sebab wang kita pakai ini pun wang rakyat. Apa yang saya cadangkan tadi mekanisme pendekatan yang digunakan oleh kementerian untuk walaupun Yang Berhormat Batu Gajah tidak setuju tetapi ini cadangan yang baik sebab membantu warganegara kita terutama sekali wanita-wanita.
Jangan mereka teraniaya oleh sindiket antarabangsa ini. Cara mekanisme drastik yang akan dilaksanakan oleh kementerian. Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, pertama sekali memanglah kita boleh lihat apa yang saya nyatakan tadi iaitu kawalan yang lebih rapi di pintu masuk dan keluar di lapangan terbang antarabangsa kita. Di samping itu, kita juga sedang memantau pergerakan mereka dan pada masa yang sama, kesedaran diberikan kepada rakyat Malaysia. Ini memang memerlukan penglibatan semua pihak iaitu termasuk pihak NGO untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya wanita yang dijadikan sebagai ‘keldai dadah’ ini, Tuan Pengerusi. Mengenai isu kerakyatan, pemberian kerakyatan Malaysia kepada anak yang lahir di luar negara oleh wanita. Rakyat Malaysia wanita yang berkahwin dengan warganegara asing sebenarnya sedang dalam pertimbangan Kerajaan Malaysia.
Tuan Pengerusi, adalah juga menjadi amalan Kementerian Luar Negeri menyalurkan maklumat terkini tentang perkembangan politik, ekonomi dan sosial Malaysia...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Laluan. Mengenai kewarganegaraan anak-anak wanita rakyat Malaysia, kalau mengikut di Perlembagaan kita hanya disebut suami dan tidak isteri. Adakah kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Negara kita supaya suami / isteri itu. Adakah itu cadangan sebenarnya.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, ini sebenarnya perkara ini masih di dalam pertimbangan Kementerian Dalam Negeri. Saya percaya apabila Kementerian Dalam Negeri bersetuju untuk memberi kewarganegaraan kepada mana- mana lelaki adalah dari negara luar dan wanita dari Malaysia, maka sudah pasti perubahan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat tetapi yang penting sekali ialah apabila kementerian sudah lulus, maka sebagai pihak pelaksana akan melaksanakan.
Tuan Pengerusi, adalah menjadi amalan Kementerian Luar Negeri menyalurkan maklumat terkini tentang perkembangan politik, ekonomi dan sosial Malaysia. Pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri sentiasa mengeluarkan pointers, dengan izin, mengenai fakta-fakta mengenai apa jua perkara-perkara atau isu-isu yang dibangkitkan oleh media asing bagi membantu duta-duta besar dan juga para diplomat Malaysia untuk memperjelaskan dan juga menegaskan pendirian Kerajaan Malaysia mengenai perkara- perkara berbangkit.
Tuan Pengerusi, secara amnya kriteria dan ciri utama bagi calon-calon yang dilantik sebagai Ketua Perwakilan Malaysia bertaraf Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi adalah terdiri daripada individu yang berkelayakan tinggi dan memiliki merit, dengan izin, daripada segi pengetahuan serta pengalaman yang luas dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa. Calon-calon yang dilantik adalah terdiri daripada Pegawai Awam Kanan yang telah berkhidmat di sektor luar negeri dengan baik dan cemerlang bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun, melalui dan menjalani pelbagai pendedahan, latihan dan pengalaman semasa bertugas di dalam dan di luar negara.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Duta besar atau pesuruhjaya tinggi yang dilantik perlu memiliki kemahiran diplomasi termasuk peka kepada isu-isu semasa antarabangsa sama ada di peringkat hubungan dua hala pelbagai hala atau serantau. Seorang duta besar atau pesuruhjaya tinggi harus mampu mengupas isu-isu berkenaan serta berkemahiran untuk melakukan perundingan di samping memahami hal ehwal kewangan, kaunselor dan protokol serta mempunyai kemahiran bahasa diplomasi, diplomatic language, dengan izin...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi. Saya baru dengar bahawa lantikan calon ataupun duta-duta atau pesuruhjaya bersandarkan terhadap kemahirannya, kelayakannya dan sebagainya. Adakah pihak kementerian mengambil kira selain daripada kemahiran dan kelayakan, atau apa-apa ataupun kursus, kelakuannya. Baru-baru ini satu lantikan telah dibuat untuk satu negara yang amat besar dan kuat, duta kita. Akan tetapi beliau mempunyai satu rekod yang tidak begitu baik. Saya tidak ingin mengatakan nama tetapi adakah kelakuan peribadi seseorang itu akan diambil kira sebelum lantikan untuk menjadi duta. Sila jelaskan, terima kasih.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, merujuk kepada Yang Berhormat Telok Intan tadi, dia tidak boleh buat tuduhan begitu. Saya minta dia supaya menjelaskan apa dia.....
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya tuduh siapa?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
....Apa masalah peribadi.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya tidak tuduh sesiapa.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu tidak baik. Tolong bagi tahu apa masalah peribadi beliau.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya hendak tanya kriteria, apa you rasa sensitif.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You kata pelantikan satu duta....
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, biar Timbalan Menteri menjawab Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You hendak jadi duta? Be a gentlemen.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi....
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sebab duta yang dilantik itu kita tahu siapa yang dimaksudkan. Apa masalahnya?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Saya ingat Yang Berhormat saya akan jawab. Tuan Pengerusi, itu memang ada dalam jawapan saya. Kerajaan juga boleh dan telah melantik mengikut budi bicara dan di mana timbul keperluan duta-duta besar atau pesuruhjaya tinggi yang terdiri dari kalangan ahli politik, ahli perniagaan, ahli akademik dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan secara lantikan politik atau political appointee, dengan izin. Pelantikan ini juga mengambil kira aspek merit, calon-calon yang berkemampuan untuk meningkatkan lagi hubungan diplomasi di antara Malaysia dengan tuan berkenaan.
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Minta laluan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Okey.
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Tuan Pengerusi, saya rasa soalan tadi daripada sahabat kita di sebelah sana tadi dengan soalan itu sahaja telah memberi satu persoalan tentang kredibiliti duta-duta kita. Jadi saya minta Yang Berhormat memberi jawapan berkaitan terus dengan apa yang ditanya tadi. Kalau tidak pak duta-pak duta kita akan berasa tertekan, kita tidak membela mereka sedangkan ada tuduhan yang agak liar yang dibuat dalam Dewan ini. Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, sebenarnya kita tidak seharusnya menimbulkan perkara-perkara seperti ini kerana sebenarnya kalau kita lihat dalam pelantikan seseorang duta besar ataupun Pesuruhjaya Tinggi Malaysia memang perkara merit sedia ambil kira di samping itu sebagai prosedur lazimnya setiap pencalonan akan dikemukakan terlebih dahulu kepada SPRM dan PDRM bagi memastikan soalan berkenaan tidak mempunyai apa-apa isu dalam perkara berkaitan. Jadi menyentuh tentang persoalan yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi, sebenarnya Tuan Pengerusi selepas melalui proses penapisan ini iaitu SPRM dan PDRM, maka barulah kementerian mengesyorkan supaya seseorang itu dilantik atau dipilih menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau duta besar.
Tuan Pengerusi, sebenarnya kalau kita lihat faktor-faktor yang lain telah pun saya nyatakan tadi di mana ini bukan kali pertama kita melantik pegawai-pegawai atau duta-duta dari ahli-ahli politik, malah setakat ini kita sudah ada 13 orang yang telah dihantar dan telah berkhidmat dengan begitu berjayanya yang terdiri daripada ahli politik, ahli akademik dan sebagainya...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk lagi sekali kepada pelantikan duta di Amerika Syarikat yang telah dimaksudkan walaupun tidak disebut oleh Yang Berhormat Telok Intan sebentar tadi. Yang Berhormat telah menjawab bahawa pemeriksaan dan penilaian telah dibuat kepada beliau dan didapati beliau adalah seorang yang layak dan tidak mempunyai apa-apa masalah untuk menjadi duta di Amerika Syarikat iaitu Yang Berhormat dari Rompin.
Selain daripada itu, saya percaya juga bahawa Kerajaan Amerika Syarikat juga meneliti dan membuat kajian ke atas ketokohan duta kita yang baru di Amerika Syarikat ini.
Soalannya saya ingin bertanya ialah sejak beliau dilantik sebagai duta kita di Amerika Syarikat, adakah kerajaan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh beliau atau bagaimana? Terima kasih.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Same point.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya.
Tuan M. Manogaran - Teluk Intan
Terima kasih. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan mengenai check dengan PDRM, adakah ia termasuk kalau sesebuah report atau laporan polis dibuat terhadap seseorang itu diambil kira atau laporan polis dibuat oleh pengadu dan ditarik balik.
Jadi maksudnya tidak ada masalah atau dia punya background sudah clear.
Mengenai Amerika Syarikat dia tidak kisah apa background seperti ini. Dia dahulu Bill Clinton dan Lewinsky pun sama juga... [Ketawa] For them, it is not a big deal. Akan tetapi untuk negara kita, itu masalah besar seseorang punya background. Jadi itu satu perbezaan yang kita kena ambil tahu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, saya menyambut baik apa yang dikatakan oleh sahabat saya di sebelah sini... [Merujuk kepada blok Kerajaan] Di mana kalau kita lihat setiap pelantikan itu memang melalui beberapa peringkat seperti yang saya nyatakan tadi iaitu PDRM, yang penting sekali ialah PDRM. Kalau kita melihat selepas PDRM maka kita akan memberi pelantikan dan sehingga menerima watikah pelantikan dan menyerahkan pelantikan itu di Amerika Syarikat. Jadi pesuruhjaya tinggi yang dihantar, dicadangkan atau dicalonkan ke Amerika Syarikat telah diterima dengan baik dan beliau sedang menjalankan tugasnya dengan begitu cemerlang, gemilang lagi.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Boleh?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Menyentuh tentang..
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Tuan Pengerusi..
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
...Apakah adanya kes dan sebagainya. Kalau kita lihat, sebenarnya kalau kita lihat apabila rekod dia bersih, maka kita sudah menghantar.
Jadi kita tidak seharusnya sesiapa mempersoalkan bersih setakat mana dan sebagainya Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Penjelasan.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Saya ingat tidak payahlah.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Satu sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Move...
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, ini ada banyak lagi perkara ini.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Tidak apalah, satu sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat, duduklah.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Siapa?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan, tidak bagi jalan.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Saya, saya.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Satu sahaja.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Okey satu sahaja. Terima kasih Timbalan Menteri. Akan tetapi daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri saya rasa ada kriteria tertentu, ada budi bicara dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada kriteria. Maka suka hati Perdana Menteri untuk melantik sesiapa, jadi apa maksud? Timbalan Menteri tahukah jawapan atau tidak?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, saya ingat tidak payah layan, tidak perlu lagi. Ini kerana saya tengok kekurangan idea dan tuduhan-tuduhan yang dibuat seperti ini adalah tidak begitu baik. Kalau kita melihat Dato' Seri Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis telah menjalankan hubungan yang akrab...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Tuan Pengerusi, kita tidak buat tuduhan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah jawab pun Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
..Dengan pegawai-pegawai kanan pentadbiran Kerajaan Malaysia dan ahli-ahli Kongres itu.
Tuan M. Manogaran - Teluk Intan
Kita tanya. We are asking questions, we expect the....
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya mendengar Yang Berhormat Menteri sudah jawab pun soal pelantikan...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Kita tidak buat tuduhan. Yang Berhormat Pasir Salak yang buat tuduhan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, saya masuk kepada bahagian Myanmar pula. Kemasukan Myanmar ke dalam ASEAN adalah dibuat secara konsensus.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak bagi jalan lagi, Yang Berhormat?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
ASEAN sentiasa menekankan kepentingan Myanmar mencapai pendemokrasian dan pendamaian national secara dialog.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebelum masuk kepada isu Myanmar, saya hendak tanya soalan sedikit tentang pelantikan duta ini. Baru-baru ini duta kita ataupun wakil kita kepada IAEA di Vienna - Datuk Mohd Arshad Hussain tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan beliau di Vienna dan telah dihantar kembali ke Kuala Lumpur dan telah bersara.
Saya difahamkan beliau ‘dikorbankan’ sebab telah buat undian yang salah di IAEA atas satu resolusi. Akan tetapi difahamkan bahawa dikorbankan kerana yang salah bukan Datuk Arshad tetapi wrong instructions from Wisma Putra, dengan izin. Saya hendak tanya, kenapa pegawai yang salah hantar arahan itu tidak diambil tindakan dan duta yang selama 30 tahun berkhidmat dalam Wisma Putra telah ditamatkan kontrak beliau?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya bukan perkhidmatan beliau ditamatkan, tetapi sebenarnya kalau kita lihat kontrak beliau memang tamat.
Seorang Ahli
Samalah itu.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Bukan Wisma Putra yang menamatkan perkhidmatan beliau tetapi kontraknya telah pun diberikan mengikut syarat-syarat di mana telah dilanjutkan tahun lalu dan tamatlah pada bulan Februari. Jadi sebenarnya tidak dilanjutkan sebab sudah...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Akan tetapi, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri menafikan the wrong instructions were sent from Putrajaya to Vienna?
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ini bukan persoalan sama ada dihantar atau tidak. Ini telah pun diberi penjelasan oleh Wisma Putra, iaitu seharusnya duta-duta ataupun pesuruhjaya ataupun mana-mana pihak yang diberikan tanggungjawab haruslah mendapat pandangan yang konsensus dan perlu rujuk perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri terlebih dahulu sebelum mereka melakukan sebarang pengundian dan sebagainya.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Minta maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya petik artikel semalam yang ditulis oleh Datuk Dennis Ignatius - 30 tahun menjadi duta. Dia kata, “Although Arshad had dutifully followed his instructions
(mistakenly sent from Wisma Putra as it turned out)...” Saya hendak tanya, just clear answer - kenapa tindakan tidak diambil kepada pegawai yang hantar arahan kepada Datuk Arshad?
If you want to sacrifice him no problem dengan izin, tetapi siapa yang hantar arahan tersebut?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, saya sudah menyatakan tadi ini bukan bergantung kepada siapa yang memberi arahan dan sebagainya. Akan tetapi hanya dari segi teknikal iaitu perlu merujuk kepada Yang Berhormat Menteri sebelum melakukan pengundian dan sebagainya. Kami di Wisma Putra bukan menamatkan perkhidmatan Datuk Arshad, sebaliknya kontrak beliau memang tamat.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam hidup ada benda yang tersurat dan ada benda yang tersirat. Jadi imej pegawai yang berkenaan terjejas dan saya rasa Wisma Putra sebagai badan induk yang sepatutnya peka tentang public relation untuk meningkatkan imej negara, imej pegawai-pegawai.
Saya rasa kalau inilah sentimen yang wujud dalam Parlimen, saya rasa adalah tanggungjawab Wisma Putra untuk mencari jalan mengembalikan imejnya. Walaupun dia telah bersara. Walaupun kontraknya memang tidak disambung atas sebab-sebab tertentu tetapi imej dia amat terjejas bukan sahaja dalam negara bahkan dalam peringkat antarabangsa. Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya Datuk Arshad telah pun dipanggil oleh Yang Berhormat Menteri untuk mendapatkan penjelasan dan sebagainya. Jadi saya percaya keputusan yang telah dibuat itu adalah keputusan yang tepat. Kita tidak boleh mendengar pandangan just begitu sahaja daripada duta-duta yang lain, namun kita akan siasat perkara ini dan akan mengambil tindakan sekiranya didapati ada pihak yang terlibat dan sebagainya dalam memastikan imej kementerian terus terpelihara.
Tuan Pengerusi...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Penjelasan, penjelasan sedikit.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ini dah masuk...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sedikit sahaja, minta maaf. Ini berkaitan dengan Yang Berhormat Padang Besar dan juga...
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
‘Toksah’ lah, tadi sudah tanya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan, akan menyiasat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau. Jadi jika siasatan itu didapati betul dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau tadi, adakah kementerian bersedia untuk membersihkan imej bekas duta kita yang telah pun dikatakan ditamatkan kontrak? Akan tetapi hakikatnya, dia diambil tindakan untuk menamatkan kontrak atas isu kononnya dia mengambil satu ketetapan yang menyalahi
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
dasar dan polisi negara. Sedangkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau tadi adalah wrong instruction dari Wisma Putra.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Terima kasihlah kepada Yang Berhormat. Sebenarnya saya sudah nyatakan tadi ada juga tersurat dan tersiratnya.
Saya sudah jawab tadi, iaitu kami sudah menjelaskan kepada Datuk Arshad dan kami telah mendengar pandangan daripada Datuk Arshad. Jadi perkara untuk membersihkan imej dia atau tidak, tidak timbul sama sekali di sini. Sebenarnya kontrak dia telah diberikan secara maksimum, jadi sudah dilanjutkan secara maksimum dan perkhidmatan beliau terhenti kerana kontrak dia habis.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Soal tamat kontrak itu satu hal, tetapi imej dia telah dilihat melalui laporan media mengatakan bahawa dia telah melakukan satu – mengambil satu keputusan undian yang salah dan kononnya bertentangan dengan dasar dan polisi negara. Sedangkan apa yang disebut tadi bahawa dia menerima instruction dari Wisma Putra. Jadi sebab itu kalau siasatan itu tadi disebut oleh Yang Berhormat mengatakan bahawa Wisma Putra bersedia membuat siasatan - jika didapati siasatan itu betul, ada instructions kepada dia sehingga mengakibatkan dia membuat undian tersebut.
Jadi bermakna bahawa dia harus dibersihkan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.
Saya sudah nyatakan tadi, kita akan siasat kalau ada pegawai yang dikatakan bersalah maka kami akan siasat dan ambil tindakan. Tuan Pengerusi...
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terhadap siapa Yang Berhormat Timbalan Menteri, Terhadap pegawai?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Siapa yang bersalah, ke atas dialah kita ambil tindakan. Cukuplah...
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tidak, kita tidak boleh ambil tindakan terhadap pegawai kerajaan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ini macam hendak jawab secara terperinci, begitu dalam.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Mempertahankan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Mungkin satu hari pun tidak cukup.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Kalau tindakan diambil terhadap pegawai kerajaan, Tuan Pengerusi...
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasihlah Yang Berhormat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Sebab ini mesti ada dasarnya. Kenapa pegawai kerajaan yang berkhidmat di Wisma Putra itu memberi arahan kepada duta kita di IAEA sebegitu rupa? Kita tidak boleh salahkan pegawai ini, kalau betul Yang Berhormat Rembau kata tadi yang kami setuju. Akan tetapi yang mesti kita persoalkan arahan daripada pimpinan politik iaitu...
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Saya tidak beri laluan pun Yang Berhormat...
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri Wisma Putra yang mesti dipertanggungjawabkan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tidak mengapa. Okey, terima kasih. Saya sudah menyatakan tadi bahawa kita akan siasat dan kita akan ambil tindakan. Ini bukan kali pertama kita ambil tindakan seumpama ini kepada pegawai kerajaan.
Tuan Pengerusi, Malaysia berpendapat tindakan-tindakan melucut, menyingkir dan menggantung seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dari Ipoh Timur bukanlah
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
merupakan pendekatan dalam membina – dalam usaha pendemokrasian Myanmar.
Keputusan di peringkat ASEAN berhubung dengan isu ini akan dibuat selaras dengan Artikel 20, Piagam ASEAN, di mana ia menyentuh mengenai proses membuat keputusan iaitu berdasarkan konsultasi dan juga secara muafakat. Malaysia mengalu-alukan langkah Myanmar melaksanakan dengan izin, Road Map to Democracy dan yakin Myanmar akan dapat mengadakan pilihanraya umum buat pertama kali sejak tahun 1990...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Adalah amat penting Kerajaan Myanmar berpegang kepada janji untuk menyerahkan kuasa kepada rakyat Myanmar dengan mengadakan pilihanraya umum tersebut.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, bolehkah... Saya tidak mahu argue dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi saya mahu tanya sama ada Kerajaan Malaysia - pendiriannya mahu Aung San Suu Kyi boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya besar yang akan diadakan di Myanmar. Apa kedudukan Kerajaan Malaysia? Sama ada kita ambil pendirian bahawa Aung San Suu Kyi harus dibenarkan untuk ambil bahagian dalam pilihanraya besar dan stakeholders di Burma khasnya National League for Democracy pun boleh diambil atau Malaysia tidak ada pendirian? Tidak mengapalah - boleh atau tidak boleh, tidak mengapa. Apa pendirian dan daripada pendirian itu adakah dibincang, dikaji senario yang mungkin berlaku?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Menteri, Myanmar, Myanmar.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Sebenarnya sudah ada dalam ucapan saya ini. Tuan Pengerusi, Malaysia bagaimanapun dalam masa yang sama kecewa dengan pengumuman undang-undang pilihan raya yang dengan nyata mengetepikan Aung San Suu Kyi daripada turut serta dalam pilihan raya umum tersebut. Malaysia ingin mengulangi gesaan supaya Aung San Suu Kyi dan tahanan politik yang lain dibebaskan supaya pilihan raya umum yang akan diadakan tersebut bebas...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
...Adil dan merangkumi semua pihak.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Pembebasan beliau serta tahanan-tahanan politik yang lain dan penglibatan semua parti politik di dalam pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan pada tahun ini akan menyumbang ke arah pendamaian nasional dan seterusnya membawa kedamaian dan kesejahteraan kepada negara tersebut.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Myanmar.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak beri jalan Yang Berhormat?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Beberapa usaha ke arah melaksanakan demokrasi memang Kerajaan Malaysia memberi penekanan sepenuhnya, Tuan Pengerusi.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan, Tuan Pengerusi.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, menyentuh tentang...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Kenapa Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Dia boleh tidak beri jalan, Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Kita wakil rakyat dilantik untuk tanya soalan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukup, duduk Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah habis mengenai Myanmar?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bolehkah minta penjelasan daripada apa yang saya ucapkan?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, susah saya duduk di sini, Yang Berhormat. Kadang-kadang saya tanya Yang Berhormat tidak bagi, tetapi Yang Berhormat bagi... [Ketawa] Itu yang susah saya duduk di atas ini.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya minta, dia tidak bagi, macam mana?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Saya tidak bagilah Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak bagi? Mana boleh bagi tak bagi. Ini Senator back door pun bagi tak bagi..., kenapa tarik harga? Tadi bagi...! Sekarang tidak bagi!
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya, boleh. Kalau mahu tanya boleh.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, saya mahu tanya sebab itu saya tanya tadi.
Boleh bagi?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Boleh.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata bahawa kita pun menyeru supaya Aung San Suu Kyi dan semua tahanan politik dibebaskan supaya ada satu pilihan raya besar yang adil, free, fair and inclusive.
Akan tetapi soalan yang tepat ialah bukan sahaja kebebasan tetapi adakah Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa Aung San Suu Kyi dan semua tahanan politik, kalau mereka mahu ambil bahagian, dibenarkan untuk ambil bahagian dalam election, supaya mereka tidak disenfranchise dan kalau military junta berdegil dalam perkara ini, tidak hirau seruan Malaysia yang ada dibuat, apa pendirian yang kita ambil? Selepas itu apa pendirian? Adakah kita menerima apa yang berlaku di Myanmar atau kita akan ambil pendirian bahawa ini tidak boleh diterima, ini melanggar ASEAN Charter dan kita mahu ambil tindakan yang tegas. Apa tindakan itu?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Menteri, Myanmar.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ini...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Soalan tambahan Yang Berhormat Menteri.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Mengenai kedudukan Aung San Suu Kyi.
Malaysia telah menyatakan pendirian Malaysia supaya semua tahanan politik itu dibebaskan ...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Menteri.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Dan memberikan peluang untuk bertanding di dalam pilihan raya secara adil. Ini telah kita jelaskan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Kenapa Yang Berhormat Menteri tidak beri Telok Intan?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Kita juga telah menyatakan pendirian kita.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Takut jawabkah?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Melalui ASEAN Summit di mana pendirian Malaysia adalah sama juga dengan pendirian negara-negara lain. Jadi, kita boleh lihat iaitu dalam Artikel 20 yang mengatakan semua ini iaitu isu Myanmar ini akan diselesaikan secara consultation and consensus, dengan izin.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, sekiranya perkara ini tidak dicapai, maka ia akan di bawa kepada ASEAN Summit sekali lagi supaya semua menteri ...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Menteri, biar saya beri latar belakang Myanmar.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Dalam ASEAN Summit ini supaya...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Dia tidak beri.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah, Yang Berhormat sudah macam mengganggu sekarang ini Yang Berhormat. Duduk dahulu, Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya tidak ganggu kalau Yang Berhormat beri.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak beri jalan Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Yang lebih lanjut dapat diambil.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Tengok.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
I’m here to ask you questions. Why are you not allowing.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, if you insist begini Yang Berhormat nampak macam mengganggu perjalanan Mesyuarat, Yang Berhormat.
Biar dia berhenti, baru masuk.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Nampaknya Yang Berhormat Menteri mahu saya ganggu. Saya hendak tanya soalan sahaja. Itu tugas saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Takutkah?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Kadang-kadang saya tengok cara tanya itu.
Yang Berhormat Ipoh Timur tanya very good sebab itu saya beri.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya pun bagus juga. Apa Yang Berhormat Menteri...
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Kita masuk... [Ketawa]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Putar belit. Yang Berhormat Menteri putar belitlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya tanya cara baik. Saya bangun, saya nak tanya.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Myanmar ini penting.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ini menyentuh tentang kerajaan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Duduklah Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Kerajaan tetap dan terus menyokong dan menggembleng sokongan di forum persidangan pelbagai hala seperti PBB, OIC dan juga semasa pertemuan pemimpin-pemimpin negara dan rakan sejawat mereka. Kerajaan sentiasa menegakkan hak rakyat Palestin dan perjuangan bagi mendapatkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
Kerajaan menyokong usaha-usaha Quartet Asia Tengah dan juga Liga Arab berasaskan perkara-perkara berikut supaya:
(i) Israel berundur ke sempadan 1967;
(ii) hak pelarian Palestin untuk pulang ke tempat asal mereka atau diberi pampasan sewajarnya;
(iii) Israel menghentikan pembinaan kawasan perumahan di kawasan yang ditaklukinya; dan
(iv) Jerusalem Timur dijadikan ibu negeri bersama demi menjayakan Two-Stall Solution, dengan izin.
Tuan Pengerusi, menyentuh tentang perkara yang dibangkitkan iaitu isu tindakan terhadap ahli-ahli Jamaat e-Islami oleh pihak berkuasa Bangladesh termasuk hukuman mati. Malaysia berpendapat tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Bangladesh adalah isu dalaman negara berkenaan. Pendirian tersebut adalah sejajar dengan dasar luar negara yang berteraskan kepada prinsip-prinsip menghormati kedaulatan serta integriti wilayah serta tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara lain...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Minta penjelasan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi,
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Minta penjelasan sedikit.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya rasa pendirian standard kerajaan mengenai urusan negara asing tidak mahu campur dalam urusan negara asing, itu satu jawapan yang piawai, jawapan yang standard, tetapi, kita bercakap mengenai satu tindakan kerajaan jiran kita, rakan diplomatik kita Bangladesh, OIC dan mungkin negara-negara berkecuali. Yang Berhormat Timbalan Menteri kena ingat, kita bukan bercakap mengenai Jemaah Islamiah. Kita bercakap mengenai sebuah parti politik sah, Jamaat e-Islami Bangladesh yang pada kerajaan yang lalu dua orang daripada pimpinan Jamaat e-Islami ini adalah Menteri di dalam kerajaan yang lalu.
Akan tetapi mereka sekarang menggunakan satu undang-undang yang dirangka pada tahun 1971 apabila berlaku pemisahan antara Pakistan Timur dengan Barat, satu undang-undang darurat, satu undang-undang mengenai pengkhianatan dan sebagainya hendak digunakan semula, mengambil isu-isu yang lama. Jadi, ini merupakan satu isu kemanusiaan yang kita sebagai sebuah negara tidak boleh senang-senang mengatakan ini isu negara luar. Kita tidak campur. Apa gunanya kita bercakap tantang Myanmar tadi.
Kenapa kita bercakap mengenai Palestin. Mengapa kita bercakap mengenai negara lain yang ada perlanggaran hak asasi manusia.
Jadi, tidak boleh dalam konteks ini kita sewenang-wenangnya mengatakan, “That’s it, itu negara lain punya urusan, kita tidak campur.” Saya rasa, saya tidak bersetuju dengan pendirian itu kalau itulah pendirian Malaysia kerana ini akan melibatkan contohnya pimpinan Jamaat e-Islami ini. Jamaat e-Islami ini di Malaysia macam parti PAS lah, itu
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
senang cakap. Jadi, cuba bayangkan Malaysia ambil tindakan yang sama kepada Yang Berhormat Marang? Jadi, bagaimana rasional kerajaan membuat pendirian yang semudah itu. Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, sebenarnya kedua-dua Jemaah Islamiah ini ditahan atas kesalahan yang dituduh - atas kesalahan sebagai pengganas. Jadi kita menghormati, kita mesti menghormati apa juga tindakan yang diambil oleh kerajaan negara tersebut mengikut undang-undang negara mereka sendiri.
Tuan Pengerusi, menyentuh tentang projek bantuan kepada rakyat Gaza, projek- projek yang dilaksanakan oleh 13 NGO yang menerima dana dari Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza, beberapa daripada mereka telah selesai dan beberapa masih dalam pelaksanaan. Projek ini merangkumi projek keperluan-keperluan asas, kesihatan, perubatan kanak-kanak dan juga pembelajaran, kerja-kerja amal dan juga pengurusan untuk dimanfaatkan seberapa banyak perkampungan rakyat Palestin di Gaza. Daripada sumbangan kerajaan dan juga sumbangan dari orang ramai di mana kerajaan telah memperuntukkan USD1 juta dan juga sumbangan dari orang ramai sebanyak RM23 juta.
Mengenai cadangan Yang Berhormat supaya Ahli Parlimen menyokong konvoi kapal adalah terserah kepada Ahli-ahli Parlimen Yang Berhormat yang berminat.
Tuan Pengerusi... [Menyelak helaian kertas] Saya ingat banyak perkara sudah dijawab...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan. Penjelasan sementara Yang Berhormat Timbalan Menteri mencari jawapan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya, okey, okey.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Pengerusi, jawapan tadi itu sangat mengelirukan. Namun tidaklah sampai saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12). Yang mengelirukan itu ialah ini pandangan kita terhadap mana-mana NGO dalam negara kita untuk membantu khususnya dalam isu Gaza. Jawapan Yang Berhormat tadi mengatakan bahawa ini terpulang kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berminat. Jadi itu tidak menggambarkan komitmen negara. Apatah lagi jawapan Yang Berhormat itu tidak menggambarkan komitmen semua Ahli Parlimen di sini.
Saya tidak mahu berniat buruk. Mungkin ada di sebelah Barisan Nasional yang ingin turut serta, yang ingin bersama dengan konvoi itu. Jadi jawapan itu mesti menunjukkan komitmen bersama. Maknanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti memberikan satu pandangan. Bukan saya menteri pula. Maknanya, jawapan you itu tadi menunjukkan bahawa seolah-olahnya Ahli-ahli Parlimen daripada sebelah sana lepas tangan begitu. Jadi saya rasa ini komitmen bersama yang mesti menunjukkan bahawa ini isu yang universal, isu sejagat yang mesti kita dukung bersama. Saya rasa Parlimen ini pun tidak ada masalah untuk mendukung bersama dan kita pernah bersidang di sini dan inilah merupakan follow-up atau tindakan lanjutan yang mesti kita tunjukkan komitmen bersama Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang tidak mengenal agama, bangsa dan apa juga fahaman politik yang mendukung perjuangan Palestin ini. Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Malaysia sebenarnya menunjukkan komitmen yang sentiasa positif. Jadi apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat ini bolehlah dipertimbangkan.
Tuan Pengerusi, Malaysia berpendirian bahawa sebagai sebuah negara yang berdaulat, Kerajaan Mesir mempunyai hak sempadannya dengan Gaza bagi mengawal keadaan keselamatan di kawasan tersebut. Sungguhpun demikian, Malaysia yang sentiasa peka dengan kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza akan terus berusaha untuk mendapatkan persetujuan. Kerajaan Mesir dari semasa ke semasa bagi membuka dan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar dan disalurkan melalui pintu sempadan tersebut.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Malaysia juga sering merakamkan kebimbangan terhadap penutupan sempadan oleh Kerajaan Mesir kerana tindakan tersebut akan menyukarkan bantuan kemanusiaan yang dihulurkan kepada rakyat Palestin di Gaza yang amat memerlukannya. Dalam hal ini, Kerajaan Mesir telah memaklumkan kepada pihak berwajib di Mesir, sentiasa peka terhadap keperluan rakyat Palestin untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan. Kerajaan Mesir juga menegaskan bahawa mereka sentiasa memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas sebarang bantuan kemanusiaan yang disalurkan. Pada masa ini, Mesir hanya menerima bantuan kemanusiaan yang tidak diiringi atau non-accompanied aid oleh sesiapa pun dengan izin, yang akan diserahkan secara rasmi kepada pihak berkuasa Mesir.
Seterusnya, bantuan ini akan dihantar...
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
[Bangun]
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Kepada pihak Palestin di Gaza melalui cara yang bersesuaian. Malaysia akan terus berusaha membangkitkan isu kesengsaraan rakyat Palestin sekiranya ada keperluan dalam pertemuan dan pemimpin-pemimpin Mesir.
Berkenaan dengan pembinaan tembok bawah tanah ataupun underground barrier di sempadan Gaza dan Mesir, Malaysia berpendirian bahawa langkah Kerajaan Mesir tersebut adalah untuk mengawal keadaan keselamatan di sempadan antara negara berkenaan.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah pihak Kementerian Luar Negeri menyedari dan saya kira tentu sudah pasti menyedari bahawa terowong-terowong yang dibina oleh orang-orang Palestin ini merupakan talian hayat kepada mereka untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian. Jadi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Mesir ini adalah untuk menghalang - dilihat menghalang rakyat Palestin yang sudah memang tertindas dan terkepung itu untuk mendapatkan bantuan makanan dan juga keperluan-keperluan harian mereka.
Kemudian perkara yang keduanya tadi, apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi – saya meminjam apa perkataan yang digunakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai iaitu hanya merupakan jawapan piawai, yang standard daripada sebuah kerajaan bahawa kami juga sangat prihatin dan sebagainya kepada rakyat Palestin tetapi dari segi tindakannya tidak begitu sehinggakan semasa kumpulan yang seperti saya kata tadi diketuai oleh Presiden PAS untuk membawa bantuan kepada rakyat Palestin daripada Malaysia yang telah kita kumpulkan.
Ambulans daripada Kementerian Kesihatan Mesir juga ditahan dan tidak boleh masuk ke sempadan tersebut – dihalang. Jadi saya kira perlulah satu penegasan atau tindakan ataupun orang kata celaan misalnya daripada Kerajaan Malaysia terhadap tindakan-tindakan Kerajaan Mesir yang dilihat berlawanan daripada kenyataan mereka. Apa pandangan pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Pengerusi, sebenarnya Kerajaan Malaysia terus mendesak dan meminta Kerajaan Mesir untuk membuka iaitu pintu masuk antara Mesir dengan Gaza. Namun begitu, kalau kita lihat bagi negara Mesir sendiri, atas urusan keselamatan, mereka meletakkan pagar di antara kedua-dua wilayah itu menyebabkan – memang Malaysia akan terus memainkan peranan melalui OIC untuk mendesak supaya pagar ini dibuka dan buat masa ini mereka hanya memberi supaya orang tidak boleh masuk tetapi hanya barangan perlu ditinggalkan supaya barangan itu akan dibawa oleh orang Mesir dan menghantar kepada pihak Gaza dan sebagainya.
Tuan Pengerusi, menyentuh tentang IDFR iaitu latihan yang diberikan oleh IDFR.
Sebenarnya pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri sentiasa diberikan latihan dan pendedahan bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan khusus dalam bidang- bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa termasuklah kemahiran berunding. Latihan dan pendedahan ini adalah secara berterusan di dalam pelbagai kaedah, cara, peluang di institusi di dalam dan di luar negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM68,963,000 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM68,963,000 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.13 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.13 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Maksud P. 20 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009] - Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM22,109,200 untuk Maksud P.20 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM22,109,200 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Maksud P.21 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009] - Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas. Ya, sila Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.
Sebenarnya saya bersetuju dengan peruntukan RM100 juta yang diberikan kepada TEKUN ini. Saya hendak merujuk kepada Maksud P.21 – Butiran 30000. Akan tetapi, walau bagaimanapun, saya hendak meminta penjelasan mengenai beberapa perkara sebab saya tengok masih ada lagi kompelin perkara-perkara mengenai TEKUN.
Yang pertamanya mengenai kelewatan. Walaupun kita tengok ada tambahan sebanyak RM100 juta tetapi masih ada lagi kompelin sedangkan kita juga maklum bahawa ada juga pinjaman ekspres TEKUN untuk kelulusan RM3,000 dalam tempoh 48 jam. Jadi saya hendak bertanya kepada kementerian, berapa banyak backlog permohonan selepas RM100 juta ini diberikan kepada TEKUN? Saya juga hendak tahu, berapa lama tempoh pemprosesan ini, terutamanya pinjaman ekspres ini. Kalau tidak cukup peruntukan saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya lebihkanlah peruntukan kepada TEKUN.
Yang keduanya isu yang saya hendak bawa ialah mengenai bayaran balik. Saya hendak mencadangkan agar pegawai-pegawai TEKUN lebih serius lagi untuk mendapatkan balik pinjaman sebab pada pandangan saya, TEKUN mesti ada satu mekanisme yang sangat berkesan. Mungkin sudah tiba waktunya, TEKUN selain daripada meluluskan pinjaman tersebut, mungkin ada satu technical team ataupun support group untuk memberi tunjuk ajar kepada peminjam-peminjam daripada TEKUN ini.
Adakah kementerian telah membuat satu kajian mengenai berkesannya TEKUN ini untuk membina ataupun groom usahawan-usahawan PKS terutamanya bumiputera? Jadi,
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
saya hendak tahu juga daripada RM100 juta, berapakah jumlah percentage yang telah gagal untuk bayar balik? Perkara ketiga yang saya hendak bangkitkan adalah faktor kelulusan. Bagaimanakah TEKUN apabila meluluskan pinjaman ini, apakah kriteria yang telah dibuat? Saya percaya kriteria ini perlu dihalusi dan mungkin increase ataupun tingkatkan lagi tahap pemeriksaan latar belakang pemohon sebelum kelulusan. Kadang- kadang kita juga perlu pastikan bahawa mereka yang memohon ini betul-betul ada business. Pemohon-pemohon sesetengahnya perlu juga untuk sentiasa memberi maklum balas kepada TEKUN. Jadi saya juga hendak tahu, berapa banyakkah rakan niaga TEKUN yang telah dilahirkan? Keberkesanan program ini, betul kah ada tuduhan yang mengatakan program ini semacam membantu hanya mentor-mentor kerana saya dengar yang kalau hendak masuk program mentor TEKUN ini, jumlahnya juga mencecah ke ratusan ribu ringgit.
Akhirnya saya cuma hendak tahu caj perkhidmatan yang dikenakan kepada peminjam TEKUN, perlukan jaminan kementerian bahawa caj perkhidmatan sebanyak 4% yang dikenakan pada masa ini tidak ditingkatkan kerana Tuan Pengerusi, TEKUN ini merupakan satu agensi yang banyak membantu rakyat, terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Jadi, itu sahaja. Selain daripada itu, saya bersetuju dan saya menyokong RM100 juta ini diberikan kepada TEKUN. Terima kasih.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I - Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Parit Sulong yang telah mengemukakan soalan tadi. Jadi, sebenarnya ada berlaku kelewatan.
Sudah pastilah apabila proses untuk kita meluluskan pinjaman ini kerana daripada yang lepas-lepas, kalau kita tidak proses secara yang detail, maka kita akan memilih kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya meminjam duit TEKUN itu untuk kemudahan lain. Maka sebab itulah, akhir-akhir ini kita telah memproses pinjaman itu secara agak lama.
Walau bagaimanapun, kalau sekiranya ia tidak mempunyai masalah, borang yang mencukupi, syarat-syarat yang mencukupi, maka kita akan meluluskannya dalam masa 14 hari daripada hari bekerja. Jadi dalam soal itu, saya rasa tidak ada masalah mengenai perkara itu. Berkenaan dengan syarat-syarat, sudah pasti tadi Yang Berhormat saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat tadi, kerana sebahagian daripada perkara-perkara yang saya kata syarat-syarat itu telah disebut oleh Yang Berhormat.
Berkenaan dengan caj, sekarang ini cajnya mulai Ogos 2008, mula-mulanya ialah 12%. Selepas itu dia turun kepada 8% dan sekarang ini hanya tinggal 4% sahaja caj yang dikenakan kepada mereka. Selain daripada itu, berkenaan dengan bimbingan yang kita sedang lakukan sekarang ini ialah untuk memastikan bahawa mereka yang membuat pinjaman kepada TEKUN ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Yang pertama sekali ialah kita mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar membayar. Maknanya, sekarang ini surat-surat amaran daripada lawyer telah dikeluarkan dan enam syarikat lawyer telah kita pilih peguam untuk menguruskan mereka-mereka yang tidak bayar. Selain daripada itu juga, kita telah mewujudkan operasi kutip iaitu kita telah melaksanakan program ini dan sehingga tahun 2009, setelah ia dilaksanakan, kita telah berjaya mengutip RM9.9 juta.
Selain daripada itu juga, kita telah mewujudkan business centre di semua daerah, kalau boleh. Sekarang ini kita telah mengadakan business centre di beberapa buah negeri, dan di mana di sini kita memberi bimbingan kepada peminjam-peminjam TEKUN.
Selain daripada itu juga, kita mengadakan profil daripada seratus orang usahawan yang berjaya dan kita akan adakan kursus-kursus bimbingan dan rangsangan untuk memberi galakan kepada mereka yang terlibat supaya usaha kerajaan ini akan dapat dilaksanakan dengan baik. Itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, ada soalan susulan mengenai TEKUN. Yang Berhormat Klang dekat sini.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habis Yang Berhormat?
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum
Sudah habis dah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Charles Santiago - Klang
Satu lagi, soalan singkat sahaja. Mengapa orang-orang India...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis menjawab, Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Dia tidak ada berucap, mana boleh tanya soalan?
Tuan Charles Santiago - Klang
Boleh, boleh.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM100,000,000 untuk Maksud P.21 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM100,000,000 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Maksud B.22 - Jadual] – Tuan Pengerus
Kepala Bekalan B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM81,894,600 untuk Maksud B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM81,894,600 untuk Maksud B.22 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud P.23 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009] - Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya di bawah Butiran 15300 - Mengorek Kuala-kuala Sungai. Bilakah atau adakah rancangan bagaimana menggunakan Sungai Juru dan juga dengan Sungai Rambai di Bukit Mertajam untuk mencegah atau mengatasi masalah di kawasan Taman Makok, Taman Seri Rambai dan juga Kampung Sireh dan Kampung Rawa di sekelilingnya kerana masalah ini telah lama wujud kerana kecetekan sungai-sungai ini. Jadi saya minta supaya peruntukan juga boleh dipercepatkan untuk tujuan yang sama. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Krai, selepas itu Menteri menjawab.
Beberapa Ahli
[Bangun] [Menyampuk]
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tumpat hendak cakap.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tumpat, ya.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Lipis.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Mengenai Maksud P.23 ini iaitu Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Yang diminta kita meluluskan sejumlah RM29.855 juta untuk beberapa proses mengorek kuala sungai.
Tuan Pengerusi, saya rasa kerja mengorek kuala sungai ini nampaknya tidak akan selesai-selesai. Kalau kita tidak mempunyai satu perancangan agak-agaknya bila sungai- sungai ini dapat dibersihkan supaya sedementasi daripada hulu sungai atas apa juga sebab, tidak berlaku kerana kalau di hulu sungai kita tidak menguasai proses pengotoran sungai ini, maka selama-lamanya di muara-muara sungai ini akan berlaku pemendapan atau pencemaran yang dibawa oleh air sungai daripada hulu. Jadi setiap masa kita akan terus mengorek sungai ini sedangkan di negara-negara yang maju, apabila sungai- sungainya telah dibersihkan, sungai ini menjadi stabil, tidak ada lagi proses menambah sebatian daripada hulu sungai, sungai-sungai ini menjadi kawasan tarikan, kawasan pengangkutan yang cukup baik.
Saya masih teringat apabila sebuah sungai di Singapura diisytiharkan bersih sampai menteri yang berkenaan pun berani untuk terjun dan menyelam di sungai tersebut sebagai menggambarkan bersihnya sungai tersebut, sedangkan sebelum itu sungai itu sama juga kotornya macam sungai yang ada di Malaysia ini. Ianya menggambarkan satu keseriusan pihak berkuasa untuk memastikan sungai-sungai ini bersih.
Jadi, soalan yang saya hendak tujukan kepada Menteri, agak-agaknya adakah satu perancangan jangka panjang bila agaknya sungai-sungai kita ini akan menjadi sungai yang bersih dan muaranya tidak lagi sentiasa perlu dikorek, yang membelanjakan banyak wang kita. Agak-agaknya bila dan apa perancangan yang ada di dalam pemikiran pemerintah pada ketika ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bagi Maksud P.23, Butiran Projek 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai dan juga 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Jadi saya terpanggil untuk membahaskan perkara ini kerana saya melihat tentang Aral Sea yang terletak di kawasan Soviet Union dahulu atau kawasan Kazakhstan, rasa saya sekarang ini.
Dari tahun 1960, besarnya ialah 63,000 atau 68,000 kilometer persegi tetapi sehingga 2009 atau 2007, airnya tinggal 10% sahaja iaitu 6,800 kilometer persegi. Tadi 68,000 kilometer persegi, sekarang tinggal 6,800 kilometer persegi. Semuanya kering dan banyak kapal yang belayar di Aral Sea itu atau Laut Aral itu habis semuanya di atas pasir sekarang, kering-kontang dan sebagainya. Ini kesan daripada pengubahan sungai yang dibuat oleh Kerajaan Soviet Union dahulu pada tahun 1960 dimulai sehingga menyebabkan dua sungai yang mengalir ke dalam Aral Sea ini dialih dan menyebabkan sungai tersebut menjadi kering.
Jadi bagi saya, apakah perancangan yang telah dibuat, benar-benar dibuat secara jangka panjang oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini untuk memastikan dalam proses membersihkan sungai dan sebagainya ini, tidak menyebabkan sungai kering dan sumber pendapatan penduduk menjadi terancam dan sebagainya.
Sebagai contoh, di dalam kawasan saya terdapat sungai yang telah dibersihkan, akhirnya sawah padi yang sepatutnya menjadi kolam ikan kepada penduduk telah menjadi
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
kering, kesan daripada pembersihan sungai yang sebegini. Jadi, saya berharap pihak kementerian akan sekali lagi memastikan perancangan yang jelas dibuat agar sungai- sungai tidak menjadi kering dan menyebabkan penduduk terancam pendapatan mereka, kesan daripada pembangunan yang semacam ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat, Hulu Langat, kemudian Menteri menjawab.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Khusus kepada Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar.
Saya khusus merujuk kepada kawasan Parlimen Tumpat saya, yang mana ada satu kawasan dalam nota ini dikaitkan dengan Sungai Kelantan tetapi dalam kes di Tumpat ini oleh kerana Tumpat dilingkungi bukan sahaja Sungai Kelantan tetapi Sungai Golok. Jadi dalam Sungai Golok yang di sebelah Malaysianya ada kawasan-kawasan yang bernama Simpangan dan Bendang Pok Yong yang mana ianya sering dilanda banjir, oleh kerana urusan memperkukuhkan tebing sungai dilaksanakan di pihak Thailand, tetapi tidak di pihak Malaysia yang bermakna jika ada lebihan air, ianya akan membanjiri di kawasan sebelah Malaysia dan tidak di sebelah Thailand.
Tambahan pula kawasan Simpangan dan Bendang Pok Yong ini adalah lembah yang rendah mengikut paras laut, lebih rendah daripada paras laut. Jadi apabila banjir berlaku, air banjir itu akan bertakung.
Saya mengakui, Yang Berhormat Menteri, bahawa usaha-usaha oleh kementerian telah pun dimulakan, tetapi hasilnya belum lagi dapat kita lihat dan saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri supaya melihat sekali lagi dan memberi tumpuan yang lebih kepada kes yang saya rujuk itu untuk manfaat rakyat di sana. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Merujuk kepada Kepala P.23 – Butiran 16700 berjumlah RM107 juta, merujuk kepada nota, banyak tebatan banjir telah pun dibuat, umpamanya di Damansara, Kedah, Johor dan sebagainya, tetapi saya juga berharap tebatan banjir juga dapat dibuat di Sungai Langat yang pada tahun 2009 sudah dua kali banjir yang agak besar. Jadi saya berharap pihak kementerian dapat memberi pertimbangan itu.
Yang kedua, tidakkah kementerian juga memberi peruntukan kepada kos untuk alam sekitar yang lain, umpamanya dari segi pelupusan sisa-sisa chemical ataupun sisa- sisa pepejal dan juga usaha-usaha untuk mengatasi masalah global warming dan sebagainya. Tidakkah ada peruntukan yang serupa itu? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Menteri menjawab.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membuat teguran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya akan terus menjawab beberapa soalan yang telah ditimbulkan sebentar tadi. Yang pertama ialah Yang Berhormat dari Bukit Mertajam di mana ia mengandungi dua soalan, kalau saya tidak silap.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Pertama ialah berkenaan dengan pemulihan beberapa sungai di Bukit Mertajam dan keduanya berkaitan dengan pencemaran-pencemaran. Bagi pemulihan Sungai Juru. Ini sebenarnya kami sudah membuat perancangan dan kita akan memohon peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kurang lebih RM100 juta untuk membaik pulih sungai- sungai yang telah diungkit oleh Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Kedua ialah berkait dengan pencemaran-pencemaran sungai sebentar tadi. Atas sebab sungai-sungai mungkin belum dipulih lagi. Akan tetapi Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa memantau keadaan sungai ini dan akan mengambil tindakan tertentu kalau sekiranya terdapat ada pencemaran. Ini pun juga memerlukan kerjasama daripada Ahli Yang Berhormat. Kalau ada orang didapati mencemar sungai-sungai itu, ini tanggungjawab kita bersama untuk membuat laporan kepada pihak yang berkuasa supaya kita boleh mengambil tindakan-tindakan tertentu.
Selain daripada itu saya jawab terlebih dahulu pertanyaan daripada Yang Berhormat daripada Tumpat yang lama sudah. Ini berkaitan dengan masalah Sungai Golok.
Kita sudah membuat perancangan yang begitu terperinci sekali. Kajian itu akan dapat di siap dalam tahun ini juga. Sebenarnya dalam tahun 2009 kita telah memperuntukkan sejumlah RM28 juta untuk membuat beberapa projek sepanjang Sungai Golok. Itu untuk mengurangkan masalah banjir. Ada lima projek yang kita laksanakan dalam tahun lalu dan dua daripada itu telah disiapkan.
Jadi masalah yang diungkit oleh Yang Berhormat tadi itu akan diambil kira dalam perancangan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kajian ini merangkumi tiga fasa. Fasa pertama kami akan memohon kurang lebih RM50 juta dan masalah-masalah yang telah disebutkan sebentar tadi itu akan diambil kira. Yakinkanlah Yang Berhormat kita akan mengambil tindakan.
Yang Berhormat daripada Hulu Langat sebentar tadi bangkitkan tentang masalah- masalah sungai juga. Ini pun kita membuat perancangan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh itu kita akan memohon RM130 juta untuk melaksanakan kerja-kerja yang diperlukan untuk membaik pulih sungai itu.
Yang Berhormat Kuala Krai juga tadi bertanya berkaitan dengan bilakah sungai- sungai dapat dipulihkan. Muara sungai dikorek dari semasa ke semasa untuk mengelakkan masalah yang timbul. Ini kita punya perancangan dalam jangka panjang. Akan tetapi begitu jugalah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti kita akan memohon daripada kerajaan untuk membuat pertamanya perancangan dan seterusnya mendapat peruntukan untuk jangka masa panjang. Supaya kita dapat mengatasi masalah-masalah ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Penjelasan sedikit Menteri.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Ya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Berkaitan dengan pembersihan sungai ini. Saya pasti kalau kita berbincang panjang antara puncanya ialah beberapa aktiviti di hulu sungai, pembalakan misalnya. Sehingga pasir, tanah daripada hulu sungai turun. Jadi tentulah jawapannya mungkin sehingga selesai tidak ada lagi aktiviti pembalakan contohnya di hulu sungai. Akan tetapi tentulah ini berkaitan dengan urusan kerajaan negeri.
Jadi apakah peranan Kerajaan Pusat misalnya untuk berbincang dalam konteks satu jangka masa RMK-10 kah atau RMK-11 kah. Apabila kita dapat menggantikan aktiviti ekonomi ini dengan aktiviti lain supaya sungai kita akhirnya tidak di cemar, tidak diisi dengan mendapan-mendapan dan program mengorek kuala sungai ini dapat kita hentikan.
Soalan saya tadi agak-agak berapa tempoh masa kita boleh mengubah aktiviti ekonomi kita? Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Yang Berhormat saya mohon maaf.
Mungkin jawapan saya tadi itu tidak berapa lengkap. Akan tetapi sebenarnya kerajaan sekarang sedang mempunyai beberapa projek perintis supaya sungai seperti ini akan dipelihara secara integrated, secara pendekatan integrated. Beberapa kajian sudah dilaksanakan. Kalau saya tidak silap di dalam negara kita kurang lebih ada empat sungai yang di bangun secara integrated.
Salah satu daripada itu ialah sungai di Johor. Kalau ini berjaya ini akan menjadi satu model bagi kita untuk mendekati, memelihara sungai-sungai seperti mana yang diungkit oleh Yang Berhormat tadi. Inilah langkah-langkah kita ambil untuk mengatasi masalah-masalah ini dengan jangka panjang. Selain daripada itu pihak NAHRIM telah
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
menjalankan kajian untuk mengambil kira sehingga tahun 2005 keadaan hujan-hujan kita, keadaan cuaca kita ini. Daripada itulah kita akan mengambil fakta-fakta yang diperolehi daripada kajian itu. Supaya kita boleh dapat perbaiki mungkin perancangan yang terdapat di dalam hati sanubari sekarang ini untuk membaiki sungai. Ini untuk jangka masa panjang.
Puas hati sudah?... [Ketawa] Yang Berhormat Kuala Lipis tadi sudah dijawab itu..., sudah! Saya berpendapat itu sahajalah pertanyaan-pertanyaan yang telah dikemukakan kepada kementerian ini. Saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih sekali lagi dan saya mohon supaya peruntukan tambahan ini dapat diluluskan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM144,198,800 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM144,198,800 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Maksud P.24 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009] - Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedia untuk dibahas. Ya, sila Yang Berhormat
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya di bawah maksud Dana Projek Berimpak Tinggi di bawah Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaburan iaitu JKMP yang harus dipertimbangkan sebanyak RM775 juta.
Mengikut laporan ataupun kertas perintah yang diedarkan kepada kita keseluruhan dana yang diperlukan adalah RM1.25 bilion. Jumlah sebahagiannya telah didahulukan daripada simpanan luar jangka dan juga melalui dua waran. Kedua-dua sebenarnya Tuan Pengerusi telah didahulukan daripada simpanan luar jangka iaitu RM335 juta dengan RM400 juta.
Saya hendak tanya apakah penjelasan ataupun keterangan yang diletakkan di bawah maksud JKMP ini. Oleh kerana pada 4 September 2008 Menteri Kewangan pada ketika itu yang juga Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan satu dana pelaburan melalui Unit Pengurusan Projek (PMU) yang berjumlah RM1.5 bilion pada tahun 2008 iaitu pada 4 September.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Dana ini dikatakan untuk memberi galakan kepada sektor swasta untuk membangunkan industri-industri yang juga memberi impak yang tinggi pada dua tahun yang lalu. Apakah status dana pelaburan ini yang ditubuhkan pada tahun tersebut di bawah Unit Pengurusan Projek (PMU) tadi? Apakah kedudukan dana yang telah diluluskan sebanyak RM1.5 bilion dahulu? Adakah kita membincangkan tentang tabung atau dana yang sama oleh kerana JKMP ini memperlihatkan seolah-olah unsur ataupun elemen yang sama di dalam dana projek berimpak tinggi?
Saya dapat melihat beberapa detail yang telah diletakkan di dalam buku Anggaran Belanjawan Persekutuan 2010 di bawah Unit Pengurusan Projek yang saya kira ia adalah membayangkan aktiviti yang sama. Cuma perbezaannya sekarang adalah Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaburan ini telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Seperkara lagi Tuan Pengerusi, adakah tujuan ataupun pengumuman untuk penubuhan JKMP ini untuk menumpukan kepada projek-projek khas yang diistilahkan sebagai berimpak tinggi adalah untuk memberi galakan kepada sektor swasta untuk menceburi bidang-bidang yang tersedia di dalam negara ataupun juga untuk menggalakkan
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
sektor swasta di dalam negara untuk menceburi bidang-bidang pembinaan atau pelaburan di luar negara? Ini adalah kerana setakat November 2009, kementerian telah melahirkan rasa kebimbangan kerana kita menghadapi masalah kejatuhan dalam nilai pelabur asing ataupun lebih tepat lagi kita menghadapi pengaliran keluar dalam FDI (Foreign Direct Investment) dengan izin, yang kita alami berbanding dengan setahun sebelum daripada itu.
Jumlah keluar ini amat ketara sehingga disebut sebagai yang tinggal hanya kurang daripada satu pertiga iaitu lebih kurang daripada 30%. Adakah penjelasan yang dapat diberikan bahawa pengumuman yang dibuat untuk dana projek berimpak tinggi dan diletakkan di bawah Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah bertujuan semata-mata untuk memulihkan keadaan ini?
Sekiranya jumlah RM775 juta yang telah dibelanjakan melalui pendahuluan daripada simpanan luar jangka kepada kedua-dua peringkat tadi, adakah kita mendapat kesan positif? Apakah kesan positif itu setakat ini daripada mula pelancaran dana ini sehingga kepada kedudukan terkini? Saya mohon sekali lagi untuk kita memberi penjelasan terhadap perbezaan atau persamaan di antara dua dana yang telah diumumkan terdahulu yang telah pun juga dibelanjakan? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, saya pun hendak menyentuh sedikit sebanyak tentang P.24 dan B.24 dengan kelulusan yang begitu banyak iaitu RM775 juta untuk program dana projek berimpak tinggi. Walaupun saya ada baca di dalam akhbar mengenai apa yang dimaksudkan sebagai dana projek berimpak tinggi, saya berharap pihak kementerian dapat menjawab apakah yang sebenarnya dengan perbelanjaan yang begitu besar untuk projek-projek berimpak tinggi dan di manakah kita adakan projek ini? Ini memang saya berharap dapat dijawab dengan secara ringkas.
Kemudian mengenai jumlah di B.24 sebanyak hampir RM400 juta, saya nampak pelaksanaan skim latihan kalau kita ambil kira P.24, ini lebih RM1 bilion. Bukan kecil jumlah yang diperuntukkan untuk bekalan tambahan ini. Oleh sebab itulah saya berharap kita dapat menjawab dengan lebih tepat mengenai perbelanjaan ataupun yang sudah pun dibelanjakan, misalnya untuk Skim Kluster Latihan Kemahiran bagi bumiputera untuk ILKS ini. Di sini dengan jumlah yang begitu banyak misalnya RM42 juta, berapa orang yang sudah dilatih? Adakah kita mendapat tahu selepas dilatih ke mana mereka? Kita mesti susun kepada perkembangan mereka. Selepas dilatih apakah prestasinya? Adakah ini bermakna mereka dapat kerja dan sebagainya? Ini kerana sekadar peruntukan wang hampir RM400 juta untuk bekalan tambahan ini, memang tidak cukup kalau tidak dapat itu menerangkan apakah sebenarnya yang berlaku.
Seterusnya mengenai program pembangunan kemahiran di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, SME Corporation Malaysia dan begitu juga dengan perniagaan dan pasaran EKS juga SME Corporation Malaysia, Skim Pinjaman Mudah dan Pembangunan Teknologi untuk EKS, semuanya di dalam lingkungan yang sama. Semua SME termasuk Skim Pinjaman Mudah, Penempatan Semula Kilang dan Program Pembangunan Sektor Perkhidmatan untuk EKS ini.
Saya memang setuju kalau kita latih lebih ramai pekerja bumiputera dan sementara itu kita perlu melatih bukan bumiputera juga kerana IKS memang penting di dalam sesebuah negara. Dengan perbelanjaan yang begitu banyak, apakah tahap kemahiran mereka selepas usaha dan projek yang banyak, juga peruntukan yang banyak untuk program pembangunan kemahiran ini? Setakat meminta wang daripada peruntukan pembekalan tambahan memang tidak cukup. Tuan Pengerusi juga memang hendak tahu bilangan yang dilatih, di mana mereka pergi, apakah tahap prestasinya dan sebagainya kerana IKS memang memainkan peranan yang penting di mana negara kita akan menuju kepada prestasi tinggi dengan industri yang tinggi dan sebagainya. Ini bermakna penumpuan kepada IKS mesti dipertingkatkan dengan usaha yang lebih, ikhtiar yang lebih untuk kemahiran mereka. Saya berharap pihak kementerian dapat menjawab dengan tepat, persis dan jitu. Sekian, terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya mahu sekadar bertanya akan peruntukan dalam maksud P.24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini. Daripada sebutan yang disebutkan di sini dana projek berimpak tinggi yang dijalankan di bawah Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaburan.
Tuan Pengerusi, dalam hal sebutannya sebagai projek berimpak tinggi dan apabila saya memerhatikan kemudian itu digunakan apa yang dikatakan sebagai contingence liabilities yang digunakan simpanan luar jangka ini yang tentunya dalam pengurusan Tuan Pengerusi kalau hal-hal yang benar-benar berimpak tinggi yang menghasilkan impak dan multiplier, kesan multiplier, kesan berganda yang cukup besar.
Saya ingin bertanya kepada kementerian atau Menteri apakah sebenarnya projek- projek ini sebab dengan memerhatikan kepada laporan-laporan sedikit waktu dahulu apakah ia bersabit dengan hanya membuat apa yang dikatakan kompleks bersepadu imigresen ataupun yang bersabit dengan pembangunan perdagangan luar iaitu MATRADE.
Keseluruhan itu masih lagi berlegar dalam faktor construction yang kita maksudkan untuk ke depan nanti apabila pelaburan sebesar ini RM1.25 bilion, ia mesti dalam semangat Model Ekonomi Baru meninggalkan bukan hanya kesan impak berganda dan besar tetapi juga di dalam sektor yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, yang dikatakan highly value chain. Nilai tambah yang tinggi. Jadi, ini yang kadangkala merunsingkan. Perbelanjaan sebesar ini dibuat dahulu dan dipohon kemudian dengan tidak meninggalkan satu yang benar-benar berimpak tinggi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya membahaskan tambahan ini bagi Maksud P.24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya juga ingin merujuk kepada perkara yang sama 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi di Bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP). Bolehkah pihak kementerian memperincikan berkenaan tersebut, dana bagi kriteria projek berimpak tinggi ini dan soalan saya juga adakah pelaburan yang dicadangkan di bawah projek dana berimpak tinggi ini, pelaburan yang dilaksanakan oleh pihak swasta bagi projek swasta ataupun pelaburan yang dilaksanakan oleh pihak swasta bagi projek-projek kerajaan, yang mana satu? Adakah swasta buat projek swasta atau swasta melaksanakan projek bagi projek-projek kerajaan?
Saya juga ingin menimbulkan soalan apakah syarat ringkas bagi kelulusan dana yang melibatkan terus kepada Jawatankuasa Kabinet mengenai peruntukan pelaburan.
Apakah syarat ringkas yang perlu diperolehi daripada pihak-pihak yang akan melaksanakan projek ini dan dapatkan dana ini.
Seterusnya yang terakhir saya kira bagaimana atau apakah basis kementerian yang terbabit menjangkakan peruntukan yang diperlukan untuk tambahan atau pindaan ini sehingga menjangkau RM775 juta. Jadi, saya ingat itu sahaja untuk Kepala P. 24. Terima kasih.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan
Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2009 yang berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kita lihat bahawa ada empat Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Padang Terap. Terlebih dahulu saya ingin menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kepong tadi oleh kerana dari segi skim clusters latihan RM40 juta, begitu juga peruntukan SME Corp. ini. Perkara yang
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan
dibangkitkan Yang Berhormat Kepong adalah bagi peruntukan tambahan bagi tahun 2010.
Jadi, setakat ini kita hanya menjawab untuk peruntukan tambahan bagi tahun 2009 sahaja.
Jawapan untuk Yang Berhormat nanti akan dijawab pada perbahasan 2010. Sekarang dalam peruntukan tambahan bagi tahun 2009 seperti disebutkan tadi.
Saya ingin menjelaskan sebelum saya meneruskan perbahasan saya iaitu peruntukan yang dipohon untuk peruntukan tambahan ini iaitu RM775 juta ini ialah bukan peruntukan perbelanjaan tetapi untuk pinjaman mudah yang diberi kepada pihak syarikat yang berimpak tinggi yang baru diluluskan dan sekarang ini telah dilaksanakan iaitu Q-Cells yang letaknya di Selangor Science Park. Baru ini jumlah pelaburan setakat tahun 2008 adalah RM2.625 bilion. Jumlah pelaburan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5 bilion dalam tempoh lapan tahun.
Jadi, status pelaksanaan projek sekarang ialah syarikat telah mulakan pengeluaran pada September 2009 dan nilai jualan diharapkan dan dianggarkan RM3 bilion setahun pada masa akan datang. Jadi, syarikat ini, aktiviti yang amat penting sekali ialah untuk mengeluarkan silicon photovoltaic wafers/cell/modules, yang menggunakan silicon based photovoltaic fabrication technology. Ini akan menggunakan tenaga dicadangkan 3,500 orang dalam tempoh lima tahun. Jadi structure ekuitinya 100% pelaburan asing dari Jerman dan mereka setakat ini terus melaksanakan projek-projek ini dan beberapa insentif telah diberikan kepada mereka untuk melaksanakan projek mereka ini di negeri Selangor.
Kedua, satu lagi syarikat yang besar yang kita memberi kemudahan peruntukan RM775 juta pinjaman mudah iaitu Syarikat Sunpower Manufacturing Sdn. Bhd. Projek ini letaknya di Rembia Industrial Area di Melaka. Aktiviti keluaran design untuk photovoltaic wafer/cells/modules dan juga panels. Menggunakan teknologi pengeluaran silicon based photovoltaic fabrication technology, dengan izin. Ini akan memberi peluang pekerjaan kepada 4,078 orang dalam tempoh lima tahun. Struktur ekuiti pula 100% pelaburan asing dan jumlah pelaburan RM2.2 bilion dalam tempoh lima tahun dan kita amat berharap agar nilai jualan setahun untuk projek ini nanti ialah RM5.95 bilion setahun. Jadi, ini nampak satu pulangan yang amat baik sekali bagi kita. Status pelaksanaan projek sekarang, syarikat ini dalam proses membina kilang dan akan memulakan pengeluarannya pada bulan September 2010 nanti. Jadi, seperti mana yang kita...
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Penjelasan.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Sebutkan tadi, banyak insentif yang kita beri termasuk juga insentif pinjaman mudah yang kita mohon untuk diluluskan dalam peruntukan kita pada petang ini.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tambahan sedikit selain daripada pinjaman mudah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah lagi insentif yang diberikan kepada pengeluar photovoltaic ini? Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau tambahan sedikit.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Boleh. Tajuk yang sama?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya. Soalan yang sama lebih kurang.
Mendengar jawapan tadi kalau 100% equity structures, pegangan asing dan kita kalau boleh saya ingatkan Jawatankuasa Pelaburan Asing (Foreign Investment Committee –FIC) yang baru dibubarkan itu saya ingat masih belum dibubarkan pada ketika itu. Bagaimana penjelasan peratus pegangan itu 100%, Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau dapat terangkan sedikit.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama tadi, dari segi insentif. Oleh kerana ini adalah satu projek yang berimpak tinggi maka jawatankuasa JKMP ini tadi telah meluluskan beberapa insentif galakan bagi syarikat-syarikat yang besar yang berharga bilion-bilion seperti ini.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Jadi, yang pertama saya ingin menyentuh berkenaan kedua-dua syarikat besar ini seperti Q-Cell dan Sunpower tadi yang menelan belanja yang cukup besar. Kita beri galakan kepada mereka satu tadi pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh lima belas tahun atau pengecualian cukai pendapatan bersamaan dengan seratus daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh sepuluh tahun.
Kedua, matching grant. Kita juga beri matching training grant sebanyak RM10 juta bagi tempoh lima tahun. Ini diberikan supaya mereka juga menjalankan latihan untuk pegawai-pegawai syarikat tersebut. Begitu juga kita memberikan galakan daripada segi matching R&D grant yang sebanyak RM37.5 juta bagi tempoh lima tahun juga. Keempat tadi grant model sebanyak RM27 juta bagi pembelian sistem uninterruptible power supply ataupun UPS. Begitu juga diberi grant model sebanyak RM35 juta bagi membiayai pembelian tanah seluas seratus ekar untuk projek ini. Pinjaman mudah sebanyak yang kita minta ini sebanyak RM775 juta bagi kadar faedah tetap 2% setahun. Inilah permohonan kita sekarang supaya pinjaman mudah ini dapat diluluskan kepada mereka.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Juga kita berikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta pada kadar faedah tetap 6.75% setahun.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Selain daripada itu, kita juga memberikan pengecualian pegangan withholding tax, dengan izin, selama sepuluh tahun bagi yuran teknikal, royalti dan bayaran faedah. Begitu juga pengecualian duti setem ke atas semua loan agreement yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.
Kesepuluh, pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas bahan mentah dan komponen serta jentera dan peralatan. Kesebelas, kesemua jawatan asing seperti yang dipohonkan kita...
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Minta laluan.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Beri peluang kepada mereka supaya mereka dapat menjalankan projek mereka ini dengan sempurna.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Minta laluan boleh.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya dengar bahawa banyak dana yang dikeluarkan untuk R&D bagi photovoltik untuk menjanakan tenaga elektrik, tenaga kuasa yang dikatakan terkini hari ini di dunia. Memang photovoltik menjadi satu teknologi yang telah lama diterokai di Amerika Syarikat, Jepun di merata-rata. Jadi, Malaysia saya hendak bertanya di manakah kedudukan Malaysia dalam advancement dalam R&D photovoltik satu.
Keduanya, Malaysia merupakan negara yang pertama yang memang mempunyai satu kedudukan yang terbaik untuk membangunkan biomass technology bagi menjanakan kuasa elektrik. Jadi, tidak ada negara lain yang menjanakannya pada hari ini melainkan dimulakan di Malaysia mungkin di Thailand sekarang.
Jadi, hendak bertanya berapa banyakkah wang yang telah dikeluarkan sebagai R&D bagi menjanakan biomass dalam negara ini memandangkan biomass daripada kilang- kilang sawit di seluruh negara boleh menjana 3,000 megawatt electricity dalam negara sedangkan kita hendak membawa tenaga elektrik daripada Empangan Bakun membelanjakan RM16 bilion hanya akan mampu saya difahamkan minta maaf kalau saya tersalah, hanya lebih kurang 2,700 megawatt yang dibelanjakan RM16 bilion. Mungkin lebih saya tidak tahu.
Jadi, yang ada di mata kita depan kita sekarang ialah biomass dalam tangan.
Apakah pihak kementerian telah memberi bantuan dan banyak mana dana yang telah
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
dikeluarkan berbanding dengan berpuluh million ringgit dikeluarkan untuk photovoltik yang kita bukan menjadi sebuah negara yang ke hadapan dalam bidang ini. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya rasa tidak dapat untuk beri satu jawapan yang tepat untuk Yang Berhormat setakat ini tetapi apabila ada sekumpulan yang ingin melabur dalam projek-projek seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi tentang biomass, ini terpulanglah kepada pihak jawatankuasa untuk menetapkan adakah ini satu projek yang berimpak tinggi kepada ekonomi kita ataupun yang sudah dilakukan di negara kita ini tetapi perlu diperluaskan ataupun diperbesarkan lagi.
Jadi, saya rasa terpulanglah kepada pihak jawatankuasa yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk meninjau dan membincangkan setakat mana mereka boleh memberikan satu galakan ataupun insentif untuk projek-projek yang disebutkan yang mana kita mempunyai biomass itu tadi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya syarikat yang mendapat kemudahan dan mendapat insentif-insentif Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu tadi, dari negara manakah syarikat ini berasal yang kita seolah-olah memberikan satu keistimewaan 100% membenarkan pegangan ekuiti asing dalam aktiviti mereka?
Satu perkara yang terdahulu saya tanya tadi ialah bagaimanakah status dana pelaburan yang diumumkan pada dua tahun lalu yang merujuk pada perkara yang sama, RM1.5 bilion yang telah diperuntukkan untuk dana pelaburan? Ini untuk tujuan menarik dan menggalakkan pelaburan swasta dalam seperti projek-projek yang berimpak tinggi seperti jawapan yang diberikan tadi. Setakat ini sahaja. Terima kasih.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Dua buah projek yang kita mohon setakat ini untuk memberikan kelulusan ini ialah satu Qcell Sdn. Bhd. yang datangnya dari Jerman dan dipegang structure equity 100% oleh pelaburan asing.
Kedua itu ialah Sunpower Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. ditempatkan di Rembia Industrial Area Melaka datangnya dari Amerika Syarikat. Jadi kedua-dua ini ialah projek yang disebutkan berimpak tinggi. Jadi, daripada segi dana yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu tadi, dana yang digunakan setakat ini ialah dana luar jangka, kita minta dana luar jangka untuk projek ini. Pertama itu ialah dana yang terbit daripada permulaan ialah daripada pakej dahulu iaitu stimulus package yang ada dan yang kedua ini tadi ialah kita mohon supaya dana projek berimpak tinggi ini dapat lebih dari dana luar jangka...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ada syarikat yang merujuk kepada dana yang sama kedua-dua ini?
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Projek yang stimulus package itu memang lain dari projek yang luar jangka ini, seperti mana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan kepada kita pagi tadi.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini bermaksud, dana pertama masih berjalan seperti biasalah, seiring bersekali dengan dana yang baru untuk JKMP?
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Mungkin nanti saya dapat terangkan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Mungkin boleh beri jawapan secara bertulis untuk Yang Berhormat. Nanti kita tersalah, tertekan pula kerana ini. Jadi Yang Berhormat dari Padang Terap meminta penjelasan dari kriteria projek tadi. Adakah pelaburan swasta untuk
Dato’ Jacob Dungau Sagan
swasta ataupun swasta untuk kerajaan syarat ringkas kelulusan dana? Projek berimpak tinggi kepada ekonomi iaitu mempunyai kesan spillover yang amat penting sekali kepada negara kita seperti penyediaan peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi terkini dan sebagainya.
Pelaburan asing dan tempatan menggalakkan pelaburan swasta FDI dan juga DDI. Apabila mereka ini sudah melabur di negara kita, kemudian mungkin mereka ini dapat memperluaskan lagi aktiviti mereka supaya kilang-kilang yang besar seperti ini dapat diperbesarkan untuk memberi lebih peluang lagi pekerjaan untuk pekerja-pekerja - untuk anak-anak kita di Malaysia ini. Projek-projek berkualiti tinggi - kesannya dari segi rantaian yang tinggi, multiplier effect, teknologi tinggi, penjanaan program pekerjaan, pembangunan industri, cluster dan lain-lain.
Satu lagi dari segi definition, incentive itu tadi, saya sudah beri dengan jelasnya insentif-insentif yang telah kita beri kepada syarikat-syarikat yang diluluskan untuk menjalankan projek mereka di negara kita ini supaya mereka dapat seterusnya melaksanakan projek-projek mereka dengan sempurna. Jadi saya rasa Tuan Pengerusi, setakat itu sahaja jawapan saya untuk tengah hari ini dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang telah menyentuh perkara dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM775,000,000 untuk Maksud P.24 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM775,000,000 untuk Maksud P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Maksud B.26 - Jadual] – Tuan Pengerus
Kepala Bekalan B.26 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memulakan sesi di bawah Jawatankuasa ini untuk bertanyakan berkenaan dengan cadangan kita untuk menambah sebanyak RM7.16 juta sebagai pembiayaan emolumen kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia.
Tuan Pengerusi, ini adalah tambahan kepada perbelanjaan yang terdahulu yang telah pun kita luluskan. Ini terutama apabila dirujuk kepada Anggaran Belanjawan 2010 di mana di bawah Butiran 14000 - Maktab Kerjasama Malaysia telah diberikan peruntukan sebanyak keseluruhan RM12,785,080 untuk tempoh tiga tahun bermula daripada tahun 2001 sehingga tahun 2005. Jika disemak, Maktab Kerjasama Malaysia ini diperbadankan pada tahun 1968 lagi iaitu antara fungsinya menjalankan latihan dan memberi seminar serta mempertingkatkan kefahaman pengurusan koperasi di bawah kementerian yang sama.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga dilihat sebagai satu badan yang telah ditubuhkan untuk memainkan peranan yang sama dengan mendapat peruntukan sebanyak RM75 juta pada tahun yang lalu - maaf bukan tahun yang lalu, tahun 2010 iaitu dalam belanjawan yang sama. Saya hendak tanya kepada pihak kementerian, dinyatakan bahawa ada satu dasar baru yang dibelanjakan RM8.57 juta. Sepatutnya dasar baru ini seharusnya menggambarkan bahawa tujuan dan motif allocation, dengan izin, yang dibuat terhadap Maktab Kerjasama Malaysia ini sepatutnya membayangkan bahawa ini adalah sebagai satu dasar baru. Walau bagaimanapun, sebagaimana semakan saya bahawa perbelanjaan serta peruntukan telah diberi kepada Maktab Kerjasama Malaysia, telah hampir setiap tahun tanpa gagal.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini meminta penjelasan daripada pihak kementerian, adakah dasar-dasar baru ini sebenarnya juga merujuk kepada sebahagian yang dimasukkan dalam dasar yang terkandung dalam maktab ataupun butiran Maktab Kerjasama Malaysia, sebagaimana yang digariskan dalam cadangan ataupun Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2009.
Secara keseluruhannya Tuan Pengerusi, kalau kita campurkan segala peruntukan yang lalu ataupun di bawah butiran-butiran lain yang merujuk kepada Maktab Kerjasama Malaysia, keseluruhannya sebanyak RM103.515 juta telah pun kita peruntukkan kepada MKM. Saya hendak tanya kepada kementerian, berapa ramai jumlah kakitangan yang terlibat dalam MKM setakat ini yang memerlukan emolumen sebanyak ini - sebanyak RM107 juta?
Satu hal yang terakhir dinyatakan bahawa antara sumber kewangan yang digunakan juga untuk tujuan latihan ini adalah disumbangkan daripada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi. Ini di mana setiap koperasi diminta supaya mencarum sebanyak 2% daripada keuntungan bersihnya untuk tujuan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi ini semenjak daripada tahun 1969.
Jadi adakah setakat ini jumlah caruman yang dibuat oleh koperasi-koperasi yang tersenarai atau terpilih atau yang disyaratkan ini, berapa peratus maksudnya dapat menampung kos ataupun juga sebahagiannya dapat menampung aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan latihan dan juga penggunaan dalam Maktab Kerjasama Malaysia ini?
Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas sahaja, merujuk kepada Maksud B.25 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini.
Saya juga sebagaimana Yang Berhormat Indera Mahkota merujuk kepada tuntutan tambahan RM7 juta lebih ini untuk membiayai emolumen kepada kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia. Saya bangkitkan dalam perbahasan peringkat dasar cadangan untuk kementerian ini memikirkan, mewujudkan bank-bank kerjasama untuk menambah kepada Bank Rakyat, memandangkan kejayaan Bank Rakyat dalam perniagaannya. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dalam menggulungnya pagi tadi ialah memang dalam perancangan kementerian untuk mewujudkan satu lagi bank kerjasama dalam tahun 2011 dan empat lagi dalam jangka panjang perancangan kementerian.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Jadi soalan saya ekoran daripada jawapan tersebut, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri adakah kementerian bercadang untuk menaikkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh Maktab Kerjasama Malaysia ini dengan menjadikan maktab ini memberikan perkhidmatan, latihan malah penyelidikan yang tinggi ke arah memastikan bahawa kalau Bank Rakyat sudah berjaya, kalau bank-bank kerjasama lain akan diwujudkan, bagaimana hendak memastikan bahawa syarikat-syarikat kerjasama atau koperasi-koperasi yang lainnya mengikut jejak langkah yang dialami oleh Bank Rakyat itu sendiri.
Maksud saya seperti adakah kursus-kursus yang diberikan dalam Bank Kerjasama Malaysia ini, misalnya menumpukan kepada kajian-kajian kes - case study. Misalnya, selain daripada Bank Rakyat, koperasi-koperasi mana lagi yang mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan, yang boleh dipelajari dan yang boleh diberikan analisis kepada kursus-kursus di dalam kursus-kursus yang diberikan dalam Maktab Kerjasama Malaysia ini. Ini supaya ada di dalam kementerian ini dan khususnya di dalam maktab ini, tradisi untuk menonjolkan kejayaan-kejayaan yang mungkin telah dicapai dalam sejarah koperasi negara ini. Ia juga bagi membolehkan koperasi-koperasi lain meniru, mempelajari ciri-ciri yang menjadikan koperasi-koperasi yang berjaya itu berjaya dan mengelakkan daripada koperasi-koperasi mengikuti jejak langkah koperasi-koperasi yang gagal dalam urusan mereka.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Jadi harapan saya dan pertanyaan saya ialah adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk meningkatkan lagi taraf Maktab Kerjasama Malaysia ini untuk memberikan kursus-kursus yang lebih tinggi dan juga untuk menjadi suatu institusi pendidikan juga kepada kementerian ini dalam bidang membangunkan koperasi dalam negara kita. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah P.25 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri seperti juga Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Tumpat. Banyak institusi koperasi yang melaksanakan program-program latihan. Selain daripada Maktab Kerjasama, saya juga difahamkan Angkasa juga menjalankan program-program latihan. Begitu juga dengan koperasi-koperasi yang besar yang mempunyai keupayaan untuk melaksanakan program- program latihan sendiri.
Jadi kenapakah tidak diwujudkan satu mekanisme supaya berlaku keselarasan?
Kalaulah kita melihat Angkasa mempunyai jaringan yang kukuh di setiap koperasi seluruh negara, kenapa tidak diberikan peruntukan itu kepada Angkasa sahaja supaya Angkasa boleh melaksanakan program-program latihan? Kalaulah program latihan itu boleh dilaksanakan oleh MKM, kenapa membiarkan Angkasa juga melaksanakan program latihan? Itu persoalan saya yang pertama. Soal dengan izin, overlapping program-program latihan yang dibuat oleh Angkasa dan juga oleh Maktab Kerjasama Malaysia.
Yang kedua, saya difahamkan juga bahawa apabila kita ingin mengikuti latihan di bawah MKM, kita dikenakan sedikit bayaran. Jadi adakah faktor bayaran walaupun jumlahnya amat kecil akan tetapi adakah jumlah itu yang dikenakan oleh setiap peserta dahulunya? Saya tidak tahu, mungkin polisi sekarang telah berubah ataupun mungkin polisi sekarang bertambah. Kalau dahulu setiap peserta dikenakan kalau tidak silap dalam ingatan saya sebanyak RM20 untuk satu kursus. Mungkin sekarang bertambah ataupun mungkin telah dihapuskan.
Jadi minta penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang bayaran yang dikenakan kepada peserta ataupun sekadar untuk mendapatkan komitmen daripada peserta supaya hadir dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Saya mendapati banyak kursus MKM ini perlu dibaik pulih dan ditingkatkan kualiti dan juga bersesuaian dengan arus kehendak semasa yang lebih mencabar dalam melihat persoalan koperasi yang diminta untuk bersaing di peringkat yang lebih besar. Jadi itulah tiga persoalan yang saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Kuala Kedah. Bagi makluman Yang Berhormat, peruntukan emolumen sebanyak RM7.160 juta ini adalah perpindahan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dulu apabila dibubarkan, dipindahkan emolumen tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk perbelanjaan ataupun emolumen bagi MKM.
Untuk makluman di bawah perbelanjaan pembangunan untuk beberapa projek iaitu untuk pembukaan kampus, pembangunan usahawan, pendidikan dan juga untuk pengurusan ICT. Bagi emolumen tadi, mereka yang terlibat adalah sebanyak 207 orang iaitu pegawai dan kakitangan di MKM. Dalam soal penyelidikan memang pihak MKM juga menjalankan penyelidikan dan kajian dan dijadikan sebagai salah satu daripada aktiviti ataupun tugas di bawah MKM.
Kita amat memahami bahawa koperasi pada hari ini menghadapi masalah apabila koperasi itu tidak diuruskan oleh ahli-ahli ataupun pengurusan-pengurusan yang profesional. Jadi untuk makluman kepada Yang Berhormat Tumpat, memang MKM apabila ditubuhkan, tujuan utamanya adalah untuk memberikan latihan yang profesional kepada
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
graduan-graduan MKM ini supaya apabila keluar dan menjadi pengurus kepada koperasi- koperasi mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang lebih baik.
Ini juga ingin saya menjawab apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi bahawa memang betul sekarang ada MKM ada SKM dan ada Angkasa di dalam memberikan latihan. Akan tetapi MKM lebih kepada kursus-kursus sijil dan diploma.
Sedangkan tidak ada kursus sijil dan diploma yang ditawarkan oleh SKM dan Angkasa.
Angkasa misalnya memberi kursus jangka pendek sahaja kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan sebagainya. Sedangkan MKM memberikan kursus diploma, memberikan kursus sijil dan ada juga di peringkat sarjana dan sebagainya yang apabila ada hubungan di antara MKM dengan universiti di luar negara. Jadi ada perbezaan di sini.
Dari segi hubungan antara tiga institusi ini, kita juga mengadakan kerjasama supaya tidak ada overlapping dan sebagainya. Saya bersetuju bahawa masalah pengurusan profesional ini penting. Jadi pada tahun ini kita telah pun menetapkan satu dasar iaitu untuk Ahli Lembaga Pengarah sekurang-kurangnya mereka menghadiri kursus jangka pendek tidak kurang daripada tujuh hari dalam setahun. Untuk ahli biasa kita mengarahkan supaya mereka mengikuti kursus sekurang-kurangnya tiga hari dalam setahun. Jadi ini tujuannya adalah untuk melahirkan pengurusan yang profesional di kalangan koperasi. Bagi bayaran, kita mengenakan bayaran sebanyak RM25 sebagai bayaran komitmen supaya tidak diberikan percuma. Jadi kita...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Untuk menunjukkan keseriusan mereka. Jadi sebab itulah kita mengenakan bayaran sebanyak RM25. Jadi saya rasa itu menjawab beberapa persoalan tadi.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tambah lagi. MKM.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Dato’ Menteri. Tuan Pengerusi, saya cuma hendak kepastian soalan saya bertanya tadi berkenaan dengan tambahan juta RM7.160. Saya pernah sebutkan tadi bahawa ini adalah tambahan daripada peruntukan asal yang telah diluluskan iaitu juta RM8.570. Kalau dicampurkan kedua-dua ini menjadikan juta RM16.730. Adakah benar angka ini merujuk untuk emolumen 207 orang kakitangan sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi? Sekiranya emolumen RM16.7 juta untuk 207 orang, saya agak di antara emolumen yang tertinggi juga dalam kementerian. Ini kerana perkara ini melibatkan satu sektor yang terhad, yang spesifik dalam kementerian Yang Berhormat. Selain daripada itu, saya harap persoalan berkenalan dengan 2% caruman yang dikenakan oleh pihak kementerian kepada koperasi untuk tujuan tabung pendidikan tadi, bagaimana? Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Seperti saya sebutkan tadi, emolumen ialah RM7.1 juta dan yang selebihnya adalah untuk program perbelanjaan lain seperti pembaikan kampus, pembangunan usahawan, penyelidikan dan juga pengurusan ICT. Jadi, itu yang ada tambahan selain daripada RM7.1 juta tadi. 2% potongan untuk caruman tadi, sebenarnya ianya digunakan untuk memberikan biasiswa dan sebagainya kepada pelajar- pelajar yang mengikuti kursus di MKM dan juga bagi kursus jangka pendek dan juga jangka panjang sijil dan sebagainya perbelanjaan itu ditanggung oleh MKM. Seperti yang disebutkan tadi RM25 sahaja dan RM25 ini sebenarnya tidak mencukupi jika kita ambil dari segi perbelanjaan sebenar yang ditanggung kepada setiap pelajar yang mengikuti kursus MKM. Jadi, sebenarnya itulah kegunaan kumpulan wang 2% yang kita membuat potongan tersebut digunakan untuk kegunaan-kegunaan untuk pelajar-pelajar yang lain sama ada kursus jangka pendek, jangka panjang dan sebagainya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM7,160,000 untuk Maksud B.26 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM7,160,000 untuk Maksud B.26 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya sedia untuk dibahas. Ya, sila Yang Berhormat Serdang.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh beberapa perkara. Di bawah B.27, di mana RM19,000 telah digunakan dan dikehendaki untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Jadi, saya hendak minta butiran daripada Yang Berhormat Menteri, syarikat konsesi mana yang terima pampasan ini dan saya minta satu butir yang terperinci kerana dalam Bajet 2009, pampasan sebanyak RM180,000 telah dibayar sebagai pampasan tol. Jadi, saya hendak tanyalah syarikat- syarikat mana yang terima?
Selain daripada itu, di bawah P.27 saya juga hendak sentuh beberapa perkara.
Satu adalah persimpangan bertingkat di Jalan Puchong, Sri Kembangan, Bandar Putra Permai sebagai jalan keluar masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya. Sampai hari ini tiada perkembangan tentang persimpanan bertingkat ini. Saya hendak tanya apakah perkembangan yang terkini? Selain daripada itu, persimpangan Jalan Serdang Raya, Jalan Puchong-Sungai Besi. Saya hendak tanya, sepatutnya projek ini diselesaikan pada 14 Jun 2009. Akan tetapi sampai hari ini belum selesai lagi. Jadi, saya hendak tanya apakah kemajuan fizikal sampai hari ini dan bilakah projek ini akan diselesaikan? Kementerian Kerja Raya sudah ada satu cadangan untuk menaik taraf laluan 3215, Sri Kembangan untuk menaik tarafkan jalan sepanjang 7km dari simpang jalan besar Sri Kembangan sehingga lebuh raya LDP. Saya hendak tanya, apakah status cadangan ini? Ini kerana sampai hari ini nampaknya laluan tersebut belum dinaiktarafkan. Jadi, saya hendak tanya bilakah kerja naik taraf ini memang akan dijalankan? Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya satu perkara Butiran Projek 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan. Peruntukan tambahan sebanyak RM34,704 termasuk kepada untuk projek naik taraf jalan Seremban-Senawang. Saya hendak mendapatkan kepastian daripada pihak kementerian kerana projek ini terletak di kawasan saya. Dalam satu soalan yang saya tanya pada minggu lepas pada 7 April berkenaan dengan projek ini juga. Jawapan daripada pihak kementerian mengatakan bahawa kemajuan fizikal sebenar di tapak pada 6 April 2010 adalah sebanyak 99.1% berbanding jadual itu 100%. Harga kontrak asal bagi projek ini adalah sebanyak RM110,000 manakala harga kontrak semasa pula adalah RM108.3 juta. Itu tiada tambahan kos kepada kontrak. Ini jawapan daripada pihak Kementerian Kerja Raya bahawa tidak ada tambahan kos kepada projek ini tetapi di sini pihak Kementerian Kerja Raya meminta peruntukan tambahan sebanyak RM34,000 untuk beberapa projek dan salah satunya ialah projek naik taraf jalan Seremban-Senawang ini.
Saya hendak mendapatkan kepastian, mana satu jawapan yang benar? Ini kerana jawapannya ada pertindihan di sini dari segi jawapan dari pihak kementerian. Keduanya, berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh projek ini kerana projek ini sepatutnya dimulakan pada tahun 2005 dan sepatutnya siap pada tahun 2008. Sekarang sudah dua tahun terlewat dan ini menyebabkan banyak masalah kepada kawasan setempat di kawasan tersebut. Ini kerana projek yang belum siap ini menyebabkan banyak simpang tidak dapat dilaksanakan dan salah satunya ialah selepas projek ini siap. Ini akan menyebabkan simpang untuk masuk ke salah satu kampung baru di kawasan saya iaitu Kampung Baru Rahang terpaksa mengambil satu U-turn yang jauh daripada kawasan tersebut.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Jadi, saya minta pihak kementerian supaya memberikan perhatian kepada masalah-masalah setempat yang tertimbul akibat daripada projek ini kerana memang projek ini dialu-alukan. Ia dapat memberikan tempias ataupun pembangunan di kawasan tersebut.
Akan tetapi ia juga memberikan sedikit masalah teknikal kepada penduduk setempat. Saya harap pihak kementerian memberikan tumpuan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada P.27 - Kementerian Kerja Raya iaitu berkaitan dengan pembinaan jalan.
Saya ada membuat soalan dan hari ini saya mendapat jawapan iaitu saya bertanya tahukah kementerian bahawa kualiti permukaan jalan di lebuh raya-lebuh raya di dalam bandar kecil di Thailand adalah lebih baik dari kualiti permukaan jalan yang dibina di Malaysia. Sebelum saya teruskan saya ucapkan terima kasih kepada JKR kerana negeri dan kawasan saya penuh dengan jalan dan tidak ada kompelin sekali pun. Maka, yang saya bangkitkan ialah berkaitan dengan kualiti.
Jawapan daripada JKR ialah bahawa jalan-jalan raya kita dibuat menepati piawaian International Roughness Index (IRI). Dalam ini menunjukkan bahawa keselesaannya ada. Cuma soalan yang saya tanya ialah adakah kementerian tahu kualiti yang dibina di Malaysia? Walaupun ia bandar kecil di seberang sana kawasan saya Padang Besar, sebelah sini Malaysia dan sebelah sana Thailand, kualitinya lebih baik. Ia bukan sahaja di Padang Besar, di Phuket dan di Bangkok, kualiti permukaan jalan amat lebih baik.
Kita tahu menikmati dan merasai perbezaannya.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Jadi, apa yang disebutkan oleh jawapan ini ialah bahawa kita telah melepasi kualiti yang minima. Kualiti yang ditetapkan, kita telah melepasinya, cuma yang saya rasa ragu ialah walaupun kualiti jalan raya di Kuala Lumpur mungkin tempat-tempat besar, dalam bandar-bandar yang berdekatan dengan dikatakan bandar raya, memang kualiti lebih tinggi.
Akan tetapi kalau jauh dari Kuala Lumpur seperti Perlis, kualitinya amat rendah.
Kemungkinannya adalah berkaitan dengan quality control oleh JKR sendiri, kemungkinannya tidak mengawal kontraktor yang membinanya. Sehinggakan kita boleh tahu, masuk sahaja ke kawasan utara sebelah sana, kita dapati siapa sahaja membawa kereta, keselesaan jalan raya itu amat terjejas, amat tidak seperti mana yang disebutkan iaitu tahap keselesaannya.
Walaupun perkara ini kecil Tuan Pengerusi tetapi ia menunjukkan bagaimana kita ke belakang berbanding dengan Thailand. Jadi, saya minta kalaulah sesiapa daripada JKR yang belum melawat Thailand, sila melawat Thailand. Walaupun di bandar besarnya, melihat bagaimana kualitinya lebih baik daripada kita. Terima kasih.
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Menteri, bilakah ataupun sudahkah ada sebarang perancangan menaiktarafkan jalan raya. Lebuhraya Pasir Gudang yang menghubungi Pelabuhan Pasir Gudang dengan Johor Bahru dan juga bandar-bandar di seluruh negara dari segi pengangkutan barang-barang perindustrian?
Lebuhraya Pasir Gudang, setiap hari pengguna-pengguna lebuh raya ini mengalami kesesakan di sepanjang jalan raya oleh kerana begitu banyak taman kediaman di sepanjang lebuh raya itu. Permintaan untuk menaik taraf menjadikan lebuh raya itu menjadi enam lorong telah lama diutarakan tetapi kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan pun. Oleh kerana itu, kesesakan itu menjadi semakin serius dan juga ia menjadikan lebuh raya itu amat bahaya digunakan oleh kerana kesesakan trafik. Saya harap kementerian mengambil tindakan yang secepat mungkin untuk mempertimbangkan permintaan rakyat untuk menjadikan Lebuhraya Pasir Gudang menjadi enam lorong.
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Perkara yang kedua ialah tentang lebuh raya baru yang telah dibina iaitu di Senai- Desaru di kawasan Tebrau juga. Memang indah lebuh raya itu, sudah dibina tetapi jarang dipakai oleh kenderaan-kenderaan oleh kerana kadar tol yang ditetapkan itu terlalu tinggi.
Itu adalah satu sebab umum kepada pengguna-pengguna jalan, mereka enggan menggunakan lebuh raya itu. Jadi saya harap, kalau pembinaan Senai-Desaru Highway dengan tujuan untuk meningkatkan industri pelancongan di situ dan juga kononnya untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Pasir Gudang. Nampaknya, ia telah gagal mencapai tujuan yang dikehendaki itu, yang diinginkan itu.
Jadi, saya harap pihak kementerian berbincang dengan konsesi Lebuhraya Senai- Desau itu, adakah mereka memikirkan kekurangan kadar tol di lebuh raya itu. Saya rasa kalau mereka panjangkan tali pancing itu, dia akan mendapat keuntungan pada masa yang panjang. Kalau tidak, dia hanya membazirkan wang kerajaan atau wang rakyat untuk membina jalan itu. Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Kementerian Kerja Raya bagi Maksud B.27. Yang pertamanya, bolehkah pihak kementerian menjelaskan lebuh raya yang mana satu yang mendapat bayaran pampasan kerana pengurangan kadar tol bas? Adakah selama ini kerajaan membayar subsidi bas ini kepada semua konsesi? Itu yang pertama bagi Maksud Bekalan B.27.
Kedua P.27. Saya ingin merujuk kepada Perkara 8(10) yang diterangkan tentang pelbagai pembinaan yang melibatkan kos bernilai RM206 juta untuk Jalan Persekutuan dan negeri serta pembinaan lorong motosikal. Berapa kilometer Jalan Persekutuan dan negeri serta motosikal yang dijangka akan dibaik pulih serta dibina semula? Bolehkah pihak kementerian memberikan data dalam bentuk kos per kilometer? Adakah kos per kilometer yang dicadangkan kompetitif bagi kerajaan dan boleh menjimatkan wang rakyat?
Bagaimanakah kos atau projek ini akan dilaksanakan oleh pihak kementerian, secara PFI ataupun design and build? Bolehkan pihak kerajaan menyenaraikan kontraktor-kontraktor yang terlibat di dalam pelaksanaan projek ini? Saya minta kalau boleh pihak kementerian boleh berikan dalam bentuk jawapan yang bertulis.
Bagi Maksud P.27 juga, saya ingin membangkitkan iaitu bagi Butiran 8.13 iaitu peruntukan tambahan sebanyak RM199 juta yang dikehendaki bagi membiayai projek membina jalan Trans Eastern Kedah Interland Highway bagi Pakej ‘A’. Jadi, saya ingin membangkitkan tambahan ini, kenapa begitu banyak? Kita mendapat jawapan pagi tadi seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat daripada Sik iaitu bagi Pakej ‘A’ ini melibatkan – kalau boleh saya sebutkan balik. “Bermula dari Durian Burung ke Pedu sepanjang 74.75 kilometer, yang bermula pada 30 Ogos 2005 dengan tarikh siap semasa pada 30 Mac 2010”.
Jadi daripada RM199 juta ini, berapa sebenarnya tambahan kos yang diperuntukkan bagi projek Trans Eastern ini ataupun singkatannya TEKIH? Saya minta supaya pihak kementerian memberikan satu jawapan kerana ia melibatkan rakyat saya.
Rakyat di Padang Terap tanya banyak sangat ini, dapat jawapan kepada Yang Berhormat Sik, pakat telefon tidak berhenti ini.
Kedua, apabila ia melibatkan beberapa masalah kelambatan yang ataupun kelewatan pelaksanaan projek ini yang disebut dalam jawapan oleh kementerian disebabkan isu pengambilan tanah, gangguan struktur-struktur setinggan di kawasan jajahan projek, masalah pengurusan kewangan yang lemah di pihak kontraktor dan masalah kenaikan harga bahan-bahan binaan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah yang disebutkan sebagai masalah pengurusan kontraktor?
Apakah nama syarikat yang terlibat dalam masalah-masalah yang disebutkan dalam jawapan ini dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk syarikat-syarikat yang bermasalah ini? Akhir sekali, bilakah projek ini dijangka boleh digunakan sepenuhnya? Saya minta senarai kontraktor-kontraktor itu dikeluarkan atau diberikan dalam jawapan oleh kementerian yang akan diberikan dalam jawapan atau dalam
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
penggulungan yang dibuat oleh pihak Menteri. Saya ingat itu sahaja bagi peluang saya.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bagi Maksud P.27 – Kementerian Kerja Raya ini, saya hendak membawa kepada Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan (1). Jadi, kalau kita lihat ada peruntukan tambahan sebanyak RM8.8 juta, rasa saya diberi untuk kos projek membaik pulih dan menggantikan jambatan-jambatan di Jalan Persekutuan yang kritikal.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi saya hendak membawa kepada jalan di dalam kawasan Parlimen saya iaitu jalan laluan 64, dari Benta ke Jerantut yang telah dijanjikan sebenarnya sebanyak RM50 juta untuk membaik pulih jalan ini termasuk jambatan-jambatan. Hari itu dijanjikan rasa saya pada tahun 2008, tetapi sehingga kini tidak nampak lagi kesan sama ada kerja-kerja membaik pulih jalan tersebut telah dimulakan atau sebagainya. Begitu juga dengan membaik pulih atau mengganti jambatan-jambatan yang memang bagi saya sangat kritikal kerana telah dibina pada zaman sebelum merdeka lagi. Sehingga kini masih dipakai.
Jadi kalaulah dikatakan tidak termasuk dalam RM8.8 juta ini, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, apakah status peruntukan RM50 juta itu kerana sehingga kini tidak nampak seperti yang dikatakan tadi, pembinaannya dan bila agaknya jalan laluan 64 dari Benta ke Jerantut ini hendak dibaik pulih atau dibina dan bilakah jambatan-jambatan yang sedia ada itu yang sepatutnya telah dibina dengan segera itu dibuat? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Tumpat.
Selepas itu Titiwangsa, Menteri menjawab selepas Titiwangsa.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga sama dengan Yang Berhormat Lipis tadi membangkitkan isu - mungkin butiran yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lipis tadi 08280 itu mungkin lebih sesuai kita ke Butiran 51000 yang saya juga ingin merujuk, iaitu peruntukan tambahan sebanyak RM206,813,500 adalah dikehendaki bagi membiayai perbelanjaan bagi kerja-kerja membaiki kerosakan infrastruktur jalan, tetapi yang seterusnya akibat banjir yang kita orang tidak tahu hendak handle itu.
Yang saya hendak rujuk, Tuan Pengerusi, khusus kepada Jalan Persekutuan antara Kuala Krai dengan Gua Musang dan saya ingin merujuk terus kepada satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan yang dilaporkan dalam Bernama, yang mana beliau hari ini dalam laporan Bernama meminta Jabatan Kerja Raya agar melakukan kerja-kerja pembaikan di laluan Gua Musang-Kuala Krai yang pada tahun ini sahaja telah mengorbankan 18 orang.
Ini katanya kerana jalan itu didapati mengalami pelbagai kerosakan yang mungkin menyebabkan lebih banyak kemalangan maut berlaku dan Bernama memetik, beliau berkata, “Saya sendiri yang memantau sepanjang jalan itu dan mendapati memang banyak berlaku kerosakan dan papan isyarat juga kurang serta ada juga garisan putih di tengah jalan yang telah pudar”, katanya kepada pemberita hari ini. Solah berkata, beliau difahamkan perkara itu telah lama berlaku namun tidak ada tindakan menambah baik dibuat oleh pihak bertanggungjawab.
Jadi ini, Tuan Pengerusi, seruan dan harapan saya, sekadar mengulangi satu kenyataan yang amat baik dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan yang amat baik dan bertanggungjawab untuk melihat bahawa jalan-jalan raya di negara kita, khususnya jalan- jalan persekutuan di bawah jagaan JKR senantiasa dibaik pulih, dijaga dengan baik, khususnya jalan antara Kuala Krai dengan Gua Musang kerana itulah laluan utama sebagaimana Tuan Pengerusi maklum, antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur, yang lainnya sama ada jalan Pantai Timur atau jalan Lebuhraya Timur-Barat...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
[Bangun] [Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payahlah, Yang Berhormat, tidak payah.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
...Tidaklah begitu popular seperti jalan tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Titiwangsa, selepas itu Menteri menjawab ya.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam Maksud P.27 - Kementerian Kerja Raya untuk Butiran 20000 – Membina Persimpangan Bertingkat dan Jejambat iaitu sebanyak RM30 juta, membiayai projek penyuraian lalu-lintas di persimpangan bertingkat Pandan Indah-Jalan Lingkaran Tengah 2, Kuala Lumpur di mana kawasan Pandan ini bersempadan dengan Titiwangsa. Jadi saya ingin bertanya, bilakah projek ini dimulakan dan apakah statusnya kini dan bilakah dijangka akan disiapkan? Kepada kontraktor manakah projek ini telah dianugerahkan dan setakat ini berapa banyakkah bayaran yang telah dibuat kepada kontraktor yang berkenaan?
Saya juga ingin menyentuh Butiran 90000 iaitu peruntukan tambahan sebanyak RM40 juta iaitu untuk membiayai kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan bagi menangani isu-isu berbangkit daripada kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor. Jadi saya ingin bertanya apakah kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan yang dijalankan dan kalau boleh disenaraikan butiran projek itu, kepada kontraktor mana telah dianugerahkan dan adakah kontraktor ini mempunyai kredibiliti dan latar belakang yang membolehkan ia dianugerahkan projek ini.
Seterusnya juga saya ingin bercakap tentang Butiran 51000 iaitu Program Keselamatan Jalan Raya dan juga Program Membina Lorong Motosikal, di mana diperuntukkan hampir RM206 juta di samping juga dengan kerja-kerja membaiki kerosakan infrastruktur jalan raya tadi. Jadi saya ingin bertanya tentang Program Keselamatan Jalan Raya, sejauh manakah Program Keselamatan Jalan Raya ini yang lalu telah berjaya melalui projek-projek yang dijalankan ini.
Kemudiannya tentang Program Membina Lorong Motosikal ini, saya ingin bertanya peratusan lebuh raya yang mempunyai lorong motosikal ini. Adakah lorong-lorong motosikal ini dilihat, dipantau dari segi maintenancenya kerana kita sering mendapat rungutan terutama di akhbar-akhbar bagaimana lorong-lorong motosikal ini tidak dipantau dengan baik, bahaya untuk keselamatan penunggang motosikal dan juga banyak kejadian jenayah berlaku di sana. Terima kasih.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Pengerusi, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada lapan orang Yang Berhormat yang telah pun memberikan pandangan mereka iaitu Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Titiwangsa.
Yang Berhormat Serdang dan Yang Berhormat Rasah juga ada menyentuh pasal pampasan, peruntukan tambahan mengurus B.27 sebanyak RM19.35 juta untuk bayaran pampasan tol. Yang ini adalah satu projek one-off di mana bayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi pengendali lebuh raya bertol berikutan keputusan kerajaan mengurangkan kadar tol bas kelas 5 sebanyak 50% bagi tempoh dua tahun mulai 15 September 2008 sehingga 14 September 2010 di semua lebuh raya bertol kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Tambak Johor dan Linkedua. Kesemua peruntukan tambahan ini telah pun dibelanjakan sepenuhnya. Jumlah bayaran keseluruhannya pada tahun 2009, bagi bayaran pampasan berikutan pengurangan kadar tol bas sahaja adalah sebanyak RM22,689,520.26 sen.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Ahli Yang Berhormat Serdang menyentuh beberapa projek, khususnya di Sri Kembangan dan Puchong, ini saya akan memberikan jawapan bertulis. Sekarang saya ada juga tetapi tidak lengkap. Saya ingat okey? Jangan marahlah.... [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah tanya marah Yang Berhormat. Dia tidak marah.
Dato’ Yong Khoon Seng
Dia tidak marah. Saya mahu mereka senyum sedikit sahaja. Yang Berhormat Rasah juga bertanya mengenai peruntukan RM34 juta lebih sedikit untuk jalan - ini memang adalah jalannya 99.1% siap. Ini memang benar walaupun dia sudah lambat sedikit. Peruntukan memang sama tidak ada tambahan. Ini adalah untuk membayar sebab silingnya tidak cukup pada tahun lepas. Kita perlu memohon bekalan tambahan untuk membayar progress payment yang telah pun dijalankan. Ini tidak ada tambahan dari segi kontrak. Saya akan perhatikan apa yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Rasah tadi, itu Rahang U-turn sana. Saya akan ambil perhatian perkara itu.
Yang Berhormat Padang Besar memang tidak berapa puas hati dengan muka jalan kita di sini berbanding dengan Thailand. Akan tetapi jangan pergi Thailand sekarang...
[Ketawa] Kucar-kacir sedikit memang kita jalan kita ada cukup standard, kita tengok di manalah. Kalau jalan-jalan kampung mungkin kita R3 dan R2 sahaja. Akan tetapi highway kita pun ada standard piawaian antarabangsa dan kita ada R5 juga. Kita akan cubalah sedaya upaya supaya kita dapat memberikan kepuasan kepada para pengguna di jalan raya.
Yang Berhormat Tebrau menyentuh Lebuhraya Pasir Gudang dan apa yang kita ada senarai di Desaru, kita akan ambil perhatian pada cadangan-cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Terap hendak semua detail senarai kontraktor, kos per kilometer dan semua ini saya akan buat secara bertulis. Kita sudah jawab pagi tadi. Yang Berhormat Menteri sudah jawab tetapi tidak puas hati? Okey. Yang Berhormat Lipis jambatan di tempat di Jerantut semua juga Tumpat tadi Gua Musang ke Kuala Krai, banyak kemalangan. Saya tidak faham ini jalan ini. Kita sentiasa ambil perhatian dan memperbaiki jalan ini.
Yang Berhormat Lipis saya akan - cadangan RM50 juta ini takut dia hilang bukan?
Saya akan memberikan jawapan bertulis. Akhirnya kalau saya tidak dapat jawab semua saya akan cuba jawab secara bertulis, alright?
Yang Berhormat Titiwangsa. Mengenai MRR2 ini saya akan descript detail. Projek ini memang untuk melebarkan penyuraian aliran trafik dari persimpangan Taman Kencana ke persimpangan Kampung Pandan, ianya meliputi kerja-kerja pelebaran MRR2 at grade daripada tiga lorong sehala kepada empat atau lima lorong sehala. Pelebaran jambatan MRR2 di Sungai Kerayong dan lintasan LRT. Pembinaan jejambat elevated U-turn ke Ampang. Pembinaan dua jejambat terus dari MRR2 dan Jalan Cempaka ke Pandan Indah.
Menaik taraf at grade U-turn di persimpangan Jalan Kg. Pandan ke Cheras. Penjajaran semula persimpangan Jalan Kg. Pandan dan ada juga melibatkan kos pengambilan balik tanah. Ini duit ini memang untuk tambahan sahaja.
Contract sumnya adalah RM104.5 juta. Kontraktornya adalah Panji Bersatu Sdn.
Bhd. Ini adalah yang saya dapat bagilah. Lorong motosikal keselamatan jalan raya memang ada dalam tugas berkongsi dengan pihak Kementerian Pengangkutan. Kita sentiasa mengadakan kempen-kempen keselamatan jalan raya. Kita membina lorong motosikal untuk keselamatan pihak penunggang motosikal di lebuh raya ataupun di Federal Highway.
Maklumat detail saya akan berikan secara bertulis.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya tentang program keselamatan jalan. Kalau sekiranya Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan bahawa ini adalah projek bersama dengan Kementerian Pengangkutan, mengapakah ada dana membiayai program keselamatan jalan ini. Di manakah peranan Kementerian Kerja Raya dalam program keselamatan jalan ini.
Dato’ Yong Khoon Seng
Terima kasih. Tuan Pengerusi, memang kita ada juga untuk memperbaiki jalan dan bahu jalan. Ini adalah satu tugas supaya jalan yang kita bina ada juga selamat. Itulah program keselamatan jalan rayanya.
Yang Berhormat Titiwangsa saya akan beritahu detail nya di mana kita bina lorong motosikal. Saya tidak ada dalam tangan. Ada jugalah tetapi sudah lambat sampai, saya akan membuat secara bertulis. Terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ada lagi tentang Butiran 900 - Bukit Antarabangsa.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Soalan tadi.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Akan tetapi saya kira tidak wajar menyalahkan kalau tidak ada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya percaya pegawai-pegawai kerajaan telah menyediakan jawapan ini kerana mereka tahu butiran-butiran ini akan dibangkitkan.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
[Bangun]
Dato’ Yong Khoon Seng
Ini RM40 juta ini untuk Taman Mewah, Bukit Antarabangsa. Ini memang untuk membuat saluran air saya ingat yang membolehkan lereng-lereng bukit itu, cerun-cerun itu yang telah pun berjalan. Mungkin sudah siap. Lebih selamat saya bagi secara bertulis okey?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
[Bangun]
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang saya tanya apakah kerja pembaikan dan pengukuhan itu, dan apakah syarikat itu ada credible untuk menjalankan projek tersebut.
Dato’ Yong Khoon Seng
Ya. Okey.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Jadi jangan lupalah dalam jawapan bertulis nanti.
Dato’ Yong Khoon Seng
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya. Yang Berhormat Padang Terap sudah habis Yang Berhormat dia sudah jawab. Yang lain dia kata jawab Padang Terap secara bertulis.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Kena jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab tolong ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya. Ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab secara bertulis.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Rakyat bukan lupa.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih semua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM19,350,000 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM19,350,000 untuk Maksud B.27 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM612,914,750 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009, hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wang sebanyak RM612,914,750 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Perbekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan saya kesempatan untuk sama-sama berbahas dalam Peringkat Jawatankuasa Maksud Kepala B.28. Saya cuma ada beberapa perkara iaitu berhubung dengan RM3.8 juta untuk membiayai keperluan percetakan tambahan lesen kenderaan bermotor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Apa yang saya faham berhubung dengan lesen ini adalah plat untuk kita mencetak road tax kalau tidak silap saya daripada pemahaman inilah. Didapati road tax yang kita dapat mutakhir ini yang diperbuat daripada plastik merupakan satu bentuk yang dikatakan bermutu tinggi tetapi sebenarnya tidak bermutu tinggi bagi saya sebab apabila kita hendak koyak hendak lekatkan di cermin kenderaan itu, ia mudah terkoyak dan juga apabila dilekatkan di cermin kenderaan susah untuk kita buka dan untuk lekatkan yang baru ia merosakkan ataupun mencemarkan cermin, lebih-lebih lagi kalau sekiranya cermin itu diletakkan plastik untuk menghalang daripada panas. Maknanya ini merupakan sesuatu yang perlu difikirkan oleh kementerian bahawasanya RM3.8 juta ini merupakan satu jumlah tambahan yang dipohon yang begitu tinggi tetapi nilai benda yang dibuat itu saya rasa tidak memberi banyak faedah kepada pengguna-pengguna.
Kemudian yang keduanya berhubung dengan kempen keselamatan jalan raya yang juga disentuh oleh Kementerian Kerja Raya tadi. Saya ingin mendapat pandangan daripada kementerian, apakah selepas ini kita akan meneruskan lagi kempen-kempen kerana daripada apa yang kita dapat pada kempen-kempen pada tahun-tahun yang lepas, apa juga perayaan baik Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Raya, tidak menolong banyak dari segi pengurangan jumlah kemalangan. Kalau kita semak dari Great Britain misalnya, mereka mempunyai 70 juta rakyat, 2,700 kematian tetapi kita 20 juta rakyat lebih kurang 7,000 kemalangan dan jumlah kematian. Jadi maknanya jumlah yang tinggi terhadap kemalangan dan kematian yang berlaku di jalan raya kita. Apakah sebenarnya punca daripada jumlah kematian dan kemalangan yang tinggi ini? Kalau sekiranya kita lihat daripada lebuh raya PLUS, jumlahnya mungkin tidak ramai tetapi jalan raya negeri dan jalan raya bandaran inilah yang menyebabkan puncanya bertambah. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Tumpat berhubung dengan jalan di Gua Musang dan juga Kuala Lipis iaitu merupakan jalan yang paling banyak mengorbankan nyawa terutama semasa perayaan- perayaan yang kita ikuti.
Kemudian dari segi P.28 - Pengorekan Pelabuhan, sekali lagi kita ingin mendapat penerangan yang sejelas-jelasnya daripada Yang Berhormat Menteri sebelum mungkin beliau akan mengundurkan diri selepas ini berhubung dengan perkara yang berlaku di Pelabuhan Klang ini. Saya rasa penerangan yang rakyat perlu tahu daripada mulut beliau sendiri. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Haji Yusof bin Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan sedikit iaitu B.28 Butiran 089001 – Pengorekan Pelabuhan Klang Utara. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pengorekan yang dibuat di Pelabuhan Klang Utara berbentuk capital dredging ataupun maintenance dredging dengan izin? Kalaulah ia maintenance dredging, berapa kerapkah dilaksanakan maintenance dredging tersebut kerana peruntukan yang dipohon bukan juga sedikit? Jadi oleh itu saya harap Yang Berhormat Menteri akan dapat memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya.
Saya juga difahamkan untuk maintenance dredging di seluruh Malaysia, cuma sebuah syarikat sahaja yang mendapat kontrak selama 15 tahun untuk membuat maintenance dredging yang mana semua di pelabuhan di seluruh Malaysia. Jadi berapa lamakah lagi syarikat tersebut untuk melaksanakan kontrak tersebut dan bilakah tamat tempoh atau kontrak syarikat tersebut? Kalau kita fikirkan, memberikan kontrak yang terlalu lama umpamanya 15 tahun, saya rasa seolah-olah kita tidak memberikan peluang kepada kontraktor-kontraktor lain atau syarikat-syarikat lain yang juga bergiat dalam aktiviti dredging di seluruh Malaysia. Jadi diharapkan Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan apakah rasional dahulunya diberikan kontrak selama 15 tahun? Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk kepada B.28 Kementerian Pengangkutan berkenaan RM1.5 juta untuk membiayai kempen keselamatan jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2009.
Tuan Pengerusi, saya juga seperti Yang Berhormat Pendang mempersoalkan dan ingin mengetahui sejauh mana berkesannya perbelanjaan yang telah kita gunakan sebanyak RM1.5 juta ini di dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ini dan juga membantu dalam memberi kesedaran kepada pemandu-pemandu agar memandu dengan berhati-hati ketika di jalan raya? Adakah pihak kementerian ada mengkaji apakah puncanya kemalangan jalan raya yang begitu tinggi? Apakah ia kerana disebabkan oleh keadaan jalan yang berbahaya, kedua sikap pemandu yang kurang kesabaran atau faktor-faktor yang lain seperti kursus pengambilan lesen itu kurang lengkap, kurang sempurna? Saya percaya pihak kementerian perlu mengambil perhatian mengenai puncanya, root cause mengapa pemandu Malaysia ini begitu kerap terlibat dalam kemalangan jalan raya ini.
Kalau tidak, betapa banyak perbelanjaan yang digunakan untuk kempen ini, ia tidak banyak membantu jika root cause masalah punca ini tidak ditangani dengan mendalamnya.
Kita juga membaca setiap kali apabila musim perayaan Tuan Pengerusi, kita diberitahu statistik kemalangan jalan raya dan setiap kali kita dapati jalan raya yang mempunyai kemalangan jalan raya yang paling tinggi adalah jalan bandaran. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak kerajaan negeri untuk menangani masalah ini?
Perkara yang seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin tahu daripada kementerian daripada statistik yang di kumpul oleh pihak kementerian – mungkin bukan Kementerian Pengangkutan sahaja tetapi termasuk dengan LPKP di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah kenderaan yang berusia berapa tahun? Ini kerana kita sekarang dapati pelbagai masalah pemilik kenderaan lama yang berusia sepuluh tahun dan ke atas Tuan Pengerusi, untuk memperbaharui insurans atau membeli insurans pihak ketiga. Jadi mereka kata kereta lama saya tidak boleh bergerak dengan cepat, kita tidak memandu dengan cepat tetapi kita yang mengalami masalah untuk membeli insurans. Saya faham kerajaan ada menerangkan kerana tuntutan ganti rugi yang sangat tinggi kerana kemalangan atau kecurian kenderaan di mana pihak syarikat insurans mengalami kerugian tetapi pada masa yang sama pemilik kenderaan lama kata sepatutnya bukan kami yang disusahkan atau disulitkan atau dibebankan dengan kos yang tinggi oleh pihak insurans ini, di mana enggan menjual kepada mereka insurans pihak yang ketiga dan mereka terpaksa akhirnya dari satu syarikat insurans ke satu syarikat yang lain dan akhirnya pergi ke MMIB. Jadi oleh itu saya pohon statistik berkenaan usia kenderaan yang paling tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Perkara yang terakhir ialah berkenaan bas ekspres. Setiap kali kita membaca surat khabar berkenaan kemalangan yang melibatkan bas ekspres, ia amat mengerikan dan menggerunkan saya. Akhir tahun yang lepas sepuluh orang mati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspres dan menurut laporan kononnya dakwaan pemandu itu mengantuk.
Dan baru-baru ini juga seorang pemandu bas kerana telah dikeluarkan saman, beliau merasa sangat marah. Ini adalah menurut laporan salah seorang penumpang berkata, “...Lepas itu pemandu itu bergerak dengan cepat”.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi, dalam aspek ini, apakah peranan Yang Berhormat kementerian ini dengan LPKP untuk menyelaraskan, memastikan pemandu ini memangnya physically speed dan adalah pemandu yang berhemah dan tidak mempunyai tunggakan saman yang tidak dibayar atau syarikat bas ekspres ini adalah syarikat bas ekspres yang bersih daripada sebarang tunggakan saman lalu lintas agar penumpang yang menaiki bas ini akan merasa selamat juga pada masa yang sama. Kerajaan pernah cadangkan black box tetapi lepas itu tidak berjaya, you know tetapi yang kita hendak tengok adalah apa langkah diambil untuk memastikan penumpang bas ekspres ini adalah selamat dan apakah nasihat.
Akhirnya saya minta nasihat daripada Yang Berhormat Menteri kalau salah seorang penumpang, sebagai salah seorang penumpang dalam bas apabila lihat pemandu bas itu memandu dengan sangat cepat, apa nasihat Yang Berhormat Menteri beri kepada penumpang? Kalau kita beritahu jangan memandu dengan lebih cepat, dia marah pula. Dia mungkin akan bergerak lagi cepat seperti yang berlaku tadi saya kata. Menurut satu kes, menerima saman, dia bergerak lagi cepat. Jadi apa nasihat kepada penumpang bas agar kita boleh bersama-sama memainkan peranan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Itu sahaja. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan Perkara 28 iaitu 100400 mengenai Keselamatan Jalan Raya. Seperti rakan-rakan yang lain, saya merasakan bahawa ada dua alasan yang sering diberikan oleh pihak kerajaan apabila setiap kali kemalangan ngeri yang berlaku tetapi ramai kawan- kawan membangkitkan soal jalan raya yang menjadi di antara faktor utama dan kecuaian pemandu. Akan tetapi ada lagi satu faktor yang sebenarnya yang sepatutnya diberikan perhatian yang cukup serius iaitu berhubung dengan alat ganti tiruan yang digunakan oleh kenderaan.
Saya rasa ini tidak pernah cuba dibuat kajian yang mendalam atau post mortem berhubung perkara ini kerana kemasukan alat ganti tiruan yang berhubung dengan beberapa sistem seperti sistem brek, sistem enjin sekalipun yang saya rasa sebenarnya kalau mengikut ianya dibuat daripada segi jangka hayat, ketahanan dan sebagainya amat tidak bersesuaian dengan keadaan ataupun jalan raya di negara kita dan ianya boleh menyebabkan pada bila-bila masa..., kalau alat ganti tiruan dibiarkan berleluasa walaupun kita lihat ianya dijual dengan kadar harga yang begitu murah dalam pasaran tetapi daripada segi keselamatan, ianya amat berbahaya. Jadi kalau boleh, kita minta pihak kementerian dalam masa ini kita harus membuat kajian terperinci bagi memastikan bahawa alat ganti yang bukan kita..., tetapi alat ganti yang benar-benar selamat yang harus diuji sebelum ianya dibenarkan dijual dalam pasaran dan seperti mana Yang Berhormat Batu Gajah bangkitkan soal bas yang melibatkan beberapa kemalangan ngeri.
Saya ingin tahu daripada pihak kementerian, daripada segi keselamatan iaitu soal chassis bas-bas double-decker dan single. Adakah chassis yang dibenarkan dan diluluskan pihak kementerian sebenarnya ianya telah dibuat kajian terlebih dahulu atau dibuat hanya dalam bentuk untuk melihatkan kenderaan itu berada dalam keadaan shape..., dengan izin, yang elok, menarik dan sebagainya tapi chassis daripada segi ciri-ciri keselamatan, adakah ianya benar-benar menepati spec yang sebenarnya dikehendaki yang membolehkan apabila berlaku kemalangan, ianya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan daripada segi kemalangan nyawa dan sebagainya. Jadi, terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, saya berminat dengan bayaran untuk PKFZ dan juga untuk urban public transport tetapi saya hendak tanya jugalah, tadi saya...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, PKFZ tidak masuk Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak masuk ya?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak masuk, MASwings masuk.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Oh, tidak masuk. Kalau tidak masuk mengapa kita...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak, yang kita boleh bahas MASwing, lesen bermotor, kenderaan bermotor kemudian kempen.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak apalah, cuma saya hendak cakap tentang peruntukan tambahan RM161 juta secara pinjaman untuk membayarkan pembayaran pinjaman bagi 2009 untuk Lembaga Pelabuhan Klang. Saya memang faham itulah salah satu installment untuk bayaran kepada PKFZ ini dan bolehkah Yang Berhormat menerangkan keadaan dengan PKFZ ini sebab ada satu ketika, kita diberitahu bahawa kerana Lembaga Pelabuhan Klang tidak mempunyai wang untuk membayar wang yang dikeluarkan dengan bon untuk Kuala Dimensi. Itu pun satu perkara yang sentiasa disoalkan tetapi di sini saya hendak tahu sahaja dengan pinjaman secara murah, soft loan kepada Lembaga Pelabuhan Klang ini, apakah keadaan PKFZ sekarang?
Adakah hutang itu akan meningkat daripada sekarang RM4.5 bilion, adakah ini akan meningkat kepada lebih daripada itu? Saya hendak beritahu ini tidak ada kerumitan, cuma dengan terus terang apakah keadaan sekarang daripada segi hutang oleh Lembaga Pelabuhan Klang dan apakah unjuran untuk pembayaran hutang ini. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya bagi dua orang lagi selepas itu Menteri menjawab. Tidak bolehlah semua ya. Bagi Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Lipis sudah berucap tadi, minta maaf ya Yang Berhormat Lipis.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak apa, Yang Berhormat Lipis faham Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin bertanya beberapa perkara. Pertamanya ialah tentang B.28 iaitu tentang perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta untuk Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2009. Saya hendak tahu apakah keberkesanannya kempen-kempen keselamatan ini sehingga kita meminta lagi duit yang telah pun dibelanjakan untuk program-program seperti ini sedangkan setiap tahun kita, rakyat merasa begitu helpless dengan keadaan keselamatan jalan raya dan saya bukan menyalahkan kementerian.
Memanglah ini adalah kerana mungkin driving attitude, cara kita memandu dan sebagainya tetapi RM1.5 juta khusus untuk keselamatan jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri agaknya perlu diperjelaskan dan bagaimana dengan perayaan-perayaan yang lain?
Apakah kita juga berbelanja sebanyak ini dan kalau tahun-tahun yang lepas, program seperti ini tidak menampakkan satu penambahbaikan daripada segi pengurangan kemalangan jalan raya, apakah kementerian akan menimbangkan cara-cara yang lain?
Begitu juga dengan Maksud P.28 iaitu Pengerukan Pelabuhan Klang Utara. Saya ucapkan terima kasihlah kepada kementerian kerana ini mungkin salah satu cara untuk menyediakan laluan yang selamat untuk kapal-kapal berdagang dan juga menghampiri pelabuhan-pelabuhan kita dan saya percaya ini juga dapat membantu syarikat-syarikat
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
perkapalan Malaysia untuk menjadi syarikat perkapalan yang lebih efisien dan sebagainya.
Cumanya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, oleh kerana keadaan ekonomi dunia yang begitu mencabar sekarang ini, apakah kementerian ingin mencadangkan kepada kerajaan ataupun kepada Kementerian Kewangan untuk menyediakan dana yang boleh membantu syarikat-syarikat perkapalan Malaysia yang sekarang ini rata-ratanya mempunyai permasalahan yang agak kritikal Yang Berhormat Menteri.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sudah beberapa syarikat perkapalan Malaysia yang telah bankrap dan telah pun berhenti menyediakan perkhidmatan mereka dan kalau boleh saya ingin cadangkan kepada kementerian untuk memanjangkan ini kepada kerajaan supaya diwujudkan dana harta, tetapi untuk kapal atau dipanggil dana kapal yang boleh membeli atau mengambil alih kapal-kapal yang aset-aset syarikat ini yang sudah menjadi bebanan kepada syarikat- syarikat tersebut sementara waktu dan apabila ekonomi negara bertambah baik, kerajaan bolehlah menyediakan peluang untuk syarikat-syarikat kapal itu mengambil balik kapal- kapal tersebut. Begitu juga, saya ingin bertanya sama ada pihak kementerian juga bercadang untuk menyediakan mungkin dana-dana yang boleh membantu dari segi modal atau capital. Seperti mana yang kita tahu pembelian kapal bukannya murah.
Satu kapal tanker yang sederhana saiznya mungkin RM70 juta, RM80 juta.
Kalaulah dana modal ini diwujudkan syarikat-syarikat yang mempunyai permasalahan sekarang ini mungkin akan dapat menyelesaikan masalah mereka pada jangka masa yang pendek semasa masalah ekonomi kita yang agak tidak menentu ini. Kalau boleh saya ingin cadangkan kepada Yang Berhormat, kepada kementerian untuk meminta kepada bank- bank yang menyediakan pinjaman kepada syarikat-syarikat perkapalan ini untuk memberhentikan pembayaran prinsipal dahulu. Teruskan dengan pembayaran interest itu tidak apalah tetapi pembayaran prinsipal itu kalau boleh pihak kementerian dapat bekerjasama dengan bank dan meminta pihak bank supaya buat masa ini dalam keadaan yang tidak menentu ini pembayaran prinsipal terhadap pinjaman-pinjaman sewaktu membeli kapal-kapal itu dapat dikurangkan ataupun diberhentikan buat sementara waktu.
Tuan Pengerusi, kalau kita benarkan syarikat-syarikat perkapalan Malaysia ini lingkup, tutup kedai, untuk membina semula industri perkapalan ini akan memakan masa yang begitu panjang dan apabila ekonomi negara kita ini bertambah baik dalam masa dua, tiga tahun ini. Pada waktu itu nanti tidak ada syarikat-syarikat perkapalan Malaysia mempunyai Armada kapal yang besar. Jadi kita terpaksa membina daripada bawah. Jadi saya rasa pihak kementerian perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan dengan Perdana Menteri dengan kerajaan bagi mewujudkan mekanisme-mekanisme yang saya sebutkan tadi ini untuk membantu syarikat kapal-kapal tersebut. Terima kasih.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil Bahagian dalam kementerian ini B.28 khususnya dalam kempen Keselamatan Jalan Raya. Ada dua perkara saya hendak sebut.
Pertama sekali ialah tentang adakah kementerian berhasrat untuk melihat kembali sistem yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah memandu? Saya kira kalau kita lihat sistem yang ada sekarang ada loophole atau di mana pelajar-pelajar di sekolah-sekolah memandu ini khususnya yang belajar untuk motosikal boleh secara mengatur cara mereka belajar dengan sekolah-sekolah memandu. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang diwajibkan untuk menghabiskan berapa jam daripada segi latihan, mereka terpaksa datang dan isi kad dan berapa jam akhirnya sehingga tamat mereka melaksanakan praktikal di lapangan.
Saya dapati banyak sekolah memandu yang sebenarnya mengizinkan sekali sahaja pelajar datang yang lain itu sekolah yang sain sendiri. Jadi saya cadangkan di sini supaya kementerian melihat balik apakah tidak boleh diwajibkan supaya system thumb print. Saya lihat ada sekolah-sekolah memandu yang memperkenalkan thumb print.
Bermakna pelajar yang datang dia thumb print di situ, ada satu mekanisme yang mencatatkan kehadiran. Maknanya kalau dia tidak datang untuk lima jam, maka blanklah,
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
kosonglah tempat kehadiran dia. Daripada apa yang berlaku di sesetengah sekolah, dia setakat datang dan sain. Akan tetapi dia sain sekali sahaja. Manakala yang lain-lain itu disain oleh sekolah memandu atau orang yang telah pun diberikan tugasan untuk sain bagi pihak dia. Akhirnya apa yang berlaku ialah pelajar-pelajar ini dapat lesen, tetapi tidak melaksanakan latihan yang secukupnya, khususnya anak-anak muda yang baru lepasan sekolah. Itu yang pertama.
Keduanya tentang sistem pembelajaran berkomputer. Walaupun jawapan Menteri mengatakan bahawa peluang diberikan kepada mereka yang tidak lulus tiga kali dalam ujian komputer, harus ingat setiap kali dia gagal, dia kena belanja RM17 dan ada yang sampai sepuluh kali tidak lulus pun tetapi dia tidak tahu dia ada ruang untuk dia pergi jumpa wakil rakyat minta cop kata dia buta huruf. Kalau wakil rakyat sain, dia tidak payahlah buat test ini. Dia cuma setakat buat lisan. Akan tetapi berapa orang yang tahu hal ini?
Jadi saya kira kalaupun dia hebat sangat dalam belajar dalam komputer, belum tentu dia naik atas jalan tidak accident. Oleh sebab itu saya rasa harus dilihat balik adakah test berkomputer ini memang memberikan kebaikan kepada mereka yang menggunakan jalan raya ataupun ia lebih menyusahkan pengguna-pengguna. Saya rasa yang lebih penting mereka melaksanakan latihan amali di lapangan daripada mereka mengendalikan program-program ini di komputer. Apatah lagi program-program latihan berkomputer ini tidak dikendalikan oleh JPJ, tetapi oleh pihak swasta. Jadi di situ, ada juga elemen rasuah dan sebagainya. Saya ingat itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Menteri Pengangkutan - Dato' Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan bagi bajet MOT. Antara isu-isu yang dibangkitkan, kebanyakannya berkisar kepada Kempen Keselamatan Jalan Raya. Sukalah saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa perkara yang berkaitan dengan soal keselamatan jalan raya terlebih dahulu.
Pada keseluruhannya, orang ramai mudah mempunyai satu persepsi yang tidak semestinya tepat bahawa setiap tahun kerajaan membelanjakan duit yang banyak untuk mempromosikan Kempen Keselamatan Jalan Raya. Akan tetapi apakah keberkesanan itu dirasai atau tidak? Persepsi ini banyaknya disebabkan oleh adanya satu ataupun dua kes yang berupa high profile, dengan izin, yang mungkin berlaku pada musim perayaan.
Di sini suka saya memberikan serba sedikit perangkaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tentang kes-kes kemalangan jalan raya khasnya yang berlaku dalam musim perayaan. Sebagai contoh, pada Tahun Baru Cina 2010 ini, pada puratanya terdapat 13 kes kematian sehari, berbanding dengan 15 kes kematian setiap hari pada Hari Raya Aidilfitri tahun sudah. Kiranya perangkaan ini kita bandingkan dengan bilangan kes kematian saban hari pada hari biasa maka jelaslah bahawa ini adalah satu penurunan yang agak ketara sebab pada hari yang biasa puratanya adalah 24 kes dan kita kena juga ambil kira bahawa pada musim perayaan, biasanya bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya itu berlipat ganda berbanding dengan hari biasa.
Menteri Pengangkutan - Dato' Sri Ong Tee Keat
Pada masa yang sama, suka juga saya menegaskan bahawa pengukuran tahap keberkesanan sesuatu program ataupun kempen keselamatan jalan raya itu tidaklah bergantung kepada bilangan kes mutlak sahaja. Ia kenalah diukur mengikut billion kilometers yang diliputi oleh kenderaan-kenderaan yang ada pada sesebuah negara. Dalam hubungan ini memang saya bersetuju bahawa kalau kita hendak bandingkan dengan United Kingdom, memang ada ruangnya untuk kita terus berusaha untuk mengurangkan lagi kes- kes kemalangan jalan raya khasnya yang meragut nyawa, tetapi pada keseluruhannya kita dapat membuat satu kesimpulan bahawa kebelakangan ini dengan adanya kempen- kempen yang dianjurkan dari semasa ke semasa, di samping daya usaha-daya usaha yang lain seperti perwujudan lorong motosikal yang dibangkitkan tadi. Maka kita boleh nampak bahawa kes-kes ataupun peratusan-peratusan berlakunya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa telah pun menurun.
Menteri Pengangkutan - Dato' Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, selain daripada itu suka juga saya menyentuh serba sedikit tentang punca kemalangan jalan raya yang telah pun dibangkitkan tadi oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Di sini mengikut kajian yang dibuat oleh Malaysian Institute of Road Safety (MIROS) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya, adalah didapati bahawa 70% adalah berkaitan dengan sikap manusia dalam pemanduannya, 27% disebabkan oleh kecacatan reka bentuk jalan dan 3% diakibatkan oleh kerosakan mekanikal pada kenderaan-kenderaan yang dinaiki.
Ini kiranya dijadikan satu panduan maka jelaslah bahawa sikap manusia dalam pemanduan ini adalah satu-satunya faktor penyumbang utama dalam soal keselamatan jalan raya. Dalam perbahasan tadi juga dibangkitkan soal tentang bas ekspres yang biasanya menjadi jenis kenderaan yang terbabit dalam nahas jalan raya. Di sini suka saya menjelaskan bahawa soal ini bukan sahaja berulang kali di bincang dan di cambah fikiran, malah dikenakan tindakan penguatkuasaan yang tegas oleh beberapa pihak, tetapi sesekali ia tetaplah berlaku juga.
Akan tetapi suka saya menjelaskan di sini bahawa walaupun demikian, bilangan kes kemalangan jalan raya yang membabitkan bas ekspres pada ketika ini adalah terkawal.
Walaupun sekali-sekala ada juga satu atau dua kes yang dikira high profile telah pun berlaku. Untuk menangani isu ini adalah mustahak bahawa semua syarikat pengusaha bas dikenakan kod amalan Safety Health and Environment (SHE). Ini tetap perlu walaupun pada ketika ini hanya separuh ataupun hanya segelintir golongan di syarikat pengusaha bas yang sanggup bekerjasama dengan pihak kementerian dan juga beberapa agensi yang berkaitan yang lain.
Pada masa yang sama juga saya kira pihak pengurusan syarikat pengusaha bas juga memainkan peranan yang penting dalam soal ini. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa sejak tahun lalu - sejak adanya pelaksanaan pemasangan alat GPS yang diwajibkan pada semua bas-bas baru...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Kita boleh dapati bahawa ini serba sedikit membantu mengawal berlakunya over speeding misalnya, dan juga pemanduan yang kurang berhemah di kalangan pemandu-pemandu bas. Walaupun demikian, ini hanyalah salah satu dimensi yang dapat kita tangani.
Selain daripada itu, speed limiter yang dicadangkan oleh pihak kementerian kepada LPKP - ini dijangka akan juga dilaksanakan dalam masa terdekat. Kita tidak boleh bulat-bulat bergantung kepada GPS sahaja, sebab GPS itu kita tahu bahawa alat itu hanya untuk memantau masa yang diambil oleh seseorang pemandu dari lokasi ‘A’ ke lokasi ‘B’.
Akan tetapi apa yang berlaku dalam perjalanan itu saya kira perlu juga kita ambil kira, dan speed limiter ini hanya akan dapat mengehadkan kelajuan sesebuah bas yang dipandu itu.
Di samping itu, suka juga saya menjawab soalan sama ada kita patut menyalahkan unsur-unsur yang lain selain daripada sikap pemanduan pemandu atau tidak.
Pada keseluruhannya keselamatan jalan raya bergantung kepada empat ‘E’ iaitu:
(i) education (pendidikan);
(ii) engineering (kejuruteraan);
(iii) enforcement (penguatkuasaan); dan
(iv) environment (persekitaran).
Keempat-empat ini saya kira, ia memang mempunyai impak yang lebih kurang sama dalam soal menjayakan kempen keselamatan jalan raya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Mencelah sedikit, Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang bas-bas ekspres dan juga peranan pemandu-pemandu ini. Saya ialah pengguna bas yang regular. Tiap-tiap minggu
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
balik kampung. Kalau dilihat sikap pemandu-pemandu ini memang kita rasa bimbanglah sebab dahulu dalam satu soalan saya tanya, adakah kerajaan berhasrat untuk bubuh speed limeterlimiter ini. Akan tetapi jawapan kementerian ialah kita sudah ada program untuk GPS, jadi untuk speed limeterlimiter ini tidak perlu.
Terima kasihlah, Yang Berhormat Menteri pun jawab hari ini bahawa speed limeterlimiter itu sekarang ini sudah jadi penting pula. Sebenarnya GPS ini hanyalah untuk mengetahui ke mana mereka, di mana mereka, berapa masa dia orang ambil. Akan tetapi, saya pernah berada dalam satu bas yang ia boleh potong kereta Perdana ini begitu sahaja.
Saya yakin ia lari lebih daripada 160km. Dalam keadaan ini tidak ada siapa pun penumpang yang berani tepuk belakang dia. Tidak mungkin berlaku sebab itu kalau kita ada speed limeter limiter ini, dia tekan macam mana pun dia setakat pergi ke 110 atau 120. Saya rasa ini banyak dilakukan oleh negara-negara lain.
Jadi, saya mintalah kementerian supaya hal ini dipercepatkan supaya rakyat terbanyak sekurang-kurangnya kembalikan keyakinan untuk menggunakan public transport.
Terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tambah sedikit Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak dengar jawapan atau penerangan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan bagaimana boleh memastikan pengusaha syarikat bas ini bertanggungjawab ke atas pemandu kenderaannya dan juga penumpangnya. Nampaknya buat masa ini, pemandu kenderaan overworked, dengan izin, kerana mereka dibayar mengikut trip dan mempunyai rekod kesalahan lalu lintas, melanggar peraturan lalu lintas dan itu yang saya prihatin.
Tadi, Yang Berhormat Sungai Petani menyatakan beliau adalah pengguna bas.
Saya juga adalah pengguna bas sekali-sekala. Saya pernah menaiki bas di mana pemandu itu mengantuk. Memang benar, tiada penumpang berani bertanya atau meminta pemandu untuk memperlahankan kenderaan. Saya ke hadapan cuba untuk berbual-bual dengan pemandu bas tersebut agar beliau boleh memperlahankan kenderaannya sebab dia bukan setakat bergerak dengan cepat tetapi dia menekankan minyak, mengurangkan minyak, menekankan minyak, mengurangkan minyak. Itu sangat jelas beliau dalam keadaan mengantuk. Jadi, speed limeter limiter itu mungkin boleh mengurangkan kelajuan tetapi bagaimana pula dengan pemandu yang dalam keadaan keletihan ini. Jadi, pengusaha bas patut mengambil tindakan yang serius dan juga mencegah mereka daripada maybe a deterrent approach di mana syarikat bas mempunyai rekod patut diambil tindakan yang serius.
Jangan menunggu apabila kemalangan serius berlaku baru kita semua menghebohkan dan menuding jari. Jadi, tadi saya tanya apa nasihat kepada penumpang?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Terima kasih kepada Yang Berhormat berdua.
Sebenarnya Yang Berhormat Batu Gajah kena sabar sedikit sebab saya akan menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Berbalik kepada speed limeter limiter tadi itu, seperti mana yang saya sebutkan tadi ianya sedang dibincangkan antara pihak JPJ dengan LPKP dan kita sedia maklum bahawa LPKP ini tidak lama lagi akan diterapkan di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Dalam hubungan ini yang saya nampak mungkin salah satu kemusykilan itu atau pun salah satu dugaan itu adalah bagaimana kita hendak wajibkan semua bas yang sedia ada, khasnya bas yang lama dipasang ataupun retrofit dengan speed limeter limiter yang disebutkan tadi, tetapi apabila cadangan ini dibangkitkan ianya adalah dibuat dengan niat yang baik sebab kita hendak pastikan bahawa selain daripada GPS, speed limeter limiter ini juga mungkin boleh diguna pakai sebagai satu deterrent, dengan izin supaya kelajuan itu dihadkan.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat Batu Gajah tadi nampaknya prihatin tentang kaedah untuk membendung ataupun sekurang-kurangnya yang berupa punitive dengan izin kepada mereka yang disabitkan kesalahan.
Di sini suka saya maklumkan Yang Berhormat bahawa setakat ini mengikut had kuasa yang ada pada pihak JPJ, pihak JPJ memang boleh mengenakan tindakan penguatkuasaan tetapi kiranya kita hendak memberhentikan operasi semua bas yang dimiliki oleh sesebuah syarikat bas berikutan berlakunya sesuatu nahas jalan raya yang melibatkan bas miliknya itu pun ada juga kesulitan sebab bidang kuasa yang ada pada JPJ itu adalah terhad dan itu adalah di bawah bidang kuasa LPKP. Apa yang JPJ dapat buat adalah setakat mengesyorkan kepada LPKP dan untuk makluman Yang Berhormat ini pun merupakan satu-satunya perkara yang telah pun dikenal pasti untuk kita berunding bersama supaya ianya dapat diatasi. Moga-moga di bawah SPAD ini nanti, akan dapat kita atasi.
Di samping itu Yang Berhormat juga bangkitkan tentang adanya pemandu- pemandu bas yang mengantuk. Ini sering kali dilaporkan dan adalah ditegaskan di sini bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap syarikat pengusaha bas untuk menyempurnakan sistem dan cara pengurusannya, khasnya dalam urusan mengawal selia pemandunya. Masa rehat yang cukup dan gaji minimum misalnya ini telah pun sering kali dibangkitkan. Akan tetapi, yang kita nampak setakat ini selagi ianya tidak diwajibkan maka kita dapati bahawa ada sesetengah syarikat pengusaha bas yang beretika, mereka akur.
Akan tetapi, ada juga syarikat-syarikat yang kadangkala didapati kurang prihatin ataupun ada yang sanggup ketepikan kebajikan bagi pemandu-pemandu bas ini sama sekali. Ini adalah satu-satunya permasalahan yang perlu kita tangani.
Saya beralih kepada satu dua perkara lain yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Antara lain termasuk pengerukan ataupun dredging. Pengerukan capital dan pengerukan penyelenggaraan ataupun maintenance dredging yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan. Sebenarnya, dalam bajet ini, pengerukan ini kalau tidak silap saya tidak terlibat tetapi suka saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa setakat ini syarikat-syarikat tempatan yang dapat melaksanakan kerja-kerja pengerukan itu secara berkesan masih lagi terhad.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Ini kena kita akui. Namun pada masa yang sama tidaklah menjadi hasrat kerajaan untuk memberikan mana-mana pihak ataupun mana-mana syarikat yang sedia ada monopoli untuk membolot semua kerja pengerukan itu dan pengerukan itu saya kira ia adalah satu-satunya pelaburan aset yang cukup mustahak. Kadangkala orang tidak nampak peri pentingnya pengerukan sebab pengerukan ini ada orang yang bagaikannya sebagai curahkan wang ringgit dalam air tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Ia adalah satu-satunya yang mustahak untuk menjamin lancarnya alur pelayaran khasnya dari segi draf ataupun ukuran dalamnya memadai untuk menampung keperluan kapal yang semakin besar yang ingin berlabuh di pelabuhan-pelabuhan kita.
Yang Berhormat Arau membangkitkan satu permasalahan yang saya kira cukup relevan dalam soal keselamatan jalan raya iaitu alat ganti kenderaan yang berupa alat ganti tiruan. Alat ganti tiruan ataupun alat ganti yang kurang munasabah itu tetap menjadi satu- satunya topik yang sekarang ini dikenal pasti oleh pihak JKJR ataupun Jabatan Keselamatan Jalan Raya di bawah kementerian saya bila kita menangani isu keselamatan jalan raya. Suka saya jelaskan di sini bahawa dalam menangani isu ini, pihak kementerian sesungguhnya telah pun mula berunding dengan di pihak penguat kuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan khasnya dan juga PBT-PBT amnya supaya serbuan dapat dibuat.
Serbuan dapat dibuat kepada kedai-kedai yang memasarkan alat-alat ganti tiruan yang dimaksudkan sebab seperti mana yang kita sedia maklum bahawa mengikut bidang kuasa yang sedia ada sekarang, pihak JPJ ataupun mana-mana jabatan di bawah kementerian ini tidak berkuasa untuk merampas, menyita ataupun membuat serbuan kepada kedai-kedai yang memasarkan alat-alat ganti tiruan yang berkenaan. Saya ambil
Dato' Sri Ong Tee Keat
sebagai contoh, misalnya tayar yang biasanya dibangkitkan sebagai satu punca masalah tayar, tayar celup. Tayar yang digelar sebagai snow tyres, dengan izin. Itu pun kalau tayar yang berkenaan disimpan dalam kedai, maka pihak JPJ tidak berkuasa membuat serbuan.
Namun bila – katakan bila tayar itu dipasang pada kenderaan dan kenderaan itu ditahan oleh penguat kuasa JPJ, maka barulah boleh penguat kuasa JPJ bertindak ataupun mengenakan tindakan kepada mereka yang bersabit kesalahan.
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Minta. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan alat gantian seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Arau. Memang masalah mekanikal merupakan satu sebab yang menyebabkan kemalangan. Seperti yang kita dapati di dalam kes kereta-kereta Toyota yang dipanggil balik. Di Jepun baru-baru ini, sebanyak 223,000 buah kereta Toyota dipanggil balik oleh Syarikat Toyota kerana braking problem, dengan izin. Jadi, saya hendak tahu apakah langkah yang telah diambil ataupun akan diambil oleh kementerian untuk memastikan kereta-kereta Toyota ataupun kereta-kereta buatan Jepun yang lain khususnya Toyota yang diguna di Malaysia ini adalah selamat diguna dan tiada mechanical problem seperti braking problem. Kita tidak boleh mengandaikan kereta buatan Jepun di Malaysia tiada masalah. Ia hanya berlaku di Amerika Syarikat sahaja. Saya minta penjelasan. Terima kasih.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sebenarnya soal itu kereta Toyota yang disebutkan tadi itu, walaupun ia berkaitan dengan keselamatan jalan raya tetapi dalam hal ini ia ditangani oleh kementerian yang lain. Walaupun demikian, pihak JKJR di bawah kementerian saya, kita tetap prihatin tentang soal sebegini. JKJR dan juga JPJ. Kita juga kena mengakui bahawa setakat ini, di negara kita, syarikat PUSPAKOM yang diberi konsesi untuk memeriksa kenderaan perdagangan itu, itu hanyalah untuk commercial vehicles, ataupun kenderaan perdagangan dan ia tidak meliputi kenderaan individu.
Ini memang satu-satunya yang saya kena jelaskan di sini sebab sebelum ini ada juga orang ramai yang tertanya-tanya sama ada berikutan berlakunya isu Toyota itu, apakah kita akan mewajibkan pemeriksaan kenderaan individu sama seperti kenderaan perdagangan yang lain. Setakat ini belum ada sebarang perancangan sedemikian rupa.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat, mechanical fault ataupun kecacatan mekanikal itu. Sebenarnya kalau ia berlaku pada kenderaan perdagangan, biasanya apabila PUSPAKOM memeriksa kenderaan itu untuk menilai road worthiness, dengan izin. Ia kemungkinan besar akan dapat dikesan tetapi setakat ini saya kira kenderaan individu, yang kita boleh nampak selain daripada adanya inisiatif dan juga proactiveness, dengan izin, yang ada pada pengeluar ataupun pengilang yang berkenaan, kita kena lagi berwaspada khasnya kita sebagai consumer yang bestari, kena juga kita tahu membezakan kenderaan yang selamat dengan ciri-cirinya yang tertentu ataupun sebaliknya.
Tuan Pengerusi, selain daripada semua perkara yang saya huraikan tadi, di sini terdapat juga satu kaedah tambahan yang dijangka tidak lama lagi akan dilaksanakan untuk membantu dalam daya usaha mengawal ataupun membendung berlakunya kemalangan jalan raya.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Ianya tidak lain daripada Automated Enforcement System. Automated Enforcement System ini adalah secara berautomasi dan ia juga dijangka akan dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya, mengikut hasil kajian dan juga hasil pelaksanaan di negara-negara lain yang telah pun melaksanakannya.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, suka saya menjawab sekali gus dua soalan yang bertindih iaitu soalan yang berkaitan dengan PKFZ yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang menunjukkan keprihatinannya sama ada saya akan mengundur diri ataupun tidak. Saya rasa undur atau tidak undur itu tidak ada kena mengena dengan komitmen kita untuk menangani isu PKFZ.
Dalam hal ini, suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa dalam pelaksanaan projek PKFZ, terdapat empat buah syarikat yang berupa Special Purpose Vehicle (SPV) yang telah pun ditubuhkan oleh turnkey contractor, Kuala Dimensi Sdn. Bhd.
(KDSB).
Dato' Sri Ong Tee Keat
Keempat-empat SPV yang dimaksudkan adalah Special Port Vehicle Berhad, Transhipment Mega Hub Berhad, Free Zone Capital Berhad dan Valid Venture Berhad.
SPV ini ditubuhkan untuk tujuan mewujudkan bon dengan izin bagi pembangunan projek PKFZ. Keempat-empat SPV ini telah pun menandatangani perjanjian dengan KDSB sebagai assigning dan LPK iaitu Lembaga Pelabuhan Kelang juga telah bersetuju membuat bayaran terus kepada SPV berkenaan.
Beralih kepada soal pembayaran yang tertera dalam Kertas Statut yang berkenaan. Suka saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Jemaah Lembaga LPK dalam mesyuarat khasnya pada 30 Jun tahun lalu, antara lainnya telah pun membincangkan bayaran ketiga sebanyak RM660 juta kepada SPV yang dimaksudkan.
LPK telah meminta pandangan dari Tetuan Skrine & Co. iaitu pihak pakar perundangan yang diupah oleh LPK berkaitan dengan isu pembayaran kepada SPV ini. Mengikut perakuan yang dibuat oleh pihak peguam sama ada LPK menangguhkan pembayaran itu ataupun membayar separuh, ia perlu mengambil kira adanya elemen-elemen tertentu yang pada ketika itu masih lagi dalam siasatan. Iaitu elemen kerja-kerja yang tidak buat tetapi dikemukakan tuntutannya ataupun apa yang digelar sebagai fraudulent claim, dengan izin dan juga double claims, dengan izin.
Tambahan pula kegagalan LPK membuat bayaran boleh mengakibatkan legal proceeding, dengan izin diambil oleh KDSB ataupun SPV nya terhadap LPK. Ini semuanya diambil kira dan Jemaah Lembaga LPK setelah mempertimbangkan pandangan perundangan, maka ia telah pun memutuskan agar menangguhkan pembayaran projek PKFZ kepada KDSB sehingga Jawatankuasa Khas Projek Pembangunan PKFZ menyiapkan kajian dan siasatannya.
Pada ketika itu, pada pengetahuan saya, hasil laporan dan siasatan yang dimaksudkan itu dijangka akan siap pada 10 Ogos tahun 2009. Akan tetapi pada 6 Julai, disebabkan adanya rayuan daripada pemegang amanah kepada pemegang-pemegang bon yang kita kira mereka ini tidak terbabit langsung dalam kes ataupun pertikaian KDSB. Pada masa yang sama dengan adanya arahan dari Kementerian Kewangan, maka pembayaran telah pun dibuat oleh LPK kepada KDSB.
Suka saya jelaskan di sini bahawa nasihat dan arahan yang diberi oleh pihak Kementerian Kewangan itu sesungguhnya adalah satu-satunya tindakan yang mengambil kira perlunya kita memelihara kredibiliti dan keyakinan pelabur-pelabur khasnya fund managers, dengan izin, terhadap pasaran bon tempatan kita...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti, nanti dahulu Yang Berhormat. Walaupun demikian, dengan membuat bayaran tersebut, suka saya tegaskan bahawa ia tidak sekali- kali menidakkan tindakan perundangan yang ketika itu telah pun diambil oleh LPK terhadap KDSB dan kes yang berkenaan pada masa kini tengah berjalan. Inilah serba sedikit tentang adanya unsur-unsur yang di luar dugaan dan kenapa pihak LPK membuat bayaran sebanyak RM660 juta itu walaupun litigasi kes itu masih lagi berjalan. Ya, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Ipoh Timur tidak ada di sini dan Ketua Pembangkang pun tidak ada di sini. Jadi, saya terpaksa memajukan beberapa persoalan yang kalau pun saya tidak berapa bersedia untuk mengadakan perbahasan ini. Akan tetapi yang jelasnya daripada apa yang saya perhatikan sebentar tadi Yang Berhormat Menteri, satunya, istilah Special Purpose Vehicle (SPV) ini telah menjadi satu dengan izin, bad word lah dalam dunia corporate finance. Kita secara jelasnya dalam menjadikan ia satu istilah yang satu hari nanti cukup dibenci, itu satu rakaman saya.
Keduanya, pada asalnya LPK setelah memerhati dan menghitung bahawa di sana ia tidak layak dibuat bayaran itu justeru kerana Kuala Dimensi tidak memenuhi apa yang dikatakan sebagai requisite ataupun requirement compliance yang menyebabkan mereka itu layak dibayar. Maka ternyata atas perhitungan bond holders, akhirnya kerajaan semacam menekan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk membayar. Apa yang nyata bagi saya, di sana suatu masa dahulu pertikaian tentang jaminan yang diberikan oleh
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
kerajaan itu nampaknya memanglah tepat seperti mana yang dirakamkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan beberapa MP yang lain.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya kira pada akhirnya in the final analysis, dengan izin, the tax payers is short changed ataupun dengan izin, pembayar cukai juga dan rakyat juga serta orang awam juga yang terpaksa bail out, kalau saya boleh sebutkan istilah itu kerana mereka tidak layak sebenarnya untuk diberikan bayaran sebanyak kuantum RM666 juta yang disebutkan sebentar tadi. Jadi atas kesemua perkara ini Tuan Pengerusi, perlu ada satu...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat saya rasa ini terkeluar daripada skop Jawatankuasa kita ini Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya, tetapi saya meminta Yang Berhormat Menteri membuat pengakuan tentang iktibar pengajaran-pengajaran yang perlu dibuat. Terima kasih.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat tadi memang cuba hendak meyakinkan saya seolah-olah saya ini belum diyakinkan lagi. Sebenarnya pendirian saya dalam menangani isu ini cukup jelas dan apa yang berlaku saya rasa terpanggillah untuk menjawab butir-butir yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tidak kisah dari mana parti sekalipun, itu kerja saya. Atas nama ketelusan, itulah sebabnya saya nyatakan ini secara terperinci dan bukannya secara umum dan apa yang mustahak sekarang ini bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini dan bukannya kita hendak menyingkap kembali kepada ini patut atau tidak, projek ini dilaksanakan. Itu memanglah, sudah lama kita berhujah.
Sebelum ini dalam Dewan yang mulia ini, pernah juga saya berhujah dan kawan- kawan yang lain pun sibuk berdebat pada ketika itu. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai jalan keluar, sebenarnya Jemaah Menteri telah pun menubuhkan satu panel khas yang diketuai oleh KSN kita untuk menangani isu PKFZ ini. Antara terms of reference atau bidang tugasnya yang dikenalpastikan itu termasuk kaedah-kaedah ataupun cara-cara turnaround, untuk menghidupkan kembali projek ini supaya ia berdaya maju, itu adalah dijangka dalam sebulan dua ini, hasil laporannya akan dapat dimuktamadkan. Jadi setakat ini, belum lagilah saya maklumkan kepada Yang Berhormat, apa kaedah yang konkrit tetapi sebenarnya dalam kebelakangan ini, pelbagai kemungkinan telah pun dikaji, kaji sedalam- dalamnya.
Pada masa yang sama, sukalah saya maklumkan kepada Yang Berhormat, walaupun hutang itu, ada orang kata, hutang ini bukan hutang sembarangan ataupun hutang besar tetapi pada masa yang sama, kita tidakkanlah tidak buat sesuatu langsung untuk menyelamatkan projek itu. Dalam setahun kebelakangan ini suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat, berikutan pembentukan tiga panel yang diusahakan oleh kementerian saya pada 10 Jun yang lalu hingga sekarang, yang kita boleh nampak adalah prestasi operasi PKFZ Sdn. Bhd. ini nampaknya ianya telah pun semakin mantap dan pernah juga sekali dua saya umumkan prestasinya secara berkala sebelum ini dan itu hanyalah terhad kepada prestasi operasinya. Maksudnya dengan izin, break even dan selepas itu kalaulah dapat kita buat surpluses, dengan izin ataupun kelebihan keuntungan yang tipis, itu pun satu-satunya kemajuan. Itu memang satu petanda yang baik, tetapi tidakkan kita berpuas hati setakat itu sahaja. Jadi Tuan Pengerusi, saya...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya menyanjungi apa jua yang Menteri telah lakukan dan akan terus lakukan. Cuma yang diminta di Dewan yang mulia ini adalah bagi mereka yang telah melakukan kesalahan dan apa jua dari sudut pengurusan itu, mereka mesti didakwa dan disiasat, itu yang perlu dirakamkan dengan izin. Terima kasih Menteri.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat, itu pun hasrat kita bersama. Saya kira sebab projek ini memakan belanja yang besar yang melibatkan duit rakyat, maka kita semua tidak kisah parti mana sekalipun dan rakyat jelata kita memang harapkan agar duit rakyat itu terpelihara... [Tepuk] Itu memang satu-satunya yang kita harapkan, cuma MOT ini tidak berkuasa untuk memberkas sesiapa, ini perlu saya akuilah dan Tuan Pengerusi setakat ini sahaja yang saya dapat jawab. Kiranya terdapat
Dato’ Sri Ong Tee Keat
butir-butir mana yang tercicir dari perhatian saya, saya minta izin supaya maklumat tambahan dapat diberikan secara bertulis nanti. Sekian.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM50,634,000 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM50,634,000 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM161,000,000 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM161,000,000 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala B.29 dan Kepala P.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Lipis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Bagi Maksud P.29 saya menyentuh Butiran 09100 - Bekalan Air Negeri Selangor. Tuan Pengerusi, baru-baru ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberitahu Dewan bahawa kementeriannya akan menumpukan kepada usaha-usaha meneroka bekalan air di permukaan, iaitu surface water terlebih dahulu sebelum mengorak langkah mengguna sumber air bawah tanah. Saya amat bersetuju dengan pendekatan pihak kementerian dan sehubungan itu ingin menggesa pihak kementerian mempergiatkan usaha-usaha mencari bekalan air di permukaan yang banyak lagi belum diteroka khususnya di negeri Selangor ini.
Kita juga mahu pihak kementerian mendesak pihak Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak melupakan tanggungjawab asal mereka mengekalkan kelestarian sumber tadahan air seperti sungai yang kian hari kian teruk tercemar oleh bahan-bahan sisa buangan seperti sisa buangan ladang ternakan, kebun, sayur-sayuran, minyak diesel dari bengkel kenderaan dan seumpama dengannya. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin meminta pihak Kerajaan Pusat melalui kementerian supaya memberi perhatian serius ke atas usaha menggantikan paip asbestos lama yang berusia hampir setengah abad, kerana saya difahamkan boleh dikatakan kesemua daerah di negeri Selangor dan Kuala Lumpur masih menggunakan paip air yang terlalu uzur ini.
Oleh yang demikian saya tidak bersetuju dengan jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri baru-baru ini di dalam Dewan Rakyat yang mengatakan hanya kawasan- kawasan kritikal sahaja diberi peruntukan segera memandangkan sebenarnya kesemua daerah adalah dalam situasi kritikal dan mendesak peruntukan yang lebih besar untuk semua daerah disegerakan untuk dilaksanakan penggantian paip lama, yang menjadi penyebab utama pelbagai masalah bekalan air yang mengganggu para pengguna di Selangor dan Lembah Klang sejak sekian lama. Sekian, saya menyokong. Terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Merujuk kepada kepala P.29 Butiran 08100 – Bekalan Air ke Pahang dan 09100 - Bekalan Air ke Selangor. Saya ingin meminta supaya kementerian dapat mempercepatkan penstrukturan semula bekalan air di Lembah Klang. Merujuk kepada bekalan air Pahang ke Selangor. Saya ingin mendapat penjelasan di dalam soalan bertulis saya apabila projek ini siap pembinaan aliran air daripada Pahang ke Selangor hanya sebanyak 1.8 juta liter per hari.
Jadi bagi saya, saya kira mungkin agak kecil berbanding dengan projek yang telah siap iaitu daripada Rasa ke Rawang sepanjang 21.5 kilometer yang boleh memberi bekalan air sebanyak 180 juta liter per hari. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian adakah data 1.8 juta per liter itu data yang benar atau tidak kerana kosnya agak besar.
Tuan Pengerusi perkara yang kedua Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional
(SPAN) mendapat peruntukan sebanyak RM15 juta di bawah Kepala B.29 Butiran 06050 – Perbelanjaan Operasi. Jadi saya kira saya menyokong Yang Berhormat Lipis tadi bahawa SPAN dan juga kementerian patut memberi peruntukan untuk menggantikan paip-paip lama untuk memastikan bekalan air yang berkualiti sekurang-kurangnya di Selangor amnya, Lembah Klang khasnya.
Perkara yang ketiga, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta dalam Kempen Tenaga Hijau di bawah Butiran 060600. Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian dalam program untuk memberi kesedaran awam mengenai energy efficiency (EE), renewable energy (RE) dan teknologi hijau ini. Sejauh mana memberi kesan kepada rakyat dan bagaimanakah cara-cara kempen ini dibuat?
Sebagai tambahan saya ingin juga mendapat sedikit penjelasan. Kerajaan telah melancarkan Green Building Index (GBI) pada 21 Mei 2009 sebagai satu indeks penilaian kepada bangunan mesra alam. Apakah kelebihan atau insentif yang diperolehi bagi pemilik bangunan yang mempunyai sijil GBI ini? Juga kepada pembeli bangunan yang mempunyai sijil GBI? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Pendang. Lepas itu Menteri menjawab.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya juga ambil bahagian untuk membahaskan di bawah Kepala 030100 dan juga 09100 di bawah P.29. Dalam hal ini satu perkara yang saya ingin bertanya kepada Menteri adalah berhubung dengan kebersihan air. Saya duduk di Lembah Klang dan mendapati air yang dibekalkan sangatlah kotor. Kita dapat lihat kalau kita memasang penapis. Setelah kita pasang tapis selalunya kita beli daripada Amway ke apa ada dua tiga jenis penapis ini.
Kaum ibu suri rumah tahu sangat hal ini, masalah saya ingat. Yang Berhormat Kota Raja angguk-angguk sahaja bila saya sebut ini.
Selepas dua tiga minggu kita buka penapis itu kita tengok hitam legam. Apa benda alah dalam itu. Kekotoran itu. Jadi kalau kita yang boleh beli tapis ini okey tetapi kepada rakyat, penduduk yang tidak mampu beli macam mana? Minum air yang begitulah keadaannya. Mengandungi berbagai-bagai kekotoran di dalam air itu. Apa akibatnya kepada kesihatan pengguna? Ini sungguh mendukacitakan dan sangat-sangat kita perlu ambil berat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Pasir Salak boleh mencelah sedikit?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh. Ini songkok sudah tidak ada, mana perginya?... [Ketawa]
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Sama dengan Yang Berhormat juga. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, kepada Yang Berhormat Pasir Salak bagi ruang. Saya berminat tentang masalah penapis air ini. Dekat pasaran memang banyak sangat penapis air apa yang dijual oleh pihak jualan langsung dan macam-macam lagi.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Kita pun tidak tahu sebenarnya, yang mana sebenarnya yang mengikut piawaian kementerian. Hendak tanya Yang Berhormat Pasir Salak, adakah setuju kalau kita katakan bahawa yang dijual penapis air ini yang belum tentu mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Saya cukup bimbang nak bawa masuk ke rumah kadang-kadang buat cabutan bertuah, gores menang macam-macam. Ini bukan keraguan, kebimbangan kepada kita. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Salak Dato’ kita ini. Dahulu pakai kopiah juga.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Pengerusi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pendang tadi. Kalau boleh biar ada...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Padang Terap.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Padang Terap minta maaf.
Pasal dahulu dia lain rupa sekarang sudah lain jadi saya tersilap pandang. Jadi saya setujulah kalau boleh kerajaan memastikan bahawa penapis yang berkualiti mengikut standard yang perlu bagi memastikan bahawa ianya betul-betul dapat menapis air yang digunakan itu dengan berkesan. Itu bab penapislah tetapi yang bekalan air yang kotor ini daripada mana puncanya, apa sebabnya dan sebagainya.
Pihak syarikat pembekalan air ini dapat duit banyak-banyak concession, concessionaire. SYABAS, lagi apa? Puncak Niaga. Dato’ Razali Ishak ini sudah jadi billionaire sudah dengan Puncak Niaga dia, SYABAS dan sebagainya. Kita berbangga jugalah kejayaan seorang usahawan bumiputera yang kata Dasar Ekonomi Baru tidak berjaya, Dasar Ekonomi UMNO itu tidak elok dan sebagainya. Tengok, ramai yang berjaya tetapi...
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kita pakai air kotor!
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dalam pada itu kita ingin mengingatkan pada mereka pengusaha ini, pemilik syarikat ini supaya buat kerjalah secara bertanggungjawab dan ingat sedikit social responsibility beliau, jangan ingat komersial sahaja. Jangan ingat kepada profit making only kerana tidak berkat esok berapa banyak duit dapat pun. Betul tidak? Itu satu.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi untuk itu saya rasa peruntukan yang secukupnya perlulah diperuntukkan berapa banyak sekalipun oleh kementerian bagi menukar. Saya setuju saya sokong tadi cadangan supaya ditukar paip-paip itu semua tetapi apabila beri kontrak tukar paip, janganlah beri kroni-kroninya termasuk kroni pembangkang pun ada juga di Selangor...
[Ketawa] Selangor, Kerajaan Pakatan pun banyak juga kroninya saya dengar. Tan Sri Menteri Besar sekarang ini banyak juga dia punya songehnya. Tanya orang UMNO atau tidak, Barisan Nasional atau tidak, kalau hendak minta projek. Kalau orang bukan Pakatan tidak boleh dapat pula. This is the problem pasal bekalan air ini banyak datang dari negeri Selangor. Kuasa Menteri Besar Selangor sungguh kuat sekali.
Saya difahamkan umpamanya perbekalan air oleh Sime Darby. Syarikat Sime Darby bercadang untuk membekalkan air bawah tanah dari Ulu Bernam, Batang Padang ke Selangor. Sehingga hari ini tidak boleh hendak selesai lagi agreement, perjanjian dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor. Jadi ini Kerajaan Negeri Selangor pun saya hendak ingatkan, jangan banyak sangat promisenya. Esok yang susah rakyat juga, bukan? Jadi itu peringatan yang perlu juga kita beri kepada sesama kita. Barisan Nasional pun kita ingatkan dan juga Pakatan.
Selain daripada itu Tuan Pengerusi, SPAN atau spongekah? Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional... [Disampuk] Negara? Saya... Bila saya bercakap selalu macam itu..., krong krek krong krek...
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Selamat datang kepada Tuan Pengerusi. Saya tengah bercakap kerana hendak tambah sedikit berkenaan dengan bekalan air, peranan suruhanjaya SPAN. Saya difahamkan SPAN ini mempunyai satu bidang kuasa yang amat besar sekali kerana ianya akan menguasai aset-aset kepada syarikat-syarikat air. Urusan pembelian aset-aset untuk water treatment, distribution dan sebagainya itu yang memakan belanja berbilion-bilion ringgit. Syarikat-syarikat pembekalan air akan bergantung kepada suruhanjaya untuk membiayai semua peralatan ini. Saya mendapat maklumat ada syarikat-syarikat air yang menghadapi masalah dengan pihak eksekutif di SPAN ini yang juga banyak songehnya.
Itulah inilah, itulah inilah. Jadi kerja jadi lambat dan apabila lambat, makanya bekalan air juga terjejas. Jadi saya harap kementerian akan memastikan bahawa red tape ataupun birokrasi ataupun penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan sebagainya tidak berlaku di pihak SPAN – satu suruhanjaya yang sangat besar dan berkuasa menguasai pembiayaan berbilion-bilion ringgit.
Selain daripada itu Tuan Pengerusi, last sekali saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan underground water project oleh Sime Darby Water Resources. Saya mendapat maklum bahawa Sime Darby telah pun menandatangani satu perjanjian concession dengan Kerajaan Negeri Perak untuk membekalkan air bawah tanah ke Lembah Klang, Selangor dan juga Kuala Lumpur. Sime Darby telah membelanjakan wang yang begitu banyak sekali, beratus-ratus juta ringgit mencari gali dan juga membuat kerja-kerja penyelidikan yang dibuat untuk menjayakan projek ini. Pihak Kerajaan Negeri Perak telah pun memberikan kebenaran dan menandatangani perjanjian.
Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa syarikat Sime Darby sehingga hari ini tidak dapat lagi kepastian daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk pembekalan air ini.
Jadi bagaimana kedudukan yang sebenarnya? Adakah kementerian akan memberikan juga keutamaan kepada pembekalan air dari bawah tanah? Adakah ini satu perkara yang tidak penting, yang telah silap keputusan dibuat bagi Sime Darby melaksanakan projek ini? Ataupun mengikut kajian pihak kementerian bahawa bekalan air di permukaan tanah ini tidak cukup dalam masa jangka panjang? Ini perlu jelas kerana orang awam seperti saya dan juga di luar sana mungkin tidak begitu faham. Pakar-pakar air ada mengatakan bahawa negara kita Malaysia ini sangat sedikit peratusannya, tidak sampai dua.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Minta tolong ringkaskan Yang Berhormat. Kita belum habis setengah pun.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lagi setengah minit sahaja, Tuan Pengerusi. Iaitu penggunaan air di bawah tanah sangat kecil peratusannya dibandingkan negara-negara Barat atau beberapa negara lain yang peratusannya tinggi.
Sebenarnya sumber air bawah tanah itu juga boleh menjadi punca yang membantu menyelesaikan masalah bekalan air. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sebenarnya saya begitu tertarik dengan ucapan daripada Yang Berhormat Pasir Salak tadi.
Kebetulan pointnya yang sama, saya ingin memberikan beberapa input tambahan di bawah perkara 09100 iaitu Bekalan Air untuk Selangor di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Saya juga berminat dengan isu ground water ini sebab apabila Yang Berhormat Lipis memberi penjelasan tadi, mengatakan Yang Berhormat Menteri telah membuat satu polisi yang tidak menggunakan ground water ini sebagai sumber air negara.
Saya mendapat maklumat daripada pakar-pakar yang terlibat dalam industri air ini supaya kerajaan memikirkan semula sumber alternatif iaitu ground water yang mempunyai kapasiti yang hampir sama dengan surface water, dengan izin.
Jadi sebenarnya polisi itu tidak ada tetapi apabila peruntukan diberi oleh kerajaan, saya meminta supaya pihak kerajaan mengkaji semula tentang penggunaan air bawah bumi ini kerana ia mempunyai kemampuan dan kapasiti yang cukup baik. Seperti mana research dan juga hasil yang dibuat oleh Sime Darby yang disebut oleh Yang Berhormat
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Pasir Salak, itu memang betul iaitu penggunaan air ground water di negara kita baru mencecah 1% sahaja sedangkan kapasiti kita mempunyai hampir 50%. Bermakna hampir sama banyak antara surface water dengan ground water. Akan tetapi oleh kerana mendapat bantahan daripada syarikat konsesi yang mengendalikan air sebab tidak ada di dalam terms of reference perjanjian mereka mengenai air bumi ini, jadi berlaku pertelingkahan mengenai apa yang disebut Yang Berhormat Pasir Salak. Mungkin Yang Berhormat Pasir Salak tahu tetapi dia minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya difahamkan pihak SYABAS tidak memberikan kebenaran ataupun berlaku konflik supaya Sime Darby tidak mengizinkan.
Jadi saya minta penjelasan adakah perkara ini merupakan polisi kerajaan? Saya minta supaya bajet tambahan yang diberi di bawah peruntukan teknologi hijau sebab apabila saya melihat laman rasmi kementerian menjelaskan juga bahawa di bawah teknologi hijau ini ada bahagian research berkaitan isu air. Jadi adakah peruntukan RM1.5 juta bajet tambahan yang diperuntukkan pada kali ini boleh pihak kerajaan memasukkan untuk R&D bagi ground water atau air bumi ini? Ini supaya negara kita yang sedang mengalami krisis air dari semasa ke semasa termasuk beberapa negeri iaitu Kedah, Negeri Sembilan dan juga negeri-negeri di Selatan yang baru-baru ini menghadapi krisis air yang begitu tenat sekali.
Jadi saya rasa kena ada satu. Sekurang-kurangnya bajet tambahan ini dijadikan bajet untuk R&D ground water kerana saya juga mendapat maklumat sebab semua Ahli Parlimen saya rasa dihantar bahan-bahan dari persatuan pengguna yang mempertikaikan soal penggunaan ground water ini.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Jadi, adakah Persatuan Pengguna ini kuat sehingga boleh memberikan pandangan dan membentuk polisi kerajaan kerana mengambil maklumat berkenaan penggunaan ground water ini terlalu banyak jadi akan menjejaskan termasuk di Amerika Syarikat. Jadi peruntukan RM1.5 juta untuk teknologi hijau ini, adakah pihak kementerian boleh memperuntukkan sebahagian untuk pakar-pakar membuat kajian berkaitan dengan soal ground water ini. Akhir sekali ialah berkaitan dengan soal SPAN tadi saya minta peruntukan sebanyak RM15 juta ini adakah boleh diberikan perincian sebab di sini kita tidak nampak apakah perincian RM15 juta peruntukan tambahan itu. Jadi, kalau boleh pihak Menteri memberikan sedikit butiran yang lebih terperinci berkaitan dengan penggunaan RM15 juta. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan saya kesempatan pada kali ini. Maksud B.29 saya hendak sentuh hanya perkara berhubung dengan SPAN iaitu RM15 juta peruntukan tambahan.
Seperti mana yang kita bahaskan pada sesi yang lepas iaitu Akta 655 di mana SPAN diberikan kuasa bebas untuk mengawal selia perkhidmatan bekalan air, mengawal selia sistem pembetungan dan kawal selia ekonomi dan sosial. Jadi, daripada RM15 juta ini saya ingin - dan perbahasan yang hangat juga pada sesi yang lepas berhubung dengan ada negeri-negeri yang ternyata tidak berapa enak dengan penubuhan SPAN ini. Saya hendak tahu masih adakah negeri-negeri itu tidak bersetuju dengan penubuhan SPAN dan pada mulanya ada negeri yang menentang.
Kemudian, saya ingin tahu apakah sumbangan setakat ini yang dapat diberikan oleh SPAN dalam meningkatkan peningkatan pemberian bekalan air kepada negeri-negeri kerana salah satu daripada tugas SPAN ini adalah untuk mengurangkan NRW (non- renewable water) kerana kita tahu proses untuk meningkatkan perkhidmatan air ini cukup besar belanjanya. Misalnya di negeri Kedah kita terpaksa ataupun Kedah terpaksa berhutang RM1.6 bilion tidak silap saya dari segi untuk meningkatkan perkhidmatan air kepada rakyat di negeri Kedah dan juga apakah RM15 juta ini termasuk di dalam janji yang telah diberikan oleh Perdana Menteri yang lalu berhubung dengan pampasan alam sekitar
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
yang dijanjikan kepada Kerajaan Negeri Kedah supaya tidak menebang hutan ataupun kawasan tadahan air sebanyak RM100 juta bagi setahun. Apakah RM15 juta ini termasuk di dalam kos ini? Kemudian, saya juga ingin tahu Forum Air Malaysia juga terletak di bawah SPAN ini, berapakah banyak aduan yang telah diterima oleh Forum Air Malaysia ini?
Apakah jenis-jenis aduan yang telah dilontarkan di dalam Forum Air Malaysia ini dan juga berapa banyakkah kes-kes yang diselesaikan oleh Forum Air Malaysia ini?
Berhubung dengan kempen teknologi hijau RM1.5 juta. Apakah bentuk dan jenis kempen yang telah dijalankan oleh kementerian di dalam mempromosikan teknologi hijau setakat ini kerana kita hanya mendengar teknologi hijau, apakah promosi ataupun kempen yang telah dilancarkan? Seperti yang pernah saya cadangkan iaitu penggunaan air di dalam kita menjalankan kenderaan. Apakah ini merupakan salah satu daripada perkara yang masuk di dalam kementerian ini untuk kita mempromosikan atau melaksanakan kerja- kerja menggunakan air sebagai bahan bakar dalam kenderaan. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya menjemput Yang Berhormat Menteri. Jikalau perkara itu tidak ada bersangkutan dengan soalan yang dibangkitkan di dalam ini, bolehlah beri jawapan bertulis, yang lain yang relevan itu bolehlah.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada peringkat Jawatankuasa ini dan terdapat juga beberapa rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara yang di luar daripada kepala melalui pembekalan tambahan ini. Mana-mana yang terkeluar daripada tajuk saya insya-Allah akan hantar jawapan secara bertulis untuk meringkaskan masa.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang ada di dalam buku, sebenarnya hanya RM16.5 juta sahaja yang terlibat dalam perbelanjaan mengurus kementerian ini dalam tambahan kedua ini dan RM15 juta ini untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sebagai baki geran pelancaran yang dijanjikan RM50 juta awal semasa penubuhan pada 2007. RM1.5 juta itu adalah untuk sektor teknologi hijau untuk kita mengadakan kempen-kempen dan promosi memandangkan teknologi hijau adalah merupakan satu sektor baru tetapi sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi dan juga untuk kehidupan masyarakat yang lebih mapan dan lestari.
Menyentuh kepada Yang Berhormat Kuala Kedah berkenaan dengan isu sumber air bawah tanah yang sedang rancak dilaksanakan oleh Sime Darby di Batang Padang misalnya. Sebenarnya isu berkenaan sumber air bawah tanah ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan apa yang dilaksanakan di Batang Padang itu adalah antara Sime Darby Industries dengan pihak Kerajaan Negeri Perak sendiri. Maka dengan itu saya tidak dapat untuk memberi banyak komen ataupun maklum balas.
Secara dasarnya juga air tanah ini adalah juga rizab masa hadapan bagi sumber air. Usaha yang dibuat pada masa ini adalah untuk mengesan kawasan-kawasan air tanah sahaja dan kita cuba lindungi daripada pencemaran. Kita dahulukan sebagaimana pendapat kementerian sebelum ini kita dahulukan dengan surface water kita jaga catchment area dan juga kita jaga pastikan kawasan-kawasan tadahan itu tidak terus tercemar.
Begitu juga dengan Yang Berhormat Kuala Lipis mengenai peruntukan paip lama untuk digantikan di negeri Selangor di mana saya pernah menyatakan walaupun negeri Selangor belum masuk kepada rejim baru penstrukturan semula air tetapi peruntukan untuk penggantian paip air Selangor di bawah dana SYABAS mengikut perjanjian konsesi sepanjang tahun 2005-2007 sudah dilaksanakan lebih daripada RM400 juta dan program penggantian paip ini akan terus dibiayai pada tahun ini di bawah peruntukan projek-projek
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah Kasnon
kritikal. Jadi, mereka akan meneruskan kerja-kerja penggantian paip ini tetapi mengikut prioriti keutamaan yang mana lebih kritikal.
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Minta penjelasan.
Puan Noriah Kasnon
Tadi tidak bangun. Ini isu apa Yang Berhormat?
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Isu penggantian paip. Minta maaf ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya proposal untuk menukar paip ini, saya hendak tanya apakah paip yang digunakan sebab jika tidak silap saya paip yang digunakan adalah paip PE bukan? Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa paip PVC jauh lebih murah daripada paip PE walaupun ada persepsi bahawa paip PVC adalah beracun tetapi ini adalah persepsi yang palsu.
According to banyak research daripada beberapa negara termasuk negara Jepun, in fact jika paip PVC actually is no difference from paip PE in terms of using to carry water.
In fact, jika tidak salah saya sampai hari ini kononnya untuk ubat di hospital kita masih menggunakan container PVC. So, I want to know is there ada cadangan untuk menukar the usage of the paip. Terima kasih.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat, tidak bangkit. Ini merupakan, yang ditimbulkan ini adalah perkara baru. Jadi, kalau sesuai mengikut tajuk, kita utarakan dalam Bajet 2010 nanti ataupun saya mohon untuk hantar jawapan secara bertulis.
Satu lagi daripada Yang Berhormat Hulu Langat yang telah memohon penjelasan tentang jumlah kualiti air mentah yang dibekalkan oleh Penyaluran Projek Air Mentah Pahang-Selangor. Saya kira projek-projek yang disebutkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen tadi banyaknya juga adalah tidak termasuk dalam program-program yang disenaraikan yang token RM10 itu.
Sebenarnya ia ada spesifik, projek-projek itu dan tidak termasuk pada projek PPAMPS (Penyaluran Projek Air Mentah Pahang-Selangor). Mungkin dalam forum yang lain saya boleh berikan secara lebih terperinci. Akan tetapi saya hendak nyatakan satu sahaja bahawa jumlah yang tepat bekalan air yang akan dikeluarkan daripada projek ini adalah sebanyak 1,890 juta liter sehari air mentah dan bukan sebagaimana kenyataan sebelum ini.
Yang Berhormat Hulu Langat juga menyentuh tentang kelebihan dan insentif GBI
(Green Building Index) yang diberikan kepada pemilik. Ini juga saya kira tidak ada secara spesifik disentuh dalam butiran mana-mana kepala butiran dalam bajet. Jadi, saya mohon secara bertulis walaupun ada jawapan di sini.
Yang Berhormat Pasir Salak juga menyatakan bahawa SPAN mempunyai bidang kuasa yang sangat besar dan mempunyai projek-projek yang berjumlah berbilion yang dinyatakan tadi dan supaya dapat dikawal dan tidak diserahkan kepada kroni-kroni sahaja, Tuan Pengerusi.
Saya ingin nyatakan di sini bahawa SPAN adalah sebuah badan kawal selia yang ditubuhkan melalui dua akta iaitu Akta Industri Perkhidmatan Air Negara dan juga Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. SPAN ini sebenarnya mesti bebas. Kalau kita masih ingat perbahasan ia adalah sebuah badan bebas perlu bebas dan tidak boleh terlibat dalam mengoperasi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Operasi-operasi tersebut akan terus kekal di bawah pengendalian syarikat operator air di negeri masing-masing.
Tentang pengambilan CAPEX pula...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Puan Noriah Kasnon
Ataupun pengambilan aset-aset sekiranya negeri-negeri berkenaan memasuki rejim baru di bawah penstrukturan semula air ini ia adalah di bawah PAAB ataupun Pengurusan Aset Air Berhad.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Menyampuk]
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan bukan SPAN. Jadi, untuk meringankan operator bagi memberikan mereka fokus pada servis dan juga kualiti air sahaja, mereka beroperasi secara aset lain dan asetnya dipajak ataupun disewa pajak oleh PAAB yang akan memberi fokus pada CAPEX. Itu antara tujuannya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja penjelasan. Saya ingin membetulkan apa yang saya sebutkan tadi tentang bilion-bilion aset yang akan dibiayai oleh SPAN itu. Saya kata janganlah esok kalau kroni-kroni yang dapat. Kroni sini bukan kroni Menteri ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Selalunya kroni adalah pegawai di dalam itu. Ini dalam pelaksanaan ini kadang-kadang Menteri yang kena, kerajaan yang kena,Yang Berhormat kena tetapi yang banyak melakukan menyebabkan timbul masalah dalam pengagihan kontrak-kontrak ini ialah pihak-pihak pegawai yang pelaksana itu.
Jadi, ini yang mesti dijaga. Jangan esok, CEO kah atau COO kah ataupun apa- apa ‘O’ lagi, mereka yang paling berkuasa yang hendak menilai kontrak, menilai tender, harga ubah itu, ubah ini, mereka. Bukan Menteri tetapi yang menjadi sasaran esok ialah Menteri. Di depan itu… [Menunjukkan kepada blok pembangkang] Hendak tuju kepada Menteri sahaja… [Ketawa] Berjaga-jaga sedikit…
Puan Noriah Kasnon
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagi kita, kita jaga sebelah mereka, mereka punya pasallah dia hendak jaga atau tidak, di Selangor itu… [Ketawa]
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak yang begitu prihatin tentang keadaan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini.
Seperti mana yang saya nyatakan tadi bahawa SPAN tidak boleh terlibat dalam satu bentuk perniagaan yang boleh disubkan kepada mana-mana, yang saya katakan tadi yang terlibat dalam CAPEX ataupun aset adalah PAAB dan bukan SPAN.
SPAN adalah satu badan kawal selia yang antara servis atau khidmatnya adalah untuk memberikan lesen mengeluarkan lesen kepada individu, kepada badan swasta, memberikan lesen pada sistem bekalan air dan sistem pembetungan. Kemudian menerima pelan-pelan perniagaan daripada operator-operator air dan pihak berkuasa air negeri termasuk yang belum dimasukkan dalam rejim baru dan juga mendaftarkan orang-orang yang berkelayakan seperti jurutera dan arkitek. Mereka mesti kalau terlibat dalam industri air dan pembetungan ini mereka mesti berdaftar di bawah SPAN dan juga pendaftaran kontraktor.
Hari ini seramai lebih 7,000 orang kontraktor bekalan air dan pembetungan telah diberikan permit iaitu lesen dan permit dan juga pendaftaran produk. Jadi, saya tidak nampak ada projek besar-besar yang boleh di...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Noriah Kasnon
Tidak habis jawab lagi. Okey, silakan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya mahu penjelasan yang lebih konkrit daripada apa Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan bahawa SPAN tidak terlibat.
Sementara dalam SPAN, terms of referencenya itu adalah antara lain bertanggungjawab mengeluarkan lesen daripada dahulunya konsesi, sistem rejim lama pada sistem rejim baru.
Jadi, soalan saya adalah tatkala di Selangor ini ada empat pemegang konsesi, Abbas, Splash, Syabas, dan Puncak Niaga. Soalannya apa akan jadi ketika dua menerima dan dua lagi menolak? Apakah persoalan pemberian pertukaran pada rejim baru ini akan akhirnya diberi kepada kerajaan negeri untuk memenuhi matlamat penstrukturan semula rejim yang holistic dengan izin, yang seperti mana yang dihajatkan oleh SPAN pada matlamat asalnya. Terima kasih.
Puan Noriah Kasnon
Isu penstrukturan air Selangor ini banyak sangat campur tangan, banyak sangat buah fikiran. Itu sebab sehingga sekarang berlanjutan. Sepatutnya selesai dalam berbulan-bulan, tetapi saya tidak dapat menjawab sekarang Yang Berhormat Kuala Selangor sebab sekarang perkara itu masih lagi dalam perundingan. Kita bagi pihak kementerian cuma ingin menyatakan di sini bahawa kita mintalah Kerajaan Negeri Selangor secara serius berbincang walaupun sudah banyak kali berbincang. Akan tetapi kali ini saya difahamkan mereka berbincang secara terus dengan pihak konsesi yang kami pun tidak terlibat sama.
Jadi, saya harap sekurang-kurangnya pada penghujung kita sudah dari penghujung bulan Disember, penghujung bulan dua, penghujung bulan Mac, ini sudah penghujung bulan empat, saya tidak tahu bila. Jadi untuk menjamin kepentingan pengguna, saya harap akan ada satu dateline yang betul-betul serius oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Saya dari Selangor.
Untuk makluman semua sebab nampak RM15 juta itu macam besar tetapi ingin saya nyatakan di sini sebenarnya duit RM15 juta ini sebenarnya semasa penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada tahun 2007 semasa kita meluluskan dua akta tempoh hari Akta 654 dan Akta 655 itu, kerajaan sudah meluluskan geran pelancaran kepada SPAN sebanyak RM50 juta. Sebenarnya duit itu belum lagi diberikan secara penuh.
Ia staggered, berperingkat-peringkat. Jumlah RM15 juta inilah baki akhirnya yang kita hendak gunakan untuk operasi bukannya untuk yang lain-lain ini yang kita bimbangkan tadi untuk tampung overhed dan juga untuk tampung pengurusan harian SPAN sepanjang tempoh 2009.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Penjelasan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Noriah Kasnon
Sudah hendak habis, hampir habis, ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Habis, ya? Sedikit sahaja.
Puan Noriah Kasnon
Okey.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kalau suruhanjaya itu tidak ada banyak kerjanya, mengapa banyak sangat duit yang dimintanya?... [Ketawa]
Puan Noriah Kasnon
Siapa kata tidak banyak kerja?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Timbalan Menteri kata menyelia-menyelia sahaja.
Puan Noriah Kasnon
Menyelia itu mengawal selia.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Menyelia, tengok-tengok sahaja apa?
Puan Noriah Kasnon
Oh, tidak semudah itu Yang Berhormat. Ini kerana kita juga meluluskan lesen dan permit daripada kontraktor, daripada konsultan, daripada syarikat perumahan. Banyak sebenarnya Yang Berhormat. Akan tetapi, nantilah mungkin pada satu masa yang sesuai, saya ingin mengajak SPAN untuk mengadakan taklimat khas kepada Ahli-ahli Parlimen untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ini pun habis sahaja geran pelancaran ini, saya difahamkan SPAN terpaksa berdiri atas kaki sendiri untuk mencari kewangan melalui kutipan bayaran lesen, fi dan juga permit...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
...Jangan berisi sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Puan Noriah Kasnon
Sorry?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat... Yang Berhormat nampak jawapannya sudah terlalu panjang Yang Berhormat.
Puan Noriah Kasnon
Ya, sudah panjang.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dapat soalan sedikit sahaja tadi.
Puan Noriah Kasnon
Okey, saya pun tadi tidak bercadang hendak jawab benda yang tidak termaktub di dalam butiran ya. Jadi saya harap itu sahajalah yang saya dapat jawab. Mana-mana yang masuk dalam butiran tetapi saya terlepas pandang, insya-Allah saya akan hantar jawapan secara bertulis.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Kempen teknologi hijau.
Puan Noriah Kasnon
Teknologi hijau... Untuk teknologi hijau ini Tuan Pengerusi, sebenarnya yang dipohon adalah sebanyak RM1.5 juta dan ia digunakan satu semasa pelaksanaan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara pada akhir bulan Julai. Kemudian ia termasuklah juga dengan penyelidikan-penyelidikan teknologi hijau, bengkel-bengkel, exhibition dan seminar, usaha sama kementerian bersama MITI dan MATRADE, bengkel- bengkel workshop bersiri dengan pihak players yang terlibat, pihak stakeholders.
Saya kira termasuk juga satu road show bersama dengan pelajar-pelajar universiti dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah untuk menerapkan budaya mencintai alam hijau ini.
Saya kira RM1.5 juta ini memang sudah habis dibelanjakan untuk tujuan kempen tahun 2009, kerana teknologi hijau adalah perkara baru dan memang memerlukan satu kewangan yang agak besar untuk menjangkau pemahaman ini ke peringkat akar umbi. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM16,500,000 untuk Maksud B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM16,500,000 untuk Maksud B.29 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM50 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM50 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Maksud P.30 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009 – Tuan Pengerus
Maksud P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM49,866,020 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM49,866,020 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Maksud B.31 dan Maksud P.31 di bawah Kementerian Pelancongan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Kelana Jaya.
Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak refer kepada Maksud B.31 - Butiran 050700 mengenai penyertaan negara Malaysia dalam Shanghai World Expo 2010.
Pertama sekali saya hendak bertanya, adakah Malaysia melakukan kegiatan pre- expo ataupun pre-expo publicity untuk menarik perhatian lebih kepada penyertaan Malaysia dalam Shanghai World Expo 2010 ini? Saya bertanya mengenai hal ini kerana ketika saya berada di Shanghai satu bulan lepas, saya tidak melihat adanya indikasi participation of Malaysia. Sebaliknya negara-negara jiran kita seperti Singapura dan Indonesia telah mendapat publisiti dan introduction di interactive screen pada setiap teksi di Shanghai.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan lanjut yang telah kita lakukan untuk menarik perhatian lebih kepada pameran kita di Shanghai World Expo 2010? Ini kerana, sebagaimana kita ketahui event ini merupakan satu peluang yang baik dan penting bagi kita untuk showcase negara kita kepada satu dunia. Saya yakin bahawa pameran kita menjadi sesuatu yang besar di expo ini.
Saya hendak tanya ialah target apa yang kita ingin capai in terms of the numbers of visitors - bolehkah kita target menjadi pameran yang terpopular di antara Asia Tenggara?
Yang lebih penting lagi, saya merangkap bahawa kementerian mengharapkan impak yang positif daripada penyertaan dalam expo ini. Sila beritahu kita berapakah target untuk:
(i) percentage peningkatan pelancongan kepada negara kita;
(ii) percentage peningkatan permohonan My Second Home Program; dan
(iii) percentage peningkatan untuk FDI.
Sila list down impak positif yang lain kita capai dan apabila kita berhasil mencapai target ini, apakah inisiatif untuk mereka yang berpartisipasi dalam ini? Juga apabila kita gagal mencapai target ini, pihak manakah yang akan bertanggungjawab kepada kegagalan ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, kita minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya kerana menyentuh tentang penyertaan negara kita di Shanghai World Expo 2010.
Shanghai World Expo 2010 adalah pameran bertaraf dunia yang diadakan setiap empat tahun sekali. Shanghai World Expo 2010 kali ini akan diadakan mulai daripada bulan Mei hingga bulan Oktober di Shanghai, China dan dijangka akan dikunjungi oleh beratus juta orang pelawat dari negara China dan seluruh dunia.
Expo ini merupakan peluang terbaik bagi setiap negara yang menyertai untuk memperkenalkan dan mempromosi keunikan negara masing-masing terutama produk- produk pelancongan. Sub-tema - Astaka Malaysia di Shanghai World Expo 2010 telah pun diformasikan kepada Harmonized City Living bagi memaparkan keharmonian masyarakat majmuk dalam kehidupan harian, rekreasi, sukan, kebudayaan dan kesenian.
Jumlah wang RM20 juta bagi penyertaan expo itu adalah untuk kos pembinaan Astaka Malaysia di Shanghai. Sebenarnya jumlah kos untuk semua ialah RM35 juta - yang lain itu adalah kos operasi, kos penyertaan agensi-agensi lain seperti MATRADE, Malaysian Timber Council, MPOC, Kraftangan Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara. Dan juga kos pameran serta hari kebangsaan yang juga akan diraikan di Shanghai pada 12 September.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Kelana Jaya, target kita pada tahun ini untuk pelancong-pelancong dari negara China ialah kurang lebih 1.5 juta orang. Tahun lepas seramai 1.02 juta rakyat negara China datang ke negara kita. Kita melihat percentage pertambahan 7.4%. Jadi walaupun kita nampak kos ini besar akan tetapi kalau lebih ramai lagi pelancong-pelancong dari negara China dan juga daripada negara-negara lain yang akan melawat ke Ekspo di Shanghai, maka sasaran kita pada tahun ini untuk 24 juta orang pelancong asing akan membawa pendapatan negara kita kepada RM54 bilion pada tahun ini. Sekian.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM20,000,000 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM20,000,000 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Maksud P.32 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Oleh kerana P.32 hanya token sahaja, maka ia tidak perlu dibahaskan.
[Tiada Perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.32 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.32 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kepala Bekalan B.41 dan Kepala Pembangunan P.41 di bawah Kementerian Pelajaran terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat daripada kawasan?
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Pasir Puteh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertamanya saya hendak menyentuh soal B.41 mengenai tambahan sebanyak RM1.4 bilion untuk perbelanjaan emolumen. Baru-baru ini saya pergi ke Sabah dan Sarawak dan ada rungutan daripada pegawai-pegawai atau guru-guru berasal daripada Sarawak dan Sabah yang bertugas di Semenanjung. Apakah dia juga mendapat elaun tambahan seperti guru-guru Semenanjung yang bertugas di Sabah ataupun Sarawak. Jadi saya ingin dapatkan penjelasan itu.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Yang kedua ialah saya minta kementerian supaya dapat menyelesaikan segera mengenai suami isteri yang bertugas jauh ini. Ada di Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor dan sebagainya berpisah lama kerana tugas ini. Kalau boleh dapat diselesaikan, boleh didekatkanlah kedudukan mereka yang bertugas ini supaya tidak menjadi bermasalah kepada khidmat mereka sebenarnya.
Mengenai P.41 dalam Butiran 06311 – Naik Taraf Sekolah Rendah. Saya ingin bertanya adakah kementerian ada bercadang untuk memperluaskan sekolah SBP ini kepada sekolah rendah ini? Lebih-lebih lagi bagi sekolah-sekolah yang di luar bandar.
Jangan ambil sekolah-sekolah yang hebat-hebat sahaja untuk jadikan sekolah baik-baik akan tetapi meninggalkan sekolah-sekolah yang di luar bandar, terutamanya di Pasir Puteh yang banyak kebaikan sepatutnya.
Seterusnya ialah Butiran 06321 – Naik Taraf Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Saya rasa dengan RM100 juta tambahan ini tidak begitu cukup kerana sekolah-sekolah Arab ini banyak di Semenanjung. Saya hendak tahu juga sejauh mana ataupun sebanyak mana yang telah pun dikeluarkan untuk SBP ataupun sekolah SABK ini untuk Kelantan.
Saya mohon dapat penjelasan. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya menyentuh satu perkara sahaja berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang boleh disediakan oleh Kementerian Pelajaran kepada guru-guru yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Kalau di atas daratan Tuan Pengerusi, Kementerian Pelajaran memang mempunyai kenderaan-kenderaan yang tertentu, yang boleh diguna pakai sebagai perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan perkhidmatan mereka.
Saya hendak mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran setelah saya juga melawat Sabah dan Sarawak, kebetulan bertemu dengan rakan-rakan yang berasal daripada Semenanjung yang mereka menyatakan antara perbelanjaan yang mahal, yang mereka kena keluar duit sendiri ialah berkaitan dengan pengangkutan sungai. Apakah tidak mungkin Kementerian Pelajaran menyediakan perkhidmatan pengangkutan sungai yang memang kedapatan banyak di Sabah dan di Sarawak?
Ambil contoh di Kinabatangan, panjang sungai yang berpuluh-puluh kilometer itu...
[Ketawa] berpuluh-puluh kilometer itu - Ini sebagai contoh sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menjawab ini. Ada 15 buah sekolah di persisiran, betul ya?
Persisiran ini selalunya orang gunakan di pantai, sungai orang tidak panggil pesisiran. Di tebing-tebing sungai di sepanjang sungai itu sebagai contoh Kinabatangan ada 15 buah sekolah.
Kenapa tidak kementerian menyediakan bot pengangkutan yang boleh digunakan khusus oleh guru-guru yang berkhidmat sepanjang sungai ini. Ini sebagai contoh. Mungkin di sebelah Sarawak di Sungai Batang Lupar yang pernah saya pergi. Yang Berhormat Tuan Pengerusi kita pernah berkhidmat di Batang Lupar satu ketika dahulu. Saya pergi kerana jemputan beliau, begitu juga mempunyai beberapa buah sekolah. Jadi kalau disediakan pengangkutan sungai ini seperti bot umpamanya, yang seperti Kementerian Pelajaran ada bas di atas darat, ada van di atas darat, ada kereta-kereta ataupun pengangkutan yang lain. Kenapa tidak dikhususkan supaya ini boleh mengurangkan beban perbelanjaan guru-guru kita yang berkhidmat di sepanjang sungai-sungai yang berada di Sabah dan Sarawak.
Jadi cadangan saya buatlah peruntukan yang kita akan sokong di Dewan ini untuk memudahkan para guru dan mungkin juga pelajar-pelajar yang kadang-kadang terjatuh dan memerlukan perkhidmatan hospital yang jauh di dalam bandar, yang tidak terdapat kemudahan klinik atau hospital di pendalaman, boleh menggunakan bot-bot ini untuk kemudahan mereka. Ini cadangan saya Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh tentang Maksud P.41 Butiran 00201 - Menengah Akademik. Saya hendak tanya skop tentang Sekolah Menengah Bandar Seri Putra kerana Sekolah Menengah Bandar Seri Putra ini sepatutnya disiapkan pada 31 Disember 2008. Akan tetapi sampai hari ini sekolah ini belum disiapkan lagi dan sekolah ini telah menjadi satu projek terbengkalai. Jadi saya hendak tanya bilakah sekolah menengah ini akan disiapkan.
Kedua, tentang SMK Confucian yang telah diluluskan untuk berpindah pada tahun 1999. Saya telah difahamkan dan dimaklumkan bahawa perpindahan sekolah ini sedang menghadapi tentang tapak sekolah. Akan tetapi saya hendak tanya di sini berapa lama lagi kita perlu tunggu untuk mencari satu tapak yang sesuai dan saya hendak tanya sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian ini mereka adalah diizinkan untuk mengguna rizab pendidikan kerajaan untuk membina sekolah mereka.
Di bawah Butiran 00102 – Rendah Akademik. Saya hendak tanya dalam Bajet 2009, kita telah memberikan satu peruntukan ataupun bajet sebanyak RM928.5 juta dan sekarang kita memberi RM50 juta lagi untuk membiayai kemajuan projek bagi pelaksanaan 80 buah sekolah kebangsaan di seluruh negara. Kita tidak ada apa-apa bantahan untuk membina sekolah kebangsaan dan saya hendak tanya di sini adalah di antara 80 buah sekolah kebangsaan ini, berapa buahkah adalah SJK(C) dan SJK(T)?
Menteri Pelajaran semasa menjawab soalan Yang Berhormat Tebrau yang bertarikh 17 November 2009 dengan jelasnya menyatakan bahawa Dasar KPM mengenai perpindahan sekolah adalah jelas iaitu sekolah-sekolah yang diluluskan perpindahan disyaratkan mencari tapak sendiri (bukan rizab pendidikan) dan membina bangunan mereka sendiri. Jadi, saya hendak tanya di sini, SJK(C) dan SJK(T) mereka adalah sekolah- sekolah kebangsaan juga. Warganegara Cina dan India, kita adalah tax payers juga, pembayar cukai kepada negara ini. Jadi saya hendak tanya kenapa semasa SJK(C) dan SJK(T) mereka mahu berpindah ke tapak yang baru, mereka perlu cari tapak sendiri dan mereka tidak diizinkan untuk menggunakan tanah rizab pendidikan kerajaan. Saya rasa ini adalah satu diskriminasi dan saya rasa ini tidak mengikuti prinsip 1Malaysia. Sekiranya memang 1Malaysia saya rasa tanah rizab pendidikan adalah boleh digunakan untuk SJK(C), SJK(T), sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah mana yang memerlukan tapak yang baru. Jadi, saya minta penjelasan daripada Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh Perkara P.41 dan Kepala 00102 dan 00201. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniahlah selama ini selama 50 tahun kita merdeka, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah banyak membina dari segi pendidikan dan sebagainya dalam negara untuk membantu rakyat negara kita menjadi rakyat yang berpelajaran dan mampu menyertai dunia dalam alam pada hari ini. Cuma di dalam kita mencapai kejayaan saya nampak satu kelemahan yang ketara. Kelemahan ini kalau kita tidak tangani sekarang akan menjadi bibit-bibit untuk membawa perpecahan kepada rakyat kita.
Saya hendak bertanya kenapakah dalam pendidikan kita, pelajaran Sejarah tidak dijadikan satu mata pelajaran yang dimestikan. Ia dimestikan dan mesti dijadikan satu mata pelajaran yang penting dalam peperiksaan. Saya sebut begini kerana banyak di antara rakyat sudah lupa sejarah. Dalam negara kita sejarah adalah penting.
Saya mencadangkan supaya Bab 153 dimasukkan sebagai satu daripada bahan sejarah bagaimana ia diwujudkan dan kenapa ia diwujudkan. Ini kerana ada di antara kita yang menuduh orang Cina, India dan Melayu datang sebagai pendatang. Maka, semuanya pendatang dan tidak lagi bahan sejarah itu diiktiraf yang sebenarnya dalam sejarah. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri mintalah dibuka semula minda kita mengatakan sejarah dalam negara ini adalah amat penting kepada rakyat kita. Ia jangan dianggapkan dalam sekolah-sekolah bidang-bidang sains tidak ada lagi Sejarah. Jadi ini adalah satu pendekatan yang saya rasa amat cetek, minta maaf saya sebut cetek pemikiran bagi mereka yang telah merencanakan program tanpa melihat sejarah dalam konteks yang
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
sebenarnya bagi negara ini. Saya minta ini dilihat secara serius oleh kementerian. Terima kasih.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh dua perkara sahaja iaitu B.41 kedua-dua butir sekali Butiran 030300 dan Butiran 030400. Tuan Pengerusi, kalau kita lihat di sini emolumen yang hendak dibayar oleh Kementerian Pelajaran amat besar dan ini adalah baki yang telah dibayar. Apa yang saya hendak timbulkan di sini saya minta Kementerian Pelajaran dapat membuat satu kajian yang teliti mengenai perjawatan-perjawatan yang ada di kementerian kerana saya nampak sebagai bekas guru dan pentadbir di Jabatan Pendidikan saya rasa perjawatan- perjawatan yang ada di Kementerian Pelajaran dan juga Jabatan-jabatan Pelajaran hinggalah ke sekolah-sekolah agak berselerak sedikit. Perjawatan yang diwujudkan kadang-kadang mengikut arahan Menteri yang tidak pun dibuat kajian secara teliti.
Saya masih ingat lagi dengan arahan Perdana Menteri yang lalu, kita mewujudkan guru-guru cemerlang di sekolah dan guru-guru ini perjawatannya adalah lebih tinggi daripada pengetua dan setengah-setengah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri. Begitu juga kita lihat hari ini berbagai-bagai jawatan baru diwujudkan, di Tingkatan Enam kita wujudkan berbagai-bagai jawatan termasuk DG44 dan DG48 yang kedudukannya kadangkala lebih tinggi daripada penolong kanan di sekolah-sekolah yang terlibat. Hal yang sama berlaku apabila JPA ataupun PTD masuk ke Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri kita lihat post-post diwujudkan juga kadangkala hampir menyamai Pengarah Pelajaran di negeri masing-masing. Keadaan ini menyebabkan kedudukan perjawatan yang ada sama ada di kementerian, di Jabatan Pendidikan Negeri ataupun di Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah juga di sekolah, saya rasa menjadi begitu bercelaru dan menyusahkan.
Kadangkala kita lihat seorang pengetua yang hanya DG48 terpaksa berhadapan dengan guru cemerlang yang DG52. Keadaan ini berlaku sekarang ini dan saya rasa akan berlaku dengan buruk lagi kalau kementerian tidak mengkaji atau membuat satu kajian yang teliti dan menyusun semula kedudukan-kedudukan ini dan satu hari nanti saya rasa emolumen yang kita terpaksa bayar adalah lebih tinggi di dalam keadaan penyusunan Jabatan Pelajaran ataupun Kementerian Pelajaran yang pegawainya duduk dalam keadaan yang susah untuk dikawal.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Perkara yang kedua Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh soal Butiran/Objek 01800 - Bahagian Teknologi Pendidikan. Peruntukan kita beri RM11,500,000 untuk objek ini. Apa yang saya hendak tanya di sini ialah adakah peruntukan yang diberi ini untuk tujuan melancarkan lagi PPSMI ataupun meningkatkan projek baru kerajaan dalam memantapkan bahasa Melayu dan juga meningkatkan bahasa Inggeris sebagai program menggantikan PPSMI? Kalaulah ianya sebagai sambungan untuk menjayakan PPSMI, saya rasa projek ini agak keterlaluan kerana PPSMI akan ditarik dalam masa beberapa tahun lagi. Tuan Pengerusi, itu sahaja. Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berada di dalam Dewan ini untuk menjawab apa yang diketengahkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Maksud 41, Butiran 03700 iaitu Program Pembangunan Pelajaran bagi luar bandar negeri Sabah dan Sarawak dengan jumlah RM42.5 juta untuk rumah guru dan bekalan air bersih. Ini memang tidak mencukupi.
Saya harap peruntukan itu akan ditambah pada anggaran bagi tahun ini.
Walau bagaimanapun, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana sungguh prihatin dengan sekolah-sekolah terutama sekali sekolah-sekolah di luar bandar. Jadi, apa yang terkandung dalam peruntukan ini adalah untuk rumah guru sahaja.
Bagaimana dengan infrastruktur-infrastruktur yang lain, yang perlu diperbaiki terutama sekali mungkin dalam anggaran tahun lepas. Akan tetapi, banyak lagi sekolah-sekolah yang
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
betul-betul memerlukan perhatian daripada pihak kementerian terutama sekali sekolah- sekolah yang usang, sekolah-sekolah zink yang berbocor-bocoran, sekolah-sekolah yang menghadapi masalah anai-anai dan sebagainya. Ini perlu juga dilaksanakan oleh pihak kementerian.
Saya harap pihak kementerian juga dapat melihat penghantaran guru-guru, terutama sekali guru-guru yang akan berkhidmat di sekolah-sekolah di luar bandar. Kita kalau boleh saya cadangkan, lantiklah guru-guru tempatan. Jangan membelanjakan wang begitu sahaja menghantar guru-guru daripada Perlis, daripada Sarawak ke negeri Sabah ataupun ke negeri Sarawak dan sebagainya. Lantiklah guru-guru tempatan supaya mereka dapat juga mengecapi hasil daripada kemajuan kerajaan.
Baru-baru ini Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya terbaca satu surat khabar yang tidak menyenangkan hati rakyat negeri Sabah, dalam surat khabar Direktori 10 April, di mana ada 76 Juruteknik Komputer, semunya bukan orang berasal daripada Sabah dihantar ke Sabah pada bulan yang lalu. Jadi, ini menjadi masalah kepada pihak pemimpin- pemimpin seperti kami untuk menjawab. Ini kerana apa, adakah Sabah ini tidak layak?
Bahkan kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk melatih para Juruteknik Komputer di negeri Sabah.
Saya rasa Sarawak pun begitu juga. Mengapa mereka ini tidak dilantik? Adakah mereka ini dibiarkan menganggur bahkan mereka mempunyai diploma, degree pun saya rasa tidak kurang, kenapa? Ini persoalannya. Kenapa harus dilantik dari luar? Ini akan membesarkan, meninggikan perbelanjaan kerajaan dan pihak kementerian untuk menghantar tiket, elaun dan sebagainya. Kenapa tidak dilantik budak-budak tempatan? Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tadi. Izinkan saya menjawab satu persatu.
Yang pertama yang telah dibangkitkan Yang Berhormat Pasir Puteh iaitu bagi mereka yang bertugas di Semenanjung Malaysia iaitu mereka yang berasal daripada Sabah dan Sarawak. Ini ada rungutan bahawa kalau mereka bertugas di Semenanjung Malaysia, mereka tidak mendapat elaun.
Ingin saya menjelaskan, sebenarnya apabila kita membentuk skim P1 hingga P3 iaitu elaun kepada mereka yang dianggap hardship, dengan izin ataupun menghadapi kesukaran. Mereka ini diberi elaun daripada RM500 untuk P1, P2 adalah RM1,000 sebulan dan P3 adalah RM1,500. Ini bergantung kepada tahap kesusahan tempat berkhidmat itu.
Maka oleh kerana di Malaysia kita lihat bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, ada tempat- tempat di Semenanjung Malaysia yang masih dianggap P1 dan ianya adalah di kawasan Orang Asli atau P2. Saya rasa memang ada tempat-tempat ini. Jadi, kriteria untuk menetapkan sama ada sekolah itu terletak di bawah P1, P2 atau P3, tidak melihat negeri mana. Apa yang penting ialah dari segi tahap kesusahan seseorang itu berkhidmat.
Jadi, saya ingin menjelaskan bahawa kalau di Sabah dan Sarawak banyak sekolah yang terletak di bawah kategori ini, maka sekolah yang layak menerima bagi mereka yang bertugas di sana. Mereka mungkin perlu menaiki perahu untuk tiga jam, hingga empat jam, berjalan kaki dua jam hingga tiga jam sebelum mereka sampai ke tempat berkhidmat iaitu P3. Kita di peringkat kementerian memang sedar perkara ini.
Sebab itulah setiap tahun kita menanggung kos pengangkutan untuk balik ke Semenanjung kalau mereka yang menetap di Semenanjung. Jadi, saya rasa itu adalah...
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
[Bangun]
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
...Apa yang telah dilakukan oleh kementerian. Biar saya habiskan yang ini dahulu. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, sama ada mereka menerima elaun yang sama apabila berkhidmat di Semenanjung. Jawapannya “ya”, sekiranya mereka ini diarah berkhidmat di kawasan yang digolongkan sebagai P1 atau P2.
Jadi, tidak ada masalah dan kita tidak memilih di mana tempat. Bergantung kepada kategori sekolah yang dihantar, P1, P2 atau P3 tanpa mengambil kira di mana terletak sama ada di Sabah dan Sarawak ataupun di Semenanjung Malaysia.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Sedikit sahaja. Hendak tahu dari segi kalau di Semenanjung, kalau dia bertugas sahaja di Sabah, paling kurang dia dapat elaun RM500 tadi, yang paling kurang, yang paling minima, bukan? Kalau pegawai itu daripada Sabah, bertugas di Semenanjung, adakah juga dia mendapat elaun yang paling minima itu kalau boleh?
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Menteri, boleh sambung sekali? Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ya.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya cuma ingin hendak penjelasan Tuan Pengerusi. Sebelum pelatih-pelatih ini menjadi guru, samalah juga dengan polis dan askar. Ini adalah kategori pekerjaan yang memerlukan pengorbanan dan mungkin akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang mungkin tidak menjadi keutamaan kepada mereka.
Saya ingin bertanya, apakah kementerian telah melakukan penerangan sejelas-jelasnya kepada pelatih-pelatih guru ini bahawa apabila mereka menjadi guru nanti, mereka tidak boleh ataupun sepatutnya tidak kompelin, mengadu kerana dihantar di kawasan-kawasan yang tertentu? Ini adalah sebahagian daripada occupational hazards lah selain daripada guru, polis dan juga askar. Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya baru hendak masuk ke situ. Sebenarnya di IPGM, setiap pelatih itu dilatih. Ini merupakan sebahagian daripada profesionalisme yang perlu menjadi pegangan kepada setiap warga pendidik, yang mana mereka tidak boleh mengadu di mana mereka ditempatkan. Itu yang pertama.
Kedua, komitmen sebagai guru tidak melihat di kawasan bandar sahaja, perlu melihat sama ada dalam keadaan yang susah pun, tidak selesa pun mereka tetap akan berperanan sebagai warga pendidik.
Ketiganya, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang elaun. Saya mengatakan bahawa kalau seorang guru yang sebelum ini bekerja di Sabah di kawasan P3, apabila mereka berpindah ke kawasan Kuala Lumpur, maka dia tidak layak kerana tidak ada sekolah di Kuala Lumpur yang tergolong dalam P1 atau P2. Kalau mereka bertugas di kawasan yang dianggap sebagai kawasan pedalaman di kawasan Orang Asli di Semenanjung, mana-mana tempat yang telah digolong sebagai P1 atau P2, mereka layak menerima RM500 sekurang-kurangnya. Jadi itu jawapannya dan kita tidak lihat dari segi negeri dan kenapa mereka diberi ini. Ya Yang Berhormat.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih dengan penjelasan tetapi di dalam penjelasan itu, diandaikan para pelatih perguruan ini orang bujang, tetapi ada juga orang yang sudah berkahwin, dia mendapat ijazah dan meminta menjadi guru dan dilatih di dalam kolej. Dia sudah ada anak, umurnya masih muda. Mereka volunteer mahu pergi ke Sabah, Sarawak. Seorang yang saya kenali pergi ke Sabah, sampai di sana dia di pedalaman, isterinya juga seorang guru yang dilatih sebelumnya dan sudah menjadi guru sekolah menengah meminta hendak bersama dengan suami di Sabah tidak semesti sekolah yang sama, tidak semesti dalam bandar yang sama, tetapi dikatakan oleh kementerian bahawa perlu tunggu bulan Jun kerana hendak lihat pula apakah bidang-bidang kursus yang isterinya itu layak menjadi pengajar.
Di pihak kementerian kata tidak ada kekosongan bidang yang diminta tetapi di Sabah, apabila suami memeriksa dengan jabatan dan sekolah-sekolah, memang ada kekosongan serta keperluan. Inilah saya minta Yang Berhormat, minta pegawai ada ihsan bukan sekadar menjalankan tugas, “Oh, mengikut ini, bulan Jun kami review”, anak dua orang, isteri dengan suami berjauhan, bukan berjauhan dari Kangar pergi Alor Setar atau Kangar ke Kuala Lumpur tetapi Sabah, Sarawak, Semenanjung. Jadi saya rasa dalam kita memikirkan tentang rakyat didahulukan, ini juga rakyat, harus mereka menggunakan topi
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
yang berlainan untuk memberi khidmat dengan perasaan bukan sekadar menjalankan tugas mengikut program-program yang telah ditugaskan.
Saya rasa perkara ini perlu dibawa ke atas, memang boleh, tetapi setakat ini belum sampai ke atas, sampai kepada saya dulu dan saya akan bawa ke atas, tetapi jangan tunggu sampai saya bawa ke atas kerana ini patut dijalankan oleh pegawai sendiri, boleh digunakan dengan pemikiran sendiri. Jadi Yang Berhormat, minta perkara itu diberi perhatian lebih mendalam. Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya menyanjung tinggi kalau ada teladan begitu yang hendak berkhidmat di kawasan luar bandar, satu teladan yang baik. Yang kedua, berbalik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi tentang suami isteri berpisah. Sebenarnya kita telah mengadakan satu sistem di mana e-tukar dibuat pada bulan Jun dan Disember. Cara kita membuatnya bukan kata kita tidak hendak melayan pertukaran guru kerana kalau kita menukar seorang guru, kita mesti mencari penggantinya di sekolah satu lagi.
Jadi bukan mudah kalau jadual waktu, kalau ditetapkan seorang itu mengajar Fizik, tiga bulan tiba-tiba yang datangnya guru bahasa Inggeris dan dipaksa mengajar Fizik. Saya memberi satu contoh, di negeri Kelantan, kita kekurangan guru bahasa Inggeris misalan, tetapi yang berhajat untuk keluar daripada Kelantan mengajar tidak ramai. Jadi oleh sebab itulah ada yang terpaksa dia kata, saya mengajar bahasa Inggeris pun tidak apa walaupun opsyennya tidak bahasa Inggeris. Maka kementerian, kita telah mengambil satu pendekatan iaitu kita melihat redeployment, bagaimana kita hendak menempatkan. Yang Berhormat Padang Besar cakap itu betul, di setengah-setengah negeri kita nampak jumlah guru, bodynya cukup, tetapi apabila pengagihan kepada kawasan daerah dan sebagainya, mungkin ianya tidak berlaku satu penyelarasan, itu boleh diselaraskan di peringkat negeri.
Ini saya rasa boleh kita lakukan secara begitu dan pokoknya ialah apabila kita membuat pertukaran, ianya perlulah secara bermusim, kalau tidak bercelaru di sekolah dan sistemnya juga terganggu.
Saya berbalik kepada satu perkara seperti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh, sekolah berprestasi tinggi, adakah akan ditambah kepada kawasan luar bandar, tidak ada masalah. Kita ada sekolah luar bandar atau sekolah harian yang biasa dan memang dalam perancangan kita tahun ini hanya 20 buah, tahun depan tambah lagi 30 buah dan tahun 2012 kita akan tambah lagi 50 menjadikan jumlahnya seratus buah sekolah berprestasi tinggi. Itu dalam perancangan kita merupakan satu NKRA yang ditetapkan oleh kementerian.
Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang peruntukan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, kita memang sedar tentang perkara ini dan sebelum itu nampaknya kekangan kewangan, tetapi ingin saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, sebenarnya di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang pertama, kita telah memperuntukkan RM50 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan seluruh Malaysia dan untuk Pakej Rangsangan Ekonomi kedua, kita tambah lagi RM100 juta. Kalau Yang Berhormat hendak tahu pecahan di kawasan tertentu atau di negeri tertentu, saya boleh berikan secara bertulis, itu secara gambaran umum di mana RM150 juta telah dibelanjakan pada tahun lalu.
Berbalik pada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, kemudahan kepada guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar termasuklah pengangkutan air. Saya mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat tadi, sebenarnya sebelum ini kita pun sering kedengaran ada cadangan untuk membina jeti kepada pelajar dan guru, dan ini tertakluk kepada kemampuan kewangan negara. Bagi kementerian walaupun di kawasan pedalaman, kita sentiasa menjaga keselamatan mereka, kita beri jaket keselamatan dan kalau untuk kementerian mengambil alih pengangkutan air di situ bukan satu perkara yang mudah. Ingin saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini juga, kita mempunyai satu pendekatan yang kedua, iaitu kita akan cuba sedaya upaya menyediakan asrama desa bagi mereka yang duduk jauh di kawasan pedalaman, kita pindahkan di suatu tempat yang mudah kita kumpulkan dan dijadikan sebagai satu kawasan berasrama dan mereka boleh duduk di situ dan juga belajar di kawasan tersebut.
Saya rasa itu satu cadangan baik dan kita akan bawa balik kepada kementerian.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat Serdang...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Belum lagi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Berkenaan guru.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Baik. Okey.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya diminta untuk bangkitkan agar pihak kementerian boleh memberi perhatian. Ada kes di mana guru itu sebenarnya belajar di sekolah itu, mengajar di sekolah lebih daripada 30 tahun, lepas itu akan hampir bersara dan menetap bertentangan dengan sekolah itu dan bertanya mengapa dipindahkan di sekolah yang lain di mana ia mengambil masa pengangkutannya, kos pengangkutannya yang jauh dari rumahnya. Jadi mungkin pihak kementerian - kalau guru ini membangkitkan kerana dia kata, “Saya boleh menyumbang lebih masa untuk sekolah kalau saya masih dikekalkan di sekolah asal itu daripada menghantarnya ke sekolah yang lain kerana rekodnya, kerana beliau tidak pernah mengajar di sekolah lain”. Jadi ini telah mengambil banyak masanya untuk pengangkutan dan perbelanjaannya. Jadi mungkin pihak kementerian boleh meneliti dalam kes-kes ini. Guru besar yang berkhidmat, yang menyumbang banyak kepada sekolah yang di mana dia belajar, kes sedemikian, mengapa tidak mengekalkannya kalau dia menetap bertentangan dengan sekolah sahaja. Berjalan kaki sudah sampai, ini hantar begitu jauh perlu memandu kenderaan, jadi saya pohon pihak kementerian boleh meneliti perkara sedemikian.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat...
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nampak P.41 dan B.41 ini, ia very specific.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yes.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi minta bolehlah jawab tetapi jangan panjang sangat.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Okey saya akan cuba habiskan.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit berkenaan dengan cikgu.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Saya rasa teruskan dulu.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Soalan yang sama.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Okey.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Okey terima kasih. Saya nampak salah satu mekanisme yang boleh memberi ihsan kepada guru-guru ini ialah proses tukar suka sama suka, di mana cikgu itu beropsyen yang sama membuat pertukaran. Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan proses tukar suka sama suka berkenaan dengan opsyen yang sama ini.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat tetapi itu kes yang terlalu ideal, kadangkala kita dapat paksa lawan paksa, dua-dua pun rasa tidak mahu pergi.
Jadi sebagai satu peraturan am, kalau kita membuat redeployment pun, tidaklah jauh sangat, mungkin dalam sekitar 10 hingga 15 kilometer di rumah yang berhampiran. Tidak bolehlah kita menetapkan guru yang duduk di sebelah sekolah itu, kita terus hantar ke sekolah tersebut, jadi bukan mudah kita hendak buat perkara itu.
Berbalik kepada Yang Berhormat Serdang yang membangkitkan SMK Bandar Seri Putra, ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat, sebenarnya pembinaan telah mencapai 50%, tetapi malangnya kontraktor tidak dapat menyempurnakan kerja dan
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
khidmat kontraktor tersebut telah ditamatkan dan kini QS dari kementerian sedang masuk dan menilai berapakah jumlah kerja yang telah dilakukan, berapa jumlah yang diperlukan untuk menyempurnakan projek tersebut. Saya rasa selepas anggaran itu dibuat, pihak kementerian akan mengambil langkah proaktif untuk menyempurnakan bangunan sekolah yang masih belum lagi disempurnakan.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Jadi ini adalah perkara yang sedang dalam tindakan. Berbalik kepada isu Sekolah Menengah Confucian, perpindahan. Yang Berhormat mungkin tidak berapa tahu tentang latar belakang sekolah ini. Ingin saya maklumkan, sebenarnya tanah ini lembaga pengelola sekolah dahulunya telah mendapat sebidang tanah yang didermakan oleh Talam Corporation. Kalau kita melihat dari segi bentuk muka bumi kalau tanah itu hendak dibangunkan saya rasa perbelanjaan kerja tanah tidak kurang daripada RM10 juta. Maka lembaga pengelola sekolah pun rasa mereka tidak mahu buat kerana banyak sangat infrastruktur itu.
Jadi saya rasa ini bukan kata kita janji dengan LPS dan sebenarnya tanah itu dipindah milik daripada Talam Corporation kepada LPS dan terpulang kepada LPS masih lagi berbincang dengan pihak Talam Corporation dan saya yakin satu formula penyelesaian akan dicari dan bagaimana kita boleh melakukannya. Itu dalam tindakan LPS, dan itu sahaja yang saya dimaklumkan.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya hendak tanya tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra itu, saya hendak tanya sama ada sekolah ini ada kemungkinan dapat disiapkan dalam tahun ini, supaya pada tahun 2011 pelajar-pelajar boleh pergi ke sekolah itu.
Mengenai SMK Confucian itu memang saya tahu bahawa tapak yang telah didermakan oleh Talam Corporation itu tidak sesuai. Saya tahu bahawa LPS, SMK Confucian mereka sedang mencari tapak yang sesuai. Akan tetapi saya rasa selain daripada menunggu Talam Corporation untuk menderma satu tapak lagi, samada Kementerian Pelajaran boleh bantu dengan mencari satu tapak ataupun mengizinkan mereka menggunakan tapak rizab kerajaan untuk pendidikan supaya mereka boleh mendirikan bangunan sekolah mereka di sana. Kalau tidak saya rasa kalau hendak tunggu pemaju Talam Corporation itu menderma satu lagi tanah kita tidak tahu bila itu boleh dibuat.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Saya tidak kata hendak menunggu Talam Corporation derma tanah kedua. Apa yang saya hendak maklumkan kepada Dewan, bahawa perkara itu telah berlaku dan saya maklumkan kepada Yang Berhormat Serdang semak dengan Yang Berhormat Seputeh, tanah yang dipohon oleh LPS ini merupakan satu tanah yang turut dipohon dan didesak oleh Yang Berhormat Seputeh untuk teruskan sebagai pembinaan SMK Danau Kota. Jadi saya rasa kalau sekolah itu diperlukan oleh Yang Berhormat Seputeh untuk SMK, bagaimana kita hendak bagi kepada SMK Confucian. Itu memang berlaku kalau tidak silap saya surat tahun lalu 28 Jun yang ditulis oleh Yang Berhormat Seputeh. Mungkin Yang Berhormat boleh semak dengan Yang Berhormat Seputeh dan buat satu penyelarasan.
Yang Berhormat juga membangkitkan dari pakej ini berapa banyak bangunan sekolah yang disiapkan untuk SJK(C) dan SJK(T). Untuk makluman dalam pakej ini iaitu peruntukan RM50 juta ini, lima SJK(C) dan sebuah SJK(T) yang terlibat dalam pembinaan atau projek gantian. Yang Berhormat tadi ada membangkitkan tentang tanah reserve, ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat, mungkin gambaran Yang Berhormat dapat itu tidak sejelas-jelasnya kerana sebelum itu memang kalau 2008 kalau kita mengikut perkembangannya masih ada dua perkara Yang Berhormat kena ambil maklum.
Pertamanya iaitu di bawah Pakej Rangsangan Pertama, yang mana SJK(C) juga diberi RM50 juta dan untuk menunaikan janji kita dalam pilihan raya yang lalu, saya rasa RM95 juta juga diperuntukkan khas untuk pembinaan SJK(C).
Jadi saya rasa ini dua perkara yang ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini. Soal reserve pendidikan kita melihat tapak yang sesuai. Saya ingin memberikan satu contoh, sebelum bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal dunia, pada 8 Januari kementerian telah meluluskan sebidang tanah di Bukit Beruntung untuk pembinaan SJK(C).
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Pada waktu yang sama, ada enam lagi bidang tanah untuk SK dan sekolah-sekolah lain.
Jadi saya rasa kalau dalam konteks ini tidak ada masalah dan kita luluskan. Termasuk juga yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri RM3 juta. Jadi nampaknya di sini tidak ada diskriminasi, kita akan buat secara yang adil berdasarkan kemampuan kita.
Saya teruskan. Yang Berhormat Padang Besar, kenapa sejarah tidak dimasukkan dalam kurikulum...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
[Bangun]
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ingin saya memaklumkan oleh kerana kesuntukan masa kita bincang di luar nanti. Saya tahu apa Yang Berhormat hendak tanya. Yang Berhormat Padang Besar tanya kenapa sejarah tidak dimasukkan. Ramai yang mempunyai satu gambaran tidak tepat. Sebenarnya sejarah tidak diajar sebagai satu mata pelajaran.
Akan tetapi komponen sejarah Malaysia itu dimasukkan dalam komponen Kajian Tempatan di sekolah rendah kita. Jadi saya rasa kita tidak wujudkan sebagai satu subjek tetapi ia merupakan satu subset dalam Kajian Tempatan yang diajar di sekolah rendah. Bagi sekolah menengah pula memang ada mata pelajaran Sejarah dan ianya merupakan mata pelajaran teras dalam SPM. Jadi saya rasa itu memang yang perlu dijelaskan.
Yang Berhormat Sik bertanya tentang meminta supaya kaji semula perjawatan di KPM. Ingin saya memaklumkan bahawa perbelanjaan pada kali ini B.41. Kita memperuntukkan peruntukan yang banyak untuk tujuan untuk pembayaran emolumen ataupun oleh sebab time base promotion jadi kita telah pada tahun lalu kita telah meluluskan untuk pertambahan gaji ini. PPLD iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma seramai 8,218 yang dinaikkan pangkat daripada GA29 kepada DGA32.
Manakala untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG44 adalah seramai 4,846.
Manakala DG48 ialah 933 orang.
Ini bermaksud kalau kita melihat kerjaya profesion perguruan kalau dahulunya cuma satu sekarang kita ada pelbagai. Pertama adalah melalui saluran time base iaitu mengikut tempoh perkhidmatan seseorang guru. Keduanya adalah melalui promosi secara hakiki iaitu menyandang jawatan tersebut dan ketiga adalah laluan cemerlang sebagai guru cemerlang. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat katanya kalau guru cemerlang berkhidmat nampaknya terdapat sedikit upset protocol, dari segi hierarki seorang guru mungkin lebih tinggi daripada guru penolong kanan sama ada mereka yang mengajar Tingkatan Enam ataupun guru cemerlang.
Memang di bawah skim kita kalau kita lihat di laluan kerjaya ada yang sampai JUSA C, iaitu setaraf dengan pengarah pelajaran negeri. Jumlahnya walaupun tidak besar ini adalah satu pengiktirafan kepada guru yang sangat cemerlang dan hebat mereka disanjung tinggi. Saya rasa mereka juga merupakan aset kepada kementerian ini. Jadi mereka adalah model kepada guru yang lain dan saya yakin dengan cara ini kita dapat memberikan motivasi kepada mereka yang bergelar sebagai guru cemerlang. Ya.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin tambah satu sahaja.
Guru memangku tugas ini, saya mendapat gambaran daripada guru-guru yang memangku tugas DG41 ke DG44 di Tingkatan Enam. Kalau biasanya enam bulan mereka telah dapat DG44 tetapi ada guru-guru sampai dua tahun daripada 1/1/2008 memangku sampai sekarang masih boleh diletakkan di DG44. Jadi saya rasa kementerian perlu mengambil perhatian dalam hal ini. Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat yang sentiasa prihatin.
Sebenarnya dari segi tempoh pengesahan jawatan. Itu sering kita dengar daripada Kesatuan Perguruan. Saya rasa kita sedang mengambil tindakan tentang perkara ini bagaimana kita dapat meningkatkan proses itu dan tertakluk kepada kelulusan daripada JPA juga. Kita akan sama-sama berusaha tentang perkara ini.
Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang bayaran kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) iaitu kita membayar RM11.5 juta kepada
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
EDUWEBTV. Sebenarnya kalau kita melihat dari segi latar belakangnya, EDUWEBTV ini sebenarnya ki ta beri kontrak kepada satu syarikat dan ianya merupakan selama tempoh dua tahun sahaja dan ini adalah baki yang perlu kita bayar kepada syarikat tersebut dan termasuklah kita membuat pembayaran dari segi pelbagai aspek, hosting, dari segi content yang telah dibekalkan. Saya rasa ini bukannya untuk kita hendak melanjutkan dasar PPSMI. Saya rasa kita bagi jaminan bahawa apa juga dasar ia juga dipatuhi.
Ingin saya maklumkan sepanjang dua tahun ini, EDUWEBTV telah mencapai hit rate sebanyak hampir 300 juta dari seluruh dunia. Saya rasa ini satu jumlah yang sangat besar dan ianya menggalakkan dan mempunyai lebih daripada 20 rangkaian dan ianya secara interaktif untuk memberi pelajar-pelajar belajar ataupun menonton rancangan TV yang berunsur pendidikan. Ianya satu konsep yang baik dan patut digalakkan.
Berbalik kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan. Bekalan air bersih yang dibekalkan di Sabah. Sebenarnya bagi kementerian kita tumpuan kita sentiasa kepada bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak. Maka kalau kita lihat dari segi peruntukan yang kita bekalkan kepada negeri Sabah, memang banyak kalau kita lihat dari segi jumlah projek itulah negeri yang terbanyak Sabah dan Sarawak kita selesaikan masalah air bersih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Di samping itu kita mempunyai dua pendekatan menggunakan kabin. Satu adalah asrama guru, kedua adalah kekurangan bilik darjah. Kedua-dua ini kita gunakan dengan cara kabin. Mungkin ada yang menganggap kabin terlalu kecil. Sebenarnya tidak.
Sebenarnya kabin ini dilengkapi dengan pelbagai facility dan ianya memang dari segi keselesaan bukanlah seperti mana yang dapat kita lihat kabin di tapak pembinaan, bukan.
Ianya merupakan satu kabin yang diperlengkap dengan semua infrastruktur dan ianya digunakan di Sabah dan Sarawak. Cara yang paling cepat iaitu hanya dua hingga tiga minggu untuk kita menyiapkan asrama guru ataupun bilik darjah. Jadi bagi keperluan mendesak, kita menyediakan perkara itu. Jadi saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang perkara ini. Mungkin kita akan memperbanyakkan mengikut keperluan yang telah dibangkitkan.
Yang Berhormat tadi telah mengutarakan tentang penghantaran guru iaitu kalau boleh kita lantik guru dari anak tempatan, anak watan. Sebenarnya Kementerian Pelajaran cuba sedaya upaya berbuat demikian. Sebab itulah pada tahun lalu KPLI kita membuat satu pengambilan khas Jun 2009, secara khas kita minta mereka yang dari Sabah dan Sarawak memohon sebagai guru. Dalam tempoh setahun kita melatih dan saya rasa tidak lama lagi mereka akan keluar sebagai guru yang berkhidmat di sekolah kita. Jadi kita beri keutamaan kepada orang tempatan tetapi syaratnya ialah mereka mesti memenuhi syarat minimum untuk memasuki IPGM. Itu memang tidak boleh berkompromi dalam soal ini dan kita memberi keutamaan. Akan tetapi kita kena melihat dalam konteks Malaysia, tidak boleh kalau di sesuatu negeri kita hanya bagi pada orang tempatan tetapi kita juga kena melihat...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Minta penjelasan.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ya, sekejap.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini 1Malaysia.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Dari segi nasional dan itu juga antara perkara yang perlu kita ambil perhatian. Sila, teruskan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini soal 1Malaysia ini, terbalik pula. Kalau bilang Sabah tidak ikut, bukan 1Malaysia itu.
Sebenarnya kementerian, yang telah dilatih yang saya sebutkan tadi ialah juruteknik komputer dan juga guru-guru tempatan. Ramai yang memohon dan ramai juga yang lulus setahu saya dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian, terima kasih banyak-banyak. Akan tetapi kenapa tidak di beri keutamaan bagi anak-anak rakyat Malaysia negeri Sabah ditugaskan di Sabah? Kenapa hendak membelanjakan wang begitu banyak dengan menghantar budak-budak dari Alor Setar dan sebagainya ke Sabah?
Tidakkah ini membazirkan? Itu maksud saya.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, terima kasih. Satu pandangan yang bernas. Saya mengatakan bahawa kita beri keutamaan. Sebab itu pada tahun lalu kita menganjurkan satu kursus perguruan lepasan ijazah secara khas untuk anak Sarawak dan anak Sabah yang ingin berkhidmat di negeri mereka. Jadi saya rasa itu kali pertama setelah mengambil pandangan daripada semua wakil rakyat dan kita telah lakukan. Kedua, kalau pengambilan secara biasa, KPLSPM atau KPLI yang sebelum ini, kita buat dengan cara mereka dihantar ke semua IPGM dan selepas mereka tamat kursus kita minta mereka mengisi borang di mana mereka hendak pergi. Oleh kerana pada sesuatu masa mungkin kita kekurangan guru di Sabah dan Sarawak dan lebih banyak yang dihantar dari Semenanjung ke sana.
Bermaksud ini bukan satu perkara yang stagnant ya, Yang Berhormat. Kita akan cuba sedaya upaya untuk melihat keperluan sesuatu negeri, sesuatu daerah untuk kita menghantar guru. Akan tetapi percayalah bahawa keutamaan pada orang tempatan dan kadangkala kita tidak boleh membuat anggapan bahawa kalau mereka berasal dari negeri tersebut, mereka sangat suka hendak balik ke negeri mereka untuk berkhidmat. Kita tidak boleh buat andaian begitu dan kita kena serahkan kepada mereka untuk membuat pilihan sendiri.
Akhir sekali, yang mana Yang Berhormat bangkitkan 76 orang Juruteknik Komputer yang dihantar ke Sabah. Perkara ini memang kita mengambil perhatian serius dan perkara yang sama atau prinsip yang sama boleh digunakan iaitu kalaulah orang tempatan mereka lebih arif dengan keadaan di Sabah dan Sarawak dan kalau mereka layak, kenapa kita tidak ambil. Akan tetapi dalam soal ini mereka perlu dapatkan latihan dan kalau kita ada peluang lagi untuk melatih juruteknik, saya rasa kita mengambil maklum tentang perkara ini supaya lebih mudah mereka dapat diserapkan untuk tempat bekerja.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Minta penjelasan Tuan Pengerusi.
Adakah maksud Yang Berhormat bahawa yang sudah latih dalam bidang komputer ini budak-budak Sabah tidak layak untuk diberikan jawatan kepada pelajar-pelajar? Itu soalan saya. Adakah mereka tidak layak?
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, itu andaian Yang Berhormat. Saya cuma mengatakan bahawa oleh kerana ada aduan 76 orang ini juruteknik datangnya dari Semenanjung Malaysia ke sana. Jadi apabila kita menyerap masuk juruteknik ke dalam kementerian, yang pertama kelayakan itu kita lihat. Mungkin pada suatu masa itu lebih orang Sabah, mungkin pada satu waktu itu lebih orang Semenanjung. Jadi kita akan cuba, seperti mana yang saya katakan, saya janji yang mana kalau ada bakat tempatan atau mereka yang layak, kita ambil terus. Kalau tidak, kita cuba sedaya upaya membuat promosi.
Saya rasa dari segi permohonan juga mungkin kita maklumkan kepada semua warganegara termasuklah orang Sabah dan Sarawak. Saya rasa perkara ini mungkin boleh dilakukan dan kita mengambil maklum tentang apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, bagi mereka yang memerlukan jawapan secara spesifik dan mungkin boleh kemukakan kepada saya dan saya akan cuba sedaya-upaya untuk memberikan jawapan bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,472,404,800 untuk Maksud B.41 di bawah Kementerian Pelajaran jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM1,472,404,800 untuk Maksud B.41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM173,000,210 untuk Maksud P.41 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM173,000,210 untuk Maksud P.41 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya panggil ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat ini. Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Padang Terap, selepas itu Menteri menjawab.
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Saya minta nama saya juga dimasukkan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang untuk terus berbahas dalam peringkat Jawatankuasa iaitu untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan. Butiran yang akan saya sentuh 010000 dan 030000 dan terakhir 060000. Pertama sekali saya ingin sebut tentang perbelanjaan yang begitu tinggi iaitu untuk bekalan ubat yang disebabkan bilangan pesakit, pembekalan ubat dalam pack dispensing dan penggunaan ubat alternatif oleh pakar perubatan. Tambahan emolumen juga sebanyak RM290 juta termasuklah untuk bayaran tunggakan gaji yang disebut di sini adalah Pegawai Perubatan Gred UD41 hingga gred UD44. Tuan Pengerusi, saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian kerana dalam pemeriksaan saya sehingga baru-baru ini ada beberapa lagi pembantu makmal yang menyatakan bahawa elaun over time untuk para pembantu makmal dan juga staf sokongan di hospital-hospital telah dipotong. Yang maksimum sehingga 1/3 daripada gaji mereka.
Maksudnya mereka akan bekerja kurang daripada sepenuh masa dan ini akan meninggalkan kesan kepada perkhidmatan kesihatan negara kita secara keseluruhan. Saya mahu menanyakan kementerian tentang perancangan jangka masa panjang kerana jumlah RM290 juta bukannya sedikit. Bagaimanakah kementerian dengan tanggungan bebanan yang begitu besar boleh lagi mengambil keputusan untuk mewujudkan 50 Klinik 1Malaysia?
Bukankah tambahan-tambahan klinik ini akan lagi menekan atau memberi bebanan tambahan kepada sistem perubatan yang sedia ada kerana pembantu-pembantu pegawai perubatan dan juga jururawat terpaksa ditempatkan di klinik-klinik 1Malaysia?
Kita sedia maklum bahawa kementerian seolah-olah terpaksa kerana memang keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakan Klinik 1Malaysia.
Akan tetapi saya nampak percanggahan jelas antara tunggakan ataupun bebanan sedia ada, sampai gaji pembantu makmal pun tidak dapat diberi dengan tambahan klinik-klinik 1Malaysia. Itu satu.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya juga ingin menyentuh RM157 juta untuk penambahan bekalan ubat. Saya ada juga membuat pemeriksaan dan saya dapati di klinik Kesihatan Daerah Petaling, Shah Alam antara lainnya ada pemotongan ubat-ubatan sehingga staf-staf terpaksa mengambil ubat-ubatan dari tempat lain untuk melayan keperluan pesakit-pesakit yang datang. Jadi apakah cadangan susulan ataupun langkah-langkah kementerian untuk mengelakkan perkara ini daripada berleluasa. Ada juga penggunaan urine containers yang sepatutnya
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
hanya boleh digunakan sekali sahaja tetapi digunakan berkali-kali di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan juga Hospital Kuala Lumpur. Begitu tertekannya sistem perubatan negara dan banyak lagi senarai ubat-ubatan yang mungkin dahulunya ditawarkan tetapi tidak lagi kerana potongan dalam belanjawan. Jadi persoalan saya, kita nampak di sini tambahan beratus-ratus juta dibuat tetapi masih lagi wujudnya kekurangan ubat-ubatan.
Maksudnya bagaimana penghantaran ini dijamin oleh pihak kementerian supaya semua pusat-pusat ataupun institusi hospital-hospital yang memerlukan mendapatnya kerana memang jelas ini beberapa hari sahaja kerana saya baru periksa.
Seterusnya Butiran 060000 – Perkhidmatan Farmasi. Kerajaan baru sahaja menyambung perjanjian dengan Pharmaniaga Sendirian Berhad bentuk monopoli untuk selama jangka masa sepuluh tahun bermula 1 Disember 2009 tetapi saya meneliti track rekod Pharmaniaga agak buruk.
Jabatan Perkhidmatan Kementerian Kesihatan sendiri pada awalnya 1 Mac 2010 membatalkan lesen Pharmaniaga Manufacturing Berhad iaitu salah sebuah subsidiari milikan sepenuhnya Pharmaniaga kerana dalam spot check Bangi Plant dengan izin, di Bangi Plant mereka ada beberapa kelemahan ketara semasa audit dilakukan. Akan tetapi saya lihat hanya lebih kurang dua minggu lebih selepas 1 Mac iaitu 16 Mac diberi semula lesen kepada Pharmaniaga.
Jadi secara prinsip sepatutnya kementerian berkuasa untuk berunding semula dalam masa enam bulan selepas Disember 2009. Jadi apakah sebab kenapa kementerian dilihat begitu mudah sangat untuk memberi alasan kepada sebuah monopoli syarikat sementara track record nya tidak begitu membanggakan. Saya bawa juga contoh yang paling jelas walaupun bukan bawah Pharmaniaga, tetapi sebanyak RM35 juta terpaksa dibelanjakan untuk menggantikan linen yang hilang ataupun rosak dalam pelaksanaan perkhidmatan linen dan pendobian (LSS) di bawah pengendalian perkhidmatan sokongan hospital syarikat konsesi.
Jadi persoalannya, boleh atau tidak kementerian senaraikan nama-nama syarikat konsesi yang mengendalikan perkhidmatan sokongan hospital. Adakah kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dan adakah kementerian bersedia untuk mengamalkan sistem tender terbuka selepas ini? Bila jelas kita terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar untuk membaiki kepincangan yang telah jelas mereka lakukan. Setakat itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali berhubung dengan RM157 juta ini untuk pack dispensing dan juga ubat alternatif. Memang kita tahu sekarang ini banyak ubat yang datang dengan pack dispensing tersendiri. Biasanya kita masukkan dalam botol yang dibawa ke farmasi dengan gelen. Jadi saya hendak tahu, yang pertamanya berapakah keuntungan ataupun kementerian dapat menjimatkan hasil daripada – kita tidak menggunakan cara konvensional iaitu dengan memasukkan ubat bendalir dalam botol-botol biasa ini. Sebab ini nampak pertambahan RM157 juta, kalau sekiranya kita bawa ubat yang sudah pack siap-siap untuk diberi kepada pesakit, tentulah tidak menggunakan secara konvensional lagi.
Keduanya ubat alternatif oleh pakar, apakah bentuk ubat alternatif yang dimaksudkan di sini. Ketiganya tentang khidmat sokongan hospital. Saya hendak tahu apakah ini termasuk dalam – yang diberitahu kepada kita berhubung dengan traditional and complimentary machine. Apakah khidmat sokongan ini termasuk mereka yang terlibat dalam memberi perkhidmatan dalam TCM ini.
Kemudian yang keempatnya telah disentuh mengenai linen tadi, tetapi approach saya berlainan. Kalau sekiranya linen telah diswastakan, dobi telah diswastakan, kenapakah kementerian terpaksa menggantikan linen padahal kita tahu kemungkinan kehilangan itu disebabkan oleh perkara-perkara yang lain bukan hanya rosak tetapi terhilangkan. Itu yang kita takutlah, kita takut syarikat yang mengendalikan dobi itu
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
menjadikan perkara ini hilang dan kemudian dibebankan RM35 juta kepada kementerian untuk menggantikannya.
Seterusnya tentang stockpile antiviral influenza sebanyak RM20 juta. Saya hendak tahu syarikat mana yang terlibat memberi bekalan antiviral influenza ini, apakah ini juga terlibat kepada influenza – vaksin yang diberikan kepada jemaah-jemaah haji yang ingin menunaikan haji ataupun umrah. Kemudian Institut Jantung Negara, saya mendapat tahu bahawa IJN telah mengembangkan sayapnya ke Kelantan dan Terengganu iaitu ke Pantai Timur dan telah menyediakan kelengkapan-kelengkapan di Pantai Timur ini untuk mengadakan operation cardiothoracic. Setakat manakah perkembangan IJN di Pantai Timur buat masa ini? Kemudian tentang Pelan Tindakan Kebangsaan Kawalan Kanser. Kita tahu sejak akhir-akhir ini ramai staf perubatan telah terlibat dengan masalah pesakit kanser dan saya pun pernah bekerja di Unit Radioterapi Onkologi dan Perubatan Nuklear.
Jadi kami pada ketika itulah sentiasa terdedah kepada X-ray dan juga mesin-mesin untuk memberi rawatan kepada pesakit. Apakah kajian pernah dijalankan kepada petugas- petugas ini. Apakah kadar dos yang mereka terima setelah mereka lepas bekerja di Unit X- ray, radioterapi dan juga unit-unit terapi dan juga unit-unit yang mengeluarkan pancaran- pancaran yang memberi bahaya kepada staf itu sendiri.
Seterusnya kepada pandemik influenza H1N1, saya hendak tahu sampai masa ini, berapa banyakkah dos yang telah digunakan dan apakah kerajaan berhasrat untuk menambah dos tersebut kepada mereka yang bekerja di barisan hadapan. Ini kerana kita mendapat tahu masih ramai lagi mereka yang bertugas di barisan hadapan ini tidak berapa berminat untuk mendapat H1N1 vaccine ini. Apakah boleh diberikan kepada mereka yang lebih berminat misalnya Timbalan Menteri kah ataupun saya sendiri yang berminat. Kita boleh mendapatkan H1N1 vaccine ini dengan secara percuma.
Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah tentang enzim replacement therapy ini untuk penyakit lysosomal storage disorders. Saya ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung dengan ini kerana saya tidak mendapat. Cari pun tidak berapa hendak jumpa ini, masalah ini. Itu sahajalah Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih Tuan Pengerusi, Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan Kepala B.42 – Kementerian Kesihatan. Bolehkah pihak kementerian memperincikan peratusan yang diberikan yang pertamanya kalau kita lihat kepada perkara pertama, sebanyak RM90 juta untuk membiayai pembayaran emolumen kepada anggota sedia ada dan penambahan dalam pengisian jawatan, bayaran gaji dan sebagainya.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah ia juga termasuk untuk membiayai elaun-elaun kepada Medical Assistant (MA) ataupun Pembantu Perubatan. Kita difahamkan mereka ini juga terlibat dengan on call dan dibayar hanya dalam RM7-RM8 sejam berbanding dengan doktor ataupun Pegawai Perubatan biasa dibayar sehingga RM80 sejam. Dengan kerja mereka yang begitu teruk sekali, saya difahamkan ada di kalangan mereka yang terpaksa melayani pesakit sehingga 600 orang sehari, macam di Putrajaya, kawasan-kawasan bandar 300 sehari, di kawasan luar bandar seramai 100 hingga 150 orang sehari. Jadi kerja yang sangat teruk dan elaun perjalanan pun dikatakan tidak boleh claim kecuali kalau kerja hari Sabtu.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Adakah ini termasuk dalam RM290 juta yang diperuntukkan. Kedua, adakah ia termasuk juga untuk memberikan mereka ini kemahiran dalam bentuk kelayakan pendidikan, sambung ijazah dan sebagainya yang mana mereka ini sekiranya hendak diiktiraf berada di peringkat ijazah tinggi, mereka terpaksa pergi menyambung pelajaran di kolej-kolej swasta barulah mereka ini naik gred sedikit. Ambil ijazah, terpaksa tumpang ijazah kejururawatan, development nursing dan sebagainya di kolej-kolej yang lain pula.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Jadi, adakah pihak kementerian maksudkan dengan RM290 juta ini termasuk dalam peningkatan tersebut? Begitu juga tentang masalah pengiktirafan kepada sijil MC yang dikeluarkan oleh pembantu perubatan ini. Sekarang saya difahamkan mereka sudah pun ditarik kebenaran untuk mengeluarkan MC. Ini seolah-olah mempunyai kaitan dengan kelayakan yang mereka miliki.
Jadi, sudah tentulah bagi saya dia akan melibatkan kepercayaan masyarakat kepada pembantu perubatan yang ada dalam negara kita. Kemudian, berkaitan dengan yang sama juga klinik-klinik 1Malaysia yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang kita lihat makmal pun tidak ada, bilik X-ray pun tidak ada, ambulans pun tidak ada. Ini seolah-olah ‘melepaskan batuk di tangga’.
Kedua yang saya hendak bangkitkan berkaitan dengan Kepala B.42 ini iaitu item tiga sebanyak RM119 juta di mana ia digunakan untuk pembayaran utiliti, pembelian ubat dan juga khidmat sokongan hospital. Adakah yang saya sebutkan sebelum ini termasuk juga dalam item ini atau pun bagaimana perinciannya?
Kemudian bagi item empat dan juga lima peruntukan RM65 juta dan juga RM35 juta untuk membiayai peningkatan yuran perkhidmatan sokongan hospital dan perkhidmatan linen dan juga pendobian. Adakah ia perkara yang sama atau pun ia ada kena mengena dengan perkhidmatan hospital support services yang kini diberikan konsesinya kepada Faber Mediserve dan Pantai Mediserve dan juga Radicare. Sejauh mana prestasi syarikat-syarikat konsesi ini selama ini?
Adakah seperti mana yang kita difahamkan bahawa syarikat ini ataupun konsesi ini bakal tamat tempohnya dalam setahun ataupun dua tahun lagi? Adakah dalam item ini kerajaan akan memberikan keistimewaan untuk menyambungkan lagi konsesi tersebut atau pun akan dibuat open tender semula dan adakah kerajaan mengkaji alternatif lain bagi konsesi-konsesi yang terlibat bukan hanya sekadar mereka ini terlibat dalam operasi dan juga penyelenggaraan tetapi dibuka lagi, dikembangkan lagi skop mereka dalam perkara- perkara lain.
Saya juga difahamkan bahawa keadaan sekarang, kerajaan akan melantik kontrak berpilih maksudnya bukan secara tender untuk membekalkan alatan-alatan atau membeli alat-alat medical dan lain-lain dan selepas itu menyerahkan syarikat-syarikat konsesi seperti Radicare, Faber Mediserve atau Pantai Mediserve untuk penyelenggaraan. Adakah dengan cara yang sedia ada akan meminimumkan kos dan akhirnya akan memulangkan manfaat yang maksimum kepada rakyat dan juga negara? Saya ingat itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh Maksud B.42 Butiran 030200 dan kod 20000. Ini berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan pada rakyat khusus bagi mendapatkan dana bantuan perubatan.
Kita semua tahu bahawa rakyat yang tidak ada berkemampuan diberi bantuan untuk mendapat rawatan di hospital-hospital kerajaan. Sebelum saya teruskan, saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang selalu menerima telefon saya dan cuba mempercepatkan. Maksud saya adalah bagi mereka yang memerlukan rawatan yang serius, yang rapi khusus kalau di Perlis penyakit-penyakit yang lebih serius dihantar ke referral hospital di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur. Kalau hendak belah jantung sama ada di Pulau Pinang ataupun di Kuala Lumpur. Beberapa kes yang pernah saya lalui mendapati amat sukar, lambat untuk mendapatkan dana bantuan perubatan ini. Sebagai contoh, seseorang wanita yang sakit kanser perlu dihantar ke Pulau Pinang untuk rawatan rapi, dia menunggu dua bulan untuk datang ke Pulau Pinang, tidak mengapa.
Sudah sampai tempoh untuk datang, sakitnya kian sakit dan sampai ke Pulau Pinang dia pula diminta prove kepada hospital mengatakan suaminya itu bekas perajurit.
Hendak pendekkan cerita, mengapakah hendak tunggu sampai dia sampai ke Hospital
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Pulau Pinang setelah menunggu dua bulan. Kenapakah siasatan tidak dibuat dua bulan sebelum dia datang. Menentukan sama ada suaminya, keluarganya mampu atau tidak?
Satu kes lagi budak umur dua minggu datang ke IJN. Di situlah juga bapa nya diminta cagar EPF, diminta RM20,000. Walaupun saya kenal sendiri dengan pengerusi.
Pengerusi kata saya tidak boleh buat apa kerana ini sistem. Kenapakah tunggu sampai dia datang ke sini walhal dia sudah menunggu beberapa bulan untuk datang.
Jadi, bermakna sistem itu wajar difikirkan semula untuk dipercepatkan. Saya mencadangkan supaya siasatan dibuat terlebih dahulu, awal sebelum dia datang. Pesakit itu mendapat rawatan di Kangar. Dia mesti mendapatkan rawatan itu dengan percuma kerana sudah tentu ada maklumat-maklumat yang mengatakan dia ini adalah daripada keluarga yang perlu dibantu. Wajar mesti sudah ada tetapi tidak, ditunggu sampai akhir ada juga saya dimaklumkan oleh seorang pesakit di Pulau Pinang yang melalui pembedahan jantung, ada patient yang menunggu sampai enam bulan. Saya tidak percaya, saya suruh dia prove. Sampai hari ini tidak prove lagi. Akan tetapi, dia kata sampai beberapa bulan menunggu. Saya minta maaf kalau enam bulan itu terlalu lama tetapi dia sebut beberapa bulan.
Jadi, saya hendak minta di sini supaya semua perkara ini dipercepatkan kerana ini menstresskan pesakit, menstresskan orang yang menjaga dan saya memang berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Dia kata tidak apa. Biarkan, saya akan selesaikan.
Saya katakan kepada Yang Berhormat Menteri. Minta maaf, saya sebut di sini.
Bukan semua rakyat dalam negara dapat telefon Yang Berhormat Menteri. Saya sebagai bekas Menteri, saya juga ahli wakil rakyat, saya tidak dapat menyelesaikan dengan cepat. Maka, maknanya sistem itu ada satu sistem yang perlu dilihat dengan lebih teliti untuk dipercepatkan. Inilah sumbangan saya pada hari ini dan saya berharap perkara ini dapat dilihat dengan segera. Terima kasih.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk membahaskan Perbekalan Perbelanjaan Tambahan Kedua 2009 yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.
Tuan Pengerusi, untuk menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai mengenai patient dispensing pack. Ianya telah sebenarnya dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti produk serta ubat yang diterima oleh pesakit dan tiada perbezaan yang ketara daripada bahan asal setelah kajian dijalankan oleh pengeluar-pengeluar ubat tempatan Yang Berhormat.
Menjawab persoalan Yang Berhormat mengenai Pegawai Perubatan Gred 41 yang dinaikkan pangkat hingga UD44. Kerajaan pada 8 Disember 2009 telah memutuskan bahawa Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan 2008 hendaklah dinaikkan pangkat ke gred UD44 setelah pegawai itu berkhidmat selama dua tahun, housemanship tanpa putus perkhidmatan dan mendaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia atau MMC, dan bebas daripada proses prosiding atau hukuman tatatertib.
Untuk mengelakkan berlakunya kes ‘pelangkauan’ kenaikan pangkat terhadap pegawai perubatan lantikan tahun 2007 dan sebelumnya, kementerian telah melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara menyeluruh dan berikutan itu seramai 6,504 orang pegawai perubatan telah dinaikkan pangkat daripada gred UD41 hingga gred UD44 sehingga 31 Disember 2009. Jumlah jawatan sedia ada tidak dapat memenuhi keperluan kenaikan pangkat tersebut. Justeru itu Yang Berhormat, kementerian telah mewujudkan jawatan tambahan bagi menampung bilangan pegawai perubatan yang telah dinaikkan pangkat tersebut.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Menjawab persoalan mengenai elaun pembantu makmal yang dipotong hingga satu per tiga daripada gaji. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Lembah Pantai, tuntutan elaun lebih masa boleh diluluskan oleh ketua jabatan sekiranya tuntutan adalah melebihi
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
satu per tiga daripada gaji pokok. Selain daripada itu, tugas-tugas yang dijalankan hendaklah mendapat arahan daripada ketua jabatan agar tuntutan tersebut adalah yang sahih. Walau bagaimanapun, pegawai boleh menuntut cuti gantian sekiranya kerja lebih masa dijalankan melebihi lapan jam, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, untuk menjawab mengenai bayaran gaji untuk melaksanakan Klinik 1Malaysia yang telah dikatakan membebankan kewangan kementerian. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, peruntukan RM10 juta untuk melaksanakan 50 buah Klinik 1Malaysia diberikan oleh Perbendaharaan di bawah B.11 Perbendaharaan pada tahun 2010 dan tidak melibatkan peruntukan tahun 2009.
Ahli Yang Berhormat Padang Terap telah menyuarakan mengenai perkhidmatan Klinik 1Malaysia. Sukacita saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sebenarnya rawatan yang dijalankan di Klinik 1Malaysia hanya melibatkan rawatan ringan. Apabila pegawai perubatan menerima kes-kes yang lebih serius, mereka akan merujuk pesakit tersebut ke hospital-hospital atau facilities kesihatan yang berdekatan.
Yang Berhormat Lembah Pantai...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Boleh mencelah sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya dapat makluman yang turun ke Klinik 1Malaysia ini bukan sahaja yang kena sakit yang minimum, tetapi yang kena sakit teruk pun pergi ke Klinik 1Malaysia. Mereka terpaksa tunggu berjam-jam kadang- kadang. Kemudian dirujuk kepada klinik yang sebelah pula. Mereka habis masa di situ dengan kena tambang teksi dan sebagainya. Ini makluman yang saya terima daripada kawan-kawan yang terlibat sebagai MA ini. Jadi ini masalah yang berlaku.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Sebenarnya Yang Berhormat, kita telah beberapa kali menggariskan dan pegawai-pegawai kita juga akan menerangkan bahawa pegawai perubatan yang ada di Klinik 1Malaysia ini adalah mereka yang menerima pesakit ringan seperti demam, batuk dan sebagainya. Sekiranya mereka menerima pesakit yang mempunyai kecederaan ataupun penyakit yang lebih serius, selalunya kita akan pastikan pesakit-pesakit ini dirujuk kepada facilities yang berdekatan dan khidmat ambulans juga kita akan dapatkan daripada facilities tersebut untuk membawa pesakit.
Sekiranya berlaku seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, sebenarnya itu mengikut situasi di mana hal-hal emergency - sekiranya kita membiarkan dengan tempoh yang begitu lama pun kita tidak mengadili pesakit tersebut, Yang Berhormat ya.
Jadi yang...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Boleh sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Sedikit, Tuan Pengerusi. Saya difahamkan medical assistant ini apabila mereka entertain pesakit, kadang-kadang sampai 600 orang pesakit satu hari. Pesakit yang datang ini mereka bukan tahu sakit yang mereka hadapi - terpaksa tunggu dalam dua hingga tiga jam.
Dalam keadaan MC pun mereka tidak boleh keluarkan. Jadi ini menyebabkan masalah kepada pesakit-pesakit yang terpaksa tunggu, beratur dengan ramainya. Medical assistant pula dalam keadaan yang tidak selesa, terpaksa entertain sampai 600 orang, 400 orang. Jadi itu masalahnya. Jadi bagaimana pihak kementerian melihat masalah ini dan dikaitkan dengan?
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Okey, sekali lagi saya ulangi Yang Berhormat ya. Pegawai-pegawai perubatan kita akan categorizedkan dengan izin, pesakit- pesakit ini. Sekiranya pesakit ini adalah antara pesakit yang memerlukan rawatan untuk penyakit yang lebih serius, kita akan pastikan mereka ini dihantar ke facilities yang berkenaan iaitu sama ada hospital-hospital ataupun klinik-klinik kesihatan. Jadi Yang Berhormat, saya tegaskan sekali lagi Klinik 1Malaysia hanya merawat kes-kes yang ringan seperti yang saya sebutkan lebih awal tadi.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Yang Berhormat Lembah Pantai juga telah menyentuh mengenai perjanjian Pharmaniaga Berhad - memang sebenarnya untuk tempoh sepuluh tahun dan mempersoalkan kenapa ia tidak dibatalkan kerana ada kelemahan-kelemahan semasa audit dijalankan. Jadi, untuk menjawab persoalan ini Yang Berhormat Lembah Pantai, satu audit rutin sering dijalankan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Pada 1 Mac 2010, pihak kementerian telah menarik balik lesen pengilang dan pihak syarikat juga telah mengambil tindakan pembaikan segera bagi mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti semasa audit tersebut.
Pada 10 Mac 2010, proses itu telah dikenal pasti kelemahan dan pada 15 Mac 2010, dua hari selepas pihak Pharmaniaga mengenal pasti kelemahan itu. Pada 15 Mac 2010 juga, lesen tersebut telah diberikan semula kepada syarikat setelah mereka mengenal pasti mengenai kelemahan-kelemahan yang ada di syarikat tersebut.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh? Sedikit.
Saya hanya ingin tanya, adakah bila mereka mengenal pasti kelemahan yang sedia ada tetapi deterring factor itu tidak mencukupi? Maksudnya, memang begitu mudah pihak kementerian menerima pembaikpulihan yang dibuat sementara kita bercakap tentang banyak lagi perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan kerana kelemahan- kelemahan sebegini. Jadi mungkin di luar sana banyak lagi syarikat yang bersedia untuk menawarkan khidmat terbaik, tetapi kerajaan atau pihak kementerian perlu juga bagi signal jelas. Kalau memang buat silap dan salah memang they will be punished, dengan izin.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sebenarnya memang Kementerian Kesihatan memandang serius mengenai permasalahan yang telah ditimbulkan. Oleh itu, walaupun pihak kementerian telah melanjutkan tempoh konsesi selama sepuluh tahun kepada pihak Pharmaniaga Berhad, kita telah juga memberikan isyarat bahawa selepas tempoh sepuluh tahun itu, pihak kementerian akan mengambil alih semula proses pembekalan ubat.
Jadi kita memandang serius, Yang Berhormat. Sudah tentu kita akan memastikan perkhidmatan kepada pesakit ataupun pembekalan perubatan kepada pesakit itu adalah priority. Apa-apa sahaja tindakan daripada syarikat ini yang boleh menjejaskan perkara tersebut, kita akan memandang serius dan memastikan ia dapat diatasi.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Boleh sedikit sahaja? Cadangan, susulan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin tanya kerana enam bulan selepas Disember 2009, sepatutnya kerajaan boleh mengadakan satu rundingan semula dengan Pharmaniaga Berhad. Adakah boleh di saat itu dirundingkan supaya dipendekkan konsesi? Sepuluh tahun terlalu lama, elok kalau cepat- cepat ambil tindakan.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Keputusan kementerian untuk memberikan konsesi sepuluh tahun itu telah dimuktamadkan. Sudah tentu seperti apa yang menjadi kebimbangan kepada Yang Berhormat, sudah tentu ia menjadi kebimbangan juga kepada pihak kementerian. Sekiranya terma-terma dan juga syarat perjanjian tidak dipatuhi, kita akan pastikan tindakan-tindakan akan diambil, Yang Berhormat.
Jadi untuk menjawab kepada persoalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pendang. Apakah yang dimaksudkan dengan ubat alternatif? Ubat-ubat yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan adalah tertakluk kepada formulasi ubat KKM. Garis panduan pemberian ubat ini juga adalah sepertimana terdapat kes ubat-ubat yang telah di prescribe, dengan izin, tidak tersenarai dalam farmasi Kementerian Kesihatan dan pesakit memerlukan ubat alternatif yang tidak disimpan di facilities berkenaan.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Oleh itu, apa sahaja ubat-ubat alternatif yang dibekalkan ini adalah akan diminta di bawah penyeliaan Ketua Pengarah dan jumlah seperti yang disebutkan tadi iaitu 157 juta itu adalah antara ubat-ubat bekalan perubatan disebabkan oleh pertukaran pek daripada saiz besar kepada pek saiz kecil dan juga perubatan-perubatan khas yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah kesihatan yang tidak ada dalam market pada ketika itu.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Jadi Yang Berhormat Pendang telah menyuarakan mengenai stockpile antiviral untuk H1N1. Sebenarnya stockpile antiviral H1N1 ini telah diselenggarakan dan dibuat sejak tahun 2006, Yang Berhormat. Sehingga tahun 2009, sejumlah 1,645,746 juta ubat ataupun antiviral ini telah disimpan dan semasa pandemik H1N1 yang berlaku pada tahun 2009, sejumlah 503,712 preskripsi ubat telah digunakan ataupun antiviral ini telah digunakan. Oleh itu, stok ini telah ditambah dan sebanyak 375,000 doses telah ditambah dengan peruntukan berjumlah RM20 juta. Ubat ini telah dibeli secara rundingan terus iaitu dengan Syarikat ‘Ranbaxy’. Sehingga kini Yang Berhormat, sebanyak 101,114 vaksin telah diberikan di mana sebanyak 66,239 petugas barisan hadapan telah diberikan vaksin H1N1 ini dan sebanyak 23,058 petugas barisan hadapan bukan daripada Kementerian Kesihatan telah menerima vaksin. Sementara itu, seramai 11,817 orang daripada kumpulan berisiko iaitu daripada masyarakat ataupun golongan orang ramai telah menerima vaksin tersebut, Yang Berhormat.
Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat mengenai penerima vaksin H1N1, sebenarnya kita telah memulakan pemberian vaksin H1N1 kepada orang ramai sejak Februari 2010 tahun ini.
Yang Berhormat Padang Terap telah menimbulkan mengenai peruntukan untuk tujuan pembayaran elaun kepada pembantu perubatan dan apakah ini juga untuk tujuan latihan bagi pegawai perubatan tersebut? Peruntukan untuk emolumen termasuklah pembayaran gaji, elaun serta lain-lain kemudahan bagi semua penjawat awam di kementerian adalah seperti yang tertera. Pada masa ini, pegawai pembantu tidak layak menerima on call allowance tetapi hanya layak untuk menuntut elaun lebih masa apabila dipanggil bertugas di luar waktu pejabat. Pada masa ini, peruntukan khusus untuk pegawai perubatan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah juga diberikan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pendang menyuarakan mengenai sama ada kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM35 juta untuk penukaran linen. Bagi urusan penggunaan linen di hospital, sebenarnya ia memang sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan Yang Berhormat kerana berlaku kehilangan serta kerosakan linen. Linen-linen ini juga bukan sahaja rosak dan lusuh, sebenarnya peruntukan untuk pembayaran kembalikan linen ini diperuntukkan di dalam perjanjian pihak kementerian dengan konsesi-konsesi tersebut iaitu untuk tempoh satu hingga tiga tahun dan ia perlu digantikan untuk syarikat konsesi tersebut.
Persoalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai mengenai apakah syarikat yang terlibat dengan pembekalan linen diberikan kepada syarikat konsesi ataupun dibuat secara terbuka? Untuk menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai, pembekalan linen hanya diberikan kepada tiga syarikat konsesi iaitu Faber Medi-Serve, Radicare dan juga Pantai Medivest sahaja. Kehilangan linen adalah dijangka dalam mana- mana urusan pembekalan linen dan kerajaan serta tiga syarikat berkenaan setiap tahun akan berusaha untuk mengurangkan kehilangan linen tersebut melalui kaedah-kaedah linen exchange di semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
Yang Berhormat Padang Terap telah menyuarakan mengenai Klinik 1Malaysia.
Kenapa Klinik 1Malaysia ini tidak mempunyai makmal, X-ray dan juga radiologi. Untuk menjawab persoalan ini Yang Berhormat, sebenarnya Klinik 1Malayia adalah bertujuan untuk memberikan rawatan ringan seperti yang saya katakan lebih awal tadi. Rawatan susulan bagi kes-kes kronik yang stabil serta melakukan prosedur-prosedur ringan, Klinik 1Malaysian ini juga menjalani kes-kes kronik yang stabil serta melakukan prosedur ringan dan memberikan khidmat nasihat serta promosi kesihatan dan perkara-perkara ini dikendalikan oleh penolong pegawai perubatan serta jururawat terlatih yang ada di Klinik 1Malaysia ini. Dan...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Menteri..
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, mana satu?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Jawab saya, ya. Okey, saya difahamkan bahawa ... Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang datang itu, pesakit ini dia datang ke klinik, dia bukan tahu sakit dia. Ada yang datang itu demam denggi. Dia tidak tahu bahawa dia kena demam denggi, asthma attack, kemudian keracunan makanan. Ini seolah-olah macam kita mempermainkan pesakit-pesakit. Pesakit datang, harapan dia tinggi untuk mendapatkan rawatan. Pergi ke sana Klinik 1Malaysia, tetapi tidak mendapat kemudahan yang sepatutnya. Jadi, kita tidak mahu bahawa Klinik 1Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan ini, indah khabar daripada rupa. Akhirnya, kerajaan juga kena.
Pesakit marah kepada wakil rakyat ini. Sebut Klinik 1Malaysia, datang tidak dapat seperti mana yang dijanjikan. Memanglah, requirement sebenarnya ialah sakit-sakit yang ringan.
Akan tetapi pesakit ini, dia bukan kira ringan, berat. Dia dengar ada klinik, dia datang semua. Jadi saya harap pihak kementerian perlu untuk melihat lebih mendalam kepada isu ini.
Datuk Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya hairan sebab setakat ini kita tidak mempunyai masalah untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai facility ataupun perkhidmatan yang ada di Klinik 1Malaysia. Setakat ini, saya jumpa Yang Berhormat sahajalah yang sering menyuarakan mengenai masalah ini. [Ketawa] Akan tetapi izinkan saya untuk menjawab Yang Berhormat. Saya faham..
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya sedang chatting. Saya sedang chatting dengan orang yang mengendalikan Klinik 1Malaysia. Kalau dia bohong juga...
Datuk Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya faham Yang Berhormat, saya faham mengenai keprihatinan Yang Berhormat. Namun apa yang saya ingin nyatakan Yang Berhormat, selalunya dalam kes-kes yang lebih serius, apa lagi kes-kes demam denggi dan sebagainya, kita selalunya akan merujuk pesakit ke facility-facility kerajaan yang berdekatan, Yang Berhormat. Kita mempunyai banyak facility, klinik kesihatan serta hospital-hospital untuk kita rujuk kita kes-kes yang berat seperti ini.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Panjang lagikah Yang Berhormat?
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang Berhormat sedikit sahaja.
Datuk Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin
Sebenarnya banyak lagi Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kita ada 10 kementerian lagi.
Datuk Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya faham Tuan Pengerusi.
Sekiranya diizinkan..
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Boleh?
Datuk Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya ingin.. Ya, Yang Berhormat Pendang..
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya semak di dalam Medical Assistance Act.
1977, Akta 180 dan juga Medical Instruments (Exception) Regulations 1986, Seksyen 41.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Apabila saya semak dalam ini didapati dalam itu tidak disebut assistant medical officer. Yang ada hanya medical assistant. Jadi, bilakah pembantu pegawai perubatan ini digunakan? Sebab kita takut apabila berlaku sesuatu, misalnya pemberian MC ataupun pemberian ubat list B, ia akan memberi kesan kepada medical associate itu sendiri.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baiklah, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Bukannya kepada istilah yang digunakan sebagai pembantu pegawai perubatan. Ini melibatkan kepada masalah undang-undang. Saya harap pihak kementerian lebih teliti dalam hal macam inilah.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Okey, pihak kementerian akan – sebenarnya, Tuan Pengerusi, jika diizinkan saya menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang belum sempat saya jawab dan saya minta untuk menjawab persoalan-persoalan ini secara bertulis kepada Yang Berhormat dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan saya akan pastikan persoalan-persoalan yang belum dijawab akan dijawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM739,918,500 Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM739,918,500 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.42 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Maksud P.43 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009] - Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Oleh sebab P.43 hanya token sahaja, ia tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Maksud P.44 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.44 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. Oleh sebab P.44 hanya token sahaja, ia tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.44 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kepong, selepas itu Menteri menjawab.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, saya bilang walaupun P itu secara token sahaja tetapi B masih ada tujuh kementerian dan sekarang hampir 9.30 dan kita hanya ada 2 jam sahaja. Bagi saya ini memang tidak boleh habis. Jangan kita buat macam itu, mempercepatkan semua. Jadi tidak begitu berertilah. [Disampuk] Saya mencadangkan mungkin pada jam 11.30 malam kita minta tangguh dan kita minta satu usul daripada pihak...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, bahaslah P.45 dan B.45 ini.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya cuma buat cadanganlah, syor supaya kita dapat menyempurnakan perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini kerana kita hendak memuliakan Dewan.
Tuan Pengerusi, di sini B.45 ini sebanyak RM13,440,000 untuk membiayai penyiaran rancangan ESPN, Malaysia Sports Center bagi tahun ketiga. Saya pun ada gunakan ESPN terutamanya untuk bola sepak, All England dan sebagainya, tetapi saya hendak kementerian untuk menerangkan kepada kita semasa final All England bulan lepas, ESPN tidak ada. Kita terpaksa tengok melalui RTM1. Apa yang terjadi, kita ada buat perjanjian di sini membiayai lebih RM13 juta dan bila ada pertandingan kemuncak, tidak ada siaran. Saya bingung juga. Pelik binti Hairan. [Gangguan pembesar suara] Ha, itu pun.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat punya nota itu kena mike.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yakah? [Ketawa] Sebenarnya Tuan Pengerusi, jumlah wang yang begitu besar setiap tahun lebih RM13 juta, tiga tahun berturut-turut untuk ESPN dan ini memang kita perlukan satu siaran yang lebih sempurna. Bagi kita di Malaysia ini, All England, terutamanya pemain kita, Lee Chong Wei bermain memang satu acara yang paling penting bagi orang-orang Malaysia. Saya tidak setujulah kalau menghadapi halangan macam itu.
Kita mesti kaji semula bagaimana kita boleh elakkan semasa acara-acara kemuncak itu jangan kita tidak ada siaran langsung, terpaksa membiayai melalui RTM dan sebagainya. Ini memang satu perkara yang perlu kita kaji dan seterusnya kualiti itu, pilihan, macam mana, apakah kriteria?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sri Gading, tidak cukup masa untuk membahaskan. Ada tujuh kementerian lagi. Saya mencadangkan supaya satu usul yang baru dibuat supaya kita tangguhkan pada 11.30 malam. Sri Gading akan sokong.
[Disampuk] Sebab Sri Gading ini dia memuliakan Dewan yang mulia ini. Saya mengesyorkan supaya kita mengkaji macam mana penyiaran rancangan ESPN ini, apakah kriteria yang kita gunakan untuk memilih acara-acara yang disiarkan itu. Mesti kita buat macam itu.
Seterusnya mengenai ini, sebanyak RM3 juta untuk membiayai pembinaan padang hoki kedua di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru bagi tujuan penganjuran Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja tahun lepas, memang ada. Saya memang hairan juga, kita perlu RM3 juta. Adakah ini hanya untuk renovasi sahaja ataupun padang hoki yang baru di Stadium Hoki Taman Daya itu. Mungkin Sri Gading tidak tahu di Johor Bahru.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang tidak tahu. Saya pun hairan RM3 juta.
Mudah-mudahan standard hoki di Johor Bahru dan di Johor keseluruhannya dapat
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
dipertingkatkan lagi dengan adanya dwi stadium sekarang itu untuk padang hoki tetapi Yang Berhormat Tuan Pengerusi [Gangguan pembesar suara] ha, lebih baik sekarang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak, kertas itu turunkan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kertas yang diturunkan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya kertas yang turun. Sebab itu standard hoki kita turun. [Ketawa]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang turun, bukan satu perkara yang diketawakan. [Disampuk] Memang masa dahulu hoki kita lebih hebat, memang lebih hebat.
Saya pernah...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Pengerusi peraturan mesyuarat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Tangga Batu macam mana...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Pengerusi boleh buat satu ruling. Saya lihat baju Yang Berhormat pakai ini begitu menarik perhatianlah. [Ketawa] Baju batik ke baju apa? Boleh buat ruling tidak Tuan Pengerusi?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ini batik. Batik itu warisan Malaysia, jangan kita pertikai lagi. [Ketawa]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Boleh pakai baju batik masuk Dewan Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak apalah Yang Berhormat, kita biarkan. [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Warisan negara. Itulah di Melaka tidak ada batik.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Itu color blind Tuan Pengerusi color blind.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sebab itu saya tahu kerana apa batik kurang di Melaka kerana Yang Berhormat Tangga Batu tidak menyokong. Tidak menyokong langsung. Baik, Yang Berhormat Arau itu ada banyak batik, saya tahu. Apa masalah agaknya, hoki kita turun standard. Saya berharaplah kita dapat mengkaji mengapa standard hoki kita turun.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Seorang Ahli
Tidak ada padang.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak ada padang, sekolah tidak ada padang hoki.
Kalau macam itu kita hendak bina Stadium Hoki Taman Daya ini tidak akan membantu kitalah kalau tambahkan satu padang bertaraf antarabangsa. Di stadium hoki sahaja kita mesti fikir macam mana kita boleh tambahkan padang hoki di seluruh negara, di sekolah- sekolah. Mungkin kalau kita boleh menggalakkan pelajar-pelajar menyertai lebih banyak sukan. Masalah pembuangan bayi boleh dikurangkan mungkin. [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, gulung Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Ketawa] Mungkin boleh diturunkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong boleh gulung Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, saya boleh gulung.
Seorang Ahli
Keluar tajuk.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Apa keluar tajuk? [Ketawa] Masalah hoki saya sebutkan kerana nampak Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dia pun bimbang. Saya nampak dia bila disebutkan di sini bukan sahaja bimbang dengan penurunan standard hoki bahkan juga kerana tiap-tiap hari ada orang buang bayi. Pada masa dahulu Tuan Pengerusi saya pernah menyaksikan pemain hoki kita, pasukan kita bertanding dengan Australia, bertanding dengan Belanda. Kadangkala kita menang juga.
Ini menunjukkan tahap hoki kita. Australia memang tinggi, Belanda memang tinggi standardnya. Kita perlulah mengembalikan standard kita sampai kita boleh bertanding yang terbaik di dunia. Sebab itulah saya mengambil kesempatan ini untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan walaupun Yang Berhormat Tuan Pengerusi dia hendak mempercepatkan begitu sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, saya kena urus masa Yang Berhormat. Kita diberi sampai malam ini.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, saya faham. Sebab itu...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Akan tetapi Yang Berhormat sudah lebih 10 minit sudah. Sudah 13 minit sekarang.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Oh, 13 minit lagi 10 minit.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak ada kita hadkan 10 minit Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
10 minit sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Baik, baiklah. Saya akan menyeru sekali lagi yang pertama kita kaji mengapa rancangan ESPN untuk Malaysia Sport Centre ini dan sebagainya, penyiaran itu tidak begitu sempurna. Bagaimana kita sama-sama boleh meningkatkan standard hoki di Malaysia? Sekian terima kasih.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato' Razali bin Haji Ibrahim
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak tahu hendak ucap terima kasih ataupun dengan perkara yang dibangkitkan. Pertama mengenai inisiatif kerajaan bersama Astro, ESPN Sports Centre Malaysia sejumlah RM13 juta. RM440,000 adalah projek yang telah dipersetujui sejak tahun 2007 dan selama dua tahun. Perjanjian itu ditambah setahun lagi dan akan berakhir pada 14 April 2010, beberapa hari dari sekarang.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kepong, sebenarnya ESPN Sports Centre ini adalah perjanjian di mana akan ditayangkan 30 minit setiap hari, daripada hari Isnin sampai hari Jumaat. Berita-berita mengenai sukan di negara kita. Selepas ini dengan tertayangnya Astro Arena yang menayangkan keseluruhan program sukan di Astro channel. Saya membayangkan bahawa perjanjian ini tidak akan disambung. Namun begitu kenapa perkara ini dijadikan persetujuan?
ESPN Sport Centre mempunyai sejumlah hampir 4.1 juta penonton dengan 500,000 penonton tetap di rantau ini. Itu antara pertimbangan yang telah dibuat dan lingkungan penonton seramai 4.1 juta itu adalah terdiri daripada 15 tahun hingga 24 tahun.
Dalam tempoh setengah jam setiap hari berita tersebut ia akan memaparkan 10% program sukan dalam negara. Mengenai All England, sebenarnya pada perlawanan akhir tersebut selain daripada RTM, Astro juga ada menayangkan melalui Super Sport di saluran 816.
Bukan sahaja RTM semata-mata. Itu antara perkara yang dibuat sebab itu kita tidaklah
Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato' Razali bin Haji Ibrahim
menayangkan di ESPN Sports Centre yang hanya menjurus kepada program-program berita.
Mengenai RM3 juta. Untuk pengetahuan Yang Berhormat RM3 juta untuk membina stadium hoki memanglah tidak mencukupi. Sebenarnya sejumlah RM17 juta telah diperuntukkan di bawah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor kepada Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru yang menjadi venue Pertandingan Hoki Piala Dunia Remaja. Di mana Johor Bahru dan Singapura menjadi tuan rumah dan perlawanan akhir telah pun diadakan di Stadium di Johor Bahru di antara pasukan German dan Belanda.
RM3 juta adalah sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan dalam membiayai pembinaan Stadium Taman Daya di Johor Bahru bagi memastikan anjuran peringkat antarabangsa tersebut mendapat kemudahan yang menepati penarafan Persatuan Hoki Dunia. Jadi bukan RM3 juta sahaja digunakan untuk membaik pulih atau membina Stadium Hoki Taman Daya di Johor Bahru.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sebab itulah Tuan Pengerusi saya begitu hairan, RM3 juta untuk membina satu stadium macam itu. Memang Yang Berhormat, jawapan itu tepat. Kita perlu lebih banyak wang lagi untuk membina satu stadium. Akan tetapi malangnya pasukan Malaysia tidak pergi ke mana. Belanda yang muncul sebagai pasukan yang gilang-gemilang. Dengan adanya facility yang baru bagaimana kita boleh meningkatkan standard hoki kita? Itu soalan.
Dato' Razali bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi persoalan tentang hoki bagaimana untuk meningkatkan. Mungkin tidaklah ada dalam butiran mengenai perbekalan.
Dato' Razali bin Haji Ibrahim
Akan tetapi saya menerima pandangan Yang Berhormat tentang bagaimana kita perlu meningkatkan pencapaian pasukan hoki kita. Untuk pengetahuan Yang Berhormat pertandingan tersebut negara menduduki tangga yang ke-12. Betul kita tidak masuk pertandingan akhir, tetapi ini pertandingan remaja dunia di mana pasukan-pasukan yang bermain atau yang bertanding.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat.
Dato’ Razali bin Haji Ibrahim
Dalam kejohanan tersebut adalah terdiri daripada pasukan-pasukan daripada seluruh dunia.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Boleh saya hendak berbalik sedikit tentang peruntukan RM13,414,000 untuk Maksud B.45 menyentuh tentang ESPN. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memang saya bersetuju sangat-sangat, tetapi cuma saya hendak tengok dari segi jumlah wang yang diperuntukkan walaupun kementerian mungkin tidak bercadang untuk menyambung rights kepada ESPN. Akan tetapi jumlah setengah jam yang diperuntukkan dengan berita yang disiarkan hanya sekitar Kuala Lumpur, saya rasa itu tidak berbaloi sama sekali.
Jadi adakah hak penyiaran ini hanya untuk siaran di Malaysia sahaja ataupun mencakupi rantau ASEAN, iaitu hak penyiaran yang diperoleh oleh ESPN keseluruhannya?
Cuma adakah lebih baik kalau kementerian berbincang dengan RTM? Ada lagi lesen siaran iaitu dua lesen yang belum dimajukan. Kenapa tidak jadikan siaran sukan bagi pihak lidah rasmi kerajaan? Saya ingat itu lebih munasabah dengan peruntukan yang agak begitu besar ini.
Dato’ Razali bin Haji Ibrahim
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat daripada Arau setengah jam itu dapat ditonton oleh penonton tempatan dan juga lapan saluran regional yang bersama-sama dengan ESPN dan syarikat yang mewakili di negara kita adalah New Biz International Sdn. Bhd. Network.
Saya setuju dengan jumlah yang begitu besar sebenarnya boleh kita adakan kolaborasi dengan RTM dan mungkin cadangan itu dapat kita panjangkan bersama dengan
Dato’ Razali bin Haji Ibrahim
pihak RTM sendiri, kalau pernah kita belanjakan jumlah yang sebegitu rupa kenapa tidak kita manfaatkan?
Saya percaya perkara-perkara yang dibangkitkan akan melibatkan tenaga kerja, kemudahan dan sebagainya yang saya rasa boleh menampung perbelanjaan, namun begitu untuk kita membuat pendirian hari ini adalah terlalu awal. Akan tetapi cadangan Yang Berhormat itu boleh dipanjangkan dan dihalusi. Namun begitu suka saya nyatakan sekali lagi Astro Arena telah pun mula beroperasi yang menunjukkan segala bentuk program sukan dalam negara yang disiarkan secara 24 jam.
Untuk kembali kepada soalan tentang pembangunan hoki, saya rasa antara perkara yang sedang kita laksanakan saya mengambil peluang untuk menjawab, walaupun tidak berkenaan dengan perbelanjaan tambahan adalah program-program remaja di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Kita ada program Pelapis Sukan Hoki Kebangsaan, kita ada Liga Hoki Remaja yang mana pemain-pemain itu akan diserapkan kepada pasukan kebangsaan apabila dilihat memenuhi kriteria oleh para jurulatih. Kita ada Liga Hoki Kebangsaan, kemudian kita ada program attachment dengan kelab-kelab hoki di luar negara.
Kita ada dua pemain remaja yang bermain dengan kelab hoki di Belanda yang akan berada di sana selama tiga bulan. Kesemua ini adalah untuk kita menghadapi persiapan Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang akan diadakan dalam tahun ini.
Saya rasa itu adalah sasaran kita dan pencapaian negara akan kita ukur dari segi persiapannya semasa menjelang perlawanan ataupun temasya Sukan Komanwel di India dan Sukan Asia di Guangzhou.
Akhir sekali mengenai soalan baju warisan Ahli Parlimen Kepong saya rasa tidak ada kena-mengena dengan Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih. [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM16,440,000 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM16,440,000 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, RM13.8 juta untuk Jabatan Tenaga Manusia penambahan jawatan di dalam Jabatan Tenaga Manusia. Ini memang satu peruntukan yang besar dan saya pun menggunakan kesempatan ini untuk membincangkan beberapa perkara. Baik juga bukan sahaja kerana Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahkan juga Yang Berhormat
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Menteri Sumber Manusia datang sendiri untuk menjawab Yang Berhormat Segamat dan seorang doktor itu memang bertanggungjawab.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dia doktor. Yang Berhormat Tangga Batu pun doktor. Susahlah kerana dia perlu berusaha lagi untuk mendapatkan doktoral. [Ketawa] Bukan, pendidikan sepanjang hayat. Dia betul juga, dia menjadi doktor dan bukan mustahil mempelajari sepanjang hayat.
Jadi, di sini walaupun saya sering kali mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Segamat mengenai usaha-usaha yang telah diambil untuk mendapatkan pekerja-pekerja dengan sah lebih daripada dua juta orang untuk negara ini. Mengenai PATI kita belum tahu lagi bilangannya, mungkin dua juta atau tiga juta kita pun tidak tahu. Ini memang menimbulkan masalah misalnya Tuan Pengerusi, apabila saya pergi ke pasar malam dan masalah serta rungutan-rungutan penjaja itu dia kata, “Doktor, bolehkah Yang Berhormat tolong saya?” Saya kata, “Apa masalah?” Dia kata, “Cuba tengok daripada Indonesia, Myanmar, Bangladesh yang menjaja dan dia menjaja dengan lebih murah.
Bolehkah Yang Berhormat tolong saya supaya penjaja-penjaja yang tidak sah ini tidak ada di dalam negara ini?” Saya kata, “Yang terlibat ini mungkin ada lebih sepuluh kementerian termasuk Kementerian Sumber Manusia.” Saya boleh bangkitkan, walaupun Yang Berhormat Muar tidak berminat, tidak apalah. [Ketawa] Dia tidak berminat dengan PATI. Dia hendak pergi kempen sekarang?
Dia hendak pergi Hulu Selangor berkempenkah? Banyak idea. Memang dengan perkara ini Yang Berhormat Segamat pun tahu idea dia pun tidak tahu, dia pening kepala bagaimana selesaikan perkara ini kerana PATI itu kita tidak tahu bila mereka datang. Mereka ada di negara ini pun kita tidak tahu. Tambahan pula orang kita pun beri mereka peluang. Dia tidak mahu menjaja, dia ambil pekerja asing untuk menjaja bagi pihaknya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat untuk kementerian ini tambahan RM13 juta itu adalah untuk bayaran emolumen disebabkan oleh penambahan jawatan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang, memang!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Jawatan di jabatan tahu.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Penambahan bayaran emolumen disebabkan oleh penambahan jawatan di Jabatan Tenaga Manusia. Ini kerja kakitangan di Jabatan Tenaga Manusia. Salah satu kerjanya ialah untuk menguruskan pekerja-pekerja.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Segamat sendiri sedar kerana dia pakar di dalam bidang ini. Tuan Pengerusi mesti tahu apa yang disebutkan sekarang itu memang kena-mengena dengan peruntukan tepat, persis dan jitu. Di sini di Sabah pun ada juga masalah yang lebih teruk lagi kalau tidak silap saya kerana dia masuk ke Sabah melalui jalan-jalan tikus, banyak.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Banyak. Di Putatan pun ada. Dia tidak mengambil perhatian. Katanya hendak jaga rakyat tetapi nampaknya jalan-jalan tikus di Putatan banyak. Itulah, untuk menyebabkan kita semua tidak tahu apa hendak buat. Mereka yang masuk ke negara ini di sempadan Sabah, Sarawak dan perairan di selatan Filipina, mana masuk?
Ini memang satu perkara yang penting. Saya berharap, saya pun tidak tahu bagaimana hendak buat kerana menjejaskan kita. Tambahan pula kalau mereka ada anak di sini bagaimana hendak buat. Ini memang ada kena-mengena dengan pekerja. Saya berharap kita sama-sama semua Ahli Parlimen dan semua kementerian yang terlibat kita boleh bersama-sama bekerjasama untuk mengatasi hal ini kerana pada masa hadapan komplikasi dan implikasinya memang besar.
Beberapa Ahli
Okey. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kita tidak boleh hendak cepat pun sebab ada lima kementerian lagi kerana kita tinggal hanya beberapa jam?
Beberapa Ahli
Okey. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Walaupun pihak Barisan Nasional tidak berminat.
Cuma Yang Berhormat Segamat yang berminat.
Seorang Ahli
Okey, thank you. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat ada dua minit lagi Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dua minit lagi ya? Saya akan menggunakan dengan sepenuhnya. [Ketawa] Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada kita semua selain daripada pekerja- pekerja sama ada sah ataupun PATI daripada Indonesia sekarang yang paling ramailah, Myanmar ataupun Bangladesh ataupun siapa lagi yang paling ramai yang masuk ke negara kita dan cara-cara mereka masuk, walaupun ini kena-mengena dengan Jabatan Imigresen.
Jadi, memang kita hendak tahu hal ini sebab saya sebutkan di sini Tuan Pengerusi, lebih 20 tahun mengenai hal ini sahaja dan masalah tidak selesai juga. Bukan sahaja tidak selesaikan malah bertambah rumit.
Saya diberi tahu ada sebahagian pembuangan bayi pun ada kena-mengena dengan pekerja ini kerana Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kerana mungkin PATI yang mengandung takut diusir balik ke negara asal dan mereka buangkan bayi mereka. Mungkin salah satu sebab, saya tidak tahu.
Memang kita mesti kaji dengan teliti mengapa mereka – kerana jawapan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memang standard. Di sesi ini sahaja ada tiga kali soalan seumpama ini dibangkitkan. Akan tetapi, tiap-tiap kali jawapan daripada kementerian itu serupa sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Termasuk perkataan-perkataan pun serupa sahaja. Saya ada meneliti kerana saya memang berminat dengan perkara ini. Itu salah satu kementerian yang boleh membantu ialah Kementerian Sumber Manusia.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Habis masa?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habis masa Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Okey, sekian terima kasih. [Ketawa]
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada saudara saya Yang Berhormat Kepong kerana keprihatinan beliau tentang isu pekerja asing dan pendatang tanpa izin yang ada di dalam negara kita. Kerajaan berkongsi pandangan Yang Berhormat Kepong di dalam isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Di dalam perkara ini saya tidak menafikan bahawa ada beberapa masalah yang wujud kerana bilangan pekerja asing yang begitu ramai di dalam negara kita. Akan tetapi, kerajaan telah mengambil berbagai-bagai jenis usaha untuk mengurangkan mereka dan menguruskan pekerja-pekerja asing di dalam satu cara yang baik.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Pada masa sekarang kita sedang melakukan satu proses melalui satu makmal yang telah ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai wakil-wakil daripada semua kementerian yang terlibat untuk kaji balik segala perkara berkenaan pekerja asing dan pendatang tanpa izin yang ada di dalam negara kita dari segi sumber, cara-cara mereka masuk, pemantauan, tindakan dari segi perundangan, keperluan industri, dan sektor-sektor yang memerlukan mereka. Kita berharap melalui satu kajian yang menyeluruh sedemikian ini, kita akan boleh mewujudkan sistem-sistem baru untuk memastikan isu-isu yang kita hadapi di dalam kajian penggunaan pekerja asing boleh dapat diselesaikan. Kita sedar bahawa ada sektor-sektor tertentu.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bangun]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Nanti saya jawab dahulu - sektor-sektor tertentu di mana keperluan pekerja-pekerja asing ini memang tidak boleh dinafikan. Oleh itu, kerajaan mengakui ada sektor di mana mereka diperlukan, tetapi kita memerlukan sistem pengurusan mereka yang baik di mana isu-isu yang telah dibangkitkan ini boleh diselesaikan dan tidak akan wujud pada masa yang akan datang. Itu harapan kerajaan dan kita sedang dalam usaha ke arah itu.
Saya berharap selepas makmal sudah habis dan sistem-sistem baru kita sudah mengkaji dan menetapkan kelemahan yang ada, kita boleh mewujudkan sistem-sistem baru. Selepas itu kita mempunyai satu rancangan jangka masa panjang untuk memastikan kebergantungan negara kepada pekerja-pekerja asing di dalam pelbagai jenis bidang boleh dikurangkan.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya rasa ini merupakan satu rancangan yang mustahak. Ia tentunya mengambil masa yang panjang. Jadi, berapa lama agaknya atau berapa tahun ia akan selesaikan semua ini. Satu lagi soalan ialah dulu beberapa tahu yang lalu Singapura menggunakan ramai pekerja asing khasnya daripada Malaysia juga.
Pada waktu itu sesiapa yang hendak kerja boleh pergi ke Singapura – tidak mengira qualification.
Akan tetapi, sekarang Singapore telah tetapkan hanya mereka yang mempunyai kelulusan SPM dan lima kredit barulah dibolehkan masuk ke Singapore untuk bekerja. Akan tetapi, saya lihat di Malaysia kita tidak ada. Mengapa ini terjadi dan mengapa kita tidak meningkatkan ataupun kelayakan pekerja itu tidak ditingkatkan. Apakah sebabnya dan bolehkah kita mengadakan minimum wages, adakah minimum wages akan membantu dalam mengurangkan pekerja asing ini. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat. Keadaan di dalam negara kita dan keadaan di Singapura mungkin berbeza. Contohnya, kita mempunyai bidang perladangan dan tidak wajarlah kita memerlukan mereka yang mahu datang kerja di dalam bidang perladangan mempunyai kelayakan yang tinggi. Kalau mereka mempunyai kelayakan tinggi, mereka tidak akan kerja di dalam bidang perladangan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Oleh itu, segala sistem yang sedia di dalam sesuatu negara ialah dengan mengambil kira keperluan yang ada di negara-negara tersebut. So, apa-apa sistem yang ada di dalam negara kita ialah dengan mengambil kira keperluan di dalam negara kita dan bagaimana ini boleh diuruskan.
Negara kita pun sedang menuju ke satu arah yang mana ekonomi kita akan berubah, yang mana mungkin khasnya di dalam contoh sektor pembuatan, kita berharap untuk menaikkan satu taraf yang mana industri kita akan asas lebih pada kemahiran, teknologi dan pengetahuan daripada yang diasaskan kepada labour iaitu pekerja-pekerja yang terlampau banyak di dalam bidang-bidang yang memerlukan kemahiran yang rendah.
So apabila perkara itu berlaku, maka kita akan memerlukan pekerja-pekerja yang lebih mahir yang lebih berkelayakan. So, ini akan berlaku secara satu proses berterusan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Kita sudah mula di dalam proses itu dan dengan masa kita akan mencapai tahap itu. Kita mempunyai bidang-bidang yang lain seperti pertanian, perladangan, pembinaan yang mana kita memerlukan pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran di dalam bidang itu ataupun mungkin tidak mempunyai qualification akademik yang begitu tinggi.
Oleh itu, ada dasar-dasar yang berbeza sedikit tetapi pada keseluruhannya kerajaan memang sedar tentang keperluan untuk meningkatkan lagi pengurusan pekerja- pekerja asing dan kita akan mencapai tahap itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Menteri, sebelum... Tuan Pengerusi, penjelasan ya. Itu fenomena pekerja asing ini bukan sahaja berlaku di Malaysia.
Memang berlaku di banyak negara.
Saya pernah menyaksikan di United Kingdom pun dan di banyak negara lagi dan sehingga sekarang pun di United Kingdom, memang mereka menghadapi masalah yang sama. Walaupun beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian, saya harap ini semua berkesan.
Akan tetapi mungkin kita perlu mengkaji semula memikirkan dari sudut yang lain bagaimana pihak-pihak, misalnya di Jerman, di negara Jerman ini memang disekat.
Mungkin dia tidak ada sempadan seperti kita. Dia memang mengawal dengan ketat supaya bilangan PATI tidak bertambah. Kalau kita... [Disampuk] Enam kementerian ya Tuan Pengerusi, kita tidak boleh habis. Memang tidak boleh habis.
Saya mencadangkan supaya kita ada usul yang baru, [Disampuk] lebih baik. Jadi dengan pekerja-pekerja sah yang masuk itu, kita boleh kawal, kita tahu di mana dia, PATI tidak boleh langsung... Kita mungkin boleh mempelajari dari negara-negara berkenaan termasuk Jerman dan mungkin United Kingdom walaupun mereka bertahun-tahun menghadapi masalah yang sama.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Segala isu yang dibandingkan oleh Yang Berhormat berkenaan isu-isu ini, kita sedar dan telah mengambil perhatian di dalam kajian yang dibuat melalui makmal tentang isu-isu ini yang sedang dihadapi. Kita berharap untuk menghasilkan satu penyelesaian kepada segala masalah ini.
Saya ucapkan terima kasih Tuan Pengerusi, kepada Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan mohon sokongan kepada belanjawan Kementerian Sumber Manusia. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM13,858,000 untuk Maksud B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM13,858,000 untuk Maksud B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya lihat di sini ada sebanyak RM12 juta lebih untuk membiayai cadangan ekskavasi dan membina semula Kota Melaka serta konservasi bangunan-bangunan di dalamnya.
Saya hendak bertanya kerana memberi banyak peruntukan untuk memperkasakan status heritage town Melaka. Akan tetapi saya rasa perlulah Kerajaan Barisan Nasional juga bertindak sedemikian di Pulau Pinang juga kerana Pulau Pinang juga diberikan status yang sama. Ini haruslah menjadi kebanggaan kepada Malaysia. Ia boleh menjadi tarikan pelancongan antarabangsa.
Sekiranya kita juga memberikan peruntukan yang sama, memberikan usaha yang sama kepada Pulau Pinang seperti Kota Melaka, ini akan membantu negara kita. Saya rasa Pulau Pinang mempunyai tarikan-tarikan yang lebih berbanding Kota Melaka kerana ada banyak bentuk bangunan yang tidak sama, ada budaya yang satu Asia ada di Pulau Pinang.
Jadi saya minta penjelasan, mengapakah peruntukan tambahan itu tidak diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi melalui satu lagi agensi? Apakah yang telah dilaksanakan oleh agensi ini dalam usaha untuk konservasi bangunan-bangunan heritage di Pulau Pinang? Sekian, terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kepong. Selepas itu, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, sebenarnya bekalan tambahan untuk Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu memang melibatkan pelbagai aspek.
Pertama, memang untuk pembayaran emolumen dan pelarasan semula peruntukan kementerian. Seterusnya banyak cadangan termasuk cadangan ekskavasi dan membina semula Kota Melaka serta konservasi bangunan-bangunan di dalamnya. Memang ini satu perkara yang baik.
Pihak Ahli-ahli Parlimen Melaka pun saya tidak nampak ada berminat. Yang Berhormat Tangga Batu senyap sahaja. Kita hendak mengadakan ekskavasi di Melaka. Dia biarkan sahajalah begitu. Dia tidak begitu mengambil perhatian juga. Itulah hendak tolong dia pun susah.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Cuma saya hendak tanya mengapa kita memerlukan hampir RM13 juta, ini pun bekalan tambahan sahaja tidak termasuk bekalan asal dan apakah jumlah termasuk tambahan ini yang diperlukan untuk ekskavasi ini dan untuk membina semula Kota Melaka dan berapa tahun diperlukan supaya projek ini dapat dijayakan, memang penting.
Cadangan seumpama ini kita mesti sokong kerana di mana-mana negara pun, kalau ada usaha untuk mengembalikan masa-masa depan yang cemerlang itu dan dibuat satu tapak untuk kunjungan untuk menjaga dengan baik, ini memang satu perkara ke arah yang betul dan saya berharap kita dapat itu jawapan yang lebih untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah dibuat oleh pihak kementerian.
Mengenai RM10 juta ini, saya tidak tahulah macam mana perbelanjaan ini memerlukan RM10 juta untuk membiayai perbelanjaan program-program tambahan, itu tambahan sahaja, saya tidak tahu apa itu peruntukan asalnya seperti Program 1Malaysia,
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Rumah Terbuka Krismas, Titian Budaya Malaysia-Brunei, Laman Budaya dan Emolumen Artis Berjadual. Program 1Malaysia masuk ke sini juga...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul kah?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Di mana yang tidak masuk lagi? Itulah kita memang perlu tahulah mengapa kita berbelanja dengan banyak ini, Rumah Terbuka Krismas pun banyak juga, berapa juta yang diperlukan? Mengenai peruntukan yang minta diluluskan untuk membiayai Tabung ASWARA dan dana pelancaran ASWARA ini memang saya tidak tahu apa sebenarnya tentang tabung ini? Apakah hasrat pihak kementerian untuk ASWARA ini? Apa sebenarnya program ini dan mengenai hampir RM6.5 juta untuk projek hiasan di Pejabat Perwakilan Malaysia. Kita perlukan projek hiasan di kedutaan Malaysia tidak tahulah di mana, perwakilan Malaysia ini berapa negara? Program Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon.
Yang Berhormat Tangga Batu, kita hendak buat pertandingan rekaan batik, pakai batik di dalam Dewan pun tidak boleh [Ketawa] Tuan Pengerusi pun tidak sebut langsung...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, itu macam Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Emmmm..
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kita belanjakan wang...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
...Untuk batik dan ada ahli yang tidak suka, macam mana itu?
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, ya, ya tidak bolehlah macam itu dan ini memang kita perlulah menggalakkan...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kepong janganlah berikan satu tanggapan yang negatif kepada masyarakat luar, baju batik dipakai dengan necktie, hendak pakai, pakailah betul-betul, pamerkanlah betul- betul. Yang Berhormat Kepong ini merosakkan imej batik negaralah, terima kasih Tuan Pengerusi.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Macam mana kalau merosakkan imej...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Ini kreatiflah.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ini menambah baikkan imejnya.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Hah, cuba tanya orang di luar itu, mereka kata ini memang tepatlah itu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang tepatlah itu, kita mesti galakkan rakyat Malaysia pakai sedemikian.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Patung dia pakai.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya patung sahaja ke? Kita galakkan artis-artis kita menyertai Performing Arts di Hollywood, memang kita mesti galakkanlah kerana kita hendak meningkatkan standard mereka dan kebolehan mereka, memang saya tidak nafikanlah cuma beberapa artis itu perlukan wang banyak untuk dihantar ke California, Hollywood ataupun cuma satu elaun sahaja bagi mereka untuk pergi ke Hollywood, Annual World Championships of Performing Arts di Hollywood itu memang satu pusat untuk performing arts dan kita mesti dapat peluang untuk menyertainya.
Di sini terdapat juga mengenai perolehan pentas bergerak bagi keberkesanan Program Merakyatkan Seni (PMS). Ini memang menarik perhatian saya sebab saya tidak pernah melihat pentas bergerak, mungkin boleh menunjukkan kepada saya apakah yang disebutkan sebagai pentas bergerak ini dan saya memang sokong untuk memajukan kesenian di negara ini dan satu negara yang tiada ada kesenian memang tidak seimbang, kita perlukan dan galakkan semua pihak termasuk kerajaan, mungkinkah akan muncul pakar-pakar di dalam seni termasuk artis-artis. Tidak mustahillah boleh muncul di negara ini, artis-artis bertaraf antarabangsa dan termasyhur seperti Vincent Van Gogh, Francisco José de Goya y Lucientes, Leonardo da Vinci dan sebagainya dan tetapi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat sudah habis, 10 minit Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Duduk, duduk.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itulah, kalau kita hendak membincangkan artis itu memerlukan sedikit masa tetapi itulah.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya berharap pihak kementerian...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
... Dapat mem.. Apa masalahnya?
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kita hendak menggalakkan para artis di negara, mana ada salah dan saya berharaplah kementerian dapat menjawab bagaimana kita dapat memberi sumbangan ataupun bantuan kepada artis-artis kita supaya tahap dan mutu mereka dapat dipertingkatkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ada... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, saya melihat Yang Berhormat tetapi saya sudah bagi arahan tadi.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam dan Yang Berhormat Kepong atas keprihatinan mereka berkenaan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kementerian kami. Yang Berhormat Bukit Mertajam bertanyakan berkenaan perbelanjaan untuk projek-projek ekskavasi di Kota Melaka yang berjumlah hampir RM13 juta iaitu
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
sebenarnya Yang Berhormat hendak tahu berkenaan bagaimana peruntukan diagihkan kepada Bandar Warisan Georgetown.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Berkenaan dengan peruntukan itu, itu adalah disalurkan melalui Khazanah Warisan dan ianya berjumlah RM20 juta pada tahun 2010 dan saya berharap supaya Kerajaan Pulau Pinang akan dapat berhubung dengan Khazanah untuk mendapatkan peruntukan yang spesifik untuk kegunaan pemuliharaan bandar Georgetown. Yang Berhormat Kepong terima kasih Yang Berhormat kerana Yang Berhormat sangat minat dalam beberapa perkara yang ada dalam butiran perbelanjaan tambahan kementerian kami iaitu berapa tahunkah lagi kita hendak memelihara Bandar Kota Melaka. Ini mengikut apakah temuan yang baru, kalau ada dan diunjurkan bahawa ianya akan mengambil masa tiga tahun dan sebanyak dekat RM13 juta ini telah dibelanjakan.
Kita tidak tahu berapa banyak lagi yang akan kita hendak pelihara di Bandar Melaka dan mengikut apa penemuan yang baru. Kalau ada penemuan yang baru maka kita akan meminta perbelanjaan tambahan; sekiranya diperlukan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, penjelasan. Kalau macam itu apakah penemuan setakat ini?
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebagaimana Yang Berhormat sendiri tahu bahawa Kota Melaka adalah bandar yang bersejarah dan apa yang kita nampak di atas tanah seperti bangunan kubur atau gereja yang ada, itu yang memang telah kita ketahui. Namun yang di bawah tanah lagi yang sekiranya kita selidik kelak ataupun penemuan baru dari pengetahuan yang ada dalam rekod jadi kita mungkin, itu hanya berkemungkinan sahaja Yang Berhormat. Jadi saya tidak akan mengatakan apa yang belum kita temui.
Berkenaan dengan Program 1Malaysia bukan Program 1Malaysia sahaja Yang Berhormat yang membelanjakan RM10 juta ini. Sebagaimana yang Dewan yang mulia ini tahu bahawa Program 1Malaysia adalah program yang bermula pada April tahun lepas dan bukan dalam belanjawan yang kita bincangkan pada tahun 2008 untuk tahun 2009. Jadi oleh kerana ini program baru maka peruntukan baru hendaklah disediakan. Begitu juga berkenaan dengan Program Rumah Terbuka. Rumah Terbuka Krismas – rumah terbuka Krismas pada tahun yang lalu tidak ada dalam peruntukan yang telah diluluskan oleh kita pada tahun 2008.
Yang Berhormat Kepong hendak tahu apakah program yang telah kita lakukan berkenaan dengan Program 1Malaysia. Kita sudah mengadakan Program 1Malaysia di Perak, Sabah dan saya sendiri telah juga merasmikan penganjuran Program 1Malaysia di Sabah dan di Langkawi untuk negeri Kedah dan begitu juga Yang Berhormat Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sendiri telah merasmikan program tersebut di Negeri Sembilan.
Yang Berhormat Kepong, berkenaan dengan ASWARA. ASWARA adalah satu akademi. Kalau Yang Berhormat teringat bahawa pada tahun 2006 Dewan yang mulia ini telah memutuskan ataupun telah meluluskan satu akta yang bernama Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Tahun 2006 ataupun dipanggil Akta 653.
Ianya telah diluluskan pada 1 Ogos 2006 dan ASWARA adalah bertujuan untuk negara kita membangunkan kebudayaan dalam bidang seni, budaya dan warisan.
Peruntukan yang dipohon ini adalah untuk membangunkan sumber manusia iaitu untuk para pegawai dan pensyarah ASWARA menjalani latihan dan pembelajaran dan penyelidikan akademi di dalam bidang seni, budaya dan warisan. Selain itu program ini juga membolehkan tenaga akademi dan pengurusan ASWARA mempertingkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang pengajian di ASWARA.
Sebagai makluman, Jemaah Menteri telah pun memberi keputusan untuk menyediakan RM90 juta untuk tabung ASWARA dan yang dipohon di sini adalah sebahagian dari peruntukan yang telah diluluskan.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat Kepong juga hendak tahu berkenaan dengan perhiasan Pejabat Perwakilan Malaysia. Terdapat 14 pejabat yang telah dikenal pasti dan dihiasi dengan seni ukiran kayu, rotan, buluh, pandan, kraf tekstil, logam, seramik, pakaian atau aksesori dan instrumen muzik dari Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, pejabat-pejabat Perwakilan tersebut adalah merangkumi:-
(i) New Delhi;
(ii) Moscow;
(iii) Washington;
(iv) Consulate General of Malaysia di New York;
(v) Permanent Mission of Malaysia di United Nation, New York;
(vi) Embassy of Malaysia Beijing;
(vii) Tokyo;
(viii) Seoul;
(ix) Kuwait;
(x) Riyadh;
(xi) Jeddah;
(xii) Jakarta;
(xiii) Paris; dan
(xiv) London.
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kepong kerana Yang Berhormat sangat prihatin berkenaan dengan penyebaran dan promosi kebudayaan negara ke negara- negara asing dan diharapkan di masa yang akan datang kita akan dapat juga menghias beberapa lagi Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara lain.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Berkenaan dengan apakah pentas bergerak. Pentas bergerak adalah sebuah lori yang boleh ditukar menjadi sebuah pentas. Sekiranya Yang Berhormat Kepong menyertai Malaysia Chinese New Year Open House di Pandamaran, Yang Berhormat boleh tahu bagaimanakah pentas bergerak. Sebenarnya pentas ini boleh dibawa dari satu tempat ke satu tempat dan digunakan untuk pertunjukan dan menyebar luas atau meraikan seni budaya negara kita.
Berapakah jumlah pentas yang telah dibeli? Empat buah pentas yang sudah dibeli dan satu lagi masih mungkin dapat kita beli. Hanya empat buah pentas yang telah dibeli berjumlah RM2 juta dan kita masih ada RM600,000 untuk membeli sebuah lagi pentas tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM81,979,300 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM81,979,300 untuk Maksud B.47 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM70 untuk Maksud P.47
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendak diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM70 untuk Maksud P.47 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Maksud B.48 dan Maksud P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia untuk dibahas. Okey, Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya membahaskan... Tuan Pengerusi, maaf ya.
Maksud B.48 - sebelum saya ke butiran dalam perbelanjaan tambahan ini, saya ingin menyatakan saya mengalu-alukan keputusan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Beliau telah memutuskan untuk memberi kemudahan kepada anak warga tempatan wanita yang dilahirkan di luar negara bersama dengan suami asingnya.
Saya percaya dan saya menerima laporan Yang Berhormat Menteri ada memperjuangkan. Syabas saya ingin menyatakan dan saya mohon kita boleh berterusan memperjuangkan untuk kesaksamaan gender. Akan tetapi saya berharap Yang Berhormat Menteri tidak berhenti di sana sahaja. Apa yang kita perlu adalah satu jaminan hak yang sama, adalah pemindaan Perlembagaan Perkara 14(1)(b). Sekarang saya ingin membaca laporan...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi... Kalau Tuan Pengerusi benarkan perkara-perkara di luar daripada butiran, kita tidak akan habis pada malam ini Tuan Pengerusi. Saya bukan melarang rakan-rakan bercakap tentang perkara- perkara yang berkaitan dengan kementerian-kementerian semasa. Akan tetapi biarlah butiran-butiran yang ada tercatat dalam kertas tambahan ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, baik Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kalau yang lain kita...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Akan... Bukan. Saya bukan membantah. Akan tetapi kita biarlah kepada soal pokok yang di depan kita.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya akan mematuhinya tetapi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya peringatkan jugalah Yang Berhormat Menteri.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau barang itu dibangkit di luar daripada butiran di sini, tidak perlu jawab. Itu kita memberi sedikit disiplin dalam Dewan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Silakan Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Sekali-skala... Akan tetapi ini adalah kejayaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di mana saya ambil sedikit masa untuk menyatakan syabas kepada Yang Berhormat Menteri, okey.
Saya ingin meneruskan ialah berkenaan RM11 juta ini - RM11 juta untuk kenaikan kadar Skim Bantuan Segera Kerajaan Persekutuan. Sebelum ini saya pernah bangkitkan dalam Dewan ini berulang-ulang kali, meminta agar Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar boleh mengambil langkah, tindakan, dan pendekatan yang berbeza. Ini untuk mengembalikan peruntukan bantuan segera Kerajaan Persekutuan ini kepada Ahli-ahli Parlimen dan setiap kawasan Parlimen yang sebelum ini ada diberi peruntukan ini.
Apabila Ahli Parlimen menjumpai pengundi kawasannya yang memerlukan bantuan segera, kami dengan segera boleh menulis kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan meluluskannya dengan serta-merta. Kurang daripada dua minggu tindakan akan diambil. Jadi, saya berniat baik dan saya percaya ramai Ahli dalam barisan di sini juga yang sama. Kita mahu membantu orang miskin dan permohonan yang kami kemukakan ke jabatan-jabatan itu mengambil masa begitu lama. Pegawai kurang. Kalau pegawai turun padang sudah lihat mereka perlu balik buat laporan tunggu pegawai untuk buat kelulusan, hantar ke pejabat negeri untuk dapatkan keputusan. Ini mengambil masa begitu lama.
Yang Berhormat Menteri pernah kata, “Oh! Dua minggu akan beri kelulusan.” Akan tetapi hakikatnya bukan begitu. Dalam kes-kes di mana memerlukan bantuan segera - kebakaran, orang yang miskin kami menjumpainya, dan tiada makanan yang mencukupi untuk anaknya. Dalam kes ini kami memerlukan bantuan ini. Mengapa kita tidak boleh bersama-sama membantu mereka. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengembalikan semula bantuan segera ini kepada ahli-ahli barisan daripada pembangkang juga dan letakkan kita bersama seperti dahulu juga.
Perkara yang seterusnya saya ingin bangkitkan ialah berkenaan program latihan perkhidmatan home managers. Saya tahu ia dilancarkan sejak tahun 2008 dengan diumumkan RM10 juta dan tujuan niatnya adalah untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing. Jadi sehingga sekarang saya ingin tahun berapa ramai pengasuh profesional ini yang telah dilatih setakat ini? Selepas latihan ini diberi apakah mereka ada diberi bantuan untuk mencari kerja? Berapa ramai daripada mereka telah memperbaiki kehidupan mereka selepas latihan ini? Apakah ada penyertaan kaum lelaki di dalam program latihan perkhidmatan home managers ini? Saya rasa itu sahaja dan sekian terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan tambahan sebanyak RM19,266,200 ini yang dikatakan sebagai membiayai kekurangan peruntukan emolumen Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Saya hendak kepastian berapa banyak jawatan baru yang telah dilantik oleh pihak kementerian untuk JKM? Sekiranya ada mungkin boleh disimpulkan bahawa peratusan penambahan ini untuk kita lihat sebagai mana peruntukan asal dahulu. Jabatan dikatakan mempunyai 6,396 kakitangan dan jumlah kakitangan ini tidak bertambah langsung pun daripada tahun 2008. Jadi, adakah tambahan ini kerana wujudnya satu pengambilan atau pelantikan baru dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia?
Kedua, saya hendak bertanya tentang program yang sama iaitu latihan perkhidmatan home managers - pengasuh profesional (maid). Adakah kumpulan sasar atau pelantikan juga requirement yang dibuat ini, juga terbuka kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU)? Ini kerana ada beberapa pertanyaan yang bertanya tentang spesifikasi ataupun maklumat lanjut tentang program ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Bagaimana mereka juga barangkali dibuka ataupun didedahkan dalam aspek- aspek kemahiran tertentu untuk perkhidmatan home managers. Seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi, sekiranya program ini telah pun bermula daripada tahun 2008, anggaran belanjawan untuk 2010 tidak langsung dimasukkan berkenaan dengan peruntukan kepada Program Latihan Perkhidmatan Home Managers ini. Adakah ia satu dasar baru atau one-off untuk perkara baru yang kita bawa pada malam ini? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bukit Mertajam. Selepas itu Yang Berhormat Pasir Puteh. Yang Berhormat Menteri menjawab selepas Yang Berhormat Pasir Puteh.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Kepong tidak ada? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga minat hendak tahu tentang pengasuh professional maid.
Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sehingga sekarang, berapa pengasuh professional maid telah dilantik? Apakah program ini sebagai satu latihan yang percuma iaitu sesiapa yang ingin melalui latihan ini dapat diberi latihan? Bagaimana mereka memohon? Siapakah yang menjalani latihan?
Saya rasa pengasuh professional maid memang satu langkah yang baik tetapi setelah mereka dilatih, berapa bayaran mereka dapat? Gaji mereka, biasanya selepas mereka dilatih, berapakah gaji mereka dapat sebulan? Ini kerana pada pendapat saya, sekarang untuk mendapatkan seorang pengasuh professional maid di rumah kita ini, dia memang dibayar gaji yang agak tinggi. Kalau untuk menjaga seorang anak sahaja, anaknya baby di waktu siang sahaja dibayar RM500 hingga RM600 sebulan. Kalau siang dan malam, ada seorang anak itu mungkin sehingga RM800.
Jadi, ini boleh menjadikan satu profesion yang menguntungkan. Jadi, saya rasa latihan ini membolehkan seseorang itu mendapat gaji. Jadi, saya rasa adakah ini percuma?
Kalau ini percuma nanti – sekarang sudah RM5 juta. RM5 juta ini boleh melatih berapa orang? Saya rasa ada baiknya ia diberi sebagai satu geran. Orang yang dilatih itu selepas mendapat gaji boleh membayar balik supaya lebih ramai orang dilatih. Ini kerana memang kita perlu. Sekiranya program ini boleh berjaya, kita tidak perlu lagi maid dari luar negara.
Home managers ini memang satu profesion saya rasa yang kita boleh galakkan supaya lebih ramai wanita dapat bekerja di luar rumah. Jadi, saya sangat minat dengan program ini.
Saya harap boleh dapat penjelasan yang sejelas-jelasnya.
Mengenai dengan Program Pembangunan Kawasan Risiko Tinggi Negeri Johor, adakah ini hanya dijalankan di negeri Johor? Ini kerana saya rasa ada banyak kawasan yang memang berisiko tinggi di mana ada kadar jenayah yang tinggi di tempat-tempat kawasan rumah pangsa kos rendah. Saya rasa ini merupakan satu projek yang baik. Akan tetapi, saya hendak tahu di mana lagi ia dilaksanakan? Saya ingin tahu juga dengan jelas program ini, apakah perlindungan contentnya? Saya juga ingin tahu apa itu kad jaringan keselamatan sosial?
Di bawah kadar Skim Bantuan Segera Kerajaan Persekutuan, saya ingin tumpang dan juga emolumen Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana saya rasa adalah benar bahawa kekurangan kakitangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat sampai dilantik pegawai Program Cari yang sandaran sahaja. Saya rasa projek seperti ini atau kerja seperti ini harus berterusan. Kita ada sistem ada masalah sehingga kita perlu pergi cari-cari. Itu bermakna bahawa ramai mereka yang miskin tidak tahu ada bantuan untuk mereka di pejabat mana.
Sering kali pusat khidmat kami dibanjiri, selalunya ada orang bertanya macam mana hendak dapat bantuan. Mereka tidak berani hendak pergi kerana - saya pun tidak faham mengapalah. Mungkin kerana ada bahasa punya barrier. Ini kerana selalunya pegawai di sana hanya cakap satu bahasa dan satu bangsa sahaja. Orang yang miskin itu ada pelbagai bangsa dan mereka miskin kerana ramai yang tidak pergi ke sekolah. Jadi, mereka tidak dapat berbahasa Malaysia ataupun tidak pandai. Mereka segan, mereka susah hendak pergi ke sana.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Jadi, saya merayu 1Malaysia ini supaya kakitangan di pejabat Kebajikan Masyarakat ini boleh menunjukkan 1Malaysia. Ada kakitangan yang pandai berbahasa dalam berbagai-bagai bahasa. Saya sokong kalau hendak tambahkan pegawai tetap dan bukan pegawai sandaran yang dilantik daripada ahli-ahli politik parti-parti yang tertentu sahaja. Ini mencampurkan politik dengan kebajikan. Saya tidak tahu adakah itu akan lebih berkesan. Sekiranya tidak, saya rasa adalah lebih baik kita menjalankan kerja kerajaan mengikut prosedur kerajaan, jangan berpolitik di dalam situ.
Di Penang tiada. Kerajaan Penang dia beri RM100 kepada semua warga emas yang melebihi 60 tahun umurnya dan mereka juga adalah pengundi di Pulau Pinang.
Mereka sangat berterima kasih. [Ketawa] Mereka suka walaupun duit itu RM100 sahaja kerana maknanya besar. Tidak pernah Kerajaan Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, memberi RM1 pun tidak pernah secara itu kepada warga emas.
Jadi, mereka rasa bingung mengapa ada Menteri yang mengatakan takziah kepada mereka. Ini kerana takziah ini kalau saya tidak salah diucapkan kepada mereka yang sudah meninggal, bukan mereka yang hidup. Apakah takziahnya? Boleh dapat RM100! Bolehkah Kerajaan Barisan Nasional pusat memberikan RM100 juga? Kalau boleh, kepada cara sama dengan cara Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu setiap tahun memberikan kepada mereka yang melebihi umur 60 tahun yang mereka menjadi pengundi di Pulau Pinang. Itu adalah penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang kepada pembangunan negeri ini. Mereka ini juga sudah memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Bolehkah Barisan Nasional juga memberikan RM100, jadi kalau tidak jangan mengecilkan orang-orang warga emas ini kalau RM100 ini tidak mencerminkan penghargaan. Jadi berapa harga penghargaan yang Kerajaan Barisan Nasional pusat boleh beri.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah habis.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Ya dan saya hendak tahu emolumen ini ialah mengapa ada penambahan, adakah ini untuk kakitangan sandaran seperti kakitangan untuk melaksanakan Program Cari ataupun memang mereka adalah pegawai tetap. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Satu mengenai P.48 ini dalam Butiran 01100 – Penyelidikan Sains Sosial. Saya ingin membuat satu cadangan iaitu Akta Kanak-kanak dari segi bawah umur ini. Sebab sekarang ini kalau bawah umur, maknanya tidak dikenakan undang-undang, umpamanya hubungan luar nikah contohnya, berlaku sehari dua di Langkawi umpamanya. Jadi semacam - kalau umur 13 tahun itu, sudah besar, sudah boleh ikut lelaki dan apa lagi kalau umur 17 tahun dan sebagainya, boleh jadi mak.
Saya rasa akta ini perlu disemak balik, kalau dulu mungkin munasabah kalau dulu tetapi sekarang saya rasa 17 tahun sudah jadi bukan kanak-kanak dan kerana itu saya mencadangkan juga bahawa mereka ini juga mesti dikenakan undang-undang. Jangan yang lelaki sahaja dikenakan undang-undang, yang perempuan dikatakan bawah umur tadi, pasal mereka juga ada memperdagangkan dirinya sendiri. Jadi apabila ditangkap umpamanya, lelaki yang kena dan perempuan tidak kena atas alasan kerana dia bawah umur. Oleh itu, bagi saya perlu dipinda balik supaya ini dapat berlaku penyelarasan dari segi ini.
Di antara kajian juga bahawa di antara sebab kanak-kanak atau orang bawah umur ini maksudnya melakukan kesalahan ialah kerana ibu bapa. Jadi bagi saya, kalaulah
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
tanggungjawab ibu bapa itu menjadi sesuatu yang penting menyebabkan terabainya kanak- kanak tadi. Bagi saya, saya mencadangkan supaya ada juga satu peraturan, undang- undang yang dikenakan kepada ibu bapa kerana mengabaikan anak bawah jagaannya, sebab ini baru kita dapat penjelasan yang terbaik.
Saya mencadangkan juga - saya tidak tahulah sama ada kementerian sudah ada dasar keluarga negara. Bermakna dalam kita berdepan di masa depan nanti, kita mesti ada satu dasar keluarga negara kita, keluarga negara ini, supaya kita tahu apa sebagai satu keluarga ini, apa yang negara hendak sebenarnya. Apa dia punya sifatnya, apa dia punya ciri-ciri dia dan sebagainya. Ini penting kalau kita – sebab kalau tidak, kita sampai 2020 nanti, keluarga entah ke mana dan kita bertemu dengan pelbagai masalah sosial yang kita hadapi nanti.
Oleh sebab itu, satu lagi yang saya hendak rujuk pada B.48 ini ialah yang No.1 itu sebanyak RM9 juta itu untuk kerana tambahan gaji kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat itu. Saya rasa itu pun tidak cukup, kalau boleh ditambahkan lagi sebab dengan peningkatan gejala sosial yang begitu banyak sekali, saya rasa kakitangan perlu ditambahkan dan diberikan pengkhususan masing-masing supaya masalah ini dapat kita betulkan. Begitu jugalah, saya mencadangkan bahawa yang No.2 di sebelah juta tambahan itu barangkali kita, bantuan-bantuan kepada keluarga miskin ini tidak mencukupi dan mesti diperbanyakkan lagi terutama sekali soal untuk memberi latihan-latihan kerjaya kepada client Jabatan Kebajikan Masyarakat ini dan juga latihan-latihan sambil belajar kepada anak-anak client dia sendiri, mesti ditambahkan sebab sekarang ini ada RM300 diberikan, saya rasa perlu ditambahkan lagi sehingga RM600. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya bagi pihak kementerian ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Batu Gajah, Indera Mahkota, Pasir Puteh...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Dan Bukit Mertajam kerana telah pun memberi pandangan dan cadangan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 bagi Maksud B.48. Pertama, tentang soal emolumen itu, saya hendak memaklumkan bahawa tambahan emolumen sebanyak RM19,266,200 itu akibat daripada pertambahan jawatan sebanyak 1,889 pada tahun 2008 dan jawatan tersebut telah mula diisi pada tahun 2009. Saya hendak maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam bahawa kita telah berusaha untuk menentukan lebih ramai daripada pegawai dan kakitangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum dan datang daripada seluruh negara. Kami di Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita kalau hendak ikut hati memang kita hendak lagi ramai, pelbagai kaum lagi bagus sebab ia akan memudahkan kerja kita tetapi kita sedang mengambil tindakan yang sewajarnya. Misal kata, pegawai- pegawai CARI itu, kita ada affirmative action untuk menentukan ramai daripada pegawai terdiri daripada pegawai Cina, India dan lain-lain.
Tuan Pengerusi, saya juga hendak memaklumkan bahawa untuk isu home managers dengan izin, bilangan yang telah dilatih pada 2009 adalah seramai 798 orang, mereka tidak diberikan bantuan tetapi dilatih secara percuma. Tidak ada peserta lelaki dan purata gaji mereka adalah di antara RM500 hingga RM120 sebulan. Tuan Pengerusi, saya juga hendak memaklumkan bahawa kad identiti penerima ini, ini adalah inisiatif kementerian untuk mewujudkan kad identiti penerima bantuan yang diberikan kepada semua penerima bantuan di bawah JKMM. Ini adalah untuk membantu kita, kad jaringan keselamatan sosial ini untuk memudahkan kita untuk meng identify penerima-penerima bantuan.
Tuan Pengerusi, saya juga hendak...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Penjelasan. Saya ada minta untuk tahu tentang home managers ini. Bagaimana dia dijalankan program ini, siapakah yang menjadi latihan? Sesiapa yang minat, bagaimana mereka boleh memohon untuk menjalankan latihan dan sekiranya kita hendak terus memberi latihan secara percuma, agaknya berapa
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
banyak peruntukan ini kita perlu diberi. Adakah ini merupakan satu kos efektif dalam perspektif ekonomi walaupun saya sangat sokong tentang program ini. Bolehkah kita memberi geran kepada swasta ataupun NGO yang ingin membantu supaya ia dapat dijalankan. Setelah geran itu diberi dan dia dapat menjanakan tanah sendiri supaya kita tidak perlu memberi peruntukan tiap-tiap tahun dan berapa orang yang kita hendak lantik ini? Terima kasih
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Tuan Pengerusi, setakat ini kita ada 19 trainers yang menentukan kursus-kursus yang diberikan kepada home managers ini berjalan dengan baik. Di antaranya ialah pengenalan kepada perkhidmatan mengurus kediaman profesional, perkembangan manusia, memahami keluarga dan keperluan, pengurusan kediaman, makanan, kesihatan, penjagaan kesihatan, pencegahan kemalangan, garis panduan perkhidmatan, urus kediaman dan juga latihan di tempat kerja. Saya mengalu- alukan saranan Yang Berhormat kalau ada NGOs misal kata yang ingin membuat latihan ini, tulis sahaja dan hantar surat kepada kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita. Oleh kerana ini adalah projek perintis, pihak kementerian kita sedang mengawasi sama ada ini adalah cara yang terbaik untuk kita wujudkan satu golongan semi profesional dalam kerja-kerja di rumah.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Jika kita dapati bahawa ia menepati kepada objektif dan vision, kita akan teruskan.
Jika tidak mungkin ada satu pakatan, smart partnership dengan NGO dan lain-lain untuk kita buat promosi di dalam bidang home managers ini. Tuan Pengerusi...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Satu penjelasan. Maksudnya adakah kementerian memang melantik trainer, 19 orang trainer untuk menjalankan program selama ini. Sekiranya I get you right, selain daripada tambahan RM5 juta di sini dan tahun lepas ia bermula dengan RM10 juta. Jadi jumlahnya RM15 juta. RM15 juta untuk melatih 7,000 orang, lebih kurang. Jadi ini bermaksud seorang dia makan duit yang banyak untuk dilantik.
Berapa ribu? 7,000 orang atau 700 orang? Saya di sini cuma hendak tahu, setiap home managers yang kita lantik ini, berapa kosnya? Adakah ini kos efektif?
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Tuan Pengerusi kalau kita bandingkan, kalau kita hendak bawa masuk pekerja asing kosnya agak sama. Saya akan bagi jawapan itu secara bertulis tetapi pada hari ini kalau kita hendak bawa masuk pekerja dari negara asing pun kosnya sama juga. Cuma kalau kita lihat daripada tahap kemahiran yang ada pada home managers ini lebih daripada apa yang kita boleh dapat daripada pekerja asing. Tuan Pengerusi, saya juga hendak maklumkan bahawa program di bawah kejiranan lestari di kawasan berisiko tinggi ini. Program ini adalah program perintis yang dilaksanakan di lima kawasan berisiko tinggi di Johor Bahru yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.
Program ini membabitkan pemulihan infrastruktur dan pembangunan modal insan masyarakat di kawasan tersebut. Fokus diberi kepada kesejahteraan sosial setiap golongan sasar yang terdapat di kawasan setempat dengan memenuhi keperluan dan kepentingan mereka. Sekiranya program ini dapat membuktikan kesannya iaitu menurunkan kadar jenayah, ia akan diaplikasikan ke kawasan lain yang dinamakan sebagai hotspot. Sehingga kini sehingga empat daripada lima kawasan yang melaksanakan program ini mengalami penurunan indeks jenayah dan gejala sosial. Akhir sekali Tuan Pengerusi...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Penjelasan yang last.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Sudah cukuplah itu Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Yang Berhormat, saya rasa ada satu point yang sangat penting.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Yang Berhormat saya hendak bagi ini, banyak lagi kementerian yang belum...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Oleh kerana saya rasa ada satu konsep yang sangat penting. Home manager maid ini, kalau kita bawa masuk majikan yang bayar.
Akan tetapi sekarang ialah kerajaan yang bayar. Ini adalah dua konsep yang tidak sama.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Oleh kerana maid ini, siapa yang akan pakai mereka, mereka yang bayar. Akan tetapi sekarang kerajaan yang bayar. Saya bukan kata ini satu program yang tidak baik. Program yang baik tetapi saya rasa konsep sekarang ini, kecuali kalau kerajaan boleh kata maid ini semua orang boleh pakai kerana bukan setiap orang, yang setiap keluarga dapat membayar.
Jadi konsep ini untuk melatih mereka dengan duit kerajaan tetapi hanya segolongan atasan atau orang middle income yang dapat menggunakannya. Jadi ini adalah tidak adil kepada keluarga yang miskin. Jadi itu yang saya memohon supaya konsep ini ataupun caranya mesti diubah, supaya mereka yang pakai mereka yang bayar kos latihan ini. Akan tetapi kerajaan yang take the initiative. Ini adalah yang baik.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Yang Berhormat, kita kerajaan memang kita ambil inisiatif seperti mana kita menghantar, menaja pelajar-pelajar ke sekolah dari universiti untuk memberi pendidikan kepada mereka supaya ada kemahiran. Jadi, ini saya sudah kata, di bawah kementerian ini satu kerja perintis, memberi latihan kemahiran supaya ada peningkatan dari segi perkhidmatan yang diberi. Seperti mana Yang Berhormat sendiri katakan bahawa home managers, adalah kalau kita develop program ini dengan sebaik- baiknya ia boleh jadi satu para profesion untuk mereka.
Jadi ini adalah satu pelaburan kepada kementerian pelaburan yang baik seperti mana kita hantar pelajar-pelajar ke vocational school dan lain-lain supaya ada kemahiran pada mereka. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kita di kementerian mengawasi program ini dan keputusan akan dibuat sama ada untuk diteruskan atau tidak. Akan tetapi setidak-tidaknya modul ini telah pun diwujudkan dan kalau ada mana-mana pihak yang lain termasuk NGO, yang ingin dengan izin adoptnya, kita akan bekerjasama dengan pihak yang minat nanti.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya hendak maklumkan bahawa untuk skim bantuan segera ini, adalah untuk membantu semua rakyat terutama mereka yang jatuh di bawah golongan yang memerlukan kebajikan. Siapa juga yang memerlukan bantuan Ahli-ahli Parlimen, ADUN, pemimpin-pemimpin yang memerlukan bantuan segera bolehlah tampil ke hadapan pejabat-pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di semua daerah dan negeri- negeri. Kalau ada kes-kes itu kita akan bantu sebab apa, kumpulan sasaran kita, tidak kenal bangsa, agama, parti politik atau mana-mana.
Yang mana miskin yang memerlukan bantuan kita akan bantu. Cuma satu yang saya hendak kata kepada Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam, apabila saya baca dalam paper apa yang dilakukan oleh kerajaan di Pulau Pinang. Saya rasa kesian pada warga emas sebenarnya, sebab bila dipanggil mereka, saya nampak ini sebagai satu gimik politik sahaja. Kebajikan... Saya hendak minta maaflah Yang Berhormat. Lain hendak gimik satu hal, tetapi kebajikan janganlah kita gimik. Kalau RM100 kita hendak bagi setahun, kalau kita kiralah tidak sampai RM8 sebulan maknanya tetapi gahnya begitu besar.
Saya rasa kecewa bila saya fikir warga emas datang daripada jauh, saya tengok ada yang hendak tertunggang-langgang hendak dapat RM8 ini. Gimik politik Kerajaan Pulau Pinang, gahnya besar. Akan tetapi untuk apa? Kalau kita kira untuk setahun RM8, berapa sen sebulan, itu yang saya rasa amat dukacita untuk warga emas yang ada di Pulau Pinang.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bangun]
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional Yang Berhormat, kita tidak buat gimik untuk kebajikan. Bil kita untuk kebajikan tidak kurang daripada RM715 juta setahun. [Tepuk] Yang Berhormat saya kata hadiah istimewa kebajikan yang boleh dibuat oleh mana-mana kerajaan adalah kestabilan negara.
Kerajaan Barisan Nasional memberi hadiah istimewa dari segi kebajikan kerana sekian lama di bawah pemerintahan Barisan Nasional, negara kita aman makmur dan mempunyai masa hadapan.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Penjelasan.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Tuan Pengerusi saya mengucapkan terima kasih kepada semua di atas apa perbahasan mereka dan cadangan kita akan ambil perhatian.
Terima kasih. [Dewan riuh]
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
RM100 itu bukan kebajikan, itu yang tidak faham.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Bagi kita jawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sudah, sudah Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Akan tetapi warga emas sangat happy, mereka sangat gembira.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Lenggong bagi RM150 lah.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Bukan, kerana beliau tidak faham. Yang Berhormat tidak faham, saya cuma hendak beritahu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri RM100 itu kecil, memang kerana beliau gaji besar. Akan tetapi kepada mereka...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Mereka sangat gembira.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat inilah yang kerap saya kata Yang Berhormat. Kalau kita berani bercakap kita juga berani mendengar. Kalau kita berani bercakap beritahu orang dan kita tidak berani mendengar cakap orang balik, itu yang payah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM45,575,700 untuk Maksud B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM45,575,700 untuk Maksud B.48 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM50 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2009, hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM50 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2)2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kepala Bekalan B.49 dan Kepala Pembangunan P.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tambahan perbekalan RM318 juta bukan main- main. Walaupun Yang Berhormat Muar tidak berminat bukan main-main. Yang pertama kita mesti ingat yang dibelanjakan RM124.5 juta untuk pertambahan perbelanjaan bagi melaksanakan teras terutama iaitu talent, governance dan resources dalam mencapai matlamat Universiti APEX bagi Universiti Sains Malaysia. Akan tetapi, Tuan Pengerusi tahun lepas tahap pencapaian Universiti IPTA di negara ini hanya Universiti Malaya yang bertaraf 184 menurut Standard Times London, tetapi saya sudah meneliti di dalam, saya hendak tengok macam mana Universiti APEX ini di mana ada. Kalau berbanding dengan Universiti Malaya ia di belakang. Jadi Universiti Malaya bukan APEX, tetapi ia lebih tahap antarabangsa, ia lebih tinggi. Inilah masalah. Universiti Malaya tidak mendapat RM124.5 juta.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kepong tengok Speaker.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, saya tahulah sebab dia bising di situ, Yang Berhormat tidak tahu apa yang berlaku.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, biarlah Yang Berhormat Kepong bercakap Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, biarlah itu. Saya tahu, you cuba tanya Yang Berhormat Padang Besar dia dari Universiti Malaya. Universiti dia tidak dapat bantuan sebanyak ini. Tetapi tahap lebih tinggi, macam mana ini? Terbalik pula ini. Saya kurang faham. Saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab dengan betul mengapa hal ini berlaku. Saya setujulah kalau kita hendak mendidik talent, governance dan recourses mengambil masa sedikit. Akan tetapi Universiti Sains Malaysia sudah diberi tahap APEX lebih dari dua tahun. Kalau tidak silap saya sudah tiga tahun dan inilah dia mesti mendalami apakah sebabnya.
Setakat ini tidak dapat muncul. Kalau patut ikut bantuan yang diterima ini bukan sahaja RM124.5 juta untuk tahun lepas, tahun ini pun lebih banyak lagi. Kita perlu, saya hendak menyaksikan USM ini lebih baik daripada UM. Para profesor ini saya tahu patut APEX ini diberi kepada UM dan daripada UKM pun mereka kata macam mana pergi ke USM, saya tidak tahulah. Walau bagaimanapun. Mungkin ada kriteria yang tertentu yang digunakan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga badan-badan yang terlibat dan dengan sedemikian taraf APEX ini diberi kepada USM, dan di sini saya mengulangi bahawa saya hendak menyaksikan prestasi KPI yang lebih tinggi daripada APEX, sepatutnyalah. Dan di sini...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Baliklah Yang Berhormat Kepong..
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Apa masalah dengan Yang Berhormat Putatan?
Tuan Pengerusi, kita patut mengajak Yang Berhormat Putatan untuk meneruskan pendidikan untuk sepanjang hayat. [Ketawa]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Mengenai pengajian tinggi. Sebanyak RM193.5 juta untuk membiayai bayaran bonus dan emolumen tahun 2008 kepada kakitangan IPTA dan Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta kos operasi IPTA ini. Ini satu angka ini saya tidak faham. Dia kata kepada kakitangan IPTA. Mana IPTA? Kita ada jumlah 20 buah IPTA. Kepada mananya kakitangan? Beribu-ribu kakitangan di 20 buah IPTA ini dan mengenai Malaysian Qualifications Agency serta kos operasi di IPTA. Saya faham ini hanya perbekalan tambahan, tetapi walaupun perbekalan tambahan kita mesti tunjukkan kepada Dewan yang mulia ini kepada mana IPTA yang dapat perbekalan-perbekalan tambahan untuk kakitangannya dan untuk kos operasi.
Beberapa Ahli
Bonus... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, emolumen itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong, tidak payah dengar dia oranglah Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak apa, saya hendak menggalakkan mereka...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat yang lain bolehlah duduk, dengar sahajalah. Kita ada tiga kementerian lagi Yang Berhormat, jam sudah pukul 11.17 malam.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Walaupun ada ahli-ahli yang tidak berminat, hampir RM250 juta mereka anggap ini remeh-temeh sahaja. Bukan sahaja remeh-temeh, ada pula orang kata sudah dibelanjakan, sudah digunakannya, sudah habis termasuk Timbalan Menteri Kewangan pun cakap macam itu. Kalau macam itu jadi Timbalan Menteri Kewangan pun susah sedikit, tidak faham kriteria dan tahap pencapaian untuk Kementerian Kewangan. Yang pentingnya, yang telah dibelanjakan pun kita mesti meneliti bagaimana setiap sen dibelanjakan. Itu tugas Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini. Bukan main-main. Kerana kita hendak habiskan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, pandang ke sini Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, saya pandang ke sini. Saya memang pandang ke sini. Akan tetapi kadang-kadang kita mesti mempelbagaikan pandangan juga.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya hendak peringatkan, kalau mengikut peraturan di New Zealand Yang Berhormat membelakangkan Speaker itu satu contempt Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya tidak belakang. [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat berhentilah kalau tidak ada material lagi hendak cakap. [Dewan riuh]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya memang ada, kerana ini mengenai pengajian tinggi termasuklah di sini memang saya mempunyai butiran, kalau Yang Berhormat Tuan Pengerusi mengizinkan mungkin 20 minit lagi. Misalnya dengan wang begitu banyak, hampir RM250 juta perbekalan tambahan untuk kakitangan, untuk bonus, untuk talent dan sebagainya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Jadi saya hendak tahu setakat ini, tahun ini, bilangan PhD di 20 buah IPTA. Itu pun kita perlukan banyak masa untuk membincangkan macam mana kita terima, apakah kriteria, standard yang digunakan bagi PhD, Doctor of Philosophy ini. Bukan sebarang Doctor of Philosophy boleh diterima kerana PhD ini kita tidak boleh ambil peperiksaan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Boleh mencelah sedikit?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ha, Shah Alam.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat dah habis Yang Berhormat. Yang Berhormat mula bercakap pukul 11.11 Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepong masa dah habis dah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya hendak sikit sahaja hendak tanya. Sebanyak RM193,500,000 untuk membiayai bayaran bonus dan emolumen tahun 2008 kepada kakitangan IPTA dan seterusnya. Saya agak hairan macam mana yang emolumen dan bonus untuk tahun 2008 baru sekarang kita bincang. Saya khuatir kalau ikut cara yang sebegini, takut-takut yang tahun 2009 punya kita akan masuk dalam Bajet 2010 punya tambahan.
Saya tak tahu macam mana persiapan dan penyediaan bajet boleh terlepas, lebih- lebih lagi soal emolumen. Kalau macam bonus itu pun mungkin kita boleh kata pada hujung tahun atau tahun seterusnya ianya dibayar. Akan tetapi untuk emolumen itu sendiri, kalau boleh kita mintalah kepada Menteri berikan pecahan supaya kita boleh melihat universiti mana, berapa banyak emolumen, berapa banyak yang bajet, berapa banyak yang bonus, berapa banyak untuk Malaysian Qualification Agency dan serta kos operasi IPTA, ini
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
pun kos operasi untuk tahun 2008 jugakah atau tahun 2009 ataupun tahun 2007 ini tidak dijelaskan.
Lalu saya minta kalau boleh Menteri tolong jelaskan kerana kita hendak tahu pecahan dia dengan lebih lengkap lagi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Yang Berhormat Kepong, dah habis masa Yang Berhormat. Biarlah Menteri menjawab soalan daripada Yang Berhormat Shah Alam itu. Saya ingat Yang Berhormat Kepong pun tidak boleh jawab itu. Yang Berhormat dahlah Yang Berhormat. Ya, Menteri menjawab.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Dr. Hou Kok Chung
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kepong, dari Shah Alam yang telah mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi.
Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan isu ranking dan saya di sini ingin menerangkan sedikit tentang Program APEX. Program APEX, Universiti Sains Malaysia ataupun Program Pemacu Untuk Kecemerlangan (APEX) iaitu Accelerated Program For Excellent, dengan izin dikenal pasti sebagai satu daripada inisiatif kritikal bagi mentransformasikan pengajian tinggi negara untuk kelestarian hari esok. Universiti APEX merupakan satu idea proaktif dan progresif yang dilaksnakan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengangkat taraf pengajian tinggi negara ke mercu kegemilangan bertaraf dunia.
Universiti Sains Malaysia dipilih dan bukan UM dipilih, ini adalah kerana kita ada satu pasukan penilaian yang menentukannya dan semua ini adalah berdasarkan kepada rancangan ataupun proposal yang dikemukakan oleh beberapa buah universiti dan kita telah memutuskan USM sebagai Universiti APEX. Universiti Sains Malaysia yang beroperasi dengan 24 pusat pengajian dan 30,000 pelajar dipilih sebagai Universiti APEX pada akhir tahun 2008. Selain dari menerajui dalam aktiviti transformasi pengajian tinggi, jadi saya berharap Yang Berhormat Kepong dapat bersabar sedikit sebab masalah ranking ataupun the improvement of ranking, ia bukan overnight boleh berlaku.
Satu isu yang saya patut bangkitkan di sini, Malaysia memang merupakan satu negara yang memang mementingkan pengajian tinggi dan kita mempunyai lima universiti yang di tahap 400 universiti yang terbaik di dunia. Ini memang merupakan satu pencapaian yang saya sendiri rasa kita patut bangga.
Untuk kedudukan USM dalam ranking...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Timbalan Menteri.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dr. Hou Kok Chung
THES. Saya rasa biar saya menerangkan dahulu. Pihak USM masih berasa yakin susutan dalam ranking baru-baru ini adalah sesuatu yang dikira tidak membimbangkan. Ini kerana dalam tempoh masa peralihan melaksanakan Program APEX melalui akhir tahun 2008 itu banyak perubahan telah dilaksanakan oleh pengurusan USM yang tidak selari dengan kriteria yang digunakan oleh pihak THES untuk tujuan ranking. Penumpuan pengurusan USM adalah untuk menjayakan perancangan yang termaktub dalam kertas kerja, yang telah melayakkan USM dipilih untuk APEX. Di samping itu, perkara-perkara yang diambil kira untuk tujuan ranking, turut akan dimantapkan memandangkan program APEX ini mengehendaki USM mencapai ranking dalam 100 universiti terbaik menjelang tahun 2013.
Saya juga ingin bangkitkan tentang pelajar PhD yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Timbalan Menteri, boleh mencelah?
Dr. Hou Kok Chung
Yang short one.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang mana? Padang Terap ke?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, saya tidak tahu apa kriteria yang digunakan, saya pernah baca dan hari ini pun ada dengar Yang Berhormat menerangkan mengenai pasukan penilaian untuk menerima USM sebagai universiti APEX kerana mempunyai pelbagai rancangan termasuk 24 pusat, 30,000 pelajar dan sebagainya. Saya percaya Universiti Malaya ataupun UKM misalnya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya ranking mereka akan meningkat. Sekiranya pada tahun 2013 ini UM punya ranking lebih tinggi lagi, apakah pendapat Yang Berhormat? Saya percaya UM itu mampu untuk maju dan lebih baik dalam ranking dari pelbagai bidang berbanding dengan USM, mungkin begitu juga dengan UKM. Apakah pendapat Yang Berhormat?
Dr. Hou Kok Chung
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Tuan Pengerusi kalau kita betul UM ataupun UKM mendapat tahap ataupun ranking yang lebih tinggi kita akan banggakan. Itu sahaja yang kita boleh bagi jawapan kepada Yang Berhormat Kepong, [Ketawa] Jangan ketawa Yang Berhormat Kepong. Kalau kita faham apa kedudukan universiti ataupun sejarah universiti, memanglah universiti yang mempunyai sejarah yang panjang, mereka dapat perform dengan lebih baik. Inilah yang kalau kita lihat di universiti di merata dunia.
Saya ingin tegaskan di sini, kita memilih Universiti Sains Malaysia sebagai APEX universiti, tidak bermaksud kita akan pinggirkan universiti yang lain, itulah yang saya rasa sangat-sangat penting. Kita tidak kata yang universiti yang lain tidak dapat bergerak dan Kementerian Pengajian Tinggi memang hendak semua universiti terutamanya sekali IPTA dapat berkembang ataupun dapat mencapai kedudukan yang lebih tinggi di tahap universiti.
Dr. Hou Kok Chung
Saya memang berkeyakinan yang baik sebab kalau katakan kita lihat sekarang, performance kita di sini dan juga keprihatinan sama ada daripada Yang Berhormat Kepong atau Ahli Yang Berhormat yang lain, memanglah kita tahu semasa ranking ataupun KEHS, memang kita banyak berdebat.
Jadi saya rasa pemantauan ataupun keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan ini saya rasa kita juga dapat mengerakkan universiti-universiti di Malaysia.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Hou Kok Chung
Untuk...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah sedikit?
Dr. Hou Kok Chung
Saya rasa masa tidak cukup. Saya dinasihatkan supaya dapat saya teruskan.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Sedikit, sedikit sahaja. Saya hendak tanya...
Dr. Hou Kok Chung
Dan juga untuk soalan yang di...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya pun hendak tanya juga tentang UM ini.
Dr. Hou Kok Chung
Okey.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bila Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang kalau pencapaian Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia meningkat lebih baik daripada USM, kita hanya setakat bangga. Pada masa yang sama, kita ingin mengiktiraf Universiti Sains Malaysia sebagai universiti APEX dengan tambahan peruntukan sebanyak RM124 juta. Saya rasa sudah tentu tidak adil dalam keadaan kita melihat peruntukan yang sebegini banyak diperuntukkan kepada USM, pada masa yang sama kita hanya memberikan tahap ataupun pengiktirafan hanya sekadar berbangga sahaja.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Dalam keadaan kita melihat Universiti Malaya berada ranking yang lebih baik daripada USM. Semasa saya di Universiti Malaya, saya masih ingat dengan bannernya, dengan bantingnya di letakkan, kita bangga universiti terbaik – 200 terbaik, 100 terbaik.
Kemudian apabila naik lebih daripada 100 yang terbaik, letak pula kita fakulti sains terbaik.
Saya rasa cukup celaru. Jadi saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Boleh saya mencelah? Sedikit sahaja.
Dr. Hou Kok Chung
Cukup, cukup.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Dr. Hou Kok Chung
Yang Berhormat Padang Terap, berkenaan isu yang dibangkitkan tadi. Memang seperti yang saya sudah sebut, APEX ini ialah untuk membantu USM dalam perkembangan universiti tersebut.
Satu konsep yang penting ialah autonominya. Autonomi bermaksud USM sendiri boleh ambil pelajar sendiri tanpa dikacau oleh pihak-pihak yang berlainan seperti ahli-ahli politik. Kita hendak USM dapat berkembang dengan cara mereka tersendiri dengan pakar- pakar pentadbiran, pakar-pakar akademik yang mereka sedia ada. Itulah sebab kita beri USM sebagai APEX title, APEX University supaya kita dapat lihat macam mana keadaan mereka.
Saya berkeyakinan dengan melihat keadaan yang berlaku di USM, memang kita akan mencapai ataupun membantu USM supaya kedudukan mereka akan dapat ditambah baik. Saya telah tegaskan tadi ini, ini tidak bermaksud bahawa kita akan pinggirkan UM atau UKM ataupun universiti yang lain.
Kalau kita faham setiap universiti ataupun pensyarah-pensyarah ataupun ahli akademik mereka, biasanya mereka dapat berkembang sekali. Sebagai contoh, mereka boleh dapat dana daripada luar negara pun untuk geran penyelidikan. Ini semua diambil kira. Saya rasa kita patut sabar dan lihatlah keadaan USM yang kita akan lihat sama ada ia akan jadi lebih maju atau tidak. Saya rasa saya patut teruskan...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Hou Kok Chung
...Dengan isu yang dibangkitkan oleh...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Soal autonomi ini, kenapa hanya USM? Kalau dijanjikan pada tahun 2013 akan mencapai status 100 universiti yang terbaik, apa jaminan sekiranya ianya tidak tercapai?
Dr. Hou Kok Chung
Itulah saya telah jawab tadi. Kita sabar dan lihat keadaan yang akan datang.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi kita kena...
Dr. Hou Kok Chung
Okey, bolehkah saya jelaskan di sini? Yang autonomi, kita tahu apa pentadbiran sesebuah universiti ia bukan untuk macam pentadbiran sebuah company. Ia bukan macam itu. Ia melibatkan ahli akademik, ahli penyelidik ataupun pucuk pimpinan yang faham tentang hal-hal universiti. Itulah saya cakap dengan bahasa yang selalu dipakai dalam universiti.
Saya sendiri telah mengajar dalam universiti selama 20 tahun dan saya faham apa yang berlaku. Maksudnya autonomi. Autonomi bukan – kalau kita lihat sejarah universiti di Malaysia, bukan kita hendak beri sahaja autonomi. Ia mesti ada lihat keadaan sebab autonomi bukan sahaja autonomi mengambil pelajar. Ia juga mungkin akan berkembang dari segi kewangan juga.
Dr. Hou Kok Chung
Jadi kita lihat sebab kita ada lihat banyak universiti di dunia memang kerajaan mereka juga memilih ada universiti yang mempunyai autonomi, yang lain tidak ada. Kita mesti lihat keadaan dan kita rasa USM memang sudah matang untuk menjadi Universiti APEX, barulah kita pilih. Ini bukan pilih daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Kita mempunyai satu pasukan penilaian yang telah membuat keputusan itu.
Saya hendak jawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Hou Kok Chung
Tentang...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Terap, dia hendak jelas soalan Yang Berhormat Shah Alam tadi.
Dr. Hou Kok Chung
Okey. Peruntukan tambahan untuk emolumen dan sebagainya.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Itu sudah lain tajuk, Tuan Pengerusi.
Dr. Hou Kok Chung
Untuk tujuan ini...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tuan Pengerusi, sudah lain tajuk dah.
Dr. Hou Kok Chung
Lebih kurang 10 universiti telah menikmati peruntukan tambahan ini dan ini bukanlah satu peruntukan yang besar. Kalau kita lihat daripada universiti yang telah mendapat peruntukan ataupun bantuan ini, ini termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Islam Malaysia dan juga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Peruntukan tambahan ini adalah digunakan untuk menampung short fall dengan izin, peruntukan untuk membayar emolumen pertambahan kakitangan akademik dan bukan akademik yang berlaku peningkatan seramai 5,743 orang iaitu dari 60,957 orang dalam tahun 2007 kepada 67,700 orang dalam tahun 2008.
Tuan Pengerusi, setakat ini sahaja yang dapat saya jelaskan mengenai perkara- perkara...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini apa soalannya Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada persoalan yang...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Macam mana emolumen 2008 baru hari ini kita bincang?
Dr. Hou Kok Chung
Okey. Setakat ini sahaja yang dapat saya jelaskan...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Apa yang telah berlaku selama ini?
Dr. Hou Kok Chung
Mengenai perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Pengajian Tinggi.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak masuk bajet, macam mana dia orang siapkan bajet?
Dr. Hou Kok Chung
Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat sekalian yang telah menunjukkan minat berbincang perkara- perkara berkaitan kementerian.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Hou Kok Chung
Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Soalan saya tadi macam mana?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Soalan itu. Macam mana boleh soalan macam itu?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
2008 punya emolumen, hari ini, malam ini kita bincang?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Apa yang kita lakukan untuk Bajet 2009?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Terap dengan Yang Berhormat Kepong tolong duduklah. Yang Berhormat, jawab Yang Berhormat Shah Alam itu pasal emolumen itu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kenapa lambat sangat, kenapa tidak dikesan? Macam mana kita siapkan bajet?
Dato' Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor - Putrajaya
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Relaxlah Yang Berhormat Putrajaya. [Ketawa] Relax lah. Tolong jelaskan.
Dr. Hou Kok Chung
Tadi saya sudah jawab. Memanglah ini dalam pertimbangan universiti. Kita akan membantu universiti dari semasa ke semasa. Kalau 10 buah universiti ini, mereka sudah bersetuju ataupun menghadapi masalah, kita patut membantu mereka.
Itulah sebab masalah ini wujud. Saya rasa sebagai seorang pentadbir universiti, ini memang berlaku dari semasa ke semasa.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini...
Dr. Hou Kok Chung
Memang kadang-kadang tengok...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini emolumen 2008 Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini tahun 2010. Kenapa 2008 punya emolumen baru sekarang kita bincang? Kenapa ianya tidak dikesan pada 2009?
Dr. Hou Kok Chung
Itulah sahaja yang saya boleh jawab.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jawapannya... [Ketawa] Apa jawapannya Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya tidak faham, minta maaf.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, maknanya Yang Berhormat Menteri tidak ada jawapan lagi Yang Berhormat.
Habis jawab sudah saya ingat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM318,000,000 untuk Maksud B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM318,000,000 untuk Maksud B.49 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.49 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2009 hendaklah dululuskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.49 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri ada usul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, Majlis Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 13 April 2010”.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Belum habis lagi Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan pada hari ini ditangguhkan dahulu sehingga pukul 10 pagi hari Selasa, 13 April 2010.
Dewan ditangguhkan pada pukul 11.41 malam.