Apr062010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid Albar [Kota Tinggi] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah benar program ‘SUBUR’ dihentikan kerana senarai nama mereka yang layak dalam program e-Kasih tidak dapat diselaraskan dengan program ‘SUBUR’. Jika benar apakah langkah pengubahsuaian yang akan diambil oleh kerajaan.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran empat rombongan. Yang pertama datangnya daripada Wanita UMNO Tanjong Karang, [Tepuk] yang kedua daripada MCA Kangar, Perlis, [Tepuk] yang ketiga dari Silam, Sabah [Tepuk] dan yang keempat dari Pejabat Dewan Undangan Negeri Sarawak. [Tepuk] Selamat datang ke Parlimen Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dulu saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai bertarikh 6 April 2010 dan juga Yang Berhormat Serian bertarikh 8 April 2010 yang ada kaitan dengan isu Subsidi Beras Untuk Rakyat ataupun SUBUR.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Subsidi Beras Untuk Rakyat ataupun SUBUR adalah satu dasar baru untuk memastikan subsidi beras sampai sepenuhnya kepada golongan sasar untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dengan memperkenalkan sistem baucar. Kerajaan telah menyediakan lebih kurang RM50 juta sebulan untuk memberikan subsidi beras kepada golongan yang memerlukannya dengan membekalkan beras ST15% di seluruh negara sebanyak 55,000 tan dan untuk memastikan bahawa beras ST15% ini dijual di pasaran tidak lebih daripada RM1.80 sen sekilo.

Pada asalnya kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan program SUBUR ini mulai pada 1 Disember 2009. Penerima bagi program bantuan beras ini menggunakan senarai golongan miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kasih yang diurus oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan atau UPP, Jabatan Perdana Menteri. Berikutan dengan aduan dan rungutan daripada orang ramai yang mengatakan senarai golongan miskin dalam sistem e-Kasih tidak merangkumi semua golongan yang layak, maka kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan buat sementara waktu pelaksanaan program SUBUR ini. Penangguhan ini perlu dibuat bagi membolehkan kementerian dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri menyemak semula dan membuat verifikasi senarai nama dalam sistem e-Kasih dan memasukkan mana-mana keluarga layak yang tercicir.

Tuan Yang di-Pertua, untuk urusan semakan ini sedang dijalankan dengan kerjasama daripada 222 Urus setia Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen di mana permohonan SUBUR yang diterima daripada orang ramai disemak dan disenarai pendek.

Senarai nama pemohon yang telah diperakukan dalam Mesyuarat M3P merupakan tapisan peringkat awal dan akan dikemukakan kepada UPP JPM bagi tujuan semakan dan verifikasi sebelum dimasukkan ke dalam sistem e-Kasih. Urusan semakan ini mungkin memakan masa memandangkan semua MPP di semua kawasan Parlimen terlibat dan bilangan permohonan yang diterima adalah besar.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Adalah diharapkan selepas ini tidak ada lagi golongan yang layak tercicir dan tidak mendapat bantuan apabila SUBUR ini dilaksanakan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid Albar - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah memandangkan perkara ini adalah satu usaha baik dan murni yang dilakukan oleh kerajaan, apakah usaha yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan yang program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan supaya manfaat kepada kumpulan sasar dapat dioptimumkan; dan serta adakah kerajaan membuat kajian tentang berlakunya ketirisan subsidi dalam pengagihan supaya ianya tidak membebankan rakyat dengan mengatasi birokrasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi.

Yang pertama, seperti yang saya nyatakan tadi bahawa kita masih lagi terus menerima senarai-senarai nama mereka yang memohon SUBUR ini daripada M3P seluruh negara dan setakat ini kita telah menerima daripada 216 kawasan M3P. Ada enam kawasan lagi belum menghantar nama ini kepada pihak urus setia.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Dalam 216 kawasan ini jumlah keluarga yang kita telah dapat ialah seramai 450,256 orang. Jadi jumlah 450,256 orang yang saya jangka mungkin akan mencecah 500,000 apabila enam kawasan Parlimen akan hantar kepada pihak urus setia. Maka nama-nama ini akan dibuat verifikasi oleh UPPJPM dan sebelum SUBUR ini dilaksanakan kementerian akan bawa balik kepada Kabinet untuk kita hendak memastikan bahawa jumlah senarai nama yang disenaraikan di bawah e-Kasih itu nanti tidak dipersoalkan.

Jadi segala yang saya nyatakan tadi bahawa ketirisan ini berlaku kerana selama ini subsidi beras ST15% ini banyak berlaku ketirisan seperti tukar baju. Dia beli ST15% dia jual kepada orang ST5 atau ST10 yang menyebabkan sukar untuk mendapatkan ST15% dan ST15% ini yang kita peruntukkan sepatutnya kepada golongan yang berpendapatan rendah tetapi bila dijual dalam pasaran boleh dibeli oleh semua orang. Jadi kerana itu kementerian melihat bahawa usaha untuk memberi subsidi beras ini kurang mencapai matlamat kerana itulah dasar baru ini kita cuba laksanakan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana soalan ini pun disoal oleh Kuala Krai hari ini juga jadi saya mohon untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Program SUBUR ini telah dilancarkan dengan fan fare nya dengan izin, di Sungai Besar dan saya yakin baucar telah pun diedarkan bagi sebahagian. Jadi kita pun tidak pasti sama ada penerima asal ini tergolong di dalam senarai yang sahih akhirnya ataupun tidak. Kalau tidak, adakah mereka ini akan ditarik balik baucarnya.

Yang keduanya, RM50 juta sebulan akan dibelanjakan dalam bentuk subsidi beras ini kepada penerimanya. Ini berdasarkan senarai asal yang akhirnya didapati tidak lengkap sama ada tidak termasuk yang sepatutnya ataupun tersalah masuk yang tidak sepatutnya.

Jadi dengan pertambahan ataupun dengan kajian semula senarai ini, apakah anggaran RM50 juta ini kekal ataupun kerajaan terpaksa menambah lagi peruntukan dan sama ada kerajaan bersedia dengan peruntukan untuk menambah kepada senarai baru yang insya- Allah akan disediakan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.

Soalannya nombor 22 Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama saya hendak jelaskan bahawa RM50 juta yang kita peruntukkan pada saat ini iaitu kita beri RM50 juta ini terus kepada pengilang-pengilang. Hari ini kalau ikut senarai dalam kementerian kita bagi RM50 juta ini kepada 45 pengilang-pengilang termasuk BERNAS. Jadi pengilang-pengilang ini yang dapat subsidi dengan syarat dia jual kepada pemborong ialah lebih kurang RM1.35 dan pemborong bagi kepada peruncit dan jual di dalam market tidak lebih RM1.80. Itu yang ada berlaku beberapa ketirisan daripada kilang kepada pemborong, pemborong kepada peruncit dan akhirnya rakyat sukar untuk mendapat ST15%.

Memang benar program ini kita telah pun lancar kerana pada ketika itu apabila kita berbincang di pihak kementerian dan pada ketika itu kita difahamkan bahawa senarai e- Kasih yang ada di bawah UPPJPM ini memang boleh digunakan dan pada ketika itu senarai yang kita dapat daripada UPP ini lebih kurang ada 245 keluarga tapi apabila senarai nama 245 keluarga ini kita edarkan kepada setiap pengerusi MPP, maka di dalam

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Parlimen yang lepas kita sedia maklum ramai Ahli Parlimen yang bangun membahaskan dan tidak berpuas hati dengan senarai e-Kasih.

Oleh kerana banyak rungutan ini Yang Berhormat Lenggong pun bagi tahu saya senarai dalam kawasan Lenggong semua orang penyokong PAS kata dia. Pada masa itu Perak di bawah PAS. [Dewan riuh] Ini dia cakap dengan saya. Jadi sebab itu dia kata hendak kena tengok balik orang UMNO langsung tak ada ini. Sebab itu kita buat balik kajian, maka hari ini seperti mana yang saya nyatakan tadi bahawa senarai-senarai baru ini telah pun kita terima. Di dalam peruntukan kita bahawa kalau sampai 500,000 keluarga pun kita masih cukup dengan peruntukan RM50 juta yang kita sediakan ini dan ianya lebih tepat boleh sampai kepada sasaran tetapi sebagaimana yang saya nyatakan tadi ialah kita terpaksa menunggu sehingga senarai e-Kasih ini dikemaskinikan dan diputihkan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah laporan kes ragut 5 tahun terakhir ini, jumlah kematian terkini mangsa ragut, berapa peratus yang dapat diselesaikan (peragut ditangkap hingga didakwa dan dihukum). Apakah rancangan jangka panjang kementerian untuk memastikan negara ini bebas dari jenayah ragut.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, jumlah kes ragut yang dilaporkan bagi tempoh lima tahun terakhir ialah 9,617 kes dilaporkan pada tahun 2005, 11,074 pada tahun 2006, 11,106 kes pada tahun 2007, 8,205 kes pada tahun 2008 dan 9,687 kes bagi tahun 2009. Manakala jumlah kematian yang melibatkan kes ragut pula, empat kematian dilaporkan pada tahun 2005. Satu kematian pada tahun 2006 dan 2007, dua kematian pada tahun 2008 dan lima kematian pada tahun 2009. Mengenai dengan kes yang dapat diselesaikan jika mengikut takrifan Yang Berhormat iaitu peragut ditangkap hingga didakwa dan dihukum. Pihak polis tidak mempunyai statistik dengan secara terperinci seperti mana yang dipohon oleh Ahli Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun, berasaskan takrifan yang dibuat oleh Interpol, bilangan kes ragut yang pihak polis telah berjaya menyelesaikan ialah sebanyak 5,325 kes atau 55.4% bagi tahun 2005, 4,264 kes atau 38.5% bagi tahun 2006, 4,339 kes atau 39.1% bagi tahun 2007, 3,748 kes atau 45.7% bagi tahun 2008 dan 4,234 kes atau 43.7% bagi 2009.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut takrifan Interpol sesuatu kes diiktiraf sebagai selesai jika siasatan telah dijalankan dan mendapati terutamanya:-

(i) pengakuan atau keterangan kuat terhadap orang kena tuduh

(OKT);

(ii) penjenayah yang ditangkap semasa melakukan jenayah atau red-handed dengan izin, walaupun dia tidak mengaku melakukan kesalahan tersebut;

(iii) seseorang yang melakukan kesalahan telah dicam tidak kira sama ada dalam tahanan, bebas sementara, masih bebas atau mati; atau

(iv) siasatan menunjukkan tiada kesalahan jenayah telah dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan tindakan bagi mengatasi masalah kes ragut ini usaha-usaha yang berterusan sedang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri

(KDN) bagi mengatasi jenayah jalanan terutama sekali kes ragut. Langkah-langkah yang diambil oleh KDN adalah seperti berikut:-

(i) mempertingkatkan kehadiran pihak polis atau omnipresent khususnya di kawasan-kawasan panas;

(ii) membuka balai polis bergerak dan menambah bilangan pondok- pondok polis dan balai polis di kawasan-kawasan dikenal pasti yang mempunyai bilangan kes yang tinggi yang mana sedang dilaksanakan secara berperingkat; dan juga

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

(iii) tindakan mempertingkatkan tugas-tugas rondaan dengan menggunakan motosikal di kawasan-kawasan yang dikenal pasti mempunyai bilangan kes yang tinggi.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Selain itu, langkah-langkah telah juga diambil untuk menambahkan pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) serta mengintegrasikan CCTV sedia ada bagi membantu mengesan penjenayah, yang mana telah pun dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Johor, Penang dan bakal diperluaskan ke seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memandang serius berkaitan dengan kejadian jenayah ragut ini. Rentetan itu, kerajaan telah memasukkan kes ragut ini yang mana merupakan jenayah jalanan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai indeks prestasi KPI KDN yang mana dipertanggungjawabkan bagi mengurangkan kejadian kes ini sebanyak 20% menjelang akhir tahun 2010. Sekian.

final • 10:20 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan itu amatlah dialu- alukan, terutamanya kehadiran pihak berkuasa dalam memerangi kes-kes ragut ini.

Namun, saya lihat statistik lima tahun kebelakangan ini, perubahan di dalam kes-kes ini tidak banyak. 9,000, maksimum 11,000, kemudian 9,000 balik dan kadar penyelesaiannya juga hanya pada satu tahun sahaja yang mencapai kadar 5.4%. selainnya semua di bawah 50%.

Jadi persoalan saya ialah, sekiranya NKRA ataupun indeks KPI jenayah jalanan ini tidak tercapai, adakah pihak kerajaan bercadang mengkaji hukuman yang bersumberkan al- Quran, sunah dan ijmak ulama’ dan sekiranya tidak apakah halangannya? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat daripada standard yang ditetapkan oleh Interpol berkaitan dengan penyelesaian kes, hanya diberi kepada 20% sahaja tetapi apa yang telah kita dapat selesaikan kebanyakannya above ataupun atas daripada 30%. Jadi ini satu kejayaan yang baik.

Keduanya, dari segi mengurangkan kes-kes jenayah jalanan ini terutamanya yang berkaitan dengan ragut, kita baru memperkenalkan NKRA kita mulai daripada bulan Ogos tahun lepas. Kalau kita lihat dari segi perbandingan di antara kes-kes yang berlaku sebelum NKRA diperkenalkan dengan jumlah kes-kes selepas NKRA diperkenalkan iaitu tempoh yang sesuai untuk dibuat perbandingan pada peringkat awal ini iaitu di antara Januari/Februari 2009 dengan Januari/Februari 2010 dilihat bahawa Januari/Februari 2009 yang mana belum kita kenalkan NKRA ini, kesnya adalah 2,455 kes jenayah jalanan.

Apabila NKRA telah diperkenalkan, kita dapat membendung kes yang berlaku sebanyak 1,662 kes. Jadi berkurangan sebanyak 993 kes. Maknanya, ada pengurangannya sebanyak -32.3%. Jadi kita harap supaya kita bersabar dan kita akan dapat menjayakan usaha kita seperti mana yang telah dipertanggungjawabkan kepada KDN untuk mengurangkan kes jenayah jalanan ini sehingga tidak kurang daripada 20%. Sekian.

final • 10:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya bukan tidak berbangga dengan pencapaian yang dilakukan oleh kementerian dan walau bagaimanapun, usaha-usaha yang diteruskan itu memang amat dialu-alukan oleh rakyat jelata kita.

Soalan tambahan saya iaitu apakah sebenarnya punca ataupun faktor kes-kes seperti ragut, rogol ini sentiasa berleluasa? Di mana sebabnya? Apakah kementerian tidak mewujudkan satu jawatankuasa menyelidik? Kenapa si pelaku, si pemangsa ini suka melalukannya? Apakah kerana dorongan dadah ataupun faktor-faktor yang lain sehingga rogol mengakibatkan kematian, ragut pun demikian? Ini pula terus akan dimanipulasikan oleh pembangkang. Kononnya negara kita tidak selamat, tidak sihat daripada ketenteraman dan sehingga ada lawatan-lawatan daripada pemimpin mereka memburuk- burukkan negara kita bahawa negara kita ini tidak selamat. Jadi apakah sebenarnya langkah yang konkrit yang boleh meyakinkan rakyat dan sekali gus pembangkang tidak boleh lagi menjaja isu-isu seumpama ini untuk diheboh-hebohkan? [Dewan riuh] Minta pandangan dan jawapan yang konkrit.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya Yang Berhormat Kinabatangan ini begitu bersemangat sekalilah semenjak menjadi orang baru ini.

final • 10:20 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Orang bujang. [Ketawa]

final • 10:20 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Walau bagaimanapun, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih lah di atas soalan yang ditonjolkan oleh beliau yang mana kementerian tidak menafikan bahawa kes-kes yang terlibat ini ada juga yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah.

Dalam hal ini, dalam kita melaksanakan program NKRA ini, bahawa kita telah mewujudkan lab-lab yang mana telah memberikan cadangan-cadangan supaya kita mengambil tindakan untuk memastikan kita dapat memulihkan ramai penagih dadah ini.

Jadi ini yang telah kita buat yang telah dilaksanakan oleh AADK pada ketika ini. Begitu juga kita melaksanakan tentang pemulihan ini ke atas banduan-banduan yang terlibat dengan dadah di penjara-penjara kita di seluruh negara.

final • 10:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, boleh beri satu soalan tambahan lagi?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kita boleh tanya tetamu wanita yang hadir, selamat kah tidak selamat seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan.

[Dewan riuh]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jangan menyalahkan pembangkang.

final • 10:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang tidak selamat, di Batu Gajah. [Ketawa]

final • 10:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau selamat tidak payah ada NKRA.

Jangan salahkan pembangkang.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

3. Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah kementerian akan membina politeknik atau kolej komuniti di Parlimen Kota Belud memandangkan Kota Belud belum ada kemudahan pendidikan tinggi walaupun mempunyai penduduk hampir 100,000 orang.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesebuah politeknik dan kolej komuniti dibuat berdasarkan kepada keperluan semasa dan juga kemampuan kewangan kerajaan, walaupun diambil kira dengan pemberatan yang sangat tinggi tentang keperluan setempat, daerah-daerah di sesuatu kawasan.

Untuk negeri Sabah, sehingga kini telah terdapat sebuah politeknik, sebuah kolej komuniti induk dan sebuah kolej komuniti cawangan yang sedang beroperasi dan beberapa buah lagi akan dibina, insya-Allah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang pada perancangan kementerian mampu menampung, kalau pun tidak semua sebahagian besar daripada keperluan Sabah.

Walau bagaimanapun, buat masa ini kementerian belum bercadang untuk membina politeknik atau kolej komuniti di Kota Belud. Bilangan politeknik dan kolej komuniti yang saya katakan tadi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, insya-Allah akan mampu memenuhi termasuk juga keperluan anak-anak di Kota Belud. Walau bagaimanapun, persoalan dan cadangan Yang Berhormat Kota Belud tetap diberi perhatian dan pertimbangan untuk perancangan masa depan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak tahu sama ada mahu mengucapkan terima kasih kepada jawapan tersebut ataupun sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, 100,000 rakyat Malaysia di kawasan Kota Belud dan kawasan ini pula kebetulan adalah kawasan yang diiktiraf sebagai kawasan yang agak mundur di negeri Sabah. Kawasan pantai barat utara. Ketiadaannya IPTA di kawasan ini amat membimbangkan kami terutamanya wakil-wakil rakyat di sana. Namun berkisar kepada IPTA di Kota Belud ini Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa pihak UiTM Sabah memang berhasrat untuk mewujudkan satu program yang dipanggil usahawan tani.

Program ini memang memerlukan kawasan tanah yang agak luas untuk dijadikan kawasan praktikal dan Kota Kinabalu memang sudah tentu tidak mampu untuk menyediakan kawasan pertanian yang sesuai. Jadi, apa kiranya kalau boleh UiTM di bawah kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri mempertimbangkan Kota Belud sebagai kawasan untuk diadakan program usahawan tani ini kerana Kota Belud ini terkenal dengan jelapang padinya, kawasan pertanian dan seperti mana yang saya katakan tadi mempunyai penduduk lebih kurang 100,000 orang.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami telah berusaha untuk meminta UiTM membawa program ini ke Kota Belud dengan mengenal pasti 200 ekar di Kampung Nahaba. Malah, UiTM Sabah sudah pun melihat kawasan tanah itu dan berpuas hati dengan kedudukannya. Jadi, inilah sebagai pemangkin ekonomi kepada Kota Belud, sebagai usaha untuk membawa sedikit aktiviti institusi pengajian tinggi di kawasan Kota Belud. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh mempertimbangkan Kota Belud ini sekuat-kuatnya untuk diberi program usahawan tani. Bukan kampus baru tetapi program baru. [Dewan riuh] Ini soalan rintihan 100,000 yang dia hendak Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Pengerang mesti memahaminya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Okey, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Saya pun tidak tahu Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab atau tidak menjawab. [Ketawa] Ini sahabat ini. Namun saya mendengar luahan dan rintihan sahabat dari Kota Belud dan akan membawanya untuk pertimbangan yang sewajarnya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang setuju dengan Yang Berhormat Kota Belud. Namun, di Pantai Timur, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau, kita pun perlu ini kolej dan yang penting teknikal kolej. Saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada berapa kolej yang tinggi di sebelah Pantai Timur di Sabah? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Sebenarnya, hari ini kita ada Politeknik Kota Kinabalu yang sudah beroperasi di Sepanggar.

Kemudian kita ada kolej komuniti induk yang telah beroperasi di Tawau dan kita ada kolej komuniti cawangan yang sedang beroperasi di Semporna.

Dalam perancangan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Politeknik Sandakan insya- Allah dijangka siap pada tahun 2012 dan akan dibina insya-Allah sebuah lagi politeknik baru, politeknik metro. Ini program baru. Politeknik jenis baru di Kota Kinabalu. Kemudian, kolej komuniti cawangan yang dicadangkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan di Penampang akan di naik taraf menjadi kolej komuniti induk. Di samping itu, kolej komuniti induk yang sedang dibina di Lahad Datu dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun ini dan beberapa buah kolej komuniti yang baru juga akan dibina iaitu di Sipitang, di Papar, di Pitas dan Beaufort yang sepatutnya siap dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini kita bawa ke Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Jadi pada keseluruhannya, jika semua perancangan itu dapat direalisasikan, Tuan Yang di-Pertua, menjelang selesainya Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita akan ada sebelas buah institusi terdiri daripada politeknik, kolej komuniti dan kolej komuniti cawangan di hampir kesemua tempat. Dari utaranya, Pitas, Kota Marudu, bawa ke pantai barat. Kota Kinabalu, Penampang, Papar, ke pedalaman sikit Beaufort. Di bawah sekali Sipitang. Di hujung sebelah timur, Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan sebab SUHAKAM menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan (Selection Committee) tanpa berunding dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) memandangkan Akta SUHAKAM menyatakan bahawa tiga orang ahli NGO seharusnya dilantik dalam Jawatankuasa Pemilihan tersebut.

Nyatakan kenapakah Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan tanpa mengikut kehendak akta dan kriteria yang diambil oleh SUHAKAM yang terdiri daripada NGO.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seputeh, Jawatankuasa Pemilihan bukan ditubuhkan oleh SUHAKAM tetapi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengikut seksyen 11A(i)(c) Akta SUHAKAM

(Pindaan) 2009. Tiada peruntukan dalam Akta SUHAKAM yang menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu berunding dengan pihak badan bukan kerajaan dalam menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Anggota SUHAKAM.

Seksyen yang sama hanya memperuntukkan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Anggota SUHAKAM hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara iaitu pengerusi dan pengerusi suruhanjaya dan tiga anggota lain daripada masyarakat Madani yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia yang akan dilantik oleh Perdana Menteri. Pemilihan tiga anggota Jawatankuasa Pemilihan Anggota SUHAKAM adalah berdasarkan kriteria yang digariskan oleh Akta SUHAKAM

(Pindaan) 2009 dan Prinsip-prinsip Paris.

Tuan Yang di-Pertua, tiga orang ahli yang mewakili masyarakat Madani telah dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Februari tahun ini sebagai anggota Jawatankuasa Pemilih Anggota SUHAKAM. Mereka terdiri daripada bekas hakim yang bijaksana iaitu Tan Sri Haidar dan seorang ahli Persatuan Peguam yang terpelajar yang terdiri daripada – yang dikenali sebagai NGO iaitu Encik Lim Chee Wei dan seorang bekas ahli akademik yang berpengalaman daripada universiti tempatan yang dikenali sebagai Datuk Rafiah Salim. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya mengikut apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kita lihat seksyen 5 ialah yang anggota SUHAKAM ini adalah dibuat atas cadangan Perdana Menteri. Malah Jawatankuasa Pemilihan mengikut seksyen 11A, yang tiga orang dari eminent person atau masyarakat Madani itu juga dilantik oleh Perdana Menteri.

Jadi soalan saya, mana ada human rights? Mana ada hak asasi. Semua adalah atas cadangan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya rasa kalau bagi SUHAKAM, kalau ia ingin merangkumi pandangan dan juga cadangan daripada pihak masyarakat Madani, ia sepatutnya advertise. Mengiklankan. Tengok siapa dari kalangan orang ramai yang berminat menjadi anggota SUHAKAM ini dan bukan semuanya dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Di sini saya juga ingin tahu. Saya tahu kerajaan ingin menyertai Human Rights Council di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Malaysia pernah menjadi salah satu anggota Human Rights Council dalam era Tun Dr. Mahathir. Saya hendak tahu. Apakah persediaan kita. Apakah kita telah pun membentangkan cadangan untuk memperbaiki, menambahbaikkan keadaan hak asasi manusia di Malaysia kerana saya lihat dalam laman web... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Laman web Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, negara Thailand telah pun membentangkan 65 paragraph, cadangan untuk menambahbaikkan hak asasi manusia di negara Thailand.

final • 10:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi saya tidak nampak nama Malaysia dan saya diberitahu kita ingin memohon menjadi salah satu anggota dalam Human Rights Council. Jadi saya ingin minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Jangan jealous lah.

final • 10:40 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalahnya Tuan Yang di-Pertua ialah Yang Berhormat Seputeh ini tidak faham bahawa undang-undang

final • 10:40 AM

Datuk Liew Vui Keong

telah pun memperkuasakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melantik ahli-ahli yang telah pun dirujukkan tadi...

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Datuk Liew Vui Keong

Dan ini adalah mengikut prinsip-prinsip Paris Principle yang mengatakan bahawa kumpulan yang boleh mewakili masyarakat madani adalah wakil daripada badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dalam perkara hak asasi manusia dan usaha-usaha menentang diskriminasi seperti perkauman, jantina dan lain-lain. Ini telah pun menjadi satu panduan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila melantik ahli-ahli jawatankuasa tersebut.

Mereka juga terdiri daripada ahli-ahli pemikir, falsafah dan agama serta juga wakil daripada universiti dan individu yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, Parlimen ataupun wakil daripada jabatan kerajaan dan ahli yang telah pun dilantik seperti saya sebutkan tadi adalah merupakan garis panduan yang telah pun diberi oleh Paris Principle ini. Jadi andaian daripada Yang Berhormat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak mengikut akta ini adalah tidak benar.

final • 10:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tidak jawab pun.

final • 10:40 AM

5. Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan usaha pemantauan yang dilakukan ke atas proses peralihan kuasa pertubuhan belia 2007 yang telah dikuatkuasakan serta sejauh manakah kementerian menjadi juru pandu kepada belia-belia yang baharu dipilih sebagai pemimpin ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan ke atas proses peralihan kuasa, pendaftaran dan kepimpinan pertubuhan termasuklah:

(i) menyelaraskan usaha mendaftarkan semula persatuan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga 1 April 2010, sebanyak 3,306 daripada 3,686 yang mewakili 89.69% pertubuhan belia telah berjaya didaftarkan semula sebagai mematuhi kehendak Akta 668;

(ii) kementerian juga melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia menyelia bagi mendapatkan Laporan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar ini. Sehingga 1 Mac 2010, sejumlah 5002 notis peringatan telah dikeluarkan kepada pertubuhan belia bagi mendapatkan laporan tersebut; dan

(iii) dalam masa yang sama, kementerian turut menjalankan Program Naziran Pemantauan serta Bengkel Pemantauan ke atas semua pertubuhan belia di peringkat daerah dan negeri bagi tujuan untuk memastikan pentadbiran persatuan belia berjalan seperti mana ketetapan akta 668.

Dalam soal menjadi juru pandu bagi memastikan kepimpinan belia yang baru mengambil alih persatuan belia mampu mengendalikan serta mentadbir urus persatuan dengan berkesan, kementerian telah mengadakan retreat di antara pegawai-pegawai kanan kementerian dan peringkat negeri bersama pimpinan Majlis Belia Malaysia serta ahli-ahli lantikan Majlis Perundingan Belia Negara yang melibatkan seramai 180 orang pada bulan Mac yang lalu.

Kementerian juga akan meneruskan kursus-kursus pembangunan kepimpinan untuk memberi latihan termasuk kursus pembangunan kepimpinan, kursus kepimpinan tertinggi serta kursus kepimpinan pertengahan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2009 sebanyak 200 siri taklimat, kursus, bengkel dan latihan telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan sebanyak 1,500 buah persatuan. Akhir sekali, kementerian juga sedang merangka dan

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

akan melaksanakan program khusus kepimpinan yang dinamakan Program Kepimpinan Elit Perdana – Fellowship yang akan memberi tempat kepada kepimpinan belia yang terpilih.

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini ada dicadangkan oleh salah seorang kepimpinan belia untuk KBS mengkaji semula modul Rakan Muda di masa ini.

Program ini diperkenalkan agak lama dahulu dan hari ini dirasakan tidak lagi mampu menarik minat generasi muda. Sehingga ada yang menyatakan re-branding bukan pilihan terbaik kepada Rakan Muda.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, sama ada Program Rakan Muda ini akan mengalami proses pembaikan atau dimansuhkan terus dan digantikan dengan program yang lebih menarik minat generasi muda? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Nerus. Sebenarnya, program baru yang lebih berjaya menarik minat para belia akan dirangka. Namun begitu suka saya nyatakan bahawa Program Rakan Muda akan tetap kita kekalkan kerana sebelum ini Rakan Muda memberi tumpuan kepada mereka yang berusia 15 tahun sehingga 25 tahun. Akan tetapi selepas mempunyai Akta 668, semua kepimpinan belia sudah pun berada di bawah usia 40 tahun dan bagi mengelakkan pertindihan, maka Program Rakan Muda berkemungkinan akan diminta untuk dilaksanakan oleh persatuan- persatuan belia yang sedia ada. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah sekarang ini belia di seluruh negara bersifat mendengar dan melaksanakan apa yang dikehendaki oleh kerajaan.

Soalan tambahan saya ialah apakah kementerian bersedia untuk mendengar sendiri daripada golongan belia, bukan sekadar badan-badan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan termasuk NGO, termasuk parti politik seperti Pemuda Pakatan Rakyat bagi berbincang dan menyusun berhadapan isu–isu yang sedang melanda golongan belia.

Apakah kerajaan dan kementerian bersedia untuk duduk semeja berbincang bagi menghadapi isu belia ini yang tidak sekadar mendengar daripada Majlis Belia sahaja yang sudah tentu pro kepada kerajaan. Pohon jawapan.

final • 10:40 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Yang pertamanya, kita sentiasa mendengar sebab itu lantikan MPBN. Yang Berhormat Menteri dipilih secara terbuka. Dibuka iklan dalam surat khabar – 20 orang ini dipilih dan melalui proses interview. Akhirnya ditempatkan di dalam MPBN untuk membawa suara belia-belia yang tidak semestinya di dalam persatuan.

Keduanya, kementerian sentiasa mendekati kumpulan sasar kita, para belia kita.

Oleh sebab itu pada tahun ini untuk kali pertama, kita akan menonjolkan sambutan Hari Belia yang akan mendapat penglibatan daripada seluruh belia dalam negara seramai 11.6 juta orang ini di Putrajaya untuk menunjukkan kreativiti, potensi dan tenaga mereka. Kita menyasarkan sebanyak 250,000 orang akan terlibat dalam program-program yang sepenuhnya diminati oleh belia sama ada daripada sukan, daripada rekreasi, daripada berdebat, daripada cheer leading ataupun kugiran, kita akan letakkan di Putrajaya. Ini akan menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi ruang, peluang kepada para belia untuk terlibat di dalam program-program kerajaan.

Kita juga menguar-uarkan segala program kita di dalam Facebook, memandangkan liputan ataupun sejumlah besar belia kita berada di dalam Facebook, Twitter dan seumpamanya bagi mendapat maklum balas daripada para belia. Cuma malang sekali, kementerian tidak melihat kepada persatuan ataupun parti-parti politik dalam kita menjalankan kerja dan Angkatan Muda Keadilan dan seumpamanya tidak berada di bawah kementerian, namun begitu saya rasa tidak menjadi soal untuk mereka datang memberikan pandangan terhadap apa juga perkara yang hendak dilaksanakan semata-mata untuk menjadikan peranan belia dihormati dan bukan atas semangat kepartian.

final • 10:40 AM

6. Tuan John Fernandez [Seremban] minta Menteri Pelancongan menyatakan daripada jumlah kedatangan kira-kira 24 juta pelancong ke negara kita setiap tahun, berapa ramaikah pelancong-pelancong tersebut yang datang dari Negara China, India, Singapura dan negara-negara Timur Tengah.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tuan Yang di- Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pegawai-pegawai Dewan Undangan Negeri Sarawak yang duduk di sebelah kanan saya. [Tepuk]

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Seremban atas pertanyaan ini. Pada tahun 2009, jumlah ketibaan pelancong asing adalah seramai 23.65 juta orang dengan kadar pertumbuhan sebanyak 7.2% berbanding dengan 22 juta orang pada tahun 2008.

Pada tahun 2009, seramai 12.73 juta orang pelancong dari Singapura berbanding 11 juta orang pada tahun 2008 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 15.7%. Manakala jumlah pelancong dari China termasuk Hong Kong dan Macau adalah seramai 1.01 juta orang berbanding 949,864 orang pada tahun 2008 dengan kadar peningkatan sebanyak 7.4%.

Bagi ketibaan pelancong dari India pula, seramai 589,838 orang telah datang ke negara ini berbanding dengan 550,738 orang pada tahun 2008 dengan kadar peningkatan sebanyak 7.1%. Kedatangan pelancong dari negara-negara Timur Tengah telah mencatatkan seramai 284,890 orang berbanding 294,338 pada tahun 2008 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 7.8% pada tahun sebelumnya. Sekian.

final • 10:50 AM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Dato’ Menteri. Soalan tambahan saya ialah saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan atau increase pelancong-pelancong yang datang dari luar negara dan daripada jawapan Dato’ Menteri, saya lihat setengah juta pelancong-pelancong datang dari India. Oleh sebab itu, masa ini di Kuala Lumpur International Airport, semua announcement dibuat dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Bolehkah saya tahu apa langkah yang diambil oleh kerajaan untuk gunakan bahasa Tamil dalam KLIA [Tepuk] untuk meningkatkan lebih pelancong-pelancong dari India. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat dari Seremban atas soalan tambahan itu. Langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menambah bilangan pelancong-pelancong asing untuk datang ke negara kita ialah pertamanya, kementerian ataupun pejabat Tourism Malaysia ada di 42 buah negara di merata-rata dunia. Oleh kerana itu, pegawai-pegawai yang di luar negara inilah yang mempromosi dan memasarkan pelancongan.

Kedua, kita menggunakan internet juga untuk mempromosi dan memasarkan pelancongan termasuk mempromosi keindahan dan keselamatan di negara kita di Malaysia. Manakala yang ketiga, daripada kementerian, pegawai dari Malaysia juga pergi ke pelbagai negara untuk mempromosi dan memasarkan pelancongan di negara-negara lain yang berpotensi sekiranya kita nampak bahawa lebih ramai pelancong asing yang boleh datang ke Malaysia.

Untuk negara India, pada bulan Februari, Yang Berhormat Menteri sendiri telah pun pergi ke beberapa buah bandar-bandar di India. Kita nampak India ini ada potensi yang tinggi untuk mereka datang ke negara kita kerana kebudayaan mereka juga memang bertapak dan wujud di sini. Keduanya, makanan mereka juga ada di sini. Oleh itu kita mempromosikannya di India dengan mungkin lebih kerap lagi. Kita ada pejabat Tourism Malaysia di lebih daripada tiga buah bandar di India dan inilah langkah yang diambil untuk menarik pelancong dari India supaya mereka boleh mencecah kehadiran lebih daripada satu juta. Ini yang kita mahu.

Berkenaan dengan bahasa Tamil yang boleh digunakan di KLIA, kita akan berhubung dengan MAB dan juga dengan Kementerian Pengangkutan. Sekian.

final • 10:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Menyampuk]

final • 10:50 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir MAS

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tangga Batu. [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun pada saya, saya nampak keseluruhannya bukan usaha-usaha sangat yang dibuat oleh

final • 10:50 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Kementerian Pelancongan atas kemasukan pelancong dari negeri-negeri seperti China, India dan negara-negara Timur Tengah. Kebetulan nasib kita baik. Adakah ini disebabkan kegagalan pegawai-pegawai Tourism Malaysia kita di luar negara? Kalau sekadar market China, penduduknya satu bilion lebih kemasukan satu juta, gabungan tiga buah negara, adakah itu dianggap berjaya?

Jadi di sini saya mohon pihak kementerian supaya kita lihat sekarang ini kemasukan pelancong-pelancong dari Eropah dan negara-negara Amerika ataupun pasaran baru Amerika Tengah, Amerika Selatan dan sebagainya adalah dianggap teramat berkurang, seolah-olah mereka sudah mula menyisihkan negara kita sebagai tempat tarikan pelancongan. Apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan setakat ini menjadikan kemasukan kali pertama, kedua, mungkin menjadikan Malaysia as a second home itu benar-benar memainkan peranan supaya bajet yang diperuntukkan setiap tahun tidak membazir dan dapat memberi impak sebenar kerana kebetulan yang datang ini bukan sebenarnya usaha Kementerian Pelancongan sangat kerana kebetulan kalau berlaku peristiwa 16 September – peristiwa 11 September di Amerika, orang Arab datang ke sini.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk][Ketawa]

final • 10:50 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sahaja hendak tengok Shah Alam alert atau tidak alert perkara ini. Sahaja hendak tengok Shah Alam ini. Jadi, contohnya ini yang harus dibuat oleh kerajaan supaya kita lihat benar-benar kemasukan pelancong yang berkualiti dan menjadikan kita sebagai destinasi tarikan yang sebenar dengan peruntukan besar yang disediakan oleh kerajaan.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat dari Arau. Ini kawan baik. Jadi kita mesti beri jawapan juga yang boleh memantapkan pemikiran Yang Berhormat dari Arau. [Ketawa] Kita sentiasa berbincang di koridor tentang apa sahaja yang kita buat kerana seharusnya kita mesti tahu juga apakah pandangan-pandangan rakan-rakan kita. Untuk makluman Yang Berhormat dari Arau, sememangnya kita ada pejabat-pejabat di bandar- bandar yang tertentu di macam-macam negara.

Apa yang kita mahu mereka buat adalah untuk mempromosi dan memasarkan pelancongan termasuk membuat talk show dalam radio. Selain daripada itu, kita juga mengarahkan mereka untuk buat pengiklanan di tempat-tempat yang strategik di mana pegawai-pegawai berada di pelbagai bandar di sesebuah negara. Selain daripada itu juga, kita seharusnya mengadakan seminar. Apabila saya pada bulan Februari pergi ke South Africa, saya mengadakan dua seminar, di Johannesburg dan di Cape Town dan juga mengadakan talk show di stesen radio tempatan.

Walaupun demikian kalau kita bandingkan pertumbuhan kehadiran pelancong- pelancong asing pada tahun 2008 dan tahun 2009, sememangnya ada pertumbuhan sebanyak 7.2%.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Maknanya jika kita membuat promosi dan pemasaran dengan begitu kerap, maka mereka akan datang ke negara kita. Ini kerana pendapatan negara dari sektor pelancongan adalah kedua besar di negara kita selain daripada sektor pembuatan. Oleh itu kerajaan melihat bahawa industri pelancongan adalah satu industri yang bertumbuh, berkembang dengan cepat, sekiranya negara kita terus mempromosi dan memasarkan pelancongan di negara luar. Sekian.

final • 11:00 AM

7. Datuk Siringan Gubat [Ranau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa balai polis Ranau tidak dapat membuat rondaan ke kampung-kampung kerana ketiadaan kenderaan pacuan 4 roda yang mencukupi. Bolehkah Kementerian membekalkan kereta pacuan 4 roda yang boleh digunakan di kawasan luar bandar di daerah Ranau.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Ranau. Tuan Yang di- Pertua, kementerian sentiasa prihatin terhadap masalah ketidakcukupan kenderaan pacuan

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman Yusop

empat roda di kawasan pedalaman Sabah dan juga di Sarawak. Bagi tujuan tersebut, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM2,608,100 bagi perolehan 25 unit kenderaan pacuan empat roda - khusus untuk agihan di Sabah dan Sarawak pada tahun 2009.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 11 unit adalah untuk Sabah yang mana pengagihan sedang dilaksanakan yang mana ia juga termasuk satu buah untuk IPD Ranau.

final • 11:00 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Dalam Negeri kerana jawapan yang cukup baik, cantik dan menarik. Saya cukup berpuas hati dan tiada soalan tambahan. [Ketawa]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Soalan tambahan, boleh? Ini berhubung dengan omnipresence. Omnipresence tadi...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang satu Land Rover boleh omnipresence atau tidak?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya kata cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan bahawa bidang kuasa pensijilan halal telah dikembalikan di bawah kuasa JAKIM sepenuhnya dan bagaimana pula perbelanjaan yang telah diperuntukkan dalam jumlah yang besar kepada HDC sebelum ini, apakah HDC akan diberhentikan operasinya.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Yang Berhormat Baling, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil alih kuasa pensijilan Halal daripada HDC pada 1 Ogos 2009. Sejak itu kuasa pensijilan Halal hanya kepada JAKIM, dan HDC memberi tumpuan kepada promosi dan peningkatan industri halal di peringkat antarabangsa.

Kini HDC diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ini diperkuatkan lagi dengan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Ogos 2004 supaya keupayaan teknikal JAKIM untuk mengendalikan pensijilan Halal dipertingkatkan dengan menempatkan pegawai-pegawai teknikal di JAKIM.

Berhubung dengan peruntukan kepada HDC pada tahun 2008, HDC telah memaklumkan bahawa peruntukan tersebut akan digunakan untuk membangunkan sistem halal dan juga untuk promosi di luar negara. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya dari awal lagi memang tidak setuju atau kurang setuju HDC mengambil alih kuasa untuk pensijilan Halal ini.

Sekarang diambil oleh JAKIM balik saya ucap tahniahlah. Cuma persoalan di sini ialah sejauh mana persiapan pihak JAKIM dalam pemantauan, penguatkuasaan iaitu mekanisme yang digunakan selepas ini, supaya pensijilan Halal ini tidak berulang lagi disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu yang dengan sendiri sekali gus menipu umat Islam.

Begitu juga difahamkan sekarang ini ada kedai-kedai makan, restoran-restoran makan yang tidak halal tetapi digunakan seolah-olah macam halal. Guna wanita pakai tudung dan begitu juga ada tauke dia pakai ketayap tetapi bukan halal. Ada juga semata- mata kita nampak yang bukan mamak tetapi hendak me’mamak’kan, hendak mengaburi mata orang. Jadi orang Islam ini dia tidak perasan benda itu boleh jadi kulit serupa.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Begitu juga macam-macam jelmaan. Ada yang menggunakan kalimah Allah di dinding kedai, guna Muhammad. Kita tanya kami pun pakai nama Allah juga dan Muhammad ini tanda pelaris kedai. Jadi benda-benda ini sudah berlaku dalam masyarakat kita. Apa tindakan JAKIM? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Terima kasih kepada Yang Berhormat Baling atas sokongan yang sentiasa bersama-sama dengan kita. Pada soalan pertama, sejauh mana persiapan kita Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, mekanisme yang telah kita gunakan untuk mengatasi masalah Yang Berhormat bangkitkan ini ialah dengan kita melaksanakan 1Halal 1Malaysia. Buat masa sekarang kita telah membuat satu kempen secara besar-besaran supaya pihak semua sedar bahawa sekarang ini hanya ada satu pihak sahaja yang mengeluarkan sijil Halal. Bahkan kita lihat bahawa enam syarikat swasta yang berada di Malaysia pun sekarang ini telah menyerahkan supaya hanya pihak JAKIM sahaja yang dapat mengeluarkan sijil tersebut.

Insya-Allah Yang Berhormat dengan kempen yang berterusan saya percaya ia dapat memberi satu kesedaran kepada rakyat untuk sedar bahawa hanya pihak JAKIM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan sijil-sijil tersebut. Berhubung dengan restoran- restoran yang boleh mengelirukan masyarakat dengan menggunakan pekerja-pekerja yang bertudung mahupun menggunakan ayat-ayat Quran dan sebagainya. Dalam hal ini kesedaran daripada pengguna itu sendiri harus ada.

Di pihak kerajaan Yang Berhormat, kita akan melaksanakan pindaan kepada Akta Perihal Dagangan 1972 di bawah KPDNKK. Ini yang mana dengan adanya akta ini ia melantik pihak JAKIM sebagai competent authority dalam pensijilan Halal Malaysia - iaitu kalau dahulu JAKIM Yang Berhormat, istilah bahasa orang Kedah dia kata ‘tumpang toi’ sahaja Yang Berhormat - kita ini menumpang sahaja kepada KPDNKK untuk membuat serbuan dan sebagainya.

Dengan adanya pindaan ini kita telah memberi satu kuasa kepada pihak JAKIM untuk membuat pemeriksaan, membuat rampasan dan juga menggeledah serta membolehkan pihak JAKIM sendiri masuk kepada premis. Jadi insya-Allah dengan adanya pindaan kepada APD 1972 ini diharapkan kuasa yang lebih ada kepada pihak JAKIM untuk memantau kepada restoran-restoran Yang Berhormat sebutkan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rakyat keliru tentang soal halal haram ini kalau sekiranya lambang tudung, ketayap ini dipamerkan hanya hendak menentukan soal halal ataupun tidak. Apa yang pentingnya lesen ini dikeluarkan oleh kerajaan tempatan.

Apakah JAKIM tidak boleh menggunakan kuasa yang ada di kerajaan tempatan yang mengeluarkan lesen kepada seluruh peniaga-peniaga yang berniaga di mana-mana juga premis dalam negara kita supaya dapat kita kuasakan undang-undang yang ada dalam kerajaan tempatan ini bagi memastikan seluruh rakyat kita tidak ditipu dalam soal halal ataupun haram.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol kalau kita tengok dalam hal ini, kita tidak dapat mengatakan bahawa dengan keadaan bertudung dan sebagainya itu boleh mengelirukan. Sekarang ini untuk mendapatkan lesen halal ini adalah satu perkara yang masih lagi tidak diwajibkan dalam negara kita - ia diwajibkan untuk tujuan komersial dan sebagainya.

Cuma apa yang dapat kita buat kita harus memberi kesedaran kepada pengguna itu sendiri. Dia harus peka kepada restoran yang dia hendak masuk itu, walaupun dia lihat bahawa pekerjanya mungkin meletakkan ayat Quran dan sebagainya. Kita minta supaya customer ataupun pelanggan menyemak dan melihat adakah di sana ada logo Halal daripada pihak JAKIM yang ditampal.

Maknanya sekarang ini daripada customer ataupun pelanggan sendiri harus ada kesedaran untuk menyemak terlebih dahulu. Jangan sekadar menganggap ataupun macam Yang Berhormat sebutkan tadi, kalau setakat ada pekerja yang bertudung itu sudah dianggap sebagai restoran yang halal. Terima kasih.

final • 11:00 AM

9. Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah kerajaan bercadang membuka semula laluan menghubungi Genting – Fraser Hill – Cameron Highlands – Lojing dan seterusnya ke Banding di Perak untuk membolehkan rakyat menikmati keindahan flora dan fauna semula jadi di Malaysia.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Langkawi, kementerian telah menyediakan pelan pembangunan rangkaian jalan raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengambil kira faktor trafik, guna tanah, sosioekonomi, alam sekitar dan keselamatan jalan raya amnya. Berdasarkan kepada pelan pembangunan tersebut buat masa ini tidak ada keperluan untuk membina jalan menghubungi Genting-Fraser Hill-Cameron Highlands- Lojing dan seterusnya ke Banding di Perak.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga cadangan jajaran jalan ini telah pun dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar tahap satu di mana dalam rancangan fizikal negara tidak ada sebarang pembangunan termasuk pembinaan jalan yang dibenarkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kecantikan, keindahan dan serenity Malaysia juga alam flora dan fauna tidak kira di daratan atau di laut hendaklah dibuka luas untuk dinikmati bukan sahaja oleh penduduk Malaysia malahan para pelancong. Misalnya dengan pembukaan East-West Highway telah memberi peluang kepada kita untuk menikmati kecantikan kawasan iaitu di Banding, Gua Musang, Cameron Highlands dan Ipoh. Saya percaya dengan construction method yang sekarang ini seperti yang dilakukan di Itali dan Netherlands serta lain-lain negara di Eropah, ia telah membuka luas untuk membolehkan pelancong ataupun kita sendiri dapat menikmati keindahan alam sekitar kita.

Persoalannya adakah masalah alam sekitar ini saya percaya tidak begitu membebankan tetapi mungkin bagi Kementerian Kewangan? Saya mohon pendapat Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, jajaran jalan yang dimaksudkan tadi memang melalui bukit bukau di Genting-Fraser Hill-Cameron Highlands. Dari segi untuk memelihara alam sekitar adalah menjadi tumpuan kita. Kawasan ini juga di Banjaran Titiwangsa saya ingat yang mempunyai hutan kekal, kita memang tahu banyak keindahan flora dan fauna di kawasan ini tetapi saya difahamkan rakyat boleh sampai ke tempat ini melalui tiga rangkaian jalan iaitu di Central Spine dari Bentong ke Gua Musang, Kuala Krai ke Kota Bharu. Jalan ini - Central Spine mereka pun boleh melalui kawasan ini. Dua lagi rangkaian jalan iaitu Timur Barat dari Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang atau satu lagi di Utara dari Grik ke Jeli di mana Banding ada di sana.

Saya ingat ini mungkin boleh kita cadangkan untuk membuat jungle track atau jalan yang lebih kecil untuk rakyat pergi ke tempat-tempat ini untuk menikmati keindahan flora dan fauna. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

10. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan status keputusan Mahkamah Buruh terhadap tuntutan pekerja-pekerja kilang Nikko yang ditutup baru-baru ini di Seberang Prai, Pulau Pinang.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah Mazlan

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada – sorry. [Ketawa] Sorry Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Ini kementerian yang paling berkesan, semua bersedia untuk menjawab. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini kes tuntutan pekerja- pekerja kilang Nikko Electronics sekarang belum selesai dan masih di peringkat Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Jabatan Tenaga Kerja tidak lagi mempunyai bidang kuasa terhadap kes ini kerana Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah melantik provisional liquidator untuk menguruskan Nikko Electronics. Bagaimanapun majikan telah membayar baki gaji sebanyak RM538,000 dan juga gaji cuti tahunan sebanyak RM236,000 kepada pekerja

final • 11:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

yang terlibat dalam tuntutan. Bagi tuntutan faedah penamatan kerja dan gaji ganti notis yang berjumlah RM6.3 juta masih lagi di peringkat Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan kes ini telah didengar pada 22 Mac tahun ini dan akan didengar semula pada 28 April untuk memutuskan jumlah sebenar pampasan yang bakal diperoleh oleh para pekerja terlibat.

Dalam masa yang sama Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia telah mengambil beberapa langkah dalam usaha membantu bekas pekerja Nikko. Di antaranya melaksanakan Program Penempatan Pekerja di mana hasilnya seramai 492 orang iaitu 56% daripada pekerja-pekerja Nikko yang terlibat dalam pemberhentian telah berjaya ditempatkan semula di syarikat-syarikat yang lain. Di samping itu jabatan pun telah merujuk bekas pekerja ini kepada jabatan-jabatan seperti Majlis Perbandaran Seberang Prai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat Negeri Pulau Pinang, Perak dan Kedah dan lain-lain agensi bagi mendapatkan bantuan dari segi kewangan dan lain-lain bentuk bantuan seperti peluang perniagaan buat sementara waktu. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun turut sama hendak menjawab. Itu sejarahlah. Cuma saya rasa persoalan pekerja Nikko ini sudah berlangsung lebih kurang dua tahun. Tuntutan asal mereka itu iaitu sebanyak RM7.2 juta tuntutan pampasan dari memorandum yang telah dikemukakan kepada saya.

Saya ingin tahu bagi pihak kementerian apakah kementerian bercadang dalam membela nasib pekerja Nikko ini. Saya kira pekerja Nikko ini sebahagian sahaja, mungkin banyak lagi pekerja-pekerja lain yang telah dibuang kerja, untuk mengadakan tabungan khas supaya semasa mereka mencari pekerjaan baru contohnya ataupun sementara mereka diberi ruang-ruang untuk kembali semula, adakah ruang untuk mereka dibela seperti memberi sumbangan RM1,000 contohnya supaya mereka dapat meneruskan penghidupan mereka seperti ada yang terpaksa membayar kereta, ada yang terpaksa membayar rumah?

Satu lagi masalah saya ialah mereka datang mengadu, umur mereka ada yang sudah lebih 30 tahun di mana kilang-kilang lain tidak mahu menerima mereka. Mereka terpaksa menanggung dengan pemberhentian yang tidak adil ini dan saya difahamkan Nikko sekarang ini daripada pengurusan yang sama beroperasi di Bukit Minyak dengan nama Rapid Growth. Itu maklumat yang kita dapat. Jadi saya rasa itu sesuatu yang tidak adil di mana majikan dapat terus kekal dan tukar entiti sedangkan pekerja yang dibuang iaitu sebanyak 800 orang dizalimi dan ditinggalkan begitu sahaja. Saya mohon penjelasan daripada kementerian.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat. Tiga isu telah disentuh di dalam soalan ini. Satu ialah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk membantu bekas pekerja-pekerja Nikko ini. Selepas sahaja kementerian diberitahu tentang apa yang sudah berlaku di syarikat Nikko, saya secara sendiri telah pergi ke Pulau Pinang dan telah berjumpa dengan wakil-wakil pekerja itu.

Di masa itu kita telah menubuhkan dua jawatankuasa. Satu jawatankuasa untuk membantu mereka mendapat pekerjaan dan keduanya ialah satu jawatankuasa untuk membela kebajikan mereka buat sementara waktu melalui agensi-agensi yang sedia ada.

Melalui jawatankuasa bagi mendapatkan peluang pekerjaan untuk mereka, kita telah menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih kurang kebanyakan daripada mereka yang ditamatkan kerja. Akan tetapi seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat tadi, ada beberapa sebab mengapa pekerja-pekerja ini tidak menerima tawaran. Salah satu daripadanya ialah apabila mereka mula dengan syarikat yang baru gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan apa yang mereka telah terima sebelum itu di syarikat lama kerana mereka telah bekerja selama sepuluh atau 15 tahun di situ dan ada yang mendapat gaji RM2,000 dan sebagainya. Itu menjadi satu isu.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Isu yang nombor dua ialah ada pekerja-pekerja yang kerja di Nikko tetapi datang dari tempat seperti Parit Buntar dan Bagan Serai dan sebagainya dan mereka diberikan pengangkutan pada masa itu oleh syarikat. Syarikat-syarikat baru yang telah menawarkan peluang pekerjaan itu tidak menyediakan pengangkutan. Oleh itu mereka mengambil itu sebagai satu kesusahan untuk datang dan balik dan lebih minat kepada peluang-peluang pekerjaan kalau ada di Bagan Serai atau di Parit Buntar yang lebih sesuai dengan mereka.

Itulah isu-isu yang menjadikan satu penghalang supaya mereka tidak boleh menerima

final • 11:20 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

tawaran. Tentang isu kedua yang dibangkitkan itu, adakah kerajaan mencadangkan untuk mewujudkan satu tabung.

Memang kita dalam usaha untuk satu Relief Fund For Retrench Workers supaya di dalam satu tempoh yang pendek mungkin untuk lima atau enam bulan mereka boleh diberikan bayaran supaya menanggung keperluan-keperluan asas mereka semasa mereka mendapat satu peluang pekerjaan yang lain atau menyediakan diri mereka untuk menghadapi masa hadapan itu dan ini di peringkat penghabisan dan saya berharap semua pihak termasuk pihak-pihak majikan akan sokong kerajaan dalam usaha itu. Nombor tiga ialah syarikat ini sudah menukar nama dan berterusan perniagaannya di dalam satu bentuk dan rupa yang lain. Saya tidak berapa tahu tentang isu ini, kalau sebenarnya ini sudah berlaku iaitu back door way of retrenchment, memang kerajaan boleh mengambil tindakan ke atas mereka terhadap apa yang mereka buat, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri dan melihat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh pihak kementerian adalah lebih kepada bersifat reactive. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa satu mekanisme kawalan supaya pihak majikan tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan kementerian, peraturan kerajaan dalam kaedah saraan ini. Saya sudah menyebut kepada Yang Berhormat Menteri, sebuah syarikat multinasional yang memecat anak kita, anak Malaysia tanpa asas-asas yang kukuh.

Jadi, apabila bawa kepada kementerian, kementerian katakan, ‘Oh, sudah lebih 60 hari, maka tindakan tidak boleh diambil’. Jadi di sini saya hendak menanyakan kementerian, apakah mekanisme tindakan proaktif oleh pihak kementerian supaya gejala pemecatan anak-anak kita ini tidak berlaku sewenang-wenangnya daripada majikan- majikan mereka, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, ada dua isu yang berbeza di dalam apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Salah satu ialah isu di mana sesuatu syarikatnya dengan sepenuhnya digulung tikar di mana semua pekerja yang ada di situ terlibat di dalam pemberhentian pekerjaan seperti apa yang berlaku di dalam Nikko. Di dalam keadaan ini kerajaan mempunyai syarat-syarat tertentu dan di mana syarikat-syarikat sedemikian sepatutnya semasa mereka mengurangkan pekerja atau membuat apa-apa penyusunan semula kepada structure pekerjaan mereka dan kegunaan tenaga kerja di dalam syarikat mereka, mesti dimaklumkan kepada pihak kementerian dan ada peringkat-peringkat tertentu yang mesti dilalui sebelum satu keputusan boleh dibuat tentang itu.

So, memang sistem sudah disediakan kerajaan supaya kerajaan boleh di peringkat yang lebih awal memberi nasihat dan mengambil tindakan-tindakan yang sepatutnya diambil. Isu yang kedua yang dibangkitkan ialah isu pemecatan seseorang pekerja yang ada di mana-mana majikan. Itu adalah isu yang berlainan di mana oleh sebab isu-isu tertentu majikan memberhentikan seorang pekerja. Kadang-kadang ini dibuat secara adil dan seperti yang telah ditetapkan di dalam sistem undang-undang kita, kadang- kadang ini tidak dibuat mengikut apa yang telah ditetapkan. So, untuk mendapat keadilan di dalam sistem itu, kita mempunyai Jabatan Pengurusan Perusahaan, dan Mahkamah Perusahaan di mana kes-kes ini dirujuk untuk mendapat keadilan dan setiap tahun lebih daripada 2,700 kes dilaporkan kepada kita dan daripadanya lebih daripada 70% diselesakan melalui runding damai atau melalui merujuk kepada Mahkamah Perusahaan.

So, memang kerajaan mempunyai sistem untuk mengawal dan mengambil tindakan untuk kes-kes seperti itu, terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

11. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah usaha kementerian dalam menangani masalah keciciran kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen untuk belajar di sekolah-sekolah.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah sewajarnya dalam usaha menangani masalah keciciran kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen untuk belajar di sekolah-sekolah. Sehubungan dengan itu satu kajian yang menyeluruh berkaitan pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri di Malaysia telah pun dijalankan

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

oleh KPM siap pada September 2009. Hasil daripada kajian tersebut, beberapa cadangan dikemukakan untuk tindakan kerajaan. Antaranya;

(i) menguatkuasakan arahan melalui surat Pekeliling Ikhtisas 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009 iaitu mana-mana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah seorang ibu bapa kanak- kanak tersebut adalah warga negara boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan setelah mendapat surat pengesahan atau surat perakuan dari ketua kampung;

(ii) menguatkuasakan pendidikan rendah wajib dan tindakan yang sepatutnya dikenakan kepada ibu bapa yang ingkar dengan perintah tersebut seperti yang termaktub dalam seksyen 29(a) Akta Pendidikan 1996 dan;

(iii) bagi kanak-kanak yang bukan warga negara pula, KPM menghargai sumbangan kementerian-kementerian lain dan pihak NGO dalam usaha menangani isu pendidikan golongan pelarian dan pemohon perlindungan dengan mewujudkan perkongsian pintar dan menyediakan peluang pendidikan.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri dengan jawapan yang sewajarnya. Antara keputusan persidangan UNESCO Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak hendaklah diberi hak untuk mendapat pelajaran. Biar di mana sahaja mereka berada. Kita sering mendengar keciciran anak-anak ini, sebenarnya anak-anak yang malang seperti di Sabah Sarawak kerana tidak ada dokumen kelahiran. Akan tetapi dapat diatasi dengan jawapan tadi. Soal anak-anak pekerja asing yang bekerja di negara ini, keputusan atau pun tindakan sewajarnya kementerian di pihak atas. Apakah juga diambil tindakan sewajarnya di peringkat yang paling bawah di mana memungkinkan anak-anak ini belajar. Mereka memang tidak ada dokumen kelahiran kerana mengikut ibu bapa mereka bekerja.

Negara ini bekerja dengan sahih dan sah. Jadi saya harap keputusan yang diambil oleh pihak kementerian itu dapat dipraktikkan. Betul ya? Dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Pasal jawapan Timbalan Menteri tadi, tindakan sewajarnya. Kadang- kadang kita pun keliru, tengok wajar, tidak wajar, wajar, tidak wajar itu pun tidak faham di mana wajar keseluruhannya. Di pihak yang paling bawah untuk tidaklah banyak sangat songeh sehingga menyekat anak-anak ini untuk mendapat pelajaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading yang memberi soalan yang wajar. Sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi adalah satu isu yang sangat relevan.

Barangkali izinkan saya memaklumkan sedikit kepada Yang Berhormat. Sebenarnya untuk pekerja dari Indonesia, sebenarnya di Sabah dan Sarawak sudah ada UMANA iaitu institusi pendidikan yang disediakan untuk pekerja-pekerja ladang dari Indonesia yang mereka berada di negeri Sabah ataupun di Sarawak. Itu adalah yang pertama.

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Di samping itu pihak Kedutaan Indonesia juga mengadakan pendidikan seperti itu.

Apa yang perlu saya nyatakan di sini bahawa Kementerian Pelajaran mendukung pendidikan itu semua, education for all tetapi kita utamakan warganegara kita. Sebab itulah kalau kita lihat pekeliling yang dikeluarkan tahun lalu, untuk anak Malaysia mereka wajib dihantar ke sekolah manakala bagi mereka yang dilahirkan oleh pekerja asing kita tidak lupa. Banyak lagi program yang dilakukan oleh NGO bersama dengan pihak UNHCR iaitu seperti Taiwan Buddhist Tzu-Chi Foundation, Malaysian Care dan Soroptimist International Club of Johor Bahru. Kesemua ini juga menyediakan peluang pendidikan dan latihan. Di samping itu, kalau pasukan petugas khas persekutuan di Sabah, Labuan, Angkatan Tentera Malaysia, mereka juga memberi pendidikan kepada anak-anak mereka di situ.

Jadi secara ringkas yang ingin saya katakan ialah kita memang menguatkuasakan dan pihak kementerian mengalu-alukan apa juga bentuk usaha sama dengan NGO ini untuk kita memartabatkan pendidikan dan akhirnya mereka juga akan memberi kesan kepada kita apabila mereka dibesarkan di sini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, setakat inilah pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

final • 11:30 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kerana sentuh soal Sabah.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Masih ada masa.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Point of order. Saya telah failkan satu usul tergempar semalam. Setakat ini saya belum terima apa-apa...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, usul Yang Berhormat kemukakan itu akan di deal untuk sesi esok pagi. Selepas jam 10, ia akan diurus untuk sesi pagi esok. Yang Berhormat menghantar usul selepas jam 10 pagi, maka usul itu akan diambil tindakan untuk sesi pagi esok.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua beri keputusan untuk menerima usul itu untuk dibahaskan?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak, ia tidak membuat keputusan. Selepas jam 10 Yang Berhormat Permatang Pauh...

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tidak, tidak. Maknanya saya hendak tahu keputusan belum dibuat?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Belum dibuat, ia akan diambil tindakan pada esok harinya.

final • 11:30 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, semalam dengan izin. Semalam saya di...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh, ini point of order kah apa?

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, sebab ini usul yang dibawa oleh Menteri semalam.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, point of order yang mana Yang Berhormat?

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk merujuk notis kepada Speaker mengenai membawa Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Jawatankuasa...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Sila teruskan Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Dia bawa usul itu di bawah...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Di bawah P.M.27(3).

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

P.M.27(3) ya? Jadi saya hanya hendak beritahu tentang P.M.27(3), hendak minta pengesahan daripada Tuan Yang di- Pertua, apakah ia memerlukan pengesahan Tuan Yang di-Pertua dari segi prosedurnya ataupun...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya hendak tahu itu sama ada...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya sila duduk, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini untuk makluman. Apabila seseorang Ahli Yang Berhormat ingin menimbulkan sesuatu,

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

biasanya Peraturan Mesyuarat 35, berdiri apabila dijemput baru bercakap tetapi dalam hal point of order, berdiri dan sebut point of order, mana point of order and then state your case precisely, leave it to the Speaker to decide whether your point of order is valid or not, itu sahaja. Dalam hal ini, itu makanya saya tegur Yang Berhormat Permatang Pauh under point of order what? Rupanya Yang Berhormat Permatang Pauh cuma ingin penjelasan sama ada apa yang disebut oleh Menteri kelmarin itu, notisnya sudah dihantar kepada Speaker atau tidak. Saya telah menerima notis itu pagi tadi, Menteri yang berkenaan meminta supaya usul itu dimasukkan dalam order paper untuk 22 hari bulan.

Usul akan dibawa di bawah P.M.27(3), bermakna ada notis. Jadi notis dalam hal ini biasanya kalau Menteri selama tujuh hari, kalau Speaker berpuas hati within 24 hours pun boleh, dua hari boleh. Kuasa Speaker ini kuat sangat [Ketawa] tetapi kadang-kadang apabila Speaker menegur, ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertegang leher, sedangkan tahu kuasa Speaker di bawah P.M.42, P.M.43, P.M.44(1), P.M.44(2), P.M.44(3) tetapi masih juga ada yang bertengkar. Ada Yang Berhormat, ada. Notis sudah saya terima dan saya persetujui supaya itu dimasukkan dalam order paper.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk memerangi rasuah dan salah laku dan dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada kali ini.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-

Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 7 April 2010”.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya mohon menyokong.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini juga Yang Berhormat, usul di bawah P.M.12(1) ini sering kali kerajaan terpaksa minta untuk persidangan dilanjutkan sehingga 11.45 malam, kadang-kadang jam 7.30, kadang-kadang jam 10, usul datang ke meja saya. Kadang- kadang saya enggan untuk menandatangani usul seperti ini kerana alasan ialah masa perbahasan tidak cukup. Macam mana perbahasan cukup kalau setiap kali mesyuarat Ahli- ahli Yang Berhormat sendiri kalau berucap panjang-panjang. Jadi Ahli Yang Berhormat harus faham, kadang-kadang kalau kami duduk sampai pukul 11.45 malam, kadang-kadang yang hadir cuma empat lima orang, 10 orang, 12 orang. Kalau ada yang menarik perhatian kuorum, kuorum pun tidak cukup.

Jadi kamu tidak rasa, kami rasa yang duduk di sini. Jadi tolonglah lain kali jangan panjang lebar lagi. Jika tidak nanti kalau diminta di bawah P.M.12(1), saya tidak akan benarkan lagi. Pukul 5.30 petang kita akan berhenti mesyuarat.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2009) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Wira Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-

Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa satu rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2009 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun ini, itu dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan perbelanjaan mengurus kedua tahun 2009 ini dibentangkan menurut Perkara 100 dan 101, Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan ataupun terkurang diperuntukkan dalam Bajet 2009 yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

Anggaran perbelanjaan mengurus tambahan 2009 yang dibentangkan adalah berjumlah RM8,972.3 juta iaitu sebanyak RM2,498.5 juta adalah tambahan perbelanjaan tanggungan dan sebanyak RM6,473.8 juta adalah untuk membiayai perbelanjaan bekalan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1,288.1 juta telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka.

Tuan Yang di-Pertua, bagi perbelanjaan tanggungan, tambahan besar adalah sebanyak RM1,683.2 juta untuk Maksud T.14 iaitu untuk pencen, elaun bersara serta ganjaran bagi membiayai tambahan bayaran pencen kepada para pesara. Lain-lain tambahan perbelanjaan tanggungan adalah untuk Maksud T.13 - perbelanjaan kerana hutang negara sebanyak RM754.2 juta, Maksud T.12 - Perbendaharaan sebanyak RM60.6 juta dan T.9 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebanyak RM526,000.

Tambahan perbelanjaan bekalan. Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Tambahan Perbelanjaan Bekalan yang dipohon untuk diluluskan di bawah fasal 2, rang undang- undang yang dibentangkan adalah sebanyak RM6,473.8 juta iaitu untuk yang pertama sebanyak RM1,572.3 juta adalah pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2009 ke Kumpulan Wang Pembangunan, pindahan ini di charge sebahagian daripada perbelanjaan di bawah Maksud B.12 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun dan dua sebanyak RM4,901.5 juta adalah bagi menampung tambahan perbelanjaan bekalan bagi kementerian-kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar tambahan perbelanjaan bekalan yang diperlukan oleh kementerian-kementerian iaitu sebanyak RM3,081,100,000 bagi menampung pertambahan bayaran emolumen. Kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pelajaran sebanyak RM1,472.4 juta, Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM631.6 juta, Kementerian Pertahanan sebanyak RM574.1 juta, Kementerian Kesihatan sebanyak RM290.1 juta, Kementerian Luar Negeri sebanyak RM33.5 juta, Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak RM30 juta, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

final • 11:40 AM

dan Masyarakat sebanyak RM19.3 juta, Kementerian Sumber Manusia sebanyak RM13.9 juta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebanyak RM6.8 juta, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM6.3 juta, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebanyak RM2.4 juta dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak RM0.6 juta.

Lain-lain tambahan perbelanjaan bekalan yang diperlukan oleh kementerian- kementerian adalah seperti berikut:

Sebanyak RM449.8 juta untuk Maksud B.42 iaitu Kementerian Kesihatan. Untuk membiayai bayaran bil utiliti, peningkatan yuran perkhidmatan sokongan hospital serta untuk penggantian linen yang rosak atau hilang dalam pelaksanaan perkhidmatan linen dan pendobian, membiayai pertambahan perbelanjaan bekalan ubat dan untuk lain-lain perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan; Sebanyak RM336.6 juta untuk Maksud B.7 iaitu bagi maksud kegunaan Jabatan Perkhidmatan Awam. Untuk membiayai bayaran bantuan khas kewangan tahun 2009 kepada penerima pencen, membiayai pembayaran balik rawatan kepada pesara dan membiayai perbelanjaan kursus Advance Management Development Program serta pelaksanaan Program Cross Fertilization 2009; Sebanyak RM318 juta untuk Maksud B.49 iaitu Kementerian Pengajian Tinggi, untuk membiayai bayaran bonus dan emolumen kakitangan IPTA dan Malaysian Qualification Agency serta kos operasi IPTA dan membiayai pertambahan perbelanjaan bagi melaksanakan teras-teras utama dalam mencapai matlamat Universiti Apex bagi Universiti Sains Malaysia; Sebanyak RM110 juta untuk Maksud B.12 iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun untuk membiayai Tabung Modal Pusingan, Jabatan Pembangunan Koperasi dan membiayai Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara; Sebanyak RM130 juta untuk B.6 bagi Jabatan Perdana Menteri, untuk membiayai pelaksanaan projek Global Strategic Communication Campaign bagi tahun 2009, bayaran kemajuan projek Manage Portal Services, kontrak perkhidmatan dan bekalan serta bil-bil utiliti bagi bangunan lama Kementerian Pembangunan Usahawan dan koperasi, keperluan pengubahsuaian pejabat Mahkamah Persekutuan Malaysia, meningkatkan lagi kualiti program-program terbitan JAKIM, membiayai peruntukkan awal kepada pihak berkuasa koridor Sabah dan membiayai keperluan Biro Tatanegara serta geran pelancaran sekretariat Malaysia Prihatin; Sebanyak RM86.8 juta untuk B.60 iaitu Kementerian Pertahanan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bahan api; Sebanyak RM79.5 juta untuk Maksud B.47, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu untuk membiayai peralatan mix stage dan dana penerbitan filem kenegaraan, pelarasan peruntukan kementerian berikutan penyusunan semula kementerian, menampung kos cadangan ekskavasi, konservasi dan pembinaan semula Kota Melaka serta perbelanjaan penerbitan program-program tambahan, membiayai tabung ASWARA dam dana pelancaran ASWARA serta membiayai penganjuran dan penyertaan pelbagai program termasuk perolehan pentas bergerak; Sebanyak RM75.6 juta untuk B.22, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menampung pertambahan pembayaran emolumen dan bayaran bantuan khas kewangan untuk kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat ataupun KEMAS; Sebanyak RM50.6 juta untuk Maksud B.28, Kementerian Pengangkutan untuk membiayai bayaran subsidi dan insentif untuk Perkhidmatan Udara Luar Bandar, tambahan pencetakan lesen kenderaan bernombor dan membiayai kempen keselamatan jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2009; Sebanyak RM37.9 juta untuk B.62 iaitu Kementerian Dalam Negeri untuk membiayai perbelanjaan utiliti dan bahan api disebabkan pertambahan balai polis dan kereta peronda Polis Diraja Malaysia; Sebanyak RM35.5 juta untuk B.13 Kementerian Luar Negeri untuk membiayai pertambahan kos disebabkan inflasi kerugian kadar pertukaran mata wang asing, kenaikan kadar sewaan dan pembukaan pejabat perwakilan baru serta untuk membiayai bayaran

final • 11:40 AM

ganjaran bagi penjawat awam yang bersara dan sumbangan kemanusiaan yang tidak dijangka;

final • 11:40 AM

Sebanyak RM26.3 juta untuk Maksud B.48 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat iaitu membiayai kenaikan kadar Skim Bantuan Segera Kerajaan Persekutuan. Program Pembangunan Kawasan Berisiko Tinggi Negeri Johor, Program Latihan Perkhidmatan Home Managers, dan penyediaan Kad Jaringan Keselamatan Sosial yang baru.

Sebanyak RM24.5 juta untuk Maksud B.1 – Parlimen iaitu membiayai kos menarik taraf sistem keselamatan Parlimen, pertambahan perbelanjaan bertugas di luar negara dan membiayai kos sambutan Jubli Emas Parlimen sempena 50 Tahun penubuhannya.

Sebanyak RM20 juta untuk Maksud B.31 - Kementerian Pelancongan bagi membiayai penyertaan Malaysia di Ekspo Shanghai 2010; dan Sebanyak RM19.4 juta untuk Maksud B.27 - Kementerian Kerja Raya bagi membiayai bayaran pemampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya kerana pengurangan kadar tol bas kelas lima.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, pertambahan peruntukan juga diperlukan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air iaitu sebanyak RM16.5 juta.

Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM16.4 juta, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak RM7.2 juta. Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak RM5.1 juta dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebanyak RM1.7 juta.

Tuan Yang di-Pertua, sejumlah RM5,185.7 juta daripada tambahan ini adalah dipohon sebagai tambahan langsung manakala sebanyak RM1,288.1 juta adalah bagi make up jumlah yang telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka seperti yang terkandung dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 6 Tahun 2010.

Butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2009 adalah seperti dalam Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 2010 dan memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A tahun 2010.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang izinkan saya mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2009. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2009 adalah seperti berikut; Yang dipohon adalah berjumlah RM238.4 juta dan daripada jumlah ini sebanyak RM400.9 juta adalah merupakan tambahan langsung. Sebanyak RM1,987.5 juta merupakan jumlah yang telah didahulukan daripada simpanan luar jangka.

Tuan Yang di-Pertua, anggaran tambahan diperlukan bagi membiayai projek- projek pembangunan bagi maksud-maksud berikut; Sebanyak RM775 juta untuk Maksud P.24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi membiayai pembayaran pinjaman mudah di bawah program dan projek berimpak tinggi; Sebanyak RM612.9 juta untuk Maksud P.27 – Kementerian Kerja Raya iaitu sebanyak RM206.8 juta bagi meningkatkan perbelanjaan kerja-kerja memperbaiki kerosakan infrastruktur jalan akibat banjir; RM199.5 juta untuk membina jalan-jalan baru; RM40 juta untuk membiayai kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang; sebanyak RM34.7 juta untuk membiayai pelbagai projek naik taraf jalan raya; sebanyak RM30 juta untuk membiayai projek penyuraian lalu lintas di persimpangan bertingkat Pandan Indah; sebanyak RM21.3 juta untuk membiayai pengambilan balik tanah untuk pelbagai projek jalan dan jambatan di bawah Lembaga Lebuh Raya Malaysia; RM80.5 juta untuk membiayai pelbagai projek pembinaan jalan dan jambatan di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak; Sebanyak RM342.3 juta untuk Maksud P.62 iaitu Kementerian Dalam Negeri - sebanyak RM281.9 juta bagi membiayai perolehan alat-alat perhubungan dan komunikasi; sebanyak RM31.9 juta untuk membiayai pembelian kapal terbang saiz sederhana berenjin

final • 11:50 AM

dua; sebanyak RM8.4 juta untuk membiayai perolehan pelbagai jenis senjata api; sebanyak RM8.2 juta untuk membiayai bot ronda laju kelas PA; sebanyak RM7.9 juta untuk membiayai Projek PDRM Biometrics Figure Print Identification System; sebanyak RM3.9 juta untuk membiayai perolehan kenderaan unit bom dan horse floats.

Sebanyak RM173 juta untuk Maksud P.41 iaitu kegunaan Kementerian Pelajaran.

Dalam jumlah itu sebanyak RM69 juta untuk membiayai kemajuan pelaksanaan bagi 96 buah projek sekolah menengah kebangsaan di seluruh negara; sebanyak RM50 juta untuk membiayai kemajuan pelaksanaan 80 buah sekolah kebangsaan di seluruh negara; sebanyak RM42.5 juta untuk membiayai kemajuan pelaksanaan bagi 35 projek rumah guru dan bekalan air bersih sekolah-sekolah luar bandar; sebanyak RM11.5 juta untuk membiayai kemajuan pelaksanaan Projek Sistem Penyampaian (PSP) secara interaktif melalui Web TV.

Sebanyak RM161 juta untuk Maksud P.28 iaitu kegunaan Kementerian Pengangkutan bagi membiayai bayaran pinjaman bagi tahun 2009 untuk Lembaga Pelabuhan Klang; Sebanyak RM144.2 juta untuk Maksud P.23 – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu sebanyak RM107.3 juta untuk membiayai pelbagai projek rancangan tebatan banjir; sebanyak RM29.9 juta untuk membiayai pelbagai projek mengorek kuala-kuala sungai; sebanyak RM7 juta untuk membiayai projek mencegah hakisan pantai; Sebanyak RM100 juta untuk Maksud P.21 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membolehkan TEKUN menambahkan kemampuannya dan memberikan pinjaman mudah perniagaan; Sebanyak RM49.9 juta untuk Maksud P.30 iaitu kegunaan Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi bagi membiayai pembangunan fasa pertama projek bio-excel dan biotech Corporation Park di Zon Perindustrian Bio Teknologi di Nusajaya Iskandar Johor; Sebanyak RM22.1 juta untuk Maksud P.20 – Kementerian Perusahaan, Perladangan, dan Komuniti. Dalam lingkungan itu sebanyak RM8.9 juta untuk melaksanakan projek-projek baru di bawah Lembaga Getah Malaysia; sebanyak RM5 juta untuk membiayai Pusat Promosi Perkayuan Malaysia; sebanyak RM4.9 juta untuk melaksanakan projek-projek baru di bawah Lembaga Lada Malaysia; sebanyak RM2.7 juta untuk membiayai perbekalan peralatan membuat blok coklat kepada IKS; RM0.6 juta untuk membiayai pembinaan sebuah pencawang elektrik di Pusat Pembangunan Fiber dan bio- composite serta perolehan pelbagai peralatan ICT; dan Sebanyak RM8 juta untuk Maksud P.6 – Jabatan Perdana Menteri untuk mempercepatkan lagi pelaksanaan Projek Estet Perindustrian Tebedu.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu anggaran tambahan ini juga mengandungi permohonan peruntukan tanda atau token sum iaitu:

Kementerian - KementerianToken Sum (RM)
• Kementerian Pelajaran210
• Jabatan Perdana Menteri90
• Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan90
• Kementerian Kerja Raya50
• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air50
• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat50
• Kementerian Kesihatan30
• Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan30
• Kementerian Sumber Manusia30• Kementerian Sains, Teknologi dan20
final • 12:00 PM

Inovasi
• Kementerian Luar Negeri20
• Kementerian Belia dan Sukan20
• Perbendaharaan10
• Kementerian Pelancongan10
• Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar10
• Kementerian Pengajian Tinggi10

Butiran dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua tahun 2009 adalah seperti yang dinyatakan dalam Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 tahun 2010 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5A Tahun 2010.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan kemukakan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua Tahun 2009 selepas ucapan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Saya mohon menyokong.

final • 12:00 PM
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(Bil.2) 2009 Timbalan Menteri Kewangan I [Dato' Wira Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-

Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa usul yang dikemukakan atas nama Menteri Kewangan dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang berbunyi:-

“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, memberi ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan puluh lapan juta tiga ratus tujuh puluh sembilan ribu lapan puluh dua ringgit

(RM2,388,379,082) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua Tahun 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2010 dan disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa sesebuah Majlis” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah bahawa Rang undang-undang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perbelanjaan Tambahan bagi perkhidmatan tahun 2009 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu, dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk di bahas.

final • 12:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Peraturan Mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua saya kemukakan Peraturan Mesyuarat 96(1), (2) dan (3). Saya mohon membacakan...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti dahulu. Peraturan Mesyuarat 96(1).

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Peraturan Mesyuarat (2) dan (3).

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat (2) dan (3). Tidak payah Yang Berhormat baca. Di mana pelanggaran Mesyuarat di sini.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Di dalam sesi yang lepas Tuan Yang di- Pertua, kita telah meluluskan Akta 702 di mana Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2009 telah dibentangkan di dalam Dewan dan setelah diperakui di bawah 96(1), rang undang-undang ini telah dicetak semula dalam bentuk Akta 702, digazetkan pada 14 Januari 2010 yang lalu dan telah diedarkan. Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 96(1) dan (2) saya mohon Tuan Yang di-Pertua dan Dewan ini untuk nyatakan kedudukan di mana terdapat percetakan yang sepatutnya dibaiki.

Saya telah kemukakan cadangan untuk meminda Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2009 pada muka surat 12 semasa pembentangan tersebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Alor Setar juga. Di mana kesilapan itu tetap juga berada di situ tanpa pembetulan. Ia melibatkan perkara dalam bahagian keempat, para dua iaitu dengan memotong perkataan “lima kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, (500,0000)” yang telah terdapat dalam baris nombor sepuluh ruang RM dan...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sewaktu cadangan Yang Berhormat itu pada Mesyuarat yang lalu adakah cadangan Yang Berhormat itu telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ataupun Majlis?

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya telah maklumkan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mendapat maklum tentang perkara itu dan mengatakan akan ada pindaan sebelum pewartaan akta tersebut.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, pindaan kepada satu rang undang- undang tidak akan dipinda kalau ada di antara Yang Berhormat dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sahaja. Majlis ataupun Jawatankuasa yang berkenaan harus meluluskan.

Itu makanya, setiap ada cadangan untuk pindaan terpaksa juga dimasukkan dalam order paper yang dibahas.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 96(2) pada bila-bila masa jua sebelum dikeluarkan rang undang-undang itu...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Setiausaha boleh berunding.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat. Duduk. Saya ingin perjelaskan seseorang Yang Berhormat yang berdiri membangkitkan point of order, maksudnya ialah point of order ingin menarik perhatian Majlis ataupun Tuan Yang di-Pertua bahawa sesuatu perkara itu salah, dilanggar, prosedur tidak diikut ataupun convention Parlimen Malaysia tidak diikut. Saya telah jelaskan tadi bahawa state your point of order precisely, leave it to the Speaker to decide weather point of order itu accepted or not.

Keduanya, pendapat saya juga ialah apabila kita membangkitkan point of order untuk perkara-perkara yang sudah di mana Parlimen telah membuat ketetapan itu out of order. Jadi Yang Berhormat membangkitkan perkara yang pertama, rekod-rekod Parlimen - Hansard. Saya kurang pasti bahawa ianya telah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa ataupun Majlis kepada perubahan Yang Berhormat katakan tadi. Yang saya tahu cuma Yang Berhormat nyatakan kepada saya bahawa Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tidak bersetuju dan...

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk dahulu. Dan I cannot take your word for granted unless I check Hansard. Jadi pada ketika ini Yang Berhormat sedang berdiri dan yang saya sedang berucap ini harus juga faham bahawa ada peraturan mesyuarat yang lain yang mengatakan bahawa kalau apa-apa perkara yang telah di

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

bincang yang di fikir bahawa itu salah, di bawah peraturan mesyuarat yang lain mengatakan bahawa boleh, seperti Peraturan Mesyuarat 99, Peraturan Mesyuarat 100.

Jadi Yang Berhormat, jangan lagi kita halang perjalanan Majlis ini. Saya akan check nanti sama Hansard...

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya cuma bantu Tuan Yang di-Pertua.

Saya cuma untuk membawakan perkara ini atas tujuan yang baik iaitu kerana kesan daripada kesilapan itu membawakan kepada natijah yang kurang baik atau tidak baik kepada umum, kepada public.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya akan ambil perhatian kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Saya ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Apabila membangkitkan point of order, apabila berhujah fikirkan baik-baik - jangan ikut emosi. Jangan sewenang-wenang lemparkan perkataan-perkataan yang ada unsur-unsur reflection on your fellow members, apatah lagi kalau reflection on the Chair.

Jangan gunakan perkataan-perkataan unparliamentary lagi.

Saya telah memberi arahan kepada dua timbalan saya, bahawa sesiapa yang menghalang perjalanan Majlis Mesyuarat dengan bertegang leher dengan Tuan Yang di- Pertua, saya mengarahkan supaya jangan lagi membuang masa. Suruh sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat rehat sekejap untuk sejuk supaya Mesyuarat tidak terhalang. Ahli-ahli Yang Berhormat, tanggungjawab untuk order dan decorum bukan terletak di bawah bahu Tuan Yang di-Pertua sahaja dan timbalan-timbalan. Mustahaknya disiplin itu adalah di atas bahu setiap Ahli-ahli Yang Berhormat.

Decorum adalah tanggungjawab kita bersama. Bila saya nampak tadi ada dua senior yang berdiri iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Ipoh Timur, mana satu? Jangan berdiri dua-dua, nanti saya bingung mana satu saya panggil. [Ketawa]

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Ketua Pembangkang.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Ketua Pembangkang. Jangan terlampau panjang- panjang.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tidak, tidak. Ringkas sahaja.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat kembali bertugas.

final • 12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Alhamdulillah. Sihat wal’afiat, mudah-mudahan lebih sihat dan sabar dalam...

final • 12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau senyap selalu sentiasa sabar. [Ketawa] Sentiasa sihat. Kalau nanti bising-bising lagi akan sakit balik. [Ketawa] Jadi yang doa-doa itu tinggal doa sahaja. Sila teruskan.

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Anggaran perbelanjaan mengurus tambahan kedua menyentuh Jabatan Perdana Menteri dan ada kaitan dengan SPRM dan Kementerian Dalam Negeri. Saya hanya rujuk kepada Global Strategic Communications Campaign dan saya ingin memberi makluman kepada Dewan ini sambungan daripada isu- isu yang dibangkitkan dan kebimbangan kita tentang faktor keselamatan negara.

Saya rujuk kepada PDRM, satu projek yang dikenali sebagai APCO P25. APCO P25 ini diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri menelan belanja RM980 juta dan kini RM999 juta di bawah kelolaan APCO International. Hal ini Tuan Yang di-Pertua, tidak saya sentuh dalam kenyataan minggu lalu. Kebimbangan saya ialah kerana ia ada kaitan kerana syarikat yang sama yang berkaitan juga diberikan kontrak RM900 kepada melalui Kementerian Pertahanan mengusahakan Taman Teknologi Sungkai 1,100 ekar.

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Perkara ini mula didedahkan sejak tahun 2008 bulan Julai, apabila Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara mengejutkan dengan kenyataan bahawa beliau maklum dengan izin, “We were aware of the involvement of the Israelis in the Communications System Upgrading Project. We informed the Home Ministry as soon as we learned about it.” Bila kita bincang sekarang Tuan Yang di-Pertua, ada dua orang petugas daripada syarikat yang berkenaan di bilik server Bukit Aman, di tingkat 2 dan 3 - sekarang meneliti bagi pihak syarikat yang berkenaan yang ada kaitan dengan apa yang disebut oleh Ketua Polis Negara. Pada bulan Julai berikutnya, Tan Sri Robert Pang, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia menyerahkan sebahagian dokumen kepada BPR. Pada Oktober 2008, Yang Berhormat Ipoh Timur bangkitkan isu ini di Parlimen dengan beberapa makluman tetapi diketepikan dan dinafikan dengan sepintas lalu oleh Menteri Dalam Negeri.

Pada bulan November dan Disember, laporan polis dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab di PDRM oleh pegawai polis dan disiasat oleh ASP Sairah. ASP Sairah kemudian dipindah ke Taiping dan tidak ada kemajuan tentang siasatan ini. Pada 23 November 2008, Menteri Dalam Negeri pada ketika itu mendapat taklimat khas pada jam 4.00 petang di Bilik VIP, KLIA kerana dibangkitkan oleh PDRM terutama Jabatan Logistik, Ketua Polis Negara dan Cawangan Khas tentang kehadiran risikan tentera Israel di PDRM Teknologi Maklumat seperti mana yang telah saya jelaskan di tingkat 2 dan 3 sekarang.

Pada 1 Disember 2008. Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Mashuri Zainal menulis kepada Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu mengenai projek APCO P25 ini yang dikenali dengan Police Reporting System (PRS), fasa ketiga pembekalan dan penyelenggaraan 1,2,3, kepada Syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. Dalam surat itu disebut, “Pada Mei 2008, Pengarah Logistik Polis Diraja Malaysia menerima laporan daripada Pengarah Cawangan Khas berkenaan dengan penglibatan dua bekas pegawai tentera risikan Israel dalam projek PRS PDRM oleh MPC.” Ini saya rujuk surat 1 Disember oleh Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Mashuri Zainal. Pada bulan Ogos 2008, dalam surat ini juga Cawangan Khas mengesahkan penglibatan Israel melalui syarikat - sekarang disebut nama Syarikat Asiasoft Malaysia sebagai subkontraktor. Dalam surat pengarah logistik juga disebut bahawa Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia mengesahkan Asiasoft mempunyai dua pemegang saham Bees System Sdn. Bhd - RM70%, Asiasoft Pte. Ltd. - 30%. Didaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global Private - berpangkalan di Tel Aviv, Israel. [Tepuk]

final • 12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Permatang Pauh dalam berucap ini harus ambil kira Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya.

final • 12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya faham.

final • 12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pokoknya Yang Berhormat sedar itu. Sila

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Sedar. Sebab itu saya perhati dan saya doakan Tuan Yang di-Pertua supaya adil dan bijaksana.

final • 12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kerana Yang Berhormat sekarang sedang merujuk kepada dokumen-dokumen yang spesifik.

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yes.

final • 12:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan.

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Dua Pengarah Asiasoft di Israel ialah Izhak David Nakar dan Ido Schechter. Oleh yang demikian kesimpulan surat logistik ini ialah:

(i) Jabatan Logistik dengan ini mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri segera menamatkan kontrak tersebut kerana mengancam keselamatan negara; [Tepuk]

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

(ii) Alasan dalam surat itu bahawa Asiasoft sebagai subkontraktor telah tidak mendapat kebenaran bertulis daripada kerajaan, oleh yang demikian wajar ditamatkan; dan

(iii) Tidak ada yang berlaku pada 28 November 2008 - laporan polis telah dibuat oleh pegawai-pegawai yang berkenaan di IPD Dang Wangi mengenai pengisytiharan palsu MPC.

final • 12:12 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Pada 3 Disember, Jabatan Logistik menulis sekali lagi kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk perhatian penasihat undang-undang mengulangi kenyataan laporan kepada BPR yang saya sebutkan tadi. Pada 7 Januari 2009, Jabatan Logistik menulis sepucuk surat kepada Penasihat Undang-undang, Kementerian Dalam Negeri dengan judul sedemikian. Jabatan Logistik setelah mendapat maklumat daripada Cawangan Khas kelulusan Ketua Polis Negara, “Cadangan penamatan kontrak akibat pemecahan kontrak dan penglibatan tentera perisik Israel dalam syarikat sub kontraktor yang dilantik oleh Master Plan Consultancy Sdn. Bhd. dan DiGi.Com Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama”. Itu pada 7 Januari.

Penasihat Undang-undang, Kementerian Dalam Negeri menjawab kepada Pengarah Jabatan Logistik pada 12 Januari 2009 mengatakan perkara ini dirujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, MAMPU dan Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri dan prosedur penamatan akan hanya dilakukan setelah mendapat arahan pengurusan tertinggi PDRM. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Eh..eh. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Judul atau kontrak...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, mahu perli Yang Berhormat Permatang Pauh atau perli Speaker? [Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Dia terpegun.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya tidak perli. Saya ingatkan orang Tanah Liat, rupa-rupanya orang Israel.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dengar “eh..eh..eh”. [Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Minta laluan Yang Berhormat Permatang Pauh sebelum kesimpulan. Yang Berhormat Permatang Pauh mulakan dengan memetik peruntukan di bawah Global Strategic Communication Campaign di antara Kerajaan Malaysia yang membabitkan FBC Media Limited, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Malaysia untuk program Global Strategic Communication Campaign Yang Berhormat Permatang Pauh, engaged dengan izin dengan FBC Media dan Dewan diminta untuk meluluskan RM28 juta. FBC Media pula, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Permatang Pauh, engaged APCO Worldwide di London dan bayar USD70,000. Saya merujuk kepada lobbying report. Di Malaysia boleh sembunyilah, tetapi di UK dan di Amerika Syarikat tidak boleh. Mereka perlu isi apa yang disebut Lobbying Disclosure Act 1995 - seksyen 5, diisi oleh APCO Worldwide untuk pelanggannya FBC Media UK Limited.

Yurannya ialah USD70,000 untuk spesifik lobbying issues dengan izin, “Raging awareness of the importance of policies in Malaysia, that are pro-business and pro-investment as well as significant of reform and anti-terrorism efforts in that country.” Bajet 2009 ini kita perlu lulus RM28 juta. Bajet Tambahan Pertama 2010 nanti di bawah Prime Minister’s Department juga RM42 juta lagi untuk perunding komunikasi. Itu yang kita sudah tahu RM70 juta. Yang Berhormat Permatang Pauh saya ingat landing lah dengan kesimpulan.

Kita sebenarnya memberikan gambaran apa? Sudah beberapa kali waktu kita dedahkan kita dicabar, “Takkanlah Kerajaan Malaysia seperti itu sekali, takkanlah kita hendak jual maklumat rahsia negara, takkanlah kita tidak ambil berat. Takkanlah, takkanlah, takkanlah”. Itulah yang saya dengar. Hari ini kita beri faktanya, kita beri dokumennya dan mereka akan bunyi lagi, “takkanlah, takkanlah.” Jadi, Yang Berhormat Permatang Pauh saya tidak mahu panjang lagi. Saya hendak serah kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk buat kesimpulan. Terima kasih. [Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Takkanlah ucapan itu tidak dihabiskan? [Ketawa] Silakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Machang. APCO seperti mana saya dedahkan mempunyai satu level of sophistication dan dia tidak berfungsi semuanya terutama APCO. Malah kontrak RM980 juta yang disebut APCO 4-25 PDRM - Utusan Malaysia yang bertugas untuk membantu menyelamatkan partinya, menukar sekarang ini bukan APCO 4-25 tetapi projek itu dikenali sebagai RMP Net. Jadi, APCO tenggelam dan terpadam dengan sendirinya. Akan tetapi, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Machang, terima kasih. Seperti juga dengan FBC Media, Asiasoft, kaitannya sama.

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh cerca, boleh fitnah dan boleh hukum. Oleh sebab itu bila kita bentangkan di sini kita berikan nama dan kita berikan tarikh surat-surat itu dihantar. Kita berikan laporan yang dibuat oleh pegawai-pegawai yang punyai kesedaran ada batasnya bagi mereka untuk menelan apabila negara secara langsung terlibat – minggu lalu saya sebut APCO dari segi missionary propaganda ini sudah masuk ke bidang keselamatan negara. Kementerian Pertahanan saya sebut Taman Teknologi Sungkai, Kementerian Dalam Negeri termasuk server yang mempunyai nadi kepada seluruh.

Kementerian boleh ambil sikap mengetepikan begitu sahaja, tetapi Tuan Yang di-Pertua percaya, tidak banyak negara yang membuat kerja sesumbang yang kita lakukan. [Tepuk] Bicara keras menentang Israel, tidak mengiktiraf Israel, marah dan kesal apabila ada pembunuhan rakyat yang tidak berdosa, wanita dan anak-anak Gaza dan Palestin tetapi bersekongkol dengan satu rejim Zionis yang kejam. [Tepuk] Saya mahu Menteri Dalam Negeri sekarang walaupun perjanjian ini dibuat sebelum Menteri yang ada sekarang.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Letak jawatan. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya mahu...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh, kita perlu buat standing order kalau tepuk meja kuat-kuat dan Speaker juga ada kuasa untuk mengarah keluar.

[Ketawa] Jadi, ingat Yang Berhormat jangan tepuk kuat-kuat. Silakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, tepuk kerana perkara ini terlalu serius ini bukan soal politik kepartian.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya ajak Tuan Yang di-Pertua sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia bagaimana boleh kita timbang, terima dan condone perkara yang senakal dan biadab begini.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada tiga, Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Balik Pulau sedikit.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mana satu?

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Balik Pulau sedikit.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Beri laluan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya menekuni segala kisah yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh sebentar tadi dan saya kira sahabat-sahabat saya di sebelah sini mahupun di sebelah sana cukup berasa terpanggil untuk terus dengan segala pertanggungjawabannya, bangkit seperti mana pernah kita lakukan secara by partisan, secara sebulat suara kerana isu ini bukan lagi isu politik, Tuan Yang di-Pertua, jelasnya ia

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

adalah isu keselamatan negara. Jikalau sedikit waktu dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh boleh dipersalahkan kerana cuba mahu menghubungkaitkan.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, ini hujah berasingan atau minta penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Minta penjelasan sedikit sahaja. Cuma mukadimahnya panjang sedikit.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi pada pandangan saya ada ciri-ciri ucapan seolah-olah ucapan membela.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Mukadimah itu seperti Ibnu Khaldun.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mencelahlah, mintalah penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh tidak perlu dibela.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lalu saya minta Yang Berhormat Permatang Pauh, apakah bersedia juga mengajak kawan- kawan - sahabat-sahabat Ahli Parlimen di sebelah sana supaya kita bangkit bersama-sama untuk terus menegaskan bahawa kerajaan ini dan negara ini wajar dipertahankan wibawa dan kedaulatannya dengan segera memberhentikan segala apa juga yang berhubungan dengan APCO Worldwide dan segala syarikat-syarikat strategic partner yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Permatang Pauh laluan sedikit beri kepada Balik Pulau, lanjutan sedikit.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Lebih baik saya memberi laluan dahulu sebelum saya menjawab.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Bukan! Ini perlu dijelaskan sebab Yang Berhormat Machang bangun mengatakan maklumat dapat kerana di UK yang saya pun maklum kerja-kerja melobi ini ialah kerja-kerja mengikut perundangan.

Bukan mendapat maklumat secara rahsia. Kerja-kerja melobi di Malaysia sahaja kerja haram. Jadi, ini perlu diperjelaskan kerana saya tidak mahu...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh Yang Berhormat Balik Pulau, hujah itu kita reserve untuk perbahasan nanti sewaktu usul di bawah 27(3) itu.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya. Okey. Saya pendekkan. Minta Yang Berhormat Permatang Pauh jelaskan, sebenarnya maklumat yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini, adakah maklumat yang bersifat maklumat awam yang sebenarnya boleh didapati bukan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau? Saya mohon penjelasan.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh. Apabila saya dengar daripada Yang Berhormat Permatang Pauh bagaimana ada agen-agen Israel boleh duduk dalam bangunan Bukit Aman dalam nadi perisikan Polis Diraja Malaysia. Saya andaikan bahawa saya melihat ini seperti Barisan Nasional sudah serah maruah dan kedaulatan negara ini kepada Israel.

Saya rasakan macam itu.

Saya mahu tanya kenapa rakan-rakan yang selalu seperti Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Kota Belud lintang-pukang mereka apabila Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan tentang APCO, mereka mengatakan itu dan ini. Akan tetapi, hari ini apabila saya mendengarkan ini, saya merasakan mereka ini bagaikan penderhaka kepada negara ini!

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tolong tarik balik.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya mahu tahu kenapa mereka...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tolong tarik balik.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tolong tarik balik, Tuan Yang di- Pertua. Suruh dia tarik balik Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya mohon pendapat Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya mohon pendapat Yang Berhormat Permatang Pauh tentang...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu Yang Berhormat Padang Serai. Sesak sudah dada saya Yang Berhormat Padang Serai. Duduk sekejap dahulu. [Ketawa]

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Suruh dia tarik balik Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai! Sila duduk dahulu. Kalau berhujah, jangan mengundang gaduh. Politik, politik juga. Akan tetapi kalau menimbul kekecohan, terpaksa saya mengambil tindakan. Saya benarkan mencelah minta informasi daripada Yang Berhormat Permatang Pauh bukan mengundang pergaduhan daripada Yang Berhormat Rembau sama Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tarik baliklah. Tarik balik menderhaka itu.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya...[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada tarik, tarik balik. Sila. Yang Berhormat Kota Belud duduk. Sila, sila.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai! Minta penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh, bukan di situ, di sini sama Yang Berhormat Permatang Pauh. [Ketawa] Habiskan ucapan.

Sila habiskan penjelasan. Jangan provoke Yang Berhormat Rembau sama Yang Berhormat Kota Belud. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Padang Serai sudah selesai kerana provokasi tidak disambut. [Ketawa]

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucap terima kasih kepada rakan yang pertamanya tadi dari Kuala Selangor yang meminta kalau boleh penyertaan semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti. Apabila dalam isu APCO dan kini memang projek itu dikenali dengan APCO P25 walaupun tidak dikaitkan secara langsung dengan APCO dan sekarang ditukar namanya.

Akan tetapi, saya sudah mengeluarkan bukti dengan keterangan sebahagian sahaja dahulu. Saya mahu melihat bagaimana Menteri Dalam Negeri ataupun Perdana Menteri hendak respons dan saya akan dedahkan maklumat lagi. Ini kerana bagi saya ini isu keselamatan dan kebetulan Ketua Polis Negara dan Jabatan Logistik dan Cawangan Khas sependapat mengesahkan tentang wujudnya – dan saya tidak faham setelah begitu, bagaimana pendapat ini dengan pengesahan diketepikan begitu sahaja kerana kontrak RM1 bilion. Apakah RM1 bilion boleh menggadai semua prinsip dan maruah kita?

Bagaimana harus kita terangkan? Kita belanja RM40 juta, RM20 juta, RM100 juta pergi ke Amerika, Eropah untuk melobi kekuatan kita, menutup keaiban seperti mana yang dilakukan APCO seperti yang terbukti dalam Harper’s Report. Boleh tutup semua kezaliman yang berlaku, tidak ada rule of law, jenayah, rasuah kerana membayar APCO untuk

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

memberikan gambaran yang lunak. Akan tetapi, apakah boleh dipadamkan kenyataan ini?

Kenyataan ini tidak boleh dipadamkan kerana kalau saya dicabar mana surat, itu tanggungjawab Menteri Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, saya sengaja menyebut tarikh, siapa menulis kepada siapa.

Ini kerana kalau tidak, kawan-kawan saya sebahagiannya akan hanya menjerit dan mengatakan saya memfitnah tanpa bukti. Sebab itu sengaja saya sebut dan kebetulan Yang Berhormat Kota Tinggi ada. Yang Berhormat Kota Tinggi juga hadir bahkan mempengerusikan...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Mesyuarat di bilik VIP KLIA jam 4.00 petang.

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ha. Jawab. Jawab. [Tepuk]

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penjelasan sedikit.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Jadi, hal ini saya harap dapat seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, jangan kita guna partisan politik dalam isu ini. Ada fakta, kita kemukakan.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan sedikit.

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Albar - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kota Tinggi. Bagi Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Kota Tinggi dahulu? Okey. No problem. [Ketawa]

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Albar - Kota Tinggi

Ini saya – Tuan Yang di- Pertua, saya minta penjelasan kerana nama saya....

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat Kota Tinggi. Apa ini?

Penjelasan yang dibuat 37(1)(a)(b) ataupun responding?

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Albar - Kota Tinggi

Responding to what...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sila.

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Albar - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hendak tahu Yang Berhormat, Yang Berhormat membuat pelbagai tuduhan dan andaian dan banyak fakta-faktanya tidak mempunyai rangkaian untuk mengatakan betul atau tidak betul. Ini mengatakan saya ada di situ mempengerusikan mesyuarat, itu adalah satu perkara yang bohong! [Tepuk] Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Jangan cepat hukum bohong atau tidak. Mesyuarat masa itu, Menteri Dalam Negeri minta mesyuarat diadakan di bilik VIP KLIA 4.00 petang, 23 November 2008 diselaraskan oleh Menteri, hadir sama termasuk Pengarah Jabatan Logistik PDRM. Sepatutnya semak dahulu diari, jangan cepat sangat.

Kalaupun tidak sebut, mungkin istilahnya mungkin mesyuarat, mungkin istilahnya pertemuan untuk mendapatkan laporan. [Ketawa] Okey. Saya boleh terima. Akan tetapi, point nya apa? Point nya untuk mendapatkan penjelasan dan memberikan penjelasan tentang Laporan Cawangan Khas dan Logistik dan surat-surat yang saya sebutkan tadi.

Surat...

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Albar - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat Kota Tinggi, surat rasmi oleh Pengarah Jabatan Logistik...

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Albar - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Permatang Pauh – saya fikir saya selaku Menteri Dalam Negeri, banyak mesyuarat yang saya hadir. Akan tetapi, Yang Berhormat mesti tentukan apakah bentuk dan jenis perbincangan yang dimaksudkan. Itu biasa sahaja kita ada itu. [Ketawa]

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Albar - Kota Tinggi

Akan tetapi, Yang Berhormat mengatakan Jabatan Logistik, APCO, ini semua perkara-perkara Yang Berhormat telah mengelirukan Dewan yang mulia ini. [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Sila. Duduk dahulu Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini pun yang keliru. Hendak jadi Menteri sekarang.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai. Ahli-ahli Yang Berhormat, di sinilah letak dilema yang paling besar untuk Speaker kerana sebagai Speaker, kami sesungguhnya kami bukan hakim yang boleh meminta dokumen-dokumen yang tertentu sebagai evidence.

Tugas pertama kami ialah untuk mempengerusikan Mesyuarat supaya berjalan dengan lancar dan licin. Jadi, maka itu perkara-perkara seperti begini kalau ada umpamanya hujah daripada Pembangkang secara kebetulan ada Yang Berhormat Kota Tinggi, balas-berbalas dengan cara baik. Jangan gunakan perkataan-perkataan seperti berbohong dan sedemikiannya kerana itu juga tidak baik.

Jadi, Yang Berhormat Permatang Pauh sudah saya ingatkan tadi bahawa dalam berhujah ingat 36(12). Ini kerana mana tahu nanti yang sebelah itu pun ada bukti-bukti tertentu bahawa yang itu tidak betul di bawah 36(12). Jadi, saya bersikap adil dalam soal ini. Sila teruskan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tidak mengapa. Saya maafkan Menteri kerana dia bekas Menteri sebab Yang Berhormat Kota Tinggi bila saya berikan tarikh surat-surat itu dia tidak ada. Dia tidak datang, bila sebut nama dia itu dia terkejut sedikit. Itu biasalah.

Akan tetapi, saya sebut mesyuarat itu dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Khairy Cawangan Khas, Superintenden Wahab Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, ASCII, Rosli Abdul Rahman Timbalan Pengarah. Tidak mengapa, sekadar hendak menjelaskan, jangan gopoh untuk menolak pandangan ini. Ini kerana sebab itu saya sengaja mengaitkan surat-surat yang berkaitan. Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih saudara Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya juga amat bersetuju dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, kita perlu menjaga keselamatan negara supaya tidak terancam sama ada dari segi politik ataupun ekonomi dan sebagainya. The concern, kebimbangan yang amat sangat ditunjukkan itu, saya tertanya-tanya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat, dalam pengetahuan Yang Berhormat adakah kemungkinan besar Israel ini ada menjadikan Malaysia ini sebagai satu target untuk satu perancangan? Ada dalam pengetahuan Yang Berhormat yang menyebabkan begitu concern dan bimbang, apa agaknya matlamat Israel ini terhadap Malaysia ini? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Salak sepatutnya tanya kepada orang yang melantik Israel itu. Akan tetapi tidak apa, kerana dia sahabat, saya hendak jawab. Sebelum itu Yang Berhormat Balik Pulau bangkitkan soal lobi, saya tidak mahu sentuh kaitan dengan Yang Berhormat Rembau.

Saya ikut nasihat Tuan Yang di-Pertua.

Maklumat yang saya bentangkan minggu lalu, itu boleh kita Google search kerana mana-mana perjanjian yang dibuat seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Machang, kalau APCO dengan Israel, itu berpangkalan di Amerika dan di Tel Aviv, maka perjanjian itu mesti dibentangkan di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Kalau APCO dengan Malaysia dengan Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia, itu juga di daftar, maklumat itu kita dapat. APCO dan Kerajaan Malaysia, itu belum saya dapat. Sekarang ini APCO, FCB, itu Yang Berhormat Machang boleh Google. Jadi cerdiklah sedikit, cari Google dan boleh cari, dapat. Kita perlu guna kecerdasan akal sedikit.

Akan tetapi dalam kes ini, tentu saya tidak Google. Kes ini kerana ada kebimbangan di kalangan PDRM sehingga mereka terpaksa – sebahagian, ASP Suhaimi kalau tidak silap saya membuat laporan polis dan pengarah logistik menulis kepada BPR

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

pada ketika itu. Pengarah Logistik menulis kepada KSU dan Penasihat Undang-undang pada ketika itu. Penasihat Undang-undang jawab. Jadi hal-hal ini hendak diketepikan sebagai bohong, tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. Tidak boleh. Ini kerana maklumat itu terlalu kuat. Kalau ada siasatan, saya akan beri kerjasama tetapi tidak cukup hanya untuk menyatakan kita ini sengaja hendak khianat, kerana ini pengkhianatan lebih besar ialah bila kita izinkan keselamatan kita dirasuki, dimasukkan beberapa pegawai perisikan tentera Israel dan kita sebutkan nama orang yang terlibat dan pegawai-pegawainya saya tidak tahu. Itu terserah melainkan Menteri datang mengatakan Ketua Polis Negara salah, Cawangan Khas salah, Pengarah Logistik salah, seluruh PDRM (Polis Diraja Malaysia) itu semuanya salah. Hanya yang benar adalah keputusan untuk mengambil Asiasoft Sdn Bhd.

Soalan Yang Berhormat Padang Serai, kita tahu dia tengah agak panas sedikit, sepatutnya panas, kalau orang dengar maklumat ini dan dia diam, dia itu sebenarnya terlibat dalam pengkhianatan pada soal keselamatan negara. [Tepuk] Seharusnya panas walaupun dalam keadaan Tuan Yang di-Pertua mesti control blood pressure, jangan panas sangat.

Yang Berhormat Pasir Salak tanya saya, adakah pada pengamatan saya melihat kepada peranan APCO dan peranan Asiasoft Pte Ltd. yang berpangkalan di Tel Aviv yang didukung sekarang ini dengan pengetahuan beberapa Menteri dalam kabinet. Ini saya syorkan kepada Yang Berhormat Pasir Salak untuk meminta Menteri-menteri berkenaan memberi penjelasan dan yang sebaiknya ialah bersetuju dengan cadangan PDRM membatalkan kerana pembatalan itu berdasarkan alasan subkontrak kepada Asiasoft itu tidak mengikut prosedur biasa dan tidak mendapat kelulusan. Berdasarkan maklumat ini, saya juga mengesyaki dengan sesungguhnya ada muslihat perisikan Israel untuk terlibat secara langsung dalam perjalanan kerajaan, bukan sahaja melalui APCO tetapi melalui sekutu-sekutunya, nampak ada jaringan yang terlalu kuat.

Saya minta kawan-kawan, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya teliti hal ini dan jangan hanya guna kuasa majoriti secara rakus menekan orang yang mengemukakan fakta ini.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan sedikit.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saudara Ahli Yang Berhormat boleh pertikai, boleh tanya, boleh minta penjelasan tetapi tidak boleh mengetepikan ataupun menangkis kerana kali ini Yang Berhormat Kota Belud, kali ini tidak boleh rakan- rakan Yang Berhormat di sebelah sana mengetepikan begitu sahaja kerana bukti yang dibawa terlalu kukuh untuk didustakan. [Tepuk] Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sungguh tertarik dengan apa yang didedahkan, maklumat yang cukup menyentuh hati kita sebagai rakyat Malaysia, bagaimana negara kita bukan kita di ceroboh tetapi kita menjemput penceroboh masuk ke dalam pertahanan negara kita. [Tepuk] Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, apakah ini ada kaitan sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara sebelum ini bahawa ada arahan pihak ketiga di dalam pasukan polis? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih. Sheikh Mohammed al-Ghazali pernah mengingatkan kita bahawa sementara imperialisme dan penjajahan itu selesai, yang belum selesai ialah [Bercakap dalam bahasa Arab] iaitu penjajahan pemikiran dan roh, dan apa yang dilakukan dalam konteks ini iaitu mengizinkan, kerana mungkin keuntungan, mungkin komisen, maka boleh menggadai keselamatan negara kita kepada Israel yang kita canangkan bukan main keras. Saya 12 tahun Tuan Yang di-Pertua, 12 tahun dicanangkan sebagai ejen Yahudi. Alhamdulillah, Allah Maha Kaya, sekarang terdedah bukti siapa sebenarnya. [Tepuk] Saya ulang, saya tidak pernah musuh Yahudi, saya musuh Israel yang zalim kepada rakyat Palestin. [Tepuk] Itu perlu dibezakan. Jadi oleh yang demikian, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang, Tan Sri Musa Hassan ada dua kenyataan, pertama yang saya bacakan tadi bahawa Polis Diraja Malaysia pada bulan Julai 2008 mengesahkan adanya penyertaan tentera risikan Israel di PDRM. Kali kedua baru- baru ini bila dia sebut tentang tangan ketiga tetapi diketepikan begitu sahaja. Saya tidak tahu sama ada tangan ketiga ini tangan APCO dan Israel seperti yang dibangkitkan. Tuan

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang di-Pertua, saya pohon perkara ini selain daripada dikaitkan dengan Belanjawan 2009, pohon perkara ini diberi pertimbangan yang serius oleh Perdana Menteri. Jangan hanya untuk menaikkan imej peribadi, kita korbankan naluri dan maruah kita sebagai negara merdeka dan berdaulat. [Tepuk]

final • 12:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada dari BNBBC? Ada dari sebelah kiri sini yang junior, bukan veteran politicians? [Ketawa] Tiada? Okey, tidak apalah Yang Berhormat Ipoh Timur sila. Tidak berani mereka berdiri sebab Yang Berhormat Ipoh Timur sudah berdiri.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, welcome back.

final • 12:49 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan panjang dari Yang Berhormat Permatang Pauh ya.

Sila, thank you.

final • 12:49 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Di hadapan Dewan yang mulia ini kita ada dua set anggaran perbelanjaan tambahan.

final • 12:49 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Satu ialah second supplementary estimate untuk tahun 2009 yang berjumlah RM11.36 bilion yang terdiri daripada RM98.98 bilion untuk operating expenses dan RM2.39 bilion untuk pembangunan. Selepas itu adalah lagi satu set untuk supplementary estimate untuk tahun 2010 berjumlah RM12 bilion untuk operating dan pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, dua set anggaran belanjawan ini sangat memeranjatkan apabila dikemukakan, dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini oleh kerana kita diberitahu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selaku Menteri Kewangan dalam pembentangan bajet pada bulan Oktober yang lalu bahawa fiscal budget Kerajaan Persekutuan sudah mencapai satu kemuncak 7.4% GDP pada tahun 2009. Fiscal budget untuk tahun 2010 akan kurang kepada 5.6% GDP.

Akan tetapi dengan dua-dua set supplementary estimate ini sangat jelas bahawa dengan izin fiscal budgeting sudah gone arrived oleh kerana untuk tahun 2009 apabila kita mengambil kira first supplementary estimate yang kita ada luluskan dahulu dan sekarang second supplementary estimate tentulah pada bajet defisit akan menghampiri 7.9% kalau bukan 8%. Untuk tahun 2010, bajet defisit akan mencecah melebihi mungkin daripada 7%.

Satu penjelasan yang penuh patutlah diberi mengapa berlaku dengan izin, fiscal indiscipline and even irresponsibility.

Oleh sebab ini semua bukti bahawa ada kawalan yang sangat tidak prudent mengenai perbelanjaan awam khasnya apabila kita lihat dengan izin, inefficient utilization of the nations financial resources. Sebagai satu contoh, dalam Supplementary Estimate Pembangunan di hadapan Dewan kita adalah satu peruntukan untuk RM32 juta untuk pembelian kapal terbang untuk pihak polis. Apakah gunanya?

Oleh kerana selain daripada memberi Ketua Polis Negara adalah peluang untuk dengan izin, work in style. Tidak ada kesan langsung mengenai matlamat pihak polis untuk memerangi dan mengurangkan jenayah, untuk memastikan bahawa semua rakyat, pelabur- pelabur dan pelawat-pelawat, tourist, pelancong-pelancong boleh berada di Malaysia dengan selamat. Itulah tujuannya. Lebih baik bukan kalau RM32 juta digunakan untuk membeli sebagai contohnya 88 buah bicycle atau 6,800 buah Honda cubs supaya polis- polis boleh on the beat police feasibility boleh dilipat gandakan beberapa kali. Inilah yang akan berkesan untuk mengurangkan jenayah untuk memastikan bahawa core function polis untuk menjamin keselamatan rakyat Malaysia adalah dicapai dan bukan mengadakan kapal terbang untuk IGP atau pegawai-pegawai polis yang tertinggi. Tidak ada langsung kena- mengena dengan peperangan terhadap jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya rasa tragedi yang besar negara kita secara pembangunan negara kita ialah peminggiran kumpulan-kumpulan di luar bandar dan di bandar yang mana mereka dinafikan layanan yang adil sebagai dengan izin, full-fledged Malaysian citizens, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi pun dalam Semenanjung Malaysia.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Over the weekend Tuan Yang di-Pertua adalah di Kaki Bukit. Penduduk-penduduk di Pekan Kaki Bukit dan Pekan Sayor Kaki Bukit ada complaint bahawa untuk 1,000 orang di sana di kedua-dua kawasan itu. Dekat tiga atau empat generasi, 70 tahun atau 80 tahun tinggal di sana. Mereka tidak boleh dapat title, geran kediaman-kediaman mereka. 70 tahun atau 80 tahun - Siapakah Ahli Parlimen? Yang Berhormat Padang Besar, Pengerusi PAC.

Empat term pernah menjadi menteri. Bolehkah ini terus diabaikan. Mana itu usaha supaya semua kumpulan sama ada di remote areas, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak diberikan layanan yang sepatutnya supaya mereka dianggap sebagai warganegara yang sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada diberitahu bahawa Model Ekonomi Baru yang ada diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 30 Mac akan memastikan berjaya supaya membebaskan Malaysia daripada middle-income trap yang kita ada terperangkap selama lebih daripada 10 tahun. Kita ditinggalkan di belakang oleh negara- negara yang lain bahawa kita akan di transform menjadi sebuah negara yang ada high income dengan inclusiveness dan sustainability. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan jawapan di bulan April, dia ada umumkan bahawa akan mengumumkan New Economic Model akan menjadi satu quantum leap supaya Malaysia boleh menjadi sebuah negara high income dengan emphasis on innovation, creativity dan competitiveness.

Akan tetapi pada bulan Mei tahun lalu, Menteri Kewangan II ada mengatakan bahawa Model Ekonomi Baru ada delay dan akan diumumkan akhir tahun lepas, selepas itu delay lagi tahun depan. Sangat jelas bahawa sungguhpun dalam kerajaan patut tahu dengan izin, time is clearly of the critical essence supaya Model Ekonomi Baru dilancarkan.

Oleh sebab kita sudah ada stagnation 10 tahun yang ada diakui Yang Berhormat Menteri Kewangan II ada economic stagnation. We are losing out in competitiveness tetapi nampaknya tidak ada sense of urgency.

Bank Dunia, tiga tahun dahulu sudah mencadangkan bahawa Malaysia perlu Model Ekonomi Baru. Mengatakan bahawa negara-negara industri yang lain sudah tukar daripada ekonomi kepada versi 3.0. Kita perlu alih daripada version 1.0 kepada 2.0.

Mengapakah kita sehingga sekarang kita belum dapat penjelasan? Mengapa ada three years delay? Sekarang lagi-lagi procrastination apabila Dasar Ekonomi Baru diumumkan pada 30 Mac yang lalu, apa yang kita adalah Part I dan kata Part II akan datang apabila Rancangan Malaysia Kesepuluh dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

Akan tetapi sekarang saya baca dalam surat khabar, more delays yang mana Pengerusi NEAC (National Economic Advisory Council) bekas Menteri Tan Sri Amirsham Aziz mengatakan bahawa Part II detail mengenai dasar Model Ekonomi Baru akan disiapkan pada third quarter tahun ini. Mengapakah ada flip-flop? After flip-flop, delay and procrastination, after delay and procrastination.

Sebenarnya apa yang kita lihat...

final • 12:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Penjelasan, pendek sahaja.

Adakah Yang Berhormat Ipoh Timur berasa kecewa bahawa sehingga hari ini baru kita dapat satu kertas Model Ekonomi Baru, ringkasan eksekutif sahaja. Ringkasan eksekutif sahaja. Yang penuh masih belum sampai ke tangan Ahli-ahli Parlimen.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini menunjukkan bahawa kerajaan sendiri tidak serius mengenai Model Ekonomi Baru. Bukan sahaja kita hormat Parlimen tetapi...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, mungkin juga untuk menjimatkan masa Ahli-ahli Yang Berhormat untuk glance sahaja kalau tebal pun tidak juga dapat baca semua.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak ini mustahak.

final • 12:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kita banyak dapat laporan- laporan.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sudahlah.

final • 12:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kuala Selangor baca.

final • 12:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tidak relevan beri.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta maaf. Terpaksa saya berhentikan Yang Berhormat Ipoh Timur di situ oleh kerana ada agenda yang paling mustahak iaitu makan tengah hari. [Ketawa] Atas sebab itu, Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini. Terima kasih.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 12:50 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah menyifatkan konsep 1Malaysia sebagai bumbung rumah Malaysia yang membina dengan government transformation program dan the new NEM sebagai tiang, dua tiang rumah ini dan Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai lantai, the floor apabila asas untuk semua program Malaysia untuk menuju ke arah masa depan tetapi dengan kelewatan, postponement NEM khasnya bahagian kedua sehingga quarter yang ketiga. Nampaknya apa yang berlaku ialah Yang Amat Berhormat adalah ada menggunakan kaedah membina yang luar biasa di mana yang biasanya apabila kita membina rumah dengan lantai lepas tiang lepas bumbung tetapi sekarang nampaknya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah bermula dengan bumbung, dengan tiang tanpa lantai.

Adakah ini building castle in the air? Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak apa- apa yang baharu dalam NEM (New Economic Model) yang ada diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sebenarnya ada 10 tahun yang terlalu lewat. Ini oleh kerana pelbagai cadangan adalah pernah dibuat dalam 10 tahun ini dan bekas Perdana Menteri pun Tun Abdullah dalam ucapan yang sangat terkemukanya di Harvard Club pada Mei 2005 pun pernah mengatakan bahawa negara kita perlulah menghapuskan three addictions kalau kita mahu menjadi sebuah negara yang maju ialah bahawa biro asing yang murah, subsidi dan rank seeking tetapi semuanya tidak ada apa-apa tindakan. Apa yang kita ada ialah diagnosis mengenai penyakit ekonomi Malaysia tetapi tidak ada apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Sehingga sekarang boleh kata bahawa antara Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional pun banyak rank seekers, tidak kurang daripada percentage populasi negara kita.

Sebenarnya dalam 2002, apabila dilancarkan satu rancangan yang mustahak, masa itu disifatkan sebagai Strategic Initiative I untuk abad 21 ialah Knowledge-Based Economy Master Plan. Bekas Perdana Menteri masa itu atau Perdana Menteri masa itu Dr. Mahathir, apa yang dia tulis dalam prakata dan dengan izin saya quote, inilah dalam forward dengan izin “Recognizing the critical need on knowledge as input, Malaysia has embarked on the transformation from an input-driven growth strategy that had served her well in the past to one that is increasingly driven by knowledge in order to achieve sustainable high growth and development. The intention to migrate from a production based economy to a knowledge-based economy and the development of a Master Plan to chart the strategic direction towards the knowledge-based economy were first announced in Budget 2000.” Bajet 2000, sekarang Bajet kita 2010.

“Prior to this, the government has however adopted several initiatives aimed at developing Malaysia into knowledge-based economy. Of significance was the establishment of the Multimedia Super Corridor (MSC) in 1996, providing world-class facilities to foster the development of high technology and innovations for both domestic and foreign companies and the implementation of several flagship applications including the multi-purpose card, smart schools, telehealth, e-government and technopreneur development as well as the provision of tax incentives to promote an information technology-savvy society.

The Knowledge-based Economy Master Plan marks yet another key initiative of the government to further accelerate the development of the nation into a knowledge-based

final • 2:33 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

economy as well as in achieving the objectives of Vision 2020. The Master Plan provides a strategic framework outlining the changes to the fundamentals of the economy. It articulates a vision and mission besides prescribing seven critical areas with a total of 136 recommendations that needs to be addressed in moving forward to the knowledge-based economy. It is noted that several recommendations of the Master Plan have already and continue to be addressed and implemented by the government.” Apa yang terjadi mengenai 136 perakuan-perakuan dalam knowledge-based economy supaya kita sekarang sudah menjadi knowledge-based economy? Biarlah kita rujuk beberapa recommendations dan tengok keadaan mereka. Sebagai contoh “Put in place, by 2005 that e-education enabling environment for the entire education system.” 2005. “Prepare by 2002, all universities for professional assessment and rating.” Adakah?

“Step up measures to recruit those with PhD qualifications into universities and set a target that by 2010, all academicians in all public universities will have a PhD qualifications” Adakah ia sampai? 50% pun tak ada. Develop Malaysian as a centre for excellence education and training. NEM ada kata bahawa sistem kita, pendidikan kita satu kegagalan yang besar. “Grant automatic work permits and right of abode to top-level foreign talents” Mana ada. “Grant right of abode to Asian/world class talents in all creative fields.” Mana ada. “Develop management of human resources based on competency. Attract some of the best brains into the public sector.” Adakah? Langsung tidak ada. “Improve English language capabilities.” Sampai sekarang kita menghadapi masalah pencapaian English.

final • 2:33 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Enhance access. Wire and electrify every nook and corner of Malaysia. Wire and electrify every nook and corner Malaysia. Langsung failure. Enhance access provide PC and internet access to all schools.

Tuan Yang di-Pertua, Knowledge-Based Economy Master Plan satu dekad dahulu adalah dengan izin total failure dan sebab itu dalam Model Ekonomi Baru perlulah recycle beberapa cadangan yang sudah dalam Knowledge-Based Economy Master Plan 10 tahun dahulu. Dalam dekad yang lepas ada banyak rancangan, laporan dan menunjukkan bahawa kita bukan kurang analisis mengenai masalah-masalah dan juga mengenai cara penyelesaian (solution) kepada penyakit-penyakit ekonomi Malaysia tetapi apa yang kurang adalah political will yang rela untuk melaksanakan walk the talk. Oleh kerana itu kita sekarang menghadapi dengan izin of who blown nation building and economic crisis after a loss decade of economic stagnation. Betapa serius krisis ini.

Saya ada lihat beberapa daripada ekonomi bukan ucapan-ucapan DAP atau pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat daripada Model Ekonomi Baru dengan izin economic stagnation. What little life remains in Malaysia investment ialah since 1997 has come from state direction rather than private strength in the decade after 1997 private investment as a fraction of GDP declined to less one third of pre 1997 peak. Lagi, structural weakness in Malaysia’s path of economic development, depleting resources difficulty in doing business, sluggish bureaucracy no longer fit or purpose in a fast moving world.

Lagi, a disastrous exodus of human capital has flowed of perception that in Malaysia’s labour markets, rewards have historically not been commensurate with skills, achievements and merits. Perhaps half a million talented Malaysians now live and work outside the country – 50% of them educated up to tertiary level, all embodying valuable skills no longer available to contribute to economic development in the country. Since 2000, the number of expatriates working in Malaysia has declined 9% a year.

Lagi, Malaysia has reached a defining moment in its development path. It risks beings left behind or worse still, suffering a reversal in living standards unless it implements far-reaching and comprehensive reforms. Economic policies to date are no longer keeping Malaysia competitive enough, regionally and globally, to generate sufficient growth.

Itu bukan ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tetapi daripada Model Ekonomi Baru dan NEAC dalam chapter kedua adalah mengakhiri chapter duanya dengan amaran ini. We must act now before our position deteriorates any further dan chapter yang terakhir adalah berjudul the time for change now - Malaysia deserves no less. Akan tetapi nampaknya ada kurang sense of urgency pihak kerajaan sehingga laporan New Economic Model belum dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini ada ialah executive summary tetapi the full report belum ada dibentangkan. Sebenarnya pun tidak ada dipamerkan dalam web.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kita pergi web the NEAC website adalah Inggeris report adalah executive summary bahasa Malaysia tetapi laporan penuh bahasa Malaysia pun tidak ada dan lebih yang sangat dikesali ialah tiada kurang sense of urgency supaya laporan ini dibentangkan dalam Parlimen satu perbahasan oleh kerana ini merupakan satu faktor besar yang boleh menyebabkan kegagalan dasar ekonomi atau Model Ekonomi Baru yang ada disifatkan oleh Model Ekonomi Baru dengan izin three factors may explain such failures bahawa Model Ekonomi Baru boleh gagal, three factors, insufficient buy-in by stakeholders affected by the required reform measures because they were not engaged at the policy formation stage.

Parlimen tidak terlibat langsung tidak diberi hormat di mana laporan tidak dibentangkan, tidak ada satu perbahasan khusus diadakan. Kalau Parlimen itu pun tidak ada buy in bagaimana rakyat boleh buy in dan kalau begitu seperti yang diramalkan oleh NEAC yang buat laporan ini we are heading for failure and disaster. We are heading disaster dan the second reform program have over made the strong resistant from powerful and wasted interest which subsequently force their. Kita sudah lihat bahawa sudah wujud powerful wasted interest yang menentang apa satu transformasi ekonomi. Perkasa sangat jelas mewakili wasted powerful interest yang reactionary, right wing, extremist, perkauman yang tidak mahu negara kita menjadikan satu...

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh beri laluan?

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

You boleh cakap nanti, you boleh cakap nanti.

Satu Perkasa satu pertubuhan...

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh, lepas ini saya bercakap.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Yang perkauman, yang right wing, dan extremist yang menentang Model Ekonomi Baru dan anti nasional juga.

Ketiga, lastly the implementing authorities fail to stay the cause either due of lack political will or inherent administrative witness. Adakah political will the last the cause dengan pemimpin-pemimpin, pertubuhan-pertubuhan seperti Perkasa dengan izin parking dogging every fact untuk supaya ada satu perubahan, satu overhaul, satu transition. Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 2:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kota Belud, kawan lama.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang Berhormat Kota Belud? Mahu interject kah?

final • 2:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Hendak tanya sedikit.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh.

final • 2:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tapi ke belakang sedikit Tuan Yang di-Pertua sebelum dia masuk ke Perkasa tadi…

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Oh, Pasir Mas takut.

final • 2:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Ketawa] Saya cuma ingin minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua apakah pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur tentang Hindraf satu pertubuhan yang nyata adalah satu pertubuhan yang pada ketika itu begitu ekstremis dalam demand yang dibuat dan apabila telah mendapat keuntungan politik daripada perjuangan Hindraf ini sekarang ini Pakatan Rakyat pula telah membuang Hindraf ini. Ini seperti kata orang habis madu sepah dibuang. Jadi saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat tentang isu Hindraf ini.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Sebenarnya soalan ini berbalik kepada soalan apakah matlamat 1Malaysia. Kita rakyat Malaysia pertama atau kaum kita yang kedua.

Yang Berhormat Kota Belud ada buat satu twit dalam Twitter saya dengan izin when the IKS say his Malaysian first, China man second, finally choke my coffee. Untuk maklumat...

final • 2:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Thank you for still saving my Twitter.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang Berhormat Kota Belud saya bukan China man. Saya Malaysian man, Malaysian man bukan China man. Mungkin Yang Berhormat Kota Belud Malay man, Malay man dan bukan Malaysian man.

final • 2:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tak buat. Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tak betul. Itu bukan Twitter saya, itu bukan Twitter saya. Itu rettwit.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tak ada tertib. Duduk, duduk.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Belud. Tak boleh cakap Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini your back to the basic question whether we are a Malaysian first dan kaum kita yang kedua dan sampai sekarang Yang Berhormat Kota Belud dan semua pemimpin UMNO takut untuk buat kenyataan dalam perkara ini dan inilah sebenarnya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada kata bahawa 1Malaysia konsep ialah ada bumbung 1Malaysia konsep tiang ialah government transaction program dengan economic transaction program.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Lantai ialah Tenth Malaysian Plan. Akan tetapi kalau tidak ada komitmen pun kepada 1Malaysia concept - 1Malaysia concept is in status apa harapan mengenai Model Ekonomi Baru. Apa harapan? Kalau 1Malaysia kita pun sudah nampak kuasa-kuasa yang extremist yang menolak konsep 1Malaysia bahawa kita rakyat Malaysia pertama, kaum kita yang kedua, saya khuatir apa masa depan dasar atau Model Ekonomi Baru.

final • 2:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh tanya pasal Sabah?

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Di sini, saya mahu tengok apa yang dikatakan bahawa perlu dalam Model Ekonomi Baru. Ada menyebut perlulah satu reformasi diadakan. Nanti, nanti. Perlu reformasi diadakan.

Sebagai contoh apa reformasinya? Talent - kita ada bakat. Our talents - we are loosing our talent, we are loosing our best, we cannot keep them, they are leaving and we… Kita tidak boleh tarik - attract talents yang terbaik.

final • 2:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sudah boleh?

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Ini sebabnya kita mahu tengok apa usaha yang telah dibuat dalam satu tahun ini supaya mesej dibuat, dihantarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka serius untuk retaining, keeping talent, berhentikan brain drain. Tidak.

400,000 rakyat semua kaum adalah emigran semenjak election yang dahulu.

Daripada semua kaum bukan hanya ada orang Tionghoa, orang India pun ada orang Melayu oleh kerana mereka tidak ada keyakinan mengenai negara kita.

Satu sebab utama ialah mengenai...

final • 2:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Penjelasan boleh?

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Nanti, nanti. Nanti boleh cakap.

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Kehilangan keyakinan terhadap institusi- institusi negara kita dan kerajaan adil. Sebagai contohnya, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada berkata di Paris bahawa untuk tahun ini akan mengadakan 1,500 pelajar-pelajar yang akan diberi scholarship SPM. Akan tetapi dalam kes Yang Berhormat Bukit Mertajam, sangat jelas bahawa Edwina Tan mendapat keputusan 13A+ dan tidak diberi iktiraf dalam 30 national scholarship yang baru diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Saya pernah mencadangkan kalau kita menghargai talent, kita patut memberi 200 national scholarship kepada top SPM students. Sebenarnya, saya ada membuat cadangan ini tiga tahun dahulu. Why can’t the 200 top students SPM diberi national scholarship, diberi jaminan bahawa mereka akan mendapat scholarship untuk melanjutkan pendidikan.

Saya harap Kabinet boleh membuat kajian dalam perkara ini. Kenapa 30? Tidak boleh 200? Adakah negara begitu miskin? Adakah kita tidak ada resource? Sangat senang korupsi bermaharajalela. Kalau kita lebih komited untuk membanteras rasuah,

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

membanteras ketirisan dalam kerajaan, cukup wang untuk bukan sahaja hantar 200 yang pelajar terbaik SPM tetapi 500, 1,000 pun.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di Paris berkata bahawa 1,500 tetapi angka ini berbeza dengan angka tahun lalu. Tahun lalu kita ada diberitahu di dalam Dewan yang mulia ini bahawa JPA ada memberi scholarship untuk 2,100 orang. Kenapa sekarang sudah kurang kepada 1,500?

Ini bukan bererti bahawa kita menghargai talent dan kalau kita mahu mendapat balik keyakinan orang ramai, semua kaum di Malaysia. Antara satu bidang yang maintain telah pun disebut...

final • 2:50 PM

Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Oleh Model Ekonomi Baru ialah bahawa ada satu kerajaan alaf 1Malaysia.

final • 2:50 PM

Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Yang Berhormat, minta jalan. Kota Bharu.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Panjang lagi Yang Berhormat Ipoh Timur?

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, okey.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita ada satu hari Yang Berhormat. Kalau hendak mencelah banyak-banyak itu, yang mencelah sahaja bercakap.

final • 2:50 PM

Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya daripada Kota Bharu dan ramai di kalangan penduduk di Kota Bharu juga terdiri daripada orang Cina. Saya sebagai seorang Ahli Parlimen daripada bangsa Melayu secara ikhlas ingin tahu daripada Yang Berhormat, apa perasaan masyarakat Cina terhadap diskriminasi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia apabila tidak memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang begitu tinggi pencapaian akademiknya dan miskin untuk melanjutkan pelajaran. Apa perasaan di pihak masyarakat Cina di seluruh Malaysia?

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih. Mereka rasa dianiayai. Ini satu penganiayaan. Satu betrayal kepada mereka yang menunjukkan bahawa kita belum sampai tahap 1Malaysia, di mana semua boleh menikmati kekayaan dan keadilan negara kita. Ini kita boleh lihat daripada contoh - 1Malaysia Government. Kalau 1Malaysia Government kita perlulah satu kerajaan komposisi kaumnya membayangkan semua kaum.

Pagi ini saya dapat jawapan daripada Yang Berhormat Padang Rengas. Satu soalan yang saya ada tanya mengenai butir-butir terkini mengikut kaum di semua peringkat perkhidmatan awam pada akhir tahun 2009 – bulan Disember 2009. Jawapan yang saya dapat ialah bahawa sehingga 31 Disember 2009, pencapaian dan pengisian keseluruhan di semua perkhidmatan awam adalah sebanyak 1,247,894 orang dan perincian serta pengisian mengikut kaum adalah seperti berikut:

KaumJumlah (%)
Melayu78.2
Bumiputera lain7.7
Cina5.8
India4.0
Lain-lain4.2

Inilah peratusan untuk kaum India dan kaum Cina yang terendah sekali dalam sejarah Malaysia. Apakah kita mahu Kerajaan 1Malaysia? We are going backwards. Di sini saya ada angka-angka yang kita boleh buat satu perbandingan. Sebelum NEP 1971 dan angka-angka Jun 2005 yang juga daripada jawapan Yang Berhormat Padang Rengas masa itu dan sekarang kita tengok mengenai komposisi semua kaum di Kerajaan Malaysia adakah alaf 1Malaysia atau sebaliknya.

Before NEP 1971, orang Melayu - 60.8%, bulan Jun 2005 - 77.04%, bulan Disember 2009 yang terbaru - 78.2%. Kaum Cina before NEP 1971 - 20.2%, bulan Jun 2005 - 9.37% dan bulan Disember 2009 - 5.8%.

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)

final • 2:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Orang India before NEP - 17.4%; Jun 2005 – 5.12% dan sekarang Disember 2009 – 4%. Yang terendah sekali lebih teruk! Kita...

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Hendak minta izin.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jasin.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Jasin.

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang Berhormat Jasin? Okey.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Ipoh Timur yang mempunyai satu kesedaran tentang komposisi kaum terutamanya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam termasuk tentera dan polis.

Kesedaran ini timbul mungkin baru-baru ini. Sebelum ini, kita dapati bangsa-bangsa lain tidak berminat untuk berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan kerana pendapatan yang begitu kurang sekali berbanding dengan swasta. Setelah kementerian membuat penstrukturan semula gaji penjawat-penjawat awam yang melonjak bagi memastikan supaya penjawat awam terus diberikan motivasi, maka barulah timbul keinginan daripada bangsa-bangsa lain untuk berkhidmat dalam jabatan kerajaan. Sampai sekarang, untuk tentera dan polis, kita hanya mempunyai 15% sahaja daripada peratusan bangsa-bangsa lain. Kalau mengikut komposisi, ia tidak setanding dengan angka sepatutnya mereka berkhidmat dalam polis dan juga tentera kalau mereka mahu menunjukkan ketaatsetiaan mereka kepada negara untuk mempertahankan negara ini daripada ancaman-ancaman luar. Apa pendapat Yang Berhormat?

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang Berhormat cakap rubbish. Utter garbage.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat, Yang Berhormat, itu satu tuduhan yang cukup liar.

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Oleh kerana itu, ini bukan taat setia.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ia cukup jahat!

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Jangan menyoalkan. Jangan...

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Kalau Yang Berhormat boleh cakap rubbish, saya pun boleh cakap rubbish! [Dewan riuh]

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Jangan menyoalkan ketaatsetiaan apa-apa kaum di negara kita.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Jangan bercakap begitu liar!

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Don’t question make loyalty... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Our loyalty.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Komposisi kaum bumiputera 67%, bangsa lain 33% tetapi di mana dia dalam perkhidmatan awam?

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Jangan menyoalkan ketaatsetiaan apa-apa kaum dalam negara kita. Kita semua cinta negara kita, taat setia kepada negara. [Dewan riuh] Oleh kerana menjadi rent seeker corrupt ialah tanda tidak setia kepada negara. If you are corrupt, you are the biggest traitor of the country. How many of you all are rent seekers? [Dewan riuh] Mereka yang bukan rent seeker berdiri. Adakah berani berdiri bukan rent-seeker?

Who is not rent seeker stand up! Nobody wants to stand up! [Dewan riuh] And rent-seekers are traitor of the country. [Dewan riuh] Jangan menyoalkan taat setia sesiapa sahaja di sini. Saya menolak pandangan yang diberi bahawa ada kaum bukan Melayu tidak mahu menyertai kerajaan, tidak. Kalau begitu, kenapa pre-NEP 40 tahun dahulu 20.2% terdiri daripada kaum Cina dan 17.4% dari kaum India. Kenapa? Itulah. Ada sebab. Oleh

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

kerana mereka ada rasa antara lain suasana diskriminasi. Tidak diberi layanan yang berpatutan dan adil. Tadi Yang Berhormat Kota Bharu pun ada sebut. Itulah suasana 30 tahun, 40 tahun di mana dasar Kerajaan Barisan Nasional ada memecahbelahkan rakyat.

Ini pun ada ditulis, diakui oleh Model Ekonomi baru. Itulah konsekuen NEP.

Adakah Yang Berhormat Jasin baca Model Ekonomi Baru? Dia tidak baca.

Semua tidak baca. Mereka semua buta sahaja.

Kedua, yang lebih penting bahawa daripada dalam beberapa tahun ini khasnya dalam satu tahun di mana kerajaan kata bahawa, Barisan Nasional kata mahu 1Malaysia, mahu mewujudkan 1Malaysia di mana semua menganggap mereka ialah warganegara Malaysia yang setaraf. Kenapa ada keturunan - keadaan komposisi kaum lebih teruk?

Lebih teruk! Even worst! Semua itu sekarang ialah yang terburuk sekali. The worst composition in the history of Malaysia since Merdeka. Dari orang Melayu 78.2%, bumiputera yang lain 7%, Chinese 5.8%, Indian 4.0%, lain-lain 4.2%. Siapa bertanggungjawab? Siapa menteri yang bertanggungjawab. Menteri itu patutlah resign.

Kenapa perkara ini kita bangkit dalam kabinet? Mana menteri-menteri semua kaum? Tidak rasa inilah perlu diperbaiki. Menteri-menteri MCA, Menteri-menteri GERAKAN, Menteri- menteri MIC semua tidak gunalah. Semua tidak guna langsung.

Takut untuk cakap apa yang benar. Sebab itu minggu lalu apabila saya minta Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab mengenai 1Malaysia, Senator dari Penang, bekas Ketua Menteri, dia takut. Dia takut. Kata dia rakyat Malaysia pertama dan orang Cina kedua. Kenapa? Kenapa takut step on the toes of UMNO leaders? Di luar sebelum perbahasan itu tidak ..., tidak diragui bahawa kalau ada ditanya, tentu dia dengan bangga kata, dia Malaysian first, Chinese second tetapi dalam Dewan yang mulia ini dia takut. Oleh kerana takut UMNO-UMNO. Takut UMNO-UMNO. Buli-buli UMNO. Itu mereka takut.

Ini kenapa? Adakah ini kita merujukkan kepada 1Malaysia atau sebaliknya? Ini antara aspek-aspek yang kita perlulah reform. Kalau kita mahu dasar satu model ekonomi baru, bukan sahaja cakap-cakap besar dan cantik dalam laporan ini tetapi dilaksanakan dan bahawa model ekonomi baru tidak menjadi semacam knowledge based, economic master plan, strategic initiative one yang sudah masuk garbage bin. Semua ini dilupakan. Sama ada dalam satu tahun ini kita ada lihat pemulihan, keyakinan orang ramai - dunia kepada institusi-institusi good governance yang menitikberatkan dalam model ekonomi baru.

Judiciary. Adakah kita restore public confidence in the judicial, independence of judiciar?. Kalau begitu, adalah ketua hakim baru bukan seorang peguam UMNO menjadi ketua hakim. Have a new chief justice. Adakah polis restore confidence tengok apa yang ada dalam laporan ini? Tujuan laporan 200 ialah dengan izin benefit kepada rakyat. 2020 - Living and working in safe surrounding. Individual will live, work, study and play in localities free from the fear of crime, the indignity of the discrimination and the anxiety of need. Free from the fear of crime mahu tunggu 2020? Inilah hak pokok rakyat Malaysia. 30 tahun kita ada menikmati hak itu, free from crime and free from the fear of crime. Kenapa sudah hilang? Kenapa kita perlu tunggu 2020 barulah boleh menikmati. Play, work, live dalam satu keadaan free from crime and free from the fear of crime. Kita bukan tunjuk bahawa kegagalan Barisan Nasional perlulah satu kerajaan yang baru Pakatan Rakyat untuk menggantikan satu kerajaan yang begitu... [Tepuk] and imcompetent .

Mengenai korupsi, apa yang dicapai dalam satu tahun ini. New economic.

1Malaysia Government Transformation Program. Ada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional baca apa yang dalam ini?

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli Pembangkang

Tidak baca.

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak baca! Kita dalam Pakatan Rakyat sahaja ada baca.

final • 3:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kita serius, kita serius. We are serius legislators. Mereka datang untuk shout and yell and talk rubbish.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Rubbish!

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Di sini semacam - itulah suara lantang.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

YB bohong.

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak boleh bahas. Apa? Ini adalah diakui oleh 1Malaysia GTP roadmap bahawa masalah korupsi adalah satu masalah besar dan ada tujuan, tiga segi khasnya untuk melawan korupsi. Di sini, which is chapter seven dan mereka yang tidak ada baca buku ini lebih senanglah, chapter seven, bahawa mahu fokus dengan izin, predominantly on areas which are both most important to the rakyat and have the largest impact on our competitiveness. Korupsi mengurangkan competitiveness negara.

Kita perlu lawan korupsi oleh sebab kita cinta negara. Kita mahu negara kita dikenali sebagai satu negara ‘zero tolerance for corruptions’. Di sini tiga bidang:

(i) regulatory and enforcement agencies.

(ii) government performance.

(ii) grand corruption or political corruption.

Akan tetapi apa result daripada usaha membanteras grand corruption? Sampai hari ini, adakah pemimpin-pemimpin politik tertinggi UMNO Barisan Nasional, didakwa, dipenjarakan oleh sebab korupsi? Adakah? Port Klang Free Zone scandal, kita tahu ada ahli-ahli politik yang terlibat. Bukan sahaja beberapa orang pegawai Port Klang Authority yang terlibat. Mana itu? Mana itu pemimpin-pemimpin politik termasuk peringkat Menteri- menteri yang ditangkap dan diheret ke mahkamah oleh sebab RM12.6 bilion Port Klang Free Zone?

Di sini ada diakui bahawa setiap tahun, negara ketirisan daripada birokrasi, daripada procurement. Satu tahun, Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua pernah dan saya ada press clipping di sini. “Government losses can reach RM28 bilion a year or more due to over payment”. Ketirisan – RM28 bilion a year. AP’s, kenapa AP’s tidak diberhentikan serta-merta? Lelong, dapat wang daripada AP, negara rugi. Apa? Rugi sekurang-kurangnya RM50 bilion, kalau tidak lebih. Saham-saham yang dikhaskan untuk bumiputera sejak Dasar Ekonomi Baru, RM54 bilion. Sekarang tinggal? RM2 bilion! RM52 bilion, pergi mana? Ada Ahli-ahli Parlimen di sini, ada faedah bukan? Ada terlibat bukan?

Itulah, itu negara bleeding. Mereka negara yang menderita atau dalam 22 tahun, Tun Dr.

Mahathir menjadi Perdana Menteri. Berapakah yang negara rugi? Barry Wain - Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times – RM100 bilion dianggarkan hilang oleh sebab grandiose project, oleh sebab korupsi. Kenapa tidak ada siasatan?

Saya ada menyeru, ada satu ruang royal commission inquiry. Tun Dr. Mahathir kata dia akan sue saya. Sue lah! Kenapa? Itulah sebab...

final • 3:10 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Boleh saya mencelah, boleh?

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Rakyat tanya.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat. Berapa lama lagi Yang Berhormat?

final • 3:10 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Ya, sekejap...

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Menyampuk tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sudah satu jam Yang Berhormat bercakap. Kita ada satu hari Yang Berhormat.

Saya terima daripada pihak-pihak Yang Berhormat hendak bercakap juga ini. [Disampuk]

final • 3:10 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Boleh tanyakah, adakah Yang Berhormat sedar buku itu belum dibenarkan untuk dipasarkan di negara ini? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, kenapa? Takut untuk membenarkan buku ini dijual di dalam buku-buku di kedai?

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Fitnah!

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kalau tidak benar, suelah! Sue Barry Wain!

Kenapa takut sue Barry Wain? Bukankah tanggungjawab kerajaan untuk mempertahankan seorang individu? Sekarang ini Tun Mahathir adalah seorang individu, mengenai skandal-

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

skandal Bumiputera Malaysia Finance scandal, mengenai mining co. scandal, mengenai MAKUWASA scandal, mengenai PERWAJA scandal, mengenai Bank Negara scandal, ini semua benar. Inilah tidak boleh lari. Oleh sebab itu, kalau kita rela untuk siasat dan dengan dalamnya tengok siapakah yang bertanggung jawab, bagaimana kita boleh percaya bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah political will. Dahulu tidak ada, sekarang ada, supaya buat satu transformasi di dalam Economic Transformation Program.

Saya harap bahawa inilah mustahak dan di sini saya mahu bertanya - kita perlulah satu sikap overall untuk semua Malaysia, untuk semua negeri. Dahulu, 50 tahun dahulu, mungkin kita menganggap kita lebih sebagai anak-anak negeri. We are more Johorian, more Kelantanese, more Terengganu atau Pahang atau Selangorian, atau Perak atau Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak daripada Malaysian. Itu 50 tahun dahulu. Sekarang, saya percaya semua menganggap kita sebagai Malaysian first and our states nationality, second. Itu perlu evolution – 1Malaysia. Akan tetapi di sini kita adalah, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kata dia “1Malay first and Malaysian second”. Inilah apabila saya kata kita tidak boleh anggap kita Malaysian first...

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Sudahlah!

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

..Malay, Chinese, Indian, Kadazan, Iban - second, itu tidak bererti bahawa kita lupa kaum kita, ethnicity kita, culture kita, tidak! I am proud of being a Chinese. But, I am a Malaysian first, Chinese second. [Disampuk][Dewan riuh] I am proud of a Chinese, but I am a Malaysian first, Chinese second! [Dewan riuh][Disampuk]

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Awak punya pasallah!

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Itulah mustahaknya supaya - kalau kita mahu serius dengan 1Malaysia. Kalau tidak, dasar Model Ekonomi Baru akanlah the same fake as Knowledge Based Economic Masterplan. Siapa ingat sekarang? Siapa ingat sekarang ada rancangan ini – Knowledge Based Economy? Strategic Initiative One, 21st Century.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Dalam muzium...

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Dalam muzium! Dan kalau begitu, Model Ekonomi Baru tidak lama pun masuk muzium dan saya berharap bahawa kita serius dalam perkara ini. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila mengumumkan mengenai Model Ekonomi Baru, dia patutlah bertindak sebagai seorang Malaysian, bukan satu pemimpin Barisan Nasional atau UMNO.

Dalam New Economy Model ada beberapa cadangan. Khasnya kita boleh lihat ini dalam apendiks yang ada mengenai infrastruktur untuk Model Ekonomi Baru. How to create a viable and a vibrant urban centre? Khususnya dengan izin, focus on establishing Penang as leader on sustainability and livability. Improve security for both the living and business environment in Penang. Enhance the Georgetown condonation. Redevelop the waterfront and show the seamlessnes like Hong Kong, Kowloon. Akan tetapi semua ditinggalkan oleh Yang Amat Berhormat. Beliau ada sebut mengenai Klang Valley, ada mengenai Johor Bahru tetapi tidak ada Penang yang begitu mustahak. Ini menunjukkan bahawa unfair. Kalau unfair, inilah sikap to cut the nose, to spite your face. Bukan apa, sikap seorang Perdana Menteri yang patut ada. Kita perlulah dalam apa yang disifatkan dalam Model Ekonomi Baru bahawa inclusiveness, inclusive growth di semua tempat, semua negeri yang mundur bolehlah dimajukan.

final • 3:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Khasnya di Sabah, Sabah di sini satu isu yang besar. Sekurang-kurangnya kalau kita mahu memberi rakyat Sabah perasaan mereka sebahagian daripada Malaysia, adalah sekurang-kurangnya lima perkara yang perlu diberi perhatian serta-merta. Yang pertama ialah untuk menyelesaikan masalah illegal immigrant yang sudah melompat daripada 400,000 penduduk-penduduk di Sabah sekarang kepada hampir 4 juta. Illegal immigrant dekat 1 juta, 2 juta orang.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jamin pada September lalu akan selesai masalah tetapi sudah dia lupa. Yang kedua, bahawa oil royalty untuk Sabah patutlah semacam untuk semua negeri, diberi, dilayani dengan adil, gantikan 5% oil royalty kepada Sabah dengan 20%. Ketiga, membasmi kemiskinan di Sabah. Oleh kerana Barisan

final • 3:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Nasional ada buat jaminan bahawa tahun 2000 kemiskinan akan dihapuskan di Sabah, sekarang sudah tahun 2010.

Yang keempat, bahawa infrastruktur yang basic like water, electricity, roads, jalan- jalan dan sekarang broadband patutlah diberi kepada semua rakyat Malaysia. Akhirnya bahawa perlulah buka semula, reopen commission enquiry mengenai 666, June 6, 1976 air crash di mana Tun Fuad, Peter Mojuntin dan pemimpin-pemimpin lain ada terkorban. Ia adalah menjadi isu besar di Sabah sebab sebenarnya berlaku nomad air crash itu pada 6 Jun 1976. Saya harap bahawa Perdana Menteri boleh ambil perhatian dalam perkara ini dan mengumumkan satu reopening of enquiry into the nomad air crash in Sabah, the 666 air crash. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Rang Undang-undang Perbekalan dan juga Usul Menteri Kewangan yang kita sudah tahu ada dua rang undang-undang bagi Perbekalan Tambahan 2009 dan 2010.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur dengan teliti tetapi sepanjang saya dengar ucapan dia, separuh saya hendak muntah. [Ketawa] Malangnya bila disebut Perkasa, dia tidak beri laluan. Baru saya tahu bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur ini penakut dan pengecut. [Disampuk] [Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya sampai kepada tahap perbahasan...

final • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum Tan Sri, Yang Berhormat.

final • 3:22 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Insya-Allah akan dapat. [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya sampai kepada peringkat perbahasan soal rasis ataupun tidak rasis, saya ingin merujuk dahulu kepada perbahasan yang boleh memberi manfaat dan faedah kepada kita semua. Perkara yang utama di hadapan kita sekarang ialah mengenai dengan Model Ekonomi Baru. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan pada 30 Mac lalu iaitu Model Ekonomi Baru yang sememangnya mengenai dengan policy statement sebagai fasa pertama dan fasa kedua pada bulan Oktober iaitu mengenai dengan instrumen ataupun hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan.

Dari segi soal Model Ekonomi Baru, saya sebagai Ahli Parlimen mewakili kawasan Pasir Mas turut mengalu-alukan usaha dan kegigihan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menangani hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi negara kita dan sekali gus memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang menjadi polemik yang begitu hangat sekarang ini. Pelbagai perspektif polemik telah dikemukakan oleh pelbagai pihak dan saya turut mengalu-alukan kesediaan pihak kerajaan yang telah membuat pengakuan bahawa semua pihak berhak memberi pandangan dan pihak kerajaan juga bersifat terbuka, bersikap accommodative untuk mendengar semua pandangan daripada mana-mana dewan perniagaan, daripada mana-mana NGO, baik NGO bumiputera ataupun Melayu, NGO bukan bumiputera, semua rakyat Malaysia, ia akan mengambil kira pandangan-pandangan yang patut dikemukakan bagi mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Ini satu perkara yang cukup amat saya hargai, satu perkara yang patut kita memberi sokongan sebab kerajaan sedia mendengar kerana kerajaan mengakui pada hakikatnya untuk mencari penyelesaian satu formula Model Ekonomi Baru yang memberi kepuasan hati kepada semua pihak. Ini satu perkara yang saya amat alu-alukan. Sudah barang tentu perkara seumpama ini tidak akan disukai oleh pihak Yang Berhormat Ipoh Timur terutamanya, sebab perkara yang baik kalau berjaya, akhir nanti kerajaan akan mendapat sokongan, parti pembangkang akan kalah. Itu yang mereka tidak seronok.

Sebab itu mereka cari jalan bedal habis-habis walaupun terpaksa keliru, kelirulah apa sahaja fakta yang ada di hadapan kita.

Jadi saya pula Tuan Yang di-Pertua, berdasar kepada approach yang tidak bersentimental kepada mana-mana kepentingan parti politik. Agenda kita ialah agenda nasional untuk melihat negara kita terus maju ke depan. The way forward, maju ke depan.

Yang ramai lagi tertindas perlu diberi pembelaan. Yang sudah senang juga perlu diberi

final • 3:22 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

perlindungan. Jadi kita tahu Tuan Yang di-Pertua, dalam soal kedudukan negara kita selepas 52 tahun merdeka, kita tahu banyak lagi...

final • 3:22 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Keluar Dewan]

final • 3:22 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:22 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Banyak lagi agenda yang berkaitan dengan hak pembahagian ekonomi belum lagi selesai.

final • 3:22 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:22 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dia bercakap sejam lebih, sekarang ini sudah hendak balik. Dia buat Parlimen ini macam bapak dia punya. [Ketawa] Orang bercakap, dia tidak hendak dengar. Patut dengar apa saya hendak cakap hal-hal cauvinis ini. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, inilah Bapa Cina nombor satu di Malaysia ini, “Bapa Perpecahan”. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, dalam soal Model Ekonomi Baru, kita sudah dengar, semua pihak sudah tahu dan saya sendiri sebagai Ahli Parlimen, sebagai rakyat Malaysia yang juga memimpin pertubuhan NGO sudah pun berdiskusi, sudah pun brainstorming dan insya-Allah beberapa minggu lagi kita akan adakan bengkel dengan melibatkan semua para cendekiawan, mereka yang mempunyai latar belakang, pengalaman, pendidikan yang tinggi, bukan semberono, bukan main hentam sahaja sentimen pandangan seseorang, tidak. Akan tetapi kita berkumpul untuk berdiskusi supaya mencari jalan bagaimana boleh kita juga memberi sumbangan kepada Model Ekonomi Baru.

Sebab satu perkara yang paling tidak saya senang hati bila disebut sahaja Model Ekonomi Baru, penekanan soal pertumbuhan ekonomi, penekanan soal hendak menarik pelabur asing selalu dikaitkan dengan masalah ethnic based policy iaitu dasar kononnya memihak kepada satu kaum. Dengan lain-lain perkataan, kononnya macam Dasar Ekonomi Barulah kerana adanya affirmative action untuk menolong bumiputera kerana inilah pada mereka menghalang pertumbuhan ekonomi, menghalang kemasukan pendatang asing.

Kononnya experts tidak balik bekerja ke Malaysia ini, lari kerana tidak senang hati dengan dasar seumpama ini dan ini semua tidak betul sama sekali.

Sebab kalau kita kaji selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dahulu dan waktu Dasar Ekonomi Baru dahulu, sewaktu affirmative action di bawah Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan dahulu, kita lihat peralihan pegangan ekuiti yang dipegang oleh kuasa asing lebih, hari ini sudah memihak kepada kaum bukan bumiputera lebih daripada 50%. Itu satu.

Yang kedua, pertumbuhan ekonomi pada waktu itu sustainable, yang terbaik di dunia, antara 6% ke 9%. Pelabur-pelabur asing tidak kurang datang ke negara kita dan hari ini saya baca kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Salleh Majid, bekas CEO BSKL, keluar dalam Utusan Malaysia, “Tuduhan Liar Terhadap Hak Melayu”. Ini yang dibuat oleh Setiausaha Eksekutif Dewan Perniagaan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Stewart Forbes.

final • 3:22 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Banyak lagi kegiatan-kegiatan seumpama ini yang cuba hendak menidakkan dasar-dasar yang memberi kebaikan kepada negara Malaysia sekarang. Mereka terus menerus memainkan jarum halus mencucuk dan membesar-besarkan. Sesiapa sahaja yang mempertahankan hak dasar affirmative mempertahankan Dasar Ekonomi Baru contohnya. Maka mereka ini dicap sebagai racist dan juga sebagai perkauman.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan.

final • 3:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini kenyataan-kenyataan dikeluarkan dan apabila mereka ini start mengecap golongan-golongan yang mempertahankan dasar ini.

Terutamanya oleh pihak DAP dan pihak-pihak tertentu maka MCA dengan GERAKAN juga turut sekali kerana hendak menjaga sentimen sokongan orang Cina dan mereka terjebak dalam sokongan dalam politik DAP yang akhirnya MCA dengan GERAKAN juga akan kehilangan sokongan pengundi-pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang. Ini ingatan saya kepada pihak MCA dengan GERAKAN.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Pasir Mas yang menunjukkan sikap keadilan terhadap

final • 3:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

semua kaum dalam Malaysia. Apabila beliau mengatakan yang perlu diberi pertolongan, beri pertolongan tidak kira bangsa, kaum. Akan tetapi dalam negara kita ini hakikatnya kaum bumiputera masih ketinggalan dan Yang Berhormat berjuang habis-habisan dalam hal ini.

Akan tetapi saya hendak tanya penjelasan Yang Berhormat. Pihak parti pembangkang PAS dia kata affirmative action, Dasar Ekonomi Baru ini asabiyah, perkauman tidak islamik. Macam mana? Boleh bagi penjelasan?

final • 3:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Boleh jawab sebab orang PAS ini bukan dia tahu ekonomi, dia tahu khutbah sahaja. Jadi tidak payahlah saya jawab bab-bab ekonomi ini. Kalau dia tahu ekonomi Kelantan itu sudah lama maju walaupun tidak ada duit. Sebab itu saya tidak mahu bahaslah sebab kalau bab ini dia tidak tahu bab ekonomi. Jadi kalau dia hendak jawab pun dia jawab lepas inilah.

Saya hendak balik Tuan Yang di-Pertua, ini perkara pokok yang saya tidak mahu lari daripada apa yang saya hendak bahas di Dewan Rakyat pada petang yang mulia ini.

Selain daripada disebutkan oleh Stephen Forbes tadi saya ada buat catatan mengenai dengan MEB ini yang saya harap dengar dengan teliti. Pada keseluruhannya MEB menampakkan kesungguhan untuk menukar ekonomi pendapatan pertengahan kepada pendapatan tinggi.

Mantera pendekatan baru abad ke-21 untuk menangani masalah abad ke-21 berbunyi sebuah janji yang baru, ini satu janji yang baru. Akan tetapi jika agenda bumiputera ataupun Melayu dianggap sebagai satu perkara yang penting dalam lingkaran ekonomi kita, yang kekal tanpa penyelesaian. Maka MEB menawarkan sesuatu yang berbahaya dengan membelakangkan serta menindih agenda itu.

Tuan Yang di-Pertua sepatutnya menguatkan lagi dengan berani dengan tindakan- tindakan affirmative untuk menekankan pada penyelesaian masalah Melayu. MEB mengumpul dan melonggokkan Melayu dalam kategori yang dikenali sekarang di bawah 40% kemiskinan bersama. Agenda bumiputera sekarang terperangkap di bawah kategori ini dan menunggu tindakan affirmative berdasarkan keperluan bukannya impian. Tindakan affirmative baru ini bertujuan membasmi kemiskinan iaitu tentang kehidupan seharian, bread and butter tentang kehidupan yang sederhana terhadap semua yang miskin tanpa mengira kaum.

Ini saya sokong 100% iaitu golongan 40% yang pendapatannya RM1,500 ke bawah menjadi sasaran dalam MEB. Di mana usaha hendak meningkatkan pendapatan golongan ini supaya mereka lebih selesa tanpa mengira kaum. Kita mengalu-alukan usaha ini. Akan tetapi saya ingin menarik perhatian, MEB setakat inilah setakat yang saya faham, mungkin saya silap. Kalau silap tolong perbetulkan, pihak kerajaan tolong perbetulkan.

MEB mengetepikan tema Melayu iaitu tema bumiputera sebab ia telah dikatakan racist dan dianggap taboo serta Dasar Ekonomi Baru diisytiharkan sebagai penghalang kekayaan ekonomi.

Pemikir MEB berada dalam alam penafian bahawa Malaysia maju dan mencapai tahap ekonomi yang membanggakan dan dikenali sebagai harimau ekonomi walaupun DEB dilaksanakan serta separuh dari mereka adalah hasil produk DEB itu sendiri. Maka janganlah kita lupa bahawa agenda bumiputera bukannya tentang bread and butter, bukannya mentega dan roti tetapi tentang penyertaan bumiputera dalam ekonomi nasional sebagai penduduk 67% negara ini.

Bumiputera ataupun Melayu tidak mencari kacang ataupun roti ataupun butter.

Tindakan affirmative untuk agenda Melayu adalah tentang pencapaian penyerahan ekuiti dalam ekonomi nasional di atas paras 40% yang mereka terperangkap di dalamnya selama ini. Pemikir MEB mesti faham bahawa tema Melayu atau bumiputera dalam konteks Melayu tidak ada kena mengena dengan bangsa. Bukan konotasi bangsa. Ia adalah satu permasalahan dan apa sahaja pelan atau model ekonomi yang cuba mengetepikan permasalahan ini adalah tidak bertanggungjawab dan tidak betul.

Sebab Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini saya sudah sebut dalam Dewan yang mulia ini. Di bawah carta Bangsa-bangsa Bersatu carta sosioekonomi yang mengatakan bahawa dalam sesebuah negara di mana masyarakat majoriti yang dilihat di marginalise ataupun golongan majoriti ini dari segi penguasaan ekonominya lebih rendah daripada golongan minoriti. Maka ianya harus dianggap sebagai suatu agenda nasional bukan lagi

final • 3:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

agenda kaum tetapi agenda nasional. Ini kerana golongan majoriti punya perpaduan, kebahagiaan, kekuatan menjadi teras kepada perpaduan bagi seluruh rakyat di sesebuah negara. Seperti di Malaysia ini terasnya ialah kepentingan kaum bumiputera yang mewakili 67% kaum bumiputera.

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya lihat saya hendak bertanya pada pihak kerajaan.

Saya lihat anggota Majlis Penasihat Ekonomi yang terlibat menggubal MEB ini antara lainnya namanya daripada Bank Dunia, Dr. Yukon Huang, Dr. Andrew Sheng, Dr Homi J.

Kharas. Kesemuanya ini adalah dari Bank Dunia, bank yang dianggap pemakan pos dunia ketiga. Bank yang bertuankan Amerika dan melindungi kepentingan dan nilai-nilai kuasa barat. Bank yang Malaysia tolak sama sekali di waktu resesi dahulu pada zaman Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Waktu kita diserang oleh penyangak mata wang, waktu itu Bank Dunia dan IMF beria-ia menekan supaya Malaysia ikut telunjuk Bank Dunia tetapi ditolak oleh mantan Perdana Menteri pada waktu itu.

Hari ini mereka ini adalah berada dalam Jawatankuasa Penggubal MEB termasuk Datuk Nicholas Zeffreys, President American-Malaysian Chamber of Commerce, Dr. Danny Quah, Ketua Bahagian London School of Economic. Ini nama antara yang saya ada.

Mungkin mereka ini pakar-pakar ekonomi. Mungkin mereka ini orang yang hebat-hebat tetapi sudah tentu dia tidak akan ada denyut jantung, perasaan seorang Melayu dan bumiputera yang menjadi warganegara yang menjadi tuan kepada negara ini sejak kita belum merdeka sampai sekarang ini. Dia tidak tahu denyut jantung permasalahan, penderitaan yang dialami oleh orang-orang Melayu dan kaum bumiputera.

Mereka boleh mengemukakan berbagai-bagai hujah dengan kepakaran mereka tetapi denyut jantung hati ini tidak ada dalam hati mereka. Ini yang saya sangsi. Walaupun saya tidak menafikan bahawa peranan dan sumbangan mereka penting tetapi sebab itu saya lihat bila disebut sahaja soal affirmative action semua orang melenting. Semuanya ini tidak perlu kerananya dasar market forces, dasar ditentukan oleh pasaran. Tidak ada affirmative action, tidak ada little brothers. Ini semua kena hapus go ahead with the brutal competition. Jadi macam-macam telah dibuat dan setengah-setengah ini diekori oleh setengah-setengah golongan Melayu liberal yang sekarang ini sudah duduk mewah, sudah ada kedudukan, mereka sudah lupa kepada agenda bangsanya sendiri.

Ini bukannya kita hendak merampas hak kaum lain. Selama ini pun 52 tahun pernahkah kita lihat kita bertindak secara beremosi. Saya bersetuju dengan kata-kata mendiang Tun Tan Siew Sin. Dia kata, “Tidak ada sudah bangsa Melayu dalam dunia ini sebaik orang Melayu apabila bertolak ansur dengan kaum-kaum lain di Malaysia sejak merdeka sampai sekarang.” Segala-galanya kita bagi. Tidak ada apa yang hidup. Lepas itu bila kita pertahankan hak dan dasar kita mereka kata kita jeopardize.

final • 3:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Manakala tadi saya dengar Yang Berhormat Ipoh Timur bukan main lagi kecam Perkasa. Saya amat bangga Tuan Yang di-Pertua sebab apabila disebut Perkasa, saya menjadi Presiden Perkasa maknanya Yang Berhormat Ipoh Timur sudah mengiktiraf akan kekuatan dan kelantangan Perkasa memperjuangkan hak Melayu dan kaum bumiputera.

[Tepuk] Kalau tidak kuat dia tidak sebut. Beria-ia macam orang histeria hendak marah kepada Perkasa tetapi kenapa dia tidak sebut sejuk? Kenapa dia tidak sebut Dong Jiao Zong? Kenapa dia tidak sebut Hindraf apabila Yang Berhormat Kota Belud tanya soal Hindraf? Lain pula yang dia jawab. Bercakap soal bangsa Malaysia. Mana dahulu? Melayu dahulu kah bangsa Malaysia?

Seperti isu sama dengan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Hari ini pun dia ulang lagi, “Saya bangsa Malaysia”. Sebab apa dia kata bangsa Malaysia? Sebab dia tahu dia Cina dan juga rakyat Malaysia. Dia tahu ketuanan bangsa Melayu dan dia hendak hapuskan Melayu. Oleh sebab itu dia hendak memperbesarkan bangsa Malaysia, hendak menidakkan Melayu sebab dia adalah bapa Cina perpecahan yang paling besar ialah DAP, bukan Cina. Yang salahnya ialah DAP. Politik DAP inilah yang memecahbelahkan dasar kebangsaan. Banyak dasar-dasar nasional yang diporak-perandakan oleh perjuangan parti DAP melalui dasar Malaysia Malaysian.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Peraturan mesyuarat.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Melalui dasar apa ni..

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya mendengar ucapan Yang Berhormat Ipoh Timur tadi Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan, apa yang saya kata 36.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Okey, Yang Berhormat Pasir Mas duduk. Saya hendak dengar.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

36(10)(b)– “It shall be out of order to use seditious words”. Apa Yang Berhormat Pasir Mas...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baca dalam bahasa Melayu Yang Berhormat. Baca dalam bahasa Melayu, ini bahasa Parlimen.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, ya. Sorry.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Tidak reti baca?

final • 3:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, saya cari. 36(10) – Adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan, perkataan-perkataan derhaka kepada negeri dan perkataan- perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuh di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia. [Dewan riuh] Perkataan yang digunakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas adalah dia menuduh bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur hendak menghapuskan Melayu. Ini adalah perkataan yang seditious, dengan izin. Saya harap Tuan Yang di-Pertua mengarahkan Yang Berhormat Pasir Mas untuk menarik balik dan pohon...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat. Tidak payah. Teruskan Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya rasa dia faham dalam konteks yang lain.

Kalau dia mendengar Yang Berhormat Ipoh Timur serang Perkasa tadi pun saya kira-kira boleh saya bawa.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah perkataan...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudah Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat Ipoh Timur sebut apabila Yang Berhormat Jasin berdiri dia kata garbage. Itu juga satu perkataan yang tidak betul Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak mendengar boleh keluar Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Mana ada.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tidak setuju dan saya tidak suruh Yang Berhormat Pasir Mas tarik balik. Itu sahaja keputusan saya. Kalau tidak setuju gunakan peraturan. Kalau kita boleh mendengar, kita boleh bercakap, kita kena berani mendengar.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan, perkataan ini adalah menghasut.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak teruskan mengenai dengan...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Beginilah Yang Berhormat Pasir Mas. Saya memperingatkan semua di Dewan. Duduk Yang Berhormat. Saya memperingatkan semua, kalau semua kita bercakap stail yang dibuat ucapan saya dengar dari Yang Berhormat Ipoh Timur semua orang memberikan respons sedemikian. Jadi kalau orang respons demikian, kita akan mengadakan satu situasi

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

sebegini. Jadi, itulah yang saya kata gunakan macam mana kata Tuan Yang di-Pertua pagi tadi perkataan yang berhemah, perkataan yang baik, jangan bangkitkan perasaan yang membangkitkan perasaan orang lain. Saya empat tahun setengah dalam hutan berlawan dengan komunis Yang Berhormat, rasa kecewa. Saya rasa kecewa. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, setakat Perkasa kita sebuah pertubuhan Melayu dan bumiputera yang memperjuangkan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan kita tidak menyentuh kepentingan pihak-pihak lain. Kita mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kita menghormati kebebasan agama-agama lain tetapi jangan hendak samakan agama lain dengan Islam. Kita memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa lain bebas tetapi jangan pula hendak letakkan bahasa lain sama dengan bahasa Melayu. Sama juga dengan kedudukan Raja-Raja Melayu. Sama juga dengan kepentingan dan hak istimewa Melayu.

Semalam Ahli Parlimen Bukit Gelugor keluar dalam Sinar dan The Sun Tuan Yang di-Pertua. Dia tanya soalan bilakah akan tamat? Bila kerajaan hendak tamat? Hak privilege kepentingan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan 153. Baca The Sun dan baca Sinar yang keluar semalam. Itu kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tasik Gelugor dan itu betul-betul seditious. Saya hendak rujuk Tuan Yang di-Pertua, di antara Lord President yang terkemuka di negara kita adalah Tun Mohamed Suffian. Baca buku Tun Mohamad Suffian - “An Introduction to the Malaysian Constitution”. Baca bab lapan kalau tidak silap saya.

Tun Mohamed Suffian sebut dengan jelas, selepas tragedi 13 Mei, Parlimen dihidupkan semula. Antara yang pertama dibawa ke Dewan Rakyat ialah Akta Hasutan di mana pada tahun 1971 dipinda iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan 153 tidak boleh dibahaskan di Parlimen.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Minta penjelasan.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak boleh disebut di luar Dewan Rakyat.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Minta penjelasan.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak boleh sebut di mana-mana. Jikalau disebut adalah bertentangan dan salah di sisi Akta Hasutan. Tidak payahlah. You bercakap selepas ini. [Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebab itu dari segi soal Perkasa ianya sama seperti pertubuhan-pertubuhan lain, pertubuhan NGO-NGO lain yang ditubuhkan untuk menyuarakan kepentingan masing-masing dengan tidak menidakkan pihak lain. Kenapa kita dituduh racist? Kenapa kita dituduh perkauman walhal mereka bercakap lebih daripada apa yang ada di dalam perlembagaan tetapi mereka mengatakan mereka tidak racist?

Sebenarnya merekalah racist. Kalau hendak tahu bapa racist ialah Yang Berhormat Ipoh Timur sekali lagi!.

Saya sebut dalam Dewan Rakyat dan Yang Berhormat Tasik Gelugor kena bertanggungjawab mengenai kenyataannya yang dibuat dalam The Sun dan akhbar Sinar semalam. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam soal NEP ini insya-Allah saya percaya semua pihak akan mengemukakan pandangan. Kita juga akan mengemukakan pandangan. Majlis Perunding Melayu pun akan mengemukakan pandangan. Kita akan menganjurkan insya- Allah Sidang Kongres Ekonomi Bumiputera dalam NEP tidak lama lagi tetapi peringkat awalnya dari segi policy statement, saya hendak merujuk ada beberapa perkara. Saya mendapat apa yang saya alu-alukan tadi dan saya hendak ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana selama ini banyak pihak merasa gelisah dan ragu-ragu iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengesahkan beberapa kali bahawasanya dasar affirmative akan diteruskan dalam NEP. Ini satu perkara yang cukup membanggakan saya.

Persoalannya tinggal lagi soal pelaksanaan. Dalam soal pelaksanaan, di sini timbul beberapa pertanyaan di mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu bahawa beliau terus menyokong matlamat DEB apabila beliau ditanya baru- baru ini dan menganggap objektif DEB masih relevan dan Model Ekonomi Baru akan mempunyai elemen tindakan affirmative dari Dasar Ekonomi Baru tetapi ianya akan disesuaikan, diperbaharui dan dilaksanakan mengikut empat prinsip.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Satu, mesti mesra pasaran. Kedua, mesti berdasarkan merit. Ketiga, mesti telus dan mesti berdasarkan keperluan. Maknanya segala terma-terma dahulu akan diambil kira untuk mengemukakan satu instrumen baru. Bagus. Cuma bagi pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, pendekatan pelaksanaan empat prinsip di atas hendaklah dilaksanakan dengan mekanisme yang betul bagi memastikan ianya mencapai kejayaan.

Jika pendekatan mesra pasaran dan meritokrasi tidak diberi definisi yang jelas maka ianya akan menimbulkan ketidakpuasan di kalangan masyarakat perindustrian dan perdagangan bumiputera. Oleh sebab itu konsep mesra pasaran dalam NEP ini tidak membawa maksud bahawa semua tawaran tender-tender kerajaan yang selama ini diberi kepada bumiputera dibuka kepada semua pihak.

Saya tidak tahu sama ada dahulu affirmative action segala projek-projek 30% diberi kepada kaum bumiputera. Sekarang ini apakah peruntukan 30% dihapus kira, tidak ada lagi? Maka ianya bersaing dengan secara terbuka. Kalau ini saya tidak berapa setuju.

Saya merayu supaya tindakan affirmative mengekalkan segala kontrak 30% untuk bumiputera dikekalkan dalam NEP sampai ke satu peringkat apabila kita nampak bahawasanya peratus pencapaian pelbagai kek ekonomi negara betul-betul dari segi realitinya 30% sudah tercapai maka pada waktu itu boleh di review semula.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Akan tetapi buat sementara ini saya perjuangkan supaya ianya dipertahankan.

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, perlu kepada penjelasan....

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lagi panjang Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Tidak panjang, sikit sahaja saya akan cuba percepatkan Tuan Yang di-Pertua. Iaitu mengenai dengan National Economic Advisory Council yang menubuhkan Equal Opportunity Commission iaitu satu commission untuk mengkaji tentang peluang-peluang, opportunity bersama yang saya harap ini juga tidak akan bercanggah dengan 153 dan matlamat dasar 30% dalam DEB. Lain-lain perkara banyak Tuan Yang di-Pertua, saya harap model MPPB yang telah berjalan semenjak 2006 melibatkan 13 cluster industri perlu perluas dan diperkasakan dalam MEB, iaitu Model Ekonomi Baru.

Selain daripada itu juga, dalam Model Ekonomi Baru dari segi pelan affirmative nanti saya mahu melihat supaya MARA sebagai salah satu instrument yang sebelum ini berjaya dari segi affirmative action untuk mengangkat kaum bumiputera dalam perindustrian dan pendidikan diberi sokongan yang lebih daripada sekarang. Begitu juga Tuan Yang di- Pertua, berkali-kali saya minta supaya affirmative action Model Ekonomi Baru ini saya mencadangkan di bahawa Pembangunan Ekonomi Bumiputera dimasuk NKRA di setiap kementerian dan agensi kerajaan dengan menyediakan polisi program outcome yang terperinci dan menjadikan agenda Pembangunan Ekonomi Bumiputera sebagai salah satu kriteria bertanggungjawab pada setiausaha kementerian dan ketua pegawai eksekutifnya.

Begitu juga affirmative action mengenai syarikat-syarikat dalam ECLC perlu memasukkan pembangunan usahawan Melayu sebagai NKRA. Jadi ini semua Tuan Yang di-Pertua saya membuat cadangan awal, insya-Allah cadangan-cadangan lain akan menyusul. Cuma yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan di sini untuk kerajaan menilai dari segi soal mendapat tambahan pendapatan iaitu sekarang ini kereta-kereta Singapura masuk ke Malaysia Thailand, percuma. Kereta Malaysia masuk Singapura bayar USD30 itu bermakna RM45. Mereka datang ke Malaysia beli gula, beli beras segala subsidi yang dinikmati oleh kerajaan rakyat Malaysia dinikmati oleh rakyat Singapura. Singapura kita tengok tidak pernah friendly dengan Malaysia.

Akan tetapi walau apa pun saya hendak cadang sampai masanya kerajaan mengenakan levi 30% pada semua kenderaan dari Singapura dari Thailand yang masuk ke Malaysia dan ini satu sumber pendapatan yang lumayan untuk kerajaan negara kita.

Kedua, saya dahulu pernah mencadangkan levi kepada pelancong-pelancong Malaysia ke luar negara. Saya harap perkara ini boleh ditimbang balik. Ramai orang kita pergi melancong ke luar negara. Bagi pelajar-pelajar kakitangan kerajaan mereka pergi mesyuarat yang bekerja Singapura boleh dikecualikan. Akan tetapi yang duduk berjalan merata tempat boleh belanja RM10,000, RM15,000 melancong, tidak bolehkah mereka bayar levi RM200 seorang kepada Kerajaan Malaysia. Saya kira-kira Tuan Yang di-Pertua

final • 3:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

kalau kutip antara RM100 ke RM200 kerajaan Malaysia boleh mendapat pendapatan RM3 bilion hasil daripada levi seperti yang dibuat oleh kerajaan Indonesia.

Ini kerana rakyat kita cukup banyak berbelanja di luar terutama sekarang ini pergi membeli-belah di Negeri China, di Guangzhou di Xinzheng, kalau bercuti di Australia, di Eropah belanja tidak sikit, RM20,000, RM30,000, RM40,000. Apa salahnya bayar RM20.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua dalam soal penyertaan kaum bumiputera yang paling ketara Tuan Yang di-Pertua ialah property ownership, iaitu milik tanah dan rumah kedai. Saya tengok di Kuala Lumpur ini pergi mana-mana sahaja banar-badar besar yang maju ini kerajaan belanja bilion semuanya diwakili oleh DAP, sebahagian besar. Di kampung-kampung di luar-luar bandar projek tidak sebegitu besar tetapi di sinilah nadi sokongan kepada kerajaan. Tidak mengapa, yang pentingnya bagaimana hendak menambah hak milik property di kalangan bumiputera. Salah satu dasar yang luar biasa yang tidak pernah ada dalam dunia Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Malaysia membenarkan sesiapa yang hendak beli kereta boleh dapat pinjaman 100%, 100% loan.

Ini mungkin hendak bantu orang yang pegang ada AP francais kah, industri automobil dahulu kah, hendak menggalakkan laris kereta. Jadi yang tidak kerja pun beli kereta, graduate-graduate baru yang menganggur, ambil borang sain dapat kereta. Tiga tahun kereta jadi second hand. Jual, sudah tidak boleh bayar loan. RM60,000, RM70,000 kena bankrap. Ini kerajaan boleh buat. Saya hendak cadangkan kenapa tidak untuk dalam bidang pemilikan harta rumah hartanah ini property ini boleh bank kerajaan boleh membuat dasar di mana bank boleh memberi pinjaman 100%. Sekarang ini ada 10%, 15%. Apabila minta macam-macam, hendak tengok keupayaanlah, gajilah macam-macam. Akhirnya banyak yang tidak dapat. Kita berdasarkan kepada pendapatan. Kalau dia pendapatan RM2,000 dia boleh pinjam membeli rumah harga RM150,000 tanpa membuat apa-apa cagaran, macam beli kereta dan rumah depreciation. Harga dia naik, kereta harga dia jatuh.

Begitu juga rumah kedai. Bagi yang sudah ada tidak payah, yang belum boleh.

Yang belum ada rumah, kalau gajinya RM3,000 boleh pinjam RM200,000 tanpa apa-apa pendahuluan dengan mencagarkan rumah tersebut dia boleh bayar bulan-bulan. Begitu juga rumah kedai, yang belum ada, kalau pendapatannya lebih, dia boleh dapat pinjaman 100%. Kalau ini boleh dibuat, saya percaya akan bertambah dari segi jumlah hak milik kaum bumiputera. Sekarang ini tanah-tanah kerajaan yang strategik mengikut MEB dan sebagainya akan dibuat secara tender terbuka. Tanah-tanah ini semua tanah strategik RM1,800 satu kaki. Berapa nilai bilion.

Ini akan dibuat dengan tender terbuka. Saya tidak tahulah sama ada orang bumiputera nanti ada harapan atau tidak. Kalau bersaing dengan syarikat-syarikat besar tentu tidak akan kompetitif. Jadi saya mencadangkan kenapa tidak 50% daripada tanah ini diagihkan tender terbuka di kalangan bumiputera, 50% lagi ditenderkan kepada pihak-pihak lain supaya pihak bumiputera juga boleh menikmati segala perkembangan k-economy tadi.

Apabila projek ini dilaksanakan juga mesti ada dasarnya. Jangan nanti rumah di sekitar KLCC apartment RM2 juta, RM3 juta RM4 juta. Kalau RM1 juta pun tidak mungkin orang bumiputera boleh beli. Jadi bermakna bagaimana kedudukan Bandaraya Kuala Lumpur dari segi aset penyertaan bumiputera dari segi k-Economi negara.

Ini semua memerlukan affirmative action memang kita boleh bercakap knowledge economy, seperti Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap, kita boleh cakap soal globalisasi, kita boleh cakap macam-macam teorilah. Akan tetapi bottom linenya Tuan Yang di-Pertua yang penting ialah hak pembahagian kekayaan ekonomi negara untuk kaum majoriti iaitu kaum bumiputera dan orang-orang Melayu. Jika ini dapat dilaksanakan, dia akan dapat imbang nanti. Kaum bukan bumiputera sudah lebih 50% sekarang ini. Kalau bumiputera dapat 30%, kaum bukan bumiputera dapat RM50%, 20% pihak asing Alhamdulillah. Inilah matlamat Dasar Ekonomi Baru. Bukan kita hendak menceroboh, hendak merampas hak kaum lain.

Saya pun, rakan-rakan berniaga pun tidak sedikit di kalangan orang-orang Tionghoa, kaum Cina. Memang kita sudah hidup berpuluh tahun, tidak pernah kita hendak mencerobohi kepentingan kaum lain. Yang pentingnya ialah penyusunan semula kepentingan hak dari segi keadilan untuk semua kaum. Itu yang kita pertahankan dan kebetulan kaum majoriti bumiputera merupakan kaum terbesar yang masih lagi merupakan agenda nasional yang mesti di address isu ini oleh kerajaan. Inilah kekuatan Barisan Nasional kerajaan selama ini.

final • 3:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Jangan terbawa-bawa dengan permainan politik DAP dengan sesetengah pihak yang melontarkan bermacam-macam idea yang membuatkan kepimpinan rasa pening, rasa seba salah, ingat saya bimbang yang dikejar tidak dapat yang terkendong tercicir. Ingat ini, bahawasanya apa pun kekuatan politik di negara kita pada waktu ini untuk ingatan kerajaan ialah datang daripada kaum orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

Saya hendak hitung berapa orang yang berdiri. Kita ada 210 minit lagi. Kita kena habiskan malam ini. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Jasin, selepas itu 15 minit seorang.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang sama-sama membahaskan dalam membincangkan tentang penambahan bajet bagi tahun 2009 dan tahun 2010. Tahun 2009 sebanyak RM9.2 bilion dan 2010 sebanyak RM6.4 bilion. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri di atas kejayaan pencapaian cemerlang kita dalam memastikan momentum dengan izin momentum of turning around economy negara kita.

Pada tahun lalu, pada penggal keempat kita telah mencatat satu pertumbuhan yang cukup meyakinkan sebanyak 4.5% sekali gus kita dapat mengecutkan defisit negara kita kepada 1.7% sahaja.

final • 3:59 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Kita yakin tahun 2010 adalah tahun bermula untuk kita meneruskan langkah bagi memastikan supaya ekonomi kita akan terus berjaya dan cemerlang. Pada ketika ini, eksport kita telah meningkat sebanyak 26% begitu juga data inflasi kita yang cukup meyakinkan. Mengikut indicator, ekonomi kita akan terus berkembang untuk masa enam bulan ke hadapan, kejayaan ini adalah berdasarkan kepada pencapaian luar biasa dengan mengambil tindakan mengurangkan perbelanjaan sebanyak 31% pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM191.5 bilion berbanding dengan tahun 2009 iaitu sebanyak RM277 bilion.

Tindakan kerajaan mengurangkan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 sebayak 15% berbanding dengan tahun 2009, adalah semata-mata supaya kita dapat memastikan – kita dapat mengecilkan defisit kerajaan. Kerajaan juga membuat pendekatan berbelanja dengan berjimat cermat, tetapi bagi saya kerajaan dilihat terlalu berhati-hati berbelanja sehinggakan pada hari ini kita dapat lihat projek-projek infrastruktur asas masih lagi belum bermula. Saya bimbang sekiranya tidak berlaku pusingan atau kitaran ekonomi kita, kemungkinan akan terbantut dan unjuran kita untuk mencapai angka 5% pertumbuhan ekonomi tahun 2010 mungkin juga akan terjejas.

Keduanya pula mengenai kontraktor-kontraktor Kelas F Melayu pada ketika ini menghadapi zaman yang cukup sukar sekali, terutama apabila projek infrastruktur asas belum dapat dimulakan. Seterusnya saya pergi kepada FDI dan juga DDI - seharusnya kita dapat mempertingkatkan usaha ini bagi memastikan supaya ia sama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi kita. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri China mengingatkan kita kemungkinan berlaku double-dip recession, dengan izin. Kalau ia berlaku, negara kita Malaysia mempunyai kekuatan sekurang-kurangnya kita boleh menyeluk saku berdasarkan kepada fiscal deficit kita kepada GDP kita dan juga kepada dengan izin, debt services ratio kita masih rendah.

Apa yang saya hendak sampaikan ialah masalah rakyat yang mahu limpahan daripada pemulihan ekonomi kita, misalnya daripada kementerian MITI. Kita hendak lihat kalau boleh SME Corp. ini yang telah menahan sementara bantuan supaya kita dapat teruskan bantuan kepada usahawan-usahawan kita yang pada ketika ini terkial-kial kerana kehabisan pusingan.

Keduanya kepada Kementerian Luar Bandar, kita menghadapi masalah kerana TEKUN kehabisan dan terpaksa menunggu sehingga enam hingga tujuh bulan untuk mendapatkan pinjaman. Matlamat kita sebenarnya untuk mengelak supaya usahawan- usahawan kita tidak bergantung kepada ah long tetapi kalau TEKUN mengambil masa yang begitu panjang untuk memberikan pinjaman kepada usahawan-usahawan kecil kita, apakah sebenarnya pilihan mereka kalau tidak kepada ah long.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kita pada ketika ini berbelanja sebanyak melebihi RM70 bilion untuk menampung subsidi. Daripada angka tersebut sebanyak RM1 bilion subsidi gula dan RM19.5 bilion adalah subsidi minyak dan juga gas. Apa yang saya hendak sebut di sini, baru-baru ini disiarkan dalam sebuah akhbar di mana seorang peniaga berbangsa Cina yang cukup berjaya di negara kita disenaraikan sebagai orang yang terkaya - di antara yang terkaya di negara kita. Ini membidas dasar kerajaan dan mendakwa kononnya adalah kurang adil negara kita memberikan subsidi kepada orang- orang Melayu. Sebenarnya apa yang terjadi, orang inilah yang sebenarnya yang telah dapat banyak daripada kekayaan hasil daripada subsidi yang sepatutnya diagihkan kepada orang- orang miskin.

Pada ketika ini seperti yang Tuan Yang di-Pertua maklum, harga gas yang dijual kepada TNB dan juga IPP, kurang daripada 30% daripada harga pasaran. Maka mereka- mereka yang menjadi IPP operators mendapat keuntungan yang cukup besar, berbilion- bilion ringgit. Dalam masa yang sama setelah mereka kenyang, sanggup pula mencerca dasar kerajaan kononnya kerajaan tidak adil memberikan subsidi kepada orang-orang Melayu. Seharusnya kerajaan mengambil tindakan...

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Dia itu siapa? [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ada yang hendak campurkah? Tidak perlu sebutlah. Yang Berhormat juga tahu siapa orang yang tersenarai di antara yang terkaya, tetapi setelah mendapat kekayaan hasil daripada subsidi yang sepatutnya sampai kepada orang-orang miskin. Maka sudah kaya, mencerca kerajaan.

Seterusnya saya pergi kepada Maksud B.60 – Kementerian Pertahanan. Pada perbahasan yang lalu banyak perkara dibincangkan tentang Kementerian Pertahanan terutamanya kapal selam. Saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari pembangkang, kalau kita tidak faham tentang aset pertahanan, kelengkapan pertahanan seharusnya kita jangan suka-suka untuk mencerca bahkan – untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Tentera Laut Diraja Malaysia seharusnya diberikan satu kepujian kerana berjaya membawa balik kapal selam daripada Perancis yang mengambil masa sebanyak 54 hari untuk belayar dan dalam masa yang sama 34 hari untuk menyelam. [Ketawa] Ini berbanding dengan negara sahabat kita – jangan ketawa, saya sebutkan dahulu.

Berbanding dengan negara sahabat kita yang membeli kapal selam yang sama tetapi tidak berkeupayaan untuk membawa kembali kapal selam sendiri tetapi masukkan kapal selam dalam kapal, selepas itu sampai ke negaranya. Ini menunjukkan hebatnya Tentera Laut Diraja Malaysia kita.

Apa yang saya hendak sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua, hanya kerana kerosakan mekanikal yang sedikit, mereka kata tidak boleh selam - sekarang sudah boleh selam. Kita di Selat Melaka tidak benarkan mereka selam kerana di Selat Melaka, kapal selam memang tidak boleh menyelam, itu sahaja. Keduanya ialah negara sahabat kita itu, baru-baru ini telah membeli enam kapal Combatant untuk memperkukuhkan pertahanan negaranya supaya terus dihormati. Jadi saya ingin mencadangkan supaya tentera kita juga, bukan kita mahu menandingi tetapi kita mahu sekurang-kurangnya kekuatan kita digeruni - itu tujuan utama saya.

Keduanya kepada Kementerian Kerja Raya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan satu peruntukan yang besar kepada Jasin sebanyak RM67 juta untuk melaksanakan jalan pintas daripada Ayer Keroh-Jasin dan ke Ledang. Saya mohon kepada Kementerian Kerja Raya supaya dapat memastikan jalan yang telah kita rancangkan daripada awal supaya diikuti. Saya lihat fasa pertama dan keempat telah pun dilaksanakan, fasa kedua dan ketiga belum dilaksanakan. Saya lihat daripada rangka yang terbaru, bandar Jasin telah dikeluarkan. Jadi apa guna matlamat saya memohon peruntukan tersebut di dalam pakej rangsangan? Kita mahu kalau boleh jajaran asal daripada Tangkak ke Jasin, Jasin ke Ayer Keroh, bukan daripada Tangkak terus pusing ke Ayer Keroh. Matlamat kita, kita mahu melihat supaya bandar Jasin dapat dibangunkan.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya mohon kalau boleh Jabatan Kerja Raya dapat memastikan supaya jajaran ini dapat benar-benar menepati apa yang diharapkan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Oleh sebab sebut Ledang tadi, saya ingat ada satu fakta yang

final • 4:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

perlu disebut oleh Yang Berhormat Jasin tentang jalan-jalan daripada Ayer Keroh, Jasin dan Tangkak tadi. Adakah Yang Berhormat bersetuju jalan tersebut apabila disebut sampai Ledang-Tangkak mestilah sampai ke persimpangan lebuh raya ataupun tol Tangkak, barulah jalan itu benar-benar berfungsi. Akan tetapi kalau sampai setakat Bandar Tangkak tidak sampai ke persimpangan tol Tangkak, bermaknanya jalan tersebut seolah-olah tergantung di tengah jalan, adakah Yang Berhormat Jasin bersetuju, sekian terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya simpati dengan sahabat saya Yang Berhormat Ledang. Saya sangat bersetuju. Sebelum saya meneruskan ucapan saya sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyampaikan satu pesanan daripada seorang pemimpin kita hasil daripada ucapan Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Saya sudah sebut sedikit perkara tetapi ada sambungan daripada seorang pemimpin yang hendakkan supaya kita Ahli-ahli Yang Berhormat dapat maklum tentang perkara sebenar.

Disebut di sini, “Pada tahun 1948 saya baru dilahirkan, apabila kerajaan memperkenalkan National Service sebanyak kita hendak - banyak rakyat kita berkhidmat kepada National Service kerana pada ketika tersebut kita menghadapi ancaman daripada komunis. Didapati sebanyak 10,000 orang kaum Cina dan kaum India telah meninggalkan Malaya, apa sebabnya saya tidak tahu. Pada tahun 1963, polis telah menjalankan dengan izin, recruiting drive. Cina dan India gagal atas alasan mereka sendiri mengetahui konfrontasi dan juga darurat, bukan soalan loyalti tetapi apa sebabnya tidak berani, tidak rela ataupun tidak apa. Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sanggup dan boleh mati tetapi bangsa lain jangan hanya cari kekayaan.” Ini pesanan.

Seterusnya saya pergi semula kepada B.22 iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Yang Berhormat Menteri, saya fikir ini kali ketiga saya membangkitkan perkara ini kerana anak saya sebenarnya telah pun tamat belajar di sekolah MRSM dan juga Kolej MARA, tetapi rasa sayang saya kepada MRSM dan kolej MARA begitu menebal sekali, kerana inilah sebenarnya gudang yang boleh kita harapkan untuk melahirkan ilmuwan yang hebat daripada orang-orang Melayu. Kita lihat peruntukan pada tahun 2010 begitu kecil sekali berbanding pada tahun 2009 kurang daripada 50%, mengambil kira dengan izin, escalating cost, maka peruntukan yang diberikan kepada MRSM sebanyak RM130 juta ini tidak memadai untuk menampung sehinggakan empat lagi Kolej MARA terpaksa dihentikan pengambilan. Apa yang saya hendak sebut di sini, saya mohon kalau boleh kementerian masukkan peruntukan tambahan kepada MRSM dan Kolej MARA ini.

Seterusnya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Dua tahun yang lalu Balai Polis Sungai Rambai telah dirobohkan untuk dibina baru, tetapi setelah dirobohkan bina baru pun tidak ada. Saya sayang kepada balai polis yang lama itu menyerupai Balai Polis Bukit Kepong terletak di tepi sungai. Ini satu daripada gambaran yang cukup cantik dan nostalgia kita apa yang terjadi di Bukit Kepong. Keganasan komunis membunuh polis- polis kita dan polis kita sanggup mempertahankan nyawa mereka demi kedaulatan negara, tetapi setelah di robohkan Balai Polis Sungai Rambai bangunan baru pun tidak kelihatan.

Saya berharap semoga kementerian dapat mengambil tindakan segera dengan perkara ini.

Akhir sekali tentang Tenaga Nasional Berhad, IPP. Sejak tahun 1994, apabila kerajaan mewujudkan konsep IPP dengan PPA dengan izin, Power Purchase Agreement yang merupakan kontrak jual beli tenaga antara IPP dan juga TNB untuk tempoh 21 tahun, bagi membekalkan tenaga kepada TNB dengan kaedah single buyer modals. Ia telah menyumbang kepada wujudnya pembekalan tenaga elektrik yang mencukupi dan industri bekalan elektrik sepanjang tahun. Memang benar generasi pertama IPP menikmati PPA yang memberi pulangan dan juga keuntungan yang tinggi jika dibandingkan dengan generasi IPP kemudiannya.

Pada ketika tersebut Tuan Yang di-Pertua, semua bank tidak mahu membiayai IPP kerana tidak ada reference dan mereka tidak boleh meyakinkan bank kerana tidak ada dengan izin, return of investment. Jadi terpaksalah EPF pada ketika tersebut membiayai mereka dan ketika ini EPF ketawa besar kerana mendapat keuntungan hasil daripada pembayaran yang cukup baik daripada IPP. Akan tetapi apa yang terjadi sekarang persoalannya, adakah syarat-syarat dan terma-terma PPA tadi yang telah ditandatangani terutamanya kepada generasi yang pertama IPP boleh dikaji dan diubah mengikut kehendak semasa dan adakah keuntungan yang diperoleh oleh IPP itu dipastikan dilaburkan balik untuk kebaikan dan pembangunan negara atau sebaliknya.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Yang terakhirnya, dalam usaha kita untuk menarik minat pengurus dana pelabur asing, seharusnyalah kerajaan mengambil satu pendekatan supaya kita dapat mengurangkan pegangan saham kita dalam GLC-GLC dengan harapan supaya kita dapat memberikan peluang kepada pelabur-pelabur dana asing ini untuk sama-sama melabur.

Dalam masa yang sama kita tidak usah bimbang kerana kerajaan mempunyai golden shares - saham emas dan juga kita menjadi pengawal selia sebagai regulator dan kepentingan negara sentiasa terpelihara.

Sekian sahaja saya dapat sampaikan dengan ini saya menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ledang, 15 minit Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak bercadang untuk berucap panjang untuk 15 minit kerana rang undang-undang ini pun adalah rang undang-undang untuk meluluskan perbekalan yang telah pun dibelanjakan yang berjumlah RM2,388,379,089 bilion. Cuma saya mengharapkan dan saya yakin perbelanjaan ini telah dan akan dibelanjakan secara berhemah supaya ia benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat terutamanya di dalam membasmi kemiskinan sebab kerajaan telah pun meletakkan miskin tegar sifar sekurang-kurangnya menjelang akhir tahun ini.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil satu contoh tentang apa yang sebenarnya berlaku di peringkat bawah kerana saya yakin walaupun hasrat kerajaan itu sangat murni tetapi sekiranya pelaksanaan di peringkat bawah itu tidak dipantau dengan rapi dan tidak di maklum balas semula kepada pihak kerajaan, maka niat yang murni itu tidak mungkin dapat dicapai dengan sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, di Johor termasuk Ledang, kita mengambil pendekatan focus group, di mana rakyat miskin tegar dan rakyat miskin ini disenaraikan dalam senarai nama- nama yang panjang dikategorikan sebagai kumpulan sasaran ataupun kita namakan sebagai focus group. Kita pecahkan kepada tiga kumpulan iaitu rakyat miskin tegar dan miskin daripada kampung, rakyat miskin tegar daripada kampung asli dan rakyat miskin dalam kawasan PBT. Persoalannya di sini Tuan Yang di-Pertua, yang perlu saya bangkitkan di sini ialah tentang rakyat miskin yang kita fokus di peringkat PBT ataupun di peringkat penguasa kerajaan tempatan, pihak-pihak berkuasa tempatan.

final • 4:17 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya dapati Tuan Yang di-Pertua, kelulusan untuk meluluskan bantuan kepada senarai rakyat yang miskin ini di mana senarainya telah pun dikenal pasti di peringkat daerah khususnya di peringkat PBT. Tuan Yang di-Pertua, sehingga sekarang ramai belum lagi diluluskan. Apabila kita semak, salah satu sebabnya ialah ada perpindahan kementerian untuk menyalurkan bantuan iaitu daripada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan berpindah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Ini alasan yang dibawa oleh PBT di peringkat saya dan apabila saya bandingkan dengan PBT yang lain, sama jawapannya.

Maknanya, sepatutnya atau pun jika dahulu saluran bantuan itu termasuklah kementerian yang sepatutnya meluluskan senarai yang kita kemukakan, diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi telah pun berpindah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Saya melihat di sini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bercakap soal kerenah demokrasi, hendak mempercepatkan proses membela rakyat tetapi jika line of command dengan izin, tidak betul, saya yakin hasrat kita sukar untuk kita capai.

Maknanya Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, line of command ada sekatan dan kesulitan di situ. Saya nampak sukar atau pun tidak logik Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk memberi arahan atau pun dengan izin, command kepada semua kerajaan-kerajaan tempatan, semua majlis-majlis perbandaran, majlis-majlis daerah. Walaupun ia menjurus hanya kepada satu perkara pokok iaitu

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

membasmi kemiskinan dan mencari kumpulan sasaran yang miskin. Kalau di Johor kita kategorikan sebagai focus group tetapi akhirnya tidak sampai ke bawah sebab saya sebut tadi dengan izin, line of command dia tidak betul. Jadi kepada saya Tuan Yang di-Pertua, mengapa ini berlaku? Saya setuju kalau Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hanya fokus kawasan Kuala Lumpur termasuk Bukit Kepong, Labuan dan Putrajaya. Itu saya setuju. Akan tetapi ia juga melibatkan bandar-bandar lain termasuklah pekan-pekan dan taman-taman. Tuan Yang di-Pertua, focus group untuk PBT atau pun pembelaan kepada rakyat miskin dalam kawasan PBT termasuklah taman-taman.

final • 4:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Taman-taman yang letaknya bukan di bandar tetapi di kawasan-kawasan kampung. Ada taman-taman yang terletak jauh dan terkeluar daripada kawasan bandar. Akan tetapi ini diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

final • 4:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sedikit.

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dua minit.

final • 4:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya mendengar tadi permasalahan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Apakah Yang Berhormat bersetuju jika dalam masa yang terdekat ini ada rombakan Kabinet? Apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa pihak kerajaan perlu memikirkan untuk mengubah portfolio-portfolio ini supaya diselaraskan seperti mana yang dikehendaki oleh Yang Berhormat? Mungkin ini peluang yang terbaik untuk kerajaan mengubahnya. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Walau bagaimana pun terima kasih Yang Berhormat daripada Kota Belud. Saya tidak pastilah kalau ada rombakan-rombakan. Itu di luar pengetahuan saya tetapi yang penting ialah saya lebih fokus kepada pembelaan, rakyat termiskin dalam kawasan PBT. Termasuklah di taman-taman saya sebut tadi, di taman-taman yang bukan dalam kawasan bandar, misalnya taman di sebelah kampung.

Dalam kawasan kampung tetapi terpaksa diletakkan di bawah majlis daerah dan rakyat miskin di situ terpaksa kita bela. Kelulusan untuk membela rakyat miskin yang duduk di taman sekarang ini diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang saya fikir tidak logik. Dengan izin, line of command tidak betul dan ini bukan sahaja menyukarkan malah melewatkan. Silap gaya, kumpulan sasaran itu yang miskin tadi tidak dapat kita bela. Jadi ini Tuan Yang di-Pertua, saya bawa ke mari supaya dapat dilihat semula oleh pihak kerajaan kerana jika ini tidak dikemaskan semula.

Saya bimbang kumpulan sasaran tersebut tidak dapat kita bela dan akhirnya boleh menyukarkan tugas kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perkara saya bawa, selebihnya dalam atur cara kedua akan datang. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 4:20 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Auzubillahi minas syaiton nirrojim. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan tentang Perbekalan Tambahan. Tuan Yang di- Pertua, akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan perkara-perkara atau pun berita-berita yang melibatkan tentang keselamatan negara. Sebelum ini kita pernah mendengar Menteri Pertahanan sendiri menyatakan atau pun memaklumkan bagaimana ada kakitangan dalam Kementerian Pertahanan sendiri menjual rahsia keselamatan negara kepada pihak kedutaan. Sehingga kini kita tidak tahu apakah status walaupun dikatakan telah selesai secara diplomatik tetapi saya kira rakyat masih lagi tertanya-tanya isu yang begitu penting ini adakah boleh diselesaikan dengan cara yang nampaknya begitu ringan atau pun begitu mudah sahaja ditangani.

Kemudian, seterusnya kita mendengar juga SOS atau pun distress signal daripada Ketua Polis Negara apabila mengatakan ada pihak ketiga juga didakwa ada campur tangan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kita sekali lagi melihat ketidaksungguhan daripada pihak Menteri Dalam Negeri. Tidak ada agensi dalam menangani isu ini, malah jawapan- jawapan yang diberikan semasa perbahasan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong juga tidak memberikan satu keyakinan kepada rakyat. Apatah lagi hari ini kita mendengar daripada Ketua Pembangkang sendiri bagaimana sistem

final • 4:25 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

keselamatan kita dicerobohi secara langsung dan keterlibatan syarikat-syarikat yang ada hubung kait dengan Zionis. Di dalam sistem komunikasi PDRM sendiri apakah mungkin kita boleh membenarkan seolah-olah mengundang satu kelompok rejim haram Zionis yang tangan mereka ini berlumuran dengan darah anak-anak Palestin. Akan tetapi mereka inilah nampaknya yang dijemput dan diundang di negara kita sebagai konsultan kepada negara dan Perdana Menteri sendiri melalui APCO dan juga di dalam sistem komunikasi PDRM sendiri. Kepada sahabat-sahabat saya. Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 4:25 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 4:25 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Ya, sedikit.

final • 4:25 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Adakah Yang Berhormat Titiwangsa bersetuju bahawa tindakan kerajaan seperti didedahkan oleh Ketua Pembangkang tadi yang mengheret penglibatan rejim haram Israel dan juga rakyat Israel, mereka-mereka yang ada hubung kait dengan rejim haram Israel ini suatu tindakan yang mencemar Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam negara kita ini? Ini kerana bagi saya bahawa dia membabitkan sektor dan institusi strategik negara.

Pertahanan dan keselamatan yang tentera dan Polis Diraja ini berada di bawah payung naungan Raja-Raja Melayu dan mengheret rejim haram Israel ke dalam urusan keselamatan pertahanan negara kita ini seperti mencemar dan menghina Raja-Raja Melayu dalam negara kita ini. [Tepuk]

final • 4:25 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena dan memohon supaya dimasukkan dalam ucapan saya juga.

[Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, malah saya tertanya-tanya dan bimbang, beberapa orang sahabat kita di sini agak bimbang dengan keselamatan tubuh badan Ketua Pembangkang sendiri. Sebagai mana kita tahu ejen Mossad boleh membunuh wakil Palestin di Dubai. Kita bimbang dengan pendedahan-pendedahan Ketua Pembangkang ini akan menjejaskan atau risiko yang diambil itu adalah terlalu tinggi dan kita mengharapkan supaya ada sesuatu usaha yang dibuat untuk memastikan keselamatan Ahli-ahli Parlimen terutama Ketua Pembangkang yang mendedahkan isu-isu yang begitu sensitif ini.

final • 4:25 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu isu yang mungkin pada perbahasan sebelum ini tidak sempat untuk saya kemukakan, iaitu tentang tahanan pelajar- pelajar luar negara di bawah ISA, di mana pada bulan Januari yang lalu, antara 10 orang hingga 12 orang pelajar-pelajar luar negara, penuntut-penuntut pasca ijazah di beberapa universiti di Malaysia telah ditahan di bawah ISA.

Saya berharap agar Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri memaklumkan secara tepat maklumat orang-orang yang ditahan ini seperti nama, warganegara mana dan apakah yang mereka lakukan di Malaysia seperti pelajar universiti mana mereka ini. Sudahlah mereka ini ditahan Tuan Yang di-Pertua, dan dituduh terlibat dengan aktiviti subversif, dituduh pengganas dan lain-lain tuduhan yang berat. Mereka dinafikan peguam dan dinafikan lawatan keluarga. Bayangkan jika pelajar kita di luar negara ditahan, dituduh militan tanpa bicara, apa agaknya tindakan Kerajaan Malaysia.

Setelah mungkin menyedari kesilapan yang dilakukan dan mungkin juga dengan tekanan antarabangsa terutama daripada negara asal tahanan-tahanan tersebut, tiba-tiba mereka dilepaskan, dibebaskan dan secepat kilat dihantar pulang tanpa memaklumkan kepada keluarga iaitu anak, isteri yang masih lagi tinggal di Malaysia. Bayangkan seorang isteri ditinggalkan di negara orang dengan anak empat, lima orang. Suami pula dihantar pulang sedangkan mereka masuk Malaysia atas visa pelajar suami.

Mereka dibiarkan tanpa pembelaan dan dalam keadaan yang sangat takut dan bimbang. Anak isteri tidak bersalah dan sangat tidak patut mereka dihukum dengan penderaan psikologi, emosi dan tanpa sumber kewangan yang mencukupi untuk tambang balik. Di manakah sifat tanggungjawab kerajaan yang memerintah? Di mana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sering dipaparkan di media sebagai sangat prihatin tetapi tutup mata dalam menyelesaikan isu ini.

Walaupun baru-baru ini semasa jawapan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita telah mendengar sedikit jawapan atau respons daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Akan tetapi saya tidak lihat lagi ada satu tanggungjawab yang bersungguh-sungguh untuk

final • 4:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

mengambil tanggungjawab untuk memastikan isteri dan keluarga tahanan-tahanan ISA ini dihantar pulang dengan belanja kos daripada kerajaan sendiri, kerana mereka ini tidak bersalah dan sedang dianiaya buat masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin nyatakan bahawa kerajaan telah melakukan dosa yang besar kepada mereka, pelajar-pelajar pasca ijazah ini, kerana dengan melabel mereka sebagai label pengganas akan menyebabkan mereka menghadapi tindak balas daripada kerajaan mereka sendiri yang mungkin bacul juga seperti mungkin kerajaan kita yang takut dengan tekanan Amerika Syarikat dan menyebabkan mereka ini menghadapi tindak balas antarabangsa kerana telah dicop pengganas.

Malah untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, salah seorang daripada yang ditahan yang bernama Lokman, dia ditahan bersama-sama dengan anak lelakinya yang sulung berumur 17 tahun. Sekarang kedua-dua mereka bapa dan anak ini, seorang berada di Syria dan seorang lagi berada di sebuah negara Arab yang tidak diketahui dan tidak dapat dihubungi oleh isteri dan keluarga beliau yang berada di Malaysia ini. Apa yang berlaku pada mereka kita pun tidak tahu. Kemungkinan besar juga mereka menghadapi tindak balas yang zalim daripada kerajaan-kerajaan yang sekarang ini sedang menahan mereka.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Titiwangsa, sedikit boleh? Balik Pulau.

final • 4:30 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sedikit ya.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Ya. Yang Berhormat Titiwangsa, saya setuju dengan Yang Berhormat Titiwangsa bahawa baru-baru ini kerajaan telah mengisytiharkan akan diwujudkan Yayasan Biro Bantuan Guaman ataupun Legal Aid Foundation. Saya rasa kes-kes sebegini pada pandangan saya amat perlu diberi perhatian oleh kerajaan terutama sekali atas nama Yayasan Biro Bantuan Guaman tersebut kerana ia melibatkan bantuan-bantuan guaman rakyat Malaysia apatah lagi pelajar luar negara.

Pohon pandangan.

final • 4:30 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Ya, saya kira itu satu cadangan yang baik. Malah untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukan sahaja akan – sekarang sedang turun daripada FDI nya, malah juga mungkin insya-Allah kita akan menurun juga dari segi FS nya iaitu foreign student. Ini kerana, saya percaya ini memberi satu imej yang buruk kepada mereka pelajar-pelajar yang mungkin berkeinginan untuk datang belajar di sini.

Akan tetapi oleh kerana apa yang berlaku mereka akan rasa bimbang dan takut untuk menjejakkan kaki mereka di sini. Kami Pakatan Rakyat bersama rakyat Malaysia seluruhnya yang waras dan bukan berfikiran songsang seperti beberapa NGO yang membuta tuli menyokong ISA, menuntut ISA dimansuhkan kerana ISA zalim kepada rakyat Malaysia dan juga zalim kepada rakyat luar. Paling utama zalim kepada kaum wanita dan juga kanak-kanak. Katakan tidak kepada ISA dan katakan tidak kepada pindaan ISA.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu tentang pembangunan Kampung Baru. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah turun dalam program walkabout beliau yang dikatakan sangat terpuji dan sangat popular ke Kampung Baru. Walaupun saya tidak langsung dimaklumkan tentang kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan hanya mendapat maklumat daripada orang ramai, itu pun setelah saya berada jauh di utara tanah air, saya berasa berbangga kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memilih untuk bersarapan pagi di Kedai Nasi Lemak Mak Wan Jo yang terletak betul-betul di sebelah pusat khidmat saya.

Namun isunya di sini ialah pembangunan Kampung Baru yang begitu bercelaru dan mengelirukan. Setiap pemimpin Barisan Nasional yang berjawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hinggalah ketiga-tiga orang Perdana Menteri yang lalu dan yang kini mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza dan adakalanya contradict antara satu sama lain. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib menyatakan pembangunan Kampung Baru akan mengekalkan pemilikan dan penduduk Kampung Baru tidak perlu pun berpindah.

Akan tetapi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan akan bayar pampasan hingga RM4 juta seorang. Akan guna Akta Kanun Tanah Negara dan mengugut pemilik-pemilik supaya akur. Ini semua mengelirukan. Saya dapat maklumat

final • 4:30 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sedang rancak mengadakan perbincangan-perbincangan tentang pembangunan Kampung Baru bersama beberapa pihak seperti DBKL dan juga beberapa individu anak Kampung Baru, sebuah NGO yang diberi nama PAKAM dan juga pimpinan UMNO Titiwangsa.

Pertamanya saya ingin bertanya – sebab orang Kampung Baru yang mengundi dan menyokong saya sering bertanya kenapa wakil rakyat yang dipilih mereka secara sah untuk mewakili mereka tidak diturut serta dalam perbincangan penting ini. Sejak bila pula NGO, PAKAM mewakili pemilik-pemilik aset Kampung Baru? Apa pula local standi UMNO Titiwangsa dipanggil dalam mesyuarat tersebut? Adakah ini 1Malaysia Perdana Menteri?

Apakah ini bermaksud 1Malaysia Perdana Menteri tidak dihayati oleh Menteri beliau iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sehingga mewujudkan dua wilayah dan juga dua standard.

Namun begitu, selaku wakil rakyat yang bertanggungjawab, saya mengemukakan beberapa cadangan berkaitan dengan pembangunan Kampung Baru seperti dalam kenyataan media saya sebelum ini. Saya menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar memperuntukkan satu dana khas seperti peruntukan Pembangunan Wilayah Iskandar, ECER dan juga NCER tetapi kali ini khas untuk pembangunan Kampung Baru. Peruntukan ini mesti dikendalikan oleh satu badan amanah seperti yang dijanjikan, di mana badan amanah ini mestilah dianggotai wakil-wakil pemilik dan pewaris dari setiap kampung yang terdapat yang di Kampung Baru yang sememangnya terdiri daripada kalangan mereka yang pakar dalam pelbagai bidang.

Juga diwakili oleh wakil-wakil daripada DBKL, daripada MAS (Malay Agriculture Settlement) yang merupakan badan pentadbir Kampung Baru, wakil rakyat dan juga ICU mewakili Kerajaan Pusat supaya penduduk Kampung Baru yakin dengan pembangunan itu yang dijalankan adalah demi kepentingan mereka. Badan amanah ini akan merancang secara bersama kaedah dan mekanisme pembangunan Kampung Baru dengan mengambil kira kebajikan dan hak pemilik, memastikan pembangunan dimulakan dalam masa yang sewajarnya dan secara berfasa supaya penduduk tidak perlu semuanya dipindahkan.

Memilih satu konsortium yang akan menjadi pemaju dengan ini memastikan tiada penyelewengan, ketirisan dan kebocoran berlaku dan pemilik akan mendapat manfaat dan seterusnya memiliki dan menjadi stakeholder kepada aset mereka di Kampung Baru.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkenaan dengan Keramat Mall yang masih lagi menjadi gajah putih. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah berjaya menyelesaikan isu kemelut flat PKNS Pusat Bandar Taman Keramat yang bersempadan dengan Parlimen Titiwangsa, di mana pemilik unit flat dua bilik besar 500 kaki persegi di bayar pampasan RM250,000.00 dan pemilik tiga bilik di bayar RM350,000.00. Mari kita bandingkan dengan layanan Kerajaan Pusat melalui DBKL terhadap lapan orang pemilik sederet rumah kedai dua tingkat. Saya ulangi lagi sekali rumah kedai dua tingkat bukan flat 500 kaki persegi ya, di mana aset mereka diambil menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk menambah keluasan Keramat Mall.

final • 4:30 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sudahlah mereka menjadi mangsa kepada kelemahan perancangan DBKL, pampasan yang ditawarkan kepada mereka adalah jauh lebih kurang iaitu RM200,000 untuk sebuah rumah kedai yang jauh lebih tinggi nilainya dari sebuah flat 500 kaki persegi.

Berbalik kepada isu Keramat Mall sekali lagi saya mewakili rakyat yang sudah bosan dengan projek-projek sakit sampai bilakah Keramat Mall akan beroperasi? Rakyat juga bertanya berapakah jumlah kos pembinaan keseluruhannya, iaitu dari pembayaran kepada kontraktor pertama hinggalah kontraktor yang menyudahkan pembinaan. Berapa pula kos pembaikan atau kerosakan seperti kebocoran bumbung dan lain-lain serta kos ubah suai? Kita juga mahukan penjelasan kos penyelenggaraan bulanan Keramat Mall yang tidak berpenghuni pada masa kini.

Tuan Yang di-Pertua, sudah bagi untuk gulung. Sebenarnya banyak lagi isu yang ingin saya bangkitkan tetapi saya ingin membawa beberapa perkara iaitu yang ditimbulkan oleh ramai terutamanya oleh pegawai-pegawai bawahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana mereka ini telah diminta untuk pergi kursus-kursus yang mengambil masa sehingga tiga bulan atau kursus kerja asas sosial, mengambil masa tiga bulan.

Mereka merasa amat tertekan dengan kursus begitu lama ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terpaksa meninggalkan keluarga mereka isteri dan juga anak-anak ataupun suami. Ini menyebabkan mereka bukan sahaja tertekan dari segi masalah perpisahan yang lama tetapi juga menambah kos perbelanjaan keluarga. Jadi mereka mohon supaya kursus- kursus seperti ini dikaji semula dan disemak semula supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama.

Seterusnya juga saya membangkitkan sedikit lagi iaitu tentang pengawas- pengawas ataupun guru-guru penanda peperiksaan SPM. Mereka juga mengadu sehingga kini mereka tidak dibayar elaun sebagai guru pengawas, pengawas dan juga penanda kertas. Sedangkan keputusan SPM telah dimaklumkan, elaun mereka masih lagi tidak diberi. Mereka kata perkara ini tidak pernah berlaku inilah pertama kali dalam sejarah negara menunjukkan bahawa betapa teruknya keadaan kewangan negara sehinggakan guru-guru terpaksa menyatakan, meluahkan masalah mereka tidak mendapat elaun yang saya kira tidaklah berapa banyak sangat nilainya. Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih atas peluang saya.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam perbelanjaan tambahan ini.

Akhir-akhir ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengeluarkan New Economic Model for Malaysia. Selepas meneliti apa yang ditulis dalam buku ringkasan ini saya dapati bahawa apa yang dikatakan dalam buku ini membuktikan bahawa langkah-langkah dan polisi-polisi negara kita 10 tahun lalu untuk menolak cadangan-cadangan IMF adalah salah. Ia tertulis dalam buku ringkasan New Economic Model dan saya akan baca apa yang ditulis dalamnya. “Malaysia economic engine is slowing. Since the Asian financial crisis of 1997-1998, Malaysia’s position as an economic leader in the region has steadily eroded. Growth has been lower than other crisis affected countries what investment has not recovered. Productivity is growing but far too slowly.

Before the action, financial crisis Malaysia was leading the region in level productivity growth. It has since lost the whole position.” Kita masih ingat semasa krisis ini melanda kawasan Asia, oleh kerana kerajaan Malaysia hendak protect, melindungi kroni-kroninya, oleh itu mereka menolak apa yang dicadangkan oleh IMF dan tidak sudi untuk melaksanakan reformasi ke atas financial sistem ekonomi negara kita. Oleh itu kita telah ketinggalan lebih kurang 10 tahun. Apa yang berbeza daripada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dan negara- negara lain yang dikenakan krisis itu the crisis affected country, perbezaannya adalah negara kita tidak terima, kerajaan negara kita tolak apa yang dicadangkan oleh IMF.

Manakala negara-negara lain yang juga dilanda economic crisis itu seperti Korea, Indonesia, Thailand mereka terima cadangan-cadangan IMF.

Oleh itu selepas 10 tahun kita tengoklah tertera kesan-kesan yang berbeza. Kini barulah Kerajaan Malaysia, kerajaan kita sudi mengakui bahawa Malaysia telah ketinggalan dengan negara-negara lain. Walau bagaimanapun late is better than never. Akan tetapi...

final • 4:43 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasihlah kerana sebab mengakui kerajaan ini kerajaan kita. Terima kasih.

final • 4:43 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini memang kerajaan kita. Ini juga negara kita bukan negara UMNO. Walau bagaimanapun, saya haraplah New Economic Model ini bukan hanya slogan-slogan atau promise yang manis sahaja. Kita selepas pengumuman New Economic Model itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga launch kan satu MyPROCUREMENT website untuk menunjukkan ketelusan procurement procedure kerajaan. Akan tetapi belum seminggu selepas pengumuman atau launching of the website kita telah dapati satu kesalahan yang amat besar. Yang Berhormat dari Petaling Jaya Utara telah menunjukkan satu data yang di atas website itu MyPROCUREMENT ini iaitu pembelian makanan oleh Ministry of Defence, RM6.5 bilion.

Selepas Yang Berhormat Petaling Jaya Utara memberitahu, membongkarkan kesalahan ini, kesilapan ini Kementerian Pertahanan mengakui ini adalah salah angkanya

final • 4:43 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

seharusnya RM6.5 million, bukan billion. Akan tetapi bagaimana kita ada keyakinan terhadap apa-apa yang dilaporkan dalam MyPROCUREMENT website. Ini merupakan satu official website kerajaan dan billion dengan million ini adalah seribu kali ganda perbezaannya. Kini kita telah menunjukkan ada kesilapan yang begitu besar. Kalau kesilapan begitu besar RM6.5 million boleh dilaporkan sebagai RM6.5 billion, apa yang akan quite is there to stop kesilapan yang the other way round. RM1 billion dilaporkan sebagai RM1 million.

final • 4:43 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 4:43 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Hendak penjelasan?

final • 4:43 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya.

final • 4:43 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Boleh, Kinabatangan.

final • 4:43 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya sebetulnya tidak pernah bersetuju, Tuan Yang di-Pertua tetapi kali ini saya memang setuju dengan Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 4:43 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Isu negara angka pun boleh silap. Jadi apakah Yang Berhormat Bandar Kuching mencadangkan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam soal ini dikenakan tindakan sebab kerana mereka seolah-olah memanipulasikan keadaan rakyat keliru dan saya minta kepada Yang Berhormat Bandar Kuching mencadangkan pegawai-pegawai bertanggungjawab kena hukuman setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Sebab mereka memalukan kerajaan dan negara.

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Inilah prinsip, inilah prinsip akauntabiliti. Saya amat gembira Yang Berhormat Kinabatangan buat cadangan ini. Akan tetapi selain daripada pegawai-pegawai bertanggungjawab saya fikirlah Menteri juga ada sikit akauntabilitilah. Oleh itu apa langkah kerajaan – Kita boleh meyakinkan rakyat kita pada masa kelak, data-data, angka-angka yang dipamerkan dalam MyPROCUREMENT website ini adalah tetap dan bukanlah angka-angka yang silap.

Di samping itu saya juga berasa kecewa kerana pada masa sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan dia mahu ketelusan dalam procurement procedure dan dia juga ada sedikit caveat bahawa ada sesetengah procurement akan dikecualikan dan tidak akan dipamerkan. Bukan seluruhnya pembelian servis barangan kerajaan akan dipamerkan website My PROCUREMENT itu.

Kalau begitu apakah ia menunjukkan tidak ada sincerity atau political will untuk melaksanakan satu reformasi yang bernas. Oleh itu saya menyeru kepada kerajaan supaya jika kita hendak benar-benar melaksanakan reformasi terhadap ekonomi dan sistem negara kita, semua procurement pembelian barangan dan services haruslah dipamerkan dalam MyPROCUREMENT website itu dan bukanlah mengecualikan sesetengah kontrak daripada pengumuman dalam website ini.

Isu kedua yang saya ingin sentuh adalah mengenai apa yang dikatakan dalam ringkasan executive summary ini New Economic Model itu ia dikatakan bahawa - sustained growth were also be supported by fiscal prudence. The NEM cost for a further reduction of fiscal deficit to a near balance by 2020. Nampaknya, defisit bajet akan diadakan hingga 2020.

Tuan Yang di-Pertua, kita sudah dalam tahun ke sebelas bajet defisit dan hingga tahun 2020, ini bermakna bahawa hampir dua puluh tahun berturutan negara kita akan mengamalkan bajet defisit. Ini bukan satu rangkaan planning yang baik sedangkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan at the same time the large government outlay on subsidy mostly funded by petroleum proxies is not sustainable the subsidy were meant to support the vulnerable groups but it has benefited by wider group including the wealth, of its time for targeted approach rather than broad based subsidy.

Sedangkan kerajaan menggalakkan berjimat dalam perbelanjaan tetapi apa kita lihat sekarang dalam mesyuarat ini kita ada dua perbelanjaan tambahan. Adakah ini menunjukkan satu perbelanjaan yang berhati-hati berjimat. Tidak, dan sentuh isu subsidi ini saya ingin membangkitkan satu isu yang iaitu subsidi beras. Subsidi beras satu tahun lebih

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

kurang kita membelanjakan 500, 600 milion atas subsidi beras. Subsidi beras ini diadakan dalam 2008.

Semasa subsidi ini diamalkan beras harga antarabangsa. Beras dari Vietnam adalah lebih kurang USD700 ke USD1,000 satu tan. Sekarang, harga beras daripada Vietnam adalah lebih kurang 380 USD satu tan. Oleh itu tidak ada apa-apa rasional mengapa kerajaan hendak melanjutkan subsidi beras dan subsidi beras yang dikenakan ialah 600 – satu tan. RM600 – satu tan dan adakah rakyat mendapat manfaat daripada subsidi ini. Tidak ada. Hanya peniaga-peniaga, pemborong-pemborong beras yang mendapat manfaat daripada subsidi beras ini. Walaupun mereka dapat subsidi beras ini, RM600 – satu tan tetapi, manfaatnya tidak filter diberi kepada... Apa guna?

final • 4:50 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Boleh penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat. Ini isu tentang subsidi beras, adakah Yang Berhormat memahami tentang pendekatan baru yang diambil oleh Kementerian Pertanian? Bagi saya pendekatan Kementerian Pertahanan sekarang bagaimana untuk mengagihkan beras subsidi ini amat pragmatik sekali. Di mana memang benar Yang Berhormat dulu subsidi menjurus kepada pengilang dan pengedar tetapi sekarang ini dengan sistem kupon ini ia sampai kepada sasaran secara direct. Bagaimana pendapat Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sistem kupon ini adalah lebih baik tetapi ia hampir sekarang walaupun sistem kupon, ini adalah topik terakhir saya. Walaupun sistem kupon ini telah diumumkan dalam bulan November tahun lalu tetapi sampai hari ini belum benar-benar dilaksanakan. Orang ramai tanya saya, di mana ambil kupon? Saya tanya BERNAS pun tidak tahu.

Kenapa sistem kupon ini tidak diamalkan. Ini adalah persoalannya kerana sekiranya sistem kupon ini dikenakan, subsidi keuntungan yang besar yang dinikmati oleh pengilang dan pemborong-pemborong beras ini tidak akan terus dinikmati oleh mereka.

Oleh sebab itu, sampai sekarang walaupun harga antarabangsa beras telah turun hampir sampai sekarang kerajaan dan pegawai-pegawai dalam kawal selia padi dan beras tidak sudi menghapuskan sistem subsidi beras ini dan saya boleh beri satu angka berhubung dengan BERNAS. Oleh sebab satu angka ini tahun lalu mencapai keuntungan RM175 million kerana keuntungan ini. Orang atasan dalam kawal selia padi dan beras, mereka memberikan kuota-kuota subsidi kepada kawan-kawan baik mereka yang kononnya adalah pemborong beras tetapi awak pergi tempat-tempat pejabat mereka, tidak ada apa- apa langsung gudang untuk beras.

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, satu bulan consumption of rice di Sarawak sahaja, 7,000 tan. Satu bulan subsidi yang diberikan oleh kerajaan adalah RM4.2 million dan semua ini tidak dinikmati oleh rakyat jelata. Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan supaya mengkaji balik dan menghapuskan subsidi beras yang kini dilaksanakan. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tuaran.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 5:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana masa tidak begitu panjang, saya hanya menjuruskan terus kepada isu-isu secara ringkas.

Pertama sekali saya ingin berkongsi komen mengenai dengan Model Ekonomi Baru yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.

Saya kira pengumuman dan juga dasar ini adalah satu dasar yang berani dan ikhlas.

Pertamanya, dalam model ini, kerajaan mengakui kelemahan-kelemahan dasar yang lalu.

Ini adalah satu tindakan yang berani. Oleh kerana kalau kita berselindung mengatakan program yang lalu itu berjaya dan tidak ada masalah, maka itu tidak mencerminkan sebaliknya. Akan tetapi dalam model ini, Perdana Menteri mengakui bahawa sementara

final • 5:01 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

dasar-dasar dahulu, Dasar Ekonomi Baru telah membantu dalam pembangunan tetapi ianya menghasilkan beberapa kelompok masih ketinggalan dan ini telah di captured dalam model ini.

Kedua, saya lihat dalam ringkasan ini Tuan Yang di-Pertua adalah tersusun.

Langkah untuk mencapai sasaran itu begitu tersusun. Contoh, saya melihat umpamanya dikatakan di sini bahawa premis sendiri, jentera-jentera untuk mencapai sasaran ini begitu tersusun dan jelas, senang untuk difahami oleh mereka yang melaksana dan juga mereka yang menerima in the end of the program.

Umpamanya dikatakan di sini bahawa rangka kerja mengandungi empat tunggak yang mendorong perubahan dan juga Program Transformasi Ekonomi ini dilonjakkan dengan lapan inisiatif pembangunan. Jadi, ini tersusun dan ini jelas dan senang difahami oleh rakyat kerana yang penting itu ialah apabila kita mencetuskan satu dasar baru, yang penting sekali adalah senang untuk diterima dan difahami oleh rakyat. Itu penting.

Ketiga, yang sangat menarik sekali ialah public participation dalam melalui lab-lab dan sebagainya. Bukan sahaja pihak kerajaan, kakitangan kerajaan (the planners) tetapi juga pihak swasta dan orang ramai, NGO dipelawa untuk participate. Dalam feedback yang saya terima Tuan Yang di-Pertua mengenai dengan cara kerajaan untuk merancang program dalam Model Ekonomi Baru ini ialah mereka yang telah dijemput untuk participate merasakan bahawa inilah pertama sekali di mana rakyat jelata mendapat peranan. Apabila hasil-hasil melalui lab dan sebagainya ini dihasilkan, mereka merasa puas hati.

Dalam beberapa hari ini, saya telah berjumpa dengan beberapa pihak NGO dan juga pihak-pihak swasta yang telah dijemput untuk sama-sama dalam perbincangan bahawasanya mereka merasakan bahawa this is a caring government di mana rakyat itu dijemput untuk menyusun satu dasar dan sudah tentunya feedback-feedback dan juga cadangan-cadangan, pendapat-pendapat daripada bawah itu adalah satu contribution sehubungan daripada rakyat. Sudah tentu ianya apa juga pendapat-pendapat, cadangan mereka ini adalah mencerminkan masalah sebenarnya, on the ground. Jadi, ini adalah satu bentuk yang begitu baik sekali.

Perkara yang satu ini saya lihat Tuan Yang di-Pertua ialah dalam struktur Model Ekonomi Baru ini ialah penerimaan agak berbeza. Ada yang punyai reservation dan inginkan bahawa mana-mana kumpulan-kumpulan yang masih ketinggalan itu harus diambil kira dan sebagainya. Ada juga yang mengatakan bahawa it should be dengan izin, policy which give equal opportunity to all.

Akan tetapi, keadaan yang sebenarnya masih ada lagi kumpulan-kumpulan bumiputera dan juga kita tidak lupa kumpulan yang miskin di bandar-bandar yang memerlukan affirmative action. Ini harus diambil kira juga. Itu sebabnya saya kira apa yang telah dibentangkan pada kali ini adalah bahagian pertama dan saya kira bahagian kedua itu akan mengambil kira semua pendapat dan mengambil kira keadaan dan sebagainya. Saya kira apabila ianya telah dibaca dan dilihat oleh rakyat, bahawasanya rakyat merasakan bahawa mereka mendapat tempat dan bahagian untuk contribute dalam merumuskan dasar ini.

Saya ingin merujuk kepada beberapa perkara khusus ya Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali ialah mengenai isu bekalan tenaga elektrik di Sabah. Kita tahulah ini menjadi isu yang hangat dan isu tentang second hand agensi yang dihantar di Sabah dan sebagainya.

Akan tetapi, saya ingin menekankan di sini bahawasanya di Sabah ini, sumber biomass kita ini begitu banyak sekali. Kita jangan tumpukan kepada sisa-sisa kelapa sawit sahaja tetapi di Sabah ini, saya membawa report daripada pihak swasta mengatakan bahawa sektor perhutanan di Sabah ini, yang diambil menjadi balak itu adalah pertengahan sahaja dan dikira ada pihak pakar yang mengatakan bahawa the top part and the bottom part of every tree felt as timber. Itu adalah sumber biomass yang begitu banyak sekali.

Mereka berpendapat bahawa apabila ianya diambil dan tap yang lebih cukup untuk menjana elektrik keperluan negeri Sabah terutama sekali tempat-tempat yang tidak mempunyai elektrik. Yang penting ialah pihak Tenaga Nasional haruslah proaktif.

Pada mulanya pihak kementerian agak lambat untuk menerima pendapat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah go for the biomass. Akan tetapi sekarang ini, terima kasihlah kerana Menteri telah turun ke Sabah

final • 5:01 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

dan mempertaruhkan jawatan beliau. Kalau tidak dapat menyelesaikan masalah elektrik tersebut, beliau akan meletak jawatan. It is a brave action.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira memanglah saya terima bahawa kos pengeluaran elektrik daripada biomass ini agak mahal sedikit. Ini ada pihak mengatakan bahawa kos itu ialah lebih kurang RM0.29 sen sedangkan kos elektrik di Sabah ini dalam lingkungan 24 sen. Akan tetapi, dalam usaha untuk memberi kemudahan kepada rakyat, kos itu harus berani kita tanggung. Jadi, saya haraplah kementerian mahu mengambil satu pendirian yang proaktif. Kalau ada cadangan daripada mana-mana pihak, harus diterima dan disiasat dengan teliti sama ada ia viable atau tidak. Jangan berdalih-dalih.

Perkara kedua yang ingin saya sentuh secara ringkas Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan isu pengangkutan awam di Sabah. Di Sabah ini saya berpendapat bahawa dalam usaha kita untuk membangun negara ini, yang penting ialah kita mempunyai a good public transportation system, mobiliti rakyat.

Akan tetapi di Sabah ini, di luar-luar bandar kita ini terpaksa bergantung pada the famous pickup. Pickup yang tidak halal, haram yang selalunya ditangkap oleh JPJ, polis dan sebagainya. Akan tetapi di luar bandar ini, rakyat tidak mempunyai pilihan. Mereka terpaksa menggunakan transport itu. Jadi, saya melihat bahawa Kementerian Pengangkutan baru-baru ini telah membuat satu dasar di mana pickup-pickup yang terpaksa menggunakan permit ini dibenarkan untuk dibuka permit dan mengangkut passenger.

Dalam perkara ini saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua, semasa dahulu semasa kerajaan kolonel British, ada dikatakan yang terkenal disebut sebagai lesen putih. Private vehicle owner dibenarkan untuk memohon lesen putih. Kebaikan ini ialah keselamatan kenderaan itu dapat dipantau oleh kerana mereka ini dibenarkan untuk membawa passenger. Sekarang ini terpaksa mendapat kelulusan daripada JPJ dan sebagainya.

final • 5:01 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Saya mencadangkan bahawa pihak kementerian mengambil kira special situation di Sabah ini. Saya kira di Sarawak pun begitu juga, membenarkan private vehicle owner dibagi satu lesen khas untuk mengangkut sebab ini penting sekali bukan sahaja dari mobiliti rakyat juga tidak kurang penting ialah mengangkut hasil-hasil ke pekan-pekan dan sebagainya. Ini kerana kalau mereka selalu menghadapi masalah penangkapan dan sebagainya, ini akan menghindar mobiliti pengangkutan barang dan sebagainya.

Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan keselamatan dalam negeri. Satu ketika dulu pihak kerajaan Amerika Syarikat telah memberi satu maklumat kepada kerajaan kita bahawasanya perairan Pantai Timur Sabah ini tidak selamat dan kerajaan kita kementerian berkenaan mengatakan tidak, ini selamat. Akan tetapi pada 8hb Februari, satu penculikan berlaku di Tawi-Tawi bahagian Pantai Timur Sabah dan dua orang telah diculik.

Sehingga hari ini, rakyat masih tertanya-tanya sama ada mereka ini berada di Sabah ataupun di negara jiran. Pihak polis mengatakan ya, mereka masih hidup dan masih cuba untuk membawa mereka balik tetapi tiada affirmative information. Ada yang mengatakan bahawa mereka ini diculik di kalangan mereka atas masalah keluarga dan sebagainya, tetapi apa yang kita tahu ialah diculik oleh pihak orang asing dan mereka ini masih berada di negara Filipina dan masih dalam penjagaan oleh pihak-pihak tertentu.

Nama mereka ini ialah Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau dan pihak keluarga masih menunggu di manakah mereka ini sebenarnya.

Rakyat menunggu maklumat daripada kerajaan sama ada mereka ini masih hidup, berada di tanah air perairan Sabah atau di Filipina. Kesan ia Tuan Yang di-Pertua, ekonomi - perusahaan rumpai laut di sebelah Semporna dan sebagainya. Ia terdapat kurang lebih 900 lebih pekerja sebelum kejadian penculikan. Sekarang ini oleh kerana ketakutan, hanya tinggal 50 orang sahaja pekerja di industri rumpai laut. Jadi bukan sahaja tertumpu kepada isu keselamatan tetapi ia mempunyai kesan seterusnya kepada soal ekonomi tempatan.

Jadi kita mintalah pihak Kementerian Dalam Negeri supaya memberi maklumat kepada rakyat di manakah mereka dan siapa yang bertanggungjawab dan sebagainya. Sekarang ini maklumat ini masih samar-samar.

Satu perkara yang akhir Tuan Yang di-Pertua iaitu mengenai dengan peruntukan tambahan RM982 juta kepada Kementerian Luar Bandar. Saya alu-alukan peruntukan ini

final • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

dan saya harap kita semua akui bahawa tahap pembangunan, infrastruktur di Sabah ini masih banyak memerlukan bantuan termasuk juga di Sarawak dan sebagainya. Saya haraplah kementerian dapat memberi perhatian yang lebih kepada keadaan di Sabah ini dan saya tahu bahawa pihak Menteri yang berkenaan ini begitu proaktif dan kita yakin bahawa kita dapat peruntukan setimpalnya.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin respons kepada Yang Berhormat Bandar Kuching tadi mengenai subsidi. Sekali lagi saya berdiri di sini menyokong tindakan Kementerian Pertanian. Saya kira Menteri yang berkenaan seorang Menteri yang proaktif di mana beliau terus menerima kepincangan sistem dahulu dan sekarang ini pindah kepada sistem kupon.

Tadi saudara Yang Berhormat Bandar Kuching mengatakan, menanti-nanti kenapa sistem SUBUR ini belum dilaksanakan. Saya ingat Menteri sudah menerangkan di Dewan ini dan juga di luar bahawasanya ini disebabkan ialah masalah e-Kasih. Masih ramai mereka yang perlu dibantu tidak termasuk dan ini hasil penundaan perlaksanaan SUBUR ini adalah daripada tindakan kementerian berkenaan mengambil kira komen-komen daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya kira beberapa bulan yang lalu, Menteri sudah beri saya kupon di kawasan saya sendiri seluruh Sabah. Tuaran yang pertama sekali mengangkut berkotak-kotak kupon yang bakal di bagi kepada penerima-penerima. Akan tetapi oleh kerana komen daripada kita semua yang diambil kira oleh Menteri, maka tindakan beliau untuk postpone ini supaya mereka yang harus dibantu dapat menerima itu adalah satu tindakan yang paling baik dan bijaksana.

Jadi inilah pandangan bagi saya tindakan kerajaan ini adalah satu tindakan yang kita boleh beri pujian dan saya harap Menteri dan kementerian-kementerian yang lain mengambil approach, pendekatan yang sama. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan mengambil masa yang panjang dan saya akan berusaha bagai air mencari jenisnya, kita terus berusaha mencari jalan-jalan untuk mengatasi pelbagai masalah. Tadi ada tegangan sedikit kerana isu-isu yang dibawa itu memang menimbulkan perasaan, termasuk Yang Berhormat Pasir Salak tidak tahulah sama ada salak masir atau salak pondoh atau apa-apa.

Jadi di sini memang saya tertarik apa yang disebutkan oleh itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Program Transformasi Kerajaan ini. Misalnya Yang Amat Berhormat kata skop GTP itu adalah meluas dan akan merangkumi setiap kementerian dalam kerajaan. Inti pati dan paling penting, ia akan memberi tumpuan ke atas perkara-perkara utama yang amat penting bagi rakyat sejajar dengan konsep rakyat di dahulukan dan juga kerajaan akan membuat perubahan-perubahan penting demi mendatangkan hasil yang besar dan cepat. Ini selaras dengan konsep pencapaian diutamakan dan memastikan setiap warga Malaysia sama ada kaya atau miskin, di bandar dan di kampung, berpelajaran dan kurang berpelajaran, berkuasa dan kurang berkuasa akan menikmati hasil pembangunan negara dan sebagainya.

Memang hujah Yang Amat Berhormat ini adalah betul dan saya berharap semua orang dapat bersama-sama bekerjasama mencapai hasrat ini. Walau bagaimanapun, kalau kita hendak capai hasrat-hasrat ini, kelemahan-kelemahan yang wujud di seluruh negara mesti dikenal pasti dan diatasi. Misalnya dua hari yang lepas, saya mengunjungi satu tapak projek Gelanggang Kereta Radio Antarabangsa. Projek ini bermula dilaksanakan pada awal 2007 di Taman Metro Metropolitan Kepong yang merupakan taman seluas 120 ekar - yang paling besar lagi bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Di suatu sudut, di satu tapak gelanggang dilaksanakan tetapi selepas hampir tiga tahun, selepas membelanjakan RM4.5 juta yang tinggalnya kerangka dan tiang-tiang dan padang sampai pagar pun runtuh dan padang itu ada rumput rampai serta bekas pembiakan nyamuk Aedes. Inilah satu projek terbengkalai dan selepas membelanjakan RM4.5 juta, kita memang yang dapatnya tidak ada yang membina dan bernas, cuma kerangka dan tiang-tiang dan padang rumput rampai sahaja. Ini memang satu kegagalan dalam tempoh sepuluh tahun ini.

final • 5:16 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Mengenai KPI dan NKRA ini - di Kepong memang kalau projek-projek besar kerajaan memang tidak menepati hasrat. Misalnya, pada lapan tahun yang lepas ada MRR2 - persimpangan bertingkat hampir RM300 juta tetapi tiang-tiang itu retak dan kontraktor menghadapi masalah. Itu satu projek.

Kemudian ada projek tebatan banjir di Jinjang, Kepong, lebih RM500 juta.

Kontraktor itu pun menghadapi kesusahan sehingga pihak kerajaan terpaksa melantik kontraktor yang kedua untuk menyelesaikan projek ini dan lewat hampir dua tahun. Ini juga ditambah lagi dengan projek gelanggang kereta radio antarabangsa yang gagal sama sekali. Kalau kita hendak mengadakan projek ini, kita perlu memperuntukkan mungkin lebih daripada RM5 juta lagi untuk menyiapkan projek.

Ini merupakan kegagalan dari segi NKRA dan KPI. Kalau hendak mencapai hasrat yang saya sudah sebutkan tadi daripada Yang Amat Berhormat, susahlah. Kalau kita kira seluruh negara, entahlah tiap-tiap tahun berapa puluh bilion.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Kepong dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta jawapan daripada Yang Berhormat Kepong. Kepong ini satu kawasan yang saya pernah tinggal dahulu, 30 tahun dahulu. Saya tidak tahulah Yang Berhormat pernah tinggal di Kepong - sejak bila pernah tinggal di Kepong ini.

Akan tetapi saya tahu perubahan yang berlaku di Kepong, ibarat bumi dengan langit dari segi jalan rayanya, perindustriannya, perumahannya, [Disampuk] mall nya, macam-macam. Kalau dibandingkan kemajuan ini, sesetengah tempat, negara luar pun tidak ada maju seperti ini, seperti Kepong. Ini bukan dilaksanakan oleh kerajaan mana- mana melainkan kerajaan Barisan Nasional. [Tepuk]

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Belum habis lagi. Sebentar.

Beri chance lah. Jadi, bagaimana Yang Berhormat boleh meragui kemampuan kerajaan kalau sudah terbukti, nyata, depan mata kecuali kalau kita buta mata atau buta perut. Kita tidak nampak semua ini beza Kuala Lumpur dengan dahulu, Kepong dengan dahulu. Kes satu-satu bangunan itu ini, saya setuju. Akan tetapi ini orang kata satu kes, case by case, you ada problem bawa, buat aduan. Buat laporan supaya ia diperbaiki.

Akan tetapi untuk mengatakan kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Model Ekonomi Baru itu tidak mungkin akan berjaya, ini saya rasa tidak adil kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Harap dapat penjelasan terutamanya pembangunan di Kepong.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang itu saya tidak tahu ini salak hutan atau salak biasa. Orang yang menyalak biasanya jarang-jarang bernas.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat kalau hendak menjawab, jawablah betul-betul.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang patut begitu.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak perlulah bercakap seperti budak-budak. Apa ini? Apa yang tidak bernas? You let me know, dengan izin.

Bahagian mana yang tidak bernas?

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, ini Dewan Rakyat. Walaupun Yang Berhormat Kepong sudah lama tetapi kata-kata beliau janganlah seperti orang kata kebudak-budakan. Let’s talk facts.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Come.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You tidak setuju, you kata tidak bernas yang mana? No, no, beritahu yang bernas dan tidak bernas itu yang mana.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang tidak bernas.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apakah pembangunan di Kepong itu tidak bernas?

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tunggulah. Ini floor saya.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Floor? Akan tetapi saya ada hak untuk mencelah.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bagaimana hendak bernas?

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tadi beri mencelah.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak mengikut peraturan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, biarkan Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Pasir Salak tidak mengikut peraturan langsung. [Disampuk]

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat sudah beri jalan. Saya mencelah. Yang Berhormat cuba menjawab.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak mengikut peraturan langsung.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Akan tetapi jawapan itu kebudak-budakan. It is a stupid answer!

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang – tidak mengapa saya hendak menjawab juga.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

It is unbecoming of you as a veteran Member of Parliament.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tunggulah.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You are a very stupid Member of Parliament. [Dewan riuh] Not worth to be a Member of Parliament!

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia mesti tarik balik.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You go back to Kepong!

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia mesti tarik balik.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa dia? Memang seperti itu.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Peraturan mesyuarat.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Mesti tarik balik.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak, tidak boleh panggil Yang Berhormat Kepong stupid Member of Parliament.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Memang dia jawab kata tidak bernas.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa yang tidak bernas? Let me know.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Akan tetapi jangan menggunakan perkataan ‘bodoh’ untuk merujuk kepada seseorang. Tidak boleh Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia tidak ‘bodoh’?

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak. Tidak boleh menggunakan perkataan ‘bodoh’.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey. Baiklah. Tarik balik.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Minta tarik balik.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak berapa cerdik.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia sudah tarik balik Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey, tarik balik. Tidak berapa cerdik.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya hendak menjawab. Dia tidak mengikut peraturan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat Kepong.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jawapan saya itu semua...[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hidupkan mikrofon Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang disebutkan itu bangunan cantik dan sebagainya kebanyakan itu dibina oleh pihak swasta. Itu jawapan saya. Yang Berhormat Putrajaya pun tahu.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Swasta, Tuan Yang di- Pertua...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat Kepong?

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya pun cakap...

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Negara ini ditadbir oleh kerajaan bukan ditadbir oleh swasta.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia...Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya, jalan raya siapakah yang buat? Kalau tidak ada jalan boleh bina hotel, perumahan?

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat Kepong? Yang Berhormat Kepong tidak beri jalan, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Kepong lain kali jangan guna jalan itu. [Ketawa]

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jadi, pihak projek-projek kerajaan lebih satu bilion.

Lewat, terbengkalai. Ini pemborosan. Itu Yang Berhormat Pasir Salak dia kata pemborosan itu boleh diterima.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Adakah dia cakap seperti itu, Yang Berhormat?

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bila cakap? Tarik balik.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak boleh terima.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

No. No. Saya tidak cakap! Itu satu tuduhan liar. Tarik balik.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak boleh terima langsung.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menyelewengkan Dewan.

Bagaimana ini? Tidak bernas langsung. [Ketawa]

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jadi, itulah salak hutan seperti ini. [Dewan riuh] Saya berharaplah kelemahan-kelemahan ini dapat diambil kira supaya kita boleh mengelakkan. Kalau di Kepong, projek lebih satu bilion hasilnya begitu boros, bayangkan seluruh negara termasuk Pasir Salak, apakah pemborosan itu berpuluh bilion ringgit. Kalau gunakan wang ini untuk menolong orang miskin, berapa orang boleh ditolong? Inilah...

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jadi, saya tidak beri floor kerana kita dibenarkan hanya 15 minit sahaja.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ya.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Seterusnya, mengenai keselamatan negara kita. Di sini memang pada bulan Mac ini pihak Kementerian Dalam Negeri ada sebutkan bahawa Polis Diraja Malaysia sudah dapat menurunkan indeks jenayah. Misalnya, penurunan indeks jenayah di seluruh negara sebanyak 13.2% sepanjang dua tahun pertama tahun ini yang dilihat mampu mencapai sasaran penurunan sebanyak 20% dalam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memberi peringatan kepada pihak PDRM bahawa bukan sahaja angka penurunan indeks jenayah bahkan juga kita mesti mengenal pasti apakah jenis jenayah sama ada ragut itu diturunkan, sama ada rompak itu diturunkan, sama ada pencurian itu diturunkan dan sebagainya.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Mesti kita melihat daripada segi jenis jenayah. Jenis jenayah itu penting dan saya berharap dapat kita mengadakan rondaan yang lebih banyak, rondaan, pondok bergerak.

Ini memang satu perkara-perkara yang boleh dibuat oleh pihak polis cuma di dalam hal ini, saya nampak yang pihak polis pun ada menyertai, misalnya seramai 20,000 anggota polis yang terbabit dalam tugasan lapangan untuk NKRA. Memang ini memang satu angka yang tidak mencukupi.

Kalau 20,000 anggota polis sahaja yang menyertai NKRA, ini bermakna pihak polis dengan rondaan dan sebagainya memang tidak cukup di seluruh negara. Saya berharap ini dapat diambil perhatian oleh pihak PDRM supaya kita boleh tambahkan anggota. Sekarang kita ada mempunyai lebih daripada 92,000 anggota polis dan dengan demikian saya berharap pihak anggota polis boleh tambahkan lebih kepada 20,000 anggota menyertai NKRA supaya kita boleh bersama-sama mengurangkan insiden jenayah. Bukan sahaja daripada segi indeks yang disebutkan itu bahkan juga jenis jenayah yang dihadapi oleh rakyat dan kalau kita boleh tambahkan rondaan, tambahkan pondok polis bergerak di seluruh negara...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, gulung Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya, saya nak gulung selepas ini. Di seluruh negara dan kita akan dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah jenayah di negara ini dan; “Kalau padi katakan padi, jangan kami bertampi-tampi.

Kalau jadi katakan jadi, jangan kami ternanti-nanti “ [Dewan riuh] Itu dituju kepada pihak Yang Berhormat Pasir Salak kerana putar belit yang sangat. Itulah dan itu sahaja yang saya berharap dan juga dengan mengakhiri bahawa kita berharaplah dengan New Economic Model ini, dengan 1Malaysia dan sebagainya saya berharaplah semua dapat menghayati nilai-nilai murni dan bersifat sifat mahmudah. Sifat- sifat mahmudah ini berikhlas, keazaman, amanah, tekun, cepat. Ikhlas itu yang penting dan mesti menjauhi seperti Yang Berhormat Pasir Salak, dia mesti menjauhi daripada sifat-sifat mazmumah.

final • 5:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Three fingers is pointing at you Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Termasuk sifat takbur, sifat riak, sifat bangga diri.

Sekian. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan selamat petang. Saya mohon bersama-sama untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kedua bagi 2009 dan juga Anggaran Tambahan Pertama bagi 2010 daripada segi belanja pengurusan dan juga belanja pembangunan. Pertamanya, saya nak mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah dapat mengeluarkan satu ringkasan eksekutif mengenai dengan Model Ekonomi Baru dan kalau kita lihat ada empat tonggak yang diperkenalkan itu.

Yang pertama sekali ialah 1Malaysia iaitu ‘Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan’ dan yang kedua, Program Transformasi Kerajaan dan seterusnya Program Transformasi Ekonomi dan tonggak yang terakhirnya ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan disambung kelak dengan mungkin Rancangan Malaysia Kesebelas yang mana sampai kepada Wawasan 2020. Kalau kita lihat daripada segi pendekatan yang diambil oleh Model Ekonomi Baru ini, kita lihat yang pertama sekali dia melihat kepada pertumbuhan melalui produktiviti. Jadi, dengan cara ini kita melihat tumpuan diberi kepada proses inovasi dan teknologi terkini. Ini sudah tentulah seperti Yang Berhormat Kepong kata tadi banyak bangunan dibuat oleh swasta dan memanglah kita hendak sokongan daripada pelaburan swasta itu kepada kerajaan agar peningkatan ekonomi ataupun proses ekonomi berjalan dengan rancak.

Kerana tanpa bantuan swasta, kerajaan tidak dapat atau tidak mampu untuk menggerakkan ekonomi bagi negara ini dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi itu bagi kemakmuran bersama. Jadi sebab itulah bagi saya, pendekatan daripada segi melihat pertumbuhan melalui produktiviti ini sangat bagus dan pada masa yang sama kita melihat kepada bakat yang ada atau paras bakat yang ada pada seseorang individu atau satu kumpulan dalam melaksanakan berbagai-bagai inovasi untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang tinggi kualitinya. Itu sangat penting. Jadi, kalau kita nak maju terus ke depan, kita kena melihat ke arah itu dan kalau kita melihat pendekatan yang kedua yang digunakan dalam Model Ekonomi Baru ini ialah seperti yang dikatakan tadi pertumbuhan berpandukan kepada sektor swasta.

Jadi dengan cara ini kita menggalakkan persaingan dan merentasi sektor untuk memulihkan semula pelaburan swasta dan juga pasaran-pasaran yang lain. Ini pun bagi saya merupakan satu tanda yang sihat kerana kerajaan menyokong apa sahaja yang dibuat. Kerajaan sebagai penyokong dan kerjasama dengan sektor swasta ini perlu ada di peringkat rakyat dan sebagainya. Makna rakyat menyokong apa sahaja usaha yang dibuat oleh kerajaan dan kalau kita lihat yang ketiga ialah kita nak memperkasakan atau memberi autonomi kepada pihak tempatan ataupun kerajaan tempatan dan juga negeri dalam nak membuat pertumbuhan ataupun membuat keputusan dan sentiasa menyokong kerana kadang-kadang keputusan-keputusan dibuat di peringkat Persekutuan atau Federal tetapi ada kalanya tidak disambut oleh peringkat tempatan atau peringkat negeri.

Sebagai contohnya, kadang-kadang peruntukan telah diberi untuk membangunkan sesuatu tetapi tanahnya sukar diperolehi ataupun proses untuk mengambil balik tanah menjadi terlalu lambat sehingga projek-projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan itu akhirnya tidak sampai kepada tahap yang kita kehendaki. Kalau kita lihat aktiviti-aktiviti yang keempatnya dia kata aktiviti ekonomi berasaskan kelompok dan koridor. Jadi ini kerana setiap koridor itu ada niche area masing-masing dengan izin. Jadi dengan cara ini kita dapat membangunkan sesuatu kawasan itu berdasarkan kepada keperluan tempatan dan juga apakah yang istimewa bagi sesuatu tempat. Sebagai contohnya, kalau Cameron Highlands sekarang ini telah daripada membekalkan sayur-sayuran kalau kita tengok sekarang telah beralih kepada membekalkan bunga-bunga dan sebagainya.

Sebab itu kalau kita lihat di Cameron Highlands, kawasan di sebelah kawasan Parlimen saya, malam terang benderang kerana mereka nak mempercepatkan proses pertumbuhan bunga itu. Ini merupakan satu kreativiti dan kerajaan rasa saya melalui pewujudan kelompok dan sebagainya, koridor ini dia dapat menyediakan perkhidmatan sokongan yang lebih baik ke aras itu.

final • 5:34 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Kalau kita lihat yang kelima, ia mengatakan dalam industri dan firma yang berkemampuan teknologi. Ini sudah pasti kerana kita banyak sekarang ini para lepasan IPTA yang berkelulusan dalam pelbagai bidang teknologi dan mereka ini boleh diberi ataupun mengambil peluang dalam usaha kerajaan ini agar segala inovasi dan kreativiti

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

dapat dilaksanakan. Kalau kita lihat yang keenam, pendekatan baru mengatakan berorientasikan Asia dan Asia Barat kerana fokus sekarang kalau kita lihat pertumbuhan ekonomi dunia sekarang ini kalau dahulu kita mengarah kepada Eropah dan Amerika tetapi sekarang ini kita lihat gergasi-gergasi yang bangun adalah di kawasan Asia sendiri dan juga di Asia Barat. Akhirnya yang ketujuh kalau kita lihat pendekatannya ialah memelihara dan menarik golongan profesional mahir. Di samping kita menarik kumpulan profesional yang datang daripada luar, kita juga harus mewujudkan profesional atau membangunkan profesional yang mahir dari dalam negeri kita sendiri. Itu harapan saya.

Seterusnya kalau kita melihat kesemua ini, tonggaknya adalah datang daripada Parlimen ini sendiri, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat Parlimen kita ini sekarang telah menjadi terlalu kecil berbanding dengan semasa didirikan mungkin 50 tahun yang lalu. Jadi menyebabkan sekarang ini ruang untuk Ahli-ahli Parlimen dan juga pengunjung-pengunjung sekarang ini sudah menjadi terlalu sempit.

final • 5:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Okey, sila.

final • 5:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Lipis menyebut tentang di samping kita menggalakkan pakar-pakar ataupun profesional daripada luar negara untuk membantu kita di dalam mengangkat kedudukan kita dalam teknologi khususnya, apa komen Yang Berhormat tentang kedudukan strategik, posisi-posisi yang strategik di dalam negara kita di mana sesetengah daripada syarikat-syarikat gergasi kerajaan yang meletakkan pakar-pakar luar di kedudukan strategik yang mungkin sekuritinya ataupun jaminan keselamatannya amat tinggi di mana kita boleh mempertikaikan pakar-pakar luar ini dari segi patriotismenya kepada negara kita?

Kemungkinan kebocoran maklumat daripada clearance house dan sebagainya. Sebagai contoh, syarikat Telekom Malaysia yang meletakkan Ketua Pengarah Teknologinya dari orang luar yang berbangsa Itali. Jadi apa komen Yang Berhormat tentang perkara ini?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat dari Tangga Batu. Bagi saya seberapa boleh walau apa syarikat pun dalam negara ini sama ada yang berkaitan dengan kerajaan ataupun swasta dan sebagainya, seberapa boleh kita gunakanlah kepakaran dan kemahiran yang ada di dalam negara kita. Saya rasa sudah banyak sebenarnya kita belanjakan untuk membina kepandaian, kemahiran dan kepakaran yang ada dalam negara kita. Kenapa kita masih lagi bergantung kepada orang luar?

Bergantung kepada Yang Berhormat Kepong? Yang Berhormat Kepong sudah terkepung sudah di situ. Yang Berhormat Pokok Sena pun sudah tergantung pada pokok. [Ketawa] Jadi apa yang kita harapkan, saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat dari Tangga Batu itu, kalau boleh kita gunakan kepakaran yang kita ada. Kadang-kadang kita sedih kerana ada pakar-pakar kita yang terpaksa mencari kerja di luar negara semata- mata kerana mereka mungkin tidak dipedulikan oleh syarikat-syarikat dalam negara kita sendiri. Jadi sebab itu bagi saya sebagai seorang yang patriotik, kita kena berusaha memastikan kepakaran dalaman digunakan kecualilah sudah tidak ada. Kalau tidak ada itu tidak ada pilihanlah.

Jadi kalau kita lihat dari segi perbekalan tadi – saya berbalik kepada Parlimen ini.

Saya dengar ada ura-ura hendak membaik pulih lagi Parlimen yang sedia ada ini. Lepas baik pulih kita baik pulih. Lepas baik pulih kita baik pulih. Ya lah bangunan sudah lama.

Ketuk sana bocor di sini, ketuk di sini runtuh di sana. Jadi kenapa kita tidak bina satu bangunan Parlimen yang baru yang saya rasa kosnya mungkin lebih murah daripada membaik pulih Parlimen yang ada itu. Buat satu Parlimen yang baru sebab kalau kita tengok di Australia pun di Canberra, dia ada bangunan Parlimen yang lama dan ada pula satu wing bangunan Parlimen yang baru yang rasanya lebih selesa dan sebagainya. Sebab kita sekarang memang hendak mencari ruang tempat duduk pun tak ada. Kadang-kadang berebut dengan pengunjung. Kadang-kadang kena berdiri dahulu tengok ada kerusi kosong baru kita dapat duduk dan sebagainya. Macam mana Yang Berhormat Arau? Setuju dengan saya? Pasal saya tengok Yang Berhormat Arau ternganga sahaja mendengar.

Jadi saya percaya kerana setelah hampir selama 53 tahun sebenarnya Kerajaan Barisan Nasional mengurus dan mentadbir negara dan sampai hari ini kita tengok mereka telah dapat meletakkan struktur dan asas ekonomi yang kukuh. Sebab itulah kalau kita lihat Model Ekonomi Baru ini saya pasti adalah kesinambungan daripada model atau dasar-

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

dasar ekonomi yang telah lalu dan ia terus bergerak menuju kepada sebuah negara dalam acuan sendiri dan dengan cara itu kita terus menghasilkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi yang memberangsangkan. Justeru itu, tidak hairanlah bagi saya laporan Doing Business Bank terbitan Bank Dunia dan Perdagangan Kewangan Antarabangsa (IFC) pernah melaporkan Malaysia adalah 25 ekonomi paling mesra perniagaan di dunia dan negara juga berada di kedudukan 24 daripada 78 ekonomi yang selesa untuk perniagaan.

Tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh orang di sebelah sana. Kumpulan di sebelah sana kumpulan pembangkang yang seolah-olah...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ada satu minit lebih ya.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Seminit lebih lagi?

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Okey. Saya tidak beri sudah lepas ini siapa hendak mencelah. Di sebelah sana seolah-olah pemimpin kerajaan sedang cuba meranapkan ekonomi dengan berbagai-bagai teori, dengan berbagai-bagai retorik dan sebagainya yang kadang-kadang kita rasa tidak masuk akal apa yang mereka cakapkan itu.

Jadi kalau kita lihat bagi Kementerian Dalam Negeri pula, yang mana saya lihat pembangkang sebelah sana telah menekankan kerahsiaan negara, pengintipan agensi risikan, ketirisan maklumat negara serta ketidakupayaan agensi keselamatan negara yang seolah-olah negara Malaysia ini telah dijual kepada negara asing ataupun Malaysia ini dijadikan hab transit pengganas untuk melancarkan serangan terhadap mana-mana negara. Jadi berdasarkan kepada akal logik dan waras, saya fikir sebelah pembangkang inilah yang tidak waras dan tidak logik mengatakan begitu. Mana ada pemimpin dalam mana-mana negara sekalipun yang mahukan negaranya porak-peranda, jenayah berleluasa, negara diambang peperangan dan bergolak serta hendak menjual negara kepada pihak musuh.

Kalau ini semua berlaku kita tidak akan berada sebenarnya dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Yang di sebelah sana pun tidak ada tetapi oleh kerana kita tidak aman hendak ke mari kita terpaksa berdepan dengan demonstrasi, reformasi, porak-peranda di luar pagar tetapi nampaknya tidak ada. Setiap hari kita datang ke Parlimen dengan aman damai, dengan cara yang baik dan tidak ada masalah. Jadi ini dapat kita lihat kalau kita lihat negara jiran kita sendiri hari-hari berdemonstrasi. Rasanya tidak ada kerja lain sudah yang dia buat. Tiap-tiap hari sampai sekarang boleh kita lihat. Saya rasa yang sebelah sana pun dapat melihat. Jadi kalau kita lihat pun Ketua Pembangkang pun tidak habis-habis melemparkan tuduhan yang meliar walaupun kononnya mempunyai fakta tetapi tidak dapat dibuktikan secara nyata.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Saya ingin bertanya apakah dengan tindak tanduk pembangkang dengan kerjasama pihak-pihak luar itu boleh dianggap sesuatu yang suci dan murni.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi, sebagai akhirnya saya ingin atau mengharapkan pada pihak kerajaan terus membuat pembangunan yang ada dan kita berharap dengan Model Ekonomi Baru yang ada ini, kita akan terus maju ke hadapan dan negara kita sentiasa menjadi sebuah kerajaan yang sangat mesra perniagaan kepada negara-negara lain. Sekian, saya menyokong.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk turut membahaskan bajet tambahan di peringkat dasar ini.

Ada beberapa perkara yang mungkin sempat disentuh dalam masa yang begitu terbatas ini iaitu pertama sekali saya ingin menyentuh mengenai dengan keciciran kanak- kanak sekolah ini. Tadi, pada sesi soal jawab tadi, ada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tentang keciciran berpunca daripada tidak adanya dokumen-

final • 5:50 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

dokumen yang berkaitan. Soalnya sekarang ialah keciciran ini bukan sahaja masalah dokumen tetapi juga terdapat keciciran ini berlaku di kalangan anak-anak yang pendapatan ibu bapanya atau pun di kalangan anak-anak miskin.

Saya mewakili kawasan saya ini untuk menyuarakan bahawa di kawasan-kawasan saya di Baling dan boleh jadi juga di kawasan-kawasan lain keciciran berlaku disebabkan mak bapa tidak mampu untuk menanggung beban persekolahan. Ada yang sampai ke tahap dua, tahap tiga sekolah rendah terpaksa diberhentikan. Saya rasa kalau sudah pihak kerajaan mampu untuk menyediakan anugerah-anugerah yang tertentu sampai baru-baru ini Anugerah Sukan All England kita dapat sediakan.

Saya tidaklah untuk hendak melahirkan rasa setuju atau tidak setuju dalam hal ini tetapi dalam kita menyediakan anugerah-anugerah yang seumpama ini tetapi di hadapan kita juga ada perkara yang auwaliyat atau yang lebih diutamakan iaitu tentang pendidikan terhadap anak-anak seperti ini.

Begitu juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh di mana kalau tidak silap saya pada 14 Januari 2010 Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada melancarkan kempen 1Malaysia di London dan memperuntukkan sejumlah RM10.8 juta mempromosikan makanan Malaysia.

Saya ingin menyentuh dalam kesempatan ini apakah kita atau pihak-pihak yang lebih berkenaan dan bertanggungjawab cuba mengambil peluang untuk mengetengahkan industri halal hub ini di peringkat antarabangsa. Kalau di awal pembentangan Bajet 2010 dahulu, kita dimaklumkan kalau sekiranya halal hub ini diberi fungsi yang sebenar di peringkat antarabangsa akan menjanakan tidak kurang daripada RM1.22 trillion, kalau tidak silap saya.

Jadi, dalam kesempatan ini kita rasakan peluang halal hub ini perlu dipertingkatkan lagi lebih-lebih lagi memperkenalkan dan kita berkempen inilah sebenarnya makanan orang-orang Malaysia.

final • 5:50 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Sedikit sahaja.

final • 5:50 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling. Kita mengetahui bahawa keyakinan masyarakat Islam di seluruh dunia tentang halal Malaysia adalah begitu tinggi. Saya difahamkan sampai ada sebuah syarikat di Bangkok bernama Saha Farms yang menguasai industri penternakan di Thailand menggunakan halal hub kita untuk mendapatkan sijil halal bagi memasarkan daging ke negara-negara di timur tengah.

Jadi, kenapa tidak diambil kesempatan atas keyakinan logo halal yang dimiliki oleh kerajaan setakat ini? Apa pandangan Yang Berhormat Baling?

final • 5:50 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau. Kita tidak nafikan bahawa kita mempunyai maklumat-maklumat bahawa peranan halal hub yang dimainkan telah begitu meyakinkan ataupun mendapat keyakinan terutama sekali daripada negara-negara luar sebagaimana yang telah disebut tadi di Thailand.

Kalau ini kita ambil kesempatan, saya rasa ialah dalam konteks kita di Malaysia ini, inilah salah satu daripada ruang dapat kita menjanakan untuk memperkukuhkan ekonomi terutama kepada umat Islam itu sendiri. Jadi, saya setuju dengan Yang Berhormat Arau ini walaupun tidak sama. Saya tidak cakap sebelah sana, sebelah sini. Akan tetapi memanglah dia sebelah sana, saya sebelah sini tetapi dalam konteks bab halal haram ini dia tidak kira sana sini, semua sapu.

Kedua, dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua kita nampak sektor pertanian dan juga perikanan dan sebagainya di tempat kita sendiri masih terkebelakang. Kita tidak cuba memperlihatkan suatu penjanaan yang lebih perkasa, yang lebih kukuh, yang lebih kuat. Ini kerana di kawasan-kawasan pertanian seperti mana Baling, Sik, Padang Terap dan sebagainya di Kedah kawasan ini kawasan pertanian. Jadi perindustrian pun ketinggalan.

Pertanian pun ketinggalan. Rakyat dan masyarakat di kawasan-kawasan yang macam ini pertumbuhan ekonomi mereka daripada dahulu sampai sekarang serupa. Macam mana kita hendak janakan makanan dan pemakanan kalau kawasan-kawasan pertanian yang boleh dipertingkatkan mempunyai potensi yang begitu baik.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Kita tidak membekalkan atau kita tidak menjuruskan ini sebagai suatu yang agak lebih serius, yang lebih kemas lagi. Jadi, saya cadangkan supaya sektor pertanian ini dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi dalam suasana Malaysia dengan kempen makanan Malaysia ini sendiri. Hasil pertanian tempat kita pun sebenarnya tidak mencukupi dan kita mempunyai data-data khusus bahawa kita perlu import banyak bekalan-bekalan makanan hasil pertanian daripada luar. Dalam Islam sendiri sebenarnya pertanian ini lebih diutamakan daripada perindustrian yang lain kerana kalau yang lain di perkasa, rakyat ada duit tetapi makanan tidak ada. Berbanding dengan makanan ada, kalau rakyat tidak ada duit pun makanan ada, dia tidak lapar. Inilah dari segi apa yang dibawa oleh Islam.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga walaupun banyak bajet dipotong, di peringkat sekolah di potong sehingga sesiapa anak-anak yang duduk di asrama penuh masih hendak duduk di asrama hari Jumaat, hari Sabtu, atau pun hari Sabtu, hari Ahad mereka kena bayar sendiri. Ada sekolah-sekolah asrama penuh dan sekolah- sekolah yang tertentu yang dikenakan bayaran. Maknanya kena cari sendiri, urus sendiri untuk hendak bayar api, hendak bayar air dan sebagainya. Akan tetapi yang saya sedih juga, turut menjadi mangsa ialah ini mewakili imam 2, imam 3, imam 1 di seluruh negara ini.

Peruntukan mereka pun bukan banyak sangat. RM450 sebulan tetapi di tangguhkan bayaran elaun. RM450 sebulan pun kena tangguh kah? Jadi, inilah yang susah kita hendak bercakap bahawa keprihatinan dan tanggungjawab kita tadi. Kalau RM450 sebulan, elaun-elaun imam 1, 2, 3 di bawah JAKIM seluruh negara ini pun kita kena tangguh. Kononnya kerana JAKIM juga menerima pemotongan peruntukan ini. Jadi, saya rasa tidak wajar sangat kepada peringkat RM450 ini. RM450 ini tergolong dalam golongan miskin tegar, pun kena tangguh.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Saya ingat dalam kesempatan ini kita kena lihat balik dan kita kaji balik.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melahirkan rasa keadaan di mana sesi penggal ketiga ini, Dewan kita ini nampaknya banyak sangat timbul benda-benda kaum dan bangsa. Memang siapa hendak nafikan bangsa? Ada berbagai-bagai bangsa. Habis kalau Melayu bangun bercakap bab Melayu dia, kalau Cina bangun bercakap bab Cina, kalau India bangun bercakap bab India, tidak baiklah pula nasib Orang Asli pasal tidak ada wakil Orang Asli dekat sini.

Sampai bila kita hendak bercakap dari segi bangsa? Bukan bermakna kita tidak iktiraf bangsa. Memang kita dijadikan berbangsa. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ini Al-Quran. Siapa boleh menafikan bangsa? Namun Allah tidak minta dengan bangsa itu kita jadikan sebagai perkauman terutama sekali kepada orang Islam. Saya tidak kira sama ada parti siapa ini. Ini bukan bercakap masalah bab parti. Jadi, kalau kita bangun di sini untuk bercakap bab perkauman, apa makna kita jadi wakil rakyat? Kalau kita bangun di sini untuk bercakap bab perkauman, biarlah dalam pilihan raya kita kempen kaum kita sahaja undi kita. Kaum lain jangan undi kita. Biarlah kalau ‘haq’ yang cakap bab perkauman dok cakap Melayu-Melayu, Melayu sahaja undi dia. Yang Cina jangan pilih dia, yang India jangan pilih dia.

Ini konon jadi wakil rakyat. Cakap sini bercakap hanya mewakili bangsa. Kita kena ingat hujung ayat al-Quran tadi [Membaca sepotong ayat al-Quran] itu, Allah letakkan supaya kita saling kenal mengenal. Yang duduk dalam Dewan ini ada India, ada Cina, ada Melayu dan wallahualam mungkin ada bangsa lain. Fizikal nampak serupa tetapi agungnya Allah ialah boleh bercakap dengan berbagai-bagai bahasa, budaya berbeza, suasana kedudukan berbeza. Ini keagungan Allah. Sebab itu akhir ayat itu, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. “Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa”. Bukan masalah orang yang paling hebat di sisi Allah kerana Melayunya, kerana Cinanya, kerana Indianya.

Saya rasa suatu perkara yang mahu tidak mahu kita telah pun melanggar kedudukan-kedudukan ini. Bukan setakat dari segi Perlembagaan tetapi fitrah nature kita.

Kita hendak pergi ke mana kalau kita perjuangkan bangsa di Malaysia? Jangan kita cuba menempah suasana. Pagi tadi anak-anak kita di barisan belakang itu tadi datang untuk melihat, untuk expose mereka apa suasana yang berlaku di Dewan. Tiba-tiba ada wakil- wakil kita yang bercakap masalah bangsa. Kita jangan cuba pupuk mereka untuk rasa

final • 6:00 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

perkauman kerana akhir sudahnya malapetaka akan berlaku dalam negara ini kalau semua bangun di atas sifat sentimen perkauman.

final • 6:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Minta maaf kot Yang Berhormat Pasir Salak. Ada masa sikit.

final • 6:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sikit saja. Sikit. Pertama saya hendak tanya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Jangan panjang sangat.

final • 6:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak ada. Sikit sahaja.

Pertama, saya hendak tanya. Yang bertakwa ini siapa? Orang yang macam mana yang bertakwa. Satu. Keduanya, Yang Berhormat cakap secara umum. Tidak adil kerana itu mewujudkan spekulasi. Dari Islam tidak betul itu. Mengundang fitnah. Mengundang fitnah.

So, daripada sebab itu, untuk mengelakkan daripada fitnah, Yang Berhormat kena khusus siapa dia yang bercakap perkauman dan juga yang tidak perkauman?

final • 6:00 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Tidak apalah. Okey, terima kasih. Kalau saya hendak jawab bab takwa ini, 15 minit masa tidak cukup.

final • 6:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 6:00 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak ikut kuliah sayalah dekat Kuala Lumpur. [Tepuk] Jadi saya rasa umum tidak umum pun, siapa yang makan cili dialah yang pedas.

final • 6:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Cili padi! Cili padi!

final • 6:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu tidak mengikut Islam, itu, tok imam.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Jadi begitu juga kita agak nampak macam keterlaluan. Bagi yang memperjuangkan gender, lelaki wanita, lelaki wanita, kita kena akur kedudukan ini. Ada tempat untuk lelaki dan ada tempat untuk wanita.

Kadang-kadang kita bercakap masalah gender, kita bercakap masalah lelaki wanita seolah- olah kita tidak menghormati lagi fitrah itu. Tempat-tempat itu walau apa pun, kita hendak memperjuangkan kedudukan orang lelaki, kita hendak perjuangkan kedudukan orang wanita, mesti di atas tempat-tempatnya yang sememang dalam konteks Islam yang diciptakan oleh Allah.

Al-Quran sendiri kalau hendak kira dari sudut itu, al-Quran ada Surah An-Nisa’. Dia tidak ada Surah Al-Rijal. Tidak tahulah kalau Yang Berhormat Pasir Salak jumpa. Ada Surah An -Nisa’. Surat makna nama An-Nisa’, wanita. Tidak ada surah untuk lelaki. Minta maaf Yang Berhormat Pasir Salak. Jadi bukan bermakna al-Quran itu sendiri meletakkan dari segi dasarnya ialah gender. Jadi saya rasa agak banyak kita memanfaatkan masa Dewan ini untuk kepentingan yang boleh kita bawa lebih jauh kepada negara kita ini sendiri, rakyat dan masyarakat kita dalam menghadapi kemajuan dan pembangunan rohani dan jasmani ini dari sudut masa hadapan. Ke depan lagi dengan kita habis masa duduk bercakap bab masalah Melayu, duduk bercakap bab masalah... [Disampuk]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa, masa Yang Berhormat Ustaz pun dekat hendak habis pun sebenarnya.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Satu minit tidak boleh Tuan Yang di-Pertua ya? Satu minit bagi hendak gulung.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Oleh kerana perbahasan-perbahasan lepas, Ustaz tidak bercakap, saya bagilah satu minit itu.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Jadi saya sebagai menggulung menghormati Tuan Yang di-Pertua, apa yang sempat saya timbulkan ini saya rasa mudah-mudahan bukanlah hendak mengajar itik berenang terutama sekali tetapi untuk menjemput keprihatinan kita, tanggungjawab kita dan juga orang kata kedewasaan kita ini lebih terserlah sebagai pemimpin masyarakat. Wallahualam. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun ingin memperingatkan jugalah. Perjuangkanlah apa

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

sahaja yang patut diperjuangkan. Namun gunalah perkataan yang elok, yang manis. Kalau pedas rasa perasaan sendiri, pedaslah juga pada orang lain. Yang Berhormat Jempol.

final • 6:00 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pertama, saya ingin menyentuh tentang B.41 - Kementerian Pelajaran. Ada disentuh tentang pertambahan bajet ini berkaitan dengan latihan. Saya ingin menekankan tentang keperluan latihan kerjaya di kalangan pelajar-pelajar sekolah kita. Hari ini kita dapat melihat bagaimana lemah sekali pengetahuan am dan juga dorongan tentang potensi masa depan para pelajar kita yang boleh dikuasai oleh pelajar-pelajar kita sama ada di peringkat sekolah menengah ataupun di mana-mana peringkat sekalipun lebih-lebih lagi yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti STPM dan SPM, di mana kita perlu memberikan latihan kerjaya yang cukup.

Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya bidang kerjaya sekolah ini akan dapat diperkasakan dengan memperuntukkan sebahagian daripada kewangan ini bagi membolehkan guru-guru kerjaya di sekolah boleh mengadakan program-program yang boleh melibatkan keseluruhan pelajar kita.

Yang kedua, berkaitan dengan peruntukan ini juga. Berkaitan dengan peruntukan peralatan sekolah. Saya cuba menyarankan supaya sebahagian daripada peruntukan ini dapat kita berikan kepada sekolah bagi mewujudkan radio sekolah. Kalau sekiranya peralatan ini dapat kita perkukuhkan, tiap-tiap sekolah mempunyai radio dia sendiri, pelajar- pelajar kita boleh berlatih menggunakan radio sekolah ini bagi meningkatkan kemahiran mereka. Selain daripada itu, maklumat, didikan, bimbingan dan juga teguran-teguran berkaitan dengan perkara-perkara yang boleh kita mendidik anak-anak sekolah boleh disampaikan di peringkat sekolah secara menyeluruh terutama sekali di waktu rehat dan juga di waktu sebelum pelajar-pelajar kita masuk ke bilik darjah. Begitu juga setelah tamat waktu persekolahan.

final • 6:08 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Tahniah kepada kerajaan kerana telah menyiapkan bangunan-bangunan IT yang cantik. Namun begitu, hari ini terdapat sebahagian sekolah di luar bandar yang tidak dapat memenuhi keperluan bilik-bilik komputer ini dengan baik dan saya berharap sebahagian dari peruntukan ini akan dapat digunakan untuk melengkapkan komputer di sekolah- sekolah luar bandar, sekolah-sekolah mempunyai murid yang kurang serta sekolah- sekolah yang kurang berkemampuan supaya dapat kita membekalkan mereka dengan komputer.

Tuan Yang di-Pertua, saya dapat melihat sebahagian daripada peruntukan ini digunakan untuk meningkatkan bekalan makanan asrama. Saya berharap bukan sahaja kita meningkatkan makanan asrama, tetapi yang lebih penting daripada itu ialah bagaimana pemantauan dapat dibuat dengan lebih baik lagi berkaitan dengan pembekal-pembekal yang telah pun bersetuju membekalkan bahan-bahan mentah ke asrama-asrama di seluruh negara. Pemantauan rapi mesti dibuat kerana masih ada teguran-teguran daripada pelajar kita di mana kualiti barang-barang yang dibekalkan di asrama-asrama sekolah ini memerlukan pemantauan bagi mengelakkan barang-barang yang tidak berkualiti di luar daripada perjanjian ini, dibekalkan di asrama-asrama kita. Selain daripada itu, berkaitan dengan menu ini juga, seharusnya kita dapat pantau.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pertambahan peruntukan dan usaha kerajaan bagi memartabatkan bahasa Malaysia. Ini adalah merupakan satu usaha yang sangat baik di kalangan Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan bahasa Malaysia di dalam negara kita. Saya berharap kementerian akan dapat fokus tentang kelemahan sebahagian daripada pelajar kita bertutur dalam bahasa Melayu. Ini cukup jelas sekarang ini, dalam lawatan-lawatan kita ke sekolah-sekolah, jangan terperanjat ada sebahagian daripada pelajar-pelajar kita sama ada yang masih lagi belajar atau pun sudah keluar dari sekolah, yang gagal bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Oleh sebab sebahagian peruntukan ini diberikan untuk memartabatkan bahasa Malaysia, saya menyarankan kepada kementerian supaya sebahagian daripada peruntukan ini kita khusus untuk menjalankan apa-apa juga aktiviti yang boleh memantapkan pelajar- pelajar kita menguasai bahasa Malaysia terutama sekali bagi membolehkan mereka bertutur dengan baik di dalam bahasa Malaysia.

final • 6:10 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Selain daripada itu, terdapat juga usaha kementerian untuk menambahkan bekalan sekolah. Saya mencadangkan sudah sampai masa dan ketikanya kita memikirkan dengan peruntukan yang ada ini, bagi membekalkan satu sekolah sebuah van untuk membawa pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum, kegiatan sukan dan apa-apa juga kegiatan di luar bilik darjah yang melibatkan kenderaan.

Hari ini, sebahagian daripada sekolah-sekolah di luar bandar terpaksa menggunakan kenderaan guru untuk membawa pelajar-pelajar mereka sama ada menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum ataupun aktiviti-aktiviti sukan. Ini sudah tentulah menyukarkan guru-guru yang berada di kawasan luar bandar. Kita boleh mulakan dengan langkah membekalkan satu van ke satu sekolah bermula di sekolah-sekolah kawasan luar bandar yang tidak ada kemampuan kerana saya sedar sebahagian besar daripada sekolah- sekolah dalam bandar hari ini sudah pun mempunyai bas mereka dan juga van untuk mengangkut para pelajar mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sebahagian daripada peruntukan ini juga digunakan untuk meningkatkan kemahiran guru. Saya amat tertarik hati apabila mendengar penerangan Dato’ Lee Chong Wei, apakah rahsia kejayaan dia menjadi pemain badminton utama dunia dan baru-baru ini menguasai acara All England. Di antara perkara yang disebutkan ialah latihan yang didapatinya sehingga sekurang-kurangnya tujuh jam satu hari dan dia bermain dengan sparingnya lebih kurang 21 set satu hari untuk menghadapi permainan penting yang akan diambil bahagian. Keduanya ialah faktor gurunya. Dia menyebut Dato’ Misbun Sidek sebagai gurunya yang berkesan melatih dan juga memberikan bimbingan di luar gelanggang, lebih-lebih lagi dalam gelanggang sewaktu pertandingan itu berjalan.

Oleh yang demikian, saya dapat melihat hari ini, kejayaan Kerajaan Barisan Nasional membina infrastruktur yang sangat baik terutama sekali dewan-dewan yang berada di kawasan luar bandar. Di Jempol sekarang ini banyak dewan, tidak kurang daripada 14 dewan yang boleh kita gunakan untuk melatih pemain-pemain dalam bidang badminton. Akan tetapi kita kekurangan jurulatih yang cukup baik, jurulatih yang profesional, jurulatih yang boleh meningkatkan kualiti pemain daripada kawasan luar bandar. Saya yakin serta percaya, sebahagian daripada kewangan ini dapat kita gunakan untuk melatih jurulatih-jurulatih kita supaya lebih banyak jurulatih ini dihantar ke kawasan luar bandar bagi melatih anak-anak bangsa kita dalam bidang badminton, sebagai contohnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Kementerian Dalam Negeri. Pertamanya berkaitan dengan RELA. Ini adalah merupakan usaha yang sangat baik. Pihak kerajaan memberikan peruntukan yang cukup kepada anggota RELA kita, bukan sahaja boleh berkemampuan untuk menambah lagi anggota RELA di kawasan- kawasan tertentu dengan melibatkan golongan anak-anak muda yang boleh diajar, diasuh dan dilatih dalam bidang pertahanan ketiga negara kita yang penting ini.

Namun demikian, saya mencadangkan supaya sebahagian daripada peruntukan ini, kita gunakan untuk membina pondok-pondok RELA di kawasan-kawasan tertentu. Hari ini operasi yang dibuat oleh anggota RELA kita, tidak ada satu tempat untuk dijadikan sebagai markas bagi mereka mengatur strategi dan juga mengadakan apa-apa juga latihan kepada anggota mereka. Adalah lebih baik, sudah sampai masa dan ketikanya, kerajaan melalui kementerian dan peruntukan ini membekalkan pondok-pondok RELA serta juga pejabat-pejabat yang sesuai untuk digunakan oleh anggota RELA kita. Ini termasuk jugalah uniform dan peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai, elaun-elaun operasi, kadangkala melibatkan pada waktu malam dan pada waktu pagi di mana operasi penagihan dadah dan juga operasi-operasi Pendatang Asing Tanpa Izin memerlukan banyak kawasan yang melibatkan tempoh operasi mereka di luar waktu pejabat dan ini sudah tentulah memerlukan sedikit imbuhan, elaun yang boleh kita bekalkan kepada anggota RELA kita bagi membolehkan mereka bertugas dengan lebih baik untuk meningkatkan lagi keamanan yang ada dalam negara kita. Kita yakin apabila kita mempunyai sebuah negara yang aman, sebuah negara yang stabil, ini merupakan aset yang sangat besar erti dan maknanya terhadap pembangunan negara kita pada masa yang akan datang.

Selain daripada itu, dalam kementerian ini juga kita dapat melihat kalau boleh peruntukan AADK ini kita tambah lagi bagi membolehkan pegawai-pegawai dalam AADK ini bukan sahaja menjalankan operasi pemantauan, operasi untuk menjalankan penangkapan tetapi saya fikir mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. Apalah salahnya sebahagian daripada peruntukan ini kita berikan kepada AADK kita supaya lebih banyak

final • 6:10 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

program mencegah, lebih banyak program kesedaran, lebih banyak program pendidikan agar rakyat dalam negara kita terutama sekali generasi muda kita dapat diasuh, dididik dan didedahkan dengan masalah bahayanya dadah dan juga masalah apa hukuman yang bakal menanti mereka.

final • 6:10 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Hari ini kita amat terperanjat kadangkala mereka yang membungkus dadah, yang mengedar dadah dibuat di dalam rumah. Emak, bapa, anak, menantu, datuk sama-sama bungkus dadah. Apakah mereka ini tidak tahu bahawa dalam berat-berat tertentu, hukumannya adalah gantung sampai mati? Tidak ada pilihan yang lain. Akan tetapi hari ini kita dapat melihat bagaimana rakyat kita, adakah mereka tidak faham ataupun ilmu pengetahuan, didikan terhadap mereka kurang ataupun kita kurang mengadakan kempen.

Memanglah Malaysia ini bergantung kepada kempen untuk menyedarkan rakyat.

Oleh yang demikian saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini akan diberikan kepada Agensi Dadah Kebangsaan supaya memperkasakan unit pencegahan dan juga unit untuk melahirkan masyarakat yang sedar...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa, Yang Berhormat. Masa sudah habis.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Habiskan ayat tadi.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Supaya sebahagian daripada rakyat dalam negara kita boleh di tarbiah, boleh dididik supaya mereka ini sedar tentang bahayanya masalah penyalahgunaan dadah dan juga bahayanya kesan-kesan sampingan daripada mereka yang memerlukan kewangan yang banyak dalam membiayai pembelian dadah dan inilah yang sebenarnya yang menyebabkan kes-kes samun, kecurian dan jenayah berlaku dengan banyak dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Rasah.

final • 6:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Perbahasan ini mengenai dengan belanjawan tambahan ataupun pertambahan peruntukan untuk Belanjawan 2009.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, sebenarnya untuk makluman semua Yang Berhormat, duit ini semua sudah dibelanjakan, Yang Berhormat. Minta diluluskan sahaja.

final • 6:22 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Kita tahu bahawa RM8.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus sahaja dan RM2 bilion lebih untuk anggaran pembangunan.

Apabila perbelanjaan tambahan ini diluluskan, maka defisit belanjawan untuk tahun 2009 sudah tentu akan melebar dan membesar dan kita terpaksa untuk menanggung satu hutang yang lebih besar. Namun kerajaan perlu mencari sumber yang baru untuk menampung perbelanjaan ini.

Kita hendak tahu apakah sumber daripada kerajaan untuk menampung defisit belanjawan ini dan kita lihat bahawa adakah kerajaan perlu mencari sumber percukaian yang baru dan kita lihat – saya telah banyak kali membangkitkan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini, cukai perjudian saya tanya dalam Dewan yang mulia ini tahun lepas berjumlah RM1.2 bilion. Tahun lepas kita telah berkali-kali membangkitkan perkara ini, mengapa kerajaan membenarkan syarikat-syarikat Number Forecast Operator (NFO), 4D ini bertambah berkenaan hari special draw atau hari pertaruhan khas.

Tahun lepas kita dimaklumkan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa tahun lepas sahaja sudah tambah 102 kali. Saya tanya soalan lagi tahun ini, berapa kali diluluskan?

Dikatakan bahawa 20 hari Selasa akan ada special draw dan kali 6 syarikat NFO.

Bermaksud bahawa jumlahnya 120 special draw akan diluluskan untuk tahun 2010. Saya

final • 6:22 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

hendak tanya adakah ini merupakan salah satu strategi kerajaan untuk menampung defisit belanjawan ini?

Kita telah berkali-kali bertanya kepada kerajaan tetapi tidak ada satu jawapan.

Timbalan Menteri Kewangan - Yang Berhormat Alor Setar, mungkin beberapa bulan ini agak sibuk berkempen pemilihan parti tetapi sekarang sudah habis pemilihan parti. Saya harap Yang Berhormat Alor Setar akan memberikan satu jawapan mengapa kerajaan perlu menambah special draw ini. Walaupun masyarakat Tionghoa menolak, membangkang, saya rasa pengundi-pengundi di kawasan Yang Berhormat pun ada memberikan feedback kepada Yang Berhormat mengapa kerajaan benarkan begitu banyak special draw ini sehingga empat hari satu minggu ada hari perjudian, hari pertaruhan.

Jadi kita hendak tahu adakah ini satu strategi kerajaan untuk menambah cukai ataupun menambah hasil kepada kerajaan. Itu yang pertama. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkan semula, beritahu kepada pihak Menteri Kewangan, pertimbangkan semula supaya batalkan special draws yang telah diluluskan untuk tahun 2010 - sekiranya tidak dapat berikan satu jawapan yang convincing kepada masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Tionghoa.

Yang kedua, kita melihat satu trend special draw ditambah - aktiviti perjudian ditambah. Sekarang pula baru-baru ini ada satu laporan AFP minggu lepas yang memetik bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata bahawa kerajaan sedang menimbang untuk memberikan lesen perjudian sukan (sports betting) kepada sebuah syarikat iaitu bernama Ascot Sports. Kita hendak tanya apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan cadangan ini. Adakah kerajaan bersedia untuk meluluskan perjudian sukan (sports betting) ini?

Pendirian kita di sebelah sini jelas - kita membantah, kita tidak menyokong sebarang usaha untuk legalized sports betting ini kerana kalau sports betting ini di legalized kan, ini akan memberikan satu persepsi, memberikan satu mesej yang salah kepada golongan muda. Adakah sukan ataupun perjudian sukan, bertaruh dalam aktiviti sukan ini dihalalkan, boleh diterima oleh kerajaan sehingga boleh di legalized kan? Kita harap supaya pihak kerajaan memberikan satu jawapan apakah pertimbangan daripada kerajaan terhadap cadangan ini kerana World Cup semakin hampir, bulan enam nanti. Kita takut senyap-senyap nanti kerajaan akan memberikan lesen kepada syarikat ini untuk luluskan perjudian sukan, maka World Cup boleh ada legalized sports betting nanti.

Saya harap pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menjawab nanti akan memberikan satu jawapan yang jelas, apakah pendirian kerajaan? Kalau benar-benar kerajaan hendak mempertimbangkan supaya diberikan kelulusan ini, sila jawab dalam Dewan yang mulia ini supaya masyarakat atau rakyat Malaysia tahu apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan hal ini. Saya harap pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan boleh memberikan satu jawapan yang jelas dalam perkara ini.

Perkara yang terakhir yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, ialah berkenaan dengan safety passport yang dilaksanakan oleh NIOSH. Saya harap kalau ada pegawai Kementerian Sumber Manusia di sini, harap ambil maklum. Dua hari lepas di Port Dickson, saya telah menerima satu memorandum daripada satu kumpulan pekerja-pekerja kontrak di Port Dickson yang sering bekerja di kilang-kilang ataupun syarikat-syarikat minyak di sekitar Port Dickson dan mereka telah mengadu bahawa safety passport yang dilaksanakan oleh NIOSH yang diwajibkan kepada setiap pekerja kontrak itu sangat membebankan mereka RM250 untuk mendapatkan satu safety passport.

Safety passport ini bukan sahaja satu pasport ia boleh pergi ke mana-mana. Kalau pasport Malaysia, kalau keluar negara dengan satu pasport sahaja dia boleh pergi mana- mana negara di seluruh dunia kecuali Israel. Akan tetapi safety passport ini ia hendak masuk kerja di kilang, setiap kilang perlu ada. Masuk Shell kena ada pasport untuk Shell, masuk Petronas perlu ada safety passport untuk Petronas. Kalau masuk Esso kena ada Esso, masuk BP kena ada pasport untuk BP. Jadi ini amat membebankan kepada mereka.

Setiap safety passport ini berjumlah RM250 dan ia hanya laku 3 tahun. Kalau pasport Malaysia boleh laku 5 tahun, safety passport hanya 3 tahun. Ini amat membebankan mereka. Kalau kadang-kadang satu pekerja kontrak ia perlu mengambil lima hingga enam pasport dan mungkin dia perlu belanja RM2,000 khusus untuk mendapatkan safety passport ini amat membebankan mereka. Yang keduanya mereka mengatakan bahawa dari segi praktikalnya, kebanyakan pekerja kontrak ini bukannya mereka yang

final • 6:22 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

terpelajar, bukannya mereka yang pandai sangat, jadi mereka perlu ambil ujian bertulis dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris.

Maka ini menimbulkan kesusahan kepada pekerja-pekerja ini. Mereka tidak faham apa soalan yang ditanya. Kita harap supaya pihak Kementerian Sumber Manusia mengambil berat tentang perkara ini. Mungkin dari segi pelaksanaannya, dari segi cara peperiksaannya mungkin lebih praktikal, lebih kepada amali daripada soalan bertulis kerana mereka tidak faham. Mereka tidak dapat menjawab. Kalau tidak mendapat safety passport ini, maka mereka tidak boleh masuk ke kawasan-kawasan yang dikhaskan untuk mereka melakukan kerja mereka.

Jadi saya harap ini boleh diambil perhatian oleh Kementerian Sumber Manusia.

Mereka mengatakan bahawa RM250 untuk setiap pasport itu terlalu mahal. Di Singapura saya difahamkan hanya SGD30. Maka kalau yuran ini boleh dikurangkan, maka sekurang- kurangnya dapat meringankan beban pekerja-pekerja kontrak ini. Saya harap pihak Kementerian Sumber Manusia boleh mengambil iktibar dalam perkara ini. Kaji semula cara pelaksanaan safety passport ini dari segi yurannya dapat dikurangkan dan keduanya dari segi pemeriksaan kepada pekerja-pekerja ini dapat kita cari jalan bagaimana untuk memudahkan pekerja-pekerja ini untuk lulus dalam peperiksaan-peperiksaan ini.

Jadi saya hanya bahas dalam dua, tiga perkara ini - yang lain saya akan mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kapit. Minta maaf, Yang Berhormat Kanowit.

final • 6:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Peruntukan Tambahan (2009) 2010.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya akan pergi kepada mungkin satu perkara sahaja yang timbul semasa kita melawat kawasan pedalaman iaitu berkenaan dengan sekolah rendah di kawasan-kawasan yang saya ingat mungkin sama di semua kawasan di seluruh negara. Pada masa sekarang ini pekerja-pekerja sementara ataupun pekerja am dan pegawai ataupun pegawai keselamatan di sekolah-sekolah rendah dan juga sekolah menengah di seluruh negara mungkin sudah diswastakan - diambil oleh syarikat-syarikat swasta.

Kalau dahulu mereka ini adalah direct employees kepada Kementerian Pelajaran tetapi sekarang ini saya difahamkan bahawa semua pekerja ini adalah ditanggung oleh syarikat-syarikat swasta. Masalahnya sekarang ini, saya diberitahu di kawasan-kawasan pedalaman mereka ini diberi gaji yang terlalu rendah. Ini yang menyebabkan output ataupun efficiency mereka bekerja sekarang ini sangat rendah.

Keduanya disebabkan begitu mereka juga telah tidak menjalankan tugas. Pihak sekolah, guru-guru besar dan cikgu-cikgu yang di sekolah itu pun tidak dapat mengambil tindakan kerana mereka ini sekarang adalah pekerja pihak swasta. Itu yang jadi masalah.

Kalau mengikut angka-angka yang telah diberi pekerja am sekarang ini seperti mereka yang memotong rumput (grass cutter), yang mencuci kelas ataupun bilik-bilik darjah dan bilik guru dikategorikan sebagai pekerja am.

Saya difahamkan di sekolah pedalaman di hulu sungai sana mereka diberi gaji di antara RM250 ke RM300, well is below property line. Boleh dikatakan mereka ini sekarang masih di tahap miskin tegar. Ini yang jadi masalah. Akan tetapi saya difahamkan bahawa syarikat-syarikat swasta yang mengambil tugas ini through tender system telah digaji ataupun diberi pembayaran oleh Kementerian Pelajaran dalam lingkungan RM2,600 sebulan untuk sesebuah sekolah bagi pekerja am dan juga pengawal keselamatan.

Jadi bandingkanlah daripada RM2,600 ini yang diberikan untuk pekerja am mereka cuma mengambil dua orang pekerja untuk sebuah sekolah. Jadi cuma memberi gaji dalam lingkungan, kalau RM250 seorang cuma RM500 sebulan dan mereka mengambil keuntungan sebanyak RM2,100 sebulan dengan duduk sahaja di Sibu ataupun di Kuching.

Saya ingat ini sama sahaja dengan tempat-tempat lain. Juga untuk pengawal keselamatan

final • 6:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

saya difahamkan mereka juga digaji dengan gaji lingkungan RM250 dan RM300. Saya difahamkan tadi di sesetengah kawasan mereka diberi gaji cuma 80 sen satu jam. Ini bermakna kalau satu jam 80 sen dalam lingkungan RM300 se bulan, tidak jauh.

Jadi inilah masalahnya. Apabila mereka ini menawarkan pekerja cuma mereka yang terpaksa mengambil kerja ini, disebabkan tidak ada kerja seperti mereka yang sudah tua. Disebabkan itu mereka ini tidak dapat menjalankan tugas yang sempurna dengan efisien. Jadi inilah jadi masalah. Saya difahamkan bahawa guru-guru, guru besar pun tidak boleh mengambil tindakan oleh kerana pekerja-pekerja ini sekarang adalah bukan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia lagi. Mereka sudah diswastakan.

Dengan itu saya minta penjelasan daripada kementerian sama ada perkara ini betul atau tidak. Kalau betul saya ingat tujuan kerajaan untuk mengurangkan kakitangan kerajaan ataupun pekerja sementara ini adalah tidak memberi kesan yang amat diperlukan.

Oleh sebab itu mutu pekerjaan dari segi mengawal keselamatan, mencuci sekolah ataupun memotong rumput pun sekarang sangat jauh rendah daripada dahulu. Jadi guru-guru pun sekarang ini memberi complaint kepada saya kalau dapat mereka ini diberi gaji yang lebih tinggi supaya mereka akan menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

Saya tidak akan menyentuh perkara yang lain sebab sudah banyak disentuh oleh Ahli Yang Berhormat. Dengan itu terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai tidak berucap semasa Titah Diraja. Baik, saya panggil Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kasihan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin turut sama berbahas tentang Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan 2009 Tambahan Kedua ini. Walaupun Tuan Yang di-Pertua sebentar tadi mengatakan bahawa kita sudah belanja pun duit ini – duit sudah habis tetapi kita kena luluskan juga. Sebelum kita hendak luluskan atau hendak mengundi, Tuan Yang di-Pertua, kita kena ambil iktibar bahawa perbelanjaan-perbelanjaan ini walaupun telah dibelanjakan ada setengahnya kita sebagai rakyat Malaysia tidak reda ianya digunakan sebagaimana yang digunakan.

Kita merasakan wang kita yang begitu tinggi nilainya ada digunakan untuk beberapa program yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pagi tadi dan ditambah maklumatnya oleh Yang Berhormat Machang adalah perbelanjaan yang kita rasa haram. Itu kata Yang Berhormat Putatan. Sebagai contohnya, bagi Maksud B.6, perbelanjaan sebanyak RM28 juta lebih untuk Projek Global Strategic Communication Campaign antara Kerajaan Malaysia dengan FBC Media UK Limited bagi tahun 2009.

Nampak innocent sahaja, dengan izin. Satu syarikat luar yang ingin memberi khidmat kepada kita tetapi maklumat yang didedahkan awal pagi tadi, kita telah berurusan dengan syarikat ini pada tahun 2008 lagi dengan FBC Media UK yang merupakan client kepada APCO Worldwide. Tahun 2008 lagi, sebelum Perdana Menteri ini ambil alih pada Mac ataupun April 2009. FBC ini yang hari ini kita hendak luluskan perbelanjaan yang telah dibelanjakan itu merupakan antara syarikat yang diambil oleh APCO untuk bekerja di Malaysia.

APCO telah kita dedahkan dengan panjang lebar. Saya rasa amat tidak sensitiflah kalau pada hari ini kita terima secara mudah dan meluluskan peruntukan -walaupun telah dibelanjakan ke atas suatu kelompok syarikat luar seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, tangan-tangan mereka ini dipenuhi dengan darah-darah anak-anak Gaza di Palestin - cerita lama, Sabra dan Shatila. Semua ini saya rasa mesti diambil berat sensitif oleh kerajaan kita. Betul, kerajaan mahu mempromosikan polisi-polisi di peringkat antarabangsa tetapi tentu ada pemain-pemain lain yang mesti dinilai dahulu supaya tidak ada sedikit pun terlibat dengan mana-mana kekejaman yang bukan hanya kita umat Islam menolak tetapi seluruh bangsa di dunia ini menolak kezaliman Zionis Israel. Jadi saya pun tidak tahu hendak buat macam mana sebab duit sudah dibelanjakan. Kalau boleh kita hendak reverse balik.

final • 6:35 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Boleh sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat Yang Berhormat Kuala Krai. Walaupun duit ini telah

final • 6:35 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

dibelanjakan tetapi saya menganggap adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa perbelanjaan ini satu kesalahan, perbelanjaan yang salah yang bertentangan dengan dasar luar yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan dalam negara kita. Jadi bersetuju tidak Yang Berhormat bahawa kita mesti bersepakat semua ini baik sebelah sini ataupun sebelah sana untuk tidak meluluskan perbelanjaan ini. Ini kerana perbelanjaan ini perbelanjaan seperti mana kita mengizinkan kita telah mengizinkan wang untuk menggadaikan kedaulatan negara. [Disampuk][Dewan riuh] Sebagai negara yang berdaulat kita tidak boleh mengizinkan walaupun satu sen untuk diberikan kepada Zionis Israel yang boleh menggugat kedaulatan negara. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita luluskan ini bermakna bahawa kita bersetuju untuk mereka menggugat kedaulatan raja-raja Melayu dalam negara kita. [Disampuk] Sebab itu kita mesti sepakat sebelah sana juga harus bersama dengan kita.

final • 6:35 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Exactly dengan izin. Itulah masalahnya. Duit telah dibelanjakan atas satu perkara yang kita rasa telah mencemar negara kita kerana sikap tidak berhati-hati. Itu kalau tidak berhati-hati tetapi kalau sengaja, kalau kita boleh buktikan mereka ini sengaja memilih APCO, sengaja memilih FBC Media UK Limited ini, saya rasa tidak boleh diampunkan. Maka, untuk membetulkannya kita bersama-sama daripada kedua-dua belah pihak ini menolak sebagai satu pengajaran kepada kerajaan kita. Kita minta disiasat oleh suatu suruhanjaya supaya orang-orang yang sepatutnya bertanggungjawab ini boleh dihadapkan ke muka pengadilan supaya rakyat biar menilai. [Tepuk] Itu mukadimah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap mengenai transformasi kerajaan. Kita masih terngiang-ngiang lagi apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kalau tidak silap mengatakan bahawa pihak kita bercakap mengenai reformasi. Kerajaan yang ada bercakap mengenai transformasi. Rupa-rupanya penggunaan perkataan transformasi ini adalah reaksi, hendak cari perkataan apa hendak guna, hendak melawan reformasi yang kita gunakan. Maka, APCO mencadangkan transformasi. [Tepuk] Jadi transformasi ini semalam ditakrifkan oleh tuan punya badan sendiri, apa dia pemimpin transformasi mesti macam mana, macam mana. Saya pun pelik juga bagaimana dia mendefinisikan diri dia sendiri. Ini pun mungkin mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak luar. Apa pun daripada program transformasi ini terbit pula apa yang telah didedahkan sebagai Model Ekonomi Baru yang tidak pun berani dibentangkan di dalam Parlimen ini, Tuan Yang di-Pertua. Tidak berani hendak bentang! Letaknya ini atas meja kita, adalah dia tulis embargo. Kita ingat embargo Parlimen, rupanya embargo di Invest Malaysia. Seolah-olah macam satu dokumen untuk Parlimen, statute paper atau apa dia? Tidak ada. Tidak berani hendak mendedahkannya jadi macam mana kita hendak berbincang di sini secara rasmi untuk mendapat kelulusan.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Kuala Krai minta laluan.

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Setengah minit boleh?

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Setengah jam boleh? [Ketawa] Saya tertarik dengan ungkapan Yang Berhormat Kuala Krai soal NEM atau MEB ini.

Bukankah Yang Amat Berhormat menyatakan apabila kita menyediakan Model Ekonomi Baru ini kita memerlukan feedback daripada orang awam, daripada rakyat kita, daripada penduduk kita, jelata. Tidak akan bahas kalau belum ada feedback. Ini terang, jadi bagaimana Yang Berhormat katakan tidak berani membawa ke Dewan untuk dibahaskan?

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh sambung sekali?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Biar saya jawab.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh sambung sekali Yang Berhormat Kuala Krai?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Biar saya jawab dahulu. Masa terhad, saya jawab Yang Berhormat Putatan dahulu.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kuala Krai, sambung sedikit boleh?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Bagaimana satu model yang hari ini diuar-uarkan macam sudah ia-ia, macam something solid dengan izin, sudah dijaja merata- rata.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Dengan penyataan-penyataan KWSP akan melabur di luar. Beberapa syarikat GLC akan didivestkan. Ini sudah menjadi seperti sesuatu yang sudah sah tetapi kata Yang Berhormat Putatan baru hendak mencari maklumat. Baru hendak buat survey, jadi ini bukan satu perancangan yang baik.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Apa peranan NEAC?

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat tidak faham feed back! Reaksi! Reaksi daripada rakyat! [Dewan riuh]

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

NEAC telah lama berperanan sepatutnya telah mengumpul feedback lama-lama.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Hoi!

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jangan sudah dedah baru hendak cari feedback kemudian promise pula enam bulan, enam bulan kami hendak bentang.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat Kuala Krai?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang terakhir kita dengar bukan bulan Jun tetapi bulan September pula ataupun suku ketiga.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Itu idea Yang Berhormat Ipoh Timur tadi! Yang Berhormat Ipoh Timur punya idea dia ambil.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Kuala Krai boleh celah?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ini bukan pendirian yang baik, malah Tuan Yang di-Pertua, kita harus meneliti dan mendengar pandangan-pandangan, positif dan negatifnya.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kuala Krai sedikit.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai hendak beri jalan? Yang lain duduk Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sedikit sahaja lah. Hendak tanya satu soalan penting ini. Amat penting.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi, kita lihat bahawa Model Ekonomi Baru ini ternyata tidak memberikan satu gambaran yang meyakinkan.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

Yang Berhormat Kuala Krai tidak beri Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tidak ada satu cadangan bagaimana hendak mengeluarkan Malaysia daripada perangkap, yang dikata perangkap pendapatan pertengahan.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Kuala Krai, boleh celah? Klang di sini. Bolehlah.

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Klang boleh.

[Dewan riuh]

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tidak apalah. Dengar.

final • 6:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sekutu! Sekutu!

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bagi soalan.

final • 6:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Geng! Sefahaman! Itu baru pejuang Islam beri.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Klang.

final • 6:40 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Belum memerintah sudah kroni!

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Kuala Krai. Soalan saya adalah mengenai berbalik kepada NEM. Adakah wajar kerajaan membentuk satu select committee untuk mendapat feedback daripada orang ramai?

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekalilah, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Feedback select committee.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekalilah, Yang Berhormat Kuala Krai. Sekalilah boleh?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya hanya membenarkan pencelahan-pencelahan berkualiti Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Putatan berkualiti, kita respek, sebab itu saya beri dan Yang Berhormat Klang tentunya.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sini, sini.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Memang saya menyokong penuh saranan daripada Yang Berhormat Klang tadi supaya satu jawatankuasa terpilih ataupun select committee.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat sedikitlah Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Kota Belud duduk. Dia tidak berani. Boleh duduk dia tidak beri.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Di peringkat Parlimen ini dibentuk daripada kedua-dua belah untuk mendapatkan feedback. Kalau belum cukup feedback, saya rasa Parlimen inilah tempat yang sesuai.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau saya tanya sekarang, Yang Berhormat boleh rebut. Kalau saya bercakap nanti, Yang Berhormat tidak boleh rebut.

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kita ini wakil rakyat, jadi sepatutnya kita diberi peluang untuk sama-sama merangka suatu polisi besar bagi sebuah negara.

final • 6:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebelah sini Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak beri Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tidak cukup masa.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kita juga dimaklumkan mungkin laporan NEAC ini berani. Ia ada mengatakan bahawa FDI kita turun, portfolio investment daripada luar pun turun. Dalam pada masa yang sama EPF akan melabur secara besar- besaran di luar negara dan kita pula di dalam negara akan mengapungkan beberapa syarikat yang kata pihak bursa saham masa yang ditunggu-tunggu untuk menceriakan semula pasaran saham yang pada tahun lepas 2009 hanya 14 syarikat yang diapungkan.

Tahun ini ada dua syarikat daripada Petronas yang sedang ditunggu-tunggu. Bayangkan hendak menunggu satu keceriaan daripada dua syarikat ini dengan masa yang sama EPF pula hendak pergi melabur ke luar.

Jadi apakah isyarat sebenarnya yang dihantar oleh pihak kerajaan kalaulah syarikat kita sendiri pun ada disebutkan? Contohnya, satu syarikat utiliti, IPP dan juga real property membawa wang negara kita RM9.2 bilion keluar negara, melabur dalam bidang-

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

bidang IPP dan juga real property. Ini sudah menggambarkan kedudukan kita yang cukup berbahaya. Jadi saya tidak nampak kalau tidak dilakukan sesuatu yang segera kita akan kehilangan banyak lagi sokongan daripada pelabur-pelabur luar dan juga pelabur di dalam negara kita juga akan keluar daripada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit yang saya hendak sebut mengenai NEM ini yang mempertikaikan tentang subsidi dan sebagainya. Memanglah subsidi ini disalahgunakan, ada ketirisan di sana sini tetapi satu subsidi besar yang sentiasa diungkit-ungkit ialah subsidi petrol yang dikatakan jumlah subsidinya RM19 bilion. Cukup banyak dan ini dipertikaikan sedangkan inilah satu-satunya subsidi walaupun besar tetapi ianya satu subsidi yang dinikmati oleh seluruh rakyat negara, kaya miskin tumpang. Kalau kita tarik balik subsidi ini, yang kaya tadi tidak juga bertambah kaya tetapi yang miskin itu bertambah miskin. Apabila subsidi minyak ditarik balik, kos pengangkutan akan meningkat, harga barang akan meningkat, maka kesannya itu mesti difikirkan. Jangan hanya kerana kita hendak menyelamatkan ringgit kita daripada subsidi kita menyebabkan kehidupan rakyat lebih susah. Sepatutnya kita tarik balik subsidi-subsidi yang khusus seperti subsidi IPP yang disebut tadi. Syarikat IPP yang begitu kaya raya dengan beberapa independent power producer yang dibuat sendiri, apabila dapat banyak duit dia bawa ke luar negara. Yang ini kita kena serius untuk pertimbangkan.

Saya juga melihat di dalam anggaran ini satu peruntukan RM19 juta untuk pemegang konsesi tol di Malaysia. Kerana apa? Mungkin kerana kadar penggunaan lebuh raya tol yang rendah, maka perjanjian yang sentiasa menjadi satu rahsia di antara rakyat dengan kerajaan, kita hendak tengok pun tidak boleh. Kena bayar konsesi ini kerana kekurangan pendapatan tetapi apabila mereka memberikan pengecualian tol pada musim perayaan, baru-baru ini ditanya di dalam Parlimen, berapa sebenarnya jumlah hadiah daripada pemegangan konsesi ini kepada pengguna-pengguna dengan pemotongan tol pada waktu-waktu tertentu?

final • 6:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jawapannya lebih kurang RM1.9 juta. RM1.9 juta tetapi riuh satu Malaysia. Dalam masa yang sama RM19 juta diserahkan balik kepada mereka. Jadi nampaknya macam tidak seimbang dengan apa yang dipertanggungjawabkan ke atas negara kita. Melainkan katalah, syarikat ini kata tidak payahlah beri RM19 juta ini sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia. Akan tetapi ceritanya hebat, kesannya tidak ada kepada para pengguna. Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, sudah hendak habis ini.

Kesemua masalah yang kita rasa berlaku di Malaysia ini ialah kerana kurangnya keyakinan masyarakat pelabur luar dan dalam kita terhadap frame work institusi kita yang ada di Malaysia ini. Ini mesti diperbetulkan dan kita ulang beberapa kali. Contohnya bagaimana kita menghormati perjanjian-perjanjian sanctity of contract, bagaimana peranan judiciary kita, bagaimana peranan institusi seperti MCMC termasuk EC sendiri ataupun Election Commission sendiri mesti dilihat semula. Kalaulah sanctity of contract ini tidak dihormati, tidak diberi kedudukan yang baik seperti apa yang berlaku perjanjian antara Kerajaan Pusat ataupun Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang sepatutnya apabila ada hasil petroleum itu, dihormati perjanjian ini. Diberikan haknya bantuan tunai terus kepada kerajaan. Kalau ini tidak dihormati, dunia melihat ini Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Inilah antara orang hilang keyakinan dengan kita kalau kita tidak menghormati apa yang telah kita buat perjanjian-perjanjian dengan mana-mana pihak yang ada di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 6:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tunggu daripada PKR, Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 6:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sekarang ini turn PKR.

final • 6:53 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Macam itulah Speaker adil.

final • 6:53 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Kita kena ingatkan dari semasa ke semasa untuk bantu. Terima kasih.

final • 6:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya hendak balancekan Yang Berhormat, parti pembangkang ada tiga buah parti. Catatan saya memang PKR seorang sahaja yang berucap setakat ini tetapi yang itu pun kena tengok sama ada mereka bangun atau tidak semasa dipanggil itu.

final • 6:53 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

BN ada 14.

final • 6:53 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Lain kali saya akan bangun cepat lagi, insya-Allah. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera.

final • 6:53 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

BN satu sahaja, UMNO. [Ketawa]

final • 6:53 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih atas sumbangan parti komponen Pakatan Rakyat untuk menceriakan keadaan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas ruangan untuk berbahas dalam Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009. Saya kira pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kewangan tentang kegagalan kerajaan mengikut garis panduan had belanjawannya sendiri amat meruncingkan kita.

Ramai Ahli Parlimen telah membangkitkan isu ini. Di kala pengumuman dibuat tentang perlunya Model Ekonomi Baru sepatutnya digandingkan dengan langkah-langkah pelaksanaan, jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperbaiki kelemahan sedia ada. Ini kerana sehebat mana pun pelan tindakan, saya kira kalau kita melihat pengakuan kelemahan dalam dokumen terbaru yang diberikan walaupun tidak dibentangkan dalam Parlimen tetapi saya fikir semua ahli Parlimen baca juga apabila diberikan, dibentangkan semasa Invest Malaysia. Memang ada pengakuan tentang realiti kelemahan yang sedia ada.

Akan tetapi masalahnya apabila kita gagal untuk melaksanakan sesuatu yang konkrit, mana-mana pelan sekalipun, sehebat mana kata-kata dan sebagainya akan tentu gagal. Saya rasa yang begitu jelas untuk tahun 2009 belum pergi ke tahun 2010 adalah tambahan sebanyak 10.28% dicatatkan selaku over expenditure dengan izin, setelah kerajaan gagal mengamalkan perbelanjaan berhemah. Jadi syarat pertama pun sudah gagal, tidak dapat hendak mengawal perbelanjaan di kala Model Ekonomi Baru diumumkan dan saya fikir confirm kita akan tergelincir seperti apa yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur tadi, kita akan tergelincir dari mencapai sasaran 7.6% defisit daripada KDNK. Jadi saya pohon kepada kementerian dan kerajaan, janganlah bermimpi di siang hari, cepat sediakan dan berikan unjuran terbaru defisit secepat mungkin. Jangan biarkan kita tertanya-tanya dan hanya di saat akhir baru hendak diberikan Rang Undang-undang yang sampai di meja semua Ahli Parlimen.

Masalah utama kita Tuan Yang di-Pertua, antara lain terperangkap dalam kelas pendapatan pertengahan. Yang Berhormat Kuala Krai tadi telah sebut, tidak sempat kita hendak bersaing dengan negara-negara maju tetapi gagal juga bersaing dengan negara- negara yang sumber mentahnya jauh lagi banyak, kos pekerjanya pun jauh lebih rendah.

Jadi peranan kerajaan hingga akhir terlalu diharapkan. Government led investment untuk memacu pertumbuhan sehingga kita kehilangan sumber pembangunan yang dipacu oleh sektor swasta. Oleh sebab itu saya hairan apabila terbaru melihat cadangan susulan supaya dihapuskan pelbagai subsidi termasuk juga kawalan harga dan insentif-insentif yang mengganggu perjalanan sistem pasaran bebas. Ada juga dimasukkan sistem tender terbuka.

Namun dalam kes hartanah yang paling bernilai di Sungai Buloh, dipanggil oleh pakar-pakar industri the cream of the crop. Tanah seluas tiga ribu ekar, begitu bernilai tetapi akhirnya diberikan melalui tender terus kepada MRCB. Sepatutnya inilah masa terbaik untuk kerajaan membuktikan komitmen. Ini hartanah yang paling bernilai, tiga ribu ekar sepatutnya diberikan secara tender terbuka. Diberi kepada MRCB, dipacu oleh EPF, dan akhirnya semua pihak industri kecewa. Kita tengok sahaja track record MRCB. Yang terhebat ialah KL Sentral. Akan tetapi di saat ini, kalau dibandingkan dengan tanah seluas tiga ribu ekar, it does not make economic sense dengan izin.

Saya juga ingin membangkitkan sebelum ini dalam pelan stimulus yang kerajaan umumkan RM110 juta juga diberikan secara tender terus kepada MRCB untuk projek pelan penyuraian sistem trafik yang akan menguntungkan KL Sentral, MRCB. Jadi memang tidak

final • 6:53 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

ada economic sense dalam apa-apa keputusan yang dibuat. Oleh sebab itu, kalau benar- benar kerajaan serius dalam merangka Model Ekonomi Baru, laksanakan cadangan- cadangan termasuklah membuka tender untuk projek ini.

Contoh kedua disebutkan juga tadi oleh beberapa Ahli Parlimen tentang laman web, My eprocurement portal diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri. Dikatakan dalam laman web ini dengan izin, “It will boost transparency and to prevent any corrupt practices in the awarding of projects and procurement”. Malangnya beberapa isu utama terlihat kelemahannya termasuklah yang disebut mula-mula RM6.5 bilion untuk rationing, Membekal Rangsum Segar walaupun baru sahaja diperbaiki. Maksudnya dibetulkan bukan bilion tetapi juta ringgit. Akan tetapi ini penting kerana inilah laman web yang hendak membuktikan komitmen kerajaan secara telus, terbuka, memberi keyakinan kepada pelabur. Akan tetapi dalam isu ini pun kita gagal. Bukan kitalah tetapi Kerajaan Barisan Nasional. Ini jelas, kerana apa yang akan berlaku, backlash daripada pelabur itu akan akhirnya menghakis lagi perkembangan ekonomi negara.

Contoh seterusnya saya sebut lagi tentang peruntukan sebanyak RM78 juta oleh kerajaan negeri membina asrama untuk menempatkan 200 orang pelajar. RM78 juta tetapi untuk 200 orang pelajar di Terengganu. Ini perbelanjaan yang boros, lebih parah –dipetik daripada Berita Harian. Saya tidak bacalah selalu Tuan Yang di-Pertua, tetapi kadang- kadang hendak mendapatkan maklumat ini, kita kena dapatkan akses di semua surat khabar. Ada empat orang guru di Hulu Baram. Mereka terpaksa menumpang tinggal di bilik darjah selama tiga tahun kerana kawasan penempatan tidak mencukupi untuk para guru yang bertugas di kawasan tersebut. Saya kesal kerana kita sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kepada kelemahan-kelemahan dan juga where it is needed most, terutamanya para guru, tempat penempatan mereka. Ini yang patut diutamakan daripada perbelanjaan yang berlebihan termasuk untuk peringkat asrama dan sebagainya.

final • 6:53 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Jadi penting untuk kita memantau perbelanjaan dan kegagalan ini saya harap tidak akan diulangi berkali-kali.

Tuan Yang di-Pertua, Parlimen juga baru semalam meluluskan Rang Undang- undang Akta Perdagangan Strategik, saya sebut kerana akta ini bukan sahaja lapuk dari segi rasional. Semalam kita minta juga diadakan jawatankuasa pilihan tapi ditolak. Akan tetapi ia memusatkan kuasa berlebihan di tangan Menteri tanpa diberi hak pembelaan sewajarnya kepada rakyat atau sesiapa yang mungkin disyaki terlibat dalam hal-hal import barangan haram dan sebagainya. Keputusan Menteri ini Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dicabar dalam rang undang-undang terbaru ini. Dia wujudkan pengenepian kuasa mahkamah oleh fasal penyingkiran dengan izin, ouster clause, sehingga kuasa mahkamah, proses mahkamah tidak boleh dibawa lagi. Bila Menteri dah bagi keputusan tidak boleh dipersoalkan.

Dalam mana-mana komentar yang diberikan, Tuan Yang di-Pertua, mereka di luar sana menyatakan dalam Model Ekonomi Baru, pra syarat utama kerajaan adalah untuk memastikan kita wujudkan dengan izin the certainty of judicial review in particular where contractual issues are concerned the rehabilitation of judiciary can begin with the insulation of the court from influences that can undermine public confidence in this institution.

Jadi sekali lagi hanya beberapa hari selepas Model Ekonomi Baru ini diumumkan, tidak digandingkan dengan akta. Sepatutnya ruangan ini digunakan untuk membuktikan komitmen kerajaan mengembalikan kuasa perundangan supaya para pelabur di alam dan luar negara berasa yakin. Apa pun yang berlaku the sanctity of contract dengan izin, akan dihormati. Mereka boleh bawa di mahkamah tetapi sekarang tidak. Jadi saya tidak lihat langkah-langkah konkrit dapat menjana keyakinan, jadi saya pohon jawapan daripada Menteri, apakah selainnya yang dirancang.

Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, sehingga bilakah kerajaan akan memekakkan telinga kepada kerisauan yang kita bangkitkan atas isu-isu keselamatan negara yang bersangkut paut dengan masa depan PDRM itu sendiri. Ahli-ahli Parlimen BN mengatakan kita membuat dakwaan melulu, tapi kita bawa persoalan yang dibangkitkan berdasarkan kenyataan Ketua Polis Negara sendiri, yang dahulunya dipilih bukanlah berdasarkan merit.

Beliau sendiri menyatakan tentang kehadiran kuasa ketiga, dan laporan kepada BPR sebelum MACC ditubuhkan, yang mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan PDRM. Katanya perkara tersebut disahkan sendiri oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan

final • 7:00 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

laporan SPRM ini dikemukakan oleh – daripada pegawai kerajaan sendiri Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR. Maksudnya persoalan yang serius, kenapa tidak boleh diambil ruang ini untuk menjawab. Kalau kami ini dilemparkan dengan pelbagai tuduhan sejak dahulu lagi, tapi bila kita bawa di Parlimen, kita mahukan jawapan yang bertanggungjawab kerana kita bawakan isu yang serius dan bukan membawa dan menghentam secara semberono.

Jadi pada masa yang sama saya fikir kalau isu pokok sebegini tidak kita address, tidak mahu selesaikan, tidak mahu jawab, hendak endahkan, hendak pekakkan telinga bagaimana hendak bercakap tentang pelan yang begitu hebat. NKRA yang memaksa semangat kesukarelawan, kerjasama antara pelbagai pihak, orang ramai dengan polis tapi isu utama tentang betapa tempangnya institusi PDRM itu tidak diselesaikan terlebih dahulu.

Jadi sebelum kita boleh melaksanakan pelan-pelan lain, restore public confidence dengan izin, kita perlu pastikan isu-isu ini mendapat maklum balas yang baik daripada kerajaan.

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya pohon kerajaan buktikan ketelusan dan kesediaan bekerjasama dengan menjawab persoalan-persoalan ini dan serta-merta bersetuju – saya bercakap dengan Timbalan Menteri tadi, beliau juga bersetuju agar mewujudkan Jawatankuasa Pilihan untuk Rang Undang-undang Pemberi Maklumat 2010.

Sekurang-kurangnya that is the first step dengan izin. Wujudkan jawatankuasa pilihan supaya boleh dirundingkan secara bersama selepas diberikan kepada semua Ahli Parlimen tanpa political bias.

Ini penting dalam pelaksanaan undang-undang ini, kita mungkin terpaksa menggunakan khidmat SPRM atau PDRM. Jadi kelemahan-kelemahan ketara mahu tidak mahu perlu diselesaikan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 ini.

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Perdana Menteri yang telah pun mengemukakan satu agenda negara untuk mengangkat status ekonomi rakyat kepada satu tahap yang setanding dengan negara-negara maju. Sebagaimana yang kita diberitahu bahawa dalam tempoh 10 tahun ini, Yang Amat Berhormat dan kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap kapita kepada RM49,000 daripada kedudukan sekarang sebanyak RM25,000, ataupun di dalam mata wang USD daripada USD7,000 kepada USD15,000.

Yang Amat Berhormat membawa pendekatan-pendekatan beliau sebagai seorang pemimpin, setiap orang pemimpin negara, Perdana Menteri mempunyai caranya tersendiri.

Sebelum ini Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu telah mengadakan dasar-dasar dan pendekatan-pendekatan serta program untuk menjayakan matlamat bagi meningkatkan status dan kedudukan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kita sepatutnya berasa bangga kerana mempunyai kepimpinan yang mempunyai satu matlamat besar untuk rakyat dan negara. Bagaimana kalau kita mempunyai seorang pemimpin yang tidak mempunyai agenda untuk pembangunan rakyat, sebagaimana yang berlaku dalam banyak negara- negara di dunia ini.

Kita juga mendengar rakan-rakan daripada pihak pembangkang mempertikaikan pelbagai inisiatif, ini saya rasa tidak adil kerana bagi seorang pemimpin, Perdana Menteri pertama sekali ialah menggubal dasar, tentunya dasar yang digubal dan diumumkan itu mengambil masa untuk diuji kejayaannya. Berilah masa yang sepatutnya, setimpal dengan agendanya sebelum kita membuat penilaian sama ada dasar-dasar itu berjaya atau tidak berjaya.

Saya menaruh penuh keyakinan, kepimpinan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah kelangsungan daripada cara-cara kita mentadbirkan negara kita ini. Dalam tempoh sejak kita mencapai kemerdekaan sehingga hari ini, kita melihat perbezaan yang begitu ketara dalam pembangunan infrastruktur, dalam pembangunan human capital ataupun modal insan. Program pendidikan, pembelajaran, kemahiran dan sebagainya. Daripada sebuah Universiti Malaya kita tubuhkan Universiti Kebangsaan dan sehingga hari ini kerajaan telah mendirikan lebih daripada 20 IPTA.

final • 7:05 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini satu kerja besar yang dilakukan oleh kerajaan dan kita di sini pun adalah merupakan produk keluaran daripada IPTA-IPTA kerajaan yang ada dalam negara kita ini dan kalaupun tidak kerajaan menghantar anak-anak kita ke luar negara belajar, di universiti- universiti seluruh dunia. Tidak mungkin bagi anak-anak kita dapat belajar di negara-negara maju seperti Amerika dan sebagainya kalau tidak dengan insentif perancangan yang teliti dan kemampuan pihak pemimpin dan kerajaan menyediakan kewangan bagi mereka untuk mendapatkan peluang belajar ke luar negara.

final • 7:10 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dan tidak cukup daripada itu sebagai sebuah kerajaan yang pro, rakyat dan pro kepada swasta, hari ini universiti- universiti...

final • 7:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Juga terdapat di dalam sektor swasta. Lebih daripada 500 buah kolej swasta telah ditubuhkan di dalam negara kita ini dan banyak daripadanya yang berstatus tinggi iaitu di tahap universiti, mengeluarkan graduan- graduan dalam pelbagai bidang pengajian yang menjadi sumber manusia yang produktif dan berguna kepada negara, Yang Berhormat Kota Belud, ada?

final • 7:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ha.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey!

final • 7:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih sahabat saya yang bijaksana Yang Berhormat Pasir Salak. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan Yang Berhormat Pasir Salak, tadi kita duduk di sini kita dengar berbagai- bagai tohmahan daripada pihak pembangkang dan tidak memberi ruang untuk kita mencelah. Pertama sekali ada dua ruang yang ingin saya tanya kepada yang minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pasir Salak.

Pertamanya ialah apakah perlu untuk pembangkang dibawa berunding apabila kerajaan membuat Model Ekonomi Baru ini? Sebab kalau kita lihat daripada Ketua Pembangkang kepada bakal Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ipoh Timur dan apa namanya, daripada itu Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, semuanya mahu supaya jawatankuasa select committee. Ini bukan ada kena mengena dengan sesuatu perkara yang perlu dibawa ke dalam Majlis, itu satu.

Keduanya, minta penjelasan. Tadi kita dengar Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Pokok Sena dan rakan-rakan kita di sebelah sana mengatakan seolah-olah Perdana Menteri, kerajaan menjual maruah negara kepada pihak Zionis Israel. Saya hendak tanyalah kepada Yang Berhormat Pasir Salak, yang selalunya menjual rahsia kerajaan ini siapa? Kita yang sudah memegang kuasa Perdana Menteri tidak perlu menjual apa-apa kepada pihak yang ketiga ini, tidak perlu. Selalunyalah yang mahu menjual ini adalah orang yang berminat...

final • 7:10 PM

Seorang Ahli

Betul.

final • 7:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Untuk... [Tepuk] Menumbangkan kerajaan.

final • 7:10 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita sudah jadi Perdana Menteri, Yang Berhormat Pasir Salak, kita pegang kuasa. Kita kerajaan. Jadi tidak ada sebab untuk kita menjual rahsia-rahsia kerajaan...

final • 7:10 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

[Bangun]

final • 7:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini mesti selalunya dilakukan oleh orang-orang yang mahu mengambil kuasa daripada kita, minta penjelasan.

final • 7:10 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul!

final • 7:10 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Minta penjelasan.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih saudara...

Sekejap, Yang Berhormat Kota Belud. Dua soalan. Satu, sama ada Model Ekonomi Baru

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

ini, model baru ekonomi bukan Model Ekonomi Baru, new model, New Economic Model.

Cara baru, jangan salah bukan another New Economic Policy pula, faham itu, faham pembangkang! Jadi berhubung dengan perkara ini, kerajaan ada tugas membentuk dasar membentuk polisi, pembentukan dasar dan polisi adalah urusan kerajaan bukan urusan Dewan, kena faham itu. Ini janganlah kita di Dewan ini, kita hendak buat undang-undang, kita hendak jadi hakim, kita hendak jadi pegawai kerajaan, kita hendak jadi imam, kita hendak jadi Tok Guru hendak buat fatwa, segala-galanya kita hendak buat di sini.

final • 7:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu bukan sistem pemerintahan yang ada di dalam negara kita ini, kita ada sistem di mana Parlimen dengan peranan Parlimennya, faham?

final • 7:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia tidak faham.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dan juga eksekutif dengan peranan eksekutifnya, yang busy body hendak campur ini fasal apa? Tunggulah esok kalau sudah membentuk kerajaan.

final • 7:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Faham?

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Makanya ada peluang untuk membuat polisi dan dasar-dasar. Lagi pun lah kalau dibawalah ke Parlimen ini, mendengar hujah-hujah, cakap-cakap kepada pembangkang, daripada eh! 2008 hari itu sampai hari ini, boleh jadi gila kita! We can go mad! Dengan izin. Macam-macam tidak ada yang betul!

Tidak ada yang baik semuanya salah. [Dewan riuh] Macam mana ini hendak kita terima input yang seperti ini, faham?

final • 7:10 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:10 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang kedua, ketiga. I have to answer one more. Lagi satu ialah berhubung dengan penjualan rahsia negara. Apa yang saya tengok pemimpin Pulau Pinang, mengikut rekod imigresen, every now and then, dengan izin pergi ke Singapore jual rahsia kerajaan Malaysia di Singapore. [Dewan riuh] You can check with the immigration officers.

final • 7:10 PM

Seorang Ahli

Betul, betul

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dan juga selain daripada Singapore, where is the other destination is Hong Kong... [Disampuk]

final • 7:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Apa bukti?

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Itu tohmahan.

final • 7:10 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Apa bukti?

[Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tohmahan apa?

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tohmahan itu.

final • 7:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Bagi sayalah.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tohmahan itu.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya ada maklumat.

final • 7:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Apa bukti? Bagi buktilah!

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tarik balik.

final • 7:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Mana?

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tarik balik.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya ada maklumat.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tarik balik.

final • 7:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Bagi buktilah.

final • 7:10 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Dan saya rasa... [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Mintalah bukti.

final • 7:10 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun] Sudah gila kah?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudahlah Yang Berhormat

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jual maklumat.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

UMNO jual diri.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...kepada Singapore, jual maklumat kepada Hong Kong.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Kepada China dia jual.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Barisan Nasional jual diri.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

UMNO jual diri.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Pehhhhhhh! DAP.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Duduklah.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

UMNO jual diri.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tauke DAP, Singapore. DAP anak kepada PAP.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Barisan Nasional.

final • 7:10 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

[Bangun] [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

UMNO APCO, APCO, UMNO, UMNO. [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Now, you gelaklah ha?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

APCO.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Ahli Yang Berhormat [Dewan riuh] Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

APCO.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Lim Kit Siang, Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

UMNO ada India kah?:

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pegawai politik Lee Kuan Yew, punyai rancangan...

final • 7:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Pokok Sena, bangunlah pertahankan kerajaan Pulau Pinang.

final • 7:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...PAP di Malaysia.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

UMNO APCO, APCO, UMNO.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu sebab mahu hapuskan...

[Disampuk]

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order. [Disampuk]

final • 7:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bangunlah Yang Berhormat Pokok Sena pertahankan...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Duduklah...

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

UMNO APCO, APCO, UMNO

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Pokok Sena malulah sikit.

final • 7:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Lenggong...

final • 7:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Pokok Sena, tahan...

[Disampuk]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Puchong peraturan mesyuarat.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Okey.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

UMNO, APCO, APCO, UMNO [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Eleh, tidak ada, tidak ada [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

No way.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Heh, duduk, duduk. [Dewan riuh] Point of order.

final • 7:10 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tuan Yang di- Pertua.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

No, no. I’m speaking Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order, duduk! Point of order.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

UMNO anak APCO.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Order, order apa?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain duduk, yang lain duduk.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Order, order! Order kat luar lah!

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain duduk Yang Berhormat, yang lain diam [Dewan riuh] Ya, Yang Berhormat Puchong.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Peraturan Mesyuarat 36(12). Tuan Yang di- Pertua, adalah jelas bahawa Yang Berhormat Pasir Salak menyatakan dua perkara satu iaitu Ahli-ahli DAP ke Singapura, itu okey. Akan tetapi yang lagi satu dia jual, mereka jual maklumat kepada Singapura dan saya di sini minta Yang Berhormat Pasir Salak memberi, berikan butir-butir bukti, nyatakan dengan tepat. [Dewan riuh] Belum habis lagi, belum habis..

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Not...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat [Dewan riuh] Yang Berhormat [Dewan riuh] Yang Berhormat Pasir Salak duduk Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Belum habis, you sit down.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Disampuk]

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Sudahlah, duduk UMNO sit down.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Don’t make a speech.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Belum lagi…

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudahlah...

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

UMNO pergi [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Telok Intan [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

UMNO anak APCO.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Biasa membuat tohmahan tanpa bukti Yang Berhormat Pasir Salak, now stand up, kalau anak jantan, stand up!

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You berikan bukti. [Dewan riuh]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat!

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You sit down, I answer.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau tidak...

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kalau tidak apa?

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya minta kamu tarik balik.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You can follow your father lah.

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Don’t involve my father. You call your [Disampuk]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak!

Yang Berhormat Puchong.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Point of order Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Ketawa]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You are on point of order, ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

The statement...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Cukup Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I want....

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Pokok Sena bangunlah tolong Yang Berhormat Puchong itu.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

To the question.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Duduklah!

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat saya minta Ahli Yang Berhormat diam. Peraturan 36(12) merujuk seseorang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya mendengar ucapan tadi Yang Berhormat Pasir Salak, kalau dia mula-mula provoke tidak ada seorang pun tetapi sebelah sini....

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Marah.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terasa. Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh] Kalau....

final • 7:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Tuan Yang di-Pertua suruh dia tarik balik.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Kalau apa?

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tarik balik.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Saya sedang bercakap Yang Berhormat Puchong.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, silakan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak rasa bahawa...

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Silakan. Saya mahu dengar.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak rasa dan tidak berpendapat bahawa ucapan Yang Berhormat ini perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini perkara yang serius. [Dewan riuh] [Tepuk] Orang ini membuat tohmahan kosong...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Duduklah Yang Berhormat Puchong.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dan Tuan Yang di-Pertua mahu lindungi dia?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Adakah Tuan Yang di-Pertua ini kalau berani apakah masalah dia?

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau betul ada bukti....

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Beri Yang Berhormat Pasir Salak menjawab dahulu.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa salah you answer!

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apalah you.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan 36(12)

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Memang tidak ada bukti.

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Memang tidak ada bukti.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Dia kata orang tidak boleh.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You cancel what you said.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Please.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

A man of zero substance! [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Berikan bukti.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Ini Yahudi.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, jangan lindung orang seperti ini.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini Dewan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan accused me.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini Dewan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Do not accuse me Yang Berhormat, melindungi. Tidak melindungi, ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I am to say...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak, ya. Do not do that.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Membuat tohmahan yang...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Seserius ini.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat juga membuat tohmahan yang salah ini...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tentunya kita perlu ambil tindakan.

final • 7:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Dia mahu sampai gantung lagi itu.

Beri setahun lagi. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

[Menyampuk]

final • 7:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tambah dua hari lagi. Beri rehat. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

What is the difficulty [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Beri Yang Berhormat Pasir Salak menjawab dahulu.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Beri Yang Berhormat Pasir Salak menjawab dahulu. Beri dia menjelaskan dahulu. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Explain dahulu. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong.

[Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Beri explain dahulu. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Menyampuk]

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Pasir Salak boleh explain. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong, saya minta Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Outside. Give me the outside.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak saya minta habiskan ucapan.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Hah!

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

What you want? That is what you want?

[Disampuk]

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

What you want outside?

[Disampuk]

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You first.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

No. Talk here, inside.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 7:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Menyampuk]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

Masa sudah habis [Disampuk]

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Inside. This is Parliament.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Pasir Salak tidak ada bukti, useless.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tolong Yang Berhormat Puchong itu.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua patut panggil minta dia tarik balik. Minta dia tarik balik.

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, berilah Yang Berhormat Pasir Salak menjelaskan kenyataan itu [Disampuk] No, no.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Beri dia jelaskan. [Disampuk] [Dewan riuh] Beri dia jelas. [Dewan riuh] Awak tidak faham.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, semua ada jawab.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak. Awak tidak faham. Beri dia jelas dahulu. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan. Yang Berhormat minta dia dirujukkan kepada...

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan dahulu.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya minta penjelasan dahulu.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Apabila saya bercakap saya minta Yang berhormat duduk.

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan Privilege Committee.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

[Menyampuk]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan 36(12) is Privilege Committee.

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan. [Disampuk] [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua baca.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hak dan Kebebasan.

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hak dan Kebebasan.

Peraturan 36(12).

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Peraturan 36(12) itu mengenai [Disampuk] Content of speech. [Dewan riuh] Content of speech adalah salah. Mengelirukan Dewan.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya sudah buat keputusan Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita panggil dia...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa masalah dia?

final • 7:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Untuk tarik balik.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa masalah dia? Minta dia beri penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, kalau seorang Ahli Parlimen berani hendak buat tohmahan dalam Dewan...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak mahu...

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Patut ada bukti.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Keputusan saya di...

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dia buktikan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Di pertikaian sebegini Yang Berhormat. Please.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi tidak boleh begini.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apabila mereka melakukan perkara seperti ini, Tuan Yang di-Pertua seolah-olah melindung.

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak boleh.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan tuduh saya melindung.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

[Menyampuk]

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Berilah peluang kepada Yang Berhormat Pasir Salak untuk menjelaskan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya berpandukan kepada Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi dia membuat tohmahan yang serius.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau seseorang itu merujuk kepada seseorang...

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua. Tidak mungkin Tuan Yang di-Pertua mahu biarkan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Dia ada penjelasan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You are out of order Yang Berhormat. I am talking.

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I am asking one explanation.

final • 7:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Keputusan Tuan Yang di- Pertua muktamad.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Kata orang pandai.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Perlu habiskan Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah habis.

final • 7:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Diamlah sedikit.

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Terasa.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

This is the problem, Tuan Yang di-pertua.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh saya bercakap? Apa ini?

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tarik, tarik, tarik.

final • 7:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat akur.

final • 7:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Tuan Yang di-Pertua perlu minta tarik balik.

[Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat? [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Oleh sebab itu Yang Berhormat, saya katakan Peraturan Mesyuarat 36(12) tidak sesuai. Sekarang Yang Berhormat cakap dia minta tarik balik ada sangkaan jahat. Kalau sangkaan jahat diam Yang Berhormat dan saya akan minta dia untuk tidak menuduh kepada siapa-siapa. Point of order ditunjukkan tadi Peraturan Mesyuarat 36(12).

Oleh sebab itu Yang Berhormat, saya katakan tidak sesuai [Dewan riuh] Sekarang ini, Yang Berhormat minta dia tarik balik di bawah peruntukan Peraturan Mesyuarat 36...

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 7:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Peraturan 36(6).

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Ada niat jahat, baik.

Oleh sebab itu saya katakan Peraturan Mesyuarat 36(6), saya akan minta Yang berhormat Pasir Salak untuk tidak menuduh mana-mana pihak dalam ucapan. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Beberapa Ahli

Perlu tarik balik [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak perlu tarik balik. Sebutkan sahaja dalam Dewan [Dewan riuh] Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Beri bukti.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita sedia mahu dengar. Tidak ada masalah.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak jangan menuduh mana-mana pihak...

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya. Jangan menuduh...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dalam ucapan.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya. Jangan menuduh mana-mana pihak..

[Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Tarik balik. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Beberapa Ahli

Tarik balik!

final • 7:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Tarik balik, tarik balik! Yang Berhormat hendak beri penjelasan, duduklah!

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

Yang Berhormat Rasah.

final • 7:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Beri dia cakap dahulu.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Cakap. Saya mahu dengar, beri bukti.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau mahu saya cakap diamlah dahulu yang sana itu. Kalau sudah kelam kabut macam mana saya mahu bercakap. [Dewan riuh] Betul atau tidak?

final • 7:20 PM

Beberapa Ahli

Betul atau tidak?

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Akan tetapi sudah kenal saya, bukan.

final • 7:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

UMNO jual diri.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You challenge the wrong guy.

Sorry.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Lain diam Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya. Minta maaf tadi saya telah mendengar bagaimana tuduhan dibuat terhadap Barisan Nasional. [Dewan riuh] Yang Berhormat Ipoh Timur buat tuduhan. Kita menjual rahsia negara...

final • 7:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Six million Dollar.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mendedahkan rahsia kepada negara kepada itu dan ini. Ini apa bukti?

final • 7:20 PM

Beberapa Ahli

Ada bukti.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa bukti?

final • 7:20 PM

Beberapa Ahli

Ada.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mana bukti? [Dewan riuh] [Ketawa] Itu bukti? Sudah lah!

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat habis masa.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi saya mohon...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menyokonglah rang undang- undang ini. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 7:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Rembau duduklah Yang Berhormat Rembau. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Langsung tidak ada standard!

final • 7:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tarik balik. Jangan lari. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak jawab soalan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 7:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Lari yang ini.

final • 7:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dia tidak tarik balik Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Pembohong betul.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh saya bercakap? Apa ini?

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Ipoh Timur, dan kami semua mendakwa...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh saya bercakap? Apa ini?

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sesuatu terhadap BN kerana kerajaan...

final • 7:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tahniahlah kepada pemimpin PAS...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kerana mempertahankan DAP.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena. Ahli-ahli Yang Berhormat. Biar itu jadi sebahagian dari ucapan untuk dinilai oleh semua pihak. Kalau itu tidak berasas, tidak berasas Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak begitu.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Oleh sebab itu saya beri amaran...

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Menunjukkan syarat yang tidak baik kepada saya.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Untuk tidak merujuk kepada mana-mana pihak. Cukup Yang Berhormat [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Tahniahlah Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis. Tidak ada orang berucap lagi?

final • 7:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tahniah PAS pertahankan DAP. Tahniah!

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri.

final • 7:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Jihad! [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Okey. Terima kasih Tuan...

final • 7:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Pokok Sena perlu sabar. Ustaz baru nasihat tadi.

final • 7:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh Maksud B.1 iaitu B.1 [Dewan riuh] Perbelanjaan Parlimen. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Secara ringkas Yang Berhormat Bakri.

final • 7:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Secara ringkas, satu isu sahaja ingin saya bangkitkan [Disampuk] Saya ingin menyentuh... [Disampuk]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain saya minta diam Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ya. Sorry. Semasa perbahasan menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. [Dewan riuh] Saya mencadangkan supaya pihak Parlimen boleh membekalkan dokumen-dokumen kepada ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini. Secara elektronik.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain diminta diam.

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Diam.

final • 7:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Akan tetapi jawapan yang saya terima semalam menyatakan bahawa Penyata Rasmi Parlimen hanya disediakan tertakluk kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 10. Dalam jawapan tersebut juga menyatakan sebarang cadangan untuk menggantikan terus buku Penyata Rasmi Parlimen dan dokumen-dokumen lain dalam bentuk cakera padat atau secara elektronik perlulah terlebih dahulu. [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Diamlah.

final • 7:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Melibatkan kepada pindaan kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 10, apakah maksud yang disebutkan pindaan dalam Peraturan Mesyuarat 10? [Disampuk] Apa yang saya bingung ialah [Ketawa] Bukankah Penyata Rasmi Parlimen pun sudah dipamerkan dalam laman web Parlimen.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, yang lain diam Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Adakah pindaan Peraturan Mesyuarat 10 pernah dilaksanakan sebelum ini supaya Penyata Rasmi boleh dibaca di dalam laman web rasmi Parlimen? Apa yang saya ingin tekankan dalam ucapan saya ialah supaya jawapan soalan lisan dan bertulis serta laporan tahunan dijalankan dan dibekalkan secara elektronik seperti cakera padat atau laman web. Buku dalam bentuk buku teks tetapi jawapan yang diterima tidak menyentuh langsung tentang soalan pokok saya. Akhir sekali saya minta Menteri menyatakan kos yang terlibat dalam menyediakan sesuatu jawapan bertulis dan lisan dalam Parlimen dan bekalkan penyata kos keseluruhan penyediaan jawapan tersebut dalam tahun 2009. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, setakat itu perbahasan. Selepas itu Menteri akan menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu 7 April 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.31 malam.

final • 7:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026