Mar302010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah polisi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat hari ini. Apakah sikap sebenar Amerika terhadap negara apabila mengeluarkan arahan kepada rakyatnya agar tidak berkunjung ke Sabah baru- baru ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Dato' Lee Chee Leong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading di atas soalan yang dikemukakan. Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang baik dan akrab dengan Amerika Syarikat. Kerajaan Malaysia berpandangan bahawa hubungan kerjasama yang kukuh dengan Amerika Syarikat mendatangkan banyak manfaat kepada Malaysia. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menyatakan komitmen masing-masing untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Amerika Syarikat semasa perbualan telefon mereka pada 26 Jun 2009.

Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus dipertingkatkan lagi meliputi kerjasama politik, perdagangan dan pelaburan. Peluang membangunkan dan berkongsi teknologi baru terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, komunikasi serta tenaga hijau. Usaha untuk mengadakan lawatan peringkat tinggi di Amerika Syarikat dan sebaliknya, akan terus dilakukan.

Kerajaan tidak mahu membuat sebarang spekulasi terhadap sikap sebenar Amerika Syarikat apabila Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Jabatan Negara Amerika Syarikat telah masing-masing mengeluarkan Notis Warden atau dengan izin, Warden Notice dan amaran perjalanan atau dengan izin, travel alert pada 15 Januari 2010.

Notis Warden dan amaran perjalanan tersebut menasihati rakyat Amerika Syarikat supaya berwaspada dalam membuat sebarang perjalanan ke kawasan pedalaman timur Sabah termasuk Semporna, Mabul dan Sipadan. Di dalam menangani perkara ini, Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat pada 18 Januari 2010, untuk mendapatkan penjelasan mengenai

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Dato' Lee Chee Leong

tujuan pengeluaran amaran perjalanan tersebut. Pertemuan tersebut juga adalah bertujuan untuk memaklumkan pendirian kerajaan serta keadaan sebenar di Malaysia terutamanya di Sabah. Sekian terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri atas soalan asal saya. Kita tidak menafikan hubungan baik dua hala ini.

Memang ini hubungan tradisi yang telah kita jalin selama ini. Kita tetap ikhlas dengan Amerika tetapi sejauh mana keikhlasan Amerika kepada kita? Ini kerana apabila mengeluarkan arahan perjalanan kepada rakyatnya untuk jangan pergi ke pantai-pantai terkenal di Sabah ini, terutama di kawasan Semporna - ini Menteri daripada Semporna pun ada.

Ia memberi kesan. Amerika ini Tuan Yang di-Pertua, arahan dia itu, walaupun ditujukan kepada rakyatnya, ia memberi kesan kepada negara-negara lain. Ini menjejaskan dari segi kedatangan pelancongan kepada negara Malaysia.

Jadi di mana letaknya hubungan baik ini? Apakah Amerika tidak sedar bahawa kesan akibat ini boleh merugikan Malaysia yang dianggap sebagai sahabat? Jadi ini yang saya ingin bertanya soalan tambahan ini kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau ada jawapanlah. Jadi sejauh mana keikhlasan Amerika kepada kita yang ikhlas kepada mereka. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sri Gading di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Hubungan dua hala Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah baik dan meliputi berbagai aspek.

Amerika Syarikat merupakan rakan dagang yang ketiga terbesar dengan jumlah perdagangan dua hala sebanyak RM109 bilion pada tahun 2009. Amerika Syarikat juga merupakan salah sebuah negara pelabur yang terbesar dan juga terpenting di Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.414 bilion pada tahun 2009.

Seperti yang saya telah maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat pada 18 Januari 2010 untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya. Menurut Duta Besar Amerika Syarikat tindakan beliau mengeluarkan notis ‘warden’ tersebut adalah sebagai memenuhi tanggungjawab beliau untuk menjaga keselamatan warga Amerika Syarikat dan bukannya dirujuk kepada Malaysia. Malahan dalam perbincangan tersebut beliau telah mengatakan penghargaan beliau dan Amerika Syarikat terhadap segala tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan- kawasan yang disebutkan iaitu di kawasan Timur Sabah.

Pihak kementerian juga telah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya dalam menangani pertanyaan dari negara-negara asing dengan mengeluarkan kenyataan akhbar yang menjelaskan keadaan keselamatan yang sebenarnya di negara ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang selamat dan aman bagi menarik pelancong-pelancong luar untuk melawat khususnya di Sabah. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Luar Negeri apabila notis ‘warden’ tersebut dikeluarkan? Adakah kementerian perlu mengadakan tindakan yang drastik untuk membuat perundingan diplomatik antarabangsa untuk menyelesaikan masalah ini? Apakah kesan kepada pembangunan negara kita seperti pelancongan dan pelaburan? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri atas soalan tambahan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, notis ‘warden’ tersebut telah dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat 15 Januari, 2010. Satu amaran perjalanan juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada hari yang sama. Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat pada hari Isnin, 18 Januari 2010 telah menggesa Duta Besar Amerika Syarikat untuk mengkaji semula notis warden tersebut kerana urusan keselamatan negara terutamanya di Sabah adalah terjamin. Amaran perjalanan Jabatan Negara Amerika Syarikat tersebut akan luput pada 15 April tahun ini.

final • 10:10 AM

2. Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan sama ada kerajaan menerima pandangan masyarakat Orang Asli, bahawa tanah yang telah diusahakan oleh nenek-moyang mereka adalah tanah yang harus dirizabkan untuk kaum Orang Asli walaupun tanah itu masih belum digazet sebagai tanah rizab Orang Asli.

final • 10:10 AM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengambil kira pandangan masyarakat Orang Asli terhadap tanah yang telah diusahakan oleh nenek-moyang mereka untuk dirizabkan. Berdasarkan rekod Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sehingga akhir 2009 terdapat seluas 85,934.81 hektar tanah telah dipohon oleh jabatan kepada pihak berkuasa negeri untuk diwartakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan kawasan penempatan Orang Asli yang dipohon berada di atas tanah berstatus rizab hutan, rizab PERHILITAN, rizab pantai dan rizab sungai.

Untuk makluman Yang Berhormat, urusan mewartakan kawasan penempatan Orang Asli yang berada di dalam keadaan sedemikian perlu mendapat ulasan dan persetujuan agensi pengguna tanah terlebih dahulu.

Sebagai contoh, rizab hutan dan rizab PERHILITAN memerlukan penggantian kawasan baru apabila kawasan asal hendak dibatalkan. Keadaan ini menyukarkan pihak berkuasa negeri untuk mendapat kawasan gantian. Proses kelulusan pembatalan status rizab hendaklah melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan Kanun Tanah Negara ataupun Akta Orang Asli 1954 - Akta 134.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan pihak berkuasa negeri dalam menyelesaikan isu perizaban tanah Orang Asli memandangkan perkara yang berkaitan dengan tanah Orang Asli adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri selaras dengan Jadual Kesembilan Senarai II di dalam Perlembagaan Persekutuan Seksyen 41 dan 42 di dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan seksyen 6 dan 7 di dalam Akta Orang Asli 1954 -Akta 134.

Malah setakat ini pihak jabatan telah berjaya mewartakan seluas 19,713.65 hektar tanah di seluruh negara dan seluas 30,849.86 hektar juga telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk tujuan pewartaan. Jadi pada jumlah yang telah diwartakan negeri Perak mencatatkan jumlah keluasan tanah tertinggi yang berjaya diwartakan iaitu 5,191.76 hektar diikuti negeri Johor dan Pahang, masing- masing seluas 5,017.47 hektar dan 4,293.39 hektar.

final • 10:10 AM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Dalam hal ini pihak jabatan dengan kebenaran kerajaan negeri telah membangunkan seluas 15,561.58 hektar tanah yang belum diwartakan dengan projek pembangunan ladang komersial dengan tanaman sawit dan getah. Projek- projek pembangunan ladang komersial ini dilaksanakan dengan usaha sama dengan agensi kerajaan RISDA dan juga FELCRA. Dalam masa yang sama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga telah mengambil tindakan melaksanakan kerja- kerja ukur ke atas tanah yang telah dipohon seluas 9,342.08 hektar meliputi 36 lokasi penempatan Orang Asli dengan kos RM3.7 juta. Ianya bertujuan bagi mengenal pasti sempadan atau mengelakkan pencerobohan oleh individu lain, pelaksanaan projek-projek pembangunan dan permohonan kelulusan pewartaan kepada pihak berkuasa negeri.

final • 10:10 AM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri untuk satu jawapan yang lengkap.

Saya mahu bertanya, adakah kerajaan sedar bahawa ramai Orang Asli tidak begitu selesa dengan cadangan kerajaan memberi tanah seluas dua sehingga enam ekar untuk setiap keluarga. Ini disebabkan kerana mereka rasa dua hingga enam ekar tidak mencukupi untuk kaum Orang Asli.

final • 10:10 AM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Mereka juga takut ini akan membuka pintu untuk pemberian tanah lain yang dianggap oleh mereka sebagai tanah mereka kepada pihak-pihak ketiga.

Inilah sebabnya mereka – 2,000 orang yang datang Putrajaya dua minggu lalu untuk beri memorandum berkenaan dengan isu ini. Jadi apakah pendirian kerajaan? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sungai Siput. Orang Asli apabila datang ke Putrajaya baru-baru ini bukan hanya hendak menyerahkan memorandum. Mereka bertemu dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan saya bagi penerangan, penjelasan dan saya bagi jamuan makan tengah hari di dewan di pejabat saya. Di samping itu memang saya setuju dan akui bahawa mereka memang hendak menyampaikan memorandum.

Saya ada di situ menyerahkan memorandum dan tidak ada masalah. Bukan kita lari daripada menghadapi mengatasi masalah yang dihadapi. Kita akui bahawa ada kandungan bahawa apa yang kita cadangkan dipersetujui dan ada juga yang tidak dipersetujui.

Pertama mengenai keluasan tanah yang mereka agak sangsi seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Kedua keluasan tanah yang ada. Kita sering berdialog dengan mereka mengenai perkara ini. Malahan Ketua Pengarah jabatan Hal Ehwal Orang Asli pada saat ini pun mengadakan road show dengan izin, menerangkan dan menjelaskan dan kita mendapat maklum balas. We do engagement dengan izin, dengan masyarakat Orang Asli kerana jumlah Orang Asli walaupun ia tidak besar dalam lingkungan 141,000 di seluruh negara - padatnya terletak di Pahang dan juga di negeri Perak dan sedikit sebanyak di Johor.

Kita tahu dalam perkara ini bukan kita tidak mendapat feedback. Insya- Allah selaku Menteri saya bagi jaminan bahawa kita mendengar - bukan hanya mendengar kita akan mengambil tindakan. Cuma masalahnya keluasan tanah yang sedang diduduki yang mereka anggap bahawa ini merupakan milik mereka, tempat mereka. Ia membabitkan bukan hanya seperti yang saya sebutkan tadi - reserve PERHILITAN, reserve hutan, reserve sungai, reserve pantai.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Jadi ini penting bagi kita untuk melihat supaya keadaan tanah ini jangan nanti esok kalau kita tidak hadkan pemilikan ini, jumlah yang mungkin akan dapat manfaat akan kurang. Kalau sekiranya ada 100 orang contohnya dan kita hendak agihkan 10 hektar tanah, akan lebih ramai lagi dapat daripada 100 orang daripada kalau kita agihkan 30 hektar tanah kepada seorang. Jadi perlu ada satu pendekatan yang standard contohnya untuk membolehkan supaya keluasan tanah dua hektar - 0.2 hektar untuk bina rumah, enam ekar untuk mereka kerjakan. Itu sebahagian daripada cadangan yang telah dikemukakan. Tidak bererti bahawa cadangan ini kita muktamad, tidak. Kita mendengar maklumat - it is proposed setelah kita berbincang dengan Majlis Penasihat Orang Asli yang ada supaya kita dapat perluaskan yang menerima tanah ini. Ini perlu saya jelaskan dengan panjang Tuan Yang di-Pertua.

Keduanya kadang-kadang kita dapati mereka juga hendakkan... Apabila saya berjumpa dengan mereka di pejabat saya supaya tanah yang mereka miliki...

Yang duduki bukan miliki - duduki sebagai satu kawasan dia cakap ‘rayau’, roomy area dengan izin. Dia kuasai satu keluarga 20 ekar, 30 ekar and that should belong to them, should not be shared with other Orang Asli yang ada dengan izin.

Jadi bagaimana Orang Asli yang lain di kawasan persisiran itu yang langsung tidak ada milik tanah. So we do justice as well. Jadi ini perubahan- perubahan yang kita dengar begitu juga dalam provision yang ada yang kita cadangkan bahawa diberi hak kepada ketua isi rumah. Ini kita akan ubah selaras dengan apa yang mereka kehendaki termaktub dalam memorandum mereka yang telah dikemukakan kepada saya selaku Menteri dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Juga keluasan tanah, tetapi ini memerlukan kerjasama daripada pihak-pihak kerajaan negeri seperti yang saya nyatakan tadi.

Kita do engagement dengan Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli dalam kita membincangkan bagaimana hendak mengagihkan, bagaimana hendak meluluskan akta ini masih di peringkat pihak AG untuk kita perhalusi.

Kita akui ada cadangan tambahan daripada pihak mereka dan kita selaku kerajaan amat terbuka. Apa yang penting untuk kita supaya kita ada aturan peraturan yang boleh membawa mereka ke arah yang kita boleh katakan dimajukan. Di samping itu saya tidak mahu mendengar bahawa seakan-akan bunyinya Orang Asli hanya layak untuk kawasan tanah yang ada. Contohnya Orang Asli di Negeri Sembilan - bukan hanya tempat mereka yang ‘rayau’ itu.

Selaku rakyat Malaysia, mereka juga berhak untuk hendak dapat tanah di Kuala Lumpur, di Negeri Sembilan, di Pekan, di mana-mana tempat sekiranya mereka hendak apply. Hendak dapat rumah bukan hanya di kawasan Orang Asli.

Ini perlu kita jelaskan dengan izin, they have every right assimilation in this country, equal right as the rest of the people. Cuma kita katakan hendak bawa perubahan di kalangan masyarakat Orang Asli ini dari segi pemikiran, dari segi budaya mereka bukanlah merupakan kerja satu hari atau dua hari. It will take time for us, kerana budaya-budaya ini boleh membawa ke arah perubahan-perubahan supaya masyarakat Orang Asli pada hari ini dapat kita daulatkan. Saya nyatakan di sini kita banyak bantu mereka. Hari ini sudah lebih 250 anak-anak Orang Asli masuk universiti, yang buat degree dan diploma atas biayaan dan bantuan kita.

Malahan kita juga akan menghantar mereka ke peringkat luar negara. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau.

final • 10:20 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih yang dikasihi Yang Berhormat Menteri. Tidak ada Orang Asli tetapi sentiasa mengemukakan masalah Orang Asli...

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Dia lah Orang Asli itu… [Ketawa]

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Bersama dengan Sabah, saya pun tidak tahu.

final • 10:20 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

...Saya juga ingin mengemukakan masalah yang sama Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebenarnya menepati tidak ada diskriminasi seperti mana yang termaktub dalam pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu free from discrimination of any kind dengan izin. Bermakna di sini, apa yang kerajaan laksanakan seperti yang bangkitkan seperti dalam soal pampasan, tentang soal kawasan ‘rayau’ iaitu kawasan yang digunakan untuk mencari makanan, rezeki pada kadar ataupun pendudukan sementara.

Jadi di sini saya ingin - saya tahu settlement telah dibuat oleh pihak kerajaan menerusi FELDA dan RISDA. Akan tetapi apa yang dibangkitkan oleh segelintir mungkin ada hasutan-hasutan - bukan bermaksud saya daripada rakan- rakan pembangkang tetapi daripada luar negara sekalipun yang mereka datang ke negara kita, yang mereka tinggal bersama Orang Asli, yang mereka cuba mengemukakan bahawa berlaku diskriminasi yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Jadi di sini boleh atau tidak kementerian menimbangkan kerana Orang Asli dilindungi oleh akta sejak sebelum kita mencapai kemerdekaan lagi. Ini supaya kerajaan membuat perbincangan dengan kerajaan negeri supaya kadar pampasan yang setimpal dalam usaha kita membasmikan kemiskinan dan juga masalah buta huruf yang terdapat di kalangan Orang Asli ini. Juga tentang masalah ekonomi mereka - memberi tarikh akhir supaya tidak timbul keluh-kesah yang juga dimainkan sentimen ini yang menyebabkan kerajaan cuba menidakkan hak mereka di dalam negara kita. Tarikh akhir dan juga kadar pampasan kalau sekiranya tanah-tanah hak milik nenek-moyang mereka telah diambil oleh kerajaan. Apa pendirian pihak kementerian dalam menyelesaikan masalah ini?

final • 10:20 AM

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Yang Berhormat daripada Arau. Maka dengan itu kita mengambil pendekatan untuk membuat perubahan dari segi akta yang ada selaras dengan apa yang dikehendaki oleh masyarakat Orang Asli. Oleh sebab kita hendak menyusun pembahagian tanah- tanah ini yang mereka tuntut sebahagian daripada tanah nenek-moyang mereka.

Kita kena ada undang-undang yang lebih jelas supaya memastikan ada peraturan- peraturan yang akan boleh diikuti.

Saya amat setuju sekali dengan apa yang Yang Berhormat Arau katakan.

Sebenarnya pihak kerajaan tidak pernah terlintas langsung pun menganaktirikan, mengetepikan dengan izin, you can named countries in the world that have done a lot to the people like Orang Asli di Malaysia ini. Compared to what we had, Amerika Syarikat dan Australia - dari segi bantuan-bantuan sehingga hospital Orang Asli pun ada. Orang Asli bila sakit masuk hospital. Seorang sakit - kalau dia bawa lima orang anaknya we cater for them, kita bagi kemudahan-kemudahan ini.

final • 10:20 AM

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Kemudahan contohnya saya bagi contoh untuk membasmi masalah kemiskinan di Gahai, di Pahang - 20 Orang Asli yang dahulu pendapatannya dalam lingkungan RM300. Hari ini kita libatkan mereka dalam cucuk tanam getah menerusi RISDA. Selepas itu nanas dan tanaman-tanaman kontang yang lain seperti cili. Sekarang ini mendapat pendapatan membatasi RM1,000 yang dahulu RM300 sahaja. Ini kita akan perluaskan di Minyak Beku di Johor, satu kawasan di mana Orang Asli yang dahulu di pantai dan kuala di Batu Pahat. Saya masuk di situ tahun lalu saya katakan kita perlu memindah supaya ada keselesaan.

Hari ini projek untuk pembinaan rumah Orang-orang Asli sudah pun tengah kita jalankan, siapkan insya-Allah dalam masa yang terdekat ini kita akan lakukan untuk masyarakat Orang Asli sebenarnya. Cuma saya akui bahawa ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab buka hanya dalam luar yang akan mengambil kesempatan dalam usaha untuk mengambil peluang dari segi untuk memperalatkan pihak-pihak ini. Akan tetapi kita yakin bahawa kita mempunyai pendekatan. Saya baru-baru ini melantik beberapa pakar-pakar yang melibatkan Orang Asli - Profesor Juli contohnya.

final • 10:20 AM

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Saya libatkan lima focus group. Ia mengenai pendidikan, ekonomi, kesihatan masyarakat Orang Asli, dan satu lagi kita katakan intellectual knowledge yang ada. Apa yang tidak pernah kita eksploit dari segi perubatan tradisi yang ada, dan yang mengetuai sebahagian daripada focus group ini merupakan orang-orang yang berilmu, datangnya daripada Orang Asli, Profesor Juli a/l Edo contohnya, ya.

Dan kita libatkan Majin juga selaku Presiden kepada masyarakat Orang Asli Semenanjung.

Maknanya kita ada engagement dengan ketua-ketua masyarakat untuk membantu masyarakat Orang Asli ini. Saya tahu bahawa jumlah dia tidaklah besar sangat 141,000 sahaja. Lokasi yang kita tahu, padatnya di Johor, Pahang dan juga di Perak. Manakala yang lain bertaburan dan di Perlis tidak ada. Cuma di negeri Kedah kita ada. Di negeri Kedah kita mempunyai 172 sahaja Orang Asli sahaja di situ. Kalau ada pun Orang Siam. Ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita insya- Allah mana yang diletakkan ini, kita akan lakukan yang terbaik untuk membantu masyarakat Orang Asli di negara kita. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk memastikan supaya pihak konsesi lebuh raya mengambil langkah lebih efektif dalam mengendalikan kenderaan rosak terutamanya kenderaan berat dalam usaha untuk mengelak banyak kemalangan maut.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih untuk Ahli Yang Berhormat dari Jasin. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan amat prihatin terhadap isu kemalangan yang berlaku khususnya yang mengakibatkan kematian di jalan dan lebuh raya. Dalam menangani masalah kenderaan rosak di lebuh raya, syarikat konsesi lebuh raya akan melaksanakan tindakan pengurusan trafik sementara atau dengan izin, temporary traffic management. Apabila pihak konsesi lebuh raya menerima maklumat atau informasi mengenai sesuatu kes kecemasan yang berlaku di lebuh raya, sama ada daripada pengguna terbabit atau daripada pengguna lebuh raya

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

yang lain, Peronda Lebuh raya konsesi akan dikejarkan ke lokasi bagi memberikan bantuan awal serta kawalan dari segi trafik.

Tempoh maklum balas atau responds time bagi pihak peronda untuk sampai ke lokasi atau tempat kajian setelah menerima makluman adalah 10 minit bagi lebuh raya dalam bandar atau inter urban, dan 20 minit bagi lebuh raya antara bandar atau intra urban. Ia bergantung pada tahap kecemasan sesuatu insiden terbabit, bantuan daripada agensi kecemasan seperti pihak polis, ambulans serta bomba juga akan dihubungi oleh pihak konsesi lebuh raya terbabit.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga selain daripada Pusat Kawalan Trafik Konsesi yang beroperasi 24 jam sehari, pihak konsesi lebuh raya juga turut mengadakan rondaan di sepanjang lebuh raya dengan kadar kekerapan yang ditingkatkan pada waktu puncak serta musim perayaan. Ini sekali gus dapat membantu pihak peronda untuk mengenal pasti mana-mana kenderaan yang mengalami kesulitan di lebuh raya bagi membolehkan bantuan diberikan dengan kadar segera.

Pihak syarikat konsesi juga ada menyediakan trak tunda bagi membolehkan kenderaan ringan yang mengalami kerosakan kecil ditunda atau dialihkan ke kawasan seperti hentian rehat atau plaza tol yang berhampiran dalam tempoh 15 minit tanpa sebarang kos kepada pengguna. Manakala bagi kenderaan berat, perkhidmatan trak tunda panel akan diguna pakai bagi membantu urusan pengalihan kenderaan berkenaan daripada berhenti dan menghalang laluan di lebuh raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum ini pemilik kenderaan yang rosak di lebuh raya mempunyai pilihan sama ada menggunakan khidmat trak tunda syarikat konsesi atau pilihan sendiri. Justeru itu, ianya sering kali menyebabkan kelewatan kepada proses pengalihan kenderaan yang rosak tersebut dengan kadar segera.

Oleh yang demikian, pihak Lembaga Lebuh Raya telah pun mengarahkan agar semua syarikat konsesi untuk mengalihkan kenderaan rosak ke satu tempat yang sesuai seperti hentian rehat atau plaza tol yang berhampiran dengan kadar segera. Pihak LLM juga bersama-sama pihak konsesi dan agensi-agensi keselamatan seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

(MIROS), dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya sedang dalam proses memperkemaskan lagi prosedur-prosedur sedia ada bagi memastikan pengalihan kenderaan rosak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta efektif.

Selain itu, kempen serta program kesedaran mengenai bahaya serta risiko meletakan kenderaan khusus di bahu jalan atau lorong kecemasan akan diadakan dengan fokus utama kepada syarikat atau pemilik kenderaan berat agar risiko kemalangan melibatkan kenderaan rosak dapat dielakkan. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memandangkan banyak kemalangan maut yang berlaku di lebuh raya, sudah sampai masanya untuk kita mewujudkan satu koordinasi yang bersepadu di antara pengendali lebuh raya dan juga pihak penguatkuasaan supaya kita dapat pastikan lebuh raya kita selamat untuk pengguna. Pihak pengendali lebuh raya tidak boleh lari daripada tanggungjawab hasil daripada kutipan, supaya dapat menyediakan bukan sahaja jalan raya yang selamat bahkan sekurang-kurangnya mengurangkan kemalangan dengan menyediakan lampu limpah, pertolongan cemas, dan juga rondaan yang secara berkala.

Soalan saya, adakah kerajaan akan mensyaratkan supaya semua kenderaan berat termasuk lori dan treler supaya dilengkapi dengan lampu yang

final • 10:30 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

terang di belakang struktur lori-lori tersebut, supaya dapat dilihat dari jauh? Dalam masa yang sama, adakah kerajaan bercadang untuk mengharamkan penggunaan tayar celup kepada semua kenderaan-kenderaan berat kerana serpihan daripada tayar ini memang membahayakan pengguna? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jasin, saya beri sedikit latar belakang langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak syarikat konsesi dari segi untuk kecemasan. Saya ambil contoh dari Syarikat PLUS, mereka ada 14 tow truck dan 110 kereta rondaan yang bergerak sepanjang masa. Dari segi statistik kemalangan di Lebuh Raya PLUS pada tahun 2007, ada 34 maut; tahun 2008, ada 22 maut; dan tahun 2009, ada 39 maut. Jadi, jumlah kemalangan 230 di seluruh Lebuh Raya PLUS.

Ini satu contoh, dan kita telah pun berbincang dengan pihak MIROS dan juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya bagaimana kita mempertingkatkan kaedah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di lebuh raya. Cadangan daripada Yang Berhormat Jasin memang baik. Kita akan meneliti cadangan ini seperti tambah lampu-lampu di kenderaan berat dan juga apa yang dicadangkan tadi adalah baik. Kita akan mengambil perhatian kepada perkara ini.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri kenal pasti bahawa kebanyakan kemalangan bukan sahaja atas di mana kenderaan-kenderaan yang terletak di atas jalan raya tetapi juga apabila binatang-binatang berada di atas jalan raya menyebabkan free floor of traffic hampered.

Baru-baru ini saya sendiri semasa balik dari Parlimen ke Ipoh. Tiba-tiba nampak satu babi hutan yang melintas jalan [Dewan riuh] Saya difahamkan ada beberapa kes berkaitan dengan perkara ini dan apa yang dibuat selain dari memberi gerenti bahawa ada tindakan susulan diambil untuk mengelak perkara- perkara seperti ini.

Kedua adalah mengenai konsesi PLUS Highway. Adakah kerajaan akan mengambil alih konsesi ini dan membenarkan rakyat di mana semua dapat menggunakan jalan raya PLUS dan konsesi-konsesi yang lain tanpa membayar apa-apa tol. Jika tidak, kenapa tidak?

final • 10:40 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, soalan dari Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang kedua ini sudah keluar jauh daripada apa yang kita bincangkan iaitu kenderaan yang diletak di tepi jalan. Jadi sebabnya kemalangan berlaku. Pasal binatang liar yang melintasi jalan, kita tahu semua lebuh raya kedua-dua belah ada dipagar [Disampuk] [Ketawa] Ini kita selalu hendak jaga.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mungkin mereka belah...

final • 10:40 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Kita akan beritahu pihak konsesi supaya kalau pagar-pagar telah dicerobohi...

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

PLUS Ronda bela babi hutankah?

final • 10:40 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Sibuk sangat ini. Sebenarnya kita akan mengambil perhatian supaya pihak syarikat konsesi akan menjaga pagar- pagarnya. Memang akan sentiasa dijaga. Pasal soalan kedua, saya suka memaklumkan di sini, pihak unit kerjasama swasta dan kerajaan telah pun

final • 10:40 AM

Dato' Yong Khoon Seng

membincangkan hal ini dan saya tidak ada maklumat untuk ditambah. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapakah kos perbelanjaan untuk mengambil seorang pekerja pembantu rumah asing warga Indonesia mencecah lebih kurang RM7,000 hingga RM8,000 dan nyatakan pecahan kos tersebut. Apakah mekanisme yang sedia ada untuk melindungi pekerja kategori ini yang merupakan wanita.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri ll - Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada memorandum persefahaman di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Indonesia mengenai penempatan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 13 Mei 2006, kedua-dua belah pihak telah bersetuju bahawa kos yang perlu dibayar oleh majikan Malaysia yang berhasrat untuk menggaji pembantu rumah Indonesia adalah sebanyak RM2,415 yang meliputi kos bagi pengangkutan PRA atau pembantu rumah asing tadi dari Indonesia ke Malaysia, bayaran levi, visa, permit kerja dan proses imigresen, kos yuran proses serta kos pemeriksaan kesihatan pembantu rumah asing.

Manakala segala kos yang berlaku di Indonesia adalah ditanggung oleh PRA ataupun pembantu rumah asing berkenaan yang berjumlah hampir RM1,200.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pihak kementerian turut dimaklumkan mengenai kos-kos tambahan yang dikenakan oleh pihak agensi kerajaan di Indonesia yang mana kos-kos tersebut tidak terkandung di dalam memorandum persefahaman berkenaan.

Kos tambahan yang paling tinggi dikenakan oleh pihak agensi Indonesia ialah perkhidmatan untuk mendapatkan pekerja rumah di kampung-kampung dan daerah-daerah di Indonesia sehingga mencecah RM4,000 yang dituntut oleh agensi kerajaan di negara tersebut. Dengan demikian, menjadikan kos keseluruhan pengambilan pekerja rumah asing mencecah RM7,000 hingga RM8,000.

Pada masa ini, Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri telah mewujudkan jawatan kerja bersama Malaysia dan Indonesia sebagai mekanisme bagi melindungi pekerja rumah asing Indonesia. Jawatan ini dianggotai oleh wakil daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur khususnya bagi menangani dan membincangkan masalah yang berkaitan dengan pekerja rumah asing dari Indonesia. Setakat ini, sebanyak enam mesyuarat telah diadakan dan mesyuarat-mesyuarat tersebut telah berjaya menyelesaikan sebanyak 176 kes yang melibatkan pekerja rumah asing Indonesia.

Jawatan kerja bersama ini akan meneruskan mesyuarat secara berkala bagi menangani isu-isu berkenaan.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, nampaknya kurang lengkap. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak memberikan maklumat berkenaan kos ataupun

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

pendapatan yang diambil oleh agensi tempatan apabila membekalkan pembantu rumah.

Yang Berhormat hanya bagi maklumat agensi Indonesia tetapi tidak beri maklumat agensi tempatan dan yang diberi adalah kos majikan sahaja. Jadi daripada angka dan penerangan Yang Berhormat Timbalan Menteri jelas menunjukkan bahawa kos yang tinggi ini amat membebankan majikan, Tuan Yang di-Pertua. Ia mengakibatkan majikan – Majikan yang telah membayar kos yang tinggi ini, mereka lebih cenderung mengawal pembantu asing ini kerana mereka telah membayar yang tinggi. Mereka memastikan pekerja ini tidak lari, memastikan pekerja ini diasingkan agar tiada hubungan dengan orang luar.

Jika ada hubungan dengan orang luar, mereka takut dia mengandung.

Kalau dia lari, dia takut dikenakan penalti oleh kementerian. Mereka dipaksa kerja pagi sampai malam. Bergilir-gilir menggunakan pembantu rumah di antara rumah ke rumah. Jadi yang penting ialah saya hendak tahu apakah mekanisme yang sedia ada. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan menyelesaikan kes 176. Itu adalah ad-hoc. Apabila berlaku, tindakan diambil. Kita mahu perlindungan, hak diberi kepada pembantu rumah asing ini. Jadi saya pohon satu jawapan yang lebih lengkap agar untuk jaga nama baik negara ini juga, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah kerana prihatin sangat ke atas hal ehwal wanita termasuk pekerja rumah asing daripada Indonesia.

Angka yang saya bagi tadi seperti yang saya telah sebutkan di jawapan awal-awal tadi iaitu kos yang ditetapkan persefahaman di antara Indonesia dengan Malaysia. Yang kita dapat kontrol sebelah sini iaitu RM2,415 tadi dan kos tambahan tadi adalah daripada agensi-agensi di sebelah sana. Kita tidak boleh tentukan Yang Berhormat sebab dia yang cari, dia yang minta kos sebegitu.

Jadi soalan kedua tadi Yang Berhormat, berkaitan dengan apakah mekanisme yang kita adakan sekarang ini selain daripada mesyuarat yang telah diadakan enam kali itu adalah seperti kita minta kerjasama daripada orang awam yang berdekatan ataupun berjiran dengan orang yang employ dengan izin rakyat asing ini sebagai pekerja rumah. Sekiranya ada laporan kepada pihak polis, ada sesuatu yang tidak kena di antara majikan ataupun employer dengan employee itu, kita kena report kepada pihak polis seperti kes-kes tertentu dahulu daripada ini dan juga majikan tersebut akan kita black list kalau dia ada bersubahat, ada bersepakat ataupun sebagai satu sindiket untuk mengambil warga Indonesia ini, warga asing ini dan selepas itu dia melarikan dalam satu-satunya tindakan yang disembunyikan tetapi didapati selepas siasatan.

Jadi, pekerja-pekerja ini yang telah didera ataupun yang lari ini, apabila dia ditangkap, apabila dia didapati dalam operasi pihak imigresen, mereka akan dibawa ke tempat perlindungan oleh kerajaan. Sekiranya mereka yang buat laporan berkaitan dengan majikan yang employ mereka itu, jadi tindakan tertentu seperti yang disebut tadi akan dijalankan supaya mereka dapat dilindungi. Sekian.

final • 10:40 AM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan job hoping pekerja-pekerja asing termasuk pembantu rumah yang sangat serius di Sabah? Walaupun banyak aduan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi masalah itu masih berlanjutan. Sekian.

final • 10:50 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Tawau.

Soalan Pertama tadi boleh ulang sekali lagi.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Job hoping.

final • 10:50 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Tidak berapa jelas.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Job hoping.

final • 10:50 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Job hoping. Masalah job hoping ini seperti yang saya sebutkan tadi adalah boleh jadi di buat atau dirancang oleh sindiket- sindiket yang tertentu yang menentukan selepas pembantu rumah asing ini bekerja dua, tiga bulan di satu keluarga, dia dilarikan ke tempat yang lain dan tindakan kita adalah kalau ada laporan kita mengesan dalam operasi-operasi tertentu dan kita tahu bahawa yang bersalah ini juga berlaku di merata tempat, bukan sahaja di Sabah.

Oleh kerana pada asalnya mereka minta bekerja sebagai pembantu rumah tetapi selepas itu apabila dia tengok tempat-tempat lain seperti bekerja di ladang, di kedai dan sebagainya lebih lumayan dan lebih selesa, mereka lari.

Jadi, itulah majikan-majikan yang bertanggungjawab tadi, kalau dapat kita akan black list kan dan kita tidak benarkan mereka out sourcing lagi kepada negara- negara source itu. Sekian.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Yang di-Pertua.

Pak Mat Segambut pergi ke kebun, Cik Sulung pula dapat kurnia, Selamat menyambut RTM ke-64 tahun dan, Terima kasih siaran langsung bola piala dunia.

Ikan Aya, ikan gelama dibuat kebab, Soalan saya nombor lima mohon dijawab.

final • 10:50 AM

5. Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee [Setiu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan usaha-usaha yang dilakukan dalam mempertahankan serta memelihara kebudayaan negara dan sejauh manakah maklumat mengenainya diberikan kepada umum termasuk memanfaatkannya untuk sektor pelancongan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Setiu, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha yang dilakukan dalam mempertahankan serta memelihara kebudayaan negara adalah seperti berikut:-

(i) Mendidik generasi muda mengenali kebudayaan Malaysia melalui pelbagai aktiviti berkaitan seni, budaya dan warisan;

(ii) menyemarakkan aktiviti seni dan budaya di seluruh pelosok negara melalui pelbagai program merakyatkan merakyatkan seni budaya yang dianjurkan oleh kementerian ini dan badan bukan kerajaan;

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Puan Heng Seai Kie

(iii) menyelidik, mendokumentasikan dan menerbitkan maklumat kebudayaan yang hampir pupus;

(iv) memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dan khidmat nasihat kepada badan bukan kerajaan untuk melaksanakan aktiviti kebudayaan dan kesenian;

(v) menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel berkaitan seni, budaya dan warisan; dan

(vi) memperkenalkan penggunaan teknologi dalam reka cipta produk kraf melalui penggunaan teknik-teknik baru dan sistem rekaan berbantukan komputer bagi membolehkan ia berdaya saing.

Maklumat-maklumat kebudayaan dan kesenian telah dimanfaatkan kepada masyarakat umum dan sektor pelancongan melalui langkah-langkah berikut:-

(i) penerbitan dan pengedaran bahan dalam bentuk bahan bercetak seperti pamflet, flyer, poster, buku, CD, VCD dan DVD;

(ii) mempromosikan kebudayaan dan kesenian negara di peringkat domestik dan antarabangsa; dan

(iii) paparan maklumat di laman sesawang Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan agensi- agensi yang berkaitan agar maklumat tersebut boleh diakses terus oleh masyarakat umum.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Kita dapati banyak kebudayaan daerah yang unik dan juga di dalam keadaan tertentu terdapat kebudayaan yang hampir sama dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand dan terdapat juga kesamaan seperti tarian pendek di Indonesia, wayang kulit, dikir barat, menora di Thailand.

Di dalam keadaan tertentu, ini boleh menimbulkan cetusan iri hati yang boleh membawa padah dan ketegangan. Jadi, bagaimana kementerian menangani kedua-dua isu ini supaya warisan generasi akan datang tidak hilang kebudayaannya?

final • 10:50 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Setiu atas soalan tambahan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumpun Tanah Melayu, kesamaan dari segi kebudayaan dan tradisi itu memang adalah wajar.

Jadi, dalam perkara ini kerajaan Malaysia melalui kementerian ini sentiasa bekerjasama dengan Kementerian-kementerian Kebudayaan dan Kesenian daripada negara-negara ini bagi mencapai persefahaman dalam mempromosikan atau pun memelihara kesenian dan kebudayaan masing-masing. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkait dengan kebudayaan adakah kementerian berhasrat memastikan semua yang terlibat dalam televisyen Malaysia umpamanya juruhebah, pelakon, penyanyi memakai pakaian yang mengikut kebudayaan Malaysia atau Timur dan memastikan mereka menutup aurat dan bersopan? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Jawapannya ialah ya. Memang adalah menjadi hasrat dan polisi kementerian ini bagi memastikan bahawa semua kakitangan di bawah kementerian ini sentiasa berpakaian seperti mana yang telah disyaratkan kerana memang menepati program kita ialah ‘Budi bahasa, amalan kita’. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Tuan Haji Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan tentang ketidakwujudan 'perintah bersaling' pada Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagaimana yang terdapat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri dan apakah perintah pemenjaraan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan boleh dilaksanakan.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Bismillahhir Rahmannir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bachok. Kerajaan sedar bahawa tiada peruntukan mengenai perintah bersaling dalam Akta Pentadbiran Undang-undang Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1993 Akta 505 sebagaimana di negeri-negeri yang lain.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah membuat cadangan pindaan kepada akta tersebut bagi memasukkan peruntukan mengenai tindakan bersaling dan peruntukan-peruntukan lain yang relevan bagi menambah baik serta memperkemaskan akta agar selari dengan kehendak semasa.

Sehubungan itu kerajaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bercadang untuk membentangkan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan dibuat secepat mungkin di Dewan yang mulia ini bagi menggantikan Akta 505 tersebut. Berhubung dengan perintah pemenjaraan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, ia boleh dilaksanakan berdasarkan kepada bidang kuasa yang diberikan oleh Akta Mahkamah Syariah, bidang kuasa jenayah 1965 Akta 355 yang telah memberikan peruntukan tentang had hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau sebatan tidak melebihi enam sebatan.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Selain daripada itu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga boleh mengeluarkan perintah pemenjaraan berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan kesalahan yang terkandung dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Pentadbiran Undang-undang Agama Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. Pelaksanaan hukuman pemenjaraan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Model undang-undang yang telah disebutkan tadi telah diluluskan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 2002 dan kalau kita lihat kepada negeri-negeri yang telah pun melaksanakan ataupun telah memaktubkan undang-undang ini ialah Kelantan (2002), Perak (2004), Selangor

(2003) dan Negeri Sembilan (2003). Wilayah Persekutuan yang undang-undang ini dideraf untuknya mengambil masa lapan tahun untuk membawa ianya sebagai

final • 11:00 AM

Tuan haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

satu undang-undang dan ianya masih lagi sedang dikaji. Isu yang ingin saya bangkitkan adalah dalam Mahkamah Sivil, terdapat satu akta yang dikenali sebagai Reciprocal Enforcement of Judgement Act. Saya ingin tahu adakah usaha daripada pihak JAKIM rasanya untuk memasukkan Mahkamah Syariah ke dalam akta tersebut dan masalah utama yang dihadapi oleh undang-undang Islam dalam negara kita ini adalah masalah territorial. Tertarik dengan hal yang berkaitan dengan pemenjaraan tadi, rasanya sudah banyak kes yang diputuskan oleh mahkamah, tetapi bila pergi kepada enforcement untuk dipenjarakan, kalau tak silap saya Wilayah Persekutuan ini tidak ada penjara. Pudu jail akan jadi hotel. So, adakah tertangguh ataupun bagaimana? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok. Memang sebagaimana yang saya sebutkan tadi, yang pertamanya ialah bila berbicara soal untuk pindaan ataupun pelaksanaan, di mana pelaksanaan bagi seksyen 75, di Selangor, Johor, fasal 75 dan semua negeri telah pun melaksanakan di mana hukuman-hukuman ataupun perintah bersaling tetapi Wilayah Persekutuan menunggu masa yang agak panjang sedikit.

Walaupun sudah ada akta ini digubal untuk dibawa ke Parlimen, tetapi oleh kerana berdasarkan kepada permasalahan-permasalahan untuk supaya ianya diperkemaskan, maka ia terpaksa menunggu masa yang panjang tetapi saya memberikan jaminan kepada Yang Berhormat Bachok, dalam masa yang terdekat sedang diperkemaskan termasuklah daripada segi reciprocal action ataupun Perintah Bersaling ini sedang dipersiapkan dan akan dibawa pada masa yang terdekat untuk dibentangkan di Parlimen.

Selain daripada itu juga, tentang perintah pemenjaraan sebagaimana yang telah disedia maklum, bahawa mana-mana mahkamah di Malaysia ini yang menjatuhkan hukuman pemenjaraan, ianya akan dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Perbezaan berkaitan dengan undang-undang syariah negeri-negeri ini menyebabkan imej Islam kadangkala disalah anggap oleh keseluruhan rakyat.

Saya melihat undang-undang ini tertakluk kepada kuasa raja-raja di negeri-negeri dan ianya perlu ditangani dengan satu suasana yang sangat sukar tetapi mesti berterusan. Saya mencadangkan sampai masanya kalau kementerian bersetuju, melantik pegawai-pegawai khas daripada JAKIM di semua negeri menjadi sebagai pegawai penyelaras yang bertugas sepenuh masa bagi menyelaras semua sekali keputusan yang kita buat supaya dapat diselaraskan.

final • 11:00 AM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Memang kerajaan menyedari bahawa perbezaan undang-undang di negeri-negeri ini ada beberapa kekeliruan, tetapi merujuk kepada Majlis Raja-Raja yang telah memutuskan agar lima undang-undang yang perlu diseragamkan. Maka usaha sedang berjalan sekarang ini, tinggal beberapa buah negeri yang terakhir. Perlis telah pun menggazetkan akta tersebut untuk dilaksanakan di negeri Perlis. Begitu juga ada satu buah negeri dan dua buah yang lain yang masih lagi tertinggal, yang sedang dalam usaha untuk kita berbincang bagi tujuan penyeragaman undang-undang ini dan insya-Allah kita juga mengambil perhatian.

Buat masa sekarang, memang pegawai-pegawai yang berada di JAKIM terutama yang berkaitan dengan undang-undang dan yang berada di negeri mengadakan kerjasama erat dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan

final • 11:00 AM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

pandangan, nasihat dan perbincangan supaya akta seragam ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Soalan No. 7 – Y.B Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib (Langkawi) tidak hadir]

final • 11:00 AM

8. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan senarai jalan-jalan kampung di daerah Kuala Krai yang termasuk dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah aktiviti pembangunan prasarana luar bandar bagi tahun 2010 dan berapakah anggaran peruntukan yang disediakan untuk daerah Kuala Krai.

final • 11:00 AM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini, pihak kementerian masih meneliti senarai jalan-jalan kampung di Parlimen Kuala Krai termasuklah permohonan jalan-jalan Kampung Pasir Klang di Parlimen Kuala Krai yang berjumlah RM1.7 juta untuk dipertimbangkan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Namun begitu, terdapat satu projek jalan luar bandar yang sedang dilaksanakan di Kuala Krai iaitu projek Jalan Melati di Kampung Menggatal sepanjang 1.7 kilometer dengan kos RM7 juta. Projek tersebut telah dimulakan pada 27 Julai 2009 dan dijangka siap pada 17 Oktober 2010.

Enam buah projek bekalan air luar bandar di Parlimen Kuala Krai bagi tahun 2010 yang berjumlah RM1.98 juta yang bakal memberi faedah kepada 252,250 unit buah rumah di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Semasa saya melawat Program Transformasi Kerajaan yang dibuat beberapa bulan yang lalu, saya digambarkan bahawa senarai projek pembangunan luar bandar di bawah makmal yang berkenaan sudah siap dan dia kata semua kawasan lima kilometer daripada jalan besar akan mendapat jalan yang baru. Bila saya tanya ketika itu, dia kata kita akan umumkan tak berapa lama lagi, so saya menjangka tiga bulan berlalu, senarai-senarai ini sepatutnya sudah ada kerana program transformasi ini katanya sudah dilancarkan secara besar-besaran tetapi ternyata masih lagi menunggu senarai yang lengkap.

Apa pun Kuala Krai dan saya yakin kawasan-kawasan lain juga berharap dapat disegerakan kerana kita nak melihat hasilnya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Paling tidak pun di hujung tahun ini ataupun tahun depan. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, yang projek baru ini baguslah tetapi saya nak bertanya tentang keadaan jalan-jalan kampung yang sedia ada, yang sudah ada dengan pelbagai bentuk sama ada berturap ataupun tidak, terus memerlukan upkeep yang berterusan kerana teruk sangat sebahagian daripada jalan luar bandar ini.

Apakah mekanisme sebenarnya bagi kementerian untuk mengesan mana jalan yang perlu diperbaiki segera ataupun yang perlu ditangguhkan kerana banyak sangat bergantung kepada sebahagian daripada kita wakil rakyat, untuk menjadi pengenal pasti sedangkan pihak jentera di bawah kementerian ada satu mekanisme yang boleh trigger satu tindakan segera untuk memulihkan jalan-jalan ini tanpa memerlukan suara daripada wakil-wakil rakyat ataupun pihak-pihak lain.

Jadi bagaimana mekanisme ini di kementerian Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Krai. Bila kita melihat daripada segi pelaksanaan dasar- dasar yang terdahulu sama ada Rancangan Malaysia Ketujuh, Kelapan, Kesembilan, Dasar Ekonomi Baru. Kita telah melihat kerangka daripada keseluruhan aspek. Bukan hanya daripada segi cara-cara struktur sistem yang sedia ada. Juga kita melihat daripada segi dengan izin, bottle neck yang telah dilalui permasalahan timbul yang berbangkit sama ada cara melaksanakan hubungan dengan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan, bahkan juga daripada sudut delivery system yang ada.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Dengan itu saya melihat bila saya nampak kementerian ini merupakan satu kementerian yang agak besar peranannya khususnya di peringkat luar bandar yang mengurus tadbir kewangan berbilion-bilion ringgit dan tidak mempunyai prasarana yang memungkinkan kita mengenal pasti tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Krai.

Maka dengan itu, apabila kita melihat untuk memastikan supaya dalam jangka masa pelaksanaan di bawah Transformation Program - Government Program ini, kita perlu bukan hanya sasaran 15,000 kampung yang ada dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri denyutan rakyat di situ, the needs of people on the ground, dengan izin, perlu kita selaraskan, kita libatkan semua pegawai daerah yang ada. Saya telah bertemu pada tahun yang lalu dengan pegawai-pegawai daerah termasuk dari Kelantan, termasuk dari Pulau Pinang, Selangor yang ada. Saya pelawa mereka dan libatkan mereka dalam pelaksanaan projek-projek walaupun kita akui bahawa ada agensi-agensi yang lain iaitu JKRnya, ICUnya ada.

Akan tetapi mengenali hakikat bahawa akan ada persoalan delivery system yang kemungkinan boleh membantutkan pelaksanaan projek-projek ini dalam jangka masa yang pendek, bukan rancangan-rancangan Malaysia iaitu lima tahun tetapi yang ini tiga tahun dengan peruntukan yang besar, target apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi pula perlu dilaksanakan dalam jangka masa pendek, kawasan lima kilometer daripada jarak jalan yang bertar perlu kita lengkapkan, naik taraf ataupun membaik pulih.

Maka dengan itu, kementerian mewujudkan satu unit khas untuk memastikan kementerian akan boleh memantau dengan lebih dekat. Bukan kita tidak yakin dengan DO, bukan kita tidak yakin dengan JKR, bukan kita tidak yakin ICU tetapi kita tahu bahawa ada peranan-peranan lain. Kalau pegawai daerah, urusannya ialah tentang masalah belia, masalah kegiatan-kegiatan antisosial, masalah program agama, tetapi dalam jangka masa tiga tahun, perlu ada kerangka struktur yang sedia ada untuk membolehkan kementerian ini dapat memantau. Bukan satu minggu tetapi setiap hari tentang pelaksanaan projek- projek dan juga masalah-masalah yang akan ditimbulkan oleh unit khas ini yang kita wujudkan ini. Ini akan boleh membantu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu tentang kebimbangan-kebimbangan masalah masyarakat di peringkat luar bandar.

Kita dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, kita tidak dihalang dan dibatasi oleh sebab kawasan sempadan dan ideologi politik. Kawasan Kuala Krai kita bantu, jangan bimbang sangat sama ada dari segi jalan. Contohnya macam bekalan elektrik, kalau saya hendak sebut, beberapa kampung seperti Gucilnya, Mengkebangnya, kampung-kampung yang kita akan sediakan untuk bekalan elektrik yang ada supaya rakyat yang berhak dan memerlukan bantuan

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

bekalan elektrik, jalan raya, air, insya-Allah kita akan sediakan untuk membantu masyarakat rakyat di sini.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed.

final • 11:10 AM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanya soalan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan pelatih daripada Institut Guru Kampus Universiti Tun Hussein Onn daripada Parlimen Sri Gading [Tepuk]

final • 11:10 AM

9. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed [Pulai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, implikasi kepada kerajaan untuk berurusan dengan Kesatuan Eropah disebabkan oleh penyusunan semula pentadbiran Komisi Eropah di bawah Presiden dan Menteri Luar yang baru. Sila jelaskan kedudukan kedutaan Komisi Eropah di negara kita berbanding dengan kedudukan kedutaan negeri Ahli Kesatuan Eropah.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Dato’ Lee Chee Leong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan bahawa perubahan yang berlaku dalam Kesatuan Eropah berikutan berkuat kuasanya Perjanjian Lisbon atau Lisbon Treaty dengan izin, pada 1 Disember 2009 adalah merupakan usaha ke arah memperkemaskan operasi Kesatuan Eropah.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga berpandangan bahawa di bawah penyusunan baru ini, Kesatuan Eropah dijangka akan menjuruskan kerjasama erat dalam berbagai-bagai bidang dengan Malaysia. Di pihak kita, Malaysia menghargai hubungan baik dengan Kesatuan Eropah dan menganggap kesatuan tersebut sebagai rakan yang penting. Kesatuan Eropah mempunyai kedudukan yang sangat strategik bagi Malaysia memandangkan ia merupakan salah satu pemain utama di arena ekonomi dan politik global. Malaysia komited dalam memperluaskan dan mendalami kerjasama dengan Kesatuan Eropah.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku dalam Kesatuan Eropah ekoran dari penguatkuasaan Perjanjian Lisbon tidak hanya melibatkan Suruhanjaya Eropah, dengan izin, European Commission (EC) iaitu Persatuan Kesatuan Eksekutif Eropah tetapi juga Majlis Eropah yang merupakan institusi utama pembuat keputusan, atau principle decision making institution, dengan izin, kesatuan berkenaan serta Parlimen Eropah iaitu Persatuan Legislatif Kesatuan tersebut.

Berikutan penguatkuasaan Perjanjian Lisbon itu juga, Pejabat Kesatuan Eropah di Malaysia telah bertukar nama daripada Delegasi Suruhanjaya Eropah Ke Malaysia atau Delegation of The European Commission To Malaysia, dengan izin, kepada Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, iaitu Delegation of The European Union ke Malaysia, dengan izin.

Berhubung dengan kedudukan Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, ingin saya menyatakan bahawa ia merupakan satu entiti yang setaraf dengan Kedutaan Negara-negara Ahli Kesatuan Eropah. Kini ia diketuai oleh ketua delegasi yang bertaraf duta besar sepenuhnya. Surat watikah pelantikan beliau diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu sama

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Dato’ Lee Chee Leong

dengan yang dipraktikkan oleh lain-lain duta besar negara-negara asing termasuk dari Negara-negara Ahli Kesatuan Eropah. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebenarnya bertanyakan soalan ini kerana saya agak risau mengenai perkembangan Kesatuan Eropah ini di mana peranan tradisional Kesatuan- kesatuan Eropah dahulu adalah mengenai perniagaan ataupun perdagangan, dan tidak kepada politik. Akan tetapi apa yang berlaku semenjak beberapa tahun yang lepas di mana wakil Kesatuan Eropah di Kuala Lumpur membuat kenyataan yang berbau politik, dan memihak kepada pembangkang yang akhirnya memberikan kesulitan kepada kerajaan.

Jadi saya hendak tahu, soalan saya ialah, apakah tindakan yang boleh diambil kepada wakil Kedutaan Kesatuan Eropah yang baru ini seperti yang disebutkan tadi sekiranya mereka mengambil satu sikap untuk membuat kenyataan berpolitik yang boleh mengancam keselamatan negara. Terima kasih [Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, penyusunan semula Kedutaan Kesatuan Eropah ini akan membolehkan Malaysia dan Kesatuan Eropah terus bekerjasama dengan lebih rapat dalam berbagai-bagai bidang yang boleh mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak. Malaysia akan terus komited dalam memperluaskan dan mendalami kerjasama dua hala dengan Kesatuan Eropah.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau [Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tadi saya tengok soalan Yang Berhormat Pulai itu, terkulai punya soalan [Ketawa] Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam keghairahan untuk mengadakan hubungan luar dengan Kesatuan Eropah, lanjutan daripada soalan Yang Berhormat Pulai tadi, saya melihat bahawa kita seolah-olah tidak bersedia kerana Kesatuan Eropah ini mempunyai asas hak asasi manusianya yang kuat. Pandangan dan sikap mereka berasaskan kepada asas-asas hak asasi manusia yang digambarkan di dalam European Human Rights Court dan sebagainya. Jadi pelanggaran-pelanggaran - itu bukan merupakan satu kenyataan politik, itu merupakan satu pandangan tegas, bukan memihak kepada pembangkang dan sebagainya. Itu merupakan kebetulan.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Adakah Malaysia bersedia mengadakan dasar hubungan dengan Eropah itu sebegitu di atas asas-asas seperti yang dilandaskan oleh Kesatuan Eropah?

final • 11:20 AM

Dato’ Lee Chee Leong

Tuan Yang di-Pertua, duty kedutaan Kesatuan Eropah memang tidak ada perbezaan dengan peranan yang dimainkan oleh mana-mana kedutaan negara lain. Jadi sama juga dutynya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

10. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan tentang laporan sebuah Badan Perunding Risiko Politik dan Ekonomi yang berpangkalan di Hong Kong (PERC) yang menyebutkan bahawa Malaysia di bawah YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, sedang menuju ke arah ketidakstabilan, sekali gus menjejaskan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Segambut yang dijadualkan pada 6 April 2010 kerana soalan-soalan ini adalah berkaitan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengikuti laporan-laporan yang dibuat oleh media asing dan juga badan-badan penyelidikan ekonomi dan politik antarabangsa terhadap perkembangan yang berlaku di dalam negara. Kerajaan sedar bahawa terdapat di antara laporan-laporan tersebut yang kurang tepat, tiada objektif, malah tidak adil kerana mengandungi maklumat yang tidak mencerminkan sepenuhnya situasi sebenar.

Bagi memberi pelabur asing faktor-faktor yang benar dan terkini berkaitan dengan perkembangan semasa di Malaysia, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selalu mengadakan sesi pertemuan dengan pihak media asing dan komuniti perniagaan antarabangsa sama ada di Malaysia, begitu juga sama ada misi-misi galakan perdagangan dan pelaburan ke luar negeri untuk memberi penjelasan berkaitan isu-isu semasa Malaysia.

Dakwaan laporan Badan Perundingan Risiko Politik dan Ekonomi (PARC) yang menyebut bahawa Malaysia di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak sedang menuju ke arah ketidakstabilan adalah tidak benar, malah ianya bercanggah dengan laporannya sendiri.

Berdasarkan laporan tersebut, kesemua pemboleh ubah risiko sosiopolitik menunjukkan gred skala yang menurun dari Januari 2009 ke Januari 2010 iaitu domestic political risk menurun dari 7.8 kepada 5.63, social disorder menurun dari 6.13 kepada 6.10, external risk menunjukkan penurunan dari 5.15 kepada 3.85 dan systematic risk menurun daripada 6.8 kepada 5.68. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan kini di atas landasan yang betul bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif.

Tuan Yang di-Pertua, kegiatan outreach kerajaan untuk memperluaskan keluar negeri menerusi rangkaian kedutaan-kedutaan di luar negeri dan juga oleh pegawai-pegawai perdagangan dan pelaburan di luar negara. Usaha-usaha penyebaran maklumat ini juga dilakukan dengan kerjasama pertubuhan dan Persatuan Perniagaan Malaysia yang terdapat di negara-negara berkenaan.

Kerajaan akan berusaha sepenuhnya bagi memastikan bahawa dasar dan iklim perniagaan dalam negara akan sentiasa kondusif kepada para pelabur dan peniaga sama ada tempatan mahu pun asing. Di samping itu, kerajaan juga berusaha untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani impak krisis ekonomi global dan memperbaiki iklim pelaburan dan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Bagi mengurangkan kesan krisis ini ke atas ekonomi negara, kerajaan telah melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM67 bilion. Pakej rangsangan ini telah berjaya mengurangkan impak sepenuhnya krisis ini dan membolehkan Malaysia keluar dari kemelesetan ekonomi pada penghujung tahun lalu, di mana Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) kita telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.5% pada suku tahun keempat 2009.

final • 11:20 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Di samping itu, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

(PEMUDAH) yang telah ditubuhkan pada Februari 2007 telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan yang berterusan dalam sistem prosedur dan proses penyampaian kerajaan. Ini termasuklah mengurangkan masa untuk memulakan perniagaan dan pendaftaran harta serta memperkenalkan satu nombor rujukan tunggal yang dipanggil Mykod ID iaitu nombor pengenalan bagi entiti perniagaan yang digunakan apabila berurusan dengan agensi kerajaan.

Tambahan pula, Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan

(BLESS) serta pusat setempat, one stop centre juga telah dibangunkan untuk memudahkan pendaftaran perniagaan. PEMUDAH akan menubuhkan kumpulan- kumpulan kerja sebelum akhir April 2010 yang memberi fokus kepada isu-isu berkaitan perolehan kerajaan, perundingan buruh, penamatan perniagaan, pelesenan dan fasilitasi perniagaan.

Isu penyampaian perkhidmatan dalam bidang kehakiman kini sedang dikaji semula oleh PEMUDAH di bawah pembaharuan ini. Mahkamah Komersial yang baru perlu menyelesaikan kes berkaitan perdagangan kecuali yang melibatkan harta intelek dan muamalat di dalam tempoh 270 hari berbanding dengan purata tempoh bekerja sekarang selama 585 hari. Di samping itu, Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menekankan kepada penyampaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah diperkenalkan untuk memperluas dan mempercepatkan lagi proses penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

NKRA-NKRA tersebut memberi manfaat kepada komuniti perniagaan dengan wujudnya persekitaran perniagaan yang lebih baik, khususnya melalui pengurangan kadar jenayah dan penurunan dalam angka penyalahgunaan kuasa dan rasuah serta peningkatan dalam kuasa beli isi rumah berpendapatan rendah.

Semua usaha ini adalah bagi memastikan Malaysia sentiasa kekal menarik kepada pelabur-pelabur asing dan tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, para pelabur masih mempunyai keyakinan ke atas Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan pilihan. Ini terbukti dari jumlah yang diluluskan untuk sektor pembuatan pada tiga tahun kebelakangan ini iaitu sebanyak RM59.9 bilion pada tahun 2007, RM6.8 bilion pada tahun 2008 dan RM3.6 bilion pada tahun 2009, melebihi sasaran tahunan RM27.5 bilion yang ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga ataupun IMP kita [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa bersikap positif kepada semua teguran yang berasaskan sama ada dari dalam atau luar negeri. Teguran-teguran ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai profil antarabangsa yang tinggi dan sentiasa berada di mata dunia. Ini merupakan satu perkara yang membanggakan bagi Malaysia ini di peringkat antarabangsa. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berterima kasih kepada Timbalan Menteri yang menghuraikan dengan cukup panjang lebar. Saya menekuni jawapan-jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi. Terima kasih banyak.

final • 11:20 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Cuma Tuan Yang di-Pertua, akhirnya yang menjadi ukuran, saya sedia mengiktiraf segala usaha baik MITI, cuma seperti mana yang saya tegaskan akhirnya apa yang perlu diukur adalah apa yang disifatkan dan apa yang dikatakan sebagai, dengan izin, outcome based assessment. Dari sudut itu kita perhatikan ranking negara kita sebagai destinasi pelaburan adalah tercorot dalam

final • 11:30 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

semua negara ASEAN, itu hakikat. Adapun yang hendak saya sebutkan dengan segala pertanggungjawabannya, saya mahu mengangkat isu ini Tuan Yang di- Pertua, adalah justeru kerana keprihatinan kita.

Meskipun Political and Economic Risk Consultancy ini yang berpusat di Hong Kong merupakan salah satu daripada outfit seperti ini. Namun kita perlu juga engaged mereka, seandainya...

final • 11:30 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:30 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sabarlah, jawapan tadi panjang itu. [Ketawa] Jadi kita perlu engaged mereka dan kita perlu perbaiki kalau ada silap tanggapan mereka. Kita jangan disengaged, kita engaged. Maka, dengan kata lain, persepsi mereka ketika memberikan markah 5.2 adalah satu yang cukup menjejaskan negara kita dari segi destinasi pelaburan [Dewan riuh] Bertamadunlah sedikit, malu dengan adik-adik dekat belakang itu.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan soalan Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Persoalannya, adakah MITI atau kementerian bersedia untuk engaged mereka dan memperjelaskan Political and Economic Risk Consultancy ini supaya mereka dapat tanggapan dan persepsi yang baik akan perkara yang sebenarnya kerana pelabur are the worst coward, they will only go to place that they can return. Hari ini kita ada persepsi, justeru kerana perkara-perkara yang berlaku dalam negara dan diliputi oleh media yang kurang mesra dengan kita. Saya minta supaya Timbalan Menteri tolong ambil perkara ini sebagai satu perhatian yang penting, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:30 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Masih boleh jawab?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, jawab Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat dari mana tadi? [Ketawa]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:30 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Yang Berhormat Kuala Selangor, ya terima kasih. Isu-isu yang telah ditimbulkan oleh pihak consultancy ini iaitu yang menimbulkan beberapa isu yang kita tahu yang menggambarkan negara kita ini ialah satu negara yang kurang stabil. Serta beberapa isu yang timbul, di mana mereka pandang kita ini sebagai satu negara yang tidak stabil sama sekali. Akan tetapi isu-isu ini ialah isu yang kita boleh sebut sebagai isolated issues, yang tidak perlu diperbesarkan untuk menjatuhkan imej negara kita.

Jadi oleh kerana itu MITI dan juga kerajaan Malaysia telah mengambil maklum isu-isu yang telah disebutkan itu supaya kita ambil tindakan dengan segera untuk menggelakkan isu-isu ini diperbesarkan di negara kita. Kita berharap pihak pembangkang pun jangan memperbesarkan isu-isu seperti ini supaya ia tidak menggambarkan negara kita ini tidak stabil kepada negara-negara yang lain.

Jadi yang penting sekali MITI bersama-sama dengan Kementerian Luar Negeri mengambil tindakan, berusaha untuk membuat sebarang engagement. Ini bermula dengan lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di Hong Kong baru-

final • 11:30 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

baru ini, berjumpa dengan semua pelabur-pelabur yang besar-besar di kawasan tersebut.

Begitu juga lawatan beliau di Middle East, China, India dan juga di Singapura. Selain daripada itu Timbalan Perdana Menteri juga membuat lawatan di London dan Tokyo untuk menerangkan keadaan sebenar yang ada di negara- negara kita ini. Kita juga memberi maklumat-maklumat tersebut kepada duta-duta kita di seluruh negara asing seperti di Amerika, Jepun dan yang lain-lain supaya mereka ini juga terus memberi penjelasan yang tepat kepada pelabur-pelabur di negara-negara tersebut. Begitu juga saya rasa – MITI sendiri pun, Yang Berhormat Menteri MITI sendiri juga membuat lawatan di beberapa tempat iaitu di Western Europe, USA, China, Jepun dan Singapura. Di mana beliau juga akan bertemu dengan pelabur-pelabur di negara-negara tersebut untuk memperjelaskan lagi keadaan sebenar ekonomi yang ada di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja, sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat setakat itu pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYURAT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui

Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu 31 Mac 2010.”

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya tetap menyokong.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mohon penjelasan mengenai satu usul menangguhkan Mesyuarat di bawah Peraturan 18(1) yang saya failkan pada 29 Mac. Usul tersebut berbunyi;-

final • 11:30 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan isu pembinaan penempatan haram di Jerusalem Timur oleh kerajaan Israel yang dikutuk oleh negara-negara dunia dan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu bagi menggesa kerajaan Malaysia mengusulkan satu tindakan tegas terhadap kerajaan Israel melalui saluran dan mekanisme antarabangsa yang bersesuaian untuk tujuan tersebut.” Tuan Yang di-Pertua, tujuan usul tersebut diusulkan di bawah Peraturan 18(1) memandangkan negara-negara dunia, negara-negara jiran, Indonesia, Kesatuan Eropah seperti yang dikaitkan tadi dan malah Amerika Syarikat sendiri yang sebelum ini agak sepi di dalam isu Israel telah menyatakan bantahan. Walau bagaimanapun saya mendapat makluman pagi ini bahawa usul tersebut telah ditolak di dalam Dewan di atas lantaran daripada satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri. Jadi saya mohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua kerana bagi saya kenyataan akhbar yang dibuat semalam, reaksi kepada usul yang dibuat sehari sebelum itu ialah ke arah menggagalkan Dewan yang mulia ini, menunjukkan sikap kita yang tegas terhadap satu isu yang kita sama-sama dapat bersatu. Kita panggil non partisan or bipartisan satu ketika.

Saya menggesa dipertimbangkan juga semula usul ini kerana ini mempunyai kepentingan yang besar kepada negara dalam menyatakan sikap kita terhadap keganasan rejim Zionis Israel, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau saya ingin memaklumkan bahawa memang benar Yang Berhormat telah mengemukakan usul di bawah 18(1). Seperti yang dimaklumkan tadi bahawa Yang Berhormat juga telah pun diutus satu surat oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan memaklumkan bahawa usul Yang Berhormat itu telah pun ditolak di dalam kamar.

Seperti mana Peraturan Mesyuarat 18(8) “Mana-mana Usul yang ditolak di bawah perenggan (7) tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibaca dalam Majlis Mesyuarat”. Saya terikat dengan peraturan mesyuarat dan lazimnya mana-mana usul yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibahaskan di dalam Dewan ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pembangkang Ahli Parlimen Permatang Pauh melalui surat bertarikh 22 Mac 2010 dan perbincangan saya dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh untuk memberi penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud iaitu 1999 1Israel, 2009 APCO, penasihat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, 1Malaysia. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak membenarkan sebarang pencelahan semasa Yang Berhormat Permatang Pauh memberi penjelasan terhadap isu ini. Silakan Yang Berhormat Permatang pauh.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ia bukannya sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang ejen Yahudi. Namun demikian, isu-isu yang terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal saya dedahkan pada hari ini, yang tidak bersangkutan dengan kedudukan, sama ada reputasi saya ataupun rakan-rakan.

final • 11:41 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi, kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agen perisikan asing khususnya Israel dan tercalarnya maruah umat.

Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik ataupun tuduhan tidak berasas, insya-Allah setiap kenyataan saya ini akan disokong dengan dokumen, rencana, malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terlibat termasuk Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Israel [Tepuk] Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya, agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasnya, jumlah dana yang diperuntukkan, setiap penama penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan dan jaringannya. Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad tetapi kenyataan- kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Ini berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dua, tiga kali yang menyatakan di Parlimen, kerajaan ada melantik syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd. untuk melaksana perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh. Syarikat APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej negara di luar negara. Manakala APCO sendiri, yang pertama tadi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Tanah Merah, 16 November 2009.

Kedua, kenyataan APCO yang merumus penglibatan mereka seperti berikut: 18 Mac 2010: “APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives, undertaken by the government of Malaysia especially in the areas of creating jobs, promoting education and strengthening delivery of services to the people.” Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekong serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan, mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri. Itu pun amat dikelaskan kerana ia dilakukan dengan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM20 juta. Secara sedar ataupun tidak, kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh. Ini bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan.

Reform initiatives – ini bermakna APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat. Saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat merbahaya kepada rakyat dan negara.

Pada 18 Mac tahun ini, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan Gagasan 1Malaysia. Kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding. Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ia tidak mempunyai sebarang hubungan

final • 11:41 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

dengan pentadbiran Dato' Sri Mohd. Najib ataupun Dato’ Sri Mohd. Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib.

Antara lain dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri dan juga teman Yang Berhormat Rembau dalam firma perundingan Ethos Consultancy.

Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO, sebelum APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan. Walaupun ia diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan oleh Perdana Menteri, peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan daripada kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

Oleh sebab itu kita tidak hairan sebaik sahaja Dato’ Sri Mohd. Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO sebagai perunding komunikasi kerajaan. Malah kita mendengar berita dengan jelas telah pun ditempatkan di pejabat PM sejak dari awal PM mengambil alih [Disorak] APCO dilaporkan secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuk mesej dan dasar utama 1Malaysia dan inisiatif lain.

Berdasarkan laporan tersebut, pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila PM ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan dengan kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan di antara bulan Julai dan September 2009 iaitu selepas penglibatan individu daripada APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta, dilaporkan sejak tahun lalu, ia belum dinafikan oleh pihak kerajaan sehingga sekarang. Oleh sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit atau diaibkan di peringkat antarabangsa, saya melihat episod pelantikan APCO sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugi dan malah membahayakan negara.

Tanggungjawab saya memperingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lalu apabila terlalu percayakan penasihat asing, sehinggakan kita tidak memeriksa dengan tepat reputation mereka, serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi pelantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

Dulu mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputera cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita mengalami kerugian besar. Tidak sewajarnya kita melupakan skandal Maminco. Mantan Perdana Menteri kita itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner yang diketahui umum tidak suka peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

Kemudian episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temu janji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD1.2 juta tanpa memeriksa dulu latar belakang Jack Abramoff.

Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan Kerajaan Malaysia terbongkar. Jack Abramoff juga

final • 11:41 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat, Red Indian untuk tujuan pembinaan kasino, satu lagi tauke judi.

Pelantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan, dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan secara menyeluruh. Dalam konteks ini kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan kerajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya melibatkan rakyat.

Kenyataan APCO menyatakan, saya quote dengan izin, “will work to assist in strengthening the government’s online and others strategic communication capabilities, to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

final • 11:41 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Sekarang kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO tetapi bentuk penglibatan APCO dengan Kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO. Sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang besar yang wajar kita elakkan. Kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO. Hanya dengan memahami modus operandi digunakan oleh APCO baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan Kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

APCO memang sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa.

Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat ataupun ahli-ahli politik di Capitol Hill. Pada masa yang sama APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai panel penasihat antarabangsanya, ahli panel penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel. Oleh itu adalah penting untuk Dewan Rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi.

Apa fungsi firma pelobi di Washington? Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar seperti yang diadakan baru-baru ini. Untuk membaiki imej sebuah organisasi terutamanya, pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang terburuk di mata dunia. Jadi fungsi utama mereka adalah melunakkan, membaiki imej pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh- contoh pemimpin sebegini. Secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib telah mendapat penghormatan mahu diheret dan digolok dengan pemimpin-pemimpin sedemikian.

Untuk menjalankan tugas ini APCO mereka perlu menjaga nama dan reputation mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

Pertama, mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama perjanjian adalah mengenai perkara-perkara rahsia dengan izin, confidentiality atau non-disclosure.

Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya terutama pemimpin-pemimpin yang berimej buruk.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Oleh sebab itulah tidak sukar untuk Barisan Nasional mengaburi mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dalam 1Malaysia atau peranan sebenar dalam Kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan bahawa rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan. Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO seperti termaktub dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia. Untuk melindungi client mereka dan secara langsung menafikan penglibatan. Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO.

Pertama, yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4 Ogos 2009. Secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaik pulih imej kerajaan Malaysia. Ini aneh dalam kerajaan - tandatangan di antara kerajaan dengan syarikat. Dalam konteks ini ia ditandatangani oleh pegawai dan disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Ia menunjukkan hubungan langsung APCO dengan Perdana Menteri, sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Satu lagi contoh ialah perjanjian lantikan Kerajaan Israel yang melantik APCO menjalankan tugas yang sama. Pada jangka waktu yang sama iaitu Januari 1992, Ehud Barak berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera negara Israel. Saya akan jelaskan hubungan APCO dan ketenteraan dan intelligence Israel dan bagaimana penglibatan pegawai pengarah risikan Israel yang menjadi pegawai utama APCO. Kedua-dua perjanjian ini yang akan saya serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi. Antara lain menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugas. APCO tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan berkenaan - Israel atau Malaysia dalam konteks ini.

APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik secara menyeluruh. Kita justeru itu berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan terus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO. Terutamanya semua soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat terbabit dan pengaruh mereka dalam seluruh jaringan kerajaan setakat ini.

Berbalik kepada modus operandi yang kita katakan tadi, APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya sebagai firma bersekutu. Ada yang atas nama APCO - ini yang dipertikai. Ada yang katakan sebelum APCO tidak ada, tidak benar kerana APCO berfungsi kalau dilihat cara modus operandinya dengan firma bersekutu (associates) di seluruh dunia. Selain ASERO, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah ASERO Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon. Ingat - bekas Ketua Perlindungan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.

Selain peranan beliau dalam eksekutif, beliau juga adalah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO. Jadi kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dengan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

Ini kita pertahankan dengan rekod yang ada. Kalau di Israel lantikan dibuat melalui ASERO Worldwide - syarikat sekutu APCO. Contohnya kontrak lantikan bertarikh 9 Januari 1992 adalah di antara Kerajaan Israel dengan sebuah firma bersekutu APCO bernama GCI International. Akan tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut, termasuk tenaga utama yang akan menjalankan

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

tugas melobi - pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini CEO kepada APCO. Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ia tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea Gagasan 1Malaysia.

Apa mungkin Perdana Menteri hadir di Dewan dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu APCO atau dengan APCO penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia. Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

Komunikasi menyeluruh tidak termasuk mempromosi 1Malaysia - ini aneh.

Bolehkah Perdana Menteri menerangkan, adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha yang dikatakan bertanggungjawab membawa Gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri - atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang dikaitkan dengan APCO. Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma dilantik oleh kerajaan pernah melantik Mind Teams Sdn. Bhd.

Mind Teams Sdn. Bhd. iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Jadi kalau perjanjian APCO itu bertarikh sedemikian sebelum APCO ada diwujudkan Mind Teams Sdn. Bhd. Siapa yang mengetuainya? Dua-dua tokoh besar APCO. Nama Mind Teams Sdn. Bhd. Paul Stadlen - Pengarah Mind Teams Sdn. Bhd. dan sekarang CEO APCO Kuala Lumpur.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Orang mana itu, orang Bukit Dewa kah?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Seorang lagi ialah Margery Kraus yang saya ramalkan tadi. Siapa dia? Sekarang CEO APCO - individu penting yang terlibat dengan perjanjian dan akaun di Israel.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu menerangkan kepada Dewan, ya Menteri Agama terpaksa keluar – Kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melaporkan bahawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutama 1Malaysia.

Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Oleh sebab itulah Omar Mustapha sekarang ditolak juga walaupun Lembaga Pengarah Petronas menolak penyertaan beliau sebagai Pengarah kerana gagal membayar biasiswa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih mendesak dan Petronas akhirnya terpaksa menerima Omar Mustapha.

Soalan-soalan ini Tuan Yang di-Pertua perlu dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kita tahu modus operandi APCO diselubungi dengan rahsia melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan. Apakah kebimbangan kita? Kerajaan Malaysia dan APCO bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia ataupun penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

Ada dua aspek yang membimbangkan kita. Pertama, APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin sebagai yang menindas rakyat di negara masing-masing sehingga akhbar The Times of India dengan laporan

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

terperinci menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya. Rencana tersebut menyenaraikan di antara lain dengan izin;- “Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believe in the power of image which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President for life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev. This Washington based firm, APCO Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important assembly election to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader turned Russian billionaire with mafia links”.

Keduanya, mereka terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam. Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui pelantikan APCO sebagai perunding kerajaan? Apakah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengakui bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan partinya UMNO setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia?

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Sehinggakan khidmat APCO yang selama ini digunakan untuk membaiki imej diktator perlu diguna pakai.

Saya ingin kupas kedua-dua aspek ini dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington. Dalam tahun 2007 seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam majalah Harper’s, Julai 2007. “Their Men in Washington: Undercover with D.C.’s Lobbyist for Hire”. Saya dengan izin “APCO was the first firm I contacted because it was a natural candidate to represent Turkmenistan. It has experienced working not just on behalf of authoritarian regimes in general the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria for example which employed the firm in 1995, the same year it hanged nine democracy activists.

Pendedahan Ken Silverstein menunjukkan peranan dimainkan APCO membantu pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang pernah terlibat dalam tugasan lantikan Kerajaan Israel. Sekali lagi, Barry Schumacher, tugasan lantikan Kerajaan Israel pada tahun 1992. Jennifer Millerwise Dyck, jurucakap CIA dan jurucakap naib presiden Dick Cheney yang rekodnya ialah perang Afghanistan dan Iraq, kita semua sedia maklum. Sekiranya Ahli-Ahli Yang Berhormat meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan pendekatan diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu. Kepada kerajaan yang melantiknya mereka dijanjikan pertemuan dengan pemimpin kongres, dialog, seminar, pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan kenyataan yang berlaku di negara masing-masing.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Kepada pemimpin kongres dan kerajaan Amerika, mereka akan menjaja pertemuan sebagai peluang untuk memenuhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Oleh sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dicucuk hidungnya oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO. Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaik pulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan. Selain Turkmenistan, Kazakhstan, Azerbaijan, salah seorang klien APCO yang terkenal adalah bekas diktator Nigeria, Jeneral Sani Abacha. Mengikut Laporan BBC, Jeneral Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan nombor empat paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya berbilion-bilion dolar dilesapkan. Yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD2.5 bilion.

Aspek kedua adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh. Ini yang saya hendak tekankan. Ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel, organisasi pertahanan Israel dan lebih parah agensi perisikan Israel sebagai perunding dan penasihat APCO yang boleh menjalar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia. Tidakkah tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melantik APCO yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis merupakan sikap kepura-puraan? Di hadapan rakyat kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionis malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam, adil atau tidak itu belakang kira. Akan tetapi secara senyap tanpa pengetahuan rakyat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terus dekat dengan sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis. Rejim yang memenjarakan Ghaza, menindas umat Islam termasuk rakyat Kristian di Palestin.

Secara khusus saya ingin bawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO. Ini adalah relevan dengan kedudukan di Malaysia.

Siapa tiga tokoh penting? Tiga tokoh utama Israel di dalam APCO yang juga tokoh kanan rejim Zionis. Pertama Doron Bergebest-Eilon, kedua, Ittamar Rabinovich dan ketiga Shimon Stein. Pertama Doron Eilon, Ketua Bahagian Keselamatan Dan Perlindungan Agensi Keselamatan Israel - ISA (Israeli Security Agency). ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam. Israeli Security Agency – Shin Bet. Apa Shin Bet? Shin Bet adik kembar kepada Mossad. Bezanya Shin Bet – agensi perisikan dalam negara, Mossad – agensi perisikan luar negara. Tokoh-tokoh kanan lain Zionis dalam APCO, Ittamar Rabinovich bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat, jawatan terpenting diplomatik dalam rejim Zionis. Yang menjawat jawatan semestinya orang yang paling kuat pegangan Zionisnya. Begitu juga dengan Shimon Stein mantan Duta Israel ke Jerman. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi sistem melobi bagi pihak APCO sekarang.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara, serta maruah umat. Kita jelaskan mengapa kita bangkitkan isu ini ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel.

Kita khuatir kerana pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil firma yang tercemar dengan rekod khidmat untuk para diktator

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

dan para penindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh pastinya berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, makna APCO secara langsung ada hubungan akrab dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan, dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses terdedah kepada jaringan strategik, serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikian rupa pastinya menggadai kepentingan negara.

Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segera membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO... [Tepuk] Dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, itulah penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh terhadap isu yang dibawa pada hari tersebut oleh Yang Berhormat Kota Belud. Isu sama ada seorang Ahli perlu dirujuk atau tidak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukanlah untuk saya memutuskannya kerana ianya harus dibuat dalam bentuk motion, usul dan perkara ini terkeluar dari skop 26(1)(p) dalam peraturan mesyuarat. Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya mana-mana Ahli ingin berbuat demikian saya nasihatkan agar ianya harus dilakukan dengan merujuk dan mematuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam peraturan mesyuarat. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:10 PM
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen, Yang Kedua Belas.” [29 Mac 2010]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia.

final • 12:10 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran - Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja pada kali ini. Seramai lebih 44 Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun membahaskan pelbagai perkara berkaitan dengan pendidikan. Saya telah pun meneliti semua isu yang telah pun dibahaskan dan dalam masa yang diperuntukkan ini, saya memberikan penjelasan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan di samping ulasan ringkas beberapa isu yang telah pun berulang kali ditimbulkan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap langkah kerajaan untuk melaksanakan bidang keberhasilan utama negara, NKRA, jelas ditonjolkan dalam perbahasan pada kali ini. Dalam sektor pendidikan, aspek penumpuan utama NKRA pendidikan disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dengan panjang lebar meliputi perluasan kawasan sekolah, pengawasan literasi dan numerasi murid (LINUS) dan sekolah berprestasi tinggi. Saya memuji dan menghargai keprihatinan yang telah ditunjukkan dan mengharapkan komitmen Ahli-ahli Yang Berhormat akan berterusan bagi merealisasikan dasar kerajaan yang dirancang demi kepentingan masa hadapan seluruh rakyat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kuala Krau, Rembau, Indera Mahkota, Parit Sulong dan juga Tuaran telah pun membangkitkan isu pendidikan prasekolah. Untuk makluman, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha untuk menggilap potensi anak-anak sejak daripada awal usia lagi, iaitu di peringkat pendidikan prasekolah. Untuk itu pendidikan prasekolah akan terus diperkasakan dan dijadikan sebahagian daripada aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan kita. Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan strategi yang komprehensif dan bersepadu di antaranya dengan menambah baik kurikulum prasekolah seperti yang dilaksanakan pada tahun 2010 ini melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk semua agensi pelaksana, termasuk prasekolah swasta bagi tujuan penyeragaman dan meningkatkan lagi kualiti pendidikan prasekolah.

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krau, sehingga kini sebanyak 5223 buah sekolah mempunyai kelas prasekolah dengan jumlah kelasnya sebanyak 7452 buah. Selain itu terdapat 26 buah IPG yang melaksanakan program ini serta sebanyak 28 buah kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan lima buah kelas prasekolah di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Jumlah keseluruhan kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa ini ialah 7511 buah dengan jumlah guru 7511 orang. Berdasarkan ratio seorang guru bagi setiap satu kelas.

Pada tahun 2011 dan 2012, adalah dijangkakan sebanyak 1073 buah sekolah dengan jumlah kelas sebanyak 1153 kelas dan dengan adanya pertambahan bilangan sekolah dan premis ini secara tidak langsung Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberikan peluang kepada kanak-kanak di kawasan pedalaman, di luar bandar, di rumah-rumah panjang untuk menerima pendidikan prasekolah. Contohnya Rumah Panjang Amit, dan Rumah Panjang

final • 12:13 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran - Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Lobing di Sabak, Bintulu. Rumah Panjang Kampung Sabak Pantu di Sri Aman yang akan beroperasi pada Jun tahun ini untuk keperluan anak-anak kita daripada kalangan masyarakat Iban dan juga di Long Latai Baram, bagi anak-anak kebanyakan dalam kalangan masyarakat Penan.

Di samping itu pihak swasta juga digalakkan untuk menyediakan pendidikan prasekolah melalui penyediaan pelbagai insentif oleh kerajaan seperti geran pelancaran ataupun launching grant, dengan izin, dan mempermudahkan prosedur dan proses kemudahan kelas prasekolah swasta. Usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% menjelang tahun 2012.

Tuan Yang di-Pertua berhubungan dengan pertindihan pelaksanaan program pendidikan prasekolah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau...

final • 12:13 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di- Pertua, mohon laluan, penjelasan.

final • 12:13 PM

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya habiskan dahulu.

final • 12:13 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih.

final • 12:13 PM

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi pelaksana supaya tidak berlaku pertindihan kawasan tadahan ataupun catchment’s area kelas prasekolah. Selain itu Kementerian Pelajaran juga telah pun menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Kemajuan Prasekolah Kebangsaan yang dianggotai oleh semua agensi pelaksana prasekolah di Malaysia bagi menyelaras dengan keperluan program pendidikan prasekolah di negara ini. Di bawah NKRA pendidikan, kualiti pendidikan prasekolah KEMAS dan Perpaduan akan ditingkatkan dari segi kualiti gurunya, infrastruktur dan juga bantuan supaya ianya setaraf dengan kualiti prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

final • 12:13 PM

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Buat masa ini kementerian tidak bercadang untuk mengambil alih kelas pra sekolah KEMAS dan juga Perpaduan ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai Program PERMATA seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Yang Berhormat Mukah adalah dimaklumkan pada masa ini program tersebut...

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Masih berada di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri dan sehubungan itu perbelanjaan pendidikan yang digunakan oleh KPM tidaklah melibatkan Program PERMATA.

Walau bagaimana pun, kerjasama yang diberikan oleh kementerian adalah memberikan khidmat kepakaran dalam bidang latihan perguruan kepada tenaga pengajar program yang tersebut dan buat masa ini kementerian sedang pun melatih 25 orang guru pelatih bagi Program PERMATA di Institut Pendidikan Guru.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai sekolah berprestasi tinggi seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau...

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di- Pertua, mohon laluan terhadap isu sumbangan pihak swasta.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Ya.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-pertua dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

Saya ucap terima kasih dan tahniah di atas perkara yang telah saya bahaskan di dalam ucapan saya diambil perhatian oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma selain daripada tanggungjawab sosial pihak swasta bagi pra sekolah ini, saya juga ada bertanya mengenai tanggungjawab sosial bagi pihak swasta, sekolah-sekolah yang sedia ada di luar bandar seperti sekolah bantuan modal iaitu SJK(T) dan juga SJK(C).

Contoh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, dua buah sekolah yang saya sebut khusus di dalam ucapan saya iaitu di SJK(T) di Sungai Tekal dan juga SJK(T) di Biong. Kedua-dua buah sekolah ini berada di dalam kawasan ladang yang diusahakan oleh ladang Sime Darby.

Jadi, saya melihat kepada sekolah ini sudah jauh ketinggalan seolah-olah sekolah ini terabai dan juga tidak diberi perhatian oleh pihak swasta yang mempunyai tanggungjawab sosial. Contoh yang saya sebutkan tentang laluan atau jalan masuk ke sekolah tersebut masih lagi tanah merah, berdebu, tidak ada tar, dan sebagainya. Selepas itu kemudahan-kemudahan sistem longkang, bangunan yang amat teruk, kekurangan kerusi meja yang selesa, dan kekurangan bahan-bahan bantuan yang tidak setanding dan setaraf dengan sekolah-sekolah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-pertua. Ia tidak setanding dengan sekolah-sekolah yang ada di dalam kawasan yang lain. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Menteri kalau boleh masih lagi pra sekolah, Yang Berhormat Sik.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, saya respons pada Yang Berhormat Kuala Krau dahulu. Ya, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Memang saya juga bersetuju supaya inisiatif untuk membantu sekolah sama ada pra sekolah dan sebagainya itu sepatutnya dikongsi juga bersama oleh swasta. Ia sebahagian daripada tanggungjawab korporatnya.

Ini adalah satu inisiatif yang sebenarnya sedang pun kita usahakan sekarang ini.

Saya akan membuat pengumuman tidak berapa lama lagi sebagai satu rancangan baru yang kita sebutkan pre school. Ia bukan kategori sekolah baru tetapi ini adalah dalam bentuk kerjasama yang boleh kita jalinkan dengan beberapa pihak syarikat swasta yang telah menunjukkan minat untuk membantu membangunkan sekolah-sekolah terpilih. Jadi, sama ada bentuk sumbangan itu ada besar atau pun kecil ini kita belum dapat pastikan. Akan tetapi kerana jumlah sekolah kita ini pun banyak termasuklah sekolah-sekolah jenis kebangsaan itu bukan sedikit bilangannya.

Maka saya kira sejumlah yang telah menunjukkan minat itu masih belum mencukupi. Ini kerana kos untuk hendak membiayai program-program menaikkan taraf sekolah itu adalah agak besar. Akan tetapi apa pun saya ambil perhatian tentang apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sekalipun sekiranya perkara yang disebutkan itu agak serius sangatlah kerana perlukan bantuan dan pembaikan untuk memudahkan persekolahan di dua buah Sekolah

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tamil tadi, insya-Allah kementerian sendiri akan melihatnya dengan lebih dekat dan mungkin langkah-langkah yang perlu kita ambil akan kita cuba laksanakan.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri sedikit lanjutan itu. Yang berhormat Balik Pulau Menteri.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Ya.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya. Saya amat tertarik dengan dasar yang bakal diisytiharkan mengenai CSR dan pendidikan tanggungjawab Corporate Social and Responsibility (CSR). Sebelum diisytiharkan saya memohon Menteri mengambil perhatian kerana sekurang-kurangnya relevan kepada Balik Pulau. Contoh, di Balik Pulau itu ada zon bebas iaitu di Bayan Lepas yang mana syarikat-syarikat multinasional banyak di situ dan rata-rata pekerjanya ialah penduduk di Balik Pulau. Rata-ratanya pekerja kita panggil pekerjanya produksi atau production worker rendah.

Tinjauan saya secara khusus menunjukkan bahawa komitmen ibu dan bapa sekiranya hal ehwal pendidikan anak-anak mereka setempat itu di bawah tanggungjawab majikan atau pun multi national company. Contohnya, Intel, Simen, dan sebagainya itu di katakan bahawa mereka akan memberi satu komitmen yang lebih kuat kerana hal ehwal pendidikan mereka itu diambil tanggungjawab oleh majikan mereka. So, saya menggesa kerajaan sebelum mengisytiharkan dasar CRS dan pendidikan ini memberi penekanan kepada multi nasional setempat kerana hubung kait majikan dan ibu bapa itu amat dekat. Itu memberi impak synergy kepada komitmen terhadap kerja dan seterusnya hubungan corporate citizenship itu yang baik sekali ke arah Pembangunan Pendidikan Negara.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Menteri, kalau boleh sambung.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Ya.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Sik tadi.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Silakan.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Ini masih mengenai pra sekolah. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh kementerian terdapat kira-kira lebih daripada tiga juta murid yang didaftarkan untuk sekolah rendah. Ini bermakna angka yang sama adalah melibatkan murid-murid pra sekolah. Saya mohon pihak Menteri memberi satu pertimbangan yang khas. Ini kerana apa yang berlaku hari ini perkembangan pra sekolah adalah lambat sekali dan yang menjadi mangsa kepada ke tidak peluang untuk memasuki pra sekolah ini ialah murid-murid di luar bandar.

Keduanya, Menteri saya ingin menyentuh soal PERMATA yang telah disentuh oleh Mentari tadi. Saya melihat PERMATA ini satu program yang cukup baik untuk memberi peluang kepada pendidikan pra sekolah yang bermutu. Apa yang saya bimbang, pra sekolah ini makin diperluaskan dan ia dijalankan di bawah satu badan sukarela. Saya bimbang satu hari nanti jika pra sekolah ini tidak diletakkan di bawah mana-mana kementerian ia akan membawa satu masalah yang besar kepada pendidikan negara dan tidak memberi peluang kepada murid- murid luar bandar untuk mendapat pendidikan pra sekolah yang bermutu. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau saya ucapkan terima kasih. Bagaimana yang telah pun saya sebutkan tadi itulah hasrat kita kalau boleh Program Social Corporate Responsibility ini dapat

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

diperluaskan dan tidak terbatas kepada satu-satu syarikat atau pun kumpulan sahaja. Apa yang beliau sebutkan tadi di kawasan beliau di Balik Pulau ada zon bebas di mana banyak syarikat-syarikat multi nasional dan kalau mereka ini sanggup untuk bersama-sama dengan kita untuk membantu sekolah-sekolah sama ada di sekitaran kawasan Balik Pulau atau pun di mana sekali pun. Inilah sesuatu yang kita amat alu-alukan.

Jadi bermakna inisiatif untuk menaik penyertaan swasta untuk berganding bahu dengan masyarakat untuk membantu sekolah ini adalah satu inisiatif yang kita harus lakukan secara berterusan. Jadi saya mengambil perhatian dengan perkara itu dan pastinya kalau ini dapat dilakukan bermakna mutu pendidikan di sekolah-sekolah di mana syarikat-syarikat swasta membantu itu boleh dapat kita tingkatkan kepada sesuatu yang lebih tinggi lagi.

Soal yang kedua, setakat hari ini, 67% daripada anak-anak kita telah pun melalui proses pra sekolah. Ini bermakna ada berbaki 33% yang agak terkeluar.

Mungkin disebabkan oleh masalah-masalah ibu bapa dan masalah-masalah tertentu yang dengan sebab itu mereka tidak berpeluang untuk pergi ke pra sekolah. Jadi dalam sub NKRA di bawah Kementerian Pelajaran kita hendak tingkatkan. Dalam tempoh tiga tahun ini, naikkan kepada 87%. Mulai tahun ini kita punya sasaran ialah 7% dan Alhamdulillah dari segi jumlah kelas yang kita sediakan ini boleh kita capai. Akan tetapi sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kita tidak boleh hanya bergantung kepada inisiatif kita. Selama ini pun dalam 67% yang telah pun kita lihat tercapai untuk menyediakan sekolah itu sebahagiannya juga ditanggung oleh pihak swasta kerana dibina pra sekolah sendiri, tadika, dan sebagainya di mana dia mengenakan bayaran-bayaran yang bertentu kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Dalam rancangan yang kita akan laksanakan sekarang ini, kita hendak galakkan lebih banyak pihak persendirian swasta membangunkan prasekolah.

Dalam skim yang saya akan umumkan dalam tempoh seminggu dua ini, kita akan beritahu bahawa kalau ada syarikat swasta yang sanggup mengambil bahagian, kita akan bagi mereka geran pelancaran iaitu satu bentuk insentif kewangan.

Kalau Yang Berhormat di sini ada kawasan-kawasan di mana ada pengusaha di situ berminat dan dia melalui satu proses permohonan.

final • 12:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Dan lesen yang kita keluarkan, dia patuh kepada kurikulum yang kita sediakan, maka guru ini kita juga akan latih. Guru yang mereka akan lantik akan kita latih di bawah peruntukan kementerian. Kos satu guru yang hendak kita latih antara tempoh tiga bulan lebih kurang RM4,500. Itu akan kita tanggung...

final • 12:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

CSR, CSR.

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Selain daripada geran pelancaran yang saya sebutkan tadi. Jadi ini, bermakna inisiatif ini akan kita mempertingkatkan lagi.

final • 12:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kanowit. Yang Berhormat Kanowit bangun.

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Jadi Yang Berhormat, lambat tadi. Ya?

final • 12:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Tidak bagi, Yang Amat Berhormat Menteri?

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya belum habis jawab. Biar saya habiskan dulu. Jadi bila disebutkan tadi lambat, mungkin dengan proses dan inisiatif baru, dengan galakan insentif yang kita tawarkan, kita harap pada satu masa nanti, hampir semua anak-anak kita yang sepatutnya layak ke sekolah, dia akan pergi melalui proses prasekolah.

Setahun, kita ada jumlah lebih kurang 500,000 hingga 600,000 anak-anak kita yang akan masuk ke sekolah biasa. Yang inilah jumlah cohort yang sama yang akan pergi prasekolah. Jadi bermakna kita harus sediakan kemudahan ini termasuklah kawasan-kawasan pedalaman. Sebab itu, langkah yang telah kita umumkan tadi kita sediakan juga prasekolah di rumah-rumah panjang, di kawasan-kawasan pedalaman kerana mereka tidak mungkin boleh keluar jauh dengan kos yang agak besar yang tidak mampu ditanggung oleh keluarga mereka.

Jadi ini telah pun kita mulakan.

final • 12:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

[Bangun]

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya telah umumkan tadi empat buah prasekolah akan kita bangunkan di kawasan-kawasan rumah panjang dan insya-Allah bulan Jun ini kita akan mula menjalankan kelas itu dalam tempoh kurang enam bulan daripada penyataan yang saya telah buat.

Maka, kelas ini akan kita sediakan dalam tempoh yang terdekat. Program PERMATA ini...

final • 12:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Sambung lagi, Yang Amat Berhormat Menteri sebelum pergi ke tajuk lain. Jadi dengan...

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Program PERMATA. Saya jawab yang ini dulu, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Program PERMATA, insya-Allah sudah pun ada keputusan supaya dalam satu peringkat, ia diserahkan kepada Kementerian Pelajaran. Jadi, urusan-urusan yang berkaitan dengan orang kata early childhood education dan juga prasekolah, macam biasa prasekolah yang saya sebutkan awal tadi. Kesemuanya itu akan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran. Terima kasih. Sila, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Menteri, saya minat dengan CSR tadi dan terima kasih dan tahniah kepada kementerian yang sudah mula untuk menambahkan banyak lagi kelas-kelas tadika di kawasan pedalaman. Kalau kita melihat sekarang ini, banyak estet dan ladang kelapa sawit juga telah ditubuhkan di kawasan pedalaman. Saya fikir, pengusaha-pengusaha ini patutlah juga diberi inisiatif ataupun digalakkan untuk menubuhkan kelas-kelas tadika. Juga syarikat-syarikat kayu balak di kawasan pedalaman especially di Sarawak.

final • 12:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Saya nampak mereka ini mendapat keuntungan yang sangat besar dan patutlah juga memberi kembali kepada masyarakat-masyarakat yang di persekitaran tempat mereka membuat business. Jadi dengan itu, kalaulah kementerian dapat membuat satu polisi atau dasar supaya mereka, syarikat- syarikat besar ini menyumbangkan kepada penduduk di persekitaran mereka yang telah memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama membuat business di sana. Penjelasan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Ampang.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Amat Menteri sebut. Walaupun sudah 52 tahun, kita masih lagi tidak dapat reach out the 33% of the pre-school education in our country, dengan izin. Namun demikian, saya juga mengalu-alukanlah usaha Yang Amat Berhormat Menteri untuk mengecilkan jurang tadi. Namun saya juga minta Yang Amat Berhormat Menteri untuk meneliti tentang disparity standard di antara tadika swasta dan tadika kerajaan, yang mana kalau kita hendak catch up 33% itu, pihak swasta, kualiti dan standard tadika swasta lebih maju dan kemajuannya lebih cepat.

Kalau kita baru hendak membentuk mungkin kita punya standard di situ masih lagi di tahap yang belakang. Jadi saya harap Yang Amat Berhormat Menteri mengkaji dan meneliti tahap yang sederhana ataupun yang boleh kompetitif dengan swasta agar anak-anak kita, yang kita hendak berikan pre- school ini mereka akan menjadi anak-anak yang juga kompetitif di masa akan datang. Insya-Allah. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama, Yang Berhormat daripada Kanowit mencadangkan tadi supaya amalan CSR itu diperluaskan termasuklah kawasan pedalaman di mana ada syarikat-syarikat pembalakan ataupun ladang-ladang kelapa sawit yang kita tahu biasa mendapat keuntungan. Ini satu usaha yang bukan sahaja boleh dibuat oleh kementerian. Kementerian sudah adakan dasar.

Namun saya fikir kalau inisiatif ini boleh dibuat oleh pemimpin tempatan, kalau mereka boleh berbincang dengan syarikat ini mengatakan kamu mendapat untung banyak.

Mungkin sebahagian itu boleh diperuntukkan supaya masyarakat tempatan terutama anak-anak pekerja mereka ini dapat diberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan prasekolah. Saya percaya kosnya tidaklah terlalu tinggi.

Kalau inisiatif itu dibuat dan mereka kata saya tidak ada kemampuan untuk melatih, kementerian boleh bantu untuk melatih. Namun peruntukan yang lain itu mungkin boleh disediakan oleh syarikat yang berkenaan.

final • 12:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Kita buat dasar sekali, Yang Amat Berhormat Menteri. Kalau kita buat dasar sekali diwajibkan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ini bukan begitu, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Ya, dasar ada tetapi kita tidak boleh wajib pasal ini adalah sebahagian daripada orang kata tanggungjawab sosial. Makna, bukanlah tanggungjawab mereka tetapi kerana mereka ada kesedaran hendak membantu, hendak menyumbang, maka langkah ini kita harus galakan. Sebab itu kita bagi insentif tadi. Mereka boleh bina dan kita boleh bagi bantuan dalam bentuk latihan. Malahan kalau mereka tidak ada wang

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

yang mencukupi untuk geran pelancaran, sebahagian pun boleh ditanggung dengan insentif yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ampang, sebenarnya kita sudah ada kurikulum prasekolah. Kurikulum ini sudah pun diguna pakai yang saya kira agak setanding. Cumanya di peringkat swasta, kita tidak hendak menyekat mereka. Umpamanya kita tahu di swasta ini, dia tambah lagi waktu makannya kadang-kadangnya lebih baik dan gurunya dia punya ratio dengan pelajar itu agak lebih kecil kerana ini swasta. Ibu bapa yang hendak menghantar ke situ adalah mereka yang dianggap mampu untuk membayar. Jadi atas dasar itu, mungkin dia akan dapat sedikit kelebihan. Namun kerajaan tidak mungkin boleh menyediakan satu tahap orang kata pembelajaran setanding dengan swasta yang agak memang menekankan soal keuntungan ataupun mungkin tahapnya agak lebih tinggi sedikit.

Ini memang berlaku di mana-mana pun. Namun yang penting, kurikulum yang telah pun kita sediakan itu setidak-tidaknya memberikan asas permulaan yang kukuh kepada anak-anak kita yang waktu di sekolah itu untuk memulakan pembelajaran. Itu yang saya fikir menjadi suatu tanggungjawab dan inilah yang akan kita laksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat daripada Parit Sulong, Yang Berhormat daripada Hulu Terengganu, Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Kuala Krau, Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis atau KIA2M adalah untuk mengatasi kelemahan murid Tahun Satu dalam kemahiran membaca dan menulis iaitu 2M. Murid yang telah pun dikenal pasti bermasalah akan diberikan bimbingan di kelas pemulihan. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2010, kerajaan melalui NKRA telah pun memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi ataupun dengan ringkasnya LINUS. Melalui program ini, sasaran kerajaan menjelang tahun 2012, seharusnya semua murid-murid normal selepas Tahun Tiga dapat menguasai asas kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan mengira dengan baik.

Usaha ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengatasi keciciran murid dalam sistem persekolahan. Saya telah mendengar rungutan ibu bapa berkaitan dengan saringan pertama LINUS yang telah pun diadakan pada awal Mac baru-baru ini. Saringan tersebut bukanlah bertujuan untuk menilai dan juga menguji kebolehan murid, tetapi untuk mendapat maklumat awal tentang tahap celik huruf dan celik nombor seseorang murid. Dapatan daripada saringan ini, murid-murid yang belum menguasai tahap minimum akan diberikan penumpuan khusus mencapai tahap yang sepatutnya.

Saya akan meneliti kebenaran dakwaan mengenai aras kesukaran saringan tersebut sebelum membuat sebarang arahan pengubahsuaian yang bersesuaian bagi saringan kedua pada bulan Jun, dan saringan yang ketiga pada bulan September tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, dakwaan Yang Berhormat Maran bahawa pembentukan modal insan melalui sistem pendidikan yang kurang berkesan adalah tidak benar.

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2008 mendapati terdapatnya peningkatan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kepimpinan dan mereka juga cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulum iaitu 87 pada tahun 2008 kepada 90% pada tahun 2009.

Peratus kes disiplin dan jenayah yang melibatkan murid juga didapati menurun di mana pada tahun 2008 peratus kes disiplin murid adalah sebanyak 2.08% menurun kepada 2.06% pada tahun 2009. Justeru, kementerian akan meneruskan pemberian bantuan pendidikan dari segi kewangan dan kemudahan fizikal demi untuk memastikan pembangunan modal insan yang berkesan secara lebih menyeluruh dapat dicapai tanpa mengira kaum dan lokasi selaras dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kalabakan.

Untuk makluman Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Lipis dan juga Yang Berhormat Teluk Intan, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menghalang hasrat ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah pilihan mereka. Namun melalui teras tiga melalui PIPP iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan, kementerian telah pun menjalankan beberapa program untuk menarik kemasukan murid ke sekolah kebangsaan seperti penawaran mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, penempatan guru besar dan pengetua yang berketerampilan serta menaiktarafkan infrastruktur sedia ada serta menggantikan yang daif.

Dalam pembentukan modal insan ini juga, Kementerian Pelajaran tidak pernah meminggirkan keperluan persekolahan murid-murid Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat Maran, selain bantuan pendidikan disediakan kepada mereka ini, sebanyak 38 asrama yang merangkumi asrama desa, asrama harian dan asrama yang diambil alih daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli disediakan bagi memenuhi keperluan khusus untuk murid-murid Orang Asli di seluruh negara pada masa kini. Kementerian berpandangan bahawa ini merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh kerajaan demi kesejahteraan semua kaum di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang, Pasir Salak, Kota Baharu, Silam dan Baling telah pun mencadangkan agar pendidikan agama Islam diperkasakan di sekolah-sekolah. Kementerian Pelajaran dengan kerjasama agensi yang lain termasuklah Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perdana Menteri akan memperluaskan Program j-QAF di sekolah-sekolah dan menjadikan program KAFA sebahagian daripada program pendidikan Islam sepanjang hayat.

Untuk makluman Program j-QAF ini yang telah dilaksanakan sejak tahun 2005 sehingga kini telah melibatkan 4,412 sekolah rendah dan program yang dilaksanakan ini meliputi kelas pemulihan jawi untuk murid yang tidak menguasai tulisan jawi. Antara usaha lain juga ialah menghasilkan sisipan tulisan jawi dalam akhbar Utusan Melayu. Mata pelajaran Pendidikan Islam juga menekankan penggunaan tulisan dan bacaan jawi di sekolah sama ada di sekolah rendah mahupun di peringkat menengah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Menteri Pelajaran. Tadi ada kata bahawa kerajaan memang telah banyak berusaha untuk mempertingkatkan pelajaran pelajar-pelajar Orang Asli. Akan tetapi bukankah tidak boleh dinafikan bahawa kadar keciciran Orang Asli masih

final • 12:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

tinggi dan adalah lebih tinggi daripada purata dan juga kaum-kaum yang lain. Ini kerana, saya rasa hanya ada 45% pelajar-pelajar Orang Asli di peringkat primary sahaja, yang lain tidak ada. Jadi, saya hendak tanya apakah kadar keciciran pelajar-pelajar Orang Asli dan berapa peratus yang sepatutnya ada di universiti?

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Menteri, berkaitan juga dengan sekolah Orang Asli. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang sekolah kebangsaan Orang Asli. Di kawasan saya, Sekolah Kebangsaan Kampung Penderas bagi masyarakat Orang Asli. Sekolah ini dibina bersekali dengan asrama harian.

Maknanya sekolah kebangsaan Orang Asli, ada juga asrama disediakan untuk mereka.

Ini bagi mengelakkan pelajar-pelajar atau anak-anak masyarakat Orang Asli ini terpengaruh, terpedaya dengan ajakan ibu bapa yang mengajak mereka ini pergi mencari pendapatan, pergi ke hutan dan sebagainya. Jadi, saya juga sebut dalam perbahasan adakah pihak kementerian bercadang untuk membina lebih banyak lagi sekolah Orang Asli bersekali dengan asrama disediakan untuk pelajar- pelajar ini. Ini kerana Sekolah Kebangsaan Penderas ini adalah sekolah terbaik di peringkat kebangsaan Orang Asli yang menerima berbagai-bagai bantuan daripada pihak kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukti Mertajam. Saya tidak ada rekodnya di sini tentang keciciran tetapi saya bersetuju, memang peratusannya, umumnya lebih tinggi daripada keciciran di sekolah-sekolah biasa. Banyak faktor yang kita sedar yang menyebabkan kegagalan ini tetapi yang pentingnya ialah bagaimana usaha yang harus kita lakukan untuk hendak menangani masalah ini.

Saya telah sebutkan tadi ada inisiatif-inisiatif tertentu yang kita akan ambil. Ini termasuklah untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau tadi. Sama ada kita perlu menyediakan sekolah khas untuk mereka dengan asramanya. Ini telah pun disebutkan dalam masa perbahasan.

Saya meneliti perkara itu walaupun saya sebutkan dalam jawapan tadi.

Kita sudah pun ada sediakan dan kalau mereka memerlukan tempat-tempat tinggal kerana jauh daripada kampung dan sebagainya. Kita juga ada sediakan kemudahan itu. Cuma masalah yang timbul kerana masalah yang berkaitan dengan budaya. Tadi pun telah disebut oleh Yang Berhormat kerana di kawasan beliau pun mungkin ramai anak-anak yang datang daripada kawasan-kawasan Orang Asli.

Budaya, mungkin kerana latar belakang sukar untuk mereka mengikuti cara kita dan dengan sebab itu mereka agak tertinggal di belakang. Lebih-lebih lagi ada terdapat ibu bapa yang mungkin fikir anak mereka lebih sesuai untuk bantu mereka mencari makan di dalam hutan, kawasan mana sekali pun. Ini telah menjejaskan prestasi pelajaran anak mereka. Malahan kalau dilihat dari segi usaha yang kita telah buatkan tidak ada perbezaan dari segi layanan yang kita beri kepada sekolah biasa dengan sekolah di mana ada terdapat anak-anak Orang Asli. Kita tidak pernah membezakan. Cuma masalah itu mungkin kerana ada faktor-faktor sosial budaya yang menyebabkan mereka agak tertinggal jauh sedikit ke belakang. Akan tetapi kita akan mengambil inisiatif cadangan Yang Berhormat sama ada kita boleh bina satu sekolah khas, kita akan kaji dari segi kesesuaiannya dan kalau perlu disediakan asrama, ini juga kita akan ambil kira dalam perancangan pembangunan kita pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perluasan sekolah agama seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau. Peluang murid mengikuti

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

pendidikan aliran agama bukan hanya tertumpu pada sekolah menengah kebangsaan agama sahaja, sebaliknya kementerian telah pun menukar status sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama negeri (SAN) kepada sekolah agama bantuan kerajaan yang sehingga kini berjumlah 156 buah. Menyediakan kelas-kelas aliran agama di sekolah harian biasa dan aliran agama di sekolah berasrama penuh integrasi. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kementerian Pelajaran Malaysia juga mencadangkan untuk membina sebanyak lima buah lagi sekolah menengah kebangsaan agama.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat daripada Arau, Bachok dan Simpang Renggam telah pun mencadangkan agar perubahan perlu dilakukan bagi memperbaiki sistem pendidikan yang dikatakan semakin lemah dan kurang berkesan untuk merealisasikan aspirasi negara.

Untuk makluman kementerian telah pun melaksanakan transformasi kurikulum yang bermatlamatkan pembentukan murid untuk menjadi model insan yang seimbang, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara, keperibadian yang mulia dan mempunyai jati diri yang kukuh. Mereka juga dididik supaya memiliki ketahanan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang pantas berubah dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Transformasi kurikulum ini akan memberikan penekanan kepada pelbagai pendekatan seperti hands-on learning dengan izin, enquiry penemuan, keupayaan berbahasa, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai lagi jenis pembelajaran yang menyeronokkan dan mengambil kira kepelbagaian tahap kecerdasan murid.

Di samping itu, semua kegiatan kokurikulum khususnya sukan di samping kegiatan kelab dan persatuan serta pasukan beruniform juga diberikan perhatian dan dilaksanakan di semua sekolah seperti yang telah pun saya umumkan sebelum ini.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Jempol bangun.

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Sila.

final • 12:50 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan j-QAF tadi, kita dapati kecenderungan ibu bapa yang beragama Islam mula minat menghantar anak ke sekolah jenis kebangsaan Cina dan juga Tamil dan mereka ini seharusnya diberi peluang juga untuk mendapat pelajaran menguasai Jawi, Al-Quran dan juga Fardu Ain iaitu j-QAF. Adakah kementerian bercadang untuk sama-sama memberi peluang anak-anak kita yang belajar di sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina ini untuk mendapat pelajaran j-QAF ini? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah bangkitkan tentang kita meningkatkan mutu pelajaran dan P&P di sekolah-sekolah agar setanding dengan beberapa negara yang boleh dijadikan contoh seperti Singapura, Finland

final • 12:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

dan Korea Selatan misalnya, yang kita lihat US sendiri pun terpaksa belajar dengan Finland bagaimana mutu pelajaran mereka berada jauh ke hadapan.

Jadi walaupun apa jua yang kita hendak laksanakan, sejauh mana kita tidak terikat dengan orientasi peperiksaan yang merupakan end result kepada pelajar-pelajar supaya apa yang kita buat dari segi kaedah penemuan, pembelajaran dan sebagainya ini bukan hanya dinilai kepada keputusan peperiksaan terakhir ketika mereka beralih kepada peringkat ataupun stage yang tertentu.

final • 12:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Menteri, sekali Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Penjelasan. Perkara yang sama, penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua.

Mengenai sekolah Cina dan Tamil, saya percaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil adalah dalam sistem pendidikan negara kita mainstream. Jadi saya tidak tahu kenapa Bahasa Tamil dan Bahasa Cina atau Kesusasteraan Tamil, dan Cina dianggap sebagai additional, tambahan di mana sepuluh campur dua? Mengapa tidak Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil, Bahasa Cina dan juga Kesusasteraan Cina diambil kira sebagai satu mata pelajaran prinsip dalam SPM?

Mengapa ia sebagai dianaktirikan? Adakah ini selaras dengan 1Malaysia?

Kita selalu tengok bahasa Tamil, bahasa Cina selalu dianaktirikan. Bilakah kementerian boleh menganggap bahasa Cina dan bahasa Tamil, sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah Tamil sebagai mainstream dalam sistem pendidikan negara kita ini? Kita perlu mengambil kira mereka sebagai sumbangan yang sama taraf dengan sekolah kebangsaan. Juga, mengapa rakan-rakan kita rasa khuatir anak-anak Melayu pergi ke sekolah Cina? Kita ingin ambil kira mutu pendidikan.

Memang di sekolah Cina mutu pendidikan adalah amat tinggi. Sebab itu 70,000 bukan Cina pergi ke sekolah Cina dan sekarang ramai orang Melayu pergi ke sekolah Tamil. Jadi ini menunjukkan mutu pendidikan yang ditawarkan di sekolah- sekolah ini walaupun dianaktirikan selama ini tetapi diiktiraf oleh segolongan masyarakat Malaysia. Saya minta penjelasan. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Lenggong, ringkas Yang Berhormat ya.

final • 12:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. J-QAF merupakan satu daripada kaedah untuk menggalak dan mendidik para pelajar mendekati agama Islam dan mendalami soal-soal berkaitan dengan pendidikan Islam. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat Menteri beri pandangan dan membuat penjelasan kerana saya dengar Yang Berhormat Kota Bharu waktu dia bercakap dalam Titah Tuanku, dia menyebut bahawa dalam sistem pendidikan kita tidak ada langsung pendekatan dibuat oleh kerajaan untuk memberi pendidikan agama kepada para pelajar. Ini sesuatu yang tidak betul, tidak tepat. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk membuat penjelasan. Biar masyarakat dan khususnya rakan-rakan di sebelah sana dengar apa yang selama ini dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, pertama daripada Yang Berhormat Jempol. Sebenarnya kalau bilangan pelajar-pelajar Islam di aliran jenis kebangsaan Tamil dan Cina itu agak ramai, maka kita boleh mengadakan kelas-kelas j-QAF di sekolah-sekolah yang berkenaan, kerana kita tidak mahu juga mereka terlepas daripada peluang untuk mempelajari ataupun mendalami soal agama. Ini saya pun sudah ambil perhatian.

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Kita sudah minta pegawai kita menyemak kalau ada sekolah-sekolah di mana jumlah pelajar Islam itu agak ramai, maka kita sediakan guru untuk mengajar pendidikan Islam.

Kedua, Yang Berhormat Arau sebutkan tadi. Memang benar walaupun kita kata tahap mutu pendidikan di negara kita ini sudah agak meningkat tetapi saya sendiri tidak puas hati walaupun sudah meningkat, kerana kita ada benchmark yang kita hendak capai. Umpamanya disebutkan tadi pencapaian di negara Finland ataupun di Korea Selatan yang dikatakan antara sistem pembelajaran, pendidikan yang agak terbaik di dunia, bertaraf dunia. Jadi itu menunjukkan bahawa ada lagi ruang di mana kita perlu perbaiki. Sebab itu langkah-langkah yang kita sudah buat umpamanya saya sebutkan tadi transformasi daripada segi kurikulum supaya ia tidak terlihat ataupun dilihat sebagai satu sistem yang memberikan tumpuan hanya pada soal pencapaian akademik semata-mata ataupun hendak dapatkan straight A’s dan tidak ada ruang yang lain untuk anak- anak kita ini boleh membentuk sahsiah, perwatakan dengan cara-cara di mana mereka boleh berinteraktif dengan guru supaya lebih agak kreatif dan inovatif selaras dengan sasaran yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Jadi sebab itu, ini langkah-langkah yang harus kita lakukan dan proses transformasi ini pun sudah kita mulakan. Kita harap dalam tempoh yang tidak berapa lama, gap yang terdapat di antara negara yang sudah begitu cemerlang dalam bidang pendidikan dengan Malaysia tidaklah agak begitu jauh sekali. Akan tetapi langkah ini sudah pun kita mulakan. Umpamanya yang kita sebutkan bukan soal sistem sahaja, soal kualiti guru juga. Ini biasa disebutkan. Murid macam mana, sekolah macam mana, gurunya agak lebih utama. Jadi sebab itu saya sendiri di peringkat kementerian melihat ini satu daripada langkah-langkah yang wajar kita ambil. Umpamanya, kita mahukan guru yang mempunyai qualification yang sesuai. Kita sudah pun mengambil langkah supaya di semua sekolah menengah, guru-guru berijazah. Di sekolah rendah, separuhnya sudah berijazah kerana makin rendah di bawah itu makin perlu guru-guru yang berkemahiran dan ini kita kena ambil dan program latihan yang intensif, yang kita buat berkala supaya guru ini akan diberikan pendedahan dengan teknik dan teknologi pembelajaran termasuklah menggunakan ICT yang baru supaya proses pembelajaran itu agak lebih menyeronokkan, lebih mendalam. Bukan setakat yang kita lakukan selama ini.

Ini pun satu yang tidak boleh kita elakkan, perlu kita lakukan. Jadi ia melibatkan satu pendekatan yang saya kira holistik, tidak hanya satu dua perkara yang perlu kita uruskan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Tuduhan mengatakan kita menganaktirikan sekolah-sekolah seperti ini adalah satu tuduhan yang saya fikir amat melulu. Ini kerana, kalau Yang Berhormat mungkin tidak sedar, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ini sudah jadi sebahagian daripada sistem pelajaran kita. Walaupun kalau ikut sejarahnya dulu dikatakan dalam Perlembagaan umpamanya, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Bahasa-bahasa ibunda lain bolehlah dipelajari ataupun digunakan tetapi dengan peralihan dan perubahan yang sudah berlaku, ia sudah menjadi sebahagian daripada legasi kita. Sebab itu kerajaan membiayai RM1.8 bilion untuk bayar gaji guru di sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina.

Kalau di negeri Pulau Pinang ada ketua menteri umumkan RM2 juta, RM3 juta, seluruh dunia gempak. Yang kita belanja RM1.8 bilion Yang Berhormat...

[Dewan riuh] Untuk bantu sekolah, jadi kalau anak tiri, takkan beri duit begitu banyak. Itu satu pernyataan yang berbau perkauman.

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Itu yang saya...

final • 12:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Menyampuk]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya minta Yang Berhormat Bukit Mertajam dengan Yang Berhormat Telok Intan duduk dulu. Satu minit tinggal Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Soal bagaimana kita [Disampuk] Biar saya jelaskan. Soal bahasa Tamil dan bahasa Cina yang saya sebutkan sudah pun dimasukkan dalam peluang untuk mereka mengambil peperiksaan, ini mungkin di peringkat SPM. Dulu masalahnya kerana kita hendak hadkan sepuluh mata pelajaran tetapi atas dasar rayuan dan pertimbangan, kita benarkan untuk mereka ambil mata pelajaran itu. Akan tetapi hendak menyamatarafkan Bahasa Kebangsaan kita, bahasa Melayu dengan bahasa Tamil dan Cina, itu tidak adil. Malahan bercanggah dengan Akta Pelajaran Kebangsaan dan Perlembagaan. Takkan Ahli Yang Berhormat daripada DAP tak faham...

[Tepuk] Bukan kita menganaktirikan, kita tak pernah sekat. Mereka nak belajar, kita didik, kita bantu, kita sediakan guru, kita sediakan peruntukan. Akan tetapi hendak menyamatarafkan supaya ia setanding dan sama dengan bahasa Malaysia, saya tidak fikir itu suatu yang adil kerana dasar kita sudah jelas. Dasar ini Yang Berhormat, digubal, dibawa dalam Parlimen, diluluskan akta di mana martabat bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Cina dan Tamil.

Bukan makna kita menganaktirikan. Itu adalah sesuatu yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan dan kita menjunjung Perlembagaan dan kita harus terima hakikat adanya perbezaan itu. Akan tetapi tidak kita sekat. Malahan dengan sebab ketidaksekat kita itu, kita ada kebimbangan kalau-kalau dengan sebab mereka ini tidak memberikan tumpuan pada soal umpama bahasa Malaysia, akan timbul orang kata polarisasi, tidak ada satu perasaan kekitaan kerana kelemahan mereka menguasai bahasa Malaysia. Saya hendak sebutkan dalam dasar kita di peringkat sekolah rendah, kita izinkan untuk mereka itu tetapi akhirnya di peringkat menengah seperti Yang Berhormat tanya SPM, SPM semuanya ikut aliran kebangsaan dengan bahasa penghantarnya ialah bahasa Malaysia. Jadi nampak benar Yang Berhormat tidak berapa faham tentang sistem pelajaran kita.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat, masa Yang Berhormat. Kalau ada pertanyaan, tunggulah 2.30, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Terima kasih Yang Berhormat. Biar saya jelaskan. Yang Berhormat sudah ada peluang banyak bercakap, biar beri peluang menteri menjawab.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Ya?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jam Yang Berhormat... [Ketawa]

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Oh, sudah habis masa.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada sesi pagi ini kita tangguhkan dahulu dan kita akan mula Mesyuarat semula pada 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:50 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung penggulungan.

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung penggulungan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

final • 2:32 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Penjelasan. Tadi Yang Berhormat Menteri.

final • 2:32 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya, banyak lagi..

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 2:32 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya sudah jawab tadi...

final • 2:32 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Saya, saya, minta maaf. Saya terpaksa berhenti tadi sebab masa makan.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, nanti selepas ini, sambung Yang Berhormat.

final • 2:32 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin. Yassin

Saya sudah jelaskan sebahagian. Dia tidak puas hati itu. Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu kualiti penilaian seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Labis dan juga Yang Berhormat Pendang, saya ingin menegaskan bahawa standard pendidikan di negara ini adalah tinggi dan telah pun diperakui di peringkat antarabangsa serta juga mendapat pengiktirafan daripada pihak dengan izin, UNESCO (United Nations Educational Scientific and Cultural Organization).

Sehubungan itu, tidak hairanlah kualiti dan prestasi pencapaian calon khususnya peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sentiasa menunjukkan peningkatan. Suka saya menjelaskan bahawa kesahan mutu soalan untuk semua peperiksaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah di tahap yang tinggi dan tidak diragui.

Semua item yang disediakan sentiasa mengikut kehendak kurikulum serta telah pun mengambil kira semua aspek termasuklah keupayaan calon, jantina dan lokasi. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah pun menjemput pakar-pakar daripada luar negara termasuklah daripada Cambridge International Examinations

(CIE) dan London Chambers of Commerce and Industry (LCCI) bagi tujuan penandaarasan dan penjaminan kualiti di peringkat antarabangsa.

final • 2:32 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin. Yassin

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tebrau membangkitkan isu kertas peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 1 di SJK(C) yang dikatakan arasnya terlalu tinggi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada peperiksaan awam yang diadakan bagi murid Tahun Satu di semua jenis sekolah termasuklah di SJK(C).

Semua murid Tahun 1 telah pun mengikuti saringan satu program lulus Literasi dan Numerasi pada awal Mac 2010 lalu bagi mengenal pasti sama ada mereka boleh membaca, menulis dan mengira. Murid-murid yang dikenal pasti memerlukan bantuan akan menyertai kelas LINUS bagi membantu mereka mencapai tahap kebolehan membaca, menulis dan mengira seperti yang ditetapkan. Untuk makluman juga, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa melibatkan guru yang mengajar Bahasa Malaysia di SJK(C) selain daripada pakar- pakar bahasa dan institut pendidikan guru dan universiti semasa menggubal kurikulum Bahasa Malaysia SJK(C).

Berhubung dengan cadangan supaya tempoh pengajaran Bahasa Malaysia di semua jenis sekolah dipanjangkan, di Dewan yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa peruntukan waktu Bahasa Malaysia yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah kebangsaan adalah seperti sedia ada iaitu 360 minit pada Tahap Satu dan 300 minit pada Tahap Dua seminggu. Namun bagi sekolah jenis kebangsaan

(SJK), waktu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia ditambah daripada 270 minit kepada 300 minit bagi Tahap Satu dan 180 minit ke 240 minit pada Tahap Dua. Tambahan waktu ini akan dilaksanakan pada tahun 2011 bermula daripada Tahun Satu.

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan usaha kementerian untuk memartabatkan Bahasa Malaysia seperti yang terkandung di dalam Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris. Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat Putatan, kementerian sedang pun berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan dasar MBMMBI...

final • 2:32 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:32 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

...Agar mencapai matlamat yang ditetapkan - boleh saya habiskan baris ini? Justeru, pelaksanaannya telah pun mengambil kira dan menerima pandangan semua pihak termasuklah pihak yang masih mahukan PPSMI diteruskan dan bukan hanya pandangan kementerian semata-mata seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Sila.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Tebrau.

final • 2:32 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Saya minta penjelasan, dalam usaha kerajaan memperkasakan sekolah kebangsaan, adakah ia juga termasuk memastikan pengajaran bahasa ibunda khususnya bahasa Cina di sekolah kebangsaan di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah oleh sebab saya dapati bahawa guru bahasa ibunda itu kekurangan guru.

Pada masa ini, adakah kerajaan mengambil apa-apa langkah untuk memastikan semua sekolah kebangsaan dan juga sekolah menengah kebangsaan mendapat guru bahasa ibunda yang diperlukan? Ini adalah sebab pada masa ini saya masih dapati ada beberapa buah sekolah di Johor Bahru tiada guru ibunda termasuk salah sebuah sekolah yang anak saudara saya menghadirinya, iaitu Sekolah Menengah Mohamad Khalid di Johor Bahru masih belum ada guru Bahasa Cina. Adakah sekiranya kementerian masih menghadapi kekurangan

final • 2:32 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

bahasa ibunda, adakah rancangan untuk mengiktiraf sijil peperiksaan Chinese independent school supaya kita akan mendapat lebih banyak calon-calon yang boleh dilatih menjadi guru Bahasa Cina? Minta penjelasan.

final • 2:32 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Minta mencelah.

final • 2:32 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Mencelah?

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Telok Intan.

final • 2:32 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih. Mengenai sekolah- sekolah Cina dan Tamil yang saya bangkitkan tadi Yang Berhormat Menteri, saya harap dan pohon jangan salah faham dengan saya. Saya tidak pada bila-bila masa mempersoalkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

final • 2:32 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Apa yang saya minta, bolehkah sekolah-sekolah Cina dan Tamil dibagi status yang sama dengan sekolah kebangsaan, apa sebab kita gunakan sekolah rendah jenis kebangsaan? Apa itu perkataan “jenis”? Tidakkah kita boleh panggil sekolah rendah kebangsaan Cina atau sekolah rendah kebangsaan Tamil dan sebagainya? Kenapa perkataan “jenis” digunakan? Mengapa pula kita ada sekolah-sekolah bantuan modal? Kalau betul-betul kerajaan ingin mengukuhkan 1Malaysia di negara kita, mesti semuanya sama dia punya layanan. Mengapa kita ada bantuan modal macam sekolah Tamil.

Daripada 523 sekolah Tamil terdapat lebih kurang 307 sekolah bantuan modal. Jadi alat-alatan pembangunan lain di sekolah-sekolah itu mesti dicari oleh lembaga sekolah atau PIBG. Jadi apakah sebabnya ada bantuan modal? Itu yang saya hendak tahu, tetapi Yang Amat Berhormat Menteri salah faham mengatakan saya menyoalkan kedudukan bahasa Malaysia. Tidak pernah. Saya, atau DAP, atau Pakatan Rakyat tidak pernah kita menyoalkan bahasa Malaysia. Kita tahu hak-hak semua kaum di negara ini. Jadi apa yang saya minta adalah, bolehkah bahasa Tamil dan bahasa Cina diberi pengiktirafan yang sama, bukan menyoalkan bahasa Malaysia di sekolah-sekolah dan dalam kiraan CGPA di SPM, mengapa 10 plus 2, dan mengapa tidak 12 sekali? The best six subjects or best eight subjects.

Yang Berhormat Menteri, saya juga difahamkan, saya ingin penjelasan, ini saya tidak berapa pasti, adakah bahasa Inggeris digunakan untuk core subject calculation untuk kemasukan ke dalam universiti kita sebab ada golongan yang mengatakan bahasa Inggeris tidak diambil kira. Jadi saya harap ini perkara yang serius. Janganlah Yang Berhormat Menteri memesongkan, tadi mengatakan, saya menyoalkan bahasa Malaysia, tidak! Itu gutter politic, give it to your Backbenchers.

They are very good at it, but here, we want serious answers to a serious questions...

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 2:40 PM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Kenapa, terasa kah? Jadi, Yang Amat Berhormat Menteri, saya dengan sungguh hormat saya tanya, bolehkah sekolah- sekolah bahasa Cina dan Tamil dibagi sama taraf, layanan yang sama, peruntukan yang sama. Takkanlah menteri mengatakan tadi, bangga bagi peruntukan ke sekolah Tamil. Bukankah itu satu kewajipan kerajaan untuk memberi peruntukan kepada sekolah Tamil?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 2:40 PM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

If a father give his son money for education, why it should be proud of? It is the duty of his father. It is a duty of the government to provide funds for education, dengan izin...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, cukup Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Tidak perlu kita bangga-banggakan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tan Sri, hendak bagi lagi?

final • 2:40 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Tan Sri Menteri, kalau boleh sambung sedikit mengenai bahasa.

final • 2:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya jawab ini, takut terlupa kalau tidak jawab. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari...

final • 2:40 PM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Telok Intan.

final • 2:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Sebelum Telok Intan tadi.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tebrau.

final • 2:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tebrau yang membangkitkan soal pembelajaran dan pengajaran bahasa ibunda di sekolah- sekolah kebangsaan. Bagaimana yang telah pun saya sebutkan itu memang sudah pun ada dasar dan memang kita cuba laksanakan. Cuma adalah timbul masalah guru yang dikatakan sesuai, yang qualified untuk mengajar bahasa ibunda di sekolah kebangsaan. Memang ada masalah sedikit. Sebab itu kita ada menghadapi kekurangan dan langkah-langkah untuk mencari guru yang sesuai ini memang kita teruskan. Jadi saya bagi perhatianlah sedikit di kawasan Tebrau tadi kalau masalah itu timbul di Sekolah Menengah Mohamad Khalid, yang saya pun tahu waktu di Johor Bahru dahulu, kita akan berikan perhatian.

Soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan, mungkin sekarang dia lain sedikit cara cakap daripada tadi. Speaker, masa awal tadi macam hendak mengancamlah, macam tidak menghormati peruntukan dalam undang-undang dan perlembagaan. Jadi sebenarnya kita tidak mengamalkan dasar membeza-bezakan. Cuma yang saya maksudkan ini ialah kita ada Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan itu meletakkan kedudukan sekolah-sekolah kebangsaan yang menggunakan aliran bahasa pengantar bahasa Malaysia sebagai aliran utama, aliran perdana. Itu telah termaktub dan kita tidak hendak pertikaikan dasar ini, tetapi di samping itu kita tidak menyekat, malahan kita bantu. Oleh sebab itu kita wujudkan sekolah-sekolah “jenis” kebangsaan.

Hendak kata sekolah rendah kebangsaan Cina, serupa, samalah maksud dia, sekolah jenis kebangsaan yang tidak merupakan sekolah kebangsaan biasa di mana bahasa pengantarnya adalah bahasa Malaysia. Ini telah pun kita lakukan dan bantuan-bantuan yang kita telah sediakan kerana mereka mahu meneruskan usaha-usaha mereka sendiri dan kita bantu walaupun ia tidak merupakan aliran kebangsaan kerana bahasa pengantar bukan bahasa Malaysia tetapi kita telah

final • 2:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

menyediakan peruntukan yang saya sebutkan, agak begitu banyak, tetapi saya sedar tidak mencukupi.

Cumanya bila kita meletakkan soal priority, Tuan Yang di-Pertua, dengan sejumlah peruntukan yang disediakan tiap-tiap tahun walaupun yang dianggap besar tetapi keperluan untuk pendidikan di negara kita ini amat tinggi sekali.

Umpamanya untuk kita selesaikan masalah yang diperlukan di 10 ribu sekolah di seluruh negara dan saya akui bahawa dalam kalangan 10 ribu itu banyak juga sekolah-sekolah kebangsaan. Waktu mana saya melawat ke Sabah dan Sarawak, sekolah-sekolah di pedalaman yang tidak mempunyai kelengkapan, yang berada dalam keadaan yang daif, yang tenggelam, 18 kali dalam 12 bulan, setahun.

Contohnya begitu.

Jadi sekolah-sekolah ini kita tidak boleh abaikan kerana ia dalam sistem kebangsaan. Kita kena bantu dan tuntutan untuk kita menyelesaikan masalah ini setiap tahun meningkat walaupun peruntukan untuk Kementerian Pelajaran, untuk sektor pendidikan negara yang Yang Berhormat luluskan di Parlimen, 25% tetapi jumlah itu dari segi amaun keperluannya masih belum mampu menyelesaikan masalah pokok yang kita hadapi dalam seluruh sistem pembelajaran yang ada di negara kita ini.

Maka sebab itu saya sebutkan tadi dalam kita hendak membantu, kita mesti meletakkan priority kita, keutamaan kita di mana. Maka, mahu tidak mahu, keutamaan di peringkat aliran kebangsaan, itu kita utamakan. Itu dasar kerajaan.

Dasar yang telah diluluskan selaras dengan Akta Pendidikan dalam negara kita.

Jadi tidak berbangkitlah apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa kita tidak langsung bagi perhatian tetapi keperluan untuk membantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini kita tahu. Memang pun kita cuba melayan, melihat tentang setiap peringkat apa yang perlu kita bantu, kita cuba bantu dan ini telah pun kita lakukan.

Kalau ada sekolah-sekolah tertentu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen sebelum ini tadi pun kita tengok, kalau ada kemudahan-kemudahan yang kita perlu sediakan, kita bantu, kita cubalah bantu untuk mengurangkan beban sekolah yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai sekolah bantuan modal, ada lebih kurang 370 buah sekolah Tamil. Kenapa kerajaan tidak boleh mengambil alih sahaja semua financing kepada sekolah-sekolah tersebut?

final • 2:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, boleh dengan syarat. Kita sebutkan sebagai conforming school. Kalau ia boleh menjadi sekolah yang conform dengan dasar kita, dan cara kita, dan keduanya kita ada peruntukan yang mencukupi, maka itu boleh kita lakukan. Itu tidak jadi masalah. Cuma kita ada batas had. Sebab itu kita kata kita bantu setakat bantuan modal sahaja. Kalau kita hendak mengambil alih keseluruhan, kita tidak berkemampuan kerana kita ada banyak lagi sekolah-sekolah yang saya sebutkan di peringkat awal tadi, sekolah kebangsaan yang masih dalam keadaan yang tidak mencukupi.

Jadi kita kena set the priority. Bukan kita hendak membeza-bezakan.

Keutamaan kita di mana? Kalau di peringkat itu kita tidak boleh hendak melayan kehendak sistem aliran kebangsaan yang sebenarnya, maka menjadi masalah dari segi hendak melaksanakan Dasar Pelajaran Negara kita...

final • 2:40 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Menteri, boleh saya tumpang?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sik.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menyentuh soal waktu bahasa tadi ini, dalam perbincangan yang lalu saya dengar banyak rakan-rakan Ahli Parlimen termasuk juga dari pihak kerajaan menyebut soal kelemahan tulisan jawi. Kalau Yang Berhormat Tan Sri masih ingat, masa kita belajar dahulu, jawi ini diajar sebagai satu mata pelajaran bahasa.

Jadi, dengan itu keseluruhan pelajar-pelajar sekolah kebangsaan masa itu boleh mempelajari jawi, tetapi bila jawi diajar sambilan sebagai mata pelajaran agama, j-QAF dan lain-lain, hari ini pelajar-pelajar tidak dapat menguasai jawi dan ini menyebabkan mereka juga tidak boleh membaca al-Quran. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Menteri kalau kita mencadangkan supaya tulisan jawi ini diajar kembali dalam bahasa Melayu? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Sebenarnya saya telah jelaskan tadi memang kita sudah masukkan dalam kita punya program j- QAF. Dan keduanya dalam j-QAF itu, kita juga masukkan satu daripada bentuk kurikulumnya ialah soal pengajian Al-Quran. Dasar kita sekarang ini supaya waktu mana mereka mengikuti j-QAF sampai Darjah 6 dia haruslah boleh khatam.

final • 2:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Maknanya ini, soal al-Quran pun kita utamakan tetapi di samping itu pembelajaran bahasa Jawi yang saya telah sebutkan awal tadi juga kita berikan perhatian. Jadi ini memang satu rancangan yang telah pun kita mulakan sejak kita perkenalkan j-QAF enam tahun yang lepas. Kita akan cuba memperbaiki, insya- Allah dari semasa ke semasa.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Amat Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya memang menunggu sebenarnya jawapan daripada Yang Amat Berhormat. Akan tetapi saya minta maaf lambat pula. Yang senang Kuala Lumpur ini apabila lambat jalan jam, jadi selesailah masalah. Saya tertarik dengan jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran. Macam semalam Yang Berhormat Kota Bharu memberikan komen yang menyalahkan kerajaan, murid-murid tidak dapat membaca Al-Quran.

Saya suka hendak menjelaskan saya di Johor Yang Amat Berhormat, tidak ada masalah perlu membaca al-Quran ini - kerana bukan sahaja sistem sekolah agamanya. Akan tetapi yang penting hendak bertahu ibu bapa, jangan hendak menyalahkan kerajaan kerana soal hendak memandaikan anak membaca Al- Quran itu tanggungjawab ibu bapa.

Janganlah semua sandarkan kepada kerajaan. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk anak-anak pandai atau tidak - soal agama ini soal ibu bapa. Tidak ada yang saya maksudkan hendak menyoal, cuma saya hendak soal sedikit begini. Yang Amat Berhormat telah menimbulkan masalah kepada saya.

Yang Amat Berhormat telah memberi bantuan kepada sekolah Cina di kawasan saya, dengan sebab kebaikan Yang Amat Berhormat saya jadi masalah. Jadi banyak PIBG dan pengurus sekolah-sekolah Cina, ada 11 buah sekolah. Mereka beritahu saya, “Datuk, lu banyak baik sama itu Menteri Pelajaran.” Ada dua sekolah Yang Amat Berhormat sudah bagi peruntukan beratus ribu jadi yang lain-

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

lain ini pula berasa iri hati. Jadi boleh tidak Yang Amat Berhormat - yang lain ini harap tidak dengarlah. Kalau permohonan saya Yang Amat Berhormat layan sedikitlah kerana hendak menyelesaikan. Selesai, terima kasih... [Ketawa]

final • 2:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh tambah sedikit Yang Amat Berhormat?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 2:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya mendengar penjelasan Yang Amat Berhormat tadi berkenaan dengan peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita di pihak sebelah sana. Akan tetapi seperti mana yang Yang Amat Berhormat kata tadi kalau ada satu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang daif, ada mungkin 100 lagi sekolah jenis kebangsaan yang lebih daif daripada sekolah tersebut. Itu yang pertama – terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Keduanya Yang Amat Berhormat, saya melihat statement yang dibuat oleh rakan-rakan kita di sebelah sana beranggapan bahawa kadang-kadang sekolah kebangsaan ini bukan milik mereka. It is mine or yours, walhal sekolah kebangsaan ini adalah milik semua rakyat Malaysia. Seolah-olah mereka melaga- lagakan dua aliran ini, seolah-olah dianaktirikan. Jadi saya minta pandangan Yang Amat Berhormat, apakah sekolah kebangsaan ini adalah milik rakyat Malaysia?

Tidak mengira kaum, bangsa dan agama. Minta pandangan Yang Amat Berhormat?

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sri Gading tadi telah membantu saya menjelaskan soal penguasaan ataupun membaca al-Quran. Memanglah, saya pun daripada Johor, saya faham. Bukan sahaja dengan sebab sistem pelajaran agama Johor itu agak mantap, kita tahu tetapi juga ibu bapa memainkan peranan. Saya belajar di sekolah agama Johor. Akan tetapi sewaktu saya di rumah - bapa saya pun cikgu agama dan ibu saya pun tahu, minta saya membaca selepas sahaja maghrib kurang-kurangnya setengah jam membaca al-Quran dan Muqaddam sehingga kita selesai berkhatam. Jadi bermakna soal untuk membimbing anak- anak itu, soal agama...

final • 2:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Berkhatam dan berkhatan.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Ini boleh, berkhatam dan berkhatan. Ini patut soal tanggungjawab ibu bapa juga. Jadi jangan kata sistem sekolah lemah jadi anak kita tidak boleh itu - ini soal fardu kifayah.

Kalau kita tidak tunaikan itu berdosa kita. Jadi kita perlu lakukan tetapi juga harus dibantu oleh keluarga yang memang ada tanggungjawab untuk menjayakan.

Bantuan untuk...

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Mohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya selesaikan dahulu. Bantuan untuk sekolah jenis kebangsaan itu kita boleh pakat dekat luarlah Yang Berhormat. Memang kita bantu, bukan boleh kita selindung dan peruntukan yang kita sediakan tiap-tiap tahun besar juga cuma tidak dapat menampung semua keperluan. Ini saya fikir dari semasa ke semasa kita ambil

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

perhatian. Apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Kota Belud saya setuju 110%. Memang ini kita telah terima ini sebagai dasar kita, kita sebagai sebuah negara yang merdeka, kita pentingkan soal dasar pendidikan negara kita untuk kita jayakan.

Ada falsafahnya dan ada tujuannya untuk membangunkan masyarakat Malaysia yang dikatakan berilmu dan berkemahiran maka sistem itu sudah pun kita terima, bukan baru tetapi sejak kita merdeka. Inilah kita berikan keutamaan tetapi kerana kita juga adalah kerajaan yang bertimbang rasa, kita tidak menyekat dan menghalang kalau ada pihak-pihak dari kalangan kawan-kawan kita yang bukan Melayu untuk membina ataupun menyediakan kemudahan untuk menokok mana yang kurang. Ini kerana soal pendidikan pelajaran ini bukan satu perkara yang murah, melibatkan kos yang banyak. Jadi mahu atau tidak mahu maka aliran kebangsaan itu mesti kita utamakan.

Jadi saya setuju bahawa memang sepatutnya semua pihak tidak kira sama ada di sebelah pembangkang mahupun di sebelah kerajaan harus terima hakikat ini dan menerima Dasar Pelajaran Kebangsaan yang mana bahasa kebangsaan iaitu bahasa rasmi kita sebagai satu yang diterima oleh rakyat kita.

Tidak kira siapa dan ini yang telah kita laksanakan. Malangnya orang cuba hendak mempolitikkan, ini menjadi masalah. Apabila sudah jadi isu politik maka seolah- olah kerajaan mengabaikan, kerajaan tidak beri pertimbangan yang adil dan saksama hanya kerana kita bagi peruntukan yang sedikit berbanding dengan sekolah kebangsaan.

Kita ada 5.6 juta anak-anak kita di sekolah kebangsaan, lebih kurang tidak sampai 600,000 di sekolah jenis kebangsaan. Jadi kalau dari keutamaan, mana yang lebih utama? Lagi pun itulah dasar kita dan kita perlu sokong dasar ini, jadi saya harap perkara ini tidaklah menjadi masalah Ahli Yang Berhormat di mana sahaja untuk membantu menjayakan dasar kita.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa apa Yang Berhormat sebut tadi amat penting. Janganlah isu pendidikan dipolitikkan. Dalam ucapan saya minggu lepas, saya bangkitan tentang dasar PPSMI. Dalam program transformasi kerajaan untuk bidang pendidikan untuk Kementerian Pelajaran. Disebut bahawa pencapaian Malaysia dalam team jatuh daripada tahun 2007 dibandingkan dengan tahun 2003 iaitu tahun apabila PPSMI diperkenalkan.

Jadi bercakap tentang dasar, saya fikir Yang Amat Berhormat Menteri juga sebut tentang tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa merasakan apabila dipilih dasar oleh kementerian tidak dilaksanakan terdahulu kaji selidik dan rundingan dengan pelbagai pihak. Melihat kepada program transformasi kerajaan menilai dan mengambil banyak penambahbaikan termasuk cadangan dari negara Finland dan juga negara Korea Selatan.

Persoalan saya apabila bercakap tentang objektif antaranya untuk memberikan autonomi kepada sekolah, adakah pihak kementerian akan melaksanakan autonomi untuk mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri dalam PIBG?

Maksudnya ibu bapa yang datang yang bertanggungjawab untuk memberi idea, diberi juga ruangan untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan bukan menyokong pembangkang. Dia mengkritik secara membina adakah jaminan yang diberikan oleh kementerian memberikan autonomi ini kepada ibu bapa dalam PIBG dan apakah penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang amaran yang diberikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur. Ibu bapa jangan

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

bawa isu PPSM, jangan serang kerajaan dalam pertemuan-pertemuan PIBG. Itu satu.

Kedua, saya juga ingin menanyakan - bercakap tentang kerangka autonomi, adakah kerajaan akan membenarkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga hadir dalam program-program di sekolah kalau dijemput oleh PIBG tidak mengira parti. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Tuan Er Teck Hwa (Bakri)

Yang Berhormat Menteri boleh tanya soalan.

final • 2:50 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Boleh dapat sekali?

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Boleh saya jelas dahulu.

final • 2:50 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Isu yang sama. Maksud sekolah.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya perlu jelas dahulu kerana masa pun tidak banyak Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat sudah ada peluang tadi, jadi saya hendak jelas dalam perkara-perkara yang tidak dijelaskan awal.

Soal isu PPSMI ini, saya fikir semua sudah setuju terima. Saya tahu pihak di sebelah sana dahulu hendakkan kita supaya orang kata pinda dasar itu kerana kita tahu ada kelemahan-kelemahan dan ini kita telah putuskan. Jadi tidak menjadi, orang kata isu berbangkit lagi. Cumanya adalah di beberapa buah sekolah termasuk di Kuala Lumpur ini yang mahu kalau boleh dibenarkan dasar pembelajaran bahasa Inggeris untuk Math dan Science itu diteruskan.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Jadi, ini bila dibincangkan di peringkat PIBG pandangan kita, PIBG ataupun parent-teacher session ini patut tumpu kepada soal bagaimana hendak menambah baik pelajaran di sekolah itu bukan soal isu dasar, soal bagaimana dia hendak membantu murid supaya sekolah itu maju ke hadapan, membantu murid, guru dan sebagainya. Itu tumpuan yang harus diberikan. Oleh sebab itu kita bataskan bukan kerana kita hendak sekat. Usah dibincangkan soal polisi-polisi.

Soal polisi di luar pun kita boleh bercakap. Akan tetapi apabila masuk ke Mesyuarat PIBG bincangkan. Kalau di sekolah itu ada tahap dikatakan rendah pencapaiannya katalah contohnya dalam bahasa Inggeris, apakah cara hendak memperbaiki bahasa Inggeris?

Langkah-langkah PIBG untuk memulakan kelas-kelas tuisyen tambahan untuk membantu pelajar-pelajar dalam menggunakan alat-alat, bahan-bahan bacaan dan sebagainya. Langkah-langkah sebegitu saya fikir lebih sesuai. Bukan maknanya kita sekat itu ialah kerana kita tidak boleh bersuara tetapi peranan PIBG harus ditumpu dan dijuruskan kepada soal untuk memperbaiki mutu pembelajaran di sekolah-sekolah itu. Akan tetapi mereka juga kalau di luar sekolah ada forum lain. Saya tahu umpamanya bagi sesetengah pihak daripada kalangan masyarakat yang kata patut dikekalkan PPSMI. Ada seorang wanita, saya tidak payah sebutkan, memang orang kata tidak berhenti-henti supaya kita pertahankan dasar itu sedangkan perkara itu sudah pun diputuskan. Oleh sebab itu saya tidak fikir penting dan perlu perkara itu hendak dibincangkan lagi.

Soal penyertaan sesiapa sahaja pemimpin masyarakat, saya tidak hendak kategorikan sama ada pembangkang atau bukan pembangkang. Dalam soal hendak memperbaiki pembelajaran itu tidak kita sekat. Itu terserah kepada pihak

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

sekolah. Kalau mereka fikir perlu hendak menjemput sesiapa pun untuk membantu bukan soal tujuan politik tetapi untuk membantu sekolah dan tidak digunakan platform itu untuk memberikan amanat-amanat politik dan sebagainya, saya fikir itu tidak jadi halangan. Kalau boleh dibuat begitu mungkin boleh membantu sekolah yang berkenaan kita tidak akan sekat. Itu terserah kepada pihak budi bicara pemimpin yang ada di sekolah itu.

final • 3:00 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan tentang isu ini.

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Sila.

final • 3:00 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran tentang jawapan yang begitu positif di mana saya selaku Ahli Parlimen, wakil rakyat di kawasan saya merasa gembira dengan jawapan positif daripada Yang Amat Berhormat Menteri berkenaan dengan sesiapa juga pimpinan masyarakat boleh masuk ke sekolah dengan tujuan untuk sama-sama membantu membangunkan sekolah di kawasan kita masing-masing, seperti yang dikatakan asalkan jangan dipolitikkan. Kita mengerti kerana kita semua adalah Ahli-ahli Parlimen yang matang, yang bukan maknanya mengambil semberono sahaja, semua tempat hendak dipolitikkan.

Akan tetapi baru-baru ini, untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri, bagaimana UMNO Bahagian Segambut telah masuk ke sebuah sekolah menengah di Segambut dengan program-program tertentu dan malah Puteri UMNO membuat pendaftaran Ahli Puteri UMNO di sekolah tersebut. Ini jelas satu aktiviti politik dan saya harap mendapat perhatian daripada Yang Amat Berhormat Menteri. Saya mengharapkan supaya apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini akan boleh kita praktikkan ataupun realisasikan di luar sana.

Baru-baru ini di kawasan saya sebagai contoh di mana seorang bekas Wakil Rakyat Titiwangsa yang merupakan pengerusi sebuah yayasan iaitu Yayasan Pendidikan Titiwangsa merasmikan sukan-sukan sekolah, PIBG sekolah dan sebagainya di kawasan saya sedangkan saya sebagai Ahli Parlimen memang dilarang memang masuk. Ini realitinya. Jadi, saya mintalah juga jawapan positif ini menjadi sesuatu yang kita boleh praktikkan di luar. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Amat Berhormat Menteri, satu soalan?

Tentang dasar, apa yang saya ingin bangkitkan ialah bagaimanakah menyelesaikan masalah guru yang berkurangan secara berperingkat. Kedua, saya juga minta Tan Sri jelaskan sejak bila kementerian duduk dan berbincang tentang masalah kekurangan guru dengan Dong Jiao Zhong. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sikit sahaja, Yang Berhormat. Tambahan.

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya jawab dulu. Pertamanya terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya sudah jelaskan, saya tidak perlu ulangkan. Akan tetapi kalau ada katanya Puteri UMNO masuk ke sekolah daftar Ahli Puteri UMNO saya pun fikir itu tidak sepatutnyalah walaupun dari parti. Saya akui kadang-kadang ada berlaku sebegitu sebab kita hendak mengelakkan kawasan itu menjadi kawasan orang kata di mana pihak parti politik menyalahgunakan. Jadi, kalau ada kelemahan itu kita boleh perbaiki.

Soal kekurangan guru, ini umumnya memang kita hadapi. Walaupun jumlah peratusan guru yang kurang itu tidaklah sebesar mana kita berhadapan

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

dengan beberapa kekangan. Kadang-kadang guru kurang untuk satu opsyen umpamanya Bahasa Inggeris akan tetapi kalau kita lihat daripada bilangannya sebenarnya guru itu ada tetapi sukar untuk kita tempatkan di sekolah yang memerlukan kerana isu-isu seperti pertukaran, ada isu-isu sosioekonomi. Kadang- kadang ada pihak yang merayu supaya tidak ditukarkan ke tempat lain.

Umpamanya di Lembah Klang ini kita ada jumlah guru Bahasa Inggeris yang berlebihan. Ini kerana mereka tidak bersedia untuk dihantar ke tempat lain walaupun kita minta dan sebagainya dan di sesetengah tempat tidak mempunyai jumlah yang mencukupi.

Jadi, ini isu-isu bukan pentadbiran yang biasa kita hadapi. Kalau jumlah umpamanya di sekolah-sekolah jenis kebangsaan tidak mencukupi kita tidak biasa hendak bincang dengan Dong Jiao Zhong ya. Kita sendiri tahu rekod kita yang sedia ada. Cara bagaimana kita hendak selesaikan masalah, itu lebih utama.

Perkara ini kita ambil perhatian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Yang Amat Berhormat Menteri, kalau dasar Yang Amat Berhormat Menteri sebutkan tadi boleh direalisasikan dalam kementerian bermakna parti-parti politik tidak dibenarkan masuk dalam sekolah. Kalau hendak benar, dibenarkan semua, kalau tidak hendak benar, tidak dibenarkan semua boleh dijadikan satu polisi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Cuma jangan dipolitikkan. Pemimpin-pemimpin masyarakat boleh pergi...

final • 3:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Kami setuju. Be fair. Setuju.

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Akan tetapi ia tidak boleh jadi forum untuk dipolitikkan.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Setuju. Setuju.

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Baik, terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Amat Berhormat Menteri, berkenaan dengan Dong Jiao Zhong, boleh? Satu soalan pendek sahaja.

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya telah jelaskan tadi bahawa kita tidak perlu bincang dengan Dong Jiao Zhong. Pegawai saya di sini, di depan dan belakang ada ramai, kita tahu di mana kekurangannya.

Kalau bincang dengan dia pun dia tidak boleh selesaikan masalah pasal dia bukan ada kuasa. Dia badan yang mungkin mewakili sekolah-sekolah jenis kebangsaan tetapi penyelesaiannya bukan di peringkat mereka. Mungkin kalau mereka hendak bantu tolong carilah guru-guru yang berkelayakan yang boleh kita gunakan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah yang kita perlukan. Kalau setakat itu mungkin boleh tetapi kita tidak ada hendak bincang. Ini kerana soal kekurangan guru itu sudah jadi satu urusan dalam kementerian yang harus kita cari jalan untuk atasi dan selesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, biar sambung sedikit lagi. Soal memperkasakan...

final • 3:00 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Yang Amat Berhormat, sedikit.

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya selesaikan. Saya tidak mempunyai banyak masa, Tuan Yang di-Pertua, pasal Yang Berhormat sudah banyak peluang.

final • 3:00 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit sahaja, yang berkait tadi tentang autonomi. Terima kasih.

Saya hanya ingin tambah. Mungkin Yang Amat Berhormat boleh ambil pendekatan autonomi ini yang sejajar dengan negara lain. Kalau disebutkan tadi Cambridge, Korea Selatan, Finland, autonomi ini maksudnya segala dasar pun sepatutnya boleh secara bebas dibincangkan ibu bapa. Tidak bolehlah hanya perkara-perkara kecil tidak perkara pokok kerana ini penting. Dasar kalau kerajaan benar-benar yakin dengan kejayaan tunjuk statistik. Saya fikir ini pendirian baru yang sejajar dengan transformasi yang disebut. Itu sahaja, terima kasih.

final • 3:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Terima kasih.

Akan tetapi pendirian kementerian, kita tidak mahu PIBG jadi tempat forum untuk bincangkan soal dasar. Itu kita sudah putuskan. Kalau hendak debat dasar ada pro dan kontra tetapi yang penting sasaran PIBG. Ini kerana kalau dia menjadi ahli PIBG adalah ibu dan bapa, apa tumpuannya adakah soal dasar ataupun soal hendak memperbaiki pelajaran anak-anak. Soal dasar kita bincang di luar ataupun di Parlimen dan sebagainya dan apabila kita sudah putuskan, itu kita laksanakan.

Jadi di peringkat PTA ataupun PIBG kita minta tumpuan utama kepada soal memperbaiki proses pengajaran dan pembelajarannya, itu keutamaannya. Sudah tentulah dalam peringkat perbincangan ada sedikit sebanyak sentuh itu biasalah.

Akan tetapi pokoknya tumpulah kepada soal usaha untuk memperbaiki pembelajaran di sekolah.

final • 3:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri. Saya hendak menyokong Yang Berhormat Lembah Pantai kerana pada waktu sekarang kita katakan bahawa ibu bapa boleh membuat keputusan ke atas pelajaran anak mereka di dalam sekolah dan PTA adalah mewakili anak-anak mereka. Saya rasa seperti PPSMI ini, it is not one shoe for all.

final • 3:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dalam proses kita hendak menggalak kepelbagaian saya bercadang kita boleh memberikan ibu bapa atau PTA ataupun sekolah untuk memutuskan sama ada mata pelajaran Math and Science hendak ajar di dalam apakah bahasa mereka. Jadi kita di masa hadapan kita, kita akan dapat bahawa ada pelajar kita yang pandai Math and Science dalam bahasa Inggeris. Ada pelajar yang pandai Math and Science dalam bahasa Melayu dan juga begitulah dalam bahasa Tamil dan bahasa Mandarin. Ini akan menunjukkan kepelbagaian. Saya rasa ini adalah satu aset untuk negara kita. Tidak perlulah semua orang belajar Math and Science dalam satu bahasa. Jadi saya juga pohon supaya dia diberi peluang kepada ibu bapa untuk membuat keputusan.

final • 3:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya dasar itu sudah diputuskan jadi sebab itu kita tidak mahu hendak debatkan boleh tidak boleh. Di sekolah jenis kebangsaan pembelajaran Math and Science sudah ada dalam bahasa ibunda, tidak jadi isu, tidak jadi isu.

Cuma di sekolah kebangsaan kerana kita sudah melihat kesan daripada pelan dasar itu tidaklah sebagaimana yang sebenarnya kita harapkan. Ia sebenarnya bukan PPSMI. Dia PPSMI/bahasa Malaysia itu realitinya. Jadi sebab itu adalah lebih mudah untuk kita balik kepada asal kita supaya kesan pembelajaran itu adalah lebih baik sekali. Itu keputusannya.

Jadi sebab itu kita tidak mahu ibu bapa bahas perkara itu. Dia boleh bahas dalam forum dia mungkin ahli DAP dia boleh bincang di luar. Akan tetapi bila pergi sekolah tengok bagaimana cara hendak melaksanakan. Apa dasar yang telah diputuskan untuk diperbaiki kelemahan-kelemahan. Kita lebih pada soal

final • 3:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

pentadbiran, soal-soal yang berkaitan dengan pengurusan, soal-soal berkaitan dengan kepimpinan di sekolah bukan soal isu nasional. Oleh sebab itu kalau tidak nanti macam-macam perkara boleh bincang dari situlah. Jadi forum yang saya fikir tidak akan memberi hasil yang baik. Oleh sebab ini pendekatan yang diguna pakai bukan sahaja di Malaysia. Di seluruh dunia apabila ada Parents-Teachers Association, dengan izin, apa dibincangkan? Is not the policy maker. Ia bincang soal bagaimana peranan ibu bapa di sekolah itu hendak memperbaiki pelajaran anak-anak. Itu yang harus kita utamakan. Jadi yang kita ambil langkah ini bukanlah satu perkara yang agak beza daripada amalan yang telah dilakukan di banyak sekolah-sekolah di seluruh dunia pada hari ini. Itu yang kita harap akan diberikan tumpuan. Tuan Yang di-Pertua boleh saya ambil masa...

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Yang di-Pertua saya...

final • 3:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya hendak mencelah.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya sedikit lagi.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri hendak teruskan dahulu Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya teruskan dahulu Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Cuma saya hendak bagi sedikit pandangan kalau boleh Yang Berhormat, sedikit.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bangun kemudian, bangun kemudian.

final • 3:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya habiskan dahulu.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Untuk cadangkan kepada kementerian, saya minta sedikit sahaja.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta sedikit Pasir Salak.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Bukan saya hendak kritik, tidak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak cadangkan...

final • 3:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya berdiri dahulu ini.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Eh! Dia bagi dekat saya.

Duduklah dahulu.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Perangai saya baik saya tidak mencelah melulu begitu sahaja.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya cadangkan apa yang diketengahkan tadi oleh Yang Berhormat Lembah Pantai sebenarnya bukan sahaja isu PPSMI. Akan tetapi untuk masa hadapan apa salahnya kalau kerajaan mengambil kira, itu maksudnya, pandangan daripada PIBG kerana anak-anak merekalah yang akan menerima apa-apa dasar yang akan dikemukakan oleh kementerian. Mungkin saya boleh cadangkan kepada Menteri Pelajaran, apa sudi kiranya kalau PIBG ini diambil sebagai pandangan-pandangan yang boleh

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

memperbaiki dasar-dasar yang kerajaan akan kemukakan yang mana akhirnya anak-anak mereka juga yang akan menerima apa sahaja kebaikan atau keburukan dasar. Itu sahaja.

Saya ingat kalau boleh kita masukan peranan PIBG dalam memberi pandangan secara yang lebih institutional. Saya rasa dia akan membantu pihak kerajaan untuk menentukan dasar-dasar besar, contohnya PPSMI, selepas ini saya tidak tahu mungkin ada apa-apa dasar baru akan dikemukakan. Maka PIBG boleh menjadi feeder kepada maklumat-maklumat yang akan dirumuskan oleh kerajaan sebagai dasar. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya ingin menarik balik perhatian kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi iaitu tentang PPSMI. Setahu saya, saya dengar ketua PAS daripada Marang menyokong tetapi Yang Berhormat Bukit Mertajam pula tidak menyokong.

Jadi macam mana ini Pakatan ini? Tidak bersetuju antara satu sama lain tentang penggunaan bahasa kebangsaan untuk pelajaran Sains dan Matematik. Itu saya hendak tarik perhatian mungkin Yang Amat Berhormat boleh komen itulah.

Keduanya iaitu berhubung dengan PIBG untuk membentuk dasar dan buat keputusan. Saya juga ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, di kampung-kampung, kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat PIBG amat meleset sekali. Jadi bagaimana kita boleh hendak mengharapkan bahawa PIBG berfungsi sebagaimana yang disebut oleh pihak pembangkang. Mungkin pihak pembangkang dia tidak turun lihat apa yang berlaku di PIBG sekolah-sekolah di luar bandar.

Akhir sekali saya kalau boleh juga hendak minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat. Kita menyokong penuh dasar kerajaan mengajar Matematik, Sains dalam bahasa kebangsaan. Dalam pada itu memandangkan bahawa bahasa Inggeris penting bagi tujuan-tujuan yang kita semua tahu. Adakah persiapan persediaan untuk pembelajaran bahasa Inggeris ini benar-benar telah dibuat supaya pelajar-pelajar tidak menghadapi masalah di masa yang akan datang. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin kemukakan persoalan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Dalam sesi yang lalu saya ada kemukakan persoalan tentang PPSMI berhubung jumlah dana yang telah diperuntukkan sepanjang pelaksanaan dasar yang berkenaan. Yang Amat Berhormat daripada Pagoh telah mengesahkan bahawa sejumlah RM4.2 bilion dibelanjakan dalam tempoh lima tahun. Maka soalan saya pada ketika itu ialah berapakah jumlah yang diperlukan untuk tempoh tiga tahun yang akan datang sebelum dasar ini dilupuskan.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kementerian belum lagi menghitung keperluan untuk tiga tempoh yang akan datang. Namun, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengesahkan bahawa jumlahnya besar. Bolehkah pada hari ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengesahkan untuk tiga tahun yang akan datang sebelum dasar ini dikembalikan kepada asal. Berapakah jumlah yang akan digunakan oleh kementerian untuk jangka masa yang tersebut. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, tadi Yang Berhormat Parit Buntar menyarankan supaya kita benarkan PIBG bincang soal dasar ini. Saya sebutkan itu bermakna mereka boleh bincang di mana-mana forum, tidak ada halangan kerana di Malaysia ini kita mengamalkan sistem demokrasi dan boleh pihak bersuara. Banyak badan bukan kerajaan pun telah ditubuhkan untuk menggunakan ianya sebagai forum untuk kita mengeluarkan pandangan.

Jadi untuk itu saya fikir tidak menjadi masalah dia boleh bersuara. Akan tetapi waktu mana mereka pergi ke sekolah kita hendakkan mereka tumpukan kepada soal sekolah itu, bincangkan soal apa kelemahan dan bagaimana hendak perbaiki di sekolah itu sahaja. Jadi saya buat keputusanlah sebagai Menteri Pelajaran itu adalah lebih baik. Daripada kita bincang soal-soal dasar besar dan dalam itu pelbagai pihak ada dan mungkin tidak ada keputusan pun boleh dicapai.

Dalam kita hendak bincang soal dasar tidak ada keputusan. Akan tetapi yang harus jadi tumpuan ialah pelajar ataupun anak murid ataupun anak-anak mereka.

Itu harus ditumpu dibantu. Jadi saya percaya pendekatan dan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kementerian ini adalah menepati dalam usaha untuk memperbaiki mutu pembelajaran di sekolah-sekolah.

Soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Saya bersetujulah. Memang kita sudah putuskan dan waktu awal-awal sebelum kita hendak ubah dasar kembalikan kepada sistem lama. Antara yang agak begitu gah sampai hendak pergi ke istana pun mereka inilah pihak di sebelah sanalah. Kita sudah menilai bukan fasal ini tuntutan mereka tetapi kita sudah menilai bahawa keperluan ini berubah...

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Menyampuk]

final • 3:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Jadi, sepatutnya tidak ada percanggahan. Akan tetapi bila kita dengar tadi ada wakil DAP lain, ada PKR lain, ada PAS lain. Memang mereka tidak sepakatlah. Ada orang kata, tidur satu bantal tetapi mimpi lain-lain.

final • 3:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Boleh saya mencelah sedikit sahaja?

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya jawab dahulu, saya jelaskan dahulu.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Satu. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu tentang perkara yang pertama. Kalau itu yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya juga ingin kemukakan persoalan yang sama kepada Yang Berhormat Sri Gading dan juga Yang Berhormat Pasir Salak. Ketika UMNO mengemukakan cadangan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris orang yang sama sokong. Sekarang apabila hendak dikembalikan kepada bahasa kebangsaan orang yang sama sokong. Di mana pendirian mereka sebenarnya? Mengapa mereka terlalu takut dengan Tun Dr.

Mahathir dalam perkara ini?

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Pendirian kita menyokong.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Apa dia?

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Pendirian kita menyokong... [Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Hah, ini disahkan dalam Parlimen! Begitulah watak UMNO, apa pun dia sokong demi perut, dan poket.

Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya fikir tidak betul begitu. Yang disokong mana yang benarlah, mana yang baik. Saya fikir dalam soal ini macam Pembangkang, dan kita berpendirian yang sama kalau sesuatu inisiatif yang dibuat ialah untuk menambah baik. Cari kebaikan dan sebagainya. Saya tidak fikir ada pihak yang rasional menolaknya. Demikian juga dalam soal pelaksanaan dasar pendidikan kita. Dalam tempoh-tempoh yang agak lama itu adalah perkara-perkara yang kita fikir perlu kita perbaiki dan ubahsuaikan.

Oleh sebab itu apabila kita telah menilai dan buat keputusan, maka pihak UMNO yang menyokong dahulu pun menyokong kerana mereka melihat ada keperluan untuk melaksanakan pendekatan yang baru, untuk memperbaiki sistem pelajaran kita. Jadi tidak ada salah. Saya tidak fikir itu bercanggah dengan prinsip orang kata kebenaran dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh izinkan saya selesaikan banyak perkara pasal Yang Berhormat sudah ambil sehari daripada tempoh menjawab semalam.

Jadi hari ini kita hendak ambil masa sedikit untuk menjelaskan. Saya ada beberapa perkara sahaja lagi. Tuan Yang di-Pertua, ini memperkasakan pendidikan vokasional dan kemahiran.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua belum jawab soalan saya tentang peruntukan untuk...

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Ini nanti bukan perkara rahsia. Kita akan umumkan kerana kita akan melaksanakannya mulai tahun hadapan, masuk dalam Rancangan Malaysia yang Kesepuluh. Ini sebahagian - bukan sebahagian ia akan dibentangkan di Parlimen dan Yang Berhormat akan tahulah berapa peruntukan yang sebenarnya kita perlukan.

Akan tetapi sebagaimana yang disebutkan ia bukanlah satu perkara yang kecil. Perubahan ini akan melibatkan banyak perbelanjaan. Amaun itu sehingga hari ini tidak boleh saya sebutkan, bukan kita hendak selindung, tiada benda yang boleh kita selindung. Kita akan maklumkan sebenarnya kerana ini suatu yang perlu kita laksanakan dan kita kena mencari peruntukan yang sesuai untuk melaksanakannya.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan memperkasa pendidikan vokasional dan kemahiran ini merupakan salah satu daripada komponen kecil bidang keberhasilan utama khusus ataupun MKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi menjawab cadangan yang dikemukakan Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kapit dan Yang Berhormat Simpang Renggam, Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha untuk membentuk modal insan yang mempunyai kemahiran. Justeru kementerian akan memberikan fokus kepada pendidikan separa kemahiran dan akan berusaha ke arah memperkasakan kemahiran tinggi ini. Dalam konteks ini mata pelajaran vokasional yang telah pun ditawarkan di sekolah menengah harian dalam bentuk hands-on seperti mana yang dilaksanakan di sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional akan kita laksanakan.

Untuk itu kementerian telah pun mensasarkan penambahan 100% enrolmen menjelang tahun 2015. Pada masa ini sejumlah 300 bengkel vokasional

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

di seluruh negara iaitu sebanyak 144 buah bengkel telah siap dibina, 126 dalam pembinaan dan 30 dalam peringkat para bina. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran juga menyedari bahawa masih terdapat jurang sama ada di bandar mahu pun di luar bandar dalam pelbagai aspek terutamanya pembangunan infrastruktur pendidikan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Mukah, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Bagan.

Sehubungan itu melalui perancangan pembangunan pendidikan yang dibuat oleh kementerian saya, saya akan memastikan pembangunan pendidikan khususnya dalam merapatkan jurang bandar dan luar bandar termasuk ICT dilaksanakan sebaik mungkin.

Kita akan melaksanakan pembangunan pendidikan ini melalui program yang digariskan oleh kerajaan seperti dalam NKRA, MKRA, Rancangan Malaysia Kesembilan dan Kesepuluh serta perancangan pembangunan pendidikan yang lain tanpa mengabaikan mana-mana jenis sekolah seperti yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Bintulu.

Namun demikian dalam keadaan ekonomi negara yang masih agak belum stabil kerajaan akan menentukan keutamaan tertentu dalam melaksanakan projek pembangunan.

Oleh itu saya sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak-pihak yang berkemampuan seperti syarikat-syarikat swasta, GLC dan juga orang perseorangan dapat bersama-sama membantu untuk membangunkan pendidikan negara kita.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan Tan Sri?

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya habiskan Bung. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam First Rolling Plan 2010-2012, Rancangan Malaysia Kesepuluh, kementerian akan mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan sebanyak 2,940 projek baru dan 942 projek sambungan dengan anggaran kos keseluruhan projek sebanyak RM14.17 bilion. Keutamaan dalam pelaksanaan projek adalah kepada projek NKRA, MKRA, sekolah-sekolah daif dan tidak selamat, sekolah-sekolah dalam kawasan banjir, sekolah-sekolah menumpang dan sekolah-sekolah kepadatan tinggi iaitu sekolah yang mempunyai jumlah emolumen yang besar.

Justeru satu audited menyeluruh mengenai keperluan sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar dan pedalaman akan dilaksanakan untuk mengetahui status sekolah-sekolah tersebut. Seterusnya menentukan tindakan-tindakan jangka pendek dan sederhana bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah berkenaan. Berhubung peruntukan RM100 juta untuk SJK(T) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, sebenarnya peruntukan tersebut bukan untuk membina sekolah baru sebaliknya ialah untuk menampung kos penyelenggaraan naik taraf bangunan sedia ada dan juga pembelian perabot.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mencapai objektif pendidikan kita tidak melupakan tenaga mahir yang mendukung..

final • 3:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Dan melaksanakan falsafah serta dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Dari semasa ke semasa Kementerian Pelajaran sentiasa meningkatkan martabat profesion keguruan dari peringkat pra latihan hingga profesional. Pelbagai elaun dan insentif meningkatkan kerjaya telah diberikan termasuk laluan naik pangkat yang dipermudahkan demi untuk menghargai dan mengiktiraf jasa-jasa guru.

Setelah setahun saya berada di dalam kementerian, saya dapati bahawa hampir 90% guru yang telah lama berkhidmat akan menamatkan kerjaya di paras gred pertengahan ataupun middle managers dalam perjawatannya. Sehubungan itu saya akan memperjuangkan laluan kerjaya yang lebih menarik kepada guru di seluruh negara...

final • 3:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Mengenai cadangan Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Lenggong elaun serta gaji guru dikait semula, Kementerian Pelajaran akan mengambil kira pandangan ini. Walau bagaimanapun dari segi latihan guru seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Jempol, kementerian masih meneruskan agenda ini secara terhad walaupun kerajaan menghadapi kekangan seperti kewangan dan sebagainya.

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Ini termasuklah latihan guru yang terlibat dalam melaksanakan Program LINUS, prasekolah, latihan kemahiran dan vokasional. Manakala isu kuarters guru yang tidak mempunyai sijil menduduki seperti yang dibangkit oleh Yang Berhormat Padang Terap, di kawasan beliau setelah disiasat tiada isu sedemikian berlaku kerana semua kuarters telah pun mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan kelulusan CF telah pun diberikan...

final • 3:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Memang pilihan yang tepat Tan Sri. Mewakili masyarakat luar bandar. Yang Berhormat Menteri, saya terpaksa reverse sedikit hujan Yang Berhormat Menteri sebab kalau kita melihat bagaimana mengatasi cara pengangguran lepasan ijazah kita atau diploma, apabila dia berkelulusan tinggi ada degree holder, master dan sebagainya tetapi tidak ada skil berteknologi. Sedangkan di negara-negara maju mereka mengutamakan orang yang ada skil. Jadi apakah langkah yang seterusnya oleh kementerian agar memperbanyakkan sekolah-sekolah vokasional yang berkemahiran untuk kita memberi pilihan dan bukan lagi pilihan yang kedua kepada pelajar-pelajar yang tidak berminat belajar di sekolah?

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akan tetapi biar mereka ada pilihan yang lain. Kalau tidak belajar di sekolah biasa mereka belajar di sekolah berteknologi ini. Sebab apabila mereka di situ mereka akan menguasai ilmu teknologi yang tinggi. Keluar dari universiti itu

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

mereka akan mendapat pasaran kerja dan gaji yang lumayan. Apa langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan ini memang amat tepat sekalilah, kerana saya juga di peringkat kementerian sebagaimana saya sebutkan awal tadi memang kita hendak memberikan tumpuan yang lebih kepada pelaksanaan program teknikal dan vokasional, kerana dalam pemerhatian kementerian sekian lama yang kita amalkan sekarang ini memang jumlah permohonan untuk masuk ke sekolah ini agak begitu besar. Akan tetapi kerana kapasiti kita agak terbatas, jadi mereka ini tidak masuk dalam sistem aliran vokasional dan teknikal yang kita sediakan kerana tidak mencukupi ruang. Jadi sebab itu yang saya sebutkan tadi kita akan meningkatkan sampai 100%, maknanya lebih banyak sekolah yang akan kita bangunkan dan lebih banyak ruang dan peluang yang akan kita sediakan.

Di samping itu saya juga dapat melihat Tuan Yang di-Pertua, bahawa biasanya mereka masuk ini selepas mereka mengambil peperiksaan SPM. Kita lihat ini agak lambat sedikit, kalau ikut pemerhatian kita sepatutnya lebih awal lagi, kalau boleh mungkin dimasukkan dari Tingkatan 1 kerana kita lihat dalam tempoh enam tahun sudah ada sebahagian daripada mereka tidak ada kecenderungan untuk mempelajari bidang-bidang akademik ini. Dia lebih pakar dalam soal tangan atau soft skill. Ini kita harus kenal pasti di peringkat awal. Saya sudah mengarah kementerian kita teliti perkara itu dan kalaupun tidak mula dari Tingkatan 1 mungkin apabila mereka selesai mengambil PMR, selepas Tingkatan 3. Maknanya tidak payah tunggu sampai SPM, dua tahun sudah lewat. Dia boleh dialihkan masuk ke dalam sistem vokasional. Jadi ini pemikiran yang kita ada di kementerian yang saya fikir adalah sesuai kerana bagaimana yang disebutkan tadi keperluan untuk tenaga mahir dan separa mahir untuk hendak memenuhkan dalam economic model yang baru yang hari ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Ini satu aspek yang amat kritikal, kita kena sediakan jumlah yang agak mencukupi untuk memandu ataupun memacu dalam ekonomi yang akan datang.

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tan Sri. Sebelum ini Yang Berhormat telah menjawab mengatakan bahawa RM100 juta telah diagihkan untuk sekolah-sekolah Tamil untuk pembaharuan sekolah-sekolah tersebut seperti perkakas dan sebagainya. Adakah ia bermakna bahawa kerajaan tidak ingin untuk membina apa-apa sekolah baru Tamil dan Cina dengan pengagihan wang dana yang baru. Adakah ini pendirian kerajaan, kerana dalam perbahasan saya ada membangkitkan keperluan kerajaan untuk membina lebih sekolah selain dari sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil kerana ramai di antara anak-anak kita sekarang bercemburu hendak pergi ke sekolah-sekolah untuk melanjutkan pelajaran di sekolah Tamil dan Cina. Apakah pendirian kerajaan memandangkan nampaknya saya belum dapat satu jawapan yang kukuh mengenai perkara ini, adakah sekolah baru akan dibina atau tidak? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Berkaitan Tan Sri.

Soalan yang berkaitan.

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Okey.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Soalan yang berkaitan dengan sekolah Tamil tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Perdana Menteri. Saya ingin bertanya mengenai sekolah-sekolah bantuan modal ini, sekolah jenis kebangsaan Tamil misalnya terutamanya di

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Selangor. Kebanyakan yang terletak di atas tanah-tanah milik persendirian estate dan sebagainya yang setakat sekarang ini belum diserahkan kepada pihak sekolah ataupun belum di acquire oleh kerajaan. Jadi oleh kerana jumlah sekolah- sekolah ini agak banyak dan harga tanah yang agak tinggi di negeri Selangor ini saya tidak tahulah sama ada menjadi polisi di masa akan datang untuk kerajaan negeri acquire, ambil alih tanah ini daripada pihak swasta kerana kos yang begitu tinggi.

Jadi soalan saya sebab ada satu sekolah di tempat saya itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Empat, Jalan Kampung Jawa itu sudah dapat peruntukan bantuan modal untuk buat bangunan. Akan tetapi malangnya oleh sebab mereka duduk di atas tanah satu estate swasta dan bukan lagi di atas nama sekolah, maka bantuan itu tertahan di situ sehingga tanah dapat diperolehi.

Malangnya juga oleh kerana kos untuk membeli tanah itu amatlah tinggi, tidak mampu untuk pihak sekolah atau pihak PIBG hendak mengumpul wang sebanyak itu. Adakah kementerian mempunyai polisi untuk membantu sekolah-sekolah seperti ini terutamanya dalam keadaan tanah yang agak mahal di Selangor ini?

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Sebenarnya peruntukan yang kita sediakan itu untuk membaiki sekolah-sekolah itu atau menambah bilik darjah berkenaan. Kita akan melihat kalau ada keupayaan kita dari segi hendak membantu dengan apa peruntukan yang akan kita terima. Kalau kita dapati ada keperluan di situ seperti dalam kes-kes tertentu memang kita beri peruntukan- peruntukan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi ada disediakan peruntukan. Cuma soal yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi biasanya begitulah. Apabila mereka membuat permohonan kita bagi peruntukan. Akan tetapi bila hendak dibina tapak itu bukan tapak yang dimiliki oleh sekolah dan bermakna dia duduk atas tanah estate dan sebagainya dan tuan tanah itu bukan dia. Jadi bermakna tidak mungkin boleh dibina baru dan sebagainya kecuali tuan tanah itu membenarkan.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kerajaan boleh acquire Yang Amat Berhormat Tan Sri under Land Acquisition Act.

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Setakat hari ini kita tidak ada peruntukan sebab kita kalau hendak acquire semua, saya fikir kita tidak ada kemampuan untuk hendak acquire tanah-tanah dalam bandar, estate sekalipun kerana ini akan melibatkan peruntukan yang besar. Kita beri adalah atas dasar bantuan modal. Di sini saya fikir ada keperluan inisiatif ada, pimpinan tempatan untuk cari jalan, bincanglah dengan pihak ladang kalau boleh dia keluarkan sedikit tanah itu untuk bina sekolah yang berkenaan. Kalau ada boleh dibuat begitu saya fikir tidak jadi masalah. Kawasan saya sendiri pun ada sekolah terlibat, jadi kita minta kerjasama daripada ladang dan dibenarkan. Kalau boleh dibuat begitu, maka kos itu boleh dikurangkan. Akan tetapi untuk menyuruh kementerian kita acquire kerana peruntukan acquisition ini tidak ada kita sediakan.

Ini akan melibatkan perbelanjaan yang besar...

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

[Bangun]

final • 3:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tanah sudah ada dan kelulusan pun sudah diluluskan tetapi tidak ada wang untuk membuat pembinaan. Akan tetapi pihak Barisan Nasional telah memberi janji bahawa akan bina sebelum pilihan

final • 3:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

raya. Namun sampai hari ini belum dihulurkan peruntukan. Jadi saya minta di sini Barisan Nasional mengotai janji ini.

Kedua di surat khabar Sin Chew Tuan Yang di-Pertua, 23rd March dia kata di Petaling Jaya sudah ada tanah untuk lapan buah sekolah SRJK(C).

Mereka sudah berusaha cari tanah dan tanah pun sudah ada. Jadi mereka memohon supaya apabila mereka memohon untuk membina sekolah ia dapat diluluskan. Di sini saya juga hendak tanya, ada dikatakan bahawa pihak-pihak sekolah mengatakan apabila mereka hendak membina sekolah baru ataupun bilik darjah yang baru ataupun menempat semula yang dikatakan bahawa pihak kerajaan tidak akan memberi satu sen pun sama ada kos pembinaan ataupun kos tanah. Selalunya mereka cari tanah dan beli tanah itu tetapi kos pembinaan Kerajaan Barisan Nasional pun tidak mahu bagi dan tidak boleh mula kutip derma ataupun tidak boleh memberi kelulusan melainkan menunjukkan sudah ada 80% kos pembinaan itu.

Ini menjadi masalah sekiranya tidak diberi kelulusan susah hendak mulakan fund raising. Kalau tidak fund raise dia tidak dapat kelulusan, ia menjadi case 21. Jadi saya memohon supaya pihak kerajaan lebih prihatin, lebih 1Malaysia dalam perkara seperti ini. Rakyat didahulukan, pelajar-pelajar di mana-mana sekolah juga didahulukan. Jadi saya memohon supaya Yang Amat Berhormat Menteri dapat memberi satu penjelasan yang dapat memberitahu kepada komuniti-komuniti yang berkenaan bahawa kerajaan betul-betul ingin melaksanakan polisi 1Malaysia. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, dasar kita tentang sekolah jenis kebangsaan ini bukan baru. Lagipun dia sudah wujud di negara kita sekian lama. Itulah dasar yang kita amalkan dan di samping itu bantuan-bantuan yang kita telah sediakan ialah dalam bentuk bantuan modal. Ini kerana masyarakat yang terlibat sama ada Cina atau pun India berpendapat dia perlu untuk membangunkan sekolah seperti itu dan disebabkan dia tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dia mohon kepada kerajaan.

Kita atas dasar bertimbang rasa atas semangat lebih daripada 1Malaysia, kita bantulah. Akan tetapi yang saya sebutkan di peringkat awal iaitu awal-awal ucapan saya kita mempunyai satu tanggungjawab yang lebih besar untuk hendak menyelesaikan sekolah-sekolah kebangsaan yang belum selesai.

Jikalau soalnya ialah soal mempelajari bahasa ibundanya kita pun telah ada sediakan peruntukan di sekolah kebangsaan untuk membolehkan anak-anak bukan Melayu untuk mempelajari bahasa ibunda ini di sekolah-sekolah kebangsaan, kalau itulah menjadi perhatiannya. Jadi soalnya kita perlu set operative rights. Kalau kita tidak betulkan pendirian kita dalam soal begini maka akan ada kepincangan dalam masyarakat. Ini kerana keperluan untuk sekolah kebangsaan jauh lagi besar. Di situlah yang kita harus berikan tumpuan.

Jadi, oleh sebab itu kalau kes-kes tertentu seperti Yang Berhormat sebutkan tadi, ada yang telah pun dijanjikan dan sebagainya. Itu kita akan teliti apakah asas dan pertimbangan yang mereka buat untuk membantu setakat mana yang kita mampu. Ini fasal kita tahu batasan dan had yang kita ada untuk membiayai segala keperluan-keperluan dan kos untuk sekolah ini memang mahal.

Kita tahu bukan RM1 juta atau RM2 juta, RM5 juta atau RM10 juta pun tidak mencukupi. Kita tidak mempunyai peruntukan yang besar. Jadi, oleh sebab itu saya sendiri sebagai Menteri perlu tahu dia mana prioriti saya dengan jumlah peruntukan yang terbatas dengan sekolah yang masih banyak yang perlu kita baiki

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

dan sebagainya. Apa yang belum selesai dalam sistem aliran perdana negara, apakah yang harus kita lakukan?...

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

...Kalau itu saya tidak berikan perhatian bermakna pincang sistem kita. Ini bukan bermakna kita hendak anak tiri kan. Ini sebab saya fikir masyarakat komuniti yang ada boleh bantu dan saya tahu mereka sudah bantu. Banyak kita sediakan peruntukan dan kita menambah dengan apa yang saya sebutkan tadi. Akan tetapi kalau semua hendak dibebankan untuk menanggung kos semua sekali saya fikir dasar itu tentu akan tidak selari dengan dasar pelajaran kita. Ini akan membebankan kerajaan dan pastinya tanggungjawab bersama harus dipikul oleh masyarakat yang sebenar.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri...

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, saya hendak habiskan sedikit Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Balik Pulau sedikit, bolehkah Menteri?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Balik Pulau sedikit.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Beri saya habis sedikit sahaja.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya rasa kita biarkan Menteri untuk menjawab terus.

final • 3:40 PM

Tan Sri dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Biar saya habiskan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk menyambung saya menyebutkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa meningkat dan menambah baik kualiti guru graduan di IPG. Selaras dengan usaha untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar. Kementerian yakin dengan latihan dan pemantauan yang dijalankan dari semasa ke semasa kualiti guru akan dapat dijaga. Tidak timbul soal guru baik atau pun tidak. Ia dibekalkan ke sekolah- sekolah sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Sik. Begitu juga dengan kemudahan dan prasarana yang disediakan di 27 IPG akan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bergantung pada peruntukan semasa Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran berpandangan jumlah IPG yang ada sekarang ini masih dapat menapung keperluan pelajar dan kementerian belum bercadang untuk menambah IPG yang baru.

Kementerian juga sedar dan prihatin terhadap kebajikan dan beban tugas guru di sekolah seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat daripada Pokok Sena. Kementerian telah pun mengambil langkah untuk mengkaji norma tugas guru dan bukan guru.

final • 3:40 PM

Tan Sri dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Justeru itu, norma perjawatan bukan guru seperti Pembantu Tadbir

(Perkeranian), Pembantu Tadbir Rendah, Pembantu Pengurusan Murid, Juruteknik, Juruteknik Komputer, Pembantu Am Pejabat, Penyelia Asrama dan Pembantu Makmal telah ditambah baik mengikut keperluan semasa. Ini bertujuan supaya tugas-tugas yang telah dilakukan oleh guru-guru di luar tugas utama tugas guru diambil alih oleh kakitangan yang berkenaan.

Bagi menjawab isu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan Jempol mengenai masalah kekurangan guru sebagaimana langkah yang telah pun saya sebutkan dan juga langkah penyelesaian jangka pendek.

Kementerian mengeluarkan waran perjawatan bagi guru sandaran tidak terlatih untuk menampung kekurangan yang ada. Pada Disember 2009 yang lalu, kementerian telah pun meluluskan 3,690 jawatan GSTT bagi mengisi kekosongan di semua sekolah di seluruh di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Tebrau, sijil-sijil yang dikeluarkan oleh sekolah-sekolah swasta perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum diberikan pengiktirafan. Menyentuh tentang pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate, saya dapati bahawa perkara ini telah lama dan sering dibangkitkan dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini. Kali ini Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Tawau membangkitkan isu yang sama.

Saya yakin Ahli Yang Berhormat telah pun maklum kenapa sijil tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan. Perkara ini bukanlah isu yang baru yang diperkatakan, malahan zaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi menjadi Menteri Pelajaran dahulu bermuafakat dalam pimpinan komponen Barisan Nasional iaitu MCA, Gerakan, MIC, dan UMNO telah pun membincangkan perkara ini dan menemui kata sepakat mengenai kedudukan sijil tersebut. Isu ini juga telah dibincangkan beberapa kali dalam mesyuarat di peringkat Kementerian Pelajaran dan juga di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi. Namun demikian, pada hemah saya adalah wajar supaya suatu perbincangan yang lebih menyeluruh dengan melibatkan semua pihak yang berkepentingan diadakan supaya isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur telah pun mempersoalkan apakah Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional, Timbalan- Timbalan Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, dan saya sendiri selaku Timbalan Perdana Menteri mempunyai komitmen yang tinggi terhadap Konsep 1Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, 1Malaysia yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah satu gagasan murni yang bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan kaum yang selama ini menjadi asas kepada kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

Perpaduan yang digambarkan oleh Konsep 1Malaysia bukanlah satu bentuk asimilasi kaum di mana identiti kaum dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti yang sama. Ia juga bukanlah satu konsep yang menolak hak-hak istimewa kaum Melayu seerti mana yang di canang oleh Yang Berhormat Ipoh Timur melalui konsep Malaysians Malaysia nya, dan mutakhirnya Middle Malaysia.

Konsep 1Malaysia sebaliknya menghargai identiti masyarakat majmuk dan menghormati prinsip-prinsip berperlembagaan yang dengan jelas memelihara kedudukan istimewa kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta menjaga hak-hak yang sah bagi kaum-kaum yang lain.

Tuduhan Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa saya tidak menyokong Gagasan 1Malaysia adalah suatu yang berniat jahat semata-mata... [Dewan riuh]

final • 3:40 PM

Tan Sri dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Untuk melaga-lagakan saya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri....

[Ketawa] Memang itulah kerja pembangkang... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Kita bukan bodoh.

Kita tahu apa ceritanya.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Beliau tahu bahawa hubungan saya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah cukup akrab... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Minta izin.

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Sejak zaman Ketua Pembangkang pun dahulu... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

[Menyampuk]

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tidak mungkin Yang Berhormat daripada Permatang Pauh tidak tahu.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Yang Berhormat minta izin.

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Gagasan 1Malaysia ini saya tahu semangat ini sudah menjadi suatu yang agak diterima ramai dan telah menjadi satu dokongan rakyat kita. Bagi saya tuduhan ini adalah tidak lain dan tidak bukan sebagaimana yang saya sebutkan dahululah untuk mengadu domba dan melemahkan kononnya Kerajaan Barisan Nasional. Jika kepalanya ular, tidak mungkin ekornya belut.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Ya.

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Niat berbuat onar, amalan pendomba karut.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun] [Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Minta laluan.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ular tetap ular...

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua bahawa Ahli-ahli Yang berhormat Barisan Nasional memahami dengan jelas Konsep 1Malaysia. Konsep ini secara nyata dan tersirat adalah berpaksikan kepada semangat dan prinsip Perlembagaan. Justeru itu, apabila kita berbicara mengenai hak-hak kaum Melayu, Cina, India, Sik, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain dengan berpandukan kepada prinsip-prinsip Perlembagaan dan dengan semangat untuk memberi keadilan kepada semua kaum ianya sama sekali tidak bercanggah dengan konsep dan Gagasan 1Malalysia.

Sebaliknya Exit Test, dengan izin, yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur yang seolah-olahnya mempersoalkan hak istimewa kaum Melayu dan menolak perbezaan identiti kaum sebagai sumbar kekuatan Malaysia adalah jelas dan nyata bertentangan dengan prinsip dan semangat Perlembagaan. Oleh itu, ia tidak menggambarkan komitmen yang sebenar terhadap Konsep 1Malaysia.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Timbalan Perdana Menteri.

Sedikit.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Yang Berhormat Padang Besar.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Besar bangun awal.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih. Ya, mana dahulu?... Boleh, ya?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Yang Berhormat Padang Besar dahulu.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Yang Berhormat Padang Besar dahulu, ya?

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Yang Berhormat Padang Besar dahulu.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Siapa?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya beri Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat. Selepas itu Yang Berhormat Kuala Selangor, ya.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk]

final • 3:50 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Tidak apa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Amat Berhormat, konsep Malaysian Malaysia ini. Adakah yang diutarakan oleh DAP ataupun diutarakan oleh PAP dahulu semasa Lee Kwan Yew berada di sini dahulu? Bermakna PAP itu bukan originallah sebagai konsep? Saya tanya.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana memberi laluan ini. Saya kira saya tidak mahu engage TPM untuk membincangkan perkara tentang 1Malaysia kerana kita bercakap tentang persoalan pelajaran dan pendidikan sebentar tadi. Jadi berpeluang untuk bertanya langsung kepada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, bolehkah kiranya dalam bahasa yang mudah, terangkan kepada Dewan yang mulia ini setelah kita mendengar pelbagai tohmahan, kritikan dan serangan terhadap apa yang dikatakan sistem pelajaran kita yang memerlukan transformasi. Apakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga selaku sifatnya Menteri Pelajaran boleh menerangkan dalam bahasa yang mudah?

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apakah hari ini yang dikatakan system of education worth what Malaysian is? Dalam bahasa yang mudah, terangkan apakah kita mempunyai hari ini falsafah pendidikan yang utilitarian sifatnya? That is very market driven, ataukah kita dikatakan jauh ketinggalan ke belakang berbanding Singapura yang bersifat thinking based education? Ataukah apa yang dimaksudkan dengan pendemokrasian pendidikan yang memberi izin segala sisi pandang pendidikan yang akhirnya melahirkan yang dikatakan the total insan, manusia seutuhnya?

Saya keliru dalam perkara ini kerana kalau membaca The Edge contohnya, pelbagai kolominisme menyerang pendidikan kita seolah-olah memerlukan satu overhaul transformation in our education system. Sehingga hari ini, perkara ini tidak terjawab. Saya berpeluang bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran pada hari ini untuk diterangkan dalam bahasa yang mudah dalam beberapa para. Apakah hari ini yang merupakan modal falsafah pendidikan kita, bukan hanya falsafah tetapi keseluruhan pendidikan ini?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apa sebenarnya? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebab kita terlalu mengalami flip-flop dalam polisi-polisi pendidikan dan pelajaran. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sedikit dari Balik Pulau. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai kaitan dasar pendidikan hari ini dengan 1Malaysia. Di sesi yang lalu, ada cadangan mengenai asrama 1Malaysia. Tujuannya supaya anak bangsa yang pelbagai dapat duduk bersama.

Namun persoalannya di sini ialah yang mendasari isu yang dibangkitkan dalam ucapan tadi ialah isu keadilan. Keadilan sosial. Mana mungkin - Saya beri contoh, tinggal di asrama yang sama, seorang dapat 10A, seorang dapat 15A atau 12A. Yang dapat lebih bukan Melayu. Tiba-tiba dia pula tidak dapat biasiswa.

Katakanlah itu implikasinya... [Tepuk] Sebab kerangka itu, kerangka dasar yang mendasari 1Malaysia itu masih lagi keadilan berdasarkan kaum.

Oleh sebab itu dua aspek utama saya minta Yang Berhormat Menteri perjelaskan kerana dalam aspek pendidikan, ada yang dikatakan amat penting iaitu isu peluang. Peluang dan kelayakan. Jadi saya rasa kita mesti berganjak ke arah itu melangkaui aspek-aspek yang lapuk yang mana tidak memberi, mengangkat agenda keadilan sosial berasaskan peluang dan kemampuan. Pohon penjelasan.

final • 3:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Tuan Yang di- Pertua, perkara yang disebutkan tadi tidak boleh diterangkan dengan satu ayat yang mudah kerana apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi soal sama ada sistem pelajaran yang kita miliki sekarang ini boleh menjana manusia, insan kamil yang disebutkan dalam dasar falsafah pendidikan negara, itu matlamatnya.

Namun cara, laluan, bagaimana kita hendak sampai ke peringkat itu, apakah hasilnya dan bagaimana, ini yang mungkin kita bincangkan.

Oleh sebab itu saya telah terangkan di peringkat awal. Kita akui ada usaha-usaha penambahbaikan yang perlu kita buat. Sama ada ia melibatkan overhaul? Saya tidak fikir begitu kerana sudah pastinya dalam tempoh puluhan tahun, apa asas yang telah pun kita bina dalam melaksanakan sistem dan dasar pelajaran itu sudah pun ada. Saya tidak kata ia gagal kerana banyak yang telah

final • 3:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

pun kita lihat terhasil di dalam sistem itu adalah anak-anak kita yang bukan sahaja berpendidikan tinggi tetapi sudah menjadi pakar dalam banyak bidang. Menguasai dalam bidang-bidang yang kita waktu dulu tidak ada. Itu bukti kejayaan kita kerana kita hendak menganjak kemajuan dan peningkatan negara kita ke satu tahap yang lebih tinggi.

Seperti hari ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu untuk membentuk Model Ekonomi Baru dan teras kepada Model Ekonomi Baru ialah soal modal insan. Manusia yang kita lahirkan. Kalau kita ada model ekonomi tetapi manusia yang dilahirkan agaknya masih di tahap yang tidak sebegitu tinggi dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran, maka tidak mungkin kita boleh berjaya dalam membentuk model ekonomi yang boleh menghasilkan pendapatan yang tinggi.

Jadi justeru itu, bukan setakat perlu perubahan tetapi satu peringkat perubahan yang agak lebih radikal perlu kita anjurkan dalam sistem pelajaran kita.

Pokok dalam segala-gala itu selain daripada soal sistemnya ataupun dasarnya ialah apa yang ada di dalam sistem itu. Umpamanya soal kurikulum pembelajaran kita. Transformasi kurikulum yang disebutkan. Soal guru yang pentingnya, pokok dalam segala-gala usaha yang kita hendak jayakan ialah keupayaan guru untuk menyampaikan ilmunya secara yang terbaik, yang boleh menghasilkan manusia yang dikatakan bukan setakat berilmu tetapi berkemahiran, bersahsiah, berperwatakan peribadi dan sebagainya. Ini dasar yang telah pun kita sebutkan dalam dasar pendidikan.

Jadi oleh sebab itu, program atau usaha untuk penambahbaikan, hendak migrate daripada sistem yang ada kepada suatu yang lebih baik mesti kita teruskan. Saya akui sebagai Menteri Pelajaran, ada lagi ruang. Saya tidak puas hati mengatakan semuanya sudah cukup kerana saya tahu apa yang diharapkan oleh masyarakat supaya kita menjadi negara yang boleh menghasilkan bukan sahaja sistem tetapi manusianya yang boleh memenuhi tuntutan pembangunan negara di masa akan datang.

Soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit, sedikit Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kalau boleh saya tanya...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apakah...

final • 3:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apakah Yang Berhormat Menteri Pelajaran bersetuju...

final • 3:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh? Hendak respons sedikit kepada...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri hendak menjawab, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya sudah jelaskan, Tuan Yang di-Pertua. Yang akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bersetuju...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh saya...

final • 3:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya jelaskan dahulu.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalaulah apa yang saya tanya...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri kata dia hendak menjawab dahulu, Yang Berhormat.

Hendak habiskan jawapan dahulu.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Hendak respons kepada apa yang Yang Berhormat Menteri cakap... [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh begitu, Yang Berhormat, ya.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, rumusannya kalau saya boleh simpulkan jawapan tadi ya... [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apakah Yang Berhormat Menteri setuju buat hari ini, sistem pendidikan kita terlalu sangat memberikan an over emphasis of exam orientation yang menjadikan... [Dewan riuh] Seluruh sistem kita ini gagal melahirkan apa yang dikatakan thinking based education?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang jauh berbeza. Ini adalah satu kesalahan yang Kementerian Pelajaran perlu perhatikan untuk masa-masa ke depan termasuklah persoalan assessment dan kurikulumnya. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Saya ambil perhatian ya. Terima kasih atas perkara itu. Yang Berhormat Balik Pulau telah menyebutkan tentang soal asrama 1Malaysia. Ini kita dalam peringkat untuk melaksanakan dalam tempoh yang terdekat ini. Namun dalam soal keadilan sosial dan sebagainya, kita pasti tahu bahawa dalam soal pelajaran umpamanya, kita harus menyediakan peluang yang saksama bagi semua kerana pendidikan sudah menjadi satu perkara yang universal dan dasar pendidikan kita untuk menjadikan pendidikan ini sejagat itu sudah sedia ada.

Tidak ada anak-anak Malaysia yang layak untuk ke sekolah dinafikan.

Cuma dalam soal biasiswa, kita sedar. Di kalangan anak-anak Melayu yang cemerlang pun tidak semua dapat biasiswa kerana kita ada had dan batas. Tidak ada biasiswa pun tetapi peruntukan yang telah pun disediakan adalah agak besar.

Kalaupun tidak disediakan dalam bentuk biasiswa, kita sediakan dalam bentuk

final • 3:50 PM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

pinjaman-pinjaman pendidikan yang telah pun kita hasilkan sekian lama. Jadi tidak berbangkit soal bahawa kita tidak memberikan satu layanan yang adil kepada yang lain-lain.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin hendak mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun memberikan pandangan di peringkat perbahasan ini dan perkara-perkara yang telah pun saya jelaskan tadi saya harap akan memuaskan hati. Namun kalau ada perkara-perkara yang lain, kita mengambil perhatian, insya-Allah. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Kewangan.

final • 3:50 PM

Menteri Kewangan ll - Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian serta memberi cadangan dan pandangan terhadap beberapa perkara yang diutarakan dalam Titah Diraja. Antara yang telah membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan Kementerian Kewangan adalah Ahli Yang Berhormat daripada Labis, Kinabatangan, Indera Mahkota, Lembah Pantai, Arau, Kulai, Pasir Salak, Pasir Mas, Sungai Petani, Bachok, Kapit, Permatang Pauh, Kalabakan dan Pendang.

final • 3:59 PM

Menteri Kewangan ll - Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Izinkan saya untuk memberi penjelasan ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Labis dan Kinabatangan telah mencadangkan agar kerajaan menstrukturkan semula subsidi supaya lebih fokus kepada kumpulan sasaran.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedang mengkaji secara menyeluruh kaedah penstrukturan semula subsidi melalui dengan izin, e-Subsidy rationalization lab yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pemandu. Penstrukturan semula subsidi akan berorientasikan pasaran dan hanya golongan yang benar- benar memerlukan bantuan kerajaan akan disediakan subsidi.

Dasar mengenai penstrukturan subsidi ini akan ditentukan setelah kerajaan meneliti cadangan yang akan dibincangkan dalam bengkel jemaah menteri pada 1 April 2010. Ahli Parlimen Labis, Indera Mahkota dan Lembah Pantai telah menyentuh mengenai pelaksanaan GST. Kementerian Kewangan bersetuju dengan cadangan pelaksanaan anti profiteering deal dengan izin, sebelum GST dilaksanakan berserta dengan edaran shoppers list sebagai langkah melindungi kepentingan pihak pengguna.

Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti rang undang- undang tersebut yang akan dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi bacaan kali pertama di dalam sesi Parlimen yang sedang dijalankan sekarang. Sehubungan ini bacaan kali kedua Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2009 (GST) tidak akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini bagi tujuan memberi kefahaman kepada semua golongan rakyat mengenai GST.

Ahli Parlimen Arau telah membangkitkan isu pelaksanaan skim polisi insurans pihak ketiga yang akan diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 dan berkaitan cadangan sebuah syarikat khas akan ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM500 juta. Seperti yang telah diumumkan

final • 4:00 PM

Menteri Kewangan ll - Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

dalam Bajet 2010, pada bulan Oktober tahun lepas kerajaan sedang mengkaji cadangan menubuhkan sebuah skim perlindungan insurans motor asas bagi kecederaan dan kematian pihak ketiga yang membolehkan pemilik kenderaan termasuk kenderaan pengangkutan awam mendapatkan perlindungan insurans motor wajib pada kadar premium berasaskan risiko yang berpatutan dan setara dengan nilai tanggungan.

Pada masa sekarang, kajian ini masih dalam peringkat penelitian mendalam dan dijangka dimuktamadkan pada pertengahan tahun ini. Cadangan penubuhan syarikat khas masih dalam kajian pihak Bank Negara Malaysia terutama mengambil kira masalah pencarum untuk mendapatkan pampasan dari segi tindakan undang-undang. Kajian ini juga akan memberi keutamaan kepada pencarum supaya lebih mudah mendapatkan pampasan dari penanggung insurans dengan kadar yang segera.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya pun ada bangkitkan mengenai perkara tersebut. Mengenai skim insurans yang dicadangkan oleh Bank Negara. Akan tetapi perkara yang berkaitan ialah kenapa sehingga ini stakeholders yang terlibat dengan cadangan ini tidak dipelawa untuk membuat perbincangan. Itu khusus yang telah saya bangkitkan.

Kedua, sistem yang sedia ada saya harap diambil kira kerana nampaknya dengan fast track system yang sedang berlaku di mahkamah-mahkamah, banyak kes telah dan dapat diselesaikan. Maka, tidak ada sebab kenapa kita perlu satu sistem yang baru, yang dicadangkan oleh Bank Negara dan senyap-senyap dibuat sehingga tidak ada perbincangan dengan Bar Council, dengan insurans, dengan Consumer Association, kenapa ini terjadi? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, tentang pandangan Yang Berhormat itu supaya perbincangan dengan stakeholders dilakukan, ini akan dilakukan oleh pihak Bank Negara nanti.

Kemudian saya menyatakan bahawa pihak Bank Negara pada masa ini sedang dalam proses untuk membuat kajian dan juga apakah bentuk yang terbaik untuk insurans polisi ketiga ini dilaksanakan? Ini akan dimuktamadkan setelah perbincangan dengan stakeholders dilakukan.

Kedua, Yang Berhormat menyatakan bahawa sistem sekarang semakin efisien. Terutama pihak mahkamah telah mengadakan fast track system dan ini kita ambil kira. Seperti mana yang saya nyatakan apabila Bank Negara menggubal polisi yang baru ini, semua faktor-faktor yang ada sekarang akan diambil kira supaya tidak ada loopholes apabila kita laksanakan satu polisi yang baru nanti.

final • 4:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sedikit lagi. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya yang dikhuatiri semua pihak adalah ini. Dengan tiba-tiba lebih kurang tiga bulan dahulu, Bank Negara mengatakan bahawa dasar polisi yang baru yang akan terikat kepada berjuta-juta pengguna insurans akan diimplementasikan pada bulan Jun. Adakah ini benar kerana kalau bulan Jun kita ada hanya ada lebih kurang tiga bulan sahaja. Apakah rasional dalam Bank Negara mengeluarkan press statement sedemikian? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, pada tahun ini kita melaksanakan Belanjawan Tahun 2010. Apa yang berlaku dalam konteks pengurusan Belanjawan 2010, kita telah menyediakan apakah inisiatif di dalam belanjawan tersebut. Kita senaraikan lebih 100 inisiatif dan kemudian kita berikan time line. Dari segi time line nya adalah pada bulan Jun.

Akan tetapi ini tertakluk kepada akhirnya pihak Bank Negara mampu mengadakan satu sistem yang dapat memberi kebaikan kepada semua orang.

Yang masa Jun itu adalah time line dalam kita membincangkan pelaksanaan belanjawan bagi tahun 2010. Sebagai contoh, seperti mana Yang Berhormat maklum Klinik 1Malaysia umpamanya.

Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan belanjawan tersebut dan kita ada list tersebut, inisiatif, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan I telah mengambil inisiatif menjemput semua menteri, ketua setiausaha serta ketua pengarah agensi dan kita senaraikan. Inisiatif ini di bawah tanggungjawab siapa? Bilakah hendak mulakan projek tersebut dan bilakah time line nya pelaksanaan projek tersebut.

Itu sebabnya kita lihat dalam konteks Klinik 1Malaysia. Kita letak time line nya pada 15 Januari 2050 mesti didirikan. Jadi, pada bulan 15 Januari 2050 telah didirikan. Bermakna, dari segi kerja kita, macam mana kita mengurus belanjawan kita ada time line. Yang Berhormat kata Jun, time line ditetapkan tetapi ini tertakluk akhirnya kepada perwujudan satu sistem. Bermakna Bank Negara akan bekerja dalam time frame yang disebutkan tetapi akhirnya bila akan dilaksanakan itu akan ditentukan oleh sistem itu sama ada sistem itu baik atau tidak diterima oleh semua. Dalam konteks ini Bank Negara telah diberi mandat supaya mengadakan sistem yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

final • 4:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Minta maaf. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi saya tidak dengar Menteri menyebut Kota Raja sebagai salah seorang yang membangkitkan isu kewangan. Saya bercakap agak lewat semalam mengenai pelesenan arak dan sin taxes, Akta Eksais dan Akta Kastam. Jadi, saya kira ia adalah di bawah jurisdiction Menteri Kewangan. Jadi, kalau tidak dijawab saya harap boleh disediakan jawapan. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan isu...

final • 4:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Minta maaf, minta maaf Yang Berhormat, berkaitan dengan insurans.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat Menteri lagi hendak jawab Kota Raja tadi Yang Berhormat. Hendak jawab Kota Raja Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Hendak jawab Kota Raja?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tidak ada, tidak ada. Yang Kota Raja nanti kemudian.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ini mengenai insurans. Yang Berhormat saya harap ada keseriusan oleh Bank Negara untuk mengadakan perbincangan dengan stakeholders dengan seberapa cepat yang mungkin kerana baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, Bar Council telah mengadakan perbincangan dengan Backbenchers dan juga Pakatan Rakyat mengenai hal insurans.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya pun hairan kenapa ada polisi, dasar yang such a big matter in this country. Dikatakan dana RM500 juta. Saya khuatirlah bahawa ini adalah kalau kita lihat historical ini pada tahun 1984, situasi yang sama di mana tiba-tiba satu undang-undang untuk menukar pindah Civil Act telah di bawa. Saya rasa ini adalah industri insurans yang menggunakan proksi atau power mereka untuk influence Bank Negara. Saya harap ini tidak terjadi dan stakeholders akan dipelawa untuk berbincang.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Okey, saya ambil maklum.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kalau sedemikian ya, bila?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Okey, saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat. Saya pun ada menerima memorandum daripada Bar Council dan telah dipanjangkan kepada pihak Bank Negara. Saya tidak dapat beritahu sekarang Yang Berhormat kerana saya tidak dapat maklumat daripada Bank Negara.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya memperingatkan Yang Berhormat. Kita ada 25 kementerian, kita hanya ada dua hari. Jawapan daripada Yang Amat Berhormat pagi tadi hingga pukul 4. Jadi, nampaknya kita kesuntukan masa Yang Berhormat walaupun disambung sampai pukul 10.30 malam. Jadi saya berharap kalau perkara macam Yang Berhormat Kota Raja tadi saya setuju sebab belum ada dijawab dan menteri kata itu akan dijawab selepas ini. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, mengenai penjelasan diminta oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota berkaitan peningkatan penawaran wang dalam ekonomi bagi tempoh 11 bulan yang lalu dan implikasinya terhadap kadar inflasi dan saya ingin menyatakan bahawa penawaran wang secara keseluruhannya mengandungi M1, M2 dan M3. M1 adalah merujuk kepada mata wang dalam edaran dan juga deposit semasa sektor swasta. Ini bermakna pertumbuhan dalam M1 adalah disebabkan oleh peningkatan wang dalam edaran ataupun deposit semasa sektor swasta ataupun kedua-duanya sekali.

Perubahan dalam M1 adalah ditentukan sepenuhnya oleh kuasa pasaran yang mencerminkan kegiatan aktiviti ekonomi. Pada separuh pertama tahun 2009.

KDNK telah mengalami penguncupan sebanyak 5.1%. Pada masa yang sama juga M1 berkembang pada kadar purata 5.7% manakala kadar inflasi meningkat 2.5%. Pada separuh kedua tahun 2009, KDNK mencatat pertumbuhan 1.6%. M1 turut berkembang secara purata 9.1% manakala inflasi menyusut 1%. Bagi keseluruhan tahun 2009, kadar inflasi berada pada paras 0.6% berbanding 5.4% pada tahun 2008. Berikutan penurunan ketara harga komuniti dalam keadaan ekonomi dunia yang lembap pada tahun 2010 inflasi dijangka kekal pada paras yang rendah iaitu di antara 2% hingga 2.5%.

Ahli Yang Berhormat Pulai meminta penjelasan mengenai pihak yang bertanggungjawab mengawasi dan memantau pelaburan Khazanah di luar negara yang dianggap berisiko tinggi pada jangka masa panjang. Pemantauan terhadap segala kegiatan pelaburan Khazanah adalah dibuat oleh Lembaga Pengarah Khazanah. Semua pelaburan yang dicadangkan oleh pihak pengurusan Khazanah perlu mendapat kelulusan lembaga pengarahnya. Khazanah juga dipantau oleh

final • 4:10 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Jawatankuasa Audit Dalaman yang terdiri daripada Jawatankuasa Audit Risiko dan Jawatankuasa Eksekutif.

Ahli Yang Berhormat Labis telah membangkitkan beberapa isu berkaitan Khazanah iaitu jumlah dividen yang telah dibayar oleh Khazanah kepada kerajaan dalam tempoh lima tahun yang lepas dan cara Khazanah membelanjakan hasil penjualan syer syarikat GLC miliknya...

final • 4:10 PM

Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah dividen terkumpul yang dibayar oleh Khazanah kepada kerajaan bagi tempoh lima tahun iaitu 2004 hingga 2008 adalah RM1.3 bilion berbanding dengan dividen sebanyak RM305 juta yang dibayar oleh Khazanah kepada kerajaan sejak ia ditubuhkan pada tahun 1995 hingga tahun 2003.

final • 4:10 PM

Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya nak ke belakang sedikit sebelum Yang Berhormat Menteri beralih pada topik yang lain tadi. Iaitu saya tertarik dengan jawapan yang dikemukakan kepada saya melalui jawapan bertulis iaitu menegaskan bahawa kita telah mempunyai pengalaman bahawa tiga suku pertama berturut-turut, pada tahun 2009 kita telah mengalami penguncupan dalam KDNK kita. Namun pada suku terakhir, kita diberitahu bahawa berlaku pengembangan yang begitu ketara, 4.5% dengan sekali gus menutup ketiga-tiga penguncupan pada tiga suku pertama pada tahun lepas.

Saya agak berminat untuk dapat penjelasan apakah peristiwa yang begitu significant yang berlaku dalam suku terakhir tiga bulan pada 2009 itu menyebabkan kita dapat menutup sembilan bulan penguncupan yang agak ketara yang jarang kita alami sebelum pada ini dan kalau kita lihat bahawa laporan pihak Bank Negara sendiri telah mencatatkan bahawa berlaku juga penurunan ataupun kejatuhan yang ketara dalam rizab termasuk rizab antarabangsa dan di antara fakta yang diberikan juga bahawa berlaku kejatuhan dalam rizab antarabangsa kita hampir-hampir 50% iaitu melibatkan bahawa sebahagian besar daripada nilai rizab yang tersimpan yang dipunyai oleh sebahagiannya juga oleh pelabur-pelabur asing telah dikeluarkan dan ini diberi sendiri oleh jawapan yang diedarkan kepada saya.

Saya nak bertanya kepada pihak menteri, apakah imbangan kita antara peristiwa yang significant membawa kepada pertumbuhan yang positif dengan peristiwa yang berlaku, kejatuhan rizab yang begitu besar iaitu 50% dalam kedudukan rizab antarabangsa kita. Saya minta penjelasan. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh sekali menteri? Dalam hal yang sama sehubungan dengan perkara tersebut di mana dikatakan sebagai surplus dalam dagangan itu tidak refleks dalam foreign reserve itu juga diuar- uarkan seterusnya adalah kerana yang dikatakan dual fiscal injection dalam dua pakej rangsangan itu dan saya membaca daripada titah Tuanku juga telah disebutkan dalam noktah kelima, RM67 bilion dibelanjakan. Saya pasti ini adalah tidak benar kerana saya menekuni perkara ini dan mendapat hanya RM16.7 bilion sahaja yang dibelanjakan dengan RM13.4 bilion dibayar. Dalam Laporan Ekonomi 2009-2010, Kementerian Kewangan sendiri di muka surat tiga disebutkan bahawa perbelanjaan yang dibuat daripada RM67 bilion peruntukan itu hanyalah RM8.2 bilion.

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Nyata bahawa apa yang dikatakan sebagai technically out of the recession dalam suku yang terakhir itu adalah bukan kerana rangsangan fiskal itu tetapi lebih daripada permintaan global yang sememangnya ketika itu meningkat. Itu perkara yang saya minta penjelasan daripada menteri. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya kita mempunyai beberapa faktor yang membolehkan negara kita pulih daripada segi pertumbuhan ekonomi dan pencapaian kita pada suku tahun keempat, 4.5%. Kita mesti terima hakikat bahawa daripada segi micro economic fundamental dengan izin, negara kita kukuh daripada segi sektor kewangan kita mempunyai loan deposit ratio yang 70% itu dikira tidak ada masalah daripada sektor itu kalau berbanding dengan Amerika Syarikat sekarang ini 700 kepada bank. Jadi Amerika Syarikat berhadapan dengan masalah dan daripada segi aset bank yang bermasalah sekarang ini adalah USD500 bilion. Kita tidak ada masalah itu.

Kedua, seperti mana Yang Berhormat nyatakan, pemulihan perdagangan kita yang menguncup bagi seluruh tahun 2009 lebih kurang negatif 16% tapi pada suku tahun keempat ada pemulihan eksport negara kita dan sekarang kita dapati bahawa ada peningkatan eksport.

Kemudian, daripada segi pakej rangsangan. Cuba kita bayangkan kalau tidak ada pakej rangsangan, ekonomi kita akan jatuh lebih teruk. Dengan adanya pakej rangsangan tersebut, maka ia membantu untuk memulihkan ekonomi. Pakej rangsangan ini terbahagi kepada dua bahagian. Satu daripada segi fiskal perbelanjaan untuk projek-projek, yang ini berjumlah lebih kurang RM22 bilion.

Satu bawah pakej pertama, satu bawah pakej kedua dan sebahagian daripadanya di bawah pakej kedua akan dibelanjakan pada tahun ini dalam lingkungan lebih kurang RM5 bilion...

final • 4:10 PM

Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Yang lainnya dalam pelbagai bentuk. Salah satu dalam bentuk kita mengadakan skim jaminan kepada pinjaman daripada usahawan bagi tujuan untuk meminjam bagi pusingan modal syarikat. Mula-mula RM5 bilion dan kita tambahkan kepada RM7.5 bilion dan satu lagi untuk restructuring, dengan izin, of companies yang mana kita bagi RM5 bilion kemudian penggunaannya agak rendah, kemudian kita pindahkan kepada untuk tujuan working capital, dengan izin.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Kemudian kita ada skim latihan dan pelbagai program yang ada. Saya tidak sempat untuk membentangkannya di sini dari segi pencapaian Pakej Rangsangan Pertama dan Kedua, tetapi saya ingin nyatakan bahawa dalam pelaksanaan Pakej Rangsangan Pertama dan Kedua mengapa ia efisien. Ini kerana kita telah mewujudkan project management unit yang memantau setiap minggu pelaksanaan tersebut. Oleh sebab kejayaan project management unit tersebut di dalam Belanjawan 2010, kita telah menggunakan project management unit ini untuk membuat pemantauan pula ke atas pencapaian Belanjawan 2010.

Yang kedua...

final • 4:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Nanti Yang Berhormat, biar saya habiskan dahulu. Yang kedua Yang Berhormat, bercakap tentang soal reserve tadi, saya ada statistik Yang Berhormat yang saya terima

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

daripada Bank Negara. Memang betul bahawa terdapat outflow modal daripada negara kita iaitu pada separuh tahun kedua sebanyak RM88.5 bilion.

Pada separuh tahun 2009 - RM22.1 bilion. Ini kerana ianya adalah jelas, ada berbagai-bagai sebab. Sesetengah pelabur - pelaburannya di Amerika Syarikat, Eropah dan di berbagai-bagai negara berhadapan dengan kesukaran.

Jadi dipindahkan dana ini untuk tutup permasalahan di sana. Kemudiannya yang kedua, dalam situasi krisis ekonomi biasanya individu akan keluar daripada pelaburannya kerana mereka bimbang pelaburannya itu akan berhadapan dengan masalah.

Di dalam suku separuh tahun kedua tahun 2009, terdapat lebihan kemasukan dana ke negara kita iaitu RM22.9 bilion pula. Maknanya kalau tadi adalah net outflow - dalam dua separuh tahun daripada pertengahan tahun 2008 sehingga kepada separuh masa pertama tahun 2009, separuh masa kedua net inflow – surplus pula kepada negara kita.

Ini adalah antara sebabnya kerana keyakinan pelabur kepada Asia sebagai destinasi pelaburan yang menarik itu telah membuatkan dana berpindah ke Asia dan sebahagiannya telah kita peroleh. Maka dengan sebab itu, separuh masa kedua kita mendapat kedudukan yang positif. Apabila berlaku pengeluaran yang banyak, dengan itu tentulah rizab kita akan terjejas. Saya tidak mempunyai statistik di sini, tetapi saya tidak percaya sampai 50% foreign exchange reserve negara kita turun begitu - tidak sampai begitu.

final • 4:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi saya cuma hendak membuat penelitian yang lebih tepat sedikit berkenaan dengan angka tersebut. Saya tidak nafikan bahawa suku terakhir itu memang ada perkembangan. Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh pihak UBS Investment Research yang dengan terang mengatakan bahawa jumlah kejatuhan dalam rizab antarabangsa milik negara kita berjumlah RM354.3 bilion. Ini juga tercatat bersama dengan jumlah terkumpul rizab negara bersekali dengan kedudukan SDR dan sebagainya yang juga dibuat ataupun dilaporkan dalam kandungan keseluruhannya oleh pihak Bank Negara kita.

Persoalannya sekarang, walaupun jumlahnya menghampiri 50% dalam kejatuhan rizab tetapi apabila laporan ini dikeluarkan oleh satu institusi kajian berkenaan ekonomi yang agak prudential sifatnya, maka menjadi tanggungjawab kita kerajaan untuk sama ada melihat angka tersebut memberi faedah perkembangan ataupun pembangunan kepada kita ataupun laporan itu mempengaruhi sentimen pasaran terbuka untuk menggalakkan capital outflow tadi.

Di dalam laporan yang disebutkan kalau diambil kira secara mikronya, ia melihat menjadi faktor mempengaruhi kepada kejatuhan itu sendiri ataupun kerajaan kita mempunyai pilihan untuk menafikan ataupun meneliti ataupun memberi ulasan yang barangkali meneutralkan semula laporan ataupun edaran berkenaan dengan angka dan peratusan yang diberi oleh pihak UBS Investment Research. Ini kerana saya merasakan kepada institusi pelaburan asing, laporan ini juga dianggap berpengaruh. Apakah pendirian Kerajaan Malaysia berkenaan dengan laporan ini? Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mana-mana laporan yang kita terima, kita memberi perhatian yang berat. Malah untuk makluman Yang

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Berhormat, semasa Asian Financial Forum di Hong Kong saya sendiri pergi ke pejabat UBS. Kita berbincang beberapa isu dan sebenarnya saya boleh rasa kagum apabila UBS menunjukkan satu kajian komparatif beberapa negara Malaysia dan pelbagai negara dari segi faktor-faktor kekuatan - dari segi climate, dengan izin, pelaburan di negara kita. Kedudukan kita begitu tinggi.

Itulah sebabnya kalau kita ambil kira laporan UBS - statistik menunjukkan bahawa separuh masa kedua tahun 2008 memang berlaku pengeluaran. Separuh masa pertama tahun 2009, berlaku pengeluaran tetapi separuh masa kedua selepas berlaku kejatuhan ada kemasukan yang begitu banyak...

final • 4:20 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Jadi bermakna bahawa sumber pelaburan, dana pelaburan ini telah masuk ke negara kita. Kalau katalah keadaannya sekarang separuh masa kedua tahun 2009 masih lagi kedudukannya negatif bagi kita, jadi perkara ini tentu akan memeranjatkan kita.

Akan tetapi keadaannya sekarang sudah positif. Maknanya bahawa kita telah mampu untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ekonomi kita telah pulih dan pelaburan ini telah masuk.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Minta penjelasan...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada tiga orang Yang Berhormat. Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Puchong.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Mula-mula bagi Yang Berhormat Klang....

final • 4:20 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya begitu tertarik hati mengenai isu net outflow yang telah dibincangkan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu khususnya mengenai net outflow of investments yang saya fikir adalah penting untuk negara kita. Didapati bahawa pada tahun 2009 - tahun 2007 minta maaf, sebanyak RM9 bilion telah keluar daripada Malaysia, tahun 2008 sebanyak RM26 bilion telah keluar dan untuk sembilan pertama bagi tahun 2009 didapati net outflow investments adalah lebih kurang RM14 bilion.

Kalau kita jumlah ketiga-tiga angka ini, kita dapati bahawa dalam 33 bulan kita dapati bahawa lebih kurang RM50 bilion telah keluar daripada Malaysia – net outflow investments. Apa yang anehnya itu, di dalam net outflow investments bukan foreign indirect investments, tetapi investments usahawan-usahawan dari Malaysia sendiri.

Adakah ini merupakan satu gambaran yang tidak begitu baik untuk Malaysia ataupun mereka tidak ada kepercayaan mengenai ekonomi Malaysia? Ini termasuk kepimpinan yang ada pada masa sekarang ataupun mereka fikir bahawa pada masa ini mereka tidak dapat membuat kekayaan dalam negara? They were unable to create wealth in the nation because they were unable to access the productive capacity in the country or there is no productive capacity in the country, dengan izin maka mereka terpaksa pergi ke negara-negara lain.

Kalau kita nampak jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Yang Berhormat Lipis pada 25 Mac 2010 iaitu beberapa hari yang

final • 4:20 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

lalu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang agree bahawa kita terkebelakang daripada negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Singapura dalam perusahaan human resources khususnya dalam isu produktiviti dan juga mengenai R&D. Jadi adakah ini merupakan satu halangan kepada ekonomi Malaysia tumbuh balik seperti dahulu? Minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri boleh bagi ketiga-tiga sekali? Yang Berhormat Taiping.

Ya...

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat, ya?

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ya. Berkaitan dengan outflow of FDI, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, salah satu cabaran dan pancaroba yang sedang dihadapi oleh negara Malaysia adalah hutang ledakan - hutang negara yang semakin menggunung. Saya dapat perangkaan pada tahun 1997, hutang negara hanya RM90 bilion.

final • 4:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Dalam tempoh sepuluh tahun, ia meningkat 400% sehingga RM306.5 bilion. Tahun lepas ia meningkat lagi sehingga RM365.2 bilion. Jika dibahagikan dengan setiap anak Malaysia, setiap rakyat terpaksa menanggung hutang lebih kurang RM15 ribu setiap orang. Saya hendak tanya dan saya baru mendapat statistik daripada Bank Negara dan hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah benar Bank Negara akan lagi mengeluarkan bon sehingga tempoh 2032 dan apakah rancangan Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan hutang negara kerana kini paras hutang negara telah melebihi paras keselamatan iaitu tahap 52.4% daripada GDP.

International benchmark yang ditetapkan adalah hutang negara tidak boleh melebihi 50% daripada hutang negara tetapi kini tanah air kita tengah dalam kemelut dan juga kekhuatiran yang amat sangat kerana ledakan hutang negara yang semakin menggunung ini dan saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan satu jawapan yang menyeluruh di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Puchong.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Tadi saya dengar Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa apabila satu laporan diterima maka kebiasaannya kementerian akan mengambil berat berkenaan dengan laporan tersebut dan tindakan akan diambil.

Adakah Yang Berhormat Menteri pasti bahawa keyakinan, bukan sahaja rakyat tetapi orang luar negara dengan Kementerian Kewangan itu satu perkara yang cukup serius.

Beberapa bulan yang lalu, ada satu laporan yang menyatakan seorang Menteri ataupun seorang political secretary kepada seorang Menteri telah pun ditangkap dengan jumlah wang yang besar bersama dia. Ada yang menyatakan

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

bahawa political secretary ini adalah political secretary kepada salah seorang Menteri Kewangan. Saya hendak tahu sama ada satu tindakan ataupun satu kajian telah pun diambil oleh kementerian berkenaan dengan allegation ini dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian dan khususnya kita ingin tahu manakah datangnya wang itu? Kepunyaan siapakah wang itu? Adakah unsur-unsur rasuah di sini apabila wang itu digunakan untuk perkara-perkara yang luar daripada batasan apa yang disahkan ataupun boleh digunakan daripada kementerian. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebelum Menteri menjawab, saya hendak...

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya sambung sedikit?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya hendak peringatkan dahulu, Yang Berhormat ya. Kita dalam tiga hari ini kalau kita tiap-tiap malam sampai pukul 10.30 malam – 28 jam 30 minit. Pagi tadi kita sudah satu kementerian, dua jam. Jadi kita tinggal hanya satu jam satu kementerian. Secara realitinya kalau kita berterusan begini, Yang Berhormat, tidak mungkin satu kementerian boleh satu jam. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali Yang Berhormat Klang menyentuh mengenai dengan kedudukan negara secara komparatif dengan negara-negara lain. Saya bersetuju pandangan Yang Berhormat yang mencerminkan apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, antara negara kita dengan negara Korea, Taiwan dan beberapa negara bahawa kita ke belakang dari segi sumber manusia, kualiti sumber manusia, dari segi R&D dan sebagainya.

Itu sebab yang sekarang ini kita bercakap soal negara kita, trap in the middle of income economy. Justeru itulah kita telah buat kajian bagaimana kita hendak melakukan transformasi ekonomi negara kita dan pada hari ini di invest Malaysia, MEEC mengemukakan laporan yang kita buat tentang New Economic Model yang nanti akan dikemukakan untuk mendapat pandangan daripada semua pihak sebelum ia menjadi satu laporan untuk melaksanakan transformasi negara kita.

Kedua, Yang Berhormat Taiping menyentuh tentang hutang negara.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum habis, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Biar saya jawab tentang hutang negara. Tuan Yang di-Pertua, isu ini tidak dibincangkan dalam perbahasan. Oleh itu saya tidak mempunyai statistik untuk saya jawab secara tepat berapakah pertambahan tetapi saya boleh memberi makluman secara umum. Apa yang berlaku di negara kita, apabila ekonomi kita pulih sebelum tahun 2008, 2009, kita telah unjurkan supaya defisit negara kita kurang.

Defisit bermaksud kita akan membuat pinjaman untuk kita membelanjakan bagi tujuan belanjawan tetapi oleh kerana ekonomi dunia, bukan ekonomi negara kita, seluruh dunia berhadapan dengan krisis ekonomi, maka kita kena melaksanakan belanjawan secara defisit dan tidak secara yang kita rancang awal untuk kita mula

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

membuat penjadualan, mengurangkan defisit, kemudian kita akan ada seimbang.

Ini tidak dapat berlaku kerana situasi itu.

Akan tetapi kalau kita bandingkan dengan negara lain, sekarang ini satu terminologi dipanggil sebagai PIGS, negara-negara Portugal, Ireland, Greece dan juga Spain, mereka berhadapan dengan permasalahan yang besar kerana defisit mereka besar. Amerika sendiri, defisit besar, hutang besar. Akan tetapi apa yang boleh saya nyatakan dalam konteks kita mengurus hutang negara, hutang kita sebahagian besarnya adalah hutang daripada domestik, bukan daripada luar negara. Itu yang kita rasa mudah hendak kita mengurus hutang kita.

Kalau dari luar negara, ia akan jadi lebih sukar. Ia tertakluk kepada foreign exchange risk. Kemudian jikalau katalah kita perlukan kepada restructuring pinjaman tersebut tidak dapat dilaksanakan dan oleh kerana kita buat dalaman, ia memudahkan kita.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Jadi seperti mana Yang Berhormat nyatakan tadi, saya jelaskan, saya tidak mempunyai statistik untuk saya buat tabulation untuk berbincang dengan lebih terperinci oleh kerana isu ini tidak dibangkitkan dalam perbahasan.

final • 4:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Boleh Menteri beritahu Dewan, apa rancangan Malaysia untuk selesaikan hutang.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Ya, ya. Dari segi rancangan kita, kita akan kurangkan defisit. Itu sebab kita lihat pada tahun lalu defisit kita mula-mula 7.6% tetapi akhirnya pencapaian kita 7% dan tahun ini kita lihat kepada 5.4%. Apa yang kita lakukan dari segi operating expenditure, kita telah mengadakan perbincangan dengan kementerian bahawa sudah tiba ketika dan waktunya supaya...

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Nanti dahulu, Yang Berhormat, duduk. Nanti saya panggil. Kita sudah tiba waktunya bahawa kita mesti berbelanja secara berhemah. Umpamanya Menteri pergi luar negara.

Sekarang ini 1 plus 2, kalau dahulu 1 plus 10, plus 20. Itu caranya. Malah sekarang kalau kita bincang secara bilateral dengan negara lain, katalah dalam mesyuarat IMF-World Bank, kadang-kadang kita buat one-to-one meeting.

Kemudian ada beberapa cara yang kita lihat akhirnya berlaku sekarang dari segi outcome nya, sama atau lebih daripada itu tetapi perbelanjaannya kurang. Ini yang sedang kita lakukan supaya kita berbelanja secara yang kurang.

Kemudian kita lihat dalam konteks – akan saya jawab nanti dan saya jawab tadi tentang subsidi kita. Cuba kita bayangkan dari segi subsidi bantuan langsung dan tidak langsung, jumlahnya lebih kurang RM73 bilion. Kalau kita lihat dalam konteks the circular flow of income sebagai penilaian ekonomi, di sini kerajaan mempunyai pendapatan. RM73 bilion pergi kepada subsidi, bantuan langsung dan tidak langsung dan cuba kita bayangkan dari segi circular flow of income, kalau kita dapat kurangkan di sini, yang tadi dan kita turunkan balik kepada OPEC dan CAPEX ke arah untuk pelaburan yang produktif, the size of the Malaysian economy, dengan izin, akan berkembang velocity nya dengan lemah.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Bermakna kita melihat secara yang komprehensif apa yang harus kita buat. Itu sebab kita dengar ada lap dan sebagainya.

Yang Berhormat dari Puchong membangkitkan tentang kes, kes ini ialah kes di bawah pihak polis dan SPRM. Itu akan diambil tindakan oleh mereka. Akan tetapi dalam konteks kita hendak memahami...

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tunggu, tunggu, Yang Berhormat. Saya tidak suka tengok berdiri. Saya akan panggil Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sebenarnya mengikut peraturan 37, saya pun sebenar kadang- kadang sudah bosan hendak beritahu. Peraturan Mesyuarat 37 kalau yang bercakap tidak memberi laluan kita perlu duduk semula Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Kita melihat kepada bagaimanakah cara kita supaya jangan ada loopholes dari segi pelaksanaan belanjawan kita yang membolehkan individu hendak melakukan rasuah. Jadi apa yang kita hendak buat, pertama kita melakukan tender terbuka.

Keduanya, kita mewujudkan Jawatankuasa Perolehan Pertama yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan I, bagi projek-projek yang nilai tender terbukanya lebih RM150 juta dan satu jawatankuasa ada.

Kemudiannya yang bawah itu Jawatankuasa Perolehan Kedua, yang itu dipengerusikan oleh saya dan satu jawatankuasa. Jadi proses itu adalah satu proses yang transparent dan insya-Allah lagi sehari dua ini, kita akan lancarkan satu portal kita di mana kelulusan tender kita akan kita kemukakan di dalam ini.

Jadi dengan cara itu, proses di dalam transaction sesatu projek itu akan menyukarkan individu untuk mengambil keuntungan. Itu yang kita lakukan sekarang...

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh?

final • 4:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Boleh tanya sedikit?

Tentang subsidi itu sahaja.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Subsidi telah lepas Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Isu-isu yang dibangkitkan oleh saya Menteri adalah ini, adakah Menteri setuju itu adalah satu setiausaha politik kepada Kementerian Kewangan? Itu yang pertama. Keduanya adakah beliau employee official from Ministry of Finance? Ketiganya, kalau betul adakah beliau diambil tindakan oleh Kementerian Kewangan? Itu yang saya hendak tahu. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya sambung sedikit Menteri?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jasin.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Jasin.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Nanti saya beri Yang Berhormat. Pertama sekali ialah beliau adalah setiausaha politik kepada

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

bekas Menteri Kewangan. Kalau kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan, sudah saya pula. Kedua, beliau sudah berhenti kerja. Ketiganya beliau dalam tindakan pihak polis dan SPRM. Saya percaya beliau akan dibawa ke mahkamah.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih, hanya di situ kalau boleh.

final • 4:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Boleh tumpang?

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Hanya berkenaan dengan bila Yang Berhormat Menteri kata bahawa beliau telah diberhentikan kerja. Saya hendak tahu adakah satu inquiry ataupun siasatan diadakan sebelum beliau diberhentikan kerja?... [Dewan riuh] Oleh kerana kalau kita berhentikan kerja seseorang itu, kita mesti ada satu siasatan. Tidak akan kita boleh berhentikan kerja seseorang itu tanpa sebarang siasatan. Itu yang pertama, dan kalau ada siasatan saya hendak tahu apa hasil siasatan itu? Siapa itu dan sebagainya.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Saya tidak terlibat dan ini bukan dalam kementerian saya dan peletakan jawatan itu saya pun tidak tahu apa asasnya. Akan tetapi yang utamanya bahawa pihak polis telah mengambil siasatan dan telah menjumpai wang dan tindakan itu diambil oleh pihak polis. Itu adalah satu tindakan yang besar yang dilakukan oleh pihak polis.

Kalau pada polis, SPRM pun kita tidak percaya pada tindakan jadi pada siapa lagi kita hendak percaya untuk ambil tindakan?

final • 4:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri yang telah dapat memberikan penerangan kepada kita terutamanya tentang kewangan dan tentang outflow yang banyak telah dibahaskan. Saya lihat perbahasan outflow ini telah banyak mengelirukan kita.

Outflow ini ada dua komponen. Pertamanya, wang yang keluar dan yang dibawa balik oleh pelabur-pelabur kita. Kalau kita bersedia menerima FDI kita juga mesti bersedia menerima kalau orang yang melabur dalam negara kita untuk membawa wang ini keluar.

Komponen kedua adalah reverse investment, maknanya syarikat-syarikat tempatan yang melabur ke luar negara seperti Petronas, SimeDarby dan YTL.

Pelaburan ini adalah sangat menguntungkan negara kerana apa juga keuntungan akan dibawa balik ke dalam negara. Jadi kesannya saya hendak tanya kepada Menteri, apakah sebenarnya peratusan di antara kedua-kedua komponen iaitu komponen pertama dan komponen kedua? Apakah kesannya kepada KNK ataupun GNP kita? Keduanya, kerajaan dilihat mengurangkan bajet sebanyak 15% untuk tahun 2010 berbanding tahun 2009 kerana untuk mengecilkan defisit kerajaan.

Dalam konteks ini kerajaan juga terlalu berhati-hati untuk berbelanja sehinggakan menyebabkan projek infrastruktur asas pun kita masih belum bermula. Sekarang saya hendak tanya Menteri apakah kesannya kepada sasaran kita untuk tumbuh 5% pada tahun 2010 dan apakah kesannya nanti, pada tahun ini 2010 kita mempunyai pakej rangsangan yang sebenarnya banyak membantu kita. Pada tahun hadapan kita tidak ada lagi pakej rangsangan, apakah sebenarnya perancangan kerajaan ke arah itu? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, kalau boleh saya sambung sedikit sahaja.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Satu lagi.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Untuk Menteri terus menjawab, berhubung dengan perkara yang sama. Hari ini kita sangat-sangat memerlukan apa jua dana yang ada kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh berbelanja sebesar dahulu. Disebutkan sebentar tadi dan mengikut laporan Kementerian Kewangan sendiri, hutang Kerajaan Pusat sahaja 365 bersamaan dengan 52.5 KDNK. Maka hari ini Model Ekonomi Baru mengharapkan pacuan, growth ataupun pertumbuhan adalah daripada private investment ataupun pelaburan pihak swasta.

Pelaburan pihak swasta ada dua komponen, pertama tempatan dan yang kedua adalah dari luar. Sama ada pelaburan langsung FDI ataupun yang bersifat portfolio for money. Persoalannya sekarang ini, reverse flow itu baik YTL spending RM9.2 bilion last year, outside, property dengan IPP. Begitu juga dengan yang lain, our GLC. Persoalannya kita sangat-sangat memerlukan dalam ketidaktentuan pertumbuhan hari ini untuk memacu pertumbuhan kita sendiri dan we are not of the wood, dengan izin. Kita belum lagi keluar, kita baru only technically out of recession dan suasananya belum begitu jelas.

Sama ada permintaan global ini akan terus mengembang seperti ini maka persoalan hari ini dalam Model Ekonomi Baru kita sudah tidak boleh lagi berharap dan bergantung harap kepada FDI. Di sini juga kalau Menteri jelaskan national saving kita besar tetapi kalau kita lihat dari sudut keyakinan untuk melabur itu ada jarak, mismatch and there is disparity here. Jadi kesemua perkara ini menyaksikan satu ketidaktentuan dalam management of our fiscal sama ada khususnya fiskal dan juga – hari ini kita bercakap juga berkaitan dengan monetary normalization.

Kesemua perkara ini Menteri, kalau boleh digarap sekali dalam jawapan itu.

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail Indera Mahkota]

Sekali, sebab tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tidak ada data berkenaan dengan hutang kerajaan Malaysia.

Pada penutup sesi yang lepas saya telah ditegur oleh Tuan Yang di-Pertua, mengatakan bahawa kita tidak perlu untuk merujuk kepada lampiran yang diberi dalam Anggaran Belanjawan Persekutuan tahun 2010 pada sesi yang lepas.

Akan tetapi sebenarnya pada muka surat 20 ini memang ada tercatat jumlah hutang kerajaan Malaysia untuk sepanjang tahun 2009. Kalau mengikut dokumen yang diedarkan kepada kita, tercacat dengan jelas hutang kerajaan Malaysia luar dan dalam negeri berjumlah RM375.673 bilion. Daripada jumlah tersebut tadi memang benar sebahagian besarnya adalah hutang dalam negara.

Akan tetapi jawapan yang saya terima dua hari yang lepas mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah tidak lagi meminjam daripada pinjaman luar untuk enam tahun berturut-turut. Ini yang saya sebenarnya bangun untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada pihak Menteri kerana jawapan yang diberi ataupun yang diedarkan kepada saya secara bertulis, dengan terang menegaskan bahawa kerajaan Malaysia memang telah tidak lagi berhutang dengan pihak luar untuk enam tahun berturut-turut. Termasuk pada tahun ini dan kerajaan bercadang untuk mengekalkan rekod tahun ketujuh.

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail Indera Mahkota]

Saya hendak tanya pendirian ini sama ada benar ataupun tidak sebab hendak saya bandingkan ataupun hendak saya justifikasikan dengan laporan yang diedarkan pada semua Ahli Dewan dalam buku ini. Sekiranya benar tahniah, tetapi sekiranya ada discrepancy dalam kertas jawapan tersebut, saya juga hendak tahu bagaimanakah perancangan kita untuk melunaskan hutang sebahagian lagi yang terbaki, sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat Taiping tadi. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, satu soalan sahaja.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya hendak ingatkan. Bagi soalan, Yang Berhormat, tidak payah bagi tahniah dan semua itu. Tidak payahlah.

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya tidak ucap tahniah, Tuan Yang di-Pertua. Tidak mengapa. Soalan saya ialah satu ciri ataupun satu marker yang menjadi ukuran untuk pertumbuhan ekonomi ialah perbelanjaan golongan usahawan. Khususnya usahawan apabila mereka nampak permintaan naik dalam mana-mana pasaran mereka, maka mereka akan beli intermediate capital goods seperti jentera-jentera, mesin dan sebagainya untuk menambah tinggikan produktiviti ataupun production mereka. Akan tetapi menurut Bank Negara Malaysia dalam buletin mereka yang terbaru didapati bahawa pihak usahawan ini tidak. Saya ulangi, tidak membuat perbelanjaan baru untuk membeli mesin-mesin ataupun jentera-jentera lain untuk meningkatkan production mereka. Bukankah ini merupakan bahawa golongan usahawan kita di Malaysia ini tidak nampak pertumbuhan ekonomi akan berlaku di Malaysia. Soalan pertama.

Soalan kedua berkait dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor mengatakan bahawa, we are out of the worst. Akan tetapi pada pandangan saya we are not out of the worst. Itu adalah pandangan yang betul sebab sebanyak 1.7% economy growth yang kita dapati sekarang - kalau kita nampak pada tahun 2009 sebenarnya kita masih dalam negatif. Hanya dalam penggal empat tahun 2009 kita dapati positive growth iaitu 4.5%. Akan tetapi untuk keseluruhan tahun 2009 kita masih dalam territory negative 1.7% walaupun saya terima bahawa eksport telah naik. Akan tetapi walaupun eksport telah naik seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah oleh kerana injection of money through pakej perangsang dan sebagainya bukan sahaja oleh Malaysia tetapi oleh negara-negara lain juga seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan sebagainya. We will come only out of the worst dalam penggal kedua when we know that this growth that we are saying is sustainable. So, bagaimana kita hendak ensure bahawa growth yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sebagai is actually too little sustainable dan apakah peranan NAM yang telah diumumkan pada pagi ini membawakan satu peranan baru untuk create confidence dalam ekonomi Malaysia dan negara Malaysia. Minta penjelasan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh, one question?

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Biar saya dulu.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Soalan yang tidak dibangkit dalam perbahasan boleh, ada opsyen tidak boleh dibayar – jawab pun.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tidak payah.

Tidak payah bayar balik, ya.

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya telah bangkit isu...

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Yang Berhormat Jasin telah menyentuh tentang soal syarikat Malaysia melabur di luar dan ia memberi kebaikan juga kepada negara, dan berapakah sumbangannya kepada KDNK. Ini saya tidak mempunyai statistik. Dari segi pelaburan beberapa syarikat yang kita lihat, sesetengah syarikat tersebut telah pun mempunyai pelaburan dalam negara yang sudah kukuh, dengan izin, it is only a natural process, yang mereka mengembangkan perniagaan dan di mana. Mereka akan mencari di pasaran-pasaran lain. Kalau kita lihat ini berlaku di negara-negara Barat. Itulah sebabnya kita dapat melihat banyak syarikat negara Barat sekarang melabur di negara-negara di Asia. It’s a natural process. Bila kita sudah sampai kepada satu level kita akan melabur di luar negara.

Kemudian Yang Berhormat Kuala Selangor menyentuh tentang soal pelaburan swasta. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, isu pelaburan ini bukan isu Kementerian Kewangan. Ia adalah isu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bukan Kementerian Kewangan. Akan tetapi saya cuba untuk memberi jawapan oleh kerana ia ditanya kepada saya. Seperti mana yang saya nyatakan tadi model ekonomi baru kita akan tahu apabila pihak NAEC menyerahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah bentuk transformation yang perlu dibuat dan apakah bidang-bidang yang kita boleh fokus supaya wujud niche market.

Apa yang berlaku di sini, kita mahu ekonomi kita bergerak daripada ekonomi yang berteraskan kepada produk-produk yang tidak berteknologi tinggi, yang sekarang mendapat persaingan daripada negara-negara yang new emerging economy dengan izin, seperti China, Thailand, Phillipine, Indonesia dan sebagainya kepada satu bidang yang kita berteraskan kepada value added product di mana niche produk-produk tersebut.

Apa yang berlaku sekarang ini laporan yang dibuat oleh NAEC adalah laporan dia. Apabila diserahkan kepada kerajaan, kerajaan akan kemukakan untuk mendapat pandangan daripada semua pihak. Kemudian baru kita gubal suatu yang dipanggil national new economic model.

Yang Berhormat menyentuh tentang soal national saving yang tinggi. Kita salah sebuah negara yang saving nya tinggi dan kemudian Yang Berhormat mengharapkan supaya dengan tingginya saving tersebut peminjam akan ambil peluang supaya loan debt ratio kita tinggi. Saya menganggap bahawa lebih kurang 70% itu sudah memadai. Deposit kita lebih kurang RM1 trilion. Ini bermakna lebih RM700 bilion ada dalam pasaran yang dipinjam oleh usahawan-usahawan kita.

Yang Berhormat Indera Mahkota menyentuh soal hutang. Saya tadi bukan kata kita tidak boleh bincang. Maksud saya apabila ini tidak dibangkitkan dalam perbahasan. Saya tidak mendapat statistik. Saya lebih suka kalau perbincangan kita ada statistik, saya buat tabulation. Ini lebih adil kepada kita berbincang di Parlimen. Parlimen sebuah badan yang tinggi, saya ingat itu cara yang patut dilakukan. Oleh kerana tidak dibangkitkan saya bercakap secara general.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Memang betul kita tidak meminjam di pasaran antarabangsa sudah beberapa lama, sudah lima, enam tahun. Sebab itulah saiz pinjaman kita dengan pihak luar itu tidak tinggi. Tahun ini kita sedang menimbang, apakah kita akan membuat satu sovereign fund di luar negara. Tujuannya bukanlah kerana kita hendakkan duit tersebut. Kita dapati bahawa mengambil pinjaman daripada pasaran domestik ini lebih baik daripada luar negara kerana seperti yang saya katakan tadi tidak ada exchange risk, tidak ada masalah masa depan kalau perlukan penstrukturan. Akan tetapi kita mendapat pandangan daripada semua pihak. Untuk kita menarik pelaburan luar negara ke dalam negara kita, kita perlu mencetuskan satu perceptions yang very positive, dengan izin, di pasaran antarabangsa. Salah satu daripadanya adalah dengan kita create the excitement yang kita masukkan dalam pasaran pinjam beberapa, tidak banyak, kemudian daripada situ, dengan izin, it will create that excitement dalam pasaran. Akan tetapi kita belum buat kata putus mengenai perkara tersebut.

Yang Berhormat Klang menyentuh tentang ciri-ciri ekonomi. Betul, apa Yang Berhormat nyatakan itu betul dan itulah juga langkah yang dibuat oleh kerajaan. Ini bermakna apabila kita bercakap tentang pasaran dan ekonomi, ekonomi adalah pasaran, tertakluk kepada kuasa pasaran. Apabila kita bercakap tentang ekonomi tersebut yang tahu dan patut melaksanakan pembangunan ekonomi mestilah sektor swasta. Ini yang ditekankan oleh kerajaan. Itulah sebabnya sekarang ini kita mempunyai satu dasar, kita mahu supaya badan- badan milik kerajaan dan juga kerajaan ini supaya mengurangkan pegangan pelaburan. Umpamanya dalam stock market, apa yang akan dengan izin, create the excitement stock market - satu saiz stock market kita. Tahun ini kita ada banyak IPO yang akan membesarkan saiz stock market. Di samping itu di bawah Petronas ada syarikat-syarikat besar.., kita akan besarkan saiznya.

Lagi satu dari segi velocity ataupun dipanggil liquidity, the velocity of trading itu. Naik turun harga, itu yang membuatkan orang rancak memasukinya.

Jadi, dengan badan-badan kerajaan, syarikat kerajaan dan sebagainya, dia buat divesment, pergi ke tangan swasta ini akan merancakkan.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Jadi kerajaan memang mengiktiraf peranan penting pihak swasta. Kita telah ada beberapa measures dengan izin, bagaimana kita hendak melakukan pertumbuhan ekonomi. Ekonomi tahun ini mengikut secara rasmi, kerajaan unjurkan antara 4.5% hingga 5% pada tahun ini. Secara dalaman kita target 6%.

Ada inisiatif yang kita buat di mana berapa banyak pelaburan ini mesti dilabur oleh pihak swasta untuk berlaku pertumbuhan tersebut.

final • 5:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Akan tetapi malangnya, maaf Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, malangnya apabila kerajaan membuat divestment baring down in all these GLCs punya pegangan, ia tidak diambil oleh foreign investors. Akan tetapi sebaliknya diambil oleh local institutional investors yang merupakan investment am kerajaan seperti KWSP dan sebagainya. Apakah ini suatu trend yang tidak baik, Yang Berhormat Menteri?

Juga ada bercakap tentang early on yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang all of sovereign funds termasuklah Equinas sendiri, they all fully leverage, highly leverage. Contohnya, punyai modal RM5 juta, pinjam RM500 – ya kalau RM5 bilion itu kan sudah almost five thousand time, Menteri. Jadi saya rasa dalam urusan governance nya pun tidak bijak itu. Jadi kesemua ini merunsingkan kami di sebelah sinilah. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Jangan runsing Yang Berhormat. Gaji Yang Berhormat semua ada, kita boleh hidup okey. Jangan runsing... [Ketawa] Ya, ini satu faktor yang kita tidak mahu berlaku seperti tadi Yang Berhormat nyatakan tadi bila GLC jual, kemudian government institution. Ini bukan soal kita jual kepada foreigners. Kita maksudkan kita jual kepada pasaran, kepada sektor swasta sama ada private institutional investors ataupun retail investors ataupun luar negara. Perkara ini memang kita dalam perhatian. Saya ingat boleh....

final • 5:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri, boleh? Sedikit sahaja.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Banyak lagi Yang Berhormat. Okey.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini not very technical.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya saya tertarik dengan jawapan yang disebut tadi lah bahawa sekarang ini telah tiba masanya di mana kita perlu berbelanja secara berhemah ya. Saya rasa this actually, dengan izin, is the crack of the problem. Sebenarnya kalau kita lihat dari segi polisi pronouncement dan sebagainya, semua cukup cantik daripada dulu hingga ke sekarang ya. Akan tetapi masalah dari segi implementation, dari segi delivery nya, dari segi kesungguhannya dan sebagainya. Dengan wujudnya satu New Economic Model sekalipun, tetapi kalau players nya adalah sama dengan tidak adanya proper check and balances, tanpa adanya ketelusan, tanpa adanya cara-cara untuk menentukan bahawa tidak berlakunya ketirisan dan kebocoran dan sebagainya, saya cukup yakin bahawa apa sahaja dasar yang dikemukakan pasti akan gagal.

Kenyataan bahawa sekarang ini telah tiba masanya kita berbelanja dengan berhemah merupakan satu pengakuan bahawa selama ini kita berbelanja dengan cara yang tidak. Kalau itulah pengakuannya, saya tidak nampak dari segi pengukuhan institusi-institusi sampingan di dalam masyarakat yang boleh menentukan bahawa ketelusan, kebertanggungjawaban dan sebagainya akan dilaksanakan dengan baik supaya apa yang disebut secara indah tentang New Economic Model ini akan benar-benar tercapai. Ini point yang pertama.

Kedua ini tentang soal subsidi. Saya selalu melihat bahawa pihak Kerajaan Barisan Nasional menganggap bahawa subsidi ini adalah satu benda yang semestinya akan membantutkan pertumbuhan ekonomi ataupun satu istilah yang negatif dan sebagainya. Akan tetapi saya merasakan bahawa dengan adanya subsidi-subsidi tetapi yang ditujukan kepada aspek-aspek yang positif yang boleh membantu dari segi meringankan perbelanjaan rakyat jelata, yang akan membantu aktiviti ekonomi di peringkat grass root dan sebagainya, ianya merupakan satu perkara yang positif. Maka kita tidak boleh persalahkan subsidi sebagai satu faktor yang menyebabkan ekonomi kita tidak membangun ataupun membantutkan pertumbuhan ekonomi kita kecuali sekiranya subsidi-subsidi ini telah diberikan kepada sektor-sektor yang tidak betul dan hanya menguntungkan golongan-golongan yang tertentu serta tidak memberikan impetus dan rangsangan yang sepatutnya kepada ekonomi keseluruhan.

Ini kerana istilah subsidi dan istilah rangsangan ini pun sebenarnya boleh dianggap interchangeable yang mana kita berikan bantuan dari satu sudut, ia akan memberikan sumbangan ataupun galakan untuk pertumbuhan ekonomi berlaku.

Lalu di sini ingin kalau bolehlah perlu diadakan selain daripada soal satu polisi yang indah, yang tercatat dengan baik dan sebagainya, satu pengakuan bahawa

final • 5:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

kesilapan-kesilapan yang lepas tidak akan berlaku lagi dengan adanya usaha- usaha sampingan yang akan menghalang berlakunya ketirisan dan kebocoran yang disebut sebanyak RM28 bilion seperti mana yang dinyatakan di dalam laporan Ketua Audit Negara. Ini merupakan perkara-perkara yang cukup penting sekali ya. Ada tiga point itu, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh juga komen tentang perkara itu.

final • 5:00 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sedikit sahaja saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya sedikit tentang tadi Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau ada sedikit, saya mintalah, jangan sedikit sahaja tetapi panjang pertanyaan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tidak, memang betul saya sedikit. Betul. Saya hendak bertanya tentang angka ini, Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan subsidi adalah sebanyak RM73 bilion tetapi dalam Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong muka surat 4 mengatakan, “...Pelbagai subsidi bagi meringankan bebanan rakyat. Pada tahun 2009 sahaja sebanyak RM24.5 bilion...” Jadi saya hendak tahu sebenarnya angka yang mana yang lebih tepat?

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat, memang cukup sedikit... [Ketawa]

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, apa yang Yang Berhormat Titiwangsa nyata tadi subsidi, itu sebab saya beri tadi, caption saya besar ya. Saya kata subsidi, bantuan, bantuan tidak langsung. Caption itu besar. Jadi Yang Berhormat perlu faham di situ.

Yang Berhormat dari Kuala Selangor sudah. Yang Berhormat Shah Alam tadi menyentuh mengenai dengan soal belanja berhemah. Saya sudah sentuh perkara ini. Apabila kita ada portal kita, kita ada website kita, kita akan pamerkan kontrak siapa yang dapat. Itu membuktikan bahawa kita pentingkan kepada konteks, sistem value for money. Malah dalam perbincangan kita sekarang di dalam Kementerian Kewangan mahupun dalam kabinet, kita telah ada satu pioneer project dipanggil sebagai value management. Kita sudah melaksanakan berbagai-bagai projek bagaimana value management dapat mengurangkan kos bagi perlaksanaan sesuatu projek.

Kemudian Yang Berhormat menyentuh tentang subsidi. Betul, kita ada subsidi positif, pelbagai. Itu sebabnya subsidi ini dikaji melalui lab. Kerajaan tidak berburu-buru apakah langkah yang hendak dibuat melalui dengan subsidi tersebut. Kemudian Yang Berhormat ada menyentuh tentang RM28 bilion. Saya kaji di dalam laporan Ketua Audit Negara, saya tidak nampak Yang Berhormat ada satu kebocoran RM28 bilion, secara betul saya cakap. Dia ada dua agensi yang belanjanya besar, itu dua sahaja, bukannya sampai RM28 bilion. Saya cuba buat analisa secara mathematical, pertama kita ambil kita punya peruntukan 2010, operating expenditure RM138 bilion, kita katakanlah ya, kita ambil itu.

Saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat bahawa 70% ini adalah perbelanjaan tetap untuk bayar gaji dan sebagainya. Jadi kalau kita ambil RM138 bilion kali dengan 0.3, tinggal RM40 bilion lagi ya. Kemudian development expenditure 51%, maknanya dalam RM90 bilion tersebut, hendak berlaku kebocoran sebanyak RM28 bilion itu tidak mungkin berlaku. Saya secara mathematical begitu sahaja.

final • 5:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Sekejap Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Jadi, kalau ada Yang Berhormat tengok dalam laporan Ketua Audit Negara tunjuk di hadapan saya ada RM28 bilion, then I will accept.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Okay, I will show it to you.

final • 5:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Saya ingat RM28 bilion ini...

final • 5:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak beri kenyataan sedikit sahaja.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Okey, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya, jumlah RM28 bilion ini Yang Berhormat Menteri mula ditulis oleh sebuah surat khabar apabila surat khabar tersebut menganalisis tentang kenyataan-kenyataan yang terkandung di dalam Auditor’s General Report. Jadi, surat khabar tersebut memberi pandangan kalau begini berlakunya mungkin sampai ke RM28 bilion dan inilah yang dicanang-canangkan oleh pembangkang setiap malam dalam ceramah. Oleh sebab itu mereka tidak boleh membuktikan RM28 bilion ini dan saya minta kalau perlu Yang Berhormat Menteri minta penjelasan daripada surat khabar tersebut bagaimana mereka boleh mendapatkan RM28 bilion ini.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, badan ini adalah badan tertinggi. Badan ini ada maruah. Dalam standing order kita, apabila kita berbincang kita tidak boleh gunakan kenyataan daripada akhbar sebagai satu yang sah dan ini dijadikan sebagai bahan dalam Parlimen ini.

Jadi, ini apa yang saya rasa tidak patut berlaku di dalam Parlimen. Kemudian, Yang Berhormat tadi tanya tentang...

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Maaf Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya sekali lagi apa yang dikatakan sebagai leakages, saya memang terbaca dalam The Edge bertarikh April 2004 menyatakan bahawa seorang pakar daripada Morgan Stanley. Maaf Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh tanya kepada Yang Berhormat Menteri sedikit - April 2004, the chief economist - Morgan Stanley yang berpusat di Singapura menyebutkan bahawa the leakages amount to hundred billion USD ataupun dengan kata lain, RM250 billion dalam masa 23 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. On average of two percent of KDNK which is about RM14 bilion setahun. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, kalau seorang juruaudit hendak buat audit, juruaudit akan buat vouching dengan izin, tiap-tiap muka surat perbelanjaan buku itu barulah ia boleh menyatakan bahawa berlaku kebocoran dalam perbelanjaan. Akan tetapi, kalau kita buat assumption Tuan Yang di-Pertua, duduk luar tengok figure two percent – bukan itu caranya kita bercakap. Oleh sebab itu saya kata bagi laporan kepada saya dan saya akan...

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, for all the failed projects, failed privatizations, IWK. Segala-galanya, kami buat semakan...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tidak mengapa. Saya tidak boleh beli. Tuan Yang di-Pertua, biar kita menilai.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya buku Barry Wain yang bertajuk The Malaysian Maverick menyatakan bahawa ketirisan semasa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad adalah lebih kurang hundred billion.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Akan tetapi, sehingga sekarang tidak ada apa-apa tindakan daripada Kerajaan Malaysia.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Yang Berhormat, itu penulis itu yang tulis. Penulis itu adakah beliau pergi buat audit di jabatan. Dari segi kewangan kita hanya boleh kata ya atau tidak jika kita telah buat audit, what is an audit? Audit apabila dibuat vouching item by item. Saya juruaudit, saya kerja librarian dulu, saya tahu. Ia bukan setakat kita buat assumption Yang Berhormat, mana boleh macam itu?

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, kalau itu benar, mungkin Kerajaan Malaysia mesti mengambil tindakan. Respond to the issue. We sue them for misleading.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Okey.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Cukuplah Yang Berhormat. Saya ingat satu jam lebih dari tadi.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Saya baru enam muka surat Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya minta Yang Berhormat Menteri tidak perlu bagi laluan lagi dan jalan sahaja.

Selepas itu kalau sudah habis ucapan itu baru beri laluan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Khazanah melupuskan 12.7% pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Berhad sebanyak lima peratus pada September 2009 dan 77% pada Mac 2010. Jumlah proceeds adalah sebanyak RM577.4 juta. Ini digunakan untuk pelaburan semula dan modal kerja. Ahli Yang Berhormat juga menyentuh mengenai pampasan yang dibayar oleh PLUS. Pampasan yang dibayar adalah sebanyak RM812 juta di mana tunainya adalah sebanyak RM2.2 juta.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan sedikit.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Khazanah tidak bercadang untuk membeli PLUS kerana nilai pembelian PLUS adalah sebanyak RM9.5 bilion manakala mereka yang terlibat menggunakan lebuh raya tersebut hanya 34% daripada seluruh pengguna lebuh raya di negara ini.

Yang Berhormat Pasir Salak menyentuh tentang UDA. Penglibatan UDA dalam memperkukuhkan kedudukan bumiputera dalam konteks pemilikan rumah kedai di dalam bandar mahupun penyewaan. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa kita sedang menyusun semula UDA. UDA sebelum ini telah

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

berpindah daripada badan berkanun kepada korporat dan sekarang kita akan pindahkan semula ke badan berkanun dan kertas telah disediakan dan kita sedang menunggu kelulusan daripada jemaah menteri. Setakat ini dari segi rumah kedai yang dijual oleh UDA 60% adalah kepada bumiputera dan 40% bangunan sewa adalah untuk bumiputera. Sebelum Yang Berhormat mencelah, Tuan Yang di-Pertua ada buat ruling tadi? Tidak boleh beri bukan?

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Satu soalan sahaja.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ucapan tidak ada dalam perbahasan ada?

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ada ucapan.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya dengar cerita lain sahaja semalam?

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ada mengenai...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Okey, last.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan mengenai Malaysian Airports Authority (MAB). Yang Berhormat Menteri sedia maklum bahawa MAB ini mengawal semua airport di dalam negara dan mengutip airport tax. Kita sudah tahu AirAsia ini telah hutang airport tax beratus juta ringgit.

Selepas hutang lebih kurang seratus juta ringgit, baru-baru ini selepas lapan tahun dan dapat RM25 juta diskaun pula.

Bukankah ini satu tindakan yang menggalakkan semua airlines untuk hutang airport tax supaya mereka boleh dapat diskaun? Kedua, bagaimanakah Malaysia Airports Authority (MAB) ini boleh beri peluang kepada AirAsia sahaja untuk hutang airport tax?

Ketiga, airport tax yang dikutip bukannya semua diserah kepada MAB, ada berjuta-juta ringgit juga untuk penumpang yang tidak terbang, dengan izin, those that did not fly, airport taxnya disimpan oleh AirAsia padahal AirAsia mesti serah semua airport tax yang dikutip sama ada mereka terbang atau tidak. Dalam pandangan ini di mana AirAsia hutang airport tax ini menunjukkan bahawa AirAsia ini ada masalah kewangan.

Kita sudah nampak dalam dunia ini banyak low cost airlines telah gulung tikar. Bukannya low cost sahaja sampaikan Japanese Airlines yang satu syarikat penerbangan yang besar pun gulung tikar. Saya hendak dapatkan satu jaminan daripada Menteri Kewangan bahawa sama ada kita boleh dapat satu jaminan bahawa kerajaan tidak akan memberi apa-apa bail out kepada AirAsia kerana AirAsia sekarang ini walaupun berhutang airport tax, expansionnya dengan besar.

Boleh buat sponsor F1, football team di Amerika Syarikat sedangkan di dalam negara ini tidak boleh bayar airport tax. Saya amat khuatir sebab kalau kita bail out, kita akan gunakan wang rakyat, simple. Jangan bail out kepada AirAsia kerana AirAsia ini adalah sebuah syarikat swasta. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, saya tidak mempunyai penyata kewangan AirAsia dan tidak tahu mengenai kedudukan kewangan AirAsia. Saya boleh memberi perakuan kepada Yang Berhormat, isu bail out ini sekarang ini bukan menjadi isu utama dan lebih daripada itu saya tidak dapat beri jaminan. Kita tidak perlu soal bail out.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sama ada kerajaan akan memberi bail out kepada AirAsia jikalau mereka gulung tikar.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Saya...

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Jaminan, no bail out kepada syarikat swasta. Itu sahaja yang kita perlu dan saya tidak akan bangkit lagi.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Pandangan Yang Berhormat itu saya pegang.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini bermakna bahawa kerajaan hendak buat satu bail out terhadap AirAsia kah?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Kita tidak fikir atau tidak pernah bercakap soal build up. Sekarang ini tidak ada build up pun yang berlaku. Saya percaya ini tidak akan berlaku.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya. Duduklah Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Yang Berhormat Lembah Pantai menyentuh tentang Syarikat PBLT Sdn. Bhd. dan beliau mengaitkan tentang kedudukan Ketua Polis Negara sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam PBLT kita memang ada satu sit untuk Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili polis dan Ketua Polis Negara sebenarnya menggantikan Allahyarham Tan Sri Mohd Sidek untuk jawatan tersebut.

Selain daripada itu, saya ingin memberi makluman bahawa Syarikat PBLT ada 74 projek yang perlu dilaksanakan. Daripada 74 ini, 71 telah diberi tender yang mana 70 daripadanya telah diberi sehingga tahun 2009 daripada tahun 2006 – saya tidak berani cakap bila. Saya ingat kalau tidak silap tahun 2006 hingga tahun 2009, 70 telah diberikan di mana pelantikan Tan Sri Ketua Polis Negara adalah pada Oktober 2009. Ini bermakna, pemberian kontrak itu telah diberikan sebelum beliau menyertai PBLT.

Yang Berhormat Pasir Mas menyentuh mengenai soal Telekom menaja Manchester United. Ada dua kali penajaan, dua bentuk. Satu, bentuk Manchester United Asia Tour 2009. Ini untuk makluman Dewan bahawa penglibatan TM ini adalah atas dua tujuan utama. Satu dari segi pemasaran syarikat dan yang kedua dari segi pembangunan sukan.

Dari segi pemasaran, TM leverage dengan izin, di atas populariti Manchester United berdasarkan kepada satu kajian sports oleh Taylor Nelson Sofres, United Kingdom - di Malaysia ada 4.2 juta peminat Manchester United.

Dari segi penglibatan dalam Manchester United Asia Tour 2009, pihak TM telah berjaya menjual 1 juta kad panggilan prabayar yang memperoleh hasil jualan sebanyak RM17 juta. Saya tidak boleh menyatakan berapa banyak jumlah wang tajaan tersebut kerana ini rahsia rasmi di antara Manchester United dengan TM.

Akan tetapi, saya berani mengatakan bahawa dari segi jumlah wang terlibat untuk pelaburan tersebut adalah kecil, bawah daripada RM1bilion.

Kemudian dari segi pembangunan sukan, Manchester United telah bermain dengan satu syarikat Malaysia - dua kali. Satu kali 2:2, satu kali kalah 3:2 dan ada pandangan menyatakan oleh kerana pemain Malaysia mendapat

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

exposure bermain dengan syarikat gergasi, mereka mempunyai keyakinan dan salah satu daripada faktor kita dapat menang SEA Games adalah atas sebab itu.

Kedua, dari segi penglibatan TM...

final • 5:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh saya minta penjelasan sedikit?

Boleh Yang Berhormat ada maklumat kepada siapakah yang menjadi orang tengah di antara Telekom Malaysia dengan Manchester United? Sebab penajaan sebelum ini ada pihak orang tengah. Bila ada orang tengah, ia mengaut keuntungan yang besar dan saya hairan juga kenapa jumlah tidak dapat didedahkan? Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Ada maklumat sampai begitu mendalam, siapa orang tengah. Itu saya minta maaf, saya tiada maklumat tersebut. Jumlah pelaburan itu saya berani kata bawah daripada RM1 juta. Saya tidak dapat bagi figure sebenar kerana kedua-dua pihak ada perjanjian dalam tandatangan. Tidak boleh diumumkan dan ini mesti saya pegang.

Kemudian, mengenai dengan tajaan seterusnya. Ini dijangka akan memberi pulangan sebanyak RM50 juta hingga RM100 juta setahun kepada pihak TM. Di samping itu, pasukan bola sepak Malaysia mendapat ruang untuk mengadakan latihan di Manchester United selama dua minggu termasuklah jurulatih-jurulatih kita juga terlibat.

Kemudian, Yang Berhormat Indera Mahkota menyentuh mengenai dengan Astro. Apa yang berlaku di sini, Astro mempunyai dua entiti. Satu Astro Holdings dan Astro All Asia Networks plc. Astro All Asia Networks plc mempunyai perancangan besar. Mereka ada dua entiti di situ. Satu projek atau aktiviti domestik, satu international dan kedua-duanya memerlukan kepada pelaburan tambahan tiap-tiap satu RM1.5 bilion untuk memperluaskan lagi perniagaan. Apa yang berlaku, Astro Holdings telah menawarkan kepada Astro All Asia Networks plc untuk mengambil alih semua saham di dalam syarikat tersebut dan kemudian melakukan delisting.

Ketiga-tiga pihak tersebut secara kolektif pada masa ini memegang 72.9% kepentingan dalam Astro All Asia Networks plc, dengan UTSB 42.3%, Khazanah - 21.4% dan STSB sebanyak 92%. STSB ini adalah badan yang menjaga kepentingan bumiputera. Buat masa sekarang Astro Holdings masih dalam proses membuat tawaran kepada para pemegang saham minoriti Astro Berhad yang mana tawaran itu akan tamat tempoh pada akhir April ini. Penerimaan pemegang saham minoriti terhadap tawaran ini adalah secara sukarela yang mana mereka bebas untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Pemegang saham minoriti mengambil keuntungan memandangkan harga RM4.30 adalah 24% lebih tinggi daripada harga pasaran pada 12 Mac iaitu RM3.48, juga lebih tinggi daripada para penganalisis membuat kajian secara purata menyatakan saham tersebut akan meningkat pada RM3.70 sesaham.

Cadangan pengambilalihan saham Astro All Asia Networks plc ini akan membolehkan struktur modal syarikat tersebut dioptimumkan sepertimana saya nyatakan tadi. Selain itu, modal lebih kukuh akan membolehkan Astro All Asia Networks plc terus meningkatkan kualiti produk serta perkhidmatannya termasuk perkhidmatan definisi tinggi, saluran baru dan media digital dan seterusnya mengembangkan operasinya di peringkat tempatan serantau tanpa terdedah kepada naik turun harga saham.

Meninjau ke hadapan, Astro Holdings akan menimbang kemungkinan masa hadapan untuk delisting. Urus niaga ini mematuhi segala peraturan dan

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

undang-undang yang mengawal selia. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada 90% pemegang saham bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan delisting.

Yang Berhormat Arau meminta penjelasan mengenai pengendalian Konsortium Baja Nasional dan penubuhan Syarikat Sinergi Perdana. Konsortium Baja Nasional ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM1 juta dan ekuiti sebanyak 35% - FELCRA, 35% - RISDA dan masing-masing 15% - KETENGAH dan KESEDAR. Kementerian Kewangan hanya memegang satu saham golden share. KBN menjalankan aktiviti membekalkan baja pada sektor pertanian khususnya bagi memenuhi keperluan agensi terlibat melalui pengimportan baja terus daripada pedagang antarabangsa pada harga yang lebih murah dan dijamin kualitinya.

Manakala Syarikat Sinergi Perdana telah ditubuhkan melalui kerjasama strategik di antara FELDA, FELCRA dan RISDA dengan modal berbayar sebanyak RM300 juta. Peranan Syarikat Sinergi Perdana adalah bagi mencapai ekonomi berskala besar dan bersaing dalam pasaran serantau dan global. Oleh itu, aktiviti Syarikat Sinergi Perdana adalah lebih besar meliputi pembekalan input pertanian berkualiti tinggi dan industri hiliran di kilang memproses minyak sawit, pengeluaran produk makanan, penghasilan baja organik.

Yang Berhormat Sungai Petani menyentuh tentang bangunan Marinara Tower. Kita dalam proses untuk rundingan dengan Dato’ Marina Yusof. Tawaran awal kita pada 6 Ogos 2009 telah ditolak oleh beliau. Kita akan berunding dengan beliau seterusnya.

Ahli Yang Berhormat daripada Rantau Panjang dan juga Yang Berhormat tadi bertanya mengenai dengan hasil jualan arak. Isu jumlah hasil jualan arak oleh kerajaan. Jualan minuman keras dikenakan tiga jenis cukai iaitu duti eksais, duti jualan dan duti import. Jumlah kutipan ketiga-tiga cukai ke atas minuman keras pada tahun 2009 adalah RM1.44 bilion. Pecahannya adalah cukai eksais - RM1.28 bilion, cukai jualan - RM90 juta dan cukai import adalah RM60 juta.

Yang Berhormat Kapit menyentuh tentang cadangan penstrukturan semula...

final • 5:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat, minta laluan sedikit tentang tadi. Kenapa kita membenarkan tidak boleh diperkasakan KBN daripada kita menubuhkan Syarikat Sinergi Perdana sedangkan kedua-dua menjalankan aktiviti yang sama? Walaupun Yang Berhormat katakan tadi Syarikat Sinergi Perdana agak lebih terlibat lebih luas dalam downstream dan upstream.

final • 5:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Akan tetapi kalau setakat juga terlibat dalam baja, kenapa KBN yang merupakan anak syarikat MKD itu kita tidak perkasakan untuk terlibat seperti mana aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Sinergi Perdana.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 5:30 PM

Mesyuarat] Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Penglibatan KBN lebih awal daripada Sinergi. Di dalam belanjawan lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengesyorkan supaya ketiga-tiga badan FELCRA, FELDA dan juga RISDA untuk mewujudkan konsortium supaya memperkasakan ketiga- tiga badan tersebut kerana mereka mempunyai sinergi dari segi perniagaan mereka. Tiba-tiba setelah ditubuhkan salah satu daripada aktiviti yang dirancang adalah pembekalan baja. Jadi pandangan Yang Berhormat itu akan saya bawa

final • 5:30 PM

Mesyuarat] Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

untuk perbincangan. Bagaimana kita hendak putuskan ada dua syarikat yang menjadi milik kepada kerajaan. Ahli yang berhormat Kapit... [Disampuk]

final • 5:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri sebelum pergi jauh lagi.

final • 5:30 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Boleh.

final • 5:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya ringkas. Bersabitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja dan juga perkara yang pernah saya bangkitkan minggu lalu sehubungan dengan pendapatan hasil daripada khususnya dua kegiatan ekonomi, satu arak, duanya judi. Apakah – Saya tidak memikirkan perkara ini dengan lebih teliti cumanya mahu, hah sampai pun [Ketawa] Bersabitan dengan arak dan juga judi. Apakah mampu kiranya, sudah sampai waktunya dan semangat lebih mahukan keberkatan dalam apa juga kegiatan, ekonomi yang tentunya membawa kemakmuran negara dan rakyat seluruhnya, apakah sudah sampai masanya hasil daripada judi contohnya yang berjumlah RM1.19 bilion setahun, pendapatan itu tidak dimasukkan terus dalam consolidated fund tetapi boleh dalam konteks syariah compliance kalau boleh saya sebutkan istilah itu yang Menteri tentu lebih faham, apakah boleh kita asingkan supaya ianya boleh kita lakukan cleansing dan yang boleh diurus dengan lebih menyantuni syariah compliance fiscal management Menteri, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri sedikit lanjutan, soalan saya ialah bolehkah wang yang dikutip itu tidak disatukan kerana Perlembagaan menuntut mana-mana wang yang dikutip perlu disatukan dahulu dalam consolidated fund mengikut Perlembagaan. Soalan.

final • 5:30 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Jadi Yang Berhormat Kuala Selangor mempunyai satu pandangan, Yang Berhormat Balik Pulau satu pandangan bercanggah antara berdua, saya ingat kena bincang berdua dahulu [Ketawa]

final • 5:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bercanggah. Menteri jangan buat macam itu.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertu - Datuk Ronald Kiandee] Yang Berhormat. Dr. Dzulkefly Ahma

Don’t devide the rules. Tidak fair lah.

final • 5:30 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Cakap Yang Berhormat Balik Pulau itu betul. Cakap...

final • 5:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Semangat sama itu. Dari sudut Perlembagaan ia disatukan dalam consolidated fund.

final • 5:30 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Ya, ya faham.

Yang Berhormat ini, sikit sahaja melatah [Ketawa] Pandangan Yang Berhormat ini saya ambil pandangan mengenai kita akan terlibat dalam soal Perlembagaan dan sebagainya jika kita mahu melaksanakan perkara tersebut.

Yang Berhormat Kapit menyentuh mengenai penstrukturan semula cukai berdasarkan prestasi syarikat memandangkan levi dan cukai dikenakan pada syarikat minyak. Ini mengenai keuntungan luar biasa atau import tax ini dikenakan

final • 5:30 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

kepada syarikat atau apabila harga ke;apa sawit mencapai cash flow RM2,500 setan bagi semenanjung RM1,000 bagi Sabah dan Sarawak. Buat masa ini dan kadar keuntungan adalah melebihi 40%, sebenarnya yang kita kutip pada tahun 2009 ialah sebanyak RM16 juta, bermakna tidak banyak yang kita kutip daripada syarikat-syarikat, cuma tidak menjejaskan operasi mereka.

Yang Berhormat Kalabakan membangkitkan tentang lima pakej rumah guru, Projek Pengairan Kota Belud dan Dewan Universiti Malaysia Sabah.

Pembinaan 151 dilaksanakan oleh JKR Sabah dibahagikan dengan 5 pakej dengan semua peruntukan asal RM72.3 juta. Bagi Projek Pengairan Kota Belud sebanyak RM54 juta telah disalurkan dan RM24 juta bagi pembinaan Dewan Kuliah Kampus Antarabangsa Labuan Universiti Malaysia Sabah Malaysia.

Kesemua projek ini akan diteruskan pelaksanaannya berdasarkan peruntukan yang telah disediakan.

Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh meminta penjelasan mengenai perbezaan anggaran kos pengendalian Scorpene. Pihak Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan surat bahawa siling untuk selenggaraan kapal selam Scorpene yang diluluskan adalah sebanyak RM600 juta untuk tempoh enam tahun. Walau bagaimanapun skop dan kos penyelenggaraan sebenar untuk tempoh kontrak sehingga kini di dalam peringkat perbincangan Kementerian Pertahanan dan juga pihak kontraktor.

Ahli Yang Berhormat Pendang menyentuh tentang Program PERMATA Negara. Beliau menyatakan bahawa mengapa kita wujudkan program ini manakala pihak sekolah dikurangkan peruntukan. Untuk makluman Yang Berhormat dari segi Kementerian Pelajaran, peruntukan tahun 2010 dikurangkan sebanyak 6.7%, manakala dari segi operasi pendidikan sekolah rendah dan menengah, peruntukannya tidak dikurangkan malah telah ditambah dari segi pendidikan rendah RM10.1 bilion daripada RM9.52 bilion pada tahun 2009.

Manakala dari pendidikan menengah pula RM8.8 bilion pada tahun 2010 berbanding RM8.3 bilion pada tahun 2009.

Dari segi peruntukan mengurus naik RM100 juta kepada PERMATA, ini adalah kerana menyedari pentingnya untuk menyediakan pendidikan awal yang bersepadu, terancang kepada kanak-kanak yang berumur empat tahun dan ke bawah. Dalam kajian kita inilah foundation years, dengan Izin Tuan Yang di- Pertua, kita perlu memberi input supaya mereka ini kukuh dan individu begini nanti pada masa akan datang menjadi individu yang cemerlang.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah? Yang Berhormat Menteri, soalan saya ringkas sahaja. PERMATA ini adalah satu badan yang tidak terletak di bawah mana-mana kementerian. Apa akan jadi bila perbelanjaan untuk PERMATA terus meningkat dari tahun ke tahun kerana ia atau peranan yang dibuat oleh PERMATA ini adalah peranan Kementerian Pelajaran, apa pendapat Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di- Pertua, Program PERMATA ini adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri, jadi ia di bawah tanggungjawab kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja isu yang ingin saya jelaskan, saya ucapkan terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya rasa Menteri tidak lagi menjawab isu-isu yang saya...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sudah habis menjawab Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidak sempat saya...

final • 5:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Menteri kena jawab soalan yang dibangkit.

final • 5:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Akan tetapi tidak jawab. Singkat sahaja yang Menteri jawab, pelesenan...

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Saya beri secara bertulis ya.

final • 5:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Bertulis ya, terima kasih.

Okey, saya tunggu.

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas penglibatan dalam perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong berkaitan Kementerian Pengangkutan. Segala pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bernas kita akan ambil perhatian dan saya percaya dapat menolong untuk menambah baik pelaksanaan polisi dan perkhidmatan Kementerian Pengangkutan.

final • 5:38 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat .

final • 5:38 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tadi saya hendak tanya pertanyaan tambahan ya.

final • 5:38 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 5:38 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sudah tunggu lama, boleh saya tanya sebab dia...

final • 5:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis gulung Yang Berhormat.

final • 5:38 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Belum jawab lagi ya berkenaan isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan saya.

final • 5:38 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Baru masuk.

final • 5:38 PM

Seorang Ahli

Menteri tidak ada masa lah.

final • 5:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Menteri sudah habis menjawab dan Menteri kata dia akan ambil perhatian.

final • 5:38 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Yang Berhormat Maran ada membangkitkan isu mengenai kemudahan pengangkutan di kawasan luar bandar.

Kementerian memang mengambil maklum atas saranan Yang Berhormat Maran

final • 5:38 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

dan mengenai kemudahan pengangkutan di luar bandar dan untuk makluman Yang Berhormat kemudahan pengangkutan di luar bandar seperti bas, teksi dan kereta sewa adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan. Bagi perkhidmatan kereta api antara bandar, KTMB setakat ini menyediakan 38 perkhidmatan sehari ke timur, utara, dan selatan Semenanjung.

Perkhidmatan ini meliputi kawasan luar bandar terutamanya laluan Gemas ke Tumpat serta kawasan pedalaman Pahang dan Kelantan walaupun bilangan penumpangnya adalah kecil iaitu lebih kurang 11,600 sehari dan terdapat 125 stesen tersedia iaitu 75 di sepanjang jajaran pantai barat dan 50 buah di jajaran Gemas dan Tumpat.

final • 5:38 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ahli Parlimen Tebrau membangkitkan berkenaan dengan cadangan satu sistem untuk menghubungkan Johor Bahru ke Singapura menggunakan MRT bagi meningkatkan daya saing IRDA. Kementerian Pengangkutan mengucapkan terima kasih di atas cadangan tersebut dan berikutan dengan perkhidmatan MRT dari Singapore ke Johor Bahru yang di cadangkan oleh MRT Singapura. Setakat ini kerajaan masih belum membuat apa-apa keputusan kerana cadangan tersebut masih dalam peringkat kajian.

Untuk makluman Yang Berhormat juga pada masa ini kerajaan sedang menimbang untuk melaksanakan projek pembinaan landasan berkembar elektrik dari Gemas ke Johor Bahru yang bernilai lapan bilion. Yang Berhormat Sungai Petani ada membangkitkan berkaitan dengan ujian berkomputer bagi permohonan mendapatkan lesen memandu. Beberapa isu yang telah dibangkitkan beliau.

Kementerian Pengangkutan mengambil maklum saranan Yang Berhormat supaya kaedah pelaksanaan ujian berkomputer akan dapat diambil tindakan sewajarnya.

Untuk makluman Yang Berhormat, Projek e-service merupakan projek kerajaan untuk mengkomputerkan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan termasuk pengambilan ujian berkomputer lesen memandu iaitu bahagian satu. Kerajaan telah melantik tiga konsortium e-khidmat iaitu Kom, MySpeed dan MyEG sebagai gateway provider untuk menyedia info dan infrastruktur Sistem Pengambilan Ujian Memandu Bahagian Satu Secara Berkomputer.

Dari pemerhatian JPJ, melalui senarai pengambilan ujian lebih kurang 80% boleh menggunakan sistem komputer manakala 20% yang tidak mahir termasuk warga emas dan Orang Asli boleh mengambil ujian secara bertulis dan lisan khas. Prosedur untuk ujian bertulis atau ujian lisan adalah berikut iaitu:-

(i) setelah gagal tiga kali ujian komputer dan mencapai markah;

(ii) mencapai markah kelulusan yang rendah; dan

(iii) calon juga boleh mengambil melalui dengan mengisi borang khas.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 5:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Dan mereka yang dapat membuktikan bahawa mereka adalah lembap, buta huruf dan tidak memahami komputer.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

JPJ juga mengadakan program JPJ bersama rakyat bagi membantu warga emas di luar bandar untuk mengambil ujian memandu. Sila.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Timbalan Menteri Pengangkutan yang tidak terlibat dalam pertandinganlah ya. Oleh sebab itu beliau begitu selesa menjawab. Kita pun sudah agak apabila Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Timbalan Menterilah yang menjawab kan? Saya hendak kalau diizinkan atas Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan, MRT antara Singapura dan Johor Bahru ini nampaknya Timbalan Menteri jawab begitu pantas. Dalam kajian.

Akan tetapi saya ingin sebagai orang Johor Bahru, warga Johor hubungan antara Johor Bahru – Singapura ini berkurun sudah lamanya. Green bas, ekspres bas Johor Bahru – Singapura ini menjadi pengangkutan penting yang membawa penumpang Johor Bahru yang datangnya di Johor Bahru itu bukan orang Johor Bahru sahaja, akan tetapi di seluruh Malaysia. Hendak ke Singapura dan begitulah sebaliknya. Jadi saya harap jangan kita kisahkan sangat Singapura – Johor Bahru.

Yang penting bagaimana kita dan Singapura boleh bekerjasama memberi perkhidmatan kepada rakyat kedua-dua belah pihak. Jadi pengangkutan ini sudah jadi perkara yang penting. Pada rakyat ia sudah menjadi perkara penting dan kalau dilaksanakan secepat mungkin kerana kita sebenarnya sudah terburu masa.

Jadi ambillah secara serius dan rundinglah dengan kerajaan Singapura, macam mana kita hendak menjayakan untuk kepentingan kedua-dua rakyat negara ini.

Jangan berpolitik sangatlah. Kalau boleh kita tumpukan macam mana perkhidmatan itu boleh memudahkan Malaysia di Johor Bahru dan Singapura.

Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Perkara yang sama. Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 5:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ya.

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Perkara yang sama. Ya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sri Gading. Orang Johor khususnya amat terasa keperluan MRT itu untuk menghubungi tempat bagi satu kemudahan asas kepada rakyat Johor Bahru khususnya Johor. Sebenarnya bukan Johor, ramai rakyat yang berhijrah dari Utara dan tinggal bekerja di Johor, Johor Bahru.

Beribu-ribu setiap hari, kalau saya tidak silap setiap hari 30,000 hingga 40,000 orang yang menggunakan tambak Johor. Mereka kena mengalami pelbagai kesulitan harian. Jadi kalau kita banyak menyebutkan hendak membangunkan Iskandar, Rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar akan tetapi tidak kisah infrastruktur. Macam mana hendak menjayakan rancangan ini.

Saya juga membangkitkan keperluan – kita memikirkan bullet train di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Ini pula diutarakan dan saya difahamkan ada cadangan dari YTL tentang kemungkinan mengadakan bullet train di antara Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Kita perlu memikirkan – kalau kita hendak pesatkan pembangunan Johor satu pintu Selatan di persada antarabangsa. Saya rasa kita kena mengutamakan kemudahan infrastruktur ini dan juga saya timbulkan keperluan kenaikan taraf bagi Lebuh Raya Pasir Gudang. Itu sudah berpuluh-puluh tahun dibina full lane lebuh raya. Penuh sesak dengan kenderaan setiap hari.

Saya pernah pada masa banjir saya terperangkap di situ lima jam. Tidak boleh bergerak. Seluruh Johor Bahru habis jammed. Fikirkanlah! Kita cakap

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

banyak tentang pembangunan ekonomi ini Koridor Selatan, Koridor Utara akan tetapi ini infrastruktur tiada. Macam mana hendak membangunkan ekonomi negara?

final • 5:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat daripada Johor yang saya percaya prihatin terhadap pembangunan kawasan Johor Bahru khususnya yang memberikan kepentingan kepada negeri Johor secara menyeluruh. Saya ingin memberi respond kepada perkataan lebuh raya itu adalah di luar daripada bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Ianya di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.

Jadi saya tidak dapat mengulas. Akan tetapi berkaitan dengan pelaksanaan MRT bagi Johor Bahru itu sememangnya ada cadangan yang telah dibuat oleh MRT Singapura. Akan tetapi perkara ini haruslah diperincikan sebaik- baiknya kerana ianya melibatkan kerjasama di antara kedua-dua negara. Saya percaya banyak kementerian yang harus terlibat di dalam pelaksanaan projek sebegini khususnya kesediaan kerajaan negeri Johor sendiri. Dan juga penyertaan daripada Kementerian Luar Negeri dan sekiranya kerajaan dapat melihat betapa pentingnya pelaksanaan ini yang akan membantu ekonomi negeri Johor, saya tidak ada halangan.

Saya percaya Kementerian Pengangkutan tidak ada halangan untuk ianya dapat dilaksanakan. Akan tetapi ianya haruslah diperincikan dengan sebaik yang mungkin supaya tidak ada isu-isu yang berbangkit di kemudian hari. Berkaitan dengan bullet train yang telah dibangkitkan, memang ada cadangan di suatu ketika dahulu daripada YTL. Akan tetapi ada juga pandangan yang berbeza berkaitan dengan pelaksanaan bullet train daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru ini.

Oleh sebab itu kerajaan masih belum buat apa-apa keputusan sehingga satu ketika nanti kalau sekiranya difikirkan perlu kerana ada juga pandangan- pandangan mengatakan ianya akan menjejaskan KLIA sebagai – kerana kita juga berhasrat untuk menjadikan KLIA sebagai hab penerbangan di rantau ini.

final • 5:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Bagaimanapun kerajaan sekarang sedang dalam proses untuk melaksanakan double tracking daripada Gemas ke Johor Bahru seperti mana yang saya katakan tadi. Walaupun double tracking ini tidak akan dapat mewujudkan satu perkhidmatan bullet train kerana bullet train ini ianya satu train laju yang boleh bergerak sehingga 300 kilometer sejam atau hampir 400 kilometer sejam. Ini adalah merupakan satu kederasan yang begitu laju.

Akan tetapi bagi double tracking ini ianya akan dapat meningkatkan perkhidmatan pengangkutan khususnya dari Johor Bahru terus ke utara. Iaitu merupakan sambungan yang terakhir yang belum kita laksanakan iaitu Gemas ke Johor Bahru. Ianya telah pun dikenal pasti untuk dilaksanakan dan projek yang akan dilaksanakan ini dijangka bernilai RM8 bilion dan telah pun secara prinsipnya dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh sebuah konsortium daripada negeri China.

Yang Berhormat Mukah ada membangkitkan berkenaan dengan masalah kereta ataupun kenderaan yang menggunakan lebih muatan bagi laluan Mukah- Selangau. Untuk makluman Yang Berhormat bagi mengatasi lebihan muatan ini JPJ sememangnya sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan mengambil tindakan terhadap operator-operator yang sering melakukan kesalahan lebih muatan. Bagi jalan Mukah-Selangau timbul sedikit kekangan dari segi aspek

final • 5:50 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

penguatkuasaan kerana jarak stesen penguat kuasa Setapang yang sedia ada adalah jauh daripada jalan ini. Saya difahamkan lebih kurang dua jam perjalanan.

Oleh itu JPJ sedang mengambil inisiatif untuk membekalkan alat timbang mudah alih bagi meningkatkan penguatkuasaan di jalan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat juga Stesen Penguat Kuasa Setapang juga telah mengesan 1,869 kes iaitu 850 kes pada tahun 2008 dan 1,019 kes pada tahun 2009 bagi kesalahan-kesalahan lebihan muatan.

Ahli Parlimen iaitu Yang Berhormat Gopeng ada membangkitkan berkaitan dengan memerlukan dua pemandu bas untuk perjalanan lebih daripada 300 kilometer. Kementerian memang mengambil maklum terhadap cadangan Yang Berhormat Gopeng. Sememangnya kerajaan sedang bertindak, kementerian sedang bertindak seperti mana Yang Berhormat sedia maklum. Bagi laluan 300 kilometer atau lebih empat jam perjalanan diwajibkan untuk memerlukan dua pemandu bagi pemandu-pemandu perkhidmatan bas.

Terdapat juga syarikat-syarikat yang telah mengambil inisiatif-inisiatif untuk menyediakan tempat rehat yang sesuai. Sama ada di bas atau di lokasi transit laluan bas sebagai contoh bagi Syarikat Transnasional Sdn. Bhd. Dengan kerjasama LPKP Kod Amalan SHE ataupun keselamatan, kesihatan dan alam sekitar dijadikan sebagai syarat mendapatkan permit bas ekspres. Di bawah Kod Amalan SHE ini pengurusan pemandu merupakan salah satu standard prosedur di mana faktor-faktor sistem penggiliran pemandu dan latihan diberikan perhatian.

Yang Berhormat Kota Melaka ada membangkitkan berkaitan dengan beberapa isu khususnya mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini kementerian sedang mengambil beberapa langkah yang perlu untuk membolehkan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam ini berdaya maju.

(i) menaik taraf Lapangan Terbang Melaka ini untuk menampung operasi pesawat B737 dan A320 berbanding pesawat Fokker sebelum ini;

(ii) selain daripada itu menawarkan insentif kepada syarikat penerbangan melalui MAHB iaitu diskaun 50% caj pendaratan untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 April 2009 hingga 31 Mac 2011 bagi sektor domestik dan antarabangsa bagi penerbangan sedia ada;

(iii) kementerian juga bagi penerbangan antarabangsa yang baru insentif sebanyak RM25 diberikan bagi setiap penumpang selama setahun bermula 1 Januari 2009 dan caj pendaratan percuma untuk tempoh tiga tahun;

(iv) syarikat penerbangan antarabangsa yang baru juga diberikan kadar sewa pejabat di lapangan terbang selama enam bulan;

(v) memasukkan Melaka sebagai designated point di Malaysia di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara Dua Hala dengan negara-negara asing; dan

(vi) Melaka juga dimasukkan sebagai satu destinasi yang akan diliberalisasikan di bawah ASEAN Multilateral Agreement On The Full Liberalization of Passenger Services. Di bawah perjanjian ini syarikat-syarikat

final • 5:50 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

penerbangan negara ASEAN akan dibenarkan mengadakan penerbangan di antara mana-mana destinasi ASEAN yang mempunyai lapangan terbang antarabangsa tanpa had kekerapan kapasiti dan jenis pesawat.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading bangun Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Sila.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat sahabat saya Timbalan Menteri Pengangkutan. Ramai orang tanya sepatutnya Menteri Pengangkutanlah menjawab. Tidak kiralah hendak diapakan. Pasal ini penggulungan. Perkara yang paling sakit, perkara yang paling sakit boleh jadi sakit jiwa penumpang- penumpang yang menggunakan penerbangan kapal terbang. Kalau kita lewat habislah kita. Itu salah kita salah penumpang. Tidak dapat hendak buat apa- apalah, gelaplah dunia ini. Ketinggalan kapal terbang.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau kapal lewat?

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Inilah yang sakit sewenang-wenangnya. Saya pernah daripada Kota Kinabalu. Patut penerbangan saya 7.20 dia sedap-sedap tukar. Ini penerbangan dibatalkan maka penerbangan ini akan bermula pada pukul 2.30 pagi esoknya. Saya ada meeting dekat sini. Itu okeylah. Wakil rakyat itu bolehlah kata orang macam-macam tetapi kalau rakyat.

Jadi apa sebenarnya tanggungjawab kapal terbang ini? Apakah hendak mengaut keuntungan sahaja, mengaut keuntungan? Dia tidak boleh hendak dicubit sedikit rasa kerugian.

Alasannya mudah. Passenger kurang. Kau berani berniaga besar macam ini, kena berani jugalah kalau menampung kerugian. Saya ambil contoh bagaimana syarikat penerbangan buli rakyat. Dia buli rakyat. Satu company bukan di sini. Saya baru balik dari satu negara lain. Orang ini balik umrah daripada Mekah, terbang dari Jeddah. Sampai hendak balik kampung, sudah sampai kampung hendak kena empat, lima jam naik kereta. Senang-senanglah.

Saya kebetulan ada di situ hendak naik kapal terbang yang sama.

Tiba-tiba delay, tangguh. Apa benda ini? MAS (Mana Ada Sistem). Ini AirAsia. Apa dia punya rasa tanggungjawab? Rasa tanggungjawab ini harus diserapkan betul-betul supaya janganlah sewenang-wenang pinda jadual, dilewatkan jadual. Kalau kita yang lewat, kalau dia yang lewat? Oh! Tidak ada apa-apa. Kalau kita lewat? Itu awak tanggung sendiri. Ini keadilan apa ini? Jadi saya tidak tahulah macam mana. Ini rakan-rakan Sabah, Sarawak ini biasalah.

Bangun pukul 1.00 pagi konon hendak kejar pukul 4.00 punya kapal terbang hendak sampai sini lebih kurang pukul 7.00, 8.00. Delay lewat sedap sahaja dia kata, lewat. Maka Ahli Parlimen berkejarlah hendak dengar ucapan Perdana Menteri tidak dapat. Lepas itu ini Ahli Parlimen ini ada tanggungjawab di sini hendak kena hadir tiba-tiba, Oh! Tidak dapat hadir. Ahli Parlimen ini cuai. Ini Yang Berhormat, bila sebenarnya perkara ini boleh selesai?

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Syarikat kapal terbang ambil rasa tanggungjawab sebenar-benarnya. Apa alasan dia hendak tangguhkan? Alasan yang senang, kapal terbang mengalami masalah teknikal. Siapa tahu? Asal lewat sahaja, teknikal. Macam orang di Kuala Lumpur lah, asal lewat sahaja, jammed. Alasan itu sudah berzamanlah. Akan tetapi kementerian ada kuasa kah untuk menegur? Atau kementerian tidak berani hendak tegur? Sepertinya kementerian takut untuk tegur syarikat kapal terbang ini.

Jadi sewenang-sewenangnya dia punya suka hendak terbang bila, lewat bila – “aku punya kapal terbang aku punya suka, engkau penumpang” walaupun sebenarnya ini bukan free.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kita sudah lewat Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita kesuntukan masa dan lewat.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini pun delay juga nampaknya. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading di atas teguran yang membina.

final • 5:50 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kapit bangun di belakang, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Saya juga berfikiran bahawa syarikat- syarikat ini haruslah mengambil teguran-teguran sebegini malah pihak kementerian sendiri memang sering memberikan teguran-teguran khususnya di dalam post Kabinet berkaitan dengan permasalahan ini.

Sebenarnya seperti mana yang saya telah jelaskan bahawa kelewatan berlepas ataupun ketibaan ini juga adalah disebabkan oleh pelbagai masalah yang timbullah. Kadang-kadang saya percaya sebagai sebuah syarikat penerbangan mereka juga tidak mahu rugi. Kalau sekiranya perkara ini berlarutan sudah tentu akan menjejaskan imej mereka juga dan mungkin juga akan menimbulkan masalah kepada mereka. Akan tetapi ada juga masalah-masalah yang legitimate yang benar seperti masalah teknikal yang perlu diambil kira dari segi faktor keselamatan. Ini kerana apa yang kita lihat bahawa syarikat-syarikat penerbangan Malaysia ini memang terkenal dengan mempunyai tahap keselamatan yang begitu tinggi. Ini juga harus kita mengambil kira. Sebenarnya faktor kelewatan ini adalah merupakan sesuatu yang kita ingin elakkan. Saya berjanji akan memberikan teguran kepada mereka. Kementerian akan memberikan teguran dari semasa ke semasa ataupun perkara ini mungkin sudah sampai masanya juga kita harus membuka sektor penerbangan kita seluas-luasnya seperti mana di negara-negara yang lain.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapit bangun Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Oleh sebab dengan adanya open sky policy, saya percaya suatu masa nanti perkara-perkara begini akan memberikan saingan kepada syarikat penerbangan dan saya percaya akan meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik.

Yang Berhormat Kota Melaka...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapit bangun. Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 5:50 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada bawa satu perkara. Ia berkaitan dengan mereka ataupun rakyat kita yang duduk di luar bandar. Saya pun telah bangkitkan ini dalam pencelahan saya minggu lepas.

Adakah kementerian ini prihatin terhadap mereka yang duduk di luar bandar? Ini kerana syarikat-syarikat penerbangan iaitu AirAsia dan MAS ini menawarkan satu kaedah sekarang untuk kita membeli tiket dengan harga murah tetapi secara online. Akan tetapi mereka yang duduk di luar bandar, kita tidak ada kemudahan komputer internet ini ataupun online. Jadi mereka terpaksalah membeli dengan harga yang biasa atau harga yang mahal.

Kalau kita melihat mereka yang amat memerlukan harga murah ini adalah mereka yang berpendapatan rendah dan duduk di luar bandar. Apakah yang perlu dibuat ataupun apakah kaedah yang sepatutnya – Adakah kementerian akan mengarah syarikat-syarikat penerbangan ini iaitu MAS dan AirAsia untuk mengadakan satu kaedah untuk mereka yang tidak ada perkhidmatan internet ini?

Akan tetapi kalau mereka ini boleh membuktikan bahawa mereka amat memerlukan harga murah dan datang ke kaunter ataupun di mana-mana untuk membeli bukan secara online, selepas membuktikan mereka ini dari golongan yang kurang pendapatan atau miskin, akan diberi harga yang murah juga. Bukan hanya melalui internet ini sebab kalau kita boleh buat demikian tentunya kita dapat memberi kepada mereka yang amat memerlukan. Saya mohon kementerian ini mengarahkan kedua-dua buah syarikat ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa bagi masyarakat luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak, mereka ini sebenarnya selain daripada mendapat kemudahan perkhidmatan AirAsia dan MAS, mereka juga mendapat perkhidmatan daripada MASwings. Saya ingin jelaskan bahawa MASwings adalah merupakan sebuah syarikat yang melaksanakan Rural Air Services (RAS) dan kerajaan telah pun memberikan subsidi tidak kurang daripada RM80 juta setahun.

Bagaimanapun cadangan Yang Berhormat itu kita akan pertimbangkan tetapi pada dasarnya di kebanyakan kawasan luar bandar sekarang pun dan saya percaya pada masa-masa akan datang dengan penetration IT yang semakin meningkat, mungkin ramai juga yang dapat menikmati tambang murah yang ditawarkan oleh MAS dan AirAsia ini. Akan tetapi mungkin kita belum membuat kajian berapa ramai yang sepatutnya mendapat perkhidmatan ini sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kapit.

final • 5:50 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Sedikit lagi Yang Berhormat kalau boleh.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat ringkaskan.

final • 5:50 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Ya, perkhidmatan RAS ini, Rural Air Service memang ada. Kita pun berterima kasih kepada kerajaan. Akan tetapi maksud saya mereka dari luar bandar selalunya datang ke Sibu, Kuching, Bintulu, Miri dan sebagainya di Sarawak, saya kira di Sabah pun begitu juga yang akan datang ke Semenanjung sebab ramai kami dari sana pun ada urusan ataupun ada keluarga di Semenanjung dan sebaliknya juga. Jadi bukan setakat perjalanan dalam negeri sahaja, itulah yang diperlukan. Itu satu.

final • 5:50 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Keduanya, benar memang kerajaan sekarang meluaskan sistem untuk kita mengadakan internet di luar bandar tetapi jauh lagi untuk kita sampai ke tahap yang menyeluruh Yang Berhormat. Jadi saya pohon kalau boleh sebelum kita sampai ke peringkat internet yang lebih menyeluruh daripada sekarang, biarlah dalam beberapa tahun ini kerajaan atau kementerian ini mendesak syarikat- syarikat penerbangan ini memberi satu kaedah yang boleh memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah dan golongan miskin di luar bandar.

Terima kasih.

final • 5:50 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Saya akan mengambil maklum pandangan Yang Berhormat dan saya akan berbincang dengan Yang Berhormat selepas inilah. Kalau kita tengok macam mana apa yang kita boleh dapat lakukan untuknya.

Yang Berhormat Kota Melaka ada membangkitkan...

final • 5:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan berkaitan dengan online. Sedikit sahaja.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya mengenai dengan jualan tiket melalui online seperti Yang Berhormat Kapit katakan tadi. Kita sudah tahu dan sudah dapat banyak jawapan dari kementerian mengenai jualan tiket melalui online oleh Air Asia ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat pun sedia maklum bahawa AirAsia ini menjual banyak tiket in advance, kemungkinannya setahun, lapan bulan. Jawapan yang saya hendak dapat dari kementerian adalah apakah jaminan daripada kementerian kepada orang awam jikalau AirAsia gulung tikar? Apakah jaminan supaya wang mereka tidak hangus? Itu satu yang penting. Saya tahu jawapan itu akan mengenai dengan undang-undang di mana mereka ada aset. Memang dia ada aset tetapi yang saya khuatir asetnya tidak mencukupi untuk membayar balik kepada orang awam seperti yang kita boleh nampak di luar negeri, di Hong Kong, di Amerika – tidak cukup. Akhirnya wang rakyat akan digunakan untuk bail out. Itu yang saya khuatir. Sama ada kerajaan atau kementerian telah mengkaji satu peraturan untuk mengawal supaya Air Asia kalaulah mereka gulung tikar, wang ini masih ada di dalam bank dan boleh dibayar balik kepada pelanggan-pelanggan mereka. Itu yang pertama.

final • 5:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kedua, airport tax mereka bukannya yang dikutip oleh AirAsia tidak diserah 100% kepada MAB. Ini adalah kategori di mana yang saya telah bangkitkan dalam hujahan saya, kategorinya ialah penumpang yang tidak terbang.

Airport tax itu sekarang ini disimpan oleh AirAsia sebagai harta mereka.

Padahalnya, AirAsia bila dia terima semua airport tax daripada penumpang- penumpang mesti diserahkan kepada MAB. Sama ada penumpang itu terbang atau tidak, mesti serahkan semua 100%. Apakah tindakan kementerian untuk mengarahkan MAB menuntut wang airport tax ini untuk orang yang tidak terbang yang pada masa ini saya tahu bahawa disimpan oleh AirAsia. Sama ada kementerian ada konspirasi atau apa dengan AirAsia untuk simpan wang ini.

Terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Beliau telah pun banyak kali membangkitkan isu ini dalam sesi yang lalu juga. Beliau banyak membangkitkan berkaitan dengan isu yang nampaknya lebih kurang sama. Akan tetapi memang saya ingin menjawab kepada beliau tentang beberapa perkara yang telah beliau bangkitkan dan sebentar tadi beliau juga telah bertanya dengan Menteri Kewangan...

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sebab tidak ada jawapan.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Menteri Kewangan juga telah pun memberikan sedikit jawapan, mungkin tidak mencukupi tetapi saya hendak katakan di sini...

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Beri jaminanlah.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Bahawa online purchase yang membeli tiket-tiket sama ada - sebenarnya bukan sahaja AirAsia sahaja, MAS juga ada online purchase juga...

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Akan tetapi yang kita takutnya AirAsia sebab MAS ini adalah GLC dan mesti dipertanggungjawabkan oleh kerajaan yang mereka ini dikawal. Akan tetapi AirAsia ini adalah satu syarikat swasta.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ya.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kalaulah kerajaan boleh beri jaminan sekarang kerana syarikat swasta dan kerajaan tidak akan beri bailout langsung dan saya terima dan saya tidak akan membangkit lagi dalam Dewan yang mulia ini. Itu sahaja.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ya, soal bailout ini mungkin Yang Berhormat telah bertanya dengan Menteri Kewangan tadi.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Akan tetapi dia tidak boleh beri jaminan.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Beliau tidak berikan tetapi beliau kata is no more questionable to bailout nowadays.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Kalau kita lihat misalnya, saya nak bagi contoh, Malaysian Airlines pun beberapa masa yang lalu juga menghadapi masalah tetapi kerajaan tidak mengadakan outright bailout walaupun ianya merupakan syarikat kerajaan. MAS hanya dibenarkan mengadakan rationalization dan itulah sebabnya kalau kita lihat rationalization itu sedikit sebanyak ada juga memberikan kesan kepada perkhidmatannya kerana mereka harus memikirkan tentang soal profit. Jadi soal AirAsia yang online purchase yang saya nyatakan tadi, saya sudah menyemak. Saya tidak tahulah mungkin ada maklumat lain yang saya tidak tahu, sebenarnya ini adalah merupakan juga berlaku di kebanyakan negara. Tidak ada negara yang kerajaan memberikan jaminan terhadap pembelian sebegini. Di negara-negara lain juga tidak. Saya percaya Virgin Air ataupun syarikat-syarikat lain LCC di Indonesia. Mereka mempunyai lebih kurang 38 syarikat penerbangan. Jauh lebih besar daripada negara kita. Mereka juga menjalankan...

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri tetapi syarikat-syarikat tersebut tidak hutang airport tax. Akan tetapi Syarikat AirAsia ini ada satu syarikat dalam dunia sahaja yang boleh hutang airport tax dalam masa yang panjang, lapan tahun. Sebelum saya bangkit perkara ini di dalam Parlimen, MAB tidak ambil tindakan.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Soal ini Yang Berhormat, you kena faham.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu masalahnya itu.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat cukuplah.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ya, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Wangsa Maju. Beliau very concern, saya juga menghargai terhadap keprihatinan beliau kerana soal ini. Saya percaya beliau juga mempunyai niat yang baik tetapi saya hendak nyatakan di sini bahawa airport tax yang dimaksudkan itu walaupun ia disebutkan tax tetapi ianya adalah merupakan revenue kepada MAB.

Wang ini adalah revenue, jadi antara AirAsia dan juga MAB, mereka mempunyai commercial decision. It’s purely commercial decision di antara kedua-dua entiti ini, MAB dengan AirAsia. Jadi apabila mereka memberikan diskaun, pemberian diskaun itu kebanyakannya tidak melibatkan airport tax. Seperti mana saya diberitahu, pemberian diskaun itu diberikan kepada item-item yang lain seperti landing charges, parking charges, itu yang diberitahu oleh MAB.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Soalan saya Yang Berhormat Menteri. AirAsia ini...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

..ada hutang airport tax, sebab itulah saya khuatir dengan keadaan kewangan.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Sekarang sudah tidak ada hutang Yang Berhormat. Saya hendak maklumkan...

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No. Sebab...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat jangan berdialog Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri mengatakan, banyak syarikat juga di negara yang lain yang menjual tiket online in advance. Akan tetapi mereka tidak ada hutang airport tax. Akan tetapi AirAsia ini sahaja dalam seluruh dunia yang boleh hutang airport tax dengan lapan tahun dan tidak dibayar sampai baru-baru ini sahaja. Itu yang penting sebab itulah saya khuatir dengan keadaan kewangan mereka. Itu saya hendak dapat dengan satu jaminan supaya kita tidak mengalami kerugian untuk rakyat...

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dan wang kerajaan tidak akan digunakan untuk bailout mereka. Itu sahaja.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dan juga airport tax yang tertunggak untuk yang tidak terbang, didn’t travel. Sebelum dibayar kepada MAB juga. Itu soalan yang kedua.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ya. Bagi mereka yang tidak terbang sebenarnya penumpang-penumpang itu memang layak untuk mendapatkan refund. Mereka boleh memohon untuk mendapatkan refund tetapi mungkinlah kebanyakan daripada mereka ini tidak memohon untuk mendapatkan refund. Jadi ianya mungkin menjadi sebahagian daripada revenue kepada syarikat tersebut.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak bagi jalan.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Kita boleh membuat tuntutan terus.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Satu penjelasan sahaja. Itu tidak bermakna bahawa mereka tidak apply untuk dapat refund. Soalan saya ialah semua airport tax yang dikutip oleh AirAsia ini sama ada mereka terbang atau tidak, mesti diserah kepada MAB. MAB yang akan menguruskan untuk refund atau tidak, itu masalah yang kemudian. Soalan yang penting sekali, apa-apa pengutipan airport tax oleh semua airlines dalam negara ini mesti dibayar kepada AirAsia, sama ada pelanggan, penumpang itu terbang atau tidak. Itu sahaja. Ada banyak proportion berjuta-juta ringgit sekarang di simpan oleh AirAsia yang belum diserah kepada MAB, sebab saya tahu ada ramai pelanggan yang tulis dalam blog meminta refund airport tax. Katakan RM30, service charge nya mungkin RM25, yang dapat refund cuma RM5. Itu masalah. So, Yang Berhormat Menteri ini sedia maklum, airport tax ini dikutip oleh AirAsia sebagai collecting agent kepada MAB.

So, jadinya mereka ini bertanggungjawab 100% untuk membayar semua kepada MAB. AirAsia tidak ada hak campur tangan sama ada hendak refund atau tidak ataupun charge administrative fees mengenai dengan refunding of airport tax.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, baik Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya fikir perkara ini saya sudah cukup banyak menjelaskan bahawa sehingga sekarang ini, until today sudah tidak ada lagi hutang tertangguh di antara MAS dengan MAB.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Semua airport tax sudah pun habis dibayar. AirAsia tidak ada lagi hutang dengan MAB berkaitan dengan airport tax.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Untuk penumpang yang tidak terbang.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri. Pasir Salak.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Soalan saya ialah those who didn’t travel.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju, cukuplah Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat, nanti saya akan siasat dan kita akan bagi tahu...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak dengan Sibuti bangun Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat Wangsa Maju terlalu keras sangat. Ini AirAsia dia pun ada peranan juga bantu. Kita kena kaji dari segi keseluruhan. Jangan lihat dari segi - you know,

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

dollar and cents sahaja. Kita tengok apa sumbangannya kepada ekonomi, kepada pelancongan, kepada kemudahan perjalanan dan sebagainya. [Ketawa] [Yang Berhormat Wangsa Maju keluar Dewan] Keluar pulak dah.

Jadi dahulu sebelum adanya AirAsia, kita lihat tidak ada kemudahan yang seperti itu dan pertumbuhan pelancongan yang begitu hebat, domestic tourism, international tourism dan sebagainya. Sekarang mereka sudah berkembang keluar negara dan menunjukkan kemampuan, kebolehan, kegagahan orang-orang Malaysia kepada masyarakat dunia.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Walaupun Pengarah Urusannya seorang yang you know - bukan Melayu tetapi kita bangga dengan kejayaan beliau itu. 1Malaysia! [Dewan riuh] Jadi dengan sebab itu saya fikir, sudahlah. Cukuplah setakat itu. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Yang Berhormat Pasir Salak, sebenarnya perkara ini saya telah pun jelaskan kepada beliau berkali-kali.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

MAB adalah merupakan syarikat GLC kerajaan dan juga merupakan syarikat yang disenaraikan di pasaran saham.

Sebahagian daripada pemegang saham MAB juga adalah merupakan pengurus- pengurus dana asing dan pelabur-pelabur asing. Saya percaya ini tidak timbul apa-apa penyelewengan dalam soal ini. Yang Berhormat Kota Melaka ada membangkitkan...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sibuti bangun, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Sibuti.

Sekejap sahaja.

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

Sokong.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Ya, sokong. Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. MAB pada satu ketika di Miri pernah mengatakan bahawa mereka bersetuju untuk memberi keluasan check in dan check out di ground floor di airport Miri supaya passengers - penumpang-penumpang tidak perlu domestic flight itu naik turun ke first floor dan apabila hendak naik kapal terbang turun lagi ke ground floor. Jadi mereka telah pun bersetuju untuk membuat extension kepada airport Miri pada tahun lepas dan sudah lepas satu tahun tetapi tahun ini belum lagi. Bilakah agaknya MAB untuk menunaikan janji mereka? Terima kasih.

final • 6:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini agak spesifik. Saya minta Yang Berhormat supaya mengemukakan secara bertulis kepada saya untuk saya mengambil tindakan dengan pihak MAB. Terima kasih Yang Berhormat

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak beri Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat? Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Satu saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Ini disebabkan oleh AirAsia ini saya berbangga sangat kerana banyak membantu. Slogan ‘Everyone Can Fly’ ini betul-betul dia memberi peluang kepada

final • 6:20 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

ramai yang mungkin dahulu tidak mampu mengikut perjalanan naik kapal terbang dan sekarang dapat. Saya tahu sebab saya mewakili kawasan di pedalaman di negeri Sarawak dan ramai lebih-lebih lagi kami kaum Iban yang berurusan di Johor dan di Kuala Lumpur pun ada peluang sekarang. Jadi kalaulah AirAsia ini ada keperluan untuk dibantu.

Saya pernah menyebut apabila mencelah dahulu dalam satu perbahasan daripada Yang Berhormat Batu Kawan. Saya berpandangan kalaulah MAS ataupun AirAsia ini - kedua-duanya syarikat penerbangan di negara kita memerlukan bantuan, bantulah kerana kedua-dua ini banyak menyubang kepada pembangunan negara kita. Satu lagi ini khusus juga. Saya hendak mengambil peluang Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada satu ketika dahulu tahun 60-an, 70-an, dan awal tahun 80-an di kawasan saya di pekan Kapit dahulu pun kita ada sistem penerbangan yang sampai juga ke Kapit. Ia bukan airport tetapi airstrip dengan pesawat yang kecil tetapi ada.

Jadi sekarang kalau lebih dua puluh tahun sudah ataupun lebih sedikit dua puluh tahun perkhidmatan itu diberhentikan - ada sebab-sebab teknikalnya. Bagi kami orang di Kapit, selagi belum ada sebatang jalan yang menghubungkan pekan Kapit atau kawasan Kapit melalui pekan Song dan ke mana-mana yang lain tetapi kita akan dapat sebab sudah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar.

Saya difahamkan juga dikehendakkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat sendiri untuk Kapit pun ada jalan dalam beberapa tahun ini sahaja. Akan tetapi kalau pun ada jalan itu nanti, perkhidmatan penerbangan ini pun kita perlukan oleh sebab kita hendak mereka yang mahu itu dapat perkhidmatan itu. Adakah perancangan ataupun bolehkah saya merayu pada Yang Berhormat Menteri agar dibuat semula perkhidmatan ini...

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

Diadakan...

final • 6:20 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Untuk kami? Diadakan semula.

Jadi, saya mohon jasa baik Yang Berhormat Timbalan Menteri yang prihatin juga kepada mereka yang duduk di pedalaman. Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Di atas beberapa cadangan tadi - pertama berkaitan dengan AirAsia. Kalau kita lihat memang kehadiran LCC di negara ini telah merevolusikan sistem pengangkutan dan penerbangan di dalam negara ini. Ia menjadikan ramai juga orang yang dahulunya tidak berkemampuan untuk terbang, tetapi sekarang mereka sudah boleh pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan harga yang begitu berpatutan.

Kalau kita lihat ini adalah merupakan satu kemajuan dalam negara kita dan dari segi kemajuan intangible benefit yang kita dapat ialah dari segi integrasi nasional. Khususnya negara kita adalah negara yang besar di mana dengan adanya LCC ini khususnya dengan kehadiran AirAsia telah meningkatkan integrasi nasional rakyat di dalam negara ini. Ini kerana ramai juga orang-orang daripada luar bandar yang sudah mampu pergi ke semenanjung dan orang semenanjung sudah mampu ke Sabah dan Sarawak. Jarang-jaranglah kita kedengaran orang bertanya, kalau orang Sabah dia tanya - Miri adakah di Sabah ataupun berbagai- bagai pertanyaan yang pelik. Jadi ini merupakan satu kemajuan dari segi integrasi nasional akibat daripada kemajuan LCC di dalam negara kita.

Berkaitan dengan airstrip tadi itu saya minta perincian daripada Yang Berhormat kerana seperti mana yang kita tahu bahawa perkhidmatan Rural Air Services (RAS) yang dilaksanakan oleh MASwings telah dan memang pun banyak

final • 6:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

dilaksanakan di beberapa destinasi di khususnya di Sabah dan Sarawak. Saya tidak pasti kenapa di Kapit ia sudah tidak lagi mendapat perkhidmatan tersebut.

Akan tetapi mungkin Yang Berhormat boleh memberikan detail terhadap perkara ini untuk saya melihat dan bagaimana untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Yang Berhormat Kota Melaka ada membangkitkan berkaitan dengan Jeti Marina di Melaka yang menurut beliau hanyalah 50 buah kapal yang menggunakan jeti ini. Untuk makluman Yang Berhormat memanglah kita mengambil maklum terhadap teguran Yang Berhormat. Akan tetapi tujuan utama kerajaan untuk mengujudkan Jeti Marina ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan immediate income, tetapi adalah untuk mengujudkan spin of effect daripada industri pelayaran dan pelancongan. Ia adalah merupakan satu pelaburan jangka panjang bagi menggalakkan pertumbuhan aktiviti kapal rekreasi.

Kerajaan menyediakan infrastruktur ini bagi memudahkan pergerakan kapal rekreasi di perairan Malaysia dan menjadikan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Seperti mana yang kita tahu Melaka begitu agresif memajukan industri pelancongannya dan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong setahun ke negeri tersebut. Pelbagai inisiatif telah dibuat bukan sahaja misalnya untuk menjadikannya sebagai destinasi pelancongan bersejarah tetapi juga bagi pelancongan health tourism dan juga education tourism.

Mungkin dengan adanya Jeti Marina ini sedikit sebanyak memandangkan Selat Melaka adalah merupakan laluan penting bagi kapal-kapal layar yang mempunyai yang merupakan satu komuniti pelayaran yang begitu eksklusif dunia mereka juga dapat menjadikan Melaka sebagai salah satu destinasi untuk mereka berekreasi. Antara langkah-langkah kerajaan untuk meningkat dan mempromosikan Jeti Marina Melaka ini ialah:

(i) kita telah mewujudkan satu laman web Jabatan Laut Malaysia bagi mempromosikannya;

(ii) kita juga telah mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Jabatan Laut Malaysia melalui pengeluaran risalah dan CD bertajuk Sails and Discover Malaysia: Marinas and Yacht Club;

final • 6:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

(iii) Jabatan Laut Malaysia juga telah mengeluarkan Malacca’s Stretch Selling Guide In Show Traffic Zone untuk memudahkan pelayar-pelayar yang memasuki perairan Malaysia belayar masuk ke Marina ini dengan tempoh pelayaran yang singkat iaitu kurang daripada satu jam pelayaran;

(iv) di peringkat antarabangsa, promosi Marina Awam dijalankan bersekali dengan promosi Langkawi International Yacht Registry.

Memandangkan operasi Jeti Marina Melaka ini belum cukup setahun, pelayaran kapal layar adalah secara bermusim dan dijangka bilangan kapal yang berlabuh di Marina ini akan meningkat hasil daripada usaha-usaha berterusan kerajaan untuk mempromosikan Marina seperti mana yang saya jelaskan tadi.

final • 6:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Yang Berhormat Labuan sekali lagi membangkitkan berkaitan dengan Perkhidmatan Feri Labuan – Menumbuk. Seperti mana jawapan sebelum ini juga, saya menyatakan di sini bahawa Kementerian Pengangkutan tidak ada apa-apa halangan untuk mengeluarkan lesen perkhidmatan feri untuk mengangkut penumpang lesen perkhidmatan feri untuk mengangkut penumpang-penumpang dari Labuan ke Sabah ke Menumbuk khususnya tetapi seperti mana yang kita tahu bahawa Kerajaan Negeri Sabah juga mempunyai hak bagi memberikan landing rights. Sama ada mereka memberikan landing rights ataupun tidak.

Baru-baru ini saya telah pun juga memaklumkan Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sabah, Yang Berhormat Keningau berkaitan dengan perkara – yang kebetulan juga adalah Ahli Parlimen Keningau dan saya telah menyatakan beliau tentang kegelisahan penduduk-penduduk khususnya di Labuan tentang perkhidmatan feri ini. Saya juga telah bertemu dengan single operator Labuan Ferry Services ini dan menyatakan bahawa memang banyak rungutan-rungutan terhadap perkhidmatannya dan mereka berjanji untuk mengambil tindakan untuk meningkatkan perkhidmatan mereka.

Saya juga difahamkan bahawa dalam masa terdekat ini, konsesi Labuan Ferry Services itu telah pun hampir tamat dan saya juga berharap kerajaan negeri akan membuka perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang lain untuk memberikan persaingan yang sihat dan membolehkan rakyat khususnya di kedua- dua kawasan di Sabah dan juga di Labuan mendapat perkhidmatan yang lebih cekap.

Akhir sekali, Yang Berhormat Ipoh Timur ada membangkitkan berkaitan dengan isu PKFZ. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa berkaitan dengan isu PKFZ ini, memang siasatan masih lagi berlanjutan khususnya oleh pihak-pihak SPRM dan PDRM dan pendakwaan bagi kes-kes tertentu telah pun dilakukan. Ini tidak bererti bahawa siasatan telah selesai. Saya juga tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang perkara-perkara berkaitan dengan isu yang telah disiasat kerana ia merupakan menjadi perkara yang subjudice Jadi itu sahaja, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih di atas penyertaan Yang Berhormat di dalam perbahasan Kementerian Pengangkutan dan juga saya berharap jawapan-jawapan yang saya telah berikan tadi dapat memberikan kepuasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

final • 6:30 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan l - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sepanjang sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja 2010 yang telah berlangsung dari 15 Mac hingga 29 Mac 2010.

Secara keseluruhannya, antara isu berkaitan kementerian yang telah

final • 6:34 PM

menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah dirumuskan kepada

(i) isu perkhidmatan jalur lebar;

final • 6:34 PM

menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah dirumuskan kepada

(ii) isu tindakan ke atas laman web dan blog yang menyalahi undang-undang; dan

(iii) penyebaran maklumat mengenai Gagasan 1Malaysia.

Isu perkhidmatan jalur lebar. Saya ingin menyentuh mengenai isu perkhidmatan jalur lebar yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Silam.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sentiasa peka dengan prestasi perkhidmatan jalur lebar di negara ini dan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya, kerajaan telah melancarkan perkhidmatan jalur lebar dan jalur lebar berkelajuan tinggi atau HSBB yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 Mac 2010.

Di bawah projek HSBB, kawasan industri dan kawasan ekonomi berimpak tinggi seperti Lembah Klang dan Iskandar Malaysia di Johor, pihak kerajaan akan memastikan bahawa kelajuan capaian jalur lebar akan melebihi 10Mbps dengan mengguna pakai teknologi fiber optic. Pada masa yang sama, rangkaian teras sedang dinaiktaraf keupayaannya dan kapasiti lebar jalur atau broadband antarabangsa ditambah bagi memenuhi permintaan aplikasi dan kandungan semasa dan yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, melalui inisiatif jalur lebar nasional, Telekom Malaysia akan menyediakan pakej jalur lebar bersama notebook dengan harga mulai RM38 untuk golongan yang berpendapatan rendah. Ini juga merangkumi program sedia ada untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di institusi pengajian tinggi. Bagi penduduk di kawasan sejagat (USP) atau yang lebih dikenali sebagai kawasan T3, pakej yang serupa disediakan dengan harga mulai RM20.

Sebagai tambahan, RM1 bilion dari dana USP akan digunakan untuk menyediakan notebook bersama jalur lebar kepada kanak-kanak sekolah. Ini akan dikelolakan bersama dengan Kementerian Pelajaran.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu kedua yang dibangkitkan...

final • 6:34 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan berkenaan broadband. Broadband.

final • 6:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 6:34 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyedari bahawa orang ramai sebenarnya amat tidak puas hati dengan pakej yang begitu mahal harganya untuk RM149 yang paling murah yang boleh diperoleh oleh orang ramai. Jadi, di mana speed di Singapura yang lebih cepat, lima kali lebih cepat, harganya lebih kurang RM200 sahaja. Itu menurut laporan. Jadi apakah kerajaan kalau mahu menggalakkan lebih orang ramai menggunakan internet, penembusan jalur lebar ini untuk mempertimbangkan untuk kebaikan orang ramai dan juga negara ini.

Sekarang internat akses yang paling penting. Ke mana-mana kita pergi, kita mahu ada akses kepada internet. Mempertimbangkan mengurangkan charge ini. Ada orang mempersoalkan Telekom buat masa ini perkhidmatan yang begitu lemah masih diberi projek ini untuk pelancaran broadband ini. Apakah pihak kementerian ada – Bolehkah menurunkan charge tersebut?

final • 6:34 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, selama saya sudah berada di Dewan yang mulia ini, lebih sedikit 10 tahun dan begitu juga Yang Berhormat dari Batu Gajah, memang tidak ada yang boleh dikatakan memuaskan hati Yang Berhormat dari Batu Gajah.

Sebagaimana yang telah saya katakan tadi berkenaan dengan jalur lebar bukan hanya satu perkhidmatan iaitu perkhidmatan jalur lebar yang berkelajuan tinggi sahaja tetapi kita juga ada jalur lebar untuk kegunaan orang ramai atau BBGP iaitu bermula dari harga RM38 setelah dikurangkan dari RM50 sebagaimana yang telah diumumkan pada tahun lepas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila beliau membentangkan Bajet 2010.

Saya tahu bahawa yang dikatakan jalur lebar berkelajuan tinggi yang bermula dari harga RM149 agak tinggi tetapi ianya hanya pada peringkat permulaan dan HSBB sebagaimana yang kita tahu hanya boleh dipakai di beberapa tempat sahaja di Lembah Klang pada masa sekarang dan akan berkembang ke tempat-tempat yang lain. Diharapkan dari semasa ke semasa Telekom Malaysia dan pemberi perkhidmatan jalur lebar yang lain akan juga mencari jalan bagaimana menurunkan kos untuk orang ramai melayari perkhidmatan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, ...

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Johor Bahru bangun.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Utama Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan menggunakan dana USP sebanyak RM1 bilion saya dengar tadi bagi kemudahan jalur lebar bagi pihak berpendapatan rendah.

Semalam saya ada tanyakan mengapa tidak digunakan dana yang sama untuk memberi perkhidmatan SMS atau perkhidmatan 3G atau pun perkhidmatan jalur lebar secara percuma atau bersubsidi kepada golongan OKU iaitu Orang Kelainan Upaya terutamanya mereka yang tidak boleh bercakap dan juga tidak boleh mendengar. Tentunya, bagi golongan ini mereka tidak ada lagi cara lain untuk berkomunikasi kalau mereka berada di jarak yang jauh. Kalau hendak pakai telefon pun tidak boleh bercakap dan tidak boleh mendengar.

Jadi, golongan ini lebih-lebih lagi telah dinafikan kemudahan atau akses kepada perhubungan dan tentunya ia merupakan satu golongan yang harus diberikan perhatian oleh dana tersebut dan tentunya ia juga satu bukti CSR yang tegap oleh pihak MCMC. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jawapan kepada perkara yang saya telah timbulkan semalam?

final • 6:40 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Johor Bahru. Saya pun ada di Dewan yang mulia ini semasa Yang Berhormat Johor Bahru berucap semalam.

Sebagai permulaan, seperti mana yang telah saya katakan kerajaan sanggup membelanjakan RM1 bilion dari dana USP untuk menyebarluaskan penggunaan jalur lebar untuk awam.

Diharapkan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru akan mendapat pertimbangan oleh kerana ianya sedikit sebanyak ada menggunakan teknologi yang berlainan dari apa yang sedia ada iaitu berkenaan

final • 6:40 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

dengan kamera. Bukan semua tempat kita di Malaysia sudah ada jalur lebar yang berkelajuan tinggi.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Utama Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Ini Tuan Yang di-Pertua ada berikan perkhidmatan SMS yang percuma kepada golongan pekak?

Itu sudah yang paling mudah. Hanya 50,000 sahaja golongan pekak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi, mengapa tidak MCMC juga mempunyai CSR kepada golongan OKU seperti ini.

final • 6:40 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat.

Benar, sekiranya kita dapat menentukan bahawa SMS ini memang dari orang OKU yang ada sedikit kecacatan dari segi mendengar tetapi bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa isteri, anak, ibu, bapa mereka yang sama-sama menggunakan telefon yang dipakai oleh OKU itu dan ...

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Utama Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Tuan Yang di- Pertua, saya bukan hendak berbahas tetapi saya rasa jawapan begitu mengecewakan. Ini kerana kalau kita sanggup memberi subsidi kepada minyak petrol yang dinikmati oleh semua pihak, mengapa tidak yang 50,000 Yang Berhormat yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai golongan yang patut menerima subsidi seperti ini.

Ini kerana memang mereka sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak ada cara lain kecuali menggunakan SMS untuk berhubung antara yang lain. Kalau mereka duduk kecuali dia hendak berjumpa face to face.

Barulah dia boleh menggunakan bahasa isyarat. Akan tetapi kalau satu di Johor, satu di Kuala Lumpur, saya rasa perkhidmatan SMS itu boleh digunakan.

final • 6:40 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, cadangan itu boleh dipertimbangkan tetapi bagaimana yang telah saya katakan tadi bagaimanakah kita akan mengimplementasikannya, satu?

Kedua, berkenaan dengan subsidi lain, oleh kerana golongan OKU tersebut mungkin sudah ada subsidi-subsidi yang lain atau pun sekiranya dapat dipertimbangkan, diberi subsidi tertentu untuk mereka menggunakan SMS tidak melibatkan pemberi perkhidmatan atau pun bagaimana kita hendak tahu siapa yang sebenarnya memakai telefon tersebut. Itu pun boleh difikirkan.

Sebagaimana yang saya katakan tadi, ini belum difikirkan bagaimana kita boleh mengimplementasikannya dan saya percaya cadangan itu cadangan yang bernas, yang baik dan boleh dipertimbangkan.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Rembau.

final • 6:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak balik sedikit kepada jawapan yang diberi tadi tentang jalur lebar, high speed broadband yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi.

Kita memahami bahawa harga yang ditetapkan itu ditetapkan oleh Telekom Malaysia. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sebut bahawa mungkin ada kebarangkalian diturunkan harga tersebut. Saya nampak satu soal ialah dari segi harga di mana kalau kita buat penanda aras dengan negeri-negeri lain atau pun negara-negara lain harga dia agak tinggi.

final • 6:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Kita tidak sebut tentang broadband for general population. Kita sebut tentang high speed broadband yang disasarkan kepada individu atau pun pelanggan-pelanggan di kawasan-kawasan bandar.

Keduanya, saya rasa harga ini tidak menjadi masalah besar sekiranya mutu dan juga kepantasan yang diiklankan itu betul-betul dapat disampaikan kepada pelanggan. Masalahnya kalau kita melihat dari segi rekod contohnya Streamyx. Apa kepantasan yang telah diiklankan itu bukan kepantasan yang diterima oleh pelanggan.

Contohnya kalau disebut bahawa 1MB per second atau 2MB per second, saya rasa kita bertuah kalau dapat 512KB per second iaitu lebih separuh lembap daripada apa yang dijanjikan.

final • 6:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Jadi soalan saya di sini dan penjelasan daripada Timbalan Menteri, memandangkan HSBB ini dibiayai sebahagiannya daripada kerajaan dan memandangkan bahawa SKMM ataupun MCMC adalah badan selia ataupun kawalan untuk industri tersebut, apakah jaminan yang kita boleh bagi kepada pelanggan bahawasanya mutu dan juga kepantasan yang telah diiklankan itu bukan setakat dapat diberi mengikut best effort daripada Telekom Malaysia, tetapi sebenarnya dapat diberi jaminan. Sekiranya best effort sahaja, saya takut Timbalan Menteri best effort ini is not good enough. Best effort ini adalah sejauh mana mereka mampu buat tetapi tidak berani memberi jaminan kepada pelanggan. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Tuan Yang di-Pertua, apa yang dicadangkan ataupun ditanyakan oleh Yang Berhormat Rembau berkenaan dengan mutu dan kepantasan yang diiklankan tidak sebagaimana yang dinikmati oleh pelanggan. Ini adalah satu rejim yang dahulu sebagaimana yang kita tahu, yang dipanggil the best effort dan kementerian saya juga sentiasa berbincang dengan telco’s untuk menjanjikan dan mengotakan janji bahawa kalau janji 4Mbps, jadi ianya akan lebih daripada 4Mbps.

Sekurang-kurangnya ianya 4Mbps itulah memang matlamat kementerian ini untuk dengan izin, to migrate to the new regime whereby the service is guaranteed. The service guarantee regime is going to be here to stay, dengan izin Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 6:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Bila, bila migration itu?

final • 6:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan, minta penjelasan.

final • 6:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Sorry.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:50 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tunggu, tunggu dulu. Saya dengar tadi yang bertanya bila. Yang ini sedang diusahakan Yang Berhormat dan saya percaya dalam industri ICT, memang ianya lebih cepat daripada yang kita anggapkan kerana industri ini berubah sangat pantas.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kebelakangan ini, for the past four month, saya telah terima aduan daripada pelanggan Telekom broadband user di daerah Sibu, bahawa bukan sahaja ia amat perlahan tetapi sering kali tak

final • 6:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

dapat akses ke internet melalui broadband. Saya ingin tahu apakah masalah yang telah timbul, yang menjadikan keadaan ini dan pelanggan-pelanggan Telekom walaupun mereka tak dapat guna broadband itu untuk akses internet, tetapi mereka terpaksa bayar monthly fixed charges dan bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu kita apakah masalah yang mengakibatkan keadaan ini?

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tambah sikit lanjutan jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan pertanyaan Yang Berhormat Rembau. Saya kurang yakin dengan jawapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Dewan riuh] Kata akan kotakan janji, akan beri mutu perkhidmatan yang telah dijanjikan. Itu satu general statement yang senang dikeluarkan. Kita boleh tengok apabila tiada persaingan. Kita tengok bekalan elektrik TNB, putus, siapa rugi? Consumer. Kita tengok tol, PLUS gagal memberi perkhidmatan yang memuaskan. Siapa rugi?

Orang ramai rugi, consumer rugi. Jadi Yang Berhormat kata akan kotakan janji bagi mutu yang baik seperti yang dijanjikan, saya rasa kenyataan itu kurang meyakinkan, sebenarnya tidak meyakinkan. Jadi saya harap Yang Berhormat boleh bercakap bagi pihak consumer rakyat. Bagilah satu jawapan jika ada bagaimana hak-hak pengguna, consumer apabila mereka melanggani high speed broadband ini, mereka akan diberi mutu perkhidmatan yang dijanjikan. Jangan bagi jawapan akan kotakan janji. Senang cakap itu. Kita mahu spesifik, apa perlindungan kepada hak consumer ini?

final • 6:50 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Kuching oleh kerana pertanyaan Yang Berhormat Bandar Kuching ingin tahu apakah sebab penurunan kualiti perkhidmatan di Sibu dan di lain-lain tempat. Jawapannya tak ada dengan saya, saya harap dapat memberi penjelasan kepada Yang Berhormat Bandar Kuching selepas saya mendapatkan jawapan daripada Telekom Berhad.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:50 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Berkenaan dengan hujah Yang Berhormat Batu Gajah, saya menanti saat bilakah Yang Berhormat Batu Gajah akan berpuas hati dan saya memang tahu Yang Berhormat tidak akan berpuas hati.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia bagi pada sayalah Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Lebih serius menjawab persoalan yang begitu penting. Saya rasa Yang Berhormat Rembau juga ingin tahu apakah jaminan. Jadi apabila tak ada jawapan, tak boleh jawab, cakap tak ada jawapan.

Tidak ada perlindungan. Don’t talk personal attack, kata saya tidak berpuas hati.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bagi Yang Berhormat Kota Beludlah Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya tak mahu bagi peluang kepada Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apakah makna slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan?’

final • 6:50 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Saya tadi hanya duduk untuk memberi peluang kepada Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tapi Yang Berhormat jangan elak.

Don’t run away dan membuat serangan bahawa saya tidak berpuas hati, saya tidak akan berpuas hati.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Ini bukan pasar Yang Berhormat.

Jadi sebagaimana yang telah dikatakan Tuan Yang di-Pertua pada petang tadi kalau saya tak bagi peluang untuk Yang Berhormat dan saya masih berdiri, jangan Yang Berhormat nak berdialog dengan saya secara tidak mengikut peraturan.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya dua kali. Mula jawab dan sekarang.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Melanggar peraturan.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya bagi pihak kawan-kawan di sini bersetuju dengan jawapan Yang Berhormat bahawa pembangkang tidak akan berpuas hati dengan apa pun penjelasan daripada kerajaan. Jadi saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, high speed ini saya ingin membawa sedikit permasalahan tentang akses kepada internet ini Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Johor Bahru pun bangkit tadi.

final • 6:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Selain daripada high speed broadband ini, kita juga ada mempunyai apa dipanggil wimax dan apabila kita dapati pencapaian prestasi penetration syarikat-syarikat yang telah diberi lesen untuk mengembangkan wimax ini agak lembap sedikit dan antara lainnya ialah kepayahan ataupun permasalahan tentang lokasi tower ini dan kebanyakannya ini memerlukan persetujuan daripada majlis-majlis daerah. Jadi banyak syarikat ini yang telah diberi lesen wimax ini tidak dapat mewujudkan tower ini, kerana tidak mendapat kerjasama daripada majlis-majlis daerah berkenaan. Jadi ini melambatkan dan membantutkan harapan kerajaan. Jadi saya minta kalau boleh penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah kementerian boleh membantu syarikat-syarikat ini untuk mendapatkan kelulusan daripada majlis-majlis daerah. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Tuan Yang di-Pertua, apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kota Belud berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh bukan hanya pemberi perkhidmatan wimax, tetapi semua telco iaitu berkenaan dengan sedikit masalah mendapatkan tapak untuk menara daripada majlis daerah dan daripada kerajaan negeri. Ini telah dibincangkan di peringkat Cabinet Committee dan dipersetujui supaya perkara ini dibincangkan di majlis ataupun Mesyuarat Ketua-ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar, dan kita percaya sedikit sebanyak masalah ini akan dapat diatasi bila kerajaan-kerajaan negeri di bawah Kerajaan Barisan Nasional ataupun di bawah Pakatan akan bersetuju untuk memudahkan sedikit berkenaan dengan pengambilan tapak untuk menara-menara dan tempat untuk menyediakan

final • 6:50 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

perkhidmatan wimax ataupun perkhidmatan yang lain berkenaan dengan broadband.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai bangun Yang Berhormat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 7:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Berbalik kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau, perkhidmatan yang tidak sampai kepada piawaian ataupun janji-janji mengenai kelajuan kualiti dan sebagainya. Walaupun kualiti ataupun kelajuannya tidak sampai ke tahap yang dijanjikan mengikut perjanjian, kita tetap juga membayar harga yang telah ditetapkan.

Apakah tidak boleh diadakan satu mekanisme di mana telco ini membuat pemantauan kawasan-kawasan yang memang sentiasa mengalami kekurangan kelajuan ini yang merugikan pelanggan dan secara berkadarnya mengurangkan dalam bil-bil kita, bayarannya walaupun telah ditetapkan misalnya RM88.00 ataupun yang akan datang ini RM149.00, RM249.00, dikurangkan perkadaran mengikut ketidakmampuan ataupun kegagalan memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan? Saya rasa oleh sebab kita menggunakan sistem dan teknologi yang canggih, sudah pasti pihak syarikat boleh mengesan kawasan-kawasan di mana perkara ini berlaku dan berlaku adil kepada para pengguna. Saya mencadangkan. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai atas cadangan yang saya fikir boleh dipertimbangkan. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi, bahawa kementerian ini sedang mencari jalan bagaimana pemberi perkhidmatan tersebut akan dapat mengimbangi kualiti perkhidmatan yang diberikan dengan kos yang setimpal. Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Penjelasan.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya dahulukah?

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Kita sudah banyak Yang Berhormat berkenaan dengan...

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Cukup penting, perkara ini cukup penting Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang lain-lain pun penting juga.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Paling, paling penting. Saya kena...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang mana satu Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Beri dahulu pun tidak mengapa.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Selangor ataupun Yang Berhormat Hulu Langat?

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Hulu Langat dahulu pun tidak apa tetapi kena beri Kuala Selangor juga.

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Kuala Selangor selalu bercakap. Yang ini Yang Berhormat Hulu Langat bukan?

[Sambil merujuk kepada Yang Berhormat Hulu Langat]

final • 7:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Hulu Langat ya?

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini Kuala Selangor [Sambil merujuk kepada Yang Berhormat Kuala Selangor]

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Yang Berhormat Kuala Selangor yang selalu...

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tetapi ini penting Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk kepentingan kementerian.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan tawar menawar Yang Berhormat. Pilih yang mana satu Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Okey, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 7:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hanya ingin mendapat penjelasan sedikit apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu dalam ucapannya iaitu kenapa pihak high speed broadband ini melantik Michael Parker dari Ghana sebagai timbalan pengarahnya dan juga melantik pegawai pengurusan sumber manusia dari Singapura? Itu yang hendak mendapat penjelasan sedikit. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya akan tiba ke jawapan berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu sebagaimana yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat sebentar nanti.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terpaksa memajukan perkara ini kerana ia adalah cukup penting untuk pengguna mobile phone, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah sudah sampai waktunya kementerian boleh meregulasikan sedikit tentang apa yang disebut sebagai charges yang kalaulah boleh kita seragamkan iaitu dengan kata lain per second block charges. Apakah charging pada per second block dan bukan per 30 second ataupun per 60 second? Per 30 second digunakan oleh Celcom, per 60 second – Maxis juga begitu DIGI yang menggunakan per 30 second block. Ini kerana yang merupakan dan yang paling friendly kepada pengguna for the time being adalah the latest force mobile operator yakni U Mobile. Akan tetapi U Mobile menggunakan network Celcom.

Jadi, kerana dengan izin, this is short-changing ”menipu” the users. Kalau dia menelefon hanya 17 second, tetapi dia tetap membayar 30 second block setiap penggunaan. Jadi sudah sampaikah waktunya kementerian ataupun – bagaimana untuk memberikan pengguna atau consumers should not be short-changed kerana keuntungan yang diambil oleh mobile operator ini keterlaluan sangat?

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sudah. Jangan repeat dua, tiga kali, Yang Berhormat .

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Takut Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak Yang Berhormat, jangan beranggapan tidak baik Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong beri penjelasan dan komen ini untuk pengguna kita di seluruh negara ini. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor. Nampaknya Tuan Yang di-Pertua, banyak sangat Kuala yang hendak bertanya pada petang ini.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, di sini banyak Kuala. Sekitar sana banyak Batang Yang Berhormat. [Ketawa]

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Berkenaan dengan business strategy ataupun strategi komersial pemberi perkhidmatan selular ini mengikut apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor itu adalah hanya mengikut strategi komersial mereka sendiri dan saya boleh bincangkan ini dengan MCMC Yang Berhormat. Oleh sebab Yang Berhormat membawa perkara ini ke Dewan yang mulia ini, saya akan berbincang dengan MCMC bagaimana dan adakah ia sangat merugikan pemberi perkhidmatan yang disebut sebagai yang sangat tidak bertanggungjawab kepada pengguna. Sekiranya ia adalah digunakan di merata dunia, mungkin kita ada kes untuk kita mengarahkan pemberi perkhidmatan tersebut untuk mengikut apa yang disediakan di negara-negara lain.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit untuk maklumat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang digunakan sekarang ini. India sudah pun mengalih ke regim per second block dan juga beberapa negara Eropah. Jadi sudah sampai waktunya juga kita memberikan segala kebaikan dan be friendly to the consumers ataupun penggunanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu kedua yang dibangkitkan iaitu tindakan ke atas laman web dan blog yang menyalahi undang-undang. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Putatan. Berhubung isu tindakan ke atas blog yang menimbulkan fitnah dan yang boleh menggagalkan Gagasan 1Malaysia, kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas laman blog berkenaan sekiranya penulis dapat dikenal pasti.

Sehingga 23 Februari 2010, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima 101 aduan mengenai kandungan laman web dan blog. Dari jumlah ini, 58 aduan adalah bagi kandungan lucah dan 43 aduan bagi kandungan mengancam dan jelik. 15 kes aduan berkaitan bloggers sedang disiasat di bawah seksyen 211 dan seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia bagi kes-kes komersial. Manakala 63 kes disiasat kerana melanggar pelbagai akta yang lain.

final • 7:00 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang telah dibangkitkan ialah berkaitan penyebaran maklumat mengenai Gagasan 1Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Kota Melaka. Berhubung cadangan mengguna pakai media baru bagi menjayakan agenda 1Malaysia, kementerian melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan misalnya telah mewujudkan Facebook Fan Page Jabatan Penerangan yang kini keahliannya telah melebihi enam ribu orang. Jabatan Penerangan juga telah mewujudkan YouTube Channel yang bertujuan untuk

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

memuat naik audio dan visual berkaitan dengan dasar dan kempen kerajaan khususnya berkaitan dengan Gagasan 1Malaysia.

Berkenaan dengan kos Program 1Malaysia di Melaka, penganjuran Majlis Pelancaran Program 1Malaysia Bersama Rakyat di negeri Melaka pada 4 Februari 2010 adalah hasil kerjasama pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian ini. Kerjasama yang diberikan terhadap Program 1Malaysia meliputi persembahan pentas, sistem audio visual, kawalan media dan hal-ehwal mempromosi program.

Kos yang terlibat adalah sekadar kos pentadbiran dan bayaran untuk artis jemputan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kebebasan media yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh...

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Pokok Sena bangun, Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Berkenaan dengan?

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Media baru.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Media?

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Media baru, promosi 1Malaysia tadi.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Okey.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi disebut bahawa penggunaan komunikasi media baru untuk promosi 1Malaysia. Timbul isu APCO Worldwide seperti yang telah pun diperakui oleh kerajaan dan diperakui oleh APCO. Kerajaan mengatakan bahawa APCO tidak dilantik secara khusus untuk mempromosi Konsep 1Malaysia tetapi ia dilantik secara menyeluruh dan itulah juga yang diakui oleh APCO bahawa ia ditugaskan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan komunikasi media baru. Walaupun dakwaan kita, ia menjadi perunding kepada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan media untuk strategize pemikiran masyarakat dan rakyat untuk kepentingan politik kerajaan yang ada pada hari ini.

Jadi adakah kerajaan melalui kementerian Yang Berhormat, khususnya melalui agensi-agensi di bawah kementerian Yang Berhormat juga mendapat khidmat nasihat daripada APCO untuk tujuan mempromosi 1Malaysia melalui penggunaan media baru sebab ini yang telah pun dijelaskan dalam jawapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Yang Berhormat dari Tanah Merah.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, sebagai menjawab Yang Berhormat Pokok Sena, setakat mana yang saya tahu kementerian saya tidak menggunakan perkhidmatan firma yang disebutkan tadi.

Berkenaan dengan komunikasi yang disebutkan oleh Yang Berhormat, itu mungkin perkhidmatan-perkhidmatan yang lain, bukan berkenaan dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang saya tahu. Sebagaimana yang saya katakan, setakat yang saya tahu firma tersebut tidak terlibat dengan urusan kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kebebasan...

final • 7:10 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ya?

final • 7:10 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Boleh saya bertanya?

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ini pertanyaan baru ataupun penjelasan berkenaan dengan apa yang dijelaskan.

final • 7:10 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Penjelasan berkaitan dengan tugas Suruhanjaya Komunikasi, berkaitan dengan institusi dan usaha-usaha komunikasi dalam negara dan antarabangsa.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ini perkara baru, Yang Berhormat.

Boleh ajukan atau boleh sampaikan bila kita berbincang berkenaan dengan 10th Malaysia Plan ataupun perbahasan bajet tambahan kelak dan oleh kerana saya percaya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ada sedikit kerisauan berkenaan dengan masa kita.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita kena habis sekurang-kurangnya 10 kementerian lagi hari ini, Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Minta maaf, Yang Berhormat.

Biarlah perkara ini disentuh masa kita berbincang berkenaan bajet ataupun berkenaan dengan the 10th Malaysia Plan.

final • 7:10 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Saya sekadar ingin bertanya, tidakkah tugas Suruhanjaya Komunikasi untuk mengawasi aktiviti-aktiviti komunikasi, khususnya aktiviti-aktiviti yang cukup strategik untuk kepentingan dalam negara dan hubungan negara dengan antarabangsa seperti yang telah diisytiharkan dan diakui oleh beberapa kementerian telah dilaksanakan oleh APCO ini.

Adakah Suruhanjaya Komunikasi sepatutnya mengawasi dan memahami serta mengetahui untung ruginya untuk negara di atas aktiviti-aktiviti seperti ini yang dibiayai pula dengan nilai berpuluh-puluh juta ringgit setakat yang kita tahu untuk usaha yang mana keuntungannya jelas kepada sebuah syarikat asing yang dipunyai oleh negara asing yang mana ramai yang terlibat itu bermusuh pula kepada negara kita dan kepada dunia Arab yang Amerika Syarikat pun nampaknya hari ini sudah tidak dapat lagi menguasai tindakan-tindakan pemimpin mereka itu. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya mengatakan bahawa kementerian ini tidak terlibat dalam melindungi perkara- perkara yang sepatutnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat kepada Kementerian Dalam Negeri kerana the secret of the nation is not our function, dengan izin.

Yang kita terlibat adalah berkenaan dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan berkenaan dengan komunikasi.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kebebasan media yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Jasin, kerajaan belum berhasrat untuk mengadakan sebarang akta yang melindungi hak kebebasan bersuara media dan maklumat memandangkan perkara ini telah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan bagi setiap rakyat Malaysia.

Artikel tersebut menyatakan bahawa setiap individu mempunyai hak kebebasan untuk menyuarakan sesuatu dan tertakluk kepada beberapa peraturan.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Hak tersebut hendaklah dilaksanakan mengikut lunas-lunas tertentu selaras dengan peruntukan dan undang-undang negara.

final • 7:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu penipuan semasa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang, SKMM sebagai badan pengawal selalu menerima aduan daripada orang ramai mengenai kes-kes penipuan yang dilakukan melalui SMS dan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. SKMM bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapat, menyalur dan mengemukakan maklumat dan kepakaran yang diperlukan oleh PDRM sehingga tertangkap suspek terlibat. Walau bagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk mengemukakan aduan agar tindakan susulan dapat diambil.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu tajaan pasukan Manchester United oleh TM yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Penajaan ini merupakan strategi perniagaan di mana TM mendapat hak eksklusif sebagai rakan telekomunikasi rasmi kepada pasukan MU di Malaysia di bawah kategori perkhidmatan telekomunikasi. TM dapat memanfaatkan IP rights dan image rights serta pengisian online dan mobile daripada pihak MU untuk kegunaan tempatan.

Penajaan ini juga dijangka akan memberi pulangan pendapatan yang baik kepada syarikat di mana berdasarkan kepada pengalaman lalu, TM telah berjaya menjual 200,000 kad iTalk dalam masa 48 jam semasa penajaan Siri Jelajah Asia 2009 oleh pasukan MU (MU Asian Tour) 2009.

Yang Berhormat Tangga Batu telah membangkitkan mengenai jawatan- jawatan penting dalam Telekom yang masih diterajui oleh bangsa asing. Untuk makluman Yang Berhormat, penglibatan rakyat tempatan merupakan keutamaan di bawah dasar TM. Walau bagaimanapun penglibatan dan pengisian jawatan oleh warga asing adalah bertujuan mendapatkan kepakaran dan pemindahan teknologi, misalnya teknologi komunikasi yang berteraskan internet protocol. Namun pihak TM sentiasa melakukan pemantauan dan pengawasan dari semasa ke semasa terhadap warga kerjanya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung cadangan Yang Berhormat Sri Gading supaya RTM menyiarkan kesemua perlawanan Bola Sepak Piala Dunia secara langsung. RTM telah mendapat hak selaku penyiar berlesen yang membabitkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 perlawanan secara tertunda. Termasuk siaran ulangan bagi kesemua 35 perlawanan Piala Dunia 2010. Siaran bermula dengan perlawanan pembukaan antara Afrika Selatan - tuan rumah dan Mexico pada 11 Jun 2010 hingga perlawanan akhir pada 11 Julai 2010. RTM juga akan membuat promosi dan menyiarkan laporan harian bagi kesemua perlawanan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan isu mengenai fakta yang terkandung dalam sebuah penerbitan jabatan penerangan berkenaan isu royalti petroleum di Kelantan. Kementerian ini melalui jabatan penerangan telah menerbitkan risalah yang bertujuan untuk memberikan fakta, penjelasan dan penerangan khususnya kepada rakyat negeri Kelantan berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Penerbitan tersebut juga mengambil kira perjanjian yang telah di tandatangani oleh pihak Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1975/1976. Setiap fakta, penjelasan dan penerangan yang diterbitkan dalam risalah tersebut telah diteliti dan dihalusi dengan mengambil kira perspektif iaitu:

(i) perundangan;

final • 7:20 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

(ii) kawasan perairan wilayah;

(iii) zon eksklusif ekonomi; dan

(iv) Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi memberi pandangan dan cadangan berkaitan kementerian saya. Mana-mana perkara yang ditimbulkan, yang tidak dan yang tidak sempat disentuh dalam jawapan ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menjemput Menteri Kementerian Luar Negeri.

final • 7:20 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu mengenai Kementerian Luar Negeri dalam perbahasan Titah Diraja.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bayan Baru telah menyentuh mengenai strategik pelantikan duta besar ataupun Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara. Sebagaimana yang telah saya maklumkan terdahulu daripada ini, di dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan sentiasa menilai kesesuaian seseorang calon sebelum dilantik ke jawatan tersebut. Ini dilaksanakan melalui proses yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Secara amnya, kriteria dan ciri utama yang diguna pakai adalah mereka yang bersesuaian dengan jawatan yang disandang khususnya di negara yang mereka akan ditugaskan dan memiliki merits dengan izin. Dari segi pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang luas dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa. Kerajaan juga membuat pelantikan secara lantikan politik yang melibatkan individu di kalangan ahli-ahli politik, pengamal undang-undang, ahli perniagaan, ahli akademik dan bekas pegawai tinggi - kerajaan sebagai duta besar ataupun pesuruhjaya tinggi.

Sebagaimana yang telah saya maklumkan pelantikan ini mengambil aspek merits. Calon yang mampu dan sesuai untuk meningkatkan imej dan juga hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan sesebuah negara yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor yang telah membangkitkan mengenai kelayakan...

final • 7:26 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Hendak tanya soalan, pohon penjelasan.

final • 7:26 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 7:26 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan lantikan duta ke negara-negara asing sebagaimana ciri-ciri yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya rasa secara umumnya boleh kita faham dan terima tetapi secara khususnya kes Yang Berhormat Rompin kita ini. Adakah mengikut pertimbangan kementerian atau ia merupakan satu pilihan yang baik dan yang bijak untuk kepentingan negara dan juga untuk menjaga kepentingan dan nama baik Parlimen kita ini.

final • 7:26 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Misalnya dalam kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota - bagaimana Yang Berhormat Indera Mahkota mengatakan bahawa Yang Berhormat Rompin telah menawarkan sejumlah wang ringgit kepada beliau jika beliau sanggup lompat daripada Parti Keadilan kepada parti yang lain. Ini satu incident yang diumumkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota yang melibatkan Yang Berhormat Rompin dan yang melibatkan juga jawatan beliau sekarang sebagai duta kita ke United States of America dengan izin.

final • 7:26 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Jadi, adakah risiko-risiko ini ingin terus dipikul oleh Wisma Putra yang melibatkan kita - rakyat dan Parlimen ini dengan ciri-ciri tersebut. Ini tidak lagi saya tambah isu-isu lain yang beliau diketahui umum dalam media negara kita sekurang-kurangnya aktiviti-aktiviti beliau yang lain yang tidak pun antarabangsa.

Hanya di hotel antarabangsa mungkinlah tetapi bukan antarabangsa tempatnya.

Akan tetapi ini saya fikir yang menimbulkan kebimbangan kita tentang pelantikan itu.

Itu tidak lagi saya tambah tentang satu berita yang saya baca bahawa 30 keluarga Orang Asli di Rompin tidak terima bekalan air dan elektrik lebih 20 tahun.

Beliau ada di dalam negara pun, Orang Asli di Rompin tidak terima bekalan air, inikan pula beliau tidak ada. Ini membimbangkan - Untuk kepentingan Rompin, kepentingan Parlimen, nama baik negara dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri merasakan perlu ditimbang semula ciri-ciri pemilihan tokoh-tokoh tertentu itu untuk menjadi duta kita ke negara asing?

final • 7:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih, Yang Berhormat.

Sebenarnya saya hendak jawab soalan itu yang dibangkitkan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Bukit Gelugor telah membangkitkan mengenai kelayakan pelantikan Yang Berhormat Rompin sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat. Saya ingin memaklumkan kepada Ahli Dewan yang mulia ini bahawa perakuan seseorang calon yang dilantik perlu melalui beberapa prosedur termasuklah tapisan pihak SPRM dan PDRM dalam memastikan calon yang terlibat sesuai dan layak untuk menyandang jawatan tersebut. Kelulusan tapisan ini adalah faktor penyokong utama bagi setiap pencalonan sebelum pelantikan dilaksanakan.

Jadi, dengan cara itu memanglah saya boleh menyatakan di sini iaitu beliau memang layak dan mempunyai pengalaman yang luas boleh digunakan di negara Amerika Syarikat dalam mengeratkan hubungan Malaysia dengan Amerika.

final • 7:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh minta sedikit penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 7:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu 50...

final • 7:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, simple.

Saya minta penjelasan, apabila pelantikan Duta Besar ke Amerika Syarikat ini dibuat ataupun dicadangkan oleh pihak kerajaan, apakah Kerajaan Amerika Syarikat juga perlu bersetuju dengan pelantikan ini ataupun sekurang-kurangnya mungkin tidak ada bantahan terhadap individu-individu yang dilantik menjadi Duta Besar negara-negara di Amerika Syarikat. Itu saya tidak faham tetapi mungkin kalau ada penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ini memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Sebenarnya kita mesti meletakkan - Macam negara Amerika kita memang memilih dan meletakkan seorang calon yang mana boleh diterima juga oleh Amerika Syarikat. Jadi, dalam kes ini memang apabila kita meletakkan Yang Berhormat Rompin maka Amerika menerima dan memberi pelantikan dengan begitu segera.

Tuan Yang di-Pertua, masuk kepada perkara...

final • 7:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 7:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit.

final • 7:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kuala Krai atau yang mana? Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 7:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, sahabat.

final • 7:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 7:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ini antara orang yang paling layak untuk duduk di Hulu Selangor. Kalau Palanivel tidak dapat dan Samy Vellu pun tidak dapat, Yang Berhormatlah daripada GERAKAN. [Ketawa] Terima kasih. Tadi Yang Berhormat ada menyebut bahawa pelantikan seorang duta mesti ada tapisan yang dibuat oleh polis, SPRM dan kemungkinan sampai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya. Akan tetapi bagi saya – Saya tidak menyentuh soal Yang Berhormat Rompin atau sesiapa tetapi secara umum saya sebutkan. Sejauh manakah boleh dipercayai laporan itu. Laporan yang menunjukkan bahawa seseorang itu bersih tetapi hakikatnya sebenarnya orang itu tidak bersih?

Contohnya saya katakan bahawa dalam Pilihan Raya 2008 kalau tidak silap saya, Barisan Nasional mengatakan bahawa semua calon mereka telah melalui satu tapisan, tapisan daripada SPRM, LHDN dan sebagainya. Akan tetapi hakikatnya selepas daripada itu ramai yang dikenakan tindakan disiplin, terlibat dengan pelbagai amalan rasuah, korupsi, politik wang dan sebagainya. Jadi, sejauh mana kesahihan laporan yang dibuat oleh SPRM dan polis itu yang menunjukkan seseorang itu bersih untuk membolehkan mereka menduduki anggota Kabinet atau apa-apa jawatan dalam kerajaan.

final • 7:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sebenarnya kita tidak boleh mempertikaikan perkara yang remeh temeh seperti ini. Sebenarnya kalau kita lihat apabila SPRM dan PDRM memberi pengakuan bahawa mempunyai rekod yang baik dan sebagainya, maka berdasarkan kepada kelayakan itu maka kita terima. Ini bukan kali pertama kita melantik seorang ahli politik menjadi Duta Besar ataupun wakil kita di luar negara malah kita pernah berbuat begitu sejak dahulu lagi. Setakat yang kita boleh lihat dahulu seramai 33 orang duta yang telah memberi sumbangan sebagai Duta Besar ataupun perwakilan di negara luar adalah terdiri daripada ahli politik dan sebagainya. Begitu juga, kini terdapat lima orang yang terdiri daripada ahli politik ataupun ahli akademik. Jadi, pilihan itu adalah apabila kita melihat kesesuaian seseorang calon mengikut negara berkenaan. Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang tadi itu, yang sebelah itu. Boleh, ya? Ini berkenaan dengan perkara yang sama. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya memperingatkan Yang Berhormat Kuala Krai bahawa Yang Berhormat Rompin juga Ahli Parlimen. Ini maknanya kalau ada insinuation ataupun innuendos di bawah 36(6), terkena Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih. Itu untuk pembahas sebelum ini, saya tidak menyentuh Rompin.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Baik, Yang Berhormat. Bagus Yang Berhormat pindah daripada tempat itu.

final • 7:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya. Pindah kepada oranglah bukan Rompin. Di antara calon-calon yang boleh dipertimbangkan ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada benar ketika hangat diperkatakan mengenai peletakan jawatan Ketua Polis Negara yang ada sekarang ini walaupun akhirnya dinafikan, ada tawaran kepada beliau untuk dilantik sebagai duta ke mana-mana negara yang kita tidak dimaklumkan. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengesahkan memang ada hasrat tersebut? Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya Yang Berhormat sendiri telah memberi jawapan iaitu hangat-hangat diperkatakan tetapi belum menerima pelantikan. Jadi sebelum menerima pelantikan belumlah menjadi Duta Besar lagi. Jadi, sabarlah, ya?

final • 7:30 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

[Bangun]

final • 7:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Jadi Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu 50 Ahli Parlimen...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ranau bangun, Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Okey, Yang Berhormat Ranau.

final • 7:30 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menyentuh tentang pelantikan duta ke luar negara iaitu baru-baru ini kementerian Yang Berhormat telah melantik seorang duta dari Sabah iaitu Datu Haji Pengiran Hussin ke Cambodia. Sebagai duta yang baru dilantik ini adalah satu kebanggaan bagi Sabah. Memandangkan sebelum ini Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah membuat satu kenyataan bahawa ada beberapa calon yang telah dikenal pasti dari Sabah akan dilantik sebagai duta, saya ingin bertanya sama ada ada lagikah yang akan dilantik dari Sabah ini [Ketawa]

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebenarnya ringkas sahaja soalan Yang Berhormat itu.

final • 7:30 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Kementerian telah menyentuh ada satu, dua, ataupun mungkin tiga duta daripada Sabah yang akan dilantik. Minta penjelasan.

final • 7:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya memang benar apa yang dikatakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Panggiran Haji Mohd Hussin Bin Haji Mohd Panggiran Tahir dilantik menjadi duta besar wakil ke Cambodia. Sebenarnya kalau kita lihat ya seperti mana yang

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

saya beritahu terdapat lima ahli politik, ahli peniagaan, ahli perundangan, ahli pegawai kerajaan yang dilantik menjadi duta besar ataupun perwakilan.

Jadi adakan akan dilantik satu lagi dari Sabah dan sebagainya, itu berdasarkan kepada kesesuaian dan kalau ada calon yang terampil begitu maka sudah pasti Wisma Putra akan memberi pelantikan seumpama itu. Maknanya ada calon yang sesuai maka sudah pasti akan diberikan.

Seterusnya Tuan yang Dipertua, berhubung dengan...

final • 7:40 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ada satu lagi tambahan.

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya ingat tidak apa, saya teruskan dengan pelantikan...

final • 7:40 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Satu lagi tentang pelantikan duta, final one.

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Okey.

final • 7:40 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat sekarang ini ada kecenderungan kerajaan melantik ahli-ahli politik sebagai Duta-duta Malaysia ke luar negara, apakah kriteria yang diguna pakai oleh Wisma Putra dalam pelantikan tersebut. Ini kerana hari ini dilihat persepsi umum seolah- olah ini adalah ganjaran yang diberikan kepada bekas-bekas ahli-ahli politik. Yang terbaru juga saya dengar mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan akan dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Filipina. Saya ingin penjelasan betul atau tidak.

Namun saya kira mengapa tidak kerajaan melantik golongan profesional ataupun pegawai-pegawai kanan kerajaan yang telah berkhidmat dengan begitu lama kerana tugasan sebagai seorang duta atau pesuruhjaya ini merupakan satu tugas yang penting, yang akan mempertahankan imej negara di luar negara.

Timbul masalah sekarang ialah ramai juga pegawai-pegawai kanan kerajaan yang cukup berpotensi tetapi dibekukan oleh Ketua Setiausaha Negara yang ada sekarang. Lebih 70 pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang tidak sebulu dengannya dibekukan dan tidak mendapat tempat di dalam kedudukan pentadbiran sekarang.

Setelah mereka bersara, mereka juga tidak dapat memberikan khidmat untuk membantu menaikkan imej negara kerana diberikan pula tugas-tugas penting ini kepada ahli-ahli politik.

Keduanya apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju kalau pelantikan yang sebegini penting dikemukakan dulu dalam Dewan Rakyat untuk mendapatkan maklum balas ataupun pengesahan tentang pelantikan-pelantikan tersebut sebelum ianya disahkan kepada kerajaan dan dibawa kepada negara- negara yang berkenaan. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya saya sudah terangkan tadi iaitu ini bukan perkara baru kita melantik ahli politik ataupun ahli akademik dan sebagainya menjadi duta besar atau pesuruhjaya tinggi. Sebenarnya kita lihat pada masa ini terdapat sejumlah lima duta besar dan pesuruhjaya yang bukan pegawai kerajaan, mereka dilantik secara contract of service. Jadi pilihan itu adalah pilihan berdasarkan kepada keupayaan, kebolehan, kesesuaian dan kecekapan mereka dalam bidang-bidang yang tertentu.

Sebagai contoh ahli akademik juga ada dilantik sebagai duta besar iaitu Yang Berbahagia Profesor Madya Dato’ Said Omar bin Said Mohd Al-Sagar. Jadi pelantikan itu berdasarkan kebolehan bukan sahaja ahli politik malah ahli

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

akademik dan sebagainya. Daripada 105 mission ini, baru lima sahaja ahli politik, jadi tidak betullah kalau kita kata semuanya ahli politik.

Jadi masuk kepada perkara Ahli Parlimen Australia iaitu Tuan Yang di- Pertua berhubung dengan isu 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak...

final • 7:40 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Tuan yang Dipertua, Yang Berhormat berkenaan dengan duta-duta lagi, satu sahaja.

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Cukuplah, sudah masuk topik baru.

final • 7:40 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Satu yang amat kritikal Yang Berhormat Timbalan Menteri

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Semua kritikal, actually semua kritikal.

final • 7:40 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Tidak ini amat kritikal kerana ini melibatkan jawatan seseorang, saya ambil satu minit.

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tidak mengapa, nanti boleh tanya.

So, berhubung dengan isu 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan kita menggugurkan pertuduhan kes liwat terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kurau harus dijelaskan – Kuala Kurau ya? [Disampuk] Krau?

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Krau.

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Harus dijelaskan bahawa pandangan yang disampaikan oleh beberapa Ahli Parlimen Australia ini tidak mewakili atau mencerminkan pendirian Kerajaan Australia yang sememangnya tidak ingin campur tangan dalam hal ehwal dalaman di Malaysia seperti yang dijelaskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia. Dalam perkara ini juga, kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua adalah jelas bahawa Ahli Parlimen Australia...

final • 7:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Yang telah menghantar petisyen tersebut tidak faham akan latar belakang kes perbicaraan Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim tersebut dan tidak prihatin akan kedaulatan undang-undang negara ini. Perbicaraan Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah kes jenayah yang melibatkan dua individu yang tidak ada kena mengena dengan tohmahan tidak berasas dalam ucapan Micheal Danby di Parlimen pada 3 Februari 2010. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia telah menemui Ahli Parlimen yang berkenaan dan memberi penjelasan kepada beliau mengenai fakta- fakta sebenar tentang kes mahkamah Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Tinggi di Australia seterusnya telah menulis surat kepada 50 Ahli Parlimen yang tersenarai dalam surat yang diutuskan kepada beliau bagi menjelaskan kedudukan sebenar perbicaraan Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

final • 7:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Mencelah.

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Selain itu...

final • 7:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Timbalan Menteri, Lenggong.

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 7:40 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat kalau belum habis rangka ayat itu, habiskan dahulu baru memberi peluang.

final • 7:40 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang mana satu, Yang Berhormat Tumpat atau Yang Berhormat Lenggong Yang Berhormat beri ini?

final • 7:40 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Dia tunjuk kepada saya tadi itu, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa adalah tugas dan tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen seluruh dunia untuk membangkitkan apa-apa isu sekalipun dan sudah tentu tugas profesional duta-duta kita untuk memberi penjelasan, saya menghormati itu. Mujurlah duta kita ke Canberra bukan orang politik, kalau duta kita itu bekas menteri ke serving Ahli Parlimen daripada UMNO kah, ini bukan duta yang profesional, ini orang parti, dia mahu memberikan ulasan tentang isu dalaman tentang politik Malaysia walaupun di mahkamah. Jadi mujurlah kita, berlakunya duta kita di Australia itu orang profesional. Orang profesional kita ini sebagai duta ini mesti kita hormati.

Soalan saya yang kedua, pada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kes Dato’ Mohd Arshad Husin, duta kita ke Viena IAEA yang mana beliau berkhidmat, kalau kita puji ahli-ahli politik dan sebagainya untuk jadi duta tetapi sekarang ini kes yang profesional pula kita diarah balik dengan cara yang cukup menghinakan. Beliau yang saya difahamkan melakukan tugas beliau dengan baik sebagai duta kita di IAEA tetapi oleh kerana satu kes pengundian berkaitan dengan kedudukan Iran dalam penggunaan kuasa nuklear dan beliau mengundi yang saya difahamkan mengikut fahaman beliau adalah mengikut dasar umum dan dasar dengan izin standing policy of the Malaysian government iaitu untuk bersama-sama dengan negara-negara dunia ketiga, negara-negara berkecuali yang mana kita dan Iran adalah satu kumpulan dari sudut itu. Maka pengundian beliau itu nampaknya amat tidak disukai oleh kerajaan kita dan beliau telah diarah pulang dan terus ditamatkan khidmat beliau sebagai duta kita ke IAEA Vienna dan digantikan dengan yang lain.

Adakah ini tidak merupakan satu pendirian yang keterlaluan oleh negara dan kerajaan serta Wisma Putra? Ini adalah sebab saya baca dalam laporan- laporan dan pemimpin negara asing termasuklah Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan mengatakan bahawa tidak adil untuk kita mengenakan tindakan yang sebegitu keras terhadap Iran dalam kes kuasa nuklear ini yang mana pada masa yang sama negara Israel jelas mempunyai bukan sahaja jana kuasa yang dikuasai oleh nuklear tetapi senjata nuklear tetapi tidak diambil apa-apa tindakan walhal sama ada Israel ataupun Iran duduk dan diam serta berkeadaan dalam wilayah dunia yang sama. Jadi ini pendirian Malaysia yang meragukan sebagai mana hebatnya kuasa dan kedudukan kita sebagai sebuah negara dunia ketiga.

Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 7:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Apabila 50 orang Ahli Parlimen Australia datang ke negara kita dan saya mendengar penjelasan tadi, terima kasih banyak atas penjelasan tersebut. Akan tetapi, tidak mungkin mereka datang ke sini jika tidak ada pihak tertentu di dalam negara yang mengundang mereka datang untuk campur tangan dalam perkara tertentu.

Apakah ada dalam kementerian dan kerajaan mengetahui mungkin ada pihak tertentu yang cuba untuk membawa bagi...

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Bawa APCO.

final • 7:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Mendapat sokongan isu di dalam negara. Apa yang hendak dibimbangkan Yang Berhormat Pokok Sena. Kemudian, satu perkara lagi iaitu tanggungjawab dan bebanan Duta- duta Besar kita di luar negara memang besar apatah lagi kalau ada pula di kalangan pemimpin di dalam negara kita ini daripada pihak yang tentu ke luar negara, dan membawa imej berita-berita yang tidak benar dari negara kita ke luar.

Jadi, kita mendengar rakan-rakan dari sebelah sana bercakap dan sudah tentu kalau kita bertanggungjawab dan tidak menggambarkan sesuatu yang tidak benar mengenai negara kita ke luar negara. Saya ingat begitu mudah wakil-wakil kita di luar negara untuk memainkan peranan dan tanggungjawab. Apakah pandangan Timbalan Menteri mengenai hal ini?

final • 7:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita lihat, kita tidak boleh perlekeh dengan mengatakan ahli politik tidak boleh menjalankan kerja sebagai duta besar atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ini dengan tidak bagus. Sebenarnya, kalau kita lihat, saya pernah menyatakan iaitu 33 ahli politik dan akademik pernah menjalankan kerja dengan begitu cemerlang dalam tempoh yang diberikan kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang duta dari Vienna yang dipanggil.

Kalau kita lihat, kita telah pun memberikan penerangan. Sebenarnya, kementerian bukan menamatkan, tetapi kerana habisnya kontrak bagi Dato’ Ashraf di mana kalau kita lihat sebenarnya sudah diberikan tahun pertama dilanjutkan kali kedua dan ketiga. Maka, sudah tentu masanya untuk dia balik ke Malaysia dan digantikan dengan orang baru. Jadi, kerajaan telah pun melantik Dato’ Mohamad Shahrul Ikram Yaakob sebagai Gabenor bagi IAEA.

Jadi, kalau kita lihat apabila seseorang itu sudah habis tempohnya, maka dia kena balik ke negara ini. Itu adalah prosedur yang selama ini digunakan.

Menyentuh tentang Yang Berhormat dari Lenggong. Sebenarnya, kalau kita lihat setiap Ahli Parlimen mahupun setiap pihak harus mempertahankan imej negara kita dan diminta supaya tidak memburukkan nama baik negara dan pada masa yang sama, kita harus menjaga imej dan nama baik negara di arena luar.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang...

final • 7:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Minta penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada menyebut tentang ahli politik menjadi duta di luar negara, tetapi saya rasa kesemua ahli politik yang menjadi Duta Malaysia di luar negara ini mereka sudah lepaskan jawatan sama ada akademik ataupun jawatan mereka di negara.

Soalan saya ialah seperti Yang Berhormat Rompin dia masih ambil gaji dari Parlimen dan masih seorang Ahli Parlimen wakil rakyat, tetapi sekarang dia didapati tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat,

final • 7:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

mewakilkan dan berkhidmat kepada orang yang mengundinya sebagai wakil rakyat. Saya rasa ini tidak adil kalau Yang Berhormat Rompin hendak jadi wakil Kerajaan Malaysia di Amerika Syarikat, bukankah beliau harus letak jawatan sebagai seorang Ahli Parlimen dahulu? Selepas itu baru hantar beliau pergi ke Amerika Syarikat. Sekarang dia pegang dua gaji tetapi orangnya tidak ada di sini.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya terima jawapan itu dari Kementerian Luar Negeri tentang pertanyaan saya mengenai Yang Berhormat Rompin ini, di mana kementerian katakan sekarang ada teknologi baru di mana Yang Berhormat Rompin boleh berhubung dengan orang di kawasannya melalui teknologi baru. Akan tetapi, kita tahu Washington dengan Malaysia yang berbeza waktu di mana perbezaan waktunya ialah 12 jam. So, macam mana Yang Berhormat Rompin melalui internet ataupun teleconferencing untuk berhubung dengan pengundinya yang menghadapi masalah banjir, kebakaran melalui internet yang jauh dengan perbezaan waktu 12 jam. Jadi, saya rasa mungkin pihak kementerian haruslah mencadangkan kepada Kabinet bahawa beri Yang Berhormat Rompin menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, dia harus letak jawatan supaya jawatannya boleh dikosongkan dan diberi kepada orang baru yang berminat untuk ambil alih jawatannya.

final • 7:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya saya tidak boleh menilai sama ada beliau ada buat kerja di kawasannya atau tidak. Akan tetapi dengan kemajuan dengan arah globalisasi dan kemajuan teknologi malam atau siang tidak begitu menjadi masalah besar.

Jadi, saya percaya wakil-wakil Yang Berhormat ada menjalankan kerja di kawasan beliau.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat, Pasir Salak di sini. Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Seputeh mempertikaikan peranan Yang Berhormat Rompin sebagai wakil rakyat apabila beliau dilantik sebagai duta.

Yang Berhormat Seputeh tidak mengikuti bahawa peranan wakil rakyat yang dilakukan oleh Yang Berhormat Rompin tidak terjejas dan tidak ada kompelin.

Tidak ada yang mengadu. Beliau ada cara beliau bekerja dan berkhidmat kepada mereka iaitu penduduk di kawasan beliau. Mana ada sentuh? Ada keluar satu kompelin? Tidak ada. Cara Yang Berhormat berkhidmat itu masing-masing.

Jikalau Yang Berhormat pun hari-hari duduk di kawasan, tetapi melalak sahaja apa yang boleh dibuat? Apa yang pentingnya ialah khidmat kita. Itu pertama.

Keduanya...

final • 7:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Akan tetapi beliau tidak dapat hadir ke Parlimen. Mana dia sekarang kita cakap pasal dia tetapi Rompin tidak ada? Bukannya jawab melalui teleconferencing ke dalam Dewan ini?

final • 7:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagi sedikit Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita tidak ada masa Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Oleh sebab isu pun berkaitan dengan Ahli Parlimen Australia. Belum habis bahas lagi.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagi sedikit sahaja.

Jadi, Yang Berhormat duduk di dalam Dewan ini pun bising sahaja. Bukan ada

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

menyumbang yang baik pun. Jadi, apa yang menjadi persoalan duduk di dalam Dewan atau di luar Dewan itu masalah teknikal sahaja, apa yang penting ialah sumbangan kita kepada masyarakat dan negara kita. Itu pertama.

Keduanya, pelantikan orang-orang politik sebagai duta di luar negara ini apa yang pihak pembangkang takut sangat. Saya tahu sebab mengapa? Kerana takut kita akan membongkar semua fitnah yang dilakukan oleh pemimpin- pemimpin pembangkang di luar negara seperti di Amerika Syarikat, di mana saya pergi ke Washington baru-baru ini, ada cubaan. Akan tetapi oleh sebab adanya duta kita Yang Berhormat Rompin yang bertugas di sana, hubungan baik dengan negara kita dapat dijalin semula.

final • 7:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Elok bagi Yang Berhormat Pasir Salak juga menjadi duta, tidak bising sangat di sini... [Ketawa]

final • 7:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Hantar dia ke Antartika.

final • 7:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya sambung ini. Selain itu satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri pada 12 Februari 2010 untuk menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Australia dan menasihati supaya mereka menghormati keluhuran undang-undang Malaysia yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat tanpa mengira pangkat dan darjat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri berpendapat perkara ini telah selesai memandangkan tiada lagi gesaan dari Ahli Parlimen Australia.

Namun begitu pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia dan semua perwakilan Malaysia di luar negeri akan terus memantau perkembangan laporan dan pandangan berhubung perbicaraan Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akan memberi penjelasan jika perlu.

final • 7:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh sedikit sentuh isu ini?

Isu yang tadi Australia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya dan pandangan.

final • 7:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apakah kalau ada pemimpin daripada negara kita ini yang keluar ke negara luar dan meminta sokongan daripada pihak luar terhadap isu-isu tertentu di negara ini yang melibatkan beliau dan akhirnya beliau menjadi seorang pemimpin di negara ini pada masa yang akan datang, apakah pandangan Yang Berhormat, apakah pemimpin ini akan terhutang budi kepada mereka yang telah diminta pertolongan ini dan akhirnya akan mengkompromikan keberkesanan jawatan yang dipegang oleh individu tersebut? Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Bagi kita, kita ada undang-undang sendiri. Jadi semua negara juga harus menghormati undang-undang kita dan kita mesti meletakkan undang-undang kita di depan ya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum...

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Keprihatinan yang disuarakan oleh Yang Berhormat Kuala Krau mengenai penerbitan karikatur Nabi Muhammad...

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Mohon penjelasan.

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Yang Dihasilkan oleh seorang warganegara Sweden bernama Lars Vilks di dalam tiga buah akhbar Sweden pada 10 Mac 2010. Dalam hal ini...

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Menteri Luar Negeri Malaysia...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Biar dia habiskan dahulu.

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada 12 Mac 2010 bagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan akhbar-akhbar tersebut. Malaysia berpandangan bahawa perbuatan tersebut yang dibuat atas nama kebebasan bersuara adalah tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam di seluruh dunia.

Perbuatan tersebut jelas merupakan provokasi yang berniat jahat dan harus ditolak sepenuhnya oleh semua pihak. Malaysia juga berharap agar Kerajaan Sweden mengambil tindakan ke atas akhbar-akhbar yang terlibat dan memastikan bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat ada menyebut bahawa kementerian Yang Berhormat akan memantau perkembangan-perkembangan dalam negara kita untuk disampaikan kepada negara-negara asing dan sebagainya. Ya lah, itu satu tugas kementerian. Begitu juga saya percaya tugas kementerian juga ialah untuk memantau apa-apa kegiatan hubungan dua hala antara Malaysia dan juga negara luar.

Jadi apa yang hendak saya tanya, apakah peranan yang kementerian Yang Berhormat dalam memberikan nasihat kepada kerajaan sebelum kerajaan memutuskan untuk melantik syarikat APCO Worlwide sebagai perunding media kepada kerajaan? [Dewan riuh] Sedangkan saya percaya bahawa Kementerian Luar terlibat dalam isu-isu antarabangsa. Sedangkan syarikat APCO ini ialah syarikat yang lembaga penasihatnya terdiri daripada pemuka-pemuka yang pernah terlibat dalam kerajaan negara haram Israel. Jadi bagaimana Kementerian Luar boleh menyetujui, menasihati kerajaan melantik syarikat yang sebegini rupa?

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya sudah keluar tajuk tadi. Jadi saya rasa tidak perlu jawab ya. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu penghijrahan rakyat Malaysia ke luar negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis, ingin dijelaskan di sini bahawa tiada perangkaan yang tepat yang boleh dirujuk dalam erti kata sebenar penghijrahan.

Mereka yang mengadakan perjalanan ke luar negara adalah berdasarkan kepada pelbagai sebab yang di antaranya belajar, mengikut pasangan yang bekerja, berkursus, bekerja sama ada secara peribadi atau dengan organisasi swasta, pertubuhan antarabangsa mahupun sektor kerajaan. Tidak dapat dipastikan sama ada mereka terus berada di satu negara atau berpindah ke negara lain atau pulang semula ke Malaysia memandangkan tiada rekod sebenar yang boleh digunakan sebagai asas penghijrahan. Adalah menjadi amalan di perwakilan Malaysia di luar negara untuk menggalakkan rakyat Malaysia

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

mendaftar di mana-mana perwakilan tetapi bukanlah untuk tujuan mengkategorikan mereka sebagai penghijrah.

Oleh yang demikian, rekod ini tidak memberi gambaran yang menyeluruh dan sebenar. Rekod ini juga tidak tepat apabila mereka telah berdaftar tetapi tidak memaklumkan kepada perwakilan bahawa mereka telah pulang ke Malaysia.

Kementerian Luar Negeri melalui Program Mendampingi Rakyat Malaysia yang dijalankan oleh perwakilan Malaysia sering mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di luar negeri untuk mendaftar dengan perwakilan Malaysia. Ia bertujuan untuk memudahkan perwakilan Malaysia menghubungi rakyat Malaysia sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

final • 8:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada jawapan Parlimen pada 30 November 2009...

final • 8:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Berhubung dengan jumlah...

final • 8:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan.

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara, ingin dijelaskan bahawa jumlah anggaran yang diberikan iaitu seramai 304,358 orang adalah termasuk mereka yang ke luar untuk tempoh jangka panjang dan jangka sederhana bagi tujuan bekerja, belajar, berniaga, mengikut pasangan dan juga melancong. Ini bermakna tidak semua mereka ini terus menetap di negara luar. Kementerian sedang menyemak semula statistik-statistik yang dikemukakan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Marang...

final • 8:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 8:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat kata penghijrahan tidak dapat dipastikan.

Rekod itu adalah tidak tepat. Tujuan-tujuan tidak direkodkan mengapa 304,000 warga berhijrah ke luar negara.

Baru sebentar tadi saya membaca laporan kerajaan mulai risau kehilangan talent, kepakaran ke luar negara. Jadi apakah kerajaan tidak risau apabila jumlah yang ramai dilaporkan ke luar negara? Yang Berhormat kata pelbagai alasan tetapi bukankah kementerian sudah patut merasa risau dengan mengambil tindakan untuk mencari sebab-sebab tertentu apabila mereka meninggalkan negara ini. Mengapa mereka berbuat demikian?

Yang Berhormat kata tidak dapat tentukan. Apakah sudah mula sampai masanya untuk menentukan mengapa mereka keluar? Buat satu pecahan sebab apa? Kalau bolehlah, kerajaan boleh pertimbangkan meminta mereka menyatakan alasan mengapa mereka berhijrah, melepaskan warganegara Malaysia ini untuk ke luar negara.

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya saya boleh nampak soalan Yang Berhormat sudah campuradukkan antara yang migrate untuk jangka masa sederhana dengan jangka panjang,

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

dengan yang melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan. Ini dua yang berbeza.

Angka yang saya berikan tadi iaitu 304,000 adalah yang keluar terdiri daripada pelajar-pelajar. Saya boleh katakan terdapat lebih kurang 50,000 pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Ada juga yang mengikut pasangan, mungkin suami atau isteri ke luar negara. Ada juga yang bekerja di kedutaan-kedutaan ataupun di agensi-agensi kerajaan kita di luar negara. Jadi oleh kerana mereka bekerja bagi tempoh masa yang panjang di situ, maka kita kategorikan sebagai migrasi.

Sebenarnya ini bukan yang mereka sudah lucut kewarganegaraan ataupun tamatkan kewarganegaraan. Yang lucut kewarganegaraan atau tamat kewarganegaraan mungkin ia punya anggarannya adalah lebih kurang 6,000 orang sahaja. Satu tahap yang dikatakan tidak bahaya, di mana kalau kita lihat ada yang hilang kewarganegaraan tetapi memohon semula kewarganegaraan.

Jadi ini menunjukkan begitu ramai rakyat Malaysia yang inginkan kewarganegaraan Malaysia dan ingin kembali ke Malaysia mungkin selepas habis kerja ataupun belajar di negara luar.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Marang berkaitan dengan pencerobohan Masjid Al-Aqsa iaitu tempat suci umat Islam oleh rejim Zionis Israel. Dalam hal ini, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mengisytiharkan Masjid Ibrahimi di Hebron dan Kubah Rakhil di Baitullaham sebagai tapak warisan Israel.

final • 8:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Malaysia juga mengutuk tindakan rejim zionis yang menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa pada 5 Mac 2010. Dalam konteks Persidangan Islam atau OIC, Malaysia sentiasa memainkan peranan dengan mengerakkan sokongan dan kerjasama antara negara-negara Islam untuk menyokong hak rakyat Palestin dalam perjuangan mereka.

Di forum rundingan pelbagai hala seperti PBB, NAM, OIC, Malaysia tidak henti-henti menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi melindungi tempat suci umat Islam di Palestin. Lanjutan daripada peristiwa pencerobohan dan pengumuman tapak warisan Israel, Setiausaha Agung OIC Tan Sri Professor Dr. Ekmeleddin telah mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan Israel itu. Beliau juga telah mengutuskan surat kepada Setiausaha Agung UNESCO untuk mengambil tindakan tegas ke atas perampasan Israel terhadap warisan Islam di Palestin.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Dr. Ackle Meldin telah mempengerusikan mesyuarat di kalangan anggota OIC pada 15 Mac 2010 berkenaan dengan pemeliharaan bandar Al Quds, Al Sharif dan Jerusalem Timur dan bersetuju membantu rakyat Palestin dalam usaha mereka menghalang pihak Israel menjadikan kawasan tersebut sebagai hak warisan Yahudi.

Dalam masa yang sama, kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam mesyuarat pada 19 Mac 2010 dan Liga Arab pada mesyuaratnya pada 14 Mac 2010 telah menggesa Israel untuk kembali ke meja rundingan dan menuntut negara itu segera menghentikan pembinaan kediaman orang Yahudi.

Kuartet Timur Tengah juga yakin rundingan ini akan menjurus kepada perjanjian damai dengan Palestin dalam tempoh 24 bulan.

final • 8:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, Ya.

final • 8:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sangat bersetuju dengan penjelasan yang dibuat menunjukkan sikap yang begitu keras dengan Israel tetapi saya masih tertanya-tanya. Satu masa kerajaan begitu keras dengan Israel, satu masa kerajaan mengambil syarikat yang ada kepentingan dengan Israel. APCO Worldwide yang sudah pasti wang, fees yang kita bayar kepada APCO Worldwide ini sudah pasti akan juga mengalir kepada Israel untuk membunuh rakyat Palestin. Jadi, apa sebenarnya stand kerajaan, sama ada bersikap keras dengan Israel ataupun...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudahlah Yang Berhormat

final • 8:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Meminta khidmat daripada...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Syarikat yang ada kepentingan Israel untuk politik Negara Malaysia.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat

final • 8:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya menganggap bahawa ini ..

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudahlah Yang Berhormat,

final • 8:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Satu sikap yang hipokrit pada pihak kerajaan.

final • 8:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri. Tidak payah respons dengan Yang Berhormat Pokok Sena kerana peraturan melarang mendesak sedemikian Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Okey.

final • 8:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya mengikuti dengan jelas penerangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Luar ini, satu jawapan yang begitu lengkap. Sepatutnya Yang Berhormat Pokok Sena merasa bangga pendirian kerajaan kita dan kesungguhan negara kita mempertahankan rakyat Palestin, rakyat Islam yang dicerobohi oleh Yahudi, tetapi Yang Berhormat Pokok Sena hendak main politik tentang syarikat yang dikatakan belum tentu. Kita tunggulah dalam minggu ini bagaimana kesudahan cerita ini, kalau persepsi kita sahaja, pembangkang ini memang apa pun cara hendak memburukkan kerajaan.

Jasa kerajaan, segala dibuat oleh kerajaan yang baik-baik tidak pernah diiktiraf oleh parti pembangkang. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar, syabas atas jawapan, jangan pedulikan soalan yang membazirkan masa.

final • 8:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya Malaysia ini bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan masalah antara Israel dengan Palestin ini, dan kalau kita lihat dari dulu lagi iaitu sejak Annapolis Conference. Kita sudah mencari apa yang kita panggil sebagai road map untuk menyelesaikan masalah di Palestin. Namun apabila Israel menyerang Palestin, maka segala usahanya sudah menjadi tidak jadi-jadi ya. Jadi, di samping itu kalau kita lihat kita masih meneruskan usaha Malaysia bersama-sama dengan negara-negara lain bersama-sama dengan OIC, bersama-sama dengan NAM dalam menyelesaikan masalah melalui beberapa multilateral forum. Kita mendesak semua negara ini supaya sama-sama mencari penyelesaian dan kita sedia maklum memang kita akan berjaya sekiranya dengan adanya United Nations Resolution.

final • 8:10 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, untuk pengetahuan sahabat kita Yang Berhormat Sri Gading, kita memang serius khususnya tentang Israel dan ancamannya kepada bukan sahaja seluruh dunia Islam tetapi seluruh dunia. Oleh itu apa-apa sekalipun tindakan Israel ataupun yang berkaitan dengan Israel sudah tentu memerlukan tumpuan kita secara keseluruhannya tanpa mengira kementerian, tanpa mengira sebelah mana Dewan kita berada seperti dalam kes APCO ini.

Akan tetapi soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah tentang kalau kita lihat amalan diplomasi antarabangsa. Baru dua tiga hari yang lalu Barrack Obama pergi ke Afghanistan. Baru dua tiga minggu sebelum itu Timbalan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, melawat Israel. Dalam pada beliau melawat Israel pun dengan angkuh Israel mengumumkan pembinaan 1,600 unit rumah- rumah baru di Jerusalem Timur. Ini yang saya hendak tanya bahawa dalam kesungguhan Wisma Putra dan negara untuk memperjuangkan kes Israel kita tidak dengar pun pimpinan kita melawat Cairo ke, melibatkan diri sebagai pemerhati di Sidang Kemuncak Liga Arab di Libya sehari dua ini kah ataupun kalau lebih berani sekali, sepatutnya pemimpin kita yang tinggi terlibat dalam rombongan Viva Palestina yang diancam, diserang sebegitu rupa.

Walaupun ada sumbangan Malaysia yang saya iktiraf dan saya anggap baik tetapi tidak cukup lagi untuk menunjukkan komitmen negara kita yang bersungguh-sungguh terhadap suatu negara yang mengancam keselamatan seluruh dunia dan agen-agennya seperti APCO itu sendiri. Jadi apakah yang rasanya Yang Berhormat Timbalan Menteri ingin mencadangkan supaya pimpinan tertinggi negara ambil sikap untuk pergi ke Kaherah, pergi ke Gaza, pergi ke Jerusalem, untuk menunjukkan bahawa komitmen Malaysia ini adalah antara ke terkedepan dengan negara-negara lain dalam dunia ini, dalam kes mempertahankan dan memperjuangkan Palestin berdepan dengan Israel, terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya beberapa tindakan-tindakan, beberapa usaha-usaha juga telah diambil oleh negara Malaysia terutamanya melalui penglibatan kita dalam as a member, sebagai ahli kepada Save Palestine dan sebagainya. Begitu banyak, kita juga sentiasa membuat desakan melalui OIC, NAM dan sebagainya, jadi saya percaya dengan kesungguhan yang ada pada kesemua negara ini sudah pasti akan mencapai penyelesaian tidak lama lagi. Yang lebih penting di Palestin sendiri sudah ada usaha-usaha antara Fatah dengan Hamas yang dapat berbaik, jadi ia juga menunjukkan adanya pemulihan di dalam Palestin itu sendiri. Tuan Yang di- Pertua, mengenai tohmahan yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang, ingin dinyatakan di sini...

final • 8:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ingin dinyatakan di sini Kedutaan Malaysia di Ireland telah mengesahkan bahawa tidak ada seorang pun pengawal kedutaan besar di Dublin yang mengunjungi rumah mana-mana wakil negara Malaysia di Dublin. Ini untuk tujuan mengarahkan mereka supaya tidak menghadiri program bersama Yang Berhormat Ahli Parlimen Bukit Gantang. Jadi apa yang dikatakan itu adalah tidak benar.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih sekali lagi kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri. Dengan sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Kementerian Luar Negeri akan terus memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa bagi memastikan Malaysia terus bersuara menyumbang pandangan dan tenaga untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kemakmuran dunia. Dasar luar dan kepentingan negara akan terus di promosi dan dipertahankan bagi memastikan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara-negara asing terus berkembang.

Sekian terima kasih.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Menjemput Menteri daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

final • 8:20 PM

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kapit yang telah membangkit perkara-perkara yang menyentuh mengenai bidang kuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh mengenai isu pertama yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kapit berhubung kekurangan pekerja asing di kawasan perladangan sawit dan kos pengambilan pekerja asing yang tinggi.

Untuk makluman Yang Berhormat pengambilan pekerja asing dibenarkan daripada 13 buah negara iaitu dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Thailand, India, Nepal, Myanmar, Laos, Pakistan, Sri Lanka, Vietnam, Uzbekistan dan Kazakhstan. Berdasarkan kepada sumber negara pekerja asing kerajaan berpendapat pada masa ini sumber berkenaan adalah memadai.

Di samping itu data semasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah pengambilan seorang pekerja asing bagi setiap lapan hektar kawasan perladangan sawit. Kos keseluruhan pengambilan pekerja asing untuk sektor ladang adalah dianggarkan sebanyak RM1,245 dan tidak termasuk kos

final • 8:21 PM

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tan Sri Bernard Giluk Dompok

tambang. Kos ini meliputi bayaran levi sebanyak RM540 seorang, kos pemeriksaan kesihatan sebanyak RM180 dan bayaran agen sebanyak RM525.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kapit adalah berkenaan levi dan ses ke atas estet yang berdasarkan tahap harga minyak mentah dan bukannya atas keuntungan syarikat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, levi keuntungan luar biasa dikenakan kepada pengusaha sawit. Apabila harga minyak sawit mentah melebihi 2,500 setan bagi semenanjung dengan kadar levi sebanyak 15% dan 3,000 setan bagi Sabah dan Sarawak dengan kadar 7.5%.

Di samping itu Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) mengenakan ses industri sebanyak RM13 bagi setiap satu tan minyak sawit mentah - di mana ia disalurkan untuk maksud-maksud berikut:

(i) RM9 adalah tujuan untuk membiayai penyelidikan dan pembangunan;

(ii) RM2 adalah untuk tujuan biayai aktiviti promosi oleh Minyak Sawit Malaysia; dan

(iii) RM2 untuk dana penstabilan harga minyak sawit.

Pungutan ses MPOB berdasarkan kepada tahap pengeluaran minyak sawit mentah yang telah lama diamalkan. Mereka yang mempunyai ladang pokok muda yang belum mencapai tahap yang optimum akan hanya membayar ses mengikut tahap pengeluaran. Selain itu Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak turut mengenakan cukai jualan ke atas pengeluar-pengeluar CPO. Bagi negeri Sarawak cukai jualan bergantung kepada harga CPO iaitu 2.5% sekiranya harga CPO di antara RM1,000 hingga RM1,499 dan 5% apabila harga melebihi RM1,500.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Kapit juga telah membahaskan mengenai aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan di dalam industri sawit terutamanya berhubung penanaman sawit di atas tanah gambut. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini MPOB telah menjalankan R&D ke atas tanaman kelapa sawit di tanah gambut di Sarawak sejak tahun 80-an lagi. Bagi memperkukuhkan penyelidikan ke atas tanah gambut pada tahun 2001, MPOB telah menubuhkan pusat penyelidikan MPOB di Sesang yang menumpukan penyelidikan ke atas kegunaan tanah gambut di Sarawak.

Penyelidikan MPOB di atas tanah gambut di Sesang melibatkan 53 projek dan tertumpu kepada bidang-bidang seperti berikut:

(i) biak baka dan genetik;

(ii) agronomi dan teknologi baja;

(iii) perlindungan tumbuhan;

(iv) mekanisasi ladang; dan

(v) integrasi tanaman dan ternakan.

Di samping itu kementerian amat prihatin bahawa kebanyakan tanah yang akan dimajukan untuk perladangan sawit baru di Sarawak adalah di atas tanah gambut. Dalam hal ini MPOB telah menubuhkan satu unit khas untuk kajian tanah gambut iaitu Unit Penyelidikan Tanah Gambut Tropika pada tahun 2009 yang tertumpu kepada aktiviti-aktiviti penyelidikan tanah gambut di Sarawak.

Bagi memajukan aktiviti-aktiviti penyelidikan berkaitan tanah gambut kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM39.1 juta bagi tempoh lima

final • 8:21 PM

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tan Sri Bernard Giluk Dompok

tahun - iaitu dari tahun 2008 hingga tahun 2012 untuk membiayai projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh Tropical Peat Research Unit. Tropical Peat Research Unit turut bekerjasama dengan Tropical Peat Research Laboratory di bawah Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan pihak ladang sawit di Sarawak untuk menjalankan R&D berkaitan tanah gambut. Di samping itu kementerian juga bekerjasama dengan Kerajaan Netherlands bagi memajukan aktiviti-aktiviti penyelidikan berkaitan tanah gambut. Ini adalah memandangkan kepada kepakaran Kerajaan Netherlands dalam bidang pengurusan tanah gambut.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kapit berpandangan bahawa sebahagian dari pungutan ses perlu disalurkan kembali ke Sarawak untuk membolehkan kajian saintifik ataupun untuk membolehkan lebih banyak lagi kajian-kajian mengenai tanah gambut dijalankan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti dinyatakan terlebih dahulu MPOB menggunakan kutipan ses ini untuk tujuan R&D, promosi dan dana penstabilan harga minyak sawit. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan MPOB berkenaan secara keseluruhannya adalah untuk manfaat seluruh industri sawit negara termasuk Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri penggulungan ini saya maklumkan bahawa kementerian saya telah mengambil maklum terhadap segala pandangan, ulasan dan saranan yang telah dibuat oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya dan juga pegawai-pegawai kementerian saya serta agensi-agensi di bawah kementerian saya akan memberi perhatian sepenuhnya kepada semua isu yang telah dibangkitkan dan akan berusaha untuk memperkotakan yang difikirkan wajar dan sesuai.

final • 8:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kapit bangun, Yang Berhormat.

final • 8:21 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang saya terima sebagai begitu jelas. Cuma saya mengambil kesempatan ini untuk meminta penjelasan satu dua perkara lagi. Yang Berhormat Menteri memandangkan kawasan yang dimajukan untuk tanaman sawit ini - di Sarawak dan juga di negeri Sabah. Saya hendak tahu di antara Ahli-ahli Lembaga MPOB berapa orangkah yang duduk di sana? Dari Sarawak dan kalau ada juga yang dari Sabah?

final • 8:21 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Adakah Lembaga MPOB ini diwakili dari seorang dari Sarawak dan seorang dari Sabah. Oleh kerana mereka kalau ada mewakili negeri masing- masing mungkin mereka ini boleh membawa kepada Lembaga MPOB dan boleh juga memberitahu ataupun memberi pandangan bagi pihak negeri-negeri tersebut iaitu Sarawak dan Sabah untuk membantu MPOB. Melihat secara keseluruhannya dari segi semua perkara dan program yang akan dikendali ataupun dari segi dasar polisi MPOB untuk membangunkan lagi, menambahkan lagi perkhidmatan MPOB kepada mereka yang mengusahakan ladang sawit di negeri Sabah dan Sarawak, satu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Kedua, oleh kerana di negeri Sarawak ini, seperti mana dalam ucapan saya dalam perbahasan tempoh hari, tanah yang ada untuk kita boleh majukan ladang sawit ini di masa hadapan, yang tanah bukan tanah gambut ini mungkin kita tidak ada yang sesuai lagi kerana yang masih tinggal adalah yang berbukit bukau, yang mungkin tidak secara economic untuk kita majukan. Cuma di tanah

final • 8:30 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

gambut ini yang masih ada mungkin ada secara feasibility nya. Cuma kalau kita tanam atau seperti mana saya bawa itu kalau kita bangunkan tanah gambut ini ia sudah tentunya menarik perhatian environmentalist.

Ini pun saya telah sentuh. Jadi saya ingin penjelasan daripada kementerian untuk membantu kerana kita tidak hendak kempen-kempen environmentalist ini yang melawan kita dalam sawit ini, RSPO kah ataupun yang lain-lain selalunya menyalahkan Malaysia. Kalau di negara kita Malaysia menuding jari juga kepada negeri Sarawak oleh kerana hanya di negeri Sarawak tanah gambut yang kita mampu bangunkan sekarang. Jadi kami di negeri Sarawak kami tidak mahu. Kerajaan Negeri Sarawak pun saya boleh katakan tidak mahu.

Seolah-olahnya kalau ada kempen-kempen daripada environmentalist, NGO-NGO di luar negeri yang penting juga kerana mereka ini boleh pengaruhi pasaran sawit ini yang penting kepada ekonomi negara kita.

Jadi kami di negeri Sarawak, kami tidak mahu seolah-olah kami yang bersalah dan kalau dibangunkan dengan betul ekonomi kita mungkin, bukan mungkin, sememangnya daripada tukaran wang asing kalau kita mengeluarkan lebih banyak lagi. Jadi begitu pentinglah industri sawit ini kepada kami di Sarawak.

Jadi sila jelaskan Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Seorang Ahli

Tambah. Tambah.

final • 8:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Boleh sambung terus, tambah sedikit Yang Berhormat Menteri? Nanti jawab sekali.

final • 8:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Kanowit

final • 8:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Ini Yang Berhormat Kanowit ini.

Sama juga.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyambung sedikit masalah yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Kapit. Akan tetapi soalan yang utama yang saya ingin menyoal kepada Yang Berhormat Menteri ialah ada di kalangan pengusaha ladang sawit yang menyatakan bahawa kualiti minyak yang diperolehi di ladang sawit tanah gambut kurang bagus ataupun kurang bagus kualitinya daripada sawit yang ditanam di tanah bukit. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada itu adalah benar atau tidak. Kalau benar apa sebabnya?

Kedua, tadi juga Yang Berhormat Kapit menyentuh sedikit berkenaan dengan NGO yang selama ini telah pun membuat kempen untuk menekan kerajaan Malaysia dan Sarawak terutamanya kerana kita menggunakan tanah gambut untuk ladang-ladang sawit yang besar-besaran ini. Jadi soalan saya ini adalah apakah sebenarnya yang mereka tidak suka berkenaan dengan kita mengadakan ladang-ladang sawit di tanah gambut ini? What is the real reason behind? Saya pun kadang-kadang tidak berapa mengerti sebab kalau kita membuat ladang sawit ini di bukit bukau pun kita akan meneroka permukaan tanah yang sama dengan luas juga.

Jadi, yang kedua Yang Berhormat Menteri saya ingin tahu sebab di Sarawak saya mendengar sekarang ini ramai peladang-peladang kecil yang telah berusaha untuk membuat ladang sawit persendirian, small holders di tanah-tanah yang mereka dapat terokai. Jadi saya ingin minta penjelasan daripada

final • 8:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

kementerian, apakah insentif ataupun bantuan dari kementerian yang dapat diberi kepada mereka-mereka ini, sama ada mereka ini menerokai tanah NCR atau tanah state land yang ada di Sarawak ini. Sebab saya nampak inilah trend sekarang sebab harga sawit sudah bagus sedikit. Jadi ramai di antara pengusaha- pengusaha kecil ini telah pun menceburkan diri...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Dalam ladang sawit. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Dua sekali dalam satu jawapan. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kapit. Soalan yang pertama ditujukan kepada saya oleh beliau di atas MPOB iaitu adakah negeri Sabah dan Sarawak ini diwakili dalam MPOB? Jawapan saya, ya. Sabah dan Sarawak ini mempunyai wakil dalam MPOB dan kalau tiada pun saya akan pasti Sarawak dan Sabah akan dapat wakil.

Manakala yang keduanya, berkenaan dengan tanah gambut di Sarawak.

Saya ingin memberi penjelasan bahawa di negeri Sarawak ini kita mempunyai 1.47 million hektar tanah gambut di mana lebih daripada 90% adalah boleh dikatakan deep peat iaitu melebihi tiga meter. Pada tahun 2008 kelapa sawit yang ditanam di Sarawak ini telah ditanam dengan menggunakan tanah yang seluas 740,000 hektar dan daripada ini 210,000 adalah daripada tanah gambut.

Jadi bermakna 14% daripada tanah gambut itu telah digunakan untuk tanaman sawit. Pihak MPOB telah menjalankan kajian dan sedang menjalankan kajian dan sedang membuat research bagaimana kita dapat menggunakan tanah gambut? Dan sudah pun dapat mengeluarkan manual on technologies of planting oil palm on pit soil. Jadi ini disediakan oleh MPOB dan setakat ini saya rasa apa yang diusahakan oleh MPOB ini adalah dapat membantu penanaman di atas tanah gambut di Sarawak ini. Saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kanowit untuk mengatakan di sini bahawa kualiti kelapa sawit iaitu dari segi minyaknya tidak berbeza daripada kelapa sawit yang lain.

Hanya berbeza ialah kos pengeluaran iaitu didapati bahawa kos untuk mengeluarkan kelapa sawit daripada tanah gambut ini adalah lebih daripada yang kita dapati di tanah mineral iaitu mineral soil. Jadi saya rasa ini adalah satu cabaran kepada kita semua dan disebabkan itu MPOB telah menjalankan kajian yang lebih dalam lagi supaya kita dapat mengurangkan kos ini. Untuk kesemua holders ataupun pekebun kecil ini yang ingin menanam kelapa sawit ini, saya ingin menjelaskan di sini bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan untuk membolehkan beliau mendapatkan benih sawit ini.

Saya ingin menjelaskan bahawa pada setakat ini 4,919 hektar tanah telah ditanam oleh mereka ini dengan menggunakan benih-benih yang telah dibekalkan oleh kerajaan dan penerima pesertanya adalah 2,215 peserta. Tentang usaha NGO ini untuk menghalang penggunaan tanah gambut dan sebagainya, ini memang satu cabaran bagi kita di Malaysia. Bukan sahaja untuk tanah gambut akan tetapi pada keseluruhannya pihak NGO telah menggunakan taktik-taktik yang kurang baik untuk meyakinkan pihak pengguna minyak kelapa sawit ini bahawa ini adalah tidak baik untuk dunia kita ini sedangkan ini akan memusnahkan hutan simpan dan sebagainya.

final • 8:30 PM

Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Jadi cabaran kita sekarang ini adalah untuk meyakinkan pengguna- pengguna minyak sawit ini bahawa ini adalah tuduhan yang tidak berasas dan saya berharap kita akan mendapat sokongan daripada semua supaya ini dapat diperhatikan oleh mereka yang menggunakan semua ini. Sekali lagi Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi penerangan terhadap perkara-perkara yang di bawah jagaan kementerian saya.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

final • 8:30 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Labis, Machang, Jasin, Permatang Pauh, Ipoh Timur, Kinabatangan, Bagan, Kalabakan, Putatan, Kuala Selangor, Ledang, Lipis, Simpang Renggam, Tuaran, Batang Sadong, Jempol, Parit Sulong, Tebrau, Sungai Siput, Mukah, Serdang, Kota Belud, Bukit Mertajam, Kanowit, Bandar Tun Razak dan Nibong Tebal yang sudi berkongsi pandangan dan cadangan yang menyentuh bidang tugas kementerian saya. Sepanjang sesi Usul Menjunjung Kasih ke atas perbahasan Titah Diraja 2010 pelbagai isu penting dan cabaran bernas telah diutarakan dalam sesi perbahasan yang telah berlangsung dari 16 Mac sehingga 29 Mac yang lalu.

Pihak kementerian akan memberi perhatian dan tindakan susulan kepada isu-isu yang dibangkitkan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi penjelasan berhubung perkara-perkara yang telah dibangkitkan mengikut sektor tenaga, teknologi hijau dan disusuli dengan sektor air. Tuan Yang di-Pertua, mengenai kenaikan tarif elektrik. Yang Berhormat Labis dan Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan isu berhubung kenaikan elektrik di mana ia hendaklah selari dengan konsep mampu bayar oleh pengguna.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bermula tahun 1990 pihak kerajaan telah membuat beberapa semakan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia iaitu pada tahun 1996, 1997, 2006, 2008 dan terakhirnya ialah pada tahun 2009.

Sebagai contoh mulai 1 Julai 2008 selaras dengan kenaikan harga bahan api gas dalam pasaran antarabangsa, kerajaan telah memutuskan agar harga gas kepada sektor elektrik dinaikkan daripada RM6.40/mmBtu kepada RM14.30/mmBtu.

Dengan ini purata tarif elektrik telah dinaikkan sebanyak 24% daripada kadar purata RM26.2 sen/kWj kepada RM32.5 sen/kWj. Struktur tarif baru elektrik telah diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung. Mengikut struktur tarif baru ini kadar tarif yang dikenakan adalah mengikut beberapa plan dengan izin, yang melibatkan penggunaan di mana lebih banyak penggunaan elektrik maka lebih tinggi unit tarif yang akan dikenakan ke atas pengguna tersebut. Kemudian pada Mac 2009 pula akibat penurunan harga bahan api di pasaran antarabangsa pihak kerajaan telah memutuskan untuk menyelaras kembali kadar tarif purata elektrik daripada RM32.5 sen/kWj kepada RM31.31 sen/kWj yang melibatkan penurunan sebanyak 3.7%.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana kerajaan juga telah wujudkan tariff life line plan dengan izin bagi pengguna-pengguna domestik yang menggunakan bekalan elektrik 200 kWj ke bawah sebulan. Kadar tarif yang dikenakan adalah sebanyak RM21.8 sen/kWj iaitu kadar yang dikenakan

final • 8:41 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

semenjak tahun 1998. Golongan ini merupakan 55.4% atau 3.29 juta daripada pengguna domestik yang berjumlah 5.9 juta orang. Manakala bagi pengguna yang menggunakan lebih daripada 200 kWj setiap bulan mereka akan mengalami kenaikan tarif yang lebih tinggi. Ini adalah salah satu daripada langkah kerajaan untuk menggalakkan penggunaan elektrik secara cekap bagi menurap nilai-nilai penjimatan di kalangan pengguna.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan telah memperkenalkan Program Pengecualian Bayaran bagi pengguna domestik yang penggunaan elektrik kurang daripada RM20 sebulan sejak Oktober 2008 dan diteruskan sehingga Disember 2010. Langkah ini diperkenalkan bagi meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.

Tuan Yang di-Pertua, bagi isu gangguan bekalan elektrik di Sabah mengenai isu gangguan ini khususnya di Tawau, Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa gangguan bekalan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh catuan bekalan di seluruh Sabah termasuk di kawasan Tawau yang disebabkan oleh kekurangan kapasiti penjanaan. Perkara ini berpunca dari beberapa unit set jana kuasa utama yang terpaksa diselenggarakan mengikut jadual dan kerosakan set- set generator sedia ada yang telah usang milik Sabah Electric Sdn Bhd (SESB) dan penjana-penjana bebas serta masalah penjanaan di Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, Hidro Mini Kedamaian, Kelau...

final • 8:41 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:41 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Minta maaf, Kiau, Merangkap dan Bombalai yang disebabkan oleh kekurangan...

final • 8:41 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, sebentar.

final • 8:41 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Akibat kemarau. Sekejap ya. Selain daripada itu henti tugas yang dirancang bagi melaksanakan penyambungan bekalan kepada pengguna-pengguna baru, kerja-kerja pengukuhan sistem, kerja- kerja selenggaraan dan kerosakan peralatan elektrik pada sistem pembahagian juga menjadi penyumbang kepada masalah tersebut. Sila.

final • 8:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Majigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab begitu prihatin terhadap keperluan, terutama sekali keperluan tenaga elektrik di Pantai Timur Sabah. Saya ingin minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Menteri soal apa yang berlaku, yang telah tersebar juga dalam media bahawa ketidaksenangan hatinya perkhidmatan SESB terhadap perwujudannya generator kononnya baru di Tawau dan telah pun diluahkan dengan begitu keras oleh Ahli Parlimen Tawau dan sahabat saya daripada Kalabakan. Soal apa yang berlaku Yang Berhormat Menteri pada suatu ketika kita telah pun mengadakan taklimat soal masalah penjanaan kuasa elektrik di Sabah terutama sekali di Pantai Timur Sabah.

Jadi kami telah pun dijanjikan bahawa dalam masa yang terdekat sepuluh unit generator yang ada kuasa 10 megawatt akan di install di Pantai Timur Sabah.

Tiba-tiba SESB pula meng install kan generator jenis yang sudah terpakai kepunyaan SimeDarby yang digunakan pada asalnya dari Langkawi. Jadi apa tindakan Menteri, walaupun Menteri sudah membuat satu kenyataan akan letak

final • 8:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Majigoh - Putatan

jawatan jika tidak selesai masalah jana kuasa elektrik di Sabah. Jadi saya mohon penjelasan lebih mendalam daripada Menteri, adakah Menteri akan membuat sesuatu untuk menukar genset yang sudah terpakai supaya luahan ini, kerana ini akan menjadi satu isu kepada kami pemimpin-pemimpin di negeri Sabah. Minta penjelasan sedikit.

final • 8:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya sambung Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri boleh saya sambung?

final • 8:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ya, saya sambung sekali.

final • 8:50 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Sini, sini, sini.

final • 8:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada ketika ini Petronas adalah pembekal utama gas untuk tenaga elektrik di mana 60% daripada bahan bakar adalah bergantung pada gas. Menteri ada sebut tadi kita telah naikkan harga gas kepada RM14.30 sen satu mmbtu. Ini bermakna harganya lebih murah 30% daripada harga pasaran. Sekarang banyak bangkitan mengatakan bahawa subsidi yang kita berikan kepada minyak dan gas sebanyak RM19.2 bilion. Apa akan jadi nanti kalau kita struktur semula subsidi.

Adakah kerajaan akan menstrukturkan semula tarif elektrik kepada pengguna-pengguna. Kita hendak lihat kalau boleh TNB ataupun IPP yang sebenarnya dapat menikmati banyak daripada subsidi ini dan IPP terutamanya mendapat keuntungan yang begitu besar hasil daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Sebenarnya subsidi ini adalah hak kepada rakyat yang miskin. Jadi adakah TNB ataupun elektrik negara akan struktur semula tarifnya yang mungkin akan membebankan lagi pengguna. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, boleh sambung sedikit? Sini, sini, sini, Kota Kinabalu!

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ranau.

final • 8:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Mungkin Yang Berhormat Menteri masih ingat dalam persidangan tahun lepas, Yang Berhormat Menteri telah memberi jaminan untuk menyelesaikan gangguan elektrik di Sabah dalam Dewan yang mulia ini, iaitu seharusnya penyelesaian gangguan tenaga elektrik di Sabah diselesaikan pada hujung tahun lepas. Akan tetapi selepas itu gangguan bekalan elektrik di Sabah terutama sekali di East Coast masih lagi berlarutan dan tiba-tiba pula kita mendengar yang penyelesaiannya pembekalan genset-genset yang sudah terpakai, second hand.

Baru-baru ini apabila Yang Berhormat Menteri melawat di Sabah sekali lagi memberi jaminan supaya menyelesaikan gangguan bekalan elektrik di Sabah dalam tahun ini. Kalau sekiranya Yang Berhormat Menteri tidak dapat menyelesaikan akan melepaskan jawatan, kalau saya tidak salahlah. Apakah jaminan Yang Berhormat Menteri untuk menyelesaikan gangguan bekalan elektrik ini dalam tahun ini, iaitu sebelum masa yang telah dijanjikan untuk penyelesaian dengan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat saya rasa isu genset second hand telah dibawa oleh Yang Berhormat

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalabakan dalam perbahasan awal dan mungkin akan disentuh oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Ya, boleh saya sambung? Pendek sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas perjanjian hujung tahun ini...

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Lamakah?

final • 8:50 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Kalau di Sabah SAIDI tidak capai 700 minit, ini saya hendak tanya Menteri guna apa cara boleh dapat 700 minit sebab sekarang kita hadapi 2800 minit. Ini yang sangat jauh. Jadi hujung tahun ini apa cara ini TNB atau SESB akan guna. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, Putatan, Jasin, Ranau dan Kota Kinabalu dalam semua ucapan tadi atau pertanyaan tadi ialah mengenai situasi di Sabah kecuali Yang Berhormat Jasin yang hendak tanya tentang harga gas. Saya akan sentuh sedikit nanti mengenai harga gas. Akan tetapi sekarang saya hendak jawab tentang pembelian set generator terpakai oleh SESB yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kalabakan dan juga ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kalabakan, pembelian set-set generator tersebut dari Sime Darby Industrial (SDI) adalah berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:

(i) jaminan prestasi dan availability; dan

(ii) jaminan beli balik oleh SDI.

Pembelian set-set generator mudah alih tersebut merupakan langkah sementara sehingga kapasiti bekalan elektrik di Sabah ditambah mulai penjanaan elektrik daripada projek-projek jana kuasa yang sedang dibina seperti projek IPP, Ranhill Powertron II yang baru-baru ini saya di Kota Kinabalu untuk melaksanakan power up, dengan izin unit pertama iaitu yang boleh membekalkan 65 megawatt untuk menyumbang kepada grid Sabah. Projek IPP SPR energy yang merangkumi satu projek yang boleh menjanakan 100 megawatt bagi grid Sabah dan lain-lain lagi projek-projek yang masih dalam pipeline, dengan izin.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ingin saya jelaskan di sini bahawa gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Tawau baru-baru ini bukanlah disebabkan oleh tahap reserve margin.

Maknanya tidak cukup bekalan kepada Tawau reserve margin dengan izin yang rendah atau kerosakan set-set generator mudah alih yang kita beli daripada SDI.

Akan tetapi ia adalah akibat berlakunya kerosakan kabel bawah tanah, underground cable fault dengan izin. Keadaan set-set generator mudah alih terpakai yang diletakkan di kawasan tersebut adalah memuaskan walaupun set- set generator tersebut terpaksa berfungsi selama 17 jam sehari secara purata.

Pemasangan set-set generator mudah alih terpakai tersebut jelas menunjukkan bahawa ia telah menyumbang kepada penurunan SAIDI di Tawau sebanyak 87.34% sejak bulan September 2009 sehingga bulan Februari 2010.

Untuk menjawab Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru tanya ini, saya hendak tambah sedikitlah ya, bahawa kita terpaksa menggunakan set-set ini dengan masa yang singkat. Kita tidak dapat menggunakan cara-cara di mana kita minta pihak pembekal itu buat tender, cari set-set yang baru itu supaya kita dapat membekalkan set-set ini untuk dipasang dengan kadar yang singkat. Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita ada satu tekanan di mana gangguan elektrik di Sabah sudah dalam satu tahap yang tinggi, SAIDI nya 2,800 lebih. Oleh

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

sebab itu kita perlu dengan kadar dan masa yang cepat untuk mendapatkan set- set ini supaya kita boleh membekalkan kapasiti yang cukup bagi kawasan- kawasan berkenaan seperti Sandakan dan Tawau umpamanya. Oleh sebab itulah pihak SESB dengan persetujuan TNB yang memiliki 17% sahamnya untuk terus melakukan pembelian set-set generator tersebut supaya kita boleh deploy dengan izinnya dengan cepat kepada kawasan-kawasan yang berkenaan.

Apa yang kita hendak fahamkan Ahli Yang Berhormat ialah kita mempunyai satu tawaran yang baik kalau bandingkan dengan set-set baru.

Keduanya, mereka menjamin prestasi. Maknanya kalau set ini tidak berfungsi, pihak Sime Darby Industry (SDI) ini perlu masuk untuk memperbaikinya dengan kadar yang cepat. Availability maksudnya kalau dia jamin satu megawatt, genset ini mesti hendak bekalkan satu megawatt dan bukan kurang daripada itu.

final • 9:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Menteri.

final • 9:00 PM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Juga beli semula ini adalah sangat penting.

Beli semula ini sebab apabila kita sudah cukup elektrik daripada jana-jana kuasa yang besar itu, kita akan jual semula kepada SDI supaya kita tidak membazir aset- aset ini yang kita tidak akan pakai lagi di masa akan datang.

final • 9:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Itu kami faham, for short term measure. Kita dan rakyat pun faham. Akan tetapi bila yang set baru ini akan dilaksanakan?

Bilakah? Apa time frame nya?

final • 9:00 PM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Yang Berhormat, kita tidak perlu lagi set baru apabila kita ada jana kuasa yang boleh siapkan. Maksudnya, kalau Powertroon dua ini dapat disiapkan dalam tahun ini iaitu bulan November di mana kita mempunyai jumlah 190 megawatt dan genset ini kalau kita semua berkumpul hanya 60 megawatt. Itu boleh kita retired kan dengan izin dan tidak...

final • 9:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 9:00 PM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Pakai lagi di masa akan datang sebab kita cukup. 119 megawatt adalah mencukupi...

final • 9:00 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

[Bangun]

final • 9:00 PM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Untuk ambil alih apa yang gen-set ini boleh janakan.

final • 9:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tadi ada sebut bahawa langkah yang diambil di Tawau ada memperbaiki lebih kurang 87% SAIDI Tawau tetapi bolehkah Yang Berhormat Menteri sebut apa itu SAIDI untuk Tawau supaya kita faham apa itu improvement 87%? Apa itu SAIDI Tawau?

final • 9:00 PM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Ya, Yang Berhormat. Saya sudah sebut bahawa SAIDI ini sudah di baik pulih dalam satu tahap yang memuaskan. Saya ada angka di sini Yang berhormat. Okey, Tawau. Pada bulan September 2009 SAIDI bagi bulan itu ialah 549 dan bulan Oktober ia turun 455. Pada bulan November ia naik sedikit iaitu 500 dan pada bulan Disember ia turun sampai 368.

Ini Yang berhormat pada bulan Januari 2010 ia turun sampai 88.7 dan pada bulan Februari ia turun sampai 69.65. Kalau you lihat graf ini, garisnya ini, ia turun mendadak sampai ke tahap yang rendah.

final • 9:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini bererti bahawa purata SAIDI satu bulan ialah 550. Kalau kita ambil itu untuk satu tahun dan SAIDI yang disebut ialah

final • 9:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

untuk satu tahun minutes per consumer per year. Ini bererti untuk Tawau, SAIDI sekurang-kurangnya ialah 6,000 atau 7,000 minutes per consumer per year.

Bukankah ini sangat tinggi? Ini kerana kita mahu faham apa itu SAIDI. Okey, untuk tahun 2008 apakah SAIDI untuk Tawau for the full year ?

final • 9:00 PM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh. Kalau kita ambil bulan September ini. Kita tidak boleh sebab SAIDI ini ia tidak statik. Ia tukar-tukar.

final • 9:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Okey.

final • 9:00 PM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Ya.

final • 9:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Apa angka untuk tahun 2008?

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Yang Berhormat, saya ada angka tetapi – ya, saya akan bekalkan secara bertulis.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini soalan spesifik, Yang Berhormat ya.

final • 9:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Baik, baik.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh buat secara bertulis.

final • 9:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh saya teruskan sedikit mengenai SAIDI? Mengenai SAIDI Sabah. Saya tanya itu oleh kerana itu adalah penting.

Apabila Yang Berhormat Menteri kata bahawa kalau akhir tahun ini, SAIDI untuk Sabah tidak boleh dikurangkan daripada 2,800 minit per subscriber per year kepada 700 minit per subscriber per year. Kita mahu tahulah apa sebenarnya sama ada itu akan berlaku.

Namun apa yang timbul soalan ialah sebenarnya sekarang kita ada dua set angka mengenai SAIDI di Sabah. 2,800 yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dan satu lagi satu angka ialah 2,284 yang diberi oleh SESB dalam satu seminar baru-baru ini apabila ditanya. Seorang pegawai SESB kata bahawa 2,284. Kenapa ada berlaku angka-angka yang bercanggah. Itu yang pertama.

Kedua, bukankah SAIDI boleh disifatkan sebagai satu petunjuk mengenai pembangunan sesebuah negeri dan kalau kita banding SAIDI Malaysia mengikut angka-angka rasmi ialah – ini pun adalah sebenarnya dalam 1Malaysia Government Transformation Program yang ada sebut bahawa dalam Peninsular Malaysia, angka ialah 60 minit, untuk Sarawak ialah 273. Namun kenapa untuk Sabah mengikut Yang Berhormat Menteri 2,800. Bukankah ini menunjukkan bahawa dekat 50 tahun bahawa inilah satu bukti diskriminasi atau menganiayai di mana pembangunan Sabah dianaktirikan dan apa jaminan bahawa ini boleh diatasi dan bukan teruskan menjadi satu krisis seperti Tawau, Sandakan, Lahad Datu. Rakyat perlu hidup dalam kegelapan.

Bolehkah satu solution yang kekal dikemukakan?

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Yang Berhormat, kita kena faham bahawa SAIDI ini yang kita sebutkan adalah SAIDI yang diperoleh daripada sepanjang tahun yang dalam sepanjang tahun ini, SAIDI ini dia ada tiga komponen.

Satu ialah generation atau penjanaan. Keduanya ialah transmisi atau transmission dan ketiganya ialah distribusi. So, SAIDI ini, tiga-tiga bahagian ini

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

dicantumkan sebagai satu SAIDI bagi satu tahun, ya. Saya rasa Yang Berhormat, you salah tangkap. You tidak faham kita punya laporan dan sebagainya. So, you petik dari laporan-laporan yang you salah faham itu untuk menjadikan you punya argument. You punya hujahan.

final • 9:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mana itu salah tangkap? Beritahulah.

[Dewan riuh] Ini mengikut laporan. Angka, angka yang untuk tiga wilayah. Mana salah tangkap? Yang Berhormat Menteri sendiri salah tangkap. Yang Berhormat Menteri sendiri tidak faham sungguh pun Menteri untuk bidang ini. Kenapa?

[Dewan riuh]

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak apalah, Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Putatan.

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak apalah Yang Berhormat. Kalau you don’t want to understand. I cannot tell you. I cannot...

final • 9:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

You just run away and saying that there is a misunderstood. How is it misunderstood? Say so!

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

You refused to understand, ya. You refused to understand.

final • 9:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak ada apa. Tidak apa. Yang penting ialah...

final • 9:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Yang Berhormat, yang penting ialah kita tengok 31 Disember ini berapa dia punya SAIDI, okey? Jangan kita cakap banyak. Tidak dapat apa. Saya punya tugas ialah untuk menentukannya ialah 700 ini dicapai dan saya tidak menipu Sabah tentang perkara ini. Saya akan terus berusaha sampai ia dapat dicapai.

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Kita tunggulah. Wait until 31 December to see what happen.

final • 9:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

And you will resign if you...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kota Belud bangun, Yang Berhormat Menteri.

final • 9:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Will you? Will you resign? [Dewan riuh]

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya sudah buat kenyataan dan tidak payah saya dicabar oleh Yang Berhormat. Saya tahu tugas saya dan tanggungjawab saya.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kota Belud bangun, Yang Berhormat Menteri. Hendak bagi jalan?

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, belakang, belakang.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Belakang.

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya.

final • 9:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

[Bangun]

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih. Sekurang- kurangnya Yang Berhormat Menteri gentleman. Kalau tidak selesaikan masalah, resign seperti mana – bukan macam Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk di sana berapa tahun tidak mahu bagi laluan kepada orang lain.

Yang Berhormat Menteri, saya juga terlibat dalam taklimat yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional Sabah dan dalam taklimat yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri itu, pada sayalah pada ketika itu begitu terang, jelas dan mempunyai visi bagaimana untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik di negeri Sabah khususnya untuk Tawau.

Saya dapati Yang Berhormat Menteri, ada semacam massive gap of information di sini ataupun misinformation. Oleh kerana penerangan yang diberi terlalu teknikal dan beberapa persoalan yang agak kritikal seperti kenapa electricity daripada Bakun tidak disalurkan ke negeri Sabah. Sebenarnya taklimat yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri itu agak munasabah. Jadi persoalan yang saya ingin tanya ini, kenapa pihak kementerian tidak membuat media blitz untuk meyakinkan rakyat di negeri Sabah? Dengan cara yang teratur, dengan cara yang jelas dan tidak terlalu teknikal untuk menerangkan visi kementerian kepada rakyat di negeri Sabah.

Saya kadang-kadang yang menjadi permasalahan kepada kita di negeri Sabah ialah apabila ada masalah, barulah pegawai-pegawai SESB dan juga kementerian memberi pandangan. Jadi boleh atau tidak Yang Berhormat Menteri dalam masa sebulan, dua bulan ini buat satu media blitz untuk menerangkan kepada rakyat di negeri Sabah tentang visi dan juga perancangan yang terperinci tetapi jangan terlalu teknikal sehingga mereka tidak faham seperti Yang Berhormat Ipoh Timur. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya, okey. Itu satu cadangan yang cukup baiklah. Saya akan melakukannya.

final • 9:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Boleh sambung?

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat Menteri?

final • 9:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan.

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ada lagi?

final • 9:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, sedikit. Sedikit. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa masalah bukan ada atau tidak ada media blitz.

Masalahnya ialah memastikan no power breakdown. Itulah, tidak guna ada media blitz kalau ada frequent power breakdown. Media blitz pun tidak guna. Untuk Yang Berhormat Kota Belud, itu mungkin cukuplah. Dalam blackout, dia pun puas hati.

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ini komen retorik ini. Tidak payah saya jawab [Ketawa]

final • 9:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Boleh saya minta penjelasan?

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Sekarang saya masuk. Tuan Yang di- Pertua, saya masuk dalam tajuk ini. Projek-projek hidroelektrik Bakun.

final • 9:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

[Bangun]

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pembinaan Empangan Hidro Bakun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Tawau, Simpang Renggam dan Tuaran, pembinaan Empangan Hidro Bakun sedang berjalan lancar dan dijangka akan memulakan operasinya pada bulan Januari 2011. Berhubung dengan cadangan penghantaran bekalan elektrik dari projek Empangan Hidro Bakun ke Semenanjung, kerja-kerja yang tidak melibatkan pembangunan infrastruktur fizikal telah dimulakan. Kerja-kerja tersebut termasuklah penentuan jajaran, talian penghantaran, perbincangan dengan pihak Indonesia mengenai laluan kabel dasar laut dan perbincangan mengenai teknologi kabel yang akan diguna pakai bagi talian penghantaran dasar laut. Ini sedang dijalankan.

Penyaluran bekalan elektrik dari Empangan Hidro Bakun atau mana-mana projek empangan hidro di Sarawak ke Semenanjung harus dilihat dalam konteks memastikan penggunaan sumber bekalan elektrik yang optimum untuk negara secara keseluruhannya.

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Bekalan elektrik dari Empangan Hidro Bakun tidak disalurkan ke Sabah adalah kerana amat tidak ekonomik untuk hanya membina talian penghantaran dalam lingkungan 300MW sehingga 500MW ke Sabah. Sungguhpun kerajaan membuat keputusan untuk tidak menyalurkan bekalan elektrik dari Empangan Hidro Bakun ke Sabah, kerajaan telah dan sedang mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan bekalan elektrik yang mencukupi untuk negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai SAIDI di Sabah - kita bincangkan sedikit.

Sekarang saya hendak jelaskan. Tuan Yang di-Pertua, menjawab isu mengenai pencapaian SAIDI di Sabah, ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat Serdang bahawa SAIDI yang diumumkan oleh saya adalah 2,870 minit pelanggan bagi tahun kalendar 2009 iaitu dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2009.

Manakala SAIDI yang diumumkan oleh Abdul Nasir Wahab seorang Pegawai Kewangan SESB adalah 2,284 minit pengguna bagi tahun kewangan 2009 bagi SESB iaitu dari 1 September 2008 sehingga 31 Ogos 2009. Perkara ini adalah biasa digunakan bagi syarikat-syarikat untuk mengira akaun mereka. It is an accounting year and a calendar year dengan izin, perbezaannya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Serdang, saya ingin menjelaskan di sini bahawa SAIDI boleh dibahagi kepada SAIDI penjanaan, SAIDI penghantaran dan SAIDI pembahagian. Laporan interim Suruhanjaya Tenaga bagi SAIDI separuh tahun pertama 2009 sebanyak 423 minit pengguna adalah khusus untuk SAIDI pembahagian untuk Januari sehingga Jun tahun kalendar 2009.

SAIDI sebanyak 2,870 untuk diumumkan oleh saya adalah jumlah SAIDI penjanaan, SAIDI penghantaran dan SAIDI Pembahagian bagi tahun kalender 2009. Dengan ini, isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk juga Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Timur tidak timbul lagi pada masa-masa akan datang.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tawau pula, sasaran 700 minit pengguna bagi satu tahun yang telah ditetapkan adalah merupakan komitmen kerajaan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Sabah. Dalam hal ini, kerajaan memang komited untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Walaupun Sarawak boleh menawarkan bekalan elektrik ke Sabah seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat dari Tawau, infrastruktur yang disediakan akan memakan masa yang lama dan kos yang besar.

Sehubungan itu, cadangan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah pembekalan elektrik di Sabah dalam masa yang singkat.

final • 9:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 9:20 PM

Dato' Seri Peter Chin Fah Kui

Namun begitu, bagi tujuan jangka masa panjang, kerajaan tidak menolak cadangan tersebut dilaksanakan.

final • 9:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat hendak beri sebentar?

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat. Ya, sila.

final • 9:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya perlu sedikit penjelasan tentang SAIDI - Supply Average Interruption Duration Index untuk generation, transmission dan juga untuk distribution. Apabila Yang Berhormat lihat bercakap tentang SAIDI ini ialah suasana black out yang dialami oleh pengguna di sana di kira berapa minute per customer per year.

Jadi, kalau kita bercakap tentang SAIDI untuk power station, generation.

Bila power station black out, maka akibatnya ialah transmission pun tidak akan menerima bekalan dan di penghujung talian customers - pelanggan, distrubition pun tidak akan ada bekalan. Jadi, bila kita bahagi-bahagikan itu, akhirnya yang menerima akibat ketiadaan bekalan adalah pengguna-pengguna di penghujung talian.

Jadi, kalau kaedah transmission lain SAIDI nya, generation lain SAIDI nya, saya tidak nampak Yang Berhormat akan mencapai 700 minute per customer per year pada penghujung tahun ini. Boleh Yang Berhormat berikan penjelasan?

Terima kasih.

final • 9:20 PM

Dato' Seri Peter Chin Fah Kui

Yang Berhormat, sebab kita hendak tahu, our interruption ini datang daripada mana? Generation, transmission atau distribution? Sebab ini adalah ketiga-tiganya tidak sama tugasnya. Ini kerana kalau kita sebut generation, dalam tahun 2009 SAIDI di Sabah sangat tinggi sebab generation tidak cukup.

Memang betul Yang Berhormat kalau generation tidak cukup - masalah transmisi dan masalah distribusi. Memang, saya faham sebab kita hendak membahagikannya supaya kita boleh tahu seperti di Tawau baru-baru ini. Dia bukan generation, dia distribution sebab masalah kabelnya. Dia distribution. Angle - sambungan di bawah tanah itu pecah, putus. So, sebab itulah gangguan berlaku di Tawau tempoh hari. Sebab itulah kita kena tahu mana-mana bahagian yang mengalami kerosakan.

final • 9:20 PM

Dato' Seri Peter Chin Fah Kui

Untuk kefahaman Ahli Yang Berhormat, 700 ini adalah satu angka yang diberikan oleh Perdana Menteri apabila beliau meneliti KPI saya dalam kementerian. Itulah angka yang diletakkan. Saya ambil cabaran itu, saya terima cabaran 700 itu. Kalau saya tidak dapat memenuhinya, saya akan ambil tindakan yang wajarlah untuk mengakui kegagalan saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab dengan elektrik di Sabah ini.

Mengenai isu penghantaran gas asli dari Kimanis ke Bintulu. Saya tahu ada banyak soalan yang bertanya tentang perkara ini. Saya hendak sebutlah kalau kita hendak soal perkara ini, ia adalah satu dasar dan satu keputusan yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi dengan Petronas dan adalah lebih baik perkara ini disebut dalam perbahasan ini apabila JPM menjawab.

Akan tetapi, secara keseluruhannya saya hendak Ahli-ahli Yang Berhormat faham bahawa memang ada gas yang dibahagikan kepada negeri Sabah. Bukan semua gas yang terdapat di Sabah ini disalurkan kepada Bintulu untuk diproses sebagai LMG.

final • 9:20 PM

Dato' Seri Peter Chin Fah Kui

Dia memang ada seperti Powertron I dan Powertron II sekarang, dia menggunakan gas. Daripada mana? Dari Sabah juga dan kemudiannya SBR akan gunakan gas. Projek IPP Yayasan Sabah dengan Petronas, ia juga menggunakan gas dan semua ini adalah gas dari Sabah dibahagikan kepada kegunaan di Sabah. Pembinaan loji arang batu di Lahad Datu pun disoalkan Tuan Yang di- Pertua dan saya ingin sebut di sini bahawa Ahli Yang Berhormat Putatan dan Kuala Selangor turut membangkitkan isu mengenai pembinaan loji arang batu di Lahad Datu dan kepelbagaian sumber bahan api yang dijanakan untuk penjanaan elektrik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, stesen jana kuasa berasaskan batu arang yang dicadangkan di Lahad Datu hanya berkapasiti 300 megawatt.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Cadangan pembinaan stesen jana kuasa tersebut merupakan alternatif yang paling baik untuk mengatasi masalah ketidakcukupan bekalan elektrik yang amat kritikal di Pantai Timur Sabah. Stesen tersebut akan menggunakan clean coal technology dengan izin yang tidak akan mendatangkan mudarat kepada alam sekitar. Di samping itu, kajian Environmental Impact Assessment (EIA) dengan izin sedang dijalankan dan laporan tersebut dijangka siap pada akhir bulan Jun ini.

Saya ingin meminta Ahli-ahli Yang Berhormat sabarlah untuk menunggu siapnya Laporan EIA sebelum membuat tanggapan negatif terhadap cadangan pembinaan stesen jana kuasa tersebut. Mengenai isu kepelbagaian sumber bahan api bagi penjanaan elektrik pula, saya ingin memaklumkan di sini bahawa penjanaan elektrik daripada batu arang masih diperlukan bagi mempelbagaikan sumber bahan api penjanaan elektrik di negara ini selain daripada gas dan diesel.

Ini bagi mengurangkan kebergantungan kepada kedua-dua bahan api tersebut bagi menjamin keselamatan tenaga negara dalam membekalkan elektrik untuk memenuhi permintaan elektrik baseload dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Nibong Tebal pula, kerajaan telah menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dengan memperkenalkan dasar lima bahan api (five fuel policy) dengan izin pada tahun 2000. Di bawah dasar ini, sumber tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy dengan izin daripada biomas, biogas, sisa buangan bandaran, solar dan mini hidro telah dikenal pasti sebagai sumber

final • 9:30 PM

Dato' Seri Peter Chin Fah Kui

tambahan kepada sumber bahan api fosil sedia ada untuk penjanaan tenaga elektrik.

Bagi menggalakkan pembangunan projek-projek RE atau renewable resource energy, projek jana kuasa kecil tenaga boleh diperbaharui iaitu small renewable energy program (SREP) dengan izin telah diperkenalkan. Di bawah program ini, pemaju-pemaju yang berminat untuk membangunkan projek penjanaan elektrik berasaskan sumber RE termasuk sumber mini hidro untuk dijual kepada pihak utiliti boleh berbuat demikian. Sehingga 31 Januari 2009, sebanyak 13 projek mini hidro dengan kapasiti sebanyak 62.3 megawatt telah diluluskan di bawah program SREP. Daripada 13 projek ini, sebanyak tiga projek mini hidro dengan kapasiti lapan megawatt telah berjaya dilaksanakan.

Penggunaan kuasa solar bagi penjanaan elektrik juga telah diimplementasikan di negara ini melalui Projek Malaysian Building Integrated Photovoltaic dengan izin di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Objektif penubuhan dan peranan projek MBIPV ini untuk mempromosi penggunaan photovoltaic pada bangunan secara lestari dalam usaha untuk mengurangkan kos jangka panjang MBIPV di negara ini. Projek MBIPV menyasarkan penjanaan elektrik menggunakan tenaga solar berjumlah 1500 kilowatt sepanjang tempoh pelaksanaannya. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kementerian saya telah melaksanakan kajian bagi merangka cadangan dasar dan pelan tindakan RE yang baru bagi memacu pembangunan RE di negara kita. Dasar dan pelan tindakan ini dirangka bagi memastikan RE dapat memainkan peranan yang lebih significant bagi menjamin keselamatan tenaga atau energy security dengan izin.

Di bawah pelan tindakan ini, kementerian akan merangka program- program kesedaran awam bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan penggunaan RE terutamanya dalam sektor tenaga bagi menjamin alam sekitar yang lestari untuk generasi masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, isu underground cable ke Kampung Pulau Tanjung ...

final • 9:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat, sebelum beralih kepada ...

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas sahaja Yang Berhormat ya.

final • 9:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ini ringkas Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Kepong pun sudah bangun daripada tidur, dia letih agaknya. Yang Berhormat Menteri, soal dasar yang kerajaan dengan energy security ini dengan komitmen kerajaan selepas COP 15 Copenhagen yang bahawa kita ada komitmen untuk mengurangkan karbon admission kita kepada 40%. Jadi saya mengikut ucapan Yang Berhormat Menteri, saya mungkin kemudian soal ini. Walaupun apa yang langkah-langkah, tindakan-tindakan untuk berusaha untuk membuat beberapa usaha untuk membuat penjanaan kuasa kita tetapi soal mengurangkan admission carbon ini juga dalam kementerian Yang Berhormat.

Jadi apakah oleh kerana Yang Berhormat menyentuh soal dasar dengan komitmen kita untuk mengurangkan admission carbon di atmosfera ataupun dalam sinking, carbon sinking kita ini. Jadi soal batu arang itu adakah ia mungkin boleh dilihat walaupun Laporan EIA itu belum siap, adakah khuatir bahawa ini mungkin

final • 9:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

tidak dapat mencapai komitmen kita? Jadi apa langkah kementerian untuk membuat komitmen ini supaya ia dapat direalisasikan.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, lagi panjang Yang Berhormat? Yang Berhormat, kita ada 25 kementerian. Sila Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Ya lah, kita tahu bahawa kita perlu ada memenuhi komitmen di COP 15 ini tetapi saya sebut tadi jana kuasa arang batu yang dicadangkan itu ialah sejenis yang using clean technology di mana kita memastikan bahawa apa GHG yang dikeluarkan daripada jana kuasa ini akan dirawat atau ditangkap dengan peralatan yang termoden ini supaya GHG yang dilepaskan itu adalah secara minimum.

final • 9:30 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Akan tetapi kita pada masa yang sama juga faham bahawa Malaysia ialah karbon zink yang disebut itu. Memang ada, kita masih ada banyak hutan. Kita banyak hutan, kita mempunyai bermillion-million, berjuta-juta pokok sawit yang boleh menyerap karbon dioksida itu. Saya rasa apa yang diutarakan atau dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Copenhagen pada 15 hari bulan itu memang dapat kita capai dalam jangka masa yang ditetapkan itu.

Akan tetapi kita huraikan, kita kena ada technology transfer seumpamanya daripada pihak negara-negara maju dan ada juga funding mechanism bagi negara-negara seperti Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang tidak mencukupi, saya akan terus menjawab daripada Ahli Yang Berhormat Kanowit mengenai saranan beliau tentang Dasar Teknologi Hijau. Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem yang memelihara alam sekitar dan alam semula jadi atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Ia bertujuan untuk meminimumkan literasi kualiti persekitaran pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan.

Selain dari itu, ia menjimatkan tenaga dan sumber asli untuk menggalakkan penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Dasar Teknologi Hijau Negara menggariskan empat tonggak utama dasar iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Tenaga adalah untuk mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosi kecekapan tenaga. Manakala alam sekitar adalah untuk memulihkan kesan kepada alam sekitar dan ekonomi adalah untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan Teknologi Hijau. Manakala sosial adalah untuk meningkatkan kualiti hidup sihat kepada semua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai usaha the way forward dengan izin bagi pembangunan Teknologi Hijau di Malaysia, Dasar Teknologi Hijau Negara diwujudkan sebagai kerangka asas dan panduan untuk membangunkan Teknologi Hijau. Sehubungan dengan itu, Dasar Teknologi Hijau Negara diharap dapat membantu negara kita mencapai kualiti hidup yang lebih baik dan membangunkan ekonomi serta pemeliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai bekalan air, Yang Berhormat dari Batang Sadong...

final • 9:40 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Menteri sebelum beralih ke topik yang lain. Mengenai dengan Teknologi Hijau lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berminat dengan teknologi baru ini yang telah dilancarkan dalam tahun 2009 tetapi saya melihat ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai the new economic model, tidak memberi penekanan ke atas teknologi hijau ini.

Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri sama ada teknologi Hijau iaitu teknologi baru ini akan dimajukan bersama sebagai niche iaitu satu teknologi yang akan menjadi tumpuan kepada negara sebab kita ada edge sedikit untuk kita memajukan Teknologi Hijau ini untuk negara dan juga dunia. Akan tetapi saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada ia akan menjadi satu daripada tumpuan yang dimasukkan dalam the new economic model supaya kita ada saingan dalam industri-industri teknologi baru dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia ini terutamanya. Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya, kalau kita perhatikan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi ini, kita boleh mengenal pasti bahawa tenaga diperbaharui itu adalah satu bab yang disebut oleh beliau untuk dibangunkan di negara kita ini dan ia akan menjadikan industri yang lancar bagi NEM ataupun New Economic Model yang disasarkan oleh pihak kerajaan. Saya tentukanlah bahawa Green Technology ini atau Teknologi Hijau ini akan dijadikan satu bab yang cukup penting bagi pembangunan ekonomi di negara kita untuk masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kemudahan bekalan air, Yang Berhormat dari Batang Sadong, Mukah dan Ipoh Timur ada membangkitkan sistem pembetungan di kawasan luar bandar khususnya di rumah panjang di Sarawak dan juga peningkatan keperluan kemudahan bekalan air di kawasan Samarahan dan kawasan SCORE di Sarawak dan juga negeri Sabah. Kementerian saya mengambil maklum cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.

Perkara ini akan dirujuk kepada Kerajaan Negeri Sarawak bagi membolehkan agensi-agensi yang terlibat dengan perkhidmatan pembetungan dan bekalan air termasuk kawasan SCORE untuk menyediakan perancangan terhadap keperluan di kawasan-kawasan yang dinyatakan. Seterusnya kerajaan negeri boleh mengemukakan permohonan keperluan yang dirancang untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat di setiap rolling plan dengan izin dalam rancangan Malaysia yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu bekalan air di Sabah khususnya di Tawau yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Timur, ingin saya menyatakan bahawa kerajaan sememangnya telah berusaha untuk mengatasinya.

Pada Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak RM1.31 bilion telah diperuntukkan untuk pembangunan prasarana bekalan air di seluruh negeri Sabah termasuk Tawau dan Putatan. Jumlah ini tidak termasuk peruntukan-peruntukan yang disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan agensi lain bagi projek-projek bekalan air di kawasan luar bandar.

final • 9:40 PM

Datuk Haji Yusof bin Haji Mahal - Labuan

[Bangun]

final • 9:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Labuan bangun, Yang Berhormat .

final • 9:40 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Dan pendalaman negeri Sabah sama ada di bawah NKRA ataupun program-program yang lain yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Negeri Sabah.

final • 9:40 PM

Datuk Haji Yusof bin Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mungkin kita di Labuan juga menghadapi masalah air sebenarnya sehinggakan pada awal bulan.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bakri, duduk Yang Berhormat...

final • 9:40 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Disebabkan kekurangan air di Labuan, pelajar-pelajar UMS KAL ataupun Kampus Antarabangsa Labuan telah pun mengenakan partition ataupun tunjuk perasaan disebabkan supply air ke kampus mereka tergugat atau terganggu sehinggakan ada setengahnya sampai tiga hari tidak mandilah. Ini yang disebabkan bekalan air dan saya rasa bekalan air di Labuan agak kritikal disebabkan oleh second water pipe line dengan izin yang telah pun dirancang agak terlambat pembinaannya.

final • 9:40 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Jadi saya ingin bertanya walaupun tidak dapat secara jelas, mungkin secara bertulis pun boleh, bilakah second pipeline ini akan dapat diselesaikan untuk supply air daripada sungai Tanah Besar Sabah ke Labuan kerana ini menjejaskan bukan sahaja penduduk Labuan, tetapi juga industri-industri yang beroperasi di Labuan, contohnya Petronas sehinggakan satu plant daripada dua plant yang ada di Labuan telah pun tidak dioperasikan disebabkan kekurangan bekalan air.

Ini menjejaskan kepada pendapatan Petronas yang mana pendapatan per hari sebanyak RM1 juta telah pun tergugat. Jadi diharapkan kementerian dapat mengambil perhatian dalam hal ini, kerana ini bukan sahaja untuk orang ramai tetapi industri oil and gas juga terjejas. Terima kasih.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, saya ingat boleh bagi Kota Kinabalu. Ini berhubung dengan air Sabah, Yang Berhormat Bakri, bukan Johor ya.

final • 9:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Johor pun ada berlaku krisis bekalan air.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa, Kota Kinabalu.

final • 9:50 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di Sabah, kita hadapi banyak sungai di Pantai Timur tetapi kita pun ada banyak ladang kelapa sawit. Banyak racun ada digunakan di dalam ladang kelapa sawit. Bila hujan, semua racun ini masuk ke sungai. Jadi kita minum air dari sungai. Saya hendak tahu, adakah kementerian ada kaji yang level of the poison? Terima kasih.

final • 9:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tambah satu soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Mengenai masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk Johor, terutamanya di Kluang, Batu Pahat di mana didapati dua empangan pembekal air utama iaitu Empangan Sembrong dan Bekok sudah berada di bawah paras selamat. Saya ingin tahu apakah punca sebenar yang menyebabkan masalah kekurangan air ini berlaku?

Menurut penduduk di sana hujan turun memang cukup seperti tahun- tahun yang lepas dan agak ganjil bila dikatakan air dalam empangan hampir

final • 9:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

kering sehingga mereka terpaksa menunggu giliran untuk catuan air. Di samping itu, minta Menteri berikan senarai kadar hujan yang turun sejak tahun lepas sehingga Februari 2010 dan senarai rekod kualiti air, kerana penduduk di kawasan berkenaan mengadukan air paip berbau masam. Terima kasih.

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Okey, Labuan ya. Saya ingin maklumkan paip yang kedua ini kita sedang membina dan kalau tidak berlaku dalam akhir tahun lepas, barangkali paip ini siap tetapi malangnya projek itu tidak licin dan paip itu terputus dan kita kena re-tender dan sebagainya. Itu adalah masalah yang berlaku sampai sekarang, tetapi ada berita yang baik adalah paip ini sedang dibina sekarang dan kita harap hujung tahun ini kita akan siapkan ia. Apabila paip ini siap, saya rasa Labuan tidak akan mengalami masalah kurang air.

Kita tahu dalam musim kemarau ini di mana di Kluang, di Batu Pahat dan di Kota Kinabalu pun, kita tidak dapat mengawal cuaca dan apabila ia berlaku dan bila kemarau itu berpanjangan, kita akan melakukan catuan air dan sebagainya dan inilah situasi yang kita hadapi. Bagi Bakri ini, baru ini Yang Berhormat hadir satu majlis di Muar, di mana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun melancarkan program untuk hargai air dan kita kena ada satu program bersepadu supaya pihak DOE, pihak kerajaan negeri yang mengawal sumber air, mereka semua ini kena bekerjasama supaya kita dapat mengadakan satu holistic approach, dengan izin, untuk pastikan bahawa kita cukup sumber air untuk minuman di masa akan datang.

Bagi Kota Kinabalu, racun daripada ladang ini, memang DOE melakukan kajian dan ambil sampel dan sebagainya untuk diuji sama ada kualiti air itu sudah turun atau siapa yang akan melakukan pencemaran dan sebagainya. Kalaulah air itu tidak selamat digunakan untuk loji-loji rawatan air kita ini memang kita akan hentikan dan berusaha untuk menyedut air daripada sungai tersebut. Memang kita akan hentikan kalaulah kita kesan ada racun-racun yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Tuan Yang di-Pertua, penggunaan air secara berhemat amat ditekankan.

Saya ingin mengumumkan bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Kempen Hargai Air di Muar, Johor pada hari Sabtu yang lepas seiring dengan sambutan Hari Air Sedunia. Pada masa ini pengguna secara umumnya masih belum dapat menghargai air kerana tarifnya masih rendah. Walaupun begitu, keadaan ini tidaklah menyebabkan kementerian saya putus asa untuk memberikan kesedaran kepada pengguna. Banyak usaha telah dan sedang dijalankan oleh kementerian saya dan operator-operator air supaya rakyat menggunakan air secara berhemat.

Di kesempatan ini saya mohon semua Ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama melaksanakan kempen di kawasan masing-masing untuk mengingatkan pengguna supaya berhemat menggunakan air.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan dakwaan Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak berhubung persepsinya bahawa Kerajaan Persekutuan dan agensi yang terlibat termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang lebih berminat untuk menawarkan harga yang amat lumayan kepada pihak konsesi air, terutamanya Puncak Niaga dan SYABAS, saya ingin menafikan dakwaan tersebut. Kerajaan Pusat tidak pernah meletakkan kepentingan dua syarikat tersebut mengatasi kepentingan rakyat seperti yang didakwa.

Sesungguhnya tawaran yang telah dibuat ke atas empat konsesi air di negeri Selangor dibuat setelah satu proses ketekunan wajar atau due diligence,

final • 9:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

dengan izin, dijalankan oleh sebuah firma juruaudit bebas yang telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor. Tawaran sedia ada adalah munasabah dan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor selaku pihak yang berkepentingan dalam syarikat-syarikat konsesi berkenaan dan juga keempat-empat syarikat konsesi air di negeri Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya sekali lagi mengutarakan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas segala cadangan dan juga yang memberikan pandangan yang baik kepada kementerian melalui perbahasan ini. Saya berjanji bahawa kementerian ini akan sentiasa mengambil perhatian terhadap sebarang teguran tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Menteri boleh beri angka- angka yang tadi dalam senarai?

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak perlu Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

final • 10:00 PM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang menyentuh perkara-perkara berkaitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seramai 11 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Sebanyak 17 soalan atau isu telah dibangkitkan, yang boleh dikategorikan di bawah empat bidang utama iaitu:

(i) pembangunan infrastruktur;

(ii) pembangunan Orang Asli;

(iii) kemajuan tanah dan wilayah; dan

(iv) MARA.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Ipoh Timur telah membangkitkan isu mengenai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik yang masih kurang di Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya kerajaan memberi perhatian serius mengenai masalah infrastruktur asas di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. Untuk tujuan ini kerajaan telah menyediakan peruntukan yang sangat besar. Sebagai contoh, sejumlah RM3.9 bilion telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, manakala di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejumlah RM11.3 bilion telah diperuntukkan khusus bagi menyediakan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak. Di bawah NKRA, menjelang akhir tahun 2012, kementerian menyasarkan liputan bekalan elektrik meningkat daripada 77% dan 66% masing-masing kepada 95% bagi negeri Sabah dan Sarawak. Manakala liputan bekalan air meningkat daripada 59% kepada 90% di kedua-dua negeri tersebut pada masa ini.

final • 10:01 PM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Dengan terlaksananya kesemua program di bawah NKRA, kementerian menyasarkan sejumlah 56,700 buah rumah di Sabah dan 77,880 buah rumah di Sarawak akan menerima bekalan elektrik 24 jam. Sementara bagi bekalan air yang terawat, sejumlah 111,630 buah rumah di Sabah dan 92,382 buah rumah di Sarawak akan mendapat kemudahan tersebut. Adalah dijangkakan seramai lebih kurang 1 juta penduduk luar bandar akan mendapat manfaat daripada projek bekalan air bersih ini. Sehingga akhir tahun 2009 kementerian telah menyediakan kemudahan jalan kampung sepanjang 1,195 km di Sabah dan 1,233 km di Sarawak.

Mulai tahun 2010 kementerian merancang untuk membina 1,500 km jalan luar bandar di negeri Sabah dan Sarawak. Ini adalah merupakan tambahan kepada jaringan jalan luar bandar sepanjang 518.9 km di Sabah dan 15,104 km di Sarawak yang telah dibina sehingga akhir tahun 2009. Yang Berhormat Putatan pula telah membangkitkan isu mengenai kapasiti bekalan air di kawasan Putatan.

Untuk maklum Yang Berhormat, kementerian sedang meneliti perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa air di negeri Sabah bagi meneliti keperluan dan mengatasi masalah bekalan air di kawasan Parlimen Putatan.

Yang Berhormat Kinabatangan telah membangkitkan isu pembinaan jalan luar bandar di Kampung Balat, Kampung Sinar Jaya, Kampung Keramuak dan pembinaan under ground cable di Kampung Tanjung Aru. Untuk makluman, kesemua projek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tersebut telah pun dicadangkan untuk dilaksanakan di bawah tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh. Mengenai cadangan Yang Berhormat Parit Sulong supaya pelaksanaan lampu jalan diperluaskan di kampung-kampung rangkaian, kementerian telah pun melaksanakan perkara tersebut sejak Rancangan Malaysia Kelapan dengan keutamaan diberikan kepada kampung-kampung induk.

Senarai utama keutamaan bagi pelaksanaan lampu jalan kampung ini akan diputuskan oleh pejabat pembangunan negeri masing-masing. Sebagai contoh, antara kampung rangkaian di Parlimen Parit Sulong yang telah dibekalkan lampu jalan kampung adalah Kampung Parit Sidek, Kampung Parit Langit, Kampung Parit Bisu, Kampung Bagan Lama, Kampung Teluk Bakung, Kampung Teluk Bakang, Kampung Parit Ali, Kampung Jalan Johor Simpang Lima dan Kampung Lapis Mentadak Kuning. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat...

final • 10:01 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:01 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Ya?

final • 10:01 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih di atas makluman yang diberikan tadi. Akan tetapi nama kampung-kampung yang Yang Berhormat Menteri nyatakan itu adalah kampung induk, persoalan saya adalah mengenai kampung rangkaian. Sebab dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, perkara yang sama juga telah saya bawakan dan di maklumkan bahawa lampu- lampu jalan kampung ini adalah untuk jalan induk. Sekarang kita sudah di tahun 2010, sebab itulah saya bangkitkan isu ini dengan menyatakan bahawa patutnya ia diperkembangkan kepada semua kampung rangkaian. Itu persoalan saya.

Jadi, kampung Yang Berhormat nyatakan itu semua kampung induk, bukan kampung rangkaian. Terima kasih.

final • 10:01 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Yang Berhormat Parit sulung. Seperti yang saya nyatakan, keutamaan kita akan memberikan kepada kampung induk dan akan menyusul ke kampung rangkaian setelah kita

final • 10:01 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

menyiapkan lampu-lampu di kampung induk ini. Insya-Allah, jangan bimbang sangat. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Silam supaya peruntukan untuk pembinaan jalan raya ditingkatkan khususnya bagi kawasan Silam.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak tiga buah projek jalan luar bandar yang bernilai RM52.3 juta telah disediakan di kawasan Silam sebagai tambahan di bawah NKRA. Infrastruktur luar bandar sebanyak sepuluh buah projek jalan luar bandar lagi akan dilaksanakan di kawasan Silam yang melibatkan pembinaan jalan sepanjang 68.78 km dengan anggaran kos berjumlah RM105.73 juta berbanding sebelum ini.

final • 10:01 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Laluan Yang Berhormat.

final • 10:01 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Ya.

final • 10:01 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya sedikit sahaja Yang Berhormat, berhubung dengan kualiti lampu jalan luar bandar ini, kerana kalau dilihat kualiti di masa yang lalu, kualitinya tidak begitu baik. Ada yang dipasang hari ini dan ia terus padam esok dan ada yang tidak padam-padam sepanjang masa... [Ketawa] Apa yang menjadi isu satu masa dahulu. Jadi bagaimana pihak kementerian mengawal selia untuk projek-projek yang terbaru ini supaya memastikan kualiti terjamin?

final • 10:01 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Di peringkat kementerian, kita perlu bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, iaitu merupakan pangkalan pusat untuk membekalkan bekalan elektrik manakala kementerian ini bertanggungjawab untuk melakukan reticulation, dengan izin, penyambungan talian daripada pusat pembekal elektrik yang ada. Kalau sekiranya gangguan itu merupakan salah satu daripada permasalahan yang timbul kemungkinan transfomer nya tidak begitu mencukupi, maka itu perlu kita pertingkatkan.

Kita mempunyai unit yang khusus di peringkat kementerian yang baru kita wujudkan untuk memastikan pemantauan bukan hanya penyediaan prasarana infrastruktur ini bahkan juga memastikan kualiti penyediaan. Bukan hanya bekalan elektrik rumah bahkan juga dari segi air yang turut kita bekalkan, itu yang kita gunakan. Kalau di luar-luar bandar di mana pusatnya agak mudah untuk kita hendak sambung seperti di Semenanjung – contohnya seperti di Sarawak, tidak mudah untuk kita hendak mendapatkan bekalan elektrik daripada pusat pangkalan yang utama, grid centre nya.

Maka kita gunakan teknologi-teknologi yang lain di mana mungkin kapasitinya agak lebih baik. Contohnya seperti wind turbine ataupun solar yang kita guna pakai dan saya mendapat laporan ini merupakan satu sistem alternatif yang boleh memberi manfaat di kawasan-kawasan luar bandar, khususnya di kampung. Kebimbangan Yang Berhormat Arau saya akan ambil perhatian kalau sekiranya di peringkat negeri Perlis kerap akan berlaku tentang perkara ini. Saya akan pastikan supaya pegawai-pegawai yang turut hadir pada penting ini mendengar dan akan memantaunya lebih kerap di mana kawasan yang akan dan yang berhadapan dengan masalah bekalan yang tidak begitu jelas dan mungkin ini perlu kita tingkatkan seperti apa yang rakan saya sebutkan tadi itu, masalah gangguan mungkin kerana kapasiti tidak mencukupi.

Berhubung kait dengan Yang Berhormat Parit Sulong telah membangkitkan tiga isu tambahan berhubung Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu:

final • 10:01 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

(i) projek yang berdasarkan output based dan bukannya outcome based;

(ii) program pembangunan modal insan masih terlalu kurang berbanding dengan projek prasarana; dan

(iii) kurangnya kerjasama atau sinergi di antara agensi-agensi kementerian.

Untuk maklum Yang Berhormat, selaras dengan transformasi pembangunan luar bandar pertama pada tahun 1957, kementerian giat menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas kepada penduduk luar bandar. Kerajaan yakin bahawa dengan penyediaan kemudahan asas seperti Program Jalan Luar Bandar, Program Bekalan Air Luar Bandar, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah serta Program Ameniti Sosial dapat meningkatkan kegiatan ekonomi di kalangan penduduk luar bandar.

Ianya juga dapat menjana pendapatan bagi membantu membasmi kemiskinan di kalangan penduduk miskin luar bandar. Dengan yang demikian, walaupun program-program kementerian lebih berdasarkan kepada output based, secara tidak langsung ia membawa kesan kepada outcome based.

final • 10:01 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Mengenai isu pembangunan modal insan yang masih terlalu kurang, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM3.44 bilion telah disediakan bagi melaksanakan program pembangunan modal insan. Program-program tersebut termasuklah program pengupayaan sosial dan institusi luar bandar, program medan info desa dan latihan ICT, pendidikan prasekolah, program- program latihan kemahiran dan kursus keusahawanan serta penganjuran pelajaran. Bagi memastikan keberkesanan program modal insan, kementerian akan terus menyambut baik kesemua program dari masa ke semasa.

Kemajuan tanah dan wilayah - Yang Berhormat Parit Sulong juga membangkitkan isu mengenai kurangnya kerjasama ataupun sinergi di antara agensi-agensi kementerian. Saya menghargai keprihatinan Yang Berhormat dalam hal isu ini. Kerjasama ataupun sinergi yang telah sedia wujud di antara agensi- agensi kementerian akan terus dipertingkatkan lagi dengan memastikan nasib masyarakat luar bandar sentiasa terbela. Kerjasama ataupun sinergi ini diwujudkan melalui pelbagai mekanisme termasuk lawatan, pemantauan dan lawatan kerja yang diadakan secara berkala. Manakala Mesyuarat Pengurusan Bersama Agensi dan Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Program-program diadakan setiap bulan. Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Agensi-agensi dan Mesyuarat Penyelarasan Program Projek Kementerian di negeri-negeri pula diadakan sebanyak tiga kali setahun dan lain-lain mesyuarat diadakan mengikut keperluan.

Langkah terkini kementerian sedang mengatur program dengan izin, cross fertilization sebagai permulaan. Agensi-agensi kementerian yang terlibat ialah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, MARA, dan agensi-agensi Lembaga Kemajuan Wilayah. Malah pakatan kerjasama strategik sinergi perdana di antara tiga agensi pertanian yang terbesar negara iaitu FELDA, FELCRA Bhd. dan RISDA yang telah dimeterai pada 24 Februari 2010 sebagai saranan Yang Amat Perdana Menteri adalah bukti kementerian ini sentiasa mencari jalan dan usaha untuk bekerjasama secara inter dan intra agensi bagi kepentingan masyarakat di peringkat luar bandar.

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Selain daripada itu, agensi-agensi kementerian yang merupakan agensi pelaksana kepada program projek pembangunan luar bandar sentiasa bekerjasama dengan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan pejabat daerah untuk memastikan kejayaan program dan projek dilaksanakan. Bukan itu sahaja, kerjasama erat yang telah terjalin di antara kementerian dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain telah membolehkan beberapa projek pembangunan luar bandar kementerian berjaya dilaksanakan. Sebagai contoh, projek Penyusunan Semula Kampung ataupun PSK Sungai Tok Pawang, Kedah telah siap dilaksanakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang. Manakala PSK Tok Bali, Kelantan sedang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kementerian mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi ini kerana sudi memberi kerjasama dalam usaha ini.

Seperti yang saya sebutkan tadi kerjasama di antara agensi-agensi wilayah ini kita hendak pertingkatkan. Saya pun baru-baru ini telah pun meletakkan satu sasaran iaitu tidak ada pertindihan di kalangan agensi-agensi ini di mana ada keupayaan agensi-agensi seperti KEJORA. KEJORA merupakan di antara agensi yang memaparkan dan memperlihatkan kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam pengurusan wilayah dan membabitkan contohnya pembangunan tanah, pembangunan pelancongan. Saya telah meminta supaya usaha yang lebih ini dan kemahiran dan keupayaan mereka boleh diguna pakai untuk membantu memantapkan lagi pengurusan wilayah dan agensi-agensi yang lain di peringkat kementerian.

Yang Berhormat Maran memohon kementerian mengiktirafkan semula Lembaga Kemajuan Wilayah yang telah dibubarkan iaitu JENGKA dan DARA dan seterusnya bertanya bilakah JENGKA dan DARA akan diaktifkan serta berapakah jumlah peruntukan akan disalurkan. Saya mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan dan keprihatinan Yang Berhormat berhubung pengiktirafan semula Lembaga Kemajuan Wilayah dan JENGKA dan DARA ini. Walau bagaimanapun memandangkan kerajaan negeri mempunyai kepentingan ke atas perkara ini, pihak kementerian masih menunggu keputusan muktamad daripada kerajaan negeri untuk di bawa ke pertimbangan Kerajaan Pusat.

Hal Ehwal Orang Asli. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Kuala Krau kerana prihatin dan membangkitkan beberapa perkara berhubung dengan Orang Asli. Yang Berhormat Jempol membangkitkan tiga isu berhubung dengan tanah Orang Asli iaitu memberi hak milik atau geran sekurang- kurangnya 10 ekar secara purata untuk penanaman getah atau kelapa sawit, memberi milik tanah melalui Akta Penempatan Kelompok atau GSA supaya tidak disalahgunakan dan meminta FELCRA dan RISDA membangunkan tanah tersebut.

Sebagaimana Yang berhormat sedia maklum isu berkaitan dengan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Di bawah dasar pemilikan dan pembangunan tanah Orang Asli kementerian memperakukan sebanyak dua hingga tiga ekar untuk ladang serta suku ekar untuk tapak rumah. Langkah ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan dasar pemilikan tanah yang sedia ada di peringkat kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun adalah terpulang kepada kerajaan negeri untuk menetapkan keluasan tanah yang ingin diberikan kepada masyarakat Orang Asli.

Di samping itu, dasar ini tidak menghalang Orang Asli untuk memohon mana- mana tanah yang sesuai untuk diberi milik. Baru-baru ini saya telah menerima memorandum daripada pihak Orang Asli. Memorandum ini membabitkan tentang

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

perkara yang pokok iaitu keluasan tanah yang mereka hendakkan supaya membatasi daripada lingkungan ataupun keluasan tanah yang kita telah cadangkan iaitu lebih daripada enam ekar. Begitu juga dalam konteks bagaimana supaya tanah ini, kawasan rayau mereka (roaming area) yang sedia ada ini juga merupakan satu kawasan yang telah mereka bangunkan dalam lingkungan 30-40 tahun yang lalu dan keluasan tanah membatasi 10 ekar. Mereka hendakkan supaya tanah ini juga diberi milik kepada mereka.

Ini antara cadangan-cadangan yang pokok yang telah dikemukakan kepada saya selaku menteri yang berwajib dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pihak kementerian meneliti beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh persatuan ini. Kita akan memperincikan perkara ini bersekali dengan pihak AG dan akan di bentangkan di Majlis Tanah Negara dalam masa terdekat supaya ia akan dapat kita ambil perhatian, perhitungan daripada cita rasa, bukan hanya cita rasa bahkan juga keperluan dan kehendak masyarakat Orang Asli. Di samping itu pihak Ketua Pengarah Jabatan Orang Asli telah melakukan road show dengan menjelaskan dan membentangkan kepada mereka pindaan-pindaan yang terkandung di dalam akta ini dan mendapat feedback daripada pihak ini supaya kita dapat rangkumkannya antara yang dimasukkan sebagai entiti dalam pindaan akta yang kita akan kemukakan dalam masa yang terdekat.

final • 10:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sedikit, Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri dan terima Tuan Yang di-Pertua. Ada dakwaan mengatakan bahawa ada diskriminasi dari segi pembahagian dividen tanah yang diambil oleh FELCRA, RISDA dan sebagainya. Contohnya di Satak, negeri Pahang, di Raub.

Kemudian ada satu lagi dakwaan berdasarkan kepada satu keputusan mahkamah di Johor. Berdasarkan tanah rayau dan juga tanah nenek moyang ini mereka mengemukakan saman di mahkamah dan mereka telah menang dalam kes ini.

Apa pandangan Yang Berhormat kerana bagi saya untuk membiarkan mereka berdikari dalam keadaan the level of thinking yang ada, saya rasa agak sukar bagi mereka walaupun jumlah tidak ramai tetapi mengawal selia jumlah yang sebegitu pun sukar bagi kementerian untuk mengatasi masalah yang sekian lama berlaku bagi pihak kementerian.

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Pertamanya, berhubung kait tentang bangkitnya isu diskriminasi.

Sebenarnya ia tidak timbul dari segi pengagihan bantuan yang kita berikan kepada masyarakat Orang Asli. Contohnya, dari segi penglibatan mereka di kawasan tanah-tanah yang mereka miliki - yang mereka katakan ini adalah merupakan sebahagian daripada tanah yang mereka miliki. Ia banyak bergantung pada keluasan tanah yang kita kerjakan. Contohnya, RISDA ataupun pihak FELCRA ini hendak dimajukan tanah itu, kalau tanah itu kurang daripada 10 ekar, contohnya enam ekar. Ia banyak bergantung dengan keluasan milik tanah mereka.

Itu yang kita dapati kadang-kadang ada di antara mereka mempunyai dividen yang lebih daripada pihak yang lain. Itu mempunyai tanggapan bahawa kita memberikan dividen tidak serata. Contohnya, ada juga bangkit pada minggu lalu daripada dividen di FELDA dan FELCRA di mana keluasannya berbeza-beza.

Walaupun saya akui ada kesilapan di sana sini, dari segi bantuan-bantuan yang kita berikan seperti mahkamah, memberi judgement dengan izin berpihak kepada pihak Orang Asli. Ini sebahagian daripada pengertian saya selaku Menteri yang bertanggungjawab supaya tidak akan ada kepincangan di masa akan datang, timbulnya masalah dari segi pengurusan. Ramai yang dekat dengan jiwa Orang Asli ini dan keadaan ini kita akan sentiasa membantu

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Saya akui Orang Asli seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi bukan satu kerja yang mudah kerana bukan hanya kita hendak menyalurkan pembangunan fizikal di kawasan mereka, dari segi membangunkan budaya pemikiran mereka juga merupakan satu cabaran yang kita akui tidaklah semudah itu. Kita perlu bukan sahaja kerjasama daripada pihak-pihak yang terbabit - pimpinan-pimpinan di kalangan mereka sebagai role model kepada mereka yang boleh membimbing masyarakat ini. Maka dengan itu kita lantik Senator di kalangan masyarakat Orang Asli yang diperakukan oleh satu majlis yang kita katakan pandangan sebahagian besar daripada Orang Asli itu. Di mana ia boleh memutuskan dan orang ini akan menjadi pembantu kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan menerangkan tentang dasar, keperluan dan kemudahan-kemudahan yang perlu kita salurkan kepada masyarakat Orang Asli ini.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Penjelasan, minta penjelasan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soal Orang Asli tanah yang telah ditimbulkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Arau itu. saya telah pun baru-baru ini membentang satu kertas kerja di Manila semasa ASEAN forum dan saya memanglah selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu golongan seperti Orang Asli dan... [Disampuk]

final • 10:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Kota Belud pun Orang Asli juga. [Ketawa] Yang Berhormat Silam pun Orang Asli, Yang Berhormat Menteri pun Orang Asli juga [Ketawa] Orang Asli ertinya kita ini original citizen, faham? Jadi apa yang saya sentuh di sini Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak - ini kita menyentuh saudara kita di Semenanjung iaitu Orang Asli Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada masalah soal tanah ini kecuali segelintir perkara yang harus di kawasan Sarawak termasuk kawasan Penan.

Soalan - minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Adakah pihak kerajaan pernah membuat satu usaha untuk berdialog dengan pemimpin- pemimpin Orang Asli? Yang Berhormat sentuh dengan seorang Senator yang dilantik, itu memang tidak mencukupi. Jadi ada suara-suara di peringkat bawahan terutama sekali yang digerakkan oleh aktivis-aktivis Orang Asli. Baru-baru juga ini, saya telah pun mendapat SMS yang dia berjumpa saya esok - Orang Asli daripada negeri Pahang. Jadi saya berjanji akan berjumpa. Mungkin dia terbaca dengan apa yang ternyata dalam penyampaian saya waktu di Manila.

Jadi yang saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri adalah hak Orang Asli itu memang very clear, jelas dalam UN Declaration yang kita jaga selama-lama ini - sebelum kemerdekaan kita sudah jaga Orang Asli. Kita inherit penjagaan itu dari British. Jadi sekarang Yang Berhormat, kita ada dua agenda yang utama bagi negara kita untuk mencapai Vision 2020 - Visi 2020.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Salah satu daripadanya adalah...

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ini menjurus kepada...

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat jangan menjurus Yang Berhormat, kita ada 25 kementerian. Kita baru lapan Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Satu lagi Tuan Yang di- Pertua. Adakah pihak kementerian atau pihak Kerajaan Pusat bercadang kepada kerajaan negeri untuk membuat satu akta yang bahawa tanah-tanah Orang Asli ini dibuat seperti Sabah dan Sarawak iaitu di Sabah kita ada native title dan sebagainya supaya mereka boleh memberikan kita selain daripada yang diuruskan oleh FELCRA, FELDA dan sebagainya. Adakah pihak kementerian supaya kerajaan-kerajaan negeri ini memberi tanak kepada Orang Asli ini supaya kita boleh bangunkan tanah yang mana boleh dibangunkan, supaya mereka tidak berpindah-pindah di kawasan yang di reserve khas untuk kerajaan. Ringkas.

final • 10:20 PM

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Putatan. Memang saya akui bahawa kita adalah merupakan juga Orang Asli kerana seperti saya Orang Laut dahulu kita tinggal di laut, hendak pindah supaya dia tidur di darat, susah. Rancangan-rancangan pembahagian tanah termasuk Yang Berhormat daripada Tuaran pun. Persoalan ada dialog, memang kita ada dialog. Baru-baru ini saya berdialog dengan hampir 1,000 - saya ingat dalam 800 masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Pengerusi Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung dan Timbalan ia. Saya telah berdialog dengan masyarakat Orang Asli dan membangkitkan tentang dividen, tentang tanah, tentang pendidikan, banyak perkara yang saya mendengar dan kerap kita adakan perbincangan sebenarnya bukannya di peringkat bawa ke kementerian bahkan ke peringkat akar umbi dengan pihak ketua pengarah dan agensi yang terbabit.

Persoalan tentang pindaan akta, ini pindaan akta tambahan kepada hak yang kita katakan mereka layak. Contohnya di Gahai, di Pahang di mana tanah rancangan yang kita bangunkan hendak membasmi kemiskinan Orang Asli. Dari tempat lain kita pindah mereka untuk mengerjakan tanah yang dahulu pendapatan RM200 hingga RM300, kita pindah melibatkan penanaman getah dan juga tanam nenas dan ini mereka ada pendapatan tambahan dia. Ini sebahagian daripada kerangka yang kita lakukan pada hari ini - satu comprehensive approach untuk mengatasi masalah membasmi kemiskinan dan mereka kita integrate dengan masyarakat yang lain bumiputera yang ada di semenanjung supaya mereka bukan hanya dapat melihat di mana kemajuan yang turut diberikan kepada masyarakat- masyarakat yang lain.

Sebenarnya pindaan akta ini tambahan daripada mereka layak seperti yang saya sebutkan pagi tadi untuk mendapat tanah termasuk kalau mereka selaku rakyat Malaysia di mana-mana tempat di semenanjung - di Pulau Pinang, di Kuala Lumpur, di mana datangnya mereka boleh apply. Tidak ada sekatan kepada Orang Asli. Ini cuma merupakan satu special dengan izin, clause undang-undang yang boleh kita katakan untuk memberi hak milik tambahan kepada masyarakat Orang Asli.

Mengenai cadangan agar status tanah diberi secara Group Settlement Act

(GSA) untuk makluman Yang Berhormat, di bawah dasar ini masyarakat Orang Asli akan diberikan hak milik kekal secara individu di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1995. Walau bagaimanapun bagi melindungi milikan tanah Orang Asli, kementerian telah memasukkan beberapa syarat sekatan kepentingan.

Antara lain yang telah diberi milik tidak boleh dipindah milik selama 15 tahun untuk pemilik pertama dan hanya boleh dipindah milik kepada Orang Asli sahaja.

final • 10:20 PM

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Berhubung dengan cadangan supaya pembangunan tanah-tanah dikawal selia oleh FELCRA dan RISDA, sememangnya pada masa ini pembangunan tanah adalah dilaksanakan oleh FELCRA dan RISDA sebagai agensi pelaksana kementerian. Seterusnya Yang Berhormat Jempol mencadangkan satu sistem pengurusan kewangan bagi masyarakat Orang Asli seperti melaburkan keuntungan daripada program penanaman ke dalam Amanah Saham. Untuk makluman Yang Berhormat sebanyak tiga buah ladang telah membuat potongan sebahagian dividen untuk ditabungkan ke dalam ASB dalam bentuk sijil simpanan bermula bulan Januari 2010. Ladang-ladang terlibat adalah tanaman semula kelompok Orang Asli Cawang di Tapah, Perak; TSK Orang Asli Kampung Simpai di Pekan, Pahang ialah 160 peserta; dan TSK Orang Asli Kampung Paya Taman di Maran, Pahang ialah 18 peserta. Kementerian akan memperluaskan konsep tabungan ini agar masyarakat Orang Asli mempunyai wang simpanan di masa hadapan.

Yang Berhormat Tebrau mencadangkan supaya pihak kementerian mencari alternatif yang sesuai bagi menyalurkan bekalan air ke Kampung Orang Asli Pasir Salam. Untuk makluman Yang Berhormat, projek bekalan air alternatif menggunakan telaga tiub di Kampung Orang Asli Pasir Salam telah dilaksanakan dan siap sepenuhnya pada 15hb Disember 2009. Projek ini telah memberi manfaat kepada 30 buah rumah melibatkan 149 orang penduduk.

Yang Berhormat Putatan pula telah menyarankan supaya program khusus dirangka bagi menangani isu kemiskinan tegar di kalangan Orang Asli yang dikatakan tertinggi di negara ini. Sehingga 31 Disember 2009, seramai 4,307 keluarga atau 15.47% Orang Asli berada dalam kategori miskin tegar.

Kementerian menerusi jabatan Orang Asli telah dan akan terus melaksanakan pelbagai program pembangunan ekonomi khususnya bagi meningkatkan pendapatan Orang Asli. Program tersebut termasuk Program Pembangunan Ladang Komersial, Tanaman Getah dan Kelapa Sawit; Program Bimbingan Bantuan Usahawan; dan Program Bimbingan Ruang Niaga.

Pada tahun 2010 di bawah program bantuan ini, input pertanian seramai 2,067 orang ketua isi rumah Orang Asli akan diberi bantuan baja, anak benih, racun, dan peralatan pertanian. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM6.2 juta dengan kadar terhad kepada RM3 ribu bagi setiap ketua isi rumah.

Untuk makluman Yang Berhormat juga melalui tahun 2010, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mewujudkan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi membangunkan sumber Orang Asli - sumber ekonomi Orang Asli. Tumpuan NKRA adalah di kawasan penempatan Orang Asli yang mempunyai kepadatan miskin tegar yang tinggi iaitu di negeri Pahang, Perak dan Kelantan.

Projek ini dengan kos yang dianggarkan sebanyak RM2.11 juta akan melibatkan tanaman kontang seperti jagung, keledek, pisang, nenas dan serai.

Akan dijangkakan seramai 1,200 orang ketua isi rumah akan menerima manfaat di bawah program ini. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Krau agar Sekolah Kebangsaan Orang Asli dibina bersama dengan asrama, kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat dalam membela masyarakat Orang Asli tetapi ini merupakan satu bidang kuasa Kementerian Pelajaran dan kita perlu membincangkan perkara ini.

Masalah isu yang dibangkitkan berhubung kait dengan Yang Berhormat Maran. Yang Berhormat Sabak Bernam menyentuh isu mengenai perniagaan lesu di Anggerik Mall di Shah Alam. Untuk makluman Yang Berhormat, Anggerik Mall ialah salah sebuah kompleks perniagaan Mara yang dikategorikan sebagai premis komersial penuh. Pemilikan syarikat Inno Elegant Sdn. Bhd. sebagai penyewa

final • 10:20 PM

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

utama bermula pada 1hb Ogos 2009 atas kapasiti keusahawanan untuk mengendalikan premis yang sedia ada ini dan pihak kementerian akan memastikan supaya pengurusan kompleks-kompleks ini akan dapat kita pertingkatkan. Saya telah membuat pertemuan dengan pihak-pihak ini bukan hanya dalam konteks supaya penyusunan semula dari segi menampakkan barang-barangan yang ada di kompleks itu bahkan juga dari konteks hendak mem promote bangunan itu, adakan promotion dalam setiap waktu-waktu tertentu supaya ia akan mendapat tarikan kepada pelanggan yang terdekat...

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

...Tuan Yang di-Pertua setakat itu sahaja kerana masa tidak mengizinkan. Beberapa-beberapa perkara yang telah disentuh oleh 11 orang Ahli Parlimen dan saya bagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengucapkan jutaan terima kasih di atas pandangan dan cadangan yang dikemukakan dan insya-Allah pihak kementerian akan melakukan yang terbaik bukan hanya kepada masyarakat Orang Asli bahkan juga kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Sekian terima kasih.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat memecahkan rekod petang ini. [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10.00 pagi hari Rabu 31 Mac 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 10.33 malam.

final • 10:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026