Mar242010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah implikasi serta manfaat yang diperoleh oleh ahli RELA kesan MoU dengan Persatuan Syarikat Kawalan Keselamatan untuk menggantikan warga Nepal sebagai pengawal keselamatan.

final • 10:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan ini bersama dengan soalan daripada Yang Berhormat Sri Gading bertarikh 7 April kerana kedua-dua soalan ini menyentuh isu yang sama.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, baik Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan menggalakkan penyertaan masyarakat dan kesukarelawanan di dalam agenda keselamatan, KDN sedang di dalam proses menjenamakan semula agensi-agensi dan gerakan yang melibatkan rakyat seperti RELA.

Salah satu inisiatif awal kerajaan adalah dengan menyerapkan anggota RELA yang berkelayakan di dalam Skim Polis Sukarela (PVR) dengan izin, bagi membantu menjayakan agenda NKRA mengurangkan kadar jenayah. Mereka yang berjaya telah melepasi saringan keselamatan dan juga ujian fizikal yang diberikan latihan oleh pihak PDRM untuk menjadi PVR. Setakat ini, seramai 2,899 anggota RELA telah pun diberikan latihan di samping 2,119 anggota lain yang telah dikenal pasti layak untuk dilatih sebagai PVR.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selain usaha menggalakkan penyertaan anggota RELA di dalam PVR, salah satu lagi inisiatif yang diperkenalkan adalah langkah pengambilan anggota RELA sebagai pengawal keselamatan di syarikat-syarikat kawalan keselamatan. Ini bertujuan untuk mengupayakan peranan serta daya tarikan RELA dengan:

(i) memberi peluang pekerjaan kepada anggota-anggota RELA yang tidak mempunyai pekerjaan tetap;

(ii) mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing khususnya warga Nepal di dalam industri kawalan keselamatan; dan

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

(iii) dapat memberi peluang kepada anggota RELA yang merupakan ahli masyarakat setempat untuk menyumbang tenaga bagi mengawal keselamatan bangunan dan kawasan-kawasan strategik berhampiran tempat tinggal mereka.

Tawaran-tawaran kerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat-syarikat keselamatan ini diharap dapat menarik minat anggota RELA yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap untuk menceburi kerjaya ini. Peluang yang ditawarkan ini juga boleh menarik minat orang awam terutamanya dari golongan remaja untuk menyertai pasukan RELA.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pasukan RELA telah menyediakan insentif-insentif seperti perlindungan insurans kelompok, bayaran elaun bertugas, menyediakan kursus-kursus dan latihan yang juga boleh menyumbang ke arah minatnya remaja menyertai pasukan RELA.

Setelah termeterainya Perjanjian Persefahaman MoU dengan Persatuan Syarikat Kawalan Keselamatan, Ibu Pejabat RELA telah membuat hebahan kepada anggota-anggota RELA melalui pejabat rela negeri dan juga di peringkat daerah. Pertamanya untuk mengenal pasti mereka yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan. Ini bagi menyediakan satu alternatif kepada syarikat kawalan keselamatan untuk mendapatkan tenaga kerja terlatih bagi menggantikan pengawal keselamatan asing khususnya warga Nepal.

Adalah merupakan harapan KDN, anggota RELA sekiranya diambil bekerja di dalam syarikat kawalan keselamatan adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan warga asing kerana mereka telah menjalani kursus-kursus anjuran RELA seperti tatanegara, disiplin dan jati diri, ancaman-ancaman keselamatan negara serta pengendalian senjata api. Anggota RELA adalah 100% warganegara kita yang sememangnya fasih berkomunikasi dan sudah mahir serta memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.

Bagi bekas tentera yang menjadi ahli RELA, mereka pula telah pun mempunyai pengalaman di dalam bidang keselamatan dan juga persenjataan.

Inilah kelebihan-kelebihan dan keistimewaan anggota-anggota RELA berbanding dengan warganegara asing khususnya warga Nepal. Sehingga kini seramai 1,123 orang anggota RELA telah pun bertugas sebagai pengawal keselamatan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana hadir sendiri untuk menjawab soalan saya. Sebelum itu, saya hendak mengalu-alukan guru dan pelajar-pelajar daripada Parlimen Kepong. [Tepuk] Ini Yang Berhormat Kepong, saya hendak beritahu Yang Berhormat Kepong, beritahulah bos, ini Menteri dengan IGP dan Timbalan IGP baik, intim, mesra, tidak ada masalah. [Tepuk] Jangan buat pembohongan di dalam Dewan ini.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Berlakon sahaja agaknya.

[Ketawa]

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Selepas ini boleh jumpa IGP di luar. Soalan saya, pertamanya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri, KSU dan juga warga KDN yang telah berjaya saya kira untuk mencapai NKRA ialah mengurangkan kadar jenayah di dalam negara kita.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang keduanya memperkasakan RELA, yang mana Yang Berhormat Kepong, RELA ini sejumlah 1.2 juta anggota RELA seluruh negara yang mempunyai pelbagai lapisan kaum, Melayu, Cina, India dan juga Orang Asli dan kaum-kaum yang lain. JPAM pula 110,000 orang anggota JPAM. Yang ketiganya, Yang Berhormat Menteri bagi tahu apabila RELA diserapkan dalam menjaga kawalan keselamatan boleh mengurangkan tenaga kerja warganegara asing.

Yang keempatnya, apabila diberi peluang pekerjaan, lebih 500 peluang pekerjaan yang boleh diberi kepada anggota RELA apabila kerja-kerja mengawal keselamatan negara ini ditugaskan kepada RELA.

final • 10:10 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Soalan.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Soalan saya Yang Berhormat Kuala Krai, sejauh manakah langkah-langkah telah diambil setelah MoU ini dipersetujui pada 27 Januari 2010? Adakah mana-mana persatuan atau syarikat-syarikat kawalan perkhidmatan keselamatan ini tampil berjumpa dengan KDN dan juga RELA, untuk bersama-sama mengambil alih tugas mengawal keselamatan di dalam negara kita? Ini kerana lebih 400 buah persatuan atau syarikat kawalan keselamatan di dalam negara menggunakan warganegara asing khususnya Nepal.

Saya mohon, adakah kerajaan juga bersedia menimbangkan gaji tetap kepada anggota RELA setelah diserapkan untuk menjaga kawalan keselamatan dan juga menjadi Polis Bantuan RELA (PBR) yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi? Gaji minimum dia RM1,400 sebulan berbanding dengan elaun yang diterima hanya RM6 satu jam.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Boleh jadi Menteri Dalam Negeri nampak ini. [Ketawa]

final • 10:10 AM

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Apakah elaun ini setaraf dengan elaun yang dikeluarkan atau yang diberikan kepada JPAM di dalam negara kita? Terima kasih. Sabar Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Kuala Krau.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ini bukan Menteri jawab, Yang Berhormat Sembrong jawab. [Ketawa]

final • 10:10 AM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Bakal Menteri Dalam Negeri.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, pertamanya penting apa yang saya sebutkan tadi sebagai satu gerakan yang melibatkan rakyat dan orang ramai dalam satu arus di mana orang ramai dilibatkan secara langsung dalam gagasan negara yang menjurus kepada pembinaan negara bangsa. Oleh sebab itu semangat kesukarelawanan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi sama ada dalam konteks RELA 1.2 juta atau JPAM jumlahnya 100 lebih ribu. Kalau kita gandingkan dengan mereka yang telah berdaftar di bawah program Rakan COP, jumlahnya 323,753 orang dan rukun tetangga 4,557 orang. Maka di bawah Gagasan 1Malaysia di mana usaha kita hendak mengurangkan kadar jenayah tadi, ianya tidak boleh mewujudkan polemik sama ada polemik politik, polemik kaum ataupun polemik agama.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Semua melihatkan kadar jenayah ini sebagai satu perkara yang merupakan tanggungjawab kita bersama. Pihak PDRM akan terus dengan usahanya, pihak-pihak lain, agensi-agensi lain di bawah KDN pun telah pun kita rancang dan kita telah umumkan apa yang kita hendak laksanakan dalam masa terdekat ini. Cuma apa yang kita tekankan hari ini di dalam Dewan yang mulia ini, bagaimana pentingnya rakyat dan orang ramai dalam konteks ‘Rakyat didahulukan’, ‘Daripada rakyat untuk rakyat’ supaya mereka terlibat secara langsung. Jadi, saya setuju sangat dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat dan insya-Allah apa yang saya telah nyatakan tadi, kalau ianya dapat sokongan, sambutan daripada semua kepimpinan mereka yang terlibat, ianya akan menjadi satu kenyataan.

Berhubung kait dengan elaun. Contohnya elaun yang diberikan kepada RELA untuk program-program PVR contohnya, sememangnya setakat hari ini ianya tetap seperti apa yang telah pun diumumkan. Akan tetapi, tambah nilai selain daripada tugas mereka sebagai sukarelawan RELA di dalam konteks NKRA, peluang yang kita telah wujudkan di bawah MoU ini melibatkan hampir kesemua syarikat-syarikat berkenaan. Bagi saya, MoU ini telah pun menetapkan bahawa gaji atau pulangan dan juga imbuhan yang diberikan kepada mereka selepas mereka dilantik di dalam syarikat ini akan merupakan gaji dan elaun tetap.

Akan tetapi, itu merupakan satu perkara yang masih di dalam rundingan, dipantau oleh pihak KDN. Insya-Allah ianya dapat diselaraskan dalam masa yang terdekat.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tadi Yang Berhormat Kuala Krau itu dengan Yang Berhormat Sembrong, Menteri Dalam Negeri itu sebagai aur dengan tebing atau tebing dengan aur.

final • 10:10 AM

Beberapa Ahli

Aur, aur.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

‘Au’, aur pun ataupun ...

final • 10:10 AM

Beberapa Ahli

Aur, aur.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Aur pun boleh, ‘au’ pun boleh. Yang Berhormat Sri Gading pun boleh. Yang Berhormat Sri Gading dengan Yang Berhormat Sembrong lah itu. Di sini saya hendak tahu bagaimana pihak kementerian dapat mengawal anggota-anggota RELA dan juga anggota sukarelawan yang lain dengan lebih berkesan. Biasanya kalau kita jemput RELA satu pasukan memang tujuh atau sepuluh orang, kita bayar RM500. Saya tidak tahulah apa subsidi yang diberi oleh pihak kementerian. Saya nampak walaupun Yang Berhormat berusaha untuk mengatasi masalah jenayah di negara ini dan saya nampak ada tiga sistem. PDRM satu dan juga polis bantuan dan sukarelawan yang kedua dan yang ketiganya ada syarikat swasta.

Syarikat sekuriti swasta yang saya tidak tahu bilangan di dalam negara ini, cuma saya tahu ‘AIBEG’ di CIQ di Johor Bahru itu diserap oleh pihak kementerian sebagai polis bantuan kalau tidak silap saya, ‘AIBEG’. Satu-satunya syarikat keselamatan swasta. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa kalau kita ada tiga sistem kepolisian ini, maka pihak rakyat pun bingung jugalah. Yang Berhormat Sri Gading pun bingung. Ada tiga sistem kepolisian itu. Apakah sebenarnya dengan naikkan gaji dan sebagainya pihak polis boleh menambahkan, meningkatkan keberkesanan di dalam mengawal keselamatan di negara ini.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya tidak ada tiga sistem. Sistemnya hanya satu, matlamatnya berbeza mengikut keadaan dan keperluan semasa. Yang penting sekarang ialah untuk mengkoordinasi pihak-pihak berkenaan dan pihak-pihak berkepentingan. Di mana barisan hadapan sekali merupakan sesungguhnya pihak polis PDRM dibantu dengan polis simpanan sama ada melalui syarikat-syarikat keselamatan yang telah pun dilantik dan ditambah baik dengan gerakan sukarelawan tadi.

Yang kita perlu lihat sekarang dengan pendekatan kita di bawah NKRA yang mungkin berbeza dengan dahulu ialah bagaimana kita dapat menyelaraskan kesemua pihak yang berkepentingan secara kementerian yang pelbagai.

Contohnya rukun tetangga tidak berada di bawah Kementerian Dalam Negeri, dengan agensi-agensi tertentu sama ada ianya merupakan JPAM dan RELA di bawah KDN atau Program Rakan COP yang berada di bawah PDRM.

Syarikat-syarikat keselamatan swasta satu-satunya bidang yang memang bawah KDN kalau hendak bandingkan dengan bidang-bidang lain yang membawa masuk pekerja-pekerja asing, juga melibatkan beberapa kementerian yang lain.

Jadi kelebihan yang ada, yang diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang di bawah NKRA ialah bagaimana kita tidak bergerak di dalam ‘silo’ dengan satu tujuan kita menyelaraskan semua pihak dengan satu tujuan dan inilah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kepong yang kita sedang lakukan.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Di mana kita duduk bersama, melihat apa dia kekuatan yang ada, mengenal pasti secara telus di mana kelemahan-kelemahannya dan bagaimana kita dapat atasinya sebagai satu pasukan dan satu gerakan untuk matlamat untuk mengurangkan jenayah tadi. Ini akan kita buktikan dalam masa terdekat tetapi bengkel-bengkel, mesyuarat-mesyuarat dan laporan-laporan khususnya terus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dilakukan berkala dan ini dipantau secara dekat di peringkat KDN oleh saya sendiri. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Cuma saya hendak berpesan, Yang Berhormat Menteri harus sentiasa sabar, tabah kerana inilah satu-satunya Menteri yang akan dihujani oleh fitnah dan pembohongan oleh pihak-pihak yang hendak mengambil kesempatan di air yang keruh.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ketua Polis yang bohong.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya ucapkan tahniah atas usaha ini. Ini kerana selama ini urusan keselamatan ini kita letakkan di bahu bukan warganegara. Apabila kita hendak menggantikan mereka yang bukan warganegara RELA mengambil keselamatan dalam negara ini, ini satu tugas yang sangat baik yang patut mendapat sokongan. Cuma saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri bagaimana syarikat-syarikat keselamatan ini menerima MoU yang ditandatangani dengan KDN ini? Bagaimana mereka punya respond? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein

Respondnya pelbagai kerana kita tahu bahawa untuk menerima pekerja-pekerja warga asing mungkin dari segi pulangan ekonominya dan ganjarannya mereka lebih kurang daripada apa yang terpaksa mereka biayai kalau ada pun rakyat kita sendiri yang sanggup untuk bekerja bersama-sama dengan mereka. Ini merupakan satu perkara yang kita akan teruskan bermula dengan syarikat-syarikat yang telah pun menandatangani perjanjian ini sebagai contoh, sebagai role model, sebagai pemangkin dan catalyst kepada syarikat-syarikat lain.

Untuk bergantung selama-lamanya kepada warga asing merupakan satu perkara yang tidak dapat kita pertahankan buat selama-lamanya. Jadi kesedaran awal daripada syarikat-syarikat yang sanggup bersama-sama kita menjanjikan dan juga menjayakan apa yang kita lakukan ini maka syarikat-syarikat inilah yang akan kita iktiraf dahulu. Untuk melalui pengiktirafan kementerian inilah saya harap bahawa yang lain akan sedar bahawa pendekatan ini merupakan pendekatan yang terbaik dalam agenda nasional kita dan suka atau tidak suka mereka mesti sahut. Dalam konteks tanggungjawab Yang Berhormat Sri Gading, saya sentiasa sabar. Mereka yang menangguk di air keruh ini memang mungkin dalam orang putih kata, “Wishful thinking”. Hendak tengok kita dilaga-lagakan, mewujudkan satu suasana yang di mana kita tidak kondusif dalam melaksanakan tanggungjawab, tetapi saya bersandarkan kesabaran itu di atas kebenaran. Jadi, apa yang benar itu tetap benar.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang keruh ada ikan, yang jernih mana ada ikan.

final • 10:20 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun] [Menyampuk] Apa salahnya.

final • 10:20 AM

2. Dato’ Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan berapakah jumlah hutang TEKUN yang belum dijelaskan dan usaha untuk mengambil balik hutang tersebut serta kategori peminjam, jenis perniagaan atau usahawan serta kesan daripada ‘surat menangis’ yang dilaksanakan.

final • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. TEKUN Nasional adalah sebuah institusi yang menyediakan peluang perniagaan serta peluang menjana pendapatan pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan. Di antara sektor perniagaan yang diceburi oleh usahawan TEKUN adalah seperti sektor perkhidmatan, pemborongan, pembuatan, peruncitan, pertanian dan juga industri asas tani.

Sehingga 28 Februari 2010, sebanyak 198,739 pembiayaan yang bernilai RM1.47 bilion telah dikeluarkan kepada 159,587 usahawan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17% iaitu 33,149 pinjaman dengan nilai tunggakan sebanyak RM133.27 juta yang masih belum dijelaskan oleh peminjam TEKUN. Kaedah pembiayaan yang dikeluarkan oleh TEKUN adalah mudah, tanpa penjamin dan cagaran menyebabkan sebilangan usahawan gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual.

final • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Untuk meningkatkan kutipan bayaran balik TEKUN Nasional telah mengambil beberapa langkah. Di antaranya dengan mengeluarkan surat rayuan yang juga dikenali sebagai ‘surat menangis’ kepada peminjam tegar yang mempunyai tunggakan yang tinggi. ‘Surat menangis’ yang dikeluarkan mulai Disember 2009 telah dikeluarkan kepada 3,206 orang peminjam. Daripada jumlah tersebut hanya 2,303 ataupun 72% membayar balik pinjaman TEKUN apabila menerima surat menangis dan 28% lagi tidak mengendahkan surat tersebut.

Langkah yang kedua apabila ‘surat menangis’ ini tidak diendahkan, TEKUN akan mengeluarkan pula surat peringatan melalui Jabatan Undang- undang daripada TEKUN kepada peminjam-peminjam yang masih lagi tidak mahu membayar hutang. Sekiranya gagal, surat dakwaan, surat notis ke mahkamah pula akan dikeluarkan oleh TEKUN melalui syarikat guaman yang dilantik oleh pihak TEKUN. TEKUN juga telah mengadakan perbincangan dengan Bank Negara untuk menyenaraihitamkan peminjam-peminjam TEKUN yang masih lagi degil untuk membayar hutang mereka. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pendang.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu banyak cara orang hendak jadi kaya sekarang ini. Antaranya masuk MLM, Skim Cepat Kaya dan ada yang lompat parti ataupun ugut hendak lompat. Ini boleh cepat kaya.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk][Ketawa]

final • 10:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Janganlah buat fitnah.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Saya hendak tanya kepada Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau tuduhan itu betul you lompatlah. You jadi kaya.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Kalabakan sudah sebut semalam!

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya. Saya sudah jadi wakil rakyat dua penggal, banyak borang yang telah saya tandatangani untuk permohonan TEKUN ini. Akan tetapi, apabila saya bertanya kepada mereka yang memohon kebanyakannya tidak dapat.

final • 10:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat bila hendak lompat?

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Apabila tidak dapat saya tanya kenapa tidak mohon semula? Setiap jawapan yang saya dapat daripada pemohon-pemohon ini mereka mengatakan hendak ambil borang pun kena pergi pejabat TEKUN yang berada di Kompleks UMNO. Hendak tandatangan borang pun kena wakil rakyat daripada UMNO. Hendak serah borang pun kena serah borang di pejabat TEKUN yang ada di pejabat UMNO. Di Pendang alhamdulillah, telah tiga kali dalam sesi yang lepas saya kemukakan soalan ini dan sudah dipindahkan keluar daripada Pejabat UMNO Pendang. Akan tetapi, di Selayang saya nampak ada masih lagi di Darul Kifayah di Kompleks UMNO. Jadi soalan saya bilakah...

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang pindah itu silap itu.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Bilakah kementerian akan mengeluarkan TEKUN ini daripada kepompong bahawasanya hanya mereka-mereka yang berada di kelompok tertentu sahaja yang layak untuk memohon pinjaman TEKUN. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Ini soalan ini berbau soalan politik ini. Hendak jawab secara politik ke secara fakta? Yang Berhormat, saya sudah nyatakan tadi pinjaman yang telah kita keluarkan kepada 159,587 usahawan. Bolehkah Yang Berhormat buktikan kepada saya bahawa daripada 159,587 ini tidak ada seorang pun orang PAS yang dapat pinjam? Yang pertama.

Kedua, isu duduk di bangunan UMNO ialah kerana TEKUN pada mulanya diberikan pembiayaan tanpa ada wang pengurusan. Mula-mula wang TEKUN ini diberikan lebih kurang RM982 juta sahaja Yang Berhormat, tanpa duit pengurusan. Kemudian daripada wang perkhidmatan yang kita buat daripada RM982 juta ini, TEKUN telah mampu untuk mengadakan wang pusingan sebanyak RM1.4 bilion.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Oleh kerana bangunan UMNO ini, kerana UMNO ini ialah parti yang menolong rakyat, berjuang untuk rakyat dan setiap UMNO ada bangunan, ada bangunan sendiri. Saya tidak tahulah kalau setiap kawasan PAS pula ada bangunan seperti mana UMNO ada bangunan sendiri.

Jadi, oleh itu kita menggunakan bangunan UMNO ini dengan understanding kita bahawa ada UMNO memberi percuma. Percuma, tidak ada sewa. Kadang-kadang kita bagi percuma sahaja. Kita bagi. Jadi oleh itu kita hendak membantu rakyat. Jadi oleh kerana sewa daripada UMNO ini ada yang bagi percuma ada pun ada, ada yang bagi sewa yang cukup rendah.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli Pembangkang

[Menyampuk] [Ketawa]

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sri Gading percuma.

Sri Gading percuma kerana hendak membantu rakyat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Saya pun tidak faham macam mana Naib Presiden boleh menang macam ini perangai. [Ketawa] Dengarlah saya cakap. Saya kata ini orang PAS ini salah pilih Naib Presiden ini. [Disampuk] Lihat, Yang Berhormat Naib Presiden UMNO. Rileks sahaja jawab sebagai Menteri. Itu baru betul.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya setuju.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Beliau dahulu bergaduh dengan polis dahulu ini.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu warga pengundi PAS salah pilih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Dengar Yang Berhormat. Saya kata ada bangunan UMNO yang bagi percuma. Ada juga UMNO yang memberi sewa yang minimum.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Oh, UMNO makan sewa jugalah.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Oh, lihat itu Timbalan Presiden PAS. [Disampuk]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Oleh itu Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta jangan mengganggu. Yang Berhormat Menteri sedang menjawab Yang Berhormat ya.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Soal Yang Berhormat kata kalau kata Pendang. Keluar daripada UMNO Pendang, itu bukan kerana desakan daripada Yang Berhormat. Tidak ada kena mengena. Kalau dia pindah kepada Pendang pun, bahawa TEKUN di Pendang sudah mampu untuk berdikari dan boleh menyewa bangunan dia sendiri dan mungkin juga UMNO Pendang sudah tidak ada tempat untuk beri ruang kepada TEKUN kerana mungkin bangunan- bangunan di Pendang begitu padat untuk kita gunakan. Jadi kerana itu Yang Berhormat, kalau tuduhan mengatakan bahawa TEKUN ini hanya untuk orang UMNO sahaja, itu ialah tuduhan yang tidak betul.

Saya juga tadi, Yang Berhormat nyatakan bahawa apa tadi kata lompat parti, Yang Berhormat itu janganlah tuduh. Yang sebelum 16 September, siapa punya idea lompat parti ini? Bukan daripada Barisan Nasional. Ini pembangkang punya idea. Sekarang ini bila idea pembangkang tidak jadi lompat parti...

final • 10:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kalabakan kata umpan yang diberi kepada Yang Berhormat Bayan Baru itu besar.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

...pun hendak tuduh kita juga. Jadi Yang Berhormat. [Ketawa]

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Ini sudah meleret ini.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Ini bukan meleret, saya jawab sebab saya kata tadi soalan yang ditanya soalan politik, saya jawab secara politik. Kalau soalan ditanya secara profesional, saya jawab secara profesional.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kalabakan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kalabakan kata umpan dibagi besar, sebab itu dia lompat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana TEKUN yang ada ini dapat membantu banyak orang miskin terutama di kawasan luar bandar. Cuma saya hendak minta, soalan tambahan saya untuk menambahkan soalan kepada soalan yang telah dibuat.

Apakah Yang Berhormat Menteri melihat bahawa peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia dengan peminjam TEKUN ini, adakah diselaraskan sama ada kalau sudah dapat pinjaman TEKUN, maknanya pinjaman Amanah Ikhtiar itu tidak dapat ataupun kedua-duanya dapat ataupun digabungkan bersama? Boleh atau tidak Amanah Ikhtiar Malaysia pun dapat, TEKUN pun dapat? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau seseorang peminjam sudah mendapat Amanah Ikhtiar tetapi Amanah Ikhtiar ini jumlahnya sedikit, tetapi kalau dia hendak membesarkan lagi perniagaannya, maka sudah tentu TEKUN tidak ada halangan untuk kita memberikan pinjaman untuk membesarkan lagi modal perniagaannya.

Apabila Yang Berhormat kata TEKUN, kita sedar bahawa TEKUN – Apabila Yang Berhormat sebut Amanah Ikhtiar, kita sedar bahawa Amanah Ikhtiar merupakan satu kelompok pinjaman yang bayaran yang cukup baik kerana ada sistem pier-pressure. Oleh itu, TEKUN juga akan menubuhkan Kelab Komuniti TEKUN di tiap-tiap kawasan Parlimen di mana kelab ini nanti akan dianggotai oleh peminjam-peminjam TEKUN dan juga ahli-ahli kelab ini nanti akan diberi bimbingan usahawan dan juga kita akan beri peluang kepada kelab ini untuk membantu pegawai-pegawai TEKUN untuk mengutip hutang di kalangan mereka.

Insya-Allah saya yakin apabila Kelab Komuniti TEKUN ini ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen, maka lebih mudah untuk kita memastikan peminjam- peminjam TEKUN ini menggunakan duit mereka untuk perkara-perkara yang benar dan juga masalah kutipan hutang ini dapat kita atasi. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat. Cukuplah.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Soalan ini penting Yang Berhormat. Ia melibatkan rakyat di luar bandar termasuk kawasan Tuan Yang di- Pertua juga.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 10:30 AM

3. Dato' Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kerajaan mempunyai strategi jangka panjang untuk memastikan negara ini bebas dari pencemaran sampah yang dibuang merata-rata walaupun dalam kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi strategi jangka panjang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menggunakan sepenuh kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pemeriksaan Awam 2007 [Akta 672] bagi menangani perbuatan membuang sisa pepejal atau sampah di merata-rata tempat.

Bahagian VIII Akta 672 telah memperuntukkan kawalan ke atas penghasil sisa pepejal dan orang yang memiliki sisa pepejal terkawal. Seksyen 71 Akta 672 menetapkan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau enam bulan penjara atau tidak lebih daripada lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya larangan terhadap pelonggokan dan pengolahan sisa pepejal tanpa kebenaran dan tidak dipatuhi.

Di samping itu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang mempunyai 61 buah pejabat di peringkat negeri dan daerah dijangka dapat menjalankan penguatkuasaan dengan lebih kemas dan kerap bagi

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

memastikan orang tidak membuang sisa pepejal di merata-rata tempat.

Sehubungan dengan itu, kementerian ada menyediakan kemudahan seperti tong sampah yang disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT untuk ditempatkan di tempat-tempat awam yang strategik bagi memudahkan orang ramai membuang sisa pepejal mereka secara lebih terurus.

Sejumlah RM1,028,790 telah dibelanjakan bagi tahun 2006 hingga 2008 untuk pembelian tong-tong sampah tersebut. Selain daripada itu, sejumlah RM3,150,200,000 siling peruntukan untuk pengurusan sisa pepejal di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Untuk tahun 2010 pula, sejumlah RM783,800,010 peruntukan untuk maksud yang sama. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Besar.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa jawapan itu memang jawapan yang konvensionallah. Saya pun pernah berada di situ dan saya tahu. Saya sudah menjangka jawapannya, 13 tahun. [Di sampuk] Minta maaf, minta maaf. Ini bukan politik, ya. [Ketawa] Kita sudah... [Disampuk]

final • 10:30 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya pun jawab macam itu juga dahulu. [Ketawa]

final • 10:30 AM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Bukan saya mencelah tetapi saya hanya melihat...

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, bluffing and all being bluffed. Is it? Bluffing and all being bluffed.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Tindakan dengan menggunakan kekuasaan sahaja iaitu orang lain membuang sampah, orang lain mencuci dan membersihkannya adalah satu tindakan konvensional menggunakan bermacam-macam kuasa, bermacam-macam akta yang perbelanjaannya amat tinggi.

Saya hendak beritahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh Yang Berhormat datang ke kawasan saya. Pekan Padang Besar ada dua. Sebelah sana Siam, sebelah sini, Malaysia. Dahulu pekan Siam kita kata pekan cowboy.

Hari ini di Siam sampah dalam pekan Padang Besar itu amat berkurangan. Di Phuket begitu juga, diurus dengan baik sebab ada self-discipline. Jadi saya hendak bertanya dan mungkin memberi cadangan supaya satu pendekatan supaya membolehkan sampah ini kalau setiap individu tidak membuangnya, maka tidak ada sampah. Kalau setiap individu menjaga sampahnya, maka dalam suasana – lapangan di mana-mana tidak ada sampah.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Maka ingin saya mencadangkan agar KPKT atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai satu pendekatan bersepadu dengan Kementerian Pendidikan mendidik anak-anak dari tadika supaya dalam satu generasi apabila mereka dewasa kelak mereka juga akan mendidik anak- anak? Dengan begitu sahaja kita dapat mendisiplinkan masyarakat dan sampah tidak perlu lagi digunakan kuasa-kuasa yang penting yang menggunakan belanja yang banyak. Bahkan dengan cara begitu, kita sendiri akan dapat membersihkan alam sekitar kita secara bersepadu. Jadi, saya bertanya sama ada kementerian mempunyai satu pendekatan bersepadu dengan kementerian lain untuk mendidik masyarakat bagi jangka panjang? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar bagi jemputan untuk lawatan ke Padang Besar itu. Insya-Allah. Lagi pun berdekatan dengan sempadan bukan? Jadi bolehlah kita lihat-lihat ya.

Bagi cadangan dan juga syor Yang Berhormat itu memang sudah menjadi pendekatan pihak kementerian saya, di mana Kementerian Pelajaran dan juga pihak-pihak NGO telah kita libatkan mengenai tentang soal bagaimana kita mengurangkan pembuangan sampah dan mendisiplinkan orang.

Akan tetapi, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum bahawa untuk mendisiplinkan orang ini bukanlah semudah itu. Kempen demi kempen yang kita telah lakukan sejak daripada dahulu lagi sehingga sekarang masih ramai lagi orang yang mengambil endah tidak endah tentang soal kebersihan, walaupun kita mengatakan bahawa kita memerlukan negara yang bersih, tempat yang bersih supaya para pelancong dapat datang ke negara kita, melihat tempat-tempat kita dalam keadaan yang bersih.

Namun demikian, ada juga orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang masih lagi terutama sekali mereka yang bukan orang Malaysia. Pendatang tanpa izin misalnya. Sebagai contoh di Kota Kinabalu kita kuatkuasakan, kita sapu pada jam lapan, jam sembilan sampah sudah ada. Ini di antaranya orang yang tidak bertanggungjawab adalah orang yang tidak ada kena-mengena dengan negara kita, yang mereka datang mungkin sebulan dua bulan dia balik. Inilah di antara masalah yang dihadapi oleh kerajaan dan saya setuju dengan Yang Berhormat bukan sahaja jabatan atau Kementerian Pelajaran malahan badan- badan yang lain juga kita sama-sama untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana untuk makluman Yang Berhormat, pada masa kini kita ada 17,000 tan satu hari sampah yang kita collect, yang kita lupus. Menjelang tahun 2020 akan mencecah 30,000 tan sehari sampah kalau sekiranya rakyat Malaysia ini tidak mengambil tindakan untuk mengurangkan ataupun menjaga supaya sampah sarap ini terutama sekali dalam soal kitar semula. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final • 10:40 AM

Tan Sri Dato’ Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Bolehkah Yang Berhormat terangkan mengenai status Alam Flora dalam usaha mengemaskinikan pengutipan dan pelupusan sampah?

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat tidak on speaker jadi saya tidak dengar soalan daripada awal. Boleh ulangi semula?

final • 10:40 AM

Tan Sri Dato’ Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Soalannya senang sahaja. Kerajaan Persekutuan telah mencuba mengadakan program penswastaan dengan Alam Flora untuk beberapa negeri termasuk Selangor. Bolehkah Yang Berhormat terangkan apa statusnya sekarang dan bagaimana usaha untuk menyelesaikan masalah pelupusan sampah?

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya Alam Flora telah pun dipilih oleh kerajaan untuk penswastaan sampah termasuklah di negeri Selangor dan juga negeri-negeri yang lain.

Kita ada tiga konsesi yang telah pun dibenarkan oleh kerajaan dan untuk makluman Yang Berhormat, setakat hari ini masih lagi di peringkat kita hendak memikirkan tentang tarif yang akan dikenakan oleh ketiga-tiga konsesi ini. Kita tidak mahu supaya tarif ini terlalu tinggi dan akan membebankan rakyat dan juga kerajaan negeri. Ini kerana yang kena bayar adalah pihak PBT daripada hasil-hasil

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

yang diperoleh oleh PBT akan dibayar kepada pihak Alam Flora. Jadi di saat ini masih lagi di dalam pengkajian untuk tarif sahaja, tetapi pada dasarnya kerajaan telah pun bersetuju untuk menswastakan semua mengikut beberapa syarikat yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan adakah benar sebanyak 60% IPP menggunakan gas dan membeli gas dengan harga subsidi. Mohon menyatakan kadar subsidi yang diberikan.

final • 10:40 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pelawat-pelawat daripada antara ketua-ketua kaum dari kawasan Parlimen Miri yang sedang melakukan program Lawatan Sambil Belajar. [Tepuk] Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan, ya pada masa ini 60% atau 12,792 megawatt daripada campuran kapasiti penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia menggunakan bahan api gas. Kerajaan tidak pernah memberi subsidi secara terus kepada IPP sebaliknya kerajaan telah menetapkan harga gas kepada sektor penjanaan elektrik pada kadar yang rendah berbanding dengan harga yang terdapat di pasaran. Sekian.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita nampaknya terlalu bergantung kepada sumber fosil untuk penjanaan tenaga kita dan saya kira ia tidak berapa bagus untuk jangka masa panjang terutamanya dari segi harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna akhir tambahan lagi di masa akan datang.

Soalan saya, adakah pihak kerajaan mengkaji beberapa alternatif untuk mewujudkan bisnes model baru seumpama kerajaan akan hanya melibatkan IPP dalam operasi sahaja misalnya, ataupun kerajaan membeli balik power plant daripada IPP dan melaksanakan open tender daripada segi penyelenggaraan dan juga operasi. Ataupun kerajaan memberikan peluang kepada IPP untuk menjual terus tenaga kepada industri iaitu terutamanya tenaga yang tidak diperlukan atau lebihan tenaga yang terpaksa ditanggung oleh TNB seperti mana model yang dilaksanakan di Indonesia. Ataupun kerajaan beli semua sekali IPP ini supaya pengguna akhir tidak menanggung kos yang tinggi dalam harga-harga tenaga ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju bahawa keadaan seperti sekarang ini iaitu campuran kapasiti penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia adalah bergantung besar kepada fosil dan kita belum kira lagi arang batu.

Oleh sebab itu saya memang ingin menyebut di sini bahawa kerajaan sedang mengadakan satu usaha untuk menstrukturkan sektor elektrik ini dan ini masih di peringkat awal, tetapi kerajaan sudah bersetuju. Kabinet sudah setuju bahawa sektor elektrik ini perlu kita lihat semula dari tiga bahagian iaitu penjanaan, penghantaran dan distribusi jualan kepada pengguna. Usaha untuk menstrukturkan sektor elektrik ini akan melibatkan ketiga-tiga bahagian ini.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Kita haraplah dalam dua, tiga tahun yang kita jalankan penstrukturan ini kerana penstrukturan ini kita pun tidak boleh lakukannya secara cepat tetapi kenalah dalam bahagian demi bahagian. Perkara ini apabila kita mengadakan fikiran yang lebih bernas dan yang lebih tetap itu, baru boleh kita umumkan. Pada masa sekarang, saya minta maaflah. Saya belum dapat mengumumkan apa sifat- sifat kita hendak menstrukturkan industri ini.

Ini termasuk dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat. IPP boleh ambil fikiran termasuk untuk IPP menjual elektrik teruskah atau ambil bahagian untuk distribusikah dan sebagainya. Ini adalah termasuk dalam usaha- usaha penstrukturan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Penggunaan gas ini sepatutnya digunakan untuk tujuan produktif tetapi malangnya banyak industri menggunakannya untuk pembakaran kerana harganya murah. Mereka hanya membayar kurang daripada 30% daripada harga pasaran sebenar. Ini kerana perbezaan harga yang sangat ketara ini telah mengakibatkan meningkatnya penggunaan gas oleh pihak industri yang telah menjejaskan pengeluaran dan bekalan kita.

Pada tahun lepas sahaja Petronas terpaksa menanggung subsidi gas ini untuk tenaga dan juga industri sebanyak RM19.5 bilion. Jadi, soalan saya adakah kerajaan selain daripada untuk menstrukturkan semula subsidi atau pun menghapuskan subsidi gas ini, adakah kerajaan bercadang untuk menyeragamkan harga bahan bakar ini seperti MFO, seperti gas, seperti diesel, seperti arang batu supaya selain daripada kita dapat menjimatkan subsidi untuk tujuan memanfaatkan kepada golongan miskin, kita hendak sekurang-kurangnya pihak tenaga dan juga industri ada pilihan untuk menggunakan berbagai-bagai bahan bakar. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya, apa yang ditanya oleh Yang Berhormat itu ialah satu perkara yang penting dan perlu kita melihat semula apa kesan terhadap tarif electricity terhadap industri-industri yang menggunakan gas ini sama ada ianya adalah bernilai tinggi atau digunakan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat untuk bakar sahaja.

Memang itu adalah satu usaha yang sedang dijalankan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memang dari segi jangka panjang atau jangka sederhana untuk membawa harga gas ini kepada harga pasaran. Ini memang satu tujuan utama, objektif pihak kerajaan supaya ia tidak mempengaruhi ekonomi kita yang tidak mencerminkan apa yang disebutkan sebagai harga pasaran. Itulah perkara-perkara yang ingin kita lakukan. Yang Berhormat, terima kasih kerana bertanya tentang perkara ini.

final • 10:50 AM

5. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said [Pengerang] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan adakah kerajaan akan membuka peluang agar lebih banyak pengendali siaran televisyen berbayar dapat beroperasi di dalam negara ini bagi mewujudkan satu persaingan yang sihat dan tidak tertumpu hanya kepada satu pengeluar sahaja.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, setakat Mac 2010 terdapat tujuh syarikat yang telah diberi lesen individu perkhidmatan aplikasi kandungan untuk tujuan menyediakan siaran televisyen berbayar selain daripada MEASAT Broadcast Network System Sdn. Bhd atau ASTRO. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya. Kalau kita lihat siaran ASTRO sebagai contoh. Kalau kita lihat pengguna terpaksa menerima apa sahaja bentuk perkhidmatan yang menguntungkan atau yang membebankan. Masalah-masalah yang sering kita dengar, contohnya berkenaan isu:

(i) pengguna terpaksa membayar walaupun ketika menghadapi gangguan cuaca;

(ii) pengguna sering disajikan dengan tayangan yang berulang kali;

(iii) tiada censorship berbanding dengan TV2, TV1 dan TV3; dan

(iv) kos-kos yang tidak relevan.

Jadi, apakah kedudukan kerajaan untuk memantau isu sedemikian yang membebankan rakyat daripada menguntungkan? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebagaimana yang telah saya katakan tadi kerana menyedari hakikat yang telah Yang Berhormat sebutkan, maka kerajaan telah mengeluarkan lesen kepada tujuh syarikat yang lain untuk memberi perkhidmatan yang berbayar.

Namun, setakat ini belum banyak yang dapat menyediakan perkhidmatan.

Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia masih bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Astro walaupun sebagaimana yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat banyak yang bersungut dan merintih bahawa bayaran yang tinggi ataupun tayangan yang berulang kali serta censorship yang tidak diadakan - ataupun kandungan yang tidak ditapis sebagaimana yang dikenakan kepada TV terrestrial.

Berkenaan dengan penapisan kandungan yang disiarkan oleh Astro. Astro ada penapisan secara kendiri dan oleh kerana siaran Astro adalah melalui satelit, adalah agak rumit untuk siaran Astro ditapis sebagaimana yang dikenakan kepada siaran-siaran televisyen terrestrial. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri. Astro ini antara pemegang saham terbesarnya adalah Khazanah dalam 21.39%, EPF 8.61%, Yayasan Bumiputera 8.18%. Bakinya dipegang oleh Tan Sri Ananda.

Point saya ialah pegangan saham yang mewakili kepentingan kerajaan ini agak significant. Ini significant ownership dengan izin. Astro sekarang dalam rancangan untuk mengembangkan sayapnya untuk menjadi satu saluran TV di peringkat antarabangsa. Hendak bersaing dengan banyak rangkaian TV India, Australia, China, Hong Kong dan sebagainya.

Isu yang saya hendak bangkitkan ialah apakah pegangan saham yang diwakili oleh entiti kerajaan yang begitu besar ini cuma sebagai pelabur untuk mengaut keuntungan semata-mata atau pun pegangan itu turut disertai dengan

final • 10:50 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

melindungi atau pun membawa mesej kerajaan terutama dari sudut content development, agensi penyiaran ini, syarikat penyiaran ini. Itu penting.

Ini kerana syarikat ini apabila mengembangkan sayapnya ke peringkat antarabangsa, sudah tentu ia turut membawa imej Malaysia, Malaysian niche, apalagi dengan pegangan-pegangan yang begitu besar. Saya hendak tanyakan sama ada kerajaan akan menentukan satu polisi bagi memastikan bahawa peranan, sumbangan, input kerajaan dalam stesen penyiaran besar ini bila mengorak langkah ke peringkat antarabangsa, kerajaan akan pertahankan juga atau pastikan elemen itu diambil kira.

Buat masa ini rancangan yang disebutkan ini ialah walaupun EPF, Khazanah, Yayasan Bumiputera pegang banyak pegangan saham, peratusnya tetapi team pengurusan itu diserahkan sepenuhnya kepada stesen Astro, syarikat Astro.

final • 10:50 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Maknanya kerajaan tidak berminat hendak ambil bahagian untuk menentukan content development itu harus mengambil kira iklim Malaysia maksud saya, budaya Malaysia, mesej Malaysia. Setakat mana kementerian mengambil kira perkara ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Machang berkenaan dengan pemegang-pemegang saham yang dianggap mewakili kerajaan adalah memegang saham yang begitu besar. Namun kalau kita tengok dari segi pegangan Khazanah, EPF atau Yayasan Bumiputera, mereka adalah pemegang saham dan saya percaya apa yang dikehendaki oleh pemegang saham berkemungkinan tidak semestinya selari dengan apa yang dikehendaki oleh kementerian ini. Kementerian ini adalah bertujuan untuk mengawal, untuk mengembangkan kandungan tempatan dan pemegang saham mungkin berkehendakkan pulangan kepada saham mereka yang lebih berpatutan.

Jadi jangan kita campur adukkan matlamat pemegang saham dengan matlamat kerajaan dari segi kawalan. Sememangnya kementerian ini hendakkan penyiaran dari negara kita akan mencerminkan keadaan yang sebenar di Malaysia dan budaya kita. Namun demikian, pelabur akan menentukan adakah siaran yang disediakan oleh Astro nanti akan diterima di negara-negara lain sebagaimana ianya diterima di negara kita. Ini terpulang kepada pelabur-pelabur dan terpulang juga kepada syarikat tertentu. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Satu soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, pendek sahaja, terus kaitan dengan apa yang Yang Berhormat Menteri jawab tadi.

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Berilah wanita.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Boleh? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Cukup?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

6. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan kemajuan usaha yang dilakukan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu.

final • 11:00 AM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, kementerian kini sedang memuktamadkan rundingan harga bersama dengan Kementerian Kewangan bagi projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan kerja-kerja di tapak dijangka dapat dimulakan pada bulan Jun tahun 2010 dan dijangka siap pada bulan Oktober 2011.

final • 11:00 AM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kebetulan soalan saya pun sama dengan ini tetapi tidak dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri dan kita hanya bercakap tentang satu lapangan terbang, bukannya ada pertandingan tiga penjuru, hanya satu lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu yang mana landasannya saya fikir yang dirujukkan itu adalah pendek.

Saya berpeluang Tuan Yang di-Pertua, untuk bercakap dengan pilot syarikat-syarikat penerbangan awam khususnya daripada AirAsia yang mengatakan bahawa pesawat Airbus 320 adalah lebih berat daripada Boeing 737.

Ini kata mereka sebagai pilot mendesak mereka untuk seolah-olah crash lane dengan izin, pesawat mereka kerana landasannya terlalu pendek dan ini katanya akhirnya akan menjejaskan keselamatan pada keseluruhannya.

Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri walau apa kesibukan sekalipun dan kita harap dapat berjaya selepas ini, memastikan bahawa projek ini benar- benar berjalan supaya keselamatan penumpang-penumpang tidak terganggu oleh kerana masalah-masalah lain. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat tadi. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat tanpa diberi peringatan pun apa yang dibangkitkan, itulah satu-satunya yang diambil kira sebagai asas pertimbangan bila pihak kementerian hendak mengusahakan projek menaik taraf lapangan terbang di Kota Bharu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pemanjangan landasan yang disebutkan tadi sebenarnya merupakan salah satu unsur atau salah satu aspek dalam bidang kerja yang telah pun dirancang. Ia dijangka akan dipanjangkan dari ukuran panjang 1.981 kilometer kepada 2.4 kilometer nanti dan biasanya bila kita hendak mengulas tentang landasan itu sama ada panjang atau tidak, ianya banyak bergantung kepada jenis pesawat yang dijangka akan dapat mendarat. Sekian.

final • 11:00 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya faham bahawa sekarang kita kata mengenai lapangan terbang di Kota Bharu, tetapi saya rasa Yang Berhormat Menteri tentu tahu tentang keadaan di Penang Airport kerana semalam beliau baru pergi ke Penang dan pecah tanah di salah sebuah sekolah di kawasan saya.

Saya ucap tahniah kerana begitu sibuknya beliau tetapi beliau masih ada masa pergi untuk pecah tanah di sebuah sekolah walaupun beliau bukan Menteri Pendidikan [Ketawa]. Jadi saya mahu bertanya mengenai lapangan terbang di Bayan Lepas Pulau Pinang. Apakah pandangan Yang Berhormat? Adakah Yang Berhormat puas hati dengan keadaannya memandangkan ianya sebuah International Airport, adakah beliau memandang keadaan di sana dan juga kemudahannya? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan dan komen tadi dari Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya cuma hendak maklumkan kepada beliau bahawa sebagai seorang anggota pentadbiran, saya turut berasa terpanggil untuk membantu rakyat sama ada rakyat itu daripada kawasan yang diwakili oleh pembangkang. Itu memang tanggung jawab kita, tidak seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah golongan, sesetengah bukan semua Ahli Parlimen mungkin termasuk Yang Berhormat sendiri bahawa ini – kita bekerja ataupun menjalankan tugas...

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Menyampuk] Termasuk calon-calon presiden [Ketawa]

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Berbalik kepada soal lapangan terbang di Pulau Pinang, apa yang dibangkitkan itu pun, saya ternampak Yang Berhormat dapat mengenal pasti apa yang sungguhnya disifatkan sebagai ketidakpuasan ataupun apa yang disifatkan sebagai kecacatan atau kekurangan. Akan tetapi, untuk makluman Yang Berhormat sebelum ini pun dalam Dewan yang mulia ini, peruntukan sebanyak RM250 juta telah pun diperuntukkan untuk projek menaik taraf lapangan terbang di Pulau Pinang, dan itu pun telah jawab. Yang Berhormat mungkin tidak membaca Hansard yang berkenaan. Saya rasa kesal.

final • 11:00 AM

7. Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [Batu Sapi] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan adakah kementerian bercadang membekalkan lampu tenaga solar kepada seluruh kawasan-kawasan pedalaman di Sabah dalam usaha menyediakan infrastruktur yang lebih baik kepada rakyat di kampung-kampung terpencil.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Batu Sapi. Program Bekalan Elektrik Luar Bandar ataupun singkatnya BELB ini dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu melalui sambungan talian grid dari punca bekalan pihak berkuasa elektrik negeri iaitu SESB bagi negeri Sabah. Akan tetapi, bagi kawasan pedalaman yang tidak kesampaian disambung menggunakan talian grid akan diberikan bekalan elektrik menggunakan kaedah kedua iaitu secara alternatif seperti mikro hidro atau solar hibrid.

Berkaitan soalan Yang Berhormat, kementerian memang bercadang untuk membekalkan tenaga elektrik melalui sistem solar ke seluruh kawasan pedalaman di Sabah di mana perkhidmatan talian grid tidak boleh diperolehi.

Tuan Yang di-Pertua, ke arah itu kerajaan di bawah tempoh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dari tahun 2010 sehingga 2012 telah menyasarkan untuk mencapai liputan 90% bekalan elektrik 24 jam di negeri Sabah dan untuk mencapai sasaran ini, sejumlah 56,700 buah rumah perlu diberi bekalan elektrik di Sabah di mana 4,540 buah rumah atau 8% daripada keseluruhan rumah tersebut akan dibekalkan bekalan elektrik menggunakan kaedah alternatif solar tadi, manakala bakinya 52,160 buah rumah iaitu 92% akan disambung bekalan elektrik 24 jam menggunakan sambungan talian grid.

Pada masa ini, kementerian hanya meluluskan pelaksanaan Projek BELB alternatif menggunakan sistem solar hibrid, manakala pelaksanaan BELB secara solar stand-alone tidak diluluskan kerana menghadapi masalah sikap pengguna yang menyebabkan pelbagai kerosakan kepada sistem berkenaan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tuan Yang di-Pertua, sistem solar hibrid ini adalah lebih baik berbanding sistem solar stand-alone serta set generator sel. Sistem solar hibrid sebenarnya merupakan kombinasi sistem solar bateri dan set generator diesel. Sistem ini boleh beroperasi selama 24 jam berbanding sistem solar stand-alone yang boleh beroperasi di antara empat jam ke 12 jam, manakala set generator sel pula beroperasi selama 12 jam. Pengguna sistem solar hibrid akan dikenakan bayaran bil penggunaan elektrik seperti juga sistem talian grid - sama.

Sehingga kini kementerian telah melaksanakan sembilan projek solar hibrid di negeri Sabah melibatkan 22 buah kampung dan telah memberi manfaat kepada 1,861 buah rumah. Mulai Mei 2010, kementerian akan memulakan pelaksanaan empat projek solar hibrid lagi di Sabah, dua projek dalam daerah Kinabatangan iaitu Kampung Tindun Wahangin dan Kampung Tidung serta dua projek dalam daerah Lahad Datu iaitu Kampung Tambisan Laut dan Kampung Tambisan Darat. Apabila siap, projek solar hibrid ini akan memberi bekalan elektrik kepada 217 buah rumah.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengakui bagi melaksanakan projek bekalan elektrik secara solar hibrid lebih mahal berbanding talian grid di mana secara puratanya kos untuk sebuah rumah bagi talian grid ialah RM50 ribu di Sabah, manakala bagi sistem solar hibrid adalah RM130 ribu bagi sebuah rumah.

Namun demikian, kementerian tetap melaksanakan projek ini di mana projek talian grid tidak dapat dilaksanakan demi keselesaan penduduk di kawasan pedalaman.

Sungguhpun perbezaan harga ini lebih kurang RM80 ribu, kerajaan di bawah Barisan Nasional ini masih meletakkan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berjuta-juta ringgit Malaysia akan digunakan untuk melaksanakan sistem lampu solar hibridkah ataupun independent, standalone.

Soalan tambahan ialah adakah sistem solar yang akan dilaksanakan atau dipasang di luar bandar ini mengikut dasar kerajaan iaitu Dasar Teknologi Hijau Negara di mana bateri-bateri yang digunakan oleh sistem lampu solar ini bukanlah lead acid base, dengan izin, lithium base ataupun bateri berasaskan litium yang lebih mesra alam ataupun environmental friendly. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan Yang Berhormat Batu Sapi yang lebih merupakan soal teknikal tetapi saya tidak hairanlah kerana soalan ini datangnya dari pengerusi syarikat yang berteraskan IT. Tidak silap saya, Pengerusi Syarikat Astronautic Technology Sdn.

Bhd. You are the Chairman, jadi soalannya lebih bersifat teknikal tadi. Walau bagaimanapun, untuk menjawab soalan Yang Berhormat tadi, kementerian memang menyokong dasar dan komitmen kerajaan ke arah teknologi hijau ini dengan melaksanakan sistem solar hibrid sebagai sumber bekalan elektrik.

Walau bagaimanapun, projek solar hibrid yang dilaksanakan oleh kementerian ini hari ini masih menggunakan bateri lead acid dan kementerian belum bercadang menggunakan bateri litium kerana kosnya yang masih tinggi di pasaran. Keupayaan bateri litium untuk penstoran tenaga yang lebih tinggi juga belum diuji lagi oleh pihak berkuasa elektrik negeri ataupun PBEN berbanding dengan lead acid yang telah mempunyai rekod penstoran tenaga solar yang besar. Maknanya dari segi penstoran, lead acid ini masih lagi kuat. Banyak yang ia boleh stor dibandingkan dengan litium itu.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kementerian tidak menolak penggunaan bateri litium sebagaimana cadangan Yang Berhormat Batu Sapi tadi, tidak menolak penggunaan bateri litium apabila harga bateri litium ini lebih murah atau setara dengan bateri lead acid. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini mengenai solar hibrid di mana di Sabah kebanyakannya diguna di luar bandar terutama sekali kepada sekolah-sekolah luar bandar. Persoalannya ialah berapakah kos untuk penyelenggaraan solar hibrid ini oleh kerana banyak juga di kawasan luar bandar ini mempunyai air yang begitu deras yang boleh diguna sebagai hidro elektrik, mini hidro. Jadi apakah sebenarnya perbezaan untuk menggunakan hidro elektrik dengan solar hibrid. Sekian.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sepanggar. Sebenarnya saya sudah sebutkan tadi dari segi solar hibrid ini tadi, memang kita akui kosnya sebagaimana contoh yang saya beri tadi kepada rumah-rumah, kosnya tinggi tetapi oleh kerana memikirkan ini adalah soal keselesaan rakyat, kita masih lagi melaksanakan program ini. Jadi untuk sekolah-sekolah ini tadi, saya tidak ada rekodnya.

Perbezaan harga ini pun adalah berdasarkan kepada suasana tempat itu.

Kalau lagi jauh dan sebagainya ataupun tidak ada sungai dan sebagainya, harganya berbeza-beza. Oleh kerana itu soalan Yang Berhormat tadi tidak dapat secara khusus yang boleh saya berikan jawapan kerana lain tempat, lain harganya tetapi umumnya memang kita gunakan solar hibrid ini di kawasan-kawasan di mana talian grid tidak kesampaian. Sungguhpun di sini harganya tinggi tetapi kita masih melaksanakan kerana macam saya sebut tadi, rakyat kita dahulukan.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

8. Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:-

(a) nisbah perbandingan antara kontrak-kontrak “konvensional” dengan “projek reka bina” dalam tempoh dua tahun lalu; dan

(b) jumlah berlebihan keseluruhan (cost-overrun) yang dialami dalam “reka bina” dalam masa sama.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Kemang. Untuk makluman Yang Berhormat, kaedah pembinaan tradisional atau lebih dikenali sebagai kontrak konvensional dan kaedah reka dan bina atau dengan izin design and build, merupakan dua jenis kaedah pembinaan yang sering digunakan Jabatan Kerja Raya dalam kontrak pembinaan kerajaan. Antara siri utama kontrak konvensional ialah reka bentuk disediakan oleh agensi atau jabatan yang berkenaan, manakala kontraktor hanya bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan sahaja. Sebaliknya kontrak reka dan bina meletakkan tanggungjawab mereka bentuk dan pembinaan sepenuhnya kepada pihak kontraktor.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Kebiasaannya kontrak reka dan bentuk diberikan bagi projek-projek kompleks dan berprofil tinggi serta memerlukan kemahiran dan teknologi khusus.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan projek konvensional yang dilaksanakan JKR pada tahun 2008 dan 2009 ialah sebanyak 1592 projek berbanding 94 projek reka dan bina. Ini bermakna nisbah perbandingan antara projek konvensional dan projek reka bentuk yang dilaksanakan bagi tempoh tersebut ialah 17 konvensional, nisbah 1 reka bentuk.

Mengenai kos overrun bagi projek-projek yang dilaksanakan secara kontrak reka dan bina ingin dimaklumkan bahawa daripada 94 projek reka dan bina yang dilaksanakan JKR, hanya 29 projek sahaja yang telah disiapkan setakat ini. Penilaian keseluruhan kod overrun ia boleh ditentukan setelah projek reka dan bina ini disiapkan. Sehubungan dengan itu, secara purata jumlah penambahan kos yang terlibat bagi kesemua 29 projek tersebut ialah sebanyak RM6.3 juta atau peningkatan 3.3% berbanding dengan kos projek asal.

Pertambahan kos ini disebabkan oleh bayaran kos perunding yang ditanggung oleh kontraktor. Pelaksanaan harga bahan binaan akibat kenaikan harga pasaran dan peningkatan tempoh tanggungan kecacatan atau dengan izin defect and liability period. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti yang dijelaskan tadi kontrak konvensional bermula daripada rekaan daripada jabatan- jabatan berkenaan dan seterusnya dikendalikan oleh JKR keseluruhannya. Jadi bermakna bermula daripada keadaan anggaran, dan pelaksanaan. Pelaksanaan iaitu melalui tender daripada kontraktor-kontraktor berkemampuan dan akhirnya kontraktor yang berkemampuan dan berkebolehan mempunyai kapasiti akan diberikan tender. Ini bermakna keseluruhan projek rekaan ini, daripada mula sampai akhir oleh Kementerian Kerja Raya.

Berkenaan dengan reka dan bina seperti yang dijelaskan ialah diserahkan penawar ataupun pemaju yang berkebolehan memberi tawaran ataupun cadangan mengenai dengan projek-projek tertentu dengan meletakkan harga yang dipersetujui oleh kementerian. Selalunya harga ini tidak hanya harga basic dan harga yang boleh diterima oleh kementerian supaya projek ini boleh dilaksanakan.

Soalnya ialah apakah kementerian setuju konsep reka dan bina ini tidak membebankan kerajaan dan kosnya boleh dikawal walaupun sesudah apabila projek ini dijalankan ada tambahan-tambahan yang kadang-kadang melibatkan kos yang begitu tinggi kerana kerja itu menjadi satu kerja monopoli kontraktor berkenaan? Apakah kementerian akan meneliti supaya kembali kepada konsep konvensional yang sudah pasti dikawal oleh kementerian daripada awal sampai akhir siapnya projek itu? Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya kita dilihat dari jumlah projek yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya kalau diikuti oleh nisbah 17:1 bermakna majoriti projek- projek melalui proses tender terbuka konvensional. Untuk projek yang memerlukan spesifik specialization atau berprofil tinggi memang kita minta secara reka dan bina. Sebenarnya kapasiti kementerian juga sendiri adalah terhad. Kadang-kadang kita pun out source consultant dari luar untuk menjalankan projek-projek. Bagi projek reka dan bina ini memang semua reka bentuk kajian-kajian awal telah pun dibuat oleh pihak kontraktor kerana kapasiti kita pun sangat terhad.

final • 11:20 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Dua tahun kebelakangan ini, baru 94 projek yang melalui proses ini tetapi kelebihannya 1,500 adalah konvensional. Kita akui ianya adalah satu cara yang lebih munasabah tetapi kalau ada spesifik projek yang kita perlu menjalankan melalui reka dan bina kita masih perlu, tetapi kebiasaannya kita melalui konvensional. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Umumnya mengatakan bahawa ataupun dari segi persepsi mengatakan bahawa apabila projek reka dan bina ini kosnya tinggi, kosnya besar. Sedangkan kalau kita merujuk kepada negara-negara lain seperti Singapura negara-negara yang jauh maju, banyak juga projek-projek reka dan bina di sana lebih baik, lebih berjaya.

Kosnya lebih munasabah, kualitinya lebih tinggi dan saya yakin yang berlaku dalam negara kita juga sama. Ertinya kosnya munasabah dan kualitinya tinggi.

Cuma ada beberapa projek yang mungkin gagal dan saya tidak nampak significant dari segi kegagalan keseluruhannya.

Sekarang nampaknya kita menjurus kepada pelaksanaan projek secara tender, konvensional ataupun lelonglah Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita menjurus kepada tender, persoalan saya sejauh mana JKR ataupun Kementerian Kerja Raya dapat memastikan bahawa projek yang dibina secara tender ini ataupun lelong - Sorry to say kerana ia lebih menjurus kepada harga yang terendah tidak berlaku ketirisan kebocoran terutama dari segi kawalan harga, VO dan sebagainya termasuklah dari segi kualiti dan lain-lain, sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita menilai satu tender, kita melihat kemampuan pihak kontraktor tender ini, bukan kita ambil yang terendah. Kita juga melihat latar belakang, kemampuan dan melihat mereka dapat juga melaksanakan projek mereka yang di tender mereka.

final • 11:20 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Kita ada jawatankuasa untuk memantau projek-projek yang lewat dilaksanakan atau merupakan satu projek sakit dan telah menjadikan satu KPI untuk kementerian di mana Menteri dan saya sendiri sentiasa turun padang melihat perkembangan kemajuan projek di merata-rata tempat di negara kita.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

9. Datuk Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapa unit rumah di dalam perumahan Sri Rugading di Tuaran dan adakah benar bahawa banyak unit rumah tersebut diberi kepada orang yang mampu dan yang mana seterusnya menyewakan unit rumah kepada orang lain.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat, Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sri Rugading Tuaran mempunyai sejumlah 2,174 unit rumah. Sehingga kini tiada maklumat rasmi diterima mengenai rumah-rumah PPR tersebut yang ditawarkan kepada bukan golongan sasaran. Pada dasarnya semua unit PPR di Sri Rugading ditawarkan kepada pemohon-pemohon yang layak dan berdaftar di bawah Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) yang diuruskan oleh Majlis Daerah Tuaran sahaja.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menarik perhatian suatu siaran akhbar di mana seorang pemimpin tempatan telah

final • 11:30 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

membuat satu laporan press yang beliau mengadu bahawa ramai daripada mereka yang dapat unit ini terdiri daripada yang berpendapatan tinggi dan umum maklum bahawa kalau sebelah petang kereta-kereta rumah parking di sekeliling rumah dan ini adalah satu open secret. Yang Berhormat, saya ingin tahu adakah tatacara tertentu yang digunakan oleh pegawai-pegawai majlis daerah untuk memastikan mereka yang berpendapatan rendah yang dapat unit rumah kerana kalau tidak pilih kasih dan juga cara-cara yang tidak telus berlaku. Jadi Yang Berhormat, walaupun pengambilan diurus oleh kerajaan negeri oleh kerana projek ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, adakah kementerian persekutuan dapat mengambil tindakan untuk memastikan ia dapat diurus secara telus?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.

Sebenarnya dalam jawapan saya bahawa tidak ada laporan ataupun aduan yang diterima oleh kementerian. Bagi memproses permohonan untuk memasuki rumah PPR ini adalah dibuat oleh Majlis Daerah dengan mempunyai jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi Majlis Daerah, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah dan beberapa lagi ahli yang akan dilantik dan memilih mereka sama ada mereka layak atau tidak.

Kedua, kedatangan kereta-kereta mewah ini kemungkinan juga mereka ini mempunyai saudara-mara yang berkebolehan tetapi pada masa yang sama orang yang dapat rumah ini kerana gaji mereka di bawah RM2,500 dan bukanlah orang yang susah sangat. Jadi mungkin ada family ataupun keluarga mereka yang lebih mewah ataupun ada pendapatan mungkin mereka melawatlah. Akan tetapi, so far yang apa yang kita tahu bahawa tidak ada Mercedes Benz yang parking di situ di lot dalam nombor rumah yang disewa itu.

Seterusnya walaupun Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan bagi pembinaan rumah ini, setelah rumah ini siap, kita akan menyerahkan kepada kerajaan negeri dan terpulang kepada kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan di tempat yang berkenaan untuk mengurus segala-galanya. Kita di Kerajaan Persekutuan tidak ada apa-apa sekatan dalam soal ini. Jadi inilah kita sedang memikirkan juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita sedang memikirkan di mana kita juga akan turut mengawal dalam soal ini apabila berlaku suatu seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Lepas ini dahulu.

final • 11:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Peraturan Mesyuarat, Peraturan 36.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya baca usul dulu? Panjang itu.

final • 11:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh beri peraturan, cepat saja. Five minutes.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, usul dahulu.

final • 11:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Usul dahulu, okey. Alright.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Usul Menteri dulu.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 25 Mac 2010.”

final • 11:35 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bangkitkan perkara 36(6), (7) dan (12). Berkenaan dengan Yang Berhormat Pasir Salak, sebenarnya saya sudah katakan semalam, saya tidak mahu membuang masa dengan Yang Berhormat Pasir Salak yang berucap yang bukan- bukan. Akan tetapi, untuk memastikan Dewan yang mulia ini mengamalkan sistem yang adil dan telus dan mengenakan peraturan mesyuarat ke atas semua Ahli secara adil dan bukan sahaja yang ada di pihak pembangkang terutamanya Yang Berhormat Permatang Pauh, saya ingin Dewan ini merujuk Yang Berhormat Pasir Salak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atau beliau diberi peluang untuk menarik balik tuduhan yang palsu dan tidak betul yang cuba mengaibkan bahawa saya terlibat dalam menjual pasir ke Singapura dan kerajaan Pakatan Rakyat begitu berkuasa hinggakan pihak imigresen, kastam dan marin polis adalah dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak hinggakan pasir boleh diseludup dan dijual ke luar negara.

Jadi, perkara ini merupakan satu pembohongan yang besar dan beliau pun tidak sahaja insaf tentang kejahatan dan pembohongan itu malah semalam sekali lagi mengulangi tuduhan palsu ini. Jadi, isu seperti ini mesti ditangani dengan adil supaya Dewan yang mulia ini dihormati oleh semua. Terima kasih.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak, duduk Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat tidak perlu menuduh bahawa the Chair berlaku tidak adil kepada mana-mana pihak yang tertentu. Don’t accuse the Chair.

final • 11:35 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

No, saya tidak menuduh, saya harap Dewan ini nampak berlaku adil kepada semua.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Belud terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh bukan satu precedent yang membolehkan Yang Berhormat membawa usul persendirian untuk merujuk mana-mana ahli ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kalau Yang Berhormat mengamati prosedur hari Selasa itu, point of order yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Belud diperjelaskan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan oleh Yang Berhormat Menteri. The Chair only mengiakan tindakan Yang Berhormat Menteri, masih lagi kita berpandukan kepada Peraturan Mesyuarat usul yang sedemikian ini. Usul yang dibuat oleh Yang Berhormat itu harus dibuat dalam bentuk usul yang memerlukan notis 14 hari, otherwise ia tidak boleh berjalan.

Yang Berhormat, jangan samakan kes Yang Berhormat Permatang Pauh dengan yang itu. Kalau Yang Berhormat ingin mengemukakan usul terhadap Yang Berhormat Pasir Salak boleh mengemukakan usul secara bertulis kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan.

final • 11:35 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjimatkan masa Dewan yang penting ini, saya beri peluang kepada Yang Berhormat Pasir Salak untuk menarik tuduhan yang tidak betul supaya kita tidak membuang masa untuk mendebatkan isu-isu sedemikian.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, itu keputusan saya dan usul yang sebegini mahukan dalam bentuk usul yang betul.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak, duduklah Yang Berhormat.

final • 11:35 AM
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang

final • 11:35 AM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dijemput Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 11:40 AM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Oh!

final • 11:40 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, ya Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi hendak bertanya apakah rasionalnya bahawa...

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Good.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Blok yang bebas yang dikatakan BEBAS itu yang hanya lima orang diberi begitu ramai. DAP pun hanya tiga orang, PAS pun tiga orang, PKR tiga orang sahaja dan ini yang ketiga orang juga dari blok BEBAS yang hanya ada lima orang. Apakah sebabnya?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Suddenly...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta yang lain diam dan saya tidak akan memperjelaskan lagi isu yang dibawa ini. This is only the last time saya akan perjelaskan isu ini. Yang Berhormat jangan ada sangkaan jahat terhadap Yang di-Pertua Dewan, satu. [Tepuk] Kita masih berpandukan pada Peraturan Mesyuarat 35(2), we stick to that. Peraturan Mesyuarat 35(2) berkata “ Jika ada dua atau lebih orang ahli bangun serentak, maka Pengerusi hendaklah memanggil ahli yang dahulu sekali terpandang olehnya.” Itulah yang merupakan peraturan mesyuarat yang membolehkan Yang di- Pertua Dewan untuk memilih salah satu daripada beberapa Ahli yang bangun.

Itulah juga Peraturan Mesyuarat yang kita gunakan sepanjang ini untuk mengalih- alihkan Barisan Nasional – pembangkang, Barisan Nasional – pembangkang untuk berucap di Dewan ini, Yang Berhormat. Itu jangan pertikai kuasa yang diberikan oleh peraturan mesyuarat...

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...kepada Yang di- Pertua Dewan.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, saya belum habis.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya berucap sepatah dua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bolehkah saya minta...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat mengatakan kalau Tuan Yang di-Pertua bercakap, yang lain duduk.

What is this – Apakah precedent daripada Parlimen lain seperti yang ditulis oleh Erskine May dalam perkara ini. “Precedent In Speaking: When two or more members rise to speak, the Speaker has to complete discretion about whom to call.” [Tepuk]

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Lagi. Sebentar Yang Berhormat. “It is offend the practice for Members who wish to speak in a particular debate to submit their names in advance to the Speaker. This practice while not fracturing the discretion of the Speaker effort to the members who are well themselves ahead a better opportunity of catching the eyes, the Speakers’ eyes.” It has been… Inilah precedent dan peraturan mesyuarat yang dipegang. Jangan persoalkan kebijaksanaan...

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tuan Yang di-Pertua dalam perkara ini...

final • 11:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Lagi. Masa perbahasan-perbahasan Bajet 2010 yang kita adakan akhir tahun lalu, selepas 31 – Yang lain duduk. [Memberikan isyarat kepada beberapa orang Yang Berhormat supaya duduk] Please. Terima kasih Yang Berhormat.

Selepas 31 orang ahli-ahli yang berucap, Ahli BEBAS ketika itu telah dipanggil kesemua mereka 100%. Bajet 2009, selepas 23 orang berucap, Barisan Nasional – 10 orang, DAP – 3 orang, PKR – 4 orang, PAS – 3 orang dan BEBAS – 2 orang. But after the 31 speakers, semua BEBAS 100% berucap. Sekarang ini pada peringkat perbahasan sekarang ini, Barisan Nasional – 11 orang, DAP – 3 orang, PKR – 3 orang, PAS – 3 orang dan BEBAS –2 orang.

Pada ketika sekarang ini selepas 23 orang berucap yang akan saya panggil sekarang ini, BEBAS hanya berucap 43% sahaja. Yang Berhormat, jangan conscious sekali kalau pada ketika ini BEBAS ada 7 orang, yang Tuan Yang di- Pertua memilih untuk panggil BEBAS kerana tidak ada sebarang kelainan yang berlaku jika perbahasan ini dibandingkan dengan perbahasan ketika bajet dahulu Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan pertikaikan.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bukan saya pertikaikan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Discretion Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Jangan buang masa. Apa ini?

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Semua yang di dalam Dewan ini adalah wakil-wakil rakyat dan kita juga walaupun tidak sebijak...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mereka juga wakil rakyat.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Seperti Tuan Yang di-Pertua. Bukan saya hendak beritahu juga. Saya ada di Dewan ini sejak 1999 bersama dengan Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 1999 dan juga tahun 2004, di sini kita hanya ada 12 atau 20. Dikatakan seorang berucap di sebelah pembangkang di sini, 5 orang di sana kerana mengikut proportional. [Dewan riuh] The number of people.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Equation.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini yang saya hendak katakan.

Kalau...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Do not question the Chair on this lah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Hendak dikatakan mengikut jumlah bilangan ini, ini tidak proportional. [Dewan riuh] Kalau BEBAS sudah ada 43%...

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Sila duduk. Duduk. Duduk.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Berapa yang sudah berucap di blok DAP?

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Apa pasal takutkan BEBAS ini?

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Pakatan atau pun pakatan secara keseluruhannya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak dapat. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini saya tidak hendak. Ini saya tidak mahu hendak persoalkan kuasa Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Akan tetapi, kuasa Tuan Yang di- Pertua harus sebagai adil kepada semua.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Bukit Mertajam kata sebelah sini ada lima orang. Beliau baru seorang. Mana betul! Mana ada.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, itu sudut pandangan Yang Berhormat. Saya melihat daripada perspektif yang besar.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat bercakap ketika itu BEBAS ada seorang. Ketika ini BEBAS ada tujuh orang dan tidak ada, saya tidak ada.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Pembangkang ada 39 orang.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada sebarang niat untuk menidakkan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sekarang ini pun rationya masih sama Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya rasa jangan perkecilkan Chair untuk membuat discretion.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tidak. Tidak. Tuan Yang di- Pertua...

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Selepas sini, kita akan panggil di sini.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak selesa Yang Berhormat jika keputusan ini harus dipertikaikan, didebat sehingga begini.

[Tepuk]

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini bukan untuk mempertikaikan tetapi ini untuk mendapat penjelasan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Supaya Dewan ini jelas bahawa Tuan Yang di-Pertua menggunakan kuasanya dengan adil kepada semua.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin - Beaufort

Keputusan Tuan Yang di Pertua adalah muktamad.

final • 11:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, kita kesuntukan masa Tuan Yang di-Pertua. Jangan bazirkan masa. Gunakan kuasa Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, buang masa.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kalau mengikut bilangan. Kalau Barisan Nasional [Disampuk] Berapa? Di sini berapa...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Beri laluan terus.

final • 11:40 AM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Yang di-Pertua, saya pun belum berucap.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

...dan juga BEBAS - Ini tidak profesional.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta semua duduk. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jangan layan. Sengaja mahu membuang masa.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Buang masa sahaja.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya rasa tidak selesa jika keputusan ini. I mean you mesti - Tidak Yang Berhormat. Jangan pertikaikan sehingga sebegini rupa keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tidak proportional.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bercakap sedikit. [Dewan riuh] Saya tidak... Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan pertikaikan sebegini rupa.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya tidak... Nanti dahulu.

[Dewan Riuh] Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, saya kira kalau itulah hujah Tuan Yang di-Pertua, saya bangun lebih awal sebelum Setiausaha Dewan selesai menyebut sekarang sesi...

final • 11:40 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak betul! Tidak betul!

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Untuk perbahasan, saya sudah bangun.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta maaf banyak-banyak.

final • 11:40 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak betul...

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya kira... Nanti dahulu [Dewan Riuh]. Saya...

final • 11:40 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya nampak Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dahulu Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya kira daripada penglihatan Tuan Yang di-Pertua. Saya lebih dekat daripada yang hujung sana itu.

[Merujuk kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya...

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini memang menghina Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sebelum Setiausaha Dewan selesai, saya sudah bangun.

final • 11:40 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini memang menghina Dewan, mana boleh.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta maaf Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Mana boleh.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya sudah berada di sini sehingga semalam jam 8.

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak mengapalah, Tuan Yang di-Pertua tidak nampak.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

What are you saying Yang Berhormat... I am trying to hear what are you saying. I have been unfair to you?

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

No.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

I say you must be fair in your... I do not say you are unfair.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

So in a broaden sign of definition Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof - Petra Jaya

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini sudah Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Justice must be seen not just say it.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak...

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini mengganggulah.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan memperkecilkan keputusan saya sehingga sebegini rupa Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Buang masa!

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Not on this issue.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

I have been fair to everybody di sini, semua have been fair.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta maaf Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya hanya - satu ayat sahaja. Saya hanya ingin tahu...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, keputusan saya muktamad. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kalau kita ikut ini... Saya hanya mahu dapatkan clarification. Kalau ikut convention, kita hanya ada dua blok di dalam Dewan Westminister.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini buang masa.

[Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Yang kerajaan dan bukan kerajaan.

final • 11:40 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Tidak perlu itu convention Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta maaf Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak kira blok ini Yang Berhormat pun wakil rakyat juga.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

The block is rotating kalau ikut because..

final • 11:40 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Jangan buang masa.

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini buang masa. Halau pergi, sepuluh kali pun tidak dapat juga.

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kalau ikut Speaker sebelum ini - kita sentiasa rotate ikut dalam kalangan ruling party dan non ruling party. That is not… [Disampuk]

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini cakap bohonglah.

final • 11:40 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ini hendak pusing, pusing. Beri betis hendak paha. Apa benda ini? Apa blok-blok?

final • 11:40 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Convention baru iaitu BEBAS juga adalah satu blok, kita harus dimaklumkan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini macam tidak perlu cerita. Buang masa rakyat sahaja. Wasting time.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Cukuplah Yang Berhormat. Setakat ini, 11 BN, 9 pembangkang PR dan 2 BEBAS.

I berikan yang sama Yang Berhormat. Cukup.

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya hendak dapatkan clarification.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta maaf Yang Berhormat. Jangan pertikai keputusan saya sebegini rupa Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya tidak mempertikai isu ini. Saya ingin dapatkan penjelasan. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Enough.

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Sama ada Yang Berhormat BEBAS ini adalah satu blok convention Parliament lagi?

final • 11:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di- Pertua, keluarkan mereka ini.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, mereka juga Ahli Parlimen.

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ya, akan tetapi dalam convention Westminster hanya dua blok iaitu kerajaan dan bukan kerajaan.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Awak bukan Tuan Yang di-Pertua. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kalau saya minta mereka direcognise BEBAS sebagai satu blok yang berbeza dengan bukan kerajaan, kita boleh...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak, you takut BEBAS cakap pasal you punya masalahkah? Apa mahu cakap?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, they are seven of them know, kalau saya tidak panggil mereka sama ada dalam blok atau secara individu di mana peluang mereka untuk berucap? Adakah mereka harus dibelakangkan semuanya?

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

No, bloknya bukan daripada blok kerajaan. No need to complaint between government and non-government.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta maaf.

Keputusan saya muktamad dalam perkara tersebut.

final • 11:50 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Apa yang saya hendak diperjelaskan ialah three out of seven, but we have eleven or nine... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Buang masa Tuan Yang di-Pertua sahaja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, semasa bajet dahulu ia ada - of this. Okey, cukuplah.

final • 11:50 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Itu apa yang saya hendak dapatkan penjelasan.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Selepas ini Yang Berhormat Ampang hendak berucap, apa salahnya? Yang Berhormat Gombak selepas ini.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mengapa begini?

Keputusan Tuan Yang di-Pertua dipertikaikan sebegini rupa? Mengapa begini? To this extend pembangkang mahu mempertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua.

The law says keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad. Keputusan memilih itu terserah kepada Tuan Yang di-Pertua. Mengapa harus dipertikaikan?

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kita tidak mempertikaikan keputusan ini.

Kita hanya ingin tahu, adakah satu convention baru Speaker itu dalam Dewan ini tiga blok?

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Selepas ini keluarlah.

Yang Berhormat Gombak pun hendak berucap juga.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya ingin tahu sama ada dalam convention Westminster di dalam Dewan hanya dua blok?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, 20 minit sudah habis. [Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Assalamuaalaikum warahmatullaah.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, “Segala puji bagi Allah yang mengutus Rasulullah dengan petunjuk dan agama Islam yang benar dan cukuplah Allah sebagai saksi.” Saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas kesempatan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bagi rakan saya daripada Pakatan Rakyat, saya perlu perjelaskan kedudukan saya di sini sebagai Ahli Parlimen BEBAS yang dihijrahkan.

Bebas di sini bermakna saya tidak terikat dengan whip mana-mana parti sama ada di sebelah kerajaan mahupun pembangkang, dan insya-Allah saya berasa lebih selesa dengan kedudukan ini kerana ini membolehkan saya mengambil pendirian yang bersesuaian dengan conscience saya dengan izin dan berdasarkan dengan syariat Islam.

Saya menjadi Ahli Parlimen BEBAS untuk rekod supaya ada di dalam Hansard kerana generasi akan datang akan membaca mengapa saya ada di sini.

Saya ingin menjelaskan untuk rekod bahawa saya menjadi Ahli Parlimen BEBAS bukan kerana mengkhianati parti saya apatah lagi mengkhianati ketua umum saya, tetapi terdapat segelintir mereka di dalam PKR yang telah berkhianat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Saya mengambil kesempatan ini untuk memperbetulkan rekod bahawa pemecatan saya daripada PKR berlaku akibat konspirasi segelintir mereka yang kini menguasai PKR yang melihat kehadiran saya sebagai penghalang agenda sempit dan jahat mereka. [Tepuk] Mereka menggunakan alasan kononnya keengganan saya hadir dan mengiktiraf lembaga disiplin yang dikuasai oleh panel bukan Islam iaitu dua aktivis Kristian iaitu Mr. Goh Keat Teng dan Puan Chew Swee Yoke dan seorang penganut Hindu Mr. T. Kumar membicarakan saya membabitkan isu kalimah “Allah”.

final • 11:52 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya ingat yang BN tidak payah tolong. [Ketawa] Saya boleh buat sendiri, insya-Allah.

final • 11:52 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Penjelasan.

final • 11:52 AM

Beberapa Ahli

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:52 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Pokok Sena, hendak balikkah Yang Berhormat Pokok Sena? [Dewan riuh]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, minta tolong Yang Berhormat letakkan Parlimen ini sebagai Parlimen Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh beri penjelasan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Supaya adik-adik kita di belakang melihat Ahli-ahli Parlimen, bapanya, neneknya kerana kita semua boleh jadi nenek. Berperangai secucuk dengan kedudukan kita dan keahlian kita Yang Berhormat. Minta tolong Yang Berhormat jangan tarik mike ini ke bawah sebab ia memang untuk ke atas Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 11:52 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh beri laluan penjelasan? Adakah itu bermaksud kalau Melayu pun tidak boleh membuat keputusan ke atas orang bukan Melayu?

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Beruas. Saya minta Yang Berhormat Beruas kalau tidak puas hati dengan tindakan Sultan Perak, kembalikan pingat itulah. [Ketawa] Pingat Dato’, Sultan Perak minta ambil, kalau tidak puas hati pulang baliklah. Mengapa terima? Tidak payahlah Yang Berhormat Beruas.

final • 11:52 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, adakah ini bermaksud pendirian Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bahawa kalau hakim Melayu tidak boleh menghukum kes di mana...

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri laluan.

final • 11:52 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey, kalau begitu jangan sebut nama saya lagi.

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Jika ada prinsip sila serah balik pingat yang diberikan oleh Ke Bawah Duli Sultan Perak. Itu orang ada prinsip. [Tepuk] Pangkat Dato’ hendak tetapi maki hamun Sultan. Salah seorang aktivis Kristian tersebut, Puan Chew Swee Yoke adalah juga Ahli Majlis Peguam dalam Family Law Committee, badan yang menganjurkan Forum Masuk Islam yang menerima bantahan besar-besaran umat Islam pada tahun 2008 di mana saya sendiri mengetuai bantahan tersebut. Malahan, salah seorang ahli panel lembaga disiplin yang beragama Islam telah menarik diri atas alasan beliau sendiri walaupun beragama Islam tidak mahir dalam isu berkaitan kalimah “Allah” apatah lagi bagi panel yang bukan Islam hendak membicarakan saya dalam isu yang berkaitan dengan agama saya.

Saya tidak lupa apa yang berlaku dalam kes Natrah pada tahun 1950, bagaimana hakim bukan Islam membicarakan isu berkaitan kesahihan akidah Natrah dan perkahwinan beliau dengan Allahyarham Mansor Adabi, tetapi berselindung di sebalik kononnya isu hak penjagaan bukannya isu agama Islam.

Akhirnya umat Islam yang dihina apabila agama Islam diperkotak-katikkan oleh

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

hakim yang bukan Islam menggunakan undang-undang Inggeris. Pada saya, membariskan panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam isu membabitkan agama saya adalah satu penghinaan besar bukan kepada saya, tetapi kepada umat Islam seluruhnya. Ini sepatutnya menjadi pembuka mata kepada umat Islam untuk menilai warna sebenar segelintir mereka yang menguasai PKR sekarang ini. Saya katakan segelintir kerana ramai lagi di sana merupakan sahabat-sahabat saya yang masih saya hormati.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Pohon penjelasan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sekejap. Saya hendak masuk kepada 16 September ini dan Yang Berhormat Kuala Kedah boleh masuk mencelah.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tajuk kalimah “Allah” itu sebelum masuk ke tajuk lain.

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tajuk ini mengapa saya dipecat.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Oleh sebab itu saya hendak minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya akan pergi kepada isu kalimah “Allah” sekejap lagi.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Saya hendak beri penjelasan.

Mohon.

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya akan pergi kepada isu kalimah “Allah” sebentar lagi dan baru boleh masuk campur, insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, dalam blog saya baru-baru ini, saya menyatakan akan berlaku satu kejutan dalam sidang Parlimen. Akan tetapi, saya langsung tidak maksudkan apa yang didedahkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Saya sendiri agak terkejut dengan pendedahan beliau dalam isu 16 September dan saya sendiri tidak hairan kalau rakan-rakan saya daripada PKR marah dengan pendedahan tersebut.

final • 11:52 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Akan tetapi, yang saya hairan mengapa rakan-rakan saya tidak marah pula dengan kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh dalam isu 16 September yang ternyata lebih keras dan saya memetik apa yang disebut dan dimuat turun oleh rakan saya sendiri Yang Berhormat Wangsa Maju di dalam laman blognya pada 7 Mac 2010, dua minggu lepas. Yang Berhormat Wangsa Maju memetik kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor dalam membuat kenyataan berkenaan dengan isu 16 September ini pada 8 Februari seperti berikut.

Saya mohon baca dalam bahasa asalnya, “DAP National Chairman - Karpal Singh said, Pakatan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should step down for causing trouble in the coalition. The Bukit Gelugor MP is blaming Anwar for ‘creating trouble’ and said that the former Deputy Prime Minister ‘needed to repent without further betraying the people and their trust.” “He said Pakatan Rakyat needed another leader, a good leader and lashed out at PKR and DAP leaders who had fallen sway to Anwar’s rhetoric in supporting crossover of elected representatives. I can’t fight DAP the cause alone,

final • 12:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

said Karpal. What I am saying now is the truth and eventually the truth prevails. I have said before that DAP should seriously consider getting out of Pakatan and I repeat my stand once again today.” Terjemahannya Tuan Yang di-Pertua, “Pengerusi Kebangsaan Parti DAP Yang Berhormat Karpal Singh mengatakan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan jawatan kerana mengganggu gugat kedudukan gabungan Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut menyalahkan Anwar kerana menimbulkan kekacauan dan menyatakan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut perlu bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka.

Beliau berkata Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin, pemimpin yang baik dan beliau menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti.

Saya tidak boleh membawa perjuangan DAP berseorangan. Apa yang saya katakan adalah perkara benar dan kebenaran pasti akan menang. Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa DAP perlu mengkaji dengan serius untuk keluar daripada Pakatan Rakyat dan saya ulangi kembali pendirian saya hari ini.” Jadi kalau kita dapat mendengar kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh yang saya kasihi tentang 16 September lagi keras tetapi kenapa tidak ada langsung suara di dalam Pakatan Rakyat yang membantah ataupun melahirkan rasa marah. Ini yang saya tidak faham. Yang Berhormat Wangsa Maju boleh duduk senyum sedangkan dia yang memetik kenyataan itu. [Ketawa] Kawan saya Yang Berhormat Wangsa Maju boleh, apa masalah.

final • 12:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebut, saya memetik daripada keratan akhbar apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor dan saya memanggil beliau atau merayu kepada beliau supaya beliau menarik balik dan juga apologize, itu sahaja. Janganlah terlibat dengan saya. [Ketawa] Kalaulah hendak tuju kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor, pergi kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tidak melibatkan Yang Berhormat Wangsa Maju, cuma saya hendak memberitahu Yang Berhormat Wangsa Maju yang menimbulkan isu ini dan saya lihat dia sahaja yang berani menimbulkan isu ini. Jadi saya tidak faham dan kita kena ingat terutama sahabat-sahabat saya daripada PAS. Kita kena ingat, inilah dia Yang Berhormat Bukit Gelugor orang yang sama yang menyatakan kalau hendak Islam, over my dead body. Kalau hendakkan Islam, langkah mayat saya dahulu.

Mungkin Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah faham Islam dan boleh faham Islam. Saya tidak tahulah tetapi setakat yang saya tahu pendiriannya masih sama.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Hendak mencelah juga?

final • 12:00 PM

Dato' Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru

Kita sama- sama BEBAS, apa salah. Tadi Yang Berhormat Wangsa Maju kami duk tunggu, bila hendak datang. [Ketawa] Akan tetapi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat sedarkah semalam saya kena hentam teruk oleh salah seorang daripada belah sana, Yang Berhormat Kalabakan yang tuduh saya macam-macam

final • 12:00 PM

Dato' Seri Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru

termasuk perut buncit dan sebagainya. Buncit, buncitlah tetapi jangan main-main buncit ini. [Ketawa] Akan tetapi yang sedih sebab 16 September ini jadi satu isu dan perkara yang besar yang dibawa oleh seorang yang bagi saya tidak bertanggungjawab.

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bahawa isu 16 September bukan saya sahaja yang bawa isu itu, lompat merata. Sebelah sana lompat, sebelah sini lompat. Jadi saya sedih sebab saya cerita benda ini yang berlaku sebab saya keluar, yang saya hairan Yang Berhormat Kalabakan lompat tidak tentu hala saya pun tidak tahu pasal apa. Tambah dia hentam saya secara personal. Mungkin ‘kong kali kong’, sebelah sini pun boleh, sebelah sana pun boleh dia. [Ketawa] Jadi, sebenarnya harus beliau minta maaf kepada saya sebab beliau attack saya secara personal. Jadi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, macam mana pandangan 16 September ini? Adakah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sendiri tahu dan dengar apa yang dikatakan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat pada masa itu, tambah-tambah lagi Yang Berhormat Kalabakan yang saya tahu hendak jadi Timbalan Perdana Menteri, yang saya dengar. Jadi yang beliau lompat, saya tidak faham pasal apa, jangan marah saya, beliau yang cakap sebelah sana. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu?

final • 12:00 PM

Tuan Zukifli bin Nordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bayan Baru, semasa di dalam PKR dan saya pun orang kata masih berjiwa PKR, cuma saya dihijrahkan ke sini bukan atas kerelaan. Kita dengar macam-macam perancangan. Pada saya tidak salah untuk PKR dan Pakatan Rakyat merancang untuk menjatuhkan kerajaan, itu memang kerja kitalah pembangkang.

Jadi pada saya tiada masalah untuk ada perancangan untuk menjatuhkan kerajaan, cumanya yang saya faham daripada kenyataan Yang Berhormat Kalabakan semalam, mungkin beliau silap faham Yang Berhormat Bayan Baru menuduh beliau. Cerita sebenarnya, Yang Berhormat Bayan Baru menyatakan apa Yang Berhormat Permatang Pauh beritahu kepada beliau. Cumanya, saya ingat benda ini boleh selesai dekat teh tarik sahaja. [Ketawa] Tunggu Yang Berhormat Kalabakan hantar lagi udang harimau dia.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya peringatkan masa kurang 20 minit.

final • 12:00 PM

Tuan Zukifli bin Nordin - Kulim Bandar Baharu

Betul Tuan Yang di- Pertua, saya tahu insya-Allah. Saya hendak sentuh – saya ada lima isu tetapi saya akan sentuh isu pertama berkaitan dengan fitnah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam titahnya, Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong telah melahirkan kesedihan Baginda kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan, putar belit fakta terutamanya di media baru.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, penyakit fitnah ini sangatlah dikutuk oleh Allah.

Dalam surah al-Hujarat ayat 12 Allah berfirman; [membaca sepotong ayat al- Quran] yang bermaksud, “Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan fitnah-memfitnah di antara satu sama lain malahan memfitnah ini disamakan dengan memakan daging saudaranya sendiri”.

Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh kenyataan Yang Berhormat Marang dan sahabat saya Yang Berhormat Machang dalam isu ini. Islam sangat menjaga maruah dan harga diri seseorang manusia.

Kita tidak boleh menuduh seseorang berdasarkan syak wasangka apatah lagi

final • 12:00 PM

Tuan Zukifli bin Nordin - Kulim Bandar Baharu

fitnah dan sebab itu hukum memfitnah orang ini sangat berat dimasukkan dalam kategori hudud, contohnya qazaf.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil pendirian bahawa kita tidak sepatutnya menuduhnya Yang Berhormat Permatang Pauh dengan tuduhan liwat di bawah undang-undang sekular iaitu menurut seksyen 377B Kanun Keseksaan, sebaliknya sebarang pertuduhan jika ada hendaklah dibawa menurut peruntukan hukum syarak. Kita ada peruntukan di bawah seksyen 25. Ini saya sokong Ketua Umum, jangan melompat-lompat.

final • 12:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Zukifli bin Nordin - Kulim Bandar Baharu

Nantilah sekejap. Yang Berhormat Pasir Mas hendak kata apa?

final • 12:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sedikit, mustahak sangat ini. Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Bharu sebab Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ada menyebut tentang fitnah dan menyebut nama Yang Berhormat Machang dan dalam ucapan beliau semalam beliau menuduh saya ada saham judi dalam syarikat Ascot Sport kerana kononnya ini pejuang Melayu.

Saya hendak menyatakan di sini Yang Berhormat, wallahi, wabillahi, watallahi. Saya sanggup junjung Quran, saya tidak pernah terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan mana-mana syarikat saham judi.

Ini fitnah besar! [Dewan riuh] Saya sedang tunggu Hansard yang keluar semalam dan saya akan bangkit di bawah 37(1), ini merupakan menyeleweng fakta di Parlimen. Saya tidak pernah ada saham judi ini dan saya akan bawa al-Quran untuk junjung dalam Parlimen ini dengan syarat Ahli Parlimen Machang boleh meyakinkan Ketua Umumnya junjung Quran bahawa beliau tidak pernah meliwat Saiful.

final • 12:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya minta penjelasan sebab saya tidak pernah ada saham judi sebagaimana yang dituduh dan keluar dalam Malaysiakini. Saya sudah pun melantik peguam untuk mengambil tindakan. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Boleh minta laluan?

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sekejap, sekejap Yang Berhormat. Ini Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Kalau beri laluan, saya respons terus kepada Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sekejap, sekejap.

Saya kecuali kalau Tuan Yang di-Pertua beri.

final • 12:10 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Berilah...

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini, boleh diam sekejap tidak, boleh diam sekejap tidak?

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Apa ini Yang Berhormat Jerai?

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tidak, saya, saya, sekejap, sekejap...

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Okey.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya, saya Yang Berhormat kalau mengikut peraturan, kalau sesiapa yang berucap, ada seseorang yang minta laluan, yang berucap mahu beralah dan duduk, baru yang mencelah boleh diberi kebenaran. Begitu Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Baik, baik...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Akan tetapi, orang yang mencelah tidak boleh dicelah juga. Sila Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, lama ini Din? Lama ini Yang Berhormat Machang? [Ketawa] Sahabat saya...

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Seminit sahaja. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih sahabat saya dari Kulim Bandar Baharu. Saya faham perasaan rakan saya daripada Pasir Mas. Oleh sebab itu saya anjurkan meneliti semula Hansard. Ia ada beza memiliki saham di dalam syarikat judi dengan memiliki saham di dalam syarikat yang dimiliki oleh tauke judi. Ia ada beza. Ia dua perkara berbeza. Tauke judi ini mempunyai banyak syarikat. Syarikat ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’ dan segala macam. Oleh sebab itu tokoh ini bilionair... [Dewan riuh] Baca Hansard sebab saya punya teks ucapan and very guided.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Okeylah.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Sebelah sana tidak boleh jadi batu api, biar beliau berhadapan dengan saya sendiri.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Masalah ini saya ingat Yang Berhormat Machang boleh settle dengan Yang Berhormat Pasir Mas di luar.

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Okey, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, ini keluarga... [Ketawa]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas, duduk Yang Berhormat Pasir Mas..

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya minta kedua-dua supaya kedua-dua pihak pergi settle dekat luar.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis lagi.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sebab ini masa saya.

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Belum habis lagi. Yang penting apa itu, biarlah rujuk kepada teks saya.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua minta runding...

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Malaysiakini kah, Hansard yang lebih autoriti dalam Dewan?

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Dalam Dewan yang mulia, autoritinya Hansard bukan Malaysiakini. Berapa lama jadi Ahli Yang Berhormat? [Dewan riuh] Hansard atau Malaysiakini....

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini dahulu, ini dahulu parti PAS, kemudian UMNO, kemudian KEADILAN, kemudian PAS, kemudian KEADILAN! Ini lebih dari katak puru ini! Ini lebih dari katak puru ini! [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di- Pertua...

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Apa punya isu?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik, baik Yang Berhormat. Saya ingat, saya ingat. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas. [Dewan riuh] Yang Berhormat! Kedua-duanya sekali, Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Pasir Mas, duduk sekali. Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Pasir Mas minta duduk. [Dewan riuh] Ya, Yang Berhormat Machang duduk, Yang Berhormat Pasir Mas duduk. Jadi saya bagi okey Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Fitnah! Pembohong!

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudah, sudah Yang Berhormat Pasir Mas. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Duduk dahulu!

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Duduk dahulu!

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Duduk! [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas duduk, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya minta Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu jangan bagi peluang dengan orang lagilah ya.

[Ketawa] Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya minta tidak payah bagi peluang lagi. Saya ada kuasa di bawah peraturan. Kalau masa tidak ada, jangan bagi peluang dengan orang lain lagi. Kalau tidak, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sendiri pun time habis juga.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak boleh hendak kontrol tadi. [Ketawa] Sampai Tuan Yang di-Pertua pun sudah tidak boleh hendak kontrol. [Ketawa] Saya ingat masa tadi itu kira injury time untuk sayalah. [Ketawa]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila, sila Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Baik, saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Menggunakan undang-undang sekular untuk menuduh

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

seorang Islam lain dengan kesalahan hudud adalah suatu yang menghina Islam.

Malahan kita semua pada saya melakukan suatu dosa besar kemungkinannya kufur jika kita reda dengannya. Samalah dengan mengheret saya ke Lembaga Disiplin Bukan Islam untuk membicarakan saya berkaitan isu Islam.

Menggunakan undang-undang sekular akan menafikan hak Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai seorang Muslim. Antaranya beliau tidak dapat menggunakan pembelaan qazaf, suatu pembelaan yang tidak diiktiraf oleh undang-undang sekular. Ini juga satu penghinaan kepada sistem perundangan syarie yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, saya mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh di mahkamah sekular ditarik balik. Sebaliknya hendaklah prosiding dijalankan sepenuhnya menurut peruntukan syarie di Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa dan ini akan membolehkan Yang Berhormat Permatang Pauh mendapatkan haknya sebagai seorang Islam termasuk menggunakan pembelaan qazaf.

Bagi maksud itu, saya juga mendesak supaya prosiding qazaf yang sedang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh di Mahkamah Syariah dibenarkan dan pendakwaan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari diteruskan demi mencari kebenaran dan keadilan secara syarie. Saya yakin Mahkamah Syariah akan dapat bertindak dengan penuh profesional dan kebenaran serta keadilan akan dapat dicapai bagi semua pihak yang terlibat.

Berkaitan dengan budaya fitnah ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga sedih melihat budaya fitnah yang kini melanda kepimpinan Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz, pemimpin dan mursyid yang sangat saya kasihi. Tok Gurulah orang yang telah mengisytiharkan saya menyertai PAS pada Ogos 1998 di Kelantan.

Saya lihat serangan berbentuk character assassination terhadap Tok Guru sangatlah tidak wajar, apatah lagi dilakukan oleh ahli PAS sendiri. Bagaimana seorang yang telah membawa PAS ke puncak kejayaan politik, kini dihina dan diaibkan, difitnah dengan pelbagai tuduhan yang melampau. Kepada Tok Guru, saya mendoakan semoga Tok Guru diberi perlindungan dan rahmat oleh Allah.

Tuan Yang di-Pertua, fitnah dalam apa bentuk dan terhadap siapa pun hendaklah dihentikan. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks budaya fitnah ini, saya juga ingin menyentuh mengenai fitnah tidak berkesudahan yang dilemparkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya. Saya hairan dengan sikap segelintir mereka yang mengaku Islam, tetapi boleh menuduh orang Islam lain sebagai pembunuh tanpa sebarang bukti dan keterangan. Malahan yang lebih malang, fitnah daripada orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti tanpa sebarang soal lagi. Hanya sekadar syak wasangka dan tohmahan. Takkanlah orang seperti Balasubramaniam boleh diterima fitnahnya tanpa usul periksa. Apakah hanya dengan sekadar membuat surat akuan sumpah, dengan membayar fee RM4, satu fitnah menjadi bukti dan keterangan semata-mata kerana ada cop pesuruh jaya sumpah dan punya banyak surat akuan sumpah yang macam tunggang terbalik di buat oleh si Bala ini.

Akhirnya beliau sendiri pun menjadi seperti sesumpah.

Tuan Yang di-Pertua, saya adalah antara peguam yang pernah mengendalikan kes pembunuhan Altantuya ini. Apa yang ditohmah dan difitnah oleh Bala tidak pernah beliau bangkitkan semasa perbicaraan di mahkamah.

Malahan kenyataan beliau kepada pihak polis juga tidak pernah membangkitkan isu ini. Pada saya, Bala ini hanyalah seorang opportunist, mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia. Saya menyeru kepada semua kita yang mempunyai sedikit keimanan kepada Allah, dan meyakini Al-Quran supaya menolak fitnah Bala. Ingatlah pesan Allah dalam surat Al-Hujurat, Ayat 6.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya sendiri pernah diminta untuk membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan ini. Antaranya saya diminta mendapatkan pengakuan bersumpah yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam kes pembunuhan tersebut. Malahan saya sendiri pernah diminta membuat Surat Akuan Bersumpah mengaitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

Ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman. [Dewan riuh] Namun Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur, Allah melindungi saya daripada terbabit di dalam fitnah tersebut. [Tepuk] Oleh sebab itulah, saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya bertindak secara profesional sebagai peguam, membela kes tersebut. Kita perlu ingat, takkanlah OKT-OKT tersebut sanggup dihukum mati ke tali gantung, kalau benar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri terlibat? Saya cukup yakin, pasti mereka akan mendedahkannya, kalau ia benar. Sebagai seorang Islam, kita patut mengambil sikap husnul hon, bersangka baik.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Setahu saya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikannya. Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada Al-Quran sebagai petunjuk kita. Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain.

Saya tidak lupa sekitar tahun 2004 bila mana saya diminta mengaibkan Yang Berhormat Padang Rengas menggunakan kes pembunuhan Darren Kang di mana anak Yang Berhormat Padang Rengas bernama Nadim ditohmah sebagai terlibat dalam pembunuhan tersebut kerana kebetulan beliau berada di lokasi pembunuhan. Lima orang warga Thailand - pekerja restoran Uncle Don di Sri Hartamas telah didakwa dan dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya diminta mengaitkan Nadim dengan mereka.

Alhamdulillah, sekali lagi Allah menyelamatkan saya daripada terlibat dengan fitnah ini. Saya berharap tidak ada pihak yang meletakkan saya dalam keadaan terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar yang berlaku. Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru akan hanya menjadi sekadar kentut yang sepi. Begitulah kotornya mainan politik negara masa kini. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang tidak betul yang telah saya diminta dan diarah lakukan selama ini. Ada antaranya telah saya laksanakan dan ada antaranya saya tidak laksanakan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada mereka yang telah menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini dan saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi untuk memperbetulkan keadaan. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, tujuan saya menyatakan ini semua kerana saya bersetuju dengan kekhuatiran yang diluahkan oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong tentang gejala fitnah yang sudah sampai ke peringkat yang membimbangkan. Saya sendiri khuatir dengan cara berpolitik bangsa Melayu beragama Islam yang jauh daripada perintah Allah dan sunah Rasulullah. Saya juga takut sekiranya kita mengambil sikap mendiamkan diri, laknat Allah akan menimpa kita.

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku telah mengingatkan kita dalam titahnya bahawa perpaduan dan saling hormat-menghormati antara kaum dan agama menjadi tunjang kekuatan negara yang mesti dipelihara. Titah Baginda amalan berbaik sangka, saling hormat-menghormati, bekerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan agama akan melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi. Kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dengan penganut agama lain bebas mengamalkan agama dan kepercayaan mereka namun masalah antara agama tetap muncul dan menjadi duri dalam daging bagi keharmonian dan kestabilan negara.

Kita umat Islam tidak boleh menafikan masalah yang dihadapi oleh penganut agama lain dalam beberapa isu yang berkaitan dengan Islam.

Contohnya masalah kesan kemasukan ke Islam oleh pasangan bukan Islam berakhir dengan perebutan jenazah, pertikaian hak jagaan anak atau harta pusaka adalah masalah yang hakiki yang perlu ditangani dengan baik. Oleh itu, saya mencadangkan supaya permasalahan ini ditangani dengan dua pendekatan.

Pertama, daripada segi non-legal. Saya mencadangkan satu badan consultative diwujudkan sebagai satu standing committee dengan izin, terdiri daripada tokoh agama dan masyarakat yang mewakili semua pihak yang berkepentingan dengan tujuan supaya mereka boleh mengadakan perbincangan dengan segera apabila sesuatu isu timbul dan memberikan cadangan kepada pihak berkuasa pada kadar yang segera untuk mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan apabila berlaku kelambatan menanganinya seperti yang berlaku sekarang.

Kedua, daripada segi legal. Saya mencadangkan supaya suatu peruntukan baru dimasukkan dalam Akta Mahkamah Keadilan (Court of Judicator Act) untuk menyediakan satu mekanisme rujukan kepada mahkamah syariah bagi isu yang membabitkan perundangan Islam. Kita akui bahawa kita tidak boleh memaksa mereka bukan Islam menerima bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes yang membabitkan mereka. Namun, mereka yang bukan Islam juga perlu menerima hakikat bahawa orang Islam tidak boleh dipaksa menerima bidang kuasa hakim bukan Islam atau mahkamah sekular untuk membicarakan isu melibatkan perundangan Islam. Dalam keadaan konflik seperti itu, saya mencadangkan jalan keluar yang terbaik ialah walaupun suatu kes dibicarakan di mahkamah sekular, namun apabila timbul isu berkaitan Islam, wajib bagi mahkamah sekular merujuk isu berkaitan ke mahkamah syariah untuk suatu keputusan dan keputusan mahkamah syariah dalam isu tersebut hendaklah mengikat mahkamah sekular tersebut.

Kita lihat bagaimana di dalam kes murtadnya Azlina Jailani atau Lina Joy.

Walaupun prosiding di mahkamah sekular ialah mengenai hak menukar butiran kad pengenalan... [Masalah pembesar suara] ...Akan tetapi, isunya membabitkan pertukaran nama kerana murtad daripada Islam. Jadi, isu murtad ini sepatutnya dirujuk ke mahkamah syariah untuk suatu keputusan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak habiskan yang ini.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, baik.

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Oleh itu saya mencadangkan pindaan seperti berikut bahawa Dewan mengambil ketetapan supaya Akta Mahkamah Keadilan 1964 dipinda dengan memasukkan peruntukan baru di seksyen 4 di dalam keadaan di mana terdapat isu atau pertikaian membabitkan atau melibatkan agama Islam daripada segi akidah, kepercayaan hukum hakam syariat atau apa juga persoalan mengenai Islam, maka mahkamah wajib merujuk isu persoalan dan pertikaian itu kepada mahkamah syariah untuk suatu keputusan atau penghakiman. Semua prosiding hendaklah ditangguhkan sehingga keputusan atau penghakiman mahkamah syariah itu dibuat dan keputusan atau penghakiman mahkamah syariah bagi isu persoalan dan pertikaian itu hendaklah mengikat mahkamah syariah tersebut.

Saya habiskan di sini Tuan Yang di-Pertua tajuk ini. Di waktu yang sama, saya juga ingin mengingatkan kepada kaum bukan Islam bahawa mereka juga perlu menghormati hak dan sensitiviti umah Islam. Saya sebenarnya hendak bercadang mengupas isu berkaitan dengan kalimah Allah tetapi memandangkan masa yang...

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Sedikit sahaja Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau saya dibenarkan habis tajuk...

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Sedikit, sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sekejap, sekejap.

Kalau saya dibenarkan habiskan tajuk di bawah isu inter-religion...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Berapa panjang Yang Berhormat?

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ada tiga muka.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Panjangkah Yang Berhormat?

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya ada lima isu tetapi yang ini isu ketiga yang saya hendak habiskan kalau boleh.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lima minit Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Baik. Tindakan provokatif seperti penulisan Gunasegaran seorang kolumnis bukan Islam dalam akhbar The Star pada 19 Februari mempertikai dan memperlekeh hukum syarak berkaitan hukuman sebat terhadap penzina baru-baru ini hanya sekadar mengundang kemarahan umat Islam sebagaimana lakaran karikatur yang menghina Rasullah oleh akhbar Sweden dan Denmark.

Begitu juga dengan isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah yang dituntut oleh segelintir pendakyah Kristian baru-baru ini. Saya sedar bahawa majoriti umat Kristian sangat memahami dan mengamalkan sikap bertoleransi yang tinggi malah mengiktiraf bahawa kalimah Allah adalah khusus bagi mereka yang menerima konsep ketuhanan Yang Esa - Yang Satu. Berbeza dengan keyakinan mereka kepada konsep ketuhanan trinity - tiga dalam satu.

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Reverend Albert Mohler, President of The Southern Baptist Theological Seminary, seorang tokoh Kristian yang terkenal dan dihormati di Amerika apabila menolak cadangan Father Tiny Muskens, Bishop Gereja Roman Catholic di Belanda untuk penggunaan kalimah Allah sebagai ganti nama Tuhan bagi umat Kristian Euro-Amerika. Hah, Kristian Eropah pun tolak.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang mahu mengupas isu ini daripada segi hukumnya kerana saya tiada kepakaran dan saya bukan seorang ulama mufasirin. Ada pihak menaburkan fitnah kononnya saya tidak bersuara mengenai isu ini semasa dalam perbincangan yang dibuat. Sebaliknya saya ingin menegaskan bahawa para ulama muktabar yang hadir dalam perbincangan tersebut telah memberikan pandangan dan pendapat mereka yang sangat bernas mengapa mereka menolak penggunaan kalimah Allah dalam bentuk trinity ini. Jadi tiada keperluan dan sebab untuk saya menambah kepada apa yang telah mereka perkatakan dengan jelas.

Malahan Sahibul Fadhilah Datuk Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri telah mengambil pendirian yang sangat tegas menolak cubaan pendakyah Kristian ini untuk menggunakan kalimah Allah dengan sebagai ganti nama Tuhan malahan beliau menyelar golongan yang menyokongnya. Para ulama dan tokoh ilmuwan Islam yang lain juga menolak cubaan ini, terdiri daripada nama- nama gah dan hebat seperti Prof. Datuk Syed Naquib Al-Attas, Prof. Datuk Kamal Hassan, Prof. Dr. Muhammad Othman Al-Muhammadi, Prof. Dr. Kamar Oniah malahan Pakar Perlembagaan Datuk Dr. Shad Farooqi dan ramai lagi ternyata tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh segelintir pendakyah Kristian ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri telah secara peribadi berdepan dengan dakyah sesat ini secara lebih aktif selama 15 tahun. Saya ingin menegaskan bahawa belum pun diberi kebenaran, segelintir pendakyah dan aktivis Kristian ini sudah pun melakukan penyalahgunaan kalimah Allah. Saya berikan contoh-contoh yang pernah saya berikan di Dewan ini pada persidangan lepas. Contohnya Tuan Yang di-Pertua, saya pernah mengemukakan risalah-risalah yang dibuat dengan bertajuk ‘Jalan Kepada Allah’, ‘Bagaimana Mengenal Allah’, ‘Pertolongan Daripada Allah’. Saya pernah menunjukkan komik yang dibuat menceritakan tentang Allah dalam bentuk trinity. Saya pernah membawa dan saya hendak mendedahkan di sini bagaimana Quran palsu yang dibuat dengan ayat contohnya berbunyi Surah Al-Muslimun [Membaca potongan ayat Quran palsu] dengan maksud, “Wahai orang Islam, katakanlah bahawa kamu sebenarnya golongan yang sesat kerana kamu tidak percaya kepada Allah dan anaknya.” Ini adalah contoh-contoh di mana salah guna perkataan nama Allah dibuat. Saya boleh dedahkan seperti hadis-hadis palsu yang dibuat, yang dilakukan. Saya boleh kemukakan VCD-VCD yang dibuat untuk mengelirukan penggunaan nama Allah. Saya boleh keluarkan banyak lagi perancangan. Yang terbaru, komik-komik untuk kanak-kanak yang dibuat, yang saya tunjukkan di sini, yang disebarkan di sekitar KLCC sekitar lewat bulan lepas yang menyalahgunakan perkataan Allah. Oleh sebab itu saya yakin bahawa ada segelintir pendakyah Kristian yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan umat Islam yang berpecah belah ini untuk mencapai agenda jahat mereka. Persoalannya ialah bukan agama Islam diserang oleh Kristian tetapi agenda jahat segelintir pendakyah Kristian untuk melaksanakan agenda halus mereka.

Perenggan akhir, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau kita membaca sejarah umat Islam dan sirah Nabawi, kita tidak akan terjumpa keadaan di mana orang yang mengaku Islam beria-ia berjihad untuk membenarkan orang bukan Islam mengguna kalimah “Allah” dalam bentuk syirik dan kufur ini. Malahan, ketegasan umat Islam dalam hal akidah ini jelas dalam kisah dialog di antara Sayidina Jaafar Abi Talib Al-Tayyar dengan Maharaja Najasyi, Raja Kristian dari Habsyah dalam peristiwa hijrah pertama. Saya menutup di sini dalam isu ini Tuan Yang di-Pertua dengan mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat saya yang mengaku beragama Islam akan hadis Rasulullah.

Benarlah sabda Rasulullah saw, “Bersegeralah kamu pada melakukan amalan soleh kerana akan datang suatu masa nanti kamu ditimpa dengan satu fitnah yang kamu tidak akan nampak kerana datangnya fitnah itu seperti kepingan malam. Pada ketika itu kamu Islam di waktu pagi kamu kafir di waktu petang, kamu Islam di waktu petang kamu kafir di waktu pagi. Di kala itu Allah akan mencabut perasaan takut dari musuh kamu kepada kamu dan Allah campakkan perasaan wahan kepada kamu iaitu... [Membaca sepotong Hadis dalam bahasa Arab] ...Kamu akan jadi terlalu cintakan dunia, jawatan, kedudukan, habuan dan kamu akan takut dengan kematian.” Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong. [Tepuk]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat semua orang Sabah sudah ada cakap, orang Johor sudah ada, Sarawak belum ada bercakap Yang Berhormat.

Saya minta Yang Berhormat Batang Sadong bercakap. Siapa ada bantah sekarang ini?

final • 12:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta membahas dan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Ucapan Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menyentuh mengenai walkabout, dengan izin, oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang perlu diambil sebagai contoh oleh pemimpin- pemimpin kita.

Jadi bagi pihak rakyat di Parlimen Batang Sadong, saya mengucap setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Menteri-Menteri yang lain dan juga Timbalan-timbalan Menteri yang turut serta bersama dengan Yang Amat Berhormat melawat ke kawasan Simunjan untuk melihatkan sendiri apakah yang diperlukan dan apakah keadaan sebenarnya di kawasan tersebut terutama sekali di kawasan luar bandar.

Seperti mana yang dilaporkan dalam kajian oleh Fatimah Mohamed Arshad dan Mad Nasir Shamsudin dari UPM Serdang yang menyatakan pembangunan kawasan bandar telah menjadi fokus utama polisi ekonomi, iaitu polisi ekonomi Malaysia semenjak kemerdekaan negara pada tahun 1957 sehingga 1990-an. Fokus kita tertumpu kepada kadar kemiskinan yang tinggi, produktiviti yang rendah, kekurangan infrastruktur sosial dan ekonomi asas dan pemasaran yang tidak begitu betul.

final • 12:31 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Jadi apabila pemimpin-pemimpin negara melakukan walkabout dengan izin, Kerajaan Pusat lebih memahami kenapa kami di Malaysia Timur – saya gunakan Malaysia Timur kerana ini adalah yang aslinya, sering kali mengemukakan keperluan kami yang mungkin tidak lagi menjadi keperluan asas di negeri-negeri lain di Malaysia Barat. Tuan Yang di-Pertua, ini membawa saya kepada program transformasi kerajaan melalui enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional ataupun NKRA.

Sememangnya inisiatif ini amat membanggakan kerana ia merupakan strategi yang begitu berani diambil oleh kerajaan terutama sekali Yang Berhormat Perdana Menteri kita. Ia menunjukkan masalah yang sering kali diajukan oleh masyarakat kita yang masih lagi dihadapi kita dan masih lagi menjadi keperluan.

Ini kerana, sebuah negara yang menghadapi proses pembangunan memang sentiasa belum dapat melengkapi pembangunan yang diperlukan. Dengan itu, kita dengan berani menghadapinya dan dengan berani mengakui bahawa perkara ini perlu ditangani dan perlu ditangani melalui NKRA dan kita fokus menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Sebagai wakil rakyat yang mewakili kawasan luar bandar, saya ingin menjurus perbahasan saya kepada beberapa NKRA yang ingin saya beri tumpuan. Salah satu daripada NKRA yang ingin saya berikan tumpuan ialah mengenai pengurangan kadar jenayah. Tuan Yang di-Pertua, hampir setiap hari kita membaca di dada akhbar mengenai pembuangan bayi. Semalam pun kita membaca mengenai penderaan bayi, pembuangan bayi dan penderaan anak-anak dan penderaan terhadap wanita.

Ini betul-betul merisaukan, terutama sekali kita sebagai ibu merasa amat meresap di hati. Masalah ini bukan sahaja masalah saya sebagai seorang ibu malah ia menjadi masalah kita di seluruh negara. Jadi saya ingin menyarankan agar pesalah-pesalah dalam kes-kes sebegini seharusnya diberi kaunseling iaitu pendekatan yang lebih lembut ataupun dengan izin, soft approach. Kita tahu memang ada undang-undang untuk menangani masalah seperti ini tetapi saya rasa masih belum mencukupi. Kalau kita rujuk dari maklumat kajian melalui akhbar-akhbar tempatan yang telah kita baca beberapa bulan ataupun beberapa minggu yang lalu, didapati mereka yang melakukan jenayah seperti ini kebanyakannya terdiri dari penagih dadah, di mana mereka ini tidak dapat mengawal emosi mereka.

Jadi, hukuman memang sudah diperuntukkan di dalam undang-undang kerana setinggi mana pun hukuman yang dikenakan, ia nampaknya masih tidak memberi kesan ataupun implikasi yang positif terhadap pesalah-pesalah. Jadi ekoran daripada itu Tuan Yang di-Pertua, jabatan-jabatan yang berkenaan, misalnya dari Jabatan Kebajikan, Polis Diraja Malaysia dan mana-mana agensi- agensi yang berhubung kait dengan mereka yang terlibat dalam kes-kes seperti ini hendaklah diberi latihan yang sewajarnya untuk membantu pesalah-pesalah kes pembuangan dan juga penderaan. Ini kerana, ini adalah merupakan satu keadaan yang memerlukan profesionalisme seseorang yang mengendalikan orang yang terlibat dalam perkara ini. Jadi mereka yang menjadi personel di pejabat polis melakukan siasatan ataupun yang menjalankan tugas di hospital, mereka ini perlu diberi banyak latihan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang paling sedih ialah kebanyakan dari penjenayah ini adalah terdiri daripada masyarakat bumiputera. Kebanyakannya juga kita terpaksa menerima hakikatnya bahawa mereka ini beragama Islam. Ia perlu kita renung. Ayuh, marilah kita mengkaji apakah punca berlakunya jenayah seperti ini. Kenapa satu-satu kumpulan itu kebanyakannya menjadi pesalah dalam

final • 12:31 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

hal ini? Apabila saya mengatakan kumpulan itu, kebanyakan yang kita perhatikan tergolong daripada bumiputera dan juga yang beragama Islam. Apakah dan di manakah puncanya?

Jadi marilah kita bersama-sama menangani masalah ini. Usahlah kita menuding jari mengatakan siapa yang bertanggungjawab kerana dalam sebuah kerajaan ataupun sebuah negara yang sedang menghadapi proses pembangunan, ini adalah salah satu daripada masalah sosial yang banyak dihadapi. Jadi kita perlu bersama-sama memainkan peranan kita dalam apa juga kapasiti kita menangani masalah-masalah ini.

Saya juga ingin menyarankan agar CCTV dipasang di kawasan-kawasan yang berpotensi yang boleh kita ramalkan dijadikan pusat ataupun tempat untuk gejala seperti ini berlaku. Walaupun kita sukar untuk mengetahui kerana kita bukan melakukannya, jadi kita tidak tahu tempat seperti mana yang dipilih untuk mereka membuang bayi ataupun melakukan gejala sosial ini. Akan tetapi yang paling penting Tuan Yang di-Pertua, kita tambahkan lagi CCTV yang ada di kawasan-kawasan supaya ia boleh membantu meminimumkan kesalahan seperti ini. Ini kerana, orang yang hendak melakukannya tahu sekurang-kurangnya boleh mengenal pasti ada orang yang melihat yang mereka akan melakukannya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, NKRA selanjutnya yang menarik perhatian saya demi kebaikan rakyat ialah memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman. Tuan Yang di-Pertua, prasarana di kawasan Batang Sadong semakin hari semakin bertambah. Memang kita mengakuinya semakin bertambah dan saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Namun sebagai manusia biasa, rakyat tidak sabar-sabar untuk melihat serba serbi prasarana dibekalkan dengan segera dan dipercepatkan.

final • 12:31 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Jadi ini membawa saya kepada perkara yang berkaitan...

final • 12:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

...Iaitu sistem pembetungan di luar bandar.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada yang bangun, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Okey, terima kasih.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Batang Sadong. Saya cuma hendak tanya sedikit.

Minta sedikit penjelasan tentang pendirian Yang Berhormat Batang Sadong mengenai kedudukan wanita kaum Penan yang telah dianiayai, kes mereka dan kedudukan kes ini dan bagaimana Yang Berhormat Batang Sadong di Sarawak membantu mereka untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih kerana mempunyai keprihatinan terhadap orang-orang Penan. Yang Berhormat, sebenarnya mereka bukan dianiayai. Itu adalah pandangan ataupun persepsi orang sebelah. Kami berusaha dan kita tidak melaung-laungkannya. Kalau Yang Berhormat tahu apa yang kami lakukan, kami memang sentiasa mengusahakan untuk membantu tetapi kadangkala ada orang lain mengambil kesempatan untuk mengambil peluang untuk mengatakan mereka ini dianiayai. Namun itu adalah persepsi orang. Bukan mereka dianiaya, they are not being, apa nama? We are

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

not doing anything yang melakukan kejahatan terhadap mereka ataupun menganiaya mereka. So, maaf.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dianiayai.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Dianiayai. Okay, whatever it is. We know what it means. Terima kasih.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat usaha-usaha kerajaan untuk membantu orang-orang Penan ini, memang banyak telah dilakukan. Cuma kita kadangkala, itulah yang kita katakan sesiapa yang mempunyai kapasiti untuk membantu, kita bantu kerana kita tidak mahu membiarkannya. Di peringkat negeri pun telah membincangkan. Selama ini negeri pun telah melakukan beberapa program untuk membantu mereka. Jadi saya harap itu jangan dianggap sebagai kami mengetepikan masalah mereka. Memang itu kalau orang di sini merasa itu menjadi masalah mereka apatah lagi kami di Sarawak. Jadi janganlah menyalah anggap seolah-olah orang Sarawak tidak mengambil keprihatinan terhadap mereka ini. Terima kasih.

Seterusnya, saya tadi ke satu lagi perkara yang saya hendak bincangkan mengenai sistem pembetungan di luar bandar kerana saya sebagai orang yang mewakili orang di luar bandar, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberi yang terbaik kepada rakyat, di sini, di Dewan yang mulia ini, saya hendak mengambil kesempatan ini untuk meminta agar Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mewujudkan sistem pembetungan yang bersepadu dan bersih.

Misalnya, di rumah-rumah perkampungan dan rumah-rumah panjang masih ada lagi belum mempunyai air terawat, air bersih dan juga sistem tandas mereka masih belum begitu baik. Jadi selain dari itu juga, sudah tiba masanya di kawasan Samarahan misalnya, sebab Batang Sadong adalah di bawah bahagian Samarahan. Kita merasa sudah tiba masanya dibina sebuah loji rawatan air terawat dengan izin, high rise water tank. Ini adalah kerana buat masa ini, penduduk di Parlimen Batang Sadong dan di kawasan-kawasan berdekatan sentiasa menghadapi masalah putusnya bekalan air.

Loji yang ada hanya mampu menampung keperluan penduduk sehingga tahun 2005. Itu adalah apabila dirancang membina loji tersebut, ia hanya mengambil kira penduduk yang sehingga setakat tahun 2005. Pada tahun ini, tahun 2010, maka bilangan penduduk pun sudah bertambah dan keperluan rakyat juga sudah meningkat di mana apabila sudah mendapat jalan raya, dapat macam- macam lagi, maka mereka rasa lebih senang tinggal di kampung. Maka keperluan peribadi dan juga keperluan ekonomi juga sudah bertambah. Jadi keperluan ekonomi misalnya ada yang membuka gerai, memerlukan air. Jadi sebab itu kita memerlukan kapasiti water tank itu lebih tinggi.

Terkini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah meluaskan perkhidmatan perbekalan air di beberapa kawasan yang sebelum ini tidak dapat dihubungi melalui jalan raya. Syukur alhamdulillah, sekarang jalan raya sudah dibina, pemasangan elektrik juga sudah siap, sama juga dengan pemasangan saluran paip. Saya nampak saluran paip yang ada sekarang, yang dibekalkan sekarang begitu besar sekali. Cuma saya khuatir sekarang ada saluran paip tetapi tidak ada air kerana tekanan air di kawasan itu sudah terlalu rendah dan ramai sudah merungut dari segi tekanan air dan airnya selalu terputus.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Maka disebabkan itulah saya ingin menggunakan ruang ini untuk meminta agar JKR membantu untuk mengkaji perkara ini. Apa yang diperlukan adalah satu high rise water tank dengan izin dan saya berharap JKR dan saya sendiri boleh bersama-sama membincangkan perkara ini. Saya sudah menyiapkan cadangan saya untuk dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kalau JKR rasa ini boleh kita bincangkan bersama untuk membantu rakyat, saya bersedia.

NKRA seterusnya ialah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan selama ini telah memberi macam-macam jenis subsidi sehingga ada yang menganggap bahawa subsidi yang mereka terima selama ini menjadi hak kepada mereka walaupun sudah boleh mampu berdikari. Jadi untuk kawasan saya di Batang Sadong, saya mengharapkan agar pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memasukan senarai nama mereka dalam e-Kasih untuk bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Negeri supaya mereka dapat mengkoordinasi kerja-kerja mereka dan boleh menghasilkan satu senarai e-Kasih yang lebih lengkap yang betul-betul menepati keperluan rakyat kerana sekarang ini didapati senarai e-Kasih masih belum menepati keperluan rakyat yang betul- betul memerlukan.

Ada yang betul-betul memerlukan masih tidak menerima apa-apa bantuan dari Jabatan Kebajikan. Jadi, tujuan kita mengkaji semula senarai e-Kasih ini adalah supaya kita dapat meliputi sebanyak-banyak kawasan. Bukan kerana kita hendak memasuki semua nama tetapi sekurang-kurangnya kita berlaku adil kepada mereka yang dari kawasan yang begitu terpencil kerana kadangkala orang yang menjalankan tugas ini Tuan Yang di-Pertua, apabila menjalankan tugas, kadangkala apabila kawasan-kawasan terutama di kawasan luar bandar ini, sukar untuk dimasuki ataupun accessibility itu boleh mengurangkan minat mereka untuk sampai ke tempat tersebut.

Jadi, orang yang betul-betul memerlukannya adalah orang yang jauh dari bandar. Jadi mereka inilah yang tertinggal senarai nama mereka. Jadi saya mengharapkan mereka ini, agensi-agensi yang sama-sama terlibat ini bekerjasama untuk mengkoordinasikannya supaya kita bukan sahaja hanya hendak menghasilkan senarai e-Kasih bagi mencapai objektif kita untuk mengeluarkan senarai tetapi kita betul-betul memperjuangkan apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang amat membimbangkan ialah semakin meningkatnya masyarakat kita yang terlibat dalam gejala-gejala sosial ini. Pagi tadi saya membaca surat khabar mengenai ‘Kempen Prihatin’ dan saya hendak mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga NGO- NGO yang bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyertai ‘Kempen Prihatin’ ini dan inilah rakan-rakan, Ahli- ahli Dewan Rakyat ini, Ahli-ahli Yang Berhormat, inilah peluang kita untuk sama- sama menangani masalah sosial ini yang dihadapi oleh masyarakat kita iaitu dari segi penderaan, pembuangan bayi yang saya sentuh tadi dan penderaan anak- anak dan juga mengenai ibu-ibu ataupun bapa-bapa yang meninggalkan anak- anak mereka.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan anak mereka yang masih di bawah umur lagi. Ada yang berumur 13 tahun ataupun 11 tahun ditinggalkan bersama adik-beradik yang kecil, tidak ada orang tua yang menjaga mereka di rumah sehingga anak ini tidak pergi ke sekolah. Saya rasa negara kita ini masih

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

belum ada peruntukan undang-undang yang boleh mendapati ibu-bapa bersalah meninggalkan anak-anak mereka.

Jadi saya hendak menyeru kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengkaji perkara ini supaya semakin mantap pendekatan kita dalam menangani masalah sosial ini. Ibu bapa yang melahirkan anak mereka merasa bertanggungjawab dan tidak semena-menanya meninggalkan anak-anak mereka. Kita hendak...

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa memang saya sokong bahawa ibu bapa mesti bertanggungjawab ke atas keluarga dan anak mereka tetapi saya rasa dalam perkara ini adalah keluarga atau ibu bapa yang miskin, tidak boleh berfungsi lagi. Untuk keluarga dan ibu bapa seperti ini saya rasa jikalau kita hukum mereka pun tidak guna kerana bukan mereka tidak mahu buat tetapi tidak mampu. Sudah sampai masa bahawa kerajaan menolong dan membantu keluarga dan ibu bapa yang kurang upaya ini untuk menjaga anak-anak mereka.

Saya rasa kita harus adakan undang-undang dan mengadakan pusat jagaan kanak-kanak bukan untuk hukum mereka tetapi membantu mereka.

Apakah pandangan Yang Berhormat?

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat kerana memang itulah perjuangan kita, sama-sama kita berjuang.

Cuma apa yang kita perlu teliti sekarang ini kerana kerajaan memang mengadakan pusat asuhan kanak-kanak dan dari segi membantu orang ataupun keluarga yang tidak mampu. Oleh sebab itulah kita ada projek Cari - mencari orang susah. Cuma kita akui kadang-kadang apabila kita melaksanakan sesuatu tugas itu ia tidak sampai kepada orang yang betul-betul memerlukan.

Oleh sebab itu tadi saya mengatakan senarai e-Kasih kita perlu kaji.

Memang orang yang seperti ini kalau mereka tidak mampu bermakna mereka layak untuk masuk dalam senarai e-Kasih dan perlu dibantu. Itu adalah kapasiti kita sebagai pemimpin rakyat, pemimpin masyarakat di peringkat kampung iaitu perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini bukan hanya melihat selepas itu tidak membimbing mereka. Oleh sebab itu memang saya menyokong cuma kita perlu mengatur satu sistem supaya ianya lebih cekap dan efisien. Kita menegur mana yang kita rasa tidak begitu tepat, kita bantu.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Saya rasa saya cukup masa, Tuan Yang di-Pertua untuk beri peluang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dengan syarat ia ringkas Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Satu minit sahaja ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa dan ini adalah merupakan satu yang penting demi kita hendak menjaga kesejahteraan masyarakat dan negara. Apa yang kita lihat hari ini ialah bagaimana ada ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap anak-anak remaja mereka sehingga anak remaja mereka melahirkan bayi tanpa perkahwinan barulah mereka tahu bahawa anak mereka ini

final • 12:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

mengandung di luar nikah. Ini adalah satu fenomena yang sangat-sangat menyedihkan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini?

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab itulah tadi saya mengatakan kita perlu bersama-sama dalam apa jua kapasiti kita untuk membantu menangani masalah ini. Selain dari itu juga bukan hanya dari segi hukuman undang-undang yang perlu kita adakan. Kita perlu kaunseling dan kita juga perlu NGO-NGO kerana kalau dilepaskan kepada kerajaan sahaja agak sukar untuk menangani setiap masalah yang terpencil yang dihadapi oleh setiap masyarakat.

Kita ada NGO yang menjurus kepada hal-hal wanita, ada yang menjurus kepada kepakaran masing-masing. Jadi di situlah kita sama-sama membantu.

Selain dari itu juga NGO keagamaan memainkan peranan dan kerajaan juga perlu mengadakan secara konsisten latihan untuk ibu bapa. Cuma saya hendak sarankan di sini kalau kita mengadakan program keibubapaan - saya bukan hendak menjadi orang yang hendak bercakap fasal gender di sini. Mungkin ramai yang mengakui terutama sekali wanita. Kalau kita mengadakan kursus-kursus keibubapaan siapa yang hadir? Yang hadir biasanya ibu, yang bapanya tidak hadir kerana mungkin kita tidak tahu, bukan hendak menuduh tetapi ini kenyataan.

Kalau kita mengambil statistik, mula-mula ramai bapa yang hadir daripada 80 tinggal lapan orang. Ini pernah berlaku. Ini diminati oleh rakan kita. Saya tidak banyak lagi hendak dicakapkan, tinggal sedikit sahaja.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya memperingatkan masa Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Sedikit penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa selalunya kursus keibubapaan ini dihadiri oleh ibu dan bukan bapa. Juga apabila bayi dibuang selalunya salahkan ibu dan tidak salahkan bapa. Jadi bolehkah kita cadangkan bahawa adakan satu undang-undang di mana sekiranya ada bayi dibuang, bapa bayi itu mesti terus dihukum juga ataupun dipertanggungjawabkan ke atas bayi itu. Juga kita menggalakkan supaya sebelum kahwin the pre marital courses dibuat secara percuma. Semua yang hendak berkahwin, pasangan itu mesti menghadiri. Adakan undang-undang atau ketetapan supaya program seperti ini lebih berjaya.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Okey Terima kasih.

Pre marital courses dengan izin, memang telah diadakan cuma saya tidak pasti sama ada ia dimestikan. Itu pihak Menteri boleh menjawabnya.

Mengenai tanggungjawab tadi, sebab itulah saya nyatakan tadi, saya mentioned tadi ada di kalangan kita, kalau ada CCTV ada juga buktinya. Akan tetapi ada juga orang yang tidak mahu disclose, dengan izin siapakah bapanya, yang wanita ini mengambil fully responsible for apa yang telah terjadi kepadanya, dengan izin. Cuma dari segi ini yang saya hendak komen ialah kita perlu memperkasakan wanita dari segi knowledge, dan undang-undang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Masa tidak ada lagi Yang Berhormat Maran.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Dari segi undang- undang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggulah Yang Berhormat, masa Yang Berhormat bercakap.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Okey saya hendak mengakhiri juga. Jadi saya setuju dengan saranan itu cuma sama-samalah kita memperjuangkan untuk wanita. Kita beri mereka kursus supaya mereka sentiasa didedahkan dengan hak-hak mereka, mengetahui apakah yang boleh mereka lakukan. Where should they go dengan izin, di mana mereka perlu pergi apabila menghadapi masalah atau pun kalau boleh memang kita tidak mahu mereka menghadapi apa-apa masalah wanita. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya rasa di situ juga...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kena sambung masa lainlah Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Lagipun memang kebanyakannya sudah disentuh melalui perbincangan ini tadi. Saya dengan ini mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya saya hendak respons kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sebenarnya masa kita membawa undang-undang Penal Code untuk dipinda pada tahun 2004 sehingga tahun 2005, kita jelajah, kita bawa, kita aju, kita provoke orang sama ada kita boleh pinda satu seksyen infanticide dalam Penal Code untuk membolehkan seseorang itu dituduh, lelaki yang membuat kesalahan di bawah undang-undang itu. Akan tetapi, rata-rata rakyat Malaysia hanya satu grup kumpulan sahaja yang membolehkan tetapi rata-rata rakyat Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah mengatakan belum tiba masanya.

Jadi boleh dicadangkan semula. Mungkin sekarang sudah tiba masanya kita boleh menyalahkan laki-laki yang melakukan kesalahan dalam soalan pembuangan bayi ini, Yang Berhormat.

Itu respons saya dan sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 12:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya lihat sini DAP tiga, PKR tiga, PAS tiga. Jadi mana satu pun boleh semuanya. Jadi sila Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di- Pertua, saya berterima kasih kerana dibenarkan berbahas usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Isu yang saya hendak tidak banyak Tuan Yang di-Pertua hanya dua isu sahaja.

Satu isunya ialah gaji minimum, satu isunya...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat jam sudah - duduk Yang Berhormat. Panjang cerita gaji ini Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat sesi pagi ditangguhkan dahulu dan kita bersidang semula pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:50 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dijemput Yang Berhormat Kuala Langat untuk menyambung perbahasan.

final • 12:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya memanjangkan bicara dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sudilah kiranya saya memperkenalkan diri saya selaku yang berkenaan di Parlimen ini, pemegang jawatan sebagai Pengerusi Kokus Pekerja. Oleh yang demikian, saya mengambil dua ketetapan isu yang akan saya bangkitkan.

Pertama isunya ialah gaji minimum. Kedua ialah ibu atau pun wanita.

Tuan Yang di-Pertua, gaji minimum telah pun diutarakan sudah bertahun- tahun. Gaji minimum menjadi isu untuk mengangkat martabat rakyat termiskin.

Gaji minimum untuk menggaris pandukan mana arah tujunya pentadbiran kerajaan. Gaji minimum juga telah dibahaskan dua tahun berturut-turut. Namun jelas tidak ada respond dan tidak ada tindakan diambil oleh kementerian yang berkenaan.

Saya letih untuk membicarakan soal yang banyak isu. Isu yang hendak ditekankan di sini ialah isu pokok yang harus direnung untuk memastikan bahawa rakyat terbanyak ini diberikan pembelaan. Saya mengambil ketetapan untuk menyarankan kepada Menteri Sumber Manusia supaya segerakan gaji minimum ini kepada rakyat seluruh negara untuk memastikan rakyat ini dibela dalam keadaan yang cukup maksimum.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga merayu kepada Menteri Sumber Manusia dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini dalam bentuk hanya bicara tetapi tindakannya tidak pernah diambil. Dalam soal pekerja ini Tuan Yang di-Pertua,ingin saya ke hadapan sedikit dalam definisi pekerja.

Pekerja, generalnya ialah mereka yang bekerja. Itu definisinya. Wakil- wakil rakyat juga pekerja. Mereka diamanahkan dan diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi pekerja dan tuan wakil-wakil rakyat ini ialah rakyat. Saya banyak menjelajah negara-negara luar. Saya terpegun. Baru-baru ini saya pulang dari Morocco, saya dapati pendapatan seseorang Ahli Parlimen di sana amat mengejutkan dan saya berasa tersinggung dan sedih bila mana saya melihat rakan-rakan saya di Parlimen ini, profesion mereka begitu hebat. Seorang peguam, seorang usahawan, seorang engineer melepaskan jawatan mereka semata-mata menyumbang kepada rakyat. Rakyat terpinga-pinga, tertanya-tanya standard apakah wakil-wakil rakyat Malaysia.

Saya mengambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan yang dahulunya meletakkan pendapatan dalam profesion mereka, menjadi orang yang mewah. Setelah mereka masuk menjadi Ahli Parlimen, mereka telah meninggalkan semua lapangan dan telah menumpukan deskripsi kerja sebagai seorang wakil rakyat.

Wakil rakyat, tugas mereka tidak ada waktu, 24 jam memfokuskan kepada rakyat. Turun lapangan dan memberikan sumbangan tidak kira siang, petir, malam

final • 2:32 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

atau pun pagi. Inilah dia wakil rakyat. Namun, saya berasa agak sedikit terguris bila mana saya pergi ke Jakarta baru-baru ini dalam lawatan saya, saya dikhabarkan bahawa rakan-rakan saya Ahli Parlimen di Jakarta amat jauh facilities dan privilege yang mereka dapat. Saya terpinga-pinga.

Pernah satu ketika Yang Berhormat Arau bercakap, “Akhirnya, kita ini Ahli Parlimen apabila bersara akan menjadi kelompok pendapatan isi rumah dalam kadar orang miskin”. Saya terkejut. Maksudnya apa? Ada kenyataannya.

Kenyataannya ialah Ahli-ahli Parlimen, apabila mereka bersara mereka akan mendapat pencen dalam kadar orang miskin.

Saya mengambil peluang ini untuk membicarakan soal masa hadapan Ahli-ahli Parlimen. Sesuai dengan jawatan saya sebagai Pengerusi Kokus Pekerja, saya menganggap bahawa satu kajian semula, satu research harus dibuat. Mana mungkin kalau keadaan sekarang yang akan ada persoalan. Mengapa sekarang diminta begitu? Saya hendak mengambil peluang ini untuk menyatakan dengan jelas. Ada yang silu, ada yang malu untuk membicarakan soal ini. Ini soal mengangkat martabat Ahli Parlimen dalam bentuk untuk mendapatkan facilities dan privilege.

Di Korea, seorang Ahli Parlimen diberi tiga pekerja pembantu. Dalam negara kita, enggak ada. Ini yang berlaku. Saya tidak mahu bandingkan di Singapore. Di Singapore jauh lebih hebat. Saya hanya ingin merungkaikan sedikit di seberang Selat Melaka pendapatan dan juga facilities privilege mereka amat- amat membanggakan. Tidak mengapa, kita renung di sebelah utara. Walaupun dalam keadaan rusuhan dan sebagainya, Ahli Parlimen mereka masih diberi facilities dan privilege yang cukup membanggakan.

Tidak mahu saya bandingkan dengan British. Jauh lebih baik tetapi saya ingin mengakis sedikit simpati daripada yang berkenaan supaya merenung dan mengkaji semula facilities dan privilege yang saya lihat hari ini Ahli-ahli Parlimen dalam negara kita terpaksa bergelut dengan masalah ini dan terpaksa juga sanggup untuk memastikan pendapatan lebihan dibuat hingga mereka terpaksa berniaga. Untuk menghindarkan semua ini, saya yakin Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:32 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 2:32 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Ha, sila.

final • 2:32 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Bukan sahaja privilege atau pun keistimewaan dan segala kemudahan yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen di Malaysia ini agak kurang, tetapi bagi kita di pihak pembangkang, kita lagi teruk. Apabila kita terus didiskriminasikan, peruntukan kawasan kita masih dinafikan. Kadang-kadang rakyat meminta bantuan daripada kami, kami terpaksa mengeluarkan duit daripada kocek kita sendiri, menggunakan elaun kita sendiri. Jadi, kita terus didiskriminasikan oleh kerajaan yang dinamakan Kerajaan 1Malaysia ini.

Peruntukan kawasan Parlimen masih tidak diberi kepada kami. Ini kerana apabila kita menasihatkan, walaupun dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan mengatakan bahawa setiap Ahli Parlimen boleh memberikan nasihat atau pun memberikan cadangan bagaimana peruntukan kawasan kita digunakan, tetapi pengalaman saya, kita beri nasihat, kita beri cadangan, kita beri surat, tidak diendahkan. Ini kerana yang lebih berkuasa, nampaknya yang lebih berpengaruh ialah ketua UMNO bahagian di kawasan masing-masing yang menjaga peruntukan kita. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 2:32 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Minta laluan sebelum menjawab. Boleh?

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bagi sahabat dahulu, Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 2:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya jawab dahulu, dua isu sahaja.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Lenggong.

final • 2:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ringkas sahaja.

Bagaimana kerajaan di negeri Selangor, adakah ia juga memberi peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang di negeri Selangor? Itu sahaja.

final • 2:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya melihat daripada sudut kesaksamaan, maka kesaksamaan itu harus ditegakkan dalam mengikut keadilan, maka yang demikian saya merungkaikan bahawa kesaksamaan itu harus diberikan dalam bentuk keseluruhan. Ini yang menjadi prinsip dan dukungan saya selama ini. Pertama.

Keduanya apabila kita meletakkan Ahli-ahli Parlimen di dalam kategori- kategori yang tertentu. Saya agak terkilan apabila kategori Parlimen ini lebih rendah daripada kumpulan 54 dan saya merasakan mana posisinya, mana martabat dan darjatnya seorang Ahli Parlimen yang dilantik oleh rakyat, mengetuai satu kawasan yang dipanggil Parlimen. Sedangkan dalam masa yang sama, kumpulan 54 ini mendapat pendapatan mereka lebih baik daripada Ahli-ahli Parlimen. Ini bukan dikatakan memalukan tetapi ini bersikap di mana keadilan itu.

Saya terkejut apabila saya diberitahu kalaulah benar cerita ini, pencen atau persaraan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya sekitar RM15,000 sahaja. Saya berasa sedih kerana kita sebagai negara developed ini yang dikatakan contoh, namun kecontohan yang lain tidak menampakkan bahawa realitinya begitu.

Saya begitu sedih apabila saya ambil perbandingan antara ke akhir daripada pendapatan itu, daripada privilege dan facilities itu. Bila orang membicarakan soal mengapa harus diberikan keutamaan, ini dipanggil deskripsi kerja. Kerja yang memerlukan satu pembayaran keadilan dan pertanggungjawaban yang harus digalas oleh Ahli-ahli Parlimen. Saya percaya dengan kedudukan – bukan saya hendak bandingkan dengan CEO sesetengah syarikat sehingga pendapatan mereka RM108,000, tetapi yang saya mohon biarlah ianya bersesuaian dan bertepatan sebagai seorang Ahli Parlimen yang bekerja untuk kawasan rakyatnya. Beliau sudah habis, biar saya cakap dahulu tentang hak dan kesaksamaan.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya merayu supaya kajian semula dilakukan untuk memastikan bahawa Ahli-ahli Parlimen juga tidak tercicir daripada diberikan perhatian dan akhirnya...

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Laluan, laluan, Kuala Krau.

final • 2:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Silakan Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat sahabat saya. Pusing punya pusing ini maksudnya apa? Maksudnya Yang Berhormat Kuala Langat ini hendak mencadangkan Ahli-ahli Parlimen ini dinaikkan gaji atau apa? Jadi terus terang sahajalah kata minta gaji Ahli-ahli Parlimen ini dinaikkan termasuk juga imbuhan-imbuhan atau keraian dan sebagainya.

final • 2:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya minta Tuan Yang di-Pertua masukkan dalam saya punya ucapan sebagai sokongan. Saya tidak kata, Yang Berhormat Kuala Krau yang kata. Saya kata privilege dan facilities, maknanya dijawab oleh Yang Berhormat Kuala Krau mengikut pandangannya. Jadi, saya anggap pandangan itu masukkan dalam saya punya Hansard dan jadikan ia sebagai satu pandangan beliau dan mewakili seluruh wakil rakyat di dalam Dewan ini. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ya benar. Dalam keadaan kita tercari-cari begitu lama, saya teringat kalau tidak silap saya bila mana Allahyarham Tun Abdul Razak mengikut laporan telah pun mewujudkan skim persaraan kepada Ahli-ahli Parlimen. Saya rasa privilege dan facilities ini boleh diangkat kembali dan direnung bagaimana untuk kita menggerak, cergaskan aktiviti kita supaya wakil rakyat-wakil rakyat ini tidak bercakap seorang, akhir bulan menunggu keadaan, hujung tahun menunggu saat ke hala mana tidak dapat bergerak kerana sumbangan- sumbangan ini untuk rakyat terbatas.

Saya memohon supaya dikaji semula dalam bentuk facilities dan privilege yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen, dengan tegasnya kami juga adalah pekerja-pekerja yang bekerja untuk rakyat harus mendapat manfaat dan faedah daripada apa yang termaktub dalam akta pekerja itu sendiri. Saya memohon sokongan daripada semua Ahli Yang Berhormat dalam isu untuk menaik taraf facilities dan privilege Ahli-ahli Yang Berhormat pada pembahasan ini.

Keduanya, ibu. Ibu atau wanita. Semalam Tuan Yang di-Pertua saya membaca keratan akhbar muka hadapan Metro, saya sudahlah dibelenggu kesedihan berita demi berita, semalam seorang bayi 30 hari usianya dimasukkan ke dalam ICU kerana gegaran badannya dilakukan dalam keadaan yang kritikal.

Saya diilhamkan sebelum tidur, apa tindakan kita? Apa hala tuju kita?

Hanya kita membaca, sedih, menangis dan kita riuh rendah dalam isu ini. Tuan Yang di-Pertua, ibu adalah segala-galanya, sesiapa yang menderhaka kepada ibu, nerakalah jawabnya. Ibu, syurga ku di tapak kaki ibu. Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, siapa yang harus dihormati? Jawabnya ibu mu! Ditanya lagi, ibu mu!

Kali keempat baru bapa mu. Tahap ibu ini terlalu mulia, ibu dianugerahkan oleh Allah cukup hebat, sengsara mereka ketika melahirkan anak, Allahuakbar. Suami tidak pernah rasa walaupun saya seorang suami tetapi beban, kesan, kepedihan, kesengsaraan ibu itu harus dihargai dan dihormati. Pada Hari Ibu yang lalu, NGO- NGO seluruh warga kesatuan-kesatuan sekerja, mereka telah mencadangkan iaitu pindaan terhadap rang undang-undang Akta Pekerja 1955 di bawah seksyen 37(a) hendaklah dipinda.

Daripada 60 hari kepada 90 hari, alasannya jelas. Semalam berita telah membuktikan, ibu bilamana telah melahirkan anak perlu diberikan perhatian atas roh kedua-duanya untuk naluri mereka bersama. Sekarang ini 60 hari, belum habis bicara, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pun bercakap, mengikut laporan kalau benar, beliau tidak setuju. Yalah mungkin beliau tidak setuju sebab beliau lelaki, kalau betul beliau tidak setuju. Akan tetapi, penekanan yang saya hendak bawa hari ini ialah di negara sebelah selatan telah pun mengamalkan 90 hari, di

final • 2:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

negara sebelah Selat Melaka sudah pun mengamalkan 90 hari, di sebelah selatan telah pun mengamalkan 112 hari. Mengapa kita masih terpinga-pinga mencari tarikh yang sesuai ataupun tempoh yang sesuai untuk ibu yang bersalin? Jangan menunjukkan kita zalim kepada wanita dan ibu.

final • 2:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Jangan kita hentikan kebolehan seorang ibu, di samping menjadi ibu, dia juga menjadi seorang pekerja. Saya tidak mahu bersekongkol dengan mereka yang mengatakan wanita tidak boleh diberikan keutamaan kerja. Saya tidak boleh bersama-sama dengan kelompok mereka yang tidak bertamadun yang menafikan hak wanita dalam menjayakan kerjaya mereka. Oleh yang demikian, saya berasakan terpanggil pada hari ini untuk merayu tersangat amatlah kepada Menteri Sumber Manusia supaya meminda seksyen 37A di bawah Akta Pekerja 1955 untuk diberikan rapatan, keakraban, kasih sayang bayi kepada ibunya sebelum ibunya meneruskan kerjaya mereka.

Saya tidak mahu bandingkan di Europe kerana jauh lebih baik, kerana ini memberikan ketidakadilan kepada pemerintah yang hanya memberikan tempoh 60 hari dalam proses untuk wanita bersalin.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Boleh beri laluan?

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Ya, silakan.

Wanita kena bagi.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih. Saya amat menyokong apa yang dikata oleh Yang Berhormat tadi. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, macam manakah kalau kita mencadangkan kepada kementerian supaya memberi insentif kepada badan-badan korporat yang meletakkan sekurang-kurangnya 30% wanita dalam organisasi mereka dan mereka ini, maknanya wanita diberi peluang untuk menduduki decision making position, dengan izin. Apa pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat. Saya...

final • 2:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Laluan sedikit boleh tidak? Sama, sama, sedikit sahaja.

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Menyampuk]

final • 2:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Beliau ini pejuang kesatuan sekerja yang cukup hebat. Cuma saya hendak tanya pandangan. Kita dengar CUEPACS baru-baru ini tidak berapa setuju nampaknya bila banyak sangat wanita menjawat jawatan tinggi di sektor awam dan sebagainya. Apa pandangan pejuang kesatuan sekerja?

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya sebelum ini, siapalah saya kalau tanpa ibu saya. [Ketawa] Siapalah wanita tanpa lelaki. Siapalah lelaki tanpa wanita. 30% ini adalah minimum. Kalau hendak mengangkat martabat wanita, tidak ada percentage harus diletakkan dan saya mengagumi seperti mana Yang Berhormat Batang Sadong bercakap tadi, itu minimum. Saya akui bahawa jangan perlekehkan wanita. Kalau tanpa mereka, siapa kamu? Jangan pertikaikan kepimpinan wanita. Itu sebab presiden kami wanita. [Ketawa] Baik. Daripada...

final • 2:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Akan tetapi tidak ada kuasa, tidak ada kuasa. [Ketawa] Kuasa tidak ada.

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak masa lagi – dua isu sahaja, tidak lebih.

Isunya sekarang ialah untuk mengangkat martabat wanita ini bukan retorik.

Jangan bicara, “Kami menjaga kepentingan wanita...”, tetapi apa pun tidak buat.

“Kami menjaga wanita...”, tetapi minta 90 hari tidak boleh. Ini apa ini? Akhir kata, apa bicara dalam kita hendak memastikan perkara ini jadi kenyataan.

Oleh sebab itu saya cadangkan seksyen 37A itu dipinda tanpa rasa segan-silu, tanpa memikirkan korporat akan lari. Allah! Negara kita ini kaya-raya, Tuan Speaker. Hasil-mahsul negara kita ini, minyak sudahlah. Bagi semua rakyat kita kaya-raya. Tidak ada orang miskin, macam Brunei. Kaya-raya semua. Dia takut apa dengan korporat? Korporat-korporat ini ambil untung. Hendak jaga hati mereka sedangkan rakyat kita menjadi mangsa. Itu bukan prinsipnya. Kita duduk pun rakyat yang sokong kita. Jangan lupa, 2008, swing itu berbeza kerana apa?

Akta Pekerja dipinda, Akta Perusahaan dipinda. Diikat kekuatan kami. Baru ini kami menang, seksyen 26 (1A), saya lawan di mahkamah, saya menang.

Kerana apa? Degil sangat Menteri Sumber Manusia tidak dengar kata.

Kita lawan menang, sebab hak itu. Kembali kepada hak itulah. Tuan Speaker, saya memohon supaya diberikanlah 90 hari itu. Kita tidak boleh pandang daripada aspek dua, tiga korporat cakap tidak boleh, ini semua, kita sudah kelam-kabut. 6 juta ini.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Minta sedikit penjelasan. Ya, sedikit sahaja. Kalau tadi alasannya ialah korporat, saya rasa berita gembira juga untuk orang korporat sebab juga dibahaskan oleh saya pada penggal yang lepas, juga dibahaskan oleh menteri wanita, apa yang dipanggil sebagai ekonomi hawa, female economy telah terbukti mengikut kajian, ekonomi wanita ini apabila dicantum, melebihi pasaran India dan China. Jadi dari segi justifikasi korporatnya pun, dengan memberi penekanan kepada wanita ini pun, ekonominya betul.

Sebab itu saya menyeru sokongan atau penjelasan daripada Yang Berhormat ini agar kerajaan hari ini apabila melakarkan Model Ekonomi Baru itu, New Economic Model itu menjadikan asas female economy itu, ekonomi hawa itu sebagai asas kerana dari segi pasarannya pun betul, dari segi kekuatan keibuannya betul. Mohon penjelasan.

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Itulah kenyataannya. Maknanya kita mempunyai nilai murni untuk mengangkat martabat wanita. Berbalik kepada - saya ada empat minit lagi. Boleh tidak ini? Empat minit.

Mengikut daripada pertanggungjawaban bersama, saya ingin mencadangkan kepada Menteri Sumber Manusia supaya diberi ruang sekurang- kurangnya tujuh hari untuk si suami itu menumpukan sepenuhnya kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan kasih sayang yang ditonjolkan kepada isterinya bahawa “aku tidak cari lain ketika kau dalam pantang. Duduk diam-diam, aku jaga kau, makan, minum, anak.” Itu yang kita hendak zahirkan. Maka yang demikian, saya cadangkan supaya Menteri Sumber Manusia memikir bagaimana untuk memastikan bayi ini dilayan sungguh istimewa, cahaya mataku.

Jadi ini satu cadangan yang boleh saya rasa tidak boleh dipertikaikan kerana tanggungjawab suami yang baik-baik, bukan suami yang keparat-keparat.

Suami yang baik-baik ini sentiasa menjaga kepentingan isteri dan anak ini, diberikan tujuh hari cuti bergaji untuk mereka memfokuskan, menumpu, meluahkan kasih sayang kepada bayi yang baru menjelma dalam dunia ini.

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Keduanya Tuan Speaker, saya ingin meminta permohonan dan rujukan kepada Menteri Sumber Manusia supaya mengkaji semula seksyen 37(c), Akta Pekerja 1955 yang memperuntukkan lima anak untuk satu wanita. Kita hendak ambil konsep 2020. Pada tahun itu 70 juta penduduk. Negara kita kalau ikut puratanya, tanah masih lagi kosong banyak. Jadi perlu apa ada satu undang- undang yang mengehadkan seorang wanita lahir lima anak mendapat benefit.

Mengapa kita zalim sangat hendak buatkan kuota lima orang, cukup. Ini macam satu union, MAS Union.

Minta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedikit agresiflah. Mana mungkin dua orang sahaja layak untuk dilahirkan di muka bumi ini untuk seorang ibu yang bekerja di syarikat MAS. Saya mohon supaya perjanjian bersama ini harus diperbaiki. Ini tidak bersikap manusiawi. Saya tidak bersetuju langsung dalam pembentukan ini. Jadi saya minta Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pergi jumpa dengan pentadbir MAS supaya kaji semula dua anak ini. Saya rasa zalim, cukup zalim.

Maka yang demikian, untuk umumnya rakyat terbanyak di bawah Akta Pekerja 1955, seksyen 37(c) ini, saya mohon kementerian anjakkan. Sekurang- kurangnya jangan adalah. Hendak beranak banyak mana pun, beranaklah, itu hak mereka. Saya pun keluarga 10 orang. Dua simpan, tinggal lapan. Saya rasa tertekan bila orang cakap lima anak sahaja dapat benefit, yang lain tidak bergaji penuh. Tidak bergaji lagi. Allahuakbar! Negara apa kita ini? Sudah merdeka bertahun-tahun, guna lagi akta tahun sebelum merdeka. Ini bolehlah, dahulu susah hendak melahirkan anak. Sekarang ini mudah. Jadi kita minta kementerian kaji semula di bawah seksyen 37(c) ini supaya memberikan ruang seluas-luasnya mengangkat martabat wanita.

final • 2:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Letakkan dia di tahap yang maksimum supaya kemuliaan wanita itu dianggap yang terbaik dalam sejarah negara. Wabillahi Taufik Walhidayah wassalamulaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau.

final • 3:00 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya berbahas dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik beberapa perkara terutama berhubung dengan persoalan pertanian. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, iaitu bermula pada 2006 sampai 2010, kita melihat sasaran pengeluaran padi negara adalah sekitar 90% pada tahap SSL ataupun pada tahap sara diri dalam pengeluaran beras bagi menjamin bahawa import beras kita daripada luar negara akan dapat dikurangkan. Walaupun begitu, sasaran ini tidak dapat dicapai kerana disebabkan oleh beberapa perkara seperti kenaikan kos pengeluaran sekitar 37% hingga 46% dan ternyata kenaikan kos pengeluaran ini telah menyebabkan pendapatan bersih petani telah pun merosot sekitar 20% hingga 40%.

final • 3:01 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Jadi, menyedari hakikat ini kerajaan telah cuba mengurangkan bebanan kos yang terpaksa ditanggung oleh petani iaitu dengan memberi beberapa insentif pengeluaran padi pada Mac 2007. Misalnya, dalam upah membajak sekitar RM100 sehektar subsidi input pertanian sekitar RM140. Walaupun pemberian ini dianggap dapat meringankan sedikit bebanan kepada para petani terutamanya dalam pengendalian IPP ataupun Bantuan Input Pertanian yang dikendalikan oleh pelbagai pihak dan agensi kerajaan selain daripada MOA telah bertindak sebagai perancang dan pemegang dasar. Kita amat mengalu-alukan supaya bantuan ini terus dibuat berdasarkan kepada keluasan kawasan tanah pertanian terutamanya penanaman padi sekitar 736,000 hektar di seluruh negara. Jadi dalam jangka masa setahun kesemuanya telah melibatkan kos sekitar RM140 juta yang melibatkan pembiayaan baja sebatian urea, GML Kapur yang dibekalkan oleh NAFAS dan termasuklah baja-baja tambahan yang diberikan seperti baja organik, baja semburan dedaun, baja mapan, baja tonik tambahan dan baja organik.

Cuma di sini kita melihat dalam soal mengurus tadbir soal mengendalikan bahan input berkenaan. Apa juga peruntukan besar yang disediakan oleh kerajaan hasrat murni ini tidak akan dapat dicapai. Kalau dalam kerja-kerja perbekalan dilihat begitu banyak kelemahan yang berlaku dan secara tidak langsung apabila petani mengusahakan tanah-tanah mereka, mereka tidak dapat menghasilkan pengeluaran yang terbaik kerana kelewatan bantuan yang diberikan oleh pembekal dan agensi-agensi yang dilantik oleh kerajaan. Dalam hal ini kita lihat yang pertama hampir 40% mutu kerja yang dibuat semasa supply yang dibuat oleh pembekal adalah tidak mengikut spesifikasi dan panduan ini berdasarkan kepada fakta yang telah dikenakan penalti oleh kerajaan kepada pihak pembekal.

Seterusnya soal kelewatan. Kelewatan penghantaran input baja juga telah menjejaskan atur cara penggunaan dan sekali gus menidakkan kesan input berkenaan. Kemudian tiada pelarasan harga. Pengurusan pelarasan input baja yang tidak efisien ini dan produktif menyebabkan pembekal dan agensi serta kerajaan tidak dapat mengikut jadual yang sepatutnya dibuat bagi kita menjamin schedule ataupun jadual tanaman itu berada dalam right track. Seterusnya ialah kemudahan infrastruktur di PPK-Pertubuhan Peladang Kawasan masih jauh ketinggalan di mana saiz gudangnya masih kecil, aktiviti mengurus tadbir, pelaksanaannya jauh ketinggalan, soal logistik, soal kapasiti simpanan dan semuanya masih menggunakan kaedah-kaedah yang sudah jauh ketinggalan zaman yang mana mekanisme sedia ada di zaman yang serba canggih ini tidak lagi diguna pakai dalam kaedah delivery ini.

Sistem pengurusan pelaksanaan input baja masih dijalankan secara manual berdasarkan struktur implementasi yang berdasarkan enterprise resource planning dengan izin iaitu dari proses bancian penerima, proses membuat pesanan, proses menerima baja, proses simpanan dan sehingga stok dalam proses terakhir sampai kepada petani kemudian dengan izin service after purchase, khidmat selepas jualan. Sokongan bengkel yang berasaskan pembinaan pengetahuan dan sebagainya demonstrasi, tunjuk ajar, semuanya tidak dapat dilaksanakan. Jadi kita lihat apa juga bantuan yang dibuat untuk membantu petani, mendidik petani memberikan kesedaran kepada petani, tidak dapat berada dalam right track di atas landasan yang sebenar di mana soal-soal begini sebenarnya kita tidak mahu bazir wang kerajaan dan kita mahu ianya berada dalam landasan yang sebenar yang membolehkan penglibatan aktif pembekal-pembekal ini terutama dalam membantu kerajaan membuat kajian yang berkesan terhadap bahan input dalam tempoh perbekalan yang ditetapkan.

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah harus diambil misalnya penglibatan agensi, GLC, kerajaan yang berimej korporat harus dibuat

final • 3:01 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

bagi mengendalikan pengurusan membahagikan baja dan input baja ini. Kita tidak mahu setahun kita buat cubaan kepada syarikat ini. Kelewatan sampai tiba-tiba peringkat harvesting season dengan izin baru baja sampai. Jadi bagaimana petani hendak mengendalikan urusan penjadualan dengan baik? Ke mana soal kawalan dan piawaian juga tidak sebab kadang-kadang dia bagi kepada syarikat-syarikat yang kurang kemampuan. Setengahnya tidak ada pelan untuk menghasilkan baja organik sekalipun. Tidak ada pelan.

Jadi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kita mahu soal harga, soal penyelarasan, soal-soal demonstrasi, soal tunjuk ajar yang menyeluruh dan berpanjangan perlu dibuat oleh kerajaan bagi memastikan bahawa semua petani yang sepatutnya mendapat akses dan bantuan daripada kerajaan ini akan dapat melaksanakan tugas seperti yang dijadualkan. Kita menyuruh rakyat menyertai beberapa skim. Akan tetapi di pihak kerajaan juga ada kelemahan yang harus diperbetulkan.

Bagi mengatasi hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya anak syarikat MKD Menteri Kewangan diperbadankan bernama Konsortium Baja Nasional Sdn. Bhd. diberi tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti seperti yang saya sebutkan tadi seperti aktiviti jualan, aktiviti mengendalikan semua syarikat yang terlibat kerana di negara kita ada banyak syarikat membuat baja organik yang sebenarnya bermutu tinggi. Akan tetapi mereka tidak mendapat peluang kerana tidak ada satu syarikat yang dapat mengurus semua aktiviti dikoordinasikan secara langsung termasuklah aktiviti huluan dan juga hiliran yang lebih tersusun. Jadi selepas Konsortium Baja Nasional telah ditubuhkan pada 2007 ini, kita lihat banyak aktivitinya tidak dapat dijadualkan.

Kalau pihak kerajaan tidak bersetuju dengan pengerusi dan juga CEO dia, kita boleh tukar. Akan tetapi yang penting syarikat ini telah ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti dan benda yang sama. Saya difahamkan baru-baru ini yang melibatkan beberapa agensi kerajaan ada sebuah lagi syarikat yang menjalankan aktiviti yang sama yang telah ditubuhkan oleh kerajaan yang bernama Synergy Perdana untuk apa? Dua syarikat MKD satu syarikat MKD dan satu syarikat ditubuhkan oleh agensi menjalankan aktiviti perniagaan yang sama, ditubuhkan, sehinggakan saya difahamkan telah mendapat bantahan daripada pegawai tertinggi di Kementerian Kewangan itu sendiri. Jadi dalam hal ini, bagi memastikan bahawa bantuan-bantuan yang dirancang supaya memastikan taraf pertanian, taraf pengeluaran aktiviti pertanian kita berada dalam keadaan yang lebih baik.

final • 3:01 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Kita bernasib baik kerana kerajaan masih membantu. Kalau kita bandingkan dengan negara-negara yang maju dalam sektor ini, mereka tidak pernah mendapat bantuan di dalam kerajaan, tetapi mereka masih menjadi negara pertanian yang hebat, contohnya Thailand tidak payah pergi jauh. Thailand jiran tetangga kita. Walaupun mereka tidak pernah mendapat subsidi, bantuan input pertanian, insentif pengeluaran itu, ini dan sebagainya tetapi mereka masih menguasai input pertanian. Bahkan hasil pengeluaran mereka melibatkan perishable goods dengan izin, barang-barang seperti buah-buahan dan sebagainya menguasai bukan pasaran asing, pasaran Eropah, pasaran Amerika Tengah, pasaran Amerika Selatan kerana mereka mengatakan bahawa mereka berusaha. Oleh sebab itulah dalam hal ini terutamanya melibatkan marketing arm misalnya.

final • 3:10 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Kita harus pastikan FAMA sekarang ini mungkin apabila mereka sebagai agensi kerajaan, mereka mungkin. Bukan saya tidak mengatakan FAMA tidak mampu berdaya saing tetapi di negara-negara lain, soal pemasaran ini kita biarkan pihak swasta yang mengendalikan. Di Thailand ada lapan gergasi dalam marketing arm, hanya dua syarikat sahaja yang ada barang-barang bekalan yang boleh dipasarkan dan enam lagi tunggu bagaimana mereka untuk mendapatkan akses dan barangan untuk mereka hantar ke luar negara.

Saya bertanya kepada Ketua Pengarah FAMA, beliau beritahu saya kita ada buah-buahan, saya kata macam mana kita tidak cukup supply? Beliau kata buah-buahan yang ada di negara kita bukan yang berkualiti, yang boleh di akses untuk mendapatkan pasaran luar. Yang ada pun beliau kata untuk penggunaan tempatan pun tidak mencukupi. Jadi sebab itu kalau kita sudah melihat hasil atau produk yang dihasilkan oleh petani-petani di negara kita tidak mengikut ataupun merupakan hasil-hasil tradisional yang belum lagi ditanam semula dan sebagainya harus semua dusun-dusun dan juga tanah-tanah pertanian yang tidak mengeluarkan hasil pertanian berkualiti diganti dengan yang baru dengan kadar yang segera.

Ini kerana kita pastikan kalau kita berada di Amerika pun, kalau buah rambutan, ada buah rambutan tetapi from where? From Thailand, bukan dari negara kita. Begitu juga pasaran-pasaran baru di Amerika Selatan dan di Amerika Tengah, semuanya dikuasai oleh barang-barang pertanian daripada Thailand dengan akses pasaran menerusi marketing arm yang dibuat oleh pihak swasta.

Mungkin kerajaan boleh memikirkan dalam hal ini untuk kita corporatizedkan FAMA atau privatizedkan FAMA kerana tiada tanggungan. Ini kerana sekarang ini tiap-tiap kali bantuan besar terpaksa diberikan dan kita lihat FAMA hanya mampu mengendalikan urusan di dalam negara tetapi di luar negara mereka tidak ada cukup sayap bagi membuat akses pasaran yang sebenar seperti yang mana diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian tentang soal beberapa prasarana usang. Kebanyakan prasarana yang ada sistem saliran di negara kita kebanyakannya dibina di awal kita mencapai kemerdekaan. Jadi walaupun di dalam keadaan sekarang, kita mungkin terpaksa memotong sebahagian daripada bajet sesetengah kementerian melibatkan 30%, 20% dan sebagainya tetapi soal- soal yang melibatkan perkara strategik ia tidak harus dipotong atau mesti diteruskan. Ini kerana terutamanya melibatkan saliran-saliran air beberapa terusan di kawasan MADA, KADA, dan lain-lain yang sebenarnya amat diperlukan peruntukan berkenaan bagi ditukar dengan prasarana yang baru kerana untuk pastikan bahawa sistem saliran bagi kegunaan pertanian dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Kita sedang menuju ke arah ekonomi inovasi seperti mana yang berlaku pada banyak negara di dunia ini. Kita harus ingat bahawa mungkin kita terlupa dalam ‘BRIC Countries’ dengan izin Brazil, Rusia, India, Indonesia dan China.

Indonesia mungkin naik turun tetapi yang empat lagi merupakan kuasa ekonomi baru di masa depan dengan mereka mempunyai purchasing power dengan izin yang cukup besar, kuasa membeli yang cukup besar dengan jumlah penduduk mereka. Kita tidak termasuk di dalam BRIC tetapi kita harus berhati-hati bahawa kemunculan BRIC ini sebenarnya merupakan harus kita menyertai mereka dengan penyediaan-penyediaan terutamanya dari segi model pendidikan, human capital.

Dalam hal ini kita mesti ada fundamental yang kukuh, satu sistem pelajaran yang dapat menjadikan human capital yang mampu bersaing dan hebat.

final • 3:10 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Dahulu kita boleh dikatakan hebat, tetapi sistem pelajaran kita sekarang perlu dikaji semula. Kalau Korea Selatan, Finland, Singapore menjadi contoh kepada negara Amerika dan sebagainya, kenapa kita tidak membuat kajian semula? Saya difahamkan kemungkinan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran akan mengumumkan sedikit masa lagi tentang School Improvement Program.

Akan tetapi, walau bagaimanapun kita harus membuat kajian semula supaya menjadikan human capital yang kita sediakan ini mempunyai prasarana yang menarik, fundamental yang menarik terutama tentang soal gaji guru. Jangan kita persoalkan. Dunia perguruan yang sebenarnya cukup penting dalam menyediakan tenaga asas yang begitu kukuh ini tidak dijadikan satu profesion yang menarik.

Jangan menjadi last resort dengan izin, kepada anak-anak muda kita. Last choice - pilihan terakhir. Terima kasih kepada Yang Berhormat Putrajaya atas terms yang diberikan kepada saya.

Biar bidang ini kita angkat martabat tinggi sedikit. Ini DG41 mereka menunggu sampai 10 tahun, adanya sampai pencen, terpaksa menunggu begitu lama sedangkan PTD umur 31 kadang-kadang sudah dapat N48. Jadi biar...

final • 3:10 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Arau.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Oh, belakang. Silakan.

final • 3:10 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya mendengar tadi dengan penuh khusyuk mengenai isu-isu pendidikan yang dibawa oleh Yang Berhormat Arau.

Jadinya saya hendak tanya juga pandangan daripada Yang Berhormat Arau sama ada Yang Berhormat Arau setuju atau tidak mengenai School Improvement Program (SIP) seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran semalam. Dalam mengira School Improvement Program dengan izin, Yang Berhormat Arau setuju atau tidak kita perlu considerkan antara pendidikan bandar dengan luar bandar supaya jurang perbezaan pembelajaran dan pengajaran ini dapat dirapatkan dengan, maksud saya supaya ia dapat dirapatkan jurang ini. Setuju atau tidak consideration itu berpandukan kepada lokasi dan keadaan sekolah itu ditempatkan.

final • 3:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sangat bersetuju dan saya masukkan ucapan Yang Berhormat Parit Sulong sebagai sebahagian daripada ucapan saya kerana kita harus ingat bahawa mesti dibuat mengikut lokasi. Kalau tidak, akan berlaku ketidakadilan dalam soal pengiktirafan dan juga soal-soal penilaian yang melibatkan. Kalau murid di Pokok Sena mungkin - Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, jauh di luar bandar. Di Pedu misalnya, jauh di pedalaman hendak dibandingkan dengan Sultanah Bahiyah di Alor Setar, tidak boleh.

Anak-anak di bandar, mereka terdiri daripada anak-anak yang mempunyai kemampuan. Di kampung mereka tidak ada kemampuan - tuisyen diberi percuma.

Kalau tidak diberi percuma mereka tidak mampu menghadiri tuisyen dan ibu bapa juga tidak mampu akses terutamanya mereka mengajar matematik dan sains yang diajar dalam bahasa Inggeris yang menyebabkan berlaku jurang terlalu jauh. Oleh sebab itu berlaku inferior. Kalau mereka datang ke bandar mereka merasakan satu kejutan bagi mereka untuk bersaing dengan anak-anak bandar yang mereka anggap mempunyai advantage yang lebih dari segala-galanya.

final • 3:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sebab itu soal lokasi dan penilaian walaupun 4A di luar bandar mungkin sama dengan 5A di dalam bandar. Begitu juga 5E di bandar, penilaiannya lain daripada 3A di sekolah luar bandar yang jauh di pedalaman. Seperti mana yang diberitahu oleh Timbalan Menteri Pelajaran bahawa ada sekolah di Sabah yang terpaksa berjalan kaki sehingga lapan jam. Jadi 1A atau 1C juga, mereka ini perlu diangkat dan diletakkan di sekolah-sekolah terbaik bagi meneruskan penghidupan dan juga kualiti yang lebih cemerlang.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Pohon laluan Yang Berhormat Arau dan Padang Terap.

final • 3:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sila.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Saya bersetuju dengan apa yang disebut. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Arau yang memberi laluan. Saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau, memang berlakunya jurang pendidikan di antara bandar dan di luar bandar. Saya baru balik dalam tiga hari lepas, berjumpa dengan pelajar terbaik di kawasan saya - kawasan Pedu, Padang Terap. Di mana ada seorang yang mendapat pelajar terbaik 10A, dia ambil 12 mata pelajaran - 10A 2B. Kerja dia buat roti Arab, jual roti Arab petang, kemudian bancuh air di gerai makan dan dia sangat miskin.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Pada masa yang sama, di sekolah kualiti guru-guru, sekolah pun yang cukup – sekolah saya ingat baiklah tetapi kuarters guru pun ada yang tidak dapat CF dan sebagainya.

Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Arau, adakah Yang Berhormat Arau bersetuju agar kita pada peringkat pedalaman ini, kerajaan perlu memberikan satu bentuk dorongan umpamanya seperti biasiswa – bukan sekadar beri ruang untuk pergi ke tempat-tempat yang lebih baik tetapi biasiswa, dermasiswa ini di kembalikan semula kepada pelajar-pelajar terutamanya di kawasan pedalaman ini? Saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih sahabat saya dari Padang Terap. Saya amat bersetuju sebenarnya. Sekarang ini pun ada usaha-usaha yang telah dibuat oleh kerajaan dengan mengadakan asrama desa dan sebagainya dengan peruntukan yang begitu tinggi. Akan tetapi, biar kawasan luar bandar ini dijadikan sebagai best plain.

Kita terpaksa menempatkan guru-guru yang baik dan berkualiti bagi suasana yang lebih adil, terutamanya dari segi bidang pendidikan yang dapat dinikmati oleh anak-anak kita di luar bandar. Jadi dalam hal ini kerajaan perlu lebih bertegas demi menghasilkan satu human capital yang berkualiti yang tidak ada jurang di antara bandar dan luar bandar. Bukan sahaja kita lihat daripada sudut sosioekonomi tetapi daripada segi pelajaran juga merupakan antara perkara- perkara jangka panjang yang sebenarnya perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Laluan sedikit.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Sedikit, boleh?

final • 3:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sila, sila.

final • 3:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kita sedar dengan keadaan ekonomi hari ini, kerajaan buat pemotongan yang begitu banyak juga dalam bidang pendidikan ini. Kita dalam waktu yang sama mengharapkan supaya guru-guru, warga pendidik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan kecemerlangan anak-anak kita.

Setujukah kalau saya bertanya pandangan Yang Berhormat Arau, dalam apa keadaan sekali pun, dengan keadaan ekonomi hari ini kita minta supaya kementerian harus juga memberikan perhatian supaya elaun perjalanan guru- guru, tuisyen atau apa juga perkara-perkara yang berhubung kait dengan guru untuk melaksanakan tugasnya harus diberikan perhatian dan tidak dibuat pemotongan dan sebagainya?

final • 3:20 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah ini, saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat Arau, adakah setuju bahawa dalam usaha meningkatkan kualiti di sekolah ini, kualiti di maktab- maktab perguruan juga perlu diberikan perhatian atau di pusat institut pendidikan guru? Ini kerana, kebanyakan institut pendidikan guru ini ditubuhkan sebelum merdeka dan awal-awal kemerdekaan dahulu.

Pusat-pusat latihan guru ini kalau kita pergi melawat, ia telah menjadi begitu sesak dengan pelbagai latihan guru diadakan di situ. Akan tetapi, dari segi infrastrukturnya masih lama dan tidak mampu untuk menghadapi pertambahan pelajar yang begitu ramai. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Arau dalam soal ini? Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong dan... [Disampuk] Hendak habiskan, tinggal lapan minit sahaja. Tidak mengapalah, silakan Yang Berhormat Pokok Sena sahaja.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Arau. Pasal beliau sebut Pokok Sena tadi, itu yang saya bangun.

Yang Berhormat, tadi saya sependapat dengan pandangan Yang Berhormat Lenggong. Masalah yang berlaku sekarang ini ialah apabila berlaku pengurangan peruntukan, akhirnya terpaksa membebankan kepada pihak sekolah untuk menampung pembayaran-pembayaran seperti elektrik, air dan sebagainya.

Jadi akhirnya menyebabkan guru di sekolah ini, pihak pengetua hilang fokus untuk membantu membangunkan pelajar-pelajar dari segi pencapaian akademik dan sebagainya. Ini kerana, kalau saya lihat termasuk bil air, bil-bil api terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah – kemudian sekali gus guru dan pengetua terpaksa berjimat dari segi kertas untuk peperiksaan, kertas untuk membuat ujian- ujian dan sebagainya terpaksa dikurangkan.

Jadi, saya tidak tahulah sama ada Kementerian Pelajaran selepas ini hendak menyuruh guru besar berniaga kuetiau kerang untuk menampung bil elektrik. [Ketawa]

final • 3:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Kuetiau kerang. [Ketawa]

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Jadi saya minta Yang Berhormat supaya bersetuju kalau boleh kita menuntut supaya semua perkara yang saya sebutkan tadi itu mesti dikembalikan supaya pihak kerajaan, jabatan ataupun kementerian menanggung semua perbelanjaan tersebut.

final • 3:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Ya, saya bersama dengan Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Lenggong dalam hal ini mempunyai pandangan dan hala tuju yang sama walaupun dalam keadaan pemotongan bajet dibuat.

Bagi perkara-perkara yang melibatkan persoalan strategik, keperluan, sebenarnya tidak perlu dipotong oleh kerajaan. Kalau kita hendak menyediakan keperluan tenaga perguruan yang mencukupi, mungkin KPLI dan kursus-kursus perguruan yang lain-lain, latihan-latihan yang saya katakan tadi bagi memastikan bahawa kita mendapat best ‘plain’.

Itu menyediakan tenaga yang begitu baik. Oleh sebab itu dalam hal ini, walaupun dalam kegawatan, mungkin kita boleh melihat peruntukan yang lain untuk kita tambah di sini bagi memastikan kita dapat hasilkan suasana P&P yang terbaik pada peringkat persekolahan.

Menyentuh tentang IPG, walaupun telah diubah daripada maktab perguruan menerusi Akta IPG ini, kita lihat masih ada dari segi syllabus dan juga prasarana yang berada di IPG masih dalam keadaan pada tahap yang usang yang perlu sebenarnya digantikan dengan peralatan-peralatan yang baru selaras dengan IPG yang menawarkan kursus-kursus pada peringkat yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berhubung dengan cadangan Bank Negara untuk memperkenalkan skim yang baru, iaitu untuk polisi insurans pihak ketiga yang bakal dilaksanakan, insya-Allah pada pertengahan tahun 2010. Saya difahamkan bahawa Bank Negara akan membentuk sebuah syarikat khas yang baru, iaitu untuk melaksanakan dan menerima semua caruman insurans pihak ketiga dengan modal RM500 juta.

Persoalan di sini, mengapa perlu diwujudkan sebuah syarikat khas sedangkan pada masa ini sudah ada lebih kurang 10 buah syarikat insurans di negara kita yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial termasuk menjalankan insurans bagi pihak ketiga? Tambahan pula, skim insurans baru ini tidak membenarkan pencarum insurans untuk membawa kes tuntutan mereka ke mahkamah sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan hasil pampasan yang diberikan oleh syarikat insurans. Ini termasuk kita juga tidak diperjelaskan tentang soal charge, yang kerana pihak ketiga ini kebanyakannya digunakan oleh kawan- kawan yang berpendapatan rendah, rakan-rakan rakyat kita yang menunggang motosikal, yang menaiki kereta-kereta yang boleh menggunakan scrap iron sudah boleh – kereta-kereta yang sudah lama.

Jadi, apakah ini satu penindasan terhadap golongan miskin? Ini kerana, kebanyakan pencarum insurans ketiga ini orang yang tinggal di luar bandar – penoreh getah, penunggang-penunggang motosikal. Jadi perlu dibuat kajian mengenai perkara ini supaya tidak membebankan mereka walaupun sekarang ini kita lihat sudah ada sedikit kenaikan bagi pihak ketiga ini. Sistem sedia ada adalah cukup baik untuk kepentingan kepada pencarum polisi insurans pihak ketiga.

Maka di sini, Bank Negara haruslah meneliti semula skim insurans baru ini dan mendengar lebih banyak pandangan daripada pelbagai pihak sebelum melaksanakan skim ini atau membawa kertas ini kepada kerajaan atau Kabinet untuk diperbincangkan dan dipertimbangkan. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya merasakan bahawa kita terpaksa mengehadkan masa lagi cepat untuk membolehkan lebih ramai Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berucap. Saya

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

ingin hadkan 20 minit. Tidak melebihi 20 minit untuk setiap seorang. Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 3:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Lanjutan dengan apa yang Yang Berhormat Arau katakan mengenai skim insurans, saya pun bersependapat dengan beliau dan menyuruh bahawa Bank Negara patut mengadakan perbincangan dengan semua stakeholders dalam perkara ini sebelum satu keputusan dibuat.

Lebih mustahak Tuan Yang di-Pertua adalah Akta 1984 yang mana telah dipindah dalam Civil Law Act yang mana hak pampasan untuk kes-kes kemalangan telah dilimitkan. Ada di antaranya – untuk kematian, jika lebih daripada 18 tahun dan belum berkahwin hanya boleh mendapat RM10,000 jika dia tidak ada pendapatan langsung.

Ini adalah satu perkara yang telah dihadkan pada tahun 1984 dan perlu satu pemikiran yang baru dalam hal ini. Juga berkaitan dengan Civil Law Act yang mana sekarang hanya seorang yang dikatakan kehilangan pendapatan dihadkan kepada umur 55 tahun, walhal retirement age untuk kakitangan kerajaan sekarang adalah pada umur 58 tahun. Life expectancy di negara ini pun telah pun meningkat ke umur 80 tahun.

final • 3:28 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ini perlu diambil kira semasa tahun 1984 adalah masa yang berbeza.

Saya telah bangkitkan, saya masih ingat lagi saya bangkitkan dengan spesifiknya mengenai hal ini pada tahun 1998 di dalam Dewan ini. Semasa itu Yang Berhormat Padang Rengas adalah Timbalan Menteri Undang-undang telah menyatakan bahawa kerajaan akan menyiasat dan akan membuat satu keputusan yang baik tidak lama lagi. Sekarang sudah lebih kurang 12 tahun selepas saya membangkitkan masalah tersebut di dalam Parlimen ini. Saya harap kerajaan dan AG Chambers terutamanya akan menyiasat dan fikir sedalam-dalamnya supaya membawa pembaharuan dan juga kepada keadaan yang terkini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu ialah gaji minimum. Pada sesi yang dahulu...

final • 3:30 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Boleh mencelah sedikit? Tentang proposal daripada Bank Negara ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sebagaimana GST, kerajaan tidak cermat di dalam membawa bil ini, dan akhirnya terpaksa tidak dibaca di dalam sidang ini.

Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat supaya – ini penting kerana rakyat akan menerima satu risiko kehidupan, bebanan yang saya rasa akan terus dideritai rakyat. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa mengapa tidak semakin cermat di dalam membawa bil ke Dewan yang mulia ini? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itulah sebabnya Tuan Yang di- Pertua. Saya pernah mencadangkan bahawa Legal Profession Act yang telah dipinda, di mana sebelum itu ada satu klausa yang spesifik dan mengarahkan kerajaan mendapatkan pandangan daripada Bar Council sebelum membawa satu bil kepada Parlimen. Akan tetapi, khusus kepada perkara ini saya pun hairan.

Walaupun akan melibatkan dengan berjuta-juta orang di negara ini, mengapa perkara yang sangat mustahak sedemikian tidak ada perbincangan terbuka supaya stakeholders termasuk Bar Council, insurans dan pihak-pihak

final • 3:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

yang berkaitan. Di dalam hal ini, saya difahamkan iaitu industri insurans sekarang sangat kuat seperti pada tahun 1984 di mana akta Civil Law Act telah dipinda.

Situasi yang sama sekarang di mana ada beberapa company insurans dengan kekuatan mereka, mereka telah influence AG chambers dan Bank Negara untuk membawa undang-undang ini. saya harap kerajaan jangan tergesa-gesa membawa satu yang tidak baik kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai gaji minimum. Pada sesi Disember saya telah membangkitkan perkara ini dan kerajaan telah mengatakan bahawa ada perbincangan yang terakhir dibuat dengan beberapa stakeholders dan kemungkinan besar undang-undang akan dibawa. Soalan saya yang spesifik ialah bilakah ini akan dibawa, supaya serentak kepada semua pekerja di negara ini.

Sekarang di Malaysia kita ada full employment. Hanya 3.8% sahaja menjadi penganggur ini, maka membawa minimum wage adalah kebaikan kepada pekerja- pekerja dan juga ia akan memberi satu suasana di mana pekerja-pekerja tidak boleh ada bargaining power yang sama dengan majikan-majikan. Maka, minimum wage ini akan menyelesaikan perkara tersebut.

Berkaitan dengan itu adalah retrenchment fund, di mana kerajaan kata the last lap of discussion dengan satu kerajaan luar negara dan model itu mungkin akan diguna pakai di negara ini. Adakah kita sudah ada model tersebut dan bilakah ia akan diimplementasikan? Juga mengenai pekerja-pekerja asing, dikatakan lebih daripada 2.2 juta orang ada di negara ini. Baru-baru ini Amensity International telah memberitahu bahawa terlampau banyak di antara pekerja- pekerja ini diseksa, dirogol dan ramai di antara mereka tidak dibayar gaji. Adakah aduan-aduan ini betul? Saya sendiri berfikir pada pengetahuan saya, kebanyakan pekerja-pekerja asing tidak dibayar gaji. Ramai di antara majikan bukan sahaja tidak dibayar gaji, selepas itu permit mereka pun tidak di renew. Perkara ini selalu kerap berlaku. Apakah tindakan dapat diambil supaya pekerja-pekerja asing ini tidak dianiaya oleh majikan?

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu MIAKA Holdings. Saya ada bangkitkan perkara ini beberapa kali di Dewan yang mulia ini. Di mana lebih daripada 66,000 orang kebanyakannya masyarakat miskin daripada golongan masyarakat India telah melabur satu syarikat MIKA Berhad, di mana masa itu janji- janji telah dibuat oleh Presiden MIC Datuk Samy Vellu. Yang mengatakan bahawa mereka akan dapat dividen-dividen yang tinggi. Masyarakat India pada tahun 1983 telah melabur lebih daripada RM130 juta. Sekarang sebenarnya kalau pelaburan itu di manage dengan well, RM130 juta itu sekarang bernilai lebih kurang RM1 bilion. Akan tetapi, semua ini sudah hangus dan saya harap kerajaan akan mencari satu jalan supaya dollar to dollar dibayar kepada balik kepada shareholders tersebut.

Saya harap kerajaan akan ambil tindakan dan lihat akaun-akaun tersebut dan juga mengapa satu syarikat di mana ramai orang-orang miskin pendapatan rendah melabur tetapi sehingga ini syarikat ini sangat tenat. Dalam kesusahan financial dan ini semua dikendalikan parti politik Barisan Nasional. Bagaimana ini boleh diberi berlarutan dan tidak ada tindakan di ambil? There must be finality to this matter dan saya harap kerajaan akan memberi satu polisi dan pertolongan yang baik kepada pihak-pihak yang telah melabur dalam hal ini.

Berkaitan dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya pada permulaan Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah mengatakan sebelum Rancangan Malaysia Kelapan, sebelum tahun 2010, ekuiti participation masyarakat India akan ditingkatkan daripada 1.2% sekurang-kurang ke 3%. Akan tetapi sekarang nampaknya oleh sebab mekanisme yang sedia ada, kerajaan tidak

final • 3:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

dapat membawa dan meningkatkan pendapatan masyarakat India di negara ini, maka masa untuk mencapainya telah ditolak ke tahun 2020.

Apakah ini dibuat dan apakah sebab rasional every time ada masalah gol post dipindah ditukar untuk kesenangan Barisan Nasional sahaja, tidak memikirkan bahawa ada satu polisi yang telah dijanjikan oleh kerajaan.

Nampaknya ada pihak-pihak yang tidak serius dalam perkara ini, hanya menggunakan semasa pilihan raya untuk mendapat undi-undi dan selepas itu lupa tanggungjawab mereka.

Saya harap satu badan ditubuhkan. Saya telah cadangkan sebelum ini, pada tahun 1999 saya pernah cadangkan bahawa South Indian Labour Fund. Di mana satu akta yang tertentu yang dimulakan oleh British ditubuhkan untuk masyarakat orang India untuk menolong mereka tetapi kerajaan telah membawa untuk mansuhkan undang-undang tersebut. Saya harap ia dapat dihidupkan supaya setiap tahun sekurang-kurangnya RM1 bilion disalurkan ke South Indian Labour Fund ini dan wang itu dapat diberi kepada masyarakat yang betul-betul memerlukan. Saya juga menyatakan dalam hal ini masyarakat orang asli dan juga masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak juga perlu perhatian yang tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga utarakan kes di mana memeluk agama Islam. Saya ada bangkitkan tahun lepas dan selepas itu kes Indira Ghandi di Ipoh, di mana suaminya telah memeluk agama Islam dan menggunakan mahkamah Syariah untuk mendapat custody anak-anak mereka dan sebagainya. Kita ada dua sistem. Satu sistem sivil dan sistem syariah dan dua-dua pun overlapping serta tidak ada undang-undang yang tertentu untuk mengatasi masalah-masalah yang rumit seperti ini.

Bila perkara itu dibangkitkan di Parlimen, Kabinet telah menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai oleh Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan telah membuat satu keputusan hanya guideline sahaja telah diberi walaupun Yang Berhormat Padang Rengas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengatakan bahawa kerajaan akan meminda beberapa rang undang-undang supaya ia dapat disetarafkan, supaya ia tidak membawa pertentangan kepada perkara-perkara yang membawa masalah kepada keluarga-keluarga yang terlibat, dalam memeluk agama Islam atau keluar daripada agama tersebut.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya cadangkan satu di antara perkara yang kita boleh buat dengan senang adalah mengambil modul yang sedia ada dari Singapura di mana jika seseorang ingin memeluk agama yang lain, dia dari segi undang-undang perlu memberitahu keluarga mereka. That is the standard format dan ini dapat mengelakkan isu-isu yang teruk dan sedang terjadi.

Nampaknya tidak ada political will oleh kerajaan dan walaupun perkara ini berlarutan beberapa tahun dan tahun dahulu telah membuat janji kepada rakyat tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa rang undang-undang pun dibawa untuk dipinda supaya ada perlindungan kepada pihak-pihak yang terlibat.

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, ramai di antara mereka adalah wanita yang terlibat di mana anak-anak mereka diculik oleh bapa mereka dan anak itu seperti satu kes Indera Ghandi yang sedang saya kendalikan di Ipoh lebih satu tahun. Anak itu hanya berumur tidak sampai satu setengah tahun. Dia telah diculik dan disimpan di satu tempat dan bapa enggan membawa anak tersebut.

Dikatakan dari Mahkamah Syariah dia ada perintah untuk mendapat custody dan ini menyusahkan kerana walaupun ada perintah yang sama yang telah dibuat oleh

final • 3:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

civil court, yang mana dapat preference yang mana undang-undang yang boleh diguna pakai perkara yang berkaitan.

Lagi satu Tuan Yang di-Pertua adalah mengenai empat tahun dahulu saya ada bangkitkan perkara ini di mana under Law Reform And Marriage Act. Dalam hal itu Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai apabila dalam penceraian, seseorang anak adakah dia boleh mendapat secara undang-undang wang untuk melanjutkan pelajaran sehingga universiti. Undang-undang yang sedia ada mengatakan bahawa it is an open.... Tidak ada yang spesifik.

Saya sendiri ada bawa satu kes sehingga ke Mahkamah Rayuan dan semasa itu saya masih ingat saya ada bawa perkara itu ke Parlimen dan kerajaan mengatakan akan meminda seksyen tersebut supaya membolehkan semua anak yang ibu bapa mereka bercerai - anak-anak mereka, they are entitled as a matter of right to get tertiary education dan walaupun janji ini telah dibuat tetapi sehingga hari ini lebih kurang empat tahun dahulu - Saya ingat lagi Yang Berhormat Bukit Mertajam dan beberapa Ahli Parlimen yang lain, saya telah pergi berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri lebih kurang tiga tahun dahulu. Beliau kata tindakan susulan akan diambil untuk membawa undang-undang tersebut tetapi nampaknya tidak ada political will juga.

Ini adalah satu perkara yang kerap kali berlaku di mana walaupun bapa itu seorang yang kaya-raya tetapi enggan membayar pampasan atau memberi wang supaya anak dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Kes yang saya buat itu di mana bapanya adalah seorang jutawan tetapi oleh kerana dia telah bercerai dengan isterinya, dia enggan memberi pampasan kepada anaknya untuk melanjutkan pelajaran. Ini adalah satu perkara yang dapat kita bawa dengan khusus, bawa satu undang-undang berkaitan, menolong pihak-pihak yang terlibat dalam perkara macam ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu saya juga ingin membangkitkan tentang sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah Tamil di antara sekolah- sekolah kebangsaan di mana ada masalah kekurangan guru. Ini kerap kali. Saya dapat jawapan tahun dahulu di mana mengatakan bahawa ada inisiatif-inisiatif yang tertentu yang sedang dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Soalan saya adalah apakah kekurangan guru-guru di sekolah-sekolah Tamil dan Cina sangat teruk dan ada keadaan di mana di beberapa sekolah dikatakan bukan sahaja kekurangan guru tetapi kekurangan bilik darjah. Ini ada satu perkara di Bercham, Ipoh di mana satu sekolah Cina di mana setiap darjah sekurang-kurangnya 55 murid dan ramai lagi yang ingin belajar di sekolah tersebut tetapi tidak ada tempat untuk melanjutkan pelajaran. Mereka terpaksa pergi ke sekolah-sekolah lain.

Di Bercham ada tempat yang telah dikhaskan lagi satu tempat untuk membina sekolah. Saya pun ada bangkitkan perkara ini kepada kerajaan dan kerajaan mengatakan bahawa tidak perlu pada masa ini walaupun di tempat tersebut nampaknya ada ramai murid yang ingin mempelajari bahasa Cina dan perlukan satu sekolah yang baru dibina. Saya ada menulis surat kepada kerajaan.

Sekurang-kurangnya kerajaan boleh membenarkan dan memberi lesen kepada pembinaan sekolah tersebut, kita dapat sumbangan dari orang ramai untuk membina sekolah tersebut dan itu boleh dijalankan. Itu pun kerajaan tidak ingin memberi di kawasan Bercham. Saya harap ia dapat diteliti balik oleh kerajaan supaya tindakan susulan dapat diambil.

Di sekolah-sekolah Tamil, Tuan Yang di-Pertua, tahun dahulu kerajaan ada kata allocation lebih daripada RM100 juta lebih telah dibuat untuk membaiki

final • 3:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

sekolah-sekolah Tamil. Sebenarnya sebelum itu, sebelum pilihan raya 2008, Presiden MIC mengatakan bahawa 15 buah sekolah Tamil baru akan dibina.

Nampaknya sejak tahun 2008, satu sekolah Tamil baru pun tidak dibina.

Di Johor ada dua - di Johor dan Negeri Sembilan. Ada sekolah-sekolah Tamil beroperasi di kedai-kedai kerana sekolah-sekolah itu dalam keadaan yang tenat, teruk dan tidak dapat menjadi satu tempat di mana anak-anak kita boleh pergi melanjutkan pelajaran di sana dan di kedai-kedai tersebut dijanjikan bahawa sekolah-sekolah ini untuk sementara waktu sahaja akan berada di kedai-kedai dan selepas itu sekolah baru akan dibina.

Di Negeri Sembilan saya difahamkan lebih dari lima tahun dan sekolah itu masih beroperasi di kedai. Adakah keadaan ini patut dilanjutkan? Bukankah ini satu perkara yang sangat mustahak di mana kerajaan boleh mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. Kenapa kerajaan enggan? Di sini pun nampaknya tidak ada political will dan kita semua tahu bahawa ini adalah kegagalan MIC. Kita mahu tahu bilakah masalah-masalah ini dapat diatasi.

Satu perkara lagi yang berkaitan, Tuan Yang di-Pertua, adalah guru-guru dan di Universiti Malaya di mana Ketua Jabatan Pendidikan India sekarang bukan lagi seorang India dan telah diberi peluang kepada bangsa lain. Kita tidak ada bantahan tetapi apabila seorang bukan India atau Tamil menjadi ketua Dean pada seksyen tersebut, dia patut fasih dalam bahasa Tamil. Ini adalah satu perkara yang perlu difikirkan sebelum pelantikan dibuat. Kenapa perkara itu boleh terjadi?

Saya pun hairan bahawa seorang Ketua Jabatan dalam linguistik tetapi dia tidak tahu langsung bercakap dalam bahasa Tamil, tidak tahu dalam culture mereka tetapi pelantikan dibuat. Ini adalah satu perkara yang semacam kurang senang hati kepada masyarakat India dan tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Perkara ini bukan satu perkara yang baru dan kerap kali telah dibangkitkan di Parlimen tetapi nampaknya kerajaan semacam tidak peduli kepada keadaan sedemikian.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, mengenai ikan tilapia. Saya hairan, Tuan Yang di-Pertua. Lebih kurang seminggu dahulu saya dapat aduan dari kawasan saya. Saya pergi ke kawasan di mana mendapat aduan tersebut. Saya hairan di negara ini bahawa ikan tilapia - background, ikan tilapia boleh didapati di semua kedai makanan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ia ada dua jenis Yang Berhormat, ikan tilapia hitam dan merah, yang mana satu Yang Berhormat?

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

I didn’t see. Saya rasa itu mungkin hitamlah, yang merah itu lebih expensive, lebih mahal.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya hairan, di kebanyakan Indah Water pond, di sana mereka membela ikan tilapia. Saya hairan. Hari itu saya pergi ke tempat tersebut Saya rasa, latar belakang dari apa yang saya dengar, ada dua group yang lawan dan mereka bubuh racun dan saya hairan lebih kurang 50,000 ikan mati di sana. Aduan oleh penghuni-penghuni di sana adalah kerana Indah Water tidak membersihkan ikan- ikan mati tersebut. Akan tetapi itu hal yang lain. Apa yang mustahaknya, saya hairan bahawa di negara ini dan saya percaya bahawa banyak tempat Indah Water ini adalah tempat di mana ikan-ikan ini dibela dan dijual selepas itu.

Selepas hari itu, saya pun tidak mahu makan ikan tilapia langsung kerana saya rasa ada disease yang berkaitan dengan itu dan saya hairan macam mana

final • 3:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jabatan Pertanian tidak tahu mengenai perkara itu. Apakah kawal selia mengenai perkara tersebut dan adakah kerajaan memberi galakan untuk orang-orang membela ikan-ikan di Indah Water pond sedemikian? Setakat ini saya difahamkan oleh penghuni-penghuni di sana, mengatakan bahawa setiap satu setengah bulan ada orang yang akan datang dengan lori dan ambil semua ikan itu untuk dijual.

Mereka tidak tahu di mana ikan... [Disampuk] Ya, ikan-ikan. Jadi saya khuatir ini mungkin akan membawa disease kepada masyarakat di Malaysia. Saya berharap Indah Water Consortium dan kementerian akan menyiasat mengenai perkara tersebut dan ambil tindakan susulan. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jempol.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin mengambil bahagian Titah Yang di-Pertuan Agong dan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada seluruh peneroka FELDA di atas Titah Yang di-Pertuan Agong kerana menyentuh isu FELDA. Hari ini kita dapat melihat kejayaan kerajaan membantu rakyat miskin dengan memberikan tanah, memberikan pekerjaan dan juga memberikan rumah kepada masyarakat miskin.

Hari ini kalau sekiranya kita lihat dalam 10 ekar dan dari segi nilaiannya, satu ekar – RM50,000. Maknanya daripada seorang rakyat miskin, Kerajaan Barisan Nasional sudah angkat mereka menjadi seorang yang sudah mempunyai harta sebanyak RM500,000. Akan tetapi kebimbangan masyarakat peneroka FELDA kerana terlampau ramai yang menghasut sebahagian besar dari peneroka kita untuk berubah daripada apa yang telah pun diarahkan oleh FELDA kepada mereka.

Saya ingin menyentuh tentang bagaimana isu tanam semula ini begitu penting sekali kepada masyarakat peneroka FELDA untuk mengikut FELDA.

Walaupun bermacam-macam hasutan telah pun dibuat, saya tetap menyatakan bahawa hasutan ini amat berbahaya kepada masyarakat peneroka FELDA. Saya membangkitkan perkara ini kerana sebahagian besar daripada mereka yang gagal mengusahakan tanam semula melalui FELDA ini akhirnya akan terpaksa dibaik pulih dan di Negeri Sembilan, kita terpaksa menggunakan lebih kurang RM54 juta untuk membaik pulih mana-mana rancangan tanah FELDA yang gagal dibangunkan oleh peneroka FELDA secara bersendirian. Mereka menyatakan kalau tanam semula secara bersendirian lebih untung.

Akan tetapi sebenarnya usia mereka sudah tua dan mereka juga gagal untuk menanam semula dengan baik dan akhirnya bukan sahaja mereka menanggung hutang, tetapi hasilnya juga lambat dikeluarkan. Saya juga dapat melihat bagaimana hasutan tentang status tanah ini. Hari ini kita dapat melihat kerajaan memberikan status tanah walaupun sudah mempunyai suratan hak milik, sudah mempunyai geran iaitu statusnya tanah GSA. Ini bertujuan untuk menjaga harta ini. Mengawal supaya ia tidak terlepas ke tangan orang lain kerana sebahagiannya kalau kita biarkan, akan menjualnya dan lebih malang lagi terdapat juga pemaju-pemaju yang menipu peneroka membangunkan tanah dan akhirnya gagal. Tanah ini akan terbengkalai dan peneroka juga yang akan menanggung kerugian.

final • 3:52 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Oleh yang demikian, status tanah GSA ini perlu dikekalkan dan kita akan dapat menjaga khazanah dan harta peneroka kita dengan baik. Namun demikian, kalau sekiranya ada perancangan-perancangan yang baik, yang viable, yang mempunyai sumber ekonomi yang baik, kerajaan harus juga memberikan sokongan supaya tanah-tanah ini dapat dibangunkan secara sistematik. Sebagai contoh, pembangunan tanah LBJ yang memberikan keuntungan yang sangat baik kepada peneroka FELDA sehingga melahirkan begitu ramai jutawan hasil daripada pembangunan tanah tersebut. Begitu juga dengan Sendayan.

Projek usaha sama peneroka dengan pemaju menghasilkan keuntungan kepada peneroka FELDA. Baru-baru ini kita menjayakan Program FELDA Jaya juga memberikan keuntungan kepada peneroka FELDA. Oleh yang demikian, kita mesti menjaga tanah ini dengan baik supaya dapat diuruskan dengan baik dan memberikan pulangan yang baik kepada peneroka FELDA. Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon Yang Berhormat Menteri supaya campur tangan dalam urusan beberapa perkara penting yang melibatkan perkara- perkara yang dibangkitkan oleh peneroka FELDA kita seperti program pembangunan semula tanah-tanah FELDA. Tanam semula ini yang melibatkan pegawai-pegawai yang begitu ramai.

Hari ini terdapat lambakan pegawai Yang Berhormat Menteri. Lambakan pegawai ini bermakna, dalam satu rancangan dahulunya satu pengurus, sekarang sudah ada dua pengurus dan beberapa pegawai sokongan. Malangnya, sebahagian pegawai ini dibayar oleh peneroka sendiri, di mana peneroka terpaksa mengeluarkan RM100 untuk membantu membiayai pegawai-pegawai yang menguruskan program tanam semula ini. Adalah lebih baik diselaraskan dengan mengguna pakai pegawai-pegawai yang sedia ada supaya tidak berlaku pembaziran dan akhirnya nanti ditanggung oleh peneroka FELDA. Begitu juga soal pemantauan. Kita perlu pantau program tanam semula ini dengan baik supaya ia tidak gagal atau berlaku kelewatan dan berlaku masalah dirian pokok yang kurang dan akhirnya melibatkan soal ekonomi. Bila lambat keluar hasil, peneroka rugi.

Bila dirian pokok kurang, peneroka juga yang menanggung kerugian dan juga ini melibatkan sebahagian integriti pegawai-pegawai kita yang perlu dipantau. Yang Berhormat Menteri juga harus melihat bagaimana peneroka FELDA kita banyak yang sudah menyambung rumah dan mereka terpaksa menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Akan tetapi ini telah menimbulkan banyak masalah di rancangan tanah FELDA, di mana voltan-voltan rendah ini menimbulkan masalah.

Satu lagi ialah bagaimana kita meminta peneroka-peneroka FELDA kita membayar sistem lampu awam yang dipasang di rancangan tanah FELDA yang sekarang ini bilnya dibayar oleh peneroka FELDA. Apa yang berlaku sekarang ini ialah ia menggunakan sistem bermeter. Saya mencadangkan supaya sistem satu tiang RM10 diperkenalkan di rancangan tanah FELDA bagi membolehkan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh peneroka FELDA kita.

Saya juga ingin melihat bagaimana soal kebajikan peneroka FELDA akan dapat dijaga. Saya fokus kepada warga usia emas. Hari ini timbul kenyataan kalau ‘bin’ peneroka FELDA, ‘binti’ peneroka FELDA tidak akan dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan. Saya berharap ini akan dapat diatasi kerana sebahagian daripada peneroka FELDA kita ini yang berhati mulia menjaga ibu, menjaga nenek, datuk yang berusia emas. Kalaupun peneroka FELDA tidak layak kita bantu, apa salahnya warga usia emas yang duduk di rancangan tanah FELDA ini dapat diberikan bantuan.

final • 3:52 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya ingin sentuh ialah di bawah Titah...

final • 4:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Ada 20 minit ini Datuk.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Jempol dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah mendengar tadi ucapan Yang Berhormat berhubung dengan apa yang telah dilakukan oleh FELDA. Begitu sangat berjaya sekali. Kita dapati kawasan-kawasan FELDA mempunyai kemudahan yang boleh dikatakan sama taraf dengan penduduk di tempat yang maju dengan kemudahan asas, keperluan asas, persekolahan dan juga infrastruktur sosial, agama, masjid semua lengkaplah dan pendapatan pun ada yang dapat RM2,000 hingga RM3,000 dan kalau harga kelapa sawit naik, dapat sampai RM5,000 hingga RM6,000 sebulan. Ini satu kejayaan yang besar.

Jadi saya ingin mendapat jawapan daripada Yang Berhormat kalau boleh.

Berapa ramai sebenarnya rakyat luar bandar yang mendapat nikmat daripada pembangunan projek FELDA ini? Saya diberitahu lebih kurang lebih daripada 1 juta, 1.5 million, 1.5 juta rakyat mendapat faedah. Ini bukan sesuatu perkara yang kecil walaupun suka diperkecil-kecilkan oleh pihak pembangkang. Boleh tolong bagi penjelasan?

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 4:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Saya bersetuju tentang kejayaan kerajaan membangunkan rakyat termiskin ini. Yang saya sebutkan ini saya tidak bersetuju peranan pembangkang yang menghasut peneroka FELDA. Dahulu dia sebut peneroka FELDA ini akan ditipu oleh kerajaan kerana tidak bagi geran tanah. Sekarang Kerajaan Barisan Nasional sudah bagi geran tanah. Mereka pula masuk menghasut supaya tukar status GSA, hasut peneroka supaya jalankan tanam semula secara persendirian yang akhirnya gagal. Kerajaan berbelanja sampai RM54 juta untuk membaik pulih yang akhirnya peneroka juga yang menanggung kerugian. Itu sebabnya saya bangkitkan perkara ini Yang Berhormat.

Perkara yang kedua ialah berkaitan dengan soal pelajaran. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mengadakan sekolah berprestasi tinggi dan juga sekolah berprestasi rendah sebagai indikator ataupun angka tunjuk bagi melihat kejayaan, kecemerlangan sekolah dan juga angka tunjuk bagi melihat bagaimana rendahnya pencapaian sesuatu sekolah.

Namun demikian, saya juga ingin membawa dan menarik perhatian pihak kementerian supaya juga dapat melihat dan juga memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah berprestasi sederhana. Saya hendak khususkan tentang soal guru, guru ini sangat penting. Saya bersetuju supaya tahap guru kita dipertingkatkan, kebajikan mereka dapat diperjuangkan, kemudahan-kemudahan latihan juga akan dapat dipertingkatkan lagi. Namun demikian saya minta Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab supaya campur tangan dalam urusan penempatan guru-guru di Negeri Sembilan Darul Khusus.

final • 4:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Terlampau ramai guru-guru opsyen, guru-guru yang baik-baik, guru-guru bahasa Inggeris yang ditempatkan di Bandar Seremban tetapi di Jempol, di rancangan tanah FELDA, di luar bandar, kekurangan guru sangat nyata. Di Jempol sahaja hari ini terdapat 155 orang guru sementara yang tidak terlatih dan kekurangan guru lebih kurang 202 orang. Ini kalau kita lihat bagaimana kita dapat tumpukan hanya di sekolah-sekolah yang ternama tanpa mengambil kira bagaimana kita dapat membekalkan guru-guru yang baik di kawasan luar bandar, saya bimbang ini akan dapat menjejaskan keputusan anak-anak kita pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat kekurangan guru ini ada kaitan dengan kelemahan menteri yang bertanggungjawab berkaitan dengan laporan pegawai- pegawai yang membuat unjuran tentang latihan guru. Unjuran kita tidak tepat kerana tidak mengambil kira guru-guru yang bersalin, guru-guru yang sakit, guru- guru yang berkursus, guru-guru yang melanjutkan pelajaran. Jadi apabila mereka ini terlibat, sudah tentulah mereka meninggalkan sekolah dan apabila mereka meninggalkan sekolah, sekolah tersebut tidak mempunyai guru dan kita latih guru mengikut unjuran yang biasa.

Saya mencadangkan dalam unjuran ini supaya dimasukkan juga, mengambil kira dengan melihat beberapa tahun ke belakang, berapakah bilangan guru-guru. Saya ingin bertanya pada kementerian yang bertanggungjawab, berapa sebenarnya bilangan guru-guru kita yang meninggalkan bilik darjah termasuklah bersalin, kursus, masuk universiti dan juga atas beberapa sebab dan mereka ini tidak dapat diisi kerana tidak ada guru terlatih. Ini bermakna daripada segi unjuran, mesti dilatih lebih daripada keperluan biasa supaya apabila guru ini meninggalkan bilik darjah mereka, dapat ditempatkan guru-guru yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat simpati dengan anak-anak kita yang cemerlang. Lepasan keputusan SPM tetapi tidak dapat melanjutkan di tempat- tempat yang tertentu, matrikulasi dan sebagainya. Mereka tinggal belajar di Tingkatan 6. Saya fikir sampai masa dan ketikanya Menteri akan dapat mengarahkan pegawai-pegawai kita secara serius untuk merangka satu sistem Tingkatan 6 yang lebih baik dan sesuai pengiktirafan ini kita berikan anak-anak kita yang belajar di Tingkatan 6. Saya mencadangkan satu daerah pilih satu untuk dijadikan sepenuhnya bagi menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan 6.

Hari ini dia bercampur dengan Tingkatan Satu, bercampur dengan tingkatan lain. Guru-guru yang mengajar Tingkatan 6 terpaksa mengajar tingkatan lain dan kita tak boleh fokus untuk memberikan didikan yang baik kepada pelajar- pelajar Tingkatan 6 dan di Jempol kita ada Sekolah Menengah Bahau (II) Mahsan yang boleh saya cadangkan kepada kementerian supaya dapat dijadikan sepenuhnya sekolah Tingkatan 6 yang kita jangan namakan lagi sekolah Tingkatan 6. Boleh masukkan nama pra-universiti dan sebagainya dengan sistem tutorial, sistem syarahan dia dan ini akan dapat kita lihat bagaimana pengiktirafan dapat kita berikan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah pun melancarkan program j-QAF, Jawi, Quran, Fardu Ain di mana anak-anak kita mahir mengaji Al-Quran, mahir dalam tulisan jawi dan mahir dalam fardu ain khususnya ibadah sembahyang. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan. Kita insaf, kita sedar. Barisan tahu kita pernah buat kesilapan, kita berubah, tahniah.

Namun demikian, dalam lawatan saya ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan juga Cina, saya dapati ramai anak-anak Islam yang belajar di sekolah Cina, sekolah Tamil. Saya ingin bertanya kepada kementerian, berapa sebenarnya

final • 4:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

anak-anak Islam yang belajar di sekolah Cina seluruh negara, sekolah jenis kebangsaan Tamil, berapa ramai. Saya mencadangkan supaya sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ini juga kita berikan pendidikan j-QAF ini supaya anak-anak Islam yang belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ini juga dapat menguasai al-Quran dengan baik, tulisan jawi dengan baik, ibadah sembahyangnya dengan baik.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Masa tidak ada.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya, saya.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada tiga minit lagi Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Ha itulah. Saya juga dapat melihat tentang kekurangan bilik darjah di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Misalnya Ladang Sialang, Jeram Padang, Middleton, Tanah Panjis, Tampin, Senama, Ladang Bahau. Saya dapat melihat sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil ini kekurangan bilik darjah. Saya mencadangkan supaya kementerian memberikan pembangunan bilik darjah di sekolah-sekolah Tamil tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Yang di-Pertuan Agong juga menyentuh tentang pembangunan masyarakat Orang Asli. Saya ingin fokus terhadap usaha kerajaan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli dengan cadangan supaya memberikan hak milik secara suratan hak milik dan bergeran.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Tanah-tanah kepada masyarakat Orang Asli sekurang-kurangnya tanah ladang mereka 10 ekar supaya economic, ditanam dengan kelapa sawit ataupun getah dan tanaman-tanaman yang mendatangkan faedah. Sekali lagi saya mencadangkan supaya kita letakkan tanah ini atas status GSA supaya Orang Asli ini dapat tanah nanti dijual pula ataupun dipajakkan, terlelong dan sebagainya mereka akan kembali semula menjadi miskin.

Kedua saya mencadangkan supaya agensi seperti FELCRA dan juga RISDA yang membangunkan tanah-tanah tersebut. Jangan biarkan usahawan- usahawan yang mengaut keuntungan untuk membangunkan tanah ini kononnya buat secara usaha sama tetapi mereka dapat untung banyak masyarakat Orang Asli tidak dapat faedah ataupun hanya dapat sedikit sahaja daripada hasil tanah mereka yang diberikan kepada usahawan-usahawan yang masuk di rancangan tersebut.

Begitu juga dengan sistem pengurusan kewangan masyarakat Orang Asli.

Mesti campur tangan. Gerakkanlah pegawai-pegawai kerajaan bukan hanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli seluruh agensi kerajaan bantu...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Cukup Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Ini kerana walaupun mereka dapat duit banyak, kadang kala mereka menghabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan akhirnya mereka kembali menjadi susah. Pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera sebagai contoh, pelaburan dalam mana-mana agensi yang memberikan pulangan yang baik haruslah didorongkan untuk menjaga ekonomi masyarakat Orang Asli. Begitu juga dengan sistem pelajaran yang harus kita

final • 4:10 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

berikan tumpuan kerana ibu bapa perlu kesedaran yang kuat untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya menghargailah Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam reformasi. Tuan Yang di-Pertua kami tidak melantik juru perunding komunikasi Zionis untuk berkomunikasi dengan rakyat. Kami juga tidak mengupah Zionis untuk memikat hati rakyat. Juru perunding komunikasi kami adalah rakyat Malaysia sendiri.

Laungan keramat reformasi yang saya nyatakan tadi adalah hasil nukilan daripada sanubari rakyat Malaysia. Orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan dan kebenaran, yang bencikan kezaliman dan kemunafikan. Akan menyemarakkan laungan reformasi ini.

Laungan reformasi ini bukan sahaja subur di Permatang Pauh tetapi sekarang sudah bersemarak ke Kalabakan dan ke Baram dan baru-baru ini ke seantero dunia. Saya baru sahaja pulang daripada berdialog dengan pelajar- pelajar anak-anak kita di Warwick University, London School of Economics dan Westminster University. Yang Berhormat daripada Muar pun baru pulang daripada universiti yang sama.

Anak-anak dan rakyat Malaysia di perantauan Tuan Yang di-Pertua, melihat Pakatan Rakyat sebagai parti masa hadapan yang berpotensi untuk menjana perubahan dan mengangkat martabat rakyat Malaysia. Persidangan kali ini memperlihatkan Pakatan Rakyat berkurangan empat Ahli Parlimen, tiga lompat, satu dipecat. Akan tetapi dengan kurangnya empat Ahli Parlimen kami dalam Pakatan Rakyat telah berjaya membatalkan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada diluluskan dalam Dewan Rakyat.

[Tepuk] Dengan kurangnya empat Ahli Parlimen dalam Pakatan Rakyat kita juga berjaya menangguhkan usaha UMNO untuk meminda Akta ISA yang zalim itu.

Apakah pengajaran yang kita perolehi? Angka bukan segala-galanya Tuan Yang di-Pertua. Apa yang penting ialah Ahli-ahli Parlimen Keadilan dan Pakatan Rakyat yang komited dan menginsafi kerangka besar perjuangan Pakatan Rakyat akan terus mengangkat suara rakyat dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. UMNO mungkin boleh sogok wang untuk dua, tiga kerat Ahli Parlimen, untuk memenuhi nafsu serakah politik mereka. Akan tetapi UMNO tidak boleh menghalang keinginan rakyat Malaysia untuk berubah dan membentuk kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat.

Anak-anak muda hari ini tidak lagi membaca Utusan Malaysia. Generasi muda hari ini melayari laman web, blog, twitter dan facebook untuk mendapat maklumat sebenar mengenai perkembangan negara. Mereka akan kejar dan buru untuk twit dengan Permatang Pauh, Ipoh Timur, Gua Musang dan juga Rembau.

Sebaliknya mereka melihat Utusan Malaysia hanya sebagai tisu tandas. Saya difahamkan langganan Utusan Malaysia telah merudum. Mengikut laporan

final • 4:12 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

perangkaan daripada Audit Bureau of Circulation ataupun ABC daripada 300,000 kepada 70,000 sahaja.

Utusan Malaysia tidak menjana pemikiran rakyat yang sihat. Utusan Malaysia tidak membicarakan wacana yang mampu mengangkat martabat orang Melayu. Malahan Utusan Malaysia memperlekehkan dan memperbodohkan minda orang Melayu. Bagi Utusan Malaysia pejuang Melayu hari ini adalah Saiful Bukhari. Kini Utusan Malaysia melalui rencana terbarunya Awang Selamat pada 21 Mac 2010 telah dilihat menghina Baginda Tuanku Sultan Selangor kerana Baginda membatalkan keberangkatan Baginda di Program PERKASA.

Namun Utusan Malaysia tetap kebal kerana Utusan Malaysia dimiliki oleh UMNO. Saya telah mengemukakan soalan dalam Dewan Rakyat ini kepada Kementerian Dalam Negeri, apakah bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap Utusan Malaysia yang telah mencetuskan isu perkauman dan agama yang sempit.? Namun soalan saya ditolak atas alasan persoalan yang dibangkitkan adalah remeh.

Saya nyatakan tadi harapan generasi baru hari ini Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan. Pengurusan ekonomi serta usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi di negeri Pakatan Rakyat telah berjaya membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir. Menurut perangkaan MIDA dalam tahun 2009 Selangor telah menerima pelaburan sebanyak RM6.76 bilion kedua selepas Sarawak yang mencatatkan RM8.45 bilion. Itu pun RM7 bilion untuk projek aluminium smelting di Bintulu. Selangor mencatatkan pertambahan 20,753 pekerjaan baru. Selangor telah mencatatkan kelulusan projek industri sebanyak 278 yang juga tertinggi di dalam negara. Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya membawa masuk pelaburan daripada syarikat tenaga solar Q-Cells daripada Jerman yang bertapak di Science Park II, Cyberjaya yang mencatatkan pelaburan bernilai RM2 bilion untuk fasa yang pertama.

Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat telah melancarkan projek pembersihan Sungai Klang yang akan mencatatkan pelaburan dalam fasa pertama bernilai RM20 bilion.

final • 4:12 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan empat syarikat telah pun ditawarkan melalui tender terbuka untuk maksud tersebut.

Untuk tujuan itu, rakyat meletakkan harapan. Setelah kita berjaya mengurus di peringkat negeri, sekarang rakyat mahu melihat Pakatan Rakyat maju ke Putrajaya. Pertukaran kerajaan adalah perkara biasa dan legitimate dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan. Tanggapan bahawa akan berlaku peralihan kuasa akan mengakibatkan keruntuhan ekonomi merupakan satu kenyataan yang meleset. Lihat sahaja di Korea dan Taiwan serta di Eropah.

Kerajaan bertukar tetapi ekonomi berkembang pesat.

Pandangan yang mengatakan bahawa usaha untuk menukar kerajaan merupakan satu tindakan yang seditious merupakan satu fikiran yang tidak matang dan gagal menghayati semangat Perlembagaan Persekutuan serta amalan demokrasi yang sebenarnya. Pakatan Rakyat menghormati prinsip Demokrasi Berparlimen dan raja Berperlembagaan. Justeru itu, susulan 16 September 2008, Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada prinsip yang saya nyatakan tadi iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Pakatan Rakyat telah mengutus surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertarikh 18 September 2008 yang mana dalam surat ini Tuan Yang di-Pertua,

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Pakatan Rakyat meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk segera memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memanggil persidangan khas Parlimen selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3) untuk membahaskan peralihan kuasa. [Dewan riuh] Mengapa? Mengapa permohonan ini ditolak? Kita mengikut peraturan yang sedia ada iaitu Peraturan Mesyuarat 11(3). Pakatan Rakyat menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan rasa hormat, untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memanggil satu persidangan khas bagi membincangkan perkara tersebut. Malangnya, permohonan ini tidak dilayan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bimbang proses ini akan berlaku di dalam Dewan yang mulia ini.

Langkah seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Rakyat mengutus surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertarikh 19 September 2008 untuk mendapatkan perkenan Tuanku. Sekali lagi, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Fasal 43 Perlembagaan Persekutuan untuk memilih Perdana Menteri yang baru, yang mendapat sokongan majoriti Ahli- ahli Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, berbeza dengan kaedah rampasan kuasa oleh UMNO di negeri Perak [Dewan riuh] yang membelakangkan Dewan Undangan Negeri Perak dan membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Siapa sebenarnya yang membelakangkan undang-undang dan Perlembagaan dalam negara ini? Siapakah yang melakukan tindakan seditious dalam merampas kuasa di negeri Perak?

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sudah tentulah Tuan Yang di- Pertua, tuntutan Pakatan Rakyat bersandarkan kepada prinsip undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yang Berhormat Pasir Salak.

Tidak mengapalah, duduk.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak boleh?

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tidak boleh.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bolehlah. Sedikit sahaja.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yang Berhormat Pasir Salak mana faham semua ini.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini Perak. Saya datang dari negeri Perak.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yalah tetapi tidak faham undang-undang. Rampas kuasa. Apa hendak bincang di sini? [Ketawa] Kalau betullah di negeri Perak faham undang-undang, ikut undang- undang. Serahkan balik mandat kepada rakyat kalau berani, Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh? Mencelah sedikit.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa terpanggil untuk...

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Buat fitnah ini.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Menjawab... [Ketawa] Saya merasa terpanggil untuk menjawab tuduhan UMNO bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh adalah agen Yahudi kerana persahabatan beliau dengan Paul Wolfowitz. Saya tidak menafikan bahawa mereka berdua adalah kenalan lama semenjak Paul Wolfowitz menjadi Duta Amerika di Indonesia. Persahabatan Yang Berhormat Permatang Pauh tidak menjejaskan kemelayuannya dan tidak menjejaskan akidahnya. Malahan, Yang Berhormat Permatang Pauh menggunakan hubungan ini untuk menyatakan pendiriannya secara tegas kepada Washington.

Saya menghadiri mesyuarat di Pentagon di antara Yang Berhormat Permatang Pauh dan Paul Wolfowitz – Yang Berhormat Rembau tidak ada, lebih kurang lima tahun dahulu. Yang Berhormat Pasir Salak lagi tidak ada. [Ketawa] Saya ingin membawa bukti kerana saya hendak jelaskan dalam Dewan yang mulia ini supaya UMNO tidak lagi menggunakan cerita fitnah ini dalam kempen mereka di kampung-kampung Melayu. Saya membawa gambar, Tuan Yang di-Pertua [Sambil menunjukkan sekeping gambar] yang menunjukkan perbincangan secara rasmi dalam Pentagon di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Paul Wolfowitz yang saya juga turut hadir bersama beberapa Jeneral di Washington DC.

Saya tidak bimbang. Dengar dahulu. Saya hendak tunjuk kalau Yang Berhormat Pasir Salak hendak tengok. Ini sebagai bukti kita tidak berselindung dalam perkara ini. Namun antara lain, perbincangan ditumpukan kepada tiga perkara pokok. Pertama Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh menegaskan secara keras bahawa beliau tidak bersetuju dengan penaklukan tentera Amerika di Iraq dan mendesak supaya tentera Amerika segera berundur.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli Pembangkang

Ya!

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Anak Melayu ini yang berasal dari Permatang Pauh berhujah dengan petah dan berani bagi pihak jutaan umat Islam di seluruh dunia [Tepuk] supaya Amerika menghormati kedaulatan rakyat Iraq. Malahan, Yang Berhormat Permatang Pauh dengan nada yang keras mengatakan bahawa lebih ramai umat Islam dibunuh oleh tentera Amerika jika dibandingkan dengan rejim Saddam Hussein sebelumnya.

Berbeza dengan nada Pengerusi OIC dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ketika itu yang berjumpa dengan Presiden Bush Tuan Yang di- Pertua, bertarikh 18 September 2006. Nadanya lebih lembut, tunduk kepada desakan Amerika dan Washington. Begitu juga saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Sahabat Yang Berhormat Pasir Salak dari Bagan Datoh, Naib Presiden UMNO yang mencatatkan undi yang paling tinggi dalam pemilihan UMNO yang lalu telah bertemu dengan Ehud Barak. Yang Berhormat Pasir Salak tahu? Kita tahu? Kita tidak tahu sebab perjumpaan dibuat secara sulit, Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak – saya bawa ini supaya kita semua tahu kita bertemu secara terbuka di dalam Pentagon tetapi...

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sebut banyak kali, berilah chance.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Nanti, nanti. Biar saya jelaskan dahulu.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasir Salak, Pasir Salak. Berilah.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Nanti, nanti, nanti, nanti.

Selepas ini, selepas ini.

Naib Presiden UMNO, undi paling tinggi bertemu dengan Ketua Zionis, Ehud Barak ketika Paris Air Show. Saya hendak tanya, apa tujuan pertemuan itu?

APCO? Saya tidak tahu. Namun saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Naib Presiden UMNO kena masuk dalam Dewan yang mulia ini menceritakan apa motif UMNO bertemu dengan Zionis di Paris Air Show pada tahun yang lalu. Kena jelaskan.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh? Boleh sekarang? Boleh?

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Jangan tipu orang Melayu, jangan tipu pegawai kerajaan.

final • 4:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh sedikit?

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

UMNO cuba memutarbelitkan perkara ini.

final • 4:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dan ia ada kaitan...

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh minta laluan?

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya hendak habiskan satu ayat.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Dia pergi jual enjin jet.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh?

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Machang bahawa baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Pertahanan mengesahkan bahawa ada kegiatan penyuluhan ataupun intipan yang berlaku di dalam Kementerian Pertahanan.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Maka apa motif Naib Presiden UMNO, Menteri Pertahanan bertemu dengan Ehud Barak di Paris Air Show? Jawab dalam Parlimen wahai Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Gombak, boleh?

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Okey, silakan.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Banyak kali beliau sebut Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak, jadi saya pun terpaksa berdirilah. Saya sedikit sahaja, tidak ada hendak berucap ah, atau apa tidak ada, tidak ada! Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Gombak, hasil daripada pertemuan dan penegasan keras oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dalam perjumpaannya dengan pemimpin Amerika Syarikat yang dibanggakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak itu, berapa...

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Ketawa]

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Gombak. [Ketawa]

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Apa buat macam The Three Stooges dalam Dewan ini?

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya ingin tanya, berapa ramai rakyat Iraq yang telah terbunuh dalam peperangan di negara Iraq hasil daripada selepas perjumpaan Permatang Pauh. Berapa ramai yang telah terbunuh? Tolonglah jawab.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Soalan pun macam guru tadika KEMAS lah.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Gombak ada 1 minit.

final • 4:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Boleh bagi laluan?

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ya?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Satu minit.

final • 4:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Satu minit pula.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Satu minit? [Ketawa] Saya hendak minta rumuskan Tuan Yang di-Pertua. Tidak apa, saya akan rumus. Yang kedua, perkara yang kita bincangkan, Yang Berhormat Permatang Pauh menggesa Washington untuk mengeluarkan nama ulama tersohor, Dr. Sheikh Yusof Qaradawi dari senarai hitam Washington kerana dilabelkan sebagai pengganas. Saya hendak tanya, anak Melayu mana, ustaz UMNO mana, pemimpin UMNO mana yang berani mempertahankan ulama tersohor, Dr. Yusof Qaradawi?

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

Tidak ada.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tidak ada dan akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh menuntut supaya Dana Pembangunan Mangsa Tsunami yang terkumpul berjumlah USD2 bilion. Yang asalnya hanya diagihkan kepada sekolah sekular di Acheh, Yang Berhormat Permatang Pauh desak supaya dana ini juga disalurkan kepada sekolah-sekolah agama dan pesantren di Acheh. Saya hendak tanya anak Melayu mana, perkasa mana yang berani bangun mempertahankan anak Melayu dan umat Islam di Acheh dan Indonesia di bumi Washington? [Disampuk][Dewan riuh] Mereka boleh menjerit Pasir Mas, mereka boleh menjerit di Kubang Pasu dan juga Kepala Batas dan Pekan, tetapi bila berdepan dengan Washington dan Amerika, mereka menikus, bacul dan tunduk kepada Amerika. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya berharap supaya Kerajaan Pusat berilah ruang dan kesempatan kepada Pakatan Rakyat untuk meneruskan kemajuan dan pembangunan di negeri-negeri yang telah pun diberikan amanah oleh rakyat.

Saya berharap UMNO dan Barisan Nasional jangan lagi mengganggu pentadbiran kami di negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan menggunakan SPRM, menggunakan polis, menggunakan income tax, menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk menggagalkan pentadbiran Pakatan Rakyat. Saya berharap

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

marilah sama-sama kita mengangkat agenda rakyat ini demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Terima kasih Tuan Speaker.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:30 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan perbahasan...

final • 4:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada bertanding, Yang Berhormat?

final • 4:34 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Ya?

final • 4:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada bertanding? [Ketawa] Ucapan pertandingan.

final • 4:34 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Menjunjung kasih kepada – Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya dapat menyenangkan Dewan ini. [Disampuk] Menenangkan ya. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan perbahasan menjunjung kasih kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia berlandaskan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara disambut baik oleh rakyat. Jika pelaksanaannya berteraskan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Rakyat dapat melihat dan mengakui keikhlasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menyuarakan hajat dan tekadnya untuk melaksana dan menjayakan Gagasan 1Malaysia. Dalam melaksanakan Gagasan 1Malaysia, kerajaan perlu mempamerkan dengan tegas dan jelas, keyakinan dan tekad kerajaan serta sikap tidak berkompromi mengakuri prinsip dan spirit 1Malaysia, dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

Jika terdapat halangan secara terbuka atau tersirat ataupun jelasnya perbuatan pencerobohan terhadap dasar-dasar atau usaha-usaha yang berlandaskan spirit 1Malaysia dari mana-mana pihak pun. Khususnya di kalangan kakitangan kerajaan yang enggan mematuhi arahan, Menteri yang berkenaan harus mengambil tindakan untuk memberhentikan perbuatan yang boleh disifatkan sebagai pencerobohan dan membetulkan penyelewengan jika ada.

Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana menonjolkan NKRA atau enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional. NKRA telah memfokuskan enam bidang keutamaan dan top priority kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Dalam usaha kerajaan menghasilkan modal insan yang berkualiti dan menetapi kehendak pasaran, kerajaan bukan sekadar memberi insentif dan biasiswa kepada 10% atau 20% yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM.

80% hingga 90% pelajar yang kurang berjaya dalam peperiksaan perlu juga diberi latihan yang mencukupi supaya mereka dapat memainkan peranan yang sama penting dalam pembangunan negara. Setiap perpustakaan sekolah di sekolah rendah dan menengah, khususnya di kawasan luar bandar perlu dibekalkan dengan buku rujukan dan buku bacaan yang berguna dan yang

final • 4:34 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

menarik untuk membina budaya membaca di kalangan murid dan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah.

Pendidikan bukan sahaja alat meningkatkan kualiti modal insan negara.

Ianya satu jalan yang paling berkesan membantu anak-anak dari keluarga yang miskin, membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran termasuk SK, SJK(C) dan SJK(T) telah memainkan peranan yang berguna dan menghasilkan rakyat yang trilingual atau fasih tiga bahasa. Rakyat yang trilingual ini akan mendapat faedah dengan kebolehan trilingual di dalam aktiviti ekonomi di persada antarabangsa.

Hakikat ini tidak dapat dinafikan dalam konteks pembangunan ekonomi yang pesat, khususnya di negara China dan India. Rakyat Malaysia yang berkebolehan pelbagai bahasa telah menjadi aset negara. Kerajaan harus memberi segala bantuan yang diperlukan kepada sekolah dari semua aliran supaya kekuatan ini dapat dikekalkan. Sekolah-sekolah menengah swasta aliran bahasa Cina ataupun Chinese independent secondary school telah juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan rakyat yang berguna yang mampu memberi sumbangan terhadap pembangunan negara sejak berpuluh- puluh tahun dahulu.

Kerajaan harus menambahkan bantuan kepada golongan sekolah ini dan sijil peperiksaan am Chinese independent secondary school anjuran Dong Jiao Zong harus diiktiraf untuk tujuan pengambil ke maktab perguruan dan universiti tempatan.

final • 4:34 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Pelajar-pelajar kita yang belajar di universiti asing harus dipantau dan diberi bimbingan supaya mereka memegang kuat tentang tanggungjawab mereka terhadap keluarga dan negara. Semoga tidak dipengaruhi oleh ajaran yang radikal yang mungkin melibatkan pelajar-pelajar yang kurang matang ini dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara dan menjejaskan masa depan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan menambah baik pengangkutan awam. Saya berpendapat satu sistem pengangkutan awam yang baik bukan sahaja dapat mengurangkan masalah kesesakan di kawasan bandar, mempercepatkan pengaliran manusia dan barang-barang tetapi juga dapat meningkatkan keberkesanan sistem pengeluaran negara serta meningkatkan daya penarik negara kepada pelancong-pelancong asing dan juga Foreign Direct Investment (FDI) ke negara kita.

Sungguhpun kesesakan trafik di kawasan bandar merupakan fenomena sejagat tetapi rakyat masih menunggu tindakan kerajaan yang lebih drastik dan lebih menyeluruh ataupun berbentuk makro untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Misalnya di Johor Bahru kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat telah dirasai rakyat.

Sungguhpun usaha pesat telah pun dilaksanakan kerajaan termasuk pembinaan flyover di jalan Tebrau dan jalan Skudai serta Lebuh Raya Senai- Desaru dan pembinaan inner ring road di dalam bandar raya Johor Bahru, malangnya di lebuh raya kecil Pasir Gudang yang menyambung Kawasan Perindustrian Pasir Gudang dan Pelabuhan Pasir Gudang dengan bandar raya Johor Bahru masih kekal dua lorong sebelah setelah berpuluh-puluh tahun di bina.

Rakyat dan kenderaan-kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Pasir Gudang Kecil setiap hari tersekat oleh kesesakan trafik di lebuh raya ini. Rayuan

final • 4:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

berulang kali telah dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya supaya Lebuh Raya Pasir Gudang dinaiktarafkan menjadi tiga lorong sebelah ataupun lebuh raya enam lorong tetapi tidak menghasilkan apa-apa pun. Panjang Lebuh Raya Pasir Gudang tidak melebihi 20km. Kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang bukan sahaja menyusahkan rakyat tempatan di taman-taman kediaman sepanjang lebuh raya itu malah melambatkan pengangkutan barang-barang dari kawasan perindustrian Pasir Gudang ke seluruh negara.

Ini pasti sudah menjejaskan keberkesanan Pelabuhan Pasir Gudang selain daripada menyulitkan rakyat tempatan setiap hari. Selain daripada itu, rakyat Johor juga menunggu perkhidmatan MRT dari Singapura dipanjangkan ke Johor Bahru dan LRT dibina di sepanjang Lebuh Raya Skudai dan jalan raya Tebrau. Tambahan lagi bullet train Johor Bahru – Kuala Lumpur yang sering kali disebut-sebutkan juga jika direalisasikan akan meningkatkan daya saing rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar yang kerajaan telah meletakkan harapan yang besar dari segi pembangunan di persada antarabangsa.

Semoga dengan pertambahan perkhidmatan pengangkutan awam yang rakyat Johor impi-impikan dan dicadangkan tadi mudah-mudahan akan mengurangkan kenderaan-kenderaan di atas jalan raya di bandar raya Johor Bahru. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada PDRM...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ada yang bangun. Yang Berhormat Ampang.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya hendak bertanya sedikit.

Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Tebrau yang mengatakan tentang Wilayah Pembangunan Iskandar. Bagaimana dengan nasib sepuluh buah kampung yang akan dirampas daripada peneroka atau pun penduduk kampung asal di situ yang harus diberikan laluan untuk Wilayah Pembangunan Iskandar?

Mereka ini, nasib mereka tidak terbela dan tanah mereka akan dirampas, tidak ada penempatan untuk mereka. Bagaimana perancangan untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Seperti yang dimaklumkan kepada kita atau maklumat umum bahawa rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar dengan pelaksanaannya akan menambahkan nilai tanah di kawasan tersebut.

Saya rasa pemilik-pemilik tanah di kawasan tersebut termasuk orang kampung akan mendapat manfaat juga dari satu cara atau cara yang lain.

Kerajaan Negeri Johor memang telah mengambil kira tentang orang kampung yang mungkin menghadapi kesukaran dalam pelaksanaan projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Jadi, Yang Berhormat tidak payah bimbanglah tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada PDRM yang telah berikhtiar dan juga bertungkus-lumus untuk menurunkan kadar jenayah dan saya minta PDRM meneruskan jasa yang baik kepada nusa dan bangsa. Walau bagaimanapun, rakyat di kawasan saya masih meminta saya menyuarakan rayuan mereka supaya rondaan polis dipertingkatkan lagi di taman khususnya di taman- taman kediaman memandangkan kegiatan jenayah seperti pecah rumah, rompak dan curi kereta masih berlaku dengan begitu kerap dan menakutkan rakyat.

Saya meminta kerajaan meningkatkan lagi pengambilan rekrut baru, menambahkan dengan cepat bilangan anggota polis supaya rondaan yang lebih kerap dapat dilakukan untuk menyenangkan hati rakyat. Ini adalah benar jika tidak

final • 4:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

lupa masih terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) hampir dua juta di tanah air kita. Pasukan RELA yang selama ini menawarkan jasa mereka untuk membantu polis meronda kawasan-kawasan yang sering berlaku kegiatan jenayah harus dihargai dan diberi segala bantuan untuk membolehkan mereka meneruskan perkhidmatan rondaan yang amat diperlukan di taman-taman kediaman.

Di kawasan saya, pasukan RELA yang secara sukarela mengiringi anggota polis menjalankan tugas rondaan diberi subsidi petrol pada peringkat awal. Kemudian, subsidi petrol telah putus dan rondaan RELA juga terpaksa berhenti. Saya bercadang kerajaan perlu memberi peruntukan khas bagi membayar subsidi petrol kepada pasukan RELA yang menggunakan motosikal sendiri untuk membantu membanteras kegiatan jenayah.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Seterusnya, ingin saya menyentuh infrastruktur di kawasan luar bandar.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat, sebelum pergi tajuk lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua juga, terima kasih.

RELA begitu ramai sekali dalam negara kita ini. Saya ingat beratus ribu dan saya setuju sangat dengan cadangan Yang Berhormat Tebrau supaya anggota RELA ini digunakan untuk membantu pihak polis bagi membanteras jenayah ini.

Tadi Yang Berhormat ada sebut, cadang supaya beri subsidi petrol dan sebagainya. Saya ingin mencadangkan setujukah Yang Berhormat kalau kita cadangkan kepada kerajaan supaya RELA yang bertugas ini dibayar gaji yang setimpal dengan tugas seperti juga anggota polis. Tidak ada ruginya bagi kerajaan untuk membayar gaji kepada mereka sebanyak RM1,000, RM1,500 sebulan bagi yang berpangkat dan yang tidak berpangkat mungkin RM700, RM800 sebulan.

Ini akan memberikan satu komitmen daripada pihak RELA untuk benar- benar bertugas kerana pada masa ini saya dapati pihak RELA belum lagi dimobilize secara bersungguh-sungguh untuk membantu tugas yang kita harapkan itu. Jadi itulah cadangan dan saya ingin mendapat respons daripada Yang Berhormat Tebrau. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Pasir Salak, saya masukkan cadangan itu ke dalam ucapan saya.

Sebenarnya di kawasan saya Ketua Pasukan RELA mengeluarkan wang dari kocek sendiri untuk memberi subsidi kepada anggota-anggota RELA di bawah pimpinannya supaya rondaan di taman-taman kediaman dapat diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang akhir saya ingin sentuh di sini ialah infrastruktur di kawasan luar bandar. Kawasan Parlimen Tebrau telah dinamakan kawasan bandar dan telah dipinggirkan dalam pembangunan infrastruktur luar bandar. Hingga kini penduduk-penduduk di kampung Orang Asli di kawasan Tebrau telah bertanya kepada saya, mengapa negara sudah merdeka lebih 50 tahun, kami Orang Asli yang juga rakyat asli di tanah ini masih tiada bekalan air dan bekalan elektrik.

Contohnya di Kampung Pasir Salam sebuah kampung Orang Asli di kawasan Tebrau, hanya dua kilometer daripada kampung yang terdekat yang telah ada bekalan elektrik dan air masih tiada, tidak dibekalkan air dan elektrik.

final • 4:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Alasan tidak economical kerana bilangan penduduk hanya 120 orang itu tidak dapat diterima langsung, langsung tidak dapat diterima. Saya memohon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberi perhatian dan mengambil berat rintihan rakyat Orang Asli khususnya di kawasan Tebrau, Kampung Pasir Salam di kawasan Parlimen Tebrau dan mengambil tindakan secepat mungkin untuk membantu Orang-Orang Asli di kawasan Tebrau.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Pasir Salakkah Pasir Salam? Pasir Salam ya?

final • 4:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Pasir Salam.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak apa, saya ingin mencadangkan dan juga minta respons daripada Yang Berhormat, kalau tidak economical, kerajaan membekalkan air kepada kampung yang seperti itu dengan cara yang dibuat sekarang ini. Bagaimana kalau kita cadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan air daripada bawah tanah, telaga (tube well) dan satu-satu telaga (tube well) ini boleh...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Masa sudah hendak habis Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh membekalkan, ini untuk rakyat ini Tuan Yang di-Pertua, ini...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Semua kita bincang hal rakyat ini.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Membekalkan kepada ramai penduduk luar bandar bukan sahaja di kampung Pasir Salam, tetapi seluruh luar bandar ini dalam negara kita ini.

final • 4:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Memang cara itu telah dicadangkan, difikirkan. Dengan menggunakan air di bawah tanah itu tidak boleh minum di sana, kerana ia dekat dengan Selat Tebrau, laut. Jadi ia tidak boleh digunakan. Kita cadangkan gunakan hybrid untuk bekalan elektrik, tetapi tidak dilaksanakan juga.

Jadi masih menunggu dan saya harap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dapat berikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu belum berucap dari sesi yang lepas Yang Berhormat. [Ketawa]

final • 4:50 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

[Membaca sepotong doa] Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Titah kali ini. Pertamanya ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat dari Kalabakan kerana membawa suatu pembaharuan di dalam Dewan ini. [Tepuk] Dewan kita sudah pun berusia 12 penggal iaitu lebih daripada 50 tahun Dewan Rakyat ini bersidang. Boleh jadi ini pertama kalinya seorang Ahli daripada pihak kerajaan menyatakan pandangan

final • 4:55 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

secara ikhlas dengan tidak mempedulikan whip party Barisan Nasional. Tahniah kepada Yang Berhormat Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin masanya telah sampai bagi Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini untuk membuat suatu peningkatan di dalam perbahasan, di dalam amalan demokrasi berparlimen di Malaysia, di mana kita tidak patut 100% terikat dengan whip party masing-masing. Kita sebagai orang yang sudah berkemampuan untuk membuat penilaian dan berhak untuk mengemukakan pandangan-pandangan seperti apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Mulia Ahli Parlimen Gua Musang.

Saya melihat bahawa dalam Dewan ini pada masa sekarang, ramai Ahli Dewan yang boleh memimpin suatu aliran baru di dalam perkembangan demokrasi di Malaysia supaya kita tidak semata-mata terikat dengan whip party dan jangan takut sangat kepada UMNO.

Kita mesti membebaskan diri kita daripada UMNO dan kita mesti bercakap kebenaran, memperkatakan kebenaran. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua bersama-sama dengan Tan Sri Speaker Dewan Rakyat...

final • 4:55 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di- Pertua, ingin mencelah sedikit. Hulu Terengganu.

final • 4:55 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Saya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan selama tiga penggal, memerhatikan perjalanan Dewan Rakyat ini sejak daripada Allahyarham Tun Dr. Mohamed Zahir Ismail dan Tan Sri Yang di-Pertua menyatakan kepada saya bahawa Tun Dr.

Mohamed Zahir masih menjadi benchmark, tanda aras kepada beliau untuk menguruskan persidangan Dewan Rakyat kali ini.

final • 4:55 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Boleh mencelah?

final • 4:55 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Sekejap. Pada masa dahulu Speaker Dewan Rakyat, Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri bersama timbalan masing-masing, kita mempunyai suatu persidangan Speaker-speaker Malaysia yang diadakan secara rasmi setiap tahun bergilir-gilir tempat...

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Yang Berhormat Hulu Terengganu duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 4:55 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

...dan selain daripada itu...

final • 4:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Beliau belum habis lagi cerita beliau Yang Berhormat.

final • 4:55 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

...mengadakan juga Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Speaker-speaker dari semasa ke semasa, dua tiga empat kali setahun. Saya melahirkan rasa dukacita oleh sebab amalan Persidangan Speaker sekarang ini tidak lagi berlaku. Oleh kerana Persidangan Speaker ini sebagai suatu forum di mana permasalahan, pengendalian urusan persidangan di peringkat Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri dikemukakan dan diperbahaskan. Saya masih ingat lagi satu perkara yang dibangkitkan dalam Dewan ini baru-baru ini yang telah dibawa ke Persidangan Speaker-speaker Malaysia dan saya di antara orang yang mengemukakan soalan kepada Allahyarham Tun Dr. Mohamed Zahir Ismail, Speaker Dewan Rakyat pada

final • 4:55 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

waktu itu mengenai amalan suatu usul di Parlimen yang secara tradisinya tidak dibahaskan.

Maka dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan misalnya, usul untuk menamakan dua calon daripada negeri sebagai Ahli Dewan Negara. Di negeri Kelantan tidak pernah dibahaskan usul itu, diusulkan, disokong dan diluluskan pergi kepada usul yang lain. Jadi Tun Dr. Mohamed Zahir menyatakan bahawa tiap-tiap usul yang dibawa dalam Dewan, apabila ada ahli yang hendak bahas, maka tidak boleh digunakan precedence, tidak boleh digunakan amalan biasa maka bagilah untuk perbahasan. Ini sebagai satu contoh bagaimana Persidangan Speaker-speaker ini boleh memberikan forum, peluang kepada semua sekali pimpinan Dewan-Dewan ini untuk mengadakan forum. Saya mengharapkan semoga pihak Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua boleh mengambil satu daya usaha untuk meneruskan amalan ini di peringkat negara kita.

final • 4:55 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Boleh mencelah?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Hulu Terengganu bangun Yang Berhormat. Ini soalan Speaker, Mesyuarat Speaker Yang Berhormat Hulu Terengganu, jangan cerita lain.

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Boleh? Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kota Bharu. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertariklah dan saya rasa besar hati apabila Yang Berhormat Kota Bharu memuji tindakan Yang Berhormat Kalabakan menyuarakan rasa terkilannya, rasa tidak puas hatinya tetapi itulah sebenarnya fenomena di dalam UMNO. Kita memang memberi kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk bercakap.

Kita tidak akan pecat, kita tidak akan sekat, kita tidak akan keluarkan Yang Berhormat Kalabakan dari UMNO. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kota Bharu, apabila Yang Berhormat Kulim Bandar Baru menyuarakan rasa tidak puas hatinya, tidak bersetuju dengan panel yang dilantik untuk mengambil tindakan disiplin kepadanya tetapi beliau telah pun disingkirkan daripada PKR. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Kota Bharu? Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Tuan Yang di- Pertua, saya daripada Parti Islam Se-Malaysia. Apa urusan Parti Keadilan Rakyat, wallahualam. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan sikap yang diambil oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Ini seorang lagi Yang Berhormat yang perlu dicontohi.

Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau mengakui kesilapan yang dilakukan oleh pihak UMNO dan Perikatan pada zaman dahulu.

Saya di antara orang yang sempat dihantar ke sekolah pada tahun 1958.

Kemudian sedikit dari Yang Berhormat Pasir Salak. Pada waktu itu, saya belajar di dalam Darjah Satu dengan bangunan yang tidak sempurna, tidak berdinding, tidak ada simen dan cuma duduk di bangku. Akan tetapi saya diajar tulisan jawi, bacaan jawi, bacaan Quran dan Darjah Satu tahun 1958 saya sudah diajar dan pandai sembahyang. Darjah Satu, boleh sembahyang, oleh guru, bukan guru agama tetapi guru kelas.

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

Sekolah kebangsaan.

final • 5:00 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Sekolah kebangsaan. Saya memang terhutang budi dengan guru saya itu dunia akhirat.

Akan tetapi saya di antara orang yang generasi sampai Darjah Enam. Entrance Examination sudah tidak ada pada waktu itu. Saya generasi pertama. Sampai kepada Tingkatan Tiga buat pertama kalinya PMR diadakan secara objektif. Itu batch saya.

Adapun batch adik kepada saya apabila terlibat dengan suatu arahan dasar dari pihak Menteri Pelajaran untuk menggugurkan pelajaran jawi daripada sekolah, maka yang menjadi mangsanya, saya bilang, bilang, bilang selama 25 tahun, 25 tahun, adik-adik kita terpaksa menjadi korban. Tidak boleh membaca jawi, tidak boleh tulis jawi, tidak boleh baca Quran.

Pengalaman saya apabila orang daripada masjid turun datang ke sebuah rumah hendak membaca Yasin kepada emaknya yang hendak mati, maka adik kita ini yang menjadi korban daripada dasar menggugurkan bacaan jawi di sekolah ini tidak boleh hendak baca. Tidak boleh hendak baca Yasin. Apabila rombongan dari masjid ini sampai, maka dia terpaksa ambil satu buku cetakan Yasin dengan tulisan rumi. Baca Yasin dengan tulisan rumi yang ‘dod’ nya tidak ada, yang ‘sod’ nya tidak ada, yang ‘tho’ tidak ada, yang ‘zho’ tidak ada, yang ‘a’in’ tidak ada, maka bacalah Yasin itu dengan rumi sehinggalah Majlis Fatwa mengeluarkan satu fatwa bahawa haram baca Quran dengan tulisan rumi, haram cetak Quran dengan tulisan rumi, haram jual Quran dengan tulisan rumi.

Alhamdulillah Majlis Fatwa membantu kita melenyapkan semua sekali cetakan Quran dalam tulisan rumi. Alhamdulillah kita tidak dapat jumpa lagi. Akan tetapi sehingga anak saya yang sulung, yang lahir pada 1977, maka adalah usaha-usaha baru yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran. Boleh jadi untuk membetulkan keadaan sehingga apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jempol sekejap tadi, adanya j-QAF, adanya kelas KAFA, Fardu Ain dan sebagainya. Anak saya yang sulung sempat, boleh belajar balik dan boleh pandai balik dan 25 tahun daripada saya Darjah Satu, 25 tahun kemudian anak saya.

Jadi berapa ramai yang jadi mangsa daripada kesilapan dan kesalahan dasar Kementerian Pelajaran dan banyak mana dosa dan blunder yang dibuat oleh Menteri dan parti ini? Banyak mana dosa? Saya tidak tahu. Saya orang Kelantan. Orang Kelantan kata, tidak tahu sama ada ‘sengelin’ atau sengaja?

‘Sengelin’ atau sengaja, tidak tahu yang mana satu tetapi kita yang jadi mangsa.

Alhamdulillah, kelmarin Yang Berhormat Pasir Salak bangun, saya cukup-cukup menghormati kakanda saya dari Pasir Salak, mengaku kesilapan orang-orang dahulu dan boleh jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran yang baru.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kota Bharu, celah sedikit Yang Berhormat Kota Bharu. Lenggong. Ini sebelah kiri.

final • 5:00 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

[Ketawa] Yang Berhormat Lenggong sekejap. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran yang baru boleh membetulkan keadaan ini dan menambah baik supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menebus dosa-dosa pemimpin UMNO dan Perikatan zaman dahulu.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kota Bharu celah, nanti ubah tajuk lain. Tajuk tadi.

final • 5:00 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Ya sila.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili parti yang memperjuangkan Islam kononnya, tentu juga

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

kita kena memperakui. [Dewan riuh] Janganlah marah, marah sangat. [Ketawa] Takkanlah langsung kita tidak mahu memperakui bahawa banyak dan begitu banyak usaha yang dibuat oleh kementerian. Dalam soal memberikan peluang dan mencelikkan anak-anak kita dalam bidang agama. j-QAF misalnya, itu satu.

[Dewan riuh]

final • 5:00 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Kurikulum Pelajaran Malaysia, apabila anak kita tamat belajar tidak diajar pun dosa pahala. Tidak ada pun dalam kurikulum pelajaran itu mengenai dengan syurga neraka. Jadi ini adalah suatu perkara yang cacat yang boleh kalau boleh anak-anak muda yang memimpin Kementerian Pelajaran pada hari ini gunakanlah peluang yang ada ini untuk membetulkan suasana.

Pihak Majlis Pengetua dan Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah pernah mencadangkan kepada pihak kementerian supaya jadikan agama sebagai subjek yang kelima dalam UPSR, subjek yang keenamkah? Sekarang ada empat atau lima? Sekarang ada empat. Kadang-kadang UPSR ini ada empat, kadang-kadang lima. Sekarang sudah ada cadangan supaya dijadikan mata pelajaran peperiksaan UPSR yang keenam tetapi ini tidak pernah diterima dan malang sekali Pengetahuan Agama Islam tidak pernah diwajibkan di dalam peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.

Perkara yang saya hendak sebut seterusnya iaitu mengenai pelancongan.

Saya mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Mambong yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan yang baru. Di dalam Titah Ucapan Ke bawah Duli ada menyebut bahawa pelancongan akan menjadi satu sumber pendapatan negara yang utama dan saya mencadangkan supaya Menteri Pelancongan dan Timbalan Menteri Pelancongan cuba memberikan perhatian kepada negara-negara di Asia Barat.

final • 5:00 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Negara-negara di Asia Barat yang cukup berpotensi untuk ditarik datang ke Malaysia sebagai destinasi pelancong. Saya pernah melihat seorang kanak- kanak daripada Arab Saudi ada di satu lorong belakang hotel di Jalan Bukit Bintang. Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun yang berlari-lari bermain di Jalan Bukit Bintang di belakang hotel menunjukkan bahawa orang Malaysia mampu untuk menyediakan satu kawasan yang selamat kepada pelancong-pelancong asing sehinggakan suasana yang begini yang cukup memberangsangkan.

Tahniah dan penghargaan kepada polis pelancong yang dapat menjadikan kawasan Bukit Bintang sebagai tempat yang selamat kepada pelancong- pelancong.

Apa salahnya jika diperluaskan supaya meliputi sama kawasan Jalan Chow Kit, kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan lain-lain tempat yang sesuai dijadikan destinasi pelancong kepada Asia Barat ini. Cumanya kalau boleh Kuala Lumpur dahulu. Kalau boleh tumpukan oleh kerana Menteri dan Timbalan Menteri tidak mampu untuk bercakap dalam bahasa Arab, apalah salahnya ambil Yang Berhormat Kuala Krau yang fasih berbahasa Arab ini untuk membantu kementerian ini supaya dapat menarik pelancong-pelancong datang ke sini.

Akhir sekali, Yang Berhormat Kuala Krau boleh. Tuan Yang di-Pertua, 40% daripada penduduk dari negara kita adalah golongan belia. Malang sekali apabila ramai di kalangan belia kita ini tidak dapat terlibat sama di dalam urusan pengundian kerana pihak kerajaan masih lagi belum mahu mempertimbangkan, mengurangkan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun seperti yang diamalkan di negara-negara jiran kita dan seluruh dunia sekarang ini. Saya suka

final • 5:10 PM

Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

menarik perhatian kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik di bawah perkara 114 dan di dalam perkara 114(2) Perlembagaan Malaysia disebut dengan jelas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah ambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. SPR ini dan ahli-ahli SPR mestilah bertindak supaya pihak awam pihak rakyat ini memberikan kepercayaan.

Jangan ada tindakan-tindakan, amalan-amalan, keputusan-keputusan yang dibuat oleh pihak SPR seolah-olahnya tidak bebas daripada memberikan kelebihan kepada satu-satu pihak seperti di dalam kes Titi Tinggi, Perlis.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, gulung Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Ya, Titi Tinggi surat sudah dihantar kepada Speaker, apabila ditanya kepada SPR, ada pula Ahli SPR yang menyatakan bahawa terserah kepada Yang Berhormat berkenaan untuk meneruskan ataupun tarik balik. Apa kerja SPR hendak kacau ini?

Sepatutnya seperti Pengerusi SPR yang menyatakan dengan ikhlas bahawa SPR belum menerima surat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis. Itu tidak apa. Akan tetapi ada Ahli SPR yang cuba untuk seolah-olah dia itu bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional yang duduk dalam SPR itu [Tepuk] Jadi ini satu tindakan... Jadi saya mengharapkan supaya SPR sebagai badan yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah melaksanakan tugasnya dengan penuh telus dan tidak partisan, biarlah seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan ini. Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Masa sudah habis. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

[Bangun]

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat seorang sahaja yang berdiri.

final • 5:10 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pulau Labuan Wilayah Persekutuan Kedua lautnya dalam dan juga bersih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang membahas menjunjung kasih. [Tepuk] Seperti mana Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang lalu yang mana Seri Paduka menyebut bahawa Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan juga menetapkan enam bidang keberhasilan utama nasional iaitu NKRA. Saya akan memulakan perbahasan ini dengan NKRA yang pertama iaitu mengenai pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum, Wilayah Persekutuan Labuan yang telah ditubuhkan atau diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan secara rasmi pada 16 April 1984 mengikut peruntukan perkara 1 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1984, Akta A 585 pengisytiharan penubuhan yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Dato’ Seri Mahathir Muhamad Perdana Menteri Malaysia bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan Yang Amat Berhormat Datuk Harris Muhamad Salleh bagi pihak kerajaan Sabah.

final • 5:14 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Berikutan penubuhan itu pun dipersetujui bahawa sebahagian jabatan kerajaan yang telah wujud diletakkan terus di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat yang dinyatakan di bawah kawalan Menteri berkaitan.

Demi kepentingan pendidikan yang berterusan, Pejabat Pelajaran Bahagian Labuan terus diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Sabah pada saat itu, namun menerusi perjalanan masa terdapat perkembangan dan kemajuan yang memberangsangkan. Pejabat Pelajaran Labuan telah mendapat keyakinan dan kepercayaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah menaikkan taraf sebagai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan yang berstatuskan negeri. Pengisytiharan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Johari bin Mat, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia pada 24 Ogos 2001.

Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu ialah Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad dan perutusan antara lain menyatakan bahawa satu pengiktirafan telah pun diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan Labuan dengan menaik taraf Pejabat Pelajaran Bahagian Labuan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan dapat menaik taraf kualiti pendidikan wilayah ini selaras dengan kedudukannya sebagai sebuah pusat kewangan luar pesisir antarabangsa. Penubuhan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan merupakan satu kepercayaan dan pengiktirafan kerajaan atas kesungguhan dan komitmen pegawai-pegawai, guru-guru dan staf sokongan memajukan pendidikan untuk anak-anak Labuan yang sekian lama terpinggir serta telah mula dapat bersaing dengan rakan-rakan dari negeri-negeri lain.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan telah pun diwartakan penubuhannya melalui waran perjawatan S26 pada 1 Disember 2000 dan beroperasi sebagai sebuah jabatan pada 1 Januari 2001 dan diisytiharkan penubuhannya pada 24 Ogos 2001. Sebagai satu entiti tersendiri dan berfungsi sebagai sebuah Jabatan Pelajaran Negeri sehingga ke hari ini, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya menjalankan fungsinya dengan cemerlang dalam menguruskan semua dasar aktiviti dan program- program yang diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan berjayanya mendapat pelbagai anugerah kualiti dan peningkatan kebangsaan di peringkat kebangsaan dan pengiktirafan antarabangsa. Malah Jabatan Pelajaran Labuan juga telah diberi pengiktirafan MS ISO 9000/2000 sejak enam tahun yang lalu.

Di samping itu semua sekolah Labuan telah mendapat tahap sekolah bestari berdasarkan kepada pengiktirafan sekolah pada 2009 yang mengguna pakai standard sekolah bestari Smart School Qualification Standard. Labuan muncul sebagai negeri pertama mencapai 100% sekolah bestari di negeri ini. Di samping itu beberapa sekolah di Labuan telah diiktiraf terbaik dalam pengurusan kewangan koperasi peranan bahkan guru-gurunya diiktiraf sebagai guru-guru inovatif kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang bahasa Inggeris serta penulisan Jawi.

final • 5:14 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan terus berusaha gigih merancang dan melaksanakan semua program yang didasarkan oleh kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan juga NKRA dan sub NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia serta khususnya pelaksanaan kokurikulum kebangsaan yang lama mahupun yang baru.

final • 5:20 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Ini bertujuan untuk memastikan anak-anak didik di Labuan dapat terus maju dan cemerlang serta dapat bersaing dengan pelajar-pelajar dari negeri- negeri lain di seluruh Malaysia. Dalam perancangan ini, tiba-tiba sahaja usaha ini semacam disentap dan ditarik ke belakang. Umpama sampan yang telah pun berdayung dan melalui pelbagai rintangan dan kesukaran dalam pelayaran.

Setelah destinasinya hampir tiba, warga penduduk dan komuniti Labuan dikejutkan dengan berita yang fungsi dan peranan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan akan dikecilkan apabila Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan yang amat rapat dengan denyut nadi orang-orang Labuan akan dijadikan Pejabat Pelajaran Labuan sahaja.

Itu melalui penggabungan di bawah entiti Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan...

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Mohon laluan.

final • 5:20 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Yang Berhormat Lipis, okey.

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya pun terkejut juga, saya ingat tadi menceritakan tentang kecemerlangan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan ini hendak menjelaskan apa pencapaian mereka, rupanya ia hendak digabungkan dan hendak dikecilkan. Wah, saya pun terkejut juga sebab pada pandangan saya sesebuah wilayah semacam Labuan, Putrajaya, Kuala Lumpur ini sepatutnya ditadbirkan oleh mereka sendirilah dari segi pendidikannya kerana pendidikannya merupakan sesuatu yang berbeza sebenarnya dari satu tempat dengan satu tempat. Kalau dalam sebuah negeri seperti kita yang wujud secara entiti macam Pahang dan sebagainya, itu boleh dibuat sebagai satu negeri.

Akan tetapi kalau sesuatu wilayah yang terasing, terpisah-pisah begitu, sepatutnya ia ada entiti sendirilah. Saya menyokong sekiranya Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan ini kekal sebagai sebuah jabatan yang tersendiri kerana keperluan masyarakat Labuan tentulah berbeza dengan keperluan pendidikan bagi masyarakat di Kuala Lumpur dan juga keperluan pendidikan masyarakat di Putrajaya.

Saya pun mencadangkan supaya Putrajaya pun diwujudkan sebuah jabatan pendidikan sendiri. Ini kerana, kita hendak mentadbir tempat yang mudah pun susah, ini dari Kuala Lumpur ke Labuan...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan panjang sangat Yang Berhormat, habis masa Dewan.

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Ya, sedikit lagi. Dari Kuala Lumpur ke Labuan, dia punya loghat bahasa pun berbeza, bagaimana? Jadi tentulah rasa saya jabatan ini patut dikekalkan. Bagaimana pandangan Yang Berhormat?

final • 5:20 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Yang Berhormat Lipis, terima kasih atas saranan tersebut. Jadi, saranan Yang Berhormat Lipis akan saya masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum, Labuan sendiri mempunyai kedudukan yang agak jauh dari Kuala Lumpur. Jadi saya berharap agar kementerian meninjau kembali tentang penggabungan tersebut. Biarlah Labuan itu sendiri dijadikan sebagai statusnya yang ada sekarang yang mana dijadikan sebagai Jabatan Pendidikan atau Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, janganlah dijadikan sebagai Pejabat Pendidikan Wilayah

final • 5:20 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Persekutuan Labuan yang mana secara tidak langsung banyak implikasi yang saya rasa cukup mengganggu keadaan terutamanya penduduk-penduduk di Labuan iaitu ibu bapa, murid-murid dan juga penduduk-penduduk kita di Labuan.

Dengan penggabungan tersebut, kita merasakan impak negatif akan berlaku terutamanya pencapaian kokurikulum murid, penglibatan murid ke peringkat kebangsaan terhad kepada dasar penilaian 10% IPTA juga terjejas.

Selain itu, kebajikan murid-murid sekolah bantuan, kuota-kuota yang terhad, birokrasi dan keciciran dalam pemberian bantuan dan pengurusan kebajikan murid juga agak terganggu dan seterusnya birokrasi lokasi dan masa. Peningkatan kos pengurusan apabila kita semuanya langsung berurusan dengan Kuala Lumpur, keadaan red tape kelulusan Pengarah di Kuala Lumpur, masalah-masalah daripada aspek pengurusan kokurikulum dan sebagainya.

Bidang kuasa pengarah yang mana apabila digabungkan, pengarah yang ada sekarang cuma duduk sebagai timbalan pengarah dan apa jua keputusan yang akan dilaksanakan haruslah melalui seorang ketua pengarah atau pengarah yang duduknya di Kuala Lumpur. Selama ini apa jua yang kita laksanakan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan berurusan langsung dengan kementerian. Ini lebih memudahkan kepada Jabatan Pelajaran itu sendiri untuk mengurus selia apa jua cara-cara untuk melaksanakan tugas-tugas pendidikan sesuai dan mengikut dasar-dasar dan juga atur cara yang telah pun diberikan oleh Kementerian Pendidikan.

Dengan adanya penggabungan tersebut, saya rasa keadaan yang begitu sudah terbalik. Kalau dahulu ditadbir dari negeri Sabah dan diberikan status kepada Jabatan Pendidikan mempunyai status negeri dan sekarang akan dikembalikan lagi melalui yang lebih jauh iaitu ke Kuala Lumpur melalui Jabatan Pelajaran Wilayah. Jadi, ini saya rasa biarkanlah Labuan itu mempunyai statusnya sebagai Jabatan Pelajaran tersendiri seperti mana yang ada pada hari ini, kerana lebih banyak kebaikan berbanding dengan sistem baru yang akan datang. Ini kerana, apa yang saya difahamkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga telah pun menghantar petition atau memorandum kepada kementerian, yang mana mereka juga akan memohon supaya dipertahankan sistem yang lama.

Ibu bapa sendiri yang mana kalau kita lihat daripada pelajar-pelajar di Labuan yang lebih daripada 14,000 pelajar, kalau kita kirakan rata-rata satu ibu bapa mempunyai tiga anak. Jadi kita lihat di sini sekurang-kurangnya peratus ataupun jumlah pengundi yang mana daripada impak tadi, jumlah pengundi sebanyak lebih kurang lebih daripada 9,000 orang. Apakah kita sanggup mengorbankan Labuan ini demi kepentingan kementerian itu sendiri ataupun kepentingan KSU dan juga Ketua Pengarahnya dan sebagainya untuk meletakkan Labuan di bawah Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan? Jadi saya mengharapkan kepada Menteri yang berkaitan semoga kedudukan Labuan, Jabatan Pendidikan ataupun Jabatan Pelajaran Labuan ini dapat dikekalkan demi kepentingan untuk anak bangsa dan juga penduduk Labuan itu sendiri. Jadi diharapkan kepada Menteri yang berkenaan, janganlah diubah lagi supaya keadaan ini akan dapat menenteramkan keadaan terutamanya ibu bapa yang ada di Labuan.

Jadi untuk perbahasan saya yang kedua Tuan Yang di-Pertua iaitu mengenai sistem pengangkutan di Wilayah Persekutuan Labuan seperti mana NKRA yang kedua iaitu menaiktarafkan sistem pengangkutan awam. Apa yang kita lihat di Labuan, kita masih ketinggalan terutama – mungkin sistem pengangkutan darat cukup baik kerana Labuan kawasannya tidak besar tetapi apa halnya antara hubungan kita dari Labuan ke negeri Sabah yang mana sampai saat

final • 5:20 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

ini hampir setiap kali saya berucap di Parlimen, inilah yang saya akan suarakan.

Saya tidak akan putus asa untuk menyuarakan hal ini iaitu sistem pengangkutan laut antara Labuan dan tanah besar Sabah.

Sampai hari ini sistem monopoli yang dilaksanakan masih wujud. Jadi oleh itu, kalau tidak salah pada tahun 2010 sistem monopoli ini seharusnya sudah dimansuhkan ataupun sudah tamat. Akan tetapi, apakah tindakan kementerian terutamanya tindakan Kementerian Pengangkutan supaya sistem pengangkutan laut terutama feri penumpang dan juga feri kenderaan yang ada sekarang kita perlu upgrade dan juga diharapkan kementerian berkenaan melihat bagaimana kesusahan orang Labuan. Jangan cuma duduk di sini melihat apa yang ada di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar.

final • 5:20 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Benda-benda ini kalaulah ada masalah sedikit, pembangkang menyuarakan masalahnya dan kita terus ambil tindakan perbaiki itu dan ini. Akan tetapi suara kita dari Labuan, tolonglah. Kementerian harus peka akan soal ini supaya sistem pengangkutan laut ini harus diperbaiki, supaya rakyat Labuan juga menikmati apa yang dikatakan kemajuan dalam Malaysia ini kerana kita pun sama-sama sudah merdeka 50 tahun lebih. Labuan juga telah pun mencapai status sebagai wilayah. Tahun ini adalah tahun yang ke-26 Labuan sebagai wilayah. Akan tetapi sampai saat ini sistem pengangkutan tersebut masih terkontang-kanting. Orang Labuan masih merana dan susah dalam hal sistem pengangkutan laut yang ada di Labuan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Urusan yang ketiga Tuan Yang di-Pertua iaitu NKRA yang keenam, meningkatkan taraf hidup rakyat. Peningkatan ekonomi, taraf hidup rakyat yang kita lihat pada hari ini terutamanya kita di Labuan, saya tidak akan bercakap banyak. Saya akan perjuangkan apa yang ada di depan mata saya. Sistem ekonomi yang kita nampak di Labuan yang mana orang-orang Labuan ini masih jauh taraf ekonominya. Kelihatannya masih di bawah berbanding dengan wilayah- wilayah persekutuan yang ada di Malaysia ini terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jadi kami mengharapkan sistem ekonomi ini atau pun ekonomi kita ini harus di naik tarafkan. Sepertinya kita lihat kalaulah kerajaan atau pun kerajaan Malaysia memberikan peluang-peluang terutamanya kepada orang Melayu dan juga bumiputera tetapi ada sesetengah orang yang mana terutamanya di pihak pembangkang sana, apabila keistimewaan orang-orang Melayu itu diberikan, mereka melenting.

Seolah-olah kerajaan tidak adil itu dan ini. Sedarkah kita terutamanya orang-orang bumiputera dan juga Melayu baik di Labuan mahu pun di seluruh Malaysia, setiap projek atau apa jua projek yang diberikan oleh kerajaan, baik negotiation, open tender dan sebagainya. Apabila satu-satu projek wujud sebanyak sekurang-kuranya 60% daripada projek tersebut telah pun dikuasai oleh bukan bumiputera, orang-orang Melayu atau pun bumiputera cuma menikmati 40%. Itu pun daripada labour cost sahaja. Yang lain, raw material dan sebagainya, siapakah yang menguasai? Ini bermakna, apa juga projek yang diberikan kepada

final • 5:30 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

bumiputera, 60% telah pun dinikmati oleh non-bumiputera. Jadi, apakah ini dikatakan tidak adil?

Saya rasa, kerajaan cukup adil. Walau bagaimanapun, hal ini janganlah kita terlalu pertikaikan kerana antara bumiputera dengan non-bumiputera dengan izin, saya rasa masing-masing menikmati apa jua yang telah pun diberikan oleh kerajaan. Walaupun projek itu 100% dilaksanakan oleh kaum bumiputera dan juga kaum Melayu tetapi kaum bukan bumiputera juga cukup menikmati lebih daripada itu. Jadi, saya mengharapkan apa jua yang diberikan kepada bumiputera, tolong jangan dipertikaikan. Diharapkan masing-masing mempunyai keuntungan sendiri dalam prinsip tersebut.

Jadi, oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan berucap terlalu panjang lebar. Jadi, itulah saranan saya. Dengan ini saya turut menyokong.

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kami baca dalam surat khabar berkenaan dengan satu masalah yang timbul antara Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara. Tuan Yang di-Pertua, sangat penting dan saya rasa semua di sini setuju bahawa aspek keselamatan dalam negara ini diberikan prioriti yang tertinggi. Apa yang perlu adalah untuk kesemua rakyat Malaysia mempunyai keyakinan bahawa dalam negara ini keputusan-keputusan yang dibuat oleh pihak polis adalah keputusan bebas dan tidak sebarang pihak yang interfere, dengan izin, atau pun yang campur tangan dengan keputusan-keputusan yang dibuat.

Kita lihat apa yang dikatakan oleh Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Beliau setuju apabila ditanya, beliau menyatakan memang terdapat pihak ketiga atau pun third force yang campur tangan dalam urusan pihak polis apabila mentadbir keselamatan negara ini. Isu yang dibangkitkan adalah ini, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk mengesahkan bahawa tidak ada sebarang campur tangan seperti mana yang dinyatakan? Adakah benar bahawa kenyataan-kenyataan ini sememangnya wujud? Adakah benar bahawa terdapat pihak ketiga yang membuat keputusan di sebalik kuasa polis? Siapakah pihak ketiga ini, adakah pihak ketiga ini ahli politik, atau adakah pihak ketiga ini orang biasa? Adakah pihak ketiga ini terdiri daripada orang-orang yang dikatakan di underworld misalnya?

Kita juga hendak bertanya, kita lihat Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Dewan yang mulia ini meluluskan undang-undang yang luas to combat corruption.

Apa yang berlaku? Kita ada sekarang ini apa yang dinyatakan sebagai MACC.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya di sini, siapakah yang lebih berkuasa, MACC atau pun pihak polis, MACC atau pun Menteri Dalam Negeri? Siapakah yang menggariskan had-had antara bidang kuasa MACC dan pihak polis misalnya? Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak ketiga yang dinyatakan ini sebenarnya MACC? Dengan izin, is the MACC interfering with the police work of this country.

Saya bangkitkan hal ini kerana Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak aduan terima khususnya apabila saya mengendalikan kes Teoh Beng Hock. Saya dapat banyak aduan daripada anggota polis. Anggota polis yang memberitahu saya bahawa mereka ini diserang atau under pressure, diberi pressure oleh pihak

final • 5:34 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

MACC. Kita lihat bahawa benar terdapat laporan polis dibuat terhadap pegawai- pegawai MACC tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil.

Saya diberitahu bahawa pihak polis atau pun pegawai-pegawai polis ditahan atas alasan rasuah. Akan tetapi apabila dibawa ke MACC, digunakan kekerasan dan juga diugut oleh pihak MACC, pegawai MACC ini supaya tidak interfere atau tidak campur tangan dengan kerja-kerja yang mereka lakukan. So, di sini saya ingin dapat tahu daripada Kementerian Dalam Negeri. Adakah benar bahawa terdapat laporan-laporan polis dibuat oleh anggota polis terhadap pegawai-pegawai MACC? Jumlah laporan-laporan polis tersebut dan mengapakah sehingga sekarang sekiranya ada tindakan diambil? Kalau tidak ada tindakan diambil, mengapa tidak ada tindakan diambil?

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan menjadi satu perkara yang dibangkitkan tanpa asas. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, saya bawa perhatian Dewan ini pada kaedah-kaedah yang digunakan oleh MACC dalam siasatan. Semalam saya diberikan satu jawapan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz. Soalan yang saya tanya berkenaan dengan berapa ramai pegawai penyiasat dalam perkhidmatan SPRM? Apakah qualification asas mereka dalam bidang siasatan kes-kes jenayah? Jawapan yang saya dapat hanya satu muka surat, tiga perenggan. “Terdapat 442 orang pegawai penyiasat dalam SPRM. Untuk menawarkan mereka menjadi pegawai penyiasat dalam SPRM, mereka dikehendaki menjalankan dengan jayanya latihan asas selama tiga bulan”.

Apakah latihan asas ini? Tidak dinyatakan. Di bawah kendalian Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) juga dinyatakan latihan asas ini dilengkapi dengan pelbagai modul, komprehensif tetapi tidak diberikan senarai apakah modul-modul komprehensif yang dibentuk dan sebagainya. Ada juga dinyatakan Tuan Yang di-Pertua, di sini... [Merujuk lampiran berkaitan] ...Bahawa melalui skim perkhidmatan baru SPRM, suruhanjaya ini juga boleh mendapatkan individu- individu yang berpengalaman luas dan sebagainya.

Masalah lain timbul dalam ini, dalam kes Teoh Beng Hock misalnya, saya tidak akan masuk secara mendalam tetapi hanya untuk satu aspek. Apabila seorang pegawai penyiasat disoal Tuan Yang di-Pertua, beliau ditanya apakah pengalaman beliau dalam siasatan kes. Beliau berkata beliau tidak ada pengalaman. Selepas itu, soalan susulan kalau tidak ada pengalaman bagaimana kamu tahu bagaimana hendak siasat dan sebagainya. Beliau lihat kepada tuan koroner sambil senyum dan kata, saya lihat CSI Movie, dengan izin Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:34 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Inilah, these are the standards of the officers that we have in SPRM. Akan tetapi, masalahnya ini mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil seolah-olah SPRM ini diberikan kuasa mutlak boleh melakukan apa-apa yang mereka hendak tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

Tuan Yang di-Pertua, pada 16 Jun 2008, satu laporan polis telah pun dibuat terhadap pegawai BPR ataupun sekarang ini pegawai SPRM. Saya hendak bacakan apa yang dinyatakan di sini untuk memberi penekanan kepada apa yang saya nyatakan dan ini adalah laporan tersebut. Pada masa, tarikh diberikan...

“Saya dalam perjalanan dan sebagainya, saya telah dibawa ke satu bilik di tingkat satu di pejabat BPR tersebut. Di dalam bilik tersebut terdapat lebih kurang lima orang pegawai BPR menyuruh saya buka baju dan tinggal saya hanya berseluar dalam. Selepas itu pegawai tersebut merantai leher saya, memukul kepala saya

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

menggunakan tangan menarik rantai tersebut sehingga saya melutut dalam keadaan melutut. Pegawai BPR tersebut menyentap rantai tersebut sehingga muka saya ke lantai dan salah seorang darinya telah memijak leher sebelah kanan saya. Selepas itu pegawai tersebut terus memukul saya sehingga saya keletihan.

Selepas itu saya dibawa semula ke bawah dan diberikan pakaian dan sebagainya.” Ini adalah laporan polis yang dibuat terhadap pegawai SPRM. Akan tetapi, apa yang menyakitkan adalah tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas laporan-laporan polis yang sedemikian. Tuan Yang di-Pertua, adakah kita ini menubuhkan MACC supaya kita boleh mendapatkan sepasukan orang yang dibenarkan menggunakan ataupun menyalahgunakan kuasa demi dalam nama memerangi corruption? Adakah kita hendak satu MACC yang menggunakan kekerasan supaya memaksa orang membuat pengakuan supaya boleh sesetengah pihak dibawa ke muka pengadilan dan mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil? Why are the MACC given preference, no action? Bukan sahaja di situ, kalau MACC mengatakan tidak mendapat laporan ini, saya ada laporan yang lain. Ada banyak laporan-laporan di sini.

Satu laporan yang dibuat oleh seorang yang bernama Sivaneson Thangavelu juga yang menjadi seorang saksi di dalam kes Teoh Beng Hock. Dia membuat laporan polis pada 11 September 2008. Laporan polis mengatakan dan saya tidak akan membacakan semua tetapi apa yang penting. Dengan izin, beliau mengatakan, “Seramai tiga hingga empat orang BPR telah bergilir-gilir menampar saya. Mereka ikat mata saya dengan tuala BPR dan sebagainya...” and as I read this earlier “...dan suruh saya bogel. Sebelum itu saya ternampak mereka membalut sebatang besi dengan surat khabar. Mereka telah gunakan besi tersebut memukul saya di bahagian perut, punggung, tangan dan kaki. Mereka juga menendang saya di bahagian perut sehingga ada kesan but sampai hari ini dan sebagainya. Mereka menggunakan rotan untuk belasah saya di bahagian kemaluan dan tapak kaki. Saya hampir pengsan sehingga subuh.” Ini adalah laporan polis Tuan Yang di-Pertua dan di sini saya merujuk kepada satu surat yang diterima oleh SPRM. Apabila laporan polis ini dibuat memang tidak ada tindakan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, apa yang berlaku adalah SUARAM telah pun membawa perkara ini kepada perhatian BPR semasa itu. Satu surat telah pun dihantar kepada BPR dan BPR pun mengaku menerima aduan ini dan menyatakan bahawa aduan berkenaan dalam siasatan dan sebagainya. Akan tetapi, tidak ada sebarang maklumat sehingga hari ini.

So, di sini kita lihat apa yang berlaku. Kita lihat bagaimana SPRM atau BPR diberikan ruang untuk menyalahgunakan kuasa? Mengapa? Adakah ini supaya ataupun untuk membawa satu mesej kepada pihak polis bahawa sebenarnya mereka mempunyai kuasa mutlak supaya pihak polis perlu dengar kepada mereka? Adakah ini interference yang dimaksudkan oleh IGP di mana pegawai-pegawai polis memang tidak rela, tidak hendak melakukan tugas mereka kerana takut bahawa mereka pula akan dijadikan mangsa? Adakah pihak IGP sendiri disiasat oleh MACC? Ini adalah satu perkara penting kerana rakyat Malaysia perlu tahu siapa yang mengetuai pihak polis itu perlu mempunyai kuasa, perlu mempunyai semangat Tuan Yang di-Pertua, untuk membawa semua-semua kes ke muka pengadilan. Akan tetapi, kita lihat bagaimana sesetengah pihak yang melakukan kesalahan tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Kita ambil sebagai satu contoh kes-kes di mana Ahli-ahli politik Pembangkang dituduh untuk mengadakan illegal assembly. Begitu sahaja, begitu

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

ramai di PJ’s court almost every other day have cases which involve opposition politician dengan izin that are charged for unlawful assembly.

final • 5:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bagaimana dengan... Yang Berhormat Padang Serai beri saya satu minit. Bagaimana dengan kes-kes yang melibatkan ahli-ahli kerajaan? Kita lihat PERKASA, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan membuang masa untuk mencabar Ahli Parlimen Pasir Mas dan sebagainya tetapi isu yang bangkit daripada ini seluruh negara lihat apa yang beliau lakukan. He goes to the streets melakukan demonstrasi secara besar- besaran. Pegang macam-macam banner, menghina macam-macam orang tetapi langsung tidak ada sebarang tindakan diambil bahkan pada masa itu polis dilihat bersama-sama dengan beliau. Seolah-olah menyokong tindakan beliau.

So, kita hendak tanya mana keadilan di sini? Siapa yang sebenarnya membuat keputusan? Itu satu. Berbalik kepada insiden seperti insiden yang berlaku di luar rumah Ahli Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang di mana satu perarakan diketuai oleh bekas Menteri Besar Selangor. Beliau ditahan dan ditangkap. Bekas Menteri Besar Selangor ini disiasat. Akan tetapi, mengapa sampai hari ini tidak ada sebarang tindakan dibawa? Adakah beliau diberi arahan atau Ketua Polis Negara beri arahan? Adakah Attorney General, Peguam Negara juga termasuk dalam komplot ini? Is there a conspiracy? Kita lihat bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh di sana misalnya, every other day terdapat laporan polis, polis hendak siasat, bawa kepada mahkamah, charge ini, charge itu dan sebagainya.

So, kita hendak tanya adakah benar bahawa di Malaysia ini sebenarnya tindakan yang diambil oleh polis, bukan sahaja polis ia tindakan yang diambil oleh Peguam Negara juga Tuan Yang di-Pertua. Adakah di sebaliknya ataupun di sebalik tindakan-tindakan tersebut terdapat arahan yang datangnya dari pihak ketiga? Dan adakah pihak ketiga ini Menteri misalnya?

final • 5:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan.

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Beri laluan kepada Yang Berhormat Padang Serai dahulu.

final • 5:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila saya dengar Yang Berhormat Puchong berhujah mengenai kezaliman yang berlaku terhadap ahli-ahli politik pembangkang, walaupun begitu banyak laporan polis yang dibuat, tidak ada apa-apa tindakan terhadap ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional dan juga saya ingin membawa perhatian kepada kes mahkamah yang dilalui oleh ahli-ahli politik daripada pembangkang khususnya Ketua Pembangkang Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bukit Gelugor, dan kami sendiri yang ditahan di bawah Akta ISA pada tahun 2001. Selepas kami dibebaskan, kami saman Kerajaan Malaysia. Hari ini sudah hampir sembilan tahun, tetapi kes itu belum selesai lagi. Tidak melihat apa-apa penentuan dalam kes ini. Akan tetapi, kes-kes lain di mana Ketua Hakim Negara, Ketua Peguam Negara kata we are running short of time, we have to chase after cases dengan izin. Jadi, ini adalah pilih kasih dan saya hendak tanya Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong percayakah kes-kes yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang ini adalah sengaja diperlakukan sedemikian untuk menggugat demokrasi di negara ini? Betulkah apa yang saya cakapkan ini Yang Berhormat Puchong?

final • 5:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sedikit sahaja. Just one line. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Puchong, adakah mungkin juga pihak ketiga yang telah memberi arahan kepada anggota polis di mana baru-baru ini pemangku Ketua Polis Balai Polis Dang Wangi dengan berpuluh-puluh FRU datang menyerbu majlis sambutan dua tahun Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, a private property.

Merampas malah membelasah sebahagian daripada ahli-ahli jawatankuasa dan juga mereka yang hadir pada hari itu.

final • 5:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Jadi saya hendak tanya, adakah ini juga merupakan satu arahan daripada pihak ketiga di mana mereka ini memang hendak merosakkan program-program Pakatan Rakyat? Minta penjelasan.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, inilah menjadi masalahnya. Bila rakyat awam memegang lilin dalam satu padang untuk meminta supaya tahanan ISA dibebaskan, maka masa itu tibalah FRU dan sebagainya, pihak polis tahan, tangkap dan caj mereka. Akan tetapi bila kita lihat perarakan yang membangkitkan, membangkitkan dengan jelas sentimen-sentimen perkauman, dan saya terus terang cakap oleh PERKASA, Pemuda UMNO misalnya, langsung tidak ada tindakan diambil. Kenapa? Inilah yang menjadi soalan-soalan yang ditanya oleh setiap rakyat Malaysia di seluruh negara ini.

Everywhere people are asking this question.

Rakyat Malaysia boleh lihat, mereka boleh lihat. Kenapa? Apa masalah dengan kita meraikan dua tahun sebagai Pakatan Rakyat? Kenapa perlu hadir polis dan bertindak seperti demikian? Yang kena belasah itu, that are rough up dengan izin, those people who are rough up Tuan Yang di-Pertua, are actually just ordinary rakyat who have come there to celebrate with us. Kenapa menjadikan mereka mangsa? Kenapa pukul mereka? Kenapa belasah mereka? Kenapa hulur mereka ke mahkamah dan caj? Walhal apabila kita lihat Ahli-ahli Parlimen di sini, Ahli Parlimen BEBAS daripada Pasir Mas, beliau mengetuai... He leads possession which are clearly, very-very clearly Tuan Yang di-Pertua, racial. Akan tetapi dibiarkan. UMNO Youth, Pemuda, Ketua Pemuda UMNO sendiri, Ahli Parlimen Rembau is not here now. These are things which people are looking at.

Yang ditanya oleh Yang Berhormat Padang Serai cukup benar. Mana demokrasi?

Kalau kita ada pimpinan ataupun perhimpunan aman, apa perlunya untuk tindakan diambil? Inilah yang kita hendak tanya. Sekarang kita bawalah, aju kepada isu pokok.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya. Sekarang baru IGP beritahu kita kebenaran bahawa sebenarnya terdapat pihak ketiga yang campur tangan. Now we know that there is interference. Saya hendak tanya, sebelum daripada ini dalam berapa kes sebenarnya keputusan dibuat oleh pihak lain? We want to know. Sebelum ini, before this, how many cases have been decided by other people. How many investigation, dengan izin have been forced or hunted by third parties? Mana-mana kes, kes mana-mana yang terdapat interference daripada third parties? Adakah kes-kes ini kes politik? Adakah ia melibatkan juga kes Yang Berhormat Permatang Pauh?

Rakyat Malaysia ingin tahu, kenapakah duduk di bangku tersebut? Berapa tahun? Bila hendak bersara, baru hendak cakap. Saya lihat tabiat ataupun kelakuan Menteri tidak cukup Tuan Yang di-Pertua untuk kita kata tidak apa. Kita peluk dan kita cium habis. It is not about hugs and kisses, it is about the security of this country Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Okey, silakan.

final • 5:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang konflik dalaman, orang ketiga dan sebagainya.

Saya juga hendak maklumkan adakah Yang Berhormat sedar dalam perbualan saya dengan beberapa orang pegawai polis, mereka menyatakan tentang isu penglibatan Ketua Polis Negara dalam BLT Sdn. Bhd. PBLT. Program PBLT ini sepatutnya adalah program pembangunan kuarters, kemudahan untuk PDRM. Pembinaan mereka, tempat tinggal dan sebagainya yang saya diberitahu inilah merupakan kali pertama Ketua Polis Negara terlibat secara direct sebagai seorang Ahli Lembaga PBLT. Jadi mungkinkah ini penyebabnya kerana orang kata banyak kontrak tidak terbayar sehingga memaksa Ketua Polis pergi ke media bercakap sendiri dengan Utusan Malaysia tentang peranan kuasa ketiga. Mohon komen daripada Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, itu soalan yang cukup menarik dan saya rasa yang boleh jawab soalan itu adalah Yang Berhormat Menteri. So, saya cadangkan supaya isu itu dimasukkan juga ke dalam ucapan saya supaya Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan. Kita diberi peluang untuk tanya beliau berkenaan dengan perkara itu.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga kita balik kepada isu yang dibangkitkan dan adakah kes-kes seperti kes V.K. Lingam ataupun tidak - the non-action, ataupun tidak diambil tindakan dalam kes V.K. Lingam. Kes P.I. Bala misalnya Tuan Yang di-Pertua yang melibatkan isu-isu sensitif kerana kononnya Ahli Parlimen Pekan juga terlibat. Kes Nasir Safa, kes juga yang melibatkan laporan polis terhadap Ketua Hakim Negara sekarang. Kita lihat kes-kes ini. Kes-kes semacam ini serius melibatkan orang-orang, tokoh-tokoh dalam kedudukan tinggi.

Tidak ada diambil tindakan.

Saya hendak tahu daripada pihak kementerian, apakah pendirian kementerian? Adakah satu inquiry akan diadakan untuk kita dapat tahu?

Sebenarnya apakah masalah-masalah dengan pihak polis ataupun IGP? Siapakah pihak ketiga ini dan sama ada pihak ketiga ini telah pun mengambil tindakan ataupun telah campur tangan dalam kes-kes terdahulu. Ini ialah satu soalan yang penting. Tuan Yang di-Pertua, saya diberitahu diminta untuk gulung. Akan tetapi di sini saya juga ingin bangkitkan dua lagi perkara.

Tuan Yang di-Pertua, di Puchong masalah yang besar adalah masalah tol.

Kita lihat bahawa kerajaan telah pun pada sesi yang dahulu menyatakan bahawa akan diambil tindakan supaya masalah tol ini dapat diatasi. Saya hendak tanya kementerian, apakah langkah-langkah yang telah pun diambil sehingga sekarang untuk mengatasi masalah tol khususnya di kawasan Puchong? Kita lihat bahawa konsesi-konsesi yang diberikan membawa faedah, manfaat yang cukup besar kepada concessionaire.

Akan tetapi bagaimana dengan rakyat yang perlu membayar tol RM1.60 sen sekali masuk dan sekali keluar daripada Puchong? Bukan di situ sahaja Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bayar RM1.60 sen dan kalau kita diberikan jalan yang tidak ada jam, yang kita it will be a pleasant journey to Puchong, mungkin orang boleh terima. Akan tetapi kita lihat, kita bayar RM1.60 sen, tetapi kita duduk dalam jam berjam-jam untuk masuk ke kawasan Puchong. So, apakah tindakan kerajaan? Kalau tidak mengatasi masalah tol, beritahu sahaja terus terang. Say to us, it cannot be done. Akan tetapi di sini kita tanya bagaimana dengan masalah

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

traffic jam Tuan Yang di-Pertua? Apakah usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah traffic jam di kawasan Puchong? Itu satu.

Yang keduanya iaitu berkenaan dengan kes-kes rumah terbengkalai juga menjadi satu isu yang cukup besar di Puchong. Semalam, saya baca surat khabar di mana dinyatakan bahawa sejumlah 1,345 pemaju disenaraihitamkan. Ini di dalam akhbar STAR. Apa yang menarik adalah bahawa Yang Berhormat Menteri menyatakan, bahawa daripada jumlah ini, jumlah 1,120 pemaju kebanyakan mereka adalah daripada Selangor dan seterusnya Yang Berhormat Menteri menyatakan, dan saya baca:

“The ministry does not have power to stop this developers from forming new companies or getting involve in business. This is because the companies are for the Malaysian companies commission”.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu penjelasan yang memang tidak boleh diterima. Kalau kerajaan tahu bahawa terdapat setengah-setengah pihak yang that keep on, iaitu dengan berkali-kali menyebabkan masalah berkenaan dengan rumah terbengkalai, apakah kerajaan tidak boleh mengambil tindakan?

Jadi ini saya juga hendak dapat tahu daripada kementerian, adakah kementerian sedia? Sedia membawa satu sistem di mana penama-penama, bukan nama company, nama syarikat, tetapi penama-penama khusus disenaraihitamkan supaya mereka tidak boleh, they cannot hide behind the clock of the different company, supaya projek-projek baru diambil dan masalah-masalah sama dibawa kepada rakyat. Begitu juga saya hendak dapat tahu, kalau kita tahu terdapat blacklisted developers dan sebagainya, apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa pihak-pihak yang - who are affected, those parties who are affected will be given reprieve in the sense of compensation.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak bangkitkan isu berkenaan dengan mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini terdapat usaha daripada Ketua Hakim Negara untuk mengatasi masalah backlog. Hanya dua minit kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua. Masalah backlog cases.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya diberitahu bahawa sekarang telah mulanya sesi mahkamah malam.

In another words, dia bersidang sehingga pukul 8 malam dan kadang-kadang dia juga dicadangkan supaya bersidang sehingga pukul 10 malam. Pertama, saya ingin dapat tahu adakah sesuatu mahkamah itu perlu digazet sebelum boleh persidangannya dilanjutkan kepada masa yang melebihi jam pukul 5 petang? Itu isu pertama.

Keduanya, saya hendak tanya bagaimanakah dengan hakim-hakim yang perlu duduk di mahkamah tersebut pada pukul 9 pagi sehingga pukul 10 malam?

Adakah ini adalah satu sistem yang akan membawa manfaat kepada rakyat jelata? Is this a system that is going to improve dispensation of justice? Saya juga dapat aduan bahawa bukan sahaja hakim tetapi staf mahkamah, misalnya jurubahasa yang start kerja pukul 7.45 pagi tetapi kena kerja sehingga pukul 10 malam. Saya hendak tanya soalan, adakah sistem ini yang dicadangkan juga mempunyai kelonggaran untuk hakim-hakim yang perlu dengar kes sehingga malam dan juga kepada staf-staf mahkamah yang akan membantu dalam proses tersebut? Sama ada pihak Majlis Peguam have been consulted dalam perkara ini supaya kita dapatlah bekerjasama untuk memastikan bahawa masalah backlog ini dapat diatasi dalam masa yang terdekat. Oleh itu, saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih dan memohon izin untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bersyukur kita ke hadrat Allah Taala kerana dengan rahmatnya kita dapat bersama dalam Dewan ini untuk membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Dewan ini.

Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menentukan kemakmuran dan kestabilan negara. Saya percaya kemakmuran yang sedang kita hadapi ini adalah titik tolak daripada hasil sumbangan dan sokongan semua kaum dan juga semua lapisan masyarakat. Seharusnya kita bersyukur di atas nikmat perpaduan dan keharmonian yang masih terjalin dalam masyarakat kita dalam suasana yang harmoni dan ini membuktikan betapa kepelbagaian budaya dan kaum bukannya menjadi satu batu penghalang kepada membina negara yang aman dan bersatu padu.

Bagi anggota masyarakat yang tahu menghargai betapa pentingnya nikmat perpaduan, maka komitmen mereka terhadap nilai-nilai tertentu dalam konteks membina perpaduan dan integrasi nasional amatlah diperlukan.

Tanggungjawab membina perpaduan erat dalam kalangan rakyat seharusnya dipikul bersama kerana aspek ini amat penting untuk memberi impak pembangunan yang bermakna kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, antara isu yang akan saya bawakan dalam pembentangan ini ialah mengenai belia. Sebagaimana yang kita tahu, belia adalah aset yang terpenting dalam sesebuah negara. Belia adalah pemimpin pada masa hadapan dan jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa hadapan bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh golongan belia ini. Jika belia hari ini pincang, maka pincanglah kepimpinan negara pada masa hadapan. Tentunya kita sudah biasa mendengar ungkapan seperti ini.

Di dalam era persaingan global, kejayaan masa depan negara memerlukan modal insan yang berpengetahuan, kreatif, berintegriti, mempunyai daya usaha yang kuat dan semangat keusahawanan yang tinggi. Begitulah juga dengan belia-belia di negara kita. Belia juga merupakan generasi yang akan menggerakkan perubahan dan mencorakkan hala tuju perjalanan negara.

Konsep 1Belia 1Malaysia yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diyakini mampu memperkasakan golongan belia. Sebagai menghargai sokongan serta sumbangan penting golongan belia ini kepada negara sejak lebih 51 tahun yang lalu, maka setiap tahun kerajaan meraikan mereka melalui sambutan Hari dan Minggu Belia Negara yang ditetapkan pada setiap 15 Mei. Pada tahun ini saya dimaklumkan satu konsep baru. Sambutan ini akan diadakan dan saya mengucapkan tahniah dan kita akan saksikan apakah konsep yang akan ditunjukkan oleh kementerian kepada belia pada 15 Mei nanti.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita tinjau kegiatan awal penubuhan persatuan belia, tujuan asalnya tertumpu kepada bidang agama, pertanian, kebudayaan, kesenian dan sukan. Masa lapang para belia di luar bandar terutamanya diisi dengan kegiatan-kegiatan yang tersebut dan juga yang lebih berfaedah. Akan tetapi pada hari ini melalui persatuan belia kita dapat membina modal insan,

final • 6:04 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

menyatukan dan menyusun serta menggembleng tenaga para belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara dan untuk menegakkan masyarakat yang lebih adil. Momentum ini perlu diteruskan untuk suatu jangka masa yang panjang agar jati diri belia dapat ditingkatkan melalui peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan belia masing-masing. Walau bagaimanapun, dalam mewujudkan persatuan belia di negara ini beberapa halangan perlu dilalui terutamanya ketika proses mendaftarkan persatuan belia.

Proses pendaftaran persatuan belia yang perlahan atau pun lembap sebenarnya merupakan faktor penolak kepada kelesuan persatuan belia. Saya menyeru agar pihak kementerian dalam proses pendaftaran persatuan belia ini dapat mempercepatkan atau pun mempermudahkan lagi agar persatuan belia yang ditubuhkan dapat bergerak secara sah dan aktiviti-aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi. Jikalau dahulu, persatuan belia didaftarkan di bawah ROS atau pun pendaftar pertubuhan. Pada masa itu kita juga sering bersungut dan juga sering berlaku kelewatan-kelewatan mendaftarkan persatuan belia. Akan tetapi pada hari ini pendaftaran persatuan belia telah dipindahkan kepada ROY atau pun pendaftaran belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan sendiri.

Walau bagaimanapun, kita masih terdengar banyak rungutan dan aduan tentang kelewatan pendaftaran persatuan belia. Malahan pendaftaran di ROY ini saya difahamkan lebih cerewet dan ini amat mendukacitakan. Saya mendapat aduan, contohnya daripada Pergerakan Belia 4B yang telah menghantar permohonan untuk mendaftar pertubuhan belia sebanyak 147 permohonan. Ia sudah lebih setahun tetapi pada hari ini baru berapa sahaja yang diluluskan dan ini akan boleh mengakibatkan banyak persatuan belia akan lesu, akhirnya akan tutup dan mati begitu sahaja.

Kedua, peruntukan pengupayaan persatuan belia. Bagi melaksanakan dan menggerakkan semua aktiviti dalam persatuan belia memerlukan suntikan modal. Maka, peruntukan pengupayaan persatuan belia ini dahulu kementerian ada memberi kepada setiap cawangan belia RM3,000 setahun untuk membantu pentadbiran dan juga menggerakkan persatuan masing-masing. Akan tetapi mulai tahun ini saya difahamkan bahawa peruntukan ini telah dimansuhkan atau telah ditiadakan. Ini kerana amat penting melalui peruntukan yang kecil ini saya yakin dalam jangka masa panjang hasrat negara untuk membangunkan program belia dengan pelbagai aktiviti akan dapat dilaksanakan. Saya percaya badan-badan gabungan belia yang aktif akan lebih teruja melaksanakan aktivitinya dengan lebih efektif dengan adanya peruntukan seperti ini walaupun ia kecil sahaja.

Ketiga, Skim Tabung Ekonomi Belia. Skim Tabung Ekonomi Belia yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan sebenarnya banyak membantu usahawan-usahawan belia. Melalui skim ini kerajaan sebenarnya memberi harapan kepada para belia untuk bergerak maju dan berusaha membangunkan diri ke arah menjadi seorang usahawan yang berjaya di masa hadapan. Dalam keadaan ekonomi yang agak lembap hari ini saya percaya para usahawan belia memerlukan suntikan modal untuk meneruskan perniagaan yang telah mereka bina selama ini.

final • 6:04 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Maka itu saya menyeru dan memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula pemansuhan Skim Tabung Ekonomi Belia ini agar ia diwujudkan semula dan adalah wajar ia diteruskan memandangkan ia banyak memberi manfaat dan membantu golongan belia memulakan dan juga mengembangkan perniagaan dalam pelbagai bidang. Seperti kata pepatah “muda sebelum tua, sihat sebelum

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati”.

Pengajaran hadis ini adalah bersesuaian dengan peranan yang mesti diambil oleh generasi belia kita.

Belia yang berkualiti serapuh buih yang akan segera...

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerai Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya beri sedikit pembetulan, itu bukan, itu hadis nabi. Hidup sebelum mati, muda sebelum tua. Saya minta Yang Berhormat pinda sedikitlah kenyataan itu, okey terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih di atas ingatan itu. Yang Berhormat...

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Katil sambung sikit.

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

...dan Ahli Yang Berhormat sekalian

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Lenggong, Lenggong.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong.

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Boleh, sikit sahaja.

Boleh?

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Boleh.

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tabung ekonomi boleh tadi. Memang ada di kementerian tentang tabung ini yang memberi bantuan kepada usahawan muda, tetapi isunya ialah sudah dua, tiga Menteri sebelum ini yang ingin membawa satu perubahan di mana memudahkan proses kelulusan dan tidak membebankan. Misalnya kalau awak hendak buat pinjaman, prosesnya berbulan-bulan, waktu dia memohon ekonominya lain, ia sudah tentu berbeza situasinya tiga bulan akan datang, jadi proses itu mesti dipercepatkan. Apakah Yang Berhormat Bukit Katil setuju kalau kita cadangkan kepada kementerian supaya mempermudahkan kelulusan dan kerajaan mesti menambahkan lagi dana untuk membolehkan lebih banyak usahawan muda ini diberi peluang mendapatkan pinjaman tersebut.

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Lenggong tadi dan saya cadangkan ia dimasukkan sebahagian ucapan saya. Akan tetapi pokoknya sekarang ialah skim ini sudah dihentikan dan kita minta pada kementerian, pada kerajaan untuk mewujudkan semula skim ini dan mempercepatkan proses seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lenggong tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada tajuk yang lain iaitu mengenai pengangkutan. Kerajaan hari ini kita bersyukur kerana menitikberatkan kesejahteraan dan keselesaan rakyat pelbagai kaum dan juga berbagai-bagai golongan dan selaku rakyat Malaysia saya mahukan seluruh ahli dan seluruh rakyat berterima kasih kepada pemimpin negara yang telah melakukan banyak perkara yang terbaik untuk negara kita. Sifat keprihatinan kerajaan dalam

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

memastikan umum kesejahteraan rakyat jelas apabila kerajaan telah memberikan pengecualian bayaran cukai membabitkan beberapa kategori kenderaan termasuklah kereta persendirian milik individu, kereta milik syarikat terutama cukai jalan untuk motosikal, pengurangan cukai jalan, teksi, kereta sewa, bas dan kenderaan perdagangan turut diturunkan dan diselaraskan.

Penurunan cukai ini telah memberi banyak manfaat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Saya yakin dan percaya usaha murni ini antara usaha berterusan kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat dan memberi kelegaan kepada segenap lapisan masyarakat. Meskipun cukai jalan mengalami penurunan namun pengguna masih perlu membayar harga untuk insurans kenderaan yang begitu mahal. Saya percaya dan menggesa pihak kerajaan melalui kementerian yang terbabit agar dapat menyemak atau mengkaji semula polisi-polisi insurans ini dan ini amat penting kerana beberapa pemantauan dibuat syarikat-syarikat insurans tidaklah boleh ataupun sewajarnya menaikkan kadar bayaran insurans ini mengikut selera mereka sahaja.

Ini kita dapat lihat apabila contohnya cukai jalan bagi motosikal, walaupun kerajaan telah mengenakan bayaran cukai begitu minima, kalau tidak silap saya RM1.00 tetapi insurans bagi motosikal ini sebanyak RM150.00, dan ini menyebabkan ramai pemilik atau pengguna motosikal di luar bandar tidak mempunyai cukai jalan ataupun insurans.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, perkara yang ketiga...

final • 6:10 PM

Seorang Ahli

Ingat hendak bagi ceramahkah?

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Ceramah Yang Berhormat.

Kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sejak mengambil alih dan menerajui negara kita telah berjaya melakukan beberapa transformasi ekonomi dari berasaskan pertanian kepada perindustrian dan kepada satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi. Pelbagai program telah berjaya dilaksanakan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sentiasa mencari formula baru demi untuk mengekalkan momentum agar negara kita kekal relevan dalam persaingan ekonomi global.

Gagasan 1Malaysia dengan tema “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, yang berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah gambaran keprihatinan kepimpinan kerajaan ke arah hala tuju negara dan bangsa Malaysia serta konsep sosiopolitik yang berteraskan cita-cita untuk membina era baru di Malaysia. Justeru itu bagi membuktikan kesungguhan kerajaan, maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melancarkan pendekatan melalui petunjuk prestasi utama (KPI) ataupun NKRA serta meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan dan kewangan, melancarkan Amanah Saham 1Malaysia untuk menggalakkan rakyat melabur serta meningkatkan pendapatan, membantu meringankan beban rakyat melalui program perumahan rakyat serta infrastruktur luar bandar. Pendekatan ini menjadi titik tolak kepada peruntukan negara Malaysia khasnya yang lebih teguh, kukuh dan harmoni dalam semua aspek, sama ada politik, ekonomi dan sosial.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu dalam pembukaan pasaran global telah memberikan keistimewaan kepada syarikat gergasi dunia untuk memperluaskan pasaran produknya ke seluruh pelosok negara, tidak ketinggalan dalam persaingan industri media. Dengan adanya persaingan global, industri media akan menikmati dengan izin economic of skills di mana kos pengeluaran akan menurun di samping mempunyai pasaran lebih luas, dengan itu industri media akan dapat

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

mengurangkan produksi dan memaksimumkan keuntungan seperti juga dengan entiti-entiti ekonomi yang lain.

Di negara kita ini, industri media dan hiburan dikatakan tumbuh dengan pesat, lebih pesat daripada pertumbuhan keluaran negara kasar negara-negara membangun. Media dianggap industri satu komponen integral dalam ekonomi global dan industri media ini berlainan sedikit dengan industri yang lain.

Pertamanya industri media tidak semestinya didorong oleh motif keuntungan semata-mata, ada juga organisasi dalam industri media ini bermotifkan perkhidmatan kepada masyarakat.

final • 6:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Keduanya industri media tidak bergerak atas lapangan teori asas ekonomi di mana penggunaan sesuatu sumber yang berlebihan akan mengurangkan penawaran sumber berkenaan serta menaikkan kos output kepada sumber tersebut, dalam industri media juga sumber dan kos produksi sesuatu isi kandungan itu adalah tetap serta mengira berapa ramai audiensnya, berapa banyak kali sesuatu filem atau lagu, drama atau berita itu digunakan oleh audiens semuanya tidak akan kehabisan. Misalnya dalam industri yang berasaskan bijih timah akan berkurangan di negara ini kerana sumber bijih timah sudah kehabisan...

final • 6:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Sila.

final • 6:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, di petang-petang yang hampir senja ini, di suasana yang nyaman ini saya ingin mencelah sedikit.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil sudah habis masa Yang Berhormat. [Ketawa]

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh izinkan saya Tuan Yang di-Pertua?

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya kagum dengan negeri Melaka. Negeri Melaka walaupun kecil, Ketua Menterinya amat gigih memajukan negeri Melaka. Negeri Melaka ini – janganlah Yang Berhormat Kota Melaka menafikan negeri anda sendiri yang begitu hebatlah. Dari segi pelancongan pun ia menarik pelancong dari luar begitu ramai berjuta-juta bagi tahun 2009. Target bagi tahun ini juga begitu tinggi berbanding tahun lalu. Antara yang saya amat memberikan perhatian atas usaha gigih Ketua Menteri Melaka, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Bukit Katil, orang kuat Ketua Menteri Melaka ini.

Projek yang memang dinanti-nantikan oleh orang-orang di Indonesia iaitu projek jambatan antara Melaka dengan Sumatera. Kalau projek ini dapat menjadi kenyataan, Melaka – dan sebenarnya ini menguntungkan negara kita, akan berduyun-duyunlah pelancong dari Indonesia yang kebanyakan sebenarnya amat suka pada negara kita dari segi berbagai-bagai tarikan pelancongan termasuk pelancongan perubatan. Jadi setakat ini bagaimana perancangan yang telah pun

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

diuar-uarkan – betul itu bahasa saya itu uar-uarkan. Seperti tidak berapa betul uar- uar, yang dihebohkan, betul Yang Berhormat Tumpat? Bagaimana? Terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh jawab dan tamatkan perbahasan.

final • 6:20 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat Sri Gading, projek jambatan Melaka ke Indonesia ini sudah dirancang begitu lama. Saya dimaklumkan bahawa ia akan dilaksanakan oleh syarikat swasta dan sedang dalam pertimbangan dan juga mendapat kelulusan daripada Kerajaan Pusat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sri Gading tadi jika projek ini berjaya dilaksanakan, ia bukan sahaja dapat menarik pelancong-pelancongan dari Indonesia ke Malaysia tetapi juga dari Malaysia ke Indonesia. Saya yakin ramai orang akan beri alasan kepada keluarga mereka hendak ke Melaka hendak jumpa Ketua Menteri, rupa-rupanya naik jambatan ke seberang. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin habiskan sedikit lagi tentang media tadi.

Oleh kerana pada hari ini ramai daripada rakyat negara kita menikmati TV satelit melalui Astro, tetapi malangnya Astro ini masih mengenakan bayaran yang sangat tinggi sedangkan program-programnya tidaklah semuanya berkualiti. Malahan kebanyakan program yang dihidangkan merupakan lambakan rancangan- rancangan realiti hiburan yang hanya melalaikan golongan-golongan yang tertentu. Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan runding dengan pihak Astro ini supaya dapat menimbangkan harga bayaran perkhidmatan mereka ini dapat diturunkan.

Begitu juga dengan bayaran bulanan tetap yang dikenakan oleh syarikat- syarikat telefon seperti Celcom, Maxis dan sebagainya yang mengenakan bayaran sehingga RM60 sebulan. Ini juga kita minta kerana ia merupakan satu alat media kerana televisyen pun dapat kita tengok melalui telefon dan handphone. Jadi eloklah juga dipertimbangkan supaya ia diturunkan sedikit lagi supaya lebih ramai rakyat yang mampu menggunakan perkhidmatan ini dengan lebih baik lagi.

Dengan itu, saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya dengan ini mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Beberapa Ahli-ahli

[Bangun]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gopeng.

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja. Saya ingin memetik sebahagian daripada titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang berbunyi sedemikian. “Bersatu padu dan bekerjasama rapat merentas batas parti serta ideologi politik demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara hendaklah sentiasa diamalkan.” Jadi seharusnya titah Diraja membayangkan memang dasar asas kepada pemerintah iaitu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Malangnya, walaupun Titah Diraja berbunyi sedemikian tetapi apa yang diamalkan setakat ini tidak meyakinkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada keikhlasan untuk bekerjasama antara Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

final • 6:25 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Hal ini berlaku memandangkan serangan yang tidak habis-habisan terhadap barisan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya Yang Berhormat Permatang Pauh, Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz dan juga Yang Berhormat Bagan dan pimpinan yang lain. Kita lihat juga bahawa dari segi layanan terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat pun tidak adil daripada Kerajaan Pusat.

Malangnya juga ada antara Ahli-ahli Parlimen dari barisan pembangkang tidak dilayan dan sebenarnya dianaktirikan oleh pimpinan Barisan Nasional. Jadi ini tidak membayangkan semangat yang disebutkan dalam titah Diraja.

Saya ingin beralih kepada isu Klinik 1Malaysia. Dalam ucapan pembentangan bajet tahun yang lalu, Klinik 1Malaysia diperkenalkan dengan perbelanjaan RM10 juta bagi 50 buah Klinik 1Malaysia. Saya berpeluang untuk melawat satu daripada Klinik 1Malaysia itu iaitu di Bercham, bandar Ipoh. Saya mendapati bahawa pesakit-pesakit yang dirawat di klinik tersebut 80% adalah pesakit-pesakit yang menghidapi respiratory tract infection.

Ini penyakit yang tidak serius. Antaranya, ada 38 ECG yang dibuat pada bulan Januari 2010. Walaupun dalam senarai kakitangan yang ada di situ antaranya adalah pegawai kesihatan daerah tetapi yang kendalikan klinik tersebut adalah pembantu pegawai perubatan dan tidak ada doktor yang mengendalikan klinik tersebut. Ini memang hakikat dan pernah disebut semasa pembentangan bajet sebelum ini. Saya ingin mengambil perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Ahli- ahli Yang Berhormat berkenaan dengan satu laporan oleh Dr. Jayavalent yang dilaporkan di The Star, 7 Jun 2009 muka surat N45.

Kajian tersebut berkenaan dengan prestasi pembantu pegawai perubatan di klinik kesihatan dan juga di hospital kerajaan. Antara 1,612 prescription yang dikeluarkan dalam satu minggu oleh pembantu pegawai perubatan, 72.5% ada kesilapan, iaitu 1,166 prescription ada kesilapan. Antaranya adalah kesilapan kegunaan perubatan dalam kumpulan B yang tidak seharusnya digunakan oleh pembantu pegawai perubatan. Saya menyambut usaha baik untuk memberi perkhidmatan perubatan yang murah kepada golongan miskin.

final • 6:25 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Akan tetapi, mutu perkhidmatan tidak boleh digadai. Rawatan yang paling mahal bukan apabila rawatan itu mahal dari segi ringgit tetapi rawatan yang paling mahal adalah rawatan yang tidak berkesan, rawatan yang salah ataupun rawatan yang menjejaskan kesihatan pesakit.

Walaupun mungkin RM1 setiap kali tetapi, sekiranya rawatan itu tidak berkesan ataupun salah ataupun menjejaskan kesihatan pesakit, RM1 pun jadi mahal. Saya bimbang kerana keupayaan pembantu pegawai perubatan untuk membuat diagnosis yang tepat dan memberikan rawatan yang betul. Memang tidak adil sekiranya mereka yang menggunakan klinik 1Malaysia mendapat khidmat kelas kedua ataupun kelas ketiga. Walaupun nama klinik 1Malaysia tetapi, second class ataupun third class services.

Saya hendak rujuk sebagai perbandingan kepada klinik swasta. Klinik swasta di bawah kawalan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta 1958. Dalam akta tersebut disenaraikan syarat-syarat bagaimana klinik tersebut harus dikendalikan, sehingga hampir 2,000 muka surat dalam akta tersebut.

Antaranya, disenaraikan syarat seperti bagaimana besarnya tandas dan juga keperluan-keperluan seperti ubat, oksigen, inkubator dan sebagainya. Turut juga disenaraikan bahawa tidak boleh guna ataupun mengupah pembantu pegawai perubatan untuk kendalikan klinik tersebut dan mesti diamalkan oleh seorang pengamal perubatan.

final • 6:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Jadi, ini jelas untuk melindungi kepentingan pesakit. Akan tetapi kalau kita lihat sebagai bandingan, klinik 1Malaysia di sebelah dan klinik swasta di sebelah.

Walaupun di Malaysia, 1Malaysia tetapi untuk dua klinik ini kita lihat ada double standard. Sebelah klinik 1Malaysia tidak perlu doktor, sebelah klinik swasta ada syarat-syarat yang begitu ketat sekali sehingga 2,000 muka surat untuk mengawal dan untuk membela nasib pesakit. Jadi, saya rasa ini tidak masuk akal. Saya cadangkan supaya, yang pertama, klinik 1Malaysia ini seharusnya dikendalikan oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Kedua, kita seharusnya tumpu juga kepada kawasan pedalaman dan luar bandar di mana saya rasa lebih memerlukan perkhidmatan perubatan dan kita boleh guna pakai klinik kesihatan, klinik desa, dan sebagainya untuk memberi khidmat yang sama yang mungkin lebih baik. Saya ingin beralih kepada tajuk yang lain berkenaan dengan pembekalan ubat untuk pesakit-pesakit. Saya dapat beberapa aduan daripada pesakit yang mengunjungi hospital kerajaan di mana antara ubat-ubat yang diberikan, ada beberapa item yang mereka terpaksa membeli di farmasi luar. Jadi adakah ini akibat daripada perbelanjaan untuk klinik 1Malaysia di mana kita dalam sumber yang terhad, kementerian terpaksa jimatkan wang untuk perbelanjaan ubat ini.

Jadi saya hendak tanya kementerian, apakah dasar kementerian dalam isu menentukan di kalangan pesakit, siapa yang perlu beli dan siapa yang akan dibekalkan ubat sepenuhnya? Apakah jenis-jenis ubat yang pesakit perlu beli di farmasi luar? Dalam pembekalan ubat ini, saya juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan prestasi Pharmaniaga. Kita tahu perbelanjaan untuk bekalan ubat Kementerian Kesihatan sejak tahun 1995, masa itu adalah sekadar RM140 juta setahun dan tahun 2008 meningkat kepada RM1,543 juta, lebih daripada sepuluh kali ganda. Ini merupakan jangka masa di mana Pharmaniaga diberikan konsesi untuk bekal dan edar ubat dalam semua hospital Kementerian Kesihatan.

Baru-baru ini Pharmaniaga juga diteruskan konsesi tersebut selama sepuluh tahun, walaupun kini masih dalam rundingan untuk mendapatkan kontrak yang muktamad.

Baru-baru ini 1 Mac yang lalu, satu subsidiari Pharmaniaga iaitu Pharmaniaga Manufacturing Berhad yang membuat pembuatan ubat yang sebahagiannya pasti dibekalkan kepada hospital kerajaan. Lesen untuk pembuatan ubat tersebut telah digantung oleh Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal Kementerian Kesihatan apabila audit telah dibuat. Walaupun lesen tersebut telah diberi balik tetapi, insiden tersebut tidak seharusnya berlaku dan tidak meyakinkan kita dengan keupayaan Pharmaniaga untuk teruskan konsesi tersebut.

Seterusnya ingin saya bangkit soal klinik swasta di hospital kerajaan ataupun dinamakan private wing di hospital kerajaan, dengan izin. Kita tahu perkhidmatan pakar mula-mulanya di Selayang Hospital dibenarkan untuk mereka yang mampu bayar di Hospital Selayang. Seterusnya berkembang kepada hospital-hospital yang lain seperti Alor Setar, Johor Bahru, Serdang dan Sungai Buloh. Kita juga tahu bahawa di kementerian memang kekurangan pakar-pakar, sekadar 50% dan apabila kementerian membenarkan pakar-pakar tersebut untuk mengendalikan klinik swasta di hospital besar, pasti mereka yang tidak mampu bayar akan menghadapi masalah untuk memperoleh perkhidmatan pakar ini.

Jadi kita akan lihat bahawa mereka yang mampu bayar mendapat perkhidmatan yang lebih baik daripada pakar, mereka yang tidak mampu bayar tidak dapat perkhidmatan yang setanding. Jadi, ini akan mengakibatkan double standard dari segi perkhidmatan. Kita juga tahu bahawa memang sukar untuk

final • 6:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

kementerian untuk menarik pakar untuk terus berkhidmat di hospital kerajaan. Ini satu masalah yang kronik, 50 tahun sampai hari ini pun tidak dapat selesai.

Saya cadangkan kepada kementerian supaya sekali lagi Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan Khas dipertimbangkan sekali lagi supaya ganjaran yang diberikan kepada doktor dan pakar-pakar dapat menepati keperluan dan hasrat mereka. Kedua, saya juga cadangkan sekali lagi bahawa supaya kementerian berbincang dengan pakar-pakar di swasta ataupun persatuan-persatuan profesional seperti MMA, Academy of Medicine dan sebagainya supaya membenarkan pakar-pakar di swasta memberi khidmat di hospital kerajaan, mungkin satu sesi seminggu untuk mengurangkan beban pakar di hospital kerajaan.

Akhir sekali, ingin saya menyentuh soal yang lain sedikit. Ini berkenaan dengan pemandu bas ekspres. Kita tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang menjadi antara satu daripada enam NKRA dalam GDP di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita juga tahu bahawa sistem pengangkutan bas ekspres adalah penting sebagai sebahagian daripada sistem pengangkutan awam. Jadi apabila kita menghadapi masalah, apabila kemalangan berlaku melibatkan bas ekspres, biasanya pemandu bas yang disalahkan. Jadi, saya berpeluang untuk berdialog dengan berpuluh-puluh pemandu bas ekspres pada 11 hari bulan yang lalu.

final • 6:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Saya ada beberapa perkara yang mereka bangkitkan yang saya rasa harus saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini supaya mereka yang bertanggungjawab dapat mengatasi perkara-perkara tersebut. Antaranya walaupun kita tahu bas ekspres ini dikendalikan oleh syarikat-syarikat bas ekspres akan tetapi ada antara mereka, pemandu bas ekspres, ramai di antara mereka yang tidak ada gaji pokok, mereka diupah sebagai pekerja kontrak bukan sementara tetapi kontrak bertahun-tahun.

Misalannya, mereka diberikan bayaran RM60 untuk satu round trip. Itu sahaja dan tidak ada benefit dari segi KWSP, tidak ada kemudahan perubatan atau pun PERKESO. Ini saya rasa helah daripada syarikat bas ekspres untuk mengurangkan kos. Akan tetapi at expense dengan izin, pemandu bas. Ada sesetengah syarikat bas pula membayar gaji tetapi mengisytiharkan gaji sebagai 20% apa yang sepatutnya dibayar. Maksud saya apabila mereka buat satu round trip, misalannya Ipoh – Kuala Lumpur – Ipoh, RM84 dibayar kepada pemandu bas ekspres. Akan tetapi yang diambil kira sebagai gaji adalah RM28 sahaja. Ini bermakna syarikat bas ekspres cuma perlu bayar KWSP dan PERKESO atas bayaran RM28 dan bukan RM84. Ini saya boleh namakan syarikat yang terlibat yang diberikan kepada saya iaitu Konsortium Bas Ekspres Semenanjung. Saya harap tindakan selanjutnya boleh diambil.

Kedua, masalah yang dibangkitkan oleh pemandu bas ekspres adalah berkenaan dengan saman. Kita tahu bahawa keselamatan bas ekspres ini penting dan seharusnya menjadi tanggungjawab bukan setakat pemandu tetapi tanggungjawab syarikat bas ekspres. Apabila ada kesalahan lalu lintas dan sebagainya yang kena saman adalah pemandu bas ekspres dan syarikat tertentu tidak terlibat. Ini tidak membantu untuk kita meningkatkan prestasi ataupun keselamatan perkhidmatan bas ekspres. Jadi adalah disarankan supaya apabila saman dikeluarkan syarikat yang berkenaan seharusnya turut bertanggungjawab.

Perkara yang lain mungkin lebih kecil soal misalannya apabila memerlukan dua pemandu untuk perjalanan jauh lebih daripada 300km dan memerlukan dua

final • 6:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

pemandu. Sesetengah syarikat bas ekspres tidak memperuntukkan tempat yang sesuai untuk pemandu kedua untuk rehat ataupun tidur.

Jadi ini adalah antara beberapa perkara yang saya sempat dapat daripada permasalahan yang dihadapi oleh pemandu bas ekspres. Saya harap dengan ini saya tamatkan cadangan saya dan harap cadangan saya diberi pertimbangan.

Terima kasih

final • 6:40 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk sama-sama mengambil bahagian pada petang ini dan saya hendak mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pelajaran yang telah mengambil langkah untuk melaksanakan transformasi pendidikan yang sudah semestinya akan memastikan sistem pendidikan di negara ini akan menjadi lebih relevan.

Walau bagaimanapun kita harapkan kurikulum yang akan diubah itu nanti diharap dapat menjadikan pelajar lebih menjadi kreatif dan inovatif, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan. Tuan Yang di-Pertua, sasaran Kementerian Pelajaran supaya 87% daripada kanak-kanak berumur empat dan lima tahun mendapat akses kepada pra sekolah adalah patut kerana pra sekolah ini terutamanya pra sekolah yang berkualiti tinggi berupaya untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan sosial, emosi, kognitif dan psikomotor.

Jadinya berhubung dengan perluasan pra sekolah saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya setiap sekolah rendah itu perlu mempunyai pendidikan pra sekolah dalam usaha kita untuk menjadikan sistem pendidikan negara ini setanding dengan pendidikan di negara maju. Selain daripada merapatkan jurang antara masyarakat yang berada dengan masyarakat yang kurang berada terutamanya yang berada di luar bandar. Jadinya kualiti guru dan pembantu guru pra sekolah juga perlu dipertingkatkan kerana sekarang ini kalau kita dapati ada sesetengah yang menawarkan pra sekolah ini pendidikan gurunya kita percaya ianya perlu untuk dipertingkatkan agar ianya selari dengan pra sekolah yang lain.

Dalam usaha kerajaan untuk memperkenalkan pelbagai bentuk perancangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, kita tidak nafikan masih ada lagi segelintir murid yang gagal untuk menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Walaupun bilangan peratusnya sangat kecil akan tetapi keadaan ini tidak boleh dipandang ringan. Pendekatan terbaik harus dirangka bagi memastikan mereka menjadi insan lebih bermakna kepada negara. Untuk mencapai tahap negara maju kita pastinya perlukan untuk semua rakyat kita boleh membaca, menulis dan mengira. Keupayaan rendah dalam kemahiran ini di kalangan rakyat akan mengakibatkan penurunan...

final • 6:44 PM

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 6:44 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Produktiviti negara kerana tidak tahu membaca dan mengira ini akan susah dilatih kerana menjadikan ianya tidak berupaya untuk membaca modul-modul latihan. Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 6:44 PM

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih.

Dalam usaha kerajaan untuk memastikan bahawa ibu bapa menghantar anak- anak mereka ke sekolah, maka kerajaan telah meluluskan satu akta. Kalau tidak silap saya akta 1996 iaitu mewajibkan para ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang berumur di antara tujuh sehingga 12 tahun ke sekolah di mana ibu bapa boleh dihukum sekiranya mereka enggan ataupun tidak menghantar anak mereka ke sekolah di mana kerajaan menjamin bahawa tidak timbul masalah kemiskinan untuk menghalang ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Jadi oleh kerana kita sudah melangkah ke depan supaya anak-anak yang berumur di antara empat, lima dan enam tahun pun harus diberi pendidikan.

Apakah Yang Berhormat Parit Sulong bersetuju akta yang serupa akan dilaksanakan oleh kerajaan? Terima kasih.

final • 6:44 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya rasa itu adalah satu cadangan yang sangat baik dan saya harap pihak kementerian dapat melihat supaya apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi dapat dilaksanakan kerana sekarang ini ianya tidak compulsory untuk anak-anak empat hingga lima tahun untuk pergi ke pra sekolah. Jadinya saya pun hendak cadangkan supaya ucapan ataupun cadangan tadi dimasukkan bersekali dengan ucapan saya ini.

Jadi langkah kerajaan dalam menyasarkan semua murid yang normal dapat menguasai asas literasi dan juga numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012 ini sangat wajar. Jadinya Tuan Yang di-Pertua, saya yakin sebenarnya banyak usaha yang dibuat oleh pihak kementerian, pihak sekolah dan pihak guru untuk mengajar murid-murid di pemulihan khas supaya tahu membaca, menulis dan mengira. Jadinya saya ada membaca bahawa satu kajian yang dilakukan oleh kementerian mengenai status pelaksanaan program pemulihan khas 2001.

Dia tunjukkan bahawa ada fakta yang sangat mempengaruhi masalah penguasaan 3M ini iaitu sikap negatif murid iaitu setengah daripada murid tidak hadir sekolah, malas jadi...

final • 6:44 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

[Bangun]

final • 6:44 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Sekejap Yang Berhormat Lipis, saya habiskan saya punya para. Nanti saya bagi pada Yang Berhormat Lipis. Tidak hadir sekolah dan juga mungkin setengah daripadanya malas. Lepas itu, ibu bapa juga kurang memberi sokongan pelajaran kepada anak-anak dan juga guru-guru yang kurang berkesan ataupun ineffective teachers, dengan izin.

Jadinya, sikap pentadbir sekolah yang meminggirkan murid pemulihan khas dan juga masalah kesihatan. Jadi saya bagi dulu kepada Yang Berhormat Lipis, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Jadi bila kita melihat pendidikan khas ini, selain daripada yang normal, rasa saya yang normal, kita bukan tergolong dalam pendidikan khas agaknya, tetapi yang mempunyai masalah daripada segi pendengaran, lagi masalah penglihatan, tetapi ada juga yang down syndrome. Akan tetapi masalah kita, sekolah-sekolah atau kelas-kelas begini tidak banyak terdapat dalam sesuatu tempat. Sebagai contohnya di Daerah Lipis hanya ada satu atau dua sahaja dan masalahnya berbeza-beza.

final • 6:50 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi bagaimana kita hendak memastikan bahawa setiap anak-anak kita mendapat peluang walaupun mereka mempunyai masalah daripada segi pembelajaran ini. Mungkin daripada segi down syndrome, mungkin daripada segi masalah penglihatan, pendengaran ataupun yang lain-lain. Jadi, pada pendapat saya kelas ini harus diperbanyakkan supaya memberi peluang kepada anak-anak ini untuk belajar. Macam mana pandangan Yang Berhormat?

final • 6:50 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih. Sudah semestinya saya setuju bahawa semua anak itu patut diberi peluang. Jadi cadangan itu tadi memang satu cadangan yang bagus, yang elok. Saya harap Menteri, Timbalan Menteri pun ada mendengar. Bolehlah tolong jawab sekali sebab saya hendak supaya ianya dimasukkan sekali bersama-sama dengan ucapan saya pada petang ini. Jadi saya menyambung balik kepada apa yang saya katakan tadi. Saya ingin memberi cadangan sedikit kepada pihak kementerian kerana kita percaya ibu-bapa juga perlu diberi kesedaran mengenai pentingnya pendidikan anak-anak ini dan kita patut juga memberi sokongan kepada mereka.

Antara cadangan yang saya hendak kemukakan kepada pihak kementerian adalah mungkin kementerian boleh menubuhkan petugas khas yang terdiri daripada guru- guru pakar dan mereka ini boleh dihantar ke sekolah-sekolah dan bertindak secara agresif untuk meningkatkan kebolehan kemahiran literasi dan numerasi di kalangan murid pemulihan khas ini.

Yang keduanya, petugas khas ataupun turn around teams boleh dihantar ke sekolah-sekolah berprestasi rendah bagi merancang strategi untuk memperbaiki tahap literasi dan numerasi. Kemudiannya sekolah perlu juga untuk meletakkan target yang realistik untuk memastikan semua murid pemulihan berjaya menguasai kemahiran 3M dalam jangka waktu ataupun time frame dengan izin, yang ditetapkan. Dengan adanya sasaran ini, guru akan memberi fokus kepada keperluan individu murid. Guru juga wajib diberi latihan dalam kemahiran yang bersesuaian dan didedahkan dengan pengetahuan terkini kerana pendidikan bukanlah satu bidang yang statik. Saya difahamkan sehingga September 2009, ada sejumlah 24 organization, dengan izin yang mana 22 buah daripadanya adalah GLC yang telah mengambil 165 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sebagai anak angkat di bawah Program Pintar.

Jadi Program Pintar ini juga telah memberi manfaat kepada 66,000 orang pelajar. Oleh itu dalam jangka masa yang pendek ini, inisiatif telah menunjukkan satu prestasi yang memberangsangkan. Jadi yang pentingnya pada pandangan saya adalah untuk memastikan, bahawa usaha yang dibuat oleh kementerian ini untuk membantu golongan miskin membebaskan diri mereka daripada kongkongan kemiskinan itu dapat disokong oleh usaha untuk memperbaiki tahap pendidikan generasi muda. Menyediakan akses pendidikan yang lebih mudah adalah antara langkah yang terbesar dalam mencari penyelesaian jangka panjang untuk membasmi kemiskinan. Jadi Program Pintar ini saya nak pujilah kerana ianya memberi satu nafas baru kepada skim pengambilan sekolah angkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran perlu lebih berusaha untuk menarik penyertaan.

Saya percaya lebih banyak lagi GLC yang boleh membantu untuk meningkatkan program sekolah angkat ini terutamanya sekolah-sekolah yang berada di luar bandar, kerana selalunya dalam usaha untuk kita mengurangkan jurang pendidikan antara bandar dengan luar bandar ini. Kita harapkan kementerian dapat lebih fokuskan kepada sekolah-sekolah yang berada di luar bandar. Saya hendak berpindah kepada topik politeknik premier dan penekanan kepada pendidikan vokasional. Apabila kerajaan mengumumkan untuk menaik taraf tiga daripada 27 politeknik kepada politeknik premier, ini sangat tepat dengan

final • 6:50 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

hasrat untuk demokrasikan pendidikan tinggi. Jadi langkah ini memang memenuhi keperluan pasaran dan ianya sangat dialu-alukan.

Oleh itu pengajaran dan pembelajaran berasaskan work based learning di politeknik ini, kita percaya mempunyai satu nilai kebolehpasaran yang tinggi kerana pelajar didedahkan dengan persekitaran pekerjaan sebenar melalui kerjasama pintar institusi dan juga industri. Jadi jika negara berjaya menarik pelajar untuk mengikuti program pengajian berasaskan teknik dan vokasional, saya percaya lebih ramai lagi tenaga kerja yang berpengetahuan akan dihasilkan.

Kewujudan penubuhan kolej komuniti pula diharapkan dapat membantu golongan yang tidak memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran supaya dapat meneruskan pelajaran di peringkat tertinggi, dan kurikulum pengajian di kolej komuniti juga telah digubal bagi memenuhi tiga bidang kemahiran iaitu hard skills, soft skills dan kemahiran kompetitif. Jadinya pada pengamatan saya, walaupun banyak kemudahan misalannya melalui pendidikan jarak jauh, universiti terbuka, kelas malam, kursus di tempat kerja dan pembelajaran di kolej komuniti telah banyak disediakan oleh kerajaan untuk pelajar-pelajar yang tercicir dan juga orang dewasa menyambung pelajaran. Namun secara keseluruhannya, budaya belajar sepanjang hayat itu saya tengok masih belum mantap lagi kalau kita bandingkan dengan negara maju.

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memberi satu penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan dan memberi semua jenis sokongan termasuk bantuan kewangan kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran bukan sahaja kepada lepasan sekolah, tetapi kepada pekerja-pekerja yang tidak mahir untuk memperbaiki diri melalui pendidikan kerana langkah positif ini perlu untuk menggalak terutamanya pekerja muda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pembelajaran sepanjang hayat ini sepatutnya dijadikan sikap dan amalan di Malaysia kerana setiap individu sama ada yang sedang bekerja adalah perlu untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka sepanjang masa. Saya juga Tuan Yang di-Pertua, hendak bercakap mengenai infrastruktur luar bandar. Saya melihat ada empat perkara.

final • 6:50 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Sedikit tentang kolej komuniti tadi. Boleh?

final • 6:50 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okeylah.

final • 6:50 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Okeylah? Sedihnya bunyi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong, saya melihat kolej komuniti ini sebagai satu tempat belajar lepasan SPMlah yang paling istimewa sepatutnya dan berada di merata tempat, tetapi malangnya sekarang ini kolej komuniti tidak banyak, tidak semua. Kalau dahulu dijanjikan setiap kawasan Parlimen ada satu kolej komuniti, tetapi nampaknya sekarang tidak banyak dan kalau ada pun kolej- kolej komuniti cawangan. Ia hanya ada satu atau dua kursus yang kadang-kadang tidak juga memberi banyak manfaat kepada penduduk tempatan dan sebagainya.

Sepatutnya kolej komuniti ini adalah community based, dengan izin dan pelbagai kursus boleh diadakan di situ daripada segi siang atau malam, kursus kelas malam dan sebagainya. Jadi apa pandangan Yang Berhormat kalau kita minta pihak kementerian mereform atau mentranformasi semula kolej komuniti ini dengan satu bentuk yang baru. Mungkin satu kolej yang lebih mudah, lebih murah belanjanya dan sebagainya tetapi merata, ada di setiap kawasan Parlimen. Mohon pandangan Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju betul apa yang Yang Berhormat Lipis katakan sebab Parlimen Parit Sulong pun tidak ada juga pusat kolej komuniti. Jadinya apabila ianya jadi lebih murah, lebih banyak lagi dapat dibuat. Terutamanya selaku Ahli Parlimen luar bandar, kita pun di luar bandar hendak juga merasakan kolej komuniti itu diadakan di tempat kita.

Saya ingin menyambung semula. Saya melihat ada empat perkara yang perlu kita ambil serius. Apabila kita bercakap mengenai kementerian terutamanya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

(i) banyak program dan juga projek yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada output based. Kalau kita bandingkan dengan pendekatan outcome and income based;

(ii) saya tengok juga program dan projek ini lebih tertumpu kepada penyediaan infrastruktur dan juga pembangunan berbentuk fizikal. Manakala program bagi pembangunan modal insan saya lihat masih terlalu kurang;

(iii) kurangnya kerjasama ataupun synergy antara agensi kementerian yang masih lagi bekerja secara sendirian menyebabkan aset kekuatan dan sumber yang ada tidak digunakan secara maksimum;

(iv) kita ini masih kurang fokus dan tumpuan dalam melaksanakan projek ataupun aktiviti. Jadinya secara kasar ketelusan dipamerkan, wajar dijadikan teladan KKLW untuk memastikan sistem penyampaian ini dapat diterima oleh kumpulan sasar tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah.

Kita maklum kerana dalam tumpuan kerajaan untuk kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak. Jadinya saya harap kementerian juga tidak terlepas pandang kepada kampung-kampung di Semenanjung terutamanya di luar bandar seperti di Parlimen saya. Memang hakikatnya kerajaan sebagai contoh, saya hendak memberi contoh telah membina jalan, jalan itu telah dibina lebih daripada 20 tahun tetapi hakikatnya jalan-jalan ini perlu dibaiki, dibaik pulih akibat kerosakan.

Ada juga yang perlu dibuat semula untuk disesuaikan dengan kegunaan sekarang. Jadi ini belum masuk lagi soal bekalan elektrik dan penyediaan lampu di sepanjang lampu-lampu jalan. Ini kerana saya dimaklumkan bahawa lampu-lampu jalan disediakan untuk 10 tiang lampu. Itu disediakan untuk kampung-kampung induk sahaja tetapi kita setelah lebih daripada 50 tahun merdeka jadinya banyak kampung-kampung rangkaian yang saya kira Kementerian patut juga memberi satu perhatian yang serius untuk memberikan peluang mereka ini, kampung- kampung rangkaian ini mempunyai access kepada 10 tiang lampu.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila gulung Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Itu sahaja. Dengan penggulungan secara ringkas ini, jadinya saya harap kementerian dapat mengambil tindakan daripada perkara yang saya sebutkan. Dengan itu saya pohon untuk menyokong. Terima kasih banyak-banyak.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PSM. Yang Berhormat daripada Sungai Siput.

final • 7:00 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang untuk berbahas usul menjunjung kasih terhadap Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada 16 Mac semasa Yang Berhormat Kuala Krau membentang usul ini, beliau sentuh usaha meliberalisasikan ekonomi dan beliau pohon kepada kerajaan bahawa kepentingan orang Melayu tidak diketepikan. Saya ingin sokong. Kepentingan orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan.

Pada masa ini 62% daripada keluarga Melayu dapat pendapatan bulanan di bawah RM3,000 sebulan. Ertinya mereka miskin dan saya rasa kepentingan golongan ini mesti diberi keutamaan di mana-mana polisi kerajaan. Jika polisi itu bawa kesan negatif ia harus ditolak. Apa gunanya ada pembangunan ekonomi negara jika satu kumpulan besar yang miskin ditekan. Ini isu kepentingan kaum Melayu telah occupy centre stage sejak sebelum merdeka.

Dalam Perlembagaan kita Perkara 153 menyatakan, ”Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu.” Pada saya, hasrat di belakang Artikel 153 ini adalah munasabah.

Walaupun kita boleh berbeza fikiran terhadap pembentukan polisi-polisi untuk bangunkan masyarakat Melayu tetapi hasrat dia munasabah. Bila kita rujuk kepada sejarah dunia moden 500 kebelakangan ini kita lihat satu ekonomi baru yang timbul daripada Eropah dan merebak ke seluruh dunia, seluruh rantau, seluruh masyarakat. Satu ekonomi yang...

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Yang Berhormat saya hendak tanya Yang Berhormat. Fakta sejarah mana yang kata ekonomi dunia merebak sejak 500 tahun dahulu ini? Ini fakta sejarah mana Yang Berhormat ambil ini? Apa yang saya tahu, bermulanya perkembangan colonization dan sebagainya setelah bermulanya industrial revolution pada awal kurun tahun 1800, akhir kurun 18. Tidak bermula 500 tahun. Hendak tanya fakta ini betul tidak?

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Fakta betul.

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

500 tahun?

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Yes, I’ll come to it, I’ll come to it.

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Oh, okay please.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Ekonomi yang rakus ini dia dahaga sumber, dia menguasai ekonomi tempatan, dia hendak maksimumkan untung. Dalam perkembangan aktiviti ekonomi baru ini telah bawa penghijrahan berjuta-juta manusia daripada negara-negara asal ke negara lain. Orang putih daripada Eropah pergi ke Amerika, ke Afrika, ke Asia, ke Australia. Orang Afrika dibawa sebagai hamba ke Amerika. Ini telah mula di dalam abad 16. Orang India saya tidak beri sekarang ini. Saya...

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Minta maaf, minta maaf saya tanya Yang Berhormat.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Let me carry on first, let me carry on first.

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Your fakta itu tidak betul.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

I can show you later.

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

No, historically, it is wrong.

Jadi minta maaf.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Bila Columbus pergi ke Amerika?

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Itu 1543.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Ya, 500 tahun.

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Ya, 500 tahun tetapi Columbus hanya dihantar ke sana untuk explore tidak membawa masyarakat berhijrah ke sana ke mari.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Bila Cortez...

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

[Bangun]

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi sekarang, saya mahu hujah dahulu. Ini hanya mukadimah sahaja, why are you getting excited.

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

I’m asking about, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya...

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya tidak ada banyak masa.

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Yang Berhormat...

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya tidak ada banyak masa.

final • 7:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Yang Berhormat memberi sejarah yang tidak betul, itu sahaja. Terima kasih.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

If you don’t mind, if you don’t mind. Bila ada penghijrahan berlaku ada beberapa kes di mana penduduk asal dipinggirkan dan dijadikan kelas rakyat kedua. Umpamanya, macam masyarakat Inca di Amerika Selatan. Bila Cortez bawa tentera Sepanyol pada abad 15, abad 16 masuk ke Latin Amerika, Inca di situ ada satu empayar besar, ada sistem pertanian yang teratur, ada masyarakat yang kaya. Mereka ini tewas, dijadikan hamba, dipaksa kerja dalam lombong-lombong perak. Beribu-ribu orang Inca mati.

Bila mereka dapat merdeka dalam abad 19, kuasa yang didapati sebagai merdeka itu pergi kepada orang putih keturunan daripada penjajah yang datang dahulu. Sampai sekarang kaum Inca masih kelas dua, kelas tiga di negara mereka sendiri. Perkara hampir sama yang berlaku di Maori di New Zealand, kaum aborigines di Australia. Di Afrika Selatan pula orang putih telah takluki majoriti dengan sistem apartheid untuk beberapa dekad.

Oleh kerana kejadian seperti ini, saya boleh faham kenapa pemimpin Melayu pada masa itu mendesak untuk Artikel 153 untuk beri perlindungan pada kaum Melayu. Jadi...

final • 7:03 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di- Pertua saya ingin mencelah sedikit.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Siapa?

final • 7:03 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Sedikit sahaja.

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sedikit sahaja, okey sedikit boleh.

final • 7:03 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih saudara saya. Saya ingin perbetulkan. Salah satu daripada sebab dimasukkan Artikel 153 itu ialah merupakan satu permuafakatan yang dipanggil Pakatan Murni iaitu kita kaum Melayu diberi hak 153 tadi sebagai tolak ansur kepada saudara kita orang bukan Melayu, Cina dan India diberi hak kerakyatan.

final • 7:03 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Itu kita jangan lupa. Kalau kita anggapkan bahawa itu kerana kemiskinan sahaja, itu merupakan satu yang lari daripada fakta. Jadi dia kena berselari, kena bersamaan orang bukan Melayu diberi hak kewarganegaraan dan orang Melayu diberi hak keistimewaan tersebut. Itu merupakan fakta sejarah. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Okey, terima kasih. Dalam hal ini, saya setuju dengan point Yang Berhormat Pasir Salak dalam pencelahan beliau semasa ucapan Ketua Pembangkang. Yang Berhormat Pasir Salak hujah bahawa kerajaan Barisan Nasional telah mencapai banyak dan jangan pandang rendah terhadap pencapaian itu. Bila kita rujuk kepada apa yang berlaku dalam 50 tahun, semasa merdeka, kerajaan di Malaya dikuasai oleh orang putih. Semua jawatan tertinggi di tangan orang putih. Namun sekarang, hampir semua jawatan tinggi dalam jentera kerajaan dipegang oleh orang Melayu. Ketua pengarah, KSU, pengarah-pengarah kanan.

Jadi dari segi agenda Melayu, ini satu pencapaian yang besar. Jentera kerajaan di tangan Melayu. Ini bukan satu kerajaan yang kecil, satu kerajaan yang lemah. Bajet yang kita baru luluskan tahun lalu, RM196 bilion yang merupakan 30% daripada GDP atau keluaran kasar dalam negeri. Jadi ini satu kerajaan yang ada pengaruh yang besar dalam ekonomi negara ini. Ini kerajaan yang dikuasai oleh Melayu. Pada 1957, hampir semua sektor moden dikontrol oleh syarikat besar orang putih. Daripada perladangan, perlombongan, pembinaan, perbankan, semua. Hampir semua. Namun dalam 50 tahun yang berlaku ini, sebahagian besar daripada sektor korporat telah pindah ke tangan kaum Melayu.

Bila kita tengok pemilikan ekuiti, individu Melayu sekarang pegang 18% hingga 19%. Selain daripada itu, daripada ownership, pemilikan juga adalah isu penguasaan.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Minta maaf, Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Let me just finish up the topic then you can bring it in. Okay?

final • 7:10 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Okey, okey.

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

I am try to bring the topic here. Jadi bila kita tengok juga isu penguasaan ataupun kontrol, ini pun penting.

Bila kita ada satu syarikat yang besar, dalam isu pengambilan pekerja, isu promosi

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

kakitangan, isu pemberian kontrak kepada pihak lain, isu pelaburan. Sini kontrol penting. Pemilikan juga penting tetapi kontrol pun, penguasaan pun penting.

Bila kita tengok macam Sime Darby. Dahulu Sime Darby, dahulu Guthrie, Highland and Lowlands, Golden Hope semua kuasai ladang. Sekarang Sime Darby telah ambil alih. Lebih kurang 600,000 ekar perladangan di bawah Sime Darby. Sime Darby ini sekarang bukan lagi di tangan orang putih. Siapa yang kuasai Sime Darby? Bukan orang putih, bukan orang Cina, bukan orang India tetapi orang Melayu yang jadi lembaga director, pengerusi lembaga, CEO dan pengarah kanan.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Jadi saya ingin kata syabas kepada UMNO. Nilai agenda Melayu telah dicapai. Bukan sahaja Sime Darby.

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Pantai Holdings, Petronas, KPJ...

final • 7:10 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

[Menyampuk]

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

...Gamuda, PLUS, MAS, KTMB, CIMB.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Ya, tidak bagi chance.

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Jadi daripada - let me finish.

I’ll come to the main point then you can come in.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Okey.

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

So, walaupun pemilikan bukan di tangan individu Melayu tetapi kontrol yang significant di dalam tangan Melayu. Jadi apa Yang Berhormat Pasir Salak cakap tadi itu, ini kejayaan polisi UMNO. Agenda UMNO at least to some extend telah dicapai dan kita kena cakap syabaslah you know.

Namun inilah masalah dia. Masih ada kemiskinan. Masih ada kemiskinan di masyarakat Melayu. Di Sungai Siput, masih ada budak-budak Melayu yang tercicir sekolah kerana tiada tambang bas hendak pergi ke sekolah. Macam di Kampung PPMS, sebanyak 14 – ini dalam satu kampung kecil, 85 keluarga, 14 budak secondary school telah tercicir kerana tidak ada tambang bas. Hendak bayar RM50 sebulan, tidak boleh. Cicir sekolah dan saya ada berpuluh-puluh keluarga Melayu di desa Sungai Siput tidak boleh bayar bil air. Sebanyak RM20 sebulan tidak boleh bayar sampai potong dia punya air, LAP. Ada juga berpuluh- puluh keluarga Melayu di Sungai Siput yang bil elektrik dia keluar dalam kertas merah. Jadi apakah masalah di sini? Kenapa ada kemiskinan di kalangan orang Melayu selepas 52 tahun selepas merdeka. Di satu peringkat kita boleh tengok agenda Melayu untuk kuasai ekonomi moden is quite successful. Maybe not 100% tetapi bukan dipinggirkan.

Jadi kita tengok statistik kerajaan. Pada masa ini, 62% keluarga Melayu mendapat pendapatan bulanan di bawah RM3,000 sebulan. Dia terdiri daripada petani, pekebun getah, pekerja kilang, peniaga kecil, nelayan, kakitangan biasa di dalam kerajaan dan mungkin kita boleh panggil mereka golongan marhaen seperti Sukarno. Manakala 35% keluarga Melayu dalam lingkungan RM3,000 sehingga RM10,000. Ini adalah pegawai kerajaan, kakitangan GLC, kontraktor dan peniaga.

Hanya 2.8% keluarga Melayu mendapat pendapatan RM10,000 sehingga

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

RM20,000. Mungkin mereka ialah pegawai tinggi kerajaan, kakitangan GLC yang tinggi, peniaga yang besar sedikit dan orang kontrak.

Hanya 0.5% keluarga Melayu mendapat pendapatan lebih daripada RM20,000 sebulan. Mungkin ini kaum korporat. Sekarang kita tengok ada empat kategori orang Melayu. Marhaen itu yang besar sekali. Korporat kecil sekali. Di tengah-tengah itu ada kontraktor, peniaga, kakitangan kerajaan dan GLC. Isu di sini ialah bila kita kata kepentingan Melayu, apa ertinya? Kepentingan golongan mana? Adakah kepentingan semua golongan ini sama? Adakah kepentingannya bercanggah kadang-kadang? Bila saya tengok di Sungai Siput, seperti di Kampung Termit, ada satu TSK atau tanaman semula kelompok di mana RISDA ada bagi satu kontraktor Melayu, projek itu untuk tanam semula kelapa sawit.

Namun selepas tebang pokok-pokok getah, kerja menanam semula itu tidak berlaku.

Sekarang sudah beberapa bulan mereka datang kompelin. Bila mereka pergi ke RISDA, RISDA kata “saya sudah keluarkan duit kepada kontraktor itu. Dia kena buat tetapi dia sudah lari”. Jadi ada satu kes macam ini yang ditunjukkan, kadang-kadang ada percanggahan antara kontraktor Melayu dan Melayu marhaen.

Satu lagi kes, Perlop Satu. Sebanyak 43 peserta buat perjanjian dengan Koperasi RISDA untuk tanam semula kelapa sawit, 43. Koperasi itu telah mengambil tanah mereka, membuat cagaran, membuat pinjaman bank. Sekarang sudah sepuluh tahun, tanaman semula belum dibuat. Hanya 15 daripada lot itu masih keluarkan sawit, yang lain semua sudah jadi hutan. Jadi tanah sepuluh ekar itu boleh dijual untuk RM300,000. Jadi berapakah dia dapat pinjaman? Manakah pergi duit itu? Jadi ada kes di mana kontraktor Melayu dan Melayu marhaen ini dia punya kepentingannya bercanggah. Dalam situasi seperti ini, apakah pendirian kita? Apakah pendirian UMNO? Kepentingan siapa yang kita sebutkan?

Satu lagi ialah macam mana situasi kepentingan Melayu korporat dengan kepentingan Melayu marhaen? Kita ambil macam pelancongan kesihatan.

Hospital-hospital besar seperti Sime Darby, KPJ, Pantai Holdings dipimpin ramai daripada staf eksekutif mereka ialah Melayu. Kerajaan sekarang membawa health tourism. Jadi market untuk mereka akan expand. Pada masa yang sama, bila hospital-hospital swasta berkembang, dia akan menarik keluar lebih ramai pakar daripada hospital kerajaan yang amat penting untuk Melayu marhaen.

Jadi dalam situasi macam ini, kepentingan Melayu korporat yang mahu memperkembangkan business di hospital swasta bercanggah dengan kepentingan Melayu marhaen yang perlu doktor pakar. Dalam keadaan macam ini, kita ataupun UMNO dan Barisan Nasional tengok kepentingan siapa? Kepentingan marhaenkah atau kepentingan korporat?

final • 7:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Tengok sekarang cukai GST satu lagi contoh. Tujuan kerajaan ialah mengurangkan cukai terhadap korporat. 1988... [Disampuk] I finish this part then I give it to you.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Panjang sangat! Itu sudah habis itu. Tadi kata hendak baca, sudah habis baca.

final • 7:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Okay, go ahead.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang tertarik dengan hujah Yang Berhormat untuk

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

mengatakan orang Melayu ini berjaya dan sebagainya. Akan tetapi saya amat ragu tentang yang dikatakan Melayu memiliki 18%. Itu dikatakan bumiputera tetapi kebanyakannya ialah milik-milik seperti MARA, Tabung Haji dan sebagainya tetapi kalau individu sahaja angkanya tidak sampai 4%.

Yang Berhormat jangan lupa dan Yang Berhormat jangan rangkumkan semua GLC itu hak Melayu. Ada beberapa bank yang kononnya di bawah GLC tetapi hanya CEOnya Melayu dan yang lain kebanyakannya orang bukan Melayu.

Akan tetapi saya bukan menentang, tidak. Juga yang di bawah GLC itu kalau kerajaannya bertukar, maka GLC pun kepala-kepalanya bertukar. Saya ambil contoh Pulau Pinang. Kerajaan bertukar dahulu, tengoklah siapa yang mengendalikan semuanya di Pulau Pinang? Anak-anak syarikatnya. Baru ini baru ada bekas PKR yang menjadi Pengerusi tetapi itu pun sekarang tidak lagi menjadi.

Akan tetapi Yang Berhormat sebutkan tadi itu harap Yang Berhormat jangan andaikan GLC itu Melayu.

Saya percaya hanya Tabung Haji sahaja yang boleh dikatakan Islam.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat sudah habis.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah habis sebenarnya Yang Berhormat tetapi saya beri peluang menjawab.

final • 7:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Okey, jadi saya hanya hendak gulunglah sekarang ya. Isunya, kepentingan mana? Bila kita sebut kepentingan Melayu, kepentingan Melayu mana? Nampaknya ada empat peringkat. Marhaen, korporat di tengah-tengah, Melayu kontrak dan kakitangan kerajaan. Isu-isu Melayu marhaen ialah ketiadaan tanah, pengangguran, gaji rendah di sektor swasta, peruntukan bantuan seperti tanaman semula di hijack oleh kontraktor, pendidikan tinggi yang mahal tetapi tidak berkualiti, penswastaan kemudahan asas yang meningkatkan kos, kualiti rawatan yang merosot di hospital kerajaan.

Jadi adakah isu-isu ini yang disuarakan oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO?

Hari itu bila Yang Berhormat Kuala Krau memohon kepada Kabinet supaya jangan ketepikan kepentingan Melayu, terus dia cadang sasaran pemegang ekuiti oleh Melayu harus ditingkatkan kepada 60%. Jadi pada saya, saya keliru. Bagaimana meningkatkan ekuiti yang dipegang oleh Melayu yang terkaya akan bantu kawan- kawan saya di Kampung Temin dan Perlok Satu? Jadi saya ingat – we should be a bit clear you know. Kepentingan siapa yang kita akan perjuangkan? Jika kepentingan ini bercanggah, where do we stand? Do we stand with the Malay marhaen or are we part of the corporate class? Inilah soalan yang saya akan kemukakan. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Mukah.

final • 7:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Mukah.

final • 7:20 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya ingin

final • 7:23 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas serba sedikit atas usul menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda telah menyentuh mengenai pembangunan negara yang kian maju berasaskan kepimpinan yang membawa 1Malaysia menjadi tiang usaha rakyat yang ingin maju ke hadapan. Hal ini apabila kita mendahulukan rakyat kita dan menyatupadukan persamaan antara rakyat kita yang berbilang kaum untuk menggembleng tenaga bersama supaya kita dapat memelihara perpaduan dan juga keamanan dan seterusnya menumpukan tenaga kita membangunkan negara supaya mencapai kesejahteraan.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat di negeri Sarawak memang menghargai perhatian yang telah diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dalam lawatan beliau ke kawasan pedalaman yang menyaksikan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan negeri Sarawak khasnya dan negara amnya. Kami di Sarawak bersyukur kerana peruntukan telah disediakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meneruskan perjalanan proses pembangunan dengan lancar. Bagi kawasan saya di Mukah dan Melingan, kita terus menerima pembangunan yang akan memberi keutamaan kepada tenaga manusia yang kita telah menerima pembangunan asas pendidikan Maktab Rendah Sains MARA dan juga cawangan UiTM yang kita harapkan dapat dibina dengan cepat dalam awal tahun Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Tapak-tapak telah pun disiapkan dan projek ini saya percaya telah dapat diperuntukkan.

Kawasan tengah Sarawak ini meliputi semua kawasan luar bandar yang masih memerlukan kemudahan infrastruktur yang akan menggalakkan pelaburan ekonomi kawasan luar bandar dan akan meningkatkan ekonomi kawasan tengah Sarawak ini. Ini kerana, kita perlu penyediaan infrastruktur yang boleh dikatakan akan menarik direct investment dan juga pelabur-pelabur tempatan dan juga luar negara. Kita perlu accessibility kerana selama ini kawasan pedalaman ini yang banyaknya kalau kita menarik pelabur soalannya adalah adakah infrastrukturnya baik dan bagaimana kami mengeluarkan produk-produk atau adakah tempatnya cukup tenaga elektrik dan pembekalan air. Ini kita tumpukan di kawasan skor dengan menambahkan kuasa tenaga menerusi hydro power dan juga batu arang.

Kita telah menerima peruntukan-peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membina kemudahan-kemudahan ini.

Kita perlu kemudahan ini supaya kawasan-kawasan pedalaman ini kita dapat meningkatkan dengan mengadakan pembinaan hydro power dan juga pembangunan-pembangunan di persisiran kawasan ini, iaitu membuka jalan dan infrastruktur supaya dapat kita menembusi atau membawa pelabur-pelabur ke kawasan-kawasan pedalaman ini. Kita telah menerima banyak pelaburan kerana kawasan atau – boleh dikatakan negara kita Malaysia ini adalah dalam suasana kestabilan politik dan dasar-dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi perhatian kepada dasar-dasar supaya menggalakkan pelaburan dengan syarat-syarat yang telah dilonggarkan dari segi pelaburan-pelaburan asing dan kita berharap ini akan meningkatkan lagi tarikan ke kawasan-kawasan pembangunan koridor-koridor di negara kita Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, persediaan untuk kemudahan seperti accessibility ini juga kita perlu dan kita berharap pembinaan lapangan terbang regional atau yang baru di kawasan skor ini dapat dipercepatkan lagi kerana inilah satu perkara yang masih memberikan halangan kepada accessibility di kawasan tengah ini.

final • 7:23 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga kita telah menumpukan pembangunan pendidikan yang boleh dikatakan maktab-maktab yang telah disediakan di kawasan bahagian skor ini akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat. Tuan Yang di-Pertua, memang saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengatakan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana beliau telah mengumumkan peruntukan untuk kawasan luar bandar khususnya di kawasan rumah panjang dan untuk jalan di kawasan luar bandar yang masih memerlukan. Sekarang memang ada jalan yang tidak begitu baik tetapi dengan peruntukan ini kita berharap kita boleh meningkatkan lagi taraf jalan-jalan di kawasan luar bandar ini khususnya di kawasan-kawasan rumah panjang.

final • 7:23 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 7:23 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

Dalam rancangan tiga tahun yang diumumkan oleh beliau itu, kita memang bersyukur kerana boleh dikatakan...

final • 7:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Mukah, ada yang bangun berminat untuk bertanya.

final • 7:23 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

Ya, silakan.

final • 7:23 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat seperjuangan Yang Berhormat Mukah. Saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat.

Yang Berhormat telah menyebut akan ada spin-off pembangunan untuk atau aktiviti-aktiviti yang boleh membantu membangunkan rakyat atau penduduk di rumah panjang di dalam persekitaran kawasan SCORE ini kalau ada projek SCORE ini akan dilaksanakan tadi.

final • 7:23 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Cuma, saya ingin penjelasan kalau dapat pandangan Yang Berhormat.

Pada masa sekarang ramai penduduk-penduduk tempatan masih tertanya-tanya dalam program SCORE ini, dalam fahaman mereka SCORE ini adalah untuk projek-projek yang besar-besar, yang beratus juta dan sebagainya yang mengeluarkan tenaga hidro. Jadi, mereka tertanya-tanya apa ada untuk mereka?

Kalau disebut akan ada spin off yang boleh dinikmati atau dimanfaatkan pada mereka, beri benefit kepada mereka, mereka hendak tahu apa dia sebagainya contoh, boleh kita beri kepada mereka untuk pembangunan mereka di peringkat rumah panjang atau pun di kampung-kampung itu. Sekian, terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini bunyi Menteri, jawab Menteri ya. [Ketawa]

final • 7:30 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih saudara saya Yang Berhormat Kapit.

Sebenarnya dalam kawasan SCORE ini, memang kita dalam fasa pertama ialah membuka kawasan ini. Supaya menarik pelaburan-pelaburan seperti mana kalau kita lihat pembangunan negara kita Malaysia dahulu dalam tahun 80-an. Kita mengambil pelaburan dari Jepun, Korea, Britain, Amerika, Europe dan Germany supaya mereka dapat membawa pelaburan mereka ke negara kita ini.

Selepas itu, apabila industri ini telah bertapak akhirnya kita dapat memberikan pekerjaan dan juga spin off dari kawasan-kawasan ini di mana anak- anak kita bekerja di factory, bekerja jadi pengurus dan juga minat dalam teknologi.

final • 7:30 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

Akhirnya yang dapat lebih dalam degree, dalam pembangunan teknologi dan sebagainya juga telah terlibat dalam apa yang kita nampak pada hari ini.

Jadi, kawasan SCORE ini memang pada masa kini, kita masih menarik supaya mereka membawa pelaburan-pelaburan yang besar. Pada masa kini kita lihat memang projek besar-besar sahaja yang datang, tetapi dalam pembangunan industri tenaga air ini, kita melihat dalam jangka panjang, tenaga-tenaga ini akan digunakan oleh industri. Akan membawa lebih pekerja dan kita sekarang telah sedia membawa rakyat kita supaya generasi akan datang sedia untuk menerima cabaran-cabaran ini dalam bidang-bidang teknologi atau bidang-bidang bioteknologi dan sebagainya yang akan melibatkan mereka dalam industri yang akan datang.

Akan tetapi pada masa kini kalau kita lihat juga spin off pada perkembangan energy ini akan memberikan, boleh dikatakan harga energy yang mungkin murah untuk kita supaya industri-industri yang kecil dapat diperbesarkan juga. Jadi, kalau kita lihat sekarang...

final • 7:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Penjelasan, minta penjelasan.

final • 7:30 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

Dalam bidang agroekonomi atau dalam bidang kotej industri makanan dan sebagainya. Ini akan dapat dibangunkan lebih besar lagi. Jadi, kita lihat sekarang the whole process is still moving dari segi peringkat luar bandar dan juga di peringkat atasan. Ini satu perkara yang boleh dikatakan proses progresif.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, nampaknya orang Sarawak tetarik Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuching bertanya.

final • 7:30 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 7:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Siapa itu?

final • 7:30 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Beliau beri Yang Berhormat kapit dahulu, kawan beliau dahulu, sama parti.

[Ketawa] Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Mukah. Saya cuma hendak pandangan atau pun persetujuan daripada Yang Berhormat Mukah sebab kawasan Kapit ini seperti Mukah juga dalam kawasan SCORE. Jadi telah disebut oleh Yang Berhormat Mukah tadi adalah sebahagian daripada spin off nya untuk memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak kita untuk mengambil kesempatan di SCORE ini nanti.

Yang Berhormat Mukah, selalunya di sebut oleh pemimpin-pemimpin kita lebih-lebih lagi di Sarawak. Untuk membolehkan atau pun memberi kapasiti atau pun memberi peluang untuk mereka mendapatkan kemahiran akan ditubuhkan institusi-institusi kemahiran dan juga umpamanya politeknik dan kolej untuk memberi peluang kepada anak-anak kita berlatih. Saya mohon bantuan daripada Yang Berhormat Mukah, bolehkah tidak Yang Berhormat Mukah merayu bagi pihak kami di Kapit agar sebuah sekolah vokasional atau pun institusi kemahiran yang ditempatkan dibina, didirikan di Kapit supaya anak-anak kita yang memerlukan peluang itu benar-benar dapat peluang itu oleh kerana itu telah disebut sebagai salah satu spin off. Saya agak sedikit kecewa kerana selama ini

final • 7:30 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

tidak ada disebutkan, tidak ada diumumkan pun institusi latihan seumpama itu.

Yang ada saya dengar akan dibina di tempat lain.

Ada seorang pemimpin kita di peringkat negeri Sarawak mengatakan diadakan di kawasan jauh daripada SCORE ini untuk menampung keperluan tenaga kerja nanti. Akan tetapi, tempat itu jauh daripada SCORE. Alangkah lebih baik kalau ditempatkan dalam kawasan SCORE sendiri, tempatkan di Kapit. Saya mohon jasa baik Yang Berhormat pemimpin saya, dalam parti yang sama dengan Tuan Yang di-Pertua jugalah. Jadi, pohonlah bagi orang kita di Kapit peluang sedikit. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan buat tiga segi dalam Dewan Yang Berhormat. [Ketawa]

final • 7:30 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

Terima kasih saudara saya dari Yang Berhormat Kapit. Saya masukkan permohonan itu dalam ucapan saya yang sama dan saya menyokong. Ini kerana yang penting di mana yang kita lihat dalam dasar-dasar kerajaan, atau pemimpin kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita menyatakan ialah untuk membangunkan tenaga manusia dan juga yang penting yang perlu kita bina ialah kemampuan rakyat kita untuk menyahut cabaran-cabaran iaitu dalam model ekonomi yang baru dan juga dalam mencapai high income ekonomi.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga menyatakan bahawa perkara- perkara seperti pentadbiran yang berkesan dan pantas akan terus menyokong peralihan kita ke Model Ekonomi Baru ini. Jadi, saya percaya kita perlu juga di mana pegawai-pegawai kita harus sentiasa melibatkan diri dalam perbincangan dan forum-forum yang tertentu, supaya meningkatkan ilmu mereka dan sentiasa menghadapi atau menimba ilmu-ilmu yang baru dalam bidang kerjaya mereka ini.

Ini kerana, kalau kita ingin menjayakan Model Ekonomi Baru ini, yang mentadbir juga perlu mengemaskinikan tahap ilmu mereka dan juga sentiasa cergas dan proaktif dalam menjalankan atau melaksanakan dasar-dasar ini bersama dengan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawakan satu, dua perkara yang mengambil perhatian dari Kementerian Pendidikan atau Pelajaran bahawa saya masih mengingatkan bahawa saya perlukan sekolah gantian yang telah dijanjikan dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan dan belum di bina walaupun compensation dan tanah pun telah disediakan di Kampung Telian, di Mukah sana.

Di sini, saya sebutkan ini kerana kepentingan sekolah luar bandar ini kita telah beri perhatian dengan pembangunan-pembangunan infrastruktur yang sempurna kerana kebanyakan sekolah-sekolah di luar bandar ini masih perlukan infrastruktur yang baik. Kita telah berjaya menyambungkan sekolah-sekolah luar bandar ini dengan menggunakan wifi broadband yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Sekarang, di sini saya mohon supaya Kerajaan Pusat dapat membantu atau dapat menyokong usaha ini dalam meningkatkan lagi komunikasi supaya anak-anak kita di luar bandar juga dapat assessable to the same information as their brothers and sisters in the city. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin mengalu-alukan pelancaran Nasional Broadband Initiative Access yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Saya percaya ini akan meningkatkan lagi prestasi-prestasi di dalam bidang pelaburan dan ekonomi kita.

Ini kerana banyak pelabur-pelabur dari luar negara sentiasa melihat berapa bagus atau berapa baiknya kemudahan-kemudahan seperti ini yang ada

final • 7:30 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

komunikasi. Kemudahan asas seperti ini perlu untuk mereka menjalankan pelaburan atau perniagaan atas usaha mereka.

final • 7:30 PM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad - Mukah

Jadi saya berharap dengan itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menerusi kementerian-kementerian atau Telekom Malaysia akan terus dapat memberi sumbangan kepada pembangunan-pembangunan wifi di luar bandar yang sekarang ini masih di bawah 2% hingga 3%, penetration sahaja. Akan tetapi kita harap sekurang-kurangnya di Sarawak khususnya di luar bandar, kita dapat 50% penetration sekurang-kurangnya dalam dua tiga tahun ini. Kita mengalu-alukan juga program-program PERMATA menumpukan pembangunan minda generasi baru lebih awal dan saya berharap program ini dapat dijalankan dengan meluas di luar bandar khususnya di kawasan-kawasan yang memerlukan pendidikan asas yang kuat untuk anak-anak sebelum mereka pergi sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh masalah di kawasan saya sedikit iaitu ketidakprihatinan Kementerian Pengangkutan di mana kita telah menarik perhatian mereka kepada penggunaan jalan-jalan di luar bandar ini, di mana saya dengan mata kepala saya sendiri melihat treler yang 24 wheeler dan lebih daripada 10 tan hingga 20 tan dan yang lebih daripada lima tan mengangkut arang batu, mengangkut kelapa sawit dan juga kayu balak dan telah merosakkan jalan. Kita telah merayu kepada Kementerian Pengangkutan untuk lebih menjaga kemudahan-kemudahan awam ini supaya apa yang telah dibina itu dapat digunakan dengan baik. Jadi saya berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil perhatian khususnya di Jalan Selangau, Mukah ini atau Metedeng ini yang telah begitu teruk rosak kerana lori-lori yang terlalu besar ini. Walaupun kita telah memberi perhatian kepada mereka tetapi mereka tidak mengambil kira sekali. Jadi saya berharap melalui Dewan ini, saya berharap mereka akan mengambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua keperluan air bersih di kawasan Sekoi juga perlu dipertingkatkan kerana penggunaan domestik dan industri telah pun meningkat.

Sekarang kapasiti di sana adalah 14 juta liter sehari dan sekarang mereka terpaksa mengeluarkan 15 liter hingga 16 juta liter sehari. Saya berharap kerajaan pusat dapat memberi sokongan di kawasan ini kerana keperluan industri-industri yang sekarang memerlukan air bersih yang permintaannya telah melebihi 18 juta liter sehari.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon ini dapat perhatian dari Kementerian Luar Bandar dan untuk memberi peruntukan bagi menyediakan kemudahan ini untuk domestik dan juga industrial used. Dengan harapan itu sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan menyokong usul ucapan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Betul-betul 19 minit 30 saat. Kalau semua boleh buat macam itu jadi masa orang lain tidak diambil. Silakan Yang Berhormat Pasir Puteh. Nama yang jarang-jarang kita sebut Yang Berhormat, kita hendak sebut.

Saya maklumkan juga lima orang daripada Ahli Yang Berhormat dari DAP sudah bercakap, PKR enam orang, PAS baru empat dan ini baru masuk lima orang. Kita mengadili kesemua. Silakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 7:40 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertamanya kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama terlibat dalam perbahasan ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Dewan ini. Susah hendak bercakap kerana kalau apa yang disebutkan Tuan Yang di-Pertua tadi bahawa PAS baru yang kelima ini dan hampir sama banyak dengan BEBAS. Maknanya, saya rasa macam BEBAS lebih mudah untuk bercakap dalam Dewan ini... [Ketawa]

final • 7:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Gunakan masa yang sedikit itu Yang Berhormat, dengan sebaik mungkin.

final • 7:44 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Ini kerana BEBAS disediakan teks ucapan juga dan macam-macam kemudahan. Tuan Yang di- Pertua, dalam Dewan ini kita banyak mendengar puji-pujian diberikan kepada pemimpin. Saya hendak baca satu sajak bagaimana orang memuji pemimpin ini bagi menzahirkan pujian kepada pemimpin yang baik. Sajak ini sajak lama, barangkali dalam kitab-kitab yang lama dahulu.

“Menjadi pemimpin ianya murni, Imannya teguh kepala berisi, Lahirnya molek batinnya berisi, Sumpah dijunjung janji diisi, Menjalankan tugas sepenuh hati, Memikul beban amat teliti, Bersama rakyat sehidup semati, Tahan setia menahan uji” Itu ialah cara orang kita memuji pemimpin dahulu iaitu pemimpin yang baik. Ada juga Tuan Yang di-Pertua orang menyebut tentang pemimpin yang tidak baik.

“Menjadi pemimpin ia munafik, Perangai buruk lidah berbalik, Berjanji mungkir beramanah licik, Tipu menipu ianya cerdik, Membohongi orang ia pun asyik, Negeri rosak rakyat dihindik, Dijadikan pemimpin, dunia terbalik, Dijadikan tua, ia mencekik, Dibuat sahabat ia khianat, Dibuat saudara ia memfitnah”...

Ini tak boleh pakai BN ini...

“...Dibuat sekutu ia menipu, Apabila dipercayai, ia menyalah,

final • 7:44 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Memimpin negeri akan punah ranah” Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan sebab kita semua adalah pemimpin. Oleh kerana itulah masing-masing kita menjaga sifat dan adab pemimpin itu. Jika tidak ia akan menjadi ejekan kepada rakyat kita. Semalam saya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, saya jumpa satu circular mengenai penjelasan isu tuntutan hasil petroleum kerajaan Negeri Kelantan yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Mukadimahnya semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua negeri yang menandatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975 dan 1976 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan. Ini satu fakta yang sangat salah dan pembohongan yang besar dalam perjanjian PDA tahun 1974 itu.

Tuan Yang di-Pertua, dengan tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan, ia akan menyempurnakan kejahatan UMNO kepada Kelantan. Setelah PAS memerintah Kelantan tahun 1990 yang lalu iaitu 20 tahun yang lalu, PAS Kelantan ataupun kerajaan Kelantan.

final • 7:44 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat, boleh minta pandangan? Maran.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Sekejap lagi.

Mukadimah baru. [Ketawa] Terengganu tidak apalah. Sejak tahun 1990 yang lalu, 20 tahun yang lalu sejak PAS memerintah mengambil alih Kelantan, Kelantan dianaktirikan dalam semua perkara. Bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Negeri Kelantan yang biasanya ialah dipengerusikan oleh Menteri Besar, tetapi Kelantan sampai sekarang bukan Menteri Besar yang pengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Negeri. Bagaimana boleh terjadi keselamatan sebuah negeri yang Menteri Besarnya tidak mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Negeri itu. Ini satu jenayah besar. Kemudian, Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat, saya hendak laluan Yang Berhormat sedikit.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Masa tidak cukup.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Sedikit sahaja, Yang Berhormat, sahabat.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, memperlengkapkan ataupun mencengkamkan lagi Kerajaan Negeri Kelantan, ditubuhkannya JPP, Jabatan Pembangunan Persekutuan dengan sepasukan jenteranya daripada atas sampai ke bawah...

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat.

Saya...

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

...yang mengambil bajet yang sangat besar, yang sangat membazir.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Saya hendak tanya Yang Berhormat sedikit sahaja. Maran hendak tolong, Maran tidak ada minyak.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Saya tidak bagi.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Oh, payah tidak bagi.

[Ketawa]

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua, pasal saya baru ini boleh bercakap. Sebab kalau hendak mudah bercakap, kena jadi BEBAS lebih mudah bercakap. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah JPP ini menjadi kerajaan baru dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Macam ada Menteri besarnya, ada pejabat setiausaha kerajaannya, ada DOnya, ada penggawanya, ada penghulunya, ada ketua kampungnya yang menafikan agensi kerajaan yang sedia ada. Bukankah kita ada pejabat JKR, tetapi semua jalan diuruskan oleh JPP, bukan JKR.

Bahkan tender pun buat di Kuala Lumpur, bukan di Kelantan. JKR, engineernya hanyalah pergi untuk check jalan sahaja. Jadi atau tidak jadi, punah atau tidak punah, itu sahaja. Ini membazir. Dengan dibayar gaji yang cukup lengkap. Sebab itulah kita minta Menteri jawab nanti, berapa banyak sebenarnya perbelanjaan gaji atau peruntukan kepada JPP ini selain daripada peruntukan.

Saya diberitahu bahawa SPRM tidak pernah masuk JPP ini dan tidak pernah diaudit. Contohnya di Pasir Puteh...

final • 7:50 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Sedikit, sedikit, minta jalan. Boleh masuk sedikit?

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Tidak boleh masuk juga. [Ketawa] Ya, buang masa, buang masa sahaja.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Satu tandas awam di Pasir Puteh...

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat, saya dengar seloka awal ini cantik bahasanya. Saya hendak bagi komen sedikit.

Memang indah sekali. Boleh tidak? Sedikit sahaja. Sahabat ini, Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Contohnya di satu tandas awam di Pasir Puteh yang diminta Majlis Daerah Pasir Puteh melaksanakan. Peruntukannya diberikan oleh JPP. Kalau kita buat dua pintu tandas awam itu lebih kurang RM50,000 sahaja tetapi diclaim oleh kontraktor, RM150,000. [Disampuk] Sebab saya tahu pasal saya pernah jadi Ketua Whip kepada Majlis Daerah Pasir Puteh. Begitu juga dengan hal-hal lain. Saya yakin SPRM tidak boleh masuk JPP ini sebab kalau dia masuk, semua orang rasuah daripada peringkat bawah sampai ke atas. Rasuah semua. Inilah satu jentera kerajaan yang haram di Kelantan yang merosakkan rakyat dan tidak menguntungkan.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Pasir Puteh, masa cantik awal beri tadi semua sudah hilang. Saya sudah tidak percaya.

Menipu dalam Dewan. Yang Berhormat tidak beri? Sedikit sahaja.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Dan diperlengkapkan lagi... Tidak boleh, tidak boleh. Saya teruskan, saya teruskan.

final • 7:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kalau Yang Berhormat Maran tidak boleh, Lenggong boleh?

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Saya teruskan. Nanti akan datang saya benarkan. [Ketawa]

final • 7:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang tidak boleh, Yang Berhormat Maran. Ini Lenggong, Lenggong.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Yang terakhir...

final • 7:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Lenggong boleh tidak? Lenggong.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Penubuhan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, penubuhan oleh Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, ini satu lagi jenayah dibuat...

final • 7:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Seksyen berapa?

Seksyen apa itu? Jenayah.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Yang berlaku pada sesi ini lebih daripada 1,000 ekar tanah tidak boleh dilaksanakan, tidak dibuat pertanian kerana tidak diberikan subsidi baja. Saya membaca satu ayat...

[Disampuk] Memang jenayah, memang jenayah. Memang UMNO selalu buat jenayah. Saya baca satu, daftar penanam padi unit – saya tidak sebut unitnya.

Perhatian kepada penanam padi, “Sebelum mendaftar, penanam dikehendaki mendapat pengesahan daripada Ketua Cawangan UMNO terlebih dahulu.”

final • 7:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ha, yang itu saya kena perbetulkan itu. Yang Berhormat, minta laluan, Yang Berhormat. Tidak betul itu, Yang Berhormat, tarik balik. Tarik balik, Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Seorang Ahli

Juara rakyat! Juara rakyat! UMNO juara rakyat!

final • 7:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] Ini ada surat.

final • 7:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You fotostat sendiri itu, Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Saya boleh bagi kepada Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Surat itu saya pun boleh buat dengan kebenaran Ketua Ranting PAS.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Nanti dulu, saya baca, saya baca. Duduk dulu.

final • 7:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Hari itu Menteri sudah cakap pasal surat itu.

final • 7:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Surat itu siapa pun boleh buat, Yang Berhormat, dengan kebenaran Ketua Ranting PAS Cawangan, setakat surat.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Duduk dulu.

final • 7:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Setakat surat, saya pun boleh buat.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Saya belum habis baca lagi ini. Belum habis lagi. “Borang pengesahan tersebut disediakan oleh Pejabat UMNO Bahagian Pasir Puteh... [Ketawa]

final • 7:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak betul itu.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

...kepada Ketua Cawangan UMNO untuk ditandatangani.

final • 7:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Dosa.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Surat di bawah tandatangan PPM, Pegawai Penyelia Mukim.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Buat fitnah ini berdosa, Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Arahan, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 7:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Menteri sudah jawab. Yang Berhormat, Menteri sudah jawab hari itu.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Saya ada bukti lagi.

Baik. Ini satu contoh sahaja, seorang wakil daripada penanam padi.

final • 7:50 PM

Seorang Ahli

Bagi nama.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Bagi nama, boleh – Adek Awang bin Mat Yassin. [Ketawa]

final • 7:50 PM

Beberapa Ahli

Ha, habis. [Dewan riuh]

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Kampung Kuala Tinggi, Bukit Jawa. Surat ini dihantar pada 2 Mac 2010, dihantar kepada Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Saya hendak minta Menteri jawab nanti. Apa tajuk dia? Kepala surat, “Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) ini tidak mahu tandatangan kupon baja subsidi kerajaan 15 orang petani kampung saya. Surat ini sudah sampai ke kementerian, saya minta kementerian memberi respons kepada saya. Sebab kalau ikut surat ini bahawa mereka ini pernah berjumpa Timbalan Menteri Pertanian di Kota Bharu iaitu ia ada sini. Pasal Menteri itu dia kata, bagi name card dia – Dato’ Mohd. Johari Baharum.

final • 7:50 PM

Seorang Ahli

Dia fotostat name card itu.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Dia fotostat, orang kampung ini dia bukan pandai sangat. Dia fotostat kad nama itu. Dia masuk sekali.

[Ketawa] Hendak bukti bahawa memang jumpa betul Menteri itu... [Ketawa] Saya tidak boleh baca surat ini, saya minta Menteri jawab nanti. Sebab surat ini sudah sampai ke kementerian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta penyelesaian subsidi baja ini diberikan kepada Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, ada satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Yang terakhir. Banyak ini, pasal saya jarang cakap ini... [Ketawa] Soal pelajaran. Kementerian Pelajaran.

Ini saya rasa saya perlu beri - pertama saya mengucapkan terima kasih kepada

final • 8:00 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Timbalan Menteri Pelajaran yang selalu rajin ke sekolah. Di Pasir Puteh hampir seluruh sekolah-sekolah kebangsaan ini dibangunkan semula. [Tepuk]

final • 8:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat, itu daripada Kerajaan Pusat, kata tidak dapat tadi.

final • 8:00 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Ada satu masalah ialah pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang hendak pergi ke Mesir. Jadi kita minta kementerian beri perhatian iaitu mengapa kita tidak pilih untuk ke Mesir itu di Malaysia lagi. Jangan hantar pelajar ke Mesir, di sana bawa peperiksaan di sana, boleh tidak boleh. Ini para pelajar dari STAM. Jadi kita minta supaya kementerian memberi perhatian. Kalau tidak dapat, tidak dapat di sini bukan di sana. Itu yang kita hendak. Yang kedua, dengan ada ura-ura semacam ada satu perbincangan ataupun keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran soal pendidikan seks di sekolah. Saya haraplah supaya ia dibuat kajian yang betul-betul. Bahkan saya rasa nama itu pun tidak betul. Kalau kita mahu melahirkan satu generasi yang baik, generasi yang murni, saya rasa perkataan “seks” itu tidak boleh digunakan. Sebab Islam saudara-saudara sekalian, ia mempunyai satu makna yang berlainan.

“Seks” ini bukan daripada bahasa kita dan ia mempunyai makna yang sangat berbeza dengan pengertian kita. Kerana itulah pelajaran ini bukan tidak ada di sekolah-sekolah kita. Di sekolah Arab memang telah dilaksanakan dalam bentuk, dalam bab Fiqah, dalam bab-bab Munakahat contohnya. Dibincangkan soal kebersihan, dibincangkan soal aurat, dibincangkan soal perasaan malu, dibincangkan soal pergaulan, dibincangkan soal hubungan dan sebagainya yang akhirnya boleh membentuk satu peribadi yang baik...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baiklah Yang Berhormat, masa Yang Berhormat habis.

final • 8:00 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Jadi itulah, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya menyokong.

final • 8:00 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Senyum dapat, terima kasih.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi taala wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama untuk berbahas, menyokong dan menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Keduabelas.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh dan mengucapkan setinggi- tinggi tahniah dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan Penggal Parlimen Keduabelas kali ini. Pada kesempatan ini juga saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah berjaya melaksanakan pelbagai program yang memacu ke arah pengukuhan hubungan dan kemakmuran seluruh rakyat Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, kalau kita melihat pada penghujung tahun 2009, berlaku masalah ekonomi secara global dan secara tidak langsung ia juga telah melanda negara kita. Akan tetapi kecekapan dan kemahiran kerajaan dalam menangani perkara ini dengan intervensi yang lebih awal untuk memastikan

final • 8:04 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

ekonomi dan perjalanan pengurusan kerajaan dapat ditadbir dengan baik bagi membolehkan kita terus hidup dalam keharmonian dan perpaduan. Justeru itu jelas sekali pada Titah Ucapan Tuanku, Gagasan 1Malaysia yang digambarkan menunjukkan betapa pentingnya keprihatinan kerajaan untuk memastikan pembangunan sosial dan ekonomi dinikmati bersama oleh semua lapisan masyarakat. Menjelang tahun 2010 ini, kita tahu bahawa 40.2% rakyat Malaysia yang berusia 15 hingga 40 tahun menjadi generasi yang perlu diambil perhatian dan diambil berat dan jelas sekali dalam kita melihat kerangka perancangan kerajaan terutamanya dalam pembentukan Model Ekonomi Baru. Saya ingin mencadangkan dan menyarankan kepada pihak kerajaan untuk sudah tiba masanya untuk kita memberi penekanan dan perhatian serius dalam penyelidikan dan pembangunan.

Ini kerana kita melihat bagaimana R&D ini sangat penting untuk memastikan pembangunan kerajaan yang mahu dilaksanakan untuk kepentingan rakyat pada keseluruhannya di seluruh negara kita ini dapat diambil kira.

Sekurang-kurangnya juga apabila pihak kerajaan memberi tumpuan secara khusus dalam bidang R&D ini, maka sudah tentu kita akan dapat menangani serta mengambil perhatian keutamaan-keutamaan yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dalam pembangunan negara kita. Dalam Titah Baginda juga, dalam usaha kerajaan mencapai enam bidang keberhasilan utama bagi meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, menambah baik pengangkutan awam, memerangi rasuah, mengurangkan kadar jenayah, memperkasa prasarana bandar dan pedalaman serta meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Ini semua aspek yang memang sangat penting kepada pembangunan negara kita dan kita berharap supaya dengan kerangka kerja yang telah diatur oleh kerajaan ini dapat menangani serta dapat merancang gerak kerja yang membolehkan ianya memenuhi aspirasi semasa dan kita berharap juga dengan perancangan yang lebih teratur apabila kerajaan mengumumkan tentang Model Ekonomi Baru bagi kepentingan rakyat Malaysia ini, kita berharap supaya segala kelemahan dan kekurangan yang kita hadapi sekarang ini dapat kita atasi demi untuk kebaikan negara kita sendiri. Kita melihat juga terutamanya dalam sektor pelaburan, negara kita kalau sendiri seperti yang kita dapati laporan iaitu lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Hong Kong baru-baru ini, beliau menekankan pada masa akan datang, seperti yang kita sedia maklum, kebergantungan negara kita kepada tenaga buruh daripada luar negara sangat besar. Untuk membolehkan kita mencapai negara maju serta mempunyai pendapatan yang tinggi, terutamanya di kalangan semua pihak.

final • 8:04 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Maka penekanan kepada bidang ekonomi yang berasaskan kepada perkhidmatan dan penyelidikan ini perlu diberi penekanan sebab dengan cara inilah kita boleh bersaing dan menyebabkan kerajaan serta negara kita ini boleh ditadbir dengan tanpa mengharapkan pelaburan-pelaburan yang boleh menjejaskan dari segi kemantapan perkembangan ekonomi negara.

Saya yakin dan pasti pihak kerajaan dan kita sebenarnya boleh mencapai dari segi pertumbuhan ekonomi, kalau kerajaan memfokuskan iaitu kita boleh mencapai pertumbuhan sampai kadar 5% ataupun mencecah lebih daripada 5% tetapi kehendak itu adalah sebenarnya diasaskan kepada perancangan yang lebih rapi. Ini sebab kita melihat kalau negara-negara seperti China, India dan negara- negara jiran Asia yang lain mempunyai disiplin yang kukuh dan memberi keutamaan dalam bidang penyelidikan yang akhirnya membawa ke arah

final • 8:10 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

kesejahteraan kepada negara-negara mereka. Ini saya berharap supaya pihak kerajaan dapat mengambil perhatian yang sangat serius dalam perkara ini dan segala model ekonomi baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam masa yang terdekat ini, kita berharap ia akan diambil kira semua lapisan masyarakat, semua pandangan masyarakat apa lagi keutamaan-keutamaan yang diberikan kerajaan sekarang ini yang memberi penekanan kepada pembangunan dan keharmonian masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat dalam kerangka untuk mengulas dan meningkatkan lagi kualiti pendidikan di kawasan luar bandar. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan oleh sebab dari segi jumlah penduduk yang ada di negara kita ini masih bertumpu di kawasan luar bandar.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat Silam, boleh celah sedikit.

final • 8:10 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Ya, silakan.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Ini beri tidak beri susah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih saudara saya Yang Berhormat Silam. Saya tertarik dengan Yang Berhormat yang menyebutkan dari segi R&D

(Research and Development) dengan izin. Saya perhatikan Yang Berhormat, kita ada institusi yang menjalankan kajian ini seperti FRIM umpamanya yg menjalankan kajian tentang perkayuan, MARDI,MPOB yang boleh saya katakan sebahagian daripadanya. Bahkan ada juga lawatan dari pasukan-pasukan R&D ini ke luar negara yang membuat kajian dan sebagainya.

Akan tetapi kita dapat maklum pelaksanaan yg dihasilkan, findings yang diperoleh dengan izin daripada R&D ini agak perlahan terutama kawasan luar bandar. Apakah saya kira mungkin tiada pasukan yang boleh membuat follow up, follow through atau tindakan susulan kepada hasil R&D yang dilakukan ataupun penuaian yang kita perolehi? Bagaimana pandangan Yang Berhormat kerana saya dapati agak perlahan?

final • 8:10 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Sebenarnya itu sebabnya pandangan yang diberi oleh sahabat saya daripada Maran dan saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk terus memberi perhatian secara khusus kepada bidang penyelidikan ini dan kita mesti ada tindakan susulan dan itu sebabnya saya melihat kepada kerangka kerja sekarang ini iaitu melalui tindakan dan di situ kita boleh mengenal pasti dari segi dan saya difahamkan juga dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti, konsep peringkat dalam lima tahun itu ada pembahagian perancangan.

Secara ini, keberkesanan dari segi perancangan yang telah dibuat dan penyelidikan yang telah dibuat itu supaya diambil perhatian oleh kerajaan dan di mana ada short coming dengan izin yang ada kekurangan dan kelemahan itu, maka kita harap supaya bahagian R&D itu dapat mengambil inisiatif yang terbaik dari segi penyesuaian dasar yang dilaksanakan ataupun yang telah dibuat kajian itu kalau jika sekarang ia sangat penting maka perlulah kita ini mengambil kira bersama.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Silam juga, saya berharap supaya program transformasi kerajaan ini dapat dilaksanakan secara holistik dan perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan, saya ingin mencadangkan supaya ia benar-benar menjurus kepada kehendak masyarakat setempat itu supaya ia lebih sesuai dengan tuntutan semasa. Saya rasa dengan data-data yang diperolehi oleh pihak kerajaan, dengan cara ini juga kalau dari segi pembangunan

final • 8:10 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

negara kita ini, kita nampak macam contohnya di kawasan semenanjung pada keseluruhan dari segi pembangunan itu mereka telah kecapi lebih awal sebab dari segi usia kemerdekaan sekarang ini kita sudah 52 tahun.

Ada baiknya supaya di masa akan datang saya bersetuju dengan cadangan kerajaan dari segi lab yang diwujudkan oleh kementerian – Menteri Jabatan Perdana Menteri terutama untuk negeri Sabah dan Sarawak dan saya berharap dari segi ratio dia, katakan nisbah untuk pembangunan itu 1:1 di Sabah dan Sarawak itu lebih ditekankan kepada contohnya 3:1 jadi ertinya dipercepatkan proses perlaksanaannya. Contohnya saya bangkit tadi tentang pendidikan berkualiti, saya dapati kajian serta laporan yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia hasil kerjasama yang saya cadangkan melalui Program Penyelidikan Pembangunan Rakyat (PROPER) dan saya dapati kesedaran pendidikan agama, pendidikan yang berasaskan kepada kerohanian ini sangat kurang di kawasan Parlimen Silam.

Jadi saya berharap supaya Kementerian Pelajaran benar-benar cuba berusaha untuk memberi dan memasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh supaya sekolah agama dibina di kawasan Pantai Timur. Ini kerana sekarang ini kita hanya ada sebuah iaitu di kawasan Parlimen Semporna, Sekolah Menengah Agama Tun Sakaran dan saya mencadangkan supaya dibina di kawasan Parlimen Silam sebab ia boleh cater untuk kawasan zon Pantai Timur dan ini boleh membantu dalam jangka masa panjangnya untuk kita menyediakan generasi muda yang ada kesedaran dan kefahaman tentang pendidikan agama.

Ini saya sangat mengharap supaya pihak Kementerian Pelajaran dapat mengambil perhatian serius dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua masyarakat Silam juga mengharapkan supaya kemudahan-kemudahan prasarana seperti sekarang ini kita tahu lepasan SPM baru sahaja keluar keputusannya dan dari segi pencapaian keputusan itu memang ada peningkatan tetapi masih lagi dari segi keputusan yang ramai tidak boleh meneruskan di peringkat tingkatan enam atau masuk ke peringkat pengajian yang lain. Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengambil perhatian dalam perwujudan kolej komuniti.

Kalau mengikut perancangan kerajaan sebelum ini bahawa setiap kawasan ada kolej komuniti itu sekurang-kurangnya satu tetapi saya ingin mencadangkan supaya sekarang ini kerajaan mengambil perhatian untuk memperluaskan lagi dari segi bidang kolej komuniti ini untuk memastikan supaya pelajar-pelajar daripada lepasan SPM ini mereka ada peluang-peluang kemahiran yang mereka perolehi yang boleh menyebabkan mereka ini akan menjadi tenaga pekerja yang ada kemahiran, yang boleh diterima bekerja di mana-mana. Saya ingin mencadangkan supaya kesesuaian kolej-kolej komuniti itu dibina berasaskan kepada kehendak dan tuntutan semasa.

Tuan Yang di-Pertua,saya juga berharap supaya kajian-kajian daripada universiti kebangsaan di negara ini dapat memperluaskan bidang kajian mereka dalam bidang-bidang yang baru yang belum diceburi oleh negara kita ini untuk membolehkan kita dapat menguasai bidang-bidang ilmu yang perlu diberi perhatian terutama dalam bidang-bidang perkhidmatan secara khususnya barangkali sebagai contoh dalam bidang pelancongan.

Saya berharap supaya Kementerian Pelancongan dapat bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan bagi dapat meningkatkan lagi kemudahan- kemudahan asas yang ada di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya.

Sebagai contohnya, itu sebabnya dalam penggal yang lepas saya mencadangkan

final • 8:10 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

kepada kerajaan supaya betul-betul secara serius untuk membina lapangan terbang baru di kawasan Parlimen Silam bagi membolehkan dari segi akses untuk pembangunan dan para pelabur juga dapat masuk ke kawasan Pantai Timur sebab ini boleh membantu dari segi perancangan kerajaan dan kita sama-sama juga boleh membantu dari segi pertumbuhan ekonomi negara kita terutamanya di negeri Sabah.

final • 8:10 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Saya berharap juga supaya pihak kerajaan Tuan Yang di-Pertua, dapat mempertimbangkan sewajarnya dari segi pertumbuhan ini.

Saya menyebut pada peringkat awal tadi iaitu dari segi generasi muda yang sekarang ini kalau mengikut seperti dalam buku Dato’ Sri Najib – “Menakhoda Zaman”, boleh dikatakan 70% rakyat Malaysia ini menjelang Pilihan Raya Umum yang ke-13 ini adalah terdiri daripada generasi muda.

Namun saya nampak kelemahan yang ada terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah terutamanya di kawasan Parlimen Silam iaitu kemudahan- kemudahan rekreasi. Saya tidak mahu melihat generasi muda di kawasan Pantai Timur khususnya di kawasan saya terlibat dalam aktiviti yang tidak baik.

Oleh sebab kemudahan rekreasi yang tidak wujud atau kurang di kawasan Pantai Timur terutamanya di kawasan Parlimen Silam, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya mengambil perhatian serius untuk membina Silam Arena Sport Complex di kawasan Parlimen saya bagi dapat menampung untuk aktiviti-aktiviti belia.

Pada satu ketika dahulu, kawasan Parlimen Silam ini juga pernah melahirkan ahli-ahli sukan yang pernah mewakili Malaysia sampai ke peringkat dunia. Sekarang ini oleh sebab kemudahan yang tiada, akhirnya ramai generasi muda yang tidak ingin terlibat dalam bidang sukan ini. Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan supaya dapat mengambil perhatian secara serius dalam perkara ini.

Saya berharap juga dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, kepada Kementerian Kerja Raya supaya dapat mempertimbangkan dari segi pembinaan jalan-jalan raya utama di kawasan Parlimen Silam. Saya berterima kasih juga kepada kerajaan yang sebelum ini telah meluluskan beberapa peruntukan untuk meluaskan jalan dari Lahad Datu ke Tawau.

Saya berharap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini supaya Kementerian Kerja Raya mempertimbangkan untuk menambahkan peruntukan supaya dapat melebarkan jalan-jalan di kawasan Parlimen saya yang masih lagi dalam keadaan yang tidak baik. Begitu juga kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya dapat mempertimbangkan untuk memperbanyakkan senarai peruntukan jalan di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Parlimen Silam.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap supaya Kementerian Penerangan dapat mengambil inisiatif untuk memastikan penyaluran perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara supaya diambil kira. Saya dapati kawasan saya tidak terdapat kemudahan ini secara meluas dan sangat berharap supaya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan perancangan pada masa akan datang supaya kerajaan dapat mengambil perhatian ini.

Saya juga berharap supaya Kementerian Penerangan dapat membuka semula RTM yang sebelum ini pernah wujud di kawasan daerah Lahad Datu tetapi

final • 8:20 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

pihak kementerian telah menutup dan memindahkannya ke Sandakan dan Tawau.

Oleh sebab Parlimen Silam dari segi penduduknya pun bertambah dan capaian kemudahan-kemudahan informasi ini semakin meluas, saya berharap supaya pihak kementerian dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan dan membuka RTM ataupun pejabat berkenaan dari segi penyiaran ini di kawasan Parlimen Silam.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini kita sama-sama ingin memastikan bahawa pembangunan holistik dari segi pembinaan modal insan – saya bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk memberi penekanan pada pembinaan modal insan pada peringkat awal terutamanya cetusan idea PERMATA negara yang diilhamkan oleh isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Saya menyokong program ini dan...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Beri satu minit, Tuan Yang di- Pertua. Insya-Allah, untuk penggulungan. Saya berharap supaya pihak kerajaan dapat meneruskan rancangan ini bagi membolehkan ia dapat diperluaskan terutamanya di kawasan luar bandar sebab kita mahu melihat generasi pada masa akan datang benar-benar memahami konsep 1Malaysia seperti yang kita harapkan. Walaupun mungkin konsep 1Malaysia ini diperkenalkan pada tahap generasi kita ini, namun yang paling penting untuk pembentukan bangsa Malaysia yang sebenarnya, yang betul-betul faham semua kaum ini, maka peringkat pembinaan PERMATA negara ini perlu kita tekankan dan sama-sama membantu untuk menyokong untuk kesejahteraan rakyat. Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Serdang.

final • 8:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya rasa tahun 2020 adalah – kita ada satu Wawasan 2020. Kita sekarang berada dalam tahun 2010. Jadi maksudnya, kita hanya ada masa 10 tahun lagi untuk mencapai Wawasan 2020. Akan tetapi persoalan sekarang, adakah kita memang bersedia untuk mencapai Wawasan 2020 ini? Adakah kita sudah menghampiri dengan Wawasan 2020 ini?

Dalam minggu yang lepas, saya telah pergi ke Sabah bersama dengan Yang Berhormat Ipoh Timur dan juga Yang Berhormat Segambut. Apabila kami pergi ke sana, kami terkejut apabila melihat bahawa...

final • 8:25 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat, boleh mencelah?

final • 8:25 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya belum masuk lagi. Saya hanya...

final • 8:25 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Saya hendak masuklah ini. Saya hendak masuk.

final • 8:25 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tidak mengapa.

final • 8:25 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Beri saya masuk.

[Dewan riuh]

final • 8:25 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Silalah duduk. Floor saya. [Dewan riuh]

final • 8:25 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Beri saya masuk.

final • 8:25 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

This is a sexist remark, okay.

final • 8:25 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Saya tarik balik Yang Berhormat punya...

final • 8:25 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Silalah duduk. Saya tidak beri floor. Ini yang sexist remark. Saya tidak akan...

final • 8:25 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Saya masuk tidak boleh juga?

final • 8:25 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya akan teruskan, Tuan Yang di- Pertua. Pada 14 Mac tahun ini, Yang Berhormat Miri sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bahawa Sabah telah mencatatkan Indeks Sistem Purata Tempoh Gangguan Elektrik ataupun SAIDI yang tertinggi iaitu 2,087 minit setiap pengguna setahun pada akhir tahun 2009. Akan tetapi pada 20 Mac tahun ini, apabila saya menghadiri satu forum yang bertajuk “Energy Options for Sabah” dengan izin, di Kota Kinabalu, seorang pegawai dari Sabah Electricity Sdn.

Bhd. (SESB) yang bernama Abdul Nasir Abdul Wahab menyatakan bahawa SAIDI Sabah pada tahun 2009 adalah sebanyak 2,284 minit setiap pengguna.

Jadi saya hendak bertanya, mengapakah ada dua SAIDI untuk Sabah?

Mengapakah ada dua indeks SAIDI untuk Sabah? Ada seorang Menteri yang cakap bahawa SAIDI untuk Sabah pada tahun 2009 adalah 2,087 minit setiap pengguna. Akan tetapi SESB yang mengatakan bahawa SAIDI untuk Sabah adalah 2,284 minit. Siapakah yang berbohong di sini? Siapakah yang tidak tahu facts di sini?

Saya hendak juga merujuk kepada Laporan Interim Prestasi Pembekalan Elektrik di Malaysia untuk separuh tahun pertama 2009 yang disediakan oleh Suruhanjaya Tenaga. Indeks SAIDI di negeri Sabah untuk separuh tahun pertama 2009 adalah 423 minit setiap pengguna sahaja. Ini adalah untuk separuh tahun pertama 2009. Hanya 400 lebih minit. Secara tiba-tibanya, pada hujung tahun 2009 ia bukan menjadi 1,000 minit setiap pengguna tetapi ia mencapai 2,000 lebih minit setiap pengguna. Apakah rasionalnya di belakang? Adakah satu hidden agenda untuk menggesa orang-orang Sabah supaya mereka menerima Coal Power Plant tersebut?

Jadi, saya harap bahawa Menteri dalam gulungan akan menjelaskan keadaan ini. Juga saya hendak cakap bahawa walaupun Yang Berhormat Miri sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional sekarang adalah komited untuk memastikan SAIDI Sabah akan mencapai sasaran 700 minit setiap pengguna pada akhir tahun ini.

Akan tetapi, saya hendak cakap dan menyatakan di sini bahawa walaupun sekiranya kita cakaplah bahawa memang lah kita dapat mencapai sasaran 700 minit pada akhir tahun ini, saya cakap...

final • 8:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, belum habis lagi Yang Berhormat?

final • 8:25 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Belum. Saya sambung esok. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga pukul 10 pagi hari Khamis, 25 Mac 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.32 malam.

final • 8:25 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026