Mar222010

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
MESYUARAT DEWAN RAKYAT DITAMBAH EMPAT HARI

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan supaya Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang bersidang yang akan berakhir pada 5 April 2010 ditambah empat hari lagi iaitu daripada 19 hingga 22 April 2010. Tambahan ini diperlukan bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan-urusan kerajaan yang lain dapat diselesaikan. Permohonan ini adalah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan strategi dan langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran pengurangan pengeluaran karbon sebanyak 40 peratus, sebagaimana yang telah dipersetujui di Copenhagen, Denmark.

final • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, salam 1Malaysia. Saya mohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat dari Batu pada 5 April dan Yang Berhormat dari Petaling Jaya Selatan pada 6 April kerana soalan- soalan ini adalah mengenai perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa menghadiri Persidangan Perubahan Iklim di Copenhagen telah mengumumkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 40% intensiti karbon menjelang tahun 2020 berbanding tahun 2005. Ini adalah sebagai sumbangan negara di peringkat global dalam menangani perubahan isu iklim. Indikator

final • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

pengurangan ini merupakan sasaran sukarela negara dan bukan mandatori serta tertakluk kepada pembangunan teknologi, penyediaan kewangan yang mencukupi serta peningkatan kapasiti. Sebagai strategi permulaan, kerajaan telah mengurangkan 40% intensiti, kerajaan telah menyediakan kerangka roadmap yang meliputi tiga program utama iaitu:-

(i) Kecekapan Penggunaan Tenaga (Energy Eficiency) dengan izin;

(ii) Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy) dengan izin; dan

(iii) Pengurusan Sisa Pepejal.

Bagi program EE, usaha-usaha kecekapan tenaga seperti penggunaan peralatan cekap tenaga, aspek reka bentuk bangunan dan penggunaan amalan pengeluaran bersih yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga di sektor industri dan komersial akan dilaksanakan. Umpamanya seperti mana yang telah diumumkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kerajaan akan menghentikan pembuatan, pengimportan dan penjualan lampu incandescent light bulb dengan izin pada tahun 2014. Ini dijangka dapat mengurangkan sembilan juta tan CO2 equivalent.

Adalah dijangka menjelang tahun 2020, lebih banyak tenaga akan dijana daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti biojisim, biogas, mini hidro, tenaga suria dan bahan buangan. Ini dijangka dapat mengurangkan 11 juta tan karbon. Bagi menguruskan sisa pepejal, polisi dan pelan pengurusan sedia ada telah menggariskan beberapa aktiviti yang boleh menyumbangkan kepada pengurangan pelepasan GHG seperti kitar semula dan penggunaan teknologi alternatif seperti kemudahan material recovery facilities dan loji rawatan thermal.

Pengurusan sisa pepejal secara holistik melalui penggunaan tapak pelupusan sanitari dapat membantu memperoleh kembali gas metana yang terbebas untuk menjana tenaga. Ini dijangka dapat mengurangkan 20 juta tan CO2. Bersama program-program ini tertakluk kepada penyediaan peruntukan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Di samping itu sektor- sektor lain perlu mengarus perdana usaha-usaha mengurangkan pelepas GHG untuk mencapai pengurangan 40% ini. Bagi menangani perubahan iklim dalam jangka masa panjang, kerajaan akan menyediakan satu kerangka roadmap yang komprehensif dan terperinci. Ini akan melibatkan sektor seperti pengangkutan, proses industri pertanian dan perhutanan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Batu berkaitan dengan isu pembangunan lestari, sudah tentu langkah-langkah ini merupakan sebahagian dari usaha kita menuju ke arah pembangunan lestari. Selain itu, dengan terlaksananya kerangka roadmap ini sudah pasti ia akan menggalakkan pelaburan dalam sektor-sektor teknologi hijau yang berkaitan dengan perubahan iklim. Jadi sebarang peningkatan pelaburan asing ini sudah tentu akan memberi faedah tambahan kepada ekonomi negara.

Mengenai isu NGO pula, untuk makluman Yang Berhormat, NRE menghargai sumbangan NGO.

Kita sentiasa membuka ruang untuk percambahan pemikiran dan mendapatkan input dari mereka. Untuk itu, NRE telah menubuhkan kumpulan teras yang terdiri dari pakar-pakar dari agensi kerajaan dan wakil NGO. Kumpulan ini terlibat di dalam pendirian negara bagi isu perubahan iklim. Untuk makluman Yang Berhormat, NGO-NGO antarabangsa termasuk beberapa NGO Malaysia

final • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

turut terlibat secara aktif – decide event di Copenhagen dan ada yang diberi status sebagai pemerhati oleh UNFCCC di dalam sesi plenary. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan, kepada Yang Berhormat Menteri atas komitmen yang tinggi untuk mengurangkan karbon intensiti sebanyak 40% sebelum tahun 2020.

final • 10:00 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Soalan saya adalah sama ada sasaran ini realistik ataupun tidak memandangkan kita perlu mengurangkan saya rasa dalam 50 juta karbon equivalent tiap-tiap tahun, apa yang dibangkitkan oleh Menteri tadi.

Ini memerlukan kita mengurangkan pengeluaran karbon dalam contohnya sektor jana kuasa, pengangkutan dan bahan buangan sisa industri. Antara di Malaysia ini penyumbang yang paling besar untuk pengeluaran CO2 adalah sektor-sektor tersebut yang memanaskan cuaca dan membawa musibah alam sekitar. Akan tetapi saya tanya soalan realistik ini kalau kita lihat sebagai contoh, tiga contoh ringkas:

(i) Jana kuasa – stesen jana kuasa kebanyakannya lebih daripada 8% di Malaysia. Ia menggunakan kuasa thermal termasuk arang batu dan bukannya kuasa diperbaharui, renewable energy dengan izin seperti hydro. Kalau kita cakap soal Bakun pun, walaupun hydro, ia akan bekalkan kuasa kepada smelter plants yang akan keluarkan karbon secara besar. Masalah bekalan tenaga di Pantai Timur, Sabah akan ditangani dengan jana kuasa arang batu juga dan pilihan nuklear menjadi pilihan jangka masa panjang ataupun terlalu panjang yang lebih daripada tahun 2020.

(ii) Pengangkutan – sistem pengangkutan awam masih lagi tidak menjadi sistem pilihan untuk majoriti rakyat Malaysia dan kegunaan kereta kenderaan, single user masih lagi berleluasa.

(iii) Tidak termasuk bahan buangan sisa di mana projek- projek tenaga kecil ini terlalu kecil dan contohnya biomass daripada plantation, duduk terlalu jauh daripada national power grid.

Jadi soalan saya, dengan segala masalah yang dihadapi yang saya telah terangkan tadi dalam tiga sektor, sejauh mana realistik kita meletakkan sasaran 40% tersebut? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau. Kita berterima kasih kerana beliau memang telah pun memikirkan isu ini dengan mendalam dan nampaknya memahami segala masalah-masalah yang dihadapi oleh negara mengenai masalah pelepasan GHG ini.

Bagaimana pun sasaran 40% intensiti karbon ini telah pun dikira dan telah pun difikirkan dengan sedalam-dalamnya kerana apabila kita membuat satu komitmen di antarabangsa ianya haruslah satu komitmen yang realistik. Maka untuk makluman Yang Berhormat, untuk kita mencapai sasaran yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita perlu mengurangkan sehingga tahun 2012 iaitu 38 juta tan CO2. Jadi kalau tadi dalam jawapan saya,

final • 10:10 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

saya telah pun gariskan beberapa tindakan yang telah kita ambil dalam jangka pendek ini dan kalau kita kira semua jumlah karbon yang dapat dilepaskan untuk tiga kaedah itu ialah dalam lingkungan 40 juta tan.

Jadi dengan itu kita yakin bahawa matlamat itu kita dapat capai.

Bagaimana pun bagi jangka masa panjang kita sedar bahawa sektor-sektor yang menyumbang terbesar kepada GHG kita ialah pertama, sektor penjanaan elektrik yang menyumbang 26.2%, begitu juga dengan sektor pengangkutan sebanyak 16%. Jadi kerajaan sedar perkara ini dan untuk makluman Yang Berhormat tidak lama lagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan membentangkan satu cadangan ‘Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui’. Saya percaya dengan pelan ini dapat dilaksanakan, isu-isu yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang diambil kira dalam kita merangka program untuk mengatur satu pembangunan lestari di negara kita pada masa hadapan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan karbon sebanyak 40%, adakah pengurangan 40% ini termasuk pengurangan dalam gas industri hawa dingin seperti gas R-22 atau HCFC, di mana saya nampak pada masa sekarang ini ada penambahan dari segi penggunaan gas R-22. HCFC ini di dalam kategori cloro fluoro carbon, seperti mana persetujuan kerajaan di Montreal Protocol, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan dan menghapuskan penggunaan HCFC ini dalam tahun 2020. Saya hendak tanya sama ada pengurangan CO2 ini, HCFC ini dalam kategori C02? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya telah gariskan tiga sektor di mana kita akan mengambil langkah untuk mengurangkan GHG ini untuk mencapai sasaran kita untuk mengurangkan GHG iaitu 40% intensiti karbon pada tahun 2020, berbanding dengan tahun 2005.

Jadi soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi adalah perkara yang lain. Sebahagiannya mungkin masuk dalam program ini kerana sekarang kita memang telah pun melaksanakan satu program untuk mengurangkan HCFC. Kita adalah ahli kepada Montreal Protocol dan kita telah pun sama-sama bersetuju untuk mempercepatkan pengurangan gas ini bermula dari tahun 2013. Jadi yakinlah Yang Berhormat kita akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga alam sekitar kita. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau] minta Perdana Menteri menyatakan apakah pendirian kerajaan mengenai pelaksanaan Seksyen 51A Kanun Keseksaan Jenayah yang tidak menepati semangat pindaan tersebut.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Waalaikumsalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam muafakat ini pakat-pakat lari besok. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memastikan bahawa ia melaksanakan sesuatu undang-undang dengan mengikuti semangat undang- undang itu diperbuat. Dalam melaksanakan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah iaitu Akta 593, kerajaan berpendirian bahawa ia telah mematuhi kehendak seksyen tersebut sebagaimana yang dimasukkan melalui Akta Kanun Tatacara Jenayah Pindaan 2006 ataupun Akta A1274. Oleh itu tidak wujud persoalan bahawa pelaksanaan peruntukan tersebut tidak selaras dengan

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

semangat ia dimasukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah. Pihak pendakwaan sememangnya terikat dengan peruntukan tersebut dan sentiasa mematuhinya semasa menjalankan pendakwaan.

Sebelum perbicaraan dimulakan pihak pendakwaan akan membekalkan tertuduh dengan maklumat yang diberikan di bawah seksyen 107 Akta 593.

Dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan adalah fakta yang berpihak kepada tertuduh sekiranya ada. Fakta yang menyebelahi pihak tertuduh akan dibekalkan untuk mencapai perbicaraan yang adil. Subseksyen 51A(2) menyatakan bahawa pihak pendakwaan boleh untuk tidak membekalkan dokumen dan fakta di bawah subseksyen 51 sekiranya pembekalan dokumen dan fakta tersebut adalah bertentangan dengan kepentingan awam.

Berkenaan dengan peruntukan ini kerajaan menyedari hakikat bahawa hak dan kepentingan tertuduh perlu dijaga. Akan tetapi hak dan kepentingan tersebut perlu diseimbangkan dengan kepentingan orang ramai termasuklah mangsa dan saksi yang mempunyai risiko tinggi untuk terdedah kepada bahaya dan ancaman. Beban untuk membuktikan tertuduh bersalah terletak kepada pihak pendakwaan. Untuk menyabitkan seseorang dengan sesuatu kesalahan bukti dan keterangan yang tidak boleh disangkal perlu ada terhadap kes prima facie atas penilaian maksimum. Pihak pendakwaan mempunyai tugas yang berterusan dalam menyemak apa-apa fakta atau keterangan yang memihak kepada tertuduh.

Dalam menjalankan tugas tersebut dan melaksanakan peruntukan seksyen 51A, pihak pendakwaan bersikap terbuka, peka dan bertindak secara munasabah serta sentiasa mendukung hasrat kerajaan dan semangat pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah tersebut.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya yakin beberapa tahun dahulu ketika Yang Berhormat Kangar yang bertanggungjawab membentangkan pindaan tersebut.

Saya rasa ucapan beliau ketika itu boleh diangkat sebagai apa dipanggil sebagai semangat pindaan ataupun dengan izin, intention of the framers.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kata beliau, antara lain keadilan perlu dilakukan untuk kedua belah pihak.

Antaranya secara ringkas ialah untuk mempercepatkan kes agar permohonan- permohonan untuk dokumen-dokumen tersebut tidak dibuat seperti biasa, seperti di bawah Seksyen 51A.

Soalan saya sebagai tambahan, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Semenjak pindaan dibuat, saya khuatir semangat yang cuba dicapai tidak tercapai kerana masih lagi banyak permohonan dibuat terutama sekali terhadap dokumen-dokumen yang kalau kita tengok di bawah Seksyen 51A masih lagi bersifat kabur kerana perkataan yang digunakan, “certain document” dengan izin umum di atas dasar public interest, hak awam.

Jadi, perkara tersebut memberi khilaf kepada pihak-pihak tertuduh sehinggakan saya khuatir tujuan pindaan untuk memendekkan masa bagi memberi keadilan agar berbeza daripada sebelum pindaan itu, yang dipanggil perbicaraan yang adil atau dengan izin fair trial. Kita tahu dari segi aspek pembelaannya bagaimana perkara-perkara yang dikatakan menguntungkan pihak pembelaan.

Jadi, saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri adakah perlu kita apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang masih lagi tidak

final • 10:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

menyelesaikan permasalahan yang kita mahu diselesaikan sebelum pindaan, perlukah seksyen ini sekali lagi diperhalusi atau dipinda selanjutnya agar perkara- perkara yang memberi ruang kepada kekhilafan itu tidak berlaku, supaya agar tercapai semangat pindaan itu dibuat dari segi aspek pelaksanaannya? Mohon penjelasan.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya fahamkan iaitu bahawa kalau dahulunya, Seksyen 51 yang dahulu, kita memberi perkara-perkara tertentu tetapi sesetengah daripada dokumen itu di atas permintaan apabila perbicaraan sedang berjalan, maka ada permohonan yang dibuat oleh pihak pembela, baru kita beri.

Akan tetapi, di bawah Seksyen 51A ini, kalau Yang Berhormat baca “The prosecution shall before the commencement” Jadi, maknanya arahan itu mesti.

Bukan lagi perlu menunggu permintaan daripada pihak pembelaan sewaktu perbicaraan sedang berjalan. Akan tetapi, dalam masa sekarang ini kita lihat bahawa ada permintaan dibuat walaupun ada 51A.

Pertamanya, di bawah (c) itu “A written statement of facts favourable to the defence” Perkataan “favourable to the defence” itu boleh dipertikaikan. Pihak pembelaan kata dokumen itu “favourable to the defence”. Akan tetapi, pihak pendakwa kata ia tidak “favourable to the defence”, sebab itu ada pertikaian.

Mesti ada permohonan.

Keduanya, kita lihat, “Notwithstanding paragraph (c), the prosecution may not supply any fact favourable to the accused, if i’s supply would be contrary to public interest”. Sekali lagi contrary to public interest. Bermakna sudah tentu ada pertikaian. Pihak pembela akan minta dokumen itu tetapi pihak pendakwa kata tidak boleh kerana ia contrary to the public interest. Jadi, ini semua memerlukan kepada mahkamah membuat keputusan sebab itu tidak berbangkit soal kata dengan adanya pindaan ini makin susah lagi. Jadi, oleh kerana itu kerajaan tidak bercadang untuk meminda akta ini.

final • 10:20 AM

3. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan :-

(a) berapakah jumlah perumahan rakyat dan mampu milik telah dibina di seluruh negara; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang menjual secara terus perumahan rakyat yang dibina kira-kira 20,000 unit di Sabah kepada mereka yang layak seperti mana yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga kini sebanyak 55 projek berjumlah 54,788 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa dan 17 projek dengan jumlah 2,668 unit PPR dimiliki telah siap dibina di seluruh negara.

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 31 Mei 2006 telah meluluskan cadangan penjualan rumah PPR disewa. Susulan daripada itu, Kementerian

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar; dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sedang melaksanakan urusan penjualan secara berperingkat bagi PPR di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan penjualan PPR disewa di negeri-negeri lain termasuk di Sabah setelah mengambil kira kejayaan dan impak penjualan PPR sewa di Kuala Lumpur. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Juslie Ajirol - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Kerajaan telah melaksanakan tanggungjawabnya. Seperti yang kita ketahui di Sabah sahaja dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 20,000 unit perumahan rakyat telah diperuntukkan.

Saya ingin tahu adakah 20,000 unit ini telah siap dalam masa Rancangan Malaysia Kesembilan? Kalau ianya diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, saya ingin tahu juga apakah sebab kelewatan tentang pembinaan ini?

Adakah disebabkan oleh faktor pemilihan tanah maksud saya atau pun pihak kontraktor, atau pun di pihak kementerian yang rumit dari sudut birokrasinya?

Kedua, saya ingin tahu bahawa seperti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi penjualan di Wilayah Persekutuan begitu berjaya. Adakah juga rancangan ini dibuat khasnya di negeri Sabah kerana ramai penduduk daripada luar bandar yang tinggal di pinggir-pinggir bandar memang sangat memerlukan soal perumahan ini. Minta penjelasan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Libaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak 20,000 unit rumah kos murah atau pun PPR di negeri Sabah. Sejumlah 18,200 unit telah pun dilaksanakan dan yang telah siap ialah berjumlah 9,631 unit dan sebahagiannya telah disewa, diberikan kepada mereka yang layak untuk menyewa. Sebahagian lagi ada 1,800 unit akan dilaksanakan pada tahun ini dan kementerian saya telah pun mengenal pasti tempat-tempat dan daerah-daerah yang memerlukan.

Pertamanya, daerah Putatan kita memperuntukkan sebanyak 1,300 unit dan Kampung Muhibah di Sandakan sebanyak 500 unit dan akan dilaksanakan pada tahun ini juga.

Mengenai dengan soalan yang kedua bahawa adakah kementerian dan kerajaan bersetuju untuk membenarkan negeri-negeri untuk menjual. Seperti yang saya jawab ialah dibenarkan dan terpulang kepada kerajaan negeri sama ada mereka mahu menjual rumah-rumah ini atau pun di sebaliknya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Pusat hanya dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan atau membina dan menyediakan peruntukan.

Apabila siap, rumah-rumah ini akan diserahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri untuk menyelenggarakan dan seterusnya mengurus kesemua rumah yang telah dibina di negeri-negeri yang berkenaan. Mengenai dengan birokrasi dan sebagainya, saya ingin menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang perlu dimaklumkan di sini. Antaranya ialah tentang soal tanah sebab di

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

negeri-negeri seperti di Sabah, kita sukar untuk mendapat tanah yang strategik, yang sesuai di kawasan bandar.

Kebanyakan tanah yang ada ialah di kawasan luar bandar sedangkan tujuan kita ialah untuk menyediakan perumahan di dalam bandar bagi membolehkan mereka yang di dalam bandar dan mereka yang datang dari daerah atau pun negeri yang lain bekerja di Kuala Lumpur berpeluang untuk menyewa rumah yang lebih murah daripada kerajaan. Justeru itulah di antara berlakunya kelewatan. Saya tidak dapat nafikan juga bahawa masalah kontraktor juga berlaku di mana pada awalan mereka membida atau pun menender projek-projek ini dalam kos yang agak rendah. Setelah kenaikan harga, maka di situlah kontraktor menghadapi masalah. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya berminat untuk bertanya berkenaan dengan soalan di bahagian (a) iaitu tentang isu jumlah perumahan rakyat dan juga mampu milik di seluruh negara seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi.

Saya mohon untuk merujuk kepada satu fakta yang diberikan oleh kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu jawapan bertulis atas isu yang sama. Jawapan berkenaan dengan jumlah atau pun statistik pemilikan rumah terutama perumahan mampu milik yang dikeluarkan atau dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada golongan-golongan yang sepatutnya menjadi sasaran kepada dasar ini.

final • 10:20 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi berkenaan dengan jawapan yang saya terima pada 8 Januari 2010 iaitu kementerian memberi jawapan bahawa setakat ini kementerian masih belum ada satu dasar pemilikan rumah yang terutamanya merujuk kepada perumahan mampu milik. Saya hendak bertanya kepada Timbalan Menteri, adakah dasar ini belum pernah dibawa atau dicadangkan untuk melihat berapakah jumlah atau statistik sebenar pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan yang kurang berkemampuan yang hanya untuk memikirkan memiliki rumah pertama kediaman asas untuk mereka. Saya mohon pihak Timbalan Menteri untuk menyatakan pendirian ataupun maklumat, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Untuk makluman, saya mengakui bahawa dasar ini tidak meluas.

Sebenarnya dasar mampu milik ini hanya berada atau hanya dilakukan di negeri Pahang sahaja tetapi kerajaan akan menimbang untuk membolehkan supaya dasar ini di extend ataupun diberikan juga kepada negeri-negeri yang lain. Saya ingat dasar ini tidak mempunyai masalah kerana kita juga mempunyai tabung untuk melaksanakan projek-projek mampu milik yang akan terus dijual kepada mereka yang memerlukan, terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tanpa pelaksanaan gaji minimum, bagaimanakah Kementerian dapat memastikan golongan pekerja yang berpendapatan rendah dapat menjalankan kehidupan seharian. Adakah Kementerian akan menetapkan garis kemiskinan yang berlainan untuk kawasan bandar dan luar bandar dan seterusnya membantu pekerja yang berpendapatan lebih rendah daripada garis kemiskinan tersebut dengan lebih berkesan.

final • 10:30 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, semua orang menunggu bila Yang Berhormat akan melompat. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya kos sara hidup yang semakin membebankan. Justeru kerajaan telah menjadikan agenda membasmi kemiskinan sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan antara usaha kerajaan membasmi kemiskinan adalah melalui beberapa program antaranya:

(i) mempertingkatkan jaringan perlindungan sosial dengan membantu Orang Kurang Upaya, warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yang memerlukan bantuan kebajikan.

(ii) mewujudkan kementerian yang khusus untuk menjaga golongan miskin bandar,

(iii) mewujudkan peluang untuk memulakan perniagaan dengan menyediakan lebih banyak premis perniagaan terutama di lokasi strategik di luar bandar

(iv) mengagihkan bantuan kebajikan persekutuan pada hari pertama setiap bulan; dan

(v) memudahkan pemilikan rumah bagi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia tidak menetapkan pendapatan garis kemiskinan sebaliknya ia dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Nilai PGK yang dikeluarkan oleh EPU dikelaskan kepada dua iaitu pendapatan isi rumah dan per kapita serta dibahagikan mengikut negeri, bandar dan luar bandar. Kementerian mempunyai pandangan yang terbuka tentang gaji minimum. Pada masa ini kementerian sedang mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada orang awam termasuk pekerja, majikan dan wakil-wakil pekerja dan wakil-wakil majikan berkenaan dengan gaji minimum. Maklum balas yang diperoleh ini adalah penting untuk menentukan hala tuju penetapan gaji minimum agar pelaksanaannya akan mendatangkan faedah on optimum kepada semua pihak yang terlibat.

Pada masa yang sama, Kementerian Sumber Manusia sedang menyediakan peraturan kerja separuh masa atau part time regulation yang bertujuan untuk memberi peluang kepada latent workforce seperti suri rumah, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk memasuki pasaran kerja dan membolehkan golongan pekerja berpendapatan rendah menambah sumber pendapatan tambahan, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjangka itulah jawapan yang akan diberikan dan

final • 10:30 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

maklum balas berterusan saya kira sudah dua tahun saya menjadi Ahli Parlimen dan itulah yang saya dengar mesejnya daripada Menteri. Walau bagaimana sekalipun, saya melihat satu sudut yang boleh sedikit memberi ruang kepada kementerian iaitu merujuk kembali kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Kalau boleh adakan satu perbandingan dan juga maklum balas daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menggaris-pandukan rakyat miskin tegar.

Ini kerana kalau kita bicara demi bicara, tidak akan mencapai matlamat asal iaitu menyelesaikan masalah ini, saya cadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat gabung, duduk, bincang dan mencari solution yang terbaik untuk rakyat marhaen ini untuk menyelesaikan masalah ini, sekian.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat tentang cadangan ini. Sebenarnya kita sudah duduk, cakap, bincang, makan dan semua dengan kementerian dan juga dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan memang kita di bawah satu jawatankuasa untuk menghadapi masalah yang dihadapi oleh miskin tegar dan tiap-tiap kementerian mempunyai peranan yang tetap di dalam hal ini dan kementerian memang sedar dan prihatin tentang isu kemiskinan. Itulah sebabnya itu diberi keutamaan melalui NKRA dan kita berharap iaitu harapan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang Disember tahun ini boleh dicapai, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri telah menjawab dengan begitu baik, tahniah. Saya mohon menyoal tambahan iaitu sejauh mana keseriusan, betul ya perkataan itu?

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Betul, betul. Tepat!

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Pihak kementerian dan pihak industri merangkap swasta menjalankan kursus-kursus kemahiran kepada pekerja-pekerja kita yang kurang mahir, sejauh mana? Itu satu.

Keduanya, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini perbezaan kalau ada angka.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Soalan?

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini soalanlah.

Perbezaan antara pekerja yang mahir dengan pekerja yang tidak ada kemahiran dalam bidang kerja yang sama, bagaimana perbezaannya? Ketiganya, gaji minimum ini, bila sebenarnya tarikh yang hendak dilaksanakan kerana semua sudah naik, barang sudah naik, itu sudah naik, negara hendak mencapai negara maju yang tidak naik ini, yang turun ini parti pembangkang sahaja, yang lain semua naiklah. [Ketawa]

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Jangan cabar!

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Ketawa] Ha, itu hendak menurunlah itu. Jadi bila agaknya Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat, di dalam isu memberi peluang kepada rakyat untuk mendapat latihan di dalam bidang-bidang

final • 10:30 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

kemahiran, perkara ini memang sudah diberi keutamaan oleh kerajaan dan pada masa sekarang, ada peluang-peluang yang telah disediakan oleh institusi-institusi di bawah kerajaan iaitu Kementerian saya iaitu melalui Institusi Latihan Perindustrian, Kementerian Belia dan Sukan melalui IKBN, melalui MARA dan sebagainya di mana lebih kurang 30,000 peluang disediakan pada tiap-tiap tahun untuk mendapat latihan di dalam bidang-bidang kemahiran.

Selain daripada itu, kementerian melalui Tabung Pembangunan Kemahiran memberi pinjaman kepada mereka yang mahu mengikuti kursus- kursus kemahiran di pihak-pihak swasta iaitu institusi-institusi swasta diberi pinjaman dan melalui ini, lebih ramai yang minat untuk melanjutkan pendidikan mereka di dalam bidang kemahiran diberi peluang.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Pada satu tahun lebih kurang 100,000 orang diberi peluang di peringkat swasta dan di peringkat kerajaan untuk mendapat latihan di dalam bidang kemahiran. Harapan kerajaan ialah selepas mereka mendapat kemahiran ini, memang nilai mereka berbeza daripada yang mereka tidak mahir. Dan nilai ini patut diukur dengan gaji yang mereka boleh dapat. Khasnya kalau seorang yang tidak mempunyai kemahiran kalau gaji mereka ialah RM700 atau RM800 harapan kita gaji yang sudah mendapat pendidikan kemahiran ini mestilah lebih daripada RM1,000.

Akan tetapi dalam hal ini, memang ada cabaran yang pelbagai. Kerana di dalam pihak industri ada mereka yang tidak memberi gaji yang munasabah untuk mereka yang telah mengikuti kursus. Ini kita sedang menangani ini dari segi nilai tambah yang diberi oleh latihan kemahiran ini. Adakah nilai tambah ini mencukupi untuk menambahkan produktiviti industri itu sampai ia boleh menghasilkan dalam satu kenaikan gaji yang lebih baik. Itulah harapan kerajaan dan kita sedang memberi tumpuan kepada hal ini bahawa tiap-tiap orang yang telah mengikuti kursus kemahiran mesti mendapat nilai tambahan yang akan memberi hasil dalam penambahan gaji.

Untuk menjawab soalan ketiga tentang bila kita boleh melaksanakan gaji minimum. Kerajaan seperti yang saya beritahu tadi, kerajaan memang terbuka dalam sikap bahawa kalau diperlukan gaji minimum mesti laksanakan. Akan tetapi beberapa isu yang kita sedang beri pandangan kepada itu, salah satu daripadanya ialah apa yang gaji minima? Apakah jumlah yang mesti ditetapkan. Kalau jumlah itu sangat rendah itu tidak memberi makna yang baik. Kalau ia terlampau tinggi apakah kesannya kepada industri yang sedia ada.

Kerana ada industri yang memberi satu gaji yang tetap yang telah memberi peluang pekerjaan, mewujudkan peluang pekerjaan untuk satu bilangan terbanyak daripada rakyat negara kita. Kalau gaji minima itu sangat tinggi ada kemungkinan bahawa ini akan mengancamkan peluang-peluang kerja yang sudah ada. Itu satu soalan yang kita mesti mendapat jawapan. Jawapan kepada isu ketiga ialah kalau gaji minima diberi kepada pekerja-pekerja tempatan, apakah kesannya kepada pekerja asing? Kita tidak mahu wujudkan satu keadaan di mana pada masa yang kita kena menambahkan gaji, gaji pekerja asing pun ditambah dan ini akan menambahkan jumlah duit yang akan mengalir keluar daripada negara kita.

Oleh itu ada beberapa isu yang menjadi tumpuan di dalam hal ini dan mesti dikaji. Itulah sebab kajian yang mendalam mesti dibuat sebelum satu keputusan dibuat dan pelaksanaan tentang gaji minimum ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur ke-2 yang menghubungkan Kuantan dan Besut di Terengganu.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri. [Ketawa] [Tepuk]

final • 10:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama-sama soalan dari Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus yang dijadualkan pada 1 April 2010 dan Ahli Yang Berhormat Kuala Terengganu pada 15 April 2010 kerana menyentuh perkara dan isu yang sama iaitu berkaitan pembinaan Lebuh Raya Timur Fasa 2 dari Jabur ke Kampung Gemuruh, Terengganu sepanjang 185km.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini projek membina Lebuh Raya Pantai Timur dari Jabur, Pahang ke Kampung Gemuruh, Terengganu merupakan kesinambungan Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 dari Karak ke Kuantan, Pahang sepanjang 169km yang telah siap dan dibuka kepada pengguna pada bulan Ogos 2004.

Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur yang melibatkan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan merupakan antara rekomendasi ataupun syor dalam Pelan Induk Rangkaian Jalan Raya Kebangsaan 1993. Ia bertujuan memantapkan sistem rangkaian jalan raya utama di negara ini dan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi di ketiga-tiga negeri tersebut. Ini sekali gus dapat mengimbangi pertumbuhan ekonomi antara negeri-negeri di Pantai Timur dan Pantai Barat.

Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 negeri Terengganu ataupun dikenali dengan LPT Fasa 2 telah dimulakan pembinaannya pada bulan Mac 2006 membabitkan kos sebanyak RM3.7 bilion. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, kos LPT Fasa 2 ini ditanggung menerusi perkongsian nisbah 50:50 peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun Kerajaan Persekutuan dan dana khas negeri Terengganu. Dasar ini telah diputuskan oleh agensi pusat melibatkan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri setelah mengambil kira pandangan dan persetujuan dari Kerajaan Negeri Terengganu menerusi platform Jawatankuasa Dana Khas Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana sedia maklum projek pembinaan LPT Fasa 2 negeri Terengganu ini telah mengalami kelewatan berbanding dengan jadual asal. Hal ini disebabkan oleh ketidakmampuan kontraktor yang dilantik meneruskan pelaksanaan projek berikutan kenaikan mendadak harga bahan binaan di pasaran dunia antara akhir 2006 hingga awal tahun 2008. Faktor kestabilan harga tersebut telah mengakibatkan harga kontrak asal yang ditawarkan kepada kontraktor tidak lagi kompetitif dan menguntungkan mereka.

final • 10:40 AM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Justeru itu terdapat di kalangan kontraktor yang terlibat telah menarik diri dari meneruskan projek walaupun setelah kerajaan menawarkan pelarasan harga kontrak baru menerusi Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2008. Untuk mengatasi masalah ini Kementerian Kerja Raya telah mengadakan rundingan dengan kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pelaksanaan projek LPT Fasa 2 dan bersetuju seperti perkara-perkara berikut:-

(i) cadangan menamatkan kontrak secara persetujuan bersama ataupun mutual termination bagi kontraktor yang menghadapi masalah cash flow dan enggan meneruskan projek;

(ii) tuntutan kerajaan terhadap baki wang pendahuluan akan dijelaskan secara ansuran oleh kontraktor yang ditamatkan kontrak itu; dan

(iii) tender terhad akan dipanggil di kalangan kontraktor- kontraktor yang dikenal pasti berwibawa bagi melaksanakan baki kerja yang ditamatkan.

Cadangan di atas telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan dipersetujui secara prinsipnya oleh Kementerian Kewangan pada bulan Februari 2010 yang lalu. Sehubungan itu pada masa kini JKR telah dan sedang dalam proses mengeluarkan notis penamatan secara persetujuan bersama bagi kontrak- kontrak yang terlibat dan akan memanggil semula tender baru iaitu dijangka pada bulan April dan Mei 2010. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa kini JKR dan Lembaga Lebuh Raya masih sedang meneliti dan membuat penilaian mengenai jumlah kos tambahan yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kerja Raya menganggarkan terdapat penjimatan daripada peruntukan asal berikutan terdapat pengurangan kos pengambilalihan tanah tanpa melibatkan fungsi Lebuh Raya tersebut. Jika tidak ada aral dan mengikut sebagaimana yang dirancangkan, keseluruhan Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 negeri Terengganu ini dijangka akan disiapkan pada bulan Disember 2011 dan dibuka pada pengguna pada awal tahun 2012.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar tentang Projek Lebuh Raya Pantai Timur yang ke-2. Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana membina lebuh raya ini. Kami di Terengganu menunggu dan mengharapkan bahawa lebuh raya ini akan disiapkan secepat mungkin atau sekurang-kurangnya sebagaimana janji Yang Berhormat Menteri.

Namun demikian, kita harus sedar ataupun adakah dalam pemikiran pihak kerajaan ataupun pihak pengurusan lebuh raya memikirkan bagaimanakah projek lebuh raya ini dapat memberi manfaat kepada penduduk-penduduk tempatan yang sebahagian daripada tanah mereka diambil. Saya difahamkan ada sebahagian daripada mereka belum lagi dibayar pampasan supaya mereka ini merasakan bahawa lebuh raya tersebut merupakan kepunyaan bersama. Dengan harapan tidak berlaku perbuatan-perbuatan yang mengganggu penggunaan lebuh raya tersebut.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Maksud saya, ada atau tidak dalam pemikiran kerajaan untuk melaksanakan program yang memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

Umpamanya daripada segi khidmat sosial kepada mereka atau pun mengambil mereka sebagai pekerja-pekerja atau pun kontrak untuk membersihkan kawasan di lebuh raya tersebut supaya mereka ini tidaklah dilihat sebagai penonton semata-mata yang tidak memberi manfaat kepada mereka. Sebab mereka kadang-kadang tidak dapat menggunakan lebuh raya tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, salah satu tujuan utama lebuh raya ini dibina adalah selain daripada sebagai untuk memantapkan sistem rangkaian jalan raya utama yang ada di dalam negara ini, tujuannya juga adalah untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi antara negeri-negeri di Pantai Timur dengan negeri-negeri di Pantai Barat.

Jadi, berhubung dengan sebagaimana Yang Berhormat syorkan memang lazimnya syarikat-syarikat konsesi yang mengendalikan jalan raya atau pun lebuh raya-lebuh raya ini, mereka digalakkan memberi perhatian kepada orang-orang tempatan supaya mengambil bahagian dalam kerja-kerja pembinaan termasuk juga kerja-kerja routine maintenance yang di dalam kemampuan mereka. Ini yang dilakukan oleh kementerian ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan jawapan. Dalam pembinaan lebuh raya ini, ada 16 pakej semua sekali. Daripada 16 itu, 3 telah pun menamatkan kerja kerana mungkin alasan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. 3 lagi telah diberikan surat kelewatan dan 6 berjalan seperti biasa.

Saya hendak bertanya pertama sekali, apakah tindakan yang diambil terhadap kontraktor-kontraktor yang lewat siap mengikut jadual dan juga yang telah pun ditamatkan atau pun menamatkan kontrak pembinaan lebuh raya tersebut? Keduanya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, disebutkan tadi juga kos pembinaan lebuh raya ini ialah RM3.7 bilion dan 50% daripada kos ini menggunakan duit dana khas royalti Terengganu.

Saya hendak bertanya, berapakah kadar tol yang akan dikenakan?

Adakah pihak kerajaan negeri oleh kerana separuh daripada duit itu adalah duit kerajaan negeri, duit negeri, ada bahagian dalam pembahagian hasil tol apabila siap lebuh raya ini digunakan? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ingin saya jelaskan di sini bahawa berhubung dengan penamatan kontrak ini sebagaimana yang saya nyatakan dalam jawapan saya yang terlebih dahulu tadi, punca kegagalan kontraktor ini menjayakan projek ini adalah kerana peningkatan bahan-bahan binaan yang begitu mendadak pada tahun 2006.

Oleh kerana itu kementerian sedar bahawa kita juga tidak ingin menghukum kontraktor tanpa sebarang sebab. Sebab itu kita mengamalkan sikap kita membenarkan mereka untuk tampil ke hadapan untuk dilakukan mutual termination iaitu mereka bersetuju supaya kontrak mereka ditamatkan iaitu kita tidak merampas keseluruhan bon mereka, sebaliknya mengambil sebahagian daripada bon nya dan kemudian kita ingin mereka memulangkan apa-apa pun

final • 10:50 AM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

advance payment, dengan izin, yang telah mereka terima sekiranya ada lebihan kepada kerajaan, yang lebih itu kerana kita tahu pada ketika itu harga bahan binaan terutamanya harga bahan petroleum naik dengan begitu mendadak.

Kontraktor-kontraktor ini tidak disenaraihitamkan kerana itu adalah realiti semasa itu kerana selain daripada barang-barang yang naik harga disebabkan yang walaupun ada variation of price tetapi barang-barang ini harganya adalah di kilang-kilang tetapi ada kos-kos yang di luar jangka seperti kos pengangkutan dan sebagainya yang perlu kita ambil kira dan kita memahami masalah kontraktor pada ketika itu.

Berhubung dengan masalah sama ada berapakah kadar tol yang akan dikenakan di sini, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, bahawa pada ketika ini kementerian baru dalam peringkat mencadangkan kepada EPU. Kementerian akan menerima juga berbincang dengan kerajaan negeri daripada segi berapakah kutipan tol yang akan dikenakan kerana selain daripada membina lebuh raya atau pun jalan raya di negara ini, kita perlu ingat kos pembinaan jalan raya atau pun lebuh raya itu adalah satu tetapi lebih daripada itu setiap tahun terdapat kos-kos seperti penyelenggaraan.

Dimaklumkan pada tahun ini sebenarnya Kementerian Kerja Raya kalau hendak diikutkan naik taraf semua jalan dan mengadakan routine maintenance, sebenarnya kos yang diperlukan bagi kementerian adalah sebanyak RM1.03 bilion untuk membaik pulih jalan, menaik taraf jalan. Itu tidak termasuk kos untuk menjaga jambatan dan sebagainya. Sebab itu kementerian ini akan berbincang dengan EPU dan juga kerajaan negeri berhubung dengan harga tol apabila tiba masanya. Kementerian ini juga akan memastikan apabila sebahagian daripada jalan ini siap, kita akan membenarkan, untuk mencadangkan dibenarkan digunakan kepada pengguna-pengguna lebuh raya itu sebelum dikenakan tol.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

6. Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Perdana Menteri menyatakan tentang individu atau kumpulan RA yang pergi menunaikan haji secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah dari kalangan penyokong parti politik.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Wa’alaikummussalam warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ada penaja pergi Mekah.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan pertanyaan lisan daripada Yang Berhormat Kota Bharu yang dijadualkan pada 30 Mac kerana ia adalah berkaitan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Terima kasih. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, RA adalah Rombongan Am yang ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji. Senarai Rombongan Am terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah

(ALP) dan Ahli Majlis Penasihat Haji (AMPH).

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Pada tahun 2009, seramai 7 orang Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji telah menunaikan ibadat haji dan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada mereka adalah penerbangan haji pergi dan balik, kemudahan pengangkutan di Tanah Suci, penginapan di Mekah dan Madinah, perkhidmatan perubatan, sajian makanan harian dan juga elaun penghargaan. Bagi individu pula atau pun mana- mana penyokong parti politik, Lembaga Tabung Haji tidak menaja mana-mana individu untuk tujuan menunaikan fardu haji. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Saya dimaklumkan tahun-tahun sebelum ini, bilangan yang mengikuti Rombongan Am ini adalah antara 50 sehingga 60 orang. Kalau tadi Timbalan Menteri ada mengatakan dalam 7 orang ahli lembaga pengarah.

Jadi kalau boleh disebutkan lagi siapakah yang selain daripada ahli-ahli lembaga pengarah? Kemudian pada tahun ini dikatakan hampir 100 orang dalam Rombongan Am ini.

Saya ingin bertanya adakah pendeposit-pendeposit tabung haji dimaklumkan tentang perbelanjaan Rombongan Am ini yang mendapat layanan VVIP. Saya masih ingat lagi semasa saya mengikuti rombongan haji atau pun saya menunaikan haji, pakej pertama yang diperkenalkan Tabung Haji pada masa itu Pengerusi Tabung Haji menginap di penthouse dengan anak beranaknya. Ini yang dikatakan oleh kakitangan Tabung Haji sendiri dan ditanggung sepenuhnya oleh Tabung Haji.

Jadi, kita ingin tahu adakah pendeposit-pendeposit tabung haji dimaklumkan tentang perbelanjaan RA ini dan adakah mereka ini reda duit mereka diambil untuk memberi layanan VVIP kepada RA ini? Saya perlukan penjelasan.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat secara tepat, kalau kita melihat pada tahun 2009 atau 1430 Hijrah, jumlah Rombongan Am yang mengikuti, yang ditaja oleh Tabung Haji seluruhnya hanyalah 11 orang yang mana mereka ini dibenarkan untuk membawa pasangan masing-masing. Jadi jumlahnya adalah seramai 22 orang sahaja.

Senarai mereka terdiri daripada Yang Berhormat Menteri dan isteri, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa selaku Pengerusi Tabung Haji dan isteri, Dato’ Ismi Ismail dan isteri, Dato’ Zainol selaku Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Dr.

Abdul Shukor Hj. Hussin Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Paduka Badruddin, Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Abd. Halim Said Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Latifah Abdul Mansur Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Rasul, Dato’ Ibrahim dan Dato’ Abd.

Rahman selaku Ahli Majlis Penasihat.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Jumlah mereka cumalah 22 orang sahaja. Mereka ini pergi bersama dengan pasangan masing-masing. Yang Berhormat, untuk makluman kita tidak perlu memaklumkan kepada pendeposit tentang urusan ini kerana ia termasuk di antara kos operasi yang ditanggung. Mereka yang terdiri daripada ahli lembaga ini perlu maklum dan perlu mendapat gambaran sebenar dalam setiap isu yang berlaku di tanah suci. Jadi kehadiran mereka ini adalah kehadiran untuk bertugas dan memantau operasi yang berlakunya di tanah suci. Telahan Yang Berhormat mengatakan 100 orang ditaja sepenuhnya itu nampaknya memang fitnahlah Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Bukan telahan.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Tidak benar.

final • 11:00 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Itu adalah maklumat daripada mereka yang...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Mengikuti RA itu sendiri.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Bohong lagi.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Maklumat itu...

final • 11:00 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Bukan telahan.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Besar kemungkinan... [Dewan riuh] Besar kemungkinan Yang Berhormat, kadang-kadang ada di antara jemaah haji yang pergi ini adalah daripada pakej-pakej tersendiri yang dibayar dengan harga yang agak mahal daripada pakej yang mereka sendiri bayar tetapi ia bukan tajaan daripada Tabung Haji. Terima kasih. [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jempol.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Penyimpan-penyimpan kepada Tabung Haji ini tidak kisah. Siapa hendak pergi, pergilah sebab mereka hendak pahala dan juga masuk syurga. Akan tetapi mereka bertanya Tuan Yang di-Pertua, kenapakah dividen dan bonus Tabung Haji sekarang ini rendah sangat?

Jikalau dahulu pernah mencapai sampai 9% telah ditolak zakat. Akan tetapi sekarang ini adakah mana-mana kelemahan tertentu yang menyebabkan dividen dan bonus ini tidak dapat dibayar sewajarnya kepada penyimpan- penyimpan Tabung Haji? Jikalau dividen dan bonus ini meningkat tinggi, hendak tambah bilangan pergi pun tidak ada masalah.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat lihat kepada pelaburan semua daripada syarikat-syarikat yang lain pun mengalami lebih kurang kita katakan keuntungan yang sama juga. Apa lagi kalau kita lihat penyimpan atau pendeposit di Tabung Haji, kalau Yang Berhormat simpan dalam bank untuk akaun semasa pun Yang Berhormat tidak dapat keuntungan seperti mana yang diberi oleh Tabung Haji. Ini kerana pendeposit ini dia boleh keluar seperti mana daripada bank tiap-tiap hari dia boleh keluar dan dalam masa yang sama kita memberi pulangan atau dividen yang cukup meyakinkan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

7. Dato’ Sri Azalina binti Othman Said [Pengerang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan mengenai FELCRA berkenaan pengagihan pendapatan yang tidak setimpal dengan keluasan kebun peserta.

Sebagai contoh, kebun peserta FELCRA di Sungai Raya telah diusahakan selama hampir 20 tahun namun sehingga kini masih lagi belum menerima agihan bulanan atas alasan mereka masih menanggung hutang dan belum boleh menerima dividen bulanan.

final • 11:00 AM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Tuan Yang di-Pertua, Projek Tegar Sungai Raya itu mula dibangunkan pada bulan Julai 1986 dengan bilangan peserta seramai 25 orang. Ia mempunyai keluasan 58.952 hektar di mana luas pegangan setiap peserta adalah antara tiga ekar hingga enam ekar. Kos pembangunan termasuk faedah termasuk bagi Projek FELCRA Sungai Raya adalah sebanyak RM581,746.31. Peruntukan ini diperoleh melalui sumber pinjaman kerajaan dengan perjanjian bayaran semula dalam tempoh 15 tahun sebanyak RM38,783.09 setahun bermula tahun 1992 iaitu apabila ladang mula mengeluarkan hasil sehingga Disember 2009, sejumlah RM525,76.71 telah dibayar semula dalam pinjaman masih berbaki sebanyak RM64,405.50. Dari segi prestasi pendapatan projek pula, keuntungan projek bagi tiga tahun berakhir kini adalah seperti berikut. Tahun 2007 sebanyak RM260,848.45, tahun 2008 sebanyak RM192,142.89. Tahun 2009, sebanyak RM99,740.92 dan daripada jumlah ini agihan dividen yang diterima oleh setiap peserta adalah seperti berikut:

(i) tahun 2007 sebanyak RM9,198 bagi dua kali agihan;

(ii) tahun 2008 sebanyak RM8,188 bagi empat kali agihan; dan

(iii) tahun 2009 sebanyak RM5,249 bagi empat kali agihan.

Agihan dividen tahun 2009 menurun sedikit disebabkan kejatuhan harga sawit pada tahun berkenaan berbanding tahun sebelumnya.

Untuk makluman pihak FELCRA Berhad tidak mengamalkan agihan dividen secara bulanan. Ini disebabkan dividen yang diperoleh daripada saiz pegangan yang kecil adalah tidak signifikan untuk diagihkan secara bulanan.

Sebagai contoh pada tahun 2009, purata dividen diperoleh oleh setiap peserta adalah RM5,249.52. Maka, sekiranya jumlah ini diagihkan setiap bulan purata dividen bulanan bagi mereka yang mempunyai keluasan tanah enam ekar adalah sebanyak RM437.46 sebulan.

Walau bagaimana pun, bagi peserta yang mempunyai saiz pegangan tanah yang kecil iaitu tiga ekar, purata dividen bulanan hanyalah berjumlah RM218.73 sebulan. Oleh sebab itu, pengurusan FELCRA Berhad berpegangan pertama, pemberian dividen empat kali setahun adalah munasabah kepada peserta FELCRA di Sungai Raya yang mempunyai saiz pegangan yang berbeza.

Kedua, ia merupakan polisi agihan dividen yang diamalkan di FELCRA secara menyuluh bagi kawasan yang dikategorikan sebagai projek pembangunan tanah terbiar. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat daripada website FELCRA, dia ada menekankan tentang visi dan juga objektif. Kita tidak boleh menafikan apa yang ternyata ialah berkenaan dengan mengimbang corporate social responsibility dengan keuntungan. Ini dinyatakan di dalam laman web FELCRA.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said - Pengerang

Kalau kita lihat daripada jawapan Yang berhormat memang saya memahami tentang isu dividen yang dibayar dan agihan kepada peserta. Akan tetapi soalannya sentiasa ditimbulkan di sini adalah kerana FELCRA Sungai Raya ini bersebelahan dengan FELDA Semenchu dan peserta-peserta sentiasa membandingkan agihan yang mereka dapat berbanding dengan FELDA.

Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kemungkinannya projek-projek FELCRA ini disalurkan dan dimasukkan untuk dijadikan sebagai projek FELDA dan mengambil kira tentang objektif tanamannya sama dan objektif misi dan visinya secara menyeluruh adalah untuk membasmi kemiskinan dan meninggikan taraf hidup rakyat luar bandar. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pengerang. Pertama mengenai dengan langkah yang disebutkan oleh Yang Berhormat berhubung kait dengan perbezaan perbandingan yang dilakukan oleh pihak peserta daripada FELCRA dan FELDA.

Sebenarnya yang pertama saya hendak sebutkan perbezaannya. Ini kerana dari segi keluasan tanah. Jikalau FELCRA keluasan tanahnya lebih besar daripada apa yang kita lakukan dengan FELCRA. Jadi dia tidak boleh buat perbandingan di antara kenapa hasil yang diperoleh oleh FELCRA. Hasil yang diperoleh oleh peneroka FELCRA keluasan tanah mereka membatasi 15 ekar dan ada yang lebih daripada itu. FELCRA ini cuma dua hektar, ada yang enam ekar, dan juga tiga ekar. Kita tidak boleh samakan dengan orang yang luas tanah dia, pendapatan dia besar berbanding dengan keluasan tanah kita yang kecil. Kita hendak samakan. Jadi tidak bolehlah daripada sudut itu.

Keduanya, dia konsep tanah yang terbiar kerana tidak ada penduduk di situ. Tanah ini merupakan milik orang di situ yang telah terbiar dan dia dengan redha kita hendak majukan dia. Kita melabur duit hampir setengah bilion untuk memajukan tanah ini dengan tujuan supaya dividen akan dapat diperoleh. Kalau kita hendak tambah mereka boleh terlibat secara langsung.

Contohnya, kalau mereka hendak terlibat dalam mengerjakan tanah itu sendiri adalah digalakkan oleh FELCRA dan mereka boleh dapat tambahan daripada dividen ini iaitu sebahagiannya mendapat hingga RM600 atau pun RM1000 sebulan. Usaha untuk hendak supaya diselaraskan bagi soalan yang kedua di antara FELCRA dan FELDA itu saya fikir kita tidak ada rancangan kerjasama seumpama itu. Cuma apa yang kita hendak lakukan dengan FELCRA, RISDA, dan FELDA ini kita telah menubuhkan satu konsortium di mana konsortium ini telah dimeterai oleh ketiga-tiga agensi ini. Insya-Allah menerusi ini kita akan dapat mempertingkatkan lagi kegiatan-kegiatan dan juga akhirnya keuntungan yang akan diperoleh ke arah ini untuk membantu pihak-pihak peneroka FELCRA dalam masa yang terdekat ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Negara hari ini mempunyai beberapa koridor ekonomi yang dilancarkan di seluruh Malaysia dan daripada maklumat yang diberikan saya dapati beberapa koridor yang diusahakan itu menjadikan sektor pertanian dan perladangan sebagai teras sumber pendapatan selain daripada industri perkhidmatan logistik dan juga pelancongan.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok

Soalan saya adalah, apakah tindakan yang telah diambil dan disertai oleh FELCRA dalam merebut insentif-insentif yang ditawarkan oleh wilayah-wilayah

final • 11:10 AM

Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Bachok

ekonomi tersebut seterusnya mampu menggandakan pendapatan serta dividen pekebun dan peladang mereka? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bachok. Sebenarnya saya melihat bilamana saya mengambil pimpinan ini, kementerian bagaimana kita perlu memperkemaskan lagi pentadbiran agensi- agensi pembangunan wilayah bersekali dengan agensi-agensi FELCRA dan RISDA.

Kita sedar bahawa bukan hanya koridor yang ada bahkan juga ada pembangunan wilayah yang ada. Kalau di Kelantan – KESEDAR, kalau di Johor – KEJORA dan juga di Kedah – KEDA. Ini perlu ada penyelarasan supaya tiada satu pertindihan. Yang keduanya akan ada perbelanjaan yang kemungkinan pembaziran akan berlaku.

Akan tetapi, dari segi pembangunan koridor yang dilihat, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok ini, saya melihat kalau sudah ada contohnya pembangunan prasarana yang ada yang boleh membantu dari segi untuk jalan contohnya yang boleh mempermudahkan supaya hasil dapat dikeluarkan di kawasan-kawasan di mana FELCRA yang sudah kita majukan ini.

Maka di situ kita selaku kementerian yang juga perlu membantu, maka ini kita akan kurangkan perbelanjaan kerjasama yang ada yang kita lihat boleh dapat membangunkan, memanfaatkan supaya jangan ada pertindihan, supaya ada penyelarasan. Yang saya tekankan pada saat ini ialah penyelarasan.

Saya juga membangkitkan perkara ini dalam satu mesyuarat NCER di mana saya selaku anggota mewakili kementerian dan perlunya supaya jangan ada pembaziran. Kalau tiada dilakukan oleh pihak koridor dalam usaha kita dan pihak FELCRA jangan hendak belanja duit dalam membangunkan prasarana-prasarana kecuali dalam sudut yang lain. Contohnya seperti yang saya sebutkan awal tadi iaitu konsortium di mana ada kita hendak wujudkan usaha sama di antara tiga agensi, FELCRA, RISDA dan FELDA untuk membangunkan supaya pengeluaran baja ini salah satu komponen yang amat penting kepada peneroka-peneroka hampir lebih daripada 30% kos terpaksa ditanggung dan tanggungan ini merupakan perbelanjaan baja. Ini yang kita hendak kurangkan. Daripada sudut ini, koridor tidak terlibat secara langsung. Kalau ini perlu dilihat dan saya ingat ini salah satu daripada perkara yang perlu dimajukan oleh pihak koridor. Terima kasih.

final • 11:10 AM

8. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) apakah laporan hasil siasatan tragedi bangunan ‘Jaya Supermarket’ runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya yang meragut 7 nyawa; dan

(b) siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini dan apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan ianya tidak berulang.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

“Angka lapan angka keramat Buat idaman semua orang Bukan lompat sebarang lompat Lompat ke arah kebaikan.” [Tepuk] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Dia pun jaguh lompat juga dahulu.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Daripada hasil siasatan...

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sekarang pergi UMNO.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Bangunan Jaya Supermarket runtuh di Seksyen 14...

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

PBS pergi UMNO, lompat juga itu.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Petaling Jaya telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket yang mengandungi maklumat keterangan daripada laporan yang disediakan oleh agensi yang lain iaitu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOC) di mana ia telah diklasifikasikan sebagai rahsia akta, rahsia di bawah Akta Rahsia 1972, Akta 88.

Pihak DOC pada masa ini tidak berhasrat untuk mendedahkan laporan akhir Jawatankuasa Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket ini kepada umum kerana DOC akan menggunakan dokumen rahsia ini untuk tindakan pendakwaan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut untuk mengelakkan daripada sub judice daripada berlaku.

Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam proses tindakan pendakwaan ke atas pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

tersebut. Tindakan pendakwaan oleh DOC pada masa ini adalah di peringkat akhir di Jabatan Peguam Negara. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mana kementerian menggunakan masa 10 bulan untuk mengeluarkan hasil siasatan laporan ini. Akan tetapi, saya rasa amat dukacita kerana laporan ini tidak dapat diumumkan kepada kalangan orang ramai.

Selama 10 bulan ini, penduduk di sekitar memang mengalami masalah yang tertekan kerana jalan-jalan itu ditutup dan juga bangunan itu belum tahu ia boleh dijalankan atau tidak kerjanya. Kedai-kedai di sekitarnya juga mengalami kerugian yang besar kerana kesesakan lalu lintas di sekitar itu. Para penghuni juga mengalami masalah kerana terpaksa menggunakan jalan alternatif ke rumah mereka kerana jalan ditutup. Saya rasa sampai masa untuk kementerian supaya mengumumkan hasil siasatan ini kepada orang ramai kerana orang ramai tertunggu-tunggu hasil laporan siasatan ini.

Untuk soalan tambahan saya, adakah kementerian mempunyai garis panduan keselamatan untuk merobohkan bangunan lama? Kaedah seperti menggunakan bahan letupan yang mana keadaan ini lebih banyak, saya rasa lebih selamat digunakan seperti mana di negara yang lain. Untuk keadaan yang sedia ada di mana pemantauannya tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Kalau di Malaysia ini belum ada cara, kaedah bahan letupan ini, adakah kementerian bercadang untuk meluluskan kaedah ini? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi soalan pertama tentang pendedahan mengenai laporan tersebut, sebagaimana dalam jawapan saya ialah masih lagi di peringkat Peguam Negara bagi pendakwaan. Namun demikian, saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya Selatan telah pun mengambil tindakan kepada pihak kontraktor dengan mengadakan kompaun sebanyak RM250,000. Begitu juga kepada jururunding juga telah dikompaunkan sebanyak RM250,000.

Kompaun-kompaun ini telah pun dijelaskan oleh pihak yang berkenaan pada bulan November tahun 2009.

Mengenai soalan yang kedua tentang dasar, oleh kerana saya tiada apa- apa maklumat tentang soal ini. Oleh kerana sebagaimana makluman Yang Berhormat bahawa apa juga bangunan yang dibina di sesuatu kawasan PBT adalah merupakan tanggungjawab ataupun kuasa PBT untuk meluluskan garis panduannya.

Jadi, pada masa kini kementerian saya kemungkinan juga akan merancang untuk supaya garis panduan ini diguna pakai oleh semua negeri-negeri ataupun semua PBT di dalam negara. Terima kasih.

final • 11:10 AM

9. Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kementerian bercadang meletakkan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap hospital di seluruh negara bagi membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah kewangan dan jika ya, sejauh mana ia mahu dilaksanakan.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita,

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil

Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun menempatkan 32 orang Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di 25 hospital kerajaan di seluruh negara.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditempatkan di hospital- hospital di seluruh negara ini bertanggungjawab memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit. Mereka bertanggungjawab kepada ketua-ketua jabatan atau penyelia-penyelia di hospital-hospital yang ditugaskan:

(i) untuk membantu Pegawai Perubatan dalam menyediakan maklumat tentang latar belakang pesakit dan keluarga dalam proses rawatan dan khidmat sosial;

(ii) mengendalikan siasatan status ekonomi pesakit bagi membolehkan mereka menerima bantuan kewangan dan khidmat rawatan di hospital-hospital tersebut;

(iii) membantu memberi khidmat sosial kepada pesakit dan keluarga meliputi khidmat sokongan terapi, masalah emosi, khidmat praktik dan khidmat bantuan am termasuk peralatan bagi proses pemulihan pesakit;

(iv) membantu mengesan waris pesakit bagi kes-kes seperti pesakit psikiatri, kutu rayau dan lain-lain;

(v) mengiringi dan menghantar pesakit ke institusi berkaitan atau balik ke rumah bagi kes-kes yang memerlukan seliaan dan pemulihan sosial; dan

(vi) membantu menyediakan laporan kes-kes untuk proses khidmat sosial kepada agensi-agensi luar daripada kementerian.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Adakah kerajaan merasakan bahawa kakitangan yang ditempatkan di hospital-hospital itu sudah mencukupi bagi tujuan melaksanakan hal-hal tersebut bagi memastikan hal ini tidak berterusan? Terima kasih.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bahawa yang lebih mustahak bukan angka pegawai yang ada di hospital-hospital tetapi yang lebih mustahak ialah pendedahan kepada pesakit-pesakit – terutama kelas- kelas ketiga dan lain-lain, daripada keluarga-keluarga miskin yang memerlukan bantuan daripada kerajaan. Saya akan tentukan bahawa pegawai-pegawai yang telah ditetapkan di hospital-hospital ini memainkan peranan yang lebih proaktif.

Saya minta juga supaya semua pegawai perubatan dan kakitangan di hospital- hospital yang ada untuk membantu pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan menjalankan tugas dan tanggungjawab. Memang kalau hendak ikut angka, saya rasa tidak mencukupi tetapi kita mestilah menentukan yang ada pada hari ini khidmat mereka dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

final • 11:20 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, kita tahu di setiap hospital ada Tabung Bantuan Kebajikan. Apa yang menjadi masalah ialah saya hendak tahu kementerian manakah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk

final • 11:20 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

menyalurkan bantuan melalui tabung ini? Ini kerana, saya pernah beberapa kali menghadapi masalah apabila pesakit – patah misalnya. Mereka hendak mendapatkan protesis ataupun besi untuk masuk dalam tulang yang patah tersebut terpaksa ditolak ke sana ke sini di satu Kementerian Kesihatan ke Jabatan Kebajikan, Jabatan Kebajikan ke Kementerian Kesihatan – dilambung macam bola misalnya.

Setelah beberapa kali kena lambungan tersebut barulah dapat dijalankan pembedahan. Padahal beliau merupakan seorang pensioner kepada polis, pasukan keselamatan kita. Jadi saya hendak tahu kementerian yang manakah sebenarnya yang bertanggungjawab di dalam hal tersebut? Ini kerana, kita tidak mahu apa yang diuar-uarkan, mungkin rakyat kata hanya retorik rakyat didahulukan. Sekian terima kasih.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan bahawa semua isu keselamatan seperti mana kita ketahui adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai-pegawainya – kita membantu seperti mana yang saya kata tadi tugas-tugas mereka untuk membantu terutama kepada mereka yang memerlukan surat sokongan daripada pegawai-pegawai kebajikan untuk mendapat pelepasan daripada pembayaran minimum, dan tabung yang diwujudkan adalah di bawah Kementerian Kesihatan. Akan tetapi Yang Berhormat, saya hendak maklumkan bahawa Alhamdulillah, di bawah Yayasan Kebajikan Negara kita ada beberapa facilities untuk dana di mana kalau pesakit-pesakit itu berada dalam keadaan kritikal dan tidak mempunyai tempat lain atau ruang lain untuk bantuan, bolehlah memohon di hospital-hospital untuk mereka mendapat sedikit sebanyak bantuan melalui dana bantuan kritikal di bawah Yayasan Kebajikan Negara. Kalau tidak, yang lain itu semuanya berada di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan.

final • 11:20 PM

10. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan rangkaian perkhidmatan kereta api sehingga ke Negeri Terengganu pada masa akan datang sebagai tambahan kepada kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang telah sedia ada bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan menambahbaikkan sistem pengangkutan di negeri ini.

final • 11:20 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab secara bersekali dengan soalan Yang Berhormat Tumpat pada 8 April 2010 kerana isu yang dibangkitkan adalah perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pengangkutan awam termasuk rel merupakan agenda penting kerajaan dan ia juga dikenal pasti sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur sedang melaksanakan satu kajian kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan rel ke pantai timur. Kajian tersebut difahamkan akan dijangka siap pada hujung tahun ini iaitu pada 15 Disember 2010.

Secara umum, ECER telah mengenal pasti laluan landasan kereta api iaitu dari Lembah Klang ke Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kuala Terengganu, Besut – iaitu hampir semua bandar-bandar besar Negeri Terengganu, dan seterusnya ke Pasir Puteh, Kota Bharu hingga ke Tumpat.

Memandangkan kajian baru sahaja berlangsung tiga bulan, pertimbangan

final • 11:20 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

seterusnya adalah tertakluk kepada rumusan dan syor kajian berkenaan kelak.

Terima kasih.

final • 11:20 PM

Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut - Kuala Terengganu

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sistem seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi berhubung dengan sistem pengangkutan ini penting untuk menjana ekonomi dan juga memperbaiki kemudahan pengangkutan dan sebagainya. Setahu yang saya ingatlah, di Terengganu ini sampai sekarang merupakan satu-satunya negeri yang masih belum ada laluan rel kereta api. Cuma pernah berlakunya awal tahun 60-an, waktu PAS memerintah Terengganu mula- mula sekali selepas Pilihan Raya 1959, ada dari Sura sampai ke Bukit Besi – itu pun hendak angkut bijih besi. Waktu kami perintah pula Terengganu pada tahun 2000, kita luluskan pula dengan Petronas membina satu laluan kereta api dari Kerteh sampai ke Kuantan untuk mengangkut barang-barang hasil bahan petroleum pukal yang dihasilkan di Kerteh untuk dihantar ke pelabuhan di Kuantan. Jadi disebutkan tadi kajian baru dibuat, agak-agak bila siap dan pada perkiraan kerajaan berapa tahun diambil dan untuk dibinakan seperti mana yang dicadangkan dalam kajian tersebut untuk ada laluan kereta api yang melalui seluruh rangkaian dari Pantai Timur sampai ke Pantai Barat? Terima kasih.

final • 11:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Berdasarkan laporan yang telah dikemukakan oleh East Coast Economic Region, laluan rel Pantai Timur – inception report yang telah dikemukakan, sebenarnya pihak ECER telah pun mengadakan mesyuarat dan telah memutuskan pada 11 Jun 2009 untuk melaksanakan dan meneruskan kajian ini. Pada 16 Disember 2009, ECER DC telah pun melantik HSS Integrated Sdn Bhd sebagai peneraju konsultan bagi mengadakan kajian ini dan kajian ini akan berakhir pada 15 Disember 2010. Sekiranya kajian ini memang mempunyai potensi yang besar terhadap laluan tersebut dan kita mempunyai kewangan yang mencukupi, saya percaya ia akan dilaksanakan. Terima kasih.

final • 11:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya tentang bilakah sebenarnya landasan berkembar ke selatan ini hendak dimulakan? Ini kerana, banyak kali sudah kata hendak mulakan tetapi sampai sekarang tidak mula lagi. Saya juga ingin tahu bagaimanakah caranya atau bagaimana penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran dengan landasan ini hendak dipindahkan? Adakah mereka ini akan diberi pampasan, bayaran dan sebagainya kerana ini akan menimbulkan kesulitan kepada kawasan-kawasan yang terlibat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.

Berkaitan dengan pelaksanaan Gemas-Johor Bahru, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini dan secara prinsip persetujuan awalan ia akan dilaksanakan oleh satu konsortium dari Negara China. Berkaitan dengan pampasan tersebut, seperti mana kes-kes pelaksanaan sebelum ini, mereka yang layak mungkin akan dipertimbangkan pampasan. Terima kasih.

final • 11:20 PM

11. Dato’ Mohd Jidin bin Shafee [Setiu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan dalam tempoh lima tahun lalu mengikut pecahan negeri dan berapa pula jumlah pertubuhan yang tidak didaftarkan dalam tempoh tersebut serta sejauh manakah tindakan yang diambil ke atas pertubuhan yang didapati melanggar peraturan pendaftaran pertubuhan.

final • 11:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jelaing anak Mersat

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Setiu yang mengemukakan pertanyaan.

final • 11:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jelaing anak Mersat

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, dalam tempoh lima tahun iaitu mulai 1 Januari 2006 sehingga 31 Disember 2009 adalah sebanyak 16,221. Pecahan jumlah tersebut mengikut negeri adalah seperti berikut:-

NegeriPertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Perlis128
Kedah887
Pulau Pinang997
Perak1855
Wilayah Persekutuan1378
Selangor3435
Negeri Sembilan1005
Melaka462
Pahang921
Kelantan605
Terengganu641
Johor1561
Sarawak1630
Sabah716

Dalam tempoh yang sama juga, jumlah pertubuhan yang tidak didaftarkan ataupun yang ditolak pendaftarannya adalah sebanyak 3,319 kerana pertubuhan- pertubuhan tersebut tidak memenuhi ketetapan di bawah Akta Pertubuhan tahun 1966. Tuan Yang di-Pertua, bagi pertubuhan yang didapati melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966, tindakan pendakwaan berdasarkan seksyen 61 akta yang samalah telah dikuatkuasakan. Manakala bagi pertubuhan yang didapati melanggar Perlembagaan berdaftarnya, tindakan pembatalan

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jelaing anak Mersat

mengikut seksyen 13 dan perintah pembubaran sementara mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 telah dilaksanakan.

Di samping itu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah mengambil tindakan memberi bimbingan serta khidmat nasihat berkaitan pengurusan pertubuhan secara berterusan dalam usaha memastikan supaya pertubuhan-pertubuhan tidak melanggar Akta Pertubuhan 1966. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itu sesi soal jawab untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Point of order Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, point of order yang ke berapa Yang Berhormat?

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ingin membangkitkan peraturan mesyuarat iaitu tertib mesyuarat mengikut Peraturan Mesyuarat 37(1)(a), bersekali dengan merujuk Peraturan Mesyuarat 36(12) iaitu, “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, kes yang mana satu Yang Berhormat?

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh, semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Belud on point of order. [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya habiskan dia dahulu Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Point of order atas point of order.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh seperti ini Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Nampak sangat tidak faham peraturan.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Cakap kepadanya atas apakah point of order Yang Berhormat Kota Belud berdiri? Patut ada Point of Order 36...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

36(12) tidak ada bersangkut paut di mana membenarkan beliau berdiri tanpa notis untuk ucap di dalam Dewan ini.

[Tepuk] Ini melanggar peraturan mesyuarat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dia dalam point of order, lazimnya - biarkan dia habis berucap. Saya hendak dengar lepas itu nilai.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Dia ada sebut 36(12). Ini tidak bersangkut paut. Ini mengenai...

final • 11:30 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ketua Pembangkang baru...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat. Duduk dahulu.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Ipoh Timur atas point of order apa?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

37(1).

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mahu sebut point of order. Apa point of order?

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat Kota Belud. Point of order yang mana satu Yang Berhormat?

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Ipoh Timur berdiri atas point of order yang mana?

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

36...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Let me decide Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bukan dia ada sebut...

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Ipoh Timur tidak mendengar apa yang saya katakan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

37(1)(a).

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

36(12) dan 35 mana ada boleh membenarkan seorang pun berdiri.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat 37.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

30?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

37(1).

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

37...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Bagi chance dia bercakap dahulu.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

3... tidak membenarkan seseorang berdiri atas point of oder. [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Seperti mana saya katakan tadi... [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya hendak dengar point of order Yang Berhormat Kota Belud dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh duduk.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya, itu betul.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Duduklah dahulu.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, dia berdiri atas point of order apa ini? Hei Ipoh Timur duduklah. Sudah tua pun tidak tahu peraturan kah? [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Ya habiskan Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa tadi Yang Berhormat Ipoh Timur tidak mendengar apa yang hendak saya katakan. Saya bangkit atas Peraturan Mesyuarat 37(1)(a) bersekali dengan merujuk Peraturan Mesyuarat 36(12) yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh semasa mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada 17 Mac 2010 telah membuat dakwaan bahawa pada tahun 2009, APCO.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua 37(1)...

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

APCO Worldwide telah menasihatkan...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua 37(1)...

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Perdana Menteri...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Amat Berhormat...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bolehkah jelaskan mengenai apa itu?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You cannot interrupt. You cannot interrupt at his floor Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Blatant, flagrant, abuse of the standing order.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

No.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

37(1) yang berbunyi...

final • 11:30 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kita dengar, “No member shall interrupt another member except:-

(a) by rising to a point of order... ”

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...when the member speaking shall resume his seat... [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Ipoh Timur...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...And the member interrupting shall simply direct attention to the point which he desires to bring to notice and submit it to the Chair for decision.” In the first place nobody was speaking. In the first place nobody was speaking! The question of 37(1) does not arise. In the second place what is the point of order? Ini salah, tidak tahu apa itu point of order. [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ipoh Timur, Tuan Yang di-Pertua kah?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ipoh Timur Tuan Yang di-Pertua kah?

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua? [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya hendak dengar dahulu Yang Berhormat, dengar dahulu ya.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk apa yang telah didakwa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja pada 17 Mac 2010. Di mana Yang Berhormat Permatang Pauh telah mendakwa bahawa pada tahun 2009, APCO Worldwide telah menasihatkan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak berkenaan konsep 1Malaysia. Berikut Tuan Yang di-Pertua, saya memetik ucapan beliau dengan merujuk dalam Penyata Rasmi Parlimen yang bertarikh 17 Mac 2010 di muka surat 76.

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Let him finish, let him finish. [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

No, sekarang.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

I will decide.

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

Duduklah.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, pada muka surat 76...

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini bukan point of order.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Yang Berhormat Kota Belud membangkitkan point of order, kenapa dia mencelah.?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Biarlah saya habis dahulu buat penjelasan.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bolehkah saya berdiri buat perkara yang sama? [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bagilah saya dan ruang untuk memberi penjelasan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya hendak dengar dahulu Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Bagilah Kota Belud dahulu!

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Biar Yang Berhormat Kota Belud habiskan.

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mana boleh!

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh saya sambung...

final • 11:30 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Orang yang lama tidak boleh harap. Tidak faham-faham!

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya hendak dengar dahulu apa dia cakap Yang Berhormat. Kita dengar dahulu.

final • 11:30 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Penakut! Penakut!

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pada muka surat 76...

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

37(1) dibaca dengan 36(12).

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pada muka surat 76, Penyata Rasmi bertarikh 17 Mac 2010...

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Menyampuk]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita dengar dahulu Yang Berhormat, selepas itu kita buat keputusan.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan Ehud Barak...

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, kita ada Aturan Urusan Mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua adalah bertanggungjawab untuk memastikan kita ikut ini...

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

You are lawyer or what? [Menyampuk]

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dan bukan perkara lain. Kita tidak ada apa- apa...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Yang Berhormat juga, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat-Yang Berhormat lain di sini juga selalu menggunakan peraturan mesyuarat.

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Baik. Jadi saya bangun...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya dengar. Hari ini Yang Berhormat Kota Belud menggunakan peraturan mesyuarat dan saya hendak dengar.

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...Peraturan mesyuarat sebab ada Yang Berhormat Kota Belud bangun menggunakan peraturan mesyuarat...

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Subang berdiri atas peraturan apa?

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Selepas mendengar...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya hendak dengar dahulu. Dia belum habis Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Atas peraturan apa dia berdiri ini Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dia merujuk kepada ucapan seorang lain.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kenapa Tuan Yang di-Pertua dengar Yang Berhormat Subang? Tuan Yang di-Pertua, kenapa dengar Yang Berhormat Subang?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan dahulu Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hei, Yang Berhormat Subang!

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Atas apa alasan...

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pada muka surat 76...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dalam soal begini Yang Berhormat. Lazimnya apabila ada point of order kita bagi peluang untuk Ahli menghabiskan point of order. Apa dia hendak cakap.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kita tanya Yang Berhormat Subang berdiri atas peraturan apa?

final • 11:30 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita faham sekarang. Point of order itu tidak wujud.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada muka surat 76...

final • 11:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Kota Belud itu tidak ada bersangkut paut dengan…

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

Hoi. Duduklah!

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

36(12), ya.

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya minta Tuan Yang di- Pertua yang buat keputusan bukan Yang Berhormat Padang Serai. Tolonglah tahu sedikit. Bagi Tuan Yang di-Pertua buat keputusan.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Ipoh Timur...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bolehkah saya tanya, sangat senang?

Bolehkah saya nanti berdiri atas 37(1) dan 36(12) mengenai hal-hal, mengenai keistimewaan bahawa Ahli Parlimen Rembau apabila saya berucap, dia mengelirukan Dewan, bolehkah saya buat begitu?

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, point of order. Peraturan Mesyuarat 43, “Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad...” Boleh dengar dahulu Yang Berhormat Kota belud...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kalau boleh nanti saya berdiri...

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambung. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ini kamu bercakap atas peraturan apa?

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang Berhormat Rembau mengelirukan Dewan apabila jawab...[Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita belum tahu apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Belud.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Ipoh Timur, peraturan 43 lah.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh berdiri atas apa point of order tetapi apa point of order?

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Speaker.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Let him finish, Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

It must be relevant, pertinent,

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Speaker, saya minta tuan Speaker buat ruling.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya tidak faham Yang Berhormat Kota Belud knows basic things, Yang Berhormat Menteri, you are a lawyer.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Speaker. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat untuk mendengar. Sebentar, Yang Berhormat. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menghormati, saya memberi peluang kepada Yang Berhormat Kota Belud untuk menghabiskan, that’s all. Please, please.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak tahu apa niat Kota Belud, duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Peraturan 37(1), tidak ada kena mengena dengan yang disebut, Tuan Speaker.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat, duduk dahulu.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Speaker minta dia guna Peraturan 43, ajar Yang Berhormat Padang Serai ini. Ajar dia peraturan 43, keputusan Speaker muktamad.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kota Belud didapati tidak ada sangkut paut dengan 37(1).

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Siapa yang buat keputusan Yang Berhormat? Tunggu Yang Berhormat, saya membuat keputusan.

Ya, Yang Berhormat Kota Belud, habiskan.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, seperti mana yang saya katakan tadi, saya ingin merujuk kepada muka surat 76 Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 17 Mac 2010 di mana Yang Berhormat Permatang Pauh telah menyebut “Ehud Barak, Perdana Menteri Israel tahun 1999 mengambil APCO dan APCO menasihatkan Ehud Barak supaya menggunakan slogan... [Disampuk]

final • 11:40 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Melanggar peraturan mesyuarat

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Apa point of order Yang Berhormat?

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kita bukan takut isu ini tetapi menggunakan masa yang... [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Please lah.

final • 11:40 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Penakut, penakut. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua sendiri patutlah hormat kepada peraturan mesyuarat.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Ini sandiwara sahaja.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk lah Yang Berhormat, ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ulang lagi, saya terpaksa. Sudah sampai empat kali saya ulang ini.

Biarkan saya teruskan. Pada muka surat 76 Penyata Rasmi 17 Mac 2010, Yang Berhormat Permatang Pauh...

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, itu mana sangkut paut dengan peraturan mesyuarat.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Permatang Pauh telah menyebut, “Ehud Barak Perdana Menteri Israel tahun...

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tidak ikut peraturan mesyuarat.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya minta Tuan Yang di- Pertua buat ruling Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau boleh suruh dia keluar daripada Dewan ini, minum kopi atau di lobi.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dalam kenyataan beliau pada muka surat 76, “Ehud Barak, Perdana Menteri Israel tahun 1999 mengambil APCO dan APCO menasihatkan Ehud Barak supaya menggunakan slogan baru untuk Israel - Tahun 1999, 1Israel. Tahun 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib, 1Malaysia.” Pada hari Khamis 18 Mac 2010, sahabat saya Yang Berhormat Rembau ketika membuat pencelahan kepada perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Yang Berhormat Ipoh Timur telah membaca kenyataan daripada APCO Worldwide yang menafikan terbabit dalam mencipta konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. APCO menegaskan bahawa ia tidak mempunyai sebarang peranan dalam pewujudan konsep 1Malaysia yang dibentuk sepenuhnya dan diumumkan oleh Kerajaan Malaysia kepada awam sebelum pelantikan APCO sebagai pakar runding komunikasi.

final • 11:40 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Takkan dia hendak mengaku.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Malah dalam kenyataan tersebut, APCO juga menyangkal, Tuan Yang di-Pertua, ia terlibat dalam mempromosikan konsep 1Israel ataupun mewakili kerajaan Israel mahupun Ehud Barak seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Jadi kenyataan tersebut boleh dibaca dalam laman web APCO Worldwide, www.apcoworldwide.com dan saya ingin serahkan satu salinan kenyataan tersebut kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh minta bentara.

final • 11:40 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Percaya kepada website pulak dah! [Ketawa] APCO dia punya client di Malaysia, takkanlah dia hendak...

Rugi la business dia. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Lebih kurang macam APCO sudah mengambil alih Dewan Rakyat. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kalau dia mengaku, habislah! Malaysia tarik baliklah.

final • 11:40 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Hilanglah beberapa bilion punya kontrak. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kami ada bukti bahawa Yang Berhormat Kota Belud menjadi ejen APCO. APCO jadi tuan.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin

Ini apa pasal ini? [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya juga ingin merujuk kepada jawapan lisan... [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Belud memalukan Dewan Rakyat ini menggunakan Peraturan 37(1)...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat duduk.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Peraturan Mesyuarat 37(1).

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia belum habis Yang Berhormat, habiskan dahulu.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya belum habislah.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia belum habis.

That is my decision. [Dewan riuh] Keputusan saya, saya minta Yang Berhormat Kota Belud habiskan. That is my decision, please, please. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya baru hendak bangkit Peraturan Mesyuarat 37(1) sekarang.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Belud wakil APCOkah?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai, ejen tidak berkaitan dengan isu yang sedang kita hadapi. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Kena batang hidung sendiri baru tahu.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, apa sangkut paut dia...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat duduk.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Speaker.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun atas Peraturan Mesyuarat 37(1). [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia masih belum habis. Selepas peraturan mesyuarat nanti kita akan bawa. Ya.

final • 11:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, I am using 37(1). Saya bangun untuk mencelah – Point of Order 37(1), the correct use of 37(1).

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dengar dulu.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Speaker, gunakanlah Peraturan 43. Tuan Speaker buat ruling,

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Selepas Yang Berhormat Kota Belud.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dari pertanyaan jawab lisan nombor 54 daripada Yang Berhormat Tanah Merah pada 18 Mac berkaitan dengan APCO Worldwide dengan konsep 1Malaysia. Dalam jawapan yang diberikan, kerajaan dengan jelas menafikan bahawa APCO Worldwide terlibat dalam mempromosikan 1Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan fakta- fakta yang saya sebutkan sebentar tadi, saya berpendapat bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh ternyata telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan yang mulia ini.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, perkara ini kalau tidak diperbetulkan, isu ini akan terus menjadi isu-isu yang menjadi pembohongan dalam ceramah-ceramah pembangkang dan di dalam internet. [Tepuk] Sebagai seorang manusia yang tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup mencemarkan nama baik Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan juga Angkatan Tentera Malaysia...

[Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Merewang-rewang ini.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Bagaimana boleh dibenarkan tuduhan melulu ini dibuat?

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuduhan Yang Berhormat Permatang Pauh yang sepatutnya membuat kajian sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta Yang Berhormat Kota Belud tarik balik!

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dengan itu saya memohon Tuan Yang di-Pertua membuat satu ruling.

[Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta Yang Berhormat Kota Belud tarik balik apa yang dikatakan.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Ejen! Ejen!.

final • 11:40 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ini ejen APCO. Defend APCO bagai nak rak ini, ada apa-apakah? Sudah tahu APCO itu ejen Yahudi pakai lagi pasal apa? [Dewan sangat riuh]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 11:40 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Apa ejen Yahudi.....berucap dalam Parlimen Malaysia, berapa APCO bayar itu? Ingat kita bayar APCO, APCO bayar....

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya belum habis lagi. Saya katakan seperti mana yang dikatakan dalam ucapan Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana boleh ucapan pembohongan dipetik dan diulang dalam Dewan? Itu isunya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya address isu yang awal yang dibawa oleh... Isu awal, Yang Berhormat, 37(12).

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Memetik satu perkara yang tidak ada kesahihan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya mendengar yang awal – isu...

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Diulang sebagai penghujahan dalam Parlimen.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya cakap.. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Stick to that issue, Yang Berhormat..

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya pergi kepada peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Pertama sekali, tidak ada sangkut paut, kita mahu Yang Berhormat Kota Belud tarik apa yang dikata Duli Yang Maha Mulia. Tarik balik! [Dewan riuh] Yang Berhormat Kota Belud, tarik.

final • 11:40 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi, dengan ini saya memohon Tuan Yang di-Pertua membuat satu ruling meminta Yang Berhormat Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang untuk memperbetulkan apa yang beliau ucapkan semasa Ucapan Menjunjung Kasih Titah Diraja tentang, “Pada tahun 1999 1Israel, tahun 2009 APCO menasihatkan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib 1Malaysia”

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tarik balik!

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tarik! Yang Berhormat Kota Belud.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tarik apa?

final • 11:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta dia tarik balik dan minta maaf kepada Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua..

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila duduk, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tidak mahu dengar keluarlah.

final • 11:40 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jika Yang Berhormat Permatang Pauh tidak mahu memperbetulkan kenyataan tersebut, saya menyarankan kepada pihak kerajaan supaya mengemukakan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua membuat ruling atau keputusan berkenaan perkara ini. [Tepuk]

final • 11:50 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana boleh membenarkan satu pembohongan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Ini isunya. Memetik perkara yang belum tentu benarnya lagi kemudian diulang sebagai satu hujah. Ini isunya.

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat bukan sahaja mengulang-ulang perkara ini malah menghina Dewan yang mulia ini.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Pertama, menyalahgunakan kuasa point of order.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Saya menyokong usul tersebut dibawa ke jawatankuasa.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Meleret-leret.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Bawa jawatankuasa.

final • 11:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat begini. Sebelum Tuan Yang di- Pertua membuat sebarang ruling dalam perkara ini, izinkan saya memberikan pandangan bagi pihak kerajaan berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud ini.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Bagi pihak APCO? [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Pihak kerajaan juga memandang serius dakwaan yang datang daripada Ketua Pembangkang dan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud sebentar tadi... [Disampuk]

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini satu perbahasan bukan? Kita boleh bahas. Nanti kita berbahas dan memberi pandangan. Boleh bahas ya? Boleh? Kita boleh bahaskan? [Disampuk]

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kepada jawab lisan nombor 54 tadi ya. Pertama, 18 Mac 2010 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tanah Merah. Kerajaan dalam jawapannya telah menafikan bahawa APCO Worldwide terlibat dalam mempromosikan 1Malaysia. [Disampuk]

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, kita bangun dahulu. Kita minta...

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua. Menteri tiada peruntukan untuk bercakap.

final • 11:50 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ini pakai point of order mana ini?

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Menteri tidak boleh... [Disampuk][Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan berapa? Suruh Menteri duduk.

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri pergilah duduk sebelah sana... [Disampuk][Dewan sangat kecoh, riuh]

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Point of order mana?

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Yang Berhormat Permatang Pauh tidak berada di dalam Dewan, saya bagi pihak kerajaan ingin mencadangkan supaya tempoh satu minggu diberikan kepada... [Disampuk oleh ramai Ahli Pembangkang][Dewan riuh] Yang Berhormat Permatang Pauh untuk diberi peluang... [Dewan riuh] beliau datang ke Dewan memperbetulkan fakta tersebut. [Dewan riuh] Sekiranya... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta yang lain duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh].

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Suruh Menteri duduk. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Yang Berhormat Permatang Pauh enggan datang ke Dewan memberi keterangan, pihak kerajaan akan membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) merujuk Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

[Dewan sangat riuh] [Ahli-ahli pembangkang menyampuk]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Ipoh Timur dibenarkan berbahas sekarang.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah kita berikan pandangan mengenai perkara ini sebelum sebarang keputusan dibuat.

Kita tahu bahawa UMNO dan Barisan Nasional mahu mengeksploitasikan isu ini.

[Tepuk] Ada cara yang lain [Disampuk] untuk perkara ini...

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kalau begitu effect, precedent effect...

[Disampuk]

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Urgent 15.

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Peraturan 43, buat rulling, Ipoh Timur berdiri atas peraturan apa?

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak boleh dibenarkan. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ipoh Timur berdiri atas peraturan apa?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cuba kita dengar. Kita dengar dahulu Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Memberi amaran...bila-bila masa berdiri dan buat stand up seperti Yang Berhormat Kota Belud dan juga Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Anytime we will stand up...

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dahulu Yang Berhormat Bukit Gelugor, waktu saya menggulung berkenaan dengan soal-soal hakim, seminggu kemudian dia bangkit, perkara yang sama saja. Precedent sudah ada.

Dia buat boleh, kita buat tidak boleh.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Disgrace to Parliament.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Belud bangun untuk...

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Macam mana Tuan Yang di-Pertua boleh dengar tadi? Sudah pakat?

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk][Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Jikalau tidak dengar boleh keluar.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan buat begitu Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Semua tidak boleh dengar Tuan Yang di-Pertua boleh dengar? Ada berpakat?

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Apa Yang Berhormat Kota Belud bawa itu dia kata 37(1). Apa sangkut paut dengan 37(1) yang dikatakan itu?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat. Apa yang dikatakan itu tidak ada sangkut paut dengan 37(1). Budak sekolah pun boleh faham.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tadi saya ikuti, itu pendapat Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kita boleh baca. Saya akan bacakan. “Seorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang lain sedang bercakap kecuali jika hendak...[Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat. Cukup. Cukup! Isu di hadapan kita adalah Yang Berhormat Kota Belud memaklumkan kepada Dewan tentang percanggahan yang jelas dengan bukti terhadap kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen...

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Akan tetapi Ahli Parlimen itu tidak ikut.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mengapa Yang Berhormat tidak mahu dengar ini? Dengar dahulu Yang Berhormat. Dengar dahulu.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Percanggahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh terhadap kenyataan yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud dan memberikan penyataan rasmi daripada pihak yang dikatakan mengeluarkan statement itu dan saya melihat bahawa ini merupakan satu percanggahan dan Menteri tadi selepas Yang Berhormat Kota Belud telah mengeluarkan statement mengatakan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh diberi tempoh selama satu minggu untuk memperbetulkan statement ini, very simple. Jikalau tidak, kerajaan akan mengumumkan usul yang berkaitan untuk rujuk Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itu sahaja isunya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya...

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

36(12).

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, sebelum yang dikatakan percanggahan, sedikit penjelasan. Ia bukan percanggahan. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya mengambil maklum isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Kota Belud dan juga pandangan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan terserah kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap isu ini kerana tindakan lanjut akan diambil jika tidak ada pembetulan yang dibuat di dalam Dewan ini.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh saya minta penjelasan?

Isunya...

final • 11:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

...yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Belud itu. [Disampuk]

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kuala Selangor, dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian,

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Biarlah isu ini diperjelaskan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh di dalam Dewan ini.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya, saya minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk][Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh buat usul. Sebentar Yang Berhormat, saya address kepada Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

36(1), 36(12)... [Disampuk]

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Janganlah hendak berebut-rebut jadi Ketua Pembangkang.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya gunakan hujah sekarang? Boleh kah tidak?

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk][Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Banyak percanggahan oleh Yang Berhormat dibuat di dalam Dewan ini.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat. Ianya boleh dikemukakan di dalam Dewan ini dalam bentuk usul.

Okey, hari ini Yang Berhormat Kota Belud mengemukakan percanggahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh melalui satu peraturan mesyuarat dan dijawab oleh pandangan Menteri bahawa kita diberi tempoh kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk memperjelaskan statement yang dibuat.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Baik. Baik.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

36(12)

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Balik Pulau, sedikit penjelasan.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Semasa saya mengangkat isu motion Standing Order 36(12) beberapa bulan yang lalu terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya masih ingat di dalam Dewan yang mulia ini mengadakan perbahasan atas 36(12). Hari ini 36(12) dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Belud dan kita memerlukan perkara ini dibahaskan dahulu seperti mana ketika saya membangkitkan terhadap 36(12) terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perkara itu dibahaskan. Saya minta perkara ini konsisten dalam apa tindakan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak dibahaskan Yang Berhormat dan tidak ada keputusan. Tidak dibahaskan.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Lesson number 1. Go back to lesson number 1.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bukankah pada ketika itu Tuan Yang di-Pertua menolak 36(12)?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya tidak buat keputusan. Cuma, kerajaan yang memberi pandangan kerana yang akan membuat usul nanti akan dibuat oleh kerajaan. Kerajaan telah membuat pandangan terhadap perkara ini. That is all.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua,...

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Ramai sangat Ketua Pembangkang ini.

Biarlah Yang Berhormat Permatang Pauh dahulu. Ini hendak rampasan kuasa.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Saya hendak ikut sepenuhnya seperti mana dibuat oleh Kota Belud dan dibenarkan oleh Speaker. [Disampuk] Saya hendak gunakan Peraturan Mesyuarat 37(1) dibaca bersekali dengan 36(12) menyentuh berkenaan dengan Padang Rengas semasa menggulung bajet pada Disember 2009 telah mengeluarkan kenyataan misleading the Dewan. Boleh saya berhujah sekarang?

Menggunakan kaedah yang sama.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Boleh, boleh. [Tepuk]

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Menggunakan kaedah yang sama.

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sekarang kita hendak tengok ada double standard atau tidak.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sekurang-kurangnya keadaan sekarang lebih baik. Saya dahulu, terus Speaker buat keputusan.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tidak. Ini bukan masa di Dewan...

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dia bagi masa. Saya tidak berbahas.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun] [Menyampuk]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain diam, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Speaker.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dengarlah.

final • 12:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Speaker, kita perlu konsisten dalam perkara ini.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Speaker, asas kepada hujah saya...

final • 12:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kita perlu konsisten.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Asas kepada hujah saya ialah...

final • 12:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri tidak payah jawab lagi, Menteri tidak payah jawab lagi.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Menteri telah memetik satu undang-undang yang telah terbatal waktu menjawab. Menteri telah menggunakan Ordinan Darurat 69 mengenai sempadan negeri tiga batu nautika pada ketika setelah ada pun ada satu akta baru yang mengatakan bahawa Ordinan Darurat 69 telah pun dimansuhkan. Ini misleading the Dewan.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak, tidak ada.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Menteri bohong, Menteri bohong.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itu tidak dibangkit.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Bolehkah 37(1), 36(12) membenarkan saya untuk berhujah...

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tidak sentuh benda itu.

Saya ingat.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Menteri bohong.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

...yang mengatakan bahawa Menteri telah berbohong.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya cuma ingat yang semasa hakim dahulu, Bukit Gelugor bangkit walaupun saya telah berucap.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Kalau Kota Belud boleh dibenarkan...

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Apa bezanya sekarang?

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Kalau Kota Belud boleh dibenarkan...

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dalam isu ini, oleh kerana Permatang Pauh tidak hadir, kita bagi seminggu untuk dia perbetul. Apa yang kita takutkan?

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, peraturan mesyuarat.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kalau dia datang betul, habis cerita.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Isunya besar.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi saya hendak cadangkan seperti Dewan cadang tadi...

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Seorang Menteri telah berbohong di dalam Dewan.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kalau dia tidak datang, baru kita bawa usul. Itu cadangan saya.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, peraturan mesyuarat.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ini...

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

37(1) dibaca bersekali...

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya rasa nasib tidak baik kepada Barisan Nasional pada hari ini yang mencadangkan ialah Kota Belud. Pertama sekali beliau boleh dikenakan di bawah 36(12). Beliau mengatakan jawapan yang menjadi asas kepada kekeliruan oleh Permatang Pauh

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

berasaskan jawapan Tanah Merah. Kalau kita tengok jawapan Tanah Merah ini, Yang Berhormat Tuan Speaker, yang dikatakan penafian secara jelasnya itu pembohong.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang ada dalam ini, saya baca. “Kerajaan tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar negara untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus.” Awat?

Secara tidak khusus, adalah. Itu satu. “Syarikat...” [Disampuk] Wait, wait, wait.

[Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

No, it’s too bad.

Kota Belud, you cannot make...

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Ini lawyer kalah bicara ini.

final • 12:00 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kota Belud cuba untuk...

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Speaker, Syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd. dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh, secara komprehensif and the communication of the day, dengan izin, the government of today is 1Malaysia.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

In no way we can argue 1Malaysia..

final • 12:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

...it’s not the government of the day.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, this one is specific to 1Malaysia. You baca statement yang akhir.

final • 12:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Seterusnya, “Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi agar pendekatan dan amalan kita adalah sama dengan amalan terbaik dunia.” Ha, bawa orang Israel nasihat kita.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Undang-undang faham kalah bicara lawyer ini.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya tidak bahaslah, this is my floor.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun] [Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya membaca jawapan rasmi daripada Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Undang-undang faham bicara kalah.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Tidak faham, duduk.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ini jawapan Menteri.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya membaca jawapan Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya membaca secara word by word. Tidak boleh dengarkah?

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sahaja pakat dengan Yahudi.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kita dengarlah.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat menyentuh isu yang sama.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Keputusan kita, kita minta Permatang Pauh untuk membuat penjelasan secara sendiri. That’s all.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sebelum sampai ke tahap itu, maklumat yang disandarkan pun bercanggah, tidak credible. Mana mungkin beban kepada Permatang Pauh.

final • 12:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Beban hanya apabila maklumat...

final • 12:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bagi saya beri penjelasan.

Saya jawab.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang mengelirukan yang boleh dikenakan di bawah 36(12).

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Undang-undang faham bicara kalah.

final • 12:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak bagi penjelasan tentang... Boleh saya bagi penjelasan? Sekejap sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk][Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, kita ada buat satu precedent yang sangat dangerous. Oleh kerana sudah dimulakan, bila-bila kita berdiri atas paper yang sama dan tidak berhenti-henti perbahasan. Saya cadang bahawa apa yang berlaku tadi, ucapan-ucapan Yang Berhormat Kota

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Belud dan Yang Berhormat Menteri diexpunge daripada Hansard.

[Disampuk][Tepuk] Diexpunge tak berlaku supaya tidak jadi precedent, tidak ada dibuat.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya sudah buat keputusan, Yang Berhormat dan keputusan saya kepada isu ini adalah seperti yang dicadang oleh Menteri untuk memberi tempoh kepada Permatang Pauh membuat penjelasan di dalam Dewan. That’s all. [Tepuk]

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Speaker, Tuan Speaker.

final • 12:00 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Speaker, standing order.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Tidak mahu dengar, keluarlah.

final • 12:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Speaker, Dewan yang mulia ini berhak..

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Untuk membahas perkara sebenar.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya mohon seperti mana saya sebut tadi, untuk berhujah mengikut 37(1) dibaca bersekali 36(12) berkenaan dengan Padang Rengas telah berbohong dalam Dewan. Boleh saya berhujah sekarang?

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Boleh, boleh, boleh.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Teruskan, teruskan.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Isu ini isu yang berbeza, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Boleh kita berhujah sekarang?

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Boleh, boleh, boleh.

final • 12:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Teruskan.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Speaker.

Semua Ahli Pembangkang: [Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Baliklah, balik.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kenapa bangun ini?

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Hendak tunjuk kepada Permatang Pauhkah?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bangun kenapa, Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Bangun untuk menyokong.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Seorang Ahli

Hendak keluar, keluar, balik.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

37(1) dibaca bersekali 36(12) di mana Kota Belud...

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Diamlah, tidur.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat isu itu tidak berkaitan.

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

How is the integrity, then we should impose the same step.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Isunya sama. Kalau Dewan boleh membenarkan Kota Belud berhujah mengikut 37(1) dan 36(12), kenapa mesti Machang disekat berhujah isu yang sama untuk mendedahkan pembohongan seorang Menteri dalam Dewan.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

1Malaysia, satu standard, jangan double standard.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin bin Mohamed Said - Kuala Krau

Padang Rengas, jawab.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Menteri telah berbohong dengan menjawab.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Are you okay?

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Berdasarkan kepada undang-undang yang telah pun dibatalkan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cuba dengar, Yang Berhormat. [Disampuk] Don’t accuse me bias, Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak boleh accuse the Speaker, the Chair bias, tidak boleh. Jangan buat begitu.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Speaker,Tuan Speaker.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Hantar dia ke jawatankuasa.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau bukan Tuan Yang di- Pertua yang bertanggungjawab, siapa lagi dalam Dewan ini? Speakerlah yang bertanggungjawab.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah, duduklah.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Jangan ikut-ikut.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tolonglah Tuan Yang di- Pertua, perbetulkan salah sana, Kota Belud. Dia salah guna...

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin bin Mohamed Said - Kuala Krau

Gantung, gantung.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dia salah tafsir.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

That’s not what you think, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini Tuan Speaker, tolonglah.

Muliakan balik Dewan ini, Tuan Speaker.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Sudahlah tadi.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini yang saya buat, Yang Berhormat. Saya hendak muliakan Dewan sebab ada percanggahan statement yang dibuat.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kembalikan, tetapi Tuan Speaker, keputusan tadi saya tidak dapat terima.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Keputusan mana satu, Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Keputusan supaya diteruskan apa yang dikatakan oleh Kota Belud itu bercanggah dengan peraturan dan selepas itu diteruskan juga oleh Tuan Speaker, saya sebagai Ahli Dewan tidak boleh terima.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Speaker, buat keputusanlah.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat. Teruskanlah.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Langsung bercanggah dengan peraturan mesyuarat itu.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Asas tuduhan sudah ada di sini.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Usul itu sama.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat kena buat usullah nanti.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dilantik untuk pelaksanaan berkaitan komunikasi secara menyeluruh. Ini ada di sini. [Disampuk] Dan Kota Belud gunakan peraturan yang salah dan Tuan Yang di-Pertua teruskan, macam mana kita hendak terima ini?

Semua Ahli Pembangkang: [Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Tidak setuju, keluarlah semua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Ahli Yang Berhormat duduklah, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua...

[Setiausaha Dewan membaca Aturan Urusan Mesyuarat]

final • 12:00 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Setiausaha, nantilah dahulu. Kita tidak habis lagi ini.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya percaya ... tidak boleh diterima.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Setiausaha, tidak boleh, tidak boleh lagi. Mana boleh?

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, boleh buat ruling terhadap standing order yang saya kemukakan tadi. Saya teruskan. Kalau Kota Belud dibenarkan berhujah untuk mengatakan Permatang Pauh misleading berdasar 37(1) dibaca bersekali 36(12), isunya kenapa Machang tidak boleh dibenarkan berhujah mengikut saluran yang sama.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 12:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Ini isunya. [Tepuk] Ini isunya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya melihat bahawa perkara ini berbeza Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

Mana boleh berbeza!

final • 12:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tiga minggu jawab.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat Pasir Mas untuk meneruskan perbahasannya.

final • 12:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan Yang Berhormat Kota Belud di refer kepada jawatankuasa khas kerana abuse of standing order.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ambil satu keputusan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini double standard lah!

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya rasa tidak ada isu besar. Menteri, kerajaan cuma minta Yang Berhormat Permatang Pauh perjelaskan statement.

final • 12:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Saya minta Yang Berhormat Kota Belud di refer to members privileges committee.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

That’s all. Itu sahaja Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Yes, he should be referred to privileges committee, abuse.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tiada tindakan.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, perbetulkan dengan merujuk kepada...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud minta dirujuk kepada 36(12) pun saya tidak buat keputusan perkara itu.

Saya cuma mendengar ulasan yang dibuat oleh Menteri. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Memang benar Yang Berhormat Machang yang bawa. Yang Berhormat Machang boleh bawa...

final • 12:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Disengajakan...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Tak boleh bahas lagi.

final • 12:10 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Bagi peluang Yang Berhormat Machang seperti mana peraturan yang sama.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Setiausaha Dewan.

final • 12:10 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Bagi peluang Yang Berhormat Machang...

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan Tuan Yang di-Pertua tadi mengesahkan bagaimana Yang Berhormat Kota Belud dibenarkan berhujah mengikut saluran 37(1) dan 36(12).

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

Ya!

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Isunya kenapa saya tidak boleh diberi ruang untuk mendedahkan pembohongan Menteri. [Tepuk] Ini isunya.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh buat dalam usul Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Kemudian Yang Berhormat Permatang Pauh dikatakan misleading Dewan, Yang Berhormat Kota Belud dibenarkan berhujah.

final • 12:10 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Kita hormati ruling Tuan Yang di-Pertua, kita hendak peluang yang sama untuk Yang Berhormat Machang.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Sekarang Menteri telah berbohong dalam Dewan...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tunggu lain kali.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Dan saya hendak buktikan pembohongan itu.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Kenapa tidak boleh benarkan saya berhujah 37(1) dibaca sekali 36(12).

final • 12:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tak kan tak boleh buktikan pembohongan Menteri di Dewan?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Kalau ikut peraturan mesyuarat, berdiri ramai begini pun tak boleh Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tak akan Menteri boleh?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak boleh berdiri ramai begini.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua kena buat keputusan.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua kena buat keputusan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dan usul begini pun tak boleh disokong dengan berdiri.

final • 12:10 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Atau minta Yang Berhormat Kota Belud tarik balik.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat. Saya minta maaf Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita minta...

final • 12:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ini pondan. [Ketawa]

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Belud boleh, Menteri boleh. Sini tak boleh.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya sudah buat keputusan Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kota Belud pembohong besar.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Isunya ialah misleading the Dewan. Itu isunya.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Kita tak hendak duduk.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Perkaranya sama, misleading the Dewan. Yang Berhormat Permatang Pauh dikatakan misleading the Dewan dan Yang Berhormat Kota Belud dibenarkan berhujah.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat dari Yang Berhormat Puchong.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain diminta duduk Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong!

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Juslie Ajirol - Libaran

Duduklah!

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Kita hendak ruling, ruling.

final • 12:10 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas hendak meneruskan perbahasan. Isu rakyat yang kita nak bahas ini, duduklah.

final • 12:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Peraturan Mesyuarat 37(1), 36(12).

final • 12:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 43. Tuan Yang di-Pertua, gunakan peruntukan di dalam 43 untuk beritahu kepada Yang Berhormat ini keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad.

final • 12:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ruling, ruling.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Peraturan 43.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tak hendak. Kita hendak ruling dahulu.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya membawa usul membahaskan kenyataan yang mengelirukan daripada Yang Berhormat Kota Belud. Tadi dia sebut pelantikan APCO itu satu pembohongan. Sekarang kita ada jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Menteri yang menunjukkan kenyataan dalam Dewan itu adalah satu pembohongan daripada Yang Berhormat Kota Belud.

Sekarang saya bangkit 37(1), 36(12) kita hendak bahas.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak ada bahas pun.

Siapa yang bahas Yang Berhormat?

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya bangkit you benarkan Yang Berhormat Kota Belud, you benarkan perbahasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekarang kita bangun untuk bahas.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak ada bahas pun.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Baik, kita tak bahas tetapi kita hendak berhujah.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita berhujah.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Seperti mana Yang Berhormat Kota Belud berhujah dan Yang Berhormat Menteri berhujah.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Apa isu yang kita address Yang Berhormat?

final • 12:10 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibahas oleh Yang Berhormat Kota Belud ini dengan kenyataan rasmi kerajaan ini bercanggah. Maka, dia sudah tipu. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jawapan Parlimen...

final • 12:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Mengelirukan, mengelirukan Dewan.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Kota Belud jawab. Kalau tak, gantung satu minggu nanti.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya tidak ingin isu ini dipanjangkan lagi Yang Berhormat. I have addressed the issue dan kita telah membuat keputusan yang terbaik Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bukan keputusan kita boleh pendekkan isu ini!

final • 12:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, buat ruling, ruling, ruling.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Masalahnya Yang Berhormat kita terima, Yang Berhormat tidak terima.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang mesti dibuktikan pagi ini, satu buku peraturan untuk mereka, satu buku peraturan yang lain untuk sini. Macam mana Tuan Yang di-Pertua boleh buat itu?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita kena ada satu set peraturan yang sama. Dua-dua kena jawab.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Setiausaha Dewan teruskan.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, isunya sama. Misleading Dewan. Itu isunya. Yang Berhormat Permatang Pauh dikatakan misleading Dewan. Yang Berhormat Kota Belud dibenarkan berhujah.

Saya menggunakan standing order yang sama meminta kebenaran Tuan Yang di- Pertua membenarkan saya berhujah untuk mengatakan bahawa saya ada bukti Yang Berhormat Padang Rengas berbohong. [Tepuk]

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Lain kalilah.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Soalan yang sama, isu yang sama. Misleading the Dewan.

final • 12:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Baru adil! Hah, hah, hah!

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Lepas pada itu Kuala Krai pula hendak bawa hujah yang sama mengenai Yang Berhormat Kota Belud yang telah mengelirukan Dewan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey, duduk Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Bagi Yang Berhormat Machang hujah!

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk. Please, duduk. Saya hendak bagi Yang Berhormat Kubang Kerian untuk perjelaskan standing order.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

Machang.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Machang. Terima kasih. Okey.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun menggunakan peraturan Mesyuarat 37(1) dibaca bersekali 36(12). [Tepuk] Dengan kenyataan bahawa Menteri daripada Padang Rengas semasa menggulung perbahasan sidang bajet pada Disember 2009 [Dewan riuh] dalam isu tuntutan royalti minyak oleh negeri Kelantan. Dalam isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain diam.

final • 12:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya katakan bahawa Menteri ketika menjawab antara lain menyebut bahawa satu hakikat kena diterima, sempadan negeri Kelantan adalah harus dibaca tiga batu nautika berdasarkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu 1969), berulang kali Yang Berhormat Menteri menggunakan hujah itu dalam perbahasan penggulungan beliau. Saya katakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kenyataan itu adalah merupakan kenyataan yang dengan izin, misleading the Dewan kerana di sana ada satu akta yang dipanggil Akta 216 Undang-undang Malaysia, Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 1979) seksyen 13, saya bacakan. Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu 1969 adalah dengan ini dimansuhkan. [Tepuk] Maknanya, ketika berhujah dalam Dewan mengenai sempadan negeri tiga batu nautika, Yang Berhormat Menteri telah mengguna pakai Ordinan 69 yang sebenarnya sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang- undang, mengetahui bahawa undang-undang itu telah pun dimansuhkan, dibatalkan dan tidak boleh dijadikan hujah dalam Dewan ini.

Pada saat itu sebenarnya Yang Berhormat Menteri punya pengetahuan undang-undang yang telah dibatalkan tak boleh pakai jadi hujah tapi diguna pakai dalam Dewan. Ini menunjukkan bahawa bukti terang dan nyata perbuatan misleading the Dewan telah berlaku pada saat dan moment itu. Bukankah ini juga adalah merupakan satu perbuatan yang tidak sewajarnya dilakukan dan untuk itu, 36(12) peraturan mengenai seorang Ahli yang telah melakukan perbuatan misleading Dewan harus juga dikenakan tindakan ke atas seorang Menteri kerana menggunakan hujah yang tidak boleh wujud dan tidak boleh disokong mengikut undang-undang. Parlimen tempat membahas undang-undang. Menteri undang- undang tidak boleh pakai hujah mengikut akta yang telah dimansuhkan. Saya boleh menyerahkan dokumen ini kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Menteri yang berkenaan sejurus perbahasan ini untuk mengatakan bahawa seksyen 13 itu tertera dengan jelas undang-undang yang diguna pakai oleh Menteri ketika menggulung perbahasan tempoh hari adalah undang-undang yang telah dimansuhkan, dibatalkan dan tidak boleh disandarkan untuk penghujahan dalam jawapan seorang Menteri. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Menteri untuk penjelasan.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kita bagi dia seminggu untuk beri penjelasan sebelum kita merujukkan dia kepada jawatankuasa. Apa salahnya? [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ingat dia sahaja boleh bagi? Saya bagi dia seminggu untuk memberikan penjelasan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sebelum kita rujukkan dia ke jawatankuasa khas.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya minta yang lain diam Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kita pun boleh berlakon macam Menteri. Tak payah jawab sekarang. Lagi seminggu.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan bercanggah dengan pendirian Yang Berhormat. Okey? Jangan bercanggah. Dia buat suatu standing order yang saya tidak tahu pun, saya tidak ada reference pun dan saya minta Menteri concern, yang disebut tadi untuk menjawab. So, why are you...

final • 12:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Menteri hendak jawab, dia sudah bacakah undang-undang yang batal tu?

final • 12:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya anak jantan tidak ada masalah. [Dewan riuh] Saya mahu sudah tentu...

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Buktikan anak jantan itu.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Apa yang saya sebut dalam perbahasan saya berdasarkan jawapan-jawapan yang tidak berhasrat hendak mengelirukan Dewan. Jadi saya rela disiasat untuk melihat perkara sebenarnya kerana kita perlu rujuk balik kepada Hansard. Jadi oleh kerana saya anak jantan, saya tidak ada masalah. Anak betina sana saya tidak tahu mengapa. Takut sangat hendak disiasat. Terima kasih [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Anak jantan main hadapan bukan belakang seperti itu.

final • 12:20 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tuan Yang Pertua sexist, saya minta Yang Berhormat Padang Rengas tarik balik perkataan ‘betina’.

[Dewan tersangat riuh]

final • 12:20 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua kena ruling dahulu.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Apa lagi ini?

final • 12:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Satu penghinaan kepada wanita.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Apa salahnya....

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, cukuplah, cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Takut buat apa?

final • 12:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jangan kita turunkan standard debate sampai macam ini. Tarik balik perkataan itu.

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Ah, tarik balik.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sudahlah. Apa lagi?

final • 12:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jangan kita turunkan macam itu.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa lagi hendak dipertikaikan, apa?

final • 12:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Subang, duduklah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain duduklah.

final • 12:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya sebenarnya menghormati...

final • 12:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Menggunakan perkataan macam ini.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

He is explaining it now.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

I’m explaining.

final • 12:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jantan, betina semua boleh explain kah?

Apa lagi?

final • 12:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bagi saya peluang explain.

Saya Melayu. Tuan Yang di-Pertua, jantan betina ini gender yang digunakan untuk binatang. Ini manusia di hadapan saya. Saya tidak berhajat untuk memanggil perempuan di sini betina kerana jantan betina itu binatang. Yang hadapan ini bukan binatang. Tidak perlu rasa marah. Takkan makan cili rasa pedas?

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Maknanya Menteri...

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Kita minta dia tarik balik Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Mengatakan anak jantan, maknanya menteri anak binatang? [Dewan tersangat riuh]

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tarik balik, tidak perlu explanation. Kita hendak dia tarik. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri, Menteri...

final • 12:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tidak berhajat untuk menghina mereka. [Dewan tersangat riuh]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dengarlah dahulu, dengarlah dahulu Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Minta tarik balik...

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Menteri, sudahlah Menteri...

final • 12:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Pepatah Melayu, anak jantan maknanya berani anak betina takut, itu sahaja. Bukan berhajat hendak...

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Yang Berhormat Padang Rengas, saya hendak minta izin hendak tanya.... [Dewan tersangat riuh]

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri tadi kata...

final • 12:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Setujukah? [Dewan riuh] [Beberapa Ahli Pembangkang bangun dan menyampuk sesama sendiri]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Biar dia explain Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Menteri hendak panggil apa sahaja tentang diri dia punya suka.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada niat jahat.

final • 12:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Menteri tarik balik.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Minta tarik balik.

final • 12:20 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah pun diperjelaskan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Anak binatang.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tiada niat jahatlah Yang Berhormat. Setiausaha...

final • 12:20 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat. Yang Berhormat Machang telah membuat usul dan telah dibentangkan dan telah dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini. Menteri...

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Itu bukan usul, itu point of order.

final • 12:20 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Speaker kena buat ruling.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan kaitkan.

Fikir bagus-bagus Yang Berhormat. Isu Yang Berhormat Kota Belud tadi saya tidak buat ruling tahu. Saya tidak buat ruling langsung.

final • 12:20 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Kena buat ruling seminggu.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ruling saya cuma bersetuju dengan menteri untuk memberi peluang kepada Yang Berhormat Permatang Pauh memperjelaskan keadaan, that’s all.

final • 12:20 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Itu ruling, itu ruling.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Perjelaskan hari ini, sekarang ini...

final • 12:20 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Seminggu...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sekarang ini Yang Berhormat Machang buat usul mengatakan menteri bercakap tidak betul dalam Dewan dan menteri sedia untuk disiasat.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, Menteri ada mengatakan sedia untuk disiasat. Apa lagi?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bukti-bukti dan sebagainya untuk disiasat that’s all. Bukan merujuk kepada Jawatankuasa Hak Kebebasan...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jawatankuasa Siasatan...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tiada langsung.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Hoi, duduklah...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

You shut up!

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

See, I’m consistent.

[Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Anak betina, anak betina....[Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

See, that’s all.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Duduk, duduk.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai duduk. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Betina, betina...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada lagi Yang Berhormat. Sudah selesai benda ini Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu betina...

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 12:20 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Apa ini?

Duduklah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Setiausaha Dewan...

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, tadi saya minta penjelasan Yang Berhormat Kota Belud mengelirukan. Dia kata kerajaan menjawab secara jelas menafikan. Tetapi jawapan Menteri terhadap soalan semalam oleh Yang Berhormat Tanah Merah bukan sebegitu.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang itu nanti boleh dibahaskan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dalam penjelasan.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sebelum Yang Berhormat Permatang Pauh dibebankan dengan beban membuktikan asas dia tidak kuat. Dia yang mengelirukan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apa Yang Berhormat. I have been very fair Yang Berhormat. Saya tidak ambil keputusan mana-mana pun. Saya cuma setuju dengan Menteri untuk Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kita akan usulkan kalau ada mengelirukan,Yang Berhormat Kota Belud kita akan bawa.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang itu Yang Berhormat saya yakin Yang Berhormat Permatang Pauh boleh dijadikan sebagai hujahan beliau nanti.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Peraturan Mesyuarat...

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua kata I have been very fair....

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Peraturan mesyuarat...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Is it fair in allow Yang Berhormat Kota Belud itu gunakan 37(1) untuk hujah tentang...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang itu tidak berbangkit lagi Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Peraturan mesyuarat...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Isu ini....

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Peraturan Mesyuarat...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

I won’t see that Tuan Yang di- Pertua is fair.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat cukup Yang Berhormat. Cukup.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua kata I am very fair.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yes, fairness, don’t interpret it according to yourself, tidak boleh. Saya tidak ada isu pun yang dibuat oleh Speaker hari ini.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

But Tuan Yang di-Pertua, you shouldn’t say you are fair.

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

I don’t see you being fair.

Yang Berhormat Kota Belud...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, that is under accusing Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bagi dia sekali Tuan Yang di-Pertua, dua hari cukuplah.

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

Keluar...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You are accusing the Chair being not fair. That is not fair at all, I tell you.

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Peraturan mesyuarat.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua, adakah 37(1) yang digunakan oleh Yang Berhormat Kota Belud..... [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dua hari, dua hari.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itu sudah selesai Yang Berhormat menteri sudah selesai.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Hujah dua minggu... bolehkah 37(1) digunakan untuk...

final • 12:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Minta dia keluarlah Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya ingin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4). Adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa kurang sopan atau biadab. [Dewan riuh] Tadi Yang Berhormat Padang Rengas masih belum lagi....

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tadi kata...

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

menarik dengan jelas perkataan anak betina dan saya minta Tuan Yang di-Pertua untuk membuat ruling.

Ini adalah satu penghinaan kepada kaum wanita walaupun dituju kepada semua.

Penghinaan kepada kaum wanita dan saya minta Tuan Yang di-Pertua membuat ruling atas perkara ini.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, telah diperjelaskan oleh menteri tadi.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak jelas, belum kira tarik balik.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak, sebentar Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Mana boleh perkataan macam itu?

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Menteri tidak ada niat jahat.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Menteri telah jelaskan, penggunaan perkataan tadi itu dalam konteks berani dan tidak berani.

Saya katakan bahawa saya setuju beliau tidak ada niat jahat dalam perkara ini, that’s all.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Apakah maksudnya anak betina tidak berani. Satu penghinaan kepada wanita.

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Penggunaan itu sudah satu penghinaan kepada kaum wanita.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minta tarik balik. Mak saya pun tidak marah saya.[Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Papar...

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ini tidak boleh diterima sama sekali.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Pengecut, bukan hendak menghina kaum wanita.

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Yang berada di situ tidak sensitif dengan isu ini.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu peribahasa Melayu.

Tidak faham-faham.

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri...

final • 12:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Anak apa, anak apa...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jantan itu anak berani, anak betina pengecut.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tarik balik. Ini menghina....

final • 12:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Menteri gentleman.

Menteri bangun, tarik balik Menteri. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Menghina anak perempuan saya, menghina ibu saya. Kalau Yang Berhormat hendak hina ibu sendiri, itu you punya hal... [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Ma

[Bangun]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Yang lain duduklah. Yang Berhormat Pasir Mas sila.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ini menghina Setiausaha Dewan Rakyat sekali. Inilah sikap yang dikira... [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk]

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Ma

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat....

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ini satu perkara yang menghina. Kita minta tarik balik. Kalau tidak kita tidak akan berhenti untuk membantah atas isu ini.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Apa malu. Wanita UMNO boleh duduk sahaja, senyum lagi. Menghina, apa wanita UMNO...

final • 12:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Wanita UMNO senyum lagi apabila wanita dihina.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Menteri boleh menghina wanita UMNO, malulah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah, duduklah Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Tenggara bagi semangat pula kepada kami.....

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas, ya.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Puteri UMNO tidak ada otak, Menteri kata betina pun tidak apa.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, orang yang siuman buat hal,.....

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bini Haji Abd. Rashid Shirlin

Fikiran sempit.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Cuba hendak menyelewengkan fakta.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Wanita UMNO memang teruk. Menteri boleh hina....

final • 12:20 PM

Datuk Rosnah bini Haji Abd. Rashid Shirlin

Malu sedikit, malu sedikit.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Itu istilah kampung.....

[Dewan tersangat riuh]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang tidak boleh diterima...

final • 12:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kinabatangan lebih kenal betina sebab dia banyak kahwin.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai duduklah Yang Berhormat Padan Serai. Ya Yang Berhormat Pasir Mas [Dewan riuh] Duduk, duduk, duduk Yang Berhormat. Diam, diam, diam.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minta buat ruling, minta buat ruling. Minta tarik balik.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya mohon supaya kalau sekiranya perkataan ‘betina’ digunakan untuk analogi kepada penakut, tidak akan apa-apa tindakan yang akan diambil. Saya lihat perkara ini akan berlaku seterusnya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang itu suruhan Yang Berhormat. Saya akan melihat dalam konteks yang lain ya.

final • 12:30 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Betina kan binatang.

final • 12:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung perbahasan mengenai dengan Titah Diraja...

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Pasir Mas, nanti dahululah. Tidak selesai lagi ini. Sabar.

final • 12:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak usah buang masa lah!

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Masa banyak boleh bercakap lagi, bercakaplah.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Hoi!

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Apa?

final • 12:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak usah buang masa!

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Apa dia?

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pasir Mas samseng!

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Keganasan dalam Dewan!

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Ini sudah Criminal Intimidation under Section 506 of the Penal Code!

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Duduk, duduk dahulu. Kita tidak settle lagi benda ini. Kata UMNO.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, ini sudah Criminal Intimidation under Section 506 of the Penal Code!

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Orang hendak berbahas pun kacau kah?

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Apa ini? Anak jantan keluar! [Ketawa]

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kalau setakat hendak jadi lelaki tidak payahlah. Kita ada agenda lebih besar.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu menjagakan integriti Dewan ini.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Tuan Yang di-Pertua gagal untuk suruh menteri tarik balik, mereka menggunakan perkataan anak jantan dengan sewenang-sewenangnya ketika ini.

Jadi lebih baik untuk tarik balik perkataan itu Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas, sila.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kata bukan main ini.

final • 12:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung semula perbahasan...

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pasir Mas sudah marah.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

...Sebab kita hendak minta ruling agar Menteri tarik balik perkataan ‘betina’ tadi. Kita minta ruling, 15 orang bangun, kita minta ruling. Okey? Tuan Yang di-Pertua, tolong because ini akan disalahgunakan oleh Ahli Dewan setiap masa.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

Buat apa? Buang masa sahaja!

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Masalahnya Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Menggunakan jantan dan betina. Ini bukan cara yang betul.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, susahlah kalau orang Melayu tidak faham pepatah Melayu, susah kita hendak kelaskan.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Bukan masalah tidak faham. Masalah kalau you orang Melayu, kalau faham apa itu pepatah Melayu dan sebagainya, tidak akan menggunakan perkataan sedemikian.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Apa ini orang Melayu guna tidak reti bahasa Melayu. Apa ini?

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini MP perempuan tetapi berkelakuan jantan.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Melayu apa gunakan jantan dan betina? Melayu apa gunakan jantan dan betina? Melayu apa?

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, masalah Yang Berhormat, niat tadi dalam konteks yang lain tetapi jangan...

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kalau Tuan Yang di-Pertua sendiri kata dalam konteks, dalam konteks yang berbeza, tidak akan berhabisan isu ini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya tahu.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Semua dalam konteks yang berlainan, berlainan dan sebagainya dan saya rasa lebih baik untuk tarik perkataan ini untuk memudahkan dan untuk menyelesaikan perkara ini.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di- Pertua, guna kuasa Tuan Yang di-Pertua. Guna kuasalah.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Kepong tidur.

final • 12:30 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Untuk menenangkan keadaan, saya mintalah, saya betul-betul merayu kepada Tuan Yang di-Pertua buat satu ruling…

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey.

final • 12:30 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Supaya Yang Berhormat Padang Rengas tarik balik dan perkataan ‘anak betina’ tidak akan digunakan lagi di dalam Parlimen, Dewan yang mulia ini. Kalau Yang Berhormat Padang Rengas hendak guna atau sesiapa hendak guna ‘anak jantan’ itu terserah.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sebab tidak ada bantahan tetapi ‘anak betina’, kita minta tidak akan...

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Dalam konteks apa sekalipun kita cut off today, re-cut off!

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan bercakap begini. Janganlah cakap sama-sama. Sekali sekalian. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, ini peribahasa Melayu.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

Mana ada peribahasa!

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Perkataan-perkataan, ungkapan-ungkapan.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Ini bukan peribahasa, ini digunakan as a…

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Mana ada peribahasa!

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Jangan hina bahasa Melayu! Ini menghina Dewan Bahasa.

[Dewan terlalu riuhriuh]

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Anak jantan kena berani!

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pokok Sena tidak berani, anak betina!

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Mengelirukan bahasa!

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Mengelirukan Dewan!

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Anak betina penakut!

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat!

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Dewan Bahasa dihina!

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Orang Melayu ini penuh dengan budi bahasa.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Dia bohong Dewan.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Dia seksis.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Orang kita tidak boleh gunakan ini.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk. Duduk Yang Berhormat ya. Ahli Yang Berhormat, isu Yang Berhormat... Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena! Isu ini kecil Yang Berhormat, kecil.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak ada peribahasa Melayu! Tanya Timbalan Menteri Pelajaran!

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tidak fikirlah wanita-wanita di dalam Dewan ini akan terasa kecil hati.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Isu yang kecil.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya tidak berbahasa-bahasa dah sekarang ini. Duduk, duduk!

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak ada, tidak ada.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak ada, saya tak fikirlah. Ini cuma hendak jadikan isu untuk tarik perhatian!

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan!

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat! Saya minta yang lain duduk Yang Berhormat. Benda ini kecil dan telah pun diperjelaskan...

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Heh, mana boleh kecil.

Perkara besar ini!

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentarlah, saya bercakap dulu!

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Besar.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Telah pun diperjelaskan oleh Menteri, maknanya, maksudnya bukan binatang dan haiwan.

Dia kata berani atau tidak berani.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar.

Jangan cakap dulu. Berani atau tidak berani? Which I accepted tetapi disebabkan diolah begitu rupa sehingga bukan rupa binatang lagi sudah sekarang perkataan itu. Okey? Saya setuju dengan Yang Berhormat Ampang agar perkataan itu tidak digunakan sedemikian maknanya. Bukan begitu, jangan gunakan perkataan itu.

Saya setuju.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Dia tarik baliklah! Kalau dah setuju kena suruh dia tarik balik! Minta dia tarik balik!

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, maksud Menteri, Menteri tidak bermaksud...

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Mana ada perkataan betina yang boleh dianalogikan sebagai penakut. Tidak ada! Tidak ada!

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Di Kedah pun...

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, perkataan ini boleh digunakan. Di Kedah, betina itu bermakna perempuan.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Perempuan, bukan penakut.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading dan Kinabatangan, duduklah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Pohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua, pohon penjelasan.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kita merosakkan Bahasa Melayu, tidak boleh.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini Yang Berhormat Pokok Sena ini dia...

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Bekas Menteri Pelajaran...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Bahasakan orang penakut...

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Betina itu perempuan.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey, kita dengar Menteri lagi. Saya minta jelaskan esok ya.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Saya mohon penjelasan Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Itu tak betul. Anak betina kata penakut tidak betul. Ini satu penghinaan.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebab itu Yang Berhormat, the problem is Yang Berhormat interpretasikan makna yang lain dengan apa yang dicakapkan.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Saya mohon penjelasan Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat. Which I said dalam konteks yang dibuat oleh Menteri tadi, awal-awal tadi saya katakan dia tidak ada niat jahat, that’s all tetapi disebabkan diolah begitu rupa. Statement Menteri tadi dia katakan yang itu maknanya berani atau tidak berani, that’s all. Saya katakan yang itu. Bila diperjelaskan oleh Menteri, saya buat keputusan bahawa tidak ada niat jahat di sebalik perkataan itu, that’s all perkataannya. The problem is...

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Mohon penjelasan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. The problem is… Masalahnya ialah perkataan itu sekarang ini disalah guna, disalah guna. Yang membawa makna yang lain, that’s all.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Menteri salah guna, Menteri salah guna.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dalam konteks yang Menteri cakap tadi, dia perjelaskan, dia ada perjelaskan Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Pokok Sena salah tafsir.

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Setakat...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia perjelaskan tadi, dalam perkataan tadi Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

No. Jangan salah erti, jangan salah ertikan lagi. Dia perjelaskan standing order which kerana dibuat oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi...

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Pembangkang memang suka pusing-pusing, itu sahaja kerja dia.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dan saya minta Menteri untuk menjelaskan, saya berpuas hati. Kenapa Yang Berhormat tidak berpuas hati?

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kita terasa, kita terasa.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kita tidak puas hati, dia main-main.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia dah perjelaskan.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat bukalah Dewan Rakyat, tidak payahlah hendak menjerit di sini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Menteri sudah perjelaskan Yang Berhormat. Cukuplah.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Mana ada analogi mengatakan penakut itu anak betina!

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Tidak mungkin Ahli Parlimen PAS tidak begitu cerdik. Bahasa ini pun tidak faham.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Point of order.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, satu kenyataan yang refer kepada gender, satu jantina itu tidak kira lelaki atau perempuan, jantan atau betina adalah satu statement seksis. Ini dia.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Allah! Tidak ada, tidak adalah seksis.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dia sudah ke lain.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu sudah ke lain dah.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah. Yang Berhormat Kinabatangan duduklah Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu dah melencong jauh sudah.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Saya mohon penjelasan, saya mohon penjelasan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kuantan.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu melencong ke Lombok sudah. Point of order.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Saya pohon penjelasan Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak ada, tidak ada!

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Pertama, adakah benar bahawa The Standing Committee...

final • 12:30 PM

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Tuan Yang di-Pertua, kita teruskan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Adakah benar bahawa The Standing Committee sudah pun meluluskan amendment berkenaan dengan menggunakan seksis. Itu pertama, itu yang pertama.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

It is a different issue, a different issue.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang kedua, memang benar Menteri mengatakan bahawa dia bercakap dalam konteks anak jantan - berani, tetapi apabila Menteri mengatakan anak betina, itu salah, itu seksis.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia tidak salah. Kepada yang tidak berani, betinalah!

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Makna dia...

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Dan apabila Menteri juga berkata jantan atau betina itu binatang, Menteri juga...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

See, this is the problem.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Makna dia anak jantan atau anak betina, dia bukan hina wanita.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kepada kelompok yang berani, dia anak jantan.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang itu yang kita minta tarik balik. Yang itu saya refer kepada Tuan Yang di-Pertua. Apabila Menteri kemukakan betina kepada kami - belah sini, itu seksis.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dia punya regu. Kiri- kanan, jantan-betina. Biasalah.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Dia hendak kata dia jantan, tidak apalah...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia sudah perjelaskan Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Lelaki-perempuan, suami-isteri, siang-malam. Tidak akan itu tidak boleh?

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

...Saya refer kepada amendment to the status order.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mesti ada pasangan semuanya. Jantan umpamanya betina.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya rasa perkara ini sudah jelas Yang Berhormat ya. Cukuplah. Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas ya.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain diamlah.

Kita dengar Yang Berhormat Pasir Mas sekarang ya. Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sudah tarik balik ke belum?

Selagi tidak tarik balik kita tidak boleh biarkan, tidak boleh benarkan perkara ini.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kuala Krai boleh baliklah.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tarik balik sahaja, simple sahaja Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 12:30 PM

Tuan R.Sivarasa - Subang

Set a good example.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kalau betul-betul anak jantan, tarik baliklah.

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tidak hilang jantan. Anak jantan tetap jantan.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Apa takut hendak tarik balik kalau betul- betul anak jantan?

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dalam konteks bahasa, dalam konteks bahasa, Yang Berhormat tidak perlu tarik balik. Dia tidak ada niat jahat.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat. Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Susahlah kalau kita berbahas, Yang Berhormat tidak ada niat jahat, tidak boleh tarik balik. Benda itu tidak niat jahat.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain duduklah Yang Berhormat, cukuplah.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta Menteri bila cakap, bangun dan cakap. Ini semua wanita, no problem. Bangun, bangun cakap.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas, boleh mulalah Yang Berhormat ya. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Eh, tidak selesai lagi ini.

Mana boleh macam ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Menteri penakut.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

Menteri penakut tarik balik.

final • 12:30 PM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang

final • 12:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dilema seperti ini boleh menjurus ke arah konflik dan keganasan jika tidak ditangani secara tegas, bijaksana dan komprehensif. Contohnya, fenomena Hindraf tidak lama dahulu memang benar-benar mengguris hati Melayu, bumiputera dan Islam. Polemik mengenai ketuanan Melayu yang dicetuskan oleh segolongan komponen Barisan Nasional sendiri dan pembangkang di era pasca Pilihan raya Umum Keduabelas adalah satu lagi implikasinya.

Polemik keagamaan yang membabitkan penggunaan perkataan “Allah” dalam kitab Injil baru-baru ini adalah contoh terbaru yang menyemarakkan kemarahan umat Islam di Malaysia. Ironisnya, bila orang Melayu, umat Islam dan golongan bumiputera memberikan reaksi mereka terhadap seluruh fenomena berkenaan, mereka pun cepat-cepat dilabelkan oleh banyak pihak sebagai golongan yang tidak mempunyai toleransi, agama dan juga bersifat racist. Akan tetapi pihak yang mempersoalkan keistimewaan Melayu, keunggulan Islam dan keindukan bumiputera pula seolah-olah bebas daripada label racist dan ekstremis.

Perkembangan seperti ini amat membimbangkan Melayu, bumiputera dan umat Islam dan ia boleh menggugat keamanan negara pada masa akan datang.

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengambil kira NKRA iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara, juga dimasukkan mengenai dengan pencapaian kaum bumiputera dan orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi. Ianya hendaklah dipantau setiap masa seperti juga lain-lain bidang NKRA. Ini penting supaya bila tiba tahap tahun 2020, negara Malaysia menjadi sebuah negara maju dan kita lihat pembahagian kekayaan ekonomi negara diagihkan berdasarkan matlamat Dasar Ekonomi Baru 30:40:30.

Untuk itu, ianya mesti dimasukkan di bawah bidang NKRA.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya menyebutkan tadi mengenai dengan tuduhan-tuduhan yang mengatakan pihak setengah-setengah golongan tidak toleransi dan bersifat racist, terutama dituduh apabila ada NGO- NGO Melayu membangkitkan pandangan-pandangan mempertahankan apa yang ada dalam kerangka asas Perlembagaan Persekutuan. Saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1999 kita masih ingat 2,095 NGO, iaitu hampir dengan Pilihanraya Umum tahun 1999, pihak Suqiu telah menghimpun 2,095 pertubuhan NGO bukan Melayu mengemukakan 83 tuntutan di bawah 17 perkara.

Pada masa itu tidak ada pun di kalangan orang-orang Melayu bangkit menuduh mereka ini racist. Malah di kalangan mereka juga mereka tidak mengatakan mereka racist. Kita masih ingat Tuan Yang di-Pertua, dan masih menghantui kita iaitu sebuah, ada terdapat dua pertubuhan kuam Cina yang khususnya ingin menjaga kepentingan kedudukan Cina, iaitu Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong). Mereka kerap kali membuat kenyataan bersama sehingga dikenali sebagai Dong Jiao Zong.

Semua orang tahu aksi dan reaksi mereka dalam soal mempertahankan sekolah vernakular, sekolah jenis bahasa ibunda. Mereka melenting bila ada cadangan untuk mewujudkan sekolah wawasan ataupun sebagainya dalam usaha membawa integrasi nasional dan perpaduan kaum untuk masa hadapan. Ini semua mereka lakukan dan tidak ada sesiapa pun berani bercakap, tidak ada sesiapa yang berani menuduh mereka ini racist. Akan tetapi apabila terdapat di kalangan NGO Melayu menyuarakan pendapat-pendapat yang tidak keluar daripada Perlembagaan Persekutuan, mereka dituduh racist.

final • 12:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Inilah ironisnya. Inilah yang paling mendukacitakan. Mereka membuat tuduhan macam-macam termasuklah Yang Berhormat Ipoh Timur mengungkit soal kenyataan Datuk Nasir Safar. Kita hendak tanya apa pandangan mereka-mereka ini mengenai dengan ada seorang rakyat Malaysia yang mencemuh lagu Negaraku di negara Taiwan dahulu? Ada sesiapa membangkit perkara ini? Ada sesiapa minta supaya diambil tindakan? Macam-macam lagi kenyataan yang dibuat oleh mereka-mereka ini, Tuan Yang di-Pertua.

Saya menerima jawapan saya daripada Dewan Rakyat hari ini yang tidak naik yang saya tanya Menteri Dalam Negeri, soalan nombor 35. Sebagai bukti, saya tanya berapa banyak laporan polis dibuat bersabit dengan isu-isu yang sensitif ini? Melalui jawapan ini, semenjak bulan April 2008 hingga 31 Januari 2010 polis telah menerima 129 laporan daripada orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan berhubung dengan isu yang melibatkan agama Islam, bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu.

Daripada jumlah tersebut, lima laporan adalah mengenai Islam sebagai agama rasmi, 118 laporan mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu, enam laporan mengenai hak istimewa orang Melayu dan tiada kes lapor berhubung dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Hanya setakat ini dua sahaja telah didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, dan satu individu didakwa di bawah Seksyen 427 dan 447 Kanun Keseksaan. Sememangnya sukar untuk mendakwa mereka-mereka ini oleh kerana memerlukan bukti dan beyond reasonable doubt kalau di mahkamah.

Akan tetapi kenyataan-kenyataan seumpama ini sudah cukup menyemarakkan api perkauman. Ini yang saya hendak bangkit, Tuan Yang di- Pertua. Tidak ada makna negara kita maju, mencapai segala kejayaan untuk semua pihak kalau keamanan kita boleh terancam. Ini jelas apa yang berlaku, Tuan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur menyebut soal konsep 1Malaysia, mendesak supaya kerajaan menyatakan pendirian apakah rakyat Malaysia sebagai tunjang kepada 1Malaysia ataupun orang Melayu.

Kononnya, kenyataan ini saya lihat ada udang di sebalik batu. Dia kena faham bahawa 1Malaysia mengikut kefahaman saya Tuan Yang di-Pertua, iaitu ianya bukan berasingan dengan Perlembagaan Malaysia. Dalam konsep 1Malaysia semua rakyat diberi peluang untuk menikmati kekayaan, kemewahan, kesenangan mencari makan. Semua rakyat diberi peluang tanpa mengira kaum.

Akan tetapi dalam soal asas Perlembagaan Negara ini, ia sudah termaktub yang tidak boleh dipinda, tidak boleh disentuh sama sekali. Itu dua perbezaan di antara kerangka Perlembagaan Negara dengan konsep 1Malaysia. Sila rujuk buku yang ditulis oleh Tun Mohamed Suffian Hashim, dengan izin, ‘An Introduction to the Constitution of Malaysia’.

(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

final • 12:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak silap saya, muka lapan dalam buku tersebut menyatakan selepas peristiwa 13 Mei 1969, sekali lagi Parlimen inilah bersidang menguatkan lagi kedudukan Akta Hasutan. Di mana perkara-perkara yang saya sebutkan tadi bukan sahaja tidak boleh di bahas di dalam Dewan Rakyat, di luar Dewan Rakyat, di mana-mana sahaja dan siapa yang menyentuh perkara ini memang tertakluk di bawah Akta Hasutan.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur yang bercakap banyak sangat tentang perkara-perkara seumpama ini, sehingga menyentuh dalam portal- portalnya. Menuduh ada orang bercakap soal Melayu, syaitan dan sebagainya.

Saya hendak mengingatkan. Hendak saya mengingatkan supaya anak-anak muda

final • 12:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

orang Melayu ingat peristiwa 13 Mei. Apa berlaku semasa 13 Mei? Rentetan daripada 13 Mei, 9 Mei dan 12 Mei ada perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur mengiringi mendiang S.S. Lim tetapi pada peristiwa tersebut kalau tidak silap saya, 10 hari bulan, siapakah yang membakar Perlembagaan Malaysia? Siapakah yang membakar bendera Malaysia? Yang hadir yang saya tahu Mendiang Tan Chee Khoon dan juga kalau tidak silap sayalah, saya bukan hendak membuat tuduhan tetapi kena tanya Ahli Parlimen Ipoh Timur. Peristiwa ini masih lagi menjadi hantu kepada rakyat Malaysia.

Sebab itu kita tidak mahu perkara-perkara ini diungkit lagi. Diperbesar- besarkan lagi sebab segala-galanya ialah soal keselamatan dan keamanan negara. Jadi saya sudah menyebut perkara ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat tindakan-tindakan kerajaan walaupun sudah diambil tindakan, tetapi belum lagi mencukupi dan tidak memperlihatkan ketegasan. Malah tindakan-tindakan yang lebih tegas sepatutnya diambil bagi membendung perkara ini sebelum berlaku, sebelum sesuatu yang tidak baik berlaku, Tuan Yang di-Pertua.

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masuk kepada perkara yang kedua. Ini perkara besar, ini. Perkara ini juga membabitkan soal mengenai dengan pengurusan sistem perundangan negara kita. Isu ini terlalu besar. Yang saya hendak dedahkan dan beberapa perkara akan saya serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana kita semua tahu di antara asas yang penting di dalam sesebuah negara Demokrasi Berparlimen ialah pengasingan kuasa termasuklah Parlimen, legislature dan juga pihak eksekutif.

Selama ini, pihak pembangkang terutamanya dan semua sekali mahu melihat sistem kehakiman kita berjalan dengan baik tanpa diganggu gugat, telus dan dihormati oleh semua pihak. Maka sesudah itu, beberapa langkah telah dibuat yang saya juga turut memberi perhatian dan mengalu-alukan sesudah Suruhanjaya Pelantikan Hakim-hakim dibentuk. Namun yang masih menjadi masalah Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai dengan isu penghinaan mahkamah, di mana ada kes-kes yang sedang dibicarakan, di mahkamah ada pihak membawa kes-kes ini di jalan-jalan raya. Cuba hendak mempertahankan diri, cuba hendak memperkatakan bahawa dirinya tidak salah dan cuba mencipta satu persepsi di kalangan rakyat Malaysia, ini adalah konspirasi kedua.

Saya hendak merujuk Tuan Yang di-Pertua, kes yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang. Kes ini di mahkamah. Saya tidak menyentuh soal detail kes. Saya hanya hendak bercakap tentang bagaimana berlaku proses penghinaan terhadap mahkamah yang harus ditangani dengan segera. Saya kira apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh, tindak tanduknya dalam kes ini benar-benar sudah menggugat keamanan negara daripada dalam dan juga luar negara. Ia menggugat sistem kehakiman negara.

Saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua, pertama. Saya hendak sebut contoh, iaitu saya mendapat dua salinan surat yang di edar di merata-rata tempat termasuk di masjid-masjid. Surat yang pertama, 28 Julai 2008 ditandatangani oleh Datuk Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat. Beliau telah pun keluar daripada PKR. Surat yang kedua saya terima risalah, yang saya diberitahu risalah ini dicetak tidak kurang daripada sejuta helai. Di edar pada 12 Mac 2010 ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang. Dia sudah keluar, kalau tidak saya hendak tanya dia ini. Ada mukadimahnya.

Dalam dua surat ini, dilampirkan Tuan Yang di-Pertua, salinan daripada hospital yang menghujahkan kononnya Ketua Pembangkang tidak melakukan

final • 12:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

liwat dengan Mohd. Saiful. Edaran dan maklumat ini Tuan Yang di-Pertua, boleh menjejaskan perjalanan kes ini di mahkamah sebab ia merupakan dokumen kerajaan. Betul atau tidak, saya tidak tahu. Sehinggakan salah satu yang diedar pada 12 Mac 2010 ada di cop “Rahsia”, Tuan Yang di-Pertua. Ada ulasan di depan “Anwar, mangsa pendakwaan yang rakus” dan ada surat prakata oleh Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Machang.

Saya hendak minta pihak kerajaan menyiasat perkara ini dan tentu orang kampung keliru dengan edaran sejuta risalah ini sebab kononnya Dato’ Seri Anwar dianiaya dan tidak bersalah. Malangnya Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti edaran ini, di mana mereka ini tidak memberi hujah yang sepatutnya dibaca sekali iaitu di bawah summary dengan izin, “The present of male DNA type from swab B5, B7, B8 and B9 are best interpreted with the identification of decide of sampling”.

Maknanya, laporan hospital ini kalau benar pun atau tidak, saya tidak tahu. Katalah benar, ia mesti dibaca dengan laporan DNA yang dikeluarkan oleh Hospital Besar Kuala Lumpur tetapi orang kampung naif. Orang kampung tidak tahu. Mereka mengatakan ini adalah satu lagi konspirasi ciptaan kedua untuk hendak membunuh politik Ketua Pembangkang. Ini saya percaya betul-betul contempt of court. Ini saya percaya betul-betul menghina mahkamah. Kalau inilah sistem keluhuran, pengurusan kehakiman negara, kita di mana belum lagi bicara, sudah ada pihak membuat keputusan “aku tidak bersalah” dan memanipulasikan banyak perkara lagi.

Saya ada surat yang saya terima daripada Michael Danby dari Australia.

Namun sebelum itu, saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, satu lagi percubaan dibuat iaitu mengenai dengan mengguna dan menyalahgunakan nama baik seorang ulama besar Islam iaitu Yusuf Al-Qardhawi. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada surat ini yang diedar, ada lagi yang dibuat iaitu satu kaset. Fatwa mutakhir Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa ini dalam kaset dan VCD Tuan Yang di- Pertua, saya sudah dapat penterjemahannya yang dibuat di Qatar. Rakaman di kediaman Sheikh Al-Qardhawi, Doha, Qatar, 14 Februari 2010. Saya percaya semua ini diatur, di orchestrate, dipergunakan untuk membersihkan diri sebelum selesai mahkamah menjalankan pendakwaan dan perbicaraan. Dalam tape ini, saya baca transkripnya, Tuan Yang di-Pertua.

Memanglah bila ditanya oleh pihak wartawan yang diatur di rumah Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, bagaimanakah dari segi hukum dan pandangan Islam kalau seseorang membuat tuduhan tanpa saksi empat orang dan seumpamanya. Maka tentu Yusuf Al-Qardhawi menjawab orang ini boleh dirujuk kepada khazaf kerana membuat fitnah tetapi dalam konteks mana? Mungkin Yusuf Al-Qardhawi tidak tahu apa gunanya kes, maklumat yang detail, yang ada pada pihak polis yang di mana perbicaraan belum selesai namun dia ke depan, step a head. Maknanya pintas. Jalan pintas dengan mengatakan mana ada bukti. Sebab itu dia hendak supaya Mohd. Saiful dirujuk di bawah khazaf.

Saya sudah baca maklumat keterangan yang dibuat oleh pihak-pihak keterangan yang dibuat oleh pihak-pihak berkenaan, oleh ulama-ulama muktabar bersabit dengan khazaf di mana seseorang itu boleh atau tidak di bawah kes kazab ataupun di bawah yang dikatakan rogol ataupun liwat. Jadi ini semua kalau saya sebut panjang lebar Tuan Yang di-Pertua, tetapi perkara ini mesti diperjelaskan kerana nama baik Yusuf Al-Qardhawi digunakan dengan begitu rupa untuk menutup kesalahan ataupun kelemahan diri. Biarlah mahkamah dulu selesai menjalankan perbicaraan yang ada sekarang.

final • 12:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. Saya hendak jelaskan di sini mengenai dengan yang disebut kazab yang diuar-uarkan ini hanya sebab mereka tahu bahawa Mohd Saiful tidak boleh membawa empat saksi dan kes ini boleh dibicarakan dalam konteks Perlembagaan Malaysia, boleh dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah. Dalam soal konteks empat saksi, namun dalam dunia sekarang Tuan Yang di-Pertua, bukti- bukti boleh digunakan dalam banyak cara. Zaman dulu tidak ada sains dan teknologi menggunakan DNA. Ini sudah dibolehkan sebab pandangan ulama muktabar mengatakan Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat, jam sudah pukul satu, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya sambung nanti, insya-Allah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Berapa minit lagi ada, Yang Berhormat?

final • 12:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tidak tahu sebab tadi kerana gangguan ada banyak, saya akan cuba secekap mungkin. Saya selalu bekerjasama, Tuan Yang di-Pertua tetapi saya kena bawa perkara-perkara yang penting untuk...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, oleh kerana kita tadi sudah kehilangan masa pada awalnya...

final • 12:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Bukan salah saya. Saya tidak ganggu pun.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya faham, Yang Berhormat. Saya faham. Jadi kalau Yang Berhormat boleh kerjasama.

final • 12:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya akan cuba, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sambung selepas pukul 2.30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat sesi pagi kita tangguhkan dahulu dan mesyuarat pada hari ini disambung semula pada 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) Timbalan Yang di-

final • 12:50 PM

Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas untuk menyambung perbahasan.

final • 12:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sambung perbahasan Titah Diraja. Tadi saya mengemukakan dua kes yang besar iaitu pertamanya mengenai dengan risalah yang diedarkan untuk menafikan mengenai dengan laporan oleh Saiful Bukhari iaitu perbicaraan liwat ke atas Ketua Pembangkang dan juga mengenai dengan video ulama besar Yusof Al-Qardhawi.

Jadi kedua-dua ini Tuan Yang di-Pertua dibuat untuk mencipta di kalangan pemikiran rakyat Malaysia satu persepsi bahawasanya Ketua Pembangkang

final • 2:32 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

dizalimi. Kononnya ini merupakan konspirasi kedua oleh pihak kerajaan. Jadi oleh kerana saya tidak ada ruang yang panjang untuk membaca satu-persatu, saya akan serah kepada Tuan Yang di-Pertua untuk dijadikan sebahagian daripada ucapan saya iaitu kandungan kaset Yusof Al-Qardhawi yang disalahgunakan dan disalah tafsir; dan juga risalah sejuta yang diedarkan di seluruh masjid dan di seluruh negara.

Saya hendak minta pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menyiasat kerana ini ada hubung kait dengan isu penghinaan terhadap mahkamah. Jadi kalau ini berterusan maka sistem perundangan negara kita jadi mockery, diketawakan. Jawapan kekeliruan tentang kazab, satu penjelasan berpandukan pandangan ulama muktabar juga saya akan serah kepada Tuan Yang di-Pertua untuk dijadikan sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada isu ini saya menganggap bahawa tindak-tanduk Ketua Pembangkang dalam menangani isu kes liwatnya sudah benar-benar mengancam keselamatan negara. Oleh itu mengambil kira pandangan yang dikemukakan, yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru bersabit dengan “peristiwa 16 September” dan mengambil kira nama Yang di- Pertuan Agong, Ketua Polis, tentera dan pihak-pihak diseret sama semuanya ini, saya ingin mencadangkan apa kiranya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja ataupun melahirkan ‘kertas putih’ ataupun mengadakan inkues bagi membuat penyiasatan melalui Suruhanjaya Diraja ataupun melalui ‘kertas putih’ mendedahkan siapakah sebenarnya Ketua Pembangkang ini kerana beliau sudah mengambil tindakan yang merosak sistem kehakiman negara. Tidak pernah ada orang buat seumpama ini.

Saya masih ingat Allahyarham Dato’ Harun Idris, Ketua Pemuda UMNO satu ketika dahulu yang cukup berpengaruh dan mempunyai ramai penyokong.

Apabila beliau didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah hasil daripada pertandingan Ali dan Joe Bugner beliau dihadapkan ke mahkamah. Akan tetapi pada waktu itu Dato’ Harun tidak menggunakan pengaruh dan penyokong- penyokongnya bagi mengganggu perjalanan pendakwaan di mahkamah. Begitu juga pengalaman yang dialami oleh bekas Menteri, Dato’ Mokhtar Hashim. Akan tetapi pada masa yang sama beliau menuduh pihak sistem kehakiman tidak betul, tidak telus dan tidak adil tetapi belum kes ini dibicarakan beliau telah melakukan berbagai-bagai perkara. Jadi elok juga saya cadangkan kalau boleh pihak kerajaan mengaturkan pertemuan saudara Saiful Bukhari supaya dibawa ke Doha, dipertemukan dengan ulama besar Yusof Al-Qardhawi supaya saudara Saiful dapat bercerita secara peribadi kepada Yusof al- Qaradawi apa yang berlaku dan tertimpa ke atas dirinya kerana beliau selama ini sudah pun melakukan sumpah di Masjid Negara.

Jadi ini semua perlu dilakukan bagi membetulkan persepsi dan tanggapan rakyat yang tidak benar bahawa Ketua Pembangkang ini dizalimi, hendak dibunuh karier politiknya tetapi ianya semata-mata tindakan peribadi menggunakan semua pihak sehingga sistem kehakiman negara dan negara turut terancam dalam dan luar.

Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja setakat ini dilibatkan juga pihak-pihak luar untuk mencampuri urusan kehakiman negara kita. Kita semua tahu sebelum ini ada 40 hingga 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michael Danby kononnya menuduh bahawa perbicaraan ini juga satu ciptaan untuk membunuh karier Ketua Pembangkang.

Saya ada menulis surat kepada Michael Danby bertarikh 18 Februari.

Kemudian Michael Danby – saya mengatakan dalam surat saya ianya tidak ada

final • 2:32 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

kena-mengena dengan mana-mana pihak. Kes ini dibawa ke mahkamah oleh kerana seorang rakyat Malaysia membuat aduan bahawa dia telah dianiayai dan dia perlu kepada keadilan dan dia minta dibicarakan supaya kebenaran dapat didedahkan. Beliau meminta supaya beliau dapat kebenaran sebagai orang yang dianiayai dan orang yang telah menerima akibat daripada apa yang disebutkan selama ini.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, Michael Danby kemudian menjawab kepada saya. Saya bacakan. Kita fair supaya semua orang tahu ini pandangan Ahli Parlimen Australia yang dikatakan bertamadun, dengan izin. Panjang juga.

Saya hendak ambil bahagian-bahagian tertentu, Tuan Yang di-Pertua.

“Michael Danby, Federal Member for Melbourne Ports - Dear Ibrahim Ali, Member of Parliament” Dialamatkan ke pejabat saya. Dia sebut di sini, “Members of the Australian Parliament have no desire…”, katanya, “...to interfere in Malaysia’s internal affairs. But equally we feel an obligation to act to uphold human rights in our region, and to protest against human rights violations, whether these are in China, Burma or North Korea or in any other country. I hope members of the Malaysian Parliament feel the same obligation.

I want to stress that it is because of our admiration for Malaysian democracy that we feel the need to express our concern at the damage that this case is doing to Malaysia’s reputation. We are not surprised by abuses of the law in dictatorships.” Ini, ayat ini, “But we are disappointed that in a democratic country the law is being used as a device to try to drive an opposition leader out of public life.” Ini tuduhannya, “You will be aware that many other foreign observers, such as the late Indonesian President Abdurrahman Wahid, former US Vice- President Al Gore, Senator John Kerry and former US Supreme Court Justice Sandra Day O’ Connor, have also voiced their concerns about the repeated prosecution of Datuk Seri Anwar Ibrahim, as have prominent Malaysian politicians such as Lim Kit Siang, Karpal Singh and Tengku Razaleigh bin Hamzah.

final • 2:32 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

You will also be aware that Anwar Ibrahim recently visited Qatar, where he was received by the Emir, His Highness Sheikh Khalifa bin Hamad al-Thani. I find it hard to believe that such an eminent Muslim leader would have received Anwar Ibrahim if he had believed there was any truth to the charges being levelled against him.

Ini gambaran yang diberi kepada Michael Danby. “I’m afraid I cannot accept your assertion that the repeated prosecution of Anwar Ibrahim is a “personel case”. I and other Members of the Australian Parliament are well aware of the history of this matter. We are aware of the abuse of police powers, such as the coercion of Dr Munawar Anees as recently described in the Wall Street Journal. We are aware of the involvement of senior figures in past and present UMNO governments, particularly former Prime Minister Tun Mahathir bin Mohamad, in bringing these charges against Anwar Ibrahim. Ini katanya. Saya jawab, Tuan Yang di-Pertua kepada Michael Danby.

“I received your reply” dengan izin “...to my letter dated 14 March 2010. I truly appreciate you for taking some time off your busy schedule in writing down your stand on Anwar Ibrahim’s issues. I truly appreciate and admire your straight- forward and frank opinions and views on the issue. And I take it, as you wrote in

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

your reply that the stand, views and opinions are not yours alone but that of you and other Members of Australian Parliament, minus of course, your Prime Minister.

In appreciating your reply, I am also struck dumb by the tone of your letter which, to me, reflects your arrogance in wanting, probably attempting to impose your opinions, views and stand on the issue. I understand your concern in upholding human rights in the region which in fact, on the very same platform on why I stand right now and before which I had stated in my letter to you dated 18 February 2010.

Your opinion as you assumed in this issue that charging Anwar is a violation of human rights and I respect your stand while at the same time wonder why similar stand is not propagated in championing the cause of the aborigines in your country.

On the same platform, I ask whether have you ever put a thought that the complainant in this case, the person who claimed Anwar had sodomised him also has the right to be heard? Have you ever put a thought that it is also the right of the complainant to bring the case to court under a truly democratic process and following the rule of law?

I would put it that you and your colleagues, who are deemed intelligent, civilized and advocates of human rights are bias in ‘jumping’ into a conclusion while the court is just beginning to hear the case?

Do you, as a law-maker, think it is right to prejudge any case, even if your friend is involved, before the court starts its trial? This, of course will happen if you are ignorant of the rule of law or you are simply bias and possesses a prejudice mind.

You mentioned in your reply that you and your colleagues were surprised by the abuses of the law in dictatorship. I presume, correct me if I am wrong, you and your colleagues are reffering to Malaysia’s present leader Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, because your continuing sentence that you wrote was you and your colleagues were disappointed that in a democratic country, the law is being used as a device to try to drive an opposition leader out of public life.

I take it you meant the present ruling government is abusing its powers in terminating an opposition leader through devious political means.

I consider your statement as reflecting your ignorance of democracy in Malaysia and the multi-racial composition of its population as well as multi-religious existence.

Arrogance and ignorance had truly override your mental capability as reflected in your reply. As for me, I consider your opinions, views and stand as contained in your reply as nonsensical, devoid of intelligence, lack of deep knowledge and smack of devious mind except for emotional feelings controlled by an arrogant attitude.

You truly have forgotten, I think, that no one is above the law whether in Malaysia of... well... I do not know your country Australia.

You also mentioned that it was hard to believe the charges leveled against Anwar when he was received by His Highness Sheikh Khalifa bin Hamad al Thani when he visited Qatar recently.

Again, you ‘jumped the gun’ and went on presumption, as a level-headed, civilized, intelligent law-maker of a country like Australia. How come you and your

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

colleagues had never thought of allowing justice to take its cause and in this case allowing the complainant to also have his side of the story heard?” Tuan Yang di-Pertua, “...Have you and your colleagues ever thought of allowing the court to hear the case and decide? Or would you and your colleagues tell me that in your country, the courts will not hear any case brought about by any complainant against the opposition leader?

I write this down because you mentioned in your reply that you cannot accept the repeated prosecution of Anwar Ibrahim as a ‘personal case’.

You also mentioned you and your colleagues were well aware of abuses of police powers, such as the coercion of Dr Munawar Anees as well as the involvement of senior figures in past and present UMNO government in particular former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in bringing the charges.

Again, I stress here that you are ‘cooking up’ stories to cover your ignorance of the issue. If you truly possessed the knowledge and history of Malaysian politics right up to the time of Anwar was expelled from his Deputy Prime Minister’s post, you would have known that Tun Dr Mahathir had in fact side-stepped, over-stepped and did whatever possible, to promote Anwar to that position.

Sadly to say, what happened to Anwar was his own doing and whether he is innocent or not is up to the court to decide and as a Muslim myself, I believe Allah will reveal the truth in whatever ways and means and I am sure your religion preaches similar principles. Worse off is to make wild and unfounded allegations of abuses of power and dictatorial acts.

So as a civilized human being, we should not prejudge nor make presumption, I would suggest you and your colleagues to think out of the box and see things in a different perspective so as to keep up with development around neighbouring countries and the world.” Akhir sekali for your information, “... I had gone through your website and judging from what I saw and read about you, and if my observation is not wrong, I assume that your act in defending Anwar is likened to ‘birds of same feathers flock together’.” Saya buka laman website Michael Danby. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua. Saya ada gambar-gambar yang saya buka dalam website. Letter and Danby, your choice for Melbourne Ports. Saya buka lagi, Michael Danby records on gay and lesbians rights. 203 – Rainbow Award iaitu Rainbow Award yang dihadiri oleh gay-gay di Australia di mana Michael Danby adalah orang yang paling utama. Round about dodges UN decision...all these stuffs.

All unit is love, macam-macam. Sini ada pula soal jawab. Same sex discrimination dan kalau tuan-tuan baca, Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh melawat, layari Michael Danby punya website, Yang Berhormat akan mengetahui siapakah Michael Danby ini? Iaitu penglibatan beliau dengan the gay club di Australia dan saya tidak hairanlah kalau dia tampil ke hadapan membuat berbagai- bagai tuduhan terhadap Kerajaan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut di sini Michael Danby mengikut apa yang saya dapat daripada website adalah daripada bangsa Yahudi dan penyokong kuat negara Israel. Juga merupakan pejuang hak asasi kaum gay lesbian. Beliau juga mempertikaikan tindakan Dr. Mahathir yang mempertahankan

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

negara Palestin dan mengecam Israel. Kedua, geng dia ini, Malcolm Turnbull telah menyokong permohonan untuk menggugurkan kandungan bayi. Ketiga, Bob Brown merupakan seorang gay yang pertama di Parlimen Australia.

Beliau menetap di Harvard dengan Paul Thomas, rakan gay beliau sejak tahun 1966. Bob Brown tidak percaya dengan kewujudan tuhan ataupun atheis.

Mr. David said, “The Malaysia High Commissioner, dengan izin was well aware, that there was a white spectrum of oppinion Australia and the letter was not intended to influent the diplomatic nation. We hope to solve people Malaysia and the position that we care.” Katanyalah dalam website nya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini adalah maklumat-maklumat yang mungkin rakyat Malaysia tidak mengetahui, rakyat Malaysia ignorance apatah lagi orang kampung apabila kes pembicaraan itu dibawa di jalan-jalan raya seperti yang saya sebutkan tadi. Jadi sudah cukuplah kalau kita kumpulkan tindak-tanduknya ini seperti yang didedah saya ulang balik Ahli Parlimen Bayan Baru,mengenai dengan peristiwa 16 September.

Nama Agong, nama Ketua Turus Tentera diseret kemudiannya cerita APCO yang menjadi heboh pada pagi ini didedahkan penafiannya oleh Ahli Parlimen Rembau dan juga apa yang saya kemukakan tadi, kaset yang dipergunakan oleh tokoh ulama besar Yusof al-Qardhawi dan risalah yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Parti KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Machang betul-betul merupakan penghinaan terhadap mahkamah. Jadi kalau ini berterusan, bagaimana negara kita boleh berjalan dengan baik? Bagaimana rakyat boleh memberi penghormatan kepada sistem kehakiman negara kita?

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak ada siapa yang above the law. Malah di negara kita juga ada mahkamah khas untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Sampai ke peringkat itu. Jadi orang lain boleh didakwa di mahkamah, orang lain tidak boleh sebab kononnya dia tidak bersalah. Jadi inilah satu ironi yang cukup mengaibkan. Oleh sebab itu saya katakan tadi wajar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat ataupun kertas putih supaya kita dapat betulkan persepsi rakyat, betulkan fikiran rakyat ini kononnya Ketua Pembangkang ini adalah seorang tokoh yang cukup bersih, hebat dan dia sahajalah yang dapat menyelamatkan negara Malaysia. Orang lain tidak layak menjadi Perdana Menteri dan tidak patut diberikan peluang. Selagi dia tidak menjadi Perdana Menteri, selagi itulah ianya menghantui rakyat Malaysia dan selagi itulah isu ini akan terus berlaku. Saya tidak tahu bagaimanakah perjalanan mahkamah pada masa akan datang. Dia diberi kesempatan, orang lain pula didakwa di mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, pasport dirampas tetapi dia, pasport tidak dicompounded. Dalam perbicaraan boleh melawat di seluruh dunia manakala orang lain pasport pun kena rampas. Begitu sekali pihak kerajaan memberi kerjasama dan kerajaan saya tahu dalam keadaan serba salah. Mengambil tindakan dikatakan zalim, tidak ambil tindakan inilah jadinya. Jadi yang pentingnya bagaimana hendak betulkan persepsi dan pandangan rakyat mengenai dengan perangai tindak tanduk Ketua Pembangkang ini. Ini bukan soal personal, saya tidak ada personal tetapi saya bercakap soal rule of law. Jadi kalau kita sendiri pun kena, kita mesti tertakluk kepada rule of law. Jangan kita emosional. Kalau kita sebagai orang Islam, saya bercakap tadi pun sebagai seorang Islam, kita bercakap ialah kerana Allah Taala.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Boleh saya bertanya?

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya Yang Berhormat Pasir Mas. Bukankah ini satu cara, cara pre- emptive pihak yang dimaksudkan Yang Berhormat tadi supaya apabila sampainya keputusan mahkamah kelak rakyat sudah tidak percaya kepada mahkamah. Kemungkinan ini matlamat yang sebenar yang dilaksanakan pada hari ini. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Padang Besar.

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya setuju dengan pandangan Ahli Parlimen Padang Besar sebab tujuannya ialah untuk menanam, saya ulang balik persepsi di kalangan rakyat Malaysia bahawa kes yang kedua ini adalah satu perancangan. Konspirasi kedua dia dizalimi dan dia orang bersih, dia tidak bersalah. Ini yang dia hendak tanam dan inilah modal kempennya untuk pilihan raya ke-13. Jadi ini dijaja di merata tempat dalam ceramah-ceramah umum, kita tahu kes ini sedang dibicarakan di mahkamah dan ianya contempt of court. Akan tetapi kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.

Ini yang saya kesal dan kerajaan pun tidak tahu macam mana hendak ambil tindakan. Jadi ini memalukan. Sistem perundangan kita rosak dan musnah akibat daripada perbuatan ini. Oleh sebab itu saya bandingkan dengan Allahyarham Dato’ Harun dahulu. Saya bandingkan dengan kes Datuk Mokhtar.

Banyak lagi pemimpin-pemimpin lain yang dihadapkan di mahkamah tetapi mereka melalui proses mahkamah dengan penuh tenang. Kita kena percaya kepada Allah SWT satu hari nanti Allah Taala akan membuktikan siapa yang benar dan siapa yang tidak benar. Kita bercakap Tuan Yang di-Pertua, betul-betul kerana, saya bercakap saya paksa diri saya bercakap sebab sebagai Ahli Parlimen saya bertanggungjawab. Sebagai orang Islam saya turut bertanggungjawab dan juga sebagai rakyat saya turut bertanggungjawab. Saya tidak memihak kepada mana-mana tetapi saya berpegang kepada doa iktikad kita, yang selalu kita baca dalam sembahyang dan yang selalu kita sebut dalam sembahyang.

Tuan Yang di-Pertua, apa pun kita buat dalam hidup ini, sembahyang kita, hidup kita, mati kita kerana Allah Taala bukan kerana kepentingan mana-mana parti politik. Amin. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya harap perkara-perkara yang saya dedahkan ini supaya mendapat perhatian dan bagaimana cara kerajaan hendak menangani isu ini terpulang kepada pihak kerajaan. Akan tetapi sebaran- sebaran yang dibuat cukup dahsyat. Saya pergi mendengar setengah-tengah ceramah dalam kereta, saya buka skrin Tuan Yang di-Pertua dan saya dengar bagaimana proses perbicaraan itu disebut di dalam ucapan-ucapan yang memang tidak boleh dari segi contempt of court, macam mana kita boleh prejudge.

Jadi itu sahajalah dalam bab ini yang saya hendak bangkitkan dan saya ulang balik selain daripada cadangan Suruhanjaya Diraja, saya hendak minta kalau boleh dan saya percaya kalau pihak kerajaan mengatur tidak ada salahnya membawa Saiful bertemu dengan ulama besar – Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, biar Saiful bercakap dengan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi cerita yang sebenarnya dan mengangkat sumpah di depan ulama besar – Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi ini sebab ucapan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kaset yang diedarkan memang dirancang, diplan begitu rupa, dibuat di Doha bawa kembali ke Malaysia, edar di

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

seluruh negara dan ini cukup bahaya kepada keselamatan dan keamanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, habis sudah bab ini. Saya hendak merujuk kepada beberapa perkara dan isu-isu yang saya cuba secepat mungkin, saya tidak mahu membuang masa Parlimen. Beri peluang kepada rakan- rakan lain. Tadi pun sudah satu jam lebih, sudah habis masa.

Saya hendak rujuk kepada isu hal-hal ekonomi secara spesifik. Pertama, Tuan Yang di-Pertua mengenai dengan isu AP. Saya telah didatangi oleh rombongan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia malah membuat surat rasmi kepada saya meminta saya membawa ke Parlimen.

Sebelum ini kita menyokong langkah kerajaan mengenakan AP RM10,000 kepada sesiapa sahaja dan AP ini dimasukkan tabung untuk bantuan pendidikan anak- anak Malaysia. Mereka sekarang ini menghadapi masalah sebab katanya kalau ini dilaksanakan bagi mereka yang memegang AP. Dikatakan di sini bayangkan kalau syarikat mempunyai 500 AP sejumlah RM5 juta perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kereta sampai, bagaimanakah cara kerajaan memupuk keusahawanan di kalangan bumiputera? Sedarkah bahawa caj yang dikenakan secara keseluruhannya adalah jauh lebih tinggi daripada cukai korporat yang perlu dibayar oleh syarikat setiap tahun?

Perkara kedua, bagaimana tentang kereta-kereta baru yang diimport oleh syarikat-syarikat gergasi besar termasuk GLC. Apakah mereka ini tidak terlibat dalam industri automotif? Mereka melahirkan rasa tidak senang hati kerana pada masa ini ada 98 syarikat bumiputera yang terlibat di dalam perniagaan ini terpaksa tutup kedai bila tiba menjelang tahun 2015 apabila AP ini dihapuskan.

Persoalannya 816 AP yang dikeluarkan oleh kerajaan mengapa AP ini sahaja yang satu-satunya dikeluarkan untuk menolong bumiputera bertapak dalam bidang automotif perlu dihapuskan? Jadi minta perkara ini dikaji semula. Boleh dikekalkan RM10,000 itu tetapi bagaimana pihak pengimport kenderaan bumiputera ini hendak terus hidup dan berdaya saing? Ini yang saya katakan di dalam model ekonomi baru, affirmative action. Tindakan kesungguhan mesti dilangsungkan bersama bagi menentukan di mana-mana bidang yang perlu kepada bimbingan dan ruang masa yang cukup patut diberi. Saya harap pihak kerajaan dapatlah memberi perhatian Kementerian Perdagangan (MITI) terhadap rungutan yang dibangkit oleh pihak MITI.

Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan di sini mengenai pendidikan iaitu isu GSTT - Guru Sandaran Tidak Terlatih. Saya hendak cadangkan secara ringkas apa kata kalau kerajaan boleh mempertimbangkan guru-guru GSTT ini yang sudah mengajar tiga tahun, mereka diserap ke jawatan tetap. Ini kerana pada masa ini yang diserap ke jawatan tetap ialah melalui proses pengambilan guru melalui KPLI dan juga DPLI. Ada juga hujah-hujah yang saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua. Guru sandaran yang tidak terlatih yang mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga tahun telah terbukti mempunyai minat mendalam dalam bidang perguruan.

Tempoh kontrak GSTT umumnya tamat dalam masa setahun. GSTT yang tidak menunjukkan minat dan komitmen tidak disambung kontrak. Jadi tempoh tiga tahun sudah cukup untuk membuktikan minat dan kemampuan mereka sebagai guru tambahan pula minat dan kesungguhan sebenarnya tidak dapat dikesan semasa sesi interview yang singkat. Akan tetapi dalam tempoh tiga tahun tiada siapa boleh berpura-pura tentang minat dan sikap mereka yang sebenar. Ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan kerana kita lihat sekarang ini, sebagaimana pengambilan guru tetap (GT) sahaja diserap oleh pihak sekolah dan pihak

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

pelajaran daerah. Malahan kualiti kerja mereka turut dinilai melalui borang penilaian prestasi. Ada kalanya markah penilaian prestasi mereka lebih tinggi daripada sebahagian guru tetap. Di samping itu ada dalam kalangan GSTT turut melaksanakan tugas penting seperti ketua panitia dan juga jurulatih utama. Jadi langkah untuk memberi latihan perguruan dan seterusnya menyerap mereka ke jawatan tetap lebih efektif berbanding mengambil guru melalui KPLI dan DPLI kerana GSTT ini telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja berijazah tetapi mereka boleh memainkan peranan sebagai pendidik dengan baik dan juga berkesan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, guru melalui KPLI dan DPLI ini juga digunakan kriteria melalui CGPA yang tinggi tanpa membuktikan minat mendalam dalam bidang perguruan.

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

CGPA minimum yang disyaratkan adalah 2.75 tanpa mengira ijazah yang dimiliki. Pemohon adalah tidak adil untuk meletakkan syarat CGPA yang sama antara Ijazah Sains, Kemanusiaan dan Kemasyarakatan dengan Ijazah Kejuruteraan atau pun Perakaunan. Jadi, saya bangkitkan perkara ini secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, sebab saya bertemu dengan guru-guru ini dan mereka minta saya menyampaikan pandangan dan kebetulan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran ada di sini.

Jadi Yang di-Pertua, selain daripada itu, ini sekadar sungutan.

Kementerian Pelajaran, fungsinya ialah untuk melahirkan modal insan, meningkatkan mutu pendidikan dan urusan-urusan pembinaan sekolah-sekolah.

Saya pun tidak tahu selama ini rupanya urusan pembinaan sekolah ini dibuat sendiri oleh pihak Kementerian Pelajaran. Setahu kita ada Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya adalah bertanggungjawab membina, menyelaras, menyelia dan maintain segala bangunan-bangunan kerajaan. Rupa-rupanya pembinaan sekolah-sekolah ini juga dibuat oleh Kementerian Pelajaran.

Jadi, maknanya Kementerian Pelajaran ada cawangan JKR yang sibuk dengan pembinaan. Saya rasa kalau bolehlah pihak kerajaan pertimbangkan balik supaya Kementerian Pelajaran betul-betul fokus dalam soal bina insan ini mengenai dengan pendidikan dan urusan pengurusan pelaksanaan projek-projek ini diserahkan kepada JKR tetapi dipantau dan penyelarasannya juga dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran yang kebetulan juga Menteri Pelajaran adalah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Jadi, segala-galanya di bawah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya hendak rujuk juga kepada satu kenyataan The Star 15.3.2010, “Police: Penang a gay sex service hub”, dalam The Star. “Petaling Jaya: Penang is becoming a hub for commercial gay sex services and the local councils seems to encourage it, police claim.” Polis mengaku. Saya terperanjat baca kenyataan ini. “Penang Police Chief Deputy Commissioner, Datuk Wira Ayub Yaakub said police had raided health and fitness centres that were being used as a front for gay sex services over the past couple of years. Although, we have forwarded our recommendations to the local councils not to renew the operators’ permit, we find the centres still in operation.” Ini aktiviti seks gay ini. “Because of local authorities’ inaction, the operators' have become big headed, acting as if they are above the law, said DCP Ayub in an interview. For instance, he said police raided a health club in Pulau Tikus about a month ago, but business was still continuing. In fact, all the premises that we have raided are still

final • 3:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

carrying on with their businesses, he said. Adding that, police had identified at least five health clubs catering to gay activities in Fettes Park, Pulau Tikus, Bagan Jermal and Seberang Jaya. We should not allow such unhealthy culture to thrive here.” Saya minta Menteri Dalam Negeri menjawab dan apakah tindakannya sebab ianya cukup-cukup memalukan dan kalau ini berlaku.

final • 3:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat ...

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak payahlah, saya hendak habis dah.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak merujuk kepada isu Telekom. Saya tidak tahu kementerian mana hendak jawab. Kementerian Telekomunikasi atau pun Kementerian Kewangan. Saya baca dalam akhbar, Telekom menaja peralatan untuk Manchester United. Saya tidak tahu berapa banyak, apakah melibatkan wang dan keluar dalam surat khabar gambar Telekom menaja Manchester United. Apa relevan pun saya tidak tahu.

Hendak mempublisitikan Telekom, saya rasa sudah cukup dah dan tidak sedikit wang digunakan. Kalau hendak taja, boleh taja pasukan bola sepak tempatan kerana bola sepak tempatan masih lagi terumbang ambing.

Pencapaiannya belum dapat kita banggakan ataupun kalau ada duit, salurkan kepada pendidikan untuk anak-anak Malaysia tanpa mengira kaum, mana yang layak, mana patut diberi. Lebih-lebih lagi pada orang Melayu, kaum bumiputera tetapi dibelanjakan duit ini untuk menaja Manchester United.

Saya hendak minta penjelasan berapa banyak duit yang terlibat, berapa banyak yang digunakan, apa faedahnya dan apa perlunya kita menaja Manchester United ini kerana Manchester United ini sudah pun popular, yang kita bersungguh sangat untuk hendak menaja Manchester United ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada dua lagi yang ringkas sebelum saya habis.

Saya hendak refer kepada isu hukum sebat yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan baru-baru ini. Saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas apa-apa niat, macam-macam dipersoalkan tetapi paling tidak, setidak-tidaknya hukum syariah sudah mula dilaksanakan. Lebih-lebih lagi di Wilayah Persekutuan iaitu negeri yang tidak beraja tetapi di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Akan tetapi, malangnya bila isu ini dilaksanakan, hukum syariah ini dilaksanakan, hukum sebat ini hanya untuk orang-orang Islam, orang-orang bukan Islam turut campur. Saya terima salah satu salinan kenyataan yang dibuat oleh Pertubuhan Informasi Islam Negeri Perak (Perak Islam Information Centre) yang dihantar oleh Dr. Muhammad Amir bin ‘Myra’ Hussin menyatakan rasa tidak senang hati. Kesannya, sebab Majlis Peguam iaitu Bar Council turut campur tangan dan seolah-olah mengutuk tentang pelaksanaan hukum syariah ini yang mereka sendiri bukan orang Islam, tidak tahu hal Islam tetapi turut campur.

Kita sudah tunggu lama dah, di Kelantan atau pun di mana-manalah supaya hukum hudud atau pun hukum syariah ini dapat dilaksanakan dan orang- orang bukan Islam tidak perlu masuk campur sehingga mesyuarat MCA baru-baru ini pun ada usul supaya isu pelaksanaan hukum syariah dikaji semula. Saya

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

hendak minta mereka yang bukan Islam termasuk Bar Council yang tidak ada kena mengena dengan soal agama Islam ini jangan campur sebab soal hukum Islam tetap hukum. Saya harap rakan-rakan saya dalam PAS dapat mempertahankan isu pelaksanaan hukum syariah ini walaupun berkawan dengan DAP tetapi Islam tetap Islam yang mesti kita perjuangkan. Inilah saya tabik hormat kepada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu yang tegas dalam soal mempertahankan isu Islam dan Melayu. Tahniah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua jangan sekali-kali kita campurkan urusan- urusan seumpama ini sebab ia ada kena mengena dengan hukum dan orang tidak tahu bab hukum, tidak tahu bab hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam, jangan cuba campur. Kalau hendak perjuangkan hak mereka, perjuangkanlah hak mereka tetapi bab hal agama Islam jangan campur tidak tentu pasal.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan tahniah di atas kesungguhan pihak Kerajaan Pusat terutamanya di peringkat Wilayah Persekutuan sudah pun melaksanakan hukum syariah ini dan orang Islam menerima baik dan penerangan-penerangan mesti dibuat betapa pentingnya hukuman-hukuman seperti ini kerana ianya ada kena mengena dengan kita sebagai orang Islam. Jangan kita jadikan isu ini sebagai isu politik.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, di Pasir Mas kawasan saya hanya satu sahaja yang saya ingin bangkit walaupun banyak iaitu mengenai dengan keperluan jalur lebar berteknologi tinggi. Kawasan saya, kawasan mundur dan di sepanjang jalan Pasir Mas pun Tuan Yang di-Pertua, ke Chetok usahkan jalur lebar tinggi, kabel- kabel telefon selalu dicuri. Syarikat Telekom Malaysia membuat keputusan untuk tidak mahu membaiki kabel tersebut atas alasan berisiko tinggi.

Keputusan ini memberi kesan kepada kepenggunaan internet di kawasan ini. Jalur lebar tidak disediakan, Streamyx tidak dapat digunakan. Ini dapat melambatkan penguasaan teknologi tanpa wayar di kalangan rakyat di Pasir Mas.

Saya mohon untuk mencadangkan di Dewan yang mulia ini supaya pihak-pihak tertentu dapat membina dan menyediakan wifi transmitter di lokasi-lokasi terpilih dalam kawasan Parlimen Pasir Mas termasuk di Chetok. Ini dapat menyediakan rakyat satu akses yang lebih laju dalam bidang internet.

Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, portal adalah gerbang untuk kita melayari internet. Portal adalah asas untuk kita mula memasuki laluan dan rangkaian maklumat dalam internet. Di Malaysia belum ada portal, yang ada web, blog dan portal-portal kerajaan dan syarikat-syarikat besar. Kita mesti seiring dengan keputusan kemajuan internet global supaya kita tidak ketinggalan. Maka, oleh itu sudah sampai masanya lah, saya harap kita sendiri juga mencipta portal seperti Google, Yahoo dan lain-lain. Buat masa ini kita masih menggunakan portal Google yang berpangkalan United States of America untuk melayari internet.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan di sini dalam rumusan perbahasan saya untuk mengatakan ketaatsetiaan saya kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ahli Parlimen, sebagai Ahli Dewan Rakyat supaya berkelakuan baik, berhujah dengan baik dalam Titah Ucapan Baginda. Maka, sebab itu saya seboleh-bolehnya, bila Dewan Rakyat riuh seperti sarkas saya tidak turut campur dan ambil bahagian. Hanya semata-mata kerana menerima nasihat dan amanah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong termasuk juga

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

teguran Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan-timbalan Yang di- Pertua.

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Selain daripada itu saya juga menyatakan setinggi penghargaan bagi pihak rakyat Pasir Mas kepada seluruh warga tentera Malaysia dan juga pihak polis, dua-dua unit pasukan unit beruniform ini yang telah bertugas dahulu, kini dan insya-Allah selamanya untuk menjaga keamanan negara. Mereka dalam keadaan yang tersempit bila timbul kemelut politik. Ada yang dituduh menjadi perkakas kepada kerajaan dan kalau mereka tidak bertindak dengan tegas, keamanan tergugat, mereka akan dituduh tidak bertanggungjawab. Jadi apa pun, bagi pihak rakyat Pasir Mas saya mengucapkan tahniah kepada pihak tentera dan pihak polis.

Tuan Yang di-Pertua akhir sekali, saya hendak minta juga rakan-rakan daripada PAS apabila berucap nanti, tolong jawab satu kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, kata beliau dia senang hati kerana sekarang ini DAP sudah menyokong Islam, betul kah tidak?

Cuba buat kenyataan PAS akan melaksanakan Islam dan negara Islam, saya hendak tengok wakil pihak DAP bangun dan sokong 100%, itu satu ini saya baca dalam akhbar. Keduanya pula ada mengatakan seorang, dua di kalangan DAP sudah boleh baca ayat al-Quran, ini merupakan kejayaan PAS bila berkawan dengan DAP. Siapa yang baca ayat al-Quran ini? Ayat mana yang dia baca?

Sebaris, dua untuk kempen politik kah? Ini kerana kita tahu dari segi Islam, hendak membaca al-Quran kita kalau orang lelaki mesti bersih, kalau tidak bersih contohnya kena mandi junub dahulu, bersih baru boleh baca al-Quran. Wanita kena bersih daripada haid baru boleh baca al-Quran, haram kita baca al-Quran kalau kita dalam keadaan demikian. Macam mana kita boleh puji dan benarkan seorang, dua DAP baca sepotong, dua ayat al-Quran, merosakkan Islam untuk kepentingan politik, tolong jawab hal ini.

Saya juga hendak bertanya macam mana Ahli Parlimen Bagan, Ketua Menteri Pulau Pinang boleh ditabalkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz, Allah besarnya! Mana boleh seorang nama Khalifah Umar Abdul Aziz ini disamakan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, kalau hendak main politik pun jagalah Islam.

Nasihat saya kepada parti-parti politik, saya orang Melayu, saya orang Islam, kepada parti-parti politik, UMNO yang menunjang kerajaan Malaysia Barisan Nasional, parti-parti komponen sudah lama berpengalaman mentadbir negara ini, jangan timbulkan perkara-perkara yang sensitif. Perlembagaan ada, MCA baik, Gerakan baik fahami Perlembagaan betul-betul, sudah ada kerjasama, perkongsian kuasa ini. Jangan timbul dan jangan terperangkap dengan politik DAP, saya tahu MCA bila bercakap mengenai isu orang-orang kaum Tionghoa, kalau DAP bawa, MCA pun turut gelisah hendak jadi Cina lebih daripada DAP.

Sebagai rakan Barisan Nasional, pikul tanggung jawab ini dan saya percaya orang-orang Melayu akan menyokong sepenuhnya Barisan Nasional kalau dokong asas Perlembagaan Negara sebagaimana sejak kita merdeka dahulu, jaga! Sebab itu saya nasihat UMNO sebagai parti yang menunjang kerajaan negara ini, yang membentuk jus soli yang membentuk asas Perlembagaan Negara berpandukan kepada asas Perlembagaan Negara ini di bawah satu konsep Malaysia dan UMNO jaga Melayu. Jangan nanti orang tuduh, UMNO jual Melayu, Parti Islam jual Islam, hendak ke mana lagi? Parti PAS jual Islam, UMNO tidak bela Melayu. Kembali kepada asal, UMNO membela Melayu, Islam menjadi pembangkang yang sihat, perjuangkan Islam dengan baik, insya- Allah kita akan berkat

final • 3:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Manakala yang lain-lain itu ikut dialah apa hendak jadi, bising 24 jam biar mereka bising, asal mana majoriti rakyat Malaysia dokong konsep 1Malaysia untuk kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan saya menyokong Titah Ucapan Diraja.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Standing Order 99. Saya menghormati dan menyanjung apa pun keputusan- keputusan Yang di-Pertua. Saya memerhatikan peruntukan-peruntukan dan atur cara mesyuarat ini tidak ada satu pun peruntukan yang boleh saya guna untuk membangkitkan persoalan ini yang – atur cara 99 ini. Tuan Yang di-Pertua, yang sedikit saya fahami sudah agak lari daripada konvensyen, selama hari yang saya perhatikan, selama berada dalam Dewan yang mulia ini yang tidak ada peruntukan yang bersabit dengan urutan perbahasan mewakili blok sana atau sini. Kini wujud satu blok baru, saya pun tak tahu apa nama blok ini sebab dia sering...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ringkas dan habiskan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Melompat-melompat, jadi sudah dua perbahasan mewakili satu blok yang tengah-tengah ini [sambil menunjukkan ke arah blok BEBAS] sedangkan belum ada lagi ucapan yang mewakili PAS.

Sebaik sahaja Yang Berhormat Kuala Krau berucap, diberikan kepada Yang Berhormat Lipis kemudian kepada Ketua Pembangkang. Sebaik sahaja Ketua Pembangkang habis kemudian terus diberikan kepada Yang Berhormat Bayan Baru. Saya tidak mahu mempertikaikan kewajaran atau lebih tepat lagi kekurangan kewajaran, I want to question your wisdom or more the lack of it tapi saya perlu mendapat penjelasan daripada Speaker, mengapakah sampai begini caranya urutan perbahasan ini diberikan.

Kemudian sekali lagi Pasir Mas - sudah dua, Tuan Yang di-Pertua saya sudah memberikan nota kepada Tuan Yang di-Pertua tolong perjelaskan kerana kita – terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tahu niat Yang Berhormat baik, saya rasa perkara ini tidak perlu kita pertikaikan. Biarlah konvensyen dan peraturan mesyuarat yang mengatakan it’s up to the Speaker to pick. Sebelum saya panggil Yang Berhormat Kinabatangan, untuk makluman Yang Berhormat saya telah menulis nota kepada Yang Berhormat Marang memohon maaf kerana saya terpaksa memanggil Barisan Nasional kerana ini giliran Barisan Nasional Yang Berhormat. Niat saya juga baik, saya mahu berlaku adil bukan sahaja kepada sini tetapi berlaku adil kepada pihak sebelah sini. Saya tidak ada niat untuk menidakkan Yang Berhormat Marang dan tidak ada niat untuk membelakangkan dia tetapi dari hari Khamis kita menunggu Yang Berhormat Marang tetapi beliau tidak ada di Dewan pada masa itu Yang Berhormat.

Akan tetapi kali ini giliran Barisan Nasional, saya rasa tidak perlu kita pertikaikan...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya boleh terima tetapi dua daripada BEBAS tadi saya tidak boleh terima dan Dewan yang mulia ini pun tidak boleh terima...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak perlulah kita pertikaikan. Selepas Yang Berhormat Kinabatangan, saya akan panggil Yang Berhormat Marang.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itu kita faham..

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih.

final • 3:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Saya pun rasa ini memang tidak – ini terlebih-lebih adil kepada Ahli BEBAS, Ahli BEBAS ada lima sahaja, tetapi sudah dua orang membuat ucapan, bagaimana dengan sini, pihak sini...

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Janganlah ganggu, saya mahu berucap ini, ini rakyat punya.

final • 3:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dan seluruh pembangkang perlu dapat dua juga..

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya rasa kita stick to the convention, sebab itu the Speaker has to pick..

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cukuplah Yang Berhormat Bukit Mertajam, cukuplah..

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita sudah adil Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

BEBAS have so many chances, dan ini bukan convention di dalam Parlimen...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

BEBAS hanya ada lima sahaja.

[Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Cuma ada satu blok.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya melihat keadilan yang besar Yang Berhormat, cukuplah..

final • 3:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bukan. Tuan Yang di-Pertua semua orang boleh lihat, saya rasa yang ini ada 79.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Pembangkang di sini tetapi dapat dua orang sahaja, tapi BEBAS ada lima orang tetapi dapat dua orang. Bagaimana kiranya?

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat look at this point, from my point of view, sebelum Yang Berhormat Pasir Mas yang berucap...

final • 3:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini semua tidak betul, pengikut konvensyen pun tidak betul.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ipoh Timur yang berucap sebelum Yang Berhormat Pasir Mas berucap, kemudian kalau saya panggil Yang Berhormat Marang, dia akan tri-consecutive of position dan yang di sini pun bising Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduklah Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan hendak berucap

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You will see, I have to be fair, saya mahu adil, yang blok sini pun akan bising, they were raise the same point, so kita tidak ada aim kepada itu. Saya rasa kita stick kepada peraturan mesyuarat. Diam dahulu Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Presiden PAS yang berucap, hormatilah Presiden, jangan ganggu.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Diam dahulu Yang Berhormat Kinabatangan, saya rasa kita stick kepada peraturan mesyuarat yang dilihat oleh Yang di-Pertua itu yang dipanggil. Akan tetapi dalam fikiran kita pun memang kita akan berlaku adil, you put yourself bahagian Barisan Nasional, tiga daripada Pembangkang Barisan Nasional akan dipanggil berturut-turut jika saya panggil Marang dahulu. Oleh sebab itu saya ingin panggil Yang Berhormat Kinabatangan dahulu dan sebab itu saya sudah memberi nota kepada Yang Berhormat Marang untuk memanggil dan beliau telah mengangguk bahawa beliau okey dengan arahan itu...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, tidak dipertikaikan mengenai itu.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat, Yang Berhormat bagaimana Bebas diberi..

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua apa yang dipertikaikan adalah BEBAS mendapat dua laluan...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Kita akan buktikan kita fair. The chair is only fair on this.

final • 3:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

No...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Fair is...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduklah! Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Fair is must be seen as fair. Akan tetapi sekarang ini tidak fair.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

No argument, no further argument...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bagaimana boleh...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya mengambil kesempatan ini untuk turut berbahas...

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, tolong jelaskan...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor, you are a very reasonable man.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya faham, saya faham.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Very reasonable man.

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Mengapa BEBAS...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia lupa dia BEBAS kah? [Ketawa]

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya terima untuk backbenchers. Akan tetapi no more for BEBAS.

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Diberi dua orang pula? Sudah diberi dua orang. Macam mana? Tolong.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

BEBAS, yang tidak BEBAS.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan Yang Berhormat Bukit Mertajam masuk BEBAS...

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Macam mana, boleh atau tidak boleh?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

I have explained, there is no further argument. Tiada lagi.

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Boleh buat penjelasan?

final • 3:20 PM

Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan

Cepat, cepat.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

It is up to the Speaker you know. But kita masih stick…

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

I know.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita stick kepada peraturan mesyuarat. Yang terdahulu dipanggil, yang ternampak dahulu akan dipanggil. Akan tetapi dalam hati kita pun memang kita buat arrangement yang terbaik. So that jangan fikir Yang Berhormat. Fikir yang di sini...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Fikir, fikir di sini juga.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Di sini pun ramai hendak berucap. There are so many parties here. There are 13 parties’ - component parties over here. Everybody wants to speak.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduk dahulu. Duduk dahulu.

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Macam mana dikira sebelah sini, sebelah situ.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, cukup.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kita terima, kita terima. Itu di sana.

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Akan tetapi BEBAS macam mana kira?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak mahu...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Persoalannya ialah BEBAS macam mana kira? Memang Dewan ini sudah diguna untuk...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Menyampuk]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan, cukuplah.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kita terima untuk Barisan Nasional...

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya, untuk memberi peluang untuk...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Akan tetapi ini BEBAS. Mereka mengaku diri mereka BEBAS.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Untuk...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Bukit Mertajam...

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

...Kemukakan isu ini. Isu-isu yang tertentu.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cukuplah!

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini memang Barisan Nasional punya...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduklah. Duduk, duduk.

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

...Strategi...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dan Tuan Yang di-Pertua bekerjasama dengan Barisan Nasional

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya wakil rakyat yang mewakili masyarakat luar bandar untuk turut membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam perasmian baru-baru ini dan kesempatan ini saya akan ambil dengan sebaik mungkin.

Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Bayan Baru dengan kenyataan mengatakan walaupun pada satu ketika beliau bersama- sama dengan idola dia ini. Akan tetapi mungkin tuhan telah memberi petunjuk kepada dia secepat mungkin untuk landasan ke jalan yang benar. Yang lain saya tidak boleh cakap belum ada petunjuk akan tetapi mungkin mereka belum terbuka, belum dibuka oleh Allah SWT hati sanubari. Dalam ucapan itu, nama saya dan rakan-rakan juga turut dilibatkan iaitu kononnya Presiden ataupun Ketua Pembangkang, mereka ini telah berbohong dengan mereka begitu lama.

Yang menghairankan saya, kenapa setiap kali dibohongi, mereka terus percaya. Tidak boleh, kalau saya satu kali kena bohong saya tidak boleh ikut itu orang. Akan tetapi mungkin ini semua mereka mungkin melihat keadaan demi keadaan. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa memang benar pembohongan ini berlaku. Di mana bukan sahaja angka, bukan sahaja nombor, bukan sahaja Duli Yang Maha Mulia dilibatkan, tentera dilibatkan, saya selaku wakil rakyat juga dilibatkan. Hari ini saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan mana-mana pihak dalam PKR berhubung dengan untuk saya melompat, sebab saya bukan kaki lompat, saya kaki pukul... [Ketawa] Pukul cakap dalam Dewan. Mana cakap tidak betul, kita pukul dia. Sebab kita anak jantan. Mesti berani punya. Saya hairan akan tetapi saya tidak begitu terperanjat dengan situasi yang sedemikian. Saya tahu sebab tarikh itu pun sampai dua tiga hari, sampai 16 hari bulan dan saya antara lain daripada satu Timbalan Pengerusi BNBBC dengan rakan-rakan berhijrah ke Macau sambil belajar, sambil mengelak daripada diterokai minda kita oleh pembangkang. Di Taiwan, di Taiwan, ya. Mereka empat orang sampai ke Taiwan juga akan tetapi di clash. Dia ke Taiwan kita sudah balik. Ini masalah dia. Jadi saya tidak pernah terlibat langsung sama ada perjumpaan secara langsung kecuali saya terjumpa dengan Ketua Pembangkang ini dalam...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Betul kah itu? Betul kah.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Kapal terbang. Dia duduk di depan dengan isteri dia, saya duduk belakang. Biasalah masuk kapal terbang ini, saya tidur... [Dewan riuh] Dan dia tidak tahan...

final • 3:20 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Jangan jerit-jeritlah.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia datang jumpa saya tanya, “Kamu apa khabar?”. Saya cakap, “Baik”. “Bila hendak ikut?”. “Ikut mana?”.

Dia kata, saya sudah 30 orang. You ada 30 orang you bentuk kerajaanlah. Itu sahaja. Jadi terima kasih di atas Yang Berhormat Bayan Baru sebab hari ini...

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Ini cakap budak-budaklah!

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kinabatangan kena siasat.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Saya tidak jamin untuk rakan-rakan yang lain akan tetapi untuk diri saya, saya isytiharkan pada hari ini tidak terlintas sedikit pun hendak menyertai pembangkang membentuk kerajaan 16 September... [Tepuk] Itu adalah pembohongan yang besar dan saya meminta kepada rakan- rakan dalam PKR jangan lagi terpedaya. Bangkitlah daripada tidur, lena.

Bangunlah daripada buaian mimpi-mimpi itu sebab tidak ada satu parti dalam dunia ini ditubuhkan atas dasar dendam, atas dasar benci boleh memerintah negara sebelum rakyat menghukum lebih teruk.

Kalau sesat di pangkal jalan, kembalilah. Kalau sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan... [Ketawa] Seperti yang dilakukan oleh empat Yang Berhormat. Mereka bukan melompat, akan tetapi mereka mengisytiharkan diri mereka dalam satu kelompok orang-orang yang diberi petunjuk... [Dewan riuh] Jadi itu dia. Mereka berani menukarkan sesuatu yang mereka rasa perlu sebab mereka sudah tidak tahan dengan tohmahan-tohmahan, dengan apa juga andaian akan memerintah, rakyat menyokong, polis menyokong, tentera menyokong, Amerika sokong, Australia sokong, Singapore, Philippine semua sokong.

Akhirnya, rakyat negara ini juga yang membuat perhitungan dan perhitungan dia dengan kuasa Allah SWT Barisan Nasional memerintah. Jadi saya sebetulnya simpati dengan mereka-mereka yang belum dapat petunjuk ini...

[Ketawa] Saya berdoa satu hari mungkin, sebab tidak ada yang boleh merubah hati manusia selain daripada hati mereka dan timpal daripada Allah SWT. Itu dia, akan tetapi kalau masih belum ada petunjuk sewaktu zaman Nabi pun begitu juga.

Nabi Muhammad SAW, dia berkempen bagaimana syiar Islam, bagaimana tuhan.

Akan tetapi masih banyak yang menyembah berhala. Tidak ada petunjuk, bapa saudara dia pun begitu.

Jadi tidak saya salahkan juga sebab ini mungkin satu hari nanti mereka akan ada petunjuk. Memang begitu keadaan dalam dunia ini. Jadi rasa saya episod yang ini biar saya putuskan di sini bahawa segala andaian-andaian untuk memerintah itu memang tidak ada. Tarikh 16, 12, 14 itu pun tidak ada. Jangan lagi bermimpi di siang hari. Kita sekarang dunia kita pada hari ini, dunia realiti, bukan lagi dunia untuk kita berimaginasi. Tidak ada ‘fantasia’ lagi dalam dunia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perlu saya menyentuh sedikit iaitu berhubung dengan pihak keselamatan, sama ada polis dan tentera. Kerajaan mengumumkan peruntukan untuk anggota polis, tentera berbilion-bilion. Akan tetapi kalau kita lihat laporan di mana dipihak berek tentera. Bagaimana projek ‘sakit’, projek terbengkalai ini berlaku. Di manakah silap ia, sehingga melibatkan beratus-ratus juta projek terbengkalai. Siapa pegawai yang terlibat? Siapa manusia yang mencetuskan masalah ini? Sehingga hari ini Menteri yang baru, Menteri baru ini pula mengambil alih dan diberi tugas untuk menyelesaikan projek- projek ‘sakit’ ini.

Saya meminta pihak kerajaan, menyiasat persoalan ini, sebab duit ini duit rakyat. Kenapa sudah tahu projek ini tidak boleh dilaksanakan? Kenapa masih

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

ditentukan oleh pegawai-pegawai, kontraktor-kontraktor. Ini merupakan pada saya penganiayaan. Sebab kalau di Sandakan saya lihat di Sabah berek-berek tentera, lebih-lebih lagi berek bujang dipanggil, nasib ia orang bujang. Kalau tidak mungkin kalau bukan kena tanggungjawab memikul amanah dan tugas selaku Tentera Diraja Malaysia, rasa saya tidak ada orang yang sanggup tinggal di berek yang sedemikian.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Demikian jugalah dengan anggota polis. Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan elaun kenaikan gaji polis pada hari Khamis yang akan datang ini. Walau bagaimana pun, kita juga harus melihat masalah keseluruhan. Contohnya Ibu Pejabat Polis di Kinabatangan, di tempat saya. Ia diwujudkan 25 tahun yang lalu. Keadaannya terlalu uzur dan tidak ada pembaharuan.

Justeru itu, kementerian harus melihat bagaimana persoalan sebegini boleh dapat diselesaikan. Kita mengharapkan sesuatu hasil yang baik daripada pihak polis, pihak tentera supaya mereka menjaga keamanan, keselamatan dan sebagainya. Akan tetapi bagaimana kita merasa selamat kalau anggota polis merasa diri mereka juga tidak selamat, terancam, terdedah dengan pelbagai yang mereka hadapi? Kenderaan polis kurang, semua kurang.

Jadi apakah kerajaan ini berkemampuan untuk mencukupkan apa juga kekurangan yang dihadapi oleh penguat-penguat kuasa yang berhadapan dengan ancaman-ancaman dari luar mahupun dari dalam? Mereka perlu mempertahankan rakyat negara ini.

Saya masih dengar pembangkang menyatakan bahawa negara kita tidak selamat sebab di sana sini ada polis. Dalam masa yang sama, apabila ada rompakan, penculikan, ataupun ada kes macam-macam, rogol dan sebagainya, dia berkata, “Di mana polis? Mengapa polis tidak mencegah jenayah sebegini?”.

Jadi, rasa saya memang inilah pihak pembangkang...

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Beri laluan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia boleh memutar belitkan keadaan.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Minta laluan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh bangun, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Seperti Yang Berhormat Seputeh ini pandai memutar belit tetapi tidak mengapa.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak memutar belit. Saya rasa Yang Berhormat Kinabatangan ini memang telah memutar belitkan kenyataan yang biasa kami buat. Apa yang di sebelah sini, apa yang kami selalu kata ialah, mengapakah dalam sesetengah aktiviti ceramah kita, kita melihat beratus-ratus personal FRU di sana untuk menjaga keselamatan kami atau pun mereka menghantar pegawai dari cawangan khas untuk menjaga, mengikut kami ke sana sini?

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Akan tetapi kita melihat begitu banyak jenayah yang berlaku di kawasan bandar khususnya seperti Kuala Lumpur dan juga di Selangor. Mengapakah polis tidak dihantar untuk memantau kesemua jenayah ini dan juga mengikut kes-kes ataupun laporan polis yang dibuat itu? Ini adalah kenyataan kami.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sebenarnya saya rasa Yang Berhormat Kinabatangan telah memutar belitkan kenyataan kami.

Kedua, saya ingin bertanya Yang Berhormat Kinabatangan, apakah pandangan Yang Berhormat terhadap wawancara Ketua Polis Negara baru-baru tadi, yang mana belia berkata bahawa beliau menghadapi campur tangan daripada ahli politik yang menyebabkan beliau tidak dapat melakukan apa yang sepatutnya yang dilakukan oleh pihak polis? Apakah pandangan Yang Berhormat?

Siapakah ahli-ahli politik ini yang mengganggu...

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

Pembangkang.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Mengganggu kerja polis ini sehingga yang ada kuasa ini mengganggu, campur tangan dalam PDRM sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Memang tepat. Beliau ini suka memutar belit.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Dia bukan letak jawatan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Polis menjaga mereka buat ceramah supaya orang yang ada niat jahat tidak kesampaian, tetapi dia kata, “Mengapa?” [Merujuk kepada Yang Berhormat Seputeh]. Kalau tidak jaga, “Mana polis?”. Itu dia tanya. Polis menjaga, bukankah itu baik? Yang penting niat. Niat polis itu datang mahu menjaga keselamatan, mengawal ketenteraman awam.

Terima kasih pun tidak ada.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia kutuk lagi polis.

Sudah cukup, sudah cukup ini.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kedua, saya pun ada mendengar...

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Polis menjaga dengan...

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bukan sesi soal jawab.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dengan tear gas...

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bukan sesi soal jawab.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tear gas dan dengan kayu yang memukul kita.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk dahulu. Duduk dahulu.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Apakah ini menjaga keselamatan?

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau melanggar undang-undang - bagus lagi di Malaysia dipukul, kalau di Brazil, ditembak terus.

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Di China, ditembak terus. [Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ini Yang Berhormat Kinabatangan ini datang dari mana ini? Datang dari hutan kah?

final • 3:30 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

You are not in that incident, you do not simply talking, okay.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Eh! Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tidak ada keluhuran berperlembagaan kah?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini pun mana saya tahu ada pukul. Ini Yang Berhormat cakap, tetapi pada saya, kalau pun ada pukul, itu lebih baik. Kalau di China, ditembak terus.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Eh! Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mahu cuba kah? Pergi ke China cuba.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Seperti dalam kes saya, saya diheret, ditahan, dibawa ke ISA.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu mana saya tahu.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Atas perkara yang tidak wujud langsung! Jadi...?

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu bukan urusan saya.

Tunggu itu Menteri dahulu, kemudian you tanya.

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dia tidak dapat jawablah.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa fasal bertanya kepada saya?

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi itu yang saya...

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Nanti saya menjadi Menteri, saya jawab!

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi, Yang Berhormat Kinabatangan jangan memutar belitkan kenyataan di sini. Kalau tidak tahu, lebih baik...

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tunggu saya menjadi Menteri, saya jawab! [Ketawa]

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kita tidak tahu lagi.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sekarang belum lagi.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Bila? Bila?

final • 3:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kita tidak tahu lagi. Mungkin Yang Berhormat akan menjadi pembangkang satu hari nanti.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya mana tahu Yang Berhormat ditahan, diheret. Mana saya tahu. Akan tetapi yang saya tahu yang diheret di sini adalah orang jahat.

final • 3:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tidak tahu jangan berucap di sini.

Hendak bercakap banyak lagi.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini apa. Haiya! Duduk, duduklah. Duduk dahulu. [Ketawa]

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Duduk dahulu.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Belum habis cakap.

Duduk dahulu.

final • 3:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kalau tidak, hendak suruh tembak kah?

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Soal kenyataan Ketua Polis ada campur tangan politik. Yang suka merosakkan institusi kepolisan kita ini adalah pihak pembangkang. Itu sahaja. Mungkin ada campur tangan daripada kerajaan ke arah yang lebih baik, yang lebih positif. Itu rasa saya tidak salah.

Jadi, Yang Berhormat nasihatkanlah wakil-wakil pembangkang yang lain.

Jangan mengganggu gugat soal-soal institusi kepolisan kita. Mesti patuh. Kalau polis kata berhenti, berhentilah. Jangan lagi. Memanglah kena pukul kalau tidak berhenti [Ketawa]. Gigit polis pun ada, langgar bahu dilibas, bagaimana? [Dewan Riuh]. Dia pukul orang, dia pukul polis, dia kata polis yang memukul dia. Belakang pakai apa yang macam tidak boleh jalan itu. Berlakon seperti pelakon Tamil [Ketawa]. Ini pun ada juga. Gigit polis pun ada. [Disampuk] Tidak mengapa, itu memang bos saya. [Ketawa] Kamu punya bos sudah lari, saya pun tidak tahu. [Ketawa] Kami punya bos steady, gentleman. Apa-apa pun hentaman dari sebelah sana, dia jawab. Akan tetapi bos sana, tidak nampak.

[Dewan Riuh] Dengar dia ada lari ke UK. Dia ada bohong sedikit, dia lari. Jadi kami punya bos, dia hebat. Ini bukan pujian tetapi dia memang okey. [Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Jangan bodeklah.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ada syarikat APCO kan itu.

APCO bantu, APCO.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini dia...

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini lagi-lagi pembohong.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

APCO Yahudi bantu.

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia tidak respect dia punya Presiden. Dia punya bos di depan, dia berani berbohong di belakang.

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak apalah, APCO ada.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Baru naik. Belum lagi apa-apa.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

APCO.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Presiden di atas sana sudah senang hati.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

APCO ada. APCO ada.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia ini golongan yang ekstrem. Saya tahu dalam PAS, dia punya Tok Guru cakap ada golongan ekstrem, salah satunya Yang Berhormat Pokok Sena ini.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

APCO ekstremlah, Yahudi.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia tidak mendengar arahan bos. Dia suka bercakap apa-apa yang dia suka.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yahudi neo-con.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena, cukup Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia kalau di Turki, kumpulan yang kepala batu.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Neo-con. Yahudi neo-con.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau tidak tahu jangan cakaplah.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang ingin saya ketengahkan iaitu Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian ini telah banyak menjelmakan pelbagai peruntukan program dengan satu hasrat dan tujuan iaitu untuk mengangkat martabat masyarakat miskin, rakyat Malaysia yang berada di luar bandar seperti kawasan saya Kinabatangan juga kawasan Tuan Yang di-Pertua di Beluran. Beliau tidak boleh berhujah tetapi saya bersimpati dan akan saya sampaikan juga bahawa Beluran juga memerlukan perhatian daripada kerajaan dan juga kementerian.

Dalam RMKe-9, saya telah berusaha untuk memasukkan beberapa batang jalan untuk diberikan peruntukan. Walau bagaimana pun, mungkin – saya tidak tahu di mana silapnya, terlepas pandang mungkin, jalan-jalan ini tidak tersenarai. Ia kata akan diprogramkan dalam RMKe-10 pula.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Mundur ya. Nampak mundur.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan mundur. Ia akan maju. [Ketawa]

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Pada hujung tahun.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Belum maju lagi. Yang sudah maju ini, mundur ke belakang, itulah pembangkang.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sudah 47 tahun masuk Malaysia masih mundur lagi, ya.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia punya orang bukan bertambah, tetapi berkurang. Ini masalah. Dia kata orang mundur tetapi dia tidak sedar diri dia terlalu mundur. [Ketawa] Kita ini anak jantan. Maju terus.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Oh, air di Sabah catu, ya.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia tidak catu...

[Disampuk] Macam mana pun cuba-cuba tidak boleh dapat juga... [Ketawa] Jikalau boleh Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, kalau ada pegawai di sini tolong catat dan jangan terlepas lagi. Jalan Kampung Balat...

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dan juga Jalan Kampung Sinar Jaya, Jalan Kampung Keramuak, dan saya juga meminta...

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Iaitu disenaraikan underground cable Kampung Pulau Tanjung Aru sebab...

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mereka ini juga rakyat Malaysia yang berada di negeri Sabah dan di luar bandar.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ampang bangun Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Eh, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah...

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Minta laluan sedikit.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Orang Sabah, bukan?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Ampang bangun Yang Berhormat. Mahu beri laluan?

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya baru dan ini penggal pertama sebagai wakil rakyat dan saya telah duduk selama dua tahun, kali ketiga dalam Dewan. Saya dengar Yang Berhormat Kinabatangan merengek-rengek lagi tentang bagaimana Menteri menipu. Sebentar tadi kata menipu hendak tinggalkan.

Akan tetapi telah kena tipu berpuluh tahun pun masih lagi tanya pada hari ini

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

kenapa Menteri tidak turun, Menteri tidak beri duit dalam RMKe-9 dan RMKe-10.

Jadi, tinggalkanlah kalau macam itu... [Dewan riuh]

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Wakil rakyat tidak cerdik.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ahli Parlimen tidak cerdik.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Telah saya katakan...

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Memang pembangkang ini putar belit. Dia putar...

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia putar alam. Saya mana ada cakap Menteri menipu.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Ya.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak pernah pun.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Ya.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cuma peruntukan itu belum sampai. Ini sebab kalau politik... [Disampuk] Kalau politik kita putar alam, sampai di situ sahajalah, rakyat akan tolak juga...

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kahwin dua.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Dan saya percaya pilihan raya...

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

47 tahun pun tidak sampai.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Yang ke-13, termasuk yang bertanya tadi pun saya ingat...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak boleh tipu rakyat lagilah.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Hai, sudah 47 tahun pun tidak sampai lagi, ya?

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak boleh tipu lagilah.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sudah kahwin dua pun tidak sampai lagi kah?... [Ketawa] [Dewan riuh]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Hah, itu hal peribadi jangan campur. Itu jangan campur.

final • 3:40 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau soal itu tanya tuan guru.

final • 3:40 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Kawasan miskin sahaja...

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia berapa?

final • 3:40 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Wakil orang miskin.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

You tidak cakap pun...

[Disampuk]

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pembangunan tidak sampai, ya?

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan tidak sampai.

Sampai, bukan macam...

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Menyampuk]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak sampai...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak usah ganggu Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ini apa punya MP ini?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Soal peribadi jangan campur.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat gunakan akal fikiran yang waras.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kinabatangan boleh mencelah? Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih. Kita jangan retorik lah Yang Berhormat Kinabatangan. Di sebelah sana retorik. Kita berdasarkan fakta. Sering kali kita dengar tentang tohmahan pihak pembangkang yang mengatakan negeri Sabah ini masih mundur...

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

Mundur! Mundur!

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Mari kita... Islam ini bukan hak PAS sahaja. UMNO boleh jaga Islam... [Ketawa] PAS diam-diam.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kinabatangan, saya ingin bawa sedikit fakta. Kita perlu realistik. Apabila kita mendapat kemerdekaan, negeri Sabah kemiskinan 60%, malah sampai 70%. Ada kawasan-kawasan hampir 100% mengalami kadar kemiskinan, tahun 1963 Yang Berhormat. Akan tetapi pada tahun 2004, kadar kemiskinan negeri Sabah telah turun ke 24% dan pada tahun 2007 16%. Ya, betul! Dari segi angkanya kita masih lagi jauh ketinggalan daripada Semenanjung. Akan tetapi kalau kita lihat daripada asas kita itu 60% ke 70% saya rasa tidak ada satu kerajaan di dunia ini yang boleh membuat apa yang dilakukan di negeri Sabah. Itu fakta... [Tepuk] Terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itulah yang sebenarnya yang berlaku. Oleh sebab itu di negeri Sabah walau bagaimana pun pembangkang cuba memusing dan memutar alam hati pengundi-pengundi tetapi dia tidak dapat.

Ini kerana di negeri Sabah, politiknya berlandaskan, berpijak pada bumi yang nyata dan bukan berdasarkan pembohongan.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Semua ini, mereka terpengaruh dengan Ketua Pembangkang. Ketua dia pembohong. Mereka pun ikut berbohong.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Inilah yang mereka dapat. Jikalau kita belajar daripada guru yang berbohong...

final • 3:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat boleh minta laluan?

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Anak murid dia pun pembohong juga.

final • 3:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Boleh minta laluan...

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh.

final • 3:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih... [Ketawa] Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Setuju kah, sedar kah mengikut perangkaan statistik Jabatan Perdana Menteri, negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan paling teruk dan tertinggi di Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional selama ini? Apakah penjelasan Yang Berhormat?

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Hah, ini lagi. Pemikiran dia tambah cetek hari-hari. Saya fikir dia berubah. Suatu ketika dahulu negeri Sabah ini mundur. Akan tetapi selama Barisan Nasional memerintah kita bangunkan negeri ini. Kita memperkayakan rakyat dia dan hari ini negeri Sabah membangun... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau tidak percaya...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Pergi ke Sabah lah.

Cuba awak lihat.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Negeri Sabah pernah diperintah pembangkang selama 10 tahun Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pembangkang itu duduk dalam BN sekarang... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Iltizam kita Barisan Nasional untuk memajukan rakyat. Itu ya dan kalau mahu cuba, cuba lagi datang ke negeri Sabah. Akan tetapi kosong juga. Jikalau PAS memang ‘pas’ sahajalah dan hilang deposit.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Air pun kena catu.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jikalau Yang Berhormat Pokok Sena pun anak jantan, datanglah pergi ke kawasan saya.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Air pun kena catu sana...

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu riak jangan banyak cakap bohong. Datang ke kawasan saya, cubalah. Akan tetapi saya pun kosong juga. Memang kosong dan bukan kiranya saya menolak kuasa Tuhan lah tetapi kosong. Ini kerana rakyat negeri Sabah ini biarpun dia tidak begitu maju, fikiran dia waras.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

Ya.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia tidak boleh ditipu sudah, cukup! Dia matang.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh?

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini kalau tidak beri, kita

final • 3:40 PM

susah. Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan dan Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu campur political issue ini. Saya ingin bertanya kepada kasih Yang Berhormat Kinabatangan perkara yang lebih realistik untuk melaksanakan pembangunan dan jalan-jalan di negeri Sabah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat sebagai seorang wakil rakyat yang memperjuangkan nasib rakyat negeri Sabah.

Sebelum saya bertanyakan soalan, kita lihat bahawa negeri Sabah jikalau kita pergi ke Kota Kinabalu umpamanya satu bandar yang membangun, maju, dan banyak lagi bandar-bandar di negeri Sabah juga maju. Mungkin di luar badar masih ketinggalan. Jadi berhubung dengan pembinaan jalan ini, apakah pendapat Yang Berhormat Kinabatangan bagaimana hendak menjayakan pembinaan jalan- jalan yang kosnya begitu tinggi di kala mana penduduk-penduduk di Sabah ini, ianya bertaburan? Kampung-kampung yang bertaburan di dalam satu negeri yang besar? Mungkin kerajaan menghadapi masalah untuk membina jalan yang kosnya begitu tinggi dan boleh dikatakan economics projek pembangunan jalan itu.

Adakah caranya, bagaimanakah ia dapat dilakukan dengan izin, despite of cost factor? Ia boleh dilakukan juga bagi memenuhi tuntutan rakyat di luar bandar di negeri Sabah itu. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang baik walaupun mungkin kesukaran bagi kerajaan untuk memenuhi tetapi pada saya tidak ada kemusykilan yang kerajaan tidak boleh adakan. Ini kerana kerajaan yang ada pada hari ini pun merupakan kerajaan yang ada kewibawaan dan kesungguhan. Rasa saya dengan kesukaran-kesukaran yang dihadapi itu tetapi masih ada jalan pendekatan untuk menyelesaikan apa juga faktor-faktor yang boleh menidakkan akan pencapaian pembangun seperti Yang Berhormat bimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal subsidi, di mana subsidi kerajaan untuk rakyat, satu tahun RM72 bilion. Rasa saya tidak ada dalam dunia ini kerajaan yang bersubsidi sebegini. Boleh carilah kalau ada pembangkang boleh dapat kerajaan mana-mana yang setaraf kita memberi subsidi dalam dunia ini memang dia hebat daripada Kerajaan Barisan Nasional. Justeru itu, dengan terlalu banyaknya subsidi percuma, rakyat di negara kita ini seolah-olah jadi rakyat pemalas. Jadi rakyat yang sentiasa menadah tangan. Kalau harga sudah bukan subsidi, seolah-olah sudah malapetaka menimpa. Saya ingin mencadangkan, kalau boleh subsidi ini dikurangkan sedikit demi sedikit.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak boleh kita biarkan negara kita berbelanja berbilion-bilion untuk tujuan subsidi semata-mata. Hospital subsidi, sekolah subsidi, beras, gula, kopi, macam-macam. Minyak makan, minyak petrol, apa lagi tidak subsidi? Tidak ada!

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih. Saya tertarik dengan jumlah yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan Tuan Yang di-Pertua. Jumlah RM72 bilion subsidi kerajaan secara langsung dan tidak langsung setiap tahun, satu jumlah yang cukup besar. Akan tetapi saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat, kita mempunyai masalah walaupun sekarang pembangkang agak kuat di negara kita dan mereka menjanjikan satu sistem dua parti yang mana kedua-dua belah pihak cuba untuk membuat yang terbaik untuk kerajaan dan rakyat.

Akan tetapi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat, kadang- kadang saya tidak faham. Apabila kita bercerita tentang masalah struktur ekonomi negara kita ini yang tidak begitu mampan, pembangkang mengatakan ekonomi kita ini tidak berdaya saing dan sebagainya. Apabila kita mahu membuat keputusan untuk mengurangkan subsidi ataupun memastikan subsidi hanya jatuh kepada orang yang betul-betul memerlukan, pembangkanglah juga yang awal turun ke padang mengatakan kita tidak prihatin dan sebagainya sehinggakan banyak program dan dasar kerajaan yang cuba untuk mengurangkan subsidi ini dan hanya mengekhaskannya kepada orang yang berpatutan mendapatnya, ditentang hebat sehinggakan kerajaan terpaksa mungkin memikirkan semula. Ini minta penjelasan, apakah ini tindakan yang baik daripada parti pembangkang?

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Kalau kita lihat negara demokrasi, di mana-mana pun ada pembangkang. Akan tetapi selepas pilihan raya mereka bersatu untuk menyatukan tenaga memulihkan ekonomi negara mereka. Berbeza dengan pembangkang dalam negara kita. Sama ada pilihan rayakah, selepas pilihan raya atau sebelum

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

pilihan raya, hari-hari dia main politik. Kalau dia kalah pilihan raya, dia kata penipu.

Dia hasut rakyat macam-macam. Sampai hari ini pun masih juga begitu.

Akan tetapi, di negara lain tidak sebegini. Selepas pilihan raya, mereka tenteram, aman, damai dan membantu, melihat bagaimana kerajaan menyusun strategi pembangunan ekonomi dan sebagainya. Berbeza dengan negara kita, pembangkang di sini putar alam. Itu masalahnya.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ha!

final • 3:50 PM

Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor - Putrajaya

Bohong sana, bohong sini.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bohong sana, bohong sini. Kita ini bijak sana, bijak sini, bijak situ.

final • 3:50 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Sila tanya, apa yang terjadi di Perak?

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia bohong sana, bohong sini, bohong situ.

final • 3:50 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Apa yang terjadi di Perak?

final • 3:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sudah hilang fikirankah?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini kalau mesyuarat ‘bawah pokok’ tidak boleh. Akan tetapi, kalau tanya boleh. Sila.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Beruas.

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Siapa?

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak tanya, tadi Yang Berhormat Kinabatangan juga bersetuju bahawa selepas pilihan raya, mereka yang menang mesti diberi peluang untuk mentadbir. Jadi adakah Yang Berhormat Kinabatangan bersetuju, Barisan Nasional telah membuat satu kesalahan besar yang tidak demokratik apabila merampas kuasa negeri Perak dengan cara yang tidak demokratik... [Tepuk] Betul tidak? Setuju atau tidak setuju? Mesti ada prinsip. Jangan putar belit.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha. Saya hairanlah...

final • 3:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Faham soalan tidak?

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Semua memang putar belit... [Ketawa] Dia punya bos pemutar, dia pun lebih putar. Yang tiga orang, satu DAP, dia tidak senang hati sama Yang Berhormat, dia lari. Takut dengan Yang Berhormat, Yang Berhormat macam mahu terkam dia, dia kata. Dia lari, macam juga empat orang ini, berhijrah. Dia berhijrah apa salah? Kebaikan. Rampas ini pakai pistol. “You come with me”. Itu rampas... [Ketawa] Dia datang sendiri menyatakan sokongan kepada Barisan sebab tiada keyakinan dengan pemimpin DAP seperti Yang Berhormat. Takkan orang datang kita tolak. Dahulu Yang Berhormat Batu Gajah sedikit lagi mahu lari. Nasib tidak jadi, kena pujuklah

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

macam-macam, baru masuk balik. Kalau tidak sudah larilah. Dia bimbang sama Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tahukah Yang Berhormat Kinabatangan, ‘Jelapang’ sekarang ini sudah kaya-raya dan juga Barisan Nasional guna rasuah seks, guna wang untuk yang dua lagi menyeberang, betul tidak, betul atau tidak betul? Tidak tahu fakta, jangan putar belit... [Tepuk]

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu sangkaan jahat Yang Berhormat. Yang Berhormat baru memerintah pun banyak kawan-kawan DAP cakap sudah kaya-raya... [Ketawa] Cuma saya tidak tahulah. Saya tidak mahu cakap tetapi orang cakap. Macam Yang Berhormat Seputeh juga jadi Exco pun banyak itu DAP cakap, dia sudah kayalah Datuk.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini Perak.

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Macam mana saya boleh bandingkan dengan Yang Berhormat Kinabatangan?

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi betulkah Barisan Nasional mendakwa...

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan saya cakap.

Orang cakap! Orang cakap!

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Baru masuk sudah kaya...

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Betulkah Barisan Nasional mendakwa Yang Berhormat Tangkai Jering dan berang di mahkamah. Itu satu fakta bukan?

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan saya cakap.

Orang cakap!

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Siapa yang cakap?

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tarik balik. Tarik balik aduan.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Macam itu Yang Berhormat Seputeh pun orang cakap. Mana saya cakap...

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Kinabatangan kahwin dua, kahwin tiga, ada Mercedes kasi.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya sampaikan sahaja apa yang orang cakap.

final • 3:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini wang ini dari mana, dari mana?... [Ketawa]

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kahwin! Kahwin! Kahwin!

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kinabatangan kawasan miskin tetapi wakilnya orang kaya.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, Tuan Yang di-Pertua. Saya daripada Pasir Salak, Perak... [Ketawa] Yang Berhormat Beruas tadi ada menyebut tentang apa yang berlaku di Perak. Saya hendak minta penjelasan dan pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, adakah tindakan Pakatan semasa memerintah 11 bulan

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

menjual pasir ke Singapura itu satu tindakan yang wajar daripada Kerajaan Pakatan? Mungkin pihak Yang Berhormat Beruas boleh menafikan tetapi hakikatnya, faktanya perkara ini berlaku...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tanya Menteri Kerja Raya, di Johor berapa banyak.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kita beratus-ratus lori setiap hari dan menggunakan nama istana, dia memutar belitkan nama istana untuk memberikan kebenaran bagi mereka untuk menjual.

Selain daripada itu, kita hendak tanya juga kepada Yang Berhormat Beruas. Mungkin, apakah yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat Beruas sebagai EXCO dan juga kerajaan Perak semasa Pakatan untuk membantu masyarakat luar bandar? Untuk membantu membela nasib luar bandar, membela nasib rakyat. Saya tidak nampak apa yang dilakukan.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Ini memang orang kata, “Telunjuk lurus, kelingking berkait. Kata periuk belanga hitam” Padahal sama-sama hitam... [Ketawa] Jadi, memang pada saya apa pun yang dilakukan oleh kerajaan, yang terbaik, pembangkang tetap memanipulasikan, memutar belit. Itu sahaja, tiada ada lain. Ini kerana tiada isu yang dibawa oleh pembangkang.

Soal keselamatan, negara kita selamat. Soal kemakmuran, negara kita makmur. Soal menjaga rakyat, kerajaan jaga rakyat. Apa lagi tidak jaga?

Pembangkang pun kita jaga...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Macam mana makmur, jalan pun tidak elok lagi.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Semua kita jaga. Orang dia lari bukan kita punya pasal. Dia lari bukan kita mahu paksa. Dia tidak jaga dia punya orang. You tidak jaga you punya orang, anak sendiri pun pandai lari tau!

Haa! Lama-lama bini pun pandai lari kalau tidak jaga... [Ketawa] Mesti mahu jaga betul, apa lagi jaga orang.

final • 3:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jaga bankkah? Jaga bank...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak beri sebab saya ada banyak perkara.

final • 3:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tiada kena-mengena.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana nama saya disebut tadi...

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak boleh! Berbalik kepada isu subsidi itu...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Melainkan dia tarik balik semua tohmahan, kalau tidak saya mesti diberi peluang.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak apa, kamu tunggu. Kamu tunggu dua orang... [Ketawa]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini dalam perbahasan.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sama-sama balik Perak, sama-sama bahas.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini kerana saya hendak jelaskan di sini, kalau ada jualan pasir ke Singapura, ia dijual oleh Barisan Nasional...

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini tiada kena- mengenalah... [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini kerana undang-undang itu kalau hendak bawa pasir keluar negara adalah kuasa Kerajaan Persekutuan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh berbahas macam ini, Yang Berhormat. Tidak boleh.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang menipu rakyat dan bawa keluar ke Singapura.

final • 3:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

RM6 million... [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan hendak beri jalan?

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini saya punya floor.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Soalan ini telah saya majukan kepada Yang Berhormat Bukit Gantang, bekas Menteri Besar, dan dia sendiri mengaku bahawa dia sendiri meluluskan penjualan pasir ke Singapura, tolong check Hansard, tolong check balik rekod...

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Itu tidak betul.

final • 4:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Itu tidak betul.

final • 4:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tarik balik, tarik balik.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tolong check...

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Dan tunjukkan bukti, jangan buang batu lepas tangan.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okeylah, nanti cakap balik Perak, bincang dekat Perak sana, saya mahu bincang sini perkara-perkara lain, cuma jangan bincang bawah pokoklah, cari tempat bagus-baguslah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk]

final • 4:00 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Sebab kerusi Dewan kena curi di Perak, bukan hendak pergi ke bawah pokok.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Satu lagi, tiada class punyalah, saya ingin mencadangkan supaya subsidi RM72 bilion ini dikaji oleh kerajaan. Boleh kita subsidi tetapi kepada sektor-sektor yang tertentu sahaja,

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

yang tidak tertentu rasa saya perlu kita kaji semula ke arah bagaimana untuk kita menjimatkan...

final • 4:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh sikit...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Peruntukan dan kewangan yang ada ini supaya tidak terbazir begitu sahaja. Ya, rakan saya, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, semua yang diucapkan, yang dilafazkan, yang dizahirkan, yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan saya sokong 100%. Akan tetapi yang inilah satu- satunya saya tidak berapa bersetuju. Subsidi RM72 Bilion oleh kerajaan kepada rakyat. Ini salah satu cara hendak meringankan beban, tekanan hidup kepada rakyat. Kebaikan kerajaan ini telah pun diterima oleh rakyat dengan rasa kesyukuran dan terima kasih.

Jadi kalau tiba-tiba hendak kita potong di sana sini, saya bimbang rakyat yang tertekan hidupnya kerana berbagai-bagai perkara akan tersentak di tengah- tengah kegawatan ekonomi dunia, jadi biarlah buat masa sekarang subsidi ini Yang Berhormat Kinabatangan teruskanlah, jangan diusiklah kebaikan yang sedang dijalankan oleh kerajaan, terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih, itu pandangan Yang Berhormat, dan rasa saya kerajaan pun perlu waras jugalah, wajar untuk melihat ke arah bagaimana cadangan pro dan con itu harus dilaksanakan. Satu lagi iaitu, satu ketika dahulu Dewan ini telah dimaklumkan bahawa kerajaan akan mengadakan satu akta iaitu Akta Perlindungan Data, sehingga hari ini saya tidak nampak ada cadangan? Sudah, ya sorry, Alhamdulillahlah kalau ada, sebab rakyat di luar bertanya kepada saya mereka tertekan dengan ketiadaannya Akta Perlindungan Data ini, maka berbagai-bagai syarikat yang muncul seperti cendawan mencari keuntungan dan Bank Negara pula menggunakannya, bank-bank tempatan, bank-bank luar negara menggunakan data daripada syarikat-syarikat yang tidak terdaftar dan memutar belit ini, maka rakyat di luar ada kebimbangan dan ada kerisauan. Jadi kalau sudah ada data itu, akta data ini dibentangkan di Dewan ini maka saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan kementerian sebab mungkin kita boleh menyelesaikan banyak masalah di luar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat bahawa wacana negara kita, landskap negara kita untuk menuju negara maju kita perlu banyak guna tenaga kerja yang mahir. Bagaimana kita boleh mengadakan guna tenaga kerja yang mahir kalau sekolah kemahiran kita kurang, di mana sistem pembelajaran dalam negara kita mementingkan kelulusan di sekolah dan sekolah kita perbanyakan tetapi sekolah berbentuk kemahiran kita kurangkan. Jadi saya mencadangkan kerajaan supaya berubah pemikiran iaitu melihat sekolah berteknologi, berkemahiran ini merupakan satu prioriti seperti yang diamalkan oleh negara- negara Eropah iaitu majoriti tenaga pekerjanya berkemahiran tinggi, pelajaran dia tidak tinggi tetapi kemahirannya begitu tinggi.

Kalau ini boleh kita adakan, kita perbanyakan peruntukan untuk kursus kepada sektor-sektor yang marketable, sektor-sektor yang boleh melahirkan pekerja yang berteknologi, yang ada kemahiran dan berpasaran. Kalau tidak contoh dia, universiti kita juga melahirkan graduan dalam kelulusan komputer tetapi kalau dibandingkan dengan kelulusan sama, pelajar dari India, ijazah

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

komputer dibandingkan dengan ijazah yang pelajar kita ada, masih jauh ketinggalan.

Di India pelajarnya berkemahiran tinggi, bayaran dia tinggi, tempat kita, tidak berpasaran langsung, akhirnya mereka jadi penganggur, akhirnya kerajaan pula disalahkan. Jadi ini kementerian yang bertanggungjawab harus melihat ke arah bagaimana kita mengunjurkan supaya sekolah-sekolah berbentuk kemahiran ini dapat kita terjemahkan di seluruh negeri-negeri. Kalau boleh satu negeri ataupun satu bandar besar diadakan tiap-tiap satu negara kita supaya untuk memastikan masa depan negara kita akan dipenuhi oleh tenaga-tenaga mahir yang berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat laporan economist iaitu rakyat negara Malaysia yang terkaya. Ada juga tersenarai, justeru itu kaum India selalu berkata dia miskin tetapi kalau lihat senarai tersebut Ananda Krishnan, dia nombor dua terkaya di Asia, daripada rakyat Malaysia juga tetapi menetap di Hong Kong iaitu Robert Kuok, dia memegang AP gula. Saya mahu kerajaan kaji, jangan bagi satu orang AP ini, jangan dia monopoli. Sudahlah dia kaya raya, tinggal di Hong Kong pula, dia ambil kekayaan di sini laburkan di sana, dia tidak labur dalam negara kita. Jadi ini merugikan rakyat dan negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Cadangannya supaya AP-AP dalam negara kita ini dikurangkan, jangan seperti pembangkang di Pulau Pinang. Saya terpanggil pula Pulau Pinang ini, di mana Ketua Menteri dia kebetulan juga pula Ahli Parlimen Bagan. Saya meminta kerajaan siasat kalau benar dia ini berpemikiran komunis, kalau benar dia ini racist, kalau benar dia ini anti-Melayu. Saya minta pihak polis siasat latar belakang sebab saya tidak bagi buat penjelasan... [Disampuk]

final • 4:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Hey...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak beri buat penjelasan. Saya belum jelas lagi...

final • 4:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini tidak patut dan tidak adillah Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini tidak betul, duduk dahulu...

final • 4:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bagi dia jalan...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan siapa makan lada, dia terasa pedas...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ada tiga orang, mana satu Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Belum saya beri.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum beri lagi Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Semua pun belum...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Sekarang saya kata Yang Berhormat Kinabatangan..

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebab saya belum buat penjelasan

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Racist, anti Islam dan juga anti bukan orang...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk dahulu,

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Anti Chinese.

final • 4:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kaki perempuan.

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dan juga komunis.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sexist...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk dahulu.

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dan seksi juga..

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa, apa yang cakap ini...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Siasat sekarang.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa yang saya cakap ini, apa yang saya cakap ini adalah orang luar yang cakap termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru dan lain-lain. Mereka katakan...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Sekarang saya cakap...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mereka...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat pula, Yang Berhormat Ipoh Barat pun cakap...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cakap...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dan orang luar semua cakap siapa sekarang?

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak beri jalan, saya juga dengar kenapa orang Pulau Pinang sudah marah sebab dia ini bukan orang Pulau Pinang, pemimpin cina di Pulau Pinang pun tidak senang hati sudah, kenapa orang luar dari Melaka suka-suka kacau dia punya negeri.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Semua itu tidak benarlah...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Suka-suka kacau negeri Pulau Pinang...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...kalau berani.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bukan soal tidak berani tetapi saya tidak beri sebab Yang Berhormat Jempol saya lihat macam racist juga...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi oleh sebab Yang Berhormat pun ada unsur-unsur racist, saya tidak mahu berilah.

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini kalau bukan takut ialah semua cakap bohong.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk dahulu...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi tidak beri penjelasan..

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya meminta...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang mana satu?

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kerajaan.

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bohong kah ataupun...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Menyiasat.

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bohongkah ataupun takut...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana-mana pemimpin dalam DAP yang racist..

final • 4:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana-mana pemimpin DAP yang racist...

final • 4:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bohong atau takut...

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana-mana pemimpin DAP yang berfikiran komunis... [Disampuk]

final • 4:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita patut sahut cabaran seorang wanita.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana-mana pemimpin yang anti Melayu. Saya mohon polis siasat mereka.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya sekarang cakap Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Termasuk juga Yang Berhormat Bukit Mertajam. Kalau dia terlibat siasat juga dia.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Anti Chinese, anti Melayu dan anti Indian. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Anti Indian dan anti Chinese.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Anti Chinese, anti Melayu, anti India, anti juga Kadazan...

final • 4:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Anti human race.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dan Iban.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah sebut semua Yang Berhormat?

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini saya punya floorlah.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya cuma mengikuti perkembangan...

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dakwaan daripada pemimpin-pemimpin original Pulau Pinang yang tidak senang hati...

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu sahaja dengan Yang Berhormat Bagan, dengan Ketua Menteri.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Akan tetapi orang Pulau Pinang memilih...

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau Yang Berhormat tidak jelas, duduk saya kasi jelas.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat Bagan menjadi Ketua Menteri mereka. Siapa Yang Berhormat Kinabatangan daripada Sabah?

Jangan cakap banyak.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk dahulu. Duduk.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Dia cakap tidak benar.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan marah.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

Ini demokrasi.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini demokrasi. Kita cakap apa yang kita dengar.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Demokrasi bukan untuk bohong.

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat laluan.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat terasa mahu bela sangat Yang Berhormat Bagan kenapa? Ada interestkah? [Ketawa]

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Kinabatangan, saya minta laluan.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang PAS hendak bela DAP ini kenapa? [Ketawa]

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya bukan hendak bela dia saya ada soalan. Penjelasan saya minta.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bagilah.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kecuali Yang Berhormat anti Cina mungkinlah.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tengok ini memang racist. Dia kata Cina dan Melayu sahaja.

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat saya hendak balik kepada Sabah Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh, boleh. Saya bagi laluan.

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat mengatakan bahawa Yang Berhormat mewakili rakyat luar bandar di Sabah. Sabah negeri yang sangat kaya. Menghasilkan 60% daripada minyak sawit Malaysia dan juga ada minyak, salah sebuah negeri yang menghasilkan petroleum. Akan tetapi kadar kemiskinan di Sabah adalah yang terbawah sekali. Kita ada banyak masalah seperti kita baca dalam surat khabar di mana dalam 3.25 juta rakyat Sabah, separuh daripadanya adalah daripada pendatang asing. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa perkara-perkara ini dibela oleh Kerajaan Persekutuan.

Saya hendak tanya Yang Berhormat, apa jadi dengan perjanjian 20 point semasa Sabah memasuki Malaysia sebagai salah sebuah negeri dan dikatakan pada ketika itu Sabah akan menjadi sebuah negeri yang autonomous. Jadi adakah Sabah sekarang sebuah negeri yang autonomous Yang Berhormat? Sila jelaskan.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Soal Perlembagaan saya tidak mahu campur. Akan tetapi soal kemiskinan itu, kita ini begini. Kalau Yang Berhormat percaya kepada peribahasa Melayu, “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.” [Ketawa] Daripada kita mundur kita meningkat, meningkat, meningkat, meningkat. Dan kalau Yang Berhormat tidak kacau terus, lima tahun kita akan setaraf dengan negeri-negeri di sini. [Ketawa] Kalau Yang Berhormat janji tidak kacau Sabah...

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Pilihan raya akan datang bagi kita lima tahun. Tetap saya jamin tetap meningkat punya.

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat. Yang Berhormat saya...

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bukan berbahas Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan.

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidak. Saya hendak tanya tadi Yang Berhormat kata lagi lima tahun...

final • 4:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan.

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya hendak tanya 46 tahun tidak dikacau. Apakah lima tahun lagi boleh membuat perubahan?

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Baru kahwin bolehlah.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau kita ada kesungguhan dan keyakinan sekelip mata pun kita boleh terjemahkan perkara yang tidak boleh. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Kinabatangan.

Kita sama-sama masuk ke Parlimenlah tiga penggal sama-sama.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa ini Yang Berhormat Seputeh?

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tiap-tiap sidang saya dengar isu pembangunan yang sama. Saya pergi ke kawasan Parlimen Kinabatangan, I tengok jalan di situ, tengok keadaan di situ. Saya simpati dengan Yang Berhormat Kinabatangan cakap banyak kacau-bilau dalam Pulau Pinang juga. [Ketawa] Apa berlaku? Apa pembangunan yang dibawa oleh Yang Berhormat selama ini sebagai wakil rakyat Sabah? [Ketawa]

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, okey.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Sudah ada pemimpin.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Ha. Bagi tahu.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya ingat kita sudah...

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bagi peluang Kinabatangan bercakaplah. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju. Yang Berhormat Seputeh dia sudah lupa diri. Dahulu dia tidak ada apa-apa sekarang sudah Menteri. Sudah Exco, sudah kaya dan saya pun tidak tahu apa dia buat. Apa dia buat dalam Selangor? Saya masuk Selangor...

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kebetulan saya tinggal di sana, itu jalan negeri punya macam jalan kampung sayalah. [Ketawa] Lubang sana, lubang sini. [Ketawa] Ini seharusnya Exco seperti Yang Berhormat Seputeh tengok. Ini perumahan lama-lama nanti kalah sana tahu. Tahu jual pasir sahaja mungkin. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini Seputeh Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman dia punya taraf macam Timbalan Menteri Besar tahu.

Kuasa besar. Orang sahaja kecil tetapi kuasa dia besar. Dia boleh pengaruhi orang mana-mana sampai itu orang sama-sama PKR pun Yang Berhormat Batu pun tidak senang hati. [Ketawa] Ronie Liu pun masuk poket dia tahu. [Ketawa] Ini Yang Berhormat Seputeh. Dia memang hebat, saya salute dialah. Dia memang hebat saya tabiklah. Betul. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa negara kita ini berhadapan dengan krisis ekonomi berterusan kalau kita tidak tangani secara bijaksana.

Justeru itu pada saya industri pertanian merupakan satu-satunya harapan bagi negara kita untuk mengembangkan ekonomi negara sebab kita lihat negara- negara Eropah yang kaya raya dengan industri pertanian, akhirnya mereka akan dapat keuntungan yang begitu banyak dan boleh mengeksport bahan-bahan produk daripada negara mereka. Negara kita cuma memperoleh 4.2% daripada pendapatan industri pertanian.

Jadi saya meminta kerajaan supaya mengorak langkah dengan lebih drastik, dengan lebih wajar iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

dan kementerian-kementerian yang lain memfokuskan ke arah bagaimana melihat bahawa industri pertanian negara kita ini berpotensi untuk kita kembangkan sekiranya ada komitmen yang tinggi. Kita tidak boleh melihat bahawa kita harus bergantung dengan import semata-mata. Sebab kita harus melihat kenapa kita ada tanah-tanah terbiar di Sabah, di Sarawak dan lain-lain negeri. Kenapa tidak kita terokai, kenapa tidak kita urus secara bijaksana. Selangor saya tidak pastilah.

Dia punya kerja jual pasir sahaja tidak mengapalah. Ini dikatakan jual tanah. Jual tanah jual negeri tahu.

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Kinabatangan kalau tahu lebih tentang Selangor, kalau mahu tolong, saya boleh bawa you pergi seluruh Selangor. Boleh. Tidak tahu jangan cakap banyak.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat Seputeh. Biar dia cakap Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh. Saya boleh ikut Yang Berhormat saya suka. Akan tetapi saya ini ada kouta lagi Yang Berhormat.

[Ketawa] Susah lagi.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kuota apa itu?

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu kuota seperti AP.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kuota apa?

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kuota AP. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kuota apa? Kuota binikah?

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Belum pakai lagi. Saya punya AP belum pakai lagi. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kuota apa? Satu penggal satu isterikah?

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akan tetapi Yang Berhormat Bukit Mertajam tidak boleh. Dia itu tidak boleh langgar undang-undang.

Yang Berhormat Seputeh okeylah.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh ini boleh.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

“Sexist remind”.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bukan “sexist remind”. Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat Kinabatangan ini walaupun badan besar, tetapi fikirannya tidak berapa besar. Cakap-cakap balik sahaja kepada isu sexist.

Apa yang ditanya tidak dijawab. Apa yang dia kata itu semua tidak benar, semua bohong. Sampai ke hari ini kita sudah masuk perbahasan hari ke berapa? Hari kelima. Hanya berapa orang yang ikut di sini...

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cukup Yang Berhormat jangan buang masa saya.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Itu wakil PAS belum dapat seorang pun.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat kacau saya itulah.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Nantilah Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya mahu habis cepat.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Nantilah.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat kacau saya itu sebab. Masa saya terbuang Yang Berhormat kacau.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Nanti, nanti.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tengok.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Sekarang saya belum penjelasan lagi.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana ada penjelasan itu berucap. Penjelasan lain.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya, sekarang penjelasan.

Mukadimah macam itu.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey saya sudah jelas.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bukan saya hendak tanya.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tanya, tanya.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Duduk dahululah. [Ketawa] Yang Berhormat Kinabatangan memang tidak tahu rakyat di Pulau Pinang begitu menyokong...

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bukan tanya ini berhujah. Tunggulah.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini kena tahu.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini masuk-masuk tidak tahulah. Ini masalah.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya hendak jelaskan.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia cakap kita badan besar fikiran tidak besar, dia lagi orang kecil fikiran lagi kecil. Bagaimana?

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tidak mengapalah. Akan tetapi orang yang buat judgmentlah bukan sendiri yang buat judgment okey.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Nanti Yang Berhormat cakaplah.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi saya hendak tanya Kinabatangan, pernah datang ke Pulau Pinang atau belum... [Disampuk] Selepas pilihan raya yang ke 12 itu? Kalau tidak datang itu, kalau tidak ada survey, tidak ada buat apa-apa kajian, dia tidak ada hak untuk buat satu tuduhan. Kalau hendak tahu keadaan Pulau Pinang, sila datang.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Sekarang pun ada Firefly, juga AirAsia, tambang murah sahaja.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey.

final • 4:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Selamat datang.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya akan jawab soalan sedikit Yang Berhormat.

Saya setuju dengan Bukit Mertajam tetapi kalau Bukit Mertajam berucap menyoal panjang-panjang macam itu, macam mana ada lagi masa orang lain hendak berucap. Jadi saya mintalah biar Kinabatangan bercakap, dia akan habis juga.

Selepas itu, masa belum ditetapkan. Selepas ini kita hendak bagi ketua dari Parti PAS. Selepas ini saya hendak bagi. Jadi minta tolonglah. Ya, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, betul itu, Tuan Yang di-Pertua, saya setuju. Saya bukan tuduh. Saya dengar apa orang cakap dan saya cakap. Bukan satu orang cakap, berpuluh-puluh, beratus orang bercakap. Saya turun pergi Pulau Pinang dua, tiga kali. Saya jumpa Cina, Melayu dan India cakap sama. Apa dia orang cakap, saya cakap. Kalau saya jahat, saya tidak cakap.

final • 4:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kita hendak dengar cerita Sabah.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya. Jadi, Tuan Yang di- Pertua, untuk melihat bahawa negara kita ini sentiasa makmur dalam bidang ekonomi, maka kerajaan harus menukar pendekatan iaitu...

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sila, sila.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Putatan hendak berucap kah tidak berucap?

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya minta penjelasan daripada sahabat saya, Kinabatangan. Sungguh menarik saya dengar di luar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat yang baik. Saya minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Kinabatangan, apabila perasaan dan gambaran rakyat jelata terhadap kepimpinan pembangkang yang kelihatan kucar- kacir, ada yang lari daripada Pakatan dan sebagainya. Apakah Yang Berhormat yang tahu di peringkat akar umbi ini, pendapat daripada rakyat jelata terhadap kononnya Kerajaan Pakatan akan memerintah. Apa pendapat pandangan pengundi-pengundi?

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebetulnya Yang Berhormat, ekoran daripada coretan-coretan peristiwa yang berlaku, saya tidak berani mengatakan 100% tetapi Pakatan Pembangkang ini umpama telur di hujung tanduk, retak tunggu belah. Itu sudah semestinya, sebab di antara mereka tidak ada kefahaman. PAS ideologinya lain, DAP lain, PKR lain. Orang Sabah cakap, siapa untung siapa, kita pun tidak tahu, tetapi yang jelas ketika ini yang untung ialah DAP. Apa pun..

final • 4:20 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Boleh bertanya, laluan!

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, yang untung DAP.

Itu sahaja. Saya ingat, laluan demi laluan...

final • 4:20 PM

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Satu sahaja, sedikit, seminit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya satu soalan daripada Kinabatangan. Kedudukan Sabah sekarang dengan kadar kemiskinan, kedudukan ke berapa agaknya di kalangan negeri-negeri di Malaysia ini?

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya ini tidak berapa suka nombor atau angka... [Ketawa] Akan tetapi saya nyatakan bahawa Sabah...

final • 4:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

The most obvious.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita maju. Dari hari ke hari kita berubah. Kita berubah, kita maju. Pendapatan rakyat pun meningkat, ekonomi meningkat, prasarana meningkat, segala-galanya meningkat. Pokoknya orang Sabah sekarang meningkat, selesa, dia maju. Walaupun tanggungjawab kerajaan itu harus senantiasa menyeimbangkan kekurangan jurang yang ada, itu yang rakyat suka sebab kerajaan ada komitmen.

Kalau macam rakyat pembangkang, firaun-firaun kecil, macam mana mahu maju? Kawan sendiri bagi pandangan, sudah mahu dibuang, macam- macam. Yang untung memang DAP. Akan tetapi saya hairan, rakan-rakan saya yang Melayu dalam PKR tidak sedar bahawa mereka ini kena main. Siapa mainkan siapa pun saya tidak tahulah.

final • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Laluan, Kinabatangan.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Macam Seputeh ini memang dia suka, make use to the others.

final • 4:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tidak ada modal lagi hendak bercakap.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia punya kerja...

final • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dalam MCA...

final • 4:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kinabatangan sudah bankrap, no more ideas.

final • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ong Ka Ting, Ong Tee Keat dan juga Chua Soi Lek, adakah mereka semua kongsi ideologi dan fahaman yang sama? Siapa akan menang? Tengok mana pergi MCA dekat sini?

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Siapa menang pun, saya ingat saya tidak ambil kisah sangatlah... [Disampuk] Sebab pada saya siapa menang kita terima. Dia kawan kita, hormat-menghormati, bukan ambil kesempatan antara satu dengan yang lain. Ipoh Barat pun kasihan, lama berjuang tetapi tidak dapat apa-apa di Perak dahulu. Saya simpati juga tetapi apa mahu buat. Dia dianiaya oleh Pakatan dalam DAP.

final • 4:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Panjang lagikah, Yang Berhormat?

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kinabatangan, panjang lagi?

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sudah tidak panjang.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sedikit lagi.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sedikit lagi.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Minta tolong siapa itu hendak bercakap nantilah. Kita bagi Kinabatangan sedikit sahaja.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, tidak lama lagi, lima, enam minit sudah habis. Tuan Yang di-Pertua, untuk juga melihat bahawa bagaimana ekonomi negara ini dapat kita urus dan dapat mendatangkan income per capital iaitu birokrasi, red tape berhubung dengan pelabur-pelabur swasta dan luar ini harus dikurangkan. Kerajaan harus bersedia menerima hakikat bahawa pelabur-pelabur asing, pelabur-pelabur swasta ini merupakan satu aset, satu income kepada kerajaan dan negara. Jadi, permudahkanlah urusan mereka datang ke negara ini.

Pegawai-pegawai yang kita tugaskan berhadapan dengan mereka hendaklah yang bijaksana, mesra dan sebagainya. Jangan kita bagi pegawai- pegawai yang akalnya tidak tahu di mana dia simpan. Dia bukan lagi mempermudahkan pelabur-pelabur itu datang, dia menyulitkan, menyukarkan mereka. Dia tidak tahu bahawa ekoran perbuatan dia, negara kita akan mengalami kerugian dan rakyat juga akan menerima tempias-tempiasnya. Justeru itu, keseluruhan agensi pelaksana yang terlibat dalam sektor ini, mereka harus menerima hakikat bahawa mereka kena melakukan sesuatu yang terbaik untuk negara. Permudahkan mereka yang ingin datang melabur dalam negara kita.

Akhir sekali, bab Sabah. Saya meminta mana-mana kementerian, agensi- agensi yang terlibat dalam pengambilan buruh dari Sabah, sebab saya menerima aduan dan laporan, kebanyakan majoriti buruh-buruh dari Sabah ini tidak dibayar gaji secara seperti dijanjikan dan mereka diberi kerja di kilang-kilang di sana sini atas dasar seperti hamba abdi. Jadi, sebab itu saya hairan kenapa banyak belia di Sabah selepas berhijrah ke Semenanjung, bekerja pada asalnya jadi penganggur dan menjadi sesuatu yang tidak boleh kita sangka, macam-macam dia boleh buat.

Kenapa terlalu mudah sangat pengambilan buruh daripada Sabah ini tidak dimonitor, tidak ditinjau, tidak dilihat secara total sedangkan dia rakyat Malaysia cuma berada di Sabah. Agensi-agensi mencari pekerjaan ini kalau mereka didapati melakukan sesuatu yang begini, haruslah diambil tindakan dengan segera. Kalau boleh digantung lesen perkhidmatan mereka dan sebagainya sebab kalau tidak menyusahkan rakyat Malaysia di Sabah untuk berhijrah ke Semenanjung. Ibu bapa dia dengan harapan anak dia mendapat pekerjaan tetapi di sebaliknya pula mereka menjadi lepak, menjadi penagih dadah dan sebagainya.

Ekoran daripada tindakan-tindakan agensi-agensi mencari pekerjaan dari tanah Semenanjung ini.

Ini telah mengakibatkan remaja-remaja dari Sabah ini hilang kiblatnya dan tidak tahu hala tujunya. Kadang-kadang wakil rakyat, kita ini pula terserempak, maka kita beli tiket untuk mereka supaya balik ke Sabah supaya mereka jadi manusia di tempat mereka sendiri.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, dengan hujah-hujah yang demikian, maka saya sekali lagi merumuskan supaya kerajaan melihat bahawa mana-mana dakwaan dan tuduhan-tuduhan sama ada berhubung dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan sebagainya yang bersifat komunis, berfikiran chauvinist dan sebagainya harus diambil perhatian dan kalau boleh diambil penyiasatan dengan lebih lanjut sama ada benar ataupun tidak tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ini. Sekian, setakat ini saya menyokong ucapan Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apa itu Yang Berhormat ?

final • 4:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Peraturan Mesyuarat 36(6). Ini berniat jahat terhadap seorang Ahli Parlimen di dalam Dewan ini iaitu Ahli Parlimen Bagan. Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan tidak berasas langsung. Sekiranya dia ataupun semua Ahli Yang Berhormat berkata begini di dalam Dewan ini boleh dilepaskan tanpa menarik balik, jadi saya pun boleh buat tuduhan seperti ini kepada pihak sebelah sana kepada sesiapa sahaja. Jadi, saya memohon supaya Tuan Yang di-Pertua mengambil tindakan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat menuduh Yang Berhormat Bagan komunis ataupun orang lain mengatakan Yang Berhormat Bagan komunis dan patut disiasat.

final • 4:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya mendedahkan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru dan lain-lain wakil rakyat.

Hujah saya tidak menuduh apa yang rakyat cakap itu yang saya cakap. Jadi, saya minta kerajaan menyiasat. Benar atau tidak dakwaan rakyat? Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Terima kasih. Saya dengar tadi apa Yang Berhormat Kinabatangan sebutkan tadi. Dia kata sebutan tuduhan orang mengatakan bahawa Yang Berhormat Bagan ini dituduh sebagai komunis. Jadi, ini yang dikatakan supaya diselidik. Jadi, dia bukan menuduh Yang Berhormat Bagan komunis. Ini yang salah Yang Berhormat Bukit Mertajam mengenai 36(6). Jadi, saya tidak melihat perkara ini bercanggah dengan peraturan.

final • 4:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Penjelasan. Saya hendak minta penjelasan tentang ruling tadi.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Jikalau macam itu kita ada dengar orang luar kata mengenai niat jahat terhadap Yang Berhormat di sebelah sana kita repeat di dalam Dewan ini boleh?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat mendengar Yang Berhormat Bayan Baru berucap, Yang Berhormat dengar perkara ini sudah menjadi satu rekod di dalam ucapan.

final • 4:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ia tidak semestinya Yang Berhormat Bayan Baru, boleh jadi orang luar, orang yang bukan Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Perkara ini juga disebut dalam semua surat khabar dan sebagainya Yang Berhormat. jadi, ia mengatakan selidik sahaja Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Asalkan ada keluar dalam surat khabar kita boleh di repeat dalam Dewan?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tidak menjawab soalan hipotetikal Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Di sini bukan untuk menjawab perkara hipotetikal tetapi menjawab kenyataan yang berlaku di dalam Dewan.

final • 4:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Penjelasan terhadap ruling.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi, saya tidak membuat satu keputusan untuk perkara yang belum berlaku.

final • 4:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Dewan ini, kita merasakan Ahli Yang Berhormat sepatutnya bijaksana. Dia tidak boleh orang lain cakap dan dia juga cakap beberapa kali Yang Berhormat Kinabatangan telah berkata kerana orang kata saya pun kata. Itu adalah parrot. Itu bukan Ahli Yang Berhormat. Jadi, kita di sini saya rasa adalah bertanggungjawab kepada ucapan diri sendiri di sini. Adalah tanggungjawab kita semua supaya Ahli Yang Berhormat berucap di sini untuk bertanggungjawab ke atas perkataannya dan juga percakapannya. Sekiranya kita membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat menggunakan alasan bahawa orang lain sudah cakap dan kita juga cakap. Itu saya rasa, tidak...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Ini cerita apa ini?

final • 4:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya rasa tidak begitu elok di dalam Dewan ini. Ini tidak menonjolkan kemuliaan dan tanggungjawab di dalam Dewan ini.

final • 4:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Name calling should be stop...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, saya sudah tidak mahu mendengar lagi. Sudah. Di hadapan saya minta tolong jangan repeat lagi minta soalan menyelidik dan sebagainya.

Saya bimbang perkara ini akan dianggap sebagai membuat tuduhan sendiri.

Dengan itu saya habiskan perkara itu dan menjemput Yang Berhormat Marang.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Assalamualaikum warahmaatullaahi wabarakaatuh dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong memberi penjelasan dalam Titah Ucapan Baginda yang merupakan ucapan

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

dasar dan polisi kerajaan. Menegaskan aspek-aspek perpaduan, keamanan, pembangunan negara dan lain-lain. Rakyat telah berulang kali disogok dengan tema-tema yang diungkap dengan kata-kata yang hebat dan indah. Kepimpinan Melalui Teladan; Bersih, Cekap dan Amanah; Islam Hadhari; dan hari ini pula 1Malaysia.

Kata-kata dan indah dan sedap didengar, semua slogan terdahulu tanpa penghujung atau penamat dan tanpa garis penyelesaian diganti dengan yang baru. Masalah negatif yang menjadi penyakit tetap membarah seperti rasuah, salah urus, jenayah, maksiat dan lain-lain. Seterusnya perpaduan negara masih di awangan yang tidak berpijak di alam nyata.

Tuan Yang di-Pertua, perlu disedari negara dikurniakan penduduk yang berbentuk unik. Semua kumpulan etnik di negara Asia wujud dalam negara ini dan menganut pelbagai agama dan ideologi yang lahir di rantau Asia. Bertutur dengan berbagai-bagai bahasa dan beramal dengan berbagai-bagai budaya. Berasal daripada negara bertamadun Islam, China dan India. Tamadun Islam di alam Melayu. Apa yang berlaku kepelbagaian ini merupakan satu perkara yang unik yang wujud dalam naluri dan rohani manusia. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran [Membaca sepotong ayat al-Quran] – Bermaksud; “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita, berbangsa- bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain dan yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha mengenal”.

Kepelbagaian yang wujud tidak boleh dijadikan alasan berlakunya perpecahan. Menunjukkan bahawa perpaduan tetap boleh diwujudkan di kalangan manusia yang berbagai-bagai ini. Adakah perpaduan telah wujud dengan kukuh atau masih rapuh dengan wujudnya tanda-tanda tidak ada pendekatan yang kuat?

Bagi mengatasi pandangan yang berbeza dalam kejadian manusia tetap ada perkara yang sama dan perkara yang berbeza. Perkara yang menjadi asas bagi kepentingan bersama dalam keperluan hidup manusia seperti makanan, tempat tinggal, berkeluarga, pelajaran, perhubungan dan sebagainya sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah. Perkara yang berbeza dari segi pandangan agama dan budaya pelbagai kaum boleh diraikan dengan memberikan hak yang sewajarnya dan saling menghormati di antara satu sama lain.

Semua perkara ini dapat diurus dengan baik sekiranya dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa fanatik yang membuahkan kezaliman dan menghasilkan permusuhan. Namun, masih wujud jurang yang memisahkan di antara satu sama lain bukan sahaja di dalam pelbagai kaum bahkan dalam satu kaum. Satu kelompok parti yang sedang memerintah dan yang berkuasa sepatutnya dalam satu parti yang memerintah perlu menjadi contoh. Satu keluarga dan hubungan kejiranan juga rapuh. Kita melihat berlakunya pembunuhan dalam satu keluarga sampai begitu. Pembunuhan di tengah jalan-jalan, setelah berlaku pembunuhan barulah disedari oleh jiran sebelah walaupun ada perkelahian yang sebelumnya menunjukkan bagaimana perpaduan kita sangat rapuh di semua peringkat.

final • 4:34 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Amalan rasuah, menipu, pecah amanah masih berleluasa dalam negara dengan pendedahan baru di samping yang lama terdedah seperti bangkai gajah, namun tidak ada tanda tindakan yang berani mengatasinya. Dahulunya peristiwa BMF, PERWAJA, KWSP, Tabung Haji, Pesawat Skyhawk yang terkandas di Arizona, pembelian kapal selam, PKFZ. Sekarang kehilangan enjin pesawat, kapal selam tidak mampu menyelam, stadium runtuh, masjid runtuh, makmal komputer runtuh, masih berbaris tanda-tanda penyelewengan berlaku, yang lama belum diselesaikan, datang pula yang baru.

Dalam lapangan rakyat masih ada kawasan setinggan yang belum diselesaikan atau di selesai secara merobohkan tanpa gantian yang adil. Kadar jenayah yang makin ganas sehingga membunuh bayi sendiri yang tidak dilakukan oleh binatang buas, di tengah jiran yang berdekatan, ramai yang berkerumun setelah berlaku, bukan mencegah sebelum berlaku. Hal-hal ini adalah cabaran kepada slogan 1Malaysia.

Negara kita dikurniakan hasil bumi dan sumber manusia yang melimpah ruah tetapi kadar kemiskinan yang belum diatasi walaupun telah mencapai 50 tahun kemerdekaan. Ramai para profesional di luar negara sehingga jumlahnya di negara teluk, di Australia, Eropah dan lain-lain. Adakah kerana mengejar gaji-gaji atau sebab-sebab yang lain seperti hilangnya kepercayaan dan mengalami krisis keyakinan terhadap negara sendiri kerana masalah keselamatan, pendidikan anak-anak dan sebagainya.

Sebab yang nyata adalah bermula daripada gagal dalam menyediakan modal insan sama ada dalam keluarga dan juga pusat pengajian. Islam yang diletakkan dalam sebagai agama persekutuan di dalam perlembagaan, sudah diletakkan pada martabatnya dalam membangun modal insan. Dalam konvensyen Pakatan Rakyat, kami telah bersetuju membuat satu persepakatan di antara PAS yang mendukung Islam, DAP dengan ideologinya sendiri, PKR dengan ideologinya meluluskan satu resolusi menerima perkara yang wujud dalam Perlembagaan Malaysia, Islam sebagai agama persekutuan, Raja Berperlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Perkara yang terkapai-kapai, kefahaman Islam masih sempit dalam lingkungan pengertian barat dalam perkataan religion, ini yang masih diamalkan oleh Barisan Nasional yang masih ada, bukannya perkataan din daripada bahasa al-Quran, Islam tidak dijadikan acuan sebenar dalam membina modal insan mengikut fitrahnya. Kegagalan ideologi ciptaan manusia yang menghasilkan krisis keamanan dunia, ekonomi dan cuaca yang mengancam adalah kerana tidak memenuhi komponen diri manusia secara menyeluruh - jasad dan roh, individu, keluarga dan masyarakat. Agama menjadi asas dalam hala tuju politik, ekonomi dan sosial bukannya alat politik tetapi agama dijadikan alat politik, semua ideologi itu menjadikan kebendaan kiblat yang disembah sehingga menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain.

Dalam satu keluarga, pembahagian pusaka boleh gaduh, dalam masyarakat negara antarabangsa kerana pengagihan yang tidak adil, boleh bergaduh, merosakkan alam sekitar kerana projek rasuah. Benarlah firman Allah SWT [Membaca petikan al-Quran] yang bermaksud, “Kalau sekiranya kamu membelanjakan seluruh harta benda yang ada di bumi, nescayanya kamu tidak dapat menjinakkan hati-hati mereka, Allah yang menjinakkan hati-hati mereka, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Ini menunjukkan bahawa kekayaan sahaja tidak boleh menyatukan manusia, kalau tidak diurus, boleh bergaduh dengan sebab kekayaan itu, menunjukkan adanya kesilapan politik wang yang masih menjadi penyakit sehingga membarah, adalah mustahil negara yang berpolitik wang boleh mengatasi penyakit rasuah dalam urusan pentadbiran, kehakiman dan lain-lain.

Penyakit ini juga melemahkan kehebatan kepimpinan, perundangan, penguatkuasaan, kehakiman dan pentadbiran pengurusan.

Kita sama-sama melihat betapa undang-undang yang keras gagal menghapuskan penyalahgunaan dadah walaupun pengedaran dadah, hukuman mati mandatori, sehingga hari ini tidak dapat diatasi. Jenayah berat, rasuah, apa lagi yang boleh lebih ringan daripadanya sudah tentu jauh untuk mengatasinya.

Kebendaan yang diatur oleh ilmu ekonomi yang betul adalah keperluan manusia yang menjadi rukun hidup dalam masa yang sama, pengawasan roh oleh iman dan akhlak terhadap seseorang manusia dalam hubungannya dengan Allah, dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar.

Hal semasa adalah asas pembangunan modal insan di samping akan yang diisi dengan ilmu yang memberi manfaat. Islam tidak memaksa penganut agama lain masuk Islam, namun Islam menerima kebijaksanaan bersama yang dinilai oleh perasaan sejagat dengan cara yang terbuka dan sebab itu semua pihak menerima Islam sebagai agama persekutuan setelah mereka memahami objektif dan takrif daripada Islam itu sendiri.

Islam merupakan sikap terbuka terhadap semua kebijaksanaan tanpa memaksa penganut agama lain. Firman Allah [Membaca petikan al-Quran] yang bermaksud, “Dan orang-orang yang menjauhi taghut (pelampau batas yang zalim) iaitu tidak menyembah-menyembahnya dan kembali kepada Allah yang adil, bagi mereka berita gembira sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba Allah yang mendengarkan perkataan lalu mengikut apa yang paling baik di antaranya, mereka itulah orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” Islam mengajar orang yang beriman bukan sahaja menerima yang terbaik dalam Al-Quran dan Sunah, juga menerima pandangan manusia terbaik dan bijaksana sama ada Islam dan bukan Islam. Dihurai lagi sabda Nabi SAW [Membaca petikan al-Quran] yang bermaksud, “Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan orang yang beriman, laksana barang tercicir kepunyaan orang beriman di mana sahaja dia berjumpa, dia mesti pungut.” Maka Islam mengambil tamadun bernilai di seluruh dunia, China, India, Rom, Parsi, Greek, Mesir, Yaman dan lain-lain sehinggalah lahirnya tamadun Islam.

Kepesatan berlaku dengan penterjemahan dengan pelbagai hasil kajian daripada semua bangsa ke dalam bahasa Arab dengan memandu tamadun berasas modal insan yang beriman dan berakhlak mulia, tamadun barat yang mencipta berbagai-bagai-bagai kemajuan dan kebendaan hari ini adalah selepas terjemahan buku berbagai-bagai ilmu daripada bahasa Arab kepada bahasa mereka. Kejatuhan tamadun Islam setelah lemahnya iman dan hilangnya akhlak mulia dengan berlakunya kezaliman dan maksiat. Begitu lahirnya tanda-tanda kemusnahan tamadun barat terkini, kemusnahan ekonomi, huru-hara dunia, mengguna senjata yang melampaui batas kerana konsep sekularismenya yang memisahkan urusan hidup daripada iman dan akhlak.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Negara kita yang masih terpengaruh dengan tamadun barat tidak menerima nasib yang sama seperti juga negara-negara membangun yang lain, bahkan menunjukkan kelemahan keyakinan lebih daripada masa-masa yang terdahulu. Kalau pada zaman Tungku Abdul Rahman, wujudnya PERKIM, pada zaman Tun Abdul Razak - Masjid Negara, zaman Tun Hussien - bulan dakwah, zaman Tun Mahathir – Penerapan nilai-nilai Islam, zaman Tun Abdullah – Islam Hadhari dan sekarang dibawa slogan 1Malaysia yang tidak tertulis imej Islamnya walaupun sekadar tulisan.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Apabila sengaja dicetuskan isu kalimah Allah mahu digunakan oleh penganut agama lain, ramai yang kehilangan punca yang sebenar hingga mencetuskan bibit negatif walaupun secara negatif bahawa perkataan ini pernah digunakan oleh penganut agama lain dengan pemahaman yang salah mengikut bahasa al-Quran. Ini kerana Allah bermaksud Tuhan yang maha Esa terkandung di dalamnya segala nama yang indah bagi tuhan yang maha Esa, sifat-sifatNya yang maha suci, tidak boleh menyembah melainkan Dia sahaja. Mestilah menerima hukum-hukum dan undang-undangNya secara mutlak, hanya mengadakan undang-undang dan peraturan yang diizin oleh Allah sahaja. Namun, kita tidak boleh memaksa dalam urusan dalaman penganut agama lain. Menyebut nama Allah tanpa mengganggu kita, mengapa kita tidak menerima secara positif setelah kumpulan bukan Islam mahu menggunakan kalimah Allah? Maka kerajaan berani untuk mengubah Rukun Negara yang pertama daripada Kepercayaan kepada Tuhan kepada Percaya kepada Allah. Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, Percaya kepada Allah. Kita menerima secara positif apa yang positif yang ditunjukkan oleh kalangan bukan Islam.

Walaupun terdapat kekeliruan di kalangan orang Islam, tanggungjawab kita ialah menerangkan kekeliruan itu sebagaimana yang diajar oleh al-Quranul karim. Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain menggunakan perkataan Allah sebelum Islam semasa hayat Nabi Muhammad SAW tetapi menjelaskan apa makna kalimah Allah mengikut fahaman kami tanpa memaksa mereka menganut agama kita. Kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan itu. Dalam surat yang ditulis oleh Nabi Muhammad oleh kerajaan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW kepada Raja Mesir yang menganut agama Kristian.

Dalam surat itu ditegaskan [Bercakap dalam bahasa Arab] “Wahai golongan Ahli Kitab Yahudi dan Kristian, marilah kepada kalimah yang sama di antara kami dan kamu iaitu Allah. Kami Islam memakai kalimah Allah, kamu juga pakai kalimah Allah, sama tetapi makna kalimah Allah yang difahami oleh kami, kita tidak boleh beribadat hanya kepada Allah sahaja.” Kita tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan kita tidak boleh melantik sesama kita sama ada pemimpin ataupun paderi-paderi yang berlagak menjadi tuhan sama seperti Allah, mengadakan undang-undang sendiri, hak mengampun dosa dan lain-lain. Jika sekiranya mereka berpaling, katakan kepada mereka kami adalah orang-orang Islam. Kami orang Islam mempunyai kefahaman kami sendiri.

Masalah kamu kefahaman kamu, itu hal kamu.

Di sinilah mengapa Islam membenarkan orang-orang Islam memakan makanan sembelihan Yahudi dan Kristian. Dinaskan oleh Al-Quran [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Pada hari ini dihalalkan kepada kamu yang baik-baik.

Makanan golongan ahli kitab Yahudi dan Kristian halal kepada kamu.” Ini kerana mereka menyembelih ternakan yang halal dengan menyebut nama Allah. ini menunjukkan bahawa keizinan itu berlaku. Dalam negara kita Tuan Yang di- Pertua pun tahu di Sarawak telah pun diamalkan perkataan Allah ini dan tidak

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

menjadi perbalahan di antara orang Islam di Sarawak dengan orang Kristian. Apa yang penting ialah penjelasan. Kalau timbul salah faham, berdialog di antara pemimpin-pemimpin agama. Bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dalam masalah agama yang menggunakan hukum akal. [Tepuk] Bukan menggunakan nas tetapi menggunakan hukum akal. Quran berpandu kepada nas dan menggunakan akal, dua-dua sekali. Di sini kita boleh mencari keharmonian.

Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah. Berlaku pembakaran gereja, berlaku pencemaran masjid, berlaku perkara negatif menunjukkan bahawa kita tidak menangani isu ini dengan cara yang baik. Kita menerima secara positif bahawa mereka sudah mengatakan perkataan God, Lord tidak tepat dengan tuhan.

Mereka menerima perkataan Allah, maka kita masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan secara positif. Ini peluang untuk kita berdakwah, bukan peluang untuk kita bergaduh.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal pendidikan dan pelajaran, hak pendidikan dan pelajaran masih tidak diurus dengan baik. Masih ramai yang tercicir dalam pendidikan dan sistem pendidikan yang gagal membangun modal insan. Peserta di pusat serenti lebih besar jumlahnya daripada mahasiswa universiti. Kalau di campur dengan yang melepak, berlumba dan lain-lain yang masih berkeliaran lebih berlipat ganda lagi jumlahnya.

Agenda supaya kembali kepada memperkasakan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tertinggal kerana pengaruh globalisasi penjajahan ilmu dengan bahasa Inggeris tanpa mengambil iktibar semua negara maju bangun dengan mengilmukan rakyat dengan bahasa sendiri. Bahasa lain hanya sementara dan tempelan bagi menugaskan sebahagian sahaja yang menimbanya dengan cara yang teratur.

Kita menggalakkan orang mahir dalam bahasa-bahasa asing untuk menambahkan ilmu tetapi dalam negara kita sendiri untuk memperkasakan rakyat dengan ilmu dan pendidikan mestilah dengan bahasa sendiri, bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing. Apa yang berlaku pada hari ini, kesungguhan di dalam memperkasakan bahasa kebangsaan tidak berlaku dengan cara yang serius. Nama-nama jalan, nama-nama syarikat perniagaan, kedai masih diletakkan bahasa Inggeris di atas, bahasa kebangsaan di bawah. Tulisannya kadang- kadang halus. Kalau kita pergi ke Thailand, pergi ke negara-negara lain dia letak bahasa dia dahulu baru bahasa lain, bahasa Inggeris dan sebagainya untuk pelancong-pelancong. Akan tetapi kita tidak memperkasakan bahasa kita sendiri.

Peristiwa usaha menguburkan tulisan jawi membawa padah besar terhadap umat Islam secara khusus. Kaum Cina dan India masih terpelihara tulisan mereka. Akhbar-akhbar bahasa masing-masing masih hidup. Penulisan jawi masih bernyawa ikan menjadikan jurang perbezaan kesedaran menilai yang parah antara kaum Melayu dan kaum lain. Kaum lain ada akhbar tulisan mereka sendiri. Mereka mempunyai minda yang lebih maju daripada kita kerana kita menghapuskan bahasa tulisan kita sendiri. Maka keperkasaan ilmu dan pengetahuan politik, pengetahuan yang lain, bangsa lain lebih maju. Kita tidak boleh menyalahkan bangsa lain dalam hal ini. Kita sendiri melemahkan bangsa dan bahasa kita sendiri.

Walaupun kaum Melayu Islam lebih besar jumlahnya, ketidakseimbangan kefahaman ini kalau dibiarkan membawa padah yang sangat negatif. Berlakunya tidak seimbang pemikiran kerana tidak seimbang ilmu dan kefahaman. Berbeza, banyaknya akhbar dalam bahasa Cina, bahasa Tamil, tetapi Utusan Melayu, hidup segan mati tidak mahu. [Disampuk] Mati sudah? Saya tidak sedar mati sudah.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Pembinaan sekolah dan kemudahannya bukan mengikut keperluan hak berilmu tetapi lebih kepada keperluan membahagi projek kepada kroni dan puak.

[Tepuk] Dengan dibayangi oleh rasuah yang bertingkat, peristiwa makmal komputer runtuh, jambatan ke sekolah runtuh, anak-anak sekolah tanpa perjalanan selamat masih wujud dalam pembentangan kewangan setiap tahun dengan jumlah besar menunjukkan masalah kemudahan belum selesai walaupun lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan. Masalah saya bukan saya marah 1Malaysia tetapi pengisiannya. Jangan tulis 1Malaysia besar-besar tetapi pengisiannya tidak tepat. Pengisiannya tidak ada.

Di negeri saya di Terengganu, banyak sekolah kawasan pedalaman masa kami memerintah dahulu. Kenapa? Hendak bagi projek kepada kroni-kroni. Ada sekolah yang bilik darjahnya tidak ada murid. Tidak ada murid kerana tidak seimbang dengan jumlah pelajar dalam kawasan itu, kawasan pedalaman. Masih ada kawasan padat penduduk tetapi sekolah bilik darjahnya tidak cukup. Makmal komputer runtuh. Kenapa? Kerana berlakunya bertingkat. Orang yang pertama dapat projek, bagi yang kedua, bagi yang ketiga. Ini yang runtuh.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Kenapa? Kerana masih ada salah urus masih ada rasuah yang perlu disiasat. Perkara ini berlaku dalam era pemerintahan yang lalu. Kerajaan yang ada hari ini mewarisi yang lalu. Kerajaan yang ada mesti berani bertindak terhadap mereka yang lalu. Media adalah sebahagian daripada ilmu dan alat mengilmukan rakyat. Akan tetapi agenda hiburan yang terlalu banyak, dakyah iklan yang melampau menjadikan rakyat lebih berkhayal di alam impian daripada berilmu dan beramal dalam kenyataan. Media lebih penting untuk kempen menang pilihan raya yang memerintah selama-lamanya. Walaupun mengalami penyakit yang berat, tidak bersedia untuk berehat dan membaiki diri seperti amalan dalam negara demokrasi yang memajukan negara. Media adalah alat mendapat ilmu yang berfaedah dan menjadi saksi yang adil kepada rakyat bukan sekadar untuk mencari makan dan hidup untuk makan semata-mata walaupun menabur dusta dan fitnah sesama sendiri.

Bukannya makan untuk hidup dan menabur abdi kepada Allah SWT dan budi terhadap manusia dan alam semesta. Media yang hanya mengiklankan 1Malaysia, sehingga salam pun 1Malaysia, bukan mengisi modal insan akan menerima padah yang sama dengan slogan-slogan yang terdahulu “Bersih, Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Islam Hadhari” dan yang lain-lain akan menerima nasib yang sama. Slogan 1Malaysia menjadi satu perbahasan yang hangat pada hari ini. Sepatutnya kita berfikiran terbuka. Jangan kita hilang kawalan diri, mencari perkara yang benar dengan hujah yang kuat, bukan tuduh menuduh antara satu sama yang lain.

Isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh Ketua Pembangkang, Syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd. Di sini ada jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri “Kerajaan tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan...” Jawapan daripada soalan lisan Yang Berhormat Tanah Merah pada 10 Mac 2010 yang bertanya, minta Perdana Menteri menyatakan benarkan APCO Worldwide yang diupah oleh Perdana Menteri untuk melancarkan Gagasan 1Malaysia juga menawarkan perkhidmatan mereka kepada Nigeria Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan.

Jawapan Menteri, kerajaan tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar negara untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus. Syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd. dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh. Di sini

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

menunjukkan peranan dia ada, di mana program perkhidmatan komunikasi secara menyeluruh adalah sebahagian daripada agenda 1Malaysia. Kita jangan nafikan perkara ini. Kepada saya langkah ini satu langkah yang sangat tidak bijak. Seolah- olah kita tidak percaya kepada kewibawaan cerdik pandai tokoh-tokoh dalam negara kita sendiri. [Tepuk] Ada warga kita, warga di Malaysia ini yang menjadi penasihat di luar negara, bukan di Malaysia, menjadi penasihat di luar negara dan beberapa bidang. Mengapa kita tidak percaya kepada warga kita sendiri? Jemput orang yang kita kenal nama sahaja, tetapi tidak kenal latar belakang dia ataupun tahu latar belakang. Akan tetapi kerana ada batu di sebalik udang ataupun udang di sebalik mi, maka kita menerima dengan begitu mudah. Membelakangkan asas Islam yang sebenar agama yang dijamin Perlembagaan yang sepatutnya mengikut kefahaman kita sendiri walaupun tujuannya baik, tetapi tanpa asas dan acuan yang betul, membangun modal insan tetap gagal.

Saya percaya pihak luar ini tidak tahu modal insan yang sesuai dengan negara kita sendiri, dengan tempat kita sendiri. Negara kita masih mempunyai tenaga kepakaran dalam membangun modal insan. Mengapa peranan IKIM dan yang lain ilmuan yang bertaburan di pusat-pusat pengajian tinggi tidak dimanfaatkan dengan cara yang betul dan tepat dengan agama kita dan budaya kita sendiri. Tanpa penerapan komponen ciptaan Allah SWT bagi manusia dengan tepat dan saksama, bukan sahaja membinasakan diri, bahkan juga keluarga masyarakat dan negara.

Usaha untuk mewujudkan keadilan dan persaudaraan yang menjadi teras perpaduan tidak dapat dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh bidang kehakiman. Sehingga kini sistem kehakiman masih belum mendapat kepercayaan yang sebenar daripada ahli masyarakat yang berwibawa. Betapa besarnya bidang kehakiman maka Islam meletakkannya dalam perkara fardu Kifayah, yang menjadi Fardu Ain pula kepada pengamal. Mereka yang menjalankan tugas dengan amanah pahalanya besar dan mereka yang mengkhianati, dosanya juga besar.

Bidangnya menimpa ujian yang besar.

Oleh kerana itu Islam wajibkan pemisahan kuasa bidang kehakiman dengan bidang-bidang yang lain supaya pelantikan dan perjalanannya tidak diganggu gugat. Kerana masih menunjukkan dalil-dalil yang banyak tidak berlakunya pemisahan kuasa seperti yang diperintah oleh Allah dan Rasul Muhammad SAW bagi menjamin keadilan yang sebenarnya secara ikhlas. Inilah sebabnya maka Nabi Muhammad SAW bersabda [Membaca potongan ayat al- Quran] “Hakim ini ada tiga jenis. Dua jenis dalam neraka dan satu jenis dalam syurga. Yang mengetahui perkara yang benar tidak menghukumkan yang benar dalam neraka, yang tidak tahu perkara yang benar, jadi hakim juga dalam neraka.

Yang mengetahui perkara yang benar, hukum yang benar itu dalam syurga.” Allah menegaskan betapa wajibnya keadilan itu ditegakkan [Membaca potongan ayat al- Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah. Menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu tidak berlaku adil terhadap kaum itu. Berlaku adillah. Adil lebih hampir bertakwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui dengan apa yang kamu kerjakan...”

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Keadilan mutlak adalah nama tuhan dan sifat tuhan. Bukan khusus bagi satu kaum sahaja, penganut satu agama sahaja. Islam mengajar kita adil terhadap musuh di medan perang apa lagi terhadap rakyat walaupun mereka berlainan kaum, berlainan agama, kita wajib berlaku adil terhadap semua. Nabi Muhamad SAW bersabda “Kesilapan hakim membebaskan orang yang dituduh adalah lebih baik daripada kesilapan menjatuhkan hukuman.” Oleh kerana itu Islam membenarkan pelantikan wakil dalam istilah fiqah Islam yang dinamakan peguam hari ini. Peguam dibenarkan membela orang yang bersalah. Bagaimana Islam boleh membenarkan membela orang yang salah? Tidak berdosa peguam membela orang yang salah sekalipun, dia pembunuh, dia apa.

Tidak menjadi salah. Untuk mencari jalan, adanya hujah, bagi membebaskan. Kalau ada hujah dan hakim menerima hujah itu bukannya konsep menggali kesolehan habis-habisan supaya dijatuhkan hukuman. Islam menggalakkan hilang dosa secara bertaubat lebih baik daripada menerima hukuman kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Islam mewajibkan saksi yang adil dengan syarat yang beriman, budiman dan bermaruah yang tinggi dan menjadi saksi yang bohong termasuk dosa besar.

Islam meletakkan orang yang dituduh tetap tidak bersalah sehingga dibuktikan dalam mahkamah. Di sini Islam mewajibkan hukum dan undang- undang yang ada roh perhitungan dosa dan pahala. Mewajibkan empat saksi dalam tuduhan zina dan liwat dan dua saksi dalam tuduhan-tuduhan yang lain dengan syarat yang keras dan menganggap orang yang dituduh masih tidak bersalah. Hari ini negara kita berlaku tuduh-menuduh, semua pihak bukan sahaja pihak pembangkang, pihak kerajaan pun berlaku tuduh-menuduh ini.

Orang yang dituduh dianggap sebagai bersalah, dibenarkan media menyiarkan berita habis-habisan seolah-olah mahu rakyat menghukum orang itu sebelum mahkamah menghukumkan. Ini satu tindakan yang tidak betul mengikut akhlak kehakiman di dalam Islam. Sehingga kini masih banyak keadilan tidak terserlah kerana dipengaruhi oleh fanatik agama, keluarga, agama dan puak.

Keadaan ini merendahkan imej negara .

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Dalam bidang ekonomi, Allah Taala berfirman [Membaca potongan ayat al-Quran] yang bermaksud, “Apa-apa harta yang diambil secara aman dalam sebuah negeri, maka harta itu bagi Allah dan bagi Rasul yakni harta umum”.

Pemimpin-pemimpin negara adalah pemegang amanah, bukan pemilik harta itu.

Mereka adalah pemegang amanah. Ia hendaklah diagih dengan adil kepada mereka yang berhak contohnya kaum keluarga yang memerlukan pertolongan, anak yatim yang tidak ada penjaga, orang miskin yang memerlukan bantuan, dan mereka yang keputusan belanja dalam perjalanan supaya harta kekayaan negara tidak berpusing di kalangan orang-orang kaya yang tertentu sahaja. Kalau tak dikendalikan dengan baik, maka harta kekayaan yang banyak berpusing di kalangan pemimpin dan orang-orang kaya yang tertentu sahaja. Hanya peratus yang sedikit turun pada rakyat.

Tanah air kita dikurniakan hasil bumi melimpah ruah. Tanah yang subur, sumber air yang kaya, semua mencukupi keperluan atau menghasilkan keperluan asasi rakyat dalam membangun negara. Walaupun demikian, tidak mencapai kemajuan yang kukuh tetapi ada negara yang lebih maju tanpa sumber alam seperti negara kita, yang terdekat seperti Singapura, yang jauh seperti kalangan negara-negara Eropah. Ini menunjukkan ada perkara yang tidak kena pada kita.

Salah urus dan penyelewengan berlaku, kadar kemiskinan yang ketara. Paling ketara di negeri paling kaya hasil buminya seperti Sarawak, Sabah dan

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang]

Terengganu. Kadar rasuah yang paling tinggi, masih tidak boleh mengatasinya.

Kekayaan menunjukkan berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu. Berlaku seperti amaran Allah yang turun ke bawah bagi mengatasi kemiskinan sebenarnya tidak mencukupi dan masih banyak berlaku ketirisan.

Cadangan mengadakan cukai baru yang membebankan rakyat menandakan tidak mampu mengendalikan sumber negara dengan betul. Terdapat kenyataan yang tidak matang berfikir seperti membatalkan cukai bagi golf. Ada kenyataan Menteri membuat kenyataan ini, cukai bagi golf yang melibatkan segelintir orang yang berada. Melupai rakyat ramai yang miskin dibebankan dengan kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada semua barangan keperluan. Ada anak-anak dan keluarga pemimpin dan bekas pemimpin yang berpendapatan ratusan ribu sebulan kerana kedudukannya dengan pemimpin itu, bukan kerana kebijaksanaannya. Kalau kerana kebijaksanaannya tak jadi masalah. Sudah tentulah kerana pengagihan kekayaan yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu mengikut amaran Allah.

Di sana masih ada rakyat yang berpendapatan rendah, tidak memenuhi keperluan hidup. Bukan kerana kecacatan tetapi kerana tidak diberi hak yang sewajarnya. Ada yang terpaksa melakukan dosa rasuah, mencuri, merompak dan menipu kerana dihimpit kesusahan pendapatan. Ada anak-anak muda yang melepak di tengah jalan kerana rumah yang tidak cukup bagi keperluan seluruh keluarga. Ada kaji selidik yang dibuat daripada kalangan universiti memaklumkan kepada saya, terdapat di kalangan anak-anak muda yang melepak, ditanya mengapa melepak? Masalah dia bohong tidak bohong satu hal lain. Antaranya mengaku kerana rumah. Keluasan rumah tidak cukup, dua bilik sahaja. Macam mana nak duduk? Bergelumang bersekali dengan begitu rupa.

Ada rumah yang dirobohkan di atas nama pembangunan lebih maju tanpa diganti penempatan yang sewajarnya. Petani yang masih bertanam di tanah kerajaan tanpa milik, nelayan pesisir pantai yang ditindas oleh orang tengah sehingga sampai bila-bila tidak boleh membebaskan diri daripada kemiskinan.

Unjam yang dibuang untuk mengumpulkan ikan dihapuskan oleh pukat-pukat tunda yang terlepas daripada tindakan pihak penguat kuasa kerana pemiliknya merupakan jerung-jerung yang besar akan mendapat perlindungan daripada jerung-jerung yang lebih besar. Bukan sahaja membaham unjam dan bubu bahkan menghapuskan benih-benih ikan sehingga sebahagian jenisnya sudah pupus di negara kita ini.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Mengapa tidak mengambil pelajaran daripada negara maju yang mengawal dengan teratur?

Pesisir pantai di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dimakan hakisan musim tengkujuh kerana duit lebih penting digunakan untuk Monsoon Cup, Formula One dan projek-projek kepunyaan segelintir manusia sahaja.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Tuan Yang di-Pertua, laluan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Setiu, ya.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada MP Marang. Saya sedap sungguh mendengar ungkapan yang telah diberikan dan ada yang saya setuju tetapi cumanya nak minta penjelasan. Yang lepak itu, yang lepak ini MP Marang tahu seluruh negara ada lepak termasuklah di Kelantan. Adakah lepak ini terletak di bahu Kerajaan Barisan Nasional ataupun di bahu kerajaan PAS ataupun di bahu kerajaan PKR?

Kalau nak katakan lepak ini kerana salah Barisan Nasional di Kelantan tidak kurang pun yang lepak itu. Jadi itulah nak tanya penjelasan.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Sebenarnya beliau memberi hujah kepada saya. Tanggungjawab bersama. Barisan Nasional telah memerintah 50 tahun lebih di negeri-negeri. Negeri yang kami perintah, baru sahaja perintah. Contohnya Terengganu, negeri Yang Berhormat sendiri. Kawasan Setiu, kawasan yang ramai mereka yang tahap kemiskinan yang tegar. Sebaik sahaja kami berusaha untuk mengatasi masalah kemiskinan dengan duit yang ada royalti petroleum apabila terdapat tanda-tanda yang positif, Kerajaan Pusat terus merampas dan merompak royalti petroleum. Negeri-negeri Pakatan Rakyat berusaha nak buat walaupun di sana ada sistem federalisme yang membawa penubuhan negara Malaysia yang diasaskan kepada Perlembagaan dan perjanjian tidak dihormati. Keputusan pilihan raya negeri yang memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang sebelumnya PAS di Kelantan dan pernah di Terengganu dan Perak tidak dihormati.

Rakyat negeri didera dengan tindakan zalim secara membelakangkan hak mereka. Pentadbiran urusan yang menjadi hak kerajaan negeri tidak dihormati dengan menubuhkan pentadbiran negeri oleh Kerajaan Pusat, daerah dan mukim secara berasingan dengan mempolitikkan jabatan-jabatan persekutuan. Pelantikan pemimpin masyarakat menggunakan media untuk menekan rakyat secara bohong dengan tujuan melumpuhkan kerajaan negeri dan menjatuhkannya dan menyembunyikan penyelewengan Kerajaan Pusat. Peristiwa merampas royalti petroleum Negeri Terengganu dan menafikan hak Negeri Kelantan dengan memutar belitkan perjanjian yang dimeterai secara sah.

Adanya perjanjian memberi hak royalti secara bertulis, dalam perjanjian kenyataan rasmi kerajaan sebelumnya dibatalkan oleh usul Perhimpunan UMNO tahun 2000. Adakah ini cara amalan demokrasi dan semangat federalisme yang sebenarnya? Di sana ada perjanjian di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Dalam tahun 70an yang membawa kepada penggubalan Akta Petroleum Tahun 1974. Bila berlakunya krisis antara Sabah, Sarawak dengan Kerajaan Pusat, maka berundinglah tokoh-tokoh politik, arwah Tun Razak, Tengku Razaleigh yang masih hidup, Tun Salleh Abas yang masih hidup, Tun Ismail Ali, arwah yang telah meninggal dunia. Maka dibuat satu penyelesaian oleh kerana pada awalnya semua hasil di daratan adalah milik kerajaan negeri. Tidak disebut petroleum ataupun emas dan lain-lain. Di laut, belum ada suatu kenyataan yang bertulis yang terbuka. Maka mereka membuat persetujuan untuk menggubal Akta Petroleum dan ditubuhkan syarikat Petronas dan dikarang satu bentuk perjanjian supaya kerajaan negeri menyerahkan hasil petroleum yang ada di negeri di daratan kepada Petronas.

Kalau ada hasil, serah kepada Petronas. Pada awalnya 100% negeri punya, serah pada Petronas. Sebagai balasnya, maka yang ada di laut tanpa dikira pesisir pantainya sama ada di laut dan di darat, Petronas bersetuju memberi royalti petroleum secara tunai hasil jualan kepada kerajaan negeri.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Mana-mana negeri yang ada hasil petroleum, ini perjanjian. Pada masa kami memerintah Terengganu tahun 1999. Pada bulan Mac tahun 2000 masih lagi bayar kepada kerajaan negeri. Pada bulan Julai berlaku Perhimpunan Agung UMNO dan terdapat perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Dalam Perhimpunan Agung itu ada usul yang dibuat kerana mereka bimbang takut kita salah gunakan hasil petroleum. Dia salah guna tidak apa. Kita belum tentu lagi salah guna. Beri peluang dahulu. Semata-mata kerana hasrat politik, kepentingan politik hilang semangat persaudaraan, federalisme maka dirampas royalti itu.

Malangnya pemimpin-pemimpin kerajaan telah membuat satu kenyataan yang memutar belit dalam perkara ini.

Rakyat Sabah dan Sarawak dibiarkan tanpa kemudahan asas yang sepatutnya sudah selesai kerana sudah 50 tahun dalam negara Malaysia. 40 tahun lebih, hampir 50 tahun. Kalau amalan ini masih diteruskan maka slogan 1Malaysia terus menjadi kata-kata impian kosong. Federalisme mengikut ahli sains politik adalah penubuhan negara yang terdiri... [Disampuk]

final • 5:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Minta laluan.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

...daripada negeri- negeri... Nanti sekejap. Dengan pembahagian kuasa di antara kerajaan negeri dan Pusat mengikut Perlembagaan dan pembahagian pentadbiran dengan menjamin keadilan, keamanan, persaudaraan dan perpaduan. Dengan dasar dan konsep yang termaktub dalam Perlembagaan kita tidak boleh selama-lamanya menipu Perlembagaan. Ini kerana manusia juga tidak boleh ditipu selama-lamanya. Sila.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sini Yang Berhormat, Yang Berhormat Machang.

final • 5:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Marang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Marang. Saya membaca dokumen daripada sidang Dewan Negeri Terengganu yang menyebut angka bayaran royalti untuk Terengganu daripada tahun 2000 hinggalah tahun 2009 ialah RM13.5 bilion. Satu angka yang cukup besar sebenarnya yang hari ini tidak sampai ke Terengganu.

Sebab itu Menteri Besar Terengganu sekarang dia belum gugurkan lagi tuntutan royalti ini daripada Petronas.

Untuk tempoh tahun 2000 hingga 2004 itu saya juga sempat membaca laporan audit bagaimana UMNO Barisan Nasional membelanjakan wang royalti yang sepatutnya pergi pada rakyat Terengganu. Antara yang disebut dalam teguran audit ialah:

(i) membiayai Program Puteri UMNO Sungai Petani;

(ii) menyediakan komputer riba kepada JKK seluruh Kedah;

(iii) membaiki pejabat Menteri Besar Kedah; dan

(iv) membaiki kediaman rasmi rumah Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bukan ada kena mengena pun dengan perbelanjaan royalti minyak. Ini khianat namanya. UMNO Barisan Nasional khianat ini sudah jadi darah daging dia.

Dia tidak rasa bersalah. Tidak rasa bersalah. [Disampuk] Audit tegur dengan baik.

Teguran ini teguran Audit Yang Berhormat Pasir Salak. Teguran-teguran audit.

final • 5:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Menyampuk]

final • 5:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya tidak minat hendak bahas dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak saya kena ikut pesanan Imam Shafie. Imam Shafie kata “Aku kalau berbahas dengan orang jahil aku tidak pernah menang, aku tidak pernah menang tetapi kalau berbahas dengan orang alim aku tidak pernah kalah.”

final • 5:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Menyampuk]

final • 5:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tidak. Kenapa takut, kenapa takut bila saya bacakan fakta daripada audit tentang UMNO salah guna, khianat duit royalti minyak milik rakyat Terengganu. Salah apa? Hendak takut sebab apa? Apa pandangan Yang Berhormat Marang tentang perbuatan mengkhianati ini? Khianat. Bukan amanah, khianat. Saya tekankan. Parti agama, bangsa dan negara tetapi khianat wang rakyat. [Tepuk]

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua kesilapan ini bukan sahaja kenyataan-kenyataan daripada pihak kami bahkan daripada tokoh-tokoh UMNO sendiri. Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, yang terakhir Tun Musa Hitam dan Tun Mahathir pun saya rasa sama.

Dalam hati dia sama.[Ketawa] Bahkan tokoh-tokoh Petronas, arwah Tan Sri Azizan dan yang diberhentikan itu, Tan Sri Hassan Merican dan mereka yang terlibat dalam memateraikan perjanjian masih hidup lagi iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Salleh Abas, Tun Ahmad Yaakob.

Mereka yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat tetapi tidak dihormati tokoh-tokoh ini kerana kita lebih menghormati tokoh-tokoh daripada negara luar. Inilah barang kali menggerakkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan yang royalti adalah hak negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Termasuklah Kelantan dan Terengganu dan negeri lain kalau ada hasilnya.

Tuan Yang di-Pertua kejayaan sesebuah negara kerana keadilannya walaupun dalam tempoh yang singkat. Negara yang tegak dengan kejahatan, kezaliman maksiat adalah gagal walaupun panjang usianya. Firman Allah Taala:

[Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] “Adakah kamu tidak tahu apa Tuhan lakukan terhadap kaum Ad’ yang telah mendirikan bandar raya Iran, yang dibangun di dalamnya bangunan- bangunan pencakar langit, yang disokong oleh tiang-tiang balak batu yang dipahat. Kaum Samud yang mendirikan bangunan batu-batu yang pejal, memahat bukit-bukit dijadikan bilik. Kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak bumi.

Mereka semua melampau di dalam negeri dan melakukan kejahatan lalu mereka ditimpa azab.” Walaupun mereka mendirikan tamadun-tamadun yang hebat tetapi tamadun yang didirikan di atas kezaliman menjadi catatan sejarah yang membawa kemusnahan. Semua hal ini patut menjadi pengajaran kepada kita semua.

Akhirnya saya ingin menarik kerajaan, perhatian kerajaan kepada isu antarabangsa isu Masjid al-Aqsa. Seluruh umat Islam dikejutkan dengan pencerobohan kumpulan pelampau Yahudi ke atas kesucian Masjid al-Aqsa.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

APCO! APCO!

final • 5:20 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Kiblat pertama umat Islam dan salah satu daripada tanah suci umat Islam dan juga penganut agama Samawi yang lain termasuk juga agama Yahudi. Kumpulan pelampau Yahudi melakukan langkah ganas ke arah dakwaan palsu bagi mengembalikan Haikal Sulaiman, kuil besar zaman Nabi Sulaiman memerintah dunia.

Perancangan yang juga ditentang oleh kalangan Yahudi sendiri dan juga penganut Kristian dan juga menentang keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya pernah hadir dalam satu conference di Tehran yang ikut sama oleh Tuan Yang di- Pertua kita, Tuan Yang di-Pertua yang tidak hadir. Di mana dihadiri juga oleh orang-orang Yahudi yang juga menentang projek negara Israel yang haram ini.

Malaysia perlu menggerakkan OIC bagi bertindak segera kerana kawasan itu sudah bermandi darah. Sebelum berlakunya perkara yang lebih parah, langkah bersepadu mengerahkan negara umat Islam agar bersatu.

Bersama dengan negara yang cintakan pendamaian dalam menangani bahaya yang akan mencetus daripada kezaliman dan keganasan itu. Saya harap pihak kerajaan memberi perhatian kepada pandangan-pandangan yang saya berikan. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 5:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. [Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullaahi taala wabarakaatuh.

final • 5:29 PM

Seorang Ahli

Takbir.

final • 5:29 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa merasmikan sidang Dewan kita tempoh hari.

final • 5:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. [Ketawa] Oleh kerana kita tinggal hanya tiga hari lagi Yang Berhormat, jadi saya mengehadkan tiap-tiap orang bercakap 30 minit Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat Pasir Salak boleh sambung esok.

final • 5:29 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih.

final • 5:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa, 23 Mac 2010.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

final • 5:29 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026