Dec082009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) adakah kawasan pedalaman di seluruh negara disempurnakan dengan sekurang-kurangnya klinik kesihatan khususnya di negeri Sarawak; dan

(b) adakah setiap klinik kesihatan tersebut dilengkapi kakitangan dari alat perubatan serta berapakah peruntukan tahunan kementerian untuk tujuan tersebut.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Assalamualaikum, salam 1Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bintulu, Ahli- ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Kementerian Kesihatan sentiasa memberikan perhatian dalam meningkatkan fasiliti kesihatan di seluruh negara tanpa mengira latar belakang dan telah menjadi polisi kerajaan sejak merdeka lagi untuk memberikan perhatian kepada perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman. Ini telah direalisasikan dengan terbentuknya Rural Health Services Scheme pada tahun 1953 hingga 1956 dan terbentuknya Rural Health Services selepas merdeka.

Adalah menjadi norma perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia di mana sebuah klinik kesihatan disediakan bagi setiap 20,000 penduduk dan bagi klinik desa pula norma perancangan yang dipakai adalah satu klinik desa bagi 4,000 penduduk. Bagi kawasan terpencil seperti kawasan yang dihubungi oleh jalan sungai, norma ini tidak boleh diguna pakai. Namun begitu Kementerian Kesihatan Malaysia masih menyediakan fasiliti kesihatan di kawasan-kawasan tersebut misalnya di kawasan Kapit, Sarawak dan juga Ulu Tembeling, Pahang.

Bagi perkhidmatan yang tidak dapat dihubungi oleh jalan darat atau air Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan melalui Flying Doctor Services (FDS) dengan izin. FDS ataupun Flying Doctor Services ini merupakan satu program yang meliputi lawatan berjadual yang diadakan di kawasan pedalaman khususnya di negeri Sabah dan Sarawak. Bagi Sarawak, sebanyak tiga zon telah dibahagikan bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat disediakan kepada rakyat di kawasan pedalaman.

Setakat ini Kementerian kesihatan Malaysia telah menyediakan sebanyak 20 lawatan sebulan bagi zon Selatan dan Utara dan 17 lawatan bagi zon Tengah. Bilangan kampung pula adalah sebanyak 144 buah kampung dan seramai 41,069 pesakit telah dilawati dan dihubungi oleh Flying Doctor Services ini hanya pada tahun 2008.

Untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah membina lebih 3,000 klinik kesihatan, klinik kesihatan ibu dan anak dan klinik desa dan 80 peratus daripada klinik-klinik tersebut terletak di kawasan pedalaman dan di pinggir bandar. Pada masa kini 95 peratus rakyat diliputi oleh sebuah fasiliti kesihatan yang berada dalam lingkungan 5 kilometer. Di negeri Sarawak sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan sebanyak 192 klinik kesihatan, 13 klinik desa, 22 klinik kesihatan ibu dan anak, dan 99 unit pasukan bergerak atau mobile clinic untuk memberikan perkhidmatan kesihatan khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kementerian Kesihatan Malaysia merancang untuk membina sebanyak 75 fasiliti kesihatan di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada siling peruntukan yang diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Adalah dijangka ia akan dapat meningkatkan kemudahan fasiliti kesihatan kepada rakyat di negeri Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Bintulu juga, bagi setiap klinik kesihatan kementerian sentiasa memastikan kakitangan mahupun peralatan di setiap klinik kesihatan memenuhi kelengkapan minimum yang membolehkan fasiliti tersebut beroperasi dengan lancarnya. Secara umumnya perkhidmatan kesihatan di setiap klinik desa mempunyai dua jururawat masyarakat. Di klinik kesihatan pula mempunyai sekurang- kurangnya seorang doktor perubatan, doktor pergigian, pegawai farmasi, juru X-ray dan juruteknologi makmal perubatan serta lain-lain kakitangan paramedik seperti jururawat, jururawat masyarakat, pembantu perubatan dan pembantu perawatan kesihatan. Di negeri Sarawak pula kakitangan yang biasa disediakan untuk memberikan perkhidmatan ialah jururawat masyarakat, jururawat terlatih, pembantu perubatan dan dalam keadaan-keadaan tertentu pemandu / anak perahu.

Untuk makluman Yang Berhormat Bintulu juga, peruntukan bagi tahun 2009 yang disediakan untuk pembayaran gaji dan emolumen bagi anggota klinik kesihatan adalah sebanyak RM872.5 juta. Manakala peruntukan pembelian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya adalah sebanyak RM10.1 juta. Anggaran pada tahun 2010 bagi gaji dan emolumen pula adalah sebanyak RM1.03 bilion dan peruntukan pembelian peralatan kesihatan adalah sebanyak RM4.9 juta. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi begitu cantik, begitu panjang lebar. Kalau kita dengar ini jawapan semua kita wakil rakyat memang banyak “syok”. Tidak payah pening kepala, tidak kena dimarah orang tetapi ini masalah kita selalu atas jawapan kertas itu memang canggih habis-habisan, memang cantik. Tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ketawa sendiri. Inilah masalahnya kita... Jawapan di atas kertas.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah pelaksanaan macam mana? Saya mahu tanya ini kita cerita ini satu tadi jawapan kata lima kilometer satu klinik berdiri tetapi Bintulu 50 kilometer belum tentu ada klinik ini tetapi ada satu klinik di Jambatan Suai, Batu Niah sudah siap satu tahun setengah.

Rakyat tanya kepada saya baru minggu lepas, “Yang Berhormat ini klinik untuk manusia kah untuk hantu duduk itu? [Ketawa] Saya tanya sama Jabatan Kesihatan bila baru boleh buka. Tidak lama lagi, tidak lama lagi. Tidak lama, setengah tahun. Setengah tahun tanya lagi, tidak lama lagi hujung bulan 12. Ini bulan 12 tanya lagi pegawai dan kakitangan kesihatan memang sudah ada tetapi peralatan belum ada. Dia kata mahu tender lagi. Saya mahu tanya inilah kelemahan kementerian. I ingat pengarah you ini, satu Ketua Pengarah Kesihatan memang ada temberang lebih-lebih. Selalu rakyat cakap kita cakap terbilang, dia cakap kita selalu temberang.

Itu hari saya sudah beritahu mintalah pegawai ataupun kementerian ataupun Menteri sekurang-kurangnya Timbalan Menteri turun padang dan lihat sendiri. Ambil prihatin atas perkara ini. Jangan kita selalu cakap....

final • 10:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Rakyat didahulukan.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Rakyat didahulukan, akhir sekali rakyat kata dia tahulah di belakangkah, di depankah, di kirikah, kanankah saya tidak tahu. Inilah saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri hari ini kalau boleh tolonglah beri satu jawapan yang konkrit, yang serius kenapa perkara ini boleh berlaku. Kalau atas jawapan tadi begitu ikhlas kenapa perkara ini boleh berlaku? Sila minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

final • 10:10 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat seperti yang saya katakan tadi bagi kawasan terpencil seperti kawasan-kawasan yang hanya boleh dihubungi melalui sungai dan udara kita mempunyai...

final • 10:10 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya punya ini Jambatan Suai nama sahaja tetapi jalan kereta boleh sampai dalam, kapal terbang pun sampailah itu... [Ketawa] Bukan pakai sungai itu.

final • 10:10 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Berkat dengan...

final • 10:10 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Itulah minta Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh tolong turun padang. Saya bawa you pergi lihat.

final • 10:10 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

...keprihatinan Yang Berhormat Bintulu saya yakin perkara tersebut akan dapat kita capai insya-Allah. Seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat bagi kawasan terpencil dan kawasan-kawasan yang hanya boleh dihubungi melalui air dan juga udara Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan di kawasan-kawasan ini dan antara langkah-langkah yang kita ambil adalah melalui menambah baik dan juga meningkatkan pencapaian perkhidmatan kesihatan dengan engaging dengan izin ataupun melibatkan anggota-anggota masyarakat di kawasan-kawasan pedalaman.

Untuk negeri Sarawak iaitu negeri Yang Berhormat kita mempunyai wakil kesihatan kampung yang kita lantik untuk akses dan juga dilatih. Mereka ini dilatih dengan pengetahuan asas untuk memberikan perkhidmatan di kawasan-kawasan terpencil tersebut. Selain daripada itu Yang Berhormat, kita juga mempunyai pendekatan lawatan daripada rumah ke rumah terutama sekali dari segi maternal health iaitu pemeriksaan...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

...Ibu-ibu mengandung, post natal, perancang keluarga, kelahiran dan sebagainya Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Soalan tadi spesifik terhadap satu klinik yang belum dihuni oleh kakitangan jabatan.

final • 10:10 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Saya hanya memberikan gambaran mengenai akses ataupun pendekatan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan dan bagi menangani masalah yang disampaikan oleh Yang Berhormat terutama sekali mengenai kawasan Suai ataupun Klinik Kesihatan di Batu Niah dan juga mengenai Ketua Pengarah Kesihatan, teguran-teguran Yang Berhormat kita akan ambil kira dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan perkara ini akan ditangani...

final • 10:10 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Bila boleh selesai masalah ini?

final • 10:10 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Kita mengambil berat teguran- teguran yang disampaikan oleh Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ha, ini berat lagi. Satu tahun setengah mahu berat lagi satu tahun lagi.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Kita akan pastikan segala bentuk teguran dan juga apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat kita akan ambil tindakan susulan. Saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 10:10 AM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah satu kursus khas dibuat atau dijalankan ke atas doktor-doktor yang akan dihantar ke pusat-pusat kesihatan daerah terutama tempat-tempat terpencil misalnya untuk mengendalikan ultrasound dan juga untuk membaca secara tepat keputusan daripada X-ray misalnya sehingga membawa kepada satu diagnosis yang lebih tepat sebab saya dapati sebelum ini saya sebagai seorang doktor swasta tetapi banyak kali juga pesakit-pesakit daripada klinik- klinik kesihatan datang ke klinik swasta oleh kerana di pusat kesihatan yang disediakan doktor yang berada di situ tidak berapa mahir menggunakan ultrasound.

Jadi saya ingin bertanya. Kalau tidak ada saya ingin mencadangkan sebelum dihantar doktor-doktor ke pedalaman maka doktor-doktor muda yang baru habis housemenship mestilah diberi satu induction course misalnya untuk mengendalikan ultrasound dan juga misalnya untuk membaca ataupun mentafsirkan keputusan daripada x- ray. Terima kasih. Minta penjelasan.

final • 10:10 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa di atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya Yang Berhormat ,kementerian mempunyai perancangan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk memberikan penekanan kepada latihan kepada doktor-doktor dan juga pegawai-pegawai perubatan serta jururawat-jururawat yang diberikan spesifikasi tanggungjawab yang tertentu. Ini sebenarnya Yang Berhormat boleh membantu dari segi fasiliti-fasiliti kita yang ada di kawasan luar bandar yang memerlukan penumpuan khas mengenai penggunaan mesin- mesin terutama sekali mesin ultrasound dan sebagainya.

Perkara ini sebenarnya telah diimplementasikan di bawah Kementerian Kesihatan sudah tentu kita akan memperbaiki keadaan ini dan memastikan bahawa pegawai-pegawai yang dihantar ke kawasan luar bandar ini adalah terdiri daripada pegawai yang berkaliber dan mengetahui mengenai asas-asas latihan yang sewajarnya terutama sekali dalam usaha mereka untuk mengendalikan mesin-mesin yang komplikasi seperti salah satu contoh yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi mesin ultrasound dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat di atas cadangan tersebut.

final • 10:10 AM

2. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, status projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Lipis pada 10 Disember 2009 kerana kedua-dua soalan ini ada berkaitan isu yang sama.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:10 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, air tanah adalah sumber air yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuklah air untuk domestik, industri dan pertanian. Air tanah boleh membantu air permukaan jika tiada bekalan air permukaan, bekalan air permukaan tidak mencukupi, sebagai bekalan air sementara, semasa atau dengan izin, emergency semasa kebakaran dan untuk keperluan di masa-masa tertentu untuk keselamatan.

final • 10:10 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Banyak negara lain yang menggunakan air tanah semenjak beratus tahun sehingga sekarang seperti Australia, Amerika Syarikat, negara Eropah, China, India, Korea, Jepun, Arab Saudi, Libya, Thailand dan Indonesia. Oleh yang demikian, kementerian berpendirian bahawa sumber air perlu dikaji dan dinilai kesannya dari segi kuantiti dan kualiti untuk dapat membantu sumber air negara. Dengan perubahan cuaca yang tidak menentu, negara kita harus bersedia dengan sumber air alternatif termasuk air tanah bagi memastikan negara sentiasa cukup keperluan airnya untuk pelbagai kegunaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pengusaha hasilan sumber air termasuk sumber air tanah adalah di bidang kuasa kerajaan negeri. Dalam hal ini kajian penilaian kesan kepada alam sekeliling atau EIA - environmental impact assessment.

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Bagi cadangan projek di Batang Padang merupakan sebahagian daripada syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Perak terhadap pihak Sime Darby sebelum apa-apa kerja eksplorasi atau penggerudian dijalankan. Laporan EIA tersebut telah diluluskan pada 22 Februari 2008. Syarikat Sime Darby perlu mematuhi semua syarat EIA yang di antara lain merangkumi aspek kawalan dan pengawasan paras air tanah serta kawalan dan pengawasan pemendapan tanah. Buat masa ini syarikat Sime Darby sedang menjalankan kerja-kerja eksplorasi di kawasan-kawasan yang berpotensi mengeluarkan air tanah di Batang Padang. Seterusnya, pihak Sime Darby perlu mengemukakan maklumat terperinci serta hasil kajian teknikal termasuk impak alam sekitar mengenai kawasan yang akan di ekstrak dan mengemukakan langkah-langkah kawalan alam sekitar. Hasil kajian impak alam sekitar tersebut, adalah perlu untuk menentukan pihak Sime Darby mematuhi sepenuhnya semua syarat-syarat EIA.

final • 10:20 AM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya sebenarnya agak hairan sedikit kerana pada awal tadi Timbalan Menteri telah mengatakan bahawa kajian EIA telah dilakukan dan pihak Sime Darby sedang melakukan eksplorasi di mana pengekstrakan air ini akan dilakukan. Yang menjadi pertanyaan kepada saya, satu laporan daripada Persatuan Pengguna - FOMCA, “WIKAM” dan sebagainya telah mengatakan bahawa kajian EIA yang telah dilakukan lebih merupakan kepada kajian kualitatif. Mereka tidak membangunkan satu model simulasi kerana pengekstrakan air ini dijangka boleh meningkat sehingga 500 juta liter sehari.

Mereka juga tidak menerangkan hubungan di antara aliran air masuk, kuantiti yang masuk, kuantiti yang keluar. Maknanya, kajian yang telah dilakukan sebelum kelulusan diberikan ini adalah kajian yang sangat tidak meyakinkan. Jadi daripada jawapan Yang Berhormat tadi, sekarang baru Sime Darby hendak buat eksplorasi, di mana hendak digali dan sebagainya. Adakah ini satu kebiasaan dan bagaimana JAS boleh meluluskan laporan EIA yang awal itu sedangkan kontraknya sudah ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Perak. Saya minta penjelasan.

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Perlu saya memberi penjelasan dalam dua aspek. Pertama ialah projek ini harus mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

Keduanya, satu kajian untuk melihat sama ada projek itu feasible atau tidak.

Selepas itu satu EIA akan dipertimbangkan. Betul, dalam perkara ini kelulusan telah diberi tetapi kandungan kelulusan EIA ini hanya memberi kebenaran untuk menjalankan eksplorasi. It is only a skeleton. Skeleton tetapi ada 23 syarat yang diletakkan di situ perlu dipatuhi supaya Sime Darby akan menjalankan kajian secara baik, teratur dan sebagainya.

Ini belum sampai ke tahap bagi memberi kelulusan untuk mengekstrak air itu. Hanya kita memberi kelulusan untuk menjalankan kemungkinan terlebih dahulu.

Keduanya, pertanyaan berkaitan dengan soalan tadi itu, seperti yang saya katakan tadi, we have not come to that stage yet. Kita hanya memberi kelulusan kepada Sime Darby untuk menjalankan kajian untuk membuat eksplorasi terlebih dahulu. Selepas itu mereka akan kembali kepada Jabatan Alam Sekitar sekali lagi dan kita akan kaji sebelum kita memberi kelulusan untuk mengekstrak air itu.

final • 10:20 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jadi rasa saya tentang ekstrak air bawah tanah ini banyak diperkatakan dan satu daripadanya ialah Sime Darby perlu memenuhi kesemua 23 syarat yang ketat yang telah dikemukakan oleh JAS. Saya melihat dari segi pembaziran kerana pada 20/13 sebenarnya air Pahang ke Selangor telah mula beroperasi dan air dari Batang Padang, Perak juga telah dihantar ke Lembah Kelang juga, beroperasi pada masa yang sama. Rasa saya terdapat lebihan air di situ dan saya bimbang air ini nanti akan dibazirkan begitu sahaja. Sekali lagi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah 23 syarat yang perlu dipenuhi oleh Sime Darby untuk mengekstrak air ini, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Seperti mana yang saya katakan tadi, we have not come to that as yet untuk memberi kebenaran untuk mengekstrak air.

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Hanya kita kenakan 23 syarat itu bagi mereka untuk mematuhi di dalam eksplorasi ini. Jadi kita mempunyai 23 syarat di sini yang perlu dipatuhi. Antara intipatinya ialah:

(i) kawalan dan pengawasan air paras air tanah;

(ii) kawalan dan pengawasan pemendapan tanah;

(iii) kawalan dan pengawasan kualiti air tanah;

(iv) kawalan dan pengurusan buangan;

(v) pelan pengurusan alam sekitar bagi setiap medan pengepaman; dan

(vi) penentuan kajian khas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Ini bererti 23 syarat ini mesti dipatuhi semasa Sime Darby menjalankan kajian melalui konsultan mereka untuk dipatuhi secara ketat, thank you.

final • 10:20 AM

3. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, tahap keselamatan bangunan-bangunan dan lokasi penting yang boleh dianggap ”kawasan larangan kelas pertama” dan penting bagi pertahanan dan operasi pentadbiran negara.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan amat komited dalam mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan di instalasi-instalasi penting atau disebut sebagai sasaran penting di seluruh negara.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jelaing anak Mersat

Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini tahap keselamatan sasaran penting di seluruh negara adalah terkawal dan dikawal selia oleh Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Polis Bantuan dan syarikat kawalan keselamatan swasta. Di samping itu kerajaan dari semasa ke semasa memantau sebarang bentuk ancaman ke atas mana-mana sasaran penting negara menerusi maklumat-maklumat risikan.

final • 10:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, agaknya tidak ada masa kecederaan ya? Krew TV ini sekurang-kurangnya dia livelah jawapan daripada timbalan menteri tadi... [Ketawa]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Live sudah habis tadi, Yang Berhormat... [Ketawa]

final • 10:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Apa pun, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya mengakui bahawa soal keselamatan tidak boleh kompromi dengan mana-mana pihak dan tahniah juga terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bekerja 24 jam.

Soalan tambahan saya ialah bagaimana dengan kerjasama yang erat antara agensi-agensi keselamatan seperti PDRM, kastam, imigresen dan sebagainya boleh dilakukan dalam soal ini dan bagaimana orang ramai boleh faham tentang sesuatu kawasan larangan itu?

Mereka boleh mengelak daripada masuk.

Kadang-kadang dia ini tidak perasan ada papan tanda, logo orang ditembak.

Bagaimana orang ramai ini boleh buat aduan kalau ada pencerobohan dan sejauh mana kerajaan berpuas hati terhadap kawalan keselamatan, larangan tersebut terutamanya bukan sahaja dari segi fizikal bangunan dan kawasan tetapi dari segi kandungannya sesuai dengan zaman IT terutama ada kertas Kabinet bocor dan sebagainya, belum disclosed sudah disclosed. Ini perkara-perkara yang perlu dilihat. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Ledang. Pihak kerajaan khasnya Kementerian Dalam Negeri memang merancang dan juga mengimplementasikan kesemuanya yang dapat kita buat dari segi menjaga keselamatan sasaran-sasaran penting kita di negara ini seperti di lapangan terbang, di sektor-sektor sasaran penting yang berjumlah 13 sektor di seluruh negara dan instalasi- instalasi tertentu oleh Lembaga Perairan Negara, oleh Tenaga Nasional dan sebagainya.

final • 10:30 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Usaha ini dipertingkatkan khasnya selepas sesuatu berlaku dan juga untuk memberitahu orang ramai kawasan-kawasan larangan ataupun tempat-tempat larangan, kita letakkan signboards dan juga melalui lebih kerap lagi ataupun lebih sistematik lagi sistem kawalan kita supaya anggota-anggota yang saya sebutkan ini sama ada dari Angkatan Tentera Malaysia ataupun daripada pihak polis ataupun polis bantuan, nampak di tempat-tempat yang tersebut.

Yang Berhormat dan Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, hingga sekarang kerajaan berpuas hati dengan kawalan-kawalan ataupun pemantauan-pemantauan yang tertentu di kawasan-kawasan sasaran utama dan juga sasaran yang kedua tetapi walaupun sedemikian memang ada juga yang berlaku dan selepas ia berlaku seperti ini, kita mengambil tindakan, kita kaji dan kita mempertingkatkan lagi sistem kawalan kita seperti memasang lebih banyak lagi CCTV dan menempatkan anggota-anggota kawalan. Itu pun juga kita mesti dapatkan kerjasama daripada pihak yang tertentu seperti Petronas berkaitan dengan KLCC tower dan juga pihak-pihak yang lain yang ada ataupun yang stakeholders dalam tempat-tempat sasaran utama atau yang kedua. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah tahap Dewan Rakyat ini ataupun Parlimen kita di dalam rating, penarafan keselamatan di negara ini? Apakah tarafnya? Walaupun saya tengok ada disebutkan tadi mengatakan bahawa keselamatan itu terkawal terutamanya dalam 13 lokasi itu termasuk KLIA. Kalau keadaan yang begitu puas hati, memang saya bimbang, saya percaya Sri Gading pun bimbang juga kerana semua terkawal, maka kita...

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Itu berucap.

final • 10:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bukan berucap. Ini memang satu sambungan kepada soalan yang asal itu. Bolehkah Yang Berhormat sebutkan kemungkinan berlakunya misalnya serangan berani mati di perkarangan Parlimen kita?

final • 10:30 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentulah kawasan Parlimen ini jadi sasaran terpenting nombor satu dan seperti yang Yang Berhormat mengaku, tempat ini dikawal ketat walaupun sekali-sekala ada juga hal-hal yang tidak diingini berlaku di sini, orang yang masuk, Yang Berhormat sendiri tahulah siapa yang masuk dua, tiga kali. Juga soalan yang kedua tadi, saya tidak...

final • 10:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ini memang soalan yang peri mustahak sebab dia mengambil perhatian. Saratok memang cintakan negara kita. Keadaan puas hati kerajaan itu mengenai keselamatan negara ini dan apakah kemungkinan berlaku serangan berani mati dan sebagainya di negara kita ini.

final • 10:30 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Ini saya tidak boleh ramalkan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, segala yang perlu kita ambil tindakan untuk menjaga keselamatan, untuk menjaga sasaran penting ini. Bukan 13 kawasan sahaja Yang Berhormat, 13 sektor tetapi 110 sasaran nombor satu dan 339 sasaran nombor dua. Jadi, itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

[Soalan No. 4 – Y.B. Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) tidak hadir]

final • 10:30 AM

5. Datuk Siringan Gubat [Ranau] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, sama ada projek Empangan Hidro Liwagu yang diberhentikan kira-kira lapan tahun yang lalu atas sebab mendapatkan bekalan elektrik dari Empangan Hidro Bakun.

Adakah kementerian masih ada cadangan untuk meneruskan projek tersebut.

final • 10:30 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Jana Kuasa Hidro Liwagu berhampiran pekan Telupid telah pun dikenal pasti untuk dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. Walau bagaimanapun, krisis ekonomi kita pada tahun 1997 telah menyebabkan cadangan projek tersebut ditangguhkan pelaksanaannya. Memandangkan tempoh kajian reka bentuk kejuruteraan asal telah pun dijalankan lebih sepuluh tahun yang lalu, satu kajian kemas kini reka bentuk kejuruteraan projek jana kuasa elektrik hidro di Liwagu telah pun dijalankan.

final • 10:30 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Buat masa kini pihak kementerian sedang meneliti semua aspek berkaitan dengan pelaksanaan projek ini sebelum mendapatkan kelulusan kerajaan bagi pelaksanaan projek berkenaan. Berdasarkan kepada keperluan penambahan kapasiti penjanaan dan kadar permintaan di seluruh negeri Sabah, pelaksanaan Projek Hidro Elektrik Liwagu ini sekiranya dilaksanakan, dijangka akan mula beroperasi selepas tahun 2016. Sekian.

final • 10:30 AM

Datuk Siringan bin Gubat - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan walaupun jawapan itu mengecewakan saya... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, sekiranya projek ini diteruskan, ia akan membawa malang kepada penduduk-penduduk kampung yang tinggal di sekitar kawasan cadangan pembinaan Hidro Liwagu ini. Malangnya lagi ialah mengenai dengan dasar dan tindakan TNB di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri kerana hari ini okey, esok tidak okey.

Misalnya satu daripada sebab kenapa projek ini tidak diteruskan ialah untuk mendapatkan bekalan daripada Hidro Bakun. Akan tetapi, apabila Hidro Bakun sudah mencapai 94 peratus penyiapannya, tiba-tiba bekalan elektrik dari Bakun tidak lagi ke Sabah.

Pada hari ini, selepas projek ini tidak diteruskan telah mendapat satu kegembiraan kepada penduduk-penduduk kampung, seakan-akan hidup mereka ini terlepas seperti keadaan “telur di hujung tanduk”. Hari ini mereka sudah banyak berubah, mereka sudah menanam getah berkelompok, mereka sudah menanam kelapa sawit, mereka juga telah menanam buah-buahan dan sebagainya dan kehidupan mereka sudah bertambah baik.

Saya minta ataupun soalan tambahan saya ialah bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah kementerian Yang Berhormat Menteri tidak meneruskan lagi projek ini dan supaya tidak diusik dan tidak diganggu lagi kehidupan rakyat yang duduk di sekeliling ini kerana sudah ada coal power di Lahad Datu. Sekian, terima kasih... [Tepuk]

final • 10:40 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya sedar mengenai apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, tetapi kita kenalah lihat bahawa perkembangan pembangunan di Sabah dan kehendak elektrik di Sabah ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Oleh sebab itu, kita dari segi perancangan untuk masa depan, untuk menjamin kepada rakyat di seluruh Sabah bahawa cukupnya elektrik akan diadakan bagi kegunaan industri, komersial dan juga rakyat jelata di Sabah.

Untuk maksud itu, kita sudah ada perancangan dan perancangan ini termasuk Liwagu dan Ulu Padas yang lama sudah kita dah ada rancangan. Akan tetapi, kita juga maklumkan bahawa kalau kita hendak laksanakan projek-projek ini seperti Liwagu, kita kena belanjakan satu perbelanjaan yang besar. Jumlah anggaran yang kita kena belanjakan dalam sekitar RM1.557 bilion dan ini tidak masuk kos untuk memindahkan rakyat yang berada di dalam empangan tersebut. Maka sebab itulah kita dah ada satu kajian yang terperinci dan pada hari ini kita mempunyai angka yang tepat supaya apabila kita hendak melaksanakan projek ini, kos projek itu termasuk untuk memindahkan rakyat yang terlibat dalam empangan tersebut.

Dalam kajian kita, kita sudah memastikan 426 keluarga terlibat dalam empangan ini. Kita berhasrat apabila kita hendak melaksanakan projek ini untuk memindahkan mereka dan menyediakan semua infrastruktur, termasuk juga tanah yang perlu dipindah milik kepada rakyat yang dipindahkan itu supaya mereka dapat satu kehidupan yang lebih selesa dan juga dari segi ekonominya lebih baik daripada sekarang. Ini dasar kementerian iaitu apabila kita pindahkan rakyat itu, kita tidak ingin menganiaya rakyat, tetapi kita hendak memastikan bahawa rakyat yang dipindahkan itu diberikan kemudahan dan kehidupan yang lebih selesa berbanding dengan apa yang mereka hadapi sebelum perpindahan itu. Itu satu jaminan yang saya akan berikan kepada Yang Berhormat kalau itulah Yang Berhormat ragu-ragukan tentang projek ini.

final • 10:40 AM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah saya mahu tanya tarif elektrik di Sabah akan naik atau tidak apabila kita guna arang batu dan gas di Lahad Datu dan Kimanis? Ini kerana bahan api ini akan jadi sangat mahal pada masa hadapan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Walaupun soalan ini tidak berkaitan dengan projek Liwagu ini, tetapi saya ingin beri sedikit maklumat kepada Yang Berhormat daripada Kota Kinabalu bahawa kadar elektrik di Sabah ini adalah terendah di Malaysia kalau dibandingkan Semenanjung dengan Sabah. Kadar itu, tarif itu adalah terendah dan kadar itu tidak diubah dalam lingkungan 23 tahun. Itu sekian lama kita tidak ubahkan tarif elektrik di Sabah dan sebab itu saya tidak dapat jamin bahawa kita tidak akan ubahnya.

Bagaimanapun, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu memang betul kerana kos penjanaan itu sudah naik dalam 23 tahun ini, ia sudah naik. Diesel sudah naik dan kos-kos untuk infrastruktur, penghantaran elektrik itu sudah naik dan kita kenalah ambil kira benda-benda ini untuk menentukan tarif di negeri Sabah pada masa akan datang.

Sekian.

[Soalan No. 6 – Y.B. Tuan Charles Santiago (Klang) tidak hadir]

final • 10:40 AM

7. Tuan Hasbi bin Habibollah [Limbang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kementerian akan mengkaji semula untuk menurunkan kos penerbangan antara Limbang/Miri/Limbang yang dikendalikan oleh pihak MASwings menggunakan pesawat Fokker/ATR yang terlalu tinggi berbanding dengan sektor domestik lain yang lebih murah kerana ini adalah satu-satunya pengangkutan penting di Limbang selain pengangkutan darat yang terpaksa melalui negara Brunei Darussalam.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Limbang di atas keprihatinan terhadap isu kepentingan rakyat.

Untuk makluman Yang Berhormat Limbang, setiap tempoh dua bulan MASwings mengkaji kos penerbangan luar bandar di Sabah dan Sarawak, termasuklah bagi laluan Limbang/Miri/Limbang bagi memastikan kos penerbangan yang dikenakan adalah berpatutan. Berdasarkan kajian terkini yang dijalankan, MASwings pada 24 September 2009 telah menstrukturkan semula kadar tambang perkhidmatan udara luar bandarnya di Sabah dan Sarawak termasuklah bagi laluan Limbang/Miri/Limbang.

Melalui penstrukturan kadar tambang ini, kementerian mendapati kadar tambang penerbangan bagi laluan Limbang/Miri/Limbang adalah setara dengan beberapa laluan penerbangan lain yang mempunyai jam penerbangan yang sama iaitu enam minit pergi balik iaitu seperti laluan Bintulu/Miri/Bintulu dan laluan Labuan/Miri/Labuan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Perbandingan kadar tambang penerbangan yang terkini bagi ketiga-tiga laluan tersebut adalah seperti berikut berdasarkan perjalanan dua hala iaitu:-

Laluan PenerbanganKadar Tambang (RM)
Limbang-Miri-Limbang80–198
Bintulu-Miri-Bintulu80–198
Labuan-Miri-Labuan88–218

Untuk makluman Yang Berhormat kementerian turut membuat pemantauan dan kajian secara berterusan ke atas tambang penerbangan luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi memastikan ianya tidak membebankan rakyat di kawasan-kawasan yang berkaitan.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya pada masa ini Hospital Limbang merupakan hospital daerah yang tidak mempunyai pakar perubatan. Sehubungan itu semua kes kecemasan dan yang memerlukan rawatan kepakaran akan dirujuk ke hospital berpakar iaitu Miri, Kuching ataupun Kota Kinabalu.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Soalan saya ialah, apakah atas keprihatinan kerajaan dapat mengarahkan atau memohon jasa baik MASwings untuk membantu memberi perbelanjaan tambang pesakit yang tidak dapat membuat ataupun memiliki pasport dengan memberi kadar tambang rendah sebanyak RM50? Ini setelah dikaji oleh Hospital Limbang apabila berbincang dengan pesakit-pesakit daripada kampung untuk pesakit-pesakit dan seorang pengiring jika perlu untuk keluar mendapatkan rawatan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini bahawa permintaan Yang Berhormat Limbang tersebut adalah permintaan yang berasas khususnya bagi pesakit-pesakit dari Hospital Limbang yang ingin mendapatkan rawatan lanjut di hospital-hospital daerah yang lain. Memang terdapat kesukaran bagi pesakit-pesakit ini sekiranya mereka melalui jalan darat kerana mereka terpaksa melalui Wilayah Brunei Darussalam dan memerlukan pasport. Oleh sebab itu saya telah meminta pihak MASwings untuk mempertimbangkan permohonan ini berdasarkan kepada keperluan kerana kerajaan kita adalah kerajaan yang mendahulukan rakyat, dan kita mahu supaya mereka ini dapat diberikan kemudahan- kemudahan seperti mana yang dikehendaki. Saya akan memantau kes ini.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya menyatakan soalan saya, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran tiga orang tetamu kita iaitu Speaker Parlimen Palestin bersama dua orang Ahli Parlimen Palestin...

[Tepuk] Welcome to the Speaker of Palestinian Parliament and the two MPs.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ahlan wa sahlan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri sila. Yang Berhormat kita akan membuat pengumuman dahulu secara rasmi kemudian Menteri akan menjawab.

Ahli-ahli Yang Berhormat saya mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Parlimen Palestin di dalam Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Semoga kehadiran mereka di dalam Dewan ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara Malaysia dan Palestin. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

8. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, penjelasan terhadap kegiatan pembalakan hutan di kawasan tadahan air yang sememangnya adalah kawasan larangan untuk aktiviti pembalakan, tetapi menggunakan Detail EIA bagi meneruskan aktiviti tersebut, dan apakah pula tindakan kementerian terhadap pihak yang didapati terlibat melakukan aktiviti demikian.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 hutan tadahan air dikategorikan sebagai hutan perlindungan dan tidak boleh dibalak.

Oleh yang demikian, persoalan penggunaan detail EIA seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat bagi tujuan membalak dalam kawasan hutan tadahan air terletak di dalam hutan simpan kekal adalah tidak dibenarkan sama sekali, kerana tiada aktiviti pembalakan dijalankan dalam kawasan tersebut. Sekiranya pembalakan dilaksanakan di luar kawasan hutan simpan kekal seperti hutan tanah kerajaan dan tanah bermilik, maka kemungkinan besar pembalakan tersebut merupakan aktiviti pembersihan kawasan tapak untuk tujuan projek pembangunan tanah. Oleh itu EIA yang dijalankan adalah untuk projek pembangunan tanah tersebut dan bukan spesifik untuk pembalakan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya senang hati apabila mendengar komitmen daripada kementerian berkenaan dengan hal ini, bahawa kawasan hutan simpan kekal itu tidak mungkin digunakan untuk aktiviti pembalakan.

Soalan saya selanjutnya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah berkenaan dengan cara-cara lain. Tadi boleh digunakan hutan simpan itu untuk aktiviti yang lain, pembersihan dan pembangunan contohnya. Adakah kemungkinan pemaju-pemaju mencari jalan bagaimana hendak beat the system.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Contohnya seperti yang saya pernah bawa di dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini, sekiranya 500 hektar diperlukan untuk mendapatkan kelulusan EIA requirementnya 500 hektar minimum. Maka kalau di bawah daripada 500 hektar tidak perlu membuat EIA. Jadi apabila ada banyak kawasan yang di bawah 500 hektar dan kita letak ia bersama, sebelah menyebelah contohnya di Pahang. Sebelah menyebelah yang saya bawa kes baru-baru ini 42 ribu ekar ataupun 16.8 ribu hektar apabila kita cantumkan, maka mereka terlepas tanpa membuat EIA.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri bagaimanakah kementerian mengawal aktiviti begini? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Sebenarnya ia telah disatukan tempoh hari dan saya juga telah menjawab, iaitu dalam perkara ini ia sedang dikaji. Kita sedang mengkaji apa cara bagi kita untuk mengatasi terhadap tindakan orang yang boleh mengelakkan peruntukan EIA ini. Kita sedang mengkaji sekarang. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan mesti tegas dalam soal ini sebab punca air adalah penting untuk generasi yang akan datang. Kalau tidak kita akan mengalami krisis bekalan air yang amat dahsyat pada masa yang akan datang.

Oleh yang demikian melalui mesyuarat-mesyuarat penyelarasan Majlis Hutan Negara, kementerian mesti bertegas kalau kerajaan negeri hendak balak hutan simpan boleh balak secara terpilih. Kawasan tadahan air pun boleh balak secara terpilih, tetapi kawasan-kawasan punca air adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kementerian bertegas supaya jangan ada pembalakan di kawasan punca air. Ini adalah merupakan bekalan air yang sangat penting kepada kita sekarang dan juga generasi yang akan datang.

Boleh kementerian mengadakan sesuatu tindakan berkaitan dengan ini?

final • 10:50 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kita serius dalam permasalahan ini. Kita serius untuk memantau supaya kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air akan sentiasa dipatuhi.

Untuk maklumat Yang Berhormat sekarang pun kita telah mewartakan kawasan yang besar untuk tadahan air. Kita telah mengenal pasti hutan tadahan air lebih kurang 839,350 hektar dan daripada kawasan ini kita telah mewartakan sehingga 31 Oktober 2009 seluas 747,310 hektar kawasan tadahan air di Semenanjung Malaysia.

final • 10:50 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Ini bererti hampir keseluruhan negeri kita, negeri di Semenanjung Malaysia telah mewartakan beberapa kawasan tadahan air dan sememangnya kita serius. Saya sudah jelaskan seperti tadi dalam ucapan saya awal-awal berkaitan dengan pencemaran air bahawa kita memang serius dan kita mencari jalan untuk membuat sesuatu supaya pembekalan air ini akan berkekalan selama-lamanya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

9. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bilangan kes bunuh diri di kalangan rakyat Malaysia mengikut kumpulan remaja, dewasa dan tua bagi lima tahun yang lalu. Apakah punca-punca tindakan membunuh diri diambil.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kes bunuh diri disiasat sebagai laporan mati mengejut ataupun, dengan izin, sudden death report. Siasatan mati mengejut dijalankan bagi mengenal pasti sebab-sebab kematian.

Mengikut rekod yang ada di Kementerian Dalam Negeri, jumlah kes mati mengejut bagi tahun 2005 adalah sebanyak 1,578 kes, tahun 2006 sebanyak 2,722 kes, tahun 2007 sebanyak 3,426 kes, tahun 2008 adalah sebanyak 3,076 kes dan bagi tempoh bulan Januari tahun 2009 hingga bulan November tahun 2009 adalah sebanyak 3,398 kes.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jelaing anak Mersat

Seperti yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, ini jumlah diklasifikasikan sebagai sudden death report, dengan izin, bukan kesemuanya kes bunuh diri. Tuan Yang di-Pertua, di antara sebab-sebab kes bunuh diri berlaku adalah berpunca daripada masalah kewangan, masalah keluarga, mental dan kesihatan.

final • 11:00 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu hanya dari perspektif Kementerian Dalam Negeri. Sebenarnya ini merupakan satu soalan multi perspektif. Isu-isu yang difokuskan dalam soalan ini juga sebenarnya melibatkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Kementerian Pelajaran.

Saya berharap kementerian-kementerian ini dapat berganding bahu untuk menangani satu penyakit sosial yang semakin menonjol dan berleluasa dan tidak boleh diabaikan. Pokoknya gejala membunuh diri kebanyakan berpunca daripada tekanan jiwa, mental depression. Oleh sebab itu kaedah pengurusan tekanan atau mental depression perlu ditunjuk ajar kepada rakyat, serta tempat dan kemudahan untuk memberi bantuan perlu disediakan untuk membantu rakyat menghadapi cabaran hidup yang makin sengit.

Soalan tambahan saya, apakah tersedia atau terwujudnya kaedah koordinasi antara kementerian atau satu mekanisme bertahap profesionalisme untuk membantu rakyat khususnya generasi muda untuk menangani tahap tekanan hidup yang semakin meningkat ekoran daripada pembangunan ekonomi yang semakin pesat.

final • 11:00 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tebrau atas teguran dan pandangan berkaitan dengan soalan yang berkaitan dengan kes bunuh diri. Yang Berhormat dan untuk makluman Dewan yang mulia ini di mana agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi lain yang mendapati kes-kes yang diklasifikasikan sudden death report ini tadi memang sudah wujud keperluan untuk dilaporkan kepada pihak polis dan juga pihak-pihak seperti kebajikan masyarakat, pihak kementerian lain yang ada kaitan memang juga akan dilibatkan.

Sekiranya ini belum lagi cukup untuk kita menangani masalah ini Yang Berhormat, saya menerima baik cadangan itu tadi dan kita akan berusaha untuk mendapatkan statistik- statistik yang tertentu untuk kita mempertingkatkan lagi usaha kita, mempertingkatkan hubungan kita dengan agensi-agensi lain supaya masalah rakyat, tekanan misalnya tadi ataupun masalah kesihatan dapat ditangani sebelum ia menjadi satu malapetaka. Sekian.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah apakah kementerian ada membuat kajian berkenaan kecenderungan membunuh diri mengikut jantina dan buat masa ini kita ada seksyen 309, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan jika seseorang hendak mengambil nyawanya dan gagal maksudnya cubaan membunuh diri itu gagal, ia boleh dihukum dan dituduh di mahkamah dihukum penjara atau denda, atau kedua-duanya.

Setakat ini saya hendak tahu kementerian ada berapa kes di mana mangsa ini dituduh di mahkamah dan saya berpendapat mungkin kerajaan sudah sampai masanya untuk memansuhkan seksyen ini apabila seseorang sudah berpendapat bahawa ia tidak mempunyai alasan lain untuk teruskan kehidupannya, ia hendak bunuh diri tetapi ia gagal dalam cubaannya sebaliknya ia dituduh di mahkamah dan dipenjarakan atau didenda.

Jadi mungkin kerajaan boleh mengikut negara yang maju yang telah mengambil tindakan memansuhkan seksyen ini kerana saya percaya seksyen ini tidak akan berjaya menjadi satu deterrence factor. Orang tersebut mungkin akan kata pastikan saya mati dalam proses bunuh diri ini kalau tidak saya akan dihadapkan ke mahkamah. Jadi mungkin kementerian boleh bagi penjelasan dalam aspek ini.

final • 11:00 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang ada di soalan ini, ia ada meminta statistik-statistik yang tertentu berkaitan dengan had umur remaja, orang dewasa dan orang tua dan saya pasti memang ada kes-kes yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.

final • 11:00 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Kementerian sedar bahawa ada satu undang-undang yang dikaitkan dengan orang yang cuba membunuh diri tetapi tidak berjaya. Jadi saya rasa Yang Berhormat, saya perlukan notis ini dan bagi statistik-statistik yang tertentu, kes-kes yang berkaitan dengan remaja, orang dewasa, dan orang tua yang cuba hendak membunuh diri tetapi tidak berjaya dan juga yang berjaya bunuh dirinya dan atas sebab-sebab dan sebagainya. Ini merupakan satu kajian yang kita boleh buat untuk kita mempertingkatkan penjagaan kita kepada rakyat kita di Malaysia. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

10. Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) sejak Tabung Khas Pelancongan ditubuhkan, berapakah jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan dan kepada berapa pengusaha- pengusaha pelancongan sehingga Ogos 2009; dan

(b) adakah program ini berkesan dan mencapai matlamatnya, jika tidak apakah sebab-sebab kegagalan dan senaraikan peminjam- peminjam yang gagal membayar pinjaman dan dikategorikan sebagai non performing loan (NPL)

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Tabung Khas Pelancongan yang telah dilancarkan pada tahun 2002 adalah bertujuan untuk membangunkan industri pelancongan dengan memberikan kemudahan pembiayaan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan bagi membiayai keperluan modal kerja, harta tetap, sewa pajak dan sewa beli. Kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM1.3 bilion kepada SME Bank yang merupakan agensi pelaksana tabung ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Chor Chee Heung

Setakat 31 Ogos 2009 bilangan pinjaman yang diluluskan adalah sebanyak 348 permohonan yang berjumlah RM1.79 bilion. Jumlah pinjaman yang telah pun dikeluarkan pula adalah sebanyak RM1.103 bilion manakala jumlah bayaran balik ialah RM190 juta.

Secara keseluruhannya penubuhan Tabung Khas Pelancongan mencapai sasaran yang ditetapkan untuk membantu dan memajukan industri pelancongan negara ini. Daripada jumlah pinjaman yang diluluskan sebanyak RM1.79 bilion kadar peratus non performing loan, dengan izin, bagi Tabung Khas Pelancongan berbanding jumlah portfolio bank adalah sebanyak 0.6 peratus sahaja di mana sebanyak 27 projek dikategorikan sebagai NPL atau non performing loan, yang berjumlah RM23.27 juta.

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa projek bermasalah berikutan kemerosotan ekonomi sejak tahun 2008. SME Bank telah pun mengambil inisiatif untuk membantu pengusaha-pengusaha tersebut dengan menstrukturkan semula ataupun menjadualkan semua pinjaman mereka bagi meringankan beban tanggungan pinjaman serta memberi khidmat nasihat dalam aspek pengurusan projek serta pemasaran promosi yang lebih efektif supaya projek-projek yang diusahakan mampu berdaya maju dan berdaya saing dalam industri pelancongan.

Senarai peminjam-peminjam termasuk yang gaga membayar balik pinjaman dan dikategorikan sebagai non performing loan tidak boleh dimaklumkan kerana di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 pihak bank tidak dibenarkan memberikan sebarang maklumat mengenai pelanggan bank kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada pelanggan. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya ialah jumlah yang diperuntukkan adalah satu jumlah yang besar.

Jadi dalam usaha untuk mempertingkatkan industri ini adakah kerajaan bercadang untuk bukan sahaja memberikan penekanan kepada faktor-faktor pengawasan tetapi juga kaunseling. Juga membantu untuk meningkatkan peluang-peluang pihak-pihak ini dengan memberikan insentif-insentif khususnya dalam bentuk khidmat nasihat dan lain-lain insentif.

Agar mereka ini menjadi pesaing-pesaing yang hebat kalau dibandingkan dengan negara- negara jiran. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Seperti saya katakan tadi dalam jawapan asal memang kerajaan melalui SME Bank telah pun banyak berusaha dan bakal-bakal peminjam dalam industri pelancongan ini memang merupakan salah sebuah syarikat yang berdaya maju sebelum pinjaman ini diberikan kepada mereka. SME Bank juga mempunyai pegawai-pegawai senantiasa memberikan khidmat nasihat supaya pinjaman selepas dikeluarkan akan sentiasa dipantau dan sentiasa dikawal selia supaya peminjam-peminjam dapat menggunakan pinjaman dengan cara yang diminta di dalam surat permohonan. Sekian.

final • 11:10 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan rakan saya daripada Sungai Petani kerana pinjaman ini kalau kita lihat dari segi inner rated nya, dengan izin ianya tidak dapat menampakkan keputusan dalam jangka masa pendek. Bermakna kata di sini pelaburan ini lebih berbentuk hidden benefit, dengan izin. Oleh itu kalau kita hendak menilai kriteria- kriteria yang berdasarkan soal pengurusan kewangan, kemampuan syarikat business development seperti Yang Berhormat katakan tadi melibatkan hard fixed asset dan sebagainya, apakah kerangka ataupun strategi lain? Misalnya melibatkan soal pemasaran yang dititik beratkan oleh kerajaan dalam kita menilai untuk memberi pinjaman kepada pengusaha-pengusaha pelancongan berdasarkan tabung khas ini.

final • 11:10 AM

Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kerajaan mempunyai hasrat untuk memajukan lagi industri pelancongan di negara ini khususnya di kalangan pengusaha-pengusaha kaum bumiputera. Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk membantu golongan industri pelancongan ini. Kalau kita lihat jumlah yang dipinjamkan kepada peminjam-peminjam yang terlibat dalam industri pelancongan, NPL hanya di dalam lingkungan 0.6 peratus. Pada pendapat kerajaan, ini adalah satu prestasi yang cukup baik sebab tidak sampai 1 peratus pun. Dari RM1.3 juta bilion yang dikeluarkan oleh kerajaan, hanya NPL dalam lingkungan itu sahaja. Kerajaan memanglah merasa amat puas hati dengan prestasi itu.

Kes-kes di mana dikategorikan sebagai NPL, kerajaan melalui SME Bank akan berusaha untuk menstrukturkan bayaran balik pinjaman. Macam mana boleh ianya dapat pulangan supaya peminjam-peminjam dapat meneruskan dengan perniagaan mereka.

Pinjaman yang diluluskan oleh SME Bank hanya terhad kepada beberapa projek sahaja bukan semua. Pinjaman pengangkutan seperti hendak beli bas yang besar, untuk membina hotel-hotel kecil dan untuk menampung keperluan peniaga-peniaga dalam industri pelancongan ini dipertimbangkan. Setakat ini kerajaan masih memantau lagi macam mana kita dapat membantu dan menaikkan lagi prestasi orang-orang ataupun peniaga-peniaga dalam bidan gini. Sekian.

final • 11:10 AM

11. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Kesihatan menyatakan, trend dan statistik kematian setiap tahun dalam lima tahun yang lalu yang disebabkan oleh beberapa jenis penyakit utama (seperti denggi, penyakit jantung, darah tinggi, A(H1N1), AIDS/HIVs) dibandingkan dengan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya, bencana alam (seperti banjir, tanah runtuh), kemalangan masa kerja (seperti di kawasan- kawasan pembalakan, kilang-kilang). Apakah langkah-langkah kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kanowit di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua kematian akibat penyakit-penyakit berjangkit seperti demam denggi dan HIV serta AIDS telah menunjukkan trend penurunan dalam tempoh lima tahun yang lalu. Pada tahun 2009 sehingga 28 November 2009, kematian akibat jangkitan denggi adalah 78 berbanding dengan 102 pada tahun 2005. Manakala bagi kematian akibat HIV/AIDS pula seramai 600 orang telah meninggal dunia pada tahun 2009 beranding dengan 1,231 orang pada tahun 2005. Sementara itu kematian akibat jangkitan Influenza A

(H1N1) pula adalah seramai 77 orang.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Memandangkan virus Influenza A(H1N1) merupakan virus baru dan mula dikenal pasti pada April 2009, kematian akibat jangkitan virus ini tidak dapat dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, kematian akibat jangkitan Influenza A(H1N1) sejak 15 September 2009 menunjukkan trend penurunan yang ketara berbanding dengan kematian yang berlaku pada Ogos dan awal September 2009. Sementara itu trend kematian akibat penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung dan kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan.

Kematian akibat penyakit jantung di hospital-hospital kerajaan pada tahun 2008 adalah 7,597 berbanding dengan 5549 kes pada tahun 2005. Manakala kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2007 adalah sebanyak 6,282 kes berbanding dengan 6,223 kes pada tahun 2004. Bagi mengatasi masalah ini, kematian kerana penyakit- penyakit berjangkit seperti denggi, HIV/AIDS dan Influenza A(H1N1) serta penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung dan diabetes, kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan sama ada bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit atau penyakit tidak berjangkit.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Bagi mengatasi kematian akibat jangkitan virus Influenza A(H1N1), Kementerian Kesihatan telah menyediakan pelan kesiapsiagaan sejak tahun 2006. Dengan adanya persiapan yang mencukupi melalui persediaan Pelan Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Kebangsaan ataupun National Influenza Pandemic Preparedness Plan (NIPPP) dengan izin ini, kematian akibat jangkitan dapat dikurangkan. Pelan ini merangkumi enam strategi iaitu respons organisasi, respons kesihatan awam, respons perubatan, respons makmal, komunikasi risiko dan juga respons sosial. Pelan strategik ini telah dijalankan mengikut situasi pandemik iaitu pada awal matlamat utama containment bagi tujuan melewatkan kemasukan wabak ke Malaysia dan kemudian disusuli dengan strategi mitigasi yang bertujuan memperlahankan penularan wabak dalam komuniti.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Pelan Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Kebangsaan, kementerian juga menyediakan beberapa pelan strategik lain untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. Di antaranya adalah Pelan Strategik Bagi Penyakit Tidak Berjangkit ataupun National Strategic Plan for Non Communicable Diseases, dengan izin, dan Malaysia Strategic Plan for Emerging Diseases, dengan izin. Antara strategi penting yang telah dan akan dilaksanakan termasuklah surveillance atau pemantauan, promosi kesihatan dan memberi rawatan yang bersesuaian dengan penyakit dan tahap keterukan sesuatu penyakit. Bagi mengurangkan kematian, promosi kesihatan yang menggalakkan orang ramai mendapat rawatan awal sangatlah diberikan perhatian. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Menteri. Tujuan soalan ini adalah untuk menggambarkan. kematian yang selalu kita ura-urakan di sini, di Dewan ini dari segi penyakit dan juga kemalangan dan tadi kita telah mendengar juga kematian yang mengejut atau sudden death yang telah menjangkau angka 3000 lebih setahun. Soalan saya di sini adalah sebab ini adalah Kementerian Kesihatan, jadi saya akan menjurus kepada apa yang telah saya lihat telah terjadi di negeri Sarawak dalam masa yang terdekat ini adalah penyakit denggi yang merebak dengan begitu meluas di kawasan-kawasan saya di Kanowit, bahkan di Julau juga. Memang banyak dalam tahun ini terutamanya.

Tadi dikatakan kes kematian memang menurun tetapi kes denggi sebenarnya saya ingat jauh meningkat pada tahun-tahun ini. Jadi soalan saya adalah apakah faktor-faktor utama bagi penyakit ini yang merebak dalam masa yang begitu singkat dengan meluasnya di kawasan-kawasan kita di Sarawak ini dan apakah faktor tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kanowit di atas soalan tambahan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kanowit, penyakit demam denggi yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi merupakan satu jenis penyakit pandemik yang sentiasa berlaku di kawasan tropika dan juga sub tropika termasuklah negara kita, Malaysia.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Sejak kebelakangan ini, kejadian demam denggi meningkat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia dan peningkatan ini selain daripada akibat perubahan iklim Yang Berhormat, ia juga mempunyai kaitan dengan tahap kebersihan persekitaran yang tidak memuaskan terutama sekali di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, majoriti kes-kes yang dilaporkan di peringkat nasional, kebanyakan kes-kes berlaku di kawasan Lembah Klang dan perkara yang sama juga bagi kes-kes kematian di mana besar peratusannya adalah berlaku di kawasan- kawasan Lembah Klang. Negeri-negeri yang mencatatkan kadar insiden tertinggi antara lain adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan juga negeri Perak. Negeri-negeri ini Yang Berhormat, mempunyai kepadatan dan jumlah penduduk yang agak tinggi dan selain daripada langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan di bawah pelan-pelan pandemik ini, Kementerian Kesihatan juga menyasarkan aktiviti promosi mengenai kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit berjangkit ini terutama sekali demam denggi dan menggalakkan penglibatan anggota masyarakat serta agensi-agensi yang lain di dalam aktiviti-aktiviti pencegahan dan juga kawalan-kawalan penyakit berjangkit ini.

Selain daripada itu Yang Berhormat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di mana sering dilakukan aktiviti gotong-royong di antara Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa tempatan ini dan juga anggota masyarakat. Selain itu Yang Berhormat, aktiviti-aktiviti pengawalan, pemeriksaan premis-premis dan juga aktiviti pengawalan serta membataskan pembiakan nyamuk-nyamuk aedes dan serta tindakan pemusnahan juga dijalankan dan aktiviti fogging sebenarnya telah dan sedang dijalankan dan melibatkan lebih daripada 16.5 kawasan premis-premis dan kementerian telah membelanjakan sejumlah kewangan yang amat besar bagi memastikan bahawa aktiviti-aktiviti membunuh... Racun pembunuh jentik-jentik ini dapat dilaksanakan ataupun fogging ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Selain daripada itu Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan juga menjalankan aktiviti penguatkuasaan kepada premis-premis dan ada premis-premis yang telah dikenakan kompaun disebabkan oleh kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh premis-premis tersebut. Kita faham Yang Berhormat, walaupun kes demam denggi dapat dikurangkan pada tahun ini berbanding dengan tahun lepas, lebih tinggi mengikut sasaran yang telah ditetapkan di bawah Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan, namun apa yang pasti, komitmen dan penglibatan semua pihak bagi membantu kementerian bagi menangani penularan penyakit berjangkit ini khususnya penyakit demam denggi amatlah dialu-alukan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Dalam jawapan pada soalan asal tadi, Menteri menyebut kita ada 77 kematian akibat daripada jangkitan Influenza A(H1N1). Satu jumlah yang besar kerana tempoh kematian itu berlaku beberapa bulan sahaja, sekitar Jun hingga September dan selepas daripada itu tidak ada kematian dilaporkan hujung September sampai hari ini dan jumlah kes pun dikatakan berkurangan. Bermakna langkah-langkah yang telah diambil ada keberkesanannya. Sekarang kita sudah ada bekalan vaksin yang dibekalkan oleh Syarikat GSK atau GlaxoSmithKline daripada United Kingdom yang digunakan untuk frontline workers tetapi ada laporan bahawa vaksin ini... Oleh kerana ia diumumkan dikaji pada bulan Mei atau Jun dan dikatakan akan terhasil pada bulan November, satu tempoh yang sangat singkat untuk menghasilkan satu jenis vaksin.

Mungkin daripada segi tekniknya, genetic engineering nya mudah tetapi daripada segi human trial nya saya yakin memerlukan masa. Adakah itu telah dijalankan dengan menyeluruh kerana kesannya sudah ada. Kesan sampingan dilaporkan di Kanada yang berbentuk penyakit seperti Guillain-Barre Jadi saya hendak bertanya kepada kementerian, adakah kita berkeyakinan bahawa vaksin Influenza A(H1N1) ini benar-benar berkesan dan selamat digunakan bagi rakyat Malaysia memandangkan human trial dan juga field trial nya yang tidak dibuat di Malaysia dan terlalu pendek dalam konteks penyediaan vaksin ini di peringkat pengeluarnya, GSK. Terima kasih,

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya Yang Berhormat, untuk menghasilkan sesuatu vaksin bagi merawat satu pandemik ataupun penyakit yang baru memerlukan tempoh masa enam bulan untuk menghasilkan vaksin Yang Berhormat dan ia telah dilaksanakan di bawah langkah-langkah penghasilan vaksin yang dilaksanakan khusus untuk menangani Influenza A(H1N1) ini.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Memang benar Yang Berhormat, bekalan vaksin yang kita gunakan di Malaysia terutama sekali untuk diberikan kepada front liners di Malaysia berserta dengan pesakit- pesakit berisiko tinggi ini adalah daripada London dan dibawa oleh sebuah syarikat yang dinamakan GSK. Kumpulan vaksin tersebut telah sampai ke negara kita dan kita hanya menantikan bekalan. Kita mempunyai bekalan sebanyak 78,000 dan selebihnya akan dibekalkan seawal bulan Januari tahun depan, insya-Allah.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak perlu bimbang kerana vaksin Influenza A(H1N1) yang digunakan di negara kita adalah satu vaksin yang selamat digunakan. Walaupun vaksin tersebut telah menunjukkan beberapa insiden, kesan sampingan tetapi ianya merupakan kesan sampingan kecil. Hanya melibatkan demam, kesakitan pada tempat yang disuntik dengan vaksin tersebut. Ada juga beberapa kes yang dilaporkan yang melibatkan ruam dan sebagainya.

Namun, apa yang pasti Yang Berhormat, vaksin yang digunakan terutama sekali untuk diberikan kepada rakyat di negara kita ini khususnya kepada dua kumpulan yang saya sebutkan tadi adalah vaksin yang selamat. Ianya akan mampu memberi tahap ketahanan kepada golongan-golongan barisan hadapan, kakitangan yang berhadapan dengan pandemik ini.

Kementerian yakin pemberian vaksin kepada kumpulan ini akan mampu mengawal atau pun mampu memastikan bahawa front liners kita bersedia untuk menghadapi sekiranya negara kita akan mengalami wave atau pun ancaman kedua Influenza A(H1N1) ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua. Saya ada point of order.

final • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Hormatlah Menteri hendak buat usul ini.

final • 11:30 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Mana tahu, saya tidak dapat maklumat, notis daripada Yang Berhormat Menteri. Saya ada point of order ini.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tiap-tiap pagi saya baca usul. Tidak datang pagilah ini.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

final • 11:32 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 9 Disember 2009”.

final • 11:32 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:32 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya ada point of order.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat sila.

final • 11:34 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri ini pandai itu sahaja. Untuk usul lanjutkan Dewan, buat susah, menyusahkan kita semua ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Standing Order 80A.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:34 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Di sini saya ingin memetik dengan izin, Notwithstanding the provisions of Standing Order 80A relating to the Committee of Privileges, in any case where it appears to the House that there has been the commission, whether by a member or by any other person, of any acts, matters or things as are made punishable as contempts under the Houses of Parliament (Privileges and Powers) Ordinance 1952, the House may appoint a committee to summarily enquire into such a case and appropriate action in accordance with the said Ordinance.

Tuan Yang di-Pertua, kelmarin selepas saya mengambil bahagian dalam perbahasan ketika dalam jawatankuasa mengenai dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di mana saya membangkitkan beberapa perkara mengenai dengan kelakuan, tindakan dan kegiatan setiausaha politik kepada Menteri Kewangan iaitu Datuk Shafie, also known as ‘Mr Political Toll’. Di sini...

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

I think that it is not his title Yang Berhormat.

final • 11:34 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, no.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Datuk Shafie is good enough.

final • 11:34 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, ya. Selepas itu, selepas perbahasan di sini. Sebagai Ahli Parlimen menyuarakan suara rakyat dan saya keluar ke Dewan di lobi, sedang bercakap dengan seorang pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, tiba-tiba Datuk Shafie datang dengan mukanya marah, kelakuannya biadab, terus mengatakan kepada saya, “Kenapa awak bawa perkara-perkara mengenai saya di dalam Dewan yang mulia ini”.

Saya menjelaskan bahawa ini hak saya sebagai Ahli Parlimen sebab kita ada hak keistimewaan untuk berbahas secara bebas dan tidak boleh disekat oleh sesiapa pun termasuk Perdana Menteri, termasuk Yang Berhormat Menteri di sebelah sana pun walaupun dia mengawal di Parlimen. Saya tidak pernah dengar Yang Berhormat Menteri, Ahli Parlimen Padang Rengas tidak pernah pun mengatakan kepada kami, “Oh, awak tidak boleh cakap demikian, kenapa awak mengungkit?” Tidak ada apa-apa teguran. Kita bersembang sahaja di sana.

final • 11:34 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Setiausaha politik, tugas beliau bukanlah datang ke Parlimen memberi amaran dan selepas itu saya kata, “Itu hak saya, jangan awak datang campur tangan di dalam Parlimen. Awak hendak campur tangan di bandar raya, di mana-mana kementerian yang lain, tidak apa. Di Parlimen awak tidak ada hak. Awak sebagai Setiausaha kementerian, awak tidak ada hak datang ke Parlimen untuk campur tangan”. Oleh sebab dalam negara kita, kita mengamalkan satu sistem Demokrasi Berparlimen di mana kita ada tiga cabang untuk mentadbir negara kita iaitu seperti:-

(i) executive iaitu kerajaan;

(ii) kehakiman;

(iii) Parlimen.

Parlimen ini adalah badan yang terunggul sekali. Hak kita telah dijamin di bawah Article 63, Privilege of Parliament di bawah Perlembagaan Persekutuan. Saya memetik di sini 63(2) No person shall be liable to any proceeding in any court in respect of anything said or word giving by hint when taking part in any proceeding of either House of Parliament or committee thereof.

63(3) No person shall be liable to any proceeding in any court in respect of anything publish or under the Authority of the either House of Parliament. Ini bermakna bahawa hak keistimewaan Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini telah terjamin di bawah Perlembagaan dan juga di bawah Akta Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952, Act 347.

Seksyen 3, Freedom of speech and debate dengan izin, There shall be freedom of speech and debate or proceedings in the House and such freedom of speech and debate or proceedings shall not be liable to be impeach or question in any court or tribunal out of the House. Ini Seksyen 3.

Seksyen 4 di bawah akta yang sama Tuan Yang di-Pertua, Power of the House to enquire into contraventions for the purpose of this act, the House is hereby declared possessed all such power and jurisdiction as may deem necessary for enquiring into judging and pronouncing upon the commission of any such acts, matters or things as are made punishable as contempt under Section 29 of this act and awarding and carrying into execution the punishment therefore provided by this act.

final • 11:34 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini yang sama dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor dahulu di mana budak-budak UMNO datang ke sini kacau kepada Pemuda UMNO... [Dewan riuh] Pemuda UMNO, jangan bimbang...

final • 11:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Perkataan “budak” itu.

Perkataan “budak” itu...

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pemuda UMNO, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

YB, YB. Perkataan “budak” itu tarik balik.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, “pemuda” atau “budak”...?

“Pemuda” ya.

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Perkataan “budak” tarik balik.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kacau Yang Berhormat Bukit Gelugor di sini, ya di dalam Parlimen juga yang sama. Di sini beliau menggunakan perkataan datang ke sini sedangkan beliau tidak ada hak datang ke sini mengancam sesiapapun melalui kelakuan ataupun menggunakan perkataan.

Kalaulah kita membenarkan seseorang bukan Ahli Parlimen datang ke sini mengawal dan campur tangan dalam urusan Parlimen, mengancam keselamatan di sini, saya rasa kita tidak boleh berbahas dengan secara bebas. Akta-akta, peruntukan- peruntukan dalam Perlembagaan dan Houses of Parliament Act ini untuk apa? Untuk menjamin kebebasan Ahli Parlimen termasuk saudara di sana juga. Untuk menjamin. Kita boleh berbahas di sini dengan secara bebas di mana eksekutif melalui, saya tidak percaya bahawa Perdana Menteri mengarahkan beliau mengambil tindakan yang sedemikian kelmarin. Saya tidak percaya sebab ini bukan hal Perdana Menteri. Ini bukan hal politik Perdana Menteri. Ini hal peribadi beliau di mana beliau campur tangan di DBKL dan di kementerian yang lain sehingga pasar malam pun beliau campur tangan. Dapat 30....

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini Yang Berhormat hendak buat usulkah hendak buat ucapan?

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini kena beri alasan dulu. Beritahu, ya.

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau ucapan, kita sudah faham sebab perkara yang sama pun sudah berlaku dengan saya.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, no! Oh, sudah faham! Sudah faham? No, no. Saya hendak beri...

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Berlaku dengan saya di luar.

Yang Berhormat pun tahu perkara yang sama berlaku dengan saya juga oleh penyokong- penyokong pembangkang.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya hendak beritahu Tuan Yang di- Pertua, dia campur tangan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju boleh pendekkan, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh mengambil tindakan di bawah 80A iaitu tubuhkan satu committee untuk menyiasat perkara ini supaya tindakan sewajarnya boleh diambil. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Wangsa Maju dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita memang maklum tentang hak Ahli Parlimen di bawah Perlembagaan Persekutuan, hak Ahli Parlimen di bawah Akta Majlis Parlimen, Keistimewaan dan Kuasa 1952. Kita maklum itu dan kita juga maklum bahawa Parlimen boleh mengambil tindakan di bawah Peraturan 80A dan sememangnya memang ada insiden telah berlaku telah kita involve 80A ini mengakibatkan orang luar yang telah pun diputuskan di dalam Dewan ini.

Untuk kes yang dibawa oleh Yang Berhormat sebentar tadi terhadap seorang yang dikatakan berkelakuan seperti Yang Berhormat maklumkan di Dewan ini, saya tidak boleh sekarang ini memutuskan untuk membentuk satu jawatankuasa tetapi saya akan menyiasat perkara ini dan Parlimen juga akan menyiasat perkara ini sebelum satu jawatankuasa dapat dibentuk di bawah 80A. Siasatan terperinci, kita akan first establish sama ada kes ini perlu dibawa di bawah seksyen 80A. Keputusan akan dibuat kelak. Bila saya kata saya, bukanlah saya akan memutuskan. Mana-mana Yang di-Pertua Dewan atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan sebaik saja investigation sebaik sahaja kita mendapat keterangan lanjut mengenai kes ini, perkara ini akan dibawa ke dalam Dewan kelak.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, di bawah 80A, Parlimen ada hak untuk menubuhkan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tahu, Yang Berhormat.

Saya tahu.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Satu committee untuk menyiasat. Itu yang saya minta untuk menyiasat perkara ini. Bilakah?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita akan menyiasat sebaik sahaja selepas ini dan siasatan akan dijalankan dan kita akan involve 80A jika perlu. Jika difikirkan ada kes yang sepatutnya.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bilakah Tuan Yang di-Pertua? Boleh beritahu?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Siasatan akan dibuat sekarang, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Point of order. Apabila mengenai siasatan, mengenai kompelin dengan pelanggaran hak keistimewaan, bukankah ini patut disiasat oleh Jawatankuasa Hak Keistimewaan sendiri dan bukan seperti sekarang Tuan Yang di- Pertua kata akan disiasat dan siapa siasat. Dalam peraturan mesyuarat barulah ada Jawatankuasa Hak Keistimewaan ada hak untuk membuat siasatan. Tidak ada parti-parti yang lain untuk buat apa-apa siasatan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. We will not be by ourselves Yang Berhormat. Kita akan semak sama ada kes ini ada asasnya...

final • 11:40 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini sekarang ini adalah berhubung dengan apa yang disebut oleh, yang di bawa oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. -

final • 11:40 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kerana itu saya katakan kita akan membuat siasatan terperinci tanpa ada sebarang biasness, tanpa sebarang ketidakadilan dan kita akan pastikan bahawa Ahli-ahli Parlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Majlis Parlimen adalah terpelihara sama ada dalam Dewan ini ataupun di luar Dewan.

final • 11:40 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Wangsa Maju ke atas seorang yang tidak berada dalam Dewan ini.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Ya lah. Memang perlu disiasat. Yang Berhormat Shah Alam, diam! Ini soal Wangsa Maju. Datuk Shafie tidak berada di dalam Dewan untuk mempertahankan dirinya. Berulang kali anggapan sebagai political toll telah dibuat oleh Yang Berhormat Wangsa Maju kepada Datuk Shafie. Jadi kalau kita sebagai manusia biasa pun, kita juga berhak mengetahui mengapa tuduhan itu dibuat terhadap beliau.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah saya jelaskan, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Jadi kalau sekiranya benda itu berlaku, ada bendanya, kita bersetuju. Kalau ia melibatkan hak keistimewaan. Yang Berhormat Shah Alam jangan kacau. Bukan hak you. Ini bukan ini. Kita hendak bercakap atas keadilan.

Kita pun tidak mahu kalau Ahli Parlimen dikacau macam yang berlaku kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah, Yang Berhormat ya.

final • 11:40 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat Shah Alam.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya sudah katakan akan menyiasat dan sama ada perlu di involve seksyen 80A, peraturan mesyuarat ini, ya. Sila setiausaha.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis. [Hari Ketiga Belas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:40 AM
Maksud B.41 [Jadual] - Maksud P.41 [Anggaran Pembangunan 2010] -

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Kementerian Pelajaran untuk menyambung jawapan.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pelajaran ll - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang terakhir untuk Yang Berhormat Bukit Mertajam mengenai dengan enam buah SJK(C) baru dan perpindahan 13 buah SJK(C).

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:48 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Mertajam, sebanyak RM39 juta diperuntukkan untuk perpindahan tiga belas buah SJK(C) ini dan RM49.8 juta disediakan bantuan modal untuk pembinaan SJK(C) baru. Daripada tiga belas SJK(C) yang dibenarkan pindah ini, dua sahaja yang baru memulakan pembinaan.

Selebihnya belum dapat dilaksanakan kerana isu tapak. Bagi enam sekolah baru, semuanya belum dapat dibina kerana masalah tapak. Tuan Pengerusi...

final • 11:48 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan, penjelasan.

final • 11:48 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Penjelasan apa lagi? Sudah jelas itu. Cukuplah.

final • 11:48 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bukan, bukan! Ada satu lagi yang saya katakan di SRJK(C) Shih Chung Cawangan.

final • 11:48 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, okey, okey.

final • 11:48 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang di...

final • 11:48 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, okey. Duduklah.

final • 11:48 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Okey, ya.

final • 11:48 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, okey. Nanti saya jawab kemudian. Yang Berhormat Tuaran mengenai dengan elaun wilayah. Sebenarnya, elaun wilayah dikhususkan kepada kakitangan kerajaan yang bertukar wilayah iaitu dari Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan ke Semenanjung dan begitu juga sebaliknya.

Syarat dan kadar pemberian elaun tersebut masih kekal seperti Pekeliling Bilangan 6/1987 dan Pekeliling Bilangan 4/2002. Jadi tidak ada elaun wilayah seperti mana yang disebut oleh Tuaran daripada Melaka ke Negeri Sembilan. Tidak ada.

final • 11:48 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Tuaran juga membangkitkan bantuan kepada sekolah bantuan kerajaan yang tidak disebut dalam Bajet 2010, terutamanya kepada sekolah mission. Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua untuk sekolah mubaligh. Peruntukan ini telah diagihkan keseluruhannya kepada lebih 300 buah sekolah mubaligh pada tahun ini. Maka ia tidak lagi disebut dalam Bajet 2010, itu adalah sebabnya. Walau bagaimanapun, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM73 juta lagi di bawah Butiran Bantuan Modal dan ini termasuk sekolah mubaligh bagi tahun 2010.

Yang Berhormat Tuaran membangkitkan tentang pengajaran bahasa ibunda iaitu kewujudan sekolah tajaan NGO yang mengajar bahasa ibunda yang mendapat sijil pengiktirafan daripada KPM. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga ini dasar KPM adalah menyediakan guru-guru dan emolumen hanya kepada sekolah-sekolah bawah bidang kuasa KPM sahaja. Jadi, apabila sekolah yang ditaja oleh NGO ini tutup, maka sudah tentulah kementerian tidak boleh membayar emolumen kepada sekolah berkenaan.

Akan tetapi, kalau maksud Yang Berhormat kepada bahasa ibunda ini ialah bahasa etnik, saya ingin memaklumkan bahawa kita sebenarnya memang menawarkan bahasa etnik Kadazan-Dusun yang ditawarkan dan diajar di 260 sekolah rendah dan 50 sekolah menengah.

Baru-baru ini, saya merasmikan Persidangan Pedagogi Bahasa KadazanDusun, sebab itu saya boleh cakap sedikit, kopiwosian yang bermaksud selamat sejahtera. Pada tahun 2009, 757 pelajar ini telah mengambil peperiksaan bahasa Kadazan-Dusun dalam peperiksaan PMR. Pada tahun 2010 akan ditawarkan di Tingkatan Empat dan tahun 2011 akan ditawarkan di Tingkatan Lima. Bahasa Iban pula sekarang ini diajarkan di 360 sekolah rendah dan 55 di sekolah menengah. Mereka pada tahun 2009 ini, seramai 1784 yang mengambil peperiksaan bahasa Iban di peringkat SPM. Jadi...

final • 11:50 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Penjelasan Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tuaran.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, Yang Berhormat Tuaran.

final • 11:50 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Sedikit sahaja. Ya, maksud yang saya telah sentuh mengenai dengan sekolah ini Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat ada menerangkan mengenai pengajaran bahasa Kadazan-Dusun di sekolah kerajaan. Sekolah yang saya maksudkan di dalam persoalan saya ialah satu sekolah di peringkat tadika sekarang ini yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Kadazan-Dusun, tetapi matlamatnya apabila sampai ke tahun satu dan seterusnya ialah menggunakan bahasa Malaysia.

Sekolah ini telah diluluskan oleh kementerian dan certificatenya telah diterima.

Maksud saya adalah bertanya sama ada kerajaan boleh membantu. Sekarang ini emolumen guru-guru ditaja pada permulaannya oleh NGO dan Lembaga itu sendiri, yang telah disimpan. Jadi, kita telah menulis kepada kementerian agar pada masa hadapan mungkin dapat membantu. Bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal, tetapi juga emolumen guru-guru. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya jelaskan tadi bahawa oleh sebab ia ditaja oleh NGO, maka kita tidak membayar emolumen tersebut. Namun begitu, jika Yang Berhormat mengemukakan rayuan, kita akan mempertimbangkan.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tuan Pengerusi, sebenarnya bahasa etnik ini memang wajar kita perkembangkan.

Bahasa Kadazan-Dusun ini telah mempunyai tatabahasanya sepertimana yang saya lancarkan baru-baru ini. Di Sarawak saya berjumpa banyak etnik seperti di satu sekolah itu, saya melihat 100 peratus orang Kedayan yang duduk di perkampungan tersebut dan saya pun boleh belajar bahasa Kedayan sekejap... [Bercakap dalam bahasa Kedayan] yang bermaksud pergi ke Limbang, jumpa orang Brunei... [Bercakap dalam bahasa Kedayan] Tuan Pengerusi, mengenai dengan Yang Berhormat Pasir Mas, ada atau tidak Yang Berhormat Pasir Mas? Tidak ada? Saya jawab sedikit sahaja. Beliau bertanya tentang guru j-QAF. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas, j-QAF mula dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah KPM pada tahun 2005. Sehingga tahun 2009 ini, bilangan guru j- QAF ini ialah 15,464 orang dan pada tahun 2010 kita menyasarkan seramai 32,000 guru j- QAF untuk 6,314 buah sekolah rendah. Sekarang ini kita hanya dapat mengajar di 4723 buah sekolah.

Untuk mengatasi masalah kekurangan guru j-QAF ini, kita mempertimbangkan untuk mengambil guru di peringkat SPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Program j-QAF di IPG. Mengenai isu guru-guru j-QAF ini yang pemikiran mereka tidak sealiran dengan kerajaan, insya-Allah saya akan berjumpa dengan mereka sedikit demi sedikit. Saya yakin apabila mereka dengar apa yang saya cakap, mereka akan sokong kerajaan.

Yang Berhormat Pasir Mas minta perincian syarikat yang mendapat kontrak makanan asrama. Untuk makluman Yang Berhormat, kontrak bekalan makanan bermasak di asrama KPM dilantik mengikut asrama secara tender terbuka dalam tempoh dua tahun.

Pemilihan berdasarkan kepada tawaran harga, tetapi KPM akan sentiasa memantau prestasi setiap kontraktor yang tidak berdisiplin ini dan jika mereka melanggar peraturan kontrak, tindakan penalti dan penamatan kontrak akan dilakukan.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tumpang tanya sedikit.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Berkenaan dengan pembekalan tender makanan bermasak di asrama ini. Mengikut pengalaman, sebuah sekolah asrama akan menerima berbagai-bagai bilangan kontraktor untuk mendapatkan tender. Pihak sekolah yang dilantik, sama ada sebagai pembuka tender ini dan memberi cadangan yang berbagai-bagai dan diberi perakuan, tetapi mengikut pengalaman kita, cadangan pihak sekolah tidak pernah ataupun jarang sekali diguna pakai oleh pihak kementerian. Padahal dikatakan tadi pihak kementerian akan memantau pihak pengurusan tender masak asrama, tetapi bilakah pengurusan pihak kementerian membuat pemantauan? Ia kecuali yang diwakilkan oleh pihak sekolah. Sebaliknya pandangan pihak sekolah tidak diambil kira dalam menentukan pemberian kontrak tersebut. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat sebab itulah kita kata bahawa maklumat daripada sekolah juga kita tidak boleh ambil kira sangat. Oleh sebab itulah apabila saya melawat sekolah-sekolah tersebut secara mengejut, antara tempat yang saya tuju, selain daripada tandas ialah kantin sekolah. Maka sebab itulah kadang-kadang saya lihat kekotoran di kantin sekolah itu berlaku sekian lama, tetapi pihak sekolah tidak pernah melaporkan pun masalah tersebut ya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh bergantung sangat kepada laporan daripada pihak sekolah dan sebab itulah mengapa barangkali apa yang dicadangkan oleh pihak sekolah, ada yang kita tidak terima.

Sekolah-sekolah daif. Sememangnya keutamaan untuk baik pulih sekolah-sekolah yang daif terutamanya sekolah luar bandar diberi keutamaan. Sejumlah RM950 juta telah disediakan pada tahun 2009 untuk tujuan ini. Di samping itu, sejumlah RM50 juta lagi telah disediakan untuk tahun 2009 dan 2010 untuk mengatasi masalah bangunan yang diserang anai-anai.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan tentang masalah pekerja kontrak. Sebenarnya, perkara ini juga telah dijawab dalam penggulungan peringkat dasar oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Akan tetapi, Yang Berhormat Pasir Mas ada mencadangkan supaya kalau boleh pekerja-pekerja kontrak ini diserapkan terus oleh kerajaan tanpa menunggu kesediaan pihak swasta untuk menerima mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan sedikit.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya memang timbul masalah kalau kita hendak serapkan ke pihak swasta, sebab mungkin masalah swasta pun sudah ada pekerja dan kedua ialah syarat-syarat baru yang barangkali tidak menguntungkan pekerja-pekerja ini, oleh sebab itulah bagi pihak KPM, kita akan mempertimbangkan mereka yang layak untuk dipertimbangkan ke jawatan yang bersesuaian apabila wujudnya kekosongan dan pengambilan jawatan baru dan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu, saya akan bawa kepada pihak Menteri, saya bagi kepada Yang Berhormat Rantau Panjang dahulu.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang sekolah-sekolah daif, walaupun ini sudah jawab sebentar tadi. Saya ingin penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri memantau sekolah-sekolah daif yang termasuk juga di kawasan Parlimen Rantau Panjang yang saya dapati bukan sahaja setiap tahun ditenggelami banjir, tetapi mempunyai asrama yang bocor dan bangunan kayu yang masih beroperasi sebagai kelas. Jadi sejauh mana pemantauan dibuat dan apakah tindakan ini akan diambil dan bilakah akan dilaksanakan?

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat sebenarnya kita memang ada senarai sekolah-sekolah daif ini, seperti mana yang saya maklumkan semalam bahawa tidak semua yang dapat kita berikan peruntukan untuk dinaiktarafkan atau dibaik pulih, ia mengambil masa dan giliran tetapi bagaimanapun saya fikir kita memang berusaha untuk memastikan sekolah-sekolah daif ini dapat dipertingkatkan kemudahannya supaya tidak berlaku masalah-masalah keselamatan seperti runtuh, roboh dan sebagainya. Ini memang kita beri perhatian, tetapi kalau saya ada masa nanti saya akan pergi ke Rantau Panjang.

final • 12:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, mencelah sikit.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Benda yang samakah atau kontrak?

final • 12:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Berkaitan sekolah, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita telah adakan lawatan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun turun melawat beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Lenggong, satu- satunya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Kota Lima di Lenggong yang saya sendiri pun tidak sanggup kalau disuruh mengajar di situ atau duduk di situ dalam keadaan yang tidak begitu baik, suasana yang tidak begitu sempurna, soal keselamatan dan sebagainya, termasuk sebuah lagi sekolah yang juga Yang Berhormat Timbalan Menteri melawat tempoh hari, anai-anainya boleh merosakkan sekolah berkenaan.

Ini juga salah satu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di Lenggong, sekolah yang terbesar, kedua-dua sekolah ini amat penting dan perlu diberi perhatian untuk dibina baru ataupun sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun ketahui.

Saya harap perkara ini dalam tindakan dan dapat diambil tindakan dengan segera bagi memberi kesempurnaan pendidikan kepada anak-anak kita. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Saya sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan kementerian kerana dalam tahun lepas banyak peruntukan diberi termasuklah tahun depan disediakan untuk membaiki sekolah-sekolah daif ini, cuma saya minta Menteri dan terima kasih kepada Timbalan Menteri kerana rajin turun padang dan sebagainya.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Dari segi pelaksanaan projek, apabila kelulusan peruntukan dalam membaiki dan penyelenggaraan bangunan-bangunan sekolah termasuklah rumah guru dan sebagainya, saya perhatikan banyak bila projek-projek dibuat, kontraktor yang melaksanakan projek kadang-kadang tidak menjalankan kerja dengan baik. Kadang-kadang belum sampai setahun bangunan itu dibaiki telah rosak, kadang-kadang kayu sudah reput, tetapi dicat sahaja.

Jadi saya minta kalau boleh bukan sekadar kita memastikan, saya tahu constraint atau masalah yang dihadapi oleh kerajaan cukup banyak untuk penyelenggaraan sekolah- sekolah, terima kasih kerana usaha dibuat. Cuma saya minta kalau kontraktor yang melaksanakan projek ini menjalankan kerja dengan baik dan jujur, saya rasa sudah tentu kita dapat menjimatkan wang. Saya minta tolong supaya Timbalan Menteri dapat memberikan perhatian kepada perkara ini. Terima kasih banyak.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Lenggong sebenarnya kita sudah senaraikan dua sekolah tadi, yang SJK(T) itu kita hantar surat sebenarnya kepada Menteri Besar, kalau dia boleh bagi kita tanah, kita perlukan tanah sekarang ini dan yang SJK(C) itu insya-Allah kita akan tunaikan. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran tadi itu, sebenarnya kita sering dengar complaint seperti ini, tetapi kalau Yang Berhormat boleh bagi contoh nama sekolah dan sebagainya, kita ambil tindakan. Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat, saya hendak merujuk balik kepada masalah pekerja kontrak, memang betul Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran sudah jawab, tetapi saya bangkit lagi. Tadi Yang Berhormat jawab, saya dengar jawapan tadi saya sedih, saya dukacita sebab tidak ada komitmen yang jelas dengan jawapan yang mengatakan, bahawa kalau ada kerja kosong dan cukup syarat, di mana saya hendak tarik perhatian mereka ini bekerja bertahun-tahun lamanya walaupun mereka pekerja kontrak dan golongan yang tidak berpelajaran, tukang kebun, manalah tahu mereka hendak minta kerja ada kosongkah tidak ada kosong, mereka ada anak ramai.

Jadi saya hendak jawapan yang konkrit bagaimana cara hendak mengatasi dan menyerap mereka ini masuk dalam kerajaan, mungkin ada yang cukup syarat, yang tidak cukup syarat? Dan kita bagi kerja ini kepada pihak kontraktor, kita swastakan kepada golongan syarikat dan kalau diserapkan pun, saya bangkit berkaitan dengan jaga yang tidak dibayar gaji. Jadi ini yang saya kadang-kadang fikir yang dikatakan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Jadi macam mana Yang Berhormat? Saya fikir hal pekerja kontrak ini, kesian mereka. Hari-hari mereka SMS kepada saya, minta tolong, ada setengah itu menangis. Jadi apa lagi saya hendak luahkan Yang Berhormat? Jadi saya hendak minta Yang Berhormat kalau boleh, Yang Berhormat bersetuju atau tidak, saya hendak cadangkan, saya hendak minta Yang Berhormat panggil mereka semua ini dan adakan dialog, jumpa dengan mereka ini kalau betul-betul prihatin masalah rakyat. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Insya-Allah Yang Berhormat Pasir Mas, saya akan turun ke Pasir Mas untuk dialog dengan mereka, tetapi komitmen saya tadi ialah saya akan bawa balik perkara ini kepada Menteri untuk dibincangkan...

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Bukan Pasir Mas sahaja, di seluruh negara.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tuan Pengerusi, saya hendak menyentuh sedikit tentang revolusi sistem pendidikan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, nasib baik Yang Berhormat Ipoh Timur ada di sini.

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, kita memang komited tentang revolusi sistem pendidikan ini, sebab itulah kita cuba melakukan beberapa pembaharuan, yang mana antaranya ialah untuk mewujudkan lebih banyak persaingan dan antara persaingan yang paling jelas ialah apabila kita wujudkan sekolah berprestasi tinggi ini. Dengan tujuan bahawa akan berlaku persaingan di peringkat kepimpinan sekolah untuk menentukan bahawa sekolah mereka boleh menjadi sekolah cemerlang dan persaingan ini bukan setakat persaingan antara sekolah-sekolah primer, tetapi juga dengan sekolah- sekolah harian, SJK(C), SJK(T) dan sebagainya.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Oleh sebab itulah kita akan mengumumkan pada bulan Januari ini, 20 SBT yang akan mendapat title Sekolah Berprestasi Tinggi ini dan kalau ikutkan, penilaian kita berasaskan kepada SKPM ini, iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.

Kita akan terkejut nanti melihat bahawa ada sekolah biasa di Sarawak, di pedalaman boleh bersaing dengan sekolah cluster, sekolah cemerlang ataupun sekolah primer ini. Sebab itulah kita mewujudkan new deal, baiah baru iaitu dengan tujuan bahawa jika sekiranya guru besar ataupun pengetua itu perform, dengan izin, maka dia akan mendapat ganjaran. Jadi dengan kata lain bahawa ganjaran tidak lagi bergantung kepada soal kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya tetapi bergantung kepada kegigihannya untuk melakukan perubahan di sekolah tersebut.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kemungkinan suatu hari nanti kita akan membenarkan bahawa mereka boleh melakukan hire and fire, dengan izin, supaya mereka dapat menentukan siapakah guru yang mereka rasa berdedikasi untuk membantu mereka menjadikan sekolah itu sebagai sekolah yang cemerlang. Oleh kerana itu dalam revolusi sistem pendidikan ini, kita juga mahu melakukan rombakan kepada sistem pentafsiran kita yang berasaskan kepada School Based Assessment ini iaitu penilaian yang berasaskan kepada sekolah bukan peperiksaan semata-mata. Kerana itu saya kata bahawa kita komited, komited antara lain ialah kita hendak memastikan prasekolah kita dapat sampai kepada 87 peratus, oleh sebab itu Yang Berhormat Ipoh Timur...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Boleh mencelah?

final • 12:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

...Pendirian kita adalah cukup jelas bahawa pendidikan adalah sesuatu yang dinamik, ia mesti melakukan penyesuaian, perubahan berasaskan kepada suasana terkini dan oleh sebab itu pada saya cukup jelas apa yang mahu dilakukan oleh pihak kementerian sebenarnya...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Timbalan Menteri, boleh...

final • 12:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan, penjelasan.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Boleh bagi peluang, Yang Berhormat Sik.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan.

final • 12:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Saya beri Yang Berhormat Ipoh Timur dahulu.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih, tentulah kita semua rakyat Malaysia akan memberi sokongan kuat terhadap apa-apa reformasi atau revolusi kepada sistem pendidikan dan ini bukan yang pertama kita dengar mengenai kerajaan mahu membuat perubahan besar kepada sistem pendidikan. Oleh kerana sistem pendidikan kita menghadapi pencapaian buruk dan ini boleh dilihat daripada tahap guru-guru dalam pandangan orang ramai.

Selama 40 tahun dahulu, 50 tahun dahulu pekerjaan, employment sebagai guru- guru adalah antara premier, pilihan-pilihan yang utama, sekarang adalah last choice dan kalau kita mahu berjaya untuk revolusikan pendidikan, bolehkah ada harapan, ada keyakinan bahawa kita boleh sampai satu perubahan di mana, employment sebagai guru- guru dianggap sebagai premier choices dan bukan as the last choices…

final • 12:11 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

[Bangun]

final • 12:11 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, kerana itulah kita sebenarnya mesti berusaha untuk menukar pemikiran guru ini, melihat pendidikan sebagai perjuangan. Kerana itu saya suka menggunakan istilah ‘pendidikan perjuangan’. Pendidikan adalah perjuangan, pendidikan memerlukan pejuang- pejuang, guru yang menjadi pejuang untuk memberikan keadilan kepada rakyat, kerana itu adalah dasar kita tidak ubah, tetapi sistem, cara, pendekatan, approach kita itu penting.

final • 12:11 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Oleh kerana itu berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan guru yang berkualiti dan cemerlang ini, maka kita mengatakan bahawa perlu ada akur janji, supaya mereka ini apabila menjadi guru nanti iaitu mereka janganlah selepas dua tahun menjadi guru selepas itu hendak minta pindah daripada Sarawak ke Semenanjung Malaysia, daripada Kuala Lumpur semua hendak balik ke Kelantan.

Selepas itu banyak pihak pula hendak memberi sokongan dan sebagainya, saya cukup yakin kalau kita dapat melakukan perubahan minda kepada mereka ini maka kita akan berjaya. Mengenai dengan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tentang migrasi tadi, iaitu ramai yang migrate ke luar negara. Apa yang saya faham daripada Yang Berhormat Ipoh Timur seolah-olah mereka ini tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan kita.

Saya ragu-ragu dengan hujah tersebut iaitu apakah mereka melakukan migrasi ini kerana tidak percaya kepada sistem pendidikan kita ataupun mereka lebih melihat kepada kepentingan, kebendaan, pekerjaan, profesion mereka dan sebagainya. Maksudnya apakah sistem pendidikan kita ini gagal sehingga kita gagal melahirkan para pakar, economist, ilmuwan dan lain-lain lagi. Sedangkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar itu, beliau adalah produk daripada sekolah kebangsaan yang boleh naik ke angkasa lepas juga, jadi kerana itulah pada saya, kita sepatutnya berbangga dengan sistem pendidikan kebangsaan kita ini, Dasar Pelajaran Kebangsaan kita ini, dan saya tidak nampak maksudnya mereka migrasi kerana mereka tidak percaya kepada sistem pendidikan mereka. Mengenai dengan PPSMI...

final • 12:11 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan.

final • 12:11 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya.

final • 12:11 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan. Bukankah benar bahawa sistem pendidikan antara sebab kenapa ada migrasi yang begitu serius sehingga sekarang mungkin satu atau dua juta orang yang tercerdik, yang terbaik, the best and the brightest adalah migrate ke negara-negara yang lain. Baru-baru ini bukan sahaja... Ini bukan terhad kepada satu kaum, orang Melayu pun ada migrate. Oleh kerana mereka tidak sesuai dengan sistem yang ada termasuk sistem pendidikan, adakah satu political will untuk ubah keseluruhannya?

final • 12:11 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kerana itu Yang Berhormat , saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan bahawa mereka migrasi ini kerana sistem pendidikan yang mereka katakan tidak sesuai yang ada di negara kita. Pada saya lebih kepada kepentingan ekonomi mereka, pekerjaan mereka, profesion mereka itu sahaja. Mereka banyak duit, kerana itulah mereka merasakan barangkali dia boleh menghabiskan duit dia di luar negara belajar dalam sistem barat yang barat sendiri juga mempersoalkan sistem pendidikan mereka.

Saya hendak menyentuh sedikit tentang PPSMI yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya sebenarnya agak terkejut juga dengan Yang Berhormat Ipoh Timur apabila dahulu beria-ia mahu PPSMI dihapuskan, sekarang mempersoalkan pula dan bawa satu benda baru pula iaitu kita hanya setuju dihapuskan di sekolah rendah tetapi mahu diteruskan di sekolah menengah. Kenapa? Kenapa mahu diteruskan di sekolah menengah dan menyokong pula page supaya mereka dibenarkan untuk meneruskan PPSMI ini.

Pada saya tidak wajar, maksudnya apakah kita mahu menggunakan sistem pendidikan yang berpecah-pecah, iaitu membenarkan sekelompok kecil untuk mengamalkan, menggunakannya dalam keadaan sudah terbukti berasaskan kepada fakta bahawa PPSMI sebenarnya tidak begitu berjaya. Cukup jelas dan kejayaan di SKJ(C) itu, keputusan yang cemerlang adalah kerana mereka menjawab dalam bahasa ibunda mereka. Juga kenapa tahun ini UPSR di sekolah kebangsaan meningkat sedikit kerana 70 peratus menjawab dalam Bahasa Melayu, 30 peratus sahaja menjawab dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana itulah kita tidak meneruskan dasar ini...

final • 12:11 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan.

final • 12:11 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Mengenai dengan bahasa Inggeris...

final • 12:11 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan, bolehkah penjelasan? Saya bersetuju bahawa PPSMI gagal untuk majoriti anak-anak kita dan patutlah bahasa ibunda digunakan untuk peringkat yang awal, tetapi ada qualification dalam bahasa ibunda atau bahasa home language dan ada minoriti di mana home language memberikan keselesaan dalam bahasa Inggeris. Kenapa kita tidak ambil satu sikap, satu flexible approach supaya terserah kepada ibu bapa mereka sama ada mahu teruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Kalau mereka rasa ini lebih baik, empower mereka dan khasnya bahasa Inggeris satu competitive language. Baru-baru ini Perdana Menteri apabila di Singapura ada berkata bahawa kita perlu reach out kepada Malaysian diaspora. Rakyat Malaysia yang ada di dunia yang migrate kita harap mereka boleh terus boleh memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada negara dan sikap seperti ini boleh membanteras, memperkuatkan bahawa kita dengan izin, apa yang dikatakan bahawa, “We will create more opportunities, more excitement and more buzz in Malaysia to attract the Malaysian diaspora and expatriates to the country.” Bahawa kita ada satu sistem yang fleksibel dalam pendidikan atau di sektor-sektor yang lain yang menunjukkan bahawa kita boleh attuned kepada cabaran-cabaran semasa.

final • 12:11 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Ipoh Timur, apakah kita mahu membenarkan segelintir untuk mengikut apa yang mereka mahu sehingga kita mahu menjadi fleksibel, sedangkan kita juga sering mempersoalkan tentang pencapaian kita terutamanya dari segi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk perpaduan ini.

Kerana itu saya mengatakan bahawa kita tidak boleh menyenangkan semua pihak, yang penting adalah kepentingan keseluruhan daripada matlamat kepada dasar tersebut. Kalau PPSMI... Kerana itu kita sering berhujah, saya harap selepas ini saya tidak perlu mengulang semula. Kalau PPSMI bertujuan untuk ilmu, semua bersetuju bahawa lebih mudah kita menguasai ilmu itu dalam bahasa ibunda kita, kalau tujuannya untuk Bahasa Inggeris katakan Bahasa Inggeris, apakah kita yakin Sains dan Matematik menyebabkan Bahasa Inggeris kita meningkat. Saya tidak yakin begitu, oleh kerana itu apabila kita tidak meneruskan PPSMI, kita gantikan dengan MBMMBI, iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Yang Berhormat, kerana itulah di pedalaman, ada sekolah yang tidak ada guru opsyen Bahasa Inggeris, kerana dalam memperkukuhkan Bahasa Inggeris ini kita mahu mendapatkan 13,000 guru opsyen Bahasa Inggeris dan kita cuba mendapatkan 300 guru, Master Bahasa Inggeris daripada negara luar.

final • 12:11 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Cara kita mengajar bahasa Inggeris pun kita buat dengan cara yang proper dengan menggunakan lab, kita tambah masa mengajar bahasa Inggeris dan sebagainya.

Dengan kata lain kita tidak mahu mengetepikan hasrat kita daripada segi penguasaan bahasa Inggeris...

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan.

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Ringkas ya?

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Panjang lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih...

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Panjang lagi?

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Panjang lagi...

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Panjang lagi? Ada lagi beberapa isu belum terjawab yang ditimbulkan?

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan ya. Saya setuju dengan usaha kerajaan untuk memantapkan atau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Akan tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur mengatakan ialah mereka yang di rumahnya menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Inggeris mereka sudah baik dan mereka ingin menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pelajaran. Untuk kumpulan ini bolehkah kita juga mengadakan supaya fleksibiliti ini khasnya di bandar-bandar di mana di rumahnya Bahasa Inggeris adalah bahasa mereka.

Mereka ingin gunakan Bahasa Inggeris untuk mempelajari Math and Science. Can we also accommodate that? Saya rasa kita boleh. Ini hanya...

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Ya, okey.

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

A matter of management sahaja. Sekiranya kita boleh urus dengan baik kita boleh penuhi....

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Ya, saya faham.

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

...Semua orang.

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Ya faham-faham. Sebab itu Yang Berhormat Bukit Mertajam, dia hendak guna bahasa Inggeris di rumahkah, di manakah, bagus memang kita suka. Kita galakkan penguasaan bahasa Inggeris. Akan tetapi dalam sistem pendidikan sekolah, dia kena ikutlah apa yang sudah kita putuskan. Itu sahaja. Tidak ada masalah pun sebenarnya. Yang Berhormat Parit Sulong. Mohon senarai dan harga belian tanah yang telah dikenal pasti dalam Bajet 2010. Adakah kawasan Parit Sulong terlibat. Sebenarnya hanya satu tapak sahaja yang dikenal pasti sebagai tapak tambahan di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana...

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Parit Sulong.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Timbalan Menteri minta penjelasan.

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Saya habiskan.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Belum, tajuk tadi belum habis lagi.

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Ya, saya habiskan dahulu kemudian saya bagi peluang.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Panggil Yang Berhormat Menteri pun tidak mahu beri?... [Ketawa]

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Pihak kementerian telah membuat lawatan pada bulan November yang lalu di tapak cadangan tersebut dan pada masa ini kementerian sedang dalam proses dokumentasi untuk diangkat ke peringkat pengurusan tertinggi kementerian, dan kelulusan sebelum di bawa ke kerajaan negeri dan proses pengambilan.

Namun begitu projek ini akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Mengenai dengan sekolah baru setakat ini tiada perancangan, membina sekolah baru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Walau bagaimanapun ia mungkin dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Parit Sulong, saya pun dari Batu Pahat, di Batu Pahat memang sudah tidak cukup Tuan Pengerusi sekolah menengah ini, padat sebenarnya. Jadi tidak patutlah saya sudah jadi Timbalan Menteri, saya tidak pastikan kawasan saya buat dulu.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh?

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Saya beri sekejap sahaja.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Janganlah...

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Yang Berhormat Pasir Salak pun hendak buat majlis perkahwinan anak beliau Tuan Pengerusi. Saya beri peluang itu.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Janganlah...

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Walau apa pun Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum pukul 1 mesti selesai.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Tuan Pengerusi. Saya tadi hendak minta penjelasan berhubung dengan tajuk sebelum ini tadi. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi peluang pada saya. Saya hendak bertanya ada beberapa pemimpin sekolah-sekolah swasta termasuk daripada Sri Cempaka, Datin Freida dan juga beberapa orang tokoh-tokoh pendidik lain yang telah membuat memorandum kepada kerajaan berhubung dengan PPSMI ini.

Apakah reaksi kerajaan kepada mereka yang telah memberikan hujah-hujah yang begitu kuat dan mantap sekali berhubung dengan kaedah pembelajaran, berhubung dengan penggunaan bahasa ini. Lagi satu, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan terlalu confident kata bahawa lebih berkesan, lebih berjaya kalau kita mempelajari ilmu dalam bahasa ibunda. Akan tetapi kalau ilmu itu tidak ada dalam bahasa ibunda, macam mana kita hendak pelajari?

Berapa banyak buku sains di peringkat universiti, buku teknologi di peringkat universiti dalam bahasa ibunda? Berapa banyak buku economics peringkat Masters, first degree, second degree, PhD dalam bahasa ibunda? Jadi ini saya minta...

Saya sokong dasar kerajaan demi untuk perpaduan. Akan tetapi saya juga ingin memberi caution kepada pihak kerajaan supaya bersedia betul-betul supaya jangan esok apabila pelajar-pelajar lulus cemerlang matematik, sains dan sebagainya di peringkat rendah dan menengah. Akan tetapi apabila masuk universiti mereka menghadapi masalah untuk mempelajari ilmu-ilmu sains dan teknologi, ilmu-ilmu kritikal, ilmu economics, engineering.

Pembelajaran bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah dan rendah itu, tidak cukup bagi mereka untuk membaca buku-buku yang mempunyai istilah-istilah yang kritikal, istilah-istilah yang susah untuk difahami nanti. Apabila mereka belajar di peringkat institusi pengajian tinggi sama ada di dalam dan di luar negeri. Sokong! Sokong! Akan tetapi bersedia betul! Siapkan suruh penterjemah-penterjemah Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga penterjemah-penterjemah lain. Kerja keras daripada sekarang! Terjemahkan semua itu kalau tidak esok kita akan ketinggalan, rakyat Malaysia akan ketinggalan. Ilmu dan pengetahuan...

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Okey, faham.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya hendak ingatkan jangan esok sudah terlambat.

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Saya ingat... [Ketawa] Yang Berhormat Pasir Salak, Universiti Kebangsaan Malaysia itu sudah melahirkan ratusan, ribuan doktor, engineer, ahli-ahli ekonomi dan sebagainya. Apa yang kita nak bimbang dan risaukan! Tidak ada masalah.

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

PAS sokong tidak sokong ini?

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

Sokong!

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Jangan pusing pula... [Ketawa] Sudah penat-penat buat demonstrasi hendak pusing pula.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tenyeh lagi... [Ketawa]

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Okey. Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jawab Yang Berhormat Pokok Sena tentang kontraktor yang diberikan kerja penyelenggaraan tidak buat dengan sempurna, melibatkan perakuan oleh 47 syarikat perunding yang boleh dianggap kes seleweng. Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena pada 24 Jun 2009, KPM telah merujuk kes ini kepada SPRM untuk tindakan siasatan ke atas sebahagian perunding yang terlibat.

Sebahagian lagi sedang dikenal pasti dengan lebih terperinci sebelum dirujuk kepada SPRM dalam masa terdekat. Selain daripada itu, laporan kepada badan profesional juga akan dibuat. Manakala di peringkat KPM iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri ialah tindakan menyenaraihitamkan syarikat pemilik berkenaan daripada menyertai mana- mana projek KPM di masa akan datang. Mengenai dengan Sekolah Kebangsaan Sri Perak...

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sekejap. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma saya hendak dapat penjelasan, pertama sekali bagaimana prosedur ataupun proses pemilihan perunding ini dibuat? Dari segi mengenal pasti memang perunding-perunding ini yang berkemampuan, berkeupayaan, beramanah dan sebagainya.

Yang keduanya, semalam saya minta senarai perunding-perunding ini, 47 ini bukan kita kata bahawa mereka ini yang terlibat. Akan tetapi saya hendak tahu 47 itu siapa di kalangan perunding itu?

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Supaya dapat memberi jawapan yang tepat saya bagi jawapan bertulislah, termasuk 47 syarikat tersebut.

Sekolah Kebangsaan Sri Perak. Sebenarnya memang kerajaan bersetuju untuk membina sekolah baru. 30 bilik darjah di tapak 133, seksyen 85 (a), untuk mengelakkan pelajar belajar di bawah rumah pangsa tersebut. Akan tetapi projek ini telah dibatalkan kerana ada dua sebab:

(i) ada bantahan daripada masyarakat India di situ mengenai sebab ia melibatkan tempat mereka untuk melakukan upacara sembahyang;

(ii) penduduk di flat itu sendiri pun membantah sebab melibatkan tempat parking kereta mereka.

Apabila dibantah maka kita tidak dapat hendak buat apa-apa sebab itulah peruntukan ini sudah pun dipindahkan ke sekolah lain iaitu SK Penderson.

final • 12:20 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi

Walau bagaimanapun, kita sebenarnya di situ terdapat dua buah sekolah yang berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan dan Sekolah Kebangsaan Sentul Utama. Jadi, masalahnya penduduk di flat itu sendiri tetap membantah kita hendak membina di tempat parking flat tersebut sebab sudah tidak ada tempat lain. Sebab itu dibenarkan oleh bandar raya.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Penjelasan. Baik. Terima kasih Tuan Pengerusi. Isunya kenapa kita tidak mencari tapak lain? Itu satu perkara. Keduanya isu bagi saya bahawa isu tempat parking ini isu masalah DBKL lah gagal. Gagal menyediakan tempat parking nya. Bina rumah banyak, buat pelan berblok-blok tiba-tiba tempat parking tidak mencukupi. Ini masalah DBKL yang gagal menyediakan kemudahan kepada penduduk di situ dan tidak melihat perancangan masa depan yang lebih baik.

Jadi, sebab itu saya minta penjelasan bahawa adakah dengan jawapan Yang Berhormat tadi bahawa maknanya kita kekal lagi lah untuk 20 tahun lagi “depa” belajar di bawah flat. Di bawah seluar dalam. Hendak masuk kelas tengok seluar dalam.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Lama-lama “ayaq” masuk. Kalau masuk mata boleh jadi eyemo... [Ketawa] Kalau seluar dalam “hak” elok, tidak mengapa. Kalau kena “hak” kuning, lagi teruk. Jadi, saya minta penjelasan.

Keduanya, peruntukan itu ke mana? Peruntukan yang RM20 juta itu. Yang sudah diluluskan.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya sudah beritahu tadi. Peruntukan itu sudah kita alihkan untuk membina Sekolah Kebangsaan Penderson tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, kalau hendak berhampiran situ memang sudah tidak ada tapak.

Mana ada lagi tapak. Sebab itu kita kata, kita galakkan mereka untuk masuk ke sekolah yang berdekatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan dan Sekolah Kebangsaan Sentul Utama. Akan tetapi, mereka tidak mahu. Mereka hendak juga di situ. Sebab itu KPM dengan ihsan, kita buatlah di bawah flat tersebut.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Akan tetapi kalau kita ada tapak yang lain dan kalau boleh maksudnya PAS yang membuat memorandum ini, Pemuda PAS, kita terima memorandum tersebut dengan hati yang terbuka. Akan tetapi jangan memorandum yang hanya membantah. Cubalah buat usaha pujuklah orang flat...

final • 12:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

[Bangun].

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Flat tersebut, penduduk di situ. Pujuk mereka, bersetuju supaya tapak parking itu dijadikan sekolah. Bukankah bagus seperti itu, Daripada hendak exploit fasal hendak dibatalkan itu. Tidak ke mana-mana pun Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya tahulah Yang Berhormat Pokok Sena bukan Menteri Pelajaran Kabinet bayangan.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya, baiklah. Boleh penjelasan?...

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Penjelasan. Isunya kenapa pihak kementerian tidak berunding dengan DBKL supaya menyediakan tapak lain untuk tempat parking mereka. Apa? Tidak reti kah hendak berunding dengan DBKL?... [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan...

final • 12:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sedikit.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak duduk di situ.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sebentar.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat tidak duduk situ. Penduduk hendak parking kereta di mana?

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak, dengar ini. Ini kenyataan...

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Cukuplah Yang Berhormat. Sudah jawab sudah itu.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak. Tidak, Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, beri peluang kepada suara wanita.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya mahu beri peluang kepada Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Beri peluang kepada suara wanita.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak, tidak. Saya ini...

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena, beri peluang kepada suara wanita dahulu.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak, satu. Akhir, akhir sekali.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Jawab dahulu yang akhir. Beri suara wanita saya dengar.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Last-last.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat tidak menyelesaikan masalah, yang boleh menyelesaikan masalah, minta PAS yang buat memorandum ini pujuk penduduk di situ supaya benarkan tapak itu bina sekolah. Bukan bagus?

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya rasa lebih baik Yang Berhormat letak jawatan menjadi Timbalan Menteri... [Ketawa].

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Pokok Sena...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat hendak suruh saya mengambil alih...

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Pokok Sena, duduklah Yang Berhormat

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Jawatan Yang Berhormat. Lebih baik Yang Berhormat ini...

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Duduklah. Duduklah. Yang Berhormat duduklah.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sebab di sini Pengerusi Jawatankuasa Bertindak. Ini saya hendak baca. Minta maaf.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tuan Pengerusi, saya tidak beri laluan kepada Yang Berhormat Pokok Sena ini.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak...

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya memang tidak beri laluan.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Cerita ini barang kali elok cerita di luar barangkali di luar sambil kita minum teh tarik...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak, last-last...

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tidak beri laluan.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak telah mencadangkan... Ini tapak baru.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tapak baru, Saya hendak cadang tapak baru...

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Sudah,sudah. Cukup, cukup.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak, saya hendak cadang tapak baru.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Duduklah. Duduk.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak. Ini Tuan Pengerusi...

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya tidak beri laluan ini Yang Berhormat Pokok Sena. Duduklah, duduk.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pengerusi Jawatankuasa Sekolah Sri Perak... [Disampuk]

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Ada... [Disampuk]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Itu kita bincang di luar...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

telah mencadangkan satu tapak baru.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kita bincang di luar.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kenapa kerajaan tidak boleh mempertimbangkan tapak baru tersebut?

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Duduklah. Kita bincang di luar.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Kalau dua-dua bercakap pada satu ketika, mana boleh. Siapa dengar? Siapa menjawab?

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Dia..., dia lah tidak mahu dengar. Dia hendak suruh saya ambil alih jawatan dia.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya bukan tidak mahu dengar...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya hendak ambil alih lah jawatan dia ini.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Duduklah. Duduk. Tidak mengapa.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya hendak ambil alih jawatan Timbalan Menteri. Dia hendak suruh saya pergi berunding.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Pokok Sena duduk. Saya hendak jawab...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Dia sudah tidak mampu menjadi Timbalan Menteri, tidak mampu hendak berunding dengan penduduk...

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ini masalahnya dengan orang yang tidak ada pendidikan ini. Duduklah... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Lebih baik berhenti... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okeylah. Yang Berhormat Titiwangsa bangun.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Apa lah... [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Tarik baliklah... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Duduklah.

final • 12:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Laluan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bersetuju dengan sahabat saya dari Pokok Sena. Maknanya di situ, melalui memorandum itu dan juga badan bertindak juga telah mengemukakan cadangan- cadangan di samping kawasan yang dikatakan untuk parking. Sebenarnya itu bukannya kawasan asal. Kawasan parking telah ada. Mereka ambil kawasan itu untuk buat parking.

Masalah parking tidak cukup di mana-mana PPR pun memang berlaku.

Perkara yang kedua juga, ada telah memberi cadangan di seberang sungai yang berdekatan. Kenapa tidak mahu bina? Maknanya kalau masalah tapak yang menjadi masalahnya.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

[Bangun].

final • 12:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Jadi, saya harap Timbalan Menteri dapat memberi perhatian dan jangan mengatakan anak murid tidak mahu pergi ke sekolah yang berdekatan...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

“Koman spanar” punya Timbalan Menteri.

final • 12:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Itu tidak betul itu. Kita patut bina sekolah sebab ramai murid. Hampir 200 atau 300 orang murid.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, Yang Berhormat Titiwangsa. Jadi, maksudnya, itu saya kata masalahnya nanti kalau kita buat secara paksa di situ nanti PAS akan kompelin pula.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tapak baru.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya. Betullah itu. Sebab tadi...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Dia sudah dijadikan tambahan untuk parking.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak. Ini tapak baru...

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Pokok Sena duduklah. Saya...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tapak baru di seberang sungai.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Pokok Sena duduk.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ini cadangan daripada...

final • 12:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Jawatankuasa bertindak di seberang sungai.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey. Yang di seberang sungai...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya... Fasal Timbalan Menteri ini, dia tiada pendidikan.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat,duduklah Pokok Sena.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Itu one problem nya... [Ketawa] Dia tidak boleh menerima pendapat orang.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Pokok Sena duduklah.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Timbalan Menteri, tapak baru di seberang sungai.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, seberang sungai. Sebab itu saya kata bahawa kita sudah menyuruh pegawai tengok kawasan tersebut. Yang Berhormat perlu tengoklah itu kepunyaan siapa, tanah siapa? Takkan hendak main ambil sahaja.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kita...

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Kalau ikut PAS, ambil sahaja.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Inilah masalah Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tidak boleh rampas seperti itu sahaja.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okeylah. Saya jawab Yang Berhormat Pokok Sena...

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, yang hendak diambil itu tanah di seberang sungai itu?

final • 12:30 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya hendak jawab Yang Berhormat Pokok Sena fasal sepuluh mata pelajaran.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Silakan... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Sepuluh mata pelajaran ini lebih penting Yang Berhormat. Akan tetapi yang sekolah itu tidak mengapa. Saya akan tengok balik. [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kalau boleh kita buat... [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Itu saya hendak dengar. Itu baru cerdik. Baru ada pendidikan.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Pokok Sena. Saya tahulah Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Lelaki.... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kabinet bayangan Tuan Pengerusi.. [Ketawa]

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Mana satu ini? Sekejap tadi...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri Pelajaran kah ini?

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Menteri bayangan, sekejap Menteri Pelajaran.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Timbalan Menteri Pelajaran kah ini?

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Baru sepuluh minit sudah bertukar... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Mengenai dengan sepuluh mata pelajaran Yang Berhormat, sebenarnya keputusan sudah pun dibuat. Sebenarnya keputusan awal dibuat pada 17 Jun 2009. iaitu salah satu daripada transformasi pendidikan yang kita buat ialah mengehadkan sepuluh mata pelajaran.

Akan tetapi oleh sebab ada yang tidak berpuas hati dan minta dibenarkan tambah dua lagi mata pelajaran maka pada 4 Disember baru-baru ini kita benarkan. Dibenarkan untuk menambah dua lagi mata pelajaran sama ada Bahasa Tamil atau pun tulisan Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Mandarin atau pun Kesusasteraan Cina dan satu lagi ialah Bahasa Arab.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Akan tetapi walau bagaimanapun, ia tidak dikira dalam pemberian biasiswa ataupun untuk kemasukan ke IPTA. Akan tetapi kalau sekiranya dua mata pelajaran itu termasuk dalam sepuluh mata pelajaran. Maksudnya 8+2 bukannya 10+2. maka, ia akan diterima sebagai syarat permohonan untuk mendapatkan biasiswa dan dikira mata tersebut untuk masuk ke IPTA.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Jadi, tiada masalah di sini.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Mencelah sedikit boleh?

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya pun rasa langkah-langkah mengehadkan pengambilan mata pelajaran ini saya rasa perlu ditarik balik lah. Sebab mengikut pengalaman kita bahawa pelajar-pelajar yang mampu ada merasakan bahawa mereka harus menunjukkan dan menguji tahap keupayaan mereka dalam pelbagai mata pelajaran.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Pada saya pengambilan mata pelajaran seberapa banyak yang pelajar kehendaki, tidak mengganggu gugat sistem pembelajaran yang ada. Pertamanya, pihak guru tidak diminta untuk mengajar mata pelajaran di luar jadual waktu. Kedua, daripada segi penjadualan peperiksaan SPM mereka juga telah dimaklumkan bahawa tidak berlaku pertindihan antara mata pelajaran-mata pelajaran yang disediakan.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Cuma, mungkin masalah timbul kerana terlibat dalam pemeriksaan kertas yang mereka ambil. Jadi pada saya, kalau ada mana-mana pelajar yang ingin mengambil mata pelajaran lebih daripada 10 atau 12 yang ditetapkan, kita minta mereka memberi dan mengenakan bayaran kepada mereka sebagai kos pemeriksaan kertas tersebut, kerana pelajar-pelajar ini merasakan mereka ingin menunjuk dan membuktikan keupayaan mereka.

Pada saya, tidak kisahlah sama ada ia diambil kira dari segi pemberian biasiswa ataupun pengambilan ke universiti. Kita boleh hadkan kepada 10 subjek, tetapi naluri pelajar ingin mengambil mata pelajaran yang lebih luas itu, sesuai dengan pendemokrasian pendidikan yang kita uar-uarkan itu. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tambahan.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Tidak mengapalah, saya jawab. Sama sahaja, bukan?

final • 12:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sedikit sahaja. Mengenai mata pelajaran Diniyah.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya jawab dahulu, ya? Yang Berhormat, kita juga selalu mempersoalkan tentang budaya berfikir pelajar-pelajar kita, minda yang tertawan, kita terlampau obsess dengan peperiksaan, maka ini menyebabkan kita tidak dapat melahirkan modal insan yang hebat dari segi keterampilan, emosi, potensi dan sebagainya.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Saya bantah, Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Itu sebab... Minta maaf, saya jawab dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Saya hendak buktikan, no...

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya hendak jawab dahulu. Saya jawab dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

...Johor, merupakan seorang yang sangat berketerampilan...

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Jadi, sebab itu...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

...Memberi ceramah walaupun dia...

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Kita mengehadkan kepada 10 mata pelajaran, supaya mereka lebih fokus kepada PNP (Pengajaran dan Pembelajaran) dan mereka mempunyai masa yang cukup untuk tumpu kepada aktiviti ko-kurikulum dan potensi mereka lebih mudah dan fokus dibangunkan secara komprehensif dan intensif. Pengkhususan dan penguasaan mereka dalam satu bidang ilmu itu, dapat dilakukan dan difokuskan lebih awal.

So, apakah kesannya?

final • 12:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Sebentar, sebentar. Apakah kesannya? Kesannya ialah, pendidikan tidak menjadi satu bebanan, seperti beratnya beg sekolah anak-anak kita.

Maka, ini yang dikatakan pencerahan pendidikan. Kalau mereka hendak masuk fakulti perubatan pun, bukannya mereka perlukan semua mata pelajaran tersebut.

final • 12:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu suka belajar.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Jadi sebab itu, kita tidak hendak. Yang Berhormat pun sering berhujah, pelajar kita ini terlampau obsess peperiksaan dan sebagainya. Apabila kita ubah begini, tidak setuju pula. Itu sebab saya kata bahawa, matlamat kita adalah murni sebenarnya. Ini penting, supaya budaya berfikir itu menjadi lebih fokus dan kuat kepada pelajar-pelajar kita. Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Apakah rasionalnya? Sudah terbukti kita lihat bagaimana pelajar kita sudah mampu berjaya mencapai target 20A dan terbukti dia mempunyai kemampuan, bukan sahaja dari segi akhlak, ilmu, hafalan dan sebagainya.

Saya ingin penjelasan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, bahawa matlamatnya murni untuk mencapai konsep kefahaman ilmu yang menyeluruh tetapi bagaimana dengan mata pelajaran agama? Tidak mungkin dia mendapat penyempurnaan ilmu kalau tanpa ilmu tafsir, ilmu hadis dan sebagai ilmu, dalam konteks pelajaran ini ia memerlukan mata pelajaran yang banyak. Jadi, kita lihat kejayaan yang...

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, okey, okey.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...telah dilahirkan dari ulama-ulama ini Islam.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Faham.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, kenapa kerajaan hari ini yang hendak lahirkan modal insan yang berjaya tetapi dengan dasar yang dibuat oleh kementerian, melahirkan manusia yang semakin turun dari segi...

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya faham. Saya faham.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Nilai manusia itu sendiri.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya faham. Itu sebab, Sufiah ini bila terlampau obsess dengan peperiksaan, termasuk bapanya, akhirnya, betullah dia dapat masuk Oxford. Akan tetapi, apa jadi pada dia akhirnya? Itu sebab saya kata bahawa, kalau dia lulus peperiksaan dengan banyak mata pelajaran pun, dia terlampau obsess dengan peperiksaan, itu tidak membawa makna. Itu pun tidak membantu dia untuk masuk ke...

Sebab ramai yang dapat sampai 20A baru-baru ini, hendak masuk Cambridge pun tidak boleh. Cambridge sendiri menilai mereka dalam bentuk yang lain. Melihat dari segi kepimpinan, keupayaan ko-kurikulum dan sebagainya. Nilai-nilai yang lain. Kalau soal agama, cuma bahasa Arab dan yang lain itu, aliran agama itu, dia dibenarkan mengambil mata pelajaran Islam yang sedia ada. Tiada masalah sebenarnya.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Dalam bahasa Arab Yang Berhormat, 15 minit lagi apa ya?

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya sebenarnya Tuan Pengerusi...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

15 minit lagi, boleh? Kalau boleh...

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tuan Pengerusi, saya kalau boleh ...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

...Pukul 1, sudah habis.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Hendak menjawab Yang Berhormat Ipoh Barat ini.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya terpanggil bahawa memang saya setuju dengan pendirian kementerian, iaitu 10 mata pelajaran ini sudah memadai. Jangan kita bebankan anak-anak kecil kita untuk memikul beban yang terlampau sarat, semata-mata hendak melihat dia skor 20A, 18A.

Memang banyak kejadian, ada satu, dua isolated case tetapi akhirnya, nampaknya sehingga dia dewasa, ia menjadi beban kepadanya. Kadang-kadang dia sudah menjadi tidak tahu apa yang dia hendak buat. Jadi kalau boleh, pada saya kurangkan daripada 10 kepada 8 mata pelajaran sahaja. Cukup. Biar anak-anak kita dapat mempelajari pelajaran ini secara saksama. Jangan ikut gaya pembangkang yang melahirkan modal insan tetapi ekstremis, seperti Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Standard...

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akhirnya, anak-anak jadi bodoh, bukan pintar.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Sebentar Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya hendak jawab yang ini. Sebenarnya, sudah banyak sangat kes ini dibahaskan pun. Itu sebab saya kata bahawa yang penting ialah pendekatan kita untuk menyampaikan ilmu itu supaya ilmu adalah bukan setakat ilmu untuk ilmu, ilmu untuk problem solving tetapi ilmu untuk penghayatan. Ini yang kita tidak sampai.

Ilmu untuk ilmu, 2+2=4, semua orang boleh dapat ilmu. Ilmu untuk problem solving, belajar matematik untuk mudah dapat kerja, jadi akhirnya semua orang ambil matematik. Bila bidang matematik ramai sangat, orang tidak hendak ambil matematik, ambil bidang lain, sebab ilmunya adalah untuk problem solving.

Sedangkan, matlamat kita ialah ilmu untuk penghayatan. Barulah dia menjiwai dan membentuk pemikirannya. Saya rasa itu yang lebih patut kita beri keutamaan, disamping pengkhususannya. Kalau dia hendak ambil perubatan, tidak perlu sehingga 20 mata pelajaran. Cukuplah dengan 10 mata pelajaran, itu yang diambil kira. Lima subjek teras dan empat elektif. Kalau dia ambil medic, dia boleh ambil Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. Cukup. Kalau dia hendak ambil Kejuruteraan, dia boleh gugurkan Biologi, dan dia bolehlah ambil Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Apa yang penting ialah, ilmu itu untuk penghayatan, supaya dia juga terbina sebagai manusia yang mempunyai kekuatan dalamannya. Barulah nanti bila dia keluar menjadi pemimpin, dia tidak menjadi pemimpin yang korup dan sebagainya.

final • 12:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Ini, sedikit laluan.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Jadi saya ingat, cukuplah!

final • 12:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sedikit sahaja.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Cukup, cukup, cukup. Saya hendak jawab yang lain.

final • 12:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Satu sahaja.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kalau tidak, nanti banyak lagi.

final • 12:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Mengenai mata pelajaran Diniyah.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini satu-satunya Timbalan Menteri Pelajaran...

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Tidak hendak orang belajar.

Hendak supaya orang kurang ilmu.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini statement tidak betul.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Apa punya dasar ini? Bukan satu benda yang kita paksa.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya ada masa 15 minit, ya?

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita hendak berikan galakan...

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak betul! Tidak beri galakan itu, pembangkang!

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya ada 15 minit!

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Supaya kita berilmu. Orang kita ini...

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu mental torture dia.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Memang tidak ramai. Apa masalahnya?

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu penganiayaan! Penganiayaan kepada anak-anak.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak patutlah Yang Berhormat Shah Alam ini.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya rasa Yang Berhormat Hulu Terengganu lebih layaklah jadi Timbalan Menteri Pelajaran. Yang Berhormat Hulu Terengganu lebih terbuka. Otak dia lagi bijak.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini mental torture. Tidak boleh.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tuan Pengerusi, saya hendak menjawab...

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Yang Berhormat Tawau. Yang Berhormat Tawau membangkitkan tentang dokumen-dokumen...

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Pelajar-pelajar untuk masuk ke sekolah.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Apakah rasional setiap...

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Apalah!

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Dokumen pelajar mesti disahkan untuk masuk ke sekolah? Untuk makluman Yang Berhormat Tawau, dokumen murid hanya perlu disahkan sekali sahaja, ketika masuk Tahun 1 bagi sekolah rendah, iaitu permohonan baru.

Saya ingin menjelaskan bahawa, Ketua Kampung boleh mengesahkan dokumen ini dan tidak perlu mereka hendak pergi ke Pejabat Pendaftaran untuk mendapatkan pengesahan dokumen tersebut. Pekeliling adalah cukup jelas sebenarnya. Akan tetapi, jika berlaku lagi kes yang jelas iaitu bahawa sekolah ataupun guru besar kata mesti juga dapat pengesahan daripada Pejabat Pendaftaran, maklumkan kepada kita. Kita ambil tindakan, sebab dalam mesyuarat minggu lalu...

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, ini Ketua Kampung...

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Menteri Pelajaran sendiri pun berikan...

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Negeri-negeri pembangkang pun diiktirafkah? Negeri dikuasai pembangkang, Ketua Kampung ini diiktiraf juga?

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Di mana? Di negeri pembangkang?

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Selangorkah? Kedahkah?

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Di negeri pembangkang, ia tidak terlibat. Ini kes di Tawau.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak iktiraf.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Maknanya, tidak iktiraflah itu.

Cakaplah terus-terang... [Ketawa]

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Tawau juga membangkitkan tentang peperiksaan UPSR yang didakwa berlaku kebocoran di sekolah di Daerah Tawau.

Untuk makluman Yang Berhormat, dari hasil siasatan kita, tidak berlaku kebocoran tersebut.

Baru-baru ini kita ada menahan keputusan beberapa pelajar dari sekolah tertentu tetapi sebenarnya penahanan tersebut hanyalah kerana timbul keraguan. Akan tetapi apa pun, kita telah memberi keputusan peperiksaan tersebut kepada pelajar-pelajar berkenaan.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Tenggara, mengenai isu RM57 itu, saya rasa sudah selesai ini hanya kekeliruan dengan pihak sekolah dengan keluarga tersebut tetapi kita cukup prihatin supaya kes-kes ini tidak berulang dan kita faham tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga yang tidak mampu untuk membayar yuran tersebut dan kita berikan dan kita akan pastikan pelajar ini mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Ya?...

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yuran tambahan tidak ada?

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, yuran tambahan tidak ada, ini masalah PIBG dengan pihak sekolah. Kalau sekiranya mereka ada perlukan aktiviti dan sebagainya maka terpulanglah kepada PIBG. Kalau PIBG kata memang dia setuju dan maksudnya ibu bapa setuju. Maka perkara ini perlu dirundingkan antara pihak PIBG dan pihak sekolah. Sekolah berasrama penuh di dominasi oleh golongan yang berada. Yang Berhormat Tenggara kata ada banyak kereta yang besar dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, 70 peratus kemasukan ke sekolah berasrama penuh ini dikhaskan kepada pelajar luar bandar dan sosio ekonominya adalah berpendapatan rendah.

Mengenai dengan sekolah kluster. Sehingga 2009 terdapat 120 buah sekolah kluster dan menjelang tahun 2010 kita berhasrat untuk mengklusterkan sehingga 300 sekolah kluster ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sekolah kluster, sekolah pendalaman juga menjadi sekolah kluster seperti Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai dan satu lagi ialah Sekolah Ba’kelalan di Baram. Sekolah Kebangsaan Ulu Ubai contohnya menjadi johan anugerah amalan baik pendidikan peringkat Komanwel sama juga Sekolah Ba’kelalan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Kedah menjadi johan keseluruhan festival muzik antarabangsa di Guilianova, Itali.

Mana ini Yang Berhormat Ipoh Barat ini, tidak jumpa-jumpa. Ya, Yang Berhormat Putatan. Memang saya sampai pukul 1 petang sahaja kah Tuan Pengerusi? Tuan Pengerusi mengenai dengan Sekolah Menengah Petagas, projek Sekolah Menengah Petagas ini sebenarnya telah ditangguhkan dalam RMK-9. Walau bagaimanapun setelah kajian dibuat, didapati terdapat keperluan untuk pembinaan ini diteruskan. Sehubungan dengan itu pihak JPN Sabah telah mengenal pasti tapak baru seluas sepuluh ekar di kawasan Petagas dan sedang menunggu anggaran harga daripada pihak Jabatan Tanah dan Galian Sabah. Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan 2010.

Pembasmian anai-anai di SK di St. Mary’s ....

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tuan Pengerusi, St. Mary’s yang kena anai-anai dan sama sekolah Tabika di Wah Siong. .

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey semakan semula akan dibuat untuk melihat keperluan bagi sekolah-sekolah berkaitan, jika ada makanya ia akan dimasukkan dalam senarai 2010. St. Mary’s, maafkan saya dan dua buah lagi SKJC yang menghadapi masalah anai-anai.

Yang Berhormat Putatan membangkitkan tentang pembangunan luar bandar, sekolah luar bandar, sekolah yang tidak ada elektrik dan sekolah yang tidak ada bekalan elektrik. Semuanya ini saya sudah jawab tadi Yang Berhormat Putatan tentang lebih kurang RM950 juta.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Boleh saya jelaskan lagi mana permasalahan yang belum dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang bahawa sekolah-sekolah di luar bandar ini tidak mempunyai jana kuasa elektrik dikelompokkan supaya murid-murid yang tinggal di persekitaran itu disediakan asrama dengan lampu, dengan komputer dan kemudahan seperti mana yang direalisasi oleh murid-murid di bandar. Boleh atau tidak pihak kementerian menyiapkan peruntukkan yang secukupnya walaupun peruntukan yang RM519 juta itu ada untuk Sabah dan Serawak? Mungkin ini dapat dilaksanakan dan saya ada keyakinan pihak kementerian dapat melaksanakan dalam masa yang terdekat.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, sedikit sahaja daripada saya tadi. Berapa lama sebab dalam audit itu ada. Berapa lama masa pihak kementerian untuk ambil masa check sekolah yang ada anai-anai ini? Adakah hendak tunggu dia rebah dulu baru check?... [Ketawa] Tengok sarang anai-anai di bawah itu. Itu yang hendak tahu juga itu.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Dengan segera. Saya habis menjawab ini, balik ini, saya akan masuk pejabat, saya akan telefon pihak pegawai-pegawai untuk ambil tindakan segera.

Yang Berhormat Ipoh Barat, untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat dalam pakej rangsangan ekonomi pertama pada tahun 2009, RM200 juta disediakan untuk empat kategori sekolah. SKJ(C) menerima RM50 juta iaitu untuk 547 buah sekolah telah menerima bantuan. SJK(T), RM50 juta untuk 260 buah sekolah telah menerima bantuan. Sekolah Mubaligh juga dapat RM50 juta untuk 344 buah sekolah menerima bantuan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta melibatkan 153 buah sekolah telah menerima bantuan. Di bawah pakej rangsangan kedua mini bajet...

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...RM295 juta untuk empat kategori sekolah.

SKJ(C), RM95 juta yang telah diluluskan baru untuk 19 buah sekolah dan yang lebih di bawa ke tahun depan. SKJ(T), RM50 juta, yang menerima baru 96 buah sekolah. Sekolah Mubaligh, RM50 juta yang menerima 359 buah sekolah dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, RM100 juta tetapi yang menerima baru 39 buah sekolah kerana masalah belum lagi mahu mendaftar kepada pihak kerajaan. Untuk sekolah baru SKJ(T) dalam RMK-9 hanya sebuah sahaja yang baru.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Di mana sekolah itu..., sekolah Cina?

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Sila dapatkan maklumat daripada kementerian Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya ada tanya juga tadi.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sekolah Cina?

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya sudah jawab tadi, sekolah baru kah?

final • 12:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya ada tanya sekolah baru di Bercham, adakah kerajaan akan membina itu?

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tiada dalam perancangan setakat ini untuk di Bercham.

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, tiada. Memang tidak ada perancangan untuk membina sekolah baru di Bercham.

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tahun depan berapa?

final • 12:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya kalau kerajaan tidak ingin membina sekolah tersebut, adakah kerajaan boleh memberi lesen supaya pihak-pihak yang berkenaan boleh membina sekolah? Ini kerana ada tapak di tempat di sana. Adakah kerajaan rela memberi satu kebenaran?

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang ini saya akan dapatkan jawapan yang lebih tepat Yang Berhormat ya.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Beri secara bertulis ya?

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi, ini hendak mencelah sedikit....

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ini hendak tanya pasal apa ini?

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Pasal sama dengan apa yang sedang dibincangkan.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey tidak apalah, sudah lama saya tidak dengar suara Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Timbalan Menteri. Banyak yang diperkatakan oleh Timbalan Menteri, jawapan ia betul dan pelbagai. Akan tetapi saya mahu tanya kepada Timbalan Menteri, kenapakah di sekolah-sekolah Tamil, kebanyakan perabot, peralatan meja dan sebagainya tidak dibekalkan? Adakah kerajaan ada satu sistem monitor di mana PPD dan pegawai-pegawai PPD selalunya secara senyap-senyap minta sekolah-sekolah pergi ambil di sekolah lain.

Kemudian apabila kita kata, dia kata mereka akan terima yang baru tetapi sampai sekarang tidak dibekalkan langsung khususnya Sekolah Wellesley, Sekolah BMR, Sekolah Henrietta dan kebanyakan sekolah-sekolah Tamil di negara ini menghadapi masalah ini.

Akan tetapi, apabila kita tanya kepada pegawai-pegawai dan juga orang-orang kementerian, mereka katakan ini sekolah bantuan modal dan itu bantuan penuh. Akan tetapi apakah sebabnya sekolah-sekolah bantuan modal dan penuh ini tidak boleh disatukan dan alasan tanah adalah milik sendiri dan tanah kerajaan. Itu tidak boleh diambil sebab anak-anak yang belajar di sekolah-sekolah bantuan modal dan ini sama.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, okey.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

...Mereka membayar cukai dan mereka adalah anak Malaysia dan saya berharap apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian?... [Dewan Riuh]

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Apakah tindakan yang akan diambil supaya dilupuskan masalah ini.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Cukup jelas. Yang Berhormat saya ambil nama- nama sekolah Yang Berhormat sebut tadi, saya akan tengok apa tindakan yang boleh diambil. Saya mengakui bahawa kita memang... [Disampuk]

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat, dalam ucapan saya kata 40 peratus di Sekolah Cina di Perlis tidak cukup meja dan kerusi belum dijawab lagi.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey,sebenarnya ada Ahli Yang Berhormat lain membangkitkan tentang meja kerusi ini, saya hendak jawab sekali.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi kementerian dan Menteri boleh pastikan sekolah-sekolah akan terima sebelum bulan satu nanti. Boleh Menteri memberi kepastian?

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya hendak jawab. Saya sudah tadi beritahu, saya ambil nama tersebut.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Cakap insya-Allah pun okeylah.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya ambil nama tersebut, kita akan tengok masalah tersebut. Kita akan tengok. Sebenarnya masalah meja kerusi ini, sebab itulah saya kata, kadang-kadang pelajar-pelajar kita ini, dia patahkan kerusi dan ada juga di Kelantan baru-baru ini, sekolah yang meja kerusi mereka rosak kerana banjir. Itu akan gantikan juga dan kita akan pastikan sebelum sesi persekolahan.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Itu mesti. Ini semua mesti diberi tetapi boleh berikan saya jaminan bahawa pada bulan Januari nanti akan dibekalkan dengan yang baru.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya hendak jawab Yang Berhormat Ipoh Barat tentang...

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri saya tanya, bolehkah beri jaminan tidak bulan Januari ini boleh dibekalkan?

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Masalah sekolah baru khususnya SKJT. Masalah sekolah baru khususnya SKJT ini...

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri tolong beri jaminan... [Dewan riuh]

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Ini ada dua sebab pertamanya ialah tentang lokasi, yang kedua ialah unjuran penempatan guru dan yang ketiga ialah tentang masalah kos dan satu lagi masalah kurang murid ataupun dipanggil sebagai SKM. Walau bagaimanapun, kalau sekolah itu Yang Berhormat Ipoh Barat. Kalau sekolah itu maksudnya muridnya kurang daripada 20, memang kita mencadangkan berpindah ke lokasi lain murid- murid tersebut. Oleh sebab itulah sebenarnya ada juga pelajar Melayu, tempat dia jauh daripada sekolah kebangsaan, maka pilihan dia ialah dia bersekolah di sekolah berdekatan.

Kalau sekolah Tamil dia masuk, kalau SKJC, SKJC lah dia masuk.

Sepatutnya itu juga berlaku kepada pelajar-pelajar kaum lain. Kalau sudah sekiranya jauh sangat, masuklah ke sekolah yang berdekatan. Kalau sekolah SK itu berdekatan, masuklah di sekolah tersebut supaya sekurang-kurangnya pelajar ini dapat bersekolah. Ini masalah isu pelajar yang kurang daripada 20 orang.

Tuan Pengerusi, saya baru masuk orang yang kelapan ini Tuan Pengerusi. Boleh saya minta masa sedikit masa?

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Saya boleh duduk di sini sampai kita tidak makan pun boleh...

[Ketawa] Saya tidak ada masalah. Saya boleh, tidak payah kita lunch, tidak apa.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Jadi Tuan Pengerusi tidak mahu saya sambung 2.30 petang lah.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Kalau Menteri hendak lunch break tanyalah.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya kalau boleh saya minta sambung 2.30 Tuan Pengerusi untuk satu jam sahaja.

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

Bolehlah.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Sekurang-kurangnya.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Boleh tetapi sewaktu nanti Kementerian Kesihatan, saya cuma pilih enam orang dari sebelah dan enam orang dari sebelah. Selepas itu saya suruh gulung, boleh?

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

Boleh.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Boleh, setuju?

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Kalau setuju okey.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang, terima kasih.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 petang Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 12:50 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya memahami bahawa kementerian yang sedang menggulung ini amat penting kepada kita semua, tetapi kita kesuntukan masa dan terkebelakang. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh mempercepatkan sikit jawapan dan pencelahan kalau dibuat dahulu daripada itu tidak perlu diganggu ataupun ditanyakan lagi.

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila.

final • 12:50 PM

Timbalan Menteri pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, sikit sahaja tentang Yang Berhormat Ipoh Barat mengenai dengan masalah kekurangan guru. Sebenarnya, masalah kekurangan guru bukan sahaja berlaku di SJK(T) dan SJK(C), tetapi juga di sekolah kebangsaan. Dari segi jangka pendek, kita ada beberapa program seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Guru Kontrak, Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK), dan juga GSTT yang mengikuti Program Kursus Dalam Cuti (KDC).

Dari segi jangka panjang, kita akan menyerapkan guru-guru GSTT yang mengambil KDC ini sebagai guru terlatih dan kita juga akan menerima guru-guru GSTT ini untuk memohon masuk ke IPG. Kita akan cuba menarik minat guru-guru bukan Melayu untuk memohon sebagai guru. Oleh sebab itulah baru-baru ini kita mengiklankan dalam beberapa akhbar berbahasa Cina dan juga Tamil seperti Sin Chew Jit Poh dan juga Tamil Nesan.

Untuk guru bahasa Tamil yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, seramai 85 orang guru bahasa Tamil akan tamat pada Disember 2009 iaitu KPLI dan seramai 41orang akan tamat Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PISMK). Untuk bahasa Mandarin seramai 485 orang yang akan tamat di bawah KPLI dan seramai 91 orang guru bahasa Mandarin akan tamat di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan

(PISMK).

Yang Berhormat Kota Belud ada membangkitkan masalah komputer yang dihantar ke sekolah yang makmal komputernya tidak ada bekalan elektrik. KPM sedia maklum tentang masalah ini. Perkara ini sedang cuba diatasi dan SESB sedang dalam tindakan untuk membekalkan elektrik ke makmal-makmal tersebut.

Mengenai dengan RMT, kementerian amat prihatin berkaitan isu penyediaan RMT di sekolah-sekolah berkenaan. Oleh yang demikian, KPM akan mengkaji cadangan untuk membekalkan makanan tambahan ini dengan cara menggunakan retort pouch. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Belud, kita sebenarnya bercadang untuk melaksanakan Projek Rintis Makanan Kantung di tiga buah negeri sebagai percubaan. Pihak kementerian akan menilai keberkesanan projek kantung ini selepas projek rintis ini selesai.

final • 2:31 PM

Timbalan Menteri pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Mengenai dengan Skim Baucar Tuisyen, skim ini adalah untuk pelajar Tahun 4, 5 dan 6 yang lemah dalam empat mata pelajaran asas iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pemilihan pelajar untuk kelas-kelas tuisyen berkenaan diperakui oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut dengan mengambil kira tahap dan kefahaman pelajar tersebut.

Yang Berhormat Kanowit membangkitkan tentang masalah rumah guru di luar bandar yang tidak mencukupi. Kementerian Pelajaran mengakui bahawa bilangan rumah guru di kawasan luar bandar adalah tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 621 projek rumah guru dirancang untuk dilaksanakan, sebanyak 397 projek rumah guru di kawasan luar bandar. Untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kementerian Pelajaran berazam untuk melaksanakan lebih banyak lagi projek rumah guru di kawasan luar bandar bagi memastikan guru-guru mendapat kemudahan penginapan yang sewajarnya.

final • 2:31 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya mencelah?

final • 2:31 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ringkas, Yang Berhormat.

final • 2:31 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Sikit sahaja. Mengenai rumah guru ini daripada pengalaman kita di kawasan luar bandar. Kalau rumah guru ini dibuat secara berasingan iaitu satu sekolah, satu atau dua rumah guru, saya ingat perlu difikirkan semula kerana banyak rumah guru yang dibina di sekolah-sekolah ini terbiar begitu sahaja. Kalau hendak buat itu, biarlah dalam kumpulan, sepuluh atau dua puluh buah bolehlah. Terima kasih.

final • 2:31 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, Yang Berhormat, sebenarnya kalau di Semenanjung ini banyak rumah guru yang terbiar. Ramai guru sebenarnya tidak hendak tinggal di rumah guru. Kebanyakan rumah guru ini kita akan jadikan sebagai Pusat Latihan Guru. Masalah yang timbul adalah kerana mereka merasakan masalah bekalan elektrik yang menggunakan satu meter. Keduanya ialah mereka kehilangan elaun perumahan tersebut. Lebih baik mereka menyewa rumah di kampung yang lebih besar dan selesa untuk mereka.

Walau bagaimanapun, di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, kita perlukan rumah guru ini. Saya ambil contoh di kawasan Sukau, Sabah. Guru hendak menyewa rumah pun tidak ada rumah yang boleh disewa. Oleh sebab itulah mereka duduk di kolong iaitu di bawah rumah orang macam cerita P.Ramlee. Sudah tidak ada rumah hendak disewa dan terpaksa dibuat kolong di bawah rumah.

final • 2:31 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 2:31 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ada apa lagi Yang Berhormat Putatan?

final • 2:31 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya terpanggil...

final • 2:31 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Saya ada satu jam sahaja.

final • 2:31 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya di luar, saya terpanggil oleh sebab ini masalah Sabah. Kita sudah lama mendengar cerita ini Tuan Pengerusi, yang rumah guru di bahagian pedalaman Sabah ini belum wujud lagi sejak 50 tahun ini. Ada rumah guru yang diperbuat daripada bambu tidak jauh daripada Kota Kinabalu, tetapi kementerian seolah-olah dragging their feet.

final • 2:31 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Harap kalau boleh dapat dilaksanakan pada masa yang terdekat ini. Mungkin undi orang pun sudah terkeliru undi kerajaan atau tidak. Jadi ini saya haraplah seperti kementerian cakap tadi bersungguh-sungguh untuk membantu rumah guru.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, kita akan pastikanlah Yang Berhormat sebab kita faham untuk Sabah dan Sarawak memang rumah guru amat diperlukan.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Mengenai dengan perabot-perabot yang dibangkitkan oleh Kanowit, KPM sentiasa memastikan kualiti perabot yang diterima mengikuti spesifikasi..

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ‘Kenowit’ Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kanowit.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kadang-kadang banyak salah itu. Kalau Sarawak dipanggil Sarawak, ‘Serawak’. Jadi, ‘Kenawit’.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kenawit.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Right.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, terima kasih. Cannot wait...Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian Pelajaran sentiasa memastikan kualiti perabot yang diterima mengikut spesifikasi dan kualiti yang sepatutnya seperti dalam kontrak... i samping itu, KPM menubuhkan kumpulan pemantauan kualiti perabot atau peralatan yang dibekalkan di sekolah-sekolah. ‘Kenawit’...

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Cantik Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

[Ketawa] Nampak gaya saya kena pergi tempat ini juga Tuan Pengerusi. Mengenai dengan asrama...

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kadang-kadang orang Sarawak tidak senang hati dengar dalam TV itu pronounce Sarawak. Itu salah Yang Berhormat, ‘Serawak’...

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ha.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sayang Sarawak...

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

[Ketawa] Itu belum dengar saya menyanyi lagi itu.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum dengar menyanyi lagi itu.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Asrama di luar bandar yang daif tidak ada kemudahan yang sempurna. Sebab itulah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan Kementerian Pelajaran telah merancang untuk melaksanakan sebanyak 334 projek asrama.

Walau bagaimanapun, akibat daripada masalah kekangan peruntukan yang dihadapi oleh KPM sebanyak 122 projek yang mampu dilaksanakan. KPM mengakui bahawa jumlah ini adalah tidak mencukupi bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah di luar bandar. Untuk tujuan itu KPM akan berusaha melaksanakan lebih banyak lagi projek asrama bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di luar bandar di bawah RMK-10 khususnya di kawasan pedalaman.

Yang Berhormat Kubang Kerian pun tak ada ini. Saya hendak jawab sedikit sahajalah tentang masalah lima bahagian di Dewan Bahasa yang rugi selama lima tahun berturut-turut. Bermula tahun 2002 kerajaan telah meluluskan cadangan penswastaan lima bahagian di Dewan Bahasa iaitu reka bentuk, percetakan, pemasaran dan stor dengan harapan penerbitan DBP dapat diperhebatkan dan pemasaran penerbitannya dapat dilakukan dengan efisien.

Walau bagaimanapun, KPM mengakui bahawa penswastaan beberapa bahagian Dewan Bahasa dan Pustaka ini tidak berjalan seperti yang diharapkan. Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini sebelum konsesi penswastaan ini tamat pada tahun 2014. Mengenai dengan isu Pengerusi dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa yang baru, kementerian berpandangan bahawa kepimpinan mereka ini masih diperlukan terutamanya Ketua Pengarah ini sebab beliau pun baru dilantik.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Jadi mengenai dengan dasar pembangunan pendidikan hanya akan berdasarkan kepada Penyata Razak dan Rahman Talib tanpa mengira keperluan baru. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa dasar sedia ada adalah warisan kepada dasar terdahulu seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat dan oleh kerana itu kita tidak perlulah satu lagi penyata baru yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian iaitu Penyata Muhyiddin.

Yang Berhormat Tenom membangkitkan masalah yang sama, iaitu guru-guru menumpang di rumah orang kampung. Jadi tambahan elaun kepada guru-guru ini. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, bahawa kewujudan elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan memang ada iaitu mengikut surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 2 Tahun 2007, mengikut tahap kesusahan pegawai diberi elaun seperti berikut seperti mana yang pernah saya sebutkan iaitu, P1 RM500, P2 RM1,000 dan P3 RM1,500.

Mengenai dengan makmal komputer ini saya sudah jawab tadi dan mengenai isu sekolah hanya ada satu kontraktor, makmal tidak siap. Bagi makmal yang masih belum siap KPM sedang mendesak supaya syarikat menyiapkan projek seperti dalam kontrak. Jika syarikat masih gagal KPM akan mengambil tindakan menamatkan khidmat kontraktor tersebut. Kita menerima hakikat bahawa banyak makmal komputer yang tidak disiapkan, malah bukan sahaja tidak disiapkan, kontraktor main tinggal begitu sahaja dengan tidak ada rasa tanggungjawab terutamanya kalau di Sabah dan Sarawak banyak sekali makmal komputer yang tidak disiapkan dan ada satu tempat sebelum saya sampai ke Long Pasia itu, saya tengok cuma tinggal rangka dua tiga tiang sahaja Tuan Pengerusi. Memang mendukacitakan.

final • 2:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kalau di Pulau Sebatik ada satu tiang untuk pasang bendera Malaysia. Jadi ini antara contoh betapa kita berhadapan dengan kontraktor yang tidak dapat menyiapkan kerja mereka. Yang Berhormat Tenom.

final • 2:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan memang banyak sebab kelemahan dalam pelaksanaan makmal-makmal komputer ini.

Saya ingin mendapat kepastian dan jaminan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri sampai bila masalah ini boleh selesai sebab di tempat saya dari tahun 2007 dan tahun depan akan buka sekolah dan kita tidak mahu perkara ini berkali-kali akan dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia. Jadi saya ingin mendapat jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bila masalah ini boleh selesai.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat, sebenarnya bahagian pembangunan telah menyiapkan laporan apakah tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan isu mengenai dengan makmal-makmal komputer yang terbengkalai ini.

Saya minta kalau boleh saya akan memberi jawapan bertulis mengenai dengan laporan tersebut. Yang Berhormat Tenom membangkitkan tentang...

final • 2:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan, minta penjelasan..

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Sekolah yang dilanda banjir. Sekejap Yang Berhormat ya. Pasal komputer?

final • 2:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Pasal pelantikan kontraktor.

Nampaknya banyak masalah ditimbulkan oleh kerana kontraktor yang tidak bertanggungjawab dan saya ingin tahu, apakah ada dasar baru yang akan diamalkan oleh kementerian di masa depan supaya kontraktor-kontraktor yang dilantik tidak akan bertindak sebegitu lagi dan menimbulkan masalah kepada kementerian. Adakah ada pertukaran dasar pelantikan kontraktor?

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, sudah tentu kita tidak akan melantik kontraktor yang sama dan projek PMC ini memang kita kena akui banyak menimbulkan masalah dan kita sudah pasti akan membuat tender secara terbuka.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Mengenai dengan sekolah yang dilanda banjir, KPM tidak membina sekolah di kawasan yang sering dilanda banjir, namun jika berlaku di kawasan-kawasan tersebut langkah-langkah akan diambil keutamaan sebenarnya. Walau bagaimanapun, ada juga sekolah seperti di Long Panai itu kita sudah buat keputusan untuk pindah ke kawasan yang tinggi sedikit, dan untuk makluman Yang Berhormat tentang peruntukan kepada sekolah yang dilanda banjir, sebenarnya kita memang ada memberi peruntukan kepada sekolah yang dilanda banjir. Maksudnya untuk yang terbaru ini akibat banjir yang berlaku di Kelantan dan Terengganu contohnya. Di Kelantan kita menyediakan peruntukan sebanyak RM2.43 juta dan di Terengganu ialah sebanyak RM111,600.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 2:40 PM

Datuk Haji Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Datuk Haji Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah. Saya dahulu. Banjir, banjir.

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Pasir Mas dahulu.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya terlupa satu perkara Yang Berhormat. Saya hendak tanya oleh kerana kita tahu tiap-tiap tahun berlaku banjir iaitu di Kelantan, Terengganu dan Pahang jadi bolehkah tidak disusun jadual peperiksaan ini di luar musim waktu banjir.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Maknanya kita tahu bulan November atau Disember banjir kenapa tidak dianjakkan peperiksaan itu ke bulan Januari ataupun dijadualkan semula? Kita telah kenal pasti kawasan yang banjir, tiap-tiap tahun kita tahu. Kalau di Kelantan iaitu di Pasir Mas, di Rantau Panjang dan di tempat-tempat tertentu kenapa tidak boleh disusun jadual ataupun dianjakkan jadual peperiksaan itu masuk ke bulan Januari tiap-tiap tahun bagi mengelak daripada masalah banjir. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Pasir Mas cuma dalam konteks isu saya ini tadi disebutkan peruntukan membaiki sekolah bagi Kelantan dan Terengganu. Oleh kerana saya tidak sempat bercakap Yang Berhormat Timbalan Menteri saya pun hendak bertanya juga peruntukan untuk Pahang berapa? Ini kerana kawasan saya pun setiap tahun banjir walaupun tidak banjir besar tetapi perlukan peruntukan. Bahkan Menteri Pelajaran yang dahulu pernah melawat kawasan kita.

Saya ucapkan terima kasih kerana akhirnya bangunan sekolah dibuat tinggi dan banyak sekolah-sekolah yang dijadikan pusat banjir. Berikutnya saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita perhatikan sekarang ini oleh kerana kita menyentuh tentang banjir semalam tiga orang pelajar meninggal dalam saluran, ayah hendak selamatkan di Rompin dia pun sama, hampir meninggal. Tiga atau empat orang. Saya hendak meminta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dari Pahang dan tinggal di tepi sungai. Saya tidak ada masalah untuk berenang bahkan hari ini kita lihat umpamanya peristiwa yang berlaku di Kuala Dipang. Bukan hendak kata, ini kerja Allah SWT, hendak meninggal dia meninggal tetapi saya tidak pasti sama ada pelajar ini boleh berenang atau tidak.

Saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apa salahnya kalau boleh kita buatkan satu pendekatan ataupun mencari jalan supaya pelajar kita ini terutama di kawasan yang sekolahnya berada di tepi sungai atau kawasan yang biasa berlaku banjir agar dilatih mereka ini. Saya perhatikan akhir-akhir ini anak-anak muda di kampung di tepi sungai pun tidak pandai berenang. Jadi apa salahnya...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya minta ringkaskan Yang Berhormat. Menteri ada satu jam sahaja Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Jadi apakah perancangan kerajaan bagi kita memastikan supaya pelajar kita ini diberikan bimbingan? Di kawasan bandar, orang Cina, India dan orang di bandar melatih anak-anak mereka ini. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Maran, saya rasa itu pandangan yang baik untuk kita dan kita akan memberikan perhatian tetapi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tentang penjadualan ini. Sebenarnya perkara ini memang dibangkitkan di dalam mesyuarat permulaan sesi sekolah baru-baru ini tetapi ia memerlukan satu kajian yang lebih menyeluruh sebab ia membawa kesan kepada jumlah masa P&P kita atas penyusunan tersebut.

Oleh kerana itu untuk setakat ini kita masih belum dapat melaksanakannya. Ada yang mencadangkan supaya kita awalkan peperiksaan pada bulan September. Yang Berhormat cadangkan pada bulan Januari tetapi ia melibatkan penyusunan jadual. Bila kita hendak mula? Itu yang menimbulkan masalah dan membawa kesan kepada peperiksaan kita. Maafkan saya, jumlah P&P kita.

Mengenai dengan asrama SMK Kemabong, Tenom berdasarkan semakan didapati tiada projek pembinaan asrama bagi SMK Kemabong di dalam RMK-9. Namun sekiranya pembinaan asrama baru bagi sekolah ini adalah amat diperlukan permohonan boleh dibuat melalui JPN negeri kepada kementerian untuk dimasukkan ke dalam keutamaan pelaksanaan dalam RMK-10.

final • 2:50 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Saya berharap dapat diberi keutamaan tentang perkara ini Timbalan Menteri.

final • 2:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Insya-Allah. Saya tengok Yang Berhormat Balik Pulau pun tidak ada. Menteri Pelajaran, Kabinet bayangan Pakatan Rakyat tidak ada. Jadi saya beralih kepada yang lain. Yang Berhormat Bandar Kuching ada? Membina SJK(T) dan SJK(C) baru di dalam tahun 2010 ini saya sudah menjawab tadi. Berapakah peruntukan untuk program luar bandar di Sarawak dan Sabah dan adakah ia untuk projek naik taraf?

Bagi Program Pembangunan Luar Bandar Sarawak ia melibatkan peruntukan sebanyak RM964 juta manakala bagi Sabah ialah sebanyak RM918 juta. Peruntukan ini termasuk projek ubah suai dan naik taraf sekolah di kedua-dua negeri tersebut.

Kekurangan guru yang boleh bertutur bahasa Cina mengajar di sekolah Cina, jadi penempatan guru di SJK(C) ialah berdasarkan kepada:

(i) mempunyai opsyen pengajian bahasa Cina dan boleh mengajar pelbagai mata pelajaran;

(ii) mempunyai opsyen bahasa Cina iaitu mengajar mata pelajaran Bahasa Cina sahaja; dan

(iii) guru bangsa Cina yang mempunyai kepujian Bahasa Cina di peringkat SPM.

Seperti yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat sebenarnya kita memang berhadapan dengan masalah kekurangan guru dan untuk makluman Yang Berhormat bahawa sebenarnya memang kadang-kadang permohonan untuk menjadi guru ini ramai.

Akan tetapi apabila kita temu duga ada yang tidak layak pun. Pertama, kita saring dari segi kelulusan. Kedua, apabila kita panggil untuk ditemu duga akhirnya jumlah yang kita dapat pun tidak ramai yang layak. Ini sebenarnya menimbulkan banyak masalah kepada kita.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Boleh saya minta penjelasan? Isu masalah kekurangan guru ini tidak pernah habis. Saya fikir telah sampai masanya untuk kementerian memikirkan. Bolehkah kementerian memikirkan bahawa sistem latihan guru ini berdasarkan kepada kekosongan jawatan? Apakah sampai masanya kita melatih guru kita tanpa menjanjikan kekosongan jawatan?

Jadi mana-mana di kalangan rakyat kita yang hendak mengikuti latihan sebagai seorang guru mereka boleh mengikuti. Kemudian kita tempatkan mengikut kekosongan masing-masing. Mungkin ini akan dapat mengatasi masalah guru yang bersalin yang kita gunakan guru-guru sementara sebagai contoh. Adakah sampai masanya?

final • 2:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Sebenarnya seperti yang saya perjelaskan tadi bahawa untuk mengatasi kekurangan guru ini kita ada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), kemudian kita ada GSKK yang saya sebutkan tadi, KGSK minta maaf. Oleh kerana itu kita juga menggunakan guru GSTT ini untuk mengambil KDC - Kursus Dalam Cuti dan kemudian kita serap mereka termasuklah KGSK tadi.

Sebenarnya kita banyak pendekatan untuk mengatasi masalah kekurangan guru ini kerana itu adalah antara langkah yang kita ambil adalah untuk memperbanyakkan IPG - Institut Pendidikan Guru di negara kita supaya kita dapat menampung jumlah bakal-bakal guru yang akan dilatih. Yang Berhormat Ampang...

final • 2:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Kekurangan guru situasinya lebih teruk dan serius di kalangan guru-guru yang pandai bertutur Bahasa Cina dan masalah ini telah wujud berpuluh-puluh tahun. Saya bercadang bolehkah kementerian menimbangkan untuk mengambil pelajar lepasan sekolah Cina persendirian untuk menepati kekosongan guru-guru mengajar di sekolah Cina. Apakah pendirian kementerian dan bolehkah memberi pengiktirafan sijil sekolah Cina persendirian?

final • 2:50 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Sedikit sahaja tentang guru ini. Saya ingin bercakap berkenaan kekurangan guru Bahasa Inggeris terutamanya di kawasan saya khususnya di Hulu Terengganu. Untuk makluman, apabila kemasukan guru ke Terengganu, PPD seperti bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing ingin mengambil guru-guru bahasa Inggeris.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Jadi masalah ini telah lama berlaku. Yang masalah sekarang bukan tidak cukup guru tetapi taburan guru itu tidak menepati keperluan sekolah kerana biasanya guru-guru bahasa Inggeris ini, kalau yang perempuan ini biasanya mereka ditempatkan di kawasan bandar kerana suami mereka biasanya berada di bandar, menyebabkan di kawasan luar bandar atau pedalaman, guru bahasa Inggeris ini berkurangan dan terpaksa kadang- kadang mengambil GSTT dan guru opsyen lain pun terpaksa mengajar bahasa Inggeris.

Jadi apakah rancangan Kementerian Pelajaran? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat, sebelum saya jawab Bandar Kuching, Yang Berhormat Hulu Terengganu, sebenarnya saya sudah jelaskan tadi iaitu bahawa kita akan mengambil lebih kurang 13,000 guru opsyen bahasa Inggeris tahun hadapan. Itu memang komitmen kita. Sebenarnya masalah guru bahasa Inggeris ini ialah masalah mismatch. Sebab itulah banyak guru bahasa Inggeris opsyen yang terdapat di bandar-bandar. Jadi masalah kita ialah masalah redeployment balik ke pedalaman. Itu kita akan lakukan.

Akan tetapi yang dibangkitkan oleh Bandar Kuching, sijil UEC ini bukanlah persijilan peperiksaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Yang ini menjadi masalah. Sebab itulah kita lihat Kolej Tuanku Abdul Rahman walaupun ia IPTA, ia pun tidak menerima keputusan UEC ini untuk masuk, tetapi ada berlaku juga iaitu mereka yang mempunyai kelulusan UEC ini kalau dia mengambil SPM, dia boleh masuk ke IPTA dan kelulusannya itu kalau dia lulus dalam bidang perguruan, maka dia akan diterima juga sebagai guru. Ini antara jalan yang dilakukan, tetapi dengan syarat dia kena ada SPM.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Akan tetapi dasar ini terus kekal iaitu kita masih belum mengiktiraf sijil UEC ini.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sekarang kita bincang kelayakan seseorang guru untuk mengajar Bahasa Cina. Lepasan daripada sekolah Cina persendirian ini memang ada kelayakan untuk mengajar bahasa Cina dan kalau kerajaan benar-benar jujur untuk menyelesaikan kekurangan guru-guru Cina buat masa temporary, bolehkah ambil lepasan daripada sekolah Cina persendirian untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru-guru Cina di sekolah Cina. Kalau kerajaan memang jujurlah. Kalau tidak jujur, hendak selesai kekurangan guru-guru ini tidak...

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, saya jelas, Yang Berhormat, saya cukup jelas. Sebab itu saya kata secara jujur.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Mana ada jujur?

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Secara jujur, suruh mereka ambil SPM juga. Jadi senang, selesai masalah kita.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sekarang kita hendak selesai masalah kekurangan guru di sekolah Cina.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kita mesti tegas dalam mempertahankan dasar ini, Yang Berhormat. Itu yang penting sebenarnya. Okey, saya hendak sentuh sedikit tentang Penan. Selepas ini saya tidak beri laluanlah, tidak payahlah ya.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, saya pun hendak memperingatkan menteri, tinggal 30 minit lagi, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, masa ada setengah jam sahaja lagi.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Amcorp, Amcorp, mengenai Amcorp.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, itu saya bagi jawapan bertulis.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Okey.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Mengenai dengan masyarakat Penan, kita faham tentang masalah pendidikan masyarakat Penan ini sememangnya maksudnya dengan mewujudkan asrama-asrama untuk pelajar-pelajar ini, maka ini satu daripada cara untuk kita mengatasi masalah keciciran murid-murid daripada keturunan Penan ini. Sebab itu selain daripada itu kita juga mungkin akan melaksanakan seperti mana yang kita buat kepada orang Asli iaitu dipanggil sekolah komprehensif.

Sekolah komprehensif ini maksudnya ialah walaupun dia sekolah rendah, Tahun 1 sampai Tahun 6, tetapi kita benarkan Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 diwujudkan di sekolah rendah ini. Ini dipanggil sebagai sekolah komprehensif. Sebab biasanya kalau dia habis sampai Tahun 6, bila hendak masuk Tingkatan 1 itu, mereka hilang. Sebab itu dia tidak suka hendak berpindah ke tempat lain. Maksudnya jika kita hendak pindahkan dia ke sekolah menengah di tempat lain, dia tidak hendak. Jadi sebab itulah kita buat sekolah komprehensif dan ini satu daripada cara kita boleh kita ambil perhatian.

Yang kedua, mengenai dengan pendidikan masyarakat peribumi ini, kita ada satu program yang dipanggil sebagai KEDAP iaitu Kelas Dewasa Asli dan Peribumi. Maksudnya Orang Asli dan peribumi termasuklah Penan dan sebagainya, tetapi dalam program ini, ibu bapa itu yang akan masuk kelas dewasa ini dan mereka ini akan diberi elaun. Dengan ibu bapa mereka masuk ke kelas ini, maka ini memberi semangat kepada anak-anaknya, dia tengok bapa dia pun belajar, maka dia pun ada lagi semangat motivasi untuk belajar dan sekurang-kurangnya bapa ini boleh membaca dan menulis, maka mereka juga boleh membantu anak mereka di rumah.

Contohnya macam di Pahang baru-baru ini saya hadir dalam Majlis Konvokesyen KEDAP ini, saya menyampaikan sijil kepada 700 masyarakat Orang Asli untuk menerima sijil. Bila saya tanya, boleh tidak saya hendak bagi kepada 100 orang sahaja sebagai saya hendak kejar ke Parlimen, mereka bantah sebab mereka kata mereka sudah pakai gincu dan sebagainya untuk menerima sijil. Sebab itulah akhirnya saya bagi kepada 700.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin - Ampang

Okey, sedikit Timbalan Menteri, mencelah sedikit ya. Hendak tanya tentang sekolah komprehensif yang telah dikatakan tadi, bila ia akan dilaksanakan sekolah itu dan keduanya tentang kedua sekolah yang tidak dapat makanan hujung minggu, sekolah berasrama itu sudah diselesaikan kah masalah itu?

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, ya. Yang ini Yang Berhormat Ampang sebut iaitu sekolah rendah di Long Lamai dan Long Said. Ini kita akan ambil tindakanlah, Yang Berhormat. Atas perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kita akan ambil tindakan.

Masalah makanan tidak disediakan di hujung minggu sebab itu mereka pulang, okey.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Ampang ada membangkitkan tentang isu gender. Sebenarnya dalam penyediaan bajet KPM, kita memang tidak mengambil kira secara spesifik perspektif gender ini. Kita melihat secara menyeluruh iaitu penyediaan bajet ditimbangkan secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor-faktor berkaitan seperti pendapatan per kapita dan sebagainya, tetapi tidak melihat kepada gender. Bahkan sebenarnya, Yang Berhormat Ampang, dari segi permohonan guru lebih ramai jumlah guru wanita daripada lelaki yang mohon dan akhirnya bila kita terima pun ia jadi 70:30 – 70 peratus ialah guru wanita, 30 peratus adalah guru lelaki. Jadi saya rasa tidak timbullah soal kita sama ada hendak melakukan diskriminasi dan sebagainya.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin - Ampang

Sedikit. Saya ingin penjelasan sedikit, Timbalan Menteri kerana hendak memberikan sedikit sinar atau cahaya lagi tentang apa pemahaman menteri mengenai gender budgeting. Apa yang saya persoalkan adalah bagaimana wang sejumlah RM3.5 bilion itu dapat dimanfaatkan oleh golongan yang terbesar di negara kita iaitu wanita dan bagaimana ianya akan dapat memberikan pelajar- pelajar wanita, khususnya agar mereka diberikan pendidikan yang lebih selamat dan memberi bantuan agar mereka menjadi nation builder di masa akan datang yang boleh kita harapkan untuk membangun negara kita.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, okey. Sebab itu saya kata tidak perlu perspektif gender ini sebab yang dapat nanti pun ramai wanita, masuk SBP pun ramai wanita dan sebagainya.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin - Ampang

Saya khuatir.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tidak perlulah. Okey, cukuplah Yang Berhormat Ampang.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin - Ampang

Kalau tidak silap, Timbalan Menteri, kerana dalam 2006 telah dilancarkan...

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, Lipis. Saya hendak menjawab tentang Lipis, NKRA.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin - Ampang

...Satu program bahawa mesti ada gender budgeting di dalam Kementerian Pendidikan.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

KPM telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan empat komponen kecil NKRA Pendidikan.

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Menyampuk]

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Iaitu yang pertama ialah...

Sebab dia tidak faham-faham. Batu Gajah, ini bercakap soal pendidikan tau, jadi kena tunjuklah kita menerima pendidikan yang baik... [Disampuk] Kementerian Pelajaran telah dipertanggungjawabkan...

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

...Untuk melaksanakan empat komponen...

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Hendak mencelah kah apa?

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Hendak minta penjelasan berkenaan isu..

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, Batu Gajah. Saya pun sudah lama tidak berdebat dengan Batu Gajah. Sedikitlah, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rasa Yang Berhormat mesti memahami apa maksudnya gender budgeting. Dalam peruntukan yang begitu besar diberi kepada Kementerian Pelajaran, mestilah setiap peruntukan yang diberikan, program atau projek yang diadakan, pembangunan yang disediakan ada mengambil kira dari perspektif gender.

Itu yang kami sering kali bangkitkannya yang di mana populasi wanita adalah lebih daripada 50 peratus.

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat tidak boleh kata, “Oh, sekarang sudah lebih wanita dalam perguruan, tidak payah gender budgeting.” Bukan perspektif dalam aspek macam ini, Yang Berhormat. Itu yang kami tekankan di sini, kalau Yang Berhormat enggan memahaminya, tidak apa.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Gajah sudahlah.

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Okey lah, saya faham.

final • 3:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tidak apa, kami wanita akan memanggil pengundi-pengundi wanita jangan undi Yang Berhormat, itu sahaja.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Gajah, sudahlah. Seingat saya, saya rasa risaulah tengok, kita selalu menyebut hendak menjadi first world Parliament, first world Parliament, first world Parliament, semua saya dengar tetapi perangai fourth world Parliament pun belum sampai... [Ketawa]

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Mengenai dengan NKRA. Sebenarnya NKRA untuk Kementerian Pelajaran ini adalah untuk meningkatkan kadar penyertaan murid pra sekolah sebanyak 20 peratus yang akan dinaikkan sebanyak 87 peratus dan memastikan semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Ini komitmen kita sebab kita perlu menerima hakikat bahawa ada pelajar, murid apabila sampai darjah enam masih lagi berhadapan dengan masalah literasi dan numerasi ini. Sebab itulah kali ini intervention kita akan dibuat lebih awal selain daripada kita ada KIA2M iaitu Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis. Kita akan pastikan di Tahun 3 lagi mereka sebenarnya sudah boleh membaca dan boleh menulis. Kalau tidak boleh, kita akan tahan dia dulu.

Seterusnya ialah mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, yang ini saya sudah sebut banyak kali. Keempat adalah baiah baru, memperkenalkan tawaran baru, ini bukan macam baiah Yang Berhormat Shah Alam.

Mengapakah Malaysia tidak menjadi ahli salah satu jawatankuasa yang mengiktiraf artifak-artifak untuk dipertontonkan kepada dunia? Yang Berhormat Balik Pulau baru masuk, saya sudah lepaskan sudah, minta maaflah.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit boleh?

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Malaysia memang tidak pernah menjadi...

Sekejap, sekejap.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey.

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Malaysia memang tidak pernah menjadi mana- mana ahli dalam jawatankuasa yang mengiktiraf artifak-artifak untuk dipertontonkan kepada dunia. Namun demikian, melalui UNESCO, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya menjadikan beberapa tapak warisan seperti Pulau Pinang dan Melaka yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai tapak warisan dunia.

Ini isu psikologi dan kaunseling. Kita memang tidak menafikan bahawa masalah psikologi adalah satu daripada masalah yang besar dihadapi oleh bahagian pendidikan ini terutamanya melibatkan guru-guru. Sebab itulah kita sedang wujudkan satu bahagian baru yang dipanggil sebagai Bahagian Psikologi dan Kaunseling di Kementerian Pelajaran.

Kementerian Pelajaran satu-satunya kementerian yang mempunyai klinik kaunseling.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian khusus kepada guru- guru yang berhadapan dengan masalah tekanan, kemurungan di tempat kerja.

Sehubungan itu, Bahagian Psikologi dan Kaunseling diwujudkan. Kita faham bahawa luka dalam ini sebenarnya amat rumit untuk kita hendak mengesannya berbanding dengan luka biasa, luka di luar. Akan tetapi luka dalam ini kita tidak dapat kesan tetapi lama-lama baru kita nampak.

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ini akhirnya membawa kesan kepada prestasi guru tersebut untuk memberikan P&P yang baik. Sebab itulah kita memberikan perhatian serius kepada isu psikologi dan kaunseling ini.

Mengenai dengan Tingkatan 6, cadangan supaya setiap daerah diwujudkan satu sekolah untuk Tingkatan 6. Ini barangkali seperti mana yang dibuat di negara Brunei Darussalam, PTE iaitu Pusat Tingkatan 6. Ia ada satu sahaja Pusat Tingkatan 6 yang menjadi seperti pra universiti. Ini satu idea yang baik tetapi ia akan melibatkan kos yang agak tinggi terutama kalau kita hendak buat di setiap satu daerah ada satu Pusat Tingkatan 6 yang lengkap dengan asrama dan sebagainya. Jadi sekurang-kurangnya tidak lah di setiap sekolah itu ada Tingkatan 6 dan akhirnya kita tidak dapat memberikan fokus kepada mereka.

Yang Berhormat Lipis membangkitkan tentang PTK yang mana beliau mencadangkan mestilah ditekankan kepada bidang kecekapan penjawat. Memang satu daripada kertas penilaian yang diduduki oleh setiap calon PTK memberi fokus kepada bidang kecekapan yang khusus ini.

Mengenai dengan masalah keciciran. Untuk mengatasi masalah ini, seperti mana yang saya sebut tadi bahawa KPM menyediakan program KIA2M yang mana pada tahun 2008, seramai 403,559 murid tahun satu telah disaring dan seramai 254,125 iaitu 54.8 peratus telah melepasi saringan tersebut dan 207,434 iaitu 55.2 peratus memerlukan bantuan dalam bidang literasi. Saya...

final • 3:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan.

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Sekejap, saya habiskan. Sehingga akhir tahun 2008, hanya 54,759 iaitu 11.7 peratus yang masih tidak menguasai kemahiran 2M. Bagi tahun 2010, KPM akan memperkenalkan program LINUS iaitu dengan mensasarkan 100 peratus murid tahap satu menguasai kemahiran literasi dan numerasi pada tahun 2012. Sila Yang Berhormat Bakri.

final • 3:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Minta penjelasan. Tentang pelajar-pelajar kelas tingkatan enam bawah akan dipanjangkan masa sehingga pukul 4 petang bermula dari Julai tahun ini. Adakah ini betul?... [Ketawa]

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Ha, jawab!

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya suka Yang Berhormat Bakri ini sebab dia makin lama makin aktif, saya puji beliau.

final • 3:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri...

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Ini berpakat ini.

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Oh! Yang Berhormat Bakri pantang dipuji rupanya... [Ketawa] Perkara ini saya akan siasat, saya tidak ada maklumat tersebut.

Yang Berhormat Silam, pembinaan rumah guru di SMT Lahad Datu diganti dengan prasarana, dinaiktarafkan. Untuk makluman Yang Berhormat, projek pembinaan rumah guru bagi Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu tidak disenaraikan untuk dilaksanakan dalam RMK-9. Walau bagaimanapun sekiranya keperluan tersebut adalah mendesak, permohonan untuk melaksanakan projek ini boleh dikemukakan kepada kementerian untuk RMK-10. Tentang perabot saya sudah jawab tadi.

Yang Berhormat Pasir Puteh, sahabat lama saya. Dahulu kawan baik, sekarang sudah jadi Ahli Parlimen. Mengenai dengan bantuan SABK ataupun sekolah agama bantuan kerajaan di Kelantan. Saya sebenarnya... Di Kelantan ini agak baik juga kerana banyak sekolah-sekolah agama negeri ataupun sekolah agama rakyat yang sudah pun mendaftar dengan kementerian dan sebab itulah kita banyak dapat memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan di Kelantan. Antara bantuan yang telah diberikan ialah per kapita mata pelajaran, yuran kokurikulum, pembersihan kawasan, yuran khas, makanan asrama, KWAMP, biasiswa bagi murid yang layak dan penyelenggaraan yang kecil. Itu sahaja Yang Berhormat Pasir Puteh yang saya jawab.

final • 3:10 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Sekarang ini ialah kementerian hanya bagi kepada 20 buah SABK di negeri Kelantan ini, ada 40 buah lagi. Sebelum ini sebenarnya, sekolah-sekolah Arab di Kelantan ini memang dapat bantuan per kapita khususnya ke semua sekolah ini. Akan tetapi ada lebih kurang empat, lima tahun dahulu telah disekat bantuan ini. Jadi kerana itu saya hendak tahu mengapakah sebenarnya yang baki 40 buah lagi tidak dapat? Tadi saya dengar macam Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab bahawa ada alasan kerana tidak mendaftar kepada kementerian.

Sebenarnya semua sekolah di Kelantan ini diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan, semua sekali. Yayasan Islam Kelantan ini hubungannya dengan Kementerian Pelajaran ini sangat erat sebenarnya, termasuk dalam urusan perguruan dan kursus-kursus yang lainnya. Akan tetapi mengapakah 40 buah ini, dulunya diberi tetapi kemudian dibatalkan. Jadi ini yang penting bagi kita. Sebab kalau tidak..., ini banyak sebenarnya, lebih kurang 20,000 pelajar yang terlibat. Jadi paling kurangnya, duit per kapita ini mesti diluluskan atau diberikan kepada Kelantan. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya peringkatkan ada 13 minit lagi Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya.

final • 3:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ada sedikit perkara yang sama. Untuk makluman Yang Berhormat, yang diperlukan ialah membaik pulih bangunan sekolah agama rakyat.

Sebab sekolah-sekolah agama rakyat ini nama depan sekolah itu “Sekolah Agama”, tetapi bangunannya usang, buruk dan tidak sedap dipandang. Sebab itu yang diperlukan ialah apakah Yang Berhormat sedar iaitu keperluannya ialah untuk membaik pulih bangunan sekolah-sekolah agama rakyat.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya, okey...

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tuan Pengerusi, di Kedah saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada 12 sekolah agama rakyat yang tidak menyertai...

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tidak daftarlah?

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Skim ini. Akan tetapi mereka ada dekat lapan ribu penuntut yang saya kira telah membantu kerajaan menyelesaikan masalah-masalah dari segi pendidikan. Sebab itu saya kata apa salahnya bantuan dari segi...

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Di mana Yang Berhormat, di Kedahkah apa itu?

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Geran pembangunan harus diberikan.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, saya yang di Kelantan yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh, saya tidak ada maklumat kenapa ia dihentikan. Sama ada kerana isu tidak daftar atau tidak, yang ini saya akan siasat balik Yang Berhormat dan kita akan bagi jawapan bertulis kepada isu ini dan di Kedah pun perkara yang sama. Saya tidak ada maklumatlah. Akan tetapi setahu saya, jika sekiranya mereka tidak mendaftar dengan kementerian, maka memang kita tidak beri bantuan tersebut. Yang penting dia mendaftarlah. Pendaftaran ini bukanlah tujuannya kita hendak ubah dia punya kurikulum dan sebagainya. Akan tetapi pendaftaran ini ialah untuk supaya lebih memudahkan cara- cara kita untuk mengagihkan peruntukan dan bantuan. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, pengambilan. Tidak ada juga tetapi sudah tersebut. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu membangkitkan pelajar di Tingkatan 1 bolehkah dipercepatkan pengambilan untuk ke sekolah-sekolah berasrama penuh ini supaya mereka ini tidak perlulah masuk ke sekolah harian biasa sementara hendak menunggu masuk ke sekolah berasrama penuh dengan alasan mereka kena beli baju baru dan sebagainya.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya bagi kita sepatutnya isu ini tidak ada masalah sebab tidakkanlah dia tidak boleh guna uniform lama dia. Sebab kita kena faham bahawa keputusan peperiksaan biasanya dalam bulan Disember, maka sebab itulah ia terpaksa mengambil masa untuk proses dan sebagainya dari segi pengambilan dan pada saya sepatutnya perkara ini tidak berbangkit...

final • 3:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bakri bangun lagi itu, Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Timbalan Menteri, minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya sudah puji dia...

final • 3:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Bukan puji sahaja.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, okey, okey Yang Berhormat Bakri.

final • 3:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya hendak tahu dasar dan pembangunan pendidikan. Adakah satu rancangan khas sesetengah sekolah menengah kelas-kelas dihadkan kepada satu kaum sahaja. Seperti berlaku di banyak tempat. Adakah Menteri tahu masalah ini?

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Kalau Yang Berhormat boleh senaraikan, tolong bagi tahulah.

final • 3:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Seperti di Muar. Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar dan Sekolah Menengah Datuk Sri Amar, Muar, Johor. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan Yang Berhormat Bakri turun padang ke sekolah ini. Tahu masalah yang berlaku di Muar sahaja, yang saya tahu. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, sebab kalau di sekolah berasrama penuh pun kita bagi 10 peratus kepada bukan Melayu, begitu juga matrikulasi 10 peratus. Yang Berhormat Kepong tidak ada. Saya ingat saya tinggalkanlah Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Rantau Panjang. Penukaran sekolah menengah teknik ke sekolah menengah vokasional.

Untuk makluman Yang Berhormat Rantau Panjang, kita ada lebih kurang 88 sekolah menengah teknik dan menjelang 2015, 62 daripadanya akan ditukar balik menjadi sekolah menengah vokasional. Kita akan tinggalkan 26 sekolah menengah teknik ini. Ini disebabkan kerana kita ada MKRA iaitu Ministry Key Result Area iaitu 100 peratus enrollment dalam bidang vokasional.

Sebab kemahiran.. kita melihat bahawa keperluan kita melengkapkan pelajar- pelajar berkemahiran vokasional ini adalah cukup penting sebenarnya. Sebab itulah kita tukar. Yang terbaru yang kita tukarkan ialah Sekolah Menengah Teknik Kluang yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kluang. Akan tetapi kita akan memastikan bahawa sekolah-sekolah vokasional kita ini adalah berdaya saing. Sebab itu antara mata pelajaran baru, kursus baru yang akan kita fikirkan dimasa hadapan ini dan kita sudah melihat kejayaan vokasional di Indonesia ialah dalam bidang aviation, penerbangan ini. Industri sudah menunggu mereka. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, kita boleh katakan kita masih jauh tertinggal dalam pembangunan bidang pendidikan vokasional. Kita kena terima hakikat ini.

Sebab itulah kenapa MKRA kita itu ialah 100 peratus enrollment vokasional dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di kementerian sudah pun mengadakan banyak seminar dan perbincangan iaitu apakah pengisian-pengisian untuk kita memantapkan pendidikan vokasional di negara kita ini dan kita akan melihat kursus-kursus yang lain. Ini masalah Yang Berhormat Rantau Panjang bangkitkan, kebanyakan guru-guru, saya rasa itu tidak menimbulkan masalah sebenarnya dan kita memang berhasrat untuk menjenamakan sekolah vokasional ini tetapi setakat ini belum diluluskan lagi iaitu untuk tukar kepada nama kolej vokasional.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun]

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Saya inginkan penjelasan. Daripada penjelasan yang dibuat oleh Menteri tadi, kita nampak bahawa tidak ada satu dasar yang tetap oleh kerajaan. Apabila kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mewujudkan sekolah teknik di seluruh negara, tiba-tiba satu dasar baru datang untuk menukar lebih daripada 62 sekolah teknik menjadi sekolah vokasional dan sudah tentulah makmal, peralatan, guru, kemahiran begitu juga label sekolah, sistem, semuanya akan bertukar.

Jadi sejauh manakah kajian ini telah dibuat sebab kita tidak mahu negara mengalami kerugian hasil pada satu dasar yang tidak tetap. Sebagaimana yang kita laksanakan dasar PPSMI, akhirnya menelan belanja berbilion ringgit, akhirnya kita tukar kepada bahasa ibunda semula, minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ia sebenarnya Yang Berhormat sebab itu saya kata bahawa bidang pendidikan adalah bidang yang dinamik. Tidak timbul soal kita kerugian wang ringgit berbanding kita kerugian satu generasi yang tertinggal daripada bangsa lain yang lebih ke hadapan terutamanya dalam bidang vokasional ini. Sebab itulah kita kena menerima hakikat. Sebab itu soal hendak jadi jurutera ini ia banyak melalui proses yang lain.

Sebab itu pada kita cukuplah dengan 26 itu untuk mereka hendak meneruskan pengajian untuk masuk bidang kejuruteraan dan sebagainya di tempat lain. Akan tetapi untuk menyiapkan kemahiran vokasional dengan keperluan tenaga kerja ini juga harus kita lihat. Sebab itu kita buat keputusan ini dan sebab itulah kita berusaha sebenarnya untuk memastikan pendidikan vokasional di negara kita ini ditingkatkan kualitinya.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sedikit sahaja. Tuan Pengerusi, isu tadi ini bagi saya, apa jaminan kerajaan selepas ini dia tidak patah balik. Sebab dahulu kita ada banyak sekolah vokasional, dulu kita upgrade menjadi sekolah teknik. Sekarang ini sekolah teknik turun balik menjadi sekolah vokasional. Jadi apa jaminan kerajaan untuk masa hadapan bahawa tidak akan berlaku perubahan ini.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ia sebenarnya Yang Berhormat Pokok Sena, Menteri Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Lelaki, Kabinet bayanganlah..., gurau sahaja Yang Berhormat, tarik balik-tarik balik.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payalah Yang Berhormat Menteri, tidak payah guraulah.

final • 3:20 PM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Okey, sebenarnya dalam bidang pendidikan Yang Berhormat maksudnya dia tidak timbul soal flip- flop sebab ia peredaran masa. Sebab itu kita kena menyesuaikan dan sebenarnya berlaku di mana-mana juga. Sebab itu pada saya tidak timbul soal kita flip-flop dan sebagainya tetapi dia tidak banyak masalah pun apabila kita hendak menukarkan daripada teknik kepada vokasional, ia hampir sama sahaja tetapi kita perlu maksudnya memberikan lebih banyak kemahiran sekarang ini berbanding kepada akademik. Okey, Yang Berhormat Kuala Krau saya habiskan.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Syarat kemasukan sekolah vokasional macam mana, sama dengan teknik juga?

final • 3:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tidak tetapi kita sekarang ini banyak orang melihat pendidikan vokasional ini seperti second class untuk orang yang macam orang sebut macam second class sebab itu kita kata kita hendak tingkatkan mutunya, berikan jenama baru dan kalau boleh pakai uniform baru sebab tujuan kita ialah untuk menyatakan bahawa bidang vokasional ini adalah penting. Kita tidak mahu dilihat vokasional ini sebagai satu bidang yang second class dalam pendidikan di negara kita.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Akhirnya Tuan Pengerusi saya hendak sebut tentang Yang Berhormat Kuala Krau mengenai dengan keciciran. Tuan Pengerusi, yang lain kalau tidak sempat saya bagi jawapan bertulislah. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memantau masalah keciciran di negara ini. Statistik 125,000 kanak-kanak yang tercicir yang dinyatakan adalah merupakan kumpulan kanak-kanak yang mencapai umur enam hingga 11 tahun yang tidak menyertai pendidikan berdasarkan kepada data banci penduduk tahun 2000.

Namun jumlah keciciran berdasarkan enrolmen di bawah sistem Kementerian Pelajaran dan MARA ialah 83,857 iaitu 2.6 peratus pada tahun 2008. Daripada enrolmen kanak-kanak yang mengikuti sistem pra persekolahan, di bawah sistem persekolahan KPM MARA Maktab Tentera Diraja, sekolah rendah dan menengah swasta, sekolah menengah persendirian Cina, sekolah antarabangsa, sekolah rendah dan menengah agama swasta serta sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri pengiraan data keciciran adalah berasaskan kepada kohort analisis.

Berdasarkan pengiraan data yang dikumpul didapati jumlah bilangan murid tercicir dari tahun satu hingga tingkatan lima pada tahun 2008 adalah seramai 31,939 orang.

Antara punca keciciran tersebut adalah kerana murid mengikuti ibu bapa berpindah ke luar negara, mengikuti pendidikan home schooling, meninggal dunia, memilih untuk menceburi bidang pekerjaan dan terperangkap dalam kitaran kemiskinan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Menteri, sedikit penjelasan boleh?

final • 3:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Sekejap, saya habiskan.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebenarnya masa sudah habis Yang Berhormat. Tidak payah bagilah.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Ya. Sehubungan dengan itu KPM mengambil pelbagai langkah bagi meningkatkan kadar penyertaan murid dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran. Tuan Pengerusi, oleh kerana masa sudah habis saya memohon maaf kepada yang lain-lain yang saya tidak dapat menjawab secara lisan.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Pendang jawab bertulis.

final • 3:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Saya akan memberi jawapan bertulis terutama macam Yang Berhormat Pendang tadi tentang kebenaran ahli politik dalam aktiviti di sekolah. Saya bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat dan saya akan pastikan jawapan bertulis ini adalah jawapan yang lengkap dan memuaskan dan saya akhirnya Tuan Pengerusi mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan ini.

Saya memohon maaf kalau saya menjawab tidak memuaskan hati atau pun menjawab dalam nada yang kasar dan sebagainya. Akan tetapi saya ucapkan terima kasih di atas pandangan-pandangan tersebut dan mudah-mudahan kualiti pendidikan di negara kita akan meningkat. Sekian terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM25,521,429,700 untuk Maksud B.41 di bawah Kementerian Pelajaran jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM25,521,429,700 untuk Maksud B.41 di diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM4,997,683,000 untuk Maksud P.41 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM4,997,683,000 untuk Maksud P.41 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.

final • 3:30 PM
Maksud B.42 [Jadual] - Maksud P.42 [Anggaran Pembangunan 2010] -

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahaskan.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk sekejap Yang Berhormat. Terima kasih.

Saya ada menerima nota sebab apa yang saya sebut dalam Dewan. Saya sebut secara umum Yang Berhormat. Jadi sebenarnya kalau sesiapa yang tidak berpuas hati di bawah peraturan 43 boleh membuat usul sifat dan perangai macam hakim juga, tidak boleh disentuh di dalam Dewan sebenarnya Tuan Pengerusi yang boleh dibawa usul sendiri boleh kena pada saya sama ada boleh diluluskan ataupun tidak.

Tujuan saya ialah kita bersama hendak memartabatkan Dewan, kalau Tuan Yang di-Pertua memohon seseorang bercakap, kalau terus hendak bercakap acknowledge, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, itu dahulu, acknowledge Tuan Yang di-Pertua iaitu yang penting. Selepas acknowledge Tuan Yang di-Pertua, ikutlah hendak cakap, hentam menteri, hentamlah. Itu peraturan yang utama. Erskine May jelas menyebutkan itu, acknowledge Tuan Yang di-Pertua itu dahulu, lepas hendak terus cakap. Itu sahaja saya hendak dan kalau kita hendak.

Saya juga diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk menggariskan beberapa tindakan dan insya-Allah kita buat dan laksanakan bersama Barisan Nasional dan daripada sebelah sini juga diminta bersama untuk melaksanakan macam mana hendak memartabatkan Dewan. Insya-Allah tidak lama lagi akan menjemput Yang Berhormat yang minat bersama saya. Terima kasih. Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Kementerian Kesihatan 00400 - Hospital Baru. Saya ingin menegaskan di sini bahawa dalam penyediaan projek pembangunan kementerian satu kenyataan ialah bahawa ada kekurangan kemudahan perubatan dan di antaranya juga ialah keperluan meningkatkan pelaksanaan yang tertangguh. Ini termasuk umpamanya sebagai pengalaman peribadi melihat Hospital Seberang Jaya sejak dibangunkan sampai sekarang tidak ada perubahan sama sekali. Hospital sesak, katil sampai dekat koridor dan tidak ada usaha untuk memperbaiki dan tidak ada satu blok baru pun disediakan. Jadi saya harap menteri dapat menimbangkan perkara ini dan menyegerakan tetapi yang lebih merunsingkan ialah kerana kos itu kadang-kadang meningkat kerana kepentingan politik dan perniagaan.

Saya beri contoh Mac 2009, SPRM mulakan siasatan ke atas pembelian tanah untuk dibangunkan sebagai klinik kesihatan. Tujuannya baik hendak bangunkan klinik untuk rakyat tetapi masalahnya ialah kerana bidang tanah yang sepatutnya RM8 juta naik jadi RM29 juta kerana kepentingan keluarga menteri pada ketika itu.

final • 3:38 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ini telah disiasat oleh SPRM sebagai contoh. Jadi, maknanya kita dibebankan dengan kos yang tinggi dan kemudahan yang patut sampai kepada rakyat, tidak. Kalau kita sebut RM40 juta, kos mungkin RM30 juta. Ini cuba bayangkan. Kos dalam kajian dan siasatan SPRM yang asalnya RM8 juta, tetapi kerana kepentingan abang ipar kepada Setiausaha Politik Menteri pada ketika itu, maka naik RM29 juta. Kita di sini diminta luluskan projek, kita pun luluskan. Rayu kepada Menteri supaya menimbangkan, ya, tetapi kita kena jaga supaya ia jangan jadi beban kerana penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berlaku.

Butiran 040000 - Penyelidikan dan Sokongan Teknikal. Saya ucap terima kasih kepada Menteri yang nampak sungguh-sungguh dalam menangani beberapa isu penyakit jangkitan serius, termasuk denggi dan H1N1.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya nampak dia memang turun ke lapangan cuba menyelesaikan, tetapi kita lihat umpamanya kes itu kian besar. Tahun lalu, Kementerian Kesihatan mencatat 49,336 kes dan 112 kematian akibat denggi. Ini selalunya laporan itu tidak semestinya tepat kerana banyak kes yang tidak dilaporkan.

Saya ada pengalaman sedikit semasa di Sungai Buloh dahulu, istirahat di sana atas bayaran kerajaan. Iaitu hospital mencatat kes denggi, tetapi memang dikurangkan jumlahnya kerana tidak mahu beri gambaran yang negatif terhadap negara. Saya minta supaya Menteri perhati supaya perkara ini tidak berlaku. Kes denggi tentunya lebih serius daripada H1N1 dan SARS dalam konteks jumlah di Malaysia.

Jadi, maknanya diharap perkara ini dapat diperhatikan kerana ia melihatkan bukan sahaja Kementerian Kesihatan, tetapi juga kebersihan dan juga langkah-langkah diambil oleh Majlis Perbandaran, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini kerana kita tahu di kawasan-kawasan yang luar sedikit daripada kawasan blok golongan kaya, treatment itu memang second class.

Negara ini memang ‘2Malaysia’. Satu untuk Malaysia kaya, satu lagi untuk Malaysia miskin. Tengok Wilayah Persekutuan cukuplah. Untuk kawasan kaya, usaha- usaha mengambil langkah kebersihan, semburan ubat untuk mengelak daripada penyakit- penyakit termasuk denggi lebih aktif. Di kawasan-kawasan yang dianggap miskin itu kurang diberikan perhatian. Saya harap Menteri dapat melihat perkara ini.

Butiran 070000 - Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Memang ada peningkatan dari sudut menarik minat pesakit-pesakit daripada luar negara, tetapi ini ada kaitan dengan kewibawaan atau kredibiliti institusi kita. Menteri mesti tidak boleh lepas dari tanggungjawab bahawa beberapa siasatan doktor itu sekarang mula dipertikaikan secara serius menjadi bahan perbahasan di negara kita.

Umpamanya, lihat kes mula dahulu kes A Kugan yang menyiasat kes kematian.

Laporan forensik yang awal dirubah, kenyataan berbeza. Jadi, kita nampak ada complicit hubungan siasatan polis dengan doktor forensik. Kemudian, soal memalsukan kenyataan, soal memusnahkan bahan bukti ataupun bahan bukti doktor untuk melindungi pihak-pihak tertentu. Dalam kes A. Kugan, sampai sekarang belum meyakinkan rakyat.

Apa yang lebih heboh sekarang tentulah kes Teoh Beng Hock. Saya tidak mahu Menteri menganggap ini kita sengaja hendak politikkan. Dalam kes Teoh Beng Hock, percanggahan laporan forensik tempatan dengan pakar-pakar dari luar itu terlalu ketara sehingga menimbulkan kesangsian akan kewibawaan doktor pakar forensik yang dianggap boleh membuat laporan mengikut acuan dan kehendak penyiasatan, melindungi pihak- pihak tertentu. Saya tidak mahu panjangkan, tetapi saya minta Menteri check fail bagaimana peranan doktor forensik, Dr. Abdul Rahman menipu dan mereka cipta. Ini disahkan oleh Suruhanjaya Diraja dalam kes mata lebam Anwar Ibrahim.

Akan tetapi, ini sahaja sebagai satu contoh bagaimana doktor jadi alat perkakas pecacai orang-orang yang zalim, menipu kenyataan. Ini disahkan oleh suruhanjaya, tetapi tindakan tidak diambil. Jadi, siapa boleh percaya kalau perkara ini berlaku dan terus berlaku. Oleh itu, saya harap janganlah kredibiliti doktor yang begitu baik di negara kita itu tercemar kerana keengganan kita mengambil tindakan terhadap pihak yang mempunyai rekod yang buruk.

Butiran 020000 - Kesihatan Awam. Belanja untuk kesihatan ikut pengumuman kerajaan 3.6 peratus hingga 4.9 peratus daripada KDNK sejak lima tahun yang lalu. Angka ini okey, tetapi kerajaan mengatakan kita akan cuba naik sehingga 7 peratus daripada KDNK. Dalam belanjawan sekarang RM700 bilion yang diperuntukkan untuk 2010, bagi Kementerian Kesihatan RM50 bilion. Maknanya kerajaan memperuntukkan RM4.8 bilion dalam Belanjawan 2010 iaitu kurang 2.1 peratus daripada KDNK untuk mengurus, membangun dan meningkat mutu hospital dan klinik. Ini adalah percanggahan yang jelas.

Mungkin figure itu kurang jelas daripada maklumat saya mengikut angka yang diberikan dan Menteri harus memberi penjelasan kerana ini berbeza dengan jaminan keselesaan rakyat yang disebut di dalam kenyataan Perdana Menteri 1Malaysia.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya rasa elok juga kita belajar daripada pengalaman negara-negara berkembang, termasuk Cuba walaupun saya tidak mendukung sistem kuku besi Cuba.

Akan tetapi, dari segi kesihatan dan pendidikan, contohnya sangat baik. Dia memberikan layanan yang cukup baik kepada rakyat terbanyak. Tidak seperti negara kita, di mana orang kaya boleh menjurus kepada hospital spesialis dan orang miskin kena tunggu berbulan- bulan. Kalau dia lemah jantung, memang matilah sebelum pembedahan.

Jadi, ada cadangan-cadangan lain yang saya rasa elok diperhatikan kalau kita sanggup melihat pengalaman Cuba. Lawatan memang banyak ke Cuba, tetapi tidak belajar apa pun kerana tidak ada perubahan dari segi ini. Ini kerana di Cuba ada filem saya percaya Menteri menonton Michael Moore punya karya. Dia buat Fahrenheit 9/11, tetapi ada satu filem tentang kesihatan yang cukup menarik. Iaitu dibandingkan kehebatan negara miskin Cuba dengan first class kemudahan dan infrastruktur untuk kesihatan rakyat, berbeza dengan negara-negara kaya Amerika Syarikat dengan kelas bawahan yang tidak dapat kemudahan kesihatan yang lebih baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya ingat Ahli Parlimen di Dewan ini sebelum kita berhenti tengah hari tadi bersetuju tiga orang daripada sini dan tiga orang daripada sana bercakap...

[Disampuk] Eh enam, maaf, maaf! Enam orang belah sini dan enam orang belah sana. Ya, Yang Berhormat Maran.

final • 3:40 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi Memberi izin kepada saya untuk membahaskan Bekalan Kementerian Kesihatan. Saya ada beberapa sahaja Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Menteri juga Timbalan Menteri. Pertama ialah dari segi kesihatan awam. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan, saya tidaklah nafikan jasa dan juga pengorbanan kerajaan dan kementerian menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat kita. Walaupun ada sebahagian orang menafikan keburukan kerana diri sendiri, tetapi perkhidmatan kesihatan dia dapat daripada kerajaan kita juga.

Cuma saya hendak sebut tentang kekurangan pegawai perubatan. Saya hendak khusus kepada kawasan saya walaupun masalah ini merata-rata di mana-mana termasuklah di seluruh negara kita. Saya hendak tahu daripada Menteri berapakah sebenarnya jumlah keperluan pegawai perubatan di seluruh negara kita? Berapa sekarang ini jawatan yang diisi ikut kategori?

Saya hendak fokus kepada kawasan saya Maran. Saya tengok Tuan Pengerusi, saya mintalah kementerian berikan perhatian kerana kawasan luar bandar. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, saya hendak kata nafi saya tidak hendak nafikan. Hendak kata betul sangat, mungkin tidak berapa betul.

final • 3:49 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Maknanya bagi mereka yang berada, yang kaya sudah tentulah mereka mendapat kemudahan perubatan. Kalau tak ada di Kementerian Kesihatan bawah kerajaan, mereka pergi ke swasta kerana mereka ada duit, tetapi bagaimana dengan orang kampung seperti kawasan saya yang mereka tidak mempunyai peruntukan kewangan yang cukup. Sudah tentulah mereka akan mendapat perkhidmatan yang kurang daripada tempat lain. Jadi bagi kawasan Maran saya minta, umpamanya Menteri, gred UD41 kita ada 21 jawatan tetapi yang diisi hanya 8 jawatan sahaja, 13 kosong. Gred UD44 jumlah jawatan 8, yang isi 1, 7 kosong. UD48, 5 jawatan, isi 1. Itu pun pinjam, pinjam di Temerloh. Makna kosong, 5 tak ada dan UD52, 1. Alhamdulillah diisi. Jadi, ini benda-benda yang perlu diberikan perhatian.

Saya mintalah kalau boleh, saya minta orang kaya, orang berada seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi memikirkan kalau kita berada, apa salahnya kemudahan-kemudahan ini, pegawai-pegawai perubatan ini kita sacrifice, kita berkorban sedikit hantar ke luar bandar kerana kita tahu tetapi kadang-kadang kita bercakap sahaja, kita dapat faedah yang lebih besar daripada itu.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Kita tidak pernah berkorban untuk orang kampung. Ha, ini hendaknya. Saya minta supaya kerajaan berikan perhatian, saya minta Menteri tolonglah kawasan kita ini.

Yang kedua ialah daripada segi kemalangan dan juga kematian. Saya dah sebut Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi kawasan Maran ini saya hendak kalau boleh kerajaan memastikan, saya telah mohon dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Kalau boleh perkara ini disegerakan iaitu di bawah Butiran 00400 – Hospital Baru, Maran. Saya telah bercakap beberapa kali dengan Menteri dan dengan kementerian. Di peringkat negeri pun kita bercakap kerana ini maruah. Bagi Maran di negeri Pahang, Maran sahaja tak ada hospital. Yang lain semua ada. Ini Menteri minta maaf, saya berminat dengan Menteri ini. Dia MCA, orang bagus ini. Saya hendak supaya disegerakan.

Saya difahamkan kita sudah bersedia, kita bersedia dengan tapaknya sekali, dua, tiga, empat tapak kita sudah berikan, kita nak kalau boleh hospital ini dapat disegerakan.

Maknanya dengan cara ini, kadang-kadang beri alasan bahawa kita ada Hospital Temerloh, ada Hospital Jengka dan sebagainya. Orang Maran ini dia bukannya semua boleh pergi ke Temerloh, boleh pergi ke Jengka. Jadi saya minta supaya Menteri, kementerian berikan perhatian untuk kita memberikan kemudahan kepada masyarakat luar bandar ini.

Satu lagi Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan juga Menteri, ialah apabila berlaku kemalangan dan kematian. Di Maran ini kita ada “Klinik Kesihatan Maran six bed”, dipanggil. Maknanya ada enam katil sahaja, itu pun perkhidmatannya mungkin tidak mencukupi berasaskan kepada kuota yang tidak dipenuhi tadi. Jadi apabila ada kemalangan dan kematian, sudah tentu post-mortem akan dibuat. Kita terpaksa menghantar mayat ini ke Jengka. Saya pernah dua tiga kali incident kerana saya Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bertanggungjawab di kawasan saya, walaupun ada calon PAS, tetapi dia tak datang tengok pun. Sampai pagi pun kita pergi, Menteri. Sampai pagi nak bersama dengan jenazah-jenazah ini untuk buat post mortem kerana kita terpaksa pergi ke Jengka ataupun ke Mentakab.

Apakah tidak boleh, kalau boleh di Pusat Kesihatan Maran ini kita berikan kemudahan ini. Saya ingat yang tidak boleh ubah ini Menteri, Timbalan Menteri, al-Quran dan Hadis ini. Itu pun kadang-kadang ada orang kita nak ubah. Yang lain boleh kita ubah, peraturan boleh kita buat. Apa salahnya sediakan kemudahan di pusat ini kerana apabila ada kemalangan, ada kematian, kita boleh buat post-mortem terus. Jadi ibu bapa, keluarga dan sebagainya tidak terpaksa menggunakan masa yang panjang, perbelanjaan yang besar untuk pergi ke Hospital Jengka bagi mereka mendapatkan perkhidmatan post-mortem ini dan kadang-kadang kita menghadapi masalah dengan polis. Polis dah bersedia untuk memberikan kerjasama tetapi apabila prosedur, peraturan ini agak begini jadinya, maka sudah tentulah dia akan menyulitkan kita dan saya minta supaya Menteri kalau boleh sediakan kemudahan supaya kita boleh buat post-mortem di kawasan Klinik Kesihatan Maran ini.

Yang berikutnya ialah daripada segi pengangkutan Tuan Pengerusi, Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan.

Saya minta Timbalan Menteri, saya pernah bercakap dengan Menteri. Kita hendak kalau boleh prosedur ini, peraturan-peraturan ini kadang-kadang dilonggarkan. Bukan dilonggarkan, kita perlu peraturan ini tapi dipercepatkan proses ini. Umpamanya bagi kawasan kita di Maran ini, kita ada lapan jumlah kenderaan yang telah beyond economic repair, dengan izin. Maknanya tak boleh dikendalikan, tak ekonomi kalau kita repair, baiki.

Sekarang ini ada dua proses untuk repair. Makna kalau enam lagi yang BER ini masih beroperasi Timbalan Menteri. Saya mohon benar, saya pernah dua kali berada di jalan raya, lebuh raya. Yang pertama, melihat satu ambulans accident, pesakit bukan sahaja mati di hospital tapi di tengah jalan, di lebuh raya. Yang kedua ialah hospital itu sendiri, ambulans itu sendiri rosak dan saya pernah naik ambulans dan saya pun sama juga rosak dalam itu. Alhamdulillah, hidup lagi hari ini.

Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada perkhidmatan kesihatan. Saya tahu bahawa kita menghadapi constraint ataupun masalah kekurangan perbelanjaan dan sebagainya, tetapi tolonglah. Mana tempat-tempat di luar bandar ini, kampung-kampung tradisional yang memerlukan perkhidmatan ini kita berikan keutamaan.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Umpamanya sebagai contoh Tuan Pengerusi, di Klinik Chenor. Saya dah timbulkan beberapa kali. Memang ada proses lupus, tetapi saya minta kalau boleh proses pelupusan kenderaan-kenderaan lama ataupun alat-alat lama ini, aset-aset lama dibuat dengan cepat kerana kita nak lupuskan melibatkan belanja RM1,000 ke RM2,000, kita mengorbankan beribu-ribu orang ataupun nyawa yang lebih mahal daripada itu.

Jadi saya minta supaya Menteri berikan perhatian dan saya yakin bahawa Menteri yang muda ini, yang bersemangat ini boleh menyelesaikan masalah ini. Saya ingat Tuan Pengerusi, saya tidak hendak bercakap lagilah selepas ini tentang transport ini. Jadi saya minta supaya perkara ini dapat disegerakan dan kita dapat mengatasi masalah dan keperluan kesihatan terutamanya di kawasan luar bandar di kawasan saya. Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih dan mohon menyokong.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 3:50 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bercakap dalam Butiran 030700 – Obstetrik dan Ginekologi. Saya ingin bercakap mengenai satu kes yang berlaku yang agak menyedihkanlah. Seorang wanita, ibu yang melahirkan anak yang keempat di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Dia melahirkan anak melalui proses vakum, vacuum delivery, dengan izin. Beberapa jam selepas itu dia mengalami kesesakan nafas dan terus dihantar ke Hospital Klang dan di Hospital Klang ataupun kalau saya boleh sebut kesnya, kes 53019 dan juga UAP328/08. Saya tak pasti yang mana satu nombor yang di bawah Kementerian Kesihatan.

Jadi kes ini apabila dirujukkan ke Hospital Klang, maka telah dibuat CPR dan akhirnya dideclare ataupun telah diumumkan meninggal dunia dan satu post-mortem telah dibuat ke atas kes ini. Kes ini berlaku pada 15 Jun 2007. Hasil daripada post- mortem itu, kematian dia adalah disebabkan oleh massive blood lost due to uterine rupture, kehilangan darah disebabkan oleh pecah rahim. Kalau daripada maklumat post-mortem ini, bahagian toraks, bahagian dadanya kalau boleh saya baca sedikit dalam bahasa Inggeris, “There were fractures of the right, second, third, fourth and fifth ribs of the mid clavicle line and fracture of the left second, third and fourth ribs of the mid clavicular line with contrasion old intercostal muscle around the fracture, presence of pneumothorax on the right side of the chest cavity. There was minimal blood stained fluid in both pleural cavity and the upper airways were patent.

Jadi ini maksudnya ini berlaku fracture of the ribs, kedua-dua belah paru-paru, kedua-dua belah bahagian paru-paru mungkin disebabkan oleh CPR. Bahagian abdomennya pula dengan izin juga, “There was 1,500 ml of blood and blood clots in the peritoneum and pelvic cavities. There was minimal yellowish fluid in the stomach and the intestine were ‘grossly’ normal. Okey, yang ingin saya sebut ini tentang uterus. The uterus weight 1,250 gram and presence of a tear on the left posterolateral aspect of the uterus extending from base of the left fallopian tube to the cervix measuring 11x2cm. The tear cuts through the whole length of the uterus muscle on the left side exposing the uterine cavity. There was massive hematoma on the soft tissue surrounding the tear and 200ml of blood clot in the vesicoulesive ponch”.

final • 3:56 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Jadi, ini adalah keputusan apa yang dapat daripada post-mortem. Apa yang ingin saya katakan, walaupun laporan post-mortem ini telah dikeluarkan, tetapi apabila diminta oleh waris-waris pesakit ini untuk dibawa kes ini ke mahkamah, maka Kementerian Kesihatan pada mulanya berkata hendak menyiasat, tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa tindakan pun.mWaris ingin mengambil tindakan undang-undang tetapi jawapan yang diberi oleh Kementerian Kesihatan adalah laporan ini adalah secret - rahsia dan tidak boleh dikeluarkan.

Jadi, saya minta pihak Menteri kalau boleh melihat kes ini walaupun kes ini secara spesifik tetapi ini adalah memberi gambaran yang sangat tidak telus kepada Kementerian Kesihatan.

final • 4:00 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya kira selayaknya dan sewajarnya waris mendapat maklumat sebab dan mengapakah kematian ini berlaku walaupun bermula daripada hospital swasta, tetapi kerana post-mortem itu dibuat di Hospital Klang, maka hospital perlu mengeluarkan laporan ini dan membantu waris ini untuk mengambil tindakan undang-undang dan sebagainya.

Tiada sebab saya kira untuk Hospital Klang dan Kementerian Kesihatan untuk menutup kes ini sebelah mata ataupun dua belah mata.

Kemudian, seterusnya juga saya juga ingin membawa beberapa masalah daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di mana dikatakan masalah atau jumlah pesakit yang terlalu ramai dan wad yang overflow sehingga katil tidak mencukupi sedangkan ini boleh dikirakan sebagai hospital baru dan juga hospital besar, hospital rujukan di sebelah Klang sana. Kemudian doktor-doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur terpaksa di bawa untuk menampung kekurangan doktor pakar di Hospital Klang.

Kemudian, masalah yang ketiga juga adalah kerana terlalu ramai rakyat daripada bukan warganegara dan pendatang asing yang datang membuat rawatan di situ. Saya tidak pasti apakah dikenakan bayaran ataupun tidak kerana ada beberapa kes yang saya kendalikan ataupun yang pernah saya berjumpa dengan kakitangan rekod mengatakan, mereka kata pesakit-pesakit asing ini datang mendapatkan rawatan, kemudian lari balik.

Kalau bersalin pun, datang, dapat bersalin, selepas itu mungkin tengah malam atau apa, dalam keadaan mungkin kata hendak pergi toilet dan sebagainya, maka dia lari balik. Maka, di situ tertunggak bayaran mereka.

Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan bagaimanakah mekanisme daripada segi bayaran. Tidak adakah misalnya, katakan untuk delivery misal katakan kalau rakyat asing dikatakan lebih kurang RM800 perlu dibayar untuk kelas ketiga. Adakah sepatutnya mereka ini diminta membayar RM800 sebelum atau apabila masuk sahaja, bayar dahulu RM800 dan seterusnya mendapatkan rawatan. Kita pun tidak boleh menidakkan rawatan untuk mereka kerana mereka telah berada di negara kita dan rawatan kesihatan ini adalah satu perkara asas, keperluan kepada semua manusia. Jadi, ini juga saya hendak minta penjelasan.

Tadi, saya ada juga membuat satu soalan tambahan tentang kursus induksi kepada doktor-doktor yang akan dihantar ke pedalaman. Saya kira ini adalah satu perkara yang sangat penting walaupun doktor itu mungkin telah menjalani housemanship sekarang ini selama dua tahun. Akan tetapi, kadang-kadang dari segi kemahiran tertentu seperti saya katakan tadi mengendalikan ultrasound, menganalisis keputusan X-ray dan sebagainya dan juga misalnya mengendalikan kes-kes kecemasan, kadang-kadang mungkin boleh diperbaiki.

Jadi, saya mencadangkan supaya sebelum doktor ini dihantar ke pedalaman kerana di situ biasanya dia main doktor, kadang-kadang dia seorang sahaja. Perkara ini pernah saya alami dahulu, mungkin itu banyak tahun yang lalu, sebagai houseman yang masih muda. Sebaik sahaja selesai housemanship, maka dihantar ke pedalaman dengan pengalaman yang sangat sedikit tetapi alhamdulillah kita berjaya. Akan tetapi, mungkin ada beberapa kes di mana mereka dari segi kemahiran untuk mengendalikan peralatan- peralatan medical ini agak kurang.

Saya mencadangkan satu minggu atau dua minggu induction course khusus untuk mengendalikan dari segi peralatan-peralatan yang perlu mereka kendalikan semasa mereka berada di pedalaman. Saya rasa setakat itu sahaja. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jempol.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Perkara 010500 - Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

final • 6:05 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Sewaktu pembinaan Hospital Jempol, kita telah pun diberi taklimat dahulu bahawa hospital ini akan digunakan konsep teleconsultation ataupun menggunakan konsep video conferencing di mana doktor-doktor pakar daripada Kuala Lumpur boleh berinteraksi dengan doktor-doktor yang ada di Hospital Jempol dan mereka boleh berbincang berkaitan dengan jenis-jenis pesakit ataupun jenis-jenis penyakit dan apakah tindakan yang boleh dibuat oleh doktor-doktor yang bertugas di hospital di luar bandar ini.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa terjadi kepada konsep ini? Apa terjadi kepada perancangan yang dibuat kepada Hospital Jempol dan dari segi peruntukan yang disediakan ini, berapa banyak akan diperuntukkan untuk konsep ini?

Berapa banyak juga hospital-hospital lain seluruh negara yang mengikut konsep yang akan dibuat di Hospital Jempol ini?

Perkara yang kedua Tuan Pengerusi ialah Butiran 010400 - Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan. Hari ini kita dapat melihat bagaimana soal doktor pakar banyak dipersoalkan tetapi adakah benar negara kita sekarang ini kekurangan doktor pakar kerana saya ingat oleh kerana kehendak rakyat kita begitu tinggi, walaupun penyakit-penyakit yang tidak memerlukan doktor pakar, mereka perlukan juga doktor pakar merawat mereka.

Adakah benar ini berlaku dalam negara kita?

Akan tetapi, dari segi kekurangan doktor, ini memang sewajarnya diberi perhatian oleh kementerian supaya hospital-hospital, klinik-klinik di kawasan luar bandar termasuk di rancangan tanah FELDA yang memerlukan perkhidmatan doktor akan dapat diberikan perhatian oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, saya ingin mengajak Yang Berhormat Menteri memikirkan satu perkara yang begitu penting iaitu kekurangan tenaga- tenaga sokongan untuk membolehkan seorang doktor membuat analisa, dia memerlukan laporan daripada pegawai-pegawai sokongan misalnya laporan yang berkaitan dengan X- ray.

Pegawai yang bertanggungjawab untuk operate mesin-mesin yang canggih di Hospital Jempol ini tidak cukup. Ada mesin tetapi pegawainya tiada. Kadang kala ada pula pegawai mesin pula rosak. Jadi, doktor tidak dapat membuat analisa berkaitan dengan apa hubung kaitnya dengan pesakit kerana kekurangan pegawai-pegawai sokongan. Ada ambulans, pegawainya tidak cukup. Ada pula pegawai, ambulans pula rosak. Akhirnya, kita tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kenapa kita tidak boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat di Jempol walaupun kita ada hospital dalam perkara-perkara yang begitu mudah. Sebagai contoh, anak kita hendak pergi ke universiti. Mereka mesti mengutarakan laporan kesihatan. Mengapa Hospital Jempol tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan ini? Mengarahkan anak-anak daripada Jempol pergi ke hospital yang jauh, sampai 40 kilometer ke Hospital Kuala Pilah hanya untuk mendapatkan laporan kesihatan berkaitan hendak mohon kerja, hendak masuk universiti, hendak menyambung pelajaran. Hanya perkara-perkara mudah. Ini saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin menyambung apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran tadi tentang post-mortem jenazah orang Islam. Di sisi agama Islam, jenazah ini kita memang dituntut supaya dikebumikan awal, ditanam awal. Akan tetapi, kadangkala berlaku masalah di hospital di luar bandar, untuk melakukan post-mortem terpaksa ditangguhkan ke hari esoknya, hari berikutnya. Apa masalah? Apa yang menyebabkan ini tidak dapat diselesaikan sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang menuntut kita supaya dibekalkan perkhidmatan yang baik ini bagi membolehkan rakyat menerima rawatan ataupun perkhidmatan ini dengan sempurna.

final • 6:05 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 020500 - Keselamatan dan Kualiti Makanan. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri menambah pegawai-pegawai yang boleh menguatkuasakan undang-undang supaya membuat lawatan yang lebih kerap kepada gerai-gerai makanan, kantin sekolah, asrama anak-anak kita, tempat mereka tinggal supaya dari segi kualiti perkhidmatan pembekal-pembekal makanan ini dijaga termasuk tempat masak, peralatan masak, makanan disediakan.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Saya hendak tambah lagi satu Yang Berhormat Menteri supaya dipantau juga pembekal-pembekal makanan secara katering ini kerana sekarang ini orang kahwin bukan sahaja dalam bandar tetapi di luar bandar juga sekarang ini semua sudah menggunakan konsep katering.

Namun, kita ragu tentang kualiti kebersihan makanan ini. Tempat mereka masak.

Kadangkala bawa makanan yang dimasak ini dengan lori kelapa sawit sahaja. Jadi macam mana ini? Supaya kita dapat pantau dan apabila kita bangkitkan di peringkat daerah, selalunya alasan ataupun jawapannya ialah kekurangan tenaga. Oleh kerana itu, di Dewan yang mulia ini saya menyeru Yang Berhormat Menteri supaya dapat menambah bilangan tenaga-tenaga pekerja kita supaya dapat dipertingkatkan lagi. Saya ingin tahu berapa banyak kita mengalami keracunan makanan di kalangan rakyat dalam negara kita khususnya anak-anak kita yang bersekolah di asrama.

Yang Berhormat Menteri, Butiran 020400 - Pendidikan Kesihatan. Amat malang kepada negara kita. Kita sudah berbelanja banyak, kita sudah menggunakan banyak tenaga pakar untuk meningkatkan kualiti kesihatan rakyat. Namun apabila berlaku kunjungan, orang asing datang, sama ada pekerja asing yang berdaftar ataupun pekerja- pekerja yang tidak berdaftar, mereka membawa bersama penyakit-penyakit yang ada di negara-negara yang mundur ini masuk ke dalam negara kita. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apa tindakan untuk mengatasi masalah ini? Apakah tidak boleh kita mewajibkan mereka menerima rawatan yang dijalankan secara berterusan dan mereka bayar. Jangan kerajaan bayar. Mereka sendiri bayar supaya dapat membanteras segala penyakit-penyakit yang tidak sepatutnya ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Ada satu perkara yang amat penting, Yang Berhormat Menteri yang saya minta buat kajian. Sekarang ini ada satu kecenderungan orang kampung mengambil air daripada tebing yang telah pun dipotong. Ini saya hendak merujuk kepada tebing Jalan Inas ke Rembau dan juga tebing Bukit Tangga, Jelebu. Apabila tebing jalan ini dipotong oleh kontraktor, memang ada keluar aliran air daripada tebing tersebut. Saya tidak tahu berduyun-duyun orang datang bukan sahaja dari Negeri Sembilan tetapi seluruh negara berkunjung ke lokasi ini kononnya air ini menjadi air penawar... [Ketawa] Saya minta kementerian buat kajian. Apa sebenarnya kandungan air ini? Saya bimbang nanti akan timbul kesan-kesan sampingan yang akan menjadikan masalah kepada rakyat.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 020300 - Kawalan Penyakit. Ini juga saya minta Yang Berhormat Menteri tegas. Negeri Sembilan pernah mengalami satu masalah yang sangat membimbangkan apabila berlaku serangan virus Nipah yang berpunca daripada babi. Yang mendukacitakan kita ialah serangan virus nipah ini menyebabkan kematian begitu ramai sekali. Bukan sahaja penternak-penternak babi tetapi juga rakyat yang ada di persekitaran. Baru-baru ini rakyat dalam negara kita dikejutkan pula dengan H1N1. Saya amat kecewa sekali kerana apabila kerajaan bertegas untuk menjalankan tindakan membanteras H1N1 ini, ada sesetengah mereka ini berpendapat ini tidak penting. Yang penting ialah promosi negara dalam bidang pelancongan.

Saya ini meminta Yang Berhormat Menteri bertegas dalam soal ini terutama sekali peranan kementerian untuk memantau, memberi nasihat, menguatkuasakan undang- undang kepada semua penternak-penternak babi dalam negara kita. Kita benarkan dalam negara berbilang bangsa, berbilang kaum, ada yang memakan daging babi. Kita benarkan.

Mereka ternak. Tidak ada masalah. Agama mereka juga membenarkan. Islam tidak boleh.

Haram, tetapi dari segi konteks masyarakat, konteks keselamatan negara, konteks keselamatan rakyat, kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan tidak ada mana-mana ancaman daripada penternakan ini yang mengancam keselamatan negara.

Adakah bidang kuasa kementerian untuk menguatkuasakan undang-undang?

Kalau tidak ada undang-undang, adakah kemungkinan kita bawa ke Parlimen ini untuk menggubal undang-undang yang penting ini.

Akhir sekali berkaitan dengan lalat, Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini kalau wakil rakyat pergi melawat orang kampung, kenduri kahwin, lalat ini berterbangan dan kita pun geli hendak makan sebenarnya.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa undang-undang penguatkuasaan berkaitan dengan reban-reban ayam yang terlalu dekat dengan kampung?

Saya tengok reban ayam yang didirikan ini terlalu dekat dengan rumah orang, terlalu dekat dengan taman perumahan yang menyebabkan penternak menternak ayam yang tidak terkawal ini. Lalatnya terbang ke kampung. Itu sahaja pertanyaan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 00104 - Outsourcing. Boleh saya dapat tahu daripada kementerian, setakat dari permulaan outsourcing di negara ini di Kementerian Kesihatan, apa kejayaan-kejayaannya dan setakat manakah ia telah memberi manfaat yang tertentu bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada rakyat yang selalu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya.

Dalam hal ini, apakah sektor-sektor yang telah diswastakan dan di outsourcekan di mana adakah setakat ini ada kajian yang telah dibuat berbanding dengan permulaannya bila ia belum di outsource, sekarang telah di outsource. Maka ada kebaikan dan keburukan dan siapakah yang membuat penentuan untuk kontrak-kontrak ini diberi kepada pihak-pihak yang tertentu yang saya difahamkan mendapat berjuta-juta ringgit kontrak untuk mencari makan di sini dan di antaranyalah adalah orang-orang yang ada kena-mengena dengan politik. Orang-orang atasan dalam Barisan Nasional. Macam mana ia dapat dielakkan dan supaya ada transparency dalam semua kegiatan outsourcing ini.

Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya juga ingin membangkitkan perkara mengenai sumber manusia. Saya nampak di jawatan yang tertera di Senarai Jawatan, Jilid 3. Ada beberapa jawatan yang tertentu yang ternyata di sana dan saya dengan spesifik ini membangkitkan satu perkara di mana Yang Berhormat Menteri telah memberi aku janji lebih kurang tiga minggu dulu apabila Yang Berhormat Sri Gading membangkitkan perkara doktor Parlimen di mana jawatan beliau, peningkatan jawatannya telah dilambat-lambatkan dan usaha itu dibuat.

Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, ini bukan satu perkara yang seronok untuk kita bangkitkan perkara ini kerana boleh dikatakan pilih kasih kerana kita Ahli Parlimen semua ini kenal doktor ini. Dia telah betul-betul bekerja untuk Ahli Parlimen. Ramai di antara kawan-kawan saya bukan sahaja di sebelah sini malah di sebelah sana sangat mementingkan kesihatan dan kita ada hubungan yang kerap dengan doktor ini dan dia diketahui satu di antara doktor-doktor yang sangat bekerja kuat bukan sahaja untuk Kementerian Kesihatan tetapi untuk Ahli Parlimen-ahli Parlimen.

final • 4:17 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mengapa jawatan U54 yang sepatutnya... Saya tahu... Saya tidak... I am not an active player dalam BNBBC, di mana mereka telah mengadakan beberapa mesyuarat tertutup dengan Menteri dan dengan kementerian. Lafaz janji telah dibuat tetapi semua janji itu tidak ditunaikan. Apakah yang Menteri akan lakukan, saya sendiri telah bercakap dengan Menteri di luar Parlimen mengenai hal ini lebih kurang enam bulan dahulu. Saya masih ingat lagi Yang Berhormat Menteri mengatakan, “No problem, this will be attended immediately”. Adakah immediately ini tidak cukup selama enam bulan dan perlukan lagi enam tahun sebelum satu tindakan diambil.

Saya tidak perlu pergi dengan lebih dalam ataupun detail apakah sebab-sebab dia perlu meningkatkan jawatan. Ramai di antara doktor junior yang telah mendapat jawatan yang baik, dan juga kita tahu bahawa lebih kurang enam bulan dahulu berlaku masalah di sini dengan doktor di mana dia telah diarahkan memulakan tugas di Hospital Kuala Lumpur.

Ini adalah selepas Ahli-ahli Parlimen ini menyuarakan kepada Menteri dan kepada kerajaan mengarahkan bahawa beliau dibawa balik kerana dia berkhidmat dengan sangat baik kepada kami semua.

Maka ada satu personal contact yang sangat mustahak dalam arena ini, dan mengapa dia didiskriminasikan? Boleh Yang Berhormat Menteri menyatakan? Saya sangat seronok pada hari ini kerana Yang Berhormat Menteri sendiri berada di sini.

final • 4:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya harap satu tindakan diambil supaya perkara ini diatasi. Tentu pun tahu, ramai di antara kawan-kawan saya yang bekerja dengan kerajaan, person to holder, JUSA C pun ada dan ada special cases. Yang Berhormat Menteri kalau mahu boleh membuat sedemikian, that is the standing of a Minister, you are different from other people. Yang Berhormat Menteri boleh buat, dan soalan saya mengapa ia tidak dibuat? Adakah tentang daripada civil service yang membuat perkara ini.

Saya rasa ini adalah perkara yang satu tidak mahu lah heboh banyak tetapi saya harapkan kalau Yang Berhormat Menteri boleh ambil tindakan segera dan mengatasi masalah ini. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, iaitu di Sarawak International Medical Centre, saya difahamkan... Ini ada satu medical centre kepunyaan... Pemiliknya adalah kerajaan negeri. Baru-baru ini ada perbualan di antara kerajaan dengan kerajaan negeri.

Saya difahamkan pengurusannya akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini bolehkah saya mendapat tahu, berapakah nilai yang akan dibayar untuk mengambil alih.

Adakah ini wajar memandangkan kita dikatakan telah membuat kesalahan di Kota Kinabalu baru-baru ini, apabila mengambil alih satu hospital swasta. Di sana pun ada dikatakan terlibat kroni-kroni dan ini satu perkara yang patut dielak, walaupun akhir sekali pihak yang perlu mendapat keuntungan dalam semua ini adalah masyarakat Malaysia. Satu perkara lagi adalah mengenai jururawat Tuan Pengerusi. Sebenarnya Tuan Pengerusi saya telah membangkitkan mengenai pengambilan jururawat dengan kementerian, di mana kalau ada seratus orang diambil, hanya ada dua-tiga orang sahaja orang India atau orang Cina.

Ini menjadi kesusahan kepada masyarakat ini kerana ramai di antaranya yang masuk dalam hospital yang tidak boleh dan tidak fasih dalam bahasa Malaysia dan hanya fasih dalam bahasa Tamil dan bahasa Cina, sangat susah untuk mendapatkan rawatan.

Kerap kali juga apabila perkara ini dibangkitkan Tuan Pengerusi, kerajaan memberikan alasan demi alasan. Saya ada membuat ucapan penangguhan empat tahun dahulu, dan sehingga sekarang ini, saya hendak tahu berapakah jururawat yang telah diambil setiap tahun? Berapakah di antaranya mengikut kaum iaitu Orang Asli, Kadazan, Iban, India dan Cina? Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan supaya lebih ramai lagi orang bukan bumiputera diserapkan menjadi jururawat dan apakah halangan-halangan yang ada, yang menghalang mereka untuk mendapatkan jawatan jururawat?

Saya masih ingat lagi alasan yang diberi, lebih kurang empat tahun dahulu adalah the standard answer of government of Malaysia, tidak ada ramai yang memohon jawatan tersebut. Kalau sedemikian Yang Berhormat Menteri mesti tahu, boleh pergi ke mana-mana hospital swasta, you can see the number of non Malays yang suka dan yang rela untuk bekerja. Ini adalah satu bidang di mana ada prospek yang bagus dan gaji yang lumayan dibayar. Saya sendiri ada kawan-kawan yang telah menjadi tutor dan telah mendapat scholarship daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di UK, apabila balik sekarang ini menjadi senior tutor.

Mereka memberi tahu bahawa satu di antara perkara adalah pemilihan, di mana nampaknya ada diskriminasi yang tertentu. Apakah yang kerajaan boleh buat? Mana yang sudah jadi, itu sudah jadi, that is already over tetapi yang baru di mana keutamaan diberi supaya semua... Kita based on meritokrasi, dalam konsep 1Malaysia. Adakah kerajaan berniat dan apakah yang dirancang dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang, supaya kita meningkatkan lebih penglibatan masyarakat bukan bumiputera menjadi jururawat dalam negara ini.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, dalam beberapa tahun ke belakang ini, di mana doktor-doktor, specialist sebenarnya telah dibenarkan untuk bekerja dengan swasta.

Apakah kajian yang terkini yang telah dibuat? Adakah conflict of interest, dan adakah mereka menjalankan tugas di hospital dan menggunakan jawatan tersebut untuk meningkatkan penglibatan mencari wang di swasta. Ini bukan satu halangan yang patut kita buat, tetapi adakah ia akan menjadi satu institusi di mana bekerja sebagai specialist di kerajaan adalah satu cara untuk mendapatkan pendapatan yang lebih, cara yang lain.

Saya difahamkan ada specialist yang kurang melibatkan masa di hospital tetapi lebih di swasta. Apakah kawal selia yang dibuat oleh kerajaan supaya perkara seperti ini tidak terjadi dan jangan kita tertarik kepada hanya untuk kewangan sahaja.

final • 4:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Dalam hal ini ramai di antara kekosongan specialist dan kekosongan doktor- doktor. Macam mana ia dapat di... To be filled out. Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah pengiktirafan kolej-kolej dan universiti-universiti. Lebih kurang lima tahun dahulu kerajaan telah membuat satu kesalahan yang besar di mana Universiti Crimea, kerajaan telah melucutkan recognition universiti tersebut walaupun universiti tersebut adalah satu universiti yang sangat terunggul di Eropah dan dipercayai adalah satu universiti yang bagus.

Oleh kerana sebab-sebab yang tentu dan tidak ada alasan-alasan yang konkrit di mana kerajaan pada masa itu , saya masih ingat lagi, saya membawa usul yang tentu di mana kerajaan mengatakan bahawa per ratio di antara doktor dan pelajar adalah sangat besar berbanding dengan international standard dan kita telah menunjukkan kepada kerajaan bahawa perkara itu adalah tidak luar biasa di Universiti Malaya. Ia lebih teruk di mana seorang doktor kepada 14 orang pelajar dan ini adalah alternate day yang mana ini adalah perkara yang lebih teruk daripada Universiti Crimea.

Adakah sekarang ada universiti-universiti di Romania dan sebagainya yang adakah kerajaan juga akan mengiktiraf kelulusan kedoktoran. Apakah konsep dan polisi yang terbaru supaya kita memberi pengiktirafan kepada universiti-universiti terunggul seperti Crimea University, terima kasih.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Labis.

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tee Yong - Labis

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk turut berbahas. Saya ingin terus ke Butiran 032200 – Farmasi dan Bekalan. Daripada tahun 2009 hingga tahun 2010, amount nya lebih kurang sama, malah pada tahun 2010 amount nya adalah lebih rendah iaitu sebanyak RM873 juta. Kalau begitu saya risau keadaan kekurangan ubat akan berlaku pada tahun hadapan. Pada masa ini saya mendapat aduan bahawa ubat-ubat di klinik kerajaan di kawasan persekitaran, kawasan Parlimen Labis adalah tidak mencukupi. Terutamanya ubat batuk, selesema, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.

final • 4:29 PM

Tuan Chua Tee Yong - Labis

Saya difahamkan kadang kala pesakit hanya mendapat separuh dos ubat dari apa yang mereka perlukan, misalnya mereka sepatutnya mendapat ubat untuk tiga hari tetapi mereka hanya diberi ubat untuk satu hari setengah, setengah lagi mereka dikehendaki untuk membeli sendiri di farmasi. Saya juga menerima aduan bahawa ada pesakit hanya mendapat arahan ubat prescription dari doktor tetapi ubat perlu beli sendiri di farmasi lain.

Bermakna mereka langsung tidak dapat ubat-ubat dari klinik selepas berjumpa dengan doktor. Apabila ditanya dengan pihak berkenaan, tidak ada sesiapa yang boleh memastikan stok ubat akan sampai. Atas sebab ini, pesakit dinasihati supaya membeli ubat-ubatan sendiri.

Saya difahamkan keadaan ini telah berlaku sejak dua atau tiga bulan dahulu, selain dari kawasan Parlimen Labis, saya difahamkan di daerah Batu Pahat dan juga sekitar Melaka dan Kelantan juga mengalami masalah demikian. Saya berharap pihak kementerian bolehlah meneliti masalah ini dan mengelakkan kejadian ini berulang, malah saya ingin tahu apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk mengelak kejadian kekurangan ubat berlaku. Apakah mekanisme-mekanisme yang sedia ada untuk memantau dan memastikan bekalan ubat adalah mencukupi untuk semua kawasan Parlimen Labis, tidak kira sama ada pihak pembangkang atau kerajaan.

Butiran kedua yang saya ingin sentuh adalah mengenai Butiran 010400- Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan kerana di kawasan Parlimen Labis yang bergantung kepada Hospital Segamat.

Saya mendapat banyak aduan mengenai kekurangan doktor di hospital tersebut, saya ingin tahu daripada pihak kementerian bilakah masalah kekurangan doktor di Hospital Segamat akan diselesaikan dari segi jumlah doktor?

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tee Yong - Labis

Berapakah yang akan bertugas di Hospital Segamat untuk tahun 2010? Saya difahamkan Hospital Segamat telah menghadapi kekurangan doktor sejak Februari tahun lepas, saya juga menerima aduan spesifik bahawa seorang wanita yang mahu melahirkan anak sedang menunggu doktor dari 17 Julai hingga 18 Julai 2008 dan pada masa itu doktor yang ditugaskan juga tidak dapat menjawab soalan suami atau wanita dan ini menyebabkan kurang keyakinan dan penduduk itu telah menghantar wanita atau isterinya ke Hospital Muar untuk menjalankan pemeriksaan selanjutnya.

Saya juga difahamkan walaupun Hospital Segamat mempunyai lima hingga enam doktor yang baru tetapi 12 orang doktor luar negara yang dahulu menjalankan tugas di Hospital Segamat sudah ditamatkan kontrak. Apakah langkah-langkah atau mekanisme yang kementerian sedia ada untuk memantau dan menilai prestasi doktor luar negara yang diupah? Berapakah jumlah doktor luar negara yang dihantar balik atau kontrak ditamatkan kerana prestasi yang kurang memuaskan? Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gopeng.

final • 4:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan jawatankuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya juga gembira kerana Yang Berhormat Menteri turut hadir pada petang ini, walaupun sibuk dengan masalah dalaman parti MCA. Tuan Pengerusi, saya baru terima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perbelanjaan untuk ubat di Kementerian Kesihatan sejak tahun 1995 hingga tahun 2008.

Pada tahun 1995 perbelanjaan untuk ubat adalah RM149 juta dan tahun 2008 adalah RM1.543 bilion. Ini menunjukkan bahawa perbelanjaan untuk ubat telah meningkat sepuluh kali ganda dengan purata lebih kurang 20 peratus setiap tahun dan ini adalah jauh lebih daripada kenaikan kos ubat dan juga peningkatan dari segi khidmat yang diberikan kepada pesakit dari segi pesakit luar ataupun pesakit dalam.

Saya sebut ini kerana tahun 1995 hingga tahun 2008, ini merupakan satu era di mana pembekalan dan pengedaran ubat dan produk perubatan telah diswastakan kepada Renong dan Pharmaniaga Logistic Sendirian Berhad yang kini menjadi anak syarikat Pharmaniaga, satu syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Saya hendak tanya sama ada penswastaan ini adalah wajar dari peringkat permulaan hingga sekarang memandangkan bahawa kos untuk perbelanjaan ubat telah meningkat sepuluh kali ganda dalam masa 14 tahun kebelakangan ini. Apabila kita meninjau prestasi Pharmaniaga Logistic misalannya, sebenarnya keuntungan lepas cukai Pharmaniaga Logistic adalah sebanyak RM37 juta pada tahun 2007.

Kalau dibandingkan dengan Kumpulan Pharmaniaga, keuntungan Pharmaniaga pada tahun 2007 adalah RM51.7 juta, ini bermakna kontrak dengan Kementerian Kesihatan sahaja telah menyumbangkan kepada keuntungan Pharmaniaga Group sebanyak 72 peratus dan pasti sekiranya kontrak ini ditarik balik, kemungkinan Kumpulan Pharmaniaga tidak dapat terus berniaga. Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun 15 tahun telah disokong oleh kerajaan tetapi Kumpulan Pharmaniaga masih bergantung kepada kontrak kerajaan. Kalau kita lihat pada prestasi dalam laporan tahunan Pharmaniaga misalnya, kita lihat dari segi aduan yang diterima berkenaan dengan pesanan ubat dan sebagainya mereka masih menerima sebanyak 556 kes setahun aduan daripada pengguna khususnya Kementerian Kesihatan.

Dari segi pesanan juga melebihi 60 hari adalah lebih kurang 4 peratus, misalnya ini bermakna antara 100 pesanan yang dibuat masih ada empat kes di mana pesanan ubat itu tidak dapat dibekalkan dalam masa 60 hari. Malangnya, walaupun saya ingin bangkitkan perkara ini, baru sahaja pada 3 Disember iaitu minggu lepas Unit Kerjasama Awam Swasta daripada Jabatan Perdana Menteri telah keluarkan surat untuk melanjutkan secara prinsip konsesi bekal dan edar ubat kepada Pharmaniaga Logistic Sendirian Berhad untuk sepuluh tahun, tertakluk kepada rundingan selanjutnya. Buat sementara waktu, semasa rundingan dibuat, konsesi yang sedia ada akan dilanjutkan selama enam bulan.

final • 4:33 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Saya rasa kesal kerana kerajaan tidak menjemput syarikat yang lain untuk turut bersaing dengan Pharmaniaga Logistic dalam konsesi tersebut dan konsesi tersebut diberikan secara senyap-senyap dan tidak telus. Saya harap dalam enam bulan yang akan datang ini supaya rundingan yang seterusnya tidak lagi memberi keuntungan yang begitu banyak kepada syarikat tersebut tetapi mementingkan pembayar cukai dan kerajaan.

Dalam isu yang sama, Butiran 030200 - Pengurusan Hospital, juga berkenaan dengan penswastaan, perkhidmatan sokongan dan bukan klinikal khususnya pelupusan sisa-sisa klinikal, perkhidmatan dobi, kejuruteraan, kemudahan dan peralatan bio-medical dan kebersihan kawasan hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pemegang konsesi tersebut di tiga kawasan-kawasan tertentu adalah Faber Mediserve Sendirian Berhad, Radicare Sendirian Berhad dan Pantai Medivest Sendirian Berhad.

Konsesi ini yang selama 15 tahun ini akan berakhir pada tahun 2011. Kita ada lebih kurang setahun lebih untuk kita merancang supaya apabila masa sudah sampai agar kita dapat menilai semula prestasi ketiga-tiga pemegang konsesi tersebut dari segi prestasi mereka.

final • 4:33 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Kita boleh bandingkan ketiga-tiga pemegang konsesi, sama ada syarikat yang lebih baik daripada satu syarikat yang lain dan agar kita menepati slogan rakyat didahulukan dan bukan kroni didahulukan.

Di bawah Butiran P.002, B.032000 berkenaan dengan Pengimejan Diagnostik.

Saya menyarankan memandangkan bahawa masalah sekarang antara penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian di hospital, ketiga-tiga penyakit utama adalah antaranya kemalangan jalan raya, sakit jantung dan juga strok.

Antara satu kemudahan yang asas yang mungkin perlu dan penting dalam ketiga- tiga penyakit ini adalah CT Scanner dan saya difahamkan bahawa CT Scanner cuma berada di hospital-hospital besar dan saya menyarankan supaya mungkin kita boleh tetapkan satu tarikh, satu tempoh supaya di semua hospital kita boleh adakan CT Scanner supaya apabila berlaku kemalangan ataupun kecemasan, CT Scanner boleh digunakan dan saya pasti ini akan membantu pesakit-pesakit dalam menerima rawatan yang sewajarnya.

Kalau saya hendak anggarkan, kita ada 134 hospital dengan pembelian CT Scanner untuk hospital-hospital sedemikian, kos keseluruhan tidak melebihi RM300 juta dan sekiranya kita menangguhkan vaccination untuk HPV virus yang dicadangkan itu setahun, kita mampu untuk membeli CT Scanner untuk kesemua hospital. Mungkin lima minit lagi.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tiada habis Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Lima minit lagi.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat habis masa Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Lima minit lagi... [Dewan riuh]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

We have ten minute limit Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Last, Butiran 060300 - Penguat kuasa Farmasi, singkat sahaja. Saya terus menyokong, memberi sokongan kepada doktor untuk terus dispense ubat tetapi tanggungjawab masih kepada doktor supaya melabelkan di atas sampel sampul ubat tersebut dan dalam hal ini saya mendapati bahawa ramai doktor yang masih tidak membuat label dan saya menyeru agar pihak berkuasa menguatkuasakan dasar ini supaya kesemua ubat dilabel.

Akhir sekali, last point, Butiran 080100 berkenaan dengan Perjawatan Baru, dan saya juga menerima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa memang peratusan pengisian kekosongan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan adalah 57.5 peratus untuk pegawai perubatan dan 54.5 peratus untuk pakar-pakar.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ini menjadi satu masalah yang kronik dan mungkin masalah permanent sudah 52 tahun kita merdeka, lebih daripada sepuluh Menteri Kesihatan dan nampaknya tidak ada jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis tadi, di Segamat dan sebagainya. Jadi saya sarankan supaya menubuhkan segera Suruhanjaya Perkhidmatan Khas untuk doktor-doktor supaya masalah-masalah ini supaya boleh diatasi dan kita juga tahu bahawa ada 238 graduan perubatan daripada institusi-institusi perubatan yang tidak diiktiraf dan adakah kemungkinan kita mempercepatkan walaupun tidak menjejaskan standard yang kita tetapkan supaya mereka dapat di confirm sebagai pegawai perubatan. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir MAS

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi, terus saya ingin menyentuh bagi Bekalan 42, Butiran 010000 - Pengurusan. Buat pertama kali Tuan Pengerusi, saya menyokong Yang Berhormat Ipoh Barat. Soal doktor di Parlimen.

Kita telah pun berdialog dengan pegawai-pegawai pihak Hospital Kuala Lumpur dan kita telah pun memajukan hasil daripada dialog ini kepada menteri pada awal tahun ini.

Kami melihat permasalahan beliau, untuk menjaga 222 Ahli Parlimen, bayangkan kalau seorang Ahli Parlimen mampus, mati di Parlimen siapa yang bertanggungjawab.

Perdana Menteri, Menteri-menteri di situ datang ke Parlimen, Timbalan Speaker, Speaker, pegawai-pegawai kerajaan, Yang Berhormat Menteri, orang-orang pelawat daripada luar negeri datang ke Parlimen. Sekiranya berlaku yang tidak diingini, apa gambaran dunia terhadap Parlimen kita. Perkara yang kecil, ingin saya bertanya siapakah yang mempunyai kuasa, Menteri kah atau pegawai berkuasa di hospital besar...

Seorang Ahli Parlimen: Ketua Pengarah.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ketua Pengarah kah atau menteri?

Itu saya minta penjelasan, kenapa doktor ini seolah-olah didiskriminasikan atas skor perjawatannya, ini menjaga orang-orang yang terpenting Yang Berhormat Menteri. Saya tidak mahu mati di sini, jawatan kepada Gred UD54 pun tidak boleh disahkan. Junior betul yang dinaikkan. Bagai menganaktirikan kita punya ini, kita kena malu lah menteri.

Dahulu menteri berjanji dan kami pun senang hati, kita pun sudah berdialog dengan Ketua Pengarah dan ini saya bercakap Yang Berhormat Menteri bagi pihak kepada kawan-kawan yang tidak dapat berbahas pada petang ini. Ini kerana diberi hanya enam orang daripada BN. Walaupun pertama kali saya menyokong Yang Berhormat Ipoh Barat, jadi saya harap menteri dapat mengambil perbahasan ini dengan serius serta berkesan dan dapat dilaksanakan, itu permintaan Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Putatan.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ya sila.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sila duduk Yang Berhormat, duduk dahulu, dia cakap.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya menyokong apa yang, Yang Berhormat Putatan nyatakan tentang doktor di Parlimen ini. Soal menteri saya rasa tidak bersalah, yang jahatnya ialah Ketua Pengarah dia ini, saya pun hendak tengok muka dialah, dia tidak datang, tidak berani dan dia memang bersikap perkauman. Doktor kita ini bukan orang Melayu. Diskriminasilah, doktor kita bukan Melayu.

Saya hendak mengingatkan kalaulah kita telah berkali-kali mohon ini dan Yang Berhormat Menteri telah berjanji tetapi tidak juga dapat dilaksanakan, saya rasa kita bawa satu cara yang agak benar-benar boleh mengajar pegawai kerajaan yang kadang-kadang mempertidakkan menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau seorang kakitangan kerajaan di bawah menteri tidak mahu mendengar dan menerima arahan menteri, saya rasa Parlimen ini harus membuat sesuatu kepada mereka yang bertanggungjawab ini dalam persidangan kita yang akan datang.

Saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Putatan, jangan sampai sekali-kali doktor kita yang baik ini dianiaya, kerana kita membawa perkara ini secara khusus dalam Parlimen ini dan saya tidak akan berdiam diri. Saya akan membela menteri yang sangat baik ini, yang sebenarnya memberikan gambaran dan imej yang baik kepada Kementerian Kesihatan dan kalau doktor sebaik ini dianiaya saya akan sampai lubang cacing, pegawai ini saya akan bawa dalam Parlimen. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sri Gading. Abang ini memang saya hormat selalu, setiap masa saya hormat.

Sama juga dengan Yang Berhormat Menteri, memang orangnya baik. Apabila sahaja Yang Berhormat Menteri melawat Sabah, memang beliau selalu menjemput saya berjumpa dengan beliau. Semasa masalah di Hospital Queen Elizabeth memang saya pun dipanggil.

Saya duduk di belakang, Yang Berhormat Menteri panggil saya ke depan dan saya pun diperkenalkan kepada staf. Ini Menteri yang bagus, betul... [Tepuk] Jadi, Yang Berhormat Menteri, doktor ini memang baik seperti mana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Ia tidak mengira...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Putatan bukan baik sahaja. Beliau sudah 14 tahun bertugas Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ya, begitulah Tuan Pengerusi, saya bersetuju. Doktor ini dia tidak mengira kaum. Pukul 11 malam dia panggil “bagaimana?”, “How are you?” dia tanya, dengan izin. “Yang Berhormat how’s your health?”, “What did you do today?” dia cakap. Adakah doktor yang lain itu berhubung dengan patientnya. Ini kita...

macam itu. Saya rasa Yang Berhormat yang lain juga berasa sedemikian seperti pengalaman saya. Alangkah baik seorang doktor macam itu.

Jadi, saya teruskan Tuan Pengerusi kepada...

final • 4:50 PM

Tuan Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Putatan. Saya hendak tambah satu sahaja. Saya menyokong pendapat itu, malahan Dr. Sukumar ini pernah hantar ubat ke rumah saya...

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya betul!

final • 4:50 PM

Tuan Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu

Waktu malam... [Tepuk] Saya tidak pernah jumpa doktor sebegini. Jadi, saya menghargai usaha ini dan kita akan pertahankan beliau, insya-Allah.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kerana menyokong saya. Itu saya katakan tadi, semua Yang Berhormat di sini memang menyokong perbahasan ini.

Jadi, saya ingin teruskan Tuan Pengerusi kepada Butiran 00...

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Boleh minta penjelasan sedikit.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Cukuplah. Itu semua sokong, sokong sahajalah!

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya sokong, saya sokong.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Sokonglah!

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya pun ada beritahu Yang Berhormat Menteri dahulu mengenai perkara ini. Beliau juga bersetuju kata memperkenalkan Dr.

Sukumar ini. Kenapakah hari ini kita masih ada masalah sebegini? Saya menyokong apa yang disebut oleh sahabat daripada Putatan. Pertama kali saya sokong Yang Berhormat Putatan mengenai ini.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Wangsa Maju sahabat yang baik.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Terus sokonglah!

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri sudah pun mengangguk kepalanya bahawa Yang Berhormat Menteri pun setuju dengan...

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

So kita tamatlah benda ini.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih. Ya, Butiran 00203 - Perkhidmatan Kesihatan Bandar, 00300 - Kemudahan Hospital, 00400 - Hospital Baru, 00800 - Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Saya longgokkan dengan satu perbahasan Tuan Pengerusi.

Terutama sekali saya ingin menyentuh cadangan pihak-pihak swasta pada satu cadangan hospital swasta di kawasan Putatan. Rombongan ini telah pun berjumpa dengan saya minta sokongan supaya diwujudkan hospital swasta yang dicadangkan mungkin dilaksanakan oleh pihak-pihak dari luar negeri untuk membantu kerajaan kita. Oleh sebab kita menghadapi masalah Hospital Queen Elizabeth. Saya tidak akan menyentuh lagi soal Hospital Queen Elizabeth.

Soal pakar-pakar melalui ICT ini Tuan Pengerusi, Sabah ini kalau ada patient hendak dilawat di Kuala Lumpur, ini memerlukan perbelanjaan yang begitu besar bagi kerajaan. Saya harap pihak Yang Berhormat Menteri oleh sebab dulu menyatakan ada melalui teleconferencing consultation, dengan izin...

final • 4:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Yang Berhormat Putatan, mohon laluan.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya harap pihak Yang Berhormat Menteri dapat melihat ini dan boleh dilaksanakan program teleconferencing ini supaya menjimatkan wang dan masa kepada...

final • 4:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Yang Berhormat Putatan.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

...Pakar-pakar di Kota Kinabalu yang menelan belanja begitu banyak.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Silam bangun, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Silam.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Saya.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ini saya kena beri masa sedikit sahaja. Okey.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Sekali, tidak banyak. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Putatan sahabat saya. Berhubung kait dengan cadangan untuk hospital swasta di negeri Sabah, saya ingin mencadangkan juga kepada pihak kementerian. Adakah saudara Yang Berhormat Putatan bersetuju sebab Hospital Lahad Datu di kawasan saya, sekarang ini saya difahamkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ia under use oleh sebab kurang, jadi, adakah pihak kementerian ada mengambil inisiatif untuk kawasan zon pantai timur supaya proses penswastaan pengurusan hospital ini dapat diperluaskan untuk membolehkan apa ini oleh sebab prasarana itu begitu besar dan baru. Saya mohon supaya pihak kementerian akan dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan hospital swasta.

Sedikit lagi Yang Berhormat Putatan, sahabat saya. Juga menyentuh tentang pakar yang disebutkan oleh Yang Berhormat Putatan, saya ada terbaca di akhbar tempatan di negeri Sabah baru-baru ini, iaitu beberapa orang pakar yang membuat pembedahan untuk wanita bersalin dan sebelum pihak penduduk setempat membawa perkara ini kepada yang lebih apa - menyaman atau sebagainya.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengkaji apa masalah utama tentang pakar tersebut yang telah mengorbankan beberapa orang nyawa. Saya berharap kementerian ambil perhatian serius dalam perkara ini. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Yang Berhormat Silam. Beliau mahu ambil peluang, mungkin tiada...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan, tolong habiskan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ya. Yang Berhormat Silam, saya mohon teks ucapan itu dimasukkan ke dalam teks ucapan saya supaya pihak Yang Berhormat Menteri dapat menjawab sama-sama.

Jadi, akhir sekali ialah masalah sisa pepejal daripada hospital. Ini agak serius Tuan Pengerusi. Air kumbahan daripada hospital-hospital bersalin banyak dan ramai orang hubungi saya soal ini. Soal alam sekitar Yang Berhormat Menteri, saya harap Yang Berhormat Menteri dengar ini serius. Ini kerana saya telah pun membawa perkara ini - saya tidak ingat lagi berapa kali kepada menteri-menteri yang dahulu dan air kumbahan daripada Hospital Queen Elizabeth, Likas dan SMC ini harus diperiksa dan dicertified selamat untuk disalurkan kepada parit-parit ataupun sungai-sungai.

Ini kerana sungai yang akan mengambil semua kumbahan ini adalah melalui hotel- hotel lima bintang di Kota Kinabalu. Tempat Yang Berhormat Menteri juga duduk. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri cuba tengok apa keadaannya sungai di Sembulan, Likas dan dekat Hotel Sutera, Kota Kinabalu, Hotel Tanjung Aru, Hotel Shangri-La dan sebagainya. Tengok apakah keadaannya. Ini hasil daripada perbuatan pihak hospital swasta dan kerajaan.

Satu lagi, pelupusan sisa-sisa pepejal fiber yang berada di kawasan saya juga di Lok Kawi. Saya telah pun melawat kawasan tersebut Yang Berhormat Menteri, mengambil gambar, membawa para media, saya bawa pihak media TV3, tetapi tindakan daripada pihak kementerian belum ada. Kumbahan, cucian daripada laundry, dengan izin, daripada Lok Kawi itu terus ke Pantai Lok Kawi, berdepan dengan Kem Lok Kawi. Di situlah orang kampung memukat, tangkap ikan dan sebagainya serta berenang dalam air daripada kumbahan-kumbahan itu. Saya harap pihak kementerian dapat memeriksa air-air kumbahan yang disalurkan ke perparitan ini selamat untuk dilepaskan kepada laut. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030200 - Pengurusan Hospital serentak dengan 00300 - Kemudahan Hospital. Saya hendak tanya persoalan pertama, apakah benar institut jururawat yang berada di Pasir Mas akan dipindahkan ke Bachok? Kalau benar, kenapa? Saya hendak minta ia dibatalkan. Tidak ada sebab kenapa institut jururawat yang berada dan sudah beroperasi begitu lama di Pasir Mas, berjalan dengan baik dan dipindahkan ke Bachok.

Apakah kerana kawasan Bachok itu diwakili oleh Timbalan Menteri Kewangan, hendak dibawa lari projek ini? Saya minta dibatalkan supaya menjimatkan kos dan ia ditingkatkan kedudukannya seperti yang ada sekarang.

final • 4:59 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Pengerusi, nombor dua Butiran 00400 - Hospital Baru. Saya ingin mengulangi saranan dan permintaan saya supaya diwujudkan sebuah lagi hospital baru di kawasan Parlimen Pasir Mas, kerana dalam daerah Pasir Mas ada dua kawasan Parlimen, Tuan Pengerusi. Satu Parlimen Rantau Panjang dan satu lagi Parlimen Pasir Mas.

Penduduknya begitu besar jumlahnya. Sebelah itu kawasan Tumpat, sudah ada hospital.

final • 5:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, sekarang ini dalam daerah Pasir Mas, saya kira perlu dipecah dua. Satu untuk kawasan Parlimen Rantau Panjang dan satu lagi untuk kawasan Parlimen Pasir Mas.

Dalam bandar Pasir Mas sendiri tidak ada hospital. Kalau kita tengok daripada segi kedudukan geografi, jarak jauhnya, tempat yang paling sesuai ialah kawasan DUN Tendong. Saya minta dan merayu sangat supaya perkara ini dapat dipertimbangkan dan dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Perkara yang ketiga Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk serentak oleh sebab masa tidak banyak iaitu mengenai dengan Klinik Bergerak, Butiran 00204, Butiran 00201 - Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan juga Butiran 020500 - Keselamatan dan Kualiti Makanan. Butiran-butiran ini ada kait mengait.

Jadi kita tahu Tuan Pengerusi, masalah kesihatan bermula daripada puncanya makanan, iaitu daripada mula-mulanya penyakit diabetes. Peningkatan gula dalam darah.

Barulah ia berlarutan ke jantung, buah pinggang dan seumpamanya. Jadi, maknanya kesedaran di kalangan rakyat mengenai dengan pemakanan dan diet ini begitu penting.

Kita tahu rakyat di luar bandar khususnya begitu naif hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan. Oleh itu dengan adanya klinik bergerak dan perkhidmatan kesihatan luar bandar ini, saya hendak mencadangkan kenapa tidak klinik bergerak ini ditingkatkan fungsi dan peranannya menjadi sebuah klinik bukan sahaja memberi perkhidmatan perubatan di luar bandar, tetapi juga memberi penerangan kepada penduduk-penduduk luar bandar ataupun di kawasan-kawasan bandar sekalipun melalui konsep van penerangan.

Katakan pada waktu malam ditunjukkan dan ditayangkan kepada orang kampung cara-cara pemakanan yang baik, bagaimana yang boleh membawa penyakit seperti masalah HIV, H1N1, AIDS dan seumpamanya. Di tengah-tengah itu pula boleh menunjukkan dokumentari-dokumentari bersabit dengan kesihatan. Keesokan paginya, ada pemeriksaan percuma untuk orang kampung iaitu seperti dahulu pernah dibuat sekali- sekala, yang mana orang kampung diberikan perubatan percuma dengan dapat membuat blood test, pemeriksaan darah. Paling tidak darah tinggi dan seumpamanya.

Ini boleh membantu. Di celah-celah itu bolehlah tunjuk hendak tayang dokumentari 1Malaysia atau dasar Malaysia. Jadi, digabungkan serentak bagi menjimatkan kos. Ini boleh dibuat secara penyelarasan dengan pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ini satu cadangan yang saya hendak kemukakan.

Selain daripada itu, saya minta jugalah Yang Berhormat Menteri selain daripada melawat hospital-hospital besar, tolong lawat juga hospital-hospital ini, klinik-klinik desa secara mengejut. Banyak benda yang tidak cukup baik. Sekarang ini doktor tidak ada, digunakan HA. Peralatan dan kemudahan tidak mencukupi. Macam-macam. Bab kesihatan ini kalau hendak bercakap isunya cukup banyak. Cukup banyak sekali.

Selain daripada itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini Tuan Pengerusi untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada IJN (Institut Jantung Negara). Kita baca dalam akhbar dua hari baru-baru ini telah menerima anugerah menjadi salah satu IJN yang pertama di Asia melakukan pembedahan jantung secara injap iaitu tanpa pembedahan. Ini satu perkara yang cukup membanggakan dan tentulah kita rasa teruja sebagai rakyat Malaysia kerana sebagai sebuah negara yang membangun, tetapi pada hari ini kita sudah mencapai satu tahap dalam bidang perubatan.

Ini juga boleh dikatakan membawa tourism.. Jadi, apa dia?

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 5:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Health tourism. Ini boleh membantu. Jadi saya mengucapkan tahniah dan syabas. Cuma tinggal lagi saya lihat kosnya kalau hendak buat injap ini RM120,000 ke RM140,000. Jadi, ini terlalu tinggi. Tentulah tidak dapat dinikmati.

Walau bagaimanapun saya juga mengucapkan tahniah sebab Yang Berhormat Menteri ada membuat kenyataan IJN tidak akan dijual. Dahulu, sibuk kenyataan daripada Sime Darby hendak beli. Jadi, Yang Berhormat telah buat penegasan. Kita cukup mengalu-alukan dan kita ucapkan tahniah.

final • 5:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Selain daripada itu, akhir sekali saya hendak menarik perhatian akan masalah, isu yang paling besar ialah kos bayaran di hospital swasta. Ini belum lagi selesai. Di klinik-klinik ataupun hospital-hospital elit ini yang begitu tinggi sehinggakan charge untuk bilik rawatan Tuan Pengerusi, lebih mahal daripada bilik hotel. Bilik hotel tidak semahal bilik hospital.

Kemudian bil charge itu pula, serba-serbi ada. Tisu, sarung tangan, jarum, kapas korek telinga... [Ketawa] Kain, towel dan semua sekali. Jadi, berderet-deret charge sehingga kalau masuk dua atau tiga hari, beribu ringgit perlu dibayar. Nasib baik sekarang ini adanya medical insurance yang digunakan oleh sesetengah rakyat kita yang membeli insurans.

Akan tetapi berapa lama pihak insurans ini tahan. Nanti esok jadi seperti insurans kereta.

Tidak terbayar dan tidak termampu bayar.

Jadi, saya minta bagaimana perkara ini hendak ditangani kerana terlalu commercialize. Kerana terlalu memikirkan soal keuntungan sehingga perkhidmatan sosial itu diabaikan. Jadi, saya harap perkara ini dapat ditangani.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya hendak mengucapkan tahniah juga kepada Menteri Kesihatan, walaupun saya tahu beliau sekarang ini partinya menghadapi masalah.

Akan tetapi saya lihat dalam TV, Yang Berhormat ini betul-betul boleh menjadi Menteri Kesihatan. Orangnya relaks. Nampak bersahaja, tidak tension. Jadi, saya mengucapkan tahniahlah.

Tolong, harap sangat masalah kesihatan di luar bandar ini. Jangan hendak fikir masalah orang bandar sahaja. Orang luar bandar pun hendak hidup juga. Mereka pun hendak hidup panjang juga seperti orang lain. Akan tetapi saya harap tanpa hands-on tentu banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Jadi, Institut Kejururawatan dengan Hospital Pasir Mas itu tolong sematkan dalam fikiran Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bintulu.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Maksud P.42, Kementerian Kesihatan.

Tuan Pengerusi, saya mahu persoalkan di sini mengenai Butiran 010000, Butiran 040400, Butiran 00300 dan Butiran 01100. Saya memohon sekali gus mengenai perkara- perkara yang akan dibangkitkan.

Tuan Pengerusi, mengenai isu ini kita katakan untuk kebajikan kepada pesakit.

Apabila orang miskin, apabila pesakit ini daripada mana-mana kaum India, Cina Melayu, Kadazan, Iban, apabila mereka hendak meminta kebajikan, bantu. Terutama sekali masuk IJN. Berpuluh-puluh juta perlu dibayar. Kalau sampai memohon kebajikan, jabatan di sana itu kata bila memohon. Mahu ambil peluang. Memohon mungkin mengambil dua atau tiga bulan baru mendapat kelulusan. Ini Yang Berhormat Menteri, kita ada lihat perkara ini dan masalah pesakit ini. Apabila sampai dua atau tiga bulan, kadang-kadang tidak ada jawapan.

Kalau ada jawapan lebih baik lagi.

final • 5:08 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kalau kita tidak ambil perhatian atas mata dan fikiran mereka daripada rakyat, mereka bagaimana ada hati ya? Kita kerajaan selalu kata rakyat didahulukan. Rakyat pernah tanya saya, dia kata, “Yang Berhormat, kalau orang sudah hampir mati, bulan ditunggu lagi dua, tiga bulan kah?” Di sini, saya ambil peluang ini untuk meminta dan memohon jasa baik daripada Yang Berhormat Menteri mengenai polisi ataupun sistem ini, ia hendaklah dikaji semula. Kita mesti ada satu saluran yang ekspres untuk menyelesaikan apabila pesakit-pesakit minta bantuan daripada kerajaan. Baru rakyat ingat atau rasa rakyat didahulukan. Bukan kita cuma atas kertas sahaja kita kata rakyat didahulukan.

Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, isu yang saya hendak bangkit ini, ialah klinik. Pagi tadi saya sudah bantu satu klinik. Sekarang saya hendak bahas lagi. Pagi tadi sudah minta bantu satu, sekarang hendak bahas satu lagi klinik.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini Yang Berhormat Menteri sudah janji. Ini Klinik Labuang... [Disampuk] Saya hendak cakap, ini bukan Klinik Labuan, tetapi ini Klinik Labang. Klinik Labang ini sudah janji satu tahun, tetapi sehingga hari ini, apa-apa pun tiada. Cakap dalam dua, tiga bulan mesti laksanakan. Tiga bulan sudah tamat, tunggu lagi enam bulan mesti laksana. Sekarang sudah sampai satu tahun, hampir dua tahun sudah. Saya kecil hati dan kecewa sedikit. Ini masalah saya nampak jabatan Menteri, Jabatan Kesihatan Sarawak, tidak mahu ambil tahu.

Seperti tadi Yang Berhormat Pasir Mas kata, “Orang luar bandar pun hendak hidup”. Ini kawasan perlu ambil masa berjam-jam untuk sampai Bintulu. Naik bot lagi.

Bagaimana Jabatan Kesihatan di Sarawak tidak mahu ambil tahu?

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Berapa kali kita Jawatankuasa Pembangunan Bintulu...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batang Sadong bangun, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Yang Berhormat Bintulu, boleh beri peluang?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Beri saya habis dahulu.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Okey, terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Berapa kali kita bahas ataupun persoalkan dalam mesyuarat? Pegawai dari Bintulu, iaitu Pegawai Kesihatan, tidak berapa minat dan biarkan sahaja. Kita tanya sepuluh soalan, tetapi jawab satu, dua soalan sahaja. Jadi, saya ingin minta hari ini daripada Yang Berhormat Menteri, untuk memberi satu jawapan yang betul-betul boleh guna. Jangan jawapan yang tidak berguna. Tolonglah! Okey, sila.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Oleh kerana saya tahu saya tiada peluang untuk berucap selepas ini, jadi saya tumpang sedikit daripada Yang Berhormat Bintulu ini.

Sebenarnya, banyak yang hendak dibawa ke sini, Dewan yang mulia ini, tetapi apa yang boleh saya rangkumkan di sini, saya pohon dua perkara.

Pertama, saya hendak minta kementerian untuk datanglah ke kawasan untuk melihat keperluan kita di luar bandar. Tadi Yang Berhormat Bintulu pun menyentuh perkara yang sama. Dahulu saya juga menyentuh perkara yang sama, tetapi kali ini saya minta lagi.

Kita dari segi staf dan kemudahan, tidak mencukupi, dan penduduk yang perlu diberi perkhidmatan pun ramai, dan ini merangkumi keseluruhan kawasan di kawasan Batang Sadong.

Kedua, saya hendak ambil peluang ini juga, kerana yang saya tahu Hospital Simunjan, mungkin Menteri pun memang sudah mengetahui perkara ini, oleh itu saya ucapkan tahniah kepada Menteri ini. Beliau tahu apa yang berlaku di kawasan sana.

Tinggal lagi, saya hendak minta di sini supaya dipercepatkan perkara ini, kerana hospital tersebut, seperti mana yang Menteri tahu, sudah tenggelam dan tidak mencukupi untuk orang ramai. Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu kerana memberi peluang ini kepada saya. Terima kasih Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Ucapan you saya ambil masuk dalam ucapan saya. Nanti minta Yang Berhormat Menteri tolong beri jawapan.

Yang Berhormat Menteri, kita semua tahu dan banyak Ahli Parlimen kata Yang Berhormat Menteri rajin bekerja. Akan tetapi, Yang Berhormat mesti lihat apa keputusan Yang Berhormat Menteri telah buat, mestilah dilaksanakan. Kalau cakap sahaja hari-hari, jawab dalam kertas panjang lebar seperti pagi ini daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab panjang lebar, tetapi klinik saya satu tahun setengah, apa-apa pun tidak ada di sana. Hantu dan lipas-lipas sahaja yang ada di sana.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Jadi masalah ini, tadi seperti Yang Berhormat Batang Sadong kata, kurang kakitangan. Contoh seperti Bintulu, ambulan ada enam buah, tiga sudah masuk muzium, tinggal tiga sahaja. Sekarang akhir sekali, Hospital Bintulu perlu pinjam ambulan LNG. Perlu pinjam dua minggu. Ada pula yang masuk woksyop, tetapi berbulan-bulan tidak dapat keluar. Ada ambulan yang boleh bergerak, tetapi driver tiada. Bagaimana ini boleh berlaku?

Tadi saya nampak rancangan daripada pengurusan tidak berapa sesuai. Saya tidak tahu mereka tidak perasan ataupun mereka tidak lihat langsung isu-isu atas pengurusan hospital-hospital di seluruh negara? Saya fikir bukan sahaja Bintulu, ada tempat saya pergi seperti di Semenanjung, dua tiga hari saya pergi, di Pahang sana saya pergi ada satu majlis, orang pun beritahu kekurangan kakitangan. Bukan kata doktor ataupun jururawat, tetapi kakitangan biasa pun kurang. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri ambil perhatian atas isu-isu yang telah kita kemukakan.

Tuan Pengerusi, akhir sekali. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, peralatan dan kenderaan hospital ini, saya ingin sambung lagi sedikit mengenai perkara ini.

Kalau boleh, minta Yang Berhormat Menteri tambahlah ambulan di Bintulu. Mana-mana yang sudah masuk muzium itu, ambil bawa balik simpan di Putrajaya. Tidak usah simpan di belakang hospital sana. Bagi lapuk sahaja pun tidak guna juga. Bawa balik dan dijual pun lagi bagus.

Jadi masalah satu lagi, berkenaan CT Scan. Dahulu CT Scan ini di Bintulu sana, saya ada terima. Sekarang sudah hampir sepuluh tahun, dia kata spare part semua sudah tiada. Akan tetapi sehingga hari ini, rancangan bila hendak beli, bila hendak cari mana- mana outsource untuk bantu? Malam-malam jika ada emergency case, boleh buat x-ray semua. Saya nampak ini tidak diambil perhatian daripada pengurusan Hospital Bintulu ini.

Jadi, saya ingin meminta dan memohon jasa baik Yang Berhormat Menteri, tolonglah beri jawapan yang ikhlas, bila Hospital Bintulu boleh tukar CT Scan yang baru? Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri peluang kepada saya. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 5:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang berbahas Anggaran Perbelanjaan Kementerian Kesihatan sebanyak RM4.76 bilion untuk tahun 2010.

Perkara pertama yang saya hendak sentuh di bawah Butiran B.42 ialah Butiran 030400 – Rawatan Pesakit Dalam.

final • 5:19 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Tuan Pengerusi, bila kita Ahli Parlimen ke hospital kerajaan, kita dapat layanan yang baik, rawatan yang berkualiti tinggi tetapi nasib rakyat biasa jauh berbeza. Mereka menghadapi risiko mendapat rawatan yang tidak berkualiti. Umpamanya satu kes En Permaswan a/l Bellu, seorang pemotong kelapa sawit, berumur 48 tahun di Sungai Siput.

Dia pergi ke Hospital Sungai Siput pada Julai kerana sakit perut dan demam. Dia menghidap penyakit liver abscess iaitu bisul dalam hati dia. Akan tetapi malangnya doktor muda di Sungai Siput tidak kesan, tidak dapat diagnosis sampai itu abscess pecah dan dia bertambah teruk. Keluarga dia bawa dia keluar ke satu hospital swasta, nasib dapat diselamatkan tapi RM20,000 lebih dia kena bayar.

Satu lagi Puan Kaviaramal a/p Mukapiley, 74 tahun juga sakit perut masuk Hospital Sungai Siput. Dia ada sakit diverticulitis tetapi itu pun tidak dapat dikesan oleh doktor. Sampai itu pun pecah, lepas tiga hari ia pecah di Hospital Sungai Siput, dia pergi ke Hospital Ipoh buat pembedahan di ICU selama 10 hari tetapi meninggal.

Satu lagi kes Puan Chau Chu May, 44 tahun, menghidap sakit tibi, diberi ubat di kadar yang terlalu tinggi, dos yang terlalu tinggi sampai jadi buta. Jadi ini bukan terpencil, ini sedang berlaku, bukan semua kes. Puncanya ialah beban kerja yang tinggi dan kedua ialah kekurangan doktor-doktor pakar di hospital kerajaan. Bila doktor pakar berkurangan, doktor pelatih doktor muda tiada bimbingan yang mencukupi. Jadi inilah masalahnya.

final • 5:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Jadi adakah Kementerian Kesihatan mengaku bahawa kekurangan doktor pakar adalah cabaran yang terbesar yang dihadapi oleh kita ini dalam kerajaan? Do we accept that or not? Jika kita terima hakikat itu, apakah cadangan kita untuk menghadapinya?

Saya akan beralih kepada Butiran 010400 - Perancangan Tenaga Manusia...

final • 5:20 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Minta jalan sedikit Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Siapa?

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tuaran Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Yang Berhormat Tuaran. Okey sikit.

final • 5:20 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih. Oleh kerana mungkin masa untuk berbahas ini tiada, izinkanlah. Ini perkara yang sama Yang Berhormat, ini Butiran 00400 berkaitan dengan soal ketiadaan doktor pakar ini. Terkilan saya di kawasan sendiri Yang Berhormat. Nama hospital ini, Hospital Tuaran tetapi hospital ini hanya mempunyai enam katil untuk alternatif bersalin dan tiga lagi untuk kecemasan, tidak ada pakar. Hospital ini pernah naik statusnya jadi hospital. Tahun 1999 diturunkan balik sebagai klinik. Rancangan Malaysia Kesembilan naik sebagai hospital. Pada Disember 2007, Perdana Menteri selaku Timbalan Perdana Menteri datang ke Tuaran, dia mengumumkan peruntukan sebanyak RM120 juta dan saya difahamkan bahawa sekarang ini hanya RM65 juta diperuntukkan dan hanya peruntukan 50-65 van, tidak ada pakar.

Tuaran ini di tengah-tengah. Apabila ada kemalangan di Tawau-Sandakan, inilah hospital inverted comma ini yang berdepan dan terpaksa semua patient ke Kota Kinabalu.

Jadi rakyat merana. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan hospital ini ditangguhkan lagi balik, from RM120 million promised by the Prime Minister and now it is only RM65 million. Saya mintalah. Kalau boleh Yang Berhormat, saya print hujah saya ini dan saya sampaikan. Sekali lagi saya bersetujulah dengan Yang Berhormat, ini we only know, we are in the ground, the effect of non availability of specialist. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Sama-sama Yang Berhormat Tuaran.

Ada beberapa pihak termasuk MMA atau Malaysian Medical Association yang mengesyorkan satu suruhanjaya perkhidmatan berasingan, yang khas untuk kakitangan kesihatan supaya mengurangkan penghijrahan doktor pakar dan staf mahir yang lain daripada kerajaan kepada sektor swasta. Saya ingin tanya kepada Menteri Kesihatan, adakah syor ini untuk adakan satu suruhanjaya baru untuk Kementerian Kesihatan ini?

Adakah ini dikaji untuk memastikan bagaimana ia ini boleh dilaksanakan dan apakah tahap kejadian ini? Saya rasa ini perlu ditengok secara holistik, apakah cara dia? Macam di IJN, sistem gaji di IJN adalah lebih baik daripada sistem gaji dalam Kementerian Kesihatan.

Ketirisan IJN, penghijrahan keluar daripada IJN jauh kurang daripada hospital kerajaan.

Ini kita perlu tengok, bolehkah kita bentuk satu commission yang baru untuk keep our people ni? Saya harap ini dijawab.

Sekarang saya hendak sentuh dua Butiran 032200 di mana RM837 juta diperuntukkan untuk farmasi dan bekalan dan juga Butiran 080200 di mana RM390 juta juga diperuntukkan untuk pembekalan perubatan di bawah dasar baru. Saya mahu tanya kenapa bekalan ubati ini disenaraikan dalam dua butiran macam ini, apakah sebabnya?

Saya juga ingin tanya, adakah pernah Kementerian Kesihatan melaksanakan satu analisa apakah kos untuk membeli ubat jika diberi terus oleh kementerian dan bukan pihak ketiga macam Pharmaniaga.

Ini kerana ada beberapa pihak termasuk Persatuan Pengguna CAP (Consumer Health Initiative) yang telah mendakwa bahawa kos bekalan ubat telah berlipat ganda tiga kali selepas ianya diswastakan kepada remedy pada masa itu pada 1993. Fakta ini disebut juga dalam laporan perundingan khas daripada Australia, Encik Carl Carol pada tahun 2007. Dia telah kaji di Kementerian Kesihatan, dia menyatakan 3.2 times lebih kos perubatan. Jika dakwaan ini betul, jika pembekalan ubat melalui syarikat swasta seperti Pharmaniaga sendang meningkatkan kos, kenapa kita mahu teruskan dengan sistem ini?

final • 5:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya difahamkan konsesi untuk Pharmaniaga akan habis tahun ini, what is the decision sekarang? Adakah kita hendak sambung tempoh lagi kah? Peruntukan kesihatan harus dipakai untuk rakyat kita, bukan untuk memperkayakan syarikat kecil. Ini sangat penting. Pharmaniaga sudah mendapat untung lumayan untuk 15 tahun. Sekarang dia harus berdikari, tidak perlu kita bagi lagi kepada dia sepuluh tahun lagi. Use for the people, we do not have excess.

Satu lagi saya hendak bawa Skim FPP iaitu Full Paying Scheme yang sedang dilaksanakan di Hospital Selayang, Hospital Putrajaya sebagai projek perintis. Ini di bawah Butiran 040300. Saya telah bawa isu ini dan kesan buruknya dalam perbahasan belanjawan tahun lalu. One year ago dan pada masa itu Menteri telah menjawab, okey saya baca, “sudah sampai satu tahun sekarang dan kita memang dalam kajian semula program ini untuk melihat satu program yang viable. Saya akan beri maklumat terperinci kepada Yang Berhormat selepas kajian ini dijalankan dan akan beritahu Dewan yang mulia ini” Ini disebut oleh Menteri pada 1st December 2008, one year ago. Akan tetapi sampai sekarang saya belum tahu keputusan kajian terhadap kesan skim FPP ini atas prestasi doktor-doktor pakar.

Saya telah dapat satu jawapan daripada kementerian dalam satu soalan, 3hb Disember 2009 iaitu jawapan bertulis. Dikatakan hasil kajian pelaksanaan Skim FPP di Hospital Selayang, adalah menggalakkan di mana kedua-dua pihak yang ditemu duga pakar perubatan dan pesakit yang memilih skim FPP ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang dijalankan. Akan tetapi, Tuan Pengerusi, ini tidak masuk akal kerana kita buat temu duga atas dua pihak yang untung daripada skim. Kenapa pakar-pakar yang tidak ambil bahagian dalam skim tetapi terpaksa memikul beban, patient load kerana doktor yang lain ambil bahagian, kenapa mereka tidak ditemu duga? Kenapa doktor-doktor pelatih yang hilang bimbingan daripada doktor yang masuk dalam skim ini tidak ditemu bual? Kenapa pesakit-pesakit di wad biasa tidak ditemu bual?

final • 5:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Ini bukan survey yang profesional atau telus. This is just a survey. It is one sided dan juga dalam jawapan yang sama dikatakan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil keputusan untuk meluaskan skim secara berperingkat-peringkat ke empat lagi buah hospital. This is not fair. You are not being professional. You are not being clear. Satu- satu kajian harus lihat semua peringkat. Pesakit dalam wad tiga, doktor – doktor pelatih, dan pakar-pakar yang tidak ambil bahagian. Selepas itu, you katakan is a good scheme, okey. Akan tetapi ini, this is a one sided survey. It is not at all dan saya katakan ada ramai orang Malaysia, rakyat kita akan marah kerana ini pemecahan amanah. Apa yang kita perlukan ialah satu suruhanjaya perkhidmatan yang khas. Beri mereka gaji yang lebih tetapi jangan buat skim-skim seperti ini...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 5:30 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

...yang akan tukar interest dia kepada pesakit swasta di hospital awam.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang berhormat.

final • 5:30 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Okey, saya berhenti sekarang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tenggara.

final • 5:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa perkara yang saya hendak bawa yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. Terlebih dahulu saya ingin menyokong tentang perkara yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Putatan sebentar tadi tentang Dr. Sukumar ini. Saya harap Menteri berikan perhatianlah kerana memang betul apabila saya sakit, bukan sahaja dia telefon, tanya khabar saya, malah dia hantar ubat kepada saya sekali... [Dewan riuh][Tepuk]

final • 5:31 PM

Seorang Ahli

Orang lain tidak dapat.

final • 5:31 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Dia hantar ubat kepada yang lain juga bukan kepada saya hanya kerana saya seorang wanita. Maknanya ini seorang doktor yang baik. Jadi doktor yang baik seperti ini perlu dipertahankan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, yang hantar ubat itu sampingan. Akan tetapi dia tidak dinaikkan pangkat selama berbelas tahun itu yang penting Yang berhormat.

final • 5:31 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Okey, yang paling penting Tuan Pengerusi apabila kita kata melihat kepada kebajikan dan memperjuangkan haknya, letakkan dia pada tempat yang sebaik mungkin. Jikalau perlu dinaikkan pangkat, naikkan pangkatnya. Doktor seperti ini yang diperlukan oleh rakyat Yang Berhormat Menteri.

final • 5:31 PM

Seorang Ahli

Servis 14 tahun tidak naik.

final • 5:31 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Servis 14 tahun “berkaghah” tidak naik.

Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh kepada perkara Butiran 080400 – Perluasan Program Kesihatan Awam. Saya hendak tahu adakah program kesihatan awam ini telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya? Bagaimanakah agaknya kementerian menilai kejayaan program-program kesihatan awam yang telah pun dilaksanakan oleh pihak kementerian? Ini kerana Yang berhormat Menteri saya perhatikan promosi dibuat dalam menentukan maklumat tentang kesihatan ini disampai kepada masyarakat teramai.

Akan tetapi penyakit-penyakit akibat daripada gaya hidup yang tidak sihat semakin berleluasa. Sebagai contoh diabetes sahaja.

Di Johor, Yang Berhormat Menteri, contohnya kehadiran pesakit diabetes di hospital kerajaan yang ada di Johor adalah seramai 249,656 orang dan pesakit diabetes baru ialah 4830 orang. Jadi saya hendak tahu setakat manakah program promosi kesihatan awam ini dapat merubah penukaran sikap ke arah mencapai taraf kesihatan yang baik seperti mana yang diiltizamkan oleh pihak kementerian?

Perkara kedua ialah Butiran 00400 – Hospital Baru. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Menteri kerana di atas keprihatinan Yang Berhormat Menteri maka akhirnya hospital Kluang yang baru dapat diteruskan pembinaannya. Peruntukan RM380.8 juta telah pun diperuntukkan. Tarikh mula projek 3 September 2007. Tarikh siap sepatutnya dalam tempoh 33 bulan adalah 3 September 2010. Status projek terkini Yang Berhormat Menteri 41 peratus sudah terlampau lewat.

Sepatutnya ikut jadual ialah 85 peratus, lewat 44 peratus iaitu lewat selama 448 hari.

Jadi saya hendak tahu apakah masalah sebenarnya Hospital Kluang ini sehingga terlewat 44 peratus selama 448 hari ini Yang Berhormat Menteri? Ini kerana rakyat yang ada di daerah Kluang sudah tunggu lama hospital ini. Mereka sudah nampak structure bangunan itu naik tetapi tergendala dan ini bukan kali pertama hospital ini tergendala. Saya difahamkan juga yang pihak kementerian sedang memantau setiap minggu untuk tentukan kontraktor ini capai kemajuan 10 peratus bagi tiap bulan.

Saya hendak tahu juga apakah tindakan yang akan diambil dan tidak mungkinlah kementerian hendak jadi mandur memantau kontraktornya tiap-tiap bulan Yang Berhormat Menteri? Jadi kita hendak tahu setakat mana untuk tentukan yang hospital ini akan dapat dibina dan akan dapat diguna oleh rakyat yang ada di daerah Kluang ini.

Menyentuh Butiran 030000 – Perubatan. Saya ucapkan terima kasih di atas bantuan Yang Berhormat Menteri untuk Hospital Daerah Kota Tinggi. Banyak bantuan yang telah pun disalurkan oleh Yang Berhormat Menteri kepada Hospital Daerah Kota Tinggi.

Hospital Kota Tinggi ini dibina pada tahun 1913 dan rakyatnya ada 237,600 orang. Setakat ini banyak bangunan-bangunan tambahan yang telah pun dibina.

final • 5:31 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri walaupun kemudahan-kemudahan dan bangunan-bangunan tambahan dapat dibina oleh Yang Berhormat Menteri tetapi hospital ini masih lagi mendapat rujukan daripada Hospital Sultan Ismail dan juga Hospital Sultanah Aminah yang terletak kira-kira 30 kilometer dan 40 kilometer daripada Hospital Kota Tinggi. Pesakit kronik bertambah. Tuntutan rawatan kepakaran daripada pesakit amat tinggi. saya mohon sekali lagi daripada Yang Berhormat Menteri supaya menyediakan rawatan kepakaran kepada Hospital Kota Tinggi ini.

Menyentuh kepada Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri di atas keprihatinan terutama kepada masyarakat yang ada di kawasan luar bandar. Saya mohon untuk Bajet 2010 ini Yang Berhormat Menteri supaya tolonglah dan gantikanlah semua klinik-klinik desa bangunan kayu yang ada ini Yang Berhormat Menteri.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Saya ada beberapa bangunan klinik-klinik desa yang sudah pun berusia lebih daripada 34 tahun. Ia sudah terlalu uzur dan tidak ekonomik untuk di baik pulih. Jadi saya harap supaya dapat dimasukkan dalam perancangan bagi bajet tahun 2010 ini untuk menyediakan satu suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif kepada anggota kesihatan dan juga untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada pesakit-pesakit.

Mohon perhatian daripada Yang Berhormat Menteri untuk Klinik Desa Petri Jaya, Klinik Desa Felda Pasir Raja, Klinik Desa Kampung Semangar, dan juga Klinik Desa Felda Bukit Ramun.

Selain daripada itu Yang Berhormat Menteri, untuk klinik kesihatan, bagi meningkatkan taraf perkhidmatan dan penjagaan kesihatan yang lebih komprehensif kepada rakyat, saya mohon supaya dua KK3 dengan kuarters dapat dimasukkan dalam cadangan pembinaan klinik desa yang baru bagi tahun 2010 terutama KK3 dan kuarters di Bandar Kota Tinggi. KK3 dan kuarters di Taman Saujana, dan KK3 dan kuarters di Bandar Tenggara, dan juga KK3 dan kuarters di Felda Bukit Besar. Itu sahaja dan saya ucapkan terima kasih.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Menteri. Sebentar tadi ada persetujuan mengenai dengan pendidikan. Sekarang ‘ngam’ saya masuk... Perkataan ‘ngam’ yang ini parliamentarian bukan yang seperti Yang Berhormat Ranau punya. Tepat saya masuk Ahli Yang Berhormat ke-12. Jadi saya bercakap, Yang Berhormat Menteri menjawab. Sebentar tadi ada persetujuan di antara parliamentarian. Jadi jikalau saya tidak berbuat begitu, masa kita tidak hormati, is it? Jadi lain kali siapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang bercakap ingat kepada teman yang mahu bercakap. Jangan kita bercakap adil tetapi kita sendiri tidak buat.

Jadi saya sekarang bersikap adil dan berpegang kepada persefahaman dan perjanjian, Yang Berhormat Bukit Mertajam. So, lain kali kamu ingat. So, Yang Berhormat Menteri, enam-enam dan janganlah pula Yang Berhormat Menteri menjawab terlalu panjang lebar juga because saya ada satu kementerian lagi until 10.30 pm I am sitting tonight.

final • 5:31 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Okey terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin menjawab dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun dapat mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa.

final • 5:38 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Permatang Pauh telah membangkitkan isu berhubung dengan wabak denggi dalam negara kita di mana khuatirnya bilangan kes yang dimaklumkan ini tidak memberikan gambaran yang sebenarnya. Saya ingin menyatakan di sini bahawa untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, diagnosis kes-kes denggi yang dibuat adalah berdasarkan kriteria klinikal yang telah ditetapkan iaitu seseorang yang mengalami demam.

Sekurang-kurangnya ada tanda-tanda lain seperti sakit, sakit sendi, biji mata, pendarahan dalaman dan sebagainya dan akan diklasifikasikan sebagai kes denggi. Tidak mungkin civillians kita akan memberi angka-angka yang tidak betul

final • 5:40 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Oleh itu saya hendak tegaskan di sini bahawa angka-angka itu yang diberikan pada tahun lalu adalah 49,000 kes dan sehingga hari ini bilangan kes lebih kurang 35,000 kes.

Oleh itu adalah penting kita memberi gambaran yang sebenarnya untuk membolehkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil tindakan tegas dan memastikan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga berhubung dengan wabak denggi yang melanda terutama sekali dalam musim tengkujuh ia akan meningkat pada masa sekarang sehingga Januari tahun hadapan. Ya, Yang Berhormat Gopeng.

final • 5:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih. Soal penyakit denggi ini, sedar atau tidak Yang Berhormat Menteri bahawa ada kala apabila kita hendak membuat ratifikasi berkenaan dengan denggi, tanpa keputusan muktamad denggi IgM, sering kali pegawai kesihatan yang berkenaan tidak membuat siasatan ataupun lawatan susulan terhadap pesakit tersebut. Ini saya bercakap dari segi pengalaman saya sendiri apabila denggi IgM itu tidak menunjukkan positif. Jadi tidak ada tindakan daripada pegawai kesihatan. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat teliti dalam hal ini. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Memang kita juga memerlukan respons dan juga maklum balas daripada orang ramai dan kita telah pun memberikan garis panduan kepada semua klinik-klinik untuk memastikan sekiranya ada kes denggi ini perlu laporkan kepada Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.

Berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Permatang Pauh berhubung dengan isu pembangunan Hospital Seberang Jaya yang telah pun lama, yang sesak dan tidak mendapat penambahbaikan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil berat tentang perkembangan semua hospital termasuk juga Hospital Seberang Jaya. Ini adalah kerana penambahan perkhidmatan kepakaran juga semakin meningkat di Hospital Seberang Jaya dan bilangan pesakit juga telah meningkatkan di Hospital Seberang Jaya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh, bagi tujuan meningkatkan perkhidmatan di Hospital Seberang Jaya, kemudahan CT Scan 64 slice telah pun dipasang dan berfungsi. Tambahan pula pada tahun ini hingga awal tahun 2010, peruntukan sebanyak RM10 juta telah diluluskan bagi menaik taraf kemudahan dewan bedah di Hospital Seberang Jaya.

Saya ingin menegaskan di sini memang ada rancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan akan bawa masuk ke Rancangan Malaysia Ke-10 untuk membina wad baru iaitu bangunan baru di Hospital Seberang Jaya. Berhubung dengan...

final • 5:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Penjelasan.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tuaran.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya.

final • 5:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, tadi sebenarnya saya ingin membahaskan tetapi kerana masa tidak mengizinkan, izinkan saya untuk menyampaikan oleh kerana saya telah diminta oleh penduduk tempatan di tempat saya. Ini secara ringkas Yang Berhormat, tadi saya sentuh dalam perkara mengenai permohonan hospital ini. Saya sentuh tadi mengenai secara ringkas tentang Tuaran ini. Saya ingin mengulangi bahawa pengumuman telah dibuat tahun lepas atau tahun 2007, sebanyak RM120 juta. Jadi sekarang ini saya difahamkan RM120 juta, RM50 juta dalam RMK-9 dan RM70 juta RMK-10.

Akan tetapi saya difahamkan bahawa pembinaan ini lambat lagi kerana dalam seksyen, jabatan pembangunan kementerian. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, hospital ini tidak ada bed, di Hospital Tuaran. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri tolong, sebab saya dipesan bertalu-talu, e-mel dan sebagainya kerana Hospital Tuaran ini tidak mempunyai bed. Enam bed untuk Alternative Birth Centre sama tiga kecemasan.

final • 5:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Semua pesakit di Tuaran ini yang mempunyai penduduk 120,000 semuanya dihantar ke Hospital Kota Kinabalu. Jadi minta tolong Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih, saya sendiri pun telah membuat lawatan ke hospital tersebut dan telah pun mengambil tindakan sendiri untuk memastikan bahawa hospital tersebut dibina mengikut perancangan. Buat masa ini kita merasakan bahawa peruntukan lebih kurang RM60 juta itu cukup untuk membina, memastikan, memperluaskan perkhidmatan di Hospital Tuaran. Sekiranya perlu, kita akan membuat tambahan pada Rancangan Malaysia Ke-10 seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi.

final • 5:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang penting sekarang, hospital ini telah pun kita pastikan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dahulu.

final • 5:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Permatang Pauh berhubung dengan kes A. Kugan dan kes Teoh Beng Hock, adalah suka cita saya menyatakan di sini bahawa pakar-pakar kita menjalankan kerja-kerja dengan penuh profesional. Tidak ada mana-mana pihak untuk membelakangkan ataupun memutarbelitkan fakta yang ada. Berhubung dengan penambahan peruntukan untuk Kementerian Kesihatan, suka cita dinyatakan di sini bahawa kerajaan komited dalam pemberian peruntukan walaupun peruntukan tahun hadapan, 2010 peruntukan kebanyakannya berkurangan tetapi bagi perkhidmatan kesihatan dari segi pembangunannya akan masih lagi kita tambah dan dari segi peratus KDNK seluruh negara lebih kurang dalam 4.5 peratus KDNK.

Berhubung dengan Yang Berhormat Maran yang telah pun menyatakan dengan panjang lebar berhubung dengan keperluan hospital di Maran, suka cita saya nyatakan di sini bahawa Kementerian Kesihatan telah pun membuat perancangan untuk mengadakan Hospital Maran tetapi ia adalah dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Memang kita sedar bahawa kita tidak mempunyai hospital, kebanyakan daerah di Pahang ada hospital daerah dan di daerah Maran kita akan membangunkan Hospital Maran dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Berhubung dengan post-mortem yang dinyatakan, boleh atau tidak ia dibuat di klinik? Saya hendak memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa kita boleh memberi pelbagai kemudahan dan peralatan tetapi masalahnya kita kekurangan pakar forensik dan juga pakar bedah ini. Di seluruh negara we are very short segi pakar bedah ini dan oleh itu masalah sekarang adalah kerana kekurangan kakitangan dan bukannya dari segi kelengkapan atau pun kemudahan. Oleh itu hanya di hospital-hospital besar sahaja yang mempunyai pakar-pakar untuk menjalankan pakar bedah tersebut.

Berhubung dengan ambulans, memang ia adalah satu masalah yang besar bagi Kementerian Kesihatan kerana kekurangan ambulans telah menjadi satu masalah dan kita dalam Rancangan Malaysia Ke-9 ini kita telah pun menambah lebih kurang 400 lagi unit ambulans. Ini memang tidak memadai keperluan Kementerian Kesihatan yang memerlukan lebih kurang lagi tambahan sekurang-kurangnya 1,000 lagi unit ambulans untuk keperluan dalam jangka masa pendek ini. Oleh itu Kementerian Kesihatan akan merancang untuk meningkatkan lagi dengan meminta peruntukan tambahan bagi menambahkan lagi bilangan ambulan di dalam negara kita.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minta penjelasan Menteri berkaitan ambulan.

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya.

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hendak memohon penjelasan secara ringkas.

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Maklumat yang kita dengar bahawa perkhidmatan ambulan ini ada ura-ura untuk diswastakan kepada suatu pihak yang akan menguruskan urusan pembawaan pesakit dari pelbagai tempat ke hospital diuruskan oleh sebuah syarikat swasta.

Saya rasa masalah yang disebut Menteri tadi mengenai kekurangan ambulan boleh ditangani dengan menambah ambulan. Tidak semestinya penswastaan ambulan ini akan meningkatkan mutunya, malah ia akan meningkatkan kos kepada pesakit.

Kemungkinan ada kes-kes yang terpaksa menjelaskan bahawa mereka mampu bayar sebelum dibawa ke hospital oleh ambulan yang datang untuk memberikan khidmat apabila dihubungi melalui telefon. Jadi, soalan saya apakah benar perkhidmatan ambulan Kementerian Kesihatan akan diswastakan atau tidak? Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tuan Pengerusi, Kementerian Kesihatan dalam peringkat perancangan dan juga perbincangan untuk melihat satu model perkhidmatan ambulan iaitu pre hospital yang lebih baik untuk rakyat di negara kita. Memang kita menerima beberapa cadangan untuk menswastakan perkhidmatan ini tetapi ini semua adalah dalam peringkat perancangan dan perbincangan sahaja. Belum lagi ada kata putus dari segi perkhidmatan penswastaan pre hospital service ini.

Akan tetapi, kita hendak memberi jaminan sekiranya ada apa-apa perancangan untuk menswastakan perkhidmatan ini memang ia adalah untuk kemudahan dan kebaikan rakyat di mana tidak akan membebankan rakyat. Menurut apa yang diperkatakan sama ada akan beri bayaran dulu baru boleh bawa pesakit, itu semua akan diteliti sebelum kita memberi perkhidmatan ini kepada pihak swasta.

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sedikit lagi penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Memanglah dalam semua bentuk penswastaan sebelum ini dalam perkhidmatan perubatan, penyediaan ubat, pembersihan, engineering dan sebagainya, janjinya ialah ia tidak akan membebankan para pengguna. Itu adalah satu janji atau piawaian standard yang biasa kita dengar. Akan tetapi, akhirnya nanti apabila ia dilaksanakan kita akan melihat ambulan itu sendiri di mana sekarang ini ambulan itu sendiri datang daripada hospital apabila mengambil pesakit, ada jururawat atau pihak doktor yang mengiringi.

Ertinya ada kepakaran yang mencukupi. Jadi, jikalau diswastakan, apakah pula kakitangan kita di hospital itu akan mengikut swasta atau syarikat swasta menyediakannya sendiri? Apa yang menjadi tanda tanya saya Yang Berhormat Menteri, minta maaf dengan izin I hope I’m wrong. Katanya urusan hendak menswastakan ambulan ini ada kaitan dengan minat orang tertentu di Kementerian Kesihatan yang tidak lama lagi akan pencen di mana ini mungkin sebagai janji untuk selepas perkhidmatan di dalam Kementerian Kesihatan. Jikalau ini benar saya rasa ini tidak wajar. Jadi, saya harap saya salah. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Memang tidak benarlah kerana kita memang dalam hanya peringkat perancangan sahaja dan belum pun sampai ke peringkat EPU ataupun ke kabinet. Belum ada dan masih lagi di peringkat awal.

Untuk makluman Yang Berhormat Maran, apa yang saya telah katakan tadi berhubung dengan post mortem iaitu kita di seluruh negara hanya ada lebih kurang 22 post mortem forensic specialist, pakar forensik sektor awam hanya ada 22 orang. Sememang ini memberi kesulitan kepada kita untuk memberi perkhidmatan post mortem yang menyeluruh dan secepat mungkin. Walau bagaimanapun kita akan terus memastikan bahawa perkhidmatan ini akan dapat terus dipertingkatkan.

Berhubung dengan Yang Berhormat Titiwangsa yang telah pun menyatakan mengenai kes di Hospital Klang. Saya ingin menyatakan di sini bahawa apa juga laporan yang diberi oleh Hospital Klang itu ia bukan satu rahsia, tetapi bagi Kementerian Kesihatan, sekiranya ada aduan kita akan mewujudkan satu pasukan daripada Kementerian Kesihatan di peringkat Ibu pejabat dan hantar pasukan itu untuk membuat satu siasatan independent bagi memastikan bahawa tidak ada berat sebelah kepada mana-mana pihak dan tindakan tatatertib akan diambil kepada mana-mana pihak terutama sekali kepada pegawai-pegawai perubatan yang cuai serta tindakan mahkamah boleh juga diambil oleh pihak pengadu.

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan kes-kes seperti ini diambil tindakan yang sewajarnya.

Berhubung dengan wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang yang sesak, saya memang setuju bahawa saya telah membuat lawatan ke Hospital Klang dan melihat dengan kepala mata saya sendiri. Saya mendapati bahawa hospital ini memang sepatutnya di dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan telah pun ada rancangan untuk membina hospital baru di kawasan Klang. Selepas itu ada masalah teknikal dan sehingga sekarang kita telah pun membuat keputusan untuk membina sebuah lagi the mother and child ward baru di Hospital Klang. Diharap dengan adanya pembinaan wad baru ini kita akan memberi keselesaan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit di hospital tersebut.

Bagi pesakit-pesakit bukan warganegara Malaysia, kita memang memberi rawatan kepada mereka tetapi dengan caj yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk tempatan.

Saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Kesihatan telah pun bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk menggariskan satu lagi skim bagi membolehkan hospital mendapatkan insurans daripada pesakit-pesakit luar negara ini. Ini kerana dengan sebegini kita lebih mudah untuk mendapatkan bayaran.

Buat masa ini ramai pesakit warganegara luar tidak membayar kepada hospital dan tunggakan ini berjuta-juta ringgit. Satu tahun lebih kurang its comes about RM8 million yang tidak dibayar oleh pesakit-pesakit daripada luar negara ini. Oleh itu kita akan mengambil tindakan keras untuk memastikan bahawa kita dapat bayaran dengan segera daripada warganegara luar ini.

final • 5:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Minta mencelah Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri, saya cuma ingin bertanya tadi Menteri menyebut bahawa wad tambahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Bilakah agaknya wad-wad ini akan dibina dan berapa katil kesemua sebenarnya kalau boleh saya tahu?

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ia melebihi 100 katil dan memang ia di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Kita akan memberi tender dengan secepat mungkin.

Memang telah pun dalam perancangan kita. It’s on RMK-9 dan kita yakin ia akan disiapkan dengan secepat mungkin. Memang pada awal tahun Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ya sila.

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Berkenaan dengan wad baru ini, saya mengambil peluang untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi.

Adakah Menteri sedar bahawa sebuah wad atau beberapa buah wad O&G perbidanan dan sakit puan retak dan pesakit-pesakitnya tidak boleh dimasukkan ke dalam wad berkenaan, tetapi dipindahkan ke hospital-hospital di sekelilingnya?

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya tidak menyebut Hospital Klang, tetapi Hospital Kuala Krai yang dalam dua minggu ini ada keretakan, pesakit tidak boleh masuk, dipindahkan ke Tanah Merah, ke Kota Bharu. Adakah kementerian sedar dan akan mengambil langkah segera? Ini kerana ia suatu perkara yang kritikal bagi penduduk Kuala Krai. Hospital baru tidak dapat, tidak mengapalah RMK-10.

Akan tetapi, hospital yang ada itu, yang sudah tua itu, retak seperti Kota Kinabalu, saya risau begitu, dikosongkan. Hari ini tidak boleh ambil patient ke situ. Adakah Menteri sedar dan ambil tindakan selanjutnya?

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya sedar tentang Hospital Kuala Krai memang yang lama sudah dan kita memang ada perancangan adakan hospital baru di Kuala Krai. Tanah pun sudah beli dan memang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, kita memang akan dahulukan, yang dijanjikan itu kita akan dahulukan walaupun kawasan pembangkang, tidak mengapa... [Ketawa] Kita...

final • 6:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

...Yang baru ini. Baru seminggu ini.

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, ya, yang retak?

final • 6:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Retak ini. Pesakit sudah tidak boleh masuk ke wad O&G. Jadi, ini menyusahkan penduduk Kuala Krai kena pergi Kota Bharu untuk masuk.

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya. Kita sekarang telah arahkan pihak engineering kita melihat strukturnya dalam keadaan selamat dan kita akan berpindah balik semulalah.

Memang dalam pengubahsuaian pihak engineering Kementerian Kesihatan.

Saya ingin jawab daripada Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol telah pun berbincang berhubung dengan masalah kekurangan tenaga dalam negara kita, kekurangan tenaga pegawai perubatan dan juga tenaga sokongan.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, pegawai perubatan di negara kita, pengisiannya dalam hospital lebih kurang 15,446 orang daripada jawatan yang ada sekarang ialah 24,241 iaitu lebih kurang the latest figure. Your figure maybe is last year.

The latest figure is 63 peratus capacity bagi pegawai-pegawai perubatan dalam negara kita.

Bagi jururawat, kita ada 39,213 orang daripada jawatan yang ada sekarang 44,897 iaitu lebih kurang 87.3 peratus kapasiti yang diisi.

Saya sedar tentang masalah kekurangan tenaga kerja dalam Kementerian Kesihatan. Memang ini merupakan satu masalah yang paling besar yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan kerana tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Ini adalah kerana kita mempunyai satu sistem perkhidmatan kesihatan dan dikotomi iaitu perkhidmatan kesihatan awam dan juga kesihatan swasta. Ramai daripada doktor-doktor kita selepas tamat perkhidmatan, mereka akan pergi masuk - tiap-tiap tahun lebih kurang 300 to 400 doctors will leave the government service untuk berhijrah ke pihak swasta.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Kekurangan doktor bagi pihak kerajaan, telah pun kita mengambil pelbagai langkah untuk menangani masalah kekurangan doktor ini dan sering telah pun dilaporkan kepada Dewan yang mulia ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, buat masa ini untuk menangani kekurangan doktor ini, kita telah pun mengambil doktor-doktor kontrak daripada luar negara dan juga doktor kontrak dalam negara kita. Kita juga membolehkan doktor di pihak swasta untuk berhijrah berkhidmat dengan perkhidmatan awam, melonggarkan syarat-syaratnya untuk membolehkan doktor-doktor di swasta berkhidmat di hospital kerajaan. Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Menteri kata bahawa kita ada kekurangan kakitangan di kalangan medical support staff. Namun, saya dimaklumkan bahawa di Kuching, pharmacist ada kelebihan dan mereka yang balik daripada luar negeri yang hendak menjadi professional pharmacist, mereka diwajibkan untuk berkhidmat dengan hospital awam sepanjang tiga tahun.

Akan tetapi sekarang masalahnya adalah beberapa orang yang balik daripada luar negeri, mereka sudah qualified as pharmacist, tetapi semasa mereka pergi ke hospital awam di Kuching atau Sarawak, mereka diberitahu bahawa tiada tempat kosong. Oleh itu, mereka terpaksa tunggu tiga bulan, enam bulan, sehingga ada kekosongan tempat kosong di hospital awam dan barulah mereka boleh diterima sebagai pharmacist di hospital awam untuk berkhidmat.

Sepanjang masa mereka tunggu untuk diterima masuk ke hospital awam, mereka menganggur. Tidak dapat buat apa-apa. Sedarkah Yang Berhormat Menteri tentang masalah ini? Memang ia berlaku kerana saya ada terima satu aduan dan apakah cadangan Yang Berhormat Menteri untuk menyelesaikan masalah ini?

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.

Memang saya sedar dengan masalah pharmacist yang telah pun ada bertambah dalam perkhidmatan.

final • 6:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Is it the same pharmacist issue? Saya jawab dahulu pharmacist ya. Berhubung dengan pharmacist ini, saya setuju memang ada bilangannya telah meningkat di perkhidmatan di hospital-hospital. Saya telah mengarahkan untuk kajian dibuat kerana saya dapat lihat perkhidmatan tiga tahun ini terlalu lama. We may even now to reduce to two years. Memang dalam kajian untuk membolehkan pharmacist apabila setelah berkhidmat dengan kerajaan, boleh berkhidmat di pihak swasta. Maka, kita akan memberi lebih banyak lagi kekosongan kepada pharmacist berkhidmat di hospital-hospital kerajaan.

final • 6:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya. Masa menunggu enam bulan itu kita akan singkatkan.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Just to know berapa lama itu kajian akan di...

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

...Ini memang kita boleh buat...

final • 6:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...So that I can tell the complainants.

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

...Dengan kadar secepat mungkin kerana memang ini adalah satu dasar yang penting, bukan tidak memerlukan...

final • 6:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, tetapi mereka sekarang, itu profesional yang menganggur disebabkan oleh polisi kerajaan yang did not keep up to date.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri mempercepatkan?

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya. Saya memang telah pun mendapat maklum tentang masalah ini dan tindakan sedang dibuat. Ya, please Yang Berhormat Gopeng here.

final • 6:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan ini memang masalah yang lama dan setakat ini tidak dapat diselesaikan. Seperti mana yang dicadangkan Yang Berhormat Sungai Siput tadi itu, bagaimana suruhanjaya khas untuk doktor-doktor supaya ganjaran yang diberikan kepada doktor lebih menepati hasrat mereka. Bukan semua doktor yang berhijrah ke swasta adalah kerana kewangan, tetapi ada faktor-faktor yang lain dan ada ramai antara pakar-pakar yang tetap dengan kerajaan oleh sebab faktor-faktor yang tersendiri.

Jadi, saya rasa Suruhanjaya Perkhidmatan Khas ini adalah penting supaya kita boleh selesaikan masalah ini ataupun kemungkinan kementerian boleh mempertimbangkan kalau tidak Suruhanjaya Perkhidmatan Khas, satu task force. Ini task force yang khas untuk selesaikan masalah ini sekali gus. Kalau 52 tahun kita tidak selesaikan, harap dalam jangka masa dua tiga tahun atau lima tahun ini kita ada satu roadmap, mungkin dalam lima tahun yang akan datang, kita akan tetapkan ini sebagai satu KPI untuk kementerian. Sekian.

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Memang ini merupakan satu masalah pokok bagi Kementerian Kesihatan dan kita telah pun mempunyai perancangan yang lebih komprehensif, it is healthcare reform, telah pun dibuat sekarang dan kita tengah berusaha untuk memperkenalkan National Health Financing Scheme untuk membolehkan perkhidmatan hospital kerajaan dan hospital swasta ini dapat kita cantumkan dan membolehkan semua tenaga, tidak kira daripada kerajaan ataupun swasta boleh diguna sama untuk memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pesakit-pesakit dan orang ramai dalam negara kita.

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol yang telah membangkitkan berhubung kualiti makanan, keracunan makanan dan tahap kesihatan pemakanan kita. Bidang ini satu bidang yang cukup luas. Kita hanya satu unit yang kecil untuk mengawal keselamatan makanan negara. Dalam masa ini Kementerian Kesihatan telah pun mengambil langkah untuk meningkatkan unit ini kepada satu bahagian yang lebih besar dengan jumlah kakitangan yang lebih ramai.

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol. Kakitangan di Unit Keselamatan Makanan kita cukup kurang. It’s pathetic. Kalau kita hendak buat kajian dan juga rondaan, enforcement memang sukar kita hendak jalankan pemeriksaan kepada semua kedai dan kilang untuk memastikan mereka mematuhi keselamatan makanan yang ada. Oleh itu tindakan telah diambil dan kita akan dapatkan persetujuan Kabinet untuk menaiktarafkan unit ini kepada satu bahagian yang lebih besar bagi menampung keperluan keselamatan makanan negara.

Untuk makluman Yang Berhormat Jempol keracunan makanan di sekolah masih berlaku dengan berleluasa. Pada tahun 2009 episod keracunan makanan telah menunjukkan sedikit penurunan berbanding dengan tahun sebelumnya. Sebanyak 278 episod keracunan makanan telah dilaporkan pada tahun ini sehingga 31 Oktober 2009. Ia berkurangan 123 episod iaitu sebanyak 3.7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2008 iaitu 278 episod. Satu bilangan keracunan makanan yang tinggi. Usaha memperbaiki situasi keracunan makanan akan terus diambil tindakan tegas dan baru-baru ini juga kalau kita lihat wabak kolera, cirit birit di Terengganu berlaku begitu meluas. Lebih daripada 1,000 penduduk terkena penyakit kolera ini. Oleh itu kita mengambil berat tentang masalah kualiti makanan dalam negara kita.

Berhubung dengan medical check-up, saya ingin tegaskan di sini bahawa sesetengah hospital tidak mempunyai kelengkapan yang diperlukan. Sekiranya mempunyai kelengkapan memang kita akan memastikan bahawa hospital tersebut boleh menjalankan medical check-up bagi mana-mana pihak untuk memudahkan orang ramai. Berhubung dengan Hospital Jempol saya akan buat siasatan dan memastikan bahawa sekiranya ia sebuah hospital daerah ia sepatutnya mempunyai keupayaan untuk membuat medical check-up tersebut.

Mengenai post-mortem, saya telah jawab tadi bahawa masalah kakitangan kita yang sangat berkurangan. Berhubung dengan penyakit-penyakit daripada pekerja asing, saya telah jawab tadi bahawa kita akan mengambil tindakan. Kita juga telah mempunyai sistem saringan iaitu melalui FOMEMA semua pekerja yang masuk ke dalam negara kita akan diberi pemeriksaan yang rapi. Kita akan memantau mereka dari semasa ke semasa untuk mengelak penyakit orang asing masuk ke dalam negara kita...

final • 6:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Berhubung dengan air penawar di tebing bukit ini, saya rasa apa air sekalipun, air tebing ini memerlukan rawatan sebelum kita boleh minum air tersebut.

final • 6:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Mengenai pekerja asing.

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, silakan.

final • 6:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya ingin bertanya, adakah cadangan untuk mengkaji balik caj rawatan untuk pekerja asing? Pada masa ini mereka perlu membayar satu bayaran yang lebih tinggi daripada caj first class. Apabila mereka ada sakit yang berjangkit mereka lambat datang ke hospital kerana takut dikenakan caj yang tinggi. Ini akan merebak kepada orang lain iaitu kepada pekerja asing dan juga rakyat Malaysia. So, dari segi public health interest, it is not very smart of us. They pay every year for RM2 billion - bayaran kepada kerajaan kita. Why can’t that be dipakai untuk rawatan percuma kepada mereka?

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang dikatakan levi yang dibayar itu ia lain daripada hospital fees. Seperti yang telah saya jawab tadi, bahawa kita dalam kajian untuk memperkenalkan satu lagi skim insurans untuk pekerja-pekerja asing bagi membolehkan mereka mendapat insurans sebelum masuk ke dalam negara kita. Pihak hospital akan memberi perkhidmatan yang cepat. Mereka tidak perlu risau atau bimbang tentang bayaran kepada hospital.

Berhubung dengan kawalan penyakit H1N1 dan juga Nipah Virus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol, saya hendak tegaskan di sini bahawa Kementerian Kesihatan telah pun mengambil tindakan tegas.

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Kementerian Kesihatan juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan dan juga nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Kita akan sentiasa memantau dan menasihati termasuk juga kepada penternak-penternak babi.

Untuk makluman Yang Berhormat ia adalah di bawah kawalan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk sama-sama membendung apa jua wabak tidak kira sama ada isolated ataupun wabak biasa untuk mengelakkan wabak seperti H1N1 berleluasa dalam negara kita.

Masalah lalat memang satu masalah yang boleh kita tangani bersama. Ia perlu kerjasama semua pihak bukan sahaja daripada Kementerian Kesihatan malah daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana lesen yang diberi adalah daripada pihak-pihak lain.

Kementerian Kesihatan boleh memberi nasihat dan juga garis panduan untuk mengelak daripada masalah lalat yang berleluasa dalam sesesuatu kawasan tersebut. Saya rasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah lebih tepat untuk memastikan bahawa tempat pemeliharaan ayam atau reban-reban ayam tersebut tidak sepatutnya berdekatan dengan kampung-kampung ataupun kawasan kediaman orang ramai.

Tuan Pengerusi, berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat saya ingin...

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta penjelasan? Ada satu faktor penting yang rakyat minta penjelasan iaitu Hospital Nukleus yang menggunakan video conferencing di antara pakar-pakar yang duduk di Kuala Lumpur boleh memberi nasihat kepada doktor-doktor di luar bandar. Hospital Jempol adalah antara salah satu hospital yang masuk dalam kategori tersebut. Bilakah ia hendak dilaksanakan?

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Untuk jawapan ini saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat Jempol bahawa memang dalam perancangan kita mempunyai tiga kategori. Pertamanya klinik. Kita ada Tele-Primary Care bagi peringkat klinik untuk mendapatkan rujukan daripada hospital. Kita telah pun melaksanakan sistem ini di Sabah, Perlis dan Johor Bahru sebagai pilot project. Buat masa ini bagi hospital kita juga ada beberapa kategori iaitu kategori Total Hospital Information System ataupun dari segi kategori Hospital Information System secara dalaman. Bagi Hospital Jempol kita masih lagi mencari peruntukan untuk membolehkan kita tingkatkan Hospital Jempol ini ke peringkat Total Hospital Information system.

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Belum lagi kita mendapat peruntukan tersebut dan memang dalam perancangan kita untuk memberi perkhidmatan ini. Berhubung dengan Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa mengenai Dr. Sukumar, saya memang telah pun memberi janji untuk selesaikan perkara ini dan tindakan sebenarnya tindakan segera telah pun diambil untuk membolehkan doktor di Parlimen ini dinaikkan pangkat. Saya telah dimaklumkan pada awal tahun ini dan tindakan segera telah diambil. Dr. Sukumar telah pun dinaikkan pangkat memangku UD48 pada 23 Mac 2009 dan pengesahan selalu mengambil masa enam bulan untuk mengesahkan sesuatu jawatan tersebut dan pengesahan jawatan telah pun dilakukan pada 4 Disember baru-baru ini hanya sah UD48. Selepas UD48 kemudian akan kita lihat kerana batch untuk Dr. Sukumar ialah tahun 1996 untuk naik pangkat ke UD52 dan 54.

Now, naik pangkat bagi batch UD52/54 adalah batch tahun 1994. So, kita akan uruskan dengan secepat mungkin untuk memastikan bahawa tiada mana-mana pihak yang akan didiskriminasikan dan diabaikan dari segi kenaikan pangkat ini lebih-lebih lagi doktor di Parlimen ini yang telah pun memberikan perkhidmatan yang baik kepada Ahli-ahli Parlimen. Saya berasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah pun berpuas hati dengan perkhidmatan beliau dan memang perkhidmatan yang baik ini kita akan memberi pengiktirafan yang setimpalnya. Saya hendak memberi jaminan di sini kepada Ahli-ahli Parlimen sekalian bahawa tiada mana-mana doktor di sini akan dianiaya oleh kakitangan ataupun pegawai-pegawai di kementerian saya.

final • 6:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua hal, pertama saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengambil kira dari apa yang telah dibahaskan oleh beberapa Ahli Parlimen bahawa sedikit kelonggaran diberi. Ada pada pengetahuan saya di mana person beholder telah diberi satu jawatan dan saya juga telah melihat jawatan-jawatan yang disenaraikan in the list. Ada kemungkinan ini boleh dibuat dan Yang Berhormat Menteri boleh membuat sedemikian.

Saya harap beliau diberi U54 dengan seberapa segera on your personal basis. Itu nombor satu Yang Berhormat Menteri.

Kedua, kita semua tahu masalah ini sebenarnya yang dibangkitkan hari ini mungkin akan merumitkan doktor sendiri kerana he will be punished kerana mungkin ada pegawai-pegawai tinggi di sini yang fikir bahawa kenapa perkara itu dibangkitkan di sini.

Sebenarnya, kami di Parlimen both side telah berbincang dan mengatakan bahawa sesuatu perlu dibangkitkan di sini supaya satu tindakan susulan yang segera dapat diambil. Saya harap dua perkara ini akan diambil kira. Jangan oleh kerana perkara ini telah dibangkitkan beliau diambil tindakan seperti ditukar ke Sandakan atau ke mana-mana. Harap ini tidak terjadi.

final • 6:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Okey, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya sudah beri jaminan tadi bahawa kementerian saya tidak akan menganiaya mana-mana pegawai dan semua kenaikan pangkat akan dipertimbangkan berdasarkan kepada merit dan juga pencapaian seseorang pegawai tersebut dan person beholder itu akan diberi pertimbangan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Saya juga hendak berhubung dengan...

final • 6:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, oleh kerana soalan itu juga ada kaitan dengan...

final • 6:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Putatan, ya Yang Berhormat daripada Putatan.

final • 6:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Soal yang ada influence terhadap dikatakan satu decision dalam kementerian. Saya ada tanya dengan Yang Berhormat Menteri mana yang lebih berkuasa, ketua pengarah ataupun Menteri. Oleh kerana cakap Yang Berhormat Menteri tadi akan telah membuat jaminan supaya kenaikan pangkat kepada doktor di Parlimen ini dapat dilaksanakan tetapi itu juga cakap jaminan oleh pihak Yang Berhormat Menteri semasa berdialog dahulu tetapi jaminan itu belum lagi dapat dilihat kesannya. Jadi saya harap jaminan kali ini yang betul-betul dapat berkesan.

final • 6:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Seperti jaminan saya Yang Berhormat Putatan, sebenarnya telah pun dinaikkan pangkat. Adalah tidak benar bahawa beliau tidak dinaikkan pangkat. Beliau pada masa itu UD41. Kemudian dinaikkan pangkat UD44. Sekarang daripada UD44 pada bulan Mac yang lalu telah dinaikkan pangkat kepada UD48. Sekarang beliau telah berada di pangkat UD44 dan saya rasa tidak benar bahawa apa yang saya telah janjikan dahulu tidak dilaksanakan. Apa yang saya janjikan telah dilaksanakan sama ada hendak naik pangkat sampai ke UD54 itu memerlukan satu proses dan ia berperingkat- peringkat. Ia bukan dari UD44 boleh terus naik kepada UD54. Ia ada banyak lagi kriteria dan juga peringkat yang perlu dilalui dan saya harap Yang Berhormat sabar sedikit dan memang kita akan melalui proses ini dan ia mengambil masa. Ia bukan siapa yang ada kuasa. Memang ia kalau kita Menteri sudah janji di Parlimen, Parlimen ini yang paling besar. Paling tinggi di Parlimen ini yang saya telah pun beri kata putus di sini dan kita akan buat apa yang sewajarnya dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan. Saya hendak beritahu bahawa kita tiada diskriminasi kepada mana-mana pihak.

Untuk Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa dari segi kurangnya kaum bukan Melayu menyertai jururawat. Saya telah pun mengambil maklum isu ini kerana kekurangan kaum bukan Melayu mengambil bahagian dalam jururawat ini satu isu yang perlu ditangani dengan segera oleh Kementerian Kesihatan kerana dari segi pengambilan jururawat sekarang diambil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan ia melalui iklan dan berdasarkan kelayakan yang ada.

final • 6:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan Skim Perkhidmatan Jururawat dan statistik pengambilan jururawat di kolej-kolej Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa bilangan pelajar Cina dan India adalah amat kurang.

This is about 5 percent compared to the total figures. So, memang ini bilangan yang perlu kita ambil berat dan tindakan telah pun diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk mengadakan lebih banyak usaha. Kita pergi ke sekolah-sekolah Cina, we go to the Tamil school dan juga sekolah-sekolah menengah untuk memperkenalkan Skim Perkhidmatan Jururawat Kementerian Kesihatan kepada mereka.

final • 6:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Saya harap usaha yang serius diambil oleh Public Service Department dan ini bukan perkara yang baru dan usaha yang sedia ada nampaknya tidak efektif. Saya difahamkan jururawat on the training dibayar dengan bayaran yang lumayan. Tuan Pengerusi, I do not understand a lawyer earns less than jururawat when he starts off the salary. So, it is very effective. There is no reason why people do not want to be jururawat you know. So, it does not make sense. So, there must be a real initiative dalam hal ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri, ini bukan perkara yang baru.

Saya ingat lagi lebih kurang lima tahun yang dahulu dalam ucapan penangguhan in the full sense saya ada bangkitkan perkara itu dan ini jawapan yang sama with the highest respect tetapi mesti ada usaha dan saya harap pada tahun hadapan apabila Yang Berhormat Menteri sudah menjadi presiden MCA dan menjadi Menteri sama juga jawatan sekurang-kurangnya ada 30 peratus bukan bumiputera yang menjawat jawatan tersebut.

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Ya, ya Yang Berhormat Gopeng.

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ini soal latihan untuk jururawat Yang Berhormat Menteri. Saya mendapat maklumat bahawa ada kolej swasta yang membuat latihan untuk jururawat khususnya ada dua kolej yang saya boleh senaraikan di sini yang mana selepas latihan pun graduan dari institusi tersebut tidak mendapat kerja sama ada di hospital swasta mahu pun di hospital kerajaan kerana tahap pencapaian mereka ataupun standard yang ada didapati tidak memuaskan. Kolej-kolej tersebut saya namakan di sini Masterskill dan MAHSA. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh telitikan masalah ini. Sekian.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Ipoh Barat, Kementerian Kesihatan akan ambil tindakan terutama dari segi bilangan kaum India dan Cina dalam bidang jururawat akan ditingkatkan. Saya telah pun memberi arahan kepada pegawai saya untuk meningkatkan bilangan jururawat bagi kedua-dua kaum ini. Ini pertama kali saya mendengar tentang Masterskill dan MAHSA ini dari segi pelatih-pelatih mereka tidak diambil kerana kualitinya bermasalah.

Saya akan arahkan siasatan dibuat kerana semua kolej-kolej jururawat perlu mendapatkan pengiktirafan dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Memang Kementerian Kesihatan juga ada menghantar pelajar-pelajar kita ke kolej-kolej tersebut untuk mendapatkan latihan dan tindakan segera akan diambil untuk melihat tentang kualiti mereka. Sekiranya terus menurun memang kita boleh mengambil tindakan keras terhadap mereka.

Berhubung dengan SIMC yang diberitahu oleh Yang Berhormat Ipoh Barat memang Kerajaan Persekutuan ada berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Memang ini adalah satu tawaran daripada Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Pusat untuk menyewa premis tersebut kerana SIMC telah siap dibina tetapi mereka tidak mempunyai kakitangan dan keupayaan untuk menggunakan premis tersebut. Maka untuk memastikan ianya tidak menjadi gajah putih dan ia boleh digunakan untuk orang ramai, Kementerian Kesihatan dan juga Kerajaan Pusat bersetuju untuk melihat kemudahan di sana dan juga menyewa tempat tersebut. Namun sehingga sekarang kita tidak lagi mendapat apa-apa tawaran yang lebih lanjut daripada itu dari segi berapa kosnya, detailnya kita belum ada apa-apa lagi.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ini kerana kita masih lagi di Kerajaan Negeri Sarawak yang akan mempertimbangkan keseluruhannya dan kemudian akan membuat tawaran selanjutnya kepada kita. Sekiranya kita bersetuju baru kita ambil alih tetapi jikalau tidak bersetuju memang kita tidak dapat memberi perkhidmatan tersebut kerana buat masa ini Hospital Kuching juga adalah sebuah hospital yang cukup sesak dan sibuk. Sekiranya kita hendak memperbesarkan lagi dan mempertingkatkan lagi perkhidmatan di Hospital Kuching kita boleh menambah lagi wad di sana dan sekiranya kita rasa SIMC boleh memberi perkhidmatan maka ia akan meringankan beban di Hospital Kuching. Itu dari peringkat awal kita membuat perancangan ini. Yang Berhormat Bandar Kuching ingin bertanya.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Biarlah saya beri sedikit maklumat mengenai SIMC untuk menolong Yang Berhormat Menteri di dalam membuat keputusan.

SIMC telah dibina di mana jumlah kosnya adalah lebih kurang RM350 million dan jumlah katilnya hanya 166 buah iaitu on the average lebih kurang RM2 million per bed. Ini adalah setimpal dengan Hospital Petronas yang diclassify as six star hospital lebih kurang RM2 million per bed. Kini saya telah membaca dari akhbar The Star bahawa State Government, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk mengambil alih Hospital SIMC. Itu yang saya bimbangkan kerana dengan begitu banyak kos iaitu kos pembinaan.

Dari sesi dahulu Yang Berhormat Menteri dalam satu jawapan memberitahu saya bahawa hospital kita ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai sebuah hospital umum kerana ia didesign dan dibina sebagai private hospital yang tidak ada open ward.

Kebanyakan wadnya adalah 1st class dan 2nd class. Untuk mengubahsuai hospital itu menjadi sebuah private hospital ia akan menelan kos yang lebih banyak daripada untuk membina sebuah hospital yang baharu. Jadi dengan fakta ini apakah cadangan yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan? Kita ingin tahu supaya Kerajaan Persekutuan tidak akan membuat satu kesalahan di dalam keputusannya.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching kerana memberi latar belakang Hospital SIMC dan kita akan ambil maklum. Seperti yang saya katakan tadi kita tidak menerima apa-apa lagi tawaran baru. Kementerian Kesihatan sekarang sedang menunggu tawaran baru dari kerajaan negeri. Sehingga tahun baru saya boleh maklumkan..

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

What is the initial offer? Can we know?

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

No, there is no detail yet. Tidak ada detail hanya..

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tidak ada keputusan apa-apa untuk mengambil alih?

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak ada. Dia hendak menawarkan kita untuk menyewa. Tawar untuk kita sewa hospital itu dan kita tunggu lah sama ada dia hendak menyewakan kepada kita RM2 kah, RM20,000 kah ataupun RM20 juta kah, kita tunggu dari segi detail yang akan diberi oleh kerajaan negeri kelak.

Berhubung dengan Yang Berhormat Labis. Yang Berhormat Labis telah pun membincangkan tentang..

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ingin bertanya tadi Yang Berhormat Ipoh Barat ada menyentuh tentang isu outsourcing.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Oh ya outsourcing.

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ingin mencelah kalau ada jawapan dari Yang Berhormat Menteri..

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Outsourcing. Yang Berhormat Ipoh Barat ada bertanya.

Berhubung dengan Pantai, Faber dan juga Radiacare belum lagi kerana konsesinya belum habis sehingga 2012 so masih lagi dalam pelaksanaan dan memang sehingga sekarang kita membuat kajian dari tahun ke tahun. Berhubung dengan outsourcing bagi pembelian ubat Pharmaniaga saya hendak tegaskan di sini bahawa Pharmaniaga hanya menjalankan kerja-kerja perolehan. Mereka bukan supply ubat kepada Kementerian Kesihatan tetapi mereka menjalankan tugas sebagai agensi perolehan. Bukan semua ubat di supply ke Kementerian Kesihatan oleh Pharmaniaga. Pharmaniaga hanya supply lebih kurang 50 peratus daripada ubat-ubat yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan.

Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi memang kos ubat telah pun meningkat berlipat ganda daripada 1995 to 2008 dan antaranya adalah kos ubat dan bilangan pesakit meningkat. Kos RM1.5 billion adalah satu tanggungan yang berat kepada Kementerian Kesihatan. Apa yang hendak saya katakan di sini bahawa Pharmaniaga hanya menjadi satu... Just like another department for Kementerian Kesihatan untuk menjalankan kerja-kerja perolehan.

Pharmaniaga juga membuat tender untuk membolehkan pihak kilang-kilang supply ubat kepada Kementerian Kesihatan. Ia tidak ada monopoli di sini dan sistem ini berjalan dengan baik. Oleh itu kita sekarang tengah mengkaji sama ada untuk kita menyambung tambahan sepuluh tahun kepada Pharmaniaga kerana sistem yang sedia ada telah pun wujud iaitu all the hospital inventory system, purchasing system semuanya melalui komputer dan telah pun dibuat oleh Pharmaniaga. Sistem yang sedia ada membolehkan kita membuat perolehan dengan lebih efficient. Itu yang saya hendak terangkan di sini. Ya, Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, Yang Berhormat .

final • 6:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya mahu tanya adakah dibuat kajian jika sistem ini diambil balik oleh kerajaan, apakah penjimatan daripada RM1.5 billion ini? Jika we take over and do it. Pharmaniaga pun ada dividen yang besar kepada shareholders mereka. So we take it back and do ourselves, berapa kita boleh jimatkan?

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya setuju dengan cadangan ini kerana memang kerajaan juga merancang untuk pada satu hari kemudian, kita akan ambil alih semuanya.

We have to take over all or we call it…, it is a purchasing department. Sebenarnya Kementerian Kesihatan boleh menjalankan purchasing ourselves. Kementerian Kesihatan sendiri membuat pembelian sendiri kerana memandangkan ia sekarang sudah 15 tahun diswastakan dan semua sistem telah pun berjalan mengikut yang sedia ada. Ia mengambil masa untuk kita memperkukuhkan lagi perolehan dengan department perolehan yang kita sedia ada. Sebab itu kita mengambil sedikit masa. Maybe Yang Berhormat Gopeng, selepas itu Yang Berhormat Machang.

final • 6:40 PM

Dr. Lee Boo Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kota Belud?

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Sorry, I did not see you.

final • 6:40 PM

Dr. Lee Boo Chye - Gopeng

Konsesi ini telah 15 tahun diberikan kepada Renong sebelum ini dan sekarang Pharmaniaga. Sebenarnya mereka yang uruskan logistik dari segi bekalan dan pengedaran. Cuma kita boleh tahu berapa kos, berapa banyak perbelanjaan yang kelebihan itu akibat urusan logistik ini dari segi keuntungan Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. yang ada dalam laporan Pharmaniaga yang diumumkan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur – 2007 (RM37 juta) dan ini merupakan 72 peratus daripada keseluruhan post tax profit Pharmaniaga.

final • 6:40 PM

Dr. Lee Boo Chye - Gopeng

Dari segi prestasi pun, kita lihat walaupun sudah 15 tahun dalam perkhidmatan, setiap tahun ada sekurang-kurangnya 500 hingga 600 aduan terhadap perkhidmatan Pharmaniaga Logistic. Adakah kita akan tetapkan satu KPI supaya aduan itu boleh dikurangkan hingga kosong peratus dan sebagainya.

Yang kedua, dari segi perolehan perubatan misalnya, adakala dalam laporan tersebut mengatakan bahawa 96 peratus boleh dapat dalam masa 60 hari. Ini bermakna 4 peratus daripada order yang dibuat tidak dapat diperolehi dalam masa dua bulan. Ini dua bulan satu jangka masa yang panjang. Kalau saya hendak order satu ubat daripada center Afrika pun tidak sampai dua bulan, lebih-lebih dua minggu dengan ada internet dan sebagainya. Jadi perkara-perkara sedemikian menunjukkan bahawa prestasi Pharmaniaga Logistic ada keperluan untuk dipertingkatkan.

Jadi masalah sekarang apabila kementerian telah tight dengan sistem komputer dengan Pharmaniaga, jadi macam held at ransom, dengan izin. Jadi saya rasa dalam hal ini ada baik kalau ada parallel konsesi supaya ada saingan dan supaya perkhidmatan dari segi ini dapat ditingkatkan. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Pengerusi, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sukakan watak Yang Berhormat Menteri yang nampak compose dan tenang dan ini mewujudkan iklim yang sangat kondusif untuk kita berbahas... [Ketawa] Pertama, saiz domestic market bagi industri farmasi ini sekitar RM3 bilion. Di Malaysia ini, Yang Berhormat Menteri, top ten yang menguasai pasaran adalah syarikat-syarikat multinasional yang terbesar. Keadaan ini jauh berbeza dengan negara- negara luar di mana syarikat tempatan itu sendiri menguasai pasaran. Negara jiran kita, Indonesia, Thailand, Philippine, Jepun, Korea, UK, Germany. Kita semua tahu syarikat tempatan mereka yang menguasai pasaran. Kita sebaliknya, syarikat multinasional yang menguasai pasaran.

Saya fikir faktor yang menyumbang kepada keadaan itu adalah kerana inaccessibility of domestic market bagi syarikat tempatan yang sebenarnya berasaskan kepada home-grown technology. Mereka dibimbing oleh research institution, universiti, diiktiraf oleh SIRIM, dapat patent right, bantuan SMIDEC, bantuan MTDC, bantuan SME Bank, segala macam. International certification pun mereka dapat tetapi kerana market outlet itu didominasi oleh kerajaan dan juga GLCs yang menguasai pelbagai rangkaian hospital swasta, mereka tidak boleh hendak infiltrate ataupun break through, dengan izin dalam pasaran ini.

Saya difahamkan dalam Kementerian Kesihatan ada satu unit yang dipanggil procurement and privatization unit dan mereka ini terikat kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan No. 4/95 yang antara lain MOH, Kementerian Kesihatan ada tanggungjawab untuk membantu syarikat-syarikat kecil ini bagi menembusi pasaran kerana kalau mereka tidak dapat tempat dalam pasaran tempatan sedangkan produk mereka itu berkualiti tinggi, mereka tidak boleh untuk mencuba pasaran di luar. Itu satu isu. Jadi saya hendak tanya, apakah kriteria yang diguna pakai oleh unit penswastaan dan procurement Kementerian Kesihatan, masih kah Surat Pekeliling Perbendaharaan No. 4/95 itu berjalan?

Itu yang pertama.

Kedua ialah polisi procurement kementerian yang Yang Berhormat Menteri singgung tadi, kelihatannya cuma memberikan penekanan kepada a lower cost pricing rather than value based pricing seperti kalau home-grown technology, Yang Berhormat Menteri, pertama kita harus ambil kira ia menjimatkan pertukaran wang asing, ia menyediakan peluang pekerjaan kepada tenaga tempatan dan kos pembangunan teknologi itu sendiri harus diberikan tumpuan. Jadi kelihatannya aspek ini barangkali mengundang kepada kementerian harus meneliti balik polisi procurement. Itu pada pandangan saya.

Yang terakhir, saya juga dapati melalui maklum balas bacaan yang sempat saya buat, di bawah regulation of the sell Drug Act 1952, khabarnya produk farmaseutikal ini prohibited from using Halal logo. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar keadaan ini? Jika sedar, apakah langkah untuk mengatasi supaya jangan pemain dalam industri ini dihukum kerana adanya sekatan ini. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Machang.

final • 6:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Bagi laluan dahulu Yang Berhormat kepada...

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Sebelah sana.

final • 6:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan tentang outsourcing ini dan saya ingin mengalih pandangan Yang Berhormat Menteri kepada outsourcing of hospital support services, dengan izin ataupun perkhidmatan sokongan hospital. Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa konsesi hospital support services di Sabah juga akan tamat dalam tahun 2011 dan sekarang ini kementerian sedang melayan beberapa pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat untuk mendapatkan konsesi ini di negeri Sabah.

Banyak aduan, Yang Berhormat Menteri, tentang perkhidmatan yang diberikan oleh konsesi-konsesi ini oleh pihak hospital, the stakeholders terhadap pemegang konsesi ini iaitu Faber Medi-Serve. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah Yang Berhormat Menteri boleh mencari pendekatan pertengahan?

Tadi Yang Berhormat Sungai Siput ada mengatakan bahawa apa salahnya kerajaan mengambil balik konsesi-konsesi yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat besar ini dan saya mendengar tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa memang betul kerajaan sedang menimbangkan untuk mengambil balik, mungkin ada beberapa aspek konsesi ini tetapi untuk memikirkan tentang keberkesanan, kecekapan dan sebenarnya hospital ini fokusnya kepada memberi perkhidmatan kesihatan, bukannya engineering ataupun support services tentang linen dan sebagainya ini, mungkin saya bagi cadangan kepada Yang Berhormat Menteri untuk dipertimbangkan.

final • 6:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bolehkah tidak syarikat-syarikat kerajaan negeri, wholly owned by state governments, terutamanya di negeri Sabah, ada beberapa syarikat milik penuh kerajaan negeri bukan private, milik kerajaan negeri yang berminat untuk menceburkan diri di dalam konsesi hospital support services ini. Mereka ini mempunyai pengalaman, FOMEMA contohnya sudah pun diambil oleh Warisan Harta. Warisan Harta telah menunjukkan minat untuk mendapatkan konsesi ini.

Jadi soalan saya, apakah Yang Berhormat Menteri boleh memberi komitmen di dalam Dewan ini untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada syarikat-syarikat milik penuh kerajaan negeri untuk mengambil alih semula konsesi-konsesi yang diberi kepada syarikat besar ini bagi membolehkan harapan kementerian untuk fokus kepada core business, kecekapan dan sebagainya dan juga menghayati permasalahan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput untuk memberikan satu middle solution ini. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Beberapa perkara, saya jawab sekali gus. Berhubung dengan outsourcing ini, saya hendak menyatakan di sini konsesinya habis tempoh pada 2012 dan memang kita buka seluas- luasnya untuk membolehkan mana-mana pihak yang berminat untuk memberi cadangan- cadangan yang lebih bernas, yang dapat memberi efficiency kepada perkhidmatan non- clinical support system dalam hospital-hospital kerajaan.

Saya hendak ingatkan di sini bahawa sekiranya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud, hanya kerajaan negeri atau hanya service only in negeri, ia kena ada economy of scale dari segi perkhidmatan support service ini untuk memberi perkhidmatan yang lebih meluas.

final • 6:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya telah melihat unjuran yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat berkenaan dengan menumpukan hanya untuk mengambil alih perkhidmatan sokongan hospital untuk negeri Sabah dan ianya berdaya saing. Jadi cuma mungkin kalau pun syarikat ini nanti akan mengemukakan permohonan ini, saya mintalah kementerian memberi pertimbangan seluas-luasnya.

Sebab apa Yang Berhormat Menteri, saya beritahu sedikit. Yang Berhormat Menteri memang seorang Menteri yang berkaliber, mempunyai integriti, berwibawa tetapi kadang-kadang little napoleon di bawah itu yang menyebabkan masalah ini berlaku di mana tender-tender boleh disqualified dan sebagainya.

final • 6:50 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya akan lihatlah cadangan-cadangan yang akan dibawa kemudian dan kita akan kaji dengan sedalam-dalamnya dan all must be above board.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang yang telah membangkitkan tentang surat pekeliling dan memang kita masih lagi praktis, kita memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat tempatan, membimbing mereka untuk lebih involve dalam menghasilkan drugs yang baru. Akan tetapi kebanyakan kilang-kilang yang ada dalam negara kita menghasilkan drug generic, ia not patented, patented kebanyakannya daripada luar negara.

Kementerian Kesihatan, kita juga memberi galakan kepada doktor-doktor menggunakan ubat-ubat generic. Sekarang kita juga memberi arahan kepada hospital, jangan doktor hanya pakai patented drug ini, kalau boleh pakai juga ubat-ubat generic untuk membolehkan syarikat-syarikat tempatan dapat menghasilkan lebih banyak lagi pharmaceutical dan ubat-ubat dalam negara kita.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Gopeng, kita perlu ada KPI, kalau 500 aduan itu terlalu tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Gopeng, kalau dulu kena tunggu dua bulan untuk hantar ubat, this is not acceptable in this era, transport, dengan IT nya, dengan sistem yang efisien. The most is one week or even less untuk supply ubat-ubat kepada hospital-hospital yang sedia ada. Saya ingat semua yang dicadangkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya akan ambil perhatian untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan.

Untuk jawab Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Labis telah mengatakan kekurangan bekalan ubat di kawasan Labis. Untuk makluman Yang Berhormat Labis, peruntukan untuk ubat-ubatan pada tahun 2009 adalah sebanyak 1.7 bilion. Kerajaan sentiasa memastikan bekalan ubat-ubatan sentiasa mencukupi pada setiap masa.

Sekiranya kehabisan bekalan, sesuatu ubat alternatif boleh disyorkan dan saya ingin hendak tegaskan di sini bahawa mana-mana hospital yang kekurangan ubat, jabatan saya akan mengambil tindakan segera untuk mengisi bekalan tersebut.

Berhubung dengan kekurangan doktor di Segamat. Saya telah pun membuat lawatan sendiri juga ke Hospital Segamat, ia adalah sebuah hospital pakar tetapi hospital pakar yang tidak ada doktor pakar. Itu yang menjadi isu besar di Segamat selama ini. Oleh itu, selepas lawatan saya, kita telah pun hantar doktor-doktor pakar kontrak sementara kita hendak selesaikan masalah secepat mungkin. Untuk makluman Yang Berhormat Labis...

final • 6:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

final • 6:50 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Oh Yang Berhormat Sekijang, ya, ya dia memang sama. Yang Berhormat Sekijang ada semasa lawatan saya ke Hospital Segamat. I tidak nampak you, sila.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya tidak sempat untuk berucap. Saya ucapkan terima kasih, tahniah kepada Yang Berhormat yang sanggup datang ke Hospital Daerah Segamat.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Seperti mana Yang Berhormat janji pada masa pertemuan di Hospital Segamat dulu bahawa dalam tempoh enam bulan, akan berlaku perubahan di Hospital Segamat dari segi doktor pakarnya dengan doktor-doktornya yang pada ketika itu berkapasiti bawah 20 peratus yang berjalan pada ketika itu. Akan tetapi nampaknya memang ada perubahanlah.

Akan tetapi masih lagi banyak lagi kekurangan sebenarnya yang perlu ditambah kerana hanya ada sedikit perubahan dari segi doktor pakar yang dihantar itu yang kadang- kadang tidak bersesuaian dengan permintaan daripada masyarakat. Jadi kalau boleh, doktor-doktor pakar macam ENT dan sebagainya ditempatkan di tempat yang sebegitu kerana ini adalah penyakit biasa yang dialami oleh masyarakat di mana-mana pun di dalam negara kita ini.

Keduanya Yang Berhormat Menteri, bahawa saya juga minta supaya doktor forensik ini diletakkan di daerah Segamat kerana kalau tidak ada doktor forensik ini, kalau berlaku sesuatu kemalangan dan sebagainya yang memerlukan khidmat doktor forensik ini, kita terpaksa menunggu pula datang daripada Muar, datang daripada Johor Bahru yang kadang-kadang bila hujung minggu, dia terpaksa tunda sampai dua, tiga hari mayat itu tersimpan di Hospital Daerah Segamat. Jadi ini menimbulkan masalah kepada kami terutamanya orang-orang Islam di dalam kawasan daerah Segamat ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang, ini memang satu masalah besar, memang forensic specialist. Saya menjawab tadi bahawa 22 orang sahaja, memang dia kena kejar daripada satu hospital ke hospital yang lain dan saya akan memperbaiki keadaan ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Segamat dan Sekijang, pegawai perubatan yang sepatutnya jawatan di hospital ini adalah 82 orang, sekarang hanya isi 29 orang. Dari segi jawatan doktor pakar sebanyak lapan orang, yang diisi sekarang hanya tiga orang dan memang banyak lagi kekurangan. Itu pun setelah kita mengambil tindakan yang cepat untuk mengisi jawatan-jawatan yang sedia ada.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh saya mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri, kalau beri peluang ini.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Celah sedikit sahaja.

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang lebih dikhuatiri mutakhir ini adalah ketika kekurangan kepakaran ini ataupun pakar-pakar ini di hospital-hospital kita. Yang amat terjejas Tuan Pengerusi, adalah latihan-latihan yang sebenarnya hari ini kita, kalau dulu empat, lima orang pelatih di satu-satu masa. Sekarang ini lambakan pelatih-pelatih perubatan ini, the houseman doing their housemanship. Kita kekurangan pakar-pakar ini, pakar-pakar yang basic, medicine, surgery, O&G dan bukan yang sub specialize itu.

Apa tindakan kementerian untuk mengatasi perkara ini yang semakin meruncing nampaknya dan kita bercakap tentang latihan yang menjejaskan pelatih-pelatih perubatan kita ini. Apa yang akan menjadi langkah-langkah yang lebih konkrit kerana Menteri sendiri sudah bercakap atas perkara ini sudah agak lama. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Pertama, dari segi pakar kita telah wujudkan satu registry yang baru iaitu semua doktor pakar kena ada register dan kita akan lihat bidang- bidangnya. Kita sekarang membantu semua subsektor adakan oncologist or even E&T.

Kita membantu setiap subsektor untuk ada pelatih-pelatihnya dan ada juga murid-murid, doktor-doktor yang mengikuti kursus. Kita sudah tingkatkan latihan. Kalau dahulu kita bagi scholarship setiap tahun lebih kurang RM600 doktor to go for specialist. Sekarang kita tambah lagi. Last time only RM400, kita tambah kepada RM600.

final • 7:00 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Tidak cukup lagi, tahun hadapan kita akan tambah kepada RM800 for all those scholarship untuk to follow the specialist course. Tambahan itu kita gunakan doktor kontrak.

All the specialist whom retired or even swasta kita ambil balik. As of today kita ada 761 pegawai pakar, is all contract specialist yang berkhidmat dengan kita. Itu pun kita akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan bilangan dengan lebih cepat lagi. Kita akan tambahkan lagi.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Menteri, jelaskan sedikit Menteri. Belakang sini.

final • 7:00 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Ya, Yang Berhormat Limbang. I know his problem, in Hospital Limbang.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Okey terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Menteri. Tentang specialist ini ialah saya ucapkan terima kasih tempoh hari semasa sesi soal jawab Menteri telah berjanji untuk menghantar seorang pakar ke Hospital Limbang. Akan tetapi saya ingin mengingatkan jugalah Menteri sebab kalau hantar specialist ke Limbang tanpa adanya membuka klinik itu sendiri di sana equipment dia, dia tidak akan dapat berfungsi. Ini kerana beliau juga nanti akan tetap menghantar pesakit- pesakit keluar dari Limbang. Jadi itu hendak minta peringatan daripada Menteri, terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Semasa ucapan dasar menggulung, dia sudah mengingatkan saya. Saya sudah janjikan seorang specialist dan sekarang ini dia minta bekalan dan juga peralatan. Saya sokonglah, saya akan minta pegawai saya untuk pastikan bahawa klinik pakar di Hospital Limbang boleh berfungsi, bukan sahaja ada doktor, tetapi ada peralatannya sekali.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lagi panjang Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Ada lagi. Saya hanya jawab enam orang, ada lagi...

final • 7:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Menteri, boleh saya hanya hendak mencelah Tuan Pengerusi? Mengenai kekurangan doktor pakar. Sekarang ini doktor pakar dan doktor di hospital awam di Kementerian Kesihatan dibenarkan untuk membuat locum di luar atau membuat practice private di hospital-hospital tertentu. Adakah kerajaan memikirkan bagaimana doktor-doktor pakar di hospital-hospital swasta terutama di kawasan-kawasan yang agak padat dengan hospital-hospital swasta. Misalnya di sebelah Shah Alam dan Klang, kita hanya ada Hospital Tunku Ampuan Rahimah dan Hospital Shah Alam di dalam pembinaan. Kita ada banyak hospital pakar swasta. Kita ada Hospital Sri Kota, Hospital Selangor Darul Ehsan. Sekurang-kurangnya lima atau enam buah.

Jadi apakah oleh kerana kita tengok dari segi efficiency, patient load untuk hospital awam, hospital kerajaan sangat tinggi. Ia dikatakan 70 peratus daripada specialist berada di dalam sektor swasta. Apa kata kalau untuk kita bridge gap ini maka kita membuat satu polisi di mana doktor-doktor dari hospital pakar juga perlu memberi servis kepada hospital kerajaan, hospital awam kerana mereka tidak begitu intensif dalam call, klinik mereka. Jadi mungkin sedikit sebanyak ia boleh mengatasi masalah kekurangan pakar di hospital- hospital ini.

final • 7:00 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Memang itu cadangan dari kementerian saya untuk membolehkan pakar di hospital swasta untuk berkhidmat di hospital kerajaan.

final • 7:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Kita bayar, we will pay our basic. Kalau dia datang kita galakkan mereka berkhidmat di hospital kerajaan. Yang Berhormat Gopeng.

final • 7:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya sokong. Mungkin perlu dibuat secara dasar supaya memaksa, walaupun saya pakar di sebuah hospital swasta memaksa supaya pakar-pakar di swasta mungkin sebahagian satu session dalam satu minggu berada, berkhidmat untuk hospital kerajaan.

Saya rasa ini seharusnya dipertimbangkan, yang pertama.

Kedua, kalau misalan hospital kerajaan kurang facility, kemudahan dan pakar, ada kemungkinan hospital kerajaan membeli kemudahan ataupun servis daripada hospital- hospital swasta. Misalannya MRI Scan ataupun kemudahan-kemudahan yang lain dari hospital swasta yang mungkin ada kalangan yang over kapasiti, terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Memang itu cadangan kita dan kita hendak galakan doktor swasta hendak berkhidmat dengan kerajaan.

Kalau kita hendak buat compulsory, kita kena gubal undang-undang.Kita harap sebelah sana dapat sokong kita untuk memastikan bahawa doktor-doktor swasta da[at juga berkhidmat dengan kerajaan. Saya rasa itu satu cadangan yang baik. Berhubung dengan Yang Berhormat Gopeng, jawapan kepada Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Gopeng telah pun menyebut tentang Pharma Niaga, saya sudah pun jawab tadi bahawa kita berhubung dengan tanggungjawab doktor swasta untuk melabel sampul ubat. Di bawah Peraturan-Peraturan Racun 1952, pindaan telah dibuat pada 2004 untuk mewajibkan nama ubat pada sampul ubat.

Bahagian penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan akan memantau keadaan ini. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan denda sebanyak RM5000 atau penjara dua tahun. Undang-undang memang sudah ada, saya rasa its enforcement. Kalau dia orang tidak buat lagi, kita akan ingatkan kepada doktor-doktor.

Kalau tidak bagi label, kita akan bagi tindakan terus. Yang Berhormat Gopeng juga sentuh tentang kekurangan pegawai jawatan baru dalam kerajaan dan juga mencadangkan bahawa penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan, saya juga dengan Yang Berhormat Sungai Siput sekali bahawa saya setuju penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan ini perlu diadakan kerana ia dapat membantu mempercepatkan pengisian, mempercepatkan lagi pengambilan doktor-doktor dari luar negara dan sebagainya.

Kita telah pun membuat paper, telah pun menyelidik dengan sepenuhnya dan kerajaan sekarang sedang menimbang bagaimana kita hendak mewujudkan suruhanjaya ini. Ini kerana kalau kita hendak wujudkan suruhanjaya, kita perlu Perlembagaan. We have to table in the Parliament untuk Perlembagaan, untuk pindaan Perlembagaan dan kita juga perlu membuat perubahan-perubahan kepada akta-akta yang lain. Oleh itu ia mengambil sedikit masa untuk kita menjalankan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan ini.

final • 7:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa dalam hal ini adalah baik jika kita menubuhkan satu jawatankuasa bipartisan sebelah Barisan Nasional dan pakatan. Apabila perkara ini dipertimbangkan di Parlimen tidak ada masalah dari segi kelulusan. Adakah ini boleh dilaksanakan?

final • 7:00 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Sekarang biar Kementerian Kesihatan membuat kajian dahulu dan kita akan mengadakan consultation yang sepenuhnya dengan semua pihak untuk memastikan apabila penubuhan suruhanjaya ini dapat dibentangkan di Dewan ini mendapat sokongan semua pihak. Berhubung dengan cadangan CT Scan di semua hospital, saya alu-alukan. CT Scan memang satu perkara yang amat perlu untuk semua hospital.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun ini kita telah pun menambah lapan unit CT Scan yang baru di kebanyakan hospital dan kita gantikan yang baru dan kita akan tambah lagi enam unit pada tahun hadapan. So we are in the process of upgrading our CT Scan dan memang itu cadangan yang bernas daripada Yang Berhormat Gopeng.

final • 7:00 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat, doktor-doktor yang tidak diiktiraf dan also Yang Berhormat Ipoh Barat ada bincang Crimea State University. Memang saya telah pun mengarahkan ketua pengarah untuk menghantar pasukan membuat siasatan lanjut kepada universiti tersebut.

final • 7:10 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Kita hendak ingatkan kepada pelajar-pelajar kita kalau boleh sebelum ke luar negeri, tengok senarai universiti yang diiktiraf. Kalau tidak diiktiraf, boleh juga mereka mempelajari, menduduki peperiksaan, tetapi mereka balik kena menduduki peperiksaan dalam negara kita. Itu yang menyulitkan mereka untuk berkhidmat dalam negara.

Kita harap mereka dapat mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan, pergi ke universiti-universiti yang diiktiraf sahajalah, yang tidak diiktiraf jangan pergi. Kalau pergi, balik menghadapi masalah dan perlu menduduki peperiksaan yang kita siapkan.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sedikit Tuan Pengerusi. Ini mengenai Crimea State University. Pada tahun 2004 kerajaan dengan tiba-tiba telah tidak mengiktiraf universiti tersebut. Saya difahamkan seperti yang saya telah beritahu sebelum ini, alasan- alasan itu tidak dapat diterima kerana kalau dibandingkan dengan universiti-universiti tempatan, Crimea State University adalah lebih baik dan juga ia adalah setanding dan diiktiraf oleh British Medical Council, juga diiktiraf oleh Amerika. Hairannya Malaysia tidak mengiktirafnya. You know, it shows something is wrong somewhere.

Pada masa itu saya membuat allegation terhadap DG bahawa dia ada kepentingan sendiri dan sebagainya, tetapi selain dari itu, baru Yang Berhormat Menteri beritahu ada pasukan yang telah dihantar. Apakah kajian yang telah dibuat dan adakah satu pengumuman akan dibuat mengenai perkara tersebut? Saya juga difahamkan bahawa ada tiga lagi universiti di Crimea yang setanding, kalau tidak lebih baik dari universiti yang saya katakan.

final • 7:10 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya katakan saya telah arahkan mereka untuk membuat lawatan balik kerana saya juga difahamkan bahawa The Crimea University tidak ada masalah tentang kualitinya, tetapi masalah dari segi pengambilan pelajar Malaysia ke Crimea State tidak mengikut kelulusan kerajaan kita.

You see, you have to take the cream, the good student into the university. So saya difahamkan dari segi pengambilan pelajar-pelajar kita ke sana, tidak mengikut peraturan yang telah kita tetapkan dalam negara kita. Walau bagaimanapun, siasatan saya telah minta dibuat balik untuk melihat balik kualiti pendidikan yang diberikan oleh Crimea University ini.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sedikit. Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri, tetapi itu bukan alasan di mana pengiktirafan dahulu iaitu pada tahun 2004 ditarik balik. Ini kerana alasan itu adalah alasan yang lain kerana dikatakan per doctor dengan murid adalah sangat berbeza. Apabila kita memberitahu bahawa situasi di universiti-universiti tempatan lebih teruk, kerajaan masa itu couldn’t hold back the truth, tetapi sekarang nampaknya alasan itu adalah berbeza.

Bagaimanapun, tidak mengapa. Saya harap satu keputusan yang baik akan dibuat supaya lebih anak-anak kita - jangan pada masa itu kita membuat allegation bahawa oleh sebab ada ramai di antara pelajar-pelajar Malaysia yang telah mendapat tempat di universiti tersebut, maka kerajaan sangat terkejut dan membuat satu keputusan pada masa itulah.

Akan tetapi, mungkin Menteri yang baru, Menteri lebih aktif dan haraplah satu keputusan yang baik dibuat supaya it is a win-win situation kepada semua di negara ini.

final • 7:10 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat, cadangan dan juga ingatan itu akan diambil kira untuk kita memastikan pengiktirafan universiti itu dapat dipercepatkan.

Berhubung dengan Yang Berhormat Putatan, ada timbul berhubung dengan hospital swasta dapat diwujudkan di Malaysia. Saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan sekarang juga menggalakkan hospital-hospital ternama, termasyhur dunia untuk mengadakan cawangan-cawangan mereka di Malaysia. Kita sekarang tidak lagi seperti dahulu, di mana kita mempunyai berbagai-bagai halangan bagi hospital-hospital negara luar masuk ke negara kita. Sekarang bagi hospital swasta, kita galakkan hospital-hospital seperti Mayo Hospital, Johns Hopkins boleh juga kita galakkan mereka wujudkan di Malaysia untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dalam negara kita...

final • 7:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Menteri, saya minta pencelahan ringkas. Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya bangun untuk memberikan sedikit respons dan seterusnya minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan dengan kewujudan hospital swasta.

Yang Berhormat Menteri, pandangan saya ini bertitik tolak daripada kajian pendapatan isi rumah rakyat di negara kita. Jabatan Statistik menyebut 57 peratus daripada rakyat negara kita yang mempunyai pendapatan antara RM1000 hingga RM3000 sebulan, maknanya tinggi pendapatan di bawah RM3000 dan atas daripada RM1000 iaitu 57 peratus.

Baik, dari sudut perkhidmatan kesihatan sektor perkhidmatan kesihatan, banyak hospital swasta ditubuhkan. Jelas mereka akan berorientasikan keuntungan sebab ia hendak jaga kepentingan pemegang saham. Akhbar hari ini memetik Ketua Eksekutif Prince Court, ini hospital swasta Petronas. Sudah setahun beroperasi, tetapi tidak mendapat sambutan. Hospital ini dibina dengan harga RM544 juta. Perkakasan dan kelengkapannya sahaja RM182 juta. Ada 300 katil, setahun beroperasi 100 katil sahaja digunakan.

Baik, ditanya sebab apa? Dia kata ada persepsi dalam kepala masyarakat bahawa hospital ini mahal. Apa strateginya? Katanya; satu ia akan berunding dengan syarikat insurans tempatan dan asing untuk membiayai perkhidmatan kesihatan. Maknanya, 57 peratus rakyat yang pendapatan RM3000 ke bawah tadi itu tidak terbayang hendak beli polisi insurans. Kedua, katanya lagi rakyat Malaysia sepatutnya sudah bersedia untuk mendapat perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi bagi memenuhi piawaian kesihatan yang tinggi.

Maknanya, ketua eksekutif ini Stuart Rowley namanya, sudah tentu bukan orang tempatan, terang-terang dia tidak bercakap mewakili realiti sebenar rakyat. Ini membimbangkan kerana ia berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan juga yang mampu dinikmati oleh rakyat. Jadi, saya fikir Yang Berhormat Menteri, saya mohon memberikan sedikit reaksi terhadap perkembangan fenomena ini supaya tidak wujud jurang antara keupayaan dan kemampuan rakyat bagi menikmati rawatan dan kesihatan yang terbaik.

final • 7:10 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Memang ini satu keraguan dan kebimbangan orang ramai, termasuk ramai Ahli Parlimen di sini. Yang Berhormat Sungai Siput dahulu pun pernah berbincang dengan saya apabila saya timbulkan isu tentang medical tourism.

Kerajaan sekarang wujudkan Malaysia Health Travel Council untuk menarik pesakit-pesakit luar negara datang ke Malaysia dan sama ada ia akan mengabaikan pesakit-pesakit tempatan, jawapan saya adalah tidak. Ia tidak akan mengabaikan pesakit tempatan kerana ia akan menjadi satu sumber ekonomi baru dan satu industri ekonomi yang sekarang kian meningkat.

Kita juga memerlukan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Machang tadi, kita adakan hospital-hospital ternama dalam Malaysia ini, ia bukan sahaja dapat menarik ramai lagi pelancong-pelancong kesihatan datang ke Malaysia, malah ia akan meningkatkan ekonomi negara kita from the tax daripada bayaran dan juga tax kita akan membantu.

Kemudian kita akan cuba hendak memberikan ketetapan bahawa hospital-hospital swasta ini juga perlu menjalankan CSRnya, memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang miskin.

Oleh itu, bukan sahaja kita dapat meningkatkan ekonomi negara, bahkan kita juga dapat memberi ruang dan platform kepada pakar-pakar Malaysia yang termasyhur, yang baik dari luar negara balik ke Malaysia. Ada satu tempat untuk mereka berkhidmat di Malaysia dengan hospital yang baik dan hospital yang ternama. Maka saya rasa the paradigm shift dari segi bagaimana kita melihat pembangunan kesihatan pelancongan ini juga akan membawa perubahan dari segi ekonomi negara kita. Saya...

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Panjang lagi Yang Berhormat?

final • 7:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Saya singkatkanlah saya singkatkan. Saya harap...

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat kalau tidak ada dibangkit pada perbahasan pertanyaan asal tadi tidak payah layan sangat.

final • 7:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Okey. Berhubung dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan, Hospital Kinabalu adalah termasuk dalam Projek Teleconsultancy Kementerian Kesihatan Malaysia yang membolehkan teleconferencing dilaksanakan. Ia mula beroperasi pada tahun hadapan.

Untuk makluman Yang Berhormat Putatan ya, so next year you can teleconferencing with me in Kuala Lumpur. Yang Berhormat Putatan juga tanya berhubung dengan perkhidmatan di kawasan pedalaman, teleconsultancy di kawasan pedalaman.

Sehingga Disember 2008 75 klinik dan dua hospital telah dirangkaikan melalui Projek Teleprimacare yang dapat membantu klinik menghubungi hospital dan membuat consultancy dengan pakar-pakar di hospital.

Sebanyak 1.6 juta pesakit telah didatangi dalam rangkaian ini meliputi tiga negeri di Perlis, Sarawak dan Johor. Negeri Sabah dan Pahang akan dirangkaikan dalam tahun hadapan. So we will give you next year. Meningkatkan fungsi klinik bergerak ini Yang Berhormat Pasir Mas. Sebelum itu, mengenai sisa pepejal yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan. Ini saya akan pastikan siasatan dijalankan dengan segera kerana semua kumbahan atau cucian dari laundry dan sebagainya kita telah swastakan outsource kepada Faber. In Sabah Faber is in charge. So kita harap kita akan memantau dari segi sisa pepejal di hospital-hospital ini adalah mengikuti ketetapan dalam negara kita.

Berhubung dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas telah pun berkata berhubung dengan klinik ya? Institut Jururawat hendak pindah ke Bachok.

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas, Kolej Jururawat Masyarakat Pasir Mas adalah agak sempit. Buat masa ini agak sempit dan untuk pembangunan baru kita perlu pertingkatkan lagi institut ini. Memang dalam perancangan untuk naik taraf. Walau bagaimanapun pada masa ini belum ada keputusan dasar untuk memindahkan kolej tersebut. So jangan bimbanglah belum ada keputusan lagi hendak pindah lagi.

final • 7:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 7:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Ya, Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih saya harap kalau hendak naik taraf pun buat di Pasir Mas jugalah. Kekal di Pasir Mas sahaja. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Kita akan buat lawatan tengok. Kalau tempat terlalu sempit kita tengok bagaimana cara dia ataupun tempat yang lain. Berhubung dengan klinik.

Satu lagi Pasir Mas perlukan satu lagi hospital. Pembinaan hospital oleh Kementerian Kesihatan perlu mengambil kira beberapa kriteria termasuk bilangan penduduk iaitu dua katil to one thousand penduduk. Kita akan kaji baliklah kalau dikatakan tadi perlu sangat, kita akan kaji balik keperluan hospital di Pasir Mas. Berhubung dengan fungsi klinik bergerak. Klinik bergerak melaksanakan aktiviti kesihatan dan mendapat sokongan ramai.

Saya memang setuju bahawa kita perlu adakan tambahan klinik bergerak di kawasan-kawasan pedalaman. Klinik bergerak ini banyak berkhidmat kepada Orang-orang Asli di kampung-kampung Orang Asli ini. Saya juga akan melihat klinik-klinik desa yang ada di kawasan-kawasan pedalaman untuk pastikan semua kelengkapan dan perkhidmatan di klinik desa dapat dipertingkatkan. Yang Berhormat Bintulu membincang berhubung dengan kebajikan kepada pesakit. Bagaimana hendak mempercepatkan Tabung Bantuan Perubatan. Ini kerana permohonan Tabung Bantuan Perubatan ini mengambil masa yang panjang. Saya ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kita telah pun memendekkan masa permohonan Tabung Bantuan Perubatan ini.

final • 7:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Kita telah adakan pegawai sosial, di kebanyakan hospital ada pegawai sosialnya.

Apabila orang miskin datang ke hospital, yang tidak mampu hendak bayar boleh rujuk kepada pegawai sosial dan kita akan mengisi borang dan dalam masa tempoh seminggu kita akan memberi jawapan untuk bantuan Tabung Bantuan Perubatan ini. Saya berharap kita akan terus memperbaiki proses permohonan ini.

Saya akan ambil maklum berhubung dengan Klinik Labang yang telah pun dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kerana tiada peruntukan, maka ia telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Demikian juga apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong. Klinik- klinik luar bandar dan termasuk Hospital Simujan. Semuanya berada dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Masalah ambulans telah pun saya jawab tadi, bahawa kita perlu bilangan ambulans yang meningkat dan lebih banyak lagi. Yang Berhormat Sungai Siput berbincang berhubung dengan rawatan pesakit dalaman kes-kes kecuaian kerana doktor- doktor muda. Saya telah pun menjawab di sini bahawa kita ada satu panel untuk melihat kecuaian-kecuaian patient safety.

We have a patient safety panel untuk melihat kecuaian-kecuaian yang berlaku dalam hospital negara kita. Bilangan kecuaian yang meningkat ini telah diambil perhatian dan kita telah pun menghantar semua doktor kita untuk latihan. We have attended special courses untuk mengelak apa-apa kecuaian yang berlaku dalam perkhidmatan mereka.

Berhubung dengan skim full paying patients yang dinyatakan tadi. Memang dalam jawapan saya tahun yang lalu kita membuat kajian tahun ini. Kajian telah menunjukkan bahawa ia adalah berkesan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit-pesakit yang ingin membayar lebih untuk mendapatkan perkhidmatan lebih cepat.

Saya telah menyatakan bahawa full paying patients, doktor-doktor yang memasuki full paying patient ini mereka menjalankan perkhidmatan mereka di luar waktu pejabat hari Ahad dan hari Sabtu. So it won’t affect their job during the working time. Walau bagaimanapun apa yang dikatakan Yang Berhormat Sungai Siput ini saya akan melihat kembali. I’ll look into the report again. You are saying that the report is bias, you are saying kajian itu tidak menyeluruh. I will look into that, because as far as Kementerian Kesihatan concern we have conducted the survey. We have found out that the full paying patients provide efficient service to the patients in our hospital.

final • 7:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Sedikit sahaja. Bolehkah Menteri beri satu salinan laporan kajian itu dan apakah kaedah yang dipakai? Berapa orang ditemu janji, ditemu bual? Berapa orang diinvestigate, siapa mereka? So we can see for ourselves.

Adakah ini satu kajian yang berasas atas faktakah ataupun satu kajian yang berat sebelah?

They all have a copy.

final • 7:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Seperti yang saya katakan tadi saya sendiri akan melihat kembali kajian ini. Ini kerana saya juga dimaklumkan, iaitu sebelum kita hendak memperluaskan perkhidmatan full paying patients. Saya sendiri sebagai Menteri kena faham dan juga kena iktiraf bahawa ia lebih baik. Is providing better services to the people.

So oleh itu memang saya akan lihat balik kajian ini. Untuk memastikan bahawa perkhidmatan kesihatan negara kita, di hospital kita dapat ditingkatkan. Saya akan berbincang dengan lebih lanjut dengan Yang Berhormat Sungai Siput berhubung dengan full paying patients, Skim Full Paying Patients ini.

Yang Berhormat Tenggara telah berbincang berhubung dengan Program Kesihatan Awam (NCD). Diabetes, heart attack bilangan kita meningkat.

final • 7:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa masalah sekarang adalah kerana kesedaran orang ramai tentang cara hidup, pemakanan yang tidak seimbang dan cara hidup di sebelah malam yang berlarutan sehinggakan orang kata selalunya kita perlukan gaya hidup sihat tetapi apabila rakyat kita tidak menjalani gaya hidup sihat.

final • 7:30 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Saya rasa sebagai Menteri yang bertanggungjawab, Kementerian Kesihatan akan melancarkan Kempen Gaya Hidup Sihat dengan lebih berkesan lagi. Although, we have launched the program. Kita sudah lancarkan Kempen Gaya Hidup Sihat sejak tahun 1992 lagi, since 1992 we have launched this. Nampaknya rakyat kita semakin tidak sihat kerana bilangan obesiti dan kegemukan meningkat dengan begitu tinggi.

Pada masa sekarang, rakyat kita yang gemuk dan obes lebih kurang 60 peratus - sixty percent rakyat kita gemuk dan obes dan ini masalah-masalah diabetes, masalah sakit jantung, the entry point to all these non-communicable disease adalah kegemukan dan juga obesiti. Oleh itu kita harus mengambil tindakan yang lebih serius dari segi kempen Program Kesihatan Awam yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Tenggara tadi. Yang Berhormat Tenggara banyak detail ya? I give you in writing kerana Yang Berhormat Tenggara ada tanya berhubung dengan Klinik Desa Ganti dan pelbagai klinik. Saya tidak perlu baca satu persatu, banyak sangat di sini. I give you in writing nanti selepas ucapan nanti.

Berhubung dengan Hospital Kluang, saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat begitu prihatin dengan masalah Hospital Kluang. Memang rakyat Kluang sudah marah, rakyat tempatan di sekeliling sudah marah kerana hospital ini sepatutnya siap pada tahun hadapan tetapi kerana sekarang lewat 44 peratus dan Kementerian Kesihatan tidak boleh tunggu lagi, kita kena berhenti dan kita kena cari kontraktor baru. Ini adalah masalah kontraktor, masalah developer bukan masalah Kementerian Kesihatan, bukan masalah Kementerian Kewangan. Memang kita beri peruntukan yang cukup tetapi kerana kontraktor ada masalah dalaman, mereka bergaduh dalaman, mereka tidak dapat laksanakan tugas dengan baik, membawa masalah. KSU saya sudah buat lawatan dua kali ke Hospital Kluang ini untuk mencari jalan penyelesaian. Nampaknya tiada jalan penyelesaian yang ada sekarang. Kalau tiada lagi jalan penyelesaian, kita akan berhentikan the present contractor dan kita cari kontraktor yang baru, yang berupaya untuk melaksanakan projek ini.

Itu sahaja jawapan saya.

final • 7:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Bangun]

final • 7:30 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat, ya.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau Yang Berhormat sudah habis itu tidak mengapa.

final • 7:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Satu sahaja Tuan Pengerusi.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini ringkas Yang Berhormat ya? Saya tahu Yang Berhormat biasanya ringkas tetapi ini panjang. Lawyer, ia buat begitu.

final • 7:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sekejap sahaja.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah banyak kali buat seperti itu.

final • 7:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Semalam saya rekod Tuan Pengerusi, seminit.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Brief kata lawyer, ia panjang.

final • 7:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tiada. Semalam saya rekod, satu minit sahaja. Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya ucapkan tahniah atas kekebalan dan kekentalan semangat perjuangan. Kedua, saya dalam sesi lepas saya pernah bangkitkan tentang persoalan latihan kejururawatan di Kolej MASTERSKILL. Banyak perkara yang saya bangkitkan di situ berkenaan dengan bagaimana pelajarnya dibiarkan sahaja dalam latihan, dihantar ke sesuatu tempat tanpa supervision.

final • 7:33 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

MASTERSKILL?

final • 7:33 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

MASTERSKILL College.

final • 7:33 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

MASTERSKILL.

final • 7:33 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

MASTERSKILL College.

Bagaimana pelajar-pelajar ini diambil begitu ramai. Saya dimaklumkan mengikut jawapan KPT (Kementerian Pengajian Tinggi), MASTERSKILL ada pelajar lebih daripada 12,000 orang dengan pungutan PTPTN sahaja melebihi RM400 juta lebih.

Jadi, saya lihat seolah-olah pengambilan pelajar beramai-ramai ini lebih kepada untuk mengaut keuntungan. Itu persoalan yang saya akan bangkitkan dengan KPT. Yang lebih penting untuk saya di peringkat ini ialah adakah kementerian sedar tentang aduan- aduan ibu bapa berkenaan dengan perkara ini dan saya pergi ke sebuah hospital di Kelantan, saya diberitahu secara verbal - secara lisan bahawa pihak hospital tidak langsung gemar hendak mengambil pelatih-pelatih daripada MASTERSKILL ini atas alasan mereka ini boleh dikatakan tidak layak untuk menjalani latihan. Ada aduan daripada pelajar yang menyatakan mereka dihantar ke Tasputra, saya lupa.

Dalam sesi lepas saya ada bangkitkan detail dan dilepaskan begitu sahaja tanpa supervision. Jadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri siasat perkara ini kerana kita tidak mahu pelajar-pelajar ini keluar dan apabila perkara seperti ini berlaku, mereka tiada nilai market, dan kedua, kita khuatir akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih. Satu minit.

final • 7:33 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat Gopeng juga bangkitkan ini dan saya sendiri akan mengambil tindakan untuk menyiasat.

final • 7:33 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Maksud saya di sini Tuan Pengerusi, kalau boleh pegawai Datuk Menteri lihat balik Hansard yang saya bangkitkan dalam sesi lepas. Detail yang saya telah berikan di situ, saya ada berikan details di situ.

final • 7:33 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan ambil tindakan kerana memang kita tak boleh biarkan kualiti kita menurun. Kita memang ada lecturer/student ratio. Kalau ia melebihi daripada lecturer/student ratio, kita akan batalkan kursus ataupun fakulti tersebut. Ini di bawah jagaan dan juga kerjasama kita dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Kita akan recommend kepada Kementerian Pengajian Tinggi bahawa ia tidak mematuhi keperluan Kementerian Kesihatan...

final • 7:33 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Boleh satu minit sahaja? Perkara sama.

final • 7:33 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Ya, ya. Yang Berhormat Gopeng.

final • 7:33 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Masalah MASTERSKILL dan MAHSA ini bukan setakat lecturer/student ratio tetapi daripada segi latihan praktikal dan sebagainya yang dianggap kurang experience. Jadi ini masalah yang utama yang tidak dapat kita selesaikan melalui carta-carta organisasi ataupun lecturer dan sebagainya. Terima kasih.

final • 7:33 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Semua aduan ini akan diambil kira dengan sepenuhnya dan saya akan beri maklumat kemudian, sesi yang akan datang pada bulan Mac ataupun lebih awal, saya akan berikan maklumat yang lebih awal. Sekian.

final • 7:33 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih.

final • 7:33 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Pengerusi, satu sahaja. Tidak perlu jawapan.

final • 7:33 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak perlulah.

final • 7:33 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Hendak buat statement sedikit untuk kementerian.

final • 7:33 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah habis Yang Berhormat.

final • 7:33 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kita hendak ucap terima kasih kepada kementerian. Sedikit sahaja, kerana saya dimaklumkan elaun kesihatan awam kepada pakar-pakar kesihatan awam telah dinaikkan. Hendak ucap terima kasih tetapi tidak sama lagi dengan yang klinikal. Minta beri sama juga. Boleh ya? Terima kasih.

final • 7:33 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Semua naik gaji Yang Berhormat ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada 30 pencelahan.

Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM11,178,733,400 untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM11,178,733,400 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 7:33 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,584,264,000 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM3,584,264,000 untuk Maksud P. 42 jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.

final • 7:33 PM
Maksud B.43 [Jadual] – Maksud P.43 [Anggaran Pembangunan 2010] –

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

final • 7:40 PM
USUL MEMINDA JADUAL DI BAWAH P.M. 66(9)

Memotong RM10 Gaji Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) untuk memotong gaji Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM10 kerana kegagalan menangani masalah yang dihadapi oleh penghuni-penghuni rumah-rumah pangsa kos rendah.

Tujuan saya membawa usul ini ialah untuk membawa perasaan kecewa dan marah beribu-ribu keluarga berpendapatan rendah yang terperangkap di rumah-rumah pangsa yang tidak bersih, yang gelap pada waktu malam dan yang berbahaya pada mereka. Mereka telah membawa isu ini ke perhatian kementerian beberapa kali tetapi dalam empat, lima tahun yang lalu tidak ada tindakan yang tegas ataupun yang berkesan.

Izinkan saya ceritakan pengalaman rumah pangsa kos rendah Taman Pertama untuk menjelaskan kepada Dewan ini bagaimana masalah ini. Rumah pangsa ini dibina pada tahun 1988. Pada tahun 2000, satu jawatankuasa pengurusan telah ditubuhkan oleh ADUN di situ dan juga Kinta Properties tetapi badan pengurusan ini tidak dapat mengutip yuran pengurusan. Jadi, bankrupt dalam empat, lima bulan.

Sejak masa itu sampai sekarang tidak ada pengurusan yang berkesan di rumah pangsa itu. Pada 2002 penduduk di situ menubuhkan satu perbadanan pengurusan dan telah memohon kepada Lembaga Air Perak (LAP) supaya menukar bil air di situ daripada bil air persendirian kepada bil air pukal supaya bil air untuk penghuni boleh disatukan dengan yuran pengurusan.

final • 7:40 PM

Memotong RM10 Gaji Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

LAP bersetuju tetapi dia kata di perlukan sokongan daripada kerajaan negeri dan kerajaan negeri selama tiga tahun tidak beri sokongan itu. Oleh itu, pada Ogos 2006 penghuni ini datang ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memberi satu memorandum kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Ong Ka Ting untuk memakai Seksyen 51 di dalam Akta Strata yang mengatakan dengan izin, “ The State Authority may upon complaints of proprietor that the corporation is not functioning satisfactorily appoint a body of person to exercise the powers and discharge duty and function of the management corporation. Ini 51.

Ekoran meeting itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meminta PTG di Perak untuk menguruskan hal ini tetapi selepas tiga, empat, lima bulan PTG dalam suatu mesyuarat dengan penghuni mengatakan mereka tidak dapat mencari badan untuk mengambil alih kerja pengurusan. Ini kerana dalam seksyen 52 ini dikatakan dengan izin that expenses incurred by the person or the body appointed shall be charged to the management fund of the management corporation.

Isunya ialah kita tidak boleh kutip duit. Jika ada duit boleh buat kerja itu. It doesn’t help. So, selepas itu PTG mengatakan mereka hendak tubuhkan balik MC. Dia akan ada AGM tetapi dalam Julai 2007, dikatakan undang-undang baru telah digubal di mana Akta Bangunan dan Harta Bersama ada satu pesuruhjaya bangunan Commissioner of Buildings.

Commission of Buildings ini juga boleh melantik ejen pengurusan tetapi ia ada kelemahan yang sama. Untuk mengutip duit, dia tidak ada kuasa untuk mengutip duit.

Dikatakan umpamanya dalam seksyen 32(2) dalam Akta Bangunan dan Harta. ‘Jika selepas tamat tempoh tersebut, jumlah wang yang kena dibayar masih belum dibayar, orang ini boleh mulakan prosiding dalam mana-mana mahkamah’. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, ini tidak masuk akal.

Untuk bayaran yuran RM20, dia tidak bayar, you hendak pergi pasang seorang lawyer untuk sue dia ke mahkamah. Itu habis berapa puluh ringgit, berapa ratus ringgit? So, the problem has not been solved walaupun bawa satu akta baru untuk kendalikan masalah, masalah pokoknya belum lagi dikendalikan. Jadi, I am not sure tidak understand the problem kah? So, inilah masalah pokok, bagaimana kutip duit jika penghuni enggan bayar, siapa akan paksa mereka?

Jadi, dalam sepuluh tahun ini, rumah pangsa kos rendah di Taman Pertama tidak dibersihkan. Tidak ada lampu distairwell, di verandah, tiada lampu. Ia sudah menjadi tempat pengedaran dadah. Setiap malam penagih dadah semua datang ke situ, mereka jual beli dadah. Untuk penghuni di situ untuk kadang-kadang balik pada waktu malam, sudah jadi bahaya. Lebih kurang ½ daripada 80 unit sekarang kosong kerana mereka terpaksa keluar.

So, inilah masalah mereka. Mereka semua ini orang miskin yang telah pergi ke flats ini kerana kerajaan katakan inilah caranya. Akan tetapi, di flat ini dia sudah pakai dia punya savings tetapi sekarang mereka terperangkap.

Satu penyelesaian masalah ini mesti ada empat feature. Satu ialah kita harus mempertanggungjawabkan majlis tempatan untuk menjaga rumah-rumah pangsa kos rendah dijaga oleh mereka. Pengutipan wang harus dijaga oleh mereka.

Nombor dua ialah isu kadar kutipan harus dirombak. Sekarang di Buntong, di Taman Pertama mereka kena bayar bil taksiran RM100 setahun dan juga RM20 yuran pengurusan. Jadi, satu tahun mereka kena bayar RM340. Lebih daripada orang yang bayar di rumah-rumah berkembar di Lim Garden. Mereka hanya ada taksiran. So they are paying higher, for their house area they pay much higher.

Ketiga, satu dana yang mencukupi harus diperuntukkan kepada majlis-majlis tempatan untuk kerja-kerja pemulihan kerana seperti di rumah pangsa di Taman Pertama is disrepair, bumbung ada bocor, paip air sudah bocor.Untuk memulihkan balik akan mengambil berpuluh-puluh ringgit untuk memulihkan balik rumah pangsa ini. Bayaran cukai tanah sekarang sudah sampai tunggakan RM60,000. Bil air RM20,000. So, ini memerlukan satu suntikan dana yang besar untuk memulihkan balik.

final • 7:40 PM

Memotong RM10 Gaji Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Jadi, semua ini these are the problems tetapi masalah-masalah ini belum ditangani oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama ini. Bukan hanya di Taman Pertama. Ini berlaku di beberapa lagi rumah pangsa kos murah di seluruh negara kita di mana keluarga-keluarga berpendapatan rendah ditempatkan di situ, terperangkap di situ dan mereka susah sangat. Itulah sebabnya saya telah mengusulkan bahawa gaji Menteri dipotong RM10. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Selepas berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua saya memutuskan kita hendak hanya tiga daripada sini dan tiga daripada sana terima kasih membahaskan usul ini Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, usul sebagaimana yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi terbuka untuk dibahas.

final • 7:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Ledang.

final • 7:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya ini kali pertama saya lihat satu usul untuk memotong gaji Menteri dengan nada yang sangat lembut.

final • 7:48 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat. Ini cara Parlimen bercakap juga.

final • 7:48 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Cara Parlimen lah. Saya memuji.

final • 7:48 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, memang betul.

final • 7:48 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Cuma Tuan Pengerusi saya kira salah tempat lah sebab bila saya tengok tadi, saya amati tentang setiap persoalan yang ditimbulkan lebih kepada masalah di peringkat tempatan, masalah PBT, kalau di Taman Pertama itu masalah pemimpin di sana yang sepatutnya mengambil inisiatif untuk mengumpulkan, memberi penerangan, educate, memberi pendidikan kepada penghuni rumah berstrata ini.

Akan tetapi Tuan Pengerusi saya hendak tolong Yang Berhormat Sungai Siput.

Daripada banyak-banyak persoalan yang ditimbulkan, satu yang saya setuju, saya akan sebutkan kemudian. Ini kerana Tuan Pengerusi tugas kementerian pertamanya ialah memudah cara. Dalam soal ini, akta telah pun disediakan iaitu Akta 663 yang berkaitan, maknanya akta itu sudah cukup untuk menyediakan segala keperluan di peringkat PBT, di peringkat tempatan dengan menubuhkan MC ataupun Perbadanan Pengurusan.

final • 7:48 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sebelum perbadanan pengurusan ditubuhkan juga disediakan kaedah tempoh permulaan dengan menubuhkan... Maknanya pemaju perlu ambil, di peringkat permulaan pemaju perlu ambil tanggungjawab di peringkat tempoh interim, ditubuhkan JMB. JMB, nanti Sungai Siput pun saya maklum iaitu penubuhan jawatankuasa bersama dengan penduduk dan juga pemaju. Sementara proses strata itu belum selesai dan akhirnya tubuhlah MC iaitu Perbadanan Pengurusan. Namun Tuan Pengerusi, itu di peringkat pendekatan bagaimana sesuatu bangunan strata itu boleh diuruskan. Saya simpati Tuan Pengerusi dengan masalah yang berlaku di sana tetapi saya hendak tegaskan masalah ini boleh diselesaikan lebih di peringkat tempatan. Ertinya, tugas kementerian telah pun selesai di situ.

Saya katakan Tuan Pengerusi, apabila kita menyebut tentang cukai taksiran. Cukai taksiran bangunan strata ini fungsinya tidak sama dengan rumah individu. Tanggungjawab kita, kalau kita ada rumah individu, rumah kita rumah banglo kah, rumah teres kah, kita yang bertanggungjawab untuk membaiki segala kerosakan dalam rumah kita ini. Tangga rosak kita bertanggungjawab, lampu tidak ada kita bertanggungjawab, lampu beranda tidak ada tanggungjawab kita. Namun dalam soal bangunan berstrata, tanggungjawab bersama.

final • 7:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Maknanya, tanggungjawab setiap pemilik rumah di situ dan bukan tanggungjawab kerajaan. Tanggungjawab kerajaan terutamanya PBT daripada cukai harta yang dikenakan ialah menyediakan kemudahan dan juga penyelenggaraan di luar kawasan bangunan berstrata seperti jalan masuk, lampu awam. Lampu beranda dan lampu tangga bukan PBT.

Di situlah Tuan Pengerusi, perlunya ada pendidikan. Memberi kesedaran kepada penghuni-penghuni rumah berstrata ini. Di sinilah Tuan Pengerusi, tanggungjawab PBT, tanggungjawab pemimpin tempatan termasuklah wakil-wakil rakyat dan termasuk Ahli-ahli Parlimen. Termasuk Ahli Parlimen, kita. Cuma Tuan Pengerusi saya setuju juga. Saya setuju sekiranya Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri menyediakan dana permulaan bagi dana kalaupun tidak 100 peratus, 50 peratus, dana untuk pemulihan sebelum ataupun apabila sesuatu rumah bangunan berstrata itu, premis berstrata itu bagi tujuan penduduk, bagi tujuan dihuni, bolehlah dibaiki lampu-lampu yang rosak, mungkin longkang tersumbat, longkang mendap, mungkin ada bahagian-bahagian bangunan yang mungkin tertanggal turapannya dan sebagainya. Ini saya setuju.

Jadi Tuan Pengerusi, saya lihat di sini, saya hendak tegaskan sekali lagi ialah tugas ini lebih kepada peringkat tempatan di PBT. Peringkat kementerian, akta telah pun lengkap. Cuma lebih kepada aplikasi. Jadi Tuan Pengerusi, walaupun saya bersetuju tentang dana pemulihan itu dan saya menyeru supaya pihak kementerian juga memikirkan bagaimana boleh membantu rumah-rumah pangsa, rumah-rumah berstrata ini terutamanya maksud saya yang telah lama tidak diurus ini supaya boleh diambil alih sepenuhnya oleh pihak Perbadanan Pengurusan. Maknanya supaya semua setiap penghuni itu dapat menerima tanggungjawab dengan hati yang lega, dengan hati yang selesa kerana ada dana permulaan. Jadi saya menyeru pihak kementerian dapat membantu.

Oleh yang demikian, oleh kerana fakta-fakta, hujah-hujah yang saya sebutkan tadi, ini lebih kepada soal tempatan, pemimpin di situ, PBT dan sebagainya dan bukan di peringkat kementerian. Tidak wajar kalau soal ini dibawa ke Parlimen untuk memotong gaji Yang Berhormat Menteri. Jadi Tuan Pengerusi, saya mohon supaya usul ini ditolak. Sekian, terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Cukup padat. Yang Berhormat daripada Ipoh Barat.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sokong pandangan bahawa gaji Yang Berhormat Menteri patut dipotong RM10 tapi pada pandangan saya patut potong sekurang-kurangnya RM10,000. Itu baru memadai. Saya hendak tahu. Ini perkara, bukan satu perkara yang baru. Lebih kurang seminggu yang lalu, Yang Berhormat semestinya sudah membaca dalam surat khabar bahawa satu motion sebegini akan dibuat. Soalan saya yang khusus, adakah Yang Berhormat atau kementerian atau pegawai-pegawai mengambil perhatian dan mengambil apa-apa tindakan sehingga hari ini kerana pada pengetahuan saya, ini bukan perkara yang pertama. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri yang sebelum ini pun mengetahui masalah ini, kementerian mengetahui masalah tetapi tidak ada apa-apa proactive action yang diambil.

Kalau kita mengatakan mengikut pandangan Yang Berhormat Ledang itu, sebenarnya tidak boleh diterima kerana ini adalah kewajipan kementerian. Tanggungjawab kementerian, tanggungjawab Yang Berhormat Menteri supaya mereka berusaha untuk menyelesaikan perkara ini. Soalan saya yang khusus ialah apakah kawal selia yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri? Is the Minister sleeping on his job? Bukankah perkara ini patut diambil perhatian dan saya percaya ini bukanlah satu bangunan yang pertama di negara ini. Banyak di antara bangunan-bangunan rumah kos rendah ini adalah situasi yang sama dan ada sesuatu yang tidak kena kepada undang-undang. Dari itu, kita patut mengambil ikhtiar dan belajar dan mengambil satu action untuk mengatasi masalah ini.

Kalau kita menolak semua tanggungjawab kepada PBT, this is one minister without power.

One minister without responsibility dengan, with respect. Jadi, inilah perkara yang patut kita atasi.

final • 7:55 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, selain dari itu, saya hendak beralih kepada satu perkara yang lain iaitu mengenai kejadian kedai runtuh di Ipoh di mana pada 2 Oktober di mana semasa renovation bangunan, tiba-tiba kedai-kedai itu runtuh di atas jalan raya. Jalan Fair Park dan dua orang yang innocent, yang sedang memandu kereta telah terbunuh akibat runtuhnya bangunan di sana. Semasa itu, pada 3 Oktober, Yang Berhormat Menteri telah pergi ke kawasan tersebut iaitu di kawasan saya di mana satu delegasi bukan orang-orang yang dapat memberi perhatian kepada perkara yang terjadi tetapi membawa media memberitahu bahawa Yang Berhormat Menteri telah memijak tanah di kedai-kedai runtuh di sana dan ingin mengambil tindakan.

Soalan yang saya tanya dengan spesifik adalah apakah yang kita telah pelajari dari runtuhan GS Supermarket iaitu enam bulan sebelum kejadian di Ipoh. Six months before the incident. Pada masa itu, report telah disiapkan oleh Yang Berhormat Menteri dan telah menyerahkan kepada Kabinet pada 16 September termasuk dengan rekomendasi- rekomendasi yang tertentu. Selepas itu, saya difahamkan kabinet telah mengarahkan Yang Berhormat Menteri mengambil rekomendasi-rekomendasi itu dan memberi tahu kepada PBT-PBT di seluruh negara.

Adakah Yang Berhormat telah mengikut arahan tersebut? Adakah itu telah dibuat?

Jika ia sudah dibuat, macam mana kejadian ini berlaku? Dua nyawa terkorban disebabkan oleh kelalaian, kecuaian Yang Berhormat Menteri kerana kalau ini perkara yang pertama, saya boleh faham. Yang Berhormat Menteri pun adalah seorang yang baru menjadi Menteri untuk kementerian ini tetapi GS Supermarket adalah perkara yang terjadi pada lebih kurang bulan Mac-April.

final • 7:55 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri sendiri membuat report itu kepada Kabinet. Apa yang kita telah belajar daripada kejadian tersebut, sama dan serupa dengan apa yang terjadi di First Garden sekarang, ia adalah perkara yang sama. Menteri mengetahui masalah, Menteri tahu apa yang patut dibuat tetapi he is to comfort, in the comfort zone. Tidak mengambil tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah yang ada di Fair Park dan di First Garden.

Akhir sekali Yang Berhormat Menteri, saya menyokong pemotongan gaji ini. Saya berpendapat dan berharap bahawa Ahli Parlimen akan menyokong resolusi ini dengan niat yang baik. Jangan kita menggunakan brute majority untuk menolak resolusi ini, kerana apa yang saya telah beritahu kepada Dewan yang mulia ini patut diambil perhatian dengan serius.

Ini kerana kalau seorang Menteri betul-betul menjalankan tugas dengan serius dan pegawai-pegawai dalam kementerian mengambil perhatian semestinya dua nyawa yang terkorban baru-baru ini di Ipoh tidak akan terjadi. Begitu juga nyawa-nyawa yang terkorban di Jaya Supermarket. Saya juga berfikir sehingga pada hari ini, pada pengetahuan saya, Yang Berhormat apabila datang ke Ipoh telah memberi tahu the usual fantastic personal irrelevant statement macam ini, “Oh ya, saya akan memohon report daripada PBT.” So, what happen to the report…, thrown away? Ada apa-apa tindakan yang diambil? Were negligent criminal cases taken up, tidak ada.

Adakah Yang Berhormat berani dengan ikhlas memberi tahu bahawa tindakan yang akan diambil bukan sahaja terhadap pemaju tersebut tetapi terhadap PBT. Di mana saya difahamkan ada beberapa kelalaian yang telah dibuat oleh PBT dan yang saya di fahamkan di ketahui oleh kementerian. Semestinya semasa membuat lawatan Yang Berhormat sepatutnya tahu mengenai perkara tersebut. Di First Garden, rumah-rumah pangsa ini, setakat hari ini apa yang telah dibuat oleh kementerian untuk mengatasi masalah rumit yang dihadapi oleh orang ramai di sana dan juga di semua rumah pangsa yang dalam keadaan yang sama.

Yang Berhormat bertanggungjawab memberi pertolongan kepada orang miskin, projek-projek PBT. Semasa negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat untuk 11 bulan, saya difahamkan beratus-ratus rekomendasi telah dibuat untuk menolong masyarakat miskin tetapi tidak diluluskan atas alasan bahawa itu adalah Kerajaan Pakatan Rakyat. You are Minister for all, ini adalah kerajaan untuk semua, ini bukan wang sendiri dan ini adalah wang orang ramai.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

We are tax payers, kita ada hak dan ini adalah perkara yang perlu diambil kira dan saya harap Yang Berhormat tidak perlu mendengar resolusi yang akan dibuat di Dewan ini.

Dengan rela tolong bangun dan menerima hakikat bahawa satu kesilapan telah dibuat dan katakan saya setuju untuk memotong gaji RM10 ribu dan bukan RM10. Terima kasih...

[Ketawa]

final • 8:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Labis.

final • 8:00 PM

Tuan Chua Tee Yong - Labis

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk turut membahaskan usul ini. Saya meneliti apa yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat mengenai sebab-sebab gaji pihak Menteri perlu ditolak sebanyak RM10. Saya rasa ini adalah usul setiap kali kita ada pihak jawatankuasa, mesti ada usul untuk menolak RM10. Adakah tolakan gaji sebanyak RM10 akan menyelesaikan masalah yang telah dikemukakan?

Ia hanya merupakan cara untuk menunjukkan dan memberi imej bahawa seorang Yang Berhormat itu kuat memperjuangkan nasib rakyat. Akan tetapi adakah ini cara yang paling efektif? Mengapa bukan RM1 ataupun RM100? Bagaimanakah RM10 ini dikira, saya pun tidak tahu, kerana kos elektrik, masa yang kita semasa berbahas serta masa Tuan Pengerusi, sudah jauh melebihi RM10. Malah isu yang dibawa ini bolehlah Yang Berhormat bahaskan dalam peringkat jawatankuasa.

final • 8:04 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Boleh saya bagi jawapan kepada Yang Berhormat? Mungkin dia tidak tahu, maybe..

final • 8:04 PM

Tuan Chua Tee Yong - Labis

Tidak perlulah mengemukakan usul untuk berusaha menolak gaji kementerian sebanyak RM10. Ini kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah rumah pangsa kos rendah. Adakah selepas menolak RM10 semua masalah rumah pangsa kos rendah serta-merta akan selesai, adakah ia akan selesai?

Masalah tetap ada dan perlu ditangani, kalau kita lihat dari segi isu Penyelenggaraan, Pengurusan Bangunan dan Harta Akta 663 dikuatkuasakan pada tahun 2007 untuk memperkemaskan kaedah penyelenggaraan dan pengurusan meliputi semua jenis bangunan kediaman dan komersial yang di keluarkan hak milik strata seperti kondominium, rumah pangsa, pangsapuri, bangunan pejabat, kompleks dan service apartment. Dengan adanya akta ini, maka dari segi pengurusan dan pengutipan caj adalah terpulang kepada pemilik dan pemaju untuk mengurus harta dan bangunan kerana untuk memastikan keadaan dan nilai harta sendiri, yang paling sesuai diberi tanggungjawab adalah pemilik.

Kementerian hanya boleh menyediakan akta agar terdapat undang-undang serta guidelines supaya management committee yang terdiri daripada pemilik atau pemaju dapat mengurus bangunan tersebut. Dari segi melibatkan pihak kerajaan sama ada pusat atau daerah untuk menubuhkan satu agensi khas atau mengambil alih pengurusan rumah-rumah kos rendah atau pangsa, kos rendah dan sederhana di Malaysia adalah tidak sesuai. Ini adalah kerana pada masa ini, dari segi perkhidmatan pihak kerajaan tempatan sudah pun perlu pertolongan, maklum balas serta cadangan dari segi ahli majlis, wakil rakyat serta ketua kampung.

Maka, kalau satu tanggungjawab baru diberi, saya khuatir dan risau ini akan menjejaskan mutu perkhidmatan pihak kerajaan tempatan kerana kekurangan sumber kewangan atau sumber manusia. Selain itu, jika cadangan ini dilaksanakan ia mungkin akan menyebabkan rumah-rumah dan kondominium yang lain inginkan kerajaan untuk menguruskan harta tanah mereka. Perkara ini akan membawa implikasi yang cukup besar ke atas kewangan dan tambahan tugas kerajaan, ia juga akan menimbulkan conflict of interest, dengan izin, kerana kerajaan berperanan untuk mengawal selia dan tidak sepatutnya terlibat secara langsung.

final • 8:04 PM

Tuan Chua Tee Yong - Labis

Misalnya, pihak kerajaan tempatan ditugaskan untuk mengurus dan mengutip caj bulanan, jika mereka ingin menaikkan caj perkhidmatan adakah pemilik akan terus setuju dan puas hati? Akhirnya, adalah lebih sesuai pemilik mengurus kerana hanya mereka yang tahu secara mendalam masalah yang dihadapi di kawasan tempat tinggal mereka, serta sama ada perbelanjaan untuk mengurus harta mereka adalah munasabah. Maka, adalah lebih sesuai sebagai wakil rakyat kita juga harus memberi bimbingan dan menolong untuk menyelesaikan masalah dan bukannya mengalih perhatian daripada masalah.

Yang Berhormat Sungai Siput sepatutnya memohon peruntukan daripada pihak berkuasa tempatan untuk membantu penduduk di rumah pangsa kerana beliau juga telah mengatakan wang taksiran atau cukai pintu dipungut dan ini dipungut oleh pihak berkuasa tempatan dan bukan pihak kerajaan pusat. Dengan ini, saya menolak usul yang dibawa Yang Berhormat Sungai Siput. Sekian, terima kasih.

final • 8:04 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:09 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Telok Kemang hendak cakap ataupun tidak? Bila saya pandang, tunjuk orang lain...

[Ketawa] Yang Berhormat Telok Kemang.

final • 8:09 PM

Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Ini kerana saya mendapati bahawa tahap pengurusan dan juga penyelenggaraan rumah-rumah pangsa ini begitu buruk sekali, ia umpama seperti rumah setinggan yang telah di naik taraf, hanya dalam aspek perumahan.

final • 8:09 PM

Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Akan tetapi keadaannya, kebersihannya, penyelenggaraannya, masalahnya sama seperti keadaan di setinggan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermakna kerajaan tempatan menjadi satu tugas dan tanggungjawab kementerian, ia begitu penting dan tidak boleh kita serahkan kepada pihak yang lain, kepada PBT, kerajaan negeri dan sebagainya. Ini kerana tanggung jawab tetap kepada kementerian, kerana satu-satu objektifnya mengenai dengan kerajaan tempatan ialah membantu, membimbing dan menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam merancang, mengawal dan melaksanakan program-program pembangunan sosial ekonomi dan perkhidmatan perbandaran ke arah membentuk masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya maju selaras dengan matlamat pembangunan negara.

Ini objektifnya, bagaimana pelaksanaannya? Apakah ini oleh kerana melibatkan rumah pangsa dan tidak diendahkan kepentingannya dalam melaksanakan tanggung jawab kementerian selaras dengan apa yang dilakukan kepada kawasan-kawasan yang lain. Apa salahnya, kita memang mengetahui dan kita mengakui kekurangan, kemampuan penduduk di rumah pangsa untuk menyumbang kepada yuran pengurusan. Ini perkara biasa, kalau di rumah apartmen, rumah pangsa mewah memang ada yuran pengurusan dan mereka yang duduk di sana berkemampuan untuk membayar dan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan untuk melaksanakan tugas mengurus dan menyelenggarakan tempat kediaman mereka. Akan tetapi di rumah pangsa, bagi orang yang berpendapatan rendah, saya rasa menjadi tanggung jawab kerajaan khususnya kementerian untuk membantu sekurang-kurangnya menyediakan peruntukan bagi mengatasi kerana tanggung jawab kita untuk membentuk masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya maju.

Ini satu tanggung jawab yang besar dan kalau kita abaikan maka mereka ini terasing dan akan melarat kedudukannya dari segi sosial, jenayah dan keadaan kesihatannya akan terganggu. Jadi di sini tanggung jawab kita, kementerian ini kepada perkara yang kita sebutkan pada malam ini bukanlah perkara yang kita boleh serahkan bulat-bulat kepada kerajaan tempatan ataupun kerajaan negeri, kerana akhirnya hakikatnya, kementerian ini akan bertanggungjawab, the buck stop at the minister dengan izin.

final • 8:10 PM

Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Jadi itulah usul ini harus diambil berat oleh kementerian, oleh Menteri sendiri kerana tanggung jawab yang telah di gariskan di dalam panduan untuk kementerian ini perlu dilaksanakan mengikut objektif yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri. Saya menyokong usul ini, terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Ya Yang Berhormat Tebrau.

final • 8:10 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tuan Pengerusi, saya mohon menolak usul Yang Berhormat Sungai Siput oleh sebab pada pendapat saya, saya rasa hujah-hujah yang dikemukakan membayangkan bahawa Yang Berhormat Sungai Siput dan juga Yang Berhormat Ipoh Barat enggan melihat kepada tujuan dan maksud kementerian meluluskan Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 ataupun Akta 663 iaitu akta ini telah diluluskan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) di mana Majlis ini dianggotai oleh semua pihak berkuasa negeri. Banyak salah faham bahawa Kementerian Perumahan amat berkuasa, ia boleh menyelia semua soal-soal perumahan di peringkat negeri termasuk mengawal selia PBT-PBT seluruh negara, itu adalah tidak benar.

Oleh sebab PBT itu di bawah kawal selia kerajaan negeri, Exco kerajaan negeri perumahan kerajaan tempatan mempunyai kuasa kawal selia kepada PBT-PBT di seluruh negara. Jadi dengan mengadakan Akta Bangunan dan Harta Bersama pada tahun 2007, saya rasa kementerian sudah melakukan satu perkara yang amat penting dan menyediakan satu rangka kawal selia yang asas untuk memastikan semua rumah pangsa termasuk rumah pangsa kos rendah di urus dan diselenggarakan dengan baik mengikut garis panduan yang telah dinyatakan dalam akta ini. Di bawah Akta 663 seorang Commissioner of Building (COB) telah dilantik dan Pegawai COB ini dilantik oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa negeri, bukan dilantik oleh kementerian dan di bawah akta itu kuasa COB itu amat luas.

Sekiranya COB atau Pesuruhjaya Bangunan menjalankan tugasnya mengikut peruntukan dalam Akta 663, ia akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh penghuni dan pembeli petak rumah pangsa kos rendah. Kuasa COB itu termasuk menahan harta alih pembeli yang mempunyai amaun caj tertunggak selama enam bulan.

Kita faham banyak masalah penyelenggaraan dan pengurusan hasil daripada pemilik- pemilik atau pembeli-pembeli dan penghuni-penghuni enggan membayar caj pengurusan dan penyelenggaraan.

COB juga boleh memfailkan saman dalam mahkamah untuk mendapatkan kembali hutang, dia juga boleh mengenakan kompaun. Jadi kuasa penguat kuasa ini diberi kepada COB di bawah Akta 663 dan saya difahamkan bahawa kementerian juga sedang mengusahakan untuk memberi latihan kepada semua COB supaya semua COB yang dilantik oleh pihak berkuasa negeri itu dapat menjalankan tugas mereka dengan sebaik- baiknya.

Jadi kementerian KPKT telah menjalankan tugas mereka dengan sempurna, saya tidak faham dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang bahawa kita perlu mendidik pembeli-pembeli rumah pangsa ini termasuk penghuni-penghuni supaya memahami tanggung jawab mereka untuk bekerjasama di dalam management committee, management committee ditubuhkan supaya pembeli-pembeli dan penghuni-penghuni sekalian dapat menguruskan masalah tempatan mereka mengikut keadaan yang sebenarnya. Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan untuk menyelesaikan dari ‘A’ hingga ‘Z’ semua masalah rakyat. Rakyat perlu dididik dan Ahli Parlimen sebagai wakil rakyat juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu menjayakan penguatkuasaan Akta 663 untuk menyelesaikan masalah yang telah ditimbulkan dalam usul itu.

final • 8:14 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Oleh yang demikian, saya rasa Menteri KPKT dengan meluluskan dan menyediakan akta ini dan juga berusaha memberi latihan kepada Pesuruhjaya Bangunan telah pun menjalankan tugasnya dengan sempurna.

final • 8:20 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Bukan semua PBT itu di bawah kawal selia kementerian, itu kita perlu faham. Oleh sebab itu, saya menyokong penolakan usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Sekian.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Raja, nampak duduk saja. Selepas Yang Berhormat Kota Raja, menteri menjawab.

final • 8:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sebenarnya, selepas menjadi wakil rakyat, banyak turun ke padang untuk menyelami masalah penghuni dan pemilik rumah pangsa ini. Rata-rata saya mengatakan bahawa undang-undang ini, iaitu Akta 663 sebenarnya memang banyak membantu bidang pengurusan, tetapi kita tidak boleh pukul rata undang-undang ini terpakai juga untuk jenis rumah pangsa kos rendah. Ini kerana rumah pangsa kos rendah ini didiami oleh mereka yang berpendapatan rendah.

Di Selangor misalnya, setinggan-setinggan dan mereka yang berpendapatan rendah ditempatkan di rumah pangsa kos rendah atau sederhana rendah dan disubsidikan oleh kerajaan negeri beberapa tahun yang lalu. Apa yang berlaku apabila mereka tinggal di rumah-rumah setinggan, gaji mereka yang di bawah paras garis kemiskinan sebanyak RM750 ataupun RM650, mereka mampu hidup.

Namun, apabila mereka berpindah ke rumah-rumah pangsa ini, mereka terpaksa membayar, perbelanjaan mereka lebih untuk kos penyelenggaraan dan sinking fund. Ini menyebabkan kewangan mereka tidak mencukupi. Berlainan daripada penghuni-penghuni atau pemilik-pemilik daripada harta berstrata ini yang tinggal di kondominium ataupun pangsapuri berharga sederhana yang tinggi, ataupun premis-premis bertingkat perniagaan kerana premis-premis perniagaan ini mereka disewakan dan mereka mendapat pendapatan.

Jadi, mereka boleh melangsaikan kos-kos penyelenggaraan dan sinking fund ini.

Akan tetapi, untuk penghuni dan pemilik kos rendah, ini membebankan mereka. Tidak dapat dinafikan apabila sesuatu projek perumahan kos rendah, pemaju sebenarnya juga mengalami kesusahan kerana yuran penyelenggaraan itu sendiri adalah rendah. Ini menyebabkan kutipan mereka tidak mencukupi untuk menyelenggarakan satu kawasan yang dikatakan private property ini daripada penyelenggaraan harta benda, lif dan sampah.

Kebanyakan mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.

Akibatnya apa yang berlaku ialah penghuni-penghuni ataupun pemilik rumah ini enggan membayar kos penyelenggaraan. Ada tiga kategori pemilik atau penghuni rumah, pertama adalah mereka yang dari awal membayar dengan baik, kedua adalah mereka yang sekejap membayar sekejap tidak bayar dan ketiga adalah orang yang tidak pernah membayar.

Apabila kutipan ini tidak mencukupi, penyelenggaraan tidak dapat dilakukan, orang yang membayar penuh berasa kecewa kerana mereka yang membayar, tetapi orang lain yang menikmati kemudahan. Maka mereka pun sekarang tidak membayar.

Akhirnya, oleh sebab kutipan penyelenggaraan bil air pukal, dan bil tenaga elektrik juga dikutip oleh pemaju, maka apabila Akta 663 ini diluluskan pada tahun 2007, pemaju sebenarnya masih lagi mengutip hutang yang tertunggak daripada mereka. Jadi, apabila JMB ini dibentuk ataupun Jawatankuasa Badan Pengurusan atau Jawatankuasa Pengurusan, apa yang berlaku ialah pemaju tidak menyerahkan akaun yang sepatutnya diserahkan seperti yang tertera dalam Akta 663 ini.

Jadi, apa yang berlaku apabila pemaju lepas tangan, walaupun ada peruntukan- peruntukan, mereka boleh diambil tindakan, tetapi undang-undang, peraturan ini sebenarnya tidak mudah dilaksanakan dan tidak berkesan di dalam pelaksanaannya. Ini kerana Persuruhjaya Bangunan (COB) yang pada asasnya adalah YDP ataupun Datuk Bandar tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab ini kerana kekangan kos. COB yang ada di Selangor hanya tiga orang.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ini bincang usul ataupun mana? Yang Berhormat...

final • 8:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya...

final • 8:20 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita masih usul Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Usul.

final • 8:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya, masih usul.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan panjang sangat macam...

final • 8:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Okey...

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Panjanglah.

final • 8:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi, apa yang hendak saya katakan di sini sebenarnya Tuan Pengerusi, menteri mempunyai tanggungjawab untuk berpijak di bumi nyata, melihat balik kepada masalah yang kita hadapi semenjak adanya Akta 663.

Jadi, tidak dapat bersetuju dengan Yang Berhormat Tebrau dan Labis yang mengatakan bahawa ini adalah tanggungjawab pemilik, sedangkan kadang-kadang pemilik tidak ada di situ, hanya penghuni yang ada atau penyewa yang ada. Oleh itu, kementerian perlu melihat semula dan mungkin perlu mengasingkan rumah-rumah pangsa kos rendah ini supaya lebih orang kata implementable.

Akta ini boleh dikuatkuasakan dan saya amat bersetuju bahawa rumah-rumah pangsa kos rendah patut dikawal selia oleh PBT. Ini kerana yang ada di peringkat orang- orang yang menghuni rumah kos rendah, Yang Berhormat sekalian, tahap pemikirannya tidaklah sama seperti Yang Berhormat. Mereka ada cara mereka, konflik sentiasa wujud.

Kalau panggil mesyuarat, tidak semua ada dan inilah masalah realitinya di bawah.

Sebagai simboliknya, RM10 pemotongan gaji daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak akan menyebabkan menteri papa kedana. Namun, secara simboliknya, saya rasa kerana maklum balas ini, saya percaya menteri sudah terima, termasuklah daripada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor terutamanya. Kita lihat bahawa sehingga kini, KPKT belum lagi mencadangkan sesuatu yang konkrit. Tuan Pengerusi, saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Kong Cho Ha

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa gembira kerana Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah sini, mereka faham tentang isu yang dibangkitkan, tetapi di sebelah sana, mereka pilih tidak mahu faham. Ini termasuk peguam juga tidak tahu faham. Saya juga bersimpati dan sedih kerana terdapat projek berstrata iaitu subdivided building yang tidak diselenggarakan dan diurus dengan baik.

Pada dasarnya, pengurusan perumahan bangunan bertingkat adalah terletak di bawah tanggungjawab pemaju dan pemilik itu sendiri. Apabila timbul masalah di dalam pengurusan perumahan di antara pemaju dan pemilik, maka pada masa itu, pihak Persuruhjaya Bangunan ataupun Commissioner of Building akan bertindak untuk menyelaraskan dan menguatkuasakan Akta Bangunan dan Harta bersama iaitu Akta 663 yang digubal pada tahun 2007.

final • 8:29 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Kong Cho Ha

Bagi memastikan tanggungjawab pengurusan di antara pemaju dan juga pemilik dilaksanakan dengan baik. Peranan KPKT adalah dalam menggubal Akta 663 untuk membentuk serta menyediakan kaedah yang lebih berkesan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan bertingkat.

final • 8:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Kong Cho Ha

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Akta ini membolehkan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama dijalankan oleh joint management body, iaitu pengurusan dibuat bersama di antara pemilik dan pemaju sebelum hak milik strata dikeluarkan. Walau bagaimanapun selepas hak milik strata dikeluarkan, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan akan diletakkan di bawah badan pengurusan atau management corporation. Di mana pemilik sendiri akan menguruskan sendiri segala aspek penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama mereka.

Pada masa itu, pemaju tidak menjadi sebahagian jawatankuasa pengurusan lagi.

Jadi untuk saya, bila seorang pembeli menandatangani surat janji jual beli, semua tanggungjawab, peranan dan pematuhan akta berada di surat janji jual beli itu. Pembeli perlu faham tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing. Memang untuk saya kalau kita tidak mahu diperangkap ataupun tidak mahu terima tanggungjawab peranan dan sebagainya jangan beli rumah berstrata... [Dewan riuh] Jadi masalahnya...

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Penjelasan, penjelasan. Sedikit mengenai hal ini. Yang Berhormat Menteri kita perlu faham bahawa bargaining power di antara pembeli dan penjual ada beza. Itu sebab kita ada akta. Akta itu merangkumi semua hak yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Akan tetapi tanggungjawab kerajaan, the overriding interest itulah yang perlu diambil kira. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab tersebut dan mengatakan bahawa selepas S&P telah ditandatangani, maka semua hak ini adalah terpulang kepada pembeli, dia..., this non.., no headache of the government, this is the buyers headache. This is the first time a Minister is relinquishing your responsibility, with the highest respect to you.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

This is speaking for the buyers.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Kalau, kalau kerajaan me relinquish kan ..

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Pengerusi.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Tanggungjawab kita tidak akan menggubal akta itu.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Yang Berhormat Menteri, tadi saya sangat kecewa bila Yang Berhormat Menteri kata kalau tidak jangan beli rumah...

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Bukan.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ini seolah-olah...

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

[Bangun]

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Sebab ada pilihan.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kita menganggap... [Dewan riuh] Rakyat ada pilihan lain.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Orang miskin ada pilihan lain!

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Akan tetapi mereka tiada pilihan lain.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Saya bukan..

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ini tanggungjawab kerajaan.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sorang-sorang Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Saya...

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Yang Berhormat Menteri kata jangan beli rumah yang perlukan strata title. Hanya berapa orang sahaja yang mampu beli rumah yang...

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

No, no, no...!

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tanggungjawab, tanggungjawab.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ini tanggungjawab kerajaan.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat Menteri, hendak bagi jalan lagi?

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Tidak mahu, tidak mahu.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Bagi saya sambung sedikit. Sikit, sikit sahaja.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

No, I have to.. Saya hendak jawab...

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri hendak...

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, sebentar.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Bagi penjelasan sedikit, tentang apa Yang Berhormat Menteri cakap tadi.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Saya tidak beri jalan.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan sebentar. Yang Berhormat boleh bangun kemudian.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Bila saya kata itu harta benda berstrata, saya tidak bermaksud kos rendah tau! Itu keseluruhan. So, bila kita beli harta benda berstrata, jadi kita perlu faham tentang tanggungjawab kita. Jadi peguam perlu faham tentang bila perjanjian jual beli itu ditandatangani.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Bagi sedikit penjelasan.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Berkenaan dengan...

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Management dan bayaran bil air dan sebagainya.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

What is the government washing his hand?

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

No! The government is not washing his hand!

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kementerian mengatakan bahawa ini bukan tanggungjawab langsung, ini jangan mari kepada kami...

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Bukan, bukan, bukan. I’m not..., saya bukan maksud begitu.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kalau sedemikian Yang Berhormat Menteri with the highest...

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Saya kata...

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Respect gaji buta.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Dua-dua pihak perlu faham! Bukan kerajaan faham pembeli juga...

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Boleh sambung sedikit?

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Pemaju juga perlu faham.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, berapa tahap literasi undang-undang...

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Tentang tanggungjawab masing-masing..

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Rakyat Malaysia.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat Menteri?

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tanggungjawab kementerian dan Menteri.

Apa tanggungjawab?

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sorang-sorang ya.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

No tanggungjawab.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya harap Yang Berhormat Menteri...

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Apa...

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ya, bolehkah? Saya hendak tanya sedikit tentang, adakah Yang Berhormat Menteri sedar orang yang tinggal di pangsapuri kos rendah ini kebanyakan mereka datang dari setinggan. Mereka selama ini tinggal di setinggan semuanya free. Semasa mereka hendak beli rumah itu mereka tidak tahu langsung baca S&P apa dalam kandungan S&P... [Dewan riuh] Mereka miskin tidak belajar sebelum itu. So, Menteri tidak bertanggungjawab langsung..

final • 8:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Lawyer tidurkah?

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

...Kata kalau tidak faham mengenai S&P jangan beli rumah ini. Ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab! So, saya harap Yang Berhormat Menteri..

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

[Bangun]

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tarik balik tentang kenyataan ini.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Itu saya Tuan Pengerusi saya ingat cukuplah.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Cukuplah.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan, Yang Berhormat Menteri!

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Saya faham perasaan..

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, berapa tahap literasi undang-undang rakyat Malaysia? Yang Berhormat Menteri tidak boleh assume rakyat semua faham. Kami buat kes banyak mewakili orang - yang pergi universiti pun belum tentu faham apa S&P itu!

final • 8:30 PM

Seorang Ahli

Hal Dewan...

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Saya hendak Yang Berhormat Menteri yakinkan Dewan tahap literasi undang-undang rakyat Malaysia berapa?

Legal literasi. Ini Yang Berhormat Kota Belud pun tidak reti!

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Itu bukan tanggungjawab saya.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Dia tidak reti!... [Ketawa]

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Itu bukan tanggungjawab saya hendak jawab berapa literasi rakyat Malaysia... [Dewan riuh]

final • 8:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Akan tetapi kita tahu berapa literasilah!

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Jadi di sini saya katakan bahawa bila pembeli rumah-rumah berstrata, mereka perlu juga faham tentang tanggungjawab mereka masing-masing. Kalau kita berkata berkenaan dengan Akta 663 itu berkesan atau tidak, di seluruh negara kita ada 8000 lebih projek berstrata. Kebanyakannya tidak mengalami masalah yang besar. Akan tetapi kita juga faham bahawa kebanyakan yang bermasalah adalah di kalangan rumah pangsa kos rendah juga. Itu saya faham dan saya setuju bukan saya tidak setuju. Di tangan you ada bersama.

Jadi apa yang saya hendak kata di sini adalah Akta 663 itu berfungsi juga. Bukan ia tidak berfungsi. Kalau ia memang tidak berfungsi, itu bermakna 8000 lebih projek itu memang tidak berfungsi. Akan tetapi masalahnya timbul apabila pemilik enggan membayar caj penyelenggaraan yang ditetapkan dan penyelenggaraan bangunan dan harta bersama yang dijalankan tidak memuaskan oleh pihak pengurusan. Dan pemilik kurang memahami tanggungjawab untuk berkongsi kemudahan dan harta bersama yang terdapat di kediaman masing-masing. Jadi ini adalah masalah-masalah yang timbul. Jadi untuk usul yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput berkenaan dengan rumah pangsa kos rendah Taman Pertama ini, saya juga ada kronologi...

final • 8:30 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Kronologi rumah pangsa kos rendah Taman Pertama mula dari 1984 not 1998, sampai sekarang. Berapa muka surat, berapa kali mesyuarat dengan pihak pemaju dengan DBI, dengan pemilik, dengan penduduk dan sebagainya.

final • 8:30 PM

Dato' Kong Cho Ha

Pada tahun 1999, telah pun menubuhkan jawatankuasa oleh pada masa itu Yang Berhormat Datuk Yip Phooi Hong ADUN kawasan Buntong. Pada tahun 2002, satu lagi management corporation ditubuhkan di atas nasihat Datuk Chang Ko Youn, Exco Kerajaan Negeri Perak pada masa itu. Jadi, kalau kita kata Kerajaan Negeri Perak...

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Patutlah semua dalang.

final • 8:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

...Ada Dewan Bandaraya Ipoh tidak prihatin atau tidak bertanggungjawab. Itu juga memang tidak betul. Akan tetapi, kurang faham daripada joint management body itu mengakibatkan kebanyakan pemilik tidak mahu, enggan membayar charge pengurusan dan sebagainya. Pada mulanya hanya RM15 sebulan sahaja. Juga tidak mahu bayar. Sampai sekarang mereka memang enggan hendak membayar langsung.

Jadi, banyak kali. Saya juga tahu pada bulan April tahun ini baru masalah ini dibawa kepada perhatian Yang Berhormat Sungai Siput oleh penduduk di sana. Semua ada tercatat di sini. Semua dipantau oleh Dewan Bandaraya Ipoh.

Jadi, tidak boleh kata kementerian ataupun Dewan Bandaraya Ipoh tidak prihatin.

Di sini saya juga ingin hendak tahu apakah tanggungjawab Ahli Parlimen Ipoh Barat? Beliau kata sahaja sleeping on your job… [Ketawa] Siapakah yang sleeping on your job?... [Ketawa] KPKT juga kita juga telah banyak kali bertemu dengan COB dan memberi nasihat. COB juga telah... Saya pun tidak kira berapa kali sudah jumpa, sudah nasihat. Akhirnya semua pemilik tidak mahu bayar. Mereka cakap semua perlu diuruskan oleh Dewan Bandaraya Ipoh. Mereka tidak mahu langsung membayar satu sen pun. Jadi, bagaimana kita boleh masuk ke satu harta swasta. It is privately own, projek dan building...

final • 8:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 8:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Seperti kita hendak masuk ke rumah Yang Berhormat, hendak cuci rumah, potong rumput. Itu tidak patut juga. Jadi, untuk itu saya kata adalah tanggungjawab bersama antara semua pihak.

final • 8:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Jadi, kalau kita tiada tanggungjawab ataupun sikap yang tidak betul, akan timbul masalah seperti Taman Pertama di Ipoh.

Di sini, saya juga hendak beri satu contoh. Juga di Ipoh. Berkenaan dengan satu projek rumah kos rendah juga bertingkat, 576 unit di Permai Lake View Apartment yang dimajukan oleh Superboom Project Sdn. Bhd. yang diuruskan dengan sebaik yang boleh dan juga menjadi contoh kepada semua projek perumahan kos rendah. Jadi, it is the committee, the effort of everybody...

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 8:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Tanggungjawab dan sebagainya. Adakah mereka sayang kepada projek mereka ataupun rumah yang dimiliki...

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sayang, sayang. Yang Berhormat Menteri pun sayang juga tetapi Yang Berhormat Menteri yang tidak mahu buat. Ini rumah kos rendah ini bagaimana Yang Berhormat boleh menolong?...

final • 8:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk].

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu bottom line. Bagaimana Yang Berhormat sebagai menteri boleh menolong? Dasar-dasar itu cakap tidak ada guna. Orang be one action… [Ketawa]

final • 8:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Tuan Pengerusi, saya sudah beri jalan.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

That is why... Itu saya kata Yang Berhormat tidak boleh tidur dalam kerja.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, beliau tidak beri jalan Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan saya... Tidak mengapa tidak beri saya jalan tidak mengapa.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah. Duduklah.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Akan tetapi, saya khuatir orang ramai kata Yang Berhormat Menteri ini mendapat buta gaji. Saya tidak mahu orang kata seperti itu...

[Dewan riuh]

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya tidak mahu.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sudah.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya... [Dewan riuh]

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya tidak mahu kerana...

final • 8:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Saya bukan menerima buta gaji... [Dewan riuh]

final • 8:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

You sebagai Ahli Parlimen kawasan Ipoh Barat.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Buta gaji atau gaji buta?

final • 8:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Sampai Ahli Parlimen Sungai Siput hendak jaga you punya kawasan.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Hah!.. [Dewan riuh]

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Bagaimana...

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 8:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Sungai Siput jaga kawasan Ipoh Barat.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu kawasan Batu Gajah.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Apa tanggungjawab yang hendak you cakap?... [Dewan riuh]

final • 8:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kantoi... [Dewan riuh]

final • 8:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kalau Sungai Siput hendak jadi Menteri.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat duduklah.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu kawasan First Garden. Do you know that or not?

final • 8:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Yang Berhormat Balik Pulau, duduklah.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Have you been to that area?

final • 8:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun] [Dewan riuh]

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat habiskan Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ask Yang Berhormat Cameron Highlands.

Beliau sudah dekat sana. He is...

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat... [Dewan riuh]

final • 8:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu ini mereka enggan bayar tidak betul semua itu. Apabila kita buat mesyuarat itu ada seramai 100 orang yang datang daripada 280 orang, sedia hendak membayar. Akan tetapi, sekarang masalahnya they really in debt. Perlukan pemulihan yang besar-besaran dan juga ramai yang tidak percaya akan apa berlaku. Sekarang mereka memerlukan satu pihak daripada luar untuk datang balik memulihkan proses itu. Jika tidak memulihkan proses itu, ia tidak boleh diselesaikan.

Jadi, sekarang saya hendak kementerian kalau COB pun dia ada cuba. Dia cuba dapat satu pihak swasta untuk ambil alih. Akan tetapi pihak swasta pun tahu mereka tidak boleh kutip yuran pengurusan, antara siapa yang ingin ambil balik. So, saya rasa ini satu pihak yang kerajaan perlu masuk sini untuk memulihkan projek ini. Selepas itu, apabila sudah run, berfungsi dengan biasa ini mungkin ia boleh beri balik kepada MC atau pun kepada pihak-pihak yang lain. Daripada masa ini untuk pulih balik. Ramai orang di situ.

Lagi satu pun, ramai yang menduduki rumah-rumah seperti ini adalah rumah- rumah orang-orang miskin di kawasan yang tidak berdaftar. Mereka dikatakan peneroka bandar. Mereka dipaksa. Mereka tidak minta untuk rumah pangsa. Kerajaan negeri yang katakan you keluar. Kita hendak develop kawasan ini, you perlu pergi ke rumah pangsa.

Mereka dipaksa keluar. Bukan mereka minta keluar. Sekarang mereka terperangkap dalam ini. Jadi, saya minta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ambil satu langkah yang proaktif. Seperti rumah pangsa di Taman Pertama, ia perlukan satu inisiatif daripada kementerian untuk pulih balik. Ini yang kita minta...

final • 8:45 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 8:45 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih.

final • 8:45 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

final • 8:45 PM

Seorang Ahli

Bersekali..

final • 8:45 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, bersekali. Sedikit sahaja.

final • 8:45 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 8:45 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya mohon penjelasan.

Yang Berhormat Balik Pulau sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri kerana saya banyak kendalikan kes seperti ini... [Ketawa] Yang Berhormat Menteri, saya meletakkan beban ini kepada kerajaan atas satu sebab yang pertama. Kita ialah architect of choice for the people. Kita menentukan pilihan kepada rakyat. Kerana untuk kerajaan meluluskan sesuatu dasar, hendak ada management corporation atau strata title itu perkara baru. Rakyat Malaysia asal semua duduk di kampung.

Ini cerita hendak duduk di pangsapuri semua ini dasar baru. Untuk kita dengan mudah menjadikan rakyat easy target, dengan izin, kerana bagi saya rakyat ini satu masyarakat yang perlu diuruskan oleh kerajaan. Kalau kita mengambil pendekatan bahawa mereka ini tidak hendak. Saya tidak yakin semua rakyat mahukan kualiti hidup yang bagus.

final • 8:45 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 8:45 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Persoalan saya ialah cerita strata title ini cerita management corporation cerita lama. Daripada mula saya belajar undang-undang sehingga sekarang belum selesai. Persoalannya, adakah kerajaan sehingga hari ini dengan kekuatan sistem sokongan yang kuat di sana boleh membuat kajian tiada satu model lain demi kepentingan rakyat. Kita boleh berbahas mengapa sistem itu tidak bagus, tetapi tidak ada model lain kah? Itu, mohon penjelasan.

final • 8:45 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 8:45 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Tuan Pengerusi, sebenarnya sebelum Akta 663 ini digubal, kerajaan juga banyak model undang-undang ini di banyak negara juga. Di mana undang- undang mereka ini diguna pakai dengan sebaik yang boleh di negara mereka masing- masing-masing. Jadi, kita telah ambil kira semua itu untuk menggubal akta yang ada itu.

Bukan tiada. Akta itu memang satu akta yang baru. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah menubuhkan satu makmal, satu lab untuk mengkaji semula Akta 663 ini.

Jawatankuasa itu termasuk pihak berkuasa tempatan, pemilik, pemaju dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan, untuk lihat bagaimana kita boleh menambah baikkan Akta 663 ini. Bukannya tidak ada usaha oleh KPKT.

final • 8:45 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Sungai Siput, memang saya bukan hari ini atau bila usul ini ditimbulkan sahaja atau masalah tentang Taman Pertama ini. Itu sebab saya sendiri sudah beri arahan kepada DBI untuk membuat gotong-royong di kawasan pedalaman, dan berharap semua penduduk keluar bersama untuk membuat gotong-royong. Sebelum ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak juga pernah berbincang dengan saya tentang bagaimana kita boleh membantu this flat, rumah kos rendah di Taman Pertama tetapi, beliau mengatakan bahawa kosnya over RM500,000. Jadi pada saya, kita kementerian memang tidak menyediakan peruntukan untuk membaik pulih harta benda swasta pada masa ini. Akan tetapi, kita memang bersimpati dengan masalah ini dan saya sendiri juga hendak kaji bagaimana kita boleh membantu. Akan tetapi, kita tidak boleh membuka satu flood gate, kerana kita tidak tahu berapa banyak lagi projek sedemikian rupa, ataupun kalau kita masuk membantu satu projek, banyak projek lain yang akan take advantage by itu rumah pangsa kos mewah dan sebagainya. Semua..., all that, you see. ..

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 8:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

So all these, kita perlu berhati bila kita mengambil tindakan untuk...

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

...Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh...

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Boleh saya mencelah?

final • 8:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Tidak perlulah. Banyak lagi.

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, saya cuma ingin mengatakan bahawa, kita tidak mengatakan semua. Kita telah melihat pelaksanaannya. Rumah-rumah pangsa kos rendah memerlukan satu, mungkin berasingan daripada apa yang ada sekarang, kerana realitinya kalau Menteri mengetahui, bahawa mereka tidak mampu membayar. Kalau pendapatan mereka di bawah daripada garis kemiskinan, terutama di bandar-bandar, bagaimana mereka boleh membayar? RM50 sebulan pun mereka tidak boleh bayar. Ada sekarang ini, RM30 pun mereka tidak mampu bayar. Inilah yang saya minta sekurang-kurangnya. Saya tidak fikir orang-orang yang tinggal di pangsapuri, kondominium dan sebagainya, juga menghendaki supaya PBT mengendali kebersihan dan penyelenggaraan rumah-rumah mereka. Malah, kalau kita lihat di rumah kos tinggi ini, developer amat susah hendak membentuk JMB ini. Apa sebabnya?

Sebabnya adalah mereka untung daripada kutipan-kutipan penyelenggaraan dan sinking fund ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk betul-betul menyemak semula untuk rumah pangsapuri kos rendah. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Tuan Pengerusi, sebenarnya tabung pengurusan itu diurus oleh JMB ataupun MC. Jadi, ini adalah satu komuniti. Selepas MC itu ditubuhkan, pemaju memang tidak terlibat langsung dalam pengurusan lagi. Jadi, itu terpulang kepada jawatankuasa yang dipilih oleh semua pemilik unit-unit kediaman untuk memilih satu jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas. Pada masa sekarang, negara kita hanya ada satu akta, iaitu Akta 663 dan juga di kementerian NRE, ada satu lagi akta, iaitu Akta 318, berkenaan dengan Strata Title Act. Jadi, kedua-dua akta ini adalah akta yang mengawal selia bangunan berstrata. Jika tidak, kita tidak ada dua...

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, boleh saya beri satu contoh?

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ada satu perumahan.

final • 8:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Saya faham, saya faham.

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Begini. Tunggakan yang...

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

...Tidak dijelaskan oleh pemaju...

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kita dalam isu potong gaji, Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

...Ada RM100,000 lebih. RM100,000 lebih ya. Ditinggalkan beban ini kepada jawatankuasa JMB. Siapakah yang akan menyelesaikan tunggakan ini? Saya sudah beberapa kali terpaksa turun. Apa sebab?

Sebabnya SYABAS memotong bekalan air, dan kita terpaksa berunding cara dengan SYABAS bagaimana untuk membekalkan semula air. Pemilik dan penghuni tidak mampu bayar RM100,000 lebih. Ini adalah hakikat Yang Berhormat Menteri, bukan satu perkara yang saya reka-reka, tetapi inilah hakikatnya.

final • 8:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Tunggakan-tunggakan itu juga adalah tanggungjawab pemiliklah, pada saya. Sorry lah, saya...

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidak! Tidak semua keadaan. Ada setengah-setengah keadaan di mana pemaju sendiri tidak cekap mengurus, dan mereka tidak mengasingkan akaun maintenance, akaun sinking fund, dan mereka tidak memberi akaun-akaun ini kepada..., dan PBT mengatakan, tidak ada tindakan yang boleh diambil ke atas mereka. Tidak ada satu pun pemaju yang diambil tindakan ke atas mereka, Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Tuan Pengerusi, kita juga telah mendengar banyak pandangan berkenaan dengan usul yang dibangkitkan. Saya juga berharap, melalui keterangan yang diberi, kita semua dapat memahami tentang tanggungjawab masing- masing yang tertakluk di bawah Akta 663 yang sedia ada itu. Sekian, terima kasih.

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) oleh Yang Berhormat Sungai Siput bahawa perbelanjaan bagi Perkara Maksud Bekalan Pembangunan 43, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kod 10000 – Emolumen iaitu gaji Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Kong Cho Ha dikurangkan atau dipotong sebanyak RM10 hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan tidak disetujukan.

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka semula untuk di bahas. Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 8:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa ini. Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 00100 – Projek Kecil Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin menarik perhatian kementerian untuk melihat satu kes di kawasan bandar Renggam, iaitu pembinaan pasar khinzir berdekatan Pasar Awam Renggam.

Tuan Pengerusi, pembinaan pasar khinzir ini semakin mendesak memandangkan penduduk di situ ramainya dari golongan bukan Islam. Ia juga merupakan satu isu dan permintaan yang penting pada pilihan raya yang lalu semasa saya berjumpa dengan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Oleh demikian, saya telah mengajukan surat permohonan kepada kementerian pada 20 Mei 2008. Selepas itu, saya memang rajin follow-up, dan pada masa yang sama juga, saya membangkitkan isu ini dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. Sering kali saya diberi jawapan bahawa peruntukan tidak mencukupi.

Tuan Pengerusi, mantan Menteri telah pun membuat lawatan tapak pada 17 Mac 2009, dan beliau mengumumkan bahawa, pembinaan telah diluluskan. Peruntukan juga pun akan diturunkan tetapi sehingga hari kita tunggu dan tunggu, nampaknya ia cuma satu janji kosong. Saya berterima kasih pada Majlis Daerah Simpang Renggam khususnya setiausaha yang banyak memberikan kerjasama dalam perkara ini termasuk menyediakan dan meluluskan tapak untuk pembinaan. Akan tetapi kementerian lama-lama tidak meluluskan peruntukan yang cuma sejumlah RM100 ribu. Tolonglah Yang Berhormat Menteri, harap mengambil perhatian yang serius dan selesaikan kes ini secara secepat mungkin.

final • 8:58 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Satu perkara lagi Tuan Pengerusi juga di bawah butiran yang sama mengenai kualiti kerja kontraktor. Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh PBT selalunya ada kelemahan iaitu kekurangan pemantauan. Kerja-kerja kadang-kadang yang dijalankan tidak mengikuti spesifikasi yang digariskan dan akhirnya mencetuskan ketidakpuasan daripada penduduk.

Walaupun saya percaya tanggungjawab lebih banyak diletakkan kepada ahli-ahli majlis tetapi saya terpaksa juga melihat dan memantau apabila aduan dibawa ke pusat saya.

Masalahnya apabila saya membangkitkan masalah ini kepada PBT, jurutera yang bertanggungjawab walaupun mengambil tindakan yang pantas tetapi kontraktor tidak bergerak dengan segeranya dan menyebabkan masalah dibiarkan dan ditangguhkan.

Saya harap kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab ini sekiranya kita ada bukti dan fakta yang berasas patut disenaraihitamkan dan tidak boleh dibenarkan menyertai mana-mana tender PBT. Saya harap kementerian dapat menangani kelemahan ini dan kita sebagai Ahli Parlimen, wakil rakyat juga rela memberikan kerjasama dan memantau bersama dan diharapkan juga komen-komen kita dapat diambil berat oleh kementerian.

final • 9:00 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Seterusnya Tuan Pengerusi, mengenai butiran 080000 - Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana berjanji akan memasukkan rancangan pembinaan bangunan bomba yang berlokasi di Simpang Renggam dalam RMK-10. Pada masa ini Tuan Pengerusi, di kawasan saya cuma ada satu buah bomba sahaja dan kebanyakan masa mereka dibantu oleh bomba sukarela yang dianggotai oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Jadi, di sini kita ada dua pasukan bomba sukarela, satu yang menjaga di kawasan Simpang Renggam dan satu lagi menjaga kawasan Layang-Layang.

Pada hakikatnya mereka merupakan penyelamat pertama yang sampai ke tempat kejadian sama ada kemalangan jalan raya ataupun kebakaran. Saya ingin mencadangkan supaya peruntukan tahunan yang tetap boleh diagihkan dan disalurkan kepada semua bomba sukarela ini demi menghargai usaha-usaha dan pengorbanan yang diberikan oleh mereka. Peruntukan boleh dalam bentuk tunai atau dalam bentuk perbekalan supaya mereka boleh memiliki peralatan keselamatan dan sebagainya.

Seterusnya Tuan Pengerusi, butiran 030000 – Tribunal Tuntutan Pembelian Rumah. Saya di sini ingin bertanya kepada kementerian, bilakah kementerian berhasrat mengambil alih atau mengendalikan rumah terbengkalai di kawasan Layang-Layang.

Taman ini yang dinamakan Taman Sri Layang-layang yang mempunyai rumah kos rendah sebanyak 152 unit, rumah kos rendah sederhana – 24 unit; rumah teres satu tingkat – 113 unit; rumah bergantung satu tingkat – 8 unit; banglo satu tingkat – 10 unit; kedai dua tingkat – 34 unit; dan kedai satu tingkat – 24 unit.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1997 oleh pemaju bernama Kogo Realty Sdn.

Bhd. tetapi tidak disiapkan mengikut jadual sehingga hari ini. Jadi ramai pembeli telah pun membayar deposit tetapi tidak ada rumah selama 12 tahun ini, harap kementerian dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan penduduk-penduduk di kawasan Layang- Layang ini memang sedang menunggu jawapan. Itu sahaja Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

final • 9:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 9:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada butiran 00100 - Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Daripada jumlah P.43 untuk kerajaan tempatan – RM393.7 juta. Sebanyak RM251.9 juta diberi kepada projek kecil di kawasan pihak berkuasa tempatan. Itu saja, heading saja, kepala saja, yang diberi jumlah RM251 juta, tidak ada maklumat yang lain Tuan Pengerusi.

Jumlah yang begitu besar.

Jadi saya rasa kerajaan, kementerian perlu lebih telus. Beritahu Dewan ini daripada jumlah ini bagaimana ia akan dibelanjakan? Tuan Pengerusi, saya ingin tahu untuk PBT yang mana, tujuan apa? Tiada maklumat langsung. Apa yang dimaksudkan dengan projek kecil tersebut, di PBT mana? Ini adalah perkara satu Tuan Pengerusi.

Perkara kedua adalah dengan Butiran 01000 – Program Keselamatan Awam, RM785,000 sahaja. Apakah program yang dimaksudkannya? Ini adalah sebab sebelum ini kita pernah mendengar berkenaan dengan Program Bandar Selamat yang telah dilancarkan lebih kurang kalau tidak silap saya tahun 2004 atau 2006 dilaksanakan di mana PBT dan kerajaan negeri diminta untuk mengguna pakai garis panduan. Adalah yang tertera ialah tiga strategi dan 23 langkah pencegahan jenayah di kawasan atau di bandar yang boleh dipakai oleh PBT. Saya hendak tahu sejauh mana penggunaan dan pemakaian garis panduan yang diberi untuk menjayakan, untuk mengadakan satu bandar yang selamat?

final • 9:05 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Bangun]

final • 9:05 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini disebabkan kadar jenayah semakin merisaukan dan menakutkan khasnya terhadap wanita, menggugat keselamatan wanita.

Dulu Tuan Pengerusi, apabila wanita keluar...

final • 9:05 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krau hendak mencelah?... [Ketawa]

final • 9:05 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Duduk] [Ketawa]

final • 9:05 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apabila kita keluar berjalan, pernah kita membangkitkan berkenaan keselamatan dengan kes-kes ragutnya. Pernah kami bangkit dengan polis, polis berkata “kalau wanita tidak bawa pakai beg tangan, tidak akan diragut”.

Itu jawapan yang kami tidak boleh terima. Akan tetapi sekarang kita tengok gejala jenayah, keganasan terhadap wanita di atas jalan telah berubah. Mereka yang menunggang motosikal menjadi sasaran, mereka yang memandu kereta menjadi sasaran. Tuan Pengerusi saya... Kalau dulu kita diberitahu, oh! kalau naik kereta, masuk kereta, lock your car dengan izin atau sediakan sebatang kayu atau baseball bat dengan izin dalam kenderaan kalau berlaku apa-apa, kita ada sesuatu untuk mempertahankan diri.

Akan tetapi sekarang tidak akan berjaya sebab kalau kita baca akhbar, hampir setiap hari Tuan Pengerusi, wanita memandu kereta di lampu isyarat, motosikal akan datang di sebelah pintu yang lain dan akan memecahkan cermin pintu itu dan mengambil beg tangan. Sekarang kita dengar surat khabar kata, oh wanita kalau memandu beg tangan jangan letak dalam kerusi, atas kerusi atau atas tempat duduk kereta itu. Semua seolah- olah wanita yang perlu memegang atau memikul tanggungjawab. Saya rasa sudah sampai masa perlu kerajaan memikirkan, mencari mengapa semakin berani. Day light dengan izin Tuan Pengerusi gejala jenayah ini khasnya ragut.

Walaupun Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa, “Oh! dalam 50 kawasan hot spot, crime hot spot telah ada nampak penurunan”. Akan tetapi hakikatnya wanita masih rasa tidak selamat. Walaupun dalam kereta, memandu keretanya.

final • 9:05 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Pengerusi, kadang-kadang saya sendiri terfikir, kalau saya memandu kereta pada lewat malam balik ke rumah, kalau ada lampu isyarat, saya hendak berhenti ataupun tidak kalau tidak ada kereta di jalan bertentangan atau di kiri kanan. Kalau saya berhenti mungkin akan berlaku apa-apa kejadian. Mungkin motosikal datang dan akan berlaku apa- apa terhadap saya. Kalau saya meneruskan perjalanan tanpa berhenti di lampu isyarat, saya melanggar peraturan lalu lintas. Saya ingin mendapat nasihat dan ingin tahu daripada kementerian, bagaimanakah pelaksanaan dan kejayaan program bandar selamat ini.

Satu lagi ialah saya pernah ingat semasa kejadian kes bunuh-rogol Canny Ong, kalau kita ingat, dengan izin, di Bangsar Complex. Pada masa itu saya pernah membaca satu laporan menyatakan di mana shopping mall perlu dipasang CCTV atau pegawai keselamatan mesti ada membuat rondaan. Sejauh manakah pemilik-pemilik bangunan kompleks ini ada mengadakan cara penguatkuasaan sedemikian untuk keselamatan customer nya, dengan izin. Saya rasa keadaan keselamatan amat menakutkan sekarang ini, Tuan Pengerusi.

Perkara yang satu lagi ialah berkenaan dengan Program Local Agenda 21 dalam bajet ini yang berjumlah RM13.5 juta. Saya pun berpendapat banyak keadaan di mana apabila pihak berkuasa hendak menjalankan sesuatu program atau projek atau polisi nampaknya kurang konsultasi dengan penduduk tempatan. Saya berikan satu contoh di mana perkara ini saya pernah bangkitkan iaitu penapis minyak di premis-premis kedai makanan. Di kawasan saya di Batu Gajah, di mana pemilik premis atau kedai-kedai yang menjual makanan diminta membeli satu kotak untuk menapis minyak di mana semasa mereka mencuci pinggan minyak akan ditapis. Mereka dikenakan kos yang diberikan kepada syarikat tertentu dan juga kos penyelenggaraan bulanan. Ramai yang mengatakan masalah longkang-longkang tersekat tidak boleh ditangani apabila hanya pemilik kedai dipaksa memasang penapis minyak ini di singki-singki kedai makanan mereka.

Jadi, saya rasa Local Agenda 21 ini sebenarnya tidak banyak diguna pakai oleh PBT. Walaupun PBT ada panggil dalam kes ini, pemilik-pemilik kedai kopi pergi atas nama berbicara tetapi sebenarnya hanya memalukan mereka. Sampai tarikh bila mesti memasang ini? Kalau tidak lesen tidak akan diperbaharui. Itu persoalannya.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apakah Local Agenda bermaksud telah membuat keputusan dan selepas itu tugasnya hanya memalukan kepada mereka yang terlibat. Itu sahaja. Itu bukan maksudnya Local Agenda 21. Maksudnya konsultasi dengan mereka yang akan tergugat atau menjadi sasaran dalam proses membuat perancangan. Itulah maksud Local Agenda 21, Tuan Pengerusi.

Itu yang saya hendak tahu. Akhirnya ialah seperti Yang Berhormat Simpang Renggam nyatakan tadi. Saya pun prihatin. Ini adalah di bawah Butiran 040000 – Perumahan Negara. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri ada membuat kenyataan bahawa ada lebih kurang 49 projek perumahan kos rendah dan sederhana yang terbengkalai sedang dalam proses pemulihan oleh pemaju penyelamat. Saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri boleh mengambil perhatian terhadap projek perumahan terbengkalai di kawasan saya iaitu Taman Pinggir Hijau yang telah lebih daripada 12 tahun. Saya pernah membangkitkan isu ini melalui ucapan penangguhan tetapi nampaknya tiada sebarang tindakan diambil.

Nampaknya tidak ada pemaju yang berminat. Namun saya rasa dalam kes sedemikian iaitu rumah terbengkalai ataupun projek-projek perumahan terbengkalai ini, kerajaan dan kementerian sepatutnya memikul tanggungjawabnya kerana lesen-lesen pemaju diberi oleh kerajaan/kementerian. Undang-undang yang longgar mengakibatkan dan membolehkan pembeli rumah tidak dilindungi hak-hak mereka. Itu salah siapa? Itu salah pihak kerajaan!

Dalam kes tadi yang saya kata pembeli rumah terbengkalai Taman Pinggir Hijau ini, Tuan Pengerusi, ada yang masih membayar pinjaman/ansuran tetapi selepas 12 tahun hingga ke hari ini, sebab syarikat telah gulung tikar atau wind-up, dengan izin, sampai hari ini masih membayar pinjaman bank dan tidak nampak peluang untuk masuk tinggal di rumah mereka. Jadi, saya harap perhatian diberi terhadap pemaju perumahan ini. Saya rasa itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Langkawi.

final • 9:10 PM

Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya hanya ada beberapa perkara yang hendak dibangkitkan iaitu Butiran 050100 – Kerajaan Tempatan dan Butiran 00300 – Program Kebersihan.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Langkawi yang telah menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan keadaan kewangan yang terhad. Walau bagaimanapun saya ingin mengemukakan perkara ini kepada pihak kerajaan supaya memberi lebih banyak peruntukan kepada Langkawi.

Sebagai pusat pelancongan sudah tentu ia membabitkan perbelanjaan yang besar dan juga menjaga kebersihan.

Sekarang ini pelupusan sampah menjadi isu yang terbesar di Langkawi kerana rata-rata walaupun ia tidak dipertikaikan tetapi masih lagi berkehendakkan peningkatan pengurusan pusat sampah yang terdapat di Langkawi. Saya difahamkan pihak kerajaan telah mengadakan incinerator bagi Langkawi. Saya hendak tahu daripada pihak kerajaan bilakah incinerator tersebut akan berfungsi. Sekarang ini pelupusan sampah dilakukan secara landfill yang sudah tentulah tidak akan memberi perkhidmatan yang baik.

Seterusnya Tuan Pengerusi, berkenaan kebersihan pantai-pantai. Walaupun terdapat sekarang ini tindakan oleh MPL menggunakan rakers ataupun membersihkan Pantai Chenang dan juga pantai-pantai lain dan menggunakan traktor yang memungut sampah tetapi kerja-kerja ini sepatutnya diulang dua kali sehari supaya semua pantai dapat dibersihkan.

Satu lagi berkenaan dengan rumah yang terbengkalai dan juga kedai-kedai terbengkalai. Terdapat beberapa kawasan di Kuah dan juga kawasan lain, di Chenang misalnya terdapat rangka-rangka kedai ataupun rumah yang terbengkalai. Ini merosakkan pemandangan. Tuan Pengerusi, saya minta kalau boleh pihak kementerian perlu memantau dan mengambil tindakan seterusnya terhadap rumah dan kedai-kedai yang terbengkalai ini.

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 9:16 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Telok Kemang.

final • 9:16 PM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh kepada Butiran 040000 – Perumahan Negara, yang mana saya lihat ada tambahan anggaran dan khususnya kepada Butiran 40000 yang ada peruntukan sebanyak RM4.5 juta. Saya ingin mengetahui, apakah peruntukan ini digunakan.

final • 9:19 PM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Saya juga ingin menyentuh mengenai dengan bahagian spec trade, Pengurusan – 010000, Butiran 010200 - Bahagian Spec Trade. Saya andaikan ini mengenai dengan pemantauan rumah terbengkalai dan saya bawa satu ucapan terima kasih daripada seorang warga emas kepada Yang Berhormat Menteri khususnya mengenai dengan pembelian rumah di Taman Senawang Jaya, Fasa 1C yang dibeli oleh warga emas ini pada tahun 1982. Beliau telah pun dapat rumah ini beberapa bulan yang lalu iaitu setelah 27 tahun. Dia membeli rumah ini dan membayar wang pendahuluannya pada 27 tahun yang lalu dan sejak itu telah menderita, menunggu, membayar faedah, diganggu oleh bank dan sebagainya, dibebankan dengan sewa pada rumah yang lain tapi walaupun demikian akhirnya sesudah 27 tahun beliau mendapat rumahnya. Saya jangka ini boleh disenaraikan dalam buku rekod, Malaysian Books of Records sebagai pembeli paling lama menunggu mendapatkan rumah.

Dalam hal ini saya dimaklumkan bahawa perangkaan kementerian ada 150 lebih projek rumah terbengkalai dilaporkan sejak tahun 1990. Ini mungkin lebih banyak lagi sekiranya diambil sebelum 1990 seperti mana yang saya sebutkan tadi termasuk Projek Senawang Jaya itu. Mungkin tidak seteruk kes pembeli di Senawang Jaya yang terpaksa menunggu sehingga lebih suku abad tapi bagi pembeli terutama yang berpendapatan rendah atau sederhana setahun menunggu pun satu penderitaan. Akan tetapi bagi sebahagian besar mangsa bukan menunggu setahun atau dua tahun malah rata-rata antara lima hingga sepuluh tahun.

Saya bangkitkan soal satu projek perumahan terbengkalai di Port Dickson iaitu Taman Kristal yang mana ada 170 orang pembeli yang rasakan diri mereka teraniaya.

Tahun ini juga saya telah mengutus dua surat kepada kementerian mengenai dengan projek ini dan telah pun mendapat jawapan dan jawapannya berbunyi memberi keyakinan bahawa kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini, masalah yang telah ada selama sepuluh tahun. Akan tetapi yang mengecewakan ialah projek ini telah dilelong. Lelongan awam di Mahkamah Tinggi Seremban pada 30 April 2009. Bermakna sehingga kini, kementerian tidak langsung maklum keadaan sebenar projek ini.

Maka apabila projek ini dilelong maka pembeli-pembeli ini tidak mengetahui apakah masalah mereka akan diselesaikan mengikut cara begini. Timbul keresahan di kalangan pembeli kerana tidak mendapat apa-apa maklumat, tidak dimaklumkan, tidak dipanggil oleh pemaju yang lama dan juga yang baru mengenai masa depan rumah mereka. Ada juga rumah-rumah mereka yang telah pun dilelong oleh bank oleh kerana tidak membayar faedah-faedah yang ditentukan oleh bank.

Jadi saya mohon kementerian memberi penjelasan bahawa ini tidak mencerminkan bahawa kementerian up-to-date dari segi pemantauan projek-projek terbengkalai. Walaupun saya berutus surat dengan kementerian dan jawapannya seolah- olah jawapan yang biasa yang tidak memberi maklumat-maklumat terkini. Seandainya keadaan ini di dalam makluman kementerian, sudah pasti suratnya yang terakhir pada 3 Ogos 2009 telah pun memberitahu keadaan sebenar Projek Perumahan Taman Kristal ini.

Itu ialah perkara yang saya harap pihak kementerian dapat memberi penjelasan setepatnya kerana saya ditugaskan untuk menyelesaikan masalah seperti ini di kawasan saya.

Dalam hal lain mengenai dengan perkara 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Pada tahun 2009, hanya RM100,000 sahaja peruntukan anggaran tetapi pada tahun 2010 sebanyak RM11.6 juta diperuntukkan. Ini perlu penjelasan.

final • 9:20 PM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Saya mohon untuk mengetahui dimaklumkan apakah program yang akan dirancangkan mengenai dengan Program Perumahan Rakyat.

Butiran 01600 - Rumah Rakyat Disewa. Pada tahun 2009 dan 2010 ada peningkatan dan ini juga perlu dijelaskan rumah-rumah rakyat yang telah dibina dan disewa.

Begitu juga Butiran 04000, satu peruntukan Membasmi Kemiskinan Bandar. Ini perlu penjelasan dengan terperinci mengenai dengan kegunaan peruntukan mengenai dengan membasmi kemiskinan bandar dan Perumahan Negara yang disebut 040000 iaitu satu pemberian berkenaan bayaran tetap pada tahun 2009 tidak ada anggaran tapi tahun 2010 ada anggaran sebanyak RM4.5 juta. Saya mohon penjelasan kegunaan peruntukan anggaran ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

[Bangun]

final • 9:20 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

[Bangun]

final • 9:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 9:20 PM

Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjung Manis

[Bangun]

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 9:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada 080200 - Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang melalui kawasan Parlimen Kuala Krau iaitu di Jengka telah lama menyediakan sebidang tanah untuk didirikan tanah bangunan untuk Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat. Ini sudah hampir sepuluh tahun tanah telah disediakan menjadi hak milik bagi bomba dan penyelamat tapi masih lagi belum didirikan. Soalan saya bilakah bangunan pusat latihan ini dapat didirikan dan juga soalan saya tentang kebolehan anggota bomba dan penyelamat ini. Adakah ia setanding dengan anggota bomba dan penyelamat negara- negara lain terutama di kalangan negara-negara ASEAN dan dari segi kemudahan- kemudahan mesin-mesin dan juga kenderaan-kenderaan yang digunakan adakah setanding dengan kecanggihan masa kini.

Keduanya tentang Operasi Kebombaan dan Penyelamat - 080400. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan di bawah kementerian ini telah menyenaraikan pembinaan baru bagi balai bomba dan penyelamat bagi Parlimen Kuala Krau iaitu di pekan Kuala Krau. Ucapan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri Pahang telah menyatakan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh 25 buah balai bomba baru akan didirikan di negeri Pahang termasuk di pekan Kuala Krau dan juga tanah telah disediakan. Saya berharap masalah ini tidak akan menjadi masalah untuk membina balai bomba di pekan Kuala Krau.

final • 9:28 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Isu tentang penyelamat juga adalah satu isu tentang pasukan bomba sukarela.

Saya percaya bahawa Jabatan Bomba tiada kawalan terhadap bomba sukarela ini kerana ia masih tidak berdaftar dengan ROS dan apabila tidak berdaftar, tidak ada tindakan disiplin boleh diambil. Apakah tindakan-tindakan daripada anggota bomba sukarela ini sekiranya berlaku kecuaian atau kemalangan ditimpa akibat daripada kerja-kerja menyelamat?

Apakah anggota bomba sukarela ini diberi perlindungan insurans supaya apa jua malapetaka dan juga kecederaan yang ditimpa oleh anggota bomba sukarela ini dapat diberikan pampasan?

Saya juga menyatakan bahawa adakah jabatan ini tidak bercadang untuk memberikan imbuhan atau elaun kepada bomba sukarela? Ini supaya mereka dapat bekerja dengan lebih aktif dan juga seperti yang kita salurkan insentif tertentu atau imbuhan kepada askar wataniah yang di bawah Kementerian Pertahanan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya anggota bomba sukarela ini diberikan elaun sama seperti anggota- anggota yang lain.

final • 9:30 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Seterusnya tentang Butiran 01513 - Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Kita memang banyak kali mendengar bahawa masalah perumahan di dalam negara kita iaitu projek-projek terbengkalai. Ini tidak dapat lagi diatasi dan banyak terutamanya di kawasan Parlimen Kuala Krau yang juga terlibat dengan perumahan terbengkalai yang lebih daripada 10 tahun, atau 15 tahun. Sudah lebih tiga kali pilihan raya pun belum selesai lagi iaitu perumahan di Kampung Paya Sok, Kuala Krau dan juga perumahan kos rendah di Paya Taram, Kerdau. Bilakah kedua-dua projek ini dapat dibaik pulih? Ini kerana ia telah menjadi satu tempat yang semak samun dan juga tempat penagih-penagih dadah menjalankan aktiviti mereka.

Saya memohon supaya kedua-dua perumahan ini dapat dipulihkan dan masyarakat setempat dapat menikmati kemudahan untuk menduduki rumah ini. Kita percaya bahawa Biro Pengaduan Awam melalui timbalan menterinya telah membuat kenyataan yang tegas bahawa banyak menerima aduan-aduan daripada orang ramai terhadap projek-projek terbengkalai di dalam negara kita.

Keempat tentang Butiran 00300 - Program Kebersihan. Saya juga ingin meminta supaya kementerian ini lebih memberikan tumpuan kepada kerajaan-kerajaan tempatan melalui peruntukan tertentu untuk membantu kerajaan tempatan di dalam mengadakan kempen kebersihan seperti gotong-royong dan sebagainya. Kempen-kempen kesedaran kepada orang ramai mestilah diberikan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Paling senang contoh yang kita boleh berikan iaitu masalah kegunaan longkang.

Orang ramai masih lagi tidak memahami kegunaan dan fungsi longkang tersebut kerana biasanya pekedai dan pemilik restoran dan sebagainya, termasuk orang ramai menjadikan longkang ini tempat membuang sampah dan akhirnya longkang itu tersumbat dan menyebabkan pencemaran dari segi udara dan juga air. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri dua hari tidak berucap, bukan?

final • 9:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 00100 - Projek Kecil Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di bawah P.43.

final • 9:34 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Bakri, laptop tidak adakah?

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tidak apa... [Ketawa] Sebelum saya memulakan ucapan, saya ingin menunjukkan satu poster dan minta pertolongan rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengenal pasti apa yang ditunjukkan... [Menunjukkan poster kepada Dewan][Disampuk]

final • 9:34 PM

Seorang Ahli

Wah, di mana ambil gambar?

final • 9:34 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Sekejap lagi.

final • 9:34 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ada lagi Yang Berhormat?

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ada... [Ketawa]

final • 9:34 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Satu poster sahaja?... [Ketawa]

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Kolam ini terletak di tepi golf club, Muar. Lokasinya bukan di zoo ataupun hutan simpanan negara. Inilah kolam renang tunggal di Muar bertaraf Olimpik yang telah terbengkalai lebih daripada 15 tahun.

Pada awal tempoh terbengkalai, penyelesaian persoalan ini mudah sahaja sama ada kerja-kerja baik pulih dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan ataupun Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, tetapi sekarang semakin rumit.

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Kementerian Alam Sekitar boleh mengendalikannya sebagai pusat pemeliharaan binatang terkawal atau Kementerian Pelancongan boleh memperkenalkannya sebagai destinasi pelancongan baru dan unik di mana terdapat biawak yang mandi dan berseronok di dalam kolam renang yang bertaraf Olimpik... [Ketawa] Permintaan rakyat Muar mudah sahaja, cuma hendak kerja baik pulih satu-satunya kolam renang di Muar ini dikendalikan dengan cepat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Mereka tidak pernah mengidamkan pengurniaan kolam renang yang setaraf dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil atau Kolam Renang Olimpik Beijing yang bertaraf tujuh bintang. Lagipun atlet renang negara pernah mencapai tahap yang gemilang di rantau Asia pada akhir tahun 80-an, tetapi nampaknya kerja memupuk bakat atlet renang tempatan agak malap kebelakangan ini kerana tiada kolam yang sesuai dibekalkan bahkan bakat renang biawak makin cemerlang.

Saya ingin menggambarkan situasi sebegini dengan pepatah Melayu yang telah diubahsuai ataupun dikemas kini iaitu “biawak di paya mandi di kolam renang, anak emas di pangkuan mandi di parit belakang”. Kalau ada Olimpik Haiwan Sedunia dianjurkan, biawak Muar tentu melahirkan pingat emas pertama untuk negara dalam acara renang... [Ketawa] Persoalan saya ialah sila nyatakan sebab-sebab..

final • 9:34 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Minta laluan.

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

...Terbengkalai kolam renang Muar tanpa ada...

final • 9:34 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Bakri kena bagi, dia penganjur.

final • 9:34 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 9:34 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Bakri.

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

...Kerja-kerja baik pulih...

final • 9:34 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Ledang hendak bantu.

final • 9:34 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sokong, sokong!

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Sekejap, sekejap. Yang Berhormat Ledang, kita anak Johor bekerjasama. Tiada masalah.

final • 9:34 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Bakri boleh jadi penganjur semua kejohanan bertaraf dunia. Five star. Betting.

final • 9:34 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jangan kacaulah.

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Kerja-kerja baik pulih dikendalikan oleh kementerian yang berkaitan.

final • 9:34 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Bakri, boleh sokong tidak?

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Adakah kerja baik pulih akan dijalankan di dalam Bajet 2010?

final • 9:34 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Bakri, boleh sokong tidak?

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Jika ya, berapakah kos anggaran dan tempoh...

final • 9:34 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tak apa, tak apa.

final • 9:34 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tidak sempat.

final • 9:34 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sokong, sokong.

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Walaupun anak Johor, jika ada masa saya akan beri jiran saya. Abang yang baik sekali.

final • 9:34 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi, salah fakta... [Ketawa]

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Berapakah kos anggaran dan tempoh siap kerja baik pulih serta kontraktor yang terlibat?

Selain itu, saya ingin merujuk kepada Butiran 02101 - Pembangunan Taman Awam di bawah P.43. Sejumlah RM4.9 juta telah diperuntukkan untuk memperbaiki tebing Tembok Tanjung Emas oleh kementerian dari tahun 2001 sehingga tahun 2006. Namun, tidak sampai tiga tahun, tebing tembok tersebut pun sudah senget 45 darjah dan hampir- hampir tertutup.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Saya ingin Yang Berhormat Menteri menjelaskan, siapakah kontraktor yang menjalankan projek tersebut? Mengapa tebing tembok yang baru siap dibina tidak sampai tiga tahun boleh runtuh. Adakah Menteri menjalankan siasatan tentang projek pembinaan ini?

final • 9:34 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya merujuk kepada Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPN di Semenanjung, di bawah P.43. Secara ringkas sahaja saya memohon Menteri menjelaskan adakah peruntukan ini akan digunakan dalam kawasan Bakri. Selain itu, saya juga ingin Menteri senaraikan bilangan kebakaran-kebakaran yang berlaku di perkilangan di kawasan daerah Muar pada tahun 2008 sehingga kini.

Saya juga ingin menyentuh Butiran 050000 – Kerajaan Tempatan di bawah B.43.

Saya ingin bangkitkan satu isu iaitu lampu jalan di sepanjang Jalan Bakri. Jalan Bakri merupakan satu jalan raya utama di bandar Muar. Kebanyakan kenderaan terutamanya kenderaan berat dari Lebuh Raya Utara-Selatan, keluar dari Pagoh akan melalui jalan tersebut, tetapi sampai kini Majlis Perbandaran Muar masih gagal memasang lampu jalan sepanjang jalan. Alasan dari pihak Majlis Perbandaran Muar ialah peruntukan tiada mencukupi. Saya memohon Menteri mengambil perhatian tentang perkara ini. Saya juga mohon Menteri menjelaskan berapakah peruntukan dalam Bajet 2010 kepada Majlis Perbandaran Muar untuk pemasangan lampu jalan di Muar. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:40 PM

Tuan Pengerusi

Bakri boleh baca pemikiran saya. Saya sudah mahu tegur tadi, panjang lagi Yang Berhormat?... [Ketawa] Baru saya angkat kepala, dia sudah terima kasih.

Macam mana lagi mahu tidak kerjasama dengan Wakil Rakyat begitu? Tenggara. Ini sudah jauh malam, Ahli-ahli Yang Berhormat, jadi mahu dengar suara wanita. Jadi kita tidak mengantuk.

final • 9:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Ya, ya.

final • 9:40 PM

Tuan Pengerusi

Sila Tenggara.

final • 9:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana menghargai suara wanita. Saya ingin menyentuh, Tuan Pengerusi, Butiran 00800 – Program Local Agenda 21. Kita tahu Program LA21 ialah program untuk masyarakat. Kerjasama bijak dengan swasta dan PBT, tugas atau program utama LA21 ini ialah untuk rancang urus kawasan persekitaran untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan.

Elemen utama dalam menjayakan LA21 ini ialah penglibatan dan penyertaan masyarakat dengan pendekatan bottom-up. Saya hendak tahu daripada pihak kementerian, apakah prestasi pelaksanaan Local Agenda 21 ini. Adakah LA21 ini benar-benar telah dapat menggerakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat secara keseluruhannya?

Menyentuh Butiran 00600 – Pembangunan Penempatan Tradisional dan Tersusun Dalam Kawasan PBT. Kita perhatikan pembangunan kampung baru lebih terancang dalam kawasan PBT dengan adanya Pelan Induk Kampung Baru yang telah pun dilancarkan oleh KPKT pada tahun 2005. Dari segi peruntukan, lebih mudah untuk diperolehi kerana disalurkan terus oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri kerana untuk Bajet 2010 ada Program Pembangunan Penempatan Tradisional dan Tersusun Dalam Kawasan PBT.

final • 9:42 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Saya perlukan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah bentuk perancangan program ini yang akan dilaksanakan oleh KPKT kerana kita harap selepas ini bagi kawasan-kawasan kampung tradisional, dalam kawasan PBT akan dapat dibangunkan tanpa hanya mengharapkan kepada pejabat daerah lagi dan saya juga mengharapkan KPKT juga akan dapat membangunkan pelan pembangunan kampung tradisional sebagaimana yang ada pada kampung-kampung baru.

Bagi Butiran 04000 – Pembasmian Kemiskinan Bandar. Saya hendak tahu sejauh manakah prestasi PBT dalam program PBKB setakat ini.

Butiran 050100 – Kerajaan Tempatan. Saya hendak tahu bilakah agaknya kementerian merancang untuk menjadikan PBT ini daripada close service kepada open service supaya perpindahan kakitangan PBT dapat dilakukan daripada satu PBT kepada PBT yang lain. Bolehkah Menteri memberikan taburan kakitangan PBT mengikut kumpulan etnik sejajar dengan konsep 1Malaysia. Saya juga mahukan penjelasan daripada pihak Menteri, apakah langkah-langkah yang telah pun diambil oleh KPKT dalam melaksanakan 64 perkara penambahbaikan terhadap perkhidmatan PBT.

Yang terakhir, Tuan Pengerusi, Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Saya mohon kepada jasa baik Menteri untuk membantu membangunkan Program Perumahan Rakyat di atas tanah seluas 50 ekar. Tanah sudah ada, pelan cadangan tapak telah pun dihantar kepada Jabatan Perumahan Negara bagi tujuan untuk membina perumahan mampu milik kepada rakyat. Salah satu daripadanya memindahkan mangsa- mangsa banjir yang ada dalam kawasan Parlimen Tenggara dan juga sebagai memenuhi permintaan dan keperluan rumah mampu milik bagi golongan yang berpendapatan rendah dalam kawasan Parlimen saya. Itu sahaja, Tuan Pengerusi, terima kasih banyak.

final • 9:42 PM

Tuan Pengerusi

Pasir Mas. Selepas Pasir Mas, Parit Sulong tadi saya nampak ada berdiri, bersedia. Selepas itu Balik Pulau. Selepas Balik Pulau, Limbang.

final • 9:42 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 080000 – Bomba dan Penyelamat, Malaysia. Butiran 080400 – Operasi Kebombaan dan Penyelamat. Tuan Pengerusi, di kawasan saya di Pasir Mas, pihak bomba ada tempat yang agak gah juga. Maknanya saya amat berterima kasih. Akan tetapi persoalan yang timbul ialah sepanjang bomba wujud di Pasir Mas dengan bangunan yang agak indah di tepi sungai ini, saya tengok tidak banyak rumah yang terbakar dapat diselamatkan. Ini adalah berpunca kerana di kawasan luar bandar terutamanya atau separuh bandar, jalan ke kampung-kampung begitu kecil. Kereta pun tidak muat, macam mana kereta bomba hendak lalu.

Jadi kadang-kadang saya fikir tidak ada faedah pun kecuali kalau berlaku kebakaran di sekitar tempat balai bomba tadi. Itu mungkin. Lebih daripada itu tidak mungkin oleh kerana kesesakan lalu lintas, dalam bandar sendiri pun jalan satu hala dan selalunya bila berlaku kebakaran, dua, tiga empat minit, lima, enam minit, habis jadi apa? Maknanya dengan belanja beratus-ratus juta, dengan kakitangan yang begitu banyak tetapi bila berlaku kebakaran, tidak boleh berfungsi dengan cekap. Jadi oleh itu saya ingin mencadangkan kalau boleh pasukan bomba juga ada kereta pacuan empat roda yang mencukupi, iaitu bila berlaku kebakaran ataupun kecemasan yang perlu pertolongan pihak bomba, mereka boleh bergerak cepat dan bertindak cepat.

Yang hendak padam api satu hal, hendak menyelamatkan nyawa kanak-kanak, orang perempuan ataupun sesiapa sahaja yang berada dalam rumah ataupun yang berada di tempat berlakunya kecemasan di situ, kalaulah hendak tunggu kereta bomba sampai dan pasukan sampai dengan kereta bomba, alamatnya tentulah mati. Jadi sepatutnya ada skuad yang di hadapan dahulu sebelum kereta bomba sampai. Ini di antara cadangan dan selain daripada itu saya sendiri pun tidak boleh hendak fikir macam mana cara hendak mengatasi kebakaran kalau berlaku kebakaran di kampung-kampung.

final • 9:46 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tengok satu pun tidak dapat diselamatkan oleh pihak bomba, kecuali kereta bomba sampai, semua sudah hangus, kereta bomba itu pula jadi pameran untuk orang- orang kampung tengok – besar, merah, seranggah macam gajah tetapi tidak boleh buat apa pun.

Jadi Tuan Pengerusi, perkara yang kedua, Butiran 00100 – Projek Kecil Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, RM251 juta. Ini saya hendak merayu, saya bukan seperti Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri hendak buat kolam renang sampai biawak pun boleh masuk pertandingan Olimpik.

final • 9:46 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak sebut di sini Tuan Pengerusi, majlis berkuasa tempatan, Majlis Daerah Pasir Mas di antara majlis yang cukup miskin. Duit tiada langsung, tidak mungkin mereka dapat melakukan, melaksanakan projek-projek kecil pun sebab hasilnya tidak banyak. Ini tanggungjawab kerajaan negeri jugalah tetapi saya hendak merayu iaitu pasar Pasir Mas yang sekarang ini berada di atas tapak tanah kereta api, di sebelah rel kereta api, jalan kereta api Tuan Pengerusi.

Sudahlah penuh sesak dengan sekolah, pasar kiri kanan dan pasar ini pula cukup buruk. Keselamatan cukup bahaya, bumbung boleh jatuh bila-bila masa kalau ribut kuat, baru-baru ini pun saya dah bimbang. Dalam pasar ini, ada hampir 200 ke 300 orang berniaga. Saya sudah sebut dalam Dewan yang mulia ini, kalau berlaku kecemasan, runtuh, berlaku kematian, pihak kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya sebab ia boleh berlaku bila-bila masa.

Saya tengok bumbung itu bukan sahaja tiris, tiris dan bocor tidak menjadi masalah tetapi kotor. Akan tetapi saya bimbang juga soal keselamatan. Tapak sudah ada, hendak buat tiada duit. Jadi kalau boleh daripada RM251 juta ini, mintalah RM2 atau RM3 juta.

Berilah, tolonglah. Saya minta...

final • 9:50 PM

Seorang Ahli

[Mengangkat tangan]

final • 9:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apa tunjuk tangan begitu?... [Ketawa]

final • 9:50 PM

Seorang Ahli

Boleh atau tidak boleh?

final • 9:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh atau tidak boleh. Cuma saya hendak beritahu, saya sebut di sini kalau berlaku kemalangan...

final • 9:50 PM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin - Beaufort

Tulis suratlah.

final • 9:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kalau berlaku kemalangan, saya tidak bertanggungjawab lagi. Jangan selepas berlaku kemalangan, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa menyiasat dan perkara ini tidak akan berlaku lagi, loya saya dengar.

Saya sebut awal-awal kerana ini sudah berlaku bila-bila masa. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, ini dijanjikan oleh pihak Kerajaan Pusat sendiri waktu Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir dan pada waktu itu Barisan Nasional menang walaupun dengan undi yang kecil. Berebut hendak buat dengan kerajaan negeri tetapi akhir sekali kerajaan negeri pun tidak buat, Kerajaan Pusat pun tidak buat. Ini amanah bukannya banyak, bukan ribu-ribu juta, bukan ratus juta, hendak diukur dengan projek di bandar dengan satu tiang pun berpuluh juta, baiki tiga lubang pun RM3, RM4 juta. Ini RM3 juta pun sudah cukup supaya kita dapat alihkan kerana tapak sudah ada.

Jadi saya sudah ulang banyak kali dan pernah saya tulis surat dan surat saya pun tidak berjawab. Ini di antara kementerian KPI yang paling tinggi. Saya ulang kerana saya terus membuat rayuan demi rayuan bukan sahaja untuk kebaikan rakyat tetapi juga untuk keselamatan.

Tuan Pengerusi, akhir sekali, Butiran 01600 – Program Perumahan Rakyat Disewa, RM389,556,300, ini untuk seluruh negara. Saya tidak tahu berapa banyak dibuat di Pasir Mas, saya hendak tahu berapa buah, 20 buah? 30 buah, 40 buah untuk disewa?

Wallahualam. Sekian, terima kasih.

final • 9:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Parit Sulong, selepas itu Yang Berhormat Balik Pulau dan selepas itu Yang Berhormat Limbang. Nanti sampai di situ saya akan tunjuk lagi, insya-Allah dapat cakap. Saya duduk sehingga pukul 10.30 malam, selepas itu kita boleh sambung sampai pukul 12 malam. Jangan susah, jangan khuatir. Sila.

final • 9:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak terus menjurus kepada Maksud Pembangunan 43 - Butiran 00100 di bawah Kerajaan Tempatan. Saya hendak bercakap mengenai satu perkara sahaja iaitu mengenai Pasar Awam Batu Pahat. Sebenarnya Pasar Awam Batu Pahat ini walaupun nampak seolah-olah ia adalah di Parlimen Batu Pahat tetapi sebenarnya ia adalah di bawah Parlimen Parit Sulong.

Semua jenis perniagaan ada di sini cuma mungkin biawak tiada Yang Berhormat Bakri. Walau bagaimanapun bangunannya Tuan Pengerusi memang sangat unik tetapi bangunan ini tersangat lama, sudah lebih daripada 50 tahun. Jadi masalah ini menjadi satu masalah kerana ia bukan sahaja menampung penduduk di kawasan Parlimen Parit Sulong tetapi juga ia menampung empat kawasan Parlimen bagi daerah Batu Pahat itu sendiri.

Keadaan pasar ini memang tidak teratur terutamanya waktu puncak di mana lebih daripada 1200 peniaga berniaga di situ termasuk di jalan-jalan raya di sekeliling pasar.

Selepas itu kawasan menjadi becak dan saya mendapat maklum bahawa ada peruntukan yang telah diluluskan untuk menaik taraf ataupun menaik taraf pasar ini dan memindahkannya ke satu kawasan baru berdekatan iaitu di Jalan Jeragan, sekarang ini pasar ini berada di Jalan Pasar sendiri.

Jadi saya hendak tahu daripada kementerian, apakah status cadangan ini?

Adakah ia akan diteruskan kerana penduduk apabila dibuat announcement, dengan izin, penduduk tempatan telah bergembira kerana telah menunggu lebih daripada 50 tahun.

Akan tetapi sampai sekarang perkara ini tidak lagi berlaku. Jadi saya juga hendak tahu daripada jumlah yang telah diperuntukkan, berapa banyakkah yang telah diperuntukkan untuk Pasar Awam Batu Pahat?

Tuan Pengerusi, sekiranya ia dipindahkan ke lokasi yang baru, bagi bangunan yang lama itu memang agak unik. Jadinya ia boleh diberi satu nafas baru iaitu mampu untuk ditukar kepada pasar budaya. Mungkin ini cadangan daripada saya yang mungkin boleh diambil kira oleh pihak kementerian sebagai salah satu daripada aset pelancongan untuk kawasan ini bagi membantu masyarakat tempatan terutamanya bagi mereka memasarkan produk-produk tempatan di tempat itu.

Jadi saya harap kementerian mengambil kira kerana ini adalah satu perkara yang sangat penting terutamanya bagi penduduk-penduduk di daerah Batu Pahat terutamanya bagi Parlimen Parit Sulong. Saya harap projek ini dapat disegerakan. Terima kasih.

final • 9:54 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Limbang bersedia. Selepas Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Ledang, selepas Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dan selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota. Selepas itu Menteri menjawab, selesai semua sudah bercakap.

final • 9:54 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri budiman, salam muafakat... [Ketawa] Terima kasih di atas peluang untuk mengambil bahagian membahaskan Maksud Bekalan 43 terutama Butiran 050100. Yang Berhormat Menteri, saya mewakili Parlimen Balik Pulau memohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri menilai semula keperluan perbandaran di Balik Pulau kerana Balik Pulau kalau dilihat di dalam peta merangkumi hampir separuh daripada pulau. Ada yang mengatakan bahawa Balik Pulau mungkin perlu Majlis Perbandaran Balik Pulau.

final • 9:28 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Pertama, mohon penjelasan sama ada cadangan tersebut sesuai kerana apa yang berlaku sekarang ini disebabkan oleh ketidakseimbangan apa yang berlaku di kawasan bandar iaitu di Georgetown. Maka dilihat di Balik Pulau itu, aspek-aspek perbandarannya itu agak terkebelakang. Walau bagaimanapun, di atas perkembangan pesat yang berlaku di Balik Pulau dengan banyaknya pembangunan taman-taman yang hingga mencecah harga RM800 ribu, RM700 ribu yang diluluskan oleh teman-teman rakan politik saya yang sebelum ini. Saya memang tiada pilihan kerana perkara itu telah diluluskan.

Walau bagaimanapun, saya memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, walaupun saya tahu aspek harga bukanlah boleh dikawal tetapi memandangkan ada perkembangan yang bagi saya memberi impak negatif kepada penduduk setempat terutama di Parlimen Balik Pulau dengan terbentuknya projek-projek perumahan yang harganya memang saya sudah siasat tidak mampu untuk orang Balik Pulau memiliki rumah- rumah tersebut.

final • 9:28 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jadi perlu saya mohon menteri berkenaan, bagaimana perkara ini hendak ditangani, mohon penjelasan. Saya rasa betul kalau model ekonominya memberi ruang pada pasaran tetapi dimensi etika, dimensi governance mungkin boleh dicadangkan oleh pak menteri demi kesejahteraan rakyat Balik Pulau. Seterusnya saya juga di bawah butiran yang sama ingin memohon penjelasan daripada kementerian terutama dari segi lesen untuk Ah Long beroperasi kerana saya melihat di Balik Pulau akhir-akhir ini ada perkembangan aktiviti Ah Long yang saya tahu memang tidak penah wujud di Balik Pulau sebelum ini dan rata-rata maklumat yang kita terima hari ini ialah Ah Long yang bukan berasal dari Balik Pulau.

Ini penting Yang Berhormat Menteri kerana rata-rata penduduk di Balik Pulau itu bekerja di kawasan zon bebas sebagai operator pengeluaran, di kilang-kilang, kerja di jabatan kerajaan, kerja kampung. Apabila perkembangan Ah Long ini yang kita sedia maklum tidak dapat diurus dengan baik, saya sendiri melihat kerana pejabat pusat khidmat saya itu bersebelahan dengan kedai kopi, mereka mempunyai pendekatan yang amat menarik minat penduduk setempat. Ini bagi saya kalau minatnya ke arah positif tidak apa tetapi dia memerangkap penduduk setempat itu. Apa yang berlaku mereka ketika berlaku krisis ekonomi, pekerja-pekerja kilang ini ada yang kilang terpaksa tutup perlu membayar pelbagai tanggungan, hutang motor dan sebagainya memilih Ah Long sebagai pilihan tetapi Ah Long ini lebih licik sifatnya, terus mendampingi mereka hingga ke kedai-kedai kopi...

final • 10:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 10:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Indera Mahkota ada soalan?

final • 10:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Balik Pulau saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Balik Pulau. Krisis atau isu berkenaan Ah Long ini berpanjangan, bertahun-tahun lama dan kita tahu lesen untuk menjalankan kegiatan Ah Long ini dikeluarkan oleh di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perkara ini katanya sudah lama hendak kaji dan sebagainya. Adakah munasabah kali ini kita cadangkan supaya kuasa untuk memberi kelulusan terhadap lesen-lesen peminjam wang berlesen ini yang lebih dikenali sebagai Ah Long ini kita tarik balik dan kita pindah kepada satu kementerian yang lain supaya enforcementnya lebih berkesan dan sekali gus kita boleh menamatkan episod ngeri, kegiatan Ah Long dan kesan-kesan negatif dia, macam mana?

final • 10:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Indera Mahkota ini hebat Tuan Pengerusi. Cadangan dia memang melangkaui.

Saya bersetuju kerana saya sendiri berpengalaman mengendalikan beberapa kes mangsa Ah Long ini. Dari segi aspek perundangannya, regulasasinya amat tidak baik sehingga apa yang diperuntukkan di dalam Money Lending Act itu tidak dipatuhi. Saya melihat sehinggakan tuntutan-tuntutan yang amat ketat itu tidak dipatuhi dan tidak ada pemantauan. Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota.

Contohnya kalau dipantau oleh Bank Negara contohnya.

final • 10:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Bank Negara mempunyai penguasanya, mempunyai pendakwanya dan mempunyai sumber manusia yang boleh mengurus aspek Ah Long ini dengan lebih berkesan pada pandangan saya.

Seterusnya saya juga merujuk kepada Butiran 070000 - Perancangan Bandar dan Desa. Yang Berhormat Menteri, di Balik Pulau saya secara objektif mengucapkan ribuan terima kasih. Saya tengok dari aspek pengurusan desanya itu agak munasabah. Akan tetapi pada pandangan saya, saya mohon menteri memberi senarai projek-projek perancangan bandar dan desa yang mahu buat di Balik Pulau. Ini menghulur tangan walaupun peruntukan saya tidak ada sebagai Ahli Parlimen untuk melakukan kerja-kerja ini kerana ini urusan Kerajaan Pusat, tetapi saya menghulur tangan bertindak sebagai bandan pemantau. Saya rasa ini mungkin tidak bersalahan dan saya mohon menteri memberi salinan kesemua projek-projek senarai agar kita Dewan yang mulia ini kita boleh sama- sama memantau dari segi aspek governance itu.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri, bagi Butiran 11000 – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. saya dimaklumkan Parlimen Balik Pulau mungkin setakat ini di Pulau Pinang satu-satunya pungutan sampah itu masih dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan saya difahamkan ada cadangan, ada usaha agar ia diswastakan. Saya memberi pandangan yang terbuka. Kalau prestasi yang ada sekarang ini buruk, tidak menyumbang ke arah kebaikan, kita perlukan pendekatan yang baru. Akan tetapi di sini saya memohon kerjasama Yang Berhormat Menteri, agar pimpinan setempat terutama sekali saya di sini di Parlimen ingin menyuarakan pandangan kerana kami agak maklum dengan keadaan setempat kalau boleh pada pandangan saya biarlah ia lebih memperkasakan penduduk-penduduk setempat yang kalau syarikat yang diberi konsesi tersebut memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja setempat kerana saya tahu teman- teman saya di Balik Pulau itu ketika mana di bawah syarikat majlis bandaran sekarang ini boleh bekerja sehinggalah ke anak cucu dan perkara itu berlangsung dengan baik. Saya mohon perkara itu ditimbangkan bagi saya apa-apa sahaja agenda pembangunan mestilah berjaya memperkasakan penduduk dan masyarakat setempat.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 09000, mengenai pembangunan teknologi. Saya yakin apa-apa segala pendekatan perumahan dan kerajaan tempatan kuncinya ialah maklumat. Saya ingin mencadangkan agar kementerian memastikan di dalam setiap DUN mempunyai satu papan maklumat. Contohnya di Parlimen Balik Pulau itu ada tiga DUN, DUN Bayan Lepas, DUN Pulau Betong dan DUN Teluk Bahang, secara fizikalnya Yang Berhormat Menteri di Balik Pulau itu, cabaran struktur fizikalnya amat ketara.

Kalau kita di Pulau Betong itu mahu ke Bayan lepas kita terpaksa melalui bukit bukau. Kalau kita mahu ke Teluk Bahang itu juga bukit bukau. Ada satu ketika Yang Berhormat Menteri, tanah runtuh. Jadi kedua-duanya terperangkap tidak dapat ke sana ke mari. Akan tetapi apa relevannya kepada aspek perumahan dan aspek-aspek kerajaan tempatan mahupun perbandaran. Pada pandangan saya, apabila maklumat melimpah, maka apa yang berlaku satu masyarakat yang mampu berdiri sendiri, yang tahu akan haknya apa yang dipanggil sebagai enlighten society, cerah mindanya tahukan hak perbandarannya maka saya rasa keperluan perbandarannya itu menjadi satu perbandaran yang terlalu besar ataupun dengan izin, third government.

Ini kerana kita tahu perbandaran itu kerajaan ketiga yang sama penting pada pandangan saya dengan kerajaan yang pertama dan yang kedua pusat, mahupun negeri mahupun tempatan. Akan tetapi saya di sini saya tidak memandangkan satu kerajaan tempatan yang amat besar sikapnya seperti di Estonia sehingga mampu meluluskan visa.

Akan tetapi yang saya cadang di sini ialah satu kerajaan tempatan di Balik Pulau yang lebih bersifat perlu dengan keadaan di Balik Pulau.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 02101 - Pembangunan Taman Awam. Saya mendapat rungutan daripada penduduk di Balik Pulau bahawa pada pandangan mereka perlukan tempat-tempat rekreasi yang mana apabila dalam waktu Sabtu dan Ahad dapat dibuat tempat keluarga. Apa yang berlaku sekarang ini trend di seluruh negara, bahawa “temple-temple baru” telah dibina.

final • 10:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Apa itu “temple-temple” baru? Hari Sabtu dan Ahad kita bawa anak-anak kita ke shopping complex. Dahulu lain, Sabtu dan Ahad kita bawa ke masjid, kita bawa... Itu yang dikatakan, “temple baru” Tuan Pengerusi. Jadi itu berlaku di Singapura tetapi saya tidak mahu perkara itu berlaku di Malaysia. “Temple-temple baru” dalam erti kata ini, kita tidak mahu, kita mahu tempat rekreasi keluarga yang mana dapat mengeratkan lagi kekeluargaan sesama rakyat setempat. Atas dasar itu Tuan Pengerusi, terima kasih. Lagi sekali Tuan Pengerusi budiman. Harap diberi peluang di lain kali. Terima kasih... [Ketawa]

final • 10:10 PM

Beberapa Ahli

[Berdiri]

final • 10:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Limbang. Selepas Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Ledang dan selepas Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Indera Mahkota. Silakan. Yang Berhormat Batu pun hendak bercakap juga? Okey, Yang Berhormat Batu.

final • 10:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 080400 iaitu Operasi Kebombaan dan Penyelamat. Pada masa ini Tuan Pengerusi di Limbang ada satu pasukan bomba sukarelawan yang baru ditubuhkan dalam bulan Mei. Jadi di sana saya tengok apa yang dibekalkan kepada bomba sukarela ini ialah sebuah kereta Proton Arena, pam air, hos dan tangga besi.

Jadi mereka ini pernah sudah dicuba dengan kebakaran yang terjadi dua bulan lepas dan merekalah yang pertama sekali datang kepada tempat kebakaran ini dan boleh menyelamatkan rumah-rumah yang berdekatan sebelum pasukan bomba yang sebenar datang. Jadi di sini saya terfikir pula apabila melihat bagaimana dengan kampung-kampung dan penempatan-penempatan nelayan di sepanjang sungai yang mereka ini memang tidak ada dan tidak dapat dihubungi dengan jalan raya.

Jadi di sini saya ingin mencadangkan kepada kementerian Yang Berhormat Menteri apalah kiranya kita tubuhkan bomba sukarela yang menggunakan bot. Ini khusus untuk menangani permasalahan kebakaran untuk kampung-kampung atau penempatan di sepanjang sungai ataupun di kuala-kuala sungai, kampung-kampung nelayan khususnya.

Jadi di sini seperti mana yang saya tengok di negara jiran, mereka memang ada pasukan bomba air, bomba sungai di mana sebab mereka juga banyak mempunyai kampung air, kampung-kampung di atas air. Jadi di sini mereka menggunakan bot dan juga pam air itu di modify dipasang di atas bot itu sekali dan terus menyedut air untuk kerja menyelamat.

Jadi di sini saya memohon minta mencadangkan kepada kementerian apalah kalau boleh ditubuhkan bomba sukarelawan air ini yang menggunakan bot selain daripada yang biasa menggunakan kereta dan sebagainya dan satu lagi saya ingin menyentuh perkara Butiran 00800 iaitu Program Local Agenda 21.

Saya baru melancarkan Rakan Alam Sekitar di Limbang iaitu di mana dalam program tersebut kita mengadakan satu hari tanpa plastik iaitu di mana kedai-kedai dan juga pusat-pusat membeli-belah dalam seminggu tidak payah menggunakan beg plastik di mana para pembeli, lets say on Sunday ataupun hari Isnin mereka datang membawa beg mereka sendiri untuk membawa pulang barang yang dibeli. Ini telah diadakan di Miri dan juga di Sibu. Jadi di sini apalah kiranya pihak kementerian memberi insentif sebagai salah satu cara kita juga untuk mengadakan alam sekitar yang baik di bawah Local Agenda 21.

Kerajaan memberikan insentif kepada kedai-kedai ataupun pusat-pusat membeli- belah yang ingin turut serta dalam program sehari tanpa plastik dalam seminggu kerana ini adalah salah satu cara juga untuk membantu kita untuk menyelamatkan alam sekitar kita.

Jadi di sini kita mohonlah, apalah salah kalau dapat kementerian memikirkan tentang ini dan memberikan insentif sebagai satu program kita dalam Rakan Alam Sekitar ini untuk contohnya memberikan peruntukan untuk membeli the first batch of plastic gantian, bukan beg yang bukan plastik sebagai gantian.

final • 10:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Dan juga selepas itu para pembeli akan membawa plastik ini dan menggunakannya untuk hari-hari yang ditetapkan, seperti sehari tanpa plastik ini. Jadi saya harap kementerian dapat mengambil perhatian tentang ini dan mengharapkan permohonan ini diluluskan. Terima kasih.

final • 10:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ledang.

final • 10:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi tetapi sebelum itu Tuan Pengerusi saya hendak juga mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini sebagai rekod. untuk menyatakan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada setiap individu keluarga yang terlibat dengan kemalangan di KB Mall itu. Jadi saya harap keluarga berkenaan banyak bersabar, anggaplah ini sebagai satu cubaan.

Tuan Pengerusi, saya terus merujuk kepada B.43, 110000 iaitu Perbadanan Pengurusan Sistem Pepejal Negara. Saya lihat di sini tajuknya begitu tetapi saya harap ia tidak lari daripada Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ataupun pelupusan sistem pepejal dan pembersihan awam. Saya harap ia tidak lari.

Kalau maksudnya tidak sama saya harap apa yang saya katakan ini berkaitan dengan akta berkenaan.

Tuan Pengerusi, sekarang kita telah pun berada pada hujung tahun 2009. Akta tersebut telah pun diluluskan pada tahun 2006. Jadi saya masih cuba mencari jawapan pertamanya apakah progress ke atas pelaksanaan sistem tersebut ataupun pengurusan sistem pepejal tersebut mengikut akta yang berkenaan kerana saya lihat sekarang ini di kebanyakan PBT, masih lagi belum dapat menyerahkan secara keseluruhan sistem yang merangkumi tugas membersihkan kawasan awam dan juga mengurus sisa pepejal, sampah sarap dan sebagainya. Walaupun perbadanan ini telah diwujudkan, walaupun telah ramai kakitangan telah pun sedia ada di setiap kawasan PBT seperti di Ledang, di Muar dan sebagainya tetapi tugasan mengurus sampah dan membersihkan kawasan awam dan sebagainya masih lagi diurus atau ditadbir oleh PBT berkenaan walaupun sudah berjalan maksud saya tadi walaupun kakitangan telah pun berada di lokasi masing-masing hampir setahun.

Kesannya Tuan Pengerusi ialah PBT tidak boleh bergerak lebih ke depan kerana konsesi tugasan tersebut telah pun diambil oleh konsesi-konsesi berkenaan seperti di Johor oleh SWM, di sini di Kuala Lumpur oleh Alam Flora dan sebagainya dan syarikat konsesi ini tidak boleh berkembang kerana mereka tidak boleh lebih bergerak daripada yang telah mereka buat setakat ini kerana mereka masih menunggu arahan daripada pihak yang berkuasa. Pihak yang berkuasa kerana mereka adalah terikat dengan PBT, semua PBT berkenaan ini.

Akibatnya Tuan Pengerusi ialah orang ramai oleh kerana sampah sarap bertambah, taman bertambah dan sebagainya orang ramai masih lagi menunggu, mereka tidak sabar tentang perlunya satu peningkatan kecekapan tugasan tersebut oleh syarikat konsesi ini walaupun mereka bertanggungjawab keseluruhannya dan juga walaupun PBT telah buat sesuatu yang terbaik tetapi mereka ada batasannya terutamanya dari segi peruntukan.

Oleh yang demikian Tuan Pengerusi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian pertamanya sejauh manakah kemajuannya dan kedua apakah masalah- masalah yang berlaku sekarang ini dan ketiga Tuan Pengerusi saya ingin menyebut sekali lagi bahawa pembelaan perlu dibuat ke atas pekerja-pekerja.

final • 10:15 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kebanyakan pekerja-pekerja yang sekarang ini berkhidmat ataupun makan gaji Tuan Pengerusi, dengan syarikat konsesi. Dahulunya adalah pekerja-pekerja yang bekerja dengan PBT. Kalau di Ledang dengan Majlis Daerah Tangkak, kalau di Muar dengan Majlis Perbandaran Muar dan lain-lain lagi. Akan tetapi oleh kerana mereka dahulu telah pun secara mungkin paksa rela berkhidmat dengan syarikat konsesi, mereka sekarang rasa terpinggir.

final • 10:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Mereka rasa jauh hati kerana dalam tempoh tiga empat tahun ini mereka melihat, mereka menyaksikan pekerja-pekerja yang masih kekal di PBT mendapat kenaikan gaji 30 peratus, mendapat bonus, mendapat macam-macam lagi imbuhan termasuk gelaran.

Kalau di Johor, PIS III sekurang-kurangnya dan sebagainya tetapi mereka di SWM, saya rasa sama juga di Alam Flora, tidak mendapat apa-apa Tuan Pengerusi.

Jadi ini Tuan Pengerusi, menjadi satu keadaan yang cukup tidak selesa kepada mereka. Kalau ini keadaannya, bagaimana kita hendak mengharapkan mereka bekerja dengan cekap. Apa yang saya lihat perlu disegerakan. Jadi Tuan Pengerusi, saya mengambil kesempatan pada malam ini supaya pihak kementerian dapat menyegerakan proses pengambilalihan tugasan tersebut.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, ialah tentang B.43 50000 - Kolam Renang Muar.

Saya setuju dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri, saya setuju.

Cuma saya tidak setuju tentang permintaannya. Saya lebih setuju kalau kolam renang tersebut dilupuskan kerana kolam renang tersebut telah overdue. Kolam renang tersebut telah pun lama, sebenarnya tidak mengikut langsung saiz ataupun ukuran kolam renang yang boleh menerima perenang-perenang. Maksudnya, dia tidak ikut spec langsung ataupun tidak mengikut kehendak Olimpik.

Kalau kata kita boleh menghasilkan jaguh di situ pun mungkin akhirnya mereka tidak mampu berenang di Sukan Olimpik kerana saiznya memang salah. Itu cerita lamalah, akhir tahun 60-an. Walau bagaimanapun dah overdue. Jadi saya setuju dengan perkara tersebut dibangkitkan walau bagaimanapun kolam renang tersebut perlu dilupuskan, buat kolam renang baru Tuan Pengerusi. Ini perkara ini yang saya hendak bangkitkan hari ini supaya kita semua berkongsilah pengalaman, pengetahuan dan perasaan. Tuan Pengerusi, saya menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Indera Mahkota dahulu. Baru Petaling Jaya Selatan, baru Jerai.

final • 10:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bawah perkara 090000 - Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Saya hendak bangkit di sini ada tiga perkara, tiga item di bawah 90000 termasuk 00500 dan juga satu item yang lain yang juga merujuk dalam perkara yang sama. Ketiga-tiga ini di campur berjumlah RM1.172 bilion.

Sebagaimana dibangkitkan sebelum pada ini, saya hendak tahu penjelasan daripada kementerian, detail berkenaan dengan cadangan untuk membelanjakan tahun hadapan sebanyak RM1.172 bilion atas polisi yang sudah berapa tahun dahulu dilaksanakan.

Belanjawan tambahan ini nampak serupa seperti ada additional yang berulang kepada perkara yang sama.

Di bawah perkara 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Ada 01402, 01513 merujuk kepada perkara yang sama Tuan Pengerusi. Jumlah keseluruhan diminta untuk peruntukan pada tahun hadapan sebanyak RM412 juta termasuklah kajian dan sebagainya. Merujuk kepada kajian, saya hendak tahu daripada kementerian berapakah peratusan kadar pemilikan rumah di negara kita berdasarkan kajian? Atau mungkin pernah dibuat kajian kerana di sini ada dinyatakan bahawa tahun sebelum pada ini juga peruntukan untuk kajian terhadap isu pemilikan perumahan. Saya hendak tahu berapakah peratusan kadar pemilikan rumah di Malaysia?

Sebab mengikut satu laporan mengatakan kadar pemilikan adalah kurang daripada 23 peratus. Maknanya, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia masih belum memiliki rumah asas pertama mereka. Berkait dengan itu oleh kerana cadangan dalam belanjawan yang lalu yang dibentangkan untuk melaksanakan semula RPGT (Real Property Gains Tax). Bakal dikenakan sebanyak 5 peratus dan 2 peratus disyaratkan untuk dipegang oleh syarikat peguam ataupun syarikat yang menguruskan hal ehwal undang- undang atau perjanjian dan sebagainya.

final • 10:23 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Setakat mana perkara ini memberi kesan terhadap proses untuk menambahkan lagi kadar pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia yang mana kalau benar jumlahnya begitu sedikit. Saya mohon, saya minta Menteri memberi penjelasan.

Di bawah kerajaan tempatan ada masalah atau isu berkenaan petak letak kereta yang diuruskan oleh kerajaan tempatan. Cara penyewaan ini adalah secara harian ada, bulanan ada, tahunan pun ada. Saya hendak kepastian di sini adakah satu undang-undang yang jelas untuk mengambil kira kepada para pengguna ataupun masyarakat atau rakyat yang menyewa tapak-tapak ini secara tahunan. Di mana mereka membayar terdahulu, in advance. Apakah peruntukan yang digunakan ataupun polisi yang digunakan untuk mempertimbangkan? Ada kejadian-kejadian di mana tapak-tapak yang disewakan secara tahunan ini tidak mempunyai atau tidak diberikan hak eksklusif kepada penyewa, pembayar sewa.

Tidak ada ikatan yang jelas dan saya menghubungi satu local council di negeri Pahang bertanya berkenaan urusan ini. Mereka kata, mereka hanya berhak untuk mengambil wang, mereka mengambil bayaran dan segala urusan dan tanggungjawab berkenaan parking tersebut terserah kepada penyewa itu. Termasuk sekiranya berlaku masalah-masalah yang berkait dengan masalah undang-undang. Termasuk juga sekiranya ada kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang, jenayah dan sebagainya berlaku di tapak tersebut. Maka, tuan punya penyewa tapak itu bertanggungjawab secara eksklusif sebagaimana mereka juga bertanggungjawab ke atas tapak tersebut.

Saya rasa perkara ini adalah satu perkara yang sangat tidak seimbang dan tidak adil kerana mereka tidak mempunyai kawalan. Malah ada kes-kes tertentu di mana tapak- tapak parking ini disalahgunakan oleh pihak ketiga dan bukan kepada penyewa yang membuat perjanjian dengan local council tersebut. Saya juga minta penjelasan dari segi aspek pengambilan bayaran secara in advance dengan izin. Perkara ini perlu ada satu dasar yang jelas kerana kepentingan ini merujuk kepada kepentingan orang ramai yang membuat bayaran in advance. Perkara terakhir Tuan Pengerusi. Adakah peraturan yang khusus kepada local council untuk melihat kepada kawasan-kawasan yang disewakan kepada agensi-agensi ataupun syarikat-syarikat telekomunikasi.

Seperti membina tower, membina stesen pemancar telekomunikasi dan sebagainya kerana ada kes di tempat saya di kawasan saya. Telekomunikasi ini tiangnya itu dibina di kawasan perkuburan, katanya untuk tujuan meraih sewaan dibayar kepada pihak masjid dan pihak yang menguruskan kawasan perkuburan tersebut. Akan tetapi akhirnya diselewengkan, perkara ini timbul satu masalah di kalangan penduduk. Apabila dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan, mereka merasakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengurus dan menghuraikan permasalahan ini. Saya rasa perkara yang sama juga banyak berlaku di tempat-tempat seperti yang saya sebutkan tadi.

Termasuk premis-premis atau bangunan-bangunan yang dimiliki oleh persatuan ataupun juga premis-premis yang dipunyai oleh orang ramai. Saya mohon kepada kementerian untuk memberi penjelasan kepada ini. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.

final • 10:23 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 10:23 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan. Saya ingin merujuk kepada Butiran 01000– Kajian-kajian di Bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri tentang kes runtuhan bangunan Jaya Supermarket yang berlaku di Seksyen 14, Petaling Jaya pada Mei 28, 2009. Menyebabkan kematian tujuh orang dan juga saya hendak tanya tentang hasil siasatan laporan yang telah dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini kerana saya difahamkan, Menteri pernah kata laporan itu telah di siap dan dibawa kepada Kabinet untuk diluluskan atau diambil tindakan selanjutnya.

final • 10:29 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Apakah hasil kajian siasatan ini? Saya nak tahu mengapa kita tunggu sekian lama, enam bulan, sampai sekarang kita tak dapat laporan itu. Adakah laporan itu diklasifikasikan sebagai OSA seperti mana yang berlaku semacam tanah runtuhan di Bukit Antarabangsa.

Saya haraplah kementerian KPKT mengambil keputusan yang tegas mengumumkan laporan itu, hasil siasatan siapakah yang akan diambil tindakan dan kita tidak mahu perkara ini hanya ditutup sahaja. Sekian lama kita tak tahu apa yang berlaku, apa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan tentang kejadian yang meragut nyawa tujuh orang Indonesia.

Bolehkah saya minta Tuan Pengerusi untuk sambung esok?

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi

Bagus habiskan Yang Berhormat, habiskan sahaja pasal esok saya janji untuk Yang Berhormat Jerai sama Yang Berhormat Batu. Habiskan sahaja. Sila.

Yang Berhormat Kuala Selangor mahu juga? Okey, Yang Berhormat Kuala Selangor esok jugalah, tiga orang. Habiskan, habiskan.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Perkara yang kedua saya ingin bangkitkan di sini merujuk kepada Butiran 080400 tentang Operasi Bomba dan juga Penyelamat. Saya nak bangkitkan perkara ini di kawasan saya di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan khususnya di Taman Medan dan juga Taman Dato Harun. Kita dapati pili-pili bomba yang sedia ada ini tak fungsi langsung dan daripada tinjauan saya dan penduduk, didapati pili bomba yang sedia ada telah tidak berfungsi semenjak 20 tahun yang lalu. Pada 20 tahun yang lalu memang pihak bomba ada datang untuk buat penyiasatan dan buat tanda cross, dan juga buat tanda supaya mereka akan datang balik untuk menyiapkan atau memulihkan semua pili bomba ini supaya ia berfungsi tetapi sampai sekarang, 20 tahun dah kerajaan tak dapat mengambil tindakan.

Saya rasa di taman perumahan seperti di Taman Medan dan juga Taman Dato Harun, rumah-rumahnya memang sesak dan juga padat penduduknya dan kalau berlaku kebakaran, kejadian ini telah berlaku beberapa kali. Bomba datang tapi tak dapat menggunakan pili-pili bomba itu kerana tak berfungsi dan mereka terpaksa mengambil air dari sungai dan kalau ambil air dari sungai pun, kita perlu tunggu musim hujan baru sungai berair. Kalau tidak, mereka tak dapat buat apa dan kebakaran akan terus berlaku. Jadi saya harap kementerian KPKT mengambil inisiatif supaya mengarahkan Jabatan Bomba supaya bagi peruntukan untuk memulihkan semua pili bomba di taman perumahan Taman Dato Harun dan juga Taman Medan.

Perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan di sini mengikut Butiran 020100 – Bahagian Pembangunan dan juga Pelaksanaan Projek. Dalam pertanyaan soalan bertulis tempoh hari, saya dapat jawapan tentang konsep bina dan kemudian jual dan telah dilaksanakan tempoh percubaan dua tahun. Dalam tahun Jun 2007 hingga Jun 2009 dan amat mengecewakan. Hanya satu syarikat yang mengambil bahagian dalam konsep bina dan kemudian jual atau build and sell. Ini memang satu perkara yang sangat mengecewakan kerana dalam tempoh dua tahun ini, syarikat yang terlibat hanya satu dan alasan yang diberi kerana mereka mengalami kesusahan pinjaman daripada bank-bank dan saya rasa kita perlu mengatasi masalah ini kerana saya nampak projek terbengkalai yang berlaku di sekitar PJ Selatan ini di mana projek-projek kos rendah yang mengalami masalah.

Salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini, projek terbengkalai dan konsep bina dan jual ini penting. Ia perlu dilaksanakan dan tempoh sudah tamat sejak Jun 2009, dah enam bulan dah kementerian belum buat keputusan lagi sama ada konsep ini akan diteruskan, dilaksanakan dan kita nampak konsep yang sedia ada, jual kemudian bina itu memang banyak masalah.

Masalah projek terbengkalai menyebabkan penghuni yang membeli rumah ini menjadi mangsa dan kerana syarikat-syarikat bankrap dan walaupun mereka tak dapat tinggal di rumah itu, mereka terpaksa bayar pinjaman bank rumah itu. So saya berharaplah kementerian dapat buat satu keputusan konkrit bilakah akan melaksanakan konsep bina dan kemudian jual ini.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Dan akhir sekali tentang Butiran 010000 – Pengurusan Am. Saya hendak timbulkan masalah tentang penubuhan JMB iaitu joint management body yang berlaku di kawasan saya di mana banyak kos pangsapuri rendah ini. Mereka menghadapi kesusahan untuk menubuhkan JMB. Bukan mereka tak mahu menubuhkan JMB, kerana masalah pemaju yang tidak bertanggungjawab, pemaju membina rumah dengan kualiti yang rendah.

Bumbung rosak, bocor air dan lif rosak kerana pemaju tidak buat inisiatif untuk membaiki kesemua kerosakan ini so menyebabkan pembeli tidak mahu membayar maintenance dan mereka juga enggan menubuhkan JMB kerana mereka takut kalau mereka tubuhkan JMB dan syarikat pemaju akan lepas tangan sahaja dan akhirnya mereka akan bertanggungjawab untuk bayaran bil-bil ini.

Memang saya kecewa tentang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, macam kementerian nak lepaskan tanggungjawab ini kepada penghuni dan juga pemaju.

Saya rasa hal ini telah berlaku sekian lama. Kementerian Perlu mengambil tindakan segera.

Bukan hanya berikan tanggungjawab ini kepada pembeli rumah dan juga pemaju. Saya rasa kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memberi bantuan atau saya memang ada buat cadangan supaya kementerian boleh memberi sedikit peruntukan kepada JMB ini yang mana dalam cadangan saya, pengerusi, setiausaha dan juga bendahari dapat diberi elaun yang secukupnya. Elaun semacam ketua kampung supaya mereka dapat menguruskan JMB dengan baik sebab tanggungjawab JMB ini, kalau mereka nak dapat bayaran bil-bil daripada penghuni memang susah.

So kalau ada galakan, peruntukan ini kepada JMB, saya rasa masalah ini boleh diselesaikan. Apa yang saya soal bukan masalah kondominium atau apartment, saya tekankan di sini tentang pangsapuri kos rendah sahaja dan saya rasa kementerian perlu ambil tindakan dan inisiatif supaya berikan peruntukan pada tahun depan supaya boleh bantu mereka. Saya rasa masalah ini telah lama berlaku kerana kementerian dalam polisi ini gagal untuk menyelesaikan masalah ini. Saya haraplah kementerian dapat mengambil keputusan untuk bantu JMB dan bukannya untuk lepas tangan kepada pihak pemaju dan juga penghuni. Itu sahaja, terima kasih.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang setia bersama anda. Jadi untuk esok, setiausaha tolong catat ada empat lagi Yang Berhormat yang saya benarkan untuk bercakap iaitu Yang Berhormat Jerai, Batu, Kuala Selangor dan Maran. Selepas itu Menteri menjawab. Lima minit untuk esok.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 8:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Rabu, 9 Disember 2009. Terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.

final • 8:30 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026